Nov142023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita mulakan Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri hari ni dengan menjemput Tuan Onn bin Abu Bakar, Batu Pahat. Silakan.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Haji Onn bin Abu Bakar [Batu Pahat] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah laporan polis yang telah dibuat terkait dakwaan wujudnya unsur umpan, habuan dan ugutan ekoran sokongan beberapa Ahli Parlimen kepada YAB Perdana Menteri.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:00 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih soalan sahabat saya dari Batu Pahat. Untuk makluman Tan Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan, sehingga pagi tadi, ketika para pegawai membantu saya untuk menyediakan jawapan, tiada satu pun aduan polis mahupun SPRM yang dibuat terhadap dakwaan wujudnya unsur habuan, umpan ataupun ugutan, [Tepuk] ekoran daripada tindakan beberapa orang Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional yang menyatakan sokongan kepada Yang Amat Berhormat Tambun.

Tan Sri di-Pertua, ugutan- dia membabitkan tugasan polis. Umpan dan habuan, itu termasuk dalam territory SPRM. Tapi untuk tujuan menjawab pagi ini, saya meminta kedua- dua agensi itu menyediakan dan begitulah keadaannya di sebalik apa yang disuarakan di luar. Hakikatnya sehingga hari ini, saat ini, momen ini, tiada satu pun laporan yang dibuat.

Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Batu Pahat.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih jawapan Menteri. Soalan tambahan saya iaitu apakah tindakan yang akan dibuat oleh kerajaan tentang fitnah ini yang dilempar, yang mengatakan bahawa Ahli-ahli Parlimen yang menyokong Tambun mendapat habuan kerana memberi sokongan.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tan Sri di-Pertua, sekali lagi terima kasih sahabat saya, Batu Pahat. Seperti saya jelaskan, hakikat bahawa tiada satu pun aduan yang dibuat terhadap dakwaan asal, bolehlah kita katakan bahawa itu akan kekal sebagai cakap- cakap di luar. Saya ingin ulangi bahawa pihak polis khususnya, kita tidak akan ada sebarang tolak ansur terhadap sebarang bentuk pelakuan jenayah yang boleh menjejaskan ketidakpatuhan kepada undang-undang yang sedia ada.

Pihak polis akan segera membuat siasatan, sekiranya terdapat laporan atau dakwaan daripada individu atau kalau tidak wujud elemen yang disebutkan tadi– umpan, habuan, sogokan ataupun segala macam itu, dia boleh saja jatuh kepada fitnah terhadap kerajaan. Kerana itu, saya ingin ulangi dan mengambil kesempatan ini bahawa pihak agensi penguat kuasa dalam kerajaan, kita sedia untuk bertindak secara profesional bagi menangani sebarang kemungkinan. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Machang.

draft • 10:00 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan.

Cuma, saya nak perbetulkanlah Yang Berhormat Menteri dan rakan-rakan dalam Dewan pada hari ini. Sebenarnya, satu laporan polis telah dibuat oleh Armada Bersatu Malaysia, tengah malam semalam, ya. Ada kata, ini cakap-cakap kosong dan fitnah? Tidak!

Kita ada fakta, kita ada kes dan laporan susulan SPRM akan dibuat. Selepas ini Tuan Yang di-Pertua, kami akan buat sidang media untuk menjelaskan tentang laporan polis ini. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan Menteri.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih. Saya ucap syabas Machang dan Armada, bekerja sampai tengah malam untuk buat laporan polis. Hakikat bahawa polis menerima aduan menunjukkan polis juga profesional lah ya. Baik. Tak ada masalah apa-apa, tak ada beza apa-apa. Saya ulangi, kesediaan kita ada aduan, unsur ugutan, polis. Habuan, sogokan, itu SPRM. Seksyen berapa? Seksyen 16, seksyen 17. Saya bantu Machang. Bila buat nanti SPRM, quote terus seksyen 16, seksyen 17 Akta SPRM, ya.

Memang kita patut galakkan ya, sebab kalau tak, ada maklumat dan tak lapor, itu jatuh juga kegagalan melaporkan pun satu kesalahan juga, ya. Bila lapor, berikan semua apa yang disebut sebagai bukti. Kalau dibuat di bawah ugutan, itu quote seksyen 506 Kanun Keseksaan. So, saya bantu. Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan). Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM, itu habuan dan sogokan. Okay, tak ada masalah. Kerana itu, dalam aduan itu sertakan semua elemen yang dikatakan– kedua-dua agensi. Masa SPRM ketika memberi taklimat kepada saya, menyebut kesediaan mereka untuk menjalankan siasatan secara profesional.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Di satu sisi lain, Ahli-ahli Yang Berhormat, sahabat-sahabat, Machang juga sebelum ini, boleh jadi tindakan mereka itu kerana keyakinan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang telah mewujudkan kestabilan politik. Berusaha keras memulihkan ekonomi, menjamin kebajikan dan keadilan sosial kepada rakyat dan membalut semua itu dengan

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

prinsip pemerintahan yang berasaskan kepada practice of good governance, keyakinan mereka yang mereka buat. Boleh jadi juga mereka rasa bahawa propaganda kerajaan ini akan jatuh bulan Ogos seperti yang diuar-uarkan sebelum pilihan raya negeri. Sekarang sudah bulan November.

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bulan Disember pula Menteri.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Bulan Disember. Jadi, mereka pun rasa, “Eh, tak boleh jadi ini”.

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Lepas itu, bulan Januari pula.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

...Untuk mendapat sokongan. Itu saja.

Terima kasih banyak.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila duduk. Jemput Hulu Terengganu.

draft • 10:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh, Hulu Langatlah Speaker.

draft • 10:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ala, Hulu Langat, sabarlah. Pagi-pagi takkan dah nak buat perangai dah?

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh, mana ada buat perangai, Hulu Terengganu ni.

draft • 10:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Menteri.

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ketereh, lepas ini kami dekat sini ada Jeneral penuh yang akan bersama dengan kami lepas ini.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat. Hulu Langat.

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Selamat tinggal Ketereh.

draft • 10:10 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Gantunglah sekali. Bagi tindakan sekali.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 10:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Speaker. Dengan jawapan yang diberi nampaknya ada percanggahanlah. Jawapan pertama tidak ada laporan.

Kemudian kita dah ada laporan. Maknanya Menteri tidak diupdate dengan data yang terkini.

Persoalan saya Yang di-Pertua, bagaimana, adakah ianya suatu kesalahan di bawah SPRM apabila menyokong Tambun, kemudian mendapat peruntukan? Apakah itu juga dikatakan suatu rasuah? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Soalan asal kalau Hulu Terengganu baca, “Dakwaan wujud unsur habuan, ugutan, umpan”. Bukan affirmative pun, dakwaan.

Sebab itu Macang kata Armada akan buat laporan polis terhadap satu dakwaan, dia mestilah dibuktikan. Itu dia, kisah dia. Jadi, tidak ada...

draft • 10:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tapi Labuan dah dapat. Labuan dah maklum dapat peruntukan.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Terengganu, tak boleh...

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Seperti barangkali Hulu Terengganu missed masa perbahasan Tambun tempoh hari. Undang-undang negara kita ini dia sebut, “Yang ada adalah peruntukan Perdana Menteri diagihkan di kawasan Parlimen melalui Ahli Parlimen”. There is no such thing as peruntukan Ahli Parlimen macam kita sedia faham, itu yang pertama.

Yang kedua, soal ini dah banyak kali kita bincangkan. Pendirian Tambun adalah mulakan perbincangan. Itu isu dia. Saya bersama dengan Damansara, bersama dengan sahabat arwah saya pada masa itu, kami mewakili semasa sebelah sana, Kota Bharu, diwakili oleh Tengku Zafrul, diwakili oleh– kami berbincang, ya. Kami masukkan bahawa, yes, reformasi Parlimen. Reformasi dari segi Parliamentary Select Committee. Sembilan orang, sana lima, sini empat. Kami bincang semua.

Jadi, daripada situ barulah Bera sebagai Perdana Menteri, kemudian menimbangkan bahawa peruntukan Perdana Menteri akan disalurkan melalui kawasan, dia ada tertib dia, ada proses dia. Bincang, ya. Itu saja. Ini berkali-kali Tambun sebut. Jadi, isunya ialah kesediaan kerajaan membuka peluang kepada perbincangan. TPM Petra Jaya diberikan mandat. Jadi, kenapa mesti kita nak prolong benda ini, ya? Itu, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sekarang saya jemput...

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hulu Langat, Hulu Langat.

draft • 10:10 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya ada tiga kuasa.

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ala Speaker, tadi Hulu Terengganu patutnya Hulu Langat. Barulah kita rasa macam kan, lepas Deepavali ini.

draft • 10:10 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Pendang pun nak juga.

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Barulah Deepavali Varthakal kita ini.

draft • 10:10 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Pendang pun nak juga, Tan Sri Speaker.

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Boleh, Speaker ya?

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tuan Kalam bin Salan, Sabak Bernam.

draft • 10:10 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor dua.

draft • 10:10 AM

2. Tuan Kalam bin Salan [Sabak Bernam] minta Menteri Pendidikan menyatakan standard operating procedure atau SOP yang dilakukan oleh pihak sekolah setiap kali berlaku aduan mengenai kes membuli pelajar dan setakat mana kes-kes buli di sekolah di lapor kepada pihak polis serta diambil tindakan di dalam mahkamah.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:10 AM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Menerusi Teras Kedua Nadi Keunggulan Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia komited memberikan penekan kepada aspek Karamah Insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti bagi melahirkan anak yang baik lagi cerdik.

Dalam konteks Karamah Insaniah ini juga konsep manusiawi turut diperkenalkan iaitu setiap murid mempunyai perasaan hormat, empati dan kasih sayang antara satu sama lain.

draft • 10:10 AM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Konsep ini akan mewujudkan suasana harmoni yang menghindari gejala negatif termasuk buli.

Sehubungan dengan itu, KPM sentiasa proaktif dalam menangani isu buli yang melibatkan murid-murid di sekolah. KPM telah melancarkan garis panduan pengurusan salah laku buli di institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia berserta Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 12 tahun 2023 bagi pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Garis panduan ini akan menjadi rujukan kepada semua pihak berkepentingan di institusi pendidikan dalam menjelaskan kefahaman tentang salah laku buli dan implikasinya serta peranan masing-masing dalam pengurusan salah laku buli terutamanya terhadap pembuli dan mangsa buli. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, standard operating procedure dengan izin atau SOP yang dilakukan oleh pihak sekolah setiap kali berlaku aduan

draft • 10:10 AM

mengenai kes membuli murid adalah seperti berikut Yang Berhormat

(i) menghubungi ibu bapa atau penjaga murid yang terlibat, pelaku dan mangsa;

(ii) menghantar dan mengiringi murid yang terlibat ke klinik atau hospital kerajaan atau One Stop Crisis Centre dengan izin, yang berdekatan untuk pemeriksaan fizikal sekiranya murid itu mengalami kecederaan fizikal atau gangguan emosi;

(iii) memastikan aduan salah laku murid yang diterima, direkodkan dalam Sistem Sahsiah Diri Murid atau SSDM; dan

(iv) memastikan laporan awal dilengkapkan menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2011.

Pelaksanaan standard operating prosedure (SOP) dengan izin 137, pelaporan dan tindakan menangani isu disiplin murid, satu hari aduan, tiga hari siasatan dan tujuh hari penyelesaian dan mengemukakan laporan awal kepada PPD serta laporan awal kepada JPN dan KPM.

Bagi kes buli yang tiada kaitan dengan kesalahan jenayah mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa, pihak sekolah akan mengendalikan kes tersebut mengikut kategori kesalahan disiplin seperti yang didaftarkan di peringkat sekolah. Manakala bagi kes yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia, pihak sekolah akan membantu PDRM dalam menyediakan beberapa dokumen yang berkaitan bagi melengkapkan proses siasatan.

Laporan polis biasanya akan dibuat oleh doktor yang merawat mangsa atau waris mangsa, manakala tindakan selanjutnya bergantung pada siasatan polis dan tindakan Timbalan Pendakwa Raya. Sementara itu, pihak sekolah akan memantau disiplin murid termasuk sementara menunggu siasatan atau prosiding mahkamah selesai dan intervensi akan dibuat melalui pemulihan oleh guru bimbingan dan kaunseling.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Ada beberapa kaedah juga pelaporan kejadian buli boleh dibuat melalui Portal Aduan Buli, melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) KPM, e-mel adubuli, talian telefon dan aplikasi WhatsApp.

draft • 10:10 AM

mengenai kes membuli murid adalah seperti berikut Yang Berhormat

Jadi, dengan kerjasama dengan permuafakatan KPM dan PDRM juga kita membincangkan isu salah laku murid termasuk buli di sekolah ini. Setiap sekolah sebenarnya termasuk sekolah menengah dan sekolah rendah mempunyai seorang pegawai perhubungan sekolah (PPS) dalam kalangan anggota PDRM yang sentiasa mendampingi dan bekerjasama dengan pihak sekolah.

Jadi, kita juga komited Yang Berhormat, untuk meningkatkan lagi kesedaran murid bagi mencegah gejala buli di sekolah. KPM sentiasa menghargai peranan semua pihak termasuk PIBG, NGO, komuniti setempat dan semua yang terlibat dalam menangani gejala buli di kalangan murid di sekolah. Terima kasih, Yang Berhormat.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Sabak Bernam.

draft • 10:10 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Sabak Bernam mendengar dan meneliti serta memahami dan ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dengan penjelasan jawapan yang diberikan. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Kalau kita amati penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi, itu lebih kepada mengubati.

Sabak Bernam mencadangkan dan menyeru agar unit disiplin, Hal Ehwal Murid, kaunseling dan semua guru di sekolah adalah guru disiplin. Ini diperkasakan supaya sebelum berlaku sesuatu kes buli ini terlebih dahulu ia dapat dihidu dengan kemungkinan akan berlaku kerana apa juga jenayah yang berlaku dia meninggalkan kesan dan ada tanda-tanda akan berlaku.

Contohnya, buli itu akan berlaku bila? Di mana? Siapa yang terlibat? Kerana dia melibatkan ramai buli ini. Mereka ini menyerang satu orang. Jadi, tanda-tanda perancangan itu sepatutnya terlebih awal dapat dikesan oleh ketiga-tiga unit tadi, HEM, disiplin, kaunseling dan guru-guru semua adalah guru disiplin.

draft • 10:10 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Begitu juga dengan murid-murid tidak semestinya dia pengawas. Sekiranya ada tanda-tanda maklumat-maklumat yang boleh dipercayai boleh diterima.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, soalannya apa dia Yang Berhormat? Soalannya.

draft • 10:20 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Jadi, soalan saya adakah kementerian juga telah menyediakan langkah-langkah pencegahan supaya buli ini tidak berlaku. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Menteri.

draft • 10:20 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Yang Berhormat. Saya petik dulu kata- kata Cikgu Azman dalam Gemencheh Boys, “It takes a village to raise a champion.” Dalam isu buli ni sama juga, “it takes a village to raise a child”. Oleh sebab itu Yang Berhormat semua pemegang taruh ini sangat penting sebagaimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat.

Untuk itu juga Yang Berhormat langkah-langkah yang telah pun kita ambil pertamanya Yang Berhormat sebanyak 63 peratus Yang Berhormat, saya hendak ulang KPM telah menambah bilangan warden sebanyak 63 peratus bermula 1 Ogos 2022 dengan julat sekurang-kurangnya tiga orang warden di sebuah asrama. KPM juga mengadakan bengkel

draft • 10:20 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

upskilling kepada ketua warden dan warden dari semasa ke semasa bersesuaian dengan tugas warden seperti yang digariskan dalam Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah MySG.

Kedua, pelaksanaan sistem rumah di sekolah berasrama misalnya merupakan antara usaha untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan juga menjalankan Program Sahsiah Unggul Murid di sekolah menengah, melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan pemantapan jati diri murid.

Jadi Yang Berhormat, semua program ini juga kita laksanakan termasuk dengan apa yang telah pun kita laksanakan seperti mana yang telah pun dijelaskan di dalam Garis Panduan Intervensi Buli di semua institusi Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi, intervensi ini juga kita laksanakan Yang Berhormat termasuk pencegahan, intervensi perkembangan, intervensi pemulihan dan intervensi krisis. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Sungai Petani.

draft • 10:20 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berdasarkan jawapan Timbalan Menteri pada sesi yang lalu Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM), kes buli memang meningkat tahun ke tahun. Tetapi apa yang lebih membimbangkan kita adalah long term effect dengan izin, yang mana pelajar-pelajar yang terlibat dengan buli atau post bully ini akan mengalami trauma, kemurungan dan malas untuk ke sekolah. Di kawasan saya sendiri, banyak saya mendapat aduan daripada guru-guru dan ini memberikan satu effect yang tidak baik kepada sistem persekolahan.

Soalan saya adalah bagaimanakah kementerian ingin mencegah adanya mental health issue ini dengan memberikan sesi kaunseling berpanjangan dan berapakah tempoh sesi kaunseling bukan kepada orang yang membuli tetapi kepada mangsa. Lebih menyedihkan lagi adalah kes-kes buli ini di kawasan saya sendiri tidak hanya pelajar yang mengalami efek tersebut tetapi ibu bapa sendiri trauma. Apakah langkah kementerian merentasi kementerian yang lain seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memberikan kaunseling tidak hanya kepada murid tetapi juga kepada ibu bapa. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Menteri.

draft • 10:20 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat izinkan saya juga memaklumkan kepada Yang Berhormat penyelesaian kes buli sebenarnya adalah 90 peratus selesai dalam tempoh 15 hari yang diadu melalui Portal Aduan Buli. Baki kes yang belum diselesaikan adalah melibatkan kes-kes yang memerlukan siasatan lanjut melebihi 15 hari.

Peningkatan ini Yang Berhormat kalau kita ambil dari segi pendekatan advokasi, akses maknanya penyebaran tentang akses kita untuk murid-murid dan juga ibu bapa, waris untuk mengadu maknanya lebih terbuka hari ini. Inilah yang sentiasa kita berikan jaminan bahawa setiap aduan mesti disiasat mengikut tempoh 1:3:7 pelaporan sebentar tadi.

Adapun tentang soalan Yang Berhormat tentang apakah intervensi yang dilakukan.

Yang Berhormat, kami ingin menegaskan bahawa kita sentiasa memandang serius tentang

draft • 10:20 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

kebajikan dan keselamatan murid di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi kes yang berlaku di sekolah, mangsa dan pelaku atau dirujuk kepada Guru Bimbangan dan Kaunseling untuk sesi kaunseling. Yang Berhormat kita mempunyai pasukan Guru Bimbingan dan Kaunseling di dalam Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menangani isu-isu buli tersebut.

Guru Bimbingan dan Kaunseling akan memberikan intervensi bersesuaian bagi memastikan intervensi yang terkait rapat dengan kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan murid terjaga secara berterusan sebagai bentuk perlindungan sementara di sekolah bagi melindungi mangsa sewaktu siasatan dijalankan. Semua kes buli perlu dilaporkan kepada pengetua untuk tindakan selanjutnya.

Untuk intervensi Yang Berhormat yang kita telah pun laksanakan berdasarkan garis panduan dan juga program dan aktiviti intervensi adalah seperti berikut. Pertama, intervensi pencegahan. Ini memang kita laksanakan untuk memastikan pencegahan ini harus dilaksanakan di peringkat sekolah.

Kedua, adalah intervensi perkembangan dan kemudiannya pemulihan dan juga krisis. Jadi semua proses intervensi ini kita laksanakan bukan sahaja untuk mangsa tetapi juga untuk menangani di peringkat awal lagi. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Damansara.

draft • 10:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya dibahagikan kepada dua Tan Sri Speaker. Pertama Tan Sri Speaker kami mendengar jawapan daripada Timbalan Menteri beberapa minggu yang lalu Yang Berhormat Tanjong menyatakan ada pelonjakan dalam angka kes-kes buli dalam tahun ini sehingga bulan November ini. Ini menunjukkan bahawa masalah ini memang masalah serius yang perlu kita tangani dengan segera.

Saya dengar apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan apa yang berlaku, mekanisme yang wujud di peringkat sekolah untuk kita menangani masalah ini.

Tetapi saya rasa satu perkara yang kita perlu ambil kira Tan Sri Speaker dan Yang Berhormat Menteri adalah bahawa kebanyakan kali perkara buli in terbabit juga dengan kumpulan- kumpulan tertentu yang wujud di luar perkarangan sekolah juga. Apa yang berlaku selepas sekolah ini kerap kali ada hubungannya dengan apa yang berlaku di sekolah dan di situlah berlaku masalah dia.

Soalan saya yang pertama adalah sejauh manakah sekolah-sekolah dan Kementerian Pendidikan melihat kepada bagaimana kita boleh bekerjasama dengan agensi- agensi luar supaya kita juga tahu apa yang berlaku di luar sekolah, kumpulan-kumpulan tertentu yang membawa ancaman kepada keselamatan pelajar dan tindakan yang boleh diambil.

Adakah itu satu perkara yang akan kita dengan izin, we just leave it to the other agencies? Ataupun adakah kita dari kementerian juga akan pastikan bahawa kita pastikan guru-guru sedar wujudnya kumpulan-kumpulan tertentu dan sebagainya. Kerana kadang- kadang guru pun tertekan kerana apa yang berlaku di luar. Itu menjadi masalah yang

draft • 10:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

menghalang tindakan diambil di sekolah kerana apa yang berlaku selepas sekolah di luar perkarangan sekolah.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 10:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Itu perkara yang pertama. Kedua Tan Sri Speaker berkenaan dengan kes-kes yang dibawa ke mahkamah. Oleh kerana ianya melibatkan pelajar-pelajar, adakah satu persefahaman dibuat dengan Kementerian Dalam Negeri dan juga Jabatan Kehakiman supaya kes-kes ini di dengar dengan segera kerana ianya melibatkan pelajar dan memang persekolahan mereka terkesan akibat daripada kes- kes ini. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ambil perhatian serius tentang soalan-soalan Yang Berhormat. Rangkuman kedua-dua soalan Yang Berhormat itu saya rangkumkan dalam jawapan iaitu pertamanya kita mengadakan kerjasama yang cukup erat melalui Jawatankuasa Permuafakatan KPM–PDRM Yang Berhormat. Jadi, bukanlah KPM sahaja tetapi juga dengan Jawatankuasa Permuafakatan bersama dengan PDRM ini memang segala isu yang disebut oleh Yang Berhormat ini dibincangkan dalam jawatankuasa tersebut.

Dari jawatankuasa tersebut itulah kita seterusnya setiap sekolah dan sekolah maknanya sekolah menengah dan sekolah rendah mempunyai seorang Pegawai Perhubungan Sekolah yang terdiri daripada kalangan anggota PDRM yang sentiasa mendampingi dan bekerjasama dengan pihak sekolah, termasuklah mengadakan program untuk mencegah buli.

Jadi, berkaitan dengan soalan yang kedua itu betul Yang Berhormat memang ada kerjasama yang erat juga di peringkat yang kita panggil sebagai pengurusan kes yang kita mahu pastikan bahawa kes ini betul-betul dilihat dalam konteks melindungi anak-anak kita dan dipercepatkan dalam konteks untuk memastikan bahawa anak-anak ini tidak terdedah kepada mana-mana ancaman misalnya ataupun harassment dengan izin Yang Berhormat dan juga memastikan pelindungan kepada mereka semasa kes ini dilaksanakan. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya saya jemput Tuan Khoo Poay Tiong, Kota Melaka.

draft • 10:20 AM

3. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan bagaimana sasaran Dasar Agromakanan Negara 2.0 boleh membantu pencapaian pembangunan sektor ternakan.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan Kota Melaka. Pada masa kini Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan sedang melaksanakan setiap pelan yang dirangka daripada 2021 hingga 2030. KPKM telah menggariskan lima strategi utama:

draft • 10:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

(i) meningkatkan kemampuan dan pertumbuhan lanjutan dalam industri ternakan ayam itik. Sekarang ia berjalan dengan lancar dan sedang berlaku pemulihan;

draft • 10:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

(ii) menambahkan bilangan ternakan ruminan;

(iii) memudahkan kebolehcapaian pasaran subindustri ruminan kepada usahawan baru;

(iv) mengurangkan dan mengawal kehilangan ternakan akibat penyakit; dan

(v) mengurangkan pergantungan kepada bahan makanan ternakan import. Ini masih jauh terbelakang, sedang diusahakan.

Bagi mengukuhkan lima strategi dasar DAN 2.0 telah menetapkan 16 pelan strategi yang mempunyai matlamat utama. Pertama, memudah cara menaik taraf sistem reban terbuka kepada sistem reban tertutup dan membangun serta mempromosi produk ayam, itik di pasaran tempatan dan akses eksport dengan sasaran SSR 140 percent bagi daging ayam, itik dan 123 percent bagi telur. Ini sasaran, ya.

Yang kedua, meningkatkan pelaksanaan sistem integrasi ruminan kelapa sawit dan peningkatan insentif kewangan bagi menaikkan segala program pembiakan stok ruminan intensif dengan sasaran SSR 50 percent bagi daging lembu dan 100 percent bagi susu segar.

Mengurangkan pergantungan kepada import bahan makanan ternakan melalui pelaksanaan R&D, bagi mengenal pasti bahan makanan yang ekonomik serta menetapkan kualiti dan kuantiti PKC sebagai sumber alternatif bagi makanan ternakan. Ini daripada rong sawit.

Antara program yang telah dilaksanakan, Skim Rezeki Ternakan Ruminan dan Unggas yang bertujuan untuk membantu penternak kecil bagi menambah sumber pendapatan. Yang kedua, Program Peningkatan Ruminan yang bertujuan untuk meningkatkan populasi asas ternakan ruminan pedaging. Yang ketiga, Program Pembangunan Industri Tenusu. Ianya berkembang dan ia diusahakan oleh eperti Farm Fresh, Evergreen di Keningau, Desa Cattle Kundasang dan juga di Kuching dan ternakan susu ini memang sedang berkembang dan mendapat sambutan.

Pembangunan taman kekal pengeluaran makanan seperti di Kluang, Program Agropreneur Muda yang bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang penternakan generasi Geran Agropreneur Muda.

Saya sambung bagi jawapan lain, saya sambunglah. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kota Melaka.

draft • 10:30 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tan Sri Speaker. Menteri, dalam usaha kita ingin mencapai sasaran Dasar Agromakanan Negara 2.0. sudah pasti peranan yang dimainkan oleh sektor awam dan juga sektor swasta adalah penting.

Jadi, kalau kita lihat apakah cabaran? Saya lihat cabaran yang kita hadapi sekarang ialah minat pelabur swasta dalam sektor tani ini adalah rendah. Barangkali ini adalah kerana ketidakpastian ataupun keuntungan yang rendah ya. Kita lihat laporan daripada kementerian

draft • 10:30 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

2019, hanya 54 peratus pelabur swasta adalah ladang durian. 21 peratus dalam pengeluaran cendawan tiram di Negeri Sembilan dan selebihnya 25 peratus dalam sektor pertanian lain.

Nampaknya dalam sektor penternakan ini, pelabur swasta kurang ceburi dan saya lihat pertumbuhan bagi 10 tahun yang lepas 2010 hingga 2019, pertumbuhan ternakan untuk daging lembu, tenusu dan juga babi adalah negatif. Jadi, dalam hal ini, bagaimana kita nak memastikan supaya pelabur swasta ini boleh melabur dalam sektor penternakan ini?

Saya lihat, terutamanya saya lihat selepas pasca demam babi Afrika tersebut, penternakan babi di Malaysia ini terjejas. Jadi, bagaimanakah pihak kementerian dapat bantu sektor industri penternakan khinzir ini? Sebab kita tahu ya, adakah...

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ringkas.

draft • 10:30 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...kerajaan bersedia untuk kita wujudkan satu pig farming area supaya semua boleh pergi ke sana untuk ya perkembangan sektor penternakan babi ini.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 10:30 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Supaya masalah-masalah setempat itu boleh selesai.

Kedua, kita tahu Agrobank hanya bagi pinjaman kepada mereka yang produk halal sahaja. Jadi, bagi pengusaha penternakan babi ini, bagaimana kementerian boleh bantu mereka? Juga yang ketiga...

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Aih.

draft • 10:30 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Speaker, ini last.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini banyak soalan ini. Dua je tu.

draft • 10:30 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya lihat kepada bajet yang dibentangkan, sektor awam untuk tiga penternakan ini lembu tenusu, babi, tahun ini 21 juta diperuntukkan untuk pembangunan mereka. Tapi, tahun depan hanya tinggal 8 juta saja.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, faham.

draft • 10:30 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi, minta penjelasan daripada Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Panjang sangat ini ya.

draft • 10:30 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih kepada pihak yang bertanya.

Memang sektor agromakanan ini termasuk penternakan, menurun dalam dua tahun kebelakangan dan sekarang sedang meningkat semula. Penurunan itu di antaranya punca yang utama adalah COVID. COVID, di mana banyak pekerja-pekerja asing yang balik atau tidak bekerja menyebabkan perusahaan mereka menurun dan peningkatan sekarang ini sedang berlaku. Begitulah kita lihat dalam sektor ayam.

Sampai sekarang, alhamdulillah sudah berlaku pemulihan dan telur juga sedang berlaku pemulihan dan kita dah sampai ke sasaran sekarang ini sehingga bila kita apungkan, didapati harganya tidak naik dan ianya stabil di pasaran sekarang.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Jadi, yang lain-lain itu memanglah mengambil masa sedikit untuk kita, bukan kata naik dasar sampai 2030 ini. Nak pulih daripada tahun yang lalu pun sekarang ini, kita sedang beransur, terutama dalam hal pedaging.

Begitu juga kalau kita kata dalam African swine fever. Ini apa ini selesema babilah yang berasal daripada Afrika ini. Memang kerajaan membantu mereka dari segi ganti rugi yang agak banyak dan sekarang di peringkat penyelesaian yang akhir, iaitu sektor pembayaran wang ihsan bagi wabak African swine fever, RM8.1 juta sudah pun selesai bagi negeri Melaka dan Perak.

Bagi fasa dua, RM8.64 juta dalam proses pembayaran di Johor dan juga Pulau Pinang. Jadi, bukan sahaja lembu, kambing sahaja yang kena penyakit yang disubsidi oleh kerajaan termasuk babi. Sebab bagi kita, kesemua rakyat Malaysia adalah berhak untuk mereka hidup dan kita bersama dalam mendukung apa makanan mereka, kita akan berusaha bersama.

Jadi, ini saya kata tadi, unsur-unsur penternakan ini sedang berkembang semula.

Minat swasta datang sekarang ini. Banyak dah yang datang, terutama nak buka ladang durian, nak buka ladang padi, nak buka ladang berbagai. Minat swasta telah mulai pulih sekarang ini dan kerajaan cuba facilitate mereka supaya berlaku pemulihan dalam hal agromakanan ini dengan seberapa segera yang boleh.

Tapi, dia mengambil saya kata tadi, tanam durian pun dia nak dapat hasil enam tahun ya. Dia tak boleh tanam hari ini, esok dapat hasil. Tapi, kalau ayam itu cepat sikit. Tiga, empat bulan dah dapat hasil. Tapi, kalau yang daging pun begitu juga. Dia akan mengambil masa sedikit tapi berlaku pemulihan sekarang. Ini, yakinlah apa yang sedang diusahakan oleh semua rakyat sekarang ini.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Bukit Gantang.

draft • 10:30 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .

draft • 10:30 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Speaker, sebentar sahaja. Saya nak meraikan kehadiran lawatan daripada Persatuan Silaturahim.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tak boleh lagi itu sebab lepas Bukit ini, minta Bukit Gantang sebut sat lagi ya?

draft • 10:30 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Untuk meraikan sahaja kehadiran.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 10:30 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tapi, sekarang saya jemput Bukit Gantang dulu. Lepas ini tolong pass kat kawan-kawan yang akan sebut. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Saya nak sampaikan soalan daripada rakyat di kawasan penanam padi, sebab Menteri ada pagi ini.

Rungutannya ialah benih padi dah takde dalam pasaran. Dah seminggu mereka cari benih padi, nak beli dah tak ada, yang adapun harga luar kawalan dan kalau beli tidak dikeluarkan resit. Harga sekarang yang mereka beli adalah RM68 ke RM75 satu beg. Ada pesawah-

draft • 10:30 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

pesawah yang mungkin tak akan bertanam padi pada musim ini. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Soalan pasal penternakan iaitu penternakan iaitu penternakan– ia bila sebut ternak ini benda yang hiduplah. Ayam, ikan, lembu, kerbau.

Jadi, bila padi ini dia tanaman. Dia terkeluar daripada soalan itu tetapi kita sedang berusaha.

Saya akan– kita, kementerian akan bertindak dengan secepat mungkin di antaranya penguatkuasaan.

Kalau ada persembunyian benih padi dalam sekarang ini live telecast ini, kita harap mereka jangan sorok. Kita akan bertindak kali ini, kita tidak kira. Dah berlaku dah penangkapan di 20 tempat. Jangan ada berlaku sorokan benih padi. Ini kita beri amaranlah kepada mereka semua supaya bekerja sama.

Soal harga dan sebagainya kita runding kemudian lagi tetapi hendak bagi orang tanam padi mesti disegerakan. Soal hendak naikkan harga padi, hendak naikkan harga benih dan semua itu perundingan kemudian. Kita tidak boleh gunakan suasana begini untuk menekan suatu perkara supaya mereka capai cita-cita mereka dengan menyeksa orang lain.

Ini kita beri jaminanlah. Kita akan bertindak dengan sebaik mungkin supaya padi dapat ditanam di tahun ini mengikut jadual kalau seboleh-bolehnya, insya-Allah.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Padang Terap.

draft • 10:40 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Tak bagi?

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Padang Terap boleh minta mengalu-alukan siapa yang datang itu?

draft • 10:40 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Okey, terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengalu-alukan kehadiran daripada Persatuan Silaturahim Anak Temerloh.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 10:40 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Selamat datang ke Dewan Rakyat.

[Tepuk] Tan Sri Yang di-Pertua, kalau kita lihat, kerajaan telah mengimport ternakan hidup ini bernilai hampir RM1 bilion setiap tahun untuk lembu, kambing dan sebagainya.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi rungutan penternak-penternak kambing sejak akhir-akhir ini iaitu lambakan kambing daripada Thailand yang menyebabkan masalah jualan kambing tempatan ini merudum disebabkan kambing Thailand ini dijual pada harga yang sangat murah. Ada jual RM250, ada yang jual RM100 pun ada. Jadi, apakah tindakan pihak kerajaan untuk menyelamatkan penternakan pengusaha kambing-kambing di tempatan ini? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Memang Padang Terap kawasan sempadanlah itu. Memang saya semalam pun pergi ke Perak, di antaranya diberitahu kepada saya ini– dah kita makan baru dia bagi tahu ini kambing seludup daripada Thailand

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

yang dibawa masuk di antaranya di sebelah Kelantan kerana sempadan mereka sungai begitu sempit.

Kita– insya-Allah, kita akan minta penguatkuasaan sempadan supaya bertindak lebih kerap dan menjaga supaya kita tahu dan kenapa kambing di Thailand itu begitu murah sebab mereka ini banyaknya kambing lepas. Kambing lepas yang kita tidak tahu sama ada dia ada penyakit atau tidak kerana tidak melalui saluran DVS dan sebagainya.

Memanglah sekarang ini kalau beras kuranglah sikit diseludupkan kerana beras di Thailand pun agak tinggi. Tetapi kenapa kambing terlalu murah di sana? Kita harap penguatkuasaan sempadan jaga supaya kita pada masa yang sama, kita juga berusaha supaya ramai lagi penternak kita dan kita akan usaha facilitate mereka supaya ternakan kambing ini ternakan yang boleh diceburi oleh anak-anak muda sekarang.

Kedah di antara satu tempat yang berjaya ternakan kambing ini, terutama di kawasan di Jerai, Yan yang nampak penghasilannya begitu tinggi. Kita harap Ahli-ahli Parlimen memainkan peranan supaya mereka dapat ternak. Kalau hendak efisien, sufficient semua, sekurang-kurangnya 200 ekor baru satu keluarga itu boleh bergantung sepenuhnya kepada ternakan itu. Kalau kurang daripada itu boleh tetapi tidak sampai ke peringkat pergantungan satu keluarga. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:40 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya mulakan Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan dengan menjemput Tuan Mordi anak Bimol, Pasir Mas. Pasir Gading, maaf.

draft • 10:40 AM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Mas Gading.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Mas Gading.

draft • 10:40 AM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan Mas Gading nombor satu.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

1. Tuan Mordi anak Bimol [Mas Gading] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah yang dapat dilakukan bagi memudahkan akses oleh Pejabat Pusat Khidmat Parlimen bagi membantu pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menyemak status permohonan mereka memandangkan tidak semua pemohon celik IT dan mampu ke pejabat LHDN yang terletak jauh di Bandaraya Kuching bagi urusan pengemaskinian.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tan Sri, Rumah berdinding dan berpintu, Terletak sepi di pinggir paya, Mas Gading Soalan 1, Dengarkan ini jawapannya.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2024, sebanyak RM10 bilion disediakan untuk Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi memanfaatkan hampir sembilan juta penerima. Tahun 2023 RM8 bilion, tahun 2024 RM10 bilion. Program ini merupakan bantuan kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana kurang daripada RM5,000 dan ke bawah yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Penyampaian perkhidmatan, terutamanya melibatkan golongan sasar sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dan pemakluman berhubung status kelulusan permohonan STR dan pembayaran STR akan dipastikan sampai kepada pemohon melalui tiga cara.

Pertama, penghantaran surat kepada penerima lulus berdasarkan alamat yang didaftarkan dalam pangkalan data STR, termasuk kawasan pedalaman di Sabah dan juga di Sarawak.

Kedua, hebahan khidmat pesanan ringkas (SMS blast) ke nombor telefon penerima yang lulus dan berdaftar dalam pangkalan data Sumbangan Tunai Rahmah dan ketiga, semakan sendiri melalui portal rasmi STR di laman portal www.lhdn.gov.my atau kita google di Internet, tulis STR - Sumbangan Tunai Rahmah, maka ada maklumat di situ.

Bagi tujuan pengemaskinian maklumat atau permohonan baharu STR, ia juga boleh dibuat secara berkelompok melalui agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, pusat khidmat wakil rakyat dan persatuan penduduk yang mewakili komuniti setempat. Selain itu, kerajaan juga akan memperhebatkan Program Turun Padang bersama pemimpin komuniti dan pelosok desa bagi memastikan STR dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Antara contoh yang telah dibuat di Masjid Al-Falah, Jengka 7; Kampung Perting, Bentong dan Kampung Rancangan Batu 22, Tawau.

Untuk makluman Yang Berhormat, pusat khidmat wakil rakyat juga boleh berperanan lebih luas dengan menjadi barisan hadapan dalam memastikan tiada individu yang tercicir melalui pembukaan kaunter bergerak untuk tujuan pendaftaran dan pengemaskinian secara berkelompok. Proses pendaftaran dan pengemaskinian ini perlu dilaksanakan bagi memastikan hanya individu yang benar-benar layak sahaja menerima STR. Langkah ini juga penting bagi memastikan sumber kewangan negara digunakan dengan berhemat serta bersasar kepada golongan B40 yang di samping mengelakkan ketirisan.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Mas Gading.

draft • 10:40 AM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih juga Timbalan Menteri. Soalan tambahan pertama, berapakah penerima mengikut kategori isi rumah, warga emas dan orang bujang yang menerima STR? Jika boleh, mungkin Timbalan Menteri boleh berikan juga jumlah penerima mengikut pecahan kaum.

Kedua, tentang masalah ataupun situasi yang biasa kami hadapi di luar bandar iaitu situasi di mana berlakunya cubaan untuk membuat permohonan baharu daripada pasangan yang telah ditinggalkan ataupun diceraikan tanpa ada ataupun belum ada dokumen cerai yang sah bagi menyokong ataupun membuktikan status perkahwinannya. Jadi, situasi sebegini banyak berlaku di luar bandar tetapi atas dasar keperluan kerana mempunyai anak- anak sebagai tanggungan, bagaimanakah pertimbangan boleh diberikan bagi kes-kes tertentu yang sebegini? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, kategori. Isi rumah yang menerima pendapatan kurang daripada RM2,500 - 3.1 juta orang penerima; isi rumah antara pendapatan RM2,501 hingga RM5,000, satu juta orang; warga emas yang bujang – 1.3 juta orang; bujang dengan pendapatan kurang RM2,500 – 3.3 juta orang. Mengikut kaum ya, bumiputera Sabah Sarawak, penerima STR 1.1 juta atau 13 peratus; Melayu – 5 juta orang, 57 peratus; masyarakat Cina – 1.6 juta orang atau 18 peratus; India – 0.7 juta orang atau 8 peratus; dan lain-lain – 0.3 juta orang atau empat peratus, jumlahnya 8.7 juta orang.

Mengenai apa yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Mas Gading, kita juga ingin– boleh mendapatkan status perkahwinan itu daripada data jabatan agama Islam negeri, data JPN untuk bukan Muslim. Selain itu, boleh kemukakan dokumen secara fizikal di cawangan- cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya bergerak kepada soalan nombor dua, Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal, Bukit Gantang.

draft • 10:50 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor dua.

draft • 10:50 AM

2. Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Menteri Pendidikan menyatakan status tender pembinaan sekolah Pendidikan Khas di Simpang, Parlimen Bukit Gantang yang dijadualkan akan dibuat pada September 2023.

Bilakah pecah tanah ini dijadualkan?

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia komited dalam menyediakan infrastruktur pendidikan yang selamat dan kondusif untuk kegunaan murid dan warga sekolah di seluruh negara. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Taiping bermula sebagai kelas percantuman yang ditubuhkan pada tahun 1973.

Pada 2 Disember 1991, SKPK Taiping telah berpindah ke bangunan di Sekolah Kebangsaan Taiping. Dalam Rolling Plan 2 tahun 2022, Rancangan Malaysia Kedua Belas, Kementerian Pendidikan telah diluluskan projek pembinaan Kompleks Pendidikan Khas Taiping Fasa 1 yang mengandungi skop 18 bilik darjah berserta kelengkapan perabot dan peralatan serta lain-lain kemudahan di mukim Simpang, Taiping, Perak.

Projek ini adalah diluluskan bagi memberi perkhidmatan sokongan kepada murid berkeperluan khas (MBPK) di sekitar Perak utara seperti daerah Kerian, Hulu Perak dan Lumut, Matang dan Selama. Projek ini dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia secara lead consultant, dengan izin.

Sehingga 14 November 2023, status projek adalah di peringkat reka bentuk yang mana pelaksanaan makmal pengurusan nilai telah diselesaikan dan kini dalam persediaan untuk pelaksanaan makmal kejuruteraan nilai bersama pihak JKR Malaysia. Projek ini dijangka untuk di iklan tender pada bulan Mac 2024. Kerja di tapak dijangka akan dimulakan pada Oktober 2024. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Bukit Gantang.

draft • 10:50 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Menteri. Saya ucapkan tahniah kepada kementerian. Sebenarnya dimaklumkan dalam jawapan yang lalu adalah iklan tender akan dibuat pada bulan September, tapi tak apa. Saya akan tunggu dengan sabar pada bulan Mac dan saya akan tanya lagi.

Soalan saya yang kedua ialah kawasan yang akan dibuat sekolah adalah kawasan yang paling strategik di Parlimen Bukit Gantang. Tidak ada tanah lain lagi yang ada di Bukit Gantang untuk dibuat sebuah bandar baharu. Keluasan tanah kementerian adalah sebanyak 81.97 hektar, yang telah digunakan oleh Jabatan Kesihatan ialah 15 hektar, Pertahanan Awam sebanyak 10 hektar dan berbaki sebanyak 50.9 hektar. Saya dah panjangkan permohonan kepada kementerian dan kepada Tanah Persekutuan untuk mewujudkan sebuah bandar baharu, mix development di Tanah Persekutuan yang dimiliki oleh Kementerian Pendidikan.

Inilah sahaja lokasi yang ada di dalam Parlimen Bukit Gantang untuk mewujudkan bandar baharu. Ada juga di-allocate untuk bomba dan RELA. Jadi, kalau saya minta dilihat semula permohonan daripada Parlimen Bukit Gantang untuk memajukan kawasan ini untuk dijadikan bandar baharu dan cave-in kind untuk membina sama ada sekolah lagi ataupun jabatan-jabatan agensi yang lain. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri.

draft • 10:50 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bukit Gantang, ini yang tambahan RM30 juta tu ke Bukit Gantang?

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri. Soalan itu agak wide, sila jawab.

draft • 10:50 AM

Puan Lim Hui Ying

Ya. Jadi, ini saya minta maaf kerana ini adalah tentang satu bandar baharu. Saya akan telitikan dan saya akan dapat maklumat lebih dan akan jawab secara bertulis.

draft • 10:50 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Tampin.

draft • 10:50 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Soalan tambahan.

draft • 10:50 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Mengenai Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) yang telah diperkenalkan sejak 2005 untuk meringankan beban kewangan ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga berkeperluan khas.

Saya ingin mendapatkan kepastian daripada kementerian, bilakah kali terakhir kadar elaun bulanan tersebut disemak dan adakah terdapat sebarang cadangan untuk meningkatkannya.

Apakah perancangan kementerian untuk mempertingkatkan prasarana mesra orang kurang upaya (OKU) di sekolah-sekolah harian biasa, khususnya di luar bandar? Terima kasih Tan Sri.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:50 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Ahli Yang Berhormat dan Tan Sri Yang di-Pertua.

Jadi untuk ini, KPM menyatakan keperluan— okey. Daripada segi bantuan, memang mereka

draft • 10:50 AM

Puan Lim Hui Ying

akan mendapat bantuan untuk setiap murid yang berkeperluan khas seperti yang mereka di PPKI, di bilik, di kelas integrasi, mereka semua akan mendapat bantuan.

Jadi, Kementerian Pendidikan akan— pembinaan khas bagi pelajar dari latar belakang keluarga miskin seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, kita memang ada aspek dari segi kewangan, keperluan semasa dan semua ini kita akan ambil maklum dan akan memberikan keperluan yang seterusnya.

Daripada segi tambahan atau tidak, buat masa ini kita masih dalam kadar yang sama seperti dulu. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. sekarang saya jemput Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien, Julau.

draft • 10:50 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Soalan saya nombor tiga.

draft • 10:50 AM

3. Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau] minta Menteri Pengangkutan menyatakan dengan jelas apakah tindakan susulan yang akan diambil kementerian selepas pertemuan dengan beberapa pengendali syarikat e-hailing yang beroperasi di Malaysia terutamanya berkaitan dengan semak semula harga tambang yang dikatakan terlalu rendah sehingga merugikan para pekerja yang berada di dalam sektor gig ekonomi ini.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 10:50 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Salam Malaysia Madani. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penentuan harga lantai tambang e-hailing adalah kompleks dan perlu diimbangi antara pemandu dan pengguna. Sekiranya harga lantai ditetapkan, harga tambang kepada pengguna juga mungkin meningkat. Pemboleh ubah seperti kesesakan trafik, cuaca, jarak, masa, jumlah permintaan dan jumlah penawaran menentukan padanan tempahan dengan penawaran secara langsung. Justeru itu, harga tambang juga fleksibel mengikut padanan faktor semasa.

Pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat telah mengadakan perbincangan dengan pemain utama industri e-hailing dan maklum balas diterima adalah:

(i) syarikat memberikan galakan kepada rakan pemandu untuk beroperasi di kawasan tumpuan melalui insentif yang ditawarkan oleh syarikat masing-masing bagi memenuhi permintaan semasa; dan

(ii) sebagai contoh, salah satu syarikat penyedia perkhidmatan e- hailing membuat penawaran insentif secara seminggu lebih awal kepada pemandu melalui notifikasi aplikasi pemandu. Tawaran insentif yang diumumkan boleh membantu rakan pemandu merancang waktu operasi yang sesuai dan jumlah pendapatan yang disasarkan.

Sebagai kesimpulan, kerajaan masih belum berhasrat untuk mengawal selia tambang e-hailing buat masa kini. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Julau.

draft • 10:50 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Ya, terima kasih. Soalan tambahan saya, pada Ogos yang lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada mengeluarkan satu kenyataan untuk mengkaji kadar upah minimum dari RM5 ke RM7, bayar setiap penghantaran di dalam aktiviti p-hailing. Saya ingin bertanyakan, adakah kementerian bersedia untuk membuat kadar minimum yang sama juga untuk mereka di aktiviti e-hailing dengan menetapkan kadar minimum terpakai kepada semua e-hailing operator kepada RM8 hingga RM10 minimum.

Ini kerana sehingga hari ini ada driver yang masih mendapat kadar upah minimum terlalu rendah iaitu RM5. RM5 jumlah upah untuk mereka yang bawa kereta sebenarnya tak berbaloi dan hanya merugikan sahaja.

Sebagai contoh untuk perbandingan, harga per kilometer untuk syarikat Grab adalah dilihat di Philippines, kadar harga adalah RM1.02 sen per kilometer dan di Vietnam, RM1.55 per kilometer. Mengapa Grab driver di Klang Valley Malaysia hanya dibayar 70 sen tahun lepas dan dikurangkan ke 25 sen per kilometer awal tahun ini? Mohon kerajaan kaji dan naikkan kadar ini untuk driver menerima kadar upah yang adil. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan Loke Siew Fook

Yang pertamanya Tan Sri di-Pertua, yang dikatakan p-hailing tadi. P-hailing belum dikawal selia, p-hailing itu memang ada perbincangan dengan syarikat- syarikat pembekal dan kerajaan menggalakkan mereka untuk melihat kepada kadar upah yang diberikan kepada riders. Itu dilakukan secara perbincangan dan telah pun diadakan perbincangan di antara Perdana Menteri dan juga syarikat-syarikat pembekal.

Berkenaan dengan kadar upah e-hailing, seperti yang saya telah terangkan tadi, kita tidak mengamalkan satu kawalan harga ataupun tidak menetapkan satu harga lantai kepada kadar yang diberikan kepada pemandu. Ia perlu dilihat juga kepada perimbangan.

Kadangkala mungkin rendah tetapi kadangkala juga dia tinggi.

draft • 10:50 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Tuan Loke Siew Fook

Ia bukannya lihat kepada satu-satu trip sahaja tetapi secara keseluruhannya. Jadi bagi saya, kalau apa yang diminta itu dinaikkan kadar, dia juga akan memberikan implikasi. Implikasinya ialah harga tambang kepada pengguna akan meningkat.

Jadi kalau itu dilaksanakan, Yang Berhormat juga akan datang balik ke Dewan ini membuat aduan bahawa kadar tambang untuk e-hailing untuk pengguna telah meningkat.

draft • 10:50 AM

Tuan Loke Siew Fook

Jadi, kita perlu melihat kepada satu perimbangan bahawa dalam e-hailing ini, dia menggunakan satu sistem dynamic mechanism, dynamic pricing mechanism iaitu bergantung kepada penawaran dan juga permintaan. Jadi, kadangkala mungkin kadar yang diberikan itu rendah tetapi juga secara keseluruhannya mungkin ia berbaloi. Tetapi, dari segi penawaran itu, bergantung kepada pemandu. Jadi kalau pada ketika ataupun pada waktu-waktu yang tidak puncak yang tidak banyak permintaan, mungkin pemandu tidak memberikan penawaran.

Jadi bagi kita, setakat ini, dasar yang telah pun sedia ada kita kekalkan tetapi kita akan terus berhubung ataupun mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat e-hailing

draft • 11:00 AM

Tuan Loke Siew Fook

dari masa ke semasa supaya kita dapat mencari satu kaedah, tanpa kita kerajaan meletakkan satu syarat, tetapi pada masa yang sama, kita juga hendak melihat bahawa apakah insentif yang boleh diberikan oleh syarikat e-hailing kepada pemandu-pemandu untuk meningkatkan pendapatan mereka.

Memang juga ada syarikat e-hailing yang ada sistem-sistem yang mereka hendak bincangkan, hendak mereka perkenalkan di Malaysia. Ada percubaan proof of concept telah diadakan, umpamanya dari syarikat Grab di Singapura. Dia ada kadar di mana ada trip yang mereka langsung tidak mengambil komisen tetapi kalau ada juga komisen yang mungkin dinaikkan lebih daripada 20 peratus, dia minta kita batalkan had siling tersebut.

Kita belum dapat membuat keputusan itu sebab pada ketika ini, dasar yang telah kita tetapkan ialah had siling untuk komisen yang boleh diambil oleh syarikat-syarikat e-hailing adalah 20 peratus sahaja. Jadi, setakat ini, kita kekalkan dengan dasar sedia ada tetapi kita akan lihat dari masa ke semasa bagaimana untuk incentivize kepada pemandu. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Jerantut.

draft • 11:00 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Happy Diwali kepada semua yang menyambutnya.

Soalan tambahan saya ialah apakah usaha pembaharuan yang dilakukan oleh pihak kementerian khususnya kepada penggiat ataupun industri teksi di seluruh negara? Kerana kita tahu dengan kerancakan gig economy dan juga e-hailing ini, ia secara tidak langsung mengganggu juga pendapatan kepada rakan-rakan kita pengusaha teksi, khususnya di kawasan Jerantut yang merupakan bandar pelancongan Taman Negara.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih. Pertamanya, kita juga menggalakkan penggiat-penggiat teksi ini untuk menggunakan sistem e-hailing juga. Itu sebabnya dari segi dasar e-hailing kita, kita membenarkan pemilik-pemilik kenderaan persendirian untuk terlibat dalam sektor e-hailing ini, begitu juga pemilik-pemilik teksi. Teksi juga boleh menggunakan sistem e-hailing. Jadi, ia dibenarkan untuk dia beroperasi dalam dua sistem iaitu secara street hailing ataupun e-hailing.

Jadi, saya berharap bahawa Yang Berhormat juga dapat membantu, dapat membawa juga dan juga menggalakkan penggiat-penggiat teksi secara tradisional ini supaya dapat transition kepada penggunaan e-hailing. Kita mungkin tahu bahawa ada kekangan.

Ada pemandu-pemandu yang mungkin sudah berumur, mereka tidak biasa dengan penggunaan telefon bimbit pintar dan sebagainya.

Perkara-perkara itu, saya rasa kita boleh bantu bagaimana handhold mereka, bagaimana kita memberikan kursus kepada mereka, mengajar mereka supaya dapat transition kepada sistem e-hailing. Dalam perkara ini, kita terbuka. Kalau pihak Yang Berhormat ada cadangan-cadangan kursus yang boleh kita bantu dan apa skim yang kita boleh bantu dari segi membantu mereka transition kepada e-hailing ini, saya rasa kita sanggup untuk membantu.

draft • 11:00 AM

Tuan Loke Siew Fook

Satu perkara yang perlu kita sama-sama bersetuju bahawa kita perlu berubah dari segi penggunaan aplikasi ini. Sebab, ini merupakan trend. Sebab, kalau kita tidak mengubah kepada aplikasi— penumpang-penumpang pada hari ini, mereka lebih sanggup ataupun lebih berminat untuk menggunakan aplikasi. Satu perkara yang sangat penting ialah dari segi harga sebab dengan menggunakan sistem e-hailing ataupun aplikasi, harga yang telah mereka tahu ialah berapa yang mereka perlu bayar sebelum mereka menaiki kereta.

Berbanding dengan teksi, terdahulu, kalau mereka pakai meter, dia tidak tahu jumlah bayaran dia sehingga sampai ke destinasinya. Jadi, perkara ini amat penting untuk penumpang.

Jadi, saya berharap Yang Berhormat dapat membantu sama-sama mencari kaedah untuk membantu pemandu-pemandu teksi tradisional ini supaya mereka juga ber-transition kepada sistem e-hailing. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Muar.

draft • 11:00 AM

4. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [Muar] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah status terkini proses penyelenggaraan dan penambahbaikan yang telah dilakukan oleh kementerian bagi melancarkan lagi servis di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar berikutan keadaan hospital yang terlalu sesak.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Muar.

Tan Sri Yang di-Pertua, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar adalah merupakan salah satu daripada hospital KKM yang berjaya mencapai sasaran masa menunggu katil kurang daripada 240 minit. Berdasarkan rekod ini, masalah kesesakan di hospital ini masih ditangani oleh KKM dengan baik. Sehingga Februari 2023, kadar pengisian katil ataupun bed occupancy rate di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar adalah pada tahap 62.6 peratus daripada 575 katil dengan purata masa menunggu katil pada tahun 2022 adalah 32 minit.

Untuk maklumat Yang Berhormat Muar, pada tahun ini, beberapa peralatan perubatan di hospital ini sedang diganti. Di antaranya adalah multidetector computed tomography (MDCT) scanner dengan kos sebanyak RM5.5 juta dan digital mammography bagi kegunaan Jabatan Radiologi dengan kos sebanyak RM9 juta sedang dan akan dilaksanakan bermula 2024.

Di samping itu, kementerian juga telah memperuntukkan sebanyak RM4.16 juta pada tahun ini bagi tujuan pembaikan, ubah suai dan naik taraf bangunan dan kemudahan infrastruktur di hospital ini meliputi peruntukan seperti berikut:

(i) kerja-kerja naik taraf, ubah suai dan pembaikan dengan peruntukan sebanyak RM1.55 juta;

(ii) peruntukan sinking fund sebanyak RM2.56 juta; dan

(iii) sustainability program berjumlah RM50,000 iaitu bagi sustainability program ini adalah untuk pemasangan penghawa dingin cekap tenaga.

KKM juga telah diluluskan projek naik taraf sistem loji rawatan air kumbahan di hospital ini dengan kos sebanyak RM7.6 juta. Projek ini sedang dalam proses tender dan

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

dijadualkan akan bermula dilaksanakan pada Jun 2024 dengan tempoh siap selama 84 minggu.

Tan Sri Yang di-Pertua, KKM juga telah mengumumkan perluasan Skim Perubatan Madani ke seluruh negara berkuat kuasa 15 September 2023. Sehingga kini, terdapat 16 klinik swasta berdaftar di bawah skim ini di sekitar daerah Muar di mana ianya mampu menjadi alternatif yang efektif bagi keperluan rawatan pesakit luar untuk kes-kes ringan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak.

Sebanyak 1,367 lawatan pesakit telah dilakukan ke semua klinik-klinik swasta tersebut dengan jumlah tuntutan sebanyak RM65,000. Maka, saya berharap agar Yang Berhormat Muar dapat menyokong Skim Perubatan Madani bersama dengan Ahli-ahli Parlimen yang lain.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Muar.

draft • 11:00 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas pemakluman peruntukan penyelenggaraan dan penambahan peralatan di Hospital Muar.

Cuma, cadangan susulannya. Saya dimaklumkan bahawa kawasan Muar itu begitu besar. Ia bukan sahaja di bawah Parlimen Muar tetapi daripada Pagoh ke Semerah. Bukan itu sahaja tetapi di Muar yang di mana kita memerlukan— hospital memaklumkan mereka memerlukan sekurang-kurangnya 10 ambulans, tetapi kini hanya ada lima ambulans dan di kalangan lima ambulans tersebut, tiga kerap masuk ke bengkel. Dengan itu, waiting time untuk ambulans itu— kerana Muar itu sangat panjang daripada Pagoh ke Semerah— akhirnya akan menjejaskan emergency services yang perlu disediakan bagi warga Muar.

Saya berharap isu ini dapat diselesaikan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:00 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Tan Sri Yang di-Pertua, ke mana-mana sahaja lawatan Yang Berhormat Menteri dan juga saya sering mendengar permasalahan dan juga aduan untuk perkhidmatan ambulans yang ketika ini sangat-sangat diperlukan di setiap hospital di seluruh negara. Juga begitu untuk Yang Berhormat Muar. Ketika ini, pada tahun hadapan pada suku tahun kedua 2024, kita akan melaksanakan perolehan sebanyak 590 buah ambulan dan juga pelaksanaan ini secara berfasa 2024, 2025.

Juga, kita menjangkakan akan mendapatkan berita baik kepada Yang Berhormat Muar yang boleh disampaikan kepada Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Kita akan memperuntukkan sebanyak lima buah ambulans dan juga agar ambulans ini dapat menambah baik kepantasan untuk kami memberikan perkhidmatan kepada klien-klien.

draft • 11:00 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Juga, kita harus sedar bahawa selepas kita menjalani pandemik COVID-19, banyak kenderaan-kenderaan kita telah mempunyai peningkatan dari sudut mileage. Kami akan berusaha untuk menambah baik. Juga melalui Kertas Putih, terdapat tonggak, di mana public

draft • 11:10 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

dan private partnership dengan izin, akan diguna pakai untuk meningkatkan mutu perkhidmatan ambulans pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, ya, silakan Gopeng.

draft • 11:10 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Tan Sri Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tentang usaha kerajaan dalam menaiktarafkan dari segi infrastruktur ataupun ‘hub way’ hospital-hospital dan klinik kesihatan awam. Soalan saya lebih umum. Saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri bahawa proses digitalisasi bagi perkhidmatan awam yang mana kita tahu tentang efficiency ataupun kecekapan pengurusan pesakit-pesakit perkhidmatan perubatan, salah satu masalah adalah proses digitalisasi yang mengambil tempat agak lama dan menggunakan masa yang agak panjang.

Sebagai contohnya, sistem pendaftaran pesakit luar masih lagi kekal menggunakan rekod yang lama. Sistem rekod perubatan bagi pesakit-pesakit masih lagi menggunakan cara yang lama. So, mungkin Timbalan Menteri boleh memberikan pencerahan apakah status terkini tentang proses digitalisasi dalam sistem perubatan dan perkhidmatan kesihatan awam? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Satu persoalan yang baik dan sangat penting bagi sistem kesihatan awam negara di mana kita sememangnya telah mempunyai cadangan dan juga perancangan terperinci untuk mendigitalisasikan sistem kesihatan. Juga, Yang Berhormat Menteri turut telah mengumumkan bahawa proses ini akan mengambil masa sehingga 2030 dan juga terdapat pelbagai projek yang sedang dimulakan.

Sebagai contoh, di Negeri Sembilan kita akan memulakan program digitalisasi secara pilot ke seluruh hospital dan juga klinik-klinik kerajaan. Juga, terdapat beberapa aplikasi- aplikasi yang kita kenal pasti. Juga, kita harus memperkenalkan EMR dengan izin, ataupun electronic medical records ke hospital-hospital kerajaan supaya setiap rekod-rekod ini dapat berhubung. Seperti contoh, kalau kita sakit di Miri, kita tidak dapat membawa rekod kita ke Serdang Hospital.

Maka, sebab itulah persoalan Gopeng itu sangat baik. Juga bermula tahun hadapan, kita akan memperbanyakkan lagi pemasangan-pemasangan sistem digital ke klinik-klinik baharu dan juga hospital-hospital yang telah dikenal pasti. Kami akan mengemas kini daripada masa ke semasa dan juga kami akan mengemas kini maklumat-maklumat kepada setiap Parlimen pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tuan Wong Kah Woh, Taiping.

draft • 11:10 AM

5. Tuan Wong Kah Woh [Taiping] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan jumlah PAWE yang masih wujud dan aktif setakat kini. Sama ada kerajaan bercadang untuk membenarkan penubuhan PAWE baharu.

draft • 11:10 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

draft • 11:10 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Taiping. Pusat Aktiviti Warga Emas ataupun PAWE merupakan tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti. Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak penjangkauan sosial ataupun reaching out dengan izin, dan pembangunan yang mensasarkan kepada warga emas yang sihat serta dapat menguruskan diri. PAWE ini merupakan sebuah pusat aktiviti yang ditubuhkan melalui pembabitan oleh komuniti dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK).

Pusat aktiviti ini bukanlah dioperasikan oleh kerajaan, tetapi disokong oleh kerajaan melalui penyaluran bantuan kewangan, khidmat nasihat dan sebagainya. Ia bertujuan memupuk dan menyokong Dasar Warga Emas Negara yang berhasrat untuk mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan sihat dan positif.

Sehingga Oktober 2023, sebanyak 161 buah PAWE telah ditubuhkan dan beroperasi di seluruh negara dengan penyertaan lebih 50,000 ahli PAWE yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, agama, bangsa dan sosioekonomi. Pada masa ini, mana-mana pihak yang berhasrat untuk menubuhkan PAWE ini di kawasan mereka, boleh mengemukakan cadangan kepada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran.

Cadangan ini akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria yang diambil kira seperti bilangan warga emas, lokasi, pemilihan premis dan komuniti penggerak. Sokongan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung perkara ini adalah seiring dengan usaha untuk meluaskan capaian perkhidmatan ini dan memberikan warga emas akses kepada kemudahan fasiliti untuk menjalankan aktiviti atau program dalam komuniti seperti kekal aktif dan produktif.

Untuk makluman juga, pada tahun 2023 ini sahaja, KPWKM telah meluluskan permohonan penubuhan empat buah PAWE baharu, masing-masing di negeri Perak, Sabah, Sarawak dan Terengganu. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Taiping.

draft • 11:10 AM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Malaysia bakal mencapai status negara tua menjelang tahun 2030 dengan kadar 15 peratus daripada jumlah populasi adalah berumur 60 tahun ke atas. Kita akan nampak bahawa peranan PAWE akan bertambah berat. Soalan saya di sini adalah bagaimana kerajaan dapat memastikan kelangsungan pengoperasian dan perjalanan PAWE dalam jangka masa panjang? Apakah peruntukan ataupun geran yang akan ataupun yang telah diberikan kepada PAWE?

draft • 11:10 AM

Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat. Bantuan kewangan kerajaan kepada PAWE bukanlah bertujuan menanggung sepenuhnya operasi PAWE, tetapi ia adalah bertujuan untuk menggalakkan setiap PAWE terus aktif melaksanakan aktiviti serta meringankan sedikit tanggungan kos operasi mereka.

Sebagai PSK ataupun Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan, setiap PAWE digalakkan berfikir secara inovatif dan kreatif untuk menjana dana operasi. Sebagai langkah ke hadapan, PAWE boleh terus memperkasakan diri dan lebih berdikari agar kebergantungan PAWE kepada peruntukan dana dan bantuan kerajaan digunakan untuk pelaksanaan program di

draft • 11:10 AM

Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri

PAWE dan bukannya digunakan untuk bayaran utiliti atau penyelenggaraan premis. Tapi dari sudut program PAWE untuk negara tua ini, persediaan kita sebenarnya ianya menyeluruh bukan kepada KPWKM sahaja, tapi ini termasuk Kementerian Ekonomi yang juga membuat perancangan sendiri secara menyeluruh.

Bagi kami PAWE, kami membantu dari segi program juga di mana kami KPWKM juga memberi RM50,000 setahun untuk maintenance dengan izin. Ianya ada satu peningkatan daripada dahulu tahun 2021, kalau dulu RM33,000 lebih, sekarang ini sudah RM50,000 untuk kita membantu PAWE. Untuk aktiviti mereka, mereka boleh memohon kalau mereka hendak menjalankan aktiviti PAWE ini. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Tumpat.

draft • 11:10 AM

Dato' Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ada dua soalan.

Pertama, sekarang ini kerana kita telah mempunyai tahap kesihatan yang memuaskan, ramai veteran yang berusia 60 ke atas masih lagi produktif dan berpengalaman dalam masyarakat. Adakah pihak kementerian akan menyenaraikan mereka sebagai sukarelawan yang boleh membantu PAWE-PAWE di seluruh negara kerana kita kerugian kalau tak guna mereka ini sebagai veteran yang berpengalaman? Satu.

Kedua, kalau kes di Kelantan dan Terengganu serta Kedah, terdapat banyak pondok- pondok tradisional yang mengajar kelas-kelas agama yang sebenarnya boleh dijadikan sebagai tambahan ataupun PAWE yang dibantu oleh pihak kerajaan. Adakah kerajaan berinisiatif dan insentif untuk pondok-pondok seperti ini? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau kita lihat dari sudut home health dengan izin, kita ada sukarelawan. Kita tak kira umurnya asalkan mereka sihat. Jadi pada masa ini, terdapat seramai 2,174 sukarelawan khidmat bantu di rumah yang kita katakan home health ya, di seluruh negara. Sukarelawan ini memberi perkhidmatan kepada hampir 8,700 clients meliputi 6,698 orang warga emas dan 1,998 OKU.

Jadi, ia bukan hanya untuk warga emas sahaja.

Atas menzahirkan penghargaan terhadap mereka, sukarelawan KBDR ini diberi sagu hati oleh KPWKM RM400 sebulan sekiranya mereka mencapai KPI yang ditetapkan, memberi perkhidmatan sekurang-kurangnya kepada empat orang clients sebulan, dua jam per sesi per client dengan jumlah minimum empat sesi sebulan.

Tadi Yang Berhormat menyentuh mengenai pondok-pondok itu. Kalau dari segi aktiviti, kita tidak mengehadkan.

draft • 11:10 AM

Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri

Mereka boleh menggunakan Komuniti Rukun Rumah Tangga– Rukun Tetangga, dewan serba guna, pondok-pondok. Kalau aktiviti itu untuk membantu mereka. Jadi, kerana ini ialah salah satu daripada cara untuk mereka mengongsikan ilmu mereka dengan warga emas ataupun bersama mereka sendiri. Banyak program kesihatan juga yang dianjurkan oleh sesama mereka dan mereka memohon daripada kita dari segi peruntukan, ya. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman, Kuala Krai.

draft • 11:20 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua.

Menoreh getah tiada upaya, Musim tengkujuh bakal tiba, Nombor enam soalan saya, Jawapan Menteri sangat didamba. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

6. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan:

(i) tindakan kementerian bagi mengawal penyakit pestalotiopsis yang memberi kesan buruk kepada pengeluaran susu getah dan apakah cara untuk memastikan kos rawatannya tidak membebankan penoreh; dan

(ii) langkah yang diambil bagi memastikan harga getah dapat ditingkatkan sesuai dengan kenaikan kos sara hidup pada hari ini.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Siti Aminah binti Aching

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krai.

Kerajaan mengambil maklum dan sentiasa melaksanakan pemantauan yang rapi berhubung penyakit luruhan daun pestalotiopsis (LDP) yang boleh memberikan kesan kepada pengeluaran getah negara.

Justeru, kementerian melalui Lembaga Getah Malaysia (LGM) sedang melaksanakan langkah kawalan LDP dengan butiran maklumat seperti berikut. Yang pertama, kos semburan adalah ditanggung oleh kerajaan dan jumlah peruntukan yang diluluskan bagi kawalan penyakit LDP adalah sebanyak RM14.93 juta dan keluasan kawalan yang diluluskan adalah sebanyak 13,021 hektar.

Bagi Semenanjung, kawalan ini meliputi ladang getah terselia dengan keluasan melebihi 40 hektar, lokasi hak milik agensi kerajaan, rancangan tanah agensi kerajaan, anak syarikat agensi kerajaan, mini estet agensi kerajaan, ladang getah milik syarikat swasta dan juga ladang hutan getah kelolaan syarikat swasta.

Manakala, bagi wilayah Sabah dan Sarawak pula, kawalan ini meliputi kawasan sama seperti yang telah dinyatakan. Namun, terdapat tambahan kawasan seperti kebun, ladang milik persendirian dan pekebun-pekebun kecil persendirian yang dikendalikan di bawah pekebun, di bawah agensi-agensi kerajaan. Sehingga 18 November 2023, bagi kawalan LDP Siri 1 8/10 Kawasan FELDA telah dilaksanakan tiga pusingan semburan dan 2/10 kawasan FELDA sedang dalam proses tuntutan bayaran.

Selain itu, 8/8 kawasan FELCRA sedang dalam proses tiga semburan. Manakala, semua kawasan wilayah Sabah dan Sarawak akan memulakan semburan pada tahun 2024.

Bagi kawalan LDP Siri 2 pula, semua lapan kawasan telah diluluskan dan akan mula melaksanakan semburan pada tahun 2024.

Bagi langkah untuk meningkatkan harga getah, kerajaan sentiasa memahami dan mengambil maklum terhadap kegusaran rakyat berhubung isu ketidaktentuan harga getah

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Siti Aminah binti Aching

dan harga yang rendah di pasaran tempatan. Sebagai makluman, harga getah adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor terutamanya penawaran dan permintaan getah dunia.

Intervensi daripada kerajaan adalah tidak mudah dan pada tahap yang minimum kerana industri getah negara adalah berorientasikan eksport dan pengeluaran negara juga adalah hanya sekitar 3.3 peratus dari jumlah pengeluaran dunia.

Namun, kerajaan akan terus giat membantu pekebun kecil yang terkesan akibat penurunan dan ketidakstabilan harga getah di pasaran. Oleh itu, kerajaan akan berusaha untuk membantu meningkatkan harga getah dengan melaksanakan langkah-langkah seperti berikut.

Di peringkat antarabangsa, Malaysia berhubung - bekerjasama dengan negara- negara pengeluar getah utama dunia di bawah kerangka International Tripartite Rubber Council (ITRC) dan The Association of Natural Rubber Producing Countries dalam menstabilkan harga getah melalui langkah pengurusan bekalan dan meningkatkan penggunaan getah asli di kalangan negara-negara pengeluar.

Pengenalan mekanisme harga getah untuk kesinambungan kehidupan pekebun kecil antarabangsa adalah dalam – di peringkat antarabangsa adalah dalam peringkat cadangan bagi memberikan manfaat kepada pekebun kecil. Usaha ini adalah untuk membenarkan harga getah asli berada dalam julat harga yang telah ditetapkan untuk mengurangkan ketidaktentuan harga getah dunia.

Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kuala Krai.

draft • 11:20 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan.

Menurut Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), berlaku penurunan pengeluaran getah asli Malaysia. Misalnya, untuk bulan Julai, turun 4.5 peratus kepada 28,533 tan pada bulan Julai 2023 daripada 29,867 tan yang dicatatkan pada Jun 2023.

Soalan saya, apakah faktor utama penurunan hasil ini dan adakah ini bermakna kekurangan minat kepada pekebun kecil dan penoreh getah untuk terus berada di bidang ini?

Apakah bentuk bantuan dana untuk membantu Koperasi Pekebun Kecil (KPK) membeli lebih banyak getah untuk dijual memandangkan rata-rata KPK tidak mampu bersaing dengan syarikat swasta?

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Siti Aminah binti Aching

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Kerajaan melalui LGM telah melaksanakan projek TARGET melalui konsep Koperasi Pekebun dan Pengusaha Ladang Getah Tempatan untuk meningkatkan pendapatan pekebun getah – kecil getah dengan cara memendekkan rangkaian bekalan (supply chain) dengan melibatkan pekebun dan rantaian industri getah (integrasi menegak).

Di peringkat dana, projek ini dijangka dapat menambah nilai getah, memberi pulangan dan pendapatan yang lebih baik kepada pekebun kecil getah. Jadi, sehingga pada

draft • 11:20 AM

Datuk Siti Aminah binti Aching

bulan Ogos 2023, peserta program TARGET telah melepasi fasa inkubator dan peringkat seterusnya adalah pemantauan bagi proses pembukaan pusat pengumpulan getah di lokasi yang bersesuaian.

Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tampin.

draft • 11:20 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Tan Sri. Selamat kembali, Timbalan Menteri. Semoga sihat selalu. Penyakit luruhan daun pokok getah mula dikesan pada tahun 2017 dan saya difahamkan Jawatankuasa Pestalotiopsis peringkat kebangsaan juga telah dibentuk bagi menyelaras tindakan secara menyeluruh untuk mengawal penyakit berkenaan.

Persoalan saya, sejauh manakah peranan yang telah dimainkan oleh jawatankuasa tersebut bagi membantu pekebun kecil untuk mengawal dan menghapuskan jangkitan berkenaan? Apakah perkembangan semasa mengenai usaha yang dilakukan oleh kementerian menerusi kajian teknologi genom bagi memastikan klon getah tahan serangan penyakit? Kerana klon getah pada hari ini mengakibatkan antara faktor pekebun kecil tidak lagi minat untuk mengekalkan tanaman getah ini.

Terima kasih, Tan Sri.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Siti Aminah binti Aching

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Okey.

Kita,untuk kita mengatasi masalah apa nama ini, penyakit ini adalah pertama, kita mengadakan semburan ya. Semburan racun untuk mengelakkan daripada terkena ataupun untuk menghadapi jangkitan penyakit ini.

Juga, mengenai dengan kesan ataupun kesan daripada yang kita buat semburan itu, sebenarnya kita masih lagi dalam penyelidikan sehingga kini. Tapi, insya-Allah, mungkin dalam beberapa masa akan datang, kita akan dapat lihat keberkesanannya.

Terima kasih, YB.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Dato’ Ramanan Ramakrishnan, Sungai Buloh.

draft • 11:20 AM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan Sungai Buloh soalan nombor tujuh.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:20 AM

7. Dato' Ramanan Ramakrishnan [Sungai Buloh] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan apakah perancangan dari pihak kementerian mengenai program-program pembangunan dan pemantapan usahawan digital.

draft • 11:20 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah melaksanakan beberapa inisiatif yang memberi fokus kepada usaha-usaha untuk mendigitalisasikan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui program-program seperti berikut.

Yang pertama, membangunkan platform MyMall yang menyediakan ruang pemasaran dalam talian secara percuma bagi produk ataupun perkhidmatan yang ditawarkan

draft • 11:20 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

oleh PMKS. Setakat ini, jumlah merchants yang berdaftar dengan platform ini adalah sebanyak 1,277 dan telah menjana jualan sebanyak RM2.77 juta.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan

draft • 11:20 AM

Mesyuarat] Datuk Ewon Benedick

Yang kedua, menawarkan Skim Pembiayaan Online TEKUN melalui TEKUN Nasional yang bertujuan untuk menyediakan modal pembiayaan kepada usahawan yang menjalankan perniagaan secara talian. Sejak dilaksanakan, setakat hari ini, sebanyak 779 usahawan telah mendapat manfaat daripada skim ini melibatkan jumlah pembiayaan sehingga RM5.9 juta.

draft • 11:20 AM

Mesyuarat] Datuk Ewon Benedick

Ketiga, memperkenalkan Skim SME Technology Transformation Fund melalui SME Bank yang menyediakan pembiayaan kepada PMKS untuk meningkatkan penggunaan digital dalam operasi perniagaan. Setakat hari ini, sebanyak 261 syarikat telah menerima manfaat skim ini melibatkan pembiayaan sebanyak RM301.15 juta.

Keempat, melaksanakan Program Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil yang bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan mengenai pendigitalan perniagaan kepada penjaja dan peniaga kecil, yang mana sebanyak lapan siri program telah dilaksanakan melibatkan sebanyak 1,728 orang peserta daripada kalangan penjaja dan peniaga kecil.

Kelima, melaksanakan Program Transformasi Teknologi dan Digitalisasi Koperasi.

Bertujuan untuk memberi pendedahan kepada koperasi ke arah penggunaan teknologi dan digitalisasi dalam tadbir urus dan aktiviti koperasi, di mana tiga siri program dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah diadakan melibatkan jumlah peserta keseluruhannya 104 peserta daripada pelbagai koperasi.

Keenam, melaksanakan Program Memperkasakan Digitalisasi Koperasi melalui Institut Koperasi Malaysia yang bertujuan menggalakkan koperasi menggunakan pemasaran digital, di mana setakat ini 30 program telah diadakan, melibatkan 2,093 orang peserta daripada pelbagai koperasi. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Sungai Buloh.

draft • 11:30 AM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Berdasarkan data rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana

(PMKS) yang berdaftar di Malaysia pada tahun lalu menurun kepada 1.17 juta, berbanding dengan 1.23 juta pada tahun 2021.

Penurunan sebanyak 52,893 PMKS pada tahun 2022 berbanding dengan 2021 ini adalah didorong oleh pelbagai faktor seperti kesan daripada pandemik COVID-19 terhadap perniagaan, peningkatan kadar inflasi, kenaikan harga barang dan kos operasi yang memberi kesan kepada kelangsungan peniagaan PMKS di negara ini.

draft • 11:30 AM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

Dengan wujudnya bantuan teknologi digitalisation, Sungai Buloh berharap ramai PMKS akan beralih kepada pendigitalan untuk memaksimakan potensi perniagaan. Dalam konteks ini, soalan tambahan saya, apakah antara cabaran utama yang dihadapi oleh usahawan digital di negara ini dan bagaimanakah program-program yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri ini akan mengatasinya untuk menjamin masa depan rakyat usahawan yang lebih cerah? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:30 AM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju dengan pemerhatian Yang Berhormat tentang beberapa observation yang telah dinyatakan, termasuk cabaran-cabaran yang menyebabkan berlakunya penurunan PMKS yang menjalankan perniagaan.

Tetapi dalam masa yang sama, terdapat juga PMKS yang telah beralih daripada perusahaan mikro kepada perusahaan kecil kepada perusahaan sederhana. Menyebut tentang cabaran ini, kita akui hampir kebanyakan PMKS di negara kita ini mengeluarkan produk ataupun perkhidmatan yang sama dan mereka bersaing sesama mereka sendiri untuk memberi yang terbaik.

Di peringkat kementerian, kita mempunyai agensi seperti Institut Keusahawanan Negara misalnya, yang membantu PMKS kita ini. Antara lainnya untuk membangunkan produk yang lebih berkualiti, terutama dari segi pelabelan dan juga dari segi kaedah pemasaran.

Itu sebab kita menyediakan platform MyMall supaya kita dapat membantu usahawan PMKS ini untuk beralih daripada perusahaan secara tradisi, berjual secara fizikal kepada menjual produk dan perkhidmatan mereka secara online. Itulah antara fokus yang diberikan oleh kementerian.

Sebagai makluman Yang Berhormat juga seperti yang kita maklum, banyak agensi yang terlibat dengan pembangunan keusahawanan ini. Kementerian Komunikasi dan Digital melalui MDEC misalnya. Begitu juga dengan Kementerian Kemajuan Wilayah dan Desa tentang Program eUsahawan Desa misalnya. Dana pinjaman daripada Bank Negara Malaysia untuk menggalakkan peningkatan produktiviti perniagaan melalui automasi dan pendigitalan.

Itu antara lainnya inisiatif yang disediakan oleh kerajaan untuk membangunkan lagi usahawan-usahawan PMKS kita ini menggunakan platform pendigitalan sebagai salah satu platform pemasaran yang lebih penting, lebih efektif pada ketika ini dan dalam masa yang sama, digunakan sebagai sebahagian operasi perniagaan mereka. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Bagan Serai.

draft • 11:30 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, terima kasih kepada Dato’ Speaker. Bagaimana pula perancangan yang dibuat untuk digitalisasi untuk usahawan di dalam koperasi pertanian.

draft • 11:30 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Apakah status terkini adaptasi soal digital di dalam koperasi pertanian supaya selari dengan era digital? Kita mengharapkan supaya pertanian ini diaktifkan juga dengan bersama- sama dengan era digital ini. Terima kasih kepada Tuan Speaker.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:30 AM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Yang Berhormat. Sepertimana saya katakan tadi, terkait dengan koperasi ini sama ada ia koperasi pertanian atau apa juga sektor yang dilaksanakan oleh koperasi-koperasi ini kita mempunyai program khas iaitu Program Transformasi Teknologi dan Digitalisasi Koperasi dan juga Program Memperkasakan Digitalisasi Koperasi yang dilaksanakan oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan juga Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Terkait dengan koperasi pertanian itu, saya akan balik semak datanya dan akan bagi maklum balas bertulis kepada Yang Berhormat tetapi saya bersetuju kita galakkan dan kita alu-alukan mana-mana penyertaan koperasi bersifat aktiviti pertanian ini, yang boleh menyumbang kepada keterjaminan makanan kita untuk juga mengambil bahagian dalam proses digitalisasi ini.

Kalau Yang Berhormat, saya jemput untuk melawat Institut Koperasi Malaysia

(IKMa). Di mana, mereka boleh memantau pertumbuhan dan juga progress penanaman yang dilaksanakan oleh koperasi, yang berada di jauh daripada pejabat IKMa, di lapangan di kampung. Yang itu saya jemput Yang Berhormat melawat IKMa dan dapat gambaran teknologi yang ada di IKMa, yang kita boleh alu-alukan penyertaan daripada koperasi- koperasi untuk adopt teknologi yang ada ini. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut saya mempersilakan Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Yang Berhormat Kota Bharu.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Soalan saya nombor lapan.

draft • 11:30 AM

8. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) apakah skop dan tahap yang digunakan oleh kerajaan bagi menentukan sesuatu perkara itu tergolong atau tidak dalam konsep 3R; dan

(b) adakah kerajaan bercadang untuk menggubal undang-undang khusus berkaitan perkara 3R yang dimaksudkan ini.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Bismillahi Rahmani Rahim, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat. Menjawab soalan ini, dalam konteks siasatan yang dijalankan oleh PDRM, 3R merujuk kepada isu-isu berkaitan dengan Institusi Diraja khususnya ruler, agama atau kaum.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Kerajaan melalui PDRM berpandu kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang lain yang berkuat kuasa khususnya, seperti Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebagai contoh, dari segi Perlembagaan Persekutuan, kebebasan untuk bersuara telah delimitasi oleh Perkara 10 fasal 2 di bawah Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan turut menekankan tentang kebebasan beragama dan aspek keharmonian dalam agama melalui Perkara 3(1), Yang Berhormat arif tentang ini dan Perkara 11.

Manakala, institusi Diraja pula telah diangkat tinggi melalui Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dan isu-isu mengenai hak keistimewaan dan prerogatif telah ditekan menurut Perkara 152, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Di bawah Akta Hasutan 1948, [Akta 15] pula sebarang perbuatan atau kenyataan yang mempunyai kecenderungan menghasut merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 4 dan seksyen 3(1) akta yang sama telah menyenaraikan perkara-perkara yang dikategori sebagai kecenderungan menghasut.

Walau bagaimanapun, seksyen 3(2) akta yang sama telah diberi limitasi bahawa suatu perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain tidak boleh disifatkan sebagai menghasut seperti mana termaktub di bawah Akta Hasutan 1948.

Untuk makluman Yang Berhormat, manakala di Akta Hasutan 1948 tidak menyatakan secara khusus bahawa penghinaan terhadap agama sebagai salah satu elemen kecenderungan menghasut di bawah seksyen 3. Justeru, sebarang perbuatan atau perkataan yang boleh mencetuskan ketidakharmonian agama akan disiasat dalam konteks seksyen 298 dan seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Selain itu, seksyen 503 Kanun Keseksaan telah memperuntukkan kesalahan bagi kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam. Secara spesifik, seksyen 505(C) Kanun Keseksaan adalah berkaitan kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum, melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain.

Ini bermakna, apa-apa perbuatan, kenyataan, hantaran, ucapan, terbitan dan seumpamanya yang bertentangan dengan undang-undang yang dinyatakan tadi adalah tidak dibenarkan. Jika ia menyentuh isu-isu 3R dan siasatan boleh dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada seperti yang dinyatakan.

Bagi menjawab soalan B Yang Berhormat, buat masa ini kementerian berpandangan bahawa akta-akta sedia ada sudah mencukupi bagi mengawal selia isu 3R dan tidak merancang untuk menggubal akta khusus berkaitan dengan perkara 3R yang dimaksudkan.

Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kota Bharu, soalan tambahan.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Dato' Yang di- Pertua, terima kasih sahabat saya Timbalan Menteri. Saya mengandaikan Menteri yang akan datang menjawab. Tidak apa, Yang Berhormat pun bekas Menteri. Yang Berhormat, dalam

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

membicarakan tentang kedaulatan undang-undang atau rule of law, salah satu elemen yang penting adalah no punishment without law. Tidak boleh dijalankan satu-satu hukuman tanpa undang-undang yang khusus.

Oleh sebab itu saya masih menekankan perlu undang-undang khusus. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah sekarang ini sudah ada satu SOP, Standard Operating Procedure atau lebih lagi, khusus lagi Perintah Tetap Ketua Polis Negara, IGSO, Inspector General Standing Order yang boleh digunakan atau sedang digunakan oleh KDN untuk mengendalikan siasatan kes-kes yang diklasifikasikan sebagai kes berunsur 3R ini. Apakah SOP ini termasuk menangkap suspek pada pukul 3 pagi sebelum ianya dihadapkan ke mahkamah sebagaimana yang berlaku pada bulan Julai yang lalu terhadap Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Kedah?

Yang mengejutkan kita ialah, apakah kes-kes yang seumpama ini tidak melibatkan Ketua Polis Negara kerana satu laporan yang berkaitan dengan kes tersebut disebut, “Ketua Polis Negara mengatakan Sanusi didakwa, saya belum tahu lagi”. Ini keadaan yang berlaku dalam kes yang khusus itu. Jadi saya nak tahu, apakah prosedur yang sedang digunakan untuk menyiasat kes ini yang baru saja sebenarnya dibangkitkan oleh Menteri Dalam Negeri sekitar bulan Jun yang lalu. Parti politik jangan sentuh isu 3R. Itu yang pertama.

Kedua soalan saya, saya merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri bertarikh 23 Oktober 2023 di dalam Parlimen lalu. Beliau mengatakan, “Sebanyak 104 kertas siasatan ataupun investigation paper atas isu 3R ini daripada kedua-dua belah pihak, belah kerajaan dan juga belah pembangkang telah dibuka”. Saya nak tahu, apakah status siasatan ini? Saya tidak berhasrat untuk mendengar Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab sebagaimana Menteri. Siasatan telah dihantar kepada AGC. AGC adalah satu agensi yang meneliti, menyiasat dan suruh membuat keputusan hasil siasatan pihak polis.

Jadi kalau siasatan pihak polis tidak lengkap, AGC tidak boleh buat apa-apa. Jabatan Peguam Negara tidak boleh buat apa-apa. Saya nak tahu apakah status 104 IP yang telah dikatakan telah dibuka dalam kes melibatkan 3R ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apa pun, siasatan yang dijalankan oleh PDRM mengikut SOP dan peraturan- peraturan yang ditetapkan dan berasaskan undang-undang sedia ada, sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Kita bersikap adil, telus dan melaksanakan mengikut peraturan ditetapkan.

Saya nak sebut bahawa, berdasarkan rekod kita, daripada yang disebut oleh Yang Berhormat tadi 104 kes yang ada, 60 kes telah selesai disiasat, 44 kes dalam siasatan.

Secara terperincinya kalau boleh saya sebut rules ada 47 kes yang berkaitan dengan isu agama ini, terdapat 30 kes dan satu lagi ialah – 27 kes.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Saya nak sebut bahawa sebenarnya kalau kita lihat daripada fakta yang kita ada, di bawah Akta Hasutan sahaja. Ini fakta ya, daripada tahun 2010 sehingga 2023, sehingga September 2023, maknanya selama 13 tahun, fakta kita daripada 960 kes yang dibuka, hanya 19 sahaja yang dituduh.

Ini menunjukkan bahawa kita benar-benar telus dan tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan kepada mana-mana pihak. Tindakan yang diambil berlandaskan undang-undang yang sedia ada, yang mana menunjukkan bahawa kita telus dan bertanggungjawab ke atas perkara tersebut. Ini fakta yang kita ada. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan yang berikutnya, Yang Berhormat Tenggara.

draft • 11:40 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih Dato' Timbalan Speaker.

Soalan tambahan saya, kalau dah dinyatakan tadi itu seolah-olahnya macam tidak mahu untuk memperkenalkan undang-undang khusus berkaitan dengan 3R ini sedangkan keadaan di bawah ini, masyarakat dan rakyat menjadi bimbang, takut, keliru dan sebagainya.

Apakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan satu garis panduan berkaitan dengan 3R ini? Satu lagi ialah garis panduan yang telah ada ini atau pun mungkin diadakan nanti perlulah sewajarnya dicadangkan untuk diketengahkan di peringkat-peringkat media, diuar-uarkan supaya rakyat yang keliru dan bimbang itu boleh diberi penjelasan sedikit.

Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara atas soalan tadi. Apa pun saya percaya apa yang terkandung dalam Akta Hasutan 1948 itu cukup jelas yang telah menggariskan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan, menyentuh tentang perkara ini. Berkaitan dengan 3R ini juga kita juga melaksanakan tanggungjawab berasaskan juga undang-undang yang ada di bawah Kanun Keseksaan dan juga Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sebagaimana disebut.

Saya nak sebut bahawa bukan semua perkara berkaitan dengan 3R adalah dilarang, selagi ia tidak menyalahi dan melanggar peraturan-peraturan yang saya tetapkan tadi.

Maknanya jika perkara-perkara menyentuh mengenai 3R tidak menyalahi peraturan itu, ia tidak menjadi kesalahan.

Dalam hal ini, sekiranya mana-mana pihak yang tidak memahami perkara 3R ini secara sepenuhnya, maka pendekatan yang sepatutnya diambil, lebih baik, tidak membicarakan perkara-perkara 3R ini secara terbuka hingga mengundang rasa tidak selesa kepada pihak lain. Fitrahnya definisi 3R dalam acuan negara kita adalah sangat meluas dan untuk mengehadkan pemakaian kepada limitasi garis panduan hanya akan membuka ruang dan peluang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk mengeksploitasi batas-batas yang digariskan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, dalam isu 3R ini juga, tindakan-tindakan yang dilaksanakan oleh PDRM sebenarnya sengaja dibesar-besarkan seolah-olah seperti sengaja pihak

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

kerajaan atau PDRM menggertak atau menakut-nakutkan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Ini adalah semata-mata dilakukan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak baik berleluasa hingga tidak terkawal dan boleh mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam. Sebab itu tindakan diambil oleh polis untuk menghindar perkara- perkara ini berlaku. Saya sebut tadi bahawa PDRM tetap melaksanakan amanah dan tanggungjawab berlandaskan undang-undang yang kita tetapkan dan tidak lebih daripada itu.

Sekiranya mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa, oleh polis, boleh menggunakan saluran-saluran berkaitan untuk membuat aduan salah laku pihak polis. Disediakan misalnya melalui IPCC dan sebagainya.

Maknanya, jika tidak berpuas hati dengan tindakan pihak polis, boleh buat aduan di saluran- saluran yang kita tetapkan. Ini menunjukkan bahawa kita bertindak adil bagi menjamin keselamatan pihak awam dalam negara ini. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kita seterusnya ke soalan nombor sembilan. Dipersilakan Dato Anyi Ngau, Yang Berhormat Baram.

draft • 11:50 AM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Soalan saya, soalan nombor sembilan.

draft • 11:50 AM

9. Dato Anyi Ngau [Baram] minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah sekolah- sekolah daif di kawasan Baram serta senaraikan sekolah-sekolah daif yang telah siap dan sedang diperbaiki. Nyatakan jumlah peruntukan yang telah dilulus dan dibelanjakan sehingga sekarang.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih. Kementerian Pendidikan Malaysia komited dalam menyediakan infrastruktur pendidikan yang selamat dan kondusif untuk kegunaan murid dan warga sekolah di seluruh negara.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, khusus di Parlimen Baram terdapat 24 buah sekolah yang mempunyai bangunan daif. KPM telah diluluskan 20 projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah dengan kos sebanyak RM204.25 juta. Sehingga 14 November 2023, status terkini pelaksanaan projek adalah lapan projek telah siap, tiga projek dalam pembinaan dan sembilan projek diperingkat pra bina.

Seperti yang diminta oleh Yang Berhormat, senarai lapan projek yang telah siap adalah SK Sungai Bong, SJK(C) Hua Kwong, SK Poyut, SMK Long Lama, SMK Marudi, SK Long Laput, SK Sungai Buri dan SK Bario. Manakala, tiga buah projek dalam pembinaan adalah SK Long Lapok, SK Beluru Central dan SK Long Pelutan.

Kesemua projek telah dilaksanakan kerja. Yang sembilan projek pra bina, kesemua projek telah dilaksanakan kerja awalan iaitu kerja ukur dan siasatan tanah. Daripada jumlah peruntukkan yang telah diluluskan sehingga 14 November 2023, sebanyak RM112.35 juta telah dibelanjakan bagi pembinaan semula bangunan daif di sekolah di Parlimen Baram.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Terdapat empat buah sekolah di Parlimen Baram yang mempunyai bangunan daif sedang diteliti untuk perancangan pembangunan semula. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Baram.

draft • 11:50 AM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Dato’ Pengerusi dan terima kasih Timbalan Menteri. Saya mendengar dengan teliti dan sangat berminat dengan jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya ucapkan banyak terima kasih kerana menyenaraikan sekolah-sekolah yang siap ini.

Namun, di kawasan Baram terdapat hampir 80 lebih sekolah rendah termasuk sekolah menengah dan saya difahamkan pada dua, tiga tahun yang lepas bahawa separuh daripada sekolah ini adalah dalam keadaan daif.

Saya mohon penjelasan atau pencerahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menyenaraikan sekolah-sekolah daif yang akan dilaksanakan ataupun yang akan dibaik pulih dalam tahun ini sebab saya percaya daripada 20 sekolah yang telah disenaraikan itu, mungkin ada lagi hampir 60 sekolah lagi yang mungkin memerlukan tindakan segera daripada pihak kementerian. Mohon senaraikan sekolah yang akan, yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat khususnya tahun akan datang. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:50 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Dato’ dan juga Yang Berhormat. Di kawasan Baram tadi saya telah katakan ada sembilan dalam status pra bina. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tarikh jangka siap projek adalah tertakluk kepada skop yang berbeza-beza bagi setiap projek. Tempoh masa projek siap akan dikira selepas Surat Setuju Terima dikeluarkan kepada kontraktor.

Antara sembilan projek pembinaan semula bangunan daif di kawasan Baram adalah SK Sungai Bakas yang kita akan jangka selewat-lewatnya Disember 2023 akan keluarkan surat SST. Bagi SK Batu Bungan akan dikeluarkan SST Mac 2024. SK Long Bedian juga Mac 2024. SK Long Loyang sama pada Mac 2024. Juga SK Sungai Entulang dan SK Morek dan juga SK Long Teran Kanan, SK Long Panai. SK Poyut, yang itu lewat sedikit di Jun 2024.

Yang itu adalah jangkaan kita. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Akhir Yang Berhormat Jerlun.

draft • 11:50 AM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Menyentuh tentang isu sekolah daif, bukan setakat berlaku di Baram. Bahkan, di seluruh negeri-negeri di Malaysia. Persoalan saya, setelah kerajaan menyedari wujudnya sekolah-sekolah daif ini pada setiap tahun, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu blueprint yang mengandungi tentang garis masa untuk diselesaikan, yang mengandungi kos pembaikan dalam satu tempoh sehingga habis penggal pilihan raya ini.

Yang kedua, pada Julai 2023 yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM300 ribu untuk pembaikan sekolah-sekolah

draft • 11:50 AM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

daif dalam negeri Kedah. Saya pohon Yang Berhormat Timbalan Menteri senaraikan berapa buah sekolah yang telah diumumkan pembaikan RM300 ribu tadi, yang telah pun berjaya dibaik pulih. Sekian.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:50 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Ya, memang kita ada rancangan untuk semua sekolah yang dalam keadaan daif iaitu skala enam dan skala tujuh memang kita tidak akan digunakan sebab isu keselamatan.

Selagi sekolah-sekolah telah diumumkan atau dikenal pasti adalah dalam skala enam dan skala tujuh. Kita memang akan dalam rancangan kita sama ada merobohkan dan membangunkan semula. Tetapi sebab kerana bilangan memang banyak terutamanya di negeri Sabah dan Sarawak. Semua ada dalam rancangan.

Jadi, saya akan berikan jawapan bertulis tentang sekolah-sekolah yang diminta oleh Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan yang kesepuluh, Datuk Wan Saiful bin Wan Jan, Tasek Gelugor.

Yang Berhormat Tasek Gelugor, satu. Yang Berhormat Tasek Gelugor, dua. Yang Berhormat Tasek Gelugor, tiga. Tidak ada dalam Dewan. Saya ke soalan yang kesebelas.

draft • 11:50 AM

[Soalan No. 10 – YB. Datuk Wan Saiful bin Wan Jan (Tasek Gelugor) tidak hadir]

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya boleh menjawab soalan nombor sepuluh.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Yang Berhormat...

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tapi tidak ada yang bertanya.

[Ketawa]

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dato’ Verdon bin Bahanda, Yang Berhormat Kudat.

draft • 11:50 AM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tan Sri, Dato’ Yang di-Pertua. Minta, hendak bagi penjelasan sedikit tentang Tasek Gelugor. Dia sudah bagi tahu dekat – apa ini, kata dia tidak boleh hadir sebab ada emergency, isteri dia kena masuk hospital. Dia cancel. Dia bagi tahu sudah.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat Pendang. Saya sekadar untuk memastikan rekod berada. Baik, terima kasih.

Dipersilakan Dato’ Verdon bin Bahanda, Yang Berhormat Kudat.

draft • 11:50 AM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 11.

draft • 11:50 AM

11. Dato' Verdon bin Bahanda [Kudat] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan jenis bantuan dan sokongan perniagaan serta jumlah bantuan atau sokongan khusus kepada pengusaha dan koperasi di negeri Sabah.

draft • 11:50 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Tuan yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui agensi-agensinya telah menyediakan pelbagai bantuan dan sokongan perniagaan kepada usahawan perusahaan mikro kecil dan sederhana PMKS dan gerakan koperasi di negeri Sabah sepanjang tahun 2023 ini iaitu seperti berikut:

(i) Amanah Ikhtiar Malaysia telah menyalurkan pembiayaan sebanyak RM195.2 juta kepada seramai 31,828 orang Sahabat Usahawan;

draft • 11:50 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

(ii) TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan mikro sebanyak RM121 juta kepada 5,468 orang usahawan;

(iii) Bank Rakyat telah menyalurkan pembiayaan sebanyak RM164 juta kepada 355 usahawan; dan

(iv) SME Bank telah menyalurkan pembiayaan sebanyak RM127.5 juta kepada 98 orang usahawan.

Kelima, di bawah SME Corp telah melaksanakan pelbagai program pembangunan usahawan seperti berikut:

(i) Tunas Usahawan Bumiputera Enterprise (TUBE), 244 usahawan muda telah mendapat geran sebanyak RM3.66 juta;

(ii) Bumiputera Enterprise Enhancement Programme (BEEP), 10 syarikat dengan pembiayaan geran RM2.08 juta;

(iii) sijil PMKS, 1,052 syarikat telah mendapat sijil ini;

(iv) BizMe-Micro Connector, 108 usahawan telah mendapat geran sebanyak RM320,000;

(v) Program Go Global, satu syarikat;

(vi) Program Galakan Eksport Bumiputera, empat syarikat ataupun usahawan; dan

(vii) program terbaru yang kita lancarkan pada 1 Oktober yang lepas iaitu BEEP Plus, geran khas untuk usahawan Sabah dan Sarawak di mana RM5 juta peruntukan telah disediakan bagi Sabah sahaja dan setakat ini kita telah menerima permohonan 20 syarikat usahawan bumiputera Sabah. Di bawah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), kita telah melaksanakan 39 program bimbingan dan konsultasi kepada 1,402 orang usahawan.

Bagi gerakan koperasi pula bantuan dan sokongan yang telah diberikan adalah seperti berikut - Pertama, sebanyak lima koperasi telah menerima dana berjumlah RM458,500 di bawah Program Pembangunan Perniagaan melalui koperasi dan Program Dagang Produk dan Perkhidmatan Koperasi Atas Talian di mana salah satu koperasinya daripada Parlimen Kudat.

draft • 12:00 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Yang kedua, sebanyak lapan koperasi telah menerima pembiayaan sebanyak RM30.74 juta di bawah Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Yang ketiga, sebanyak 46 kursus bimbingan kepada anggota koperasi telah dilaksanakan oleh Institut Koperasi Malaysia dengan penyertaan seramai 4,497 anggota koperasi. Kita juga telah menganjurkan Hari Koperasi Negara di Sabah, kita akan menganjurkan sambutan Hari Penjaja Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan pada 7 hingga 9 Disember 2023 ini yang akan dirasmikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya jemput Yang Berhormat juga hadir.

Selain itu, kita juga mengadakan Jualan Madani Koperasi telah dilaksanakan 16 program setakat ini melibatkan peruntukan sebanyak RM161,000. Pada tahun hadapan kita juga akan mengadakan ataupun melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi Koperasi Pelancongan dengan dana sebanyak RM2 juta. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Kudat.

draft • 12:00 PM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya adalah berkenaan dengan keperluan belia. Sebab saya nampak usaha-usaha ini sangat general dan mohon kementerian untuk menyatakan apakah usaha-usaha kementerian untuk menggalakkan belia-belia menceburkan diri dalam perniagaan terutama sekali untuk penubuhan-penubuhan koperasi di peringkat daerah dan juga terutama sekali di kawasan-kawasan luar bandar. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana saya katakan tadi, kita ada satu program khas di bawah SME Corp yang kita panggil Tunas Usahawan Bumiputera Enterprise (TUBE). Ianya untuk usahawan muda, usahawan belia yang kita akan berikan geran sebanyak ‘RM30’, kita telah naikkan daripada RM15,000 kepada jumlah maksimum RM30,000 bermula pada tahun ini.

Dengan demikian kita berharap penyertaan belia termasuk daripada Sabah dan teristimewa daripada Kudat untuk memohon pembiayaan ini. Salah satu usahawan yang berjaya di bawah program ini adalah daripada Daerah Kudat sebenarnya yang menyatakan hasil jualan beliau sudah menjangkau tujuh angka kalau selepas beliau mengikuti program dan menerima geran daripada BEEP ini.

Selain daripada itu, kita juga telah mempermudahkan penubuhan koperasi dengan keanggotaan minimum lima orang. Sekarang pun sudah boleh menubuhkan koperasi dan dengan demikian kita berharap penyertaan di kalangan golongan belia juga telah dapat kita perkasakan dengan minimumkan keanggotaan untuk menubuhkan koperasi.

Kita juga telah memohon peruntukan dan saya ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan kerana telah memberikan RM20 juta untuk projek Tamu Desa iaitu untuk kita membina infrastruktur perniagaan keusahawanan kecil khas untuk Sabah dan Sarawak yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan bajet. Saya berharap ini juga boleh menjadi tarikan kepada golongan belia di Sabah nanti untuk mengambil bahagian dalam aktiviti

draft • 12:00 PM

Datuk Ewon Benedick

ataupun gerakan keusahawanan dan banyak lagi sebenarnya program-program keusahawanan yang dilaksanakan oleh kementerian melalui agensi-agensi kita.

Besok adalah perbahasaan peringkat jawatankuasa dan saya fikir saya juga akan menyentuh tentang program-program ini pada hari besok. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kuala Krau.

draft • 12:00 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mungkin soalan saya tidak bersangkutan dengan Sabah ya. Cuma yang apa nak tanya apakah usaha yang dibuatkan oleh kementerian terhadap koperasi-koperasi yang telah mati. Ada tak usaha untuk menghidupkan balik koperasi-koperasi mati kerana ia telah mengeluarkan modal terlebih dahulu, tiba-tiba mati begitu tanpa ada tindakan kepada koperasi. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau sudah mati itu selalunya tidak adalah cara untuk kita hidupkan dia tetapi saya ambil itu istilah menggambarkan koperasi yang tidak aktif ataupun tidak beroperasi. Kita memberi ruang kepada koperasi-koperasi ini untuk tampil kepada kita. Dalam masa yang sama Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan juga Institut Koperasi Malaysia mengadakan pelbagai program bimbingan dan termasuklah menyediakan geran keusahawanan, tabung modal pusingan untuk koperasi-koperasi ini meneruskan perniagaan ataupun menghidupkan, mengaktifkan semula perniagaan mereka.

Cuma kita juga ambil kira, apa sebab dia mati ataupun tidak aktif. Kalau soal melibatkan pertikaian sesama ahli. Saya tidak nafikan banyak aduan sampai kepada saya melibatkan perkara yang sudah dibawa ke peringkat mahkamah misalnya. Yang ini agak sukar kerana ianya sudah dibawa ke tahap koperasi. Pada masa ini kita ada program- program sedia ada yang kita boleh laksanakan untuk membantu koperasi yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi dan sekiranya ada koperasi secara spesifik Yang Berhormat kenal pasti yang memerlukan bimbingan, bantuan daripada kementerian, minta Yang Berhormat berikan kepada saya ya. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dengan sedemikian tamatlah waktu soalan lisan. Yang Berhormat, sekarang tamat sesi untuk waktu Pertanyaan- pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 15 November 2023”.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:08 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada Yang Berhormat menyokong?

draft • 12:08 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya menyokong.

draft • 12:08 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:08 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya bangun di bawah 18(1). Usul ini ialah usul tertentu iaitu membincangkan dakwaan salah seorang calon pemenang Anugerah Belia Perdana Negara yang telah digugurkan pada saat terakhir.

Pemberian sama juga Jawatankuasa Pengesahan Pemenang ABPN turut mengumumkan tiada pemenang bagi dua kategori yang dipertandingkan iaitu Ikon Belia Influencer dan juga Ikon Belia Sanjungan Budi kerana tidak ada calon yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Jadi, perkara ini sedang dibincangkan dengan hangat di peringkat bawah, di social media di mana kerajaan telah pun, orang yang membuat dakwaan ini memaklumkan bahawa dia telah dipilih tetapi di saat terakhir telah digugurkan. Jadi, saya ingin perkara ini dibincangkan secara terbuka di bawah 18(1).

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat telah usulkan bila?

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Masuk pagi tadi. Jadi, saya tak – saya ingat Yang Berhormat tak sempat tengok.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Bila disampaikan?

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Pagi tadi. Sebelum ini.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar, ya. Baru?

Baik, saya semak sekejap, ya.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak sampai lagi?

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar. Saya tidak terima dan saya rasa benda, perkara tersebut berada di meja Yang di-Pertua.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey. Tidak apa, Yang Berhormat.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kalau dimasukkan akan dimaklumkan..

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Esok, esok saya bawakan sekali.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, terima kasih Yang Berhormat Arau.

draft • 12:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2024 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2024 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dan Anggaran Pembangunan 2024 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kelima] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 12:10 PM
Kepala B.24 [Jadual] – Kepala P.24 [Anggaran Pembangunan 2024] –

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Bentara. Kepala Bekalan B.24 dan Kepala Pembangunan P.24 di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri terbuka untuk dibahaskan.

Di dalam senarai yang dalam tangan saya, terdapat seramai 16 orang Yang Berhormat akan berbahas di peringkat Jawatankuasa. Senarai adalah seperti berikut - dimulai dengan Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Selayang dan akhirnya Yang Berhormat Kalabakan.

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Yang Berhormat Parit Sulong untuk membuka Majlis. Dipersilakan untuk berbahas.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih, Dato’ Pengerusi.

Saya terus saja bagi maksud Pembangunan 24, Butiran 99000 – Aeroangkasa. Nampak daripada butiran ini terdapat peningkatan peruntukan daripada RM53 juta ke RM56 juta. Jadi, ini menunjukkan bahawa kerajaan begitu komited untuk melaksanakan dan membangunkan lebih banyak teknologi dan ekosistem berkaitan industri aeroangkasa.

Saya juga percaya bahawa industri aeroangkasa berupaya untuk melonjakkan Malaysia sebagai negara yang berteknologi tinggi. Antara soalan-soalan yang saya nak bangkitkan pada pihak kementerian adalah nilai eksport industri aeroangkasa ini diunjurkan kepada RM23.76 bilion tahun ini. Saya nak - kementerian mungkin boleh kongsikan apakah perancangan dalam membangunkan hab ataupun kawasan industri yang berkaitan ataupun boleh bangunkan industri yang berkaitan dengan industri aeroangkasa? Sehingga hari ini berapa banyak kah perusahaan mikro kecil dan sederhana ataupun PMKS yang terlibat dengan industri aeroangkasa dan mungkin kementerian boleh kongsikan juga berapa banyak kerjasama dengan rakan industri berkaitan aeroangkasa?

Seterusnya, soalan saya adalah bagi memastikan ekosistem negara kita bersedia untuk menerima pelaburan masa hadapan dalam industri ini, sumber manusia berkemahiran tinggi memang sangat penting. Jadinya, apakah langkah kementerian bagi memangkin dan menyokong pembangunan tenaga mahir dalam industri aeroangkasa ini? Adakah terdapat kerjasama dengan kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Pendidikan Tinggi?

Seterusnya, dalam memastikan pembangunan industri aeroangkasa di negara ini berjaya, Malaysia perlu melihat kerjasama dengan rakan kongsi industri utama bagi memastikan peralihan pantas dan peningkatan skala dalam sektor pembuatan aeroangkasa dapat dicapai.

Jadi, bolehkah kementerian menyatakan pihak-pihak yang sedia ada bekerjasama dengan Malaysia seperti pihak-pihak lain yang dijangka akan melaksanakan kerjasama dengan Malaysia dalam membangunkan industri ini? Pada Mei yang lalu, Airbus melihat terdapat potensi pertumbuhan bagi kerjasama dengan Malaysia dalam melaksanakan inisiatif penyahkarbonan sektor aeroangkasa termasuk pengeluaran bahan api penerbangan mampan. Jadi, apakah status dia sekarang?

Seterusnya Butiran 00513 – E-Trade dibaca bersekali dengan B. 030700 – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Di bawah MATRADE terdapat banyak program padanan perniagaan dengan syarikat-syarikat Malaysia dengan pengimport asing. Soalan saya, bagaimanakah MATRADE membantu usahawan dan syarikat PKS yang berpotensi untuk mengeksport produk tapi belum mencapai keupayaan kuantiti?

Seterusnya, di bawah eTRADE pula saya ambil maklum yang kerajaan menyediakan dua insentif pada PKS yang ingin manfaatkan potensi perniagaan secara digital. Yang

draft • 12:13 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

pertama, melalui e-Commerce Onboarding Scheme, 5,000, digital marketing scheme for export, 20,000.

Cuma, apa yang saya nak bangkitkan saya tengok tak ada peningkatan langsung sejak 2019 sedangkan kos operasi pendigitalan pada hari ini meningkat berkali ganda.

Jadinya soalan saya, apakah perancangan kementerian dan adakah terdapat perancangan untuk meningkatkan peruntukan? Saya juga minta kementerian kongsikan jumlah PMKS yang telah dibantu melalui program ini dan berapa peratus kah daripada program tersebut adalah daripada golongan wanita?

Butiran 19599 - Halal Industry Development Corporation (HDC). Saya ambil maklum bahawa setiap agensi mempunyai peranan di mana JAKIM lebih tertumpu kepada proses pengauditan, pengeluaran sijil halal, pemantauan dan penguatkuasaan halal di Malaysia.

Manakala, Halal Industry Development Corporation (HDC) mainkan peranan dan tanggungjawab untuk menggerakkan usahawan PKS bumiputera secara lebih aktif dalam industri halal.

Namun begitu, saya fikir kolaborasi antara dua agensi dan pengurusan prosedur permohonan halal yang melibatkan dua agensi ini kita perlu tambah baik agar ianya dapat mempercepatkan, melancarkan pengeluaran sijil halal kepada PKS. Sebelum ini banyak kali saya ada bangkitkan mengenai kesukaran usahawan-usahawan PKS untuk mendapatkan pensijilan halal terutamanya dari segi masalah tempoh menunggu dan kelewatan pemprosesan sijil halal. SOP antara JAKIM dan HDC ini perlu diperkemaskan.

Sebab pada pandangan saya, JAKIM dan HDC tidak boleh bekerja secara bersendirian sedangkan mereka saling berkait rapat. Jadinya, boleh – saya ingin mencadangkan agar diwujudkan lebih tenaga kerja di bahagian pengauditan pengeluaran sijil JAKIM khusus untuk HDC agar tempoh ini dapat dicapai seperti sasaran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya nak tahu juga bagi tahun 2024 berapakah sasaran syarikat bumiputera yang HDC letakkan, sasarkan untuk mendapat pensijilan halal?

Kemudian saya juga ingin - ini poin saya yang terakhir Yang Berhormat Pengerusi, membawa isu lambakan syarikat swasta,penyelia perkhidmatan latihan dan rundingan halal di Malaysia. Banyak sangat agensi awam yang menyediakan perkhidmatan latihan dan rundingan halal.

Soalan saya, adakah mereka semua bertauliah? Adakah mereka mempunyai keupayaan dan kompetensi yang disahkan? Bagaimana kerajaan membuat pemantauan bagi memastikan caj yang dikenakan sesuai dengan kualiti perkhidmatan mereka disebabkan wujudnya banyak pihak yang memberi latihan dan advokasi mengenai pensijilan halal.

Saya harap kerajaan dapat memberi HDC, lebih banyak lagi tanggungjawab untuk menyelia dan meneraju mereka melalui usaha sama strategik.

Terima kasih banyak Yang Berhormat pengerusi.

draft • 12:13 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Dipersilakan Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 12:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri ini, dalam masa yang terhad ini saya ingin menyentuh dua perkara iaitu pertama, anggaran perbelanjaan yang memerlukan pencerahan dan keduanya, industri khususnya industri semikonduktor.

Dato’ Pengerusi, pihak kementerian telah membuat kerangka keberhasilan kementerian bagi menjayakan outcomes berikut – Outcome pertama, perdagangan global bernilai barangan pembuatan dieksport RM1.404 trilion. Outcome kedua, Malaysia sebagai destinasi pelaburan terpilih RM166 bilion berbanding dengan 2023 RM118 bilion.

Seterusnya Tuan Pengerusi, mengenai anggaran perbelanjaan untuk Perbelanjaan Mengurus, saya tidak ada apa-apa masalah sebab ia lebih kurang sama saja dengan tahun 2022. Anggaran Pembangunan meningkat begitu tinggi sekali iaitu 36.5 peratus daripada RM960 juta kepada RM1.31 bilion. Jumlah ini amat besar sekali, kenaikan yang begitu besar.

Dalam hubungan ini, saya mohon pencerahan dan penjelasan perkara-perkara berikut, khususnya belanja pembangunan. Butiran Kod 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan meningkat sehingga RM127 million berbanding dengan tahun 2023 iaitu kenaikan 120 peratus. Kenaikan yang begitu tinggi. Mohon maklumkan sebab-sebab serta perincikan.

Keduanya, Butiran 05000 – Ekspo Antarabangsa. Anggaran perbelanjaan adalah RM124.3 juta. Tahun 2023 tiada. Mohon pencerahan untuk ekspo apa dan di mana.

Seterusnya, Butiran 06000 – Pelan Induk Perindustrian Baharu 2023 (NIMP 2030) RM200 juta. Mohon berikan pencerahan dan kecerakinan dan perincian dalam perbelanjaan berkenaan. Belanja Pembangunan untuk MATRADE naik daripada RM27 juta kepada RM41 juta, 52 peratus peningkatan. Sila berikan pencerahan.

Butiran 00100 – SIRIM Bhd. kenaikan yang begitu besar, Perbelanjaan Pembangunan SIRIM daripada RM22.1 juta kepada RM50.9 juta, kenaikan 29 peratus.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai industri dan pelaburan, khususnya produk electrical dan electronic- khususnya produk electrical dan electronic menyumbangkan nilai eksport yang besar kepada Malaysia. Umpamanya pada tahun 2022 yang menyumbang nilai eksport RM593 bilion. Bagi tempoh Januari-September 2023 ini, nilai eksport industri ini ialah RM435 bilion. Sungguhpun nilai menurun enam peratus dalam tempoh yang sama, 2022. Bagi 2022, industri electrical dan electronic menyumbang tujuh peratus kepada KDNK negara dan menyumbang 590,000 peluang pekerjaan dan 40 peratus jumlah eksport negara Malaysia.

Sungguhpun pada tahun ini 2023, permintaan produk semikonduktor nampaknya menurun sedikit dan ini dapat dilihat dari eksport yang menunjukkan penurunan. Namun, data di peringkat global menunjukkan permintaan akan meningkat, mungkin nilai suku tahun kedua– meningkat pada suku tahun kedua 2024. Malaysia masih kekal dengan kelebihan yang penting dalam industri pengeluaran semikonduktor ini. Ini kerana Malaysia melaksanakan insentif untuk FDI, memiliki sokongan ekosistem ataupun value chain yang kukuh dan tenaga pekerja yang mahir.

draft • 12:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Nilai industri semikonduktor dunia diunjurkan mencapai RM4.7 trilion ataupun USD1 trilion pada tahun 2030. Drivers terbesar yang mempercepatkan permintaan semiconductor chips adalah digitalization dan pelbagai bentuk, termasuk cloud computing, artificial intelligent

(AI) dan Revolusi Industri 4.0. Dalam berdepan dengan kerancakan permintaan semikonduktor, cabaran terbesar negara ialah peperangan talent ataupun talent war dan sememangnya telah dan sedang berlaku. Sebenarnya kebanyakan industri dan khususnya semikonduktor hari ini, kekurangan jurutera-jurutera, saintis komputer dan saintis data bagi menyokong pertumbuhan buat masa ini dan lebih-lebih lagi menjelang tahun 2030.

Negara perlu memiliki infrastruktur yang baik, ekosistem yang kukuh dan talent tenaga kerja yang berkelayakan bagi memastikan kejayaan menyediakan talent, khususnya dalam bidang teknikal yang mencukupi. Sekolah-sekolah di negara kita perlu fokus kepada pendidikan Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Mereka mesti digalakkan memilih mata pelajaran Sains Tulen iaitu Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik Tambahan. Apakah perancangan kerajaan dalam perkara ini?

Di samping itu, adalah amat penting bagi kita mempunyai hubungan yang baik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan yang dapat membantu dalam pembentukan dasar-dasar bagi mempercepatkan pertumbuhan. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Dipersilakan Yang Berhormat Seputeh.

draft • 12:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya rujuk kepada Butiran 030000 – Pengukuhan Perdagangan Antarabangsa, Butiran 040300 – MIDA dan juga Butiran 00404 – Program Daya Saing Negara.

Dato’ Pengerusi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak MITI atas pelancaran New Industrial Master Plan (NIMP) 2030 yang mana saya rasa ini adalah satu hala tuju yang bagus, satu pelan yang komprehensif. Tetapi masalahnya ialah the devil is in the details. Kita ada– saya rasa kita ada masalah untuk menjayakan NIMP ini kerana kita ada beberapa masalah yang salah satu khususnya adalah isu pendidikan.

Kita rasa ada terdapatnya mismatch di antara graduan yang kita latih daripada universiti dan kolej kita dengan hala tuju NIMP ini kerana kita tahu negara kita, hanya Pulau Pinang sahaja kita telah menghadapi kekurangan 50,000 jurutera (engineers). Jadi, saya hendak tanya pihak MITI, macam mana mengatasi masalah ini? Sama ada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi telah bersetuju untuk mengubahsuai latihan dan kursus mereka untuk- to match with the NIMP.

Saya juga hendak tanya, pihak FMM telah mencadangkan levi pekerja asing ditukar kepada TVET Apprenticeship Fund dan juga dana automasi. TVET Apprenticeship Fund dapat digunakan untuk menyokong modal latihan TVET seperti place and train dan juga

draft • 12:26 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

teaching factories. Jadi, saya hendak tanya sama ada MITI akan mempertimbangkan cadangan FMM ini?

Dato’ Pengerusi, kita tahu yang kerajaan telah gigih menarik masuk pelaburan asing.

Kita lihat banyak MOU telah dimeterai dalam lawatan Perdana Menteri di China, di negara- negara Arab dan saya hendak tahu setakat sekarang, berapa projek yang telah pun betul- betul mula pelaksanaan? Maksudnya, duit telah pun masuk, tanah yang mereka mahu itu telah pun dikenal pastikan.

Saya juga rasa sekiranya pihak MITI akan menyasarkan pelabur daripada negara China dan juga Timur Tengah. Ini adalah apa yang saya baca daripada berita dan saya rasa adalah penting bagi MITI untuk mempunyai lebih pegawai yang fasih dalam pelbagai bahasa supaya kita boleh berkomunikasi melayan dengan mereka dengan lebih efektif.

Kalau kita hendak lebih pelaburan daripada Timur Tengah, jadi kita harusnya ada pegawai yang fasih dalam bahasa Arab dan juga bahasa China bagi mereka kalau untuk melayan pelabur daripada negara China. Selain itu, saya rasa pegawai yang fasih dalam bahasa Jepun, Korea dan Inggeris adalah sangat penting.

draft • 12:26 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya lihat ramai pelabur tengah minat untuk datang ke Malaysia. Sebenarnya pihak MITI juga boleh pertimbangkan untuk memberi sedikit latihan libat urus dengan Ahli Parlimen ataupun ADUN di negeri-negeri berlainan supaya kita boleh juga dijadikan ambasador untuk melayan, socialize dengan pelabur yang berminat untuk melabur di negeri kita ini masing- masing, tanpa kira parti politik bagi saya.

Saya rasa ini – bagi saya macam yang tahu pelabur dari negara China mereka suka bergaul dengan kerajaan, tokoh dari kerajaan. So, I will request a special training bagi Ahli- ahli Parlimen, ADUN supaya kita boleh menjadi duta untuk membantu MITI untuk melaksanakan tugas mereka.

Sini saya hendak tanya sama ada TESLA telah pun disahkan akan melabur di Malaysia? Kerana kita baca dari surat khabar mereka juga pilih Thailand. Apakah yang ini benar? Saya rasa kalau EV dibawa masuk, yang paling sesuai adalah di negeri Selangor kerana di Selangor kita adanya automotive belt di Hulu Selangor yang mana syarikat Perodua, Tan Chong, Pahang Omnibus, semua berada di Selangor. Jadi kita boleh adakan satu alam sekitar yang amat sesuai bagi EV untuk di sana.

Akhir sekali ialah IKS yang mana ramai pengusaha IKS masih tidak fasih dan kurang tahu tentang Environmental, Social and Corporate Governance (ESG). Jadi, apakah libat urus telah pun diadakan untuk mereka supaya mereka boleh juga ikut hala tuju yang kerajaan ini.

Akhir sekali ialah saya rasa bila kita dalam satu waktu di mana transisi yang mana bagi mereka yang agak bergantung kepada pekerja asing, kita tidak harus penalize mereka bila kalau mereka masih tidak mampu untuk tukar kepada automasi. Ini kerana pada ekonomi sekarang ini kerajaan haruslah lebih bersimpati dan hulurkan bantuan kepada, khususnya IKS ini dan kita lihat macam mana membantu mereka untuk menaikkan pelaburan dan juga ekonomi dan bukan tegas dengan 80:20, 80 pekerjaan tempatan, 20 peratus pekerja asing.

draft • 12:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Dengan ratio ini saya rasa sampai sekarang ada banyak lagi kilang besar dan juga SME masih tidak boleh mencapai yang sasaran ini. Sekian, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Bachok.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Pertamanya, saya ingin menarik perhatian jawatankuasa terhadap jumlah besar untuk Maksud Bekalan B.24 dan Maksud pembangunan P.24 di mana jumlah belanja mengurus adalah RM641 juta bersamaan 32 peratus daripada keseluruhan peruntukan dan peningkatan ketara jumlah belanja pembangunan RM1.3 bilion bersamaan 68 peratus. Di sini kita dapat melihat nisbah belanja pembangunan yang amat signifikan hampir 70 peratus. Jadi, soalan saya, berapakah jumlah pekerjaan baharu yang dijangka terhasil daripada belanja pembangunan yang amat tinggi ini. Pada hemat saya perbelanjaan MITI hendaklah mempunyai kesan nilai pengganda yang lebih tinggi daripada belanja kementerian- kementerian lain.

Keduanya, Butiran 020100 – Sokongan Perdagangan dan Industri dibaca sekali dengan Butiran 06000 – Belanja Pembangunan Pelan Induk Perindustrian baharu (NIMP) 2030. Soalan saya apakah pendekatan baharu di pihak MITI yang berbeza daripada peningkatan sebelum ini untuk menyokong dan menggalakkan pertumbuhan industri tempatan ke tahap yang lebih tinggi? Bagaimana kah pemain industri dalam kalangan PMKS tempatan dapat mengambil manfaat daripada segala sokongan yang ditawarkan oleh pihak MITI secara lebih efektif dan meluas, termasuklah pemain industri tempatan yang berada di negeri-negeri kurang membangun seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Ketiga, masih dalam Butiran yang sama. Mohon pihak kementerian memberikan gambaran, apakah langkah baharu yang akan diambil untuk menambah baik prosedur menjalankan perniagaan bagi mengurangkan birokrasi dan kos menjalankan perniagaan, cost of doing business dengan izin, termasuklah insentif kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan PBT?

Keempat, Butiran 020200 – Pembangunan Industri dan Butiran 020300 – Pembangunan Sektor Perkhidmatan. Kita sedia maklum Dato’ Pengerusi bahawa eksport electrical dan electronic yang disinggung oleh beberapa Ahli Yang Berhormat sebentar tadi menyumbang sebanyak 57 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport kasar pada tahun 1999. Namun, ianya telah menyaksikan trend kemerosotan pada 2022 sehingga ke paras 38 peratus atas pelbagai faktor global dan juga tempatan.

Kita juga sedia maklum bahawa eksport produk bukan ENE menunjukkan trend peningkatan sehingga mencecah 46 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada 2022 berbanding hanya 27 peratus pada 1999. Soalan saya, apakah pendekatan kementerian untuk menggalakkan pengeluar tempatan menceburi pasaran eksport secara lebih tersusun, bukannya seorang-seorang masuk dalam bidang – dalam pasaran eksport ini secara lebih tersusun dan mengintegrasikan pengeluar tempatan dalam rantaian bekalan dengan syarikat

draft • 12:33 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

multinasional termasuklah Petronas dan multinasional tempatan ini sekali gus menyokong program pembangunan vendor tempatan.

Kelima, Butiran 040000 – Pengukuhan Pelaburan Berkualiti. Apakah langkah susulan kementerian bagi memastikan setiap komitmen pelaburan, MOU dan dagangan antarabangsa yang telah diumumkan sebelum ini akan dapat direalisasikan? Saya kira perkara ini banyak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Ini termasuklah perincian mengenai fungsi Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Pelaburan dan Perdagangan dalam aspek pelaporan status kemajuan pelaburan dan MOU, termasuklah pemilikan atau pembelian tanah-tanah untuk tujuan pelaburan sebagaimana yang diumumkan dalam lawatan kerja luar negara oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri- menteri.

Seterusnya yang terakhir saya berhasrat untuk menyentuh tajuk besar di bawah Butiran 06000 – NIMP 2030. Pada hemat saya, kejayaan pembangunan industri masa depan di Malaysia bukan sekadar diukur dengan angka pelaburan yang tinggi, namun dilihat kepada pewujudan peluang pekerjaan berkualiti, peningkatan daya inovasi anak tempatan, pengurangan kebergantungan pekerja asing dan terpenting adalah pengagihan lokasi pelaburan yang lebih seimbang di antara negeri membangun dan negeri yang kurang membangun.

Soalan saya apakah langkah yang digariskan dalam NIMP 2030 ini untuk mengembalikan kegemilangan sektor ENE, pada masa sama meningkatkan sumbangan bidang bukan ENE, khususnya aktiviti pembuatan hiliran bernilai tambah tinggi seperti produk petroleum, kimia dan sumber mineral.

Masih dalam butiran yang sama yang terakhir Dato’ Pengerusi, antara komponen terpenting dalam NIMP 2030 ini adalah untuk memupuk pembangunan bakat dan menarik minat, khususnya dalam kalangan generasi muda yang turut disentuh oleh Yang Berhormat Seputeh dan Kubang Pasu sebentar tadi bagi memastikan matlamat NIMP dapat dicapai iaitu untuk meningkatkan kompleksiti ekonomi. Dengar pun sudah kompleks ya Dato’ Pengerusi.

Pastinya di sini ada jurang permintaan dan penawaran dalam jangka masa panjang.

Justeru, mohon pihak MITI berikan perhatian dan berkongsi langkah-langkah, apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk memastikan jurang permintaan industri dan penawaran kemahiran ini dapat ditangani kerana ia perlu dipadankan dengan langkah-langkah untuk meningkatkan keupayaan dan minat dalam kalangan mahasiswa dan belia dalam tempoh 10 tahun ini supaya padanan permintaan dan penawaran ini mampu memenuhi aspirasi NIMP yang digariskan ini. Pastinya perkara ini telah pun diberikan perhatian oleh pihak MITI. Pastinya turut merentasi pelbagai kementerian dan perlu diurus dengan strategik dan objektif. Saya kira sekadar itu Dato’ pengerusi. Terima kasih.

draft • 12:33 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Dipersilakan Yang Berhormat Paya Besar.

draft • 12:33 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya ingin merujuk Butiran 030000 – Pengukuhan Perdagangan Antarabangsa, Butiran 19599 – Halal Industry Development Corporation (HDC).

Dato’ Pengerusi, Malaysia is a successful dengan izin case of export and investment diversification.

draft • 12:39 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ekonomi Malaysia, kita tahu pada mulanya beralih berasaskan pertanian kepada perindustrian dan menjadikan Malaysia a vibrant economy in a short span of history, dengan izin. Kita tahu negara kita mengalami kitaran lengkap transformasi ekonomi, keluar daripada pertanian, low productivity sectors kepada elektronik dan machine high productivity sectors. Ekonomi terbesar Malaysia adalah elektronik dan mineral dengan tiga buah destinasi eksport yang utama yang menyumbang 46.6 peratus kepada jumlah total export dalam tahun 2022— China, USA dan Singapura.

Malaysia juga, Dato’ Pengerusi, adalah sebagai negara perdagangan, as a trading country. Kita sentiasa terdedah kepada external exposure. USA dan China adalah destinasi perdagangan terbesar Malaysia. Ekonomi kita amat sensitif kepada sebarang perubahan kepada pertumbuhan ekonomi US dan China. Jika kita lihat nilai eksport Malaysia ke China, sebanyak 20.2 peratus dan ke USA, 13.4 peratus.

Itu sebabnya, Dato’ Pengerusi, kita mesti memikirkan cara untuk memperkukuhkan perdagangan antarabangsa. Kajian World Bank menunjukkan perubahan satu percentage point in US growth, impaknya perubahan kepada GDP Malaysia sebanyak 0.2 peratus. Kalau ada satu perubahan satu percentage point berlaku pada China growth, ia akan memberi impak kepada Malaysia 0.45 peratus Malaysia GDP’s growth. Persoalannya ada empat, Dato’ Pengerusi. Apakah strategi pihak kerajaan untuk mengurangkan external exposure yang menghakis pertumbuhan ekonomi negara kita? Yang kedua, senaraikan destinasi eksport baharu dan pelaburan baharu bagi Malaysia sejak tahun 2010 di luar negara. Ketiga, mengapakah Malaysia tidak memperoleh keuntungan sepenuhnya apabila, Dato' Pengerusi, kita ada kelebihan RM1.5 trilion, our current account surplus over the past 24 years? Keempat, bagaimana kerajaan dan kementerian melihat strategi baharu perdagangan antarabangsa di negara CIS dan benua Afrika?

CIS, Dato’ Pengerusi, Commonwealth of Independent States seperti Armenia, Azerbaijan, Belarus, Kazakhstan, Tajikistan dan Uzbekistan. Walaupun kita ada negara perdagangan dengan Rusia tetapi apakah dari lapan negara yang lain di bawah CIS? Di benua Afrika, kita ada 54 countries, populasi 1.5 bilion. Ini semua, Dato’ Pengerusi, akan memberikan kita nilai perimbangan supaya kita tidak lagi terikat dengan US dan China dan sudah pasti ia akan meningkatkan nilai eksport dan pelaburan negara kita.

Dato’ Pengerusi, saya ambil contoh Turki. 20 tahun yang lepas, dia hanya USD2.1 bilion pada tahun 2003 dan tahun ini ia telah menjadi 22.2 bilion eksport mereka ke benua Afrika. Sama juga dengan negara-negara CIS, Commonwealth of Independent State oleh

draft • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Turki, telah meningkat 11.4 peratus daripada total Turki punya nilai eksport. Ini semua telah memberikan ruang kepada kita untuk melihat, Dato’ Pengerusi, emerging opportunity for Malaysia dalam pelbagai eksport dan pelaburan di destinasi ini.

Saya juga, Dato’ Pengerusi, nak lihat— sebab, kedua-dua wilayah ini dan benua ini melihat Malaysia sebagai the more advance knowldege-based economy, dengan izin, dalam Islamic finance and halal industry development. Pengalaman saya, Dato’ Pengerusi, semasa di Kementerian Kewangan dan saya bertemu dengan industries players semasa saya menghadiri persidangan di Sharm El-Sheikh tahun lepas, negara-negara ini mempunyai harapan yang tinggi untuk develop Islamic finance dan halal industry ecosystem untuk membuat partnership dengan Malaysia. Bagi saya, Dato’ Pengerusi, membina partnership ini amat penting bagi kita mewujudkan satu unit opportunity for the Malaysian economy, dengan izin, untuk meningkatkan eksport investment kita dalam growing economy yang saya sebutkan tadi.

Dari segi complexity yang disentuhkan oleh Yang Berhormat Bachok tadi, saya setuju, kerana kita berada pada rank 28 daripada 133 countries. Semakin kompleks ekonomi kita, semakin tinggi nilai pendapatan dan ia akan membantu untuk meningkatkan ekonomi negara kita. Saya berpandangan, Dato’ Pengerusi, perlu ada usaha yang tinggi dan keras dilakukan untuk kita explore CSI countries dan African continent. Dato’ Pengerusi, Pelan NIMP 2030. Saya agak tersinggung kerana kerajaan hanya memperuntukkan RM200 juta daripada peruntukan RM8.2 bilion yang diperlukan untuk dasar ini. Saya yakin dan percaya langkah dan lonjakan awal mesti dilakukan dengan peruntukan yang besar. Kerana apa, Dato’ Pengerusi, untuk membina Menara Berkembar KLCC, untuk membina Menara Merdeka 118, asas kena kuat. Kalau kita ingin membina ekonomi kita yang kuat, kita mesti membuat lonjakan awal pada kadar yang tinggi.

Itu sebabnya— saya tak tahu bagaimana kerajaan nak buat kerana kita tidak boleh hanya dengan peruntukan kecil untuk menukar cara pemikiran, budaya kena ubah, struktur kena ubah, metodologi bisnes juga kena berubah, pendidikan baharu juga perlu. Ini semua saya harap supaya kerajaan mengambil iktibar dalam supplementary budget nanti supaya meningkatkan jumlah untuk NIMP. Kerana kita semua percaya NIMP dan NETR merupakan hala tuju baharu. Tetapi, bila peruntukan RM200 juta, Dato’ Pengerusi, memang ia tak mencukupi.

Akhirnya, Dato’ Pengerusi, saya nak minta pandangan daripada kementerian. Saya tahu kita telah memperuntukkan Tabung Promosi Eksport Perkhidmatan RM550 juta di bawah MATRADE. Tetapi, apa yang saya lihat, Dato’ Pengerusi, kita— betul, kita ada lebihan current account yang melibatkan import dan eksport. Kita import dan eksport dua perkara— perkhidmatan dan barangan.

Saya tidak ada masalah, Dato’ Pengerusi, dari segi barangan. Kita ada surplus. Masalah saya adalah bagaimana nilai eksport kita berkurangan dari sektor perkhidmatan.

Kerana apa? Sebagai contoh, Dato’ Pengerusi, 2018 kita eksport perkhidmatan pada kadar 7.1 peratus tetapi kita import sektor perkhidmatan daripada luar, lapan peratus. Tahun hadapan, kita menjangkakan kita dapat eksport perkhidmatan pada kadar 6.5 peratus.

draft • 12:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Walhal tahun depan juga, kita menjangkakan kita akan menerima nilai import sektor perkhidmatan pada kadar 7.8 peratus.

Dato’ Pengerusi, kita ada bakat negara kita. Tenaga pakar hasil daripada peluang demokrasi pendidikan yang sedia ada telah meningkatkan nilai tambah rakyat Malaysia kita dan saya yakin nilai eksport perkhidmatan kita ini mesti dipertingkatkan ke tahap melebihi 10 peratus dalam tempoh dua tahun yang mendatang.

Akhirnya, Dato’ Pengerusi, saya nak tanya kepada pihak kementerian berkaitan kawasan saya. Kawasan saya, Dato’ Pengerusi, ada Taman Perindustrian Halal Gambang, Paya Besar. Saya kira dah lebih lama, lebih daripada 10 tahun. Infrastruktur dah ada.

Cumanya, pelaburan tak ada. Apakah statusnya? Apakah— kerana ramai rakyat bertanya pada saya, kian saban tahun, apa nak jadi, apa nak jadi. Saya tak faham. Kalau kita tak ada pelaburan, kenapa kita buat taman perindustrian ini? Mungkin ada kaedah yang lebih ke hadapan untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih, Dato’ Pengerusi.

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Dipersilakan Yang Berhormat Tanah Merah.

draft • 12:40 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Sejahtera. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.

Saya merujuk Butiran 010200 – Perancangan Strategik. MITI, kita tahu sudah sekian lama, merupakan salah satu kementerian yang mempunyai agenda memperkasakan Bumiputeranya hingga pernah satu masa wujud satu unit iaitu satu Unit Penyertaan Bumiputera di MITI. Tetapi, kini nampaknya— saya tak nampak unit ini masih ada. Jadi, apakah agenda memperkasa Bumiputera di MITI ini masih wujud?

Kerana apa? Akhir-akhir ini, kerajaan dilihat tidak begitu serius dalam memperkasakan agenda pembangunan ekonomi Bumiputera. Ini disebabkan Bumiputera hari ini terkial-kial, tidak ada keyakinan disebabkan tidak ada promosi untuk Bumiputera di MITI. Tidak ada program yang jelas untuk Bumiputera untuk mengkaji dan mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan. Bumiputera tak tahu nak rujuk kepada siapa. Sebab apa, saya— sebab itu saya kata, dulu ada unit bumiputera, mereka tahu dekat mana mereka nak tuju, tetapi— jadi, sebab itulah saya ingin mencadangkan supaya unit ini diwujudkan kembali.

Industri automobil. Kerana saya juga terlibat dalam industri automobil. Kerana kita tahu industri automobil merupakan sektor utama dalam negara dan juga sektor automobil ini dikendalikan oleh MITI. Saya ingin tahulah dan juga dapat pengesahan daripada MITI, berapakah jumlah Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam pengedaran kereta nasional Proton khususnya di Lembah Klang ya? Saya nak tahu, berapa di Lembah Klang?

draft • 12:48 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Kenapa? Saya difahamkan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini tidak ada langsung syarikat bumiputera dalam pengedaran PROTON, kosong ya. Jadi, sesuatu tak

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

kena. Oleh itu, saya harap MITI mengambil tindakan yang sewajarnya. Contoh yang kedua di Selangor. Jumlah yang saya difahamkan, jumlah pengedaran bumiputera dalam pengedaran kereta nasional PROTON hanya 13 syarikat berbanding dengan 49 syarikat bukan bumiputera. Jadi, nampak tak seimbang. Oleh itu, saya harap MITI mengambil serius ketidakseimbangan ini dan dapat berbincang dengan pengurusan PROTON untuk mengimbangkan kembali. Kerana saya dapat tahu apabila Geely mengambil alih syarikat PROTON, saya faham mereka telah melabur begitu banyak dan begitu besar, tetapi saya harap agenda bumiputera tidak dilupai dan diketepikan.

Pujian harus diberikan kepada Perodua apabila syarikat Perodua ya, keseimbangannya bagus. Sebab itulah apabila mereka mengimbangkan antara bumiputera dan bukan bumiputera, kita lihat jualan Perodua tiap-tiap bulan merupakan tertinggi dalam Malaysia. Jadi, inilah satu contoh yang baik yang perlu diikuti oleh syarikat PROTON.

Kebimbangan saya sebenarnya Yang di-Pertua ialah Yang Berhormat Menteri hari ini begitu aktif dalam promosi negara kita ke luar negara dan Yang Berhormat Menteri ini begitu aktif juga dalam TikTok. Tahniah! Banyak maklumat kita dapat melalui TikTok Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri kita maklum EV (electric vehicle) dikenal pasti mempunyai— merupakan salah satu sektor di bawah Pelan Induk Perindustrian Baru (NIMP) 2030 di mana strategi kita nak tarik pelaburan EV sehingga RM20 bilion di tahun 2025 dan RM40 bilion di tahun 2030 di mana hingga ke tahap hari ini, hanya RM26.2 bilion telah berjaya. Oleh itu, apakah— Saya ingin bertanya, apakah agenda bumiputera akan wujud dalam sektor EV dan pengedaran EV yang giat dipromosi oleh MITI? Janganlah anak sendiri mati kelaparan.

Saya juga seterusnya— Saya ingin menyentuh Butiran 030000 – Pengukuhan Perdagangan Antarabangsa. Kerajaan memaklumkan kepada rakyat antara punca kejatuhan mata wang ringgit ialah disebabkan kenaikan kadar interest di Amerika Syarikat. Ringgit adalah antara mata wang yang paling teruk dan terkesan di rantau ini dan jatuh pada paras terendah dalam sejarah sekitar RM4.77 dan RM4.78 berbanding USD. Namun begitu, kita juga melihat prestasi perdagangan dan eksport Malaysia telah menguncup selama tujuh bulan berturut-turut sejak Mac tahun ini.

Pencapaian eksport negara yang lemah ini juga turut menyumbang kepada kejatuhan nilai mata wang ringgit. Walaupun ratifikasi Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RECP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-pasifik

(CPTPP) pada tahun 2022 telah menyumbang kepada peningkatan akses pasaran untuk Malaysia, kita juga perlu meneroka lebih lanjut perjanjian perdagangan bebas dua hala (bilateral) untuk mengembangkan dan mempelbagaikan destinasi eksport terutama negara yang bukan sebahagian daripada RECP dan CPTPP.

Malaysia mempunyai tujuh perjanjian perdagangan dua hala dengan yang terakhir, FTA Malaysia-Turkiye yang ditandatangani pada 2015. Selain itu, terdapat lapan perjanjian perdagangan serantau termasuk enam di bawah payung ASEAN RECP dan CPTPP melibatkan 24 rakan dagang. Negara-negara ini digabungkan menyumbang kira-kira 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar global. Namun begitu, empat daripada 10

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

ekonomi terbesar di dunia mewakili kira-kira 38 peratus daripada KDNK global masih tidak mempunyai perdagangan dua hala dengan Malaysia. Ini adalah pasaran besar yang boleh diterokai oleh Malaysia untuk mendapatkan akses pasaran yang lebih besar melalui perjanjian perdagangan yang ditetapkan.

Berdasarkan maklumat MITI sendiri, Perjanjian Perkongsian Ekonomi Persatuan Perdagangan Bebas Malaysia-Eropah sedang dirunding. Saya ingin menggesa untuk kita percepatkan rundingan perdagangan sedia ada dan memulakan perjanjian perdagangan bebas yang berpotensi dengan ekonomi utama lain adalah penting dalam memastikan akses pasaran yang lebih baik dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Jadi, apakah MITI ada berusaha dan fokus untuk lebih banyak bilateral yang lebih berkesan dan negara manakah yang kita tengah berunding?

Akhir kata, sehubungan ini, MITI perlulah melihat perkara ini dengan serius dan memberi fokus kepada langkah segera bagi mengatasi kejatuhan nilai eksport dan memberi tumpuan kepada peningkatan eksport dalam eksport dalam industri tertentu terutamanya melalui pemerluaskan perjanjian perdagangan dua hala untuk mengelakkan ringgit terus jatuh yang seterusnya memberi kesan peningkatan kos sara hidup kepada Malaysia. Bagi saya, multilateral itu penting, bagus, tetapi bilateral lagi efektif. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah. Pembahas di peringkat Jawatankuasa yang terakhir sebelum kita berehat, saya mempersilakan Yang Berhormat Port Dickson.

draft • 12:50 PM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Pengerusi.

Sebagaimana semua maklum, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memainkan peranan utama dalam merangsang pertumbuhan ekonomi dan berperanan besar dalam mempromosi dan mengurus pembangunan perindustrian serta memainkan peranan dalam meningkatkan daya saing industri Malaysia di pasaran global.

Program dan inisiatif yang diuruskan oleh MITI boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan perindustrian di Malaysia di samping memajukan inovasi dan mencipta peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Dalam dunia yang terus berubah, cabaran dan peluang baharu sentiasa muncul. Saya melihat kementerian ini telah menunjukkan kesediaan untuk menghadapi cabaran dan berinovasi dalam usaha untuk mencapai matlamat.

Tuan Pengerusi— Dato’ Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan Industri dan Daya Saing. Peruntukan yang diterima adalah sebanyak RM86.94 juta bagi tahun 2024 berbanding dengan RM94.632 juta pada tahun 2023. Kita sedia maklum bahawa peruntukan pembangunan industri yang diberikan kepada MITI di Malaysia adalah sebahagian daripada bajet kerajaan yang bertujuan untuk menyokong pembangunan sektor perindustrian di negara ini.

draft • 12:55 PM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Tujuan, untuk membantu MITI mencapai objektif strategik yang berkaitan dengan pertumbuhan dan pembangunan industri Malaysia. Sebahagian besar peruntukan pembangunan industri boleh diperuntukkan untuk pembangunan infrastruktur yang menyokong sektor perindustrian termasuklah pelaburan dalam pelabuhan, jalan raya, lapangan terbang dan kemudahan logistik yang lain. Saya juga mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, berapakah jumlah yang diperuntukkan untuk membangunkan komponen promosi yang menarik pelaburan asing dan domestik ke Malaysia yang mana ia mungkin termasuk mempromosikan kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama? Sukacita jika ada, moga limpahan tersebut akan sampai ke Negeri Sembilan. Selain daripada itu, berapakah jumlah peruntukan bagi pembangunan sektor industri tertentu yang dianggap strategik seperti aeroangkasa, teknologi maklumat, bioteknologi ataupun industri hijau?

Adakah MITI menyokong dan menyediakan peruntukan bagi inisiatif kemampaman dalam sektor perindustrian dari segi pembangunan industri hijau atau langkah untuk mengurangkan kesan alam sekitar?

Dato’ Pengerusi, saya juga ingin menyentuh mengenai sub Butiran 020200 – Pembangunan Industri sebanyak RM16.2 juta pada tahun 2023 berbanding RM4.7 juta pada tahun 2024. Terdapat pengurangan yang ketara iaitu sebanyak RM11.494 juta. Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sektor apakah yang menjadi tumpuan utama oleh MITI dalam pembangunan perindustrian yang bertujuan untuk mewujudkan sektor yang berdaya saing tinggi dan inovatif? Apakah sektor seperti pembuatan teknologi tinggi, bioteknologi dan industri hijau akan tersenarai dalam sektor tumpuan bagi MITI?

Mohon juga Yang Berhormat Menteri menjelaskan mengenai usaha yang dirancang oleh MITI untuk meningkatkan kapasiti perindustrian di Malaysia. Berapakah pula peruntukan yang ditetapkan untuk kemudahan latihan, pendidikan, pembangunan kemahiran tenaga kerja? Ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti sumber manusia dalam sektor perindustrian. Apakah MITI juga memperuntukkan dana untuk pelaburan dalam penyelidikan dan R&D menyokong inovasi dan aplikasi teknologi baharu dalam sektor perindustrian?

Kita sedar dan maklum bahawa pembangunan industri memerlukan pelbagai perkhidmatan dan bekalan bagi memastikan operasi berjalan lancar. Ini termasuk bekalan tenaga elektrik, air bersih, bahan mentah dan perkhidmatan logistik. Tambahan pula, perkhidmatan teknikal seperti penyelenggaraan, peralatan dan pembangunan tapak dan pengurusan projek juga penting dalam konteks pembangunan industri. Justeru, apakah pengurangan ini akan menjejaskan kos operasi?

Dato’ Yang di-Pertua— Dato’ Pengerusi, seterusnya saya juga ingin merujuk kepada Butiran B.040300 – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) iaitu Kod 40000, peruntukan pemberian berkenaan bayaran tetap yang diterima sebanyak RM177.355 juta bagi tahun 2024 berbanding RM160 juta pada tahun 2023. Apakah peningkatan peruntukan sebanyak RM17.355 juta atau 11 peratus ini akan memberi kesan yang besar?

Mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan mengenai pertambahan yang diterima dan agihan perbelanjaan dalam peruntukan tersebut.

draft • 12:55 PM

Dato’ Seri Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Saya ingin menyentuh sedikit mengenai perkembangan Malaysia Vision Valley yang merupakan perancangan komprehensif kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan. Moga daripada pertambahan peruntukan ini, ada inisiatif daripada Kerajaan Persekutuan untuk membantu pembangunan MVV 2.0 di Negeri Sembilan.

Dato’ Pengerusi, merujuk kepada sub Butiran 050300 – Promosi Penggalakan Pelaburan dan Perdagangan yang diperuntukkan sebanyak RM4.5 juta. Diharap Kerajaan Persekutuan melalui MITI untuk sama-sama mempromosikan kawasan pembangunan baharu ini sebagai kawasan yang berpotensi untuk menarik pelabur. Saya amat mengalu- alukan mana-mana pihak yang berminat untuk mengambil bahagian selagi ia selaras dengan empat pemacu ekonomi yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Komprehensif MVV 2.0 Kerajaan Negeri Sembilan.

Selain itu, sokongan daripada Kerajaan Persekutuan amat diperlukan. Saya lihat Butiran P.06000 – Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang memperuntukkan RM200 juta dapat mengambil kira sekali lagi pembangunan komprehensif MVV 2.0 terutama dari segi penyediaan infrastruktur asas sebagai enabler kepada pembangunan MVV 2.0, projek jalan baharu serta lain-lainnya. Kerajaan Negeri Sembilan amat berterima kasih atas pertimbangan Kerajaan Persekutuan dalam kelulusan projek MVV dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke- 11. Diharap cadangan yang pernah dikemukakan sebelum ini dapat diberi pertimbangan sewajarnya. Adalah menjadi harapan saya bagi cadangan-cadangan yang pernah dikemukakan sebelum ini mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya daripada Kerajaan Persekutuan. Sekian, terima kasih. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua — Dato’ Pengerusi.

draft • 12:55 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

Bentara.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan

draft • 12:55 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Bentara. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguh dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

draft • 12:55 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.32 petang]

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 2:32 PM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Parit.

draft • 2:32 PM

Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Assalamualaikum dan selamat petang.

Terima kasih Puan Pengerusi mengizinkan saya untuk berbahas peringkat Jawatankuasa Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Puan Pengerusi, merujuk kepada Butiran 010200 – Perancangan Strategik. Mengapakah peruntukan bagi perancangan strategik dikurangkan daripada RM3,102,300 kepada RM3,036,000 sahaja pada tahun 2024 sedangkan ianya adalah satu perkara yang penting bagi pembentukan dasar, pelan, strategi dan program kementerian bagi menggalakkan pembangunan industri, pelaburan dan perdagangan antarabangsa?

Bagi Butiran 020000 – Pembangunan Industri dan Daya Saing. Soalan saya, bagaimanakah kementerian membantu meningkatkan daya saing industri halal bagi ekonomi global yang masih belum stabil dan menjadikan negara kita kekal sebagai antara pengeluar utama produk halal di peringkat dunia?

Soalan saya yang kedua, apakah contoh program yang dilaksanakan oleh kementerian bagi membantu usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana “berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah” dengan usahawan-usahawan di peringkat serantau dan dunia?

Merujuk kepada perkara 020100 – Sokongan Perdagangan dan Industri. Apakah jenis bentuk sokongan yang disediakan oleh kementerian dalam butiran ini? Apakah pelan jangka masa panjang yang telah diambil oleh kementerian bagi memastikan usahawan terutamanya dari negeri saya di negeri Perak mendapat manfaat dalam program yang akan dilaksanakan, supaya mereka boleh menjadi usahawan global?

Merujuk kepada Butiran 020400 – Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) dan Seranta. Parit ingin tahu kepada siapakah anugerah ini diberi dan apakah signifikannya?

Bagi Butiran 020700 – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Soalan saya, sejauh manakah perbadanan ini telah menyedia - menyediakan maklumat mengenai produk, produktiviti, kualiti, daya saing dan amalan terbaik melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan pangkalan data?

Merujuk kepada perkara 030100 – Hubungan Serantau dan Antarabangsa. Apakah impak atau unjuran kesan positif dari penganjuran APEC 2023 yang berlangsung di San Francisco, Amerika Syarikat kepada ekonomi negara kita secara umumnya?

Merujuk kepada perkara 030200 – Hubungan Perdagangan dan Ekonomi Dua Hala.

Soalan saya, bagaimanakah secara umumnya kementerian meningkatkan hubungan perdagangan dua hala dengan negara-negara yang sudah sedia mempunyai hubungan diplomatik dengan negara kita seperti mengadakan Perjanjian Perdagangan Bebas (Free Trade Agreement) dengan negara-negara tersebut?

Yang kedua, adakah kementerian dengan kerjasama Kementerian Perladangan dan Komoditi, melakukan inisiatif secara komprehensif dalam meneruskan lagi usaha-usaha untuk membantah sekatan eksport minyak sawit ke negara EU?

draft • 2:32 PM

Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Merujuk kepada Butiran 030300 – Integrasi Kerjasama Ekonomi ASEAN. Sejauh manakah, The Regional Comprehensive Economic Partnership telah diratifikasikan dan akan memberi kesan positif kepada negara kita?

Terakhir, Butiran 030500 – merujuk kepada Rundingan Strategik. Pada waktu ini, Malaysia telah mengadakan perjanjian negara bebas dua hala dengan tujuh negara dan perjanjian perdagangan serantau melalui ASEAN sebanyak tujuh negara luar. Adalah kementerian merancang melaksanakan usaha untuk mengadakan Perjanjian Perdagangan Bebas yang baharu dengan negara-negara lain pada masa akan datang? Sejauh manakah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ini membantu dalam perkembangan ekonomi negara kita sehingga kini?

Yang terakhir Puan Pengerusi, saya ingin bertanyakan tentang kawasan saya, ya. Di kawasan saya terdapat Taman Teknologi Industri yang memiliki banyak lot-lot industri, ya.

Namun, malangnya hanya ada dua atau tiga sahaja lot yang dimanfaatkan. Masih lagi banyak lot-lot yang belum diisi dan dimajukan. Jadi, saya mohon kepada kementerian untuk pastikan lot-lot industri ini dimanfaatkan sepenuhnya. Itu sahaja.

Sekian, terima kasih.

draft • 2:32 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Parit. Saya jemput Yang Berhormat Bangi.

draft • 2:32 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan di peringkat Jawatankuasa bagi kementerian ini. Puan Pengerusi, saya terus merujuk kepada kod 00201 – Program Pembangunan Industri Automotif. Kita ambil maklum bahawa kerajaan kini sedang memberi penekanan kepada kenderaan elektrik (EV) dan ini dizahirkan dalam pelbagai bentuk termasuk pelepasan cukai, juga kepada galakan cukai bagi sewaan kenderaan elektrik dan sebagainya.

Namun yang demikian Puan Pengerusi, pada ketika ini harga EV ini, kita boleh katakan secara ratanya adalah terlalu tinggi dan pendekatan memberikan rebat dan juga galakan cukai ini dilihat hanya memberi manfaat kepada golongan yang kaya. Jadi, sehubungan dengan itu, saya mempunyai dua soalan iaitu pertama, apakah rancangan kerajaan untuk memperbanyakkan lagi EV mampu milik? Kedua, apakah langkah kerajaan untuk membangunkan industri EV tempatan?

Puan Pengerusi, saya seterusnya merujuk kepada kod 01...

draft • 2:37 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Bangi...

draft • 2:37 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, saya.

draft • 2:37 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Sini, sini, sini. Tebrau, Tebrau. Boleh minta pencerahan sedikit tentang poin Bangi tentang kemampuan untuk orang awam untuk memiliki EV yang sekarang nampaknya macam orang kata, dengan izin, rich men toys lah.

draft • 2:37 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Maka, saya minta pencerahan daripada Menteri sama ada kementerian sedia dak untuk mengkaji semula polisi kerajaan dasar yang tidak membenarkan EV lebih RM100,000 dijual di pasaran Malaysia sehingga hari ini. Terima kasih, Bangi.

draft • 2:37 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya mohon supaya itu dimasukkan dalam ucapan saya.

Puan Pengerusi, saya merujuk kepada kod 010400 – Khidmat Pengurusan yang mana di situ saya melihat bahawa terdapat penurunan yang agak ketara iaitu daripada RM74.3 juta lebih kurang kepada RM39.5 juta untuk tahun hadapan. Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian mengenai perkara ini.

Seterusnya juga kod 020200 – Pembangunan Industri. Saya juga melihat terdapatnya penurunan yang ketara juga daripada enam— lebih kurang RM16.2 juta kepada hanya RM4.1 juta untuk tahun ini.

draft • 2:37 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Jika dipecahkan lagi Puan Pengerusi, penurunan yang paling ketara adalah bagi kod 40000 iaitu Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap bagi pembangunan industri ini. Jadi saya mohon pencerahan daripada pihak kementerian mengenai penurunan ini. Kerajaan, Puan Pengerusi, harus memberi sokongan kepada industri kita untuk memanfaatkan teknologi moden seperti menggunakan kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) dan juga automasi canggih untuk meningkatkan produktiviti dan kekal berdaya saing.

Seterusnya di bawah kod 040000 – Pengukuhan Pelaburan Berkualiti. Dilihat terdapat pertambahan daripada lebih kurang RM163 juta kepada RM180 juta untuk tahun hadapan. Saya menyambut baik peningkatan ini kerana saya percaya bahawa sudah tiba masanya kita memberi tumpuan kepada pelaburan yang berkualiti tinggi dan boleh memberi nilai tambah kepada negara dan bukan hanya mengejar segala bentuk pelaburan sekalipun, Puan Pengerusi.

Seterusnya, saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak kementerian atas pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 atau dengan izin, New Industrial Master Plan 2030 (NIMP) pada awal bulan September ini.

Malaysia, Puan Pengerusi berada dalam satu kedudukan yang baik untuk memanfaatkan beberapa trend dunia seperti pergerakan geopolitik dunia. Maka, satu pelan induk yang menyeluruh seperti NIMP ini adalah tepat pada masanya kerana ia berpotensi mencetus satu perubahan besar dalam ekonomi negara. Antara sasaran NIMP ini Puan Pengerusi, adalah untuk mewujudkan industri yang kompetitif dengan ekonomi yang kompleks atau dengan izin, high economics complexity. Ini bermakna, industri yang ingin dibangunkan bawah NIMP ini mempunyai sektor ekonomi yang pelbagai. Contohnya, ada bidang R&D, ada bidang pemasaran dan juga ada bidang perkhidmatan.

Oleh itu Puan Pengerusi, keupayaan industri kita terutama sekali PMKS harus dipertingkatkan supaya mereka dapat melibatkan diri dalam sektor ekonomi yang lebih kompleks ini. Pada masa yang sama Puan Pengerusi, dengan tumpuan kita pada industri berekonomi kompleks ini, peluang pekerjaan yang memerlukan kepakaran dan juga kemahiran yang tinggi dan khusus juga diperlukan dan ini akan mewujudkan peluang

draft • 2:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

pekerjaan ini. Pada saya, ini akan membawa impak yang positif kepada negara termasuklah meningkatkan gaji pekerja dan mengurangkan kebergantungan kita kepada pekerja asing.

Ini semua terangkum dalam NIMP 2030, jadi saya sambut baik Puan Pengerusi. Saya nak gulung sekarang. Saya sambut baik peruntukan pembangunan di bawah kod 06000 – Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030). Cuma, saya juga setuju dengan apa yang telah dibangkitkan oleh YB Paya Besar tadi bahawa jumlah RM200 juta untuk tahun hadapan ini, daripada lebih kurang RM8 bilion itu mungkin terlalu sedikit untuk kita mulakan satu anjakan paradigma dalam NIMP ini dan mungkin kita perlu tingkatkan lagi jumlah yang diperuntukkan untuk NIMP itu. Jadi dengan kata-kata itu, saya akhiri perbahasan saya.

Sekian, terima kasih.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Gantang.

draft • 2:40 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera Yang Berhormat Pengerusi. Belanjawan 2024 kali ini menunjukkan penambahan peruntukan yang tinggi bagi kementerian ini, sebanyak RM1.9 bilion. Jumlah yang– jumlah ini bagi memastikan Malaysia menjadi destinasi pelaburan terpilih dan di antaranya menjadi negara perdagangan yang paling berdaya saing. Merujuk P.24 – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Butiran 00204, 00206, 00207, 00512, 00513. Saya ucapkan tahniah kepada MATRADE kerana MATRADE telah berjaya membawa SME ke persada dunia.

Dalam banyak exhibition, MATRADE telah mengetengahkan SME produk Malaysia di pasaran dunia. Saya sendiri terlibat di Gulfood pada awal tahun ini. Cuma, mohon diperluaskan penambahan dana atau geran Market Development Grant (MDG) kepada syarikat-syarikat SME selain daripada menyertai exhibition antarabangsa dalam dan luar negara.

Bertujuan untuk yang pertama, kos logistik bagi industri tertentu seperti makanan dan pertanian, untuk penghantaran barangan dari Malaysia ke luar negara menerusi shipment door-to-door, untuk jadikan harga produk Malaysia lebih berdaya saing di luar negara.

Yang kedua, kos pendaftaran atau permudahkan kelulusan produk yang dibawa masuk ke negara-negara luar seperti Badan Pengawas Obat dan Makanan Indonesia

(BPOM), Saudi FDA, British Retail Certificate (BRC)*,.....

[Tidak jelas]* Thailand dan lain-lain.

Yang ketiga, mengenal pasti dan melantik serta menanggung kos Market Linkers yang berdaftar dengan MATRADE, SME Bank, FAMA, MARA dan lain-lain yang mampu mendaftarkan produk pada SME di pasaran negara luar bagi memastikan produk-produk Malaysia didaftar dan dibawa masuk pada kos yang optimum dan elakkan dari tertipu.

Yang keempat, menambah geran juga merangkumi pembelian machineries, infra dan bangunan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran serta marketing seperti penggunaan media social influencer, YouTube dan lain-lain di luar negara serta kaedah konvensional.

draft • 2:43 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Seterusnya Butiran 040000 – Pengukuhan Pelaburan Berkualiti dengan merujuk 040100 – Dasar Pelaburan dan Fasilitasi Perdagangan. Bagi hal-hal berkenaan, kesukaran mendaftarkan produk-produk SME di pasar raya-pasar raya terkemuka seperti Econsave, Jaya Grocer, Village Grocer, NSK, Family Mart dan lain-lain.

Yang kedua, kos membuka akaun yang tinggi, high account opening fee, listing fees, space fees, dengan izin serta kos promotion dan trading term rebate yang tinggi kepada SME.

Sama seperti syarikat-syarikat nasional atau multinasional yang lain. Kewujudan produk- produk import yang berleluasa seolah-olah tiada kawalan sebelum dibenarkan dijual di dalam negara.

Cadangan, mewujudkan kembali Jabatan SME di setiap pasar raya besar. Yang kedua, mengawal selia kos-kos atau fi-fi yang dikenakan agar ianya lebih munasabah jika tidak dapat dihapuskan untuk produk SME. Yang ketiga, meluaskan skop pemeriksaan barangan yang diimport dengan mewajibkan semua produk-produk makanan, pertanian dan lain-lain berdaftar dengan agensi seperti BPOM atau USFDA dan sebagainya.

Yang kelima, mencadangkan wujudnya agensi gabungan MAQIS, KKM, KASTAM, KPDN dan JAKIM untuk pendaftaran, pemeriksaan, pengawasan teknikal, kesihatan, keselamatan, halal dan harga sebelum dibenarkan dibawa masuk.

Perkenalkan cukai import, duti import yang lebih tinggi kepada barangan import sekiranya produk seumpama berkenaan telah ada dihasilkan di dalam negara. Masa dah habis, saya di last point. Mengenai kawasan Parlimen Bukit Gantang. Setiap kali perbahasan, saya kena panjangkan masalah Parlimen Bukit Gantang.

Butiran 00504 – Lembaga Kemajuan Pelaburan (MIDA). Menaik taraf dan memperbaiki infrastruktur asas kawasan perindustrian yang sedia ada. Kawasan perindustrian Kamunting yang berada di kawasan Parlimen Bukit Gantang dikelilingi taman- taman perumahan murah dan juga kampung tradisional. Dengan membangunnya kawasan industri ini, kawasan kampung tradisional dan pinggir bandar seperti Kurnia Jaya, Kampung Rahmat dan Kurnia Jaya Tambahan selalu menghadapi masalah banjir disebabkan pembinaan kilang-kilang di kawasan perindustrian Kamunting yang dinaikkan level tanah mereka dengan tidak ada sistem perparitan, longkang yang besar menyebabkan air bertakung seterusnya berlaku banjir.

draft • 2:43 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Dimohon di bawah tajuk ini disediakan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk dilengkapkan infrastruktur perparitan yang lengkap supaya kawasan Kampung Pinggiran tidak lagi mengalami banjir. Sekian, terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Pertama sekali, butiran yang akan saya kemukakan, Butiran 020200 – Pembangunan Industri di mana terdapat penurunan yang ketara pada butiran ini sebanyak RM11.494 juta.

Sri Gading berharap pihak kementerian boleh memberikan penjelasan terperinci mengapa peruntukan untuk butiran ini diturunkan dengan ketara. Adakah penurunan ini akan memberi impak negatif kepada pengurusan pembangunan industri?

Butiran 020700 – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Terdapat peningkatan sebanyak RM2.623 juta. Bolehkah kerajaan memperincikan apakah program-program baharu yang akan dilaksanakan oleh MPC? Sri Gading juga ingin bertanya apakah status modul peningkatan produktiviti untuk pelbagai sektor? Boleh perincikan kemajuan modul- modul ini?

Yang kedua, semua maklum antara matlamat MPC ialah untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor awam dan swasta terutamanya syarikat tempatan.

Bolehkah pihak kementerian memperincikan berapa peruntukan yang diberikan pada Program Produktiviti Perusahaan? Berapa sasaran syarikat tempatan yang diletakkan di bawah program ini?

Ketiga, menurut Butiran 00404, terdapat peningkatan sebanyak RM2 juta untuk menaikkan daya saing negara. Pertamanya, bolehkah kerajaan berikan kemas kini sasaran untuk Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD)?

Keempat, persoalan kedua. Bolehkah kerajaan perincikan dengan peningkatan ini, berapa yang akan diperuntukkan untuk program MyMudah? Apakah perincian sasaran pelaksanaan program ini di peringkat Persekutuan, kementerian, negeri dan PBT?

Persoalan ketiga, bolehkah kerajaan perincikan peruntukan program Academic in Factory (AiF)? Apakah kementerian akan memperluaskan program ini meliputi industri- industri high growth high value lain seperti industri halal dan aeroangkasa, kini dirangkumkan industri E&E, automotif dan sains hayat?

Seterusnya, Butiran 050700 di mana terdapat peningkatan belanjawan kali ini untuk peruntukan industri aeroangkasa. Peningkatan sebanyak RM3.211 juta berbanding kosong pada tahun 2023. Menerusi peningkatan ini, bolehkah kerajaan menerangkan apakah inisiatif yang akan dijalankan oleh NAICO dalam industri ini? Bagaimana NAICO boleh mempertingkatkan industri yang masih baru hendak menapak di negara ini?

Kedua, melihat pula pada Butiran 99000. Terdapat peningkatan sebanyak RM3 juta untuk industri aeroangkasa. Bagaimana menerusi peningkatan ini, Malaysia mampu memperluaskan dan mempertingkatkan kapasiti syarikat tempatan dalam industri aeroangkasa khususnya dalam mengukuhkan rantaian bekalan?

Ketiga, Sri Gading juga ingin bertanya lebih khusus kepada soal sumber kemahiran.

Adakah kementerian akan memastikan program TVET yang berkenaan dengan industri aeroangkasa akan ada kerjasama bersama pihak industri dalam dan luar negara untuk tujuan kemajuan dan peningkatan?

Seterusnya Butiran 060100 – Expo 2025 di Osaka. Belanjawan 2024 memperuntukkan RM3.868 juta untuk tujuan ini. Minta pihak kementerian memperincikan

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

apakah input yang ingin dibawa serta outcome yang kita boleh jangka daripada Expo Osaka ini? Bolehkah pihak kerajaan memperincikan industri yang ingin dibawa ke expo tersebut?

Kedua, Sri Gading juga ingin mencadangkan melalui expo ini, kerajaan memperluaskan industri yang semakin mendapat tempat di Malaysia iaitu industri halal dan aeroangkasa. Ini mampu memperluaskan kedua-dua industri di samping membantu PMKS yang banyak berkecimpung dalam rantaian kedua industri ini. Sekian, terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.

draft • 2:50 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah diberi peruntukan sebanyak RM1.95 bilion dengan perbelanjaan mengurus sebanyak RM640 juta dan pembangunan sebanyak RM1.3 bilion. Peningkatan yang ketara jika dibandingkan dengan peruntukan pembangunan bagi tahun ini yang hanya memperuntukkan sebanyak RM960 juta. Apakah signifikan dan justifikasi pihak MITI yang memerlukan perbelanjaan pembangunan yang meningkat dengan begitu besar itu?

Sebagai salah satu kementerian yang menjadi pintu utama perdagangan dalam negara, sudah pasti sasaran hasil daripada perbelanjaan ini melebihi hasil kementerian- kementerian yang lain. Persoalan saya, berapakah sasaran jumlah peluang pekerjaan yang dijangka terhasil daripada perbelanjaan pembangunan yang tinggi ini?

Yang kedua Tuan Pengerusi, Butiran 020700 – Perbadanan Produktiviti Malaysia

(MPC). Perbadanan ini diperuntukkan sebanyak RM45 juta. Persoalan saya, apakah pencapaian yang telah dicapai oleh MPC yang telah ditubuhkan oleh kerajaan sejak sekian lama? Adakah MPC ini telah mencapai matlamat yang telah digariskan oleh kerajaan dalam meningkatkan produktiviti negara? Apakah perancangan pihak kementerian dalam menangani masalah produktiviti rakyat tempatan yang semakin merosot?

Ketiga, bagi Butiran 040200 – Ekonomi Digital. Seperti mana yang kita sedia maklum, Malaysia Digital Economy Blueprint (MyDIGITAL) telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Pagoh. Saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan akan meneruskan Dasar Ekonomi Digital ini kerana ia telah terbukti berkesan di dalam kejayaan Malaysia menarik kemasukan dan minat pelaburan daripada syarikat seperti Microsoft, Amazon, Intel, Tesla dan sebagainya?

Di bawah butiran yang sama, tahap ketersediaan sumber manusia yang berkemahiran adalah sangat penting. Saya minta Yang Berhormat Menteri senaraikan kerjasama yang dilaksanakan di antara MITI dan institusi pendidikan di Malaysia bagi memastikan negara dapat menyediakan tenaga kerja di dalam ekonomi digital yang mencukupi dan berdaya saing.

draft • 2:55 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Masih di bawah butiran yang sama. Dalam usaha untuk menyokong ekonomi digital, kerajaan terdahulu telah memperkenalkan Pelan Halatuju Strategik e-Dagang 2.0 (NESR 2.0). Dengan sasaran saiz pasaran e-dagang di Malaysia bernilai RM1.5 trilion menjelang tahun 2025 dan bilangan PMKS yang menerima guna platform e-dagang seramai 875,000 usahawan. Soalan saya, sejauh manakah sasaran tersebut yang telah berjaya dicapai setakat hari ini? Apakah pendekatan baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam memastikan sasaran keseluruhan NESR 2.0 tercapai dan memberi manfaat kepada PMKS yang terlibat?

Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 040300 – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Sebagaimana yang kita tahu dua sektor baharu yang digalakkan oleh MIDA ialah pusat data (data centre) dan kenderaan elektrik. Sebelum ini, Yang Berhormat Menteri mengumumkan bahawa kementerian telah pun meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport bateri kenderaan elektrik (BEV) ke Malaysia di mana Tesla akan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia, memperkenalkan pusat pengalaman dan pusat servis Tesla serta mewujudkan rangkaian super charger di Malaysia. Saya menyambut baik berkenaan perkara ini akan tetapi kerajaan juga perlu fokus untuk membina ekosistem industri dalam rantaian pengeluaran EV global dan bukan hanya semata-mata fokus kepada EV haptic di dalam Malaysia.

Persoalan saya, apakah perancangan pihak kementerian dalam usaha untuk mempercepatkan rangkaian infrastruktur stesen pengecasan EV di dalam negara? Antara yang menjadi kebimbangan terutamanya dalam kalangan pengguna EV adalah berkenaan dengan charging station.

draft • 2:55 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Yang Berhormat dalam penggulungan peringkat dasar yang lalu menyebut tentang sasaran 10,000 unit stesen pengecasan di seluruh negara. Apakah perancangan keseluruhan taburan untuk kesemua stesen pengecasan ini? Sebagai contohnya di Terengganu ada 16 sahaja, daripada 16 tidak ada satu pun fast charging. Semua yang AC charging.

Saya juga ingin bertanya adakah pembinaan stesen pengecasan EV ini hanya dipacu oleh pihak industri sahaja? Adakah kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan konsep matching grant bersama pihak swasta bagi merancakkan pembinaan stesen pengecasan ini memandangkan pembangunan ekosistem EV ini masih agak perlahan.

Kelima, di bawah Butiran 050700 – Perbadanan Industri Aeroangkasa Kebangsaan Malaysia (NAICO) diberi peruntukan sebanyak RM3 juta. Saya minta sedikit satu minit.

Persoalan saya, apakah status kemajuan penubuhan Pusat Kecemerlangan Aeroangkasa Malaysia ini? Bagaimana pelaburan langsung (DDI) berkaitan dengan sektor angkasa yang telah berjaya ditarik ke dalam negara?

Butiran 060100 – Expo 2025 Osaka. Saya percaya pihak MITI harus melihat apakah bidang-bidang tertentu yang ingin diketengahkan dalam ekspo ini. Apakah bidang-bidang yang akan difokuskan oleh pihak kementerian? Mohon perincikan bidang-bidang tersebut,

draft • 3:00 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

kerajaan boleh melihat kejayaan Malaysia yang telah meraih pelbagai pelaburan sewaktu Expo Dubai 2020. Itu sahaja, Tuan Pengerusi. Assalamualaikum.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Terengganu. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

draft • 3:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Maksud Bekalan dan Pembangunan 24, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada petang ini.

Pertama, saya hendak ucapkan syabas dan tahniah kepada MITI kerana peruntukan pembangunan telah dinaikkan daripada RM960 juta pada belanjawan sebelum ini kepada RM1.3 bilion pada Belanjawan 2024 kali ini. Sudah tentunya apabila peningkatan peruntukan pembangunan melonjak tinggi ia akan disertai diiringi dengan harapan yang besar.

Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri berapakah FDI dan DDI yang dijangka diunjurkan pada tahun 2024? Sebab saya rasa FDI terutamanya akan menunjukkan keyakinan masyarakat, antarabangsa pelabur asing terhadap Kerajaan Malaysia Madani yang dipimpin oleh PMX kita. DDI pula menunjukkan keyakinan pelabur tempatan, rakyat Malaysia sendiri terhadap menyambut FDI dan sama-sama merancakkan kegiatan perindustrian di negara kita.

Butiran seterusnya 030700 – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Negara

(MATRADE). Saya nampak ada peruntukan RM136 juta pada tahun ini lebih kurang sama macam tahun sebelumnya. Saya hendak tanya, ada jumlah berapa pejabat MATRADE di peringkat antarabangsa dan berapakah kakitangan? Saya nampak berdasarkan peruntukan yang ada ia sepatutnya lebih kurang sama cuma saya hendak sebutkan di sini apakah peranan, saya hendak cadangkan kepada MITI. Peranan MATRADE ini bukan setakat perdagangan. Kepada perdagangan ataupun jenis barangan yang dijual, konvensional ataupun secara yang biasanya kita jual.

Saya berikan satu contoh, sebuah syarikat yang dimiliki oleh rakyat Malaysia yang dinamakan SD Impex Japan Corporation Limited yang diperbadankan di Jepun. Saya melawat syarikat ini di Nagoya bulan lepas. Syarikat ini memang hendak kata skop dia tidak berapa besar tetapi syarikat ini bagi saya dia telah melakukan sesuatu yang sangat baik. Ia berjaya menjenamakan semula makanan tempatan yang dihasilkan oleh PMKS, yang mana yang dihasilkan, makanan tempatan yang kita biasa tahu rakyat Malaysia suka dan dijenamakan semula dijual di pasaran Jepun. Inilah syarikat yang sepatutnya kita berikan tumpuan dan saya percaya bukan setakat syarikat SD Impex Japan ini sahaja yang ada, kita ada banyak syarikat.

Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri ada tidak, apakah peranan MATRADE dalam membantu syarikat-syarikat sebegini dalam mewujudkan ataupun membentuk rangkaian kerjasama dengan syarikat di negara asing yang membolehkan akhirnya produk-produk tempatan daripada PMKS kita sendiri. Daripada penduduk kita dapat

draft • 3:01 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

dijual di peringkat antarabangsa terutamanya seperti makanan halal sebab persijilan halal kita diiktiraf di seluruh dunia.

Seterusnya berkenaan dengan Butiran 00520 – Dana Pelaburan Strategik dan Butiran 00525 – Dana Projek Berimpak Tinggi. Dua butiran ini dengan jumlah RM600 juta peruntukan. Saya hendak tanya apakah yang dimaksudkan dengan berimpak tinggi di sini sebab saya rasa kita perlu menuju ke arah perindustrian berimpak tinggi yang membolehkan negara kita menjadi pilihan kepada industri yang benar-benar membawa teknologi moden kepada rakyat kita.

Berkenaan dengan butiran ini juga, saya hendak tanya apakah status Smart Automation Grant (SAG) yang telah dilaksanakan sebelum ini? Apakah ia masih berterusan dan di manakah butiran untuk SAG yang mana yang memberikan dana ataupun geran kepada industri dalam meningkatkan automatif mereka dalam mengurangkan kebergantungan kepada pekerja terutamanya pekerja asing. Jadi apakah status terkini SAG ini?

Di bawah Butiran 05000 – Ekspo Antarabangsa. Saya nampak kalau belanjawan sebelum ini tidak ada, tahun ini RM124 juta diberikan. Satu peruntukan yang besar. Saya hendak tanya ekspo antarabangsa yang dinamakan ini di mana tempatnya? Ada berapa ekspo yang kita terlibat dan apakah unjuran terhadap pelaburan asing terhadap negara kita?

Perkara terakhir Yang Berhormat Pengerusi adalah Butiran 50000 – Dasar Nasional Industri 4.0. Kalau belanjawan sebelum ini ada RM44.5 juta, kali ini hanya RM16 juta. Saya hendak tanya pada Yang Berhormat Menteri kenapa ada pengurangan yang saya nampak agak drastik? Bukankah Dasar Nasional Industri 4.0 ini yang menjadi teras kepada pembangunan industri masa depan kita? Jadi, mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

draft • 3:01 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Arau.

draft • 3:01 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih, Puan Pengerusi.

Rakyat Malaysia, orang muda, apa khabar semua? Terima kasih. Pertama sekali adalah Butiran 050500. Soalan saya ialah apakah inisiatif pembudayaan teknologi yang dilaksanakan pihak SIRIM bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana agar terus berdaya saing dan dapat meningkatkan usaha pendigitalan bagi menjamin kemapanan dan daya tahan industri dalam menghadapi cabaran perniagaan pada masa hadapan?

Keduanya, apakah program pembangunan usahawan dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dikendalikan oleh SIRIM bagi membantu golongan berpendapatan 40 peratus terendah ataupun B40 serta usahawan mikro, kecil dan juga sederhana. Butiran 040200, apakah kesinambungan perancangan kepada inisiatif MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang sedia ada?

draft • 3:06 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Butiran 050300, apakah usaha yang dijalankan oleh kerajaan— terima kasih.

Apakah usaha-usaha yang dijalankan kerajaan bagi memastikan proses kelulusan dan pelaksanaan projek dipermudahkan menerusi Pejabat Pelaksanaan Projek dan Fasiliti...

draft • 3:06 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Arau tidak sihat kah Arau?

draft • 3:06 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Di MIDA.

draft • 3:06 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Arau, tidak sihat kah?

draft • 3:06 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Langat, sila duduk.

draft • 3:06 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya. Kemudian Butiran 040200, apakah kesinambungan perancangan kepada inisiatif MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang sedia ada?

Berikutnya ialah Butiran 050300, apakah usaha yang dijalankan kerajaan bagi memastikan proses kelulusan dan pelaksanaan projek dipermudahkan menerusi Pejabat Pelaksanaan Projek dan Fasilitasi (TRACK) di MIDA.

Keduanya, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Kerajaan telah mengumumkan pelaburan yang begitu besar, saya baru tengok dua, tiga video clip, dengan izin yang telah dipamerkan. Pelaburan begitu besar, jadi saya ingin bertanya ini adalah pengumuman, jadi apakah kesan kepada ekonomi kita? Sebab kesan kepada ekonomi ini dia akan berlaku, satu pengumuman ya, kalau ekonomi tengah bagus pengumuman itu dia akan mendatangkan kesan kepada market, dengan izin.

Akan tetapi kalau ekonomi tidak bagus, dia akan menunggu pelaburan yang sebenarnya yang masuk. Contohnya macam kita umum RM10 bilion, berapakah peruntukan yang telah masuk, berapa tahunkah akan dilaksanakan projek ini? Jadi kalau kita mengumumkan projek yang besar, orang dengar seronok.

draft • 3:06 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Lepas itu yang keduanya, kita akan memberi peluang pekerjaan kepada 10,000 orang. Apa dia? Siapa yang dapat peluang pekerjaan? Bila? Saya rasa ini soalan ini akan ditanyakan oleh pihak MP kerajaan juga, dia nak tahu. Sebab bila umum ada peluang pekerjaan, bila? Bila duit itu mula masuk ataupun dia baru nak sebut ini adalah perancangan.

Banyak juga pengumuman yang dibuat, projek ini ialah projek yang terbesar di dunia.

Dunia mana? Saya ingin bertanya, dunia mana? Orang ini datang saya ingat daripada US.

Jadi dia mari melabur sini yang terbesar di dunia. Jadi bila terbesar di dunia itu, apakah kesan kita kepada dunia. Tiap-tiap kali bila duit jatuh, kita kata ini duit dunia jatuh, duit kita jatuh tapi pelaburan yang besar di dunia ini, apa dia kesannya? Bila nak masuk?

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Arau.

draft • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bila kita nak lantik orang-orang bekerja dan sebagainya.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Arau.

draft • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Ataupun nak lantik penasihat ekonomi daripada Hulu Langat kah...

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Arau.

draft • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Jadi penasihat ekonomi pada pelaburan baharu.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Arau, minta izin.

draft • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Itu pun kalau dia bolehlah. Kalau tak boleh tak payahlah.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Arau minta izin.

draft • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, jadi nak tahu secara sebenarnya, bilakah pelaburan ini akan masuk.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Arau.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Minta izin Arau. Arau, minta izin.

draft • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya? Ya. Kalau Semporna boleh. Tak ada masalah.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

[Ketawa] Terima kasih Dato’ Speaker. Cuma setelah mendengar apa yang diutarakan oleh Arau berhubung kait dengan pelaburan yang datang dalam negara ini, sebenar mana yang berianya akan menjadi kenyataan? Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan khususnya pihak MITI.

Pengumuman contohnya kelulusan yang diberikan oleh pihak kementerian, pelaburan yang datang ke Sabah sedang di peringkat negeri Sabah pun, catuan bekalan elektrik setiap minggu, terkadang itu satu minggu cuma empat megawatt sahaja. Satu minggu no reserve.

Jadi, adakah ini sebagai satu tarikan kepada pelabur, realiti dia. Kita nak kebenaran kerana ini bukan hanya pada zaman sekarang, kadang-kadang daripada zaman dulu pun.

Apakah pihak kerajaan sebenarnya monitor dan pantau dan seliakan kelulusan diberi tapi dah kah berlaku ataupun tidak dijadikan menjadi satu projek yang memberi peluang pekerjaan kemudian.

draft • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini satu pertanyaan yang cukup hebat Puan Pengerusi. Saya menyokong dan saya minta masuk sebahagian daripada ucapan saya.

Akhir sekali Puan Pengerusi, saya tak akan bagi peluang lebih ya. Yang ini, benda ini penting Yang Berhormat na. Di bawah Butiran 010000 – Pengurusan dan juga Butiran 020000 – Pembangunan Industri dan juga Daya Saing.

Saya nak sebut satu tentang IPO. IPO ini ialah initial public offering. Jadi IPO ini dikendalikan oleh MITI dan di bawah IPO itu juga, kita lihat di bawah IPO itu juga, dia ada saham terbitan bumiputera. IPO ini dulu Yang Berhormat Pengerusi, dulu kita bagi 30 peratus kepada rakyat tetapi Perdana Menteri pada masa tersebut telah turunkan kepada 12.5 peratus kerana ditakuti nanti pelabur-pelabur luar tengok semua dipegang oleh orang tempatan, dia orang mungkin tak mahu masuk. Kita turunkan kepada 12.5 peratus.

Sekarang ini kita lihat orang dah mula masuk pasaran saham dan ingin menyertai bersama program IPO ini. Saya minta supaya kerajaan naikkan. Ini Menteri saya minta jawab hari ini, dinaikkan kepada 30 persen seperti yang dibuat pada masa yang lepas. Kalau saya tak dapat maklumat daripada pegawai, saya minta Yang Berhormat jawab akan dipertimbangkan, cukup sebab apa, ini mendatangkan kesan kepada market. Market

draft • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

sekarang ini, kadang-kadang bergelora, bagus. Ada sekali naik saya kata kerajaan ini nampaknya hebat juga kena talu taip-tiap hari pun, nampak makin naik tapi esok jatuh balik.

Dia tak sekata.

Jadi, akhir sekali Yang Berhormat tentang tajuk itu juga sebab ini kena tahu.

Sekarang ini untuk membolehkan...

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Saya bagi tahu ini 20 perkataan terakhir ya. Ini pasal bank statement. Kalau kita nak minta IPO ini, bumiputera, dia minta bank statement, dengan izin. Bank statement ini orang dalam keadaan suasana market yang teruk ini bank statement tentu kurang tetapi dia ada satu iaitu kemampuan, keupayaan pinjaman.

Jadi, dalam kita nak hantar buat permohonan, kita melalui digital ini, hat yang bank statement masuk dalam digital tetapi kemampuan ataupun kemudahan yang bank nak bagi pinjaman tak masuk. Jadi, saya minta MITI mempertimbangkan perkara ini supaya bank statement itu juga dimasukkan juga keupayaan untuk mendapat pinjaman bank. Dengan itu, kita menggalakkan aktiviti ekonomi berdasarkan kepada keadaan sekarang di mana pasaran saham jatuh tetapi melalui IPO ini, kita akan dapat membantu pasaran saham kita agar lebih aktif. Saya ucap terima kasih.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya jemput Yang Berhormat Kalabakan.

draft • 3:10 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya terus membahaskan Butiran 020100 – Sokongan Perdagangan dan Industri, Butiran 020200 – Pembangunan Industri, Butiran 040300 – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Untuk makluman, pada 30 November 2022 tahun lalu, satu perjanjian pelaburan bernilai RM19.8 bilion telah ditandatangani di antara Kerajaan Negeri Sabah, menerusi Sabah Oil & Gas Development Corporation (SOGDC) dengan sebuah syarikat pembuatan besi yang berpangkalan di Singapura iaitu Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd ataupun Esteel bagi melaksanakan projek keluli hijau di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang

(SOGIP). Projek pelaburan berimpak tinggi yang merupakan batu loncatan, game changer untuk melonjakkan lagi ya, struktur ekonomi negeri dan rakyat Sabah telah mendapat perhatian khusus dan telah diumumkan menerusi platform-platform media dan telah dibincangkan beberapa kali di dalam Dewan Undangan Negeri.

Impaknya begitu besar, kesannya apabila dijangkakan dari fasa pertama sejak 10 hingga 15,000 peluang pekerjaan akan dapat dihasilkan semasa fasa pembinaan dan 1,752 peluang pekerjaan semasa fasa pengoperasian dan kemudian pada fasa kedua hingga ketiga 10 hingga 15,000 peluang pekerjaan akan tercipta semasa fasa pembinaan dan 5,455 pula peluang pekerjaan bakal diwujudkan semasa proses pengoperasian kilang kelak.

draft • 3:15 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Namun kerana birokrasi Kementerian MITI yang merumitkan kerana sehingga kini permohonan pengoperasian yang dipohon sejak Disember tahun lalu masih belum lagi diluluskan sedangkan ianya telah mendapatkan sokongan penuh daripada pihak MIDA.

Saya difahamkan antara kegusaran yang membelenggu pihak kementerian untuk meluluskan permohonan ini adalah kerana pemain industri yang risau yang akan impak negatif yang akan menimpa sekiranya yang Esteel ini mewujudkan kilang di Sabah. Walhal perkara itu tidak akan berlaku kerana sebahagian besar daripada produk ataupun penghasilan itu akan dieksport keluar negara. Tambahan pula antara kebaikan yang bakal diperolehi oleh pemain industri tempatan adalah mereka tidak perlu lagi mengimport sumber feedstock besi pada harga yang mahal, sebaliknya boleh mendapatkan daripada pihak Esteel dengan harga yang lebih murah dan munasabah.

Justeru itu, dengan wujudnya kilang Esteel ini di Sabah sudah pasti akan menawarkan win-win situation kepada pihak yang terlibat, pihak negeri, pada pihak Esteel, pemain-pemain industri dan juga rakyat. Oleh itu, sekiranya permohonan lesen ini gagal diluluskan dengan kadar segera oleh pihak kementerian, ianya akan memberikan pelbagai impak negatif.

Yang pertama, peluang pekerjaan sudah pastinya tidak dapat diwujudkan.

Keduanya, ia akan merencatkan usaha untuk membangunkan Sabah yang jauh ketinggalan kerana dengan wujudnya kilang ini sudah pasti akan wujudkan spillover daripada vendor, daripada SME.

Ketiga, imej dan persepsi pelabur asing kepada negeri Sabah dan umumnya Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan pasti akan terjejas teruk. Keempat, sekira ia gagal diluluskan, pihak SOGDC juga berisiko untuk berdepan dengan tindakan undang- undang oleh syarikat Esteel.

Kelima, sekiranya projek ini gagal bermakna satu lagi pelaburan oleh syarikat pelabur asing, Sumitomo di SOGIP yang sedang diselaraskan oleh pihak SOGDC juga akan turut terjejas, memandangkan kedua-dua syarikat ini menghasilkan produk yang sama besi bracket panas.

Dapat disimpulkan sekiranya lesen ini tidak dapat diteruskan ataupun tidak diluluskan, sudah pasti semua pihak akan mengalami kerugian. Justeru, besarlah harapan saya agar pihak kementerian dapat memberi pertimbangan dan keputusan yang sewajarnya untuk memastikan permasalahan ini dapat diselesaikan.

draft • 3:15 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Seterusnya Puan Pengerusi, saya juga memohon agar pihak kementerian memberikan perhatian kepada cadangan untuk mengisytiharkan zon ekonomi bebas di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan juga Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang bagi melonjakkan pelaburan dan pertumbuhan ekonomi negeri Sabah. Akhir kata, Kalabakan mohon menyokong.

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan.

draft • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya bangun di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1). Saya rasa terganggu untuk berucap tadi bila saya tengok ada tiga kerusi telah dipindahkan ke sana. Dia orang ini tidak melompat parti.

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

draft • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia menyatakan sokongan tetapi kenapa dipindahkan kerusi? Kalau dipindahkan kerusi, dia berhenti teruslah.

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau.

draft • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tapi kalau dipindahkan kerusi, cuma nanti ada 10 orang datang, masuk kerusi mana lagi? Jadi, kita tidak boleh buat macam ini.

Mereka masih berada di tempat itu selagi mereka tidak tukar kerusi.

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau, sila duduk.

Yang Berhormat Arau, sila duduk.

draft • 3:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Arau, dia yang minta tukar situlah Arau.

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Selayang.

draft • 3:20 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan Industri dan Daya Saing. Laporan World Competitiveness Yearbook 2023 terbitan Pusat Daya Saing Dunia, Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) World Competitiveness Ranking meletakkan daya saing global Malaysia pada kedudukan ke-27, meningkat lima anak tangga daripada ke-32 pada 2022. Kedudukan ke-27 merupakan peningkatan yang memberangsangkan setelah beberapa tahun kedudukan Malaysia mencatat penurunan. Kedudukan terbaik Malaysia adalah pada tangga ke-10 pada tahun 2010 dan pada tahun 2018, Malaysia adalah berada pada kedudukan yang ke-22.

Dengan kenaikan kedudukan ini jelas menunjukkan bahawa Malaysia berada pada landasan ekonomi yang tepat dan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan membuahkan hasil dan memperbaiki prestasi ekonomi negara. Usaha termasuk kejayaan Perdana Menteri membawa pulang RM170 bilion prospek pelaburan daripada lawatan ke China, RM23 bilion daripada Jepun, RM13 bilion daripada Singapura dan negara-negara lain. Walau bagaimanapun, banyak lagi usaha diperlukan untuk Malaysia kembali kepada tangga belasan di dunia. Saya meminta kerajaan memberikan penjelasan tentang langkah-langkah dan pendekatan untuk menambahbaikkan kedudukan daya saing kita. Terkini, dari 20 sub kategori yang dinilai, hanya enam yang berada di kedudukan 20 terbaik dan 11 di tangga 30 ke bawah.

Pendidikan dan perundangan perniagaan adalah pada kedudukan Malaysia sangat rendah iaitu di tangga ke-45, sedangkan kedua-dua kategori ini adalah antara faktor utama dalam memastikan daya saing negara kukuh. Kedudukan Malaysia dalam kecekapan perniagaan telah jatuh merudum berbanding 10 tahun yang lalu. Saya meminta kerajaan memberikan penjelasan, mana kesilapan kita dan ini mesti dikenal pasti dan ditangani segera.

Saya meminta kerajaan memberikan perhatian kepada kelemahan daya saing seperti yang

draft • 3:21 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

dinyatakan dalam Laporan IMD. Menurut Laporan IMD, terdapat beberapa bidang yang kurang seperti perundangan perniagaan, rangka kerja kemasyarakatan di bawah sektor kecekapan kerajaan serta produktiviti dan kecekapan di bawah sektor perniagaan.

Cabaran yang dihadapi Malaysia pada 2023 adalah untuk memperkukuhkan pembangunan bakat melalui model pasaran buruh, didorong permintaan bagi memastikan tenaga kerja tersedia untuk industri. Akhirnya, dunia telah mengambil perhatian dengan kenaikan kedudukan daya saing kita. Ini membuktikan pemerhatian sudah berjaya dicipta oleh kerajaan. Saya meminta kerajaan mempertingkatkan usaha untuk memastikan ekonomi negara terus tumbuh dengan sihat untuk semua golongan. Sekian, terima kasih.

draft • 3:21 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

25 minit.

draft • 3:21 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih kepada Pengerusi dan juga 15 Ahli-ahli Parlimen yang telah membahas.

draft • 2:25 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

draft • 2:25 PM

Tuan Liew Chin Tong

  1. 16 Ahli-ahli Parlimen yang telah membahas Rang Undang-undang Perbekalan 2024, peringkat Jawatankuasa yang menyentuh Kepala Bekalan B.24 dan Pembangunan P.24 di bawah tanggungjawab Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Yang Berhormat Parit Sulong, Sri Gading dan beberapa Ahli-ahli yang lain telah membangkitkan isu perancangan industri aeroangkasa dan juga pembangunan ekosistem tempatan. Kerajaan telah mengenal pasti industri aeroangkasa sebagai salah satu industri strategik yang berpotensi besar untuk pengembangan industri berteknologi tinggi di Malaysia di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan juga Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang merangkumi pelbagai inisiatif bagi memacu pertumbuhan ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030. Malaysia kini merupakan hab aeroangkasa kedua terbesar di Asia Tenggara yang diperkasakan oleh lebih 240 syarikat, yang disokong oleh 28,000 pekerja berkemahiran tinggi. Berdasarkan kepada prestasi semasa industri dan disokong oleh kejayaan memperolehi kontrak-kontrak baru bernilai RM5.7 bilion serta pelaksanaan projek- projek MRO bernilai RM600 juta, adalah di unjur pendapatan industri aeroangkasa Malaysia pada tahun 2023 akan melepasi nilai RM18 bilion.

Sumbangan Malaysia kepada rantaian bekalan aeroangkasa global amatlah kritikal memandangkan syarikat aeroangkasa tempatan merupakan pembekal utama komponen kepada pengeluar pesawat komersial dunia, terutamanya Airbus dan Boeing yang kesemuanya adalah untuk pasaran eksport. Baru-baru ini, kementerian MITI bersama dengan agensi di bawah seliaan MITI iaitu NAICO menganjurkan satu supply chain conference atau mesyuarat rantaian pembekalan bersama dengan Boeing dan juga ada usaha yang akan dilakukan bersama dengan Airbus dan juga program-program lain,

draft • 2:25 PM

Tuan Liew Chin Tong

termasuk satu program yang akan dianjurkan pada esok iaitu Malaysia Aerospace Summit 2023 anjuran NAICO.

Semua usaha ini adalah untuk membangunkan rantaian pembekalan ataupun supply chain yang merangkumi pengusaha-pengusaha tempatan supaya pengusaha-pengusaha tempatan, termasuk PNKS dimasukkan sebagai sebahagian rantaian pembekalan. Ini Malaysia dapat manfaat kerana adanya perkembangan aeroangkasa yang baru-baru ini lebih banyak kapal terbang diperlukan selepas COVID-19 dan juga faktor-faktor geopolitik, di mana syarikat-syarikat antarabangsa menubuhkan hab Asia di luar daripada negara China.

Yang Berhormat Parit Sulong dan Kuala Terengganu dan beberapa lagi Ahli Parlimen membangkitkan isu e-Dagang. Kerajaan menyediakan— objektif Program e-Dagang ini adalah untuk membantu syarikat-syarikat PMKS dalam menggalakkan aktiviti eksport dengan mempromosikan produk ke pasaran global menerusi penyenaraian di platform e-dagang antarabangsa. Program eTRADE atau e-Dagang telah dilaksanakan oleh MATRADE di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas dan juga seterusnya.

draft • 2:25 PM

Tuan Liew Chin Tong

Program ini telah memanfaatkan sebanyak 3,358 syarikat PMKS dan menjana RM376.3 juta dalam jualan eksport. Manakala peratusan penyertaan PMKS dari golongan wanita adalah sebanyak 1,303 syarikat iaitu 39 peratus.

Bermula Mac 2021, MATRADE telah mula melaksanakan Program eTRADE 2.0 ataupun e-Dagang 2.0 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dengan penambahbaikan dan merupakan kesinambungan kepada Program e-Dagang terdahulu. Di bawah program ini, terdapat dua skim insentif untuk dinikmati oleh syarikat PMKS iaitu:

(i) Skim Onboarding; dan

(ii) Skim Pemasaran Digital dan Latihan (DMT).

Melalui Skim Onboarding, syarikat boleh menikmati bantuan sehingga RM5,000 untuk menampung sebahagian daripada kos penyenaraian di dalam platform e-dagang antarabangsa. Di bawah Skim DMT pula, syarikat boleh menerima sehingga RM20,000 bagi tujuan pemasaran digital dan latihan berkaitan e-dagang untuk tujuan eksport.

Bagi tahun 2021 sehingga Oktober 2023, sejumlah 1,199 syarikat telah dibantu melalui Program e-Dagang yang merangkumi 895 syarikat bagi Skim Onboarding dan 304 syarikat bagi Skim DMT. Manakala peratus penyertaan PMKS dari golongan wanita adalah sebanyak 688 syarikat iaitu 57 peratus. Antara sektor utama yang dibantu di bawah Program eTRADE 2.0 adalah makanan tersedia, minuman, farmaseutikal, penjagaan diri, kosmetik, barangan isi rumah dan produk pertanian.

Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Tanah Merah dan Yang Berhormat Port Dickson menyentuh tentang NIMP 2030. Saya hendak masukkan ucapan Yang Berhormat Paya Besar yang meminta lebih banyak peruntukan untuk NIMP. Saya setuju dengan pandangan dia.

Berbanding dengan Pelan Induk Perindustrian (IMP) sebelum ini, NIMP 2030 mengambil pendekatan berbeza iaitu berdasarkan misi atau mission-based approach.

draft • 3:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

Pendekatan ini memerlukan kerjasama kukuh dan bersepadu di antara sektor awam dan swasta bagi mencapai visi NIMP 2030 dan seterusnya membawa perubahan positif kepada sektor perindustrian negara. Kita tegaskan pendekatan whole of government approach. Bahawa bukan sahaja MITI yang bertanggungjawab tetapi semua kementerian perlu mengambil perhatian dan juga membantu menjayakan NIMP.

Bagi mencapai visi dan matlamat NIMP 2030, melalui mission-based approach, NIMP 2030 menetapkan empat misi utama, 21 strategi dan 62 pelan tindakan dan sembilan projek berasas misi atau mission-based projects sebagai projek pemangkin. NIMP merupakan projek-projek sedia ada sektor swasta yang akan memacu pembangunan sektor pembuatan selaras dengan hala tuju NIMP 2030. Empat misi NIMP adalah seperti berikut.

Misi satu, memajukan kompleksiti ekonomi. Ia bertujuan untuk menggalakkan industri untuk lebih berinovasi dan menghasilkan lebih banyak produk segmen yang lebih bernilai tambah tinggi dan kompleks. Sebagai contoh, di dalam semi-konduktor, Malaysia sangat tertumpu pada assembly and testing. Walaupun kita telah berjaya dalam kedua-dua aktiviti tersebut tetapi kedua-dua kegiatan ini hanya mewakili 10 peratus daripada nilai sektor ini. Malaysia perlu beralih ke aktiviti bernilai tinggi, contohnya reka bentuk IC dan fabrication yang masing-masing menyumbangkan kepada 90 peratus daripada nilai tersebut.

Misi kedua, meningkatkan teknologi untuk membina negara berdigital. Tech up for digital vibrant nation. Ia bertujuan untuk meningkatkan produktiviti melalui proses automasi dan pendigitalan dan mewujudkan peluang-peluang baharu bagi pertumbuhan ekonomi melalui kemajuan teknologi dan transformasi digital.

Misi ketiga, usaha ke arah ‘net zero’. Merupakan satu komitmen untuk menangani perubahan iklim dengan menuju pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

Misi keempat, menjamin sekuriti ekonomi dan keterangkuman. Bertujuan untuk mengukuhkan daya tahan rantaian bekalan dan mewujudkan persekitaran yang meningkatkan daya keusahawanan, membantu perusahaan kecil dan sederhana serta menggalakkan aktiviti ekonomi secara saksama.

Misi NIMP 2030 disokong oleh empat pemacu perubahan (enabler) yang merupakan faktor penting bagi merealisasikan misi-misi tersebut. Pemacu perubahan NIMP 2030 adalah seperti berikut:

(i) mengerakkan ekosistem pembiayaan;

(ii) memacu pembangunan dan daya terikat bakat;

(iii) mewujudkan pengalaman terbaik (best-in-class) investor journey bagi pelabur dan memudahcarakan perniagaan; dan

(iv) memperkenalkan rangka kerja tadbir urus seluruh negara (a whole of government approach). Ada Ahli-ahli Parlimen yang membangkit isu tentang bakat. Isu bakat dan juga isu adakah kita ada pekerja-pekerja yang diperlukan oleh industri. Saya telah berikan keterangan di sini bahawa dalam bahasa Inggeris, dengan izin, we have no talent problem, we only have pay problem.

draft • 3:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

Ramai jurutera di Malaysia, selepas mereka bekerja beberapa tahun di kilang-kilang di Malaysia, berhijrah ke negara lain terutamanya di Singapura kerana isu gaji dan bukan kerana mereka tidak ada keupayaan ataupun tidak ada bakat. Kita sebagai satu negara ada ramai bakat tetapi kita perlu ada idea yang baharu supaya menangani isu jurutera yang tidak bersedia untuk berkhidmat di negara kita kerana gaji yang terlalu rendah. Sama dengan ini ialah peringkat technician, peringkat operator. Juganya ramai operator terpaksa tidak lagi bekerja dalam sektor pembinaan kerana gaji ataupun upah terlalu rendah dan mereka berhijrah bekerja sebagai gig workers.

Seperti mana yang selalu saya tekankan, Malaysia tidak ada masalah bakat.

Masalah yang dihadapi oleh negara kita adalah kadar gaji yang terlalu rendah. Kita perlu faham bahawa pasaran pekerja (labor market) Malaysia dan Singapura adalah pasaran yang sama. Negara kita mempunyai ramai pekerja berkemahiran tinggi tetapi mereka bekerja di Singapura atas sebab perbezaan gaji.

Gaji penengah (median wage) dalam sektor pembuatan adalah hanya sebanyak RM2,205 pada tahun 2022, iaitu kadar yang lebih rendah daripada gaji penengah am negara.

NIMP 2030 menyasarkan peningkatan gaji penengah (median wage) bagi sektor pembuatan kepada RM4,510 menjelang tahun 2030. Ini adalah melalui penglibatan sektor pembuatan dalam aktiviti bernilai tambah tinggi, peningkatan produktiviti dan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Ekonomi Madani dan NIMP 2030 selari dalam fokusnya untuk memperbaiki kehidupan melalui unjuran peluangan lebih tinggi kepada rakyat daripada peluangan ekonomi negara. Ini termasuk pekerjaan dengan gaji yang bermakna dan perkongsian kekayaan untuk membina masyarakat lebih saksama dan sejahtera. Penciptaan peluang pekerja melalui pembangunan tenaga kerja berkepakaran tinggi penting untuk menaikkan dan mengembangkan masyarakat kelas pertengahan (middle class). Aliran mega global seperti peningkatan penggunaan teknologi, perubahan iklim dan amalan kemapanan serta globalisasi rantaian nilai memerlukan transformasi kemahiran di dalam industri.

Saya rasa ini adalah pentinglah untuk kita faham bahawa masalah pokok ini bukan masalah negara kita tidak ada bakat tetapi masalah kita berkenaan dengan persepsi majikan- majikan dan juga rangkaian industri kita yang terlaku bergantung terhadap pekerja asing tanpa kemahiran.

draft • 3:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

Di bawah inisiatif MITI, program pembangunan bakat tempatan bagi menyokong ekosistem E&E—Academy and Factory dan Train and Praise di bawah MPC telah direncanakan di bawah Bajet 2024 bagi melatih rakyat tempatan di dalam sektor E&E yang memfokuskan kepada tiga bidang utama iaitu automasi, semi konduktor dan electronics manufacturing services (EMS), dengan izin yang mana sekurang-kurangnya 20,000 orang tenaga kerja akan dilatih menjelang 2025 dan pada tahun ini 2023, dijangkakan seramai 500 orang jurutera dan 500 juruteknik akan dilatih di bawah program ini.

Di bawah juga NIMP 2030, terdapat dua dana NIMP iaitu NIMP Industrial Development Fund (NIDF) bertujuan untuk pembangunan keseluruhan sektor pembuatan

draft • 3:40 PM

Tuan Liew Chin Tong

dan perkhidmatan berkaitan. Manakala dana kedua ialah NIMP 2030 Co-Investment Strategic Funds (CoSIF) yang merupakan satu model pembiayaan sektor awam dan swasta khusus bagi melaksanakan mission-based projects yang mampu memberi impak tinggi kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Yang Berhormat Seputeh sebut tentang sesi libat urus yang telah diadakan untuk PMKS bagi mengikuti hala tuju kemampanan MITI. Menyedari akan kepentingan aspek kemampanan dan amalan ESG dalam ekonomi global, MITI telah menekankan kepentingan ESG sebagai elemen asas dalam rangka kerja Dasar Pelaburan Baru (NIP) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030). Rangka kerja IESG merupakan pelan tindakan di bawah Pelan Induk Perindustrian 2030 untuk melancarkan rangka kerja ESG dan program- program peralihan di bawah Misi 3, usaha ke arah net zero.

Pelaksanaannya akan meningkatkan kesediaan industri ke arah pematuhan ESG.

Bagi mempersiapkan industri, rangka kerja IESG Fasa Pertama telah dibangunkan menggunakan pendekatan yang komprehensif dengan mengambil kira persekitaran perniagaan semasa serta isu dan cabaran dihadapi oleh syarikat-syarikat dalam pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan (manufacturing related services) untuk mempergiatkan amalan ESG.

Yang Berhormat Bachok bertanya tentang ease of doing business ataupun memudahcaraan urusan peniaga. MPC dengan kerjasama kementerian dan agensi dan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan telah dan sedang melaksanakan usaha-usaha ke arah memudah urusan perniagaan melalui reformasi kerenah birokrasi. Antara usaha tersebut termasuk :

(i) memudahkan pergerakan barangan.

(ii) mempercepatkan pembinaan bangunan industri;

(iii) mempercepatkan kelulusan permohonan pemajuan tanah; dan

(iv) semakan peraturan perniagaan secara menyeluruh di peringkat kementerian.

Ada banyak usaha melibatkan PBT dan juga kerajaan negeri dan kementerian harap kerjasama di antara Kerajaan Pusat—Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri dan juga PBT boleh diadakan.

Ada yang sebut tentang eksport dan ada yang memberikan persepsi bahawa adanya kemerosotan eksport. Memang ada keadaan kemerosotan tetapi saya nak bagi satu contoh. Bahawa kemerosotan harga komoditi memainkan peranan yang lebih besar terhadap prestasi perdagangan berbanding faktor kuantiti yang dibekalkan dalam pasaran.

Sebagai contoh, bagi minyak sawit. Jumlah nilai eksport berkurang 31.84 peratus.

Jumlah nilai eksport kurang banyak kerana harga komoditi telah menurun tetapi kuantiti eksport bagi sawit hanya berkurang tiga peratus. So, nilai merosot 31 peratus, manakala kuantiti hanya merosot tiga peratus. Ini adalah faktor yang saya rasa penting apabila kita menangani data-data termasuk data eksport ni jangan kita hanya ambil perhatian terhadap angka tetapi tidak memahami keadaan yang sebenar.

draft • 3:40 PM

Tuan Liew Chin Tong

Yang Berhormat Bachok sebut tentang pendekatan kementerian untuk syarikat menceburi pasaran eksport dengan lebih tersusun. Kementerian melalui MATRADE mengambil serius soalan pembangunan syarikat pengeksport khususnya PMKS untuk menceburi pasaran eksport. Pendekatan kerajaan dengan kerajaan (GtoG) amat penting dalam pembangunan industri sektor semi konduktor yang dilihat sebagai industri strategik.

Pada tahun lepas, Malaysia dan Amerika Syarikat telah menandatangani Memorandum Kerjasama Daya Tahan Rangkaian Bekalan Semi Konduktor (Memorandum of Cooperations on Semiconductor Supply Chain Resilience).

Pada dua minggu lalu, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte telah melawat Malaysia dan Vietnam bersama-sama dengan 25 pengusaha perniagaan yang terlibat dalam industri semi konduktor dan teknologi. Hasil daripada pertemuan bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tambun pada 1 November 2023, satu dialog GtoG berkenaan dengan sektor semikonduktor antara Malaysia dan The Netherlands akan diwujudkan.

Pendekatan Kementerian MITI melalui MARTRADE untuk menceburi pasaran eksport dengan lebih tersusun adalah bagi meningkatkan eksport ke pasaran di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) seperti RSEP dan CPTPP di mana tarif yang lebih rendah dikenakan terhadap barangan Malaysia seperti minyak sawit, barangan elektronik

(E&E) dan produk automotif dan lain-lain. Juga, kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan negara-negara lain yang belum ada FTA, termasuk Eropah dan juga UAE.

Peruntukan pembangunan MITI meningkat bagi tahun 2024, untuk jawab soalan dari Yang Berhormat Kubang Pasu. Peruntukan pembangunan MATRADE meningkat daripada RM28 juta kepada RM41 juta untuk menampung keperluan enam program sambungan dan satu program baharu bagi tahun 2024.

Pertambahan peruntukan adalah untuk empat program sambungan iaitu promosi eksport (MPG)—siapa nak minta lebih banyak MPG, minta saya setuju dan masukkan dalam ucapan saya; Malaysia Services and Halal Global Program, Pembangunan e-Dagang Rentas Sempadan dan Program e-Trade 2.0 serta satu program baharu di bawah iaitu Pembangunan Sistem Geran Bersepadu. Peruntukan yang diluluskan ini adalah penting bagi MATRADE melaksanakan tanggungjawab sebagai agensi perdagangan negara di samping memberikan peluang penyertaan kepada PMKS.

Yang Berhormat Paya Besar sebut tentang pasaran CIS dan Benua Afrika. Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Benua Afrika merupakan adalah merupakan rakan dagang kelima terbesar Malaysia selepas Asia dan Amerika Utara, Eropah dan Oceania dan telah menyumbang sebanyak 2.1 peratus dalam nilai jumlah perdagangan Malaysia. Kementerian harap boleh dapat perkembangkan hubungan perdagangan di antara Malaysia dengan negara-negara CIS dan juga Benua Afrika.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Timbalan Menteri.

draft • 3:40 PM

Tuan Liew Chin Tong

Ya.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya ada tanyakan soalan tentang EV tadi.

draft • 3:40 PM

Tuan Liew Chin Tong

Ya.

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

EV mampu milik. Sama dengan YB Tebrau.

Mungkin kalau boleh minta YB Timbalan Menteri jawab tentang memperbanyakkan lagi EV mampu milik di Malaysia dan juga bagaimana hendak mengembangkan EV tempatan. Terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Liew Chin Tong

Ya. Dasar kerajaan ialah untuk membangunkan pengeluaran kereta tempatan. So, dasar ialah untuk membangunkan kenderaan tempatan ataupun CKD dengan kandungan tempatan (local content). So, itu adalah dasar kerajaan dan kalau sesiapa yang melabur di Malaysia, boleh hasilkan apa saja kereta, jenama apa saja yang CKD dibina di negara kita, apa harga juga mereka boleh jual tanpa halangan. Tetapi yang ada halangan ialah bahawa CBU (complete built-up) yang diimport ke dalam negara ini mesti ditetapkan harga melebihi RM100,000. So, itu adalah dasar.

Dasar ini bertujuan untuk membina rangkaian pengeluaran tempatan tak kira jenama, tak kira siapa, tetapi rangkaian pembuatan tempatan untuk supaya kita tidak hanya sebagai pengimport. Ini ada impak dan kesan terhadap currency, terhadap pelbagai faktor. Yang penting ialah kita nak wujudkan rangkaian pembuatan tempatan tak kira jenama.

Untuk sasaran ini, kerajaan juga telah berbincang dengan kedua-dua syarikat pengeluar kereta nasional yang telah memberi komitmen untuk menyokong dasar semasa kerajaan dengan sasaran bagi mengeluarkan kereta elektrik tempatan pada tahun 2025.

Saya ingin mengakhiri dengan Arau dan juga Kalabakan dan juga Sri Gading.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

draft • 3:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

Okey, terima kasih. Untuk pelaburan yang soalan ditanya oleh Arau, bagi tempoh 2018 hingga Jun 2023, jumlah pelaburan yang diluluskan adalah bernilai RM753.9 bilion dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan di bawah seliaan MIDA.

Pelaburan ini melibatkan 9,201 projek yang akan menjana sejumlah 455,984 peluang pekerjaan baharu. Dalam tempoh ini, pelaburan langsung asing memainkan peranan penting dengan menyumbang lebih daripada 74 peratus daripada jumlah pelaburan.

Pelaburan langsung domestik merekodkan pelaburan bernilai RM189.4 bilion atau 25 peratus. Sejumlah RM593.5 bilion atau 78.7 peratus dari keseluruhan pelaburan yang diluluskan dari tempoh 2018 hingga Jun 2023 telah direalisasikan. Bermakna 78 peratus atau hampir 80 peratus telah direalisasikan dalam tempoh lima tahun setengah.

Untuk menjawab soalan Sri Gading dan Selayang berkenaan dengan world competitiveness ranking, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah merangka program utama untuk meningkatkan daya saing negara dan mencapai matlamat berada di kedudukan ke-12 teratas dunia di dalam tempoh 10 tahun sejajar dengan sasaran oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam kerangka Ekonomi Madani. Tujuan untuk program ini adalah untuk mengukuhkan prestasi ekonomi negara melalui peningkatan pertumbuhan produktiviti, pelaburan, perdagangan dan peluang pekerjaan. Buat setakat ini, world competitiveness ranking ada 336 petunjuk atau kriteria dan negara kita berada di kedudukan ke-27 di antara 64 negara.

draft • 3:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

Ada 16 petunjuk daya saing yang terendah— Malaysia yang di peringkat terendah termasuk:

(i) terimaan pelancongan, kedudukan kita 63;

(ii) perbelanjaan kesihatan keseluruhan, kedudukan kita 60, ke-60 di antara 64 negara;

(iii) enrolmen sekolah menengah, kedudukan kita 59;

(iv) pelabur asing bebas untuk memperoleh kawalan dalam syarikat domestik, kedudukan kita ke-58;

(v) tenaga buruh wanita, kedudukan kita ke 55;

(vi) pertumbuhan pekerjaan, kedudukan kita ke-54;

(vii) halangan tarif, kedudukan kita ke-54;

(viii) pelanggan jalur lebar (broadband), kedudukan kita ke-54;

(ix) menarik dan mengekalkan bakat, kedudukan kita ke-52;

(x) kongsi tenaga boleh diperbaharui dalam keperluan tenaga keseluruhan (renewable energy), kedudukan kita ke-53;

(xi) pembantu perubatan, kedudukan kita ke-50;

(xii) rasuah dan memberi suapan rasuah, kedudukan kita ke-46;

(xiii) tenaga buruh, kedudukan kita ke-43;

(xiv) pengusahaan kecil dan sederhana, kedudukan kita ke-41;

(xv) kadar cukai korporat ke atas keuntungan, kedudukan kita ke-37; dan

(xvi) ancaman pemindahan perniagaan, kedudukan kita ke-33.

Ia ada 336 petunjuk dan kerajaan harap dengan pendekatan whole-of-government kita dapat menambah baik dan kita boleh capai sasaran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Soalan yang terakhir ialah soalan tentang Esteel Enterprise Sdn. Bhd. Untuk makluman, MITI telah mengenalkan moratorium selama dua tahun mulai 15 Ogos 2023 ke atas semua pertanyaan, penilaian, permohonan semasa, permohonan baharu, pemindahan lesen, pembesaran, regularisasi dan pelbagaian bagi lesen pengilangan (ML) serta pengeluaran surat pengesahan untuk pengecualian daripada lesen pengilang (ICA10) di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 [Akta156] bagi aktiviti pengilangan dalam industri besi dan keluli termasuk aktiviti kitar semula bagi segmen bukan ferrous, non-ferrous. MITI berpandangan bahawa moratorium ini akan membolehkan penelitian semula dibuat untuk menangani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh industri besi dan keluli tempatan serta mengemas kini hala tuju industri ini selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030). Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat permohonan lesen pengilangan (ML) yang menyokong agenda Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, permohonan boleh dipertimbangkan pengecualian daripada moratorium. Ini termasuk projek- projek pengeluaran projek besi dan keluli yang kompres dengan nilai tambah tinggi serta dilengkapi dengan teknologi rendah karbon dan pengurangan karbon seperti carbon capture, utilization and storage (CCUS) yang menyokong misi dan aspirasi NIMP 2030.

draft • 3:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

Sebarang permohonan ML baharu juga akan dinilai berdasarkan 12 parameter seperti sasaran yang telah ditetapkan di bawah NIMP 2030. Buat masa ini, perincian lanjut mengenai kriteria penilaian ini sedang dalam proses untuk diperhalusi oleh pihak kerajaan.

Saya juga ingin maklumkan Dewan ini bahawa walaupun ini bukan terhad kepada ECU, tetapi ada pengilang-pengilang yang katakan mereka eksport dan bukan dijual di tempatan, tetapi banyak eksport ini sebenarnya menuju ke negara China.

So, pada tahun lepas, jumlah kapasiti di negara China ialah satu bilion metrik tan, tetapi yang digunakan hanya 900 metrik tan besi dan keluli. Masalah ialah kerana negara China menghadapi over capacity dalam besi dan keluli dan juga ada keadaan di mana sektor pembinaan ataupun construction sector di negara China telah mengalami kemelesetan.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sudah lebih 10 minit.

draft • 4:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

Okey, saya akhiri sekarang. Di Asia Tenggara, kapasiti kita pada tahun 2021 ialah 75 juta metrik tan di seluruh Asia Tenggara tetapi dijangka pada tahun 2026, jumlah kapasiti keluli dan besi di Asia Tenggara adalah 150 juta metrik tan, berlipat ganda. Ini adalah satu masalah yang akan ditangani oleh kerajaan supaya Kerajaan Malaysia boleh bincang dengan negara China dan juga dengan negara-negara ASEAN supaya kita mengelakkan keadaan overcapacity di seluruh Asia tenggara. Terima kasih Pengerusi.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat masalah ialah bahawa wang sejumlah RM640,811,600 untuk Kepala B.24 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.24 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.24 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.24 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 4:00 PM
Kepala B.25 [Jadual] – Kepala P.25 [Anggaran Pembangunan 2024] –

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya baca senarai pembahas dahulu, YB Rasah, YB Hulu Terengganu, YB Pekan, YB Pendang, YB Balik PulauYB Tanjong Karang, YB Betong, YB Kuala Krai, YB Tenom, YB Padang Rengas, YB Bangi, YB Pasir Salak, YB Kalabakan, YB Tumpat, YB Sungai Petani, YB Parit Buntar, YB Pulai, YB Sik, YB Mas Gading, YB Kubang Kerian, YB Jelutong, YB Bagan Serai, YB Miri, YB Arau dan YB Selayang. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 4:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Butiran pertama yang saya hendak sebutkan adalah Butiran 040400 – Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak

(COSS).

Saya rasa saya setiap kali ada peluang untuk menyebut berkenaan dengan topik ini, memang ini adalah topik yang pastinya saya akan sebutkan di Dewan yang mulia ini. Saya nampak ada satu pertambahan yang besar kalau kita bandingkan dengan tahun sebelumnya.

Peruntukan RM500 juta dinaikkan kepada RM845 juta pada kali ini.

Cuma, persoalan saya adakah ia mencukupi? Saya rasa kemungkinan besar tidak.

Bukan saya mempertikaikan pengiraan ataupun penghitungan daripada pihak kementerian tetapi saya berlandaskan kepada bajet tambahan yang pernah dibawa oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin pada awal tahun ini. Saya masih ingat pada tahun lepas sahaja jumlah peruntukan untuk COSS ini RM2 bilion.

Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang akan menggulung nanti apakah unjuran ini, adakah peruntukan RM845 juta ini berdasarkan harga minyak sawit mentah berapa harga pasaran? Sebab ia berkaitan. Kalau harga minyak sawit pasaran dunia semakin meningkat sudah pastinya subsidi akan meningkat.

Isu kedua berkenaan dengan topik yang sama adalah berkenaan dengan apakah kuota 60,000 tan metrik itu? Adakah ada ruang untuk kerajaan? Saya sudah sebut banyak kali. Saya tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri mungkin dah muak hendak jawab soalan saya tetapi saya hendak tanya juga adakah peluang untuk kerajaan mempertimbangkan semula, meningkatkannya sekurang-kurangnya kepada tahap 70,000 tan metrik setiap bulan, sebab keperluan pasaran domestik dan juga peniaga kecil-kecilan, ada keperluan tersebut.

Isu kedua berkenaan dengan Butiran 040300 – Emolumen Pegawai Pemantau Harga

(PPH). Sama macam tahun sebelumnya, RM41 juta. Saya hendak tanya berapa orang PPH yang terlibat dan bagaimana lantikan mereka. Saya difahamkan lantikan kontrak. Cuma, hendak tahu berapa lama ya. Adakah ia berlaku lantikan bersekali ataupun boleh tidak dia tukar orang dan sebagainya sebab mana yang perform itu mungkin kita boleh serapkan menjadi kakitangan tetap. Ataupun yang tidak perform itu, macam mana kita hendak tukar.

Saya hendak tanya mekanisme berkenaan ini.

Butiran seterusnya 020400 – Penguatkuasaan. saya nampak bilangan jawatan 363, RM42 juta peruntukan. Butiran 010900 – PPDN Negeri, ada RM220 juta dengan bilangan jawatan 2,821. Dua ini penting Yang Berhormat Pengerusi. Sebab saya hendak– tetapi saya nampak bilangan jawatannya sama. Apabila kita sering kali mengatakan bahawa berlaku ketirisan dan sebagainya, kurang penguatkuasaan dan kita perlu memperkasakan penguatkuasaan terhadap mereka-mereka yang mengambil kesempatan naikkan harga dan sebagainya, kenapa tiada pertambahan perjawatan?

Sebab saya rasa perkara ini penting untuk membolehkan kita menangani, memerangi ketirisan yang kita sebutkan sering kali. Jadi, apakah pendekatan kita untuk

draft • 4:02 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

perkara ini? Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri nanti bagaimana kita hendak memperkasakan penguatkuasaan kita.

Juga sebab kementerian ini juga terlibat dengan Jualan Rahmah yang sudah pastinya melibatkan pertambahan kakitangan manpower dalam memastikan Jualan Rahmah dapat dilaksanakan dalam keadaan yang lebih baik, lebih berkesan, dan boleh mencapai sasarannya, boleh dish out kepada lebih ramai penduduk khasnya golongan sasar yang kita harap mereka dapat beli barangan dengan harga yang lebih murah.

Butiran 040900 – Inisiatif Payung Rahmah. Peruntukannya melonjak daripada RM43 juta kepada RM200 juta. Saya ucapkan syabas dan tahniah. Satu inisiatif yang sangat baik, legasi daripada Allahyarham yang wajar kita teruskan sebab ianya untuk kebaikan rakyat Malaysia supaya dapat membeli barangan keperluan dengan harga yang lebih murah.

Cuma saya hendak tanya, bagaimanakah status pasar raya, kedai-kedai yang menyertai Jualan Rahmah ketika ini? Yang Berhormat Pengerusi, saya mohon dua minit tambahan sebab ada dua, tiga tajuk lagi.

draft • 4:02 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Teruskan.

draft • 4:02 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya, terima kasih. Cuma, macam mana sambutan daripada kedai dan pasar raya terutama pasar raya besar ataupun rangkaian pasar raya yang mempunyai banyak cawangan di seluruh negara terhadap inisiatif ini. Ada tak kerajaan memberikan apa-apa inisiatif? Inisiatif kepada kedai-kedai ataupun peniaga ini tidak semestinya kita bagi subsidi.

Subsidi bukan untuk kedai. Tetapi apakah ada kemudahan tertentu untuk mereka yang membolehkan kita menarik lebih banyak kedai terlibat dengan inisiatif ini supaya akhirnya yang untung itu bukan setakat kedai. Kedai itu kita kalau boleh kita hendak melariskan jualkan mereka, mereka mempunyai jualan yang lebih tetapi maka kita yang lebih mustahak adalah rakyat kita dapat membeli barangan keperluan dengan harga yang murah.

Itu yang sepatutnya menjadi target kita. Jadi, saya hendak tanya ada tidak inisiatif untuk kedai?

Saya hendak tanya, kalau tahun-tahun sebelum ini ada subsidi untuk tepung, tahun ini saya tidak nampak. Hampir setiap tahun saya terlibat sejak saya berada di dalam Dewan ini lima tahun dahulu. Saya bahas tentang kementerian ini. Saya nampak ada satu butiran untuk subsidi untuk tepung tetapi tahun ini tidak nampak. Saya hendak tanya ataupun ia mungkin dimasukkan ke dalam mana-mana atau butiran yang saya tidak pasti. Mohon Timbalan Menteri memberikan penjelasan berkenaan perkara ini.

Yang terakhir, Butiran 040800 – Kempen Beli Barangan Malaysia. RM10 juta naik kepada RM20 juta. Kita sebagai rakyat Malaysia kita patut menyokong usaha ini dan usaha ini adalah usaha yang berterusan daripada dulu lagi. Daripada dulu memang ini yang sepatutnya sebab inilah yang membolehkan kita menyokong semua industri tempatan kita.

Inilah yang boleh kita lakukan agar aliran wang kita tidak keluar dan kurangkan kebergantungan kepada barangan yang diimport.

Cuma saya hendak tanya apakah agensi-agensi kerajaan sendiri ada melaksanakan dasar ini? Sebab saya masih ingat dua tahun dahulu ketika itu T-shirt yang diberikan kepada

draft • 4:02 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

semua Ahli Parlimen, T-shirt Keluarga Malaysia buatan daripada negara asing. Jadi, ada tak hari ini semua agensi kerajaan bukan setakat di bawah KPDN melaksanakan inisiatif, menunjukkan teladan yang baik untuk membeli barangan buatan Malaysia. Tak kira barangan makanan ataupun apa jenis barangan yang boleh dikeluarkan, dihasilkan oleh rakyat Malaysia. Jadi Dato’ Pengerusi, terima kasih atas masa tambahan yang diberikan. Itu sahaja perbahasan saya. Terima kasih.

draft • 4:02 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya mempersilakan Yang Berhormat Hulu Terengganu untuk berbahas.

draft • 4:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Dato’ Pengerusi kerana beri peluang dan kesempatan kepada saya untuk berbahas di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Cuma sehingga hari ini, Menterinya masih belum dilantik Yang Berhormat Pengerusi.

Saya terus kepada Butiran 020600 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang mana peruntukan tahun lepas sebanyak RM15 juta telah turun menjadi RM12 juta. Kita tahu bahawa peranan pegawai ini penting terutamanya dalam situasi kita kekurangan beras, kekurangan barangan dan dalam situasi kartel-kartel mengambil kesempatan untuk berpakat dan sebagainya. Jadi dengan pengurangan ini, apakah mungkin keberkesanan tugas-tugas pegawainya yang mana sehingga kini saya difahamkan cuma mengandungi 17 orang sahaja.

Banyak isu berkaitan kartel ini berada dalam masyarakat kita, Tuan Pengerusi.

Butiran kedua berkenaan apa yang disebutkan oleh sahabat saya Rasah tadi iaitu 040300 – Emolumen Pegawai Pemantau Harga (PPH) yang sehingga hari ini saya difahamkan mengandungi sebanyak ataupun seramai 900 orang lebih dan mereka ini dilantik secara kontrak dan kontrak mereka disambung setiap tahun. Cuma gaji mereka daripada dulu sampai sekarang tak naik-naik, iaitu RM2,400. Jadi, dalam keadaan kos sara hidup yang serba meningkat ini adakah kerajaan mengkaji ataupun mempunyai perancangan untuk menambah kenaikan gaji ataupun pendapatan mereka ini?

Begitu juga perkara 040400 iaitu Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS).

Saya setuju apa yang dikatakan oleh Rasah sebagai Pengerusi Select Committee Kos Sara Hidup. Cuma minyak masak yang ada di market hari ini harganya RM2.50, Timbalan Menteri dan harga ini saya rasa dah bertahun-bertahun, tak pernah diubah.

Apakah ada perancangan di pihak kementerian untuk meningkatkan sedikit daripada RM2.50 menjadi RM3.00 contohnya kerana saya difahamkan di luar sana minyak used cooking oil, minyak yang telah digunakan, dijual balik. Harganya lebih mahal daripada minyak yang dijual ini. Jadi, apakah cadangan untuk meningkatkan balik, meningkatkan harga minyak masak bersubsidi ini?

Yang Berhormat Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya pergi kepada 040900 – Inisiatif Payung Rahmah. Peningkatannya sebanyak 357 peratus daripada tahun lepas. Ini satu peningkatan yang memberangsangkan, yang cukup hebat. Cuma persoalan di sini, ramai

draft • 4:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

di luar sana, pemain-pemain di luar sana yang menarik diri untuk menjadi ejen ataupun untuk terlibat dalam Payung Rahmah ini.

Persoalan saya yang kedua ialah dulu terheboh dengan Menu Rahmah. Saya nak tahu setakat ini berapa ramaikah yang masih tinggal untuk menawarkan Menu Rahmah dan kenapa mereka tarik diri? Salah satu sebabnya mungkin kerana harga barang mentah dah meningkat sekarang di dalam pasaran.

Seterusnya Yang di-Pertua berkaitan dengan isu Butiran 020400 – Penguatkuasaan.

Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Rasah tadi. Penguatkuasaan ini suatu benda, suatu jawatan penting. Cuma dulu, kerajaan dulu ada mencadangkan supaya penguat kuasa ini dinaikkan taraf menjadi jabatan macam JPJ dan sebagainya kerana mereka bila naik jabatan, mereka akan diberi lebih kuasa dan mempunyai lebih authority untuk menjalankan penguatkuasaan. Persoalannya sejauh mana pelan tersebut dilaksanakan ataupun adakah berhenti setakat itu ataupun ada perancangan seterusnya untuk memartabatkan penguat kuasa-penguat kuasa di KPDNHEP ini?

Yang seterusnya yang akhir Yang Berhormat di-Pertua, 04004 – Pembangunan Usahawan: Pembangunan Francais. Isu francais akhir-akhir ini menjadi isu hangat Tuan Pengerusi kerana banyak francais-francais kita terutamanya yang berkaitan dengan Israel telah diboikot oleh rakyat, McDonald’s dan sebagainya. Jadi di sini saya nak tahu apa pendirian kerajaan dengan tindakan yang dibuat oleh rakyat yang memboikot produk tersebut? Pandangan kerajaan macam mana? Apakah kerajaan ataupun kementerian mempunyai ruang ataupun peluang untuk...

draft • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

draft • 4:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat.

draft • 4:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sekejap, sekejap Jelutong, untuk membantu mereka yang terkesan ini ataupun nak biarkan apa yang berlaku itu begitu sebagaimana adanya? Sila Jelutong, Yang Berhormat.

draft • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, terima kasih.

Saya juga terpanggil untuk melibatkan diri dalam perbahasan. Saya akan menyentuh perkara ini. Saya juga ingin tanya pendapat Yang Berhormat kerana ramai yang bekerja di syarikat- syarikat ini adalah merupakan adik-adik, anak-anak kita. Budak-budak tempatan yang menunggu kelulusan SPM, yang sedang belajar dan sebagainya dan tindakan memboikot ini telah sedikit sebanyak memberi kesan di mana mereka telah sama ada hilang pekerjaan dan juga kepada pemandu-pemandu Grab yang menghantar makanan dan sebagainya.

So, saya ingin tanya pendapat Yang Berhormat, adakah ini perkara yang sepatutnya dilakukan kerana kita tidak menyumbang kepada ekonomi dan pada masa yang sama menyebabkan warga negara Malaysia yang bekerja di syarikat-syarikat tersebut hilang pekerjaan. Apa pendapat Yang Berhormat tentang perkara ini?

draft • 4:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih sahabat saya Jelutong.

Sebab itu saya tanya pendirian kerajaan berkaitan hal tersebut sama ada bersetuju atau tidak bersetuju. Kalau bersetuju, kenapa? Kalau tidak bersetuju, kenapa? Apakah kesan yang

draft • 4:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

dihadapi oleh peniaga-peniaga ini ada bantuan daripada kerajaan untuk membantu mereka yang terkesan kerana masalah boikot ini? itu sahaja Yang di-Pertua, Pengerusi. Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya mempersilakan Yang Berhormat Pekan. Sebentar ya Yang Berhormat Pekan. Saya hanya tertarik tadi masa sebelum ini ada menyebut berkaitan pemindahan kerusi. Saya rasa benda ini kan kalau Yang Berhormat baca Peraturan 2(2), 2(3) tak menjadi kemelut dah pun.

Kalau Yang Berhormat faham peraturan mesyuarat, tak ada isu pun. Okey, silakan Yang Berhormat. Kaitkan dengan Peraturan 43 yang ada buku itu.

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 4:16 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, yang ada buku itu, you can see that. Kita faham peraturan, perjalanan Mesyuarat senang saja. Silakan Yang Berhormat.

draft • 4:16 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Terima kasih. Saya terus merujuk kepada perbelanjaan mengurus di bawah Butiran 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi dan juga Butiran 020400 – Penguatkuasaan, didapati adalah meningkat. Adalah diharapkan agar kerajaan dapat melaksanakan pemantauan, pengawalseliaan dan juga pengintipan ke premis atau perniagaan yang berkaitan. Bukan hanya bagi beras semata-mata tetapi barangan asas bersubsidi lain juga supaya ketirisan sebegini yang merugikan kerajaan dan menyusahkan pengguna dapat diatasi.

Isu yang tidak dapat lari apabila berkaitan dengan subsidi adalah penyelewengan dan juga ketirisan subsidi. Ada yang menyalahgunakan subsidi diberikan dengan menjual semula ke sempadan negara dengan harga yang lebih mahal. Ada pula yang menukar bungkusan seperti minyak masak paket ke dalam botol. Ada juga yang menukar jenis beras seperti beras tempatan kepada bungkusan beras import supaya dapat menjualnya dengan harga yang lebih mahal.

Realitinya ianya berlaku sebagai contoh semasa krisis harga beras baru-baru ini, ada banyak aduan mengenai kualiti beras yang tidak sepadan. Malahan ada banyak bukti beras ditukar kepada bungkusan beras import dan beras wangi sedangkan isi kandungannya adalah beras tempatan biasa. Ini jelas adalah suatu bentuk penipuan dan penyelewengan yang mengambil kesempatan di atas kesempitan rakyat.

Dato’ Pengerusi, Butiran 040400 – Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak

(COSS) berjumlah sebanyak RM845.5 juta. Saya mengharapkan dengan peningkatan peruntukan ini berbanding RM500 juta pada tahun lepas akan membolehkan kerajaan melantik lebih banyak syarikat pembungkus yang mampu membekal minyak masak bersubsidi di pasaran sekali gus dapat meningkatkan lagi pengeluaran minyak masak paket sekilogram setiap bulan dan dapat mengurangkan insiden perebutan pembelian minyak masak paket serta kes sorok minyak.

Pada masa ini, terdapat hanya 366 syarikat pembungkus di seluruh negara untuk mengedarkan minyak masak paket terhad kepada 60,000 tan sebulan yang pastinya tidak mencukupi.

draft • 4:16 PM

Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Banyak kali aduan diterima berkaitan isu minyak masak paket ini. Antaranya tiada stok langsung untuk jangka masa waktu yang lama dibeli oleh peniaga atau warga asing. Ada peniaga yang meletakkan syarat perlu membeli barangan lain jika ingin membeli minyak masak paket. Isu ini...

draft • 4:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Pekan, tambahan sikit. Boleh?

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Sila.

draft • 4:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, terima kasih Pekan, Tuan Pengerusi. Berkaitan minyak masak ini, sebenarnya kekurangan minyak masak itu juga disebabkan oleh kelewatan kerajaan untuk membayar balik claim subsidi sehingga ke tujuh bulan. Bersetuju atau tidak, Pekan?

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Saya ingat, Hulu Terengganu lebih memahamilah itu kerana pernah jadi Timbalan Menteri di sini. Jadi, boleh— inilah saya tak ada komen yang itu, ya. Nak masuk dalam jawapan saya pun takut tak sesuai, ya. Isu ini nampak terpencil tetapi ia memberi impak yang besar kepada golongan yang memerlukan.

Justeru, menerusi pelaksanaan dan pemberian peruntukan ini diharapkan akan ada usaha yang lebih baik di dalam menanganinya.

Butiran 040900 – Inisiatif Payung Rahmah sebanyak RM200 juta. Usaha kerajaan untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup dapat dilihat menerusi pelaksanaan Program Payung Rahmah sejak Januari 2023 sebagai salah satu langkah jangka pendek bagi mengurangkan beban sara hidup golongan B40 dan memerlukannya.

Pelbagai program di bawah inisiatif ini telah dilaksanakan, antaranya yang popular adalah Program Jualan Rahmah dengan lebih 12,000 barangan pada harga sehingga 30 peratus diskaun. Lebih 2,849 premis berdaftar pula menawarkan Menu Rahmah seluruh negara. Sikit saja lagi, Dato’ Pengerusi.

Justeru itu, apabila meneliti Butiran 040900 di bawah perkara Inisiatif Payung Rahmah saya menyokong sepenuhnya tambahan peruntukan iaitu sebanyak RM200 juta bagi memperkasakan lagi inisiatif ini. Saya juga menyambut baik pengiktirafan kerajaan kepada premis berkaitan dengan memberikan kad diskaun khas Menu Rahmah sebagai insentif penghargaan. Diharapkan agar lebih banyak lagi premis yang akan berdaftar dan menyokong inisiatif ini bagi kesejahteraan rakyat.

Rakyat semakin tertekan dengan kenaikan harga barang keperluan yang kerap dan mendadak. Oleh itu, kerajaan menerusi kementerian ini perlu lebih agresif untuk melaksanakan satu mekanisme yang proaktif, berkesan dan konkrit supaya kenaikan harga itu dapat dikawal dan tidak membebankan pengguna yang sedia terkesan. Dengan itu, saya akhiri dengan ucapan sekian terima kasih.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pekan. Dipersilakan Yang Berhormat Pendang.

draft • 4:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya ingin terus kepada isu-isu

draft • 4:23 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

yang ingin dibangkitkan pada peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada hari ini. Kepala B.25, Butiran 040800 – Kempen Beli Barangan Malaysia.

Peruntukan bagi Kempen Beli Barangan Malaysia sebanyak RM12 juta pada 2024 berbanding dengan RM10 juta pada tahun 2023. Kerajaan sebelum ini iaitu Kerajaan PN telah menyasarkan untuk meningkatkan sasaran jualan sebanyak 2.5 peratus bagi Kempen Beli Barangan Malaysia berbanding RM2.7 bilion pada tahun lalu. Justeru, apakah usaha untuk memperkukuhkan kerjasama strategik di setiap peringkat rantaian bekalan termasuk dari segi bimbingan dan khidmat nasihat kepada para usahawan bagi memperluaskan perniagaan dan produk tempatan mereka.

Dato’ Pengerusi, program Buy Malaysian First dengan izin, jika dilaksanakan dengan galakan dan dorongan yang betul saya yakin ia mampu menjana dengan izin, local economic circle that will empower local, local brand and strengthen our local economy, dengan izin.

Untuk Butiran 040900 – Inisiatif Payung Rahmah. Berdasarkan Bajet 2024, terdapat peningkatan yang sangat besar untuk inisiatif tersebut dari RM43.3 juta bagi tahun 2023 kepada RM200 juta bagi tahun 2024. Soalnya, adakah peruntukan sebanyak itu benar-benar mampu membantu menyelesaikan kemelut kenaikan harga barangan yang kian meningkat di kalangan rakyat pada hari ini.

Biji benih padi pun sudah sampai RM100 dalam black market. Dulu ada RM15, RM16 saja. Jadi, tak adalah tindakan kerajaan untuk menyekat perkara ini berlaku. Patutnya kerajaan kena ambil tindakan perkara ini tidak berlaku eksploitasi ketika kita berlaku krisis harga padi, ini juga pengguna yang saya boleh sentuh.

Jadi, kalau ini kita mahu penjelasan yang lengkap dan terperinci daripada kerajaan yang menunjukkan kerajaan betul-betul mahu membantu rakyat. Menterinya pun masih belum dilantik KPDNHEP ini. Belum dilantik lagi, cuma ada pemangku. Dia pun ada tugas dia selain daripada kerja dia sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dia nak kena tumpu dua tugas. Itu pun kalau gaji dua kementerian. Kalau satu dia buat kerja yang utama dia dululah. Ini kena fikir. Oleh sebab itu, kita jangan mudah...

draft • 4:23 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Pendang, beri laluan? Terima kasih Pengerusi. Dengan tidak terlantiknya sehingga kini Menteri KPDN Kos Sara Hidup, adakah ini menunjukkan bahawa kerajaan hari ini memang tidak cakna berkaitan dengan kos sara hidup rakyat. Setuju tak Pendang?

draft • 4:23 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Masukkanlah dalam ucapan saya kerana mereka pun ada masalah sendiri itu.

draft • 4:23 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Yang ini sesuai.

draft • 4:23 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ha, yang ini sesuai untuk masuk dalam saya ucapan sendiri. Yang sana tadi, tak berani masuk.

[Ketawa] Jadi, sampai tiga bulan, empat bulan dah, hampir empat bulan tidak ada lagi pelantikan, tentu ada sesuatu masalah di belakang sana.

draft • 4:23 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tak ada masalah.

draft • 4:23 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ha?

draft • 4:23 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tak ada masalah.

draft • 4:23 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tak ada masalah, lantiklah. Tunggu...

draft • 4:23 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:23 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Pasai apa tak lantik Jelutong.

draft • 4:23 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:23 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 4:23 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sepatutnya Jelutong boleh dilantik tu.

draft • 4:23 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 4:23 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Memang sesuai dah tapi orang tak pandang muka Jelutong pun.

draft • 4:23 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 4:23 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, oleh sebab itu kita mesti mahu penjelasan yang lengkap dan terperinci daripada kerajaan menunjukkan kerajaan betul-betul membantu rakyat. Persoalannya apakah perancangan jangka masa sederhana dan panjang dalam menambah baik Program Menu Rahmah yang sedia ada.

Adakah program ini dapat menampung peningkatan kos bahan mentah yang semakin meruncing? Kerajaan juga bertanggungjawab kena pastikan setiap program yang dilaksanakan mempunyai impak tinggi bagi menurunkan harga barang. Bukan harga barang kekal tinggi. Nak cari Menteri yang sangat high quality professional. Sebab itu Jelutong tak dilantik menjadi Menteri.

Oleh sebab itu— sebab dia kacau bilau saja. Oleh sebab itu kerajaan kena ambil tahu keluh kesah peniaga di bawah sana. Terdapat laporan yang menyatakan kebanyakan peniagaan tidak lagi dapat meneruskan jualan Menu Rahmah akibat kenaikan kos harga makanan termasuk restoran-restoran terkemuka.

Saya bagi contoh, menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) hanya sekitar 30 peratus daripada lebih 12,000 pengusaha restoran mamak ataupun nasi kandar ataupun berdaftar. Restoran mamak berdaftar di bawah persatuan itu mampu untuk meneruskan inisiatif ini. Itu pun dilaksanakan dengan sederhana saja. Saya minta sikit lagi.

draft • 4:23 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

draft • 4:23 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Masih dalam Butiran 040900. Saya ingin bertanya apakah langkah kerajaan dalam menangani gangguan bekalan gula ekoran peningkatan harga gula mentah bagi 52 peratus. Saya nak sentuh berkenaan dengan pasukan polis yang kita selalu kritik. Barang harga naik, gaji tak naik. Pasukan polis terpaksa menjadi pengguna membeli barang-barangan dengan harga yang mahal dan mereka kerja pula siang dan malam, anak kena jaga dan sebagainya.

Kita harap kerajaan beri perhatianlah, saya dah cadang dah. Hari itu Menteri Dalam Negeri jawab gaji polis hanya bermula dengan RM2,100. Saya check dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara hanya RM1,445. Tak betul. Oleh sebab itu dalam Butiran

draft • 4:23 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

020400 – Penguatkuasaan. Peruntukan bagi penguatkuasaan sebanyak RM42 juta pada 2024...

draft • 4:23 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ini penguatkuasaan lain ini.

draft • 4:23 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dia ada kait dia, pengguna juga polis pun rakyat Malaysia, pengguna. Jadi, dia terpaksa membelanjakan duit yang dia dapat itu untuk membeli barang. Itulah pengguna, consumer. How you don’t know anything? *What hell you.

[Ketawa] So*, berapakah peruntukan bagi penguatkuasaan sebanyak RM42 juta— sikit lagi Dato’ Pengerusi. Pada 2024 berbanding RM35.8 juta pada tahun 2023. Berapakah jumlah kerugian ditanggung oleh kerajaan akibat kegiatan penyeludupan termasuk diesel bersubsidi sehingga kini serta apakah langkah-langkah pencegahan susulan yang telah diambil oleh pihak berkuasa, termasuk penyeludupan diesel di tengah laut.

draft • 4:23 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Apa tindakan kerajaan yang sedang berlaku yang kita dapat makluman sekarang?

Ini, kerajaan kena tunjukkan ketegasan dalam hal ini bagi mengurangkan kerugian akibat kelemahan aspek penguatkuasaan yang akhirnya menafikan hak rakyat apabila subsidi tidak sampai kepada yang sepatutnya.

Last sekali. 020600 - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). Yes, anything Jelutong? Ada apa masalah? Peruntukan bagi Suruhanjaya Persaingan Malaysia sebanyak RM12 juta pada 2024, berbanding RM15 juta pada tahun 2023. Sejauh manakah proses penambahbaikan Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 telah dilaksanakan bagi membolehkan siasatan dan penguatkuasaan yang efektif, selain memastikan undang-undang persaingan negara lebih komprehensif dan holistik? Adakah kerajaan mengambil kira monopoli pasaran dalam sektor-sektor sedia ada dan apakah pendekatan yang digunakan kerajaan dalam menangani hal berkenaan? Sekian, terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Balik Pulau.

draft • 4:30 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih kepada Pengerusi kerana memberikan Balik Pulau peluang untuk membahaskan di Dewan yang mulia ini. Saya mulakan dengan Butiran 040900 – Inisiatif Payung Rahmah. Saya begitu kagum dengan usaha kerajaan meneruskan perjuangan menangani beban sara hidup yang dicetus oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dengan memperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi memperkasakan Inisiatif Payung Rahmah. Usaha ini merangkumi Program Jualan Rahmah, Menu Rahmah dan Bakul Rahmah.

Sewajar kerana ia dapat membantu masyarakat, khususnya golongan berpendapatan rendah seperti kawasan luar bandar seperti Balik Pulau untuk mendapatkan barangan keperluan pada harga yang lebih murah. Saya melihat bahawa sekiranya inisiatif dilaksanakan dengan baik, beban kepada rakyat dapat dikurangkan. Peningkatan peruntukan daripada RM44 juta kepada RM200 juta menerusi Belanjawan 2024, memaparkan

draft • 4:31 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

keprihatinan dan usaha berterusan Kerajaan Perpaduan membantu rakyat mengurangkan beban kos sara hidup.

Dengan ini saya mohon Menteri menjelaskan beberapa perkara berikut. Pertama, apakah data impak mutakhir Program Jualan Rahmah, Menu Rahmah dan Bakul Rahmah di bawah Inisiatif Payung Rahmah mengikut pecahan negeri ataupun daerah dan juga dari segi kaum?

Kedua, kita faham dinamik politik, ekonomi dan sosial sentiasa berubah dari masa ke semasa dan merupakan aspek-aspek penting yang perlu diambil kira. Oleh itu, saya mohon Menteri jelaskan, adakah Inisiatif Payung Rahmah ini yang diperkenalkan juga dipersiapkan untuk kalis masa depan ataupun ia, adakah ianya sustainable?

Seterusnya, saya nak bincang fasal Batik Rahmah, merujuk kepada butiran yang sama. Saya mengalukan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Ucapan Belanjawan mengenai kemudahan Bantuan Bayaran Batik Malaysia untuk penjawat awam yang layak.

Justeru, saya mohon Menteri jelaskan, apakah pendekatan kementerian untuk melihat kaedah penetapan harga batik Malaysia yang berdaya saing dan mampu milik memandangkan harga batik keluaran Malaysia dikatakan agak tinggi? Jadi, perkara ini menyebabkan industri batik negara tidak berkembang maju disebabkan kurangnya pembelian ya.

Pengerusi, seterusnya merujuk kepada Butiran 040400 – Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS). Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (Cooking Oil Stabilization Scheme) telah dilaksanakan pada 2007 berikutan dengan kenaikan harga minyak sawit mentah. Inisiatif ini diperkenalkan bagi membendung impak kenaikan harga minyak sawit mentah ke atas harga minyak masak serta memastikan bekalan minyak masak di pasaran tempatan adalah mencukupi untuk semua. Nasi yang kita makan, minyak yang digunakan untuk memasak dan petrol untuk kegunaan kita sehari-hari ke tempat kerja atau ke mana-mana sahaja, itu semuanya barang yang disubsidikan oleh kerajaan.

Pelaksanaan subsidi diharapkan dapat mengurangkan beban kos sara hidup. Cuma, saya mohon Menteri jelaskan beberapa perkara berikut. Pertama, berdasarkan kepada butiran tersebut, adakah peruntukan sebanyak RM840 juta itu mencukupi sedangkan penggunaan tahun 2022 melebihi RM2 bilion dalam belanjawan ini? Ini juga dibangkitkan oleh sahabat saya daripada YB Rasah. Apakah langkah baharu yang lebih proaktif yang bakal dilaksanakan oleh KPDN untuk memastikan kecukupan bekalan minyak masak bersubsidi di pasaran runcit bagi isi rumah dan tidak dibolot oleh peniaga dan warga asing supaya kita adil kepada semua pengguna dan mahu sasarkan kepada pihak yang memerlukan sahaja?

Saya terus kepada Butiran 040800 – Kempen Beli Barangan Malaysia. Kerajaan perlu segera menggiatkan Kempen Galakan Membeli Produk dan Barangan Tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada produk import. Hal ini kerana kebergantungan yang tinggi kepada produk import akan mengakibatkan negara mudah terkesan apabila nilai Ringgit merosot berbanding dengan Dolar Amerika Syarikat.

draft • 4:31 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Saya mencadangkan agar kerajaan menggiatkan kempen memartabatkan produk tempatan berbanding produk luar negara. Sebab isi rumah di Malaysia sekarang ini sudah terlalu bergantung pada produk import seolah mengabaikan produk dan barangan tempatan.

Galakan daripada kerajaan dalam– Demi melonjakkan sokongan kepada usahawan tempatan menerusi permintaan domestik yang diyakini mampu mendorong kepada peningkatan semula graf ekonomi negara dan pendapatan usahawan tempatan. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah perkara baharu yang hendak dilaksanakan dalam kempen “Belilah Barangan Malaysia”, untuk menggalakkan rakyat Malaysia beli produk tempatan?

Didapati ada rakyat Malaysia yang masih memandang produk-produk tempatan sebagai tidak berkualiti dan terkebelakang. Tapi mungkin ramai yang tidak sedar, jenama- jenama terkemuka seperti British India, Richiamo Coffee tapi berasal daripada Sintok, Kedah dan Christy Ng adalah produk-produk tempatan. Stigma ini perlu diubah kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi tempatan tetapi juga merugikan negara.

Oleh itu, wajarlah kerajaan mengambil pendekatan yang proaktif dalam memastikan hasil tangan tempatan lebih dihargai dan berada sama taraf dengan produk asing serta merancakkan ekonomi negara. Ada satu lagi poin. Yes, terima kasih. Yang terakhir ialah P.25 Butiran 04004 – Pembangunan Keusahawanan: Pembangunan Francais. Saya juga ingin bertanya jumlah peruntukan kerana dalam Ucapan Belanjawan dinyatakan RM10 juta. Tetapi dalam butiran hanya sebut RM2 juta.

Bolehkah saya tahu kenapa ada perbezaan daripada jumlah ini, tidak sama seperti apa yang disebut dalam- semasa pembentangan belanjawan? Saya rasa itu saja. Terima kasih Pengerusi.

draft • 4:31 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 4:31 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Pengerusi yang telah memberi ruang Tanjong Karang untuk turut serta dalam membahaskan dalam Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Tanjong Karang terus kepada Butiran 20000, 30000 dan 40000 dibaca sekali berkenaan dengan perbelanjaan pembangunan yang berjumlah RM67.011 juta, ianya hanya sekadar 3.6 peratus sahaja dari jumlah keseluruhan iaitu RM1.813 bilion belanjawan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Perbelanjaan pembangunan ini adalah sangat kecil dan ini akan menyukarkan kementerian untuk meningkatkan keupayaannya bagi berperanan secara lebih efektif.

Seterusnya, Butiran 04004 – Pembangunan Keusahawanan : Pembangunan Francais. Belanjawan hanya dapat sebanyak RM2 juta sahaja berbanding RM3 juta pada tahun 2023. Tanjong Karang ingin meminta penjelasan Yang Berhormat Menteri, kenapa program ini seolah-olah tidak diberikan tumpuan lagi untuk menjadi salah satu program utama

draft • 4:37 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

dalam usaha menarik penglibatan lebih ramai rakyat, khususnya golongan B40 dan M40 untuk menceburi bidang perniagaan francais?

Tuan Pengerusi- Dato’ Pengerusi, bagaimanakah status pemberian geran bagi membangunkan lebih banyak pakej-pakej francais mampu milik bernilai RM100,000 ke bawah serta pakej francais mikro bernilai RM50,000 ke bawah sebagai usaha berterusan bagi meningkatkan bilangan usahawan francais daripada B40 dan M40?

Seterusnya, Butiran 040400 - Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak

(Cooking Oil Stabilization Scheme) yang berjumlah RM845.5 juta iaitu tambahan ataupun peningkatansebanyak RM445.5 juta dari tahun 2023. Tuan– Dato’ Pengerusi, kementerian dilihat rakyat seolah-olah gagal dalam mengendalikan program ini, walaupun kerajaan telah menyediakan subsidi lebih daripada RM2 bilion setahun.

Isunya, minyak masak paket RM2.50 ini sentiasa tiada stok di kedai-kedai dan tidak sampai kepada rakyat tersasar. Soalannya, kenapakah ini boleh terjadi? Di manakah silap dan silapnya? Dato’ Pengerusi, penyelewengan dan ketirisan berlaku di sepanjang rantaian dari pengilang, pembungkus, pemborong dan peruncit serta pihak penguat kuasa sehinggakan tidak sampai kepada sasaran rakyat B40.

draft • 4:37 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Tuan Pengerusi, penyelewengan dan ketirisan berlaku di sepanjang rantaian dari pengilang, pembungkus, pemborong dan peruncit serta pihak penguat kuasa sehinggakan tidak sampai kepada sasaran rakyat B40.

Pertama, isu stok minyak paket dibotolkan. Dalam hal ini, pengilang dan pembungkus serta penguat kuasa terlibat bekerjasama dalam mengelirukan data transaksi stok tersebut.

Biasanya pihak pembungkus langsung menjual kuota stok minyak paket kepada pengilang untuk dibotolkan. Masing-masing berbahagi untung atas angin antara pengilang, pembungkus dan pihak penguat kuasa yang memantau.

Seterusnya yang kedua, isu penyeludupan minyak paket ke Thailand berlaku di peringkat pemborong, peruncit dan kerjasama penguat kuasa juga dalam mengelirukan rekod edaran dan jualan daripada pemborong kepada peruncit dan peruncit kepada peniaga.

Seterusnya, di peringkat pengguna pula, minyak paket tidak membezakan dan tiada had untuk pengguna isi rumah ataupun pengguna industri membeli stok minyak masak tersebut dan juga tiada kawalan dibeli oleh pengguna warga asing dan juga golongan maha kaya.

Tanjong Karang berharap penambahan kawalan di peringkat pengguna dengan menggunakan kad pengenalan dan integrasi langsung dengan sistem PADU nanti diharap dapat disegerakan. Tanjong Karang juga menyokong kepada pembungkusan mengikut zon supaya tidak berlaku penyalahgunaan. Tanjong Karang juga menggesa kementerian membangunkan sistem ECOSS ini secara real time supaya stok tidak mudah dimanipulasi dan sampai ke sasaran.

Dato’ Pengerusi, Tanjong Karang juga setuju dengan Hulu Langat tadi dan mencadangkan pihak kerajaan perlu menilai semula untuk menaikkan sedikit harga minyak...

[Disampuk] Ha, Hulu Terengganu. Menaikkan sedikit harga minyak masak paket kepada

draft • 4:40 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

sekitar RM3.00 atau RM3.50 bagi menyelaras dengan kenaikan harga barang dan caj perkhidmatan untuk mengurangkan sedikit kos tanggungan bersubsidi.

Minta tambah masa sedikit, Dato’ Pengerusi.

Butiran 01200 – Peningkatan Teknologi. Hanya diperuntukkan lebih kurang RM15.76 juta. Tanjong Karang meminta Yang Berhormat Menteri menjelaskan, kenapa bajet ini terlalu kecil? Bagaimanakah kementerian dapat membangunkan sistem IT seperti ECOSS, pembangunan usahawan francais, kawalan gula, beras, minyak, LPG bagi memastikan keberkesanan kawalan melalui sistem digitalisasi dan mampu menjimat kos?

Terakhir, Tuan Pengerusi, Tanjong Karang juga ingin menyentuh Butiran 040900 – Inisiatif Payung Rahmah yang diperuntukkan sebanyak RM200 juta. Tanjong Karang memohon jasa baik Yang Berhormat Menteri KPDNKS untuk dipanjangkan Inisiatif Payung Rahmah ini ke kawasan Parlimen Tanjong Karang. Walaupun rakyat telah memilih Perikatan Nasional tetapi mereka tetap berharap pihak kerajaan ada keprihatinan bagi meringankan sedikit bebanan kos sara hidup yang sangat menghimpit rakyat Tanjong Karang.

Terima kasih, Tuan Pengerusi, atas tambahan sedikit masa.

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Karang. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Betong.

draft • 4:40 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Salam sejahtera dan terima kasih Dato’ Pengerusi kerana memberi peluang kepada Betong untuk membahas bajet di peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Betong akan menyentuh Maksud B.25 dan Butiran 040000 – Program Khusus. Saya terus ke Butiran 040400 – Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS). Betong menyambut baik usaha kerajaan untuk meneruskan program skim penstabilan harga minyak masak iaitu subsidi minyak masak dalam pek polybag satu kilogram dengan penambahan peruntukan yang banyak kepada RM845.5 juta berbanding dengan RM500 juta pada tahun 2023 ini.

Persoalannya ialah apakah langkah-langkah oleh kerajaan untuk mengatasi isu ketirisan minyak masak bersubsidi sama ada di peringkat syarikat pembungkus minyak masak bersubsidi dan juga di peringkat pemborong yang mengedarkan minyak tersebut?

Bagi kawasan terpencil di luar bandar, umpamanya Sabah dan Sarawak, apakah strategi dan penguatkuasaan oleh kerajaan bagi memastikan minyak masak bersubsidi ini sampai kepada kumpulan sasar? Adakah kementerian mempunyai kakitangan yang cukup untuk menjalankan tugas pemantau dan penguat kuasa?

Seterusnya, saya beredar kepada Butiran 040500 – Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming dan Butiran 040600 – Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan. Betong juga berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan peruntukan sebanyak RM40 juta untuk Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan. Rakyat di luar bandar, terutamanya di Sabah dan Sarawak, amat terkesan akibat peningkatan harga barang asas. Oleh itu, peruntukan ini perlu disokong

draft • 4:43 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

kerana ianya sudah tentu akan membantu menangani isu perbezaan besar di kawasan pedalaman berbanding dengan kawasan terpencil di luar bandar.

Persoalannya, apakah usaha dan langkah penguatkuasaan kerajaan bagi memastikan program ini akan mencapai objektif dan segala subsidi yang disediakan dapat dioptimumkan dan dirasai oleh kumpulan sasar di kawasan pedalaman? Apakah mekanisme penguatkuasaan oleh kerajaan bagi memastikan peniaga-peniaga sentiasa mematuhi peraturan dan, paling penting, tidak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang akhirnya menyumbang kepada ketirisan subsidi ini?

Dato’ Pengerusi, seterusnya, Butiran 040900 – Inisiatif Payung Rahmah. Betong menyambut baik usaha kerajaan untuk meneruskan Inisiatif Payung Rahmah ini dengan penambahan agihan belanja yang besar iaitu RM200 juta berbanding dengan hanya RM43.75 juta pada tahun 2023.

Bagi kawasan pedalaman, Inisiatif Payung Rahmah akan membantu masyarakat khususnya golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan barang keperluan pada harga lebih murah. Ianya membuktikan keprihatinan dan komitmen Kerajaan Perpaduan membantu rakyat mengurangkan beban kos sara hidup.

Betong minta Menteri menyatakan, apakah jenis-jenis program di bawah inisiatif ini yang akan dilaksanakan pada tahun 2024 nanti? Apakah penambahbaikan yang akan dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan program ini dapat digerakkan secara berterusan dan mampan serta sampai kepada golongan sasar dan memberi impak dengan lebih meluas seperti yang dihasratkan oleh kerajaan? Apakah kriteria bagi mengenal pasti lokasi-lokasi untuk mengadakan Program Jualan Rahmah nanti dan apakah kekerapan program ini diadakan di satu-satu lokasi nanti?

Di kawasan pedalaman di mana tidak ada syarikat besar atau pasar raya, Betong mencadangkan agar kerajaan memberi insentif kepada komuniti peniaga yang sanggup membantu kerajaan dalam melaksanakan agenda ini.

Hari ini, saya mendapat berita mengenai harga ayam yang meningkat begitu tinggi di utara Sarawak terutamanya di Limbang dan Lawas yang mencecah sehingga RM18.90 sekilo atas sebab logistik dan bekalan. Persoalannya, apakah usaha kerajaan untuk memastikan Cold Storage ini sanggup menghantar bekalan ayam ke utara Sarawak yang berdepan dengan kos logistik yang mahal dan amat menyulitkan?

Dato’ Pengerusi, untuk jangka masa panjang, adakah kerajaan berhasrat untuk meneruskan Inisiatif Payung Rahmah ini? Adakah kerajaan mempunyai kajian dan perancangan bagi memastikan ianya tidak memberi impak negatif kepada ekonomi?

Terutamanya kelangsungan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) memandangkan PMKS menyumbang dalam 70 peratus ekonomi negara.

Maka dengan itu, saya mohon penjelasan oleh Menteri nanti. Sekian, terima kasih.

draft • 4:43 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Betong. Berikutnya, dipersilakan Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 4:43 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahi Rahmani Rahim. Dato’ Pengerusi, terima kasih kerana memberikan kesempatan dan peluang kepada Kuala Krai untuk turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Saya merujuk kepada Butiran B 020400 – Penguatkuasaan. Dato’ Pengerusi, kerajaan pada bulan Mei tahun 2023 telah mengumumkan penggunaan Fleet Card bagi membendung penyeludupan diesel. Soalan saya ialah adakah penggunaan Fleet Card ini berjaya membendung penyeludupan diesel sebagaimana disebut ataupun dikehendaki oleh pihak kerajaan?

Butiran B 030400 – Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Adakah kementerian bercadang untuk mempergiat program advokasi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dan para pengguna mengenai platform alternatif yang sedia ada supaya mereka dapat membuat tuntutan tebus rugi terhadap penjual ataupun penyedia perkhidmatan?

draft • 4:49 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tuan Pengerusi, Butiran 040500 – Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming. Saya menghargai keputusan kementerian untuk meneruskan Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming, khususnya di Daerah Dabong, Kuala Krai kerana program ini cukup memberi manfaat kepada penduduk khususnya di saat rakyat terpaksa berperang dengan kenaikan kos sara hidup pada hari ini.

Dabong adalah satu-satunya daerah di Kelantan yang terlibat dalam program ini.

Soalan saya, adakah pihak kementerian bercadang untuk memperluaskan program ini ke jajahan Gua Musang dan lain-lain kawasan pedalaman di Kelantan? Adakah juga kementerian bercadang untuk memperluaskan Program Penyeragaman Harga kepada penduduk luar bandar di Semenanjung termasuk menambah bilangan zon terbabit di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis bagi memastikan penyeragaman harga yang berkesan di kawasan pedalaman?

Sejauh manakah tahap kekerapan pemantauan di point of sales ataupun POS termasuk pemantauan terhadap bekalan RON95 dan LPG di POS yang dibekalkan oleh pihak transporter? Apakah tindakan penguatkuasaan yang telah diambil terhadap mana-mana peniaga yang masih didapati mengenakan syarat tanpa kebenaran berdasarkan Akta Kawalan Bekalan 1961?

Sebagai contoh, peniaga yang mengenakan syarat pembelian gula premium kepada pengguna sebelum mendapatkan gula kasar sebagaimana berlaku sebelum ini dan juga pembelian barangan lain untuk mendapatkan minyak masak dalam beg plastik. Apakah langkah kementerian ekoran gangguan bekalan gula yang berlaku akibat peningkatan harga gula mentah sehingga 52 peratus dalam pasaran antarabangsa sehingga menyebabkan peningkatan kos pengeluaran pada pengilang tempatan?

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 040900 – Inisiatif Payung Rahmah. Sejauh manakah pengenalan kad diskaun khas sebanyak 40 persen telah

draft • 4:50 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

berjaya meringankan bebanan para pengusaha Menu Rahmah termasuk pecahan bilangan penerima manfaat kad diskaun khas? Saya menyokong sebarang inisiatif bagi meringankan bebanan rakyat termasuk dalam Jualan Rahmah sebagai kesinambungan kepada Jualan Keluarga Malaysia.

Cuma persoalan saya, adakah kementerian sedar bahawa setiap kali Jualan Rahmah diadakan akan memberi kesan secara tidak langsung kepada kedai runcit dan peniaga lain sama ada penjual ayam dan sebagainya di kawasan berkenaan kerana semua pelanggan yang sebelum ini adalah pelanggan kepada kedai runcit berkenaan akan tertumpu di Jualan Rahmah.

Apakah langkah yang dapat kementerian atasi dalam isu seperti ini? Perlu jaga kepentingan peruncit dan dalam masa yang sama perlu memberikan kemudahan kepada rakyat untuk mendapat barangan murah. Saya harap isu ini mendapat perhatian daripada pihak kementerian.

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, Butiran 050300 – Rejim Pengawalan Penggabungan. Kajian terkini yang dijalankan mengenai Rejim Kawalan Penggabungan sama ada ia akan memberikan Suruhanjaya Persaingan Malaysia lebih banyak kuasa untuk menilai dan menyiasat transaksi penggabungan yang berpotensi mengakibatkan penumpuan pasaran dan monopoli dalam pasaran. Adakah ia juga mengambil kira model pihak berkuasa pasaran dan persaingan di United Kingdom yang meletakkan bidang perlindungan kepenggunaan serta penguatkuasaan persaingan di bawah satu badan kawal selia?

Yang terakhir Dato’ Pengerusi ialah Butiran 010000 – Pengurusan. Perdana Menteri melalui kenyataan media pada 18 Oktober 2023 yang lalu menyatakan akan segera melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup selepas mempunyai calon yang sesuai. Tentunya kenyataan ini mempunyai makna yang mendalam iaitu di sebelah sana agaknya tidak mempunyai calon yang sesuai.

Saya merasakan kenaikan harga barang keperluan serta ketiadaan barangan keperluan pada hari ini tentunya amat-amat memerlukan kepada jawatan Menteri ini diisi dengan segera. Saya dan rakyat Malaysia menantikan pelantikan ini dengan penuh harapan.

Saya pasti kerajaan menyedari akan permasalahan ini. Adakah terdapat pergeseran dalaman yang menyebabkan pelantikan ini tertangguh? Selesaikanlah pergeseran dalaman ini demi untuk kepentingan rakyat yang sangat mendesak. Saya juga boleh mencadangkan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang ada hari ini pun layak untuk dinaikkan sebagai Menteri penuh, insya-Allah. Terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Dipersilakan Yang Berhormat Tenom.

draft • 4:50 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada sidang Dewan. Terima kasih Dato’ Pengerusi di atas peluang yang diberikan kepada Tenom untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

draft • 4:55 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Dato’ Pengerusi, pertama saya ingin merujuk Butiran 040600 – Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan. Berdasarkan penelitian saya, tiada penambahan perbelanjaan dibuat oleh pihak kementerian bagi tujuan Program Penyeragaman Sabah, Sarawak dan Labuan bagi Bajet 2024 ini memandangkan peruntukan yang disediakan masih sama seperti mana di dalam Bajet 2023 yang lalu iaitu hanya berjumlah RM40 juta sahaja.

Justeru itu, timbul persoalan sejauh manakah ketiadaan peningkatan perbelanjaan bagi tujuan ini akan berupaya untuk memastikan Program Penyeragaman Sabah, Sarawak dan Labuan akan berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif sasarannya memandangkan kos harga barang yang semakin meningkat disebabkan oleh inflasi dan pelbagai isu lain. Oleh itu, Tenom ingin memohon penjelasan daripada pihak kementerian berkaitan aspek ini memandangkan pada hemat Tenom, perlu ada penambahan bajet bagi tujuan ini daripada pihak kerajaan.

Kedua, Tenom akan membahaskan Butiran 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi. Statistik pada tahun 2022 menunjukkan berlaku ketirisan subsidi diesel apabila penggunaannya melonjak berbanding jumlah kenderaan berdaftar di negara ini. Ini dibuktikan apabila penggunaan diesel melonjak daripada 6.1 bilion liter pada 2019 kepada 8.4 bilion liter pada 2022 iaitu lonjakan penggunaan sebanyak 37.7 peratus sedangkan jumlah kenderaan berdaftar yang menggunakan diesel hanya meningkat 2.4 peratus iaitu dari 2.08 juta pada 2019 ke 2.13 juta pada 2022.

Situasi ini menunjukkan bahawa wujud unsur-unsur penyelewengan dan ketirisan dalam aspek pemberian subsidi diesel sehingga mengakibatkan kerajaan kerugian hampir RM10 bilion pada tahun 2022 sepertimana yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika sesi pembentangan Bajet 2023 yang lalu. Justeru itu, adalah wajar di dalam Bajet 2024 ini kerajaan menyelaraskan semula mekanisme agihan subsidi diesel bagi memastikan ianya benar-benar sampai kepada golongan sasaran yang amat memerlukan.

Dato’ Pengerusi, namun demikian, terdapat beberapa persoalan yang harus dikaji dan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh pihak kementerian bagi memastikan usaha ke arah penyelarasan subsidi secara bersasar ini benar-benar mencapai objektifnya. Oleh itu, bagi memastikan ianya mencapai objektif, saya ingin memberikan cadangan kepada penambahbaikan sistem agihan subsidi ini.

Antaranya ialah mewujudkan satu pangkalan data bersepadu yang diproses secara mikro sebagai rujukan pusat bagi mengenal pasti golongan sasar yang tepat untuk menerima inisiatif subsidi ini. Kedua, menggunakan mekanisme kad subsidi khas untuk menyalurkan subsidi diesel secara bersasar. Subsidi ini hanya diperoleh apabila kad digunakan dan tidak diberikan sekali gus bagi mengelakkan ketirisan. Ketiga, penggunaan mekanisme biometrik melalui penggunaan cap jari.

Saya percaya walaupun mekanisme yang dicadangkan ini akan melibatkan perbelanjaan yang besar, namun ianya akan menyelamatkan wang kerajaan daripada isu ketirisan dan dapat digunakan untuk tujuan permohonan yang lain. Saya juga mohon agar kerajaan mempertimbangkan penyelarasan subsidi diesel ini tidak dibuat secara pukul rata.

draft • 4:55 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Sebaliknya, meneliti dengan terperinci segala aspek berkaitan subsidi diesel ini.

Sebagai contoh, ada isi rumah yang berpendapatan sederhana yang mempunyai bilangan isi rumah yang ramai menggunakan kenderaan diesel seperti Hyundai Starex yang pada harga di bawah RM50,000 pada keluaran 2011 perlu diberikan kelonggaran daripada penyelarasan subsidi ini kerana mereka memerlukan kepada model kenderaan terbabit bagi tujuan keselesaan keluarga dan sebaliknya.

draft • 4:55 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Yang terakhir Dato’ Pengerusi, menyedari hakikat bahawa kerajaan tidak akan dapat mampu untuk menampung beban subsidi ini untuk jangka masa panjang, justeru itu saya melihat antara mekanisme terbaik yang boleh dilakukan oleh kerajaan adalah dengan memperkasakan skim pembiayaan sosial. Saya tertarik dengan cadangan yang diutarakan oleh Profesor Dr. Barjoyai Bardai daripada Universiti Tun Abdul Razak agar sebuah Tabung Endowmen Nasional diwujudkan bagi menjayakan aspek ini.

Menurut beliau, antara usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mendapatkan dana pembiayaan bagi menubuhkan tabung ini adalah dengan mewujudkan mekanisme insentif cukai dalam bentuk penangguhan cukai, rebat cukai dan potongan cukai bagi menggalakkan syarikat milik kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, syarikat tersenarai, peniaga kecil dan sederhana serta individu untuk menyumbang kepada tabung ini. Dana yang telah diperoleh ini boleh dilaburkan bagi menjana pendapatan tambahan yang kemudiannya akan diagihkan semula kepada rakyat dalam bentuk tunai dan takaful sebagai alat perlindungan kecemasan kepada golongan B40.

Saya percaya sekiranya cadangan ini dapat dipertimbangkan, ianya akan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan meningkatkan bantuan rakyat. Dato’ Pengerusi, besarlah harapan saya agar setiap butiran yang dibahaskan oleh Tenom ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak kementerian. Mengakhiri ucapan, Tenom mohon menyokong.

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Padang Rengas.

draft • 5:00 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Timbalan Pengerusi. Padang Rengas merujuk kepada Butiran 020000 sub butiran 020100 dan 020400. Saya ingin membawa perhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkenaan kekurangan barangan keperluan asas terkawal di kawasan Parlimen Padang Rengas.

Saya acap kali menerima aduan daripada warga Padang Rengas tentang masalah ini. Apabila pasukan saya turun ke premis-premis perniagaan, apa yang diadukan oleh rakyat Padang Rengas adalah benar. Rakyat di Padang Rengas mempunyai masalah untuk mendapatkan bekalan barangan terkawal seperti beras tempatan, gula, tepung, minyak peket dan telur. Saya memahami bahawa sebahagian barangan ini bekalannya terletak di bawah

draft • 5:01 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Namun, saya sangat memerlukan perhatian daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup terhadap masalah kekurangan bekalan barangan tersebut memandangkan ia melibatkan urusan perdagangan dalam negeri.

Gambaran yang boleh saya berikan adalah di Padang Rengas, bekalan barangan terkawal yang saya sebutkan tadi hanya boleh didapati pada beberapa hari dalam seminggu.

Punca yang mungkin berlaku adalah disebabkan tindakan pemborongan pihak tertentu bagi barangan-barangan tersebut. Maka, saya cadangkan agar pihak kementerian dapat bertindak dengan lebih tegas dalam proses kuat kuasa undang-undang perdagangan dalam negeri di samping mempertimbangkan tindakan catuan barang terkawal ini. Hal ini membawa kepada permintaan Padang Rengas kepada perkara seterusnya di bawah Butiran 040000, sub butiran 040900 iaitu Program Jualan Rahmah.

Saya ingin memohon pihak kementerian untuk mempertimbangkan pelaksanaan Program Jualan Rahmah ini di kawasan Padang Rengas dengan lebih kerap. Hal ini memandangkan dalam hampir 40,000 penduduk di kawasan saya, majoritinya adalah kumpulan berpendapatan rendah. Maka dengan inisiatif Jualan Rahmah ini, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka.

Dato’ Timbalan Pengerusi, seterusnya dan yang terakhir, saya merujuk kepada Butiran 020000, sub butiran 020600 dan Butiran 030000, sub butiran 030300 serta Butiran 404000, sub butiran 040800 berkaitan Kempen Beli Barangan Malaysia. Saya tertarik dengan pendekatan pihak kementerian untuk meningkatkan bajet untuk Kempen Beli Barangan Malaysia. Namun, saya mohon agar kempen ini dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

Kesemua enam inisiatif strategik Kempen Beli Barangan Malaysia perlu dilakukan sedaya upaya. Sebagai contoh, dalam inisiatif strategik pertama berkenaan pemerkasaan produk tempatan di dalam industri peruncitan, pihak kementerian harus membuat sesuatu pendekatan yang lebih holistik bagi memastikan produk tempatan berada di rak-rak pasar raya di dalam negara.

Ya, mungkin di pasar raya atau hyper mart utama seperti Mydin, Lotus, Econsave, 99 Speedmart serta banyak lagi telah meletakkan barangan tempatan dalam stok inventori mereka. Namun, kita dapat lihat kelibat produk tempatan begitu sukar kelihatan di pasar raya antarabangsa yang lain seperti Jaya Grocer, Village Grocer, Hero Market dan banyak lagi.

Maka, peranan ini perlu diambil oleh pihak kementerian.

Dato’ Timbalan Pengerusi, selain itu, penyediaan geran padanan bagi membantu usahawan kecil dan sederhana baharu yang menghasilkan produk buatan tempatan perlu disediakan bagi tujuan sokongan, jualan dan pemasaran atas talian dan digitalisasi. Geran bagi meningkatkan mutu serta standard produk yang dihasilkan melalui R&D dengan izin, juga perlu dipertimbangkan oleh pihak kementerian bagi memastikan produk tempatan ini dapat bersaing bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga antarabangsa.

Saya juga berpandangan bahawa karnival yang melibatkan promosi barangan Malaysia perlu diperbanyakkan. Ada kalanya setengah produk atau jenama yang kita lihat begitu baik yang difikirkan bahawa ia adalah milik syarikat antarabangsa, rupa-rupanya

draft • 5:01 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

adalah produk atau jenama tempatan. Sebagai contoh, jenama seperti San Francisco Coffee, Beryl’s, Farm Fresh, Zus Coffee, Bonia dan banyak lagi tanpa disedari adalah jenama dan produk tempatan. Maka, karnival barangan Malaysia ...

draft • 5:01 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Minta mencelah, Padang Rengas.

Petaling Jaya.

draft • 5:01 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Saya dah nak habis.

draft • 5:01 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Sikit sahaja, tentang Zus Coffee. Tadi disebut bahawa Zus Coffee adalah jenama yang dibanggakan. Jadi, saya di sini pun ingin ambil kesempatan bahawa terdapat netizen yang ingin boikot produk tersebut. Namun bagi saya, ianya adalah satu produk tempatan. Jadi minta pandangan Padang Rengas tentang Zus Coffee, prospek Zus Coffee kita. Terima kasih.

draft • 5:01 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Bagi saya, as long as produk tempatan itu, kita perlu sokonglah dan saya setuju dengan kawan kita tadi.

[Tepuk]

draft • 5:01 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, nak masukkan dalam ucapan Yang Berhormat?

draft • 5:01 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Ya, untuk Zus Coffee. Saya setuju.

draft • 5:01 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

draft • 5:01 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Saya sambung, Dato’. Maka, karnival barangan Malaysia perlu diadakan dengan lebih rancak dan menyeluruh lagi bagi membina kesedaran terhadap sokongan pengguna kepada jenama tempatan. Saya mohon maklum balas dari pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup kepada perkara-perkara yang telah saya bangkitkan sebentar tadi. Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:01 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Walaikumussalam, terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Bangi.

draft • 5:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Dato’ Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani. Terima kasih atas peluang yang diberikan. Saya terus, Dato’ Pengerusi kepada perbahasan saya. Ini merupakan satu kementerian yang begitu penting. Kementerian yang mana mempunyai impak yang langsung kepada rakyat kerana ya lah, apabila rakyat pergi ke luar sana untuk membeli belah dan sebagainya, kementerian ini, keputusan kementerian ini akan membawa kesan yang langsung kepada mereka. Jadi, saya sambut baik peningkatan perbelanjaan bagi kementerian ini yang mana kita lihat terdapatnya peningkatan daripada tahun ini RM1.2 bilion dan tahun depan, RM1.8 bilion.

Saya terus kepada kod 010000 iaitu di bawah butiran Pengurusan. Terdapat peningkatan yang ketara dilihat di situ, daripada RM274 juta tahun ini kepada RM337 juta untuk tahun hadapan, lebih kurang.

draft • 5:08 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya terus pergi kepada juga kod 020400 – Penguatkuasaan. Yang mana sebelum ini terdapatnya banyak juga YB yang menyentuh tentang perkara ini, yang mana kita lihat di situ terdapatnya peningkatan daripada RM35 juta tahun ini untuk perbelanjaan mengurus menjadi RM42 juta untuk tahun hadapan. Saya fikir ini adalah satu peningkatan yang baik.

Kita tahu bahawa penguatkuasaan terutama sekali bagi kementerian ini adalah begitu penting untuk memastikan harga barangan dalam pasaran ini tidak melonjak dengan tinggi dan tidak ada pihak yang mengambil kesempatan, Dato’ Pengerusi.

Seterusnya Butiran 020600 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). Yang mana di sini Dato’ Pengerusi, kita melihat terdapatnya pengurangan daripada RM15 juta untuk tahun ini menjadi RM12 juta untuk tahun hadapan. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian mengenai pengurangan ini kerana pada saya MyCC ini memainkan satu peranan yang cukup penting untuk memastikan persaingan yang di luar sana itu bersih dan adil dalam pasaran.

Seterusnya Butiran 030400 – Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Dato’ Pengerusi, Tribunal ini juga memainkan peranan penting dalam melindungi hak-hak pengguna. Jadi, peningkatan di situ daripada RM2.2 juta lebih kurang jadi RM2.6 juta adalah disambut baik tetapi saya juga berfikir Dato’ Pengerusi bahawa pihak kementerian harus mempergiatkan lagi penyebaran maklumat mengenai Tribunal ini kerana pertamanya, ramai di luar sana yang masih belum lagi fasih tentang hak mereka sebagai pengguna.

Jadi, kita perlu pergiatkan lagi, lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana kita melihat ya e-dagang atau e-commerce itu semakin rancak dengan platform-platform seperti Shopee dan Lazada dan sebagainya. Jadi, perlu ada penyebaran maklumat mengingatkan semula orang ramai tentang hak mereka sebagai pengguna.

Kedua, saya juga melihat bahawa ramai yang di luar sana masih belum tahu ataupun tidak tahu bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna itu. Jadi, saya percaya bahawa pihak kementerian harus mungkin memberikan tumpuan yang lebih untuk menyebarkan maklumat.

Saya juga mohon mungkin jika ada data mengenai tuntutan yang dibuat melalui Tribunal ini dari tahun di mana ia mulanya ditubuhkan sehingga kini mengikut tahun.

Seterusnya kepada Butiran 13006 – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) - Pembangunan. Saya lihat untuk pembangunan MyIPO ini tahun hadapan ada RM500 ribu yang diperuntukkan bagi keseluruhan RM4 juta. Cuma, di sini Dato’ Pengerusi saya ingin bangkitkan tentang maklum balas yang saya terima mengenai permohonan atau application mengenai paten dan juga tanda dagangan atau trademark, yang mana saya mendapat maklumat bahawa pada masa ini ia mengambil masa yang begitu lama diproses oleh MyIPO.

Ini lebih ketara apabila kita bercakap tentang permohonan yang ada bantahan atau penentangan yakini opposition ya. Saya dimaklumkan bahawa jenis permohonan ini, sedikit sahaja lagi Dato’ Pengerusi. Permohonan seperti ini akan mengambil masa dalam lebih kurang 24 sampai ke 36 bulan, terlalu lama.

Jadi, masalah ini saya fikir pihak kementerian harus melihat kerana kita tak bolehlah ada satu situasi yang mana permohonan untuk trademark dan paten ini mengambil masa

draft • 5:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

yang terlalu lama. Saya difahamkan bahawa masalah ini adalah kerana ramai di antara kakitangan senior dalam MyIPO itu mungkin tidak ada lagi di situ dan mungkin perlu ada pengisian bagi kekosongan ini. Dengan itu Dato’ Pengerusi saya akhiri perbahasan saya.

Sekian, terima kasih.

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Pasir Salak.

draft • 5:10 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Pengerusi dan sidang Parlimen sekalian kerana memberi peluang Pasir Salak untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan peringkat Jawatankuasa dalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Sadaqallahul azim. Maksudnya “Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambanya nescaya mereka akan melampaui batas di bumi dengan perbuatan-perbuatan liar durjana. Akan tetapi, Allah menurunkan rezekinya itu menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakinya. Sesungguhnya Allah mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya lagi melihat dengan nyata”. Dato’ Pengerusi, Pasir Salak merujuk kepada Kepala B.25 di bawah Butiran 010600 – Pengurusan Sumber Manusia yang memperuntukkan RM5.9 juta dalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Sumber manusia adalah sangat penting dalam melaksanakan sistem pengupayaan kerajaan bagi memastikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ini.

Dato’ Pengerusi, hari ini kita mendengar cukup susah seseorang mahasiswa yang baharu sahaja menghabiskan pelajarannya di peringkat ijazah untuk mendapat pekerjaan.

Apa yang berlaku ialah para majikan tidak ada kecukupan untuk membayar gaji yang setimpal dengan kelulusan mereka. Maka, para lepasan mahasiswa ini diberi program PROTEGE atau MySTEP yang lebih murah gajinya. Akhirnya mereka terjebak dengan keberhutangan yang serius disebabkan kos kehidupan yang tinggi. Persoalannya, sampai bilakah perkara ini berlaku? Pihak kementerian harus memikirkan bahawa kos sara hidup mestilah di tahap sederhana dan sesuai dengan kemampuan warga rakyat.

Harga barang yang digunakan seharian mesti dikawal bagi memastikan kebolehcapaian bekalan barang pada harga berpatutan. Penguatkuasaan yang ketat mesti dilakukan oleh pihak kementerian supaya harga barang dapat diimbangkan dengan kemampuan mampu beli rakyat. Apa yang berlaku sekarang ialah harga barang naik tetapi gaji tak naik.

Pasir Salak ingin memuji usaha Sekretariat Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia mengenai Matlamat Pembangunan Lestari (APPGM-SDG) yang memberi peluang kepada rakyat Pasir Salak membuka peluang menceburi bidang-bidang perniagaan, bidang- bidang digital, bidang-bidang pertanian dan penternakan dan bidang kemahiran.

draft • 5:14 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Insya-Allah, Pasir Salak akan mengambil peluang sepenuhnya untuk rakyat Pasir Salak mengambil bahagian dalam projek yang dibincangkan dan dilaksanakan dengan kemahiran yang ditawarkan bertepatan dengan peruntukan yang diberi. Pasir Salak juga menggesa pihak-pihak agensi lain dan juga pihak swasta turut boleh membantu dari segi kewangan dalam projek-projek yang dijalankan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

Pasir Salak ingin juga merujuk Butiran 030000 – Pendayaupayaan Pengguna.

Peningkatan peruntukan ini sangat-sangat dialu-alukan bagi memupuk dan meningkatkan kesedaran pengguna melalui gerakan-gerakan kepenggunaan, latihan dan pendidikan kepenggunaan.

Pengguna harus bijak memilih barangan dan perkhidmatan yang diperlukan, khidmat nasihat dan sokongan kepada pengguna mengenai isu dan masalah kepenggunaan yang disediakan oleh kerajaan mesti diambil maklum oleh rakyat marhaen.

Persoalannya adakah pihak kementerian telah memberikan maklumat yang secukupnya melalui iklan, pamphlet, siaran radio dan sebagainya tentang hak-hak pengguna mendapatkan barangan yang berpatutan.

Di samping itu, sumber dalam negara sendiri pula dieksport ke luar negara tidak diurus dengan baik kemudiannya mengimportnya semula dan dikenakan cukai oleh kerajaan apabila menangani krisis kewangan sehingga disalah laku oleh para peniaga kerana sifat tamak haloba, daripada pihak pertama hinggalah menjadi pihak yang menjadi orang tengah.

Memaksa penjual runcit menaikkan harga barang.

Akhir sekali Islam tidak melarang dan menghalang seseorang mengumpulkan kekayaan tetapi diwajibkan dengan cara yang halal dan menunaikan hak masyarakat dengan menunaikan zakat. Sekian, terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 5:14 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Kalabakan.

draft • 5:14 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya akan terus membahaskan Butiran 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi. Kebanyakan subsidi pada masa ini adalah subsidi berbentuk blanket.

draft • 5:19 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Bermakna semua orang layak menerimanya sama ada daripada berpendapatan tinggi dan juga berpendapatan rendah. Subsidi tidak mencerminkan harga sebenar dalam pasaran dan ini akan mengakibatkan penggunaan yang berlebihan atau pembaziran dan juga masalah seperti penyeludupan, penyorokan, penyalahgunaan dan ketirisan. Malah pemberian subsidi secara pukal tidak efisien dalam membantu rakyat yang kurang bernasib baik kerana kemudahan juga mengalir kepada golongan kaya, warga asing dan juga perniagaan besar. Jelas sekali bahawa subsidi yang diberikan pada masa ini adalah tidak mampan.

draft • 5:20 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Oleh itu subsidi perlulah ditumpukan secara fokus kepada kumpulan sasaran yang benar-benar layak menerima dan menikmati hasil dari kerajaan. Unjuran perbelanjaan subsidi berjumlah RM77.3 bilion bagi 2022, manakala untuk tahun 2023 adalah sejumlah RM64 bilion telah diperuntukkan. Namun, ia dijangka meningkat kepada RM81 bilion bagi menampung keperluan perbelanjaan subsidi. Ini membuktikan bahawa saban tahun kerajaan terpaksa menampung kos yang tinggi dalam aspek perbelanjaan subsidi sedangkan wang tersebut boleh disalurkan kepada usaha untuk memperkasakan struktur ekonomi yang boleh meningkatkan keupayaan kuasa beli rakyat pada masa hadapan.

Sehubungan itu, langkah kerajaan untuk menyasarkan subsidi diesel pada ketika ini amat wajar sebagai mekanisme untuk menangani masalah ketirisan. Antara langkah berkesan yang boleh diambil oleh kerajaan adalah dengan melaksanakan sistem apungan terurus dalam menentukan harga bahan api runcit berasaskan harga minyak mentah dunia.

Ia akan memberi fleksibiliti kepada pengguna untuk menikmati harga minyak yang lebih rendah berdasarkan kejatuhan harga minyak semasa.

Namun demikian, kebimbangan pengguna dalam penetapan harga melalui kuasa pasaran ialah apabila berlaku kenaikan harga yang melampau ataupun tidak rasional. Namun sekiranya berlaku kenaikan harga dunia, maka ia perlulah setara dengan struktur kos dan dihadkan peningkatan harga jualan oleh pihak kerajaan agar ia tidak terlalu membebankan pengguna. Dalam masa yang sama, dunia sedang bergerak ke arah Internet of Things. Maka teknologi terkini mesti diimplementasikan di dalam menentukan tadbir urus agihan subsidi secara bersasar dengan lebih terurus.

Justeru itu, saya menggesa pihak kementerian mempercepatkan usaha ke arah penerapan teknologi terkini dalam mekanisme pengagihan subsidi. Kosnya mungkin pada peringkat awal sudah tentu tinggi, namun ia dapat menyelamatkan lebih banyak aliran wang yang tiris akibat daripada pemberian subsidi secara blanket, di samping agihannya lebih adil, saksama dan menyeluruh kepada golongan rakyat yang memerlukan.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas keprihatinan mempertimbangkan pengecualian Sabah dan Sarawak daripada penyasaran semula subsidi ini. Ia kerana diesel merupakan satu keperluan yang unik dalam kehidupan seharian rakyat Sabah dan Sarawak. Disebabkan oleh keadaan jalan yang sukar dan mencabar terutamanya di kawasan pedalaman, memerlukan rakyat untuk menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang menggunakan diesel sebagai sumber pengangkutan utama mereka. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Pada hemat saya, sekiranya di masa hadapan penyelarasan semula ini akan turut melibatkan Sabah dan Sarawak, diharapkan kerajaan tidak memansuhkannya subsidi diesel secara menyeluruh sebaliknya mengurangkan subsidi yang diberikan bagi memastikan ia tidak membebankan pengguna di Sabah dan Sarawak. Sudah pasti, ianya boleh disasarkan secara menyeluruh sekiranya jaringan perhubungan di Sabah dan Sarawak berada pada kondisi yang sangat wajar digunakan dan dilalui oleh kenderaan yang biasa menggunakan petrol sebagai bahan utama.

Dato’ Pengerusi, sekian, terima kasih.

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Dipersilakan Yang Berhormat Tumpat.

draft • 5:20 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020200 – Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan dan 01200 berkenaan dengan Peningkatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang merupakan sasaran dalam kementerian. Apakah insentif langsung yang telah diberikan oleh pihak kementerian kepada pekedai-pekedai runcit yang kecil serta pasar mini kerana di bawah Parlimen Tumpat sebagai contohnya terdapat 676 kedai runcit yang dilaporkan dalam DOSM? Jadi, apakah rancangan yang telah dibuat kepada mereka khususnya ICT tadi sebab kita tahu ia sepatutnya boleh berdiri sama tinggi dengan kedai-kedai yang berbentuk hypermarket atau supermarket kerana ia membantu rakyat secara spesifik.

Kedua, adakah kerajaan mempunyai data mengenai bilangan kedai kopi dan kafe di seluruh negara yang kita kata memang menjadi lokasi terbaik bagi pendidikan kepenggunaan dan juga aktiviti masyarakat?

Di bawah Butiran 010200 – Dasar dan Perancangan Strategik dan target khusus untuk memastikan tiada kedai runcit di Malaysia yang dikuasai oleh warga asing. Sekarang ini mereka menyewa ataupun kadang-kadang berkahwin dengan warga tempatan khasnya untuk membuka kedai. Apakah akta ataupun undang-undang yang digunakan oleh negara untuk menyelamatkan ekonomi negara dan memastikan tidak ada pengaliran wang keluar dengan tindakan sebegini yang dikuasai oleh warga asing? Kita juga ingin mengetahui apakah tindakan sepadu di antara negeri dan juga Persekutuan dalam hal untuk menangani masalah seperti ini bagi mengelakkan ia terus berlaku.

Di bawah Butiran 020300, apakah pemantauan yang dibuat oleh pihak kementerian khususnya untuk membantu peniaga-peniaga di pasar pagi, pasar basah dan juga pasar malam dan pasar tani yang di seluruh negara? Apakah agensi yang ditugaskan untuk menjaga kebajikan mereka kerana hari ini kita lihat ia mungkin berbeza mengikut kementerian? Jadi, apakah mereka ini diberi penjagaan kebajikan? Sebagai contohnya insurans dan juga kebajikan sebagaimana mereka diwajibkan untuk berdaftar di bawah mana-mana persatuan untuk menjaga kemaslahatan mereka dan juga memastikan kelangsungan perniagaan mereka.

Di bawah Butiran 04004 – Pembangunan Keusahawanan : Pembangunan Francais, industri francais seluruh negara. Apakah insentif baru yang akan dibuat oleh pihak kerajaan bagi memastikan mana-mana syarikat yang telah diboikot kerana ada kaitan dengan Israel boleh ditukar milik atau ditukar bentuk perniagaan sebagaimana yang dibuat oleh Kerajaan Rusia yang menukar daripada McDonalds kepada satu perniagaan baharu yang tak perlu pun membuang pekerja tapi boleh menyelesaikan isu dalam negara mereka.

Di bawah Butiran 030400, sejauh manakah pihak kementerian menyedari tentang perbezaan dan persamaan harga di antara kedai dalam zon bebas cukai khususnya di

draft • 5:24 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Pengkalan Kubor dengan barangan yang sama yang dijual di luar kawasan bukan bebas cukai. Kadang-kadang kerana tidak ada pemantauan yang spesifik, kita melihat berlaku ketidakseimbangan dan kerugian kepada pekedai dalam zon bebas cukai.

Di bawah Butiran 030100, saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian supaya memastikan bahawa semua Parlimen mempunyai NGO pengguna. Sepatutnya kita mempunyai skuad pemantauan sukarela sebagaimana dalam pilihan raya kita ada pemantau khas bergandingan di antara pihak SPR dan juga pihak komuniti. Sepatutnya untuk skala bagi pemantauan sukarelawan ini dibuat oleh pihak kementerian kena ada skuad khas bagi skuad pengguna.

Di bawah Butiran 030100, bantuan dan pendidikan. Dulu kita lihat kebanyakan isu- isu pengguna kita lihat melalui CAP tapi hari ini kita tidak nampak secara intensifnya suatu syarikat ataupun suatu NGO yang bergerak sebagaimana CAP di negeri-negeri lain. Kerana ketika ini perlu ya untuk kita terangkan kepada pihak rakyat tentang hak mereka sebagai pengguna dan tanggungjawab mereka. Sepatutnya penggunaan ini dimulakan pendidikannya di sekolah dan memahami dasar kepenggunaan kerana hari ini kita difahami bahawa terdapat beberapa universiti yang mempunyai khusus berkaitan kepenggunaan tapi benda yang sama tidak ada secara spesifik di sekolah-sekolah menengah yang juga merupakan antara bakal pengguna pada masa hadapan.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, kita melihat banyak kes yang dibuka ya. Kes dibuka ada 9,831 kes. Nilai rampasan membabitkan RM73 juta. Berapakah kes yang melibatkan kes berulang dan apakah pendekatan yang dibuat oleh pihak kementerian?

Adakah hanya bersifat rampasan dan juga denda? Adakah pendekatan-pendekatan sebagai contohnya dari sudut moral dan agama diberikan kepada pesalah-pesalah terbabit?

Saya juga ingin bertanya di bawah Butiran 00800. Kita lihat hari ini banyak di bandar- bandar besar jumlah rumah pangsa yang banyak tetapi adakah kita mempunyai dasar supaya semua rumah ini mempunyai kawasan ataupun kedai runcit yang berada dalam kawasan rumah pangsa mereka khusus untuk membantu rakyat dalam menghadapi saat yang sangat susah.

Saya juga ingin bertanya pihak kerajaan, bagaimanakah keahlian dalam Majlis Tindakan Sara Hidup. Adakah sebagaimana dalam Parlimen kita ada JKPK, semua parti terlibat? Adakah juga dalam Majlis Tindakan Sara Hidup ini membabitkan semua pihak? Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan tentang berapa jumlah pengusaha restoran Menu Rahmah yang terpaksa menarik diri dalam keadaan semasa dan apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini.

draft • 5:24 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang terakhir, berkenaan dengan Menu Rahmah Siswa. Bila kita melihat kepada Food Bank Siswa membabitkan 38,000 orang pelajar. Isunya ialah bukan hanya mahasiswa B40 yang menderita kerana kenaikan harga barang tetapi adakah kerajaan boleh memberikan pendekatan, memberikan dan memastikan bahawa kedai-kedai yang menjual berdekatan dengan kawasan dalam kampus atau luar kampus yang menyediakan perkhidmatan kepada mahasiswa ini diberikan peruntukan supaya boleh merendahkan harga

draft • 5:30 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

sebagaimana RM3.50 untuk membantu mahasiswa sama ada mereka ini B40 ataupun bukan B40. Sekian, terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 5:30 PM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani.

draft • 5:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Sungai Petani ingin mengambil bahagian dalam peringkat Jawatankuasa kali ini. Sungai Petani ingin menyentuh Butiran 020400 – Penguatkuasaan, yang mana terjadi peningkatan sebanyak RM6,145,500 iaitu sebanyak 17.23 persen. Saya ingin menyentuh beberapa minggu yang lepas saya ada membawa perhatian ke Dewan yang mulia ini mengenai sesuatu usul tergempar mengenai isu penyorokan 180 tan metrik beras bergred super special tempatan lima persen atau beras putih tempatan (BPT) yang mana di dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengatakan bahawa telah diwujudkan satu taskforce yang turut melibatkan penguatkuasaan rentas kementerian, termasuklah daripada KPDN sendiri. Malah, dalam operasi bersepadu yang dilakukan ini melibatkan pelbagai agensi dan kementerian dan diharapkan bahawa dengan adanya peningkatan dana ini, maka penguatkuasaan ini akan lebih hebat dan lebih mantap lagi.

Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah langkah dan usaha daripada KPDN sendiri untuk memastikan isu penyorokan beras dan isu pengurangan beras ini dapat diselesaikan dengan segera dan apakah tindakan KPDN bersama dengan kementerian- kementerian yang lain dalam usaha membanteras perkara ini dan berkenaan dengan taskforce yang diwujudkan, apakah perkembangan taskforce yang terkini? Saya juga ingin bertanya, adakah sistem aduan atau statistik aduan dan tindakan yang dilakukan oleh pihak KPDN untuk tahun ini dan tahun yang akan datang?

Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh Butiran 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi. Yang mana sewaktu perbahasan peringkat Dasar yang lalu, kita melihat banyak Ahli Yang Berhormat membangkitkan kegusaran tentang pengapungan harga ayam. Kerisauan itu adalah munasabah tapi kerajaan sejak dulu sudah berikan jaminan bahawa telah dibuktikan harga ayam kekal stabil dan malah, di setengah tempat itu lebih murah dan kalau kita lihat terkait dengan subsidi pula, pembentangan belanjawan yang lalu, kos menampung subsidi ayam dan telur sahaja sejak 2022 mencecah RM3.7 bilion. Namun, tidak semua dapat dinikmati oleh golongan rakyat terbanyak dan ini akan menyebabkan terjadinya monopoli bagi sesetengah pihak dan berbanding kepada penetapan harga siling ayam yang pernah dibuat tahun lalu di bawah pentadbiran yang lalu, yang mana ditetapkan kepada RM9.40 sekilogram. Harga ayam kini jauh lebih murah dan dalam formula harga siling ini kita membuka ruang eksploitasi, di mana harga ayam boleh dinaikkan sehingga kepada

draft • 5:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

harga siling sekali pun bekalan sudah stabil. Oleh itu, dalam keadaan di mana bekalan stabil seperti ketika ini, pengapungan harga ayam ini adalah bertepatan pada waktunya.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh berkenaan Jualan Rahmah yang mana Jualan Rahmah ini perlu diperluaskan lagi di pelbagai- di setiap DUN, di peringkat DUN dan Parlimen dan saya ingin mengetahui, apakah statistik Jualan Rahmah ini? Berapa banyak kah Jualan Rahmah bagi setiap DUN, bagi setiap Parlimen dan bagaimanakah keberhasilan Jualan Rahmah ini dapat disampaikan secara terus kepada rakyat dan khususnya, di kawasan Parlimen Sungai Petani dan di negeri Kedah? Bagaimanakah statistik keberhasilan Jualan Rahmah ini? Adakah betul-betul Jualan Rahmah ini memberikan kepada golongan sasar, golongan B40 dan yang benar-benar memerlukan atau adakah golongan T20 atau golongan yang kaya turut menikmati Jualan Rahmah ini? Apakah kerajaan bercadang untuk meningkatkan lagi dengan adanya statistik keberhasilan ini, maka ditingkatkan lagi Jualan Rahmah dan apakah langkah long term yang ditawarkan oleh kerajaan untuk menangani kos sara hidup?

Tuan Pengerusi, Butiran 030100 - Gerakan Penggunaan, yang ada peningkatan daripada RM6,322,000 kepada RM11,123,000. Saya ingin bertanya, apakah langkah kerjasama antara kerajaan dan pihak NGO dan bagaimanakah sistem online boleh diperkenalkan dalam fasa ini dan apakah bentuk seminar, ceramah dan pelbagai lagi bentuk kerjasama antara kementerian, contohnya Kementerian KUSKOP dan Kementerian Pendidikan untuk menyedarkan pengguna bahawa kepentingan dan hak sebagai pengguna?

Yang terakhir Tuan Pengerusi, Butiran 030300 - Penyelidikan dan Dasar Kepenggunaan. Saya ingin menyentuh kerana terdapat peningkatan lebih kurang RM1 juta untuk perkara ini dan saya ingin bertanya, adakah kerajaan melakukan survey online terhadap peningkatan barangan ini dan adakah mempunyai database yang jelas dan bagaimanakah kerajaan mengawal? Adakah kerajaan ingin memperkenalkan satu aplikasi untuk rakyat mengadu secara terus dan bagaimana untuk kita mengawal harga barang dan bagaimana aplikasi ini- dan akhirnya, database ini akan memberikan maklumat kepada kita, khususnya Ahli Parlimen, DUN dan pemimpin untuk kita menyasarkan lagi bantuan-bantuan kepada rakyat bawahan dan kita mengetahui bagaimana sistem ini mampu meningkatkan taraf kehidupan di setiap kawasan kita masing-masing. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya jemput Yang Berhormat Parit Buntar.

draft • 5:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya ingin merujuk Butiran B.25, 040900 – Inisiatif Payung Rahmah. Peruntukan bagi Inisiatif Payung Rahmah sebanyak RM200 juta pada 2024 berbanding RM43.7 juta pada tahun 2023. Inisiatif ini adalah satu usaha yang sangat baik dan mulia. Cuma persoalan saya, sejauh mana Inisiatif Payung Rahmah ini memberi kesan yang positif pada rakyat, terutama golongan B40 dan juga para peniaga? Kerana para peniaga juga ada yang mengeluh kerana tidak dapat

draft • 5:36 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

meneruskan Jualan Rahmah akibat kenaikan kos harga makanan yang tidak mampu menampung keperluan. Sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Pendang tadi, saya ingin tambah lagi. Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia ataupun PRESMA, hanya sekitar 30 peratus daripada lebih 12,000 pengusaha restoran berdaftar di bawah PRESMA yang meneruskan inisiatif ini. Jadi, apakah langkah kerajaan bagi mengatasi masalah ini?

Saya juga ingin tahu di Perak, adakah Jualan Payung Rahmah diadakan di setiap Parlimen dan DUN? Sehingga sekarang, berapakah Parlimen dan DUN yang inisiatif ini dijalankan?

Seterusnya, Butiran 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi; dan Butiran 020300 – Hal Ehwal Kos Sara Hidup dan Pendidikan; dan Butiran 020400 – Penguatkuasaan. Saya ingin tahu berkaitan dengan beras tempatan yang masih tidak ada di pasaran sama ada di bandar ataupun luar bandar, dalam situasi rakyat memerlukan beras tempatan mudah dibeli di kedai-kedai tetapi masih gagal didapati. Namun, bila musim pilihan raya kecil atau sempena program pimpinan turun bersama rakyat, ada pula beras tempatan yang dijual begitu murah. Ada juga berlaku di kedai-kedai tertentu seperti di Parlimen saya, Kuala Kurau, Parit Buntar. Pekedai meletakkan syarat kepada pembeli, wajib membeli beras import baru boleh beli beras tempatan. Contoh, kalau nak beli beras tempatan 10 kampit untuk tujuan buat kenduri ataupun majlis-majlis tertentu, wajib beli beras import 10 kampit juga. Jadi, diminta pihak KPDN mengambil perhatian isu ini.

Pihak Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar telah pun panjangkan aduan ini kepada pihak berwajib di Parit Buntar. Sehingga sekarang, tidak tahu apa tindakan susulan yang telah dibuat. Ada juga yang buka order kepada pembeli melalui group WhatsApp pekedai dengan pembeli. Kalau tak buat tempahan melalui WhatsApp, pergi kedai, balik tangan kosong. Bukan semua orang kampung masuk dalam group WhatsApp. Sebab itulah, adakah wajar pekedai meletakkan syarat sebegitu rupa untuk mendapatkan beras tempatan?

Akhir-akhir ini, para pengguna agak sukar untuk dapatkan gula kasar bersubsidi pada harga RM2.85 satu kilogram dan juga harga gula halus. Ini adalah harga gula yang di bawah kawalan. Manakala harga gula premium ataupun gula putih bertapis jernih yang tidak dikawal oleh kerajaan mudah pula dibeli, dijual di kedai-kedai.

draft • 5:36 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Isunya, rakyat terpaksa membeli gula premium dengan harga RM4.80. Ini sudah tentu membebankan pengguna terutamanya golongan B40. Hal ini juga berlaku sebagaimana isu beras tempatan. Pekedai letak syarat wajib beli gula premium RM4.80 sekiranya ingin beli gula kasar. Begitu juga letak syarat nak beli minyak masak paket, wajib beli gula premium. Jadi, apakah tindakan pihak kerajaan dalam mengatasi masalah ini?

Seterusnya, Butiran B.25 020600 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Peruntukan bagi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sebanyak RM12 juta pada 2024 berbanding RM15 juta pada tahun 2023. Persoalannya, sejauh manakah proses penambahbaikan Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 telah dilaksanakan bagi membolehkan siasatan dan penguatkuasaan yang efektif selain memastikan undang-undang persaingan

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

negara lebih komprehensif? Ini mengambil kira karenah monopoli pasaran dalam sektor- sektor yang sedia ada.

Akhirnya, Butiran B.25 050300, peruntukan bagi Rejim Kawalan Penggabungan sebanyak RM5 juta. Kajian terkini yang dijalankan mengenai Rejim Kawalan Penggabungan sama ada ia akan memberi Suruhanjaya Persaingan Malaysia lebih banyak kuasa untuk menilai dan menyiasat transaksi penggabungan yang berpotensi mengakibatkan penumpuan pasaran dan memonopoli pasaran. Adakah ia juga mengambil kira model pihak berkuasa pasaran dan persaingan di United Kingdom yang meletakkan bidang perlindungan kepenggunaan serta penguatkuasaan persaingan di bawah satu badan kawal selia?

Sekian, terima kasih.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Saya jemput Yang Berhormat Pulai.

draft • 5:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam Madani. Terima kasih Puan Pengerusi.

Saya merujuk kepada Butiran 020300 – Kos Sara Hidup dan Penyelidikan.

Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, mantan Menteri KPDN pernah membawa satu jangkaan ataupun prediction bahawa gula ini boleh menjadi bom jangka kepada negara ini.

Ia akan meledak dan memberikan kesan kepada harga barang kerana hampir semua masakan di Malaysia ini menggunakan gula ya. Dan pemangku Menteri KPDN juga telah menyatakan dalam satu sidang media baru-baru ini bahawa gula mentah ini telah meningkat 100 peratus harganya dan kita pun tidak ada mengeluarkan gula dalam negara kita ini. Yang ada adalah kita kawal. Kawal harga gula ini pada paras RM2.85 bagi satu kilo dan sejak daripada tahun 2018, sedangkan harga pasaran gula di peringkat antarabangsa ini telah meningkat jauh.

Jadi, kekhuatiran saya di sini adalah syarikat-syarikat— dua syarikat yang mengeluarkan gula ini sampai satu masa, dia tak mampu lagi untuk menampung kos ataupun menawarkan kos yang berpatutan yang ditetapkan oleh kerajaan ini. Bila ini berlaku, ia akan menyebabkan masalah yang besar kerana dia tak mampu lagi untuk mengeluarkan gula dalam negara kita ini.

Maka itu, saya mencadangkan supaya kajian perlu dibuat oleh KPDN untuk mencari penyelesaian ini. Mungkin salah satu penyelesaiannya adalah kita terpaksa apungkan juga gula ini tetapi diselaraskan dengan subsidi bersasar.

Yang kedua adalah berkenaan dengan Butiran 040400 – Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak. Ada peningkatan daripada RM500 juta kepada RM840 juta, tapi kita juga menyatakan bahawa kemungkinan ini tidak cukup ya. Kita ada pengalaman dalam hal urusan minyak ini berkaitan dengan ketirisan ini. Saya juga dengan Timbalan Menteri juga pernah ada pengalaman ini ya. Melihat bahawa minyak masak kita ini berada di luar daripada negara kita yang sepatutnya tidak berlaku. Ketirisan ini telah berlaku begitu lama sekali.

draft • 5:41 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Maka, saya mencadangkan bahawa kita perlu gunakan teknologi untuk menyelesaikan masalah ini. Dua kaedah yang saya cadangkan.

Pertamanya, kita buat satu kaedah tracking bagi setiap paket minyak itu. Tracking number ini akan memberikan kebaikan di mana KPDN boleh mengesan secara real time pada satu masa itu di mana paket-paket minyak ini berada— di luar negarakah, di dalam negarakah, ya.

Dan satu lagi yang perlu diberi penekanan tentang pengurusan kewangan secara cashless ini ya. Daripada kilang kepada pembungkus kepada pemborong dan peruncit ini, saya cadangkan kita buat cashless. Jadi, bila cashless, tidak ada buat secara tunai, semuanya menggunakan secara online, jadi kita boleh trace lebih awal di mana kedudukan minyak kita pada waktu itu ya. Maknanya kalau ada penyelewangan ini, paten ni kita dapat kesan. Mungkin tidak cepat tapi mungkin dalam tempoh tertentu, kita akan dapat kesan berdasarkan kepada paten ini, di manakah penyelewengan itu berlaku.

Saya juga nak dapatkan satu pandangan, bagaimana peniaga-peniaga kecil ini ya?

Peniaga-peniaga kecil ini dia tak mampu untuk menggunakan minyak tanpa subsidi. Dia perlukan minyak subsidi ini tapi peraturannya dia tidak boleh sebenarnya, tapi dia peniaga kecil yang memerlukan bantuan, memerlukan minyak subsidi ini. So, bagaimana kumpulan ini perlu kita tackle supaya mereka tak tertinggal dalam arus perniagaan ini ya?

Seterusnya juga berkenaan Inisiatif Payung Rahmah ini. Tahniah, terima kasih kepada kerajaan yang telah meningkatkan peruntukan daripada RM43 juta kepada RM200 juta. Saya kira ini adalah satu hasil kejayaan, satu legasi yang telah dilaksanakan oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Tapi, kita melihat ada penurunan dari segi produk-produk Rahmah ini ya.

Umpamanya, dah banyak disebut tadi tentang Menu Rahmah, sudah ada penurunan ya dan kerajaan perlu melihat ada satu nafas baharu bagaimana kita boleh usahakan supaya ia segar semula ya.

Jualan Rahmah pula, saya kira sangat baik dan memberikan kesan yang baik kepada rakyat kerana rakyat dapat kesan secara langsung jualan ini dilaksanakan dan sambutannya sangat baik. Cuma, kawalan terhadap barangkali pembeli-pembeli daripada warga asing. Ini kita tak benarkanlah ya untuk mereka membeli daripada Jualan Rahmah ini ya.

Cuma, saya nak bertanya tentang Program Kad Menu Mesra yang baru dilancarkan baru-baru ini yang sangat tepat masanya. Saya nak tahu, berapakah banyak kad dan berapa ramai pengusaha yang telah menyertai Kad Menu Rahmah ini ya?

Dan yang terakhir adalah Butiran 040100...

draft • 5:41 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan. Masa sudah tamat.

draft • 5:41 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Ya, sikit lagi ya. Berkenaan dengan program khusus bertugas di luar negara ini. Saya minta dijelaskan secara terperinci, kenapa berlakunya peningkatan 66 peratus ataupun RM1 juta? Apakah KPI yang ditetapkan?

Supaya setiap lawatan atau kursus yang dihadiri benar-benar memberikan manfaat kepada negara dan kementerian. Terima kasih.

draft • 5:41 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Saya jemput Yang Berhormat Sik.

draft • 5:41 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi.

Sebelum saya meneruskan pertanyaan saya berkaitan butiran-butiran perbelanjaan Bajet 2024 Kementerian Hal Ehwal Pengguna dan Kos Sara Hidup, saya juga ingin mencuit bagaimana kementerian ini tidak perlu menunggu masa yang begitu lama, lebih empat bulan, Menteri penuhnya tidak lagi dapat diisi. Sampai bila kita nak menunggu? Ketika mana kita sedang menguruskan RM1.88 bilion untuk kementerian ini. Saya menyarankan supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak menunggu masa lebih lagi untuk melantik Menteri Perdagangan Hal Ehwal Pengguna dan Kos Sara Hidup. Betul ya, Yang Berhormat Jelutong ya? Jangan tunggu lama.

Saya terus kepada Butiran 020400 – Penguatkuasaan. Ada peningkatan dalam bajet. RM42 juta. Soalan saya, bagaimana perkembangan berkaitan dengan 2,000 pegawai pemantau harga yang berstatus kontrak yang sebelum ini menimbulkan status perjawatan mereka? Sama ada ada ruang untuk mereka dilantik ke jawatan tetap sebagai mata dan telinga kepada kementerian yang sangat penting? Tugas mereka memantau harga-harga di pasaran kita di kedai, di supermarket dan sebagainya.

Kedua, berkaitan dengan penguatkuasaan ini, saya ingin bertanya, bagaimanakah agihan pegawai-pegawai penguat kuasa kita ini di peringkat negeri-negeri? Termasuklah di peringkat daerah-daerah, di daerah Sik, di daerah di pedalaman khususnya. Tika mana Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut sebelum ini, setiap hari 2,200 pegawai penguat kuasa kita turun ke lapangan melihat atau memantau harga-harga barang-barang kita yang kita jual dengan harga yang sepatutnya kepada pengguna kita.

draft • 5:48 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Seterusnya saya kepada Butiran 030100 – Gerakan Kepenggunaan yang menyaksikan kenaikan belanja kewangan pada tahun 2024 sebanyak 75.9 peratus berbanding tahun sebelumnya. Jadi, kita mengambil langkah positif kenaikan perbelanjaan ini kerana kita melihat kepentingan kepada gerakan kepenggunaan termasuklah pendidikan pengguna kepada seluruh masyarakat.

Kita melihat agak suram ketika ini program-program pendidikan pengguna di universiti, di sekolah-sekolah kita ketika mana kalau dibandingkan 10, lima tahun yang lalu bagaimana gerakan termasuklah Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Persatuan Pengguna Kedah dan sebagainya begitu aktif mereka menggerakkan program-program pengguna termasuk kita memberi kesedaran kepada anak-anak kita, kepada para pengguna bagaimana begitu beratnya masalah negara kita apabila pembaziran makanan yang sangat kritikal seperti mana yang disebut oleh Ketua Sekretariat MySafeFood yang menyatakan bahawa termasuklah laporan oleh SWCorp, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam ini ya, yang dilaporkan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah 55 peratus adalah

draft • 5:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

daripada bahan makanan yang dibuang oleh masyarakat kita pada setiap hari termasuklah di seluruh Malaysia lebih 3,000 tan metrik makanan yang dibuang di tong sampah pada setiap hari.

Paling mendukacitakan pada bulan Ramadhan, jumlah masyarakat kita yang membuang makanan yang lebih di rumah-rumah itu lebih 615,000 tan pada bulan Ramadhan.

Ini adalah satu perkara yang sangat berat untuk dilihat bagaimana kita pengguna tidak mempedulikan. Yang sepatutnya kita mungkin mengambil contoh daripada negara luar termasuk di Perancis apabila kerajaan mengambil inisiatif memberi pengecualian cukai kepada syarikat ataupun kepada supermarket ataupun kedai-kedai yang memberi ataupun menderma sebahagian daripada produk-produk makanan mereka kepada food bank ataupun bank makanan dan mereka akan mendapat insentif daripada kerajaan termasuk pengecualian cukai.

Seterusnya, saya beralih kepada Butiran 040400 – Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak yang menyaksikan kenaikan belanja kewangan pada tahun 2024 sebanyak 69.1 peratus berbanding sebelumnya. Saya melihat ia satu elemen yang penting untuk memastikan bahawa program minyak masak bersubsidi mempunyai landasan yang kukuh tanpa mengira fluktuasi harga minyak sawit mentah (CPO) dan dapat memberikan manfaat yang berterusan kepada masyarakat khususnya kepada masyarakat ataupun subsidi yang lebih bersasar ketika kita melihat subsidi minyak masak ini sangat besar jumlahnya.

Dilaporkan sebelum ini kita kerugian begitu besar apabila kita tidak dapat menangani penyeludupan minyak masak ke negara asing dan orang-orang yang tidak sepatutnya mendapat subsidi ini juga perolehi dengan begitu jumlah yang besar termasuk hotel-hotel, restoran-restoran dan sebagainya. Jadi, saya mohon untuk pihak kementerian mengambil lebih serius bagaimana kita hendak mengekang kebocoran subsidi minyak masak ini supaya ia tidak lagi menjadi beban kepada rakyat, menjadi beban kepada negara dan yang pentingnya ialah seluruh rakyat dapat menikmati minyak masak yang baik yang khususnya kepada pengguna-pengguna ataupun masyarakat yang lebih bersasar, yang lebih penting untuk mereka menguruskan kos sara hidup pada setiap hari. Tuan Pengerusi, sekian, terima kasih.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sik.

Saya jemput Yang Berhormat Mas Gading.

draft • 5:50 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Terima kasih Puan Pengerusi. Di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, saya ingin menyentuh Butiran 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi; dan Butiran 040600 – Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan. Dengan mekanisme kawal selia serta inisiatif kerajaan untuk menanggung kos pengangkutan bagi membawa tujuh barangan bersubsidi ataupun barangan kawalan seperti beras, gula, tepung gandum, minyak masak, LPG, petrol RON95 dan diesel daripada pembekal ke kawasan pedalaman, bagaimanakah

draft • 5:54 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

pula pihak kementerian dapat memastikan inisiatif ini betul-betul memberikan manfaat kepada rakyat kita sendiri dan bukannya warga asing?

Sebabnya di kawasan pedalaman terdapat banyak kegiatan pertanian ataupun perladangan yang menggunakan tenaga kerja warga asing. Di kawasan pedalaman di kawasan Sarawak yang dekat dengan sempadan Indonesia terdapat banyaknya jalan tikus yang menjadi laluan keluar masuk kedua-dua belah pihak. Jadi, bagi warga asing yang bekerja di ladang-ladang di pedalaman Sarawak apabila mereka balik ke kampung mereka, mereka akan membeli barang-barang di sini untuk dibawa balik. Malah, mereka ada jadual sesama mereka sendiri untuk ambil cuti dan balik secara bergilir-gilir untuk membawa stok bekalan makanan bagi keperluan keluarga mereka di sana.

Tetapi dari segi kemanusiaan dengan taraf hidup mereka di sana, perkara ini agak rumit untuk dinilai begitu sahaja. Tetapi bila perkara ini tidak dikawal dan dilakukan secara berlebih-lebihan dan akhirnya ada pihak yang mengambil kesempatan dalam kesempitan ini.

Keperluan serta permintaan yang wujud itu tentunya menjadi satu peluang perniagaan. Maka, berlakulah urus niaga yang lebih besar. Perkara ini bukan baharu, tetapi sudah lama malah sudah dianggap sebagai perkara biasa atau kesalahan yang hanya mampu dilihat atau dibiarkan tanpa tindakan dan tidak hanya berlaku di satu dua tempat. Secara tidak sedar, kegiatan ini semakin rancak.

Puan Pengerusi, saya sokong dan terima rancangan pihak KPDN dalam usaha mengatasi kos sara hidup dalam masyarakat kami di Sabah dan Sarawak lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman. Tetapi, bagaimanakah pihak kementerian akan memastikan kawal selia serta penyeragaman harga barangan ini betul-betul memberi manfaat kepada golongan sasar iaitu masyarakat kami terutamanya di luar bandar di Sarawak dan Sabah yang saya pasti sudah lama menunggu dan amat menghargai usaha ini?

Seterusnya Butiran 040800 – Kempen Beli Barang Buatan Malaysia. Masih lagi berkisar dalam situasi yang berlaku di kawasan pedalaman yang dekat dengan sempadan.

Apa yang berlaku di sini adalah seperti win-win situation. Bukan sahaja barang-barang kita yang dibeli dan dibawa ke negara jiran, malah barang-barang mereka juga dibawa masuk ke negara kita. Ada yang masuk secara sah, ada juga yang masuk secara tidak sah kerana terlalu banyak jalan tikus. Tutup satu, buka satu. Begitulah situasinya yang saya dengar.

Tetapi, isu yang saya cuba bangkitkan di sini adalah tentang kebanjiran bekalan makanan mentah seperti sayur-sayuran dari negara jiran iaitu Kalimantan yang kini mendominasi kebanyakan tamu-tamu ataupun pasar tani di sekitar Kuching. Keseluruhan proses jual beli dan keluar masuk bekalan sayuran ini bukan lagi perkara baru. Apa yang membimbangkan adalah kesan kegiatan yang tidak terkawal ini kepada orang kita iaitu warga tempatan khususnya orang-orang kampung kini yang kian dirasai.

Punca pendapatan makin terjejas. Peluang perniagaan mereka dicantas. Orang- orang tengah yang menjalankan urus niaga ini akan terus berurusan dengan pembekal dari negara jiran. Bila van ataupun lori ataupun kenderaan yang membawa bekalan sayur-sayuran ini keluar daripada sempadan, orang-orang kita hanya mampu melihat sahaja. Bekalan sayuran ini bukan sahaja untuk pasaran sekitar Kuching, malah dihantar sehingga ke Miri.

draft • 5:54 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Tentunya semua ini berlaku kerana adanya permintaan yang tinggi dan kita sendiri tidak mempunyai bekalan yang cukup untuk memenuhi permintaan ini.

Tentunya dari segi keterjaminan bekalan makanan ini di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, tetapi apakah atau bagaimanakah pula peranan KPDN dalam mengatasi masalah ini? Adakah bekalan sayur-sayuran ini akan terpaksa dibenarkan masuk tetapi mungkin perlu ada sistem kawalan yang perlu diperkenalkan. Mungkin suatu coalition center perlu diwujudkan untuk mengawal kuantiti serta kualiti bekalan sayuran yang masuk.

Mungkin perlu diedarkan juga sistem pelabelan bagi menunjukkan asal usul hasil tani yang terdapat di pasaran tempatan. Secara tidak langsung, pengguna kita sendiri boleh memilih untuk beli produk tempatan ataupun produk luar. Melalui sistem pelabelan ini juga, kita dapat mengawal atau menghentikan kemasukan produk yang tidak menepati piawaian yang ditetapkan bagi menjamin kualiti produk makanan yang dijual di dalam negara kita.

Sekian, terima kasih.

draft • 5:54 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Mas Gading. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Kerian.

draft • 5:54 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi.

Saya merujuk kepada Butiran 020600 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

MyCC sepatutnya diberi mandat yang tertinggi dalam melindungi proses persaingan yang bebas dan adil dalam pasaran komersial melalui siasatan, pembuatan keputusan dan penguatkuasaan. Namun menurut bajet yang dibentangkan, peruntukan bekalan mengurus bagi MyCC ini menurun sebanyak 20 peratus. Saya ingin mohon penjelasan, apakah justifikasi penurunan bajet mengurus tersebut?

draft • 5:59 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Selain itu, merujuk kepada Hansard penggulungan dasar Menteri pada 1 November lalu, dimaklumkan bahawa hanya terdapat 17 orang Pegawai Penyiasat sahaja yang jumlah ini sangat sedikit dan tidak munasabah untuk mengurus satu negara berbanding dengan skop kerja yang terpaksa dipikul. Soalannya, adakah kerajaan bercadang untuk menambah pegawai penyiasat bagi menangani masalah persaingan pasaran ini?

Seterusnya merujuk kepada Butiran 01400 – Implementasi Undang-undang Persaingan. Berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan oleh MyCC, wujud keperluan yang sangat mendesak untuk meminda undang-undang bagi memenuhi keperluan semasa.

Apakah status pindaan Akta Persaingan 2010 (Akta 712) sebagai tanda keseriusan kerajaan untuk membendung kartel? Selain daripada itu, apakah status keputusan cadangan terhadap lima perusahaan mengisar makanan yang didapati melanggar Akta Persaingan 2010 berkaitan isu kenaikan harga ayam?

draft • 6:00 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Seterusnya, apakah status siasatan terhadap syarikat yang mengawal bekalan dan pasaran anak dan induk ayam? Saya juga ingin dapat penjelasan apakah status terkini tentang penyiasatan tentang kartel beras. Saya bertegas bahawa peranan MyCC perlu diperkukuhkan demi manfaat kebajikan pengguna, kecekapan perusahaan dan pembangunan ekonomi secara keseluruhannya.

Tuan Pengerusi, merujuk kepada Butiran 040400 – Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS). Saya menyambut baik sistem two-tier pricing yang pernah dicadangkan oleh kerajaan dalam Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi untuk dikaji oleh Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini. Ia merupakan satu langkah untuk menjamin harga minyak sawit tempatan kekal berpatutan disebabkan kenaikan harga minyak sawit mentah yang telah melepasi RM4,000 per tan metrik. Soalannya, apakah jaminan kerajaan dengan kaedah two-tier pricing ini dapat menjamin permintaan eksport yang tinggi daripada negara luar.

Seterusnya, saya merujuk pada Butiran 020000 – Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri, di bawah butiran ini iaitu perdagangan, pengedaran dan perniagaan. Antara sasaran keberhasilan kementerian adalah perdagangan pengedaran yang berdaya saing dengan sasaran peningkatan sektor jualan peruncitan berbanding Bajet 2020– 2022 iaitu peningkatan jualan produk tempatan disenaraikan tetap di platform market place ataupun pasaran yang tersenarai. Persoalannya, apakah justifikasi kepada perubahan tersebut?

Apakah status pangkalan data untuk menganalisa keputusan dan keperluan meluaskan rangkaian perniagaan?

Di bawah Butiran 020400 – Penguatkuasaan. Daripada 6,361 aduan berkaitan harga yang dilaporkan pada suku tahun ketiga 2023, 35 peratus adalah isu harga yang mengelirukan dan 10 peratus adalah isu tiada tanda harga, dan sangat banyak aduan berkenaan dengan perkhidmatan yang tidak seperti yang ditawarkan termasuk perkhidmatan yang mengelirukan pengguna. Apakah langkah signifikan bagi penguatkuasaan yang akan diambil bagi membendung masalah ini daripada terus berlaku? Apakah cabaran dan halangan yang dihadapi oleh kementerian untuk melakukan langkah pencegahan daripada berlakunya isu yang dibangkitkan?

Akhir sekali tentang Butiran 03010 – Gerakan Kepenggunaan. Aduan berkaitan transaksi atas talian adalah kategori terbanyak iaitu 35 peratus daripada keseluruhan 32,602 aduan. Aduan harga dan perkhidmatan mengelirukan, masing-masing menyumbang kepada 19 peratus dan 16 peratus. Apakah kementerian berhasrat untuk memperuntukkan sejumlah bajet untuk kesedaran pengguna daripada sekolah, institusi pengajian tinggi? Berapakah jumlah peruntukan yang akan diberikan untuk menggalakkan persatuan pengguna di institut pengajian tinggi?

Akhir sekali, Butiran 040600 – Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan. Saya perhatikan kita tidak ada satu dasar untuk menyamakan harga. Harga Semenanjung berbeza dengan harga Sabah dan Sarawak. Sepatutnya kita ada satu polisi, satu negara satu harga. Cabaran kita besar dalam isu ini ialah sistem kabotaj yang dilaksanakan sejak bertahun-tahun. Saya ingin dapat penjelasan, apakah pihak kerajaan

draft • 6:00 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

tidak berhasrat untuk menghapuskan sistem kabotaj supaya satu negara satu harga, ya? Ini telah pun kita bincang, berapa orang pembahas tadi tentang mekanisme untuk menanggung kos penghantaran di kawasan-kawasan luar bandar. Namun, jelas apakah program ini mengambil kira tentang sistem kabotaj ini untuk dinilai kembali dan khususnya supaya kita dapat laksanakan satu polisi, satu negara satu harga? Puan Pengerusi, terima kasih.

draft • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.

draft • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin menyentuh Butiran 040900 – Inisiatif Payung Rahmah. Inisiatif ini sangat dekat di hati kerana ianya diilhamkan dan diusahakan dan dimajukan oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin, bekas Menteri kementerian. Cumanya, daripada perbahasan beberapa pembahas Ahli-ahli Parlimen, kita dengar bahawa makin lama makin berkurangan inisiatif ini kerana ramai daripada syarikat-syarikat dan restoran-restoran yang terlibat mula mengundurkan diri disebabkan oleh harga yang makin meningkat. Cumanya, saya ingin tanya kepada kerajaan dan kementerian, bagaimanakah kita ingin meneruskan dengan inisiatif ini kerana inisiatif ini merupakan satu inisiatif yang begitu baik yang diterima baik oleh rakyat di luar sana. Ia adalah salah satu dengan izin, success story kerajaan kita. So, saya menyokong agar kerajaan memberi perhatian kepada inisiatif ini untuk memastikan bahawa Jual Rahmah, Bakul Rahmah, Menu Rahmah juga diteruskan pada masa akan datang.

Pada masa yang sama, saya cuma ingin menyinggung kepada butiran berkenaan dengan 040300 – Emolumen Pegawai Pemantau Harga (PPH). Kita lihat bahawa unjuran atau anggaran perbelanjaan tahun 2023 adalah RM41 juta dan ia hanya kekal RM41 juta pada tahun 2024. Persoalan saya adalah kenapa ia kekal? Bukankah sepatutnya kerajaan menaikkan pelantikan Pegawai-pegawai Pemantau Harga? Bukankah sepatutnya kita mengetepikan atau memperuntukkan bajet yang lebih banyak? Kerana semua mengadu di Dewan yang mulia ini, kita dengar daripada permulaan sesi Dewan Rakyat dari tahun lalu sehingga sekarang rata-rata ramai yang mengadu kekurangan beras putih, kekurangan telur ayam, kekurangan minyak masak, gula dan sebagainya. Ada juga yang menyeludup, menyembunyikan gula, beras dan sebagainya. Jadi, kalau kerajaan ingin menangani masalah ini, bukankah sepatutnya kementerian meningkatkan lagi peruntukan dan melantik lebih banyak pegawai-pegawai yang boleh memantau harga dari semasa ke semasa?

Jadi, pada masa yang sama saya mengambil kesempatan ini ingin berterima kasih kepada kerajaan kerana memang pada asalnya bila subsidi ayam diberhentikan oleh menteri dan kementerian berkenaan, terdapat kegusaran rakyat di luar sana bahawa akan berlakunya peningkatan kepada harga ayam sempena menjelang ketibaan perayaan Deepavali dan sebagainya. Tetapi mujurlah dengan langkah-langkah yang diambil dan langkah penguatkuasaan, pemantauan harga, apa yang kita risau akan berlaku tidak berlaku. Tetapi cumanya saya ingin tanya, bukankah sepatutnya langkah-langkah pemantauan mengawal

draft • 6:05 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

selia harga ini adalah sesuatu yang perlu dilakukan, kalau boleh setahun bukannya hanya semasa hari-hari perayaan sahaja.

Pada masa yang sama, saya ingin tanya juga, adakah apa-apa task force, dengan izin merentas kementerian yang akan diwujudkan untuk memastikan bahawa tidak ada aktiviti-aktiviti penyeludupan yang akan berlaku di sempadan? Pada masa yang sama, mungkin bukanlah dalam kementerian, perkara ini bukan di bawah kementerian, saya ingin tanya, menyinggung, apakah yang telah berlaku kepada kejadian serbuan ke atas kilang yang menyeludup beras putih 180 tan di Kedah di mana serbuan telah dibuat, rampasan telah dibuat, anggaran beras itu lebih kurang 405,000 dan sehingga sekarang kita tidak tahu adakah mana-mana pihak yang akan dituduh di mahkamah. Kenapa nama syarikat itu tidak didedahkan? Kenapakah kita tidak lihat apa-apa laporan di berita dan sebagainya mengenai individu-individu dihadapkan ke mahkamah?

draft • 6:05 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

So, saya ingin tanya kepada kementerian kalau boleh memberi jawapan kerana saya menuntut agar tindakan tegas diambil supaya perkara ini tidak berulang. Tuan Pengerusi, terima kasih di atas kesempatan yang telah diberikan.

draft • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.

draft • 6:10 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi. Saya mulakan perbahasan saya dengan Butiran 030100 – Gerakan Kepenggunaan. Bagi tahun 2024, butiran ini meningkat perbelanjaannya iaitu dengan peruntukan sebanyak RM11.123 juta, yakni 76 peratus meningkat berbanding tahun 2023.

Namun di dalam Buku Anggaran Perbelanjaan 2024, hanya terdapat dua objektif di bawah butiran ini iaitu untuk meningkatkan kesedaran pengguna dan menyediakan khidmat nasihat berkaitan kepenggunaan. Apakah penilaian yang dibuat pihak kementerian terhadap Gerakan Kepenggunaan bagi tahun 2023 sehingga memerlukan penambahan yang tinggi pada tahun 2024?

Permintaan saya pertama, memohon penjelasan pihak kementerian berkenaan dengan perincian di bawah butiran ini. Yang kedua, apakah program dan inisiatif yang dilaksanakan dengan jumlah peruntukan sehingga RM11.123 juta?

Terdapat satu program iaitu Penyelaras Kepenggunaan Parlimen. Persoalannya, sejauh mana Ahli Parlimen terutama pembangkang dilibatkan bersama Penyelaras Kepenggunaan Parlimen di bawah Program Gerakan Kepenggunaan? Ini penting bagi memastikan gerakan kepenggunaan dapat dilaksanakan dengan berkesan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Pendekatan ini diambil bagi memahami tata kelola dan fungsi-fungsi yang dimainkan oleh agensi berkenaan dan mendapatkan maklumat yang lebih jelas secara first-hand, terutamanya berkaitan isu menyentuh kepentingan orang ramai, juga adalah sebahagian dalam proses semak dan imbang.

draft • 6:10 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Butiran 040900 – Inisiatif Payung Rahmah. Peruntukan pada tahun ini meningkat sebanyak 357 peratus berbanding dengan tahun 2023. Tahun ini, tahun sebelumnya RM43.7 juta. Tahun ini meningkat kepada RM200 juta. Inisiatif ini mendapat perhatian dan peruntukan besar daripada kerajaan. Saya memohon kementerian menyediakan laporan pencapaian sejak dilancarkan tahun 2022. Kita semua yakin that inisiatif Payung Rahmah ini mampu membantu rakyat untuk jangka pendek.

Justeru persoalan saya, apakah langkah penyelesaian tuntas dan efisien kepada peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat, yang dikeluarkan oleh Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL)? Sefahaman saya Mesyuarat NACCOL hanya terakhir– yang terakhir pernah dibuat pada Disember 2022.

Ini bermakna sudah hampir setahun NACCOL tidak bermesyuarat untuk mencari penyelesaian tuntas kepada permasalahan kos sara hidup yang dibebani oleh rakyat pada ketika ini. Persoalan saya, adakah program pengisian yang sama akan diteruskan atau ada penambahbaikan memandangkan kos harga barangan yang semakin meningkat dalam program Payung Rahmah.

Media massa melaporkan kebanyakan peniaga restoran tidak mampu menyediakan makanan pada harga RM5 seperti disarankan kerajaan kerana kos bahan mentah yang tinggi.

Kerajaan perlu menghalusi pelaksanaan Menu Rahmah ini dari sudut peniaga sebenar. Kos bahan mentah dan kos pekerja semakin meningkat, secara tidak langsung ia memberi kesan kepada harga makanan yang dijual.

Butiran 020100 – Pengawalseliaan Barangan Kawalan dan Subsidi. Peruntukan di bawah butiran ini meningkat sehingga 20.6 peratus bagi tahun 2024 berbanding dengan tahun 2023. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan pihak kementerian, Ops Tiris 1 yang dijalankan bermula 1 Mac sehingga 23 Ogos 2023 telah berjaya merampas sehingga 4.31 juta liter minyak diesel yang bernilai RM9.23 juta.

Antara faktor yang menyebabkan aktiviti penyelewengan minyak diesel berlaku kerana permintaan daripada industri untuk mendapat bekalan daripada harga murah daripada pasaran. Persoalan saya apakah tindakan yang dikenakan kepada individu serta pihak yang terlibat dalam aktiviti haram ini? Adakah mereka terus disenarai hitam daripada mendapat apa-apa manfaat kerajaan sebagai pengajaran kepada mereka dan pihak lain supaya kejadian penyeludupan ini tidak berlaku di masa hadapan.

Sehingga kini, sejauh mana Ops Tiris 2.0 yang berjalan sehingga kini berjaya menangkap para penyeludup haram minyak diesel. Berkenaan dengan subsidi diesel bersasar, PMX di dalam ucapan belanjawan menyebut bahawa ia akan dilaksanakan secara berfasa. Berapakah fasa yang ada dan apakah tempoh fasa-fasa tersebut?

Selain syarikat pengangkutan barang yang diberikan pengecualian, bagaimana nasib para peniaga pasar malam yang menggunakan genset sebagai sumber elektrik? Adakah pengecualian turut diberikan kepada syarikat konsortium pengangkutan awam seperti bas awam, feri dan sebagainya kerana di akhirnya mereka akan turut menyalurkan bebanan kos itu kepada para pengguna. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

draft • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya jemput Yang Berhormat Miri.

draft • 6:10 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan di peringkat Jawatankuasa ini. Saya ingin memfokuskan tentang subsidi bersasar dan mekanisme penguatkuasaan yang diambil Malaysia berkait dasar ini.

Pertamanya, saya ingin menyentuh Butiran 020000 – Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri khususnya Butiran 020600 iaitu Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang mendapat peruntukan sebanyak RM12 juta. Kita pun sedia maklum bahawa subsidi bersasar akan bermula tahun 2024 dan harga ayam telah diapungkan pada 1 November tahun ini.

Keputusan kerajaan untuk mengapungkan harga ayam adalah berteraskan prinsip kebolehpasaran di mana pasaran sendiri akan menentukan harga yang munasabah atau keseimbangan harga bagi pihak pengusaha ternakan ayam yang menawarkan produk ayam dan juga pengguna yang mewujudkan permintaan terhadap ayam.

Ini adalah perlu kerana sering kali kita berhadapan dengan isu sekiranya harga siling dikenakan kepada sesuatu produk pada jangka masa yang panjang tetapi kos pengeluaran produk tersebut sendiri termasuk dengan kos-kos lain seperti logistik dan sebagainya telah hampir berdekatan atau sama dengan harga siling. Pihak pengeluar produk tersebut akan hilang insentif untuk melibatkan dalam bidang tersebut.

Oleh itu, harga siling cuma dapat menjadi kaedah sementara dan bukan bersifat jangka masa panjang. Jika kita lihat kepada dasar-dasar sebelum ini, harga siling hanya akan dikenakan secara jangka pendek iaitu ketika musim perayaan dan selepas musim perayaan harga siling akan kembali bergantung kepada pasaran ataupun diapung.

Walau bagaimanapun, dalam usaha kerajaan untuk mengembalikan harga ayam mengikut pasaran, kerajaan haruslah memastikan bahawa harga ayam dapat ditentukan oleh pasaran secara adil dan saksama untuk memastikan bahawa ekonomi pasaran dapat membantu untuk menentukan harga ayam pada paras yang mendatangkan keseimbangan ataupun win-win situation bagi pengeluar dan pengguna. Kerajaan haruslah memastikan segala kaitan dalam bentuk anti persaingan haruslah dihentikan, berkaitan antipersaingan adalah pakatan atau kartel berpakat dalam menaikkan harga barang untuk mengaut keuntungan berlebihan.

Tindakan ini akan merosakkan sistem ekonomi pasaran terutamanya bagi barangan keperluan harian seperti ayam. Dalam kes ayam, jika kartel mengganggu pasaran dengan menaikkan harga, pengguna tiada pilihan lain dan akan terus membeli ayam tersebut pada harga yang tidak munasabah ini. Ini akan menyebabkan kartel mendapat keuntungan berlebihan manakala kehidupan rakyat sebagai pengguna akan tertekan.

Oleh itu, saya menyeru Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup akan mengambil tindakan penguatkuasaan melalui Suruhanjaya Persaingan Malaysia untuk memastikan ekonomi pasaran kita dapat berjalan secara sihat.

draft • 6:16 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

So, persoalan saya, bolehkah Menteri menerangkan keadaan penguatkuasaan oleh MyCC untuk ayam selepas harga ayam diapungkan terutamanya di Sarawak? Saya juga ingin bertanya tentang keadaan pasaran ayam di Sarawak selepas harga ayam diapungkan.

draft • 6:16 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Minta mencelah. Terima kasih. Berkenaan dengan MyCC. Saya merujuk kepada laporan Market Review of Food Sector in Malaysia yang dipaparkan oleh MyCC beberapa tahun lepas. Di situ ditekankan bahawa ada dua perkara yang serius. Yang pertama, tentang kartel bukan sahaja ayam dan telur, tetapi kartel daging. Maka disebut high concentration dengan izin oleh beberapa pengimport yang telah pun mempengaruhi harga daging lembu atau kerbau di Malaysia.

Kedua, yang lebih penting bagi saya adalah tentang high concentration of monopoly power dengan izin oleh Pasar Selayang ataupun dipanggil PBKL. Dalam hal ini disyorkan bahawa perlu diwujudkan satu lagi pasar borong bukan sahaja Selayang tetapi satu lagi pasar borong untuk menggalakkan persaingan. Maka, soalan saya kepada Miri adalah, adakah pertimbangan tersebut wajar dan apakah tindakan kementerian dalam hal ini. Terima kasih.

draft • 6:20 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Saya setuju dengan ucapan daripada Petaling Jaya sebentar tadi dan mohon dimasukkan kepada ucapan saya. So, akhir sekali saya ingin merujuk kepada Butiran 040300 – Emolumen Pegawai Pemantau Harga (PPH). Saya memang menyokong ucapan perbahasan Jelutong dan juga Sik tadi yang menyentuh tentang emolumen pegawai ini. Saya telah mendapat banyak keluhan daripada pegawai ini tentang keadaan job security mereka dengan izin. So, saya harap kerajaan dapat memberi pandangan atau penekanan kepada kebajikan Pegawai Pemantau Harga. Sekian, terima kasih.

draft • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Miri.

saya jemput Yang Berhormat Arau.

draft • 6:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Rakyat Malaysia, orang muda. Butiran 020000, 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi. Saya minta pihak kementerian memberi laporan terperinci berhubung dengan penguatkuasaan dan pemantauan barangan di lapangan sejak Jun sehingga November tahun ini.

Keduanya, yang saya hendak sentuh di sini ialah berhubung dengan kawan-kawan dah sebut tadi kedudukan harga gula dan juga beras. Beras seperti juga setengah barangan di Kementerian Pertanian seperti benih. Benih telah ditetapkan harga RM40, di MADA RM45 tetapi sekarang ini benih dah tak ada sampai benih sekarang naik sampai RM70.

Jadi, demikian juga kementerian ini kita lihat gula kasar, gula halus, kalau hendak beli kita kena beli tiga kotak– tiga kilo sekali. Demikian juga, masalah beras di pasaran yang sekarang ini beras tempatan susah hendak dapat tetapi beras import senang dapat.

Kita pada 13 November kelmarin saya mendapat maklumat bahawa Kementerian Pertanian bercadang hendak naikkan gula ya. Bukan pertanian ya, kementerian– pihak kerajaan bercadang hendak naikkan gula sampai RM3.80 dan beras tempatan hendak

draft • 6:21 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

dinaikkan sampai- sekarang ini RM2.60 satu kilo hendak dinaikkan sampai RM3.20. Makna, RM32 bagi beras 10 kilo ya.

Sekarang ini persoalannya Tuan pengerusi, saya hendak tanya satu sahaja, kenapa soal naik harga semua ini dibuat orang tengah susah. Kalau hendak naik harga masa tenang tidak apa, ini masa tengah susah kita juga cari jalan mudah dengan menaikkan harga.

Naikkan harga untuk siapa? Di akhirnya, yang menghadapi masalah, rakyat, pengguna. Masa sekarang ini masalah– inilah masa kerajaan tunjukkan kehebatan Menterinya dengan mengawal harga supaya harga ini rakyat tidak menderita, orang-orang Hulu Langat tidak menderita, orang-orang Arau tidak menderita ya.

Jadi, kita kena pastikan supaya harga ini kerajaan kena campur tangan supaya rakyat tidak menderita. Adakah Hulu Langat setuju dengan saya, bahawa rakyat menderita kalau naik harga. Betul tak?

draft • 6:21 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Setuju.

draft • 6:21 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Setuju, terima kasih. Kali pertama dia setuju. Jadi, sekarang ini kenapa naik harga? Ini baru cadangan ura-ura kerajaan akan naik harga, kerajaan tidak boleh naikkan harga. Maknanya macam haramlah kalau naik harga.

Kenapa mesti naikkan harga sekarang? Harga beras, harga gula tidak boleh naik. Cari jalan supaya kita dapat stabilkan benda ini. Itu sebab baru-baru ini saya cadangkan stockpile.

Stockpile ini apa dia? Masa harga mahal dia keluarkan barangan supaya jadi murah balik.

Stockpile ini penting ataupun tentang isu keselamatan negara ini ialah berhubung dengan stockpile supaya kita mempunyai makanan yang mencukupi dalam tempoh tiga bulan.

Walaupun Menteri Pertanian kata kita beras mencukupi, ya beras mencukupi tetapi tidak ada. Beras itu tidak ada. Beras lima kilo jarang sangat kita hendak dapat. Kita boleh dapat beras 10 kilo. Itu pun ialah beras import. Jadi, orang berebut hendak buat beras import sebab beras import diapungkan.

Saya dah bagi macam-macam pandangan, sampai letih juga dibuatnya. Tetapi tidak nampak satu jalan, di mana kita dapat selesaikan masalah ini. Akhir sekali...

draft • 6:21 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Arau, boleh tanya? Boleh tanya tentang cadangan stockpile tadi? Kerana barangan makanan ada shelf life dia, dia akan rosak. Jadi, ada masalah tentang kumpulkan terlalu banyak dan simpan lama-lama. Mungkin tidak sesuai untuk dimakan lagi. Jadi, apakah cadangan untuk selesaikan cadang tadi. Terima kasih.

draft • 6:21 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, bagus. Soalan itu bagus, cukup bagus Tuan Pengerusi tetapi saya hendak jawab sekarang. Makanan ini dia ikut jenis makanan. Kalau beras, tiga bulan. Dia boleh bertahan tiga bulan tetapi kalau menggunakan teknologi moden ini, mungkin boleh pergi ke empat bulan ataupun lima bulan.

Kita macam itu. Bila sampai tempohnya ianya dikeluarkan, dijual mengikut harga biasa dan pusingan ini dibuat dengan permulaan stockpile-nya mungkin kerajaan akan bagi di bawah geran tertentu untuk memulakan stockpile ini dia berpusing. Lepas tiga bulan dia berpusing, tidak ada masalah. Cara kontrol yang penting dan mesti mempunyai pengurus yang hebat.

draft • 6:21 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akhir sekali Tuan Pengerusi. Sebab tajuk ini tajuk yang saya hendak cakap tajuk ini hari ini tetapi nampaknya masa dah habis.

draft • 6:21 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi, kita tidak boleh tunggu barang harga naik atau turun, terpaksa juga kita keluarkan pada masa yang ditetapkan. Jadi, tadi cadangan untuk memastikan apabila harga barang naik, kita keluarkan itu tidak boleh kita kontrollah. Maksud saya tadi cadangan itu mungkin tidak begitu sesuai. Thank you.

draft • 6:21 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Arau, sila gulung. Masa sudah tamat.

draft • 6:21 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, gulung. Akhir sekali tetapi cadangan itu bagus, ditanya kepada kerajaan. Tolong jawab cadangan daripada sahabat saya, seorang jutawan yang hebat.

Iaitu di bawah Butiran 020200 dan juga 040800. Ini ialah berhubung dengan– yang ini Tuan Pengerusi pun hendak dengar. Ini berhubung dengan orang yang memboikot barang- barang yang memberi sokongan, makna kata taukenya beri sokongan kepada Israel, jadi orang ramai telah boikot. Bila telah boikot, terdapat syarikat ini telah mengumumkan untuk memberhentikan pekerja.

Jadi, kita kena ingat pekerja ini ialah orang tempatan. Mereka menyokong Palestin.

Malah francais di Malaysia pun sokong Palestin. Tetapi sebab dia punya parent company dengan izin sokong Israel, jadi kita hendak supaya benda ini selesai. Masalah sekarang ini boikot ini nampaknya ada kejayaan tetapi sekarang ini pekerja-pekerja ini ke mana mereka pergi.

Jadi, saya mencadangkan di sini Tuan Pengerusi, supaya syarikat tempatan ataupun coffee shop tempatan yang diberi lesen, bukan francais ya supaya mereka ini diberi soft loan untuk cawangan-cawangan baharu yang mereka hendak bina. Cawangan baru yang mereka hendak bina bukan untuk mereka. Mereka bagi peluang kepada mana-mana pekerja mahir yang membuat soft loan dan boleh menggunakan nama syarikat ini.

Di antara syarikat yang saya dapat hubungi ialah Richiamo sebab dia– sorry Richiamo yang ada di Parlimen. Sekarang dia sudah mempunyai 180 outlet dan dia boleh buka terus dan dia mengesyorkan supaya pekerja-pekerja yang berhenti kerja daripada mana-mana syarikat boleh membuka cawangan dan kerajaan bukan bagi geran, bagi soft loan benarkan soft loan daripada mana-mana bank. Jadi, kalau pendekatan ini diambil saya percaya kita akan mendapat pendekatan yang menang-menang dengan izin bukan pendekatan yang merugikan mana-mana pihak.

Saya bersetuju dengan kawan-kawan saya supaya penguat kuasa, kebajikan penguat kuasa ini hendaklah kita tengok betul-betul sebab penguat kuasa bukan kerja yang mudah tetapi kadang-kadang mereka dapat tohmahan berlebihan tetapi kebajikan mereka kadang-kadang terabai. Terima kasih Pengerusi.

draft • 6:21 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya jemput Yang Berhormat Selayang.

draft • 6:30 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya hendak sentuh Butiran 01400 – Implementasi Undang-undang Persaingan, Butiran 020600 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). Saya setuju dengan pendapat daripada Yang Berhormat Bangi dan juga kawan-kawan daripada dua belah Dewan ini bahawa tidak harus kita kurangkan peruntukan kepada MyCC daripada RM15 juta kepada RM12 juta. Ini adalah kerana tanggungjawab MyCC ini adalah sangat berat dan kita hendak MyCC dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna.

Oleh yang demikian, saya meminta Menteri untuk memberikan jawapan, berapa jumlah pegawai yang sedia ada, khususnya pegawai siasatan dan adakah jumlah ini cukup?

Bolehkah dengan peruntukan yang sedia ada, dapat untuk menunaikan tugas yang sedia ada?

Perkara yang kedua ialah tentang subsidi untuk ayam telah diberhentikan, juga harga siling diberhentikan. Saya mengalu-alukan kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian dan juga MyCC bahawa tindakan tegas akan diambil kepada pihak pemain-pemain industri.

Jangan melakukan gangguan terhadap proses persaingan pasaran ayam dengan membabitkan aktiviti kartel. Apa yang kita telah lihat sehingga hari ini bahawa harga nampaknya adalah tidak melambung naik lebih daripada harga siling.

Oleh itu, saya meminta Menteri memberikan jawapan, apa tindakan yang telah diambil? Apa yang telah dilakukan daripada 2 hari bulan sampai hari ini bahawa kita menunjukkan bahawa tidak perlu untuk mengadakan subsidi dan harga barang boleh ditentukan mengikut bekalan dan pasaran. Ini adalah penting kerana dengan ini menunjukkan bahawa kerajaan boleh menghapuskan harga siling untuk beberapa barang dan memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa harga barang akan menjadi berpatutan dan munasabah, dapat ditentukan mengikut kehendak pasaran tanpa dengan ada aktiviti kartel.

Saya juga setuju dengan Yang Berhormat Petaling Jaya dan Yang Berhormat Menteri bahawa kalau kita mengadakan MyCC dengan memantau dengan ketat, kita boleh kawal harga dan tidak ada gangguan daripada aktiviti-aktiviti kartel.

Perkara yang ketiga ialah KPDN adalah dalam proses akhir untuk meminda Akta Persaingan 2010 [Akta 712] dan Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 [Akta 713] yang dikatakan dijangka dibentangkan pada sidang pertama Dewan Rakyat tahun hadapan.

Pindaan Akta 712 ini adalah antaranya untuk memasukkan komponen baru dikenali Rejim Kawalan Penggabungan, bagi mengawal selia sekiranya wujud elemen kecenderungan syarikat untuk bergabung dan berpakat dalam mengehadkan harga dan pengeluaran.

Malaysia adalah hanya satu negara di rantau ini, di mana Suruhanjaya Persaingan tidak ada kuasa untuk mengawal selia penggabungan syarikat untuk memastikan syarikat tidak melanggar Undang-undang Anti Persaingan.

Oleh yang demikian, saya harap kerajaan memberikan perhatian untuk perkara ini di mana kita dapat mengadakan suruhanjaya diberikan kuasa yang sempurna yang sehingga hari ini tidak dapat untuk mengawal penggabungan syarikat. Sekian, terima kasih.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Sekarang, saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab dalam masa 25 minit.

draft • 6:30 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ucapkan terima kasih kepada 25 Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas di peringkat Jawatankuasa untuk Kepala B.25 dan P.25. Saya rangkumkan soalan-soalan ataupun perbahasan-perbahasan ini kepada 12 isu dan ianya amat panjang. So, saya pohon kesabaran Puan Pengerusi ya.

Pertama Puan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini berkenaan dengan perbahasan-perbahasan yang tidak terdapat butiran di dalam B.25 dan P.25, Puan Pengerusi. Ia kerana bajet penggulungan di peringkat Jawatankuasa ini hanya harus berbincang, berbahas berkenaan apa yang dalam butiran. Jadi contohnya, kalau gula itu tak ada dalam butiran sebenarnya. Jadi, saya pun pelik juga Ahli Parlimen lama-lama macam Arau ini, tak faham berkenaan dengan kawalan harga dan sebagainya, tak ada dalam butiran.

Jadi, selama ini memang kita tahu, mesti ada butiran untuk kita bahas ya. Butiran dalam tahun 2024, bagaimana nak digunakan peruntukan tersebut? Jadi, ada banyak perkara yang saya tak boleh nak jawab. Pertama, berkenaan dengan harga gula. Kedua, dengan Dasar Kos Sara Hidup, agihan subsidi, pengumpulan data, beras.

Beras ini saya kena sebut dalam Dewan yang mulia ini, supaya Ahli-ahli Yang Berhormat semua tahu bahawa beras ini tidak termasuk di bawah senarai barang kawalan KPDN, tak tersenarai dalam senarai barang kawalan yang dikawal selia oleh KPDN, beras ya. Ia seluruhnya 100 peratus di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras di bawah KPKM. Jadi, kalau kita buat operasi-operasi itu ialah untuk dalam konteks membantu KPKM dalam penguatkuasaan.

Jadi, 12 perkara, 12 isu yang dibangkitkan. Saya rangkumkan kepada 12 perkara.

Pertama, Inisiatif Payung Rahmah. Saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat kepada Butiran 040900 – Inisiatif Payung Rahmah, di mana pada tahun 2023, diletakkan di situ RM43.75 juta untuk Inisiatif Payung Rahmah, berbanding dengan RM200 juta pada tahun 2024. Ramai yang bertanya, bagaimana pecahannya? Ada juga yang menyatakan kegembiraan kerana ada peningkatan yang begitu tinggi. Saya nak kongsi ya, Puan Pengerusi, Jualan Rahmah RM100 juta, ia tidak termasuk di bawah B.25 pada tahun 2023. Ia termasuk di bawah Bekalan B.11 di bawah Kementerian Kewangan. Jadi, sebab itu kita tengok dekat sini ada hanya RM43.75 juta. Sebenarnya, RM200 juta ini kalau kita pecahkan, ia terdiri daripada- ini Rasah kata subsidi tepung gandum ya Rasah?

Sebenarnya, RM43.75 itu ialah subsidi tepung gandum. Di situ letaknya dan ia termasuk balik pada tahun 2024 tetapi dimasukkan di bawah Inisiatif Payung Rahmah.

Kemudian, ditambah dengan RM2 juta untuk UKK, RM1.5 juta untuk Gerakan Kepenggunaan, untuk kita beri kesedaran berkenaan dengan Inisiatif Payung Rahmah.

draft • 6:35 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Program Tindakan Sara Hidup juga RM2 juta. Akhirnya, untuk Jualan Rahmah, kita hanya tinggal RM154.5 juta. RM154.5 juta untuk Jualan Rahmah dan Pasar Rahmah. Jadi, not much difference kerana RM100 juta diumumkan 2023, RM50 juta ditambah oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, jadi tahun 2024 sebanyak RM154.5 juta yang sebenarnya.

Kemudian, berkenaan dengan Menu Rahmah. Saya ingin menarik perhatian bahawa sehingga pada 2 November 2023, diumumkan dan dibuka untuk pendaftaran sesiapa yang menawarkan Menu Rahmah, menjual Menu Rahmah ya kerana kita memberikan kad insentif kepada peniaga-peniaga yang menawarkan Menu Rahmah, di mana, setakat ini, pada 14 November, 43 permohonan sudah kita terima.

draft • 6:35 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Untuk pengusaha Menu Rahmah ini, mereka boleh mendapat diskaun untuk beli barang. Ada yang sehingga 40 peratus dengan enam orang rakan strategik kita. Rakan strategik yang telah dilantik oleh KPDN ialah Aeon Big, Econsave, Giant, Lotus, Mydin dan NSK dan mungkin akan bertambah lagi rakan-rakan strategik ini.

Setakat ini, ada 2,894 pengusaha Menu Rahmah. Alhamdulillah, mereka bertahan selama setahun. Kita dengar juga apa yang dikatakan oleh pengusaha sebab kita memang tidak ada dalam peruntukan kita untuk Menu Rahmah. Maka, kita bawa kad insentif untuk pengusaha-pengusaha Menu Rahmah ini.

Jadi, berkenaan dengan impak kajian, kita sudah pun melancarkan satu kajian impak Inisiatif Payung Rahmah dan ianya kita belum dapat lagi dia punya dapatan daripada kajian tersebut. Sama ada ianya sustainable— setakat ini, kita lihat dalam keadaan kita menangani kos sara hidup ini, Inisiatif Payung Rahmah ataupun Jualan Rahmah ini adalah satu program yang amat-amat dinantikan untuk membantu rakyat. Setakat ini, pada 14 November, kita telah pun mengadakan 3,530 Program Jualan Rahmah dan melibatkan 5.059 juta pengunjung. Jadi, itu Program Jualan Rahmah.

Berkenaan dengan ayam- harga ayam ini, sebenarnya dia tidak ada dalam butiran tetapi oleh kerana dibawa berkenaan dengan ayam mahal di utara Sarawak, salah satu daripada jalan penyelesaiannya ialah untuk menawarkan Jualan Rahmah ayam di utara Sarawak. Di masa yang sama, kita juga akan menyiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan dan sekiranya didapati ada pencatutan, maka notis akan dikeluarkan kepada peniaga-peniaga yang menaikkan harga yang begitu tinggi. Kita juga akan mengadakan libat urus dengan industri untuk mengenal pasti apa dia punca kepada kenaikan tersebut. Itu yang pertama.

Isu yang kedua...

draft • 6:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri, mohon...

draft • 6:40 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Rasah.

draft • 6:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya, ya. Ini berkenaan dengan— saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberikan penjelasan berkenaan dengan subsidi untuk tepung gandum tadi. Maknanya, subsidi itu masih ada. Cuma, kenapa dia boleh tukar butiran itu? Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 6:40 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih, Rasah. Saya mencadangkan Rasah ajukan kepada Kementerian Kewangan nanti. Kami pun baru maklum berkenaan dengan perkara ini. Oleh kerana subsidi tepung ini, tidak ada siapa yang hendak pun. Mereka tidak hendak guna pun subsidi tepung ini. Tidak ada satu pun syarikat yang memohon untuk mendapatkan subsidi tepung gandum ini.

Jadi, saya teruskan ya. Terima kasih Puan Pengerusi.

Saya teruskan kepada perkara yang kedua, isu yang kedua yang dibahaskan ialah berkenaan dengan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS). Soalan yang pertama berkenaan dengan jumlah peruntukan. Jumlah peruntukan tahun 2023 ialah RM500 juta, sementara jumlah peruntukan yang diperuntukkan pada tahun 2024 ialah RM845.5 juta.

Saya hendak bawa perhatian Dewan ini bahawa ini sebenarnya bukan yang sebenar, kerana perbelanjaan yang sebenar memang lebih daripada jumlah tersebut. Kalau belanja yang sebenar pada tahun 2021 ialah RM2.19 bilion dan 2022 ialah RM2.415 bilion. Kita unjurkan sehingga hujung tahun ini, unjurannya ialah RM1.9 bilion. Jadi, itu unjuran. Kerana kita banyak bergantung kepada harga sawit CPO. Jadi, subsidi itu akan berkaitan dengan harga CPO.

Jadi, kedua, berkenaan dengan kuota. Kuota sekarang ialah 60,000 metrik tan, Puan Pengerusi. Pada ketika ini, tidak ada keputusan untuk menaikkan kuota tersebut. Bagaimana kita hendak memastikan bahawa ianya cukup? Seperti yang saya sudah jawab dalam Dewan dua minggu lepas, bahawa kita akan mengadakan penyasaran subsidi. Maka, ianya tidak akan ada lagi secara pukal seperti sekarang ini.

Kedua, kita juga akan audit di setiap rantaian bekalan daripada penapis, kepada repacker, kepada pemborong, kepada peruncit dan kita akan tambah baik pula untuk tambah kepada pengguna. Jadi, ini adalah work in progress. Dan ECOSS ini ialah sistem yang akan memastikan bahawa kita dapat menyasarkan subsidi nanti dan memastikan tiada ketirisan berlaku di dalam Skim Penstabilan Harga Minyak Masak.

Saya juga menarik perhatian yang disebut oleh Kubang Kerian tadi bahawa two tier pricing. Two tier pricing tidak terpakai kepada minyak masak bersubsidi, Kubang Kerian.

Ianya hanya terpakai kepada minyak masak kemasan botol yang satu kilo, dua kilo, tiga kilo dan lima kilo itu. Tidak terpakai kepada minyak masak bersubsidi setakat ini ya.

Terima kasih kepada— yang berkenaan dengan kajian, sama ada akan ada kenaikan. Ya, betul, saya juga sudah sebut dalam Dewan yang mulia ini sebelum ini, kerana harga minyak masak bersubsidi itu RM2.50 sedangkan harga minyak masak terpakai ialah lebih kurang RM3.80 sekilo. Jadi, kemungkinan ketirisan itu berlaku amat tinggi. Maka, kita juga sedang mengkaji berkenaan dengan harga. Ya, sebabnya mungkin kalau kita naikkan harga, mungkin akan kurangkan juga kos subsidi tersebut.

Berkenaan dengan isu yang ketiga, saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini berkenaan dengan pengedaran barang perlu dan penyeragaman harga. Pengedaran barang perlu ini, saya hendak tarik perhatian ya Butiran 040500 dalam butiran dan Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan ialah Butiran 040600.

draft • 6:40 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Butiran 040600 ialah program port to port. Maksudnya untuk Sabah, Sarawak, kita biaya RM40 juta ini untuk port to port, untuk pengangkutan barang-barang perlu itu daripada pelabuhan di Semenanjung kepada pelabuhan di Sabah dan Sarawak. Kemudian, di Labuan pula, dibawa daripada Pelabuhan Kota Kinabalu dibawa ke Labuan. Itu terangkum di bawah Butiran 040600, RM40 juta.

Manakala Butiran 040500 ialah Program Pengedaran Barang Perlu. Ini barang perlu ini seperti LPG, seperti diesel, seperti RON 95, seperti gula dan sebagainya. Ini ialah melibatkan penambahan dua zon tanpa penambahan bajet. Kalau kita tengok, ada penambahan bajet RM25 juta itu tetapi saya hendak tarik perhatian lagi sekali, RM25 juta ini ada di bawah B11 juga. Sebenarnya dalam 2023, kita juga terima RM225 juta. Jadi, tidak ada penambahan bajet tetapi ada penambahan zon, ada penambahan kawasan pengedaran dan ada penambahan pos kerana kita ada penjimatan dalam kita buat melalui tender, rundingan harga dan sebagainya.

Okey, berkenaan dengan penguatkuasaan. Komitmen kita terhadap penguatkuasaan ini memang untuk jadi jabatan ya— kita tetap komited dan ianya sesuatu yang kita terus akan usahakan untuk jadikan Bahagian Penguatkuasaan ini kepada satu jabatan.

Juga, saya hendak menarik perhatian bahawa ada 2,200 penguat kuasa lebih kurang di seluruh negara dan mereka perlu jalankan tugas mereka. Dia, kita hendak minta, kita hendak pastikan tiada ketirisan.

draft • 6:40 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Tapi di masa yang sama, kita tanya berkenaan dengan peningkatan bajet peruntukan untuk penguatkuasaan. Sebenarnya mereka perlu tambah kepada kemampuan mereka menjalankan penguatkuasaan. Mereka juga akan diperuntukkan sebahagian daripada peruntukan ini untuk jalankan forensik, kerja-kerja forensik.

Mereka apa? Tempat exhibit mereka juga perlu dinaik taraf dan sebagainya supaya kes-kes ini boleh apa orang kata, dikenakan tindakan di mahkamah. Bukan setakat di apa, diambil, di-confiscate, tapi perlu dikenakan tindakan ya. Jadi, perlu ada tempat nak simpan barang, perlu ada kajian forensik ya, perlu ada kuasa kepada mereka nak guna dron dan sebagainya. Inilah antara peruntukan-peruntukan yang dimasukkan di dalam bajet penguatkuasaan. Berkenaan dengan data detail tadi yang diminta tadi oleh Arau saya kira, nanti saya berilah Ops Tiris itu dari segi detail-nya ya.

Berkenaan dengan Pegawai Pemantau Harga (PPH), ada total dia, jumlah dia ialah 944 keseluruhannya. Mereka ini memang kakitangan kontrak dan setiap kali memang ditanya berkenaan dengan kedudukan mereka. Saya ingin memaklumkan bahawa mereka ini memantau lebih kurang 1,500 premis setiap hari. Mereka memantau harga pasar raya, pasar basah, pasar mini, kedai runcit dan mereka key in, mereka masukkan maklumat tersebut ke dalam aplikasi PriceCatcher. Ini tugas mereka ya.

Jadi, sekarang ini, pada sekarang ini, ada satu kajian di mana keberadaan PPH ini sedang dikaji ya sama ada— Soalannya, sama ada mereka ini perlu kita naikkan taraf mereka ya, akan terserah kepada dapatan kajian ini. Sekiranya kita boleh buktikan bahawa mereka ini amat-amat diperlukan dalam kajian ini, maka ianya akan disahkan kedudukan mereka.

draft • 6:50 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Sebab selama ini tidak ada specific study berkenaan dengan peranan mereka dan keberkesanan mereka dan sebagainya. Jadi, kajian ini juga sedang diadakan.

Puan Pengerusi, saya nak terus kepada latihan kepenggunaan. Latihan kepenggunaan, saya ingin maklumkan kita ada Gerakan Kepenggunaan, Gerakan Pengguna Sekolah, Gerakan Pengguna Siswa ya. Tadi Tumpat tanya. Cuma, yang tanya berkenaan dengan PKP, kita belum lantik. Ya, sebab masa arwah meninggal itu, belum sempat lantik PKP. Jadi, kita belum lantik. Tidak ada lantikan pada tahun 2023 ya.

Kemudian, berkenaan dengan — Ah, ada yang bertanya berkenaan dengan kenapa penambahan yang begitu tinggi daripada RM4.5 juta kepada RM9 juta, ini adalah untuk advokasi. Advokasi kepenggunaan. Kita buat Hari Pengguna Kebangsaan, kita laksanakan Cabaran Interaktif Pengguna, kita buat advokasi melalui media sosial ya. Itu antara program- program advokasi. Saya nak maklumkan juga...

draft • 6:50 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Puan Pengerusi, Menteri...

draft • 6:50 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Tak ada— Kejap, kejap, kejap Bagan Serai. Okey, kejap.

draft • 6:50 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Okey.

draft • 6:50 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Saya nak maklumkan juga, tak siapa yang bangkitkan butiran ini, berkenaan 040700. Saya nak maklumkan ini juga adalah advokasi ya.

Butiran ini melibatkan RM1.5 juta di mana peruntukan ini diberikan kepada NGO untuk menjalankan — NGO-NGO berkaitan kepenggunaan untuk menjalankan program advokasi.

Okey, Bagan Serai.

draft • 6:50 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Okey, terima kasih kepada Pengerusi.

Terima kasih kepada Menteri. Berkenaan dengan walaupun pelantikan Penyelaras Kepenggunaan Parlimen (PKP) belum lantik. Oleh sebab itu, saya tanya adakah juga melibatkan Ahli-ahli Parlimen pembangkang kerana soal pengguna ini soal yang merentas parti. Dia tidak kira mana-mana parti. Yang pentingnya ialah pengguna kita ialah pengguna yang tidak ada parti ataupun yang ada parti. Minta penjelasan, Pengerusi. Terima kasih.

draft • 6:50 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Tahun 2023 ada peruntukan PKP. Tahun 2024 tak ada peruntukan untuk PKP. Dia tak ada dalam butiran. Tapi, kalau sekiranya kita rasakan kalau Menteri nanti ada, kita rasakan perlu ada PKP ini, perlu ada lantikan, insya-Allah nanti kita bincang. Ya, berkenaan dengan proses lantikan...

draft • 6:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, Sik ada sikit.

Yang Berhormat Menteri, tadi disebut berkaitan dengan status perjawatan Pegawai Pemantau Harga (PPH). Jadi saya lihat, nampak mungkin ada langkah ke belakang kalau kita masih menunggu laporan kajian yang sedang dibuat ya. Kerana kita sudah pun, secara realistiknya, keperluan pegawai ini sangat penting ya. Banyak sangat penyelewengan harga yang berlaku di bawah sana. Jadi, adakah saya tanya bila apa ini kajian yang akan dihasilkan itu akan memberi kedudukan yang jelas kepada kedudukan PPH kita ini?

draft • 6:50 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Sik. Saya tidak lihat ini sebagai langkah ke belakang. Sebab Sik, sebelum ini ramai yang kata kita nak serapkan mereka

draft • 6:50 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

kepada jawatan tetap. Ramai yang kata daripada contract-for-service kepada contract-of- service dan sebagainya. Tapi, tidak ada satu fakta, data yang membuktikan, yang menyokong bahawa mereka perlu diserapkan ya. Sebab ini melibatkan kos dan sebab itu kita perlu data dapatan yang tuntas ya. Harap-harapnya insya-Allah, menyokong dan menyokong ya keputusan itu dan ianya disiapkan awal tahun nanti. Insya-Allah ya.

Saya, saya — Sik dah bangun ini, saya nak — Sik sebut tadi fasal food bank. Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Sik. Saya nak kongsilah ya kepada Yang Berhormat Sik. Sebenarnya program food bank ini kita teruskan dan untuk Ramadan khususnya, tahun lepas kita buat satu pilot project bersama apa itu? Dalam MySeafood juga bersama dengan NGO. Kita buat pilot di 55 bazar Ramadan dan kita berjaya selamatkan 25,000 kilogram makanan dan minuman bernilai dalam RM180,000 ya. Yang Berhormat Sik, saya — Insya- Allah, kementerian bercadang untuk meneruskan inisiatif ini. Sekiranya Yang Berhormat Sik nak berminat nak terlibat, boleh kita bincang. Ya insya-Allah, untuk tahun, tahun 2024 nanti.

Insya-Allah.

draft • 6:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, apa yang kita boleh lihat dari segi inisiatif kerajaan sendiri, kalau dapat berbincang dengan Kementerian Kewangan, bagaimana pasar raya-pasar raya kita yang besar ya, yang mereka juga ada kemampuan untuk memberi sebahagian daripada barang-barang makanan itu kepada food bank itu ya. Pengecualian cukai yang telah dibuat beberapa negara itu sangat baik dan dapat— Yang penting tadi mengurangkan pembaziran barang-barang yang dibuang selepas mereka tidak dapat menjual di pasar raya-pasar raya. Terima kasih.

draft • 6:50 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Sebenarnya Yang Berhormat Sik, perkara ini memang berlaku ya. Memang kita ada food bank terutamanya food bank siswa, kita ada dia punya gerobok dia, di mana memang syarikat-syarikat menghantar makanan ke food bank siswa ini daripada pasar raya-pasar raya dan sebagainya. Di masa yang sama, kita juga libat urus dengan NGO-NGO yang terlibat dengan food bank ini. Baru-baru ini pun, saya libat urus dengan salah satu daripada NGO iaitu Lost Food, ya. Kita sentiasa ada rakan strategik seperti Yayasan Food Bank dan banyak lagi NGO di mana kita berbincang libat urus bagaimana nak membantu mereka dari segi tax rebate dan sebagainya. Sik, benda itu, perkara itu memang dalam, dalam apa orang kata, apa yang kita laksanakan, insya-Allah.

Saya nak teruskan kepada MyCC. Yang pertama berkenaan dengan RM15 juta tahun 2023, tapi tahun 2024 dinyatakan bahawa hanya RM12 juta. Saya nak kongsi ya berkenaan dengan actual perbelanjaan. RM12 juta pada tahun 2024. Tapi di butiran yang lain, 050300, ada RM5 juta disebut one-off untuk Rejim Kawalan Penggabungan, RM5 juta. Jadi, RM12 juta campur RM5 juta, dah RM12 juta di situ. Kemudian, ada RM1.1 juta untuk menjalankan kajian yang selari dengan implementasi undang-undang persaingan. Ini yang Selayang sebut tadi. Ya, jadi RM1.1, dah RM18.1 million ya, dengan izin Puan Pengerusi.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Kemudian, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada lagi menyebut RM10 juta untuk memperkukuhkan kapasiti dan fungsi MyCC dalam menangani khasnya kartel. Jadi,

draft • 6:50 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

jumlahnya Tan Sri Pengerusi, jumlahnya ialah RM28.1 juta untuk 2024 ya. Cuma, dia berada di beberapa butiran dan di beberapa tempat.

draft • 6:50 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Jadi lebih daripada tahun 2023. Jadi, insya-Allah dengan tambahan itu akan memperkasakan lagi MyCC dan juga akan ada kajian khusus untuk Akta Rejim Kawalan Penggabungan ini nanti ya. Okey. Tan Sri Pengerusi, saya pohon sedikit lagi masa untuk teruskan.

draft • 7:00 PM

Tuan Pengerusi

Silakan.

draft • 7:00 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Berkenaan dengan francais, RM2 juta dalam butiran tapi ...

draft • 7:00 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sebelum pindah ke butiran lain, saya nak balik pada yang disebu MyCC tadi tentang penguat kuasa. Daripada jawapan Menteri pada 1 hari bulan, penguat kuasa kita ada 17 orang pegawai penyiasat sahaja. Saya inginkan pengesahan, apakah betul jumlah ini? Kalau betul, sebab ini jawapan dalam Parlimen pada 1 November lalu.

Jadi, kalau 17 sahaja nak kawal seluruh negara, saya fikir ini satu beban yang tak mampu dibuat dan saya ingin dapat penjelasan, apakah jumlah tersebut tepat ataupun hasrat kerajaan untuk menambahkan pegawai penyiasat bagi menangani masalah persaingan pasaran ini. Terima kasih.

draft • 7:00 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Kubang Kerian, saya baca MyCC punya komen ya. Dari bajet ini, MyCC telah memulakan rancangan yang besaran untuk meningkatkan jumlah keseluruhan pegawai kepada 162 iaitu tambahan ya sebanyak 90 saya rasa, jadi bahagian penyiasatan, penguatkuasaan dan penubuhan bahagian pegawai rejim penggabungan. Jadi, keseluruhan itu akan ada menjadi kepada 162 keseluruhannya. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian, di atas soalan.

Berkenaan dengan francais. RM2 juta dalam B.25 tetapi RM10 juta disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam ucapan bajet. Jadi seperti biasa, lagi RM8 juta itu di dalam B.11 nanti apabila di– sebab tahun lepas pun ada banyak yang disenaraikan oleh Kementerian Kewangan di bawah B.11 untuk KPDN.

draft • 7:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Timbalan Menteri, saya ingat untuk B.11, kita tengok ataupun B.11 itu bawah KUSKOP kan? Ianya sebenarnya kalau kita lihat, dia hanya peruntukan pembangunan francais dan vendor sebanyak RM2.235 juta sahaja.

Jadi, sebenarnya saya pun nak tanya juga, kalau ikutkan bajet RM10 juta tetapi kalau kita campurkan kedua-dua butiran yang ada, tak sampai pun RM5 juta. Jadi, mana perginya RM5 juta itu atau pembangunan apa yang dicadangkan di bawah RM10 juta dalam skrip bajet itu.

draft • 7:00 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Dalam bajet, ucapan bajet itu disebut berkenaan dengan pembangunan francais ke luar negara. Jadi, ianya selalu akan dibawa. Oh maaf, B.10. Sorry, saya silap. B.10 ya. Jadi, bawah pembangunan francais ke luar negara. Itu disebut dan juga kita juga sedang memohon berkenaan dengan geran francais mikro dan francais mampu milik itu. Itu yang di bawah Kementerian Kewangan. Saya juga ingin menarik perhatian kepada perbahasan Ahli-ahli Dewan berkenaan dengan boikot. Saya nak

draft • 7:00 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

maklumkan bahawa kita ada Akta Francais 1998, di mana syarikat francais tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh francaisor.

Jadi, semua jenama asing francais di Malaysia adalah milik syarikat tempatan melalui konsep francaisi induk contoh, McDonalds ialah milik Gerbang Alaf Sdn. Bhd dan Starbucks adalah milik Berjaya Group. Jadi, apakah sama ada berapa outlet di Malaysia. Syarikat Gerbang Alaf Restaurant Sdn. Bhd mempunyai lebih 300 outlet dan jumlah pekerja tempatan lebih 25,000 orang.

Jadi, KPDN menjadi pendaftar francais. Saya ingin menarik kepada pengguna pula.

Pengguna ini sebenarnya, itu hak mereka. Kalau kerajaan nak buat dasar apa pun, pengguna masih ada pendirian mereka dan pengguna boleh fikirkan apakah yang terbaik. Pengguna francais Malaysia ini jenama antarabangsa ini, dia bayar royalti. Dia ada bayar royalti. Jadi, McDonalds Malaysia ada bayar royalti.

Akan tetapi penggunalah yang buat keputusan. Pengguna have the right to decide dengan izin, Tan Sri Pengerusi, apa mereka nak buat. Jadi, saya kira itu yang paling penting kerana akhirnya kita tidak boleh buat keputusan untuk semua orang. Saya cuma berikan fakta dan datanya.

Seterusnya, berkenaan dengan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM). Jadi kita memang amat menggalakkan, memang nampak ada naik RM2 juta pada tahun 2024 tetapi saya nak menarik perhatian Ahli-ahli Dewan yang mulia ini bahawa pada tahun 2022, sebenarnya 2023 ada RM10 juta, 2024 RM12 juta. Ada nampak peningkatan tetapi sebenarnya 2022, RM20 juta. Ia lagi tinggi and then drop tahun 2023 ya. Jadi, itulah yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Jadi, kalau misalannya untuk penggunaan RM12 juta itu, kita merancang pelbagai program sebab memang kita setuju bahawa program Kempen Beli Barangan Malaysia ini adalah satu program yang amat-amat perlu kerana kita hendak memastikan bahawa produk- produk tempatan kita mendapat tempat.

Kita juga menggalakkan kementerian-kementerian lain untuk menyokong Kempen Beli Barangan Malaysia. Pasar raya memang ada aisles ataupun laluan khas untuk Kempen Beli Barang Malaysia. Kita juga buat karnival dan mini karnival dan sebagainya Tan Sri Pengerusi.

Saya teruskan kepada soalan Bangi berkenaan dengan MyIPO. Kenapa lambat, mengambil masa lama untuk diproses terutamanya yang ada bantahan. Saya bacakan berkenaan dengan bantahan ini. Perlu melalui prosedur ditetapkan di bawah perundangan yang memberi peluang kepada pemohon untuk memberi penjelasan serta memerlukan pemeriksaan yang lebih terperinci. Perbadanan Harta Intelek Malaysia ataupun MyIPO sentiasa berkomunikasi dengan pemohon bagi memudah cara proses bantahan dan bangkangan ini.

Bagi menangani masalah kakitangan yang bersara, MyIPO membuat pengambilan kakitangan baharu secara berperingkat dan diberikan latihan berterusan bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan supaya proses permohonan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien. Jadi, MyIPO juga menyediakan inisiatif expedited examination untuk cap dagangan

draft • 7:00 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

dan paten bagi permohonan clear cut case tanpa bantahan sekiranya pemohon berhasrat mendaftarkan dengan pantas. Jadi, itu.

Last, akhir sekali Tan Sri Pengerusi berkenaan dengan TTPM. Soalan berkenaan dengan advokasi. Saya maklumkan advokasi, jumlah pada tahun ini adalah 40 advokasi merangkumi pelaksanaan TTPM negeri. Setiap negeri dah selesai ikut sasaran pelaksanaan advokasi masing-masing iaitu dua atau tiga advokasi setiap negeri. Jadi, TTPM juga terlibat dalam jemputan advokasi kepenggunaan di negeri-negeri menjadikan jumlah pelaksanaan dan penglibatan TTPM dalam advokasi setakat Oktober 2023 berjumlah 83 program seperti ceramah, seminar, forum, temu bual radio dan sebagainya termasuk pameran booth ialah 128 program telah diadakan.

Jadi, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua.

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sikit Yang Berhormat, sikit. Sebab saya meneliti jawapan Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh jawab secara bertulis. Sedikit sahaja Tuan Pengerusi. Saya tahu Tuan Pengerusi berpuasa, nak pergi buka puasa. Minum air dulu. Tadi, Menteri kata tentang syarikat luar yang ada francais di negara ini seperti nama yang telah disebutkan. Yang Berhormat kata pendirian kerajaan, ini hak pengguna. Kerajaan hanya memberi angka.

Yang Berhormat, apa pendirian kerajaan? Sebab kalau berterusan, sudah pasti pekerja-pekerja yang begitu banyak itu harus kena ada alternatif, cara lain untuk membolehkan mereka meneruskan kehidupan dengan kepakaran yang ada kepada mereka.

Saya telah mencadangkan beberapa perkara tadi.

draft • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, saya ingin bertanya apakah pendirian kerajaan tentang pengguna memboikot orang yang menyokong Israel?

draft • 7:10 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Yang Berhormat Arau, saya kira soalan Yang Berhormat Arau ini memang trick question sebab Yang Berhormat Arau, kita sebagai kerajaan, pendirian kita ialah menyokong Palestin ya, itu pendirian kita.

Tetapi, sama ada interpretation itu hendak menyokong, boikot atau tidak, itu terserah kepada individu, pengguna, kerana Yang Berhormat Arau, pengguna itu terserah kepada dia.

Dia rasa lebih penting untuk dia memboikot ataupun lebih penting hendak menyelamatkan.

Jadi, setakat ini kementerian tidak membuat ketetapan pendirian berkenaan dengan perkara tersebut. Jadi, pengguna ini harus berfikir ya.

Kalau 25,000 tadi, pengguna fikirlah macam mana pengguna hendak buat keputusan, hendak masuk ke, tak nak masuk. Hendak masuk ke tak hendak masuk ya. Jadi, Yang Berhormat Arau, terima kasihlah atas trick question tersebut tetapi taklah sepatutnya tanya soalan itu.

draft • 7:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya ikhlas Yang Berhormat.

draft • 7:10 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 7:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya hendak tanya apa yang kerajaan boleh...

draft • 7:10 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Saya ucap terima kasih kepada 25 yang berbahas.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 7:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apa yang kerajaan boleh tolong, kalau jadi apa-apa kepada pekerja ini? Bukan saya ada niat lain. Mana boleh orang berkuasa niat lain.

draft • 7:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah ialah bahawa wang sejumlah RM1,813,000,000 untuk Kepala B.25 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.25 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 7:10 PM

Tuan Pengerusi

Masalah ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.25 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.25 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 7:10 PM

Tuan Pengerusi

Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 15 November 2023. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam.

draft • 7:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pantas sangat ya? Baik, terima kasih, terima kasih. Saya ulang sekali lagi. Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 15 November 2023.

draft • 7:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Sekian, assalamualaikum.

draft • 7:10 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.13 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026