Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat, pada hari ini 20 November 2023, dunia menyambut Hari Kanak-kanak Sedunia, tarikh penting untuk kita semua memperbaharui tekad melindungi hak kanak-kanak berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak pada tahun 1995, terutamanya berkaitan dengan hak kanak-kanak iaitu kelangsungan hidup, perlindungan, pembangunan serta penyertaan kanak-kanak.
Justeru, saya mengingatkan bukan sahaja kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, malah kepada semua pemegang amanah termasuk ibu-bapa, penjaga, para pendidik, sektor korporat dan awam serta masyarakat seluruhnya agar sentiasa menjalankan tanggungjawab dalam memastikan bahawa mereka dapat membesar bebas daripada diskriminasi, keganasan, eksploitasi dalam suasana yang selamat dan sejahtera.
Ahli Yang Berhormat, kini warga dunia begitu terkesan dengan konflik Palestin- Israel yang semakin meruncing. Sehingga hari ini lebih 700,000 kanak-kanak di Semenanjung Gaza kehilangan tempat tinggal dan lebih 4,600 orang telah kehilangan nyawa dan hampir 9,000 orang lagi cedera. Marilah kita mendoakan agar semua kanak- kanak, khususnya yang berada di Semenanjung Gaza diberikan perlindungan daripada sebarang bentuk kezaliman.
Pada kesempatan ini, saya menjemput Ahli Yang Berhormat untuk memperingati sambutan istimewa pada hari ini, Isnin 20 November 2023, Pameran Hari Kanak-kanak Sedunia akan diadakan di lobi utama Parlimen kita bermula jam 11.00 pagi. Manakala, Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia akan diadakan di foyer Parlimen pada jam 1.00 tengah hari, hari ini juga.
Ahli Yang Berhormat, marilah kita sama-sama lindungi kanak-kanak agar mereka membesar dalam keadaan yang sejahtera, selamat dan sihat. Selamat Hari Kanak-kanak Sedunia saya ucapkan. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, kita mulakan sesi pertanyaan- pertanyaan bagi jawab lisan ini dengan menjemput Tuan Roy Angau anak Gingkoi, Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Tan Sri Speaker, soalan saya nombor 1.
1. Tuan Roy Angau anak Gingkoi [Lubok Antu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah kementerian mempunyai perancangan untuk menambahbaik bangunan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Lubok Antu yang tidak mempunyai sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan akses Internet buat masa ini sebagai langkah untuk memperkasa tahap keselamatan di pintu masuk negara.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Bismillahi Rahmani Rahim. Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lubok Antu. Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen Malaysia sentiasa meneliti dan melaksana kerja-kerja pengubahsuaian serta penambahbaikan secara berperingkat di kesemua pintu masuk antarabangsa.
Bagi tahun 2023, Kementerian Dalam Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM54.6 juta untuk perolehan perkhidmatan sewaan kamera litar tertutup (CCTV) bagi tempoh tiga tahun di 83 pintu masuk antarabangsa.
Jumlah ini meliputi perolehan bagi pakej Semenanjung Malaysia sebanyak RM36.3 juta serta pakej Sabah dan Sarawak yang meliputi Kompleks ICQS Lubok Antu sebanyak RM18.3 juta.
Proses perolehan CCTV ini telah bermula pada Oktober 2023. Pemasangan CCTV adalah penting dan kritikal untuk pemantauan keselamatan bagi semua ICQS selaras dengan status kompleks ICQS sebagai kawasan larangan, seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.
CCTV akan meningkatkan tahap kawalan keselamatan dari mana-mana penceroboh yang tidak diingini, di samping mengawasi keselamatan pengembara yang menggunakan pintu masuk negara. Selain itu, CCTV juga akan membantu memberikan perkhidmatan cekap di ICQS Lubok Antu, termasuklah di kawasan-kawasan terlindung.
Selain itu Yang Berhormat, CCTV akan membantu dan melindungi pegawai- pegawai yang bertugas daripada sebarang tohmahan awam kerana kesemua pergerakan dirakam. Ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan reputasi jabatan, melindungi pegawai dan memperkukuhkan integriti di semua pihak.
Merujuk kepada akses Internet pula– untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kompleks ICQS Lubok Antu diperuntukkan kapasiti Internet sebanyak 30 megabait di bawah MyGov.net untuk penyampaian perkhidmatan dan kawasan pintu masuk. Selain Internet, kompleks ini juga dilengkapi dengan talian tetap telefon yang stabil.
Sebagai maklumat tambahannya, sebanyak 17 buah kamera CCTV akan dipasang di ICQS Lubok Antu melalui tender sewaan kamera litar tertutup di pintu masuk negara di zon Sabah, Labuan dan Sarawak meliputi Jabatan Imigresen.
Selain daripada itu, sebarang cadangan penambahbaikan terhadap keperluan pemasangan CCTV akan dibawa masuk ke Jawatankuasa Antirasuah untuk pertimbangan. Saya juga nak sebut walaupun akses Internet bagi penggunaan penyampaian perkhidmatan di Kompleks ICQS Lubok Antu adalah baik dan memuaskan, terdapat kekurangan liputan rangkaian telefon dan Internet bagi pengembara yang keluar masuk di kompleks ini. Ini di bawah bidang kuasa Sarawak Multimedia Authority (SMA) di bawah kerajaan negeri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang komprehensif ya.
Soalan saya seterusnya ya menyentuh berkenaan dengan pegawai ya. Apakah perancangan kementerian untuk menambah jumlah pegawai imigresen dan juga polis serta dilengkapkan dengan peralatan dan kenderaan pacuan empat roda yang mencukupi sebagai langkah persediaan bagi mempertingkatkan keselamatan Lubok Antu dengan mengambil kira peningkatan jumlah pelawat di kawasan ICQS Lubok Antu dan juga laluan jalan tikus di sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia?
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Tan Sri. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Lubok Antu.
Dari semasa ke semasa, KDN melalui Jabatan Imigresen Malaysia sentiasa melihat perkembangan-perkembangan yang berlaku untuk kumpulan pegawai. Buat masa ini, Jabatan Imigresen Malaysia telah menempatkan 12 orang pegawai di ICQS Lubok Antu dan bilangan tersebut adalah mencukupi untuk menguruskan 5,500 purata pergerakan keluar masuk setiap bulan. Bagi tempoh 1 Januari hingga 15 November 2023, pergerakan keluar masuk di ICQS Lubok Antu yang direkodkan adalah seramai 62,159 orang.
Kementerian Dalam Negeri sedar bahawa bilangan pegawai sedia ada perlu dipertingkatkan apabila ibu negara Indonesia di Nusantara mula beroperasi dan Jabatan Imigresen Malaysia sememangnya sentiasa menjalankan kajian perjawatan bagi memastikan keperluan pegawai mencukupi dalam menjaga keselamatan pintu-pintu masuk utama negara.
Jadi, keperluan perjawatan di pintu masuk negara ketika ini sedang dikaji, memandangkan kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan bahawa sebuah agensi tunggal sempadan negara iaitu single border agency akan ditubuhkan untuk mengawal selia pintu sempadan negara melalui 141 pintu masuk negara yang telah diwartakan.
Perkara ini kita memerlukan perbincangan lanjut dengan pemegang taruh, antaranya ialah Jabatan Perkhidmatan Awam. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Tan Sri Speaker. Seperti yang sedia maklum, ada hampir 300,000 orang yang tiap-tiap hari criss-cross causeway di Johor Bahru. Maka soalan tambahan saya kepada Menteri ialah apakah usaha yang kini, yang dibuat oleh kerajaan untuk meringankan atau menyenangkan criss-crossing border di antara Singapore dengan Johor, khasnya di CIQ BSI dan BSA? Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Sebagaimana yang kita sedia maklum, pintu masuk kita di Johor merupakan antara pintu masuk yang tersibuk di dunia.
Memandangkan dengan keadaan demikian, memang kita punyai jawatankuasa yang khusus untuk memperinci dan [Tidak jelas] isu-isu di kawasan berkenaan. Secara berkala, kita memang mengadakan mesyuarat-mesyuarat. Memang dari semasa ke semasa, kita sentiasa meningkatkan dari segi kemudahan, dari segi peralatan dan juga keperluan- keperluan bagi memastikan pintu masuk berkenaan lancar...
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
...dan ia mampu untuk menjaga imej negara. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya difahamkan Saratok tidak berada di dalam Dewan. Saya jemput sekarang Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Parit Sulong.
[Soalan No. 2 – YB. Datuk Ali anak Biju (Saratok) tidak hadir]
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Soalan saya soalan nombor tiga.
3. Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Kesihatan menyatakan status pengoperasian, sasaran utama dan pencapaian terkini Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan sejak dilancarkan pada bulan Oktober 2022.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Dato’ Yang di-Pertua, saya – Tan Sri Yang di-Pertua, saya minta supaya ada sedikit masa sebab soalan ini agak panjang, melibatkan tiga komponen ya.
Tuan Yang di-Pertua, Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan atau NCEMH ini telah ditubuhkan untuk beroperasi secara interim, mulai 21 Oktober 2022.
Pusat Kecemerlangan ini bertindak sebagai agensi peneraju dan juga koordinasi bagi menyelaraskan aktiviti-aktiviti serta program-program kesihatan mental yang menggabungkan komponen kesihatan awam, perubatan dan juga penyelidikan. Pusat ini juga menjadi satu platform dalam merancang dan melaksanakan perkhidmatan kesihatan mental yang melibatkan kolaborasi strategik agensi awam, swasta, universiti dan juga pertubuhan badan bukan kerajaan.
Buat masa ini, NCEMH berfungsi dengan kapasiti anggota seramai 46 orang, yang melaksanakan lima skop utama iaitu:
(i) promosi kesihatan mental dan pencegahan penyakit mental;
(ii) intervensi krisis kesihatan mental;
(iii) latihan dan penyediaan pendidikan kesihatan mental;
(iv) survelan kesihatan mental; dan
(v) penyelidikan dan juga inovasi.
Pencapaian terkini, pusat ini adalah berikut. Pertama, pewujudan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental, Talian HEAL 15555 iaitu Help with Empathy and Love dan talian bantuan ini memberikan akses terus kepada pegawai psikologi kaunseling. Sejak setahun dilancarkan, sebanyak 26,139 panggilan telah diterima, di mana 16,942 pemanggil menerima bantuan sokongan emosi dan 9,197 klien menerima intervensi khusus oleh pegawai psikologi kaunseling.
Sebanyak 217 kes adalah melibatkan tingkah laku bunuh diri yang mana 99 kes adalah idea bunuh diri dan 118 kes lagi adalah kes cubaan bunuh diri. Jadi semua klien yang cubaan bunuh diri ini alhamdulillah, telah diberikan intervensi dan dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Kedua, pencapaiannya adalah Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) semasa kecemasan, krisis dan juga wabak bencana. KKM berjaya membangunkan Program MHPSS ini yang bertujuan untuk membantu memberi sokongan emosi kepada masyarakat umum. Sekurang-kurangnya kita ada satu pasukan MHPSS telah ditubuhkan di setiap daerah yang memberikan perkhidmatan saringan, bantuan awal psikologi iaitu PFA atau psychological first aid, psikopendidikan, psikososial dan juga kaunseling kepada orang awam dan petugas barisan hadapan yang memerlukan.
Ketiga, pelancaran Program MySAVE ataupun Malaysia Suicide Awareness Voice of Hope. Ini merupakan satu usaha bagi mengukuhkan pelaksanaan aktiviti pencegahan tingkah laku bunuh diri di peringkat kebangsaan dalam kalangan masyarakat.
Ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berkaitan tingkah laku bunuh diri dan
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
menghentikan stigma, meningkatkan kolaborasi multisektoral dan kapasiti modal insan serta meningkatkan akses kepada bantuan dan intervensi awal krisis rawatan dan juga sokongan psikososial serta tindak susul pasca cubaan bunuh diri dan kematian akibat bunuh diri.
KKM melaksanakan latihan berkala juga ya kepada petugas barisan hadapan iaitu dari kalangan PDRM, bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan Maritim Malaysia untuk mengendalikan kes-kes tingkah laku bunuh diri. Kemudian kita adakan juga libat urus bersama agensi lain. Ini libat urus bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pengurusan latihan kepada penjawat awam bagi meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental. Pihak JPA bersama dengan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah juga melaksanakan dua sesi latihan psikososial first aid (PFA) kepada penjawat awam.
Yang lainnya, saya mungkin baca tajuk sahaja iaitu kita mengadakan juga kolaborasi bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Kita ada 52 NGO bersama.
Kemudian, mewujudkan juga Modul Kesihatan Mental (MyMinda) di dalam aplikasi MySejahtera. Ini menarik juga sebab ini adalah satu modul baru. Kemudiannya, pelaksanaan aktiviti latihan kepada ketua komuniti. Ini kita libatkan sekali kepada penghulu dan juga ketua kampung. Ini kita telah lakukan di negeri Selangor dan kita juga adakan latihan bersama ketua komuniti seperti tok batin ya, ketua Rukun Tetangga dan yang lainnya. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Parit Sulong.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang telah diberikan. Kita pun tahu isu kesihatan mental serta tekanan emosi rakyat ini merupakan salah satu perkara yang serius, terutamanya selepas pandemik COVID-19.
Soalan tambahan saya adalah tadi Yang Berhormat Menteri ada memaklumkan mengenai inisiatif MyMinda. Tahniah saya ucapkan. Sebagai satu komponen baru dalam aplikasi MySejahtera, bolehkah Yang Berhormat Menteri kongsikan data terkini dan keberhasilan sejak modul MyMinda ini dilancarkan?
Ada laporan mengatakan ada seramai 424,000 kanak-kanak di negara ini mengalami isu kesihatan mental. Apakah mungkin Yang Berhormat Menteri juga boleh berkongsi pelan kementerian untuk memastikan usaha meningkatkan kesedaran kesihatan mental bermula daripada kanak-kanak, terutamanya di alam persekolahan itu dapat dilaksanakan? Terima kasih. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih. Jadi, betul modul ini sebenarnya dalam MyMinda. Kita baru laksanakan ketika kita melancarkan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia iaitu pada 22 Oktober tahun ini. Jadi, ini adalah sebenarnya satu platform digital yang boleh diguna oleh orang ramai untuk melihat status minda masing-masing ya.
Jadi, data yang kami ada sejak ia dilancarkan tidak sampai sebulan Yang Berhormat iaitu pada 15 November 2023, kita dapati dalam MySejahtera ini telah ada sejumlah 17,300 saringan yang telah dilakukan. Daripada situ sebanyak 3,983 iaitu 23 peratus daripada saringan itu kita dapati mempunyai risiko kemurungan. Kemudian 15 peratus lagi iaitu 2,592 mempunyai risiko keresahan.
Jadi individu-individu yang mempunyai risiko begini mereka sebenarnya ada akses secara terus melalui MySejahtera, MyMinda ini bahan-bahan psikopendidikan yang boleh dilihat terus. Ataupun jika mereka mahu mendapatkan bantuan dari sudut kaunseling dan sebagainya, mereka boleh menghubungi talian bantuan krisis kami iaitu talian HEAL di nombor, saya sebutkan sekali lagi 15555, satu dan empat kali lima.
Jadi, berkenaan dengan perkara kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi betul. Itulah kita sangat bimbang dengan jumlah kes yang semakin meningkat, yang berkaitan dengan kesihatan mental terhadap kanak-kanak. Insya-Allah kita bekerjasama
Dr. Zaliha binti Mustafa
dengan rapat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan ada modul- modul ataupun program-program yang dilaksanakan bersama KPM untuk kita mengatasi masalah kesihatan mental di kalangan kanak-kanak. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Soalan tambahan saya kepada Menteri ialah UNICEF telah merekodkan 12.3 peratus remaja bawah antara 10 hingga 17 tahun yang tinggal di rumah PPR di Lembah Klang, mengalami masalah kesihatan mental dan dia cenderung untuk bunuh diri. Jadi, apakah langkah ataupun cara KKM untuk atasi masalah yang di bawah umur 10 hingga 17 tahun ini?
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Baik, terima kasih. Jadi, betul ini juga adalah satu fenomena ataupun satu perkara yang sangat membimbangkan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi, apa yang kita lakukan, kita ada modul-modul, program juga bersama dengan remaja ini tetapi lebih daripada itu Yang Berhormat dan juga Yang di-Pertua, sebenarnya kita dalam kerajaan ini kita kena bekerjasama inter-agency juga.
Jadi, apabila kita kata PPR menjadi sebahagian daripada– kanak-kanak ataupun remaja PPR adalah sebahagian daripada mereka yang mengalami kesihatan mental atas sebab-sebab yang tertentu, maka kita kena juga bekerjasama dengan contohnya KPKT ataupun mereka yang membangunkan perumahan ini, kerana mungkin juga kita dapat tahu bahawa keadaan ataupun tempat tinggal yang sangat tidak selesa dan tidak kondusif itu sebenarnya memberi juga sumbangan kepada kesihatan mental, khususnya kepada kanak-kanak.
Ini biasa ya. Kadang-kadang kita melihat satu macam flat di PPR itu tempat yang sangat kecil, dua bilik dan sebagainya, tetapi sehingga tiga generasi berada di dalam rumah yang sekecil itu. Jadi, itu sebenarnya perlu dibuat satu kolaborasi yang strategik bersama dengan agensi-agensi pusat yang lain. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya difahamkan Yang Berhormat Kuala Terengganu tidak berada di dalam Dewan. Maka, saya jemput Dato' Ramanan Ramakrishnan, Sungai Buloh. Silakan.
[****Soalan No.4** – YB. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu) tidak hadir]
Dato' Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Soalan saya soalan nombor lima.
5. Dato' Ramanan Ramakrishnan [Sungai Buloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan penjelasan terperinci apakah proses dalam mempercepatkan pembukaan sekolah yang telah siap dibina tapi belum beroperasi seperti projek SMK Saujana Utama 3.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tan Sri.
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited dalam memastikan penyediaan infrastruktur pendidikan adalah mencukupi bagi keperluan masyarakat setempat. Perkara ini penting bagi memastikan murid-murid berpeluang belajar dengan selesa, kondusif dan dapat memberi fokus kepada pembelajaran dengan baik.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam konteks pembukaan dan pengoperasian sesebuah sekolah, pelbagai pertimbangan dan tindakan yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, termasuklah pematuhan kepada
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying
undang-undang atau peraturan yang sedang berkuat kuasa dan penyediaan beberapa dokumen rasmi yang berkaitan.
Perkara ini amat penting bagi memastikan sekolah bersedia untuk beroperasi secara menyeluruh yang merangkumi ketersediaan infrastruktur, peralatan dan perabot.
Buku teks, kewangan, kontrak perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan (KBK) dan perkhidmatan kawalan keselamatan (PKK) dan lain-lain perkara telah teratur, lengkap berfungsi dengan baik.
Selain itu, pertimbangan kesesuaian dan tarikh pembukaan dalam pengoperasian sekolah juga perlu diambil kira kerana ia melibatkan kesediaan pelbagai pemegang taruh seperti murid, ibu bapa atau waris, guru dan kakitangan sokongan lain.
Berhubung projek pembinaan sekolah menengah kebangsaan, SMK Bandar Saujana Utama 2, projek ini telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas Rolling Plan 1 tahun 2016. Pelaksanaan projek pembinaan SMK Bandar Saujana Utama 2 bermula pada 7 Mac 2018 di dalam kawasan Saujana Utama 3. Namun, disebabkan beberapa kekangan dan isu perlaksanaan, projek ini telah diberikan enam extension of time, dengan izin ETO.
Projek pembinaan SMK ini telah siap sepenuhnya dengan pengeluaran sijil perakuan siap pematuhan (CPC) pada 30 Ogos 2023. Manakala majlis penyerahan SMK Bandar Saujana Utama 2 kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah selesai disempurnakan pada 27 September 2023.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui JPN Selangor telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan lawatan pra pembukaan dan pengoperasian SMK Bandar Saujana Utama 2. Mesyuarat dan lawatan ini diadakan bagi mendapatkan gambaran awal dan memastikan tahap kesediaan sekolah dari pelbagai aspek yang berkaitan diambil tindakan sewajarnya.
Mesyuarat pra pembukaan sekolah yang seterusnya akan diadakan pada awal Disember 2023, tertakluk kepada tahap kesediaan sekolah. SMK Bandar Saujana Utama 2 dijangka akan mula beroperasi pada sesi persekolahan kalender akademik 2024/2025 iaitu pada bulan Mac 2024. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Sungai Buloh.
Dato' Ramanan Ramakrishnan [Sungai Buloh] Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Dalam Parlimen Sungai Buloh, terdapat beberapa sekolah uzur seperti SK Subang, SK Merbau Sempak dan SK Sungai Buloh.
Sekolah-sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah lama dan memerlukan perhatian khusus dalam beberapa aspek penting.
Salah satu keperluan mendesak adalah menaik taraf untuk penggantian sistem pendawaian elektrik yang sudah usang. Ini adalah langkah penting untuk mengelakkan risiko kejadian seperti berlaku litar pintas atau kebakaran yang mungkin berlaku akibat kerosakan pada pendawaian yang lama.
Selain itu saya berharap pihak kementerian memberikan perhatian terhadap penyediaan kemudahan akses tandas OKU untuk pelajar dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Ketersediaan tandas yang dilengkapi dengan kemudahan untuk OKU adalah penting untuk memastikan keselamatan dan keselesaan semua pelajar, serta menjamin hak mereka untuk pendidikan yang setaraf dan selesa.
Dengan memfokuskan dengan peningkatan infrastruktur, kita dapat memberikan lingkungan pembelajaran yang lebih selamat dan kondusif untuk semua pelajar serta meningkatkan kualiti pendidikan yang ditawarkan di sekolah-sekolah di Parlimen Sungai Buloh.
Soalan tambahan saya ialah, bagaimanakah kementerian merancang untuk menaik taraf infrastruktur sekolah lama di Parlimen Sungai Buloh, termasuk SK Subang, SK Merbau Sempak, SK Sungai Buloh dengan fokus khusus kepada penggantian pendawaian elektrik untuk menghindari risiko litar pintas dan menyediakan kemudahan tandas OKU yang sesuai untuk pelajar PPKI. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sebelum Menteri jawab, sebelum itu ya. Oleh kerana kita dapati ramai Ahli Parlimen tidak hadir, saya akan membuka peluang kepada setiap soalan yang dijawab ini untuk tiga soalan tambahan.
[Tepuk] Sila Menteri.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tan Sri Speaker, bukan ramai tak hadir, seorang pun pembangkang tak ada pada hari ini. Ini lah pe’el pembangkang, Tan Sri Speakar.
Tuan Yang di-Pertua
Takpe, takpe, takpe. Yang itu tak apa. Biar Speaker yang cakap.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri untuk...
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tan Sri. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Terima kasih atas pertanyaan YB mengenai fasiliti untuk murid berkeperluan khas berkenaan. Berhubung dengan fasiliti tandas murid OKU, atau untuk murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK), KPM sentiasa peka dan prihatin tentang keperluan kemudahan infrastruktur bagi murid berkeperluan pendidikan khas dengan mengambil fokus khusus terhadap penyediaan kemudahan mesra OKU di sekolah-sekolah bawah KPM.
Puan Lim Hui Ying
KPM juga turut memastikan semua projek pembangunan pendidikan yang dimohon melalui Rancangan Malaysia lima tahun, sama ada untuk sekolah baharu, gantian atau bangunan tambahan turut mempunyai skop penyediaan kemudahan mesra OKU. Sementara itu, bagi sekolah-sekolah sedia ada, penyediaan empat kemudahan asas OKU yang meliputi tandas, parking OKU, susur tangga – maaf, susur tangan (railing) dan susur landai (ramp) yang terus dilaksanakan secara berperingkat.
Berhubung cadangan untuk menaik taraf infrastruktur sekolah lama di Parlimen Sungai Buloh, terutama di SK Subang, SK Merbok Sempak dan SK Sungai Buloh, KPM– saya– sebab ini adalah tiga sekolah yang saya tidak ada maklumat selanjutnya. Jadi, kita akan menyediakan jawapan secara bertulis.
Dari segi pendawaian yang penggantian pendawaian elektrik untuk menghindari risiko litar pintas juga, kita akan berhubung dengan sekolah kerana jika ada keperluan, sekolah mesti membuat permohonan untuk menggantikan pendawaian. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Berkaitan dengan soalan yang dikemukakan dan juga jawapan yang telah diberikan tadi, Sri Gading ingin menambahkan soalan lain tetapi berkaitan dengan sekolah jugalah iaitu yang pertama sekali tentang lebihan murid.
[Ketawa] Maksud lebihan murid ini, kadang- kadang kita kalau dalam satu sekolah itu, sepatutnya bilangan kelas dengan bilangan pelajar dengan bilangan guru itu, dia ada kira-kira dia, ada cara pengiraannya.
Tetapi kadang-kadang kalau kita lihat dalam kelas itu, lebih daripada 40 orang pelajar dan gurunya pula kekurangan, kan. Adakah kerajaan berhasrat untuk menambahkan bilangan-bilangan sekolah di kawasan-kawasan yang padat ini?
Selalunya, di kawasan baru membangunlah. Baru membangun, ya. Itu yang pertama.
Kedua, dulu ada cadangan di kementerian, bercadang untuk mengadakan satu sesi persekolahan, di mana kalau satu sesi persekolahan ini, kita akan dapat banyak lagi program-program untuk pengukuhan, bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga dari segi kokurikulum dan sebagainya. Jadi, apakah cadangan itu, hanya tinggal cadangan ataupun akan diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan Madani hari ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Yang Berhormat. Betul sebab dari segi nisbah murid kepada setiap kelas, pada KPM nisbah kita adalah satu kelas tidak digalakkan melebihi 35 orang murid. Kita memang, kalau boleh kita nak optimumkan yang kelas ini adalah 35 orang murid. Tetapi, pada hakikatnya, memang kita semua tahu, setengah-
Puan Lim Hui Ying
setengah sekolah memang kurang daripada 35 tetapi juga ada sekolah, terutama di kawasan yang padat, kita ada sampai 40, ada yang pun sampai 50.
Seperti tadi, dari Yang Berhormat Sungai Buloh, memang itu ada keperluan.
That’s why– sebab itu ada keperluan untuk mendirikan sebuah SMK lagi. Jadi, ini kita akan memantau dengan serius. Jika ada keperluan di kawasan itu untuk mendirikan sekolah baharu, kita memang akan membuat persiapan dan perundingan.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Puan Lim Hui Ying
Dari segi satu sesi persekolahan, memang ini adalah satu matlamat yang KPM berhasrat untuk mencapai iaitu semua sekolah hanya satu sesi.
Semua sekolah hanya ada satu sesi tetapi untuk memastikan semua aktiviti seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi dapat dilaksanakan. Tetapi memandangkan kita memang tidak dapat, tetapi kita dalam proses untuk memastikan semua ini memang dalam pelan rancangan kita KPM untuk memastikan – untuk mencapai – okey, setiap sekolah hanya ada satu sesi. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih kepada Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan ini berkaitan dengan pengambilan guru SJKC dan SJKT. Saya mengucapkan tahniah, setinggi-tinggi tahniah kepada kementerian kerana prihatin dan segera respons terhadap keperluan untuk selalu tambah guru-guru di SJKC dan SJKT. Itu menunjukkan keprihatinan Kerajaan Madani kepada keperluan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Soalan saya adalah, memandangkan selalu adanya kekhilafan dari segi jumlah guru, sama ada cukup atau tidak cukup, Dong Zhong kata tak cukup, kementerian kata cukup. Kadang-kadang, Tamil Foundation pun ada formula yang berbeza. Soalan saya adalah, adakah kementerian sedia untuk mewujudkan satu formula yang boleh diterima oleh semua pihak dari segi tinjauan, dari segi persiapan guru-guru yang akan datang?
Bagi saya, perkara ini penting kerana ianya berkaitan dengan anak-anak kita bukan sahaja pada hari ini, tetapi untuk anak-anak kita, untuk masa depan. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Tan Sri dengan Ahli Yang Berhormat, saya setuju 100 peratus apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Betul, kita tidak – kita akan – kita memang ada satu formula atau satu garis panduan bagaimana mengira keperluan guru di setiap sekolah. Jadi– tetapi, memandangkan ada kekeliruan, memang kita akan mendapatkan mungkin bahagian yang berkenaan untuk memberikan satu taklimat kepada Ahli Parlimen, bagaimana KPM wujudkan jumlah guru yang diperlukan oleh setiap sekolah. Sekian, terima kasih.
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Saya difahamkan, Yang Berhormat Dungun juga tidak berada dalam Dewan untuk menjawab soalan nombor enam.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri, boleh tanya satu soalan lagi sebab dia orang takde.
Tuan Yang di-Pertua
Kita ikut waktu Dewan. Soalan banyak lagi di bawah ini.
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
[Tidak jelas]
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ini subjek penting, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sekarang, saya jemput Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Datang Parlimen pembangkang tiada, nasib baik Menteri ada. Soalan nombor tujuh.
[Ketawa]
7. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah Ringgit Malaysia yang telah dilabur oleh syarikat GLC dan GLIC di Malaysia dan di luar negara dan adakah keseluruhan pelaburan ini selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menguatkan pasaran ekuiti Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya benarkan tiga soalan juga untuk tajuk ini.
Silakan.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Peranan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan ataupun government- linked investment companies (GLIC) adalah amat penting dalam pembangunan ekonomi negara. Pengurusan pelaburan GLIC adalah berdasarkan mandat yang telah ditetapkan dengan pemantauan oleh Lembaga Pengarah GLIC serta jawatankuasa ataupun panel pelaburan masing-masing.
Sepanjang tempoh 2019 sehingga 31 Ogos 2023, sebahagian besar ataupun lebih 60 peratus dana pelaburan GLIC adalah dalam pasaran domestik. Berdasarkan peruntukan aset strategik (strategic asset allocation) secara puratanya antara 15.8 peratus sehingga 62.7 peratus dana pelaburan GLIC adalah dalam ekuiti tersenarai domestik di Bursa Malaysia.
Sehingga 31 Ogos 2023, jumlah dana pelaburan GLIC yang terdiri daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adalah seperti berikut.
Satu, KWSP. Jumlah dana pelaburan sehingga 31 Ogos 2023 adalah sebanyak RM1,096 bilion dan purata pelaburan dalam pasaran domestik adalah 64.9 peratus yang mana 24.4 peratus adalah dalam ekuiti tersenarai domestik. PNB, dua. Jumlah pelaburan sehingga 31 Ogos 2023 adalah RM332 bilion dan purata pelaburan dalam pasaran domestik adalah 84.3 peratus, yang mana 74.4 peratus adalah dalam bentuk ekuiti tersenarai domestik.
Nombor tiga, KWAP. Jumlah pelaburan sehingga 31 Ogos 2023 adalah RM167 bilion dan purata pelaburan dalam pasaran domestik adalah 79.3 peratus di mana 45.2 peratus adalah dalam ekuiti tersenarai domestik. Lembaga Tabung Haji pula, jumlah dana pelaburan 31 Ogos 2023 adalah RM91 bilion, yang mana purata pelaburan dalam pasaran domestik adalah 90.1 peratus dan 18.3 peratus merupakan pelaburan dalam ekuiti tersenarai domestik.
Akhir sekali, LTAT. Jumlah dana pelaburan, 31 Ogos 2023 adalah RM10.5 bilion yang mana keseluruhan dananya dilaburkan dalam pasaran domestik dan 52 peratus daripada itu merupakan ekuiti tersenarai domestik. Khazanah Nasional Berhad
(Khazanah) selaku pengurus sovereign wealth fund dengan izin, telah membuat pelaburan domestik sebanyak RM9.2 bilion dalam tempoh 2019 sehingga 2022.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
Ini bersamaan 32.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan yang bernilai RM28.3 bilion. Dalam hal ini, peranan Khazanah tertumpu untuk mewujudkan nilai tambah melalui active stewardship dalam syarikat pelaburannya untuk menyokong dan mengukuhkan nilai pasaran syarikat.
Di samping itu, tumpuan Khazanah juga kepada aset strategik dan aset pembangunan, seperti sektor penerbangan dan pelancongan yang menghadapi cabaran akibat pandemik COVID-19. Sehingga 31 Disember 2022, jumlah portfolio pelaburan Khazanah dengan Nilai Aset Boleh Direalisasikan (RAV) adalah sebanyak RM122.5 bilion.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
Daripada jumlah ini, nilai pasaran pegangan Khazanah dalam negara adalah berjumlah RM81.2 bilion ataupun 66.3 peratus. Sikit lagi Tan Sri Yang di-Pertua.
Bagi syarikat berkaitan kerajaan ataupun government-linked company (GLC) dengan izin, pelaburan syarikat lebih tertumpu kepada perbelanjaan modal domestik bagi mengembangkan syarikat, termasuk pembelian aset untuk perniagaan dan operasi syarikat. Sebahagian besar perbelanjaan modal adalah syarikat seperti Tenaga Nasional Berhad, Malaysia Airports Holdings Berhad dan Telekom Berhad yang merupakan anak syarikat Khazanah Nasional Berhad.
Bagi syarikat-syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), fokus pelaburan kerajaan dalam syarikat MKD adalah sebagai pemangkin kepada pasaran dan memenuhi jurang pasaran dalam sektor tertentu yang tidak dapat diterokai ataupun kurang penglibatan sektor swasta, berikutan kos pelaburan yang tinggi dan sebagainya.
Di samping itu, pelaburan syarikat MKD juga bertujuan untuk menyediakan infrastruktur asas dan perkhidmatan kepada rakyat seperti utiliti dan pengangkutan awam di mana perkhidmatan tersebut kurang mendapat perhatian di kalangan sektor swasta.
Kementerian Kewangan menyokong saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya GLIC meningkatkan pelaburan dalam negara. Kementerian Kewangan percaya bahawa berdasarkan peruntukan aset strategik masing-masing, GLIC akan kekal komited membuat pelaburan dalam negara, termasuk di Bursa Malaysia di mana penyertaan GLIC dilihat berupaya memperkukuhkan pasaran ekuiti tempatan. Setakat 25 September 2023, saiz pasaran ekuiti Malaysia bernilai RM1.78 trilion iaitu peningkatan sebanyak RM42.68 bilion ataupun kira-kira 2.5 peratus berbanding RM1.74 trilion pada 31 Disember 2022.
Penyertaan GLIC dalam pasaran ekuiti di Malaysia mewakili 7.7 peratus daripada jumlah purata nilai dagangan harian ataupun average daily traded value dengan izin, dengan sektor tumpuan seperti perbankan, industri berkaitan komoditi dan lain-lain.
Berdasarkan data daripada Bursa Malaysia dengan yang ada dalam dokumen Tinjauan Ekonomi 2024 oleh Kementerian Kewangan, prestasi urus niaga pada tahun ini.
Setakat 31 Ogos 2023 adalah lebih baik berbanding tahun lalu, khususnya dari segi peningkatan bilangan unit yang diurus niaga iaitu jumlah bilangan unit urus niaga meningkat sebanyak 14.4 peratus daripada 489.4 bilion unit kepada 559.6 bilion unit.
Purata urus niaga harian juga meningkat 15.1 peratus daripada tiga bilion unit kepada 3.5 bilion unit. Sekian, terima kasih. Jawapan agak panjang.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih dan saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Timbalan Menteri yang telah memberi satu jawapan yang sangat komprehensif dan lengkap. Soalan tambahan saya, apakah status GLC Transformation 2.0 yang telah dicadangkan oleh Khazanah Nasional Berhad pada tahun 2018? Adakah kerajaan berusaha untuk melancarkan atau menjayakan GLC Transformation 2.0 ini untuk meningkatkan prestasi GLC supaya GLC-GLC dan GLIC di Malaysia dapat menyumbang lebih untuk menguatkan lagi pasaran ekuiti domestik Malaysia? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada Tebrau. Sepertimana yang YB sedia maklum, dalam tempoh 2004 sehingga 2015, kerajaan telah melaksanakan Program Transformasi GLC ataupun GLCT Transformation, bagi meningkatkan prestasi dan tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Setelah kejayaan Program Transformasi GLC selama 10 tahun yang berakhir pada tahun 2014, kerajaan terus komited dalam memastikan fungsi dan peranan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan ataupun GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sentiasa relevan dan mampu berdaya saing dengan cabaran semasa.
Usaha penambahbaikan dilaksanakan dari masa ke semasa secara berterusan bagi memperkukuhkan kedudukan GLIC dan GLC kita sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negara. Langkah bagi meningkatkan prestasi GLIC dan GLC mendorong kepada pengukuhan pasaran ekuiti tempatan melalui penyertaan dana pelaburan daripada GLIC.
Tuan Sim Chee Keong
Secara amnya, Program Transformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC Transformation) adalah usaha untuk terus merancakkan lagi ekonomi negara. Ini selari dengan kedudukan GLC yang merangkumi pelbagai aspek dalam ekonomi negara dan mewakili sepertiga daripada pasaran ekuiti awam.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Sim Chee Keong
Program ini telah dijalankan dari tahun 2004 sehingga 2015 dan berjaya meningkatkan permodalan pasaran bagi 20 GLC terpilih. Setelah tamatnya program tersebut, Khazanah dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan sebagai antara pelabur utama dalam pasaran ekuiti meneruskan usaha untuk memastikan tadbir urus, kapasiti, prestasi dan pengurusan GLC terus diperkukuhkan demi memastikan pulangan jangka panjang yang lebih baik.
Khazanah melalui teras active stewardship dalam tonggak memajukan Malaysia atau dengan izin, advancing Malaysia terus memainkan peranan untuk memastikan pulangan jangka panjang terus diwujudkan kepada rakyat Malaysia. Ini dilakukan melalui aktiviti pengurusan yang lebih aktif dan crowding in pelabur dan mewujudkan nilai jangka panjang menerusi lebih banyak lagi inovasi dan penggunaan teknologi di kalangan GLC dalam operasi mereka.
Antara tumpuan bagi penambahbaikan tersebut adalah memperkukuhkan amalan tadbir urus GLIC dan GLC. Beberapa dokumen penting dijadikan rujukan utama kepada GLIC dan GLC seperti dengan izin, Malaysian Code on Corporate Governance 2021 dan Prinsip Tadbir Urus Baik bagi Syarikat Pelaburan Kerajaan ataupun Principles on Good Governance for Government-Linked Investment Companies dengan izin. Pematuhan ke atas amalan tadbir urus baik ini membantu memastikan dana pelaburan diurus secara cekap bagi mencapai sasaran yang ditetapkan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Bagan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Bukan baru bangun ke? Kita lama bangun, dia baru bangun.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Bagan tak picit pun.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Dia bangun tadi, lewat. Sila Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih ya. Ya, terima kasih juga Dr. Dzul, rakan saya. Saya ingin bertanyakan Yang Berhormat Timbalan Menteri, tentang jumlah ataupun peratusan ekuiti yang dipegang oleh semua GLIC dan GLC dalam Bursa Malaysia kerana kita tahu bahawa peratusan yang tinggi menyebabkan pasaran ekuiti kurang cair. Sekiranya peningkatan dilancarkan, adakah ini akan menyebabkan crowding out effect ke atas pelaburan-pelaburan swasta yang menyebabkan itu bursa saham tidak begitu cergas seperti bursa saham negara-negara lain? Ini yang pertama.
Kedua tentang prestasi GLC dan juga GLIC. Apakah langkah yang akan diambil untuk memastikan ia lebih berdaya saing? Kerana sering kali kita dengar pandangan bahawa GLC dan GLIC ini dia berkompromi atas isu harga dan mutu. Bolehkah kita pastikan mereka boleh mendapat ataupun memperoleh prestasi yang lebih baik daripada sekarang sekiranya kita mengamalkan international best practices dengan izin? Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan. Untuk maklumat, secara puratanya pelaburan ataupun dana pelaburan GLIC dalam pasaran ekuiti tersenarai domestik di Bursa Malaysia adalah di antara 15.8 peratus sehingga 62.7 peratus. Mungkin saya bagi sedikit senarai perbandingan antara GLIC-GLIC tertentu. Contohnya KWSP, 24.4 peratus ekuiti dalam— pelaburan dalam ekuiti tersenarai domestik. PNB, 74.4 peratus dalam ekuiti tersenarai domestik. KWAP, 45.2 peratus dalam ekuiti tersenarai domestik.
Tuan Sim Chee Keong
Ini adalah beberapa contoh kepada pelaburan oleh GLIC yang saya sebutkan tadi tapi secara keseluruhnya mungkin saya akan beri dalam maklumat bertulis. Untuk makluman Yang Berhormat Bagan, dari segi the crowding out of private industry, kita faham dan Kementerian Kewangan memang mengambil berat tentang isu ini.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
[Bangun]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Bangun]
Tuan Sim Chee Keong
Justeru dalam ucapan belanjawan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dalam Belanjawan 2023, beliau juga telah menyebut tentang perkara ini supaya GLC dan GLIC memainkan peranan dalam sektor-sektor strategik dan bukan untuk crowd out the market kepada sektor swasta, dengan izin.
Tapi namun begitu, saya boleh sebut di sini prestasi pelaburan GLIC dalam masa tempoh 10 tahun yang lalu dalam tempoh 2013 sehingga tempoh 2022 dana pelaburan di bawah pengurusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), KWAP dan LTAT meningkat pada Kadar Pertubuhan Tahunan Kompaun ataupun Compound Annual Growth Rate 2.0 peratus sehingga 6.1 peratus. Ini bagi menjawab tenang prestasi GLIC dan saya bagi beberapa contoh. Jadi, dengan itu saya ucapkan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Tan Sri Speaker, mendahulukan wanita.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Alamak.
[Ketawa]
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Saya ucapkan tahniah kepada Timbalan Menteri kerana kita dapat lihat GLC, GLIC kita berjaya, banyak berjaya di luar negara. Tapi bagi memastikan GLC GLIC ini memainkan peranan penting, khususnya dalam memastikan kita punya menstabilkan Ringgit Malaysia.
Saya nak bertanya kepada Timbalan Menteri, sama ada apakah kita ada satu strategi yang khusus untuk memastikan GLIC, GLC ini menyimpan di dalam negara. Tidak lagi sebahagian besar daripada mereka selalunya menyimpan di luar negara. Jadi, itu soalan daripada saya Tan Sri Speaker. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Menteri.
Tuan Sim Chee Keong
Pelaburan-pelaburan yang dibuat oleh GLC dan GLIC adalah berdasarkan ketetapan dan juga strategi yang telah dirangka dan dipantau oleh jawatankuasa pelaburan masing-masing. Jadi, kita akan melihat kepada kesesuaian dan juga faktor strategik yang boleh mempengaruhi dan memperkukuhkan ekonomi negara.
Jika ada keperluan, maka saya percaya GLIC dan GLC akan melakukan tindakan- tindakan seperti yang telah disampaikan itu.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Tuan Sim Chee Keong
Tapi untuk makluman, GLC kita memang sentiasa peka kepada trend-trend dan juga faktor-faktor utama untuk melaksanakan pelaburan secara strategik demi memperkukuhkan ekonomi negara. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Dengan izin Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Satu lagi Tan Sri, dengan izin.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri. Boleh Tan Sri?
Tuan Yang di-Pertua
Okeylah.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kuala Selangor.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tan Sri.
Terima kasih, akhirnya Kuala Selangor.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Macam mana Kuala Selangor dapat Tan Sri? Saya tak dapat.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Ketawa]
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ini sebab kawan-kawan sebelah sana nampak tak hadir hari ini. Baik.
[Ketawa] Sehingga kini. Tan Sri dan Timbalan Menteri, jawapan yang sangat baik bermula daripada Bagan dan Ampang. Saya hanya sekadar mahu menambah. Kalaulah sepertiga daripada ekuiti market itu diambil bahagian oleh GLC, persoalan crowding out telah pun dibangkitkan.
Persoalan saya adalah bagaimana Kerajaan Madani mahu merancakkan private enterprises untuk jangan hanya diambil peranan oleh institutional investors sepertimana yang telah disebutkan tadi. Tetapi private investment yang kita mahu rancakkan dan menjana pertumbuhan itu, equity market involvement ini. Itu satu.
Keduanya, kalau saya boleh tanya juga kerana sepertiga daripada ekuiti market itu digondoli oleh GLCs. Dia membawa dua kesan itu. Positif dan negatif dari verse aspect is kalau mereka tidak, mereka poor operating performance will also drag dengan sekali gus ekuiti market kita. Jadi, sebab itu kita perlukan juga private involvement, private enterprises untuk bergiat dalam ekuiti market kita. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ringkas saja ya.
Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih. Selaras dengan kerangka ekonomi Madani, kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti ataupun Securities Commission Bursa Malaysia serta pemain industri pasaran modal telah memperkenalkan tiga langkah utama sebenarnya pada tahun ini. Lebih kurang bulan enam telah diumumkan. Satu ialah kita nak mewujudkan kerancakan pasaran ekuiti dengan peluang penyertaan yang lebih besar kepada rakyat, dengan meluaskan pelaburan mampu milik.
Antara langkah-langkah tindakan yang telah dilaksanakan di bawah strategik:
(i) pengurangan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak tertakluk kepada hak maksimum RM1,000 setiap kontrak;
(ii) mengeluarkan garis panduan berkenaan penawaran perkhidmatan dagangan saham pecahan ataupun traditional trading untuk saham yang disenaraikan di Bursa Saham;
(iii) Suruhanjaya Sekuriti telah memudahkan pengenalan transfer of listing framework Bursa Malaysia yang baharu daripada pasaran LEAP kepada pasaran ACE untuk meningkatkan accessibility ataupun kebolehcapaian dan daya tarikan pasar raya ekuiti; dan
(iv) peningkatan kecekapan pasaran awam melalui penyelarasan proses penyenaraian di pasaran ACE sebagai one stop center di Bursa Malaysia.
Strategik kedua pula ialah untuk menarik kumpulan pelabur yang lebih besar untuk menyokong pembiayaan bagi SME kita ataupun PKS kita, terutamanya dalam ekonomi baharu dan langkah-langkah dalam strategi ini, termasuklah kajian oleh MOF dan juga Suruhanjaya Sekuriti bagi tujuan penggubalan dasar memudah dan menarik lebih banyak penubuhan pejabat keluarga ataupun family offices dengan izin di Malaysia.
Tuan Sim Chee Keong
Kedua, mempromosi untuk usaha penerokaan korporat ataupun corporate venturing bagi memacu Pelaburan Langsung Domestik (DDI) yang lebih besar melalui dasar cukai dan insentif yang lebih memudahkan.
Ketiga, meluaskan definisi pelabur sofistikated dengan melibatkan angel investor, modal teroka dan ekuiti persendirian.
Strategi ketiga dan terakhir pula ialah melakukan transformasi ataupun pembaharuan struktur untuk pasaran modal Malaysia dan transformasi ekonomi secara amnya dan dalam aspek ini, Securities Commission (SC) dan Bursa Saham akan melaksanakan pembaharuan bagi memudahkan dan mempercepatkan penyenaraian serta memendekkan masa ke pasaran untuk memastikan daya saing dan daya tarikan pasaran modal di Malaysia. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Saya jemput Puan Teresa Kok Suh Sim, Seputeh.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tan Sri di-Pertua, soalan saya nombor 9.
9. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Menteri Pendidikan menyatakan status terkini rundingan di antara kementerian dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMMKL) berkenaan Sekolah Kebangsaan Danau Perdana yang terbengkalai selama 17 tahun di Taman Danau Desa. Apakah kementerian mempunyai cadangan untuk mempercepatkan penyelesaian tentang kes ini.
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia komited dalam menyediakan infrastruktur pendidikan yang selamat dan kondusif untuk kegunaan murid dan warga sekolah di seluruh negara.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah mengambil ketetapan untuk melaksanakan perobohan ke atas bangunan SK Danau Perdana selaras dengan arahan pengosongan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana bangunan sekolah telah di isytihar tidak selamat untuk diduduki. Ia juga berdasarkan isu di mana bangunan berkenaan sering diceroboh dan mendatangkan bahaya.
KPM sedang menyelaras tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan dengan pelbagai pihak berdasarkan tatacara pelupusan aset kerajaan sebelum kerja-kerja perobohan dapat dilaksanakan. Berhubung dengan rundingan bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMMKL), satu mesyuarat telah diadakan pada 25 Mei 2023 di antara KPM dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).
DPMM memaklumkan bahawa DPMM cawangan Kuala Lumpur telah dibubarkan.
Maka, sebarang rundingan lanjut tidak dapat dilaksanakan oleh KPM seperti mana yang diputuskan oleh mahkamah timbang tara sebelum ini. Lanjutan dari mesyuarat berkenaan, pihak DPMM telah bersetuju untuk mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan keabsahan pembubaran DPMM cawangan Kuala Lumpur kepada KPM bagi tindakan selanjutnya. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya yang pengumuman daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ini adalah berita yang sangat baik bagi penduduk di kawasan saya, khususnya bagi mereka yang duduk di Taman Desa kerana sekolah itu Sekolah Kebangsaan Danau Perdana telah terbengkalai 17 tahun dan kita tak boleh buat apa-apa terhadapnya.
Saya nak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjalankan kajian tentang keperluan penduduk terhadap sekolah di kawasan di seluruh Taman Danau Desa.
Saya nak cadangkan supaya kementerian akan memindahkan satu sekolah rendah Cina ataupun pindah satu sekolah menengah jenis kebangsaan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya nak cadangkan sekolah menengah ini, mungkin kementerian boleh pertimbangkan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian yang sekarang tengah berkongsi bangunan dengan Sekolah Swasta Confucian di Lorong Hang Jebat, Kuala Lumpur untuk dipindah ke tapak yang kami sebutkan tadi supaya ia boleh memenuhi keperluan penduduk yang di sekitar ini, yang mana kita mengalami kesuntukan ruang bilik darjah sekolah kerana pembangunan yang pesat yang diadakan di Taman Desa dan persekitarannya.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih. Terima kasih kepada cadangan Yang Berhormat Seputeh. KPM akan meneliti cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat terutama dari sudut analisis keperluan sebenar dengan mengambil kira bilangan dan kapasiti sekolah sedia ada, kepadatan penduduk di kawasan sekitar, liputan kawasan tadahan atau catchment area dengan izin serta perancangan pembangunan berdasarkan perbincangan bersama-sama pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi sesebuah kawasan. Kami akan terus membuat rundingan dengan Yang Berhormat dan tengok bagaimana nak kita teruskan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Wangsa Maju.
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Lanjutan daripada apa yang telah dikemukakan oleh Seputeh tadi, sekolah-sekolah di Kuala Lumpur kebanyakannya telah sampai ke kapasiti yang maksimum dan dalam masa yang sama, dalam Bajet 2023 dan juga 2024, tidak ada rancangan langsung untuk pembinaan sekolah-sekolah yang baru. Hakikat dia, pembangunan di Kuala Lumpur itu begitu pesat sekali dan beberapa projek pembangunan hartanah akan siap contohnya pada tahun depan.
Di Wangsa Maju sahaja, ada empat projek akan siap tahun depan dan bilangan unit adalah dalam 4300 unit. Kalau setiap unit itu, setiap keluarga itu mempunyai dua orang anak, kita memerlukan 8600 tempat persekolahan untuk anak-anak mereka. Jadi sekarang dalam keadaan di mana sekolah telah mencapai kepada kapasiti yang paling maksimum, bagaimana perancangan kementerian untuk menangani keadaan ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kita memang ada, selagi mana-mana tempat ada pembangunan yang baharu, jadi KPM memang akan melibatkan dengan kerajaan tempatan juga bagaimana - sama ada keperluan. Jika memang ada keperluan, kami akan membuat rancangan untuk kita tengok sama ada sekolah yang bersebelahan itu cukup untuk menampung pertambahan murid. Kalau tidak, memang kita ada rancangan untuk membina sekolah yang baharu. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Tanjong Piai.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa baru-baru ini satu isu yang sangat hangat kita perbincangkan.
Jadi saya ingin tahu bahawa kementerian mempunyai bajet yang besar untuk kepentingan pendidikan di negara ini, tetapi saya ingin merayu kepada KPA yang mengatakan bahawa kalau tempat padat penduduk, ada pula tempat untuk dibina sekolah.
Saya ingin tahu, ataupun dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, 10 campur enam. Nama telah diluluskan, tapak dikenal pasti, penduduk padat, dana disediakan. Mengapa sehingga hari ini tidak boleh membina projek-projek tersebut?
Sebab ini adalah kepentingan untuk anak-anak kita. Jadi, minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Piai. Memang ini adalah merupakan satu topik yang hangat
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
terutamanya di kalangan komuniti Cina tentang 10 sekolah baru dan enam sekolah yang sepatutnya direlokasi. Tetapi sebenarnya saya pun sudah menerangkan kerana pemindahan beberapa kementerian atau Menteri Pendidikan pada masa itu. Jadi, memang ada- selalu setiap pertukaran kena macam kena mula semula. Walau bagaimanapun, saya memang dalam pertengahan untuk memastikan kita dapat membina sekolah-sekolah ini dengan lancar.
Ada juga satu daripadanya ada isu tanah. Jadi, kita memang dalam perundingan untuk memastikan semua dapat berjalan dengan lancar. Kami memang akan mengikut, memantau dengan closely dengan sepenuhnya. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri. Tan Sri, satu.
Bolehlah Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, silakan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Empat kali saya bangun dah ni. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada satu penjelasan yang saya perlukan daripada Kementerian Pendidikan. Dasar sekolah dan padang. Kerana apa, saya hendak lihat bagaimana proses kemenjadian murid-murid ini dapat diterapkan melalui infrastruktur yang lengkap. Sekolah di tempat saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, SK Paya Bungor. Sekolah ini dah berusia hampir 100 tahun tetapi dah hampir 10 tahun mereka kehilangan padang yang telah digunakan untuk makmal komputer.
Jadi macam mana dasar, sebab mereka tidak ada padang sekolah dan perjuangan saya hampir enam tahun, masih tak nampak apakah kesudahan Kementerian Pendidikan untuk menyelesaikan SK Paya Bungor untuk memiliki padang sekolah mereka sendiri. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih. Tentang padang sekolah ini, saya tidak ada maklumat buat masa sekarang. Saya akan cari maklumat lebihan dan saya akan jawab dari segi bertulis tetapi bagi KPM, kita akan cuba sedaya upaya untuk memastikan semua macam padang, makmal mesti disediakan dengan selengkapnya di setiap sekolah.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya tidak nampak Yang Berhormat Tanah Merah berada dalam Dewan. Untuk itu, saya jemput Tuan Lee Chean Chung, Petaling Jaya. Silakan.
[****Soalan No.10** – YB. Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) tidak hadir]
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Soalan saya, soalan sebelas.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
11. Tuan Lee Chean Chung [Petaling Jaya] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:
(a) status kemajuan kementerian dalam meminda undang-undang yang membolehkan penggunaan mikromobiliti seperti skuter elektrik dapat digunakan di atas jalan secara sah; dan
(b) adakah terdapat kerjasama strategik bersama pihak berkuasa tempatan untuk memudah cara penggunaan mikromobiliti di kawasan komersial dan bandar.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya.
Tuan Yang di-Pertua, penggunaan kenderaan mobiliti di atas jalan tanpa sebarang peraturan kawalan dan infrastruktur khusus adalah sangat berisiko dan berbahaya, memandangkan ianya digunakan di atas jalan yang mempunyai mix traffic dengan izin, iaitu percampuran dengan mod kenderaan yang lain. Ianya mempunyai perbezaan had laju dan tidak dibina khusus untuk kegunaan seperti kenderaan motor lain di atas jalan.
Menyedari akan risiko ini, Kementerian Pengangkutan telah melaksanakan langkah awal dengan mengeluarkan peraturan larangan penggunaan kenderaan mobiliti, mikromobiliti tertentu di atas jalan bagi melindungi kebajikan dan keselamatan semua pengguna jalan raya termasuk pengguna kenderaan mikromobiliti ini sendiri.
Berkenaan dengan penggubalan undang-undang khusus bagi membenarkan penggunaan kenderaan mikromobiliti, adalah dimaklumkan bahawa perkara ini telah dinyatakan di Peraturan 3(2) dalam Kaedah-kaedah Lalu lintas Jalan iaitu (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Tertentu) 2021 yang memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk mengecualikan larangan tersebut di mana-mana jalan atau mana- mana bahagian jalan, tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan.
Dalam hal ini, pihak berkuasa yang berkenaan, termasuk pihak berkuasa tempatan hendaklah membangunkan dan mengazetkan infrastruktur-infrastruktur laluan khas bagi penggunaan kenderaan mikromobiliti seperti laluan basikal dan mengemukakan permohonan pengecualian larangan daripada Kementerian Pengangkutan.
Pembangunan infrastruktur berkenaan hendaklah mematuhi Garis Panduan Perancangan Laluan Kenderaan Mikromobiliti yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan melalui agensinya PLANMalaysia dan mematuhi semua elemen keselamatan serta peraturan penggunaan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
MOT melalui Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) juga sedang merangka program penilaian tahap keselamatan atau pengujian standard keselamatan kenderaan ini bagi menjamin keselamatan kenderaan serta pengguna kenderaan mikromobiliti secara khasnya serta keselamatan pengguna jalan raya lain secara amnya. Di samping itu, Kajian Penilaian Impak turut dijalankan bagi melihat kesan ekonomi, sosial dan keselamatan pelaksanaan kenderaan mikromobiliti ini.
Berkenaan dengan kerjasama strategik bersama pihak berkuasa tempatan untuk memudah cara penggunaan kenderaan mikromobiliti, MOT telah melancarkan Program Medan Uji Regulatori Negara untuk mikromobiliti dan Hari Keselamatan Kenderaan Mikromobiliti Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 pada bulan Mac yang lalu dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam sebagai medan uji pertama yang dilaksanakan untuk pengoperasian kenderaan mikromobiliti.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Pelaksanaan medan uji ini bertujuan untuk memantau kebolehlaksanaan. Sikit lagi Yang di-Pertua. Bertujuan untuk memantau kebolehlaksanaan operasi penggunaan kenderaan mikromobiliti dari segi penguatkuasaan, pelesenan dan kebolehpakaian infrastruktur berdasarkan garis panduan yang telah disediakan.
Selain itu, ia juga bertujuan meneliti pembangunan dan penggunaan laluan kenderaan mikromobiliti yang telah dibangunkan berdasarkan kepada garis panduan perancangan laluan kenderaan mikromobiliti oleh pihak PLANMalaysia. Di dalam program medan uji yang sama, MOT bersama dengan MIROS, Futurise Sdn. Bhd.
MBSA juga telah turut membangunkan garis panduan Medan Uji Regulatori Negara untuk mikromobiliti di Shah Alam yang akan diguna untuk menguruskan pengoperasian medan uji ini, selain menentukan peraturan-peraturan pelaksanaan yang perlu dipatuhi oleh syarikat operasi pengendali perkhidmatan sewaan kenderaan mikromobiliti. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Pengangkutan yang sedia terbuka untuk eksperimentasikan mikromobiliti, bentuk mobiliti yang baru. Soalan saya adalah, adakah kerajaan akan mewujudkan laluan khas off-carriageway dengan penyediaan pemisah fizikal bagi mengasingkan kenderaan mikromobiliti bersama dengan motosikal dalam keadaan low speed dan juga basikal?
Kedua, kita sedia juga faham bahawa sandbox telah pun dilaksanakan di MBSA.
Namun, saya nampak rentaknya. Adakah boleh dipercepatkan sebab kita sedar bahawa ianya mengambil masa setahun. Mengapa tidak boleh singkatkan kepada tiga bulan dan kita cepat perluaskan kepada majlis bandar raya yang lain? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Yang Berhormat, seperti yang dimaklumkan tadi, tanggungjawab bagi membangunkan dan menyediakan sebarang laluan khas adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan yang berkenaan. Termasuklah pihak PBT. Jadi, sebarang pembangunan laluan hendaklah berpandukan kepada garis panduan yang telah disediakan oleh pihak PLANMalaysia. Terima kasih.
Dak eh, ada satu lagi soalan. Minta maaf ya Tuan Yang di-Pertua, ada dua. Satu lagi berkenaan dengan sandbox ini tadi, pelaksanaan national sandbox ini tidak terhad kepada mana-mana PBT tertentu sahaja. Pihak PBT yang berminat boleh menghubungi MOT sebenarnya untuk pelaksanaan sandbox ini di kawasan masing-masing.
Untuk makluman, pada masa ini yang sebenarnya MOT telah pun membuat engagement dengan selain daripada MBSA, juga kita membuat engagement dengan Majlis Perbandaran Sepang dan juga Perbadanan Putrajaya bagi pelaksanaan sandbox ini. Jadi, mana-mana PBT yang juga berminat amat dialu-alukan untuk bekerjasama dengan MOT bagi pelaksanaan NRS ini. Berkenaan dengan memendekkan itu, kita akan melihat bagaimana, sejauh mana hasil daripada sandbox yang telah pun diadakan di Shah Alam. Dari sana kita tahu, sama ada we need one year or maybe less than that. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Menteri, minggu lepas ada pengumuman daripada Menteri Pengangkutan berkenaan dengan tujuh majlis perbandaran tempatan dalam Lembah Klang yang telah diarah untuk mengenal pasti stesen bas dan laluan pejalan kaki yang perlu dinaiktaraf untuk tahun hadapan. Soalan saya, ada dua. Pertama, berapakah jumlah yang diperuntukkan untuk proses naik taraf ini? Soalan saya yang kedua adalah, adakah jumlah ini akan diberikan secara sama rata kepada setiap PBT?
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Terima kasih Yang Berhormat Bangi.
Terus teranglah ya, ini figures, cost dan juga lari daripada mikromobiliti punya isulah. Tapi tidak apa, kita akan jawab secara bertulis. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih. Tahniah kepada Timbalan Menteri. Soalan saya tentang mikromobiliti. Tahun lalu kita telah buat pindaan akta dalam Dewan yang mulia ini dan kita memberi definisi yang tepat tentang mikromobiliti.
Antaranya moped, e-scooter dan sebagainya dan kelajuan tidak melebihi 25 kilometer sejam. Saya nak bertanya, ada yang menggunakan nama e-bicycle tetapi ia sebenarnya ada throttle dan juga ada paddle tetapi untuk wayang sahaja. Bagaimana kita nak mengekang kalau dia gunakan di atas jalan? Kalau lebih daripada 25 kilometer sejam, perlukan lesen tapi untuk mikromobobiliti ini sebenarnya untuk kegunaan satu tempat sahaja. Jadi, soalan saya, apabila digunakan di litar yang disediakan, dia nak
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
menyeberang jalan, dia perlu lesen atau tidak? Ini yang satu complexity yang perlu kita selesaikan.
Kedua, PLANMalaysia tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut.
Bagaimana, apakah statusnya? Kerana difahamkan banyak negeri, termasuk Pulau Pinang pun, Datuk Bandar dulu, depa minta nak buat tetapi saya rasa garis panduan yang disediakan oleh Ketua Pengarah PLANMalaysia tahun lalu, adakah ia diguna pakai, telah dirundingkan dengan pihak MIROS dan apa kedudukan terkini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Tentang mikromobiliti, tadi pasal moped. Actually saya detail semua sini. We sit down together to work on this before, dengan izin.
[Ketawa] Jadi, berkenaan dengan pasal 25 kilometer yang dia orang kira, minta maaflah, use perkataan yang bohonglah sikit, wayanglah. Dia akan simpan paddle tapi yang sebenarnya dia pakai enjin powered. Jadi, perkara ini memang tidak dibenarkan. Masih dikekalkan lagi, memang tidak boleh di bawah kategori moped dan juga personal mobility devices sebagaimana yang kita gariskan dulu itu masih kekal hingga hari ini.
Jadi, timbul berkaitan dengan soal lesen menyeberang jalan. Mungkin tentang lesen inilah memang ada yang dibincangkan sebelum ini, pernah disuarakan macam mana nak bagi lesen basikal ke? Even basikal pun dulu pernah ada lesen basikal. Lepas itu, sekarang tidak ada lesen basikal lagi. Apakah nak ditimbulkan lagi basikal juga berlesen atau pun moped juga berlesen?
This is something that we need to look sebab dulu pernah disuarakan tetapi respons kepada rakyat is not so apa nama, mungkin perkara ini kecil tetapi ya maybe small, but dangerous for them actually on the road, on the public road especially, mixed traffic. Jadi, berkenaan dengan PLANMalaysia ini memang betul, PLANMalaysia kita dengar hari itu sudah dilaunching. Jadi, dia orang pada masa ini pun memang ada, kita sendiri pun ada melihat PLANMalaysia itu ya. Jadi, tentang untuk melaksanakannya ini, ertinya di sini Yang Berhormat Ayer Hitam, minta kepada PBT itu sendiri untuk melaksanakannya.
Whatever has been in the guidelines of PLANMalaysia. MIROS juga ada melihat yang telah dikeluarkan oleh PLANMalaysia ini. Tapi to be honest with you and yet to find out lah, macam mana hasil daripada pengajian kita melihat PLANMalaysia. It is quite a thick book. Kita ada tengok PLANMalaysia. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya perhatikan Yang Berhormat Rantau Panjang tidak berada dalam Dewan untuk soalan 12.
[****Soalan No. 12 –** YB. Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) tidak hadir]
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang, saya jemput Datuk Jonathan bin Yasin, Ranau.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Terima kasih Tan Sri Speaker, soalan saya di nombor 13.
13. Datuk Jonathan bin Yasin [Ranau] minta Menteri Kesihatan menyatakan bilakah perkhidmatan Hospital Ranau ditambah baik seperti menyediakan doktor pakar tetap di Hospital Ranau, menyediakan CT scan, menggantikan aset-aset lama hospital yang telah uzur, kekurangan mesin ECHO, portable ventilator, GA machine, katil dewan bedah, lampu dewan bedah dan lain-lain lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ranau. Tuan Yang di-Pertua, Hospital Ranau adalah salah satu hospital tanpa pakar di dalam hospital kluster yang melibatkan Hospital Kota Kinabalu dengan Hospital Queen Elizabeth. Hospital berpakar sebagai hospital lead.
Melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Kluster Kota Kinabalu ini, hospital tanpa pakar dan yang berpakar digabungkan di bawah satu sistem bagi membolehkan perkongsian dan pengoptimum sumber-sumber seperti sumber manusia, termasuklah pakar-pakar, juga pengoptimum dari sudut peralatan, fasiliti dan yang lain-lainnya.
Perkongsian dan pengoptimum sumber-sumber ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan pesakit setempat dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, termasuk perkhidmatan kepakaran di hospital kluster tersebut.
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
Melalui inisiatif hospital kluster ini juga, penduduk Parlimen Ranau telah mendapat manfaat 11 perkhidmatan kepakaran iaitu internal medicine, emergency medicine, general surgery, pediatric, obstetric and gynecology, orthopedics, anesthesiology, psychiatry, radiology, pathology dan juga ophthalmology yang berbanding sebelum tahun 2019 apabila Hospital Kluster Kota Kinabalu mula diperkenalkan.
Ini secara tidak langsung memberi impak yang sangat positif kepada penduduk setempat di Ranau, yang tidak perlu ke Hospital Queen Elizabeth bagi menerima rawatan kepakaran yang dinyatakan. Dari segi aset perubatan Hospital Ranau sebenarnya telah pun menerima peruntukan sejumlah RM956,390 sejak tahun 2020 hinggalah September 2023, bagi tujuan penggantian serta perolehan peralatan baharu.
Antara perolehan peralatan baharu yang diterima oleh Hospital Ranau termasuklah mesin pemantauan pesakit, kita berikan juga tabletop autoclave, mesin ventilator, transport ventilator, ini penting sebab perjalanan yang jauh kadang-kadang tidak boleh kita continue, dengan izin pumping the – peralatan itu tetapi kita bagi yang lebih baik.
Kemudian, alatan pembedahan, alatan steril, unit steril berpusat dan lain-lainnya juga. Pada tahun depan insya-Allah tahun 2024 kita akan bagi lagi sebanyak RM1 juta yang akan diperuntukkan bagi menggantikan dua unit mesin autoclave iaitu alat suci hama melalui peruntukan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).
Kemudian pada masa yang sama, kementerian akan mempertimbangkan juga pertambahan peralatan canggih seperti CT scan Yang Berhormat. Mesin echocardiography juga dan lain-lainnya yang selaras dengan perkembangan perkhidmatan kepakaran di hospital ini.
Sistem kejuruteraan bagi fasiliti sedia ada akan dipastikan dapat menampung keperluan peralatan perubatan dan bukan perubatan yang perlu ditambah baik dari semasa ke semasa sebab kalau kita hantarkan peralatan yang lebih canggih ia memerlukan sistem pendawaian, sistem elektrik yang lebih baik. Jadi, yang itu kita akan ambil perhatian.
Pada tahun 2023, peruntukan sebanyak RM450,000 telah kita salurkan bagi kerja-kerja penggantian sistem pendingin hawa dan juga lain-lain kerja yang berkaitan dengan Unit Kecemasan dan Trauma bagi menambah baik fasiliti di Hospital Ranau.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Ranau.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Terima kasih di atas penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, tentang dana-dana yang telah diberi untuk meningkatkan perkhidmatan kementerian di Hospital Ranau. Namun ingin saya bawa sedikit pengalaman Ranau ini, katakan kadang mereka mendapat khidmat daripada Hospital KK namun kawasan Ranau ini jauh, pergi ke kawasan Beluran pun lebih kurang 70 lebih kilometer ke Ranau.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Selepas itu, kena ke KK dengan kawasan yang begitu luas, kita memerlukan supaya di Ranau ini disediakan doktor-doktor pakar, fasiliti yang terbaik supaya para pesakit ini tidak perlu pergi ke Kota Kinabalu.
Contohnya, saya ambil contoh angiogram pun pergi ke Kota Kinabalu. Bila ke Kota Kinabalu tunggu sampai 10 hari, 15 hari kerana menunggu masa untuk dirawat, yang merawat hempedu pun apa semua pun terpaksa ke KK, tidak dapat ditampung oleh Kota Kinabalu ke Gleneagles, kena bayar lebih RM33,000. Jadi, itu sebab kita minta supaya fasiliti ini dipertingkatkan, pakar-pakar disediakan. Untuk pengetahuan Menteri, saya juga dapat makluman daripada Pengarah Hospital Ranau mahu menjemput Yang Berhormat Menteri melihat sendiri masalah di Ranau, Hospital Ranau ini.
Nanti saya pun boleh datanglah Tan Sri Speaker. Antara keperluan sekarang ini mereka sebut keperluan untuk penambahan staf seperti pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat untuk merawat pesakit, aset yang uzur sepertinya untuk phototherapy, untuk kanak-kanak yang ada jaundice. Ini hanya satu yang berfungsi daripada empat yang ada.
Selepas itu, kereta ambulans pula kadang satu yang, tinggal dua yang lain rosak, kerap rosak. Mintalah ambulans yang baharu. Selepas itu, kapasiti untuk cuci darah ini pun tidak mencukupi, mereka terpaksa pergi ke Tuaran, pergi ke KK, semata-mata untuk cuci darah. Mintalah supaya Yang Berhormat Menteri mengambil tindakan kepada hal-hal yang saya bangkitkan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Menteri dan jawab dan pergilah ke Ranau.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Insya-Allah, pergi ke Ranau itu memang saya pun tadi beritahu dengan officer saya, kita akan masukkan dalam jadual tahun depan, insya-Allah.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Terima kasih.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Baik. Saya faham ini adalah memang satu masalah legasi yang kita hadapi di kebanyakan fasiliti khususnya fasiliti-fasiliti yang terletak jauh di pedalaman ya, seperti Ranau. Kita faham yang ini tetapi saya rasa bagi pandangan saya juga Yang Berhormat, Ranau ini memang satu kawasan yang bagus dan satu kawasan yang memang ada potensi untuk tourism. Kita juga berbincang, insya-Allah akan berbincang di peringkat yang lebih tertinggi kementerian untuk memberi keutamaan kepada Ranau disebabkan keunikan Ranau itu tadi.
Akan tetapi kita kena lihat juga kepada apakah yang lebih penting sebab kalau kita hendak tengok hospital dan fasiliti ini memang banyak keperluan-keperluannya dan memang kita hendak menaik tarafkan banyak hospital-hospital tetapi di Ranau, disebabkan oleh jarak yang jauh tadi dan dia adalah kawasan yang berpotensi untuk tourism, jadi bagi saya mungkin kita kena lihat juga apakah keperluan dari sudut kepakaran yang lebih penting untuk kita sediakan di Ranau itu sendiri.
Contohnya, bila kawasannya berkaitan dengan tourism, ia khususnya yang dekat dengan Gunung Kinabalu dan sebagainya, potensi untuk trauma dan sebagainya itu adalah sangat tinggi dan insya-Allah kita akan dengan immediate, insya-Allah kita akan sediakan dan kita tengah lihat juga untuk pakar yang boleh membantu dari sudut emergency, trauma dan yang berkaitan. Kita juga mungkin memikirkan yang juga penting, satu lagi kepakaran di Ranau yang kita boleh mempercepatkan seperti surgical surgery ataupun keperluan kepada internal medicine. Jadi, ini saya rasa yang lebih penting.
Untuk menyediakan kesemua saya rasa itu agak kita tidak mampu juga tetapi apa yang lebih penting kita akan lihat priority dengan izin, kepada apa-apa perkara yang melibatkan potensi kepada Ranau itu tadi. Begitu juga dengan keperluan-keperluan staf.
Jadi jika ada kepakaran memang kita kena ada pertambahan daripada sudut staf dan saya sekali lagi mengingatkan bahawa ini bukan hanya terletak kepada beban yang seperti ini sebab kita kena juga bersama dengan JPA dan sebagainya untuk mendapatkan penempatan di Hospital Ranau kemudian. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Pokok Sena.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Boleh izin satu minit sahaja?
Tuan Yang di-Pertua
Tidak boleh sudah.
Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau
Izinkan satu minit.
Tuan Yang di-Pertua
Saya sudah jemput Pokok Sena.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Okey, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Menteri. Saya hendak ambil kesempatan sebelum mengemukakan soalan tambahan hendak ucapkan terima kasih di atas kelulusan tapak, kelulusan parking bertingkat untuk Hospital Sultanah Bahiyah dalam kawasan Parlimen saya, terima kasih. Mudah-mudahan memudahkan pengunjung dan juga pesakit menyelesaikan masalah letak kereta.
Soalan saya ialah sejauh manakah perluasan sistem Rekod Perubatan Elektronik
(EMR) telah dilaksanakan di fasiliti KKM seluruh negara sehingga kini dan bagaimanakah ia telah membantu untuk mempercepatkan proses perkongsian maklumat kesihatan termasuk pendaftaran temu janji pesakit bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih, begitulah keprihatinannya Kerajaan Perpaduan ini, Tan Sri. Memang kita kalau dari sudut memberi perkhidmatan kesihatan ini kita tidak mengiralah bulu, politik dan sebagainya dan yang paling penting adalah rakyat mendapat yang terbaik daripada perkhidmatan yang kita berikan.
[Tepuk] Baik untuk menjawab dari sudut EMR ataupun Electronic Medical Record memang ini menjadi satu keutamaan kepada kementerian, khususnya selepas kita meluluskan Kertas Putih Kesihatan di Dewan yang mulia ini pada bulan Jun yang lepas.
Jadi, projek EMR ini memang kita – kalau dilihat di seluruh fasiliti kesihatan ini, kita melihat pendigitalan ini masih lagi dalam kadar yang sangat rendah. Jadi EMR ini dalam kita punya jangkaan, insya-Allah kita akan segerakan projek rintisnya di Negeri Sembilan.
Jadi satu lagi, yang saya hendak sebut sebenarnya kalau kita lihat di fasiliti-fasiliti yang telah ada pendigitalan ini, sebenarnya banyak tetapi banyak dari sudut sistemlah, kalau kita tengok sistem ada pelbagai.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Jadi, ini juga kita kena lihat dari sudut secara keseluruhannya sebab kadang- kadang sistem itu dia tidak bercakap antara satu sama lain. Jadi, kita kena adakan satu sistem yang boleh memberi maklumat itu kepada seluruhnya dan dijadikan satu sistem yang lebih lengkap insya-Allah.
Jadi, kita dalam pelaksanaan dan untuk itu kita ada dipanggil modul yang baharu di mana kemungkinan kita boleh buat lah perkara ini yang saya juga boleh lihat dalam– contohnya kita gunakan dari sudut sewa beli contohnya peralatan, ya.
Jadi, kita tidak perlu gunakan bajet yang tinggi untuk itu. Ada modul-modul business modul yang baharulah untuk kita memastikan bahawa insya-Allah kita mencapai kepada keperluan digitalisasi seluruh fasiliti kita ini dalam masa yang terdekat. Saya jangkakan– hari itu saya ada sebut 2030 dan mungkin ya kalau dengan sistem yang baharu ini ataupun model business yang baharu ini kita boleh segera lagi mencapai hasrat ini.
Kemudian temu janji pesakit juga sebenarnya kita telah ada. Contohnya, kalau dalam MySejahtera. Kita telah bangunkan sistem yang dipanggilkan online– temu janji online ini ya. Jadi, setakat ini kalau kita lihat dalam sistem temu janji itu lebih 35,000 temu janji yang kita dapat dalam sehari.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Jadi, ini menunjukkan bahawa rakyat telah pun menggunakan sistem ini dan saya juga akan memastikan perluasannya itu dilakukan di keseluruhan fasiliti-fasiliti kita, khususnya di klinik-klinik kepakaran lah di tertiary hospital kita insya-Allah, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Menteri?
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 21 November 2023”.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dan Anggaran Pembangunan 2024 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kelapan] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Kepala Bekalan B.42 dan Kepala Pembangunan P.42 di bawah Kementerian Kesihatan terbuka untuk dibahaskan.
Sebelum saya memanggil pembahas-pembahas, saya akan bacakan nama-nama yang berada di tangan saya. Dimulakan dengan YB Kuala Selangor, diikuti dengan Kuala Langat, Kampar, Tanjong Karang, Parit Sulong, Kuala Nerus, Ledang, Kapar, Betong, Kulim Bandar-Baharu, Rasah, Bukit Gantang, Kuala Pilah, Kuala Krau, Batu, Jerai, Puncak Borneo, Tumpat, Tuaran, Kuala Krai, Beruas, Pasir Mas, Batu Pahat, Arau dan Bentong.
Sekarang saya jemput YB Kuala Selangor, lima minit. Silakan.
Datuk Seri Dr. Haji Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Ya, kita baharu tadi mendengar ya ulasan daripada Menteri tentang EMR ya. Jadi, mungkin saya kesempatan akan singgung juga hal itu.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Saya mulakan dengan menyebut tentang kebajikan doktor penempatan semula dan primary health care dengan izin. Di mana di bawah Kepala B.42 ini Butiran B.090100 ya kita ada dalam tahun ini buat pertama kalinya kita ada peruntukan RM1.5 bilion di sana ya. Sangat mustahak untuk kita angkat semula penempatan semula doktor tetap ya doktor tetap dan juga sudah banyak yang dikatakan kontrak ditukar kepada doktor tetap.
Tetapi persoalan pengurusan mereka itu sangat dihajati untuk diurus dengan lebih baik dan berkesan kerana saya juga mendapat informasi tentang bagaimana hospital- hospital yang mendapat doktor, kontrak mereka ditukar menjadi tetap taraf mereka hilang keseluruhannya. Ini tidak memberikan [Ketawa] kebaikan untuk mereka yang dulunya kontrak mereka berada di sana tetapi sudah tetap, mereka dipindahkan.
Itu perlu sedikit lagi ketelitian yang lebih berkesan untuk pengagihan bahagian doktor tetap yang ditetapkan itu daripada doktor kontrak ya. Cuma, satu lagi selain
Datuk Seri Dr. Haji Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
daripada itu Pengerusi adalah untuk menitikberatkan aspek kemaslahatan mereka ketika mereka berpindah penempatan semula doktor ini yang sangat terkesan ya.
Ada yang terpaksa mengeluarkan– cerita-cerita anecdotal lah ini ya, ASB mereka dan menggadaikan emas kerana perpindahan. Ini sangat tidak sesuai seperti mana dilaporkan oleh sebuah portal kesihatan CodeBlue, perlu sedikit waktu dahulu kerana mereka sudah pastinya melibatkan tambang perjalanan, tambang pengangkutan semuanya. Jadi, itu satu hal. Saya kira persoalan itu perlu diperbaiki lagi, ya.
Pengerusi, kalau boleh saya segera untuk berubah kepada Naik Taraf dan Pembaikan. Mungkin sekali gus Kemudahan Hospital ya di bawah Kepala P.00600 begitu juga P.00300 ya. Butiran-butiran ini yang menunjukkan peruntukan RM307 juta untuk ubahsuai, naik taraf pembaikan dan penambahbaikan, ya.
Ini adalah sangat perlu, ya kita semua sedia maklum akan keuzuran hospital- hospital kita yang kadang kali berusia lebih daripada 45, 50 tahun, ya. Jadi, ini sangat penting. Cumanya, perlu diberikan jaminan ya oleh kerajaan bagi memastikan fasiliti- fasiliti ataupun health facilities kita ini di sektor awam, khususnya mempunyai tahap ya apa yang diistilahkan sebagai health, safety environment (HSE) yang terbaik, ya.
Saya memerhatikan juga ya bagaimana sometimes kadangkala lif hospital tidak selenggara dengan baik, ya. Ini saya tahu berlaku sedikit waktu di Melaka dan juga di hospital-hospital yang agak besar seperti Selayang dan sebagainya. Sangat menjejaskan hal keselamatan dan kebajikan pesakit-pesakit ya dan keseluruhan pengurusan hospital apabila apa yang seharusnya dibawa segera– kalau sudah ada peruntukan, bukan sahaja lif tetapi hal equipment dan sebagainya.
Jadi, ini perlu diperbaiki lagi ya supaya ia dapat ditangani dengan baik. Mungkin perlu ada satu pelan penyelenggaraan fasiliti supaya tidak lah sehingga sampai ke tahap beyond economic repair (BER) itu baru dia tahu bahawa ia perlu kepada penyelenggaraan ya.
Saya pergi kepada Pendidikan dan Pembangunan (R&D). Saya kira di bawah P.00500 ini ada sedikit penambahan. Ya, ini sangat penting dan saya mengharapkan di samping all the other researches yang dibuat oleh CRE, maaf CRM dan sebagainya. Di sini saya mungkin diterajui oleh NIH ya supaya dapat kita adakan very high impact research output.
Bukan yang jenis hat punya roket science on vaccine dan sebagainya. Ini adalah bersabitan dengan mengkaji, menggunakan data, behavioral modification dan impak dari sudut compliance, dari sudut memperbaiki lagi delivery– health delivery dan NIH perlu ya menerajui research ini yang sangat-sangat diperlukan supaya higher compliance dan penambahbaikan mustahak untuk rakyat ya.
Untuk bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka, kesihatan keluarga mereka, diri mereka dan ini perlukan satu kajian, ya. Beyond kajian yang lebih saintifik sifatnya, kajian-kajian behavioral modification, behavioral impact ini ataupun yang perlu diberikan penumpuan oleh NIH, ya.
Datuk Seri Dr. Haji Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ia sangat memberi – ya kalau kita perhatikan daripada tinjauan kesihatan dan mobiliti nasional ya, NHMS itu kita mahukan penambahbaikan supaya ia dapat mempengaruhi persoalan polisi dan penyampaian kesihatan. Juga begitu, dari sudut data sharing ataupun perkongsian data itu juga adalah sangat penting untuk bagaimana NIH dan juga data dikongsikan untuk menghasilkan lebih banyak lagi polisi dan penyampaian perkhidmatan kesihatan boleh diperbaiki supaya data yang ada di NIH dan juga data-data warehouses seperti itu dapat kita lakukan data sharing, data mining, data analytics supaya dapat kita perbaiki sistem dan delivery kesihatan di negara kita ini.
Banyak lagi hal-hal yang lain termasuklah EMR yang disebutkan tadi. Saya perhatikan ya, hal-hal yang di bawah kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT). Di situ disebutkan RM328 juta. Apakah ini termasuk EMR? Kerana saya ingat dua, tiga tahun yang lalu kita ada kepala bersabitan dengan EMR. Jadi, sekarang ini tidak ada.
Datuk Seri Dr. Haji Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Jadi, kalau sekadar ICT, kita jangan silap. HIS itu bukannya EMR. Itu adalah hospital information system ya.
Jadi, kita kena – walaupun ia cuma digital health tetapi perkara ini perlu kita rancang dengan baik supaya bukan— kalau boleh janganlah 10 tahun untuk dapatkan national EMR itu. Mungkin kita boleh expedite, tetapi perancangannya, pelaksanaannya dan semua pelaksanaan-pelaksanaan perancangan ini adalah sangat penting. Terima kasih Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Puan Pengerusi.
Pertamanya saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan yang mendapat sejumlah peruntukkan yang besar pada kali ini ya, RM41.2 bilion bagi tahun 2024. Susulan daripada kenyataan Yang Berhormat Menteri Kesihatan pagi semalam, memberikan jaminan RUU akan dibentangkan sebelum sesi Parlimen berakhir pada 30 November.
Saya ingat ini antara yang sangat diharapkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan yang kita telah bermesyuarat sebanyak 11 kali dan kita harapkan peruntukan yang digunakan untuk perbelanjaan mesyuarat itu tidak berjalan begitu sahaja.
Cuma apa yang saya hendak dapatkan maklumat juga daripada pihak kementerian, apakah status terkini RUU kawalan produk merokok demi kesihatan awam 2023 ataupun RUU Generasi Penamat (GEG) serta pendirian khusus kementerian tentang klausa Generasi Penamat daripada sudut perundangan sama ada wujud sebarang percanggahan dengan Perlembagaan seperti yang dilaporkan?
Saya terus kepada B.42 Butiran 020000 – Perubatan, Butiran 020200 – Pengurusan Hospital. Kertas Putih Perkhidmatan Kesihatan dalam Tonggak 1:
Mentransformasikan Penyampaian Perkhidmatan Kesihatan dalam ucapan belanjawan RM150 juta penyelenggaraan sistem teknologi maklumat termasuklah menyediakan Clinic Management System Subscription (CCMS) di 100 klinik kesihatan. Apakah peruntukan dan status ke arah pendigitalan rekod perubatan elektronik EMR dan rekod kesihatan sepanjang hayat elektronik ELHR di hospital-hospital awam?
Walaupun tadi telah disentuh oleh Yang Berhormat Menteri, walaupun dikatakan dalam jawapan Yang Berhormat Menteri yang lalu sistem khidmat di hospital ini terdapat— berhubung antara satu sama lain tetapi saya hendak mencadangkan. Kalau tadi disebutkan sebagai projek perintis adalah di Negeri Sembilan, saya harapkan projek perintis itu meliputi sebuah hospital dan juga rangkaian pusat-pusat kesihatan supaya akhirnya dia akan menjadi communicate daripada hospital dan juga pusat kesihatan dan akan memberikan khidmat yang terbaik kepada pesakit ataupun masyarakat terutamanya dalam mengurangkan masa menunggu, menerima rawatan dan pengurusan perawatan perubatan yang lebih baik.
Butiran 020300 – Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar. Peruntukan sejumlah lebih daripada RM830 juta dalam ucapan bajet, RM200 juta perolehan bagi memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan respons panggilan kecemasan. Ambulans awam kita dapati masih tidak mencukupi sama ada di peringkat hospital ataupun di pusat-pusat kesihatan dan kelengkapannya juga sebahagiannya tidak berfungsi dengan baik.
Pengalaman saya datang, hadir ke pusat kesihatan, saya dapati stretcher tidak berfungsi dan tidak mampu untuk baik pulih. Bukan sehari, dua hari tetapi mengambil masa setahun begitulah. Akhirnya tidak dapat memberikan manfaat dalam perkhidmatan ambulans yang seharusnya, sekiranya dipulihkan ia dapat memberikan impak yang baik.
Dalam ucapan belanjawan juga, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebutkan kesesakan di hospital KKM. Penyumberluaran pesakit ke hospital lain, tentera, universiti dan juga swasta sejumlah peruntukan RM200 juta. Apakah kaedah penyumberluaran dan disiplin perubatan yang terlibat dan tanggungan kos kepada pesakit? Adakah pesakit perlu membiayai sebahagian daripada kos tersebut?
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Hari ini pun kalau kita lihat ada pesakit-pesakit terutamanya kumpulan B40 yang tidak mampu untuk membeli peralatan perubatan yang mereka harus beli sendiri, termasuklah sebagai contoh plat untuk patah tulang dan sebagainya, yang saya kira ini sangat memberikan kesan kepada pesakit-pesakit daripada sudut kewangan dan ketidakmampuan mereka.
Peningkatan peratusan warga menua melebihi 11 peratus pada tahun 2020.
Penduduk Malaysia berumur 60 tahun ke atas memenuhi takrifan masyarakat menua kepada 15.3 peratus pada tahun 2030. Dalam belanjawan, tiada peruntukan secara spesifik dalam aktiviti perawatan geriatrik. Kita pun sedia maklum bahawa kos perbelanjaan jagaan kesihatan untuk warga emas dianggarkan dua ataupun tiga kali daripada perawatan kepada umur yang lebih muda.
Saya mencadangkan supaya peruntukan belanjawan kita ini ada diletakkan program ataupun aktiviti perawatan geriatrik supaya ia akan memudahkan lagi urusan- urusan perawatan pesakit-pesakit dalam masyarakat menua di negara kita. Saya juga ingin bertanya, sejauh manakah kesiapsiagaan negara kita menuju negara maju menua memandangkan hanya baki tujuh tahun sebelum Malaysia mencapai status aging nation menjelang 2030 apabila 15.3 peratus atau kira-kira 50.8 juta daripada jumlah penduduk berusia 60 tahun ke atas.
Kemudian, Butiran 022700 – Psikiatri dan Kesihatan Mental sebanyak RM342.48 juta pada tahun 2024. Butiran 08110 – Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan. Prevalen penyakit mental di Malaysia dianggarkan 29 peratus daripada kalangan penduduk berusia 16 tahun ke atas pada tahun 2015 meningkat hampir tiga kali ganda, 11 peratus pada tahun 1996. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2022 turut mendapati satu daripada empat remaja mengalami perasaan kemurungan. Satu daripada lapan remaja pernah berfikir, terfikir untuk membunuh diri. Apakah intervensi segera kementerian dalam menangani masalah kesihatan mental khususnya dalam kalangan kanak-kanak berikutan laporan terkini MyMinda dalam aplikasi MySejahtera?
Saya dimaklumkan pagi tadi, Yang Berhormat Menteri juga ada menjawab kepada soalan lisan. Saya kira, saya kalau dapat boleh dinyatakan modul-modul yang dirangka untuk mengatasi masalah kesihatan mental kanak-kanak ini. Kalau terlalu panjang mungkin boleh dibekalkan secara bertulis kepada saya.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Apakah penekanan khusus telah diberi untuk menangkis stigma kesihatan mental? Sejauh manakah keberkesanan Talian Krisis Kesihatan Mental Kebangsaan dan berapakah bilangan kes yang telah dirujuk ke fasiliti kesihatan untuk tindakan susulan bagi tujuan intervensi dan juga rawatan?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terakhirnya Dasar Baharu – 090100, tambahan emolumen RM1.5 bilion. Apakah tindakan susulan kementerian berhubung maklum balas terkini yang diberi oleh KKM susulan town hall Menteri bersama para doktor termasuk ketetapan status quo dan mengenai elaun on-call doktor? Adakah ada pandangan kedua? Apakah juga kriteria lantikan tetap pegawai perubatan serta tempoh perkhidmatan pegawai perubatan kontrak? Apakah perancangan dalam menaiktaraf bidang kepakaran dalam negara ini bagi mengekalkan minat doktor-doktor pakar berada dalam negara dan berkhidmat dalam hospital-hospital awam di negara kita Malaysia? Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya jemput Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih pada Timbalan Puan Speaker.
Saya terus masuk pada Butiran 01100 – Peralatan dan Kenderaan. Timbalan Speaker,
Tuan Chong Zhemin - Kampar
sebelum ini banyak media yang main dengan isu ventilator. Saya quote dari CodeBlue, “MOH’s China contact for defective ventilators came from Minister Wee, PAC Report”. The Star, “No accountability, not acceptable in ventilator procurement”.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Malay Mail Online, “More than a Wee bit of issue with ventilator procurement”.
Saya ingat Ayer Hitam tu Menteri Kesihatan tapi saya check Wikipedia, dia bukan. Dia Menteri Pengangkutan. Jadi, bagaimanakah media-media boleh main dengan isu ini?
Mengapa boleh salahkan Ayer Hitam? Jadi, saya di sini hari ini saya nak bela Ayer Hitam.
Ini bukan dia punya tanggungjawab. Ini sepatutnya kerja Menteri Kesihatan. Mengapa nak main dengan isu ini? Adakah ini satu tanda kegagalan Perikatan Nasional, Menteri Kesihatan tak buat kerja sampai kena Menteri Pengangkutan kena buat kerja dia?
Kita lihat ini bukan pasal duit. Kalau kita tengok duit tu, bukan banyak sangat – RM24 juta. RM24 juta kalau kita tengok dari segi bajet ratus-ratus bilion, RM24 juta tu sikit.
Tapi ini melibatkan nyawa. Duit kalau telah curi, kita boleh cari balik. Tapi nyawa kalau sudah hilang, kita tak boleh selamatkan. Jadi, hari ini saya nak tanya. Mengapakah Ayer Hitam boleh masuk? Mengapakah CodeBlue boleh cakap idea ini, kontrak dari China ini datang dari Ayer Hitam walaupun Ayer Hitam parti dia hari-hari serang kerajaan, tidak apa.
Tapi dia di Parlimen bersama dengan Tanjung Piai masih sokong Kerajaan Perpaduan.
Asalkan dia sokong Kerajaan Perpaduan, saya akan sokong Ayer Hitam. Tapi janji, jangan sain SD kasi orang lain. Cukup.
Jadi, saya nak tanya. Dalam rundingan itu, kalau Menteri Kesihatan langsung tak ada kontrak, Ayer Hitam boleh saja bagi kontrak. Bukan. Dalam PAC report tu, Ayer Hitam tolong runding. Menteri Pengangkutan runding kontrak Menteri Kesihatan. Apa tatacara ini? Mana boleh. Runding lepas tu beli. Bukan beli dengan kilang. Beli dari siapa? Beli dari trading company. Trading company dah ada - syarikat Ali Baba. Jadi, saya sambut baik Menteri Ekonomi kata kita mesti ada akta cegah amalan Ali Baba. Kita kena angkat ke Parlimen. Kita tak boleh benarkan. Kalau nak beli, kita beli dari source. Dari sumber terus.
Kenapa kita beli tiga kali ganda lebih mahal daripada trading company, third party dan siapa yang runding? Menteri Pengangkutan.
Jadi, saya nak tanya. Siapakah yang ada final authority sebab PAC report cakap ini satu kesalahan yang tak ada siapa yang perlu bertanggungjawab. Mana boleh? Ini sama seperti foreign exchange scandal pada 90-an. Duit sudah hilang, tak ada orang yang perlu bertanggungjawab. Apakah akauntabiliti di sini? Siapakah yang bagi final authorities, final approval? Orang itulah yang perlu bertanggungjawab. Pada saya, orang itu bukan siapa lagi, itu Menteri Kesihatan Perikatan Nasional, Adham Baba.
Dia Menteri yang bertanggungjawab, tak kira Ayer Hitam kena pergi runding ke, dia pergi runding syarikat dia cari, trading company dia cari tapi final approval datang dari Menteri Kesihatan. Jadi, dia yang perlu bertanggungjawab. Jadi, saya harap Parlimen kita boleh ambil satu tindakan sebab ini bukan libatkan duit. Ini melibatkan nyawa dan juga Ayer Hitam. Masa itu apabila ventilators sampai, dia letak di Facebook, “Wah, ini ventilator saya bawa dari MAS, saya sebagai Menteri Pengangkutan.” Kredit sudah angkat. Ha, ini saya kena cakap sikitlah. Kredit sudah angkat tapi hari ini, 70 peratus – 80 peratus ventilator tak boleh pakai, tak boleh pakai.
Jadi, dia kena inform-lah. Kena kasi followers. Masa itu, kredit dia sudah angkat.
Kali ini dia kena update. Ventilator yang dulu saya tolong angkat tu tak boleh pakai, tidak dapat selamatkan nyawa. Ini kena bagitahu. Jadi, saya nak tanya. Kenapa walaupun ventilator tu beli dari Hong Kong, syarikat Hong Kong tapi alat itu datang dari Shanghai.
Bermakna datang dari kilang, dari kilang. Kalau dari kilang, kenapa kena beli dari syarikat Hong Kong? Ini semua amalan Ali Baba.
Satu lagi—akhir. Butiran 022300 – Dietetik dan Sajian. Hari tu, pihak pembangkang ada bangkit tentang MAS sediakan makanan terlalu manis, apa—tak sedap ke, boikot. Ada Starbucks, kena boikot. Saya nak tanya di sini. Kalau nak boikot, jangan double standard. Nak boikot semua, kena boikot. Mercedes-Benz—saya baca. Minggu lalu ataupun dua minggu lalu, saya tak ingat—derma 1 juta Euro ataupun RM5 juta kepada Israel.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Saya nak tanya. Kerajaan Kelantan, empat buah kereta mewah Mercedes. Masih nak pakai ke tak pakai? Nak boikot ke tak boikot? Kalau nak boikot, jangan double standard. Starbucks tak makan, McDonald’s tak mahu. Mercedes pun jangan pakai, boleh? Jangan double standard.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Duit sudah masuk Israel.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okay. Itu sahaja yang saya nak bangkit. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang. Tak ada dalam Dewan. Saya jemput Yang Berhormat Parit Sulong.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 00204 – Klinik Bergerak. Saya nak mengucapkan ribuan terima kasih pada kerajaan kerana mewujudkan semula klinik bergerak ini. Klinik bergerak ni kita tahu adalah satu inisiatif yang sangat baik bagi kementerian dalam usaha untuk mendekati golongan ataupun kumpulan masyarakat yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan rawatan kesihatan, khususnya kawasan luar bandar.
Soalan saya pada pihak kementerian adalah bagaimanakah kementerian membuat pengagihan kawasan dan lokaliti untuk klinik bergerak—perkhidmatan klinik bergerak ini? Seterusnya, berapa banyak kah lokasi klinik bergerak kerajaan yang khusus untuk kawasan luar bandar memandangkan ada sesetengah masyarakat luar bandar tidak mempunyai kenderaan untuk ke klinik kesihatan yang rata-ratanya agak jauh dari penempatan mereka.
Soalan seterusnya, adakah ada tidak untuk tahun hadapan peruntukan klinik bergerak pada kawasan Parlimen Parit Sulong? Kami sebenarnya memerlukan klinik bergerak ini kerana penduduk sangat padat dan kawasan Parlimen ini adalah kawasan luar bandar. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri juga, kawasan Parlimen Parit Sulong ini adalah mempunyai penerima bantuan JKM yang paling—antara yang tertinggi di negeri Johor. Seterusnya soalannya, adalah bagaimana persiapan klinik bergerak ini agar boleh dimanfaatkan oleh warga emas dan juga OKU?
Seterusnya ke Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Saya nak bangkitkan isu ambulans. Saya tahu rakan-rakan tadi telah banyak juga yang bangkitkan mengenai isu ambulans ini. Di Parlimen Parit Sulong, ada empat klinik kesihatan.
Semuanya kecuali satu klinik kesihatan mempunyai satu ambulans. Satu ambulans yang sedia ada ini pula selalunya rosak dan sangat uzur., tidak cukup sebenarnya kerana ada banyak kecemasan berganda.
Perjalanan pula daripada klinik-klinik kesihatan ini ke Hospital Batu Pahat ambil masa paling kurang 45 minit sehingga satu perpuluhan—satu jam setengah. Di Klinik Kesihatan Semerah, tidak ada fasiliti langsung ambulans ini dan ianya terletak betul-betul di antara Parlimen Parit Sulong dan Parlimen Muar. Jadinya, dia nak pergi ke Batu Pahat, satu jam setengah. Nak pergi ke Muar pun, satu jam setengah. Kawasan ini sangat padat.
Kawasan ini kerap berlaku kecemasan. Terpaksa.
Apa yang mereka laksanakan, mereka terpaksa pinjam daripada KK Bagan dan kalau KK Bagan juga tiada fasiliti ataupun tengah menggunakan ambulans tersebut, dia pergi ke KK Parit Yusof pula iaitu di kawasan Parlimen Muar. Ini amat menyulitkan kerana penduduk kawasan ini memang rata-ratanya adalah warga emas yang memerlukan keperluan seperti ini. Sering kali tiada ambulan yang available yang digunakan untuk menghantar pesakit terutamanya ke Hospital Batu Pahat.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Selain daripada keperluan ambulans pula, pertanyaan saya pada kementerian adalah adakah kementerian ada cadangan untuk mewujudkan kerjasama hospital kluster di antara hospital pakar dan hospital bukan pakar bagi meningkatkan akses perkhidmatan kepakaran kepada penduduk di luar bandar, khususnya di kawasan sayalah, di kawasan Parit Sulong. Adakah kementerian mempunyai cadangan untuk menaik taraf lebih banyak klinik-klinik di luar bandar untuk menjadi mini hospital dengan lengkap dengan doktor berkelayakan.
Seterusnya Butiran 090300 – Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2.0. Satu daripada setiap dua orang mengalami obesiti ataupun berat badan berlebihan. Manakala satu daripada empat orang pula tidak mengamalkan aktiviti fizikal dan hanya satu daripada 20 mengekalkan pemakanan yang sihat. Dalam Teras 3 Inisiatif 12, ada menyatakan pemusatan sukarelawan berkaitan dengan aktiviti membina persekitaran yang sihat.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Jadi soalan saya kepada pihak kementerian adalah apakah bentuk kerjasama antara kementerian, maksudnya Kementerian Kesihatan dengan Kementerian Pendidikan ke, Kementerian Kesihatan dengan Kementerian Pengajian Tinggi ke dalam memastikan bahawa penglibatan anak-anak muda, belia, pelajar sekolah dan mahasiswa dalam agenda pemusatan sukarelawan ini dapat dipergiatkan lagi. Itu antara isu yang saya nak bangkitkan.
Pelan ini pun sudah pun berlangsung sebahagian ataupun setengah daripada garis masanya jadinya sejauh manakah impak kepada tahap kesihatan rakyat di Malaysia secara keseluruhan kalau kementerian boleh kongsikan dapatan tersebut. Terima kasih banyak-banyak Yang Berhormat Puan Pengerusi.
Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Tuan Pengerusi, Tanjong Karang terlewat satu dua minit tadi. Boleh ganti tak?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey, terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.
Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus pada Butiran 20000, 30000 dan 40000 – Perbelanjaan Pembangunan yang berjumlah RM6 bilion lebih. Ini hanyalah sekadar 14.7 peratus pada bajet keseluruhan KKM tahun 2024.
Tanjong Karang minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, bagaimanakah dengan bajet pembangunan yang sekecil ini KKM mampu untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan dan melancarkan peralihan dari merawat penyakit kepada fokus kesihatan pencegahan dan meningkatkan liputan kesihatan sejagat.
Seterusnya Butiran 080900 – PeKa B40 berjumlah RM80 juta dan Butiran 090200 – Skim Perubatan MADANI berjumlah RM100 juta. Skim perubatan ini adalah baik dan sangat diperlukan oleh rakyat tetapi RM80 dan RM100 juta yang disediakan ini hanya boleh bertahan sekadar sementara waktu sahaja dan ia langsung tidak menepati matlamat pembangunan mampan sama sekali. Sebagai penyelesaian jangka panjang untuk liputan kesihatan sejagat yang mampan dan mampu menangani isu healthcare financing dengan izin Tanjong Karang menggesa KKM untuk segera membangunkan Skim Insurans Kesihatan Sosial Kebangsaan bukan sekadar catatan ringkas sahaja di dalam Kertas Putih Kesihatan.
Seterusnya Butiran 090300 – Agenda Nasional Malaysia Sihat 2.0. Tanjong Karang menyokong penuh usaha kerajaan meneruskan malah mempergiatkan lagi agenda ini walaupun ianya adalah inisiatif awal Kerajaan Perikatan Nasional terdahulu.
Menyedari Malaysia sedang menuju ke arah negara menua dan mempunyai kadar obesiti yang tertinggi di Asia dengan 16 juta iaitu 50.1 peratus rakyatnya obese.
Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Pendekatan the whole-of-nation approach untuk membudayakan amalan cara hidup sihat amat wajar diberi pujian. Tetapi di manakah kesungguhan ini apabila KKM sendiri melalui kuasa veto Yang Berhormat Menteri Kesihatan sendiri telah mengeluarkan cecair nikotin dari senarai bahan beracun. Sekarang nikotin itu bebas digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa sebarang akta kawalan.
Tanjong Karang juga minta Yang Berhormat Menteri Kesihatan menjelaskan, kenapakah RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 tidak diteruskan.
Adakah kerana pengaruh pelobi-pelobi yang terlalu kuat untuk memotong GEG atau Generasi Penamat Rokok atau adakah sebenarnya tiada political will daripada Kerajaan Madani ini sendiri. Jadi, adakah merokok, vaping termasuk penggunaan nikotin serta amalan seks songsang LBTQ atau kisah A&W yang heboh baru-baru ini dan keahlian liberal internasional yang telah sekian lama itu, kononnya dinafikan.
Adakah cara hidup ini yang mahu kita normalisasikan kepada masyarakat Madani? Bukankah ini adalah antara cara hidup yang boleh merosakkan anak-anak muda, masyarakat dan generasi masa depan kita? Tanjong Karang juga mahu menyentuh bahawa indikator keberhasilan Agenda Nasional Malaysia Sihat ini mestilah memberikan penekanan dan fokus kepada penurunan masalah utama kesihatan rakyat antaranya obesiti, kencing manis, darah tinggi, serangan jantung, strok, kanser dan kemurungan.
Seterusnya Butiran 081000 – Malaysia Healthcare Travel Council ringkasnya MHTC diberikan penambahan RM10 juta iaitu peruntukan sebesar RM30 juta tahun 2024.
Tanjong Karang ingin bertanya kepada YBMK kenapa MHTC ini tidak digunakan sebagai Malaysia Healthcare Tourism Council yang mana ia lebih tepat dan menjelaskan bunyinya.
Seterusnya minta penjelasan kenapa Board of Directors MHTC disorokkan di bawah www.mhtc.org/our-people? Yang mana tercatat YB Menteri Kesihatan itu sendiri dan YB Ekonomi memegang jawatan sebagai joint chairman dan persoalannya kenapa YB Menteri MOTAC tidak dilantik sekali. Adakah ini satu amalan lazim Kerajaan Madani, seorang Menteri boleh duduk pula sebagai chairman dalam agensi di bawah kementeriannya? Mungkinkah ini amalan Kerajaan Madani, sebagaimana Perdana Menteri itu sendiri memegang juga jawatan Menteri Kewangan. Tanjong Karang mohon YBMK menjelaskan rasional dan justifikasi dua orang Menteri dilantik sebagai joint chairman di dalam MHTC.
Terakhir Tuan Pengerusi di bawah Butiran 090000 – Dasar Baru. Butiran 090100 – Tambahan Emolumen sebesar RM1,535,086,100. Bajet sebesar RM1.535 bilion ini adalah terlalu besar dan kelihatan tidak munasabah untuk pengajian tambahan Skim Perubatan MADANI dan juga ANMS 2.0 yang masing-masing telah ada peruntukan RM20 juta dan RM30 juta.
Tuan Pengerusi, Tanjong Karang ingin bertanya, adakah emolumen yang sebesar ini untuk pengajian dua Menteri di bawah MHTC tadi dan semua board directors yang terdiri daripada DG MOH dan juga MOTAC. Jadi, Tanjong Karang mohon pencerahan dan perincian serta justifikasi oleh YBMK dan juga YB Menteri Kewangan tentang tambahan emolumen sebesar RM1.535 bilion ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Bismillahir rahmanir rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya terus ke Butiran 010400 – Pengurusan Latihan. Puan Yang di-Pertua, di butiran ini saya mohon perincian Kementerian Kesihatan mengenai jumlah kolej kejururawatan awam dan swasta yang ada di seluruh negara dan berapakah jumlah graduan dari bidang kejururawatan yang bergraduasi setiap tahun.
Sehingga kini berapakah jumlah graduan jururawat yang masih belum mendapat penempatan di seluruh negara? Berapakah jumlah jururawat yang sedang berkhidmat di sektor awam dan swasta terkini? Juga sehingga kini berapakah jumlah jururawat tempatan
Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
yang berkhidmat di luar negara dan apakah mekanisme kerajaan untuk mengurangkan penghijrahan jururawat ini ke luar negara bagi mendapat faedah upah yang lebih baik?
Di bawah butiran ini juga, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk meneliti keselarasan keperluan jururawat dengan bilangan graduan jururawat tempatan sedia ada dan mengehadkan pengambilan jururawat asing dalam usaha menjaga kebajikan jururawat tempatan serta menyelesaikan isu berbangkit dalam kalangan mereka terlebih dahulu, sebelum membuka kepada jururawat asing untuk berkhidmat di hospital- hospital swasta dalam negara.
Butiran 020200 – Pengurusan Hospital. Puan Yang di-Pertua, di bawah butiran ini saya ingin membangkitkan mengenai ketiadaan pusat pelupusan sampah klinikal di Terengganu. Ini bukan pusat pelupusan sampah biasa, itu clinical waste di Terengganu.
Dalam waktu biasa, sisa-sisa klinikal ini akan diangkut dan dilupuskan di pusat pelupusan sampah sisa klinikal di Telok Panglima Garang, Selangor.
Apa yang kejadian yang menyedihkan semasa tempoh penularan wabak COVID- 19 yang lalu, berlaku longgokan sisa klinikal dalam jumlah yang besar berkali ganda daripada biasa di kawasan hospital. Ini sudah tentu menyebabkan satu keadaan yang tidak sihat, yang tidak hygienic, yang mana akan menjatuhkan imej hospital itu sendiri.
Oleh itu saya mohon penjelasan, apakah inisiatif kementerian untuk melaksanakan kerjasama rentas kementerian khususnya dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan bagi mewujudkan satu tapak pelupusan sisa klinikal di Terengganu ataupun di mana-mana negeri Pantai Timur sebagai persediaan untuk mendepani situasi wabak yang mungkin lebih kurang sama dengan COVID-19 yang telah lalu.
Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Di bawah Butiran 021500 – Nefrologi. Puan Pengerusi, di bawah butiran ini saya mohon perincian kementerian mengenai statistik pesakit buah pinggang mengikut negeri dan jumlah pusat hemodialisis awam dan swasta yang berdaftar di seluruh negara?
Berapa pula pusat hemodialisis di Terengganu merangkumi awam dan swasta?
Dengan statistik semasa, pesakit buah pinggang memerlukan dialisis khususnya di kalangan B40, adakah pusat-pusat dialisis yang ada boleh menyokong keperluan pesakit buah pinggang dari golongan B40 ini? Apakah inisiatif kerajaan untuk menambah pusat rawatan hemodialisis di seluruh negara khususnya di kawasan luar bandar bagi memudahkan pesakit buah pinggang dalam kumpulan B40 luar bandar ini mendapat akses kepada perkhidmatan dialisis seterusnya mengekalkan kesejahteraan hidup mereka. Mahu penjelasan pihak Menteri.
Butiran 022700 – Psikiatri dan Kesihatan Mental. Puan Pengerusi, di bawah butiran ini saya mohon penjelasan berkenaan inisiatif kerajaan untuk menyediakan lebih ramai pakar-pakar psikiatri dan pusat-pusat kaunseling untuk menangani isu gangguan mental dalam kalangan rakyat khususnya yang berada di luar bandar. Untuk makluman Puan Pengerusi, isu gangguan mental hari ini semakin meruncing. Lebih-lebih lagi dengan peningkatan kos sara hidup yang membelenggu rakyat menyebabkan rakyat semakin hari semakin tertekan.
Di bawah Butiran 00400 – Hospital Baharu. Puan Yang di-Pertua untuk makluman, pada waktu ini Terengganu mempunyai hanya satu sahaja hospital yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan untuk rawatan penyakit-penyakit kritikal iaitu Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Ini menyebabkan pada waktu ini HSNZ sesak dan kapasiti hospital tidak dapat menampung jumlah bilangan pesakit yang kritikal yang ramai di seluruh daerah di Terengganu.
Hari ini menyebabkan terdapat pesakit terpaksa dihantar ke hospital negeri jiran seperti Kubang Kerian dan Hospital Kuantan. Oleh itu, saya mohon komitmen kerajaan untuk memperuntukkan bajet bagi menaikkan taraf hospital sedia ada atau membina hospital baharu bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat negeri Terengganu keseluruhannya.
Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Di bawah Butiran 00500 – Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Puan Pengerusi, mengambil kira vaksin pandemik COVID-19, berapakah peruntukan diberikan untuk memastikan kajian atau pun R&D berkenaan dengan pembangunan vaksin untuk terus diperkasakan bagi menghadapi kemungkinan wabak baharu yang akan berlaku di masa hadapan? Harap penjelasan daripada pihak kerajaan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya jemput Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi atas peluang untuk Ledang membahaskan anggaran perbelanjaan bagi Kementerian Kesihatan Malaysia peringkat Jawatankuasa ini.
Terlebih juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Kanak-kanak Sedunia pada hari ini dengan tema untuk kita mempromosikan kebersamaan, kesedaran dan meningkatkan kebajikan kanak-kanak terutamanya kanak- kanak di Semenanjung Gaza. Jadi, kita harap kita ada semangat untuk mengangkat anak- anak kita di mana-mana sahaja sebagai anak kita, masa depan kita.
Puan Pengerusi, bagi perbahasaan ini, saya ingin merujuk berkongsi pandangan kepada butiran pertama ialah Butiran 020200 – Pengurusan Hospital. Dalam keluarga saya, Puan Pengerusi dan saya rasa ramai lagi, dalam keluarga saya sahaja ada lima anggota keluarga yang berkhidmat dengan KKM sebagai doktor atau pun lain-lain jawatan. Saya fahami dan amat menghargai usaha anak-anak bangsa ini untuk kita menyampaikan komitmen kita untuk menyediakan dan menjadi tulang belakang kepada sistem kesihatan negara. Cuma saya juga nak sampaikan suara di bawah.
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Menteri berkenaan dengan kaedah penempatan petugas-petugas kesihatan terutamanya doktor-doktor. Ini isu evergreen. Sentiasa ada tetapi saya rasa perlu juga diperjelaskan sebab saya difahamkan bahawa kaedah ini ada menimbulkan sedikit kerunsingan. Sebagai contoh, ramai doktor yang mendapat penempatan di Sabah dan di Sarawak.
Walaupun masih banyak yang ada kekosongan di Semenanjung. Jadi, saya maklum bahawa memang ada keperluan di Sabah dan Sarawak tetapi pada masa yang sama juga, perlu lihat kenapa ada kekosongan di Semenanjung dan ada kesesakan yang berlaku. Nisbah doktor kepada pesakit pun kita tidak dapat penuhi. Satu kepada 400 orang. Tetapi kita masih lagi tidak mengisi kekosongan tersebut di Semenanjung. So, saya harap perkara itu dapat menyelesaikan, mengurangkan, merungkaikan kerumitan yang ada terutama kepada petugas-petugas kesihatan di bawah ini.
Kedua, ialah berkenaan dengan Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan. Saya sambut baik dan mendukung usaha kerajaan hari ini dan KKM terutama atas komitmen untuk memperkasakan infrastruktur fasiliti kesihatan negara. Kita belanjakan peruntukan yang agak besar juga. Malah, dah disebutkan dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa akan dinaiktarafkan sebanyak 26 buah hospital.
Jadi, saya lihat bahawa ini satu perkara yang boleh diperjelaskan lagi dan saya mohon untuk pihak Menteri menjelaskan kedudukan terkini dan keperluan mendatang dari aspek kewangan bagi mencapai sasaran status fasiliti kesihatan yang efektif. Saya sebutkan ini kerana saya rasa kita boleh ambil contoh daripada negara-negara lain. Ada kaedah di mana mereka menggunakan sedikit cara yang agak radikal seperti yang berlaku di Sweden.
Secara ringkas peruntukan kewangan sistem kesihatan di Sweden ini, dia diuruskan oleh sebuah jawatankuasa daerah atau pun county council dan membawa kepada pembahagian punca kuasa itu yang berbeza dengan di Malaysia. Jadi, maknanya kita perturunkan punca kuasa itu di peringkat county tadi dan jawatankuasa ini ada kuasa
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
untuk pantau pengurusan hospital tempatan, penglibatan pihak swasta tempatan dan lain- lain.
Mungkin kita boleh lihat bagaimana cara dilaksanakan oleh negara-negara lain ini. Tetapi saya faham cara untuk kita laksanakannya berbeza. Malaysia ada cara kaedahnya tersendiri. Mungkin sukar untuk kita lakukan atau ikuti tetapi saya percaya ini perlu dilakukan. Tidak boleh ada satu keadaan yang seperti biasa, business as usual dengan izin.
Jadi, saya yakin kementerian akan ada usaha-usaha untuk melihat kaedah- kaedah yang boleh diamalkan dan mohon supaya dapat dikongsikan dan kita boleh sama- sama dukung dan bantu untuk kukuhkan sektor penting ini.
Puan Pengerusi, berkenaan butiran ini juga, saya mohon untuk Menteri menjelaskan. Ambil kesempatan sedikit dari segi kawasan. Apakah status naik taraf Hospital Tangkak? Sebab hospital dah lebih tua daripada kita. Lebih tua daripada Perdana Menteri yang lepas pun. Lebih daripada 100 tahun. Selepas beberapa siri lawatan ke Hospital Tangkak ini, saya lihat proses naik taraf itu belum gerak dan mesti disegerakan.
Selain itu, apakah status naik taraf klinik-klinik kesihatan dalam Parlimen Ledang?
Saya tahu ada peruntukan yang telah disediakan untuk naik taraf klinik-klinik kesihatan ini. Baik pulih yang uzur ada sejumlah RM300 juta tetapi saya mohon untuk dapat tempoh masa, garis masa untuk naik taraf. Pertama tadi klinik-klinik kesihatan. Kedua, adalah berkenaan dengan Hospital Tangkak.
Yang terakhir Puan Pengerusi ialah berkenaan dengan juga EMR yang tadi disebutkan oleh sahabat saya dari Kuala Selangor sedikit tadi. Ini butirannya saya tidak pasti. Mungkin Butiran 00800 yang berkaitan dengan Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Tetapi banyak pihak yang telah menyuarakan perkara ini supaya kita mesti ada keseragaman dan data rekod pesakit itu dapat dikongsi dengan lebih pantas apabila adanya sistem berkenaan.
Jadi, mohon pihak Menteri juga jelaskan dan cari jalan untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak yang juga ada minat untuk meningkatkan cara bagaimana kita menguruskan data pesakit ini daripada hospital kerajaan dan juga klinik-klinik swasta.
Saya tahu ada beberapa pihak yang telah pun berjumpa dengan saya dan mencadangkan supaya ada sistem yang diwujudkan.
Saya percaya pihak kementerian juga dah jumpa dan boleh mungkin kongsi sedikit sebanyak berkenaan dengan cadangan atau pun inisiatif kerajaan untuk memastikan EMR ini dapat dilaksanakan. Saya tahu kos dia besar tetapi saya harap ia boleh membantu pada masa hadapan. Sekian sahaja. Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Kapar membahaskan belanjawan Kementerian Kesihatan peringkat Jawatankuasa. Saya juga mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Kanak-kanak Sedunia.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih kepada UNICEF. Thank you for your button badge. Please save the children of Palestine and go condemn the children killers. Ini juga saya, kita perlu beritahu juga kepada semua kanak-kanak dan penjaga kanak-kanak termasuk kerajaan adalah penjaga kanak-kanak.
Merujuk kepada Kepala B.42 Butiran 040000 – Kesihatan Pergigian. Kod Objek 10000, anggaran RM1,002,486,400 mengambil kira negara sedang menua (aging nation)
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
dan pelbagai penyakit kronik yang merosakkan gigi, apakah persiapan kerajaan bagi menghadapi situasi tersebut?
B.42 Butiran 021900 – Radioterapi dan Onkologi, emolumen RM123,839,200.
Kapar mahu tahu, apakah trend pesakit kanser dalam negara? Apakah Malaysia bersedia dengan penemuan terbaharu dan kepakaran yang secukupnya untuk menghadapi trend kanser yang semakin tinggi termasuk di kalangan yang masih muda dan productive age dengan izin?
Memandang komplikasi kanser yang kompleks dan memberikan natijah negatif kepada kesejahteraan keluarga termasuk kesan ekonomi yang merudum untuk keluarga, adakah kementerian ada road map khusus mengenai bagaimana cara mengatasi kanser termasuk merancang modal insan yang mempunyai sub expertise khusus dalam masa lima tahun, 10 tahun dan seterusnya bagi negara kita?
B.42 Butiran 022300 – Dietetik dan Sajian. Lonjakan peruntukan hampir RM100 juta. Diketahui umum, diet rakyat di antara yang menyebabkan penyakit kronik khususnya diabetes, hipertensi, strok dan sebagainya. Kapar faham memang ada usaha pihak kementerian mendidik sajian sihat, namun ia masih tidak berkesan dan tidak menyeluruh.
Soalan saya untuk menjayakan pembudayaan pemakanan yang sihat, enculture dengan izin perlu penglibatan semua kelompok rentas kaum, rentas sosial status.
Dulu orang kata penyakit orang kaya, sekarang B40 pun ramai. Jadi, libatkan semua yang stakeholders itu supaya kita boleh mengatasi ini. Begitu juga, adakah arahan kawalan content iklan yang tidak memaparkan budaya pemakanan dan gaya hidup sihat, bahkan menjahanamkan kesihatan yang terpengaruh, iklan.
Bagi P.42 Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Anggaran – lonjakan ketara dari tahun 2023. Klinik Kesihatan Meru dalam Parlimen Kapar memerlukan upgrade yang serius, dengan izin. Stor ubat penuh padat, kawasan konsultasi sempit, bangun lama, rumah kuarters yang uzur dan tak boleh diduduki, penghawa dingin tidak berfungsi, dahlah sesak, bilik kaunseling remaja kurang selesa.
Jadi, Kapar syorkan kerajaan menggunakan sebahagian daripada peruntukan ini untuk memastikan Klinik Kesihatan Meru ini dapat memberi khidmat dalam suasana yang lebih kondusif kepada lebih 100,000 penduduk.
Butiran 00900 – Penyelenggaraan Kuarters KKM. Kuarters KKM Meru perlu perhatian dan tindakan wajar daripada pihak kementerian. P.42 Butiran Objek 00400 – Hospital Baharu. Kapar mahu tahu, berapakah jumlah untuk Hospital Kapar daripada peruntukan tersebut?
Butiran 01100 – Peralatan dan Kenderaan. Kapar mahu tahu berapakah ambulans baharu yang akan dibekalkan pada tahun 2024? Servis ambulans daripada Hospital Klang tidak mencukupi dan selalu lambat. Ambulans yang dipusatkan untuk menservis di Meru, Sementa dan sebagainya, jauh dan lambat. Jadi, kita minta lah tindakan daripada kerajaan.
B.42 Butiran 081100 – Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan
(NCEMH). Kapar mahu tahu perincian sasaran utama program dan ROI program ini.
Sejauh manakah kita telah mencapai tahap kebersediaan negara menghadapi lonjakan kes isu kesihatan mental terutama di kalangan remaja belia dan juga mungkin dari kalangan pesara? Apakah bentuk naik taraf yang kerajaan lakukan sekarang di hospital dan klinik kerajaan seluruh Malaysia bagi menangani isu kesihatan mental ini? Tak payah pergi hospital, boleh pergi ke klinik sahaja.
Juga, Dasar Baru – Skim Perubatan MADANI (SPM), RM100 juta. Kapar mahu tahu, bagaimanakah kerajaan memastikan rakyat Malaysia dapat memanfaatkannya?
Adakah akses permohonan dalam talian supaya tiada rakyat yang layak tercicir daripada bantuan kerajaan dan untuk memastikan ketelusan? Sikit lagi. Adakah segala pengesahan borang permohonan dari rakyat boleh disahkan oleh semua Ahli Parlimen termasuk kami ini daripada pembangkang kerana ada wakil rakyat kami yang paling hampir kepada rakyat. Jadi, saya mohon terima kasih banyak kepada Pengerusi. Terima kasih. Mohon jangan tak dijawab pula, Menteri. Kejam ya tak jawab.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya jemput Yang Berhormat Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk terlibat bagi membahaskan di peringkat Jawatankuasa untuk Maksud B dan P.42 Kementerian Kesihatan.
Saya terus kepada Butiran B 030000 – Kesihatan Awam dan sub Butiran B 030300 – Kawalan Penyakit. Saya nampak sebanyak RM950.326 juta disediakan dan Betong dengan ini ingin membangkitkan mengenai masalah penularan penyakit Rabies di Sarawak yang telah masuk kepada tahun keenam sejak ianya diisytiharkan pada 1 Julai 2017. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada KKM di atas usaha dan perkhidmatan untuk menyediakan segala rawatan kepada kes gigitan haiwan. Rabies seperti yang kita tahu ialah penyakit zoonotik yang akibat gigitan anjing gila ataupun haiwan lain. Selain daripada KKM, Jabatan Perkhidmatan Veterinar di bawah Kementerian Pertanian juga dipertanggungjawab menangani ancaman Rabies.
Oleh itu, mungkin minta Menteri memberi apakah situasi terkini kes Rabies di kalangan manusia di Sarawak sehingga ke hari ini? Berapakah jumlah fasiliti KKM di seluruh negeri Sarawak yang telah dikenal pasti bagi menyediakan segala perkhidmatan rawatan gigitan haiwan termasuk pemberian vaksin anti-rabies? Adakah semua hospital KKM di Sarawak menyediakan perkhidmatan suntikan rabies immunoglobulin ataupun RIG kepada kes-kes yang berisiko tinggi? Betong juga ingin minta Menteri menyatakan, berapakah jumlah peruntukan yang dikhaskan untuk menyediakan perkhidmatan rawatan gigitan haiwan termasuk pemberian vaksin anti-rabies?
Seterusnya, saya ke Butiran B.090000 – Dasar Baru dan sub Butiran 090200 – Skim Perubatan MADANI (SPM). Tahun 2024, sebanyak STR100 juta telah disediakan.
Betong menyambut baik inisiatif di bawah Dasar Baru ini iaitu Skim Perubatan MADANI yang diwujudkan bagi menampung segala keperluan kesihatan untuk golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut di mana penerimaan – penerima sumbangan tunai STR ini iaitu dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta yang berdaftar di bawah skim ini.
Oleh itu, Betong minta Menteri menjelaskan apakah kaedah agihan belanja ini kepada negeri-negeri dan wilayah nanti? Berapakah jumlah penerima yang disasarkan akan mendapat manfaat dari inisiatif ini? Bagaimanakah kerajaan mengatasi segala masalah rakyat di kawasan pendalaman seperti kita di Sabah dan Sarawak yang jauh atau tiada klinik perubatan swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI di setengah-setengah kawasan luar bandar?
Seterusnya ke Butiran P. 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan. Sejumlah agihan belanja yang agak besar iaitu RM307 juta disediakan tahun hadapan. Untuk makluman Menteri di kawasan saya ada tiga buah klinik KK yang agak memerlukan ubahsuai dan naik taraf dengan segera. Ketiga-tiga KK ini dibina dahulu dengan menggunakan kayu dan strukturnya amat kurang selamat.
Oleh itu, Betong mohon dipertimbangkan agar beberapa klinik kesihatan yang daif ini untuk diberi keutamaanlah bagi kerja ubahsuai, naik taraf dan pembaikan dan diganti dengan bangunan konkrit yang lebih selesa dan selamat. KK yang saya maksudkan ialah Klinik Kesihatan Kampung Tui, Klinik Kesihatan Nanga Tiga Layar, Klinik Kesihatan Nanga Mujau Spak, Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Akhir sekali iaitu kemudahan kuarters luar bandar. Berkaitan dengan ketiga-tiga klinik itu tadi juga, Betong menyambut baik penambahan belanja sebanyak RM11.027 juta tahun hadapan untuk tujuan ini. Jadi oleh itu, Betong amat juga mengharapkan ketiga-tiga klinik ini juga yang mempunyai kuarters yang daif dipertimbangkan juga.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Butiran 01100 iaitu Peralatan dan Kenderaan. Betong juga menyokong pertambahan peruntukan sebanyak RM651.122 juta untuk tahun hadapan dan berpandangan bahawa KKM perlu memastikan setiap klinik kesihatan di pedalaman dilengkapi dengan kenderaan dan ambulans berserta dengan jawatan pemandu sekali.
Betong ingin menarik perhatian Menteri tentang ketiadaan dan kekurangan kenderaan dan ambulans di beberapa klinik kesihatan di kawasan Betong. Bagi ambulans sekarang, ianya diguna sama di antara beberapa klinik kecil-kecil di kawasan Betong.
Apabila dia keluar, mengambil masa tiga ke empat jam untuk kembali. Keadaan ini menyulitkanlah bila ada kes kecemasan yang memerlukan perkhidmatan ambulans tersebut.
Jadi, begitu juga dengan kenderaan yang juga diperlukan untuk urusan penghantaran sampel-sampel untuk ujian makmal dan sebagainya. Oleh itu, Betong mintalah kerajaan memberi keutamaan agar setiap klinik kesihatan lebih-lebih lagi di pedalaman disediakan dengan sebuah ambulans dan kenderaan dengan segera. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik. Terima kasih kepada Pengerusi memberi masa untuk saya berbahas dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya terus kepada Butiran 030300, peruntukan bagi kemudahan penyakit sebanyak RM950.3 juta pada tahun 2024 berbanding dengan RM913.1 juta sahaja pada tahun 2023.
Jadi, Kulim ingin bertanya kepada Kementerian Kesihatan, adakah kerajaan bercadang untuk menyediakan peruntukan khas sebagai kesiapsiagaan menghadapi prospek Penyakit X berdasarkan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini serta langkah pencegahan yang diambil berdasarkan pengalaman lalu dalam menangani pandemik COVID-19, Virus Nipah dan SARS?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya kepada Kementerian Kesihatan, apakah langkah pencegahan KKM ekoran dua kes baharu jangkitan cacar monyet yang membabitkan dua lelaki warga tempatan seperti yang disahkan oleh KKM pada 30 Oktober yang lalu?
Tuan Yang di-Pertua, bagi Butiran 080900, peruntukan bagi PeKa iaitu untuk B40 sebanyak RM80 juta pada tahun 2024 berbanding RM75 juta pada tahun 2023. Tuan Pengerusi, Kulim juga ingin bertanya kepada kementerian iaitu berkaitan statistik terkini jumlah saringan PeKa B40 mengikut negeri-negeri sehingga kini serta bilangan penerima manfaat di bawah program PeKa B40. Adakah kementerian bercadang untuk memperluaskan skop saringan kesihatan kepada penyakit kanser yang lain di samping insentif melengkapkan rawatan kanser yang sedia ada?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kepada Butiran 0400 di mana berkaitan dengan bayaran-bayaran bil hospital swasta yang mana saya dimaklumkan bahawa perbezaan antara hospital swasta ini amat berbeza. Sebagai contoh, penyakit yang sama di hospital swasta yang lain bernilai RM40,000 dan pesakit pergi ke hospital swasta yang lain hanya mendapat bayaran sebanyak RM8,000 sahaja, berbeza sebanyak RM32,000. Saya memohon supaya kementerian membuat satu garis panduan terhadap hospital swasta ini.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Boleh celah sikit Tanjong Karang?
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Ya, sila.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Adakah Kulim-Bandar Baharu bersetuju dengan saya bahawa cas rawatan di hospital-hospital swasta ini akan meningkat berkali-kali ganda sekiranya pembiayaan tersebut ditanggung oleh pihak
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
insurans? Jadi, cas rawatan di hospital swasta ini sebenarnya bukanlah tergantung kepada kos sebenar rawatan tersebut, tapi adanya manipulasi untuk membuat duit. Terima kasih.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih Tanjong Karang. Saya amat bersetuju dan masukkan ke dalam teks perbahasan saya dan kerana kos untuk bayaran hospital swasta ini amat melambung sekali.
Seterusnya, bagi Butiran 00400 – Hospital Baharu. Saya juga ingin bertanya kepada kementerian iaitu berkaitan dengan hospital daerah Bandar Baharu yang walaupun dua tiga kali saya dah berbahas dalam Dewan ini, tapi masih belum ada jawapan yang konkrit untuk memberi satu hospital yang baharu untuk mengurangkan kesesakan di Hospital Kulim.
Walaupun di Hospital Kulim saya mendapat jawapan daripada kementerian untuk membuat penambahan bangunan, tetapi oleh kerana Kulim adalah satu kawasan yang pesat membangun berhampiran dengan high-tech industries menyebabkan terlalu banyak penambahan penduduk di situ.
Untuk mengelakkan daripada kesesakan, mengurangkan daripada 20 ataupun 30 peratus daripada kesesakan di Hospital Kulim, saya mengharapkan hospital di Daerah Bandar Baharu diberi kepada Daerah Bandar Baharu untuk mengurangkan kesesakan di Hospital Kulim. Walaupun saya mendapat tahu bahawa ada seberapa syarat lagi yang belum mencukupi, tapi saya mohonlah kementerian orang kata, berilah orang kata, pejam matalah, ihsanlah untuk mendapatkan hospital di Bandar Baharu ini.
[Ketawa] Kemudian, saya juga ingin mengetahuilah sekiranya klinik-klinik daif di Daerah Kulim-Bandar Baharu ni di manakah statusnya untuk dibaik pulih? Adakah ada perancangan, ada peruntukan untuk hospital di Daerah Kulim-Bandar Baharu yang terlalu banyak yang daif? Saya juga memohon supaya tambahan ambulans-ambulans di kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu di mana baru-baru ini ada satu kes di mana berlaku berhampiran dengan saya sendiri iaitu pada awal pagi di mana seorang waris hendak menghantar anaknya ke sekolah, tiba-tiba mengalami accident. Menunggu hampir satu jam setengah, baru datang ambulans untuk bawa ke hospital. Ini amat menyedihkan.
Saya takut kerana kekurangan ambulans ini boleh menyebabkan kematian. Jadi, saya mengharaplah kalau boleh pihak kementerian bukan sahaja di Parlimen Kulim- Bandar Baharu, kalau boleh tengoklah di seluruh negara tentang kekurangan ambulans.
Kalau adapun, ambulans yang terlalu daif. Saya mohonlah kalau boleh beri perhatian yang amat serius terhadap ambulans-ambulans yang berada di seluruh negara terutama sekali di Kulim-Bandar Baharu. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya mengambil bahagian dalam Maksud Bekalan dan Pembangunan 42. Pertama, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Kesihatan atas peningkatan peruntukan pembangunan kepada RM6 bilion pada Belanjawan 2024 kali ini. Ada peningkatan lebih RM1 bilion berbanding dengan belanjawan sebelumnya. Tetapi, ia bukanlah peruntukan pembangunan yang paling tinggi untuk Kementerian Kesihatan. Kita pernah merekodkan pada Belanjawan 2021 dengan peruntukan pembangunan RM8.6 bilion ketika itu.
Jadi, saya mohon sekiranya boleh, kerajaan patut memberikan fokus kepada peruntukan pembangunan KKM sebab di sinilah fasiliti ataupun kemudahan kesihatan di seluruh negara dapat dinaik taraf sebab yang bekalan itu untuk pengurusan dan sebagainya. Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri kalau boleh pada tahun akan datang melonjakkannya kepada RM8 bilion terutamanya untuk peruntukan pembangunan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Perkara pertama yang saya nak sebutkan ialah berkenaan dengan Butiran 021500 di bawah tajuk Nefrologi, RM60 juta diperuntukkan. Saya nampak ianya untuk emolumen dengan perjawatan 3,280 orang. Maknanya, jumlah kakitangan ataupun doktor ataupun pegawai perubatan yang terlibat sama, maksudnya kemudahan ataupun kemudahan peralatan yang sedia ada pun sama.
Saya nak menarik perhatian Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan tajuk ini.
Mesin dialisis di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban tidak mencukupi dan ramai pesakit yang telah lama berdaftar, beratur panjang, tunggu lama, masih belum mendapat kemudahan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Mereka ini termasuk antara yang tak ada kemudahan daripada mana-mana agensi termasuk SOCSO. Jadi mereka ini kalau nak pergi swasta itu, berat. Tak mungkin mereka dapat menanggung. Lagipun, ianya kita tahulah, kalau dialisis itu sepanjang hayat, ia menelan belanja yang sangat besar. Jadi, saya mohon supaya kerajaan memberikan fokus kepada bahagian ini sebab ia melibatkan rawatan sepanjang hayatlah senang cerita. Kalau orang itu umur dia boleh hidup sampai umur 80, 90 tahun, memang sepanjang hayat dia kena buat dialisis.
Jadi saya nak tanya, ada tak program ataupun perancangan daripada KKM untuk menaik taraf, menambahkan fasiliti dialisis di HTJ. Sebab, Hospital Tuanku Ja’afar adalah hospital utama di Negeri Sembilan. Dia bukan sahaja untuk penduduk Seremban yang ramai, yang padat tapi ada juga untuk daripada pesakit dari tempat lain.
Berkenaan dengan Hospital Tuanku Ja’afar juga Yang Berhormat Menteri, di bawah Butiran 00300 – Kemudahan Hospital peruntukan pembangunan. Saya nampak kemudahan hospital mendapat peruntukan yang besar, RM875 juta, bagus. Saya menyokong pertambahan ini. Cuma saya nak tanya, daripada RM875 juta peruntukan pertambahan ini, berapakah yang diberikan ataupun untuk digunakan untuk menaik taraf kemudahan di Hospital Tuanku Ja’afar?
Bukan setakat di nefrologi yang saya sebutkan tadi, tetapi semua jabatan. Ada tak apa-apa berkenaan dengan Hospital Tuanku Ja’afar? Sebab Hospital Tuanku Ja’afar ini dia bukan setakat untuk penduduk Seremban, tetapi dia menyokong semua daerah di Seremban sebab dia adalah hospital utama. Yang lain itu banyak adalah hospital daerah.
Malahan penduduk daripada daerah Sepang, Selangor sendiri juga ramai yang pergi ke Seremban.
Seterusnya, Butiran 040400 – Kesihatan Pergigian Kepakaran. Pembinaan Pusat Pakar Pergigian Seremban yang menelan belanja RM26 juta sedang dalam proses pembinaan. Berlaku kelewatan. Jadi saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah kelewatan ini akan menyebabkan— ia sepatutnya siap dalam waktu sekarang ini tapi ia akan ditangguhkan pada tahun depan. Saya tahu ia bawah ICU, bukan bawah KKM pembinaannya. Cuma saya nak tanya, apakah ia menelan belanja dan apakah kapasiti Pusat Pergigian Pakar ini selepas ianya beroperasi?
Ada dua perkara lagi. Satu lagi 090200 – Skim Perubatan MADANI (SPM). Saya nampak ianya perkara baharu dan ianya telah dilancarkan pada 15 Jun tahun ini dengan peruntukan RM100 juta. Saya menyambut baik. Ia satu yang membolehkan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daripada golongan B40 yang biasanya tak dapat nak pergi ke klinik swasta, tapi ini dapat pergi dan ia bukan sahaja memberikan kemudahan kepada pesakit daripada kategori ini, ia juga dapat mengurangkan, meringankan beban daripada klinik kerajaan.
Cuma saya nak tanya setakat ini, macam mana sambutan daripada klinik swasta terhadap kemudahan ini dan apakah RM100 juta yang diperuntukkan untuk tahun 2024 ini mencukupi untuk menampung sepanjang tahun depan dan setakat bulan enam sehingga kini, berapakah belanja yang telah digunakan untuk tahun ini?
Perkara terakhir Yang Berhormat Pengerusi adalah berkenaan dengan 030300 – Kawalan Penyakit. Saya nampak RM950 juta. Saya nak sebut dua jenis penyakit. Satu ia berkenaan dengan denggi. Kita semua tahu. Di Seremban, saya pergi di Daerah
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Seremban, saya berikan contoh, sehingga minggu ke-45, jumlah kes yang terkumpul adalah 3,448 berbanding 1,500 pada tahun sebelumnya dan 500 pada tahun 2021. Jadi, pertambahan yang berkali ganda yang membimbangkan dan kita tahu perkara ini. Kalau kita tak ada satu pendekatan baharu yang berkesan untuk mengatasi masalah ini, ianya akan berlarutan sampai bila-bila.
Jadi saya nak tanya pada KKM melalui PKD, apakah yang boleh dilakukan bersama dengan agensi yang lain? Dia bukan setakat PKD ataupun KKM saja, termasuk PBT dan sebagainya. Apakah kita ada langkah tertentu yang berkesan untuk mengatasi masalah ini?
Terakhir di bawah tajuk ini juga berkenaan dengan malaria. Saya nampak dia pertambahan juga. Ada banyak kes dan apakah ada tindakan yang akan dilakukan yang berkesan yang akan dilakukan oleh KKM untuk mengatasi masalah ini. Sekian sahaja, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Gantang.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Sejahtera Yang Berhormat Pengerusi, Yang Berhormat Menteri.
Anggaran peruntukan keseluruhan KKM lebih RM41 bilion. Penambahan sebanyak hampir RM5 bilion. Soalan saya, apakah pihak KKM mampu mengurus RM35 bilion wang pengurusan untuk meningkatkan kecekapan pegawai-pegawai dalam deliveries system bagi melaksanakan RM6 bilion peruntukan pembangunan tahun 2024?
Dalam beberapa perbahasan yang lalu, saya telah meminta Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk melihat deliveries system yang ada sekarang ini. Ketidakcekapan beberapa kementerian sehingga menyebabkan lambatnya memulakan projek baharu.
Berlakunya kelewatan, juga berlaku projek terbengkalai. Ini merugikan kerajaan dan rakyat.
Bagaimanapun saya yakin dengan Kementerian Kesihatan kerana saya mengenali KSU-nya semasa beliau menjadi KSU kepada Kementerian Sumber Asli dan Pengairan. Di mana ketika berlakunya banjir di Parlimen Bukit Gantang, beliau telah mengambil tindakan begitu pantas. Turun dan melihat sendiri apa yang berlaku dan seterusnya meluluskan bantuan untuk mengelakkan berlakunya banjir di Parlimen Bukit Gantang. Saya harap KSU KKM dapat melaksanakan sistem delivery yang cekap supaya rakyat dapat manfaat.
Sebagai Ahli Parlimen dalam Dewan yang mulia ini, saya sendiri ada dua perkara yang saya nak ketengahkan. Pertamanya ialah soal rakyat dan negara ini. Keduanya, soal kawasan saya. Kami selalu hadir dalam Dewan ini. Walaupun pagi tadi kami ke Istana Kehakiman untuk memberikan sokongan solidariti kepada hukuman syariah, tapi kami dikatakan ponteng. Sebenarnya tak ponteng. Okey dalam masa yang sama...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Bukit Gantang, saya nak celah sedikit. Kalau dikatakan ponteng, bolehkah kita katakan semua Menteri penuh yang tak hadir kecuali Menteri Kesihatan ini ponteng pada masa ini. Hanya sikit Bukit Gantang.
[Tepuk]
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Pasir Mas, Menteri mungkin sibuk untuk menagihkan peruntukan. Saya juga mengharapkan kementerian dapat menyelesaikan soal doktor kontrak sebagai mana yang disebutkan oleh PMX pada 4 April 2023, menjelang 2025, 4,300 doktor kontrak akan diselesaikan. Saya amat prihatin terhadap nasib para doktor kontrak yang tidak pasti masa depan mereka sedangkan mereka sudah bertungkus-lumus belajar selama bertahun-tahun. Kita bimbang minat pelajar untuk menceburi bidang perubatan akan menurun dan ini akan menyebabkan sasaran 2024, nisbah doktor dan rakyat sukar dilaksanakan.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Yang Berhormat Pengerusi, saya nak sentuh Parlimen Bukit Gantang. Kecekapan dan prihatinnya pegawai-pegawai di peringkat daerah Larut, Matang dan Selama, saya rakamkan dalam Dewan yang mulia ini. Saya mendapat kerjasama yang begitu baik.
Mereka selalu update apa yang berlaku di daerah dan mereka juga berbincang dengan saya. Contohnya, untuk penutupan dua buah klinik kesihatan disebabkan oleh keselamatan dan juga tidak sesuai lagi. Jadi, saya bersetuju cumanya nak minta tingkatkan Pusat Kesihatan Trong dengan mengisi semua jawatan-jawatan doktor yang masih kosong.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Yang keduanya ialah Butiran 00201, 00600, 00700. Saya sebut butiran-butiran ini, sekarang ini rakyat Bukit Gantang sedang mengikuti apa yang saya cakap. Mereka minta saya sebutkan satu persatu dan mereka telah sebut kepada saya, Dato’ sudah mintak macam-macam tetapi tidak ada jawapan. Saya pun tidak faham, sudah minta, macam mana lagi? Pada tengah hari ini saya nak memohon upgrade Pusat Kesihatan Bukit Gantang dan juga Air Putih kepada type lima dengan perbelanjaan sebanyak RM25 juta satu pusat. Saya minta lagi sekali, saya memang sekarang ini minta macam-macam.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Apakah kerajaan nak bersetuju ataupun tidak?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Kalau kita...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
...tak minta pun kerajaan tidak setuju, minta dengan baik pun tak bagi, mintak dengan kasar pun tak bagi, nak minta macam mana? Saya minta– saya sebut sudah dalam permintaan yang lepas, kalau diluluskan untuk rakyat saya Bukit Gantang dua pusat kesihatan ini, saya boleh menyokong kerajaan PMX. Tetapi tidak ada jawapan secara terang-terangan tetapi kalau secara senyap-senyap boleh dilaksanakan, terima kasih banyak Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
“Pinggan tak retak, nasi tak dingin”.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tidak ada pendirian Yang Berhormat ini. Tidak ada pendirian.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Langat. Jangan berdiri.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Hulu Langat pun sama sahaja.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Kuala Pilah
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Apa yang sama, Hulu Selangor?
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Bismillahi Rahmani Rahim.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Apa yang sama, Hulu Selangor?
Hah Hulu Selangor.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Apa yang sama? Bangkitlah, apa yang sama? Nak main-main dengan Hulu Langat, apa yang sama?
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
[Berselawat] Yang Berhormat Puan Pengerusi, Kuala Pilah terus merujuk kepada Butiran 030200 – Pembangunan Kesihatan Keluarga, Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar, Butiran 00600 – Ubah Suai, Naik taraf dan Pembaikan.
Yang Berhormat Puan Pengerusi, untuk makluman, terdapat lapan buah klinik kesihatan yang terletak dalam Parlimen Kuala Pilah dan 20 klinik desa. Parlimen Kuala Pilah juga mengandungi lima DUN yang amat bergantung kepada perkhidmatan yang diberikan oleh klinik kesihatan dan klinik desa. Klinik Kesihatan Senaling merupakan klinik kesihatan terkecil berbanding klinik-klinik yang lain dan merupakan klinik yang telah dinaik taraf, di mana bangunan asalnya ialah bangunan klinik desa. Seluruh penduduk di Senaling bergantung pada Klinik Kesihatan Senaling untuk mendapatkan rawatan kesihatan sehingga mengakibatkan kepadatan yang melampau dan ketidakselesaan.
Kepadatan yang melampau ini telah menyebabkan waktu menunggu menjadi semakin panjang dan kesesakan di ruang menunggu. Oleh itu Puan Pengerusi, Kuala Pilah memohon agar KKM dapat mempertimbangkan permohonan untuk membangunkan sebuah bangunan baharu yang lebih besar kepada Klinik Kesihatan Senaling untuk menampung pesakit yang semakin bertambah.
Klinik-klinik desa yang sedia ada di Kuala Pilah juga telah begitu lama dan daif, memandangkan lokasi kampung-kampungnya agak jauh daripada Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. Klinik desa inilah yang menjadi tumpuan rakyat bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Kuala Pilah ingin tahu, di bawah butiran ini berapakah bilangan klinik desa yang bakal di baik pulih dan di naik taraf serta berapakah bilangan klinik desa yang bakal dibina baru pada tahun 2024 tahun hadapan di Parlimen Kuala Pilah?
Yang Berhormat Puan Pengerusi, Kuala Pilah merujuk kepada Butiran 030100 – Pengurusan Kesihatan Awam Ibu Pejabat/Negeri, Butiran 030200 - Pembangunan Kesihatan Keluarga, Butiran 00203 – Perkhidmatan Kesihatan Bandar, juga Butiran 30000 – Aset.
Sebelum ini Kuala Pilah pernah menyuarakan akan keperluan yang amat mendesak untuk pembinaan bangunan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah yang baharu memandangkan bangunan yang sedia ada yang telah berusia setengah abad, sudah terlampau uzur dan usang.
Saiz bangunan kecil dan terpaksa menempatkan kakitangan yang ramai juga menyebabkan kesesakan yang teruk di dalam bangunan pejabat. Ruang pejabat yang sempit dan tidak kondusif menyebabkan terdapat beberapa unit di bawah Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah ini terpaksa ditumpangkan di bangunan lain. Timbul juga masalah berkaitan kekurangan ruang meletak kenderaan kerana terpaksa berkongsi dengan pejabat kerajaan yang lain.
Namun begitu, perkara yang paling membimbangkan adalah mengenai keselamatan kerja memandangkan struktur bangunan sudah usang dan daif, malah sistem pendawaian elektrik juga tidak selamat serta sistem perpaipan air sudah terlalu lama dan usang. Kuala Pilah berpandangan dalam usaha kita ingin memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik untuk rakyat, keselesaan dan kesejahteraan petugas kesihatan juga wajar diberikan perhatian oleh KKM.
Jika kita tidak mampu untuk menaikkan upah atau gaji dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya kita boleh menawarkan sesuatu faktor penarik kepada petugas- petugas kesihatan ini daripada aspek yang lain. Puan Pengerusi, oleh itu Kuala Pilah amat berharap agar KKM dapat mengambil serius cadangan untuk membina bangunan baru bagi Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah ini supaya ianya dapat mewujudkan keselesaan kepada staf Pejabat Kesihatan Daerah tersebut.
Puan Pengerusi, Kuala Pilah merujuk kepada Butiran 080800, Butiran 01100 – Peralatan dan Kenderaan. Selama ini kerajaan telah membelanjakan kos yang amat besar bagi perolehan peralatan perubatan di fasiliti KKM memandang kebanyakan peralatan ini berteknologi tinggi dan diimport dari luar negara. Sebelum ini Kuala Pilah semasa
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
membahaskan bajet di peringkat Dasar, mencadangkan agar kerajaan melihat kaedah leasing, dengan izin, ataupun pajakan untuk perolehan peralatan perubatan dan peralatan pejabat kerana ianya lebih menjimatkan dan praktikal kerana kita hanya perlu membayar kos pajakan sahaja.
Segala kerja pembaikan akibat kerosakan atau penyelenggaraan akan dibuat oleh pemilik pajakan. Kuala Pilah ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada KKM kerana baru-baru ini Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) telah mengumumkan untuk meneroka penggunaan kaedah leasing tahun hadapan bagi perolehan aset-aset KKM seperti perkhidmatan peralatan perubatan.
Kuala Pilah juga melihat kepada KKM, melihat bahawa KKM telah mula menawarkan tender perkhidmatan peralatan perubatan bagi mesin-mesin ultrasound secara sewaan untuk kegunaan di pejabat perubatan di KKM. Kuala Pilah ingin bertanya, selain daripada mesin ultrasound ini, apakah aset-aset lain yang bakal diperolehi menggunakan kaedah leasing ini? Puan Pengerusi, di bawah Butiran 080800 ini juga Kuala Pilah ingin memohon agar KKM dapat membekalkan ambulans tambahan kepada Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.
Justifikasi permohonan ini adalah kerana HTAN merupakan hospital kedua terbesar di Negeri Sembilan, di mana Hospital Tuanku Ja’afar sering kali menghantar pesakit bagi menjalani rawatan dan pembedahan di HTAN. Klinik-klinik kesihatan dan desa juga terletak berjauhan dari hospital ini. Bangunan tambahan yang sedang dibina HTAN dijangka siap pada penghujung 2024 ataupun awal 2025. Oleh yang demikian, keperluan kepada ambulans ini amatlah mendesak dan diharapkan KKM dapat memberikan HTAN keutamaan bagi memiliki ambulans tambahan tersebut.
Kuala Pilah ingin merujuk kepada Butiran 30000 – Aset, di mana berlakunya penambahan hampir RM1 bilion berbanding 2023. Kuala Pilah berharap di bawah butiran ini KKM dapat memberikan keutamaan kepada pembelian alat-alat perubatan bagi kegunaan doktor-doktor dan jururawat. Difahamkan banyak alatan sedia ada sudah tidak berfungsi dengan baik dan sewajarnya ditukar sejajar dengan teknologi perubatan yang terkini.
Puan Pengerusi, kesimpulannya Kuala Pilah berpandangan bahawa kaedah leasing merupakan game changer, dengan izin, kepada perkhidmatan kesihatan di negara kita. Jika ianya dapat dilaksanakan pada tahun hadapan, sudah pasti banyak lebihan baki peruntukan telah pun ditajukkan dalam bajet pembentangan bajet tahun ini, terutamanya dalam aspek perolehan aset. Oleh yang demikian, diharapkan Kementerian Kesihatan Malaysia dapat melestarikan perkhidmatan kesihatan di negara kita untuk faedah rakyat.
Terima kasih. Kuala Pilah dengan ini ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kanak- kanak Sedunia, terima kasih, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti, terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 12.59 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng] mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 00400 – Hospital Baharu.
Meneliti jawapan Menteri semasa penggulungan perbahasan Belanjawan 2023 lalu di peringkat Jawatankuasa Kementerian Kesihatan, RM300 juta telah diperuntukkan untuk kerja-kerja naik taraf dan membaik pulih fasiliti kesihatan di 400 klinik daif dan lima buah klinik kesihatan juga akan dibina di bawah Rolling Plan Keempat, Rancangan Malaysia Kedua Belas. Mudah-mudahan peningkatan peruntukan ini dapat disalurkan ke Parlimen Kuala Krau.
Pertama sekali tentang Klinik Kesihatan Kuala Krau yang telah ditubuhkan sejak 1966 lagi di tempat yang begitu sempit dan tidak bersesuaian pada waktu ini, yang mana antara masalah yang dihadapi oleh Klinik Kesihatan Kuala Krau ini iaitulah yang pertama setiap kali musim tengkujuh pasti dia terlibat banjir terutamanya pada Disember 2014, Disember 2021 dan Januari 2022. Namun setiap kali hujan lebat yang berterusan air yang menaiki kaki lima klinik sudah menjadi perkara biasa bahkan setiap kali di hujung tahun kakitangan klinik ini akan terpaksa membuat persediaan awal memindahkan bahan peralatan di klinik.
Justeru, saya menarik perhatian kementerian untuk menimbang agar ia nya dibina baharu memandangkan dengan kepadatan hampir 150 ke 200 orang awam yang mengunjungi klinik ini pada setiap hari. Begitu juta saya menarik perhatian pada Hospital Maran yang telah diluluskan pembinaannya pada tahun 2011 dengan peruntukan RM150 juta sedangkan dalam pembentangan bajet yang baharu ini tidak disebutkan tentang Hospital Maran ini. Jadi, saya minta penjelasan daripada Menteri.
Begitu juga saya menarik perhatian Dewan terhadap pandangan yang pernah disuarakan oleh Allahyarham, Almarhum Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Haji Ahmad Shah, ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong sekarang untuk mewujudkan IJN di Pantai Timur bagi menampung jumlah pesakit di kawasan Pantai Timur sekali gus dapat membantu warga Pantai Timur daripada segi masa dan juga kos. Pertanyaan saya, apakah kerajaan dapat mengkaji semula cadangan berkaitan IJN di Pantai Timur ini?
Butiran 060300 – Penyelidikan. Butiran ini juga berlaku peningkatan peruntukan sebanyak 15.8 peratus iaitu RM24 juta ketimbang tahun lepas.
Persoalan saya adalah sebenarnya sudah sejauh manakah penyelidikan kepada RUU Generasi Penamat Rokok. RUU ini sudah dimasukkan ke dalam jadual untuk dibahaskan sebanyak dua kali dan kedua-dua kali jugalah ditangguhkan atas alasan- alasan yang tertentu. Persoalannya, bilakah ia nya hendak dimuktamadkan?
P.42 Butiran 01100 iaitu bersangkutan dengan peralatan dan kenderaan.
Tadi ada disebut bersangkutan dengan ambulan. Parlimen Kuala Krau juga berdepan beberapa klinik kesihatan dengan masalah yang sama. Saya memahami bahawa peruntukan untuk membeli ambulan baharu adalah agak tinggi. Maka saya mencadangkan agar pihak kementerian dapat memohon daripada mana-mana GLC ataupun institusi-institusi kewangan dalam bentuk wakaf kesihatan untuk memastikan
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
ambulan yang baik dapat disediakan di klinik-klinik kesihatan demi untuk memastikan pesakit-pesakit dapat sampai ke hospital pada waktu yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krau. Saya jemput Yang Berhormat Batu.
Tuan Prabakaran a/l M. Parameswaran - Batu
Terima kasih Puan Pengerusi untuk bagi Batu mengambil bahagian dalam perbahasan Jawatankuasa.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah buat Menteri kerana beliau dengan sedaya upaya mempertahankan RUU GEG. Walaupun Oktober lalu perlu dibentangkan, tetapi ada masalah-masalah tertentu dan dua hari lepas Menteri juga memberi komitmen akan dibentangkan dalam Parlimen sesi ini dan ada lapan hari lagi.
So, I hope the last three days adalah pembentangan GEG ini.
Sebagai anggota ataupun ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, saya rasa perlu dibentangkan dengan segera supaya membolehkan implementasinya.
Saya terus kepada perbahasan saya di mana hampir RM35 bilion untuk mengurus dan RM6 bilion untuk pembangunan dan jumlahnya RM41 bilion untuk Kementerian Kesihatan. Itu satu peruntukan yang amat besar. Apabila saya tersentuh dengan Butiran 030000 – Kesihatan Awam, di mana dalam butiran ini semua sub butirannya ada kenaikan peruntukan dan saya perlu puji kerajaan.
Begitu juga dengan klinik kesihatan di kawasan saya, Klinik Kesihatan UTC di mana secara purata sebanyak 280 hingga 300 orang pesakit hadir ke klinik setiap hari dan majoritinya adalah ibu dan anak-anak. Jumlah Doktor dan Jururawat adalah dalam kategori memuaskan bagi menampung jumlah pesakit harian tetapi saya melihat adalah harus untuk dikaji semula dari sudut lokasi, kelengkapan perubatan dan kemudahan awam lain.
Tuan Prabakaran a/l M. Parameswaran - Batu
Dari sudut lokasi, kementerian harus mempertimbangkan sama ada bangunan tersebut harus dinaiktaraf ke suatu ruangan lebih besar ataupun untuk diberi penempatan baharu. Hal ini kerana UTC Sentul ini ada ruang yang sangat kecil membuatkan mesin- mesin utama seperti X-ray tidak boleh menampung dan mesin seperti ultrasound machine pun kini dirosakkan dalam Klinik Kesihatan UTC Sentul membuatkan pesakit-pesakit pergi ke klinik kesihatan lain di mana mengakibatkan prosedur yang panjang semula.
Saya harap Menteri membantu Klinik Kesihatan UTC Sentul untuk menaiktarafkan ruangan tersebut ataupun cari satu tempat yang baharu supaya mereka boleh mengadakan ruang dan suasana yang besar untuk dapat pesakit-pesakit yang lebih banyak.
Selain itu, jika dilihat seperti Klinik Kesihatan Tanglin, ruang klinik adalah kecil sedangkan keluasan tanah milik KKM adalah besar. Saya mencadangkan untuk membina parking, parking kenderaan bertingkat manakala ruang klinik harus dinaiktaraf dari sudut keluasan dan peralatan kesihatan. Selain itu, saya juga ingin mencadangkan kepada pihak KKM untuk memberi perhatian penuh buat anak-anak yang menghidapi penyakit ADHD dan autisme.
Saya juga mencadangkan KKM harus menyediakan keperluan penuh bagi rawatan buat anak-anak yang dijangkiti dengan ADHD dan juga autisme. Itu sahaja daripada saya. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya jemput Yang Berhormat Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Dato’ Pengerusi untuk saya bahaskan Kementerian Kesihatan Peringkat Jawatankuasa.
Merujuk pada Butiran 020200 – Pengurusan Hospital. Penggal yang lepas di Hospital Yan telah pun selesai 18 kerusi baharu untuk pesakit dialisis, saya ucapkan terima kasih. Cuma dengan kos hampir RM3 juta bahagian pengurusan hospital, saya harapkan agar pihak kementerian dapat mempertimbangkan ruang untuk ditambah umpamanya mesin dialisis di Hospital Yan kerana bilangan pesakit semakin bertambah dan ruang cukup terhad.
Seterusnya Butiran 020300 – Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar. Saya ingin merujuk perkhidmatan kesihatan di Klinik Kesihatan Yan.
Untuk makluman Dewan, Hospital Yan akan menutup Jabatan Pesakit Luar dan akan diperluaskan kepada klinik kesihatan di Yan mulai 1 September 2023 ini. Ini bermakna OPD Hospital Yan akan ditutup sepenuhnya pada tahun 2024.
Oleh itu terdapat isu-isu yang timbul dalam usaha memberi rawatan terbaik kepada penduduk.
(i) terdapat kekurangan perjawatan di OPD, Jabatan Pesakit Luar iaitulah pembantu tadbir, juruteknologi makmal perubatan, kekurangannya jururawat dan memerlukan pembantu perubatan kesihatan;
(ii) perkhidmatan kecemasan. Keadaan ambulans yang uzur seperti mana yang disarankan oleh YB-YB yang lain, saya pun turut terkesan juga dengan kekurangan ataupun ambulans yang sering uzur dan terpaksa dilakukan pembaikan dari semasa ke semasa menyebabkan proses perkhidmatan lambat dan kurang berkesan; dan
(iii) bangunan pesakit luar ruangan yang sempit bagi pesakit menunggu untuk menerima rawatan. Ruang menunggu sedia ada dalam klinik hanya mampu menampung 16 orang pesakit sahaja dalam satu masa. Saya juga mohon kementerian agar dapat mempertimbangkan di sudut infranya iaitu Klinik Kesihatan Yan agar dapat diperluaskan ruang letak kereta yang sangat terhad.
Seterusnya Butiran 090200 – Skim Perubatan MADANI. Tuan Pengerusi, saya difahamkan skim ini semata-mata diwujudkan untuk mereka yang layak dalam kalangan B40. Setakat ini, berapa peratuskah rakyat yang telah mendapat manfaat skim ini dan setakat ini, berapakah jumlah klinik swasta yang terlibat dalam skim ini agar rakyat di luar bandar lebih cakna untuk dapatkan perubatan percuma mengikut kelayakan mereka.
Sekian.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Saya jemput Yang Berhormat Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Selamat tengah hari dan salam sejahtera. Terima kasih kerana telah memberi ruang untuk saya turut berbahas di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan. Seperti mana yang kita perhatikan dewasa ini, peruntukan belanjawan bagi KKM kian hari kian meningkat iaitu daripada RM30.8 bilion pada tahun 2020 kepada RM41.2 bilion pada tahun hadapan.
Oleh kerana peruntukan yang besar ini, saya memohon supaya agihan projek klinik daif bagi Sabah dan Sarawak harus diberi kuota yang lebih, memandangkan keadaan kedaifan klinik daif yang lebih kritikal di kedua-dua wilayah ini. Jadi saya harap
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
perkara ini harus diperhalusi kerana saya melihat banyak klinik khasnya di wilayah Sabah dan Sarawak perlu untuk diperbaiki dengan kadar yang segera demi untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang baik kepada masyarakat kita.
Kita juga sedia maklum bahawa KKM juga jangan terikat dengan prosedur yang menyulitkan penggantian klinik daif ini. Sebagai contoh pada zaman 60-an, 70-an dan 80- an klinik-klinik desa biasanya dibina dengan konsep gotong-royong dan sekarang ini mengapa klinik-klinik tersebut tidak diganti mengikut kapasiti populasi dan bukannya mengikut konsep over-designed. Jadi saya berharap agar pihak KKM dan juga kerajaan meneliti dan juga memperhalusi perkara ini Selain itu, Butiran 020000 sub Butiran 020300 – Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar harus juga merangkumi butiran flying doctor services, dengan izin, yang begitu penting bagi Sabah dan Sarawak. Perkhidmatan ini masih diperlukan dan saya berharap jangan sesekali kita mengurangkan perkhidmatan ini selagi KKM tidak memberi klinik bermaruah kepada pendalaman wilayah Sarawak dan Sabah.
Selain daripada itu, KKM juga harus mempertimbangkan perkhidmatan flying ambulance services ataupun perkhidmatan ambulans udara untuk kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak kerana selalu berlaku di mana ada kemalangan berlaku di pendalaman dan mereka ini menjadi mangsa dan tidak dapat diselamatkan dan akhirnya mereka nahas.
Jadi kebanyakan perkara sedemikian berlaku di pendalaman Wilayah Sabah dan Sarawak dan setakat ini saya difahamkan perkhidmatan ini semakin berkurangan dan saya merasakan perkara ini amat perlu dan kita harus meneliti kerana Wilayah Semenanjung dia amat berbeza dengan Wilayah Sabah dan Sarawak.
Jadi saya juga ingin supaya bekalan ambulans diberi keutamaan pada Wilayah Sabah dan Sarawak di mana kedua-dua wilayah ini perlu dibekalkan dengan ambulans pacuan empat roda. Di mana 590 buah ambulans yang akan diagih, saya berharap KKM juga guna kaedah 590 ini dibahagikan lebih kepada Wilayah Sabah dan Sarawak kerana Sabah dan Sarawak ini cukup berbeza daripada bentuk muka bumi dan sebagainya dan ambulans pacuan empat-roda itu amat-amat diperlukan.
Saya juga melihat kepada Butiran 080900 iaitu PeKa B40. Saya juga ingin memohon supaya maklumat lengkap mengenai program ini, berapa ramai orang yang menerima manfaat mengikut negeri dan kawasan Parlimen dan berapa peruntukan sebenar yang digunakan setiap tahun sejak program ini dilaksanakan?
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Apakah detil perbelanjaan program PeKA B40? Ini supaya kita dapat melihat dan supaya ia lebih dapat disasarkan kepada masyarakat yang memerlukan.
Akhir sekali, saya sekali lagi ingin mengulangi permohonan dan juga rayuan saya supaya pembinaan Hospital Puncak Borneo yang baru dan pengoperasian Klinik Siburan disegerakan sebab perkara ini amat diperlukan di kawasan saya.
Saya berharap agar perkara ini dapat direalisasikan untuk memenuhi hasrat dan kehendak dan juga permintaan kesihatan yang begitu tinggi di kawasan saya. Dengan itu, sekian terima kasih. Thank you very much.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 030300 – Kawalan Penyakit iaitu dalam kes ini kita melihat di seluruh negara terdapat banyak kempen berkenaan dengan merokok.
Walau bagaimanapun hari ini walaupun kempen telah dibuat, arahan dibuat tetapi penguatkuasaannya sangat lemah. Sebagai contohnya saya mencadangkan kepada
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
pihak kerajaan supaya mewujudkan dan mengklasifikasikan bekerjasama dengan pihak PBT supaya kita dapat klasifikasikan restoran untuk orang yang merokok dan restoran untuk orang yang tidak merokok.
Sebab sekarang ini bila tidak dibuat secara berasingan, kita dapati sukar bagi ibu bapa yang membawa anak-anak untuk memastikan bahawa restoran yang mereka masuk itu tidak ada orang yang merokok kerana kalaupun kita boleh melarang tetapi ini bukan dalam kapasiti sebagai individu untuk melarang mana-mana orang untuk merokok. Jadi akan berlaku pergaduhan pula di antara pelanggan dengan pelanggan.
Jadi bagi memastikan ini tidak mengganggu orang lain, saya kira sampai masa untuk kerajaan membuat program seperti ini supaya tidak mengganggu dan membahayakan dari sudut kesihatan kepada kanak-kanak dan ibu yang mengandung tentang pendedahan kepada asap rokok dan perkara-perkara lain yang kita kira tidak disenangi oleh pelanggan yang lain. Jadi ini memerlukan suatu tambahan kepada bilangan penguat kuasa. Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan, berapakah jumlah penguat kuasa yang ditugaskan untuk memastikan perkara ini dapat dilaksanakan.
Di bawah Butiran 030600 – Pendidikan Kesihatan, saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan dalam kes kita memberikan pertolongan kepada B40, memberikan pertolongan kepada rakyat secara keseluruhan, kita lihat pendidikan kesihatan ini lebih utama daripada rawatan kesihatan, tetapi hari ini jumlah hospital telah pun bertambah kerana jumlah penyakit bertambah.
Sejauh manakah dan berapa banyak kah bajet yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk pendidikan kesihatan secara menyeluruh? Kerana kita tidak mahu kita terpaksa menanggung rawatan kepada orang-orang yang sengaja mengambil vape ketika usia yang masih kecil dalam keadaan sendiri tidak mampu untuk merawat penyakit yang akan datang daripada mereka hisap vape tersebut.
Saya juga ingin bertanya pihak kerajaan tentang Butiran 030400 – Pemakanan, iaitu kita dapati bahawa kalau sebut tentang kesihatan, mereka jarang dapat kaitkan dengan makanan, tapi bagaimanapun kita tahu bahawa kebanyakan penyakit datang daripada masalah makanan.
Jadi, berapakah bilangan orang ataupun pakar dietician di dalam Kementerian Kesihatan dan adakah pada masa depan untuk menurunkan dan sebagai pencegahan dan pendidikan kepada kesihatan yang lebih baik dari sudut makanan.
Kita boleh menempatkan dietician ini di semua KKD, di semua klinik kesihatan kerana kita faham pendidikan, penjelasan yang paling awal di peringkat ibu baru mengandung adalah sangat penting di kampung-kampung, di desa-desa bagi memastikan bahawa mereka makan makanan yang sihat. Boleh balik makan ulam dan juga salad dan sebagainya, yang menyebabkan mereka tak kan makan lagi jajan-jajan yang tidak bermanfaat dan membahayakan kesihatan, seterusnya membawa penyakit-penyakit pada masa akan datang.
Di bawah Butiran 022800 – Perubatan Tradisional dan Komplementri. Saya ingin bertanya pihak kerajaan, bagaimanakah galakan yang dibuat oleh pihak kementerian dan berapakah universiti yang menyediakan pendidikan perubatan tradisional dan komplementri yang diiktiraf oleh pihak kementerian?
Berapakah bajet yang disediakan dan adakah sekiranya mereka ini mendapatkan rawatan tradisional dan komplementari ini dapat dikeluarkan laporan perubatan kepada pihak pesakit yang mendapatkan rawatan tersebut di hospital-hospital terbabit? Berapa banyak kah kajian keberkesanan yang telah dikeluarkan daripada rawatan-rawatan tradisional dan komplementari ini?
Seterusnya berkaitan dengan Butiran 080500 – Perkhidmatan Sokongan Hospital. Sekarang ini di bawah perkhidmatan sokongan hospital. Itu mungkin spesifik secara pegawai-pegawai hospital.
Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah kita boleh panjangkan perkhidmatan ini kepada sebagaimana hari ini dibuat di bawah LPPKN MamaCare, PapaCare iaitu rawatan kesihatan ataupun terapi kesihatan yang dibuat oleh pihak
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
sukarelawan bekerjasama dengan pihak LPPKN dan mereka ini bukan di bawah satu skim yang khas. Jadi, adakah kita boleh naikkan kepada skim sokongan hospital untuk PapaCare dan MamaCare supaya khidmat yang lebih terperinci, lebih terkawal dapat dinikmati oleh masyarakat setempat? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi peluang pada Tuaran untuk turut berbahas.
Saya akan berbahas bagi maksud Bekalan 42, Kementerian Kesihatan, Butiran 010000 – Pengurusan khususnya Butiran 010200 – Sumber Manusia.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kepada Kementerian Kesihatan kerana telah membuat perubahan di Hospital Tuaran setelah ada insiden di mana ada yang tersalah diagnosis dan sebagainya. Apabila kita semak pada ketika itu, di Bahagian Kecemasan rata-rata Pegawai Perubatan di sana adalah berpengalaman kurang daripada dua tahun. Syukur hari ini telah dihantar pakar di situ dan saya mengucapkan terima kasih.
Persoalannya ialah, bagaimanakah perkara ini boleh berlaku di Kecemasan semuanya rata-rata sembilan orang doktor semua yang kurang daripada dua tahun. Tidak ada lima tahun dan tiada pakar dan sebagainya. Saya dapati bahawa ini berlaku kerana kelemahan daripada segi pengurusan sumber manusia. Kenapa pengurusan pegawai sumber manusia ini kurang cekap, dia gagal kerana mereka pun juga baru, tiada pengalaman. Kenapa tiada pengalaman? Sebab bila dia ada pengalaman, dia naikkan pangkat, dia pergi ke tempat lain. Ini berlaku kerana kekurangan jawatan yang tinggi, yang perlu diwujudkan.
Maknanya perlu diwujudkan lebih banyak jawatan kepada kakitangan yang bukan perubatan. Supaya mereka lebih cekap daripada segi pengurusan. Saya difahamkan bahawa kakitangan khususnya di Sabah dan Sarawak adalah tidak sama dengan di Semenanjung dan memang kekurangan bilangan jawatan dalam pengurusan yang senior.
Itu perlu dipertingkatkan.
Selain daripada itu, saya juga dapati bahawa ada kemudahan-kemudahan baru diwujudkan termasuk di Hospital Tuaran. Ada juga klinik-klinik tapi akhirnya tidak ada kakitangan, tiada peralatan dan sebagainya. Sekali lagi saya lihat ini satu kegagalan pengurusan untuk melihat bagaimana kakitangan itu dapat diwujudkan, kakitangan yang bersesuaian, kakitangan yang berpengalaman.
Kemudian di bahagian perubatan pula doctors- tahun ini kalau tidak silap saya diwujudkan lebih kurang 12,000 yang telah dimasuk diserap kepada permanent setelah diluluskan dalam bajet tahun lepas, berapa itu RM1.7 bilion kah itu? Saya ingin tahu, daripada 12,000 jawatan baru, jawatan tetap yang telah diberikan para doktor ini, berapakah bilangan mereka yang telah diberi jawatan tetap yang berpengalaman?
Maknanya dia lebih dua tahun ke atas ataupun lebih lima tahun ke atas.
So, saya dapati ada doktor yang sudah lima tahun berkhidmat sehingga pada hari ini masih lagi kontrak, masih lagi bukan permanent. Jadi, apakah sebenarnya dasar kementerian, apakah dasar kerajaan apabila diwujudkan jawatan tetap untuk doktor ini, apakah keutamaan tidak diberikan kepada mereka yang sudah berkhidmat lebih dua tahun, lebih lima tahun? Kenapa yang baru masuk ini pula yang dimasukkan dalam jawatan tetap?
Saya ingat ada satu janggal di situ dan ada sesuatu yang perlu diperbaiki, bagi sayalah. Saya kenal beberapa orang doktor yang sudah berkhidmat lebih lima tahun. Dia masih lagi kontrak. Kemudian yang baru datang satu tahun, dua tahun itu pula yang diberi.
Jadi apa dasarnya? Saya fikir dalam hal itu perlu diperbaiki keadaan itu terutama sekali di Sabah dan Sarawak di mana kita dapati banyak doktor daripada Semenanjung yang baru
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
masuk, datang ke Sabah, lepas itu dapat pengalaman sikit, lepas itu dia datang sini. Jadi, kita akan kekurangan berterusan mereka yang berpengalaman untuk berkhidmat di Sabah. Saya juga ingin berbahas bagi Butiran 090300 – Agenda Nasional Malaysia Sihat.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Dalam hal ini, sahabat saya Yang Berhormat Puncak Borneo sebentar tadi bercerita tentang PEKA 40. PEKA 40, saya difahamkan bahawa dia punya saringan hanya sekali dalam seumur hidup tetapi semua setakat tahu sama ada, ada darah tinggi kah ada satu condition begitu, tetapi untuk mengesan penyakit yang lebih berbahaya seperti kanser dan sebagainya, perlu diadakan saringan dari semasa ke semasa. Kalau boleh setiap tahun barangkali setiap bulan dan sebagainya.
Dalam hal ini, saya ingin bertanya bagaimanakah dan apakah rancangan, program kementerian untuk memastikan ada saringan kesihatan, pemeriksaan kesihatan yang dapat digalakkan di kalangan rakyat Malaysia dengan lebih terperinci? Sebab kita tahu juga bahawa daripada segi kewangan, kementerian pun memang mencabar, terhad dan sebagainya untuk memperbanyakkan lagi saringan di bawah PEKA 40, tetapi apakah insentif kepada mereka yang terlibat untuk mempromosikan saringan kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan sebagainya? Ini sebab saya fikir langkah yang jauh lebih baik, makna dia prevention is better than cure. Di kawasan saya, sentiasa saya mengatakan di Tuaran, kematian sekarang lebih 100 orang dalam sebulan dan ini amat merisaukan kepada kita. Sangat merisaukan.
Baik, adalah sangat penting bagi rakyat untuk mengetahui apakah penyakit mereka supaya lebih awal lagi mereka mendapat rawatan lebih awal supaya kita mencegah kematian. Itu sahaja Puan Pengerusi. Sekian dan terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya mengalu-alukan kehadiran Ketua dan Pimpinan Dewan Muslimat PAS Kuala Krai dan Muslimat Kota Baharu serta peserta Akademi Pimpinan Balqis ke persidangan Dewan pada petang ini...
[Tepuk] Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberikan kesempatan dan ruang kepada saya untuk turut sama dalam perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Kesihatan. Saya ingin menyentuh hanya tiga perkara dalam perbahasan saya pada petang ini. Pertama ialah Butiran B.10000 – Emolumen.
Saya mengucapkan terima kasih atas pertambahan peruntukan di butiran ini.
Tentunya saya berharap pertambahan ini akan juga merujuk kepada jumlah pakar yang berada di Gred UD56 yang telah berkhidmat lebih 10 tahun. Direktif terbaru dari KKM menyatakan pakar UD56 yang berkhidmat lebih 10 tahun layak untuk berkhidmat sebagai pakar perunding. Walau bagaimanapun, kenaikan pangkat kepakaran ke jawatan pakar perunding tetapi gred perkhidmatan masih kekal sebagai UD56 tidak menggambarkan kerajaan ini mengambil peduli tentang kebajikan doktor-doktor yang telah lama berkhidmat.
Pada saat tanggungjawab masih tinggi tetapi tangga gaji masih sama dan tiada apa keistimewaan tambahan, saya juga ingin menanyakan berapa ramai kah jumlah doktor pakar UD56 yang telah dinaikkan pangkat ke JUSA C dari tahun 2000 sehingga kini?
Jumlah kenaikan tertinggi adalah pada tahun 2022 dan selepas itu jumlah kenaikan adalah rendah. Sekurang-kurangnya doktor pakar perunding yang telah pencen sama ada pencen dengan Gred JUSA- hakiki, ataupun JUSA Khas Untuk Penyandang ataupun KUP perlu diganti selari dengan jumlah Gred JUSA yang pencen. Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, jumlah JUSA Khas Untuk Penyandang yang pencen tidak
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
diganti menjadikan jumlah pakar yang berada di Gred UD56 semakin ramai terutamanya yang telah berada di Gred UD56 lebih 10 tahun.
Dalam manifesto Pakatan Harapan, No.6 menyatakan, “Tangani Isu Doktor Kontrak dan Jamin Kebajikan Penjawat Kesihatan.” Ini tentunya terpesong jauh sebagaimana yang dijanjikan. Jangan nanti manifesto sekali lagi dilanggar sesuka hati sebagaimana sebelumnya. Saya bimbang isu ini akan menjadi penyebab untuk para pakar yang kita ada berpindah ke hospital swasta malah ada yang berhijrah ke luar negara.
Apakah tindakan susulan kementerian berhubung maklum balas terkini yang diberikan susulan townhall Menteri bersama pada doktor termasuk ketetapan status quo mengenai elaun on-call doctor, kriteria lantikan tetap pegawai perubatan serta tempoh perkhidmatan pegawai perubatan kontrak?
Berapakah purata elaun on-call doctor? Saya difahamkan hanya RM19 untuk satu jam. Adakah ini benar? Adakah benar permintaan persatuan untuk meminta RM25 ditolak?
Kedua Tuan Pengerusi ialah Butiran 020200 – Pengurusan Hospital. Saya ingin menanyakan berkaitan dengan pain free hospital. Berapakah jumlah peruntukan untuk program ini? Saya ingin mencadangkan belanjawan untuk program ini diberikan khusus dan ditambah agar program yang sebaik ini dapat berjalan dengan lancar.
Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai merupakan hospital kedua terbesar dan terbaru di Kelantan. Saya ingin mencadangkan hospital ini dimaksimumkan penggunaannya dengan ditambah baik peralatannya dan doktor pakar agar betul-betul dapat merealisasikan sebagai hospital pakar kedua di negeri Kelantan. Dengan kedudukannya yang strategik untuk kawasan Selatan Kelantan, tentunya mampu memberi kemudahan kepada penduduk yang tidak perlu ke hospital HRPZ II di Kota Bharu dan HUSM di Kubang Kerian.
Ketiga ialah Butiran 030000 – Kesihatan Awam. Soalan saya ialah, apakah status terkini RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 ataupun RUU Generasi Penamat (GEG) serta pendirian khusus kementerian tentang klausa generasi penamat dari sudut perundangan sama ada wujud sebarang percanggahan dengan Perlembagaan seperti yang dilaporkan?
Minggu-minggu pertama persidangan kali ini, saya menerima banyak permintaan daripada pelbagai pihak sama ada melalui e-mel ataupun mesej dalam Facebook supaya Ahli-ahli Parlimen menyokong RUU ini jika dibentangkan. Jadi sebenarnya, bilakah RUU ini akan kembali dibentangkan di Parlimen atau apakah pendirian terkini kementerian dalam isu GEG ini?
Menerusi butiran yang sama juga, saya ingin menyentuh kemudahan di klinik kesihatan ataupun KK. Saya ingin mencadangkan agar klinik-klinik kesihatan ini diberikan peralatan yang sesuai dan terkini serta doktor-doktor pakar agar klinik kesihatan dapat berfungsi dengan lebih sempurna terutamanya klinik-klinik kesihatan yang telah dibina baharu menggantikan bangunan lama yang dibina dengan kayu dan kecil sebelum ini.
Dengan ini, klinik kesihatan mampu memberi perkhidmatan dan menjadi pilihan warga setempat dan dalam masa yang sama, akan mengurangkan kesesakan di hospital dan juga klinik kesihatan bandar ataupun KKD.
Dalam butiran yang sama, saya juga ingin memohon kepada KKM untuk menambah ambulans kepada Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai dan juga Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai kerana saya difahamkan hanya terdapat lapan buah ambulans sahaja di bawah PKD Kuala Krai. Empat buah ambulans yang sedia ada sudah berusia iaitu tahun 2005 dan 2011 dan juga selalu rosak terutamanya Klinik Kesihatan Dabong yang amat memerlukan kerana jaraknya yang terlalu jauh dari Hospital Sultan Ismail Petra iaitu sekitar 70 kilometer. Ia nya tentu tidak mencukupi kerana PKD Kuala Krai memandangkan jaraknya yang sangat luas serta Kuala Krai merupakan laluan utama ke Kuala Lumpur yang sering terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Itu sahaja perbahasan saya, Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Puan Pengerusi kerana membenarkan saya berbahas di peringkat Jawatankuasa Kementerian Kesihatan. Saya ingin membangkitkan tiga perkara untuk perhatian kementerian.
Pertama ialah tentang Pengurusan – Sumber Manusia, Butiran 010200. Daripada satu tinjauan yang dibuat oleh Malaysian Medical Association baru-baru ini, didapati lebih kurang 91 peratus daripada doktor-doktor perlu membuat some form of overtime. Ramai daripada mereka terutamanya doktor-doktor yang junior yang bekerja kurang daripada dua tahun dikehendaki menjalankan tambahan masa atau overtime setiap hari dan 20 peratus daripada mereka yang mempunyai pengalaman lebih daripada dua tahun juga perlu bekerja overtime setiap hari. Lainnya, perlu bekerja overtime tiga atau empat hari.
Dalam keadaan sedemikian, ramai daripada mereka, doktor-doktor ini berasa tertekan. Saya ingin tanya kerajaan, kenapa tidak mengambil lebih banyak lagi Pegawai- pegawai Perubatan atau doktor-doktor ini supaya doktor-doktor tidak bekerja dalam keadaan tertekan? Ini telah menyebabkan ramai daripada doktor-doktor ini antara sebabnya telah letak jawatan dan tahun lepas telah kita nampak satu angka tambahan yang letak jawatan bertambah mendadak sebanyak 1,354 orang.
Saya ingin tanya, itu persoalan saya dan kalau kita boleh jimat duit daripada overtime ini untuk bayar pegawai perubatan baru.
Kedua, ada ramai daripada pakar-pakar dan juga doktor-doktor yang telah memberitahu saya mereka lebih sudi kalau kerajaan boleh melaksanakan flexi hour. Mereka sudi mendapat gaji yang lebih rendah, tetapi boleh hidup tanpa tekanan yang berlebihan. Harap kerajaan dapat mengambil kira dua faktor ini.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Perkara kedua yang ingin saya bangkitkan ialah tentang peralatan, Butiran 01100 dan juga Butiran 022000 – Pengimejan dan Diagnostik. Saya difahamkan di seluruh negeri Perak, kita tidak ada satu machine- brain or head, neuro angiogram. Saya berharap kerajaan boleh membekalkan sekurang-kurangnya satu di hospital besar Perak iaitu Hospital Tuanku Bainun di Ipoh. Difahamkan di seluruh Perak hanya ada sebuah mesin tersebut di sektor swasta iaitu di KPJ Ipoh.
Akhir sekali, Butiran 01100 – Peralatan dan Kenderaan. Mengikut statistik yang saya telah diberikan, saya difahamkan panggilan kecemasan untuk ambulans di negeri Perak bertambah secara purata setiap tahun, 11 peratus setiap tahun sejak 2015 hingga ke tahun lepas, 2022.
Saya ingin menanya kerajaan, memandangkan setiap tahun ada permintaan ambulans yang bertambah ini di negeri Perak, berapakah, adakah jumlah kenderaan ambulans ini ditambah mengikut permintaan yang bertambah ini? Mengikut piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan, respons ambulans mestilah dalam 20 minit sampai ke tempat iaitu selepas mendapat aduan, mesti keluar dari tempat klinik atau hospital dalam lima minit dan sampai tempat kejadian dalam 15 minit.
Jadi, daripada statistik yang dibekalkan kepada saya di negeri Perak, lebih daripada 60 peratus daripada kes ambulans sampai lebih daripada 20 minit. Juga, ada kes-kes di mana ambulans hanya sampai satu jam kemudian kerana kenderaan rosak atau tidak ada pemandu. Saya ingin tanya kepada kerajaan, adakah kerajaan menyediakan ambulans tambahan sebagai spare ataupun sebagai simpanan kalau berlakunya ambulans yang rosak?
Saya faham memang kekangan tambahan perbelanjaan kalau kita ada banyak driver atau pemandu-pemandu ambulans ini. Bolehkah kerajaan juga melatih pegawai- pegawai klinik atau hospital lain yang boleh memandu ambulans sebagai spare driver
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
kalau mana-mana pemandu yang sepenuh masa itu jatuh sakit atau tidak dapat membawa ambulans tersebut?
Oleh yang demikian, saya harap perkara ini dapat perhatian kerajaan dan kita perlulah menambah ambulans di negeri Perak seperti kerana permintaan telah naik dan juga pemandu-pemandu ambulans ini mestilah mencukupi. Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Beruas.
Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Assalamualaikum warahmatullah dan selamat petang. Terima kasih Puan Pengerusi. Saya mengalu-alukan kedatangan rombongan daripada Padang Terap ke Dewan Rakyat dan juga rombongan- rombongan lain...
[Tepuk] Saya ucapkan selamat datang.
Saya mulakan dengan mengucapkan Selamat Hari Kanak-kanak Sedunia kepada semua kanak-kanak sedunia. Tahniah kepada Kementerian Kesihatan kerana diberikan penambahan peruntukan di mana belanja mengurus naik dari RM31. 5 bilion kepada RM35.15 bilion. Manakala pembangunan naik daripada RM4.82 bilion kepada RM6.06 bilion. Satu peningkatan yang sangat saya kira sangat besar dan ia boleh digunakan untuk dimanfaatkan.
Butiran 090100 – Dasar Baru, ada tambahan emolumen RM1.5 bilion. Apakah tambahan emolumen yang dimaksudkan ini? Berapa ramaikah kakitangan baharu yang diambil? Adakah ia boleh menyelesaikan sebahagian daripada isu jururawat yang suka berkhidmat ke luar negara? Berapa ramai jururawat? Saya ingin tahu, berapa ramaikah jururawat yang memilih untuk bersara secara pilihan dan akan bertugas- sebahagiannya mungkin memilih untuk bertugas ke luar negara menyebabkan akhirnya kerajaan terpaksa mengambil jururawat daripada negara luar.
Kita tahu bahawa jururawat ini merupakan kakitangan yang setia sehingga viral sekarang ini, “Jangankan Gunung Fujiyama, puncak Himalaya ku ikut kamu. Jangankan ke Kemboja, ke Ethiopia juga sampai”...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Paya besar boleh nyanyi. Saya tak boleh...
[Ketawa] Ia melambangkan kesetiaan jiwa seorang jururawat untuk berkhidmat sebenarnya. Saya yakin kalau diberikan skim yang baik, mereka akan setia berkhidmat dalam negara kita di Malaysia.
Jadi, saya mahu tahu dalam isu pengambilan Jururawat asing ini mulai 1 Oktober yang dibenarkan oleh kerajaan, sampai bila polisi ini hendak dibuka? Menteri kata bahawa kerana itu kerana disebabkan latihan yang tidak dapat dilaksanakan, sampai bilakah perkara ini dapat diatasi? Sebab ia tidak boleh dibiarkan. Kita mengambil jururawat asing sehingga mengabaikan Jururawat yang sedia ada.
Butiran 090100 juga, Dasar Baru, isu staf sokongan. Saya mendapat rungutan pengamal perubatan yang mengeluh kerana staf sokongan yang agak kurang. Jadi, apakah hala tuju kementerian dalam mengambil staf sokongan ini yang bermula dengan U19? Sekarang kontrak. Kalau tahun 2018, 2019 dulu mereka masuk ke tetap. Jadi, bagaimana hala tujunya?
Isu MySejahtera. Setakat manakah hala tuju aplikasi ini? Saya mendapat aduan jika pengguna menukar telefon, ia agak sukar untuk membuat pengesahan semula.
Apakah hala tuju Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok yang dibangkitkan oleh sahabat-sahabat tadi? Setakat manakah kerajaan serius untuk melaksanakan rang undang-undang ini? Saya hendak menyatakan pendirian kita bahawa kalau kerajaan membawa Rang Undang-undang Produk Kawalan Merokok dan GEG ini, kita Ahli
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Parlimen di peringkat pembangkang- insya-Allah, akan menyokong langkah kerajaan.
Jadi, jangan tunduk kepada mana-mana tekanan. Ini bukan isu kepentingan politik. Ia melebihi daripada kepentingan politik partisan.
Tadi, saya hendak sentuh Yang Berhormat dari Kampar menyebut Menteri daripada Perikatan Nasional sebelum ini, Menteri daripada Perikatan Nasional sebelum ini. Saya nak betulkan. Menteri sebelum ini daripada UMNO dan sebelum itu juga daripada UMNO juga, dalam era pentadbiran Perikatan Nasional. Bila kita nak sebut tentang Menteri, saya rasa tak payah bangkitlah isu Perikatan Nasional kepada pembangkang dan sebagainya. Perbahasan tentang kesihatan ini ialah perbahasan tentang kita semua dan kita akan sokong usaha yang baik daripada pihak kerajaan, insya-Allah.
Pendidikan Kesihatan - Butiran 030600. Saya ingin ulangi kekecewaan tindakan kerajaan mengeluarkan nikotin daripada senarai racun dan kerana itulah apabila Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok ini dibentangkan dan diluluskan, saya yakin ia bertujuan untuk mendidik dan menghalang generasi anak muda dengan apa-apa aktiviti berkait rokok dan juga vape. Yang Berhormat Menteri yang sedia ada, bila saya semak salah satu Petunjuk Prestasi Utama Kementerian Kesihatan pada muka surat 355, kementerian mensasarkan kadar jangkaan hayat lelaki dan perempuan ketikan lahir tahun 2024 menurun berbanding daripada angka sebenar tahun 2022. Bukankah sistem kesihatan kita semakin baik dan menatijahkan umur yang lebih panjang?
Jadi, adakah ini juga kesan daripada rokok yang tidak dapat dihentikan penjualan dan penggunaannya ini? More response daripada Menteri. Saya nak ulangi hujah dari Tumpat tadi bahawa bagaimana isu kawalan aktiviti merokok di restoran dan kedai-kedai makan? Saya kira ia sangat longgar pada hari ini.
Saya hendak bagi tahniah pada Kuala Selangor. Bila jadi Menteri dulu, saya fikir masa itulah suasana penguatkuasaan yang sangat ketat sehingga kita tengok orang takut nak merokok dalam kedai makan dan restoran. Ia perlu diulangi lagi pada hari ini supaya orang nampak tindakan tegas tidak boleh merokok di khalayak awam, tambahan lagi di dalam kedai makan yang ada anak-anak kecil dan sebagainya.
Akhirnya, saya hendak berterima kasih kepada Menteri dalam Butiran 0203000 – Rawatan Kecemasan. Menteri turun ke kawasan saya di Pasir Mas, di Rantau Panjang, di Hospital Lati. Saya sangat terima kasih Menteri datang dalam keadaan mengejut, cakap Kelantan dan sebagainya. Orang kampung sangat gembira. Hospital Lati itu dikenali sebagai “hospital mati” kerana rawatan kecemasannya itu agak lambat menyebabkan orang kata kalau pergi barangkali akan ialah akan berakhir dengan perkara yang tidak diingini. Jadi saya mahu tahu, apakah benchmark ataupun apakah sasaran apabila seseorang itu berada di kecemasan? Sasaran yang akan dirawat dengan segera di hospital-hospital luar bandar seperti ini.
Puan Pengerusi, saya mengalu-alukan rombongan seramai 42 orang masyarakat Orang Asli yang diketuai oleh Batin dan Pengerusi JPKK Mesyuarat Orang Asli Jelebu...
[Tepuk] Terima kasih. Terima kasih Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Puan Pengerusi. Saya ucapkan pada hari ini iaitu Selamat Hari Kanak-kanak Sedunia. Puan Pengerusi, terima kasih saya diberi kesempatan untuk saya berbahas pada Peringkat Jawatankuasa ini. Saya menyentuh kepada mengenai tajuk Butiran 10000 – Emolumen, dan usulnya adalah tentang elaun kerja di luar waktu bekerja biasa bagi pegawai perubatan.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Dulu kerja seorang penjawat awam sangat gah dan dipandang tinggi. Gaji lumayan, pekerjaan stabil. Namun, kini saban hari kita dapat lihat kuasa membeli penjawat awam semakin mengecil. Secara amnya, secara khususnya ingin difokuskan ini ialah mengenai pegawai dan pakar perubatan. Memanglah dikatakan gaji dan elaun doktor sudah pelbagai, tetapi ingin ditekankan di sini, bukan semua doktor melakukan *on-call.
On-call* adalah pekerjaan di luar waktu bekerja yakni selepas pukul 5 petang hingga 8 pagi keesokan harinya pada hari bekerja dan 24 jam bagi hari minggu dan cuti umum.
Untuk para doktor yang tidak membuat on-call seperti bidang pentadbiran dan klinik kesihatan umpamanya, mereka dapat berehat pada hujung minggu dan cuti umum seperti penjawat awam lain. Namun, untuk doktor-doktor di hospital sama ada hospital daerah mahupun tertiary melakukan on-call adalah diwajibkan bagi memberi khidmat kepada pesakit yang memerlukan rawatan pada luar waktu pejabat.
Seperti yang diketahui umum, kadar elaun on-call untuk pegawai perubatan adalah sebanyak RM220 pada hujung minggu dan cuti umum bersamaan dengan RM9.17 sejam. Saya difahamkan elaun pegawai RELA RM9.80 sejam. Jadi, jauh beza di antara pegawai RELA dengan pegawai perubatan yang membuat on-call. Jadi, ingin dibandingkan dengan kadar locum klinik swasta. Kadar bayarannya adalah RM40 hingga RM50 sejam. Inilah yang dikatakan, dengan izin, overworked dan underpaid bagi seorang doktor perubatan di KKM.
Setelah bertemu dan mendengar keluhan daripada doktor-doktor KKM, didapati ada doktor terpaksa melakukan locum di klinik swasta bagi menampung kos sara hidup yang agak tinggi. Hal ini menyebabkan mereka kadangkala penat kerana melakukan dua kerja dan justeru itu, tidak dapat memberikan 100 peratus fokus dalam khidmat kepada pesakit mereka di KKM.
Saya bagi contoh situasi sebenar seorang pegawai perubatan yang sedang on- call di Jabatan Ortopedik ke, Pediatrik ke, Neurosurgeri ke pada hari cuti umum hujung minggu. Lazimnya hanya seorang doktor sahaja yang bertugas untuk menjaga pesakit- pesakit di dalam wad. Katakanlah, dalam satu jabatan ada lima wad termasuk ICU dan setiap wad ini mempunyai bilangan pesakit 10 orang atau kadangkala lebih.
Bayangkan sahaja betapa penatnya seorang doktor itu untuk hendak buat review setiap satu pesakit di setiap lima wad itu. Belum kira lagi jika ada panggilan kecemasan di wad-wad yang lain yang perlukan khidmat seorang doktor. Ditambahkan lagi jika ada ahli keluarga yang datang melawat pesakit dan berjumpa dengan doktor yang bertugas seorang diri pada hari itu.
Pekerjaan yang berterusan dalam masa 24 jam kadangkala tidak sempat rehat dan hendak pantau situasi pesakit-pesakit di semua wad di jabatan berkenaan. Ini baru satu contoh sahaja. Saya rasa doktor-doktor di jabatan hospital seluruh Malaysia pun menghadapi situasi yang sama. Maka adalah tidak wajar bagi pengeluaran masa dan tenaga seorang doktor yang bekerja pada hujung minggu dari pukul 8 pagi hingga 8 pagi keesokan harinya dibayar dengan kadar RM9.17 sejam sahaja selama 11 tahun ini tidak pernah ada sebarang kenaikan.
Cadangan saya untuk hal yang berbangkit ini adalah agar elaun on-call bagi pegawai perubatan dinaikkan kepada RM40 sejam selari dengan kadar bayaran di klinik swasta. Ini kerana bagi hemat saya, kadar itu adalah wajar disebabkan kepakaran dan servis mereka yang sangat kritikal dan penting untuk menjamin kualiti dan memberi perkhidmatan kesihatan kepada rakyat Malaysia dan sekali gusnya semua hospital dan pesakit di KKM. KKM dan JP harus memberi perhatian penuh pada isu ini yang sudah saban tahun diminta oleh mereka kerana kebanyakan pegawai perubatan yang berhenti ini memilih untuk berhijrah ke perkhidmatan swasta disebabkan mereka merasa seperti ditindas atau, dengan izin, human slavery dan ia sekali gus menyebabkan kelompongan kekurangan doktor-doktor yang berbakat besar di seluruh hospital di Malaysia.
Satu lagi penjelasan mohon daripada pihak Menteri tentang kebakaran di Hospital Sultan Aminah di Johor Bahru. Jadi, apakah outcome selepas siasatan bebas yang ada tiga kebakaran iaitu pada 25 Oktober 2016 yang melibatkan enam orang terkorban, 28
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Jun 2020, tiada kemalangan jiwa dan yang terbaru pada 21 Mei 2023 tetapi tiada kemalangan jiwa. Jadi, mohon penjelasan apa outcome hingga pada hari ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya jemput Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih Puan Pengerusi.
Rakyat Malaysia, orang muda, tetamu-tetamu.
Tuan Pengerusi, pertama sekali sebelum- kalau boleh stop clock sekejap. Saya hendak komen sebab ada orang komen kami tidak hadir tadi dari sebelah sana. Dia sebut satu perkataan iaitu dia kata, inilah fiil pembangkang. Saya bagi amaran kepada orang yang berkenaan. Kalau dia tidak tarik, saya akan rujuk pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah 36(12)...
[Tepuk] Perkataan fiil pembangkang. Saya hendak bagitahu. Tiap-tiap hari, boleh kata tiap-tiap hari kami waktu petang tunggu di Parlimen ini untuk mencukupkan kuorum. Kalau tidak kuorum tidak ada. Boleh kata tiap-tiap hari, tetapi kami tidak kata pula itu fiil kerajaan.
Ini fiil pembangkang...
[Tepuk] Baru masuk Parlimen dua, tiga hari cakap dah berlagak.
Terima kasih. Tetamu jangan peduli sangat. Ini ialah teguran biasa.
Pertama ialah Butiran 022600 – Perubatan Respiratori, Butiran 030300 – Kawalan Penyakit.
Baru-baru ini kita telah diviralkan dengan penyakit TB, Yang Berhormat. Jadi, kita tahu bahawa kerajaan telah pada tahun 1950-an dulu telah menyelamatkan jutaan nyawa sejak tujuh dekad. Rakyat Malaysia serta juga kanak-kanak telah diberi imunisasi secara percuma untuk perlindungan daripada jangkitan penyakit batuk kering, hepatitis B, campak, mumps, begok, rubela dan beberapa penyakit lagi.
Kita telah dimaklumkan bahawa sejumlah 25,391 kes dalam negara pada tahun 2022 sebanyak 2,572 kes kematian dengan kadar kematian 7.9 setiap 1,000 penduduk.
Jumlah itu telah meningkat sebanyak 284 kematian iaitu 12 peratus berbanding 2,288 kematian dengan kadar kematian 6.9 peratus tiap-tiap 1,000 penduduk.
Jadi, oleh kerana kehadiran warga asing yang telah menambah derita kepada penyakit TB ini, saya ingin bertanya pada Yang Berhormat. Nyatakan statistik terkini penularan dan jumlah kematian akibat TB bagi tahun 2023 dan adakah kerajaan mempunyai perancangan atau langkah drastik yang boleh dilakukan bagi menghentikan jangkitan terutamanya dari kalangan pendatang asing.
Keduanya ialah adakah kementerian membuat pemantauan atau spot check keselamatan dan kualiti makanan gerai-gerai di tepi jalan. Contohnya, Jalan Chow Kit dan lain-lain lagi.
Ketiganya, apakah kerajaan bercadang untuk meminta secara sukarela kita pakai pelindung muka sebab kita bimbang tidak tahu. Oleh sebab penyakit ini dibawa daripada udara. Jadi, apakah kerajaan hendak menyebut secara umumnya iaitu menggalakkan rakyat untuk memakai penutup muka semula.
Kemudian, yang berikutnya adalah Butiran 010200 – Sumber Manusia. Seperti juga yang telah disebutkan oleh sahabat-sahabat kita yang lain iaitu berhubung dengan jururawat luar yang diambil. Padahal kita mempunyai Jururawat tempatan. Saya telah bertanya di peringkat dasar, tetapi hari ini saya hendak bertanya sekali lagi. Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk mengambil jururawat pelajar tempatan yang telah menamatkan pengajian mereka sebagai pilihan utama untuk diambil bekerja?
Keduanya, apakah komitmen kerajaan dalam memastikan aspek kebajikan jururawat tempatan termasuk dari segi sokongan pengajian untuk jangka masa sederhana dan panjang. Adakah kerajaan komited untuk memberi peluang dan latihan dalam meningkatkan tahap kualiti kejururawatan kepada jururawat tempatan dalam usaha
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
mengekalkan jururawat sedia ada agar tidak berhijrah ke luar negara yang menawarkan gaji yang lebih tinggi.
Saya juga ingin menyebut bahawa di bawah tajuk yang sama iaitu berhubung dengan doktor. Jadi, apakah susulan pihak kementerian mengenai elaun on-call doktor, kriteria lantikan tetap pegawai perubatan serta tempoh perkhidmatan pegawai perubatan.
Saya juga hendak timbulkan tentang bully, dengan izin, kepada housemen yang dibuat oleh yang mana doktor ini tidak berani complain, dengan izin, tetapi ini disebut bahawa housemen ada yang tidak mahu sambung lagi walaupun kes-kes terpencil kerana tidak tahan tekanan yang diberikan. Malah, bila saya tengok doktor housemen ini mereka itu lebih sakit daripada pesakit. Sebab apa? Tekanan yang mereka terima daripada pihak atas. Bagus juga ini untuk melatih mereka jadi yang terbaik tetapi dalam bentuk yang lebih berhemah, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya boleh cakap tajuk ni sebab saya pernah bercakap dulu berdasarkan pengalaman yang saya dapat. Akhir sekali Yang Berhormat ialah berhubung dengan kawalan penyakit iaitu 030300.
Apakah langkah-langkah kesiapsiagaan yang telah diambil oleh kementerian sebagai persediaan untuk menghadapi penularan penyakit ataupun wabak X dan sebagaimana yang telah diumumkan oleh WHO tentang kemungkinan berlakunya wabak penyakit ataupun wabak X yang akan datang.
Akhir sekali Speaker. Ini kena sebut juga. Ini fasal ketum ya. Ketum ni semua rakyat, orang muda sedang mendengar sekarang. Yang Berhormat, kita ada jawatankuasa. Masa KJ- “Keluar Sekejap” tu, jadi Menteri Kesihatan, dia telah bentuk Jawatankuasa Kabinet. Saya pun salah seorang daripada anggota tapi tak sempat hadir mesyuaratlah sebab kerajaan telah bertukar, tapi saya ingin bertanya- apakah jawatankuasa ini masih ada dan apakah kecapaian sehingga kini?
Sebab negara jiran Tuan Pengerusi, negara jiran- negara jiran telah mengharamkan ketum pada tahun 1948 sebelum merdeka. Dia belum merdeka, kita belum merdeka. Dia jiran tapi sekarang ini, dia halalkan balik ketum tapi untuk tujuan perubatan dan dia telah mengeluarkan perubatan alternatif yang terhebat- yang cukup hebat.
Dulu masa dia haramkan ketum, ketum berleluasa di Malaysia. Kita haramkan, akhirnya berlakulah smuggling, dengan izin, di sempadan dan sebagainya, tapi saya ingin bertanya, apakah jawatankuasa ini telah ambil apa-apa tindakan untuk memastikan ketum yang sekarang ini berleluasa dari segi penggunaan tapi tidak menguntungkan kerajaan kerana kerajaan tidak memberi apa-apa penekanan untuk memastikan ketum yang mempunyai kandungan tertentu, yang hebat, digunakan untuk tujuan perubatan. Terima kasih Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Saya jemput Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih Puan Pengerusi.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kanak-kanak Sedunia.
Sempena sambutan Hari Kanak-kanak ini, apa yang kita mahu adalah untuk anak-anak kita ini mendapat pendidikan yang baik, nutrisi yang lengkap dan juga tempat tinggal yang sempurna dan dalam masa yang sama, jangan kita lupa bahawa sehingga 18 November ini, 4,707 orang kanak-kanak di Gaza telah meninggal dunia kerana kekejaman Israel.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Puan Pengerusi, saya meneruskan kepada merujuk, kepada Bekalan 42, Butiran 090100 – Tambahan Emolumen. Mutu perkhidmatan kesihatan yang baik sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Ini perlu bermula dengan menjaga kebajikan para petugas perubatan kita agar dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dan prihatin.
Saya ingin menyentuh isu lantikan kontrak pegawai kesihatan. Pada April yang lalu, kerajaan telah meletakkan sasaran untuk menyerap seramai 12,800 pegawai kontrak ke lantikan tetap dalam masa tiga tahun. Persoalan saya ialah apakah rancangan kerajaan untuk mempercepatkan proses penyerapan pegawai kontrak ini kerana ramai yang tidak boleh menunggu lagi sehingga tiga tahun, pada saat kualiti perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang mendesak. Ia juga berkaitan selain dengan doktor kontrak dan sebagainya, jururawat seperti dikatakan oleh rakan-rakan kita tadi.
Saya juga bersama dengan Batu Pahat. Saya ingin membangkitkan berkenaan isu kenaikan elaun petugas ataupun panggilannya on-call untuk doktor perubatan. Ada cadangan untuk menaikkan kadar elaun ini kerana kalau kita lihat daripada segi inflasi dan kemerosotan sistem kesihatan awam, saya menyeru agar Kementerian Kesihatan mengkaji semula kadar yang bersesuaian bagi menyuntik moral pegawai perubatan ini yang terpaksa berpenat-lelah dan bekerja lebih masa. Ini termasuklah mempermudahkan syarat kelayakan untuk elaun ini, yang mana tidak semua doktor perubatan awam layak menerimanya.
Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan. Saya memohon- saya pernah bangkitkan perkara ini dan hari ini saya ingin membangkitkan lagi iaitu agar Klinik Pergigian Bentong diberikan penaiktarafan ataupun bangunan yang baru ataupun bagaimana sekalipun, untuk memberikan keselesaaan.
Bukan setakat kepada mereka yang bertugas di sana tetapi termasuk kepada mereka yang datang untuk mendapatkan rawatan kerana keadaan Klinik Pergigian Bentong pada ketika ini adalah bagi saya sudah sesak, kecil dan penuh dengan barang- barang dan sebagainya. Jadi, saya kira mereka dah sesuai untuk mendapat tempat yang baru. Bukan sahaja kita mahukan selesa untuk orang ramai tetapi juga untuk kakitangan klinik.
Di bawah butiran ini juga, saya ingin menekankan sekali lagi keperluan untuk menaik taraf Klinik Kesihatan Batu Satu, Bentong. Klinik ini juga dalam keadaan yang sangat sesak, sempit dan kalau kita lihat dalam satu bangunan, berbagai partition yang ada untuk bagi memastikan setiap ruang itu dipenuhi dengan orang kata, bahagian- bahagian tertentu untuk setiap kakitangan dan sebagainya dan saya kira ini adalah amat tidak selesa untuk mereka yang bertugas, kakitangan di sana. Apatah lagi mereka yang datang untuk mendapatkan rawatan. Jadi, saya harap untuk Klinik Kesihatan Batu Satu, Bentong diberikan perhatian untuk dinaik taraf pada tahun hadapan.
Seterusnya- tetapi saya ingin memuji, terima kasih kepada pihak KKM kerana telah menaik taraf iaitu tiga klinik di Bentong iaitu Klinik Desa Sertik, Klinik Desa Sungai Penjuring dan Klinik Kesihatan Telemong pada tahun 2023 ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan juga seluruh kakitangan KKM.
Seterusnya, saya pergi kepada Butiran 080900 – PeKa B40. Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan B40 yang diperkenalkan kerajaan, penting untuk manfaat kesihatan kepada golongan B40 untuk penyakit tidak berjangkit. Akan tetapi saya melihat promosinya semakin hari semakin kurang dan kalau di Bentong sendiri, jumlah layak ialah 26,923 orang. Namun, hanya- namun, yang masih belum disaring iaitu 22,862 orang.
22,000 orang ini masih lagi tidak disaring tetapi mereka sebenarnya boleh layak mendapatkan rawatan ataupun bantuan PeKa B40 ini. Mungkin mereka tidak tahu, mungkin mereka rasa mereka tidak layak tapi sebenarnya mereka layak dan sebagainya.
Jadi, apakah peranan daripada pihak kerajaan untuk memastikan mereka yang layak, yang boleh mendapatkan bantuan ini, dapat diberikan bantuan dia sepenuhnya kerana rugilah kita dah ada peruntukan tapi sayang, peruntukan ini tidak sampai kepada rakyat yang memerlukan.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Juga, saya ingin merujuk kepada Butiran 00900 - Penyelenggaraan Kuarters KKM. Saya mohon supaya pada tahun ini, kerajaan- pada tahun hadapan, kerajaan memperuntukkan RM32 juta untuk penyelenggaraan kuarters KKM. Jadi, saya mohon untuk di klinik kesihatan di luar bandar, khususnya di kawasan Bentong terutamanya, yang pernah saya pergi iaitu di Klinik Kesihatan Mempaga, yang kalau kita lihat masih lagi kuartersnya yang kuarters yang lamalah.
Setengah daripadanya masih kuarters yang lama, dua bilik, dapur yang sangat teruk, yang agak kasihanlah kepada mereka yang tinggal di sana. Mereka adalah kakitangan kita. Jadi, saya harap kebajikan dan petugas kesihatan ini dapat dijaga dengan baik dan supaya perkhidmatan yang baik boleh juga diberikan oleh mereka. Jadi, saya mohon supaya dapat diselenggara dengan baik kuarters-kuarters ini.
Yang terakhir daripada saya ialah Puan Pengerusi iaitu merujuk kepada Butiran 01100 - Peralatan dan Kenderaan.
Ramai rakyat mempunyai penyakit kencing manis, buah pinggang dan sebagainya dan mereka ini memerlukan perkhidmatan dialisis di hospital awam kerana kebanyakan daripada mereka tidak mampu. Kalau seminggu tiga kali, empat kali- bila sebulan, hampir RM1,000 lebih bayaran yang diperlukan untuk buat rawatan dialisis ini.
Mungkin mereka yang tidak ada bantuan daripada PERKESO dan sebagainya ataupun dari zakat, mereka akhirnya akan datang kepada kita untuk memohon bantuan.
Kita boleh bantu tapi tidak sepenuhnya ataupun tidak seramai yang boleh kita bantu. Jadi, saya mohon untuk di Bentong ini ditambah lagi mesin dialisis ini kerana ia amat diperlukan dan ia sudah- ia amat diperlukan dan juga- itu sahaja daripada saya. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bentong.
Sekarang, saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa 30 minit.
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Jadi pada hari ini, sebenarnya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 25 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2024.
Soalannya banyak sebenarnya dan isu-isu yang dibawa sebenarnya banyak.
Kalau satu orang membawa hingga- ada tiga hingga tujuh persoalan, jadi saya yakin saya tak dapat nak cover dalam masa 30 minit tapi saya akan cuba sedaya upaya. Jadi, saya mohon kalau saya tak dapat jawab secara lisan, saya akan jawab secara yang bertulis, Tuan di-Pertua.
Jadi, bagi sesi penggulungan kali ini, saya ingin memberikan fokus kepada beberapa isu dan bagi soalan-soalan yang mungkin banyak melibatkan isu tempatan, saya mungkin akan jawab secara bertulislah, ya. Ucapan ini saya akan fokuskan kepada- penggulungan ini saya akan fokuskan kepada beberapa perkara yang melibatkan- yang menyentuh tentang strategi Kementerian Kesihatan.
Yang kedua, sumber manusia. Saya lihat banyak juga tadi yang menyentuhnya.
Tentang pembinaan dan naik taraf klinik, khususnya klinik-klinik daif, kemudian perkhidmatan kepakaran dan juga dialisis ada disebutkan juga dan mungkin perkara- perkara yang jika saya sempat, ya.
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
Jadi, saya menyentuh yang pertamanya tentang strategi Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah dibawa oleh YB Kuala Langat tadi iaitu menyentuh mengenai penyumbeluaran pesakit.
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
Jadi untuk makluman, pelaksanaan perkhidmatan secara outsourcing atau penyumbeluaran ini sebahagiannya daripada perkhidmatan klinikal kepada hospital swasta dan objektifnya adalah untuk menangani kes-kes yang tertunggak. Untuk mengurangkan waktu menunggu dan menambah baik penyampaian perkhidmatan khususnya.
Penyumbeluaran ini telah dikenal pasti sebagai salah satu bentuk kerjasama antara awam dan swasta dan proses pelaksanaan penyumbeluaran akan mematuhi khususnya tentunya tatacara kewangan yang sedia ada dan juga berdasarkan kepada peruntukan yang kita terima. Jadi, insya-Allah pada tahun hadapan diperuntukkan RM200 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Inisiatif penyumbeluaran ini kita dapat laksanakan sama ada secara lengkap ataupun mungkin juga secara hibrid. Inisiatif ini yang dilaksanakan secara lengkap adalah apabila keseluruhan inisiatif tersebut disumberluarkan kepada hospital swasta. Manakala inisiatif yang dilaksanakan secara hibrid adalah apabila hanya sebahagian sahaja daripada inisiatif tersebut disumberluarkan, manakala sebahagian lagi menggunakan sumber dalaman daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Selain daripada itu, terdapat juga kerjasama yang kita laksanakan secara CSR ataupun tanggungjawab sosial oleh agensi-agensi lain daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Merujuk kepada kesiapsiagaan perubatan kecemasan juga yang dibawa oleh Kuala Langat mengenai kelengkapan perubatan yang tidak berfungsi dengan baik dan kesiapsiagaan kementerian mengenai hal ini. Ada juga beberapa Yang Berhormat tadi yang membawa juga tentang isu peralatan tadi.
Pada masa ini kita sedang melaksanakan inventori peralatan perubatan bencana yang telah dibangunkan, masih terdapat keperluan untuk menambah baik peralatan yang sedia ada yang telah usang khususnya seperti khemah-khemah bencana yang telah uzur.
Bagi memenuhi keperluan tersebut beberapa langkah yang kita lakukan untuk jangka masa pendek dan panjang, dilakukan termasuklah kita memperkukuhkan kolaborasi antara agensi-agensi utama seperti NADMA, JPPM, APM dan ATM sebagainya, termasuk melaksanakan perkongsian kepakaran dan aset yang boleh diatur gerak semasa bencana.
Kedua, mengatur gerakkan aset mengikut konsep hospital kluster di mana aset- aset di sesebuah kluster itu digunakan secara bersama di bawah kluster tersebut.
Ketiganya, permohonan peruntukan aset-aset juga secara berpusat.
Kemudian bagi perkhidmatan ambulans, tender perolehan berpusat sedang berjalan dan 590 buah ambulans akan mula diterima pada tahun hadapan. Insya-Allah pada suku kedua. Sebenarnya walaupun demikian kita masih ada kekurangan sebanyak lebih daripada 1,000 ambulans seluruh negara. Kerajaan sedang melihat kaedah-kaedah lain yang boleh kita teliti dan muktamadkan berdasarkan kepada konsep value for money kepada kerajaan. Konsep yang sedang kita kaji dan teliti ini mungkin melibatkan sewaan ambulans ataupun Grab ambulance juga sedang kita kaji.
Berkaitan dengan apa yang dibawa oleh YB Parit Sulong yang mencadangkan agar diwujudkan kluster hospital pakar dan bukan pakar khususnya di luar bandar. Untuk makluman, sehingga 2023 terdapat 40 hospital kluster di seluruh Malaysia yang melibatkan 146 hospital seluruh Malaysia. Ini termasuk hospital kluster yang melibatkan hospital-hospital di luar bandar juga.
Melalui pelaksanaan inisiatif hospital kluster ini, hospital tanpa pakar dan yang berpakar digabungkan di bawah satu sistem bagi membolehkan perkongsian dan pengoptimum sumber-sumber seperti sumber manusia termasuklah pakar-pakarnya, peralatan, fasiliti dan yang lain-lain. Perkongsian ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan pesakit setempat dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan termasuklah perkhidmatan kepakaran di dalam hospital-hospital kluster yang tersebut.
Yang Berhormat Tanjong Karang juga ada menyentuh tentang skim insurans kesihatan nasional, mengenai cadangan ini sememangnya kementerian sedang berusaha untuk mempelbagaikan sumber pembiayaan untuk kesihatan. Kementerian sedang meneliti dan menimbangkan pelbagai mekanisme pembiayaan kesihatan termasuklah
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
kebolehlaksanaan opsyen skim caruman progresif iaitu insurans kesihatan sosial atau insurans kesihatan negara dengan caruman pekerja majikan dan juga kerajaan. Ia nya adalah insurans yang dikendalikan oleh kerajaan, tidak berasaskan keuntungan iaitu non- profit driven dan menggunakan falsafah tanggungan bersama.
Selain itu, kementerian turut meneroka opsyen lain untuk meningkatkan pembiayaan kesihatan negara termasuklah meningkatkan peruntukan kerajaan untuk kesihatan, kajian semula Akta Fi, subsidi kesihatan secara bersasar, penggunaan dana zakat, mungkin wakaf dan juga dana-dana sumbangan. Sebarang mekanisme skim sumbangan progresif yang akan disyorkan perlulah mampan, saksama dan juga mampu milik serta melindungi rakyat daripada perbelanjaan kesihatan yang memudaratkan.
Pelan pelaksanaan reformasi sistem pembiayaan kesihatan yang sesuai untuk negara akan mengambil kira pandangan dan juga input daripada pelbagai pihak berkepentingan dan akan diperincikan insya-Allah dalam kumpulan kerja teknikal pembiayaan kesihatan yang akan kita bentuk dalam Kementerian Kesihatan. Pelan implementasi yang dipersetujui kelak akan dilaksanakan secara berfasa seperti yang dinyatakan dalam Kertas Putih.
Berkenaan dengan perawatan geriatrik iaitu yang berkait dengan masyarakat menua yang tiada peruntukan, kita tidak ada peruntukan yang spesifik kepada rawatan geriatrik. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Langat, buat masa ini perkhidmatan geriatrik menerima peruntukan mengikut keperluan dan peningkatan pesakit setiap tahun, di mana peruntukan tersebut merupakan sebahagian daripada peruntukan yang diberikan kepada perkhidmatan perubatan dalaman- internal medicine di hospital kementerian masing-masing.
Pesakit geriatrik juga bukan sahaja dirawat di hospital yang mempunyai pakai geriatrik tetapi juga menerima rawatan pakar daripada kepakaran dan subkepakaran yang lain yang berkaitan bergantung kepada penyakit yang mereka hidapi. Jadi ini termasuklah oleh pakar-pakar perubatan, pakar endocrinology, pakar jantung, pakar ortopedik dan sebagainya, bergantung kepada pesakit masing-masing. Oleh yang demikian peruntukan bagi merawat pesakit geriatrik ini akan mengikut keperluan rawatan yang ditawarkan oleh kepakaran dan subkepakaran yang merawat pesakit geriatrik tersebut.
Selain itu, bagi yang mereka yang dirawat di hospital tanpa pakar dan klinik kesihatan, peruntukan adalah disediakan di fasiliti masing-masing mengikut rawatan yang diberikan. Di peringkat penjagaan primer perkhidmatan kesihatan warga emas...
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Tuan Pengerusi...
Dr. Zaliha binti Mustafa
Sikit lagi. Di peringkat penjagaan primer iaitu perkhidmatan kesihatan warga emas diberikan secara percuma di semua klinik kesihatan.
Kita ada 1,086 seluruhnya, meliputi promosi dan literasi kesihatan, saringan risiko dan juga penilaian kesihatan, pemeriksaan perubatan, rawatan kaunseling dan juga rujukan.
Kita juga melakukan rawatan rumah ke rumah dan perawatan di rumah menyediakan aktiviti seperti rekreasi, sosial dan juga kerohanian Kelab Warga Emas yang bernaung di bawah klinik kesihatan di seluruh Malaysia. Silakan.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Menteri.
Kalaupun tidak ada peruntukan yang khas untuk kita untukkan bagi perbelanjaan perawatan geriatrik ini, saya harapkan supaya ada priority kepada perawatan geriatrik ini.
Contohnya, kita letakkan klinik yang tertentu sebab pengalaman saya, saya dapati kadang-kadang mereka terpaksa juga warga emas ini menunggu satu jam, satu setengah jam, dua jam untuk mereka dapat rawatan. Saya kira kita harus bersimpati dengan keadaan usia mereka ini. Terima kasih.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat. Saya bersetuju tentang apa yang disebut. Jadi sebab itu contohnya ada sebahagian dari hospital-hospital lama yang kita tukarkan menjadi hospital yang khusus untuk geriatrik. Contohnya Tanjong Karang. Jadi, kita tengah usahakan juga untuk memperbaiki ataupun menambah baik memandangkan negara kerajaan menuju kepada negara tua pada 2030.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Berkenaan kesiapsiagaan kementerian bagi menghadapi status negara menua, 26 Ogos 2022 tempoh hari Jemaah Menteri telah bersetuju untuk mewujudkan satu rangka kerja Agenda Negara Menua (ANM) melalui pendekatan keseluruhan negara iaitu whole-of-nation approach. Di bawah ANM, kementerian merupakan agensi peneraju dalam kluster kesihatan yang perlu membuat perancangan kesihatan yang menyeluruh bagi memastikan warga emas sihat dan sejahtera melalui pendekatan life course approach, menyasarkan kesihatan di usia tua perlu bermula sejak di dalam rahim lagi.
Jadi, insya-Allah apa yang dinyatakan oleh Kuala Langat akan kita ambil perhatian.
Banyak juga pelan-pelan yang telah kita bangunkan berkenaan dengan warga tua ini atau warga emas. Di antaranya Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas 2023 hingga 2030 juga telah dibangunkan. Saya sentuh berkenaan yang lain sebab ada banyak lagi, tentang itu mungkin saya akan bagi jawapan secara bertulis Yang Berhormat.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Berkenaan dengan perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental- YB juga turut menyentuh berkenaan dengan perkhidmatan ini. Jadi, kementerian sebenarnya sangat komited untuk memberikan perkhidmatan kesihatan mental yang terbaik tanpa kita mengira peringkat umur, bangsa dan juga agama. Pendekatan secara holistik meliputi pemerkasaan peringkat awal di sekolah secara holistik meliputi pemerkasaan pendidikan awal di sekolah, pendidikan keibubapaan- parenting dan pengukuhan khidmat sokongan kesihatan mental dilaksanakan juga di sekolah dan di peringkat kolej dan universiti.
Satu pelan strategik bagi menangani masalah kesihatan mental di kalangan kanak-kanak akan kita rangka, insya-Allah. Pembangunan pelan strategik ini akan melibatkan semua pihak yang berkepentingan meliputi penyertaan agensi awam dan juga badan-badan bukan kerajaan dan wakil komuniti. Selain daripada itu, peningkatan latihan sub kepakaran psikiatri kanak-kanak dan remaja akan dilakukan bagi membolehkan perkhidmatan ini disediakan di hospital-hospital KKM.
Buat masa ini, KKM mempunyai seramai 30 orang pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja yang memberikan khidmat rawatan kesihatan mental di 16 buah hospital.
Setiap kanak-kanak dan remaja yang dilaporkan mempunyai kecenderungan untuk melakukan cubaan bunuh diri akan dipantau melalui Sistem Mentari dan diberikan rawatan yang sewajarnya.
Saya menyentuh panjang sedikit tentang kesihatan mental ini sebab dia sangatlah- pada akhir-akhir ini, ya kita lihat kejadiannya semakin meningkat.
Keberkesanan talian mental kesihatan yang telah kita wujudkan, untuk makluman setelah setahun pengoperasian Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental ataupun Talian HEAL 15555, sebanyak 29,766 panggilan telah kita terima. Daripada jumlah ini, sebanyak 64 peratus ataupun 19,032 orang klien telah menerima bantuan sokongan dan juga emosi.
Manakala 10,734 orang iaitu 36 peratus daripada klien telah pun diberikan intervensi khusus oleh pegawai psikologi kaunseling.
Untuk makluman Yang Berhormat semua, jumlah klien yang telah diberikan intervensi khusus sebanyak 235 kes adalah berkaitan dengan tingkah laku bunuh diri dan meliputi idea bunuh diri dan juga cubaan bunuh diri. Kes-kes yang serius dan memerlukan khidmat sokongan telah pun berjaya kita rujuk di hospital bagi membolehkan mereka mendapatkan rawatan dan kesemua kes yang dirujuk dan didiscaj masih dipantau untuk memastikan mereka mematuhi jadual pengambilan ubat-ubatan dan juga hadir temu janji yang telah ditetapkan.
Saya menyentuh pula tentang isu sumber manusia. YB Tanjong Karang memohon untuk penjelasan tentang emolumen sebanyak RM1.5 bilion di bawah Dasar Baru.
Peruntukan ini adalah sebenarnya bagi membiayai emolumen dan pelbagai elaun di bawah pertambahan jawatan tetap 2024 melibatkan 1,500 jawatan pegawai perubatan, pergigian dan juga pegawai farmasi, 800 jawatan pakar perubatan, 30 jawatan pakar pergigian. Ini melalui tahun 2023 hingga 2025 dan perwujudan jawatan 14,416 jawatan pelbagai skim perkhidmatan bagi fasiliti baharu, naik taraf dan juga yang akan kita sediakan pada tahun depan 2024.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Bagi penempatan doktor tetap dan kemaslahatan perpindahan doktor yang telah dibawa oleh Kuala Selangor. Jadi, ini sebenarnya doktor- di mana doktor kontrak yang dilantik tetap tidak diambil kira tempoh perkhidmatan kontrak mereka mengenai urusan penempatan doktor dan elaun seperti tambang perjalanan dan perpindahan.
Untuk makluman Yang Berhormat, pelantikan secara kontrak mempunyai terma dan syarat yang spesifik seperti yang diperjelaskan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008. Bagi pegawai yang dilantik secara kontrak pada akhir tempoh kontrak, mereka akan terus dibayar ganjaran kontrak.
Ganjaran ini dikira mengikut tempoh perkhidmatan kontrak dan merupakan elemen penghargaan yang setara pencen. Oleh yang demikian, tempoh berkhidmat secara kontrak tidak lagi boleh diambil kira bagi tujuan perkiraan bayaran pencen.
Pewujudan jawatan di sesuatu fasiliti adalah berdasarkan norma perjawatan. Justeru, pelantikan tetap adalah berdasarkan kepada kekosongan jawatan di setiap fasiliti. Pada masa yang sama, kementerian perlu mematuhi dasar-dasar semasa berkaitan perjawatan iaitu Dasar Pengoptimuman Sumber Manusia dan Perkhidmatan Awam dan juga Dasar Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam.
Kementerian prihatin dengan keperluan perjawatan di setiap fasiliti kesihatan dan sentiasa berusaha, insya-Allah menambah baik prosedur penempatan pegawai. Justeru, kerajaan telah memberikan keutamaan kepada sektor kesihatan dalam pemberian jawatan pelbagai skim perkhidmatan di kementerian bagi fasiliti baharu dan naik taraf.
Kementerian telah menerima peningkatan perjawatan dan bilangan anggota yang turut disokong oleh lantikan kontrak pelbagai skim di kementerian.
Kementerian Kesihatan juga sentiasa meneliti keperluan perjawatan di semua fasiliti kesihatan dari semasa ke semasa bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan. Buat masa ini, penentuan bilangan anggota Kementerian Kesihatan yang ditempatkan di setiap fasiliti kesihatan adalah berdasarkan norma, outfit dan perjawatan yang diluluskan mengikut keperluan setiap fasiliti kesihatan.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Dr. Zaliha binti Mustafa
Penelitian terhadap norma dan outfit perjawatan ini...
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Menteri, Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
...akan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan pola kedatangan harian pesakit, peratus kadar penggunaan katil hospital atau bed occupancy rate, keluasan capaian penggunaan ICT, keupayaan penyumberluaran perkhidmatan dan juga perkongsian sumber di bawah konsep hospital kluster.
Kementerian juga sentiasa memastikan urusan pengisian doktor di fasiliti kesihatan diberi keutamaan bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan. Justeru, Doktor kontrak lantikan baharu ditempatkan bagi penggantian doktor kontrak yang dilantik tetap. Jadi, berhubung...
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Boleh sikit saya mencelah?
Dr. Zaliha binti Mustafa
...Yang Berhormat, saya on urusan perpindahan sikit.
Jadi, berhubung tambang perjalanan lapor diri dan elaun pertukaran ataupun perpindahan pula, berdasarkan ketetapan semasa oleh agensi pusat, pegawai kontrak yang dilantik ke jawatan tetap tidak layak tuntutan bertukar pindah memandangkan tempoh perkhidmatan pegawai adalah terputus daripada kontrak tetap. Sebenarnya tentang hal ini saya masih lagi...
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Pertimbangkan.
Dr. Zaliha binti Mustafa
...pertimbangkan.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih, Menteri.
[Ketawa]
Dr. Zaliha binti Mustafa
Pertimbangkan dan insya-Allah, kita akan duduk dengan...
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih.
Dr. Zaliha binti Mustafa
...JPA untuk selesaikan urusan ini.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih, Menteri.
Saya kalau celah, boleh celah bersabit dengan perjawatan juga, ya. Ketika kita telah mengambil sikap untuk memberikan doktor kontrak kepada tetap, ya. Segera perlu kerajaan untuk melalui National Institute of Health (NIH) supaya lakukan satu kajian, bukan sahaja mereka diambil dalam jawatan tetap tetapi kita perlu melihat kepada the job market terutama pada ketika kita bercakap tentang mahu beralih kepada satu yang bersifat preventive, promotive, family healthcare. Jadi, jawatan-jawatan itu- jadi, supaya jawatan-jawatan itu dapat kita perkembangkan dan mereka tidak bersaing dalam...
[Tidak jelas] yang sama. Jadi, itu satu keperluan sama ada dari sudut research, position dalam penyelidikan, dalam offload-kan acute care dan creative care itu kepada yang bersifat klinik dan primary care. Jadi, di situ perlu satu planning dan kajian yang lebih menyeluruh supaya apabila kita jadikan mereka permanent staff ataupun permanent doctors, kita dapat perkembangkan job creation dalam skema perkhidmatan dalam kesihatan. Terima kasih.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Yang Berhormat Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Boleh celah? Dua ayat tema yang sama.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Tema sama? Okey.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Ya. Ia juga berkenaan dengan perjawatan.
Kami dengar dan dapat surat-surat aduan atau rayuan berkenaan dengan calon-calon atau orang yang dah habis PhD dalam clinical research yang tidak dapat penambahan allowance atau penambahan gaji. Sebagai seorang yang pegang PhD, sebab kononnya dalam KKM tidak diiktirafkan mereka sebagai specialty dengan clinical research PhD.
Sudah tentu adalah isu tentang perjawatan- tambahan lagi ada yang dipotong gajinya sebab ada elaun-elaun yang sebelum ini tidak dituntut. Jadi, saya mohon sedikit pencerahan sama ada dasar ini akan diteruskan atau memang ada kemas kini yang belum diumumkan?
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor dan juga Ipoh Timur. Jadi, pertamanya saya memang bersetuju bahawa kita seharusnya menjalankan kajian berkenaan dengan penempatan dan sebagainya. Ini memang sedang dilaksanakan oleh NIH. Bagi saya memang penting untuk kita melakukan intervensi berkait perkara-perkara yang seperti ini mengikut evidence-based strategy-lah. Jadi insya- Allah, kita sedang laksanakan walaupun sebenarnya memang ada kita buat pemetaan tetapi pemetaan itu belum lengkap lagi dan kita masih- NIH sedang melaksanakannya.
Begitu juga dengan apa yang disebutkan oleh Ipoh Timur lah. Jadi insya-Allah, kita akan masukkan semua itu dan melihatkan secara keseluruhannya bagaimana keperluan dan sebagainya, insya-Allah.
Baik, Yang Berhormat Ledang telah memohon penjelasan berkenaan kaedah penempatan petugas kesihatan kerana terdapat doktor-doktor yang ditempatkan di Sabah dan Sarawak walaupun terdapat kekosongan di Semenanjung Malaysia.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Untuk makluman Yang Berhormat Ledang, kementerian telah mengeluarkan sebenarnya garis panduan pelaksanaan mengenai urusan penempatan dan juga pertukaran pegawai menerusi Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Bilangan 1 tahun 2023. Antara pembaharuan yang dijelaskan adalah pertamanya, pelaksanaan penempatan kali pertama dan pertukaran pegawai selepas itu serta tempoh minimum penempatan sebelum pegawai dipertimbangkan penukaran tempat bertugas seterusnya.
Kedua, urusan pertukaran pegawai lantikan tetap yang bergantung kepada kekosongan jawatan dari semasa ke semasa. Sebab itu pada exercise yang lepas, pada
Dr. Zaliha binti Mustafa
Julai tempoh hari, banyak kekosongan penempatan tetap itu berada di Sabah dan Sarawak. Sebab itu kebanyakan mereka yang pada ketika itu kita hantarkan ke Sabah dan Sarawak tetapi kita lakukan dengan secara seimbang.
Walaupun ada kekosongan di Semenanjung ini tetapi kita seimbangkan supaya perkhidmatan itu tidak terganggu atau pun terkesan akibat daripada exercise untuk kita meletakkan mereka yang baharu dimasukkan ke penempatan tetap di Sabah dan Sarawak.
Pertimbangan pertukaran penempatan yang dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard dan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Penempatan dan Pertukaran.
Selain daripada itu, kerana kepentingan perkhidmatan pertukaran juga diberi kerana faktor peribadi seperti pegawai ditukar untuk berkhidmat di fasiliti kesihatan yang berdekatan dengan pasangan dan keutamaan diberi kepada pegawai yang mengalami masalah kesihatan yang serius.
Jadi, isu-isu kadang-kadang apa dipanggil lara kan? Doktor lara dan sebagainya juga diberikan keutamaan tetapi kadang-kadang tidak dapat kita lakukan dalam masa yang cepat untuk semua, tetapi itu menjadi antara perkara yang kita beri keutamaan jika mereka tidak ada masalah untuk berpindah.
Kementerian dari semasa ke semasa juga melaksanakan urusan pelantikan kontrak berdasarkan kekosongan jawatan tetap dan kelulusan penjawatan, Bagi tempoh 2019 hingga 2022, seramai 4,333 pegawai perubatan, 1,457 pegawai pergigian dan 1,688 pegawai farmasi lantikan kontrak telah pun dilantik tetap.
Bagi tahun 2023, KKM telah menawarkan pelantikan secara tetap kepada 4,263 pegawai perubatan kontrak yang layak dan memenuhi syarat pelantikan tetap. Tarikh kuat kuasa pelantikan adalah tempoh 31 Julai 2023 yang lepas. Berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan hingga September 2023, 3,837 pegawai perubatan yang melengkapkan setuju terima pelantikan dan membuat pemilihan penempatan. Daripada jumlah tersebut 3,836 telah melapor diri bertugas.
Jadi, sebenarnya masalah itu kadang-kadang hanya dibesar-besarkan, tetapi kalau kita tengok kepada data sebenarnya tak adalah begitu serius keadaan itu.
Kemudian, 426 pegawai perubatan telah menolak. Tak ramai daripada yang kita offer itu, 426 pegawai perubatan menolak tawaran lantikan tetap dan daripada jumlah tersebut seramai 35 pegawai telah pun meletakkan jawatan.
Jadi, kalau by percentage is not that high tetapi insya-Allah kita juga sedang melihatlah kalau boleh yang kita lantik itu semuanya kekal lah sebab kita memerlukan doktor-doktor ini, khususnya di perkhidmatan-perkhidmatan awam. Ya. Silakan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi yang persoalan saya ialah memang bagus tadi kita sudah menyerap atau pun memberi tawaran tetap kepada doktor-doktor kontrak ini, tetapi dari statistik, mereka yang sedia ada memang hampir semua perlu buat kerja tambah masa.
Kenapa kerajaan tidak mengambil lebih banyak lagi untuk memastikan pegawai- pegawai perubatan ini tidak hidup dalam keadaan tertekan? Memang kalau kita hidup dalam keadaan tertekan, mereka tidak akan menjadi doktor yang terbaik.
Jadi, soalan saya ialah can we get more beyond what has been offered? Secondly, ramai doktor yang bagi tahu kalau boleh kerajaan bagi flexi hour, mereka dapat pendapatan kurang sedikit. Kita tambahkan jumlah pegawai perubatan. Thank you.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Yang Berhormat, yang sebenarnya statistik yang saya sebut tadi adalah penempatan tetap tetapi jangan lupa kita ada lagi doktor-doktor kontrak yang bersama kita. Saya faham isu berkenaan dengan burnout itu memang menjadi satu perkara yang menjadi bualan dan juga perhatian ramai doktor-doktor dan juga orang awam termasuk Ahli-ahli Parlimen semua, tetapi kita tengah berusaha untuk melihat apakah cara yang terbaik untuk kita laksanakan dan ada juga di antaranya mungkin it’s not flexi hour but kita mungkin buat secara dipanggil macam lapan jam. Setiap lapan jam.
Lapan jam. Lapan jam. Macam itulah.
Dr. Zaliha binti Mustafa
So, kita tengah meneliti itu semua dan insya-Allah, sebab perkhidmatan di hospital dan fasiliti kesihatan ini dia berbeza sedikit. Sebab kita ada dua. Satu di hospital dan satu lagi di kesihatan awam. Kalau di kesihatan awam itu biasa sehingga pukul lima. Cuma ada antara klinik kesihatan itu kita laksanakan extended hours tetapi di hospital dia 24 jam. Kita tidak boleh tidak beroperasi. Jadi, kalau flexi hours itu dia mungkin akan memberikan kesan but we will explore on that. Insya-Allah, dengan izin. Ya?
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Sibu sini. Mengenai, saya diberitahu bahawa saya tak tahu ia benar atau tidak. Jadi, saya meminta penjelasan daripada kementerian.
Sekarang di Sibu, kekosongan untuk internship masih banyak kekosongan. Mekanisme sekarang mereka nak fill up kekosongan di Hospital Kuching dahulu. Baru mereka akan diisikan di Hospital Sibu. Jadi, adakah ini benar?
Dr. Zaliha binti Mustafa
Yang Berhormat, saya kena meneliti tentang apa Yang Berhormat bawa itu, tetapi biasanya apabila kita membuat penempatan dan sebagainya, kita akan meletakkan prioriti, Yang Berhormat. Prioriti ini ada pelbagai kriteria yang kita tengok. Kalau boleh memang kita nak memenuhi semua keperluan, tetapi ada masanya atau pun kebanyakan masanya memang kita kena lihat keperluan setempat dan prioriti antara tempat-tempat itu. Jadi, ada kawasan-kawasan contohnya mungkin Kuching, ada tempat-tempat...
[Disampuk] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Yang Berhormat Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
...Adalah bandar besar. Minta maaf. Saya jawab dahulu yang ini. Bandar besar.
Jadi, complexity of the masalah kesihatan di situ adalah berbeza. Jadi, mungkin kita kena letak di situ dahulu berbanding dengan Sibu contohnya ya. Jadi, inilah antara perkara-perkara yang kita kena ambil kira Yang Berhormat dalam kita meletakkan pegawai-pegawai kita. Terima kasih.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Masalah sekarang ialah Sibu kekurangan intern untuk membantu...
Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya faham.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
YB.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Ya. Saya faham. Saya ambil perhatian. Saya tinggal satu minit.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Okey tetapi YB. YB layan lah kami dahulu yang berbahas.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Cepat. Cepat.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
YB Sibu tak....
Dr. Zaliha binti Mustafa
Cakap Yang Berhormat.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
...berbahas.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Tak sempat. Tinggal 50...
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Saya nak minta sedikit apa yang saya cakap...
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Minta Tuan Pengerusi, tambah lagi 10 minit kepada Menteri boleh ya? Bagi peluang kepada Menteri.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Tentang kos antara hospital swasta tadi. Saya nak sikit apa pandangan kementerian tentang itu untuk merendahkan
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
atau pun ada garis panduan? Walaupun Sibu tidak berbahas, dilayan. Saya minta Kulim juga dilayan.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Saya celah sikit.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya faham tentang itu.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Saya ingin tanya tentang MSCity yang...
[Menunjukkan dokumen berkaitan]
Tuan Pengerusi
Gini, gini, gini, gini. Menteri nak berapa minit lagi?
Dr. Zaliha binti Mustafa
Sebenarnya kalau jawapan saya panjang lagi Tuan Pengerusi tetapi tidak apa. Saya ambil yang...
Tuan Pengerusi
Yeah. I know. I’m asking you how many minutes you want? 10 minit boleh?
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
10 minit sahaja.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Okay. 10 minutes lah. 10 minutes.
Tuan Pengerusi
Okey, 10 minit. Baik, 10 minit kita tanya cara elok-elok lah. Yang tanya jangan ulang ayat yang sama. Tanya terus, sekali je.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Tak. YB Tuan Speaker, Tuan Speaker.
Tuan Pengerusi
Sekarang Kulim-Bandar Baharu, Menteri dah dengar. Duduk yang lain dahulu, tetapi...
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Saya pernah bertanya soalan baharu tetapi Tuan Speaker menegur saya.
Tuan Pengerusi
Ya.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
...Hari ini Sibu mengeluarkan satu benda yang baharu.
Tuan Pengerusi
Tak payah masuk Sibu lah.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Okey.
Tuan Pengerusi
Terus tanya Menteri lepas itu Menteri jawab. Kalau nak rawit semua ada 200 orang nak rawit. So, letih kita. Duduk. Silakan. Sila Menteri.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Tanjong Karang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri. Tadi saya ada bagi tanya.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Sekejap. Sekejap. Saya jawab dahulu.
Tuan Pengerusi
Kulim-Bandar Baharu ada nak jawab, ada soalan?
Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya jawab dulu yang tadi.
Tuan Pengerusi
Ya. Kulim dahulu. Jawab Kulim dahulu.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Ya.
Tuan Pengerusi
Jawab Kulim, yang lain duduk dahulu.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Baik. Tentang harga antara perkhidmatan hospital swasta dengan hospital awam ini memang lah kita tahu memang berbeza ya. Saya boleh sebut maksudnya hospital kita ini bayar seringgit sahaja tetapi mendapat perawatan yang terbaik berbanding dengan hospital swasta.
Jadi, apa pun memang kita juga sebenarnya ialah saya tak nak lah guna perkataan “mengkaji” nanti ada pula yang ini, tetapi kita sedang melihat yang ini
Dr. Zaliha binti Mustafa
perbezaan harga ini kadang-kadang kita kena lihat secara meluas lah. Secara meluas sebab hospital swasta ini dia banyak. Dia juga bergantung kepada penempatan.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Berbanding kalau kita letak hospital swasta, contohnya di tempat yang macam di utara berbanding dengan di selatan ya, kos hidup dan sebagainya diambil kira. Jadi, itu yang kita kena meneliti satu persatu tetapi saya memang faham. Maksudnya, memang ada perbezaan yang sangat ketara antara itu. Kalau mahu Kementerian Kesihatan melihat dalam isu itu, kita boleh dengan membuat kajianlah secara yang lebih terperinci. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik. Tanjong Karang.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Yang Berhormat Menteri, saya minta tanya berkenaan dengan board of directors di dalam MHTC tu, yang mana YB Menteri dan YB Rafizi diangkat sebagai Joint Chairman sebagai board di dalam MHTC.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Okey. Terima kasih.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Tanjong Karang. Baiklah, sebenarnya saya nak mendedahkan kat sinilah. Board of Directors ini sebenarnya telah bermula daripada zaman kerajaan sebelum ini. Jadi, saya sebenarnya tidak meneruskan cuma saya mengurangkan, ya. Tempoh hari dia ada tiga Menteri iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia, Menteri Ekonomi dan juga Menteri Kewangan. Tetapi saya cut off tinggal Menteri Ekonomi dan juga MHTC.
Bagi saya itu adalah okey sebab berkaitan dengan MHTC ini kita kena faham Kementerian Kesihatan Malaysia ini dia bukan operational sahaja. Kementerian Kesihatan ini juga ada unsur-unsur untuk kita menambah ekonomi negara. Jadi, MHTC ini adalah satu agensi yang boleh kita gunakan untuk menambah ekonomi negara. Sudah-sudah tentulah bila ada Menteri Ekonomi, tepatlah sekali. Jadi, bagi saya...
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Kenapa Menteri MOTAC tidak disertakan bersama? Dia lebih signifikan.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Kita ada MOTAC. Bukan– tidak masuk pun tapi kita buat engagement. Selalu kita buat engagement dengan MOTAC. Jadi, bagi saya itu tak ada masalahnya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Okey. Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya nak terus pada soalan. Sekarang ini kesihatan semakin kompleks. Apakah kekangan pihak Kementerian Kesihatan dan juga kerajaan untuk hendak menyerap doktor-doktor kita yang masih kontrak dan juga nursing kita yang competent? Sebab apa, kita tengok di Dubai, di Qatar, banyak depa employ nursing dan doktor daripada Malaysia. Jadi, kenapa mereka gunakan kepakaran yang kita lahirkan, tiba-tiba kita tidak guna sepenuhnya? Ini satu.
Kedua, saya tengok banyak hospital masih lagi kekurangan doktor-doktor dan juga pakar dan juga nursing, termasuk Hospital Pendang. Saya minta Dr. Tolong penuhkan dia punya organization chart, organisasi chart yang masih lagi jauh daripada sepatutnya, yang mana kesihatan orang-orang Pendang semakin meningkat menyebabkan mereka terpaksa refer ke hospital tetapi tidak ada tenaga pakar ataupun doktor-doktor, kena pergi juga ke tempat hospital sana, bayar.
Tuan Pengerusi
Okey.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Jadi, kita bazir duitlah kita bina tu kalau tidak guna.
Tuan Pengerusi
Baik. Terima kasih Menteri. Menteri ada lima minit lagi.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Okey, baik. Terima kasih. Saya suka menjawab macam ni lah ya. Sebenarnya isu-isu yang berkaitan dengan sumber manusia ini memang menjadi
Dr. Zaliha binti Mustafa
satu yang kita pentingkan dalam Kementerian Kesihatan, ya. Contohnya, isu doktor ya, doktor-doktor kontrak.
Jadi, sebab itu saya ya lah—I’ll put this macam—Maksudnya, semasa saya masuk sebagai Menteri Kesihatan, perkara pertama di antara perkara yang penting saya cuba selesaikan ialah masalah isu contract doctors ni, ya sebab isu-isu macam ni kita kena lihat kepada ekosistem. Jadi, untuk melihat kepada ekosistem dia bukan mengambil masa satu dua hari. Dia perlukan kajian yang menyeluruh, dia perlukan mendapat input daripada agensi-agensi lain, agensi pusat dan sebagainya.
Sebab itu kita ada sekarang ini kita ada High-Level Committee (HLC) yang saya sendiri bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN), co-chair, untuk kita dapatkan penyelesaian yang terbaik. Banyak agensi-agensi lain yang juga kita libatkan dalam HLC ini termasuklah Menteri dari JPA, MOF, KPT. Sebab itu penting. Sebab itu kita ada penyelesaian sementara untuk short-term dan mid-term, di mana Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan telah meluluskan 12,800 kontrak penempatan untuk contract doctors kepada penempatan tetap. Ini satu angka yang sangat besar yang tak penah dibuat oleh mana-mana kerajaan sebelum ini. Kita kena bagi kredit yang ini kepada kerajaan pada hari ini.
Kemudian, tentang nurses. Nurses juga kita ambil penting sebab dalam ekosistem perkhidmatan kesihatan, nurses is very important, very important. Kalau hendak saya bagi tahu kepada semua Yang Berhormat sebenarnya hampir kesemua mereka-mereka yang keluar daripada Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) (ILKKM) ini, hampir semua kita serap ke dalam perkhidmatan tetap di semua fasiliti kesihatan kita.
Untuk akhir tahun ini, insya-Allah tinggal 200 lebih, semuanya akan kita serap ke dalam perkhidmatan fasiliti kesihatan kita.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Untuk pengetahuan juga, saya nak bagi tahu yang ini.
Sebenarnya memang—saya dah sebut sebelum ni dalam Dewan mulia ini tapi saya sebut sekali lagi. Dalam kita melatih jururawat ini, dia perlukan kelayakan yang tertentu.
Kelayakan ini menyebabkan ada sebahagian mereka yang berminat untuk masuk ke latihan kejururawatan tidak dapat kita terima.
Jadi, saya minta supaya team di Kementerian Kesihatan khususnya di Lembaga Jururawat untuk melihat perkara yang ini iaitu mengurangkan kelayakan dan membenarkan mereka yang kurang layak untuk bersama dalam kursus ataupun latihan kejururawatan ini dan memberi tempoh yang sedikit lebih.
Contohnya, kita mereka kena diploma tiga tahun, then we give another six months lebih masa untuk mereka itu dilayakkan masuk ke dalam latihan diploma untuk kita menambahkan lagi jumlah jururawat kita. Ini adalah satu inisiatif baru yang saya rasa juga perlu diberikan pujian tentang apa yang kita buat dalam kerajaan baharu ini sebab kita cuba menyelesaikan.
Kita tidak hanya bercakap tentang masalah tetapi selesaikan masalah. Jadi, untuk selesaikan masalah, dia perlukan banyak kepada yang tadi, kajian dan sebagainya. Jadi, kita bukan petik sana, petik sini, “Ha, ini jawapannya”. Tak boleh. Kita kena kaji satu persatu, di manakah sebenarnya sumber masalah dan di situlah kita cuba selesaikan.
Terima kasih Ayer Hitam.
Tuan Pengerusi
Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tan Sri Pengerusi. Terima kasih Menteri kerana menjawab dengan baik. Cuma tinggal seminit lebih. Walaupun saya tidak berbahas, dalam tempoh empat minit empat saat yang dibahaskan oleh YB Kampar tadi, menyebut nama saya lapan kali. Saya rasa terpanggil untuk mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri kerana saya ucapkan terima kasihlah Kampar kali pertama nak “membela” saya. Saya rasa maksud dia hendak membela saya.
Tuan Pengerusi
Bela, bela.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Kedua, saya tak perlu dibela.
Saya hendak membela. Kedua, saya rasa apa yang dimaksudkan dalam Laporan PAC itu, to be fair to MOH Officers yang ada. Sebab saya takut nanti ini diminitkan dalam Dewan Rakyat tidak betul. Pertama, punca kuasa pembelian ventilator 800 unit datangnya daripada MKN dan juga kabinet. 20th to 25th March 2020 bukan Wee Ka Siong, ya.
Kedua, saya bukan tolong beli ventilator. Tolong, tolong. Bukan. Saya bantu mengangkut balik empat perkara, pelitup muka, ventilator, ICU bed 100 unit dengan PP. Saya bertanggungjawab. Bukan saya mahu masuk dalam Facebook kerana saya rasa bertanggungjawab bila dah sampai maklum kepada rakyat Malaysia. Itu sahaja.
Jadi, dalam Laporan PAC boleh baca. Not fair sebab mantan KSU kata, “Saya iaitu Dr. Chen Chaw Min selaku KSU yang membuat keputusan perolehan”. Tidak ada kena mengena Wee Ka Siong. Jadi, bila saya sediakan tiga jam, ditanya PAC, 30 minit sudah habis. Dia tanya “Kenapa ventilator rosak?” “Hari ini—”, Saya kata *“Saya datang sini baru you beritahu saya rosak. Saya hantar ke sini, you ambil jalan. My job finished.
Mission accomplished*”. Jadi, saya nak diminitkan. Nanti jawab secara bertulis tidak apa tetapi saya nak membela diri saya. Saya tak benarkan apa juga, siapa juga menjatuhkan imej saya. Itu integriti seorang insan bernama Wee Ka Siong. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih Ayer Hitam setuju dengan hujah saya.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih, Yang di-Pertua. Ya, Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab yang selainnya secara bertulis. Sebenarnya banyak lagi persoalan-persoalan tentang...
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tentang EMR khususnya.
Dr. Zaliha binti Mustafa
EMR. Ya. EMR, tentang Skim Perubatan Madani.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Apakah ia termasuk— sebab itu satu perkara yang sangat penting.
Tuan Pengerusi
Ya*.
[Tidak jelas]*
Dr. Zaliha binti Mustafa
Ya, ya. Saya faham.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Itu adalah backbone dan spine of digital transformation.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Ya, ya. Saya faham. Itu juga keutamaan saya dan insya-Allah saya senaraikan. Kalau tidak kita boleh jumpa dan kita bincang kemudian, insya-Allah. Jadi, sekian dulu jawapan penggulungan saya. Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sebentar Menteri. Isu GEG saya rasa...
Tuan Pengerusi
Lain-lain akan dijawab secara bertulis oleh Menteri.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
RUU Merokok.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Cuma, ringkas sahaja. Memang insya-Allah kita akan bentangkan Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok sebelum berakhir sesi Parlimen pada kali ini. Insya-Allah.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM35,150,181,800 untuk Kepala B.42 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.42 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.42 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 hendaklah diluluskan.
Tuan Pengerusi
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.42 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi
Baik, kita maju. Kepala Bekalan B.43 dan Kepala Pembangunan P.43 di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan terbuka untuk dibahas.
Saya dapat 16 permohonan untuk Ahli-ahli Yang Berhormat berbahas. Saya bacakan semua sekali. Yang pertama YB Seputeh, diikuti dengan Kangar, Segamat, Alor Setar, Batang Lupar, Hulu Terengganu, Bakri, Kuala Nerus, Ampang, Kuantan, Kepong, Hulu Selangor, Batu, Kapar, Rasah dan terakhir Arau. Setiap Ahli Yang Berhormat akan mendapat lima minit untuk berucap.
Saya mulakan dengan YB Seputeh. Silakan. Oh, Seputeh baru angkat, okey.
[Ketawa] Tak apa Seputeh, pelan-pelan. Takut terkapit jari kang.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Okey, siap. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Silakan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tan Sri Pengerusi, saya nak rujuk kepada Butiran 020100 – Kerajaan Tempatan. Tan Sri Pengerusi, saya terima surat dan juga cadangan daripada wakil Pertubuhan Pelindung Haiwan Malaysia dan Coalition for Animal Welfare yang terdiri daripada 14 badan NGO dari seluruh Malaysia. Tujuan penubuhan Pertubuhan Pelindung Haiwan ini adalah untuk memastikan hal ehwal dan keselamatan haiwan peliharaan dan haiwan jalanan diuruskan secara lebih berwibawa di Malaysia dan selaras dengan standard dan protokol antarabangsa seperti World Organisation for Animal Health. Para penyayang anjing dan kucing ini amat kecewa dengan cara pegawai sesetengah pegawai PBT menangani anjing dan kucing liar di tepi jalan. Mereka pernah tulis surat untuk minta perjumpaan dengan Menteri KPKT dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan sebab Jabatan Veterinar di bawah kementerian ini. Salinan surat juga di e-mel kepada pengarah dan setiausaha berkenaan, tetapi mereka rasa sangat kecewa kerana kedua-dua kementerian ini tidak jawab surat mereka dan tidak berjumpa dengan mereka.
Di sini saya hanya membangkitkan permintaan kumpulan penyayang binatang ini untuk perhatian kementerian. Mereka minta kementerian untuk meminda fasal 30(1) dan juga (2)(e) dalam Akta Kebajikan Haiwan, The Animal Welfare Act 2015. Selain itu, seksyen 30(2), mereka minta dibatalkan dan mengekalkan seksyen 30 — fasal 30(1) yang tidak membenarkan pembunuhan anjing dan kucing.
Mereka juga berharap kerajaan mengadakan undang-undang dan peraturan tentang cara menangkap anjing dan kucing di tepi jalan dengan cara yang lebih berperikemanusiaan. Saya berharap KPKT boleh adakan libat urus dengan NGO-NGO penyayang binatang ini supaya PBT kita boleh menangani isu ini dengan lebih waras dan bijaksana.
Tan Sri Pengerusi, hari ini adalah Hari Kanak-kanak Sedunia, World Children’s Day. Kalau Parlimen tidak memberi ruang kepada UNICEF untuk mengadakan program dan juga pameran, ramai Ahli Parlimen termasuk saya tidak sedar tentang hari istimewa ini. Tahniah kepada usaha Speaker Dewan Rakyat.
[Tepuk] Melalui pameran dan perbincangan dengan pegawai UNICEF tadi, saya sedar dengan inisiatif UNICEF yang dipanggil, The Child Friendly Cities Initiative (CFCI).
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tujuannya ialah untuk menjadikan bandar raya kita lebih mesra kepada kanak- kanak. Saya difahamkan lebih daripada 1,000 bandar di 40 negara telah menyertai inisiatif UNICEF ini. Di Malaysia, the Child Friendly Cities Initiative (CFCI) ini yang pertama adalah di Petaling Jaya. Selain itu, Kuching Selatan— Bandar Kuching Selatan, Bandar Kuching Utara, Padawan, Miri dan Sibu telah juga menandatangani MoU dengan UNICEF untuk melaksanakan CFCI ini.
Saya sebenarnya saya tadi saya baca sedikit maklumat berita tentang CFCI yang pertama di Malaysia iaitu di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Mereka sebenarnya dah tubuhkan the Petaling Jaya Child Council. Melalui kerjasama dengan beberapa NGO, mereka mulakan satu program yang memasukkan penyertaan kanak-kanak dalam cara pengurusan dan membuat keputusan di mana kanak-kanak di bawah 18 tahun dipilih dan dilantik sebagai Ahli Majlis Kanak-kanak PJ yang mereka dikehendaki berkhidmat secara sukarela selama dua tahun. Saya amat kagum dengan inisiatif MBPJ ini yang saya juga baca pada Disember tahun lepas, MBPJ telah melantik 40 orang kanak-kanak yang berumur di antara umur sembilan hingga 17 sebagai Ahli Majlis Kanak-kanak di PJ ini.
Saya rasa semua ini adalah satu usaha yang amat baik untuk kita kata memartabatkan kanak-kanak kita. Sejak kecil mereka diberi tanggungjawab untuk jaga persekitaran untuk memantau pengurusan PBT dan yang mana saya rasa ini adalah salah satu perkara— Saya berharap pihak KPKT akan mengadakan — dikatakan kita akan mengadakan ini sebagai — menjadikan ini sebagai salah satu agenda KPKT untuk menggalakkan semua PBT di seluruh negara untuk adakan inisiatif ini supaya mereka boleh lihat yang cara macam mana kita boleh menjaga kebajikan kanak-kanak kita.
Misalnya kita boleh ada dasar di mana free bus service, bas percuma untuk membawa kanak-kanak pergi ke tempat yang mana yang mesra dengan kanak-kanak, yang fasilitinya mesra dengan kanak-kanak. Mungkin boleh adakan perpustakawan, toy libraries yang ditubuhkan dan juga children’s playground, yang semua ini dan juga termasuk dengan fasiliti untuk kanak-kanak yang ada, mungkin yang disable supaya mereka boleh main sama dengan kanak-kanak yang biasa.
Jadi, saya rasa ada banyak inisiatif seperti ini yang mana KPKT harus diambil untuk pertimbangan untuk diperluaskan kesemua PBT di seluruh negara. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang Tuan Pengerusi, Ahli-ahli Yang Berhormat.
Kangar hari ini ingin membahaskan berkaitan dengan KPKT di peringkat Jawatankuasa.
Jadi, KPKT telah mendapat peruntukan sebanyak RM3.7 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan ianya adalah suatu angka yang lebih tinggi berbanding dengan 2023 iaitu sebanyak RM3.5 bilion.
Jadi, saya terus pergi kepada Butiran 01513 – Program Perumahan Rakyat iaitu sebanyak RM539 juta. Jadi Kangar ingin bertanya kepada Menteri, setakat manakah perbelanjaan yang akan digunakan ini untuk membantu golongan B40 terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar?
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Jadi, kalau kita lihat balik kawasan-kawasan luar bandar, maka rakyat-rakyat ataupun penduduk mereka mempunyai pendapatan yang rendah dan seterusnya mereka memerlukan rumahlah. Cuma Kangar ingin menjelaskan bahawa di kawasan Kangar iaitu di kawasan Kuala Perlis, Kuala Perlis mempunyai satu kawasan setinggan dan kawasan setinggan tersebut KPKT boleh membangunkan PPR di sana kerana di sana terdapat kawasan yang sesuai iaitu tanah milik kerajaan yang boleh diadakan Program Perumahan Rakyat. Apatah lagi Kuala Perlis merupakan transit laluan ke Langkawi malah Kuala Perlis dan negeri Perlis sudah mendapat pengiktirafan Geopark terbaru di Malaysia.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Saya pergi kepada Butiran 00100 – Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Memandangkan juga masih Kuala Perlis menjadi transit persinggahan pelancong ke Langkawi, jadi Kuala Perlis memerlukan satu kawasan tempat parkir kereta ataupun tempat parking kenderaan ataupun dengan izin, smart parking bagi memudahkan pelancong tempatan menyimpan kenderaan mereka.
Ini memandangkan kawasan di Kuala Perlis agak kekurangan ataupun tempat parking kereta yang agak tidak sistematik dan kawasan untuk pengguna tersebut ada kalau KPKT ingin merujuk saya boleh tunjukkan kawasan yang berkenaan untuk menjadikan sebagai kawasan tapak parkir kereta untuk pelancong-pelancong ke Langkawi.
Seterusnya dalam butiran yang sama juga, saya pergi kepada berkaitan dengan Pasar Borong di Sena, Kangar. Pasar Borong kini sedang dinaiktaraf oleh KPKT tetapi banyak keluhan daripada golongan peniaga-peniaga. Persoalannya mengapakah gerai-gerai borong yang sedang dan yang lepas didirikan oleh KPKT merupakan kedai- kedai yang bersaiz kecil dan tidak mampu untuk menampung stok yang banyak?
Ini berlaku di kawasan Kangar di Pasar Borong Kangar hingga hari ini pun berlaku keluh kesah di kalangan peniaga kerana ianya bukan setakat untuk borong, lebih kepada peruncitan. Agak tidak berapa sesuai bagi perniagaan borong terutamanya untuk menempatkan sayur-sayur yang begitu banyak. Jadi, mengapakah KPKT tidak membina kedai borong yang lebih besar sesuai dengan konsep jualan borong?
Seterusnya juga berkaitan dengan pasar besar ataupun market di Kangar juga.
Rasanya market Kangar sudah lama tidak dinaiktaraf longkang-longkang ataupun tempat pembuangan sampah dan juga di kawasan sekeliling sudah lama tidak dimajukan. Jadi mohon KPKT untuk membantu Majlis Perbandaran Kangar bagi menaik taraf kawasan- kawasan di sekitar market ataupun Pasar Besar Kangar dan juga di Pasar Borong itu sahaja daripada Kangar. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Tuan Sri Pengerusi, saya ada tiga butiran yang ingin saya menyentuh bagi Kementerian Pembangunan Tempatan.
Yang pertama ialah 020100, berkenaan dengan sejumlah RM3.1 juta telah diperuntukkan bagi untuk PBT di setiap kawasan. Oleh itu, kementerian sudah seharusnya mempunyai perincian atau laporan khusus yang lengkap mengenai tahap kemajuan sesebuah negeri dengan menjadikan peranan Kerajaan Tempatan, terutamanya dalam Majlis Bandaraya sebagai sandaran penilaian kemajuan.
Oleh itu saya ingin tanya, berapakah jumlah peruntukan yang telah diperuntukkan kepada Majlis Perbandaran Segamat? Kerana seperti yang saya juga bahaskan bahawa pembangunan yang tidak seimbang ini akan memberi kesan kepada daerah-daerah yang di utara Johor. Di Johor ada 16 PBT.
Antara tujuh PBT adalah berstatus Perbandaran dan antara Segamat adalah sebuah PBT yang tidak mengutip cukai yang begitu banyak kutipan hasil bahawa kita memang kekurangan dana. Bagi saya berharap untuk kali ini KPKT juga Yang Berhormat Timbalan Menteri ada di dalam Dewan juga boleh mempertimbangkan untuk memberi peruntukkan yang secukupnya untuk membantu Majlis Perbandaran Segamat kerana ia merangkumi tiga Parlimen di dalam Segamat yang pertama.
Keduanya adalah berkenaan dengan dan ini juga akan melewatkan projek-projek yang sedang dirancang di PBT Segamat dan saya meminta Menteri untuk membantu untuk meneliti perkara ini dan seterusnya saya ingin juga menekankan tentang 02102 – Pembangunan Landskap. Telah memperuntukkan sebanyak RM12.3 juta bagi– saya ingin mengesyorkan kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan agar aspek pengindahan landskap ini bukan sahaja seperti yang berlaku setiap tahun. Saya ingin
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
mencadangkan supaya peruntukan diberikan apabila waktu perayaan, saya tanya bersama dengan YDP, adakah peruntukan untuk membuat penghiasan?
Katanya tiada peruntukan untuk membuat hiasan waktu perayaan Deepavali, Hari Raya ataupun Tahun Baru Cina dan saya berharap peruntukan ini juga dipertimbangkan kerana semangat perpaduan yang kita jalinkan dengan teguh hari ini sewajarnya disambut secara positif dan juga menunjukkan bahawa landscaping seperti penghiasan ini juga akan membantu pada tahun-tahun akan datang. Saya harap untuk peruntukan kali ini, diberikan peruntukan untuk landscaping pada khususnya kepada waktu-waktu perayaan.
Seterusnya adalah berkenaan dengan Butiran 030100. Saya difahamkan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan menggerakkan sekira-kira seramai 600 Pegawai Bomba Bantuan Siswa (PBBS) sebagai anggota tambahan untuk menyokong operasi banjir yang akan disertai oleh 24,000 anggota bomba. Saya ingin tanya berhubung dengan perihal tersebut, pertama apakah bentuk penjagaan kebajikan anggota pegawai bomba bantuan siswa yang terlibat dalam operasi banjir pada hujung tahun ini?
Kedua, apakah mekanisme atau kaedah pengagihan serta penempatan anggota Pegawai Bomba Bantuan Siswa yang akan dilakukan sempena musim monsun barat daya nanti? Adakah penempatan setiap anggota Pegawai Bomba Bantuan Siswa mengikut keperluan situasi penyelamat bagi satu-satu zon banjir atau mengikut kekuatan anggota bomba penyelamat di satu-satu daerah.
Apakah bentuk dorongan serta galakkan yang akan diperhebatkan menerusi peruntukan khas bomba dan juga penyelamat bagi tahun 2024 untuk menarik lebih ramai lagi golongan mahasiswa IPTA untuk menyumbang tenaga mereka sebagai Pegawai Bomba Bantuan Siswa.
Akhir sekali saya ingin bertanya berkenaan dengan satu peruntukan yang di umum oleh Yang Berhormat Menteri KPKT waktu perbahasan peringkat dasar, bahawa RM50 juta diperuntukkan bagi membantu peruntukan membaik pulih rumah ibadah bukan Islam.
Bahawa saya merasa dalam KPKT ini juga dimaklum ada RM100 juta telah diperuntukkan untuk membaik pulih tandas di seluruh negara. Tetapi malah saya sedih apabila hanya RM50 juta disediakan kepada rumah-rumah ibadah bukan Islam di seluruh negara termasuk Sabah Sarawak. Dan saya rasa angka jumlah ini tidak tertera dalam butiran di bawah kementerian KPKT.
Saya mohon juga kementerian ambil perhatian dan juga untuk mempertimbangkan untuk menambahkan juga peruntukkan RM50 juta ini kepada meningkatkan menjadikan RM100 juta. Kerana saya rasa ia tidak memadai ataupun mencukupi untuk kita perluaskan kepada negeri Sabah dan Sarawak kerana kita ada rumah ibadah, kuil, kita ada gereja, kita ada rumah ibadah Buddha dan tokong berhala dan sebagainya.
Saya berharap kementerian memberi perincian bagaimana untuk - dan juga kaedah-kaedah yang boleh memudahkan dan juga mempertingkatkan dan memperkasakan semua rumah ibadah termasuklah rumah agama Islam sekali di Malaysia. Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Pengerusi kerana memberi peluang untuk saya berbahas di peringkat Jawatankuasa. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih, saya jemput Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Tan Sri Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri yang ada dalam Dewan pada petang ini.
Saya ada enam perkara Tan Sri Pengerusi yang nak disentuh mengenai perbahasan peringkat Jawatankuasa ini. Pertama, Butiran 030100 – Bomba dan Penyelamat. Isu ada kekurangan anggota bomba saya merujuk kepada laporan media Menteri Yang Berhormat Menteri sendiri yang melaporkan, kita ada kekurangan anggota bomba yang agak serius.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Negeri Selangor negeri yang paling tinggi dilaporkan kekurangan anggota.
Anggota yang difahamkan ada seluruh negara 15,000 orang, populasi rakyat Malaysia 33 juta. Satu anggota nisbah kepada 2,238 orang, itu satu nisbah yang sangat membebankan seorang anggota bomba.
Soalannya, apakah usaha yang telah diambil oleh kementerian untuk mengatasi isu kekurangan anggota bomba ini? Begitu juga dilaporkan terdapat juga kekurangan jentera, fire rescue tender (FRT) di beberapa buah negeri. Apakah tindakan kementerian untuk mengatasi ishu ini? Minta maaf Tan Sri, *tershashul.
[Ketawa]* Kita sedang berhadapan dengan monsun...
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu minta pencelahan, Alor Setar, boleh?
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Sila-sila.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Berkait dengan anggota bomba ini, Menteri. Baru ini berlaku bangunan runtuh di Pulau Perhentian, di mana saya dimaklumkan enam mangsa terlibat dan salah seorang daripadanya meninggal dunia. Di mana disebabkan ketiadaan balai bomba di Pulau Perhentian ini menyebabkan bantuan penyelamat lambat sampai dan tidak ada anggota bomba tetap di pulau.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Cepat sedikit, perabis ayat itu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Maksudnya, di pulau-pulau lainlah. Jadi, saya minta supaya diadakan balai bomba dan juga ada anggota bomba tetap di pulau. Sekian, terima kasih.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Okey, saya mohon masukkan dalam ucapan. Terima kasih. Kita sedang berhadapan dengan Monsun Timur Laut, apakah pelan yang pihak kementerian ambil untuk memperkemaskan kita punya jentera anggota bomba ini? Jumlahnya kurang, kita sedang menghadapi bencana banjir, jadi mereka juga perlu kebajikan.
Saya ada contoh Tan Sri Pengerusi, seorang rakyat Alor Setar ini dia anggota bomba tetapi dia berkhidmat di Pulau Pinang tetapi bukan di Jelutong lah. Dia kena bertugas jaga banjir di Pulau Pinang tetapi rumah dia di Alor Setar juga banjir. Jadi, dia tidak dapat balik ke rumah untuk membantu urusan rumah dia pindah, dia selesaikan dahulu urusan bersama rakyat. Bagus anggota bomba ini tetapi apa pula inisiatif kementerian untuk bantu anggota yang juga berhadapan dengan musibah banjir seperti kes yang saya sebut ini.
Saya beralih kepada Butiran yang kedua 030400 – Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata. Dimaklumkan had limit tuntutan untuk tribunal perumahan ini hanya RM50,000 sahaja, sedangkan kes-kes yang dihadapi oleh pembeli ini lebih daripada angka RM50,000. Adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan angka limit tuntutan ini kepada jumlah yang lebih besar?
Butiran seterusnya Tan Sri Pengerusi, mengenai Perancangan Perumahan - 030600. Ada projek perumahan yang dibina di atas kawasan yang banjir, sedangkan agensi kerajaan sudah ada zoning kawasan yang banjir, kawasan ini tidak banjir. Adakah kerajaan bercadang untuk dedahkan zoning area ini kepada pemaju ataupun kepada pembeli supaya mereka ini tahu lebih awal sebelum mereka beli ataupun sebelum mereka buat pembangunan projek perumahan di kawasan tersebut?
Kemudian, Yang Berhormat Menteri juga ada mencadangkan konsep kediaman bina dan jual sebagai pilihan untuk solusi kepada projek perumahan yang sakit. Setakat mana sesi libat urus ini telah pun diadakan? Apakah response pihak REHDA terutamanya dan bagaimanakah libat urus dengan institusi kewangan kerana dia akan melibatkan modal? Sudah buat dahulu guna modal, baru jual dan saya juga cadangkan supaya libat urus turut diadakan dengan pihak Majlis Agama Islam Negeri kerana mereka ada tanah wakaf terbiar yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan perumahan ini.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Tan Sri Pengerusi, saya ingin juga mengingatkan Dewan yang mulia ini dalam hal perancangan perumahan ini. Nabi SAW menyebutkan satu hadis yang jelas dan dia melibatkan soal perumahan, terutamanya di bawah tanggungjawab KPKT, supaya dipisahkan tempat tidur anak bila berusia 10 tahun, lelaki satu bilik, perempuan satu bilik, mak ayah satu bilik. Maknanya, minimum rumah kena ada tiga bilik.
Jadi, saya cadangkan supaya pihak KPKT menggubal dasar yang memenuhi hadis Rasulullah SAW supaya paling tidak, dia boleh mengatasi isu gejala sosial kerana bilik tidak cukup, bercampur lelaki dan perempuan, maka berlaku sumbang mahram yang tidak kita ingini.
Keempat Tan Sri Pengerusi, Butiran mengenai Pengurusan Sisa Pepejal Negara - 020200. Akta 672, Akta Pengurusan Sisa Pepejal ini difahamkan ada lima negeri yang tidak dikuatkuasakan akta ini. Apa perancangan kementerian untuk memastikan lima negeri yang tidak tersenarai itu juga menguatkuasakan akta ini? Kedua terakhir Tan Sri Pengerusi, dalam Butiran P.43 00500 – Pengurusan Sisa Pepejal juga.
Didapati terdapat peningkatan perbelanjaan yang amat besar berbanding 2023 - RM79 juta dan tahun depan dianggarkan RM267 juta, lebih tiga kali ganda. Apakah justifikasi kepada peningkatan perbelanjaan yang begitu tinggi ini? Yang Berhormat Menteri juga pernah umum tentang penubuhan Majlis Ekonomi Kitaran Bagi Sisa Pepejal.
Berapa implikasi perbelanjaan penubuhan majlis ini? Adakah sudah termasuk amaunnya dalam anggaran RM267 juta tadi, apa outcome majlis itu setakat ini?
Akhir sekali Tan Sri Pengerusi, mengenai pembasmian kemiskinan P.43 0400 juga ada peningkatan RM6 juta dalam tahun ini. Apa perincian program pembasmian kemiskinan bandar yang telah pun dirancang oleh pihak kementerian? Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih, saya jemput Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Batang Lupar juga ingin memohon untuk turut serta dalam perbahasan pada petang ini bagi maksud P.43 dan B.43 Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.
Butiran 30001 - Pembinaan Bangunan JBPM di Sarawak, yang diperuntukkan sebanyak RM1.85 juta. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kementerian kerana telah menerima saranan daripada wakil-wakil kami dari Sarawak untuk meningkatkan jumlah peruntukan bagi pembinaan balai bomba dan penyelamat di Sarawak kepada RM1.85 juta berbanding RM490,000 sebelum ini dalam belanjawan yang lepas.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada Menteri KPKT yang telah berkunjung sendiri ke Sarawak baru-baru ini, di mana beliau juga telah bersetuju bahawa 38 buah balai bomba sedia ada masih belum mencukupi untuk Sarawak yang merupakan sebuah wilayah yang hampir sama luasnya dengan Semenanjung Malaysia.
Untuk makluman Tan Sri Pengerusi, Sarawak juga terdiri daripada 40 buah daerah dan daripada jumlah tersebut, hanya separuh ataupun 20 buah daerah yang sudah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah balai bomba sendiri. Saya difahamkan kerajaan telah mempunyai perancangan untuk mendirikan BBP dan kuarters di Sungai Asap, Tatau, Daro serta daerah-daerah lain seperti Lubok Antu, Tanjong Manis, Julau, Batu Kawah dan Kota Sentosa.
Justeru itu, saya ingin mencadangkan kepada kementerian supaya dapat menyediakan peruntukan yang sewajarnya di bawah setiap perbelanjaan tahunan yang akan datang bagi membolehkan sekurang-kurangnya satu balai bomba kategori D dapat dibina di setiap daerah dan daerah kecil di Sarawak yang masih belum mempunyai BBP demi memperkasakan kesejahteraan dan perkhidmatan kebombaan serta keselamatan penduduk di kawasan yang tersebut, terutamanya di Parlimen Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Buat masa ini, di Parlimen Batang Lupar mempunyai tiga daerah iaitu Pusa, Lingga dan Sebuyau, di mana mereka terpaksa bergantung kepada BBP yang terdekat.
Jika Daerah Pusa, kita bergantung kepada BBP di Betong, di Sebuyau bergantung kepada BBP di Simunjan dan di Lingga, kita bergantung kepada BBP di Sri Aman. Ada kalanya pihak bomba di kawasan ini mengambil masa yang lama kerana perlu menggunakan perkhidmatan feri untuk menyeberangi sungai dan mengambil jalan yang jauh untuk datang ke tempat kejadian, di mana berlaku bencana dan sebagainya.
Saya percaya ianya dapat direalisasikan dengan adanya komitmen daripada pihak kerajaan dalam perkara ini untuk memberikan sebuah balai bomba baharu kepada Batang Lupar yang merupakan kawasannya amat luas dari segi logistik dan muka bentuk buminya. Saya memahami bahawa pihak kementerian juga terikat dengan beberapa kriteria seperti yang saya sudah dimaklumkan sebelum ini. Ada 16 kriteria tertentu bagi menentukan pembinaan sebuah balai bomba dalam sesebuah grid berkeluasan 25 kilometer.
Justeru, saya ingin mendapatkan perincian daripada pihak kementerian. Apakah 16 kriteria yang dimaksudkan tersebut dan adakah ianya mengambil kira keadaan geografi dan pola penempatan penduduk yang berselerak, terutamanya di kawasan luar bandar Sarawak?
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Saya menyeru supaya kementerian dapat mengambil pendekatan yang lebih pragmatik dalam isu ini. Jika kita hendak mengikutkan kesemua 16 kriteria tersebut untuk kita mewujudkan satu balai bomba di kawasan luar bandar, sudah semestinya kawasan saya, Batang Lupar tidak dapat memenuhi keenam belas-enam belas kriteria tersebut.
Jadi, saya menyeru pihak kementerian supaya mempertimbangkan kriteria-kriteria khas untuk mewujudkan balai bomba di luar bandar seperti di Sabah dan Sarawak pada ketika ini.
Pada masa yang sama, saya juga menyokong usaha pihak kementerian ke arah memperkasa community-based disaster management dalam kalangan komuniti setempat di kawasan luar bandar. Namun demikian, saya ingin menyarankan kepada pihak kementerian dan JBPM khususnya untuk mempergiat usaha bagi memperbaiki dan menaik taraf pili-pili bomba, terutamanya di kawasan kampung. Ini juga merupakan satu masalah utama di kawasan luar bandar, di mana pili yang telah lama dibina di kawasan ini sekarang sudah tertimbus oleh jalan-jalan raya dan ada segelintir daripada pili-pili ini telah rosak dan musnah.
Selain itu, pasukan bomba sukarela yang ditugaskan di kawasan luar bandar juga perlu dilengkapkan dengan kelengkapan yang secukupnya seperti mesin pam air dan kenderaan pacuan empat roda bagi membolehkan mereka menjalankan tugas mereka dengan lebih efisien dan berkesan.
Seterusnya Tan Sri Pengerusi, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan Butiran 00100 – Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Saya ingin memohon supaya sebahagian daripada peruntukan ini dapat disalurkan kepada pihak majlis-majlis daerah di Parlimen Batang Lupar untuk projek-projek seperti penyelenggaraan jalan, pembaikan tandas awam serta penyediaan gerai-gerai makanan dan kios untuk peniaga-peniaga kecil.
Akhir sekali, saya menyentuh Butiran 02101 – Pembangunan Taman Awam dan 02102 – Pembangunan Landskap. Adakah peruntukan ini akan disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk membina dan menaik taraf taman-taman awam di kawasan pekan-pekan kecil di luar bandar? Saya juga ingin mencadangkan supaya peruntukan ini dapat digunakan bagi memperhebatkan pembangunan landskap di pekan-pekan kecil terutamanya di Parlimen Batang Lupar bagi mengindahkan kawasan ini selain menyediakan tempat bagi orang awam untuk bersantai dan beriadah.
Tan Sri Pengerusi, saya berharap agar cadangan dan saranan yang telah saya kemukakan dalam perbahasan ini dapat diberi perhatian dan maklum balas oleh pihak kementerian. Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahi rabbil alamin wabihi nasta’in.* Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya terus ke Butiran 020200 – Pengurusan Sisa Pepejal. Apakah usaha yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan kecekapan pengurusan sisa pepejal ini terutamanya di negeri-negeri padat dan pesat seperti Kuala Lumpur dan negeri Selangor? Ini kerana pengurusan sisa pepejal ini penting untuk pastikan kesejahteraan dan kesejahteraan penduduk.
Bagaimana pula dengan keadaan-keadaan yang sisa pepejalnya berada di tahap yang rendah dan terkawal seperti Terengganu dan Kelantan? Sudah adakah usaha dan persediaan untuk menyediakan tapak pelupusan sisa pepejal tersusun untuk negeri- negeri tersebut?
Sebelum ini, kerajaan menyasarkan setiap negeri mempunyai sekurang- kurangnya satu Waste-to-Energy (WTE). Apakah perkembangan terkini WTE ini dan sasaran kerajaan untuk membangunkan WTE untuk masa depan? Seterusnya, berapakah jumlah kos WTE yang dikatakan lebih mahal berbanding dengan Materials Recovery Facility (MRF) kerana saya difahamkan China berhadapan dengan... [Tidak jelas] hutang dengan isu WTE ini. Saya mohon supaya Timbalan Menteri menyatakan statistik pelupusan sampah haram dan usaha menangani masalah tersebut.
Tan Sri Pengerusi, selain daripada itu, sejauh manakah kerajaan berjaya dalam usaha untuk mempercepatkan peralihan konsep pengurusan sisa pepejal secara ekonomi linear kepada ekonomi kitaran seperti yang digariskan dalam RMKe-12 bagi mengatasi peningkatan janaan sisa pepejal secara holistik.
Usaha-usaha lain yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan untuk melupuskan sisa pepejal dan bagaimana Kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk pengurusan sisa pepejal supaya ianya diurus dengan cekap dan menjamin daya huni yang baik untuk sesebuah lokasi. Sejauh manakah berjayanya industri hiliran pelupusan sampah ini dan pihak manakah yang memperoleh keuntungan daripada proses pelupusan sampah ini?
Seterusnya Butiran 020500 – Kemapanan Bandar dan Persekitaran Hijau.
Kerajaan telah menggerakkan Kempen Kitar Semula pada tahun 2002. Sejauh manakah berjayanya program tersebut dan sebagai contoh, pada tahun 2022, Malaysia dilaporkan menjana sebanyak 38,206 tan sisa pepejal setiap hari dan jumlah ini terus meningkat.
Daripada jumlah tersebut, hanya 31.52 peratus dikitar semula dan selebihnya dibuang di tapak pelupusan sampah. Ertinya, bermaksud bahawa 31.52 itu sekitar 12,000 tan sahaja.
Persoalannya, adakah dasar ini ataupun program ini belum betul-betul berjaya? Jika benar, apakah penambahbaikan yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut?
Ketiga, Butiran 020400 – Perancangan Bandar dan Desa. Apakah status kajian dan pelaksanaan Bandar Mesra Belia dan Bandar Mesra Autisme yang telah digerakkan oleh kerajaan sebelum ini? Apakah status pelaksanaan di bawah ASEAN Smart Cities Network (ASCN) tahun 2022? Kementerian perlu mengenal pasti bandar-bandar baru.
Apakah status kajian tersebut?
Ketiga, apakah status projek pemetaan land bank kawasan rumah mampu milik di Malaysia. Ini kerana keperluan mendesak sekarang ini ialah rumah mampu milik sesuai dengan kemampuan ekonomi rakyat, yang mana 60 peratus...
[Tidak jelas] pendapatan masyarakat hari ini ialah M40 dan apakah perancangan kerajaan untuk membangunkan kediaman mampu milik dan kos rendah di luar bandar?
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Kuala Terengganu, boleh saya? Sikit sahaja.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, sikit. Masa.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Mengenai rumah mampu milik.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ucap terima kasih menimbulkan isu ini. Di kawasan saya di Tasek Gelugor, ada dua projek besar rumah mampu milik tetapi saya ingin mohon supaya Yang Berhormat Hulu Terengganu menyokong cadangan saya supaya kementerian menyemak semula dan memantau pelaksanaan projek ini kerana kualiti finishing dia yang amat menyedihkan.
Syarikat ini namanya Scientex Berhad. Saya rasa di tempat Yang Berhormat Timbalan Menteri pun ada projek yang dijalankan. Di Johor banyak kawasannya, di Pulau Pinang ada dua. Dua-dua dalam kawasan saya. Jadi saya mohon Hulu Terengganu kalau boleh menyokong idea saya supaya kerja-kerja Scientex ini disemak dan dipantau dengan teliti.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, terima kasih Tasek Gelugor.
Boleh masukkan sebahagian daripada ucapan saya. Seterusnya, 030100 – Komuniti Bandar Mampan, Bomba dan Penyelamat. Terengganu dah mula banjir. Persoalannya, apakah aset ataupun pertambahan aset untuk membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan tersebut? Yang kedua, bomba sukarela.
Apakah aset-aset yang diberi secara percuma selain daripada latihan kepada bomba sukarela yang berada di kampung-kampung ataupun di bandar-bandar dan saya cadangkan yang dibangkitkan oleh Setiu, kawasan berlaku runtuhan di Pulau Perhentian juga perlu ada pasukan bomba sukarela di sana.
Seterusnya Tan Sri Pengerusi, Butiran 030200 – Perumahan Negara. Inisiatif Simen Rahmah. Persoalannya bagaimanakah sambutan daripada pihak industri dan pemaju? Apakah jaminan bahawa harga yang dibina dengan Simen Rahmah lebih murah daripada harga simen biasa?
Yang kedua, boleh perincikan cadangan projek perumahan yang dibangunkan menggunakan Simen Rahmah? Yang ketiga, apakah status perumahan yang terbengkalai sebagaimana yang dialami oleh Tasek Gelugor, di Kuala Peng, di mana dikatakan kontraktor telah tidak berminat untuk meneruskan projek tersebut. Apakah statusnya sehingga kini? Yang keempat, sejauh manakah Dasar Perumahan Negara dapat memastikan lebih ramai terutama golongan muda, 40 tahun ke atas mampu memiliki rumah?
Seterusnya Yang di-Pertua, sikit lagi Yang di-Pertua Speaker, Pengerusi. Butiran 020100 – Kerajaan Tempatan iaitu mengenai peniaga-peniaga asing yang semakin ramai khususnya berada di Kuala Lumpur. Apakah tindakan yang diambil kepada mereka untuk mengatasi masalah ini? Yang Berhormat Pengerusi, 020100 juga berkaitan dengan Kerajaan Tempatan, Majlis Daerah Hulu Terengganu. Banyak tong-tong sampah di Majlis Daerah Hulu Terengganu telah rosak dan dihanyut banjir. Perlu bantuan daripada kementerian untuk menggantikannya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang kedua, mohon peruntukan juga untuk membaiki dan mengganti alat-alat permainan di taman-taman awam di sekitar Kuala Berang yang telah rosak dan juga peruntukan untuk membaiki dan membersih parit dan longkang kerana kita dah tiba musim banjir sekarang. Keempat, mohon peruntukan untuk membina bangunan kedai baharu untuk sumber pendapatan.
Akhir sekali Yang di-Pertua, 020101 – Pembangunan Taman Awam iaitu spesifik kepada jalan masuk Taman Tasik Titiwangsa yang setiap kali hari minggu jem teruk, perlu kepada penelitian yang padu daripada pihak kementerian untuk pastikan parking yang ada di tepi jalan sekarang kalau boleh perlu diubah. Kerana kalau dulu, saya ingat bila ada dua way, two-way, maka tak ada jem. Hari ini sudah ada parking tepi jem berlaku jem yang terlalu padat. Kasihan kepada warga kota yang ingin berekreasi di Tasik Titiwangsa untuk hari minggu. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Bakri ingin membahaskan Butiran 030200 – Perumahan Negara sebanyak RM35.8 juta. Yang Berhormat Tan Sri, isu perumahan adalah satu isu yang begitu dekat dan ianya merupakan salah satu perkara asas di mana kehidupan rakyat jelata akan menerima impak dia.
Laporan pasaran hartanah pada tahun 2022 telah melaporkan bahawa sejumlah 27,746 unit rumah tidak terjual mencatatkan nilai sebanyak RM18.41 bilion pada tahun 2022. Majoriti rumah-rumah ini berharga lebih daripada RM30 juta, menyumbang 76.5 peratus daripada jumlah keseluruhannya.
Pada tahun 2009, rumah mampu milik yang berharga RM200,000 ke bawah merangkumi 55 peratus daripada pelancaran baru. Manakala pada 2022, kategori ini hanya menyumbang kepada 11 peratus daripada jumlah keseluruhan. Ini menunjukkan bahawa adanya ketidakseimbangan antara pasaran perumahan dan keperluan sebenar.
Ini berlaku apabila pemaju tidak menganalisis pasaran dan permintaan tempatan dengan cukup teliti. Justeru, menyebabkan pengeluaran rumah yang tidak memenuhi keutamaan ataupun keperluan pembeli yang berpotensi dari segi saiz, reka bentuk dan kemudahan yang disediakan.
Dengan ini, saya ingin bertanya, apakah rancangan kerajaan untuk mengatasi isu rumah yang tidak terjual? Saya juga ingin mengetahui adakah kerajaan bercadang untuk menilai dan memperbaiki keberkesanan dasar perumahan sedia ada? Langkah ini penting Yang Berhormat Tan Sri, kerana dia untuk mengatasi masalah ketidaksepadanan antara pembangunan perumahan dengan keperluan sebenar pasaran yang telah menjadi penyumbang utama kepada terjadinya banyak rumah yang tidak terjual.
Yang Berhormat Tan Sri, menurut MyCencus 2020, terdapat kira-kira 1.8 juta unit kediaman di Malaysia yang kosong iaitu 19.4 peratus, daripada jumlah 9.6 juta unit. Apa maksud 19.4 ataupun dekat 20 peratus ini? Kita ambil satu perbandingan, ya. Pada tahun 1970 iaitu lebih kurang 50 tahun lalu, angka ini hanyalah 9.5 peratus iaitu tak lebih daripada 10 peratus.
Ini bermaksud jumlah rumah yang kosong telah bertambah lebih dua kali ganda berbanding dengan 50 tahun lalu. Bagi saya, ini adalah satu dosa besar. Dosa besar bukan apa, sebab unit-unit rumah yang kosong ini saya lihat ia sebagai satu pembaziran sumber. Ia unit-unit ini dikosongkan ataupun ia kosong tidak digunakan tetapi kita tahu di pasaran masih ramai yang tidak mampu untuk memiliki sebuah rumah saja. Itu maksud saya kalau ada banyak rumah yang kosong, ini adalah satu dosa besar sama ada kepada pemegang hartanah itu mahupun kerajaan sendiri kerana tidak menggubal satu dasar yang mesra kepada golongan yang memerlukan rumah.
Yang Berhormat Tan Sri, unit-unit ini sekiranya dikosongkan dan tidak digunakan, ia tidak akan menghasilkan apa-apa nilai ataupun tidak memanfaatkan kepada sesiapapun baik individu ataupun kerajaan. Itu yang maksud saya tadi dosa besar.
Individu yang memegang beberapa unit kosong ini dengan tujuan– biasanya dengan tujuan spekulasi sebenarnya telah menghalang orang lain daripada peluang untuk membeli atau menyewanya. Unit kosong juga memberikan impak negatif kepada pembangunan jiran tetangga dan juga penggunaan sumber awam seperti pengangkutan dan fasiliti awam.
Dalam konteks ini, adakah kerajaan pernah merancang ataupun bercadang ataupun ada idea-idea untuk menyelesaikan isu-isu ini? Termasuklah pelaksanaan cukai kekosongan (vacancy tax) dengan izin sebagai salah satu penyelesaian seperti negara- negara lain? Cukai ini biasanya dikira sebagai peratusan daripada harga jualan unit yang kosong. Tujuannya adalah untuk menggalakkan pemaju supaya sentiasa berhati-hati dalam merancang dan membangunkan projek perumahan serta mengurangkan aktiviti spekulasi.
Negara-negara seperti Kanada iaitu di Vancouver dan British Columbia dan juga Australia iaitu di Melbourne telah melaksanakan cukai ini untuk mewujudkan pasaran
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
perumahan yang lebih berpatutan dan lebih produktif, pada masa yang sama mengawal aktiviti spekulasi.
Di negara kita, saya lihat cukai ini dapat mendorong pemaju dan individu menjual atau menyewakan unit kosong mereka supaya mengelakkan pembayaran cukai. Mungkin ada orang akan tanya, adakah perlaksanaan cukai ini akan menyebabkan penurunan nilai rumah dan memberikan kesan kepada nilai pasaran rumah sekunder kepada pemilik sedia ada?
Kita perlu lihat bahawa harga rumah di Malaysia telah meningkat dengan begitu cepat sejak tahun 2010 dengan Kadar Pertumbuhan Tahunan Gabungan (CAGR) sebanyak 5.8 peratus antara tahun 2010 hingga tahun 2022. Sementara itu, CAGR yang sihat dijangkakan untuk harga rumah di Malaysia haruslah berada di antara 3.1 dan 4 peratus.
Oleh itu, cukai kekosongan sebenarnya dapat membantu pasaran perumahan untuk mencapai CAGR yang sihat. Di samping itu, pelabur atau speculator akan melepaskan unit yang dipegang oleh mereka ke pasaran sewa. Ini akan meningkatkan bekalan rumah sewa dan merangsang persaingan sihat di antara pemilik-pemilik baharu dan pemilik-pemilik sedia ada supaya mereka menyediakan unit yang berkualiti baik dengan harga sewa yang lebih rendah dan berpatutan untuk penyewa.
Tuan Pengerusi
Masa ya, masa.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Ada sedikit lagi Yang Berhormat Tan Sri. Ada yang berpendapat bahawa hasil sewa akan menurun sekiranya peningkatan secara mendadak dalam bekalan. Namun saya lihat kita lebih penting untuk, kita lebih penting untuk supaya kita menyesuaikan, penyesuaian harga sewa ini– menurunkan kadar sewa yang sebenarnya berada pada satu tahap yang begitu mahal dan tidak mampu ditanggung oleh anak-anak muda sekarang.
Maka, saya lihat bagi hujah-hujah menentang perlaksanaan cukai kekosongan ini seperti kerugian nilai harga bagi pemilik rumah sedia ada dan hasil sewa yang lebih rendah adalah akibat yang perlu ditanggung sekiranya kita ingin membetulkan pasaran perumahan dan sewa supaya pasaran perumahan kita menjadi lebih mampan.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Bagaimanapun satu cabaran yang besar dalam melaksanakan cukai kekosongan ini. Saya harap kerajaan memandang perkara ini dengan serius dan kita boleh mula membuat sesuatu untuk mengurangkan beban anak muda bermula hari ini. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Tan Sri.
Tuan Pengerusi
Baik. Terima kasih. Saya jemput Kuala Nerus.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya terus kepada Kepala B.43 Butiran 030200 – Perumahan Negara.
Berhubungan dengan butiran ini, pertambahan bajet bagi tahun 2024 hanyalah sekitar RM200,000 sahaja. Jika dibandingkan dengan projek-projek yang masih belum selesai pada tahun 2023 ditambah pula dengan projek-projek baharu yang bakal diwujudkan tahun hadapan, tambahan ini saya rasa amat sedikit dengan bebanan tugas Jabatan Perumahan Negara untuk tahun hadapan.
Berhubungan dengan itu juga, saya mohon perincian data terkini status projek- projek perumahan di seluruh negara terutama projek yang dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ yang memerlukan perhatian daripada Jabatan Perumahan Negara sama ada ia projek di bawah kelolaan mana-mana agensi kerajaan ataupun juga di bawah swasta.
Hal ini kerana saya mendapat maklumat bahawa kesemua projek SPNB yang sedang berjalan di Terengganu tidak berjalan seperti mana yang dirancangkan. Oleh itu,
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
saya mohon penjelasan kementerian, apakah kekangan yang dihadapi dan bagaimanakah inisiatif kementerian untuk menyelesaikannya?
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan agar satu projek SPNB di Tok Jembal, Kuala Nerus yang masih dalam perancangan, tanah telah diluluskan oleh kerajaan negeri. Saya mencadangkan supaya diserampang dua mata di mana pertama, ia memenuhi keperluan perumahan rakyat tempatan dan pada masa yang sama sebagai solusi kekurangan asrama dan penempatan bagi pelajar-pelajar universiti di UNISZA dan UMT yang sangat kritikal pada waktu ini.
Hal ini berdasarkan makluman yang diadukan kepada saya sendiri. Kedua-dua universiti awam tersebut tidak mempunyai asrama ataupun kolej yang mencukupi. Ia menyebabkan pelajar menyewa merata-rata di Daerah Kuala Nerus dan ini akan melibatkan soal pengangkutan, kewangan dan keselamatan pelajar-pelajar.
Kami juga dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi telah memaklumkan secara terperinci tentang data-data kekurangan asrama kedua-dua universiti tersebut. Justeru saya memohon agar kerjasama antara KPKT dan KPT dapat diwujudkan bagi menyelesaikan masalah ini.
Seterusnya bagi Kepala B.43 Butiran 040700 – Bantuan Sisa Pepejal Pihak Berkuasa Tempatan. Berhubung dengan butiran ini, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan hanya sebanyak RM10 juta bagi bantuan sisa pepejal kepada pihak berkuasa tempatan. Jadi umum semua kita tahu bahawa jumlah tersebut terlalu kecil jika dibandingkan dengan kos keseluruhan berurusan sisa pepejal bagi setiap pihak berkuasa tempatan di seluruh negara. Oleh itu saya mohon perincian pihak daripada kementerian mengenai projek manakah ataupun program-program khusus yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan dan projek mana sebenarnya yang hendak difokuskan?
Juga saya ingin tahu, apakah nasib negeri-negeri yang tidak menandatangani Akta 672. Kerana alasan-alasan yang dikemukakan oleh negeri memang alasan-alasan munasabah di pihak negeri yang tidak menandatanganinya, antaranya negeri Terengganu. Walaupun Terengganu tidak menyertai Akta 672 tapi dari segi kemapanan bandar setiap tahun masih lagi dikategorikan melalui MURNInet sebagai bandar mampan.
Ini menunjukkan bahawa dari segi pengurusan sampahnya baik tapi yang masalah yang dihadapi oleh Terengganu sekarang ialah pengurusan sampah bagus tapi tapak pengurusan sampah sudah hampir tepu semuanya. Oleh itu, adakah apa-apa kaedah pihak kementerian boleh bantu negeri-negeri yang tidak menyertai atau menandatangani Akta 672 ini dapat bantuan daripada Kerajaan Pusat bagi pengurusan tapak pembinaan ataupun pengurusan tapak pemupusan sampah sahaja bukan dari segi urusan mengangkut sampah dan sebagainya.
Sebagai akhirnya, masa ada sedikit lagi. Untuk Butiran 01604 – Pemulihan dan Penyelenggaraan. Saya ingin memohon penjelasan berhubung dengan kelewatan kerja- kerja membaik pulih lif flat PPR Hiliran. Masalah yang dihadapi oleh penduduk PPR Padang Hiliran yang telah dikesan sejak tujuh tahun yang lalu. Namun ia hanya mula dibaiki pada awal tahun ini dan masih lagi belum selesai sepenuhnya dengan alasan– satu paragraf, dengan alasan tiada alat ganti dan perlu diimport daripada luar negara.
Persoalan saya ialah tidak adakah cara lain bagi menyelesaikan masalah kelewatan bekalan alat ganti ini?
Saya juga berpandangan bahawa isu kerosakan lif di rumah strata ini ada kaitan dengan unsur-unsur vandalisme dan penyalahgunaan oleh penghuni itu sendiri. Oleh itu saya berharap agar kerajaan mengambil kira bajet yang di khusus dalam memberi pendidikan serta kesedaran kepada semua penghuni program perumahan kerajaan untuk sama-sama bertanggungjawab menjaga kelestarian tempat tinggal mereka demi kemudahan bersama.
Rakyat perlu dididik untuk tidak pentingkan diri dan menghormati hak awam kerana ia juga satu ajaran Islam sebagai Agama Persekutuan. Sekadar itu sahaja.
Assalamualaikum. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ampang turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Kanak-kanak Sedunia dengan tema dengan izin, ‘For Every Child, Every Right’ dengan menyeru agar semua kita berazam dengan serius untuk berusaha untuk meningkatkan martabat kanak-kanak dan dengan tumpuan kebajikan dan kesejahteraan golongan rentan ini demi mempertingkatkan dan menaik taraf mutu kehidupan mereka.
Saya nak ucapkan syabas kepada Tan Sri Pengerusi yang telah pun menyambut hari istimewa ini di Parlimen ini sendiri kerana ini menunjukkan dan mengingatkan kami semua Ahli Dewan Rakyat ini bahawa peri pentingnya isu kanak-kanak dikedepankan.
Tan Sri Pengerusi, saya teringat tentang satu beberapa insiden yang berlaku semasa saya memegang jawatan Exco Perumahan. Di antara perkaranya adalah isu-isu berbangkit di PPR, rumah-rumah PPR, rumah-rumah kos rendah dan sebagainya bila mana ruang komunal tidak ada tempat bermain untuk kanak-kanak khususnya tidak diperuntukkan ataupun dalam bangunan-bangunan yang lepas tidak ada.
Jadi ada satu peristiwa di mana kanak-kanak bermain di depan lif ya. Lif itu menjadi tiang gol mereka ya. Mereka menendang bola dan sebagainya di situ ataupun kadang-kadang lebih menyedihkan mereka main di depan atau di koridor-koridor yang sempit di bawah tangga, di depan rumah orang dan sebagainya. Jadi apatah lagi bila dimarahi oleh mereka ataupun penghuni-penghuni di situ untuk mereka tidak bermain dan sebagainya.
Jadi, apa yang saya ingin nyatakan di sini, tiada ruang bermain ini satu perkara yang perlu kita fikirkan bersama ya terutama baik bangunan-bangunan yang lama kerana kita selalu bercakap tentang hak kanak-kanak ini adalah aspek kesihatan mereka, pendidikan mereka, dari aspek nutrisi dan sebagainya tetapi kita tidak bercakap dalam aspek bagi ruang untuk mereka bermain dengan ruang yang sebaiknya agar pembesaran mereka tidak terbantut.
Okey, oleh itu saya ingin bertanya kepada pihak KPKT, Timbalan Menteri ada di sini iaitu di bawah Butiran 030600 – Perancangan Perumahan. Apakah aspek ini diambil kira untuk adanya wujudnya ruang komunal yang baik supaya kesemua mereka yang tinggal di pangsapuri ini dapat tempat yang sesuai untuk mereka berinteraksi dan juga bermain.
Di bawah Butiran 01604 – Pemulihan dan Penyelenggaraan dan juga Butiran 02102 – Pembangunan Landskap. Saya melihat apakah boleh kerajaan ataupun KPKT menambah satu lagi fokus. Sekarang ini bukan sahaja fokus untuk baik pulih bumbung, cat, lif ataupun kemungkinan kita ada tangki air sahaja tetapi elok juga dimasukkan supaya ada baik pulih ataupun mewujudkan ruang komunal ini supaya kita tidak tinggalkan lagi aspek untuk memberi penumpuan kepada kanak-kanak khususnya dalam pembangunan khususnya di bandar-bandar yang pesat membangun ini.
Seterunya Tan Sri Pengerusi, saya ingin membawa Butiran 030000 iaitu di bawah 030200 – Perumahan Negara yang mana kita jangkakan ia telah pun meningkat.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Jadi, Ampang mohon prihatin Yang Berhormat Menteri, khususnya Timbalan Menteri melonggarkan sedikit terma ataupun meneliti semula ya, syarat ataupun meningkatkan peruntukan khas buat perumahan berstrata kos sederhana. Sebab rata- rata kita lihat bantuan-bantuan ini hanya boleh untuk kos-kos rendah.
Kos sederhana khususnya macam di Ampang, kita lihat banyak yang telah uzur yang sebenarnya kita nak bantu tetapi bawah peruntukan sama ada di bawah dana KPKT ataupun bawah PMR (Projek Mesra Rakyat) ataupun ICU ataupun di bawah Jabatan Perdana Menteri, kita lihat bangunan premis yang usang ini tidak dapat diperuntukkan.
Oleh itu, saya selaku hari ini ingin menyatakan apakah boleh terma ini dilihat semula dan
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
mohon sangat Bajet 2024 boleh dilonggarkan untuk pangsapuri kos sederhana untuk diberikan bantuan.
Seterusnya...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Ampang, Ampang, boleh sikit Ampang?
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Sikit. Jangan lama-lama.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Untuk PPR rumah pangsa ni, saya sendiri melihat masalah sosial itu agak berat di kawasan-kawasan rumah pangsa ini ya. Apakah Ampang bersetuju bahawa kita perlu memberikan tumpuan sikit dari segi peruntukan untuk memberikan bantuan membangunkan insan di kawasan PPR dan juga rumah- rumah pangsa ini? Terima kasih.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Saya rasa itu saya boleh masukkan dalam ucapan saya. Konteks yang baik juga untuk kita teliti.
Seterusnya Tan Sri Pengerusi, saya ingin menyentuh Pembangunan—bawah Pembangunan 43. Apakah bidang tumpuan serta terma dan syarat untuk memohon dana bagi Butiran 00100 ini di bawah projek kecil di kawasan PBT sebanyak RM444.1 juta pada 2024? Apakah ianya melalui satu permohonan melalui online ataupun maknanya bukan sahaja melalui Ahli-ahli Parlimen ataupun Majlis-majlis Perbandaran yang boleh memohon, saya juga mencadangkan supaya ianya boleh dimohon oleh pihak pengerusi- pengerusi MC dan sebagainya untuk mendapatkan permohonan ini bagi kita buka ruang demokrasi yang lebih luas untuk dapat membantu mereka.
Seterusnya, satu lagi Pengerusi. Isu terakhir iaitu merujuk kepada Butiran 01604 –Pemulihan dan Penyelenggaraan yang diunjurkan melonjak 4.1 kali ganda kepada RM14.8 juta ini. Saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri isu berkaitan dengan terbengkalai dan projek sakit ini. Nyatakan apakah kesediaan KPKT berunding dengan pihak institusi perbankan dan kewangan untuk menangguhkan sementara waktu pembayaran balik pinjaman pembiayaan sekiranya projek perumahan lewat siap atau tertangguh.
Sekarang ini kita lihat kadang-kadang makan masa dua tiga tahun baru hendak buat keputusan. Jadi, pembeli-pembeli ni terkesan kerana dia membayar sewa, lepas itu nak bayar lagi loan. Jadi, saya harap usaha ini dipergiatkan lebih baik dan seterusnya apakah—jelaskan kepada saya kecekapan dan keberkesanan peruntukan sepanjang yang ada untuk membaik pulih projek perumahan sakit atau terbengkalai yang sudah pasti akan memberi impak negatif terhadap pembeli yang kita dah kalau ianya tidak ditangani.
Itu sahaja Tan Sri Pengerusi. Terima kasih daripada Ampang.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Pertama kali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri KPKT yang telah turun ke Kuantan memantau projek perumahan sakit termasuk ke Perumahan Prima D’Marina, Kuantan, ya. Beberapa kali saya telah bangkitkan projek tersebut dalam Dewan ini. Nampaknya kali ini telah mendapat perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terkini, saya dimaklumkan CCC telah diperoleh. Terima kasih.
Dato’ Pengerusi, seterusnya saya merujuk kepada Butiran 020400 – Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia). Kita maklum PLANMalaysia telah menyediakan pelan pembangunan mampan bagi satu daerah PBT untuk satu tempoh yang panjang tidak melebihi 15 tahun. Namun, terdapat kelemahan dalam pemantauan ketika pelaksanaan sama ada di peringkat PBT termasuk melibatkan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
Contohnya, apabila projek perumahan yang baharu dibina oleh pemaju yang baharu, mereka akan tambun tanah lebih tinggi berbanding perumahan sedia ada dan banyak juga keadaan di mana sistem saliran tidak diseragamkan, tidak bersambung dan
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
terputus. Beberapa situasi ini antara faktor penyebab berlakunya banjir kilat di kawasan perumahan lama. Contohnya di kawasan saya di Taman Kempadang Makmur dan Kampung Permatang Gaharu.
Soalan saya, adakah pihak kerajaan dan PBT mempunyai SOP dalam pemantauan agar pembinaan projek perumahan yang baharu diseragamkan atau diselaraskan dalam beberapa aspek bagi mengelakkan berlaku implikasi yang saya sebutkan tadi serta berpandukan kepada rancangan tempatan yang telah dirangka oleh PLANMalaysia?
Dato’ Pengerusi, seterusnya Butiran 030200 – Perumahan Negara. Merujuk kepada laporan penilaian—Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta bagi tahun 2022, sebanyak 23,993 unit rumah yang dibina berharga RM300,000 ke bawah iaitu merangkumi sebanyak 44.3 peratus daripada keseluruhan rumah yang dibina. Manakala menurut Bank Negara Malaysia, dalam Laporan Tinjauan Kestabilan Kewangan pada tahun 2022, 76 peratus isi rumah di Malaysia adalah berpendapatan atau kurang daripada RM8,333 sebulan yang mana mereka hanya mampu memiliki rumah berharga RM300,000 ke bawah.
Daripada data ini, ianya menunjukkan jumlah rumah yang dibina tidak selari dengan bilangan penduduk berdasarkan julat pendapatan isi rumah. Itu belum lagi diambil kira secara lebih spesifik yang melibatkan golongan berpendapatan rendah di bawah RM5,000 sebulan. Sudah pasti kelayakan mereka untuk memiliki rumah pada harga RM180,000 dan ke bawah.
Persoalannya, apakah indikator yang digunakan oleh pihak kementerian dalam mengawal dan menentukan kategori jenis rumah bagi projek perumahan baharu yang akan diberikan kelulusan? Saya mencadangkan agar pindaan Akta 118 disegerakan, Akta Pemajuan Perumahan turut mewajibkan kepada pemaju untuk menyediakan kajian dan laporan kedayahidupan sebagai syarat kelulusan suatu projek perumahan.
Seterusnya berkaitan Butiran 030600 – Perancangan Perumahan. Menurut Garis Panduan Perancangan Perumahan (GP 001-A) bagi unit kejiranan dengan minimum 400 unit, kemudahan asas perlu disediakan bagi pembentukan komuniti termasuk surau, dewan, tadika dan taman permainan. Apakah prosedur ini dipatuhi? Jika tidak dipatuhi, apakah tindakan pihak kementerian? Masih lagi pada butiran yang sama, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri mengenai satu projek perumahan yang mengalami masalah struktur retak dan melibatkan kira-kira 100 unit rumah di Kuantan iaitu Taman Aman Plus.
Pada Januari tahun ini, Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang telah turun ke lokasi dan Kerajaan Pahang membuat kenyataan akan membantu pemilik rumah. Namun, sehingga kini masalah ini belum selesai. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, wakil pembeli mendakwa keretakan ada kaitan dengan projek pembetungan Kuantan yang terletak berhampiran dengan kawasan perumahan tersebut.
Wakil pembeli ada menyatakan terdapat injunksi...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kuantan. Sik mohon sikit pencelahan. Ringkas ya.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Dua saat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya mohon Yang Berhormat Kuantan kita dapat memberi penekanan berkaitan dengan komuniti mampan ini. Saya merujuk Butiran Kawalan Kredit Komuniti, mungkin Yang Berhormat Kuantan setuju kementerian perlu membuat satu peraturan yang lebih ketat, syarikat-syarikat yang diberi license untuk kredit komuniti ini. Nampak ada kes yang terlalu banyak lebih 300 kes penipuan peminjam. Mereka sudah seperti ah long yang mendapat license daripada kerajaan. Jadi, bersetuju kah Kuantan bahawa kredit komuniti ini perlu diselaraskan kembali untuk memastikan ia tidak menjadi ah long yang berlesen kepada masyarakat kita?
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih Sik. Saya amat bersetuju dan masukkan dalam perbahasan saya. Sedikit masa lagi.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Berkaitan yang saya sebutkan tadi, projek pembetungan ni sebenarnya dah hampir siap dalam 97 peratus sudah. Namun, injunksi ini telah mengheret dan menyebabkan kelewatan projek pembetungan. Apabila situasi ini berlaku, kerja-kerja akhir projek pembetungan terpaksa dihentikan dan ia menyebabkan jalan yang berlubang di tepi jalan utama tidak dapat ditutup ataupun diturap dan ia menjadi penyebab kesesakan jalan raya yang sentiasa digunakan oleh orang ramai ketika berulang-alik kerja setiap hari.
Saya mohon Yang Berhormat Menteri KPKT dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dapat duduk bersama-sama dan mencari penyelesaian menang-menang bagi kedua-dua pihak kontrak projek pembetungan dan pembeli rumah dan agar rakyat dapat menggunakan sistem pembetungan yang lebih berkesan serta tidak membazirkan kos kerajaan jika ianya lambat disiapkan.
Dato’ Pengerusi, peruntukan bagi Program Perumahan Rakyat, Butiran P.01513 antara yang tertinggi bajet pada kali ini. Pertambahan sebanyak 268 peratus yang—saya memohon Yang Berhormat Menteri nyatakan agihan peruntukan bagi setiap negeri dan beberapa peruntukan bagi Parlimen Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Pada perbahasan Bajet 2023 yang lepas, Yang Berhormat Menteri memaklumkan KPKT akan memberikan keutamaan projek PPR kepada mana-mana kerajaan negeri yang menyediakan tapak tanah secara percuma ataupun kadar premium nominal. Saya ingin mendapatkan perincian daripada Yang Berhormat Menteri, negeri manakah yang telah approached dengan izin, KPKT bagi permohonan projek PPR?
Bagi negeri yang tidak mencadangkan lokasi kepada KPKT, adakah projek PPR tidak akan dilaksanakan di negeri berkenaan? Soalan saya, apakah polisi dan pendirian kerajaan dalam agihan peruntukkan bagi pembangunan projek PPR ini? Saya berpandangan agihan peruntukan wajar mempertimbangkan situasi sebenar mengikut keperluan seperti di kawasan padat penduduk serta agihan secara adil kepada setiap negeri.
Seterusnya, last, yang terakhirnya, Butiran 020100 - Kerajaan Tempatan. Ramai warga asing berniaga di premis PBT seluruh negara. Di Pasar Borong Selayang, di Bukit Bintang dan di tempat saya di Medan Warisan dan Pasar Besar Kuantan. Saya tidak dapat mengenal pasti sama ada mereka mendapat lesen perniagaan atau mereka membayar sewa kepada warga tempatan yang memiliki lesen premis tersebut.
Soalan saya, adakah terdapat SOP yang mengawal sewaan kepada warga asing bagi premis PBT? Perkara ini sekiranya tidak dibendung, bukan sahaja menjejaskan peluang warga tempatan dalam sektor ekonomi, bahkan mengundang pelbagai masalah sosial seperti aspek kebersihan, masalah pergaduhan dan pelbagai jenayah. Sekian, Dato’ Pengerusi.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Dipersilakan Yang Berhormat Kepong. Ikut senarai, Yang Berhormat Kepong. Silakan. Tidak ada. Satu, dua, tiga. Tiada. Saya terus kepada Yang Berhormat Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Pengerusi, memberikan ruang kepada saya untuk sama-sama membahas Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dalam Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
(KPKT).
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tetapi, terlebih dahulu saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor kerana telah dinobatkan sebagai PBT ataupun perbandaran daerah terbaik bagi Anugerah Bandar Mampan 2023 peringkat negeri Selangor yang diketuai oleh Yang Dipertua Tuan Mohd Hasry bin Mohd Nor.
Dato’ Pengerusi, saya terus kepada Kod B.43, Butiran 030400, berkenaan Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata. Kos anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM9,915,700. Saya ingin menyentuh isu hak milik strata yang mana saya telah bawa sebelum ini dan telah pun dijawab oleh kementerian. Penyelesaiannya adalah secara case-by-case basis dengan izin dan kementerian menyarankan mengemukakan permohonan pembiayaan penyelesaian hak milik strata di bawah Tabung Khas Hak Milik Strata menerusi Pejabat Tanah dan Galian Negeri.
Pemaju ataupun hak pemilik tanah yang seharusnya menyelesaikan isu hak milik strata ini. Akan tetapi, ada di antara syarikat yang telah gulung tikar. Yang menjadi mangsa, pemilik tapak. Difahamkan juga ada pemaju yang sedang mengusahakannya.
Mohon kementerian permudahkan urusan mereka. Saya mencadangkan agar kementerian melantik satu pihak yang berkepentingan untuk memfokus dan menyelesaikan masalah yang sekian lama membelenggu penduduk hak milik strata.
Ianya merupakan satu isu nasional melibatkan golongan B40 dan juga M40. Saya mohon kementerian ambil perhatian dan bukan sekadar memberi jawapan. Apa yang lebih penting adalah pelaksanaan. Terima kasih pegawai-pegawai yang mencatat. Kita permudahkan urusan orang lain, insya-Allah Allah akan permudahkan urusan kita.
Dato’ Pengerusi, seterusnya Kod P.43, Butiran 00100, berkenaan Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Kos anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM444,100,000. Peruntukan ini melibatkan projek infrastruktur seperti projek pembinaan dan menaik taraf parit dan longkang. Saya ingin mengaitkan dengan isu banjir kilat yang berlaku di Hulu Selangor yang melibatkan kawasan Ulu Yam, Batang Kali, Rasah, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Sungai Choh, Antara Gapi dan juga Hulu Bernam.
Itu tidak termasuk dengan Kampung Tradisi, Kampung Baru dan FELDA yang mana di bawah bidang kuasa kementerian lain. Isu banjir ini ialah yang sudah berpuluh tahun lamanya dan saya mohon agar kementerian dapat membantu menyelesaikan perkara ini dengan memberikan peruntukan untuk kerja-kerja menaik taraf perparitan dan longkang di kawasan perumahan yang terkesan dengan banjir.
Dato’ Pengerusi, seterusnya kod yang sama P.43, Butiran 02101, berkenaan Pembangunan Taman Awam. Kos anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM38,938,000. Saya ingin menyentuh berkaitan Taman Awam Jenjarum yang merupakan satu-satunya tempat riadah yang terdapat di Bukit Beruntung dan juga Bukit Sentosa, Hulu Selangor.
Saya mohon agar kementerian meluluskan peruntukan yang telah dipohon oleh pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor bagi kerja-kerja membaik pulih kerosakan permukaan padang dan juga gelanggang serbaguna. Begitu juga peruntukan untuk membina padang futsal dan pemasangan lampu limpah (spotlight) untuk membangunkan Taman Awam Jenjarum yang digunakan penduduk di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa.
Dato’ Pengerusi, seterusnya masih dalam kod yang sama, P.43, Butiran 04001 berkenaan Penyenggaraan Perumahan. Kos anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM100,400,000. Dalam perbahasan yang lepas, saya ada menyatakan mengenai enam kawasan pangsapuri yang telah dikeluarkan laporan forensik oleh Ki Integrated Consultants Sdn Bhd (IKRAM) untuk kerja-kerja pembaikan dan juga pemulihan.
Pangsapuri yang terlibat adalah Pangsapuri Seri Trompet, Pangsapuri Seri Seroja, Pangsapuri Seri Anggerik, Pangsapuri Seri Bakawali, Pangsapuri Seri Kemboja dan Pangsapuri Kenanga. Keseluruhan kos yang diperlukan adalah sebanyak RM10,343,641. Yang paling serius adalah melibatkan Pangsapuri Seri Trompet. Dato’ Yang di Pengerusi, mohon izin masa sedikit. Yang paling serius adalah melibatkan Pangsapuri Seri Trompet di mana Blok K telah dikeluarkan notis pengosongan kerana tidak selamat untuk diduduki.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Perkara ini memberikan kesan kesemua penghuni unit Blok K. Ada yang dah habis bayar, tetapi tidak dapat menduduki unit tersebut sedangkan mereka tetap perlu membayar kos penyelenggaraan. Kos yang diperlukan untuk pembaikan bagi Pangsapuri Trompet adalah sebanyak RM2,331,950. Mohon kementerian mengambil serius akan perkara ini supaya kerja-kerja pembaikan dan pemulihan dapat dijalankan dengan segera bagi memastikan keselamatan dan kebajikan penghuni di pangsapuri yang terlibat.
Yang terakhir Dato’ Pengerusi, masih dalam kod dan butiran yang sama. Saya mohon agar permohonan dana untuk melantik pihak bertauliah bagi menjalankan laporan forensik di dua lagi apartment yang turut mengalami keretakan iaitu Apartment Seri Ros 2 dan Apartment Cempaka dapat diluluskan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan dengan segera. Perkara yang saya bangkitkan ini adalah aduan daripada pemilik unit.
Mohon perhatian kementerian kerana ia telah lama berlaku. Sampai bila pemilik yang sah ini hendak menumpang atau terpaksa menyewa di rumah lain? Saya minta kementerian berhubunglah terus dengan pihak berkuasa tempatan menerusi COB Hulu Selangor untuk mendapatkan maklumat lebih tepat serta usahakan untuk menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Dipersilakan Yang Berhormat Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Dato’ Speaker, untuk bagi ruang kepada Batu dan saya terus kepada butiran. Ada lebih kurang dalam lima butiran dan butiran pertama saya merujuk kepada 04001 - Penyenggaraan Perumahan.
Saya ingin dapat penjelasan daripada Timbalan Menteri, adakah Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) terletak di bawah butiran ini? Jika benar, bolehkah secara spesifik maklum berapa peruntukan telah diagihkan untuk Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia? Hal ini kerana tabung ini membantu menyelenggara rumah strata kos rendah atau sederhana rendah swasta kawasan JMB ataupun MC terutamanya.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Kalau kita tengok di Kuala Lumpur ataupun negeri-negeri lain, isu perumahan swasta kos rendah ini sentiasa ada masalah pengurusan sebab saiz rumahnya kecil dan nilai fi pengurusannya pun sangat minimum.
Saya ada pelbagai kes di mana kos perumahan kos rendah swasta tidak menampung untuk mengurus. Contohnya, mengurus lif ataupun saluran paip dan perkara lain. Saya harap dengan ada tabung ini, bolehlah membantu kos ataupun meringankan kos beban perumahan swasta tersebut.
Kepada butiran seterusnya Butiran 01604 – Pemulihan dan Penyelenggaraan.
Selain projek terbengkalai, Projek Perumahan Sakit juga memberi impak yang besar terhadap pembeli. Adakah kementerian bercadang untuk meluaskan bantuan pemulihan kepada projek sakit khususnya projek berkaitan kerajaan seperti PPAM, Rumah WIP dan Program Perumahan Pihak Berkuasa Negeri?
Butiran seterusnya adalah Butiran 01513 – Program Perumahan Rakyat. Saya nampak ada peningkatan yang sungguh besar peruntukannya daripada RM146 juta tahun ini kepada RM539 juta. Adakah maksudnya ada banyak projek yang akan diumumkan oleh KPKT? Mohon penjelasan.
Saya ke Butiran 01906 – Perancangan Wilayah. Di mana telah diperuntukkan RM3 juta. Apa maksud perancangan wilayah dan bolehkah Timbalan Menteri bagi penjelasan yang teliti maksud perancangan itu? Sebab jika perancangan wilayah ini satu perkara yang penting kenapa hanya RM3 juta?
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Kepada Butiran 00400 – Pembangunan Bandar Pintar. Konsep bandar pintar juga dikenali sebagai Smart City dapat sokongan yang padu terutamanya daripada negara- negara maju. Dengan memperkasakan bandar pintar, secara langsung mendatangnya impak yang mendalam buat komuniti penduduk, ekonomi, ekosistem serta persekitaran fizikal.
Tetapi di sini, saya nampak pembangunan bandar pintar hanya di peruntukkan RM620,000. Saya mohon penjelasan daripada pihak Timbalan Menteri kenapa hanya RM620,000 sahaja untuk pembangunan bandar pintar? Kalau kita hendak sehala dengan teknologi sekarang dengan zaman yang penuh dengan digital, peruntukan ini tidak mencukupi untuk kita membangunkan bandar pintar.
Saya rasa itu sahaja daripada saya. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Dipersilakan Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Kapar membahaskan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan berjumlah RM5,647,038,600 juta.
Merujuk kepada Kepala B.43 Butiran 02000 – Persekitaran Bandar Mampan.
Khususnya 020400 – Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia). Emolumen. Kapar adalah di antara kawasan yang mempunyai tiga sungai utama, kawasan berbukit, Pelabuhan Klang di antara penyumbang utama kepada KDNK. Justeru, mempunyai pelbagai jenis pembangunan. Ada kampung tradisi, ada taman perumahan dan pelbagai jenis kilang.
Isunya Yang Berhormat Menteri, pertama, zon industri yang besar di Meru dan Sementa diluluskan di celah-celah kampung asal sedia ada selain taman-taman perumahan, kampung tradisi dan taman-taman. Saya baharu melihat website Property Guru Malaysia. Ada 229 tanah perindustrian untuk dijual di Kapar mengikut kemas kini Ogos 2023.
Ini yang baharu hendak dijual, yang sudah ada termasuk Top Glove dan sebagainya lagi banyak. Jadi, kelulusan taman perumahan yang besar di kawasan bukit khususnya di Bukit Kapar menyebabkan banjir lumpur yang berlaku di kawasan perumahan di bawah bukit. Penduduk mereka mendakwa mereka tidak pernah dilanda banjir terutamanya banjir lumpur sebelum projek perumahan ini bermula.
Ini faham-faham lah banjir lumpur ini sangat menyusahkan, orang tidak boleh kerja, orang apa hantar anak bila hujan mereka pun sudah risau, banyak barang sudah rosak. Maka, saya minta KPKT ambil tindakan kepada semua pemaju sebelum memulakan projek perlulah mengambil tindakan pencegahan supaya projek yang mahu dilaksanakan tidak menyebabkan kesusahan kepada orang lain.
KPKT perlu ada mekanisme merancang supaya pembangunan tidak mengganggu ekosistem sedia ada. Bukankah kelulusan merancang sesuatu projek pembangunan sepatutnya memastikan sistem saliran, penyuraian trafik, keselamatan, pertambahan keperluan utiliti perlu diintegrasikan dengan sistem kemudahan utiliti aset awam, kewujudan masyarakat dan penempatan sedia ada. This is an ongoing issue. This must stop now. Please Menteri tolong ambil tindakan. Bukit Kapar ya! Saya sudah sampaikan kepada Menteri.
B.43 Butiran 040000 – Program Khusus, Butiran 040700 – Bantuan Sisa Pepejal Pihak Berkuasa Tempatan, RM10 juta. Ini cerita sampah. Ini di antara yang selepas saya jadi wakil rakyat, saya melihatkan aduan tentang sampah diletak. Pelupusan tapak haram ini semakin banyak.
Jadi, saya merujuk kepada projek Butiran 00500 – Pengurusan Sisa Pepejal.
Untuk makluman Menteri, isu utama ini tadi yang saya sebutkan tadi pembuangan sampah
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
di tempat persendirian dan kawasan zon industri. Kes yang kronik ini telah pun mendapatkan liputan meluas di semua media. Longgokan dan pembakaran sampah, sisa kilang di Batu 14, Jalan Kapar berdekatan dengan Kampung Sungai Serdang, Kampung Tok Muda dan Pekan Kapar hampir 20 kaki saya dah sebut ya, tingginya pelbagai jenis sampah.
Macam-macam, menggunung di situ dan PBT Majlis Perbandaran Klang tidak mampu membersihnya kerana kos mengangkut 400 metrik tan. Jadi, saya minta! Kapar mengesyorkan KPKT membantu memberi peruntukan kepada MPK untuk menyelesaikan masalah sampah haram secara tuntas. Bukan ini sahaja tetapi secara menyeluruh. Tadi, yang 229 yang hendak jual lagi itu.
KPKT memberi amaran keras kepada semua kilang yang berdekatan dengan perumahan supaya tidak sama sekali tidak boleh mengambil jalan singkat untuk jimat kos pengangkutan dalam pemprosesan sampah terutama yang toksik dengan membuang di tempat dan dengan cara yang tidak selamat dan bukan tempat yang ditetapkan oleh KPKT atau PBT.
Segala perancangan projek perumahan perlu ditinjau di-site sebelum diluluskan bukan hanya di atas di dalam office dan sebagainya. Perlu lihat secara menyeluruh alam sekitar dan sebagainya.
Last sekali Pengerusi. Saya minta ada dua. Bomba dan Penyelamat Malaysia.
P.43 Butiran 30000 – Pembinaan Bangunan JBPM di Semenanjung Malaysia yang baharu ya. Berapakah bangunan baharu yang kerajaan mahu bina dalam negara dengan RM50,700,000 juta perbelanjaan ini?
B.43 Butiran 030100 – Bomba dan Penyelamat. Isu yang sedang kita hadapi apabila ada kebakaran di kawasan kampung yang tidak mempunyai laluan yang cukup lebar sebab trak bomba ini besar. Susah hendak masuk dalam lorong kampung yang kecil- kecil kerana kepadatan rumah yang sedia ada di-suburban seperti di dalam Kapar ini.
Jadi, saya, Kapar mengesyorkan kerajaan perlu buat inovasi. Mungkin gunakan trak yang kecil tetapi boleh padam api dan mungkin dia punya hos-hos itu kena panjang, saya tak pandai. Saya serahkan kepada KPKT sebagai tuan.
R&D perlu dibuat untuk memperkasakan keupayaan anggota bomba dan penyelamat supaya mampu mencapai matlamat seperti padam api, selamatkan mangsa banjir dan dalam pelbagai situasi yang tidak dijangka, tidak kondusif dan mengehadkan pergerakan anggota penyelamat. Masalah sumber air, tekanan rendah dan tiada pili bomba. Ini di antara. Ini saya hendak minta solusi kepada KPKT.
Akhir sekali Dato’ Pengerusi, ini fasal penjawat awam sangat penting. Minta satu minit. Saya hendak bawa kepada Kamar Khas tetapi katanya sudah penuh. Saya mohon KPKT untuk menyelesaikan isu projek perumahan terbengkalai BandaCaya SPA Villa I- Home di atas Lot 1142, Jalan Haji Othman Lama, Rantau Panjang, Klang.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Ianya telah pun bermula 2015, sepatut siap 2017. Harga seunit RM431,000 ketika itu. Ia mendapatkan – sebab penjawat awam dapat pembiayaan daripada Lembaga Perumahan. Hujungnya, mereka kena bayar RM1.1 juta lebih. Tapi masalahnya Menteri, mereka ini dah lah rumah tak siap, sepatutnya dah lama dah siap.
Di antara yang tunjuk kepada saya, Dato’ Pengerusi, dia kata dia dalam pantang tandatangan S&P itu, stamp itu. Sekarang anak dah besar. Dia sekarang kena bayar hampir RM2,000 sebulan untuk yang terbengkalai ini dan juga rumah yang sekarang dia diami. Bayangkan dia punya masalah. Pendeknya, tolonglah KPKT. Sebenarnya mereka telah berjumpa- 2022 mereka telah berjumpa KPKT tentang isu yang sama. Tolong selesaikan segera. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Thank you, dengan izin, Yang Berhormat Kluang. I really need that.
Habuk. Alergi. Okey, dipersilakan Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Dato’ Pengerusi, atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.
Butiran pertama yang saya nak sebutkan di sini adalah di bawah Butiran 00100 – Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, sebanyak RM444 juta diperuntukkan sama seperti tahun sebelumnya. Cuma saya nak bangkitkan di sini berkaitan dengan skop kerja di bawah butiran ini. Sebab kita tahu dana peruntukan ini akan diagihkan oleh KPKT kepada semua 151 PBT dan PBT sendiri yang akan menentukan apakah jenis projek ataupun kerja yang dilaksanakan. Biasanya digunakan untuk- katakan untuk menurap jalan, longkang dan sebagainya. Tukar lampu jalan ke lampu LED dan sebagainya.
Cuma saya nak tanya, saya mohon Timbalan Menteri ketika menggulung nanti memberikan kepastian sama ada peruntukan di bawah projek kecil ini boleh digunakan untuk bahagian landskap atau tidak? Terutamanya untuk pemangkasan pokok ataupun kalau pokok yang dah reput dimakan anai-anai, ditebang di tepi jalan. Sebab saya difahamkan ada PBT yang tak membenarkan, dikatakan tak boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Sebab banyak pokok di tepi jalan itu sebenarnya tak diuruskan dengan baik dan akhirnya, menyebabkan ia berbahaya kepada pengguna jalan raya.
Kedua adalah di bawah butiran yang sama. Saya nak tanya. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024 pernah menyatakan dalam teks ucapan beliau, sebanyak RM150 juta diperuntukkan untuk semua PBT di seluruh negara untuk membaik pulih tandas-tandas awam. Tetapi saya merujuk kepada Buku Belanjawan untuk maksud Bekalan dan Pembangunan 43, tiada satu tajuk spesifik berkenaan dengan RM150 juta tersebut.
Adakah RM150 juta yang dimaksudkan oleh Yang Amat Berhormat PMX tersebut termasuk dalam projek kecil ini ataupun diletakkan di bawah butiran yang lain? Mohon penjelasan daripada Timbalan Menteri. Saya nak tanya juga berkenaan dengan tandas ini. Daripada RM150 juta, adakah agihannya telah dibuat? Kalau sudah, Majlis Bandaraya Seremban, di mana Parlimen Rasah di bawah MBS, dapat berapa agihan dia?
Butiran seterusnya 01513 – Program Perumahan Rakyat. Saya nampak ada satu lonjakan yang tinggi dari segi peruntukan. Naik daripada RM146 juta sebelumnya kepada RM539 juta pada belanjawan kali ini. Saya menyambut baik. Saya rasa ada keperluan.
Cuma saya nak tanya di sini, berapa banyak rumah yang akan dibina di bawah lebih setengah bilion yang diperuntukkan untuk belanjawan kali ini dan berapakah projek yang terlibat di Parlimen Rasah dan Negeri Sembilan dengan berapa unitnya? Sebab bagi saya, ia satu inisiatif yang sangat baik, yang membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah. Cuma saya harap apa yang berlaku kepada PR1MA sebelumnya, tidak diulangi.
Kita tahu apa yang terjadi.
Saya juga ambil kesempatan pada petang ini nak sebut depan Yang Berhormat Menteri sebab Projek Perumahan PR1MA di bawah Parlimen Rasah yang mendapat CCC pertengahan tahun ini sebenarnya banyak juga masalah yang tak settle. Tapi masalah itu diwarisi sebelum ini. Cuma saya harap yang projek baharu itu tak melibatkan ataupun tidak dihantui dengan masalah-masalah yang sama.
Butiran seterusnya, 00500 – Pengurusan Sisa Pepejal. Saya nampak ada satu lonjakan peruntukan yang tinggi berbanding dengan tahun sebelumnya. Sebanyak RM266 juta diperuntukkan. Jadi, saya nak tanya. Saya menyambut baik. Saya rasa ada keperluan membolehkan kita mempunyai keberkesanan yang lebih dengan tambahan ataupun kelengkapan kemudahan yang dinaiktarafkan dan sebagainya dalam kita menguruskan sisa pepejal untuk memastikannya ia tidak mencemarkan alam sekitar.
Cuma saya nak tanya, ada tak peruntukan ini sebahagiannya digunakan untuk membeli ataupun memperbaiki lori-lori sampah yang rosak yang menyebabkan banyak cecair mengalir keluar daripada kenderaan ketika lori mengangkut sampah di kawasan- kawasan perumahan yang menyebabkan ada cecair yang kotor di atas jalan? Ada tak sebahagian daripada peruntukan itu untuk perkara ini? Sebab benda ini jangan kita pandang remeh. Kita mungkin nampak ini perkara yang sedikit sahaja. Tetapi ia adalah
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
isu yang menghantui ramai penduduk dan saya rasa sudah tiba masanya kita untuk melakukan sesuatu untuk memperbaiki masalah ini.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, perkara terakhir di bawah Butiran 40000 – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Saya nampak peruntukannya kurang sedikit berbanding dengan tahun sebelumnya. Nak tanya, apakah sebabnya? Adakah disebabkan target untuk membina 15,000 biji rumah dalam RMKe-12 telah dicapai?
Saya dimaklumkan telah dicapai pada pertengahan tahun ini iaitu 15 buah rumah.
Disebabkan target tersebut telah dicapai, jadi peruntukan dikurangkan ataupun ada sebab lain? Saya juga ambil kesempatan ini, saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri mengetuai satu pasukan khas untuk menangani masalah yang melibatkan projek-projek terbengkalai sebelum ini.
Saya difahamkan ada 112 projek terbengkalai yang dalam list, dalam senarai untuk diselesaikan, dipulihkan. Jadi, apakah statusnya dan bagaimanakah ia— adakah RM358 juta ini digunakan sepenuhnya untuk tujuan tersebut ataupun ia akan digunakan untuk tujuan yang lain juga? Itu sahaja beberapa perkara yang saya timbulkan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* rakyat Malaysia, orang muda, apa khabar semua? Terima kasih. Sekali lagi saya ulang, pagi tadi kami tak hadir sebab kami memperjuangkan Mahkamah Syariah. Kalau ada orang yang complained tentang perkara ini, saya akan tengok Hansard esok untuk saya akan rujuk dia kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Pertama sekali ialah 01513, P ya. Yang Berhormat, pada masa sekarang ini kita lihat Projek Perumahan Rakyat (PPR). Kita dapati ia menghadapi masalah parkir. Masalah parking. Tempat letak kereta yang dahsyat. Kita tahu masa dirancang dahulu pada 1990- an dulu, parking- parkir yang diberi adalah empat unit satu. Tapi sekarang ini dia satu unit, satu.
Tetapi oleh kerana kemudahan yang telah diberi oleh syarikat-syarikat kenderaan kepada rakyat Malaysia menyebabkan orang mudah memiliki kenderaan. Kenderaan ini sudah berlebihan. Tiap-tiap unit ada kenderaan yang berlebihan. Jadi, mereka terpaksa letak di tepi jalan. Jalan dua lorong dah jadi satu lorong. Jalan makin sempit dan sebagainya.
Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah masalah parkir menjadi sebahagian daripada agenda yang diberi pertimbangan dalam pengurusan perumahan PPR? Bagaimanakah peruntukan dalam Belanjawan 2024 akan dimanfaat sepenuhnya bagi tujuan Projek Perumahan Rakyat dan Projek Mesra Rakyat, termasuk penyelenggaraan lif usang, fasiliti daif dan juga lain-lain lagi?
Kemudian yang berikutnya ialah Butiran 04000 – Program Pembasmian Kemiskinan Bandar. Soalan saya, sehingga kini sudah berapa banyak Rumah Sejahtera telah dibina bagi membantu golongan B40 miskin di bandar?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Berapa banyak ketua isi rumah yang berjaya dibantu menerusi Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar. Bomba, apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak bomba untuk mengoptimumkan kejayaan operasi menyelamat mangsa dalam misi menyelamat mangsa banjir? Adakah aset-aset penyelamat mencukupi untuk melaksanakan operasi penyelamatan jika banjir besar berlaku serentak di beberapa negeri seperti yang telah berlaku pada penghujung tahun 2021 dan juga awal 2022.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Apakah usaha kementerian khususnya dalam menambah baik keadaan balai- balai bomba daerah yang terletak di pedalaman bagi merapatkan jurang kritikal antara infrastruktur dan tindakan balas kecemasan di samping mengurangkan masalah respons bagi sesuatu kejayaan?
Kemudian di bawah Butiran 020400 – Perancangan Bandar dan Desa
(PLANMalaysia). Saya ingin bertanya, apakah statistik terkini penukaran status tanah pertanian kepada pembangunan di seluruh negara? Apakah impak kekurangan daripada penukaran status ini kepada keterjaminan makanan negara? Akhir sekali Yang Berhormat, kita sedia maklum, kita kenalah walaupun kita dalam kerajaan. Dalam kerajaan sekarang ini cukup ketat...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Arau boleh?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kita kena jaga perbelanjaan yang berhemah. Kalau boleh kalau rakyat buat di tempat-tempat yang baik sedikit. Kerajaan buat di khemah, buat khemah, itu lagi bagus kalau nak buat apa-apa perayaan. Ya, ada soalan?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Arau. Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkaitan dengan perbelanjaan berhemah ini. Arau, saya difahamkan bahawa KPKT mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang pada 11 hari bulan yang lalu di Hotel St. Regis. Persoalannya, adakah dia terkeluar daripada pekeliling KSN yang tidak boleh belanja mewah dan mungkin kerajaan kata ini dibiayai oleh syarikat dan sebagainya.
Kalau dibiayai syarikat, apakah syarikat tersebut ada kepentingan dengan KPKT? Terima kasih Arau. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini suatu yang mengterkejutkan saya. Ini sifat ‘borjo’. Kerajaan sekarang kerajaan yang lebih bersikap sama rata, sama rasa. Tidak pakai tie. Kami ini pakai tie. Jadi, sifat ‘borjo’ ini tidak sesuai lah buat majlis kat hotel. Hotel mahal, bukan hotel lima bintang, itu enam bintang, pakcik. Tidak patut buat macam itu. Ini yang kita belanja duit rakyat. Bukan duit ini – Jadi, sifat ‘borjo’ dengan izin itu, tidak patut diamalkan di pihak kementerian dan juga di kalangan Menteri-menteri.
Akhir sekali ialah Butiran 020100 – Kerajaan Tempatan. Yang Berhormat, yang ini saya nak kena bercakap. Semua orang setuju dengan saya. Saya ingin saya nak tanya iaitu Kementerian Dalam Negeri, visa apakah yang diberi kepada peniaga-peniaga asing?
Sekarang peniaga asing berniaga dengan berleluasa di negara ini dan yang, mereka yang berkahwin dengan orang tempatan, itu lain. Ini tidak berkahwin dengan tempatan.
Dia tidak berkahwin dan orang pekerja asing itu kadang-kadang lima orang.
Takkan lima orang itu kahwin dengan orang tempatan atau pun taukenya kahwin dengan tempatan. Saya tak nampak satu rangkaian kedai-kedai runcit. Semua warga asing.
Banyak peniagaan-peniagaan yang dibuat oleh warga asing.
Semalam saya pergi Jalan Raja Laut, saya terkejut tengok bahawa ada tempat penjualan permainan kanak-kanak yang terbesar, yang terbesar di negara ini Yang Berhormat. Walaupun orang kurang tetapi penjualannya semua dibuat oleh orang asing.
Jadi, saya ingin bertanya, Yang Berhormat mungkin tidak boleh jawab tetapi Menteri Dalam Negeri pun banyak tak jawab. Nak kata jawab bertulis, sampai hari ini pun tak dapat. Visa apakah yang mereka dapat? Kita ada visa pelancong, visa ini. Apa visa lagi yang mereka dapat?
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Yang mereka boleh berniaga.
Dulu kita bagi syarat. Akhir sekali ya, bagi syarat. Nak meniaga kena ada RM5 juta, apa itu, kewangan untuk memboleh mereka berniaga di sini. Sekarang nampaknya puluh ribu pun dah boleh meniaga. Akhirnya dia mengancam kepada ekonomi orang tempatan.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, kalau kita pergi Saudi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
30 saat lagi saya tutup mike.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penutuplah ini. Pergi Saudi, kita tengok dia bagi syarat ketat. Kita tidak boleh meniaga. Ada orang kita duduk sampai 50 tahun, tidak boleh berniaga. Dia hanya benarkan orang tempatan sahaja tetapi sekarang ini kita nampak kita biasa berleluasa.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Di antara orang yang...
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sembilan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Badan agensi yang bagi...
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Lapan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Keberluasan ini ialah...
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tujuh.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Kerajaan tempatan. Jadi, terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya minta bagi perhatian benda ini. Akhir sekali, jangan lupa, dalam...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk Yang Berhormat.
Duduk Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat, duduk. Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang tiba masanya Menteri untuk menjawab. Saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri, 25 minit. Yang Berhormat, duduk. Saya tak nak. Cerita nanti. Yang Berhormat?
[Dewan riuh]
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Boleh mula ya? Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Salam sejahtera. Terima kasih kepada...
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Amaran pertama Yang Berhormat Arau.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Arau, dia dah keluar sendiri Dato’ Pengerusi.
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Lawan Arau! Arau, lawan dia.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Baik. Terima kasih kepada Dato’ Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan perkara-perkara berkaitan Belanjawan 2024 di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Sepertimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, tema Belanjawan 2024 adalah ‘Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat’.
Secara keseluruhannya, KPKT menerima peruntukan sebanyak RM5.647 bilion untuk tahun 2024. Daripada jumlah tersebut, perbelanjaan mengurus atau pun OE diperuntukkan RM1,868,236,300 iaitu 33.1 peratus dan perbelanjaan pembangunan (DE) sebanyak RM3,778,802,300 iaitu 66.9 peratus untuk melaksanakan 360 projek iaitu 299 projek sambungan dan 61 projek baharu.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, KPKT telah menerima pertambahan bajet sebanyak RM313.3 juta atau tambahan sebanyak 5.87 peratus berbanding tahun 2023.
Bagi pihak KPKT, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang amat prihatin dalam memberikan keutamaan kepada rakyat.
Maka, tadi kita telah mendengar seramai 15 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di peringkat Jawatankuasa ini. Bagi memulakan jawapan pada hari ini, saya mengambil jalan yang luar biasa sedikit kerana kalau ketika sidang Dewan sudah pasti isu perumahan itu merupakan isu yang paling utama atau pun dibincangkan.
Mengambil kira kepentingan orang awam di luar sana.
Cuma sebelum saya menyentuh isu perumahan, mungkin di sini saya boleh mulakan sedikit dengan perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Mengambil kira apa yang mereka telah lakukan selama ini juga perlu mendapat tempat di dalam Dewan ini. Jadi, ada beberapa persoalan yang ditanya tadi. Contohnya, berkaitan dengan isu atau pun bagaimana untuk kita menambah baik dari segi bilangan anggota bomba atau pun isu yang dibangkitkan juga tadi. Persoalan mengenai kekurangan jentera atau pun Fire Rescue Tender.
Yang ini saya pasti Yang Berhormat Alor Setar dan beberapa Yang Berhormat juga ada bangkit. Batang Lupar dan sebagainya. Ketiga, persediaan menghadapi monsun timur laut dan keempat, adalah soal kebajikan anggota bomba yang terjejas banjir.
Bagi isu dalam mengatasi kekurangan anggota, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia adalah dalam proses pengambilan pegawai sepenuh masa atau pun PSM, seramai 67 orang pegawai kanan dan 209 anggota. Jadi, yang ini kita jangkakan tarikh lapor diri adalah pada bulan Mei 2024. Di situ kita nampak ada usaha di peringkat Jabatan Bomba.
Kedua, kita juga akan mengadakan pengambilan Pegawai Bomba Bantuan atau pun PBB seramai 364 orang untuk lima siri pengambilan di seluruh negara.
Ketiga, kita juga akan memperkasakan bantuan secara sukarela melalui Pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang mempunyai keanggotaan keseluruhan seramai 7,898 orang atau sebanyak 358 pasukan yang aktif di seluruh negara. Perkara yang kedua, kementerian melalui JBPM juga sedang dalam proses perolehan sebanyak 150 unit Compact Fire Rescue Tender (CFRT) bagi menggantikan jentera yang sebenarnya memang ada yang telah berusia lebih daripada 20 tahun.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Pada masa kini, pemerolehan tersebut sedang dalam proses untuk menyiapkan prototaip CFRT dan proses bekalan dijangka bermula pada bulan Disember 2023 dan selesai pada tahun 2028. Maksudnya, pengambilan ataupun proses itu kita akan buat secara berperingkat.
Perkara yang ketiga, melalui JBPM juga kita sentiasa mencari alternatif ataupun kaedah terbaik bagi memastikan pengoperasian dan kesiapsiagaan JBPM berada di tahap optimum termasuk ketika bencana. Jadi, ada beberapa langkah yang disusun ataupun diambil oleh pihak Jabatan Bomba seperti berikut:-
(i) untuk menyediakan peralatan dan kelengkapan merangkumi persediaan logistik untuk pengangkutan darat, air dan udara bagi kawasan atau lokasi tertentu yang jauh di pendalaman, JBPM berusaha memastikan capaian ke lokasi tersebut dapat dilaksanakan seperti melalui penggunaan unit udara bomba;
(ii) mekanisme mobilisasi keperluan keanggotaan semasa bencana telah tersedia di dalam standard operation procedure (SOP) JBPM;
(iii) menyusun dan menyelaras atur gerak kekuatan anggota dengan mengambil kira penyelarasan pertukaran syif bekerja pegawai bomba dari 12 jam kepada 24 jam sekiranya bencana berlaku
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
dan mengambil masa yang lama atau panjang untuk ditamatkan; dan
(iv) menempatkan aset logistik di tiga pangkalan hadapan wilayah ataupun regional forward base, dengan izin sekiranya negara menghadapi musim Monsun Timur Laut.
Yang mana macam contoh pun, hujung minggu lalu saya baru kembali daripada Pulau Pinang, yang mana kita telah merasmikan ataupun telah diisytiharkan secara rasmi oleh Tuan Yang Terutama Pulau Pinang. Jadi, di zon utama ini ada tiga.
(i) adalah zon utara iaitu di Perda, Pulau Pinang. Tasek Gelugor tahu lah kut, dia dekat Kepala Batas sana;
(ii) zon timur, ABPM Wilayah Timur Terengganu; dan
(iii) adalah di zon selatan, BBP Ayer Hitam, Johor.
Yang keempat mengenai kebajikan anggota bomba. Melalui kementerian ini juga, kita menyediakan kewangan dan keperluan selain menggunakan— iaitu kita menggunakan tabung pertama, Kumpulan Wang Kebajikan Bomba. Kedua, Kesatuan Pekerja Bomba dan ketiga, Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba.
Jadi, macam mana bencana berlaku awal tahun ini pun apabila saya sendiri turut melihat keadaan pasca banjir di Kelantan dan Terengganu. Kemudian ada banjir di kawasan Johor, memang kementerian ada juga menyalurkan bantuan melalui tabung- tabung tadi kepada pegawai yang terjejas. Mereka ini juga sebenarnya ketika beroperasi, rumah-rumah mereka juga terkesan.
Jadi, yang itu kita sama-sama bagi penghargaan kepada pegawai bomba yang bertungku-lumus dan sekarang bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan monsun Timur Laut. Itu adalah berkaitan dengan bomba. Perkara seterusnya berkaitan dengan bomba saya akan ulas kalau ada masa iaitu PBB Siswa sebagai contoh yang dibangkitkan Segamat, insya-Allah sebentar nanti.
Perkara yang kedua yang sebenarnya agak banyak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat adalah berkaitan dengan isu perumahan. Tetapi bagi memandu untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan, saya lebih mudah untuk rujuk berdasarkan butiran yang ada supaya jawapan itu juga menjawab sebanyak mana persoalan yang dibangkitkan iaitu yang pertama ada beberapa soalan yang bermula dengan Kangar tadi dan diikuti dengan beberapa Ahli Yang Berhormat iaitu Butiran 01513 – Program Perumahan Rakyat (PPR).
Kalau Kangar memang bertanya tentang status di Kangar tetapi saya juga cuba rumuskan secara lebih meluas kerana Ahli-ahli Parlimen yang lain juga telah bangkitkan iaitu untuk pembinaan PPR ini seperti mana yang telah diumumkan dalam belanjawan yang lepas, KPKT telah membuat tawaran ataupun membuka peluang kepada semua negeri untuk mengemukakan mana-mana tanah secara percuma dan nominal.
Negeri yang memberi tanah secara percuma ataupun nominal akan diberikan keutamaan untuk dibina PPR tersebut. Maka, sebab itu proses ini kita telah lakukan dan insya-Allah, bagi tahun 2024 kita jangkakan kebanyakan daripada projek-projek ini akan boleh mula mengambil tempat.
Secara lebih terperinci dari segi proses yang telah berlaku, buat ketika ini ada— dan proses ini juga— ya lah, jadi kita— saya cuba berlaku secara telus dan sehabis baik dari segi untuk pemantauan oleh kita semua. Untuk projek yang sebenarnya telah dalam proses VE, ini adalah lab pertimbangan dari segi assessment dan juga engineering. Terdapat lima projek yang melibatkan lima buah negeri telah melalui proses ini iaitu kalau saya boleh sebut— dan ini pujian juga kita bagi kepada pihak negeri yang memberi kerjasama iaitu kita— lima projek itu termasuk di Johor, Melaka, Selangor, Sabah dan Pahang.
Cuma di Pahang ini juga, kita baru dimaklumkan bahawa terdapat permintaan daripada pihak negeri untuk menukar tapak yang dicadangkan oleh mereka. Manakala,
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
dua projek lagi kita masih menunggu tarikh untuk lab tersebut iaitu untuk di Pulau Pinang dan juga di Perak. Manakala untuk proses yang sebenarnya boleh terus ke pra kelayakan adalah di Negeri Sembilan, Terengganu dan juga Perlis.
Manakala, tiga lagi negeri yang kita masih belum muktamadkan kerana ada negeri yang belum kemukakan dengan jelas tanah yang dicadangkan. Antaranya adalah Kelantan dan juga Kedah, dan juga Sarawak. Cuma, untuk proses yang kita lalui sebagai contoh yang ditanya oleh Kangar bagi PPR yang dicadangkan adalah terletak di Simpang Ampat, Perlis.
Bagaimana proses PPR ini dibuat adalah kita memohon melalui kerajaan negeri itu sendiri untuk mengemukakan tanah-tanah yang hendak dibangunkan untuk tujuan PPR. Maka, sebab itu bagi Ahli-ahli Yang Berhormat mungkin mempunyai beberapa pandangan dari segi kesesuaian, dari segi lokaliti, daerah mana, zon mana dan sebagainya. Proses itu bagi kami di KPKT ini merasakan yang paling melibatkan dengan lebih— mendapat maklum balas yang lebih meluas adalah melalui kerajaan negeri. Maka, ada beberapa persoalan tadi dalam soal sama ada boleh di kawasan zon utara di Johor dan sebagainya, itu perlu diputuskan oleh pihak kerajaan negeri.
Perkara yang kedua juga berkaitan dengan PPR yang ada terkait oleh persoalan daripada Yang Berhormat Ampang, daripada Yang Berhormat Alor Setar mengenai bagaimana sama ada rumah-rumah yang dibina itu boleh ditetapkan beberapa syarat untuk kegunaan ataupun kemudahan penyewa ataupun pembeli PPR di kemudian hari.
Sebagai contoh, sememangnya kita ada dasar yang telah mengguna pakai bahawa perumahan PPR ini perlulah dibina dengan keluasan yang standard iaitu 750 kaki persegi dan mempunyai tiga bilik tidur dan juga dua bilik air. Maka, perkara itu sepatutnya memenuhi keperluan sama ada dari segi tuntutan budaya ataupun keperluan di luar sana.
Cuma, dari segi pembangunan yang disebut tadi soal ruang untuk kegunaan kemudahan asas ataupun komunal yang disebut oleh Yang Berhormat Ampang. Kalau saya boleh rujuk di sini, sememangnya melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa iaitu PLANMalaysia memang kita ada Standard Perumahan Kebangsaan ataupun CIS26- 2019 yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
Jadi, untuk projek PPR yang memang di bawah kendalian kita pada hari ini, untuk yang akan datang ataupun yang sedang kita usahakan ini perlu menyediakan kemudahan asas seperti dewan komuniti, taman permainan dan juga kawasan lapang yang mana seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Ampang tadi.
Cuma, dari segi masalah yang mungkin sedia ada yang di kawasan PPR sedia ada memang ada beberapa inisiatif kecil yang kami cuba usahakan melalui URBANICE dan sebagainya untuk kita tambah baik ruang legar di beberapa PPR. Cuma, bagi mengawal selia itu untuk langkah ke hadapan itu, ruang komunal itu merupakan satu keperluan yang kita sama-sama pertimbangkan.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Kemudian, kalau diteliti juga Yang Berhormat Rasah sebab saya cuba melalui berdasarkan butiran yang disebut SPNB sebentar tadi, sememangnya untuk kebelakangan ini, SPNB sebenarnya ada dua projek yang mereka tumpukan perlaksanaannya. Satu adalah yang dipanggil Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang mana RMR itu adalah permohonan yang datang daripada pemohon untuk membina rumah di atas tanah miliknya. Maka, kerajaan menyalurkan subsidi sebanyak RM20,000 supaya akhirnya meringankan beban bagi mereka untuk memiliki rumah.
Program ini agak popular untuk di kawasan pinggiran bandar yang mana terdapat tanah-tanah yang dimiliki oleh mereka tetapi tidak ada kemampuan untuk membina rumah. Manakala, sebelum ini juga di bawah SPNB ada projek perumahan kediaman yang ada tapak-tapak projek yang dibina dalam skala yang lebih sederhana. Cuma, untuk tahun hadapan kita hanya menumpukan kepada Rumah Mesra Rakyat. Maka, itu menjelaskan.
Bukan bermaksud kita—rumah memang kita akan terus untuk SPNB ni tumpukan kepada RMR.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Perkara yang seterusnya berkaitan juga dengan perumahan tadi. Adalah berkaitan dengan yang disebut tadi Butiran 04000 – Program Pembasmian Kemiskinan Bandar. Alor Setar ada tanya. Arau sebelum dia mengamuk tadi pun dia ada sebut sedikit yang mana saya pun tak tahu kenapa dia marah tapi tak apa.
Untuk Alor Setar tadi, bagi Program Pembasmian Kemiskinan berlaku peningkatan kerana kita menambah peruntukan untuk bina baharu rumah di bandar ini.
Dahulunya peruntukan untuk bina baharu bagi golongan B40 adalah RM2 juta. Kita telah naikkan kepada RM14.96 juta. Maka, itu menjelaskan sedikit peningkatan yang berlaku di bawah butiran tersebut.
Manakala, untuk seterusnya Yang Berhormat juga ada bertanyakan untuk butiran di bawah 04001 – Penyelenggaraan Perumahan. Peruntukan yang disebut tadi RM104 juta. Yang ini terbahagi kepada dua iaitu Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) berjumlah RM50 juta dan Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) swasta RM50.4 juta.
Yang ini untuk sepertimana yang Batu bertanya sebentar tadi. Hulu Selangor pun ada. Untuk tabung ini, proses permohonan itu memang boleh dikemukakan kepada KPKT.
Cuma, untuk PPP ini ketika ini saya difahamkan tertumpu kepada selain di Wilayah kerana Wilayah itu kita ada peruntukan di bawah DBKL.
Cuma, di peringkat KPKT memang kita ada cuba membuat permohonan agar skop itu diperluaskan dan juga kita menyambut baik ada beberapa negeri yang menyediakan Tabung Penyenggaraan mereka. Seperti mana yang pernah dijawab sebelum ini, contohnya di Pulau Pinang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
[Bangun]
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Sememangnya ada Tabung Penyelenggaraan di bawah kerajaan negeri. Cuma, mekanisme itu berbeza dengan yang di bawah KPKT.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dengan izin Dato’ Pengerusi.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
[Bangun]
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Yang Berhormat Menteri, saya tidak terlibat dalam perbahasan berkenaan KPKT ini. Tetapi, ada satu perkara penting yang saya ingin bertanya pada Timbalan Menteri iaitu khususnya di Johor.
Dalam Daerah Johor Bahru termasuk Parlimen Pasir Gudang dan Johor Bahru sendiri iaitu Majlis Bandaraya. Khususnya di Pasir Gudang telah mengeluarkan notis untuk mengenakan taksiran dan cukai harta yang tinggi melampau yang penduduk menzahirkan tidak puas hati. Nak naik cukai pintu, cukai harta tu boleh tapi beransur- ansurlah. Jadi, saya nak tanya pada Yang Berhormat Menteri. bidang kuasa tentang cukai harta ini adakah tertakluk juga dalam bidang kuasa KPKT atau hanya di bawah kerajaan negeri? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Soalan saya punya tapi Jelutong nak tanya pula. Timbalan Menteri, tadi saya terdengar jawapan Timbalan Menteri cakap, “Selain Wilayah” sebab DBKL ada peruntukan sendiri. Tapi apabila saya persoal berkaitan dengan tabung ini terhadap DBKL, DBKL ataupun Jabatan Wilayah belum tubuh tabung tersebut. Saya harap pihak KPKT boleh membantu penduduk Wilayah Persekutuan untuk tubuh tabung tersebut supaya boleh ada satu platform untuk dapatkan dana untuk membantu kawasan perumahan tersebut. Terima kasih.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri. Saya banyak juga dah sebut tadi tapi Menteri tak jawab lagi. Sebab ada empat minit, saya nak ingatkan Menteri. Tengah live ni, orang tengah menunggukan tentang Projek Sakit itu di Rantau Panjang, Kapar. Terima kasih Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Itulah sebab bagi saya kalau diberi ruang untuk saya jawab, saya cuba jawab sebanyak mungkin dan saya memilih topik yang agak besar kerana isu perumahan ini bukan perkara yang mudah untuk kita uruskan.
Cuma, untuk Yang Berhormat Pasir Gudang. Itu perkara baru. Nanti saya kena—tunggu turn, ya. Maksudnya, kita—dengan sekarang tadi butiran fasal perumahan. Jadi, saya cuba. Kalau dapat, lepas ni kita akan ke—ada tiga ataupun empat segmen lagi yang besar di bawah KPKT ini. Bomba tadi saya cuba sebutkan tadi.
Kemudian, adalah di bawah Jabatan Kerajaan Tempatan dan juga seterusnya ada isu berkaitan dengan Pengurusan Sisa Pepejal. Seterusnya, fasal perancangan PLANMalaysia dan sebagainya dan juga Jabatan Landskap.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Menteri, sikit sahaja. Saya tak berbahas tapi saya akui. Saya ucapkan terima kasih kerana Timbalan Menteri telah menyebut tentang Tabung Penyelenggaraan di Pulau Pinang. Cuma, saya mohon bantuan daripada Kerajaan Persekutuan, kalau boleh meringankan beban tabung ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memuji Timbalan Pengerusi.
Walaupun nampaknya kurang sihat tapi masih terus mempengerusikan dengan baik Persidangan Dewan Rakyat walaupun ada kacau ganggu daripada Yang Berhormat Arau.
[Ketawa]
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Okey. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat. Merujuk kepada Batu sebentar tadi, bagi tujuan tersebut—kerana itu untuk inisiatif Belanjawan 2023 apabila KPKT diberikan peruntukan khas sebanyak RM50 juta untuk penukaran lif, kita juga masukkan untuk perumahan di kawasan Wilayah. Jadi, sebab itu di pihak kementerian kita sentiasa terbuka sekiranya perkara ini boleh ditambah skop yang saya sebut tadi. Maka, pihak KPKT bersedia kalau ada lagi peruntukan ataupun untuk kita perluaskan kepada kawasan Wilayah Persekutuan.
Cuma, untuk menjawab persoalan yang seterusnya. Untuk Butiran 01604 – Pemulihan dan Penyelenggaraan. Ini berkaitan dengan sebenarnya peruntukan yang ada RM14 juta berkaitan pemulihan Projek Perumahan Swasta Terbengkalai. Jadi, seperti mana yang sedia maklum, di bawah KPKT ini diwujudkan satu Jawatankuasa Khas yang dipanggil task force untuk melihat Projek Perumahan Sakit dan Terbengkalai. Sementara ada beberapa isu yang dibangkitkan secara spesifik saya akan rujuk dengan pihak urus setia kementerian untuk melihat dari segi kemajuan projek yang ditimbulkan.
Cuma, di sini saya rasa ada peluang yang baik untuk menerangkan bahawa terdapat perbezaan cara untuk kita menguruskan projek sakit dan juga projek terbengkalai. Sakit itu bermaksud projek tersebut telah tergelincir daripada tarikh yang sepatutnya siap tetapi masih lagi diuruskan oleh pemaju yang sama. Itu adalah definisi yang semudah mungkin yang saya boleh berikan. Kalau teknikalnya kita ada terperinci.
Manakala, terbengkalai itu apabila pemaju asal bukan lagi menguruskan projek tersebut dan perkara itu juga telah mendapat persetujuan ataupun pengesahan daripada pihak kementerian. Maka, kita menganggap tidak ada lagi sebarang kemajuan kerja di tapak. Maka, projek itu dianggap terbengkalai. Bagi menguruskan projek yang bermasalah ini di peringkat KPKT, kawalan kami itu adalah datang daripada kelulusan lesen pemajuan dan juga permit pengiklanan yang dulunya di sekalikan dan sekarang ini kita pun pisahkan supaya ianya lebih jelas.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Bagi untuk projek terbengkalai, sebagai statusnya untuk tahun ini, projek terbengkalai yang kita berjaya selesaikan adalah sebanyak lapan projek. Kalau yang saya umumkan setiap bulan yang banyak kita berjaya selamatkan ketika ini adalah projek sakit.
Jadi, untuk yang terbengkalai ini, kebiasaannya kalau Dato’ Pengerusi boleh izinkan saya jelaskan perkara ini sedikit.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, perlu berapa minit?
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
10 minit.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. 10 minit. Yang tidak jawab itu, bertulis.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Boleh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. 10 minit.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Baik. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Jadi, untuk projek terbengkalai, biasanya apabila syarikat pemaju itu tidak lagi merupakan pemilik, syarikat itu telah digulungkan sama ada oleh pelikuidasi dan sebagainya, kos untuk meneruskan projek itu akan bertambah. Jadi, sebab itu menguruskan projek terbengkalai ini lebih rumit. Maka di peringkat kerajaan, dalam inisiatif Belanjawan 2023, kita telah menerima peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta. Maka yang ada dalam Butiran ini adalah projek sambungan yang telah kita mulakan daripada tahun ini.
Insya-Allah sasaran di peringkat kementerian daripada lapan projek terbengkalai yang kita berjaya selesaikan tahun ini, tahun depan kita sasarkan sebanyak 20 iaitu memang kita akan tumpukan dengan lebih spesifik beberapa kawasan yang telah dikenal pasti termasuk kawasan-kawasan yang menerima peruntukan tambahan daripada kerajaan yang mana di sini dalam bajet disebut masih berbaki RM14.17 juta.
Manakala seperti mana yang Yang Berhormat Ahli-ahli Parlimen ada bangkitkan soal projek sakit pula, sebab itu di peringkat kementerian, kita mengharapkan apabila diumumkan Skim Jaminan Khas yang berjumlah RM1 bilion, adalah untuk kegunaan bagi menguruskan projek-projek yang sebenarnya masih dianggap sakit di bawah pemaju sedia ada kerana projek-projek yang disebut seperti Batu tadi, RUMAWIP dan sebagainya, projek itu adalah di bawah program yang melibatkan di bawah kerajaan.
Maka sememangnya amalan selama ini adalah supaya projek kerajaan ini kita tidak terbengkalaikan ataupun program perumahan di bawah kerajaan ini. Cuma, cabarannya adalah sama ada perkara ini boleh menjadi satu kaedah bagaimana kita nak memastikan tata kelola dalam mentadbir projek yang telah bermasalah ini untuk berjaya diselesaikan dengan sebaik mungkin. Jadi, perbincangan dengan pihak MOF itu masih dalam prosesnya dan kita juga mengharapkan perkara ini ada kelonggaran untuk pihak kami menggunakan skim tersebut untuk tujuan memulihkan projek yang sakit.
Bagi data terkini yang ditanya oleh Yang Berhormat, kalau saya boleh rujuk kepada laporan yang telah kita kemukakan dalam sidang media bagi untuk bulan terkini iaitu jumlah projek sakit semasa adalah sebanyak 476 projek yang mana bilangan unitnya adalah sebanyak 73,203 unit dan GDV adalah sebanyak RM59.78 bilion. Projek lewat sebanyak 68 projek manakala projek terbengkalai, YB Rasah tadi kita ada pengurangan satu menjadi 111 ketika ini.
Namun, data-data ini adalah dinamik yang mana untuk tahun ini sehingga bulan 10 2023, di bawah task force ini, kita telah berjaya selesaikan sebanyak 301 projek perumahan yang mana GDV-nya mencecah RM28.8 bilion. Itu bagi menjawab bagi butiran yang terkait dengan soal pemulihan dan penyelenggaraan Butiran 01604 sebentar tadi.
Seterusnya kalau saya boleh sentuh sedikit berkaitan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan rumah seperti untuk data berkaitan dengan Simen Rahmah yang ditanya Yang Berhormat Hulu Terengganu. Skim Simen Rahmah ini...
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Sekejap Timbalan Menteri, Ampang. Saya teliti tadi jawapan daripada Timbalan Menteri tetapi saya melihat tentang peruntukan yang sedia ada untuk terbengkalai itu ataupun sakit ini, kita kena tahu bahawa bila pemajuan itu dalam kategori kedua-duanya, ia sebenarnya datang daripada sama ada masalah pemaju ataupun masalah yang di sudut pandang pembeli.
Pembeli pun ada kesan yang secara langsung bila projek-projek terbengkalai tetapi Menteri tidak memaklumkan apakah RM50 juta itu sekadar menyelamatkan projek ataupun membantu pembeli-pembeli ini untuk kita berikan sedikit kelonggaran di sudut perbankan dan sebagainya.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Sebab itu yang merujuk kepada butiran berkaitan dengan untuk projek terbengkalai tadi, dana itu digunakan untuk menyiapkan rumah yang terbengkalai tersebut manakala yang mana berbaki RM14 juta. Tetapi mungkin Yang Berhormat keliru untuk yang penyelenggaraan satu lagi itu untuk TPPM dan PPP. Itu yang berjumlah RM100 juta tadi.
Sementara untuk bagi membantu meringankan beban para pembeli, di pihak kementerian macam saya sebut, punca kuasa yang kami ada tadi di peringkat APDL.
Maka sebab itu apa yang boleh dilakukan di peringkat task force ini menjurus kepada melihat kepada status projek. Namun, bagi tujuan apabila ada aduan dan permintaan daripada pembeli, di peringkat kementerian ini memang kami bersedia untuk mengesahkan bahawa projek itu menghadapi masalah dan mengeluarkan surat sama ada secara spesifik kepada mana-mana pembeli ataupun secara general kepada mana-mana pemajuan bagi membuka ruang buat mereka berunding dengan pihak pembiaya.
Maka sebab itu dari segi pembiayaan itu, perjanjian itu bukan ditandatangani ataupun melalui KPKT, kerana KPKT tadi hanya mengawal dari segi pelesenan pemajuan.
Tetapi dari segi pinjaman itu, antara peminjam dengan juga pemberi pinjaman tadi, antara institusi. Perjanjian itu tidak ada punca kuasa di peringkat KPKT. Cuma, apabila pengesahan projek itu dinyatakan melalui surat secara spesifik ataupun general, kelazimannya para pembeli akan menggunakan surat tersebut untuk berunding sama ada dengan LPPSA ataupun dengan pihak pemberi pinjaman yang lain.
Dato’ Pengerusi, kalau saya boleh teruskan kepada perkara yang berkaitan dengan sedikitlah dengan PBT sebentar tadi, untuk persoalan yang dibangkitkan mengenai pihak berkuasa tempatan yang mana kalau disebut tadi butiran yang terbesar adalah berkaitan dengan projek berskala kecil. Kalau saya boleh nyatakan dengan secara general-nya iaitu berkaitan dengan projek kecil di kawasan pihak berkuasa tempatan ataupun kalau di kalangan kami, kita panggil BP.1 ini, ada beberapa kategori yang kita gariskan bagi memudahkan pihak PBT memohon dan seterusnya kalau Ahli-ahli Parlimen ataupun wakil-wakil rakyat boleh mengemukakan permohonan itu melalui PBT masing- masing iaitu pertama adalah yang berskala kecil.
Jadi, yang berskala kecil ini adalah projek di bawah RM1 juta serta projek tersebut perlulah dapat disiapkan dalam tahun semasa kerana kebimbangan macam Yang Berhormat Segamat bangkitkan tadi, soal sama ada projek itu dari segi kemajuan dan sebagainya, kita boleh pantau dengan lebih spesifik supaya tahun tersebut juga projek itu dapat disiapkan.
Kalau saya boleh takrifkan di sini ada beberapa kategori sebagai contoh projek yang melibatkan infrastruktur seperti jalan, parit, longkang, lampu dan laluan pejalan kaki.
Kedua projek sosioekonomi seperti tapak penjaja, pasar tamu dan pasar malam. Ketiga adalah projek kemudahan awam seperti dewan serba guna, tandas awam dan pondok bas dan seterusnya adalah projek yang melibatkan kelengkapan keselamatan awam.
Kedua ada juga projek yang berskala besar tetapi ini permohonan ataupun kelulusan itu lebih awal yang mana melebihi RM1 juta dan ketiga baik pulih ataupun pengukuhan cerun. Ini kaedah yang saya sebut tadi sememangnya kita menerima permohonan ini melalui PBT dan seterusnya pertimbangan itu akan dibuat oleh pihak Jabatan Kerajaan Tempatan.
Kita telah pada bermula tahun ini lagi, kita telah memohon ataupun meminta semua projek yang dikemukakan itu perlu memenuhi beberapa syarat. Antaranya sebagai contoh adalah soal feasibility study, perlu ada juga dari segi pulangan ataupun ROI, dari segi cost-benefit analysis supaya projek itu tidaklah menjadi Projek Gajah Putih yang sebenarnya tidak menguntungkan mana-mana pihak kecuali pihak yang membinalah kot.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Untuk perkara yang spesifik yang ditanya oleh Segamat, mungkin saya boleh kupas sedikit. Soal daripada Majlis Perbandaran Segamat, peruntukan yang kita salurkan adalah berjumlah RM5.4 juta yang terdiri daripada projek skala kecil sebanyak RM4.5 juta.
MyKiosk Madani, kita salurkan RM450,000 dan Projek Kolam Takungan Banjir sebanyak
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
RM470,000. Bagi menghormati permintaan Dato’ Pengerusi dan beliau tidak berapa sihat, kalau saya boleh rumuskan untuk beberapa banyak persoalan yang tidak dijawab, nanti insya-Allah saya pastikan akan dikemukakan jawapan secara bertulis.
Dari segi pertanyaan Pasir Gudang juga itu, memang terletak di bawah kuasa PBT. Cuma yang mana ada ruang, pihak jabatan cuba lihat dari segi kedudukan untuk kita bincang supaya kesan yang dalam soal kenaikan cukai dan sebagainya dapat dikurangkan kepada rakyat. Tetapi, perkara itu memang tertakluk di bawah kuasa yang ditetapkan oleh pihak PBT.
Akhir sekali, tohmahan yang disebut oleh pihak pembangkang, tidak ada satu sen duit kerajaan yang digunakan untuk anugerah kecemerlangan tadi. Sekian, terima kasih Dato’ Pengerusi.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,868,236,300 untuk Kepala B.43 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.43 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.43 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.43 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih bentara. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 21 November 2023.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.43 petang]