Nov162023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa, Tampin.

final • 10:00 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor satu.

final • 10:00 AM

1. Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin] minta Menteri Ekonomi menyatakan:

(a) perkembangan semasa berhubung hasrat kerajaan untuk menjadikan tahun 2023 sebagai tahun menoktahkan kemiskinan tegar; dan

(b) nyatakan kadar kemiskinan terkini negara dan pendapatan isi rumah mengikut kaum pada tahun 2022.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Menteri.

final • 10:00 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tampin, Kerajaan Perpaduan terus beriltizam untuk menoktahkan kemiskinan tegar tanpa mengira latar belakang kaum dan wilayah melalui beberapa tindakan intervensi yang bersifat jangka masa pendek dan sederhana.

Ini termasuk menerusi pendekatan baru yang memberi penekanan kepada keupayaan menjana pendapatan tambahan secara mampan. Bagi jangka masa pendek di bawah Belanjawan 2024, pelbagai langkah akan diteruskan bagi membantu golongan miskin seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), subsidi kepada pesawah dan pekebun kecil serta projek pembaikan melibatkan infrastruktur luar bandar dan Program Pembasmian Kemiskinan.

Inisiatif yang diperkenalkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup juga akan diteruskan, seperti Inisiatif Payung Rahmah dan jualan terus dari ladang yang menawarkan barangan dan perkhidmatan mampu bayar kepada pengguna. Bagi strategi jangka masa sederhana dan panjang di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, pendapatan rakyat dipertingkatkan melalui program- program keusahawanan, peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran semula serta penyediaan dasar perlindungan sosial yang komprehensif.

Inisiatif ini termasuklah program seperti Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang dilaksanakan oleh Kementerian Ekonomi, yang meliputi penyediaan ekosistem yang lengkap dan bantuan secara in kind diberi kepada peserta bagi menyokong dan

final • 10:00 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

menggalakkan mereka untuk menjalankan aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan tambahan secara mampan. Sehingga kini, sejumlah kira-kira 4,100 isi rumah telah mendapat limpahan manfaat daripada hasil pelaksanaan program ini.

Kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada 6 November 2023 yang lalu juga telah bersetuju supaya semua agensi mengenal pasti isi rumah yang boleh menyertai program-program yang disediakan oleh kerajaan dalam tempoh berbaki dua bulan, sebelum akhir 2023 dan diserapkan ke dalam program yang ditawarkan mengikut kesesuaian.

Kerajaan juga bersetuju mempertimbangkan pemberian bantuan tunai khas secara bulanan kepada isi rumah yang tidak berkemampuan untuk menjana pendapatan ataupun golongan tidak produktif bagi memastikan mereka terkeluar dari miskin tegar.

Saya minta satu minit lagi, Puan Yang di-Pertua ya.

Kerajaan menyedari bahawa keberkesanan usaha membasmi kemiskinan turut berkait rapat dengan sumber data utama yang dijadikan rujukan. Pada masa ini, sumber data utama yang diguna pakai adalah Survei Pendapatan Isi Rumah (HIES), Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) dan Sistem Informasi Data Maklumat Masyarakat Orang Asli (iDamak) dan setiap daripadanya mempunyai beberapa kelemahan tertentu.

Oleh yang demikian, kerajaan telah memutuskan untuk mewujudkan Pangkalan Data Utama (PADU) yang berperanan sebagai pangkalan data komprehensif untuk membantu kerajaan merangka dasar dan program pembangunan termasuk program sosioekonomi dan membasmi kemiskinan secara menyeluruh tanpa pertindihan. Sistem PADU ini dijangka sedia untuk digunakan secara berperingkat mulai Januari 2024.

Akhir sekali Puan Yang di-Pertua, berhubung dengan statistik kemiskinan ya.

Statistik berhubung pendapatan dan tahap kemiskinan diperolehi daripada Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah, HIES yang terkini adalah untuk tahun 2022 dan laporan penemuan telah diumumkan oleh Kementerian Ekonomi pada Julai 2023 yang lalu.

Berdasarkan laporan tersebut, nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) peringkat nasional bagi tahun 2022, telah meningkat kepada RM2,589 setiap isi rumah berbanding RM2,208 bagi tahun 2019. Manakala, nilai PGK makanan yang digunakan untuk mengukur kemiskinan tegar bagi tahun 2022 adalah RM1,198 berbanding dengan RM1,169 bagi tahun 2019. Berdasarkan nilai PGK 2022 pada peringkat nasional inilah, maka penemuannya ialah insiden kemiskinan adalah 6.2 peratus merangkumi 488,000 isi rumah.

final • 10:00 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Manakala insiden kemiskinan tegar adalah 0.2 peratus yang meliputi 18,000 isi rumah, berkurang daripada anggaran satu peratus pada tahun 2022. Berdasarkan laporan ini juga, pendapatan isi rumah kasar golongan penengah (median household income) dengan izin, Puan Yang di-Pertua mengikut tiga kaum utama, adalah RM5,793 bagi bumiputera, RM8,167 bagi Cina dan RM6,627 bagi keluarga kaum India. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tampin.

final • 10:10 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan sebentar tadi. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama berganding bahu untuk menjayakan hasrat kerajaan bagi membasmi kemiskinan dan mendapatkan manfaat untuk rakyat.

Jelaslah bahawa isu kemiskinan tegar ini meliputi semua kaum. Namun, golongan paling ramai dalam kelompok tersebut adalah Melayu dan bumiputera. Mengenai pengelasan pendapatan isi rumah yang diguna pakai oleh kerajaan dalam merangka dasar dan menentukan kadar bantuan tunai umpamanya, sememangnya agak mengelirukan. Hal ini kerana pengelasan tersebut mula diberikan penekanan menerusi Rancangan Malaysia Ke-7 dan tidak mengambil kira kesan pandemik COVID-19 terhadap ekonomi rakyat.

final • 10:10 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Persoalan saya Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian berhasrat untuk menyemak semula kategori kumpulan pendapatan isi rumah B40, M40, T20 dan lain-lain dan memperkenalkan beberapa sub kumpulan pendapatan yang lebih terperinci, mengikut setiap kategori agar lebih menyeluruh serta berkesan dari sudut penggubalan dasar dan penyampaian sebarang bentuk bantuan. Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Tampin. Puan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada kaedah menggunakan pengkelasan B40, M40 dan T20, ini adalah satu kaedah statistik. Berdasarkan kajian pendapatan isi rumah, maka boleh ditentukan taburan isi rumah setiap keluarga. Maka, yang paling bawah, 40 peratus ke bawah itu ada satu garis pendapatan di bawah pendapatan itu dikira B40. 40 peratus seterusnya ialah M40 dan T20.

Memang benar sejak daripada Rancangan Malaysia Ke-7, dasar kerajaan terutamanya yang melibatkan kepada pemberian bantuan melihat kepada perkara- perkara ini. Saya kira masyarakat dan juga Dewan sedia maklum ada beberapa kelemahan dengan pendekatan yang menggunakan kaedah pendapatan semata-mata kerana ia tidak mengambil kira pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lain, termasuklah tanggungan di dalam keluarga, termasuklah contohnya lokasi kerana kos sara hidup itu berbeza-beza mengikut kawasan, termasuklah juga apabila kita bercakap tentang subsidi petrol dan diesel secara bersasar, pertimbangan mengenai jarak dan sebagainya.

Saya kira kesukaran yang ada sebelum ini ialah kerana infrastruktur pangkalan data itu tidak menyeluruh dan tidak memungkinkan kerajaan mengambil kira pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lain. Jadi, sebab itu pendekatan sebelum ini ialah seberapa yang baik dilihat kepada pendapatan, diukur kepada garis pendapatan B40, M40, maka bantuan diberikan begitu.

Sebab itu, tindakan yang pertama ialah sudah tentu untuk kita mewujudkan PADU dan dengan kemajuan teknologi dan juga sains data yang ada sekarang, ia membolehkan kerajaan mengumpul lebih banyak maklumat yang ada. Jadi, setakat ini PADU mempunyai bagi setiap isi rumah keluarga, PADU dijangka akan memboleh– mempunyai pemboleh ubah sehingga 120 lebih pemboleh ubah bagi setiap isi rumah keluarga.

Ini membolehkan kita beralih daripada pendekatan sebelum ini mengikut pendapatan semata-mata kepada pendekatan ke arah perbelanjaan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah. Maksudnya melihat kepada pendapatan, kemudian ditolak kepada tanggungan-tanggungan dan diambil kira juga pemboleh ubah-pemboleh ubah lain seperti lokasi, jarak dan sebagainya, termasuklah juga harta dan itu akan- pada pandangan kerajaan akan memberikan gambaran yang lebih adil.

Apabila kita sudah ada taburan berdasarkan pendapatan boleh belanja bersih ini, maka kaedahnya adalah sama. Kita akan melihat taburan ini bagi setiap isi rumah keluarga dan kerajaan selepas itu boleh memastikan penyasaran bantuan itu adalah khusus kepada kumpulan-kumpulan tertentu dan dengan kaedah yang lebih kompleks daripada kaedah yang ada sebelum ini. Terima kasih Puan.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Rantau Panjang.

final • 10:10 AM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, untuk memastikan tidak ada golongan miskin yang tercicir, jadi kita mengharapkan satu mekanisme yang konkritlah untuk memastikan supaya tidak ada golongan yang tercicir ini.

Saya ingin tahu, apakah usaha yang telah dibuat oleh pihak kementerian untuk pemutihan data? Sebab jumlah antara kementerian dengan kementerian agak bercanggah. Saya tengok apa yang dilaporkan oleh Laporan Prestasi Program ICU JPM, melaporkan sehingga Oktober 2023, masih ada 106,213 orang KIR yang miskin tegar.

Sedangkan dalam laporan bajet menyebutkan hanya ada 18,000 orang.

Jadi, macam manakah pemutihan akan dibuat, supaya tidak ada golongan yang tercicir dan adakah mekanisme yang akan dibuat untuk memastikan pengukuran yang

final • 10:10 AM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

setimpal, terutama bagi yang berada di bandar dan di luar bandar mempunyai taraf hidup dan kos hidup yang berbeza? Minta penjelasan.

final • 10:10 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Rantau Panjang. Pemutihan sebenarnya kepada pangkalan-pangkalan data kerajaan yang berkaitan kemiskinan, terutamanya eKasih sebenarnya adalah satu proses yang telah berjalan setiap tahun.

Tetapi seperti yang kita sedia maklum, ada cabaran kerana peraturan sekarang ialah, untuk mendapat apa-apa bantuan daripada kerajaan, mesti ada nama dalam eKasih.

Jadi, sudah tentu senarai dalam eKasih ini yang ada daripada tahun 2007 akan ada yang tidak mahu keluar. Begitu juga pendekatan sebelum ini, termasuk yang diusahakan oleh Kementerian Ekonomi, apabila kita memprofilkan seberapa banyak keluarga di dalam eKasih yang dikira miskin tegar ini untuk kita padankan dengan program-program pembasmian kemiskinan. Secara puratanya sekitar 25 ke 30 peratus menolak untuk terlibat di dalam apa-apa program kerana bagi mereka, bagi saja bantuan tunai, yang melibatkan menjana pendapatan, semua ini dia tidak berminat.

Jadi, sebab itu selain daripada pemutihan yang berterusan dan saya sedia maklum, ICU contohnya terus menggerakkan jentera kerajaan untuk memutihkan. Sebab itu pada makluman saya, setakat September 2023, senarai di dalam eKasih itu telah dibersihkan sekarang ini lebih kurang 80,000 isi rumah daripada yang dulu 130 jadi 106 kerana dia seperti yang Rantau Panjang sebut itu ialah soal pemutihan. Tapi kita juga sedia maklum, perkara ini adalah dinamik dan kerajaan tidak boleh 24 jam sehari tumpu untuk memutihkan sahaja. Ada kaedah yang lebih baik. Kaedah yang lebih baik ialah dengan kita menggabungkan seberapa banyak data yang ada di dalam jabatan-jabatan kerajaan.

Jadi, tindakan-tindakan ini yang dijalankan secara selari, selain daripada menggerakkan pemutihan di dalam eKasih yang dijalankan oleh ICU, selain daripada pemetaan dan profiling dengan izin, Puan Yang di-Pertua yang dijalankan oleh Kementerian Ekonomi kepada miskin-miskin tegar ini, ditambah pula dengan semak silang yang secara real-time. Ini akan membolehkan proses pemutihan itu berjalan dengan lebih baik.

Bila kita mula mengambil kira pula pemboleh ubah-pemboleh ubah ekonomi yang lain bagi setiap isi rumah di dalam PADU, saya yakin untuk tahun-tahun yang akan datang kita akan mendapat angka kemiskinan yang lebih tepat dan juga kita boleh mendapat dengan izin Puan Yang di-Pertua, insight kepada setiap kedudukan isi rumah keluarga miskin itu dengan lebih tepat supaya bentuk bantuan itu dapat diberikan dengan lebih tepat.

Contohnya yang terakhir, Puan Yang di-Pertua – contohnya. Daripada 100,000 lah yang ada di dalam eKasih itu contohnya, miskin itu pun ada pelbagai bentuk.

final • 10:10 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Ada yang miskin kerana dia memang sakit dan dia dah tidak ada keupayaan untuk bekerja. Yang ini perlu diberikan bantuan terus oleh kerajaan. Kita tak guna nak bagi dia program sana, program sini kerana dia memang bedridden, contohnya. Tetapi, ada juga yang miskin sebenarnya yang berupaya untuk menjana pendapatan. Yang ini perlu diberikan program yang lain. Ada juga, contohnya, yang keluarga miskin tegar tetapi ketua isi rumahnya mungkin bermasalah. Sama ada dia penagih dadah, dia ada masalah jenayah yang lain. Maka, tumpuan itu boleh diberikan kepada anak atau isteri.

Jadi, dengan pangkalan data yang kita harapkan lebih bersepadu melalui PADU nanti, maka pembasmian kemiskinan itu boleh dibuat secara lebih teratur, terperinci dan

final • 10:20 AM

tersasar. Insya-Allah, itu akan mengurangkan masalah keciciran. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dr.

Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi, Kuala Kedah.

final • 10:20 AM

2. Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [Kuala Kedah] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan langkah-langkah segera yang telah diambil secara tegas dan holistik bagi menangani isu penjualan benih padi sah yang begitu menekan para pesawah mutakhir ini yang pastinya akan menjejaskan hasil pengeluaran padi dan kadar sara diri (SSR) beras negara.

final • 10:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih Ahli Parlimen Kuala Kedah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keperluan benih padi sah semasa adalah sebanyak 72,000 tan metrik atau 3.6 juta kampit, 20 kilogram bagi sekampit. Keperluan benih bagi satu hektar tanah sawah, tujuh hingga 10 beg per hektar atau 140 gram hingga 200 kilogram. Para pesawah menikmati insentif sebanyak RM1.03 bagi setiap kilogram benih padi sah yang dibeli daripada pengeluar benih padi sah yang dilantik oleh kerajaan.

Bagi memastikan bekalan benih padi sah mencukupi dan harga terkawal, kementerian telah mengambil beberapa langkah drastik– Pertama, memantau dan mengawal ketat kelulusan ladang dan makmal terhadap 12 pengeluar benih padi sah berdasarkan SOP yang ditetapkan oleh jabatan dan agensi sebelum benih padi sah dijual kepada pesawah.

Kedua, meluluskan sebanyak 532,325 kampit benih padi sah bagi kegunaan di negeri Kedah dan Perlis dengan rekod pengeluaran 89,723 kampit benih pada 18 Oktober, 151,200 kampit pada 26 Oktober, 79,142 kampit benih pada 3 November dan 112,000 kampit benih pada 10 November.

Ketiga, dijangka pada 17 November, akan lulus 50,000 kampit di mana 31,000 kampit akan diagih kepada PPK MADA, selebihnya 19,000 kampit diagih pada negeri Perlis dan luar jelapang negeri Kedah.

Keempat, melancarkan Task Force Operasi Benih Padi Sah Zon Utara bermula 7 November 2023. Tempoh perlaksanaan Task Force OP BPS ini diadakan selama dua minggu bermula 7 November hingga 21 November. Ini adalah untuk memastikan semua peruncit menjual mengikut harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan tiada unsur menyorok benih padi sah. Status semasa 7 November 2023, 20 lesen telah pun ditarik balik dan pada 16 November, dua lagi lesen ditarik.

Penetapan harga maksimum jualan benih padi sah bagi setiap kampit 20 kilogram, RM40 dan tempat jualan runcit, RM45 mulai 20 Oktober 2023. Penetapan harga ini dibuat bagi mengelakkan manipulasi harga benih padi sah di lapangan menerusi pembelian tanpa kawalan. Penjualan benih padi sah yang dipakejkan bersama racun khusus bagi variety padi CL220 sebelum ini hendaklah dijual secara berasingan. Harga benih padi sah bagi variety CL220 adalah pada harga maksima RM40 di pintu gudang syarikat dan untuk pengeluar, RM45 sebagai harga runcit.

Saya habiskan ya. Ini pentinglah untuk semua pesawah dengar. Benih padi sah secara terus kepada pertubuhan peladang dan petani bertarikh 11 Oktober 2023 telah terbatal.

Berkaitan isu peruncit yang menjual benih padi lebih RM45 seperti mana yang ditetapkan, kerajaan telah mengambil tindakan serta-merta dengan—

(i) menarik semula lesen penjualan benih padi sah serta-merta.

(ii) melakukan risikan dan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan ketetapan harga dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak;

(iii) menyaran pesawah atau mana-mana pihak berkepentingan membuat aduan kepada Cawangan Kawalselia Padi Beras, Pejabat KPB Negeri melalui agensi seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Kemajuan Pertanian (MADA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP); dan

final • 10:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

(iv) mengeluarkan lesen runcit melalui kuasa Pengarah KPB di bawah peruntukan seksyen 4 Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 kepada PPK dan syarikat untuk mengedarkan benih padi sah terus kepada pesawah.

Bagi langkah jangka panjang, kerajaan akan melaksanakan kajian untuk mengimbangi harga belian padi dan harga benih padi. Ini kita akan bincang dengan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, KPDNK tentang penyelarasan harga yang sesuai bagi semua pihak. Very soon, pada masa akan datang. Sebab, semua kena.

Pesawah kena menang, pemborong kena menang, peruncit kena menang, pengguna pun kena menang. Ini perbincangan perlu dibuat secara lebih tersusun, lebih— untuk supaya semua pihak mendapat faedah nanti. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Kedah.

final • 10:20 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberikan jawapan yang panjang lebar berhubung dengan isu kekurangan benih padi sah ini. Saya membangkitkan perkara ini kerana realiti di pasaran, BPS sukar didapati dan sekiranya ada pun, harga yang melepasi siling yang diselaraskan iaitu ‘harga cekik’.

Soalan tambahan saya. Sejauh manakah penguatkuasaan atau pematuhan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 dipatuhi dengan serius bagi membendung aktiviti manipulasi harga BPS serta memastikan para pesawah dapat memperoleh BPS dengan harga kawalan? Apakah pihak kementerian bersedia untuk memberi kebenaran kepada pak tani untuk menyediakan benih padi sendiri atau menambah lagi syarikat pengeluar BPS sedia ada? Bertujuan untuk memastikan krisis ini tidak berulang pada musim akan datang memandangkan keluasan penanaman padi masih di bawah 50 peratus iaitu sekitar 20 peratus keluasan MADA pada masa ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Pada hari Selasa yang lalu, dua hari lepas, selepas menjawab soalan di Parlimen ini, saya terus terbang ke Alor Setar dan saya sendiri mengetuai kumpulan untuk pergi ke kilang yang menyediakan benih. Kilang yang pertama saya pergi, memang tuan kilang itu tak tahu. Kehadiran itu mengejut. Dan didapati ada benih-benih padi yang telah banyak, hanya menunggu kelulusan daripada pihak Makmal DOA untuk diedarkan dalam masa yang segera ini.

Bila saya pergi ke kilang yang kedua, saya nampak tuan kilang itu dah tahu kehadiran itu. Itu macam mana dia tahu, tak tahulah sebab saya dah pergi yang pertama.

Ertinya, saya melihat begitu secara serius hal-hal benih padi ini. Insya-Allah, sekarang kita bertindak dengan menggunakan apa sahaja termasuk cara fast-track untuk penyediaan benih padi ini. Insya-Allah, sampai ke peringkat ia, insya-Allah, mencukupi sampai kepada tarikh akhir bila musim penanaman ini.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kita dalam jangka panjang, kita usahalah untuk mewujudkan stockpile bagi benih padi sah. Kita nak buat stockpile macam stockpile beras iaitu 500,000 kampit, mesti ada stockpile. Kalau berlaku apa-apa hal, maka stockpile ini akan digunakan. Seperti beras, kita belum guna lagi stockpile negara. Stockpile negara ini dia boleh bertahan sehingga lima bulan, kita ada stockpile beras. Kita belum ada stockpile benih padi. Ini kita akan adakan pada masa hadapan.

Menambah baik dan mempertingkat infrastruktur dan plot penanaman padi asas oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan, MARDI kena main peranan utama. Memperluas penggunaan padi sah di wilayah Sabah dan Sarawak, ini jangka panjanglah. Pentingnya sekarang ini, kita ambil semua. Kita gerakkan jentera yang ada di peringkat kerajaan, DOA-nya, Department of Agriculture dan semuanya, MADA dan semuanya, insya-Allah.

Benih cukup, bersedia dan pengedaran akan sampai cukup, insya-Allah sebelum tarikh akhir penanaman padi. Ini saya beri jaminan. Kalau tak cukup pada tarikh akhir penanaman padi tadi ini, jumpa saya. Di luar pun boleh, di dalam pun boleh.

final • 10:30 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Cuma, harga itu, harga. Sekian.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk. Igan.

final • 10:30 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

[Bangun]

final • 10:30 AM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Terima kasih, Timbalan Yang di- Pertua. Saya mendengar dengan teliti jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan benih padi sah ini. Cuma, soalan tambahan Igan, Yang Berhormat Menteri ialah adakah kementerian mempunyai perancangan ataupun sejauh mana perancangan kementerian untuk melaksanakan program Insentif Benih Padi Sah

(IBPS) ini ke Sarawak dan Sabah? Ini kerana benih padi sah ini amat penting untuk memastikan hasil padi yang baik ataupun berkualiti ataupun dari segi yield-nya yang banyak. Terima kasih, Timbalan Datuk Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih. Ini memang di peringkat perbincangan yang begitu aktif sekarang ini supaya Sabah dan Sarawak, kalau mereka ada benih padi sendiri, tak apa. Kalau tidak ada benih padi sendiri, maka kita harap menerima benih padi yang sedia digunakan, dikeluarkan oleh MARDI dan agensi-agensi yang diterima oleh kerajaan.

Ternyata, yield-nya meningkat seperti yang kita lihat sama ada di Sekinchan, di Perak, di Bumbung Lima, Pulau Pinang dan beberapa tempat di kawasan MADA di Kedah memang yield-nya melebihi tujuh tan per hektar. Ini soal benih ini dan kita akan berbincang terus dengan pihak pertanian negeri Sabah dan Sarawak dan setakat ini mereka memberi reaksi yang positif untuk menerima benih-benih baru ini.

Ini yang kita harapkan dan keadaan ini insya-Allah, Sabah dan Sarawak ini mereka bersedia dengan secara aktif sekarang untuk membantu ke arah SSR beras kita di negara ini. Ini berdialog dan juga perbincangan di peringkat pegawai sekarang ini sedang berjalan. Insya-Allah, akan terjelma hasil yang baik supaya Sabah dan Sarawak ini menjadi jelapang padi yang kedua bagi Malaysia untuk masa akan datang.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Oscar Ling Chai Yew, Sibu.

final • 10:30 AM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

3. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] minta Menteri Pengangkutan menyatakan sejauh manakah bilangan penerbangan dan pengendalian penumpang untuk lapangan terbang di Malaysia telah kembali ke tahap sebelum COVID-19 dan apakah pencapaian ketepatan waktu (on-time performance) penerbangan domestik untuk tahun 2022 - 2023 serta langkah kawal selia yang diambil untuk melindungi pengguna daripada masalah kelewatan dan pembatalan penerbangan.

final • 10:30 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tahap pemulihan jumlah penerbangan antara Januari hingga Oktober 2023 adalah pada kadar 74.1 peratus ataupun 381,475 penerbangan berbanding 514,896 penerbangan untuk tempoh yang sama pada tahun 2019.

Bagi maksud pengendalian penumpang, lapangan-lapangan terbang di Malaysia telah mengendalikan seramai 109,428,322 penumpang bagi tahun 2019. Pada tahun 2022, jumlah ini telah menurun sehingga 54.8 juta penumpang ataupun 50.1 peratus berbanding bilangan penumpang yang direkodkan pada tahun 2019.

Sehingga bulan September 2023, lapangan-lapangan terbang di Malaysia telah mengendalikan seramai 62.8 juta penumpang. Pihak kerajaan menyasarkan peningkatan bilangan penumpang pada tahun ini adalah sebanyak 87.8 juta penumpang iaitu 80.6 peratus berbanding bilangan penumpang yang direkodkan pada tahun 2019. Jumlah penumpang dijangka kembali ke tahap pra pandemik pada tahun hadapan.

Tahap pemulihan keseluruhan jumlah penumpang adalah pada kadar 77.5 peratus antara Januari hingga September 2023 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019. Pemulihan yang terbaik adalah penumpang domestik pada kadar 84.4 peratus, diikuti penumpang Asian pada 77.5 peratus dan 63.4 peratus untuk penumpang destinasi antarabangsa yang lain.

final • 10:30 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Berkaitan pencapaian ketepatan waktu ataupun on-time performance. Bagi penerbangan domestik, syarikat-syarikat penerbangan Malaysia telah merekodkan pencapaian 79 peratus untuk suku ketiga 2023 berbanding 82 peratus pada suku kedua 2023. Perincian pencapaian ketepatan waktu bagi suku ketiga 2023 adalah seperti berikut– Untuk SKS Airways - 95 peratus; MASwings - 93 peratus; Batik Air - 82 peratus; Firefly - 77 peratus; Malaysia Airlines - 74 peratus; dan AirAsia - 74 peratus.

Di samping itu, MAVCOM juga dalam proses menentukan taraf prestasi bagi pencapaian ketepatan dan kadar pembatalan penerbangan bagi syarikat penerbangan Malaysia. Proses ini dianggarkan akan selesai pada suku pertama 2024. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sibu.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

[Bangun]

final • 10:30 AM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Saya – Puan Yang di-Pertua, saya tidak tahu sama ada kerajaan dan Menteri berpuas hati dengan on-time performance syarikat penerbangan setakat ini. Bayangkan, seorang pekerja yang lewat melaporkan kerja sehari, dua hari tiap-tiap minggu.

final • 10:30 AM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

[Bangun]

final • 10:30 AM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Sudah tentu kena tegur dan amaran daripada majikannya. Jadi, Malaysia Airlines dan AirAsia, tadi kita nampak prestasi mereka 26 peratus adalah satu suku daripada jumlah penerbangan domestik adalah tidak on time.

Lewat lebih 30 minit dan juga mengapa sekarang lewat 30 minit? Jadi, soalan saya mengenai masalah on time ini, adakah kerajaan akan memberikan amaran dan mendenda syarikat penerbangan ini, yang gagal menepati waktu ini? Jadi, saya minta penjelasan dari kementerian.

final • 10:30 AM

Tuan Loke Siew Fook

Pertamanya Puan Yang di-Pertua, kelewatan penerbangan ini ada pelbagai faktor. Ada perkara-perkara yang di luar kawalan syarikat penerbangan. Cuaca, umpamanya. Macam mana nak kawal cuaca? Kalau cuaca tak baik, kapal terbang macam mana nak terbang? Jadi, itu kena difahami.

final • 10:30 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

[Bangun]

final • 10:30 AM

Tuan Loke Siew Fook

Bukannya syarikat-syarikat penerbangan sengaja melewat-lewatkan penerbangan mereka, tetapi saya bersetuju bahawa ada banyak perkara yang perlu kita tambah baik, yang perlu kita perbaiki. Bukan sahaja syarikat penerbangan tetapi juga lapangan terbang, juga air traffic management. Juga, kena ketahui bahawa pengurusan trafik udara ini juga bukannya di bawah syarikat penerbangan, itu pertama.

Keduanya, memang dari segi ke arah untuk memperbaiki dan juga meningkatkan pencapaian syarikat-syarikat penerbangan dalam on-time performance ini, kerajaan ataupun melalui MAVCOM akan juga mengambil tindakan sekiranya syarikat penerbangan gagal mematuhi kod perlindungan pengguna penerbangan Malaysia.

final • 10:30 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

[Bangun]

final • 10:30 AM

Tuan Loke Siew Fook

Ini sesuatu yang kita akan cari satu pendekatan, bagaimana meletakkan satu sasaran on-time performance dan kalau mereka tak dapat mencapai on-time performance itu, maka kemungkinan ada sesuatu tindakan yang akan diambil. Namun begitu, seperti yang saya katakan, ada pelbagai faktor yang perlu diambil kira dan bukannya satu-satu faktor sahaja iaitu syarikat penerbangan. Memang kita akan sentiasa memantau dan kita juga akan meminta supaya syarikat-syarikat penerbangan ini dapat menguruskan jadual-jadual mereka dengan lebih baik. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Krai.

final • 10:30 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Apakah langkah yang diambil oleh pihak kementerian bagi memastikan schedule penerbangan ini kembali kepada asal ataupun kembali stabil? Contohnya, ialah kalau domestik, Kota Bharu – Kuala Lumpur. Contohnya, sebelum ini, bermula seawal 6.45 pagi dan balik semula dari Kuala Lumpur – Kota Bharu 10.35 malam. Ini bermakna,

final • 10:30 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

jika seseorang itu mempunyai satu tugasan di Kuala Lumpur, boleh mengikuti jadual ini dan sesuai, sangat sesuai. Berbanding pada hari ini, penerbangan seawal pagi bermula 8.00 pagi dan berakhir sekitar 7.00 ataupun 8.00 malam untuk penerbangan domestik. Ini contoh.

final • 10:30 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Kedua, jika bagi contoh international, isu berkaitan dengan penerbangan ke Arab Saudi ataupun ke Jeddah. Walaupun ianya sudah ada pada hari ini tiga kali sehari, tetapi jadualnya tidak tetap. Kalau dulu kita tahu MH150 ini jadualnya tetap, tetapi hari ini walaupun tiga kali sehari tetapi jadual berubah-ubah. Ini menyukarkan penumpang untuk menyusun masa yang sesuai.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan— ringkaskan soalan.

final • 10:40 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Soalan kedua Yang Berhormat Yang di-Pertua ialah berkaitan dengan tambang mahal khususnya penerbangan domestiklah bukan sahaja ke Sabah, Sarawak bahkan ke Kota Bharu sekali pun, apatah lagi di musim cuti sekolah dan perayaan. Apakah usaha pihak kementerian yang terkinilah dalam menangani isu ini? Apakah hasil perbincangan Yang Berhormat Menteri dengan pihak syarikat penerbangan bagi memastikan harga tiket kapal terbang ini dapat dijual dengan harga yang munasabah dan tidak membebankan? Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Yang Berhormat. Pertamanya dari segi jadual. Memang seperti yang saya katakan, kita belum sampai balik kepada kapasiti tahun 2019 ataupun pra-pandemik. Malah, kapal-kapal terbang ataupun pesawat-pesawat yang digunakan itu masih belum mencapai kepada tahap sebelum ini kerana apabila semasa pandemik, kebanyakan pesawat-pesawat ini kena grounded. Apabila kena grounded, apabila nak hidupkan kembali operasi mereka, setiap pesawat itu perlu ada MRO dia.

Jadi, memang dia mengambil masa. Setakat ini seperti saya katakan, jumlah kapasiti dia mungkin dalam 80 peratus sahaja. Jadi dalam masa beberapa bulan akan datang, kapasiti akan terus ditambah. Lebih banyak pesawat akan beroperasi semula dan kita akan cuba menyelesaikan isu jadual tersebut.

Ia juga ada berkaitan dengan harga kerana harga ini dia ada banyak faktor juga sekarang ini. Pertamanya kerana peningkatan US Dolar menjadikan kos operasi semua syarikat penerbangan meningkat mendadak dari segi harga minyak pesawat, daripada segi sewa pesawat, dia meningkat dengan begitu mendadak. Namun begitu, kita amat mengharapkan supaya lebih banyak penawaran, lebih banyak kapasiti, lebih banyak pesawat terbang. Sekiranya lebih banyak kapasiti, maka penawaran itu lebih banyak, maka ia juga dapat mengimbangkan harga-harga tiket kapal terbang ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Minta satu lagi Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:40 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Gobind Singh Deo, Damansara.

final • 10:40 AM

1. Tuan Gobind Singh Deo [Damansara] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah kekurangan beras tempatan di seluruh Malaysia. Nyatakan apakah rancangan kementerian untuk memastikan masalah ini tidak berulang dalam masa yang akan datang.

final • 10:40 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih Speaker, Ahli Parlimen Damansara. Bendang pun tak ada situ.

Lawyer, tapi bercakap soal padi dan beras. Ini wakil rakyat yang bertanggungjawab hal pemakanan rakyat.

[Tepuk] Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sedang giat melaksanakan pelbagai langkah intervensi untuk mengatasi isu bekalan beras tempatan. Antara langkah intervensi dilaksanakan bagi mengatasi masalah kekurangan beras adalah seperti berikut – Operasi Beras Putih Tempatan, Operasi Jamin iaitu kolaborasi secara strategik dengan KPDN. Penguat kuasa arahan had pembelian maksimum kepada pembeli sebagai mana dalam Peraturan 10(1)(b) Peraturan-peraturan Kawalan Padi dan Beras 1996 dan pelbagai sesi libat urus untuk mendapatkan input daripada kesemua pihak berkepentingan dalam industri bagi meredakan kebimbangan mengenai kekurangan beras putih tempatan dalam pasaran.

Melancarkan Program Khas Beras Putih Tempatan secara konsensus bersama pengilang beras untuk pengeluaran tempatan 20 peratus stok pengilang padi secara berfasa. Fasa 1, pelaksanaan mulai 8 September 2023 melibatkan lima syarikat pemborong utama. Fasa 2, pelaksanaan mulai 15 September 2023 melibatkan 103 syarikat pemborong.

Ketiga, mengadakan sesi libat urus Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama Persatuan Restoran Pengusaha Makanan dan Penjaja Kecil pada 15 September 2023. Sesi ini telah mencapai persetujuan untuk memberi tawaran lesen borong kepada pengusaha makanan yang bernaung di bawah persatuan perniagaan.

Melalui lesen borong ini, pengusaha makanan dapat menikmati harga belian beras putih pada harga borong iaitu RM160 bagi 50 kilogram.

Keempat, melibatkan Lembaga Pemasaran Pertanian (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang melalui platform dan ruang perniagaan yang dimiliki oleh kedua- dua agensi ini untuk menyasarkan kawasan luar bandar. Damansara tak perlulah benda ini. Pada masa yang sama, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan empat langkah intervensi tambahan iaitu:

(i) meneruskan edaran beras putih tempatan melalui FAMA dan LPP;

(ii) pemberian subsidi sebanyak RM950 per metrik tan bagi beras import di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak mulai 5 Oktober. Oleh itu rakyat di sana dapatlah menikmati harga yang murah sekarang ini iaitu lebih kurang RM31 per kampit harga putih yang agak murah;

(iii) memastikan pembekalan perolehan di bawah kontrak kerajaan akan menggunakan beras putih import;dan

(iv) melancarkan task force. Ini berterusan task force dari masa ke semasa.

final • 10:40 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Jadi, langkah intervensi ini dijalankan terus supaya beras putih tempatan berada dalam pasaran. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Damansara.

final • 10:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, jawapan yang diberikan. Memang perkara yang dibangkitkan ini adalah perkara yang telah pun menarik perhatian. Saya lihat langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Yang Berhormat Menteri, dalam jawapan tadi saya dengar Yang Berhormat Menteri sebut berkenaan dengan program intervensi beras putih tempatan.

Boleh saya dapat tahu setakat sekarang, apakah status program itu dan juga kemajuan yang telah pun dicapai dalam program tersebut? Adakah program ini memadai untuk kita memastikan bahawa perkara ini tidak akan berulang dalam masa hadapan? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tidak akan berulang ini saya nak beri jaminan 100 peratus payah sebab krisis beras di Malaysia ini berlaku tahun 1971. Kali kedua, 2008. Itu yang berlaku penetapan harga RM18 untuk 10 kilogram sampai ke hari ini. Krisis seterusnya 2014, ini yang melahirkan BERNAS dan LPN digantikan. Kemudian, sekarang 2023. Memanglah kita harapkan tidak akan berlaku krisis lagi pada masa akan datang, tetapi hal-hal makanan ini dia bergantung juga kepada keadaan cuaca, keadaan antarabangsa dan sebagainya.

Tapi, alasan itu kita tak boleh jadikan satu alasan untuk kita apologetic. Kita kena berusaha. Ini yang usaha kita sedang buat supaya krisis ini tidak akan berulang pada masa hadapan. Kalau berulang pun, tidaklah parah seperti yang berlaku seperti yang saya sebut tadi, empat kali yang berlaku krisis beras tempatan. Paling hebat sebenarnya 2014. Pada waktu itu tak ada TikTok. Jadi, ramailah rakyat tidak cemaslah, tak tahu.

Tapi, tahun itulah yang paling teruk. Sekarang ini misalnya TikTok kata bulan depan beras tak ada, beras putih tempatan tak ada, menyebabkan orang panik dan membeli secara banyak.

Sebelum ini orang tak beli beras tempatan ini kerana harganya murah. Mydin mengatakan beras putih tempatan di stoknya kadang-kadang sampai naik habuk kerana orang tak beli, dia murah. Orang-orang Damansara ini dia suka beli beras import. Tapi bila berat import naik mendadak, maka dia cari beras tempatan. Maka, beras tempatan ini sekarang ini dicari oleh penduduk, oleh pengguna bukan kerana dia nak tempatan itu, kerana ia harga lebih murah. Itu yang menjadikan beras tempatan ini menjadi popular.

Sebelum ini kalau beras tempatan RM26 atau RM28, beras import dalam RM32, RM33. Jadi, tak jauh. Sekarang bila beras import pergi sampai RM40, RM45, maka termasuklah pengguna di daerah Lembah Kelang ini pun mencari beras putih tempatan.

Tapi, itu adalah hak pengguna. Kerajaan akan cuba mencari jalan untuk memberi pembekalan yang secukupnya.

Ini langkah-langkah yang diambil. Kalau saya nak baca ini banyaklah. Saya akan beri kepada Damansara supaya dalam mahkamah nanti siapa bawa isu beras, lawyer kita dapat membelanya. Terima kasih.

[Ketawa]

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Terap.

final • 10:50 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ada mendengar tadi tentang Yang Berhormat Menteri sebut tentang harga beras yang menjadi keperluan masyarakat mencari beras putih tempatan. Kita lihat desakan daripada pihak industri beras ini supaya untuk menaikkan harga siling beras dan saya lihat kerajaan pun ada respons untuk mengkaji kenaikan harga siling RM2.60 kepada RM3 lebih. Jadi, soalan saya adakah pihak kerajaan bersedia untuk menaikkan harga siling beras dan kalau bersedia, apakah mekanisme— adakah kenaikan itu mendadak ataupun kenaikan tu berperingkat di saat rakyat keluh kesah tentang kos harga yang mahal ini. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih. Ini soalan yang saya sukalah soalan ini. Memang saya kata tadi kita kena bagi keadilan kepada semua, penanam padi,

final • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

pengguna, orang yang berniaga, pengilang dan sebagainya. Memang harga RM26 ini harga tahun 2008. Harga upah telah naik, harga lain telah naik tapi harga beras masih harga 2008.

Kalau nak berlaku kenaikan sebagainya, sebab tu saya sebut kita kena bincang dengan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, KPDNK supaya kalau berlaku perubahan misalnya, kita harap dapat kongsi bersama dan bagaimana kita nak bagi puas hati kepada semua pihak termasuk di pihak kerajaan, termasuk di pihak pembangkang.

Dalam hal beras ini nampaknya ada berpandangan— sama pandangan soal harga ini supaya dapat dipertimbangkan.

Tapi kalau kita setuju nak bela petani, angkat sebenarnya Kementerian Ekonomi kena bincang juga. Apa impaknya kepada ekonomi majoriti rakyat, bagaimana dengan pengilang dan sebagainya. Sebab itu, sekurang-kurang empat kementerian ini kami sedang duduk berbincang dan sudah tentulah bersama dengan Kementerian Kewangan dan food security yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri. Jadi, perbincangan secara intensif ini kita buat sekarang ini termasuk pandangan-pandangan daripada Ahli- ahli Parlimen khasnya yang terlibat dalam kawasan penanaman padi. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Haji Awang bin Hashim, Pendang.

final • 10:50 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Kain songket tenunan budaya, Indah tersemat pakaian penggawa, Pada sesi ini soalan saya naik kali kedua, Kebetulan juga adalah soalan saya nombor dua.

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

2. Datuk Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan pencapaian program Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah, Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) sehingga kini dan apakah pendekatan terkini yang diambil dalam meningkatkan pencarum bagi kedua skim tersebut.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Pendang walaupun pantunnya tidak berapa kena. Tapi tidak apa sebab kita sepupu lain kali, okey.

[Ketawa] Sepupu lain kali.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon keizinan untuk menjawab secara bersekali ya soalan daripada Yang Berhormat Pendang dan soalan nombor 15 ya, daripada Yang Berhormat Kota Melaka. Pertanyaan adalah mengenai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

Untuk makluman Dewan yang mulia, Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah telah di kuat kuasa pada 1 Disember 2022. Skim ini menyediakan perlindungan kepada golongan suri rumah apabila berhadapan dengan bencana pekerjaan dan keilatan sewaktu melakukan urusan rumah tangga.

Berdasarkan statistik setakat 5 November 2023, bilangan penyertaan bagi Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah adalah seramai 197,893 orang dalam jumlah tuntutan sebanyak RM849,081.37 yang melibatkan 322 kes tuntutan. Daripada jumlah penyertaan tersebut, 7,166 orang suri rumah adalah daripada negeri Melaka dan 7,945 orang daripada seluruh negeri Kedah.

Bagi meningkatkan bilangan suri rumah berdaftar dan mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah, kerjasama strategik dengan majikan dan wakil rakyat telah diadakan bertujuan untuk menggalakkan mereka menaja suri rumah yang layak berdaftar dan mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah. Berdasarkan statistik setakat 5 November 2023, sebanyak enam majikan dan sembilan wakil rakyat

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

dan individu telah menaja 1,128 orang suri rumah dengan jumlah penajaan sebanyak RM135,360.

Tuan Yang di-Pertua, manakala Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri pula telah dikuatkuasakan mulai 1 Jun 2017 di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789]. Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri merupakan skim yang memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan termasuk semasa dalam perjalanan yang berkaitan dengan aktiviti pekerjaannya.

Perlindungan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi resit bayaran caruman. Berdasarkan statistik setakat 10 November 2023, seramai 793,116 orang bekerja sendiri aktif mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Daripada jumlah tersebut, seramai 19,580 OBS adalah daripada negeri Melaka manakala bagi negeri Kedah pula, seramai 55,185 orang bekerja sendiri. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 4,334 kes tuntutan telah diluluskan yang melibatkan jumlah faedah sebanyak RM24.69 juta.

Untuk makluman Dewan yang mulia, Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO sedang meneliti penambahbaikan dalam Akta Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 terutama aspek perluasan perlindungan sosial bagi keadaan luar jangka sebagaimana perlindungan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Akta Sistem Insurans 2017 serta perlindungan sosial lain yang berkaitan demi memastikan orang bekerja sendiri mendapat perlindungan sosial yang lebih komprehensif.

Tuan Yang di-Pertua, pendekatan terkini yang diambil dalam meningkatkan pencarum bagi kedua-dua skim dengan mempergiat program libat urus, program seranta dan program bersama pemimpin masyarakat. Berdasarkan statistik sehingga 31 Oktober 2023, sebanyak 103 sesi libat urus dilaksanakan dan 17 program seranta dan program bersama pemimpin masyarakat telah dilaksanakan.

Selain itu juga, kementerian ini telah mempergiatkan usaha untuk meningkatkan tahap kesedaran golongan bekerja sendiri dan akan kepentingan perlindungan sosial demi kesejahteraan kehidupan mereka dan keluarga sebagaimana saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan Belanjawan 2023 untuk menggalakkan pendaftaran dan caruman yang bekerja sendiri di bawah Akta 798.

Dan akhirnya untuk makluman Dewan yang mulia, di bawah Belanjawan 2024, Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani akan menambah baik program perlindungan sosial di mana pembiayaan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Program SPS Padanan Caruman Pelan Kedua ditingkatkan daripada 80 peratus iaitu RM186.20 kepada 90 peratus berjumlah RM209.50. Dalam hal ini, orang bekerja sendiri hanya perlu membayar sebanyak RM23.30 berbanding RM46.60 sebelum ini. Itu yang terkini. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pendang.

final • 10:50 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah ini dan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri adalah satu program yang dilaksanakan oleh kerajaan pada rakyat terutamanya golongan suri rumah dan juga golongan yang bekerja sendiri. Saya harap semua Menteri-menteri, Timbalan Menteri dan juga semua MP-MP yang ada dalam negara ini mencarum bagi pihak isterinya menunjukkan kasih sayang kita, seorang suami kepada isteri. Ini sebagai contoh.

Ya, jadi soalan saya. Saya ingin tahu berapakah jumlah atau peratusan pencarum berhenti mencarum setelah tamat tahun pertama perlindungan yang diberi dan peratus yang mencarum bagi tahun kedua dan seterusnya. Adakah PERKESO ada mempertimbangkan diskaun bagi kadar bayaran bagi tahun kedua caruman sebagai langkah galakan kepada golongan yang bekerja sendiri ini terus mencarum demi untuk keselamatan dan manfaat mereka jua pada masa akan datang. Mohon penjelasan.

Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Pendang dan saya juga...

final • 10:50 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Satu lagi. Apa ni daripada 2017 hingga sekarang, mencapai sasaran ataupun tidak?

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pendang, Pendang.

final • 10:50 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sebab ini bagus untuk membela yang tak bekerja.

final • 10:50 AM

Seorang Ahli

Macam manalah Pendang.

[Ketawa]

final • 10:50 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Tak apa. Kawan, kawan.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kawan pun kena ikut Peraturan Mesyuarat.

final • 10:50 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Okey, terima kasih Yang Berhormat Pendang atas soalan yang ditimbulkan. Selaku mantan Timbalan Menteri, saya fikir beliau memang antara yang terlibat jugalah dalam memperkenalkan kedua-dua skim ini.

Untuk makluman analisis daripada untuk Skim Pekerja Sendiri ini, saya tidak ada datanya. Mungkin saya akan buat secara bertulis. Tetapi, apa yang kita buat untuk menggalakkan terutama pekerja-pekerja gig kita ini, Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani yang saya sebut tadi, kita tingkatkan lagi caruman padanan kita daripada 80 peratus sehingga 90 peratus, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

final • 11:00 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

[Bangun]

final • 11:00 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Jadi, ini sebenarnya untuk menggalakkan supaya pekerja-pekerja gig kita terutamanya dapat mencarum. Ini baik. Kalau sebelum ini pada tahun ini atau tahun sebelum ini, hanya kena bayar RM46.60. Tetapi, dengan bajet yang terbaru ini, kita tingkatkan kepada 90 peratus dan hanya membayar RM23.30. Ini untuk menggalakkan pekerja-pekerja gig kita.

Jadi, saya harap seperti yang disarankan oleh YB Pendang tadi, kita galakkanlah kepada MP-MP, Yang Berhormat kita supaya dapat membantu pekerja gig di kawasan masing-masing. Nilainya hanya RM23.30 dan ia akan cover untuk masa setahun. Secara detil tentang analisa itu, saya akan jawab secara bertulis. Tetapi, untuk skim suri rumah, kita baru lancar pada Disember 2022. Jadi, hujung tahun insya-Allah baru kita akan kemukakan analisa tentang skim ini, pencarum yang berulang ini. Okey, sekian terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bukit Bintang.

final • 11:00 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bagaimanakah rancangan untuk melindungi ribuan penghantar makanan dengan perlindungan PERKESO yang terdedah pelbagai bahaya kemalangan? Minta penjelasan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Yang Berhormat Bukit Bintang, itu yang kita sebut tadi yang kita perkenalkan ini ialah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Kita ada beberapa skim yang ditawarkan dan untuk bajet tahun hadapan kita tingkatkan pendapatannya sehingga RM6,000. Jadi, maknanya mana-mana pekerja gig kita yang mempunyai pendapatan di bawah RM6,000 ini akan dilindungi. Itu yang saya sebut tadi, pekerja gig boleh buat pilihan. Ada skim kedua yang kita padankan di mana kerajaan akan membayar 90 peratus daripada caruman tersebut, pekerja hanya membayar 10 peratus sahaja, RM23.30. Harap dapat menjawablah. Saya fikir itu dia punya jawapan.

Okey dan kita juga telah mengadakan banyak kerjasama strategik dengan Kementerian Pengangkutan dan juga libat urus dengan syarikat-syarikat seperti Grab,

final • 11:00 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Foodpanda dan yang lain-lain untuk menggalakkan pekerja-pekerja gig ini supaya mencarum dalam skim ini. Okey, sekian terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Puan Vivian Wong Shir Yee, Sandakan.

final • 11:00 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih Puan Speaker. Sebelum itu, boleh saya mengumumkan kehadiran JAKOA Bentong, Tok Batin dan Pengerusi JAKOA Daerah Bentong yang hadir pada pagi ini.

[Tepuk] Terima kasih Puan Speaker. Soalan saya nombor tiga.

final • 11:00 AM

3. Puan Vivian Wong Shir Yee [Sandakan] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan:

(a) apakah rancangan segera untuk meningkatkan penjanaan kuasa di Sabah dengan melihat sifar rizab margin elektrik pada ketika ini di Sabah; dan

(b) adakah kementerian akan memberi jaminan bahawa ia tidak akan mempertimbangkan sumber tenaga tidak boleh diperbaharui seperti arang batu untuk penjanaan kuasa baharu di Sabah.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih YB Sandakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah melaksanakan perancangan pembekalan elektrik Sabah melalui pelan pembangunan penjanaan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) Sabah. Jawatankuasa ini dianggotai oleh kementerian, agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah yang berkaitan serta syarikat utiliti iaitu Sabah Electricity Sendirian Berhad.

Pelan pembangunan penjanaan ini menetapkan perancangan penjanaan untuk negeri Sabah bagi tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang dengan mengambil kira penilaian unjuran permintaan opsyen teknologi penjanaan, kecukupan bahan api dan kos pembekalan yang paling optimum. Walau bagaimanapun dengan mengambil kira penyerahan kuasa kawal selia pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah yang akan bermula pada bulan Januari 2024, Kerajaan Persekutuan bersama-sama Kerajaan Negeri Sabah dalam mesyuarat JPPPET Sabah, Bilangan 1, Tahun 2023 pada 12 hari bulan Jun 2023 telah menetapkan perancangan pembekalan elektrik bagi tahun 2023 sehingga 2027 sahaja.

Pada masa kini, negeri Sabah mengalami penjanaan elektrik yang tidak seimbang antara Pantai Barat dan Pantai Timur Sabah dengan kadar rizab margin sebanyak 11 peratus. Justeru itu, bagi memastikan kadar rizab margin berada pada kadar optimum iaitu 30 peratus, Kerajaan Persekutuan bersama-sama Kerajaan Negeri Sabah akan meneliti opsyen-opsyen penjanaan seperti berikut;

(i) penggunaan interim set generator SESB 100 megawatt selama enam bulan;

(ii) melaksanakan semula rental sets 100 megawatt di kawasan Pantai Barat Sabah;

(iii) mempercepatkan penggunaan *Battery Energy Storage System

(*BESS) 200 megawatt pada tahun 2024 dan dilaksanakan oleh SESB; dan

(iv) melanjutkan operasi stesen jana kuasa sedia ada berdasarkan keperluan semasa.

Opsyen-opsyen tersebut akan diteliti dengan lebih lanjut oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) bersama-sama Energy Commission of Sabah (ECOS) dan Sabah Electricity

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Sendirian Berhad (SESB) sebelum diangkat untuk pertimbangan kerajaan dalam masa terdekat. Selain itu, bagi perancangan jangka masa panjang khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah, pihak kerajaan bersama-sama SESB sedang melaksanakan beberapa projek menaik taraf infrastruktur sistem pembekalan elektrik seperti berikut;

(i) menaik taraf Pencawang Masuk Utama (PMU) Dam Road kepada 275 kilovolt dan Stesen Suis Utama (SSU) Dam Road kepada 132/33/11 kilovolt;

(ii) pembinaan sistem talian 33 kilovolt di daerah Lahad Datu melalui pembinaan Pencawang Pembahagian Utama (PPU) 33/11 kilovolt First Palm City Center;

(iii) pemasangan Distribution Automation (DA) dengan izin 11 kilovolt bagi memastikan punca kerosakan dapat dikesan lebih awal, diasingkan dan seterusnya mempercepatkan proses pemulihan bekalan elektrik;

(iv) pemasangan sectionalizer 11 kilovolt dengan izin bagi mengurangkan liputan pengguna terlibat dengan gangguan bekalan elektrik;

(v) pembinaan tiga feeder 11 kilovolt baharu daripada PMU Warisan 132/33/11 kilovolt; dan

(vi) pembinaan PPU 33/11 kilovolt Bandar Sri Perdana.

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah melalui mesyuarat JPPPET Sabah memberi jaminan bahawa akan terus menggunakan sumber bahan api yang lebih mampan dan mesra alam bagi penjanaan elektrik di Sabah. Perkara ini dapat dilihat melalui campuran bahan api, penjanaan elektrik di Sabah yang telah dibentangkan dalam mesyuarat JPPPET Sabah Bilangan 1, Tahun 2023 yang mana hampir 70 peratus penjanaan elektrik di Sabah menggunakan sumber bahan api gas diikuti dengan sumber penjanaan melalui diesel MFO sebanyak 11 peratus, hidro sebanyak sembilan peratus, solar berskala besar (LSS) sebanyak tujuh peratus dan biojisim atau biogas sebanyak dua peratus.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Kerajaan sentiasa komited untuk membantu meningkatkan penjanaan pembekalan elektrik di Sabah, khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sandakan.

final • 11:10 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih Puan Speaker. Soalan tambahan saya adalah mengapa tarif galakan (feed-in tariff) tidak lagi terdapat di Sabah, sedangkan kami menghadapi kekurangan penjanaan bekalan tenaga elektrik yang sangat serius. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Program Feed-in Tariff yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan telah dilaksanakan di seluruh Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Melalui hasil kutipan 1.6 peratus daripada bil elektrik semua pengguna untuk melebihi 300 kilowatt jam setiap bulan.

Kutipan ini akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu

(KWTBB) bagi membolehkan pelaksanaan mekanisme FiT ini. Walau bagaimanapun, Program FiT tidak lagi ditawarkan di Sabah kerana kuasa perancangan pembangunan dan pembekalan tenaga elektrik akan diambil sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sabah pada Januari 2024. Manakala bagi Projek FiT sedia ada, akan diteruskan sehingga Perjanjian Pembelian Kuasa TBB *(Renewal Energy Power Purchase Agreement

(REPPA))* tamat. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

[Bangun]

final • 11:10 AM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

[Bangun]

final • 11:10 AM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

[Bangun]

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Nerus.

final • 11:10 AM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Memandangkan arang batu masih lagi menjadi sumber penjanaan tenaga elektrik yang utama negara buat masa ini. Tetapi sekarang kosnya semakin meningkat dan juga ia tidak mesra alam sekitar. Soalan saya, apakah pelan khusus kerajaan berhubung isu penstrukturan sumber penjanaan tenaga elektrik di masa hadapan? Sejauh manakah penggunaan seperti gas asli cecair telah membantu peralihan Malaysia ke arah tenaga bersih sehingga menggantikan karbon rendah seperti hidrogen kepada akses secara meluas? Kedua, adakah kerajaan juga telah meneliti cadangan menambah bilangan loji jana kuasa turbin gas sekitar ..

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ini Tuan Yang di- Pertua, soal Sabah. Tak kan [Tidak jelas] pula. Alah, lain ditanya, lain yang di...

final • 11:10 AM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Soalan kedua berkaitan dengan arang batu apa ini Yang Berhormat...

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

final • 11:10 AM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

So, adakah– Untuk mengalih daripada arang batu ini, adakah juga kerajaan bercadang untuk menambah bilangan loji combined cycle gas turbine (CCGT), dengan izin, sebagai langkah peralihan kepada tenaga hijau? Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Ini soalan sudah lari dari itu asal. Saya akan menyediakan jawapan secara bertulis.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya Yang Berhormat, orang Sabah mahu tanya soal elektrik Sabah. Boleh?

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Tapi dia berkaitan dengan penggunaan arang batu, soalan Nombor 2(b). Nombor 2(b) itu arang batu.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

[Bangun]

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Soalan Nombor 2...

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kuala Nerus...

final • 11:10 AM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Itu kena ingat. Nombor 2(b).

final • 11:10 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] 3(b). 3(b).

final • 11:10 AM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

3(b). Arang batu. Itu sebab saya sebut arang batu.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya bagi Semporna.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Datuk Speaker, bagi laluan.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Saya yang bising.

Speaker bagi Semporna pula.

[Ketawa]

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

[Ketawa]

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sabah.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih untuk bagi ruang. Soalan saya bila mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebenarnya saya tidak puas hati dengan apa rancangan-rancangan yang

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

dilakukan sama ada menggunakan batu arang, sama ada menggunakan solar, sama ada– You know. Kerana kita di Sabah, saya setuju dengan Sandakan. Very critical, dengan izin.

Cukup membimbangkan kita. Bukan setakat hospital tidak ada elektrik ya, airport pun tidak ada elektrik. Jangan cerita fasal sekolah. There must be a very comprehensive, dengan izin, pelan dalam jangka masa bukan hanya pendek, panjang. Peralihan pengambilan daripada TNB kepada SESB tidak boleh menjamin bahawa kita boleh mengatasi masalah dia. Kerana saya sedar, apakah langkah-langkah yang akan diambil, khususnya subsidi.

Hari ini kerajaan menampung subsidi RM2 bilion lebih ya.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Soalan dia, reserve kita ya, malah ditingkatkan. Semalam, reserve dia zero. Last week, empat megawatt. Di Penampang, di Kota Kinabalu, dekat. Ration. Satu kampung ration, every week. Jadi, saya nak bertanya, peralihan pihak kerajaan, bila nak menyerahkan langkah untuk memberikan kepada Kerajaan Negeri Sabah tentang peralihan ini, adakah subsidi RM2 bilion akan diteruskan oleh Kerajaan Pusat untuk membolehkan supaya SESB akan diurus tadbir oleh Yang Berhormat Tuaran, saya ingat, Pengerusi dia? Bukan senang.

Adakah pihak kerajaan memastikan bukan setakat the Ulu Padas ini, dah 2013, additional kind of supply, sampai sekarang tidak ada. Satu bab, subsidi. Satu bab, untuk memastikan grid yang ada, west grid dan east grid connected. It’s not connected. Ada lebihan sikit di pantai barat. Di pantai timur is tiada. Tapi sikit saja pantai barat. Pelabur pun tak boleh datang ini.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Okey, Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat yang itu prihatin. Ini hal yang sudah ditimbulkan.

Berbanyak-banyak terima kasih. Saya tidak bersama-sama, saya bawa berbincang sama saya mengkaji semula sama saya punya kementerian. Ya, berdasarkan perancangan, Mesyuarat JPPPET Sabah, Bilangan 1, Tahun 2023 pada 12 Jun 2023, loji janakuasa kitar padu gas kapasiti penjanaan sebanyak 100 megawatt akan dilaksanakan di kawasan Pantai Barat Sabah, dijangka siap pada tahun 2026. Selain itu, pembangunan projek hidro elektrik secara run-of-river di Sungai Padas dan Sungai Malingan dengan kapasiti 170 megawatt juga akan dilaksanakan di Sabah dan dijangka akan siap pada tahun 2027.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Soalan saya, subsidi, satu. Connectivity, whereas in East Coast. Adakah connectivity di antara grid west coast dan east coast? Yang kedua, subsidi.

final • 11:10 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Nanti saya berbincang lagi, Yang Berhormat...

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Boleh saya tanya lagi, Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Saya berbincang sama saya punya kementerian...

[Tidak jelas]

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak boleh.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Ataupun saya bagi jawapan. Boleh?

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak boleh. Tidak boleh.

final • 11:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Jawab bertulis, Yang Berhormat.

Jawab bertulis. Cakap bahasa Melayu pun orang tak faham.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Ketawa]

final • 11:10 AM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Soalan tak faham, jawapan tak faham.

final • 11:10 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Lepas itu, saya teruskan sini. Boleh terangkan di sini lagi. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah melalui Mesyuarat JPPPET Sabah tersebut juga sedang meneliti opsyen-opsyen pembangunan solar berskala besar dan battery energy solar system pada tahun 2025– tahun 2026 di kawasan Pantai Timur Sabah. Walau bagaimanapun, dengan mengambil kira penyerahan kuasa pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah mulai 3 Januari 2024. Perancangan pembekalan elektrik bagi negeri Sabah akan ditentukan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Satu, Tuan Yang di- Pertua. Tolong saya.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Untuk soalan ke-4, Yang Berhormat Jeli tidak hadir...

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jangan marah-marah, Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

...kerana ada urusan di kawasan. Bagi soalan ke-5, Yang Berhormat Batu Kawan masih dalam perjalanan dari Pulau Pinang. Jadi, saya pergi soalan ke-6. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki, Parit Buntar.

final • 11:10 AM

[Soalan No. 4 - YB. Tuan Zahari bin Kechik (Jeli) tidak hadir]

[Soalan No. 5 - YB. Tuan Chow Kon Yeow (Batu Kawan) tidak hadir]

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Terima kasih, pantun dulu.

Setiap hari kita bersenam, Boroi hilang hati pun senang, Soalan saya Nombor enam, Mohon Menteri jawab dengan tenang.

final • 11:10 AM

6. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan garis panduan yang diguna pakai di semua IPTA dan IPTS yang melibatkan penganjuran konsert-konsert di kampus sama ada artis dalam negeri atau luar negara.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar.

Kementerian pada 1 dan 5 September 2023 telah mengeluarkan saranan bahawa garis panduan menjalankan aktiviti hiburan konsert di institusi pendidikan tinggi (IPT) perlu dirangka dan disediakan oleh IPT sendiri melalui penglibatan Majlis Perwakilan Pelajar dan Kesatuan Mahasiswa.

Justeru, pengurusan IPT pula perlu memastikan MPPKM dilibatkan dalam proses perangkaan garis panduan agar ia mengambil kira suara dan keperluan mahasiswa serta kesesuaian di setiap IPT dan lokaliti masing-masing sebelum diguna pakai secara rasmi di peringkat IPT masing-masing. Saranan ini juga telah disambut baik pihak Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) 2023 yang telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 2 September 2023, menyatakan akan mengambil tanggungjawab merangka dan menyediakan garis panduan menjalankan aktiviti hiburan konsert di IPT bersama MPPKM IPT sebagai menyahut saranan kementerian dalam pemerkasaan mahasiswa di universiti.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Tambahan daripada itu, kementerian juga telah mengadakan sesi libat urus bersama timbalan-timbalan naib canselor, timbalan rektor hal ehwal pelajar dan alumni universiti awam pada 15 Jun 2023 dan 4 September 2023 serta libat urus bersama ketua eksekutif dan ketua hal ehwal pelajar institusi pendidikan tinggi swasta pada 23 Jun 2023 dan 5 September 2023 berkaitan garis panduan menjalankan aktiviti hiburan di IPT.

Menjawab kepada soalan Parit Buntar, semua IPT membangunkan sendiri garis panduan untuk diguna pakai secara rasmi di IPT masing-masing dan terdapat juga IPT menjadikan dokumen garis panduan hiburan konsert di IPT yang dikeluarkan oleh kementerian sebagai panduan dan saranan dalam proses penambahbaikan atau penggubalan garis panduan mereka. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Parit Buntar.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Terima kasih YB Timbalan Menteri atas jawapan yang diberi. Garis panduan ini penting sebab ia boleh mengawal aktiviti dan aksi-aksi keterlaluan sama ada oleh para artis atau penonton. Para pelajar pula adalah bakal pewaris kepimpinan negara, bimbang aktiviti kurang sihat dari penganjuran konsert yang tidak dikawal boleh menyebabkan melahirkan pemimpin yang tidak berakhlak mulia.

Justeru, Kementerian Penerangan sewaktu dulu pernah menyediakan garis panduan persembahan artis luar negara, manakala JAKIM juga turut menyediakan garis panduan penganjuran konsert supaya tidak bercanggah dengan amalan hidup Islam dan kesopanan budaya ketimuran.

Soalan saya, sejauh mana IPT merujuk garis panduan yang disediakan oleh Kementerian Penerangan dan JAKIM serta apakah langkah yang diambil bagi memastikan garis panduan aktiviti hiburan di IPT selari dengan undang-undang serta peraturan negeri masing-masing seperti enakmen hiburan dan tempat-tempat hiburan untuk negeri Kelantan, Perlis, Terengganu, Kedah, Perak dan lain-lain negeri.

Akhir sekali, berapa buah kah IPTA dan IPTS yang telah didapati menganjurkan konsert tanpa permit atau kebenaran serta tidak mengikut garis panduan yang disediakan sehingga kini serta apakah tindakan yang telah diambil termasuk notis kompaun yang dikeluarkan? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit Buntar, terima kasih atas soalan. Pertamanya, saya nak jawab kepada persoalan yang dibangkitkan tadi berhubung kait dengan garis panduan yang ada di IPTA dan IPTS yang mana seperti yang saya katakan awal tadi kita telah mengeluarkan garis panduan untuk mereka mengikuti supaya garis panduan selari juga dengan lokaliti masing-masing di mana IPTA atau IPTS itu berada.

Sudah tentu dalam apa juga garis panduan yang kita akan lahirkan di IPTA itu akan KPT pantau kepada kesesuaian pertama iaitu perundangan negara yang ada. Kita tak nak pula IPTA atau IPTS meluluskan sesuatu permohonan itu berdasarkan kepada suka-suka dia saja. Kita ada perundangan negara yang harus kita selarikan dengan kuasa yang ada pada IPTA kah, IPTS yang ada di negara kita.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 11:20 AM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

[Bangun]

final • 11:20 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bangun]

final • 11:20 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal

Demikian juga halnya kita memang sentiasa meletakkan antara keutamaan kita sebagai sebuah negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan, yang mana kita berhubung kait kepada soal keagamaan masing-masing. Tentu dalam apa pun pertimbangan kita untuk kita memberikan kelulusan kepada permohonan mengadakan konsert ini terutamanya, kita harus juga selarikan dengan selain Perlembagaan negara, soal agama dan tentulah juga kita minta supaya IPTA dan IPTS melihat kepada bidang kuasa lokaliti masing-masing. Terutamanya kerajaan-kerajaan negeri yang tidak kira negeri mana, di bawah Kerajaan Perpaduan kah

final • 11:20 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal

atau yang tidak tetapi hukum yang ada di lokaliti itu perlulah kita juga ikuti dan terima bersama.

Berhubung kait dengan soalan kedua iaitu berapakah jumlah IPTA dan IPTS yang telah pun meluluskan ataupun mengadakan konsert tanpa – apa nama? Kelulusan, setakat yang kita maklum tiada yang diberikan di IPTA atau IPTS kepada mengadakan konsert. Makanya, tiadalah apa yang tindakan yang kita telah lakukan. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kinabatangan.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, finally.

[Ketawa] Yang di-Pertua, saya nak tanya Menteri ini, apakah keperluannya untuk IPTA ini untuk mengadakan konsert luar negara? Kalau mungkin mengundang artis dalam negara, itu masih rasional. Tapi kalau di luar negara, kos dia, biaya dia, tentu sudahlah sponsor dan biasanya artis-artis luar negara ini tidak ada sopan, melanggar apa ni perjanjian awal yang telah dimaterikan. Jadi apakah langkah-langkah diambil oleh kementerian untuk menghalang perkara-perkara ini bagi tahu IPTA, IPTS ini bahawa mereka boleh berhibur tetapi cukuplah dengan artis dalam negara, popularlah artis negara kita, hormati mereka, terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih sahabat saya daripada YB Kinabatangan atas cadangan itu. Memang pun kita bersetujulah andainya ada pilihan yang kita nak buat, keutamaan kita pada artis tempatanlah. Ini sebagai cara kita juga membantu artis-artis tempatan kita supaya lebih popular, lagi boleh dikomersialkan.

Akan tetapi, seperti mana yang saya nyatakan awal tadi kita ada garis panduan yang telah kita sarankan dan yang telah diwujudkan oleh IPTA masing-masing atau IPTS.

Tentunya dalam pertimbangan ini semua, tiadalah pula kita letak sesuatu yang menghalang terutamanya bila sentuh soal artis dari mana, itu terbuka. Tetapi bila mana diambil dari luar negara, tentu artis tersebut kena mengikuti peraturan yang ada di dalam negara kita.

Dia tak bolehlah guna cara di Australia, contoh atau di Amerika menjadi satu cara untuk dia membuat persembahan seperti apa yang telah terpapar, yang ada seorang itu menghina, apalah, macam-macam ya. Itulah suatu yang kita tidak galakkan. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Riduan bin Rubin, Tenom.

final • 11:20 AM

7. Tuan Riduan bin Rubin [Tenom] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan berapa jumlah terkini pelaburan berasaskan sektor berimpak tinggi yang telah dibawa masuk ke Sabah dan apakah prospek sektor yang berpotensi untuk dikembangkan di masa hadapan bagi menjadikan Sabah sebagai kuasa besar industri baharu negara.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat Tenom, terima kasih Timbalan Speaker. Bagi tempoh Januari sehingga Jun 2023, Sabah telah menarik sejumlah RM9.5 bilion pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkhidmatan, perkilangan dan utama, yang melibatkan 68 projek dan dijangka mewujudkan 722 peluang pekerjaan di Sabah.

Pelaburan langsung domestik (DDI) merupakan penyumbang utama dengan jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM8.99 bilion ataupun 99 peratus. Manakala pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang sebanyak RM61.7 juta atau satu peratus.

Berdasarkan kepada kelebihan dari ketersediaan biodiversiti, bahan mentah dan kedudukan yang strategik, Sabah mempunyai potensi yang besar bagi pembangunan industri perkilangan dan perkhidmatan berasakan sumber. Bagi sektor perkhidmatan, sektor yang berpotensi di Sabah termasuk pelancongan, tenaga boleh baharu (renewable energy), logistik dan pendidikan, latihan serta penyelenggaraan.

Bagi sektor perkilangan pula, industri produk hiliran berasaskan kelapa sawit, minyak dan gas, simen dan komponen solar berpotensi memberi impak besar kepada ekonomi Sabah. Jumlah pengeluaran biomass Sabah dari sektor industri kelapa sawit

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

bagi tahun 2021 adalah sebanyak 45 juta tan metrik. Berdasarkan penghasilan biomass kelapa sawit ini, sektor biomass mempunyai potensi besar dalam melonjakkan ekonomi Sabah iaitu melalui pelaburan tenaga bersih, industri hijau dan pembangunan industri hiliran tempatan.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melalui MIDA sentiasa komited dalam memberi sokongan dari segi fasilitasi dan promosi serta bekerja rapat dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah (UPEN), Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) Sabah, Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) serta agensi-agensi berkaitan bagi merealisasikan pelaburan berkualiti di Sabah. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tenom.

final • 11:30 AM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Iskandar Puteri atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya adalah apakah bentuk insentif cukai dan geran yang ditawarkan oleh pihak kementerian bagi menarik pelaburan berkualiti di Sabah untuk tahun hadapan?

Kedua, apakah usaha yang dilakukan bagi menyediakan persekitaran pelaburan yang kondusif terutamanya dari aspek infrastruktur dan fasiliti pelaburan?

Ketiga, apakah usaha yang dilakukan bagi memastikan aspek penyelarasan aktiviti pelaburan dan perdagangan dapat berfungsi dengan lebih berkesan, berkoordinasi dan holistik dalam menarik minat pelabur asing untuk melabur di Sabah. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Insentif Pelaburan Langsung Domestik (DDI) adalah disediakan oleh kementerian dan pelbagai insentif yang telah disediakan. Saya akan senaraikan nanti kepada Yang Berhormat Tenom.

Daripada segi infrastruktur, ini perlukan perhubungan erat di antara kerajaan pusat dengan kerajaan Sabah supaya mengatasi cabaran-cabaran daripada segi electricity, daripada segi air, daripada segi infrastruktur logistik dan pelbagainya.

Untuk tenaga, sebenarnya Sabah mempunyai banyak potensi dan saya harap dengan usaha kerajaan pusat secara whole-of-government, kerajaan pusat bersama dengan kerajaan Sabah boleh menyelesaikan masalah tenaga dalam tempoh beberapa tahun ini. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Besar.

final • 11:30 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Okey, insya-Allah, dengan pemindahan Jakarta ke Kalimantan suatu masa nanti akan memberi, insya-Allah akan memberi impak atau limpahan ekonomi kepada Sabah dan Sarawak.

Soalan saya, apakah strategi khusus kementerian menerusi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 atau NIMP 2030 bagi memastikan pembangunan industri masa depan yang adil dan seimbang berdasarkan kumpulan negeri dan wilayah.

Contohnya, negeri Perlis sendiri yang kecil dan memerlukan pelaburan luar sekali gus merapatkan jurang kemahiran tenaga mengikut sektor seiring dengan perkembangan industri semasa. Sekian, terima kasih.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 11:30 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama kali, pembangunan Nusantara sebenarnya jauh daripada Sabah dan Sarawak walaupun nampak dekat. Untuk strategi negara kita, kita tidak boleh gantung kepada strategi pembangunan negara lain. Walaupun kalau ada sinergi, kita akan mengambil sinergi yang dapat tetapi kita sebagai satu negara mesti hasilkan strategi pembangunan kita secara sendiri.

final • 11:30 AM

Tuan Liew Chin Tong

Kedua ialah di bawah NIMP. Idea-idea NIMP— misi keempat NIMP ialah untuk membangunkan ekonomi ataupun keselamatan ekonomi dan juga keterangkuman ekonomi supaya semua daerah dan semua tempat atau negeri dan wilayah diberikan peluang. Tapi untuk pelaburan, sebenarnya biasanya kita perlukan juga insentif dan juga keputusan syarikat-syarikat. So, sebagai MITI, MITI akan bekerjasama dengan kerajaan negeri supaya memastikan kerajaan negeri dan MITI boleh menghasilkan peluang pelaburan di semua tempat. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari, Pasir Mas.

final • 11:30 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan saya nombor lapan.

final • 11:30 AM

8. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Kerja Raya menyatakan langkah-langkah kerajaan dalam mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuh raya dan berunding untuk mendapatkan harga terbaik dengan pencapaian pengurangan 18% kadar tol bagi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) termasuk Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2).

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak kerajaan sentiasa mengkaji terma-terma terbaik dan kesesuaian untuk dimasukkan ke dalam perjanjian konsesi baharu ataupun perjanjian konsesi tambahan bagi mengimbangi obligasi kerajaan dan syarikat konsesi tanpa mengabaikan keperluan pengguna lebuh raya.

Di samping itu, kerajaan juga sentiasa mengkaji berbagai-bagai inisiatif, kaedah- kaedah yang boleh dipertimbangkan bagi mengurangkan beban pengguna dalam pembayaran tol ketika menggunakan lebuh raya di Malaysia. Selaras dengan keputusan kerajaan pada 18 Disember 2020 berhubung hala tuju lebuh raya bertol di Malaysia, kerajaan telah melaksanakan penstrukturan semula melalui rundingan semula dengan syarikat konsesi yang melibatkan 19 lebuh raya di bawah pengurusan Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad yang dahulu sebahagian besarnya dimiliki oleh GAMUDA Berhad, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (PROLINTAS), IJM Corporation Berhad, ANIH Berhad dan PLUS Malaysia Berhad.

Penstrukturan ini dilaksanakan dengan penyusunan semula kadar tol dengan kadar tol yang lebih rendah ataupun kekal dengan kadar rata sehingga tamat tempoh konsesi. Penstrukturan semula ini juga dapat menjimatkan sejumlah anggaran RM53.78 bilion dalam bentuk komitmen pampasan oleh kerajaan pada masa hadapan di sepanjang tempoh konsesi sedia ada.

Manakala bagi lebuh raya yang lain termasuk Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2

(LPT2), rundingan masih berlangsung dan memakan sedikit masa untuk dimuktamadkan memandangkan penstrukturan ini memerlukan persetujuan kedua belah pihak iaitu kerajaan dan syarikat konsesi yang turut melibatkan pihak institusi kewangan yang melabur di dalam projek lebuh raya sama ada dalam bentuk bon ataupun sukuk.

Semua cadangan penstrukturan lebuh raya akan diteliti seperti biasa melalui perancangan di peringkat Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi pusat yang berkaitan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, sebarang keputusan untuk meneruskan atau mengurangkan kadar tol perlu dibuat secara holistik dan konklusif kerana ia mengakibatkan implikasi kewangan yang tinggi kepada kerajaan. Pada masa yang sama, kerajaan perlu mengekalkan keyakinan pelabur sedia ada, mematuhi terma perjanjian konsesi dan mengekalkan syarikat konsesi dalam industri lebuh raya supaya pengurusan aset lebuh raya ini seperti kos operasi dan penyelenggaraan dapat dikekalkan di bawah tanggungjawab syarikat konsesi sekali gus mengurangkan beban kewangan kerajaan di masa hadapan. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Pasir Mas.

final • 11:30 AM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya menyambut baik jawapan yang telah diberikan oleh Timbalan Menteri tadi. Cuma, saya ingin menyebut latar belakang kepada soalan ini. Dengan angka 18 pengurangan, 18 peratus kadar tol itu, diambil daripada angka yang telah disebut dalam manifesto ‘Kita Boleh’ oleh Pakatan Harapan. Jadi, merujuk soalan Timbalan Menteri tadi, saya kira agak sukar untuk kita mencapai sasaran pengurangan tol 18 peratus ini. Kalaulah kita untuk mengekalkan kadar tol sedia ada, berapakah kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan dan juga saya ingin merujuk khusus kepada perayaan Deepavali yang lepas, kerajaan telah mengumumkan tol percuma kepada pengguna lebuh raya. Terima kasih banyak kepada pihak kerajaan tapi adakah kerajaan perlu menanggung sebarang kos berhubung dengan pemberian tol percuma tersebut. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Sebenarnya kita mempunyai perjanjian dalam dasar konsesi tol ini dan secara amnya kita mengkaji sama ada kenaikan dalam masa tiga— sama ada tiga tahun perjanjian tersebut, sama ada lima tahun ataupun tujuh tahun dalam perjanjian kita. Sama ada dia memerlukan pampasan perbezaan hasil tol tersebut adalah tergantung kepada syarikat konsesi itu sendiri.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2022 sahaja, kita melibatkan anggaran lebih kurang RM435 juta. Kita menanggung kenaikan kos disebabkan penangguhan kenaikan tol tersebut. Untuk penstrukturan semula kadar tol perjanjian konsesi ini, rundingan adalah bergantung kepada dua pihak sama ada daripada konsesi itu sendiri dengan pihak kerajaan dan juga yang akan diluluskan semestinya daripada Kementerian Kewangan. Ini perlu membuat kajian yang secara menyeluruh sama ada penglibatan tersebut dan kita dimaklumkan bahawa kalau keseluruhan, kalau keseluruhan dalam negara kita ini nak dihapuskan tol ini, melibatkan hampir RM400 bilion kalau kita nak hapuskan semua sebenarnya penglibatan tol ini dan penggantian kepada kos tersebut.

Bagi jawapan semasa Deepavali, saya merakamkan ucapan terima kasih khusus kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan kerana telah memberi selama dua hari tol percuma dan melibatkan kos sebanyak RM30 juta.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Sri Gading.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Kalau kita melihat bahawa perjanjian tentang tol ini memang dibuat sejak ataupun daripada permulaan pembinaan dan kalau kita lihat setiap tahun, penambahan kenderaan yang melalui laluan ataupun lebuh raya ini semakin bertambah. Tetapi pada waktu yang sama, nilai tol itu juga bertambah. Macam tak munasabah lah kalau kita fikirkan, sebab bila kenderaan bertambah, pendapatannya patut makin bertambah. Mungkin itu alasan lain yang diberikan.

Cuma apa yang saya nak persoalkan, bila dikatakan tadi oleh Pasir Mas kata ini manifesto Pakatan Harapan tapi untuk makluman semua, sekarang ini bukan kerajaan Pakatan Harapan. Sekarang ini Kerajaan Perpaduan. Jadi, apakah jangkaan ataupun tindakan Kerajaan Perpaduan untuk memastikan bahawa kesesakan yang melampau kadang-kadang– walaupun dah bayar sebab percumanya ini sekali sekala sedangkan penggunaannya selalu. Jadi, bagaimana sepatutnya pengurangan bila laluan itu sesak, sepatutnya dapat dikurangkan pembayaran– sepatutnya begitu. Apakah pandangan Timbalan Menteri?

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Sebenarnya ini berlaku kita semua tahu. Kesesakan bertambah dari semasa ke semasa

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad

dan sebab itu permintaan yang begitu tinggi kepada penambahan lorong di dalam kawasan yang melibatkan lebuh raya-lebuh raya yang dinyatakan.

Kalau saya mengambil contoh umpamanya di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang melibatkan melalui antara Bentong dan juga Karak dan ini akan kita menambah lorong Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Penambahan lorong ini melibatkan RM2.3 bilion penambahan angka kewangan untuk pelebaran sejauh daripada Tol Bentong sehinggalah ke Tol Gombak sahaja. Kita tahu memang penambahan kenderaan dan tidak semestinya penambahan kenderaan ini memberi keuntungan yang besar kepada konsesi.

Saya nak maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, bahawa konsesi ini tidak mempunyai keuntungan yang begitu besar. Dia boleh meliputi sehingga 30 tahun, belum tentu kewangan mereka dapat dipenuhi dengan pengeluaran yang telah mereka lakukan sewaktu mereka membina tol tersebut. Sebab itu bagi penjimatan tersebut, perbincangan kita antara KKR dan Kementerian Kewangan serta dibantu oleh UKAS, sewaktu kita nak melibatkan kenaikan tol itu dan kadang-kadang kita terpaksa menangguhkan kenaikan.

Penglibatan yang saya nyatakan tadi mencecah sehingga RM435 juta yang kenaikan tersebut. Maka ini ditanggung oleh sebenarnya oleh Kementerian Kewangan yang akan membayar kembali kepada konsesi ini. Mereka ini sebenarnya sudah pasti melihat kepada pentadbiran mereka juga agak besar. Terpaksa penglibatan pembaikan, terpaksa penglibatan membaiki sebarang kerosakan-kerosakan di lebuh raya. Cuma kita sebagai– termasuk diri saya, kita kadang-kadang melihat tol ini sentiasa mendapat keuntungan tetapi sebenarnya mereka juga ada ketikanya mengalami kerugian, Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Tuaran.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Madius Tangau - Tuaran

Soalan saya Tan Sri, soalan nombor sembilan.

final • 11:40 AM

9. Datuk Seri Panglima Madius Tangau [Tuaran] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan apakah peranan Malaysia untuk memastikan agar Grid ASEAN yang telah dicadangkan akan benar-benar dilaksanakan.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tuaran.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ASEAN Power Grid (APG) merupakan salah satu program di bawah ASEAN, yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan perdagangan tenaga elektrik rentas sempadan dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN.

Objektif semua APG adalah untuk meningkatkan keselamatan dan jaminan pembekalan elektrik antara negara-negara ASEAN, menggalakkan penggunaan sumber tenaga elektrik secara optimum dan efisien serta menggalakkan perdagangan tenaga elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu.

Bagi merealisasikan hasrat APG ini, satu memorandum persefahaman (MoU) telah diwujudkan bertujuan untuk membolehkan dan memudahkan pelaksanaan projek- projek sambung tara antara grid tenaga elektrik negara-negara ASEAN. Malaysia telah menyertai memorandum persefahaman APG sejak tahun 2007 dan pelbagai inisiatif telah dilaksana di bawah program ini.

Malaysia telah memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakan projek rintis pertama, perdagangan tenaga elektrik rentas sempadan antara negara ASEAN melalui Lao PDR-Thailand-Malaysia Power Integration Project (LTM-PIP) 2018-2021.

Seterusnya diikuti dengan Projek Lao PDR-Thailand-Malaysia-Singapore Power Integration Project (LTMS-PIP) bermula pada tahun 2022-2024.

Program APG ini adalah selari dengan dasar peralihan tenaga negara dan merupakan instrumen penting untuk merealisasikan hasrat Malaysia menjadi hab

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

perdagangan tenaga elektrik serantau. Di samping itu, bekalan elektrik dalam negara yang terjamin adalah penting untuk menyokong aktiviti ekonomi negara.

Oleh itu, Malaysia akan terus menyokong program APG kerana impak program ini kepada ekonomi negara adalah besar. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Tuaran.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Madius Tangau - Tuaran

Terima kasih Tan Sri. Soalan tambahan. Apakah peranan syarikat-syarikat utiliti seperti TNB, Sarawak Energy Berhad, SESB dalam merealisasikan ASEAN Power Grid ini dan adakah pihak kementerian bercadang akhirnya untuk mewujudkan satu regulatory mechanism di peringkat ASEAN?

Untuk itu, adakah pihak kementerian juga mencadangkan kepada ASEAN nanti untuk mewujudkan ASEAN Parliament untuk pastikan adanya regulatory framework itu?

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Untuk makluman Yang Berhormat, di peringkat ASEAN, badan yang bertanggungjawab terhadap inisiatif ASEAN Power Grid adalah ASEAN Power Grid Consultative Committee dan Head of ASEAN Power Utilities/Authorities (HAPUA).

APGCC merupakan satu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menggalakkan dan membantu usaha pembangunan APG. Manakala HAPUA adalah forum ketua atau wakil daripada utilities atau pihak berkuasa tenaga elektrik negara-negara anggota ASEAN.

Bagi Malaysia, APGCC diwakili oleh pegawai daripada NRECC, manakala HAPUA diwakili oleh pegawai daripada TNB. TNB akan membawa pendirian Malaysia yang turut merangkumi pandangan dan perspektif daripada syarikat utiliti termasuk SESB dan SEB.

Selain itu, bermula 2013 ASEAN telah mewujudkan ASEAN Regulator Network

(AERN) yang menyediakan satu platform perbincangan dan perkongsian maklumat untuk ketua atau wakil daripada pihak kawal selia tenaga elektrik negara-negara anggota ASEAN. AERN ini bertujuan untuk menyelaras dan mengharmoni peraturan-peraturan kawal selia di antara negara-negara ASEAN.

Objektif jangka panjang AERN ini adalah untuk menjalankan peranan dan tanggungjawab kawal selia tenaga elektrik di peringkat ASEAN seperti yang dilaksanakan oleh badan kawal selia tenaga elektrik di Kesatuan Eropah. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Rompin.

final • 11:40 AM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

Kapasiti penjanaan tenaga boleh baharu (TBB) akan ditingkatkan sehingga 70 peratus menjelang 2050, menerusi hala tuju pembangunan TBP, TBB.

final • 11:40 AM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Bagi mencapai matlamat tersebut, apakah usaha pembaikan dari segi infrastruktur grid, kapasiti penjanaan baharu TBB, penyepaduan solar tenaga serta kos operasi grid?

Keduanya, apakah pendekatan kementerian berhubung perdagangan rentas sempadan bagi tenaga boleh baharu serta tindakan susulan yang telah diambil ekoran pemansuhan larangan eksport TBB yang dilaksanakan sejak Mei lalu bagi melindungi kepentingan industri tempatan? Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Menteri.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Kerajaan telah menetapkan dasar dan mengambil pendekatan untuk membenarkan lebihan bekalan elektrik hijau daripada sumber TBB didagangkan merentas sempadan bagi memanfaatkan nilai jualan TBB yang lebih tinggi di negara jiran.

Untuk membolehkan aplikasi teknologi penjanaan atau grid yang lebih maju seperti technology BESS di negara ini untuk membolehkan kemasukan kapasiti TBB yang

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

tinggi dalam campuran elektrik lantaran menyokong usaha penyahkarbonan sistem bekalan elektrik dan pembangunan rangkaian sambung tara bagi penyaluran bekalan elektrik merentas sempadan juga mampu meningkatkan keanjalan sistem grid nasional.

Seterusnya membolehkan integrasi TBB yang lebih tinggi dilaksanakan dengan kos yang lebih rendah.

Kedua-dua perkara ini akan menyokong usaha negara dalam mengurangkan jejak karbon daripada sektor bekalan elektrik dan mencapai aspirasi net zero sepertimana yang dihasratkan. Langkah ini perlu dilihat secara progresif kerana kerajaan telah menetapkan bahawa hanya lebihan bekalan elektrik hijau yang akan didagangkan merentas sempadan. Oleh itu, tidak timbul isu bahawa bekalan elektrik hijau yang didagangkan diperlukan di dalam negara. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun, Hulu Selangor.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, yang kacak lagi bergaya dengan gunting rambut terkini.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Sebelum itu, saya mengalu-alukan kehadiran daripada rombongan daripada Tebrau. Soalan saya nombor sepuluh.

final • 11:50 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 11:50 AM

10. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan sejauh mana perkembangan dan usaha kementerian untuk melibatkan pemain industri dalam menjayakan program TVET.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor, Tan Sri Yang di-Pertua. Sebagaimana keputusan Mesyuarat Majlis TVET Negara Bilangan 1/2023 pada 7 Februari 2023 dan juga berdasarkan keputusan-keputusan Dasar MTVET sebelum ini, Kementerian Sumber Manusia selaku sekretariat MTVET giat meneroka peluang kerjasama melibatkan syarikat berkaitan kerajaan dan swasta melalui pemeteraian memorandum kerjasama MOC.

Dalam usaha meningkat dan melibatkan lebih banyak pihak industri dalam pelaksanaan program TVET dan seterusnya merealisasikan transformasi program TVET negara. MOC berkonsepkan payung kerjasama ini menjadi penghubung yang dapat dimanfaatkan oleh institusi TVET awam dalam membuka ruang kerjasama erat bersama pihak industri.

Sehingga November 2023, sebanyak 63 MOC telah dimeterai. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 41 MOC boleh dimanfaatkan merentasi 12 buah kementerian berkaitan TVET. Melibatkan pelbagai cakupan bidang dan syarikat seperti PETRONAS Berhad, DRB-HICOM Berhad, FGV Holdings Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan Bermaz Auto Sdn. Bhd.

Skop kerjasama melalui pemeteraian MOC ini melibatkan komponen utama iaitu perkongsian kepakaran industri bagi tujuan pembangunan kurikulum dan reka bentuk penyampaian latihan dan peningkatan kemahiran tenaga pengajar melalui inisiatif dengan izin, train of trainers (ToT). Selanjutnya kerjasama turut melibatkan perkongsian mahupun sumbangan peralatan berteknologi tinggi terkini kepada institusi TVET bagi memastikan berlakunya pemindahan ilmu dan kemahiran yang selari dengan keperluan semasa industri.

Tan Sri Yang di-Pertua, penglibatan industri dalam pelaksanaan program TVET turut dimantapkan melalui lantikan dengan izin, Industry Lead Body. Peranan Industry

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Lead Body adalah mengenal pasti kompetensi pekerjaan melalui pembangunan Standard Kemahiran Pekerjaan dan Kebangsaan (NOSS). Standard yang dibangunkan ini akan dijadikan rujukan kepada penyedia TVET dalam pembangunan kurikulum latihan bagi menyediakan model insan berkemahiran negara melalui platform Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM).

Setakat 31 Oktober 2023, sejumlah 26 buah Industry Lead Body telah dilantik merentasi pelbagai sektor industri bagi menyalurkan input-input konstruktif berkaitan keperluan sebenar pekerjaan di industri. Peranan industri turut diperkasakan melalui penubuhan dengan izin, Technical Advisory Committee (TAC) yang dianggotai oleh pakar- pakar industri di institusi-institusi TVET awam mahupun swasta. TAC memainkan peranan penting dalam memberi khidmat nasihat kepada institusi TVET untuk memastikan program TVET yang dijalankan adalah selari dan bertepatan dengan keperluan pasaran industri.

Pihak industri turut terlibatkan secara aktif dalam usaha mengatasi ketidakpadanan graduan TVET. Melalui pelaksanaan Program Latihan Industri Berstruktur

(MySIP) di bawah kelolaan TalentCorp. MySIP ini dirangka untuk menyediakan graduan dengan pengalaman kerja sebenar, melalui latihan amali yang berkualiti untuk dimanfaatkan oleh graduan TVET. Melalui MySIP ini, industri akan memainkan peranan yang lebih proaktif dalam membangun dan menyediakan bakat dengan kemahiran yang tepat bagi memastikan mereka menamatkan pengajian dengan kemahiran yang relevan dalam industri.

Selanjutnya pihak industri turut terlibat dalam pelaksanaan program TVET melalui konsep latihan yang memberi penekanan terhadap aspek amali di tempat kerja sebenar.

Program seperti Sistem Latihan Dual Nasional, Program Perantisan dan Bootcamp yang dijalankan secara bersama antara institusi latihan dan industri menjadi platform yang memfokus kepada pembangunan set kemahiran secara spesifik di tempat kerja.

Penglibatan dalam TVET ini akan terus diperkasakan dari masa ke semasa dalam usaha merealisasikan hasrat kerajaan, mewujudkan ekosistem TVET dipacu industri.

Sehubungan dengan itu, penglibatan dan kerjasama industri ini akan ditetapkan sebagai salah satu komponen utama dalam pembangunan Dasar TVET Negara 1.0 yang sedang diusahakan. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Hulu Selangor.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Terima kasih Timbalan Menteri. Terima kasih Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker, saya bermula dengan kerjaya dalam bidang kemahiran. Ketika mana ketika itu 80-an menuju ke 90-an, kerjaya dalam kemahiran ini memang dicari orang. Memang company, company mencari apabila kami keluar daripada belajar. Soalan saya, apakah kementerian melihat isu ini, perkara ini untuk membincangkan kepada semua industri yang terlibat, tak kira automotif ke, construction ke, elektronik dan sebagainya untuk pengambilan pelajar-pelajar TVET untuk di masa akan datang? Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:50 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Itu yang saya sebut tadi bahawa antara yang kita buat sekarang ini ialah kita mengadakan kerjasama memeterai MOC dengan industri, sama ada awam ataupun swasta yang melibatkan GLC-GLC kita. Jadi, ini dengan perkhidmatan industri ini, kita akan dapat memastikan bahawa tenaga mahir yang kita lahirkan itu berpadanan dengan keperluan industri.

Jadi, itu the way forward dia. Ini juga akan kita perincikan dalam Dasar TVET Negara 1.0 untuk memastikan bahawa industri ini akan dilibatkan secara khusus daripada pelbagai bidang, daripada kepakaran, khidmat nasihat dan juga peralatan. Jadi, kita harap dengan penglibatan industri ini kita dapat melahirkan tenaga mahir yang terkini, update dengan teknologi-teknologi semasa. Itu yang dalam fokus Majlis TVET Negara sekarang ini. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tuan Aminolhuda bin Hassan, Sri Gading.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Tuan Sri Speaker. Soalan Sri Gading nombor sebelas.

final • 11:50 AM

11. Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [Sri Gading] minta Menteri Kerja Raya menyatakan bilakah naik tarif jalan FT150 Batu Pahat dapat disiapkan. Bolehkah pembinaan jalan ini dipercepatkan untuk mengelakkan kemalangan akibat kerja-kerja pembinaan yang berjalan.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad

Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Tan Sri Yang di-Pertua, izikan saya ingin menyampaikan sedikit ucapan selamat datang kepada rombongan pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi, Pontian.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad

Saya ingin menyampaikan serangkap pantun dari Ahli Parlimen Pontian mewakili Timbalan Menteri Kewangan.

Cantik pakaian kain linen, Dipakai pasangan si anak dara, Selamat datang ke Parlimen, Tempat perundangan tertinggi negara. Terima kasih. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek pembinaan pembahagi jalan dan pelebaran jalan di laluan FT050, ada pembetulan sedikit soalan Yang Berhormat ya FT150 tadi. Jalan Batu Pahat-Ayer Hitam-Kluang dibahagikan kepada empat fasa iaitu pertama, fasa kedua, fasa 3A dan fasa 3B telah dimohon dalam Rolling Plan Keempat Rancangan Malaysia Kedua Belas dan tertakluk kepada kelulusan- kelulusan di pusat.

Pelaksanaan projek ini adalah secara berperingkat mengikut keutamaan kelulusan agensi pusat dan keadaan kewangan semasa negara. Dua fasa telah pun siap sepenuhnya iaitu fasa 1 dan fasa 2. Fasa ketiga iaitu membina median pusingan U dan kerja-kerja berkaitan di Jalan Batu Pahat- Ayer Hitam-Kluang, FT050 daripada Parit Sempadan, Batu Pahat seksyen 21 hingga jambatan merentasi Lebuhraya PLUS seksyen 34.5, sedang dalam pembinaan. Projek ini melibatkan kos sebanyak RM250 juta dengan kemajuan fizikal sebenar 34.37 peratus, berbanding jadual 24.14 peratus dan dijangka akan siap sepenuhnya pada 26 Oktober 2025.

Bagi tujuan keselamatan pemeliharaan jalan raya semasa pembinaan, traffic management plan yang disediakan perlu dipatuhi oleh kontraktor. TMP yang disediakan merangkumi penyediaan pelan pengurusan projek, pengurusan trafik, traffic diversion dan pemasangan peralatan keselamatan seperti papan tanda keselamatan, barrier dan blinkers disediakan adalah mencukupi bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput soalan daripada Sri Gading.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Berdasarkan kepada jawapan yang dikemukakan, terima kasih kerana nampaknya pembinaan itu agak baik, laju daripada sasaran awal. Cuma, kalau bolehlah sebab apa kita akan menghadapi lebih kurang dua tahun lagi, 2025 Oktober. Kalau boleh dipercepatkan, satu.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Keduanya mengelakkan kemalangan. Sebab sebelum daripada ini terlalu banyak kemalangan maut dan di situ antara puncanya. Kalau boleh bila tempoh boleh dipercepatkan? Kalau boleh, selain daripada Oktober 2025. Boleh ke tidak?

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Sebenarnya untuk makluman Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini, kita di Kementerian Kerja Raya sebenarnya mempunyai 722 projek dalam pembinaan. Ini soalan yang sering dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, peluang untuk saya bercakap sedikit kerana saya hendak menjawab soalan Sri Gading agak ringkas. Projek sakit hanya berjumlah 18 sahaja, bersamaan dengan 2.5 peratus keseluruhan projek sakit. Semalam banyak membangkit perkara ini. Saya hendak maklumkan dalam kesempatan ini hanya 18 sahaja projek sakit daripada 728.

Berbalik kepada soalan Yang Berhormat, kemajuan fizikal projek ini adalah 10 peratus lebih awal, bersamaan dengan 103 hari daripada jadual yang dirancang.

Maknanya kita ahead of schedule dengan izin adalah melebihi sebanyak 103 hari.

Maknanya lebih kurang tiga bulan lah, tiga bulan lebih. Ertinya kalau dibanding dengan tarikh siap sebenar, maka Yang Berhormat Sri Gading akan memperoleh setakat hari ini boleh memperoleh awal tiga bulan daripada jangkaan. Kita doakan supaya ia akan berterusan mengatasi tarikh yang sebenar. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Tan Sri.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, saya jemput. Silakan Jerlun.

final • 12:00 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Menteri, berkait dengan soal pembinaan jalan-jalan yang masih lagi di peringkat belum diselesaikan, apakah mekanisme yang ditetapkan oleh kerajaan, andai kata berlaku kemalangan. Kemalangan itu juga boleh menyebabkan kematian. Apakah pendekatan yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan tuntutan oleh waris, kalau berlaku kematian atau kecederaan disebabkan oleh pelanggaran kontraktor yang ditetapkan oleh SOP dalam menyiapkan jalan-jalan yang dilakukannya? Sekian.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun.

Sebenarnya dalam sistem pembinaan kita di pembinaan, sewaktu menjalankan kerja, syarat utama kontraktor itu mestilah meletakkan insurans. Insurans kepada projek tersebut iaitu dimasuk dalam prelims, kerja-kerja awalan dalam syarat tersebut. Maka, dalam insurans itu meliputi segala-galanya, termasuklah kecederaan sewaktu pembinaan.

Perkara berlaku kemalangan sewaktu pembinaan, kita biasanya dalam pembinaan ini kita divert jalan dan sebagainya, mengalihkan persimpangan jalan. Ini sering berlaku sebenarnya kemalangan kerana sistem itu dah berubah. Maka dalam hal ini, sebenarnya kita melihat kepada keadaan situasi di tapak tersebut. Kita akan siasat dan sekiranya pernah saya jawab dalam persoalan ini.

Sekiranya berlaku kemalangan, maka pihak yang berlaku kemalangan tersebut boleh pertama membuat laporan polis dan disebabkan oleh kesilapan sewaktu pembinaan. Kita akan ada jawatankuasa yang meneliti. Sekiranya benar apa yang berlaku, maka insurans itu digunakan, boleh untuk membuat pembayaran kepada mereka yang berlaku kemalangan tersebut. Terima kasih Tan Sri Yang di-pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tan Sri Speaker boleh tak soalan nombor 12 hanya jawab ja, tiada soalan tambahan.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak boleh Yang Berhormat, tak boleh. Tak pernah berlaku.

Baik Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan- pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Menteri.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengangkutan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kementerian Dalam Negeri bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 20 November 2023.”

final • 12:07 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada yang menyokong?

final • 12:07 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Saya mohon menyokong.

final • 12:07 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, saya kemukakan masalah kepada majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 12:07 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG KUALITI ALAM SEKELILING (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim [Dato’ Sri Huang Tiong Sii]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat pada sidang Mesyuarat akan datang.

final • 12:07 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2024 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2024 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dan Anggaran Pembangunan 2024 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketujuh]

final • 12:07 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

final • 12:07 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sebelum kita masuk dalam Jawatankuasa, Arau ada usul?

final • 12:07 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya,18(1).

final • 12:07 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 12:07 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya, semua jawapan 18(1) sebanyak dah 16 usul saya bawa, jawapannya ialah Menteri akan menjawab ya. Tiba-tiba Menteri tidak menjawab. Contohnya macam kes Zhiddin Aziz semalam. Timbalan Menteri tak jawab. Tetapi temper, temper pula jawapannya beremosi. Ini Arau ada tanya. Ya lah, hak saya tanya sebagai Ahli Parlimen. Jawab betul-betullah. Kata– masalahnya ialah ini, macam ni. Jangan! Kita hendak bercakap di Parlimen ni, Parlimen ini hak bersama, bukan hak sesiapa. Jadi, jawab bagi betul-betul, satu. Jawapan yang telah diberi, saya tidak puas hati. Apakah harus saya buat? Saya buat sekali lagi?

final • 12:07 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak, sekarang buat usul sekali lagi untuk mendapatkan penjelasan.

final • 12:07 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, saya ada 15 usul Tan Sri, 15 kali lah saya kena buat? Okey, nombor satu.

final • 12:07 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 12:07 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Nombor satu. Nombor dua, saya tengok ada Menteri, ini Menteri Pertanian ada sini. Apakah boleh penerangan Menteri itu diminta dia buat, tentang kedudukan benih padi dan juga harga beras. Boleh tak Menteri buat penerangan Menteri?

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh, kalau Menteri setuju.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau tidak nanti, kita tengok masalah ini. Kami bercakap di sini, nampak seolah-olah kami ini membangkang. Kami bukan bangkang Tan Sri, kami cakap masalah rakyat. Jadi, tak perlulah mana-mana pihak mengganggu kami, termasuk sana tak payah ganggu. Kami hendak cakap pasal masalah rakyat. Kalau padi benih ada, sana pun dapat padi benih. Kalau beras turun harga, semua orang dapat turun harga. Jadi, ini kumpulan kecil yang membela rakyat, tak patut diganggu dengan peraturan mesyuarat dan sebagainya. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Majlis dalam Jawatankuasa.

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 12:10 PM
Kepala B.28 [Jadual] – Kepala P.28 [Anggaran Pembangunan 2024] –

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Kepala Bekalan B.28 dan Kepala Pembangunan P.28 di bawah Kementerian Pengangkutan terbuka untuk dibahas.

Saya akan bacakan senarai-senarai Ahli Yang Berhormat yang akan berbahas, yang ada di tangan saya ini ialah 17 orang. Baik. Bermula dengan YB Klang, diikuti oleh Jerantut, Tebrau, Padang Rengas, Sri Aman, Setiu, Tenom, Merbok, Jelutong, Pasir Mas, Miri, Tumpat, Baram, Padang Serai, Sandakan, Kuala Langat dan Segamat. Setiap pembahas akan diberikan lima minit seorang.

Saya mulakan dengan Yang Berhormat Klang. Silakan.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, boleh tak saya dapatkan tiga minit sebagai yang terakhir sebab saya hendak cerita keadaan yang berlaku, saya kena...

[Tidak jelas]

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi

Baik, Yang Berhormat tulis note dekat saya sikit. Tulis note.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Boleh.

final • 12:10 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Silakan Klang.

final • 12:10 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua atas peluang yang diberi untuk berbahas di dalam Dewan yang mulia ini.

final • 12:12 PM

Tan Sri Yang di-Pertua, saya merujuk kepada muka surat 312 iaitu Aktiviti 2

Maritim. Dinyatakan bahawa fungsinya “Mewujudkan dasar maritim yang terkini, cekap dan produktif ke arah pembangunan sektor maritim yang kompetitif dan memastikan perundangan antarabangsa dipatuhi sepenuhnya."

final • 12:12 PM

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga merujuk kepada muka surat 313, Aktiviti 6

Pengurusan Sumber Manusia. “Mewujudkan sistem pentadbiran sumber manusia yang cekap dan berkesan bagi memenuhi kehendak semua lapisan pengurusan di kementerian serta jabatan/agensi di bawahnya.” Tan Sri Yang di-Pertua, Klang adalah antara yang terletak di Selat Klang. Kita nampak, yang mana kita tahu maritimnya dari segi – Tan Sri Pengerusi ya, kita memang sedar Klang adalah mempunyai pelabuhan yang paling sibuk dalam Malaysia. Kita ada tiga pelabuhan utama di Klang dan kita ada masalah utamanya adalah pekerja yang perlukan iaitu pelaut-pelaut. Sini ada dua industri utama. Satu adalah perkapalan dan juga berkaitan dengan perkapalan, di mana forwarding business di kawasan Klang.

Kita nampak pelaut-pelaut adalah sebenarnya kalau kita ada undang-undang yang jelas menunjukkan kita sepatutnya mensyaratkan 75 peratus adalah sepatutnya warga tempatan. Tetapi apa yang berlaku sebenarnya adalah pekerja asing memonopoli sebagai pekerja utama dalam industri perkapalan.

Kita juga sering dengar pekerja pelaut ini adalah gajinya lumayan. Kalau benar gajinya lumayan, kenapa anak tempatan tidak begitu berminat atau tidak disediakan atau tidak diberi insentif ataupun tidak diberi training yang cukup supaya anak muda kita, khasnya lepasan SPM untuk menjadi lapisan pekerja pelaut di situ.

Saya nampak Tan Sri, kita juga ada harapan yang tinggi ataupun kita ada rancangan yang besar daripada Kementerian Pengangkutan, di mana pelabuhan yang sebesar, baharu, akan dibina di Pulau Carey yang akan menjadi satu pulau, satu pelabuhan yang akan jadi terbesar lagi sekali di Daerah Klang.

Tetapi apa yang kita risau adalah masih lagi pekerja yang diutamakan adalah pekerja asing. Kita tidak ada- kita nampaknya kita tidak ada institusi TVET diadakan di

final • 12:12 PM

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga merujuk kepada muka surat 313, Aktiviti 6

Daerah Klang. Memang kita ada dengar di Melaka, ada satu institusi maritim dekat Melaka tetapi nampak industri utamanya di Daerah Klang. Tetapi institusi yang berkaitan tentang melatih anak tempatan untuk menjadi pelaut di situ tidak ada. So, saya harap kementerian memberi keutamaan dalam pembinaan ataupun menyediakan suatu institusi TVET ataupun institusi yang menjadi latihan kepada pelaut, khasnya yang maritim akan dibina dalam kawasan di daerah-daerah Klang.

Dalam pada itu juga Tan Sri Yang di-Pertua, kita sedar bahawa kita dengar sebenarnya industri forwarding ini adalah satu industri yang membawa berbilion-bilion tax revenue kepada Kerajaan Pusat. Tetapi kita juga sedar masih lagi monopoli pekerja asing.

So, pekerja asing ini satu isu yang mana memang kita perlukan pekerja asing, kita tidak dapat nafikan.

Tetapi apa yang kita sedang buat adalah tidak ada perancangan yang khas atau khususnya setiap tahun kita perlu ada satu nota ataupun satu rancangan yang mana bilakah kita akan kebergantungan kepada pekerja asing ini dapat dikurangkan.

Maka, saya pohon, dengan kita boleh adakan satu program yang mana CLQ iaitu penempatan berpusat pekerja asing. Kalau dibina dengan dikawal di kawasan Klang, khasnya untuk pelaut-pelaut ataupun pekerja yang melibatkan dalam perindustrian perkapalan dapat kita memantau, menyelia dengan pengambilan pekerja asing dalam perkara industri ini.

Saya pohon Tan Sri dalam pada itu juga apa yang paling penting adalah Pelabuhan Klang di Klang adalah industri yang sangat besar untuk negara. Tanpa Pelabuhan Klang mungkin kita punya pendapatan negara akan jauh merudum. Tetapi apa yang dapat kepada warga Klang adalah anak tempatan mereka patut diberi keutamaan daripada Klang. Itu sahaja Tan Sri, terima kasih.

final • 12:12 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Jerantut.

final • 12:12 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Pengerusi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana bersama- sama pada pagi ini. Saya akan menyentuh tujuh kepala dan diharapkan perkara ini dapat dijawab oleh pihak Menteri sewaktu penggulungan nanti.

Pertama, Kepala B.28 Butiran 031200 – Perbicaraan Nasional MH17. Saya telah meneliti jawapan yang diberikan oleh pihak Menteri sendiri sewaktu Penggulungan Perbahasan Belanjawan 2023 peringkat Jawatankuasa berkenaan dengan kes ini yang telah ditutup sepenuhnya. Persoalan saya, berapakah pampasan yang diterima oleh next of kin (NOK)? Kedua, apakah lagi bentuk keadilan yang telah diberikan kepada NOK?

Sedikit berkaitan dengan tragedi nahas Elmina, laporan awal telah dikeluarkan 30 hari daripada insiden kejadian, manakala laporan akhir akan diberikan ataupun akan dihasilkan pada Ogos 2024 kerana ia selari dengan Annex 13 kepada Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa. Persoalan saya, apakah langkah intervensi jangka masa pendek pihak kerajaan berteraskan kepada laporan awal tragedi ini? Kedua, berapakah pampasan yang diterima oleh NOK, khususnya penunggang motosikal dan pemandu kereta yang terbabit?

Kepala B.28 Butiran 031100 – Pas Perjalanan Percuma Kepada Pelajar Sekolah dan OKU. Tahniah atas inisiatif MyRailLife yang cukup baik oleh pihak kerajaan.

Persoalan saya, mohon perincian kepada jumlah sebenarnya rakyat yang menerima manfaat ini kepada – dan dipecahkan kategori perincian itu kepada KTM Shuttle Timuran Sektor Gemas-Tumpat-Gemas, KTM Komuter Sektor Lembah Klang dan KTM Komuter Sektor Utara.

Kepala B.28 Butiran 031300 – Subsidi Perkhidmatan Operasi Train Skypark Link.

Skypark Link yang telah beroperasi lebih kurang tujuh tahun menghubungkan KL Sentral dengan Subang Airport telah digantung perkhidmatannya setelah tidak mendapat

final • 12:17 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

sambutan ataupun ridership yang kurang. Persoalan saya, apakah yang akan terjadi kepada fasiliti yang telah dibina? Apakah ia akan dibiarkan terbengkalai ataupun pihak kerajaan ada perancangan kepada perkara tersebut?

final • 12:17 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Sedikit berkait dengan aerotrain KLIA. Syabas kepada pihak Menteri kerana kita percepatkan jadual untuk pembinaan aerotrain tersebut dan dimaklumkan akan beroperasi pada tahun hadapan. Persoalan saya, apakah langkah intervensi pihak kerajaan untuk memastikan perkara ini tidak berulang khususnya dalam penetapan polisi dan consequence management tindakan yang boleh diambil oleh pihak kerajaan kepada isu kelalaian dalam penyelenggaraan aset yang kita tahu itu adalah root cause kepada permasalahan ini yang telah menjejaskan nama Malaysia di mata dunia.

Keempat, apabila saya melihat Butiran 07000 – Pembaikan/Pembinaan Kompleks di Pejabat/Sistem Peralatan Jabatan Laut. Peruntukan itu meningkat dua kali ganda.

Persoalan saya, mohon perincian kepada peruntukan ini dari skop lokasi, skop kerja dan sistem yang akan ditambah baik. Yang kedua, apakah anggaran ini melibatkan kerja-kerja naik taraf terminal dan jeti penumpang dan kargo bagi Kuala Kedah dan juga Kuala Perlis?

Kepala P.28 Butiran 01600 – Pembelian Rolling Stock KTMB. Pada perbahasan Belanjawan 2023 peringkat Jawatankuasa, jawapan Menteri sewaktu penggulungan adalah projek ini sedang berjalan dan perolehan 10 set ETS berjumlah RM574 juta dan perolehan 12 set three-car komuter berjumlah RM297 juta. Namun, masih tidak lagi ada kata muktamad, sama ada pembelian terus ataupun melalui perolehan tender, mahupun proses sewaan. Persoalan saya, apakah status terkini projek ini? Kedua, berapakah set yang sudah dibeli atau disewa?

Ketiga, adakah peruntukan tahun ini merupakan suntikan dana kepada projek ini ataupun adanya penambahan rolling stock KTMB di sektor KTMB yang lain? Terakhir, apakah ini juga membabitkan pembelian coach tambahan bagi ETS yang menjadi pilihan utama pengangkutan awam dari utara ke Kuala Lumpur? Ini akan ditekankan juga oleh Yang Berhormat Merbok selepas ini.

Kepala B.28 Butiran 020100 – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Butiran 020600 – Pihak Berkuasa Perkhidmatan Awam Malaysia (CAMM). Tuan Pengerusi, saya minta sedikit tambahan masa. Saya sedia maklum yang penjualan harga tiket kapal terbang dan kereta api ini adalah berteraskan kepada dynamic pricing model iaitu penetapan harga produk berdasarkan kepada pelbagai faktor luaran termasuk permintaan pasaran semasa, perubahan bekalan dan juga sempadan harga.

Namun, perkara ini tidak sepatutnya menjadi alasan untuk mereka mengambil kesempatan dan meletakkan harga yang melambung tinggi. Persoalan saya kepada pihak kementerian, apakah pihak kerajaan bersetuju sekiranya harga tiket pengangkutan awam ini disilingkan.

Terakhir Tuan Pengerusi, Kepala P.28 Butiran 13000 – Pembinaan dan Menaiktaraf Infrastruktur Lapangan Terbang. Berkenaan dengan naik taraf Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah ataupun Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, kita mendengar kebimbangan Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG), Datuk Captain Izham Ismail melalui Business Times berkenaan projek naik taraf ini akan cannibalize dengan izin, KLIA Terminal 1 kerana Airport Subang akan menjadi regional aviation hub for MRO (maintenance, repair and overhaul).

Kita juga telah mendengar jawapan ataupun response daripada pihak Menteri berkenaan dengan isu ini. Persoalan saya ialah apakah kajian kebolehlaksanaan telah dilaksanakan untuk projek naik taraf ini? Kedua, apakah telah dilaksanakan libat urus dengan taruh-taruh terbabit termasuklah MAG untuk menjelaskan situasi ini dan mendapat solusi menang-menang?

Terakhir, saya mencadangkan agar projek ini diteliti di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi sebagai semak imbang terhadap perkara ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Tebrau.

final • 12:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua...

final • 12:24 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pengerusi.

final • 12:24 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Pengerusi, maaf. Hulu Langat betul. Tan Sri Pengerusi kerana diberi peluang kepada Tebrau untuk turut bersama dalam perbahasan pagi ini.

Tan Sri Pengerusi, ada empat perkara yang ingin saya sentuh pagi ini. Butiran pertama di bawah 010400 dan juga 020300, pengurusan darat dan juga perkhidmatan pengangkutan jalan. Saya ingin hendak bangkitkan satu isu yang bagi saya dan banyak rakyat Malaysia ini bukan satu isu yang asing dan memang satu isu yang sudah lama, tetapi sehingga hari ini masih tidak dapat diselesaikan iaitu isu di mana lori muatan dia melebihi hadnya ataupun dalam perkataan senang kita kata, lori overloading. Isu ini memang menjadi isu yang hangat dan ramai di luar sana memang ingin kerajaan mencari satu penyelesaian atau solusi jangka masa panjang.

Isu overloading ini secara amnya boleh membawa tiga isu utama yang memudaratkan rakyat di luar sana. Pertama, bila isu lori overloading ini dia akan mewujudkan satu keadaan yang bahaya kepada pengguna-pengguna jalan yang sering kali akan mengakibatkan kemalangan maut. Kita pun pernah tengok beberapa bulan dulu adalah tular beberapa video yang jelas menunjukkan bahayanya.

Kedua, bila lori overloading ini dia akan menjejaskan condition atau keadaan jalan. JKR kah atau majlis kah, PBT kah macam mana dia turap jalan pun, kalaulah lori overloading ini tak lama lagi kita akan nampak lubang-lubang yang keluar, khususnya selepas banjir atau hujan lebat. Itu juga akan menyusahkan pengguna jalan.

Ketiga, kalau kita tengok sekarang hujung minggu ke, apa ke, kita tengok jalan- jalan di highway, banyak sesak jalan. Kalau kita tengok, kita perhatian salah satu main contributor, alasan yang jelas ialah sebab kita nampak banyak lori berat, kenderaan berat jalan di highway. Kalau dia naik bukit sikit saja, sebab dia lambat, maka jam lah belakang.

So, isu ini sebenarnya saya rasa kerajaan boleh ambil perhatian dan cubalah selesaikan.

Macam mana selesaikan, terpulanglah kepada kementerian.

Akan tetapi daripada segi RM700 juta lebih yang kita peruntukkan kepada kepala ini, saya hendak tanya kepada Menteri perincian, berapakah yang diberikan untuk penguatkuasaan (enforcement)? Bagi saya, sebenarnya ini tidak susah sangat. Kita tahulah kereta berat ini mereka sering kali datang dari lombong, lombong pasir, daripada kawasan industri berat, daripada kawasan-kawasan tertentu. Kalaulah kita ada penguatkuasaan yang betul-betul buat kerja, saya percaya walaupun kita tidak boleh selesaikan isu ini dalam satu hari ke, dua hari ke, satu tahun, sekurang-kurangnya kita kurangkan isu-isu ini untuk keselamatan rakyat di luar.

Kedua, saya juga ingin menanya kepada Menteri, isu special plate. Maknanya, berapakah kerajaan yang mengutip daripada plate kereta khas, special plate? Adakah kerajaan masih ada minat untuk terus kita isukan lagi special plate pada tahun-tahun yang akan datang?

Butiran 13000 – Pembinaan dan Naiktaraf Infrastruktur Lapangan Terbang.

Seperti sedia maklum, Senai International Airport adalah salah satu international airport di Malaysia yang dimiliki oleh syarikat swasta. Saya ingin tahu daripada RM100 juta ini, berapakah akan diperuntukkan kepada Senai Airport? Kalaulah Senai Airport ini adalah airport yang swasta, adakah ini bermakna ia tidak akan dapat apa-apa bantuan? Apa lagi disadvantage yang kita ada, kalaulah airport ini terus dipegang oleh syarikat swasta?

final • 12:24 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Tebrau, hendak mencelah Yang Berhormat.

final • 12:24 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Okey, okey Batu Pahat.

final • 12:24 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Ini berkaitan dengan lapangan terbang juga dan Butiran 040300 – High Level Asean Transport Meeting. Kerajaan telah mewujudkan pada bajet tahun depan iaitu RM3.1 juta. Jadi, saya ingin mohon penjelasan kementerian tentang idea mewujudkan pasaran penerbangan ASEAN mulai pelaksanaan ASEAN Economic Community Blueprint (AEC)? Terima kasih Tebrau.

final • 12:24 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Setuju Batu Pahat. Saya teruskan.

Kepala 60000 – Pengangkutan Awam Bandar. Seperti yang sedia maklum, Johor Bahru dan Tebrau adalah terletak di satu kawasan bandar. Hampir 1.5 juta hingga 2 juta penduduk tinggal di kawasan Johor Bahru dan Tebrau. Maka saya harap Menteri boleh memberi sedikit pencerahan, apakah pelan untuk kita menaik tarafkan pengangkutan awam di Johor Bahru dan Tebrau khususnya bilakah Iskandar Rapid Transit akan dimulakan? Adakah kerajaan ada membuat kajian adakah LRT juga sesuai diletakkan di Johor Bahru?

final • 12:24 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Last sekali Tan Sri Pengerusi, Kepala 00900 – Meningkatkan Keupayaan KTM.

Saya ingin memberi pandangan sedikit di sini. Tadi saya ada sebut tentang jam di highway. Salah satu benda yang saya nampak ialah di Malaysia kita masih menggunakan, mengutamakan pengangkutan barang-barang freight melalui jalan raya. Tak pun, kalau kita banding dengan negara-negara lain, di Jepun, di China, di India, di Amerika, kebanyakan barang-barang freight dia angkat, dia mengangkut melalui rel kereta api. Cara itu sebenarnya lebih sesuai sebab ia tidak akan mengganggu kegunaan jalan raya dan kita akan mengurangkan possibility of kemalangan. Itu sangat penting. Maka saya harap, kerajaan boleh membuat kajian macam mana kita boleh menghijrahkan sistem itu daripada jalan ke rel untuk masa depan.

Last sekali, saya ingin minta pencerahan daripada Menteri. Apakah status HSR di Johor. KL–Johor Bahru–Singapore yang amat-amat dinanti-nantikan oleh warga Johor.

Sekian, terima kasih Tan Sri Pengerusi.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Padang Rengas.

final • 12:30 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

Padang Rengas merujuk kepada Butiran 020000 - Perkhidmatan Pengangkutan, sub Butiran 020200 - Pengangkutan Laut dan Butiran 020300 - Pengangkutan Jalan berkenaan dengan rasionalisasi atau penyasaran semula subsidi diesel. Meskipun pada penggulungan perbahasan peringkat dasar lalu, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan telah menyatakan bahawa kenderaan diesel dalam kategori pengangkutan awam tidak terkesan dengan rasionalisasi atau penyasaran semula subsidi diesel. Namun apakah rancangan kawalan agar perkara ini tidak dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu.

Maksud saya, apakah kaedah pelaksanaan untuk memastikan kategori pengangkutan awam ini untuk kekal diberikan subsidi diesel agar kos pengangkutan awam tidak mengalami kenaikan harga. Juga apakah kaedah untuk memastikan pihak- pihak tertentu tidak menjadikan penyedia perkhidmatan pengangkutan awam yang menggunakan diesel ini dijadikan keldai untuk mendapatkan diesel bersubsidi. Maka perkara ini perlu dihurai oleh pihak kementerian dengan lebih terperinci.

Seterusnya dalam Butiran 020000, sub Butiran 020200. Apakah terdapat rancangan pihak Kementerian Pengangkutan untuk menambah perkhidmatan feri daripada Lumut ke Pulau Pangkor memandangkan pengunjung ke pulau bebas cukai tersebut meningkat dari tahun ke tahun. Hal ini memandangkan kekerapan perkhidmatan feri ke Pulau Pangkor daripada Lumut adalah jarang dan menyebabkan kesesakan yang agak teruk ketika musim cuti dan perayaan. Justeru, Padang Rengas berharap terdapat satu rancangan penambahan perkhidmatan feri tersebut.

final • 12:31 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Seterusnya, dalam Butiran 020000, sub Butiran 020600 - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Mutakhir ini kita sering kali menerima keluhan rakyat berkenaan kelewatan perkhidmatan penerbangan oleh majoriti syarikat penerbangan akibat dari masalah sama ada cuaca, teknikal mahupun perkhidmatan.

Maka, saya perlu dapatkan saranan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan tentang apa yang perlu dilakukan oleh pengguna perkhidmatan ini. Atau mungkin pihak Kementerian Pengangkutan boleh mengeluarkan suatu standard operating procedure

(SOP) dengan izin bagaimana pengurusan jadual tertangguh serta mitigasi oleh penyedia perkhidmatan kepada pengguna.

Dalam pada itu juga, dalam Butiran 13000 - Pembinaan dan Menaiktaraf Infrastruktur Lapangan Terbang berkenaan dengan Pembinaan Lapangan Terbang Kulim

(KSP). Saya ingin bertanya, jika rancangan pihak Kerajaan Negeri Perak yang menyarankan pembinaan Lapangan Terbang Seri Iskandar di Perak, maka apakah halangan serta kekangan untuk mengkaji serta menyemak kebenaran pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KSP) di Kedah dalam usaha merancakkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Jika cadangan pembinaan lapangan terbang yang saya utarakan ini bukanlah suatu yang baik atau mampu dilaksanakan, maka ia membawa kepada cadangan berdasarkan Butiran 020000, sub Butiran 020100. Padang Rengas berpandangan bahawa sudah tiba masanya pihak kerajaan mempertimbangkan untuk merancakkan semula perkhidmatan sistem kereta api atau rel bagi pengangkutan darat yang bukan sahaja tertumpu di kawasan bandar raya metropolitan tetapi di negeri-negeri dalam Malaysia.

Sebagai contoh di Perak, statistik dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia berkenaan kadar aliran trafik menunjukkan bahawa jumlah pengguna harian Lebuhraya Ipoh–Lumut adalah pada purata antara 25,000 ke 28,000 pengguna sehari.

Menjelang tahun 2025, kadar pengguna berkemungkinan meningkat ke 35,000 hingga ke 38,000 pengguna kesan dari akses penuh penggunaan jalan raya di West Coast Expressway (WCE) yang menghubungkan Banting ke Taiping. Jumlah ini akan meningkat dari tahun ke tahun. Maka jika difikirkan aliran trafik akan menjadi sesak pada suatu masa nanti.

Sehubungan itu, saya berpandangan bahawa cadangan membina sistem perkhidmatan kereta api atau rel adalah baik di sepanjang jajaran yang sama di mana aliran trafik darat mungkin meningkat. Sekali gus, ia dapat menyelesaikan beberapa masalah lain seperti pengurangan kadar kenderaan di atas jalan, pengurangan kadar kemalangan jalan raya dan peningkatan perhubungan jalan darat untuk membantu merancakkan ekonomi dalam negeri.

Ia adalah salah satu contoh kecil yang dapat diutarakan. Banyak lagi kawasan- kawasan yang dilihat berpotensi untuk dibangunkan sistem perkhidmatan kereta api atau rel bagi tujuan seperti yang dinyatakan. Dalam butiran ini juga saya berpandangan aktiviti perdagangan dalam negeri dan antarabangsa dapat dirancakkan lagi dengan pembinaan high-speed rail (HSR) daripada Kuala Lumpur ke Bangkok.

Jika kita imbas kembali pada awal tahun 2022, ada beberapa pakar yang berpandangan bahawa HSR bagi Malaysia hanya akan berkesan untuk merancakkan ekonomi jika ia menghubungkan ibu negeri, bukan lagi dua negara tetapi ia perlu pelbagai negara.

Maka setelah HSR antara Kuala Lumpur dan Singapura telah sepenuhnya selesai dibina nanti, HSR antara Kuala Lumpur ke Bangkok perlu dipertimbangkan untuk diwujudkan. Kajian kebolehlaksanaan perlu dilakukan segera bersama Kerajaan Thailand.

Kedua-dua rancangan berkenaan sistem perkhidmatan kereta api atau rel dalam negeri dan HSR ini pada hemat saya perlu dimasukkan menjelang Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13). Saya mohon jawapan dan pandangan daripada pihak Kementerian Pengangkutan, kepada perkara-perkara yang telah saya utarakan tadi. Sekian, terima kasih Tan Sri.

final • 12:31 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Sri Aman.

final • 12:31 PM

Dato' Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Memandangkan masa agak singkat, maka saya terus menyentuh Butiran 010400 – Pengangkutan Darat. Di bawah butiran ini, sebanyak RM6,900,200 telah diperuntukkan untuk tahun 2024 bagi kegunaan pengurusan darat. Ini juga menampakkan ada sedikit penambahan jika dibandingkan dengan tahun ini yang diperuntukkan RM6,878,000 sahaja.

Sri Aman cuma ingin bertanya, adakah peruntukan ini merangkumi kos mengurus bagi mengikhtiarkan monitoring system yang lebih canggih dan efektif, perundangan yang spesifik termasuk kerja-kerja dan inisiatif-inisiatif mengawal dan memantau kenderaan yang tidak mematuhi piawaian seperti kenderaan yang tidak mesra alam.

Tan Sri Pengerusi, Sri Aman bangkitkan perkara ini sebab melihat masih banyak ataupun masih ramai kenderaan di jalan raya kita yang tidak begitu mesra alam dan ia merupakan kenderaan yang banyak mengeluarkan asaplah, asap tebal. Ini termasuk kenderaan awam seperti bas dan kenderaan komersial seperti lori yang boleh menyebabkan pencemaran udara. Jadi, apatah lagi asap tebal ataupun asap yang keluar dari kenderaan-kenderaan tersebut adalah gas karbon monoksida yang boleh juga membahayakan manusia ya.

Saya sedih juga Tan Sri Pengerusi, kadang-kadang apabila melihat penunggang- penunggang motosikal yang mengekori atau yang berada di belakang kenderaan tersebut terpaksa menghidu asap tersebut dan silap-silap boleh juga mengakibatkan kemalangan sebab asap itu kadang-kadang amat tebal dan hitam dan boleh mengaburi penglihatan si penunggang motosikal.

final • 12:38 PM

Dato' Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Begitu juga dengan kenderaan seperti kereta dan motosikal yang diubahsuai, yang di-modified, dengan izin, supaya berbunyi bising ala-ala sports car, ala-ala sports bike. Kadang-kadang kereta dan motosikal yang diubahsuai ini sengaja dimain-mainkan bunyinya agar nyaring, bising hingga semacam memecah bumi dan amat menyakitkan dan membingitkan telinga dan sudah tentu menimbulkan suasana yang tidak senang ataupun tidak tenang.

Jelas mengganggu ketenangan dan ketenteraman sekitar. Jadi, saya amat mengharapkan perkara ini diberi perhatian oleh pihak kementerian menggunakan peruntukan tersebut ya. Di bawah butiran yang sama, saya juga ingin mohon pihak kementerian memperuntukkan belanja dari peruntukan di bawah butiran tersebut bagi kerja penguatkuasaan dan menentukan sistem perakam TV dan CCTV dipasang pada kenderaan, terutama sekali kenderaan yang digunakan oleh pengangkutan awam supaya sebarang aktiviti dan perbuatan pemandu yang tidak berdisiplin dan melanggar etika dan peraturan jalan raya dapat dirakam. Jadi, saya mohon pertimbangan pihak kementerian juga ya.

Seterusnya Tan Sri Pengerusi, Sri Aman juga ingin menyentuh Butiran 020200 iaitu Perkhidmatan Pengangkutan Laut yang diperuntukkan sejumlah RM156,465,000. Sri Aman terpanggil untuk bertanya sama ada pihak kementerian akan menggunakan peruntukan ini untuk mengadakan alternatif mode of communication, dengan izin, di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Seperti kita semua sedia maklum, Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia terpisah oleh Laut China Selatan dan kita hanya bergantung pada pengangkutan udara sebagai cara komunikasi atau it’s the only mode of communication for now, dengan izin, di antara tiga wilayah tersebut.

Selain boleh mengeratkan lagi silaturahim di antara wilayah Sarawak, Sabah dan juga Semenanjung Malaysia, Sri Aman juga beranggapan ianya boleh memberi option

final • 12:40 PM

Dato' Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

kepada rakyat Malaysia jika kita ada mode of communication lain selain daripada udara iaitu melalui laut jika kita melawat ke wilayah-wilayah tersebut.

Sekali gus, memberi plus point kepada sektor pelancongan di negara kita. Maka Tan Sri Pengerusi, Sri Aman ingin mencadangkan kepada pihak kementerian untuk memulakan lagi pengangkutan awam yang berkonsep feri atau car cruiser. Dulu kita pernah ada Feri Malaysia tapi kalau tak silap saya dalam tahun 90-an, ianya dihentikan. Jadi, saya mohonlah jika boleh dimulakan lagi agar memberi opsyen supaya at least, kita ada different mode of communication lah selain daripada pengangkutan udara. Tan Sri Pengerusi, bagi saya sedikit masa lagi?

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi

Silakan.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

Terima kasih. Diharap pihak kementerian dapat mempertimbangkan cadangan tersebutlah ya dan saya harap juga car cruiser ini, penumpangnya boleh membawa kereta sekali masuk ke dalam car cruiser tersebut. Jadi, yang terakhir sekali Butiran 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan. Tuan Pengerusi, Sri Aman melihat pengangkutan awam memainkan peranan penting bagi penduduk di kawasan luar bandar bagi memudahkan pergerakan harian mereka.

Maka, saya ingin terus bertanya. Adakah pihak kementerian bercadang menggunakan sebahagian dari peruntukan ini bagi meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam ke luar bandar agar dapat memudahkan dan memberi accessibility kepada penduduk luar bandar?

Terutamanya mereka yang bergantung pada pengangkutan awam sebagai satu- satunya cara untuk bergerak. Begitu juga dengan pengangkutan kesihatan dan perubatan yang Sri Aman rasa mesti diadakan, terutamanya untuk masyarakat luar bandar kerana masalah akses kepada pengangkutan awam ketika perlu pergi ke hospital dalam keadaan kecemasan merupakan satu cabaran yang signifikan.

Faktor geografi dan jarak jauh sering menjadi halangan utama menyebabkan masa tindak balas terhadap kecemasan lebih lama. Keterbatasan infrastruktur pengangkutan dan kekurangan perkhidmatan ambulans di kawasan terpencil turut menyumbang kepada kesulitan akses tersebut.

Jadi, adakah pihak kementerian bersedia menangani masalah ini dengan mengadakan pengangkutan kesihatan dan perubatan bagi penduduk luar bandar? Jika kita dapat mengadakan hop on buses bagi orang yang berkemampuan di pusat bandar raya seperti di Kuala Lumpur, kenapa tidak kita panjangkan atau adakan perkhidmatan tersebut kepada rakyat yang amat memerlukan seperti masyarakat kita yang di luar bandar? Sekian, terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih, saya jemput Setiu.

final • 12:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya pergi kepada Butiran 010300 – Udara. Perkara pertama dalam butiran ini berkaitan dengan prosiding penyiasatan kes MH17 telah diberhentikan disebabkan tiada bukti kukuh untuk mendakwa mangsa. Tambahan pula kempen pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan keengganan Moscow untuk bekerjasama menyukarkan proses siasatan.

Keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Antarabangsa itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada keluarga mangsa yang terlibat. Saya mendapat maklumat, Malaysia telah memperuntukkan sejumlah wang RM14.5 juta. Persoalan saya, daripada jumlah tersebut, berapakah yang diguna untuk membayar pampasan kepada waris mangsa? Berapakah mangsa yang menerima bayaran pampasan ini dan adakah penyiasatan akan terhenti sepenuhnya? Walaupun sehingga kini, punca insiden ngeri itu masih belum terjawab.

final • 12:45 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Selain itu, pada butiran yang sama saya ingin membangkitkan berkenaan MH370.

Saya difahamkan sehingga kini, pencarian MH370 antara termahal dalam sejarah dunia.

Penerbangan melibatkan kos USD200 bersamaan RM837.47 juta membabitkan 120,000 meter persegi lokasi pencarian. Oleh itu, setelah sembilan tahun pencarian MH370, apakah status terkini pencarian tersebut?

Pada Mac 2023, pihak kementerian secara terbuka menerima cadangan daripada Ahli Parlimen untuk melaksanakan penerbangan patuh syariah. Namun, ia sekadar persetujuan yang boleh dijalankan secara bebas oleh pihak syarikat penerbangan. Oleh itu, saya mencadangkan agar satu standard polisi yang boleh dicadangkan kepada syarikat penerbangan seperti bacaan doa sebelum memulakan penerbangan dan pemakluman waktu solat, selain memberi kebebasan penuh kepada pekerja perempuan Islam untuk menutup aurat.

Butiran seterusnya, Butiran 020100 – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Berkait butiran ini, inisiatif kerajaan bagi memudahkan golongan OKU dan pelajar menggunakan perkhidmatan awam dimulakan di Johor Bahru, Seremban dan Ipoh, di mana ianya meliputi kawasan bandar. Soalan saya, apakah justifikasi kawasan tersebut menjadi pilihan sebagai projek rintis? Apakah peruntukan ini dijangka akan diguna pakai untuk kawasan luar bandar juga?

Sehingga kini, myBAS Konsesi sahaja yang diberi tanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan percuma bagi pelajar dan OKU. Adakah kerajaan bercadang untuk memperluaskannya kepada perkhidmatan bas luar bandar seperti Mutiara Rentas Desa di Kelantan, Maraliner di Terengganu, Green Transit Liner dan Pahang Lin Siong di Pahang? Jika tidak, apakah usaha kerajaan untuk memperluaskan inisiatif ini kepada rakyat luar bandar yang turut bergantung kepada penggunaan bas henti-henti?

Tan Sri Pengerusi, tragedi kemalangan jalan raya yang melibatkan bas persiaran akibat pemandu bas yang mengantuk sering kali berlaku dan jalan penyelesaian kepada pemandu bas kedua adalah amat diperlukan. Saya memahami kekangan syarikat-syarikat bas persiaran untuk menyediakan pemandu kedua kerana ia akan melibatkan kos tambahan.

Namun begitu, demi keselamatan penumpang-penumpang bas persiaran yang turut melibatkan kanak-kanak sekolah, lebih-lebih lagi apabila musim cuti sekolah dan sebagainya, usaha ini amat penting demi menjaga nyawa banyak pihak. Oleh itu, sejauh manakah penguatkuasaan dijalankan dan apakah inisiatif kerajaan bagi memastikan penyedia bas persiaran jarak jauh ini mematuhi peraturan tersebut?

final • 12:45 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Selain itu, adakah kerajaan bercadang untuk memberi inisiatif kepada syarikat bas ini? Hal ini kerana usaha mewajibkan pemandu kedua sememangnya membebankan ditambah lagi dengan subsidi diesel yang tidak diberikan kepada pemilik bas persiaran.

Sekian, terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Tenom.

final • 12:50 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada sidang Dewan. Terima kasih diucapkan, Tan Sri Pengerusi, atas peluang yang telah diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengangkutan.

Tan Sri Pengerusi, pertama, saya akan membahaskan Butiran 010300 – Udara.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan terutama kepada Yang Berhormat Menteri di atas usaha keras yang telah dilakukan sejak daripada tahun 2019 bagi menuntut semula ruang udara Malaysia yang sebelum ini diserahkan bagi tujuan seliaan oleh Singapura pada tahun 1974 menerusi Surat Perjanjian Operasi antara Kuala Lumpur dan Pusat Kawalan Kawasan Singapura

final • 12:50 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Mengenai Ketibaan, Keberangkatan dan Penerbangan Singapura 1974. Justeru itu, saya ingin mendapat perkembangan terkini berhubung dengan proses rundingan tersebut.

Untuk makluman, perjanjian ini seolah-olah mewujudkan jurang di antara ruang udara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, yang dipisahkan oleh ruang udara yang diselia oleh Singapura. Malah, ruang udara yang dimiliki oleh Singapura jauh lebih besar sekiranya hendak dibandingkan dengan ruang udara Malaysia, walaupun keluasan negaranya sangat kecil.

Kita memahami bahawa antara faktor penyerahan seliaan ruang udara ini diserahkan kepada pihak Singapura disebabkan oleh saranan daripada pihak Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa disebabkan oleh pada ketika itu kawasan maklumat penerbangan Kuala Lumpur masih di peringkat awal dan fasiliti Malaysia ketika itu tidak mencukupi.

Namun demikian, setelah hampir 49 tahun serahan penyeliaan tersebut dan kini Malaysia mempunyai fasiliti penerbangan terbaik di dunia, justeru itu, sudah tiba masanya hak ruang udara ini dikembalikan semula. Tambahan pula, perkara ini secara tidak langsung telah mengakibatkan penerbangan yang menghubungkan laluan di antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung terpaksa melalui ruang udara yang diselia oleh Singapura ataupun lebih tepat lagi secara automatik melalui ruang udara antarabangsa.

Justeru itu, timbul persoalan, adakah faktor penerbangan antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung yang melalui ruang udara antarabangsa ini menjadi antara faktor penyebab kenapa harga tiket penerbangan menjadi mahal disebabkan oleh pihak penyedia penerbangan perlu membayar caj penggunaan ruang udara kepada Singapura kerana telah melalui ruang udara mereka yang diserahkan penyeliaannya menerusi perjanjian tersebut?

Oleh itu, adakah pengambilan ruang udara ini oleh Kerajaan Malaysia akan menjadikan harga tiket penerbangan ini akan menjadi semakin murah? Oleh itu, saya memohon penjelasan daripada pihak kementerian berkaitan persoalan ini.

Selain itu juga, saya turut risau sekiranya pihak Singapura mencuba untuk menuntut hak sepenuhnya ke atas ruangan udara ini atas alasan mereka telah lama menjaga ruang udara ini. Peristiwa kehilangan kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh harus dijadikan pengajaran oleh kita semua.

Penyelenggaraan Singapura ke atas rumah api yang terdapat di Pulau Batu Puteh sehinggakan mereka mempunyai effective control dan effective occupation dan hasilnya, pulau itu menjadi milik mereka. Oleh itu, pepatah Melayu telah mengingatkan kita bahawa “pelanduk melupakan jerat tetapi jerat tidak melupakan pelanduk. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali”.

Tan Sri Pengerusi, kedua, saya akan membahaskan Butiran 010400 – Darat.

Saya memohon kepada pihak kementerian untuk memberikan tumpuan untuk menaik taraf kemudahan asas di stesen kereta api di Sabah khususnya di Tenom, selari dengan komitmen yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Menteri untuk memastikan setiap stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di seluruh negara dilengkapi dengan kemudahan asas.

Dengan memahami bahawa Keretapi Sabah adalah di bawah kerajaan negeri, namun sokongan Kerajaan Persekutuan amatlah diperlukan. Dalam masa yang sama, Tenom memohon agar daerah Tenom dimasukkan dalam agenda transformasi perkhidmatan kereta api Kerajaan Persekutuan yang berhasrat untuk membangunkan landasan kereta api yang menghubungkan Sabah dan Sarawak dan Indonesia, memandangkan ia akan memberikan impak positif kepada pertumbuhan ekonomi di daerah pedalaman terutamanya daripada aspek hab logistik, kargo, pertanian dan makanan.

Tan Sri Pengerusi, besarlah harapan saya agar setiap butiran yang dibahaskan oleh saya ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak kementerian. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Tenom mohon menyokong.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Merbok.

final • 12:50 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Pengerusi atas peluang untuk berbahas di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengangkutan bagi perbelanjaan bagi tahun 2024.

Tan Sri Pengerusi, saya ingin terus ke perbelanjaan P.28, Butiran 00900, Butiran 01600, Butiran 20000.

Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan Bangunan Ibu Pejabat KTMB yang terletak di Jalan Sultan Hishamuddin merupakan bangunan warisan kebangsaan dan dianggap sebagai khazanah negara yang tidak ternilai. Bangunan yang dibina pada tahun 1885 ini berdasarkan seni bina Moorish telah menjadi tumpuan orang ramai, ekoran seni binanya yang unik.

Apa yang saya ingin sarankan di sini adalah supaya pihak kementerian dapat memberikan perhatian yang serius dan peruntukan yang mencukupi untuk menjaga dan memelihara bangunan bersejarah ini serta mengambil cakna keadaannya sebagai sebahagian daripada warisan sejarah negara kita.

Saya memohon kepada kementerian untuk memperuntukkan sejumlah dana yang mencukupi supaya bangunan-bangunan tersebut dipertingkatkan penjagaannya dengan penyelenggaraan dan penambahbaikan yang berterusan memandangkan umur bangunan tersebut yang begitu lama.

Selain ianya adalah ikon sejarah negara kita, ia adalah juga salah satu daripada produk pelancongan yang mesti dilawati. Keadaan bangunan yang seakan terbiar dan tidak diselenggara dengan baik akan memberi imej yang negatif kepada para pengunjung dan pelancong. Pihak kementerian perlu melakukan sesuatu agar bangunan itu kembali dikunjungi orang ramai sama ada untuk menggunakan perkhidmatannya atau melawat bangunan warisan tersebut.

Seterusnya, berkenaan peningkatan keupayaan KTMB melalui perbelanjaan 2024 ini, saya amat berharap agar ada usaha memperbaiki kemudahan infrastruktur yang sedia ada bagi meningkatkan kualiti perkhidmatannya, yang mana kita sedia maklum kekurangan koc atau gerabak akan menjejaskan ketetapan masa dan waktu perjalanan termasuk faktor usia tren dan limitasi kereta api yang sedia ada.

Tan Sri Pengerusi, pengangkutan rel ETS adalah menjadi pilihan utama saya apabila pulang ke kawasan setiap hujung minggu. Tempoh perjalanan akan mengambil masa selama 4 jam 25 minit untuk sampai ke Stesen Sungai Petani daripada Stesen KL Sentral. Sama seperti Tuan Pengerusi tinggal bersama di taman dengan saya. Sangat selesa dan tepat pada masanya berbanding memandu kenderaan sendiri yang tidak dapat dijangka masa tiba ke destinasi akibat kesesakan lebuh raya terutama pada hujung minggu.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika tiketnya sentiasa saja fully booked, dengan izin. Tetapi, adalah lebih baik jika pihak kementerian mengkaji dan menambahkan peruntukan untuk membeli koc-koc baru serta menambah kekerapannya di waktu-waktu yang sesuai, memandangkan permintaannya yang sentiasa tinggi.

Begitu juga hal yang terjadi kepada servis tren komuter KTMB yang beroperasi di seluruh negara. Berdiri dalam kesesakan dari stesen ke stesen adalah perkara normal tetapi kasihan juga kepada keluarga yang mempunyai anak-anak kecil, warga emas dan pelajar-pelajar sekolah yang tiada tempat duduk dan ada yang sampai duduk di lantai koc.

Hal ini kerana adanya permintaan.

Seharusnya pihak kementerian dan KTMB menambah stok koc dan kekerapan jadual perjalanan untuk menawarkan perkhidmatan yang selamat dan mesra alam ini demi keselesaan pengguna sejajar dengan usaha kerajaan melalui KTMB untuk menambah baik dan menaik taraf sistem pengangkutan rel di Malaysia.

final • 12:55 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Persoalan saya, apakah perancangan strategik yang telah dirancang untuk memodenkan dan memperluaskan infrastruktur kereta api negara kita dan sejauh manakah Malaysian Rail Supporting Industry Roadmap 2030 telah dilaksanakan?

Bagaimanakah belanjawan kali ini dapat mencapai sasaran dan matlamat dalam menjadikan rangkaian rel bertaraf dunia dengan persekitaran yang selamat, cekap dan lestari alam sekitar dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan kecekapan sistem kereta api supaya ia menjadi pengangkutan awam yang menjadi pilihan utama kepada rakyat Malaysia?

Dalam usaha untuk mencapai objektif ini, saya ingin bertanya, adakah Projek Tren Berkelajuan Tinggi (HSR) akan dilaksanakan? Bukan sahaja di antara Kuala Lumpur ke Johor Bahru tetapi kerajaan boleh mempertimbangkan untuk mengkaji projek HSR ini bermula daripada Padang Besar ke Johor Bahru. Perluasan jajaran rangkaian baru rel, penambahbaikan kepada teknologi baru untuk meningkatkan kecekapan pengurusan operasi dan penyelenggaraan perlu juga diambil kira dalam pelaburan jangka panjang kementerian.

Peningkatan pelaburan ini juga akan membantu untuk membeli alat ganti baru yang akan mengurangkan risiko kerosakan dan meningkatkan ketersediaan perkhidmatan kereta api serta mencapai tahap perkhidmatan yang diperlukan oleh rakyat.

Saya juga ingin tahu, berapa banyakkah syarikat tempatan yang terlibat dalam industri rel tempatan sekarang serta berapa peratuskah pembekalan peralatan dan barangan daripada syarikat tempatan dalam peruntukan untuk pembelian rolling stock KTMB dalam perbelanjaan pada kali ini?

Sekian, terima kasih.

final • 12:55 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 12:55 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti. Sekian, terima kasih.

final • 12:55 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.32 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan

final • 2:32 PM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Bentara. Ahli Yang Berhormat, kita teruskan dengan perbahasan dalam Jawatankuasa. Dipersilakan Yang Berhormat Jelutong.

final • 2:32 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 031100 – Pas Perjalanan Percuma Pelajar Sekolah dan OKU. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Menteri dan kementerian, di mana kita lihat pada tahun 2023 memang tidak ada sebarang peruntukan.

final • 2:33 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tahun ini, untuk tahun depan, peruntukannya telah dianggarkan kepada RM3,942,000. Saya ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada kementerian kerana telah menyediakan kemudahan pas perjalanan percuma pelajar sekolah dan OKU. Cuma, saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjelaskan di kawasan-kawasan mana program ini akan dilaksanakan? Di Pulau Pinang, di tempat-tempat mana ia akan dilaksanakan?

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih. Merujuk kepada Butiran 030800 – Insentif Pas Bulanan Tanpa Had (My50) di mana kerajaan dari tahun lalu, 2023 peruntukannya adalah RM115,000. RM115 juta maafkan saya, telah dinaikkan tahun ini kepada tahun depan 2024 kepada RM200 juta.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri dan kementerian kepada kerajaan di atas insentif ini. Saya cuma ingin bertanya, di kawasan-kawasan manakah insentif ini akan dilaksanakan? Memang saya mengakui bahawa dalam masa kegawatan ekonomi dan macam-macam masalah kos sara hidup dan sebagainya, pas perjalanan percuma pelajar sekolah dan OKU, Insentif Pas Bulanan Tanpa Had yang telah dinaikkan akan disambut baik oleh rakyat di luar sana.

Saya juga ingin menyentuh kepada Butiran 030900 – Pas Mutiara, di mana daripada tahun 2023 Tuan Pengerusi, untuk makluman, cumanya, hanya RM2 juta sahaja telah dinaikkan, sekarang kepada RM10 juta untuk tahun 2024. Ini merupakan lagi satu perkara yang begitu baik. Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk merakamkan ucapan penghargaan kepada kementerian, kepada kerajaan yang juga telah menaikkan peruntukan. Cuma, saya mohon penjelasan di manakah program ini akan dilaksanakan?

Kalau di Pulau Pinang, di tempat mana ia akan dilaksanakan?

Saya juga berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dalam Butiran 20000 – Peningkatan Infrastruktur Rel. Daripada tiada peruntukan tahun lalu, tahun depan unjurannya adalah RM29 juta telah dinaikkan. Cuma, saya ingin mengambil kesempatan ini, saya menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri dan kerajaan, di mana jajaran yang pada asalnya di Pulau Pinang light railway transit ataupun kemudahan LRT itu akan juga dipanjangkan kemudahannya ke seberang.

Di sini, saya terpaksa berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana bukan sahaja penduduk Pulau Pinang yang tinggal di Pulau Pinang yang akan menerima manfaat perkhidmatan LRT ini, malahan penduduk di seberang juga akan menerima manfaat.

Saya di sini Tuan Pengerusi, walaupun ada Ahli-ahli Parlimen daripada seberang yang pernah membuat kenyataan-kenyataan terhadap Yang Berhormat Menteri, menuduh Yang Berhormat Menteri macam-macam dan sebagainya, terutamanya Ahli Parlimen Kepala Batas yang tidak pernah berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya percaya bahawa penduduk-penduduk di Kepala Batas juga akan turut merasai kemudahan ini, di mana kemudahan ini akan memberi manfaat untuk penduduk-penduduk di Kepala Batas untuk datang ke Pulau Pinang.

Sesungguhnya satu lagi perkara yang ingin saya berterima kasih adalah Butiran 020200 – Pengangkutan Laut. Kita berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memperkenalkan dan juga perkhidmatan feri. Empat buah feri baharu di Pulau Pinang dan empat buah feri baharu ini memudahkan pengangkutan penduduk di Pulau Pinang dan daripada seberang ke Pulau Pinang.

Sesungguhnya kemudahan ini dirasai oleh penduduk-penduduk, bukan sahaja di pulau tetapi penduduk-penduduk di Kepala Batas, di Tasek Gelugor dan di Permatang Pauh. Bagi penduduk-penduduk di Kepala Batas, saya ingin juga berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Walaupun Ahli Parlimen Kepala Batas tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, malahan telah membuat kenyataan-kenyataan terhadap Yang Berhormat Menteri. Saya tidak mahu menyentuh perkara itu, saya akan meneruskan.

Akhir sekali Yang Berhormat Menteri, saya lihat juga kepada satu perkara terakhir Tuan Pengerusi yang terpaksa saya sentuh. Ulang kali kenyataan dibuat terhadap kerajaan dan Menteri. Tetapi saya lihat bahawa Projek Membaikpulih dan Mengukuhkan Landasan Kereta Api Pantai Timur iaitu Butiran 00800, di mana perbelanjaan sebenar

final • 2:33 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

tahun 2022 adalah hanya RM600 juta sahaja dan telah dipinda dan dinaikkan kepada RM165 juta. So, saya melihat kepada kesungguhan Yang Berhormat Menteri dan kerajaan untuk menaikkan kemudahan rel di Pantai Timur. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih walaupun tidak ada Ahli-ahli Parlimen daripada Pantai Timur yang berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

Sesungguhnya kerajaan ini memberi perhatian kepada kemudahan-kemudahan di seluruh negara dan saya berharap Pulau Pinang akan terus maju dan akan mendapat perhatian Yang Berhormat Menteri. Saya ucapkan terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 2:33 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Dato’ Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan belanjawan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengangkutan.

Saya nak mulakan dengan ucapan tahniah kepada Menteri yang saya sifatkan telah membawa satu budaya baharu apabila Menteri terjah secara mengejut ke pengangkutan awam, pakai pakaian biasa sehingga orang tidak kenal Menteri terjah ke pengangkutan awam. Saya sifatkan itu satu budaya yang bagus dan perlu untuk dicontohi oleh Menteri-menteri yang lain. Di mana apabila kita pergi dengan secara mengejut seperti itu, ia dapat memberikan gambaran yang sebenar kepada Menteri-menteri sendiri, apakah suasana sebenar di peringkat bawah dan pengangkutan awam ini, saya tahu merupakan satu perkara yang sangat kritikal.

Jadi apa yang dilaksanakan oleh Menteri itu, saya kira satu perkara yang perlu dicontohi dan perlu untuk diteruskan dari masa ke semasa. Walaupun ada orang kata bahawa kami Ahli Parlimen, terutamanya di peringkat pembangkang dan Pantai Timur tak berterima kasih, itu satu dakwaan yang tidak betul. Mungkin beliau menggunakan telinga sebelah *kut.

[Tepuk]* Apa yang perlu kita terima kasih, kita terima kasih. Apa yang baik kita perlu nyatakan kebaikan. Tak begitu Pasir Gudang? Tentu Pasir Gudang setuju dengan saya.

Baik, jadi kalau kata tak terima kasih, saya rasa ini barisan pembangkang yang paling matang. Kita tak buat usul yang pelik-pelik, isu potong gaji RM10 dan sebagainya, tak pernah.

Saya ingin pergi 00900 – Meningkatkan Keupayaan KTMB. Saya ingin memulakan perbahasan dengan memberikan penekanan bahawa pengangkutan merupakan salah satu instrumen penting sektor pelancongan. Saya ambil contoh stesen KTM Padang Besar. Stesen ini menjadi tumpuan apabila tiba musim percutian dan perayaan, yang mana segelintir rakyat Malaysia memilih untuk bercuti ke negara Thailand dengan menaiki kereta api ataupun penduduk Thailand ingin melancong di Malaysia.

Malangnya, mengikut apa yang kita—tinjauan kita, keadaan stesen ini tidak, dengan izin, tidak welcoming dan memberikan first impression yang kurang baik kepada negara.

Ada beberapa perkara perlu diberi perhatian seperti kawasan untuk penumpang menunggu yang sesak, ruang tempat letak kenderaan yang tidak sistematik dan akses keluar masuk ke stesen yang suram dan sempit. Saya juga ingin memohon pandangan daripada Menteri, apakah tidak ada perancangan untuk kita juga menaiktarafkan landasan kereta api daripada Pantai Timur juga menuju ke Thailand sebab landasan kereta api ini sudah ada di Pasir Mas, di Rantau Panjang dan boleh disambung ke seberang sana di Thailand tetapi perlu suatu perbincangan di antara dua negara supaya apabila ia dapat ditingkatkan, ia menjadi alternatif kepada perhubungan KTMB, selain daripada apa yang ada di Padang Besar.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Butiran 60000 – Pengangkutan Awam Bandar. Saya menghargai langkah yang diambil oleh pihak kementerian dalam memperkenalkan koc khas wanita, yang mana baru-baru ini mula diperkenalkan pula dalam MRT laluan Kajang. Langkah ini penting bagi inisiatif mengurangkan kes gangguan seksual.

Saya menyeru kementerian meneliti keberkesanan langkah ini memandangkan akan timbul masalah lain seperti kesesakan laluan luar biasa di dalam tren, terutamanya ketika waktu puncak. Mungkin di sana wujud satu inisiatif lain yang perlu ditambah seperti peletakan pegawai keselamatan di lokasi kritikal atau meningkatkan kesedaran awam agar penglibatan bersama-sama daripada penumpang lain turut dapat membanteras kes gangguan seksual.

Butiran 030900 – Pas Mutiara. Perkhidmatan pengangkutan awam negara kita perlu terus diberikan perhatian kerana ramai bergantung pada pengangkutan awam. Jadi, langkah kerajaan membiayai Pas Mutiara sebagai pas perjalanan tanpa had ini amatlah diperlukan. Cuma, kita terkilan. Adakah dalam masa yang sama, dalam masa yang sama— saya ulangi bahawa ini adalah satu inisiatif yang baik.

Adakah ia boleh juga dikembangkan ke negeri-negeri yang lain kerana aspek penting yang menjadikan rakyat memilih untuk menggunakan pengangkutan awam adalah dari segi kekerapan, ketepatan masa dan keselesaan. Mungkin ia tidak perlu dilanjutkan sampai ke hujung-hujung kampung tetapi kalau pas yang sama ini, dalam konteks negeri-negeri yang berbeza ini boleh dikembangkan, saya kira itu lebih baik, mungkin molek untuk difikirkan oleh pihak kerajaan.

Butiran 010500 – Perancangan Strategik dan Antarabangsa. Saya ingin menyentuh aspek perancangan di Sabah dan Sarawak yang terkait dengan pemindahan ibu kota Indonesia ke Nusantara, Kalimantan Timur. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata, pembangunan di kawasan sempadan Sabah dan Sarawak perlahan berbanding bahagian Kalimantan. Kerajaan telah memperuntukkan RM1 bilion untuk tujuan itu. Adakah kerajaan belum bersedia untuk berhadapan dengan impak pembinaan ibu negara Indonesia ini?

Jadi, melalui kementerian yang berkepentingan, termasuklah Kementerian Pengangkutan, saya ingin mengetahui apakah pelan bersepadu termasuklah infrastruktur, keselamatan pengangkutan, peniagaan dan terutamanya pengangkutan bagi menangani isu pemindahan ibu kota Indonesia ke Nusantara ini.

Saya akhiri dengan satu lagi soalan. Setakat manakah perkembangan LPT Lembah— LPT Timur yang telah berakhir di Gemuruh yang dirancang dahulu untuk sampai di Tumpat, Kelantan? Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Dipersilakan Yang Berhormat Miri.

final • 2:40 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang saya bahas di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengangkutan. Saya ingin merujuk kepada Bekalan 28, Butiran 010300 – Udara. Kalau kita lihat kepada fungsi kepada butiran ini di muka surat 312, antaranya adalah untuk mewujudkan sistem pengangkutan udara yang selamat, cekap dan lestari. Saya ingin fokus kepada kelestarian tentang sistem pengangkutan udara di negara ini.

Belakangan ini, kami telah menerima banyak aduan dan rungutan dari penduduk Sarawak bahawa harga tiket penerbangan ulang-alik dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak terutamanya bagi bandar raya Miri dan Sibu yang terlalu tinggi. Kadangkala harga tiket penerbangan dari syarikat penerbangan kos rendah pun boleh mencecah harga lebih mahal berbanding ke luar negara. Umpamanya, pada Isnin yang lalu ketika saya menyemak harga tambang untuk semalam dan hari ini, untuk laluan sehala dari Miri ke KL, harganya telah mencecah hampir RM1,000.

final • 2:45 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Sekiranya saya banding dengan tambang penerbangan ke negara lain pada hari yang sama, contohnya ke Bangkok, harganya hanya RM400 lebih, ke Korea Selatan RM700 lebih, ke New Delhi, India RM700 lebih, ke Beijing, China RM800 lebih. So, perbandingan harga yang saya tampilkan tadi sememangnya telah menunjukkan satu yang tidak betul dalam ekosistem pasaran penerbangan dari Sarawak ke Semenanjung, lebih-lebih lagi sekiranya sampai ke musim perayaan.

Kalau di Semenanjung, kita dengar ada tol percuma pada musim perayaan untuk mengurangkan kos kewangan untuk balik kampung. Tetapi di Sarawak dan Sabah, terpaksalah kami menanggung beban kewangan yang lebih tinggi untuk pulang ke kampung. Mana keadilannya?

Saya dengan ini mohon Kementerian Pengangkutan untuk mengatakan secara terperinci dan mekanisme harga syarikat penerbangan tambang rendah dan faktor yang mengundang kepada masalah harga yang tinggi ini. Sesungguhnya kita boleh dengan mudahnya menuding jari dan menyalahkan syarikat penerbangan tetapi ini tidak dapat menyelesaikan masalah dan perkara yang sama akan tetap berlaku setiap tahun. Saya faham terdapat banyak faktor yang mengundang kepada harga tambang yang tinggi ini.

Sebagai contoh, kita boleh lihat MYAirline. Sebelum ini, sebelum ia berhenti daripada operasi sepenuhnya, MYAirline telah membuka laluan penerbangan ke Miri pada Mac tahun ini. Harga tiketnya cukup kompetitif kerana mempunyai mekanisme penentuan harga tersendiri. Kadangkala lebih rendah atau kurang, lebih kurang sama dengan harga tiket bas di Semenanjung.

Walau bagaimanapun, pada September yang lalu saya dimaklumkan oleh staf MYAirline bahawa MYAirline akan hentikan laluan KL-Miri dan Sibu kerana mengalami masalah kerugian selepas enam bulan memulakan laluan tersebut. Menurut mekanisme mereka, MYAirline perlu mencapai lebih daripada 80 peratus daripada kapasiti keseluruhan kapal untuk mereka mendapat keuntungan atau dengan izin, in order to make a route sustained.

final • 2:45 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Miri, ya. Saya ingin tambah sedikit tentang dalam perbahasan oleh Yang Berhormat Miri. Sekarang memang kita tengok penerbangan diulang-alik ke Kuala Lumpur dan Sarawak ini sudah nampaknya berkurangan. Ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan harga tambang tiket begitu mahal sekarang.

Jadi, saya ingin bertanya kepada kementerian, berapakah kapasiti setiap minggu sekarang yang berulang alik dari Semenanjung pergi ke Miri dan Sibu? Ini amat penting kerana kita, permintaan di Sibu dan Miri ini sekarang sekian sudah meningkat. Tetapi peluang untuk kapasiti kapal penerbangan ini memang sekarang berkurangan. Ini adalah sebab menyebabkan harga tambang ini semakin meningkat.

final • 2:45 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Saya mohon penjelasan yang terperinci daripada Yang Berhormat Menteri. Oleh itu, apa yang penting adalah kerajaan sama-sama dengan syarikat penerbangan untuk mencari satu mekanisme yang boleh mencapai keseimbangan di antara kepentingan pengguna dan juga keupayaan syarikat penerbangan untuk terus menawarkan harga yang kompetitif kepada pengguna.

final • 2:45 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Seterusnya, saya ingin merujuk kepada 13000 – Pembinaan dan Menaiktaraf Infrastruktur Lapangan Terbang dan juga 30000 – Pembesaran dan Menaiktaraf Lapangan Terbang Kuching/Miri/Sibu/Mukah/Padang Terbang Bario.

Saya ingin mohon penjelasan tentang perbezaan antara dua projek penaiktarafan lapangan terbang di bawah dua butiran ini, terutamanya bagi Lapangan Terbang Miri.

Menurut jawapan yang saya terima daripada Kementerian Pengangkutan semasa perbahasan RUU Perbekalan 2024 di Peringkat Dasar, saya telah mendapat jawapan bahawa cadangan naik taraf Lapangan Terbang Miri masih lagi belum dapat diluluskan.

Perkara ini sebenarnya akan amat mengecewakan kepada dua juta lebih penumpang

final • 2:50 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

pada tahun akan datang, kerana masih tetap terpaksa terhimpit dalam terminal yang telah beroperasi melebihi kapasitinya sekian lama.

Sedikit lagi, Tuan Pengerusi. Walau bagaimanapun, saya amat menghargai Kementerian Pengangkutan yang telah memahami dan mengiktiraf keperluan projek penaiktarafan Lapangan Terbang Miri ini. Terima kasih juga kepada Kementerian Pengangkutan kerana akan terus mengemukakan semula permohonan ini pada tahun hadapan untuk pertimbangan kerajaan. Saya berharap Kementerian Pengangkutan dapat terus mengangkat projek naik taraf Lapangan Terbang Miri sebagai satu keutamaan untuk dilaksanakan. Sekian, terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Miri. Dipersilakan Yang Berhormat Tumpat.

final • 2:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 010500 – Perancangan Strategik dan Antarabangsa. Didapati dalam bajet pada kali ini, terdapat pengurangan hampir RM5 juta.

Saya ingin bertanya, kenapakah pengurangan tersebut terjadi dan apakah rasional di sebalik pengurangan tersebut?

Di bawah Butiran 010600 berkenaan dengan Sumber Manusia iaitu yang telah pun banyak kali kita kemukakan berkenaan dengan Hak Asasi Wanita Islam iaitu khususnya kepada petugas-petugas yang bekerja dengan syarikat penerbangan mengenai wanita yang ingin menutup aurat dan memakai pakaian yang patuh syariah.

Bagaimanakah status permohonan daripada pramugari ini walaupun sekarang Jawatankuasa dan bukan masa melibatkan perkara dasar? Tetapi saya kira ia membabitkan perkara yang sangat penting berkaitan dengan keberkatan, bukan hanya kepada orang kata terbabit tetapi ekonomi negara.

Seterusnya di bawah Butiran 00800, berkait dengan Membaik pulih dan Mengukuhkan Landasan Pantai Timur. Saya dapati juga bajet dikurangkan sedangkan kalau kita lihat sekarang ini musim tengkujuh banyak membabitkan kerosakan kepada laluan terbabit dan saya ingin juga bertanya adakah dalam bajet ini, kerajaan boleh melihat kepada pembinaan dan konsep pengindahan khususnya pada stesen-stesen yang bersejarah di Kelantan, khususnya yang berada di kawasan Dabong dan juga Tumpat kerana ini merupakan tempat yang bersejarah bukan sahaja harus dimaintained tetapi juga harus disesuaikan dengan nilai sejarah yang ada di situ.

Di bawah Butiran 020300, saya ingin bertanya pihak kerajaan tentang teknologi hijau. Apakah perancangan kerajaan khususnya untuk penambahan stesen-stesen dan penggunaan kereta NGV dalam negara kerana setakat ini didapati hanya ada 64 buah sahaja stesen NGV berbanding dengan 4,020 stesen minyak dalam negara. Jadi, kalau tidak ada kemudahan, bagaimanakah kerajaan boleh menggalakkan teknologi hijau?

Juga berkenaan dengan kes kematian yang berlaku beberapa kali yang membabitkan kanak-kanak di Malaysia kerana ibu bapa mereka yang bekerja, yang telah tertinggal anak dalam kereta. Ini di bawah Butiran 020700, kerana kita dapati sebagai contohnya ialah kereta Volvo. Lebih daripada 20 tahun lepas, mereka telah mempunyai interior radar yang akan memberikan amaran kepada tuan punya kereta sekiranya mereka meninggalkan kereta, dalam masih ada orang lagi dalam kereta tersebut.

Jadi, kalau ini dapat diwajibkan atau dijadikan suatu insentif oleh pihak kerajaan supaya tidak lagi berlaku kes-kes parents tertinggal anak dalam kereta sehingga mengakibatkan kematian.

final • 2:51 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Minta laluan.

final • 2:51 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Jadi, kalau boleh kita mohon agar sistem ataupun teknologi seperti ini diguna pakai dan diberikan perhatian, khususnya dalam kajian dan juga tindakan oleh pihak kerajaan.

final • 2:51 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Berkenaan dengan 020700, saya ingin bertanya, apakah kesan ataupun hasil kajian yang melibatkan MIROS dan tindakan-tindakan yang dibuat hasil daripada kajian tersebut. Juga tentang jawapan ataupun keadaan terakhir yang kita buat bagi SOP yang melibatkan lif-lif yang rosak di stesen kereta api bagi kegunaan OKU. Kerana saya dapati dalam jawapan yang lepas, Menteri ada beritahu bahawa antara...

final • 2:51 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat, minta laluan sikit.

final • 2:51 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey.

final • 2:51 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Minta laluan sedikit.

Terima kasih. Terima kasih Tan Sri. Saya hendak merujuk kepada bila Yang Berhormat menyebut pramugari tadi dan juga Miri bercakap banyak berhubung dengan airline dengan harganya. Saya juga membawa pagi tadi saya hendak bertanya sebenarnya.

Saya bawa box yang diberi oleh MAS dalam short trip terbang dan sekali itu saya balik ke Pulau Langkawi, Yang Berhormat Menteri. Jadi, seorang duduk sebelah saya dan di belakang saya minta kerana dia mengenali saya sebagai Ahli Parlimen. Dia minta supaya saya berbincang dengan Yang Berhormat Menteri bahawa kotak yang diberi ini tidak langsung peka dengan kesihatan penumpang. Ada yang kencing manis Yang Berhormat Menteri, tidak boleh makan langsung kotak yang diberi ini.

Jadi, saya bawa sebagai bukti semuanya manis-manis Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat pernah dapat box ini, mungkin Yang Berhormat sendiri takkan makan satu pun. Semuanya manis-manis belaka dan saya boleh bagi kepada Seputeh. No problem. I’ll give the box afterwards. Dia suka kacau saya lah Yang Berhormat. Selepas itu, saya minta kalau Yang Berhormat dapatlah menegur MAS supaya peka sedikit. Apa salahnya taruk egg sandwich ke, croissant ke daripada barang-barang yang begitu manis sekali di dalam box ini. Saya minta supaya ada improvement-lah Yang Berhormat, dari segi servis dalam MAS tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 2:51 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Saya mohon dimasukkan dalam sebahagian daripada perbahasan saya dan ingin tambah. Dalam box tersebut ada air daripada kalau tidak silap saya daripada Starbucks. Jadi, saya harap dalam keadaan sentimen rakyat dan juga masyarakat khususnya kepada kita yang tidak menyokong tindakan Zionis Israel ini, saya harapkanlah gunakanlah barang tempatan yang tidak melibatkan sensitiviti masyarakat.

Di bawah Butiran 020100, saya juga ingin bertanya, adakah terdapat perbincangan di antara pihak JKR dan juga Kementerian Pengangkutan. Kerana didapati ada banyak yang kita mohon untuk buat jalan supaya selesai isu trafik. Tetapi bila dibuat jalan, di sini ada flyover, di sana ada flyover, berlaku bottleneck. Contohnya, yang berlaku di Wakaf Bharu dan juga di Pasir Pekan dalam kawasan Tumpat. Jadi, bila hanya dibuat di kawasan Wakaf Bharu, tak dibuat di kawasan Pasir Pekan, akibatnya keadaan trafik masih juga belum dapat diselesaikan. Mohon tindakan daripada pihak kerajaan. Terima kasih.

final • 2:51 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Dipersilakan Yang Berhormat Baram.

final • 2:51 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya hendak sentuh berkenaan dengan Kepala B.28 sub Kepala 030300, berkenaan dengan Subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar. Dulu dalam perbahasan saya yang sebelum ini, saya cakap berkenaan dengan jalan balak. Tetapi inilah menunjukkan bahawa perhubungan ataupun connectivity ini begitu penting. Di kawasan Baram, terdapat enam buah lapangan ataupun padang terbang, ini bukan airport tetapi dia padang terbang.

Disebutkan dalam kita punya bajet pun Yang Berhormat Menteri memang padang terbang dan saya ucap bagi pihak penduduk di kawasan luar bandar, khususnya di

final • 2:57 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Sarawak kerana kerajaan prihatin dan meneruskan dengan subsidi yang sebanyak RM200 lebih juta ini untuk tahun yang akan datang.

Hanya yang saya hendak tanya adalah berkenaan dengan– sebab kita di kawasan pedalaman. Padang terbang yang kita ada, muatan Twin Otter ini Yang Berhormat Timbalan Speaker adalah terhad. Twin Otter, kapasiti sebenar dia 18 ataupun 19 kapasiti. Namun, yang terbang ini penumpang yang dapat pergi ke kawasan pedalaman ini, ke padang terbang ini adalah dalam lingkungan sembilan orang sahaja. Ini yang saya fahamkan dan saya mahu tanya, sama ada apa kaedah ataupun modus operandi yang digunakan oleh pihak kementerian apabila memberi subsidi ini. Adakah subsidi ini berasaskan kepada load yang sebenar ataupun kapasiti yang ada ini?

Di samping itu, saya rasa mungkin dalam masa terdekat dan tanpa kita menjejaskan keselamatan penumpang. Mungkin kadar kekerapan penerbangan ini di kawasan pedalaman tertentu, khususnya di Bario ini ditambahkan daripada yang ada sekarang ini.

final • 2:57 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Saya difahamkan pada hari ini, mungkin tiga atau empat penerbangan setiap hari tetapi kapasiti berdasarkan sembilan orang ini, 27 ataupun 30 lebih penumpang sahaja yang dapat bergerak ke kawasan tertentu ini. Mohon supaya ini dipertimbangkan dan on the same note, saya nak juga sebut berkenaan dengan P.28 Kepala 30,000. Ini berkenaan dengan pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang Kuching, Miri, Sibu, Mukah, Padang Terbang Bario.

Seperti yang saya kata awal tadi, pada hari ini saya difahamkan empat penerbangan maksimum satu hari ke Bario berdasarkan kepada sembilan kapasiti. Saya percaya ini jalan kita yang ada adalah jalan balak dan inilah padang terbang inilah yang menjadi akses utama rakyat ke bandar ataupun dari bandar ke kawasan-kawasan pendalaman ini. Lebih-lebih lagi orang yang sakit yang memerlukan rawatan yang segera.

Ini memang kita ada flying doctor tetapi itu pun mungkin yang emergency sahaja itu. Tetapi inilah saya mohon supaya pihak kerajaan memberitahu di mana tahap ataupun status pelaksanaan Padang Terbang Bario ini sekarang ini.

Saya difahamkan, saya juga faham bahawa tahun dulu kita dah sebut juga berkenaan dengan perkara ini. So, saya mohon ini dipercepatkan dan beritahu sama ada lepas ini diperbaiki dan Twin Otter ataupun Fokker akan dapat masuk ke kawasan Bario ini. Saya percaya bahawa kerajaan memang prihatin dengan kita di kawasan pendalaman sebab jalan kita tak bagus dan hanya hubungan kita yang ada adalah melalui padang terbang ini.

Jadi, saya akhiri dengan berbanyak-banyak terima kasih kepada kerajaan, kementerian kerana prihatin berkenaan dengan kesusahan, cabaran, perhubungan yang kita hadapi di kawasan pendalaman. Sekian, terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Baram. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Serai.

final • 3:00 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 06000 – Pembaikan dan Pembinaan Jeti Jabatan Laut Semenanjung.

Semakin ramai penumpang yang menyatakan kecenderungan untuk memilih perkhidmatan feri yang disediakan melalui Terminal Jeti Kuala Kedah dan Kuala Perlis sebagai pilihan utama untuk perjalanan mereka ke destinasi Langkawi.

Kedua-dua jeti ini telah muncul sebagai titik kegemaran di kalangan pelancong dan penduduk setempat menunjukkan populariti yang ketara dan kepercayaan dalam penawaran perkhidmatan pengangkutan maritim mereka. Ada peningkatan dalam tajuk ini daripada RM42 juta kepada RM58 juta.

final • 3:03 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Jadi, apakah langkah-langkah konkrit yang telah diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan kemudahan perkhidmatan feri dari tanah besar ke Langkawi di samping pelabuhan-pelabuhan utama seperti Kuala Kedah dan Kuala Perlis? Mengingatkan bahawa kedua-dua kawasan tersebut kini menghadapi cabaran yang serius berkaitan dengan keberadaan beting pasir menyebabkan keperluan untuk menjalankan kerja-kerja pengerukan pasir secara tahunan.

Adakah terdapat strategi khusus yang diambil untuk mengatasi cabaran ini dan meningkatkan kecekapan serta kebolehcapaian perkhidmatan feri di kawasan tersebut?

Seperti sebelum ini ada cadangan untuk mewujudkan jeti baharu di Kuala Sanglang seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini.

Seterusnya adalah Yang Berhormat Pengerusi, Butiran 02100 – Agensi Pengangkutan Awam Darat. Menurut Utusan Malaysia yang diterbitkan pada 15 Ogos 2023, isu kekurangan sumber pendapatan yang dihadapi oleh seramai 40,000 pemandu teksi di seluruh negara menjadi semakin ketara semenjak sektor ekonomi gig muncul sebagai pesaing utama. Perkara ini mungkin disebabkan oleh fakta bahawa ramai pemandu teksi di dalam komuniti ini memiliki ciri-ciri usia yang lanjut dan juga mungkin kurang berpengalaman atau kurang mahir dalam menggunakan teknologi canggih seperti aplikasi dan alat-alat elektronik yang menjadi aspek penting dalam era moden ini.

Keadaan ini memberi penekanan kepada keperluan untuk pengembangan program latihan atau bantuan yang spesifik untuk membimbing pemandu teksi dalam menguasai dan mengintegrasikan teknologi tersebut ke dalam amalan harian mereka.

Mereka sekali gus memastikan kelestarian dan daya saing mereka di dalam industri yang semakin melibatkan elemen digital.

Jadi, bagaimana kerajaan bertindak bagi membantu menangani isu-isu yang dihadapi oleh pemandu teksi khususnya dalam menghadapi saingan daripada perkhidmatan e-hailing? Penyertaan ini membangkitkan keperluan untuk strategi dan sokongan khusus dapat diberikan kepada komuniti pemandu teksi yang kebanyakannya terdiri daripada individu yang berumur atau golongan pencen yang mungkin menghadapi cabaran dalam menggunakan teknologi moden.

Adakah terdapat program pembelajaran atau pembantuan khusus yang telah diwujudkan untuk memberikan kemahiran dan pengetahuan teknologi kepada pemandu teksi serta langkah-langkah yang diambil untuk memastikan keadilan dan kelestarian dalam industri pengangkutan awam ini?

Kini, kalau saya nak bagi contoh di stesen bas dan teksi Kulim, pemandu- pemandu e-hailing sudah mula mengambil penumpang di kawasan sekitar kawasan stesen bas ataupun teksi di stesen bas Kulim itu. Jadi ia telah menambahkan persaingan kepada pemandu-pemandu teksi ini.

final • 3:03 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Padang Serai, sikit.

Sikit mencelah.

final • 3:03 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Sikit, sikit mencelah.

final • 3:03 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Berkaitan dengan dasar pengangkutan awam ini, kita mohon Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan bagaimana dalam Dasar Pengangkutan Negara dibuat sasaran 40 peratus menggunakan pengangkutan awam. Namun sekarang ini hanya 20 peratus yang menggunakannya.

Yang kedua juga dilihat Dasar Pengangkutan Negara ini nampak agak bercanggah dengan Dasar Automotif Negara iaitu satu dasar kita ini untuk nak mengurangkan penggunaan kereta. Satu lagi dasar untuk menambah industri kereta ini.

Jadi, bagaimana kementerian melihat untuk diharmonikan kedua-dua dasar ini untuk kepentingan jalan raya kita supaya tidak berlaku lagi kesesakan? Terima kasih Padang Serai.

final • 3:03 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Terima kasih Sik, masuk ke dalam ucapan saya.

final • 3:03 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Seterusnya Yang Berhormat Pengerusi, isu berkaitan dengan Majlis Keselamatan Jalan Raya. Saya tengok kod dia tak ada. Jadi mungkin ada, mungkin Menteri boleh terangkan. Dengan pertambahan penggunaan jalan raya berlaku setiap hari terdapat peningkatan signifikan dan kompleksiti lalu lintas mencipta satu landskap yang semakin mencabar daripada segi keselamatan. Dalam konteks ini, risiko bagi berlakunya kemalangan jalan raya turut meningkat, seiring dengan pertumbuhan berterusan jumlah pengguna jalan.

Pada tahun lalu, Malaysia telah mencatatkan jumlah yang mencemaskan dengan 546,630 kemalangan jalan raya, mewakili satu kemalangan setiap minit mencerminkan cabaran serius di dalam landskap keselamatan jalan. Dari statistik ini, kita juga menyaksikan kehilangan 6,067 nyawa mencipta satu situasi yang memerlukan perhatian serius dan tindakan proaktif.

Jadi selain daripada usaha-usaha yang telah diperkenalkan sebelum ini untuk menangani isu kemalangan jalan raya, adakah terdapat langkah-langkah dan perancangan terkini yang sedang dipertimbangkan atau dilaksanakan oleh kementerian untuk lebih merangkumi dan secara proaktif mengurangkan insiden kemalangan jalan raya?

Bagaimana kementerian merancang untuk memperkuatkan sistem sedia ada melibatkan unsur-unsur pencegahan, pengawasan dan respons? Serta adakah terdapat inovasi di dalam penggunaan teknologi ataupun kaedah pengurusan trafik yang dipertimbangkan bagi meningkatkan keberkesanan langkah-langkah pencegahan dan keselamatan di jalan raya?

Saya juga ingin mencadangkan agar dapat ditingkatkan peruntukan untuk Majlis Keselamatan Jalan Raya Pusat dan juga negeri-negeri dengan tujuan untuk memberikan sokongan lebih efektif bagi aktiviti advokasi dan kempen keselamatan jalan raya di peringkat tempatan. Dalam sidang yang lalu, saya pernah memberikan cadangan supaya MKJR ataupun Kementerian Pengangkutan mewujudkan unit yang boleh membuatkan kempen melalui page ataupun TikTok ataupun Instagram.

Saya baru update tengok page MKJR, tidak ada langsung kempen tentang bahaya ataupun kengerian untuk melihat suatu kejadian jalan raya yang kemalangan jalan raya. Jadi seperti tidak ada tindakan tentang hal ini. Memang kita agak sensitif, tidak boleh tunjuk muka mangsa-mangsa, kita boleh blur-kan kawasan muka dan sebagainya dan juga nombor plat kereta tetapi ini atau mungkin boleh memberi satu pengajaran, menjadi ketakutan kepada pengguna-pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan lebuh raya dan jalan raya. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Terima kasih Menteri.

final • 3:03 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Dipersilakan Yang Berhormat Sandakan.

final • 3:10 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih Dato’ Pengerusi.

Pertama sekali saya ingin merujuk kepada Butiran 07000 – Pembaikan/Pembinaan Kompleks Pejabat/Sistem Peralatan Jabatan Laut. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan bagi memastikan pangkalan data Program Malaysia Maritime Single Window (MMSW) dilaksanakan bermula pada tahun 2024. Ini akan memastikan ada satu clearance system dengan izin, yang lancar dan cekap untuk kapal masuk ke pelabuhan utama di negara kita dan memastikan ekonomi kita berdaya saing di arena global.

Soalan saya kepada kementerian adalah adakah MMSW ini akan dilaksanakan di semua pelabuhan utama di Sabah seperti di Sepanggar, di Sandakan dan Tawau untuk memastikan kecekapan yang sama dapat dicapai? Adakah kementerian akan menyediakan perlengkapan serta tempoh masa yang khusus untuk pelabuhan-pelabuhan utama di Sabah, juga dilengkapi dengan MMSW?

final • 3:10 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Kedua, saya ingin merujuk kepada Butiran 030300 – Subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS). Dato’ Pengerusi, tambang kapal terbang ke dan dari Sandakan telah meningkat dengan ketara dalam masa satu tahun setengah yang lepas sejak pembukaan semula sempadan antarabangsa negara. Penerbangan ke Kuala Lumpur dari Sandakan kadangkala jauh lebih mahal daripada penerbangan ke luar negara untuk bercuti, terutamanya semasa waktu puncak.

Sebagai contoh, harga tiket sehala dari Kuala Lumpur ke Sandakan pada minggu pertama Februari 2024 telah mencecah lebih RM700, malah perjalanan balik ke Kota Kinabalu hanya mengambil masa setengah jam. Penerbangan dari Sandakan berharga sekitar RM300 lebih, RM320 dalam tempoh yang sama dan ini belum mengambil kira bayaran daftar masuk bagasi.

Jadi, adakah kementerian akan mengkaji semula isu kapasiti semasa dan meminta syarikat penerbangan untuk pertimbangkan peningkatan kapasiti untuk padanan permintaan bagi mengatasi tambang penerbangan yang terlalu tinggi terutamanya antara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak?

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan bagi memperkenalkan penerbangan tambahan balik kampung bagi musim perayaan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak pada harga tetap sejak beliau mula-mula menjadi Menteri Pengangkutan. Saya sangat berharap inisiatif yang amat baik ini akan diteruskan pada tahun 2024, sama ada ia untuk perayaan Tahun Baru Cina ataupun Hari Raya. Ratusan rakyat Sabah juga dapat menikmati detik-detik indah bersama keluarga mereka kerana inisiatif ini. Juga tidak dilupakan Hari Kaamatan untuk Sabah.

Jadi ketiga, saya ingin merujuk kepada Butiran 020400 – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP Sabah) dan Butiran 60000 – Pengangkutan Awam Bandar. Jadi Dato’ Pengerusi, saya juga memuji usaha kementerian untuk terus mendorong ketelusan yang lebih tinggi dalam usaha seharian dengan memperkenalkan lebih banyak perkhidmatan dalam talian seperti portal perkhidmatan dalam talian LPKP, di mana orang ramai boleh membuat permohonan mereka pada bila-bila masa dan di mana- mana sahaja tanpa perlu melalui kaunter fizikal.

Di samping itu, tumpuan kepada pengangkutan awam untuk komuniti lebih mampan dan mesra adalah sangat penting ke arah mencapai sasaran kita bagi pelepasan karbon sifar. Jadi, sistem pengangkutan awam tidak seharusnya menjadi satu hasil daripada kesesakan lalu lintas. Pengangkutan awam juga tidak boleh dijadikan hanya satu sekadar penimbangan untuk pembangunan bandar. Ia harus menjadi sebahagian daripada gaya hidup kita yang menggalakkan kemapanan tenaga hijau yang lebih besar dan selaras dengan SDG.

Justeru itu, saya juga berharap kementerian boleh memperuntukkan lebih banyak peruntukan bagi memperkenalkan rancangan dan perlaksanaan sistem pengangkutan awam yang lebih baik di Sabah termasuk di Sandakan. Sama ada memodenkan sistem pengangkutan awam seperti bas, ART, BRT, MRT atau LRT ataupun pas perjalanan M30 atau M50 di mana inisiatif yang baik ini masih ditunggu-tunggu di Sabah dan supaya inisiatif ini dapat dinikmati oleh lebih ramai rakyat di Malaysia dan di seluruh negara.

Jadi, saya juga ingin menyeru kepada kementerian untuk menyelidik semula penerima ISBSF dan membuka lebih banyak peluang untuk permohonan baru supaya peruntukan ini dapat digunakan dengan sebaiknya. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 3:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Dato’ Pengerusi.

Saya terus kepada B.28 Butiran 010000 – Pengurusan, 010200 – Maritim. Peruntukan sejumlah RM6.9 juta. Sekarang ini kita sedia maklum bahawa pembangunan Pelabuhan Pulau Carey dijangka mulai pada tahun 2025 walaupun pada hari ini saya belum

final • 3:15 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

mendapat satu bentuk bagaimana pembangunan itu akan berlaku ataupun master plan- nya. Tetapi, saya mengharapkan sistem jalan raya akan diperbaiki sebelum ada pembangunan supaya dia tidak memberikan mudarat kepada masyarakat tempatan.

Di Pulau Carey ini ada lima kampung Orang Asli dan satu kampung orang Melayu.

Sebahagian besarnya menjadi nelayan dan sebagai mata pencarian mereka. Pesisir pantai dan juga Sungai Langat di sekeliling Pulau Carey ini telah diwartakan sebagai port limit dan mereka ini menjadikan sungai ini sebagai mata pencarian.

Saya nak mendapat penjelasan daripada kementerian, apakah pertimbangan yang boleh diberikan kepada nelayan pesisir kawasan port limit ini, terutamanya di sekitar Pulau Carey khususnya orang-orang Melayu dan Asli yang menjalankan aktiviti nelayan mereka di sini? Mereka sering diganggu oleh pihak-pihak berkuasa kerana aktivitinya berada dalam kawasan port limit ini.

Kemudian, B.28 020100 – Peruntukan bagi Agensi Pengangkutan Awam Darat

(APAD) sebanyak RM13.3 juta 2024 berbanding RM11.46 juta tahun 2023. Apakah status kajian terkini JPJ berhubung cadangan menaik taraf lesen memandu motosikal bagi kelas B1 dan B2 kepada B?

Saya juga ingin mendapat maklumat kementerian, pada hari ini kalau kita lihat ramai di kalangan pelajar-pelajar hatta di peringkat menengah Tingkatan 1, 2 dan 3 pergi ke sekolah menaiki motosikal. Bahkan mereka ini tidak mempunyai sebarang lesen dan sebahagiannya itu juga tidak mengutamakan keselamatan, tidak menggunakan topi keledar dan sebagainya walaupun kita tahu ini adalah satu kesalahan.

Saya ingat di peringkat polis dan juga JPJ, kerap juga membuat tangkapan dan sebagainya tetapi ia tidak begitu berkesan. Cuma, mungkin ada satu perancangan di peringkat kerajaan negeri bagi mengatasi masalah ini kepada pelajar-pelajar yang mereka menjadi alasan kalau tidak ada kenderaan untuk naik motor dan sebagainya, mereka tidak pergi ke sekolah.

Mungkin boleh dipertimbangkan ataupun ada satu bentuk seperti suatu ketika dahulu kita ada lesen memandu B3 yang mungkin boleh diperkenalkan ataupun sekurang- kurangnya pendidikan tentang keselamatan jalan raya itu dan juga mungkin ujian-ujian sebagai asas untuk mereka juga dibenarkan untuk memandu dan sebagainya. Soal keselamatan kita tidak boleh kesampingkan.

Kemudian, B.28 020000 – Perkhidmatan Pengangkutan, 020200 – Pengangkutan Laut. Sungai Langat aktif dengan pengangkutan laut seperti membawa bahan pasir laut ke stockpile dan juga bahan-bahan yang lain termasuklah besi lusuh, kertas recycle dan sebagainya. Saya nak katakan bahawa khusus kepada jeti di Bandar Lama Carey ataupun di kawasan Teluk Panglima Garang ini yang sebahagiannya bukan hanya jeti-jeti kecil tetapi seolah-olah sudah sebagai satu mini pelabuhan.

Saya lihat pengusahanya melakukan aktiviti yang kadang-kadang ianya di luar daripada aktiviti yang dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Berlaku kejadian kebakaran longgokan bahan recehan yang menyebabkan pencemaran udara dan juga sekitar kepada kawasan-kawasan itu.

Ini adalah antara aktiviti yang tidak dibenarkan tetapi seperti mana yang kita sedia maklum, pemantauan aktiviti di jeti ini adalah di bawah pihak Lembaga Pelabuhan Klang dan bukan secara harian. Cuma isunya bagaimana kerajaan mungkin boleh sentiasa memantau aktiviti-aktiviti yang berlaku di sini?

Saya khuatir kalau ada aktiviti-aktiviti yang mungkin kita tidak mahu aktiviti yang memberikan masalah kepada negara kita, pemerdagangan manusia dan sebagainya, kemasukan senjata api dan sebagainya. Kalau tidak ada pemantauan yang baik, ianya mungkin kita terdedah kepada perkara ini. Kemudian, 020300 – Peruntukan bagi pengangkutan jalan sebanyak RM706 juta.

final • 3:15 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Saya nak dapat maklumat daripada kementerian, perincian mengenai pecahan kos bagi pembinaan lima stesen transit aliran ringan LRT3 Stesen Tropicana, Raja Muda,

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Temasya, Bukit Raja dan juga Bandar Botanik sebanyak RM4.7 bilion sepertimana yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mana dulunya adalah dibatalkan. Apakah garis semasa pelaksanaan serta kajian penilaian terhadap kesan lalu lintas dan Traffic Impact Assessment yang telah dijalankan?

Kemudian yang terakhir, saya nak sebutkan berkaitan dengan kenderaan muatan berat melebihi lapan tan melalui jalan kampung. Saya sangat berterima kasih kepada JPJ dan juga pihak polis yang memberikan kerjasama yang baik terutamanya di kawasan Kuala Langat sering berlaku kepada pemandu-pemandu berat muatan yang lebih.

Walaupun jelas tanda muatan jalan raya di kampung ini tidak melebihi daripada lapan tan, tetapi apabila mereka masuk dan menjadi permasalahan pergaduhan dengan masyarakat kampung yang menjadi alasan adalah rujukan mereka kepada Waze melalui jalan itu. Itu sebagai satu alasan.

Yang tidak baiknya adalah apabila mereka melalui jalan-jalan kampung ini, boleh menyebabkan jalan kampung rosak dan juga langgaran talian Telekom dan TNB dan sering kali berlaku pergaduhan. Apakah tindakan kementerian, mungkin bagi memantau keadaan ini walaupun kita tidak boleh serahkan 100 peratus kepada JPJ dan sebagainya?

Dengan kekuatan pegawai yang ada, tapi saya kira mungkin ada kaedah-kaedah yang boleh membantu akhirnya memberikan manfaat kesejahteraan kepada masyarakat. Saya kira sekadar itu, terima kasih Dato’ Pengerusi.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Segamat.

final • 3:20 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ada tiga butiran yang saya ingin sebut dalam Kementerian Pengangkutan. Yang pertama, Butiran 040300 – High Level Asean Transport Meeting. Satu peruntukan yang begitu besar, RM3.1 juta telah diperuntukkan bagi satu mesyuarat diadakan di antara negara- negara.

Mesyuarat ini juga menekankan beberapa aspek penting bagi pengangkutan dua hala di beberapa negara ASEAN ini dan juga berharap peruntukan ini dapat memberi implikasi kepada ekonomi dan logistik dan juga mobiliti rakyat dalam jangka masa panjang.

Saya juga ada beberapa persoalan berkenaan dengan itu. Dalam mesyuarat tersebut, antara wakil menekankan yang telah diberi tumpuan oleh wakil-wakil negara ASEAN adalah komitmen terhadap usaha pemulihan industri, pengangkutan pasca COVID-19 yang turut meliputi pelan tindakan bagi menambah baik rangkaian antara sempadan bagi pengangkutan serta logistik darat dan juga memperkukuhkan industri penerbangan di negara-negara ASEAN yang antaranya menyentuh tentang pengalaman garisan panduan ASEAN bagi sistem pengurusan persekitaran lapangan terbang.

Bagi penganjuran High Level Asean Transportation Meeting ini bagi tahun depan, saya berpendirian bahawa Yang Berhormat Menteri Pengangkutan juga harus bertindak selaku pengerusi sewajarnya menegaskan satu resolusi bersepadu dalam hal yang melibatkan reformasi serta pembangunan industri penerbangan tempatan.

Selain daripada itu, selaku pengerusi, Yang Berhormat Menteri juga perlu merumuskan satu pelan tindakan bersepadu yang komprehensif yang boleh melancarkan usaha Kerajaan Perpaduan yang akan mempergiatkan kawalan penyeludupan rokok dan minuman beralkohol menerusi aspek logistik, berkenaan dengan perlu memberi perhatian supaya kita boleh mengawal isu-isu tersebut.

Penegasan tersebut penting untuk diketengahkan di pentas High Level ASEAN Transport Meeting memandangkan aktiviti perdagangan yang melibatkan rokok dan minuman beralkohol telah digariskan dengan beberapa garis panduan atau pematuhan baharu untuk dikuatkuasakan bermula pada bulan Januari 2024 terutamanya yang melibatkan perihal peralihan, komoditi antara mod atau apa yang disebut sebagai transshipment dalam terma industri freight and forwarding.

final • 3:21 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Malaysia memerlukan dan mendapatkan dukungan bersama negara-negara ASEAN dalam menentukan pelabuhan-pelabuhan khas bagi pengendalian transshipment bagi barangan-barangan berduti menerusi integrasi pengendalian logistik ASEAN yang efisien. Malaysia secara tidak langsung dapat mengekang sebarang bentuk aktiviti perdagangan yang dijalankan secara haram menerusi mod-mod pengangkutan tertentu yang boleh mengundang kepada masalah ketirisan cukai yang diberikan kepada rakyat dan negara.

Juga ada beberapa perkara yang saya meminta Menteri memberi perincian.

Pertama adalah perbelanjaan yang melibatkan dalam penganjuran High Level Asean Transport Meeting 2024. Kedua, kedudukan dukungan serta aspirasi Malaysia dalam mereformasi sektor pengangkutan pelbagai mod yang akan diketengahkan dalam mesyuarat tersebut. Ketiga adalah kelainan yang boleh ditonjolkan dalam penganjuran High Level Asean Transport Meeting 2024 berbanding yang telah diadakan di Indonesia pada tahun 2022 dan Laos pada 2023.

Seterusnya adalah Butiran 031100 – Pas Perjalanan Percuma Pelajar Sekolah dan OKU. Saya ingin memuji satu langkah yang diambil oleh kementerian adalah satu langkah yang terbaik dan juga memudahkan dengan kos sara hidup dan juga pelbagai cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa. Ini adalah satu inisiatif yang sangat baik dan juga membawa manfaat kepada pelajar dan juga ibu bapa.

Saya ada beberapa soalan juga berkenaan dengan butiran ini. Subsidi bersasar juga telah diberi perhatian dan juga penyediaan pas perjalanan percuma kepada pelajar sekolah dan OKU perlu dilaksanakan secara sistematik agar hanya segmen pelajar dan OKU benar-benar layak sahaja yang dapat bermanfaat.

Selain memastikan manfaat bersasar juga dicapai, pelaksanaan pas perjalanan percuma tersebut juga dapat mengekang penglibatan sindiket van sapu yang kita lihat yang beroperasi secara haram seperti yang didakwa oleh Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Industri Bas Sekolah Malaysia.

Pelajar sekolah yang layak mendapatkan pas perjalanan percuma tersebut sudah tentu akan menaiki van atau bas sekolah yang berdaftar sahaja. Saya ada beberapa soalan berkenaan isu pas ini. Pertama adalah konsep pelaksanaan pas perjalanan percuma ini, adakah melibatkan pas digital yang memerlukan aplikasi dalam talian tertentu ataupun akan ada fizikal pas secara terus kepada sekolah yang memohon?

Kedua, kriteria serta penilaian yang akan dilaksanakan, kelas pendapatan ibu bapa atau mengikut mod pengangkutan yang sering digunakan oleh pelajar-pelajar yang layak untuk memohon? Ketiga adalah apakah bentuk kerjasama dengan syarikat pengendali pengangkutan bas sekolah dalam perjalanan menjayakan objektif pelaksanaan pas percuma ini?

Seterusnya adalah pelajar yang tinggal di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan juga yang dibangunkan dengan kemudahan LRT, monorel dan MRT, adakah pas perjalanan percuma tersebut akan meliputi ketiga-tiga perkhidmatan pengangkutan awam yang saya nyatakan tadi?

Keempat, adakah kementerian mempunyai perancangan untuk jangka masa panjang dalam masa yang akan datang untuk juga melibatkan e-hailing dalam fasa yang berikutnya? Akhir sekali adalah berapakah anggaran perbelanjaan yang akan dikhususkan untuk satu pas perjalanan percuma bagi seorang pelajar? Adakah ia akan diperuntukkan secara one-off setahun atau boleh ditambah nilai setiap bulan, menerusi permohonan mengikut keperluan pergerakan seorang pelajar?

Terakhir sekali, 020600 adalah berkenaan dengan CAAM. Ini adalah isu dengan berkaitan dengan baru-baru ini ada terima banyak aduan berkenaan dengan kelewatan kapal terbang khususnya di tempat — sebelum ini banyak aduan berkenaan dengan Malindo. Baru-baru ini adalah isu berkenaan kelewatan FireFly.

Saya cuma ingin nak tanya kepada Menteri, adakah ini— kalau isu kelewatan ini ada berkaitan dengan cuaca, mungkin kita boleh terima. Adakah isu ini, kelewatan ini melibatkan kekurangan kapal terbang atau pengurusan yang tidak cekap ini memberi

final • 3:21 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

kesan kepada pengangkutan dan juga imej kepada kerajaan? Kelewatan kapal terbang ini kerap berlaku baru-baru ini.

Saya sendiri juga mengalami perkara ini. Seminggu tiga kali lewat dan hari yang sama lewat empat kali. Saya kena tunggu dua jam dalam airport ini. Ia juga akan juga memberi kesan kepada ekonomi. Saya juga mohon Menteri juga memberi perhatian dan juga memberi sedikit penjelasan dan langkah-langkah yang telah diambil untuk menangani isu kelewatan kapal terbang tempatan. Sekian, terima kasih.

final • 3:21 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Yang Berhormat Besut, silakan.

final • 3:21 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Dato’ Pengerusi.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan, mengalu-alukan kedatangan guru-guru dan juga murid-murid daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut di Kuala Besut.

[Tepuk] Sekolah yang begitu berprestij yang mencapai banyak kejayaan sama ada di bidang kurikulum dan juga akademik. Salah satunya, 2018, Pertandingan Nuklear di Korea, juara.

[Tepuk] Terbaharu War Cry juga sebagai juara. Ia unit beruniform.

Terima kasih.

final • 3:21 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Besut. Berikutannya giliran Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, Kementerian Pengangkutan. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri, 25 minit.

final • 3:21 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih kepada Dato’ Pengerusi dan saya ucapkan terima kasih kepada 17 orang Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dalam Rang Undang-undang Perbekalan 2024 peringkat Jawatankuasa, Kementerian Pengangkutan. Kementerian Pengangkutan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang selamat, cekap, berkesinambungan di seluruh Malaysia, bagi meningkatkan kualiti hidup dan menyokong ekonomi yang kompetitif.

final • 3:29 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Menerusi Bajet 2024, secara keseluruhannya MOT telah diperuntukkan sebanyak RM6.287 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM205.5 juta ataupun 2.38 peratus berbanding dengan Bajet 2023. Peruntukan ini adalah melibatkan perbelanjaan mengurus berjumlah RM1.642 bilion atau 26.2 peratus dan perbelanjaan pembangunan yang berjumlah RM4.645 bilion atau 73.8 peratus daripada keseluruhan peruntukan.

Bagi perbelanjaan mengurus, peruntukan yang diluluskan adalah sebanyak RM1.642 bilion iaitu meningkat sebanyak RM97.3 juta atau 6.3 peratus lebih tinggi, berbanding dengan peruntukan yang diluluskan tahun 2023. Begitu juga perbelanjaan pembangunan, peningkatan sebanyak RM108.2 juta atau 2.4 peratus daripada Bajet 2023 yang lepas.

Dato’ Pengerusi, saya ingin menjawab sebanyak yang boleh daripada pertanyaan-pertanyaan Ahli-ahli Yang Berhormat. Pertamanya, Yang Berhormat Klang telah membahaskan, membangkitkan isu pekerja. Kononnya bahawa tak ramai pekerja tempatan yang terlibat dalam industri perkapalan dan juga industri di pelabuhan. Memang betul bahawa ramai pekerja-pekerja kita dalam sektor ini, terutamanya di pelabuhan dan juga termasuk di sektor logistik memerlukan pekerja-pekerja daripada warga asing.

Namun begitu, kita tidak dapat menetapkan had kepada mana-mana satu kategori kerana yang pertamanya dari segi pelaut, kita menggalakkan kalau ada mana-mana pihak ataupun Yang Berhormat Klang yang dapat membawa ataupun dapat menggalakkan warga tempatan untuk menceburi peluang-peluang pekerjaan dalam sektor perkapalan, kita alu-alukan.

Malah, Pusat Khidmat Ahli Parlimen boleh menganjurkan warga-warga tempatan sekiranya ada, daftarkan mereka dan kita boleh buat satu ekspo kerjaya untuk mereka.

Kita telah biasa, telah buat pelbagai ekspo kerjaya, di mana kita mengumpulkan syarikat-

final • 3:30 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

syarikat pengangkutan untuk menawarkan peluang-peluang pekerjaan kepada warga tempatan. Tetapi dalam sektor perkapalan, dia ada berkaitan dengan yang pertamanya Yang Berhormat.

Memang betul, untuk pelaut-pelaut ini ataupun seafarers ini, sebenarnya pendapatan mereka agak baik ataupun gaji yang dibayar kepada pelaut-pelaut ini adalah lebih tinggi daripada pekerjaan-pekerjaan yang lain. Tetapi satu perkara yang memang tak ramai rakyat Malaysia yang berminat kerana apabila mereka bertugas, mereka kena keluar daripada keluarga mereka atau pun rumah mereka untuk berbulan-bulan. Sebab kalau pelaut, seafarers mereka bertugas di atas kapal dan mereka terpaksa meninggalkan keluarga. Itu yang antara satu faktor yang tak ramai juga berminat.

Namun begitu, kita mengalu-alukan kalau ada pihak Ahli Parlimen yang ingin menggalakkan warga tempatan untuk menceburi bidang perkapalan ini menjadi pelaut, kita amat mengalu-alukan. Malah dalam Belanjawan 2024, kerajaan telah memperuntukkan RM20 juta untuk latihan berkaitan maritim, menaik taraf pelaut yang dikongsi bersama ASWARA dan MRO aeroangkasa. Ini dibuat melalui Perbadanan Tabung Peningkatan Kemahiran (PTPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Dengan peruntukan ini, akan memberikan ruang kepada pelaut-pelaut untuk meningkatkan upskilling mereka dan sekurang-kurangnya dapat mengisi kelompangan yang berlaku. Dijangkakan perkara ini mengambil masa satu hingga setahun untuk mengatasi masalah ini.

Jadi, untuk latihan upgrading ini memang ada dan ada peruntukan yang telah pun diperuntukkan seperti yang saya katakan. Ada satu institut, di mana ASWARA yang juga merupakan satu institut yang membantu untuk upskilling kepada pelaut-pelaut ini.

Jadi, saya amat mengalu-alukan kalau Yang Berhormat Klang dapat membantu mengumpulkan warga-warga tempatan supaya kita boleh buat matching, job matching dengan syarikat-syarikat yang ingin mendapatkan pekerja. Ini antara masalah yang sering dihadapi. Bukannya mereka tak nak mengambil pekerja tempatan tetapi apabila ada peluang-peluang ini, kadang kala tak ramai yang datang ataupun come forward.

Dato’ Pengerusi, yang keduanya Yang Berhormat Jerantut. Yang Berhormat Jerantut, walaupun saya difahamkan beliau tidak dapat hadir kerana berada dalam Kamar Khas, namun saya menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerantut.

Pertamanya, berkenaan dengan perbicaraan nasional MH17. Seperti yang kita tahu, dalam bajet tahun depan, kita tak perlukan lagi peruntukan untuk perbicaraan ini kerana perbicaraan ini telah pun tamat. Berkenaan dengan nilai pampasan yang diterima oleh setiap keluarga, itu tertakluk kepada final compensation itu tertakluk kepada pembuktian kerugian dan unit bagi setiap penumpang. Pembuktian kerugian ini akan dinilai mengikut prinsip undang-undang dan tertakluk kepada Konvensyen Montreal ataupun Montreal Convention.

Namun begitu, saya difahamkan apabila berlakunya MH17 ini, melalui pihak syarikat penerbangan, keluarga-keluarga penumpang ataupun next of kin ini telah pun diberikan pampasan sebelum ini tetapi jumlah itu memang dia merupakan satu perkara yang private di antara syarikat penerbangan dengan next of kin.

Keduanya, berkenaan dengan tragedi Elmina. Memang kita ada membantu kepada mangsa keluarga, pemandu kereta dan penunggang motosikal tersebut. Kerajaan juga bantu. Ada juga daripada syarikat e-hailing juga ada membantu. Namun begitu, dari segi jumlahnya, dari segi spesifiknya mungkin saya akan memberikan jawapan secara bertulis.

Yang kedua, berkenaan dengan pembinaan Kompleks Pejabat dan Sistem Peralatan Jabatan Laut. Ada pelbagai butiran di sini. Daripada butiran pembaikan, pembinaan Kompleks Pejabat Sistem Peralatan Jabatan Laut. Terdapat 12 projek yang akan dilaksanakan dan saya tak nak baca satu persatu kerana mengambil masa. Saya akan memberikan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Berkenaan dengan Subang, okey. Subang ini satu perkara yang penting yang kita nak katakan ialah bahawa untuk Subang regeneration ini, ia merupakan satu hasrat atau pun satu perancangan untuk menjadikan Subang ini sebagai regional airport. Dia bukannya untuk menggantikan KLIA.

Jadi, isu cannibalization kepada KLIA itu tidak timbul. Kerana KLIA tetap menjadi gateway yang paling utama untuk negara kita. Untuk penerbangan-penerbangan antarabangsa, penerbangan-penerbangan long haul dan sebagainya. Memang KLIA akan terus memainkan peranan tersebut kerana kapasitinya lebih besar, saiznya lebih besar.

Subang ini dia kapasitinya terhad dan kita nak jadikan dia sebagai satu city airport yang hanya memberikan ruang kepada pesawat-pesawat narrow body untuk menggunakan lapangan terbang ini. Memang kita akan ada had dari segi jenis pesawat yang boleh digunakan. Tujuan untuk kita regenerate Subang ini, dia satu menjadi satu city airport. Menjadi satu premium airport dan juga menjadi hab kepada private jet dan juga kepada MRO.

Jadi, ia bukannya untuk mengambil alih fungsi KLIA. Isu cannibalization tidak timbul sama sekali. Juga ada kajian-kajian yang telah pun dibuat sebelum ini. Sebelum KLIA dibina, satu kajian oleh Konsortium Jepun-Anglo telah pun dilakukan iaitu Kajian Pelan Induk KLIA yang menilai potensi untuk menjadikan KLIA dan Subang Airport ini sebagai multi-airport system. Apabila mengikut kajian ini, apabila KLIA menjadi mencapai 60 juta penumpang setiap tahun, maka wujud pembahagian trafik secara sukarela antara KLIA dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Jadi tahun 2019, trafik penumpang di KLIA telah pun mencapai lebih daripada 60 juta. Jadi, tidak timbul soal kita cannibalize KLIA dan itu sesuatu yang memang kita memberikan perhatian yang cukup teliti supaya apa pun kita buat untuk Subang, kedudukan KLIA akan terjamin dan kedudukan KLIA akan kita pastikan sebagai hab trafik udara yang paling penting untuk negara kita.

Pembelian stok KTMB, saya akan jawab secara bertulis, okey. Memang ada apa yang kita belikan. Subsidi untuk Skypark Link, Skypark Link ini. Yang Berhormat dan juga untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang lain, apabila saya mengambil alih Kementerian Pengangkutan, saya lihat bahawa Skypark Link ini dia tidak memberikan pulang kepada kerajaan dari segi ridership, sebab ridership Skypark Link ini agak rendah. Walaupun kita membelanjakan lebih RM10 juta untuk mengoperasikan Skypark Link ini setiap tahun, tetapi ridership ia tak sampai 100 orang satu hari kerana dia menghubungkan Subang Airport dengan KL Sentral. Ridership-nya cukup rendah.

Jadi, saya mengambil keputusan kita suspend dahulu operasi itu. Suspend dulu operasi itu. Mengapa kita suspend? Pertamanya, ridership tak tinggi. Kita belanja lebih RM10 juta, tak berbaloi. Saya nasihatkan KTMB, ambil ataupun relocate tren-tren tersebut daripada Skypark pergi ke Utara.

final • 3:30 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Itu sebabnya komuter utara sekarang ini kekerapan kita dah bertambah. Di antara Butterworth sampai ke Padang Besar. Kita tambah kekerapan. Sebab ada pertambahan tren dan tren ini datang daripada SkyPark. Bukannya tren baharu tetapi kita bawa tren-tren ini dan kita berhentikan operasi di SkyPark ini, kita bawa kepada sektor utara. Jadi, ini dapat kita dapat tambah kekerapan. Adakah kita akan— tak hidupkan semula perkhidmatan ini selama-lamanya? Tidak.

Apabila Subang Airport ini dapat di-regenerate, ada pembangunan semula.

Apabila Subang Airport ini dalam masa tiga tahun, kita dapat membangunkan semula Subang Airport ini, ada trafik udara yang lebih tinggi di Subang, maka kita akan hidupkan semula SkyPark Link ini tapi dengan model yang lebih baharu dan kita akan cuba juga berbincang, mungkin dengan pihak yang lain untuk lihat bagaimana kita dapat operasikan SkyPark Link ini bersama-sama dengan pihak KTMB. Jadi, SkyPark Link ini jangan bimbang bahawa kita tidak akan membazir landasan tersebut. Kita akan pakai tetapi kita akan cuba lihat kepada satu model pengoperasian yang lain.

final • 3:40 PM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Berkenaan dengan tiket kapal terbang. Ini juga berkaitan dengan ramai Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan tadi. Yang pertamanya, saya dah jawab beberapa kali. Kerajaan tidak berhasrat untuk meletakkan satu siling kerana kalau kita letak siling, syarikat penerbangan ini tak ada motivasi. Mungkin mereka akan cut kapasiti. Jadi, kalau kita letak siling, pada waktu-waktu yang bukan puncak, mungkin harga itu akan meningkat.

Jadi, kalau kita letak harga siling, dia akan mungkin menjadikan harga-harga yang biasanya yang bukannya peak period, yang sepatutnya murah, akan menjadi lebih tinggi.

Jadi, apa yang kita buat ialah intervensi secara pilihan daripada apa yang dibangkitkan oleh Miri tadi, oleh Sibu, daripada Ahli-ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak. Saya tahu bahawa memang isu tiket kapal terbang ini memang menjadi satu isu yang begitu dekat dengan Ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak. Itu sebabnya kita akan membuat intervensi secara terpilih. Bukannya buat satu dasar, kita pukul sama rata dan ia akan memberikan kesan secara jangka panjang. Apa intervensi yang kita akan buat?

Yang pertamanya, untuk musim-musim perayaan, kita galakkan syarikat- syarikat penerbangan buat midnight flights, fixed fare. Ini akan diteruskan untuk musim- musim perayaan— Tahun Baru Cina, Hari Raya dan sebagainya. Mereka akan tambah penerbangan. Kita akan facilitate, airport akan dibuka sampai kepada larut malam. Kita akan facilitate dari segi menara trafik. Jadi, mereka digalakkan untuk buat tambahan flights untuk waktu larut malam.

Yang keduanya, untuk musim-musim perayaan yang akan datang ini. Kita akan buat macam kita buat semasa Gawai dulu. Yang Berhormat, semasa Gawai, kerajaan ini telah pun membuat intervensi. Kita beli kerusi-kerusi yang masih belum terjual itu sekali gus dan kita minta syarikat penerbangan jual kerusi-kerusi itu dengan satu harga tetap.

Jadi, perkara sama kita cuba akan buat intervensi, khususnya untuk Sabah dan Sarawak kerana Sabah dan Sarawak tidak ada pilihan. Mereka nak balik kampung, mesti menggunakan syarikat penerbangan, mesti menggunakan flights. Jadi, kita akan buat intervensi untuk musim-musim perayaan. Bukannya kita tak buat...

final • 3:40 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Menteri, Menteri.

final • 3:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

Saya akan jawab. Ya, saya tahu apa yang Yang Berhormat nak tanya dah. Tak apa, biar saya jawab. Yang keduanya, jangan lupa juga untuk mahasiswa dan mahasiswi yang selalu Ahli-ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak bangkitkan. Ramai pelajar-pelajar tak dapat balik kampung untuk beraya kerana tiket kapal terbang mahal. Kita tahu, itu sebabnya tahun ini kita telah melaksanakan satu inisiatif. Kita memberikan insentif RM300 baucar tiket kapal terbang kepada semua pelajar Sabah, Sarawak yang belajar di Semenanjung. Ini belum dilancarkan. Peruntukan pun tak ada sebenarnya. Kalau lihat dalam buku belanjawan kita, tak ada peruntukan tu tapi kita dapat buat. Apa yang kita dapat buat ialah kita lihat apa peruntukan yang kita tak pakai.

Daripada peruntukan yang kita tak pakai, kita divert kepada tujuan ini walaupun kita tak minta peruntukan tambahan daripada kerajaan. Kementerian Kewangan tak bagi peruntukan tambahan kepada kita tapi kita gunakan apa yang kita ada, baki peruntukan kita, kita salurkan untuk membantu pelajar-pelajar yang IPTA, maktab perguruan dan sebagainya daripada Sabah dan Sarawak dan juga anak-anak Semenanjung yang belajar di Sabah dan Sarawak. Kerana kita percaya bahawa integrasi nasional di antara tiga wilayah, Semenanjung, Sabah dan Sarawak itu cukup penting seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat daripada Sri Aman tadi yang sebut berkenaan integrasi tiga wilayah ini.

Memang penting dan itu yang kita akan teruskan dan saya akan cuba untuk membantu dari segi intervensi-intervensi yang kita akan buat. Berkenaan dengan beberapa peningkatan harga tiket kapal terbang, baru-baru ini. Antara sebabnya ialah bulan lepas kita tahu apa yang berlaku kepada MYAirline. Apabila MYAirline ini tutup, kapasiti ataupun tiket-tiket yang telah dijual oleh MYAirline ini, mereka perlu mencari alternatif.

Jadi, MAS dan AirAsia, mereka absorb dan memberikan diskaun kepada penumpang-penumpang yang telah membeli tiket kapal terbang daripada MYAirline ini.

Itu sebabnya pada bulan ini, kesannya ialah permintaan lebih tinggi sebab mereka absorb daripada penumpang-penumpang MYAirline dan kita tahu bahawa ada beberapa tiket,

final • 3:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

baki tiket dalam beberapa hari ini untuk sektor Sibu dan juga sektor Miri memang mencecah.

Saya memang dah memantau perkara ini dan saya minta supaya syarikat- syarikat penerbangan pastikan supaya janganlah menjadi satu trend ataupun harga yang terlalu tinggi sehingga rakyat kita tak mampu untuk terbang. Tapi ini adalah last minute tickets. Hanya beberapa kerusi tinggal dalam sektor-sektor itu kerana apa yang berlaku sebab MYAirline itu telah tutup. Mereka tak beroperasi dan maka, dua-dua syarikat penerbangan itu absorb kepada sebahagian penumpang-penumpang tersebut untuk dalam penerbangan mereka.

Yang Berhormat Jerantut juga membangkitkan isu aerotrain, isu aerotrain saya pernah jawab. Saya tak jawab lagi tapi saya akan memberikan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat dalam perkara-perkara lain.

Yang Berhormat Tebrau ada membangkitkan isu lori lebih muatan. Memang perkara ini betul. Ini bukannya masalah baharu. Masalah berpanjangan tetapi kalau kata bahawa JPJ tak menguatkuasakan undang-undang, itu juga tak betul. Kita baru-baru ini penguatkuasaan cukup tegas, cukup kuat. Sehingga baru-baru ini ada persatuan- persatuan lori di Pantai Timur, mereka boikot. Mereka berhentikan operasi. Jerantut juga bangkitkan, ada beberapa Ahli Parlimen lain juga bangkitkan. Mereka boikot, mereka dah berhentikan operasi kerana dia kata penguatkuasaan terlalu tegas.

Jadi, tak betul mengatakan bahawa kita tidak menguatkuasakan undang- undang. Memang betul, kita tahu bahawa isu operasinya mungkin pengilang tak nak bayar trip mereka yang lebih tinggi, harga yang lebih tinggi. Kita cuba cari bagaimana dapat memastikan bahawa operator-operator ataupun pemandu-pemandu ini dapat beroperasi dalam satu keadaan yang lebih berbaloi kepada mereka. Tetapi dalam masa yang sama, isu keselamatan memang kita tak dapat kompromikan kerana ini adalah satu perkara yang amat penting kerana lori lebih muatan ini akan memberikan kesan yang cukup tidak baik kepada pengguna-pengguna jalan raya.

Berkenaan dengan special plate yang dibangkitkan oleh Tebrau. Memang kita akan terus ada inisiatif ini. Kita akan terus melalui JPJeBid, kita akan ada tender-tender terhadap nombor-nombor pendaftaran special ini ataupun special plate ini kerana ini juga salah satu cara untuk kita menjana pendapatan dan tahun depan, Kementerian Kewangan telah bersetuju, apa saja inisiatif kita, penjualan nombor-nombor plat istimewa ini, 50 peratus daripada hasil itu akan dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan untuk kita melaksanakan pelbagai inisiatif untuk rakyat.

Umpamanya, kita nak tambah bilangan untuk mendapatkan lesen memandu B2, ramai yang Ahli-ahli Parlimen minta di kawasan mereka masing-masing supaya ditambah latihan-latihan itu diberikan kepada golongan B40 supaya mereka dapat lesen secara percuma. Itu akan kita tambah tetapi peruntukan itu perlu datang daripada hasil daripada penjualan special number plate ini yang kita akan buat dalam kadar segera apabila tahun baharu datang— akan datang.

Yang Berhormat Padang Rengas ada membangkitkan isu berkenaan dengan perkhidmatan feri Lumut ke Pangkor. Untuk makluman Yang Berhormat, sekarang...

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Besut, please. Menteri tengah menjawab. Kalau Yang Berhormat tak minat nak dengar, yang lain bertanya tu nak dengar.

Decorum please. Respect orang nak bercakap, ya. Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 3:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih kepada Dato’ Pengerusi. Untuk Pulau Pangkor— Lumut ke Pulau Pangkor, ada 10 perjalanan sekarang ini setiap hari. Namun begitu, memang betul bahawa untuk pulau-pulau pelancongan seperti di Pangkor ni, permintaan semakin meningkat. Kita mengalu-alukan kalau mana- ada mana-mana pihak operator swasta yang sanggup untuk mengoperasikan perkhidmatan tersebut, memberi perkhidmatan ataupun memberi feri yang baharu untuk mengoperasikan perkhidmatan tersebut, kita alu-alukan dan kita sentiasa terbuka untuk menerima permohonan mereka.

final • 3:40 PM

Tuan Loke Siew Fook

MH17, tadi saya dah jawab daripada Setiu juga membangkitkan. Satu perkara yang saya nak menjawab juga kepada ramai Ahli Yang Berhormat yang bertanya termasuk daripada Pasir Mas tadi dan juga beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain. Berkenaan dengan inisiatif kerajaan melalui pelbagai peruntukan iaitu antara My50, kita bagi tambang percuma kepada OKU, kepada pelajar dan sebagainya dan juga Pas Mutiara.

Sukacita saya nak katakan yang pertamanya, inisiatif untuk kita memberikan pas percuma kepada pelajar-pelajar sekolah dan juga kepada OKU ini dapat dilaksanakan melalui sistem myBAS kita kerana sistem myBAS ini merupakan subsidi daripada kerajaan untuk operator, untuk mereka mengoperasikan laluan-laluan yang telah pun ditetapkan.

Kerajaan telah pun menandatangani kontrak dengan mereka. Bayaran telah ditetapkan mengikut jarak perjalanan mereka. Jadi, kita rasakan bahawa dengan adanya subsidi ini kita minta mereka supaya tak kutip tambang daripada OKU dan juga daripada kanak-kanak dan ini akan diperluaskan kepada semua sistem myBAS di seluruh negara.

Mengapa Seremban dan Ipoh dipilih sebab Johor Bahru, Seremban, Ipoh ini sudah sedia ada myBAS tetapi myBAS ini akan juga diperluaskan bukan sahaja di negeri- negeri Pantai Barat, bukan sahaja negeri-negeri yang dikuasai oleh Kerajaan Madani tetapi juga di negeri-negeri Pantai Timur. Umpamanya akan bermula di Kuala Terengganu, akan bermuka di Kota Bharu tahun depan. Tender sedang dibuat sekarang.

Jadi, menjelang tahun depan termasuk Alor Setar, Kota Bharu dan juga di Kuala Terengganu, apabila ada myBAS ini kita akan perluaskan skim ini supaya mereka tidak dikenakan bayaran tambang untuk OKU dan juga pelajar-pelajar sekolah.

Begitu juga untuk pas bulanan. Kita juga wajibkan mana-mana syarikat operator yang dapat kontrak daripada kerajaan untuk myBAS ini. Mereka wajib untuk menawarkan pas bulanan dalam satu kadar tetap RM50, mereka boleh menggunakan perkhidmatan itu tanpa had. Itu yang akan kita syaratkan dalam kontrak tersebut.

Jadi, ini adalah perkara-perkara yang kita sedang laksanakan dan kita nak pastikan supaya semua inisiatif pengangkutan awam ini akan dapat kita usahakan secara bersama dan memberikan kelebihan dan juga kebajikan kepada beberapa golongan sasar khususnya kepada OKU dan juga kanak-kanak.

Peningkatan keupayaan KTMB memang kita – Yang Berhormat Merbok ada tanya. Kementerian Pengangkutan memang dalam proses perolehan 10 set ETS dan enam set komuter utara bagi menambah bilangan tren untuk meningkatkan kekerapan perjalanan.

Untuk KTM ini juga ramai Ahli Yang Berhormat yang bertanya. Pertamanya, pembelian set ETS baharu ini adalah bertujuan untuk sektor di selatan iaitu daripada Gemas sampai ke Johor Bahru. Tetapi kita juga tahu bahawa untuk sektor daripada KL sampailah ke utara memanglah adalah satu perkhidmatan yang sangat-sangat disukai ataupun dialu-alukan oleh rakyat.

Jadi memang ada usaha untuk kita menambah kekerapan ini dan kita akan pastikan supaya keupayaan KTMB untuk menawarkan perkhidmatan ETS ini akan dapat ditambah baik dan kita harap perkhidmatan ini dapat memberikan manfaat kepada lebih ramai penumpang-penumpang. Di sektor utara juga, selain daripada ETS kita juga akan menambah set komuter yang akan dapat memberikan kekerapan yang lebih besar kepada penumpang-penumpang di sana.

Yang Berhormat Miri juga ada menyebut tadi berkenaan dengan Miri Airport memang kita cuba untuk memberikan pertimbangan ataupun keutamaan kepada Miri Airport. Saya pun baru pergi Miri hari itu. Memang saya tahu bahawa keadaan lapangan terbang Miri itu agak usang terutamanya secara dalaman perlu ditambah baik, perlu diubahsuai. Kita telah pun menyatakan hasrat kita kepada Kementerian Kewangan bahawa Miri Airport itu antara keutamaan yang perlu diberikan. Jadi, saya harap Kementerian Kewangan juga dapat memberikan peruntukan tambahan untuk supaya Miri dapat ditambah baik dari segi airport tersebut.

final • 3:50 PM

Tuan Loke Siew Fook

Yang Berhormat Baram tadi, Baram ada membangkitkan berkenan dengan Rural Air Services. Saya nak katakan yang pertamanya kita faham bahawa pelbagai kekangan dari segi operasi STOLport ini di Sarawak. Banyak pesawat Twin Otter dan sebagainya, walaupun kapasitinya 18 orang, 19 orang tetapi hakikatnya mereka hanya boleh membawa lapan, sembilan orang penumpang. Satu perkara yang saya – Dato’ Pengerusi, boleh tambah satu minit?

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Please, please.

final • 3:50 PM

Tuan Loke Siew Fook

Satu perkara yang saya nak nyatakan di sini berkenaan dengan RAS ini. Salah satu inisiatif ataupun satu keputusan dasar yang telah kita ambil yang jauh berbeza daripada pendekatan-pendekatan sebelum ini ialah yang pertama kita telah ada satu understanding dengan kerajaan Sarawak bahawa perbincangan sekarang ini sedang diadakan supaya pihak kerajaan Sarawak mengambil alih MASwings, mengambil alih pengurusan MASwings.

Apabila pengurusan MASwings diambil alih oleh kerajaan Sarawak mungkin bersama-sama dengan kerajaan Sabah, kita nak pastikan yang pertamanya MASwings ini dapat diteruskan dan subsidi untuk RAS ini yang sebanyak RM209 juta ini akan diteruskan kepada operator baharu. Tetapi oleh kerana kalau MASwings itu diambil alih oleh kerajaan Sarawak mungkin dari segi pengurusan, dari segi sensitiviti dan juga bagaimana kita dapat mengendali keadaan di sana, dapat diuruskan dengan lebih baik dan pelbagai kekangan itu dapat diatasi dengan kerjasama daripada pihak kerajaan negeri.

Itu sebabnya saya berharap RAS ini atau Rural Air Services ini akan dapat satu nafas baharu dan satu pendekatan yang baharu, bagaimana kita mengoperasikan Rural Air Services ini supaya dapat memberikan kelebihan kepada penumpang-penumpang ataupun rakyat kita di pendalaman Sabah dan Sarawak.

Jadi Dato’ Pengerusi, banyak lagi yang saya nak jawab tetapi oleh kerana kekangan masa, ada banyak jawapan yang telah pun disediakan. Namun begitu, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun membangkitkan isu-isu secara spesifik. Kita tahu bahawa banyak isu spesifik yang perlu diberikan penjelasan. Namun begitu, saya akan cuba menjawab dalam bentuk bertulis kepada Ahli- ahli Yang Berhormat.

Tetapi, saya nak mengucapkan terima kasih ke atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat terhadap isu-isu dalam Kementerian Pengangkutan dan kita akan cuba buat yang terbaik dalam pelbagai sektor pengangkutan, baik dari segi sektor udara, sektor maritim mahupun di sektor pengangkutan darat.

Jadi, dengan kata-kata itu saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Pengerusi dan saya akan pastikan supaya jawapan-jawapan yang saya tak terjawab secara lisan ini akan diberikan jawapan secara bertulis. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan.

final • 3:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Pengerusi, saya...

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Nota tadi saya telah terima. Tempat Yang Berhormat akan digantikan oleh Yang Berhormat Besut. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,642,026,100 untuk Kepala B.28 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.28 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.28 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 hendaklah diluluskan.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.28 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat berikutnya kita berpindah kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

final • 3:50 PM
Kepala B.30 [Jadual] – Kepala P.30 [Anggaran Pembangunan 2023] –

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kepala Bekalan B.30 dan Kepala Pembangunan P.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dibuka untuk dibahas.

Dalam tangan saya ini, terdapat sejumlah 12 orang Yang Berhormat yang akan berbahas mengikut giliran seperti berikut. Dimulakan dengan Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Rasah.

Dengan ini saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Selangor untuk membuka tirai perbahasan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Silakan Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih, terima kasih Timbalan Pengerusi. Ya, saya mulakan dengan assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:59 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Pengerusi, saya mulakan dengan menyebutkan— akan langsung masuk ke Kepala B.30 ini ya, dengan di bawah Butiran 020500, peruntukan untuk Akademi Sains Malaysia. Akademi Sains Malaysia ini, pertanyaan saya adalah kerana apa penurunan?

Kita tahu betapa Akademi Sains Malaysia ini adalah sebenarnya the brain, the thought leaders of the countries dari sudut penganjuran dan memajukan sains, teknologi dan inovasi ini, tetapi saya mendapati Butiran di bawah 98000 itu, terdapat pengurangan sebanyak RM855,000 ya.

Kita juga diperingatkan bahawa pada waktu yang sama, apa yang diistilahkan sebagai gross expenditure on R&D, dengan izin, pada kita sebagai satu negara upper- middle income economy hanyalah pada kadar 0.95 yang seharusnya kita duduk dia sebagai kelas ataupun negara berpendapatan menengah ini, 1.73.

Maksudnya, dengan kita berada di tangga yang sudah, kadar yang sudah rendah, kita dapati bahawa pengurangan ini perlu diberikan. Sebab, bagaimana dengan pengurangan butiran ini akan dapat memberikan impak kepada Akademi Sains Malaysia

(ASM) ini untuk memajukan mereka dari sudut memajukan negara dari sudut R&D, commercialization dan innovation negara.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Seterusnya, juga di bawah Butiran 020500, kita dapati ada peningkatan RM1.06 juta. Bolehkah kementerian memberikan status terkini i-Connect dan segala program di bawah ini yang merupakan— satu yang mahu saya tahu, apakah inisiatif-inisiatif, berapa

final • 4:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

geran yang diberikan, apa yang telah dilangsungkan, dilakukan dan apakah peruntukan yang akan dibuat dalam inisiatif ini?

Puan Pengerusi, kedua adalah di bawah Butiran P.30 – Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM). Kita dapati peningkatan di sini, ya. Yang ingin saya sebutkan di sini, butiran berkenaan Pendidikan STI. Ia telah memperuntukkan peningkatan sebanyak— yang saya sebutkan tadi, di bawah 00800, dalam butiran-butiran berkenaan.

Pertama yang ingin saya tanyakan, Butiran 00605 ini memperlihatkan terdapat peningkatan sebanyak RM205,000 kepada Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia

(NIBM), yang saya tahu bekerjasama dengan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) dalam usaha mereka untuk membangunkan apa yang dianggapkan sebagai ke arah Malaysia mengeluarkan vaksin manusia yang pertama menjadi pelan hala tuju pembangunan negara ini.

Persoalannya adalah apakah— bolehkah kerajaan perincikan pembaharuan, di samping NIBM itu, adalah apakah yang kita mahu tahu akan perkembangannya, meminta kerajaan status terkini kerjasama beberapa pihak untuk membangunkan vaksin di negara ini. Ia termasuklah MVP Healthcare dan Pfizer. Sedikit waktu dahulu, disebutkan akan usaha ini dan saya mahu kalau boleh diberikan perincian atas apakah status vaksin manusia yang ingin kita hasilkan dan apakah jenis vaksin yang telah pun dikenal pasti?

Puan Pengerusi, saya teruskan dengan MIMOS, ya. Peruntukan atas MIMOS, Program MIMOS, 01100 – MIMOS Bhd. Di sana ada peningkatan peruntukan sebanyak RM21 juta, kurang lebih. MIMOS, ia perlu membuat penentuan— kita masih lagi belum mendapat jelas apa sebenar-benarnya. Apakah MIMOS adalah satu badan atau cost- centre atau adakah ia juga profit centre atau adakah ianya kedua-duanya sekali?

Memandangkan MIMOS, peruntukan MIMOS ini besar dan juga punya perbelanjaan yang besar.

Persoalannya adalah apakah ya— kalau dapat diperincikan. Bolehkah perincikan daripada 1,000 IPs yang ada di MIMOS itu atau hak intelek ataupun intellectual property itu, apakah berjaya dikomersialkan dan berapakah yang telah mampu dikomersialkan?

Kerana, MIMOS seharusnya memacu. Memacu pengkomersialan, commercialization ini.

Ini hendak kita mahu tahu, apakah status MIMOS terkini?

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung. Masa sudah tamat.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

[Ketawa] Okey. Baik.

Sila gulung ya? Mana yang nak saya gulung?

[Ketawa] Baik.

Sikit tentang pengkomersialan. Commercialization ataupun commercialize ini.

Commercialization ini, STI ini. Technology Park Malaysia, Malaysian Global Innovation and Creativity Centre, ya. Kita dapati satu projek suatu masa dahulu— ini mungkin projek yang sudah lama tetapi maksudnya, projek di bawah usaha MRANTI ini. MRANTI telah menjadi satu central research innovation dan commercialization. Bringing ideas to market, ya. Satu agensi yang bertanggungjawab di sini.

Saya mahu tahu adalah— memohon kementerian untuk memberikan sikit update tentang satu usaha suatu masa dahulu mengumumkan lima hospital, ya. MOSTI mengumumkan kerjasama MOSTI dan MOH, lima hospital dalam bertindak sebagai NTIS ya, health and technology ya. Merangkumi Hospital Putrajaya, cancer centre dan sebagainya.

Saya ingin minta kerajaan memberikan status terkini atas usaha sandbox ini kerana sepatutnya bukan sahaja lagi sandbox, kita sudah terus membawa kepada pacuan implementasi usaha ini tetapi masih lagi dalam konteks, dalam tahap sandbox. Jadi, sejak sekian lama, apakah kemajuannya? Kita ingin tahu atas usaha sandbox yang disebutkan, yang saya sebutkan tadi.

Itu sahaja, Pengerusi. Terima kasih

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.

final • 4:00 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin merujuk indikator prestasi outcome kementerian berkenaan kedudukan dalam Global Innovation Index. Sebelum ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menjawab soalan berkaitan kedudukan negara kita yang masih kekal pada tangga ke-36 bagi tahun 2023. Dalam buku belanjawan, kita meletakkan sasaran untuk tahun ini pada tangga ke-27. Jadi, kita dah hujung tahun, memang akan gagallah saya rasa. Sebab, kalau baru ini 36, ada dua bulan lagi, macam mana nak sampai ke tangga ke-27?

Begitu juga saya melihat sasaran yang diletakkan pada tahun hadapan untuk berada di tangga ke-26, tahun 2024. Persoalan saya, adakah sasaran yang diletakkan ini benar-benar realistik? Apakah program-program yang telah direncana untuk menjadi pemangkin di dalam usaha kita untuk mencapai sasaran yang sangat jauh ini?

Yang kedua, Butiran 020200 – Minggu Sains Negara. Saya dapati bahawa ruang daya cipta (RDC) tidak jelas dimasukkan di dalam butiran perbelanjaan MOSTI. Sebelum ini, Yang Berhormat Menteri ada mengumumkan mengenai cadangan untuk melaksanakan inisiatif geran sepadan bersama kerajaan negeri atau bersama dengan Ahli Parlimen, wakil rakyat. Sejauh manakah perbincangan berkenaan dengan cadangan ini?

Adakah ia telah dimasukkan di dalam perbincangan MEXCO? Kita ada MEXCO, tak salah saya, perbincangan bersama dengan Exco-exco Sains di peringkat negeri. Kalau boleh, dibawa perbincangan.

Begitu juga mengenai ruang daya cipta yang sudah pun sedia ada. Adakah kementerian masih mengawal selia bersama kesemua RDC tersebut? Seperti mana di Terengganu pun ada, di flat Padang Hiliran, RDC di Kuala Terengganu.

Masih di bawah butiran yang sama. Saya ingin menyentuh berkenaan Program Malaysia Techlympics. Kalau kita lihat, Malaysia Techlympics 2022 merupakan satu kejayaan besar kepada MOSTI dan berjaya melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records menerusi kategori penyertaan pelajar terbesar di dalam pertandingan sains dan teknologi dan inovasi. Akan tetapi, saya lihat Butiran berkenaan dengan Malaysia Techlympics ini tiada. Adakah program ini akan diteruskan?

Yang ketiga, Butiran 020500 – Akademi Sains Malaysia. Saya ingin bertanya mengenai Malaysia Science Endowment.

final • 4:07 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Sejauh manakah pelaksanaan Malaysia Science Endowment? Berapa syarikat- syarikat swasta yang telah bersetuju untuk melabur di dalam MSE ini? Pohon pihak kementerian perincikan kerana saya melihat negara-negara jiran seperti Indonesia telah memulakan endowment yang mereka, mereka sendiri dengan 28.7 bilion, di Hong Kong, 29.2 bilion. Jadi, kerajaan juga perlu melihat perkara ini dalam usaha untuk menaikkan kadar BERD dan mencapai sasaran 70 peratus pada tahun 2025.

Butiran 030500 – Agensi Nuklear Malaysia. Sebelum ini Yang Berhormat Menteri ada mengumumkan mengenai satu kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan Agensi Nuklear Malaysia berkenaan dengan pengekstrakan torium. IAEA mengumumkan pengekstrakan torium masih sangat mencabar dan boleh menelan belanja yang besar. Berapakah jumlah peruntukan yang dianggarkan untuk menaik taraf program pengekstrakan torium daripada peringkat perintis kepada peringkat komersial? Adakah cukup masa yang diberikan kepada Lynas selama dua tahun?

Kelima, Butiran 030600 – Agensi Angkasa Malaysia diperuntukkan sebanyak RM64.9 juta. Mohon pihak kementerian memperincikan butiran peruntukan ini. Saya juga ingin menyentuh mengenai Akta Lembaga Angkasa Malaysia (Akta 304) yang telah diwartakan. Adakah akta ini telah dikuatkuasakan? Adakah ia berjalan dan dipatuhi sepenuhnya oleh pemain-pemain yang terlibat di dalam ekosistem angkasa ini?

final • 4:10 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Saya melihat banyak syarikat swasta serta universiti tempatan telah mula melancarkan roket di angkasa. Namun, langkah pemantauan dan kawal selia masih kelihatannya samar-samar. Dalam masa yang sama, saya mengambil kesempatan mengucapkan syabas kepada pasukan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama agensi antarabangsa yang telah berjaya melakar sejarah dengan pelancaran satelit kecil piko pertama di Malaysia. Persoalan yang saya ingin bangkitkan, bagaimana pemantauan terhadap satelit-satelit yang telah dilancarkan ini?

Butiran 03700 – Yayasan Inovasi Malaysia yang mendapat peruntukan sebanyak RM6.5 juta. Peningkatan yang ketara jika dibandingkan dengan peruntukan tahun-tahun yang lepas. Apakah perincian peruntukan ini? Saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan Program Beca Elektronik (e-Beca) yang telah dilancarkan di Kuala Terengganu.

Saya ucapkan terima kasih dan projek program ini sebenarnya telah berjaya menaikkan pendapatan pengayuh beca. Sekarang ini, sebelum ini, mereka dikaitkan dengan orang miskin yang kurang pendapatan. Sekarang boleh dapat sehingga RM400 sehari. Tahniah. Semoga ini dapat dikembangkan juga program sebegini di negeri-negeri yang lain.

Butiran 040500 – MIMOS Berhad...

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 4:10 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ya?

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 4:10 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Oh, saya tidak sedar. Okey. Macam mana nak gulung ini? Okey.

[Ketawa] MIMOS Berhad. Sebelum ini, saya dan beberapa Ahli Yang Berhormat telah bangkitkan mengenai MIMOS Berhad.

Akan tetapi, belum ada jawapan yang konkrit daripada pihak kementerian. Tadi pun disebut oleh Kuala Selangor.

Semoga dapat penjelasan yang lebih jelas kerana peruntukan yang besar sentiasa diberi setiap tahun kepada MIMOS Berhad. Sama ada ia adalah course center atau profit center dan MIMOS terlibat dalam penyelidikan berkait dengan industri elektronik yang merupakan industri yang merupakan penyumbang terbesar kepada negara. Ia perlu diperkasakan. Saya rasa itu saja. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 4:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Puan Pengerusi. Puan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran Bekalan 030400 dan juga Butiran Pembangunan 01000 – Jabatan Tenaga Atom. Puan Pengerusi, pada tahun 2008 apabila kerajaan meluluskan untuk Lynas bertapak di Malaysia dan mereka telah start beroperasi, mula beroperasi pada tahun 2012. Sejak daripada masa tersebut, sudah membangkitkan ya pelbagai bantahan daripada masyarakat.

Kita masih ingat waktu itu ada banyak ya perhimpunan-perhimpunan hijau, kempen anti-Lynas, kempen tanda tangan untuk anti-Lynas. Tolak Lynas. Ada juga antara yang ada dalam Dewan ini sama ada daripada pembangkang baik daripada pemerintah, waktu itu juga turut sama bantah anti. Ya, kita tolak Lynas. Hari ini, kita lihat Lynas masih lagi di Malaysia. Waktu kita bersama-sama mulakan kempen anti-Lynas, ada di antara kita diheret ke lokap.

Ada antara kita, rakan-rakan kita seperjuangan didakwa di mahkamah. Apabila kita jadi kerajaan pada tahun 2018, kita harap supaya kilang Lynas ini dapat ditutup.

Tetapi, waktu itu kita lanjutkan dan kita berikan syarat iaitu antaranya cracking dan leaching ya. Dia punya proses perlu hantar balik ke Australia. Kita berikan mereka masa ialah sampai Julai tahun ini. Tetapi, oleh kerana Lynas kata di Australia sana, mereka belum siap fasiliti dia, kita lanjutkan enam bulan.

final • 4:13 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Semua ini jawapan daripada Menteri pada Jun tahun ini. Apabila saya tanya dalam Dewan Parlimen sini, Menteri bagi saya jawapan bahawa pada Disember tahun ini mereka akan hentikan semua proses cracking dan leaching ya di Malaysia. Itu ialah bulan Jun.

Pada Oktober tahun ini, beberapa bulan selepas itu, kita melihat ada satu kenyataan daripada kementerian daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom mengatakan bahawa– ya mereka mengemas kini syarat membenarkan mereka terus boleh sambung lagi mengimport bahan mentah yang mengandungi bahan radioaktif semula jadi sehingga Mac 2026.

Juga, mereka dibenarkan aktiviti cracking dan leaching diteruskan sebab hari ini mereka terjumpa satu formula yang baharu dapatkan dapatan kajian awal di peringkat makmal yang menunjukkan bahawa bahan radioaktif boleh diekstrak keluar. Puan Pengerusi, dapatan kajian awal (proof of concept), bukannya sesuatu yang tentu. Proof of concept masih lagi di peringkat yang awal. Jadi, soalan saya, mereka kata mereka perlu dua tahun untuk proof of concept sehingga mereka boleh komersialkan hasil mereka.

Soalan saya kepada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom, bolehkah Lynas dipercayai? Itu ialah soalan saya. Kita– mereka buat perlombongan di Australia. Kenapa mereka buat perlombongan di sana, perlu hantar bahan radioaktif ini datang ke Malaysia untuk proses lepas itu jual? Kalau betul mereka proof of concept ini, mereka yakin, sepatutnya semua proses ini dibuat di Australia dan tak perlu datang ke Malaysia lagi.

final • 4:13 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul, betul.

final • 4:13 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Sebab itu, bolehkah kita percaya Lynas?

Bagi saya sedikit masa ya, Puan Pengerusi.

final • 4:13 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung. Sila gulung.

final • 4:13 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Sedikit. Saya, saya gulung. Kenapa saya kata, kita ragu-ragu dengan Lynas? Sebab pengalaman beritahu kepada kita awal-awal dulu dia kita apabila kita kata bahan radioaktif ini mengandungi racun, apa nama WLP yang begitu tinggi, dia bagi komitmen dia akan turunkan kandungan WLP itu. Tetapi mereka tidak buat, gagal.

Lepas itu, dia nak sambung lagi license dia, kita kata kita kenakan syarat buat seperti yang saya kata cracking dan leaching di Australia, mereka belum siap. Lepas itu, mereka pernah kata, “Oh, itu mereka boleh buat jadi satu soil conditioner”. Satu jenis soil yang boleh digunakan, satu baja. Tak juga. R&D enam tahun, tak ada apa-apa. Sekarang kita bagi dia lagi dua tahun. Jadi, kerisauan saya, adakah Lynas ini masih boleh dipercayai?

final • 4:13 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tidak!

final • 4:13 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Sebab itu, saya harap supaya Lembaga Pelesenan Tenaga Atom perlu kaji semula demi kepentingan rakyat. Terima kasih Puan Pengerusi.

final • 4:13 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YB Puan Pengerusi, anggaran perbelanjaan mengurus tidak menunjukkan peningkatan yang ketara. Hanya peningkatan 4.7 peratus sahaja. Manakala, anggaran perbelanjaan pembangunan memperlihatkan peningkatan yang signifikan iaitu 21.6 peratus daripada RM440 juta pada tahun 2023 kepada RM535.9 juta iaitu peningkatan RM95 juta. Secara keseluruhan anggaran perbelanjaan meningkat 11.4 peratus.

Butiran 040000 – Program Khusus. Di bawah Bekalan 30. Sejumlah RM221.7 juta akan dibelanjakan. Ini termasuk untuk Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), Malaysia Industry-Government Group for High Technology

(MIGHT), tadi RM50 juta ini RM16 juta. MIMOS RM80 juta. Kenaikan RM3 juta.

final • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

NanoMalaysia RM6 juta, naik RM2 juta. Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia

(NIBM) RM55 juta.

Butiran 040800, ini kod 40,000 ya RM20 juta dan tidak sebutkan apa yang akan dibelanjakan. Sebenarnya kod 40,000 ini ialah mengenai Pemberian dan Kenaan Tetap, Pencen, Ganjaran dan sebagainya. Saya percaya MaGIC ini mungkin akan ditutup. Sebab itu letakkan 40,000 bukan untuk perbelanjaan lain-lain.

Butiran 040900 – Malaysian Bioeconomy Development Corporation, RM7 juta.

Penambahan RM2 juta. Sama dengan tadi bagi kedua-dua butiran ini 040800 dan 040900.

Untuk peruntukan apa dan apakah perbelanjaan-perbelanjaan ini? Dengan anggaran perbelanjaan yang begitu tinggi iaitu RM221.7 juta, apakah peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi yang berkenaan MIMOS, MIGHT, NIBM, MRANTI dan sebagainya?

Juga, apakah impak kepada kemajuan sains dan teknologi negara? Setakat ini, kita tidak nampak keberhasilan dan impak yang ketara kepada S&T negara. Akhir-akhir ini juga kita jarang mendengar mengenai Institut Bioteknologi (NIBM), NanoMalaysia dan Bioeconomy.

Puan Pengerusi, perbelanjaan untuk pembangunan telah diperuntukkan bajet yang tinggi meningkat daripada RM340 juta kepada RM535 juta iaitu peningkatan RM195 juta ataupun 57.4 peratus. Pecahannya seperti berikut. Pembangunan STI RM140 juta meningkat 43.7 peratus.

Penyelidikan STI meningkat 43.2 peratus. Pengkomersialan STI meningkat 49.3 peratus. Kubang Pasu berharap agar dengan peruntukan yang meningkat begitu tinggi dan ketara sekali berbanding dengan 2023, MOSTI dan agensi-agensi kerajaan di bawahnya akan dapat menjayakan sains dan teknologi negara seperti mana yang diharapkan.

Sebagai contoh, peruntukan pembangunan MIMOS RM30 juta, mengurus RM80 juta, jumlah RM117 juta. Apakah peranan dan tanggungjawab sebenar MIMOS ataupun Malaysia Microelectronic Systems as a center of research excellence, R&D activities on semiconductor and thin film research?

Kubang Pasu nak tanya, apakah kemajuan yang dicapai oleh MIMOS dalam bidang semikonduktor? Setakat ini saya tak nampak keberhasilan ketara yang dicapai sebab kebanyakan atau semua syarikat semikonduktor di Malaysia adalah dari luar negara. Sepatutnya MIMOS yang ditubuhkan pada 1985 sudah mencipta teknologi semikonduktor khususnya integrated circuit (IC) untuk dikeluarkan oleh syarikat-syarikat tempatan.

Taiwan umpamanya yang mula terlibat dalam industri semikonduktor melalui R&D dalam I.C design pada tahun awal 80-an. Taiwan begitu cemerlang dalam industri semikonduktor. Contoh terbaik ialah syarikat TSMC syarikat semikonduktor terbesar di dunia. Saya tahu sebab saya pernah berkhidmat di sana sebagai ketua misi pada tahun 2005 hingga 2007.

Tuan Pengerusi, ini perkara penting saya nak kena sebut ini. Puan Pengerusi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi adalah kementerian yang begitu penting dalam menerajui pembangunan sains dan teknologi bagi negara kita Malaysia. Sains dan teknologi amat penting bagi Malaysia kerana ekonomi negara amat bergantung kepada kemajuan sains dan teknologi.

Masa depan ekonomi negara khususnya akan ditentukan sama ada kita mampu menguasai sains dan teknologi untuk menjadikan negara kita sebagai negara pencipta teknologi dan bukannya pengguna teknologi semata. Negara-negara maju semuanya adalah pencipta teknologi. Contohnya, Jepun, Jerman, Perancis, Austria, Taiwan, Amerika Syarikat dan lain-lain. Malahan China pun berjaya memajukan ekonominya kerana kekuatan mereka dalam sains dan teknologi.

Tuan Pengerusi, Malaysia berhadapan dengan banyak cabaran untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Antaranya ialah pertama, cabaran dalam R&D kita ketinggalan jauh berbanding dengan negara-negara maju yang lain. Kita hanya belanja tiga peratus untuk R&D daripada KDNK negara.

final • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Keduanya, peratus pelajar mengambil sains tulen iaitu STEM A and STEM B menurun ke tahap 15 peratus daripada 40 peratus sebelum ini. Menurut Dasar Pembangunan Pendidikan pada 2025 nanti, kita harus mencapai nisbah sains 60 peratus dan sastera 20 peratus. Ini adalah satu krisis besar bagi negara.

Sebabnya banyak— dan saya pernah sebutkan dalam ucapan perbahasan saya sebelum ini. Di sini saya ingin mengesyorkan Menteri Sains dan Teknologi ada sini, supaya MOSTI menjadi kementerian yang menerajui ataupun penyelaras dalam isu ini, bukannya Kementerian Pendidikan.

Badan atau jawatankuasa untuk menjayakan STEM A dan STEM B dianggotai oleh Kementerian Pendidikan KPT dan juga MITI dan saya harap ini akan menjadi kenyataan. Kita tak boleh bagi kepada Kementerian Pendidikan sungguhpun sekolah ini di bawah Kementerian Pendidikan kerana Kementerian Pendidikan ada tanggungjawab lain yang lebih besar yang perlu dilaksanakan.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 4:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kerajaan perlu membuat unjuran berapa ramai jurutera dan saintis dalam bidang teknikal yang diperlukan bagi lima tahun, 10 tahun yang akan datang. Kerajaan juga perlu mewujudkan road map yang jelas untuk mencapai matlamat ini. Sekian Puan Pengerusi, banyak-banyak minta maaf. Saya pakai masa lebih sikit.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya jemput Yang Berhormat Kalabakan.

final • 4:20 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Puan Pengerusi. Pertama, saya terus ke Butiran 030600 – Agensi Angkasa Malaysia. Malaysia terlibat dalam teknologi aeroangkasa termasuk astronautik.

Sejak pelancaran satelit pertama negara iaitu MEASAT pada 12 Januari 1996 dan terbaru InnoSAT-2 pada 29 November 2018.

Sehingga kini negara kita ada sembilan jenis satelit. Namun, tujuh satelit Malaysia direkodkan sebagai tidak aktif yang kini sudah pun memasuki fasa akhir hayat. Manakala, dua buah lagi satelit masih aktif berdasarkan rekod pendaftaran objek angkasa oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Hal Ehwal Ruang Angkasa.

Saya difahamkan pada masa kini atas faktor ketiadaan satelit-satelit tertentu yang dimiliki oleh negara telah mengakibatkan kita terpaksa menyewa satelit untuk remote sensing dan meteorologi daripada penyedia perkhidmatan satelit seperti Airbus, MDA dan Himawari Japan bagi tujuan mendapatkan informasi cerapan data permukaan bumi, suatu objek daerah atau fenomena yang berlaku.

Namun, kita berhadapan dengan masalah menerusi kaedah sewaan ini apabila sekiranya berlaku kecemasan. Sebagai contoh, yang memerlukan cerapan dibuat dengan kadar segera. Terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi dan belum tentu lagi maklumat cerapan ini boleh diperolehi dengan kadar segera. Malah, daripada aspek sistem pertahanan juga kita mendapatkan khidmat satelit daripada penyedia perkhidmatan terutamanya daripada segi aplikasi Imagery Intelligence dan Fortion® Image Analyst. Justeru itu, timbul persoalan. Sejauh manakah tahap keselamatan negara daripada segi kerahsiaan dan kesiapsiagaan untuk...

[Tidak jelas] pada bila-bila masa terutamanya pada waktu kecemasan seperti ancaman dan peperangan. Justeru itu, yang penting untuk kita menggunakan teknologi satelit yang selamat bagi tujuan tindakan penyaluran maklumat dan sistem keselamatan.

Dalam erti kata yang lain, satelit yang kita miliki sendiri dan tidak dinafikan Malaysia sedang mengorak langkah ke arah mengadaptasi kepakaran tempatan dalam bidang teknologi satelit ini apabila satelit PG1 telah berjaya dilancarkan pada Jun 2023 oleh Angkasa-X.

final • 4:27 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Daripada hemat saya, proses pengadaptasian kepakaran tempatan ini dalam bidang teknologi satelit ataupun aeroangkasa secara amnya perlu diperkasakan lagi oleh pihak kementerian menerusi peningkatan jumlah kepakaran menyokong pertumbuhan industri aeroangkasa, meningkatkan keupayaan industri tempatan dan menggalakkan penyelidikan dan pembangunan menerusi penawaran insentif dan geran.

final • 4:27 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Misalnya di Thailand, saya difahamkan seramai 100 individu berkepentingan melibatkan pakar, agensi kerajaan dan industri telah dihantar oleh kerajaan menerusi Geo-Informatics and Space Technology Development Agency untuk belajar di Surrey Space Centre, University of Surrey, England dalam bidang kejuruteraan angkasa bagi membangunkan teknologi satelit sendiri. Justeru itu, ini boleh dicontohi oleh pihak kementerian bagi meningkatkan lagi kepakaran anak tempatan.

Puan Pengerusi, yang kedua Butiran 030100 – Teknologi Strategik. Menyentuh berkenaan kenderaan elektrik ataupun EV, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, sejauh manakah tahap kesediaan negara untuk menghasilkan kenderaan elektrik keluaran tempatan?

Jadi, adakah sebarang projek perintis telah dilaksanakan? Sekiranya telah dilaksanakan, apakah hasil yang telah diperoleh? Ini penting memandangkan pihak kerajaan telah menyasarkan sejumlah 1.5 juta kenderaan elektrik dalam negara menjelang tahun 2040. Justeru itu, timbul persoalan adakah kesemua jumlah tersebut akan terdiri daripada kenderaan EV yang diimport?

Saya juga berharap agar sekiranya kerajaan berjaya menghasilkan kenderaan EV ini ianya dapat dijual pada harga yang berpatutan, harga yang rendah dan tidak membebankan bagi menggalakkan penggunaannya di kalangan rakyat. Tuan Pengerusi, terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 4:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Yang Berhormat Puan Pengerusi, terlebih dahulu Sabak Bernam mengucapkan selamat datang kepada guru-guru dan pelajar-pelajar rombongan daripada SMK Parit Panjang, Baling, Kedah Darul Aman.

[Tepuk] Sabak Bernam merujuk terus kepada Butiran 030000 – Pembangunan Teknologi, sub Butiran 030300 – Kimia yang mendapat peruntukan tertinggi iaitu sebanyak RM134,302,000 berbanding tahun 2023, RM129,705,900. Penambahan ini adalah perkara biasa yang berlaku pada setiap tahun.

Sabak Bernam ingin bertanya, berapakah jumlah makmal bergerak jabatan kimia yang ada di seluruh negara bagi tujuan kajian dan siasatan terutamanya apabila berlaku pencemaran alam sekitar, keracunan makanan di asrama sekolah dan lain-lain? Unit makmal bergerak seperti ini sangat penting supaya siasatan tidak tertangguh lama dan akhirnya banyak bahan kajian dan bukti akan hilang seterusnya memudaratkan tumbuhan, haiwan atau orang ramai yang mendiami tempat kejadian atau di sekitar kawasan penyebaran tersebut.

Sabak Bernam mencadangkan makmal bergerak ini ditambah dan setiap negeri mesti ada sekurang-kurangnya satu unit lengkap dengan pegawai yang merupakan pemegang taruh untuk pengoperasiannya nanti. Justeru itu, kementerian hendaklah membuat kajian dan ada rekod di mana kawasan-kawasan yang kerap terjadinya pencemaran alam sekitar supaya dapat ditambahkan lebih daripada satu unit makmal bergerak tersebut dan sentiasa dalam keadaan siap siaga.

Sub Butiran 030600 – Agensi Angkasa Lepas. Teknologi angkasa adalah antara yang paling advanced dengan izin atau paling ke hadapan berbanding teknologi-teknologi yang lain. Ini bermakna apabila teknologi angkasa ini dapat dikuasai, maka teknologi-

final • 4:31 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

teknologi lain di muka bumi ini mudah untuk kita bangunkan dan dioperasikan seterusnya dapat menambah baik dan menguruskan kehidupan manusia di muka bumi ini.

Sabak Bernam ingin bertanya, berapakah peruntukan yang disalurkan untuk Pusat Remote Sensing Negara yang merujuk kepada pengoperasian sebuah satelit milik negara kita yang berfungsi mencerap setiap detik, saat dengan detil maklumat-maklumat serta data di setiap hamparan muka bumi hijau, lembah yang berwarna dan samudera luas milik negara kita?

Soalan saya, sejauh manakah maklumat yang diperoleh dapat membantu menguatkuasakan dan membanteras aktiviti pencerobohan hutan simpan, pembalakan haram, penerokaan haram, perlombongan haram, pendudukan haram, pencerobohan- pencerobohan haram nelayan asing, pencerobohan haram nelayan tempatan di kawasan pesisir pantai yang dikhaskan untuk nelayan kecil, sejauh mana ianya dapat membantu Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia?

Pembangunan ini adalah sangat penting kerana ia sangat berguna untuk memperkuatkan sistem pertahanan demi kedaulatan negara. Maklumat yang diperoleh daripada satelit milik negara membantu sistem pertahanan negara khususnya perisikan untuk tujuan perisikan. Kita mungkin tak ada sistem pertahanan yang canggih seperti Iron Dome dengan izin tetapi kita gusar apabila terjadinya tragedi ataupun misteri kehilangan pesawat MH370 lebih kurang 10 tahun yang lalu, yang bermula dengan detik-detik terputusnya hubungan seterusnya hilang daripada radar, daripada kawalan di bumi dan adakah ini menunjukkan kemampuan MYSA atau Agensi Angkasa Malaysia mempunyai keupayaan yang perlu ditambah baik lagi.

Berapakah jumlah keseluruhan satelit kita yang kita miliki sejak pelancaran yang pertama Satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT) tahun 1991? Berapakah satelit pelbagai guna yang masih aktif di angkasa yang masih kita miliki sekarang? Berapakah jumlah satelit milik negara yang sudah tidak aktif, lupus dan kini berada di orbit perkuburan angkasa? Apakah tindakan kementerian dan kerajaan untuk satelit-satelit ini?

Sabak Bernam juga ingin tahu sejauh mana Agensi Angkasa Malaysia dapat memainkan peranan atau memangkinkan ke arah pertumbuhan sumber ekonomi yang baru dalam usaha meyakinkan rakyat ianya bukan satu teknologi yang eksklusif dan mahal, malah ia adalah teknologi yang paling hampir dengan kita seperti penggunaan telefon bimbit, kamera pintar, aplikasi Waze dan sebagainya.

Justeru itu, kementerian hendaklah menggalakkan program-program lawatan ke Planetarium Negara, Pusat Sains Negara, Akademi Sains Negara dan program-program menggalakkan ini boleh dilaksanakan dengan memberikan lawatan yang percuma.

Sekarang ni kalau nak melawat ke tempat-tempat yang disebutkan itu kena bayaran ya.

Akhirnya, saya ingin menyentuh isu pertanian di kawasan saya mengenai kesuburan tanah dan benih padi variasi yang berbeza-beza. Adakah Agensi Nuklear Malaysia telah mengusahakan kajian benih padi variasi baru yang tahan perubahan musim, serangan serangga perosak serta rumpai ataupun tumbuhan yang menjalar di sawah-sawah? Apakah tindakan yang boleh dibuat untuk memulihkan tanah untuk memulihkan kesuburan tahap tanah yang lebih baik supaya tanaman padi bertambah tinggi penghasilannya? Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.

final • 4:31 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Saya jemput Yang Berhormat Miri.

final • 4:31 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih kepada Puan Pengerusi atas peluang yang diberikan untuk saya membahaskan peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Saya merujuk kepada P.30, Butiran 00604 – Pusat Sains Negara. Kita semua sedia maklum bahawa Pusat Sains Negara memainkan peranan yang penting dalam

final • 4:37 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

menjalankan penyelidikan sains tidak formal sambil berekreasi kepada semua lapisan masyarakat di negara ini.

Kita dapat lihat pelbagai aktiviti pendidikan sains latihan telah dianjurkan di sana yang sememangnya penting untuk memupuk budaya sains dalam masyarakat kita terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan pelajar-pelajar. Saya percaya Pusat Sains Negara akan membantu negara dalam mendidik kanak-kanak untuk mendapatkan pendedahan dalam teknologi terbaru untuk negara memacu ke arah inovasi, teknologi tinggi dan ekonomi digital.

Walau bagaimanapun, saya ingin merujuk kepada satu laporan media semasa Kerajaan Perpaduan mengambil alih tampuk pimpinan pada Disember 2022 yang lalu.

Dalam laporan berita tersebut, terdapat keluhan dan aduan rakyat berkenaan dengan masalah bumbung Pusat Sains Negara yang selalu bocor semasa hujan. Gambar berkenaan bumbung yang dipercayai bocor dan terpaksa ditadah menggunakan baldi sewaktu hujan turut disebar secara luas pada ketika itu. Kerajaan juga digesa untuk mengambil tindakan untuk menambah baik Pusat Sains Negara.

Syabas dan tahniah kepada kerajaan hari ini kerana kita telah menyaksikan peningkatan peruntukan secara berterusan untuk Pusat Sains Negara dari RM 8.7 juta pada tahun 2022 kepada RM10.4 juta pada tahun 2023 dan seterusnya peningkatan ke RM15.2 juta untuk tahun 2024. Satu peningkatan yang mencecah hampir 50 peratus.

Persoalan saya, adakah peningkatan peruntukan ini akan menjurus usaha pembaik pulih bumbung Pusat Sains Negara yang selalu bocor semasa hujan lebat?

final • 4:37 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Seterusnya saya merujuk kepada Butiran 00200 – Kimia. Jabatan Kimia Malaysia terdiri daripada rangkaian makmal di seluruh negara yang menyediakan analisis penyiasatan dan perundingan saintifik kepada agensi kerajaan. Peranan jabatan ini cukup penting dalam memberi satu pengesahan yang bersifat authority terutamanya untuk urusan di mahkamah.

Persoalan saya adalah apakah status penyelenggaraan dan pembaik pulih fasiliti di Jabatan Kimia Malaysia? Adakah terdapat cara lain untuk Jabatan Kimia Malaysia membiayai perkhidmatan sendiri atau self-sustained, dengan izin, memandangkan kos semakin meningkat untuk menjalankan pelaksanaan analisa?

Saya juga ingin bertanya bahawa adakah penambahan peruntukan ini dapat meningkat lagi keberkesanan di Jabatan Kimia Malaysia bagi mempercepatkan proses- proses yang penting dalam bidang awam seperti siasatan polis, alam sekitar, keselamatan makanan, air dan sebagainya?

Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 40009 – Malaysian Bioeconomy Development Corporation. Bioeconomy Corporation telah menerima RM19 juta bagi tahun 2023. Namun, peruntukan untuk tahun 2024 hanyalah RM1.6 juta sahaja. Saya ingin bertanya kepada sebab penurunan yang begitu mendadak ini.

Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 01100 – MIMOS Bhd. Peruntukan pembangunan MIMOS bagi tahun 2024 adalah berjumlah RM37.5 juta berbanding dengan RM16.18 juta dalam Bajet 2023. Satu peningkatan yang melebihi dua kali ganda. Apakah perancangan pelaksanaan dan bagaimana MIMOS dapat membantu dalam pembangunan teknologi kepada industri?

Saya di sini ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk mengimplementasikan sistem KPI serupa dengan yang diterapkan oleh Institut Penyelidikan Teknologi Industri di Taiwan. Matrik utama mereka adalah termasuklah jumlah projek penyelidikan aktif publikasi dalam jurnal by peer, paten yang didaftarkan, kerjasama industri yang terjalin dan transfer technology ke sektor industri. Saya percaya indikator-indikator ini akan memberikan gambaran tentang komitmen institut terhadap penyelidikan terkini, kontribusi kepada komuniti akademik, inovasi keterlibatan industri dan keberhasilan penerapan hasil penelitian.

Seterusnya, saya ingin merujuk kepada Bekalan 30, Kepala 020000 – Perancangan dan Pembudayaan Sains khususnya Butiran 020400 – Pusat Sains Negara.

final • 4:40 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Saya ingin bertanya kepada kerajaan, sama ada Pusat Sains Negara akan bertambah lebih banyak program dan exhibition dalam bidang sains yang penting untuk negara kita kini dan pada masa yang akan datang seperti semi konduktor, angkasa serta tenaga hidrogen? Supaya kita dapat memupuk kanak-kanak dan pelajar kita untuk menceburi bidang-bidang ini.

Sekian, terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Miri. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 4:40 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Puan Pengerusi, saya terus merujuk Butiran 020000 – Perancangan dan Pembudayaan Sains, terkait dengan Butiran 020100 iaitu perancangan strategik menunjukkan jumlah penurunan anggaran peruntukan dari RM12,042,200 tahun 2023 kepada RM9,920,100 pada tahun 2024. Sebaliknya Butiran 020200 – Pembudayaan STI pula memperlihatkan peningkatan ke aras anggaran RM8,432,600 tahun 2024 dari sebelumnya iaitu anggaran RM5,312,400 pada tahun 2023.

Mohon pihak kementerian menyatakan perincian jumlah berkenaan berdasarkan pelan dan rangka atau kerangka strategik bagi memastikan impak atau keberhasilan butiran berkenaan mencapai sasaran. Apakah bentuk mekanisme pembudayaan STI ini?

Adakah— apakah maksud pembudayaan STI tersebut mencakupi kolaborasi antara pihak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta? Apakah bidang-bidang STI yang menjadi keutamaan bagi memangkin pemodenan pembangunan negara dan bagaimana pula ia diimplementasi?

Tuan Pengerusi, bagi memastikan negara berada di atas landasan yang tepat ke arah revolusi perindustrian 4.0 iaitu IR4.0, negara memerlukan kurang lebih 500,000 orang saintis dan jurutera. Menurut anggaran yang dikeluarkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Pembangunan Saintifik dan Penyelidikan (MKPSB), berdasarkan laporan media tahun 2018, menyatakan bahawa jumlah yang ada pada ketika itu hanya sekitar 17 peratus daripada jumlah anggaran MKPSB.

Dalam hal ini, Kuala Kedah ingin mengetahui, apakah strategi jangka pendek dan jangka panjang yang akan dan sedang diambil oleh pihak kementerian bagi meningkatkan jumlah saintis dan jurutera yang berkemahiran bagi memenuhi permintaan pasaran kerja domestik dan penyelidikan strategik, research and development (R&D)?

Apakah terdapat tawaran yang komprehensif bertujuan untuk menarik minat saintis tempatan pulang ke tanah air selepas menimba pengalaman di luar negara, seterusnya menyumbang bakti kepada negara? Hal yang saya nyatakan sebentar tadi adalah merujuk kepada Butiran 020200 – Pembudayaan STI.

Tuan Pengerusi, Butiran 030000 – Pembangunan Teknologi. Butiran tersebut menunjukkan kenaikan yang ketara sehingga mencecah RM349,283,200 untuk anggaran tahun 2024 merangkumi enam butiran utama. Mohon penjelasan.

Di bawah Butiran 030100 – Teknologi Strategik. Kuala Kedah ingin mengetahui, apakah skop pelaksanaan butiran berkenaan sehingga peruntukan tersebut ditingkatkan kepada RM12,979,800 iaitu lebih RM6 juta melebihi anggaran perbelanjaan tahun 2023?

Berapakah jumlah bidang kepakaran yang berimpak tinggi disasarkan supaya anggaran peruntukan berkenaan mencapai target? Apakah wujud halangan yang membantut perkembangan STI dalam negara dan bagaimana ia diatasi?

Menerusi Butiran 030200 – Dana dan Pengkomersialan, berapakah jumlah pendapatan yang dapat dijana melalui commercial product atau ciptaan inovasi teknologi?

Pasaran manakah yang berpotensi mendapat permintaan tinggi dan apakah jenis inovasi atau teknologi yang menjadi pilihan ramai serta mekanisme memasarkan produk teknologi?

final • 4:43 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Butiran 040800 – Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia, Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC). Mohon kementerian menyatakan alasan ketiadaan peruntukan berbanding dengan anggaran peruntukan 2023 yang berjumlah RM20 juta sedangkan pusat berkenaan berperanan untuk membantu memudah cara mengemudi dan mengupaya ekosistem start-up keusahawanan bagi memantapkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara inovasi. Apakah status inisiatif Social Enterprises Elevation (SEE) dan National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) yang mempunyai pertalian terus dengan MaGIC?

Tuan Pengerusi, terakhir adalah Butiran 98000 – Akademi Sains Malaysia (ASM).

Pertubuhan berkanun ini merupakan badan pemikir yang berperanan sebagai penasihat saintifik tertinggi di Malaysia. Kuala Kedah ingin bertanya, apakah perancangan strategik perbadanan berkenaan dalam meningkatkan pembudayaan STI dalam negara dalam tempoh lima tahun akan datang?

Adakah badan ini membina jaringan penyelidikan atau komersial dengan mana- mana pertubuhan sains di peringkat antarabangsa dan bagaimana ia dilaksanakan?

Berapa ramai saintis tempatan yang telah mengharumkan nama negara dengan penemuan saintifik terbaru di peringkat global dalam tempoh tiga tahun kebelakangan?

Sekian, terima kasih.

final • 4:43 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya jemput Yang Berhormat Kepong.

final • 4:43 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

final • 4:48 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pengerusi.

final • 4:48 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terlebih dahulu, saya nak bangkit Butiran 030400 – Jabatan Tenaga Atom dan 030500 – Agensi Nuklear Malaysia. Saya nak minta kementerian menjelaskan, mengapa di Jabatan Tenaga Atom, dana dia diperuntukkan tahun ini RM18 juta, tahun depan meningkat kepada hampir RM23 juta? Sama juga Agensi Nuklear Malaysia, tahun ini RM89 juta, tahun depan diperuntukkan hampir RM96 juta.

Jadi, saya nak minta kementerian menyenaraikan projek-projek atau pencapaian- pencapaian yang dilakukan oleh dua agensi ini, Jabatan Tenaga Atom dan Agensi Nuklear Malaysia masing-masing untuk tahun ini dan juga memperjelaskan mengapa kedua-dua agensi ini memerlukan peningkatan dana untuk tahun depan.

final • 4:48 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Puan Yang di-Pertua, kementerian MOSTI ini memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk arah dan strategi negara dalam era globalisasi dan revolusi industri 4.0 dengan memandang pada peranan kementerian ini dalam memacu kemajuan sains dan teknologi. Terdapat beberapa cadangan yang boleh saya berikan untuk memastikan kejayaan dan impak positif yang lebih besar.

Di bawah Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), dengan izin. Pertama, saya menyokong butiran ini kerana peningkatan dalam pembiayaan R&D harus diberikan keutamaan. Pembiayaan yang mencukupi adalah kritikal untuk memastikan penemuan dan inovasi dapat berlaku. MOSTI boleh membangunkan skim pembiayaan yang lebih mudah diakses untuk penyelidik, penyelidikan bersama dengan sektor industri dan program insentif untuk syarikat yang melibatkan diri dalam R&D.

Kedua, pembangunan modal insan dalam bidang sains dan teknologi perlu diperkukuhkan. Ini melibatkan pelaksanaan program latihan dan pembangunan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tenaga kerja dalam sektor ini. Program ini sepatutnya merangkumi pelbagai peringkat pendidikan termasuk program vokasional dan latihan industri bagi meningkatkan kebolehpasaran.

final • 4:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Ketiga, MOSTI perlu memainkan peranan penting dalam mempromosikan kolaborasi antara sektor awam dan swasta. Kerjasama yang kukuh dapat memberikan sinergi yang membantu memajukan penyelidikan dan mempercepat penggunaan hasil inovasi dalam industri. Penyelarasan program dan matlamat antara agensi kerajaan dan sektor industri dapat dicapai melalui mekanisme seperti persidangan, forum dan platform kolaboratif.

Seterusnya, Butiran 00500 – Baik Pulih dan Penyelenggaraan Bangunan dan Peralatan, RM40 juta. Saya sokong butiran ini sebab inisiatif untuk memperkukuh infrastruktur sains dan teknologi perlu diutamakan. Ini termasuk meningkatkan dalam kemudahan penyelidikan pusat inovasi dan platform pengujian teknologi. Pembangunan pusat-pusat unggul dalam bidang tertentu boleh membantu Malaysia menjadi pusat rujukan dalam bidang tertentu di peringkat serantau atau global.

Seterusnya, Butiran 030100 – Teknologi Strategik. MOSTI boleh menggalakkan perkongsian data dan akses terbuka kepada maklumat saintifik. Ini dapat memacu pertukaran pengetahuan dan membolehkan penyelidik industri dan komuniti saintifik memanfaatkan data secara lebih efektif. Inisiatif ini juga boleh meningkatkan transpirasi dan kebolehpercayaan dalam penyelidikan sains dan teknologi.

Di bawah butiran yang sama, pendekatan kepada penemuan dan inovasi yang berkesan dalam menangani cabaran global seperti perubahan iklim, kesihatan awam dan kemiskinan boleh menjadi fokus strategi. MOSTI boleh memberi sokongan khusus kepada projek-projek yang mempunyai impak positif terhadap kelestarian dan kesejahteraan masyarakat. Dengan mengambil kira cadangan ini, MOSTI dapat memainkan peranan penting dalam mendorong pembangunan ekonomi negara berteraskan pengetahuan, meningkatkan daya saing dengan memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia dalam jangka masa panjang.

Sekian, terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kepong. Saya jemput Yang Berhormat Jerantut.

final • 4:50 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri yang turut hadir pada petang ini.

Ada tiga Kepala yang akan disentuh, insya-Allah. Pertama, Kepala B.30 Butiran 030000 – Pembangunan Teknologi. Fokus saya kepada Malaysia Board of Technologists

(MBOT), Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 [Akta 768].

Saya mohon kepada pihak kementerian untuk mempertimbangkan untuk memberi mandat kepada akta ini dalam mewajibkan para juruteknik dan teknologis yang baru bergraduasi di IPT sama ada di kolej, universiti mahupun TVET untuk berdaftar di bawah MBOT.

Jika kita lihat apa yang dipraktiskan oleh Board of Engineers Malaysia (BEM), ataupun Lembaga Jurutera Malaysia, para graduan lepasan kejuruteraan diwajibkan untuk berdaftar di bawah BEM sebagai graduate engineer, dengan izin, agar tahun-tahun seterusnya sebagai seorang jurutera dipantau, diberi mentor dan seterusnya apabila tamat tempoh dan melalui program-program yang sepatutnya, maka mereka boleh diangkat sebagai jurutera profesional.

Kepala P.30 Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

Saya meneliti jawapan Menteri kepada perbahasan saya di dalam Belanjawan 2023 peringkat Jawatankuasa berkenaan dengan hal penyelidikan dan pembangunan. Syabas dengan segala usaha dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh peringkat kementerian.

Soalan saya adalah apakah pihak kementerian bersetuju sekiranya MOSTI menjadi leaders di dalam segala projek-projek R&D yang dilakukan oleh kesemua

final • 4:54 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

kementerian? Sebab, kita tengok di dalam kementerian-kementerian, ada bajet spesifik untuk R&D. Rasionalnya, supaya R&D ini lebih berfokus dan centralized. Ia juga memudahkan untuk pihak kementerian untuk mengkomersialkan segala produk yang dihasilkan oleh para penyelidik sama ada melalui geran penyelidikan ataupun penyertaan wakil Malaysia di dalam pertandingan kreativiti dan inovasi di peringkat antarabangsa.

Saya faham dan sedia maklum yang kesemua kementerian merasakan keperluan untuk mengadakan penyelidikan yang berfokus kepada kementerian masing-masing.

Namun, di luar negara, R&D ini akan bersifat lebih berfokus dan merupakan satu industri yang besar kepada sesebuah negara. Jadi, sudah pastilah kena ada satu kementerian yang menjadi leader kepada segala kerja R&D ini supaya kewangan yang dilaburkan akan lebih berfokus dan menghasilkan ROI yang lebih menarik kepada pendapatan negara.

Kepala P.30 Butiran 01300 – Technology Park Malaysia (TPM) dan Butiran 08000 – Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC). Seperti yang kita maklum, Technology Park Malaysia dan MaGIC telah bergabung dan menjadi MRANTI iaitu Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation. Namun, terdapat peruntukan bagi maksud pembangunan iaitu masing-masing berjumlah RM4.2 juta dan juga RM8 juta.

Persoalan saya. Saya mohon untuk pihak kementerian memperincikan, ke manakah peruntukan ini dibelanjakan? Memandangkan TPM dan juga MaGIC telah pun berada di bawah MRANTI. Apakah kita akan menyaksikan peningkatan peruntukan bagi MRANTI pada tahun akan datang disebabkan penggabungan ini?

Akhirnya kepada Puan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri, saya melihat kepada peratusan perbelanjaan kasar penyelidikan dan pembangunan ataupun GERD kepada KDNK. Jadi, persoalan saya, apakah aspek agihan peruntukan Belanjawan 2024 membolehkan Malaysia berada pada landasan yang tepat untuk mencapai peningkatan GERD kepada 3.5 percent menjelang tahun 2030?

Soalan saya yang kedua, bagaimana MOSTI ingin menyeimbangkan penyertaan penyelidik dan juga pemain-pemain industri dalam bidang R&D? Hampir 80 peratus penyelidik dalam negara ini berada di institusi pengajian tinggi. Manakala hanya lima peratus sahaja daripada syarikat pemula atau Start-up menjalankan perniagaan yang berasaskan teknologi. Ketidakseimbangan ini sudah tentu menyukarkan penglibatan yang lebih menyeluruh bagi memastikan aktiviti R&D ini terus pesat.

Sekian, terima kasih.

final • 4:54 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Saya jemput Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 4:54 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Yang Berhormat Puan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 00602 – Planetarium. Ada data yang disediakan iaitu yang menunjukkan jumlah pengunjung untuk pameran tayangan saja bagi tahun 2021 adalah seramai 8,964 orang dan bagi pameran planetarium hanya pada 6,549. Keadaan ini jauh beza kalau kita bandingkan dengan sebelum COVID-19 di mana jumlah itu merekodkan lebih daripada 50,000 pengunjung bagi setiap pameran.

Jadinya, pertanyaan saya kepada pihak kementerian adalah apakah usaha kementerian dalam menggalakkan peningkatan semula jumlah pengunjung kembali untuk melawat Planetarium?

Soalan seterusnya adalah adakah pihak kementerian ada cadangan untuk membuat kerjasama dengan Tourism untuk membuat promosi dengan lebih agresif bagi menarik pelancong asing untuk menjadikan Planetarium sebagai tempat pilihan utama yang patut dikunjungi dalam lawatan mereka ke Malaysia?

final • 4:58 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Yang ketiga, adakah ada cadangan untuk mewujudkan mobile planetarium bagi memberikan peluang kepada rakyat yang berada di bandar-bandar kecil, di desa-desa, di kawasan luar bandar merasai pengalaman melawat planetarium, bukan hanya tertumpu kepada sekolah-sekolah yang berdekatan sahaja.

Seterusnya, bagi Butiran 03700 – Yayasan Inovasi Malaysia. Baru-baru ini kerajaan menyatakan bahawa sebanyak RM3 juta diperuntukkan bagi pembinaan 10 ruang daya cipta di seluruh negara yang bertujuan memantapkan aktiviti sains, teknologi, inovasi dan juga ekonomi. Soalan yang hendak saya ajukan adalah, sejauh manakah penglibatan komuniti luar bandar terhadap pembangunan inovasi di negara kita ini?

Kita juga maklum YIM adalah sebuah badan yang mempromosi Program Inovasi Sains. Soalannya adalah, apakah jenis program yang dilaksanakan bawah YIM, khususnya untuk murid sekolah rendah dalam mempelbagaikan daya cipta atau aktiviti yang dapat meningkatkan minat pelajar ke arah penggunaan teknologi?

Soalan yang ketiga pula adalah, apakah usaha YIM dalam mempergiatkan coding class, coding bootcamp dan coding competition dalam kalangan anak-anak berikutan permintaan ke atas kelas-kelas coding for beginners, dengan izin, kini semakin meningkat di kalangan ibu bapa?

Pada Januari lepas juga, YIM ada program di Kampung Pengkalan Gelap, Setiu yang menggunakan Inovasi SmartHive yang telah dipatenkan, hasil penyelidikan UMT.

Jadi, saya nak minta kementerian menyatakan adakah terdapat inovasi lain yang memfokuskan peningkatan pendapatan, terutamanya di kalangan pekebun kecil, nelayan dan komuniti desa?

Seterusnya, ke Butiran 00603 – Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). Memang terdapat penurunan dari segi peruntukan. Baru-baru ini Malaysia telah melancarkan A- ASEAN-SAT-PG1 pada Jun baru-baru ini dan ia sekali gus menjadi satelit kesebelas yang dilancarkan oleh Malaysia. Jadinya, soalan yang saya nak ajukan adalah, bagaimanakah penurunan peruntukan yang diperuntukkan di dalam bajet ini dapat membantu pembangunan penyelidikan berkaitan sektor angkasa bagi memastikan sektor itu terus relevan?

Soalan seterusnya adalah, saya nak minta juga kementerian untuk menyatakan bentuk kerjasama yang dilaksanakan oleh kementerian dengan universiti-universiti awam dalam pembangunan sektor angkasa ini bagi mengoptimumkan kepakaran pakar-pakar, pensyarah-pensyarah ataupun saintis-saintis di universiti di dalam sektor angkasa.

Seterusnya, MYSA memperoleh banyak anugerah dan pengiktirafan di dunia.

Saya nak bertanya dengan pihak kementerian, bagaimanakah kementerian dapat menggunakan kelebihan inovasi dan teknologi yang dibangunkan oleh MYSA ini yang boleh kita komersialkan, terutamanya bagi meningkatkan pengiktirafan terhadap Malaysia?

Baru-baru ini juga menerusi Forum Angkasa Antarabangsa Langkawi 2023, ada panel daripada Jepun yang menggesa agar negara-negara ASEAN membangunkan agensi angkasa secara bersama yang dapat membantu mengurangkan kos pembangunan projek berkaitan angkasa di masa hadapan. Jadinya, saya nak bertanya kepada pihak kementerian, apakah respons kementerian ke atas gesaan tersebut?

Apakah ada sebarang usaha ke arah itu sekarang?

Yang terakhirnya adalah Butiran 00604 – Pusat Sains Negara (PSN). Saya Cuma nak bertanya, apakah langkah kerajaan yang dilaksanakan menerusi Pusat Sains Negara bagi mengangkat semula minat pelajar-pelajar terhadap sains dan inovasi? Terima kasih banyak Yang Berhormat Puan Pengerusi.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

final • 5:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi atas peluang yang diberikan untuk saya membahaskan Belanjawan 2024 untuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Ada lima perkara saya nak kemukakan.

Pertama di bawah Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan

(R&D). Saya nampak ada satu lonjakan peruntukan daripada RM55 juta pada belanjawan sebelumnya kepada RM95 juta. Jadi, saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah bidang yang akan menjadi fokus di bawah tajuk ini pada tahun 2024?

Saya mohon cadangkan selain daripada bidang seperti penyelidikan terhadap teknologi terkini dalam elektronik, mekanikal dan sebagainya, saya mohon cadangkan supaya bidang pertanian dijadikan fokus sebab kita tahu food security, keterjaminan makanan menjadi isu global. Isu yang turut kita berikan perhatian. Saya mohon daripada Menteri, ada tak kerjasama di antara MOSTI dengan agensi-agensi di bawah KPKM?

Saya tahu bila kita sebut keterjaminan makanan, lebih menjurus kepada peranan dan juga bidang kuasa KPKM dan agensi-agensi di bawahnya. Jadi, boleh tak MOSTI turut memberikan kerjasama ataupun kepakaran dari segi R&D supaya kita boleh menghasilkan lebih banyak variety benih baka yang lebih baik, yang boleh memberikan produktiviti yield yang lebih tinggi terhadap hasil tanaman kita?

Perkara kedua adalah berkenaan dengan Butiran 00200 – Jabatan Kimia Malaysia. Saya nampak peruntukan pembangunannya berkurangan daripada RM30 juta kepada RM19 juta. Untuk peruntukan di bawah Butiran 030300 di bawah peruntukan bekalan, saya nampak perjawatannya kekal pada 1,399. Maknanya, kalau ikutkan ini, jumlah pejabat dan jumlah kakitangan dan pegawai yang terbabit akan kekal sama pada tahun 2024.

Cuma isunya, saya nak kemukakan untuk makluman ataupun pengetahuan Yang Berhormat Menteri adalah, Jabatan Kimia ini salah satu kerja utamanya adalah membantu dalam siasatan pihak polis berkenaan dengan khasnya kes narkotik. Banyak kes pendakwaan di mahkamah tertangguh. Sebutan berulang kali. Sebutan, asyik sebutan sahaja. Saya rasa ini kalau Yang Berhormat Jelutong ada, beliau boleh mengesahkan.

Sebagai seorang peguam yang banyak mengendalikan kes-kes jenayah. Banyak kes tertangguh dan menyebabkan pembaziran masa mahkamah dan juga AGC dan juga banyak agensi terbabit, pihak polis dan sebagainya. Jadi, ada keperluan untuk kita memperkasakan, untuk kita meningkatkan keberkesanan dan lebih cepat Jabatan Kimia memberikan keputusan terhadap khasnya dadah. Berapa miligram dadah dan sebagainya. Sebab ia banyak bergantung kepada Jabatan Kimia.

Jadi, saya mohon satu penjelasan daripada pihak MOSTI, kenapa peruntukan ini sepatutnya tambah, bukannya kurang? Sebab banyak kes yang tertangguh dan ia memberikan kesan kepada agensi-agensi lain yang terbabit.

Perkara ketiga yang saya nak sebutkan adalah Butiran 09000 – Pelbagai Suntikan Ekuiti. Saya nampak ada lonjakan peruntukan, RM138 juta berbanding dengan RM55 juta pada tahun sebelumnya. Bagus. Saya ucapkan tahniah. Cuma saya nampak dalam keseluruhan peruntukan untuk MOSTI ini tak disebut tentang EV (electric vehicle).

Saya rasa Yang Berhormat Menteri sendiri cukup arif dalam hal ini dan Tanjong Malim pun akan jadi satu pusat EV akan datang. Jadi, ada tak yang RM138 juta ini termasuk penyelidikan kita untuk EV supaya kita lebih maju? Saya tahu pelaburan banyak bergantung kepada MITI, pelaburan dari negara China dan negara asing. Tapi bagaimana dengan penyelidikan tempatan kita? Kebersediaan kita untuk menjadi antara negara pengeluar utama kereta EV ini.

Seterusnya di bawah Butiran 83000 – Malaysia Industry-Government Group High Technology (MIGHT). Saya nampak ada RM40 juta. Saya mohon butiran daripada Yang Berhormat Menteri. Apakah bidang yang akan diberikan keutamaan pada tahun 2024 di bawah RM40 juta yang diperuntukkan? Perkara terakhir, Butiran 03600 – Program Pengkomersialan Nano Teknologi. Saya nampak ada RM18.5 juta berbanding dengan RM13 juta sebelum itu.

final • 5:04 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya nak tanya, apakah jenis produk yang diberikan keutamaan pada tahun hadapan dan apakah wujud kerjasama dengan IPTA? Sebab IPTA sendiri mempunyai banyak fasiliti kemudahan penyelidikan yang berkaitan dengan nanoteknologi. Mereka mempunyai ramai experts, ramai pakar yang mempunyai kepakaran dalam hal ini. Jadi, mohon penjelasan ataupun butiran berkenaan dengan perkara ini. Sekian sahaja, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

final • 5:04 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa 20 minit.

final • 5:04 PM

Menteri Sains dan Teknologi - Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Puan Pengerusi. Terima kasih juga kepada semua 12 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan bajet di peringkat Jawatankuasa yang menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

(MOSTI).

final • 5:09 PM

Menteri Sains dan Teknologi - Tuan Chang Lih Kang

Ini jelas menunjukkan sokongan dan penghargaan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap usaha kementerian bagi memartabatkan agenda sains, teknologi dan inovasi negara sejajar dengan konteks Kerajaan Perpaduan.

Puan Pengerusi, saya minta maaf dahulu kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kalau sekiranya isu-isu yang disentuh tadi tidak sempat untuk saya jawab semua sebab MOSTI ini adalah satu kementerian yang melibatkan banyak-banyak isu iaitu ada benda yang sekecil atom sampai ke alam yang sebesar angkasa. So, ada banyak benda yang mungkin tidak sempat saya cover pada hari ini. Kita akan beri jawapan bertulis.

So, bagi tahun 2024 MOSTI akan menumpukan kepada usaha untuk merakyatkan sains, menginsankan teknologi dan mengarusperdanakan inovasi bagi memastikan segala gerak kerja MOSTI adalah selaras dengan matlamat memperkasakan agensi STI negara. Daripada RM1.241 bilion untuk MOSTI, sebanyak RM705 juta telah diperuntukkan bagi belanja mengurus seperti emolumen, perkhidmatan dan bekalan, aset, pemberian dan perbelanjaan lain. Manakala baki RM535.9 juta telah diperuntukkan bagi belanja pembangunan seperti bagi pembangunan perkhidmatan, penyelidikan STI dan pengkomersialan STI.

Seterusnya, izinkan saya untuk menjawab pertanyaan Ahli-ahli Yang Berhormat selanjutnya. Pertama, Yang Berhormat Kuala Selangor yang telah bertanyakan tentang bajet Akademi Sains Malaysia. Jumlah keseluruhan bajet bagi Program Pendigitalan IOT untuk Biodiversiti adalah RM7 juta sehingga tahun 2025. Penyaluran adalah berdasarkan milestones dengan izin.

Bagi tahun 2024, jumlah peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak RM1.9 juta dan penyaluran seterusnya akan dibuat pada tahun berikutnya. Peningkatan sebanyak lebih kurang RM1 juta adalah bagi menampung keperluan bekalan dan perkhidmatan, pemberian dan kenaan bayaran tetap serta bayaran-bayaran lain.

Mengenai status terkini iConnect. iConnect adalah kerjasama quadruple helix yang melibatkan kerajaan, akademia, industri dan masyarakat sivil yang bertujuan merapatkan jurang inovasi dalam rangkaian bekalan dan nilai untuk pihak berkepentingan.

Objektif utamanya ialah mewujudkan platform penggalakan hasil R&D untuk kegunaan industri secara kompetitif kerana didorong oleh permintaan. iConnect merupakan projek rintis dimulakan pada tahun 2019 dengan geran padanan sebanyak RM20 juta. iConnect akan siap pada tahun ini.

Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) telah dilancarkan pada 1 November 2021 dengan tujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar vaksin manusia dan menjadikan Malaysia sebagai— dalam tempoh 10 tahun, minta maaf.

final • 5:10 PM

Menteri Sains dan Teknologi - Tuan Chang Lih Kang

Bagi memastikan negara bersedia menghadapi sebarang ancaman pandemik pada masa akan datang. Kita sedia maklum bahawa pembangunan vaksin manusia sesebuah negara tidak murah, bukan mudah dan memerlukan kesabaran dengan gerak kerja yang berinovatif.

Pembangunan ini adalah kompleks, berisiko tinggi dan mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 tahun untuk menghasilkan sejenis vaksin. Kos untuk membangunkan vaksin dengan menggunakan teknologi terkini adalah tinggi dan untuk merealisasikan aspirasi PPVN memerlukan komitmen yang tinggi daripada pelbagai pihak.

final • 5:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

[Bangun]

final • 5:10 PM

Tuan Chang Lih Kang

Pada masa kini MOSTI sedang dalam usaha untuk memperkukuhkan ekosistem vaksin negara termasuklah melalui— baru, baru masuk sahaja.

[Ketawa] Biar saya habiskan dulu. Termasuklah melalui pengukuhan rangkaian kerjasama strategik antara agensi, industri dan antarabangsa. Silakan.

final • 5:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Terima kasih Timbalan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri. Sekalung tahniah atas usaha MOSTI dalam bukan sahaja memberi peruntukan tetapi dengan azam dan tekad yang penuh semangat dalam pembangunan ekosistem vaksin.

Cuma kita masih, saya rasa kita, Ahli seisi Dewan perlu maklum bahawasanya dan kementerian perlu maklum masih ada segolongan dan segelintir yang tidak kecil di sosial media melalui WhatsApp yang tengah masih menyebarkan maklumat palsu yang sangat-sangat anti vaksin sehingga punya cerita ciptaan rekaan yang cukup dahsyat, yang cukup menakutkan. Untuk menakut-nakutkan orang Malaysia berkenaan dengan vaksin sehingga konspirasi teori macam-macam keluarlah.

Jadi, adakah dalam usaha pembangunan vaksin itu juga terdapat public relations dengan izin, kempen untuk meredakan, kalau tidak, bukan meredakan sekurang- kurangnya untuk counter that conspiracy theory dengan izin, dalam pembangunan vaksin dan juga pembangunan ekosistem vaksin ini sendiri.

final • 5:10 PM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Apa yang disebutkan oleh Ipoh Timur tadi dia tidak termasuk dalam mandat MOSTI. Mungkin kementerian lain yang melibatkan pendidikan daripada segi vaksin. Minta maaf.

Mengenai NIBM pula, kerjasama dengan NIBM menerusi MGVI memastikan perhubungan yang telah dijalankan bersama, bersama-sama industri tempatan termasuk Pharmaniaga, MVP, Solution Biologics dan lain-lain mahupun internasional, akan terus gunakan untuk memastikan pelan hala tuju negara dapat dicapai.

Sebagai contoh, pembangunan kertas penyelidikan bersama dibangunkan bagi memastikan usaha secara kolektif dapat diperolehi kerana pembangunan vaksin ini memerlukan peruntukan yang besar serta memerlukan peranan besar pihak industri di peringkat ujian klinikal dan seterusnya pengkomersialan.

Baru-baru ini perbincangan pada 15 November bersama pihak industri telah diadakan bagi tujuan memastikan latihan berkenaan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak industri ini. Ini kerana penyediaan kapasiti di peringkat pembuatan merupakan elemen penting untuk memastikan harapan negara untuk penghasilan vaksin manusia sepenuhnya di dalam negara dapat direalisasikan.

Perhubungan bersama pihak industri juga turut menyediakan platform untuk para saintis di MGVI-NIBM ini untuk mendapatkan latihan secara terus daripada pihak pengeluar vaksin dunia sebagai contoh CanSino China. Sila.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Menteri.

Saya mendengar dengan tekun ya kesungguhan MOSTI untuk pada akhirnya nanti ya, meletakkan Malaysia mampu mengeluarkan vaksin sendiri ataupun bersama dengan pihak-pihak yang lain.

Cumanya saya mengingatkan Menteri juga bahawa tidak perlulah kita reinvent the wheel dengan izin dan seharusnya lebih bijak dari sudut ‘piggybacking’ (tenggek) kalau boleh saya sebutkan ataupun dengan kita mengadakan ‘smart partnership’ supaya kita

final • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

tidak perlu mewujudkan satu ekosistem yang terlalu berat dari sudut cost outlay. Dari sudut capital outlay-nya kerana kita tidak— pada akhirnya kita tidak memerlukan itu tetapi lebih bijak adalah lebih smart-nya adalah untuk kita tahu akan teknologi platform yang baru dan kita piggyback on them, kita expedite atau percepat.

Kita mengurangkan perbelanjaan capital expenditure kita, supaya yang pentingnya kita mendapatkan bekalan itu pada waktu-waktu pandemik yang meletakkan kita punya kesediaan (preparedness) dan tidak perlu reinvent the wheel dengan izin.

Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Memang ini juga adalah motif kerajaan supaya kita kerjasama antara local partner dengan international partner ini, dia akan melibatkan technology transfer di mana kita tidak perlu bermula dari start from scratch dengan izin. So, terima kasih atas pandangan tersebut.

Bagi MIMOS pula, peruntukan belanja pembangunan MIMOS, 01100 bagi tahun 2024 berjumlah RM37.5 juta berbanding dengan RM16.18 juta di dalam bajet 2023.

Bertujuan untuk melaksanakan tujuh projek penyelidikan dan pembangunan meliputi bidang E&E dan teknologi 4IR yang diguna pakai secara bersasar dan teknologi maklumat dan komunikasi ICT strategik.

Peningkatan peruntukan untuk tahun 2024 termasuk RM16 juta untuk projek menaik taraf dan menambah baik fasiliti fabrikasi di STC, yang tidak mendapat peruntukan...

final • 5:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Menteri beri laluan sedikit sahaja.

final • 5:10 PM

Tuan Chang Lih Kang

Okey, boleh. Silakan.

final • 5:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya yang sebutkan fasal MIMOS tadi. MIMOS ini telah ditubuhkan dekat 40 tahun dan dia memang khusus untuk electrical, electronics terutamanya semikonduktor. Tapi sehingga sekarang kita belum nampak keberhasilan MIMOS dalam bidang ini. Saya bagi contoh tadi di Taiwan depa mula mengenai IC ini, Integrated Circuit Design. Tahun 82, mereka menghantar 20 engineers ke United States belajar. Tapi hari ini, Taiwan menjadi pengeluar utama semikonduktor dalam dunia terutamanya syarikat TFMC. Itu satu.

Keduanya. saya minta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan sedikit pandangan ataupun komen mengenai cadangan saya supaya MOSTI menjadi peneraju utama dalam memperkasakan sains, teknologi di kalangan pelajar ataupun khususnya mereka yang memilih STEM A dan STEM B iaitu sains tulen supaya mereka ini dapat menjadi engineer dan saintis yang amat diperlukan oleh negara di masa akan datang.

Terima kasih.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Menteri kalau saya boleh sambung untuk menteri garap sekali. Ada juga beberapa kalangan MP-MP, Kuala Terengganu dan juga Kubang Pasu sebentar tadi yang menyebutkan tentang MIMOS yang kita mahu satu kejelasan purpose ya dan yang kita perhatikan MIMOS tidak sebenar- benarnya ‘raison d’etre’ kenapa kita create MIMOS itu sudah nampak lari.

MIMOS juga terlibat dalam IT dan akhirnya is– minta maaf kalau saya terpaksa menyebutkan. It’s neither here nor there dari sudut keupayaan membangunkan. Sebab MIMOS merupakan membangunkan negara dari sudut STI ini. Jadi, apakah ini memerlukan satu ketetapan polisi yang komitmen yang lebih jelas, naratif yang lebih jelas, purpose yang lebih jelas supaya MIMOS yang telah– emolumennya pun banyak menteri ya.

Ramai, dekat 500, 600 researchers tetapi kita mahukan not just input, output but the high impact yang peranan MIMOS itu yang bukan perlu diperkasakan. They must unleash and unlock the value dalam MIMOS ini. Ini yang dinanti-nantikan oleh banyak pihak dan kita masih lagi belum menantikan istilah punya the trapped tiger ini supaya dapat mengaum sebenar-benarnya.

final • 5:20 PM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. MOSTI faham tentang ekspaktasi yang tinggi atas MIMOS ini sebab MIMOS memainkan peranan yang penting dalam memacukan teknologi kita, negara kita terutamanya dalam bidang semikonduktor dan juga microelectronics. Mungkin saya hendak habiskan tentang beberapa para tentang MIMOS ini.

Saya ingin maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, sehingga Oktober 2023, MIMOS telah memfailkan 1,387 paten dengan MyIPO dan 959 paten di peringkat antarabangsa di bawah Patent Cooperation Treaty (PCT) dengan World Intellectual Property Organization. Daripada jumlah ini, sebanyak 343 paten telah dikomersialkan kepada industri melalui pelaksanaan projek penyelesaian ICT kepada sektor awam dan juga swasta.

Pembentukan institusi penyelidikan awal kebangsaan seperti MIMOS ini merupakan langkah penting buat negara dalam membentuk model kolaborasi yang lebih kukuh di antara...

final • 5:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya MIMOS itu bukan untuk buat kerja ICT. Dia patut fokus sepenuhnya semiconductors electrical electronics industri. Dia bukan untuk ICT sebab itu they are I think very diverted dalam pendekatan mereka. Ini perlu diubah kalau kita hendak satu hasil yang lebih baik. Kalau kita buat benda yang sama, mengharapkan hasil berubah takkan jadi. Kita kena ubah cara, kaedah supaya dapat hasil berbeza.

Terima kasih Menteri.

final • 5:20 PM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih atas pandangan Kubang Pasu. Saya faham sebelum ini memang the initial objektif adalah elektronik dan juga electrical and electronics. Tetapi along the way memang telah masukkan ICT dalam mandat. Kita boleh bincang selepas ini sama ada ICT ini perlu dimasukkan dalam mandat MIMOS atau tidak.

Tetapi untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat ini, saya ingin memberitahu bahawa MIMOS kini memberikan fokus dalam beberapa R&D:

(i) tentang semikonduktor dan penyelidikan filem nipis

(semiconductors and thin film research) bertujuan untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai semikonduktor global melalui penyerapan teknologi tempatan dan juga mengukuhkan teknologi semikonduktor yang sedia ada;

(ii) mikroelektronik terbenam (embedded microelectronics);

(iii) smart nation; dan

(iv) teknologi untuk sektor pembuatan.

So, ini adalah beberapa bidang yang sedang MIMOS menerokai. Untuk berkaitan dengan MRANTI pula, Sekretariat NTIS bersama dengan KKM melalui Malaysian Health Technology Assessment Section (MaHTAS) telah selesai membangunkan aliran proses bagi membenarkan aktiviti pengujian dan ratifikasi teknologi terpilih yang dijalankan mengikut keperluan teknologi hospital dan ketersediaan infrastruktur hospital. Lima hospital tersebut adalah:

(i) Hospital Putrajaya;

(ii) Hospital Tunku Azizah;

(iii) Institut Kanser Negara;

(iv) Hospital Bera, dan

(v) Hospital Rembau.

Walau bagaimanapun, projek-projek lain melalui pihak sekretariat juga boleh dipertimbangkan untuk diuji di hospital-hospital ini.

Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Kuala Terengganu, bagi memastikan Malaysia berjaya mencapai kedudukan 30 negara teratas dalam GII menjelang tahun

final • 5:20 PM

Tuan Chang Lih Kang

2025, sejajar dengan sasaran yang telah ditetapkan dalam Kajian Separuh Penggal RMKe-12, MOSTI akan melaksanakan beberapa inisiatif seperti berikut:

(i) membantu mendaftarkan hak harta intelek IP bagi mana-mana inovasi yang berpotensi untuk dikomersialkan termasuk yang dihasilkan oleh pelajar sekolah;

(ii) penggubalan Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara bagi memastikan Malaysia selangkah di hadapan dalam menangani isu kesihatan Malaysia dan hubung kait dengan alam semula jadi, biodiversiti dan perubahan iklim yang turut diukur dalam GII; dan

(iii) mengusulkan cadangan untuk menubuhkan jawatankuasa khas bakat sains, teknologi dan inovasi yang turut dianggotai oleh wakil- wakil industri untuk menyokong inisiatif negara dalam pembangunan bakat sains, teknologi dan inovasi yang adaptive.

MOSTI melihat prestasi Malaysia di dalam GII bukanlah sekadar satu alat pengukur, tetapi turut merupakan satu panduan yang memberikan kita gambaran menyeluruh tentang keupayaan inovasi negara. Ia memberi tumpuan kepada faktor-faktor penting yang mendorong dan menyokong proses inovasi termasuklah penyelidikan dan pembangunan, keusahawanan, infrastruktur teknologi dan pelbagai bidang tumpuan yang memerlukan intervensi.

Puan Pengerusi, saya ingin ambil masa untuk jawab beberapa soalan yang dibangkitkan tadi termasuk oleh YB Kota Melaka dan juga Kepong mengenai Lynas. Puan Pengerusi, seperti yang disebutkan sebelum ini memang Lynas ini adalah satu isu yang hangat diperbahaskan sebelum ini.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya hendak beritahu pengekstrakan torium itu bukan satu teknologi yang baru. Sebenarnya pengekstrakan torium itu sudah wujud di negara-negara lain tetapi di negara yang ada lombong rare earth itu, mereka tak gunakan cara ini sebab mereka tak perlu menggunakan cara ini kerana melibatkan kos yang tinggi.

Mereka hanya perlu gunakan mine. Lombong yang sedia ada itu mereka, mereka, ya mereka just letak balik dalam lombong tersebut. Tidak perlu, yang tidak perlu mereka memproseskan waste seperti WLP, untuk makluman hadirin sekalian. Tetapi di negara kita, kita tidak dapat membuat, berbuat demikian sebab di Malaysia, lombong tidak ada di Malaysia. Untuk fixed stock dari Lynas ini adalah dari Australia. Untuk Lynas me- neutralize-kan WLP ini, menjadikan waste yang scheduled waste yang tidak melebihi 1 becquerel per gram keradioaktifannya, kita perlu buat thorium extraction.

final • 5:20 PM

Tuan Chang Lih Kang

Sebelum ini memang tak ada perbincangan tentang penggunaan teknologi ini oleh Lynas ataupun pihak industri yang lain tetapi kali ini Lynas sudi melakukan ataupun melaksanakan thorium extraction ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila kita kata lab scale itu..

final • 5:30 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Yang Berhormat Menteri, boleh celah sedikit tak?

final • 5:30 PM

Tuan Chang Lih Kang

Sekejap saya just hendak habiskan. Apabila kita kata lab scale adalah dia berskala makmal tidak bermakna ini adalah satu eksperimental ataupun exploration yang ini sudah pun dibuktikan boleh dilakukan. Cuma apa yang Lynas perlu buat adalah untuk scale up. Kota Melaka dulu.

final • 5:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih, Menteri. Tuan Pengerusi, terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Menteri. Soalannya ialah kalau dikatakan di negara yang mereka buat perlombongan itu mereka akan terus tanam semula bawah tanah. Kenapa Lynas tak buat sedemikian di lombong mereka? Kenapa mereka perlu hantar ke Malaysia untuk buat proses selanjutnya? Adakah di sana mereka– rakyat mereka juga menentang sebab itu mereka terpaksa hantar ke luar negara dan kita pula menjadi mangsa?

final • 5:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kedua, teknologi itu sudah lama sudah ada. Ya, memang kita tahu sudah lama ada. Kenapa teknologi yang sudah sekian lama sudah ada kenapa mereka tidak gunakan?

Adakah kerana tidak ekonomik untuk mereka buat sedemikian, tiada pasaran, tiada permintaan ataupun kosnya terlalu tinggi? Maka sukar untuk mereka hendak sell, hendak jual idea tersebut. Jadi, ini harus kita pertimbangkan.

Oleh sebab saya khuatir Lynas dia janji dia akan buat sedemikian, lepas dua tahun dia tidak dapat deliver maka kita macam telah ditipu oleh Lynas. Itu yang kita risau dan bila– kita perlu satu jadual masa daripada Lynas. Bila mereka boleh deliver? Mana negara hendak beli produk tersebut? Siapa mereka akan jual? Semua ini tak ada satu penerangan yang jelas daripada mereka. Jadi, kita khuatir kita tertipu sekali lagi oleh Lynas. Terima kasih, Menteri.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan

final • 5:30 PM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, perlu lama lagikah?

final • 5:30 PM

Tuan Chang Lih Kang

Mungkin soalan yang terakhir lah.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

final • 5:30 PM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Menteri, kita tahu sisa-sisa radioaktif Lynas ini sudah mencecah satu juta tan metrik dan letak di belakang kilang Lynas macam bukit sahaja.

Saya hendak tanya Menteri berapa kos akan dilaburkan oleh kilang Lynas untuk kemaskan semua sisa-sisa radioaktif ini dengan menggunakan teknologi baharu yang mengeluarkan torium yang daripada sisa-sisa ini.

Eksperimen teknologi baharu ini kami tahu walaupun ada bukti dia boleh keluarkan torium tetapi berapa tan metrik mereka telah cuba dan kita mesti ingat yang sekarang kami hendak keluarkan torium adalah sebanyak yang mencecah satu juta tan metrik sisa-sisa radioaktif. Ini bukan satu angka yang kecil. Adakah Lynas laburkan dan ingin belanja duit ini untuk keluarkan semua torium dan kemaskan semua sisa-sisa radioaktif yang mencecah sudah satu juta tan metrik ini? Sekian, terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat Kota Melaka dan juga Raub. Tentang Lynas ini pertama saya hendak jelaskan kenapa Australia tidak buat demikian, saya tidak dapat jawab on their behalf, mewakili mereka. Tetapi apa yang difahamkan, dia ada satu crack and leaching plant di Kalgoorlie dan apa yang mereka merancang untuk buat ialah sama ada waste itu mereka akan tanam balik dalam lombong mereka ataupun mereka akan buat PDF seperti yang di Gebeng. Tetapi pihak Lynas juga maklumkan bahawa sekiranya teknologi ini kita boleh gunakan di sini, dia akan gunakan di Kalgoorlie juga, itu adalah jawapan saya.

Kedua, sama ada kita akan dipermainkan oleh Lynas atau tidak? Untuk makluman Dewan yang mulia ini, AELB akan menjadi agensi pemantau dan kita bukannya akan memantau apabila sudah sampai tempoh baru kita pergi memantau. Sebenarnya kita akan ada pemantauan secara berkala dan kita akan memantau progress tersebut bagaimana mereka akan scale up dari segi lab scale kepada industry scale.

Untuk makluman Yang Berhormat Raub, torium ini dia boleh di-extract dari apa yang kita ada sekarang WLP 1.2 juta metrik tan. Dari sana kita boleh ekstrak torium dalam sekitar 700 tan. So, itu adalah satu peratusan yang sangat rendah dan selepas itu lebih daripada satu juta metrik tan waste itu dia akan jadi scheduled waste yang tidak lagi beradioaktif. Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, PDF itu dia sedang membina dan sekarang sudah dalam 35 peratus lebih kurang. In fact dia ada beberapa chamber, yang first chamber sudah pun dibuat dan sisa sudah dimasukkan tetapi yang lain belum.

Dia masih dalam progress.

final • 5:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Menteri, sedikit sahaja. Menteri, kalau dikatakan..*.

[Pembesar suara dimatikan]*

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, cukup, duduk. Masa sudah lebih sudah. Yang Berhormat...

final • 5:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Pengerusi, sedikit sahaja tentang jawapan...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk.

final • 5:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Sedikit sahaja.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk.

final • 5:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat. Menteri, please round up, dengan izin.

final • 5:30 PM

Tuan Chang Lih Kang

Okey. Terima kasih, Dato’ Pengerusi. Saya rasa ada banyak isu lagi yang saya perlu sentuh tetapi tak sempat. Saya akan memberi jawapan bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM705,625,500 untuk Kepala B.30 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.30 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.30 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.30 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita berpindah kepada kementerian yang berikutnya iaitu Kementerian Dalam Negeri.

final • 5:30 PM
Kepala B.62 [Jadual] – Kepala P.62 [Anggaran Pembangunan 2024] –

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat-Yang Berhormat, dalam senarai yang telah saya terima sejumlah 19 Ahli Yang Berhormat akan berbahas. Dimulakan dengan seperti berikut, Yang Berhormat Damansara; Yang Berhormat Masjid Tanah; Yang Berhormat Ayer Hitam; Yang Berhormat Besut; Yang Berhormat Miri; Yang Berhormat Langkawi; Yang Berhormat Stampin; Yang Berhormat Kuantan; Yang Berhormat Tenggara; Yang Berhormat Tumpat; Yang Berhormat Kluang; Yang Berhormat Pasir Salak; Yang Berhormat Beruas; Yang Berhormat Kuala Langat; Yang Berhormat Pasir Gudang; Yang Berhormat Arau; Yang Berhormat Klang; Yang Berhormat Mas Gading; Yang Berhormat Rasah.

Dipersilakan Yang Berhormat Damansara untuk membuka tirai.

final • 5:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 020000 dan juga 020100 yang merujuk kepada

final • 5:39 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Aspek Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dan khususnya merujuk Tuan Pengerusi kepada Aspek Kepolisan di bawah tajuk tersebut.

final • 5:39 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Tuan Pengerusi, beberapa hari yang lalu saya telah pun bangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini satu perkara berkaitan dengan siasatan yang dibawa terhadap pegawai-pegawai SPRM iaitu pada 5 November, Tuan Pengerusi. Di sini, dalam Dewan yang mulia ini, saya tanya berkenaan dengan tindakan yang boleh diambil terhadap pegawai-pegawai SPRM yang mana laporan telah pun dibuat terhadap mereka berkaitan dengan salah guna kuasa dan sebagainya.

Tuan Pengerusi, selepas saya membangkitkan perkara ini, ada satu respons yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada hari seterusnya, di mana beliau mengatakan bahawa, wujudnya mekanisme yang mencukupi di dalam Akta SPRM untuk tujuan menyiasat mereka yang dikatakan salah laku kuasa dalam SPRM. Ini apa yang beliau katakan yang dilaporkan dalam media, Tuan Pengerusi, 7 November, “Panel Jawatankuasa Bebas sedia ada sudah memadai untuk menyiasat mana-mana Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa terbabit dalam salah laku.” Kemudian, dia kata seperti berikut, “Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ketika ini suruhanjaya itu dipantau oleh lima panel bebas termasuk Jawatankuasa Aduan (JKA SPRM).” Baris seterusnya seperti berikut, “Jawatankuasa Aduan ini sudah lama diwujudkan untuk menyiasat mana-mana pegawai SPRM tetapi untuk kes jenayah, ia di bawah bidang kuasa polis.” Tuan Pengerusi, apa ini?

Bila kita bangkitkan isu berkenaan dengan salah guna kuasa kepada MACC, dia kata ada wujud mekanisme yang memadai, tetapi berkaitan dengan isu jenayah, tolak kepada PDRM. Apabila laporan polis dibuat dengan PDRM, pegawai PDRM menyiasat berkenaan perkara itu – mereka buat tugas, ramai dipanggil untuk memberi percakapan dan sebagainya- kemudian, apa berlaku? Tidak ada sebarang tindakan diambil.

Saya nak tahu, apakah sebenarnya yang berlaku di sini? Jangan berdolak-dalik bagi jawapan berkaitan dengan apa tindakan yang boleh diambil. Itu apa yang saya tanya di sini. Saya minta sekarang kepada kementerian untuk berikan kepada saya maklumat, berapa ramai – laporan polis dibuat terhadap pegawai-pegawai SPRM yang salah guna kuasa? Answer that question.

Bukan itu sahaja, Tuan Pengerusi. Selepas itu, kalau laporan polis dibuat, adakah tindakan dibuat? Saya di sini berdiri untuk membela pihak polis kerana saya tahu mereka ambil tindakan. Selepas diambil tindakan, fail itu dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara, apa tindakan? Kenapa tidak ada sebarang tindakan diambil? Saya nak maklumat, berapa fail yang melibatkan salah guna kuasa kepada pihak pegawai-pegawai SPRM sudah disiasat oleh PDRM? Berapa banyak fail telah pun dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara, Tuan Pengerusi? Setakat ini, berapakah fail tindakan diambil di mana mereka dibawa ke mahkamah?

Adakah satu keadaan di mana fail-fail dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara, tetapi tidak ada jawapan? Sunyi begitu sahaja. Kalau begitu, kenapa kita di sini memberikan wang untuk pihak polis siasat semua aduan ini, selepas siasat itu diam tidak ada tindakan? Saya nak tahu.

Orang di luar sana, laporan polis dibuat. Kami memberikan mereka jaminan kalau laporan polis dibuat, tindakan akan diambil, tetapi dalam Dewan ini, apabila saya tanya, Ketua SPRM kata, “Oh, sudah memadai.”, tetapi isu jenayah, dia tolak kepada PDRM.

That’s not right. Yang kita nak tahu, apakah berlaku kepada aduan itu? Adakah kita mempunyai keteguhan untuk membawa tindakan? Itu satu perkara.

Dan saya ingin mendapat jawapan daripada Timbalan Menteri berkaitan dengan apa telah pun berlaku sehingga sekarang dan di manakah masalahnya? Apakah yang kita boleh buat untuk selesaikan masalah ini? Saya terima juga banyak aduan daripada

final • 5:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

kawan-kawan dalam PDRM yang mengatakan kita sudah buat tugas, tetapi selepas buat tugas, setakat itu sahaja, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi, kemudian saya beralih kepada perkara seterusnya iaitu berkaitan dengan Butiran 051700 yang melibatkan IPCC. Tuan Pengerusi, saya lihat dalam dokumen di hadapan saya bahawa sejumlah wang sebanyak RM6 juta lebih diperuntukkan untuk IPCC. Kita semua tahu bahawa kita di dalam Dewan yang mulia ini telah pun meluluskan rang undang-undang untuk jawatankuasa ataupun untuk IPCC ini.

Apabila dimaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, dikatakan bahawa ia nya akan berkuat kuasa pada bulan Jun tahun ini.

Saya juga hendak tahu, setakat sekarang, berapakah aduan yang telah pun dibuat? Apakah tindakan yang telah pun dibawa? Bagaimanakah kita lihat keberkesanan IPCC ini selepas ia nya ditubuhkan? Saya minta jawapan daripada Timbalan Menteri berkaitan dengan perkara-perkara ini.

Seterusnya, saya buat rujukan kepada, Tuan Pengerusi, Butiran 09001 yang berkaitan dengan Peralatan Keselamatan. Tuan Pengerusi, kami dalam Dewan yang mulia ini telah pun beberapa kali membangkitkan isu perlunya ada integriti khususnya pada pihak polis yang menjalankan tugas di mana aduan dibawa terhadap mereka berkaitan dengan apa yang berlaku semasa tangkapan berlaku, semasa siasatan berlaku, semasa seseorang itu ditahan dalam lokap dan sebagainya. Oleh kerana itu, Tuan Pengerusi, kami dalam Dewan yang mulia ini telah pun membawa cadangan supaya kamera badan disediakan untuk pihak polis supaya tidak ada masalah ini. Supaya apabila ada aduan dibuat, kita dapat lihat kamera itu untuk menentu sahkan siapa yang bercakap benar, siapakah yang tidak, sebenarnya apa berlaku dan apa tindakan yang perlu diambil.

Saya nak tahu setakat sekarang, Tuan Pengerusi, apakah yang telah pun berlaku? Apakah kami dalam proses menyediakan kamera-kamera ini? Bilakah kita akan memulakan proses ini? Kemudian, kamera-kamera ini akan dipasang pada polis yang meronda kawasan sahaja ataupun menerusi setiap tahap siasatan? Saya nak tahu, untuk siapakah sebenarnya kamera-kamera ini dikhususkan?

Yang akhir, Tuan Pengerusi, saya rujuk kepada Butiran 050100 yang melibatkan isu berkenaan dengan Tugasan ke Luar Negara. Tuan Pengerusi, baru-baru ini kita baca laporan yang dikeluarkan di media di mana Ketua Polis Negara mengesahkan, Tuan Pengerusi, bahawa dan saya baca, “Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan bekas anggota Unit Tindak Khas (UTK) Sirul Azhar Umar yang disabitkan kesalahan membunuh wanita Mongolia sudah dibebaskan dari Pusat Tahanan Imigresen di Sydney, Australia semalam.” Tuan Pengerusi, saya ingin tahu, apakah tindakan yang berlaku atau diambil dalam keadaan-keadaan sebegini? Apabila kita ada seseorang itu yang telah pun melalui proses perbicaraan di Malaysia, didapati bersalah, kemudian dihukum, tetapi kemudian ke luar negara dan oleh yang sebegitu, tidak dapat menjalani hukuman yang ditentukan di Malaysia. Dalam keadaan kes-kes sebegini, saya nak tahu, apakah tindakan yang akan diambil oleh PDRM untuk kita menyelesaikan masalah ini? Berapa lama proses itu akan diambil untuk ia diselesaikan?

Setakat itu saja, Tuan Pengerusi. Saya harap, saya dapat jawapan untuk soalan- soalan yang saya bangkitkan. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Damansara. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Masjid Tanah.

final • 5:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 030100 iaitu Pendaftaran Negara. Saya ingin tahu, apakah butiran terperinci? Kerana terdapat peningkatan sebanyak RM33 juta pada tahun 2024 iaitu RM420 juta. Adakah ia termasuk juga uniform untuk Skim KP iaitu Keselamatan dan Pertahanan bagi pegawai dan juga staf di Jabatan

final • 5:48 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Pendaftaran Negara? Sesuai dengan peranan mereka untuk menguatkuasakan undang- undang di bawah JPN.

Keduanya, saya ingin bertanya, bagi memenuhi keperluan warga Malaysia, warganegara kita di luar negara, dalam hal kematian sahaja yang akan dibantu di pejabat kedutaan dan mereka – hal-hal lain seperti kelahiran dan sebagainya, mereka perlu pulang ke tanah air untuk dari segi penyiapan dan juga menguruskan dokumentasi.

Apatah lagi difahamkan pada tahun depan akan ada pinda Perlembagaan berkenaan dengan pendaftaran warganegara. Adakah kerajaan bercadang untuk menambah pegawai atase di bawah Jabatan Pendaftaran Negara ini?

Yang ketiga, saya ingin bertanya tentang isu MyKid. Saya ingin tahu, apakah dasar jangka masa panjang kerajaan berkenaan dengan isu MyKid ini? Adakah kerajaan bercadang untuk terus beri tanggungjawab sosial mengeluarkan kos untuk beri MyKid ini kepada warganegara tanpa ada punca kuasa yang jelas dan, dalam pada masa yang sama, perlu penuhi keperluan rakyat? Adakah cadangan untuk memperkasakan dokumen sijil kelahiran itu sendiri yang lebih mesra pengguna dan juga lebih komprehensif?

Keempatnya, saya ingin menyentuh tentang Program MEKAR. Saya ingin ucap syabas dan tahniah di atas Program MEKAR yang sangat baik ini hasil daripada pemerhatian dan juga feedback di bawah.

final • 5:48 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Program Outreach MEKAR JPN ini amat baik dan ia telah pun dirasakan dapat membantu hampir 30 peratus misi dan juga visi jabatan tersebut. Oleh itu, adakah kerajaan bercadang untuk memberikan tambahan peruntukan kepada Program Outreach MEKAR ini kerana mereka akan dapat RM26 juta pada tahun depan tapi adakah ia nya mencukupi untuk program outreach ini? Harapkan dapat ditambahkan lagi peruntukan yang baik ini kerana ia dapat memberikan keselesaan kepada orang ramai.

Seterusnya, saya ingin menyentuh kepada Butiran 030200 berkenaan dengan Hal Ehwal Imigresen. Saya ingin menyentuh usaha baik yang dibuat dengan mewujudkan Baitul Mahabbah iaitu menyediakan penempatan sementara kanak-kanak dari pusat tahanan imigresen dan saya difahamkan oleh Datuk KSU sebentar tadi bahawa anak- anak yang berada di sana lebih kurang dalam seribu lebih. Ini adalah satu jumlah yang cukup ramai Yang Berhormat Tuan Pengerusi dan mereka ini tidak ada akses pun kepada peluang untuk mereka mendapat pendidikan.

Jadi saya ingin bertanya, adakah dengan peruntukan RM10 juta difahamkan itu termasuk bukan sahaja kebajikan tetapi untuk mereka ada peluang untuk mereka belajar walaupun mereka di dalam depot tahanan tersebut kerana sayang sebab anak-anak ini masih kecil dan mereka memerlukan pendidikan itu untuk mengisi ilmu di dada mereka.

Seterusnya, saya ingin menyentuh perkara yang sangat penting iaitu 040100 berkenaan dengan Pembanterasan Dadah. Pada tahun 2024, sebanyak RM404 juta berbeza dengan 2023 iaitu naik ya, ada RM26 juta. Begitu juga dengan peruntukan di bawah 02000 iaitu kepada AADK juga. Ada perbezaan tambahan. Terima kasih diucapkan, ada RM13.6 juta. Ini amat diperlukan untuk AADK dan harapan saya sebagai Ahli Parlimen dan juga kawan-kawan yang lain supaya kerajaan memberi perhatian sikit kepada AADK ini.

Ini kerana terutama sekali mereka, terutama sekali kakitangan yang bekerja di AADK daerah dan juga negeri, mereka sangat komited kerana mereka ini mengenali klien yang terdapat dalam kawasan tersebut dan juga mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin masyarakat. Malang sekali kebajikan pegawai dan juga kakitangan AADK ini, elaun dan juga gaji mereka masih lagi di tahap yang sangat rendah dan berbanding dengan tugasan yang mereka terima. Mereka selalu standby 24 jam tetapi bila dia submit untuk OT, selalu kena potong. Jadi, macam tidak adil kepada mereka.

Jadi saya ingin bertanya, adakah kerajaan ingin mempertimbangkan juga untuk mereka ini mendapat elaun kritikal? Ini kerana saya difahamkan untuk ada elaun khas kalau tak silap saya, RM200 hanya untuk mereka yang berada di PUSPEN sahaja tetapi mereka yang ada di AADK buat serbuan dan sebagainya, tidak ada elaun kritikal ini.

final • 5:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Sangat penting kerana mereka terdedah kepada bahaya, terdedah kepada risiko mendapat jangkitan penyakit dan sebagainya serta ada tendency untuk mereka dikasari dan juga memperoleh penagih-penagih dadah tersebut.

Akhir sekali, merujuk kepada kes Yang Berhormat Kepala Batas, ucapan dia sewaktu di Kemaman baru-baru ini yang mana bukan bahan rujukan ucapan itu telah tersebar luas di mana kita telah pun dapat pastikan bahawa ia nya telah pun dicetak dan diedarkan oleh Komunikasi Barisan Nasional iaitu BN Comms sebagai bahan rujukan rasmi bagi Kempen PRU Ke-15.

Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, jelaskan siapakah pengarah BN Comms pada ketika itu dan adakah bahan yang diterbitkan ini datang daripada sumber yang sahih? Jadi, saya harap ia nya dapat memberikan penjelasan sebab dalam muka surat 130 menyatakan tentang apa yang telah pun disebut oleh Yang Berhormat Kepala Batas baru-baru ini. Itu sahaja, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Dipersilakan Yang Berhormat Ayer Hitam.

final • 5:50 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Datuk Pengerusi.

Saya terus kepada Butiran 030000 – Pengurusan Pendaftaran dan Imigresen. Kita sedar bahawa peruntukan RM1.229 bilion telah diperuntukkan di bawah Hal Ehwal Imigresen iaitu di bawah Butiran 030200. Begitu juga Pendaftaran Negara, Butiran 030100 iaitu sebanyak RM420 juta telah diperuntukkan. Saya memang sokong dan saya ingin membawa satu kekusutan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia khususnya di dua tempat.

Satu, adalah di Amerika Syarikat, kedua adalah di Saudi Arabia ataupun Arab Saudi di mana kerap sekali rakyat Malaysia, mereka ini duduk di Jeddah lama- Mekah.

Ada yang duduk di Amerika Syarikat lama sangat. Menjadi masalah utama ialah bila ibu bapa bawa anak mereka ke sana. Kalau mereka membawa anaknya yang sudah mempunyai Kad Pengenalan, tidak jadi isu tapi kalau anak di bawah 12 tahun memegang MyKid, itu akan membawa satu masalah yang besar. Saya beri contoh. Saya ingat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pergi ke US pun bertemu dengan keluarga ini. Mereka nak keluar tak boleh sebab untuk memperbaharui pasport di Jabatan Imigresen, Atase Imigresen- kena ada IC, MyKid tak boleh.

Jadi, ada yang duduk di sana lama. Orang akan tanya, kenapa dia tak keluar? Dia tak boleh keluar dari tempat itu sebab emak bapa dia dekat situ. Apabila berdepan dengan situasi abang, kakak, abang long semua tak ada masalah. Adik yang umur 12 tahun tiba di Amerika Syarikat atau negara lain, mereka akan menghadapi masalah. Masalahnya akan terbawa-bawa bila dia nak ke universiti. Dia kena bayar kadar yang lebih tinggi. Dia tak boleh keluar daripada Amerika Syarikat. Dia nak balik Malaysia, dia patriotik pun tak boleh. Pasal apa? Dia tidak ada dokumen sah. Kalau dia keluar daripada Amerika Syarikat, dia tak akan balik. Ibu bapa duduk situ. Itu jadi masalah.

Saya difahamkan dari Malaysian Association of America, terdapat lebih daripada 3,500 orang terkandas. Saya ingin merayu kepada Dewan, saya pernah berbincang dengan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun menerima rungutan sebegini. Saya difahamkan sudah ada tindakan positif daripada pihak kementerian iaitu mendaftar dan akan membantu mereka yang terkandas di Mekah. Ini satu tindakan yang baik.

Saya difahamkan perlu RM2 juta lagi untuk menghantar pegawai untuk menguruskan, untuk menyelesaikan masalah pendaftaran iaitu dapatkan IC sebelum orang itu boleh membuat pasport di Imigresen. Satu tindakan yang baik. Saya berharap selepas selesai urusan di Mekah, kita terus kepada Amerika. Kita minta duta besar kita uar-uarkan sebab tiga ribu lebih. Kesian nak balik tak boleh. Kalau dia tinggalkan Amerika,

final • 5:54 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

tak boleh masuk balik. Jadi, ada yang nak kahwin pun tidak boleh kerana tidak ada dokumen yang sah. Ini isu yang saya rasa saya pohon KDN untuk bantu.

Kedua ialah di bawah butiran yang sama. Kita sedar bahawa pindaan akta sedang berlangsung untuk mereka yang merupakan warga negara Malaysia, wanita. Anak mereka ini kalau banding dengan lelaki, dia tak boleh mendaftar secara automatik. Itu pada pindaan. Saya mengalu-alukan engagement, libat urus antara kerajaan dengan NGO.

Dengarlah pandangan mereka.

Saya ingin membawa satu isu yang mana ini berlaku di Johor, Batu Pahat.

Seorang pakar, seorang jurutera elektrik yang bekerja dekat Siemens di Germany, negara Jerman. Suaminya orang Jerman, mereka berkahwin pada tahun 2015 di Denmark kerana mereka adalah pakar, ekspatriat. Suaminya adalah IT konsultan di sebuah syarikat gergasi. Mereka melahirkan anak sulung nama dia ‘Mia Theo Harisson’ pada tahun 2015 tetapi pendaftaran itu ikut prosedur dalam tempoh setahun, mendaftarkan anak dia sebab perkahwinan itu didaftarkan di Denmark kemudian di Malaysia juga.

Jadi apabila pergi ke kedutaan, dia kata kita tengah proses. Selepas empat tahun lebih, berita buruk 2020 dia kata orang ini ditolak di bawah Perkara 15(2), tak boleh diberi warganegara. Sebelum itu saya nak maklumkan, ‘Ester’ iaitu ibu ini terus tinggalkan Germany, tak kerja. Tahun 2019 balik ke Batu Pahat untuk melahirkan anak keduanya.

Anak keduanya adalah rakyat Malaysia, anak pertama masih lagi Germany dan masih menunggu, menangis setiap hari sampai merayu melalui sidang akhbar minta bantu.

Saya nak bagi tahu, kalau emak bapa adalah pakar konsultan, anak dia bukan ada dosa. Dia ini bekerja di Germany. Kita minta tolonglah jangan tunggu sampai akta dipinda baru kita hendak bantu. Kes ini genuine. Anak dia belajar di Batu Pahat, kena minta Student Pass. Sebab itu saya minta kalau kes-kes ini, kalau kuasa di bawah Perlembagaan 15(2), kita boleh benarkan, saya cukup yakin Menteri dah banyak bantulah kes-kes, case-by-case, tetapi untuk kes sebegini, saya berharap ia nya dapat dipercepatkan kerana ini adalah kes asli dan kita sebagai rakyat Malaysia rasa terpanggil untuk saya membangkitkan isu ini dan seterusnya kita harap adik ini- adik Mia Theo ini dapatlah Warganegara Malaysia. Itu yang dia minta. Dia tidak minta apa. Belajar di sini, menjadi seorang rakyat Malaysia yang patriotik. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

final • 5:54 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Besut.

final • 6:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya terus kepada Butiran 020100 – Kepolisan.

Saya ingin merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital secara live pada 26 Jun tempoh hari yang telah mengancam penontonnya dengan tindakan pihak polis kerana memuat naik komen mengkritiknya dan juga kerajaan campuran. Ayat yang digunakan beliau adalah, “Semua anda yang masuk dalam live saya dan mengeluarkan kenyataan ini, anda sedang dipantau oleh pihak berkuasa. Jangan marah saya kalau ada panggilan nanti atau pun ada radio car yang singgah di rumah anda. We are monitoring, behave yourself. Kami sedang memantau, jaga kelakuan anda”. Jadi, Pakatan Harapan ini sebelum menjadi kerajaan secara konsistennya telah menyatakan secara jelas dalam manifesto kononnya untuk menyemak semula dan memansuhkan peruntukan akta-akta zalim yang boleh disalah guna untuk menyekat kebebasan bersuara antaranya Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Malangnya sudah dua kali jadi kerajaan, 22 bulan dan ini tak tahu lagi berapa lama. Sudah dua kali jadi kerajaan pun tidak ada yang mampu dilakukan untuk memansuh atau pinda, tetapi Menterinya pula berani memetik machinery kerajaan untuk mendiamkan kritikan.

final • 6:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Soalan saya, apa langkah-langkah drastik yang akan diambil oleh kerajaan bagi memastikan jentera kerajaan tidak disalah guna bagi mewujudkan budaya ketakutan dalam negara? Jadi undang-undang yang suatu ketika dulu dikatakan sebagai zalim, tetapi sekarang digunakan untuk menangkap, memenjara dan menyoal siasat pengkritik- pengkritiknya telah menjadikan hak rakyat untuk bersuara sebagai satu jenayah.

Jadi, apabila ketidakpuasan hati rakyat memuncak atas pelbagai isu, Menteri membalas dengan ugutan. Apa yang kita risaukan, mula-mula tindakan keras dikenakan ke atas ahli politik pembangkang, lama-lama sekiranya dibiarkan, lebih ramai lagi.

Mungkin pelajar, mungkin wartawan, mungkin aktivis dan orang-orang awam akan menjadi mangsa salah guna kuasa.

Juga, Timbalan Menteri Belia dan Sukan beliau pada masa itu sewaktu ketika dahulu pernah dikenakan pelbagai tindakan undang-undang. Ketika ditanya kenapa terus bersuara, beliau menjawab, “Ia merupakan suatu tanggungjawab bagi kita bersuara apabila kerajaan menggugat kedaulatan undang-undang untuk memastikan mereka terus berkuasa. Bukan hasil atau apa yang boleh dicapai dalam jangka masa pendek, yang penting proses adalah perlu untuk membuka ruang demokrasi. Kebebasan bersuara di Malaysia kini diancam oleh pihak kerajaan. Jelas sekali pihak berkuasa tidak berpihak kepada hak-hak kebebasan bersuara.” Jadi, apa sudah jadi dengan Pakatan Harapan sebenarnya? Kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan suatu ketika dulu begitu contradict sekali dengan situasi ketika ini.

Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan dalam memastikan keselamatan dan juga ketenteraman awam terpelihara termasuklah dengan memberikan hak dan kebebasan untuk mereka bersuara, adakah kerajaan akan mengeluarkan sebarang dasar atau garis panduan bagi menghentikan pengeluaran arahan melalui media sosial kepada polis untuk mengeluarkan siasatan berdasarkan Tweet, Facebook, live TikTok dan semua saluran media massa? Adakah kerajaan akan mengeluarkan arahan pekeliling ataupun kursus dan mengadakan program-program latihan bagi memastikan semua agensi di bawah KDN memahami bahawa kritikan terhadap kerajaan dan pegawai adalah perkara biasa dan bukan suatu jenayah dalam masyarakat demokratik?

Saya terus kepada butiran yang sama. Saya ingin merujuk kepada seksyen 124 Kanun Keseksaan telah menjadikan perbuatan memujuk atau memaksa atau cuba untuk mendorong atau memaksa Ahli Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri atau mana-mana Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk menjalankan atau menahan diri daripada menjalankan kuasa yang sah dalam apa jua cara sebagai satu jenayah.

Merujuk kepada Seksyen 124B, barang siapa dengan apa-apa cara secara langsung atau tidak langsung melakukan aktiviti yang memudaratkan, Demokrasi Berparlimen hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun. Jadi setiap kali ditanya oleh pihak pembangkang, PM mengatakan jika mahu peruntukan perlu datang berunding. Adakah dengan mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan merupakan sebahagian daripada rundingan yang dimaksudkan oleh PM?

Bermaksud apabila Ahli Parlimen tukar sokongan, baru kerajaan akan bagi peruntukan.

Saya melihat permohonan untuk menukar kerusi ke blok kerajaan juga menjadikan seolah-olah sekiranya Ahli Parlimen pembangkang mahukan peruntukan, apa sahaja keputusan atau rang undang-undang yang mahu diluluskan oleh kerajaan perlu dipersetujui oleh Ahli Parlimen yang mendapat peruntukan itu tadi. Jadi, situasi ini menunjukkan ada elemen memaksa Ahli-ahli Parlimen untuk mengundi perkara yang bertentangan dengan keputusan parti yang mereka wakili dengan ugutan disekat peruntukan. Sekali gus, memberi kesan negatif kepada proses dan aktiviti demokrasi di negara ini. Perkara ini jelas perbuatan jenayah di bawah 124 dan 124B.

Laporan polis juga telah pun dibuat oleh Pemuda BERSATU pada minggu lepas.

Soalan saya, apa jaminan kerajaan bahawa apabila ada laporan tindakan akan diambil?

Jadi pihak polis wajar membuka kertas siasatan, lakukan pendakwaan dan serahkan kepada mahkamah untuk memutuskannya.

final • 6:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Besut, minta laluan sedikit. Ini dulu pernah berlaku.

final • 6:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

No, saya tak bagi sebab saya dah habis masa. Saya nak beritahu sekarang...

final • 6:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini panggil CSA dulu bawah Perikatan Nasional, tiba-tiba sekarang jadi satu jenayah. Itu dulu pernah berlaku CSA- Confidence and Supply Agreement.

final • 6:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sekarang, 37(2). Okey, duduk. Duduk! Saya tak bagi. Duduk!

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 6:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Confidence Supply...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, decorum.

Kita ada peraturan. Jangan langgar ya saya minta. Sekarang floor Yang Berhormat Besut.

Kalau Yang Berhormat Labis ada apa-apa nanti, saya benarkan. Kampar, minta maaf.

Kampar, saya benarkan untuk bangkitkan dan saya akan putuskan. Tekan.

final • 6:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, saya ingin katakan bahawa dengan memujuk Ahli Parlimen dengan memberi janji kalau kamu sokong, kita akan bagi peruntukan. Ini adalah ada unsur-unsur elemen-elemen rasuah dalam kerajaan sekarang. Jadi, saya ingin merujuk kepada...

final • 6:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of Order 36(12). Mana-mana Ahli yang keluarkan kenyataan...

final • 6:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Pindaan...

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar.

final • 6:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of order please. Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan adalah disifatkan sebagai menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu. Tadi Besut bangkit bahawa itu satu unsur rasuah, tapi saya nak kata itu pernah berlaku di bawah Kerajaan Perikatan Nasional. Kita signed agreement- Confidence Supply Agreement, tak ada apa masalah. Masa itu tak bangkit seksyen 124B, kenapa masa itu tak bangkit rasuah? Sama sahaja. Kalau nak peruntukan, duduk runding.

Kalau itu pernah berlaku, kenapa sekarang tak boleh berlaku?

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya nak Besut tarik balik perkataan “rasuah”.

Kalau betul ada rasuah, pergi lapor MACC.

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

final • 6:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Sampai hari ini, tak ada apa-apa laporan dibuat.

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Okey Yang Berhormat, gulungkan. Nanti saya putuskan apa benda yang telah dibangkitkan.

final • 6:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya. Amalan rasuah ini saya nak katakan bahawa Rasulullah SAW...

final • 6:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Besut cukuplah. Jangan cakap rasuah, jangan cakap rasuah. Kalau rasuah, dulu itu kira rasuah tak? Dulu ada rasuah tak?

[Pembesar suara dimatikan]

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kampar, duduk. Saya bagi ruang. Duduk, duduk. Ini kuorum dia. All right, Yang Berhormat Besut.

final • 6:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya faham Tuan Pengerusi, tapi saya telah bangkit tentang point of order. Saya tidak boleh bagi Besut...

final • 6:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kalau faham, duduk.

final • 6:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of order.

final • 6:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kalau faham, duduk.

final • 6:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of order. Point of order.

final • 6:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

This is not a point of order.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, kedua- dua Yang Berhormat, saya bagi ruang dan saya akan bagi ruang. Jadi, saya akan putuskan. Perkara itu saya dah maklum kepada Yang Berhormat Kampar. Please hold your House, dengan izin. All right, tolong last setengah, 30 saat dan tutup.

final • 6:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Akhirnya saya ingin membaca satu ayat Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi, hadis...

[Membaca sepotong hadis] Rasulullah melaknat orang-orang yang memberi rasuah dan juga menerima rasuah. Dalam perkara ini, kalau berlaku kepada saya tawaran-tawaran sebegini, saya tak akan terima sebab saya tidak pelahap dengan peruntukan yang ada. Kalaulah janji kena sokong dan kena bagi baru nak bagi...

[Tepuk] Itu unsur-unsur rasuah telah ada. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik Yang Berhormat Besut.

Okey, Yang Berhormat Kampar tadi telah bangkitkan 12 berapa tadi? Last sekali, 36(12), 36(12) isu nak bawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Kesalahan dalam peraturan.

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Okey boleh ambil maklum ya. Apa yang berlaku di dalam empat dinding ini adalah ambit di bawah Perkara 63 Perlembagaan ya. You are not subject to the rule outside, dengan izin, outside the ambit of this Chamber, right. Yang Berhormat Kampar sudah membangkitkan dan perkara itu bagi saya dalam-dalam semua dalam Perkara 36(12) dalam Peraturan 36 ini yang paling berat sekali adalah 36(12).

Jadi, untuk berlaku adil saya sarankan ini keputusan saya ya. Saya sarankan Yang Berhormat Kampar usulkan dan nyatakan bahagian mana sebagaimana saya telah putuskan peraturan, usul saya yang lalu supaya jelas. And then usulkan kepada Yang di- Pertua, kita tunggu keputusan.

Baik, very fair in my decision I think dengan izin.

final • 6:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Okey, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, ingat ya apa keputusan saya hari itu. You tidak boleh just lempar kata, “Ha Yang Berhormat sekian, sekian si polan, si polan telah menyatakan telah bercakap-cakap ini tetapi tidak menyatakan fasal...” Selalunya itu kan akan melemahkan you punya kes. Baik, kita sudah putuskan sedemikian saya beransur kepada Yang Berhormat berikutnya. Okey, Yang Berhormat berikutnya Yang Berhormat Miri dan Yang Berhormat Kluang. Saya rasa sudah bersama- sama memutuskan untuk menukarkan giliran betul?

All right dengan sedemikian saya mempersilakan Yang Berhormat Kluang untuk jalan dan menggantikan tempatnya dengan Yang Berhormat Miri. Silakan.

final • 6:10 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk ambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri.

Jadi, saya terus pergi ke butiran. Dua butiran yang saya hendak sentuh butiran pertama 020100 – Kepolisan. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia yang senantiasa melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi.

final • 6:11 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Sesungguhnya polis dan masyarakat berpisah tiada. Juga Tuan Pengerusi yang mempengerusikan Mesyuarat petang ini juga adalah anggota-anggota polis terlebih dahulu. Terima kasih kepada semua anggota polis yang menjalankan tugas penuh dedikasi untuk negara dan tentera aman negara kita.

Baharu-baharu ini Tuan Pengerusi, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa judi dalam talian ataupun judi online, dengan izin, adalah kesalahan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Keputusan mahkamah penting ini amat dialu-alukan dan nescaya akan memperkasakan PDRM kita untuk mengambil tindakan terus terhadap sindiket judi online. Saya berharap kementerian memberi fokus kepada isu ini kerana sindiket judi online giat memancing pengguna di kalangan rakyat Malaysia dalam platform media sosial. Mangsa kita terjebak dari lubuk judi ke dakapan along. Lebih parah, daripada menjadi... ‘incaran’, dengan izin, target sindiket penipuan, data peribadi dan domba korban sindiket skim durjana yang menyapu bersih simpanan hasil keringat mangsa.

Kita tidak boleh berunding bertolak ansur lagi. Jangan kita rasa hairan bahawa sindiket judi online ini menyamar dalam bentuk pelaburan untuk memancing rakyat kita.

Duduk goyang kaki dekat rumah boleh dapat duit. Ini adalah tagline mereka. Padahal, business pokok mereka adalah perjudian.

Apa yang saya bimbang adalah ramai pempengaruh- influencer atau YouTuber yang mempunyai jumlah pengikut yang besar di media sosial turut jadi ikon dalam iklan judi online sedemikian. Saya tak nak sebut nama-nama mereka di sinilah. Ramai mereka dan saya percaya bahawa pergi tanya netizen, warganet mereka sesuka hati sahajalah senang-senang sahaja boleh sebut nama semua ikon-ikon ini. Semua influencer YouTuber ini yang jadi ikon dalam iklan judi online. Ini bukan isu agama atau kaum, ini adalah isu pelanggaran undang-undang negara kita. Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 tidak mengizinkan sebarang promosi atau pengiklanan rumah judi. Walau bagaimanapun, pempengaruh media terang- terang menjadi ikon dalam iklan judi online. Seolah-olahnya undang-undang negara kita mengizinkan promosi atau pengiklanan aktiviti judi. Ya, syarikat yang membayar mereka mungkin terletak di luar negara bertempat di wilayah lain.

Walau bagaimanapun, iklan yang mereka tunjuk muka adalah digunakan untuk mensasar pengguna di Malaysia. Buat carian di Facebook Ads Library saya menggalakkan semua Ahli-ahli Yang Berhormat boleh buat carian di Facebook Ads Library sahaja, dapatkan semua bukti, tangkap dan hukum ikut undang-undang negara kita.

Jangan lepaskan mereka lagi.

Semua bukti ada dekat sana dan siapa yang bayar, siapa yang buat iklan pun boleh minta dengan META. Semua bukti ada di sana jangan tunggu lagi. Justeru, saya minta kementerian untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti promosi atau pengiklanan aktiviti judi dalam talian. Tidak kira mereka pempengaruh atau idol remaja kita.

Butiran 040000 – Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan. Saya faham butiran ini mungkin memberi fokus kepada pencegahan rawatan dan pemulihan penagih dadah sepanjang masa ini, tetapi saya berpendapat bahawa kini sudah tiba masa kita ambil berat terhadap penagihan judi yang semakin berleluasa.

Ramai tidak tahu simptom ketagih judi adalah sama dengan ketagih dadah juga.

Penagih judi perlu aktiviti judi yang semakin berisiko tinggi untuk merangsang aktiviti otak.

Jika tidak, mereka akan mengalami simptom yang agaknya sama seperti penagih dadah.

Justeru, saya meminta kementerian buat kajian supaya perbelanjaan butiran ini bukan sahaja bukan hanya fokus kepada pencegahan dadah lagi sahaja. Malah, membendung kegiatan judi juga. Dengan ini saya menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 6:11 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik Yang Berhormat Kluang.

final • 6:11 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat- terima kasih Yang Berhormat Kluang.

Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Langkawi.

final • 6:11 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya merujuk kepada muka surat 448 Butiran 040100 – Pembanterasan Dadah. Khususnya kepada NGO PEMADAM.

Untuk pengetahuan semua Yang Berhormat khususnya Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, PEMADAM ini bukannya di tubuh di luar oleh orang biasa tetapi ditubuhkan di dalam Dewan ini. 14 Januari 1976 semasa arwah Tan Sri Abdul Kadir Yusof dan saya membaca Hansard nya. Saya ambil ringkas saja selepas lebih kurang sejam beliau berucap.

Beliau menyatakan dengan sebab itulah tindakan yang akhir Perdana Menteri ini selepas dia bercakap berkenaan dengan dadah cannabis, methamphetamine dan sebagainya. “Perdana Menteri itulah tindakan yang akhir Perdana Menteri menyatakan pada hari Merdeka yang telah lepas kita akan tubuhkan dan saya harap Yang Berhormat Dato’ Athi Nahappan yang mengelolakan perkara ini iaitu Persatuan Kebangsaan Penyalahgunaan Dadah (PEMADAM), yang akan diadakan di bawah naungan Perdana Menteri yang melibatkan yang boleh kita adakan untuk peringkat Persekutuan, peringkat negeri dan peringkat daerah termasuk memberi sokongan kepada Menteri-menteri Besar melibatkan tiap-tiap seorang dan pihak-pihak yang bertanggungjawab dari peringkat Persekutuan, dengan negeri, daerah dan mukim...” Sebab itulah saya bercakap bagi pihak PEMADAM yang mempunyai ahli lebih kurang 500,000 orang dan pada ketika ini amat tenat Yang Berhormat Dato’ kerana kesempitan kewangan yang melampau sehinggakan pekerja-pekerja PEMADAM sendiri tidak mendapat gaji sudah begitu lama.

Saya mendapat maklumat bahawa daripada 2009 diberi RM1 juta peruntukan setiap tahun. 2010-2011 – RM1 juta, RM1 juta, RM1 juta. Sehingga 2013 diturun kepada RM300,000. 2014 naik balik kepada RM2 juta, 2015 – RM1 juta, 2016 turun RM500,000, 2017 – RM1 juta, 2017 – RM1 juta. 2018 ini daripada peruntukan daripada ICU oleh Dato’ Seri Zahid sebanyak RM5 juta. Kemudian 2020, ICU Tan Sri Mahiaddin sebanyak RM500,000, setengah juta.

final • 6:17 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Sehingga kini, saya mendapat maklumat mutakhir bahawa Timbalan Menteri Dalam Negeri- syabas, telah pun dilantik menjadi Yang di-Pertua PEMADAM. Tahniah saya ucapkan. Saya dengar, kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga bagi RM100,000 melalui ICU juga kepada PEMADAM.

Tuan-tuan dan puan-puan, kalau RM100,000 itu, saya tidak tahulah, ada komen yang mengatakan buat bihun sahaja pun tidak cukup. Sebab apa, PEMADAM-PEMADAM ini, mereka dari kawasan kampung, mereka ini bergerak ke daerah, kemudian kepada negeri dan juga seterusnya, Persekutuan. Sekiranya tidak ada peruntukan – dahulu kita dapat memberi setiausaha setiap daerah, elaun sebanyak, kalau tidak salah saya, dalam RM300.

Jadi, sekarang ini bagi pihak PEMADAM, saya memohon maaf, kerana tidak ada elaun sudah selama dua tahun setengah. Tidak ada elaun yang diberikan kepada sesiapa sahaja. Maka, sukarelawan-sukarelawan PEMADAM bergeraklah dari kampung ke kampung. Sebab itu kalau kita tengok reporting system also sekarang ini, tidak seperti mana dahulu, kerana setengah mereka tidak dapat masuk ke kampung-kampung untuk mendapat laporan.

Saya mendapat beberapa statistik dan statistik ini menunjukkan tahun 2020, kalau kita tengok tangkapan daripada segi orang, 120,751 dan dipecahkan kepada daerah dan juga kepada negeri. 2021, turun sedikit 95,000. Kemudian rampasan dadah mengikut kilogram pada 2020 – 10,930 kilogram dapat dirampas dan 2021 – 25,262 kilogram

final • 6:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

dirampas. Dan kutipannya, 2020 sebanyak RM327 juta hasil rampasan tadi dan 2021 sebanyak RM832.9 juta. Ini angka yang tinggi. Kalau kita ambil 10 peratus sahaja, RM83 juta kita boleh beri kepada agensi-agensi yang lain.

Saya dapat maklum juga bahawa PENGASIH, satu NGO yang membuat rawatan penagih, hanya dapat RM3,000. Jadi, Yang di-Pertua, masa pun sudah habis. Kerana saya ada banyak angka-angka lagi yang nak saya sebutkan tetapi oleh kerana tidak masa yang mencukupi, maka saya terus kepada soalan saya.

Dan saya nampak juga ada ura-ura yang mengatakan daripada 832 juta ribu yang ditangkap itu, setengahnya mungkin dok ada di Langkawi. Sebab itu saya bertanya soalan semasa pembahasan bajet, apa jadi dengan SPRM yang menyelidik 100 Ferrari di Langkawi itu? Siapa punya? Saya tanya ketika itu. Dan berapa nilai cukai yang kita dapat, kerajaan dapat daripada Ferrari-Ferrari? Itu yang dapat tahu. Yang disimpan di dalam rumah, kawasan-kawasan lain, kita tidak tahu, tetapi baru-baru ini kerajaan tarik balik yang 35 peratus itu. Yang terkapai, pegawai kerajaan. Nak beli, tiada sudah. Tax incentive sudah tiada di Langkawi. Orang Langkawi teraniaya kerana Ferrari-Ferrari inilah yang menyebabkan mereka jadi nianya kerana tidak dapat insentif 35 peratus itu.

Jadi, soalan saya, Yang Berhormat Dato’ Pengerusi...

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Langkawi.

final • 6:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Untuk makluman, sorry Dato’.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Satu minit.

final • 6:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Soalan saya, apakah tindakan kerajaan sebenarnya untuk membantu PEMADAM ini memperoleh satu dana yang mencukupi untuk mereka bergerak? Kerana dadah ini kalau kita lihat di dunia sekarang, satu dalam 17 orang, satu family di seluruh dunia yang terlibat dengan dadah ini, satu out of seventeen. Dan cannabis adalah yang paling besar. Termasuk di Malaysia, 219 juta manusia seluruh dunia yang menggunakan cannabis. Dan saya ada angka-angka di – saya, I am sure Menteri juga tahu angka-angka berapa penagih dadah yang sekarang ini cukup meningkat- meningkat sehingga saya rasa 40 peratus lebih anak-anak kita yang terlibat dengan dadah ini. Dan saya juga sedih kerana kita tidak membawa Akta Racun tempoh hari, vape dan sebagainya.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Inilah permulaan- permulaan...

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

30 saat, sila gulung.

final • 6:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

...Anak-anak kita ketagihan dadah. Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Pengerusi.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Stampin.

final • 6:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Terima kasih Dato’ Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan hari ini.

Saya ingin merujuk kepada Butiran 040100 – Pembanterasan Dadah.

Dato’ Pengerusi, saya telah membangkitkan isu ini berkenaan dengan langkah- langkah apa yang akan dibuat atau telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk membanteraskan penyalahgunaan dadah di Sarawak dan khususnya di Kuching. Saya telah dapat satu jawapan yang panjang lebar berkenaan apa-apa tindakan yang diambil dan program-program yang dilaksanakan, tetapi pada hakikatnya, tahap penyalahgunaan dadah itu masih berleluasa di Sarawak dan di Kuching juga.

final • 6:25 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Saya ingin merujukkan kepada satu kes yang telah saya bangkitkan dalam perbahasan saya di peringkat Dasar, perbahasan di peringkat Dasar bajet ini. Iaitu berkenaan tentang satu kematian seorang mahasiswa iaitu remaja berusia 22 tahun bernama Edith Tee Yan Dee. T itu T-E-E. Yan, Y-A-N. Dan Dee, D-E-E. Bukan yang ditulis dalam jawapan bertulis ini, T-I Y-A-N D-I. Untuk rekod yang betul.

Oleh itu, saya sebut apa yang dijawab dalam jawapan bertulis itu iaitu saya akan sebutkan, “Hasil postmortem yang dijalankan di Hospital Umum Sarawak mendapati punca kematian Edith Tee Yan Dee adalah pending laboratory analysis. Pihak PDRM masih meneruskan siasatan bagi mengumpul bukti-bukti menunggu laporan Jabatan Kimia.” Itu adalah jawapan yang diberi oleh Menteri untuk menjawab apa yang saya bangkitkan dalam perbahasan saya. Selepas apa yang saya sebut dalam perbahasan saya, dikeluarkan satu kenyataan oleh pihak polis adalah bahawa pasukan siasatan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat secara terperinci dari semua aspek serta kemungkinan.

Pada mulanya, remaja itu mati. Seterusnya, pihak polis melabelkan dia sebagai sudden death report. Selepas apa dibangkitkan dalam Dewan ini, Polis OCPD Kuching menubuhkan satu pasukan siasatan khas dan apa yang disebutkan oleh Menteri adalah menunggu laporan postmortem laboratory report dan juga nak ambil lagi itu mencari lagi apa-apa bukti, tetapi apa yang saya diberitahu oleh ahli keluarga si mati adalah, sampai hari ini IO pun tidak menjumpai ahli keluarga mereka untuk mengambil statement berkenaan dengan kematian adik mereka, adiknya.

Saya ingin tahu, apakah telah dijadikan? Adakah pasukan khas yang ditubuhkan itu telah jumpa siapa saksi-saksi ada merakamkan itu- ambil rakaman CCTV di hospital di mana si mati itu dihantar ke, atau CCTV di pusat hiburan yang di mana beliau dijumpai mati? Inilah masalahnya kerana apa yang dikhuatiri oleh keluarga si mati adalah bahawa the last known person in contact.

final • 6:25 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

The last known person in contact itu adalah seorang ex-boyfriend si mati itu bernama ‘Oscar Yeoh’. Adakah PDRM ada menjemput beliau untuk mengambil statement? Kerana apa yang dimaklumkan bahawa adalah ‘Oscar Yeoh’ itu mempunyai perhubungan yang amat mesra dengan sesetengah pihak polis di Kuching. Bukan semuanya tetapi sesetengahnya. Oleh itu, saya rasa ada bimbang sikit berkenaan integriti penyiasatan kes ini. So, saya nak tahu, Pasukan Siasatan Khas ini, siapakah anggotanya?

Adakah sama ada anggotanya juga ada pegawai-pegawai dari Bukit Aman atau hanya pegawai-pegawai polis di Daerah Kuching?

Inilah yang mewujudkan satu- menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap penyiasatan kerana sampai hari ini tiga minggu sudah pasukan ini ditubuhkan tetapi langsung tak ada pegawai yang telefon keluarga si mati untuk mengambil keterangan yang lebih terperinci mengenai kejadian kematian itu. So, what is going on? Saya haraplah dalam penggulungan Yang Berhormat Timbalan Menteri akan memberikan update. Kalau tak dapat, oleh kerana kerahsiaan, saya inginlah satu written reply. Written reply kepada saya dan juga ahli keluarga kerana *they have the right to know.

They have the right to know what is going on and how- what has the police done in… [Tidak jelas] of the death of the young girl?* Satu lagi, berkenaan dadah. Satu minggu selepas kejadian itu...

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

final • 6:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Ini satu kes.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

final • 6:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Saya akan gulung. Ya, seorang remaja juga, 23 tahun sahaja. Umurnya 23 tahun. Namanya ‘Cameles’ Anak Pilah. Beliau pun dijumpai mati dan apa yang dilaporkan adalah sudden death report. Sudden death report tetapi mengikut apa yang diberitahu oleh ibu bapanya, beliau memang seorang penagih dadah and they believe it’s overdose of drug, tetapi oleh kerana mereka tak jalankan ujian

final • 6:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

kencing si mati itu, beliau dikebumikan dan case closed. According to the postmortem report, it is heart failure, kidney failure, tetapi Dato’ Pengerusi, kenapa seorang remaja 23 tahun – beliau 23 tahun dapat heart failure, dapat kidney failure?

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 1 second.

final • 6:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Ini memang merupakan satu soalan yang kita perlu persoalkan. Adakah kerana overdose of usage of drug yang menyebabkan heart failure dan kidney failure? Kalau itu, memang untuk semua segala kes sudden death report itu, pihak polis harusnya menjalankan satu test yang lebih terperinci supaya kita boleh dapatkan satu statistik yang betul, satu statistik yang reflect the true situation.

Mungkin lebih kematian disebabkan oleh overdose, penyalahgunaan dadah, tetapi semua di classify-kan sebagai sudden death report. Oleh itu, saya serukan satu kajian dibuat.

Terima kasih.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Stampin. Baik, Yang Berhormat Kuantan, dipersilakan.

final • 6:30 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Dato’ Pengerusi.

Assalamualaikum dan selamat petang. Terus kepada Kepala B.62 Butiran 020100 – Kepolisan.

Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh anggota keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia atas komitmen yang tinggi dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara. Dalam ucapan bajet, Perdana Menteri ada menyebut berkenaan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam termasuk anggota beruniform. Diharapkan tangga gaji dan elaun anggota keselamatan dan polis dapat diteliti dan diberikan imbuhan yang berpatutan, berkadaran dengan kapasiti dan risiko keselamatan yang mereka hadapi setiap hari dalam tugasan mereka.

Selain itu, kebajikan anggota juga perlu dilihat dari sudut kesihatan mental.

Sebelum ini, ada beberapa kes yang melibatkan tindakan luar kawalan melibatkan anggota polis akibat kemurungan dan stres.

Soalan saya, apakah tindakan pihak kementerian dalam isu kesihatan mental anggota polis? Adakah mereka dilibatkan dalam sesi kaunseling secara berkala?

Seterusnya, Butiran 08500 – Perumahan (PDRM). Terdapat beberapa kuarters polis yang lama, kurang terurus, ada saluran paip bocor, air mengalir di dinding, kawasan parking yang tercemar dan beberapa perkara lagi. Oleh itu, saya menggesa agar perkara ini diberi perhatian dan diambil tindakan membaik pulih termasuk Kuarters Polis Alor Akar, Kuantan.

Butiran 14000 – Polis Marin. Antara tugas Polis Marin menjaga keselamatan persisiran perairan negara. Pemerhatian saya, keupayaan jentera bot marin sangat terhad. Enjin yang kecil dan tangki bahan api yang kecil. Bagi meningkatkan kecekapan operasi Polis Marin, saya mencadangkan agar keupayaan jentera bot marin di-upgrade bot yang kapasiti lebih besar kerana ketika ini, bot yang ada, kapasiti minyak tidak mampu untuk bergerak pergi balik dalam kadar 60 batu nautika. Keadaan ini menyukarkan operasi.

Lebih-lebih lagi apabila ada nelayan asing masuk ke pesisir pantai negara kita.

Apabila ada operasi, kadang-kadang anggota di bahagian pengurusan juga dilibatkan sedangkan keupayaan anggota di bahagian pengurusan mungkin sedikit rendah dari sudut kebolehannya.

Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk menambah bilangan anggota Polis Marin bagi melancarkan operasi mereka?

Dato’ Pengerusi, Butiran 040100 – Pembanterasan Dadah. Kes jenayah dadah meningkat sebanyak 30.6 peratus pada tahun lepas. Pada pertengahan tahun ini, Timbalan Perdana Menteri memberi tempoh tiga bulan kepada KDN dan AADK untuk

final • 6:34 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

mengkoordinasi usaha membanteras gejala dadah. Saya ingin bertanya status semasa koordinasi yang disebutkan oleh TPM tersebut.

Berkaitan dengan peranan Agensi Antidadah Kebangsaan, selain menjalankan penguatkuasaan dan keselamatan, mereka juga terlibat dalam kempen kesedaran awam serta program rawatan dan pemulihan. Pada awal November, Yang Berhormat Menteri ada sebut Agensi AADK mampu memikul peranan pemulihan dan rawatan jika terkait dadah dipindahkan dari penjara ke agensi tersebut. Namun, saya lihat pada butiran bajet, tiada tambahan perjawatan bagi tahun 2024.

Soalan saya, adakah kakitangan sedia ada mencukupi untuk tugasan tersebut?

Adakah latihan khusus diberikan kepada kakitangan AADK termasuklah latihan berkaitan pengurusan mental dan emosi bagi berhadapan dengan pesalah?

final • 6:34 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Mohon laluan.

final • 6:34 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Pada sidang bulan Mac tahun ini, ada menyebut berkenaan pindaan Akta Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) dalam usaha membantu pesalah dan mengurangkan kesesakan penjara.

Saya ingin bertanya, apakah status akta ini dan bilakah pindaan tersebut akan dibentang?

Sedikit sahaja. Boleh.

final • 6:34 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat Kuantan, terima kasih. Terima kasih, Dato’ Pengerusi. Saya nak mencadangkan menerusi Yang Berhormat Kuantan, apakah boleh Menteri memberi arahan kepada AADK dan PDRM khususnya Bahagian Narkotik supaya memberi repot secara terperinci kepada semua Ahli-ahli- Wakil Rakyat supaya kita tahu di bahagian kita, berapa banyak penagih dadah dan kita juga dapat, kemungkinan besar dapat menyelesaikan perkara ini? Terima kasih Dato’ Pengerusi.

final • 6:34 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Okey. Terima kasih, Langkawi.

Masukkan ke dalam ucapan saya.

Masih lagi pada butiran yang sama. Saya ingin sentuh berkaitan operasi anggota AADK di mana kebiasaannya operasi dibuat pada waktu malam dan hujung minggu kerana penagih dia tidak ada di rumah pada waktu kerja. Jadi, saya mendapat maklumat, kenderaan jabatannya terhad dan kadangkala perlu pinjam dari daerah lain. Selain itu, ada juga kes tunggakan dalam bayaran kerja lebih masa.

Saya memohon Yang Berhormat Menteri ambil perhatian terhadap kebajikan anggota dalam perkara tersebut. Suka juga saya untuk bertanya, apakah inisiatif kementerian dalam meningkatkan kemahiran anggota dan seterusnya memudahkan laluan kenaikan pangkat anggota bawahan? Contohnya, ketika ini, jawatan Pengarah, Timbalan Pengarah daripada PTD ataupun jawatan lain. Ianya seperti dilihat menyekat peluang kenaikan pangkat anggota dalaman serta berkemungkinan kekurangan maklumat berkaitan tugasnya.

final • 6:34 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Juga perlu lihat pergerakan gred kakitangan bawahan yang lambat daripada S19 hendak naik ke S22, daripada S22 hendak naik kepada S26. Ada yang pencennya hanyalah Gred S19.

Dato’ Pengerusi, seterusnya saya pergi kepada 051000. Ambil masa sedikit lagi Pengerusi. Berkaitan Pemerdagangan Orang. Di sini ada dua situasi. Satu, masa sindiket imigran masuk ke negara kita. Kedua, warga negara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket atau scam luar negara. Negara kita dilihat bersungguh dalam isu ini dengan melaksanakan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang yang melibatkan lima agensi utama. Bahkan, kita menyediakan Rumah Perlindungan kepada mangsa sindiket yang diselamatkan di negara kita.

Namun, bagi situasi kedua di mana rakyat kita yang menjadi mangsa di negara luar. Perlu ada usaha yang lebih giat dan berkesan daripada kerajaan merentasi kementerian. Soalan saya, bagaimana pula sikap dan kerjasama negara lain termasuk

final • 6:40 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

ASEAN serta negara-negara yang sering menjadi tumpuan job scammer dalam usaha membanteras pemerdagangan orang.

Penghujungnya, saya menyentuh Butiran – 040200. Antara langkah mengatasi kesesakan tahanan dalam penjara ialah menerusi kaedah pemenjaraan dan komuniti kepada banduan yang melepasi tapisan. Mereka dibenarkan bekerja dengan beberapa syarikat dan dipantau Pegawai Penjara. Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Dato’ Nordin Muhamad berkata pendekatan tersebut menjadi pilihan utama menjelang 2023.

Soalan saya, adakah kaedah ini diselaraskan di semua penjara setiap negeri?

Kita tahu pesalah semakin ramai. Penjara bertambah sesak. Namun, pada Bajet 2024, tiada tambahan perjawatan. Kadang-kadang kita nampak pesalah diiringi Pegawai Penjara di hospital atau pusat perubatan bagi mendapatkan rawatan. Ada juga pegawai yang memantau pesalah yang menjalani parol dalam komuniti. Soalan saya, adakah kementerian bercadang untuk menambah bilangan kakitangan dan Pegawai Penjara?

Yang terakhirnya, Butiran P.64000 – Pembaikan dan Ubah Suai Penjara. Penjara Penor terletak bahagian Jalan Kuantan-Pekan di bawah saya dan saya sering lalu dan lihat keadaan bangunan penjara agak uzur. Saya setakat ini tidak boleh hendak masuk dekat dalam lagi lah, Dato’ Pengerusi, tetapi saya lihat bangunan agak uzur.

Jadi, soalan saya, adakah peruntukan ini termasuk bagi baik pulih di Penjara Penor? Akhirnya, saya berharap jika tidak sempat hendak jawab, Menteri perlu bagi dalam jawapan bertulis. Sekian, terima kasih.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih. Ya, Yang Berhormat Arau.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Pengerusi, saya ingin membawa merujuk Perkara 18(1) dan (2) iaitu berhubung dengan enakmen jenayah syariah di peringkat negeri yang mana kita sedia maklum bahawa agama dan juga mahkamah syariah ini adalah kuasa mutlak negeri dan Raja Pemerintah adalah Yang di- Pertuanya. Kini, terdapat usaha di mana seorang peguam bernama Nik Elin yang memfailkan permohonan untuk...

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Membatalkan 18 kesalahan...

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Arau.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...jenayah syariah negeri Kelantan termasuklah sumbang mahram...

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Judi, arak dan sebagainya.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

...Straight to the point.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, perkara ini akan dibawa pada hari Isnin dan undang-undang Persekutuan ini dibubar oleh Parlimen dan peringkat negeri oleh Dewan Undangan Negeri. Jadi, Parlimen sewajarnya memberi kata putus bahawa undang-undang negeri tidak boleh dicabar. Sebab ini di bawah raja pemerintah bagi tiap- tiap negeri. Jadi, saya bawa perkara ini kerana benda ini akan dibicarakan pada hari Isnin.

Kalau boleh ianya dibincang untuk membolehkan kita bagi pandangan kita berhubung dengan usaha pelbagai pihak untuk mencabar undang-undang jenayah syariah.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat sudah usulkan dah?

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya sudah buat usul ini. Saya sudah hantar kepada Speaker dan belum jawab lagi lah, tetapi saya bawa ini untuk rakyat Malaysia mengetahui bahawa kami tidak bersetuju dengan perbuatan tersebut. Terima kasih.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Kalau sudah Yang Berhormat buat usul itu. Kita tunggulah jawapan ini. Baik.

Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Tenggara.

final • 6:40 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya terus kepada Butiran 25000 – Sistem Teknologi Maklumat (PDRM).

Daripada RM185 juta naik ke RM341 juta. Salah satu jenayah yang menjadi igauan kepada rakyat Malaysia ketika ini adalah jenayah berkaitan dengan penipuan secara atas talian ataupun scammer atau juga disebut sebagai penipuan siber.

Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia Bukit Aman merekodkan 19,224 kes jenayah dalam talian dari Januari hingga September tahun ini. Peningkatan 23 peratus berbanding 15,659 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Nilai kerugian bagi Januari hingga September itu lebih kurang RM687 juta iaitu sekitar 29 peratus berbanding tempoh sama tahun 2022. Jadi soalan saya kepada pihak kementerian, apakah ada pelan perancangan ataupun operasi khas ataupun solusi khusus oleh pihak PDRM untuk menangani masalah penipuan siber ini? Insiden penipuan dalam talian dan ancaman scam perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak kerana negara telah mengalami kerugian jutaan ringgit dan rakyat menjadi mangsa.

Keduanya adalah berkaitan dengan Butiran 030200 – Hal Ehwal Imigresen.

Daripada RM1.12 bilion naik ke RM1.23 bilion. Sebanyak 11,309 pendatang asing tanpa izin ditahan di depot tahanan imigresen seluruh negara setakat Mei 2023. PATI daripada Myanmar, paling ramai sebanyak 3,997 orang, Filipina 3,055, diikuti Indonesia 2,811 orang. Bebanan kewangan kerajaan RM3.5 juta hingga RM4 juta setiap bulan bersamaan lebih kurang RM42 juta setahun yang boleh kita manfaatkan untuk bantu rakyat untuk urusan-urusan lain.

Jadi soalan Tenggara, adakah kementerian, pihak kementerian bercadang atau membuat kajian untuk menggubal satu undang-undang yang boleh menangani bebanan ini termasuklah dengan menguruskan depot-depot tahanan ini? Mungkin memperkenalkan satu undang-undang yang lebih komprehensif. Maksudnya, kalau sekarang ini ditahan, ditangkap, diletakkan di depot-depot, ada tidak mungkin cadangan, ada tidak mungkin kementerian menggubal undang-undang yang menambah elemen rotan kepada pendatang-pendatang asing tanpa izin ini.

Jadi, untuk melaksanakan ini mungkinlah pihak kementerian kena berbincanglah dengan dua hala dengan negara-negara yang terbabit. Saya kira selama ini pun bila kita melihat masalah PATI ini, seolah-olah macam tak ada jalan penyelesaiannya. Jadi, kena berbincang dengan negara yang terbabit dan tetapkan hukuman-hukuman ini ataupun perundangan-perundangan ini. Beritahu kepada negara terbabit cadangan Tenggara lah supaya ada satu prosedur untuk bila dah ditahan itu berapa lama disimpan, ditahan di depot.

Kemudian, hukuman rotan mungkin diperkenalkan dan memendekkan tempoh tahanan dan ada klausa lain yang mengarahkan negara terbabit untuk ambil rakyat mereka ini. Sebab mereka sudah datang secara haram. Jadi, sudah duduk dekat negara kita ini. Jadi, ada lah satu undang-undang untuk supaya bila ditahan di depot, kemudian mungkin memperkenalkan hukuman rotan atau sebagainya dan dalam tempoh masa yang tertentu negara mereka kena ambillah rakyat mereka balik di negara kita ini.

Seterusnya ialah Butiran 040100 – Pembanterasan Dadah dan Butiran 02000 – Agensi Antidadah Kebangsaan. Pada 2 November 2023, dilaporkan bahawa golongan yang paling banyak sekali terjebak dengan najis dadah ini adalah belia iaitu sekitar 65.9 peratus iaitu 81,112 orang. Dadah ini jadi musuh negara nombor satu ketika saya berusia tiga tahun iaitu diumumkan pada 19 Februari 1983. Sehingga hampir 40 tahun, masalah dadah ini masih lagi belum dapat dikawallah. Kita pun sedia maklum di kawasan-kawasan macam kampung saya pun, FELDA tempat saya pun masih ada lagi generasi-generasi yang menagih dadah ini sementelah pula ada dadah-dadah sintetik.

final • 6:44 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Jadi, bagi daerah Kota Tinggi ini, tempat sayalah, Parlimen Tenggara dalam daerah Kota Tinggi. AADK ini hanya memiliki kekuatan anggota seramai 29 orang. Terdiri daripada Pegawai AADK termasuk pemandu. Mereka juga perlu menanggung tugas lain di Pusat Tahanan Reman Kota Tinggi. Kekurangan anggota AADK disebabkan shif mengganggu tugas hakiki dan tambah beban tugas. Kekurangan juga tuntutan elaun, tadi disebut juga oleh beberapa orang Ahli Parlimen lain tentang elaun lebih masa dan tiada elaun khas Pegawai AADK di daerah sedangkan pegawai di Pusat Pemulihan Narkotik menerima elaun khas, yakni elaun kritikallah.

Jadi, soalan Tenggara apakah AADK bercadang untuk tambah jumlah staf atau memperkenalkan satu kaedah sukarelawan dengan melibatkan– tadi disebut tentang NGO seperti PEMADAM dan juga boleh melibatkan di peringkat nasional ini, Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah. Sebab kita tahu jumlah yang terlibat dengan najis dadah ini kebanyakannya belia. Dahulu pun kita ada Program Belia Benci Dadah. Sekarang ini sudah nampak macam tidaklah diketengahkan sangat. Jadi, mungkin boleh dibugarkan semula. Dalam kalangan sukarelawan ini mungkin boleh dilibatkan ex- tentera atau pun ex-polis supaya boleh membantu AADK terutama dalam penguatkuasaan.

final • 6:44 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Saya suka nak berkongsi sedikit di sini cabaran di alaf baharu dalam kalangan remaja ini ada satu yang disebut Dato’ Pengerusi- ‘pedem’. Macam papadum juga tetapi dia pedem yang berbentuk seperti cecair vape. Masalah perundangan dan penguatkuasaan ini berlaku di mana Kementerian Kesihatan Malaysia akan tolak kepada AADK bila melibatkan isu dadah pedem ini lah. Polis juga akan tolak kepada AADK sedangkan dalam Akta Vape, istilah pedem tidak jelas dinyatakan. Pedem ya. Masalah berpunca dari dadah sintetik memberikan kesan mental yang teruk. Penempatan untuk pesakit mental juga berkaitan dengan pedem dan dadah-dadah lain ini juga adalah sangat terhad. Saya difahamkan hanya ada di dua tempat sahaja iaitu di Papar, Sabah dan PUSPEN di Tampoi.

Jadi, soalan Tenggara, adakah kerajaan bercadang untuk satu- pinda atau cipta peruntukan undang-undang berkaitan dengan pedem ini?

Satu lagi, adakah kerajaan bercadang untuk menambah lagi penempatan untuk pesakit mental kesan daripada dadah ini selain dari Papar, Sabah dan juga PUSPEN di Tampoi, Johor? Itu sahaja, Dato’ Pengerusi. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Berikutnya saya persila Yang Berhormat Tumpat.

final • 6:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 4700, berkenaan dengan adakah pihak kementerian bersedia untuk membuka portal family tree atau pun salasilah keluarga di bawah JPN untuk diakses kepada orang ramai dengan kadar bayaran yang tertentu dan approval khas untuk mengetahui nasab dan asal usul seseorang individu? Kerana saya kira sudah sampai masanya kita mendapatkan maklumat berkenaan dengan cara cabutan.

Merujuk kepada Butiran 020200 – Kesukarelawan. Iaitu di bawah tajuk kesukarelawan. Kita ingin tahu berapakah jumlah sukarelawan yang terlibat? Kerana dalam bajet ini disebut bahawa jumlahnya melibatkan kos RM150 juta. Ini jumlah yang tinggi dan kita mahu mengetahui di bawah kepala atau pun di bawah agensi dan di jabatan mana melibatkan sukarelawan seramai ini dan adakah kita boleh mendapat mungkin secara bertulis gender, kaum dan juga peringkat umur yang terlibat dalam sukarelawan melibatkan KDN ini?

Juga kita mengetahui tentang perkembangan Baitul Mahabbah. Saya difahamkan telah ada di Negeri Sembilan. Akan dibuat juga di Sabah. Saya ingin bertanya adakah pihak kerajaan akan juga membina Baitul Mahabbah ini di kawasan Pantai Timur

final • 6:51 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

khususnya di Kelantan, kerana kita faham bahawa hari ini banyak pendatang-pendatang ini yang anak mereka ada di beberapa negeri dan ianya dikendalikan oleh pihak NGO yang mana mutunya tidak setaraf atau tidak mempunyai silibus yang tertentu.

Jadi, dengan kewujudan Baitul Mahabbah kita mengharapkan kesemua yang terlibat akan dapat pendidikan dan pendedahan yang lebih baik kerana saya sendiri mendengar daripada refugee ini. Mereka menyebut bahawa kalau mereka bukan berada di tempat yang sesuai, mereka sebenarnya tidak mengetahui tentang adat dan budaya rakyat tempatan.

Merujuk kepada Butiran 04000. Saya juga ingin bertanya berapakah bilangan RELA yang berdaftar yang telah pun mendapat latihan dalam negara kita? Begitu juga dengan Butiran 2100.

Saya ingin bertanya pihak kerajaan tentang tindakan, dan pelan bagi keselamatan dan keamanan khususnya berkaitan dengan wanita yang saya sebut sebelum ini berkenaan dengan pendidikan mengenai senjata api kecil yang sebenarnya berupaya mengancam keselamatan mereka dalam komuniti.

Baru ini kita ada melihat atau pun mendengar daripada Kementerian Wanita bahawa akan ditubuhkan satu jabatan baharu iaitu Jabatan Kanak-kanak. Jadi, bila kita melihat di negara lain, yang telah pun mempunyai Jabatan Kanak-kanak yang lebih stabil.

Bukan hanya melibatkan Kementerian Wanita tetapi juga melibatkan Kementerian Dalam Negeri di mana di bawah cabang kepolisan- Butiran 02100. Mereka contohnya di negara New Zealand telah pun mempunyai satu jabatan kanak-kanak atau pun dipanggil sebagai Youth Aid Division dan officer yang bertugas di sana sangat mesra kanak-kanak. Jadi, kita melihat ini adalah suatu aset yang sangat penting yang perlu diberi perhatian oleh pihak polis kerana dengan adanya Unit Kanak-kanak sahaja tidak mungkin kita dapat mengatasi masalah kerana pendidikan kepada kanak-kanak ini penting dan suka untuk saya sebutkan bahawa jumlah kanak-kanak d Malaysia adalah 10 juta.

Jadi, kalau tidak ada satu jabatan dan pihak yang khas khususnya berkaitan dengan pencegahan bagi jenayah-jenayah juvenil ini merupakan satu tindakan yang boleh mendidik masyarakat dan kewujudan Youth Aid Officer adalah sangat kita tunggu-tunggu dan saya mengharapkan dengan perbahasan atau kupasan dalam Jawatankuasa ini, tindakan ini dapat dibuat oleh pihak polis.

Begitu juga dengan kita dimaklumkan bahawa akan ada pindaan kepada Perlembagaan berkaitan dengan kewarganegaraan dan juga membabitkan tentang anak angkat. Saya ingin bertanya pihak kerajaan, adalah pihak kerajaan menyedari bahawa khusus untuk pengangkatan anak-anak orang Islam, ia nya berada di bawah bidang kuasa negeri dan seharusnya dibuat proses pengangkatan itu di mahkamah syariah dan memerlukan suatu enakmen khas yang perlu digubal oleh Dewan-dewan Undangan Negeri. Jadi kalau dah ada, berapakah negeri akan mempunyai enakmen ini?

Bagaimanakah penyelarasan dapat dibuat supaya kita dapat melihat suatu perjalanan dan proses undang-undang sebagai mana yang dikehendaki oleh Perlembagaan?

Saya juga ingin bertanya tentang di bawah Butiran 80000 – Program Bandar Selamat. Setakat ini berapakah bandar dan peralatan serta bajet yang diperuntukkan untuk bandar selamat ini dan berapakah bandar dalam Malaysia yang dikatakan di bawah bandar selamat? Adakah ia nya meliputi CCTV di lokasi-lokasi yang strategik?

Saya ingin mengetahui tentang perkembangan tentang kamera badan yang telah pun diumumkan sebelum. Juga, adakah pihak kerajaan bercadang untuk menjadikan di penjara-penjara pendidikan lanjutan secara diploma atau pun secara sijil melibatkan banduan-banduan belajar secara online bagi memastikan mereka ini mempunyai sijil kemahiran yang dapat digunakan selepas mereka keluar. Berapakah jenis program kerohanian dan vokasional lain yang diberikan di penjara-penjara?

Juga tentang perkembangan berkenaan dengan penyeludupan dadah, mercun dan bahan letupan kerana kita melihat baru-baru ini di selatan Thailand berhampiran dengan Kelantan di satu tempat, satu kampung. Satu kejadian besar telah pun berlaku di mana berlaku letupan mercun dan kita difahamkan bahawa letupan tersebut merupakan kilang simpanan mercun sebelum dibawa masuk ke dalam negara kita.

final • 6:51 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Jadi, saya mengharapkan agar pihak kerajaan mengambil maklum perkara ini kerana ia membabitkan kehilangan nyawa- hampir, saya rasa dalam tujuh orang meninggal dunia dan menyebabkan hampir 200 rumah musnah dalam kejadian tersebut.

Terima kasih.

final • 6:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Dipersilakan Yang Berhormat Miri.

final • 6:51 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan di peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Dalam Negeri. Saya merujuk kepada B.62 Butiran 020400 – Penguatkuasaan Maritim.

Sesungguhnya agensi penguatkuasaan maritim Malaysia amatlah penting dalam mempertahankan kedaulatan negara kita daripada segi pengairan. Saya nampak terdapat pertambahan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk di bawah Penguatkuasaan Maritim ini, tetapi saya ingin membangkitkan satu isu di Sarawak di mana dasar yang diambil oleh kerajaan, baik daripada segi Kementerian Kesihatan mahupun Kementerian Dalam Negeri tidak seharusnya melihat Sarawak ini sebagai satu negeri seperti negeri di Semenanjung.

Ini kerana coastline kami ataupun segi keluasan pengairan laut kita adalah lebih kurang atau hampir sama dengan seluruh Pantai Timur ataupun Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Oleh itu, saya menyeru Kementerian Dalam Negeri boleh mengambil dasar yang lebih praktikal untuk memberi pertimbangan dengan keluasan ataupun daripada segi panjang coastline bahagian-bahagian di Sarawak. Umpamanya bahagian Miri, coastline di bahagian Miri sudah lebih besar berbanding dengan beberapa negeri di Semenanjung.

Walau bagaimanapun, tempat tetap untuk simpanan kapal tahanan yang menceroboh masih lagi tidak dapat di bahagian Miri.

Untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Sarawak, kami berharap daripada segi sumber baik untuk manpower ataupun equipment yang diberikan, dengan izin, bukan sepatutnya diberikan berdasarkan negeri tetapi seharusnya sepadan dengan keperluan untuk menjaga kedaulatan ataupun keamanan di air laut Sarawak.

Sebelum ini, saya juga sering menerima aduan daripada nelayan tempatan ataupun persatuan bahawa terdapat pencerobohan pengairan kita oleh nelayan dari negara asing ke perairan Sarawak. Untuk mengelakkan anggota penguat kuasa Maritim kita daripada burnout, atau pun terlalu beban dengan tugasan yang melingkungi kawasan terlalu luas, saya berharap Kementerian Dalam Negeri boleh memberikan lebih banyak sumber kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Sarawak.

final • 6:57 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim di Sarawak kerana telah menjaga keamanan dan ketenteraman di zon maritim Sarawak, Malaysia. Mereka juga telah selalunya melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim di zon maritim di Sarawak, di lautan lepas. Jasa mereka cukup besar dalam menyelamatkan nyawa rakyat kita tetapi sering tidak diketahui oleh secara am masyarakat kita.

Seterusnya saya merujuk kepada 030100 – Pendaftaran Negara. Tahniah dan syabas kepada Kementerian Dalam Negeri kerana telah menunjukkan kesungguhan dalam menyelesaikan isu kewarganegaraan di negara ini. Saya dimaklumkan Jabatan Pendaftaran Negara telah menerima sebanyak 54,000 permohonan bagi mendapatkan kewarganegaraan bagi tempoh 2017 hingga 2022. Tetapi setakat September lalu, sudah membuat – terdapat kes sebanyak 9,539 permohonan telah dibuat keputusan. Jumlah itu hampir sudah mencapai sasaran KDN untuk menyelesaikan sekurang-kurangnya 10,000 kes permohonan pada tahun ini dan tempoh proses tapisan bagi permohonan warganegara juga dikurangkan kepada 14 hari berbanding dengan 73 hari sebelum ini.

final • 7:00 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Namun, masih terdapat banyak lagi kes di Sarawak di mana individu tanpa warganegara terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Ini akan memberikan kesan yang sangat buruk kepada kehidupan mereka terutamanya bagi mereka di kawasan di luar bandar. Saya berharap pihak KDN juga boleh mengatakan perancangan timeline KDN untuk memproses permohonan warganegara. Saya juga ingin menyeru pihak KDN untuk menyediakan seorang pegawai KDN khas di Sarawak dan Sabah untuk memberi maklum balas tentang status permohonan dan maklum balas dan tidak perlulah pemohon untuk travel ke Putrajaya. Begitu jauh untuk mendapatkan maklum balas.

Akhir sekali, saya ingin menyentuh kepada imigresen, 35000 hingga 38000 di mana ICQS Sungai Tujuh, Miri merupakan satu pintu utama antara Malaysia dengan Brunei tetapi masalah yang kami selalu hadapi adalah sama. Sedikit lagi ya Tuan Pengerusi. Seperti di sempadan negara – di sempadan lain di negara kita, bahawa terdapat masalah queue yang sangat panjang terutamanya setiap kali hujung minggu ataupun cuti perayaan, cuti sekolah.

Oleh itu, kami menyaran kepada kerajaan untuk melihat balik physical structure counter di ICQS Miri supaya boleh bertukar dari structure tulang ikan kepada bersifat structure toll seperti yang telah dilakukan di Bukit Kayu Hitam di mana mereka telah berjaya untuk menyelesaikan masalah queue di ICQS.

Akhir sekali, saya juga ingin menyeru kepada kerajaan untuk membantu meningkatkan, menaik taraf atau memperbaiki kerosakan-kerosakan di ICQS Imigresen Sungai Tujuh. Saya terdapat satu kertas cadangan di tangan saya dan saya berharap boleh bincang dengan Menteri selepas ini. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 7:00 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Dato' Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri dan sidang Parlimen yang dihormati sekalian.

Terima kasih kerana memberi ruang kepada Pasir Salak untuk membahaskan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada petang yang ceria ini. Firman Allah SWT, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] , Surah Al-Maidah, ayat ke-32. Maksudnya, “*Dan sesiapa yang menghidupkan nyawa yakni menjaga keselamatan hidup seseorang manusia, seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya”.

Sadaqallahuazim.* Dato’ Pengerusi, baru sahaja sebelum ini Pasir Salak menyebut tentang perlu dan sepatutnya pihak kerajaan menaikkan tangga gaji dan elaun PDRM. Pasir Salak sangat bersetuju dengan Kuantan yang membahaskan tentang tangga gaji dan elaun PDRM sebentar tadi. Hari ini Pasir Salak ingin merujuk kepada tugasan PDRM untuk memelihara undang-undang, mengekalkan keamanan dan keselamatan negara. Selain daripada itu, tugas PDRM ialah mencegah jenayah, mengesan penjenayah, menangkap dan mendakwa pesalah sehinggakan mengumpul maklumat risikan negara. Begitulah pentingnya tugas kepolisan kepada negara.

Merujuk kepada Kepala B.62 di bawah Butiran 020100, peruntukan yang disediakan RM8.7 bilion. Pasir Salak menyarankan agar ditambah lagi pengambilan pegawai-pegawai polis yang baharu untuk mengisi kekosongan jawatan pegawai-pegawai polis untuk diletak di kawasan-kawasan yang diperlukan.

Dato’ Pengerusi, Pasir Salak juga merujuk kepada Kepala P.62 di bawah Butiran 08500 – Perumahan (PDRM) yang memperuntukkan RM13 juta. Pasir Salak mahu mencadangkan agar mana-mana perumahan pihak polis diselenggara dengan baik agar pegawai-pegawai polis dapat tinggal dengan selesa. Begitu juga dengan kemudahan surau yang luas untuk mereka.

final • 7:03 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Merujuk kepada Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM). Pasir Salak mengharapkan agar balai-balai dan pondok polis yang usang dinaik taraf. Di kawasan Pasir Salak, ada pondok polis yang menyewa di rumah kedai seperti di Pondok Polis Jejawi, di Sg Renggam. Sepatutnya disediakan polis pondok yang berada di premis pihak PDRM agar lebih selesa. PDRM juga ada tapak yang sesuai di situ tetapi tidak dimanfaatkan. Mohon tindakan pihak kementerian memandangkan Balai Polis Jejawi itu bersebelahan dengan Lebuhraya Pantai Barat.

Pasir Salak juga merujuk kepada butiran-butiran yang lain. Butiran 13000 – Pusat Latihan (PDRM), 14000 – Pengkalan Marin (PDRM), 15000 – Unit Udara (PDRM), 17000 – PGA, Pasukan Gerakan Am (PDRM), 18000 – Pembaikan dan Ubahsuai (PDRM), 19000 – Lanci-lanci Polis (PDRM), 19000 – Peralatan Keselamatan (PDRM), 20000 – Alat-alat Perhubungan Radio (PDRM), 21000 – Senjata Api dan Peluru (PDRM), 22000 – Kenderaan (PDRM), 23000 – Kapal-kapal Terbang (PDRM), 24000 – Alat Bantuan Teknik

(PDRM), 25000 – Sistem Teknologi Maklumat (PDRM).

Semua butiran yang disebut, Pasir Salak mengharapkan dapat di-upgrade dengan izin, pusat latihan selesa, pangkalan marin yang canggih, unit udara yang hebat, PGA PDRM yang mempunyai prasarana yang baik, peralatan keselamatan yang terkini dan ditambah baik, alat hubungan radio yang terkini, senjata api yang lebih hebat daripada Glock dan CZ, kenderaan-kenderaan yang usang ditukar baru, kapal terbang jenis terbaik dan sistem teknologi maklumat terbaik demi meningkatkan kredibiliti tahap tertinggi kepolisan di mata masyarakat.

Akhir sekali, sidang Parlimen di Dewan yang mulia ini, Pasir Salak telah meneliti Laporan Audit Negara 2019. Terdapat penyalahgunaan tanah rizab Melayu di negeri Perak. Justeru, pada 7 Jun 2023, satu laporan kepada SPRM cawangan Perak telah dibuat oleh pimpinan PAS Perak. Soalan Pasir Salak ialah apakah natijahnya atau hasil siasatan tersebut? Apakah benar tanah rizab Melayu di Perak disalahgunakan? Sekian Dato’ Pengerusi, terima kasih.

final • 7:03 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Beruas.

final • 7:03 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 030100 – Pendaftaran Negara dan 030200 – Hal Ehwal Imigresen.

Dato’ Pengerusi, Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan ia juga adalah kementerian yang menguatkuasakan berbagai undang-undang. Tetapi beberapa dekad ini, KDN ada kalanya yang menyebabkan kesengsaraan rakyat dan tidak mengikut undang-undang.

Saya berharap dengan kerajaan baharu, dengan Menteri Dalam Negeri baharu, dan Perdana Menteri yang baharu, ini semua akan berubah dan KDN hanya akan menjadi satu kementerian yang membawa berkat tanpa musibah kepada rakyat dan negara kita.

Saya berharap lima perkara yang akan saya bangkitkan ini, yang mendatangkan masalah ini dapat diperbaiki dan diselesaikan agar masalah itu tidak berterusan .

Perkara pertama ialah pelucutan kewarganegaraan kanak-kanak yang telah dianak angkat semasa masih bayi dengan tidak mengikut prosedur perundangan.

final • 7:08 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Ingin saya katakan bahawa ini telah menimbulkan banyak masalah dan ini adalah satu masalah yang kita boleh elakkan. Untuk saya tekankan hujah saya dan saya boleh simpulkan dengan bahasa Melayu pasar yang orang kata “Tidak ada hal, kita pergi cari hal”. “Tidak ada hal atau kita buat hal”. Inilah keadaan KDN apabila KDN melucutkan hak kewarganegaraan kanak-kanak ini. KDN haruslah menumpukan tenaga dan perhatian kepada perkara-perkara dan masalah lain yang melanda negara kita. Tindakan KDN ini menyebabkan ramai kanak-kanak ini menjadi orang yang tanpa kewarganegaraan iaitu

final • 7:10 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

stateless people. Ini menimbulkan masalah kepada kanak-kanak, keluarganya dan juga kepada masyarakat.

Tindakan ini adalah bertentangan dengan Perkara 15 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat Bangsa-Bangsa Bersatu dan kita adalah ahli dalam Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu. Kita sekarang melanggar hak asasi yang termaktub dalam deklarasi tersebut. Oleh yang demikian, saya mohon berhentilah tindakan melucutkan hak kewarganegaraan kanak-kanak dan pulihkan kewarganegaraan kanak- kanak ini yang telah dilucutkan.

Perkara kedua, pembetulan kad pengenalan orang bukan Islam yang ada perkataan Islam atas kad pengenalan mereka. Selepas mengesahkan seseorang itu bukan beragama Islam, haruslah pembetulan dibuat secara administrative ataupun secara pentadbiran. Apabila pembetulan tidak dibuat dan seseorang itu meninggal dunia, akan timbulnya ketegangan kerana akan timbul isu rebut-merebut mayat untuk dikebumikan dan pengagihan harta di antara keluarga yang bukan beragama Islam dengan pihak berkuasa agama Islam.

Isu ketiga, isu KDN tidak menghormati dan mengikut undang-undang. Ini adalah berkenaan dengan hak isteri yang berwarganegara asing yang telah berkahwin dengan seorang warganegara Malaysia. Di bawah undang-undang utama atau yang tertinggi kita iaitu Perlembagaan Persekutuan, di bawah Perkara 15 (1), “Isteri berwarganegara asing yang telah berkahwin dengan seseorang suami warganegara Malaysia berhak menjadi warganegara Malaysia setelah berkahwin dengan suaminya dan bermastautin di Malaysia selama dua tahun”. KDN melanggar peraturan ini dan tidak membenarkan mereka untuk membuat permohonan untuk kewarganegaraan. Mereka hanya dibenarkan berada di Malaysia melalui pas lawatan tahunan, selepas beberapa tahun mereka hanya dibenarkan untuk memohon kad merah atau hak pemastautin tetap.

Baru-baru ini saya telah mendapat aduan lebih daripada 10 orang isteri yang memohon untuk bermastautin tetap selepas lebih daripada 10 tahun di Malaysia tetapi permohonan mereka ditolak dan ini menjadi satu masalah. Dalam beberapa kes yang lain, mereka isteri-isteri ini dihalau balik ke negara mereka apabila suami mereka tidak lagi bersetuju menjadi sponsor isteri-isteri ini. Bayangkan masalah yang timbul dengan perasaan anak-anaknya dengan ibu berkenaan. Oleh yang demikian, saya harap kerajaan, KDN mestilah menghormati Perlembagaan Malaysia.

Keempat, sekejap, give me one minute? Terima kasih. Perkara keempat, KDN mestilah menerima rayuan dan permohonan di pejabat imigresen KDN atau pejabat cawangannya di setiap negeri. Sekarang rayuan mesti dibuat di Putrajaya. Saya bawa banyak permohonan rayuan ini datang ke Parlimen, tak ada pegawai pun yang boleh menerima. Saya terpaksa baru-baru ni pergi ke Putrajaya dan saya perlu hantar rayuan- rayuan ini ke Putrajaya lagi. Bayangkan perkhidmatan 40-50 tahun yang lepas, KDN lebih baik daripada sekarang, zaman teknologi moden. Dulu sekurang-kurangnya semua orang boleh berurusan dengan cawangan KDN di setiap negeri.

Akhir sekali, saya mohon kerajaan untuk—saya nak tanya KDN kenapa tidak menyokong pindaan kepada SOSMA yang jelas disalahgunakan? Kita tahu kes di mana pada tahun 2019, G Saminathan, Ahli Majlis Mesyuarat Melaka dan juga ADUN kawasan Gadek dan juga P Gunasekaran, ADUN Seremban Jaya ditangkap di bawah SOSMA.

Dikatakan mereka pengganas-pengganas yang ada kaitan LTTE. Ini tidak benar sama sekali. Oleh yang demikian, saya mohon kepada KDN untuk sokong SOSMA dipinda atau dipatahkan sama sekali untuk kita memenuhi janji-janji kita semasa pilihan raya. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Kuala Langat.

final • 7:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Dato’ Sri

final • 7:16 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Pengerusi. Saya terus kepada B.62 Butiran 020000 – Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, 020100 – Kepolisan, peruntukan RM8.7 bilion.

Jadi, pertamanya saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan kepada anggota polis, pasukan Polis Diraja Malaysia. Terima kasih dan tahniah di atas tugas yang mereka lakukan, berkhidmat dalam perkhidmatan 24 jam sehari, 365 hari setahun. Sudah tentulah perkara berkaitan dengan keselesaan mereka ini harus dijaga oleh kerajaan.

Saya hendak mendapatkan kepastian berapakah jumlah sebenarnya bagi urusan penyelenggaraan di balai-balai polis terutamanya sebab saya merasakan keselesaan bagi mereka ini adalah satu perkara yang sangat penting sama ada di IPD Daerah ataupun balai-balai polis. Saya melihat secara khususnya berkaitan dengan penyelenggaraan penghawa dingin yang kerap kali tidak berfungsi dan mungkin lebih daripada tempohnya tetapi apabila ada permohonan untuk penyelenggaraan ini kadang-kadang mengambil masa. Bukan sahaja seminggu, bukan sebulan, kadang-kadang bertahun untuk diuruskan demi keselesaan mereka. Terutamanya juga di bahagian-bahagian yang melibatkan orang awam dan sudah tentulah kesibukan berada di situ. Saya kira ini juga harus diambil perhatian daripada sudut penyelenggaraan agar keselesaan kepada pegawai-pegawai kita yang bertugas itu dapat bertugas dengan sebaik mungkin.

Kemudian, P.62 Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis PDRM dengan peruntukan RM37 juta. Sebagaimana yang disebutkan juga oleh rakan-rakan bagaimana balai-balai polis yang daif, yang uzur, sudah tentu harus dibina baru. Saya kira ini terutamanya di kawasan-kawasan yang masih belum ada lagi bandar-bandar baru yang ada keperluan perkhidmatan polis di situ, harus diadakan.

Saya merujuk khusus kepada kawasan saya seperti di Bandar Saujana Putra, Balai Polis Bandar Saujana Putra yang diketuai oleh Ketua Polis Balai berpangkat Inspektor, kekuatan anggota balai 23 orang. Balai ini pada asalnya adalah merupakan balai komuniti yang telah dinaiktarafkan kepada balai polis. Balai yang terletak di lot kedai Nombor 70 dan juga 72, saya kira sudah tiba masanya dengan penduduk lebih daripada 30,000 di Bandar Saujana Putra ini untuk dibina satu tapak balai polis yang baharu kerana tapak sudah ada di Lot 25544 dengan keluasan dua ekar. Saya mengharapkan ia dapat dimasukkan. Kalau tidak pun mungkin tahun ni, tahun depan, mungkin tahun yang akan datang itu dimasukkan untuk pembinaan agar keselesaan dan memberikan perkhidmatan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia.

Kemudian, Butiran 13000 – Pusat Latihan, peruntukan RM1 juta. Saya melihat selain daripada balai-balai polis ini juga, saya kira—saya mengambil khusus kawasan padang sasar ya yang harus juga dijaga dengan sesempurna mungkin, ya. Bukan sahaja sekadar padang sasar untuk latihan-latihan begitu tetapi saya kira daripada sudut keperluan asas harus ada di situ. Ini juga saya merujuk kepada Padang Sasar PDRM Permatang Pasir, Kuala Langat. Kawasannya baik berada di kaki Bukit Jugra.

Kedudukannya agak dalam sedikit dari laluan jalan raya tetapi ia satu tempat yang sangat baik. Cuma, ianya tidak — masih lagi tidak berpagar kerana tidak ada peruntukan dan terdedah kepada pencerobohan.

final • 7:16 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Walaupun penggunaannya tidak bersifat harian, tetapi sangat bermanfaat kepada penjawat awam terutamanya anggota PDRM dan juga agensi-agensi yang lain yang kerap menyewa dan untuk latihan menembak awam kepada tujuan untuk memperbaharui lesen senjata api. Fasiliti-fasiliti ini seperti tempat letak kereta, tandas, stor, ruangan untuk beraktiviti harus diadakan. Ada satu kawasan yang sebagai tempat untuk berkumpulan yang bumbungnya terlalu usang. Itu pun adalah sumbangan daripada pihak-pihak yang tertentu, berkarat dan sebahagian daripada bumbungnya terjuntai dan amat berbahaya. Saya harapkan ada peruntukan untuk kita naik tarafkan padang-padang sasar untuk tujuan terbaik kepada masyarakat dan penghuninya.

Kemudian, butiran yang terakhir adalah 04000 – RELA, dengan peruntukan RM18.6 juta. Pasukan RELA ini dia juga adalah pasukan yang sangat membantu di dalam negara kita. Mereka bekerja siang malam dalam keadaan cuaca apa pun. Apabila

final • 7:20 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

diperlukan, mereka akan bertugas. Cuma, saya kira juga harus kita melihat kepada kebajikan mereka dan semarakkan. Mungkin ada penstrukturan-penstrukturan tertentu yang mana kita juga boleh mengambil kira bahawa bilik-bilik gerakan atau bilik-bilik operasi mereka harus ada dan dalam keadaan yang selesa dengan keperluan-keperluan yang asas untuk makan minum mereka ini juga ada supaya akhirnya mereka juga dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan keselesaan yang kita berikan dengan peruntukan-peruntukan yang tertentu. Terima kasih Tan Sri Speaker.

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya menjemput Pasir Gudang.

final • 7:20 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya ingin membahaskan perkara B.62, Kepala B.62, Butiran 020000 iaitu Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam. Satu tajuk saja Tan Sri Pengerusi.

Ini berkaitan dengan permohonan penduduk-penduduk yang tinggal di Bukit Jelutong, Shah Alam yang telah membuat permohonan di bawah Akta Perhimpunan Aman untuk mengadakan perhimpunan aman tanpa senjata untuk mempertahankan hak mereka sebagai penduduk, pembeli kawasan itu supaya kawasan yang dipanggil ‘green lung’, kawasan hijau itu terus terpelihara.

Dewan inilah, saya masih ingat lagi saya duduk somewhere there. Kita telah meminda Akta Perhimpunan Aman mempermudahkan — Fungsi polis bukan nak bagi permit. Di bawah Seksyen 15 akta tersebut, penduduk hanya notify, hantar notis beritahu, lulus 10 hari. Kita dah turunkan kepada lima hari untuk mempermudahkan. Ini, saya nak bagitahu kepada OCPD Shah Alam. Saya pegang ni, saya junjung ini. Perkara 10 perlembagaan negara (b), “semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata”. Jadi kalau penduduk ini, jawatankuasa mereka, mereka ada penganjur. Okey, kalau ada satu dua orang yang buat bantahan, tidaklah boleh untuk tolak, untuk tolak permohonan yang legitimate, yang sah itu. Jadi, tugas polis — saya minta polis —Timbalan Menteri beritahu pada polis, mereka hanya fasilitator. Bukan nak luluskan permit atau tidak. Saya telah kalau lawan kes perhimpunan aman ini sampai ke Federal Court dulu.

[Tepuk]

final • 7:21 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB.

final • 7:21 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Jadi, saya — maknanya, ya Bangi.

final • 7:21 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih YB Pasir Gudang. Saya pun ingat kita memang dah lama memperjuangkan tentang hak untuk berhimpun dengan aman. Saya pun ingat lagi YB Segamat ada satu kes law bawah nama YB Segamat tentang Akta Perhimpunan Aman ini. Jadi YB Pasir Gudang, adakah YB setuju bahawa dalam peruntukan Akta Perhimpunan Aman itu sebenarnya kita sudah bergerak daripada satu rejim untuk mendapat kebenaran daripada polis. Sekarang cuma hanya perlu memberi notifikasi sahaja, makluman. Jadi, maknanya kalaulah kata makluman itu tidak diberikan, ia tidak bermakna perhimpunan tersebut adalah satu perhimpunan aman.

Setuju atau tidak YB Pasir Gudang?

final • 7:21 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih YB Bangi dan saya bersetuju iaitu saya minta tolonglah kepada OCPD dan Timbalan Menteri. Saya ini Ahli Parlimen penyokong kerajaan. Kalau waktu hak rakyat untuk berhimpun secara aman, ikut peraturan tak dibenarkan di bawah Kerajaan Perpaduan Madani ini, apa benda ini kita ini semua? Ini *mockery.

[Tepuk] Reform* yang mockery. Jadi, kawal saja. Polis kawal, tengok. Mereka yang datang itu, yang berucap, kawal. Mudahkan mereka. Negara kita negara demokrasi. Jangan takut, jangan takut. Beri ruang kepada rakyat. Mereka yang nak berhimpun ini penduduk yang beli rumah itu waktu itu dijamin oleh pemaju, dijamin oleh pihak PBT, kawasan mereka dijamin kehijauan, dijamin environment yang baik dan sebab itu mereka beli. Tiba-tiba nak dimajukan, akan

final • 7:21 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

menjadi green lung itu, kawasan yang hijau itu rosak nanti. Jadi, hormatilah rakyat dan janganlah pihak polis — [Tepuk] Memahamilah hasrat kami. Selalu kami turut. Cakap lain, janji lain, tapi tak tunaikan. Jadi, kali ini tolonglah Yang Berhormat Menteri. Saya tak boleh nak bercakap pada pihak polis. Yang Berhormat Menteri bolehlah nasihatkan. Sekian, terima kasih Tan Sri Pengerusi.

[Tepuk]

final • 7:21 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Arau.

final • 7:21 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih, terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Rakyat Malaysia, orang muda. Hari ini genaplah tempoh, tempoh apa orang kata, banned daripada TikTok live. Kira hari ini dah boleh, semalam dah boleh. Syukur alhamdulillah.

Jadi, hari ini tentu ramai kawan-kawan yang sama-sama menyaksikan ucapan yang tidak sepertinya ini.

Yang pertama sekali ialah Butiran B.11000 – Polis. Yang Berhormat, saya menyokong ini Kluang. Kluang itu yang berhubung dengan judi online. Judi online ni bukan perkara kecil Yang Berhormat. Saya nak Tan Sri Pengerusi, saya minta Menteri kena jawab ini sebab judi online ini sekarang ini bukan sahaja berlaku di kalangan — di kalangan anggota kerajaan pun berlaku. Di kalangan petani-petani berlaku. Para petani bila mereka dah kalah, mereka boleh pinjam Ah Long dan akhirnya melibatkan hak mereka kepada tanah tersebut.

Jadi, sekarang ini dia berleluasa di semua tempat. Ahli Parlimen tak terlibatlah, tapi lain-lain — banyak dah terlibat. Sebab judi online ni dia mudah untuk orang bermain.

Jadi, sekarang ini cari satu mekanisme supaya kita boleh — kalau tak boleh tangani semua pun Timbalan Menteri, yang ini kena jawab sebab saya sokong Kluang. Kali pertama saya sokong Kluang. Yang lain saya tak berapa sokong, yang ni saya sokong.

final • 7:27 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Yang Berhormat Arau, boleh saya tambah sikit?

final • 7:27 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

10 seconds ya?

final • 7:27 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Sikit, sikit saja. Itu untuk tangani masalah ni adakah pandangan Arau bahawa lebih senang, lebih mudah bahawa kementerian mengatasi influencer, pempengaruh itu ataupun YouTuber yang jadi ikon dalam iklan judi online itu. Tackle mereka dulu dan cari siapa yang membayar mereka untuk buat iklan judi online.

[Tepuk]

final • 7:27 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya. Ini boleh masuk sebahagian daripada ucapan saya. Ini adalah cadangan yang hebat daripada Kluang dan Kluang pun tahu bahawa kita sentiasa bersama.

final • 7:27 PM

Tuan Pengerusi

Jarang-jarang berlaku Arau ya. Jarang berlaku.

final • 7:27 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jarang-jarang berlaku. Ini sebab ucapan ini semua sehati sebab mereka pun ada masalah Yang Berhormat, kita pun ada masalah. Saya nak bagitahu Yang Berhormat, bila saya balik baru-baru ini, saya — di kawasan, saya cuba cari punca masalah. Saya tengok orang masih ramai di R&R. Dia pergi, dia ambil duit mana ini? Bila saya pergi, diaorang bagitahu kat saya, nak cari clue di mana mereka dapat wang, pergi ke tempat ini. Saya pun pergi. Betul Yang Berhormat.

Berbaris panjang. Di mana? Pajak gadai. Jadi, ini menunjukkan masalah yang dahsyat berlaku. Dulu-dulu orang simpan barang emas sampai ini, sekarang dah mereka terpaksa bergadai sekiranya nak buat kenduri dan juga lain-lain lagi.

final • 7:27 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi judi online ini di antara punca masalah dan ucapan Kluang masuk sebagai ucapan saya. Menteri kena jawab hari ini, yang lain tak jawab tak apa. Jawab yang ini dulu Yang Berhormat.

Kemudian yang keduanya ialah berhubung dengan yang Damansara sebut tadi.

Saya juga menyokong supaya itu jadi sebahagian daripada ucapan saya. Ini fasal

final • 7:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

masalah— saya nak beritahu Ketua Pengarah SPRM ini orang bagus. Kawan baik, saya kenal dia, orang baik. Tetapi tiba-tiba yang kes melompat empat orang itu, dia sebut ada elemen rasuah yang terlibat dan ada melibatkan SPRM. Ini kena siasat.

Jadi Damansara tentulah, tentu kena siasat yang itu tetapi kena siasat kita kena adil. Siasat kenapa benda ini berlaku. Hai, jaranglah Yang Berhormat kalau orang nak pergi serah diri itu dapat peruntukan. Peruntukan pula kurang daripada Ahli Parlimen yang lain. Tiba-tiba dia bersetuju tentu disebut ada elemen tunai yang terlibat. Kena siasatlah.

Jadi bukan SPRM siasat, polis yang siasat sebab tuduhan kepada SPRM ini boleh menjatuhkan maruah SPRM, tidak bagus kena siasat. Polis kena siasat kenapa benda ini berlaku dan juga lain-lain yang telah disebut oleh kawan baik saya.

Kemudian yang berikutnya ialah Butiran 020400 - Penguatkuasaan Maritim.

Walaupun tidak disebut di sini APMM sebab APM telah pun ditukar kepada Kementerian Dalam Negeri tetapi Yang Berhormat semasa saya di sana ada dua biji kapal yang saya tanya adakah nama itu ditukar? Dia kata tidak tukar lagi. Namanya Arau dan Pekan.

Sorry, sorry, Pekan dan Arau. Pekan bekas Perdana Menteri jadi Arau. Okey, Pekan dan Arau.

Kapal ini didapatkan daripada Jepun, Jepun hadiah. Jadi bukan kerajaan beli. Jadi mereka pun nak ucapkan terima kasih dekat saya kah, boh nama Arau. Jadi itu nama KM Arau. KM Arau dan Pekan ini di antara kapal yang cukup dahsyat di kalangan maritim kerana dia boleh duduk lama di laut dan menangkap kapal-kapal nelayan asing. Jangan tukar nama.

Tapi persoalan saya Yang Berhormat, kapal itu masa saya terima dulu umurnya dah 30 tahun, sekarang berapa tahun ha? Tujuh tahun tak jadi Menteri, lapan tahun? Jadi maknanya umurnya 38 tahun. Tidak pernah terdengar cerita untuk menggantikan kapal itu. Kapal itu kena dibuat baharu. Kalau kita sekiranya kapal kita uzur tunggu tempoh lima tahun baru nak order tiga tahun baru siap, lapan tahun. Apakah kita nak bagi tahu nelayan-nelayan asing jangan masuk ke Malaysia kami tak cukup kapal ataupun kapal perang nak mai serang kita, jangan serang sekarang kami lagi tiga tahun baru ada kapal.

Ini sesuatu yang memalukan kepada negara. Order kapal lima tahun sebelum dia expired dengan izin.

Jadi saya minta supaya...

final • 7:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat Arau, nak tanya sikit boleh tak?

final • 7:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Oh, dah nak habis waktu bolehlah?

final • 7:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sikit saja, sikit saja.

final • 7:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sikit tak apa. Kawan baik.

final • 7:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kalau beli baharu adakah kapal itu akan dinamakan Arau juga?

final • 7:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak apa, kita boh nama Bangi tak apa, tidak ada masalah.

[Ketawa] Saya— nama itu tak penting ya, nama tidak penting.

Arau cuma sebab masa itu mungkin Kerajaan Jepun yang menghadiahkannya. Jadi Arau hadir di Tokyo masa itu. Wallahualam. Tapi, saya ingat nama Arau pun tak diperlukan. Saya tak perlukan nama itu, yang saya perlukan saya pergi akhirat saya masuk syurga. Alhamdulillah. Yang Berhormat, kapal ini boleh pergi Beting Patinggi Ali. Jadi Yang Berhormat pun tak pernah pergi, Menteri tak pernah pergi, siapa tak pernah pergi. Speaker pun dia orang tak nak bawa. Bawa pergi Beting Patinggi Ali dan tengok sendiri. Beting Patinggi Ali tempat kawasan Malaysia tetapi bila nelayan kita nak pergi sana kapal pengawal China kata, ini kawasan China. Ini suatu cukup yang memalukan. Dua biji oil rig, telaga minyak yang telah siap berwarna oren tak boleh beroperasi kerana dihalang oleh kapal pengawal tersebut.

final • 7:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kapal kita yang pergi ialah kapal-kapal yang sudah lama, uzur dan duduk agak jauh daripada pantai. Masuk walaupun kita uzur, lama Tan Sri kita pun kena berani.

Keberanian akan menunjukkan kita sebagai negara yang disegani. Tapi kalau ada kapal baharu pun duduk jauh-jauh orang tak takut. Kena berani, duduk di hadapan dan mereka hanya takut kepada keberanian bukan takut kepada kapal besar.

Saya minta kapal-kapal tua yang ada ini pergi ke sana dan sebahagian daripada kapal tua ini mungkin kita nak ucap selama tinggal, tenggelamkan di sana, bye-bye. Jadi yang paling penting di sana mesti ada satu tinggalan Kerajaan Malaysia.

Akhir sekali Tan Sri, saya tengok kawan-kawan saya pun nampak landing jauh.

UNHCR, saya dah cakap Yang Berhormat tadi UNHCR. Tentu isu ini ialah isu yang cukup sensitif. Saya nak cakap di sini Yang Berhormat, kad UNHCR yang dikeluarkan mesti dipersetujukan oleh Kementerian Dalam Negeri. Ini dia keluarkan cara berleluasa.

Malaysia bukan anggota. Yang negara anggota ialah Cambodia dengan Philippines. Tapi kenapa Philippines dan Cambodia tak ambil pelarian? Semua hantar mai Malaysia. Pelarian Rohingya dekat dengan Cambodia kenapa tak ambil? Hantar Malaysia.

Jadi di Malaysia ini kad UNHCR itu seolah-olah macam kad yang hebat. Tak, itu kad cuma mengiktirafkan kehadiran mereka.

Maka saya mencadangkan pada hari ini Timbalan Menteri kad ini hanya dikeluarkan di depot Imigresen. Depot Imigresen itu kita tahan orang keluar kad dekat situ. Tapi sekarang ini kad dikeluarkan bukan daripada depot Imigresen. Pergi jalan Bellamy. Saya jemput Ahli Parlimen datang Jalan Bellamy sebelah rumah Ketua Angkatan Tentera Malaysia, sebelah rumah dia itu ialah bangunan UNHCR, tengok sendiri beribu orang tiap-tiap hari datang untuk memohon kad UNHCR.

Sepatutnya mereka ini ditahan di Imigresen. Mana boleh ada orang asing berada di bumi bertuah ini dengan tidak ada apa-apa pengenalan. Tahan dulu, kalau kemudian kita keluarkan kad hanya di depot Imigresen, bukan dikeluarkan cara bebas macam ini.

Tapi mereka mengeluarkan bebas sebab apa mereka kata tidak dihalang oleh Kerajaan Malaysia. Masa itu saya Menteri, dia kata dihalang oleh satu Menteri saja. Orang lain tak kata apa.

Jadi sekarang saya minta Menteri— Menteri ini hebat Tan Sri hebat tetapi malangnya sebab dia terlampau melibatkan diri dengan kes Menteri Besar Kedah, jadi dia jadi kurang hebat. Kalau tidakkan semua dah jadi elok.

Jadi supaya kes UNHCR ini Yang Berhormat pergi tangkap. Kalau Yang Berhormat nak UNHCR saya boleh bawa sekarang. Pergi kedai Chow Kit RM80 dapat satu kad UNCHR. Sekarang ini bukan sahaja UNHCR keluarkan kad semua pedagang- pedagang di Chow Kit sana juga boleh kita beli kad. Tan Sri pun boleh. Saya pun dah ada kad dulu saya nak buat ujian tentang penipuan yang dibuat. Jadi setakat itu Tan Sri, terima kasih.

final • 7:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih Arau. Sempurna ucapan Arau hari ini, terima kasih. Jemput Klang.

final • 7:30 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Terima kasih kerana beri peluang untuk membahaskan berkenaan tentang Kementerian Dalam Negeri.

Saya nak merujuk kepada muka surat 441 iaitu visi dan misi Kementerian Dalam Negeri. Visinya adalah Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang berdaulat dan selamat. Misi pula memastikan keselamatan dalam negeri terjamin dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

final • 7:36 PM

Dalam pada itu Tan Sri, saya merujuk muka surat 443 kepolisan, fungsi iaitu

(i) memelihara undang-undang;

(ii) mengekalkan keamanan dan keselamatan negara;

final • 7:36 PM

Dalam pada itu Tan Sri, saya merujuk muka surat 443 kepolisan, fungsi iaitu

(iii) mencegah jenayah dan mengesan penjenayah;

(iv) menangkap dan mendakwa pesalah; dan

(v) mengumpul maklumat risikan.

Tan Sri Pengerusi, memang kita boleh nampak bahawa mengenai nisbah kaum dalam keanggotaan Polis Diraja Malaysia itu sendiri. Memang kita— penyertaan golongan bukan bumiputera dalam Polis Diraja Malaysia makin hari makin menurun. Kita harus faham bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum. Maka perwakilan kaum yang berpatutan adalah sangat penting kepada negara yang aman dalam semua badan kerajaan.

Kalau 90 peratus dalam anggota polis kita adalah daripada satu kaum sahaja ia tidak akan nampak begitu berbilang kaum dan ia juga bermakna bahawa kita tidak memaksimumkan potensi kita untuk membina suatu pasukan polis yang berbakat dan dinamik daripada semua rakyat.

Pada tahun 2021, Ketua Polis Negara pada masa itu telah mengatakan bahawa PDRM sasar 20 atau 30 peratus pengambilan bukan bumiputera sebagai anggota polis.

Ini adalah satu pendekatan yang baik. Namun, sehubungan dengan itu, persoalan saya adalah bahawa adakah sasaran ini sudah dicapai? Apakah nisbah perwakilan kaum dalam anggota PDRM yang sedang berkhidmat sekarang.

Pada masa yang saya juga ingin tanya kepada pihak Menteri Dalam Negeri, jika sasaran ini belum dicapai, apakah langkah-langkah atau pendekatan baharu yang sedang diambil oleh pihak kementerian untuk merealisasikan sasaran tersebut.

Tan Sri Pengerusi, isu kedua yang ingin saya bawa adalah berkenaan tentang SOSMA. Sudah lama terdapat pelbagai pihak yang cuba untuk memansuhkan atau mengkaji semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA, penahanan terhadap individu tanpa bicara dan tanpa ikat jamin yang didakwa melanggar hak asasi manusia.

Difahamkan seseorang itu hanya ditahan di bawah SOSMA setelah orang tersebut telah diawasi berbulan lamanya dan kertas siasatan dibuat dengan segala bukti yang dikumpul untuk memberi justifikasi bagi penahanan tersebut.

final • 7:36 PM

Dalam pada itu Tan Sri, saya merujuk muka surat 443 kepolisan, fungsi iaitu

Apa yang kita tidak faham adalah kenapa sekiranya ada bukti jelas, kenapa tidak dibawa ke muka pengadilan di mahkamah terbuka? Maka, kita nampak pihak kerajaan ingin mengekalkan, masih lagi akta yang sebenarnya adalah penggantian kepada ISA.

Kononnya, ia masih relevan dan sangat diperlukan untuk bertindak secara cepat, untuk mengekalkan keamanan negara. Walau bagaimanapun, saya ingin bertanya kepada pihak Kementerian Dalam Negeri bahawa apakah perubahan yang telah dilakukan oleh pihak KDN dalam proses implementasinya untuk memastikan akta ini tidak disalah guna.

Adakah apa-apa perubahan yang dilaksanakan sejak akta ini dibincangkan sebelum ini?

Tan Sri, isu yang akhir adalah saya nak bangkitkan ialah saya tadi dengar dengan begitu baik sekali. Ahli Parlimen Damansara telah membangkitkan isu tentang body camera dan juga CCTV kamera litup, yang tertutup. Kita sering dengar, apabila berlaku sesuatu kecelakaan ataupun kematian dalam lokap, kita sering dengar CCTV tak berfungsi. Tadi, Stampin juga ada membawa isu-isu tentang kematian dalam lokap, kematian dalam tahanan. Adalah negara yang begitu membangun, yang begitu moden sekali, bilakah perkara ini takkan dijawab sebagai kamera tak berfungsi ataupun kamera rosak? Saya percaya KDN sudah tiba masanya memberi noktah kepada jawapan- jawapan tersebut. Sekian, terima kasih.

final • 7:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Mas Gading.

final • 7:40 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya terus kepada Butiran-butiran yang ingin saya tujukan kepada pihak kementerian. Butiran 08500, Butiran 11000, Butiran 18000. Ketiga-tiga Butiran ini iaitu Perumahan (PDRM), Ibu Pejabat Polis (PDRM) dan Pembaikan dan Ubah Suai (PDRM). Di bawah ketiga-tiga Butiran ini, saya ingin membawa perhatian pihak kementerian ke kawasan saya di Mas Gading kerana banyak baik pulih kuarters dan bangunan pejabat— ibu pejabat polis diperlukan. Jadi, saya ingin tahu. Adakah belanjawan kali ini memberikan peruntukan yang lebih untuk baik pulih serta naik taraf premis PDRM di Bau dan juga Lundu, yang perlukan perhatian pihak kementerian?

Seterusnya, di bawah butiran yang sama 25000 – Sistem Teknologi Maklumat

(PDRM). Saya juga ingin tahu di bawah Butiran ini, sejauh manakah kementerian memandang serius dalam memperbaiki atau menaik taraf kemudahan dalam perkhidmatan PDRM, khususnya daripada segi teknologi maklumat, bagi memudahkan pegawai-pegawai kita menjalankan tugas mereka sebab saya diberitahu, ramai pegawai kita, seperti juga guru, terpaksa menggunakan laptop mereka sendiri. Malah, ada yang terpaksa membeli printer sendiri untuk memudahkan kerja mereka.

Seterusnya, kod Butiran 04000 – RELA. Saya ingin tahu, adakah kementerian mempunyai perancangan lebih jauh lagi untuk kumpulan-kumpulan anggota RELA?

Sebabnya, terdapat aduan ataupun maklum balas yang PDRM di peringkat daerah tidak cukup anggota. Jadi, adakah pihak KDN mempunyai perancangan untuk menaik taraf keanggotaan RELA sebagai anggota bantuan kepada PDRM supaya dapat membantu kelancaran tugas dan memastikan keselamatan di kawasan-kawasan luar bandar atau pun di kampung-kampung, terutamanya di kawasan pedalaman?

Mungkin anggota RELA boleh digalakkan untuk menyertai SSP iaitu Simpanan Sukarelawan Polis sebab RELA dulunya sangat aktif di kawasan luar bandar, terutamanya di kawasan kampung-kampung dengan pelbagai aktiviti dan servis perkhidmatan mereka.

Namun sekarang, agak suram. Jadi, mohon barisan anggota yang sedia ada ini seperti RELA dimanfaatkan untuk diguna pakai demi keselamatan negara. Sekian, terima kasih Tan Sri.

final • 7:42 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Rasah.

final • 7:42 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tan Sri Pengerusi, atas peluang yang diberikan kepada saya pada petang ini untuk membahaskan belanjawan untuk Kementerian Dalam Negeri. Perkara pertama, Perkara 020100 – Kepolisan. Saya nampak daripada data yang diberikan, perjawatannya polis iaitu PDRM kekal pada 148,916 orang.

Maknanya, pada tahun hadapan, kekuatan PDRM kita kekal pada kekuatan yang sedia ada ataupun tak ada pertambahan. Saya— kenapa saya bangkitkan perkara ini sebab saya nampak ada keperluan, khasnya untuk Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

Jenayah komersial semakin hari semakin banyak dengan sindiket penipuan, scammer yang menggunakan teknologi terkini. Jadi, saya nampak ada keperluan.

Saya sebolehnya, saya mohon cadangkan supaya ada anggota baharu ataupun pegawai baharu dilantik untuk Jabatan Siasatan Jenayah Komersial. Cuma, kalau tak ada, boleh tak ada diadakan penstrukturan semula supaya meramaikan kekuatan di bawah jabatan ini untuk membolehkan banyak kes jenayah komersial yang tidak dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Bukan sebab polis tak buat kerja. Polis siasat tetapi cuma, kalau seorang IO, seorang pegawai penyiasat pegang terlalu banyak kes pada ketika yang sama, susahlah nak siasat, nak mengenal pasti pihak yang melakukan kesalahan. Jadi, saya mohon. Apakah pandangan daripada pihak KDN sendiri untuk penstrukturan pihak polis, untuk meramaikan kekuatan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial?

Perkara kedua, Butiran 11000 – Ibu Pejabat Polis (PDRM). Saya nampak untuk IPD ini, terdapat RM444 juta tahun depan. Untuk IPD Seremban yang terletak di Parlimen

final • 7:44 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Rasah, ada tak apa-apa tambah baik, naik taraf dan sebagainya? Sebab premis ataupun perkarangan IPD ini telah berada di tapak yang sedia ada hampir 20 tahun. Sudah tiba masanya ia dinaik taraf untuk membolehkan ia dalam keadaan yang lebih baik. Jadi, mohon ada tak apa-apa untuk IPD Seremban?

Untuk Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM). Saya nampak ada RM37 juta. Saya mohon cadangkan di sini. Di bawah Parlimen Rasah, ada dua kawasan yang saya rasa kita perlu bina, bukan pondok tetapi balai polis yang baharu. Satunya, di Taman Seremban Jaya yang mempunyai kepadatan yang tinggi. Yang keduanya, Taman Rasah Jaya yang meliputi kawasan kediaman perumahan yang luas, mempunyai kepadatan yang tinggi. Jadi, saya mohon supaya kedua-dua ini diambil kira. Kedua-dua kawasan ini diambil kira dalam pembinaan balai polis yang baharu.

Seterusnya, di bawah Butiran 030100 – Pendaftaran Negara. Saya nampak RM420 juta diperuntukkan dengan bilangan perjawatan 4,554 orang. Maknanya, kekal sama pada tahun hadapan. Cuma, saya nak tanya. Kenapa tak ada pertambahan jawatan untuk JPN? Kita sedia maklum, Yang Berhormat Menteri pada awal tahun ini telah memberikan komitmen bahawa selagi beliau menjawat jawatan Menteri KDN, beliau akan memastikan sekurang-kurangnya beliau mempertimbangkan 10,000 permohonan kewarganegaraan setiap tahun.

Jadi, apabila Menteri ada komitmen yang cukup baik sebegini, sudah semestinya beliau perlu mendapat sokongan padu daripada agensi yang terbabit iaitu JPN dan sudah semestinya pertambahan anggota dan juga pegawai akan membantu Menteri dalam melaksanakan tugasnya. Saya nak tanya juga, setakat ketika ini, berapakah kes yang telah dipertimbangkan untuk tahun ini? Untuk kes permohonan kewarganegaraan dan daripada kes-kes tersebut, berapakah yang telah diluluskan kewarganegaraan dan berapakah yang telah ditolak?

Seterusnya, Butiran 47000 – Pengkomputeran dan Kad Pintar (JPN). Kalau kita rujuk pada tahun 2022, tak ada belanja untuk Butiran ini. 2023, RM13 juta diperuntukkan.

2024, RM87 juta. Satu lonjakan peruntukan yang sangat besar. Saya nak tanya kenapa, sebab ada dua perkara. Satu, pengkomputeran. Satu, kad pintar. Kalau pengkomputeran itu, menaik taraf sistem pengkomputeran itu, itu saya rasa itu perkara biasa yang perlu kita buat selaras dengan keperluan semasa. Cuma, ada tak tukar versi baharu MyKad dan sebagainya sebab kalau tukar kad pintar ini, mungkin sesuatu yang rakyat semua nak tahu. Jadi, saya mohon jawapan daripada KDN sama ada, ada cadangan daripada kerajaan untuk menukar versi baharu kad pintar, MyKad kita di bawah butiran ini atau tidak?

Berkenaan dengan butiran yang sama, saya nak tanya adakah JPN sekarang ini masih belum mengeluarkan MyKid kepada bayi warganegara yang telah dilahirkan sebelum ini. Sebab pada tahun-tahun sebelum ini, banyak kes di mana MyKid tidak diberikan ketika permohonan dibuat disebabkan kekurangan bekalan MyKid ketika itu.

Jadi, adakah masalah ini masih berlarutan ataupun sebaliknya?

Perkara terakhir saya nak sebutkan iaitu di bawah Butiran 051000, di bawah tajuk Membanteras Pemerdagangan Orang (MAPO). Saya nampak RM4 juta diperuntukkan.

RM4 juta sebenarnya bagi saya, amaun ini sangat kecil, dengan kita menghadapi masalah pemerdagangan manusia pada ketika ini. Jadi, saya nak tanya bawah RM4 juta ini apakah program dia dan apakah yang boleh dilakukan untuk kita membanteras pemerdagangan manusia?

final • 7:44 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya percaya pihak KDN bersama dengan agensi-agensi di bawah KDN telah mempunyai perancangan yang sewajarnya berkenaan dengan perkara ini. Saya juga mohon statistik daripada KDN, berapakah mangsa yang terlibat dalam pemerdagangan orang pada tahun 2022 dan 2023? Itu sahaja. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput pembahas terakhir Kota Belud.

final • 7:50 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Pengerusi, B.62 Butiran 020300 – Eastern Sabah Security Command (ESSCOM). P.62 Butiran 08800 – Pembangunan ESSCOM. Tahun hadapan operasi diperuntukkan RM34 juta berbanding tahun ini RM28 juta. Pembangunan pula RM118 juta berbanding RM78 juta tahun ini. Saya ucapkan terima kasih, pada tahun 2022 walaupun diperuntukkan RM73 juta tetapi perbelanjaan sebenar adalah berjumlah RM100 juta. Ada beberapa perkara yang saya mohon penjelasan.

Pertama, kira-kira tambahan RM6 juta bagi perkhidmatan dan bekalan. Saya mohon perincian. Kedua, apakah tambahan perolehan pada tahun 2022 bagi peruntukan pembangunan dan yang ketiga untuk tahun hadapan yang melibatkan RM118 juta, peruntukan pembangunan tertinggi sepanjang ESSCOM ditubuhkan. Saya mohon diberikan pecahannya.

Tuan Pengerusi, B.62 Butiran 030100 – Pendaftaran Negara. Isu warganegara di Sabah bukan satu isu yang baharu dan ia telah pun berlarutan berpuluh tahun. Adakah ianya telah disiasat, ya sudah. Malah, sudah adapun laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja

(RCI) mengenai pendatang asing di Sabah. Adakah tindakan telah diambil? Jawapannya sangat lemah dan perlahan.

Pertama, mengenai syor-syor dan rekomendasi laporan RCI PTI Sabah yang telah dikeluarkan pada tahun 2014. Berapakah jumlah syor dan rekomendasi yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kementerian?

Kedua, mengenai empat kategori utama dalam isu warga asing di Sabah iaitu pemegang kad pengenalan MyKad yang meragukan. Kedua, pelarian perang Philippines, refugees. Kemudian, orang tanpa kerakyatan, stateless dan pendatang tanpa izin (PTI).

Saya ingin bertanya apakah tindakan yang lebih efektif dan terkini yang telah diambil oleh kementerian bagi menyelesaikan empat kategori yang saya sebutkan tadi. Saya mohon supaya ada timeline pelaksanaannya.

Ketiga, saya ingin tahu apakah status terkini penubuhan satu pasukan petugas khas bagi menyelesaikan isu kebanjiran warga asing di Sabah seperti mana yang disebutkan di dalam manifesto Pakatan Harapan sebelum ini.

Keempat adalah mengenai permohonan daftar lewat kad pengenalan MyKad.

Saya yakin bukan kementerian tidak sedar bahawa masih ramai penduduk luar bandar di Sabah yang tidak memiliki kad pengenalan. Kadazan, Dusun, Murut, Rungus, Sungai, Bajau dan etnik tempatan lain. Kerajaan letakkan sasaran untuk menoktahkan kemiskinan tahun ini, memperhebatkan pelaburan asing, membuka zon-zon ekonomi baharu, ribuan peluang pekerjaan bakal diwujudkan, bunyi dia sangat hebat tetapi perkara basic macam isu yang MyKad pun masih lambat. Jadi, kadang-kadang timbul persoalan sebenarnya peluang pekerjaan ini kita mahu bagi dengan siapa? Adakah bukan warganegara ataupun warganegara kita sendiri.

Bagaimana rakyat Sabah ingin perkasakan ekonomi isi rumah jika mereka dihalang untuk diberikan pendidikan yang lebih baik. Pinjaman perniagaan, peluang pekerjaan dan pelbagai lagi insentif dan bantuan kerajaan hanya kerana mereka tiada IC.

Di sini saya boleh sebutkan beberapa nama. Salah satunya Narian Maidin 18 tahun Kampung Terintidon, Kota Belud masih belum ada IC. Nelson Dapel 23 tahun Kampung Kiapad, Inanam. Sofian Roni 15 tahun dan ada beberapa lagi senarai-senarai ini dengan saya, Tan Sri Pengerusi, yang mungkin saya boleh nanti lampirkan kepada pihak kementerian untuk tindakan lanjut.

Tuan Pengerusi, jika dilihat pada permasalahan ini saya lihat masih terdapat isu birokrasi dan keperluan yang merumitkan bagi memproses permohonan mereka dan ianya masih dikekalkan. Untuk itu, saya ingin mencadangkan penambahbaikan. Pertama, seperti yang saya sebut dalam segmen saya terbaru ini untuk wujudkan fast track lane bagi permohonan daftar lewat kad pengenalan MyKad. Kemudian, memperbanyakkan kekerapan program pendaftaran bergerak unit mobile dan bas mobile di kawasan- kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah

final • 7:50 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Kemudian, melibatkan mahkamah adat sebagai penyelesaian secara komprehensif bagi memastikan penduduk Sabah yang sebenar diberikan MyKad.

Kemudian, menambahkan bilangan bas mahkamah bergerak di Sabah dan juga kekerapan operasinya. Itu sahaja Tan Sri Pengerusi, sekian terima kasih.

[Tepuk]

final • 7:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Terima kasih. Saya jemput Menteri, 25 minit.

final • 7:50 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Bismillahi Rahmani Rahim. Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya bagi pihak Kementerian Dalam Negeri rakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam membahaskan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Dalam Negeri. Saya cuba menjawab kerana banyak persoalan yang dibangkitkan. Hanya 25 minit. Jika sempat menjawab. Jika tak sempat, saya bagi jawapan bertulis.

Saya mulakan dengan Yang Berhormat Besut yang menyebut soal-soal berkaitan dengan kenyataan mengugut, akta berkaitan dengan 3R akan dimansuh atau dipinda.

Apakah tindakan kerajaan untuk mengelak ketakutan rakyat dalam bersuara? Apakah garis panduan berkaitan dengan 3R? Sebenarnya dah banyak kali dijawab dalam Dewan ini. Isu 3R di Malaysia adalah kompleks dan melibatkan bidang kuasa pelbagai institusi dan agensi. Dalam menangani isu-isu 3R yang semakin menular pada masa ini, Kementerian Dalam Negeri melalui penguatkuasaan PDRM sentiasa berpandukan kepada ketetapan dalam Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang lain yang berkuat kuasa. Antaranya adalah Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Saya dah sebut tempoh hari bahawa bukan semua perkara berkaitan 3R adalah dilarang. Dilarang melainkan ianya bertentangan dengan peruntukan-peruntukan di bawah akta-akta dan perundangan-perundangan yang saya nyatakan tadi. Maknanya, jika dinyatakan berkaitan 3R, menyalahi akta-akta yang disebutkan tadi maka ia dilarang.

Dalam hal ini, sekiranya mana-mana pihak yang tidak memahami perkara ini secara sepenuhnya, maka pendekatan yang difikirkan lebih baik adalah tidak membicarakan perkara ini secara terbuka sehingga mengundangkan rasa tidak puas hati dan kurang senang pihak-pihak yang lain. Fitrah definisi 3R dalam acuan negara ini adalah sangat meluas dan untuk mengehadkan pemakaiannya kepada limitasi garis panduan hanya akan membuka ruang dan peluang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengeksploitasi batasan-batasan yang digariskan.

Sukacita ditegaskan bahawa PDRM hanya melaksanakan amanah dengan bertindak berdasarkan undang-undang yang ditetapkan dan tidak bertindak lebih daripada itu dan sekiranya, mana-mana pihak, individu, NGO atau rakyat negara ini yang tidak berpuas hati dengan tindakan-tindakan yang diambil maka mereka boleh mengemukakan bantahan atau aduan dan saluran-saluran disediakan yang berkaitan. Antaranya ialah melalui IPCC dan sebagainya.

final • 7:55 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Menteri, sikit, sikit. Menteri, persoalan saya, kenapa perlu ada ugutan daripada Menteri Komunikasi tentang perkara ini? Kalau lebih baik adakan advokasi. Bagi penerangan yang ini boleh, yang ini tak boleh apa semua tetapi jangan ada ugutan. Esok ada kereta peronda datang depan rumah, apa sebagainya.

final • 7:55 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Takkan itu pun hakim tak tahu.

Bekas hakim tak tahu.

final • 7:55 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat...

final • 7:55 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Itu bekas hakim pun takkan tak tahu mana yang boleh, mana yang tak boleh.

final • 7:55 PM

Tuan Pengerusi

Hulu Langat.

final • 7:55 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Jangan kutuk Raja. Macam contoh MB Kedah, kutuk kami. Raja kami, Raja Selangor. Tak boleh.

final • 7:55 PM

Tuan Pengerusi

Hulu Langat.

final • 7:55 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini bukan saya. Saya faham.

Maksudnya yang rakyat ini.

final • 7:55 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Menteri tak faham itu?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:55 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Apa masalah ini?

final • 7:55 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat.

final • 7:55 PM

Tuan Pengerusi

Baik, biar Menteri jawab. Menteri jawab sekarang.

final • 7:55 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat, saya tidak boleh jawab...

final • 7:55 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Rukun Negara tak ikut ini.

Kesopanan, kesusilaan tidak ada ini.

[Ketawa]

final • 7:55 PM

Tuan Pengerusi

Okey, Menteri, Menteri.

final • 7:55 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat, saya tidak boleh menjawab soalan tersebut. Soalan itu perlu ditanya ke kementerian lain. Berkaitan dengan isu yang dibangkitkan berkaitan dengan isu sokongan kepada kerajaan. PDRM menerima satu laporan polis berkaitan isu yang disebut oleh Yang Berhormat. Didapati tujuan utama pengadu membuat laporan polis tersebut adalah sebagai covering report untuk rujukan pihak SPRM kerana dikatakan melibatkan saluran dana yang salah, yang dilakukan oleh kerajaan dalam laporan berkenaan.

final • 7:55 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Jadi, berdasarkan fakta dan keterangan yang ada, kes ini kita ratifikasikan dan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Yang Berhormat Ayer Hitam membangkitkan isu kanak-kanak bawah 12 tahun yang tinggal di luar negara seperti di Amerika Syarikat, di Arab Saudi yang mengalami kesukaran untuk memperbaharui pasport disebabkan hanya mempunyai MyKid dan bertanya bagaimana KDN mahu membantu perkara ini.

Saya ucapkan terima kasih Yang Berhormat kerana membangkitkan isu-isu seumpama ini yang menunjukkan keprihatinan kita kepada rakyat negara ini. Untuk makluman Yang Berhormat, semua kanak-kanak di bawah 12 tahun yang mempunyai sijil kelahiran dalam negara dan mempunyai 12 digit nombor pengenalan boleh membuat permohonan pasport melalui ibu bapa, penjaga di mana-mana Pejabat Kedutaan atau Suruhanjaya Tinggi Malaysia di luar negara.

Saya rasa Yang Berhormat tahu perkara ini. Manakala, isu kanak-kanak yang tidak dapat membuat permohonan pasport di luar negara barangkali mungkin melibatkan kanak-kanak kepada warganegara yang lahir di luar negara dan hanya mempunyai sijil kelahiran luar negara atau dikenali sebagai Borang W atau Borang H. Bagi mengatasi masalah ini, kanak-kanak yang belum mempunyai sijil kelahiran seperti kanak-kanak yang lahir di luar negara tadi, Jabatan Pendaftaran Negara telah merangka Program MEKAR Diaspora iaitu kita hantar pasukan khas daripada KDN di bawah Jabatan Pendaftaran Negara ke luar negara untuk membantu kanak-kanak tersebut mendapatkan sijil kelahiran atau MyKid, seterusnya untuk membuat permohonan pasport.

Ini memang dalam tindakan kementerian, program yang saya sebutkan tadi Yang Berhormat. Yang Berhormat Damansara membangkitkan beberapa isu tadi. Antaranya ialah...

final • 8:00 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekejap.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Okey.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Saya ucapkan tahniah kepada KDN kerana inisiatif ini sangat memang lama orang tunggu. Saya berharap selepas MEKAR itu, Amerika Syarikat. Ada 3,000 lebih dan saya difahamkan jumlah peruntukan yang diperlukan oleh KDN adalah RM2 juta. Dah selesai masalah dekat MEKAR, selepas itu bantu pula anak-anak Malaysia yang terkandas. Saya ucapkan tahniah sekali lagi.

Terima kasih.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Ayer Hitam atas sokongan tersebut dan kita memang sentiasa untuk melakukan yang terbaik kepada rakyat Malaysia dalam atau luar negara. Yang Berhormat Damansara bangkit soal peruntukan RM6 juta yang diperuntukkan kepada IPCC sama ada yang telah diluluskan, Rang Undang-undang IPCC yang dibangkitkan berkuat kuasa pada Jun 2023. Sejak IPCC mula beroperasi sehingga 15 November 2023, IPCC telah menerima sebanyak 94 aduan.

Selaras dengan seksyen 25, Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis [Akta 839], aduan order ini akan dibuat berkelasan oleh Jawatankuasa Aduan yang dibentuk sebaik sahaja anggota suruhanjaya selesai dilaksana dalam tempoh yang terdekat.

Proses pemilihan, penilaian dan pelantikan anggota suruhanjaya yakni Pengerusi dan anggota sedang giat dijalankan dan IPCC akan berfungsi sepenuhnya pada tahun hadapan. Awal tahun hadapan ini. Ini status yang terkini Yang Berhormat.

Untuk data-data terkini, saya boleh kongsi dengan Yang Berhormat nanti. Kalau saya jawab terlalu detailed.

final • 8:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berkaitan dengan laporan yang sudah diterima, lebih 90 yang disebut tadi menantikan wujudnya jawatankuasa ini. Apabila jawatankuasa ini ditubuhkan, apakah proses diadakan, mereka akan dipanggil untuk mengemukakan aduan mereka dan satu pendengaran diberikan? Atau bagaimana pergerakan dia Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 8:00 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

SOP dan proses-proses ini akan ditentukan setelah pelantikan suruhanjaya ini dapat dimuktamadkan. Yang jelas ialah kita mengambil semua aduan dan kita akan klasifikasikan setiap aduan, kita akan teliti dengan baik dan akan beri keadilan pada semua yang terlibat.

Yang Berhormat sebut juga berkenaan dengan Butiran 24000 – Alat Bantuan Teknik (PDRM). Pelbagai agensi, jabatan di bawah PDRM mendapat manfaat berkaitan perkara ini. Tapi fokus Yang Berhormat tadi ialah tentang kamera badan. Kamera badan ini akan diguna oleh anggota PDRM yang bertugas di lapangan terutama bagi Unit Kereta Peronda Polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) serta Rondaan Jalanan Polis di 157 Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh negara. Sejumlah RM30 juta diperuntukkan untuk perolehan peralatan ini.

Sukacita saya maklumkan bahawa Mesyuarat Penilaian Pembuktian Konsep telah diadakan pada 26 Oktober lalu dan akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Lembaga Perolehan pada akhir November ini. Setelah proses ini selesai, ia akan diguna dan diharap akan mencapai matlamat sebagaimana yang kita sasarkan.

Yang Berhormat Damansara juga sebut berkaitan dengan panel bebas iaitu lima panel bebas untuk kes-kes jenayah di bawah PDRM. Berapa laporan polis terhadap pegawai SPRM yang dikatakan salah guna kuasa. Apa tindakan yang diambil dan perkara-perkara yang dibangkitkan tadi. Saya nak sebut, pada tahun 2021, sebanyak tiga kes telah disiasat oleh PDRM. Dua kes telah diputuskan tiada tindakan lanjut oleh DPP.

Manakala satu kes masih dalam siasatan PDRM. Bagi tahun 2022, terdapat tiga kes yang telah disiasat dan kesemua kes telah diputuskan tiada tindakan lanjut oleh DPP.

Manakala bagi tahun 2023, setakat ini tiada apa-apa laporan yang diterima.

Merujuk kepada kes Sirul tadi. Pada 8 November 2023, Mahkamah Tinggi Australia memutuskan adalah satu perbuatan yang tidak sah dari segi undang-undang untuk menahan seorang warga asing tanpa tempoh tentu serta tidak boleh dihantar pulang.

Keputusan ini menyebabkan tahanan dengan visa sementara termasuk Sirul telah dibebaskan.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat tahu tentang kes ini, Yang Berhormat. Oleh kerana perkembangan undang-undang terbaru di Malaysia yang hanya menghapuskan hukuman mati mandatori. Ini bermakna hukuman mati masih wujud di Malaysia tetapi tidak lagi menjadi mandatori sebaliknya mengikut budi bicara mahkamah. Yang Berhormat arif tentang ini. Ekoran perkembangan undang-undang tersebut, mana-mana pesalah jenayah yang telah dijatuhi hukuman mati dan masih menunggu proses pelaksanaan hukuman tersebut boleh dan diberi peluang untuk membuat permohonan kepada mahkamah untuk meminta atau merayu kepada hukuman mati tersebut.

Susulan itu, kenyataan Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Polis Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa usaha membawa balik ini sedang dipertimbangkan dan akan dibincangkan dengan Jabatan Peguam Negara bersama Kerajaan Australia. Ini kenyataan Ketua Polis Negara. Walaupun Malaysia juga mempunyai Triti MLA dan ekstradisi dengan Australia, namun prinsip dual criminality terpakai dalam pelaksanaan kedua-dua triti tersebut.

Ini bermaksud, satu kesalahan mestilah menjadi kesalahan jenayah bagi kedua- dua negara yang juga membawa hukuman yang sama. Sekiranya Sirul berhasrat untuk balik ke Malaysia, beliau atau peguam boleh membuat permohonan agar hukuman mati dipinda kepada hukuman lain seperti hukuman pemenjaraan. Sekiranya ini berlaku, barulah Malaysia boleh mengumpulkan permohonan ekstradisi untuk beliau menjalani hukuman di Malaysia. Ini status setakat ini Yang Berhormat.

Yang Berhormat Langkawi. Ada Yang Berhormat? Berkaitan dengan dadah tadi khususnya berkaitan dengan dibangkitkan tentang PEMADAM tadi. Saya nak sebut bahawa untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sedia mempertimbangkan peruntukan kepada NGO untuk menjalankan kempen kesedaran pendidikan, pencegahan, melalui Geran MADANI yang disediakan oleh kementerian. Memang boleh pohon Yang Berhormat.

Berkaitan dengan status pindaan rang undang-undang bagi Akta Penagih Dadah

(Rawatan dan Pemulihan)1983 dan bilakah pindaan rang undang ini akan dibentangkan?

Tan Sri, status pindaan bagi Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 kini telah di peringkat semakan pertama Jabatan Peguam Negara. KDN menjangkakan pembentangan pindaan Rang Undang-undang APD ini akan dibuat pada tahun hadapan, insya-Allah.

final • 8:00 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Masjid Tanah tadi bangkit juga bersama dengan Yang Berhormat Tumpat, isu berkaitan dengan Baitul Mahabbah, Jabatan Imigresen Malaysia. Ini berkaitan anak-anak yang lebih kurang 1,000 orang tiada akses kepada pendidikan, kesihatan. Apakah peruntukan RM10 juta termasuk kepada kebajikan dan peluang untuk pendidikan dan lain– ini dibangkitkan tadi.

Saya nak maklumkan bahawa Baitul Mahabbah, Jabatan Imigresen Malaysia merupakan projek rintis yang KDN lakukan dan diperkenalkan oleh kerajaan untuk menyediakan persekitaran yang lebih kondusif kepada tahanan kanak-kanak di depoh imigresen yang berusia bawah 10 tahun bagi mempastikan perkembangan dari segi mental mereka, fizikal, emosi kanak-kanak agar lebih sempurna termasuk elemen pendidikan.

Penempatan kanak-kanak di Baitul Mahabbah yang dilaksanakan oleh KDN ini adalah bersifat sementara sehingga proses penghantaran pulang tahanan tersebut ke negara asal. Bukan selama-lama di situ, ia sementara sehingga proses itu penghantaran pulang mereka berlaku.

Berhubung dengan peruntukan RM10 juta yang dimaksudkan tadi, ianya antara lain merangkumi peluasan Baitul Mahabbah, Jabatan Imigresen Malaysia ketiga di lokasi tambahan yang akan dikenal pasti oleh kerajaan meliputi Sabah, Sarawak dan satu lagi lokasi baharu ialah di Semenanjung Malaysia. Ini adalah tertakluk kepada persetujuan oleh kerajaan negeri untuk mengenal pasti cadangan-cadangan lokasi-lokasi tersebut dan ini menjadi jumlah keseluruhan Baitul Mahabbah, JIM sebanyak empat buah bagi tahun

final • 8:10 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

  1. Apa yang kita buat ini membuktikan bahawa Kerajaan Madani sangat prihatin dan membela kepentingan anak-anak yang ada di semua tempat Yang Berhormat.

final • 8:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, sikit penjelasan.

Bagi jawab bertulis sebab ini ialah berhubung dengan angka. Sepanjang tahun ini, berapa orang yang telah dihantar pulang ke negara asal yang kita tahu bahawa kerajaan akan cuba hantar pulang orang Rohingya ke Myanmar yang tak mungkin boleh berlaku. Jadi saya nak tanya Yang Berhormat, Yang Berhormat sebut akan dihantar pulang. Jadi, perkataan hantar pulang itu untuk tahun ini, ya? Berapa orang yang telah dihantar pulang, kalau tidak ada angka pun tak apa boleh bagi bertulis. Terima kasih.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat, saya memang tidak ada angka di sini tetapi memang kita hantar pulang selepas proses-proses prosedur-prosedur yang ditetapkan dapat di lengkap dan untuk itu, saya akan bagi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat.

final • 8:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Speaker, minta laluan Timbalan Menteri.

Minta maaf tadi saya tidak hendak ganggu jawapan diberikan seterusnya. Berbalik kepada isu SPRM yang dibangkitkan tadi. Timbalan Menteri, saya dengar ada sebut berkenaan dengan laporan-laporan polis yang diterima dalam tahun 2021, 2022 ya. Saya ingin berikan number report iaitu report Dang Wangi, 028219/21 di mana tadi ada jawapan berkenaan dengan perkembangan kes ini.

Saya minta supaya sekiranya boleh Timbalan Menteri berikan jawapan ini secara bertulis berkaitan dengan status siasatan kes itu dan juga perkara yang berbangkit untuk report yang lain di mana kalau tidak ada tindakan yang diambil sama ada sebab-sebab boleh diberikan kepada pengadu di situ, kenapa tindakan tidak diambil, mungkin ini satu perkara yang boleh dipertimbangkan oleh PDRM dan juga kementerian supaya bergerak ke depan. Fasal kita lihat bagaimana report ini diambil tindakan daripada pihak polis tapi kalau keputusan dibuat supaya tidak ada pendakwaan, maka itu harus diberitahu kepada pengadu. Sebenarnya apa yang berlaku adalah pihak polis melaksanakan tugas tetapi keputusan dibuat oleh pihak lain dan sebab-sebab yang mendukung keputusan itu.

Sekiranya boleh diambil, dipertimbangkan cadangan itu. Terima kasih Timbalan Menteri.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat.

Kita akan teliti perkara tersebut dan apa yang diminta tadi saya akan bagi secara bertulis, Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tumpat bangkit adakah banduan boleh mengikuti perbelajar, belajar secara online. Silap sebut ini, dok teringat bola sepak Yang Berhormat. Ada live malam ni juga. Tan Sri pun nak tengok tu, saya akan cepatkan.

Untuk makluman Dewan, banduan mengikuti program pengajian secara dalam talian ataupun dikenali sebagai modul pengajian tinggi melalui kerjasama Universiti Terbuka Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Asia College Of Exercise Medicine melibatkan pengajian di peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah. Modul ini memberi peluang kepada semua banduan menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi, sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat. Maknanya kita sediakan pembelajaran kepada banduan dan mereka yang mahu mengikuti pengajian ini.

Tumpat juga bertanya berkaitan dengan program pemulihan di penjara, dilaksanakan. Saya nak sebut bahawa bahagian yang bertanggungjawab dalam merencana dan melaksana program pemulihan ke atas pesalah atau banduan di Jabatan Penjara Malaysia ialah Bahagian Pengurusan Banduan. Semua banduan akan melalui proses pembangunan ihsan (PPI) yang merupakan satu sistem pemulihan yang bersepadu merangkumi segala aspek fizikal dan kerohanian. Program ini mula diperkenalkan pada Februari 2022, dah lama dah Arau. Arau tak jadi Menteri time tu kot. PPI dilaksana dengan memberi penekanan terhadap pembentukan disiplin dan disusuli dengan pembentukan sahsiah untuk membina semula tahap jati diri dan keyakinan di kalangan pesalah. Pesalah akan dididik, diberi pendedahan serta latihan yang seimbang dalam semua aspek, jasmani, rohani bagi keperluan dunia dan akhirat.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Selaras dengan objektif ini, Bahagian Pengurusan Banduan, JPM telah melaksanakan program yang dinamakan Program Pembangunan Ihsan (PPI) untuk pesalah yang ditempatkan dalam penjara.

Yang Berhormat Tenggara bangkitkan mengenai kerajaan mengenakan hukuman lebih berat kepada PATI yang tinggal lebih masa dan usaha untuk menyegera pengusiran PATI ke negara asal. Saya nak maklumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen Malaysia sedang meneliti inisiatif untuk mengena hukuman lebih berat bagi mengatasi permasalahan jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tinggal dalam negara. Selain itu, kementerian dan JIM juga komited untuk menyelesaikan isu PATI dengan mengambil langkah-langkah berikut.

Antaranya, melaksanakan inisiatif pengecualian pendakwaan dan penawaran kompaun bagi kesalahan tinggal lebih masa yang tidak melebihi 90 hari. Melalui inisiatif ini, proses pengendalian serah diri kes tinggal lebih lama dapat di laksana lebih lancar. Ini juga menggiatkan kerjasama dan rundingan dengan pihak perwakilan asing bagi tujuan menyegerakan urusan dokumentasi PATI untuk proses pemindahan ke negara asal.

Selain itu, JIM juga menjalankan kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia untuk melaksanakan proses pemindahan banduan asing ke negara asal tanpa perlu ditempatkan di depoh imigresen. Selain daripada itu, melaksanakan operasi penguatkuasaan secara konsisten dengan memberi fokus kepada majikan yang menyalahi Akta Imigresen 1959/63 misalnya dengan menggaji atau memberi perlindungan kepada PATI. Ini antara perkara-perkara yang kita laksanakan dari masa ke semasa kita perbaiki untuk menyelesaikan isu PATI ini Yang Berhormat.

Yang Berhormat Kuantan. Banyak perkara dibangkitkan tadi, satu ialah isu mangsa scam luar negara, rakyat Malaysia menjadi mangsa di luar negara, apakah perlu ada usaha lebih giat? Saya nak sebut bahawa Malaysia mempunyai kerjasama baik dengan negara-negara jiran melalui platform ASEAN untuk menangani isu-isu ini. Banyak isu-isu lain lagi lah melalui kerjasama yang diwujudkan. Malaysia telah membawa isu jenayah penipuan pekerjaan ini untuk dibincangkan di peringkat ASEAN semasa mesyuarat preliminary Menteri-menteri Keselamatan ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) dan mesyuarat pegawai-pegawai kanan ASEAN mengenai jenayah rentas sempadan sejak tahun 2022 lagi.

Untuk makluman Yang Berhormat, perkara ini telah menjadi agenda tetap kedua- dua mesyuarat peringkat ASEAN yang mana telah turut dibincang dalam mesyuarat pada tahun 2023. Ini menunjukkan komitmen negara-negara ASEAN terutama kita dalam menangani jenayah penipuan pekerja yang turut melibatkan rakyat kita sebenarnya.

Berkaitan dengan pertanyaan Yang Berhormat, apakah program kaunseling kepada pegawai dan anggota PDRM? Saya nak sebut bahawa kementerian sentiasa menitikberatkan aspek kesihatan mental pegawai-pegawai penguat kuasa jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri terutama pegawai-pegawai dan anggota PDRM. Pada masa ini, terdapat 142 pegawai kaunseling yang ditempatkan di PDRM di seluruh negara bagi melaksanakan pelbagai program kaunseling dan kepada warga PDRM di seluruh peringkat.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Sehingga 31 Oktober 2023, jumlah perjawatan polis marin – ini berkaitan polis marin Yang Berhormat, tadi kaunseling. Berkaitan dengan polis marin, sehingga 31 Oktober 2023 jumlah perjawatan polis marin adalah sebanyak 2,440. PDRM masa ini sedang melaksanakan kajian dengan yang optimum perjawatan secara menyeluruh dari peringkat Ibu Pejabat Bukit Aman, kontinjen, daerah sehingga ke peringkat balai termasuk pasukan polis marin. Tindakan ini adalah bagi memastikan PDRM dapat melaksanakan fungsi dan peranan yang ditetapkan dengan berkesan berdasarkan jumlah penduduk, pembangunan setempat, kadar jenayah serta isu dan cabaran-cabaran.

final • 8:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, dalam buku bajet saya tak nampak perkataan APMM. APMM saya percaya telah diserapkan kepada polis marin. Yang Berhormat kata yang perjawatan tadi, 2,000 polis marin. Tetapi APMM punya perjawatannya ialah lebih pada 4,000. Jadi, bagaimana polis marin ini dikata akan ada

final • 8:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

2,000 perjawatan tetap? Apakah APMM tak dimasukkan dalam polis marin dan APMM tidak dimasukkan dalam senarai di sini pun?

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Yang Berhormat, sebab dia tanya polis marin. Tak tanya soal APMM. Kalau Yang Berhormat nak data itu APMM, saya bagi bertulis Yang Berhormat.

final • 8:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, APMM tak dimasuk di bawah mana-mana. Saya percaya dia masuk di bawah polis marin. Sebab apa, polis marin sekarang ini digabungkan dengan APMM di bawah polis marin. Jadi, saya nak tanya apakah anggota APMM itu tak dimasukkan di bawah polis marin? Ataupun mereka berasingan? Kalau berasingan, dia ada terpancar di buku bajet. Dalam buku bajet saya cari tak jumpa Yang Berhormat sebab saya memang minat betul APMM tetapi tengok-tengok tak terpancar.

Jadi, Yang Berhormat tak payah jawab lah Yang Berhormat. Jawab bertulis tak apa. Terima kasih.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Arau dia memang pakar pasal APMM sebab itu ada satu kapal nama Arau. Dia pakar yang itu. Tak apa saya bagi Yang Berhormat...

final • 8:20 PM

Tuan Pengerusi

Sebelum itu Menteri, Menteri perlukan berapa minit lagi?

final • 8:20 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:20 PM

Tuan Pengerusi

10 minit boleh?

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Ya, boleh, boleh.

final • 8:20 PM

Tuan Pengerusi

Okey, 10 minit ya.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Ini berkaitan dengan soalan yang dibangkit oleh Yang Berhormat Kuantan tadi...

final • 8:20 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Satu lagi Yang Berhormat Menteri tak sebut lagi.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

...berkaitan dengan perjawatan di penjara.

final • 8:20 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Ya.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Sekejap, saya jawab ini dulu, ya.

Di penjara sehingga 31 Oktober 2023, jumlah perjawatan pegawai beruniform dan awam di penjara adalah sebanyak 17,345 orang, 15,548 uniform, 1,797 awam. KDN pada masa ini sedang berdasarkan kajian penstrukturan semula penjara secara menyeluruh, memastikan fungsi dan peranan ditetapkan penjara dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Malah, Yang Berhormat Menteri dah sebut dalam Dewan ini, reformasi penjara akan dibuat bagi memastikan penjara kita lebih hebat berbanding dengan negara-negara lain.

Yang Berhormat Kuantan sebut— saya beralih kepada Yang Berhormat Kuantan.

Yang Berhormat Kuantan bertanya berkenaan bajet bagi penyelenggaraan, pembaikan dan naik taraf sebanyak RM78 juta bagi 2024. Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan baik pulih fasiliti penjara sentiasa diambil perhatian oleh Kementerian Dalam Negeri melalui bajet ini dan juga bajet pembangunan. Bagi tahun 2024, anggaran peruntukan mengurus berjumlah RM78 juta diperuntukkan untuk penyelenggaraan, pembaikan, menaik taraf, merangkumi semua aset fasiliti di bawah kawalan Jabatan Penjara Malaysia termasuk penjara penuh di Kuantan, Pahang, Yang Berhormat. Okey?

final • 8:20 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih. Terima kasih.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Okey. Bagi perjawatan di Jabatan Penjara, Yang Berhormat tanya adakah tidak tambah. Saya nak sebut bahawa sebanyak 1,200 perjawatan telah diisi di Jabatan Penjara bagi tahun 2023 dan kelulusan tambahan perjawatan gred lantikan 2023 sebanyak 480 perjawatan telah diluluskan oleh JPA pada

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

9 November 2023. Jabatan Penjara Malaysia telah mengemukakan penstrukturan semula Jabatan Penjara kepada JPA melalui KDN pada November lalu. Sebagaimana saya sebutkan tadi, reformasi penjara sedang dibuat untuk menambah baik daripada apa yang kita laksanakan hari ini.

Masjid Tanah tadi tanya berkaitan dengan cadangan pemanjangan bayaran insentif pengawasan pelatih PUSPEN kepada pegawai AADK yang lain. Untuk makluman Yang Berhormat Masjid Tanah, kementerian sentiasa menyemak kadar gaji dan elaun serta kemudahan ke atas pegawai penguat kuasa jabatan agensi di bawah KDN termasuk AADK demi memastikan kebajikan mereka terpelihara. Ketika ini pegawai AADK di PUSPEN dibayar bayaran insentif pengawasan pelatih sebanyak RM200 sebulan. Arau, RM200 sahaja.

Kajian untuk pemanjangan elaun ini kepada pegawai AADK yang terlibat dengan tugas penguat kuasa di AADK negeri dan daerah sedang di laksana. Dapatan kajian ini akan turut dimasukkan dalam kajian sistem saraan perkhidmatan awam yang sedang dibuat. Kajian ini meliputi kajian ke atas struktur gaji, elaun perkhidmatan awam sedia ada bagi memastikan gaji elaun yang diterima oleh penjawat awam termasuk pegawai AADK sentiasa relevan agar penyampai perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Saya balik kepada Tenggara tadi, dia tanya juga berkaitan dengan isu penipuan...

final • 8:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, minta penjelasan.

Tan Sri.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Ini talian, dalam talian. Sama yang...

final • 8:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tadi hat gaji, gaji. Yang Berhormat, tadi saya mungkin ada timbulkan sedikit. PM dia umum bahawa gaji polis terutamanya dan mungkin Kementerian Dalam Negeri akan dinaikkan tetapi gaji tak dinaikkan, hanya dibagi elaun RM2,000. Jadi, sekarang mereka kecewa. Kecewa, saya tau. Saya tadi kena roadblock. Jadi, ada lah berinteraksi, kena saman lagi saya tadi. Berinteraksi yang mereka tak puas hati kerana janji nak naik gaji, tak naik. Hanya bagi RM2,000 semua orang dapat.

Jadi Yang Berhormat, elaun rumah dia RM275, elaun COLA RM300. Jadi RM275 duk Kuala Lumpur dibandingkan dengan di Arau sudah pasti berlainan. Jadi, apakah Yang Berhormat bercadang supaya kerajaan bayar 50 peratus daripada sewa rumah di kawasan-kawasan utama seperti Kuala Lumpur dan juga lain-lain bandar? Dia bagi RM275, nak sewa apa pun tak boleh Yang Berhormat. Kita kalau bagi 50 peratus daripada sewa sebenar supaya dia boleh selesai masalah. Saya juga cadangkan sebab polis kerja teruk dan sebagainya, COLA sekarang RM300. Saya cadangkan naik RM500 Yang Berhormat, boleh?

final • 8:20 PM

Tuan Pengerusi

Itu isu baharu kah ini?

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Arau punya pandangan tadi kita akan ambil kira.

final • 8:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya timbul, saya timbulkan balik.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Tetapi sebenarnya Arau tadi nak cerita dia kena tahan tadi, itu sahaja sebenarnya.

[Ketawa]

final • 8:20 PM

Tuan Pengerusi

Teruskan Menteri.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Ini jenayah dalam talian Yang Berhormat Arau juga bangkitkan tadi. Saya nak jawab sahabat saya daripada...

final • 8:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang tadi jawab bertulis Yang Berhormat nah. Boleh jawab bertulis tak pasal COLA dan juga perumahan?

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Okey, okey, boleh.

final • 8:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan isu baharu. Saya sepintas lalu tadi.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Boleh, boleh, boleh. Saya tak boleh jawab sebab saya tak ada fakta tepat. Nanti saya...

final • 8:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak payah jawab sekarang. Bertulis, ya?

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Boleh, boleh, boleh.

final • 8:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Supaya silap tulis saya akan pamerkan dalam surat khabar nanti.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Okey, okey. Faham, faham. Saya tahu cara Arau sebab itu saya berhati-hati Arau.

Tenggara, ini isu penipuan dalam talian ini. Apakah usaha berterusan untuk menghapuskan jenayah ini? Memang isu dan jenayah ini sangat kompleks. Namun, PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) sentiasa komited bagi menghapuskan jenayah penipuan dalam talian. Antara langkah yang diambil ialah dengan memastikan agar informasi versi terkini berkaitan dengan modus operandi dan teknik- teknik yang digunakan oleh scammer ini dapat disalurkan kepada masyarakat melalui pelbagai kaedah sama ada secara bersemuka ataupun melalui social media.

Oleh kerana jenayah ini semakin kompleks, semakin tinggi teknologinya kita juga meningkatkan keupayaan kita sama ada dari segi menambahkan kecekapan pegawai atau peralatan-peralatan kita supaya kita dapat menangani dan menghapuskan jenayah yang sangat mencabar ini.

final • 8:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Menteri, sikit saja.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Sat, sikit lagi.

final • 8:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sikit saja.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Tiga minit saja lagi Arau.

final • 8:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini termasuk judi dalam talianlah?

Termasuk sekali, kan? Yang Berhormat, jawapan bertulis itu, “sentiasa komited” itu kita duk biasa dengar dah. Pegawai tulis dekat belakang. Kita nak tengok komitmen daripada Yang Berhormat bahawa kita akan ambil tindakan sehari 100 kes kah. Ini tak boleh jawab, “kompleks, komited”, tak boleh jawab macam itu. Jawapan yang itu baik kami balik tidur.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Ini jawapan ini, Yang Berhormat.

Belum lagi.

final • 8:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, kami terpaksa – Speaker pun buka puasa air segelas nak masuk balik dalam Dewan. Saya minta Yang Berhormat jawab, “Bahawa kerajaan akan ambil tindakan 100 kes sehari”.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Yang Berhormat.

final • 8:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau tidak kan, “Kerajaan komited”. Komited apa?

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Saya tak dan jawab habis lagi, Yang Berhormat. Ini banyak lagi jawapan ini. Yang Berhormat mencelah...

final • 8:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, tak apa. Dak bukan nak marah, nak tegur. Yang Berhormat kena berani jawab kalau tidak tak, tak jadi Timbalan yang hebat ya. Terima kasih. Kalau layak, boleh pi Menteri terus.

final • 8:20 PM

Tuan Pengerusi

Okey, teruskan. Ada dua minit 20 saat lagi.

final • 8:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Tan Sri, saya nak sebut bahawa polis akan mengambil tindakan berasaskan bukti yang benar supaya kita tidak menganiayai sesiapa. Komitmen kita memang begitu. Untuk itu PDRM dia sentiasa bersiap siaga mengatasi ancaman siber ini dengan kita wujudkan unit-unit khusus untuk menyiasat kes jenayah siber ini. Antaranya ialah Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan

final • 8:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial. Terdapat pelbagai unit kita ada ini.

Sebab itu saya sebutkan tadi keupayaan kita, kita tingkatkan dari semasa ke semasa kerana jenayah ini semakin meningkat – Jangan bangun Yang Berhormat. Sat lagi tak sempat nak jawab dahulu. Satu unit siasatan forensik digital yang berfungsi sebagai unit menganalisis peranti-peranti digital yang terlibat dengan kes-kes jenayah siber ini.

Kedua adalah unit Police Cyber Investigation Response Centre (PCIRC) yang berperanan untuk membuat pemantauan di social media, kes-kes 3R dan isu-isu scammer di Malaysia. Ini satu unit. Kita juga ada unit National Scam Response Centre (NSRC) yang bertanggungjawab dalam mengurus siasatan bagi kes-kes penipuan atas talian yang dilaporkan kepada unit ini.

Selain itu unit taktikal siber yang berfungsi kita hendak jejak dan mengesan jenayah siber yang kadangkala ada mereka melaksanakan fungsi ini di luar negara bukan dalam negeri. Oleh yang demikian, bagi memastikan unit-unit siasatan siber yang sedia ada mencapai objektif, cadangan pindaan rang undang-undang dan sesi libat urus diadakan berkaitan dengan perkara-perkara yang saya sebutkan tadi.

Saya hendak sebut bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024 telah mengumumkan kerajaan akan menambah peruntukan kepada NSRC sebanyak RM20 juta pada tahun depan berbanding dengan RM10 juta pada tahun ini sebagai usaha untuk kita kukuhkan peranan NSRC dan PDRM dalam membendung jenayah penipuan atas talian atau scam yang semakin berleluasa.

Yang Berhormat Tan Sri, memang saya tahu banyak saya tak jawab. Masa tidak cukup. Jadi, saya mohon untuk menjawabnya secara bertulis. Arau, Malaysia nak score goal sudah, Arau.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak, saya sedikit sahaja Yang Berhormat. Saya minta satu – bergerak ke hadapan. Saya sedar bahawa ini adalah jawapan bertulis daripada pegawai Yang Berhormat. Kami nak tahu keadaan sebenarnya.

Kemampuan polis. Sekarang ini mekanisme untuk dapatkan masalah yang dihadapi oleh orang ramai ini, polis akan siasat sendiri. Apakah mekanisme...

[Disampuk]

final • 8:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Masa Arau jadi Menteri dahulu, Arau jawab ke? Masa Arau jadi Menteri dahulu, Arau tulis sendiri? Masa Arau jadi Menteri dahulu. Itu saya nak tanya.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya buat sendiri semua.

final • 8:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Syabas, Arau. Syabas, Arau.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey.

final • 8:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Syabas dan tahniah Arau, kita ucapkan.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih, terima kasih.

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Pujian Hulu Langat. Yang Berhormat, saya minta supaya yang lain boleh jawab bertulislah tetapi tentang jawapan kata komitmen akan buat, Yang Berhormat sekarang dah tak boleh.

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Arau dah sebut tadi. Arau dah sebut dah.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akhir sekali pasal oleh Alor Gajah tadi, Alor Gajah tadi timbul satu perkara berhubung Kepala Batas.

final • 8:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Okey, Arau.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi saya minta Yang Berhormat...

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik.

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...sebagai bekas Pengerusi BN Comms, samanlah buku ini sebab apa buku ini tulis pasal DAP.

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik, Ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM13,984,821,600 untuk Kepala B.62 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.62 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 8:30 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa Perbelanjaan di bawah Kepala P.62 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Kepala P.62 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

final • 8:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, ada suara bersetuju ada suara yang kedua menyebut...

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 8:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 20 November 2023. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam.

final • 8:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.35 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026