Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebelum saya memanggil ataupun mulakan Waktu-waktu Pertanyaan- pertanyaan Menteri, saya nak maklumkan bahawa sahabat kita Maran berada di ICCU, di IJN ya. Jadi, beliau tidak boleh dilawati. Namun, kita berdoalah ya agar sahabat kita dilindungi Allah dan sembuh dengan segera.
Seorang Ahli
Marang?
Tuan Yang di-Pertua
Maran. Maran, ya. Bukan Marang. Maran.
Seorang Ahli
Maran. Maran.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Kita—Ya, silakan Setiausaha.
Tuan Yang di-Pertua
Kita mulakan Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dengan menjemput Tuan Aminolhuda bin Hassan, Sri Gading. Silakan.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Tan Sri Speaker.
1. Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [Sri Gading] minta Perdana Menteri menyatakan hasil mesyuarat Persidangan Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Arab Saudi mengenai jenayah dan pembasmian kaum (genocide) yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin dan apakah hasil yang memanfaatkan negara sepanjang lawatan ke Persidangan Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi bagi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Amerika Syarikat baru-baru ini?
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Saya memohon izin Tuan Yang di-Pertua untuk memberi sedikit penjelasan tentang keperluan kita hadir dalam persidangan-persidangan ini kerana ada dua pihak. Satu pihak yang menyatakan bahawa mengapa hanya Palestin dan mengapa kita tidak mengendahkan masalah dalam negeri, terutama di kalangan minoriti? Saya ingin menjawab, menyatakan bahawa tidak ada minoriti kita yang dibunuh berapa ramai. Tidak ada kemusnahan gereja atau kuil-kuil. Jadi, sementara dia kurang bersetuju dengan langkah kita menyokong Palestin, saya tidak fikir wajar, munasabah dan waras untuk dia bangkitkan soal kebencian ini.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Soal di satu pihak lain pula mempertikai kenyataan saya bahawa ini bukan sahaja isu agama Islam. Ini kerana penduduk Kristian juga terlibat dan walaupun kebanyakan masjid dirobohkan, tujuh gereja dimusnahkan sama sekali di Gaza. Jadi, saya sekali lagi tegaskan bahawa keperluan kita melihat isu ini ya, sama ada orang Islam bawa seperti dari segi Islam, orang Kristian bangkit tetapi juga isu kemanusiaan, yang harus difahami dan harus mencuit perasaan kita, mendorong supaya tindakan yang lebih berkesan diambil.
Satu lagi, lawatan-lawatan ini sukar kita—Tidak ada pilihan. Umpamanya di Riyadh, undangan Putera Perdana Menteri Mohammed bin Salman itu kepada semua ketua-ketua negara Arab dan ketua-ketua organisasi negara-negara Islam. Semuanya hadir atau hampir. Seingat saya dua dari Afrika tidak hadir.
Kita jalankan tanggungjawab kita untuk menyampaikan pandangan kita secara tegas kerana apa yang berlaku itu berlarutan. Benar, Malaysia punyai kenyataan, pendirian yang agak lebih tegas dan Menteri Luar sebelumnya telah membuat kenyataan.
Kita tidak mahu sidang ini hanya mengemukakan usul atau desakan tetapi mesti ada tindakan yang lebih berkesan.
Sebab itulah selepas di Riyadh, saya ambil kesempatan berunding dengan Presiden Tayyip Erdogan dan selepas itu dengan Presiden Abdel Fattah El-Sisi, Mesir.
Apa yang dibangkitkan, setakat yang dapat diselesaikan, dirumuskan di Riyadh adalah menyegerakan keputusan untuk menghentikan serangan ke atas Gaza yang belum berhasil sampai sekarang.
Ada cadangan dan sekarang dibangkitkan oleh beberapa tokoh negara Eropah meminta Mesir, Jordan dan negara-negara jiran mengambil pelarian Palestin. Itu tidak dipersetujui oleh semua negara-negara Islam kerana ini hanya memberikan ruang kepada Israel untuk terus menceroboh dan menakluki Gaza. Apa yang dilakukan oleh Emiriah Arab Bersatu adalah mengambil yang sakit parah, terutama bayi dan anak-anak kecil untuk rawatan di Abu Dhabi atau di Dubai.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Selain daripada itu, kerana ini melibatkan negara-negara Arab jiran, maka kita bersetuju supaya negara-negara jiran itu mengambil tindakan ke depan, apa yang dinamai sebagai Arab Peace Initiative (Inisiatif Keamanan Arab). Keputusan yang berikutnya adalah untuk mendapatkan penyertaan 10 negara utama untuk memikirkan strategi dan Menteri Luar dimasukkan dalam kegiatan itu dan lima enam orang dari satu daripada satu rantau. Kita telah mengusulkan Indonesia sebagai negara yang juga terkesan dalam hal ini.
Terakhir ialah serangan ke atas hospital milik Indonesia dan Indonesia mengambil sikap yang keras membantah dan kita turut mengeluarkan kenyataan yang membantah.
Tetapi seperti kita tahu, hal ini tidak memberikan kesan kerana kedegilan, keangkuhan, the arrogance of power yang didukung oleh beberapa negara Barat.
Sebab itu dalam sidang APEC, yang saya pun memberitahu bahawa saya sedang memikir ketika itu sama ada hadir atau tidak. Tapi setelah mendapat makluman bahawa semua kepala negara Asia hadir, termasuk seluruh ASEAN dan China, Jepun dan Korea, saya memilih untuk hadir dan tentunya atas undangan Presiden Joe Biden, Amerika Syarikat. Sebagai tamu, tentu ada beberapa peraturan dan kuorum yang kita patuhi.
Tetapi oleh kerana hal ini terlalu parah dan pembunuhan berterusan termasuk wanita dan anak-anak kecil, bayi, maka saya tidak ada pilihan menggunakan setiap ruang sementara bicara soal ekonomi, saya juga bangkitkan soal penindasan berterusan.
Walaupun tidak dalam perencanaan awal, dalam sidang akhir itu— Sebelumnya saya sebut tentang mengapa kita diminta membantah tindakan Rusia yang menakluki wilayah yang dianggap milik Rusia di Ukraine dan kemudian tidak bersama dalam membantah tindakan Israel. Memang tidak ada jawapan. Maka, sebab itulah dalam sidang akhir itu dan kebetulan kedudukan kerusi Malaysia itu berdepan betul- betul dengan Presiden Joe Biden dan sebelah kanan saya itu Setiausaha Negara, Blinken.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Saya tidak ada pilihan dan menyuarakan dengan tegas bahawa ada permasalahan manakala kita diminta untuk mengutuk Rusia dalam soal Ukraine, tetapi membisu bila pembunuhan kejam, keganasan yang saya sebut atrocities. Saya sebut satu ungkapan yang saya agak penting dengan izin, you cannot dictate the language of discourse. Maknanya, jangan lagi orang Barat menganggap ini sebagai hegemony colonial menentukan dasar dan bentuk tindakan kita. Maka, oleh kerana saya katakan dia tidak boleh memaksa kita untuk menentukan pendirian kita. Maka, di situlah saya menyatakan dengan agak tegas dan saya kata mesti bermula sekurang-kurangnya menghentikan serangan sekarang. Saya kata and stop now kerana saya sebut, satu hari tambahan bermakna masih ada anak-anak, wanita dan orang awam dijadikan mangsa korban.
Jadi, saya selepas mengeluarkan kenyataan itu, tentu di sini juga ada suara-suara kebimbangan, takut ia memberi kesan kepada kedudukan ekonomi negara. Tentunya sebagai orang yang bertanggungjawab kepada negara dan tuntutan ekonomi, kita juga mengambil kira dan prihatin masalah ini.
Sebab itu dalam semua kegiatan kita yang lain, kita memberikan tumpuan terutama Menteri MITI, untuk menjalin hubungan dan mempertahankan apa disebut inclusivity, sustainability dan resilience sebagai strategi di Asia Pasifik dan menggunakan ruang itu mengadakan pertemuan-pertemuan dua hala dengan banyak negara, sama ada secara rasmi ataupun dalam beberapa pertemuan yang berasingan, sementara menunggu kerana ada di antara sesi itu, kadang-kadang satu jam atau satu jam setengah kita minum kopi dan menunggu giliran untuk menyambung perbahasan. Jadi, saya gunakan peluang itu juga menjelaskan.
Bila ada ruang untuk mengadakan pertemuan, kita— selain daripada pertemuan dua hala, kita menggunakan peluang itu menemui beberapa syarikat termasuk Google, Annovix, Microsoft, TikTok dan TPG dan telah disinggung oleh MITI, Menteri MITI dan pelaburan, komitmen keseluruhannya adalah RM63.02 bilion.
[Tepuk] Ini penting kerana ada yang melahirkan kebimbangan bahawa sikap tegas kita berdepan dengan Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah itu akan menjejaskan kedudukan ekonomi kita.
Tentulah tanggungjawab kita memantau terus.
Tapi setakat ini, saya ingin memberikan penjelasan dan jaminan bahawa menemui beberapa pelabur utama Amerika Syarikat nampaknya keutamaan masih diberikan berdasarkan politik yang stabil, dasar ekonomi yang jelas dan kaedah mempercepatkan proses kelulusan yang sekarang dikendali oleh MIDA.
Tuan Yang di-Pertua
Sebelum saya menjemput Sri Gading, izinkan saya mengalu-alukan tetamu kita dari luar negara. Sukacita dimaklumkan bahawa bersama- sama kita di Dewan yang mulia ini ialah delegasi Parlimen Australia yang diketuai Honorable Shayne Neumann, Federal Member of Blair, Queensland.
[Tepuk] Kepada Honorable Shayne Neumann dan delegasi, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran mereka ke Dewan yang mulia ini. Semoga dengan kehadiran Honourable Shayne Neumann dan delegasi akan merapatkan, dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Parlimen Australia dan Malaysia.
*To the Honorable Shayne Neumann and delegation, we welcome you all and we hope that the visit will further strengthen the relationship between Parliament of Australia and Parliament of Malaysia. Thank you very much.
[Tepuk]* Saya jemput Sri Gading. Silakan.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih kepada Tan Sri Speaker. Tahniah kepada Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Sepertimana hadis yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW, [Membaca sepotong hadis], “Berkatalah yang benar walaupun ianya pahit”, di mana usaha yang dilakukan oleh PMX untuk negara-negara Islam, OIC dalam isu keganasan apartheid Zionis Israel ini terhadap rakyat Palestin, kita sangat berbangga. Begitu juga keberanian dan kesungguhan PMX menyatakan di hadapan Presiden US walaupun pada suatu ketika
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
dahulu, pihak-pihak tertentu menyatakan bahawa Dato’ Seri Anwar ini ejen Yahudi, ejen US, tapi depan mata kita hari ini jelas, alhamdulillah.
[Tepuk] Keberanian yang ditunjukkan oleh PMX kita, Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan dengan tegas menyatakan bahawa ia perlu diambil tindakan. Persoalan saya, mengapa tiada kesepakatan di kalangan negara-negara anggota OIC untuk mengecam Zionis Israel dan mendesak PBB mengadakan gencatan senjata? Sehingga pada hari ini, kalau kita lihat dah masuk hari ke-44 pembunuhan berlaku di Gaza.
Yang kedua, apakah yang mendorong syarikat-syarikat gergasi seperti yang dinyatakan tadi, Google, Microsoft, TikTok bersedia untuk melabur di Malaysia walaupun telah disebut secara ringkas tentang kestabilan politik dalam negara kita? Inilah harapan sebenarnya kepada rakyat. Walaupun US ataupun Kerajaan Amerika memberikan amaran kepada negeri-negeri ataupun negara yang menyokong ataupun pro-Palestin akan dikenakan tindakan ataupun sekatan, tapi nampaknya alhamdulillah, dengan kejayaan pelabur yang dijanjikan ada RM63.02 bilion, apa yang mendorong mereka untuk bersama dengan kita di kerajaan pada hari ini?
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Yang ketiga...
Tuan Yang di-Pertua
Banyak soalan itu ya. Dua cukuplah kut.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Sekali sekala, boleh? Tambah satu lagi, ya.
Tuan Yang di-Pertua
Habiskan. Last, kan?
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Okey, kena habiskan, ya.
Apakah harapan kerajaan dengan pertemuan di antara PMX dengan ahli perniagaan dan pakar teknologi dari kalangan orang Islam yang berada di San Francisco itu terhadap ekonomi dan pelaburan di Malaysia? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan, Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga turut mengalu-alukan delegasi dari Australia dan hubungan dua hala kita, akrab termasuk beberapa pertemuan saya dengan Perdana Menteri Anthony Albanese di Jakarta dan baru-baru ini di San Francisco. *Welcome the delegation and be assured that Malaysia remains a committed friend and to enhance bilateral relation between Malaysia and Australia.
[Tepuk]* Mengenai OIC, walaupun ada teguran bahawa ramai yang memohon supaya ada tindakan lebih keras dari segi itu tetapi saya ingin memberi jaminan bahawa setakat yang kita dapat maklumat, sama ada dalam pertemuan empat mata atau pertemuan tertutup dengan mereka, ada usaha-usaha yang mereka lakukan walaupun tidak semuanya boleh diumumkan. Tetapi sikap mereka menentang keganasan dan penaklukan ini jelas.
Saya sebut sepertimana juga saya sebut di depan Presiden Joe Biden, ini soal kemanusiaan. Kita tidak boleh bicara soal demokrasi, hak asasi, kemanusiaan bagi Ukraine tetapi tidak hak asasi dan kemanusiaan bagi Gaza atau Palestin. Ini yang menimbulkan banyak masalah bukan sahaja di kalangan orang Islam tapi sekarang ini merata-rata, di hampir keseluruhan kota-kota di dunia, termasuk di Australia. Orang menyuarakan mengapa ada kontradiksi (bertentangan) pandangan bila pertahankan hak asasi bagi satu pihak dan menolak yang lain.
Untuk pertemuan Bangsa-bangsa Bersatu, saya rasa sepertimana yang kita sebut dalam sidang yang lalu bahawa Setiausaha Agung Guterres telah berbuat seingat semaksimum kenyataannya, ketegasannya, sebab itu saya menulis khas kepada beliau menyatakan penghargaan kita.
Soal hubungan perdagangan saya ingin sebut, setakat ini tidak menjejaskan sama sekali. Mereka tahu pendirian kita dan mereka ikuti kenyataan-kenyataan kita tetapi syarikat-syarikat yang saya sebut tadi termasuk beberapa syarikat utama yang dikendali oleh rakan-rakan umat Islam di Amerika Syarikat di Bay Area yang terlibat, yang telah
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
membuat beberapa keputusan dan saya telah minta supaya MIDA menyelaraskan segera kehadiran mereka untuk membantu meningkatkan operasi dan memindahkan operasi ke Malaysia.
Tentang [Membaca sepotong hadis] memang benar tapi untuk saya mengimbau pengalaman hari itu tidak mudah kerana semua kepala negara, masa itu 21 kepala negara hadir dan saya terpaksa mengambil keputusan segera, sama ada harus menyuarakan dengan tegas pendirian yang mewakili rakyat Malaysia atau tidak. Maka, saya pilih untuk menyatakan walaupun dengan hormat tetapi dengan tegas bahawa kita tidak boleh mengizinkan keganasan ini berterusan.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Sila Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kerana berkata benar di hadapan pemimpin tertinggi Amerika Syarikat dalam sidang APEC yang lalu.
Cuma saya ingin bertanya, apakah Yang Amat Berhormat dan kerajaan kita bersedia untuk make up the numbers dalam kita membawa referral berhubung dengan situasi di Gaza ke ICC sepertimana kerajaan-kerajaan daripada South Africa, Bangladesh, Bolivia, Comoros dan Djibouti?
Saya rasa ketegasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri penting dan ditambah pula dengan pendirian yang ini, saya yakin Malaysia akan dipandang tinggi dan mulia oleh negara-negara Islam kerana kita lebih terdahulu berani ingin mendakwa Benjamin Netanyahu dan sekutunya ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa, walaupun kita bukan Ahli Statut Rom tapi kita boleh melobi rakan-rakan kita yang sudah menjadi anggota, membawa suara kita bersama ke dalam ICC.
Kedua, Yang Amat Berhormat, memandangkan Mufti Wilayah Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman Abdullah telah pun mengeluarkan pandangan beliau tentang Konsert Coldplay, apakah pendirian kerajaan dalam hal ini? Bukan saja Coldplay tapi juga semua lah persembahan-persembahan konsert-konsert yang lain juga. Apakah ada satu dasar ataupun pendirian untuk memastikan kita memahami keadaan semasa yang sedang berlaku pada hari ini melibatkan Gaza? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Takkan tanya pun salah? Takkan tanya pun salah?
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. Tak apa, tak apa.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Allahuakbar.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Baik.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Mengenai ICC, Yang Berhormat tepat tadi bahawa kita tidak menandatangani Statut Rom tetapi kita telah pun hadir tahun ini perwakilan Malaysia, Jabatan Peguam Negara untuk membantu. Itu dibenarkan. Tidak mengusulkan tetapi untuk membantu. Kepada Presiden Tayyip Erdogan, kita telah juga memberitahu supaya apa keperluan kerjasama untuk hadir dalam sidang ICC.
Saya ingin jelaskan, saya tak ingat tarikh. Ini dalam sidang Parlimen yang lalu, saya telah berikan tarikh di mana perwakilan Malaysia hadir untuk membantu, terutama dari aspek perundangan. Jadi, itu tidak jadi masalah kerana kita sudah pun lakukan kerana soal Statut Rom itu soal yang lain kerana belum ada consensus dalam bidang ini. Soal Statut Rom dan ICERD itu kena tanya Indera Mahkota, dia yang bawa dulu tanpa kelulusan Kabinet pada ketika itu.
Baik, yang keduanya soal Konsert Coldplay. Coldplay ini di antara kumpulan yang menyokong Palestin.
[Tepuk] Jadi, ada masalah sedikit saya nak beritahu sini. Di dalam kerajaan yang lalu telah luluskan juga. Jadi, saya akan bincang dengan Mufti apakah keadaan ini kerana ada pelobi-pelobi dari gerakan Palestin yang menyokong dan
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
memberikan pandangan kepada Menteri Luar dan juga kepada pejabat saya, menyatakan mengapa dihalang kumpulan yang menyokong perjuangan Palestin daripada meneruskan pertunjukan. Tetapi oleh kerana perkara ini dibangkitkan, kerana ada beberapa isu lain yang tidak kita setuju, itu akan saya bincang semula.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya fikir memang kerajaan dan negara telah melaksanakan sebaik mungkin untuk kita membantu membela nasib rakyat dan juga negara Palestin.
Cuma, apakah pandangan Yang Amat Berhormat berkenaan dengan perkara yang sedang berlaku kini terutama tadi disebut kanak-kanak, sekolah, hospital, kem-kem pelarian semuanya dibedil dan di bawah direct fire oleh pihak Israel? Bolehkah kita terus berusaha di pihak PBB untuk membawa isu Konvensyen Geneva dan juga undang- undang antarabangsa yang lain supaya pembedilan kepada sekolah, kepada hospital, dihentikan serta-merta, menjadikan tempat ini sebagai tempat selamat untuk mereka?
Keduanya, ada tindakan daripada pihak-pihak yang lain terutamanya daripada negara Iran supaya negara-negara Islam dan juga negara-negara jiran untuk memutuskan hubungan dengan Israel sebagai satu tanda keras bahawa ini tidak boleh berlanjutan.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Saya sebut di San Francisco, di depan Presiden Amerika Syarikat bahawa memang dunia terutama kuasa-kuasa besar telah melakukan satu tindakan yang disebut moral abandonment. Seolah-olah kita tidak langsung ada pertanggungjawaban moral, mengizinkan pembunuhan berterusan.
Ratusan petunjuk perasaan di seluruh dunia, ratusan usul, majoriti negara-negara di dunia, Setiausaha Agung Pertubuhan-pertubuhan Bersatu tetapi tindakan membunuh anak-anak kecil itu diteruskan, termasuk hospital saya sebut tadi. Paling akhir Hospital Indonesia, sekolah dan yang kita lakukan sekarang ini hanya meningkatkan bantahan.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Tapi, selagi negara-negara ada kuasa besar mengizinkan dan Israel di bawah Netanyahu akan melakukan cara paling biadab dan jenayah paling besar. Bayangkan ini tahun 2023, masih ada tindakan yang begitu biadab, ganas dan tidak ada langsung pertimbangan kemanusiaan. Sehingga beberapa negara yang dulunya agak tidak tegas, sekarang mengambil keputusan yang lebih positif. Belgium, Sepanyol dan saya bercakap sendiri dengan Chile, dengan Mexico. Itu semua memberi pandangan yang lebih positif.
Sebab itu kadang-kadang dalam kenyataan, dalam naratif saya selaku Perdana Menteri, tidak hanya meletakkan dalam petak Islam sahaja. Saya perluaskan kerana cadangan saya daripada awal kepada OIC, khususnya kepada Putera Mohammed bin Salman, dia jawab kerana dia nak beri keutamaan mulanya dulu dengan Islam. Saya kata patut dalam persidangan ini, selain daripada negara Arab dan Islam, kita bawa negara- negara yang bersama termasuk negara China, Sepanyol, Brazil yang bersama dalam menolak jenayah perang ini.
Kita kadang-kadang elak untuk menyentuh hal-hal yang lain, hanya untuk dalam tindakan segera. Sekarang ini menghentikan dan ini memalukan dan mengaibkan. Makna gagalnya sistem tatanan dunia sekarang, sama ada namanya PBB atau namanya apa juga bahawa negara-negara di dunia tidak boleh menghalang pembunuhan anak-anak dan wanita dan orang awam. Itu maknanya sistem ini gagal. Hanya kerana kebiadaban satu negara.
Dia boleh memihak kepada mana-mana. Dia boleh menyokong mana-mana negara. Dia boleh tidak bersetuju dengan mana-mana pertubuhan tetapi dia tidak boleh diizinkan untuk meneruskan jenayah ethnic cleansing, jenayah ke atas anak-anak, wanita dan orang awam. Mana ada dalam sejarah baru ini, hospital dibedil, sekolah dibedil, masjid dan gereja dibedil. Suara-suara yang mendukung Israel itu masih lagi berdiam dan ini menyebabkan mereka lebih angkuh dalam meneruskan usaha mereka.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Walaupun dalam perbincangan kita dua hala, setiausaha negara dan beberapa negara yang lain, Jepun, Australia, mereka menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan tindakan ini. Mereka telah menyampaikan. Saya bincang dengan Perdana Menteri Kanada. Dia menyampaikan terus kepada Perdana Menteri Israel, Netanyahu tetapi setakat itu. Tidak ada kesungguhan dalam menghentikan. Sebab itu dalam berdepan Presiden Biden, saya tidak ada pilihan, saya kata, “Stop and stop it now! No delay even for one day because delaying means you are allowing the killing of children and women”.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya teruskan dengan menjemput Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim, Gua Musang. Silakan baca. Silakan.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Sahabat-sahabat yang dikasihi semua, sebelum saya kepada soalan, saya sahkan di sini bahawa sebagaimana yang terpampang pada skrin di atas, saya Ahli Parlimen Perikatan Nasional [Tepuk] dan saya juga mengesahkan statement yang telah dikeluarkan itu saya mengakuilah statement itu daripada saya sendiri tanpa ada apa-apa unsur paksaan ataupun segalanya.
[Tepuk] Itu semua ikhlas daripada saya.
Tuan Yang di-Pertua
YB terus bacakan soalan.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Terus kepada soalan saya.
2. Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [Gua Musang] minta Perdana Menteri menyatakan pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap Notis Petisyen yang difailkan oleh Nik Elin Zurina dan anaknya yang dilihat sebagai usaha mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 serta apakah usaha yang dibuat oleh kerajaan bagi memastikan undang-undang berkaitan syariah terus terpelihara.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
Terima kasih Gua Musang. Ketua Hakim Negara telah memberikan teguran dalam sistem negara kita. Kita mesti ambil pertimbangan, teguran supaya kes ini dilihat sebagai satu kes, pertamanya, sub judice, dibincang dari segi substantif. Keduanya kes ini tidak terlibat soal mencabar syariah tetapi cabar pertimbangan atau keputusan yang melibatkan kuasa Persekutuan dan negeri dalam Perlembagaan yang akan mereka putuskan. Beliau juga menegur sikap beberapa peguam yang tidak memberikan penjelasan yang adil dalam kes ini. Itu yang pertama.
Keduanya, saya tidak ada permasalahan rakan-rakan bawa kes ini supaya rakyat memahami dan mengetahui bahawa harus ada usaha peningkatan bidang kuasa Mahkamah Syariah tetapi saya kesal kerana ada percubaan untuk mengalih seolah- olahnya ini tindakan Kerajaan Perpaduan sekarang.
Semua orang tahu kes Selangor tahun 2021 dan Mahkamah Persekutuan telah buat keputusan bahawa keputusan dibuat Dewan Undangan Negeri itu bercanggah dengan Perlembagaan negara. Saya tidak dengar satu tahun, dua tahun yang lalu jawatankuasa ditubuhkan. Sekarang ditubuhkan. Tetapi saya nak tanya Menteri-menteri, termasuk Menteri Undang-undang dahulu, dia buat apa? Ada yang katakan, “Saya tidak tahu”. Bagaimana boleh seorang Menteri jawab tidak tahu dalam kes yang seberat ini?
Saya tegaskan ini Tan Sri Yang di-Pertua kerana ada percubaan cuba nak laga- lagakan seolah-olah kita menentang. Di mana yang kita tentang? Kes ini kes yang diputuskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan, dicabar oleh Nik Elin Zurina yang mengatakan bertentangan dengan Persekutuan, maknanya Dewan Undangan Negeri tidak boleh buat keputusan, Parlimen tidak boleh buat keputusan, Perdana Menteri tidak boleh buat keputusan, bawa ke mahkamah dan sekarang ke Mahkamah Persekutuan.
Bila dibawa ke Mahkamah Persekutuan? 25 Mei tahun lalu. Siapa yang perintah 25 Mei tahun lalu? Siapa Perdana Menteri? Siapa Menteri Undang-undang?
[Tepuk] Sekarang ini semua dibebankan kepada kita. Doa berjela-jela. Hamun bukan main menakutkan orang. Doa kepada siapa? Tidak boleh doa kepada Menteri masa itu? Fasal apa masa kamu Menteri, kamu tak jalankan tugas? Itu 25 Mei.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
Baik, kemudian Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran untuk memulakan prosiding. Bila? 30 September 2022. Siapa Menteri Undang-undang pada masa itu? Mana Menteri-menteri pada masa itu? Tidak tahu? Mana mungkin seorang Menteri dalam Kabinet, dalam kes seberat menentang syariah Islam, dia tidak tahu.
Alasan mudah kalau kita salah, kita tidak tahu.
Tetapi ya, kita bersama. Saya tidak ada masalah sebenarnya hari ini kerana dalam Majlis Kemajuan Islam awal tahun ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas mengkaji. Kita tidak boleh dalam Perlembagaan negara ini bersetuju daripada merdeka sampai sekarang, memberikan ruang kepada semua negeri buat undang-undang sendiri yang melibatkan kes jenayah kerana mahkamah— mahkamah ada Mahkamah Syariah, mahkamah sivil di bawah Federal, Mahkamah Syariah di bawah negeri. Polis di bawah Federal, penjara di bawah Federal.
Jadi sebab itu harus ada rundingan. Mengapa tidak ada rundingan pada tahun 2020, 2021? Tanya Menteri pada masa itu. Jangan tanya saya. Saya jadi Perdana Menteri, kita tubuh jawatankuasa, kaji. Mengapa kita harus kaji? Kerana melibatkan Kerajaan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Ia melibatkan Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Selangor, Perak, Johor. Semua negeri harus ada ruang mereka mengkaji.
Apakah kita menentang pelaksanaan syariah? Saya jawab tidak. Siapa yang perkenan 121(1A)? Perundangan— Kota Bharu lebih arif, yang substantif dalam mengangkat martabat Mahkamah Syariah. Saya yang bawa.
[Tepuk] Sejak itu ada pindaan-pindaan kecil tapi sampai sekarang belum ada.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
Apa maksud 121(1A)? Cadangan perbincangan dalam Badan Perundingan Islam yang saya pengerusikan bersama dengan Tan Sri KSN. Masa itu Tan Sri Hashim Aman dan nasihat Profesor Ahmad Ibrahim kerana pada masa itu beberapa keputusan mahkamah sivil melanggar Mahkamah Syariah dan mengetepikan keputusan Mahkamah Syariah.
Jadi, kepada orang rakan-rakan bukan Islam saya dah sebut kalau kita nak martabatkan Mahkamah Syariah, tidak memaksa orang bukan Islam tetapi tidak munasabah bagi orang bukan Islam umpamanya menggunakan mahkamah sivil, mengetepikan keputusan Mahkamah Syariah. Maka, jalan keluarnya 121(1A). Maknanya, memberi kuasa Mahkamah Syariah tetapi tidak memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk memutuskan ke atas orang bukan Islam. Itu yang kita sepakati pada masa itu.
Sekarang ada lagi pandangan mengatakan bahawa bentuk keputusan kuasa Mahkamah Syariah itu harus ditingkatkan. Ya lah, bawa dalam perundingan. Jangan ini keputusan masing-masing negeri. Itu terserah pada Mahkamah Persekutuan kalau dianggap peraturan itu tidak tetapi, jangan disinggung kerana saya ambil alih bulan November tahun lalu baru setahun. Kes ini sejak tahun 2021 dan 2022. Tidak ada jawatankuasa. Jadi, tak usahlah dipolitikkan dan jangan kita cemarkan.
Perlembagaan, kita bersumpah pertahankan Perlembagaan. Nak pinda ada peraturan dan proses dan prosedurnya. Sementara kita semua akui termasuk saya di sini dan saya akan terang dengan Jemaah Menteri hari Jumaat ini bahawa kita akan, malah ini sudah pun diputuskan yang MKI, yang dipengerusikan oleh Tuanku Sultan Selangor dan dipersembahkan di sidang Majlis Raja-Raja Melayu baru-baru ini kerana setiap pindaan Yang Berhormat, yang menyentuh soal 153 hak keistimewaan Melayu. Itu Perkara 38(5).
Kalau yang menyentuh umpamanya kuasa Raja dari segi Islam itu 38(2)(b). Itu kuasa Raja atau 38(6)(c). Maknanya sebelum, setelah jawatankuasa ini ditubuh.
Jawatankuasa ini ditubuh pun kita maklum pada Majlis Raja-Raja. Kemudian, apa-apa cadangan daripada jawatankuasa mesti dimaklum terlebih dahulu kepada Majlis Raja- Raja. Ini dalam proses kita lakukan yang tidak dilakukan sebelumnya.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
Tetapi dalam ucapan termasuk di Parlimen, siapa yang mencabar syariah, bahawa kerajaan kalau gagal, kita ambil alih. Mimpilah kalau nak ambil alih kerajaan sekarang ini.
[Tepuk] Kerajaan sekarang kuat, dua pertiga. Baik, kalau orang tanya “Dah kuat dua pertiga. Mengapa tidak buat?” Ini yang kita lakukan.
Jadi, jangan saya fikir gunakan ruang mengatakan tidak ada dan tidak munasabah untuk kita panaskan suhu politik dan kebencian. Just tanya atau orang di bawah tengok, kalau tengok dalam sosial media. Ini maknanya Perdana Menteri Madani tidak peduli syariah Islam. Saya tubuh. Jadi, saya harap perkara ini, jawatankuasanya dalam soalan kedua karang, biar Menteri Agama perincikan siapa jawatankuasanya.
Bekas-bekas hakim atau ketua hakim. Sudah pun dibentuk jawatankuasa kerana tubuh jawatankuasa pun kena maklum kepada Tuanku Sultan Selangor dan Majlis Raja- Raja kerana hal-hal yang menyentuh soal agama ini Majlis Raja-Raja tegas. Sebab itu dalam 153 juga yang dibangkitkan soal 3R walaupun banyak dibantah.
Patutnya bantah pada Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja yang mengemukakan ini dan saya hanya dalam hal yang menyinggung kuasa Majlis Raja-Raja, kita terpaksa rujuk pada mereka.
Jadi, saya harap walaupun saya tidak mahu merujuk perkara yang substantif kerana seperti mana yang ditegur oleh Ketua Hakim Negara soal sub judice. Saya menyatakan Kelantan telah ambil inisiatif, betul. Inisiatif itu mengikut setengah pandangan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Contohnya, keputusan pada Mahkamah Persekutuan dalam kes Selangor 2021. Apakah Mahkamah Persekutuan menentang syariah? Tidak.
Mahkamah Persekutuan hanya menjelaskan tentang bidang kuasa Persekutuan, bidang kuasa negeri dan jadual bersama. Jadi, biar Mahkamah Persekutuan putuskan.
Tapi apa pun keputusan Mahkamah Persekutuan tanggungjawab kerajaan yang telah kita umumkan ialah menubuhkan jawatankuasa untuk meneliti aspek-aspek meningkatkan bidang kuasa syariah yang tentunya tidak mahu menyinggung atau menyentuh atau memaksa golongan bukan Islam.
Jadi, ada kaedah-kaedah yang harus dibincangkan kerana ada negeri-negeri di Malaysia yang agak keras, kurang bersetuju kalau kita melanggar prinsip yang saya sebutkan itu. Walau bagaimanapun, sebagai keputusan, saya tegaskan, kita telah bersetuju menubuh jawatankuasa yang diperaku, diperkenan oleh Majlis Raja-Raja untuk mengangkat martabat dan menambah kuasa Mahkamah Syariah yang ada.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Gua Musang.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas jawapan. Terima kasih juga kepada semua barisan pasukan keselamatan dan rakyat Malaysia kerana tiada sebarang provokasi sepanjang Himpunan Selamatkan Syariah di perkarangan Istana Kehakiman kelmarin.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
[Bangun]
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Jadi, ini sesungguhnya melambangkan bahawa kesabaran kita semua yang meletakkan kesabaran dalam kita menentang sebarang unsur yang boleh mencabarkan kedaulatan agama Islam. Isu dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, walaupun ada pihak yang membuat tanggapan bahawa isu ini bukan bertujuan untuk memburukkan agama Islam ataupun melemahkan kedudukan Mahkamah Syariah tetapi apa pun asas dan alasannya isu ini sememangnya telah mencabar umat Islam, kita umat Islam di seluruh Malaysia.
Jadi, soalan tambahan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah kerajaan bercadang untuk menjadi pencelah dalam kes Nik Elin dan anaknya?
Bagi memastikan kedaulatan sistem perundangan Islam kita lebih dimartabatkan, apakah komitmen kerajaan menerusi Parlimen untuk mengkaji dan meminda beberapa perkara yang pernah mencetuskan pertikaian bagi maksud untuk memberi lebih kuasa kepada negeri atau harmonikan pertindihan jenayah antara jenayah sivil dan syariah. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Gua Musang dan saya setuju dengan gesaan kalau ada pandangan yang nak dikemukakan. Saya fikir tidak ada masalah. Saya akan menggesa Menteri Agama, walaupun jawatankuasa ditubuhkan memberi ruang untuk membincang dengan semua pihak, yang tidak hanya daripada pihak kerajaan, juga pihak pembangkang dan badan-badan lain dan alim ulama semuanya, untuk bincang dengan teliti termasuk wakil-wakil dari negeri.
Apa yang dibangkitkan kerana ada persepsi di kalangan sebahagian orang Islam bahawa ini seolah mencabar syariah. Ini kerana persepsi ini dibangkitkan kerana orang politik menunggang agama untuk mainkan isu ini.
[Tepuk] Pada hal substantifnya isu dia apa? Isu dia ialah bidang kuasa di mana negeri boleh buat undang-undang makna harus runding dengan Persekutuan untuk buat, lakukan undang-undang.
Saya dari segi kerajaan, saya nak sebut di sini kita tidak menghalang. Cuma, biar ada ikut kaedah yang betul. Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes 2021 Selangor dan sekarang, ini bukan keputusan substantif soal syariah itu. Adalah soal bidang kuasa, apakah boleh negeri buat? Kita bayangkan, kalau negeri itu diberikan ruang sewenang-wenang, semua negeri buat undang-undang dan tiap negeri itu ada percanggahan. Selama ini, bukan jasa saya. Jasa semua.
Kerajaan sebelum ini pun ada usaha untuk menyelaraskan pelaksanaan undang- undang dan Majlis Raja-Raja dirujuk. Jadi, saya dalam menjawab gesaan saudara Yang Berhormat Gua Musang. Saya menyatakan ya. Mahkamah Persekutuan akan buat keputusan ikut pertimbangan mereka sama ada bidang kuasa itu negeri atau Persekutuan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tapi apa pun keputusan itu ia tidak menghalang kerajaan dengan perkenan Raja-Raja Melayu untuk mengadakan penelitian dan membincang dengan semua, bukan sahaja Mufti dan pihak kerajaan dan juga pihak, semua pihak, untuk memberikan pandangan mereka supaya ada peraturan yang boleh dilaksanakan dengan maksud meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang ada sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Pulai.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
[Bangun]
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan saya ucap tahniah atas penegasan yang dibuat oleh Perdana Menteri bahawa kita mahu memperkasakan Mahkamah Syariah itu ya dan dengan itu jika ada pelanggaran terhadap pelanggaran, perlanggaran enakmen ini dengan undang-undang Persekutuan, maka kita dah nyatakan bahawa kita ingin memperkasakan Mahkamah Syariah itu dan tidak benarlah yang nyatakan bahawa kita mengesampingkan Mahkamah Syariah atau undang-undang syariah di peringkat negeri ini ya.
So tidak adalah usaha-usaha yang nyatakan bahawa kita ini menolak undang- undang syariah di peringkat negeri.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Bangun]
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Soalan saya adalah jika Mahkamah Persekutuan memutuskan ada pelanggaran ini ataupun melangkaui bidang tugas ini, bidang kuasa ini, apa terjadi terhadap kes-kes yang pernah diputuskan sebelum ini, yang berada di bawah enakmen ini, yang sebelum ini telah diputuskan bagaimana benda ini akan diuruskan. Terima kasih.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
PM, tunggang agama itu memang tepat. Terima kasih PM.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk, duduk, duduk Hulu Langat. Silakan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu pre-empt keputusan Mahkamah Persekutuan. Itu keputusan Mahkamah Persekutuan, tetapi yang saya boleh sebut di sini, apa pun keputusan Mahkamah Persekutuan pada peringkat pelaksanaan sekarang, kita harus patuhi. Kita tidak ada pilihan, ini sistem dalam negara kita. Tetapi ia tidak menghalang kerajaan untuk mengadakan, meneruskan kerja jawatankuasa dan mengemukakan cadangan pindaan yang dipohon mendapat perkenan Raja-Raja Melayu, kemudian dibentang ke Parlimen. Itu proses dia.
Maknanya saya ingat jelas hal ini. Soal sama ada pindaan itu terpakai sekarang, itu saya tak mahu pre-empt, biar Mahkamah Persekutuan putuskan. Yang penting bagi kita di sini ialah mengadakan jawatankuasa bincang secara teliti dengan semua pihak dan mengkaji semua memo yang dikemukakan. Jika diperkenan oleh raja-raja dan saya tidak fikir raja-raja dari segi perjumpaan Majlis Raja-Raja Melayu yang terakhir, semuanya berminat untuk bersetuju, perkenan untuk adakan jawatankuasa untuk meningkat bidang kuasa Mahkamah Syariah ke atas umat Islam. Tidak mahu ia menimbulkan kesan kepada bukan Islam, itu keputusan.
Mereka juga setuju penubuhan jawatankuasa dan terserah kepada kita untuk meneruskan dan sekiranya diperkenan, dibawa ke mesyuarat sidang Parlimen untuk membuat keputusan muktamad kerana ia memerlukan kelulusan dua pertiga.
Tuan Yang di-Pertua
Kota Baharu, silakan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Perdana Menteri, beberapa kali sebut nama saya. Sebelum saya mengemukakan soalan tambahan, saya hendak highlight-kan sikit beberapa fakta. Terima kasih kerana kita berbincang secara intelektual dan juga profesional. Kes ini, Elin- difailkan 25 Mei 2022, saya dah tak jadi Menteri Undang-undang pada masa itu, yang pertama.
Yang keduanya, leave atau kebenaran daripada Federal Court telah diberikan oleh Justice Vernon Ong pada 30 hari bulan sembilan tahun 2022, difailkan oleh Nik Elin pada 7 hari bulan 10, tahun 2022. Manakala petisyen yang dimasukkan untuk memohon deklarasi daripada mahkamah telah dimasukkan pada 13 hari bulan 10 tahun 2022, yang mana pada masa itu Parlimen ke-14 telah dibubarkan, tidak ada kerajaan. Itu saya membetulkan fakta.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, [Tepuk] saya- walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menjelaskan bahawa Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan sebagaimana cadangan ataupun titah sebenarnya daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor supaya Jawatankuasa Khas Kajian Tentang Kompetensi DUN untuk menggubal undang-undang Islam dan juga enakmen negeri ditubuhkan, saya ingin terus mendapat penjelasan tentang perkara ini.
Saya merujuk kepada satu laporan akhbar, pada 28 Ogos tahun 2023, di mana Sultan Selangor semasa mempengerusikan Mesyuarat MKI di Shah Alam yang dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan saya tak pasti Menteri Agama hadir atau tidak, menyarankan supaya ditubuhkan Jawatankuasa Khas, itu pada 28 Ogos 2023.
Jawatankuasa ini, haruslah mengikut titah Sultan Selangor dianggotai oleh pakar Perlembagaan, pakar undang-undang sivil dan syariah, ahli-ahli akademik dan juga pengamal undang-undang yang berkemahiran dan berpengalaman luas dalam kedua-dua undang-undang sivil dan syariah.
Jadi soalan saya, bilakah jawatankuasa ini ditubuhkan? Kalau sudah ditubuhkan, siapa pengerusinya dan siapa ahlinya. Soalan saya ini juga ada kaitan dengan satu kenyataan akhbar, kenyataan media oleh Majlis Agama Islam Selangor yang bertarikh 17 November 2023, empat hari yang lepas, yang menyatakan bahawa MAIS menggesa Kerajaan Persekutuan menyegerakan penubuhan Jawatankuasa Khas di peringkat Persekutuan untuk buat kajian kompetensi Dewan Undangan Negeri...
[Tepuk] dan juga mencadangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Akta 355.
Empat hari yang lepas, MAIS telah membuat kenyataan menggesa Kerajaan Persekutuan menyegerakan penubuhan jawatankuasa ini. So siapa yang betul, siapa yang tak betul? Kerajaan Persekutuan betul ke, tak betul ke, MAIS betul ke, tak betul, kita
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
nak dapat penjelasan. Adakah jawatankuasa ini telah ditubuhkan? Kalau ditubuhkan, boleh beritahu pada Dewan ini siapa pengerusinya, siapa ahli-ahlinya.
Sehubungan dengan soalan daripada Gua Musang tadi juga saya bersetuju, adakah Kerajaan Persekutuan masih lagi berminat untuk mencadangkan pencelahan, intervene dalam kes ini kerana sepanjang prosiding yang diadakan di Mahkamah Persekutuan, tidak ada wakil kerajaan khususnya daripada AGC, daripada Attorney General’s Chambers ataupun Jabatan Peguam Negara.
Adakah kerajaan berhasrat untuk melakukan pencelahan. Masih boleh lagi dalam peringkat ini kalau ikut prosedur mahkamah. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Saya ada nota. Bila saya sebut Menteri tahun 2021, 2022 saya sebut Menteri Undang-undang, tapi tak apalah tapi bagi fakta dia. Kes ini 2021. 2021, ingat 2021 Selangor kes yang sama. 2022 kes Kelantan, 2021 Selangor ya. Tidak ada tindakan selepas itu, kita terimalah kenyataan dia. Tak ada tindakan. Baik. 2022, petisyen bila difail itu dimaklum. Maknanya 25 Mei 2022 tidak ada tindakan oleh kerajaan ketika itu.
Bila Mahkamah Persekutuan beri kebenaran, bila? 30 September 2022. Betul, tindakan kemudian kes ini disambung 20 bulan 11 dan kita ambil tindakan. Itu beda dia.
Yang kita dianggap kurang Islamik ini ambil tindakan lebih tegas soal syariah daripada yang Islam-Islam keras ini.
[Tepuk] Yang melaungkan lepas dah kalah, bila masa menang dalam kerajaan terlupa dalam hal ini, tapi tak apa. Dibangkitkan soalan yang kedua, tentang MKI. Sultan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mengumumkan 28 Ogos.
Itu cadangan MKI, cadangan saya dan Sultan Selangor bila diputuskan? Kena rujuk balik raja-raja. Majlis Raja-Raja bersidang dua minggu yang lalu untuk meluluskan Yang Berhormat. Jadi, kita- cadangan yang Selangor lakukan, MKI cadang itu dirujuk untuk pengesahan Majlis Raja-Raja yang bersidang dua minggu yang lalu, yang juga melantik Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong selepas itu. Kemudian, jawatankuasa ditubuhkan dan terpaksa ada pekeliling mengesahkan nama-nama jawatankuasa.
Dia tentu dia ambil masa. Mungkin saya tak tahu, sama ada Majlis Agama Islam Selangor dimaklumkan atau tidak bila jawatankuasa sudah pun dilantik, diperkenan dan akan diumumkan oleh Menteri Agama dalam menjawab soalan kedua sebentar lagi. Jadi, saya ingat yang penting sekarang ini apa, you cannot score political point. Kita akui bahawa benda ini tidak dilakukan sebelum ini. Baik sama ada dalam Kerajaan Perikatan Nasional, malah Barisan Nasional sebelumnya. Tak apalah, sekarang kita lakukan tapi jangan guna peluang seolah-olah kita menentang. Saya poin itu sahaja, saya dengar perjumpaan-perjumpaan itu.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Menyerang, dengan terjerit-jerit. Seolah-olah kita ini tak pedulikan soal syariah.
MKI ini cara dan kaedah Tuanku Sultan Selangor kerja. Sebelum dia umum, dia bincang dahulu. Dia panggil JAKIM dan saya sendiri dua, tiga kali berbincang sebelum dimuktamadkan. Pertama, soal Allah. Kedua, soal Mahkamah Syariah dan penubuhan jawatankuasa. Bila? Betul, Ogos 2023. Tapi kita tak boleh ambil tindakan sehingga dibawa ke Sidang Majlis Raja-raja Melayu.
Jadi, ini yang telah dilakukan dan saya harap sekarang ini ialah untuk meneruskan supaya jawatankuasa dan saya agak terbuka kalau dirasakan perlu menambah jawatankuasa, kita boleh bawa dan minta perkenan Raja-Raja Melayu, terutama ke dalam kes ini tentulah Yang di-Pertuan Agong sebelum mengumumkan nama-nama tambahan.
Tetapi nama-nama yang ada sekarang memang ada dan diperkenan dan saya rasa lebih baik diteruskan segera dan tentunya mesti merujuk. Maknanya proses jawatankuasa ini mesti kaedahnya membincang dengan kerajaan-kerajaan negeri atau Majlis-majlis Agama Islam Negeri sebelum dimuktamadkan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, point of order.
Tuan Yang di-Pertua
Point of order berapa itu?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya tengok tadi...
Tuan Yang di-Pertua
Dah, dah, dah Yang Berhormat. Point of order berapa tu?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order 36(6).
Tuan Yang di-Pertua
36(6).
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kepada Hulu Langat, sebab dia menyebut perkataan PN menunggang agama. Tadi, saya ingat benda ini dah harmoni dah. PM jawab soalan. Tiba-tiba muncul manusia, manusia ini menyebut perkataan itu.
Benda ini penting kerana direkodkan. Dia kena tarik balik Yang Berhormat. Kalau dia tak tarik balik, saya akan rujuk bawah 36(12). Kalau kamu tak ganggu tadi, benda ini dia jadi elok.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya sedia dirujuk. Saya sedia dirujuk.
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Langat, Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya sedia dirujuk. Arau, Arau duduklah Arau. Kita kan sahabat.
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Langat. Sekali lagi Hulu Langat. Bagi penjelasan kepada saya. Adakah– saya tak dengar tadi ya. Adakah Hulu Langat sebut PN penunggang agama? Jawab soalan itu tadi.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kerana...
Tuan Yang di-Pertua
No, no, no, saya tak...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
...kenyataan PM itu, kerana kenyataan PM itu benar.
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Langat, Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kan saya kata tadi “PM, penunggang agama benar”, tepat saya kata.
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Langat, soalan saya...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ditujukan di sebelah sana. Itu jawapan saya Tuan Speaker. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
No, saya tanya Hulu Langat sekarang. Hulu Langat, dengar dulu soalan saya. Dengar dulu.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Jangan jawab lagi. Adakah Hulu Langat sebut PN penunggang agama?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tidak.
Tuan Yang di-Pertua
Ya atau tidak?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tidak.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tidak.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, kalau tidak, kalau siapa yang dengar, masukkan usul ya. Terima kasih. Saya teruskan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kemenangan di pihak kami.
Tuan Yang di-Pertua
No, no. Hulu Langat, pihak belah sini akan masukkan usul.
Kalau ada bukti yang Hulu Langat sebut ‘PN penunggang agama’. Jadi saya – sebab itu saya tanya.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Speaker, it’s very easy. Speaker boleh arah tengok Hansard sebentar tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Saya akan tengok, but not now.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Dia garang Yang Berhormat. Dia garang sebab dia tahu 36(12) akan ditolak oleh Speaker. Sebab itu dia berani buat begitu.
Dia tahu semua usul 36(12) akan ditolak oleh Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak semua. Yang Berhormat, tidak semua.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Sebab itu dia berani. Dia berani buat begitu melawan Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi saya minta, sesiapa juga yang dengar, yang dengar yang dia kata...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ini tuduhan kepada Speaker ini.
Tuan Yang di-Pertua
...sebab dia nafi.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker, Speaker, ini tuduhan kepada Speaker ini.
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ini tuduhan.
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Langat, saya nak tutup kes ini.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Okey, okey, okey. Baik, baik Speaker. Baik Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Sesiapa yang sah mendengar...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, dalam prosedur Parlimen, bolehkah seseorang bangun bercakap?
Kadang-kadang duduk tanpa minta laluan dan terus bercakap. Boleh ke?
Tuan Yang di-Pertua
Tidak boleh, tidak boleh.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Tapi kenapa tindakan tidak dibuat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat bangkit, Yang Berhormat bangkit itu. Yang Berhormat bangkit itu. Yang Berhormat bangkit itu tak minta, saya tak dengar. Saya tak dengar pun. Yang Berhormat bangkit.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Kita ada Australian’s visitors. Tolong. Baik, saya teruskan dengan pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan. Oleh kerana Bukit Bendera tidak ada dalam Dewan kerana baru pulang daripada– dalam perjalanan dari APEC, saya jemput Komander Nordin bin Ahmad Ismail, Lumut.
[****Soalan No. 1** – YB. Puan Syerleena binti Abdul Rashid (Bukit Bendera) tidak hadir]
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Ada hati nak tambah isteri, Tambah isteri nombor dua, Assalamualaikum YB Menteri, Soalan saya nombor dua.
[Dewan riuh]
2. Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (Bersara) [Lumut] minta Menteri Pertahanan menyatakan status terkini pelaksanaan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN) yang sudah tertangguh begitu lama
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Lumut atas soalan yang dikemukakan. Di mana Tan Sri Yang di-Pertua, Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN) telah dibangunkan dengan pelan libat urus secara menyeluruh yang melibatkan semua pihak berkepentingan, termasuklah 47 kementerian dan agensi kerajaan berkaitan, 114 syarikat pertahanan dan keselamatan tempatan serta penglibatan sebanyak lapan buah negara. Ini bagi memastikan dokumen ini selari dengan konsep whole-of-government dan juga whole-of- society dengan izin, seperti yang ditekankan melalui Kertas Putih Pertahanan Negara.
Pada masa ini, Kementerian Pertahanan sedang memuktamadkan draf akhir DIPKN mengikut dasar dan perkembangan semasa industri bagi memastikan kandungannya kekal relevan dalam tempoh pelaksanaannya kelak serta berupaya membawa impak yang besar kepada pihak berkepentingan terutamanya pemain industri pertahanan. DIPKN adalah inisiatif susulan kepada Kertas Putih Pertahanan Negara dan Kementerian Pertahanan sentiasa komited dalam memastikan semua inisiatif KPP ini dilaksanakan mengikut perancangan.
Selain itu, pelancaran New Industrial Master Plan 2030 (NIMP 2030) oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) telah membawa senario baru kepada proses pembangunan industri pertahanan negara.
Objektif industri pertahanan dan keselamatan bukan hanya terhad bagi menyokong keupayaan kesiapsiagaan pertahanan dan keselamatan negara, malahan sektor ini perlu peka kepada perkembangan terkini dalam sektor komersial seperti kemajuan dalam teknologi hijau, penekanan prinsip-prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta kecerdasan buatan (AI). Elemen-elemen ini harus diintegrasikan sebaiknya oleh industri pertahanan dan keselamatan agar dapat menjadi sektor baru yang dapat mendukung pertumbuhan ekonomi negara. Itu sahaja jawapan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Soalan tambahan saya, kenapa ditangguh pengumuman DIPKN oleh MINDEF, yang mungkin disebabkan oleh skandal LCS?
Yang ketiga, saya ada maklum aspirasi utama dokumen DIPKN ini adalah untuk membina keupayaan industri pertahanan. Sebagai contoh, dalam industri pembinaan kapal. Kita juga sedia maklum kerajaan telah mengumumkan pembelian kapal LMS dari
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
luar negara. Maka aspirasi DIPKN ini tidak relevan malah bertentangan dengan pembelian terus yang akan dilaksanakan oleh kerajaan. Mohon penjelasan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih Yang Berhormat Lumut atas dua persoalan yang dikemukakan. Tan Sri Yang di-Pertua, kalau kita melihat, sebenarnya kita tidak menangguhkan. Sebenarnya kalau kita lihat macam tadi saya sebut ada dua aspek yang kita lihat dalam kita nak memuktamadkan DIPKN ini.
Pertama adalah berkaitan dengan apa yang telah saya nyatakan tadi iaitu tentang pelancaran New Industrial Master Plan 2030 daripada MITI itu sendiri. Jadi kita sudah memuktamadkan perbincangan dengan pihak MITI bagi memastikan bahawa Dasar Industri Pertahanan ini tidak bercanggah dengan apa yang telah dirancang dalam konteks pembangunan negara kita. Begitulah juga kalau kita tengok yang terkait juga dengan CPTPP, yang terkait dengan tender bebas dan tender di peringkat antarabangsa itu juga, kita ambil kira dalam kita membina Dasar Pertahanan Negara.
Sebab itu kalau disebut tadi seolah-olah bahawa kita menangguhkan, ada kaitan dengan isu-isu yang melibatkan LCS dan seumpamanya, saya fikir itu tidak terkait kerana dalam kita merangka Dasar Industri Pertahanan Negara, teras-teras asas itu harus kita ambil kira. Sama ada kemampuan tempatan kita. Macam tadi disebut juga bila kita merangka Dasar industri Pertahanan, apakah semua aspek pertahanan dan industri pertahanan itu harus kita bangunkan sendiri.
Jadi sebab itu kalau kita lihat dalam tender dan kontrak-kontrak kita, ada apa yang kita sebut sebagai Industrial Collaboration Program, ICP kita. Jadi kita tahu bahawa dalam kita merangka dasar industri ini, perlu ada juga pemindahan teknologi dan juga kepakaran itu. Ini harus kita lakukan juga. Itu sahaja jawapan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah pelaksanaan DIPKN kelak akan menyebabkan negara bebas dari ketirisan dan unsur rasuah dan tidak seperti sekarang yang mana unsur ketirisan mudah berlaku?
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Sebab, kalau kita lihat, antara perkara penting dalam kita membangunkan DIPKN ini adalah teras- teras asas dia. Sebab itu, di kala kita membangunkan Kertas Putih Pertahanan dan bila kita bangunkan DIPKN ini, kita ada lima teras penting.
Antara teras penting yang kita sebut adalah tentang— mungkin saya boleh maklumkan. Yang pertama, kita tengok dari segi sektor ekonomi. Apa manfaat daripada DIPKN ini kepada sektor ekonomi kita.
Kedua adalah tentang industri pertahanan dan keselamatan kerana kita tahu bahawa DIPKN ini bukan terlibat pada pertahanan sahaja tetapi dia terlibat juga dalam aspek-aspek keselamatan negara.
Ketiga adalah tentang keupayaan tempatan.
Keempat adalah tentang manfaat sosioekonomi termasuk peranan-peranan veteran kita dalam industri ini juga. Tapi, apa yang disebut oleh Bukit Bintang tadi ada dalam teras yang kelima ini. Bila kita bangunkan DIPKN ini, kita harus melihat bahawa industri yang kita bangunkan itu, pertama, dia lebih telus dan dia juga kekal mampan. Jadi, kita tak mahu membangunkan industri, akhirnya kita tak boleh sustain dalam industri ini sendiri. Bagaimana aspek-aspek ketelusan itu diambil kira dalam teras kelima ini.
Itu sahaja jawapan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Seterusnya Batang Sadong tidak berada dalam Dewan. Baru balik dari APEC. Saya jemput Dato’ Ahmad bin Saad, Pokok Sena.
[Soalan No. 3 – YB. Puan Rodiyah binti Sapiee (Batang Sadong) tidak hadir]
4. Dato’ Ahmad bin Saad @ Yahaya [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan perkembangan cadangan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) mengenai penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas bagi melaksanakan kajian terhadap kompetensi Dewan Undangan Negeri dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena.
Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan mengambil maklum berkenaan dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor semasa Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada 28 Ogos 2023 yang lalu mengenai cadangan penubuhan Jawatankuasa Khas yang terdiri daripada golongan pakar dan pengamal undang-undang yang berkelayakan.
Jawatankuasa Khas ini bertanggungjawab untuk mengkaji isu-isu yang melibatkan bidang kuasa Persekutuan dan negeri khususnya berkaitan dengan kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) mengenai penggubalan undang-undang Islam serta bidang kuasa mahkamah syariah menurut Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan mencari satu jalan penyelesaian yang terbaik dan harmoni.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini, kesemua nama anggota bagi Jawatankuasa Khas ini telah dimuktamadkan dan pelantikan telah pun dibuat.
Jawatankuasa Khas ini dianggotai oleh mantan Ketua Hakim Negara sebagai Pengerusi, mantan-mantan hakim, wakil-wakil daripada Jabatan Peguam Negara, wakil daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, wakil daripada Majlis Agama Islam Negeri, ahli-ahli akademik yang mempunyai kepakaran dalam bidang undang-undang sivil, syariah dan Perlembagaan Persekutuan dan peguam-peguam syarie dan sivil yang berpengalaman luas.
Jawatankuasa Khas ini dijangka akan bersidang untuk kali pertama pada 4 Disember 2023 bagi menetapkan hala tuju dalam pelaksanaan kajian dan penyelidikan, seterusnya mengesyorkan cadangan penyelesaian kepada masalah perundangan Islam di Malaysia ini.
Ini merupakan salah satu usaha dan komitmen kerajaan untuk menyelesaikan isu konflik bidang kuasa antara Persekutuan dengan negeri dan antara mahkamah sivil dengan Mahkamah Syariah demi memartabatkan dan memperkasakan perundangan syariah dan sistem kehakiman syariah di negara ini.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Pokok Sena.
Dato’ Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Soalan tambahan saya ialah apakah kerajaan menyediakan suatu pelan masa bermula dengan penubuhan Jawatankuasa Khas tersebut sehingga kepada syor dan tindakan yang akan diambil kerajaan bagi mengembalikan semula legitimasi DUN untuk menggubal undang-undang kesalahan jenayah syariah, terutama selepas kes Iki Putra?
Dato’ Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Satu lagi, adakah penubuhan Jawatankuasa Khas ini akan menyebabkan berlakunya pertindihan fungsi antara Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan yang ditubuhkan oleh MKI? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.
Sepertimana yang kita telah sedia maklum bahawa Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan semalam, setelah mendengar hujah-hujah daripada peguam pada pihak pempetisyen dan juga di pihak-pihak yang lain. Mahkamah Persekutuan telah reserve ataupun, dengan izin, menentukan satu tarikh yang kemudian untuk keputusan dibuat.
Dalam konteks ini, Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pokok Sena, Jawatankuasa Khas yang dibentuk ini juga akan meneliti alasan-alasan penghakiman yang dikemukakan bukan sahaja dalam kes Iki Putra yang disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi, termasuk juga dalam kes yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Jadi, dalam konteks tempoh masa, kita harapkan agar jawatankuasa yang dibentuk nanti, setelah meneliti alasan-alasan penghakiman yang diputuskan dalam kes Nik Elin nanti, akan mengemukakan syor-syor, termasuklah sekiranya ada keperluan untuk meminda mana-mana undang-undang ataupun kalau ada cadangan untuk meminda Perlembagaan.
Syor-syor tersebut, sepertimana yang telah dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Tambun sebentar tadi, akan dibawa kepada Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam untuk mendapat persetujuan sebelum dibawa kepada Majlis Raja-raja untuk mendapatkan perkenan berkaitan dengan syor-syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas yang telah dibentuk ini. Itu yang pertama, Tan Sri Yang di-Pertua.
Perkara yang kedua berkaitan dengan pertindihan antara fungsi Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan dengan Jawatankuasa Khas yang dibentuk ini. Untuk makluman Yang Berhormat, Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan adalah merupakan salah satu jawatankuasa yang baru dibentuk di bawah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam.
Jawatankuasa Perundangan Islam ini bertujuan untuk menambah baik, menyelaras dan menggalakkan penyeragaman undang-undang syariah antara negeri- negeri dan pengharmonian undang-undang syariah dengan undang-undang sivil bagi memastikan kedua-dua sistem perundangan ini dapat dimartabatkan dan saling lengkap melengkapi.
Jadi, maknanya, Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan ini yang telah mendapat perkenan— yang satu masa dahulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil berperanan untuk mengesyorkan kepada MKI dan seterusnya memberikan pandangan kepada Majlis Raja-raja untuk melihat kepada usaha-usaha pengharmonian antara undang-undang sivil dan juga undang-undang syarak. Ini fungsi yang diberikan kepada Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan.
Manakala Jawatankuasa Khas yang dibentuk ini, seperti mana yang telah dititahkan oleh Pengerusi MKI, secara khusus akan melihat kepada keperluan untuk melihat kepada kompetensi Dewan Undangan Negeri dalam membuat undang-undang khususnya berkaitan tentang undang-undang syariah. Jadi, dia berbeza dengan terms of reference yang diberikan kepada Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan.
JPIK ini, Tan Sri Yang di-Pertua, adalah merupakan jawatankuasa tetap di bawah MKI. Manakala Jawatankuasa Khas untuk mengkaji sejauh mana kompetensi Dewan Undangan Negeri ini adalah merupakan ad hoc Jawatankuasa Khas yang dibentuk semata-mata untuk address issues, dengan izin, kes-kes yang telah diputuskan sama ada dalam kes Iki Putra dan juga dalam kes yang melibatkan cabaran kepada kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk membuat undang-undang syariah dan juga yang
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Ini perbezaan antara JPIK dan Jawatankuasa Khas yang dibentuk ini.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Sila, Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Menteri. Soalan yang hampir sama sebenarnya saya tanya secara lisan dan dijawab secara bertulis oleh Menteri pada minggu lepas tetapi Menteri kata masih lagi dikaji. Saya kira jawapan pada hari ini lebih tuntas iaitu sudah ada jawatankuasa dan sudah ada penama-penama yang dicadangkan.
Saya ingin mendapatkan jaminan daripada Menteri. Adakah di antara perkara yang akan dikaji oleh jawatankuasa ini nanti akan membawa kepada meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang sekarang terikat dengan batasan hukuman 356 iaitu tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan atau 563 dalam Akta Mahkamah Syariah 1984. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato' Seri Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Berkaitan dengan isu bidang kuasa Mahkamah Syariah, khususnya dalam bidang kuasa jenayah, yang ini melibatkan Rang Undang-undang 355, yang mana pindaannya telah dicadangkan dan sedang dikaji semula berkaitan dengan bidang kuasa jenayah mahkamah, Mahkamah Syariah ini.
Dalam konteks jawatankuasa yang dibentuk ini, saya percaya secara tidak langsung Yang Berhormat Pasir Mas, jawatankuasa ini juga terms of reference ataupun tugas utama ialah melihat kepada kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk membuat undang-undang berkaitan khususnya berkaitan dengan undang-undang syariah. Adapun berkaitan dengan rang undang-undang yang melibatkan perluasan bidang kuasa jenayah Mahkamah-mahkamah Syariah ini, yang ini telah diperuntukkan sebelum bawah ini.
Contohnya, di bawah Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan, telah membincangkan berkaitan tentang usaha ataupun cadangan-cadangan untuk meluaskan bidang kuasa jenayah syariah. Tetapi apa yang kita harapkan dalam Jawatankuasa Kompetensi Dewan Undangan Negeri ini ialah lebih luas daripada itu. Maknanya melihat sekiranya kalau ada mana-mana peruntukan undang-undang yang menghalang daripada contohnya undang-undang yang membolehkan cabaran terhadap undang-undang yang diperuntukkan kepada Mahkamah Syariah dicabar di mahkamah sivil contohnya.
Jadi, Jawatankuasa Khas ini akan melihat apakah punca ia di situ dan sekiranya ada keperluan untuk meminda mana-mana undang-undang ataupun sekiranya ada keperluan untuk meminda Perlembagaan, syor ini akan dikemukakan. Jadi, saya boleh ringkaskan di sini Yang Berhormat Pasir Mas, insya-Allah berkaitan dengan perluasan bidang kuasa jenayah syariah, yang ini telah dibincangkan dan telah diambil tindakan sejak daripada dahulu lagi.
Cuma yang akan diambil tindakan secara khusus oleh jawatankuasa khas ini ialah untuk melihat kepada kes-kes yang akan diputuskan nanti, apa alasannya dan apa usaha yang boleh dibuat sebab kebimbangan Pengerusi MKI ialah kemungkinan ada kelompangan pada undang-undang yang menyebabkan undang-undang syariah ini boleh dicabar. Jadi, kalau puncanya adalah disebabkan oleh kelompangan kepada undang- undang tersebut ataupun dalam Perlembagaan, maka undang-undang dan Perlembagaan ini akan dikaji dan dilihat dan disyorkan oleh jawatankuasa khas tersebut. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Seterusnya saya jemput Dato' Seri Aminuddin bin Harun, Port Dickson.
5. Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun [Port Dickson] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah program sokongan kebajikan dan inisiatif bagi menjana pendapatan yang disediakan untuk atlet Paralimpik selepas mereka bersara.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan kita sentiasa memberikan perhatian terhadap aspek kebajikan bekas atlet yang telah mengharumkan nama negara termasuk atlet kurang upaya.
Di pihak kementerian, Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) telah pun diberikan tanggungjawab untuk membantu menguruskan aspek kebajikan bekas atlet kurang upaya. Pada masa ini, seramai 184 orang bekas atlet kurang upaya terdiri daripada 141 orang lelaki dan 43 orang wanita telah pun berdaftar sebagai ahli YAKEB.
Pihak YAKEB telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang bermatlamat untuk menjana pendapatan bekas atlet termasuk atlet kurang upaya. Misalnya melalui kerjasama dengan Institut Sukan Negara, YAKEB telah menganjurkan Program Kursus Kejurulatihan Khusus untuk bekas atlet kurang upaya mengembangkan karier dalam lapangan kejurulatihan.
Pada tahun ini, seramai 15 orang atlet kurang upaya telah terlibat dalam Kursus Kejurulatihan Sains Sukan Tahap 2 yang dianjurkan daripada 24 sehingga 28 Julai 2023.
Selain itu, pihak YAKEB turut menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengendali aplikasi pencarian jurulatih secara dalam talian GoCoach untuk membuka peluang lebih besar kepada bekas atlet kurang upaya negara yang mempunyai kelayakan dan minat yang bersesuaian untuk menjadi jurulatih secara sepenuh masa atau separuh masa kepada murid sekolah dan golongan remaja yang memerlukan bimbingan khusus.
Program kerjasama ini telah memberi manfaat kepada sembilan bekas atlet. Di samping itu, melalui sinergi bersama-sama dengan pihak PROLINTAS, pihak YAKEB telah membuat atau membuka ruang kepada bekas atlet kurang upaya untuk menjadi jurulatih kepada anak-anak daripada Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih di Chow Kit.
Program ini telah berlangsung pada bulan ini melibatkan empat orang bekas atlet. Selain membuka peluang atlet untuk terlibat dalam lapangan kejurulatihan, YAKEB turut menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Hasanah dalam melaksanakan pelbagai kursus kemahiran dan keusahawanan kepada bekas atlet termasuk atlet kurang upaya. Langkah ini diambil untuk memberikan pengetahuan untuk mencari punca pendapatan baharu.
Pada tahun ini, kursus ini telah memasuki tahun ketiga dan melibatkan penyertaan seramai 30 orang atlet kurang upaya. Melalui usaha sama strategik YAKEB bersama- sama dengan DHS Hospitality Academy dan Open University, sehingga bulan Oktober 2023, seramai 20 orang atlet kurang upaya telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan. Tawaran ini adalah bersifat biasiswa penuh dan usaha ini memberikan peluang yang baik kepada atlet kurang upaya meningkatkan tahap pendidikan dan seterusnya membuka ruang penambahan pendapatan.
Selain itu, pihak YAKEB turut sedang berunding dengan pihak Genting Malaysia Berhad dan Allianz Malaysia untuk menawarkan pekerjaan kepada enam orang bekas atlet dalam bidang hospitaliti dan insurans. Kementerian sentiasa berusaha gigih untuk menyediakan peluang kepada bekas-bekas atlet kurang upaya agar mereka dapat terus meningkatkan taraf hidup termasuk peluang menjana pendapatan. Usaha ini akan terus dipergiat termasuk meneroka kerjasama berterusan dengan pihak badan korporat.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Port Dickson.
Dato' Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Selain bantuan yang disalurkan oleh Yayasan Kebajikan Atlet (YAKEB) kita sedia maklum, apakan bentuk bantuan fizikal yang boleh dibantu kepada atlet-atlet yang telah berjaya mengharumkan nama negara sebelum ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, YAKEB turut menyediakan 12 bentuk sokongan kepada bekas atlet menerusi Skim Bantuan Khas YAKEB yang meliputi antara lainnya:
(i) khairat kematian;
(ii) pembiayaan rawatan perubatan dan juga pembiayaan alat sokongan perubatan;
(iii) bantuan bencana alam;
(iv) bantuan melangsungkan perkahwinan;
(v) bantuan kewangan bulanan; dan
(vi) bantuan melanjutkan pelajaran.
Sejak mula beroperasi pada tahun 2007, seramai 108 bekas atlet kurang upaya telah menerima manfaat berkenaan bersamaan dengan nilai sebanyak RM2 juta. Dalam jumlah berkenaan, bantuan pembiayaan rawatan perubatan adalah yang terbesar iaitu RM1.4 juta.
Manakala bagi peralatan sokongan perubatan pula sebanyak RM98,690 telah dibelanjakan untuk membeli peralatan seperti kaki palsu, kerusi roda, katil khas dan pelbagai lagi bagi memenuhi keperluan semasa bekas atlet kurang upaya. Bantuan kewangan bulanan turut diberikan kepada mereka yang tidak berupaya untuk bekerja termasuk yang diberhentikan kerja dan tiada sumber pendapatan. Bantuan ini diberikan secara bulanan dan akan disemak semula selepas mencapai tempoh enam bulan.
Sejak 2007, sebanyak RM217,800 telah disalurkan kepada bekas atlet kurang upaya melalui skim bantuan ini. Selain itu, keceriaan kehidupan juga turut dijadikan fokus pihak YAKEB dalam membantu bekas atlet-atlet negara. Melalui kerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor, satu program khas iaitu Home Makeover telah dilaksanakan tahun ini. Program ini bagi membolehkan rumah bekas atlet yang terpilih yang mengalami kerosakan dibaik pulih semula dan di antara mereka diberi sumbangan dalam bentuk isi rumah dan usaha untuk mendatangkan keceriaan dalam kehidupan mereka. 50 bekas atlet telah terpilih dan tiga daripadanya adalah bekas atlet kurang upaya.
Tuan Yang di-Pertua
Ya Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih YBH, YB Hang Tuah Jaya, bukan Mr. H.
[Ketawa] Terima kasih. Saya nak bertanya berkenaan dengan atlet Paralimpik dan atlet Olimpik ini. Satu cadangan daripada kerajaan sebelum ini ialah untuk meluaskan pencen dan juga ganjaran bukan sekadar kepada atlet yang berjaya mendapatkan pingat di Sukan Olimpik tetapi yang berjaya masuk ke Sukan Olimpik pun akan diberikan ganjaran dan sumbangan serta berupa pencen yang mungkin dalam nilai yang akan difikirkan perlu oleh kerajaan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Walaupun ia masih belum dilaksanakan, tapi setakat manakah kerajaan bersedia untuk berfikir ke arah itu bagi menjamin kebajikan atlet-atlet ini selepas mereka bersara?
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih. Bagi soalan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, kita akui bahawa selain daripada bantuan yang telah disediakan menerusi YAKEB, kita juga ada contohnya skim kemenangan yang mana setiap bekas atlet tak kira sama ada abled ataupun disabled diberikan ganjaran yang setimpal.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Adam Adli Abd Halim
Manakala dari segi bentuk pencen, ini sedang diperhalusi. Jika terdapat sebarang maklumat tambahan, saya akan kemukakan secara bertulis kerana ini melibatkan peruntukan-peruntukan tambahan yang mungkin sebelum ini tidak berada dalam anggaran perbelanjaan mengikut polisi atau dasar yang lampau. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid, Kuala Kangsar.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Singgah Kuala Kangsar elok bermalam, Penuh sejarah adab dan resam, Bandar Diraja aman tenteram, Puan Yang di-Pertua, soalan saya nombor enam.
6. Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan mekanisme yang sedang dipertimbang bagi melesenkan penyedia platform besar seperti Google, Meta dan TikTok yang menjana pendapatan menerusi kandungan daripada organisasi media tempatan dan apakah kesan jangka panjang pelesenan ini terhadap kemampanan ekosistem industri media negara.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Dato' Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Puan Yang di-Pertua, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sentiasa berusaha untuk memastikan kemapanan ekosistem industri media negara. KKD dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih di peringkat meneliti dan mengkaji keperluan untuk melesenkan atau mendaftarkan penyedia platform besar seperti Google, Meta, TikTok dan sebagainya. Penelitian serta kajian ini merangkumi pelbagai perkara termasuklah implikasi dari sudut polisi terhadap perkhidmatan, aspek pelaburan dan perdagangan, kaedah percukaian serta aspek keselamatan pengguna di Malaysia.
Pada masa ini, belum ada sebarang keputusan atau pendirian yang dibuat oleh kerajaan berhubung perkara ini. Walau bagaimanapun, usaha-usaha awal telah dilaksanakan melalui beberapa siri libat urus bertujuan untuk membincangkan dan mendapatkan input serta maklum balas daripada pelbagai pemegang taruh dan pihak- pihak yang berkepentingan di Malaysia berhubung perkara ini. Satu jawatankuasa turut dibentuk bagi meneroka dan memperincikan perkara yang melibatkan perundangan dan mencari jalan terbaik bagi mendapatkan hasil yang positif kepada semua pihak di Malaysia termasuklah industri media tempatan. Sekian jawapan saya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Kangsar.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Soalan tambahan saya, sejauh manakah respons daripada para penyelidik platform tersebut terhadap cadangan ini? Berapakah anggaran nilai pulangan yang boleh dijana hasil pelesenan kepada penyediaan platform Google, Meta, TikTok ini yang telah sekian lama mengeksploitasi banyak kandungan yang dihasilkan oleh organisasi media di Malaysia kepada industri media negara?
Yang kedua, susulan tindakan Indonesia menamatkan perkhidmatan beli-belah online atau TikTok Shop yang dibuat bagi melindungi perniagaan tempatan dan hasil daripada itu, TikTok bersama Youtube dan Meta seperti yang dilaporkan telah mempertimbangkan untuk memohon lesen e-commerce bagi meneruskan operasi mereka di Indonesia. Soalan saya, adakah kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan perkara yang sama pada masa akan datang?
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat atas soalan tambahan tersebut. Pertama, maklum balas daripada penyedia platform, saya rasa kebanyakan platform provider, penyedia platform tidak suka ataupun tidak akan sokong idea untuk perlulah buat pendaftaran. Kerana setakat ini kalau kita nampak bahawa di ASEAN, hanya dua negara yang sebenarnya mewajibkan tech giants seperti Meta dan Google untuk buat pendaftaran dengan mereka iaitu Singapura dan juga Indonesia. Jadi saya percaya bahawa their natural response adalah mereka nak cari cara-
Puan Teo Nie Ching
cara yang lain untuk mengatasi ataupun memenuhi permintaan-permintaan daripada sesebuah kerajaan.
Isu kedua, apa dia keuntungan yang boleh kita dapat melalui pelesenan tersebut.
Saya nak tegaskan di sini, kalau kita nak mewajibkan pelesenan, itu hasratnya bukan untuk mendapat untung. Tetapi, saya faham soalan daripada Yang Berhormat Kuala Kangsar iaitu bagaimana kita nak pastikan bahawa organisasi media tempatan bolehlah dapat kongsi keuntungan yang telah sekarang advertisement punya expenditure yang telah pergi ke tech giants tersebut dan bukan lagi dikongsi, tidak dikongsi dengan organisasi media tempatan.
Kami nampak bahawa the other inisiatif-inisiatif — pendirian KKD adalah kalau kita percaya bahawa organisasi-organisasi media tempatan juga bolehlah mulakan perbincangan dengan tech giants tersebut supaya mereka boleh cari satu formula yang sesuai supaya pendapatan untuk advertising itu bolehlah dikongsikan di antara dua. Ini juga adalah formula yang telah diguna pakai di Taiwan.
Jadi, kalaulah perkara ini perlulah sokongan daripada kementerian, kami sudilah untuk membantu. Saya percaya bahawa kalau pada tahun depan kami boleh meluluskan rang undang-undang untuk mewujudkan Majlis Media Malaysia, jadi ini merupakan salah satu perkara yang bolehlah diteliti dan juga di-championed oleh majlis media tersebut untuk pastikan bahawa perkongsian untuk keuntungan daripada kandungan yang diwujudkan ataupun yang dibuat, dicipta oleh organisasi media tempatan tersebut.
Isu ketiga disebut oleh Yang Berhormat adalah tentang TikTok Shop. Saya sendiri telah mengadakan satu mesyuarat dengan TikTok dan untuk tahu bahawa bagaimana TikTok Shop sebenarnya beroperasi di Malaysia. Hasil daripada mesyuarat tersebut menunjukkan bahawa 96 peratus punya penjual di TikTok Shop adalah daripada Malaysia. Ini pertama.
Jadi, maksudnya, hanya empat peratus adalah daripada luar negara. Bukan sahaja TikTok Shop ataupun e-vendor itu boleh dapatlah pendapatan, tetapi satu lagi adalah content creator ataupun kita cakap affiliated yang membantu sesuatu kedai untuk promote produk mereka. Mereka juga boleh dapat keuntungan daripada content yang mereka cipta tersebut.
Jadi setakat ini, KKD belum buat apa-apa keputusan terhadap TikTok Shop sama ada kita nak wajibkan mereka untuk dapatkan lesen. Ini adalah salah satu perkara yang kami akan berbincang dengan kementerian-kementerian yang lain yang berkaitan seperti KPDN. Tetapi setakat ini, kita tidak buat satu keputusan lagi terhadap perkara tersebut.
Jadi sekiranya ada apa-apa perkembangan, saya percaya bahawa kami akan buat pengumuman pada masa yang lebih sesuai. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jelebu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, Dato’ Yang di-Pertua. Saya ingin merujuk kepada Buletin TV3 yang dikeluarkan pada 20 November untuk makluman Menteri, yang bertajuk, “Meta, TikTok terima desakan Israel buang kandungan perang di Palestin”. Saya baca sedikit Dato' Yang di-Pertua, “Meta dan TikTok menerima lebih 8,000 permintaan daripada Israel untuk mengeluarkan kandungan berkaitan dengan konflik peperangan di Palestin kerana didakwa melanggar dasar syarat menurut Pejabat Pendakwa Raya Israel. Agensi itu memaklumkan lebih daripada 94 peratus daripada kandungan merentas laman sosial utama itu sudah dikeluarkan”.
Satu lagi petikan Puan Yang di-Pertua ialah pihak pendakwa Israel juga, “Pihaknya sudah meminta supaya kandungan yang mencetuskan keganasan dibuang dan yang lebih malang sekali, pihak pejabat itu juga meminta supaya lagu yang memuji pejuang Hamas dan berfungsi sebagai runut bunyi untuk ribuan video di TikTok untuk turut diturunkan”. Soalan saya kepada pihak kementerian, apakah pendirian kerajaan dan pendirian kementerian tentang dan berkaitan dengan isu ini? Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Yang Berhormat Jelebu atas soalan tambahan tersebut. Kami dulunya pun ada — kami pun pernah menerima aduan daripada orang awam bahawa content, content di TikTok yang memihak Palestin telah diturunkan
Puan Teo Nie Ching
oleh pihak TikTok. Oleh sebab itu, kami telah memanggil TikTok untuk bagi satu penjelasan.
Dalam sesi pertemuan tersebut, TikTok menafikan bahawa mereka memihak kepada mana-mana pihak. Jadi, itu juga merupakan pesanan daripada KKD kepada TikTok dan juga platform provider yang lain bahawa pendirian Malaysia adalah sangat jelas dan kita tidak mengizinkan ataupun kita tidak menggalakkan meminta mereka untuk turunkan apa-apa content yang memihak kepada Palestin.
Tetapi juga, ada satu nasihat daripada KKD kepada platform provider ialah kita nak pastikan bahawa content yang terlalu violent, janganlah kita benarkannya di-upload ke platform media sosial kerana banyak juga pengguna-pengguna yang juga agak mungkin akan complaint bahawa mereka ada gangguan emosi kalau content yang terlalu violent itu juga diizinkan, dibenarkan untuk upload dalam platform.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Terima kasih Speaker. Soalan saya nombor seven, cakap orang kampung saya. Nombor tujuh. Terima kasih.
7. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan usaha kementerian bagi memastikan setiap rakyat dalam negara ini mampu untuk memiliki rumah sendiri yang mampu dimiliki berdasarkan kepada pendapatan mereka serta sistem pembiayaan untuk mereka yang tidak dapat pembiayaan institusi kewangan.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanya agak sopan hari ini.
[Dewan ketawa]
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Mengenai mekanisme untuk membantu rakyat yang ingin memiliki rumah tetapi tidak dapat pembiayaan institusi kewangan. Kerajaan Madani sentiasa komited membela nasib rakyat dan telah menyediakan inisiatif di bawah aspek pembiayaan bagi menggalakkan pemilikan rumah di seluruh negara.
Melalui Inisiatif i-Biaya di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), kerajaan memberi jaminan had pembiayaan sehingga RM500,000. Ini termasuk jumlah pembiayaan pokok, Jaminan Tempoh Pengurangan Gadai Janji (MRTA) atau Takaful Gadai Janji (MRTT), yuran guaman dan yuran penilaian. Pembiayaan ini menyasarkan golongan yang tidak memiliki slip gaji.
Contohnya pekerja gig, usahawan kecil, petani atau nelayan, pekerja bebas iaitu freelance dan adalah terhad kepada rumah pertama. Walau bagaimanapun, pembiayaan ini tidak terhad untuk kediaman baharu sahaja, tetapi termasuk juga rumah sedia ada atau rumah lelongan.
Berdasarkan pengumuman Ekonomi Madani baru-baru ini, jumlah keseluruhan jaminan yang telah diberi oleh kerajaan telah meningkat kepada RM10 bilion sepanjang tempoh pelaksanaan SJKP ini. Di sepanjang pelaksanaan sehingga 30 September 2023, sebanyak 30,841 permohonan pinjaman bernilai RM5.85 bilion telah diluluskan.
Seterusnya, melalui Belanjawan 2024 telah mencadangkan untuk menambah lagi RM10 bilion jumlah jaminan bagi memanfaatkan 40,000 peminjam.
Selain itu, Inisiatif Pemilikan Kediaman Malaysia (i-Miliki) dilaksanakan bagi memberikan pengecualian atau peremitan duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi harga rumah sehingga RM1 juta untuk pembeli rumah pertama bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dari 1 Jun 2022 hingga 31 Disember 2023.
Untuk makluman Puan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, terdapat dua kategori di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) iaitu PPR dimiliki dan PPR disewa yang dikhaskan kepada golongan B40. Kerajaan juga telah memperkenalkan kaedah yang dipanggil sewa untuk milik ataupun rent-to-own (RTO) bermula tahun 2017. Jadi
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
untuk RTO ini, kita telah laksanakan di 18 PPR di seluruh negara yang melibatkan 7,234 unit. Sehingga 30 September 2023, sebanyak 5,620 buah keluarga telah ditawarkan Skim RTO PPR di seluruh negara. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Terima kasih Menteri. Cuma nak tanya dengan Speaker, kalau saya tak tanya soalan tambahan boleh tak?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Boleh.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Boleh ya tetapi saya nak tanya.
Baik Menteri, terima kasih.
Saya nak tanya dengan Yang Berhormat Menteri, adakah pihak kerajaan ada usaha untuk mengkaji Akta Perumahan bagi dalam persoalan kita melihat daripada segi projek-projek perumahan yang terlalu banyak yang dibina? Itu pertama.
Kemudian yang keduanya daripada segi harga. Itu yang kedua.
Kemudian yang ketiganya, projek-projek yang terbengkalai khususnya daripada segi persoalan untuk anak-anak muda kita, membolehkan anak-anak muda kita untuk membeli rumah yang pertama. Terima kasih Speaker, terima kasih Timbalan Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Bagi pertanyaan tadi sebenarnya ada tiga persoalan yang agak besar iaitu bagaimana untuk kita melihat dari segi kawalan soal jumlah pembinaan.
Di sini yang macam saya pernah terangkan sebelum ini, sememangnya bila berlaku perkara ini menyebabkan keadaan overhang ataupun perumahan rumah yang tidak terjual. Maka, bagi mengatasi masalah ini, antara pendekatan yang dibuat adalah untuk terus menggalakkan pihak pemaju untuk melaksanakan kajian feasibility studies sebelum mereka memulakan sebarang projek pemajuan. Itu jawapan secara dasarnya.
Untuk perkara yang kedua dan ketiga, soal harga sememangnya kita tahu industri perumahan ini adalah berbentuk bebas. Maksudnya, pemaju berhak untuk menjual rumah tersebut. Buat ketika ini, kerajaan tidak ada hasrat untuk menyekat mana-mana dari segi kawalan harga.
Cuma, di peringkat kerajaan ini kita ada dasar untuk menggalakkan perumahan mampu milik iaitu dasar tersebut yang menetapkan ketika ini harganya adalah pada bawah RM300,000. Cuma, dasar ini juga kita sedang lihat, teliti kerana dari segi harga itu berbeza mengikut lokaliti dan keperluan kawasan masing-masing. Jadi, supaya yang akan datang ini biarlah rumah mampu milik itu juga menggambarkan kemampuan dari sudut pihak pembeli itu sendiri juga bukan hanya daripada segi tawaran harga daripada rumah di luar.
Terakhir sekali, berkaitan dengan projek terbengkalai. Ini memang saya sering kemas kini dari segi melalui task force perumahan projek sakit dan terbengkalai. Cuma, sebab Yang Berhormat sebut soal bagaimana untuk kita mengelakkan perkara ini berlaku, hasil dapatan daripada task force ini kita juga mengenal pasti dari segi punca masalah itu berlaku.
Contohnya, projek itu bermasalah disebabkan masalah dalaman ataupun masalah luaran. Dalaman itu adalah kita merujuk kepada keadaan syarikat itu sendiri iaitu sama ada keupayaan syarikat itu membuat rumah dan menyiapkan projek tersebut, keupayaan untuk menjual sehingga kalau tidak terjual berlaku gangguan kepada aliran tunai.
Perkara inilah seperti Yang Berhormat sebut tadi, ada keperluan untuk kita menilai untuk memperkasakan kawalan dari segi sama ada di peringkat akta, Akta 118 dan kedua dari segi peraturan. Jadi, perkara ini ada yang untuk jangka panjang, memang soal pindaan akta. Yang dijangka lebih sederhana ataupun pendek, kita cuba perkemaskan pemantauan melalui Sistem HIMS yang untuk mengenal pasti jika berlaku masalah itu,
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
red flag itu lebih awal. Tidak terlalu di penghujung menyebabkan projek itu tidak lagi dapat diselamatkan dan akhirnya terbengkalai. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah pendekatan kerajaan dalam menangani ketidakseimbangan antara penawaran dan permintaan perumahan di lokaliti tertentu termasuk lah di Lembah Klang? Serta sejauh manakah kajian keberkesanan telah dijalankan terhadap Dasar Perumahan Negara 2018-2025 termasuk dari segi penstrukturan semula industri perumahan serta pemantauan secara berterusan?
Kedua ialah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) telah lama ditubuhkan untuk membantu orang awam yang bekerja sendiri, yang tidak mempunyai dokumen pendapatan rasmi ataupun slip gaji, golongan berpendapatan yang tidak tetap, pekerja gig dan golongan berpendapatan rendah mendapatkan rumah pertama. Soalan saya, sejauh manakah sambutan institusi perbankan terhadap skim tersebut?
Hal ini kerana saya mendapat maklum bahawa rakyat tetap tidak dapat memanfaatkan skim tersebut kerana kebanyakan bank tidak menggunakannya. Apakah mekanisme kerajaan bagi memastikan institusi perbankan berminat dengan skim tersebut dan juga skim-skim lain yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Kuala Krai atas dua persoalan yang dibangkitkan.
Untuk soalan yang pertama, soal overhang. Sepertimana yang saya perjelaskan tadi, cabarannya bila berlaku ketidaksepadanan antara permintaan dan juga tawaran.
Maka, apabila tawaran itu berlaku lambakan, maka berlakulah overhang di dalam pasaran. Maka sebab itu, di peringkat kementerian, sememangnya satu sudut kita melihat supaya data ataupun pemahaman soal industri ini kita perkasakan.
Jadi, antara yang kita dalam perancangan ini adalah untuk membina Big Data Analytics (BDA) ini, yang mana bulan lepas pun saya telah ataupun awal bulan ini, yang kita telah mengadakan engagement (sesi libat urus). Insya-Allah, bermula tahun hadapan, kita pun telah seperti dalam peruntukan dalam belanjawan dalam peringkat Jawatankuasa semalam pun memang ada tajuk khusus untuk BDA yang telah kita terima untuk kita bina kan, untuk membina sistem BDA tersebut.
Seterusnya adalah soal feasibility studies seperti mana yang saya terangkan kepada Hulu Langat, memang itu antara perkara yang kita beri penekanan kerana akhirnya, di peringkat KPKT kita meluluskan lesen pemajuan dan juga pengiklanan.
Tetapi, untuk lesen ataupun kebenaran merancang itu terletak di peringkat PBT. Jadi apabila digambarkan bahawa kita menggalakkan supaya feasibility itu dijalankan, itu termasuk terguna pakai di peringkat berkuasa tempatan.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Maka sebab itu, kawalan itu melalui pihak PBT tadilah. Berkaitan dengan persoalan daripada SJKP perkara ini ialah sebenarnya SJKP ini terletak di bawah kawalan kementerian kewangan Timbalan Menteri pun ada di sini mungkin kalau ada perkara itu boleh disusuli cuma di sini juga mengapa di peringkat kementerian KPKT kami sering menguar-uarkan isu SJKP ini supaya pihak yang ingin membuat pinjaman itu ada mekanisme ini.
Saya boleh secara ialah kerana Yang Berhormat pun bangkitkan dari sudut keadaan yang mungkin terima aduan, sekiranya aduan itu berlaku saya rasa mungkin disebabkan pihak yang berkenaan ingin memastikan produk mereka itu dijual dahulu ataupun diterima oleh pihak yang ingin mendapatkan pembiayaan. Maka, sebab itu perkara ini mungkin disimpan atau sebagainya.
Cuma di peringkat ini bila pemahaman itu lebih luas bahawa kerajaan telah menambahkan lagi peruntukan sebanyak RM10 bilion dalam Belanjawan 2024, maka
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
perkara ini akan membolehkan mereka yang berminat boleh berhubung ataupun melalui institusi kewangan tersebut dan perkara ini boleh mengguna pakai data yang kita kongsikan di sinilah sebab kerisauan itu mungkin ada kalau ada pihak yang berkenaan mungkin ingin memfokuskan kepada produk mereka tersendiri dahulu sebelum berkongsikan produk ataupun skim SJKP daripada pihak kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor lapan.
8. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [Muar] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan berdasarkan sasaran yang diletakkan oleh KBS untuk menghantar wakil untuk acara breakdance di pentas Olimpik Los Angeles 2028:
(i) apakah bentuk bantuan yang disediakan oleh pihak kementerian sebagai persediaan wakil tersebut untuk Olimpik 2028; dan
(ii) adakah pihak kementerian juga akan meneroka acara-acara sukan baru yang akan dipertandingkan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sukan breaking atau yang turut dikenali sebagai breakdancing ini tidak disenaraikan oleh pihak Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk dipertandingkan di temasya Olimpik Los Angeles 2028.
Namun begitu, sukan breaking ini akan dipertandingkan di Sukan Olimpik Paris 2024 tahun hadapan.
Sama seperti sukan-sukan lain atlet kita perlu melalui dan mencapai keputusan yang ditetapkan semasa pusingan kelayakan sebelum dapat bertanding di Sukan Olimpik.
Peluang untuk atlet breaking negara untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 adalah menerusi tiga kaedah:
(i) WSF World Championship di Belgium pada 23 dan 24 September 2023 yang memperuntukkan satu kuota sahaja;
(ii) kemudian di Sukan Asia Hangzhou China 2022 daripada 23 September sehingga 8 Oktober 2023 yang lepas. Ini pun satu kuota sahaja; dan
(iii) seterusnya adalah Olympic Qualifier Series dari Mac hingga Jun 2024. Ini tujuh kuota.
Atlet negara Sam Jee Lek atau lebih dikenali sebagai Lego Sam kini berada di kedudukan ke-86 ranking kelayakan Olimpik dan tempat ke-21 di peringkat Asia. Beliau perlu berada pada kedudukan ke-40 terbaik bagi melayakkan dirinya ke Olympic Qualifier Series (OQS) dan peluang terakhirnya adalah di kejohanan DSA Asian Single Dance Championship pada 19 hingga 22 Disember 2023 yang akan datang di Hong Kong. Kita sentiasa memberikan sokongan yang penuh untuk perkembangan sukan breaking ini dan bersedia untuk menempatkan atlet yang layak kepada pelbagai program pembangunan sukan berimpak tinggi.
Di samping itu, kementerian ini juga telah pun menerusi kerjasama dengan syarikat penyiaran Astro baru-baru ini menganjurkan program realiti televisyen Battleground Malaysia: Road to Gold yang bertujuan untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan breaking. Program ini telah di sertai oleh seramai 40 peserta dan mendapat sambutan hangat daripada penonton di seluruh negara. Ini adalah langkah penting yang kita lakukan dalam menghargai bakat sukan breaking tanah air selain mencungkil bakat- bakat baharu.
Berkaitan dengan aspek penerokaan sukan baharu yang bakal memberi manfaat dan peluang pingat buat negara kita, kementerian ini menyambut baik penyenaraian lima
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
sukan baharu untuk temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028 iaitu squash, cricket, baseball atau softball, lacrosse dan flag football seperti yang diumumkan oleh IOC pada 16 Oktober 2023 baru-baru ini.
Jadi, berdasarkan pada prestasi semasa, kementerian melihat sukan squash di antara lainnya mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk menghadiahkan pingat buat negara dan Jawatankuasa Road to Goal yang turut dianggotai oleh legenda squash negara Datuk Nicol Ann David sedang meneliti cadangan yang telah dikemukakan oleh Persatuan Squash Malaysia.
Datuk Nicol juga turut dilibatkan dalam perbincangan untuk melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara dan Persatuan Squash Malaysia, bagi menyediakan pelan strategik berkaitan dengan penyertaan dengan pasukan squash negara di Sukan Olimpik Los Angeles 2028. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih. Susulan daripada kemasukan breakdance bagi Sukan Olimpik 2024, bagaimana kementerian ingin memastikan bahawa acara breakdance dan juga acara-acara yang boleh dikaitkan sekali seperti apa yang sahabat-sahabat kita dalam Zeppo Youngsterz lakukan dan telah dinobatkan juara mencipta rekod bagi negara beberapa kali. Bagaimana kita nak pastikan bahawa ini bukan setakat bantuan one-off tetapi walaupun breakdance tidak dilibatkan lagi pada tahun 2028 tetapi bantuan secara terusan dapat diberikan kepada mereka?
Soalan kedua, saya rasa penyertaan sukan squash dimasukkan ke dalam temasya Olimpik ini adalah perkara yang baik dan bersejarah dan kerap sekali diperjuangkan oleh atlet negara khususnya Datuk Nicol. Adakah kerajaan akan meletakkan dana yang besar kerana squash ini kita at the top of the world dan kita ada lima tahun untuk persediaan?
Saya berharap bahawa sama seperti apa yang kita lakukan bagi our champion Azizulhasni di mana ada dana bagi tempoh masa lima tahun DE bukan setiap tahun, tetapi lima tahun DE. Saya harap perkara yang sama dapat dipertimbangkan bagi sukan squash persediaan temasya Olimpik. Terima kasih.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Yang Berhormat, untuk pengetahuan selain daripada kita laksanakan program-program berkala yang bertujuan untuk memperkukuhkan ekosistem sukan breaking ini yang seperti saya sebut tadi antaranya Battleground Malaysia yang memperuntukkan hadiah kemenangan yang disumbangkan oleh kementerian yang mencecah nilai sebanyak RM155,000 secara keseluruhan. Itu boleh digunakan kerana yang menyertai Battleground itu hari pun kebanyakannya datang daripada mereka yang terlibat secara langsung dengan sukan breaking ini.
Selain itu, kita juga menerusi MSN turut memperuntukkan sebanyak RM85,860 kepada Persatuan DanceSport Malaysia bagi tujuan untuk penyertaan bagi kejohanan- kejohanan antarabangsa. Dari masa ke semasa kita akan pastikan bahawa setiap keperluan mereka kita dapat penuhi dan saya setuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat bahawa perlu diperuntukkan satu dana yang berterusan agar sukan breaking ini sukan-sukan lain boleh kita perkukuhkan.
Untuk squash begitu juga kita percaya bahawa Jawatankuasa Road to Gold akan menetapkan akan bersidang dan akan mencapai satu keputusan bagaimana untuk kita pastikan antara lainnya atlet kita yang agak berjaya sekarang antaranya Sivasangari Subramaniam sekarang ranking kedua Asia, Aifa Azman ranking ke-32, lelaki ranking ke- 21 Ng Eain Yow, Syafiq Kamal, 83. Ini semua adalah pencapaian yang besar dan kita perlu kukuhkan dan kita ada program seperti ini yang melibatkan sukan-sukan lain, ragbi, bola sepak, hoki dan sebagainya. Maka, kita boleh mewujudkan satu inisiatif untuk kita bantu sukan squash juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Tan Kar Hing, Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua, soalan saya soalan sembilan.
9. Tuan Tan Kar Hing [Gopeng] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan tindakan Tribunal untuk memastikan serahan award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dapat dijalankan dengan lancar sedangkan tindakan menyerahkan Award TTPM oleh Pihak Yang Menuntut kepada Penentang menghadapi cabaran besar apabila penentang menghilangkan diri.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Gopeng atas soalan. Untuk makluman Tribunal Tuntutan Pengguna
(TTPM) ditubuhkan di bawah seksyen 85, Bahagian XII, Akta Perlindungan Pengguna 1999, dan ia beroperasi di bawah KPDN untuk menyediakan satu saluran penyelesaian tuntutan alternatif secara murah, mudah dan cepat untuk pengguna memfailkan tuntutan berkenaan dengan barang atau perkhidmatan yang dibenarkan di bawah Akta 599 tanpa perlu memfailkan tuntutan di Mahkamah Sivil.
Dalam hal ini, TTPM berfungsi untuk mendengar dan mengadili tuntutan dengan bebas, adil dan saksama. Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019 pada 8 Julai 2019 yang bertujuan meluaskan kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia di samping untuk mengurangkan kes penipuan dengan menaikkan jumlah tuntutan daripada RM25,000 kepada RM50,000.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Setiap award yang dibuat atau penyelesaian yang dipersetujui oleh pihak-pihak dalam sesuatu prosiding TTPM adalah muktamad dan mengikat pihak-pihak dan hendaklah disifatkan sebagai perintah Mahkamah Majistret. Apabila sesuatu award dikeluarkan oleh TTPM. TTPM telah melaksanakan tugasnya secara sempurna. Serahan award pula merupakan tanggungjawab pihak yang menuntut kepada pihak penentang.
Di dalam situasi di mana award TTPM itu tidak dapat diserahkan kepada penentang atau penentang enggan menerima award tersebut, maka tindakan berikut boleh diambil oleh pihak yang menuntut –
(i) sekiranya penentang adalah perseorangan atau pemilik perniagaan tunggal ataupun perkongsian, award boleh disifatkan sebagai disampaikan dengan bukti-bukti seperti gambar penentang, gambar premis dan penyediaan akaun bersumpah;
(ii) sekiranya penentang adalah syarikat perbadanan, serahan boleh dibuat melalui pengarah, pengurus, setiausaha syarikat atau pegawai lain di syarikat tersebut; atau
(iii) mengepos award melalui surat berdaftar berbayar yang dialamatkan kepada penentang, pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain dalam pertubuhan perbadanan itu atau tuan punya firma.
Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang cukup padat. Kami difahamkan bahawa kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) telah pun diperluaskan dengan pindaan tuntutan daripada RM25,000 kepada RM50,000 pada tahun 2019.
Maka, soalan saya adalah sejauh manakah pindaan ini dapat mengatasi atau membantu membela nasib pengguna, seterusnya mempertingkatkan tahap kesedaran pengguna untuk mempraktikkan hak pengguna. Bagaimanakah kementerian memantau
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
insiden-insiden peniaga-peniaga yang cuba melarikan diri, elakkan daripada penerimaan award dan seterusnya membuka perniagaan-perniagaan yang baharu? Terima kasih.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Puan Yang di-Pertua, TTPM dengan penambahan tuntutan kepada RM50,000, ia memberi lebih banyaklah tuntutan yang boleh dibuat. Contohnya, seperti ubah suai rumah dan sebagainya.
Di samping itu, TTPM juga sentiasa mempergiatkan program advocacy dengan membawa tema ‘Kenali TTPM’, program advocacy kepada pengguna itu berterusan.
Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Gopeng, bahawa sekiranya pemegang award mahu menguatkuasakan keputusan itu. Ada dua cara untuk dilakukan.
Pertama ialah untuk membuat aduan kepada penguat kuasa KPDN. Di mana penguat kuasa KPDN boleh membuat siasatan di bawah seksyen 117, Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan denda tidak melebihi sebanyak RM10,000 ataupun dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Di masa yang sama, yang pemegang award juga boleh melantik peguam, memilih cara untuk melantik peguam dan membuat tindakan melalui mahkamah sivil untuk arah syarikat membayar sebagaimana award TTPM tersebut. Terima kasih, Puan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih, Timbalan Speaker. Timbalan Menteri, soalan saya adakah kementerian bercadang memperkasakan mekanisme Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dalam platform e-dagang dan e-commerce yang menjadi antara platform utama pengguna pada hari ini?
Kajian kementerian mengenai Tahap Pemerkasaan Pengguna (CEI) pada 2020 mendapati kesedaran pengguna Malaysia mengenai hak dan pengetahuan masih di tahap sederhana, 63.1 peratus. Soalan saya, apakah langkah kerajaan bagi meningkatkan tahap kesedaran dan hak pengguna kepada masyarakat terutamanya berkaitan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia. Terima kasih.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Puan Yang di-Pertua, kita sedang mengkaji Akta Perdagangan Elektronik ataupun e-commerce dan kita akan menambah baik akta tersebut, sama ada kita akan pinda ataupun kita akan buat akta yang baharu, kita sedang kaji Yang Berhormat Kapar.
Berkenaan dengan Consumer Empowerment Index (CEI) kita akui bahawa kesedaran ataupun kefahaman pengguna berkenaan dengan apa orang kata, kuasa mereka sebagai pengguna itu agak di peringkat sederhana. Maka sebab itulah gerakan pengguna kita bahagian gerakan pengguna ini di bawah KPDN, di bawah sayap Pendayaupayaan Pengguna bersungguh-sungguh melaksanakan program advocacy.
Kita laksanakan program advocacy untuk di sekolah dengan siswa, dengan komuniti dan sebagainya. Malah, kita juga ada memperuntukkan untuk melantik NGO- NGO, untuk membantu kementerian di dalam melaksanakan program-program advocacy dan kita memperuntukkan sebahagian daripada peruntukan untuk program tersebut.
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Tuan Zulkifli bin Ismail, Jasin.
10. Tuan Zulkifli bin Ismail [Jasin] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan langkah bagi menghentikan kegiatan pelacuran dalam talian melibatkan anak muda di platform X atau sebelum ini dikenali sebagai Twitter.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Puan Yang di-Pertua, tindakan terhadap kegiatan pelacuran sama ada secara dalam talian ataupun luar talian adalah
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching
secara khusus tertakluk di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah peruntukan perundangan sedia ada seperti Kanun Keseksaan [Akta 574].
Bagi kes-kes berkaitan pelacuran dalam talian, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berperanan memberikan bantuan teknikal berhubung siasatan pembekalan maklumat, analisis forensik digital serta pelaksanaan tindakan sekatan atau penurunan kandungan berdasarkan permohonan daripada PDRM atau aduan lain yang berkaitan.
Dari 1 Januari 2023 hingga 15 November 2023, sejumlah 118 laman pelacuran telah disekat oleh MCMC berdasarkan permohonan daripada PDRM. Tindakan sekatan laman sesawang ini dilaksanakan oleh MCMC bagi menghentikan atau mencegah perlakuan kesalahan di bawah undang-undang negara berkaitan aktiviti pelacuran.
Bagi platform media sosial, tindakan yang diambil tidak berfokus kepada satu platform sahaja sebaliknya mencakupi berbilang platform media sosial. Dari 1 Januari 2023 hingga 15 November 2023, sejumlah 76 kandungan berkaitan pelacuran di platform media sosial termasuk Twitter ataupun X telah diturunkan atas pelanggaran piawaian komuniti yang ditetapkan oleh platform media sosial terbabit serta perlakuan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang negara.
Langkah-langkah ini akan diteruskan oleh MCMC dengan kerjasama agensi penguatkuasaan seperti PDRM, pemberi perkhidmatan Internet dan penyedia platform media sosial untuk menangani permasalahan aktiviti pelacuran dalam talian di Malaysia.
Sekian jawapan saya, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jasin.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan yang sangat memuaskan. Soalan tambahan saya, kegiatan penyebaran kandungan lucah dan promosi khidmat pelacuran kini semakin sukar ditangani kerana ia turut dilakukan secara persendirian, bukan sahaja di bawah entiti tertentu, maka langkah menurunkan kandungan dan akaun sebegini di media sosial hanya akan menyebabkan mereka membuka akuan yang lain pula.
Justeru itu, adakah kementerian bercadang untuk memperkasakan penguatkuasaan seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 untuk menjatuhkan hukuman berat kepada pelaku kesalahan di bawah seksyen ini agar kegiatan tidak bermoral ini dapat dihentikan?
Seterusnya, adakah kementerian mempunyai cadangan untuk mewujudkan platform khas secara bersepadu bagi membolehkan orang ramai membuat aduan tentang mana-mana akaun yang memaparkan kandungan lucah? Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat atas soalan tambahan tersebut. Memang saya akui bahawa MCMC dan juga KKD menghadapi kesulitan untuk menangani isu ini kerana bukan sahaja di platform media sosial yang terbuka tetapi lagi mencabar adalah platform-platform yang lain sepertilah WhatsApp, Telegram, di mana ia bukan tersebar di satu platform yang semua orang ada akses tetapi hanya orang yang terlibat dalam group tersebut ada informasi tersebut.
Puan Teo Nie Ching
Jadi, pihak PDRM amat bergantung terhadap laporan-laporan yang dibuat olehlah orang awam untuklah mengambil tindakan. Sekiranya MCMC menerima permohonan daripada PDRM, kami akan bantu untuklah turunkan kandungan tersebut ataupun sekat laman web tersebut. Itu adalah komitmen MCMC.
Tetapi, dari segi jatuhkan hukuman yang lebih berat terhadap orang-orang yang terlibat, saya rasa itu di luar bidang kuasa MCMC kerana itu adalah di bawah bidang kuasa mahkamah. Jadi, kalau ikutlah prinsip negara kita, itu adalah bidang kuasa mahkamah.
Hakim yang mendengar kes tersebut untuk membuat keputusan apa jenis hukuman yang mereka ingin kenakan.
Puan Teo Nie Ching
Tentang soalan Yang Berhormat bahawa sama ada MCMC berhasrat untuk wujudkan satu platform khas supaya orang awam bolehlah buat aduan, saya nak maklumkan di sini bahawa MCMC ada platform untuk aduan sendiri daripada app WhatsApp pun ada, e-mel pun boleh, pergi ke laman web MCMC pun boleh.
Tetapi, yang paling penting, oleh sebab pihak MCMC tidak memainkan peranan sebagai internet police dalam perkara ini, tetapi kita hanya akan menerima permohonan daripada PDRM ataupun agensi pelaksana undang-undang yang lain, barulah kita akan ambil tindakan. Oleh sebab itu, sangat-sangat penting adalah apabila seseorang termasuklah Ahli-ahli Yang Berhormat yang duduk di dalam Dewan yang mulia ini, apabila menemui kandungan yang sedemikian, buat laporan polis supaya pihak polis bolehlah hantar permohonan ini kepada MCMC supaya kandungan itu boleh diturunkan ataupun laman web itu boleh disekat.
Jadi, yang paling penting adalah buat laporan dengan PDRM supaya atas permohonan mereka, kami MCMC akan ambil tindakan. Kerana dalam perkara ini, MCMC bukanlah bertindak sebagai internet police.
Saya harap ini menjelaskan soalan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan nombor 11, tak ada dalam Dewan. Saya jemput Dato’ Khlir bin Mohd Nor, Ketereh.
[Soalan No. 11 – YB. Puan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) tidak hadir]
12. Dato' Khlir bin Mohd Nor [Ketereh] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan tindakan bagi menyelesaikan sistem perparitan di Parlimen Ketereh kerana hujan berterusan akan mengakibatkan banjir kilat.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Untuk makluman Puan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
(KPKT) cakna dalam usaha menjamin ketenteraman dan keselamatan rakyat yang berhadapan dengan bencana banjir kilat saban tahun serta menyokong pelaksanaan projek-projek tebatan banjir yang dimohon oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Di peringkat kementerian, jawatankuasa bagi mengatasi masalah banjir kilat di kawasan pihak berkuasa tempatan terletak di bawah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) sentiasa memantau kerjasama dan pelaksanaan pihak berkuasa negeri dan PBT bagi perkara-perkara berikut:
(i) pengemaskinian maklumat hotspot banjir kilat di dalam sistem eProfil PBT;
(ii) pemantauan keberkesanan pelaksanaan caruman perparitan sedia ada dan menggalakkan negeri yang belum lagi melaksanakannya;
(iii) penyelarasan maklumat operasi penguatkuasaan kawalan hakisan dan enapan yang dilaksanakan oleh PBT; dan
(iv) penyelarasan inventori sistem saliran dalam bentuk geographic information system (GIS) bagi Pelan Induk Saliran Mesra Alam
(PISMA) yang disediakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran
(JPS).
Bagi tahun 2023, KPKT telah meluluskan peruntukan berjumlah RM610,000 iaitu sebanyak 17 projek bagi menaik taraf longkang di bawah Majlis Daerah Ketereh, iaitu lapan projek di bawah peruntukan projek kecil BP1, manakala sembilan projek di bawah inisiatif belanjawan tahun 2023. Pelaksanaan projek bagi kerja-kerja penyelenggaraan kolam takungan adalah tertakluk kepada permohonan daripada PBT.
Sehubungan itu, KPKT mengalu-alukan permohonan peruntukan daripada PBT bagi pelaksanaan projek-projek tersebut untuk pertimbangan kementerian. Selain itu, KPKT juga ingin menyeru pihak komuniti agar turut bekerjasama dalam usaha membantu
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
PBT dalam menjaga kebersihan supaya aliran air dalam sistem perparitan mengalir dengan baik dan tidak tersumbat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ketereh.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Soalan tambahan saya. Apabila saya berhubung dengan PBT, jawapannya adalah tak cukup peruntukan, tak ada peruntukan.
Apa yang berlaku di Ketereh, terutama di belakang Caltex, simpang empat di Pekan Ketereh, air di situ boleh dikatakan apabila berlaku saja hujan, ianya terus sampai ke dalam rumah.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
[Bangun]
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Jadi, soalan saya, macam mana caranya untuk— macam Menteri bagi tahu tadi, kena minta. Dia kena minta daripada kementerian.
Okey. Sekarang ini, jawapan yang saya dapat daripada PBT, tak ada, tak cukup kewangan. Jadi, macam mana saya nak menyelesaikan masalah ini?
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Ketereh. Sebab itu, kerana itu, saya sebut tadi, dari segi kerangka yang besar, ada empat perkara yang saya kongsikan tadi. Contohnya, berkenaan penyelarasan melalui PISMA. Kemudian, hotspot banjir dalam sistem eProfil PBT. Itu antara dari segi mekanisme yang kita ada.
Tetapi, dari segi keadaan di bawah, pihak PBT sebenarnya memang adalah pihak berkuasa tempatan dalam kawasan tersebut, yang mana apa yang diusahakan KPKT itu adalah demi membantu. Dalam keadaan sebenarnya dari segi peruntukan itu kepada PBT ini boleh datang daripada pelbagai pihak, sama ada kerajaan negeri ataupun Persekutuan melalui KPKT.
Tetapi, perkara yang kedua, sebagai contoh, untuk kita tambah lagi dari segi keberkesanan itu, memang disebut untuk kita memantau keberkesanan pelaksanaan caruman perparitan sedia ada dan menggalakkan negeri yang belum lagi melaksanakannya. Masalah yang berlaku, sebagai contoh di negeri Kelantan, caruman itu tidak wujud. Maksudnya, di peringkat kerajaan negeri itu, tabung sedemikian rupa tidak diwujudkan. Maka, segala-galanya hanya bergantung kepada dana yang disalurkan di peringkat KPKT. Sedangkan, negeri-negeri lain pun telah mewujudkan caruman perparitan ini bagi membolehkan PBT itu bertindak ataupun menambah baik sistem perparitan.
Jadi, yang ini saya kongsikan di sini supaya Yang Berhormat juga boleh bawa ke peringkat negeri untuk tambah baik dari segi caruman di peringkat negeri.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
[Bangun]
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Cuma, untuk peringkat PBT, memang kalau ada permohonan itu, kita akan pertimbangkan. Sebab, kalau kita lihat dari segi rekod, sebagai contoh, untuk penyelenggaraan perparitan bagi tahun 2023, jumlah yang kita belanjakan untuk ke seluruh negara ini sebanyak RM46 juta, yang kita agihkan mengikut bagaimana mekanisme yang ada.
Pada masa yang sama, di bawah Belanjawan tahun 2023, memang ada inisiatif khas yang diumumkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan tempoh hari iaitu untuk penyelenggaraan kolam takungan. Di sini pun kita agihkan sebanyak RM92 juta, yang kita telah luluskan, projek telah berjalan, yang merangkumi sebanyak 424 kolam takungan di seluruh negara.
Maka, sebab itu, bila berlaku di tempat tertentu, kita mohon juga kerjasama semua pihak untuk kita tingkatkan lagi keberkesanan dalam menguruskan sistem perparitan dan longkang. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih, Timbalan Menteri. Beberapa hari yang lepas, Sungai Petani mengalami banjir kilat yang cukup dahsyat. Jadi, bila kita tengok, memang masalah
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
perparitan, pertama, dan pertambahan, pertumbuhan taman-taman di sekitar kawasan Sungai Petani yang melebihi 300 buah taman.
Pertanyaan saya adalah apakah usaha antara pihak kementerian dengan kerajaan tempatan, PBT untuk memastikan penyelenggaraan sistem perparitan ini?
Apakah perancangan pihak kementerian, contohnya mengenai dengan perancangan bandar, sebelum ditubuhkan atau sebelum diadakan taman-taman yang baharu, mungkin PBT perlu menyelenggara semua perparitan yang ada sebelum diluluskan? Apakah mekanisme yang boleh kerajaan terangkan? Terima kasih.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Petani. Mungkin kalau saya cuba menjawab dari segi sudut pembangunan baharu. Seperti mana yang saya terangkan dalam persoalan berkaitan dengan, sebagai contoh, projek perumahan. Sementara di peringkat kementerian, kawalan itu adalah kepada pemajuan dan juga dari segi pelesenan untuk memajukan dan juga untuk pengiklanan.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Tetapi untuk kebenaran merancang di sesebuah lokaliti itu terletak di pihak berkuasa tempatan. Maka sebab itu, antara nasihat ataupun yang memang kita mohon supaya kebenaran merancang itu juga dijalankan soal feasibility study kalau dalam isu overhang sebagai contoh itu satu sudut tetapi sudut yang lain seperti Yang Berhormat sebut tadi adalah permasalahan dari segi pengurusan, dari segi sistem perparitan dan sebagainya.
Sebab itu dari segi pandangan kita adalah supaya di peringkat PBT itu ada pelan yang lengkap, khusus berkaitan dengan pengurusan saliran dan perparitan ini. Dalam keadaan sekarang, ini bukan hanya di Sungai Petani tapi berlaku di kawasan yang lain bila taburan hujan itu lebih sukar dijangka dan dalam keadaan kepesatan pembangunan itu berlaku dengan agak laju, maka ini antara cabaran ataupun perkara yang kita perlu tangani dari segi bagaimana agar perancangan yang diusahakan itu tidak juga menjejaskan keadaan penduduk yang sedia ada. Jadi perkara ini adalah proses keseimbangan yang kita kena teliti bersama. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih Puan Timbalan di- Pertua.
“Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Sumber Manusia bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 22 November 2023.”
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dan Anggaran Pembangunan 2024 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kesembilan] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kepala Bekalan B.45 dan Kepala Pembangunan P.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan terbuka untuk dibahas. Senarai pembahas adalah seperti berikut YB Taiping, YB Pasir Mas, YB Tampin, YB Machang, YB Sungai Petani, YB Putrajaya, YB Betong, YB Alor Setar, YB Pulai, YB Gerik, YB Bangi, YB Kepala Batas, YB Jempol, YB Padang Terap, YB Tenggara, YB Rompin, YB Klang, YB Jerantut, YB Keningau dan YB Kulim-Bandar Baharu.
Saya jemput Yang Berhormat Taiping.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberikan peluang kepada saya untuk berbahas pada pagi ini. Sebelum saya bermula, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan selamat datang kepada delegasi dan pelajar-pelajar dari SMK King Edward VII dan SMK Saint George, Taiping pada pagi ini.
[Tepuk] Puan Pengerusi, apabila kita berbincang dan berbahas berkenaan dengan peruntukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan bagi maksud pembangunan, apa yang saya boleh nampak dan perhatikan adalah pada tahun ini, anggaran pada tahun 2024 telah pun ditingkatkan menjadi RM491,833,500 dan ini merupakan suatu lonjakan.
Apabila saya menyemak data-data sebelum ini, suatu peningkatan sebanyak 50.55 peratus berbanding dengan anggaran dipinda pada tahun 2023 sebanyak RM326 juta dan dibandingkan juga dengan tahun 2022, anggarannya adalah sebanyak RM329 juta dengan perbelanjaan sebenar RM215 juta dan tahun 2021 dengan anggaran RM326 juta.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Tahun ini merupakan suatu angka, suatu anggaran yang amat besar. Ini, lonjakan ini menunjukkan dan membuktikan pengiktirafan Kerajaan Madani terhadap pembangunan belia dan sukan di negara ini dan ini merupakan sesuatu yang amat positif yang kita harus untuk teruskan pada tahun-tahun yang akan datang.
Bagi Butiran 06000 – Pembangunan Sukan Komuniti, Puan Pengerusi. Apa yang saya nampak adalah di sini, ia merupakan suatu butiran baharu sejak belanjawan tahun 2023 dan kedua-dua belanjawan ini diberikan suatu anggaran tahunan secara langsung RM20 juta. Namun, apa yang saya nampak adalah pada tahun dalam Belanjawan 2024, anggaran telah pun dipinda bagi tahun 2023 kepada suatu angka zero, kosong.
Saya nak tanya bahawa apakah prestasi ataupun progress yang bakal dan hendak dilakukan oleh KBS di bawah butiran ini iaitu Pembangunan Sukan Komuniti kerana nampaknya pada satu tahun yang lepas ini tidak ada apa-apa perbelanjaan telah pun dibelanjakan dan mungkin juga tidak ada apa-apa program ataupun aktiviti dilaksanakan. Itu nombor satu.
Nombor dua berkenaan dengan Butiran 02000 dan Butiran 02001. Kedua-duanya melibatkan Kompleks Rakan Muda Daerah. Program Rakan Muda, Puan Pengerusi telah bermula pada tahun 1994, 29 Oktober 1994 dan masa itu memang sudah lebih kurang 30 tahun yang lepas dan pada Julai yang lepas pihak KBS telah memberi nafas baharu kepada Program Rakan Muda dan ini merupakan sesuatu yang harus dialu-alukan dan program tersebut telah pun memperkenalkan dua lagi gaya hidup yang baharu iaitu Rakan Demokrasi dan juga Rakan Litar dan ini adalah amat bersesuaian dan tepat pada masanya.
Saya nak tanya kepada pihak Menteri yang ada dalam Dewan ini, apakah program-program di bawah gaya hidup Rakan Demokrasi yang telah dan bakal dilakukan?
Apakah bantuan-bantuan dan pemerkasaan bagi pihak golongan belia dalam memahami dengan lebih lanjut proses perundangan dan juga proses demokrasi di negara kita. Apa yang penting juga saya nampak, Puan Pengerusi di bawah kedua-dua butiran ini, saya nampak peruntukan yang diberikan untuk tahun 2024 tidak banyak. Masing-masing RM4.8 juta bagi Butiran 02000 dan RM820,000 bagi Butiran 02001 dan berbanding dengan tahun lepas memang ada suatu kekurangan. Apabila kita nak memperkasakan ataupun memberikan nafas baharu kepada program Rakan Muda, di manakah peruntukan yang bakal diberikan?
Yang akhir sekali Puan Pengerusi, berkenaan dengan Kompleks Rakan Muda Daerah LMS juga di bawah butiran yang sama. Di Daerah Larut, Matang dan Selama kita mempunyai satu Kompleks Rakan Muda Daerah yang dilengkapi dengan asrama lelaki, perempuan, dewan serba guna, gimnasium, gelanggang terbuka yang digunakan untuk sepak takraw, bola tampar dan bola jaring.
Di sini, saya ingin memohon supaya apabila kita hendak mempergiatkan semula Program Rakan Muda, saya ingin memohon supaya suatu peruntukan ataupun tambahan boleh diberikan kepada Kompleks Rakan Muda Daerah Larut, Matang, Selama dan kawasan berbumbung untuk gelanggang terbuka adalah sesuatu yang diidam-idamkan oleh rakan-rakan di daerah Larut, Matang dan Selama.
Akhir sekali, saya nak bangkitkan di sini berkenaan dengan permohonan daripada pihak kami untuk suatu mini stadium di kawasan Taiping bagi Daerah Larut, Matang. Ini merupakan sesuatu yang juga ingin kami dapatkan pada tahun-tahun yang akan datang dan seperti yang dibahaskan oleh saya dalam peringkat dasar sebelum ini, kita memerlukan suatu mini stadium yang akan memberikan manfaat kepada rakan-rakan kita di Taiping.
So, dengan itu, saya ucapkan terima kasih kepada Puan Pengerusi dan ucapkan terima kasih kepada pihak Menteri. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Puan Pengerusi, atas peluang yang diberikan.
Tahniah kepada KBS kerana telah mendapat kenaikan peruntukan belanja mengurus dari RM221 juta kepada RM229 juta. Tetapi, saya dapati belanja untuk pembangunan turun, daripada RM85 juta kepada RM70 juta untuk Bajet 2024. Saya minta Menteri dapat menjelaskan adakah penurunan ini tidak mengganggu perancangan KBS dalam meneruskan projek pembangunan dan atlet sepanjang tahun 2024, ditambah dengan Sukan Olimpik yang kita akan sertai.
Saya juga ingin menyentuh secara tidak langsung berkenaan dengan anugerah yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini. Saya rasa pihak KBS telah dapat menyelesaikannya dengan baik. Cuma, saya nak cadangkan supaya selepas daripada ini supaya hanya penerima-penerima anugerah sahaja yang dijemput untuk hadir dan ditempatkan di tempat yang betul-betul menerima anugerah dan mereka dimaklumkan supaya tidak mencetuskan lagi kontroversi yang tidak diingini selepas daripada ini.
Butiran 01800 – Penyediaan Sukan Antarabangsa. Bolehkah Menteri jelaskan serta perinci bagaimanakah persediaan kerajaan dalam melengkapkan pelan Road to Gold sempena Sukan Olimpik 2024? Menteri umumkan pada bulan Mac yang lepas.
Saya kira selepas sembilan bulan ini, sudah tentu pelan itu sudah siap dan Menteri boleh jelaskan sebelum berakhir tahun ini, bagaimanakah secara spesifik kerajaan akan melaksanakan pelan ini?
Lebih khusus lagi ialah apabila isu pemain perseorangan badminton negara yang saya baca dalam media telah menolak untuk menandatangani persetujuan komitmen dalam menyertai program ini. Apakah pelan lanjut atau perancangan lanjut kerajaan bagi menangani isu ini supaya sukan badminton juga dapat menyumbang salah satu pingat dalam Olimpik?
Butiran 031600 – Hari Belia Negara. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Menteri yang saya lihat cukup profesional dalam gerak kerja sebagai menteri turun ke negeri-negeri. Apabila Menteri turun ke negeri, sebagai contoh, Menteri akan jumpa stakeholder yang terlibat. Saya bagi contoh Hari Belia Negara yang diadakan di Kelantan pada Jun 2023. Menteri turun ke Kelantan jumpa dengan kerajaan negeri, jumpa dengan exco dan program berjalan dengan begitu baik.
Tapi, saya nak menyatakan kesedihan. Ada pihak lain yang turun ke Kelantan atas nama Hari Sukan Negara dan ia membawa imej KBS. Pihak yang mereka jumpa bukan pihak kerajaan tetapi mereka jumpa pihak parti dan mereka tidak berjumpa atau tidak bersama-sama dengan kerajaan yang terlibat. Ini tidak bagus untuk imej Menteri Belia dan Sukan yang saya nampak telah pun begitu bersungguh-sungguh untuk membawa imej yang cukup profesional.
Hari Sukan Negara ini baik tetapi bila disambut dengan konotasi politik, ia boleh menyebabkan isu satu senario yang tidak bagus untuk satu perkara yang harus disambut bersama. Saya tidak ingin menyebut pihak mana yang terlibat. Menteri mungkin terlebih maklum dan Menteri boleh siasat sendirilah. Pihak yang turun ke Kelantan dengan membawa nama Hari Sukan Negara.
Butiran 030500 – Penyelenggaraan Pejabat dan Kompleks Belia dan Sukan dan Butiran 030600 – Penyelenggaraan Peralatan Latihan dan Bangunan IKBN. Menyentuh aspek ini, mohon Menteri jelaskan, kenapa tiada peruntukan bagi tujuan penyelenggaraan pejabat dan kompleks belia serta IKBN untuk tahun ini? Tahun lepas ada peruntukan, tahun ini tidak ada.
Begitu juga dengan Kem Wawasan Negara di bawah Butiran 031400. Tahun lepas diperuntukkan RM3 juta, manakala tiada peruntukan tahun ini. Soalannya, apakah status Kem Wawasan Negara ini yang tahun lepas ada peruntukan, tahun ini tidak ada peruntukan?
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Butiran 020500 – Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i- LEAD). Apakah modul yang diajar di dalam institut dalam program-program seperti ini?
Saya mohon, di dalam kerancakan isu Palestin ini, supaya belia-belia dapat dikenalkan dengan isu-isu antarabangsa supaya modul yang diajar itu tidak stereotaip, hanya mengulangi modul-modul yang sebelum daripada ini. Hendaklah lebih mesra kepada isu- isu antarabangsa, isu-isu yang berlaku dalam negara kita pada hari ini.
Kerana kita tidak mahu belia ini hanya ditabur dengan hiburan semata-mata.
Sebagaimana yang disebut oleh Perdana Menteri tadi dalam isu Coldplay, Perdana Menteri menyebut bahawa kumpulan tersebut memberikan sokongan kepada Palestin.
Ya, bukan isu memberikan sokongan atau tidak kepada Palestin semata-mata tapi isu budaya hedonisme yang hendak dibawa dalam masyarakat. Saya kira dalam suasana hiruk-pikuk isu Palestin yang ada pada hari ini, membawa satu kumpulan antarabangsa dalam negara kita, ia tidak sesuai dengan masanya. KBS boleh memainkan peranan untuk menerapkan kesedaran seperti ini.
Ditambah pula, kumpulan-kumpulan pemuzik antarabangsa ini yang ada terlibat menyokong isu LGBT secara terang-terangan. Ini tidak boleh. Belia-belia harus dielakkan daripada terlibat dengan perkara-perkara seperti ini. Dalam keadaan kontroversi video *Mr.
H* dan sebagainya, saya kira ini masanya untuk belia kita perlu diingatkan supaya menghindari perkara-perkara seperti ini daripada membawa kepada isu-isu yang tidak sesuai.
Saya ingin respons sikit. Semalam ada sahabat saya, YB Kampar menyebut tentang boikot dalam isu Palestin. Dia tanya, “Kenapa Kerajaan Kelantan tak nak boikot Mercedes? Mercedes sokong Israel”. Kita kata bahawa boikot ini kita buat dengan rasa hati kita. Kita laksanakan dengan kesedaran dan rasa hati kita. Ada perkara yang kita tidak mampu nak boikot. Sebagai contoh, penggunaan i-Phone, Facebook dan sebagainya. Apa yang kita boleh boikot, kita boikot.
Tak boleh buat semua, jangan tinggal semua dan jangan perlekehkan orang- orang yang nak melaksanakan boikot ini kepada barangan-barangan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat yang menyokong Israel. Kita boleh buat satu, kita buat satu. Tak boleh buat semua, jangan tinggal semua dan jangan perlekehkan. Terima kasih, Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya jemput Yang Berhormat Tampin.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia Madani.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya terus kepada Butiran 020100 – Belia dan Sukan. Saya menyambut baik tindakan pihak kerajaan yang memperuntukkan dana tahunan sebanyak RM5 juta kepada Majlis Belia Malaysia. Namun, saya ingin mendapatkan kepastian dan penjelasan daripada pihak kementerian mengenai status peruntukan tahunan kepada Majlis Belia Daerah (MBD).
Persoalan saya, mengapakah peruntukan pentadbiran sebanyak RM50,000 setahun kepada MBD dihentikan sejak beberapa tahun lalu? Peruntukan pentadbiran kepada MBD yang dihentikan sejak beberapa tahun lalu telah mengekang proses pembangunan belia-belia negara khususnya di kawasan luar bandar. Sehubungan itu, saya menggesa agar peruntukan tersebut dikembalikan semula menerusi belanjawan kali ini untuk menjamin kelangsungan kemajuan para belia.
Seterusnya, Butiran 02400 – Gelanggang Sukan. Menerusi belanjawan kali ini, saya mempunyai beberapa permintaan dan tuntutan yang perlu dipertimbangkan oleh pihak kementerian bagi agenda pencungkilan bakat baharu. Pembangunan sukan kriket di dalam Parlimen Tampin amat memberangsangkan dan pencapaian yang telah ditunjukkan juga sememangnya tidak boleh dinafikan.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Mungkin Yang Berhormat Menteri tahu mengenai kisah Gemencheh Boys. Hal ini kerana ramai di kalangan atlet kriket negara pada masa ini telah dilahirkan di SMK Bukit Rokan, Gemencheh seperti mana filem kisah benar Gemencheh Boys. Justeru itu, saya berharap agar kementerian dapat menaik taraf fasiliti sukan kriket di sekolah berkenaan dengan membina sebuah padang kriket yang baharu.
Selain itu, bagi memastikan warga Tampin tidak ketinggalan untuk mempunyai akses sukan olahraga yang lebih baik, saya juga berharap agar trek balapan dapat dibina di Daerah Tampin iaitu di SMK Jalan Gemas. Begitu juga dengan menaik taraf sebuah padang hoki di SMK Tunku Besar Tampin dan juga SMK Dato’ Mohd Taha, Gemencheh.
Gelanggang-gelenggang sukan yang saya sebutkan ini perlu diberikan perhatian dan tindakan segera juga perlu dilakukan oleh kementerian dengan kerjasama Kementerian Pendidikan bagi melahirkan atlet-atlet pelapis di peringkat awal.
Seterusnya, Tuan Pengerusi, Butiran 02007 – Kompleks Sukan Komuniti. Untuk makluman, Kompleks Mini Sukan Gemencheh yang terletak di tengah-tengah Pekan Gemencheh, Tampin berperanan besar dalam menyatukan masyarakat setempat.
Pelbagai aktiviti sukan dan program kemasyarakatan tanpa mengira kaum serta pegangan parti politik telah diadakan di kompleks berkenaan. Namun, kompleks tersebut sudah lama tidak diselenggara dan banyak kemudahan asas serta infrastruktur kompleks tersebut telah rosak dan perlu dibaiki dengan segera.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mengetahui sama ada kompleks berkenaan telah berada di dalam perhatian pihak kementerian atau sebaliknya. Menerusi peruntukan belanjawan kali ini, saya dan penduduk Tampin amat berharap supaya kerja-kerja menaik taraf dapat dilakukan pada tahun hadapan.
Seterusnya, Tuan Pengerusi, Butiran 06000 – Pembangunan Sukan Komuniti.
Kebelakangan ini saya dapati sukan ekstrem telah mula berkembang dan mendapat permintaan daripada masyarakat menerusi kewujudan komuniti berkenaan. Sehubungan itu, saya ingin mengetahui, apakah perancangan kementerian untuk mewujudkan lebih banyak tapak lokasi sukan ekstrem di dalam negara? Apakah strategi kementerian untuk membudayakan sukan-sukan ekstrem bermula di peringkat sekolah sehingga universiti?
Hal ini kerana sukan ekstrem boleh dijadikan sebagai karier sepenuh masa sehingga boleh menjana pendapatan yang lumayan sekiranya mendapat galakan pelbagai pihak.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Untuk makluman pihak kementerian, golongan belia Tampin begitu meminati sukan ekstrem seperti sukan 4x4 dan motocross. Justeru itu, saya ingin mencadangkan agar kementerian membina fasiliti sukan ekstrem di Tuan Pengerusi supaya dapat menjamin keselamatan pada peminat sukan tersebut.
Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 030400 – Program Belia dan Sukan.
Berhubung Program Parlimen Belia menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara yang mula diperkenalkan sejak tahun 2015, saya ingin mengetahui berapakah jumlah perbelanjaan yang telah dibelanjakan oleh kementerian setakat ini untuk meneruskan pelaksanaannya.
Adakah suatu kajian pernah dilakukan untuk mengukur keberkesanan pelaksanaan program tersebut sama ada ianya mencapai objektif atau sebaliknya?
Apakah pendekatan baharu yang diterapkan oleh kementerian untuk melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda yang sejajar dengan Model Pembangunan Belia Madani 2030? Apakah program lanjutan selepas program tersebut tamat bagi memastikan individu yang pernah terlibat terus menjadi perantara dan berkomunikasi dengan kerajaan selaku wakil kepada generasi muda? Pada hemah saya, program susulan perlu dititikberatkan supaya mereka terus memainkan peranan sebaiknya untuk mengangkat suara dan aspirasi golongan belia. Perkara ini juga dapat memastikan Ahli Parlimen Belia dapat terus berkarya bagi jangka masa panjang dan tidak lenyap begitu sahaja setelah menamatkan program tersebut.
Tuan Pengerusi, sekian sahaja daripada saya setakat ini. Marilah kita bersama- sama memperkasakan belia dan majulah sukan untuk negara. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Puan Pengerusi. Butiran 02001 – Kompleks Rakan Muda Daerah (KRMD). Saya merayu kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah Kompleks Rakan Muda di daerah atau Parlimen saya sepertimana yang telah dibincangkan dalam Kerajaan Perikatan Nasional terdahulu.
Kedua, Butiran 031000 – Program Latihan dan Pembangunan Sukan Majlis Sukan Negara. Saya daripada dulu dapat banyak aduan dan juga cadangan daripada pemain-pemain ragbi skuad kebangsaan kita untuk ditingkatkan elaun mereka kerana mereka ini bukan dapat industri yang sama seperti bola sepak. Mereka ada yang bekerja separuh masa dan sebagainya. Jadi, mereka telah menunjukkan komitmen baik dalam pelbagai pertandingan. Jadi, wajarlah dipertimbangkan oleh MSN untuk ditingkatkan elaun mereka.
Butiran 030800 – Program Kemahiran Belia. Saya ingin bertanya kepada Menteri, sejauh mana perbelanjaan promosi untuk Program Belia IKBN dan IKTBN kita disasarkan kepada golongan rentan, belia rentan dan khususnya golongan minoriti seperti kaum India, ya.
Sebab saya nampak sewaktu saya menjadi Timbalan Menteri dahulu dan mungkin masih berterusan kini, masih kurang anak-anak muda India yang maklum tentang peluang-peluang yang ada di IKBN ini. Mungkin kerana kita tidak berpromosi dalam bahasa vernakular dan sebagainya. Jadi, perlu ada satu program khusus dari segi promosi dan pencerahan kepada golongan ini agar mereka tahu peluang-peluang yang ada agar dapat direbut di seluruh negara.
Butiran 030400 – Program Belia dan Sukan. Saya bersetuju dan berterima kasihlah kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana memperjuangkan semula Rakan Muda. Saya fikir Rakan Muda ini antara wadah penting untuk kita memastikan anak-anak muda kita menjadi anak muda baik dan berakhlak tinggi. Umum diketahui ketika ini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada melancarkan advocacy tentang anti gangguan seksual ya dan ini melibatkan anak muda belia kita khususnya kaum lelaki.
Viral baru-baru ini melibatkan bekas Pengarah JKOM ya, yang— saya pun tak nak cerita panjang dalam Dewan ini. Cuma, bagi saya itu benda yang serius. It’s a sexual harassment kepada anak muda, ya. Perlu ada satu program khusus di peringkat Rakan Muda yang mendidik anak muda kita kepada kaum lelaki, contohnya— khususnya.
Jangan sesekali malu dan takut untuk buat laporan polis kerana anda diganggu oleh majikan anda. Ha, ni Wahab ni tak buat laporan polis lagi ketika ini. Jadi, ini perkara yang amat memalukan dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pun bersetuju. Dia kata lelaki ni dia segan sikit bila diganggu seksual, takut nak buat laporan polis. Jadi, Rakan Mudalah tempat terbaik untuk mendidik anak muda belia kita jangan malu kalau anda di-harassed oleh majikan anda.
Butiran 030400 – Program Belia dan Sukan. Rakan Muda juga. Saya adalah produk Pengerang sewaktu beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan, ya. Ketika saya jadi sebagai sekretariat Rakan Muda UTP, saya terlibat dengan banyak program-program Belia Benci Dadah. Dalam setiap program-program KBS, mesti ada tema yang kita selitkan tentang Belia Benci Dadah. Yang Berhormat Menteri dan Puan Pengerusi, saya agak terganggu melihat imej ini. Kanak-kanak berumur enam tahun hisap vape tanpa ada siapa tegur dia.
[Sambil menunjukkan tablet] Selamba dia hisap vape di tempat awam.
Ini bukti bahawasanya kegagalan kerajaan pada hari ini untuk meluluskan Generation End Game dengan pelbagai alasan yang mengarut bagi saya khususnya oleh Menteri Pelancongan, ya. Saya nampak Rakan Muda has digressed kalau kita tak bawa agenda ini ke dalam program Rakan Muda. Ia perlu ada satu komitmen yang jelas
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
daripada Kementerian Belia dan Sukan untuk melakukan program-program advocacy mendidik anak muda kita di sekolah.
Dikhabarkan oleh KKM, 15 peratus anak muda berumur 15 hingga 19 tahun menghisap rokok dan vape. Jadi, sebagai custodian kepada Program Belia dan Sukan Negara, kita dah buang dah rokok daripada institusi sukan, kenapa kita tidak boleh melancarkan lagi program-program ini GEG ini support oleh Rakan Muda dan KBS, ya.
Apalah, banyak sangat ke cukai yang vape bagi kepada kerajaan ni sampai kita sanggup mengorbankan masa depan anak muda seperti in ya? Saya nak tanya kerajaan.
Betul kah AGC kata Peguam Negara kata benda ini unconstitutional? Sebenarnya pegawai undang-undang di KKM sendiri dah bagi tahu dalam Jawatankuasa Pilihan Khas benda ini bukannya unconstitutional, dengan izin. Kalau nak dicabar di mahkamah, silakan lawanlah dalam mahkamah. Let the court decides whether it is constitutional or not. Jadi, ini yang saya nampak Rakan Muda dan KBS boleh jadi suara kami kalau mana Menteri Pelancongan tak nak, Menteri Kewangan tak nak.
Jadi, Puan Pengerusi sebelum saya landing last ya, janganlah sesekali Kementerian Belia dan Sukan terlibat walaupun collective responsibility but I hope Menteri boleh bertegas, kita dah berjaya mengeluarkan industri rokok, industri arak daripada sukan, janganlah kita tunduk kepada big tobacco kepada belia kita. Lobi-lobi ni, Persatuan Kedai Kopi dan sebagainya inilah yang membuatkan GEG gagal. Kerajaan tunduk kepada big tobacco. Saya hendak tanya banyak mana sangat cukai yang kerajaan dapat daripada benda-benda ni, ya? Hendak mengorbankan masa depan anak muda kita yang mana dulu Rakan Muda sewaktu zaman Pengerang bawa dah agenda lawan rokok, lawan dadah.
Jadi, inilah cadangan dan saranan saya kepada Kementerian Belia dan Sukan.
Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Timbalan Pengerusi. Sungai Petani ingin menyentuh Butiran 020100 – Belia dan Sukan iaitu terdapat peningkatan sebanyak 5.23 peratus daripada tahun yang lepas. Bulan lepas sewaktu saya pergi ke Program Kejohanan MSSD di Kuala Muda, Yan yang berlangsung di SMK Tunku Ismail, saya melihat bahawa di situ tidak ada satu tapak yang sesuai untuk diadakan acara-acara sukan.
Kalau kita lihat di Sungai Petani sendiri terdapat sebanyak 43 buah sekolah rendah dan sebanyak 20 buah sekolah menengah. Di Kuala Muda, Yan terdapat 42 buah sekolah menengah dan di Sungai Petani ini belum ada satu kompleks sukan. Saya ini bertanya dengan kepadatan penduduk di Sungai Petani yang hampir 500,000 penduduk, apakah perkembangan terkini Kompleks Sukan Daerah Kuala Muda, Yan yang ingin dibangunkan di kawasan Sungai Petani? Ini akan menjadi tempat kawasan riadah dan ini akan memberikan kebaikan untuk semua.
Tanah yang dicadangkan iaitu kegunaan RTM yang dah disetujui oleh KKD– Tanah Lot 5781 seluas 15 ekar dan di situ sekitar 64 taman yang akan mendapat manfaat.
Ada taman rekreasi, badminton, futsal dan sebagainya. Saya ingin bertanya berapakah kos projek yang diperuntukkan untuk projek ini? Bilakah projek ini akan dimulakan?
Apakah status terkini dan apakah perkembangan terkini daripada pihak MOF?
Bagaimanakah pihak kementerian telah berbincang dengan pihak kerajaan tempatan berkenaan hal ini?
Seterusnya, saya ingin menyentuh berkenaan Butiran 020200 – Pembangunan Kemahiran Belia dan Butiran 020500 – Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD). Tuan Pengerusi, Program Rakan Muda merupakan satu nafas baharu yang diperkenalkan oleh pihak kementerian pada Jun 2023 dan pada Ogos yang
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
lepas, Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa lebih 80,000 peserta yang telah berdaftar.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Pertanyaan di sini, berapa banyakkah peserta-peserta yang sustain atau peserta- peserta yang berdaftar dan konsisten? Kerana yang lebih penting adalah keterlibatan dan kelangsungan para peserta ini untuk membentuk sebuah belia yang hebat.
Seterusnya, saya ingin menyentuh mengenai kegusaran pemahaman politik dalam kalangan belia. Kita lihat bahawa sekarang kita telah mengimplementasikan Undi18 dan kita mengimplementasikan Undi18 dalam keadaan kita tidak menyediakan satu platform yang baik. Maka, dengan adanya platform-platform yang baru yang diperkenalkan kementerian, diharapkan supaya anak-anak belia lebih cakna tentang politik. Bukan semata-mata politik kepartian, tetapi politik untuk membangun negara.
Cadangan saya di sini adalah Rakan Demokrasi untuk menyebarkan idea-idea demokrasi dan prinsip kenegaraan. Itu adalah yang lebih penting. Saya menyarankan supaya Rakan Demokrasi ini mengadakan satu peers diskusi antara dua hala dan ini akan memberikan lagi suasana atau lingkungan yang lebih kritis di kalangan anak muda.
Demokrasi ini berkenaan jati diri dan cakna untuk menentukan hala tuju dan masa depan negara.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Ya.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Boleh...
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Sedikit. Sedikit saja, 30 seconds.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sedikit saja. Saya tertarik dengan apa yang diucapkan oleh Sungai Petani tadi. Saya hendak tanya berkenaan dengan memberi kefahaman tentang demokrasi. Adakah pendekatan yang diambil oleh contohnya individu seperti Fahmi Reza, di mana dia menggunakan TikTok itu untuk mengajar tentang demokrasi, adakah itu satu pendekatan yang boleh diambil oleh pihak kementerian?
Terima kasih.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih. Saya bersetuju dengan Bangi. Pendekatan demokrasi ini tidak bersifat ekstrem, tetapi menarik minat anak muda dan memudahkan kefahaman anak muda.
Seterusnya, saya ingin menyentuh mengenai i-LEAD, mengenai kem-kem kepimpinan dan sekolah politik— sekolah kenegaraan dapat dijalankan. Kenapa? Kerana kita bukan hanya membentuk sivik anak muda belia semata-mata, tetapi apa yang lebih penting adalah kita memupuk semangat patriotisme, kita memupuk semangat kewarganegaraan di dalam diri anak-anak muda. Ini akan membentuk sebuah negara yang maju, sebuah negara yang bertamadun dan sebuah negara Madani.
Seterusnya, saya ingin menyentuh mengenai Parlimen Belia. Seperti yang disebutkan oleh Speaker Dewan Rakyat sewaktu Majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Kemerdekaan bersama Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara, yang mengatakan bahawa Parlimen Belia akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak Parlimen dan ini saya menyambut baik perkara ini.
Namun begitu, saya ingin menyatakan beberapa cadangan. Parlimen Belia tidak hanya semata-mata untuk membentuk belia menjadi Yang Berhormat, tetapi apa yang lebih penting adalah memberikan pemahaman kepada belia yang masuk ke dalam Parlimen bagaimanakah proses demokrasi itu berlaku, bagaimana proses untuk menggubal dasar dan undang-undang itu berlaku, bagaimana untuk membawa usul dan bagaimana hal-hal pentadbiran di dalam Parlimen ini dijalankan. Itu adalah yang lebih penting lagi. Maka dengan itu Tuan Pengerusi, terima kasih saya ucapkan. Sekian dari saya, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 020400 – Institut Sukan Negara. Pada 9 Oktober 2021, Perdana Menteri ketika itu, Yang Berhormat Bera telah melancarkan program My Talent Identification and Development (MyTID) KBS-KPM. Program ini melibatkan proses pengenalpastian bakat sukan di peringkat akar umbi. Program ini yang dimulakan melalui program rintis melibatkan 15 buah sekolah di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor.
Berkaitan dengan program ini, saya ingin bertanya, apakah status program ini dan perancangan jangka panjang kementerian bagi program MyTID KBS-KPM? Yang kedua, senarai sukan yang menjadi fokus program ini dan adakah terdapat cadangan sukan baharu yang kementerian ingin ketengahkan? Ketiga, berapakah jumlah penyertaan peserta MyTID KBS-KPM mengikut pecahan kategori sukan?
Seterusnya, Butiran 020100 – Belia dan Sukan. Saya ingin menyentuh tentang pembangunan sukan bola sepak. Menyedari pentingnya usaha untuk mencungkil bakat baharu sukan bola sepak negara, pada bulan Julai 2020, ketika Perikatan Nasional sebagai kerajaan, kami telah lancarkan Liga Tunas Malaysia ataupun Malaysia Little League (MiLL). Program ini dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia. Soalan saya, apakah kementerian masih meneruskan program ini? Selain itu, adakah kementerian akan menggunakan konsep Liga Tunas Malaysia ini untuk sukan-sukan lain?
Seterusnya merujuk butiran yang sama, 020100 – Belia dan Sukan. Saya mohon perincian peruntukan ini untuk program belia mengikut Parlimen dan program sukan mengikut Parlimen. Saya mohon perincian peruntukan yang diagihkan untuk Parlimen Putrajaya juga.
Tuan Pengerusi, merujuk kepada Butiran 010100 di bawah objek Pengurusan Am.
Di dalam pertemuan saya dengan wakil-wakil persatuan sukan di Putrajaya dan juga atlet sukan Putrajaya, mereka membangkitkan keperluan untuk diwujudkan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Putrajaya dengan kadar segera. Pada masa ini, Putrajaya hanya mempunyai Pejabat Belia dan Sukan sahaja. Ini berbeza dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Cadangan ini akan membolehkan jabatan baharu tersebut dapat berfungsi dengan lebih menyeluruh dalam merangka pelan yang komprehensif dan peruntukan khusus untuk pembangunan atau projek sukan di Putrajaya. Saya mohon perlaksanaan ini dapat disegerakan bagi membangunkan potensi belia Putrajaya secara optimum melalui pelbagai pendekatan.
Saya pernah bangkitkan perkara ini sebelum ini dan saya bangkitkan sekali lagi kerana kita melihat bahawa perkara ini memerlukan tindakan segera. Selagi mana Putrajaya tidak mempunyai Jabatan Belia dan Sukan sendiri, maknanya peruntukan itu adalah sebahagian daripada peruntukan yang diperuntukkan kepada Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan dan sebagainya. Jadi kalau ada dedicated jabatan, maka dapat dilihat Putrajaya ini pembangunan sukannya secara lebih menyeluruh. Jadi, sekali lagi saya mohon pada Yang Berhormat Menteri, saya rasa ini dapat dilaksanakan segera supaya pembangunan sukan di Putrajaya ini dapat terus kita tingkatkan.
Seterusnya, Butiran 06000 – Sukan Komuniti. Putrajaya mempunyai potensi yang besar dalam melahirkan pelapis atlet dalam kategori sukan air. Ini kerana fasiliti sukan air di Putrajaya adalah bertaraf dunia dan merupakan antara yang terbaik di Malaysia dan terbukti melalui pelbagai pertandingan peringkat antarabangsa yang telah dianjurkan di Putrajaya. Untuk rekod, sewaktu Sukan Asia baru-baru ini, lima daripada 14 atlet yang bertanding dalam Sukan Perahu Naga merupakan anak Putrajaya. Jadi, sayang fasiliti sukan yang baik ini tidak digunakan secara optimum untuk melahirkan atlet yang berpotensi.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Dalam konteks sukan air juga, Putrajaya Care atau Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya mengambil pendekatan menganjurkan PUTRARenang untuk mendidik anak- anak berkaitan dengan keselamatan di air. Sehingga kini, seramai 141 orang kanak-kanak telah mengikuti program ini. Walaupun kami tidak menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan, insya-Allah kita akan teruskan. Namun begitu, bagi mempercepatkan perkembangan sukan air di Putrajaya, saya mohon kementerian untuk turut mengadakan program sukan air melibatkan komuniti di Parlimen Putrajaya dengan kerjasama Putrajaya Care. Ini termasuklah melibatkan sukan renang, perahu naga dan kayak.
Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk P.45, Butiran 02400 – Gelanggang Sukan dan Butiran 02301 – Penyelenggaraan Kompleks dan Kemudahan Sukan Negeri. Sebelum ini saya ada membangkitkan berkaitan pembinaan padang hoki, stadium ragbi dan gelanggang bola jaring di Putrajaya. Kemudian pada 18 September 2023, kementerian memberi komitmen untuk membangunkan ketiga-tiga infrastruktur tersebut. Pembinaan infrastruktur ini memberikan kegembiraan buat atlet-atlet sukan hoki, ragbi dan bola jaring di Putrajaya.
Khusus bagi sukan bola jaring, saya ingin merekodkan ucapan tahniah kepada Pasukan Bola Jaring Putrajaya Dynamites yang telah berjaya mendapat tempat keempat dalam Kejohanan Netball Super League 2023 yang berakhir pada 5 November yang lalu.
Saya mohon pembinaan infrastruktur untuk ketiga-tiga sukan ini dapat dimulakan secepat mungkin. Saya mohon menyatakan, berapakah peruntukan yang disediakan untuk pembangunan infrastruktur ini? Di manakah lokasi tapak kemudahan ini sama ada ianya telah dibincangkan dan ditetapkan? Yang ketiga, apakah garis masa bagi pembinaannya?
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti.
Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikutannya, dipersilakan Yang Berhormat Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Selamat petang.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Petang.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Petang ini saya turut bahas iaitu bajet di peringkat Jawatankuasa, di bawah Maksud B.45 dan P.45 iaitu Kementerian Belia dan Sukan.
Saya terus kepada Butiran 020100 – Belia dan Sukan. Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, belia yang cemerlang adalah aset negara paling berharga dalam meneruskan kepimpinan bagi mencapai kegemilangan, sekali gus menyediakan golongan pelapis yang berdaya saing. Oleh itu, kita tidak boleh ketepikan golongan belia kerana mereka bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa depan. Persoalannya, apakah program dan inisiatif yang dirancang oleh kementerian untuk mengupayakan dan memperkasakan gerakan belia pada hari ini?
Untuk persatuan belia bergerak dan menjalankan aktiviti, mereka memerlukan sumber kewangan. Saya lihat masalah kewangan merupakan satu kekangan untuk mereka bergiat aktif, lebih-lebih lagi persatuan belia di luar bandar. Kalau tiada geran untuk pentadbiran dan juga aktiviti, tentu sahaja persatuan belia tidak akan digerakkan.
Kalau tidak dapat digerakkan bermakna harapan kita untuk mempunyai pemimpin bagi masa yang kita hendak bentuk untuk masa depan itu tentu sahaja tidak akan berjaya.
Oleh itu, Betong minta Menteri memberitahu, berapakah peruntukan yang diluluskan oleh kementerian bagi persatuan-persatuan belia menjalankan program-program mereka pada tahun 2024 nanti.
Antara cabaran dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat sekarang ialah masalah sosial seperti gejala dadah, pengambilan substance dan juga perjudian online di kalangan belia. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah perancangan kementerian dalam menangani golongan belia ini daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah ini? Adakah kementerian mewujudkan program yang holistik untuk mengawal belia ini supaya tidak terjebak dengan masalah sosial? Mohon penjelasan daripada Menteri.
Seterusnya saya ke Butiran 020200 – Pembangunan Kemahiran Belia. Betong amat menyokong pihak kementerian meningkatkan keberkesanan dan kualiti latihan Technical and Vocational Education and Training (TVET) dengan izin, di mana kemahiran belia amat penting untuk masa depan mereka. Betong ingin bertanya, bagaimanakah peruntukan ini disalurkan? Adakah ianya akan disalurkan kepada institusi kemahiran belia?
Betong juga minta pencerahan Menteri tentang hasil keluaran daripada institusi Institut Kemahiran Belia ini, sama ada ianya memenuhi pasaran pekerjaan pada masa ini.
Berapakah jumlah keluaran daripada institut ini yang menganggur ataupun tidak mendapat pekerjaan di luar sana?
Seterusnya saya ke Butiran 030400 – Program Belia dan Sukan. Sejumlah RM22.5 juta disediakan pada tahun 2024 untuk program khusus ini. Betong minta Menteri menyatakan apakah jenis-jenis program yang dimaksudkan di bawah butiran ini.
Bagaimanakah kaedah pelaksanaan program itu nanti bagi belia di luar bandar? Sejauh manakah penglibatan mereka ini dalam pelbagai program yang dirancang ini dan apakah langkah-langkah kementerian bagi meningkatkan penyertaan golongan belia luar bandar?
Seterusnya, ke Butiran 06000 – Pembangunan Sukan Komuniti. Sebanyak RM20 juta disediakan pada tahun 2024 untuk pembangunan sukan komuniti. Betong minta Menteri menjelaskan, apakah perancangan kementerian untuk menggunakan dana ini?
Betong melihat kementerian perlu memainkan peranan yang lebih bagi membantu dalam pembangunan sesebuah sukan di peringkat sekolah, baik di sekolah rendah atau menengah.
Ramai pelajar yang berminat serta aktif dengan satu-satu jenis sukan. Ianya juga bergantung kepada adanya jurulatih atau guru sukan yang aktif serta berminat untuk sesuatu sukan tersebut. Tetapi bila guru sukan tersebut bersara atau berpindah ke tempat lain, sukan tersebut seolah-olahnya terus lenyap kerana tiada program pembangunan sukan yang dirancang serta disediakan untuk suatu tempat tersebut. Malah alat-alat sukan yang dibeli berlonggok di stor dan tidak digunakan. Oleh itu, Betong mengharapkan KBS
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
melihat perkara ini dengan lebih serius kerana ramai bakat-bakat yang dapat kita galas dan dibangunkan sebagai seorang jaguh sukan pada masa depan.
Akhirnya saya ke Butiran 02400 – Gelanggang Sukan. Saya melihat sejumlah RM134.311 juta disediakan pada tahun 2024 berbanding RM68.2 juta pada tahun 2023.
Betong menyambut baik kenaikan sebanyak dua kali ganda ini dan gelanggang futsal yang kita tahu banyak dibina suatu ketika dahulu perlu juga ditambah baik dan naik taraf.
Banyak yang tidak berbumbung dan telah rosak. Jadi, saya berharap lah dengan peruntukan yang ada pada tahun ini supaya diberikan perhatian untuk menaik taraf semua gelanggang futsal yang telah dibina beberapa tahun yang lalu.
Jadi, akhir sekali lah Betong ada satu permintaan untuk sukan hoki yang telah mendapat sambutan yang baik di kalangan pelajar-pelajar di kawasan Betong. Tetapi sedihnyalah tidak ada padang atau gelanggang yang standard untuk mereka bermain.
Oleh itu, saya minta dipertimbangkan pembinaan sebuah gelanggang sukan hoki di Spaoh, Betong dengan seberapa segera.
Dengan itu, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih. Sekian.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Dipersilakan Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Dato’ Pengerusi, Yang Berhormat Menteri yang turut sama hadir dalam persidangan Jawatankuasa kita pada petang ini.
Pertama, saya ingin menyentuh mengenai Butiran 020000 – Pembangunan Belia dan Sukan. Saya nak menyentuh mengenai isu yang berlaku dalam perlumbaan sukan drag motosikal yang kita ketahui ada berlaku satu insiden dalam Drag Bikes National ET Record Championship 2023 yang mengakibatkan kematian seorang pelumba drag profesional, arwah Hattem.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Dimaklumkan penganjuran sukan itu tidak mendapat kelulusan daripada majlis ataupun Persatuan Sukan Bermotor Malaysia dan Persatuan Sukan Bermotor Malaysia
(MAM) menyebut hendak berbincang dengan KBS, PDRM dan pihak-pihak yang berkaitan untuk mengemas kini pentadbiran dan undang-undang untuk penganjuran sukan drag motosikal ini. Jadi, apa perkembangan perbincangan tersebut dan juga disebut dalam— PM Kesembilan sebut sebelum ini hendak membina sebuah litar khusus untuk perlumbaan drag motosikal di setiap negeri. Mohon penjelasan apa perkembangannya setakat ini.
Saya beralih kepada point seterusnya mengenai sukan e-sport Dato’ Pengerusi.
Didapati buat masa ini ada dua entiti yang wujud dalam menguruskan sukan ataupun badan-badan dalam industri e-sport ini. Pertama, Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia
(MESF) dan yang kedua Persatuan Tadbir Urus Sukan Elektronik Malaysia (MEGA) yang berdaftar dengan ROS.
Soalan saya ialah, mengapa wujud dua entiti yang berbeza menguruskan satu benda yang sama. Akan berlaku pertembungan— masing-masing nak menonjol mungkin, jadi akan menyebabkan berlaku sedikit konflik dan telah dilaporkan MESF sebelum ini selaku persatuan induk telah menghantar atlet ke sukan— penganjuran sukan di peringkat yang besar, menyertai kejohanan dan mendapat pingat emas. Namun difahamkan juga Majlis Olimpik Malaysia (MOM) juga menghantar atlet mereka untuk menyertai penganjuran dalam Asian Games. Jadi, berlaku persaingan.
Macam mana kementerian hendak menyelesaikan isu ini dan rentetan daripada itu Yang Berhormat Menteri saya rasa sedia maklum, berlaku konflik yang mengheret Pesuruhjaya Sukan dan Majlis Olimpik Malaysia yang saya lihat sehari dua ini dalam akhbar agak panas. Mereka pun telah menghantar bantahan rasmi kepada Yang
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Berhormat Menteri. Saya rasa Yang Berhormat Menteri pun sedang berhadapan dengan isu ini. Jadi, mungkin boleh dimaklumkan dalam Dewan ini apakah perkembangannya.
Seterusnya Dato’ Pengerusi, Butiran 020500 – Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD). Saya ingin bertanya dalam bab ini ada empat perkara. Pertama, apa kejayaan besar yang dicapai oleh i-LEAD ini dalam aspek kenegaraan dan sepertimana yang disebut oleh sahabat tadi Pasir Mas dan sahabat- sahabat lain Sungai Petani juga ada sebut kalau tak silap saya.
Adakah i-LEAD ini bersedia untuk mengambil semangat perjuangan rakyat Palestin ini untuk ditanamkan semangat cinta negara dalam program-program ataupun modul-modul i-LEAD? Roh perjuangan mereka di sana itu sampai sanggup mati mempertahankan tanah air. Adakah kita boleh mengambil semangat itu dan kita masukkan penerangan ataupun semangat kecintaan itu dalam modul-modul yang dikendalikan oleh i-LEAD ini?
Mengenai Kluster Kenegaraan dalam i-LEAD, ada bidang sosialisasi politik.
Apakah perancangan yang telah pun kementerian cadangkan supaya belia kita turut terlibat secara langsung dalam penggubalan dasar dan polisi negara. Ada belia kita yang aktif memberi pandangan, mengulas isu-isu semasa negara, mengambil ruang dalam demokrasi yang ada.
Namun, mereka ini juga menerima tekanan-tekanan tertentu. Tekanan-tekanan netizen, tekanan-tekanan kecaman. Apakah yang telah diambil oleh pihak i-LEAD ataupun pihak kementerian untuk menguruskan belia-belia kita yang berfikiran analitis ini supaya mereka tidak terus terhenti kerana tekanan-tekanan tersebut.
Akhir sekali mengenai i-LEAD ini Dato’ Pengerusi, kita dimaklumkan ada kerajaan hendak mewujudkan PLKN. Jadi, bagaimanakah nanti dia akan mungkin bertemu dengan i-LEAD? Apakah mungkin ada sedikit sebanyak persamaan bagaimanakah penyelarasan antara i-LEAD dan PLKN ini dapat dilaksanakan?
Kedua terakhir Dato’ Pengerusi mengenai Butiran 030400 – Program Belia dan Sukan. Tentang Program Felo Perdana dimaklumkan baru ini ada isu di MITI ada seorang peserta itu ditamatkan kerana memalsukan sijil. Jadi, apa usaha pihak kementerian supaya perkara ini tak berulang? Saya cadangkan supaya Program Felo Perdana ini diperluaskan ke peringkat kerajaan negeri dan ke peringkat PBT kerana penting juga untuk belia kita ini faham struktur proses pentadbiran negeri dan juga peringkat— pentadbiran di peringkat PBT.
Akhir sekali Dato’ Pengerusi, mengenai Butiran 030500 – Penyelenggaraan Pejabat dan Kompleks Belia Sukan dan Butiran 030600 – Penyelenggaraan Peralatan Latihan dan Bangunan IKBN. Didapati bajet untuk penyelenggaraan Pejabat Kompleks Belia Sukan dan bajet penyelenggaraan peralatan latihan bangunan IKBN tahun depan kosong, adakah sudah tidak perlu ada penyelenggaraan ataupun bagaimana, mohon penjelasan lanjut.
Mengenai dana pembangunan sukan, saya cadangkan supaya dapat dibangunkan produk sukan air di Sungai Anak Bukit di Alor Setar. Sungai yang sangat berpotensi untuk sukan air. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Terima kasih Menteri.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Dipersilakan Yang Berhormat Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam Madani. Terima kasih kepada Dato’ Pengerusi yang memberikan ruang kepada saya untuk perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Belia dan Sukan.
Saya merujuk kepada Butiran 020100 – Belia dan Sukan. Tabung Ekonomi Belia
(TEB) dan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia adalah kemudahan pinjaman kepada belia yang diperkenalkan pada 1987 untuk menggalakkan
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
belia menceburi bidang perniagaan di bawah dua skim. Satu, Skim Belia Niaga (SBN) dan yang kedua adalah Skim Belia Tani (SBT). Akan tetapi, malangnya skim ini kurang promosi dan belia di luar sana kurang mendapat maklumat yang jelas. Jadi peluang- peluang ini kurang mendapat sambutan daripada para belia.
Jadi, sejumlah besar yang disediakan sebanyak RM112 juta diperuntukkan di bawah tajuk ini. Soalnya, berapakah pecahan untuk tabung-tabung yang saya sebutkan tadi dan adakah tabung ini mendapat sambutan daripada belia seluruh negara untuk menceburi bidang perniagaan dan pertanian? Bagaimana kerajaan boleh ataupun KBS boleh memberikan tumpuan untuk mempromosikan lagi dua skim ini supaya ramai lagi belia ini akan terlibat dalam usaha ini?
Seterusnya adalah Butiran 06000 – Pembangunan Sukan Komuniti. Ini adalah satu tajuk yang baharu bernilai RM200 juta yang melibatkan komuniti. Terima kasih kepada kerajaan yang menyedari perlunya pembangunan sukan di peringkat komuniti ini dengan peruntukan tersebut.
Saya melihat bahawa satu peluang yang baik di mana Pusat Khidmat Parlimen ini, mereka lebih dekat dengan komuniti anak-anak muda belia di bawah ini. Saya mencadangkan supaya peruntukan ini boleh diberikan juga peluang bersama dengan komuniti di peringkat Pusat Khidmat Parlimen di kawasan masing-masing.
Ketiga adalah Butiran 00906 – Program Pembangunan Ahli Sukan - Skim Kumpulan Ahli Sukan. Saya mendapat satu permintaan daripada mereka ini untuk memberikan perhatian kepada penambahan elaun sara hidup untuk ijazah dan diploma iaitu perlu diperhalusi daripada segi kos keberlangsungan bertambah bagi pelajar elaun sara hidup ini sekarang ini RM8,400 setahun iaitu lebih kurang RM700 bagi sebulan.
So, bila keadaan sekarang ini keperluan semakin meningkat, barang-barang sudah meningkat harganya, so kita mencadangkan ataupun Pulai mencadangkan supaya KBS perhalusi elaun tersebut untuk dinaikkan antara RM1,000 hingga RM1,200 sebulan.
Biasiswa ini juga terhad kepada diploma dan sarjana muda sahaja. Jadi, untuk mendapatkan— memberikan peluang kepada ahli-ahli sukan kita ini, perlu diberikan perhatian dan mungkin kajian perlu dibuat untuk memberikan ruang untuk pendidikan di peringkat master dan juga PhD.
Seterusnya adalah Butiran 02400 – Gelanggang Sukan. Terdapat banyak fasiliti sukan awam yang ada seperti futsal, sepak takraw, bola sepak, bola keranjang dan sebagainya tetapi daripada segi penyelenggaraan ini agak kurang terurus. Jadi, apakah pelan dan tindakan KBS bersama kerajaan tempatan dan negeri agar kemudahan sukan ini dibina dan dapat diselenggarakan dengan baik.
Saya sendiri di kawasan Parlimen Pulai ini, kita dapat melihat beberapa kemudahan-kemudahan asas ini, kemudahan sukan ini tidak diberikan perhatian dan banyak yang bermasalah. Umpamanya yang berlaku di kawasan beberapa tempat yang saya sebut Taman Anggerik, Taman Melur dan sebaginya. Di dalam Pulai ini ada satu DUN yang padat penduduknya yang namanya Kempas. Dalam Kempas ini sebenarnya tak ada padang bola pun.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Jadi anak-anak yang hendak bermain bola ini mereka tidak ada ruang untuk mereka bermain bola walaupun Johor ini terkenal dengan JDT tapi padang bola tak ada dekat Kempas. Jadi, saya mohon supaya ada usaha dibuat untuk membina sebuah padang bola yang baik di kawasan Taman Anggerik ini, di kawasan Pulai ini ya. Terakhir adalah Butiran 04007 – Kajian Pembangunan Belia ya. Jadi belia ini perlukan satu dana yang cukup, mereka hendak terlibat dengan aktiviti sukan, mereka hendak satu dana yang mencukupi untuk mereka ya.
Jadi kalau kita tumpukan kepada pihak kerajaan sahaja untuk membantu mereka, terhad sangat. Jadi saya cadangkan kajian dibuat kepada belia ini ataupun KBS membuat satu kajian bagaimana penyumbang-penyumbang yang ingin menyumbang kepada sukan belia ini diberi pelepasan cukai sebagai contoh ya. Dengan itu, banyak lagi pihak swasta
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
ini akan membantu membangunkan sukan khususnya di peringkat komuniti, masyarakat dan sebagainya.
So, ini cadangan daripada Pulai supaya dapat dibuat kajian ini, akan memberi kebaikan kepada belia dan juga pihak kerajaan itu sendiri. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pulai, dipersilakan Yang Berhormat Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Gerik ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar Tingkatan 6 SMK Seri Budiman, Gerik, Perak bersama dengan guru pengiring.
[Tepuk] Selamat datang ke Parlimen.
Gerik ingin menyentuh berkenaan dengan Kepala Bekalan B.45 dan Kepala Pembangunan P.45. Bagi B.45, Kementerian Belia dan Sukan, Butiran 010000 sub 010200 – Perbadanan Stadium Malaysia. Peruntukkan bagi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bagi tahun 2024 tiada sebarang perubahan iaitu sebanyak RM15 juta.
Jadi, Gerik ingin bertanya adakah ianya mencakupi penyelenggaraan stadium, jika dilihat pada aduan dan masyarakat awam berkenaan dengan infra stadium yang semakin usang dan terdapat kerosakan terutama selepas penganjuran program-program dalam acara-acara yang besar.
Keduanya, penyelenggaraan rumput di stadium memerlukan perbelanjaan yang besar. Namun kualiti rumput di kebanyakan stadium adalah tidak begitu baik. Adakah rumput Zeon Zoysia, rumput yang telah ditanam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ogos yang lalu adakah akan diperluaskan bagi semua-semua stadium di bawah PSM?
Keduanya, bagi Kepala B.45 Butiran 020000 – Pembangunan Belia dan Sukan. Bagi sub Butiran 020300 – Majlis Sukan Negara dan 020400 – Institut Sukan Negara.
Peruntukan bagi Majlis Sukan Negara (MSN) bagi tahun 2024 dan juga ISN bagi tahun 2024 iaitu sebanyak RM19 juta dan RM17 juta adalah tidak berubah. Adakah ianya mencukupi dalam persediaan negara ke sukan temasya besar seperti Sukan Olimpik Paris 2024 ini? Sedangkan perbelanjaan tambahan seperti promosi dan sebagainya amat perlu untuk pergi ke sukan yang berstatus utama dunia ini.
Ketiganya, Gerik ingin mohon perincian berkenaan dengan B.45 Butiran 030000 sub 030500 – Penyelenggaraan Pejabat dan Kompleks Belia dan Sukan. Dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan, pihak kementerian tidak meletakkan sebarang bajet bagi penyelenggaraan pejabat dan kompleks belia dan sukan pada tahun ini. Bajet yang sedia sebanyak RM6 juta telah diperuntukkan tetapi tiada pada tahun 2024. Sedangkan kita tahu, pejabat dan kompleks belia dan sukan di negeri dan daerah banyak yang usang dan perlu diperbaiki.
Apakah perancangan kerajaan tentang perkara ini? Kemudian bagi sub 030600 – Penyelenggaraan Peralatan Latihan dan Pembangunan (IKBN). Dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024, pihak kementerian tidak meletakkan sebarang bajet bagi penyelenggaraan IKBN ini. Pihak kerajaan telah memperuntukkan RM10 juta pada tahun 2023, jadi yang menjadi tanda tanya kepada saya, mengapakah tiada dana yang diperuntukkan bagi tahun hadapan?
Mohon pihak kementerian perincikan perbelanjaan RM10 juta bagi tahun ini.
Kemudian, sub 031400 – Penyelenggaraan Kem Wawasan Negara. Dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan, pihak kementerian tidak meletakkan sebarang bajet bagi penyelenggaraan Kem Wawasan Negara. Pihak kerajaan telah memperuntukkan RM3 juta pada tahun 2023. Apakah tiada keperluan untuk program khusus bagi belia pada tahun hadapan atau apakah status sebenar Kem Wawasan Negara ini?
Kemudian bagi B.45 Butiran 040000 – One Off, 040100 – Harta dan Modal. Mohon pihak kementerian memperincikan apakah perancangan bagi tahun hadapan apabila bajet
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan. Apakah perincian berkenaan perkara ini? Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan berkenaan dengan pembinaan sebuah Kompleks Rakan Muda bagi Parlimen Gerik. Memandangkan daerah kami berada jauh di luar bandar dan kompleks lengkap seperti ini mampu menjadi pemangkin pembangunan belia dan beliawanis bagi daerah Hulu Perak amnya dan Parlimen Gerik khasnya.
Keduanya, saya juga ingin mengalu-alukan KBS untuk melaksanakan pelbagai program peringkat kementerian memandangkan kami di Parlimen Gerik ini mempunyai lima etnik kaum utama Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Orang Asli dan Siam. Kami boleh menggambarkan perpaduan kaum utama Semenanjung Malaysia apatah lagi menerusi bidang sukan dan aktiviti belia. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Dipersilakan Yang Berhormat Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani. Saya mulakan perbahasan saya dengan mukadimah. Bangi Tuan Pengerusi, ada lebih kurang 1/3 daripada pengundi Bangi ini adalah mereka yang berumur bawah 30 tahun dan lebih daripada separuh berumur 40 tahun ke bawah. Di Bangi juga ada banyak pertubuhan dan kelab sukan komuniti sama ada yang sudah berdaftar ataupun tidak.
Dalam 12 bulan ini Tuan Pengerusi, macam-macam jenis sukan saya rasmikan dekat Bangi ini. Maka dengan kepelbagaian yang ada, sokongan daripada pihak kementerian untuk aktiviti belia dan juga sukan dalam kawasan Parlimen Bangi, amatlah penting. Tuan Pengerusi saya merujuk kepada kod 020100 – Belia dan Sukan. Di sini saya melihat terdapat peningkatan peruntukkan daripada RM106 juta untuk tahun ini kepada RM112 juta untuk tahun 2024.
Alhamdulillah di Bangi ini kami ada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat yang terdiri daripada kakitangan yang begitu komited Tuan Pengerusi. Walaupun dengan jumlah kakitangan yang kecil tapi saya sendiri sebagai Ahli Parlimen Bangi, saya melihat bagaimana mereka telah dengan penuh dedikasi mengadakan aktiviti-aktiviti untuk belia dan sukan di daerah Hulu Langat. Satu daerah yang cukup besar dan cukup padat Tuan Pengerusi.
Jadi sehubungan dengan itu, saya merujuk kepada kod 030400 – Program Belia dan Sukan. Saya juga sambut baik peningkatan peruntukkan daripada lebih kurang RM17.5 juta tahun ini kepada RM22.5 juta untuk tahun hadapan. Saya berharap Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat mendapat limpahan pertambahan dana ini Tuan Pengerusi, untuk mereka adakan lebih banyak program di daerah kami.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kementerian kerana telah menjalankan tahun ini Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang bagi kanak- kanak di antara umur 6 hingga 12 tahun, terutama sekali di daerah-daerah yang ada potensi banjir seperti kami di Hulu Langat ini.
Program ini Tuan Pengerusi mendapat sambutan yang amat-amat baik dan saya harap ia dapat diteruskan dan diperbanyakkan lagi program ini. Tapi satu perkara Dato’ Pengerusi, saya juga berharap bahawa satu kolam renang awam dapat dibina di daerah Hulu Langat ini sebab saya difahamkan di daerah Hulu Langat memang tak ada satu kolam renang awam walaupun dengan penduduk yang begitu banyak.
Tuan Pengerusi, seterusnya saya merujuk kepada Butiran 06000 – Pembangunan Sukan Komuniti. Saya menyambut baik peruntukkan sebanyak RM20 juta untuk tahun ini bagi pembangunan sukan komuniti. Ini juga di samping dengan RM50 juta yang telah diperuntukkan untuk Geran Padanan Sukan atau GPS yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa ucapan belanjawan. Saya melihat dana-dana ini akan banyak membantu untuk membangunkan Dato’ Pengerusi sukan-sukan komuniti.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Kalau kita hendak bercakap tentang sukan di peringkat antarabangsa, kejayaan di peringkat antarabangsa, kita harus pastikan bahawa kita pupuk sukan di peringkat komuniti juga. Sukan ini Dato’ Pengerusi, kita tidak boleh hanya melihat kepada sukan yang biasa orang main macam bola badminton dan sebagainya, tetapi...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
[Bangun]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
...Kita juga kena lihat sukan seperti e- Sports. Saya pernah kata dalam Dewan ini saya pun gamer. Saya pun ada main game, tapi saya bukanlah competitive gamer, tapi potensi dalam e-Sports itu adalah begitu besar.
Jadi kita harus pupuk...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
YB sikit.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya, Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Setujukah Bangi kalau sukan komuniti ini kita seperti cadangan Pulai, adakan kerjasama dengan Pusat Khidmat di peringkat Parlimen kerana Pusat Khidmat ini mereka lebih dekat dengan komuniti masyarakat di bawah ini.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya setuju sangat dan sebenarnya contohnya kalau di peringkat Parlimen, Parlimen saya, memang banyak aktiviti yang mereka nak jalankan, tapi selalunya kekurangan dana. Kita boleh bagi sumbangan, tapi sumbangan kita pun kekangan terhad juga sebab kami tempat kawasan yang besar, tapi peruntukan sama.
Maka sokongan melalui dana pembangunan sukan komuniti amatlah dialu- alukan. Cuma saya melihat bahawa mungkin banyak lagi badan sukan yang masih belum tahu tentang adanya Dana Sukan Komuniti dan Geran Padanan Sukan ini jadi saya percaya bahawa pihak kementerian harus memperbanyakkan lagi promosi mengenai ketersediaan dana-dana ini.
Satu lagi perkara terakhir jika dibenarkan Dato’ Pengerusi. Berkenaan dengan pendaftaran badan-badan sukan dan juga pertubuhan belia. Saya melihat bahawa banyak lagi badan-badan sukan dan pertubuhan belia ini yang sebenarnya belum berdaftar sama ada dengan ROY ataupun dengan di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Ada banyak kelebihan kita tahu untuk berdaftar antaranya pertubuhan yang didaftarkan ini boleh mendapat dana, boleh mohon daripada pejabat Parlimen dan sebagainya. Kadang- kadang kita memang nak bantu, sekali kita tengok, rupanya badan tersebut, kelab tersebut belum didaftarkan lagi.
Saya percaya bahawa ROY secara khususnya dah banyak memudahcarakan pendaftaran ini, tetapi saya melihat masih lagi banyak badan-badan sukan, NGO-NGO belia ini yang masih belum berdaftar. Jadi soalan saya, apakah langkah-langkah kementerian untuk menggalakkan lagi lebih banyak pendaftaran pertubuhan belia di bawah ROY dan juga badan sukan. Dengan itu Dato’ Pengerusi saya akhiri perbahasan saya. Sekian, terima kasih
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Dipersilakan Yang Berhormat Kepala Batas.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Dato’ Pengerusi kesempatan ini Kepala Batas ingin mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya di atas kemenangan menewaskan pasukan Republik Kyrgyzstan baru-baru ni. Semoga skuad negara dapat meneruskan momentum perlawanan menentang Taiwan pada malam ini.
Dato’ Pengerusi, yang pertama Kepala B.45 Butiran 010200 – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM). Tahniah kepada KBS di atas inisiatif penambahbaikan kualiti padang dan rumput di Stadium Bukit Jalil yang turut memainkan peranan terhadap penambahbaikan kualiti persembahan skuad Harimau Malaya masa ini. Mohon KBS
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
perincikan sehingga kini, stadium-stadium yang telah menyertai projek naik taraf padang ini? Adakah terdapat syarat ataupun prasyarat tatacara penggunaan padang yang ditetapkan bagi menjaga kualiti padang dan rumput kepada operator stadium yang bersedia menerima tawaran tersebut.
Yang kedua, Kepala B.45 Butiran 020400 – Institut Sukan Negara (ISN). Adakah terdapat perancangan untuk memanjangkan fungsi perkhidmatan perubatan sukan bersepadu ke peringkat tempatan bagi membantu proses pemulihan ataupun rehabilitasi dalam kalangan masyarakat marhaen terutama dalam kalangan pelajar sekolah.
Sekiranya belum ada, Kepala Batas ingin mencadangkan satu inisiatif kerjasama di antara KBS dengan Kementerian Pendidikan Malaysia serta Kementerian Kesihatan untuk menempatkan jurufisio di sekolah-sekolah ataupun klinik-klinik kesihatan.
Tujuannya adalah bagi menawarkan perkhidmatan perubatan dan pembangunan sukan dalam usaha KBS agar rawatan yang sesuai dapat ditawarkan bagi memastikan kecederaan sukan dapat dikurangkan dan direndahkan kesan cedera jangka panjang.
Ia juga selaras dengan matlamat KBS untuk membudayakan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia dan selain itu juga dapat membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang mempunyai kelayakan dalam bidang fisioterapi terutamanya kepada para graduan belia negara.
Ketiga, Kepala B.45 Butiran 031600 – Hari Belia Negara. Anggaran belanjawan bagi Hari Belia Negara 2024 dianggar meningkat kepada RM5 juta. Perincikan belanjawan sambutan Hari Belia Negara peringkat kebangsaan, negeri dan juga daerah. Apakah input ataupun program tambahan berbanding Hari Belia Negara 2023 yang ingin diketengahkan kepada belia.
Keempat, Butiran 02007 – Kompleks Sukan Komuniti. Berapakah jumlah Kompleks Sukan Komuniti yang berada di bawah pengurusan dan pentadbiran KBS di seluruh negara terutamanya di negeri Pulau Pinang? Bagaimanakah anggaran belanjawan yang diperuntukkan akan digunakan bagi memastikan Kompleks Sukan Komuniti ini dapat dimanfaatkan dan dinikmati rakyat. Mohon agar kami Ahli Parlimen dari blok pembangkang turut dilibatkan dalam proses libat urus.
Butiran 04007 – Kajian Pembangunan Belia. Senaraikan perancangan projek kajian di bawah Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia bagi tahun 2024 dalam usaha pembangunan belia di peringkat nasional. Adakah terdapat jalinan kerjasama dengan entiti swasta tempatan dan juga antarabangsa bagi melonjakkan potensi belia negara. Jika ada, Kepala Batas mohon perincikan.
Kelima, Butiran 02400 – Gelanggang Sukan. Kepala Batas mohon senaraikan jenis-jenis sukan yang ditawarkan, program penambahbaikan gelanggang. Adakah gelanggang sukan rakyat yang berpotensi untuk diketengahkan seperti silat, takraw dan juga tenis layak untuk memohon dan bagaimanakah proses permohonannya? Untuk makluman KBS, terdapat sebuah gelanggang tenis yang aktif di Kepala Batas. Justeru, namun kualitinya perlu ditambah baik. Mohon kerjasama dan juga sokongan daripada KBS untuk memajukan sukan tenis ini di Parlimen Kepala Batas.
Dato’ Pengerusi, Kepala Batas ingin mengambil peluang ini untuk bertanyakan status kehilangan dan kebajikan saudara Hawari iaitu pendaki OKU yang hilang ketika mendaki Gunung Himalaya. Juga memandangkan Piala Asia 2023 akan berlangsung tidak lama lagi, adakah terdapat usaha bagi memudahkan dan meramaikan penyokong skuad Harimau Malaya yang ingin hadir menyokong skuad negara di Doha, Qatar nanti.
Sekiranya ada, pasti kehadiran ekor Harimau Malaya yang ramai akan memberi impak yang berbeza kepada persembahan skuad negara. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Dipersilakan Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera, salam perpaduan, salam Malaysia Madani. Terima kasih Dato’ Pengerusi kerana memberi peluang kepada Jempol untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Belia dan Sukan.
Ada tiga perkara yang nak saya fokuskan dalam perbahasan ini. Pertamanya merujuk kepada Kepala P.45 Butiran 07000 – Penyelenggaraan Bangunan dan Fasiliti Kementerian Belia dan Sukan. Sebelum itu juga saya mohon ya mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kehadiran dalam Dewan Rakyat hari ini, guru-guru serta pelajar Tingkatan Enam ya, Sekolah Menengah Seri Budiman dan juga dari Parlimen Lenggong.
Terima kasih.
[Tepuk] Dato’ Pengerusi, saya ulang semula merujuk kepada Kepala P.45 Butiran 07000 – Penyelenggaraan Bangunan dan Fasiliti Kementerian Belia dan Sukan. Saya ingin menyentuh tentang Kompleks Rakan Muda Jempol yang siap dibina pada tahun 2004 yang telah berusia 19 tahun dan masih belum pernah di naik taraf sehingga kini dan terdapat berbagai kerosakan.
Antara kerosakan serius ialah berlaku mendapan tanah di kawasan surau, peralatan di bangunan asrama lelaki dan wanita serta bilik kuliah yang telah rosak, cat bangunan kompleks yang kusam dan pudar, pagar kompleks yang telah rosak, keperluan menaik taraf gelanggang sukan dan memasang penghawa dingin di Dewan Serbaguna Kompleks Rakan Muda Jempol yang selalu digunakan untuk majlis rasmi dan juga keraian.
Untuk makluman Dewan yang mulia, permohonan naik taraf ini telah dikemukakan ya, kepada pihak kementerian dan lawatan tapak telah dilakukan pada 5 Mac 2023. Dato’ Pengerusi, Jempol mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Mohd Azhari Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara yang turun padang yang membuat tinjauan keadaan Kompleks Rakan Muda Jempol pada bulan Julai 2023.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jempol ingin bertanya apakah status terkini permohonan projek menaik taraf Kompleks Rakan Muda Jempol dan Jempol amat berharap projek ini dapat diberi keutamaan.
Kedua Dato’ Pengerusi, seterusnya B.45 Butiran 020100 – Belia dan Sukan. Saya merujuk teras enam hab sukan, Visi Sukan Negara 2030. Antara inisiatif kementerian adalah peningkatan accessibility dan tadbir urus prasarana sukan dengan fokus penambahbaikan ketersediaan fasiliti sukan. Saya ingin fokus kepada acara sukan olahraga balapan. Malaysia melahirkan nama-nama besar dalam acara balapan di peringkat antarabangsa dalam acara pecut, sederhana dan juga jarak jauh. Antaranya atlet lelaki Dr. Mani Jegathesan, Ishtiaq Mubarak, M. Ramachadran, Rabuan Pit, Watson Nyambek, Nur Herman Majid dan juga Samson Vallabouy serta atlet-atlet wanita seperti Marina Chin, Zaiton Othman, G. Shanti, Josephine Mary, Saik Oik Cum dan juga Mumtaz Jaafar.
Untuk maklum Dewan yang mulia, sehingga kini masih belum ada atlet yang berjaya memecahkan rekod acara larian 800 meter oleh Samson Vallabouy sejak 1989.
Dalam tempoh 34 tahun rekod ini tidak dapat dipecahkan dan juga acara larian 10,000 meter melalui M. Ramachandran sejak 1994. Rekod selama 29 tahun.
Di bawah Visi Sukan Negara 2030, inisiatif menaik taraf fasiliti sukan, Jempol mencadangkan pembinaan balapan di seluruh negara dengan konsep satu daerah, satu balapan yang mana pihak kementerian boleh memilih daerah yang berpotensi melahirkan atlet-atlet sekali gus dapat mencungkil ramai bakat baru. Dia memerlukan kos yang tinggi, tetapi kita cuba memilih daerah-daerah yang melahirkan atlet-atlet yang berpotensi supaya kita hendak satu hari nanti atlet negara kita ini boleh berlari bawah 10 saat di negara kita ini. Sekarang ini 10.3, 10.2 dan insya-Allah dengan adanya balapan pelari-
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
pelari kita ini biasa berlari di atas balapan, insya-Allah kita akan dapat melahirkan pelari- pelari pecut di bawah 10 saat. Itulah harapan kita bersama.
Dato’ Pengerusi, saya mencadangkan projek rintis daerah ini dibuat di Parlimen sayalah. Memandangkan ramai anak muda yang berbakat contohnya daripada dua sekolah yang amat cemerlang di Parlimen Jempol ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor dan juga Sekolah Menengah Chi Wen. Sudah puluhan tahun dua sekolah ini melahirkan atlet-atlet yang cemerlang menjadi johan di peringkat daerah dan juga di peringkat negeri. Di samping itu, terdapat beberapa lokasi yang sesuai di Parlimen Jempol ini, sama ada dibuat di sekolah yang padangnya amat strategik dan juga di beberapa kompleks sukan yang juga saya fikirkan boleh cukup untuk membuat balapan bagi acara trek 400 meter.
Dato’ Pengerusi, seterusnya perkara yang ketiga. Persoalan saya, apakah pandangan pihak kementerian berhubung dengan cadangan Projek Satu Daerah, Satu Balapan ini? Jadi yang ketiga, Dato’ Pengerusi, saya merujuk B.45 Butiran 030400 – Program Belia dan Sukan. Terima kasih kepada pihak kementerian kerana telah memberikan banyak bantuan kepada golongan belia dengan 16 insentif dalam Belanjawan 2024. Jempol fokus kepada persatuan-persatuan belia akar umbi.
Pada hari ini didapati persatuan belia tidak aktif dan lesu kerana tidak mempunyai sumber kewangan. Walaupun berbagai-bagai inisiatif dibuat di peringkat akar umbi untuk mendapatkan dana daripada pelbagai sumber, tetapi asas dia mereka ini rata-rata kekurangan dari segi sumber kewangan. Dengan adanya bantuan ini, Jempol berpandangan persatuan ini boleh bergerak aktif menjalankan pelbagai aktiviti dan juga program.
Saya dimaklumkan setakat ini bantuan pentadbiran hanya diberikan kepada...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, gulung.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
...persatuan, adakah?
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, gulung.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Satu minit sahaja yang terakhir. Saya dimaklumkan setakat ini bantuan pentadbiran hanya diberikan kepada persatuan belia di peringkat negeri dan daerah sahaja. Itu sebab kelihatan persatuan ini aktif di peringkat negeri dan daerah, tetapi di kawasan kampung-kampung, di kawasan luar bandar amat terbatas. Oleh yang demikian, Jempol memohon agar bantuan pentadbiran diberikan kepada pertubuhan belia di peringkat cawangan. Sebagai kawalan, Jempol mencadangkan bantuan ini disalurkan melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah.
Soalan saya adakah pihak kementerian mempunyai perancangan untuk memberi bantuan kewangan kepada persatuan-persatuan belia di peringkat cawangan. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Pengerusi. Butiran 020300 – Majlis Sukan Negara (MSN). Pencapaian terburuk kontinjen negara pada edisi ke-32 temasya Sukan Sea 2023 di Kemboja pada Mei yang lalu merupakan episod yang sedih kepada peminat sukan tanah air bahkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Malaysia tidak pernah berada pada tahap paling lemah dan terbawah semenjak temasya Sukan Sea dianjurkan. Hanya mampu mengutip 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa dan kedudukan Malaysia berada di bawah Singapura, Filipina dan juga Kemboja.
Nampaknya badi pencapaian terburuk Sukan Sea Kemboja ini masih belum berakhir. Sedang kita bersiap sedia untuk menghadapi Sukan Sea 2025 di Thailand yang
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
mana pihak KBS melalui Majlis Sukan Negara, Persatuan Sukan Kebangsaan, Majlis Olimpik Malaysia dan Institut Sukan Negara sedang merangka petunjuk prestasi utama KPI. Kita dikejutkan dengan beberapa kemelut pertikaian beberapa agensi dan badan sukan negara. Punca pertikaian yang berlaku apabila antara Pesuruhjaya Sukan dan Majlis Olimpik Negara yang bertelingkah isu kegagalan mencapai sasaran pingat dalam temasya Sukan Sea Kemboja dan isu dari segi kewangan RM7 juta dalam Majlis Olimpik Negara.
Saya tidak mahu memanjangkan lagi ruang pertelingkahan ini. Cuma saya mahu mendesak pihak kementerian KBS bermuhasabah diri mengapakah peristiwa ini berlaku di era pentadbiran hari ini. Apakah langkah-langkah drastik kementerian untuk mengkoreksi diri dan mencari jalan mengharmonikan dalam usaha meningkatkan prestasi sukan negara?
Menteri KBS perlu mengambil tanggungjawab segera menangani ketidakharmonian yang berlaku di dalam agensi sukan di bawah KBS pada hari ini. Sukan adalah recipe ampuh untuk manusia bersatu, bukan medan untuk manusia bertempur dan bermusuhan. Jika sukan menjadi alat untuk mencapai kemegahan semata-mata dan jauh daripada matlamat mengukuh silaturahim dan perpaduan, sudah tentu ada perkara yang tidak kena di dalam pelaksanaan dasar sukan negara.
Di bawah butiran yang sama juga saya ingin menyentuh berkenaan dengan isu kebajikan bekas atlet termasuk atlet Paralimpik. Soalan saya, sejauh manakah kerajaan mengkaji semula untuk memperluaskan skim pencen kepada bekas atlet sama ada Olimpik mahupun Paralimpik memandangkan ramai bekas atlet negara yang hidup dalam kesusahan dan kebajikan mereka terabai meskipun dahulu mereka pernah mengharumkan nama negara.
Jika tahun lalu Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) sedang mengenal pasti lebih 4,000 bekas atlet untuk didaftarkan di bawah yayasan itu memandangkan hanya 2,000 lebih sahaja yang mendaftar. Oleh itu, saya ingin mengetahui setakat hari ini berapakah jumlah atlet sama ada Olimpik mahupun Paralimpik yang telah daftar di bawah YAKEB. Apakah usaha kerajaan bagi memastikan bekas atlet negara berdaftar di bawah YAKEB dan mendapat manfaat sepenuhnya di bawah daripada YAKEB.
Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang Butiran 030900. Antara inisiatif KBS kepada pelajar IKBN adalah termasuk pemberian elaun belajar. Pelajar IKBN kini menerima elaun bulanan dalam RM100 hingga RM300 untuk tempoh dua tahun dan elaun RM200 untuk pelajar yang menjalani latihan industri.
Justeru dengan kadar inflasi yang semakin meningkat, adakah kementerian ada berhasrat untuk meningkatkan lagi kadar elaun pelajar ini? Kenaikan kadar insentif ini akan menarik lebih ramai belia-belia untuk menyambung pengajian TVET di institut-institut bawah KBS.
Seterusnya Butiran 00100 – Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN). Kita lihat kadar purata kebolehpasaran graduan institusi ILKBS di dalam TVET di bawah kawal selia KBS yang merangkumi IKBN, IKTBN adalah lebih daripada 90 peratus dalam tempoh tiga tahun ini. Justeru, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian apakah langkah yang diambil untuk mengenal pasti golongan belia yang tercicir dalam pendidikan terutama di luar bandar untuk diberikan bantuan melalui Program Pembangunan TVET di bawah IKBN terutama kepada golongan belia daripada keluarga B40 untuk memastikan golongan ini memenuhi keperluan tenaga industri di bandar mahupun di luar bandar.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Yang akhir, Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, Butiran 020000 – Pembangunan Belia dan Sukan. Saya ingin menyentuh tentang Esports Integrated (ESI) di bawah KBS dalam mewujudkan pembangunan ekosistem e-sukan secara lebih menyeluruh serta bentuk kerjasama dengan entiti swasta bagi menggilap bakat-bakat atlet dalam bidang ini selaras dengan pelan pembangunan sukan elektronik.
Saya ingin bertanya cadangan kementerian menganjurkan Anugerah Esports Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) pada Januari pada tahun depan. Adakah calon-calon penerima anugerah e-sukan ini mengambil kira
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
pemain-pemain e-sports di negeri-negeri di seluruh Malaysia atau hanya bagi mereka yang mencapai kemenangan di peringkat nasional sahaja?
Akhir sekali, Dato’ Pengerusi, di bawah butiran yang sama, Padang Terap mahu penjelasan pihak kementerian tentang perancangan kementerian bagi merancakkan industri sukan permotoran tempatan. Saya mengambil contoh ialah belia yang sangat dekat dengan minat terhadap permotoran terutama kategori motosikal kapcai seperti kejayaan Santai Anak Utara (SAU11) yang telah menganjurkan program tahun yang ke- 11 yang telah mengumpulkan puluhan ribu belia peminat motosikal dengan kerjasama pelbagai agensi awam dan swasta termasuk kerajaan negeri dan yang terbaru di Stadium Kangar, negeri Perlis. Soalan saya, apakah bentuk SOP aktiviti sukan permotoran santai dan kawal selia yang lebih baik dan berkesan untuk mengatasi keselamatan semua pihak?
Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Padang Terap. Berikut, dipersila Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Dato’ Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 030200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Daripada RM20.4 juta naik ke RM21.4 juta. Saya ingin bertanyalah kepada pihak kementerian. Ada berapa ramai sebenarnya kakitangan di KBS ini termasuk di peringkat negeri dan juga daerah yang berstatus kontrak? Apakah ada perancangan di pihak kementerian untuk memberi status tetap kepada mereka ini? Mungkin dengan peraturan-peraturan tertentu yang berkhidmat lebih daripada 10 atau 15 tahun.
Keduanya adalah adakah emolumen kakitangan kontrak yang naik ini juga berkaitan dengan pengenalan semula ataupun pemerkasaan semula Program Rakan Muda yang telah diumumkan melalui ucapan Belanjawan 2024 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berjumlah RM27 juta?
Keterkaitannya itu ialah apabila saya juga melihat, Dato’ Pengerusi, Butiran 030500 – Penyelenggaraan Pejabat dan Kompleks Belia dan Sukan daripada RM6 juta kepada kosong. Kemudian, Butiran 030600 – Penyelenggaraan Peralatan Latihan dan Bangunan IKBN ini dan juga— oh, minta maaf.
Kepada ini, Butiran 02001 – Kompleks Rakan Muda Daerah (KRMD) daripada RM2.7 juta kepada RM820,000 dan Butiran 02007 – Kompleks Sukan Komuniti daripada RM2.5 juta ke RM3 juta. Adakah kelangsungan pewujudan semula ataupun pemerkasaan semula Program Rakan Muda ini selari dengan perkara-perkara yang telah diterkurangkan bajetnya terutamanya berkaitan dengan Kompleks Rakan Muda inilah? Sepatutnya kalau kita lihat, secara logiknya, apabila kita memperkenalkan semula Rakan Muda ini, dana untuk di bawah Butiran 02001 – Kompleks Rakan Muda hendaklah dipertingkatkan lagi supaya ia seiring dengan cita-cita dan harapan RM20 juta yang telah diperuntukkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Seterusnya adalah Butiran 030500 – Penyelenggaraan Pejabat Kompleks Belia dan Sukan daripada RM6 juta kepada RM0. Butiran 030600 – Penyelenggaraan Peralatan Latihan dan Bangunan IKBN juga daripada RM10 juta kepada RM0 dan Butiran 131400 – Penyelenggaraan Kem Wawasan Negara daripada RM3 juta ke RM0.
Jadi, Tenggara ingin bertanya kepada pihak KBS, apakah tiada langsung peruntukan berkaitan dengan ketiga-tiga premis ini? Yang saya kiralah, berdasarkan pengalaman saya dalam gerakan belia, amat perlu juga untuk diletakkan sesuatu angka di situ. Paling tidak pun, untuk penyelenggaraan inilah. Kerana kita tidak tahu apa yang berlaku di pertengahan tahun 2024 nanti.
Seterusnya adalah berkaitan dengan dana pembangunan produk sukan daripada RM5 juta kepada RM1 juta. Tenggara ingin berkongsi di sinilah kepada Yang Berhormat Menteri, Dato’ Pengerusi, bahawa di bandar Tenggara, di kawasan saya Tenggara itu,
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
ada terdapat satu bidang tanah yang sangat luas di bawah KKDW which is KEJORA lah dan telah pun ada di sana sebuah mini stadium KEJORA.
Kemudian, di sebelah mini stadium itu ada gelanggang motocross, track motocross dan di tepi jauh sikit, ada apa yang kita namakan sebagai— yang dikendalikan oleh Persatuan Hobi Permainan Alat Kawalan Jauh ini- gelanggang atau trek kereta control-lah. Beberapa ratus meter daripada situ, sekarang ini penduduk di Taman Anggerik di bawah Persatuan Ukhuwah Safra telah menggerakkan aktiviti memanah.
Jadi, di bawah dana pembangunan produk sukan ini, Tenggara sukalah untuk memaklumkan kepada pihak kementerian, tapi malangnya, daripada RM5 juta dah jadi RM1 juta. Sepatutnya ia ditambah lagilah. Supaya selepas semua kesukaran yang kita lalui selepas PKP COVID ini, mudah-mudahan sport tourism juga boleh mendana pendapatan ekonomi bagi negeri dan daerah.
Contohnya, bagi kes saya ini, kalaulah boleh dibangunkan mungkin secara NBOS bersama Kementerian Belia dan Sukan dan KKDW, melihat potensi tempat itu supaya diangkat sebagai satu lokasi sport tourism yang menggabungkan stadium mini yang sedia ada, kemudian gelanggang motocross yang sedia ada, gelanggang kereta kawalan jauh dan juga aktiviti memanah.
Saya suka nak menyebut di sini. Saya secara bersendirianlah, Yang Berhormat Menteri, telah membantulah memanah lebih kurang RM15,000. Kemudian, untuk hobi kereta ini, saya bantu RM50,000 untuk menghidupkan kawasan berkenaan. Jadi, kalau pihak KBS tidak keberatan, boleh juga sama-sama bangunkan, jadikan ia sebagai satu pusat pembangunan bakat.
Kalau ada pertambahan satu gelanggang serba guna, agaknya empat gelanggang dalam satu bumbung yang serba guna, boleh main bola jaring, boleh main futsal dan sebagainya, ia akan mengangkat lagi kawasan itu sebagai lokasi tarikan pelancongan. Saya hendak maklumkan, untuk trek motocross itu, pada 8 hingga 10 Disember ini, saya bersama-samalah dengan pihak KEJORA menganjurkan Johor International Motocross Challenge. Kalau boleh Yang Berhormat Menteri dapat bersama- sama lebih baik.
Dato’ Pengerusi, ada satu lagi yang saya nak sebut— saya minta masa— iaitu Butiran 031600 – Hari Belia Negara. Daripada RM2 juta ke RM5 juta. Amat bagus. Dan Butiran 030400 – Program Belia dan Sukan daripada RM17.5 juta kepada RM22.5 juta.
Tenggara ingin menyentuh berdasarkan pengalaman saya, Yang Berhormat Menteri, kemungkinan Majlis Perundingan Belia Negara ini jatuh peruntukannya di dalam peruntukan inilah. Jadi, saya ingin menyentuh supaya KBS melihat kepentingan dan keperluan Majlis Perundingan Belia Negara ini bukan sahaja dilakukan di peringkat kebangsaanlah ataupun di peringkat negeri, malah dibuat seperti zaman-zaman dahulu di peringkat daerah juga supaya no one left behind. Pandangan, pendapat anak-anak muda berkaitan semua isu— sosial, keselamatan, pekerjaan, ekonomi dan sebagainya- dilibatkan di bawah Majlis Perundingan Belia Daerah dan diangkat ke peringkat negeri, barulah dibawa ke peringkat kebangsaan. Jadi, ini kita meraikanlah suara-suara anak muda.
Seperkara lagi adalah pelaksanaan tentang Dasar Belia Negara yang saya difahamkan telah dekat sangat untuk dilaksanakan di bawah 35 tahun begitu. Saya cuma mencadangkan agar pihak KBS bersedia dengan pelan transisi untuk pelaksanaan dasar ini kerana ia tidak boleh diumumkan sahaja ataupun dilaksanakan sedemikian. Mestilah ada dasar-dasar tertentu. Kerana, transisi ini penting untuk menyediakan mekanisme dan kesiagaan generasi.
Kalau tidak keberatan, Dato’ Pengerusi, saya ambil masa sedikit. Saya mencadangkanlah untuk diwujudkan pula bukan sahaja Dasar Belia, tetapi Dasar Remaja Negara di bawah 25 tahun yang memungkinkan aktivis-aktivis yang mungkin selepas pelaksanaan Dasar Belia ini umurnya dah terlebih, boleh masih membantu Kementerian Belia dan Sukan untuk menggerakkan program aktiviti kesukarelawanan dan sebagainya di bawah forte dasar remaja itu.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Kita haraplah, Tenggara harap pihak kementerian boleh berbincang guna konsep NBOS juga dengan KPM, mungkin convert ataupun transform sekolah-sekolah di kawasan-kawasan luar bandar ini menjadi pusat pembangunan dan kecemerlangan belia di peringkat komuniti. Jadi, dengan cara demikian, belia boleh disantuni. Kita pun tahu belia ini habiskan banyak masanya di sekolah. Jadi, kalau di sekolah itu ada elemen Kementerian Belia dan Sukan, saya rasa pembangunan belia yang lebih konstruktif dan lebih cergas dapat dibina melalui sekolah juga, melalui pada zaman sekolah lagi. Itu yang saya maksudkan.
Itu sahaja, Yang Berhormat Dato’ Pengerusi. Terima kasih kerana memberi sedikit lebih masa.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Dipersilakan Yang Berhormat Rompin.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih, Dato’ Pengerusi. Saya terus pergi kepada Butiran 031300 – Malaysia Future Leaders School (MFLS). Dato’ Pengerusi, jika dilihat dalam pembentangan Belanjawan 2024, sebanyak RM8.5 juta yang diperuntukkan pada program MFLS, sama seperti tahun sebelumnya dan tiada peningkatan dalam jumlah peruntukan pada program ini.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Seperti yang kita ketahui, program ini sangat penting bagi memainkan peranan dalam memupuk kepimpinan dan mengangkat bakat generasi muda untuk terus menjadi sebahagian daripada langkah menghasilkan pemimpin masa depan negara yang berkualiti. Jika program ini merupakan program yang berada betul di landasannya, seharusnya pihak kerajaan perlu memikirkan langkah bagi menambah baik dan memperluaskan program ini bagi memastikan setiap bakat yang ada dapat diberikan peluang bagi menonjolkan kebolehan mereka apabila diberikan peluang untuk menyertai program ini.
Penambahan peruntukan ini bukan sahaja dapat menambah baik program ini dari segi penambahbaikan modulnya dari masa ke semasa malah memberikan kemudahan- kemudahan terbaik kepada bakal pemimpin negara kita suatu hari nanti. Soalan saya, apakah usaha penambahbaikan terkini oleh pihak kementerian terhadap MFLS dengan menggabungkan kegiatan indoor dan outdoor berimpak tinggi? Ini termasuk dari segi modul-modul yang disediakan untuk memperkukuhkan pembangunan kepimpinan belia di setiap peringkat.
Saya terus pergi kepada Butiran 030700 – Perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak di Institut Latihan KBS. Dato’ Pengerusi, program latihan di institut latihan seliaan KBS merupakan inisiatif kerajaan dalam mempertingkatkan dan memberikan latihan dalam bidang kemahiran bagi melahirkan belia yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi selari dengan permintaan tenaga berkemahiran dalam negara.
Peruntukan bagi perkhidmatan bekalan bermasak di institut latihan KBS bagi tahun 2024 menunjukkan penurunan yang ketara iaitu RM42 juta kepada RM32 juta.
Persoalannya adakah penurunan ini berlaku disebabkan institut latihan ini tidak lagi mendapat tempat pada golongan belia bagi mendapatkan latihan? Jika perkara itu yang menyebabkan penurunan ini, apakah inisiatif kerajaan bagi menarik minat golongan belia bagi menyertai latihan kemahiran yang disediakan oleh kerajaan?
Seterusnya Butiran 04007 – Kajian Pembangunan Belia. Dato’ Pengerusi, perincian kajian pembangunan belia akan melibatkan analisis mendalam mengenai keperluan, cabaran dan peluang yang dihadapi oleh golongan belia. Antara perkara yang diambil kira dalam pembangunan belia adalah pendidikan dan latihan, pekerjaan dan keusahawanan belia, teknologi dan inovasi, penglibatan luar bandar dan banyak lagi.
Pada pendapat saya, kajian-kajian untuk pembangunan untuk belia ini perlu dipertingkatkan bagi memberikan maklumat terkini berkaitan belia di seluruh negara.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Penglibatan universiti-universiti bagi melaksanakan kajian-kajian ini haruslah dipertingkatkan dari semasa ke semasa agar perincian yang lebih mendalam dapat diketengahkan untuk menjadi rujukan kepada kerajaan. Soalan saya, apakah status terkini Indeks Pembangunan Belia yang telah dibangunkan oleh pihak Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)?
Seterusnya saya pergi kepada Butiran 03100 – Program Latihan dan Pembangunan Sukan Majlis Sukan Negara. Majlis Sukan Negara (MSN) adalah badan yang bertanggungjawab untuk pembangunan sukan ini negara ini. MSN memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan atlet, memastikan kemudahan sukan yang berkualiti dan mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia.
Program latihan dan pembangunan sukan yang dijalankan oleh MSN dapat mencakupi pelbagai bidang seperti pembangunan bakat latihan, peningkatan kemahiran atlet, pembiayaan atlet, penyelidikan dan pembangunan teknologi sukan dan banyak lagi.
Hari ini pasukan bola sepak kebangsaan kita akan menentang Chinese Taipei.
Insya-Allah kita akan beroleh kemenangan. Persoalannya di sini pasukan negara kita sudah semakin meningkat maju ke hadapan, tetapi program pembangunan bola sepak kita masih banyak kekurangannya. Apa yang paling jelas ada di antara pusat latihan daerah di bawah seliaan Program NFDP tidak mempunyai bola pun untuk dijadikan bahan latihan. Persoalannya, di manakah peruntukan untuk peralatan ini disalurkan?
Seterusnya saya pergi kepada- ini tidak ada butiran Yang Berhormat Menteri.
Saya dah cari. Nak terjulur biji mata saya. Tak dapat cari iaitu Geran Padanan Sukan, Yang Berhormat Menteri. Saya nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada KBS melalui inisiatif Geran Padanan Sukan. Ini adalah salah satu usaha penambahbaikan oleh KBS dan program ini amat berjaya terutama di kawasan saya.
Saya juga yakin di Parlimen-Parlimen lain, sebanyak RM40 juta diperuntukkan pada 2023. Jadi, saya mohon Rompin diberi lebih banyak peruntukan pada tahun hadapan Yang Berhormat Menteri. Soalan saya adakah KBS bercadang untuk menambah peruntukan Geran Padanan Sukan ini di masa akan datang?
Akhir sekali, saya minta sedikit lagi daripada Dato’ Pengerusi. Di Rompin mempunyai ramai pemain, peminat-peminat sukan tenis, tetapi tidak ada satu gelanggang awam untuk pemain-pemain tenis di Rompin. Malahan mereka terpaksa mengguna gelanggang di pejabat-pejabat kerajaan. Pejabat kerajaan kunci Yang Berhormat Menteri.
Tak bagi deme ini main. Jadi, saya mohon supaya satu gelanggang tenis dibina di kawasan saya Rompin. Saya rasa tak banyak pun peruntukan untuk itu Dato’ Pengerusi.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Klang.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pada bulan Jun 2023, Kementerian Belia dan Sukan telah mengumumkan bahawa permainan kabaddi dan juga silambam akan dipertandingkan di Temasya Sukan Malaysia iaitu SUKMA 2024 yang berlangsung di Sarawak. Terima kasih kepada pihak kementerian dan Jawatankuasa Tertinggi SUKMA atas langkah yang inklusif ini. Saya harap sukan kabaddi dan juga silambam ini akan dikekalkan dalam senarai sukan yang dipertandingkan di SUKMA pada edisi-edisi yang akan datang asalkan semua kriteria pemilihan dipenuhi.
Pada masa yang sama, kita harus pastikan bahawa segala infrastruktur dan keperluan alat untuk kedua-dua sukan ini adalah sedia dalam keadaan yang baik. Hal ini kerana kedua-duka sukan ini masih baru dipertandingkan di taraf SUKMA dan harus diberi perhatian supaya kita dapat pastikan tiada apa-apa kekurangan dan kesalahan yang berlaku semasa pertandingannya.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini bertanya kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan bahawa sudah kah pihak kementerian tetapkan anggaran peruntukan operasi bagi tiap-tiap sukan yang dipertandingkan di SUKMA 2024?
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Kalau sudah, berapakah peruntukan operasi yang diberi untuk sukan kabaddi dan silambam?
Selain itu saya ingin bertanya bahawa apakah keadaan infrastruktur dan alat-alat yang diperlukan bagi pertandingan kedua-dua sukan ini? Adakah Kementerian Belia dan Sukan ataupun Majlis Sukan Negara telah membuat penyelenggaraan, pembelian atau penaiktarafan infrastruktur kabaddi dan silambam? Apakah rancangan pihak kementerian atau Majlis Sukan Negara untuk mendapatkan tenaga pengadil dan cukup dan efisien untuk memastikan ketulenan permainan-permainan ini terjaga?
Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada Butiran 020100 di mana persoalan kedua saya bagi pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia adalah mengenai peruntukan bantuan KBS kepada Pertubuhan Belia dan Sukan atau badan bukan kerajaan yang berdaftar bagi membiayai sebahagian daripada permohonan bantuan untuk aktiviti-aktiviti berkaitan belia dan sukan.
Di kawasan Klang, terdapat banyak persatuan sukan yang telah menghubungi pejabat saya untuk mendapatkan peruntukan bantuan bagi aktiviti-aktiviti berkaitan belia dan sukan. Ada yang dibantu dengan peruntukan pejabat Parlimen dan ada yang kami salurkan kepada pihak KBS.
Saya ingin bertanya kepada pihak KBS untuk kemukakan senarai persatuan sukan badan bukan kerajaan atau aktiviti-aktiviti sukan di kawasan Klang yang telah menerima bantuan peruntukan KBS pada tahun 2023. Andai kata persatuan-persatuan yang sudah menerima bantuan pada tahun 2023, memohon lagi sekali pada tahun 2024, adakah permohonan mereka akan dipertimbangkan balik?
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada Butiran 06000 dan Butiran 07000. Saya juga ingin tanya kepada pihak KBS bahawa adakah apa-apa rancangan penambahbaikan atau penaiktarafan infrastruktur sukan di kawasan Klang yang dipelan setakat ini? Sebab apa Tuan Pengerusi, Klang merupakan antara enam kawasan Parlimen yang tertinggi dengan penduduk padat dalam Malaysia.
Memang kawasan nampaknya ada dua stadium yang mana satu ialah Stadium Pandamaran dan satu lagi adalah Stadium Kota. Setiap kali apabila saya merujuk perkara ini, saya dapat tahu ataupun jawapan yang selalunya diberi adalah gunakan peruntukan Ahli Parlimen ataupun apabila kita merujuk kepada MPK pula, MPK kata tak ada peruntukan. Saya harap Kementerian Belia dan Sukan dapat menulis kepada pihak yang berwajib supaya bukan setakat hanya penambahbaikan, apa yang telah dinaiktarafkan seperti tandas dapat diselenggarakan dengan baik.
Memang sedih apabila kita nampak setiap kali dengar rintihan daripada penduduk, selalunya adalah kawasan seperti Stadium Kota, tandasnya sangat-sangat kotor ataupun rosak. Selalu ini ialah masalahnya. Di Stadium Pandamaran adalah kita ada swimming pool. Tadi tak ada pula, sekarang kami ada, sebenarnya tak dapat diguna.
Banyak keadaan yang begitu. Memang setiap kali kita pergi, nampak ada yang dibaiki, tetapi nampak gayanya apa yang dilihat di site adalah jauh berbeza daripada apa jawapan yang kita dengar dalam Dewan yang mulia ini, mahupun di Dewan di negeri, mahupun di Majlis Perbandaran Klang itu sendiri.
Kini kita menanti Klang akan jadi bandar raya dan Klang juga antara penyumbang terbesar kepada ekonomi negeri dan negara, tetapi peruntukan untuk Klang adalah amat kecil. Saya harap kementerian KBS akan mengambil satu inisiatif yang lebih kukuh dan lebih menyeluruh untuk membantu masyarakat di situ. Terima kasih...
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Pengerusi.
Saya akan menyentuh lima Kepala, tiga bersifat nasional dan dua bersifat lokal.
Terima kasih kepada pihak Menteri dan Timbalan Menteri yang ada dalam Dewan untuk mendengar perbahasan daripada kami.
Kepala P.45, Butiran 01800 – Penyediaan Sukan Antarabangsa. Saya fokus kepada sports tourism ataupun pelancongan sukan. Pada Mei 2023, Menteri KBS telah menyatakan bahawasanya sukan permotoran F1 (Formula 1) dapat dikembalikan ke Malaysia sekiranya mendapat tajaan RM200 juta daripada pihak korporat.
Untuk pengetahuan semua, sukan ini terakhir berlaku pada tahun 2017. Bermula daripada 1999 sehingga 2017 dan menarik banyak peminat-peminat sukan permotoran kereta. Yang terbaru, alhamdulillah pada sukan permotoran motor, MotoGP yang baru sahaja dilaksanakan sebelum ini telah mencatat kehadiran penonton sebanyak 183,000 lebih kurang.
Jadi persoalan saya, apakah inisiatif pihak kerajaan khususnya KBS untuk memastikan, untuk mencari penderma ataupun penganjur yang mampu untuk membantu kita untuk menganjurkan sukan yang berprestij ini? Kerana sesungguhnya exclusive broadcasting ride ini adalah satu perkara yang amat sukar untuk didapati dengan sukan yang dinamakan sebagai sukan yang berjenama mewah iaitu Formula 1. Jadi kalau MotoGP juga dilihat mendapat sambutan di negeri seperti di Indonesia, jadi kita nampak ada keperluan dan barangkali boleh dilihat kajian kebolehupayaan untuk kita laksanakan sukan permotoran ini untuk meningkatkan jumlah pelancong hadir ke dalam negara kita.
Keduanya, Kepala B.45, Butiran 031300 – Malaysia Future Leaders School
(MFLS). Kita dimaklumkan kebanyakan daripada Felo Perdana ini, mereka ini diberikan attachment dengan izin, kepada Menteri-Menteri Kabinet.
Jadi saya mencadangkan agar attachment itu dapat disebarkan ataupun dilebarkan horizonnya kepada rakan-rakan Ahli Parlimen sama ada di peringkat kerajaan ataupun pembangkang supaya mereka ini dapat merasai detik ataupun jerih perih Ahli Parlimen sama ada kerajaan atau pembangkang yang berjumpa dengan rakyat, yang meraikan rakyat, mendengar suara rakyat, menyelesaikan masalah rakyat.
Apatah lagi dalam keadaan sekarang yang Ahli Parlimen pembangkang kita tidak ada peruntukan, jadi bagaimana strategi, inisiatif, kreativiti yang ada pada Ahli Parlimen pembangkang untuk menyelesaikan masalah rakyat pada kala kita tidak mempunyai peruntukan daripada kerajaan. Barangkali ini akan menjadi satu ubat kepada pemimpin- pemimpin masa akan datang supaya mereka akan menjadi adil dan saksama kepada semua Ahli Parlimen yang lain.
Kepala P.45, Butiran 020300 – Majlis Sukan Negara. Pada tahun 2024, sukan apa yang akan berpotensi untuk negara kita menang dan menjadi fokus utama bagi pihak kementerian untuk diperkasakan agar dapat mengharumkan nama negara? Apa pelan kerajaan bagi memastikan sukan ragbi negara mencapai sasar ke Sukan Asia 2026?
Adakah program latihan khusus dan menyeluruh sudah berjalan kepada pemain- pemain ragbi negara? Akhir sekali untuk kepala ini, apakah kerajaan mempunyai perancangan agar Kursus Sains Sukan di IPT dapat dipergiatkan dan dilebarkan lagi cabang kerjayanya agar lebih banyak pilihan profesion daripada latar belakang sains sukan yang kompeten yang boleh dilahirkan di dalam negara kita?
Bagi dua isu lokal, Kepala P.45, Butiran 00601 – Naik Taraf Kompleks Belia dan Sukan Negeri-negeri. Untuk pengetahuan Menteri, di Jerantut kita ada stadium padang FA yang telah dibina pada tahun 1970. Ia merupakan satu kubu kuat kepada Jerantut FC di dalam sukan bola sepak dan ia juga mengharumkan nama Pahang di peringkat kebangsaan.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Kita merupakan kelab amatur, tetapi alhamdulillah kita adalah kelab amatur dari Liga M4 pertama yang berjaya melakukan kejutan untuk mara ke pusingan ketiga Shopee Piala FA tahun 2019. Walaupun kita tewas 1-2 kepada Perak FA, ia merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan kepada penduduk di Jerantut.
Selain daripada itu, Jerantut FC juga pernah menjadi juara Piala KYDMM Sultan Pahang tahun 2017 dan 2015 dan stadium itu telah mengadakan Liga Emas sejak daripada 1970-an lagi. Namun, kalau pihak Menteri dan Timbalan Menteri boleh datang ke Jerantut, kita lihat bagaimana facilities yang ada kepada stadium tersebut setelah lama dibina.
Jadi, kami memohon kepada jasa baik pihak Menteri dan Timbalan Menteri untuk memberikan peruntukan kepada stadium tersebut di mana peruntukan ini adalah untuk pertama, membaik pulih padang sintetik yang sedang diguna pakai yang hanya diguna pakai setelah dibina pada tahun 2012; naik taraf astaka grandstand; naik taraf tempat duduk penyokong; bina baru scorecard; dan lain-lain perkara berkaitan.
Yang terakhir tuan puan sekalian...
[Ketawa] P.45, Butiran 02400 – Gelanggang Sukan. Saya minta maaf, macam ceramah pula dalam pilihan raya. Minta maaf Tuan Pengerusi.
Satu, last...
[Ketawa] Berkenaan dengan litar motocross. Pelik juga kan, Jerantut, tapi dia- macam tadi kita dengar Rompin, tapi minat tenis. Di Jerantut ini bukan sekadar ragbi yang kita minta untuk adakan stadium mini ragbi yang insya-Allah untuk pengetahuan, kita respons kepada Menteri terus. Tanah yang ada di Jerantut itu tanah di bawah kementerian yang lain, tetapi tanah itu tanah Persekutuan. Jadi, kita akan buat libat urus dengan pihak Menteri untuk kita negotiate supaya tanah itu boleh ditukar daripada kementerian tersebut kepada Kementerian Belia dan Sukan.
Adapun tentang litar motocross ini, menariknya di Jerantut, motocross ini adalah satu sukan yang amat menarik minat para belia dan sehinggakan di mana anak-anak muda ini membuat litar sendiri di Kampung Perlok. Jadi kita harapkan kalau boleh, ada rezeki, kita akan jemput Menteri dan Timbalan Menteri untuk datang ke Jerantut tengok liga tersebut. Mudah-mudahan boleh diturunkan peruntukan untuk kita membuat satu litar baru yang lebih baik dan sesuai dan khususnya menjaga keselamatan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jemput jugalah kami. Asyik sebut Menteri, Timbalan Menteri jer, kami pun nak tengok juga Jerantut punya litar itu.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Insya-Allah akan dijemput semua. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Assalamualaikum.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut.
Berikutnya, kita Majlis menjemput Yang Berhormat Keningau.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Terima kasih Dato’ Speaker. Saya terus kepada muka surat 390, mengenai fungsi MSN di mana antara fungsi Majlis Sukan Negara adalah untuk menambah bilangan atlet di peringkat pelapis dan senior.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Sabah dan Sarawak adalah antara penyumbang olahragawan dan atlet pelapis dan senior negara. Mereka termasuk pemecut terpantas Sukan SEA dan antara terpantas di Sukan Asia serta penyumbang pingat-pingat antarabangsa dan mengharumkan nama negara.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini terdapat olahragawan dari Sabah yang tidak dapat menyertai kejohanan kebangsaan MSSM walaupun telah muncul sebagai juara
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Sabah kerana kekurangan dana. Sekolah-sekolah merupakan lubuk terbesar untuk mencungkil bakat dan pelapis negara. Namun demikian, sekiranya peserta-peserta sukan khasnya dari Sabah dan Sarawak dihalang menyertai pertandingan peringkat kebangsaan, peluang-peluang mereka untuk mendapatkan pingat dan mengharumkan negara tetap akan hilang.
Maka itu, untuk mengelak peristiwa berulang seperti yang berlaku baru-baru ini, saya mohon agar MSN dan persatuan-persatuan sukan nasional mengambil peranan untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan sekolah-sekolah di wilayah- wilayah yang ada sekarang ini untuk memastikan dana yang mencukupi disalurkan kepada Sabah dan Sarawak supaya pelapis negara dari Sabah dan Sarawak tidak teraniayai dan dirompak peluang untuk bertanding menunjukkan bakat mereka. Yang rugi bukan saja olahragawan, tetapi juga negara. Maka itu, saya cadangkan supaya dengan izin, there is a cooperation and coordination between agencies and departments. Tuan Speaker, muka surat 392 Butiran 020100 – Pembangunan Belia dan Sukan RM112.29 dan Butiran 020200 – Pembangunan Kemahiran Belia RM173.97 juta.
Daripada jumlah tersebut, berapakah program pembangunan diberikan untuk Sabah?
Muka surat 392, Butiran 020500 – Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan ataupun i-LEAD, RM33.23 juta diperuntukkan. Saya ingin bertanya, daripada jumlah tersebut, berapakah program diagihkan untuk pembangunan kepimpinan belia di Sabah? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Pembahas yang terakhir, dipersilakan sebelum Menteri menjawab.
Dipersilakan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik, terima kasih kepada Dato' Pengerusi. Pembahas terakhir daripada Kulim-Bandar Baharu, biasanya dapat 10 minit kut...
[Ketawa]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Pandai lah.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Minta awal sebelum di hujung. Baik, terima kasih.
Untuk Butiran 020000 – Pembangunan Belia dan Sukan. Tuan Pengerusi, Kulim- Bandar Baharu ingin bertanya berkaitan program bakat ataupun pelapis muda iaitu sejauh manakah penekanan telah diberi terhadap pembangunan atlet muda menerusi program bakat atau program pelapis negeri dengan kerjasama di peringkat negeri? Juga langkah ini adalah bagi Kulim amat penting bagi membolehkan atlet muda diberi pendedahan awal serta menjalani latihan di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman seperti mana contohnya raja pecut negara Azeem Fahmi yang diserapkan ke dalam skuad pelapis kebangsaan pada usia yang masih muda.
Bagi Butiran 00601 dan 02301 iaitu peruntukan bagi Naik Taraf Kompleks Belia dan Sukan Negeri berserta Penyelenggaraan Kompleks dan Kemudahan Sukan Negeri- negeri. Tuan Pengerusi, terdapat penurunan peruntukan sekitar RM13.8 juta untuk kerja- kerja menaik taraf kompleks belia dan sukan negeri-negeri iaitu sebanyak RM15 juta pada 2024 berbanding RM28.8 juta pada 2023. Manakala peruntukan penyelenggaraan kompleks dan kemudahan sukan negeri-negeri menurun ketara kepada RM100,000 pada 2024 berbanding RM3.7 juta pada 2027.
Tuan Pengerusi, bagi Butiran 02400 – Gelanggang Sukan, Kulim-Bandar Baharu ingin juga bertanya kepada Kementerian Belia dan Sukan di mana pada beberapa tahun yang lalu, di mana kebanyakan di tempat-tempat ataupun di daerah-daerah ataupun di Parlimen-Parlimen, banyak dibina gelanggang-gelanggang futsal, tetapi macam di Kulim- Bandar Baharu pun tak kurang pada berbelas gelanggang futsal yang dibina sejak beberapa tahun yang lalu, tetapi malangnya, saya nak tanya KBS, gelanggang-
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
gelanggang ini telah pun rosak, daif, tidak ada bekalan elektrik, pagarnya pecah, lantainya retak.
Sayang sangat sebab benda ini telah memakan belanja yang besar semasa pembinaan dahulu, tetapi di manakah kita hendak mencari peruntukan untuk membaik pulih balik gelanggang-gelanggang futsal yang ada di setiap kawasan kemungkinan di seluruh negara ini? Sayang, benda yang begitu berguna kepada belia-belia, tetapi tidak diselenggara oleh Kementerian Belia dan Sukan. Saya mohon sangat supaya benda- benda ini diberi perhatian, bukan dah sampai daif, baru kita nak baik pulih. Rugi kepada negara.
Baik, seterusnya saya juga ingin memohon daripada Kulim-Bandar Baharu, ingin memohon sebuah mini stadium untuk digunakan terutamanya di Daerah Bandar Baharu kerana di kawasan Bandar Baharu ini adalah kawasan yang terpencil. Lainlah dari Putrajaya, Bangi apa itu. Kita ambillah dulu mai pergi Kulim-Bandar Baharu sebab ...
[Ketawa] pasal Kulim-Bandar Baharu ini agak-agak ketinggalan sangat. Kalau tak percaya, tanya lah Padang Serai. Padang Serai dia elok juga. Kulim-Bandar Baharu ini tambah lah Bandar Baharu ini, daif sangat. Kalau orang kata, kawasan hulu lah. Saya mohon bagi sedikit perhatian yang serius untuk Kulim-Bandar Baharu.
Saya juga ingin memohon daripada kementerian bilangan 030400 – Program Belia dan Sukan. Saya dapati kebanyakan program-program belia yang ada sekarang ini, kebanyakannya menjurus kepada program-program sukan di mana agak berkurangan iaitu program-program yang memperkasakan untuk kita memperkasakan pemimpin- pemimpin belia yang ada.
Sekiranya kita lihat, dulu kalau kita nak cari belia-belia ataupun persatuan- persatuan belia di dalam daerah, terlalu banyak. Contohnya dulu, semasa saya masih belia lagi, adanya Belia 4B, adanya belia MAYC, tapi sekarang ini kalau kita lihat, kita nak cari belia-belia, pertubuhan belia yang ada di dalam kawasan, terlalu kurang hinggakan kita nak mencari belia-belia yang orang kata untuk memberi anugerah, kita akan mengulang persatuan-persatuan belia yang ada.
Jadi, apakah tindakan KBS untuk kita menjana balik atau menubuhkan balik persatuan-persatuan belia yang dah pupus dan lesu supaya kita hidupkan balik sedangkan belia ini adalah satu aset yang amat penting kepada negara?
Saya juga ingin memohon daripada KBS iaitu supaya peruntukan kepada majlis belia daerah di semua, di seluruh negara diberi balik. Sedangkan dulu semasa zaman saya, masih ada peruntukan-peruntukan ini untuk kita memberi peluang kepada belia- belia membuat aktiviti-aktiviti, tapi sekarang, Majlis Belia Daerah sendiri pun dinafikan, bukan sahaja pembangkang sahaja dinafikan peruntukan, Majlis Belia Daerah sendiri pun dinafikan peruntukan. Apa salahnya hingga peruntukan ini tidak diberi?
Jadi, saya juga mengambil kesempatan ini memohon juga menggunakan butiran dari Jerantut iaitu memohon apa itu motocross. Padang golf saya tak mahulah sebab sana orang miskin, tak larat nak beli kayu golf.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Jadi, saya mohon iaitu motorcross sebab di Kulim di Bandar Baharu terlalu banyak gelanggang-gelanggang yang dibina sendiri, yang dibuat sendiri, tetapi tak ikut SOP. Amat bahaya sekali.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Jadi, orang kata tidaklah komersial. Jadi, saya mohonlah KBS pilihlah sama ada di Daerah Bandar Baharu atau Daerah Kulim buatlah satu. Tak mahal kot noh Jerantut.
Saya sokong Jerantut. Buat Jerantut, buat juga di Kulim. Ya, kami sama-sama mohon.
Jadi...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Ketawa]
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Tuan Pengerusi, sebelum- Puan Pengerusi, sebelum Puan Pengerusi mengambil alih, tadi saya sudah diberi 10 minit sebab saya pembahas terakhir. Jadi, saya mohon bagi balik masa saya?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Boleh Pengerusi?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
[Ketawa] Saya gulung.
Baik, saya juga amat terkilan. Saya juga macam Rompin juga tadi tak tahu hendak cari butiran mana, tetapi saya hendak bercakap juga iaitu saya sedih apabila saya- masa soalan lisan tadi ada kita berbincang tentang nasib Paralimpik yang mana apabila mereka bersara, mereka tidak ada lagi pendapatan untuk menyara kehidupan mereka.
Jadi, saya mengambil contoh iaitu salah seorang daripada Paralimpik yang mana sekarang ini dia telah bekerja di pam minyak sahaja untuk menyara kehidupan. Jadi, saya mohon KBS supaya mencari satu kaedah supaya apa sahaja atlet-atlet kita ini ada pendapatan mereka apabila mereka sudah bersara terutamanya di usia yang muda.
Terima kasih Pengerusi bagi saya laluan sampai 10 minit.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa 25 minit.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Yeoh Tseow Suan
Salam sejahtera saya ucapkan kepada 20 Ahli Parlimen yang telah berbahas bajet untuk Kementerian Belia dan Sukan. Ini kali pertama saya guna iPad ini. Jadi, please bear with me kalau mengambil masa yang lebih panjang untuk cari dokumen.
Okey, saya terus kepada belanjawan. KBS menyambut baik peruntukan yang rata-ratanya untuk pembangunan belia dan membudayakan masyarakat sihat dan aktif.
Ia juga dilihat membolehkan KBS membantu kawasan-kawasan yang memerlukan penambahbaikan dan sedia untuk melaksanakan program di peringkat akar umbi peringkat nasional.
Sebagai contoh, antaranya peruntukan sebanyak RM50 juta untuk penyelenggaraan dan naik taraf fasiliti belia dan sukan khususnya prasarana daif, geran padanan sukan RM50 juta untuk menggalakkan penganjuran sukan berprestasi tinggi dan Rakan Muda sebanyak RM20 juta untuk memperbanyakkan lagi program-program belia melalui 10 gaya hidup. Selain itu, apa yang menguja rakyat terutamanya ibu bapa dan ahli keluarga ialah pelepasan cukai khusus pembelian peralatan dan aktiviti sukan sehingga RM1,000 meliputi yuran latihan sukan dan ini merupakan game changer paling utama dalam sektor industri sukan untuk tahun depan.
Jika dilihat, tiada butiran khusus geran padanan sukan dan peruntukan untuk Rakan Muda dalam Buku Bajet di bawah peruntukan KBS kerana ia akan mengguna pakai peruntukan di bawah Kementerian Kewangan bawah kod B.11. Jumlah sebenar akan ditentu dan disalurkan oleh pihak Kementerian Kewangan. Komitmen Kerajaan Madani kepada KBS diterjemahkan melalui kelulusan peruntukan mengurus berjumlah RM632.7 juta. Peruntukan pembangunan berjumlah RM491.8 juta menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan tahun depan bagi KBS adalah berjumlah RM1,124,555,600 meningkat sebanyak 7.3 peratus berbanding tahun lepas.
Saya masuk untuk menjawab isu Yang Berhormat Taiping. Pelan dan rancangan kementerian secara terperinci pemerkasaan pendidikan politik di kalangan belia yang
Menteri Belia dan Sukan - Puan Yeoh Tseow Suan
telah diutarakan oleh YB Taiping. Salah satu inisiatif baharu yang telah dilaksanakan melalui Program Rakan Muda ialah Rakan Demokrasi. Pelaksanaan program di bawah gaya hidup Rakan Demokrasi ini secara tidak langsung dapat memperkasakan kefahaman dan literasi politik belia seiring dengan tuntutan semasa.
i-LEAD yang merupakan agensi di bawah kementerian melaksanakan inisiatif baharu ini melalui Program Sekolah Rukun Negara. KBS berharap Sekolah Rukun Negara akan menjadi program bersekala besar dan bersifat nasional untuk semua lapisan masyarakat khususnya belia dapat mengikuti program ini agar demokrasi yang diamalkan di Malaysia lebih matang dan stabil demi kesejahteraan negara. Untuk Sekolah Rukun Negara, mempunyai 12 Perkara yang menjadi penekanan KBS dalam silibusnya.
(i) falsafah kenegaraan dan demokrasi;
(ii) Perlembagaan Persekutuan;
(iii) pilihan raya;
(iv) parti politik;
(v) institusi Parlimen;
(vi) pentadbiran awam;
(vii) kerajaan tempatan;
(viii) institusi kehakiman;
(ix) media dan akses kepada maklumat;
(x) masyarakat sivil;
(xi) seni dan budaya; dan
(xii) kesaksamaan gender.
Program ini secara rasminya telah dilancarkan pada 12 Julai di Universiti Kebangsaan Malaysia dan KBS mensasarkan seramai 100,000 belia akan menyertai Sekolah Rukun Negara bagi tahun 2023 untuk golongan belia berusia 15 hingga 30 tahun.
Untuk makluman sehingga 20 November, terdapat seramai 105,904 peserta yang telah mengikuti Sekolah Rukun Negara melebihi sasaran yang telah dirancang. Selain itu juga, i-LEAD juga melaksanakan pendidikan demokrasi secara dalam talian merangkumi video pendek di akaun media sosial. Sehingga 14 November, video tutorial Rukun Negara menerusi akaun TikTok i-LEAD telah mencapai 5.9 juta tontonan.
Untuk makluman semua juga, sebelum kita melancarkan Program Sekolah Rukun Negara, sesi libat urus bersama wakil-wakil parti politik khasnya pemimpin belia telah pun diterajui oleh Timbalan Menteri sendiri Yang Berhormat Adam Adli telah berjumpa dengan semua pemimpin parti politik satu wakil satu parti dan untuk mereka bincangkan silibus ini sebelum dilancarkan termasuk parti pembangkang.
Okey. Isu kedua Program Rakan Muda yang telah dibangkitkan oleh YB Taiping.
Pelaksanaan Program Rakan Muda di Kompleks Rakan Muda Larut. KBS sedang merancang bagi pelaksanaan Program Rakan Muda bagi tahun depan melibatkan peruntukan RM20 juta yang dibentangkan dalam pembentangan Bajet 2024.
Untuk makluman, Rakan Muda akan dilaksanakan di serata negara termasuk kawasan luar bandar yang kurang mendapat tumpuan dan komuniti setempat yang akan dikenal pasti di peringkat akar umbi termasuk memperkasakan program-program di Kompleks Rakan Muda serta fasiliti di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Saya telah memanggil satu taklimat yang akan diedarkan jemputannya kepada semua Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Pembangkang untuk mengikuti cara untuk Ahli Parlimen terlibat bersama dalam pelaksanaan Program Rakan Muda. Rakan Muda merupakan program pengisian masa lapang golongan belia dan kita memerlukan kerjasama semua pihak untuk terlibat bersama dalam penganjuran Program Rakan Muda.
Rakan Muda ini akan diterajui oleh dua agensi dalam Kementerian Belia dan Sukan iaitu
Menteri Belia dan Sukan - Puan Yeoh Tseow Suan
JBSN dan juga Impact. Kita juga melibatkan NGO-NGO yang mempunyai reputasi yang bagus untuk bersama dalam pelaksanaan Program Rakan Muda. Silakan.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tentang libat urus bersama pemimpin parti politik muda tadi. Kita ada terima jemputan bersama Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya dimaklumkan pada saat akhir ditangguhkan dan sehingga hari ini kami masih menunggu jemputan tersebutlah. Kalau ada jemputan kami bersedia untuk hadir.
Puan Yeoh Tseow Suan
Okey.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Saya hendak maklum kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Puan Yeoh Tseow Suan
Okey terima kasih. Saya akan minta Yang Berhormat Timbalan Menteri saya untuk segerakan panggilan mesyuarat jemputan itu kerana ini adalah neutral daripada segi politik. Kita hanya hendak memperkasakan golongan belia supaya bila mereka masuk dalam tempat mengundi nanti, mereka tahu bagaimana untuk memilih Ahli Parlimen dan bagaimana untuk memilih Ahli Dewan Negeri. Kerana yang kita lihat, ada pengundi yang sudah berusia berpuluh-puluh tahun dan mengundi banyak kali tidak tahu perbezaan antara Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri. Syllabus ini yang kita akan tekankan supaya mereka tahu maksud undi mereka.
Saya hendak masuk untuk pasir...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri.
Puan Yeoh Tseow Suan
Ya?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta maaf. Saya perlu akui perkara ini tidak dibahas. Saya menyambut baik inisiatif yang diambil oleh Menteri dan kementerian berkenaan pendidikan kepada belia, tetapi saya juga mohon dipertimbangkan bukan sahaja setakat memberi pendidikan tentang perbezaan Ahli Parlimen dan ADUN. Sejarah juga perlu diberikan tekanan kepada belia supaya tiada ada apa-apa tohmahan atau kait-kaitan dibuat. Sejarah penting. Belia perlu tahu tentang sejarah. Terima kasih.
Puan Yeoh Tseow Suan
Saya walaupun ajar sejarah tetapi saya tidak ada bajet untuk mengajar sejarah. Jadi, yang itu kita serahkan kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi yang mempunyai bajet yang lebih besar untuk melaksanakan di peringkat sekolah.
Yang keduanya adalah Yang Berhormat Pasir Mas tidak ada, saya akan bagi secara bertulis. Saya nak menjawab Yang Berhormat Machang. Yang Berhormat Machang, mengenai elaun atlet. Sekejap ya, okey. Elaun atlet bagi sukan ragbi yang rendah berbanding atlet bola sepak. Pihak MSN telah melaksanakan Skim Elaun Latihan Atlet Kebangsaan sejak tahun 2006 dan sentiasa membuat penambahbaikan bagi memastikan kebajikan atlet sukan negara terjaga. Skim ini berdasarkan kepada pencapaian prestasi atlet di temasya sukan antarabangsa seperti Sukan SEA, Asia, Komanwel dan Olimpik.
Lembaga Pengurusan MSN baru-baru ini telah meluluskan kajian semula Skim Elaun Latihan Atlet Kebangsaan dengan memberikan penekanan kepada kebajikan dan kesejahteraan atlet di dalam program MSN. Pihak MSN sedang meneliti pelaksanaan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk semua atlet di bawah Program Podium mulai Januari 2024 dan ini merupakan satu langkah game changer untuk atlet kita kerana tidak pernah dilaksanakan untuk menjaga kebajikan atlet di mana atlet negara akan mendapat KWSP dan juga PERKESO mulai tahun hadapan.
Bagi elaun latihan atlet sukan ragbi, mereka juga akan menikmati kadar elaun latihan berdasarkan skim tersebut, berdasarkan prestasi mereka di temasya sukan antarabangsa sepertimana yang dilaksanakan bagi sukan-sukan lain, iPad ini kan...
Seorang Ahli
Tak payah pakailah Yang Berhormat.
[Ketawa]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Guna kertas Yang Berhormat, guna kertas.
Puan Yeoh Tseow Suan
Saya hendak guna kertas tapi kita nak paperless kan, sekejap ya. Tidak apa.
Seorang Ahli
Soalan Hulu Langat tidak jawab nanti... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Puan Yeoh Tseow Suan
Hulu Langat tidak bahas, jangan tipu.
[Ketawa] Saya tidak dapat masuk, sekejap, sekejap.
[Disampuk] Tak. Okey, sekejap ya.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tuan Pengerusi kena bagi sepuluh minit ni.
Puan Yeoh Tseow Suan
Tidak apa, okey isu vape yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang. Membendung isu vape di stadium dan dalam kalangan belia dan kanak-kanak di Malaysia. Kementerian Belia dan Sukan telah mengemukakan pandangan kepada Kementerian Kesihatan agar perhatian diberikan ke atas pelaksanaan penguatkuasaan secara menyeluruh dan bukan berbentuk selektif.
Ini kerana KBS berpandangan adalah tidak wajar sekiranya pelaksanaan penguatkuasaan diperkasakan ke atas remaja sahaja dan kanak-kanak tanpa mengira kondisi dalam keluarga di mana mereka terdedah dengan ibu bapa atau ahli keluarga yang merokok ataupun vape. KBS berpendapat produk merokok baru seperti rokok elektronik ataupun vape perlu dikawal selia serta-merta melalui perundangan yang akan dibangunkan.
Perkara ini, bagi saya habis dahulu. Perkara ini bukan sahaja penting untuk kesihatan dan tahap kecergasan atlet tetapi juga komuniti secara umum. Okey, KBS melalui Mesyuarat Pasca Kabinet bertarikh 3 November baru-baru ini, telah memutuskan untuk semua premis dan fasiliti di bawah jagaan Kementerian Belia dan Sukan menjadi sebagai kawasan larangan merokok dan menghisap vape.
Keputusan dibuat antara lain mengambil kira Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008 yang menetapkan fasiliti sukan seperti stadium dan kompleks sukan sebagai kawasan larangan merokok. Penggunaan vape di dalam stadium adalah dilarang sama sekali. Vape adalah antara senarai barang-barang yang dilarang dibawa masuk di dalam stadium seperti rokok, pemetik api ataupun mancis, power bank, payung dan pelbagai lagi kerana diklasifikasikan sebagai senjata yang boleh membahayakan penonton.
Pasukan petugas kawalan keselamatan dari pihak penganjur acara akan membuat pemeriksaan fizikal kepada para penonton, sebelum masuk ke dalam venue acara. Pihak penguatkuasaan KKM juga akan membuat pemantauan dan mengambil tindakan untuk menyaman mana-mana individu yang didapati merokok ataupun menghisap vape di dalam venue acara.
Bagi memastikan semua pihak terutamanya penonton acara sentiasa maklum dan mengikuti tatacara untuk memasuki stadium, sewaktu acara pihak penganjur sentiasa membuat hebahan kepada para penonton mengenai barang-barang yang dilarang untuk dibawa masuk seperti memuat naik pemakluman di laman media sosial, meletakkan bunting di pintu-pintu masuk stadium dan membuat paparan di scoreboard. Silakan.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya ingin mengesyorkanlah Yang Berhormat Menteri, untuk menimbang apa yang telah saya cadangkan tadi whole-of-society and government approach untuk kita benar-benar membendung gejala vape ini yang sudah pun melarat di peringkat enam tahun. Jadi, macam mana dahulu Rakan Muda mengambil satu tema dan kempen yang berterusan
Puan Yeoh Tseow Suan
Yup.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Belia Benci Dadah. Saya kira mungkin KBS juga perlu masukkan elemen Belia Benci Nikotin ataupun vape...
Puan Yeoh Tseow Suan
Yup.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Dalam program- program.
Puan Yeoh Tseow Suan
Saya setuju dan dalam pelaksanaan Rakan Muda tahun hadapan kita dapat bajet yang lebih besar. Kita akan pastikan program kesedaran itu berjalan. Setiap kali mereka keluar, kita akan mengingatkan mereka. Memang KBS tidak menyokong habit untuk merokok ataupun menggunakan vape.
Untuk isu promosi ILKBS, untuk makluman Yang Berhormat Machang, jumlah pelajar India bagi tahun 2023 yang sedang menjalani pengajian di ILKBS pada ketika ini adalah seramai 426 orang iaitu hanya lima peratus dan seramai 972 orang, sepuluh peratus pelajar peribumi Sabah dan Sarawak secara sepenuh masa. Peruntukan bagi mengadakan aktiviti promosi tidak hanya menggunakan peruntukan di bawah aktiviti 030800 sahaja, ianya turut menggunakan peruntukan aktiviti 020200 terutamanya di ILKBS.
Bagi tahun hadapan anggaran bagi aktiviti promosi di bawah kedua-dua aktiviti ini adalah sebanyak RM200,000 khusus bagi aktiviti promosi sahaja. Program promosi melalui media sosial digunakan secara meluas yang tidak melibatkan banyak kos peruntukan. Program-program seperti skill for life dan bootcamp juga merupakan sebahagian daripada aktiviti promosi bagi latihan kemahiran di ILKBS.
Iklan penawaran juga dibuat melalui empat saluran radio utama yang menggunakan empat medium bahasa utama bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil. ILKBS juga menjalin kerjasama dengan pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan negeri serta sekolah-sekolah di kawasan luar bandar untuk mempromosikan peluang menyambung pengajian di ILKBS. Iklan penawaran dikeluarkan dua kali setahun dalam bahasa utama iaitu bahasa Malaysia bagi memastikan semua golongan mendapat pemakluman mengenai penawaran tersebut.
Selain itu, ILKBS juga giat setiap tahun mengadakan promosi ke sekolah menengah bagi- berdekatan dalam daerah ILKBS. Saya telah turun untuk melihat pelajar- pelajar sendiri dan saya lihat dalam perbincangan penstrukturan semula TVET yang melibatkan 12 kementerian yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri.
Maklum balas yang kita terima sekarang adalah banyak kursus TVET terlalu panjang, mengambil masa yang lama. Itu sebab dalam banyak kursus gig economy dan ada banyak lagi option pekerjaan, belia tidak mahu mengikuti kursus yang lama, itu sebab pembaharuan mesti dilakukan untuk menjadikan TVET kita menarik bagi golongan belia.
Okey, saya beralih ke Yang Berhormat Tampin.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat Menteri, tadi...
Puan Yeoh Tseow Suan
Ya.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Saya nak dengar sedikit komen pada Yang Berhormat Menterilah tentang sexual harassment sebab kita tahu melibatkan atlet dan juga anak muda, pelajar dan golongan lelaki. Jadi, apa advokasi rule yang KBS boleh buat untuk mengurangkan...
[Disampuk] kes seperti Wahab inilah, sebab saya tak tengok ini isu politik atau isu ini– isu sexual harassment melibatkan majikan dan employee. Jadi, apakah advokasi yang boleh KBS didik anak-anak muda?
Puan Yeoh Tseow Suan
Okey, untuk sexual harassment bagi Kementerian Belia dan Sukan, yang melibatkan kita adalah dalam pelaksanaan safe sport code. Dalam Safe Sport Code, kita ada elemen untuk pastikan bila mereka datang untuk bersenam, tiada gangguan seksual dan kita juga telah menggaji expert officer, okey, safeguarding officer di Majlis Sukan Negara yang terlibat sama dalam penggubalan Akta Gangguan Seksual
Puan Yeoh Tseow Suan
dan kita tahu Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat akan menubuhkan tribunal berdasarkan akta tersebut.
Kita hanya menjalankan banyak promosi kesedaran. Semasa kita menganjurkan aktiviti KBS, kita akan meletak poster sekarang di merata tempat, ini adalah kawasan safe sport code untuk pastikan mereka diajar bagaimana untuk melaporkan, yang paling penting adalah sistem untuk melaporkan aduan tersebut. Okey? Tampin.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tampin tidak ada dalam Dewan.
Puan Yeoh Tseow Suan
Tampin tiada, saya beralih ke Sungai Petani.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sungai Petani ada.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Ada, Sungai Petani hadir.
Hadir, hadir.
Puan Yeoh Tseow Suan
Okey. Sungai Petani membangkitkan isu Parlimen Belia. Kementerian Belia dan Sukan melalui JBSN telah melaksanakan Parlimen Belia Malaysia sejak tahun 2015, yang merupakan satu platform bagi golongan belia untuk menyumbang idea dan pandangan dalam usaha membentuk masa depan negara yang aman.
Bagi tahun 2023, seramai 99 orang telah dilantik menjadi PBM. Persidangan PBM mula diperkenalkan pada tahun 2015 sebanyak 12 siri persidangan telah dianjurkan, melibatkan penyertaan seramai 526 orang peserta. Kali ini persidangan PBM berlangsung selama dua hari, namun begitu KBS terbuka menambah baik bilangan hari persidangan PBM pada masa hadapan.
Namun seperti yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat, kita sedang melibatkan perbincangan bersama Speaker Dewan Rakyat kerana KBS berpandangan bahawa program Parlimen Belia lebih sesuai kalau diletak di bawah pentadbiran Dewan Rakyat di sini. Dewan Rakyat mempunyai bajet yang lebih besar dan mempunyai sistem dan expertise untuk menjalankan Program Kesedaran Parlimen Belia dan perbincangan masih sedang berjalan. Saya percaya semua cadangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat akan diambil kira oleh penganjur program Parlimen Belia nanti.
Pemerkasaan politik belia. Saya percaya tadi saya telah menjawab dalam- okey untuk Rukun Negara. Maaf ya. Okey. Saya beralih ke Yang Berhormat Alor Setar.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri. Sedikit Sungai Petani.
Puan Yeoh Tseow Suan
Ya.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Tadi saya juga ada membangkitkan mengenai Kompleks Sukan Kuala Muda yang telah pun dicadangkan oleh Kementerian Belia dan Sukan sendiri. Mungkin ada update terkini...
Puan Yeoh Tseow Suan
Okey. Terima kasih.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
...Daripada kementerian.
Terima kasih.
Puan Yeoh Tseow Suan
Untuk semua cadangan untuk infrastruktur kompleks, stadium dan fasiliti sukan, kita kena bagi secara bertulis kerana terlalu banyak. Setiap kali sidang Dewan, akan ada lebih kurang 10, 20 cadangan untuk bina stadium, untuk bina kompleks sukan dan makan duit yang agak besar. Jadi setiap cadangan tersebut sedang dikumpul dan sedang dinilai oleh sektor pembangunan di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Okey. Ya, Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Sebelum pergi Alor Setar, Putrajaya dulu lepas Sungai Petani ya. Thank you.
Puan Yeoh Tseow Suan
Putrajaya. Okey, sekejap. Okey. Putrajaya bangkitkan mengenai perwujudan Jabatan Belia dan Sukan Putrajaya. Cadangan menaik taraf
Puan Yeoh Tseow Suan
Pejabat Belia dan Sukan Putrajaya pada Jabatan Belia dan Sukan Putrajaya adalah tertakluk kepada kajian menyeluruh fungsi dan peranan jabatan, dengan mengambil kira kompleksiti peningkatan tugas serta dasar pembangunan organisasi sedia ada. Pejabat Belia dan Sukan Putrajaya adalah di bawah seliaan, sekarang bawah Kuala Lumpur.
Kajian penaiktarafan perlu dilaksanakan secara bersekali dengan penstrukturan semula Jabatan Belia dan Sukan Negara tertakluk kepada kajian yang mengambil kira populasi penduduk, populasi belia dan penyediaan kemudahan fasiliti sukan dan belia.
Tetapi saya tahu di kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya memang ada banyak aktiviti sukan dan belia dan kemungkinan besar tenaga sedia ada mungkin tak boleh cope. Tetapi saya telah meneliti banyak aduan yang telah diterima dan saya akan fokus untuk Kuala Lumpur dan termasuk Putrajaya bagi tahun depan untuk pastikan kita mempunyai tenaga yang mencukupi untuk membantu facilitate program-program belia dan sukan ya. Boleh?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Mohon Yang Berhormat Menteri percepatkan kajian ini...
Puan Yeoh Tseow Suan
Ya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
...Kerana jumlah, kita tahu penduduk populasi Putrajaya semakin meningkat.
Puan Yeoh Tseow Suan
Ya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tetapi dia masih lagi bawah Kuala Lumpur. Apa-apa nak kena rujuk Kuala Lumpur. Jadi peruntukan yang sampai kat Putrajaya ini, jauh lebih kecil daripada keperluan. Terima kasih.
Puan Yeoh Tseow Suan
Okey. Saya akan segerakan kerana saya juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Lumpur. Saya tahu isu-isu semasa di JBSN Kuala Lumpur ya. Okey. Untuk program akar umbi Malaysia Little League. Pelaksanaan Malaysia Little League 2022 merupakan satu inisiatif yang amat baik dalam pembangunan sukan bola sepak negara ke arah melahirkan masyarakat berbudaya sukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara sporting nation. Pelaksanaan program ini dengan kerjasama KBS dan Kementerian Pendidikan. Bagi tahun 2023 dan 2024, Malaysia Little League tidak diteruskan di bawah Kementerian Belia dan Sukan.
Walau bagaimanapun Kementerian Belia dan Sukan Meneruskan Program Pembangunan Bola Sepak Negara atau National Football Development Programme
(NFDP) yang bertujuan untuk melatih pemain dari seluruh negara melalui pusat kecemerlangan seperti Akademi Tunas, pusat latihan daerah, sekolah sukan negeri, Sekolah Sukan Malaysia, Akademi Mokhtar Dahari. Program-program pembangunan sukan bola sepak peringkat sekolah akan diteruskan di bawah Kementerian Pendidikan.
Untuk NFDP juga, saya akan memanggil roundtable dialogue bersama semua kelab yang terlibat dan mendengar pandangan mereka untuk pastikan apa yang kita belanja untuk NFDP betul-betul akan mendatangkan hasil dan pastikan mereka relevan bagi kelab-kelab yang akan menyerap masuk pemain-pemain belia ini.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Kalau saya boleh, saya tambah Yang Berhormat Menteri berkaitan My Little League ini. Antara asas dilaksanakan My Little League itu kerana ruang di Kementerian Pendidikan melalui kejohanan MSSD dan sebagainya adalah amat terhad.
Puan Yeoh Tseow Suan
Ya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Oleh sebab itu kita laksanakan My Little League ini supaya murid ini ada ruang lain untuk mereka tonjolkan bakat mereka. Jadi, kalau ada boleh terus laksanakan peruntukan yang ada, boleh dilaksanakan pada tahun ini supaya ada kesinambungan sedikit program My Little League ini. I think kesan dia amat baik kerana apa yang berlaku di Kementerian Pendidikan ini terhad. Habis sahaja MSSD, MSSD habis kat situ.
Puan Yeoh Tseow Suan
Ya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Jadi, mohon Menteri pertimbangkan.
Terima kasih.
Puan Yeoh Tseow Suan
Okey. Saya akan bincang dengan KPM dulu untuk pastikan kita selaraskan. Tapi untuk saya, saya nak fokus untuk review program NFDP, okey.
Untuk program MyTID KPM-KBS, program ini merupakan satu jaringan kerjasama antara- Ini masa saya? Saya tak sempat untuk ini, untuk talent. Saya bagi secara bertulis ya. Saya nak akhirkan ucapan penggulungan saya. Saya tak sempat, yang lain semua saya akan bagi secara bertulis tetapi semua program dan yang kita akan laksanakan tahun depan, kita nak berdasarkan data yang melibatkan golongan belia dan juga pentadbir sukan, badan-badan sukan.
Jadi, saya telah mendengar keluhan ataupun perbahasan yang telah dibawa oleh sesetengah Ahli Parlimen mengenai isu sekarang yang melibatkan Majlis Olimpik Malaysia dan Pesuruhjaya Sukan. Okey. Pagi tadi, Pesuruhjaya Sukan telah mengeluarkan kenyataan bahawa rasa kesal terhadap kenyataan-kenyataan susulan yang telah berlaku, yang telah dikeluarkan dan saya telah meminta KSU untuk mempengerusikan satu perbincangan dalam masa segera untuk memastikan kita selesaikan ini secara aman kerana tidak dapat dinafikan peranan dua-dua badan ini sangat penting. Majlis Olimpik Malaysia cukup penting untuk pembangunan sukan di Malaysia dan Pesuruhjaya Sukan juga memainkan peranan pentadbir untuk Akta Pembangunan Sukan.
Saya perlu wujudkan satu sistem harmoni dalam ekosistem sukan ini dan saya percaya dalam selama setahun ini, saya telah melaksanakan yang terbaik untuk mewujudkan ekosistem yang harmoni dalam melibatkan semua pihak berkepentingan dalam membuat keputusan bersama. Saya tidak mahu salah faham kali ini menjejaskan keharmonian yang telah wujud. Jadi saya bagi jaminan, kita akan selesaikan dalam masa paling dekat. Terima kasih kepada semua yang menyokong bajet KBS.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Masalah ialah bahawa wang sejumlah RM632,722,100 untuk Kepala B.45 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.45 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalah ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.45 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.45 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kepala Bekalan B.46 dan Kepala Pembangunan P.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia terbuka untuk dibahas.
Senarai pembahas adalah seperti berikut. YB Ipoh Barat, YB Pengkalan Chepa, YB Parit Sulong, YB Pendang, YB Pasir Gudang, YB Kubang Kerian, YB Keningau, YB Padang Besar, YB Klang, YB Padang Terap, YB Tenggara, YB Kubang Pasu, YB Kota Melaka, YB Temerloh, YB Bakri, YB Sabak Bernam, YB Kuala Kedah dan YB Arau.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Terima kasih, Puan Pengerusi. Pengerusi, saya merujuk kepada 030000 – Pengurusan Perburuhan Negara, 030500 – Mahkamah Perusahaan, 040500 – Majlis Perundingan Gaji Negara dan berkaitannya. Puan Pengerusi, pada kebelakangan ini kita dengar ada kes di mana pekerja asing yang datang ke negara ini secara sah tetapi tidak ada kerja dan ini bukan adalah satu atau dua pekerja. Nampaknya, ratusan ribu. Saya difahamkan, lebih kurang 250,000 ke atas.
Pada masa yang sama, kita semua tahu di Malaysia sekarang ada sekurang- kurangnya di antara 2.5 juta ke 3.5 juta pekerja asing yang tidak– dari segi undang-undang is illegal workers. Maka ini yang sah tetapi telah datang, tidak ada kerja. Kenapa dan macam manakah Kementerian Sumber Manusia terlibat dalam perkara ini? Apakah usaha yang telah dibuat untuk mengelak perkara ini dan menyiasat dan mengambil tindakan supaya pihak-pihak yang terlibat dapat dibawa ke mahkamah.
Satu di antara complain, complain dari majikan adalah di mana majikan yang telus dan benar tidak ada, tidak layak untuk membawa pekerja tetapi ejen-ejen atau yang berkomplot dengan beberapa orang, mereka dibenarkan membawa pekerja. How much each transits? Berapa orang yang terlibat?
Puan Pengerusi, saya pernah tahu hal ini. It involves billions of ringgit. We are not talking about RM100 juta, RM200 juta. Berbilion-bilion, mereka ambil wang dari pekerja asing. Mereka datang sini, ambil wang dari majikan. Kita faham tetapi macam mana perkara ini yang diketahui? Kita tahu modus operandi mereka. Adakah ini kali pertamanya? Bukan. Pada tahun 90-an, perkara yang sama, di mana ribu-ribu ratusan pekerja dari Bangladesh datang dan tidak ada kerja. Mereka duduk di mana? Di bawah bridge, di bawah– di luar sana, memohon sedekah dan sebagainya. In the World Bank report, perkara ini ada.
Jadi, kenapa perkara ini boleh terjadi? Apakah tindakan yang telah diambil?
Bolehkah kementerian mengesahkan berapa ratusan ribu yang terlibat? Adakah juga ramai di antara pekerja-pekerja yang di bawah ini, sekarang terlibat dalam pekerjaan paksa, or forced labour?
Ini menjadi masalah yang besar di negara ini. Ini bukan baru. Oleh sebab forced labour, kita turun dari tier system Trafficking in Persons Report system, di mana dari second lower ke third tier. Sekarang, kita balik ke second lower dan kita ada masalah yang sama. Kita perlu ambil tindakan yang tegas untuk mengelak perkara sedemikian. Juga, dalam trafficking in persons. Ini menjadi satu perkara yang luar biasa. Ini adalah yang baru. Dulu, tidak ada banyak sedemikian. Sekarang, berlarutan. Saya difahamkan, ramai di antara pekerja juga terlibat dalam perkara ini.
Juga Yang Berhormat Menteri, tiga sektor yang dikatakan membenarkan membawa pekerja-pekerja tekstil dan sedemikian, kedai emas. Tetapi, saya dapat banyak- banyak complain dari majikan-majikan, mengatakan walaupun kebenaran telah diberi, tetapi mereka tidak dapat datang kerana beberapa kesulitan-kesulitan yang dibuat oleh kementerian, kerana penyiasatan dari pekerja-pekerja yang patut tidak datang ke negara ini, maka mereka diheret dalam perkara yang sama. Jadi, soalan saya adalah bilakah kebenaran akan diberi? Berapakah yang telah diberi? Berapakah telah sampai ke negara ini?
Lagi satu adalah di mana cross necklace. Ini perkara di mana pekerja memakai hal-hal berkaitan dengan agama, di mana mereka dibuang kerja baru-baru ini. Apakah tindakan yang telah ada diambil oleh kementerian? Kerana saya lagi ingat ada specific provision dalam Employment Act untuk tindakan diambil. Tindakan telah diambil atau tidak, atau tindakan segera. Kalau tidak diambil, patut diambil.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Yang saya khuatir Puan Pengerusi adalah ini, ini permulaan. Religious and racial issue menjadi satu masalah yang besar kalau tindakan segera yang tidak diambil. Saya khuatir, esok hari kalau seseorang memakai ada abu putih di dahi, there is an ash on the head. Itu mungkin menjadi satu masalah kepada beberapa majikan dan mereka akan dibuang kerja.
Apakah pendirian kerajaan, kementerian dalam hal ini? Kerana kita mahu ingat, apakah itu abu putih di dahi? Dengar definisi dia. Sacred white ash that acts as a reminder of the temporary nature, of the material world. Ini mustahak. Bukan itu saja.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Esok hari, mungkin cultural kita kena memakai sari atau sebagainya sedemikian, atau mana-mana bangsa di negara ini. Itu sebab dalam Akta Pekerja, spesifik ada seksyen di sana, di mana tindakan boleh diambil. Macam seksyen 60K, di mana– spesifik ini juga. Dulu, Kementerian Dalam Negeri tidak setuju kepada perkara tersebut. Kita membawa 60K, di antaranya supaya kalau ada pekerja asing datang, dia patut register dengan kementerian. Setakat ini, berapakah pekerja asing yang telah register?
Lagi satu perkara adalah Mahkamah Perusahaan. Dato’ Yang di-Pertua...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung, ya.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Ya. Saya difahamkan, ada beberapa hakim. Saya telah berbincang dengan Menteri. Ada beberapa hakim, di mana kontrak mereka akan luput. Saya telah beritahu semasa kita di kerajaan dulu bahawa sebelum luput, tiga bulan sebelum itu patut memberitahu kepada hakim-hakim tersebut bahawa mereka telah– boleh menyambung kerja mereka.
Kenapa ini perlu dibuat? Security of employment. Mereka membuat keputusan kes-kes security employment tetapi kepada mereka sendiri tidak ada. There must be rationality. Adakah ini benda yang baharu? Bila kita terajui kerajaan 2018, there was no issue. Asalkan, dia ada – kalau ada isu medical dia atau awards, awards dia, ada ke backlog, maka dia mungkin tidak diperbaharui.
Selain dari itu, saya difahamkan ada beberapa hakim, Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya ada bagi tahu nama-nama mereka. Awards mereka, too many awards have been given. So many judgements. So many orders. Lebih dari satu yang hakim- hakim yang boleh buat. Speedy Gonzales judges. Kenapa melambat-lambatkan perkara tersebut?
Saya harap tindakan diambil dan diberi pengumuman. Gaji minima juga menjadi satu masalah, minimum wage. Kita rasa ada gaji perunding negara, di mana mesti syor- syor dibuat supaya tindakan diambil. Saya difahamkan, Puan Pengerusi, third world countries, next year salary is going to be increased by 10 percent. Macam mana dengan kita?
Itu soalan, Yang Berhormat boleh jawab. TVET jangan lupa. The most important, lively activity untuk negara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya jemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 030000 – Pengurusan Perburuhan Negara. Saya ingin menyentuh berkaitan kebajikan pekerja ekonomi gig. Sebagaimana yang kerajaan melindungi kebajikan pekerja-pekerja ekonomi gig ini, sejauh mana mereka dilindungi. Ini kerana sektor ini semakin hari semakin mendapat permintaan yang tinggi.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Dalam memenuhi permintaan Revolusi Industri Keempat, masyarakat dalam negara kini lebih mesra gadjet dan berasimilasi dengan teknologi. Aplikasi seperti Foodpanda, Shopee antara platform yang tidak asing bukan sekadar membeli barang
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
secara atas talian, kini pengguna boleh memesan makanan dan sebagainya.
Pertumbuhan ini memberi kesan yang positif kepada peniaga, terutama peniaga tempatan. Selain itu juga, ia memudahkan pengguna untuk mendapatkan sesuatu barang yang diingini. Kesannya ia mewujudkan peluang pekerjaan kepada penghantar- penghantar makanan, barangan terutamanya yang menaiki motosikal dan sebagainya.
Apa yang menjadi kebimbangan adalah soal kebajikan dan keselamatan mereka sewaktu melaksanakan kerja-kerja menghantar barangan dan juga makanan ini. Apakah inisiatif kerajaan bagi menggalakkan lebih banyak pekerja ekonomi gig untuk mendaftar program dana padanan caruman ekonomi di bawah PERKESO yang diperkenalkan kementerian pada tahun 2020? Caruman ini sangat penting baik memastikan mereka mendapat faedah perubatan sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
Tuan Pengerusi, seterusnya saya ingin menyentuh tentang Butiran 020000 – Pembangunan Modal Insan. Menurut kajian KRI, peratusan graduan TVET untuk mendapatkan pekerjaan jauh lebih baik daripada yang lain-lain. Ini menunjukkan TVET mempunyai high value dalam sektor pekerjaan. Namun begitu, dari sudut peratusan lepasan sekolah yang berminta memasuki TVET masih dalam paras yang sangat rendah.
Soalan saya, apakah inisiatif kementerian bagi memastikan peningkatan lebih banyak pendaftaran TVET bagi pelajar-pelajar lepas sekolah menengah ini? Apakah kerajaan akan melaksanakan job matching yang berpadanan dengan sijil yang ditawarkan oleh TVET dengan industri tertentu bagi meningkatkan keyakinan rakyat tempatan untuk mendaftarkan anak-anak mereka di sekolah teknik ataupun sekolah vokasional?
Tuan Pengerusi, Butiran 040500 – Majlis Perundingan Gaji Negara. Malaysia telah pun melahirkan banyak pakar dalam bidang tertentu terutamanya dalam bidang sains dan matematik. Malangnya negara kita masih lagi menghadapi masalah brain drain dengan izin. Berita Astro AWANI pada 29 Disember yang lalu mendedahkan negara kehilangan 500,000 pakar yang mahir.
Menurut Presiden dan Ketua Eksekutif EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff, antara faktor brain drain dalam negara adalah kualiti hidup yang lemah.
Kos sara hidup terus meningkat tetapi tangga gaji masih lagi kekal pada tahap yang sama.
Ironinya negara kita berjaya melahirkan banyak tenaga pakar pelbagai bidang. Namun kemahiran mereka tidak dihargai dan ini menyebabkan tenaga pakar ini berhijrah ke negara luar. Kemudian negara kita import buruh yang bergaji murah.
Jadi, apakah dasar yang dirangka oleh kerajaan semasa ini bagi mengatasi masalah brain drain dalam negara? Sudah sampai masanya kerajaan mengkaji semula tangga gaji yang ditawarkan kepada tenaga pakar tempatan. Jadi, migrasi tenaga mahir dalam memberi— akan memberi kesan yang sangat negatif kepada sesebuah negara antaranya negara berhadapan dengan kekurangan ketersediaan tenaga mahir di negara asal, pergantungan tenaga mahir asing, masalah imbangan pembayaran dan juga pengaliran mata wang. Itu sahaja daripada saya Tuan Pengerusi, sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Parit Sulong.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya terus ke Butiran 020000 – Pembangunan Modal Insan.
Sejajar dengan Kerangka Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat, penting untuk kerajaan hari ini mengekalkan momentum membangunkan modal insan berkemahiran khususnya bagi memastikan pembangunan modal insan berterusan di negara ini di samping kemapanan ekonomi dan kedudukan fiskal negara.
Soalan saya kepada kementerian adalah– sebab saya merujuk kepada statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara menunjukkan bahawa 35.14 peratus lepasan SPM 2020 dan 48.74 peratus peperiksaan 2021 itu tidak melanjutkan pelajaran.
Jika trend ini terus begini, negara kita berisiko tinggi untuk kekurangan tenaga mahir dalam sektor pekerjaan di negara kita.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Jadi, apakah perancangan pihak kerajaan? Adakah kerajaan mempunyai langkah menyeluruh rentas kementerian bagi membangunkan modal insan yang berkemahiran dan berpendidikan tinggi bagi memenuhi pasaran profesional dan berkemahiran tinggi di negara kita?
Soalan seterusnya adalah pada tahun lepas kementerian ada menyasarkan akan mewujudkan 300,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk golongan belia bagi tahun 2025. Soalannya adalah apakah perancangan yang dilaksanakan oleh kementerian dalam usaha untuk mencapai matlamat tersebut? Kementerian juga ada menyasarkan 89 peratus graduan TVET akan mendapat pekerjaan dalam bidang yang dilatih dalam tempoh enam bulan selepas tamat latihan.
Berapakah peratusan sebenar graduan TVET yang dapat pekerjaan selepas enam bulan tamat pengajian bagi tahun 2021 dan 2022? Apakah langkah yang telah diambil bagi mencapai sasaran 89 peratus graduan TVET mendapat penempatan bagi tahun 2024?
Seterusnya Butiran 040500 – Majlis Perundingan Gaji Negara. Adalah penting bagi negara untuk memastikan rakyat mendapat gaji yang setimpal dengan keadaan kos sara hidup pada hari ini. Untuk itu Majlis Perundingan Gaji Negara ini penting untuk memastikan situasi ini insya-Allah akan berlaku. Soalan saya kepada kementerian adalah sebelum ini KSM menerusi Majlis Perundingan Gaji Negara ada menyatakan bahawa mereka akan melaksanakan kajian semula perintah gaji minimum yang dijangka akan selesai pada hujung Disember ini. Bolehkah kerajaan antara cadangan yang akan diambil kira dalam merangka kajian ini?
Sebelum ini, MPGN juga ada menyatakan bahawa mereka masih berunding dengan pihak industri dalam usaha meningkatkan gaji minimum pekerja lulusan latihan kemahiran teknikal dan vokasional ataupun TVET. Minta supaya kementerian kongsikan status rundingan yang akhirnya akan memastikan graduan dan pelatih TVET di negara ini boleh mendapat gaji yang setimpal dengan kelulusan mereka seperti seruan kerajaan yang menyeru majikan at least boleh memberi minuman gaji RM3,000 sebulan.
Seterusnya, ke Butiran 09300 – Pusat Latihan Pengajar dan Latihan Lanjutan.
Seiring dengan perkembangan terkini IR 4.0, negara tidak hanya perlu melahirkan pekerja berkemahiran tetapi juga tenaga pengajar bertaraf dunia yang berkemampuan dan kompeten. Adakah kerajaan komited menyediakan bahan dan teknologi terkini di pusat ini untuk memastikan tenaga pengajar mendapat pendedahan kepada teknologi yang terkini?
Terakhir adalah Butiran 09300 – Pusat Latihan Pengajar dan Latihan Lanjutan.
Pada tahun — oh, ini sebagai sambungan. Pada tahun 2021, saya nak tanya kepada pihak kementerian berapa banyak kah tenaga pengajar mahir yang telah dikeluarkan pada pusat ini yang kembali berkhidmat dalam pusat latihan kemahiran di bawah kementerian, agensi dan juga GLC?
Sebab pusat ini kita dimaklumkan tidak menyediakan peluang pekerjaan tetapi hanya peluang kemahiran. Jadi, adakah kementerian mempunyai pelan agar trainer yang dihasilkan di bawah pusat ini akan diberi bantuan dan galakkan supaya mereka mampu melahirkan lebih ramai tenaga mahir yang akan menyumbang kepada negara.
Terakhir Yang Berhormat Pengerusi, Butiran 040700 – Program Latihan Kemahiran. Sebelum ini, kerajaan ada menyatakan RM180 juta diperuntukkan untuk dana latihan TVET untuk menyediakan pinjaman pendidikan kepada 12,000 pelatih yang mengikuti program persijilan kemahiran. Adakah pihak kementerian mempunyai hala tuju dan kumpulan sasar yang jelas untuk peruntukan ini disalurkan? Adakah ada peruntukan khusus untuk pelatih TVET daripada golongan wanita dan bumiputera?
Untuk ADTEC pula, bolehkah kementerian menyatakan bagaimanakah ADTEC ini akan sentiasa mengemas kini modul mereka agar seiring dengan teknologi kemahiran yang berkembang pantas hari ini dan sesuai dengan keadaan kewangan negara semasa?
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Untuk ADTEC pula, bolehkan kementerian menyatakan bagaimanakah ADTEC ini akan sentiasa mengemas kini modul mereka agar seiring dengan teknologi kemahiran yang berkembang pantas hari ini dan sesuai dengan keadaan kewangan negara semasa?
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Terima kasih. Saya untuk menyentuh B.46, di mana yang diberikan untuk saya berbahas peringkat Jawatankuasa, Kementerian Sumber Manusia pada hari ini.
B.46, 030000 – Pengurusan Perburuhan Negara. Bagi tahun 2024, KSM mendapat peruntukan sebanyak RM301.7 juta berbanding RM291.4 juta bagi 2023.
Adakah ia mencukupi bagi menjustifikasikan tanggungjawab di bawah pengurusan perburuhan negara seperti yang kita telah rancangkan?
Persoalannya, apakah perancangan baharu kementerian bagi memastikan sasaran 15 peratus pekerja asing atau lebih rendah di Malaysia ini berbanding keseluruhan tenaga kerja? Ia adalah untuk memastikan pematuhan dengan mengambil kira Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing yang sedia ada di mana dilaporkan terdapat kira-kira 2.7 juta pekerja asing di Malaysia. Satu jumlah melebihi unjuran yang ditetapkan. Jadi, apa perancangan KSM untuk nak mengurangkan tenaga kerja asing yang telah kita rangkakan untuk kita kurangkan? Yang ada sekarang 2.7 juta.
Dalam isu yang sama, apakah penambahbaikan dari segi mekanisme pemantauan setiap agensi kementerian yang terlibat dalam pelaksanaan pematuhan pelan terbabit? Siapa yang memantaunya di sini? Apakah tindakan susulan yang diambil setelah pemantauan ini dibuat dan kita mendapat kesan-kesan daripada pemantauan ini?
Apakah tindakan yang diambil bagi membantu pekerja tempatan yang diberhentikan serta digantikan dengan pekerja asing?
Saya dapati ada juga pekerja nursing yang diumumkan oleh Menteri untuk diambil, dibawa masuk bekerja di negara kita pada satu ketika dulu, sedangkan kita mempunyai lambakan jururawat-jururawat terlatih yang ada dalam negara kita yang kita — sehingga digunakan oleh negara luar seperti di Arab Saudi, Qatar dan juga di Dubai.
Jadi, kita penuhkan dulu. Ini yang saya nak dapat jawapan daripada Kementerian Sumber Manusia.
Jadi, apakah tindakan yang diambil terhadap majikan yang didapati tidak mematuhi undang-undang penggajian pekerja asing yang ditetapkan? Juga, saya membangkitkan persoalan ini. Macam sekarang penggajian kita meletak minimum RM1,500, ada juga majikan-majikan tidak melaksanakan ini. Seterusnya, apakah bentuk intervensi kementerian dalam usaha memastikan kebajikan golongan pekerja terjamin merangkumi aspek kesihatan, kebersihan serta keselamatan tempat tinggal pekerja?
Sepertimana yang kita ada di bawah Kementerian Sumber Manusia, ada DOSH, satu jabatan yang mengawal. Setakat ini berapa peratus, berapa banyak yang telah dikenal pasti majikan-majikan yang tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan di bawah DOSH ini?
Ini kerana terdapat laporan yang menyatakan hanya sekitar 50 peratus majikan di seluruh Semenanjung mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 [Akta 446]. Akhir bagi butiran ini, berapakah bilangan kes yang melibatkan majikan yang didapati mengabaikan pekerja asing termasuk isu tidak membayar gaji pembantu rumah selama bertahun-tahun? Apakah tindakan Jabatan Tenaga Kerja bagi menangani masalah ini?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Untuk Butiran B.46, 030100 iaitu bersangkutan dengan tenaga kerja. Dalam butiran ini saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan pihak kementerian berhubung ketersediaan syarikat Delivery Hero iaitu pemilik Foodpanda untuk menjual sebahagian perniagaan mereka di Asia Tenggara termasuk Malaysia. Susulan itu, operasi Foodpanda di Malaysia turut melaporkan mungkin akan dijual pada awal bulan Disember depan ini.
Apakah implikasinya terhadap para pekerja p-hailing dan juga pekerja gig yang sedia ada?
Seterusnya, saya ingin membangkitkan hal berkaitan TVET. Soalnya, sejauh manakah perancangan kementerian untuk mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) agar ia setaraf Sijil Pelajaran Malaysia? Dalam usaha ini, saya ingat untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET, apakah perkembangan terkini pembangunan pangkalan data sistem TVET yang bersepadu merentas kementerian?
Untuk Butiran B.46...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Pendang, mungkin Sik sikit, pencelahan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Cepat, saya tak ada masa. Ada beberapa minit lagi.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ringkas saja. Mohon pandangan Pendang, bagaimana kementerian melihat ketidakseragaman pendekatan TVET kita ini?
Sekarang ini dah 12 kementerian yang melaksanakan TVET dan ada yang keadaan in silo, makna bersendirian. Jadi, apakah Pendang bersetuju bahawa KSM menerajui modal insan untuk TVET ini untuk memayungi kesemua latihan-latihan TVET di kementerian- kementerian lain juga? Terima kasih.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Masuk dalam persoalan yang dibangkitkan dalam ucapan saya ini. Saya minta sikit saja, Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ya, okey. Saya gulung. Saya gulung.
Majlis Perundingan Gaji Negara - 040500. Sejauh manakah Majlis Perundingan Gaji Negara menangani isu kerja kontrak termasuk tunggakan gaji pekerja pembersihan dan kawalan keselamatan di sekolah-sekolah? Seterusnya, penyelarasan gaji minimum pekerjaan yang sedia ada serta Dasar Gaji Progresif yang akan dibentangkan kelak.
Apakah kaedah ataupun pelaksanaan dasar bagi melaksanakan dasar tersebut? Sikit lagi.
Hal ehwal kesatuan sekerja. Kita melihat kesatuan sekerja mendapat peruntukan RM9.9 juta berbanding dengan RM8.6 juta 2023. Berdasarkan sesi libat urus yang telah diadakan oleh pihak kementerian dengan wakil kesatuan sekerja, NGO dan pihak-pihak berkepentingan susulan RUU Kesatuan Sekerja baru-baru ini, berapakah jumlah peningkatan jumlah kesatuan sekerja? Berapakah peratusan pekerja terkini yang menjadi ahli kesatuan untuk sektor awam dan juga sektor swasta?
Last sekali, saya nak sentuh berkenaan dengan izin, collective agreement (CA) juga berkurangan sampai membebankan pekerja. Minta perhatian dan juga penjelasan daripada pihak YB Menteri. CA ini di antara majikan dengan para kesatuan sekerja. Jadi, saya minta — saya nak dapat penjelasan berkenaan dengan collective agreement yang terbaru ini yang mana kita dapati banyak dilaporkan membebankan para pekerja. Tidak adilkah kepada majikan yang mendapat keuntungan selama ini?
Jadi, penyelenggaraan peralatan. Apakah rasional — Last sekali. Last sekali, apakah rasional Butiran 040400 ini tidak mendapat sebarang peruntukan bagi tahun 2024 berbanding dengan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi tahun 2023? Apakah perbelanjaan kali ini disalurkan kepada program lain atau kementerian ada pendekatan lain dalam menjalankan penyelenggaraan di semua institut kemahiran? Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan penyelenggaraan peralatan latihan dan bangunan institut kemahiran. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Puan Pengerusi.
Saya ingin membahaskan Butiran 030000, Kepala B.46 yang bertajuk Pengurusan Perburuhan Negara. Nampak pada buku belanjawan ini, peruntukan anggaran 2024 meningkat agak banyak juga iaitu lebih RM301 juta keseluruhannyalah.
Yang kedua, saya melihat bahawa Kementerian Sumber Manusia dan Yang Berhormat Menteri, saya nampak telah berusaha yang sebaik mungkin untuk membantu pekerja-pekerja. Saya datang daripada kawasan kaum pekerja, Parlimen Pasir Gudang yang ramai kaum pekerja. Jadi, Menteri dan kementerian cuba melaksanakan sebaik mungkin. Saya nampak gaji minimum, kebajikan pekerja, soal perkhidmatan SOCSO yang semakin baik. Begitu juga tentang Mahkamah Perusahaan dan juga TVET.
Tapi, saya ingin menambah juga dalam masa yang singkat ini iaitu satu perkara yang berkaitan dengan masalah yang melibatkan pekerja-pekerja asing yang datang ke Malaysia secara sah ini. Saya merujuk kepada laporan journalism secara investigative khususnya daripada portal Malaysiakini iaitu umpamanya pada 7 April yang lalu, seorang rakyat Nepal berumur 47 tahun bernama Rinji Rai. Dia datang dari Nepal ke Kuala Lumpur untuk tujuan menyelesaikan masalah visa pekerja-pekerja import, pekerja-pekerja dari Nepal ke Malaysia.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Tetapi tiga hari sampai ke Kuala Lumpur, beliau didapati ditemui mati di hostel, di asrama pekerja-pekerja di Nilai, Negeri Sembilan. Jadi, saya haraplah iaitu Yang Berhormat Menteri supaya benarlah kes ini melibatkan siasatan polis tapi saya percaya daripada bacaan saya laporan-laporan itu, macam ada yang tak kenalah iaitu– Ini kita perlu jaga imej negara kita. Malaysia sebuah negara yang berdasarkan rule of law, hukum. Kita tak mahulah berlaku di Malaysia ini amalan perhambaan yang moden iaitu berlaku forced labour (buruh paksa). Rakyat asing yang datang secara sah ini, ramai datang sampai sini, kerja yang dijanjikan tak ada. Mereka ditipu.
Jadi Menteri mungkin boleh memberi penerangan apa yang dipanggil ini kuota ini.
Sistem kuota dan ada wujudnya kontrak yang melibatkan agensi – Kontrak ini yang fake, yang tipu. Datang sini, kerja tak ada. Sedangkan rakyat Nepal itu bukan lah daripada orang senang, kan? Ertinya dia ditipu oleh agensi-agensi swasta yang mengaut keuntungan daripada kesusahan rakyat ini.
Malaysia menghormati pekerja-pekerja asing. Sangat kita perlukan. Makna kita perlu mengakui peranan pekerja asing ini dalam sektor perladangan kita, dalam sektor perkhidmatan atau servis dan juga dalam sektor perindustrian. Jadi, adalah tanggungjawab kita. Ertinya yang menghormati hak asasi manusia, hak pekerja, bukan sahaja hak pekerja rakyat kita, tapi rakyat asing. Mereka juga manusia.
Jadi kita tidak mahu kartel, sindiket-sindiket ini yang menjalankan operasi yang jenayah ini, underground ini, sesuka hati mereka. Jadi, saya percaya pihak Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri serta agensi-agensi keselamatan, ambilah iktibar untuk jaga nama baik kita.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian] Terima kasih Puan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saya merujuk kepada Butiran 020200 – Pembangunan Kemahiran dan Pengiktirafan. Pertamanya, saya ucap tahniah atas komitmen kerajaan untuk memberikan peruntukan sebanyak RM17 juta bagi melaksanakan Program Tahfiz Pendidikan atau Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui Tahfiz – TVET. Program ini diyakini
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
mampu membuka peluang kepada pelajar tahfiz untuk pelbagai kemahiran. Dalam jangka masa yang sama, meneruskan pengajian hafazan.
Ia juga merupakan peningkatan jumlah tenaga mahir negara dalam bidang teknikal seiring dengan kehendak industri tanpa meminggirkan aspek-aspek pembangunan spiritual. Namun, perancangan TVET tahfiz ini mungkin masih tidak difahami sebagai mana proses pelaksanaannya. Justeru itu, saya mohon pihak kementerian menjelaskan proses tersebut dan bagaimana pemegang taruh dapat menyumbang untuk turut sama menjayakan program ini?
Kerajaan telah menyasarkan peratusan lepasan sekolah menengah, sekolah kemasukan aliran TVET pada Belanjawan 2024 sebanyak 18 peratus. Sasaran ini adalah sama seperti sasaran yang dibuat pada tahun 2022 yang lalu. Persoalannya, mengapakah sasaran ini tidak meningkat dalam usaha negara untuk mencapai sasaran 35 peratus jumlah tenaga mahir negara menjelang 2030?
Selain itu pada laporan media pada 27 Jun 2023, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) supaya setaraf dengan SPM bagi meningkatkan kadar kebolehpasaran pemegang sijil TVET. Persoalannya, bilakah pengiktirafan ini akan dikuatkuasakan dan apakah cabaran kerajaan untuk melaksanakan inisiatif ini?
Seterusnya Butiran 030000 – Pengurusan Perburuhan Negara. Puan Pengerusi, menurut Kementerian Dalam Negeri, seramai 1,120 pekerja asing terkandas dan tidak mendapat pekerjaan meskipun telah berada di Malaysia melebihi tempoh 30 hari sehingga mendapat liputan media antarabangsa. Tadi Pasir Gudang bangkitkan isu ada seorang pekerja Nepal. Ini 1,120 orang pekerja yang masuk melalui program yang telah disusun oleh pihak kerajaan sendiri iaitu dibawa masuk menerusi Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing.
Mereka ini kebanyakan daripada Bangladesh dan Nepal dan terpaksa berhutang untuk bayar bagi kemasukan dengan pihak-pihak tempatan dia. Isu sebegini boleh menyebabkan pekerja asing diugut untuk segera membayar hutang dan kemungkinan terdedah menjadi buruh paksa. Ini adalah perkara yang serius dan boleh menjejaskan nama baik negara di peringkat antarabangsa.
Saya merasakan tindakan tegas yang kolektif mesti diambil oleh kedua-dua kementerian sama ada Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri bagi mengatasi perkara ini terus berlaku. Justeru, apakah status 1,120 pekerja asing terkandas sekarang? Apakah langkah pencegahan yang telah diambil untuk memastikan isu ini tidak berulang pada masa hadapan?
Bagi Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. Insiden kemalangan di premis pendidikan dan pusat asuhan kanak-kanak berdaftar mahupun tidak berdaftar, suatu perkara yang harus diberi perhatian. Mengikut data daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sebanyak 2,665 premis di seluruh negara tidak mempunyai Sijil Perakuan Bomba (FC) yang diperuntukkan mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988 yakni Akta 341 pindaan 2020.
Adalah mudah untuk kita meletakkan kesalahan atau menyaman pemilik premis sekiranya berlaku insiden kebakaran ataupun kemalangan. Namun apa yang harus menjadi obligasi kementerian adalah bagaimana kaedah memupuk kesedaran dan menjadi pemudah cara kepada premis-premis ini untuk memenuhi piawaian yang selamat untuk diduduki. Saya fikir bahawa kaedah pemudah cara ini ialah kaedah yang paling baik.
Bererti kita tidak force, kita tidak paksa mereka mengikut peraturan sahaja tapi mencari jalan keluar bagi menyelesaikan masalah mereka hadapi.
Dalam butiran yang sama juga, saya ingin mendapat penjelasan, apakah strategi kerajaan untuk mengurangkan risiko daripada berlakunya kes-kes kecederaan pekerja kerana terdapat peningkatan kes hampir 59 peratus kes kecederaan pekerja sebelum ini dan ia sangat membimbangkan? Sehingga Mei 2023, tiga sektor iaitu perkilangan, pertanian dan perkhidmatan perniagaan telah menyumbang 84 peratus daripada jumlah keseluruhan kemalangan. Justeru, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
meluaskan mekanisme terutama dalam sektor-sektor ini bagi mencegah peningkatan kejadian kemalangan terus meningkat.
Akhirnya, Butiran 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia. Di bawah fungsi peningkatan taraf kemahiran pekerja sedia ada dalam sektor perindustrian, TalentCorp dilaporkan hanya membawa pulang 4,258 rakyat Malaysia bagi Returning Expert Programme (REP) sejak tahun 2011 iaitu sekitar 0.2 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang berhijrah ke negara lain. Jika diperincikan, majoriti REP ini ialah daripada bidang minyak, gas, tenaga serta perkhidmatan kewangan di mana kebanyakannya pulang daripada Singapura dan China.
Saya ingin mencadangkan agar kerajaan dapat memberikan tumpuan lebih untuk menarik tenaga di bidang kepakaran sektor infrastruktur dan tenaga untuk pulang. Soalan saya, apakah inisiatif dan insentif, strategi terkini yang dapat diambil untuk menggalakkan permohonan REP bagi mengatasi permasalahan brain drain dalam negara? Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk program ini dan bagi meningkatkan knowledge transfer bagi meningkatkan prestasi tenaga mahir dalam negara?
Akhir sekali, saya ingin dapat penjelasan. Kita akui bahawa Butiran 030000 – Pengurusan Perburuhan Negara, warga asing kita dapati yang masuk melalui masuk sebagai buruh atau pekerja, sebahagian telah pun menguasai perniagaan-perniagaan tempatan. Kalau kita pergi kawasan pasar borong sebagai contoh, seolahnya pekerja asing menguasai market kita dan demikian juga kedai-kedai yang dibuat, yang dibina oleh mereka. Seolah negara kita tak ada kawalan terhadap kemasukan pekerja asing, kemudian beralih kepada sektor lain dan menguasai perniagaan dalam negara kita. Saya mohon perkara ini dapat diberi perhatian serius supaya ia tidak menjadi polemik pada masa depan.
Puan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Yang Berhormat Keningau, tarik diri. Jadi, saya jemput Yang Berhormat Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Pengerusi yang memberi ruang dan peluang kepada saya untuk berbahas pada peringkat Jawatankuasa bagi perkara B.46 Kementerian Sumber Manusia.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Pertamanya, suka saya merujuk kepada Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Melihat kepada sektor 3D atau dirty, dangerous, difficult dengan izin, kotor, bahaya dan sukar, rakyat tempatan kurang berminat di sektor berkenaan kerana gaji yang rendah dan dianggap sebagai pekerjaan kelas kedua. Jadi, majikan terpaksa mengambil pekerja asing. Jumlah pekerja asing yang di Malaysia yang direkodkan pada 2022 adalah hampir 1.5 juta orang. Pengurangan pekerja asing mampu meminimumkan aliran keluar wang negara untuk jangka masa panjang dan merangsang pertumbuhan ekonomi domestik.
Adakah terdapat sebarang kajian kebolehlaksanaan terhadap cadangan untuk memurnikan sektor 3D kepada rakyat tempatan yang sering menjadi tumpuan lambakan pekerja warga asing? Misalnya, pemerkasaan sektor 3D dengan meningkatkan tahap keselamatan, kebersihan dan penggunaan teknologi dalam sektor perladangan. Apakah kementerian bercadang mempergiatkan penggunaan teknologi Revolusi Industri 4.0 atau IR 4.0 yang menawarkan potensi besar untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dalam sektor 3D.
Keduanya, Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Peningkatan RM1.84 juta bagi peruntukan 2024 harus diberikan penekanan yang sewajarnya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri mengikut jawapan bertulis sebelum ini, penguatkuasaan
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 telah diwartakan pada 16 Mac 2022.
Walaupun demikian, tarikh kuat kuasa akta dalam proses untuk diwartakan dan dijangka akan bermula 2024 merupakan suatu tempoh masa yang agak kritikal. Adakah kementerian telah merangka program yang sewajarnya bagi memastikan akta ini mampu dikuatkuasakan?
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) sebagai agensi yang bertanggungjawab sewajarnya melihat kepada pertambahan penguat kuasa.
Bilangan jawatan pada tahun 2023 dan 2024 juga masih tidak berubah dan kementerian perlu melihat secara serius. Sudah tiba masanya Malaysia menjadi sebuah negara peneraju Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau KKP.
Kementerian juga perlu melihat kepada menambah baik ekosistem KKP dengan menjadikan orang yang kompeten sebagai profesional. Contohnya Kementerian Kerja Raya. Mereka ada Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) tetapi tidak Kementerian Sumber Manusia yang belum ada lembaga yang mengawal selia pengamal KKP. Kementerian perlu memfokus kepada KKP yang diberi nafas baharu dengan pensijilan profesional setaraf antarabangsa.
Ketiga, Butiran 040400 dapat dilihat sifar peruntukan bagi Penyelenggaraan Peralatan Latihan dan Bangunan Institut Latihan Kemahiran untuk tahun ini berbanding RM15 juta pada 2023. Adakah perbelanjaan ini telah disalurkan kepada program atau inisiatif yang lain?
Keempat, Butiran 040600 – Elaun Pelajar Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia. Kita sering dengar pelajar TVET kurang mendapat tempat, kurang pengambilan dan segala-galanya masih kurang. Tetapi kali ini kalau dilihat berkaitan dengan elaun pelajar dilihat tiada penambahan. Oleh itu, di manakah peranan kementerian untuk memperkasakan kemahiran TVET? Jika kementerian tidak sedia, serahkan kepada satu kementerian yang khusus yang mampu melaksanakan keseluruhan urusan kemahiran TVET.
Elaun pelajar merupakan antara faktor utama dalam pelajar memilih untuk menyambung pengajian ke peringkat yang tinggi selepas SPM. Bagi setengah orang, elaun ini ada perkara yang tak penting tapi bagi setengah tempat, elaun untuk pelajar ini ada satu benda yang amat penting. Contohnya, ada— saya dapat maklumat juga daripada Jabatan Pendidikan Negeri.
Ada setengah ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah hanya untuk mendapatkan elaun bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150.
Kemudian, anak tidak dihantar ke sekolah sebab kemiskinan keluarga. Itu antara benda- benda yang kita kadang-kadang tak nampak di kawasan kita.
Terakhir, Butiran 95000 – PPP/PFI. Mohon kementerian serius dalam melihat isu ini. Adakah projek perkongsian awam swasta (PPP) atau pembiayaan inisiatif swasta ini memberi kebaikan? Jika dilihat dari apa yang dibentangkan, terdapat peningkatan setiap tahun daripada 2022 sebanyak RM35.7 juta dan seterusnya RM35.8 juta pada tahun 2023 dan makin meningkat RM39.15 juta untuk 2024. Kita perlu fikirkan semula dan harapan saya, satu sen yang kita keluarkan dan belanjakan ia merupakan hasil dari rakyat Malaysia dan seharusnya dipulangkan kepada yang selayaknya. Itu saja setakat hari ini.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Saya jemput Yang Berhormat Klang.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih Puan Pengerusi. Pada 4 September 2023, kerajaan telah meluluskan sebahagian permohonan pengambilan pekerja asing bagi tiga sektor iaitu melibatkan kedai gunting rambut, tekstil dan kedai emas yang sebelum ini dibekukan sejak 14 tahun lalu.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata, kelulusan itu hanya melibatkan sebahagian daripada 15,000 permohonan iaitu seramai 7,500 orang pekerja. Ini kerana kerajaan mahu mengutamakan rakyat tempatan. Ini merupakan tindakan yang baik.
Walau bagaimanapun, masalah utamanya masih belum selesai. Peniaga-peniaga dari ketiga-tiga sektor ini masih menghadapi kesukaran untuk bagi kelulusan pekerja asing yang diperlukan bagi sektor masing-masing. Ini kerana syarat-syarat yang dikenakan amat ketat untuk diikuti.
Difahamkan bahawa untuk membuat permohonan pekerja asing, majikan perlu mengemukakan slip gaji terkini, penyata KWSP terkini, penyata PERKESO dan kontrak pekerja terkini bagi pekerja-pekerja tempatan yang sedia ada. Masalahnya ramai majikan ini tiada lagi pekerja tempatan. Jadi, bagaimana mereka akan kemukakan butiran-butiran ini? Andai kata kalau butiran-butiran ini tiada, permohonan mereka untuk mendapatkan pekerja asing ini ditolak serta-merta.
Keseluruhannya, perkara ini nampak bagi majikan-majikan ini terpaksa mengkerjakan pekerja— mengambil pekerja-pekerja tempatan dulu demi mendapatkan pekerja-pekerja asing. Pendekatan ini mungkin sesuai untuk perniagaan berskala besar tetapi ini menjejaskan perniagaan yang kecil yang tidak berupaya untuk bayar pekerja tempatan yang mana jelas bukan mahir dalam bidang tersebut.
Selain itu, pihak kementerian juga meminta majikan untuk mengemukakan sijil perakuan penginapan untuk pekerja-pekerja asing. Masalahnya mereka tidak diberitahu lagi berapa pekerja asing yang mereka akan diterima. Jadi, macam mana nak mohon sijil perakuan penginapan kepada JTK? Ada majikan yang belanja sehingga RM20,000 untuk menyediakan tempat penginapan untuk mendapatkan sijil dulu dan kalau permohonan mereka ditolak, duit yang mereka belanja untuk penginapan ini tidak menjadi satu kerugian besar kepada mereka.
Puan Pengerusi, satu lagi masalah yang sering dibangkitkan oleh majikan- majikan ini adalah keperluan Sijil SKM untuk memohon pekerja asing. Ramai daripada majikan ini membuat perniagaan seperti penggunting rambut, tukang emas dan peniaga tekstil secara turun-temurun. Mereka belajar kemahiran-kemahiran ini daripada ayah atau nenek moyang mereka.
Bagaimana nak dapatkan Sijil SKM untuk pihak seperti ini khususnya dalam kalangan masyarakat India? Perniagaan emas dan kedai gunting rambut merupakan suatu kemahiran yang mereka mempraktikkan secara turun-temurun. Dalam situasi sebegini, adakah Sijil SKM ini mandatori? Perkara sebegini memang menyukarkan.
Sebagai kesimpulannya, memang nyata kelulusan 7,500 orang pekerja bagi tiga sektor ini seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri harus diteliti dan diperhalusi semula jika kerajaan komited untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh tiga sektor warisan masyarakat India ini. Dalam pada itu juga, saya bagi Klang kita mohon ya, bagaimana apabila kerajaan menyatakan hanya separuh yang dapat diluluskan, separuh lagi adalah perlu ambil pekerja tempatan.
Saya hanya hendak tahu berapakah jumlah peruntukan yang telah diperuntukkan untuk memberi latihan teknikal kepada dalam tiga-tiga sektor ini terutamanya mungkin dalam penggunting rambut khasnya adalah penggunting rambut memang banyak kursus yang pernah kita dengar. Tapi tak pernah kita dengar kursus untuk yang mana tukang emas untuk kaum India. Kita tidak pernah dengar perkara-perkara ini. Adakah institusi pernah dibina atau adakah orang yang mahir telah— pengajar mahir ada di luar sana untuk mengajar kepada anak tempatan di sini dan juga kepada tekstil dan sebagainya?
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
So, maka saya percaya KSM patut memberi jawapan yang agak lengkap berkenaan tentang peruntukan dan juga program-program yang tersedia ataupun yang akan dirancang masa akan datang. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Klang, saya jemput Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih Puan Pengerusi.
Butiran 030000 – Pengurusan Perburuhan Negara. Berlaku peningkatan peruntukan bagi Pengurusan Perburuhan Negara sebanyak RM301.7 juta pada tahun 2024 berbanding RM291.4 juta pada tahun 2023. Dengan peningkatan bajet ini sudah tentu lebih banyak pelan perancangan pihak kementerian dalam mengatasi isu lambakan tenaga buruh asing di dalam negara kita.
Pihak kementerian telah mengakui berlaku lambakan pekerja asing di dalam negara kita melebihi unjuran yang telah ditetapkan iaitu sepatutnya pekerja asing berada di dalam Malaysia adalah sebanyak 2.4 juta orang. Namun, laporan daripada Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing, angka semasa kini mencecah 2.7 juta orang pekerja asing di Malaysia.
Apakah perancangan baharu kementerian bagi memastikan sasaran 15 peratus pekerja asing dibenarkan atau lebih rendah di negara ini berbanding keseluruhan tenaga kerja seperti yang telah ditetapkan di bawah RMKe-12. Apakah penambahbaikan dari segi mekanisme pemantauan oleh pihak kementerian terhadap pelan berkenaan? Apakah perancangan pihak kerajaan untuk mengadakan mekanisme yang sesuai dari sudut penggunaan teknologi baharu, automasi, melahirkan bakat-bakat pekerja tempatan untuk memenuhi keperluan industri ke arah merealisasikan sasaran 15 peratus pekerja asing ini.
Padang Terap juga ingin bertanya dengan sasaran 15 peratus pekerja asing ini, adakah pihak kementerian telah mewujudkan jadual sasaran pengurangan pekerja asing?
Jika sudah ada jadual tersebut, apakah sektor yang terlibat dalam jadual tersebut? Dalam butiran yang sama, apakah bentuk intervensi kementerian dalam usaha memastikan golongan pekerja terjamin, merangkumi aspek kesihatan, kebersihan, keselamatan, tempat tinggal pekerja. Ini kerana, baru-baru ini dilaporkan hanya sekitar 50 peratus majikan di seluruh Semenanjung didapati mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 atau Akta 446.
Berapakah bilangan kes melibatkan majikan yang didapati mengabaikan pekerja asing termasuk isu tidak membayar gaji pembantu rumah selama bertahun-tahun serta apakah tindakan susulan Jabatan Tenaga Kerja. Saya mengambil contoh apa yang disebut oleh Duta Besar Indonesia ke Malaysia bahawa 90 peratus aduan diterima oleh pihaknya mengenai pekerjanya yang tidak dibayar gaji dan ada kes pekerja yang tidak dibayar gaji sehingga 19 tahun dan bekerja sebagai buruh paksa.
Seterusnya Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah diperkenalkan hampir 17 tahun dalam memperkukuhkan sektor latihan kemahiran khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia. Pastinya ramai individu yang telah memperoleh manfaat serta pengalaman dalam mendapatkan pengiktirafan melalui pensijilan kemahiran ini.
Justeru itu, soalan daripada Padang Terap, sejauh manakah perancangan kerajaan sekarang untuk mengiktiraf SKM agar ia setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) dalam usaha untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET? Bagaimana pula dengan perkembangan terkini khususnya pembangunan data sistem TVET yang bersepadu merentas kementerian?
Selain itu, apakah status terkini Memorandum Kerjasama Transformasi Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) antara GLC dan swasta yang bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran lepasan TVET dengan kadar gaji yang relevan dan sesuai mengikut kemahiran?
Apakah perancangan kerajaan bagi mengimbangi kadar migrasi pekerja belia daripada luar bandar ke bandar yang mencari peluang pekerjaan dalam TVET yang dianggap lebih lumayan pendapatannya? Sekiranya pelajar TVET tidak berhijrah ke luar bandar, pastinya ia akan membantu sektor pekerjaan dalam industri di desa.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Yang terakhir Puan Pengerusi, Butiran 040500 – Majlis Perundingan Gaji Negara.
Dalam belanjawan ini kita melihat berlaku peningkatan peruntukan bagi Majlis Perundingan Gaji Negara daripada RM950,000 kepada RM1.2 juta.
Sejauh manakah keterlibatan Majlis Perundingan Gaji Negara dalam menangani isu pekerja kontrak termasuk tunggakan gaji pekerja pembersihan dan kawalan keselamatan di sekolah seperti yang digesa oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
(MTUC) sebelum ini yang menyebut tunggakan gaji yang dialami kira-kira hampir lebih 100,000 pekerja pembersihan dan kawalan keselamatan di sekolah sejak 1 Mei 2022.
Apakah bentuk mekanisme penyelarasan yang akan dibuat dari segi penyelarasan gaji minimum pekerja yang sedia ada serta dasar Gaji Progresif yang akan dibentangkan kelak? Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Saya jemput Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Terima kasih Puan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya teruskan kepada Butiran 020000 – Pembangunan Modal Insan.
Daripada RM372 juta naik kepada RM403 juta. Butiran 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia, naik juga kepada RM332 juta dan Butiran 020200 – Pembangunan Kemahiran dan Pengiktirafan daripada RM67 juta naik kepada RM71 juta. Saya ucap tahniah dan syabas kepada Kementerian Sumber Manusia tentang usaha ini.
Program Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) ini adalah satu perkara yang amat penting dalam pembangunan modal insan, dalam penerapan latihan terutamanya Insan Muda Malaysia dan telah perkara yang didendangkan diberitahu, dimaklumkan bahawa mestilah mencakupi amalan-amalan baharu termasuklah penglibatan secara jelas pihak industri dalam sektor latihan. Ia disebut dalam RMKe-12, Kajian Separuh Penggal sebagai academic in industry ataupun industrialmanship. Jadi Tenggara ingin bertanya, berapakah sebenarnya peruntukan untuk TVET ini secara khusus sebab mengkaji tentang dokumen yang ada ini tidak jumpa perkataan TVET itu dengan spesifiklah. Cuma kita nak tahu berapakah keseluruhan peruntukan untuk TVET ini dan kerana apa? Kerana pembangunan TVET negara ini sementelah pula Kementerian Sumber Manusia sebagai Setiausaha kepada Majlis TVET Negara, adalah agenda yang utama dan amat pentinglah dalam menala kemaraan Kerajaan Madani ini dan ia sangat menjadi signifikan kerana generasi muda sebenarnya dahagakan kepada latihan untuk menjadi pekerja mahir ataupun separa mahirlah.
Tenggara juga ingin bertanya, berapakah sasaran pelajar yang akan dihasilkan melalui peruntukan tahun 2024 ini dan mohon kementerian, kalau tak dapat jawab secara – masa penggulungan nanti mungkin boleh sediakan secara bertulis. Perincian jumlah sasaran mengikut pecahan bidang yang ditawarkan.
Apakah bentuk-bentuk kursus yang disediakan, kursus ataupun program latihan untuk meningkatkan kemahiran para pekerja sedia ada termasuk dengan reskilling dan upskilling? Saya ingin berkongsi sedikit Puan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, terlanjur ada di sini. Pagi tadi saya melihat pemeteraian MoU antara Majlis Belia Malaysia dan ReSkills EdTech di mana usaha sama ini kelak akan membawa satu kaedah latihan yang baharu kepada generasi muda di Malaysia di mana mereka menggunakan platform maya dengan harga serendah USD1 sebulan.
Maka para pekerja harapannyalah, para pekerja di sektor-sektor industri terutamanya yang ingin menambah pengetahuan dan mempertingkatkan kemahirannya boleh menggunakan khidmat portal yang disediakan itu di bawah gerak kerja ReSkills EdTech ini dan mendapat keabsahan tentang ilmu itu ataupun kemahiran yang dipelajari melalui online ini daripada empat buah negara asing termasuk United Kingdom.
Jadi, dalam peruntukan yang ada pada tahun 2024 ini dan kita menuju kepada era digitalisasi mungkin pihak Kementerian Sumber Manusia boleh melihat pendekatan-
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
pendekatan seumpama ini dengan kolaborasi yang tuntas daripada Majlis Belia Malaysia misalnya. Jadi, boleh kita menjangkaui melangkaui lebih ramai lagi pekerja-pekerja kita sedia ada di sektor-sektor industri supaya terlatih upskilling ataupun reskilling supaya dengan itu produktiviti boleh meningkat dan kita boleh bersaing dengan negara-negara asing.
Seterusnya Puan Pengerusi, Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, daripada RM133 juta naik kepada RM135 juta. Terima kasih dan tahniah terhadap, kepada PERKESO yang selama ini telah sebaik mungkin memastikan kebajikan para pekerja. Setakat semalam saya meneliti 277 orang daripada 533 orang pemohon faedah Sistem Insurans Pekerja (SIP) ini telah berjaya dan bekas pekerja MYAirline yang tertindas juga telah diambil peduli melalui skim PERKESO ini.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Jadi, kerajaan juga dicadangkan perlu mempertingkatkan lagi peruntukan di bawah butiran ini. Cadangan Tenggara supaya lebih banyak lagi pekerja dapat dibela dan menambahkan jumlah pencarum dalam sektor gig. Kita tahu sebelum ini pun semasa perbahasan peringkat dasar, saya sebut bahawa sektor gig ini semakin berkembang. Jadi, Tenggara ingin bertanyakan berapakah jumlah pekerja dalam sektor gig berdaftar dengan PERKESO secara sukarela untuk mencarum setakat ini? Apakah langkah yang bakal diperkenalkan bagi memastikan pekerja sektor gig ini terus mencarum.
Sebagai tambahan, satu fenomena baharu yang membimbangkan semakin ketara di kebanyakan tempat kerja di bawah Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan iaitu berkaitan kesihatan mental pekerja yang disebut dengan istilah kelesuan pekerja. Laporan Kesejahteraan Pekerja 2022, 58 peratus pekerja di Malaysia mengaku mereka mengalami kelesuan akibat kerja ya. Sewaktu saya di Unit Perancang Ekonomi juga ada kalangan rakan saya yang bekerja di sektor kerajaan pun terpaksa dibawa ke motivasi ataupun sesi-sesi kaunseling kerana mengalami stres.
Jadi, di bawah butiran ini, saya harap Kementerian Sumber Manusia ada merangka program ataupun kursus agar majikan memahami kesihatan tenaga pekerja mereka sekali gus memudahkan mereka mengenal pasti gejala kemerosotan kesihatan mental seperti depresi dan kebimbangan supaya produktiviti dapat dikekalkan dan Malaysia boleh kekal sebagai imej negara yang sejahteralah. Itu sahaja Puan Pengerusi.
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Pasu
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Pertamanya saya nak menyentuh beberapa butiran dalam anggaran perbelanjaan Kementerian Sumber Manusia. Keseluruhan anggaran perbelanjaan meningkat 8.1 peratus iaitu RM110 juta. Anggaran perbelanjaan pembangunan menunjukkan peningkatan RM66 juta ataupun 12.9 peratus. Peningkatan yang amat signifikan. Di bawah maksud Bekalan 46 Butiran 020000 – Pembangunan Modal Insan naik 8.1 peratus. Mohon Menteri maklumkan dan perincikan unsur-unsur kenaikan.
Butiran 020200 – Pembangunan Kemahiran dan Pengiktirafan. Kenaikan lapan peratus berbanding dengan tahun 2023. Minta Menteri maklumkan apakah kemahiran yang akan dibangunkan. Butiran 040100 – Program Khususnya Bertugas di Luar Negara, kenaikan sehingga 67 peratus. Minta Yang Berhormat Menteri nyatakan kenapa kenaikan yang begitu tinggi.
Butiran 041200 – Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja meningkat 126 peratus.
Pohon pencerahan. Pembangunan 46 Butiran 00600 – Pembangunan Kemahiran.
Kenaikan 49.1 peratus ataupun 14 peratus. Mohon Menteri berikan pencerahan. Butiran 07000 – Naiktaraf Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia di Sarawak, naik 27 peratus.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Butiran 00404 – Program Daya Saing Negara. RM3 juta akan dibelanjakan. Mohon maklumkan apakah program yang akan dilaksanakan.
Butiran 09510 – Institut Latihan Perindustrian Labuan. Kenaikan RM3.1 juta ataupun 33 peratus. Mohon pencerahan. Butiran 95000 – PPP/PFI. Kenaikan 94 peratus.
Mohon penjelasan PPP/PFI untuk apa dan mengapa kenaikannya begitu tinggi.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, seterusnya saya ingin menyentuh mengenai TVET ataupun Technical and Vocational Education and Training. Dalam penghubungan ini saya nak bertanya mengenai perkara-perkara berikut.
Satu, sejak Majlis TVET ditubuhkan, sudah berapa banyak kalikah mesyuarat diadakan? Kedua, apakah kemajuan yang telah dicapai melalui kerjasama pintar dengan pihak industri? Adakah memorandum persetujuan (MOA) telah dimeterai antara 10 pemain industri seperti PETRONAS, DRB dan sebagainya dengan pihak kerajaan. Jika sudah dimeterai, apakah kemajuan yang dicapai setakat ini?
Berapakah institusi yang menawarkan TVET di bawah Kementerian Sumber Manusia? Berapakah jumlah pelajar yang sedang mengikuti kursus TVET seterusnya apakah jenis kursus yang ditawarkan khususnya dalam bidang teknikal?
Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, kajian oleh The Asia Foundation and Institute of Public Policy Management Universiti Malaya. Antara syor-syor yang dibuat ialah audit keseluruhan bagi sistem dan program TVET perlu dilaksanakan mencakupi semua kementerian. Kita tahu 12 kementerian semuanya terlibat dalam TVET dan mengenal pasti bagaimana sistem governance boleh ditambah baik.
Keduanya, menangani cabaran yang berkait dengan penglibatan industri dalam TVET. Industri sepatutnya diberikan peranan yang lebih besar, prominent role dalam memandu agenda TVET negara.
Ketiganya, membaiki jaminan kualiti TVET. Satu sistem jaminan kualiti seperti mana yang disyorkan dalam Kajian Separuh Penggal RMKe-11 perlu dilaksanakan bagi memperkukuhkan kualiti keseluruhan graduan TVET. Kubang Pasu berharap agar kementerian akan mempertimbangkan syor-syor berkenaan.
Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, saya juga ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia mengambil pengalaman-pengalaman dari negara-negara yang amat berjaya dalam TVET. Di Eropah umpamanya, negara yang terbaik ialah Jerman, Austria dan Switzerland. Kita perlu membuat benchmark ataupun tanda aras bagi mengukur tahap kejayaan TVET di Malaysia.
Seterusnya, saya nak bercakap berhubung dengan ADTEC Kulim Yang Berhormat Menteri. Berpotensi untuk menjadi institusi TVET yang besar buat masa ini.
pengambilan pelajar hanyalah 560 orang sahaja. Sebelum 2023, intake diambil hanya daripada ILP dan ataupun lepasan SKM tetapi sekarang ini penambahbaikan ADTEC Kulim mula mengambil lepasan SPM.
Kampus ADTEC mempunyai tanah yang luas dan ada lagi 50 ekar tanah yang masih belum digunakan yang boleh digunakan untuk menambah kapasiti ke tahap yang lebih tinggi. Mungkin lebih daripada 1,000 orang pelajar dan sebagainya. Lokasi dan strategik ADTEC Kulim terletak dalam kawasan perindustrian dalam dan luar Taman Teknologi Tinggi Kulim. Ia juga tidak jauh dari Pulau Pinang. ADTEC Kulim mampu menjadi sumber tenaga mahir teknikal bagi industri pembuatan di Kulim dan juga Pulau Pinang.
Saya mencadangkan supaya Bajet 2025 nanti, akan memasukkan projek-projek pembesaran ADTEC Kulim. Saya juga mencadangkan supaya Menteri membuat lawatan ke ADTEC Kulim dan saya sanggup mengiringi Menteri untuk lawatan berkenaan, insya-
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Allah. Apakah perancangan khususnya Kementerian Sumber Manusia bagi mewujudkan lebih ramai tenaga profesional-profesional dalam penyelenggaraan EV, electric vehicle.
Akhir sekali Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, Kementerian Sumber Manusia mempunyai peranan yang penting dalam capacity building dan pembangunan sumber manusia. Dalam hubungan ini, saya ingin mencadangkan agar HRDF Corp di bawah kementerian dapat menggunakan dana yang begitu besar dari majikan bagi memajukan TVET Negara.
Dengan majikan yang berdaftar sejumlah lebih 90,000 fokus untuk 2023 dan jumlah pekerja lima juta orang juga forecast untuk 2023 dan jumlah levi menjangkau RM1.7 bilion, saya percaya kementerian mampu menjadi peneraju yang bermakna dalam memajukan agenda TVET negara. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi
Waalaikumsalam, terima kasih Kubang Pasu. Sekarang saya jemput Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Tan Sri Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran Bekalan 040000 – Program Khusus dan juga termasuk Butiran 040700 – Program Latihan Kemahiran dan Butiran 040600 – Elaun Pelajar Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia. Di mana kita sedia maklum kementerian ada menganjurkan banyak pelbagai latihan untuk pelbagai bidang.
Di sini saya ingin mencadang kepada kementerian supaya kita tumpukan kepada latihan bagi bidang maritim ya. Kenapa saya kata begitu? saya lihat ini ada dalam sektor ini dia ada banyak peluang pekerjaan dengan pendapatan yang tinggi. Di mana terutamanya kita lihat industri logistik marin terutamanya daripada sektor oil and gas. Ya, mereka memerlukan ramai pekerja mahir dalam bidang ini. Jadi, saya nak cadang kepada kementerian supaya kita anjurkan lebih banyak latihan untuk anak muda kita supaya mereka boleh menjawat jawatan yang lebih tinggi sebagai pegawai ataupun jurutera dalam bidang tersebut untuk mereka mendapat pendapatan yang lebih tinggi.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Untuk maklumat, menurut angka yang saya dapat lebih kurang 45 peratus daripada kerja-kerja ini sekarang adalah dijawat oleh orang asing. Ya, jadi ada aliran keluar ya lebih kurang RM500 juta setahun. Jadi dalam hal ini saya harap supaya kementerian dapat menumpukan kepada bidang maritim ini. Itu yang pertama.
Yang kedua, saya merujuk kepada Butiran 030500 – Mahkamah Perusahaan. Di mana saya ingin minta supaya menteri boleh maklum kepada Dewan berapa bilangan kes pekerja yang telah berjaya menang dalam Mahkamah Perusahaan tetapi masih lagi tidak dapat pampasan daripada majikan. Bagaimanakah kementerian ingin membantu pekerja- pekerja tersebut untuk memastikan majikan patuh kepada keputusan mahkamah?
Seterusnya saya merujuk kepada Butiran 030300 – Hal Ehwal Kesatuan Sekerja.
Seperti yang kita maklum, MTUC merupakan kesatuan sekerja yang terbesar di Malaysia dan kita semua tahu terdapat krisis kepimpinan MTUC telah berlarutan lebih kurang lima tahun dan masih belum lagi selesai. Apakah usaha pihak kerajaan untuk menyelesaikan pertikaian pimpinan mereka ini?
Sebab kita lihat keputusan pemilihan MTUC pada tahun 2022 juga sekarang telah tidak sah ya. Jadi bagaimana kita hendak pastikan MTUC ini dapat berfungsi untuk mempertahankan hak-hak golongan pekerja? Sudah pasti peranan kementerian untuk memastikan MTUC ini dapat berkembang ataupun beroperasi dengan lebih sihat.
Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Saya merujuk kepada Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah di mana pada waktu sekarang had umur untuk suri rumah mendapat perlindungan daripada skim ini ialah maksimumnya kepada umur 55 tahun.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi di sini saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian supaya kita jangan ada had umur ya sebab suri rumah itu lebih daripada 55 tahun ramai lagi ya golongan wanita adalah suri rumah. Jadi dengan had tersebut barangkali adalah salah satu sebabnya kenapa dia tidak mendapat sambutan daripada orang ramai. Kalau mengikut angka yang dibekalkan hanya sekadar 197,000 suri rumah yang mengambil skim ini.
Seterusnya, saya ingin memberi kepujian kepada pihak kerajaan kerana Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di mana kali ini dapat bajet untuk tahun 2024 telah diumumkan di mana kerajaan akan memberikan subsidi sebanyak 90 peratus bagi salah satu daripada pakej tersebut iaitu pencarum hanya perlu bayar RM23.30 sahaja. Tahniah kepada pihak kementerian.
Seterusnya yang paling akhir, saya merujuk kepada dua laporan dalam Malaysiakini urus niaga jutaan ringgit daripada penipuan permohonan kuota pekerja asing dan juga satu artikel lagi syarikat cengkerang, VIP, perisik, dalang penipuan kuota pekerja asing. Di mana terdapat sindiket penipuan pengambilan pekerja asing dan dalam artikel tersebut telah menamakan enam syarikat terlibat dalam sindiket penipuan ini di mana mereka menggunakan dokumen palsu untuk dapat kelulusan kuota memasukkan pekerja asing. Jadi saya ingin tanya kepada kementerian, apakah usaha yang akan diambil untuk memastikan sindiket sedemikian tidak ada ruang lagi pada masa akan datang.
Juga, saya hendak bangkit satu contoh, saya hendak bagi satu contoh Tan Sri Pengerusi. Food court di luar sana, food court di luar sana kita boleh lihat rata-rata banyak pekerja mereka ialah warga asing tetapi pengusaha food court ataupun pemilik food court mereka tidak boleh memohon pekerja asing. Salah satu sebabnya yang diberikan ya yang saya dimaklumkan ialah kerana food court itu adalah terbuka.
Dia ada ruang terbuka maka mereka tidak layak untuk memohon pekerja asing.
Ertinya kalau restoran dia tertutup dia boleh dapat di dalam bangunan dia boleh memohon pekerja asing tetapi food court dia terbuka dia tak boleh memohon pekerja asing. Jadi apa yang mereka boleh buat pengusaha food court ini, mereka boleh ambil pekerja asing daripada ejen-ejen.
Jadi persoalannya, kenapa kementerian tidak boleh memberikan kuota terus kepada pengusaha food court tetapi mereka perlu melalui ejen-ejen ya. Kalau melalui ejen mereka boleh dapat pekerja asing. Kalau mohon sendiri tak boleh dapat. Jadi dalam hal ini saya rasa ada sesuatu yang tidak mengena.
Apabila kita melihat kepada laporan daripada Malaysiakini tentang sindiket penipuan pengambilan pekerja asing di mana mereka membekalkan semua dokumen palsu kononnya mereka dapat kontrak pembersihan daripada Genting Highlands maka mereka dapat kelulusan ratusan pekerja asing.
Sedangkan SME peniaga sederhana dan kecil mereka juga perlukan pekerja asing tidak diluluskan. Jadi sesuatu harus diperbaiki untuk kita mengelak keadaan sedemikian di mana yang benar-benar, majikan yang benar-benar hendakkan pekerja asing tak dapat, tidak boleh mohon, ditolak. Tetapi ada sindiket dengan begitu mudah sahaja membekalkan dokumen yang palsu diluluskan ratusan ribuan kuota pekerja asing.
Ini sesuatu yang harus kita mengatasinya. Dengan itu, sekian terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Untuk Kementerian Sumber Manusia melibatkan perbelanjaan mengurus RM889 juta lebih dan perbelanjaannya RM578 juta lebih untuk tahun 2024. Butiran 10000 - Emolumen RM552 juta lebih untuk gaji dan upah.
Soalan Temerloh, berapa peratus melibatkan bayaran gaji untuk pekerja tetap dan pekerja kontrak seluruh negara?
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Berapa peratus melibatkan pekerja mahir di kalangan wanita? Berapa bilangan pekerja mahir yang diimport dan dari negara mana? Berapakah aliran wang ke negara luar dalam setahun? Apakah usaha kementerian untuk memastikan negara tidak bergantung kepada bekalan tenaga buruh mahir daripada luar?
Lampiran C, 15000 – Faedah-faedah Kewangan yang Lain. Soalan, adakah faedah ini diberikan juga kepada pekerja kontrak dan pekerja mahir dari luar negara?
Sejauh manakah usaha kementerian untuk mengkaji skim gaji sedia ada yang masih di tahap lama dan sudah tidak sesuai dengan kos hidup sekarang.
Seorang engineer graduate dari Jepun ditawarkan RM3,500 sahaja. Oleh itu sebahagian besar mereka memilih untuk bekerja sebagai customer service dengan syarikat luar negara dengan gaji RM8,000 sebulan hanya dengan kelebihan memiliki bahasa Jepun. Adakah usaha untuk melihat semula skim gaji yang baharu untuk memastikan tangga gaji bagi tenaga buruh di negara ini sesuai dengan situasi hari ini?
Butiran 041000 – Program Perburuhan RM1,500,000. Apakah usaha kementerian untuk menyelesaikan masalah kekurangan pekerja dalam sektor pembinaan, perladangan, makanan dan pengilangan dalam perusahaan kecil dan sederhana?
Menurut Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Ding Hong Sing, negara kekurangan 2.5 juta pekerja dan boleh dikatakan setiap sektor berdepan dengan masalah kekurangan tenaga kerja. Namun, di luar sana kita mendengar ramai lagi yang masih hidup dalam kesempitan kerana tidak memiliki pekerjaan yang tetap.
Butiran 040700 – Program Latihan Kemahiran, bajet RM5 juta. Apakah jenis program latihan yang terlibat dan berapakah bilangan tenaga kerja yang terhasil?
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Isu yang timbul berkaitan kekurangan buruh ladang terutama di ladang sawit FELDA, FELCRA, RISDA. Bekas Timbalan Ketua Peneroka Kebangsaan, Encik Karip Mohd Salleh berkata, “Kekurangan tenaga penuai sawit menyebabkan peneroka menanggung kerugian mencecah 40 peratus sebulan. Mereka berdepan dengan kegagalan menuai dua pusingan sebulan dan akhirnya buah sawit rosak.” Soalan Temerloh. Sejauh manakah kementerian bertindak untuk menyelesaikan isu ini dengan menyediakan tenaga buruh tempatan? Sudah tiba masanya kementerian memanfaatkan tenaga generasi kedua FELDA untuk mengurus ladang keluarga mereka.
Temerloh mencadangkan agar kementerian menyediakan kursus kemahiran ladang dan pertanian kepada buruh tempatan supaya tidak bergantung terus dengan buruh asing.
Selain dapat menyediakan peluang pekerjaan, ia juga dapat meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar dan membina hala tuju generasi kedua FELDA yang lebih berdikari.
Butiran 020000 – Pembangunan Modal Insan, RM402 juta lebih. Temerloh ingin tahu, adakah pembangunan tenaga manusia ini juga termasuk untuk membentuk pekerja yang lebih berintegriti, jujur, bertanggungjawab serta bebas daripada rasuah? Sudah tiba masanya pembangunan tenaga manusia tidak sahaja tertumpu untuk kemahiran teknologi semata-mata. Seharusnya setiap tenaga pekerja dipastikan ada moral yang tinggi.
Butiran 030000 – Pengurusan Perburuhan Negara. Meningkat menjadi RM301 juta lebih. Apakah item yang terlibat dalam meningkatkan kebolehpekerjaan dan penggajian tenaga kerja tempatan bagi memenuhi keperluan pasaran kerja negara?
Kerana ia adalah salah satu visi, misi dalam kementerian ini. Berapa peratus peluang pekerjaan yang dapat dipenuhi oleh tenaga kerja yang keluar daripada pusat pengajian tinggi IPTA dan IPTS? Temerloh ingin tahu, berapakah kadar pengangguran yang wujud di negara ini yang melibatkan belia lepasan universiti? Adakah benar ada sebahagian majikan melihat ranking universiti untuk memilih pekerja dalam sektor mereka?
Okey, terima kasih Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih, Yang Berhormat Tan Sri. Saya ingin bahaskan Butiran 030100 – Tenaga Kerja.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Tan Sri, saya sedar bahawa kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan kebergantungan tenaga kerja kita terhadap buruh asing. Namun, terdapat industri-industri yang sebenarnya tidak mudah untuk mengupah orang tempatan untuk mengambil jawatan-jawatan tersebut.
Antaranya adalah industri perabot. Industri perabot, dia amat penting bagi kawasan sekitar Muar, sekitar daerah Muar dan ia merupakan salah satu, saya kata, penyumbang kepada KDNK yang utama di sekitar daerah Muar. Boleh dikatakan lebih daripada 60 peratus eksport perabot kayuan di Malaysia adalah disumbangkan oleh kilang-kilang perabot di sekitar daerah Muar.
Maka, saya harap pihak kerajaan, terutamanya pada hari ini adalah Kementerian Sumber Manusia, memberikan perhatian yang secukupnya dalam menyelesaikan masalah buruh yang dihadapi oleh pemain-pemain industri perabot di sekitar Daerah Muar.
Di antara isunya adalah kuota buruh asing yang telah diluluskan oleh pihak kementerian pada tahun lepas untuk kilang-kilang perabot, kuota mereka akan habis tempoh keberkesanannya pada hujung tahun ini. Mereka telah banyak kali melalui Malaysian Furniture Council (MFC) telah berurusan dengan pihak kementerian dan pelbagai kementerian yang terlibat untuk mohon supaya permohonan mereka ini, kelulusan mereka ini dilanjutkan 18 bulan lagi supaya mereka boleh mengambil buruh asing pada bila-bila masa sahaja sekiranya peningkatan order ataupun tempahan untuk dimulakan.
Sebab, kita perlu faham bahawa mereka mohon pada tahun 2022. Masa itu, mereka ada permintaan yang tinggi terhadap buruh asing. Tetapi, memandangkan order atau tempahan yang telah mengurang secara mendadak dalam setahun dua ini, mereka terpaksa memberhentikan pengambilan buruh asing. Tetapi, penangguhan ini bukan selama-lamanya. Sebab, kita mengharapkan supaya ekonomi negara kita akan meningkat. Maka, serupa juga, pemain-pemain industri juga ada jangkaan tersebut.
Maka, saya harap pihak kementerian boleh memberikan respons yang positif terhadap permintaan ini sebab tinggal sebulan lebih sahaja iaitu kelulusan mereka akan habis tempoh pada hujung tahun ini iaitu 31 Disember. Saya harap Menteri ada hari ini boleh memproses ataupun memberikan kelulusan lanjutan tempoh untuk buruh asing, kuota buruh asing untuk kilang-kilang perabot ini.
Yang Berhormat Tan Sri, saya juga ingin membangkitkan Butiran 040500 – Majlis Perundingan Gaji Negara. Saya menyambut baik pengumuman kerajaan untuk menjalankan projek perintis Dasar Gaji Progresif pada tahun 2024 seperti yang telah Yang Berhormat Menteri juga sebut semasa penggulungan perbahasan dasar tersebut. Namun, saya tidak melihat apa-apa butiran berkaitan dengan dasar ini dalam Belanjawan 2024.
Yang Berhormat Tan Sri, dasar gaji minimum telah dilaksanakan sejak tahun 2013 dan kita lihat to a certain extent, dengan izin, ia telah meningkatkan pendapatan golongan pekerja yang bergaji rendah. Sudah 10 tahun berlalu. Kita lihat— dulu kita mengharapkan dasar gaji minimum ini sebagai satu, kita kata gaji lantai iaitu floor wage. Gaji yang paling minimum untuk pekerja. Namun, selepas 10 tahun pelaksanaannya, kita lihat ada beberapa kekurangan pelaksanaan dasar gaji minimum ini yang perlu kita perbaiki supaya sasaran asalnya, niat murni untuk pelaksanaan gaji minimum ini boleh ditambah baik lagi.
Iaitu antaranya, sekarang ini gaji minimum daripada lantai, dia seolah-olah telah menjadi siling, iaitu apabila majikan dimohon, diminta untuk menambahkan gaji seseorang pekerja sekiranya seseorang pekerja itu mempunyai kemahiran yang lebih canggih, ia selalu akan diberikan satu alasan bahawa kerajaan telah menetapkan sekian gaji minimumnya, maka anda tidak layak untuk memohon gaji lebih. Ini yang saya maksudkan dia telah menjadi gaji siling.
Pada masa yang sama, sekiranya ada segolongan pekerja yang kurang berkemahiran tetapi mereka masih mampu untuk bekerja iaitu kebanyakan masanya adalah golongan OKU, kebanyakan majikan akan berasa keberatan sekiranya mereka mengambil pekerja-pekerja kumpulan ini. Sebab, mereka terpaksa memberikan gaji yang,
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
bagi mereka, tidak sepadan dengan kerja yang akan dilakukan oleh mereka iaitu gaji minimum.
Maka, kita perlu kaji semula dasar ini supaya kita boleh memberikan ruang dan fleksibiliti yang lebih supaya kumpulan-kumpulan ini dapat dijaga.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Kebajikan ataupun hak pekerja-pekerja ini perlu juga diambil kira sebab sekarang saya lihat Dasar Gaji Minimum ini bukan sahaja tidak dapat memuaskan semua pihak, maka semua pihak yang mengkritik dasar ini termasuk majikan. Majikan kata ini apabila adanya Dasar Gaji Minimum ini dia kata ini akan meningkatkan lagi beban mereka. Bagi pekerja juga mereka rasa gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan adalah rendah.
Maka, saya harap pihak kerajaan bersikap lebih serius sekiranya Dasar Gaji Progresif akan dilaksanakan. Bagaimanakah mekanisme dia, apakah yang dilaksanakan?
Adakah gaji progresif yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tempoh hari serupa dengan apa yang dilaksanakan di Singapura iaitu di Singapura ada mereka melaksanakan Progressive Wage Credit Scheme? Adakah apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Menteri itu serupa ataupun apakah kesamaan dan perbezaan di antara kedua-dua skim atau kedua-dua skim dasar ini? Memang baik...
Tuan Pengerusi
Last point.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Memang baik saya lihat Dasar Gaji Progresif ini adalah pelengkap kepada Dasar Gaji Minimum, tetapi daripada segi pelaksanaannya, daripada segi butirannya, saya rasa Dewan yang mulia ini memerlukan penjelasan yang lebih banyak supaya sama-sama kita menggerakkan, sama-sama kita tambah baik kebajikan golongan pekerja. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih Bakri. Saya jemput Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, selamat petang Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi. Terlebih dahulu sama- sama kita mengucapkan semoga mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur yang mula melanda beberapa bandar dapat bersabar. Semoga banjir yang turun pada tahun ini tidaklah seteruk sebelum ini dan mangsa-mangsa banjir dapat pelindungan yang sepatutnya.
Sabak Bernam terus kepada Butiran 020000 – Pembangunan Modal Insan. Sub Butiran 020100 – Pembangunan Sumber Manusia.
Sabak Bernam ingin tahu berapa ramai penjawat awam yang masih berstatus pekerja luar, pekerja sambilan, pekerja lantikan sementara dan pekerja pelantikan kontrak yang masih ada hingga sekarang ini dalam pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan.
Apakah masalah yang dihadapi oleh kementerian atau jabatan-jabatan kerajaan untuk menyerapkan mereka ini ke jawatan tetap kerana setengahnya sudah bertahun-tahun bertugas dan mahir menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka.
Jika ada kekosongan jawatan yang setara dengan yang disandang oleh mereka, kementerian tidak sepatutnya menawarkan pekerjaan tetap kepada individu ataupun tenaga kerja luar. Sebaliknya kementerian sepatutnya mengutamakan kakitangan dalaman yang berstatus pekerja luar, sambilan, pelantikan sementara dan kontrak untuk mengisi pekerjaan tersebut sekiranya mereka berkelayakan ataupun langkah memberikan latihan kepada mereka diadakan supaya melayakkan mereka diserapkan ke jawatan tetap ataupun pengalaman kerja mereka ini dapat diambil kira untuk diserapkan mereka ke jawatan tetap.
Dengan perhatian yang sebegitu, mereka akan rasa dihargai di samping pengalaman kerja yang ada pada mereka dapat meningkatkan prestasi kerja masing- masing selepas diserap ke jawatan tetap dan menikmati skim gaji yang lebih baik dan sedikit sebanyak dapat menampung kos sara hidup yang agak tinggi sekarang ini.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Seterusnya Tan Sri Pengerusi, Butiran 040000 – Program Khusus, sub Butiran 040700 – Program Latihan Kemahiran yang suatu ketika dahulu sub butiran ini bertajuk Karnival Kerjaya, tetapi sekarang sudah tidak ada lagi Karnival Kerjaya. Mungkin disebabkan rakyat Malaysia sudah celik komputer. Mereka boleh mohon kerja secara online seperti di JobStreet, eJOB, eCentral, MauKerja.my dan lain-lain.
Walaupun permohonan secara online ini lebih mudah, tetapi ada juga kelemahannya. Sabak Bernam ingin tahu adakah tragedi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di beberapa negara yang melibatkan rakyat Malaysia sebelum ini juga hasil daripada permohonan secara online? Apakah mekanisme kementerian untuk mengelakkan kejadian seperti ini supaya tidak berulang, tetapi bagaimana pula pada mereka yang tidak ada celik komputer, tidak pandai hendak memohon secara online?
Sudah tentu menjadi masalah.
Saya bagi contoh ada dua individu yang ingin mencari pekerjaan. Kedua-duanya lelaki, contoh. Seorang namanya Agus, seorang lagi namanya Wahab. Agus celik komputer, pandai dan cekap melayari Internet, ketimbang Wahab yang tak pandai guna komputer apatah lagi melayari Internet. Sudah tentu Agus lebih berpotensi untuk mendapat pekerjaan ambilan secara online berbanding Wahab. Wahab pula tidak pandai guna komputer. Dia tidak ada e-mel, tidak ada password, tidak ada ID, apa lagi nak scan dokumen, sijil, resume dan lain-lain. Sudah tentu dia akan mohon juga, tetapi dia akan memohon dengan keupayaan yang terbatas.
Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, di sinilah Sabak Bernam hendak menyatakan peri pentingnya program Karnival Kerjaya ini diadakan semula di kementerian ini. Dalam hal ini, Wahab tak perlu malu walaupun dia tidak pandai menggunakan komputer kerana di karnival itu nanti Wahab boleh berinteraksi secara face-to-face, dengan izin, dengan pegawai-pegawai dari jabatan atau agensi lain yang memerlukan pekerja di jabatan masing-masing. Sekian, mohon dipertimbangkan. Terima kasih Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Kuala Kedah.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, Kuala Kedah membahagikan perbahasan ini kepada dua bahagian iaitu yang pertamanya Kod Butiran 020000 – Pembangunan Modal Insan dan bahagian kedua, Kod Butiran 030000 – Pengurusan Perburuhan Negara.
Tan Sri Pengerusi, mengenai bahagian pertama- Pembangunan Modal Insan, Kuala Kedah ingin mendapatkan maklumat lanjut atau perincian berhubung kenaikan anggaran peruntukan 2024 hingga ke jumlah RM331,759,400 di bawah Butiran 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia.
Memang tidak dinafikan bahawa kepesatan pembangunan sesebuah negara itu terletak atas keupayaan institusi pendidikan teknikal dan vokasional melahirkan tenaga kerja yang produktif serta berdaya tahan dalam membina kemapanan sesebuah wilayah.
Persoalannya, setakat manakah unjuran serta realiti keselarasan komitmen kementerian untuk meningkatkan tenaga kerja berkemahiran tinggi baharu bagi mencapai sasaran 35 peratus dalam sektor ekonomi menjelang tahun 2030? Apakah program- program signifikan yang telah dan sedang dilaksanakan bagi tujuan maksud tersebut?
Bagaimanakah pula usaha pihak kementerian bagi melahirkan tenaga kerja separa mahir- semi-skilled dan tenaga kerja kemahiran rendah- low-skilled dalam jurusan kemahiran tertentu?
Tan Sri Pengerusi, Butiran 020200 – Pembangunan Kemahiran dan Pengiktirafan. Kuala Kedah memohon pihak kementerian menyatakan progress Pentauliahan Program Latihan Kemahiran bagi pusat bertauliah baharu semasa.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Berapakah jumlah pusat-pusat kemahiran bertauliah yang sedang beroperasi dalam sektor swasta? Nyatakan data bilangan pelajar kemahiran yang telah pun bergraduat dalam tempoh tiga tahun. Apakah bentuk pemantauan yang telah dilaksanakan ke atas institusi kemahiran tersebut supaya piawai atau kualifikasi graduan di institut tersebut mencapai standard yang dikehendaki oleh pemain industri? Seperti yang diketahui bahawa pengiktirafan sesebuah institusi kemahiran itu begitu penting bagi memastikan taraf kelayakan seseorang itu diiktiraf mengikut bidang yang diceburinya.
Pada ketika ini juga, terdapat agensi-agensi di bawah kementerian seperti MARA mengadakan khusus kemahiran setaraf SKM. Justeru, apakah terdapat perancangan mewujudkan kolaborasi strategik sesama agensi berkaitan untuk memusatkan penganugerahan sijil kemahiran supaya ia nya kelihatan selaras dan berpusat?
Sejauh manakah pemakaian Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652] serta penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 [Akta 679] terpakai dan dikawal selia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dilaksanakan?
Apakah pihak kementerian bercadang untuk mewujudkan pusat pangkalan data atau data centre dengan izin, untuk mengumpul maklumat para graduan berkemahiran seterusnya menempatkan mereka di sektor industri yang selari dengan bidang kemahiran selepas tamat kursus?
Tan Sri Pengerusi, baik yang kedua, Butiran 030100 – Tenaga Kerja. Mohon pihak kementerian membuat perincian jelas mengenai kenaikan jumlah RM5 juta kepada RM118,756,800 di bawah butiran berkenaan.
Dalam hal ini, Kuala Kedah ingin mendapatkan maklumat tentang pelan strategik kementerian bagi membantu industri untuk mengoptimumkan operasi demi meningkatkan produktiviti serta pendapatan negara. Apakah langkah-langkah komprehensif yang telah diambil oleh kerajaan bertujuan mengurangkan kadar kemasukan pekerja asing, selanjutnya mengelak dari berlaku lambakan warga asing yang tentunya memberi kesan kepada persekitaran sosioekonomi domestik?
Terakhir, Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Butiran ini juga menunjukkan peningkatan sekitar RM2 juta pada anggaran 2024 iaitu RM135,088,300.
Apakah inisiatif terbaru dengan adanya lonjakan kenaikan anggaran ini? Kuala Kedah ingin mengetahui bilangan kes kemalangan di tempat kerja yang telah selesai di bawah penguatkuasaan perundangan berkaitan dalam tempoh lima tahun kebelakangan.
Berapakah jumlah kes dan jenis kesalahan yang telah dilakukan oleh pekerja warga asing sepanjang mereka berkhidmat? Nyatakan mekanisme pemantauan oleh pihak kementerian ke atas pihak industri supaya kes-kes kecuaian atau isu keselamatan di tempat kerja dapat dikurangkan. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi
Baik. Saya jemput Arau, pembahas terakhir.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*
Tuan Pengerusi
Waalaikumusalam.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tan Sri Pengerusi yang budiman, Tan Sri adalah seorang yang hebat. Bakri cakap 10 minit pun Tan Sri tak ganggu, Tan Sri bagi lajakan. Terima kasih Tan Sri. Saya percaya inilah kehebatan seorang Speaker.
Saya nak sentuh B.46, 030000 – Pengurusan Perburuhan Negara.
Tadi Yang Berhormat kawan-kawan saya telah menyebut bahawa kelonggaran yang telah diberi melalui kelonggaran penggajian pekerja asing yang melibatkan beberapa sektor. Di antaranya termasuklah perkhidmatan restoran. Saya Yang Berhormat, sahabat saya, saya agak keliru apabila melihat banyak perniagaan di mana pemiliknya warga asing
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
yang berniaga kedai runcit, yang berniaga pakaian terutamanya kedai jahit yang rata-rata diusahakan oleh warga Bangladesh.
Soalan saya, apakah jenis visa pekerjaan yang digunakan oleh warga asing yang membuka pelbagai jenis perniagaan? Ini saya bimbang Yang Berhormat, sebab apa?
Dulu mereka datang sebagai pekerja, sekarang dia orang tauke. Malah, pekerja saya tanya- tak bolehlah saya minta pasport, tapi sebab saya rasa terganggu sikit cara dia jual barang dekat saya, saya kata, “Mana pasport?” Bila tengok pasport ialah Visa Pelancong.
Selepas itu saya kata, “You Visa Pelancong, mana boleh jual aiskrim.” Oh, dia kata, “My mother sick, my father sick, my daughter sick. All heart attack.” Oh, itu dia kata. So, itu yang dia jawab.
Jadi, dia memohon simpati...
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
My implicit...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya kata don’t worry so much. Saya jadi- demikianlah seterusnya, saya tak mahu bercakap, tapi saya nak maklumkan di sini bahawa orang asing bukan sahaja sekarang bebas datang, tetapi juga mereka bebas menjalankan perniagaan. Yang ini kena bagi peluang kepada orang tempatan.
Saya tanya Kementerian Dalam Negeri, “Visa apa yang dikeluarkan?”, tetapi tidak dijawab. Hari ini saya tanya Yang Berhormat, saya harap Yang Berhormat tak jawab pun tak apalah, kita akan siasat. Itu pun dah cukup sebab banyak saya timbulkan apa-apa pun di Parlimen ini, dia berjanji jawab bertulis. Tak bertulis sampai sekarang Tan Sri, tapi tak apa, saya seorang yang cukup penyabar Tan Sri. Tak ada masalah ya.
Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat yang kedua, apakah penambahbaikan daripada segi mekanisme pemantauan oleh pihak kementerian terhadap pelan-pelan kelonggaran penggajian pekerja asing yang sedia ada bagi memastikan sasaran hanya 15 peratus? Ramai pekerja asing bekerja dalam sektor pekerjaan sukar dan merbahaya bukan kerana rakyat Malaysia memilih pekerjaan, tetapi majikan yang suka mengambil pekerja asing. Ini majikan Yang Berhormat, yang mereka rasa selesa dan mereka melanggar Akta Pekerjaan ataupun Ordinan Buruh.
Jadi, apakah bentuk intervensi pihak kementerian dalam usaha memastikan kebajikan golongan pekerja terjamin merangkumi aspek kesihatan, kebersihan serta keselamatan tempat pekerja? Sehingga 30 Oktober yang lalu Yang Berhormat, menurut Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, hanya 50 peratus majikan di Semenanjung Malaysia mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990.
Yang Berhormat, akhir sekali sebab saya kena patuh sebab Tan Sri baik, jadi saya akan jadi lebih baik supaya lima minit akan saya patuhi dengan sewajarnya. Di bawah tajuk yang sama, butiran yang sama Yang Berhormat. Ekonomi gig bukan satu benda baharu di Malaysia. Ekonomi gig mula terkenal sejak penularan COVID-19 dan menjadi semakin popular apabila banyak perniagaan dan perusahaan gulung tikar mengakibatkan ramai yang hilang pekerjaan serta punca pendapatan.
Model ekonomi yang wujud atas dasar kecemasan contohnya ketika pandemik atau berlaku krisis ekonomi semakin menjadi pilihan di mana dianggarkan terdapat kira- kira 500,000 pekerja ekonomi gig di seluruh negara. Ekonomi gig tidak memerlukan pekerja atau untuk mempunyai kemahiran atau kelayakan akademik tertentu. Mereka juga menikmati waktu bekerja fleksibel dan bebas memilih jenis pekerjaan.
Jadi, setelah melihat mereka ini tidak mendapat perlindungan, jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah status terkini penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia yang telah diumumkan oleh kerajaan pada bulan lalu? Kita ekonomi gig ini Yang Berhormat ialah dia bebas, tidak perlu kelulusan dan sebagainya.
Pemandu Grab ekonomi gig dan juga lain-lain lagi. Ini ialah satu peluang pekerjaan yang cukup luar biasa. Majikan sebenarnya suka, tapi kita tak mahu majikan dengan izin, buli mereka ini. Jadi kita nak tanya, apakah suruhanjaya yang telah disebutkan itu akan diumumkan?
Boleh Tan Sri dua minit, boleh ya?
Tuan Pengerusi
Boleh, boleh.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Semoga bertambah handsome Tan Sri.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Yang Berhormat cakap, lima minit cukup.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi yang keduanya, kita semua tahu sesuatu akta itu mengambil masa yang agak panjang kerana membabitkan Jabatan Peguam Negara dan juga lain-lain lagi.
Jadi saya ingin bertanya pada Yang Berhormat, apakah garis panduan bagaimana kerajaan boleh membantu supaya golongan pekerja gig tidak diskriminasi oleh majikan dan perlindungan sosial yang boleh diberikan kepada mereka sementara menunggu akta ini diwartakan? Boleh kata semua rakyat Malaysia. Hari ini Tan Sri, saya mari dengan Grab. Fasal apa, pekerja saya, pemandu saya, dia pun pergi buat pekerjaan lain. Jadi, tak sempat bawa saya pagi ini. Ini menunjukkan bahawa semua orang akan melihat bahawa gig ini merupakan peluang ekonomi yang hebat kepada rakyat Malaysia, tapi kena bagi perlindungan. Jangan biarkan mana-mana satu inci pun rakyat Malaysia yang buat kerja ini tidak bagi perlindungan.
Jadi Tan Sri- akhir sekali satu minit yang telah dibenarkan.
Saya nak ulang sekali lagi Yang Berhormat, tentang pekerja asing yang membuka ruang-ruang perniagaan. Saya tanya kelmarin, tak dapat jawapan iaitu- berapakah modal mereka mesti ada untuk membolehkan mereka membuka peluang perniagaan di sini? Ini saya minta supaya orang tempatan mestilah mendapat keutamaan. Kalau kiranya kita biar berleluasa, tauke pun orang asing, pekerja pun orang asing. Jadi, yang tinggal kepada Malaysia apa dia? Yang tinggal pada Malaysia, Ahli Parlimen sajalah. Yang lain semua dikawal oleh orang asing.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini berbahaya untuk masa depan negara. Kita nak pastikan rakyat Malaysia, orang muda semua supaya orang tempatan mengambil alih...
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Yang Berhormat, ini tidak ada kena mengena dengan kementerian ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih. Ya silakan.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Tidak ada kena mengena dengan kementerian ini. Tajuk dia, tidak ada kena mengena dengan kementerian.
Kementerian itu Kementerian Dalam Negeri I can understand. Ini perniagaan, permit dan sebagainya. Yang Berhormat Menteri macam mana dia nak jawab soalan ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia boleh jawab. Yang Berhormat masih mengimpi-impi Yang Berhormat Menteri kah? Itu sebab bila saya tengok Yang Berhormat bercakap, Yang Berhormat kata, “Semasa saya jadi Menteri.” Yang Berhormat tak iktiraf kerajaan sekarang. Saya dengar tadi. Yang Berhormat kata, “Semasa saya jadi Menteri, benda ini tak berlaku.” Jadi Yang Berhormat nak sebut bahawa Yang Berhormat jadi Menteri, hebat. Yang ini tak hebat? Yang ini lagi hebat Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jawab elok-elok soalan saya. Sebab saya tanya fasal buruh asing.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Betul, betul. Saya setuju dia hebat. Saya setuju.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Setuju. Terima kasih...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Assalamualaikum. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Waalaikumussalam. Terima kasih. Sekarang saya jemput Menteri untuk menjawab dalam masa 25 minit. Silakan.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.
Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa sesi perbahasan belanjawan Peringkat Jawatankuasa.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada seramai 17 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan banyak pertanyaan, isu dan cadangan berkaitan Kementerian Sumber Manusia sepanjang sesi perbahasan ini.
Tuan Pengerusi, isu-isu dan pertanyaan akan dijawab secara bersekali mengikut tema-tema yang telah dikenal pasti. Isu berkaitan dengan pekerja asing. Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Kubang Kerian telah membangkitkan banyak isu-isu berkaitan dengan pekerja asing. Isu berkaitan dengan tiga sektor iaitu berkaitan dengan tekstil, gunting rambut dan juga tukang emas.
Untuk makluman Dewan yang mulia, status terkini permohonan dan kelulusan terkini bagi pekerja asing di bawah tiga subsektor tersebut bagi tempoh 16 Oktober 2023 sehingga 15 November 2023, JTKSM telah menerima sebanyak 329 permohonan kelulusan awal menggaji pekerja asing di bawah seksyen 60K Akta Kerja 1955 bagi tiga subsektor perkhidmatan tersebut. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 286 permohonan telah diselesaikan, dengan sebanyak 121 permohonan diluluskan dan sebanyak 165 permohonan ditolak. Penolakan tertinggi adalah disebabkan kesalahan di bawah Akta 446 iaitu melibatkan sebanyak 107 permohonan.
Baki sebanyak 43 permohonan masih dalam tindakan JTKSM. Majikan yang telah mendapat kelulusan JTKSM perlu hadir sesi temu duga di One-Stop Centre KSM untuk proses kelulusan kuota selanjutnya.
Berkaitan dengan isu pekerja asing terabai. Kementerian...
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Yang Berhormat, sedikit ya.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Ya.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Mengenai tiga subsektor tersebut, saya difahamkan ramai di antara yang telah mohon. Yang Berhormat Menteri tidak memberi alasan kenapa mereka tidak layak untuk mendapat. Saya harap alasan itu diberi dan beri sedikit masa kepada mereka supaya rayuan dapat dibuat.
Kedua, perlu adakan perbincangan dengan stakeholders supaya mereka lebih faham. Mereka adalah orang biasa, perniagaan biasa. Setakat ini, adakah benar bahawa saya baca bahawa 7,000 pekerja dalam sektor ini telah dibenarkan oleh kementerian?
Adakah ini benar?
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Okey, terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya memahami apa yang hendak diutarakan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat berkaitan dengan isu tiga subsektor ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada awalnya, permintaan daripada industri, daripada tiga-tiga subsektor ini adalah sebanyak 15,000. Itu adalah permintaan awal, tetapi kerajaan telah meluluskan supaya kita memberikan kuota sebanyak 7,500. Hanya separuh yang telah diluluskan. Oleh yang demikian, untuk ketiga-tiga subsektor ini, mereka juga dikawal selia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri sebagai agensi kawal selia dan mereka juga mempunyai beberapa syarat yang telah pun ditetapkan.
Apabila mereka membuat permohonan awal, agensi kawal selia ini akan melihat kepada sama ada mereka menepati semua syarat-syarat yang telah pun ditetapkan.
Syarat-syarat ini sebahagian besarnya bukan ditetapkan sekarang. Ini adalah syarat- syarat yang sedia ada. Jadi, kita nak lihat sama ada daripada 7,500 kuota yang telah
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
diberikan, berapa ramai yang sebenarnya boleh memenuhi syarat-syarat tersebut. Sebab permintaan awal adalah 15,000.
Kalau permintaan itu adalah 15,000, saya rasa mereka yang boleh memenuhi syarat-syarat itu dalam lingkungan 7,500 dan mereka akan dapat kuota tersebut, tetapi seperti mana yang disarankan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, pertimbangan akan dibuat. Selepas melihat kepada keseluruhan, berapakah permohonan sebenarnya yang masuk dan kalau mereka tak layak disebabkan oleh syarat-syarat tertentu, maka kita akan melihat semula untuk mempertimbangkan bagi mereka yang tidak layak.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Dengan izin, ketiga-tiga perniagaan ini mengalami situasi tenat. Kekurangan pekerja. Bolehkah saya cadangkan seperti yang kita buat dulu di mana kita ada satu open day untuk semua majikan yang hendak memohon atau telah memohon berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri sendiri di pejabat supaya usaha dibuat untuk mempercepatkan proses tersebut?
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Boleh Yang Berhormat. Tidak ada masalah untuk saya berjumpa dengan ketiga-tiga subsektor ini, tapi untuk makluman Yang Berhormat, seperti mana yang saya sebut tadi, setakat ini, hanya 329 permohonan yang telah dibuat. Walaupun kita dah mengatakan bahawa terdapat 7,500 pembukaan kuota, tetapi setakat ini yang membuat permohonan adalah agak rendah. Jadi mungkin seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat, kita boleh adakan satu sesi libat urus dengan ketiga-tiga subsektor ini untuk melihat semula apakah masalah yang mereka hadapi sehinggakan mereka ramai yang tidak memohon.
Pada awalnya seperti mana yang kita tahu, mereka memberikan satu jumlah yang agak besar. Ada yang mengatakan 30,000 dan kemudian turun kepada 15,000 dan akhirnya apa yang diluluskan oleh kerajaan, 7,500, tapi permohonan hari ini kita lihat hanya 329. Jadi ada suatu yang tidak kena dan mungkin cadangan Yang Berhormat Ipoh Barat itu saya terima. Kita boleh adakan sesi libat urus dengan ketiga-tiga subsektor ini.
Terima kasih Yang Berhormat.
Berkaitan dengan isu pekerja asing terabai. Kementerian ini mungkin terdapat kebarangkalian berlakunya pekerja asing terabai, susulan pemalsuan dokumen sokongan semasa majikan mengemukakan permohonan kuota pekerja asing. Proses temu duga yang telah dilaksanakan semasa permohonan kuota pekerja asing merupakan salah satu kaedah untuk menyemak ketulenan sesuatu dokumen. Semasa proses temu duga, majikan disyaratkan untuk membawa kedua-dua dokumen asal dan dokumen salinan untuk disemak oleh Panel Penemuduga.
Selain itu, proses temu duga tersebut perlu dihadiri oleh majikan atau wakil syarikat yang dinamakan sahaja. Semakan dibuat atas dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi mengesahkan majikan atau wakil syarikat tersebut bukannya datang daripada pihak ketiga atau ejen pekerjaan.
Sekiranya majikan disyaki mengemukakan dokumen palsu semasa proses temu duga, siasatan lanjutan akan dibuat melalui proses naziran ke atas syarikat tersebut. Jika terbukti dokumen yang disertakan adalah palsu, permohonan tersebut akan ditolak dan majikan akan diberi teguran.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Manakala bagi kes-kes terpencil di mana pemalsuan dokumen diketahui selepas kelulusan kuota, siasatan lanjut akan diadakan dan kuota yang telah diluluskan akan ditangguhkan kemasukan pekerja asing ke Malaysia. Antara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing di bawah tiga subsektor seperti mana yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Klang untuk tekstil, gunting rambut dan emas. Pengusaha perlu sedar bahawa kebenaran menggaji pekerja asing bagi tiga subsektor ini adalah bersifat one-off. Semua pengusaha perlulah mencari langkah untuk tidak bergantung pada pekerja asing.
Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia telah menyediakan program latihan kemahiran berserta pensijilan kemahiran Malaysia untuk pengusaha dan pekerja tempatan bagi subsektor tukang gunting rambut seperti mana yang diminta oleh Yang Berhormat Klang. Sebenarnya SKM ini hanya untuk subsektor gunting rambut sahaja.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Mereka tidak semestinya memiliki sijil tersebut. Syaratnya ialah, sekurang-kurangnya mereka telah membuat permohonan untuk membuat kursus SKM tersebut. Dengan adanya permohonan tersebut, membuktikan bahawa mereka telah membuat permohonan untuk mengikuti kursus itu menunjukkan bahawa mereka mempunyai komitmen untuk mengikuti kursus tersebut dan itu dijadikan sebagai syarat. Tak semestinya mereka memiliki SKM.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Menteri, sedikit.
Tuan Pengerusi
Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Tadi ada kata kalau mereka memberikan dokumen yang palsu, permohonan mereka akan ditolak. Jadi, kalau kita merujuk kepada artikel yang disiarkan dalam Malaysiakini mengatakan enam syarikat sindiket tersebut, mereka mengemukakan dokumen yang palsu sewaktu mereka membuat permohonan. Contohnya, memberikan nombor syarikat yang palsu, memberikan alamat yang palsu, pelanggan yang palsu. Jadi, bagaimana pada waktu tersebut pegawai boleh meluluskan permohonan mereka?
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Saya sedia maklum berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Kota Melaka tadi. Memang dalam kes ini, satu siasatan yang penuh akan dilakukan oleh kementerian dan saya akan buat pelaporan berkaitan dengan isu berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Kota Melaka sebentar tadi. Pada masa ini, perkara ini masih dalam siasatan Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Yang Berhormat, sedikit Yang Berhormat.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Ya.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Saya haraplah- saya ada tanya mengenai perkara ini. Adakah Yang Berhormat boleh sahkan ada kelebihan 250,000 pekerja yang datang dari luar negara yang telah dibenarkan dalam sistem kuota itu yang sedia ada di negara ini? Adakah ini benar angka itu?
Nombor dua, bolehkah Yang Berhormat memandangkan perkara ini di mana ada dikatakan berkaitan dengan korupsi dan sebagainya, bolehkah Yang Berhormat saya cadangkan bahawa membuat satu ministerial statement seberapa awal yang boleh di Dewan ini?
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Okey, ini merupakan satu cadangan yang baik, tapi berkaitan dengan sama ada kita mempunyai 200,000 atau 250,000 itu, saya tidak dapat pastikan pada hari ini, tetapi setakat ini, laporan yang diterima oleh di KSM tidak sampai ke tahap 200,000 atau 250,000, tetapi saya boleh menyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa memang wujud kes-kes seperti ini di beberapa tempat, tetapi saya rasa jumlahnya tidak sampai 200,000 atau 250,000 seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, saya boleh memberikan statistik yang terperinci kepada Yang Berhormat Ipoh Barat secara bertulis.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Saya ada bangkitkan mengenai seksyen 60K di mana memberi kuasa kepada kementerian di mana semua majikan di negara ini dipastikan- ini baru digazetkan di mana Yang Berhormat serta-merta dapat tahu berapa yang telah berdaftar under this section. Adakah Yang Berhormat angka tersebut sekarang? Terima kasih.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Saya sediakan angka tersebut kepada Yang Berhormat. Okey.
Selain daripada itu, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Klang juga, para pengusaha juga boleh mendapatkan bantuan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) yang sedang bekerjasama dengan TEKUN untuk membantu pengusaha India memperkembangkan perniagaan khususnya untuk tukang gunting rambut berciri tradisional dan semi tradisional beralih kepada perniagaan moden melalui bantuan pinjaman kewangan. Langkah ini akan menggalakkan penyertaan lebih ramai
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
tenaga kerja tempatan khususnya belia yang berkemahiran dalam teknik menggunting rambut yang moden.
Bagi subsektor tekstil dan tukang emas yang corak perniagaan spesifik kepada perniagaan India dan keagamaan. Meskipun tiada latihan khusus, namun majikan disarankan untuk menawarkan pakej gaji yang menarik dan mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja asing sedia ada yang telah melatih tenaga kerja tempatan.
Kementerian ini melalui PERKESO boleh membantu dalam mendapatkan tenaga kerja.
Namun begitu, dapatan tenaga kerja tempatan ini akan tertakluk kepada kesediaan pihak pengusaha untuk komited dalam menggaji pekerja tempatan dengan mengubah dimensi perniagaan yang boleh menarik minat mereka. Ya, Yang Berhormat Klang.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana jawapannya agak bagus. Namun Yang Berhormat, saya percaya sebagai Menteri memang kenal ya tukang emas ini kalau mengikut tradisi kaum India memang setiap emas perkahwinan dan sebagainya untuk rituality kena dibuat di sini.
Kita sudah tidak ada pakar-pakar untuk buat perkara-perkara begini. Memang mudah untuk menyatakan menggaji sahajalah orang tempatan, tetapi sebenarnya pakar- pakar ini tak ada lagi sebab ini adalah satu kepakaran yang perlu diturunkan dari turun- temurun. Maka kalaulah KSM menyediakan latihan khas dengan dana dan sebagainya, ia membantu. Itu sebab kita memohon agar kelulusan untuk warga daripada import pekerja dari India itu sangat penting. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Terima kasih Yang Berhormat Klang.
Seperti mana yang saya maklumkan awal-awal tadi, kelulusan yang kita berikan kali ini adalah secara one-off. Jadi, majikan-majikan ini harus bersedia. Kita tidak boleh bergantung untuk selama-lamanya. Jadi, mereka kena cari jalan bagaimanakah mereka boleh melatih orang tempatan untuk kerja-kerja yang kita sebutkan tadi. Daripada segi bantuan untuk latihan dan sebagainya, kita boleh bincang apakah kaedah terbaik untuk melatih mereka di negara kita selain daripada kita terus bergantung pada pekerja asing dari India untuk selama-lamanya untuk ketiga-tiga sektor tersebut.
Tuan Pengerusi, dalam memastikan peluang pekerjaan untuk warga tempatan selain meneruskan dasar pekerja asing tidak melebih 15 peratus daripada jumlah tenaga kerja serta pelaksanaan MTLM, Kementerian Sumber Manusia telah mengambil langkah- langkah seperti berikut:
(i) menetapkan penggajian pekerja asing hendaklah berdasarkan kepada keperluan sebenar industri dan sektor-sektor yang dibenarkan sahaja- real industrial demand;
(ii) mewajibkan pengiklanan sekurang-kurangnya- kekosongan untuk tempoh tidak kurang daripada 14 hari di MYFutureJobs bagi tujuan pengambilan pekerja asing. Sekiranya tiada pengisian daripada kalangan pencari kerja tempatan dalam tempoh tersebut, barulah majikan dibenarkan membuat permohonan pengambilan pekerja asing;
(iii) membuat saringan bagi memastikan hanya majikan yang berkeupayaan- genuine employers dan mematuhi standard perburuhan seperti pematuhan gaji minimum, menyediakan kemudahan kediaman berserta kemudahan asas dan tiada rekod pelanggaran kes buruh sahaja dipertimbangkan untuk permohonan pekerja asing. Selain itu, Kementerian Sumber Manusia juga menyediakan program latihan peningkatan kemahiran dan latihan semula kemahiran kepada golongan pekerja bagi mempertingkatkan kemajuan kendiri dalam menyesuaikan diri dengan perubahan keperluan kerja masa hadapan serta persekitaran global yang semakin kompetitif dan dinamik;
(iv) seterusnya, membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan, dengan izin, National Occupational Skills
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Standards bagi 21 sektor ekonomi yang menjadi rujukan dalam pembangunan program latihan di institut-institut latihan awam dan swasta mengikut tahap kemahiran yang diperlukan.
Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ini dibangunkan dan dipantau secara bersama dengan industri- mengikut keperluan industri dan teknologi terkini;
(v) seterusnya, mengadakan sesi libat urus dengan pihak industri bersama jabatan dan agensi terlibat bagi memberi gambaran jelas berkaitan dengan Industri 4.0. Maklumat hasil perkongsian daripada sesi ini akan digunakan untuk menggaji dan meneliti keperluan tenaga kerja bagi menghadapi Industri 4.0 dan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan baharu; dan
(vi) memperluaskan akses kepada warganegara untuk mendapat latihan dan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET).
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Sehingga kini, 562 buah institut latihan kemahiran awam yang ditubuhkan di seluruh negara dengan pelbagai kursus kemahiran ditawarkan mengikut keperluan industri. Kerajaan telah dan sedang mengambil langkah-langkah yang perlu dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran untuk memenuhi keperluan industri 4.0 pada masa kini.
Berkaitan dengan pelaksanaan gaji minimum, persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Bakri. Kerajaan sentiasa memandang serius berkenaan agenda penstrukturan semula gaji terutamanya melalui pelaksanaan Perintah Gaji Minimum.
Penilaian semula kadar gaji minimum dari semasa ke semasa dilaksanakan berdasarkan senario pertumbuhan ekonomi negara dan perubahan kos sara hidup rakyat.
Kementerian Sumber Manusia melalui Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) sedang dalam proses melaksanakan kajian semula Perintah Gaji Minimum. Kajian semula ini perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun, selaras dengan keperluan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011, Akta 732, seksyen 25.
Pelaksanaan kajian semula ini penting dalam usaha memastikan pelarasan Perintah Gaji Minimum yang dibuat adalah bersifat evidence-based policy. Kajian ini dilaksanakan melalui kaedah empirical kajian lapangan, pengumpulan data primer, dapatan daripada analisa data primer kajian lapangan ini merupakan input penting dalam usaha penilaian kadar gaji minimum.
Bagi memperkukuhkan kajian ini, analisis kuantitatif berdasarkan data-data pentadbiran daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia, SME Corp dan juga daripada Kementerian Sumber Manusia sendiri dilaksanakan. Ini bertujuan menilai keupayaan ekonomi dan impak terhadap pasaran buruh negara dalam menetapkan kadar baru gaji minimum.
Penentuan kadar gaji minimum dalam kajian semula ini juga mengambil kira indikator-indikator sosioekonomi seperti Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan penengah gaji atau median wage, dengan izin, yang menggambarkan keupayaan majikan untuk membayar gaji, kadar pengangguran, produktiviti buruh dan perubahan Indeks Harga Pengguna yang mencerminkan kos sara hidup.
Untuk makluman Dewan yang mulia, sehingga kini fasa pelaksanaan kajian semula telah siap 80 peratus. Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara (JTPGN) telah melaksanakan perundingan awam dan 15 sesi libat urus di seluruh negara. Pada masa sekarang, JTPGN sedang dalam proses menyediakan laporan dapatan daripada kajian tersebut.
Sesi libat urus untuk bersifat melibatkan majikan, pertubuhan majikan, wakil pekerja, kesatuan sekerja dan orang awam bagi mendapatkan input dan maklumat
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
berkaitan. Sesi ini penting dalam usaha mendapatkan input secara kolektif sebagai asas penetapan kadar gaji minimum.
Seperti yang kita sedia maklum, pasaran buruh negara merupakan ekosistem dinamik yang melibatkan perubahan dalam struktur guna tenaga. Selaras dengan perubahan ini, kajian impak dilaksanakan bagi tujuan mengkaji perluasan skop pemakaian gaji minimum kepada komponen-komponen guna tenaga yang lain.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Yang Berhormat Tan Sri Speaker, minta laluan Menteri. Boleh?
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Boleh.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Saya tengok time Menteri pun tidak sampai tiga minit dah. Dua perkara yang saya sebutkan tadi Yang Berhormat Menteri.
Pertamanya, mengenai cadangan supaya dibuat pembesaran kapasiti ADTEC Kulim yang mempunyai potensi yang besar untuk menjadi peneraju TVET di kawasan wilayah utara. Keduanya, menggunakan HRD Corp, dana yang begitu besar untuk kita majukan atau jayakan agenda TVET Malaysia.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Yang Berhormat Kubang Pasu terima kasih. Berkaitan dengan ADTEC, Yang Berhormat telah pun menjemput saya untuk datang dan saya juga telah beritahu kepada Yang Berhormat pada hari itu bahawa saya akan datang dan saya akan mungkin pada awal tahun hadapan saya akan melawat ADTEC. Mungkin kita boleh bincang dengan lebih terperinci berkaitan dengan apa yang boleh kita buat untuk mengembangkan ADTEC sana.
Seterusnya berkaitan dengan penggunaan dana HRD Corp untuk TVET. Memang perkara ini telah pun dibincangkan dan ia juga dalam cadangan untuk pelaksanaan.
Terima kasih Yang Berhormat.
Berkaitan dengan penggiat gig. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa dan Yang Berhormat Tenggara. Kerajaan sentiasa menggalakkan pekerja gig mencarum di dalam Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dengan mengadakan kerjasama strategik dengan Kementerian Pengangkutan MOT bagi memandatorikan caruman di bawah SKSPS sebelum pemandu mendapat lesen atau memperbaharui lesen memandu vokasional yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Selain itu, mengadakan sesi libat urus berterusan bersama penyedia platform gig di Malaysia dalam memastikan jaringan perlindungan keselamatan sosial ke atas orang bekerja sendiri di bawah seliaan mereka seperti Grab, Foodpanda dan McDonald’s.
Kolaborasi strategik antara dua hala dengan memeterai memorandum persefahaman
(MoU) dengan agensi yang berkaitan seperti Foodpanda dan McDonald’s dalam memastikan ahli-ahli yang berdaftar di bawah mereka mendapat perlindungan keselamatan sosial dengan mendaftar dan mencarum di bawah SKSPS PERKESO.
Kerjasama strategik dengan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) untuk menaja caruman dan meletakkan prasyarat daftar caruman kepada penggiat gig, penjaja dan para petani. Contohnya Kerajaan Negeri Melaka akan menetapkan prasyarat pendaftaran SKSPS bagi permohonan lesen penjaja bermula bulan Disember 2023.
Manakala Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga secara dasarnya bersetuju untuk melaksanakan prasyarat ini bermula Januari 2024.
Seterusnya, menyediakan inisiatif Program SPS Padanan Caruman di bawah Belanjawan 2022 dan 2023. SPS Padanan Caruman merupakan insentif bayaran caruman 80 peratus iaitu RM186.20 dibiayai oleh kerajaan. Manakala orang bekerja sendiri perlu membayar sebanyak 20 peratus iaitu sebanyak RM46.60 sahaja daripada kadar caruman yang berjumlah RM232.80 di bawah Pelan Caruman Kedua.
Kumpulan sasaran di bawah SPS Padanan Caruman ini dikhususkan kepada 11 kategori antara SPS gig 3.0, SPS Seni 2.0, SPS Penjaja 2.0, SPS Agro, SPS Joran, SPS Lain Upaya 2.0, SPS Asal, SPS Sukan dan SPS Usahawanita 2.0. Berdasarkan statistik
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
PERKESO dari tempoh Januari hingga 10 November 2023, seramai 191,367 OBS telah menikmati insentif di bawah Program SPS Padanan Caruman.
Melaksanakan Program SPS Padanan Caruman ini telah dilanjutkan dalam Belanjawan 2024 yang mana Insentif Belanjawan Caruman telah ditingkatkan kepada 90 peratus iaitu RM209.50 dibayar oleh kerajaan manakala orang bekerja sendiri (OBS) hanya perlu membayar sebanyak 10 peratus atau pun RM23.30 sahaja daripada kadar caruman RM232.80 di bawah Pelan Caruman Kedua...
Tuan Pengerusi
Menteri, Menteri perlukan berapa minit lagi?
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
10 minit boleh?
Tuan Pengerusi
Okey set, 10 minit ya, 10?...
[Dewan riuh]
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Boleh?
Tuan Pengerusi
Boleh.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Kalau Tuan Pengerusi boleh mengizinkan saya 10 minit, saya akan menggulung.
Tuan Pengerusi
Okey, speed up 10 minit ya.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Satu lagi isu yang dibangkitkan berkaitan dengan brain drain oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Kubang Kerian. Berdasarkan kepada Laporan Bank Dunia yang bertajuk Malaysia Economic Monitor pada tahun 2011 dianggarkan diaspora Malaysia pada tahun 2010 adalah seramai 1 juta orang di mana satu pertiga daripadanya adalah bakat berkemahiran tinggi.
Bakat-bakat berkemahiran tinggi ini merangkumi profesional dan usahawan dalam sektor-sektor utama seperti sektor perbankan, pembinaan, kejuruteraan, perubatan, perundangan, perkhidmatan teknologi komunikasi dan maklumat, pendidikan serta penyelidikan. Sejak tahun 2011 sehingga kini, TalentCorp melalui Program Kepulangan Pakar (REP) telah menerima lebih daripada 10,000 permohonan daripada golongan profesional Malaysia atau diaspora yang menetap di luar negara untuk kembali ke tanah air dengan purata permohonan konsisten adalah di antara 400 ke 500 setahun.
Daripada jumlah ini, lebih 6,000 orang pakar telah diluluskan di bawah inisiatif ini.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Menyedari perkembangan globalisasi di mana perbincangan brain drain kini telah berevolusi kepada brain circulation. usaha TalentCorp melibatkan diaspora ini diperluaskan melangkaui usaha untuk memudah cara kepulangan mereka kepada mengoptimumkan sumbangan mereka walau di mana mereka berada.
Satu struktur yang strategi sedang dibangunkan di bawah inisiatif Malaysia@Heart atau MyHeart untuk merealisasikan aspirasi ini. Pembangunan inisiatif ini adalah berdasarkan kepada hasil dapatan kajian selidik yang telah dilaksanakan dalam kalangan diaspora Malaysia pada awal 2021 di mana 92 peratus daripada diaspora bersedia untuk menyumbangkan kepada negara dalam pelbagai kapasiti manakala 85 peratus lagi bersedia untuk kembali ke Malaysia.
Melangkaui program REP, pelaksanaan MyHeart ini akan turut merangkumi pelbagai usaha untuk memudah cara diaspora Malaysia untuk merangkumi pelbagai peluang pekerjaan, pendidikan untuk anak-anak, peluang untuk berkolaborasi dengan institusi tempatan, usaha memudah cara permit masuk pasangan dan anak-anak bukan warganegara negara, maklumat pasangan kerja dan sebagainya.
MyHeart Career & Facilitation Fest (MyHeart CaFe) ini berperanan sebagai jambatan antara bakat global Malaysia di luar negara dan syarikat-syarikat bereputasi tinggi di Malaysia. Program ini akan merupakan program tahunan anjuran TalentCorp telah menarik perhatian lebih 1,000 diaspora sejak tahun 2022 dan sebanyak 47 syarikat daripada pelbagai sektor yang menawarkan lebih daripada 2,000 peluang pekerjaan antaranya EY, CIMB, PwC, City Group, Shell, Bank Negara dan Gamuda Berhad.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Dalam usaha untuk mengoptimumkan bakat kemahiran tinggi Malaysia di luar negara, TalentCorp di bawah subseksyen inisiatif MyCOL di bawah MyHeart juga turut menyediakan platform untuk mereka menyumbangkan kepada pembangunan bakat tempatan melalui wacana intelektual dan seterusnya meneroka potensi kolaborasi dan organisasi dan individu di Malaysia.
Sebagai contoh, sesi perkongsian di antara Doktor Ahmad Syahid Ahmad Fawzal, pencipta sebuah formula saintifik yang dinamakan “Indeks Persepsi Penyejukan dan Nombor Fawzal” bersama pelajar dan juga jurutera muda di Malaysia yang diadakan pada hujung November 2022.
TVET, berkaitan dengan isu-isu yang berkaitan dengan TVET. Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Tenggara dan Yang Berhormat Kubang Pasu. Inisiatif kerajaan untuk menggalakkan lepasan sekolah sertai TVET.
Kementerian Sumber Manusia melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) menyediakan insentif untuk menggalakkan penyertaan pelajar lepasan sekolah untuk mengikuti latihan kemahiran TVET iaitu:
(i) menawarkan produk Pembiayaan Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik yang menggunakan konsep Al Qard tanpa Ujrah. Ini bermakna pinjaman tidak dikenakan caj tadbir dan pelatih hanya perlu membayar balik pokok pinjaman sahaja setelah tamat latihan;
(ii) pemberian pinjaman latihan kemahiran yang meliputi yuran latihan, bayaran premium insurans, elaun sara hidup, kemudahan pinjaman komputer sehingga RM2,500 dan kemudahan pinjaman pengangkutan sebanyak RM2,000; dan
(iii) pembiayaan latihan kemahiran secara pakej dengan Program Pensijilan Profesional sebagai nilai tambah kepada program SKM untuk meningkatkan kebolehpasaran pelatih.
Kementerian Sumber Manusia bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan program-program yang ditawarkan di IPTA dan IPTS selaras dengan keperluan sumber tenaga manusia di pasaran buruh.
Isu ketidakpadanan kemahiran atau, dengan izin, skills mismatched merupakan satu isu yang sering diutarakan di Parlimen. Sehubungan itu Kementerian Sumber Manusia memandang serius perkara ini apabila ia melibatkan graduan daripada institusi berteraskan TVET dan sedang menjalankan pelbagai usaha untuk menangani isu ketidakpadanan kemahiran.
Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah memperkenalkan dan melaksanakan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) berkonsepkan, dengan izin, work-based learning (WBL) iaitu pembelajaran dalam persekitaran kerja sebenar melalui kemahiran, hands-on kepada aktiviti kerja di syarikat.
Latihan SLDN merangkumi dua situasi pembelajaran iaitu 70 peratus hingga 80 peratus latihan praktikal di syarikat yang bertauliah dan 20 hingga 30 peratus latihan teori di pusat latihan SLDN.
Program SLDN ini telah mengeluarkan ribuan graduan berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ataupun dalam singkatannya dengan izin National Occupational Skills Standard (NOSS). Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan merupakan silibus TVET yang dibangunkan berdasarkan permintaan dan kehendak industri. Ia merupakan rujukan utama kepada semua institusi latihan kemahiran bagi menjalankan latihan berkemahiran. Sehingga kini sebanyak 2,072 NOSS telah dibangunkan.
Badan Peneraju Industri (ILB). Selain itu kementerian melalui JPK telah menubuhkan beberapa kementerian melalui JPK telah menubuhkan beberapa badan peneraju industri atau Industry Lead Body (ILB). ILB merupakan organisasi pemacu
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
sesebuah sektor industri yang dilantik oleh Kementerian Sumber Manusia bagi melaksanakan fungsi-fungsi mengikut keperluan JPK. Antaranya untuk melaksanakan analisis pekerjaan mengikut sektor industri yang ditetapkan dalam membangunkan NOSS baharu serta mengkaji semula NOSS sedia ada bagi sektor industri yang berkaitan.
Yang seterusnya, program Latihan Industri Berstruktur Nasional (MySIP).
KSM melalui TalentCorp pula sedang giat menjalankan program Latihan Industri Berstruktur Nasional (MySIP). MySIP merupakan inisiatif kerajaan untuk memberi peluang latihan industri berkualiti kepada graduan tempatan di samping insentif potongan cukai berganda kepada pihak industri. Pelatih latihan industri yang menyertai MySIP layak menerima elaun latihan industri berbayar RM500 untuk SKM1 hingga empat dan RM600 untuk SKM5 diploma dan ijazah. Melalui MySIP, bakat muda diberi pendedahan awal kerjaya dan padanan kemahiran yang diperlukan oleh industri.
Sejak dilaksanakan bermula 2012, MySIP telah berjaya memberi manfaat kepada lebih 120,000 bakat muda tempatan dan kolaborasi Industry-Academia Collaboration
(IAC). Program Kolaborasi Industri Akademia oleh TalentCorp berperanan sebagai galakan kepada institut akademia supaya lebih proaktif dalam intervensi industri sebagai usaha mewujudkan padanan antara keperluan industri dan penawaran industri akademik.
Pihak TalentCorp telah menjalankan inisiatif-inisiatif kolaborasi industri akademia merentasi 10 sektor ekonomi di Malaysia seperti pelancongan, informasi teknologi, animasi dan permainan video electrical dan elektronik, industri perubatan logistik, bioteknologi dan perkhidmatan peralatan minyak dan gas.
Bagi tahun 2023, TalentCorp telah melaksanakan beberapa bengkel IAC mengikut sektor ekonomi dan negeri iaitu di Johor dan Sabah, peniagaan kecil dan sederhana di Wilayah Utara, perkhidmatan peniagaan global, pengangkutan kereta api dan teknologi baharu dengan penglibatan lebih 300 wakil industri dan akademia. Portal MYFutureJobs. KSM melalui pertubuhan keselamatan sosial PERKESO menyediakan platform pencarian pekerjaan melalui portal MYFutureJobs. Portal ini membantu dalam usaha menambah baik pemadanan antara bidang kelulusan graduan serta mencari pekerjaan dengan jelas untuk jenis pekerjaan yang ditawarkan.
Dari bulan Januari hingga Oktober 2023, jumlah kekosongan jawatan yang diiklankan dalam portal MYFutureJobs secara kumulatif adalah 1.7 juta kekosongan dan sebanyak 166,372 kekosongan jawatan aktif yang diiklankan dalam tempoh yang sama, manakala bilangan pencari kerja aktif adalah seramai 621,715 orang. Seramai 180,185 individu telah mendapat penempatan pekerjaan.
Akhir sekali Tuan Pengerusi, pelaksanaan tahfiz TVET. Pada masa ini tiada sebarang ketetapan yang dibuat oleh kerajaan agar semua pusat tahfiz awam dan swasta untuk berdaftar perlu mempunyai modul berkaitan TVET bagi tujuan laluan kerjaya.
Penerapan modul berkaitan TVET kepada para pelajar tahfiz dilihat sebagai satu nilai tambah yang amat signifikan dalam membantu lepasan tahfiz merencanakan dan meluaskan skop kerjaya mereka.
Kementerian Sumber Manusia melalui Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Tahfiz TVET yang berperanan membantu dan menasihati institut tahfiz dalam memperkasakan kurikulum, bahan pengajaran dan pembelajaran, peningkatan kompetensi pegawai dan aspek pensijilan.
Tuan Pengerusi, ada banyak lagi, tetapi oleh sebab dah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tan Sri Pengerusi, satu saja sebab Yang Berhormat tak jawab soalan saya. Kalau Yang Berhormat kata nak jawab secara bertulis pun boleh iaitu apakah status terkini penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia yang telah kerajaan umumkan.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Ya, memang untuk makluman Yang Berhormat...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Dan sebelum suruhanjaya ditubuhkan, apakah perlindungan yang boleh diberikan kepada pekerja-pekerja gig yang
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
sekarang ini bebas, terbuka dan kita bimbang mereka ini mungkin dibuli dengan izin oleh majikan.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Untuk makluman Yang Berhormat Arau, pada ketika ini Kementerian Sumber Manusia sedang merangka garis panduan untuk penggiat gig dan ada juga cadangan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Gig dan perkara ini juga akan dibawa kepada perhatian Kabinet tidak lama lagi. Terima kasih Yang Berhormat.
Untuk menjawab soalan-soalan lain yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, saya akan menjawab secara bertulis. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah ialah bahawa wang sejumlah RM889,552,900 untuk Kepala B.46 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.46 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.46 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.46 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, terima kasih kerana setia menunggu sehingga ke saat ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tahniah, tahniah Pengerusi, tahniah.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Rabu, 22 November 2023.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.02 malam]