Nov092023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, kita mulakan sesi pada hari ini. Yang Berhormat Menteri. Sini, Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari, Yang Berhormat Pasir Mas.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan apakah jaminan kerajaan tidak menyalahgunakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam menyekat kebebasan media dan kebebasan bersuara, khususnya kandungan media sosial yang menegur kerajaan kerana ianya nyata bercanggah dengan prinsip demokrasi dan janji Manifesto Pakatan Harapan pada PRU-15.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri. Silakan.

draft • 10:00 AM

Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Kerajaan sentiasa menyokong prinsip kebebasan media serta menjamin hak kebebasan bersuara rakyat mengikut fasal (1)(a) Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, kebebasan bersuara tidak membawa maksud seseorang individu boleh membuat tohmahan, fitnah, mengeluarkan kata-kata kesat atau kebencian terhadap institusi Raja mahupun memperlekeh agama atau yang berbaur perkauman.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menjalankan tanggungjawab dan fungsi-fungsinya berdasarkan peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Akta 588. Salah satu tanggungjawab perundangan utama MCMC adalah memastikan platform dalam talian tidak diguna pakai untuk sebarang perlakuan atau percubaan melakukan perlanggaran di bawah undang-undang bertulis Malaysia.

MCMC mempunyai autoriti, wewenang dan kewajipan untuk mengambil tindakan kawal selia terhadap penyebaran maklumat palsu, kandungan jelik, mengancam dan berunsur fitnah. Tindakan yang diambil oleh MCMC selaras dengan tanggungjawab di bawah

draft • 10:00 AM

Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Akta 588 dan bukanlah untuk menyekat kebebasan media tetapi bagi memastikan penyebaran maklumat dilakukan secara bertanggungjawab dan tanpa menyebarkan fitnah atau maklumat yang kurang tepat.

Ucapan berbaur kebencian serta melindungi integriti Raja Berperlembagaan dan institusi demokrasi dengan penghormatan dari sebarang percubaan untuk mencetuskan kebencian atau penghinaan. Pengamal media serta saluran berita dinasihatkan untuk merujuk kepada kod kandungan yang memberi panduan jelas berhubung standard kandungan yang selaras dengan Akta 588. Dengan mematuhi kod kandungan ini, pengamal media dapat memastikan pelaporan yang bertanggungjawab, selain mengelakkan daripada melangkaui batas kebebasan bersuara.

Kod kandungan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris boleh dimuat turun dari laman web contentforum.my atau mcmc.gov.my. Garis panduan yang dinyatakan dalam kod kandungan menggalakkan pendekatan bertanggungjawab dalam peruntukan kandungan dan prosedur kawalan kendiri. Pendekatan ini bertujuan untuk memupuk kreativiti, inovasi dan pertumbuhan sihat dalam industri. Dengan mengikuti garis panduan tersebut, saluran-saluran berita boleh menyumbang kepada suatu wacana yang lebih seimbang dan termaklum, bebas daripada sebarang manipulasi dan maklumat yang kurang tepat.

MCMC turut mengambil inisiatif untuk mengadakan beberapa sesi dialog dan libat urus bersama organisasi media, bagi membincangkan isu-isu yang berbangkit. Inisiatif- inisiatif ini dilaksana secara berterusan, sebagai satu langkah inklusif agar secara bersama dapat diwujudkan persekitaran digital yang lebih positif, harmoni dan kondusif untuk semua.

Kerajaan memberi jaminan bahawa kebebasan media akan terus dipertahan dan pendirian itu kekal sepertimana yang dilaungkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Selain itu, sepanjang tempoh pemerintahan Kerajaan Perpaduan, tiada seorang pun wartawan atau pihak media yang telah ditahan atau ditangkap oleh pihak polis. Tidak ada satu akhbar atau satu syarikat media pun yang dipaksa tutup oleh pihak berkuasa. Sebagai komitmen dan sokongan kerajaan untuk terus meningkatkan kebebasan media di negara ini, serta membantu pengamal media menangani cabaran yang dihadapi, kerajaan secara dasarnya telah bersetuju dengan cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia sebagai sebuah badan kawal selia kendiri melalui akta yang berkaitan.

Cadangan penubuhan majlis ini mengambil kira peranan majlis tersebut untuk mempertahan kebebasan media di negara ini dalam menyampaikan maklumat. Sehingga kini, sebanyak lapan mesyuarat telah diadakan bersama Jawatankuasa Pro-tem sejak Januari 2020. Sekian terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Pasir Mas. Soalan tambahan.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih Menteri. Sebelum itu, saya nak ucap terma kasih kepada Menteri di atas usaha...

draft • 10:00 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

[Bangun]

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Membuka kaunter aduan talian telekomunikasi di luar dan saya harap usaha ini dapat dicontohi oleh kementerian- kementerian lain kerana ia banyak membantu kami Ahli-ahli Parlimen.

[Tepuk] Menteri, saya mendengar dengan teliti jawapan daripada Menteri begitu cantik di atas kertas dan juga polisinya.

Tetapi, apabila tiba kepada pelaksanaan, ternyata ia tidak begitu, Menteri. Apabila kita melihat bahawa terdapat gangguan, khususnya daripada MCMC terhadap kandungan- kandungan yang tidaklah dilihat menyentuh 3R. Contohnya, saya boleh sebutkan beberapa posting-posting. Saya boleh beri secara bertulis kepada Menteri bagaimana beberapa posting. Contohnya, apabila mengaitkan PKR dengan liberal international, posting itu disekat dan dan penggunanya mendapati ianya merupakan legal request from MCMC. Itu merupakan satu bukti bahawa MCMC telah digunakan untuk kepentingan-kepentingan parti-parti yang ada di dalam kerajaan.

Sepatutnya hujah ini perlu dilawan dengan hujah. Bukan dengan menutup posting- posting seperti itu. Jadi, ini persoalan yang dibangkitkan dan ia bukan dibangkitkan oleh kami ahli-ahli politik semata-mata. Saya sebut contoh. Pada bulan Ogos yang lepas, lapan wartawan veteran menegur SKMM, jangan berlagak macam “Abang Besar”.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Begitu juga pada 9 Oktober yang lepas, bekas pengarang kanan akhbar Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan menyatakan sekarang merupakan zaman gelap media. Jadi, saya faham hasrat Menteri bagus tetapi penyampaian kepada SKMM dan juga ke bawah itu, saya bimbang tidak sampai hasrat murni tersebut. Satu lagi Menteri, Harakah telah pun memberikan, menyampaikan surat rayuan terhadap tindakan dua hari lepas. Saya fikir kalau Menteri boleh isytihar dalam Dewan ini, ini satu tindakan yang bagus. Terima kasih Menteri.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, jawab.

draft • 10:10 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih sahabat saya, Pasir Mas.

Memang kalau kita lihat, sebenarnya MCMC menerima aduan daripada pelbagai pihak tentang sebarang perkara dalam media sosial. Dia tidak hanya seperti jawapan saya tadi, menyentuh tentang perkara 3R tetapi sebarang content yang boleh dianggap ditafsirkan sebagai jelik dan berpandukan kepada Akta 588, seksyen 233 sebagai contoh.

Jadi bukan hanya merujuk kepada 3R. 3R itu lebih kepada isu yang dibangkitkan contoh, melibatkan institusi raja, agama dan perkauman tetapi tambahan kepada itu, ada juga kandungan yang boleh diambil tindakan berlandaskan seksyen 233 Akta 588. Jadi, mungkin yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat itu, mungkin pihak MCMC ada menerima aduan daripada orang awam tentang apa-apa perkara. Suka saya maklumkan, sebenarnya sesiapa yang ada menerima kandungannya terkesan dengan cara ini, boleh memohon dengan pihak MCMC dan juga dengan platform media tersebut. Sekiranya platform media dan pihak MCMC meneliti semula dan selepas itu diputuskan dikembalikan, maka dikembalikan. Tidak menjadi masalah, boleh dibuat rayuan.

draft • 10:10 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Tetapi saya juga ingin mengambil kesempatan Dato' Yang di-Pertua untuk mengingatkan bahawa kadangkala bila kita lihat media sosial juga, platform-platform ini juga mempunyai garis panduan ataupun piawaian kawal selia mereka sendiri. Kadangkala content-content, yang kita tidak sangka diturunkan, diturunkan.

Saya bagi contoh sewaktu himpunan selepas himpunan di Axiata, Malaysia bersama Palestin, satu kandungan daripada– yang mengandungi ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah diturunkan dan bila kita tanya dengan pihak TikTok kenapa, katanya ada grafik-grafik yang terlalu macam berdarah dan sebagainya. Bila pihak MCMC dan saya sendiri meneliti video tersebut, dia tidak ada langsung imej yang grafik, yang keterlaluan. Jadi bila kita rujuk balik dengan pihak TikTok, akhirnya mereka putuskan boleh dinaikkan semula.

Cuma saya hendak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, berkait apa yang Yang Berhormat Pasir Mas sebutkan tadi, saya difahamkan pihak Harakah akan menghantar surat rayuan dan kita alu-alukan dan saya akan bincang dengan pihak Jabatan Penerangan, kerana yang ingin saya tegaskan di sini ialah etika kewartawanan. Kita sedia, seperti Perdana Menteri sebutkan hari itu, dia sedia untuk memaafkan dan tidak menjadi masalah.

Isunya ialah – dan ini tidak terpakai hanya kepada Harakah tetapi kepada semua.

Tadi saya sebut tentang kod kandungan yang boleh kita muat turun tetapi selain dari itu etika kewartawanan. Ini yang kita ingin tegaskan, kerjasama dengan semua rakan-rakan media, termasuklah para veteran yang disebutkan tadi. Cuma saya berpandangan berbezalah. Seperti yang saya sebut, kalau mungkin di zaman-zaman sebelum ini, lapan orang veteran ini kalau mereka berkhidmat kalau zaman-zaman sebelum ini, mungkin selepas mereka mengeluarkan kenyataan itu, pelbagai tindakan diambil tetapi hingga ke hari ini mereka bebas dan terus boleh bersuara dan kita terima pandangan dan kritikan mereka.

Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat, Yang Berhormat tekan, tekan...

draft • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Paya Besar.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Paya Besar kah?

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Saya lihat tadi apabila disebutkan tentang Harakah oleh Yang Berhormat Pasir Mas itu, saya kira kalau hantaran-hantaran seperti itu yang dimuat naik atas talian ataupun mana-mana portal, dia akan tersebar tersangat cepat. By the time Suruhanjaya Komunikasi bertindak, perkara ini sudah dianggap sebagai satu propaganda dan naratif yang boleh memesongkan fahaman rakyat.

Jadi, persoalan saya ialah setakat manakah kerajaan bersedia untuk meminda seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia ya, seksyen itu untuk memastikan bahawa ada undang-undang yang tuntas yang boleh mencegah hantaran-hantaran talian yang lucah, sumbang, palsu, yang mengancam keselamatan, jelik, yang disalahgunakan untuk tujuan politik. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, jawab.

draft • 10:10 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Terima kasih, Yang Berhormat Shah Alam. Tentang perkara ini memang pihak MCMC sedang dalam proses untuk mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak. Kita bukan hanya melihat kepada seksyen 233 tetapi sebenarnya keseluruhan akta itu. Penting saya nyatakan, Akta 588 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, digubal pada tahun 1998 waktu reformasi mula, sebagai contoh ya.

Sudah banyak yang telah berlaku, peredaran zaman, terutama dari segi aspek kawal selia terhadap syarikat-syarikat telekomunikasi sebagai contoh. Jadi, sebarang pindaan yang ingin kita lakukan kepada akta tersebut, bukan hanya kepada seksyen 233 ini. Kalau kita lihat, terdapat banyak perkara lain yang sebenarnya bagi saya dan berdasarkan maklum balas daripada rakan-rakan Ahli-ahli Parlimen ya, dalam sama ada bulan Mac ataupun bulan Oktober baru-baru ini, aduan-aduan yang kita terima.

Bagi saya, salah satu daripada keutamaan untuk buat pindaan kepada Akta 588 ialah untuk pastikan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi dengan lebih pantas, dengan lebih serius menangani masalah Internet yang dihadapi oleh rakyat. Tapi tidak boleh dinafikan, bila kita teliti, kita akan teliti semua seksyen. Jadi, seksyen 233 ini juga akan diteliti, cuma belum kita putuskan apa yang ingin dilakukan. Sama ada untuk kembangkan ataupun kurangkan ataupun hadkan, jadi pelbagai pandangan ini kita akan terima sebelum kita teruskan. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh, Dato' Yang di- Pertua?

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikutnya dipersilakan...

draft • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tambah satu lagi, Tuan Yang di-Pertua?

draft • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Soalan-soalan, Dato' Yang di- Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sudah.

draft • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Sedikit sahaja?

draft • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh?

draft • 10:10 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Short one.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya hadkan dua soalan sahaja.

draft • 10:10 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bolehlah tiga.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya persilakan Tuan Riduan bin Rubin, Yang Berhormat Tenom.

draft • 10:10 AM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

2. Tuan Riduan bin Rubin [Tenom] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan Program Penyeragaman Harga (PPH) dalam menangani kos sara hidup penduduk di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

draft • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terdapat dua komponen khusus Program Penyeragaman Harga yang dilaksanakan, di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Pertama adalah komponen yang disebut sebagai Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan.

Jika di dalam buku anggaran perbelanjaan, disebutkan sebagai Butiran 040600.

Butiran ini merujuk kepada perbelanjaan yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk menampung kos pengangkutan barangan antara pelabuhan ke pelabuhan, port to port. Untuk tahun 2024 peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM40 juta. Satu lagi komponen merujuk kepada Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan community drumming, Butiran 040500 dan untuk tahun 2024 sejumlah RM225 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan.

Program Pengedaran Barangan Perlu, LPG dan community drumming telah dilaksanakan bermula tahun 2009. Objektif program ini adalah menjadi sebahagian daripada langkah intervensi untuk menangani isu perbezaan besar harga barang-barang asas dengan kawalan harga di kawasan-kawasan pedalaman, berbanding kawasan-kawasan lain.

Program ini dilaksanakan bagi menanggung kos pengangkutan membawa tujuh barangan bersubsidi kawalan iaitu beras, gula, tepung gandum, minyak masak, LPG, petrol, RON95 dan diesel, dari pembekal ke kawasan-kawasan pedalaman di enam negeri iaitu Sabah, Sarawak, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang supaya penduduk kawasan pedalaman boleh membeli tujuh barangan tersebut dengan harga kawalan yang disebutkan tadi, dengan harga yang sama seperti harga di bandar atau pekan berhampiran.

draft • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mengawal harga bagi tujuh barangan tersebut di kawasan terlibat. Sebagai contoh, harga bagi LPG tong 14 kilogram di Zon Pensiangan adalah RM65 se tong sebelum pelaksanaan program ini, berbanding hanya RM26.60 se tong yang dijual selepas pelaksanaan program ini.

Contoh yang terdekat dengan Yang Berhormat Tenom untuk Zon Tomani dan Zon Melalap misalnya, harga kawalan RM26.60 tersebut. Tanpa harga kawalan tersebut di pasaran, harga untuk LPG ini adalah bagi Tomani RM38 dan bagi Melalap RM40 se tong.

Untuk Sabah sahaja, program ini melibatkan 69 zon dengan rangkuman keseluruhan 216 kawasan dan memberi kesan dan impak langsung kepada dianggarkan lebih 525,000 populasi penduduk di kawasan terlibat.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Yang Berhormat Tenom, soalan tambahan.

draft • 10:20 AM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Papar di atas jawapan pencerahan dan penjelasan yang disampaikan. Soalan tambahan, adakah pihak kementerian bercadang untuk mewujudkan mekanisme penyeragaman harga melibatkan barangan asas bersubsidi dan tidak bersubsidi di Sabah?

Memandangkan harga barangan asas tidak bersubsidi di Sabah berbeza-beza di antara satu daerah dengan daerah yang lain, terutamanya di luar bandar, bagi memastikan harganya wajar, terkawal dan tidak membebankan rakyat, terutamanya masyarakat di luar bandar. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:20 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama, saya fikir kita kena menerima asas kita adalah kita mengadaptasi free market economy, sistem pasaran bebas di mana harga-harga barang ini ditentukan oleh mekanisme pasaran. Namun, kita mengguna pakai mekanisme kawalan untuk barang-barang tertentu, barang-barang keperluan asas untuk memastikan rakyat kita mendapat akses kepada barang-barangan tersebut pada harga yang munasabah.

Atas sebab itu, program ini dilaksanakan port-to-port dan juga daripada pusat ke POS

(point of sale) ini untuk memastikan penduduk di kawasan pedalaman juga mendapat akses kepada barang-barangan kawalan tersebut. Jadi, peringkat sekarang ini, asasnya adalah barang-barang kawalan kerana untuk pengetahuan Yang Berhormat ya, implikasi kewangan hanya untuk program ini pun dimulakan tahun 2009. Implikasinya RM93 juta dan 2023 dan 2024 ini, kosnya telah pun meningkat kepada RM225 juta.

Jadi, buat masa ini Yang Berhormat, adalah kita fokuskan kepada barang kawalan terlebih dahulu. Yang penting, kita perluaskan liputan zon ataupun point of sale ini. Sebagai contoh, kalau boleh saya sebut pada tahun 2019, point of sale yang ada di seluruh negara yang terlibat dalam program ini adalah sebanyak 1,601 dan pada tahun 2024 ini, akan kita perluaskan kepada 1,727 point of sale. Maksudnya, liputan kawasan pedalaman itu semakin meningkat. Kita tambah baik dari masa ke semasa Yang Berhormat. Contohnya untuk program ini, kita dapati ada aduan wujudnya ketirisan subsidi itu. Untuk pengetahuan, buat kali pertama pada tahun ini, pada 1 Mei ini, buat kali pertama, perolehan melalui tender terbuka yang mengguna pakai sistem e- Terbuka itu dilaksanakan dengan pelantikan sebanyak 146 syarikat transporters ya.

Jadi Yang Berhormat, saya faham keprihatinan Yang Berhormat. Kita terbuka kepada cadangan ya. Mungkin Yang Berhormat Tenom merasakan ada barang-barang tertentu yang harganya terlalu tinggi di kawasan Yang Berhormat, mohon dapat disampaikan maklum balas pada kita untuk kita timbang. Namun, saya ingin melihat untuk kawasan-kawasan pedalaman di Sabah, Sarawak ini, biarlah langkah jangka panjang itu diambil kira.

Contohnya, apa yang kita laksanakan dalam penghantaran minyak masak ini. Kalau dulu Tuan Yang di-Pertua, syarikat-syarikat repackers ini, asasnya daripada Semenanjung diangkat melalui subsidi port-to-port ke Sabah dan Sarawak. Namun kini, sudah ada pendekatan supaya kita melantik repackers ini di Sabah sendiri dan juga di Sarawak. Jadi,

draft • 10:20 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

dia dapat mengurangkan kos subsidi untuk syarikat-syarikat repackers dan juga pengangkutan secara keseluruhannya.

Jadi di peringkat KPDN, saya ingin maklumkan juga Yang Berhormat, saya telah meminta penguat kuasa kita, contohnya dalam kes ayam. Kenapa harga ayam berbeza Sabah, Sarawak? Untuk mendapat invois dan maklumat daripada penternak dan juga pemborong dan peruncit, apa sebenarnya asas kepada harga yang tinggi berbanding dengan Semenanjung, sebab kalau disebut logistik, saya melihat kawasan saya sendiri pun ada ladang-ladang ayam.

Jadi, apa isu logistik ladang-ladang ayam itu dan akhirnya harga pasaran lebih tinggi di pekan, berbanding di Semenanjung Malaysia. Mungkin isunya kos makanan ayam dan sebagainya. Saya berharap dan KPDN akan menyalurkan maklumat kepada Kementerian Pertanian untuk kita bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri, khususnya Sabah dan Sarawak untuk jangka panjang bagaimana kita dapat menyelesaikan isu harga yang tinggi di Sabah dan Sarawak. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, panjang dan lebar. Baik, sebelah kiri. Yang Berhormat silakan, Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 10:20 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah apakah mekanisme kerajaan untuk memastikan point of sale ataupun POS itu menggunakan harga yang dikawal?

Berapakah kawasan pengedaran baharu yang dikenal pasti oleh kerajaan?

Adakah pihak kerajaan berhasrat untuk menambahkan lagi senarai barangan kawalan asasi yang lain seperti telur dan sebagainya, selain tujuh barangan kawalan sedia ada di bawah Program Penyeragaman Harga agar penduduk di kawasan luar bandar dan juga pendalaman, terutama golongan miskin merasai keperluan asasi yang menyeluruh di bawah program ini? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:20 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ambil kesempatan ini, request daripada sahabat saya Ahli Parlimen Santubong untuk mengalu- alukan kehadiran rombongan daripada Parlimen Santubong untuk bersama di dalam Dewan.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana saya sebutkan tadi bahawa fokus kita sekarang adalah untuk melihat kepada barang-barang kawalan tersebut. Apa yang ditanya tadi, kita telah tingkatkan contohnya kawasan point of sale ini daripada jumlah 1,601, ditingkatkan bagi pelaksanaan bagi tahun 2024 ini kepada 1,727. Ini maksudnya kita memang sentiasa membuat penilaian mana-mana kawasan point of sale baharu untuk dimasukkan dalam liputan program ini.

Saya mengalu-alukan maklum balas daripada Yang Berhormat, sekiranya ada kawasan yang perlu dipertimbangkan sebagai salah satu point of sale, termasuk di kawasan

draft • 10:20 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Yang Berhormat untuk dimasukkan bersama dan rakyat mendapat akses kepada barangan pada harga yang kawalan tersebut.

Kedua, yang disebut tadi tentang jenis-jenis barangan pula. Setakat ini, tujuh barangan tersebut dan kita akan mengambil kira dengan berdasarkan kepada ruang fiskal yang ada untuk sekiranya boleh diperluaskan kepada barangan lain. Sebab ada kawasan- kawasan tertentu Yang Berhormat, syukur Alhamdulillah, ada kawasan-kawasan tertentu point of sale tertentu yang kita anggap sudah graduate. Sudah ada akses jalan raya dan liputan bekalan yang lebih dekat dalam radius yang ditetapkan, mungkin kawasan itu boleh kita keluarkan dalam senarai dan kita boleh pertimbangkan untuk masukkan barang-barang lain dalam program ini. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya soalan yang ketiga, dipersilakan Tuan Suhaizan bin Kait, Yang Berhormat Pulai.

draft • 10:20 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Suhaizan bin Kaiat.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kaiat. Maaf Yang Berhormat.

draft • 10:20 AM

3. Tuan Suhaizan bin Kaiat [Pulai] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh TEKUN untuk mencapai lebih ramai usahawan-usahawan baru yang ingin menceburi bidang perniagaan terutama IKS dan adakah kementerian bercadang untuk melaksanakan program start up usahawan TEKUN bagi menyediakan modal kepada usahawan baru ini memulakan perniagaan.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sila, Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:30 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, pada hari ini merupakan ulang tahun TEKUN yang ke-25 tahun, yang telah ditubuhkan pada 9 November 1998.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui TEKUN Nasional, berperanan membantu usahawan mikro dengan menyediakan modal perniagaan melalui pembiayaan modal. Secara kumulatifnya, jumlah pembiayaan TEKUN Nasional sejak penubuhan pada tahun 1998 adalah berjumlah RM8.98 bilion.

Bagi tahun 2023, iaitu sehingga 31 Oktober 2023, sebanyak RM922.6 juta atau 42,383 pembiayaan telah diluluskan daripada jumlah tersebut iaitu sebanyak RM467.2 juta adalah pembiayaan pertama kali kepada seramai 26,481 usahawan. Untuk makluman, TEKUN berupaya memberi pembiayaan ini kerana pertama ataupun mendapat geran melalui inisiatif belanjawan.

Keduanya, TEKUN juga mengutip semula pinjaman yang akan kita gunakan untuk dipusingkan sebagai modal kepada usahawan-usahawan baharu. Dalam usaha

draft • 10:30 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

meningkatkan bilangan usahawan menceburi bidang perniagaan, TEKUN telah melaksanakan skim-skim pembiayaan baharu bagi tahun 2023 seperti berikut:

(i) Skim Pembiayaan Online TEKUN kepada 779 orang usahawan melibatkan pembiayaan berjumlah RM5.9 juta;

(ii) Skim Pembiayaan Usahawan Tamu kepada 581 orang usahawan melibatkan pembiayaan berjumlah RM2.6 juta;

(iii) Skim Pembiayaan Usahawan Kraf kepada 11 orang usahawan melibatkan pembiayaan berjumlah RM296 ribu; dan

(iv) Program TEKUN Mobilepreneur kepada 731 orang usahawan melibatkan pembiayaan berjumlah RM6 juta.

Selain itu, TEKUN Nasional juga telah menyertai pameran dan program usahawan yang diadakan oleh kementerian dan agensi-agensi di bawah kementerian seperti showcase Satu Daerah Satu Industri, minggu PMKS bagi memberi penjelasan secara langsung mengenai skim-skim pembiayaan TEKUN dan selain itu kita bawa juga usahawan-usahawan TEKUN untuk berjualan.

TEKUN juga mempromosikan skim-skim pembiayaan melalui laman sesawang, saluran televisyen radio kerajaan, radio-radio negeri dan media sosial rasmi TEKUN.

Mengenai cadangan supaya TEKUN Nasional melaksanakan program Startup kepada usahawan yang baharu memulakan perniagaan, TEKUN Nasional telah menawarkan Skim Pembiayaan TEKUN Niaga yang menyediakan kemudahan modal kecil peniagaan dengan nilai pembiayaan di antara RM1,000 hingga RM100,000 kepada semua usahawan mikro, termasuk kepada usahawan pemula ataupun usahawan Startup. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Pulai.

draft • 10:30 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga jawapan daripada Menteri. Kalau kita lihat TEKUN ini, syarat-syarat yang dikenakan itu tidaklah seketat apa yang diberikan atau ditetapkan oleh bank untuk membuat pinjaman ini.

Tetapi, kenapa masih lagi sebahagian masyarakat itu berminat untuk membuat pinjaman along contohnya? Saya difahamkan ada 300,000 terlibat dengan pinjaman along ini. Apakah kita tidak boleh bersaing dengan perkhidmatan yang dibuat oleh along ini? Satu.

Yang keduanya adalah saya difahamkan juga ada skim TEKUN untuk orang OKU.

Setakat mana ia telah membantu OKU untuk membuat pinjaman perniagaan ini? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, beri jawapan.

draft • 10:30 AM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih, Yang Berhormat. Itu sebabnya kita telah membuat hebahan dan promosi skim-skim pembiayaan TEKUN melalui penyertaan kita dalam showcase dan pameran kementerian dan agensi-agensi kerajaan, itu yang pertama.

Kita juga ke radio-radio dan televisyen milik kerajaan, radio-radio negeri, termasuk juga bagi saluran Minnal FM bagi masyarakat India kerana kita ada skim untuk masyarakat India. Saluran Asyik FM untuk Orang Asli kerana kita ada skim pembiayaan untuk Orang Asli

draft • 10:30 AM

Datuk Ewon Benedick

dan juga media sosial rasmi TEKUN. Semua ini kita adakan dengan niat untuk mahu supaya peminjam ini, usahawan baharu, usahawan sedia ada datang kepada kita.

Tetapi, kalau usahawan ini memilih sebaliknya, yang itu sudah berada di luar kawalan kita. Untuk makluman juga, kita telah permudahkan proses permohonan TEKUN yang diadakan selepas pandemik COVID-19 misalnya.

Tentang skim-skim OKU, yang ini datanya saya akan sampaikan kepada Yang Berhormat nanti. Saya tidak ada data itu pada ketika ini. Tetapi, saya amat yakin melalui kunjungan saya kepada beberapa usahawan OKU yang menerima pembiayaan daripada TEKUN, mereka boleh berjaya dan pada saya, kejayaan mereka itu sepatutnya menjadi inspirasi kepada komuniti OKU yang lain untuk datang kepada TEKUN mendapatkan perkhidmatan dan pembiayaan yang diperlukan oleh mereka. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Masjid Tanah.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat.

draft • 10:30 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terpulang.

draft • 10:30 AM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

draft • 10:30 AM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tengok, terima kasih Rantau Panjang bagi laluan kepada Masjid Tanah untuk bertanyakan soalan. Terima kasih, Tuan Sri di-Pertua.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, terima kasih di atas jawapan Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Saya ingin tahu sejauh manakah program TEKUN dalam usaha untuk mendidik usahawan-usahawan termasuk mendidik juga kakitangan TEKUN dalam usaha untuk contoh, berkenaan dengan bayaran balik pinjaman TEKUN.

Misal kata, dia dah buat pinjaman TEKUN, bayaran balik dan akhirnya ditawarkan semula untuk pinjaman kedua, ketiga dan seterusnya. Saya hendak tahu apakah program ataupun strategi yang dilakukan oleh TEKUN?

Yang keduanya, sekiranya tidak ada boleh bagi jawapan bertulis. Saya ingin tahu, berapakah kadar non-performing loan (NPL) TEKUN setakat hari ini? Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri

draft • 10:30 AM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Yang Berhormat. Respons kementerian, respons saya, tahun ini sahaja seperti yang saya nyatakan tadi, pembiayaan yang kita salurkan itu RM922.6 juta setakat 31 Oktober. Sedangkan peruntukan yang disediakan dalam Belanjawan 2023 itu RM330 juta dan ditambah di bawah Program Mikro Madani RM100 juta - RM430 juta. Jadi, di mana datangnya pembiayaan yang telah kita sampaikan ataupun salurkan sehingga jumlahnya mencecah RM922 juta? Itu datangnya daripada kutipan semula.

draft • 10:30 AM

Datuk Ewon Benedick

Ini bererti, TEKUN Nasional telah berjaya membuat pendidikan dan mengingatkan kepada peminjam untuk membayar mengikut jadual supaya mereka membuka peluang kepada usahawan-usahawan baharu. Ini telah dilaksanakan oleh TEKUN dan kejayaannya pada saya begitu banyak rakyat kita, usahawan yang datang kepada TEKUN untuk mendapat pembiayaan dan TEKUN mampu beri kerana berjaya mengutip semula. Kadar non-performing loan (NPL) nya saya akan berikan kepada Yang Berhormat.

Tetapi, sempena dengan ulang tahun TEKUN ini, saya berharap kita semua, kita rakamkan penghargaan kepada TEKUN Nasional kerana kejayaan untuk membantu hampir atau lebih setengah juta usahawan selama 25 tahun TEKUN ini telah ditubuhkan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi waktu pertanyaan Menteri pada hari ini.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:30 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Sesi seterusnya adalah pertanyaan-pertanyaan lisan. Saya mempersilakan soalan yang pertama daripada Datuk Wetrom bin Bahanda, Yang Berhormat Kota Marudu.

draft • 10:30 AM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu.

draft • 10:30 AM

1. Datuk Wetrom bin Bahanda [Kota Marudu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah jalan-jalan di Daerah Kota Marudu yang disenarai oleh pihak Jabatan Kerja Raya untuk dinaik taraf dalam Rancangan Malaysia Ke-12 yang telah dilaksanakan dan belum dilaksanakan.

draft • 10:30 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jalan di Daerah kota Marudu yang telah diluluskan oleh agensi pusat pada Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ke-12 adalah menggantikan jambatan di Sungai Bintasan kilometer 126.1 iaitu jalan Kota Kinabalu ke Kudat, Kota Marudu.

Status projek ini adalah dalam pembinaan dengan kemajuan fizikal sebanyak 55.87 peratus dan dijangka siap pelaksanaannya pada 20 Jun 2024.

draft • 10:30 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Manakala pada Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Ke-12 pula, agensi pusat telah meluluskan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B, yang mana laluan tersebut termasuk dalam Daerah Kota Marudu. Projek ini akan dilaksanakan dengan tempoh pembinaan selama lima tahun dan surat setuju terima (SST) dijangka akan diberikan kepada kontraktor berjaya pada suku pertama tahun 2024 nanti.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kota Marudu, jumlah panjang jalan Persekutuan di Daerah Kota Marudu yang diselenggara oleh syarikat konsesi adalah

draft • 10:40 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

sepanjang 32.41 kilometer sahaja, 32.41 kilometer. Kementerian ini telah melaksanakan penyenggaraan rutin di Kota Marudu dengan peruntukan bernilai RM1.2 juta setahun dan peruntukan bagi penyenggaraan berkala pavement dan bukan pavement, peruntukan daripada tahun 2021 hingga 2023 adalah bernilai RM2.35 juta.

JKR negeri Sabah dalam penyediaan senarai cadangan penyenggaraan berkala yang akan dilaksanakan pada tahun 2024, namun tertakluk kepada keutamaan perlaksanaan di peringkat daerah dan kelulusan peruntukan tahun 2024. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, soalan tambahan. Yang Berhormat Kota Marudu.

draft • 10:40 AM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Terima kasih atas soalan YB Menteri yang pada saya cukup info. Memandangkan kawasan luar bandar Sabah, khususnya di kawasan Kota Marudu yang kebanyakan jalan-jalannya amat teruk dan ada yang tidak boleh dilalui ketika musim tengkujuh.

Saya bertanya kepada pihak Menteri, adakah cadangan pihak kementerian untuk membantu JKR Sabah untuk memberikan peruntukan khas kepada Kota Marudu untuk menyenggara jalan-jalan JKR yang berada di kawasan luar bandar yang amat daif? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ya. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Kota Marudu berhubung soalan tambahan yang diutarakan tadi. Kita semua berkongsi perasaanlah yang sama Yang Berhormat sebagai wakil rakyat dan usaha untuk memberikan perkhidmatan sebaik mungkinlah demi kesejahteraan rakyat di kawasan kita.

Ahli Yang Berhormat, berhubung dengan soalan Yang Berhormat tadi, Kementerian Kerja Raya tidak mempunyai peruntukan khas. Namun, ingin saya jelaskan di sini pendekatan yang boleh diambil oleh Yang Berhormat berhubung isu atau masalah jalan di kawasan Yang Berhormat iaitu secara menyelenggara dan untuk menaik taraf jalan. Dia ada beza ya, menyelenggara dan untuk menaik taraf jalan seperti mana yang diumumkan oleh– dimaklumkan oleh Yang Berhormat di dalam soalan tadi.

Jadi, bagi maksud permohonan menyelenggara jalan, ia bersifat on going, ia berterusan iaitu proses yang sentiasa berterusan. Sekiranya ada aduan berkenaan sebarang masalah melibatkan jalan, Yang Berhormat bolehlah ajukan kepada saya dan saya akan minta KKR untuk mengambil tindakan pembetulan sebaiknya. Jadi Yang Berhormat juga– ini lagi penting, boleh juga menyalurkan aduan melalui aplikasi MyJalan. Sebab itu saya promosikan MyJalan kepada semua ya. MyJalan yang telah dibangunkan oleh Kementerian Kerja Raya dan juga kaedah-kaedah yang lain.

Jadi, saya nak jelaskan Tuan Yang di-Pertua, manakala bagi permohonan untuk menaik taraf jalan, ia bersifat projek yang mengambil masa panjang untuk dilaksanakan. Jadi kita perlu bezakan kedua perkara ini. Penyenggaraan dan naik taraf ya. Jadi,

draft • 10:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

penyelenggaraan tadi ongoing, ini sebagai projek. Jadi, kita perlu bezakan dua perkara ini berbanding senggaraan tadi.

Jadi, untuk cadangan projek naik taraf perlu melalui prosedur-prosedur tertentu iaitu termasuk mematuhi aspek-aspek teknikal yang perlu dilaksanakan dan diteliti kerana ia melibatkan peruntukan kewangan yang besar. Jadi Tuan Yang di-Pertua, sehubungan itu disyorkan supaya Ahli Yang Berhormat mengemukakan cadangan projek naik taraf jalan kepada pihak kerajaan negeri, melalui Unit Perancangan Ekonomi negeri atau JKR negeri ya di Sabah untuk dimasukkan ke dalam keutamaan negeri dalam rolling plan yang akan datang.

KKR akan meneliti cadangan projek itu apabila dimohon oleh kerajaan negeri berdasarkan senarai keutamaan negeri pada masa yang akan datang dan akan diberi pertimbangan sewajarnya untuk diangkat kepada agensi pusat, selalunya Kementerian Kewangan lah jika memenuhi keperluan teknikal untuk dilaksanakan, tertakluk kepada agihan peruntukan pembangunan kepada kementerian ini. Jadi, sekali lagilah saya berharap kita semua bersama-sama komitedlah untuk menyokong supaya belanjawan ini kita boleh sokong untuk kita dapat kewangan yang diperlukan untuk projek-projek itu.

Jadi, kalau sedikit lagi Yang Berhormat, saya nak katakan, saya nak jelaskan di sini, terangkan. Sebagaimana yang telah saya respons tempoh hari sewaktu penggulungan belanjawan peringkat dasar, 30 Oktober lepas. Saya menyambut baik semua permohonan untuk menyelenggara infrastruktur jalan yang diajukan tidak kiralah dari pihak sini kah, pihak sana, sebelah sana. Jadi, sebagai contoh di kawasan Parlimen Gerik, tadi saya terjumpa dengan Yang Berhormat Gerik di luar tadi.

Kementerian Kerja Raya telah memberi tumpuan untuk mendapatkan peruntukan kerja-kerja menyenggara sebahagian laluan Lebuhraya Timur Barat di Jeli dan Gerik. Bulan Ogos dulu, kami pergi kat sana. Jadi, banyak peruntukan telah kita beri dan saya rasa YB Gerik pun sedarlah ya tentang perkara ini bagaimana kerajaan sentiasa prihatin dan bersedia memberikan bantuan.

Di sini Tuan Yang di-Pertua, ini menunjukkan bahawa KKR ni mengamalkan prinsip sama rata, terbuka tanpa mengetepikan mana-mana pihak. Jadi kalau ada keperluan, sila hantarlah permohonan. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, silakan.

draft • 10:40 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih kepada Yang di- Pertua. Soalan saya untuk Menteri untuk soalan tambahan saya iaitu saya nak tanya iaitu tentang jangka hayat walaupun dia terkeluar daripada ni tetapi dia umum. Jangka hayat jalan yang diturap semula kadang-kadang dia terlalu singkat, kadang-kadang dia cepat balik rosak dan berapa ketebalan sekiranya satu-satu jalan tu diturap semula.

Yang keduanya iaitu apabila kita buat permohonan kepada KKR, selalunya permohonan ini agak lambat untuk kita dapat tetapi saya rasa agak sedihlah bila seorang pemimpin tu bila nak datang ke suatu kawasan tu, saya rasa ada pula jalan yang di baik pulih supaya kehadiran pemimpin tu nampak jalan tu amat cantik sekali termasuklah juga dengan Menteri KKR yang datang ke kawasan saya tiba-tiba jalan yang berlubang-lubang yang begitu

draft • 10:40 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

teruk tiba-tiba cantik. Saya terima kasihlah kerana hadir tetapi kenapa masih lagi ada isu macam ni wujud di negara kitalah. Baik, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Jawab dari belakang dululah Yang Berhormat.

Jadi jemput selalulah saya datang ke Kulim.

[Ketawa] Tak apa Yang Berhormat seperti saya telah terangkan tadi kita terbukalah kepada permohonan. Kalau ada berlaku lambat, saya mohon maaf tapi kita ikut prosedur-prosedur sebab aduan itu, selalu dia mungkin tak datang dalam masa segera kepada kita dan kita selalunya mengambil masa.

Sebab itulah KKR, saya telah bangunkan, minta KKR bangunkan apps ini, aplikasi MyJalan supaya di lebih permudahkan lagi aduan-aduan yang disampaikan kepada KKR.

Juga KKR ni bukan semua dalam seliaan Kementerian Kerja Raya Malaysia ataupun JKR Malaysia sebab sepertimana telah saya jelaskan di sini kebanyakan dia juga di jalan-jalan di bidang seliaan kerajaan negeri dan PBT ya. Sebab itu dengan apps MyJalan ni kita lebih mengetahui mana dan kita akan salurkan kalau ada aduan kita terima dan kami lepas tu tapis dan salurkan kepada mana-mana pihak yang lebih bertanggungjawab.

Jadi, ketebalan tadi Yang Berhormat ini agak teknikal sangat, nanti saya jawab secara bertulislah berapa tebal profil jalan tu kita bina. Jadi, memang program-program kita tertakluk kepada standard prosedur teknikallah. Kalau ia ditampal semula bagaimana, kalau diturap semula bagaimana, jangka hayat, memang ada. Memang ada jangka hayat sesuatu, sebatang jalan tu. Jadi, saya difahamkan mengikut international [Tidak jelas] satu jalan tu, seharusnya di-reconstruct dia kata dalam masa jangka hayat tujuh ke lapan tahun tapi kita terhad sangat di negara kita dengan kewangan, Tuan Yang di-Pertua. Sebab itu saya difahamkan sekarang untuk kita nak menyempurnakan semua jalan yang ada, kita memerlukan hampir RM4 bilion.

draft • 10:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tapi kita dalam setahun dalam bajet ini pun kita dapat tidak sampai setengah, separuh itu pun yang keperluan sepertimana saya boleh jelaskan kita selalu dapat hanya 25 peratus sahaja. Jadi, bagaimana kita hendak buat yang katakan nak buat terbaik. Mungkin tidak dapat kena terhad dalam segi kewangan.

Tetapi sebab itu untuk jadi adil, saya bangunkan apps dan sila ajukanlah permohonan. Kita akan, dengan bajet ini nanti kita akan bahagi-bahagi kepada kawan-kawan.

Tidak kira, banyak juga kita bagi ke sana. Sekian, terima kasih. Kulim-Bandar Baharu termasuk.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutnya soalan yang kedua, saya menjemput Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi, Yang Berhormat Tumpat.

draft • 10:50 AM

Dato' Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kedatangan pelajar Pondok Pengajian Bukit Ijok, Hulu Selangor ke Dewan. Soalan saya nombor dua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

2. Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan sejauh manakah bajet dan langkah spesifik dan berfasa yang telah diambil oleh kementerian terutama kepada negeri yang masih tidak mempunyai empangan khusus untuk air sebagaimana Kelantan bagi memastikan negara kita dapat berhadapan dengan krisis air pada dekad yang akan datang.

draft • 10:50 AM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tumpat.

Kementerian telah mengenal pasti beberapa kaedah alternatif bagi menjamin kelestarian sumber air seperti pembinaan empangan takungan air pinggiran sungai, empangan bawah tanah, penuaian air hujan dan lain-lain lagi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Kelantan sememangnya tidak mempunyai empangan bekalan air. Justeru, Kerajaan Persekutuan di bawah Rolling Plan Ketiga RP3 RMKe-12 pada tahun ini telah luluskan pembinaan TAPS ataupun Takungan Air Pinggiran Sungai Machang, berkapasiti 500 juta liter sehari dengan peruntukan geran berjumlah RM650 juta. Projek ini sebenarnya dalam peringkat perolehan dan mampu menyediakan sumber bekalan air mentah yang mencukupi untuk Kelantan khususnya di kawasan utara. ini merupakan daerah-daerah yang sangat memerlukan bekalan air yang tinggi iaitu Kota Bharu, Bachok dan juga Pasir Putih sehingga tahun 2030.

Projek ini penting untuk dilaksanakan bagi mematikan bekalan sumber air mentah yang sentiasa mencukupi dan tidak terjejas untuk kegunaan loji rawatan air yang terlibat terutamanya pada musim kemarau. Selain itu, langkah-langkah persediaan turut diambil oleh operator air setiap negeri untuk memantau kecukupan sumber bekalan air mentah meliputi aspek paras air sungai dan paras empangan bagi memastikan air mentah adalah mencukupi untuk agihan bekalan air kepada pengguna.

Sekiranya berlaku krisis, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan menyelaras bantuan sesama operator air negeri di dalam memberi bantuan teknikal dan juga lori-lori tangki ke negeri-negeri yang berkaitan selaras dengan memorandum persefahaman yang telah dimeterai bersama. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Dato' Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita mengetahui bahawa pembinaan TAPS ini akan memakan masa. Sekiranya ini tidak berjalan sebagaimana jadual, apakah pelan tindakan yang akan dibuat oleh pihak kementerian bagi memastikan ianya tidak berlaku krisis air, itu yang pertama.

Yang kedua, kita faham bahawa antara kerja ataupun bidang kuasa NAHRIM adalah untuk mendidik rakyat tentang penggunaan air. Setakat ini kita nampak tentang sistem tuaian air hujan ini belum lagi sesuatu amalan dalam masyarakat. Jadi, apakah tindakan yang akan dibuat oleh pihak kementerian berkenaan dengan pendidikan air dan juga perlindungan kepada kawasan-kawasan bencah bagi mengatasi krisis air. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey, terima kasih. Pertama sekali sememangnya ada beberapa projek lain juga yang telah diluluskan oleh PAAB dan juga yang diusahakan oleh peringkat negeri untuk membantu meningkatkan bekalan air di negeri Kelantan.

Kedua, tentang soal penuaian hujan sebagai satu alternatif. Ini sememangnya satu perkara yang kita sedang lakukan secara besar-besaran bukan sahaja untuk kegunaan air bukan untuk minuman. Yang itu memang yang telah banyak digunakan di seluruh dunia.

Malah NAHRIM ada mempromosikan bekalan air untuk – bekalan air hujan ataupun tuaian air hujan untuk minuman. Ini antara contoh yang telah dibuat oleh NAHRIM di ibu pejabat mereka sendiri dan juga daripada kawasan Gunung Tahan.

Tetapi perkara pokok juga dan ini telah dibincangkan di Majlis Air Negara baru-baru ini dan sebagaimana saya ada tegaskan mendapat persetujuan daripada kerajaan-kerajaan negeri daripada rentas parti ialah keperluan untuk menyemak semula tarif air. Jadi contohnya penuaian air hujan ini tidak dilihat sebagai menarik apabila lebih murah dirasakan untuk buka sahaja paip air itu.

Kalau di negara lain misalnya kalau di Australia malah kita sebenarnya ada dalam undang-undang kita tetapi rasanya tidak pernah dikuatkuasakan tetapi kalau di Australia pada musim kemarau menjadi satu jenayah untuk menggunakan treated water untuk mencuci kereta. Ya, menggunakan air di rumah itu tidak boleh. Sebab itu sepatutnya digunakan untuk minuman.

Jadi sebab itu tarif kita adalah terlalu rendah. Semua saya tengok kebanyakan kerajaan-kerajaan negeri bersetuju dan kita akan bawa kertas Mekanisme Penetapan Tarif ataupun Tariff Setting Mechanism ini dan juga ICPT untuk air ke Jemaah Menteri sebelum hujung tahun dengan harapan untuk kita benarkan penetapan tarif-tarif baru bagi kerajaan- kerajaan negeri menjelang tahun 2024, tahun baharu ini.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Datuk Timbalan Yang di- Pertua. Saya mohon Menteri menyatakan rancangan jangka panjang kerajaan untuk meningkatkan kapasiti penghasilan air terawat dan memastikan kadar kecukupan bekalan air, water self-sufficiency (WSS) di negeri Johor terutamanya bagi kawasan yang pesat membangun seperti Batu Pahat dan Johor Bahru. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat yang prihatin tentang keperluan air di negeri Johor. Untuk makluman, kerajaan negeri Johor sememangnya sentiasa komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pengguna dan keprihatinan ini telah diterjemahkan dengan tindakan proaktif dengan mengenal pasti permasalahan yang berlaku dan juga yang dijangka akan berlaku pada masa hadapan, terutamanya bagi kawasan Johor Bahru yang pesat membangun. Selain daripada keperluan penduduk yang sememangnya utama bila banyaknya bercambah data-data

draft • 10:50 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

center, dia bukan sahaja intensif tenaga tetapi ia juga intensif air. Jadi, itu memerlukan bekalan air yang baik.

Untuk itu pelbagai inisiatif jangka masa pendek dan juga panjang sedang dan akan dilaksanakan. Antaranya memastikan kapasiti margin bekalan air berada pada paras positif.

Untuk rekod, kapasiti pengeluaran semasa kalau kita lihat data pada September tahun ini ialah sebanyak 2,170.16 juta liter sehari, manakala pengeluaran – purata pengeluaran pada tahun ialah 1,934 juta liter sehari. Jadi, margin bekalan air di negeri Johor adalah sebanyak 10.86 peratus.

Pihak Ranhill SAJ sebagai operator air juga telah memberikan komitmen yang tinggi untuk memastikan kapasiti margin simpanan pada kadar minimum 15 peratus, sebagaimana yang ditetapkan oleh SPAN. Rancangan jangka masa panjang yang dilaksanakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran kawasan Johor Bahru adalah dengan pembangunan loji rawatan air baru termasuk Loji Rawatan Sultan Iskandar II Fasa 1 dengan 160 juta liter sehari, Loji Rawatan Sultan Iskandar II Fasa 2 160 juta liter sehari yang masing-masing dijangka siap pada suku pertama 2024 dan suku ketiga 2026.

Selain itu, Loji Rawatan Air Pakej Semangar 50 juta liter sehari, dijangka siap pada 2024. Sekiranya kita dapat laksanakan inisiatif-inisiatif ini sepenuhnya, kadar kecukupan bekalan air di negeri Johor dijangka mencukupi untuk mengimbangi kepesatan pembangunan di negeri tersebut. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, berikutnya dipersilakan Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Yang Berhormat Paya Besar.

draft • 10:50 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Datuk Yang di-Pertua, Happy Deepavali Pesta Cahaya, Makan capati dengan kari, Nombor tiga soalan saya, Mohon jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 10:50 AM

3. Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Ekonomi menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk mengasingkan pengiraan inflasi barangan dan perkhidmatan dan mengkelaskan mengikut negeri bagi menggambarkan situasi sebenar kenaikan harga barangan yang dihadapi rakyat.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Kadar inflasi biasanya diukur melalui Indeks Harga Penggunaan ataupun IHP bagi menilai perubahan harga purata item di dalam bakul tetap barangan dan perkhidmatan untuk satu tempoh masa tertentu. Perubahan ini mewakili corak purata pembelian oleh sekumpulan penduduk.

Dengan merujuk kepada dengan izin Classification of Individual Consumption According to Purpose ataupun (COICOP) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Malaysia menetapkan 12 bakul kumpulan utama barangan dan perkhidmatan yang mewakili penggunaan semua isi rumah di negara ini.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Setiap kumpulan mempunyai nilai wajaran tersendiri yang ditentukan berdasarkan perbelanjaan setiap kumpulan tersebut. Wajaran ini menentukan kecenderungan pengguna terhadap sesuatu barangan ataupun perkhidmatan. Nilai wajaran yang terbesar adalah kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol iaitu 29.5 peratus, perumahan - 23.8 peratus dan pengangkutan - 14.6 peratus.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Jabatan Perangkaan Malaysia telah pun menerbitkan data IHP mengikut negeri bermula Januari 2015 berdasarkan 12 barangan dan perkhidmatan. Sebanyak 137 lokasi di negeri-negeri seluruh Malaysia telah dijadikan sebagai lokasi pungutan harga yang membolehkan pengiraan IHP mengikuti negeri.

Secara keseluruhannya, pada bulan September 2023, kebanyakan negeri mencatatkan peningkatan inflasi yang lebih rendah berbanding kadar nasional iaitu 1.9 peratus. Dua negeri iaitu Kelantan dan Negeri Sembilan mencatatkan kadar terendah sebanyak 1.3 peratus. Kadar inflasi yang dicatatkan di Kelantan ini didorong oleh harga kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol yang lebih rendah iaitu 2.5 peratus manakala kadar inflasi yang rendah bagi Negeri Sembilan pula didorong oleh penurunan kumpulan restoran dan hotel iaitu 1.1 peratus.

Terdapat beberapa buah negeri pula yang melepasi kadar inflasi nasional dengan Sarawak mencatatkan kadar tertinggi iaitu 2.7 peratus. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya - 2.6 peratus, Perak - 2.3 peratus, Perlis - 2.2 peratus, Selangor - 2.1 peratus dan Pahang - 2.0 peratus. Semua maklumat mengenai pecahan komponen inflasi bagi barangan dan perkhidmatan serta inflasi mengikuti negeri diterbitkan secara bulanan dan boleh diperolehi melalui laman sesawang Jabatan Perangkaan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, walaupun kadar inflasi dilihat semakin mereda, namun kerajaan sentiasa komited dalam mengatasi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Bagi memastikan sasaran inflasi di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas dapat dicapai, pelbagai program dan inisiatif jangka panjang telah dikenal pasti. Antaranya ialah:

(i) meningkatkan bekalan dan jaminan makanan untuk rakyat dengan meningkatkan stok pelbagai barangan makanan serta menambah baik kecekapan pengagihan bagi memastikan bekalan tidak terganggu;

(ii) meningkatkan penghasilan produk tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada barangan import;

(iii) menekankan penggunaan teknologi melalui pertanian pintar bagi mengatasi isu kekurangan tenaga kerja bagi sektor pertanian; dan

(iv) meningkatkan pemantauan penguatkuasaan bagi memastikan harga yang berpatutan dan tidak mengambil keuntungan secara berlebihan.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Paya Besar, soalan tambahan.

draft • 11:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya meneliti ucapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi nampaknya ada disconnect between cost of living dengan CPI inflation, dengan izin.

Cumanya Yang Berhormat sebutkan tadi banyak sasaran atau tindakan recovery untuk makanan dan minuman. Tetapi adakah Yang Berhormat sedar yang menyumbang kepada inflasi keseluruhan adalah juga sewaan rumah? Kerana first quarter 2022 berada pada 0.1. Quarter keempat 2022, 0.3 dan yang terbaru quarter tiga 2023, berada pada 0.4 peratus.

Sebab bila OPR naik Yang Berhormat Timbalan Menteri, sudah pasti floating rate kos pinjaman juga meningkat dan akhirnya, landlord akan serahkan kepada tenant. Makanan dan minuman mungkin kita boleh ubah gaya hidup sepertimana Yang Berhormat Menteri Ekonomi cadangkan supaya makan kat rumah. Tetapi, apakah alternatif kalau sewaan rumah ini begitu tinggi? Adakah kita perlu daripada rumah nak tukar ke bilik? Jadi, apakah instrumen yang dibuat oleh kerajaan. Itu yang pertama.

Keduanya, Dato’ Yang di-Pertua, CPI ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingat betul, international standard tetapi Bank Negara telah menggunakan EP dan PP, average price index dengan perceived price index. Kenapa DOSM tak gunakan ia sebagai juga instrumen bagi melihat disconnect yang saya sebutkan tadi tidak melebar dan akhirnya menyebabkan rakyat tak percaya dengan apa sahaja data yang dikeluarkan oleh kerajaan?

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Itu adalah cadangan yang baik tetapi kalau tak salah dari segi kumpulan IHP antaranya adalah dari segi melihatkan perumahan, elektrik, air, gas dan tambahan api yang lain adalah juga tersenarai dalam pengiraan. Tapi insya-Allah, dari segi cadangan-cadangan yang telah diungkitkan oleh Yang Berhormat, insya-Allah kita akan memajukan kepada Jabatan Perangkaan untuk cuba kita melaksanakan pengiraan itu juga. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan sebelah kiri. Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

draft • 11:00 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Nak tak nak, bangun.

[Ketawa] Terima kasih kali kedua bagi saya peluang kerana kawan-kawan duk ready yang lain *kut.

[Ketawa]* Untuk soalan tambahan untuk soalan tiga, untuk – apakah strategi kerajaan untuk meningkatkan kuasa beli pengguna memandangkan inflasi teras yang kekal pada 2.5 pada September lalu iaitu masih melepasi inflasi negara pada 1.9 peratus? Ini juga mengambil kira prospek kemunculan semula harga makanan dan tenaga global sejak kebelakangan ini yang

draft • 11:00 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

menyebabkan peningkatan harga komoditi serta risiko kenaikan inflasi di samping faktor permintaan dan persekitaran luaran yang kekal mencabar ketika ini. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Memang betul yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat tentang inflasi meningkat pada 2.5 peratus. Yang itu adalah dari segi inflasi tegas.

Kita antara tindakan untuk mengurangkan kesan inflasi adalah meningkatkan bekalan dan keterjaminan makanan untuk rakyat Malaysia dengan stok seperti yang dimaklumkan tadi, menekankan pendekatan teknologi terkini melalui pertanian pintar dan menangani isu kekurangan tenaga kerja bagi sektor pertanian, meneruskan juga inisiatif Payung Rahmah.

Antaranya seperti Program Jualan Rahmah, Bakul Rahmah dan Menu Rahmah bagi mengurangkan kesan kos sara hidup rakyat dan juga meningkatkan pemantauan dan menguatkuasakan bagi memastikan harga yang berpatutan dan mengelakkan aktiviti mengaut keuntungan secara berlebihan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Kita ke soalan yang keempat. Dipersilakan Kapten Bersara Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi, Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 11:00 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Terima kasih Yang di-Pertua.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Izinkan saya merungkapkan pantun.

Banyaknya katak melompat-lompat, Skim ‘madanon’ sedang mengumpan, Soalan Tanjong Karang nombor empat, Minta Yang Berhormat Menteri memberi jawapan. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

4. Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi [Tanjong Karang] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan kesediaan dan kesungguhan pihak kementerian dalam merubah dasar pertanian dan penternakan negara bagi memastikan 100% SSL untuk barang-barang asas seperti beras, daging, ayam, ikan dan telur ayam. Segala usaha, polisi, research, insentif dan geran mesti terarah kepada capaian 100% SSL.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih atas pantun.

Tuan Yang di-Pertua, soalan menyatakan kesediaan dan kesungguhan pihak kementerian dalam merubah dasar pertanian dan penternakan negara bagi memastikan 100 peratus SSL beras, daging, ayam, ikan, telur ayam dan polisi-polisi yang lain lah. Research, insentif.

Mencapai 100 peratus SSR ini tak mungkin, impossible. Manalah kita nak tanam gandum di Malaysia. Mana nak dapat kacang soya yang kajiannya, penyesuaiannya – green corn, macam mana kita nak dapat dengan harga yang murah dan ia sesuai.

draft • 11:00 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Setakat ini ditanam di Perlis tapi didapati bila dah dapat hasil, ia mahal daripada kalau harganya diimport. Jadi kalau kita nak kata capai 100 peratus SSR, mana-mana negara pun tidak berupaya di atas muka bumi ini.

draft • 11:00 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

SSR bukanlah indikator tunggal yang menentukan tahap keterjaminan makanan negara. Sebaliknya, keterjaminan makanan yang digariskan oleh Food and Agriculture Organization of United Nations iaitu ketersediaan, akses penggunaan serta kestabilan dan kemampuan.

Misalnya di ASEAN ini, negara yang paling keterjaminan makanan, ada kepada Singapore. Kenapa Singapore? Kerana dia boleh dapatkan segala bentuk makanan. Dia ada reverse investment dan sebagainya. Oleh itu, jangan kita terkeliru antara SSR dengan keterjaminan makanan.

Yang pentingnya, food security, makanan itu ada. Usaha untuk keluarkan secara tempatan itu perlu ditumpukan. Saya ambil contoh sekarang misalnya, ayam. Alhamdulillah, sudah stabil. Telur, ke arah stabil. Beras, ini satu jangka benda jangka yang panjang, telah diusahakan oleh kerajaan-kerajaan terdahulu.

Bukan mereka tak usahakan tetapi waktu itu, harga import agak murah, maka, tumpuan untuk mencukupkan beras itu tidak menjadi keutamaan. Tetapi sekarang, bila berlaku kejutan eksport beras daripada India agak tergendala, maka kita kena berusaha untuk mencukupkan beras itu. Ini yang kita sedang usahakan.

Alhamdulillah, kerjasama kerajaan-kerajaan negeri sekarang cukup memberangsangkan terutama daripada Pahang, Johor, Sabah, Sarawak dan padi yang sedia ada, sawah yang sedia ada perlu dipertingkatkan hasil. Kajian daripada MARDI, SIRIM, universiti, semua tumpu sekarang.

Sebab itulah, ke arah untuk meningkatkan hasil, tak boleh 20 tahun, masa lagi empat hingga lima tan. Sekarang, kita kena usaha ke arah sekurang-kurang, tujuh tan untuk satu hektar, ke arah mencapai cukupnya beras. Itu pun kalau diusahakan dengan secara insentif, tahun 2030, kita akan cuba capai sekadar 80 peratus.

Jadi, SSR ini untuk 100 percent, tak boleh tetapi yang boleh kita usahakan semaksimum yang mungkin. Semua, alhamdulillah, kerajaan negeri termasuk negeri-negeri yang bukan daripada Kerajaan Perpaduan juga memberi kerjasama. Ini yang baik, soal keterjaminan makanan ini. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Menteri. Soalan tambahan, Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 11:10 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Terima kasih, jawapan Yang Berhormat Menteri. Kalau miskin tegar, kita boleh sasarkan untuk dinoktahkan pada akhir tahun ini. Kenapa tidak beras kita sasarkan untuk dinoktahkan sehingga– dalam tempoh lima tahun.

Krisis kekurangan beras tempatan dan kawalan penuh penjualan beras dari negara- negara pengeksport sememangnya boleh menggugat keterjaminan beras negara. Jadi,

draft • 11:10 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

KPKM mestilah bertanggungjawab sepenuhnya dari sekarang untuk memastikan Malaysia mampu capai SSL beras negara 100 peratus dalam tempoh kurang lima tahun.

Tanjong Karang merasakan inisiatif KPKM yang hanya bergantung sepenuhnya kepada usaha untuk meningkatkan penghasilan padi dari dua ke empat metrik tan kepada lapan ke 10 metrik tan sehektar dengan sasaran SSL, 75 peratus tahun 2025 dan 80 peratus pada tahun 2030 adalah tidak memadai dan tidak menampakkan kesungguhan KPKM itu sendiri dan urgency tentang kekurangan beras dalam negara.

Kegagalan boleh berlaku dengan pelbagai masalah seperti bencana ataupun penyakit-penyakit. Jadi, pelbagai strategi dan pendekatan perlu diambil bersama oleh KPKM mulai dari sekarang. Tanjong Karang ingin bertanya, adakah pihak KPKM bersedia untuk mensasarkan penambahan keluasan kawasan tanaman padi negara daripada hanya seluas kurang daripada 5,000 hektar, sekarang kepada satu juta hektar dalam tempoh lima tahun, dengan perancangan untuk menghidupkan semula semua...

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 11:10 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

...Sawah-sawah padi yang terbiar di seluruh negara...

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, soalan. Bukan berbahas.

draft • 11:10 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

...Ataupun meneroka kawasan- kawasan padi baharu yang boleh dibangunkan secara komersial dengan memastikan matlamat pembangunan mampan, SDG dapat dicapai. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Inilah masalah. Orang jawab, dia tak dengar.

[Ketawa] Saya sebut tadi, yang sedang nak mengusahakan kawasan baharu, di antaranya di Pahang yang begitu luas tanah barunya. Sabah, Sarawak, bukan setakat kementerian KPKM.

Ada juga daripada RISDA, ada daripada FGV yang sedang– dan kita hendak juga swasta juga terlibat, dan kerajaan-kerajaan negeri kena beri kerjasama dan kita kena tambahkan lagi pendapatan negara untuk buat pengairan yang baik.

Memanglah nak buat cucuq dengan mulut ini senang.

[Ketawa] Ambil tepung sekilo, minyak tetapi bila nak buat itu macam mana? Kena kerjasama pihak, inisiatif, rakyat kena sama-sama bertanggungjawab dan kerajaan menyedia*...

[Disampuk]* Bukan marah, nak bagi tahu supaya telinga dia terbuka, yang kita sedang buat sekarang ini.

[Tepuk]

draft • 11:10 AM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Yang disebut 50,000 hektar itu, Yang Berhormat masih terlalu kecil. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ya, memang terlalu rendah. Kena kerjasama kerajaan negeri. Kerajaan negeri pula, dia ada juga tanah-tanah yang dia perlu untuk membangun mengikut keperluan kerajaan negeri. Ini semua perlu perundingan. Ini sejak merdeka hingga sekarang perancangan pertanian ini.

Nak jamin SSL, lima tahun lagi. Bagaimana kalau berlaku banjir kilat dan sebagainya? Sebab itu, kita buat dari segi keterjaminan makanan. Bersedia, misalnya kita kata sekarang, soal ayam kalau berlaku sesuatu, kita dah berunding misalnya untuk supply daripada luar, untuk kita– self-sufficient itu, jadi, kita kena berusahalah. Tak bolehlah

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

bercakap– memang saya jadi pembangkang dulu pun, saya bercakap memang lebih banyak lagi.

[Ketawa] Tetapi nak membuat itu bukanlah senang. Jadi, insya-Allah, saya takkan jadi pembangkang semula, insya-Allah.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Sebelah kanan, Yang Berhormat, silakan.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Okey. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Parit Sulong, silakan.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih, Dato' Speaker dan saya nak mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di atas perancangan yang telah dan akan dilaksanakan oleh kementerian. Cuma, soalan tambahan saya adalah adakah kementerian akan mempergiatkan semula pertanian bandar ataupun urban farming sebagai salah satu aspek untuk mengurangkan kebergantungan rakyat kepada sumber di pasaran dan apakah status urban farming yang pernah diperkenalkan dulu?

Adakah dia masih aktif diusahakan dan jika tidak ada, apakah halangan dan bagaimanakah ianya boleh diperkasakan semula. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih. Pertanian bandar ataupun dalam bentuk vertical farming dan kawasan yang sempit boleh mengeluarkan sayur dan tanaman- tanaman yang perlu ditanam di kawasan rumah dan sebagainya ini amat digalakkan.

Kementerian Kewangan, Menteri Kewangan meluluskan bajet baru-baru ini untuk sekuriti makanan, diluluskan RM400 juta.

Oleh itu, siapa sahaja yang ada keinginan untuk membuat farming di depan rumah, di kawasan yang sempit seperti dilakukan di Singapura misalnya, kita boleh memohon dan kalau ada kesesuaian, kita akan pertimbangkan. Memang kita galakkan. Misalnya, ada urban farming yang dibuat di Shah Alam, di Bangi, di beberapa tempat dan memang mendatangkan hasil yang agak baik dengan pembajaan yang sesuai, teknologi yang sesuai.

Bahkan, sekarang ini, banyak juga sayur-sayuran ditanam dalam keadaan tertutup.

Cuacanya, warna sayur semuanya boleh dikawal mengikut keadaan. Ini teknologi baharu yang kita lihat amat sesuai untuk urban farming ini dan kita menggalakkan. Selagi ada peruntukan, kita akan cuba membantu. Mesti ada permohonan yang sesuai. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Kita ke soalan yang kelima. Dipersilakan Puan Rodziah binti Ismail, Ampang.

draft • 11:10 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor lima.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:10 AM

5. Puan Rodziah binti Ismail [Ampang] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan semua bentuk bantuan, insentif dan sokongan yang diberikan kepada penggiat industri kreatif terutama pembikinan dokumentari dan filem pendek mengenai folklore, legenda dan mitos rakyat, sejarah lisan turun-temurun komuniti-komuniti etnik di Malaysia yang boleh dioptimumkan untuk menerapkan nilai dan budaya Madani.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, MOTAC sentiasa peka dan akan keperluan semasa industri seni budaya dan warisan, termasuklah penggiat industri kreatif.

MOTAC sentiasa bersedia membantu penggiat seni dan budaya menerusi Geran Sempadan Sektor Kebudayaan (GSSK). Ia merupakan salah satu inisiatif kerajaan dan diumumkan melalui Bajet 2023 di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan MOTAC. Selain itu, MOTAC melalui JKKN juga menyediakan bantuan berbentuk insentif berskala kecil.

Antaranya adalah insentif seni yang merupakan penjenamaan beberapa bentuk bantuan dan perkhidmatan sedia ada yang disediakan oleh JKKN untuk badan-badan bukan kerajaan (BBK), universiti dan penggiat seni budaya bagi menambah upaya BBK dan penggiat seni untuk melaksanakan program dan aktiviti berkaitan seni budaya.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Antara insentif yang disediakan adalah:

(i) insentif kewangan dengan had maksimum sebanyak RM15,000 sahaja;

(ii) insentif ruang seperti studio latihan, bilik seminar, auditorium dan gelanggang gasing;

(iii) insentif kepakaran termasuk khidmat nasihat dan jurulatih seni budaya; dan

(iv) insentif promosi bagi membantu mempromosikan program dan aktiviti melalui medium promosi sedia ada yang disediakan JKKN.

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) selaku badan yang memperjuangkan seni visual di bawah MOTAC telah melaksanakan Program Festival Merakyatkan Seni Budaya Warisan Akar Umbi melalui bantuan geran pembiayaan di bawah Tabung Bantuan Seni yang bertujuan untuk menerapkan nilai dan seni budaya madani kepada masyarakat setempat.

Bagi Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), ASWARA aktif melaksanakan aktiviti seni budaya dan warisan dengan melibatkan para penggiat seni dalam program yang dilaksanakan seperti berikut:

(i) penghasilan filem pendek dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, telah menganjurkan Pertandingan Filem Pendek Adaptasi Cerpen DBP 2023 pada 4 September 2023 hingga 27 Oktober 2023. Sebanyak 12 filem pendek secara berkumpulan yang mengadaptasikan tiga buah cerpen-cerpen diterbitkan DBP telah dihasilkan;

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

(ii) program bertemakan folklore, ASWARA telah menganjurkan 48 Hour Folklore Game Jam pada 1 Mac 2022 hingga 30 Julai 2022.

Di samping itu, pelajar ASWARA telah menghasilkan sebuah dokumentari perayaan kaum Mah Meri iaitu mengenai perayaan Hari Moyang Laut yang disambut oleh suku kaum Orang Asli Mah Meri.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) pula sebagai merupakan badan peneraju yang bertanggungjawab dalam memastikan kelestarian warisan seni kraf negara dipelihara dan dipupuk melalui nilai dan budaya di dalam masyarakat.

MOTAC sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan dalam usaha merancak dan memartabatkan senario industri seni dan budaya negara.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat Ampang.

draft • 11:20 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Sebelum itu, saya nak meraikan kehadiran pelawat daripada Yang Berhormat, wakil daripada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua juga iaitu daripada Cameron Highlands.

[Tepuk] Soalan saya, terima kasih kepada Timbalan Menteri.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar, sebentar Yang Berhormat.

[Bercakap dalam bahasa Orang Asli] Baik, silakan.

draft • 11:20 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Okey.

[Ketawa] Timbalan Menteri, saya ingin menambah. Saya nampak ada banyak usaha-usaha yang baik yang telah dilakukan. Tinggal lagi saya nampak ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan bagi memastikan pihak kementerian khususnya pelancongan dapat juga melihat tentang perkara- perkara yang baik yang banyak berada di dalam kampung-kampung tradisi ataupun kampung-kampung yang telah pun diusahakan.

Saya ingat masa dulu, KEMAS 2008/2009 telah pun mengumpulkan banyak data- data tentang keunikan kampung-kampung atau lokasi-lokasi yang ada di sekitar Malaysia ini tetapi ianya tidak didokumentasikan. Jadi, saya merasakan mendokumentasikan semua maklumat ini penting. Kalau kita lihat di negara lain, ia ada macam buku-buku kecil untuk dipamerkan atau diangkat. Malah, kalau kita naik di kapal terbang, kita nampak ada juga dokumen-dokumen pendek ini dilakukan.

Jadi, soalan saya, geran padanan yang diusahakan oleh pelancongan itu, apakah ianya boleh untuk tujuan dokumentasi ini? Malah, apakah ianya juga dapat dibuat untuk membuatkan dokumentasi filem-filem pendek dan akhirnya filem-filem ini juga boleh dibuatkan festival untuk menjadikan tarikan orang pelancong luar negara untuk datang dan menikmati kawasan-kawasan yang kita tonjolkan? Terima kasih, Timbalan Menteri.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih, Yang Berhormat Ampang.

Soalan yang cukup bijaksana dan luar biasa.

[Ketawa] Saya bila orang tanya soalan best, saya pun jadi best, Tuan Yang di-Pertua.

Menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Ampang, saya akan memberikan satu case study yang baru-baru ini yang telah dilakukan oleh pihak kementerian. Ia berkaitan dengan satu program yang dipanggil Kembara Kraf Borneo. Kembara Kraf Borneo merupakan satu siri jelajah dokumentari dalam bentuk travel log yang menerokai lokasi Adiguru kraf dan usahawan kraf di negeri Sabah. Program yang bermula pada 28 Oktober hingga 5 November 2023 merupakan inisiatif dalam mempromosikan keindahan dan keunikan produk kraf komuniti-komuniti etnik di Sabah.

Tapi, jangan salah anggap pula apabila saya cakap ini Kembara Kraf Borneo, tidak pula ianya dilakukan di Semenanjung. Untuk kembara kraf di Semenanjung pula, kita akan buat pada tahun depan. Ini merupakan satu siri travel log memaparkan penghasilan produk kraf tangan tempatan seperti anyaman, serdang, senjata perang, tenunan Siambitan, sulaman Linangkit, pembuatan gong dan tenunan Rungus. Program ini melibatkan lima buah daerah di negeri Sabah iaitu Semporna, Keningau, Tuaran, Kota Belud dan Kudat dengan penglibatan seramai empat orang Adiguru kraf dan tujuh orang usahawan kraf.

Selain daripada kita memaparkan paparan berkaitan produk kraf tangan juga, kita di samping itu mengambil kesempatan untuk membuat satu siri travel log ataupun menghasilkan video tentang keindahan tempat-tempat yang ada di negara kita. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Alor Setar.

draft • 11:20 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Petah dan bersemangat menjawab, saya cadang patut diangkat jadi Menteri, lebih layak ya.

[Tepuk] Saya nak menyambung soalan daripada Yang Berhormat Ampang tadi. Saya faham Yang Berhormat Ampang bertanya tentang kisah-kisah klasik dalam masyarakat yang sedia ada. Saya setuju dengan Yang Berhormat Ampang yang juga nak mendokumentasikan kisah-kisah legenda tersebut.

Soalan saya, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, apa usaha pihak kementerian untuk mengkaji kesahihan cerita-cerita, kisah-kisah legenda, mitos dalam masyarakat yang kadangkala ia bercampur dengan perkara-perkara yang tidak berapa tepat maklumatnya?

Jadi, kementerian mungkin boleh mengadakan kerjasama dengan persatuan sejarah untuk mengkaji kesahihan.

Yang kedua, adakah kerajaan bercadang nak meletakkan tema? Contohnya, tahun ini temanya apa kita nak paparkan pada masyarakat? Tema kekeluargaan, tema kerukunan, perpaduan?

Yang ketiga, adakah pihak kementerian juga bercadang untuk beri insentif ini kepada pempengaruh media sosial kerana saya tengok dalam Garis Panduan Geran Sokongan Sektor Kebudayaan tidak disenaraikan pempengaruh media sosial sebagai pihak yang

draft • 11:20 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

terlibat dalam industri kreatif sedangkan mereka ini banyak masa dengan masyarakat.

Mereka mungkin ada maklumat yang lebih mendalam berbanding pihak kementerian. Adakah cadangan itu pihak kementerian boleh ambil kira?

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih, Yang Berhormat Alor Setar.

Ada nakal sikit tadi dia, Tuan Yang di-Pertua.

[Ketawa] Untuk makluman Yang Berhormat Alor Setar, bagi sayalah selaku Timbalan Menteri, saya sungguh beruntung kerana Menteri saya ini very accommodative, ha. Saya rasa banyak Timbalan-timbalan Menteri ini pun jealous tengok saya dengan Menteri saya, kami ada hubungan yang cukup baik dan saya akan kekalkan hubungan ini. Insya-Allah.

draft • 11:20 AM

[Dewan riuh]

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Biasalah kacau-kacau kan.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Semalam cakap lain, ini hari cakap lain ya Menteri?

[Ketawa]

draft • 11:20 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Jangan, Yang Berhormat Jelebu. Nanti saya pancing ha.

[Ketawa] Yang Berhormat Alor Setar ada bertanyakan tiga perkara. Pertama ialah ketulenan dari sudut dokumentari. Kedua, tema dan ketiga juga berkaitan dengan influencers. Saya hanya akan jawab bab ketulenan. Yang temanya dan influencers itu saya akan bagi jawapan secara bertulis.

Kita di kementerian memang sentiasa melihat perkara-perkara yang berkaitan dengan warisan dan seni budaya kita. Persoalannya, bagaimana kita nak mengenal pasti cerita-cerita yang disampaikan itu adalah tulen ataupun benar? Itu sebabnya baru-baru ini kita ada melakukan kolaborasi bersama dengan universiti-universiti yang ada di Malaysia ini untuk kita melihat keperluan secara mendalam bagaimana kita boleh mensahihkan ketulenan dari setiap cerita-cerita yang telah disampaikan.

Insya-Allah dengan kerjasama yang rapat dengan universiti-universiti yang kita lakukan, saya percaya kita dapat menghasilkan satu dokumentari dan satu cerita yang benar- benar ada keasliannya dan ketulenannya.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutnya saya mempersilakan soalan nombor enam, Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah Yang Berhormat Langkawi.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 11:30 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor enam.

draft • 11:30 AM

6. Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah [Langkawi] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan bilakah kerajaan akan melaksanakan UPU TVET sepertimana yang sedang dikaji oleh Kementerian Pendidikan.

draft • 11:30 AM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia, pelajar-pelajar Tingkatan 6 dari SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah berada di perkarangan Parlimen sebentar lagi mereka akan memasuki Dewan Rakyat untuk menyaksikan sesi soal jawab.

Saya mengucapkan selamat datang kepada mereka dan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali dengan izin [Berucap dalam bahasa Tamil] . Tuan Yang di-Pertua, menjawab soalan enam. Pada masa ini permohonan kemasukan Program TVET bagi ambilan perdana khusus untuk lepasan SPM dan setaraf disediakan melalui platform UPU online di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Dalam usaha menambah baik amalan sedia ada ini, Mesyuarat Majlis TVET Negara pada 27 Jun 2023 telah berbincang dan telah bersetuju dengan cadangan pembangunan sistem dengan izin single widow yang baharu iaitu Unit Pengambilan TVET yang akan digunakan untuk permohonan kemasukan ke Program TVET.

Unit Pengambilan TVET ini sedang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia sebagai salah satu skop di bawah Projek Menaik taraf Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia (MySPIKE) ke arah pembangunan data raya TVET yang telah diluluskan oleh Kementerian Ekonomi.

Untuk makluman Dewan yang mulia, Unit Pengambilan TVET, UPTVET ini akan digunakan oleh institusi-institusi TVET merentasi pelbagai kementerian untuk tujuan permohonan kemasukan ke Program TVET jangka panjang dan jangka pendek yang dibuka sepanjang tahun. Sistem ini juga akan mengambil kira kelayakan masuk yang pelbagai seperti lepasan Tingkatan 3, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan lepasan Sijil Kemahiran Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, sistem UP_TVET ini telah mula digunakan pada 31 Oktober 2023 melalui ujian-ujian rintis bagi tujuan pengambilan pelajar bagi sesi Januari 2024.

Sebagai permulaan, ujian rintis penggunaan sistem ini melibatkan empat buah institusi TVET iaitu:

(i) Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) di bawah Kementerian Sumber Manusia;

(ii) Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di bawah Kementerian Belia dan Sukan;

(iii) GIAT MARA; dan

(iv) German-Malaysia Institute (GMI) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

draft • 11:30 AM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Secara keseluruhannya, penggunaan sistem UP_TVET bagi tujuan ujian rintis ini melibatkan tawaran sebanyak 645 kursus mencakupi pelbagai bidang di peringkat sijil sehingga ke peringkat diploma melalui 268 buah institut TVET yang terlibat.

Sehingga 8 November 2023, seramai 2,398 pemohon telah mendaftarkan profil diri dalam sistem UPTVET dan 1,047 pemohon telah melengkapkan permohonan bagi tujuan proses pertimbangan dan penawaran.

Ujian rintis ini akan dibuka sehingga 30 November 2023 dan pihak kementerian giat menjalankan pelbagai program promosi melalui media sosial dan media elektronik bagi tujuan hebahan kepada pihak berkepentingan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Langkawi.

draft • 11:30 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Sebelum saya membuat soalan tambahan, izinkan saya Tan Sri untuk membuat sedikit kenyataan.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

draft • 11:30 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Tan Sri.

Bismillahi Rahmani Rahim. Saya ingin memohon maaf atas kekhilafan saya dalam perbahasan Bajet 2024 saya pada 26 Oktober lalu. Permohonan maaf ini dibuat kepada Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan berhubung kenyataan tersebut yang mungkin terguris dan tersinggung akibat kekhilafan saya.

Saya ingin menegaskan sebagai wakil rakyat pulau legenda ini Langkawi amat dekat di hati saya dan isu-isu yang membelenggu rakyat Langkawi tidak wajar diperlekehkan atau dipersepsikan oleh mana-mana pihak. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Bagus Langkawi, tahniah-tahniah Langkawi.

draft • 11:30 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Langkawi berjiwa besar tahniah.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, insya-Allah diterima dengan baik.

draft • 11:30 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Maaf diterima.

draft • 11:30 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Soalan tambahan saya Tan Sri. Saya hendak merujuk Buku Manifesto Pakatan Harapan yang bertajuk “Kita Boleh”.

Tawaran Harapan PRU 15 muka surat 24. Saya hendak baca sebab takut terkhilaf pula.

“Bekerjasama dengan pemain industri yang memberi khidmat dalam sektor berkaitan TVET. Untuk melatih para pelatih berdasarkan konsep menempat dan melatih, place to train dengan izin dan memberi mereka akreditasi yang setimpal. Lebih banyak pusat latihan TVET akan dibina di kawasan yang tidak mempunyai rakan strategik industri yang relevan untuk memudahkan akses dan industri”. Soalan saya adakah kawasan-kawasan ini telah pun dikenal pasti? Di mana? Berapa kosnya?

Di samping itu juga Tan Sri Yang di-Pertua, memperkemaskan Program Tahfiz TVET untuk memberi peluang kepada anak-anak kita yang belajar agama dan tahfiz. Adakah mereka-mereka ini juga diberi peluang dan apakah inovasi TVET setakat ini?

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 11:30 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Saya memohon juga kajian berhubung dengan gaji pelepasan TVET nanti? Apakah pengelasan gaji mereka ini lebih tinggi daripada yang sedia ada? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Menteri silakan.

draft • 11:30 AM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Banyak soalan daripada Langkawi.

Pertama berkaitan dengan kerjasama strategik. Memang di bawah Kementerian Sumber Manusia, banyak usaha-usaha telah diambil untuk mengadakan kerjasama strategik dengan pihak industri.

Baru-baru ini lebih daripada 60 MOC telah pun ditandatangani bersama dengan pemain-pemain industri supaya kita mewujudkan satu kerjasama strategik di mana pihak kementerian akan menyediakan institut dan juga tenaga pengajar, manakala pihak swasta ataupun industri pula akan menyediakan modul dan peralatan kelengkapan dan sebagainya untuk membolehkan.

Pertama, kita dapat mengurangkan kos dan yang kedua kita akan membolehkan akan memastikan bahawa pelajar-pelajar yang menjalani kursus TVET ini mereka menjalani yang sebenarnya benar-benar diperlukan oleh pihak industri. Jadi kita hendak mengelakkan mismatching. Selain daripada itu, kita juga ada academy in industry. Satu program yang telah dilancarkan baru-baru ini di mana kerjasama yang erat di antara pihak yang menawarkan TVET dan juga dengan pihak industri.

Di mana place and train kita akan letakkan pelajar dalam industri itu sendiri untuk menjalani latihan selama 18 bulan sebelum mereka ditauliahkan. Selepas ditauliahkan, mereka boleh terus bekerja di industri itu di syarikat itu ataupun mereka juga boleh mendapatkan tawaran kerja daripada tempat-tempat lain.

Selain daripada itu, kita juga ada Program SLDN yang dijalankan di seluruh negara.

Satu lagi persoalan yang dikemukakan tadi ialah sama ada kita dah kenal pasti di manakah tempat-tempat kita akan menjalankan program-program bersama dengan industri.

Saya boleh memberi jawapan secara bertulis. Walau bagaimanapun dalam jawapan hari ini saya hanya beritahu kepada Ahli Yang Berhormat bahawa Program SLDN Akademi Industri dan sebagainya dilakukan di seluruh negara. Selain daripada itu untuk tahfiz, memang TVET Tahfiz ini menjadi perhatian utama dalam Kementerian Sumber Manusia dan banyak usaha-usaha juga telah diambil untuk memastikan semua institusi.

draft • 11:30 AM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Setakat ini, buat masa ini ada empat institusi TVET di bawah Kementerian Sumber Manusia yang menjalankan program-program untuk pelajar-pelajar tahfiz tetapi saya bersama-sama dengan pegawai-pegawai di Kementerian Sumber Manusia telah berbincang beberapa kali untuk memastikan supaya kita meneruskan usaha ini untuk membolehkan, kalau boleh ini adalah untuk jangka panjang. Semua institusi-institusi TVET di seluruh negara mempunyai program untuk membolehkan pelajar-pelajar daripada sekolah tahfiz untuk mendapat pendidikan TVET. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tampin.

draft • 11:40 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ingin mendapatkan pencerahan berkenaan dengan saluran tunggal baharu iaitu Unit Pengambilan TVET (UP_TVET) yang bermula sejak 31 Oktober lalu.

Adakah sistem tersebut juga turut meliputi Program TVET-Tahfiz dan kalau Yang Berhormat Menteri boleh kongsikan sekali, apakah statistik semasa pelajar lepasan institusi TVET-Tahfiz di bawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan iniya Deepavali valthukkal. Salam 41.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:40 AM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Menjawab soalan daripada Tampin, UP_TVET ini juga turut mengambil kira kemasukan pelajar-pelajar tahfiz yang ingin mengikuti kursus kemahiran TVET di institut kemahiran awam dan swasta di seluruh negara. Statistik yang diminta, untuk makluman Dewan, seramai 113 orang pelajar lepasan tahfiz telah mengikuti program sepenuh masa di 32 institusi ILJTM dari tahun 2018 sehingga ke November 2023 dan untuk kursus separuh masa, lebih kurang 690 orang pelajar tahfiz telah mengikuti kursus di semua institut-institut di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Seperti mana yang saya nyatakan tadi Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) turut merancang untuk memperbanyakkan lagi kerjasama strategik dengan pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan kerajaan, untuk membuka lebih banyak ruangan dan peluang kepada pelajar-pelajar tahfiz untuk mengikuti program TVET di institut- institut awam mahupun swasta. Kalau kita lihat jumlah setakat ini, walaupun bukannya satu jumlah yang besar tetapi usaha akan diteruskan untuk memastikan lebih ramai pelajar-pelajar daripada sekolah-sekolah tahfiz ini diberi peluang supaya mereka boleh mengoptimumkan peluang yang sedia ada. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Tuan Edwin anak Banta, Selangau.

draft • 11:40 AM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan nombor tujuh.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:40 AM

7. Tuan Edwin anak Banta [Selangau] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah ada peruntukan subsidi untuk penanaman kopi bagi membangunkan sosioekonomi penduduk luar bandar.

draft • 11:40 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan tidak memberikan subsidi kepada penanam kopi tetapi kerajaan menyediakan bantuan dan insentif melalui pelaksanaan projek pembangunan. Di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, peruntukan RM4.5 juta untuk 270 petani sepanjang lima tahun.

Peruntukan ini saya sendiri berpandangan ia adalah sedikit. Kita akan usaha lagi supaya peruntukan ini dipertingkatkan.

draft • 11:40 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Di antara insentif yang diberikan kepada penanam kopi adalah bentuk in-kind, pembangunan naik taraf, penyediaan infrastruktur, pembersihan kawasan, perparitan dan sebagainya. Input pertanian termasuk baja, racun dan anak benih kopi. Fasiliti pengendalian lepas tuai dan kelengkapan kawalan perosak penyakit. Bagi meningkatkan pengeluaran dan produktiviti kopi, KPKM melalui DOA telah menjalankan pelbagai program pembangunan kawasan kopi seperti penanaman semula pokok-pokok yang telah tua dan tidak lagi produktif dan variety kopi yang berhasil tinggi seperti MKL5, MKL6 dan MKL7. Kebanyakan yang ditanam di Johor jenis Liberica, kalau di Sabah itu jenis Arabica. Satu lagi sekarang, kemunculan kopi yang sedap rasanya iaitu di Kedah.

Saya dulu untuk Bagan Serai, saya berulang-alik ke Memali. Selalu dijamu kopi tumbuk yang ditanam di belakang-belakang rumah. Memang sedap kopi itu dan sekarang Nestle sendiri telah pergi ke sana dan membuka ladang kopi di Sik, Kedah dan juga di Gua Musang. Oleh itu, sebarang usaha untuk meningkatkan hasil kopi ini kita akan membantu dan bersama, tak kira dia buka di negeri mana.

Di kedah, Sik dan Baling adalah kawasan yang agak sesuai dengan kopi variety baru yang agak sedap dan perlu dipasarkan di seluruh Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa. Ini usaha kita untuk meningkatkan penanaman kopi yang sekarang ini kita akui ianya masih rendah. Ahli Parlimen Baling pun ada, tolong tengok hal ini iaitu di Baling itu sesuai dengan penanaman kopi yang rasanya begitu enak.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Selangau.

draft • 11:40 AM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya seterusnya ialah adakah bantuan subsidi ini terhad kepada sesatu daerah sahaja sebab minggu lepas saya telah menghadiri Coffee Roadshow di Selangau dan Parlimen Selangau merangkumi empat daerah. Daerah Sibu, daerah Selangau, daerah Mukah, daerah Tatau dan pegawai pertanian Selangau mengatakan yang bantuan itu hanya terhad kepada daerah Selangau sahaja.

Jadi, peserta-peserta atau petani-petani dari kawasan lain, daerah lain yang disebut tadi semua hendak tahu adakah program ini untuk keseluruhan atau specifically untuk satu daerah sahaja? Thank you.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Sila, Menteri.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Jawapannya tidak.

draft • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Short and sharp.

draft • 11:40 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, minta Tangga Batu.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tangga Batu, Tangga Batu.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Selepas selesai Bagan Serai.

draft • 11:40 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tan Sri, terima kasih kepada Menteri. Kopi ini menjadi minat orang dan minuman tradisi bagi kita. Sebab itu nama pun kedai kopi, walaupun di sana

draft • 11:40 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

kita minum teh tarik, menunjukkan tentang begitu intimnya antara kopi dengan minuman rakyat tempatan. Di Malaysia ini kalau mengikut data 2015, Malaysia menanam kopi Robusta dan juga Liberica yang sekitarnya 3,744 hektar.

Tapi saya dimaklumkan keluasan tanam kopi ini semakin hari semakin rendah akibat daripada dasar liberalisasi apabila tahun 2015, kita telah membenarkan lesen untuk AP ini dihapuskan. Siapa-siapa pun boleh untuk hendak import kopi. Akhirnya penduduk tempatan tak berapa minat untuk nak tanam kopi. Jadi, persoalan saya ialah berapakah keluasan tanah yang ditanam kopi pada hari ini? Adakah semakin bertambah ataupun semakin berkurang?

Terima kasih Tan Sri.

draft • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Sebenarnya tadi, jawapan yang soalan tadi ialah mana-mana bahagian, mana kawasan pun boleh memohon. Barangkali pegawai menjawab itu dia hanya tumpu di kawasan itu maka dia tak mahu jawab bagi pihak kawasan lain dan sekarang kita tahu peruntukan untuk kopi ini kecil, RM4.5 juta.

Jadi, kita melalui peruntukan baru yang ada kepada Kementerian Pertanian ini, saya akan cuba untuk menaikkan, cuba supaya untuk kopi ini dapat dilebarkan dan termasuk rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak yang menanam kopi ini dan setakat ini dalam pasaran tempatan pun belum lagi mencukupi. Soal memang kopi Malaysia ada yang juga diimport kopi dan diproduce di sini dan kemudian dieksport, dipacking di sini dan sebagainya.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ada kopi Malaysia juga yang sekarang ini dieksport. Jadi, soal persaingan ini tetap ada tapi kita akan galakkan. Macam saya sebut tadi, macam di Kedah sekarang kita nak perbesarkan, bukan kita nak mengecilkan soal menanam kopi ini. Masih lagi tanah-tanah ruang yang kosong, yang kita boleh gunakan untuk tanaman kopi kalau ianya sesuai, kenapa kita tidak tumpukan. Kita harap kerajaan negeri dan Federal Government, kita bincang untuk kita melebarkan dan kopi ini tetap ada dalam pasaran kerana kita tahulah macam Bukit Gantang makin tua, makin ke kedai kopi. Itu biasalah, itu adalah minat. Jadi, kopi inilah satu perkara yang kita tahu ianya diminum oleh orang ramai. Kajian-kajian menunjukkan ia tidak memberi mudarat yang banyak kepada kesihatan manusia.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik, Tangga Batu minta sedikit.

Tadi Menteri jawab tadi sangat...

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oleh kerana kopi menjadi isu penting, saya bagi Tangga Batu soalan kopi juga ya. Silakan.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Baik, saya teruja dengan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Baik, sebenarnya kalau kita lihat di Malaysia ini sebenarnya variety yang popular adalah Robusta.

Liberica ini kita panggil kopi ketiga biasa ditanam di Johor. Walaupun dia punya yield per hectare dia tinggi, tapi sebab dia punya berry itu besar.

Tapi saya minta supaya kerajaan kalau boleh kita panggil lobi sedikitlah supaya MOF dapat beri lebih sedikit bantuan untuk kita mengangkat industri kopi. Sebab hari ini, kita masih mengimport sekitar kalau tak silap saya lebih kurang dalam 300,000 tan kopi sedangkan kita

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

baru menghasilkan baru sekitar 4,000 sahaja. Sebenarnya kalau kopi ini Yang Berhormat Menteri, walaupun dia benih yang sama, tapi bila ditanam di tanah yang lain, ia akan memberikan rasa dan sumber berbeda.

Sebenarnya keistimewaan di Sik, Baling ini, dia punya taste, dia ada specialty dia sendiri. Sebab itu Indonesia berjaya me-register tujuh world best coffee dia berdasarkan specialty dia menyebabkan dia popular. Contoh Aceh Gayo ataupun kita panggil Kintamani dan sebagainya. Saya rasa kalau kerajaan fokus menolong Kedah, kita boleh up sebenarnya Kopi Kedah itu sebagai one of world best variety.

[Tepuk] Itu dia. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kopi Kedah ini jenis Robusta. Dia adalah memanglah kadang-kadang tanaman kopi sesuai di tempat ini, tak sesuai tempat lain. Harum Manis misalnya, dia sesuai di Perlis. Kita cuba tanam di Selangor, dia harum tapi tak manis.

Itulah kita cuba tanam di Pahang...

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Saya share sikit Yang Berhormat Menteri supaya Ahli Dewan ini tahu bahawa kenapa di Sik itu sesuai kerana tanah dan cuaca...

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, nanti kejap. Bagi Menteri. Tangga Batu, Tangga Batu, Tangga Batu. Bagi Menteri jawab dulu.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Dia punya musim kemarau yang nyata, so dia boleh induces flowering. Sebab itu Sik itu sangat sesuai. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Betul. Saya sebut tadi macam kita kata durian kenapa yang terbaik misalnya dianggap di Balik Pulau. Tanya sekarang ini, tentulah di Raub dan juga di Bentong. Tapi bila sebut saja durian Balik Pulau, harganya terus naik tinggi. Begitu juga kita harap jenis Robusta ini. Kenapa Nestle berani pergi buka ladang kopi di Sik? Sudah tentulah dia buat kajian terlebih dahulu. Dalam soal Kedah, saya harap kerajaan negeri dan kita boleh bersama untuk berusaha supaya daerah yang sesuai dengan satu tanaman itu kita pertingkatkan. Ini satu pandangan yang baiklah dan kita akan tumpulah ini. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Menteri. Saya minum kopi Cap Raga.

[Ketawa] Baik, saya jemput Tuan Hassan bin Saad, Baling.

draft • 11:50 AM

8. Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan tindakan memastikan beban tugas pensyarah yang seimbang antara mengejar KPI ditetapkan pihak universiti dengan melaksanakan tugasan mengajar.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Sebelum saya menjawab, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mewakili Kementerian Pendidikan Tinggi mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya.

Tan Sri Yang di-Pertua, bagi memastikan semua institusi pendidikan tinggi bertanggungjawab dalam menguruskan beban tugas pensyarah agar seimbang dan bersesuaian di antara mengejar Key Performance Indicator dengan izin, KPI, pada masa yang sama melaksanakan tugasan mengajar, garis panduan beban staf akademik telah

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

disediakan. Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Agensi Kelayakan Malaysia, Malaysian Qualifications Agency (MQA) telah diberikan tanggungjawab untuk menyediakan garis panduan ini sebagai rujukan kepada institusi pendidikan tinggi untuk menentukan jumlah jam mengajar pensyarah secara bersesuaian.

Pada amnya, pengajaran formal setiap minggu adalah tidak melebihi 18 jam kontak dan jumlah ini perlu diselaras semula secara bersesuaian sekiranya pensyarah terlibat dalam tugas-tugas berkaitan dengan aktiviti ilmiah dengan izin, scholarly activities, penyelidikan, khidmat perundingan serta tugas pentadbiran lain. Perkara ini adalah selari dengan ketetapan standard dalam Kod Amalan Akreditasi Program dengan izin, Code of Practice Programme Accreditation (COPPA), Perkara 4.1 seperti berikut dengan izin; 4.1.4 The department must have adequate and qualified academic staff responsible for implementing the programme; 4.1.5 The policy of the department must reflect an equitable distribution of responsibilities among the academics staff. Selain itu, beban mengajar juga tertakluk kepada standard dan kriteria bidang serta keperluan badan profesional yang berkaitan. Dalam hal ini, IPT bertanggungjawab untuk menyediakan sokongan kepada pensyarah yang terlibat dalam aktiviti ilmiah dari segi agihan beban mengajar yang bersesuaian, pelepasan cuti untuk menjalankan penyelidikan, cuti belajar sabatikal dan penajaan.

Pelaksanaan ini adalah selaras dengan ketetapan standard dalam Kod Amalan Akreditasi Program, Code of Practice Programme Accreditation (COPPA), Perkara 4.26 dengan izin; the higher education provider must provide the opportunities for academic staff to participate in professional, academic and other relevant activities, at national and international levels to obtain professional qualifications to enhance learning-teaching experience. MQA dari masa ke semasa akan menjalankan penilaian akreditasi dan teguran penambahbaikan sekiranya terdapat risiko kualiti berkaitan beban pensyarah. Terima kasih Tan Sri.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Baling.

draft • 11:50 AM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Apakah bentuk sokongan kementerian dalam usaha membudayakan penyelidikan pendidikan, inovasi dan penulisan termasuk dalam kalangan pensyarah IPG? Contohnya dengan meneroka potensi kerjasama akademik dan industri untuk memacu perkembangan inovasi melalui kerjasama penyelidikan dan perkongsian kepakaran.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:50 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Baling, menyentuh soal kerjasama yang kita ada di peringkat IPTA, sememangnya telah kita usahakan dari tahun sebelum ini pun. Pada peringkat ini, kita dalam usaha untuk lebih lagi memperbanyakkan kolaborasi di antara institusi pengajian tinggi kita dengan industri-industri.

Ini ialah juga bertujuan supaya IPTA ini bukan hanya dapat melahirkan graduan yang cemerlang ataupun yang punya kepakaran, tapi yang lebih penting ialah di peringkat penyelidikan.

draft • 11:50 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Kita adakan dan sediakan berbagai peluang ini melalui kos penyediaan dana-dana research yang diberikan oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi yang memberikan peluang kepada pensyarah-pensyarah ataupun mereka yang berkebolehan untuk membuat penyelidikan. Hasil penyelidikan ini sememangnya kita kongsi bersama juga dengan industri-industri yang sedia ada bersama kita ataupun yang tiada industri-industri itu, penyelidikan yang telah kita hasilkan, kita galakkan untuk semua IPTA yang membuat penyelidikan ini berkongsi di antara terutamanya IPTA-IPTA yang ada di negara dan industri- industri yang memerlukan kepada hasil-hasil penyelidikan yang boleh dikomersialkan untuk dijadikan satu penambahbaikan kepada sumber ekonomi negara kita. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Ayer Hitam.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tertarik dengan jawapan tadi yang menyebut tentang commercialization R&D work. Ini sebenarnya yang dianggap kekurangan di Malaysia di mana kita terlalu bergantung kepada peruntukan kerajaan. Soalan saya ialah dari segi commercialization R&D work di universiti, berapakah peratusan yang menyumbang kepada pendapatan universiti? Pertama.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Kedua, kita sedar universiti ranking ini antara kriteria pentingnya ialah dari segi citation dan juga terbitan, apa-apa penerbitan ilmiah dalam jurnal international. Jadi adakah pihak universiti atau kerajaan melihat dari segi promosi profesor bergantung kepada citation dan juga terbitan, penerbitan dan ilmiah dan kedua juga dari segi commercialization yang mana menyumbang kepada pendapatan universiti. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 12:00 PM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ayer Hitam. Berhubung kait dengan commercialization yang kita galakkan ini, tentunya kita membuat berbagai pendekatan terutamanya dari segi kolaborasi seperti yang saya nyatakan awal tadi. Apa yang kita selidik atau buat kajian dan menjadi satu research achievement ini, kita tentu inginkan ia menjadi satu yang menjadi punca pendapatan tambahan terutamanya khususnya kepada pihak universiti. Di mana bila mana research kita ini dapat kita pasarkan tentu ia menjadi satu pendapatan tambahan kepada universiti melalui adanya kerjasama juga dengan syarikat-syarikat antarabangsa yang terutamanya ada di negara kita ini yang sedia juga untuk memberikan kita contoh peluang ini, untuk bekerjasama terutamanya baik dari segi pengkajian teknologi yang ada seperti –ya, lah negara kita ini ada juga pelabur daripada antarabangsa yang datang melabur di sini dan bekerjasama dengan kita dari segi perkilangan kita yang ada. Juga tentang usaha yang kita gunakan hasil daripada pengkajian yang boleh sekali gus memberikan peluang pekerjaan yang lebih ramai kepada rakyat kita.

Soalan yang kedua yang disentuh oleh Yang Berhormat Ayer Hitam soal income commercialization IPT ialah seperti yang juga saya sentuh tadi. Kita dalam proses kini, memberikan galakan kepada universiti kita untuk cuba mendapat hasil tambahan melalui sumber antaranya penyelidikan. Saya tak ada secara details. So, if you don’t mind YB Ayer Hitam, saya akan cuba untuk jawab secara bertulis kepada YB Ayer Hitam. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Sila Menteri.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan membaca usul, izinkan saya untuk turut merakamkan Selamat Hari Deepavali kepada semua rakan-rakan Ahli Parlimen India dan seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya. Semoga bercuti yang panjang ini, jimat cermatlah di jalan raya.

[Tepuk] Tan Sri Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguh sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, pada hari Selasa, 14 November 2023”.

draft • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ada yang menyokong pada usul ini?

draft • 12:03 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Yang di-Pertua, saya menyokong.

draft • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:03 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya bangun di bawah 18(1).

draft • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum itu, boleh saya baca pemakluman kejap ya.

draft • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

draft • 12:03 PM
PEMAKLUMAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA
TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN PERINGKAT PARLIMEN MALAYSIA

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya ingin membaca pemakluman. Parlimen Malaysia telah terpanggil untuk bersama-sama dalam usaha meringankan beban rakyat Palestin yang semakin hari semakin terhimpit akibat konflik yang sedang melanda dan sebagai sokongan moral kepada mereka, maka Parlimen Malaysia akan melaksanakan kutipan Tabung Kemanusiaan Palestin di peringkat Parlimen Malaysia bermula hari ini, Khamis, 9 November 2023. Pelaksanaan ini bertujuan untuk kita sama-sama membantu mengurangkan beban dan penderitaan rakyat Palestin yang terkesan akibat konflik di Semenanjung Gaza.

Oleh yang demikian, sumbangan ikhlas ini akan disalurkan terus kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin di bawah seliaan Kementerian Luar Negeri.

Tabung-tabung khusus bagi tujuan ini akan ditempatkan di pintu masuk kiri dan kanan hinggalah selesai persidangan kita. Jadi setiap kali YB nak masuk, kita akan letakkan di luar di sana. Itu pemakluman saya. Ya, silakan Arau.

draft • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya saya cadangkan kalau boleh Ahli Parlimen semua bagi minima RM1,000

draft • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Insya-Allah.

draft • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia nak bagi RM10,000 boleh tapi minima RM1,000.

draft • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Minima ya?

draft • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya. Sebagai – kalau kita bubuh RM50 tak kurang manis. RM1,000 yang terbaik.

draft • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Insya-Allah.

draft • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

18(1) Yang Berhormat. Saya telah buat usul dan Yang Berhormat— kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Cuma apabila pergi pejabat semalam, tidak ada orang. Jadi kita hantar ke pejabat Setiausaha Dewan. Jadi, adakah saya akan dapat jawapan pada hari ini iaitu berhubung dengan amalan yang dijangka berbau rasuah di mana peruntukan Ahli Parlimen digunakan untuk menarik Ahli Pembangkang menyokong kerajaan. Yang saya bimbang— yang itu memang dibuat. Saya tak mahu kata apalah.

draft • 12:03 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Arau, kalau ada amalan rasuah kenapa tak buat laporan SPRM?

draft • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tapi saya bimbang. Saya bimbang Yang Berhormat bahawa...

draft • 12:03 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Arau, sila buat laporan SPRM. Bukan bawa ke Dewan.

draft • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

draft • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya bimbang Yang Berhormat...

draft • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kampar, duduk dulu. Bagi Arau cakap dulu

draft • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Biadab.

draft • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Aip, Arau. Arau pandang saya, pandang saya.

draft • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, ya. Ada orang biadab.

draft • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Arau, pandang saya.

draft • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya pandang. Ya, ya. Okey. Yang Berhormat, saya bimbang ada dikatakan mereka ini juga dapat imbuhan berbentuk tunai...

draft • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Daripada seseorang sebelum— di samping mereka dapat peruntukan, ada juga imbuhan lain. Jadi, saya minta benda ini dibincang. Kalau hal ini berterusan, kurang manis, berhubung dengan akta lompat parti.

Nampaknya dia lebih menjurus kepada benda-benda yang tak elok.

draft • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi Yang Berhormat, saya minta supaya cadangan saya ini, kalau tak boleh dibincang di sini, bincang di Kamar Khas.

draft • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi Tan Sri yang dikasihi, yang berpuasa pada hari ini, kalau boleh jemput datang makan tempat kami...

draft • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Insya-Allah.

draft • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Berbuka puasa. Bersama-sama kita buka puasa di samping mewujudkan silaturahim di kalangan kita. Jadi kita minta supaya Ahli Parlimen berhenti kat situlah. Tidak ada lebih daripada empat. Tapi kalau berterusan, saya nak beritahu Yang Berhormat, akan ada daripada sana akan datang ke sini.

draft • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 12:03 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih. Assalamualaikum

draft • 12:03 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Yang Berhormat kata tadi telah pun dimasukkan usul.

Saya belum tengok lagi. Insya-Allah saya akan lihat. Baik, silakan Setiausaha.

draft • 12:03 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2024 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2024 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Keempat] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

draft • 12:03 PM
Kepala B.22 [Jadual] – Kepala P.22 [Anggaran Pembangunan 2024] –

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Kepala Bekalan B.22 dan Kepala Pembangunan P.22 di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah terbuka untuk dibahas.

Saya akan bacakan 24 nama ini dan Yang Berhormat namanya disebut, pastikan berada dalam Dewan, insya-Allah. Baik. Kita akan mulakan dengan YB Jelebu, diikuti dengan Kuala Krai, Bentong, Gerik, Segamat, Padang Terap, Baram, Merbok, Tuaran, Kuala Langat, Mas Gading, Dungun, Tenggara, Rompin, Ampang, Temerloh, Lubok Antu, Bukit Gantang, Tenom, Baling, Bangi, Pokok Sena, Libaran dan Arau.

Setiap pembahas akan diberikan lima minit. Seperti yang saya katakan, lima minit ini gunakanlah waktu yang terbaik ini untuk menjurus kepada soalan-soalan yang berkaitan dengan kementerian yang kita bincangkan. Saya hormat – saya sekarang menjemput Yang Berhormat Jelebu. Silakan.

draft • 12:03 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tersasul Tan Sri Pengerusi

draft • 12:09 PM

Tuan Pengerusi

Masalah umur.

draft • 12:09 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, sebelum saya memulakan perbahasan. Saya ingin mengalu-alukan kehadiran Ahli Jawatankuasa dan pimpinan masyarakat daripada UMNO Bahagian Jelebu ke Dewan Rakyat.

[Tepuk]

draft • 12:09 PM

Tuan Pengerusi

Selamat datang.

draft • 12:09 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Apa khabar orang Jelebu? Saya ambil precedent ataupun petua Speaker sebelum ini.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tan Sri Pengerusi, saya ingin menyentuh perkara 030400. Jelebu 50, Tan Sri Pengerusi ya 5-0. 5 Kerajaan Perpaduan, 0 Perikatan Nasional dalam bidang ini [Tepuk] . Tan Sri Pengerusi, saya hendak sebut 030400 – Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Peruntukkan RM1.442 bilion, Tan Sri. Dalam peruntukkan ini saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih terutamanya kepada Yang Amat Berhormat Menteri KKDW kerana terus mengupayakan MARA untuk meneruskan bantuan kepada pelajar-pelajar khususnya dan juga seluruh golongan masyarakat.

Saya hendak sentuh soal berkaitan dengan pelajar-pelajar ini, Tan Sri Pengerusi kerana banyak bantuan kepada pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam negeri dan luar negeri. Saya percaya, kebanyakan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Parlimen ini juga telah menerima nikmat daripada hasil yang telah dibantu oleh MARA. Cumanya, saya hendak sebut Tan Sri Pengerusi peruntukkan pada tahun 2024, peruntukkan sebanyak RM1.44 bilion berbanding dengan pada tahun 2023, RM1.39.

Peningkatan ini harus dimaksimumkan untuk kepentingan pendidikan terutamanya kerana kita tidak mampu lagi untuk menjadikan negara kita sebagai negara yang kurang ataupun masyarakat yang tidak mendapat pendidikan dalam soal ilmu setinggi mungkin untuk tempoh-tempoh pada masa yang akan datang. Cumanya Tan Sri, bila MARA beri bantuan tentunya bantuan ini dalam bentuk biasiswa dan tidak ketinggalan dalam bentuk pinjaman.

Apabila dalam bentuk pinjaman ini Tan Sri akan ada kutipan ataupun akan ada yang saya boleh kategorikan sebagai siapa yang pinjam duit MARA ini kena bayarlah. Siapa yang pinjam biasiswa kerana apabila dia bayar kepada MARA dan MARA boleh meneruskan bantuan kepada anak-anak, pelajar-pelajar yang lain bagi meneruskan pendidikan dan pelajaran mereka. Cumanya, bila ada di kalangan penerima biasiswa ini yang tidak boleh bayar dan MARA tidak terkecuali daripada melantik agen-agen untuk mengutip hutang ataupun bill collector, dengan izin Tan Sri Pengerusi.

Dia sama macam bank, cumanya MARA ini lebih kepada - sewajarnya kepada agen- agen yang lebih berwibawa, yang lebih apa orang kata mengamalkan budaya yang lebih berbudi dan berbahasa di dalam menjalankan tugas sebagai bill collector.

Saya menerima beberapa laporan Tan Sri Yang di-Pertua. Ada satu soalan pasangan kedua ibu bapa yang sudah tua berada di kampung diganggu oleh agen pengutip hutang untuk membayar yuran pendidikan MARA. Ini tidak harus berlaku kerana setiap agen ini mesti mempunyai etika bagi mengutip hutang.

Bukan bermakna kita menyokong kepada siapa yang tidak bayar hutang, tetapi mereka yang mengutip hutang ini mesti mempunyai satu lunas-lunas untuk menjadikan itu tidak menjadikan masalah kepada masyarakat kampung. Saya ingin mencadangkan dalam Dewan Rakyat ini Tan Sri di-Pertua supaya daripada MARA membayar peratusan kutipan bayaran hutang MARA kepada agen-agen ini, lebih baik MARA memperbanyakkan lagi offer dan juga tawaran diskaun kepada peminjam-peminjam ini dan dikerapkan lagi tawaran kepada peminjam-peminjam.

Kalau dulu kita buat empat tahun sekali, tiga tahun sekali. Kali ini berkemungkinan kita boleh buat setahun, tiga kali. 10 peratus diskaun, 20 peratus diskaun. Ini akan lebih

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

memberi manfaat kepada peminjam-peminjam. Tan Sri Pengerusi, saya masuk kepada kepala 03200 – Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat. Peruntukkan RM497.2 juta, Tan Sri. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah menjadikan kemiskinan sebagai forte kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan.

Kemiskinan ini suka atau tidak Tan Sri Pengetua, harus diberi perhatian termasuk bagi masyarakat dan keluarga di kawasan luar bandar. Sekarang ini Tan Sri dalam banyak program SPKR, Program Perumahan Rakyat Termiskin, Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya, Program Peningkatan Pendapatan, Program Bina Ihsan, Program Komuniti Sejahtera. Ke semua ini menjurus kepada program untuk membasmi dan menoktahkan kemiskinan. Cuma soalan saya, PGK, Tan Sri. PGK, Paras Garis Kemiskinan yang diguna pakai sekarang ini sejak tahun 2019.

Miskin tegar 1,169, miskin 2,208. Adakah paras PGK ini diguna pakai lagi? Adakah pihak kementerian dan kerajaan berhasrat untuk mengkaji PGK ini supaya lebih ramai daripada keluarga dan masyarakat dapat dan juga dapat dijamin kemasukan mereka ataupun pembelaan mereka dalam menoktahkan kemiskinan tegar? Boleh saya - satu sahaja Tan Sri Pengerusi?

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi

Silakan, silakan.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Sikit sangat lagi. Saya hendak masuk kepala 040300 – Jabatan Kemajuan Masyarakat yakni KEMAS yang peruntukkannya RM126.1 juta ,Tan Sri.

KEMAS ini Tan Sri memang satu antara satu program tadika ataupun pendidikan awal sekolah yang sangat baik dan juga memberikan banyak manfaat kepada masyarakat terutamanya masyarakat luar bandar. Cumanya Tan Sri, KEMAS ini kita hendak ucap lagi sekali tahniah kepada kerajaan kerana Menteri sudah menukar atau menambah silibus kerohanian yakni hafazan Al-Quran kepada pelajar seawal lima tahun.

Ini pendekatan yang sangat baik dan harus diterima baik oleh semua masyarakat terutamanya bagi masyarakat Melayu, Tan Sri. Cumanya, Tan Sri KEMAS ini apabila kita buat peningkatan silibus dalam soal kerohanian, dalam soal membaca, menulis dan mengira dan juga saya mengikut rekod, Tan Sri. Pada tahun 2018, kita ada KEMAS telah buat penambahbaikan silibus yang kita panggil STREAM yakni modul pendidikan Sains, Teknologi, Agama, Kejuruteraan, Seni dan Matematik. Kita ada banyak tadika, Tan Sri.

Kita ada perpaduan, kita ada Tabika Perpaduan, kita ada Tadika KEMAS yang semuanya di bawah agensi kementerian di bawah kerajaan. Soalan saya kepada pihak kementerian, adakah tidak pihak kementerian mempunyai satu understanding dengan izin, kolaborasi dengan semua kementerian supaya semua Tadika KEMAS ini diberikan satu silibus yang standard setanding dengan tuntutan pendidikan sekarang, setanding dengan tuntutan tahap satu yang diberikan kepada anak-anak kita di semua sekolah supaya pendidikan ini dapat kita jadikan sebagai keutamaan.

Terima kasih, Tan Sri.

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi

Baik terima kasih. Saya jemput Kuala Krai.

draft • 12:10 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Saya ingin mulakan dengan menyentuh Butiran B.020600 – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). Kuala Krai, Gua Musang, Jeli dan sebahagian Tanah Merah merupakan kawasan Parlimen di bawah KESEDAR.

Berlaku kenaikan sebanyak RM2 juta untuk perbelanjaan KESEDAR pada belanjawan tahun 2024. Saya sangat berharap kenaikan ini perlu ditambah lagi bagi memastikan perkhidmatan yang lebih baik dapat diberikan kepada penduduk di kawasan luar bandar kerana kebanyakan – kerana banyak lagi kekurangan khususnya infrastruktur yang perlukan kepada perhatian. Di butiran yang sama Tan Sri Pengerusi, saya ingin menyentuh berkaitan dengan bantuan rumah di bawah KKDW khususnya di Kelantan ialah di bawah KESEDAR.

Saya lihat rumah-rumah PPRT yang dibina melalui program ini terlalu kecil saiznya iaitu 660 kaki persegi. Paling kecil berbanding dengan rumah-rumah bantuan yang dibina sama ada Majlis Agama Islam Kelantan ataupun Rumah Dhuafa' yang dibina oleh pihak kerajaan negeri dan juga lain-lain agensi dalam perhatian saya. Tentunya ia sudah tidak relevan untuk keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang ramai. Saya ambil contoh, rumah MAIK. Pihak MAIK telah memperkenalkan tiga kategori rumah iaitu bantuan rumah kediaman tiga bilik, untuk isi rumah satu hingga enam dengan kos RM65,000.

Kedua ialah empat bilik untuk tujuh hingga sembilan isi rumah dengan kos RM73,000 dan lima bilik untuk 10 isi rumah ke atas dengan kos sebanyak RM80,000. Skim tiga kategori rumah ini menjadikan MAIK adalah sebagai agensi terawal di Malaysia yang memperkenalkan skim bantuan rumah mengikut kapasiti keperluan isi rumah penerima.

Rumah Dhuafa’ yang dibina oleh kerajaan negeri Kelantan pula dengan kos sebanyak RM55,000 sebuah dengan keluasan 816 kaki persegi. Kos ini paling murah kerana dibina dengan menerapkan konsep gotong-royong oleh pihak kontraktor dengan kerajaan negeri.

Rumah siap dibina dengan sempurna tapi untungnya hanya secukup sahaja. Soalan saya ialah apakah pihak kementerian bersedia untuk menilai semula saiz rumah PPRT agar dibina dengan lebih besar dan selesa dengan kos yang munasabah? Walaupun mungkin tidaklah sama dengan konsep apa yang dilaksanakan oleh pihak MAIK. Selain itu, saya ingin mencadangkan penjenamaan semula rumah PPRT ini dengan nama yang lebih sesuai dan lebih mesra terutamanya terma ‘termiskin’ itu.

Sebagaimana Kerajaan Negeri Kelantan menamakannya sebagai Rumah Dhuafa’ yang bererti lemah ataupun tidak terdaya.

draft • 12:17 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tan Sri Pengerusi, Butiran B040300 - Jabatan Kemajuan Masyarakat ataupun KEMAS. Apakah strategi khusus kerajaan bagi memantapkan tahap pendidikan awal kanak- kanak di peringkat prasekolah termasuk penaiktarafan Tabika KEMAS dalam aspek

draft • 12:20 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

prasarana dan kelengkapan serta kualiti prasekolah swasta yang sejajar dengan standard kualiti kebangsaan di seluruh negara.

Pada 7 November yang lalu, Ke Bawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menitahkan agar Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mengguna pakai modul yang diperkenal oleh Yayasan Pahang bagi mewujudkan Pratahfiz KEMAS.

Modul oleh Yayasan Pahang telah diguna pakai di 21 cawangan Tadika Tahfiz negeri Pahang sejak tahun 2018.

Soalan saya, apakah perkembangan idea mewujudkan pratahfiz ini dan berapa buahkah pratahfiz akan diwujudkan dalam masa terdekat. Tentunya saranan Yang di-Petuan Agong ini sangat baik dan tepat pada masanya. Saya juga berpendapat modul yang digunakan oleh Pusat Asuhan Tunas Islam PASTI di seluruh Malaysia yang kini berusia lebih 35 tahun juga amat baik. Terutama bagi membina generasi celik Al-Quran dan menjadi anak- anak soleh. Jika kementerian sudi melihat modul PASTI, saya bersedia untuk menjadi penghubungnya.

Seterusnya Tan Sri Pengerusi ialah Butiran B051000 - Emolumen Kakitangan KEMAS Lantikan Tetap. Terdapat penurunan sebanyak hampir RM20 juta untuk emolumen dalam butiran ini. Saya mohon perincian daripada Yang Berhormat Menteri berkaitan butiran ini. Berapakah bilangan pegawai dan kakitangan KEMAS berjawatan kontrak perkhidmatan yang telah diserap ke lantikan tetap sehingga kini. Susulan tempoh kelayakan pegawai kontrak ke lantikan jawatan tetap yang dipendekkan dari 15 tahun ke 10 tahun sejak tahun lalu.

Soalan terakhir dalam butiran ini, adakah kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan elaun untuk pembantu guru-guru KEMAS yang sekarang hanya sekitar RM800 sebulan. Saya mencadangkan pembantu guru KEMAS ini dinaikkan elaunnya kepada RM1,500 selaras dengan tahap gaji minimum.

Tan Sri Pengerusi, merujuk pada Butiran P00620 - Program Penajaan Pendidikan MARA. Adakah kerajaan telah mengenal pasti dan menyemak beberapa kursus kritikal yang diperlukan bagi bidang pekerjaan seperti bidang kedoktoran, mekatronik, kewangan Islam dan sebagainya bagi program penajaan ini bagi menampung keperluan pekerjaan pada masa akan datang.

Sedikit masa lagi Yang Berhormat Tan Sri ialah P02001 - Bekalan Air Luar Bandar Semenanjung. Terdapat beberapa sekolah di kawasan luar bandar khususnya di Kuala Krai mempunyai masalah bekalan air. Adakah pihak kementerian bersedia menggunakan peruntukkan ini dengan kerjasama pihak Pejabat Pendidikan Daerah untuk mengenal pasti dan membantu menyelesaikan masalah bekalan air tersebut.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Sekolah Kebangsaan Sungai Sam antara contoh mempunyai masalah air sehinggakan ibu bapa terpaksa membekalkan air kepada anak-anak mereka khususnya yang tinggal di asrama. Saya mohon penyelesaian segera untuk masalah tersebut dan memberikan perhatian sebaiknya. Pihak kami bersama dengan YB ADUN Dabong cuba membantu. Tetapi apakan daya Yang Berhormat Tan Sri, kami tidak dibenarkan masuk ke sekolah.

draft • 12:20 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang terakhir ialah P00602 - Maktab Rendah Sains MARA. Saya ingin menanyakan adakah perancangan MARA untuk mengululalbabkan 55 MRSM di seluruh negara sudah dimulakan. Berapa buahkah MRSM yang sudah memulakan proses ini. Apakah silibusnya mempunyai persamaan dengan lapan buah MRSM Ulul Albab yang sedia ada. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Bentong.

draft • 12:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Tan Sri Pengerusi, sebelum saya bermula, saya ingin meraikan kehadiran pelajar-pelajar dan guru-guru dari Sekolah Tinggi Kluang. Selamat datang kepada mereka semua. Sebelum saya bermula, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Langkawi di atas permohonan maaf beliau. Namun begitu, Yang Berhormat Seputeh tidak ada di dalam Dewan sewaktu permohonan maaf itu. Jadi, kalau boleh berharap akan diadakan lah permohonan maaf secara terus kepada Yang Berhormat Seputeh.

draft • 12:23 PM

Tuan Pengerusi

Minta Langkawi jumpa Seputeh sebentar nanti.

draft • 12:23 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Ya. Terima kasih. Baiklah. Tan Sri Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 02300 - Jalan-jalan Luar Bandar. Menerusi Dasar Pembangunan Luar Bandar, kerajaan komited dalam perancangan untuk membangunkan desa yang sejahtera dan mampan. Sebarang usaha untuk merancakkan ekonomi dan menjamin kualiti hidup luar bandar yang tinggi, perlulah didasari dengan pembangunan prasarana dan infrastruktur. Ini bagi memastikan jurang pembangunan bandar dan luar bandar dapat dikurangkan seterusnya menarik minat pelabur dari bandar untuk berhijrah ke luar bandar.

Dengan kelengkapan infrastruktur yang mencukupi, desa dapat dimajukan sebagai pusat pelancongan dan peranginan untuk meningkatkan ekonomi penduduk tempatan. Untuk itu, Bentong ingin memohon supaya jalan-jalan desa di Bentong diberikan perhatian sewajarnya. Ini kerana keadaan jalan yang teruk di sesetengah kampung perlu dinaik taraf bagi keselesaan penduduk. Pembangunan infrastruktur yang mencukupi akan meningkatkan lagi Bentong sebagai bandar ekopelancongan. Contoh-contoh kampung yang saya maksudkan adalah seperti Kampung Orang Asli Sungai Penjuring yang masih lagi tanah merah untuk ke kampung tersebut.

Seterusnya ialah saya ingin merujuk Butiran 01707 - Pemasangan Baru Lampu Jalan Kampung. Saya juga menyeru agar peruntukkan sebanyak RM17.6 juta bagi memasang 60 ribu unit lampu jalan kampung baru dapat mengutamakan jalan-jalan penghubung desa yang kebanyakannya tidak disediakan lampu jalan. Ini termasuklah kawasan-kawasan kampung yang menjadi kawasan pelancongan. Contohnya di kawasan Kampung Janda Baik. Saya kira semua orang tahu tentang Kampung Janda Baik adalah sebuah kawasan pelancongan yang kerap didatangi oleh mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang dan sekitarnya.

Namun begitu, pada keadaan malam ia sangat membahaya kerana gelap gelita kerana tiada lampu jalan yang bagus dan cahaya yang sangat bagus. Oleh itu, untuk kita

draft • 12:23 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

menarik lebih ramai pelancong untuk menjaga keselamatan mereka dan keselamatan orang kampung sendiri, saya mohon supaya Kampung Janda Baik sendiri akan diberikan lampu- lampu jalan yang selesa untuk penduduk kampung khususnya.

Seterusnya saya pergi kepada Butiran 02001 - Bekalan Air Luar Bandar Semenanjung. Bentong juga ingin memohon supaya bantuan air terawat ataupun air bersih dapat diberikan kepada kampung-kampung Orang Asli di Bentong yang masih lagi tidak mendapat air bersih dan sebagainya. Kerana contoh seperti Kampung Orang Asli Sungai Dua Olak masih lagi menggunakan air daripada air sungai. Jadi, saya kira masih menggunakan air bukit. Jadi, saya kira apabila sekarang musim hujan dan sebagainya, apabila air keruh mereka tidak dapat air bersih yang sebaiknya. Jadi, saya mohon perhatian diberikan kepada kampung-kampung yang masih lagi tidak mendapat air terawat ataupun air bersih.

Seterusnya, kita pergi kepada Butiran 02402 - iaitu Pengupayaan Komuniti dan Info Desa. Penyelesaian masalah dan aduan kampung memerlukan pengurusan MPKK atau pun JKK yang berkempimpinan supaya dapat memastikan takbir urus pembangunan kampung yang lebih cekap. Ini bagi memudahkan urusan koordinasi masalah penduduk bersama agensi-agensi kerajaan lain yang terlibat dapat mempercepatkan proses penyaluran bantuan dan penyelesaian aduan. Dengan latihan pentadbiran dan kemahiran digital yang mencukupi, ini dapat membantu merealisasikan visi kerajaan menuju Aspirasi Kampung Sejahtera selaras Matlamat Pembangunan Mampan 2030.

Tan Sri Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada Butiran 01100 - Jabatan Kemajuan Orang Asli iaitu JAKOA. Bentong juga ingin memohon supaya tambahan kuota bantuan rumah-rumah untuk penduduk masyarakat Orang Asli kerana saya kira kadang dalam satu tahun hanya untuk satu daerah beberapa buah biji rumah sahaja diberikan kepada satu daerah tersebut untuk satu tahun. Ia tidak mencukupi kerana kita lihat pada masa kini masyarakat Orang Asli semakin bertambah dan mereka kalau kita lihat ada sesebuah rumah yang didiami oleh dua hingga tiga kelamin atau pun keluarga. Ia tidak sesuai lagi pada masa kini. Jadi, saya mohon supaya ia dapat diberikan bantuan yang selebihnya kepada mereka yang memerlukan terutamanya masyarakat Orang Asli ini. Saya juga ingin bertanya berapa lamakah jangka masa yang diambil oleh pihak kerajaan untuk mewartakan tanah Orang Asli di kawasan Pahang dan khususnya di kawasan Bentong.

Yang terakhir, Tan Sri Pengerusi, saya juga inign merujuk kepada Butiran 02503 - Pembangunan Ekonomi Luar Bandar. Bentong mempunyai banyak potensi usahawan- usahawan yang boleh kita bantu dan kita komersialkan lagi. Contohnya, antara produk yang sangat terkenal iaitu halia Bentong dari Mr. Bentong dan juga produk halia gunung Karak daripada JKK dari kampung di Karak serta produk-produk yang lain. Jadi, saya kira untuk kita bantu mempromosikan lagi untuk produk-produk yang baharu untuk mencari tapak, inilah masanya untuk kita membantu mereka khususnya di daerah Bentong.

Oleh itu, yang terakhir daripada Bentong ialah supaya masyarakat Orang Asli di Bentong juga diberikan peluang untuk mereka mempromosikan produk kraf tangan mereka.

Jadi, Bentong memohon satu tempat untuk produk-produk ini ditempatkan di sebuah tempat di kawasan Bentong supaya pengunjung-pengunjung dari luar contonya yang terdekat iaitu

draft • 12:23 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

di Lembah Klang boleh datang membeli dan membantu memperkenalkan lagi produk-produk khusunya daripada masyarakat Orang Asli. Sekian, terima kasih.

draft • 12:23 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Gerik.

draft • 12:23 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Assalamualaikum. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Gerik ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberi peluang kepada Gerik untuk membahaskan Belanjawan 2024 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Bagi Bekalan B.22, Butiran 010000 – Pengurusan. Sub Butiran 010200 – Pengurusan Sumber Manusia. Gerik ingin menyentuh berkenaan dengan peningkatan peruntukan bagi pengurusan sumber manusia sebanyak RM1.73 juta pada tahun 2024.

Apakah signifikan bagi kenaikan sebanyak 47 peratus tersebut? Saya ingin Menteri nyatakan perincian berkaitan perkara tersebut. Kemudian sub Butiran 010700 – Korporat dan Pembangunan Kemahiran, kod Butiran 020000, Gerik melihat terdapat peningkatan peruntukan sebanyak RM795 ribu pada tahun 2024 berbanding 2023 yang hanya berjumlah RM294 ribu. Apakah justifikasi bagi kenaikan sehingga empat kali ganda ini? Kemudian, bagi kod Butiran 40000, Gerik juga ingin tahu apakah justifikasi kenaikan mendadak sebanyak RM1 juta berbanding tahun 2023? Apakah ada program atau latihan atau apa pembangunan kemahiran yang dimaksudkan?

Untuk yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, bagi Bekalan B.22, Butiran 020000 – Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Asas, sub Butiran 020500 – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) diberikan peruntukan sebanyak RM27 juta kemudian Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), RM32 juta, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), RM33.5 juta, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah

(KEDA), RM32.5 juta dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) sebanyak RM23 juta.

Dengan peruntukan tersebut, apakah usaha terbaru atau kelainan yang boleh dibawa oleh pihak kerajaan untuk menyasarkan atau memastikan agensi-agensi badan berkanun yang penting ini dan agensi tanah berkelompok ini berfungsi bukan sahaja sekadar program pembasmian kemiskinan rakyat luar bandar tetapi mereka seharusnya dijadikan sebagai pusat atau pemangkin kepada ekonomi luar bandar? Bandar perniagaan, kilang SME dan perniagaan berteraskan pertanian dan keterjaminan makanan untuk negara. Yang pada akhirnya, mereka dapat memberi banyak manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat serta negara.

Kemudian, bagi tajuk B.22, Butiran 030000 – Pengupayaan Ekonomi Luar Bandar.

Sub Butiran 030300 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Peningkatan sebanyak RM13 juta pada tahun 2024 berbanding tahun ini adalah satu yang amat baik, namun apakah kaedah dan langkah proaktif yang telah dirancang oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan

draft • 12:30 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

pengupayaan ekonomi luar bandar khusus untuk masyarakat Orang Asli di Malaysia dan khusus untuk masyarakat Orang Asli di Parlimen saya di Gerik?

Kemudian bagi sub Butiran 030500 – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Gerik melihat peruntukan bekalan bagi 030500, RISDA tidak berubah bagi Bajet 2023 dan Bajet 2024 iaitu sebanyak RM200 juta. Apakah implikasinya atau bagaimana penggunaan peruntukan tersebut? Adakah ia mampu melonjakkan pengurusan RISDA ke arah yang lebih baik sedangkan tiada perbezaan bajet ya?

Kemudian, kalau kita tengok sekarang, keadaan ekonomi, harga getah dan kenaikan harga barang memberi banyak kesan kepada pekebun kecil getah di Malaysia. Gerik khuatir jika tiada kenaikan bajet tahunan, ianya boleh membawa kepada maksud tiada perancangan baharu untuk pengurusan RISDA. Namun jika ada, apakah perancangan tersebut?

Kemudian bagi B.22, Butiran 050000 – Program Khusus. Sub Butiran 050100 – Bertugas ke Luar Negara. Kenaikan sebanyak RM1.15 juta, apakah ada penambahan program atau jalinan kerjasama bersama negara luar sehingga terdapat penambahan peruntukan yang mendadak 350 peratus bagi program bertugas ke luar negara? Apakah perincian berkenaan perkara ini?

Kemudian, sub Butiran 050400 – Kos Operasi dan Penyelenggaraan Lampu Jalan Kampung. Dengan peruntukan sebanyak RM117 juta ini, adakah ianya meliputi seluruh Malaysia ataupun Semenanjung Malaysia sahaja? Adakah ianya mencukupi? Bagaimana kementerian dapat pastikan isu lampu jalan yang rosak ini boleh selesai bagi kawasan- kawasan luar bandar seperti di Parlimen Gerik kerana jumlahnya agak kecil?

Kemudian yang terakhir, sub Butiran 050500 – Kos Operasi Stesen Bekalan Elektrik Alternatif. Mohon perincian apakah stesen bekalan elektrik alternatif yang dimaksudkan?

Apakah kos operasinya dan adakah ianya termasuk di Parlimen saya seperti di kawasan komuniti Orang Asli, terdapat beberapa projek seperti solar dan hidroelektrik skala kecil yang kebanyakannya rosak dan memerlukan penyelenggaraan berkala? Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik terima kasih. Saya jemput Segamat.

draft • 12:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Tan Sri Pengerusi, Segamat ingin membahaskan tiga butiran daripada kementerian ini di peringkat Jawatankuasa. Yang pertama, Butiran 95000 – Program Pembangunan TVET. Menerusi peruntukan RM 13,425,200 saya minta Yang Amat Berhormat Menteri berkenaan untuk menyatakan pertama apakah bidang-bidang kemahiran dan teknikal yang akan ditumpukan oleh KKDW pada tahun 2024? Adakah bidang-bidang tersebut melibatkan penerapan modul TVET yang baharu yang dikendalikan oleh institusi-institusi TVET di bawah KKDW?

Kedua, bagaimanakah program pembangunan TVET yang direncanakan pada tahun 2024 dapat mengetengahkan potensi serta bakat kemahiran yang ada dalam diri anak muda luar bandar terutama lepasan SPM atau STPM yang tidak dapat tempat di mana-mana IPTA?

draft • 12:35 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Ketiga, apakah kelebihan persaingan (competitive advantage) dengan izin yang akan ditawarkan menerusi kursus-kursus TVET yang dikelolakan oleh setiap institusi TVET di bawah KKDW? Adakah keistimewaan yang ditampilkan untuk menarik minat anak-anak muda untuk menceburi bidang TVET yang dikelolakan oleh sebuah kementerian yang selama ini dikenali umum sebagai kementerian yang menguruskan hal ehwal pembangunan luar bandar?

Keempat, apakah bentuk penarafan atau penilaian akan dilaksanakan menerusi program pembangunan TVET? Apakah jaminan bahawa penarafan yang dilaksanakan itu mempunyai kredibiliti untuk diterima oleh pemain industri yang terdiri daripada golongan majikan yang mementingkan kelayakan pendidikan dari institusi pendidikan TVET itu diiktiraf?

Kelima, bagaimanakah penarafan atau penilaian tersebut boleh memperkukuhkan dan persaingan seseorang menuntut TVET KKDW untuk bersaing dengan ribuan lepasan jurusan TVET dari institusi-institusi TVET yang lain untuk mendapatkan peluang pekerjaan dengan kadar gaji yang bermaruah?

Keenam, apakah bentuk kolaborasi industri yang telah dijalankan dengan mana- mana pemain industri tempatan dan global untuk menjadikan pembangunan TVET di bawah KKDW benar-benar relevan dengan arus pembangunan industri teknikal dan kemahiran?

Butiran kedua adalah Butiran 02503 – Pembangunan Ekonomi Luar Bandar dan Butiran 02600 – Pembangunan Ekonomi Komuniti. Menerusi peruntukan pembangunan sebanyak RM18 juta, apakah inisiatif-inisiatif baharu yang akan dilaksanakan secara berfokus di sektor-sektor perniagaan di desa dan luar bandar selama ini berdepan dengan cabaran dalam aspek pemasaran dan pendigitalan? Adakah peranan yang akan dimandatkan kepada agensi-agensi di bawah KKDW untuk melaksanakan Reformasi Ekonomi Desa khususnya di Parlimen Segamat?

Sejajar dengan pelaksanaan invois elektronik pada tahun 2024, apakah peranan yang akan dimainkan bersama oleh KKDW untuk membantu serta menyokong secara berperingkat para usahawan desa dan luar bandar di seluruh negara untuk mengadaptasi peralihan teknologi tersebut dalam pengurusan perniagaan mereka? Berkenaan pembangunan ekonomi komuniti yang diperuntukkan sebanyak RM19 juta, apakah strategi yang pembangunan yang akan dilaksanakan oleh KKDW untuk mengurangkan jurang pendapatan antara kaum khususnya di daerah-daerah berpenduduk tinggi seperti daerah Segamat?

Apakah model-model pembangunan baharu yang bersandarkan kepada Multiracial Economic Development Approach dengan izin yang akan diketengahkan oleh menjayakan Aspirasi Ekonomi Madani dalam menoktahkan insiden kemiskinan tegar yang dialami oleh rakyat pelbagai kaum di luar bandar tidak kira kaum Cina, Melayu, India dan apa-apa kaum yang berada di Malaysia?

Butiran tiga Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar, Butiran 02400 – Jalan Perhubungan Desa dan Butiran 01707 – Pemasangan Baru Lampu Jalan Kampung. Sebagai Parlimen yang sering mengalami banjir, Parlimen Segamat khususnya memerlukan perhatian KKDW untuk menaik taraf jalan-jalan luar bandar yang kerap kali mengalami kerosakan.

draft • 12:35 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Menerusi peruntukan ini, saya mohon Yang Amat Berhormat Menteri untuk menyediakan secara khususnya peruntukan pembangunan menaik taraf jalan raya luar bandar di Parlimen Segamat. Antaranya termasuk Jalan Jementah dan merupakan laluan rutin yang digunakan oleh rakyat Segamat untuk berulang-alik dari Bandar Segamat ke Tangkak. Saya mengharapkan yang perhatian KKDW aspek pembangunan luar bandar dapat meliputi mutu penurapan jalan.

draft • 12:35 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Jalan-jalan luar bandar yang berada dalam rancangan KKDW untuk menaik taraf atau dibangunkan perlu mengutamakan mutu penurapan jalan agar penjimatan kewangan dapat dicapai daripada perbelanjaan membaiki jalan-jalan tersebut. Akhir sekali, Butiran yang keempat, 051400 – Peralatan dan Kelengkapan Tabika/Taska KEMAS dan Butiran 00400 – Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS.

Menerusi peruntukan RM1,250,000, apakah kelengkapan-kelengkapan baharu yang akan diperoleh untuk memastikan kanak-kanak bandar, luar bandar dapat menikmati kemudahan-kemudahan KEMAS yang kondusif. Saya meminta Yang Amat Berhormat Menteri memperincikan jumlah peruntukan mengurus yang akan dikhaskan untuk perolehan kelengkapan baharu, jenis kelengkapan yang akan diperoleh, kegunaan setiap tabika dalam kawasan Parlimen.

Antaranya, ada 26 Tabika KEMAS JAKOA di Kampung Puting, Bandar Segamat, Bomba Segamat, Buloh Kasap, Palong Timur 1, Palong Timur 2, Palong Timur 3, Gemerih, Kampung Awat, Kampung Batu 11, Kampung Cincin, Kampung Gudang Garam, Kampung Kuala Paya, Kampung Mensudut Lama, Kampung Paya Jakas, Kampung Paya Lang, Kampung Sepang Loi, Kampung Tebing Tinggi, Taman Yayasan, Taman Astaka Jaya A, Taman Astaka Jaya B, PULAPOL Segamat, PPAK UiTM, PKM Segamat dan terakhir, Perumahan Awam Batu Anam.

Saya meminta senarai Tabika KEMAS di Parlimen Segamat berstatus daif, memerlukan perhatian serius KKDW dalam aspek pembangunan semula. Berapakah anggaran kos diperlukan untuk menjayakan agenda pembangunan pendidikan awal kanak- kanak tabika di Parlimen Segamat.

Oleh itu, itu sahaja ucapan saya. Sekian, terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Padang Terap.

draft • 12:40 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

Saya mulakan dengan Butiran 030500 – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Saya ingin menyentuh tentang potensi getah susu cair ataupun lateks yang berpotensi untuk memberikan pendapatan yang lebih lumayan kepada pekebun kecil di seluruh negara, berbanding getah sekerap.

Antara kekangan yang menyebabkan para penoreh dan pekebun kecil kurang berminat dengan penghasilan lateks ialah kekurangan depot pengumpulan lateks.

draft • 12:41 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah sasaran terkini RISDA untuk mewujudkan lebih banyak depot pengumpulan lateks di seluruh negara.

Jika merujuk laporan pada tahun 2021, RISDA menyasarkan untuk membina sebanyak 60 unit depot sekerap getah dan lateks untuk dibina di seluruh negara. Apakah maklumat terkini tentang sasaran tersebut dan berapakah jumlah peruntukan yang telah disediakan untuk tahun depan, untuk tujuan pembinaan depot ini. Adakah Padang Terap termasuk salah satu sasaran RISDA untuk mewujudkan lebih banyak depot lateks.

Butiran 030400 – Majlis Amanah Rakyat (MARA). Saya merujuk kepada keratan akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 17 Oktober 2023 bahawa RISDA telah mengesan lebih 500,000 hektar kebun yang tidak bertoreh. Hal ini berpunca kerana penoreh-penoreh getah yang sudah berusia dan berhadapan dengan kesukaran untuk mengurus kebun.

Kerajaan sewajarnya merangka strategi untuk meningkatkan tawaran upah dan mengaplikasikan teknologi terkini dalam menarik lebih ramai golongan muda untuk menceburi industri ini, sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing.

Peningkatan penglibatan golongan muda dalam industri getah secara langsung akan meningkatkan pengeluaran getah apabila melibatkan penggunaan teknologi.

Saya mengambil contoh, Lembaga Getah Malaysia yang telah mewujudkan Akademi Hevea Malaysia, sebuah unit latihan di bawah LGM yang turut ada cawangan di Langkawi, yang menyediakan kursus Sijil Teknologi Getah yang menyasarkan belia yang berumur antara 18 sehingga 35 tahun untuk dilatih sebagai tenaga mahir dalam industri getah.

Saya juga bercadang supaya Akademi Hevea Malaysia ini juga membuka cawangan di Padang Terap. Majlis Amanah Rakyat (MARA) disaran untuk menjadi perintis industri berteknologi tinggi ke arah menambah pembabitan usahawan bumiputera dan meningkatkan pembangunan modal insan secara menyeluruh.

Soalan saya, sejauh manakah silibus di dalam MARA ini memberikan pendedahan dan kemahiran kepada anak muda berkenaan dengan komoditi getah. Apakah perancangan jangka masa panjang MARA terhadap graduan MARA? Apakah langkah intervensi daripada pihak kerajaan berikutan dengan perkara ini dan adakah kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan silibus perdagangan dan komoditi getah ke pusat-pusat pengajian dan universiti selain daripada MARA, bagi menarik lebih ramai minat generasi muda, terutamanya lepasan pengajian tinggi untuk melibatkan diri dalam penghasilan getah negara melalui inovasi dan daya kreatif yang lebih maju.

Seterusnya, Butiran 04100 – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Saya memetik kenyataan daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dalam Utusan Malaysia, 5 Januari 2023 yang bertajuk Isu rumah mangsa banjir Baling, Kerajaan Kedah perlu lebih bertanggungjawab.

Dalam kenyataan ini, ada sebut Kerajaan Persekutuan mahu Kerajaan Negeri Kedah lebih bertanggungjawab isu membina semula dan baik pulih rumah mangsa banjir di Baling, Kedah. Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, walaupun kos baik pulih atau bina semula itu mungkin milik Kerajaan Persekutuan, namun kerajaan negeri juga harus mengambil tanggungjawab sama.

draft • 12:41 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Kita setuju dan yakin Kerajaan Negeri Kedah juga bersetuju bahawa tanggungjawab menjaga kebajikan mangsa banjir adalah tanggungjawab bersama. Kerajaan negeri juga ada laksanakan inisiatif bantuan untuk mangsa banjir di Baling tetapi bantuan kita setakat kita yang mampu. Kita tak banyak duit macam Persekutuan.

Kalau kita kata ini tanggungjawab bersama, Kerajaan Persekutuan pun kena lebihkan peruntukan KEDA untuk bantu. Sebab itulah, KEDA adalah bawah agensi Persekutuan, bukan negeri. Jangan pula sebab ini negeri pembangkang, kita tak utamakan peruntukan. Jadi, saya berharap supaya pihak kementerian tidak mengeluarkan kenyataan seperti itu untuk melepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada kerajaan negeri.

Yang terakhir, Butiran 03100 – Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah

(FELCRA). Saya ingin menyentuh sedikit tentang Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) GSA 1960. Di bawah Akta GSA ini, wujud sekatan perundangan yang menghalang sebarang pindah milik tanah terbabit kepada generasi kedua.

Ini menyebabkan peneroka berisiko untuk kehilangan hak ke atas tanah rancangan tersebut yang telah diusahakan sejak lebih 60 tahun. Jadi, soalan saya, adakah dalam masa terdekat ini, kerajaan berhasrat untuk melakukan perincian dan penelitian semula Akta GSA ini?

Yang terakhir, Tuan Pengerusi, Tan Sri Pengerusi, di bawah Butiran yang sama, saya ingin mendapatkan penjelasan sedikit tentang kemajuan dan perkembangan status terkini projek ternakan ayam pedaging sistem tertutup di FELCRA Kampung Kubang Palas, Padang Terap. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 12:41 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Baram.

draft • 12:41 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya mulakan dengan Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar yang saya rasa mempunyai satu impact dari kementerian ini untuk menentukan, supaya connectivity di kawasan luar bandar, khususnya di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak diutamakan.

Saya rasa, perkara ini telah pun lama kita bincang dan memang menjadi agenda utama saya, khususnya dengan Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah dan saya percaya, dengan adanya peruntukan yang besar ini, RM1.3 bilion. Apabila orang kampung, orang kawasan di pendalaman mendengar peruntukan yang sebegini besar ini, mereka ini memang syok sendiri agaknya.

Jadi, saya mahu, saya mohonkan supaya peruntukan ini digunakan sebaik-baiknya, dengan secepat-cepatnya. Sebab kita di kawasan pendalaman, bagi kawasan saya, yang kita cakap bukan kita cakap berkenaan dengan highway, bukan kita cakap berkenaan dengan jalan yang R2, R3, kita cakap berkenaan dengan jalan balak ini. Saya mohon supaya perkara ini diambil berat dengan peruntukan yang besar ini, mereka di kawasan sana.

Tan Sri Pengerusi, dengan kebetulan Yang Amat Berhormat Tambun ada bersama dengan kita di Dewan ini, mereka di kawasan luar itu dan seperti yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun juga, bahawa keperluan jalan luar bandar ini amat-amat

draft • 12:47 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

diperlukan. Saya mohon supaya untuk Sarawak, untuk Sabah, ditambahkan lagi peruntukan ini.

Dengan kesempatan ini, saya ingin bertanya berapa banyak peruntukan daripada RM1.3 bilion ini akan disalurkan kepada kawasan Sarawak, di Sabah ataupun di kawasan- kawasan lain ini dan termasuk juga kawasan Baram yang seluas 22 kilometer persegi ini.

draft • 12:47 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Yang Berhormat Baram jangan lupa Hulu Rajang.

draft • 12:50 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Betul, ini boleh masuk dalam saya punya perbahasan, yang lain itu saya rasa adalah berkenaan dengan pelaksanaan projek ini. Saya tahu bahawa kementerian sudah— saya ucapkan terima kasih kepada kementerian sebab telah meluluskan beberapa projek, walaupun nilainya tak sebesar yang kita mohon tetapi memang ada diluluskan. Terima kasih.

Namun saya mohon supaya perkara-perkara ini, projek-projek ini dilaksanakan dengan secepat yang mungkin. Kita merasa bahawa apabila projek diluluskan pada tahun ini, semestinya projek ini juga dilaksanakan dengan siapnya pada tahun ini juga. Ini keinginan kita. Tetapi kita sedia maklum perkara-perkara yang di luar kawalan kita, cuaca kah dan macam-macam lagi.

Tetapi saya percaya dengan sistem penyampaian kita ada, dengan komitmen yang ada dengan kita, dengan tanggungjawab untuk kita menentukan supaya kawasan kita, negara kita bersatu ini, ini dapat dipercepatkan dan I believe Sir that, ini juga akan menentukan supaya kita - 3R, 2R itu akan tidak kita ungkap-ungkapkan. Oleh sebab kita di kawasan luar bandar, mungkin kita anggapkan ini dan itu oleh kerana tahap pembangunan yang kurang mapan sampai hari ini, dibandingkan dengan kawasan-kawasan di lain negara kita ini.

Saya mohon supaya semua ini dipercepatkan dan begitu juga dengan kepala-kepala yang lain itu. Air, elektrik, KEMAS, dipercepatkan pembangunan ini dan ditambahkan pembangunan untuk jalan luar bandar. Saya rasa dengan peruntukan yang sebesar — orang kampung macam saya, bila sebut berkenaan dengan RM300 lebih bilion menghampiri RM400 bilion ini, mereka ingat semua ini untuk buat jalan, buat sekolah. Ia bukan semestinya macam itu tapi inilah tanggapan mereka.

Dengan RM90 lebih bilion untuk pembangunan ini, dengan RM1.3 bilion untuk jalan luar bandar, mohon supaya ini ditambah dan dipercepatkan pelaksanaan di kawasan- kawasan luar bandar. Sekian, terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih, Baram. Saya jemput Merbok.

draft • 12:50 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi atas kesempatan untuk membahaskan di peringkat Jawatankuasa ini. Saya terus

draft • 12:53 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

kepada perbelanjaan B.22, Butiran 030100 – Pembangunan Usahawan Desa. Peruntukan ini kelihatan terlalu kecil, di mana hanya RM2.2 juta sahaja diperuntukkan kepada program untuk pembangunan usahawan desa.

Dengan peruntukan sebanyak ini, saya ingin mengetahui, program apakah yang akan dilaksanakan untuk usahawan-usahawan desa ini? Bagaimanakah mereka dapat mengembangkan perniagaan mereka? Apakah kementerian telah mengenal pasti produk- produk yang akan diketengahkan ke dalam pasaran? Dan berapa ramaikah usahawan yang akan dihasilkan menerusi program-program yang akan dilaksanakan di bawah butiran ini?

Dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi pada ketika ini, ketidakseimbangan sosiekonomi boleh melebar di antara kawasan bandar dan kawasan desa jika tidak ditangani dengan baik oleh kerajaan. Saya ingin mencadangkan agar peruntukan ini dapat ditambah untuk memastikan usahawan-usahawan desa ini dapat mengembangkan perniagaan mereka dengan memperbanyakkan Karnival Usahawan Desa (KUD) sebagai salah satu platform yang mengumpulkan pelbagai peluang untuk menjana pendapatan, peningkatan kerjaya serta pelbagai inisiatif yang disediakan oleh kerajaan, khusus untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat.

Saya ingin menyentuh perkara B.22 - Program Khusus, Butiran 051600 – Bantuan Musim Tengkujuh. Saya ingin bertanya berkenaan perincian dengan peruntukan yang agak tinggi mengenai perkara ini dan apakah bantuan ini juga termasuk kepada rumah yang dilanda banjir kilat? Atau apakah jenis bantuan yang akan diberikan kepada mangsa yang terkesan akibat daripada musim tengkujuh ini dan agensi, kementerian manakah yang akan bertanggungjawab untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa musim tengkujuh ini?

Seterusnya P.22, Butiran 006200 – Program Penajaan Pendidikan MARA adalah satu bentuk pengupayaan yang memberikan kemudahan kepada pelajar-pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di dalam dan di luar negara.

Persoalannya, adakah peruntukan ini mencukupi untuk menampung kos sara hidup kepada pelajar-pelajar tajaan MARA ini, akibat daripada kesan inflasi terutama kepada pelajar-pelajar di luar negara, khususnya di Eropah dan Amerika Syarikat, akibat daripada kesan kejatuhan nilai ringgit yang semakin hari semakin merosot. Adakah mereka dapat menampung kehidupan mereka ketika ini melalui elaun bulanan yang diterima mereka?

Saya ingin mencadangkan kepada pihak MARA, untuk mengkaji semula kadar elaun bulanan semua pelajar tajaan MARA, tak kiralah di dalam atau di luar negara, supaya selari dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meruncing, supaya mereka dapat memberikan tumpuan kepada pelajaran mereka dan memastikan mereka lulus dengan cemerlang dan kembali menabur bakti kepada negara.

Seterusnya, saya ingin menyentuh P.22, Butiran 00602 – Maktab Rendah Sains MARA. Terima kasih kepada kerajaan dengan peningkatan sebanyak RM53 juta berbanding untuk tahun lepas. Ini diharap dapat menyelesaikan banyak masalah penyelenggaraan MRSM ini, yang rata-ratanya dalam keadaan uzur, di mana keperluan untuk menambah baik prasarana yang kondusif kepada pelajar dan tenaga pengajar supaya mereka lebih ceria dan

draft • 12:53 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

bersemangat untuk menimba ilmu dengan selesa dan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek. Kalau perlu, peruntukan untuk MRSM ini ditambah lagi.

Butiran 95000 – Program Pembangunan TVET. Seperti yang telah kita maklum dan ketahui, institusi-institusi pendidikan kelolaan MARA adalah penyumbang utama pembangunan pendidikan teknikal dan latihan vokasional TVET yang merangkumi pengajian peringkat sijil hinggalah ijazah.

Sebanyak RM13.42 juta anggaran secara langsung dengan jumlah anggaran harga kontrak projek sebanyak RM23.98 juta bakal dibelanjakan oleh kementerian bagi pembangunan modal insan aktiviti TVET. Saya yakin dengan pengalaman, kematangan serta kecekapan MARA kita boleh mencapai matlamat agenda untuk memperkasakan bumiputera melalui pendidikan TVET.

Saya mohon perincian untuk perbelanjaan TVET daripada peringkat GIATMARA, IKN, KKTM, GMI dan juga UNIKL. Adakah cukup perbelanjaan sebanyak itu? Apakah bentuk pembaharuan TVET yang akan dilaksanakan oleh semua institusi pengajian MARA?

Sebelum itu saya mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada yang akan menyambut Deepavali kelak. Sekian, terima kasih.

draft • 12:53 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih, saya jemput Tuaran.

draft • 12:53 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut berbahas mengenai Bajet 2024 peringkat Jawatankuasa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Tan Sri Pengerusi, saya akan berbahas bagi Maksud Pembangunan 22, Butiran 02003 – Bekalan Air Luar Bandar Sabah. Butiran ini telah diberi peruntukan sebanyak RM135,860,000 iaitu satu peningkatan yang agak besar berbanding dengan peruntukan pada tahun ini iaitu hanya RM128,960,000.

Tan Sri Pengerusi, dalam peringkat dasar, saya telah menyentuh satu projek BELB di kawasan saya iaitu projek membina loji rawatan air terawat, bekalan air luar bandar Kampung Kapa, kampung Sinalapak dan sekitar. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak kementerian kerana telah memberi jawapan bertulis kepada saya dan jawapan bertulis itu telah dinyatakan bahawa projek ini telah dibatalkan.

Tan Sri Pengerusi, dalam kesempatan ini saya mohon kepada kementerian supaya pembatalan itu ditarik balik. Sebenarnya saya selaku Ahli Parlimen Tuaran, saya telah berbincang dengan Yang Amat Berhormat Menteri dan saya telah menghantar surat berbincang dengan beliau dan saya telah memberi jaminan pada beliau bahawa pembatalan ini yang disebabkan oleh ada bantahan, tidak persetujuan daripada beberapa pemimpin masyarakat di lima buah kampung di kawasan kadamaian. Saya memberi jaminan untuk berusaha memujuk mereka supaya menarik balik bantahan mereka.

Tan Sri Pengerusi, kita telah bertindak, kita telah berbincang dengan mereka yang terlibat dan dalam beberapa pertemuan termasuk satu dialog yang kita adakan pada hari

draft • 12:58 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Sabtu yang lalu dan saya nampak banyak kemajuan, banyak progress. Saya ingat mereka bersedia untuk bersetuju dengan projek ini atas beberapa syarat.

Apa yang penting yang saya mahu bahaskan dalam kesempatan ini, ialah dalam projek-projek yang terlewat sebab projek ini telah diluluskan pada 2017. Sudah lama. Tetapi kenapa tertangguh-tertangguh dan akibat penangguhan ini, kos pun sudah melambung tinggi. Bermula daripada hanya lebih kurang RM50 juta, sekarang sudah melambung kepada RM130 juta kerana kos inflasi. Ini adalah kos dia, apabila tidak lancar pelaksanaan kerana ada bantahan dan sebagainya.

Bantahan ini kenapa berlaku? Bantahan berlaku kerana pendekatan kita daripada pihak kementerian sebagai contoh. Apabila pihak konsultan atau daripada kementerian, pegawai-pegawai masuk ke kampung, dia tidak menghormati adat, dia tidak bertemu dengan Ketua Masyarakat dan sebagainya, tidak memberi penjelasan tentang projek-projek yang mahu dibina, inilah akibatnya.

Apabila saya bertemu dengan mereka, perkara yang paling penting mereka nyatakan bahawa, “Kenapa tidak ketuk pintu? Kena masuk sini untuk mencadangkan tanpa berbincang dengan kami?” Itu satu.

Yang kedua ialah ini projek baru dan dia telah dikaitkan dengan satu projek cadangan yang dicadangkan oleh jabatan yang lain, Jabatan Parit dan Saliran iaitu dulu, Empangan Tambatuon dan mereka terkeliru dan sebagainya.

Apabila diberi penjelasan, apabila diadakan taklimat-taklimat, diadakan taklimat di pejabat. Pejabat Daerah, Pejabat Jabatan Air dan sebagainya. Tetapi ini orang kampung.

Kita buat cara kampunglah. Biar kita di kampung beri penjelasan dan sebagainya. Sebab kita yang mahu masuk kampung. Itu satu perkara, satu pelajaran yang kita dapat ialah sebab kita ini beradat. Kampung-kampung ini beradat. Mereka ada adat sendiri, peraturan sendiri dan sebagainya. Jadi, saya mohon supaya ia ditarik balik dan kita bincang. Sebenarnya Tan Sri Pengerusi, saya pun berusaha berbincang dengan pemimpin-pemimpin, termasuklah wakil rakyat-wakil rakyat di sana dan juga pemimpin-pemimpin di sana.

Kedua yang saya sebut Tan Sri Pengerusi ialah butiran 01703 – Bekalan Elektrik Luar Bandar Sabah. Dalam perkara ini saya ingin menyebut satu perkara iaitu kedudukan pekan Ranau. Di Sabah ini Tan Sri Pengerusi, tinggal dua lagi pekan yang tidak connected to the grid iaitu pekan Ranau dan pekan Telupid. Bukan kerana kerajaan tidak ada tindakan.

Sebenarnya pada tahun 2011 ada projek bekalan elektrik luar bandar iaitu satu projek yang bertajuk Projek Pembinaan Talian Penghantaran 132KV dari Kota Belud ke Ranau dan Pencawang Masuk Utama 132KV Ranau Sabah, di bawah BELB secara reka dan bina.

Ini dibuat pada tahun 2011. Sekarang sudah 11 lebih tahun. Kerana salah pemilihan kontraktor, dia tidak dapat laksanakan. Lepas itu tahun 2018 dia ada white net, penyelamatnya. Sehingga hari ini, terbengkalai lagi. Tidak lagi- masih tersangkut kerana tempat tapak PMU itu masalah kerana ada live seismic fall plan, ada kena gempa lagi. Lepas itu pindah lagi sampai hari ini, tidak siap-siap dan sebagainya.

Tan Sri dia punya kesan sangat besar untuk Sabah sebab di Ranau ini. Untuk makluman, dia punya SAIDI sekarang ini atas 500. Kadang-kadang sampai 1,000. 1,000 minit

draft • 12:58 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

seorang setahun. Paling tinggi. Bandingkan di Kuala Lumpur ini hanya 50, bandingkan sama 1,000. Hanya kerana kegagalan satu projek. Kenapa projek ini gagal? Satu lagi pemilihan kontraktor.

Apabila berkenaan BELB ini, saya mencadangkan Tan Sri, bila kementerian pilih ini kontraktor biarlah bersama-sama dengan agensi yang tahu fasal elektrik iaitu SESB. Ini dilantik oleh kementerian. Tidak dibincang bersama dengan SESB. Jadi, kriteria pemilihan kontraktor yang bertauliah, yang berwibawa. Ini sangat penting kerana kita juga berhadapan dengan beberapa projek-projek sakit yang lain kerana hanya salah kontraktor.

Begitu juga di pekan Telupid. Pekan Telupid sehingga hari ini walaupun transmission daripada Kota Kinabalu sudah sampai ke Sandakan, tetapi dua pekan utama ini yang tengah ini tidak connected to the grid. Masih lagi menggunakan generator. Bayangkanlah. It is still using genset at this time. Sebab itu pemilihan kontraktor dalam perkara yang sangat teknikal, perlulah bersama-sama dibuat dengan...

draft • 12:58 PM

Tuan Pengerusi

Okey Yang Berhormat, masa kita...

draft • 12:58 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Jadi itu sahaja Tan Sri yang saya ingin ketengahkan. Saya berharap pemantauan dalam projek yang kritikal tadi itu dapat dibuat supaya ia dapat diselesaikan dengan cepat. Terima kasih.

draft • 12:58 PM

Tuan Pengerusi

Baik Yang Berhormat. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 12:58 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti. Selamat menjamu selera.

draft • 12:58 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.06 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.32 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 2:32 PM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis dalam Jawatankuasa. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.

draft • 2:32 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya akan mengambil beberapa butiran dalam perbahasan pada kali ini.

Pertamanya adalah P. 22 Butiran 050000 – Program Khusus, 050400 – Kos Operasi dan Penyelenggaraan Lampu Jalan Kampung dan saya akan bersekali dengan berkait P. 22 Butiran 01707 – Pemasangan Lampu Jalan Kampung. Saya tidak pasti, kalau mengikut sini

draft • 2:33 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

050000, 050400 meningkat daripada RM102.8 juta kepada RM117 juta. Begitu juga dengan Butiran 01707, RM17.6 juta. Saya tak pasti bagaimana ia, ini diagihkan dan mungkin berdasarkan kepada unjuran, ada juga input-input daripada jabatan di peringkat negeri. Hasil mungkin daripada perbincangan di peringkat daerah-daerah.

Cuma apa yang saya rasakan adalah baiknya apabila ada perbincangan atau libat urus di peringkat Parlimen ataupun di peringkat daerah, yang akhirnya dibawa kepada unjuran ataupun kepada bajet yang dibentangkan supaya apa yang kita bahaskan ini, dia adalah tidak jauh ataupun lebih kurang selari dengan apa yang ada di dalam buku bajet kita.

Cuma saya merasakan bahawa beberapa tumpuan, sama ada penyelenggaraan lampu ataupun pemasangan lampu jalan di kawasan-kawasan yang tertentu, sama ada persimpangan jalan-jalan tumpuan utama dan juga kawasan-kawasan yang terdedah kepada Kuala Langat. Cuma saya mengharapkan bahawa peruntukan-peruntukan yang akan diagihkan ini agak munasabah, begitu juga kepada Kuala Langat.

Bagi pemasangan lampu-lampu jalan yang baru, saya nak cadangkan supaya mungkin pendekatan menggunakan lampu solar boleh dilakukan, boleh dimulakan pada masa ini, seperti mana yang telah dimulakan di negeri Selangor, pemasangan lampu solar, walaupun mungkin kosnya agak tinggi tetapi dalam jangka masa yang panjang, ia menjimatkan.

Saya juga mengambil kesempatan untuk melihat bahawa beberapa jalan-jalan ataupun lampu-lampu yang perlu di selenggara dan juga dipasang baru termasuklah jalan- jalan utama, rasa yang mana ia adalah jalan alternatif, jalan negeri tetapi telah menjadi jalan utama, termasuklah jalan B129, B60 di Kuala Langat.

Kemudian, berkaitan dengan Butiran 02300 – Jalan Luar Bandar. Peruntukan menurun daripada RM1.4 bilion kepada RM1.3 bilion dan saya mengharapkan beberapa jalan di kawasan Kuala Langat perlu dinaiktarafkan terutama jalan sempadan antara Kuala Langat dan Klang dan juga sempadan antara Kuala Langat dan Shah Alam yang melibatkan jalan- jalan seperti Jalan Sijangkang Utama, Jalan Kemandul Utama dan ini jalan-jalan yang saya kira pada masa ini sudah digunakan dengan agak kerap dengan pengguna-pengguna jalan dan perlu pada penambahbaikan kerana jalan pada hari ini sangat teruk.

Kemudian, kepada Butiran 03100 – Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah

(FELCRA). Peruntukan daripada RM351.4 juta meningkat kepada RM415.8 juta. Di sini saya ingin bertanya, bagaimana pengurusan FELCRA pada hari ini oleh sebab saya melihat kepada FELCRA yang ada di Kuala Langat, terutamanya Felcra Batu 8 Sijangkang dan Felcra Jenjarom. Saya lihat ianya tidak terurus terutamanya sistem perparitan dan juga sistem jalannya, yang mana ia terdedah menjadi seolah-olah kawasan takungan yang mana seolah- olah sudah tidak diselenggara. Pada hari ini, ia menjadi punca kepada banjir.

Kemudian, Butiran 030300 – Jabatan Orang Asli dan juga berkaitan dengan Orang Asli, Butiran 050000 P. 22 Butiran 01100 – JAKOA, yang mana peruntukan secara totalnya RM265.1 juta. Saya kira peruntukan yang agak besar tetapi sehingga pada hari ini, keadaan pembangunan Orang Asli ini agak tertinggal, rumah-rumah daif masih lagi banyak, tumpuan

draft • 2:33 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

kepada pendidikan terutamanya pendidikan-pendidikan TVET ini harus menjadi tumpuan kepada kita untuk membangunkan soal ekonomi mereka.

Kemudian, kepada P.22 Butiran 00611 – Program GIATMARA. Peruntukannya meningkat daripada RM24.5 juta kepada RM40 juta, yang mana saya minta GIATMARA di Kuala Langat ini yang mana antara GIATMARA yang lama, semenjak 1987 di tapak balai polis lama IPD Kuala Langat, status tanah rizab polis ataupun KDN, luas tiga ekar, ini dinaik taraf kerana pada hari ini, hanya dua bidang sahaja yang boleh menampung hanya setakat 50 orang, 25 orang setiap bidang.

Saya mencadangkan supaya ia dinaik taraf sebagai status GIATMARA Prima. Yang mana statusnya di negeri Selangor tidak ada GIATMARA yang status prima, yang akan memberikan peluang, lebih banyak bidang dan juga lebih banyak peluang kepada anak-anak kita, terutamanya pembangunan yang begitu pesat di Kuala Langat.

Untuk akhirnya P.22 Butiran 11000 – Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS). Saya lihat di situ ada peruntukan. Pada tahun yang lalu, RM1.2 juta meningkat kepada RM12.649 juta dan saya mahu perincian aktiviti peruntukan ini.

Penggunaan, adakah ini untuk pembangunan pertanian ataupun apa? Kerana saya lihat harus ya kalau tujuan untuk pembangunan pertanian, ia tepat dengan peruntukan yang diberikan.

Kerana saya lihat pada tahun lalu, dalam program Jualan Ehsan Rakyat Selangor ataupun JER, PKPS menyumbangkan RM10 juta untuk program ini. Bukan saya tidak nak menafikan tetapi ini satu program yang baik tetapi kita tidak mahu penyalahgunaan peruntukan. Saya harapkan peruntukan RM12.6 juta untuk PKPS ini adalah peruntukan yang akan digunakan sewajarnya untuk pembangunan pertanian di negeri Selangor. Terima kasih Timbalan Speaker.

draft • 2:33 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya jemput Yang Berhormat Mas Gading.

draft • 2:33 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Salam sejahtera dan terima kasih Puan Pengerusi. Izinkan saya terus ke butiran yang saya nak bangkitkan kepada pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

draft • 2:39 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Perkara pertama adalah Butiran 02002 berkenaan dengan Bekalan Air Luar Bandar di Sarawak. Saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada pihak kementerian atas peningkatan peruntukan bagi pembangunan sumber bekalan air di kawasan luar bandar Sarawak. Untuk itu, saya ingin mendapatkan senarai dan perincian kawasan yang bakal menerima kemudahan ini bagi tahun 2024. Di kawasan saya sendiri di Mas Gading, masih banyak lagi kampung-kampung yang masih belum mendapat sumber bekalan air terawat.

Walaupun di sini saya dan beberapa rakan Yang Berhormat lain berada di pihak kerajaan, tetapi di Sarawak kami masih lagi pembangkang. Sebagai suara rakyat Mas

draft • 2:40 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Gading, saya ingin memastikan peruntukan ini diberikan secara adil dan saksama dan diberikan di tempat-tempat yang layak dan bukannya mengikut kepentingan pihak tertentu.

Di bawah butiran yang sama, saya juga ingin mendapatkan penjelasan berapakah jumlah diperuntukkan bagi penyelenggaraan sistem bekalan air luar bandar di Sarawak?

Untuk pengetahuan Puan Pengerusi serta pihak kementerian, rintihan rakyat Sarawak, terutama di luar bandar tentang masalah bekalan air terawat masih lagi berlaku hingga ke hari ini.

Projek tanam batang paip ada, pasang meter paip pun ada dan bil bulan-bulan pun ada tetapi airnya tidak ada. Jadi, saya mohon agar pihak kementerian mengambil maklum akan perkara ini dan menjelaskan, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk menyelesaikan masalah ini ya. Beberapa bulan lepas, Kampung Kendaie, Kampung Sebiris dan Kampung Pasir Tengah yang terletak dalam kawasan Mas Gading adalah antara kampung yang terjejas teruk sebab tidak ada hujan untuk tempoh waktu yang agak lama.

Jadi, situasi ini berulang-ulang setiap tahun. Solusi sementara yang saya mampu bantu adalah melalui peruntukan kawasan saya dengan membaik pulih sistem bekalan air graviti. Sejumlah RM425,000 diperuntukkan bagi ketiga-tiga buah kampung ini, untuk membaik pulih dan menaik taraf sistem paip graviti mereka secara gotong-royong.

Jadi, sehubungan dengan ini juga, di bawah Butiran 02004, saya ingin mendapatkan maklum balas adakah sebarang projek bekalan alternatif untuk air bagi kawasan saya di Mas Gading? Memandangkan banyak lagi kampung-kampung di kawasan saya masih lagi bergantung dengan air graviti yang dibina oleh Jabatan Kesihatan puluhan tahun yang lalu atau mungkin pihak kementerian perlu mengimbang Butiran 051600 - Bantuan Musim Tengkujuh, dengan menambah satu lagi butiran iaitu butiran bantuan musim kemarau bagi kampung-kampung ataupun kawasan-kawasan yang terjejas akibat kemarau.

Selanjutnya, perkara kedua di bawah Butiran 02200. Adakah projek Jambatan Selampit termasuk di dalam peruntukan Belanjawan 2024? Di bawah Butiran 02300, adakah projek jalan luar bandar, iaitu Jalan Kendaie juga termasuk dalam peruntukan ini? Saya akan terus bertanya selagi dua projek ini tidak dimula-mulakan oleh pihak kementerian sebab rakyat di Mas Gading di sana suruh saya tanya. Jadi, mohon perhatian daripada pihak Menteri .

Seterusnya, perkara ketiga saya ingin mendapatkan perincian mengenai peluang bagi projek-projek pertanian di kawasan Mas Gading. Adakah sebarang projek pertanian bagi kawasan Mas Gading? Sekiranya ada, saya ingin tahu di bawah butiran mana dan berapakah jumlah peruntukan yang disediakan? Sebab potensi tinggi. Harap Menteri boleh datang sendiri untuk menilaikan situasinya sendiri.

Akhir sekali, saya ingin menyentuh tentang Butiran 02300 dan 02400. Di bawah dua butiran ini, saya ingin memohon perhatian segera pihak kementerian tentang masalah jalan yang menghubungkan Kampung Suba Buan dan Kampung Suba Bau, di mana letaknya sebuah sekolah rendah, SK Suba Buan yang baharu siap sepenuhnya tetapi masih tidak boleh memulakan operasi ataupun tidak boleh diduduki kerana tidak mendapat kelulusan

draft • 2:40 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

daripada pihak bomba atas faktor jalan yang sempit kerana jentera bomba tidak boleh masuk, jika berlaku sebarang kecemasan.

Jadi, mohon kementerian boleh bantu, beri perhatian segera kerana bimbang bangunan yang tersergam indah itu, yang serba canggih itu tidak dapat- akan mengalami kerosakan yang teruk jika dibiarkan terlalu lama kosong. Jadi, mohon perhatian segera daripada pihak kementerian.

Akhir sekali, saya juga ingin tahu, berapakah jumlah keseluruhan yang diperuntukkan kepada Parlimen Mas Gading di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, di bawah Belanjawan 2024? Saya juga ingin memohon perincian, semua projek dan program dan inisiatif dari pihak kementerian bagi Parlimen Mas Gading.

Jadi, sekian terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Mas Gading. Saya jemput Yang Berhormat Dungun.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih Pengerusi. Saya terus ke Butiran 03800 - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Wilayah KETENGAH ditubuhkan pada 12 April 1973 dengan lima pusat pentadbiran iaitu Pengkalan Gawi, Bandar Bukit Besi, Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Bandar Ketengah Jaya dan Bandar Cheneh Baru.

Di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, bandar ditakrifkan sebagai tempat atau pusat yang ramai penduduknya dan terdapat banyak urusan dan perniagaan dijalankan.

Berdasarkan definisi ini, adakah bandar-bandar dalam wilayah KETENGAH ini sebagai bandar yang berjaya dan membangun, setelah 50 tahun penubuhan?

Oleh itu, saya pohon berdasarkan rancangan strategik untuk lima tahun dibuat dengan peruntukan yang pembangunan daripada KETENGAH ini, supaya ia dapat dalam tempoh yang ditetapkan untuk lima tahun itu, akan menjadi asas kepada pembangunan bandar sepertimana yang telah diasaskan waktu penubuhannya.

Di bawah butiran yang sama, bolehkah dijelaskan sejauh manakah pembangunan ekonomi di Kemaman dan Hulu Terengganu dan khususnya di Dungun dalam wilayah KETENGAH dan berapa ramaikah usahawan yang telah berjaya dibantu oleh KETENGAH?

Bolehkah juga dinyatakan, berapa banyak perumahan yang telah dibina, khususnya di Dungun dalam wilayah KETENGAH? Apakah usaha KETENGAH dalam mempromosikan Tasik Kenyir sebagai tarikan pelancongan untuk tahun 2024 dan seterusnya berdasarkan kepada bajet pembangunan yang diberikan ini.

Seterusnya ialah Butiran 030400 - Majlis Amanah Rakyat (MARA). Berdasarkan liputan berita pada bulan Julai baru-baru ini, Menteri telah mengarahkan supaya skim gaji pendidik di institut pendidikan Mara (IPMa) disemak semula. Hal ini demikian kerana walaupun skim gaji pendidik (IPMa) setara dengan pendidik di bawah Kementerian Pendidikan, ada dalam kalangan mereka yang terpinggir. Mohon penjelasan tentang perkembangan semakan semula tersebut. Terdapat aduan juga, bahawa MARA telah

draft • 2:43 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

mengurangkan pinjaman dan biasiswa pendidikan di peringkat ijazah dan sarjana kepada pelajar yang memerlukan pada waktu ini. Adakah dakwaan ini benar?

Seterusnya, sejauh manakah MARA telah membantu dalam isu kebajikan para pelajar bumiputera di UiTM seluruh negara? Butiran 030500 - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Apakah perancangan RISDA dalam menangani isu hasil getah yang semakin berkurangan ekoran pelbagai penyakit sejak akhir-akhir ini?

Yang kedua, apakah usaha RISDA dalam mengatasi masalah pendapatan penoreh- penoreh getah yang berhadapan dengan isu harga komoditi yang tidak stabil sejak kebelakangan ini?

Seterusnya, Butiran 95000 - Program Pembangunan TVET. Saya mencadangkan agar kementerian memperbanyakkan program train and place dengan izin dalam sektor TVET, di mana pelatih akan menerima latihan pekerjaan dan kemudiannya terus ditempatkan dalam industri selepas tamat latihan. Kementerian juga perlu memudahkan akses belia luar bandar terhadap program seperti ini dengan memberikan insentif seperti elaun dan penginapan semasa latihan. Terima kasih Pengerusi.

draft • 2:43 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya jemput Yang Berhormat Tenggara.

draft • 2:43 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya mulakan dengan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri 10 dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang akan terlibat langsung membantu 317 tanah rancangan FELDA bermula tahun 2024, berkaitan pembangunan infrastruktur dan kesejahteraan warga FELDA. Janji Ditunaikan. Terima kasih.

Saya mulakan dengan Butiran 040300 - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) daripada RM119 juta kepada RM126 juta. Kita ucapkan terima kasih. Namun, saya nak maklumkan di sini bahawa seramai 9,439 kakitangan Tabika KEMAS menerima hanya RM800 sebulan sejak Mac lalu, sebagaimana disebut juga oleh Jelebu tadi. Jadi, kita cadang untuk naik sehingga 1,500 ya kerana memandangkan kos sara hidup yang kian meningkat.

draft • 2:49 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Seterusnya Butiran 050900 – Bantuan Makanan Tambahan KEMAS, kekal. Cuma saya ingin bertanya di sini kepada kementerian, adakah peruntukan sebanyak RM3 bagi setiap murid sehari memadai, memandangkan peningkatan harga barangan pada masa kini?

Butiran seterusnya 051200 – Penyelenggaraan dan Pembaikan Bangunan KEMAS dan Butiran 051400 – Peralatan dan Kelengkapan Tabika KEMAS. Butiran 051200 tiada perubahan, 051400 ada peningkatan RM25 juta. Saya berharap agar kementerian menjalankan pemantauan terhadap setiap Tabika KEMAS dengan lebih kerap bagi memastikan ianya berada dalam keadaan baik dan selamat kerana di tempat saya, saya dimaklumkan ada yang perabotnya itu dan peralatan seperti meja dan kerusi lima, tujuh ke sepuluh tahun dah digunakan. Jadi, perlulah ditengok-tengokkan. Kemudian, kena

draft • 2:50 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

meningkatkan juga penyelenggaraan fasiliti di tabika lah milik KEMAS, yang lain-lainnya termasuk padang permainan kanak-kanak.

Keempat, Butiran 00602 – Maktab Rendah Sains MARA, daripada RM51 juta ke RM104 juta. Tenggara ingin mencadangkanlah sedikit kepada pihak KKDW untuk melihat potensi Bandar Tenggara untuk dibinakan sebuah lagi MRSM. Kalau boleh, dinamakan MRSM Madani Bandar Tenggara, kerana di situ terletak tanah-tanah KEJORA. Jadi KKDW ini owner kepada KEJORA dan owner juga kepada MARA, senanglah hendak berbincang.

Jadi, saya cadangkanlah. Kerana apa? Kerana di dalam Parlimen Tenggara ini, satu-satunya Parlimen lah saya rasa di Johor yang memiliki dua daerah pendidikan. Satu, PPD Kulai, satu PPD Kota Tinggi. Jadi, sesuailah untuk meningkatkan prestasi sekolah-sekolah di sekelilingnya.

Nombor lima, Butiran 030300 dan 011100 – Jabatan Kemajuan Orang Asli. Naik yang 030300 itu daripada RM63 juta kepada RM77 juta, yang 01100 itu naik daripada RM113 juta kepada RM150 juta. Di Tenggara ini ada tiga perkampungan Orang Asli, Kampung Orang Asli Sayong Pinang, Kampung Orang Asli Kempas Menang dan Kampung Orang Asli Pasir Intan.

Jadi, apakah perancangan untuk meningkatkan lagi infrastruktur dan sosioekonomi bagi masyarakat Asli? Kalau boleh, saya cadangkan di sini untuk khidmat Internet pun diberi penekanan jugalah kepada masyarakat Asli terutamanya yang memiliki sekolah kebangsaan di dalamnya. Kita hendak tahu juga, Tenggara hendak tahu juga, ada tak Pelan Pembangunan Strategik Masyarakat Orang Asli 2030?

draft • 2:50 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Panjang lagi?

draft • 2:50 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Sikit lagi Datuk.

[Ketawa] Seterusnya untuk jambatan luar bandar ini daripada RM20 juta naik RM57 juta. KKDW kita — Tenggara mencadangkanlah supaya peruntukan yang pertama ini amat bagus dan kita pun di Tenggara ada satu jambatan yang runtuh, FELCRA Pasir Asam. Tenggara ucap terima kasih, kelulusan awal telah diberikan, namun ada pertambahan sebab specs dia bertambah.

Jadi hendak bertanya kepada KKDW, bilakah tambahan peruntukan untuk jambatan bagi pekebun FELCRA Pasir Asam itu akan dibuat? Mudah-mudahan pada 2024 ini at least bolehlah terbina. Satu lagi, kita Tenggara mencadangkan supaya jambatan-jambatan lama di kawasan luar bandar tak payahlah tunggu runtuh ataupun roboh, peruntukan yang ada ini digunakan untuk buat kajian supaya kita sediakan payung sebelum hujanlah. Tidaklah terhantuk baru nak tengadah.

Jadi, masa pun tinggal sedikit. Saya pergi terus kepada Lembaga KEJORA. Di bandar Tenggara ini, ada KEJORA (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara). Jadi, di tempat saya ini ada tanah berkeluasan 333,364 hektar tanah KEJORA yang berpotensi. Saya kira untuk dibangunkan Halal Hub dengan menggunakan kemudahan-kemudahan sedia ada, seperti Taman Perindustrian Bandar Tenggara yang selalu saya sebut itu.

Jadi, dengan peruntukan-peruntukan yang diberikan ini, di bawah Butiran 02503, 02600, 03700 – Pembangunan Ekonomi Luar bandar, Pembangunan Ekonomi Komuniti

draft • 2:50 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

termasuk juga Lembaga Kemajuan Johor Tenggara ini, bolehlah dimanfaatkan sumber- sumber sedia ada di Tenggara itu melalui KEJORA KKDW supaya manfaat itu boleh diraih oleh masyarakat dan setempat.

Akhirnya, berkaitan dengan TVET. Saya hendak memaklumkan di sini, saya baru sudah dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Pengerusi MTVET berkaitan dengan TVET sebentar tadi dekat bilik atas pukul 1.00 tengah hari. Saya melihatlah kesungguhan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku pengerusi MTVET.

Butiran 95000 – Program Pembangunan TVET ini, saya suka menyebut di sini bahawa mestilah diketengahkan pendekatan syllabus pedagogi-pedagogi yang terkini supaya centric kepada industri dan mengutamakan kebolehpasaran, bakat dalam kerjaya dan keusahawanan TVET. Sedikit kalau boleh untuk urusan program pembangunan TVET ini juga yang bernilai RM13.5 juta ini dipandang-pandang ataupun disalurkan sedikit kepada Insan Muda Malaysia di dalam kawasan tanah rancangan FELDA. Itu sahaja Tuan Pengerusi.

Sekian, terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Saya jemput Yang Berhormat Rompin.

draft • 2:50 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya terus pergi ke Butiran 02300 – Jalan Luar bandar. Pemodenan bukan hanya perlu dikecapi oleh masyarakat bandar. Masyarakat kawasan luar bandar juga perlu kepada infrastruktur yang lebih baik agar dapat meningkatkan sosioekonomi masyarakat luar bandar.

Perkara asas yang diperlukan oleh masyarakat luar bandar antaranya adalah jalan raya sebagai medium perhubungan. Langkah pembinaan jalan raya ini sekali gus menyokong setiap usaha yang terkandung dalam dasar pembangunan di bawah Kementerian Desa dan Wilayah. Dengan adanya jalan raya yang sempurna di kawasan luar bandar ini, ianya boleh untuk menjadi pemangkin kepada penghijrahan lebih ramai anak-anak muda untuk berkecimpung dalam bidang pertanian, sekali gus dapat membantu negara dalam usaha menangani masalah keterjaminan makanan.

Justeru itu, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian berkenaan pembinaan jalan luar bandar iaitu jalan masuk di perkampungan Orang Asli Kampung Jubau. Untuk makluman, jalan tersebut merupakan jalan utama bagi masyarakat di situ terutamanya untuk pergerakan menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Apabila musim hujan, jalan ini sukar untuk dilalui kerana jalan ini masih lagi tidak bertar dan menyebabkan jalan tersebut berselut lalu menyukarkan untuk penduduk menghantar anak ke sekolah.

Ramai masyarakat di sana apabila musim hujan tidak dapat menghantar anak ke sekolah, malahan juga melibatkan masa-masa kecemasan, mereka tidak dapat keluar kerana jalan tersebut berselut tadi. Puan Yang di-Pertua, oleh demikian, saya ingin memohon kepada pihak kementerian agar dapat membina jalan masuk ke Kampung Jubau bagi memudahkan penduduk di kampung tersebut.

draft • 2:55 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Butiran 01100 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Peruntukan sebanyak RM150.2 juta berbanding RM113.3 juta pada 2023. Sehingga kini, didapati masih ramai di kalangan masyarakat Orang Asli di negara ini berada pada kedudukan taraf sosioekonomi yang masih rendah. Pelbagai masalah dan cabaran masih menanti masyarakat Orang Asli yang berhadapan dengan masalah kemiskinan.

Saya mengambil contoh Kampung Langkap, 85 peratus daripada isi rumah melibatkan diri dalam kerja-kerja mencari buluh dan 10 peratus melibatkan diri dalam kerja- kerja mencari rotan. Berikutan pembukaan kawasan hutan secara berleluasa, ini menyebabkan ramai masyarakat Orang Asli hilang mata pencarian terutamanya melibatkan belia-belia. Justeru itu, soalan saya, sejauh manakah program pembangunan modal insan Orang Asli ini telah berjaya membantu belia Orang Asli untuk menjana pendapatan?

Seterusnya, apakah bentuk kerjasama dengan institut latihan awam seperti GIATMARA dan kolej komuniti untuk menyediakan latihan berkonsepkan kursus jangka pendek bagi meningkatkan kemahiran mereka? Saya juga ingin bertanya, berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh kementerian di bawah RMKe-12 bagi tujuan pembinaan dan penambahbaikan jalan perhubungan desa di perkampungan Orang Asli di seluruh negara?

Seterusnya saya pergi kepada Butiran 02407 – Kawal Selia Lembaga Kemajuan Wilayah. Saya ingin menyebut di sini pembubaran Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara

(DARA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka di Pahang oleh Kerajaan Pusat pada 1997 telah memberi kesan langsung kepada lebih 700,000 penduduk apabila kawasan di bawah seliaan kedua-dua agensi ini tidak membangun sepertimana yang dirancang.

DARA dan LKWJ yang sebelum ini terletak di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Pahang meliputi enam daerah iaitu Rompin, Bera, Maran, Temerloh dan Jerantut. Persoalan saya, adakah Kerajaan Pusat bercadang untuk mewujudkan semula sebuah agensi yang berperanan mengawal selia pembangunan ekonomi wilayah berskala sederhana seperti KEJORA, KETENGAH dan KESEDAR?

draft • 2:55 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Kita sedar Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang meliputi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Daerah Mersing di Johor dengan keluasan 66,736 kilometer persegi, hampir separuh daripada saiz Semenanjung Malaysia adalah terlalu besar dan kurang memberi impak secara mikro kepada negeri Pahang amnya dan Daerah Rompin khususnya. Sekian, terima kasih.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Saya jemput Yang Berhormat Ampang.

draft • 3:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Yang Berhormat Puan Pengerusi. Sebelum itu saya ingin mohon, minta izin mengalu-alukan rombongan. Ada dua rombongan iaitu daripada UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang, selamat datang dan

draft • 3:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

juga rombongan dari Management and Science University (MSU), Shah Alam, Faculty of Business Management and Professional Studies. Selamat datang anak-anak semua.

Yang Berhormat Pengerusi, saya ingin mengambil bahagian di dalam perbahasan kali ini iaitu kita lihat dengan misi meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar, peratusan usahawan yang berjaya meningkatkan pendapatan selepas enam bulan menerima bantuan pembiayaan keusahawanan luar bandar, kita lihat ada peningkatan sebanyak 80 peratus.

Jadi soalan daripada Ampang, bagaimanakah satu lagi petunjuk prestasi utama yakni kebolehpasaran pelajar dalam bidang TVET yang tamat pengajian di dalam institusi pendidikan MARA diukur? Jadi, kita nak tahu kenapa kalau ianya boleh dikongsikan. Jadi dengan situ kita nampak Yang Berhormat Menteri kalau boleh bagi penjelasan.

Jadi, di situ saya boleh lihat sebenarnya ramai mereka di luar sana, terutamanya anak-anak muda yang dilatih tetapi ukuran kejayaan mereka itu, apakah dalam konteks mereka boleh kebolehpasarannya, boleh bekerja, dapat pendapatan ataupun menjadi usahawan, yang itu kita ingin mohon daripada Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dan juga bilangan yang berjaya.

Seterusnya, Ampang ingin menyinggung Kepala 02000 – Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Asas. Kita lihat banyak butiran yang telah pun dimajukan di sini. Jadi, soalan daripada Ampang, meskipun visi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah adalah menjadikan peneraju kemajuan luar bandar, apakah nasib sebenarnya kampung tradisi dalam bandar raya dan bandar yang kita lihat di seluruh negara seperi Kampung Baru di Kuala Lumpur, Kampung Melayu Majidee di Johor Bahru.

Malah Kampung Melayu di Ampang, kita lihat di situ selain daripada usaha mewartakan kampung-kampung tradisi ini sebagai warisan budaya negara di bawah Akta 645, Akta Warisan Kebangsaan tetapi kita lihat ianya– walaupun saya tengok belum dimasukkan klausa pewartaan kampung tradisi tersebut. Jadi soalan saya, layakkah kampung-kampung tradisi ini menerima manfaat dari peruntukan di bawah Kepala 02000 ini, khususnya Butiran 02100, Butiran 020200 dan seterusnya 400.

Kerana apa? Sebab saya nampak kalau tidak diklasifikasikan kategori kampung ini, maka akan wujudlah kampung-kampung luar bandar, kampung-kampung tradisi dalam bandar sampai bila pun tidak akan dapat peruntukan ini. Kerana ramai ataupun kebanyakan agensi akan cakap, “Oh, ini bawah KPKT”. Bila kita minta bawah KPKT, KPKT kata ni bawah luar bandar.

Jadi, akhirnya kampung dalam bandar ini bukan saja bertambah mengecil tetapi hilang identitinya tanpa infrastruktur yang baik. Untuk itu, saya harap sangat ada klasifikasi yang begitu jelas bukan lagi ikut lokasi tetapi bukan lagi mengikut jenis hanya kampung tradisi tetapi mengikut lokasi-lokasi yang sewajarnya.

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ampang.

draft • 3:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

...Barulah kita tidak mempunyai masalah-masalah tambahan yang lain kerana kalau tidak isu asas ini tidak diselesaikan,

draft • 3:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

maka peruntukan yang ada ini, sedia ada ini hanya untuk mereka yang ada kampung- kampung tradisi di luar bandar saja.

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ampang.

draft • 3:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Shah Alam sikit saja.

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Boleh.

draft • 3:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

30 saat.

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Saya ambil kesempatan ini kerana ada pelajar MSU yang hadir untuk sebut sikit tentang Shah Alam. Di Shah Alam juga ada kampung, walaupun dia Shah Alam ini bandar raya dan capital pada Selangor, kita ada Kampung Kebun Bunga dan Kampung Padang Jawa, pun penduduknya ramai dan perlukan juga perhatian daripada kementerian. Setujukah YB Ampang untuk kita wujudkan satu hab bagi membantu usahawan-usahawan muda ini, keluar daripada universiti dan belia-belia di kampung tradisi ini untuk memacukan perniagaan e-dagang untuk mereka bersaing dalam dunia yang...

draft • 3:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Setuju, sudah lebih 30 saat.

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

...Moden.

draft • 3:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Okey. Sebenarnya benda itu tolong masukkan dalam ucapan saya sekali gus. Tetapi isu yang saya bangkitkan tadi, klasifikasikan kampung tradisi ini perlu diperbetulkan kerana peruntukan-peruntukan sedia ada itu wajar juga diberi kepada kampung-kampung di dalam bandar raya ataupun perbandaran.

Seterusnya Yang Berhormat Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang isu berkaitan dengan banyak dibangkitkan tentang kampung-kampung yang gelap ataupun luar bandar – ini juga sebenarnya masalah pokok yang kita hadapi.

Untuk isu Butiran 05000 bawah aktiviti ataupun isu lampu-lampu jalan. Butiran 050400 – Kos Operasi dan Penyelenggaraan Lampu Jalan Kampung. Saya lihat kampung- kampung yang gelap terutama di bandar raya dan kampung-kampung tradisi ini, isunya semasa pembuatan tiang-tiang lampu ini dibuat di bawah PLB dulunya, sekarang ni KKW.

Tetapi bila ianya tidak diserahkan secara jelas siapakah sebenarnya pemilik tiang-tiang lampu ini, maka bila berlakunya kerosakan tiada siapa pun yang nak mengaku.

Jadi untuk itu, saya harap bukan masalah tak mengaku apa, dia kata ni tak boleh, ini bukan bawah TNB, TNB kata bukan bawah itu tapi yang penting saya rasa sudah sampai masanya maintenance, isu maintenance ini perlu diambil perhatian. Kalau tidak, akan jadilah kampung-kampung kita gelap sampai bila-bila.

Jadi soalan saya kepada Menteri, apakah peruntukan sebanyak RM117 juta ini tujuan memperbetulkan isu ini, ataupun dengan membuat satu program khusus untuk menjadikan balik warta ataupun surat beranak kepada tiang-tiang ini di bawah KKW ataupun kalau ada, Alhamdulillah bagus. Kalau tidak ada, bagaimanakah KKW akan menyelesaikan perkara ini dan apakah jenis tiang lampu yang begini akan diperuntukkan untuk dipulihkan.

Jadi itu saja daripada saya tapi sedikit, Ampang ingin ambil masa sini untuk mengucapkan selamat menyambut Deepavali, Deepavali Nal Valthukal kepada semua rakyat Malaysia. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Saya jemput Yang Berhormat Temerloh.

draft • 3:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, terima kasih kepada Pengerusi. Ketidakseimbangan pembangunan antara bandar dan luar bandar, isu yang dihadapi oleh negara kita sejak dahulu lagi.

Kawasan luar bandar meliputi 75 peratus daripada keseluruhan keluasan Malaysia.

Oleh itu, Temerloh ingin merujuk kepada Butiran 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan yang meningkat lebih daripada RM1 bilion dan lebih daripada RM720 juta difokuskan kepada perkhidmatan ikhtisas. Apakah item tersebut dan mengapa tidak dimasukkan dalam emolumen?

Butiran 030500 – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah

(RISDA). Bajet sebanyak RM200 juta untuk pekebun kecil menyediakan berbagai skim bantuan usahawan. Masalah yang sering kali dihadapi oleh pemohon, tidak diberi seperti yang ditaklimatkan dan ditawarkan dengan berbagai alasan seperti bekalan tidak cukup, dengan syarat tambahan yang merumitkan dan permohonan kadang-kadang tiada langsung respons serta ada ketikanya minta tunggu peruntukan tahun hadapan. Biasa jawapan yang kita dapat. Temerloh mohon supaya permohonan dipermudahkan dan berapa peratus sebenarnya yang melibatkan golongan muda?

Butiran 030100 – Pembangunan Usahawan Desa, RM melebihi daripada RM2 juta.

Apakah bentuk program yang ditawarkan dan berapa orang usahawan desa dari Temerloh yang berjaya? Temerloh memohon dimudahkan permohonan tanpa perlu menyediakan kertas kerja yang berbagai-bagai tetapi menilai usaha yang sudah mereka laksanakan.

Butiran 030300 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Hampir peruntukannya RM77 juta dan juga 050700, peningkatan peruntukan untuk peningkatan taraf hidup Orang Asli melebihi RM97 juta. Apakah perbezaan dua item ini? Bagaimana penilaian kenaikan taraf hidup warga masyarakat ini? Sebahagian besar masih berada dalam kehidupan tahap lama dari segi pendapatan, pendidikan, infrastruktur yang sedia ada. Berapa peratus golongan ini sudah keluar daripada golongan miskin ataupun miskin tegar? Temerloh juga memohon kementerian menyediakan rumah untuk satu keluarga sebuah rumah kerana sebelum ini sebuah rumah mereka tinggal dua, tiga keluarga.

draft • 3:07 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Butiran 050800 – Pembaikan Sistem Rawatan Air JAKOA. Juga melibatkan JAKOA bajet berkurang kepada RM8 juta. Persoalan, masih banyak perkampungan Orang Asli yang tidak mendapat bekalan air bersih yang berterusan dan memuaskan dan termasuk juga di Temerloh ada sepuluh buah kampung Orang Asli. Butiran 02200 – Jambatan Luar Bandar, RM57 juta. Jambatan Sungai Dingin, Jambatan Kampung Tanjung Kerayong yang saya lihat sebelum ini kami kemukakan disebutkan bahawa akan disiapkan pada 2024 tetapi hingga saat ini belum ada apa-apa kerja yang dilakukan. Temerloh mohon perkara ini diambil perhatian.

draft • 3:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Butiran 050600 – Elaun Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung

(JPKK) meningkat menjadi lebih daripada RM277 juta. Temerloh ingin tahu adakah semua AJK JPKK layak mendapat elaun? Adakah elaun diberikan kepada AJK JPKK di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis? Dalam masa yang sama adakah AJK JPKK semua negeri menerima juga elaun daripada peruntukan tahunan kerajaan negeri.

Butiran 00611 – Program GIATMARA peruntukan melebihi daripada RM40 juta.

Temerloh ingin tahu berapa peratus belia Temerloh yang berpeluang mengikut latihan dan kursus yang ditawarkan? Temerloh mohon sebuah pusat latihan GIATMARA yang baharu dibuka untuk memenuhi keperluan kemahiran tuntutan semasa dengan berbagai kursus.

Temerloh mohon disediakan dana dan bimbingan kepada para belia yang tamat untuk membuka perniagaan sendiri.

Butiran 02401 – Ameniti Sosial. Peruntukan melebihi daripada RM37 juta. Di Temerloh ada sebuah pusat sosial di Kampung Raja Songsang. Tumpuan ibu bapa menghantar anak-anak OKU untuk tahfiz Al-Quran OKU. Sambutan sangat menggalakkan dan dibimbing oleh guru yang terlatih dan berkelayakan.

Namun prasarana serba kekurangan kerana milik persendirian. Mohon kementerian untuk memantau dan dapat memberi sokongan sepenuhnya khususnya dari segi dana dan infrastruktur untuk memajukannya demi kebaikan masyarakat. Oleh kerana kalau kita lihat tahfiz Al-Quran OKU ini, inilah satu-satunya tahfiz di negeri Pahang. Terima kasih, sekian.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Temerloh. Saya jemput Yang Berhormat Lubok Antu.

draft • 3:10 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih, Puan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya menyertai perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi B dan P.22 untuk Kementerian Kemajuan Wilayah dan Desa. Memandangkan masa saya terhad Puan Pengerusi, saya terus kepada Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar dengan peruntukan jumlah RM1.3 bilion dan Butiran 02400 – Jalan Perhubungan Desa dengan peruntukan RM310.9 juta.

Dalam hal ini Puan Pengerusi terdapat tiga jajaran jalan di luar bandar di Lubok Antu yang saya mohon untuk diberi keutamaan oleh pihak kementerian dalam Belanjawan 2024 iaitu Jalan Sebeliau– Bilararap sepanjang 38 kilometer melibatkan sekitar 2,000 penduduk di 28 rumah panjang. Jalan masuk ke pelbagai di Ulu Batang Ai melibatkan 4,000 orang penduduk rumah panjang yang tiada jalan darat dan masih bergantung kepada bot sebagai pengangkutan utama. Jalan Ulu Skrang Fasa 2 sepanjang 50 kilometer yang melibatkan 2,500 orang penduduk yang juga masih bergantung kepada pengangkutan sungai kerana jalan batu yang sedia ada tidak selamat untuk digunakan selain terdapat jambatan yang telah runtuh.

Ketiga-tiga jajaran jalan melibatkan kira-kira 8,500 atau 34.6 peratus daripada penduduk di Parlimen Lubok Antu yang tidak mempunyai jalan, Puan Pengerusi, saya difahamkan bahawa peruntukan untuk ketiga-tiga jalan ini telah pun diluluskan. Pada bulan

draft • 3:13 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Julai tahun ini Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Bagan Datuk telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk menaik taraf Jalan Balak di Ulu Skrang semasa Majlis Merarau Ngiling Tikai di Sri Aman.

Bagi pihak penduduk di Lubok Antu, terima kasih diucapkan. Saya cuma ingin mendapat maklumat mengenai bilakah ia akan mula dilaksanakan dan status semasa projek tersebut. Saya berharap ia dapat dipercepatkan kerana projek-projek tersebut telah lama tertangguh.

Puan Pengerusi, dengan kesempatan ini juga saya ingin bertanya mengenai sebuah lagi jalan luar bandar bagi pihak Yang Berhormat Kapit. Apakah status terkini dengan projek pembinaan jalan dari Nanga Tada ke Nanga Beguang di Kapit buat masa sekarang? Mohon dapat disegerakan pembinaan jajaran jalan ini kerana penduduk terpaksa menggunakan bot untuk menyeberangi Sungai Batang Rajang untuk ke rumah panjang mereka.

Seterusnya juga saya ingin membangkitkan Butiran 01702 – Bekalan Elektrik Luar Bandar Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM168 juta. Jelas terdapat peningkatan peruntukan yang ketara berbanding dengan Belanjawan 2023 di mana hanya RM66.9 juta diperuntukkan. So, credit where credit is due, dengan izin. Terima kasih diucapkan kepada kementerian. Diharapkan agar ia dapat melancarkan lagi kerja-kerja menyambung bekalan elektrik di luar bandar Sarawak terutamanya di kampung-kampung dan rumah panjang yang masih belum lagi menikmati kemudahan bekalan elektrik 24 jam.

Saya telah dimaklumkan terdapat lebih 25 buah rumah panjang di sekitar Lubok Antu yang memerlukan penyambungan elektrik. Tidak dinafikan kerja-kerja untuk menyambung ke sesebuah perkampungan dengan grid elektrik memakan masa yang lama. Banyak rumah- rumah panjang yang masih perlu bergantung kepada sumber tenaga elektrik alternatif seperti solar, mini hidro dan generator diesel. Oleh itu saya ingin mencadangkan supaya kementerian dapat menyediakan peruntukan khusus dengan menaik taraf sumber elektrik alternatif sedia ada untuk kegunaan penduduk di kawasan luar bandar.

Puan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh Butiran 02002 – Bekalan Air Luar Bandar Sarawak. Di kawasan Lubok Antu sebagai contoh terdapat keperluan mendesak untuk menyambung bekalan air bersih ke kawasan Lidong, Hilir Kelili dan Hilir Skrang. Ini kerana kawasan ini merupakan kawasan ladang sawit dan sungai-sungai yang ada kebanyakan telah tercemar dan tidak sesuai untuk digunakan sebagai sumber air untuk kegunaan penduduk.

Antara kawasan rumah panjang yang lain yang turut memerlukan penyambungan bekalan air yang bersih dan terawat adalah di kawasan Skrang Tengah, Ulu Skrang, Ulu Lemanak, Ulu Engkari dan Ulu Batang Ai. Kawasan-kawasan di Lubok Antu yang masih menggunakan sistem perparitan yang usang juga perlu dinaiktarafkan. Saya mohon ia mendapat perhatian dan tindakan kementerian dalam perkara ini.

Akhir sekali, saya dan juga bagi pihak Yang Berhormat Kapit juga ingin menyentuh secara ringkas mengenai Butiran 00605 – Kolej Profesional MARA yang telah diperuntukkan sebanyak RM12.2 juta. Bilakah projek pembinaan Kolej Profesional MARA di Kapit yang telah

draft • 3:13 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

pun diluluskan akan dimulakan pembinaannya? Mohon pihak MARA menyatakan status projek ini buat masa sekarang.

Sebagai penutup Pengerusi, saya berharap agar projek-projek infrastruktur asas di kawasan luar bandar yang penting ini diberi perhatian dan keutamaan melalui Belanjawan 2024 kali ini. Akhir sekali saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada sahabat-sahabat saya dan seluruh rakyat Malaysia yang merayakan sambutan perayaan ini. Iniya Deepavali Valthukkal. Sekian, terima kasih, Tuan Pengerusi.

[Tepuk]

draft • 3:13 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Lubok Antu. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Gantang.

draft • 3:13 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Puan Pengerusi. Alhamdulillah, Yang Berhormat Menteri berada di Dewan ini. Merujuk kepada peruntukan belanjawan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang berjumlah RM11,554,588,400. Susah hendak sebut banyak sangat. Tahniah kepada kementerian.

Saya sepanjang masa menelik anggaran belanjawan ini mencari di mana tempat sebenarnya Bukit Gantang hendak bernaung. Setelah saya melihat pelanggan utama dalam di bawah kementerian ini ada lima kategori. Bukit Gantang memenuhi empat kategori.

Penduduk luar bandar, masyarakat Orang Asli tidak termasuk, usahawan luar bandar, pekebun kecil getah atau sawit, pelajar dan belia luar bandar. Jadi sayalah, Bukit Gantanglah pelanggan utama kementerian Yang Amat Berhormat.

draft • 3:18 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Jadi, pada petang ini saya nak meminta sahaja. Selalu saya bercakap fasal kos sara hidup, harga barang dan bagaimana penyelesaian. Hari ini saya nak minta daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Sebelum saya minta, saya nak justify kawasan saya ini kawasan luar bandar. Tidak ada bandar pun. Luar bandar dan tak ada bandar di mana penduduknya terdiri 30 peratus petani, 30 petani nelayan dan 30 peratus pekerja-pekerja kilang. Semua urusan pembelian, shopping, urusan pejabat kena ke Bandar Taiping.

Pertama sekali saya nak mohon dari segi pembangunan modal insan dan penyelidikan. Butiran 00611 – Program GIATMARA dengan peruntukan RM40,050,000. Ada sebuah GIATMARA di Bukit Gantang untuk aktiviti kemahiran automatif dan jahitan pakaian lelaki. Saya mohon sebanyak RM5 juta untuk upgrade jadikan ia pusat pendidikan kemahiran kerana di kawasan Bukit Gantang tak ada asrama penuh, tak ada IKM dan tak ada apa-apa pun. Saya harap ini dapat diluluskan.

Seterusnya Butiran 00100 sehingga Butiran 00600 – KEMAS sebanyak RM110,798,800. Ada 35 buah tabika KEMAS di Bukit Gantang. Saya mohon peruntukan sebanyak RM30,000 sebuah untuk membuat kerja-kerja penyelenggaraan berjumlah RM1,050,000.

Puan Pengerusi, Butiran 02503 – Pembangunan Ekonomi Luar Bandar, berjumlah RM18 juta. Butiran 02600 – Pembangunan Ekonomi Komuniti berjumlah RM19 juta. Yang ini

draft • 3:20 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

pun saya nak minta. Saya dah usahakan ada tiga kelompok usahawan yang telah saya buat iaitu:

(i) Saudara Paksu Anuar dan kumpulannya seramai tujuh orang nelayan muda yang mahu kembangkan penternakan kupang dan siput serta agropelancongan;

(ii) Saudara Hasaidi Hasif dan kumpulannya seramai 10 orang pekebun muda mengusahakan tanaman pisang; dan

(iii) Saudara Nik Man dan kumpulannya seramai lapan orang sedang menanam jagung manis.

Ketiga-tiga kumpulan ini nak dijadikan role model. Saya mohon disediakan sebanyak RM30,000 sahaja satu kumpulan yang berjumlah RM90,000.

Seterusnya Yang Amat Berhormat Menteri, Butiran 01707 – Pemasangan Baru Lampu Jalan Kampung. Saya mohon daripada RM17,605,200 ini sebanyak 200 unit yang berjumlah RM600,000. Kawasan Parlimen Bukit Gantang melibatkan lima mukim dan tiga DUN. Kawasannya cukup luas, memerlukan lingkaran jalan-jalan luar bandar dan juga jalan- jalan pembangunan desa. Yang saya ringkaskan, berjumlah kedua-dua peruntukan ini RM16 juta. Ameniti sosial untuk menaik taraf surau, siar raya dan kemudahan tandas sebanyak RM3 juta daripada RM73 juta. Keseluruhannya berjumlah RM30 juta.

Saya dengan ikhlas menyampaikan suara pengundi dan penduduk Bukit Gantang kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan hati yang ikhlas.

Kalau diluluskan RM30 juta ini, saya juga nak melihat sejauh mana Kerajaan MADANI ini adil dalam memberikan peruntukan. Dalam Dewan yang mulia ini, saya mohon jika saya mendapat peruntukan ini untuk dibangunkan kawasan saya, saya akan bagi sokongan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri dan Kerajaan MADANI. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Saya jemput Yang Berhormat Tenom.

draft • 3:20 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada sidang Dewan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Puan Pengerusi, pertama saya akan membahaskan Butiran 01703 – Bekalan Elektrik Luar Bandar Sabah dan Butiran 01707 – Pemasangan Baru Lampu Jalan Kampung. Bagi memastikan sasaran 99 peratus liputan bekalan elektrik di Sabah menjelang tahun 2025 dapat dicapai, besarlah harapan Tenom agar usaha bagi memastikan akses kepada bekalan elektrik ini dapat dipercepatkan dengan kadar segera oleh pihak kementerian kerana keadaan ini juga telah menjejaskan pembangunan dan pengembangan aktiviti ekonomi di luar bandar dari segi pengeluaran, pemprosesan, pengedaran, penjualan dan pemasaran produk-produk yang dihasilkan oleh perusahaan mikro kecil dan sederhana.

draft • 3:24 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Menyentuh berkenaan keperluan mendesak oleh penduduk di dalam Parlimen Tenom antaranya adalah:

(i) pemasangan lampu-lampu jalan di kampung-kampung;

(ii) pemasangan tiang elektrik bagi mewujudkan talian grid bekalan elektrik ke kampung-kampung; dan

(iii) pemasangan solar yang dilengkapi dengan bateri untuk menyimpan tenaga yang dijana oleh panel solar bagi memastikan bekalan elektrik dapat digunakan pada bila-bila masa di kampung- kampung yang tidak ada kemudahan elektrik.

Justeru itu, besarlah harapan saya agar keperluan mendesak ini dapat dilaksanakan dengan kadar segera bagi memastikan para penduduk di Tenom mendapat akses kepada bekalan elektrik yang mampan dan berdaya harap demi untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam suasana yang lebih baik.

Puan Pengerusi, kedua saya akan membahaskan Butiran 02200 – Jambatan Luar Bandar, Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar dan Butiran 02400 – Jalan Perhubungan Desa. Saya memohon agar pihak kementerian dapat memberikan tumpuan dan perhatian untuk membaik pulih jalan-jalan dan jambatan-jambatan di kampung yang menjadi akses perhubungan utama penduduk dan para pelajar sekolah. Ketiadaan jambatan yang rosak dan musnah ini mengakibatkan para pelajar terpaksa mengambil risiko dengan menaiki perahu ataupun menyeberangi sungai sebagai alternatif untuk ke sekolah.

Justeru itu, saya merayu agar pihak kementerian dapat memberikan perhatian yang sewajarnya untuk membaik pulih jambatan ini bagi memastikan keselamatan mereka terjamin. Antara jalan raya dan jambatan yang memerlukan pembaikan semula dan bina baharu adalah:

(i) jalan raya antara Kemabong ke Inubai;

(ii) jalan raya Kampung Batu Teningkang – LIGS; serta

(iii) jalan-jalan kampung di Parlimen Tenom khususnya bagi DUN Kemabong dan Melalap.

Manakala bagi jambatan yang perlu dibina baharu dan baik pulih ialah:

(i) naik taraf Jambatan Penontomon;

(ii) jambatan gantung Kampung Kasia, Melalap, Kampung Mosolog, Kampung Pangi, Kampung Kalandos, Kampung Bangkulin, Kampung Bongon; serta

(iii) jambatan gantung rosak yang perlu dibaik pulih di kawasan Parlimen Tenom ini.

Puan Pengerusi, ketiga saya akan membahaskan Butiran 02003 – Bekalan Air Luar Bandar Sabah. Saya memohon agar pihak kementerian dapat segera menyelesaikan permasalahan bekalan air bersih terawat ke kawasan luar bandar, terutamanya di Tenom yang masih bergantung pada air sungai untuk kegunaan harian.

draft • 3:24 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Justeru itu, saya memohon agar pihak kementerian memberikan perhatian kepada usaha untuk mengatasi masalah bekalan air bersih di Tenom ini dengan menaik taraf loji rawatan air iaitu Loji Air Daerah Kemabong dan Loji Air Daerah Tenom.

Puan Pengerusi, keempat. Butiran 050600 – Elaun Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung. Saya memohon agar pihak kementerian dapat mengkaji semula kadar bayaran elaun yang diberikan kepada Pengerusi JPKK sebanyak RM500 dan setiausaha sebanyak RM300 yang diberikan pada masa kini adalah tidak selari dengan tanggungjawab berat yang dipikul oleh mereka untuk membangunkan komuniti setempat di kawasan mereka untuk mencakupi aspek projek pembangunan dan insaniah.

Puan Pengerusi, harapan saya agar setiap butiran yang dibahaskan ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya memandangkan ia berkaitan dengan kepentingan penduduk negeri Sabah khususnya di Parlimen Tenom.

draft • 3:24 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada Ahli Parlimen serta masyarakat beragama Hindu di seluruh negara.

Deepavali Valthukal mengakhiri ucapan, Tenom mohon menyokong.

[Tepuk]

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Tenom. Saya jemput Yang Berhormat Baling.

draft • 3:30 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Pengerusi, RISDA merupakan agensi yang berada di bawah Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah. Walaupun RISDA beroperasi berasaskan industri getah, ianya tidak diletakkan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi. Ianya menyebabkan agensi RISDA bertindih dengan Lembaga Getah Malaysia.

Bagi Butiran 030500 – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah

(RISDA). Peruntukan yang ditetapkan oleh kerajaan kekal dari belanjawan sebelum ini iaitu sebanyak RM200,000. Apakah kerajaan berhasrat untuk meletakkan agensi RISDA di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi? Apakah halangan yang menyebabkan RISDA tidak diletakkan di bawah kementerian ini?

Yang kedua, MARA. MARA berfungsi sebagai majlis bagi memaju, menggalak, memudah serta melaksanakan pembangunan sosioekonomi dan kemasyarakatan khususnya di kawasan luar bandar dari aspek pendidikan. Bagi Butiran 00604 – Institut Kemahiran MARA. Telah diperuntukkan sebanyak RM9.1 juta berbanding Belanjawan 2023 iaitu...

draft • 3:30 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman

YB Baling, YB Baling. Izinkan saya sedikit masa bagi mengalu-alukan kehadiran rombongan Ahli Majlis Daerah Sri Aman yang diketuai oleh Walikota Anthony Abell. Selamat datang dan selamat segulai sejalai. Thank you, terima kasih Yang Berhormat.

[Tepuk]

draft • 3:30 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Terima kasih. Peningkatan yang penting ini melihat kerajaan mempunyai langkah-langkah penting untuk pembangunan pendidikan melalui IKM.

draft • 3:30 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Mohon kerajaan menyenaraikan projek-projek di bawah IKM yang menyebabkan peningkatan tinggi berbanding belanjawan lepas.

Seterusnya, Butiran 00611 – Program GIATMARA. Juga mempunyai peningkatan berbanding belanjawan lepas daripada RM24 juta kepada RM40 juta pada tahun hadapan.

Kedua-dua agensi ini dilihat mempunyai matlamat yang hampir sama iaitu menjana pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar. Apakah program-program serta projek-projek yang ditawarkan oleh GIATMARA sehingga adanya peningkatan terhadap peruntukan belanjawan pada kali ini?

draft • 3:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Baling, Sik mohon sikit pencelahan. Terima kasih, Yang Berhormat Baling. Kebetulan Yang Berhormat Menteri kita bersama. Saya juga ingin bertanya berkaitan dengan program GIATMARA di Daerah Sik yang saya telah diberi maklum oleh waris dan para pelajar, GIATMARA Sik ini akan ditutup operasinya pada tahun depan.

Jadi, saya mohon pihak kementerian mempertimbangkan dengan sebaiknya. Sudah pastilah seluruh rakyat Sik memerlukan Pusat GIATMARA ini yang telah ditubuhkan sejak 1992 untuk dijadikan pusat latihan kepada anak-anak kita yang sangat penting untuk pendidikan kemahiran mereka. Saya memohon sangat pertimbangan sebaiknya kementerian untuk jangan menutup GIATMARA daerah Sik ini. Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Okey. Saya juga memohon pihak kerajaan untuk melihat dan memberi perhatian untuk menaik taraf GIATMARA di kawasan Baling yang kita rasa bahawa sudah kurang sesuai untuk anak-anak kita belajar di sana.

Akhir sekali, Butiran 020100 di mana daerah Baling salah satu daerah yang selalu dilanda banjir pada musim tengkujuh. Jadi, sejak banjir kepala air pada tahun 2022, banyak kerosakan jalan utama yang menjadi laluan untuk orang-orang kampung bekerja dan juga jambatan atau titi yang runtuh sehingga kini masih ada lagi yang belum dibuat pulih.

Jadi, harap minta kementerian memberi perhatian yang sepenuhnya kerana ia merupakan laluan utama penduduk-penduduk kampung untuk pergi ke tempat bekerja.

Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Baling. Saya jemput Yang Berhormat Bangi.

draft • 3:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Puan Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani kepada semua.

Terima kasih kerana peluang yang diberikan untuk membahaskan di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Saya ingin terus ke dalam perbahasan saya tetapi untuk memulakan perbahasan saya, saya ingin menyentuh apa yang dinyatakan dalam Buku Anggaran Perbelanjaan 2024 di muka surat 229 iaitu di bawah topik Kerangka Keberhasilan Kementerian, Program No.4:

Pembangunan Modal Insan dan Pendidikan di bawah Aktiviti 3 yang mana di situ tentang KEMAS disebut, “Memastikan pembangunan insan luar bandar yang cemerlang,

draft • 3:36 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

pembangunan masyarakat luar bandar yang berdaya saing dan akses pendidikan berkualiti kepada kanak-kanak luar bandar”.

Kata kunci di sini adalah ‘luar bandar’ tetapi realitinya Puan Pengerusi adalah, KEMAS bukan hanya berada di luar bandar tetapi ada juga di kawasan bandar seperti kawasan Bangi. Pada hemat saya, kementerian harus menyemak semula apa yang kita katakan dengan izin, statement of intent ini bagi KEMAS kerana ia bukan hanya membangunkan modal insan dan pendidikan di luar bandar tetapi juga bagi komuniti dalam bandar.

Contohnya, di Daerah Hulu Langat Puan Pengerusi. Banyak program-program KEMAS yang memberi manfaat kepada masyarakat walaupun dalam kawasan bandar. Jadi, mungkin pihak kementerian boleh menilai semula perkara ini yang mana saya akan balik semula kepada apa yang saya katakan ini.

Seterusnya kepada kod 040300 – perbelanjaan pengurusan untuk KEMAS. Saya sambut baik peningkatan perbelanjaan pengurusan. Daripada lebih kurang RM119 juta kepada RM126 juta untuk tahun hadapan khususnya saya melihat kenaikan perbelanjaan mengurus aset daripada RM350,000 tahun ini ke lebih kurang RM2.3 juta untuk tahun hadapan. Cuma pada peringkat ini, saya ingin mohon butiran daripada pihak kementerian mengenai peningkatan ini.

Kemudian kod 051400 – peningkatan peruntukan untuk Peralatan dan Kelengkapan Tabika atau Taska KEMAS daripada RM1 juta tahun ini ke RM1.25 juta pada tahun hadapan.

Saya fikir ini amat perlu malahan perlu lebih tinggi lagi kerana keadaan Tabika-tabika KEMAS ini kadangkala terlalu usang, Puan Pengerusi.

Pada masa yang sama, saya juga mohon butiran kod perbelanjaan pembangunan, kod 00400 – Pendidikan Awal Kanak-kanak bawah KEMAS. Saya lihat anggaran untuk tahun 2024 adalah lebih kurang RM7.6 juta. Puan Pengerusi, saya telah beberapa kali dijemput untuk hadir ke program-program Tabika KEMAS dan saya telah melihat secara dasarnya memang Tabika KEMAS ini kita tahu satu institusi yang banyak membantu masyarakat setempat dengan memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak dalam komuniti.

Di Selangor, saya difahamkan ada lebih kurang 1,205 Tabika KEMAS tetapi Puan Pengerusi, ini tidak cukup. Pihak kementerian perlu melihat untuk menambahkan lagi kelas- kelas bagi Tabika KEMAS. Saya bagi contoh, satu tabika di kawasan saya. Permohonan untuk tahun hadapan lebih daripada 100 orang tetapi boleh hanya menerima lebih kurang 20 hingga 30 orang sahaja, yang lain tidak mendapat tempat.

draft • 3:36 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya difahamkan bahawa di Selangor juga terdapat keperluan untuk lebih banyak cikgu KEMAS. Yang tadi saya sebut ada 1,000 lebih 1,025 tabika di Selangor tapi cikgu hanya ada lebih kurang 960 orang. Ada keperluan untuk mengisi kekosongan yang lebih kurang saya kira dalam 60 lebih orang untuk Selangor.

Saya juga telah melihat Puan Pengerusi dengan mata saya sendiri komitmen dan dedikasi cikgu Tabika KEMAS dan juga AJK Tabika KEMAS dan saya ingin merakamkan penghargaan saya di sini kepada semua cikgu dan AJK Tabika KEMAS dalam kawasan

draft • 3:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Parlimen Bangi. Penghargaan juga kepada warga kerja KEMAS Daerah Hulu Langat atas bakti dan sumbangan mereka. Saya nampak memang banyak program-program untuk komuniti.

Antara isu yang dibangkitkan oleh AJK Tabika KEMAS adalah berkenaan dengan sewaan Puan Pengerusi. Sewaan bangunan Tabika KEMAS di kawasan-kawasan bandar seperti Parlimen Bangi. Kita tahu kadar sewaan itu untuk premis adalah lebih tinggi daripada mungkin kawasan luar bandar.

Ada tabika yang menghadapi masalah untuk menampung kadar sewa ini memandangkan sewa ini lebih tinggi. Jadi, bila tak dapat tampung maka AJK pula yang kena cari dana untuk tampung. Sedikit satu lagi point Puan Pengerusi. Jadi, saya pohon supaya pihak kementerian melihat perkara ini dengan serius. Jika perlu tambah peruntukan, tambahlah. Saya percaya kami akan sokong.

Ini sebenarnya berbalik kepada apa yang saya katakan tadi. Sekiranya kita melihat KEMAS ini hanya sebagai satu jabatan untuk luar bandar sahaja mungkin ada perkara- perkara yang mana kita terlepas pandang yang kita tidak lihat. Contohnya seperti yang saya katakan tadi berkenaan dengan sewaan yang lebih tinggi di kawasan bandar.

Jadi, diharapkan pihak kementerian melihat perkara ini dengan serius. Dengan itu, saya akhiri perbahasan saya dengan mengucapkan Iniya Deepavali Nalvazhthukkal. Sekian, terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena.

draft • 3:40 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera Puan Pengerusi.

Butiran 030200 – Kesejahteraan Rakyat. Peruntukan yang disalurkan di bawah butiran ini mengalami peningkatan daripada RM237 juta kepada RM2,275 juta. Saya ingin mengetahui perincian, perancangan serta pelan tindakan yang telah dirangka melalui peruntukan di bawah butiran ini.

Pertama, apakah kementerian mempunyai perancangan terperinci mengenai langkah bagi memastikan program-program di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) sampai kepada golongan sasar yang ditetapkan.

Yang Kedua, saya jua ingin mengetahui langkah bagi memastikan SPKR yang dilaksanakan di bawah kementerian seimbang kepada wilayah-wilayah miskin di Semenanjung Malaysia, di Sabah, di Sarawak dan khususnya di kawasan Parlimen saya di Pokok Sena.

Puan Pengerusi, Butiran 030400 – Majlis Amanah Rakyat (MARA). Saya mempunyai beberapa persoalan di bawah butiran ini. Peruntukan yang disalurkan di bawah butiran MARA ini tertinggi berbanding butiran yang lain iaitu RM1.442 bilion bagi tahun 2024.

Soalan saya yang pertama, saya ingin mengetahui apakah kementerian mempunyai perancangan untuk memastikan pengarah anak-anak syarikat MARA mempunyai kelayakan

draft • 3:42 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

serta melalui tapisan yang ketat daripada SPRM. Ia bagi memastikan MARA dan anak-anak syarikat dapat menjalankan fungsi dengan penuh integriti dan penuh tanggungjawab.

Yang Kedua, sejauh mana audit dilakukan terhadap MARA dan anak-anak syarikatnya bagi memastikan ketelusan dan perancangan kewangan yang teratur dilaksanakan.

Yang Ketiga, saya ingin mengetahui senarai pelaburan di bawah MARA ketika ini sama ada di dalam mahupun di luar negara. Sejauh mana pelaburan ini dipantau bagi memastikan pulangan pelaburan yang tinggi kepada MARA.

Puan Pengerusi, Butiran 030500 – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Baru-baru ini laporan menyatakan kira-kira lebih daripada 500,000 hektar tanah kebun getah yang tidak bertoreh di seluruh negara. Antaranya disebabkan faktor pekebun yang sudah lanjut usia yang berhadapan kesukaran untuk menguruskan kebun sendiri.

Persoalan saya ialah ingin mengetahui apakah kementerian telah mempunyai suatu perancangan untuk mengatasi masalah berkenaan.

Kedua, saya ingin mengetahui lebih langkah pemutihan pekebun getah yang telah dilaksanakan oleh kementerian setakat ini serta apa pelan terkini bagi memastikan sumbangan kepada golongan berkenaan berhadapan dengan pelbagai kemungkinan musim tengkujuh yang tidak lama lagi.

Puan Pengerusi, Butiran 00620 – Program Penajaan Pendidikan MARA. Perkara ini saya suka untuk bangkitkan ialah ingin mendapat pengesahan lanjut mengenai Program Penajaan Pendidikan MARA. Berapakah sasaran penerima bantuan penajaan pendidikan di bawah MARA untuk tahun hadapan dan apakah kementerian meletakkan sasaran tertentu khusus untuk pelajar PhD dalam kalangan B40 yang mempunyai masalah kewangan untuk menyambung pengajian ke peringkat pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Jadi, itulah di antara persoalan-persoalan yang saya bangkitkan. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 3:42 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya jemput Yang Berhormat Libaran.

draft • 3:42 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Yang Berhormat Libaran sedikit Yang Berhormat Libaran? Sedikit sahaja.

draft • 3:42 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Boleh, boleh.

draft • 3:42 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Yang Berhormat Pengerusi yang hendak maklumkan di sebelah kanan ini adalah delegasi pasukan TVET MOU Belia Mahir di antara Belia Mahir dengan Tang Institute Private Limited di tengah hari tadi yang bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita dan juga Menteri KKDW.

Kami alu-alukan. Angkat tangan sedikit.

[Tepuk] Terima kasih.

draft • 3:42 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih Puan Pengerusi. Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahas peringkat Jawatankuasa

draft • 3:46 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Yang Amat Berhormat Bagan Datuk juga ada bersama.

Saya terus kepada Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. Puan Pengerusi, saya menyambut baik peruntukan yang besar kepada butiran Jalan-jalan Luar Bandar di mana kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.32 bilion pada tahun 2024.

Di kawasan Parlimen Sandakan masih banyak jalan raya kampung yang masih menggunakan batu kelikir, batu gravel dan tidak diturap seperti Kampung Sungai Memanjang, Kampung Kuala Gum Gum, Peringkat Dua hingga Kelima Rancangan Sungai Manila, Kampung Batu Putih, Kampung Bambu Hujung.

Saya merasakan sudah sampai masanya jalan raya di kampung-kampung ini diturap dengan sempurna bagi menjamin keselamatan serta keselesaan masyarakat luar bandar di kawasan saya. Justeru itu, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian berapakah jumlah peruntukan yang akan diberikan kepada Parlimen Libaran bagi menaik taraf jalan-jalan luar bandar seperti yang dinyatakan.

Butiran 02003 – Bekalan Air Luar Bandar Sabah. Puan Pengerusi, masih terdapat banyak komuniti di kawasan luar bandar terutamanya di negeri Sabah khususnya di Parlimen Libaran sukar untuk mendapatkan sumber air yang bersih.

Sebagai contoh Kampung Sungai Monyet, Kampung Semawang Laut, Kampung Dandulit, Kampung Pamaguan dan Pulau Nunuyan ini masih belum lagi menerima bekalan air bersih. Justeru melalui peruntukan sebanyak RM135.86 juta tahun 2024, saya ingin mengetahui berapakah peruntukan khusus yang disediakan kepada Parlimen Libaran bagi menyelesaikan isu bekalan air luar bandar.

Butiran 01707 – Pemasangan Baru Lampu Jalan Kampung. Puan Pengerusi, saya menyambut baik peruntukan sebanyak RM17.6 juta dalam butiran ini. Saya melihat terdapat keperluan mendesak untuk dipasang lampu di jalan kampung di Sabah khususnya di Parlimen Libaran.

Kata Yang Berhormat Ampang hendak mencari surat tiang elektrik hendak mencari surat beranak tetapi di Libaran tiang lampu pun tak ada. Nak macam mana dapatkan surat beranak. Saya berharap agar kementerian turun padang melihat sendiri keadaan kampung- kampung di Parlimen Libaran yang masih lagi tidak mempunyai lampu jalan. Keadaan ini sudah tentu akan membahayakan keselamatan penduduk kampung serta boleh mengakibatkan peningkatan kegiatan jenayah.

draft • 3:46 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Butiran 02401 – Amenities Social. Puan Pengerusi, saya ingin membawa satu isu kawasan Parlimen Libaran berkenaan keperluan pembinaan jeti baru di Kampung Pulau Libaran, Kampung Pulau Nunian, Kampung Pulau Pemaguan. Pada masa kini, jeti-jeti sedia ada di dalam keadaan kurang baik dan membahayakan keselamatan penduduk yang menggunakannya. Justeru, melalui peruntukan sebanyak RM73.6 juta dalam butiran ini saya berharap agar pembinaan jeti baru ini dapat dilaksanakan.

Butiran 0590 – Bantuan Makanan Tambahan KEMAS. Saya melihat kerajaan telah memperuntukkan RM140 juta pada tahun 2024 untuk Bantuan Makanan Tambahan KEMAS.

draft • 3:50 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Menerusi peruntukan ini, berapakah jumlah peruntukan bantuan makanan tambahan yang diperuntukkan untuk negeri Sabah, khususnya di Parlimen Libaran.

Saya juga ingin mengetahui, apakah kementerian ada melaksanakan pemantauan terhadap menu makanan yang disediakan di tadika KEMAS seluruh negara bagi memastikan makanan disediakan menepati standard makanan seimbang.

Seterusnya Butiran 02200 – Jambatan Luar Bandar. Saya ingin membangkitkan isu berkenaan penyelenggaraan jambatan. Terdapat keperluan untuk diselenggarakan penyelenggaraan jambatan di kawasan Kampung Tinosa 2 dan Kampung Batu Putih. Pada masa kini, jambatan separa konkrit untuk kedua kampung ini telah berusia hampir 10 hingga 11 tahun.

Saya merasakan sudah sampai masanya untuk diselenggarakan bagi memastikan keselamatan penduduk yang melalui jambatan tersebut. Juga termasuk membina jambatan penghubung daripada Lalasun ke Tanjung Pisau. Sehubungan itu, saya berharap menerusi peruntukan sebanyak RM57.1 juta pada tahun 2024 ini, dapatlah ia membantu menyelenggara dan membina jambatan tersebut.

Terakhir Puan Pengerusi melalui Butiran 05300 – Pusat Komuniti Desa. Melalui butiran ini saya melihat komuniti desa telah menerima peningkatan peruntukan dari RM3.25 juta pada tahun 2023 kepada RM4.74 juta pada tahun 2024.

Justeru itu, saya ingin bertanya melalui peruntukan ini apakah terdapat sebarang usaha oleh pihak kementerian untuk menambah baik kursus, bengkel serta program kemahiran komuniti yang sedia ada di pusat komuniti desa. Bagaimanakah kerajaan akan memastikan penyediaan program khusus serta bengkel yang dijalankan di pusat komuniti desa selari dengan keperluan Revolusi Industri 4.0. Sekian, terima kasih.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Saya jemput Yang Berhormat Arau.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang, salam sejahtera. Rakyat Malaysia, orang muda, tab tab screen guys. Apa khabar? Walaupun TikTok telah di-ban sehingga beberapa hari ini tetapi sudah pasti kawan-kawan yang sedang membuat liputan terus menerus bolehlah tumpang sekaki.

Yang Berhormat, saya juga nak ucap Happy Deepavali kepada rakyat yang beragama Hindu. Kepada kawan-kawan di sana, kami berbahas ini kadang-kadang ada nada-nada kami untuk mempersembahkan masalah rakyat. Yang paling penting ialah masalah rakyat dapat diketengahkan. Kadang-kadang ada perbezaan pendapat tetapi ini ialah perkara biasa dalam usaha untuk kita menyampaikan masalah dan kita harap masalah itu dapat diselesaikan.

Yang Berhormat, saya nak cakap dua Yang Berhormat. Sebab Yang Berhormat mari sendiri. Saya nak cakap dua topik saja, tidak mahu panjang. Yang pertamanya ialah 0200 – Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Asas, 020100 – Prasarana.

draft • 3:53 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah penambahbaikan infrastruktur yang telah dilakukan oleh kementerian bagi membantu peniaga-peniaga kecil terutamanya di kawasan luar bandar? Apakah bentuk kerjasama yang telah diwujudkan di antara sektor awam dan swasta bagi memacu kemajuan infrastruktur luar bandar dalam usaha mewujudkan ekonomi saksama?

Yang Berhormat, Kementerian Luar Bandar ditubuh lama dah, ditubuh daripada merdeka sampai sekarang tapi namanya luar bandar. Kita tahu banyak luar bandar sekarang sudah ada perubahan. Kita pi carilah kampung termasuk Bagan Datuk ke Arau, ataupun kampung kecil saja Tambun Tulang. Ini kampung ori punya. Orang Tambun Tulang ori punya tetapi kalau pergi Tambun Tulang sekarang, ori sudah tinggal mungkin 30 percent. Orang lain sudah meninggal, kemudian banyak yang tanah-tanah telah dijual. Orang luar yang masuk.

Saya percaya Bagan Datuk pun sudah ramai orang luar yang masuk, orang ori tak ramai.

Saya pun dengan Timbalan Perdana Menteri generasi yang kedua. Generasi ketiga sudah muncul, generasi keempat dan seterusnya. Jadi, perkara yang besar ialah kita duk bercakap pasal luar bandar. Sekarang kita minta satu pendekatan baru dibuat. Kerajaan ini nama Kerajaan Madani. Apa makna Madani Speaker, Pengerusi? Madani makna ialah menjurus ke arah perbandaran. Nabi SAW dilahirkan di Kota Mekah. Semasa kecil, baginda berada di luar kota, kawasan perkampungan.

Kemudian apabila berhijrah ke Madinah sehingga perkataan Madani itu kita ambil, dia duduk di bandar Madinah, Kota Madinah. Kemajuan kehidupan seseorang itu ialah di bandar. Sekarang ini luar bandar kena menjurus ke arah perbandaran. Maka, saya cadangkan supaya kementerian ini akan menjadi kementerian yang hebat kalau sekiranya kawasan pertumbuhan itu ditingkatkan.

Yang Berhormat, kawasan pertumbuhan ekonomi itu dijadikan bandar kecil.

Contohnya Pelangai. Orang Pelangai walaupun tidak undi kami, bagi kat BN tapi mana ada orang lain cakap pasal Pelangai. Shahidan Arau cakap pasal Pelangai. Pelangai tidak ada bandar, padahal penduduknya boleh ditubuhkan pusat pertumbuhan bandar sebab bila dibuat dulu kawasan FELDA, jalan kecil-kecil. Sekarang perbesarkan jalan, buat bandar di Pelangai, sebagai contoh. Demikianlah orang Pelangai, lain kali janganlah undi orang lain, undi kami sebab kami akan memperjuangkan nasib anda.

Okey, akhir sekali, saya minta supaya Menteri lihat aspek bagaimana nak jadikan kawasan luar bandar sekarang ini kawasan pertumbuhan bandar-bandar kecil. Dengan itu kita akan lihat peluang pekerjaan dapat ditingkatkan dan pemikiran bahawa orang terpaksa berhijrah ke bandar dah ada di bandar-bandar kecil yang akan...

draft • 3:53 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Arau, laluan Arau.

draft • 3:53 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, silakan.

draft • 3:53 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Setuju tak Arau bahawa peranan kementerian kita mencadangkan supaya setiap DUN diwujudkan bandar-bandar untuk setiap DUN di Malaysia. Setuju tak?

draft • 3:53 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sebahagian daripada ucapan saya masukkan itu. Itu yang terbaik. DUN-DUN semua ada satu bandar kecil.

draft • 3:53 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Arau.

draft • 3:53 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi sekejap lagi bila saya habis, Ampang boleh tanya soalan.

draft • 3:53 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Sedikit je Arau. Sedikit je nak tanya.

Sikit je nak tanya.

draft • 3:53 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Puan Pengerusi, kalau tidak nanti saya cakap ni jadi besar.

draft • 3:53 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Sikit je nak tanya.

draft • 3:53 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Bukit Gantang tidak ada bandarlah.

draft • 3:53 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Nak tanya, mana sesuai membandarkan kampung-kampung ini atau memodenkan kampung-kampung ini. Tidak semestinya dia bandar raya tapi...

draft • 3:53 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apa makna moden mak cik, maaf Yang Berhormat. Maaf, apa makna moden? Moden itu ialah bukan buat rumah elok, moden itu ialah aktiviti-aktiviti ekonomi. Jadi, Yang Berhormat– memodenkan luar bandar itu ialah aktiviti ekonomi. Bila aktiviti ekonomi wujud Yang Berhormat Puan Pengerusi yang dikasihi, wujud, maka itulah perbandaran. Lama-lama bandar ini kena pergi ke sana. Kuala Lumpur sudah sesak. Kita pergi Putrajaya, Shah Alam sesak. Jadi kita perkembangkan bandar.

Dengan itu rakyat Malaysia hidup dengan aman dan damai. Itu cara nak bagi rakyat Malaysia hidup aman dan damai. Jangan biar orang luar bandar terpinggir, orang bandar dapat segala kemudahan. Tidak boleh. Orang luar bandar juga jangan terpinggir tetapi jadikan mereka juga bandar.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, sebab ini benda penting ya.

draft • 3:53 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:53 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Iaitu program khusus 050600 – Elaun Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung. Ini Menteri Besar Perlis kata apa?

Menteri Besar Perlis kata, jangan hanya memilih kroni dalam jawatankuasa. Kerajaan Madani nampaknya cuba memecah belahkan rakyat.

Yang Berhormat Pengerusi, Yang Berhormat pengerusi faham, saya faham. Saya baru sekejap mari sini bila Yang Berhormat buang saya, saya duduk dekat sini sekejap ja tapi lama duduk dalam sana, lebih lama daripada Yang Berhormat. Yang Amat Berhormat lebih lama.

Yang Berhormat, sekarang ini Arau saya menang tetapi JPKK hanya dipilih daripada UMNO dan juga PKR serta Amanah. Yang menang kita. Sekarang ini Yang Berhormat, bagi adil sebab ini Kerajaan Perpaduan. Bagaimana nak wujudkan perpaduan kalau sekiranya tidak ada keadilan dalam membentuk JPKK? JPKK sekarang ini dapat elaun.

draft • 3:53 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Arau, Arau. Arau boleh tanya sikit Arau?

Waktu Perikatan Nasional jadi kerajaan, JPKK itu ada termasuk wakil daripada Pakatan Harapan tak? Ada tak? Boleh jawab?

draft • 3:53 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Duduk, duduk. Saya jawab.

draft • 4:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Waktu you jadi kerajaan, you tidak buat begitu.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Duduk, duduk.

draft • 4:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

You hendak kritik.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Duduk.

draft • 4:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Waktu you jadi kerajaan, you tidak lantik pun.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Duduk dulu.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk, Kota Melaka. Arau, sila gulung. Masa sudah tamat.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey. Sini saya diganggu.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, masa pun sudah tamat.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Cukup, cukup, jangan. Berhenti sebab saya tengah...

draft • 4:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya ganggu sebab you memberikan kenyataan yang tidak betul.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jangan! Nanti saya keluar satu perkataan bahaya.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jangan biadab waktu dengar saya berbicara, ya. Okey Yang Berhormat, saya minta supaya pembentukan JKK ini bagi keadilan.

Yang Berhormat, Kerajaan Perpaduan. Yang Amat Berhormat adalah seorang hebat dari segi agama. Bagaimana Yang Berhormat boleh buat hanya membenarkan parti yang kalah pilihan raya, dia sorang pula yang memerintah.

Saya tidak pernah masuk doa saya, doa saya. Saya berpuasa sampai hari ini, doa saya hanya ke beberapa orang. Saya tidak masukkan Timbalan Perdana Menteri sebab saya menganggap dia akan bagi keadilan. Perdana Menteri isytiharkan jangan bagi peruntukan.

Saya hendak dia bagi keadilan. Dia layak jadi Perdana Menteri.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akhir sekali, saya hendak tanya pada Yang Berhormat, berapakah elaun JKK yang telah dibagi pada pengerusi-pengerusi? Di Selangor, dia bagi RM1,500. Di Johor, RM1,200. Jadi, di Perlis berapa Yang Berhormat bagi?

Kalau Yang Berhormat boleh pertimbangkan semula, saya tak hendak banyak. Kalau tidak pun boleh masuk jawatankuasa pun tak apa. Bagi nampak kerajaan ini kerajaan adil, perpaduan. Kalau tidak, tolakkan perkataan perpaduan, tulis Kerajaan Madani perpecahan.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akhir sekali Tuan Pengerusi.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk. Masa sudah tamat.

Saya mahu jemput Yang Amat Berhormat Menteri...

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akhir sekali, akhir sekali Yang Berhormat Pengerusi.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

...Untuk menjawab.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey. Akhir sekali, saya minta supaya keadilan itu diwujudkan di mana-mana termasuk di Parlimen. Tetapi kalau Yang Berhormat hendak buat aniaya dekat kami tidak apa. Kami rela, reda tetapi jangan kepada orang-orang kampung, jangan kepada orang-orang bawah. Terima kasih Pengerusi.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa 25 minit.

Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Madani. Yang Berhormat Pengerusi, saya amat teruja dengan perbahasan yang telah dilontarkan oleh 24 rakan-rakan, Ahli-ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak. Yang terakhir itu lebih mencengkam perasaan saya. Mungkin beliau juga akan mengumumkan untuk bersama-sama dengan...

draft • 4:02 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya akan umumkan berapa orang daripada sana akan datang ke sini. Terima kasih.

draft • 4:02 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Pengerusi, sebelum saya meneruskan penggulungan ini, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah memperuntukkan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan penambahan yang agak ketara dalam peruntukan 2024.

Biarpun RM11.55 bilion ini bukanlah yang tertinggi, namun kita dapati bahawa dari segi peruntukan pembangunan sebanyak RM7.44 bilion adalah merupakan 64.4 peratus daripada seluruh peruntukkan kementerian ini. Ini memperlihatkan bahawa dari segi development expenditure (DE) KKDW diberikan peratusan peruntukkan yang paling besar.

Manakala untuk peruntukkan mengurus RM4.12 bilion merupakan hanya kira-kira 35.6 peratus daripada seluruh peruntukkan.

Peningkatan sebanyak 4.7 peratus atau sejumlah RM15 – minta maaf. Sejumlah RM513 juta peruntukan tambahan ini berbanding dengan peruntukan 2023 yang lalu memperlihatkan komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam kami menterjemahkan pelaksanaan agenda pembangunan di kawasan pedesaan ini. Kita ketahui bahawa seramai 8.1 juta penduduk Malaysia adalah penduduk yang tinggal di kawasan pedesaan atau kira-kira 24.5 peratus daripada seluruh penduduk Malaysia.

Untuk itu, saya ingin memberikan segmentasi terhadap persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Manakala, jawapan-jawapan secara terperinci selepas ucapan saya ini, saya akan berikan secara individu termasuk permohonan-

draft • 4:02 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

permohonan yang disebutkan di Dewan yang mulia ini kerana terlalu detail atau perinciannya terlalu banyak untuk saya sebutkan di sini.

Saya ingin menyebutkan kepada Ahli Parlimen yang terakhir daripada Arau yang mengharapkan pembangunan infrastruktur di bawa juga di kawasan-kawasan yang disebut oleh beliau dengan izin Pengerusi, kawasan ori. Beliau mengakui bahawa beliau bukan lagi ori kerana beliau generasi kedua. Ori-nya ialah mungkin datuk dan nenek dan ibu bapa beliau ya tetapi soal ini bukan ori atau tidak ori. Tetapi adalah soal bagaimana, soal madani iaitu memperbandarkan kawasan-kawasan pinggir bandar, yang di kawasan luar bandar ini.

Bukan hanya kita harus melihat dari segi physical development ataupun pembangunan lahiriah. Sebaliknya, kita harus menukar minda masyarakat yang menjadi kumpulan sasaran itu kepada minda bandar.

Saya ingin memaksudkan di sini ialah agar soal social mobility atau mobiliti sosial ini diberikan keutamaan. Ia bukan soal melakukan pembangunan di kawasan-kawasan pinggir bandar atau memperbandarkan kawasan-kawasan luar bandar. Tanpa berkompromi bahawa kemudahan infrastruktur, kemudahan komunikasi, kemudahan pendidikan, pembangunan usahawan dan juga kemudahan-kemudahan bagi mempertingkatkan apa yang dipanggil di- dalam ilmu sosiologi atau kemasyarakatan ialah supaya berlaku vertikal sosial mobiliti.

Ertinya berlaku perpindahan minda untuk meningkat taraf hidup supaya ia lebih baik daripada sejak kementerian ini ditubuhkan selepas kemerdekaan. Ini ketimbang atau berbanding dengan horizontal social mobility, di mana berlaku perpindahan ataupun penghijrahan daripada kawasan luar bandar ke pinggir bandar atau kawasan bandar.

Soal pokok sekarang ini, bagi KKDW ialah bagaimana harus ada perimbangan di antara pembangunan fizikal dengan pembangunan spiritual. Ini lebih penting supaya apa yang berlaku ialah...

[Membaca sepotong hadis] Ini hadis sahih Yang Berhormat Arau.

Bahawa tidak namanya bersyukur kepada Allah Taala jika tidak berterima kasih kepada manusia yang memberi. Dalam soal inilah rasa keterimakasihan itu jarang dapat dirasai oleh yang memberi kerana soal spiritual tidak diberikan suntikan kepada kumpulan sasaran.

Oleh sebab itu, perimbangan di antara fizikal dan spiritual diberikan keutamaan terutamanya di dalam soal pembangunan minda.

draft • 4:02 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Itulah sebabnya di antara perubahan yang dilakukan termasuklah merubah 10,843 tabika-tabika KEMAS. Dengan kurikulum yang sedia ada, dengan menukarkan kepada pra tahfiz. Ertinya, kurikulum yang ada diperkukuhkan dan kita masukkan kurikulum baru agar soal akidah, soal ibadah, soal sollah dan soal-soal keagamaan ini diterapkan di peringkat seawal usia anak-anak di tabika ini. Maka, dua hari yang lalu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong telah menyaksikan MOA (Memorandum of Agreement) dengan izin, antara KEMAS dengan Yayasan Pahang yang telah melaksanakan program yang sama di 21 tadika Yayasan Pahang, di negeri Pahang bersama-sama dengan Yayasan PINTA yang menaungi maahad tahfiz di seluruh negara dan juga UPSI iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi penyediaan pedagogi atau kaedah pengajaran kepada guru-guru KEMAS ini.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Dalam hal yang demikian, pembandaran minda ini dilakukan bukan hanya pembandaran fizikal supaya kita tahu bahawa akan ada rasa syukur oleh kumpulan sasaran di kawasan pedesaan ini...

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, minta penjelasan.

Sabda Rasulullah SAW, [Membaca sepotong hadis] Jadi, kalau Allah... [Membaca sepotong hadis] [Berucap dalam bahasa Arab] Allah tidak menerima syukur orang yang tidak berterima kasih. Orang yang tidak berterima kasih kepada manusia, Allah tak terima syukur. Saya setuju. Yang Berhormat, kita bersyukur alhamdulillah, tak ada masalah. Tetapi bukan suruh undi, kalau tak undi tak bersyukur. Tak, undi lain. Tetapi bersyukur, semua orang berterima kasih.

Tak apa yang itu Yang Berhormat. Yang kedua ialah saya bukan maksud tadi — Saya maksud ialah kawasan pertumbuhan di kampung itu wujud kawasan pertumbuhan. Kita boleh namakan bandar kecil, lepas itu jadi bandar. Tapi yang dimaksudkan ialah kawasan pertumbuhan dan cadangan Yang Berhormat itu untuk membandar memindakan itu, kalau boleh Yang Berhormat terangkan atau bagi secara bertulis. Apakah bentuk yang hendak dimasukkan di situ? Apakah dengan kita berterima kasih dekat manusia, maka itu ialah tanda- tanda perubahan daripada kampung kepada bandar ataupun kita membina kawasan pertumbuhan dan masukkan sekali apa yang Yang Berhormat sebut maahad tahfiz dan sebagainya.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kita lihat apa yang berlaku ialah penurunan peratusan penghijrahan penduduk luar bandar, desa ke kawasan pinggir bandar, ke bandar telah menurun. Dulu ianya berada di tahap melebihi 3.9 peratus, tetapi sejak infrastruktur dan kemudahan-kemudahan yang saya sebutkan ini dibawa ke luar bandar, ianya telah menurun kepada 3.4 peratus. Ini memperlihatkan satu perkembangan yang baik. Kadar kemiskinan juga telah menurun daripada 3.4 peratus, kini telah menurun kepada 2.9 peratus.

Pengerusi, ini adalah perubahan-perubahan yang bagi saya pendekatan ialah penduduk di kawasan luar bandar juga harus diberikan keadilan dan bukan hanya mereka yang tinggal kawasan bandar sahaja untuk diberikan pembangunan dan sebagainya. Ini termasuk soal bagaimana MRSM yang di bawah MARA, program-program Ulul Albab yang kita menggunakan pendekatan agama tanpa kita mengetepikan pendekatan profesional, akademik dan teknikal. Kita lakukan perubahan ini.

Saya nyatakan di Dewan yang mulia ini untuk menyatakan perkara-perkara yang sedemikian sebab kita tidak mahu dengan izin, kementerian ini stagnant dengan program yang lama. Tetapi dengan tidak untuk mengetepikan apa yang telah disumbangkan oleh kepimpinan terdahulu dalam kementerian ini, tetapi kita dengan izin, improvise beberapa pendekatan...

draft • 4:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Pendekatan ini telah dapat memberikan keberkesanan yang cukup baik.

draft • 4:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Amat Berhormat Bagan Datuk, sikit. Dato’ Pengerusi, Yang Amat Berhormat Bagan Datuk, saya memuji dan

draft • 4:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

mengucapkan syabas kerjasama di antara KEMAS dan Yayasan Pahang tempoh hari. Ini merupakan satu langkah yang ke hadapan. Saya meneliti ucapan, jawapan daripada Yang Amat Berhormat Tambun berkaitan keadilan kepada masyarakat luar bandar. Bagaimana pandangan Yang Amat Berhormat Bagan Datuk sekiranya keadilan juga perlu diberikan kepada masyarakat di luar bandar tentang kefahaman literasi kewangan?

Bagaimanakah modul yang harus diterapkan di peringkat KEMAS supaya anak-anak di luar bandar lebih memahami tentang pergerakan dan peluang ekonomi masa hadapan dan pengurusan kewangan yang akhirnya sekiranya kita tak ajar mereka di peringkat awal usia, ia juga akan membebankan. Kerana apa, apabila kita hadapi kekangan ekonomi ketika ini, masalah yang utamanya ialah bukan masalah ekonomi atau gaji mereka, tetapi bagaimana pengurusan kewangan. Saya memohon pandangan Yang Amat Berhormat Bagan Datuk.

draft • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Jelutong juga ingin mengambil bahagian dan memuji langkah- langkah yang diambil oleh kementerian dan Yang Amat Berhormat terutamanya di desa dan juga berkenaan dengan KEMAS. Kerana pendidikan awal yang kita berikan kepada kanak- kanak di luar bandar, di desa adalah begitu penting. Saya terpanggil untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah, terima kasih kepada penggulungan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kerana kita lihat kesungguhan untuk meningkatkan lagi kemudahan-kemudahan di luar bandar.

Kita dikejutkan baru-baru ini oleh seorang yang memegang falsafah kedoktoran yang membuat kenyataan-kenyataan mengaitkan parti DAP dan pemimpin-pemimpinnya dengan komunis. Saya terkejut apabila saya mendapati bahawa beliau merupakan seorang ustazah dan mempunyai falsafah kedoktoran daripada USM.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Mana ada kaitan, tak ada kaitan langsung.

draft • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

So, sebab itu saya ingin menyatakan — Ada kaitan, ada kaitan. Tuan Pengerusi, saya...

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apalah. Ini luar bandar. Yang Berhormat, ini tak ada kaitan.

draft • 4:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Ada kaitan.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jelutong bukan luar bandar, bandar.

draft • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ada kaitan.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia cakap ini tajuk lain. Kalau semua hendak cakap...

[Sistem pembesar suara dimatikan]

draft • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Arau, floor — Yang Berhormat Arau, floor ini floor Menteri. Siapa yang diberi ruang, beliaulah yang akan bercakap. Teruskan.

draft • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Pengerusi, jadi saya menggunakan kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan kesungguhan kementerian untuk meningkatkan punca-punca maklumat dan juga kemudahan-kemudahan di luar bandar

draft • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

supaya kanak-kanak kita lebih cerdik, pandai dan lebih celik tentang sejarah. Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih Paya Besar dan Jelutong.

Paya Besar mantan Timbalan Menteri Kewangan. Jadi, kualiti itu masih ada lagi dan layak.

draft • 4:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Bagi saya, yang penting soalan pendidikan awal dalam pengurusan kewangan ini dibuat secara sattle dengan izin, ya. Sattle ini kita buat melalui 3M, membaca, mengira dan yang penting juga ialah soal minat. Kita harus menanamkan minat itu daripada awal dan saya ambil kira Ketua Pengarah KEMAS pun ada di sini. Dia mendengar cadangan Yang Berhormat, insya-Allah kita akan masukkan. Tetapi, kerjasama dengan Yayasan Pahang ini belum pernah dibuat sebelum ini. Hanya KEMAS yang telah melakukannya.

Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, ini adalah setelah saya mengadap Tuanku Yang di-Pertuan Agong, ini Titah Baginda, didapati bahawa apabila proof of concept ini telah berjalan selama enam bulan, kita dapati kurikulum Yayasan Pahang itu adalah yang terbaik dari segi pengurusan pra tahfiz ini.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Untuk Jelutong, saya ucapkan terima kasih kerana pendidikan awal ini kita lakukan paradigma perubahan ya. Tetapi untuk menuduh seseorang itu komunis dan sebagainya, saya setuju supaya tidak ada buta sejarah terutamanya bagi mereka yang menyebutkan perkara itu [Tepuk] . Saya fikir walaupun kita mempunyai kekebalan di Dewan yang mulia ini tapi kita mesti bercakap berdasarkan ada fakta, bukan dengan tuduhan kepada seseorang apatah lagi kepada mana-mana parti politik di negara ini.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Pengerusi, saya ingin menyebutkan...

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Pengerusi.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...tentang JAKOA...

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, saya nak maklum bahawa kenyataan yang dikeluarkan itu di luar Dewan, di Kemaman. Bukan di dalam Dewan. Jadi, kalau gitu kenapa di bawa masuk dalam Dewan? Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Itu kita bahas selepas saya menutup nanti.

Saya belanja Yang Berhormat Arau dan lain-lain untuk makan. Selepas berbuka nanti insya- Allah. Tentang Orang Asli, Jabatan Orang Asli (JAKOA). Kesejahteraan hal ehwal Orang Asli, soal pendidikan Orang Asli, projek-projek bantuan Orang Asli di mana saya ingin maklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa Yang Berhormat Pengerusi yang sedang mempengerusikan peringkat Jawatankuasa sekarang ini secara rasminya telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Hal Ehwal Orang Asli.

[Tepuk] Kerana secara kebetulan Ketua Pengarah Orang Asli adalah adinda kepada beliau.

Apa yang diperlukan sekarang ini bukan sekadar soal pembangunan. Soal Akta Orang Asli sendiri 1953 harus dilihat semula terutama kita harus menghormati kawasan rayau ataupun tanah yang menjadi punca rezeki kepada Orang Asli. Walaupun kita tahu bahawa kawasan rayau ini atau tanah ini adalah kuasa kerajaan negeri tetapi engagement sedang

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

dilakukan oleh pihak JAKOA dengan kerajaan negeri kerana kita harus menghormati hak Orang Asli di kawasan yang menjadi petempatan bagi mereka.

Untuk itu, saya ingin menyebutkan di Dewan yang mulia ini, saya memberikan keutamaan pendidikan kepada Orang-orang Asli. Tahun hadapan, JAKOA telah mensasarkan 400 Orang-orang Asli, pelajar Orang Asli akan masuk ke IPTA atau IPTS. Tahun lepas, mereka telah mensasarkan agar 300 masuk ke universiti. Pencapaiannya ialah 350. Saya yakin walaupun sasarannya ialah 400, mereka akan dapat lebih daripada sasaran itu dan saya yakin mungkin 500 pelajar-pelajar Orang Asli akan dapat masuk ke universiti-universiti.

Saya ucapkan tahniah secara peribadi kepada Ketua Pengarah JAKOA atas pencapaian ini.

draft • 4:20 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Menteri, saya pernah mencadangkan kerajaan wujudkan Suruhanjaya Orang Asal. Makna, kita upgrade lagi Orang Asli dan juga Orang Asal daripada Sabah dan Sarawak supaya kita boleh memperkasakan Orang-orang Asal di dalam negara Malaysia ini. Tak silaplah, Menteri hari itu jawab pada saya akan dibincangkan. So saya nak tahulah update-nya. So, sudah dibincangkan ke belum? So, kita kena – saya lihat di New Zealand katakan, Orang Asal memang kita jelas melihat ketara dia telah di-upgrade- kan, memang mereka identiti jelas. Siapa-siapa yang datang ke New Zealand. Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat kebetulan Residen Jeneral New Zealand yang datang adalah Orang Asal dan apa yang telah dilakukan oleh Ketua Pengarah JAKOA, perbincangan dengan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand mengenai perkara ini.

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kapar kerana suruhanjaya ini sedang di – dengan izin, is already in the pipeline untuk kita lihat bersekali dengan pindaan kepada akta untuk Orang Asli.

draft • 4:20 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Alhamdulillah, new history.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Insya-Allah will be your legacy, dengan izin. Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya ingin juga menyebutkan mengenai RISDA.

Kenapa RISDA tidak dimasukkan di bawah Kementerian Komoditi? Kerana untuk Kementerian Komoditi ini, menjaga kawasan-kawasan perladangan. Manakala, di bawah RISDA adalah menjaga pekebun-pekebun kecil. Penyelarasan dilakukan di dalam perkara ini.

Pendekatan kerajaan sekarang ini tidak lagi cara silo tetapi RISDA dan Kementerian Komoditi mengadakan program-program bersama terutamanya di dalam penanaman semula ataupun kawasan-kawasan baharu dan umpamanya bukan sahaja Bantuan Musim Tengkujuh (BMT), penggunaan getah lateks oleh pekebun kecil dan sebagainya.

Saya ingin menyebutkan bahawa Menteri Kewangan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mempertingkatkan harga lantai getah di mana dulunya dalam Bajet 2023, dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM2.70. Untuk Bajet 2024, dinaikkan kepada RM3.00.

Ini memperlihatkan keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menjaga kebajikan dan juga menentukan bahawa soal sara hidup dijadikan keutamaan untuk pekebun-pekebun kecil. Peningkatan ini sebelum ini tidak pernah dilakukan. Maka, di dalam

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

hal yang begini, penyelarasan ini dilakukan dengan kementerian yang lain tetapi yang penting terdapat beberapa program sosial yang dilakukan dengan pihak RISDA.

FELCRA kita melakukan pendekatan yang sama. Umpamanya, kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dari segi food security iaitu dengan menambahkan kawasan bukan hanya di MADA dan kawasan-kawasan sawah yang lain tetapi untuk di Sabah dan Sarawak.

Saya juga ingin menyentuh mengenai Lembaga Kemajuan Wilayah yang lain. Saya yakin jawapan-jawapan ini untuk tiap-tiap Ahli Parlimen telah ada di sini termasuk Arau. Saya akan berikan secara terperinci dan saya mengucapkan terima kasih kepada pegawai- pegawai KKDW, agensi-agensi yang sangat efisien menyediakan setiap jawapan, immediately dengan izin [Tepuk] . Immediately selepas Yang Berhormat berucap.

Jadi, saya tidak tunggu hari Isnin Yang Berhormat untuk memberikan jawapan ini dan pegawai-pegawai saya akan mengedarkan jawapan ini secara terperinci. Asalkan Yang Berhormat tidak meninggalkan kerusi masing-masing. Saya ucapkan....

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, dalam Yang Berhormat mencadangkan perubahan minda semua itu. Apakah seseorang yang berprinsip dia pegang kepada prinsip, tiba-tiba dia tukar. Apakah itu juga perubahan minda? Contohnya, macam Yang Berhormat kata ramai lagi akan pergi ke sana. Apakah mereka telah disalah didik ataupun tidak? Sebab apa, mereka mesti dididik mempunyai prinsip perjuangan. Kalau telah putuskan begitu, begitulah. Dulu Jelutong kata, “UMNO celaka”. Dia tak minta maaf sampai sekarang. Yang Berhormat nak biarkan dia berterusan demikian rupa?

draft • 4:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Arau ada prinsip ke Arau?

draft • 4:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pengerusi, Pengerusi. Saya minta Arau tarik balik perkataan tersebut yang beliau katakan terhadap UMNO. Saya minta tarik balik. Ia telah diungkapkan. Saya minta beliau tarik balik kenyataan “UMNO celaka” itu.

Saya minta tarik balik.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak. Saya tengok video.

draft • 4:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No. Saya minta Arau tarik balik!

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia cakap, dia bercakap. Saya tengok video.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

draft • 4:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jelutong, Jelutong. Kalau Arau ada prinsip, kenapa apabila tak jadi calon, dia terus lompat pergi lain parti?

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hey, Kota Melaka jangan biadab. Saya cakap dengan dia.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Arau.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat-Yang Berhormat decorum, tolong. Sekarang, saya persilakan Yang Berhormat Jelutong, bangkit apa yang hendak dibangkitkan itu.

draft • 4:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Pengerusi.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Untuk rekod.

draft • 4:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya membangkitkan Peraturan Dewan 36(4). “Menggunakan bahasa yang kurang sopan dan biadab”. Yang Berhormat Arau telah mengeluarkan kenyataan “UMNO celaka”. Saya minta beliau tarik balik perkataan itu dan minta maaf. Dulu daripada UMNO sendiri. Sekarang nak ungkapkan perkataan-perkataan itu terhadap UMNO. Tak malu ke?

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya cakap tadi...

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dah.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Saya...

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar. Yang Berhormat, saya tak panggil Yang Berhormat berdiri.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, okey. Saya okey. Okey, okey.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Nanti sekejap. Saya, saya, saya, saya akan bagi giliran. Alright. Baik. Apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Jelutong telah direkodkan. Sekarang Yang Berhormat Arau sila berdiri bagi penjelasan. Baru boleh saya buat keputusan.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak, saya menyebut tadi contoh supaya Yang Amat Berhormat telah bagi jawapan yang hebat. Dia patut duk tempat Perdana Menteri.

Tetapi, saya kata tentang, dia sebut tentang, perubahan minda supaya dibandarkan orang luar bandar...

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Bab –Yang Berhormat, Yang Berhormat...

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi saya tanya bila orang...

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Let us cut short.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi saya kata, Jelutong kata...

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dengar sini, dengar saya. Apa yang dibangkitkan oleh Jelutong adalah bahagian mengatakan ‘UMNO celaka’...

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya bukan kata –Dia kata...

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Jadi, saya tak mahu, saya tak mahu panjang-panjang cerita lain. Saya nak buat keputusan...

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Frasa itu, yang frasa yang disebut oleh Yang Berhormat Jelutong adalah ‘UMNO celaka’. Benda tersebut...

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tak kata ‘UMNO celaka’. Saya kata dia kata.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya lah. Yang Berhormat, benda itu telah diungkap oleh Yang Berhormat di dalam Dewan ini. Ya, dengar sini, bagi saya habis.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Jadi apa yang dibangkit oleh Yang Berhormat Jelutong adalah phrase itu. Boleh Yang Berhormat jelaskan apa niat dan tujuannya?

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya nak sebut di sini, dia sebut perkataan itu, dia tak pernah minta maaf. Jadi, cara kita nak wujudkan manusia yang ada prinsip. Dia cakap benda itu! Ada video telah di-viral-kan.

draft • 4:30 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Di-viral-kan banyak kali.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia tak minta maaf! Shahidan tak mungkin kata kepada UMNO. UMNO akan bersama dengan kami tak lama lagi.

[Ketawa] Tidak ada masalah.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya...

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini, mereka itu yang akan pergi ke sana.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

UMNO akan bersama dengan kami.

Kami perjuangan yang sama.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tarik balik, tarik balik.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia kata UMNO celaka. Dia kata.

Shahidan tak mungkin kata.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sudah.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Cukup ya?

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya dah bagi ruang untuk menjelaskan dan saya berpuas hati apa yang saya dengar itu.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya,ya.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya akan buat ruling. Baik.

Ungkapan tersebut adalah jelas telah dinyatakan di dalam Dewan ini. Baik dan saya dengan ini meminta Yang Berhormat untuk tarik balik.

[Tepuk] Baik.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya nak tarik yang mana satu Yang Berhormat?

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

UMNO celaka itu.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dak, yang itu dia kata. Bukan saya kata.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tapi Yang Berhormat, ungkapan itu disebut oleh Yang Berhormat. Faham dak?

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini video...

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dalam Dewan, dalam Dewan ini. Saya tak– Di luar itu saya tak akan ambil kisah dan peduli dalam keputusan saya kerana itu di luar. Subject to the civil suit. Di dalam Dewan ini, yang menentukan adalah Pengerusi.

Jadi, ungkapan itu telah diungkap oleh Yang Berhormat. Walaupun Yang Berhormat menyatakan Yang Berhormat Jelutong menyatakan, bercakap. Tapi yang bercakap ‘UMNO celaka’, itu adalah Yang Berhormat. Jadi, saya putuskan Yang Berhormat tarik baliklah.

draft • 4:30 PM

Beberapa Ahli

**[****Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Tarik balik.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya kalau perkataan itu tak boleh disebut di dalam Dewan, kepada Yang Berhormat, tak ada masalah. Tetapi, dia kena minta maaf sebab dia sebut perkataan itu.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi– bukan, saya minta maaf ini bukan kepada ini. Tapi saya...

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dia, dia punya isu ini senang saja Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya akan hantar video kepada Yang Berhormat nanti.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Isunya senang. Perkara ini senang saja. Yang Berhormat ada nyata, ada ungkap. Sekarang saya buat keputusan tarik balik. Itu saja.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dak, saya– Maaf Yang Berhormat.

Saya tak akan melawan punya. Saya orang buat, dilahirkan dari orang yang baik.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sebab itu saya masuk PAS.

draft • 4:30 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Arau puasa kan? Tarik balik.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tapi saya beritahu Yang Berhormat, saya kata, dia kata. Yang kalau saya kata kepada UMNO, kalau saya minta maaf, menunjukkan saya kata. Saya tak kata!

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat benda ini, benda ini very simple saja. Ungkapan itu. Saya dah arahkan tarik balik.

Saya nak tahu Yang Berhormat tarik balik dak, itu saja.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, ungkapan itu tak apa.

Kalau Yang Berhormat kata– Sebab saya betul-betul tak faham. Hari ini, hari yang paling tak faham ya. Saya tak kata, saya kata dia kata. Dia tak pernah minta maaf! Timbalan Perdana Menteri. Jadi, saya ungkapan itu...

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau tak boleh disebut di dalam Dewan ini, saya minta maaf. Saya tak, saya boleh tarik balik. Tapi saya tak kata...

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Saya terima.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...dekat UMNO. Taubat saya tak kata dekat UMNO.

[Ketawa] Sebab UMNO akan datang kawan dengan kami.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Puak-puak UMNO...

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Cukup Yang Berhormat.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...UMNO akan tinggal puak-puak itu.

draft • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, cukup.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, dia kata dekat UMNO...

draft • 4:30 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Arau, Arau, sayang UMNO lagi ya?

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya akan report dia kata dekat UMNO.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik Yang Berhormat. Saya dah terima tarik balik itu. Duduk Yang Berhormat. Kita nak terus...

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya. Tapi saya tak tarik dekat Jelutong.

Saya tak tarik.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya nak teruskan...

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia kata dia tak pernah minta maaf.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Perkara itu...

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Orang UMNO ingat sini. Jelutong kata...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, decorum duduk.

[Ketawa] Baik. Kita teruskan dengan Aturan Mesyuarat. Allahuakbar. Sakit jantung dibuatnya.

[Ketawa]

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Speaker, selamatkanlah Dewan ini Speaker.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

[Ketawa] Baik, kita balik kepada aturan Majlis ya. Yang Berhormat-Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM4,115,413,600 untuk Kepala B.22 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.22 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.22 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.22 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 4:30 PM
Kepala B.23 [Jadual] – Kepala P.23 [Anggaran Pembangunan 2024] –

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Berikutnya kita terus ke kementerian seterusnya iaitu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Kepala Bekalan B.23 dan Kepala Pembangunan P.23 di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim terbuka untuk dibahas. Setiausaha Dewan. Baik.

Mengikut senarai, sejumlah 22 Ahli Yang Berhormat akan berbahas. Dimulakan dengan senarai seperti berikut– Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Saratok, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Kota Belud.

Saya mempersilakan Yang Berhormat Ledang untuk mulakan.

draft • 4:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih atas peluang kepada Ledang untuk membahaskan anggaran perbelanjaan bagi Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim peringkat Jawatankuasa ini. Bagi perbahasan hari ini, saya ingin berkongsi hemat merujuk Butiran 060300 – Pengairan dan Saliran. Saya mulakan perbahasan pada hari ini dengan berkongsi petikan lirik lagu nyanyian Francissca Peter, Francissca Peter.

Orang-orang muda mungkin tak kenal. Kepala Batas mungkin tak kenal, Muar mungkin tak kenal. Tapi, orang lama macam Kinabatangan kenal.

draft • 4:37 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Kenal, kenal, kenal.

draft • 4:37 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Kenal ya?

draft • 4:37 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Nyanyi, nyanyi.

draft • 4:37 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Saya tak boleh nyanyi nanti hujan.

draft • 4:37 PM

Seorang Ahli

[Ketawa]

draft • 4:37 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:37 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Tapi lagu dia berkaitan dengan hujan.

“Hujan bagai mutiara, seri seribu warna, oh la, la, indah alam tropika.” Itulah lebih kurang.

Tuan Pengerusi, kita negara kita ini, dianugerahkan dengan iklim tropika yang banyak manfaatnya. Namun memang ada cabarannya. Sebagai sebuah negara yang beriklim tropika, Malaysia secara amnya ada dua musim. Musim basah dan musim kering.

Seperti yang diumumkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia tempoh hari, Malaysia dijangka memasuki musim basah dalam masa terdekat ini. Menurut Ketua Pengarah Jabatan

draft • 4:37 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Meteorologi Malaysia, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Barat Sarawak. Namun sebenarnya, yang sudah pun kena banjir, hadapi banjir ialah di Selangor dan Perak.

Jadi, cuaca sangat-sangat tidak menentu. Ini tentunya menggusarkan rakyat di negeri-negeri ini termasuk saya sebagai wakil rakyat di Parlimen Ledang, Johor terhadap kebarangkalian bencana banjir yang melanda. Justeru, hari ini, saya ingin menyinggung tugas kementerian dalam fokus untuk mengurus sumber air secara lestari bagi mengurangkan risiko banjir. Saya ingin mengucapkan tahniah atas keprihatinan kerajaan dalam hal ini dengan pengumuman sebanyak 33 projek dengan nilai RM11.8 bilion untuk rancangan tebatan banjir yang akan datang. Saya mohon untuk Menteri memaklumkan senarai projek yang akan dilaksanakan di Johor terutamanya, dalam kawasan daerah Tangkak, sekiranya ada.

Berkaitan hal ini juga, merujuk...

draft • 4:37 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ledang? Sikit saja, sikit saja.

draft • 4:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Sila, Bangi.

draft • 4:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey. Bercakap tentang Rancangan Tebatan Banjir itu, minta juga Menteri untuk maklumkan status RTB Sungai Langat yang dijadualkan.

Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Ya. Masukkan dalam ucapan saya.

Berkaitan hal ini juga, merujuk kepada kenyataan Menteri, pada 18 Oktober yang lepas, berkaitan pelaksanaan projek menangani banjir mengikut keutamaan, saya ingin mendapatkan pencerahan.

Apakah kriteria terperinci kawasan ‘panas’ yang diberi keutamaan tinggi itu? Dan, bersangkutan hal ini juga, mohon dijelaskan kos terlibat dalam pelaksanaan projek menangani banjir berkeutamaan tinggi ini dan kadar manfaatnya kepada rakyat terutama penduduk di kawasan panas ini.

Tuan Pengerusi, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang saya sudah menyebut tentang perihal pengairan dan saliran ini, saya mohon Menteri untuk memberi penjelasan yang terperinci berkenaan projek lewat atau projek sakit yang melibatkan usaha menangani banjir.

Bukan apa, Tuan Pengerusi. Seperti yang saya dimaklumkan, dalam daerah Tangkak sendiri, ada satu projek lewat yang saya ingin memohon penjelasan daripada pihak Menteri iaitu projek RTB Lembangan Sungai Muar, pembinaan pintasan Tanjung Olak yang mengguna pakai kos sebesar RM134.97 juta.

Setakat hujung Oktober ini, saya dimaklumkan projek ini sudah mengalami kelewatan sehingga tujuh peratus malah sudah ada enam EOT ataupun lanjutan tempoh masa. Enam kali lanjutan tempoh masa yang wujud dalam projek ini. Mohon Menteri jelaskan, memandangkan projek ini menggunakan kos yang besar dan ada keutamaan untuk diselesaikan sebaik mungkin supaya kesan akibat bencana banjir ini dapat diuruskan dengan

draft • 4:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

baik dan ianya memberi kesan kepada beberapa buah kawasan kampung, terutamanya di kawasan Teluk Rimba, di kawasan Pengkalan Besar, di kawasan-kawasan yang lain juga.

Saya ingin bertanya juga, status penggalian muara Sungai Kesang yang kerap kali sudah pun dibangkitkan dalam Dewan ini. Mohon untuk dapatkan juga status berkenaan dengan projek penggalian muara Sungai Kesang. Sebagai penutup, mohon Menteri juga menjelaskan kadar keberkesanan sistem amaran awal banjir yang diguna pakai dan apakah perancangan langkah baharu yang akan dilaksanakan dalam mengurus banjir selain daripada sistem amaran awal, rancangan tebatan banjir dan lain-lainnya. Sekian, terima kasih, Pengerusi.

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Ledang. Dipersilakan Yang Berhormat Kubang Kerian.

draft • 4:40 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Bagi memulakan perbahasan di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, saya ingin merujuk kepada Butiran P15300 - Mengorek muara sungai atau kuala sungai, di mana sebanyak RM172.82 juta diperuntukkan daripada jumlah keseluruhan.

Cuma, saya ingin dapat penjelasan berhubung dengan beberapa aduan daripada – khususnya daripada penduduk setempat tentang kesan banjir yang serius. Ada tiga. Yang pertama, dekat muara Sungai Kemaman, status hingga terkini. Yang kedua, Kuala Kuantan dan Sungai Golok Fasa 2 dan Fasa 3.

Ketiga-tiga kawasan ini sebenarnya menyumbang kepada keadaan banjir yang sangat serius di kawasan tersebut. Sekiranya projek ini tidak dimulakan, saya fikir ia akan meninggalkan kesan kerosakan yang sangat besar. Butiran P3000, menaik taraf, membaiki empangan berisiko tinggi. Saya merujuk kepada satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak kementerian pada 2 Oktober 2023 di mana, ada satu kajian dibuat oleh Pasukan Flying Squad tentang lapan empangan yang berisiko tinggi.

Ada dua empangan yang sangat kritikal. Saya sebut – saya baca sini. Oleh itu, NRECC memberi perhatian yang serius akan risiko kegagalan struktur empangan seperti terjadi di Libya baru-baru ini. Malah, Empangan Cereh di Pahang – Empangan Cereh ini sebenarnya telah rosak pada bulan November, dua tahun lepas dan kadar air yang sangat banyak keluar. Kapasiti sekarang ini sangat-sangat membimbangkan kita kalau berlaku kemarau.

Persoalan saya ialah dalam laporan ini, Empangan Cereh di Pahang dan Empangan Kenyir di Terengganu turut mengalami kerosakan yang agak teruk dan perlu dipulih segera.

Saya ingin dapat penjelasan. Status kerosakan Empangan Kenyir. Empangan Cereh, saya dalam maklumat. Empangan Kenyir kalau sekiranya dia tidak dibaik pulih segera, dia akan mendatangkan bahaya ancaman yang sangat besar. Jadi, saya ingin dapat penjelasan berhubung dengan perkara tersebut.

draft • 4:43 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Selain daripada itu, saya juga ingin merujuk pada Butiran 050000 – Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Tuan Pengerusi, kalau kita lihat bahawa sasaran Malaysia untuk sampai net zero ialah pada 20 – seawal 2050 dan kita menyedari bahawa sektor tenaga, pengangkutan dan industri menyumbang pelepasan GEG sekitar 78.5 peratus berbanding keseluruhan pelepasan karbon.

Cabaran utama untuk dihadapi ialah untuk capai net zero 2050 ialah pergantungan kita kepada tiga dilema utama atau trilemma tenaga yang diuruskan. Pertama, keterjaminan bekalan elektrik. Yang kedua, kos mampu bayar dan ketiga, kelestarian sumber. Saya khuatir dua perkara.

Pertama, bila Kabinet buat keputusan untuk menjual kita punya tenaga hijau (TBB) ke negara jiran, kekhuatiran saya ialah kita tidak akan dapat capai target net zero pada 2050 kerana TBB menyumbang 70 peratus. Yang keduanya, tentang di luar – kita perlu juga mengandaikan perkara di luar kemampuan kita. Contohnya, perang di Ukraine. Dia akan menggugatkan kita dan bila kerajaan buat keputusan untuk menghentikan semua penjanaan tenaga melalui arang batu dan kos terpaksa ditanggung oleh pengguna ini agak tinggi. Jadi, inilah dia cabaran-cabaran. Mungkin pihak Menteri dapat jelaskan tentang perkara tersebut.

Di samping itu, saya melihat bahawa perlunya suatu agensi khusus tentang isu perubahan iklim. Sesetengah negara, dia ada Kementerian Perubahan Iklim tetapi kita di Malaysia, kita masih letakkan di bawah Jabatan Alam Sekitar. Saya mencadangkan supaya satu agensi khas diwujudkan sebab bidang tugas sangat besar dan makin mencabar. Kalau boleh, perkara ini dapat diteruskan supaya kita dapat wujudkan satu agensi bagi memberi perhatian terhadap isu alam sekitar dan kesan perubahan iklim.

Butiran B030200 – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara. Sebanyak RM112.6 juta diperuntukkan. Kebimbangan yang berlaku sekarang ini ialah tentang ancaman hidupan liar terutama gajah, harimau. Hari ini, kita diviralkan seekor harimau mati kena langgar oleh kenderaan berat.

Jadi – dan ancaman sebenar diterima oleh rakyat ialah kera. Apa yang dibuat sekarang ialah pihak PERHILITAN, dia menangkap kera tetapi melepaskan dalam kawasan hutan lain dan dia menjadi ancaman kepada penduduk. Jutaan ringgit telah pun kerugian.

Saya fikir, satu mekanisme perlu dibuat macam mana untuk kita atasi ancaman kera yang semakin hari semakin mengancam keselamatan negara.

Akhir sekali – mengancam keselamatan pertanian. Sorry. Akhir sekali, 02000 – Rancangan Bekalan Air. Dua perkara. Yang pertama tentang projek LRA di Pasir Puteh yang dalam perancangan. Status sehingga setakat ini, dia bagi menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan Pasir Puteh, kawasan Bachok dan sebagainya.

Yang keduanya tentang IWK. Saya tengok di bawah Butiran 071100, pada tahun hadapan tidak ada peruntukan. Tahun ini, diperuntukkan RM90 juta. Tahun depan, kosong.

Saya ingin dapat penjelasan, apakah hala tuju seterusnya tentang IWK ini. Tuan Pengerusi, saya fikir sekadar itu. Terima kasih.

draft • 4:43 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Kubang Kerian. Dipersilakan Yang Berhormat Raub.

draft • 4:43 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya turut bahaskan bajet di peringkat Jawatankuasa di bawah maksud P.23, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Butiran 22000 – Rancangan Bekalan Air Negeri Pahang di muka surat 255 untuk rujukan Dewan ini.

Tuan Pengerusi, saya telah banyak kali membangkitkan isu gangguan air di Raub dalam Dewan yang mulia ini. Walaupun Kerajaan Perpaduan telah diberi mandat untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang selama lebih daripada setahun, namun gangguan air di Raub masih menghantui penduduk tempatan.

Setiap kali hujan lebat melanda, gangguan bekalan air mesti akan berlaku. Selama satu hingga tiga hari minimum, keadaan akan menjadi lebih merunsingkan semasa musim perayaan atau musim hujan di mana sumber air akan menjadi lebih keruh. Gangguan air boleh berlarutan selama tujuh hari.

Hal ini telah memberi impak yang serius kepada penduduk tempatan. Dalam jawapan bertulis yang saya dapat pada 16 Mac 2023, ia menyatakan sejumlah RM47 juta telah diluluskan bagi membiayai 11 projek sumber dan bekalan air di Pahang. Lima projek dilaksanakan oleh Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP). Tiga projek oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang dan tiga projek oleh Bahagian Bekalan Air, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

draft • 4:48 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Pada tahun 2017, Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan Projek Sabo Dam dengan perbelanjaan sebanyak RM5 juta. Pada tahun 2019, RM3 juta telah digunakan untuk menaik taraf infrastruktur tetapi gangguan air masih ada.

Pada zaman Kerajaan Pakatan Harapan pula, RM18 juta telah diperuntukkan untuk memasang pre-sedimentation tank di tiga loji rawatan supaya boleh menapis air mentah yang keruh, yang mencecah NTU 10,000 selepas hujan lebat. Tiga loji tersebut adalah Loji Semantan, Loji Sungai Bilut dan Loji Sungai Klau.

Saya juga dimaklumkan bahawa tarikh penyiapan projek pre-sedimentation tank Loji Sungai Bilut dijangka pada Jun 2023 tetapi ditunda ke Oktober 2023. Namun demikian, saya diberitahu lagi projek ini akan sekali lagi ditunda ke bulan April tahun depan. Saya percaya bahawa kalau mengikut jadual yang telah ditetapkan, ketiga-tiga projek sepatutnya telah siap pada masa yang ditetapkan dan menoktahkan gangguan bekalan air di kawasan Raub.

Namun demikian, faktanya, projek berkali-kali dilambatkan dan lebih 8,000 unit isi rumah akan menderita selama enam bulan lagi kerana gangguan air. Pada April tahun depan 2024, terdapat kemungkinan juga bahawa projek itu akan ditunda lagi. Bilakah masalah mereka akan diselesaikan? Setiap kali kami buat aduan, respons yang diberi adalah “tindakan akan diambil”. Tetapi masalah pokok masih ada dan menghantui penduduk Raub.

Tuan Pengerusi, saya nak tanya, sekiranya kontraktor gagal mematuhi jadual projek, kenapa tidak diambil tindakan oleh kerajaan dan tukar kontraktor tersebut? Mengapa kualiti kontraktor lemah sehingga kepentingan orang ramai diabaikan selama beberapa tahun? Tapi

draft • 4:50 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

kontraktor tersebut masih dapat disambung kontrak. Saya minta penjelasan daripada kerajaan.

Walaupun beratus-ratus ribu ringgit telah dilaburkan dalam projek-projek tersebut, sayangnya, rakyat masih terus menghadapi masalah gangguan bekalan air. Rakyat selalu kecewa atas ketidakcekapan dan kegagalan kerajaan dalam menjaga kemudahan asas yang begitu penting iaitu bekalan air. Rakyat juga ingin mengambil tahu, mengapa Raub menjual air kepada negeri Selangor tetapi Raub sendiri tak ada air? Rakyat ingin tahu apakah masalah dalam pelaksanaan projek-projek tersebut? Kenapa walaupun peruntukan yang begitu banyak diberi tetapi gangguan air masih berlaku dengan kerap?

Apa yang paling membuatkan saya risau adalah penduduk Raub selalu mengalami gangguan selama air selama tujuh hari pada musim raya. Permintaan rakyat dalam musim perayaan adalah mendesak terutamanya anak-anak semua balik ke kampung dan demand air diperlukan akan meningkat untuk aktiviti asas seharian. Water tank atau tanker yang mengagihkan bekalan air ke kawasan perumahan Kampung Baru bukanlah solusi yang sesuai dan sustainable. Apakah solusi berjangka panjang yang akan ditawarkan kepada rakyat yang menjamin bekalan air yang berterusan?

Kerajaan Persekutuan juga pada bulan Mac menjelaskan bahawa kementerian tidak akan menolak kemungkinan untuk memberi peruntukan kecemasan mengikut situasi untuk membaik pulih fasiliti bekalan air. Walau bagaimanapun, kementerian tidak memberikan contoh konkrit bagi situasi yang diberi peruntukan kecemasan. Adakah gangguan air yang berlarutan tujuh hari bukan situasi yang mendesak? Sekiranya tidak, saya sekali lagi menyeru Kerajaan Persekutuan supaya memandang serius terhadap isu ini untuk menyelamatkan penduduk Raub daripada krisis gangguan bekalan air ini. Sekian, terima kasih.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Raub. Dipersilakan Yang Berhormat Kota Bharu.

draft • 4:50 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Pengerusi. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dato’ Pengerusi, saya ingin membahaskan berkaitan dengan kementerian ini atas tiga topik jika diizinkan. Yang pertamanya mengenai harta pusaka. Yang keduanya, PERHILITAN dan yang ketiganya tenaga lestari.

Butiran 020100 – Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG).

Berhubung dengan harta pusaka, kita tahu bahawa bila kita menyebut harta pusaka, ia melibatkan hampir semua orang sama ada orang yang beragama Islam mahupun orang yang tidak beragama Islam. Oleh sebab itulah dalam negara kita ada satu akta yang agak tua iaitu Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 ataupun Akta 98, satu akta yang paling tua.

Oleh sebab akta ini telah berkuat kuasa khususnya dalam menguruskan harta pusaka kecil, ia telah mengalami beberapa pindaan-pindaan dan yang terakhir dalam ingatan saya, pindaan yang dibuat pada 2021 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 26 Oktober 2021 yang meliputi dua aspek yang besar. Pertamanya, perluasan bidang kuasa

draft • 4:54 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

harta pusaka kecil meliputi semua jenis harta iaitu harta alih dan harta tidak alih. Yang keduanya, peningkatan nilaian keseluruhan harta pusaka si mati di bawah pengurusan harta pusaka kecil ini daripada RM2 juta kepada RM5 juta. Itu yang telah diputuskan dan telah diluluskan oleh pindaan Akta 98 ini.

Jadi pada hari ini, saya ingin mengetahui daripada pihak kementerian, yang pertamanya, apakah status terkini cadangan yang telah dibuat oleh kementerian dalam kerajaan pentadbiran yang lalu untuk menaik taraf Bahagian Harta Pusaka di bawah JKPTG kepada satu jabatan pembahagian harta pusaka?

Keduanya, saya mohon perincian pecahan kes-kes pusaka kecil yang masih tertunggak mengikut negeri. Jika tak boleh secara segera, mungkin bertulis. Ketiga, adakah kementerian telah membuat pelantikan pegawai-pegawai tambahan khususnya untuk mempercepatkan proses tuntutan pembahagian harta pusaka ini? Terakhirnya, apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang Bahagian Harta Pusaka ini yang semakin besar bidang kuasanya selaras dengan pindaan akta pada 2021?

Seterusnya saya masuk Butiran 030200 – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara. Saya merujuk kepada data yang dikeluarkan oleh Jabatan PERHILITAN. Bilangan aduan konflik antara manusia dengan hidupan liar yang nampaknya menunjukkan peningkatan yang begitu ketara. Tahun 2020, 11,811 kes. Tahun 2021 meningkat 12,799 kes.

Tahun 2022, 13, 047 kes dan untuk tahun 2023 sehingga September sahaja, sudah pun mencecah 10,131 kes.

Kita tahu bahawa konflik antara manusia dengan hidupan liar banyak menjejaskan kehidupan, keselamatan dan juga kepentingan orang awam sehingga sebagaimana yang disebut oleh rakan saya Kubang Kerian tadi menyebabkan kerugian yang tinggi, beratus ribu malahan jutaan ringgit dan juga melibatkan kematian. Seumpama kes serangan harimau dan gajah di negeri saya di Gua Musang dan sebagainya.

Jadi oleh itu saya ingin mendapatkan beberapa penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, sahabat saya, mengenai kekangan nak mengatasi isu konflik manusia dan hidupan liar ini khususnya melibatkan bilangan kakitangan kepada Jabatan PERHILITAN yang sedia ada ini yang saya difahamkan sentiasa menghadapi masalah ketidakcukupan pegawai- pegawai terutamanya kakitangan yang pakar, yang cekap, berkepakaran dalam menghadapi isu konflik antara manusia dan haiwan ini. Saya seorang yang cintakan haiwan liar walaupun ia mengancam keselamatan. Sebaiknya mereka perlu dilindungi termasuk lah Harimau Malaya dan sebagainya. Saya juga ingin tahu, apa perkembangan Kempen Selamatkan Harimau Malaya.

Ketiganya, Butiran 040200 – Tenaga Lestari. Sebagai mana saya pernah bangkitkan beberapa kali dalam Dewan ini, saya ingin tahu, apakah pendirian kerajaan atau apakah perkembangan terkini dasar baru kerajaan yang membatalkan halangan perdagangan Tenaga Boleh Baru (TBB) merentasi sempadan? Seperti mana yang telah diputuskan oleh kerajaan dahulu, kita tidak membenarkan pengeksportan TBB ke luar tetapi saya difahamkan telah dibatalkan dan ditukarkan oleh pihak kerajaan sekarang ini.

draft • 4:54 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya ingin tahu, apakah kalau sekiranya ini dibenarkan, TBB dibenarkan untuk dieksport, apakah mekanisme yang akan digunakan untuk menguruskan exercise ini sama ada ia menggunakan mekanisme yang sedia ada ataupun akan diwujudkan satu entiti baru untuk melaksanakan perkara ini?

Keduanya, apakah yang akan diambil – langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menarik syarikat-syarikat yang sebelum ini saya difahamkan telah berjaya dibawa ataupun ditarik minat mereka untuk melabur di Malaysia. Sekarang ini mereka beroperasi di misalnya di Singapura. Mereka syarikat-syarikat RE100, Renewable Energy 100 yang telah pun pada dasarnya bersetuju untuk melabur di sini tapi oleh kerana kita mengeksport TBB ke Singapura, kemungkinan mereka tidak lagi berhasrat untuk memindahkan operasi mereka di sini.

draft • 4:54 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Jadi itu saja Dato’ Pengerusi, apa yang ingin saya bangkitkan dalam hal ini, terima kasih.

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Dipersilakan Yang Berhormat Parit Sulong.

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Dato’ Pengerusi.

Saya terus kepada Butiran 08601 – Penanaman Pokok Bakau dan Spesis-spesis yang Sesuai di Persisiran Pantai (JPSM). Bagi butiran berkaitan pokok bakau ini, saya nak maklumkan di Parit Sulong terutamanya di dua kawasan, satu Teluk Wawasan dan satu lagi di Hentian Mahkota terdapat spesies bakau yang telah mencecah lebih daripada 100 tahun.

Dulu kawasan lumpur paya bakau di situ agak tinggi tapi sejak kebelakangan ini, bakau-bakau tu semakin terhakis dan nampak akar dia. Jadinya pada pandangan saya perlu untuk ada proses pemuliharaan bakau memandangkan bakau di sini berfungsi sebagai benteng kepada fenomena air pasang. Jika proses pemuliharaan ini tidak dilaksanakan, maka proses hakisan air laut akan terus berlaku dan mengganggu ekosistem bakau di Parit Sulong.

Jika fenomena air pasang besar berlaku tanpa benteng bakau, dia akan mengakibatkan banjir. Dahlah kawasan saya ni memang kawasan banjir dan selalu banjir, jadinya kita perlu ada preventif sama dengan Batu Pahat juga, preventive measure supaya masalah banjir di Parit Sulong tidak menjadi semakin teruk.

Tahun lepas sepanjang 2022, Menteri ada nyatakan sebanyak 7.2 juta pokok bakau telah ditanam semula di kawasan pesisiran pantai di seluruh negara tapi saya tengok Parit Sulong tidak termasuk. Jadinya persoalan saya ataupun pertanyaan saya adalah berapakah diperuntukkan untuk kawasan Parit Sulong bagi tahun 2024.

Seterusnya Butiran 14500 – Menaik Taraf Infrastruktur dan Saliran Bandar, Tebatan Banjir dibaca bersekali dengan Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Bagi menangani masalah banjir yang kerap berlaku di Parit Sulong, terima kasih banyak kepada pihak kerajaan yang telah meluluskan Projek Rancangan Tebatan Banjir

draft • 5:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Sungai Batu Pahat, Sri Medan. Soalan yang saya nak utarakan pula adalah status projek ini dan bila dia akan dimulakan dan berapakah nilai keseluruhan projek RTB untuk Parit Sulong ni? Projek ni sangat penting kerana kalau siap saja projek ini nanti, diharapkan masalah banjir yang sering berlaku di DUN Sri Medan dalam kawasan Parlimen Parit Sulong ini kita dapat hindarkan.

Seterusnya Butiran 060300 – Pengairan dan Saliran. Bagi mengurangkan risiko banjir juga, saya nak mohon untuk gantikan pam-pam air yang telah rosak yang tidak boleh berfungsi lagi. Saya dimaklumkan ada 15 pam bergerak yang telah diluluskan oleh NADMA di sekitar Batu Pahat, namun pam-pam tu hanya akan dibekalkan di tapak Oktober tahun depan.

Jadinya dalam masa setahun lagi masa nak menunggu sepanjang tempoh itu dan sekarang ni dah nak musim banjir, apakah measure ataupun tindakan ataupun perancangan kementerian yang kementerian akan laksanakan dan akan lakukan bagi menangani banjir daripada sementara kita menunggu bekalan itu sampai dalam Oktober. Kalau boleh pihak kementerian percepatkanlah the delivery dengan izin pam-pam berkenaan.

Seterusnya Butiran 15300 dibaca bersekali dengan 15000, Mengorek Kuala-kuala Sungai dan Kerja-kerja Kecil JPS Pelbagai Negeri. Di bawah ini, saya nak tanya kalau ikut SOP berapa korek parit? Berapa kali pengorekan parit-parit ini dilaksanakan? Kalau macam kawasan Parlimen Parit Sulong ni memang sentiasa banjir. Jadinya kekerapan tu kena ditingkatkan. Kalau selalu banjir bermaknanya sistem saliran tidak efisien, kedalaman parit kita perlu tingkatkan.

Jumlah panjang parit di Parit Sulong adalah sepanjang 827 kilometer dan kos yang diperlukan untuk selenggara keseluruhan parit, saya dimaklumkan RM4.5 juta. Untuk tahun lepas, parit yang telah digali adalah sepanjang hanya 354 kilometer sahaja. 50 peratus pun tak sampai. Kos yang dilibatkan adalah sebanyak RM862,000 saja berbanding dengan peruntukan yang sepatutnya kita terima RM4.5 juta.

Saya kadang-kadang simpati juga Yang Berhormat Menteri dengan JPS sebab dia orang nak cuba nak melaksanakan dengan yang terbaik tapi peruntukan tak cukup. Tapi saya nak mengucapkan ribuan terima kasih jugalah kepada JPS daerah yang cuba melaksanakan dengan sebaik mungkin.

Cuma, persoalan dan pertanyaan yang saya nak tanya pada pihak kementerian adalah pada tahun ini untuk kawasan Parlimen Parit Sulong, berapa sebenarnya peruntukan yang akan diperuntukkan untuk mengorek parit-parit ini. Nama pun Parit Sulong Yang Berhormat Pengerusi, jadinya parit tu banyak. Pergi merata-rata, depan parit, belakang pun parit, jadinya saya harap kementerian serius dalam ingin membantu memastikan risiko banjir di kawasan Parit Sulong ini tidak berulang lagi. Terima kasih banyak Yang Berhormat Pengerusi.

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Dipersilakan Yang Berhormat Saratok.

draft • 5:00 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang dalam bahas peringkat Jawatankuasa pada hari ini.

Butiran 040200 – Tenaga Lestari. Di sini saya ingin mengambil kesempatan bertanya kepada Menteri berhubungan dengan kenyataan Perdana Menteri semasa lawatan ke Singapore baru-baru ini di mana dinyatakan Malaysia bersetuju tenaga boleh baharu (TBB) ke Singapore. Ini adalah ekoran daripada pertambahan pelaburan dari Singapura di dalam bidang pusat data center dengan izin. Semua bekalan TBB ini adalah dari Sarawak dan juga dari Semenanjung Malaysia.

Sememangnya kita faham akan kewajaran Sarawak mengeksport TBB ke luar negara sama ada ke Indonesia ataupun ke Singapura memandangkan kapasiti pengeluaran terpasang TBB di Sarawak melampaui permintaan tempatan. Akan tetapi keadaan di Semenanjung Malaysia berbeza di mana permintaan TBB dari kalangan industri-industri berkonsepkan hijau, green concept dengan izin adalah melebihi bekalan TBB yang ada sekarang.

Persoalannya ialah apakah kewajaran yang mendorongkan kerajaan bersetuju mengeksport TBB ke Singapore dari sumber di Semenanjung Malaysia? Alasan kononnya Malaysia memberikan komitmennya untuk membekalkan TBB memandangkan Singapura telah meningkatkan pelaburannya di Malaysia termasuk menerusi penubuhan pusat data.

Alasan ini mengelirukan kerana Singapura melabur menerusi pusat data kerana Malaysia ada bekalan TBB. Kalau Malaysia eksport TBB ke Singapura, tidak ada sebab untuk Singapura menubuhkan pusat data di Malaysia, lebih baik Singapura membuka di tempatnya sendiri. Langkah-langkah yang sedemikian bertentangan dengan polisi kerajaan-kerajaan terdahulu di mana TBB dianggap sebagai aset strategik negara. Sebagai aset strategik negara, TBB hendaklah dibangunkan selaras dengan dasar pelaburan negara, keperluan di dalam negeri mesti dipenuhi sebelum mengeksport ke luar negara.

Oleh itu, saya minta Menteri memberi perincian unjuran keperluan TBB di Semenanjung Malaysia dalam masa jangka pendek dan jangka masa panjang. Sudah kah kerajaan mengambil kira kepentingan dan keperluan pelabur-pelabur asing ke Malaysia yang berkonsep hijau? Kalau kita tak membuat penilaian yang mendalam dan cermat, akhirnya masa depan negara akan mengalami kerugian dari sudut daya saing, competitiveness dengan izin untuk menarik pelabur asing yang berkonsep hijau.

Selain daripada itu, faktor tarikan harga TBB yang jauh lebih tinggi di Singapura berbanding dengan di Semenanjung Malaysia boleh membuatkan syarikat TBB lebih berminat menjual TBB ke Singapura. Oleh itu, saya menyarankan supaya kerajaan menimbangkan sekali lagi dasar membenarkan eksport TBB ke Singapura.

Tuan Pengerusi, Butiran 29000 – Rancangan Bekalan Air Sarawak. Saya mengalukan peningkatan perbelanjaan untuk membangunkan projek bekalan air Sarawak di mana jumlah ketara meningkat daripada RM80.3 juta pada tahun 2023 kepada RM140 juta untuk tahun 2024. Peningkatan sebanyak 75 peratus, syabas.

draft • 5:06 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Namun begitu, kalau dilihat daripada anggaran projek keseluruhan sebanyak RM1.86 bilion masih banyak lagi yang perlu dibuat, mungkin sepuluh tahun lagi baharu siap. Walau bagaimanapun, saya minta perincian akan projek-projek yang terlibat dan status projek bekalan air yang sedang berjalan di Sarawak. Selain daripada itu, saya nampak peruntukan yang berjumlah RM140.8 juta ini sebenarnya adalah merupakan dalam bentuk pinjaman. Ini tidak sesuai dengan tujuan kita hendak membangunkan sesuatu kawasan tersebut. Oleh itu saya menyarankan agar lot ini ditukar kepada geran, geran dari Kerajaan Pusat untuk membangunkan kawasan yang masih tertinggal.

Yang terakhir adalah butiran 11900 – Kajian Sumber Air Bawah Tanah. Saya menyarankan kementerian ini menjalankan lebih banyak kajian dan pembangunan bekalan air bawah tanah terutama di kawasan luar bandar di Sarawak di mana bekalan air terawat dari kerajaan susah hendak disambungkan. Bekalan air bawah tanah amat sesuai memandang kos pembinaannya tidak seberapa tinggi dan mudah untuk dibangunkan.

Sebagai contoh di kawasan rumah panjang Saratok, sekarang ada dua projek bekalan air bawah tanah yang sedang dilaksanakan oleh kementerian ini iaitu Sistem Penapisan Air Tanah Ringkas (SPTR) di rumah Julis Ulu Mudong dan rumah Pelayong Ulu Reban. Saya amat mengalu-alukan projek bekalan air bawah tanah ini kerana kedua-dua rumah panjang tersebut tidak ada bekalan air bersih. Air yang mereka gunakan sekarang adalah air sungai yang sudah tercemar akibat aktiviti pertanian. Oleh itu saya ingin memohon supaya kawasan lain yang menghadapi masalah bekalan air dapat perhatian daripada pihak kementerian agar membuat projek bekalan air bawah tanah sama seperti ini. Kawasan lain yang memerlukan adalah rumah panjang di kawasan Perayang, Ulu Sepetan, Ulu Mudong, dan Ulu Reban.

Dengan ini saya ingin mengakhiri ucapan saya, terima kasih.

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Saratok. Kita persilakan seterusnya Yang Berhormat Bakri.

draft • 5:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Dato Pengerusi. Saya ingin membincangkan Butiran 060300 -- Pengairan dan Saliran. Yang Berhormat Dato Pengerusi, saya ingin membangkitkan isu banjir kilat yang kerap berlaku di sekitar Parlimen Bakri, khususnya di daerah Muar yang mencatatkan jumlah hot spot banjir yang tertinggi di negeri Johor dengan 68 lokasi yang terjejas.

Bayangkan Yang Berhormat Dato Pengerusi, hujan lebat yang melebihi 60 milimeter dalam masa dua hingga empat jam sahaja akan menimbulkan atau mengakibatkan berlakunya banjir kilat di beberapa lokasi di sepanjang taman-taman di sepanjang jalan Sungai Abong, Muar. Itu hanya salah satu hot spot yang menjejaskan ramai penduduk. Ada lagi banyak kawasan yang akan berlakunya banjir kilat sekiranya hujan lebat berlaku dalam masa dua hingga empat jam sahaja.

Pengurusan dan penyelenggaraan perparitan yang efektif adalah sangat-sangat penting dalam mengatasi isu banjir mahupun banjir kilat. Pada masa kini parit-parit yang

draft • 5:12 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

berada di bawah pengurusan Jabatan Kerja raya (JKR) hanya dibersihkan dua sekali setahun. Manakala parit yang diselenggara oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) dibersihkan hanya sekali setahun. Adakah ini cukup? Adakah ini boleh memastikan bahawa parit kita akan sentiasa lancar dan tidak tersumbat? Jawapannya saya rasa semua tahu.

Maka dia akan meningkatkan risiko berlakunya banjir ketika hujan lebat.

Saya juga mendapati bahawa dahulu ketua kampung dibenarkan ataupun diberikan peruntukan untuk mengadakan gotong-royong bagi membersihkan parit-parit di kampung mereka tetapi cara ini atau amalan ini telah diberhentikan dan peruntukan tersebut ditarik balik, mungkin ada sebabnya. Mungkin untuk kita kata semangat good governance. Maka apakah penyelesaiannya? Sebab dengan menarik balik peruntukan untuk gotong-royong bagi pembersihan parit-parit ini, ianya secara langsung telah mengurangkan kekerapan untuk menyelenggarakan dan membersihkan parit terutama di kawasan kampung. Maka apakah penyelesaian? Apakah cara penambahbaikan oleh pihak kementerian?

Bagi menghadapi situasi ini, saya meminta supaya kementerian mengkaji semula SOP penyelenggaraan sistem perparitan dengan tujuan untuk meningkatkan lagi kekerapan kerja penyelenggaraan secara proaktif. Saya juga perhatikan bahawa JPS negeri Johor hanya diperuntukkan sebanyak RM42 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan bagi tahun ini, tahun 2023 yang mana jelas tidak mencukupi. Mengapa saya cakap begini? Berdasarkan anggaran kos penyelenggaraan sebanyak RM5 setiap meter parit. Di daerah Muar sahaja kita memerlukan sebanyak RM20 juta setahun untuk menjalankan penyelenggaraan empat kali setahun. Itu belum tentu cukup. Tetapi untuk Muar sahaja kita perlu RM20 juta, tetapi Johor hanya diperuntukkan RM42 juta. Sudah tentu apa yang diperuntukkan itu tidak mencukupi.

Maka apakah penyelesaiannya? Dengan peruntukan semasa adalah mustahil kita mencapai tahap penyelenggaraan yang optimum yang diperlukan untuk dilaksanakan, sekarang hanya sekali setahun. Maka parit yang ada semuanya dalam keadaan yang sangat teruk dan sekurang-kurangnyalah perlu diselenggara sebanyak dua kali setahun.

Di samping itu peruntukan untuk Bajet tahun 2024 telah dikurangkan sebanyak RM7 juta untuk perkara ini. Saya lihat ini adalah satu langkah ke belakang. Apakah rasional dan justifikasi di belakang keputusan ini? Saya harap Menteri dapat memberikan satu penjelasan dalam Dewan yang mulia ini dan pastikan bahawa pengurangan peruntukan ini tidak akan menjejaskan keberkesanan pembersihan atau penyelenggaraan parit-parit di daerah Muar, khususnya.

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, Rancangan Tebatan Banjir yang merupakan aspek penting dalam usaha mengatasi banjir yang sering berlaku, maka pada Julai 2023, Menteri Besar Johor telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 bilion daripada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan Rancangan Tepatan Banjir di negeri Johor yang meliputi beberapa kawasan utama seperti Lembangan Sungai Muar, Segamat, Lembangan Sungai Johor, Kota Tinggi dan Batu Pahat.

Dengan ini saya meminta penjelasan tentang status terkini rancangan tersebut serta ingin mengetahui bahagian peruntukan bagi tahun 2024 yang akan disalurkan khusus kepada

draft • 5:12 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

negeri Johor dan untuk sekitar daerah Muar khasnya. Saya juga minta pihak kementerian senaraikan projek-projek RTB yang akan dijadualkan untuk dilaksanakan di negeri Johor.

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya mendapati bahawa terdapat dua projek penting di bawah RMKe-12 iaitu Projek Pemuliharaan Sungai Muar dan Projek Saliran Mesra Alam Bandar Maharani telah ditangguhkan. Perkara ini menimbulkan kebimbangan kerana kedua-dua projek ini adalah sangat penting dalam mengurangkan risiko dan impak banjir.

Maka dengan ini saya memohon penjelasan daripada pihak kementerian untuk menjelaskan alasan dan justifikasi penangguhan kedua-dua projek tersebut dan meminta supaya kedua- dua projek tersebut diaktifkan semula pada tahun hadapan iaitu 2024 sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan dalam mengatasi masalah banjir di negeri Johor dan khususnya di daerah Muar. Penting untuk kita memahami langkah-langkah yang akan diambil untuk melindungi negeri kita daripada banjir...

draft • 5:12 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat sila gulung.

draft • 5:12 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

... dan memastikan projek-projek yang akan dirancang dan dilaksanakan untuk kebaikan rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, sebenarnya ada dua lagi isu. Saya harap kalau boleh saya boleh habiskan dalam perbahasan kali ini. Iaitu berkenaan dengan Rancangan Bekalan Air Negeri Johor. Saya ingin membawa perhatian kepada pihak kementerian, peruntukan untuk tahun 2022 adalah sebanyak RM45 juta, pada tahun 2023 RM84 juta.

Tetapi untuk tahun hadapan telah dikurangkan kepada RM31 juta. Maka, apakah justifikasi sekali lagi sebab untuk memastikan kecukupan bekalan air adalah sangat penting bagi pembangunan dan kesejahteraan rakyat terutamanya di negeri Johor.

draft • 5:12 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, satu minit.

draft • 5:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Maka, saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian supaya memberi, memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, mengapakah pengurangan yang begitu drastik untuk projek-projek bekalan air di negeri Johor? Merujuk kepada jawapan lisan pada tahun 2021 oleh Mantan Menteri Besar Johor yang juga merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam iaitu di Johor kita ada 45 loji rawatan air dengan kapasiti tahunan sebanyak 663 bilion liter. Data daripada...

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 30 saat saya tutup.

draft • 5:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Okey, boleh. Data daripada SAJ menunjukkan bahawa penghasilan air terawat adalah jauh lebih rendah berbanding dengan permintaan kepada air terawat iaitu kita kesuntukan sebanyak dua peratus setiap tahun. Maka, saya ingin menarik perhatian pihak kementerian dan minta pihak kementerian, Menteri menerangkan atau menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini, apakah rancangan-rancangan pihak kementerian untuk memastikan kecukupan bekalan air di negeri Johor?

Adakah kerajaan ada rancangan untuk menarik pelaburan baru ke negeri Johor termasuk pelabur-pelabur negeri asing seperti pelabur dari Singapore? Sekian, terima kasih.

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, lain kali rancangkan lah. You got five minutes only dengan izin. Berikutnya, dipersilakan Yang Berhormat Kuala Terengganu.

draft • 5:20 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum, salam sejahtera. Butiran 040100 – Pengurusan Tenaga.

Kerajaan menyasarkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui sebanyak 70 peratus menjelang 2050. Sejauh mana komitmen dan peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk mencapai sasaran tersebut?

Pembinaan empangan besar tidak lagi menjadi keutamaan dan kerajaan melihat hidro mini antara pilihan yang terbaik di dalam mengurangkan impak kepada alam sekitar.

Sarawak misalnya memiliki Empangan Bakun yang mampu menjana 2,400 megawatt tenaga elektrik yang memberi manfaat besar kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Sarawak. Begitu juga negeri Terengganu yang mempunyai Empangan Kenyir, mempunyai lembangan sungai yang banyak dan sistem saliran yang berpotensi untuk meningkatkan penjanaan tenaga elektrik. Maka kerana itu adakah kerajaan bercadang untuk memperluaskan pembinaan projek mini hidroelektrik di negeri Terengganu dan memberi peluang kepada kerajaan negeri bagi menjana pendapatan.

Kedua, di bawah Butiran 040100 juga saya ingin menyentuh berkenaan dengan pasaran karbon. Apakah garis masa sebenar bagi kerajaan untuk membentangkan Dasar Karbon Kebangsaan? Apakah infrastruktur asas yang diperlukan bagi pelaksanaan mekanisme harga karbon seperti carbon tax. Begitu juga mengenai pembahagian hasil yang diperolehi pada kredit-kredit karbon di antara pihak Kerajaan Pusat dan pihak kerajaan negeri. Saya pohon penjelasan daripada pihak kementerian.

Di bawah butiran yang sama saya ingin bertanya mengenai peranan pihak kementerian untuk membantu pihak kerajaan negeri yang berhasrat untuk memulakan inisiatif penyimpanan karbon misalnya negeri Terengganu.

Tuan Pengerusi, untuk Butiran 040200 – Tenaga Lestari. Kerajaan meletakkan sasaran untuk mengurangkan permintaan elektrik sebanyak lapan peratus menjelang 2025.

Persoalannya, berapakah peratus pengurangan sekarang? Adakah kita berada di atas landasan yang betul untuk mencapai sasaran ini?

Seterusnya, saya ingin bangkitkan berkenaan Program Net Energy Metering (NEM).

Kerajaan memperkenalkan inisiatif pemasangan solar photovoltaic di bumbung premis bangunan dan kediaman melalui program NEM ini yang melibatkan kuota sebanyak 500 megawatt. Persoalannya, sejauh mana rakyat menyambut program yang diperkenalkan ini?

Berapa penjimatan yang akan diterima oleh rakyat? Berapa peratus isi rumah luar bandar yang telah menyertai program ini? Apakah langkah kerajaan untuk menggalakkan isi rumah luar bandar beralih menyertai NEM?

Di bawah butiran yang sama di dalam ucapan Belanjawan 2024 tempoh hari, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan berkenaan dengan pemasangan solar

draft • 5:22 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

premis kerajaan hanya dihadkan kepada GLC sahaja. Soalan saya, mengapa dihadkan kepada GLC sahaja? Bagaimana dengan bangunan-bangunan kerajaan yang lain?

Ketiga, Butiran 050100 – Alam Sekitar. Berdasarkan Low Carbon Mobility Blueprint, sasaran yang ditetapkan 10,000 unit pengecas awam yang dibangunkan. Setakat ini kelihatannya masih belum mencukupi terutama sekali bagi mereka yang menggunakan EV menuju ke Pantai Timur. Masih mengalami keadaan cemas apabila berada di tengah jalan peratus caj yang tinggal tidak banyak. Saya mengalami keadaan ini.

Jadi, apakah rancangan kerajaan untuk menambah stesen-stesen pengecasan ini terutama sekali bagi stesen pengecasan yang dimiliki oleh syarikat seperti TNB milik kerajaan, Electron, supaya dapat diperbanyakkan terutama sekali di sepanjang lebuh raya.

Menteri ada mengumumkan tentang hasrat kerajaan untuk mewajibkan kadar bayaran mengikut masa, mengikut penggunaan tenaga bukan mengikut masa. Saya dapati masih lagi pengecasan dari segi cas itu dibuat mengikut masa, per minit. Saya ingin bertanya bilakah ini akan dilaksanakan?

Butiran seterusnya 060200 – Perkhidmatan Pembetungan. Ada peningkatan yang ketara untuk tahun 2024. Saya ingin bangkitkan mengenai Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan rangkaian paip pembetungan serta kerja-kerja rasionalisasi di kawasan tadahan bandar Kuala Terengganu. Sejauh mana status projek ini? Sebelum ini saya difahamkan projek ini telah dimasukkan di dalam Rolling Plan Ketiga di bawah RMKe- 12. Namun, setakat ini saya dimaklumkan tiada perkembangan. Dato’ Pengerusi, itu sahaja.

Terima kasih.

draft • 5:22 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat kuala Terengganu. Dipersilakan Yang Berhormat Tawau.

draft • 5:22 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Selamat sejahtera, salam Sabah Maju Jaya. Merujuk Butiran 41000 – Bekalan Elektrik Sabah (BES). Walaupun pihak Kerajaan Negeri Sabah sudah berusaha untuk menyelesaikan isu elektrik tetapi Kerajaan Persekutuan perlu membantu Sabah kerana banyak bidang kuasa dan peruntukan masih di bawah Persekutuan.

Untuk makluman, reserve margin dengan izin, tenaga elektrik Sabah ketika ini hanyalah 12 peratus sahaja berbanding pada tahap selamat ialah 30 peratus. System Average Interruption Duration Index (SAIDI) dengan izin ataupun purata tempoh gangguan bekalan elektrik pengguna dalam setahun di Sabah pada tahun 2022 adalah tinggi, 286 minit berbanding di Semenanjung 45 minit sahaja. Jadi, soalan saya apakah usaha Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu bekalan elektrik di Sabah dengan segera?

Tuan Pengerusi, merujuk Butiran 070400 – Subsidi Bil Elektrik. Menteri KeTSA mengumumkan akan memberi keutamaan kepada tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) dengan izin tetapi Kerajaan Persekutuan masih memberikan subsidi diesel bagi penjanaan elektrik pada kadar RM1.50 untuk satu kilowatt per jam berbanding

draft • 5:27 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

membangunkan renewable energy seperti tenaga hidro, solar, biojisim dan banyak lagi.

Hanya memerlukan kos RM31.5 untuk satu kilowatt per hour.

Jumlah subsidi diesel untuk penjanaan elektrik dari tahun 2014 sehingga 2021 adalah sebanyak RM1.27 bilion iaitu 44 peratus daripada jumlah keseluruhan subsidi sebanyak RM2.89 bilion dari tahun 2016 hingga 2021 kepada negeri Sabah.

draft • 5:27 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Penjanaan tenaga elektrik menggunakan diesel yang diketahui kos operasinya mahal dan mencemarkan alam sekitar. Sudah tiba masanya kita bertukar kepada projek penjanaan yang lebih mesra alam serta murah. Jadi soalan saya, mengapa tidak mempercepatkan penurunan dana dan kelulusan seperti Projek Upper Padas Hydroelectric Ulu Padas dan Sungai Maligan hydropower, projek-projek solar, Southern Link great project. Projek-projek ini juga mampu menjimatkan subsidi dan boleh digunakan bagi tujuan pembangunan lain yang lebih penting untuk rakyat.

Tuan Pengerusi, merujuk Butiran 28000 – Rancangan Bekalan Air Sabah. Setakat Jun 2023, rizab margin bekalan air di Sabah adalah rendah iaitu pada tahap 7.3 peratus. Ini disebabkan jumlah loji air yang tidak boleh menampung keperluan pengguna dan keadaan peralatan di beberapa loji air yang usang. Masalah ini wajar diberikan perhatian khas daripada pihak kerajaan. Saya ingin bertanya, bilakah dana RM320.25 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah bagi menyelesaikan isu air di salurkan? Apakah perancangan untuk menyegerakan peruntukan pembinaan dan penambahbaikan Empangan Cinta Mata satu, dua Tawau dan beberapa loji yang lain di Sabah?

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Sementara menunggu penyelesaian pembinaan loji air yang memakan masa lima hingga 10 tahun, Kerajaan Persekutuan wajib mengambil satu tindakan drastik dan proaktif jangka pendek seperti membina telaga tiub dengan izin, dengan sistem penapisan ultra sumber air tube well dengan izin, di Tawau dan Sabah bagi mengatasi isu air. Tube well ini dapat memenuhi keperluan air bagi sekitar 200 ke 300 orang dengan hanya kos sekitar RM1 juta sahaja.

Merujuk Butiran 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi. Mohon KASA untuk memberi keutamaan kepada Projek Rancangan Tebatan Banjir Sindumin dengan cadangan pembinaan alur limpah, parit aras tinggi dan kerja-kerja berkaitan di Sungai Mengalong dan mendalamkan Sungai Lukutan Hilir. Hal ini penting kerana beribu penduduk terjejas kerana banjir di kawasan Parlimen Sipitang.

Puan Pengerusi, kesimpulannya, antara sebab masalah air dan elektrik yang membuat rakyat di Sabah menderita ini ialah kerana kelewatan kelulusan dan penurunan peruntukan projek oleh Putrajaya. Semakin lewat, semakin meningkat kos pembinaan projek bekalan air dan elektrik. Hal ini akan merugikan duit rakyat dan negara kerana kos dan subsidi yang meningkat saban tahun. Pihak kementerian juga perlu membalas sebarang surat atau

draft • 5:30 PM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

permohonan berkenaan isu atau projek dalam tempoh dua minggu jika melibat yang berkaitan dengan KASA. Sekian, terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tawau.

Saya jemput Yang Berhormat Mersing.

draft • 5:30 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Pertama, saya merujuk Butiran 040000 – Pembangunan Tenaga. Sehingga tahun 2020, hampir 66 peratus jana kuasa elektrik TNB di Semenanjung Malaysia adalah daripada sumber arang batu yang diimport sepenuhnya dari luar negara. TNB mengimport arang batu terbesar dari Indonesia. TNB juga memperoleh bekalan arang batu dari Rusia, Afrika Selatan dan juga Australia. Saya difahamkan pada 2020, sebanyak 34 juta tan arang batu telah diimport untuk kegunaan stesen-stesen jana kuasa arang batu dalam negara. Susulan harga arang batu global meningkat tinggi, keadaan itu memberi tekanan ke atas industri penjanaan tenaga di negara ini.

Pertama sekali, saya ingin bertanya mengenai perkembangan pasaran import tenaga. Merujuk kepada perancangan kementerian, berapakah jumlah import sumber tenaga semasa? Untuk jangka masa panjang, apakah usaha dan langkah proaktif kementerian bagi mengurangkan kebergantungan kepada import tenaga? Pada masa yang sama, saya ingin tahu sejauh mana usaha untuk menggalakkan penyertaan lebih banyak syarikat tempatan terutama perusahaan kecil dan sederhana dalam meningkatkan kepelbagaian sumber tenaga dan mengurangkan kadar Herfindahl-Hirschman Index (HHI) dalam campuran tenaga? Hal ini kerana skor HHI berperanan mengukur kepelbagaian campuran bahan api dengan konsep semakin rendah jumlahnya, semakin tinggi kepelbagaian bahan api yang dapat memastikan keberterusan bekalan tenaga.

Kedua, saya merujuk Butiran 02703 – Pemetaan. Tuan Pengerusi, saya mendapat maklum dalam RMKe-12 Rolling Plan 4, dianggarkan sejumlah RM55 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan di bawah Butiran 02703 iaitu pemetaan. Mohon pihak kerajaan menjelaskan apakah projek yang dirancang di bawah butiran ini dan berapakah anggaran kos bagi setiap projek?

Ketiga, saya merujuk Butiran 02801 – Projek Penandaan, Pengukuran dan Penyenggaraan Sempadan Antarabangsa. Saya ingin membangkitkan kewajaran untuk membuat kajian dan menerbitkan peta baharu bagi menggantikan peta baharu Malaysia 1979 ekoran penerbitan peta baharu negara China. Pihak Republic China telah menerbitkan Peta Standard China Edisi 2023 yang menunjukkan tuntutan maritim pihak China dan melangkau kawasan maritim Malaysia di Sabah dan Sarawak yang turut melibatkan pertikaian Zon Ekonomi Eksklusif. Soalan saya, adakah terdapat keperluan bagi Malaysia menerbitkan peta Malaysia yang baharu? Bagaimana pula dengan keperluan untuk memetakan semula persempadanan maritim antara Malaysia dan Singapura di Selat Johor? Apakah langkah- langkah yang telah diambil oleh kementerian untuk melaksanakan pengukuran dan pemetaan

draft • 5:33 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

yang tepat bagi persempadanan Singapura dan Malaysia terutama daripada Selat Tebrau susulan insiden nelayan tempatan dihalau oleh pihak berkuasa Singapura ketika sedang menangkap ikan di kawasan berkenaan?

Penetapan sempadan pentadbiran yang jelas dan muktamad adalah penting semasa membuat perancangan pembangunan terutamanya di sekitar kawasan sempadan bersama.

Oleh itu, saya minta kementerian menyertakan berapa negeri yang telah selesai dimuktamadkan sempadan bersama? Apakah langkah-langkah yang diambil bagi mempercepat proses penandaan dan pengukuran sempadan bersama negeri? Selain itu, saya ingin penjelasan sejauh mana data yang dapat dibekalkan oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan bagi membantu pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana dalam membuat analisis untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR)?

Tuan Pengerusi, keempat, saya merujuk Butiran 070900 – Santuari Gajah Johor.

Projek Santuari Gajah Johor (Johor Elephant Sanctuary - JES) telah dibina di kawasan seluas 72.993 hektar di Hutan Simpan Panti, Kota Tinggi, Johor. Pembangunan Pusat Konservasi Gajah seumpama ini diwujudkan bagi mengurangkan konflik antara manusia dan gajah khasnya melibatkan penempatan masyarakat, kawasan pertanian penduduk setempat termasuk di kawasan Parlimen Mersing. Projek JES disifatkan sangat signifikan kerana menjadi penyelesaian jangka panjang menangani ancaman gajah-gajah liar di samping menyediakan peluang aktiviti pelancongan lestari kepada negeri Johor serta menjana ekonomi masyarakat setempat. Saya melihat anggaran 2023 disalurkan kepada JES berjumlah RM1.2 juta bagi pembiayaan emolumen pekerja dan bekalan perkhidmatan.

Namun, saya dapati tiada peruntukan diberikan pada tahun 2024 untuk butiran yang sama. Apakah rasional dan justifikasi oleh kementerian berkenaan peruntukan JES yang tidak lagi diberikan pada tahun hadapan? Saya dimaklumkan bahawa kerja pembangunan fasa pertama sudah selesai dan terdapat cadangan untuk projek pembangunan JES fasa 2.

Saya difahamkan perancangan fasa berikutnya akan memberi fokus kepada pembangunan dan penyelarasan kemudahan ekopelancongan yang akan melibatkan kos pembangunan projek yang berjumlah hampir RM30 juta. Justeru, saya ingin tahu, apakah perkembangan status pembangunan semasa projek fasa 2 yang dijangka siap dan beroperasi menjelang 2025? Sejauh mana status tender kerja-kerja pembangunan projek fasa 2 tersebut? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 5:33 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

draft • 5:33 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya pada petang ini. Sebelum saya memulakan perbahasa saya, saya ingin mengambil kesempatan pada hari ini untuk mengucapkan Deepavali Nal Valthukal kepada semua masyarakat Malaysia Madani khasnya yang beragama Hindu yang bakal menyambut perayaan Deepavali pada 12 November akan datang.

draft • 7:38 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Pengerusi, saya memulakan perbahasan saya untuk Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dengan Butiran 060000 – Pengurusan Air dan Pembetungan. Berkenaan dengan bekalan air, sudah semestinya ia adalah utiliti ataupun bekalan asas untuk rakyat Malaysia. Baru-baru ini saya membaca satu berita yang mengatakan bahawa Yang Berhormat Menteri sedia memberikan kuasa ataupun autoriti kepada operator air di setiap negeri untuk membuat keputusan akhir sama ada untuk menaikkan tarif air di peringkat negeri masing-masing. Sebab kelazimannya sebelum ini adalah SPAN ataupun Jemaah Menteri yang akan membuat keputusan sama ada membenarkan operator air di peringkat negeri boleh naikkan tarif air atau pun sebaliknya.

draft • 7:38 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya nak sebutkan di sini bahawa langkah ini mungkin boleh menyebabkan inflasi naik. Saya tahu inflasi ketika ini hanya 1.9 peratus, antara yang terendah dalam dua tahun.

Tetapi rakyat dibebani dengan kos sara hidup dan juga masalah barangan dengan harga yang tinggi. Jadi, kita sebagai kerajaan sepatutnya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan tiada kenaikan tarif air domestik. Sekurang-kurangnya untuk domestik sebab kita tak mahu rakyat di semua peringkat, tak kira B40 ataupun M40 dibebani dengan satu lagi kenaikan yang bagi saya tidak sepatutnya berlaku.

Saya mohon kerajaan supaya mengambil satu pendirian. Saya mohon cadangkan, dalam masa empat tahun mulai sekarang tiada kenaikan untuk tarif air domestik. Yang Berhormat Menteri dan kerajaan kena sebutkan secara jelas kepada semua operator air di semua negeri berkenaan dengan perkara ini sebab ini perkara asas. Semua orang guna air.

Jadi, saya mintalah operator air di peringkat negeri pun kena ambil, kena bertimbang rasa dan prihatin terhadap masalah ini. Jadi, saya mohon satu keputusan yang lebih prihatin daripada Yang Berhormat Menteri.

Berkenaan dengan perkara yang sama juga Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini berlaku pencemaran bau di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi di Port Dickson iaitu bau diesel. Saya difahamkan baru hari ini loji ini telah beroperasi semula selepas tak ada gangguan bau tersebut. Saya mohon satu penjelasan, mungkin secara bertulis selepas ini oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan perkara ini. Apakah puncanya dan apakah siasatan yang telah dilakukan oleh agensi yang berkaitan sama ada SPAN ataupun Jabatan Alam Sekitar?

Seterusnya di bawah Butiran 95000 – NRW Nasional. Kita tahu non-revenue water selalunya menjadi satu isu yang berat dan isu ini berterusan, tak pernah kita selesaikan sebab paip itu, ya lah selalu kita kena tukar di semua tempat. Cuma saya nak tanya, kenapa peruntukan pada tahun belanjawan sebelum ini RM325 juta diturunkan, dikurangkan kepada RM154 juta sahaja pada tahun ini? Apakah tak ada keperluan? Saya rasa tidak. Jadi apakah sebab ada berlaku pengurangan ini? Sebab kita kena tahu ini adalah pelaburan yang akan menguntungkan kita, revenue itu dan ia akan mengurangkan pembaziran air bersih. Jadi saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.

Seterusnya untuk Maksud Pembangunan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran

(JPS) dinaikkan daripada RM1.75 bilion pada Belanjawan 2023, naik kepada RM2.59 bilion.

draft • 5:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya menyambut baik dan sebahagian besarnya adalah untuk Rancangan Tebatan Banjir

(RTB) dan Saliran Bandar iaitu sebanyak RM1.13 bilion. Saya menyambut baik peruntukan yang besar sebab saya nampak ada keperluan. Cuma saya nak tanya untuk Parlimen Rasah.

Saya pernah sebut di depan Yang Berhormat Menteri banyak kali berkenaan dengan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi Fasa 5. Saya percaya tahun depan memang projek ini akan mula dilaksanakan.

Seterusnya, saya nak tanya ada dua sungai lagi, Sungai Batang Labu dan Sungai Jijan. Kedua-duanya di bawah Parlimen Rasah juga. Apakah status Rancangan Tebatan Banjir? Kalau Yang Berhormat Menteri boleh bagi jawapan secara bertulis selepas ini pun tak apa sebab ini isu yang berkaitan dengan kawasan Rasah.

Seterusnya, ada dua topik kecil lagi. Butiran 020100 iaitu Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG). Saya nampak perjawatan, bilangan jawatan yang ada kekal pada 1,169 jawatan. Tak kira pada belanjawan yang lepas ataupun Belanjawan 2024 yang kita bahaskan ketika ini. Kenapa tak ada pertambahan jawatan? Sebab, inilah agensi kerajaan yang memerlukan pertambahan jawatan. Sebabnya, pada hujung tahun 2021 telah dibuat pindaan terhadap Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 yang telah memperluaskan skop dan bidang kuasa pusaka kecil dinaikkan kepada RM5 juta yang menyebabkan banyak kes pengagihan harta pusaka akan diserahkan ataupun dirujuk kepada JKPTG berbanding daripada merujuk kepada mahkamah. Jadi saya nak mohon kenapa tak ada pertambahan jawatan? Seterusnya, saya nak tanya berapakah kes yang masih tertangguh? Berapa lama selepas permohonan dikemukakan untuk kes itu didengar dan diputuskan oleh pegawai JKPTG?

Pengerusi, isu terakhir. Butiran 050100 – Alam Sekitar. Berkenaan dengan Jabatan Alam Sekitar, saya mohon mengetengahkan satu masalah iaitu hotline ataupun telefon untuk membolehkan orang ramai, orang awam membuat aduan berkenaan dengan isu-isu yang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar selalunya tidak berfungsi. Saya mohon supaya Jabatan Alam Sekitar mengambil berat perkara ini. Perkara ini saya sebut secara spesifik berlaku di tempat saya, Negeri Sembilan. Susah untuk ada pihak yang menjawab panggilan daripada orang ramai yang nak laporkan.

Orang ramai bersedia memberikan kerjasama melaporkan apa-apa salah laku pembakaran terbuka dan sebagainya yang menyebabkan pencemaran terhadap alam sekitar kita tetapi masalahnya aduan itu payah untuk disampaikan kepada pihak yang berwajib terutamanya pada hujung minggu. Itu yang susah itu. Pembakaran terbuka ini dia tak ambil hari-hari, ia bukan setakat tiga empat jam tetapi tetap kesalahan. Tapi kalau kita tunggu hari Isnin, hari kerja yang seterusnya, mungkin dah terlambat. Jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri, tolong tengoklah perkara ini, macam mana kita nak menambah baik perkara ini demi alam sekitar kita. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi atas masa tambahan yang diberikan.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Tangga Batu.

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tangga Batu ingin berbahas Butiran 40000 iaitu Program Kecekapan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui.

Peralihan tenaga baru semakin menjadi tumpuan. Melalui Belanjawan 2024, kerajaan telah memberikan komitmen penuh bagi melaksanakan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara iaitu NDTR dengan memperuntukkan bajet Ke Arah Pelepasan Karbon Sifar Bersih Menjelang 2050 dengan inisiatif utama peralihan TBB ke arah 70 peratus daripada jumlah keseluruhan kapasiti pada tahun yang sama dan penarikan balik larangan eksport TBB yang baru.

Kalau kita melihat satu artikel yang ditulis daripada MAN Energy Solutions dengan izin, “By 2025 data centre will consume 25 percent of the world’s energy supply providing the digital infrastructure needed for the digital economy. Data centres may adopt green energy solutions for liable pickings and backup power to drive the digital transformation sustainability”. Jadi, kita berharap agar kerajaan dapat menilai semula apabila menarik larangan penjualan RE ataupun renewable energy kepada Singapura kerana kalau kita melihat hari ini seperti yang saya bacakan tadi bahawa data centre merupakan antara pengguna utama.

Jadi kalau kita jual ke Singapura, Singapura akan set dia punya digital centre dia dan ekonomi akan berkembang di Singapura. Tapi kalau kita tidak menjual, kita memberikan tumpuan dan data centre akan datang beroperasi di Malaysia, kita akan dapat menjadikan data centre sebagai ekonomi, dapat menjana ekonomi, membuka peluang pekerjaan dan dalam masa yang sama dapat memenuhi carbon offset yang kita uar-uarkan menjelang 2050.

Kemudian Tuan Pengerusi, kalau kita lihat daripada data 2021 carbon emission sebanyak 255 juta tan dan juga pada 2022 sebanyak 272 juta metrik tan karbon dibebaskan.

Kita lihat bahawa pembebasan karbon bertambah, bukan berkurang. NRECC menyasarkan bahawa pada 2025 ialah 31 percent tenaga RE dan pada 2030 sebanyak 45 percent tenaga RE. Tetapi kalau kita lihat daripada data yang saya ambil, daripada tahun 2021 kita cuma menggunakan RE sebanyak 8,900 megawatt. Pada tahun 2022, sebanyak 9,000 megawatt dan Bajet 2023 adalah 10,000 dan Bajet 2024 hanyalah sekadar 11,000 megawatt. Ini kelihatan agak terlalu tidak signifikan. Jadi pertanyaan saya, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan bagi menggalakkan penggunaan RE oleh industri tempatan?

Kalau kita lihat sebagai contoh, Iceland telah menggunakan 86.87 percent RE, Norway menggunakan 71.56 percent dan Sweden sebanyak 50.92 percent RE dalam mereka menjana keperluan tenaga dalam negara mereka.

Tuan Pengerusi, saya ingin juga berbicara soal Butiran 05100 iaitu Mencegah Hakisan Pantai. Di Tangga Batu contohnya, di Pantai Puteri. Saya mendapat maklumat mengatakan bahawa kawasan ini akan ditambak, pantai ini akan dilebarkan bagi menghalang hakisan. Tetapi bagi saya, ia tidak efektif kerana ia akan mengurangkan kawasan penangkapan ikan bagi nelayan-nelayan yang sekarang ini telah menderita kerana kekurangan tangkapan ikan.

draft • 5:46 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Apakah ada niat kerajaan untuk membuat benteng penahan ombak supaya boleh menghalang daripada berlakunya hakisan ombak. Bukan sahaja di Pantai Puteri, saya minta juga supaya dilakukan juga di Pantai Kem Terendak kerana di sini akan dibangunkan hospital angkatan tentera. Baik, kemudian Butiran 05300 iaitu Mengorek Kuala Sungai. Saya telah bicara dalam ucapan dasar bajet, dah dijawab oleh Menteri tapi akhirnya mereka juga akan minta kerjasama daripada Jabatan Saliran untuk mengorek Sungai Lereh dan juga Sungai Klebang yang hari ini menjadi satu kita panggil satu faktor yang menghalang kepada kelancaran untuk nelayan keluar masuk di kawasan ini.

Kemudian yang 07100 – PERHILITAN juga seperti mana disebut oleh teman-teman saya tadi bahawa masalah kera. Saya juga mendapat laporan di Tangga Batu bahawa oleh kerana Tangga Batu ini berdekatan dengan hutan simpan di Masjid Tanah, masalah kera ini sekarang ini sangat agak kritikal kerana mereka bukan sahaja mencuri makanan tetapi kera- kera ini juga merosakkan sistem solar panel. Kita, negara nak pergi kepada low carbon tetapi kera-kera merosakkan solar panel. Itu sahaja daripada Tangga Batu. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya jemput Yang Berhormat Pekan.

draft • 5:50 PM

Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya terus pergi kepada Butiran 15000 – Kerja-kerja Kecil JPS. Di bandar Pekan ada dua taman yang terlibat terus dengan terusan ataupun longkang tanah yang panjang untuk mengalirkan air terus ke sungai iaitu daripada Taman Mentiga dan Taman Peramu Permai. Perlu ditegaskan bahawa perkara ini berlaku kerana di Pekan ini, kawasan tanahnya ialah berpasir.

Jadi, terusan ini ialah merupakan laluan air utama di Pekan yang membolehkan ianya menjadi suatu laluan utama air yang kalau tidak dibanteras atau tidak dijaga dengan baik, ianya akan tersumbat.

Oleh sebab ini dah hampir musim tengkujuh dan Pekan terletak di bawah low water level dengan izin, jadi untuk mengelakkan banjir kilat adalah diharapkan agar peruntukan ini sedikit sebanyak dapat digunakan bagi membolehkan longkang-longkang ini diselenggarakan dengan baik. Seterusnya Butiran 15200 iaitu Memperbaiki, Mengindah, Membersih dan Merawat Air Sungai-Sungai dan Infrastruktur. Perlu ditegaskan bahawa di Pekan ini ada tiga jambatan menghubungkan Kuantan dan Pekan iaitu Jambatan Paloh Hinai, Sultan Abu Bakar dan Jambatan Tanjung Selangor. Masalah yang dihadapi ialah terdapat banyak pulau jadian. Ada lebih kurang 30 pulau jadian yang jadi peliknya ialah pulau jadian ini bergerak ke arah jambatan utama iaitu Jambatan Sultan Abu Bakar.

Apabila ianya bergerak, ianya akan menjadikan suatu penghalang utama kepada laluan air terutama sekali apabila hujan luar biasa, pengaliran air tersekat ataupun terganggu dan yang paling utama sekali yang dirasakan berbahaya ialah pulau ini bergerak di bawah jambatan. Ini akan merosakkan struktur jambatan dan saya mengharapkan agar pulau jadian di Sungai Pahang ini khususnya dapat satu penyelesaian ataupun resolusi yang terbaik untuk

draft • 5:51 PM

Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan

kita mengatasi dan mengelakkan sebarang kecelakaan kepada jambatan dan bagi membolehkan pengaliran air ke laut dapat berjalan dengan lancar dan untuk mengelakkan banjir kilat.

Seterusnya Butiran 14500 iaitu Menaiktaraf Infrastruktur dan Saliran Bandar atau Tebatan Banjir. JPS ada monsoon drain yang dibina di kawasan FELDA Chini 1 hingga 3.

Malangnya di kawasan ini berlaku banjir kilat dan banjir kilat ini memerlukan satu solusi yang terbaik iaitu perlu ada satu kolam takungan dan kolam takungan ini diperlukan dengan seberapa segera yang mungkin kerana masalah banjir kilat ini setiap tahun merupakan satu bencana yang tidak diingini oleh penduduk di kawasan ini.

Seterusnya kepada Butiran 16700 iaitu Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saluran Banjir. Saya mengharapkan agar RTB Pekan Fasa 2 (Phase 2) yang telah ditamatkan kontrak pada 21.7.2023 dapat disambung semula melalui pelantikan kontraktor penyiap secepat mungkin. Mengharapkan agar peranan walaupun ini bukan tempatnya tetapi saya ingin sebutkan bahawa peranan EPU juga penting untuk membolehkan JPS mendapat kelulusan tambahan kos siling bagi membolehkan projek ini dapat terus berjalan dengan lancar dan projek ini adalah satu kesinambungan projek yang lepas kerana Pekan ialah sebuah bandar yang biasanya dipanggil bandar banjir air termenung kerana di akhirnya, Pekan adalah menjadi kawasan di mana air termenung ini sukar untuk bergerak ke laut kerana masalah-masalah tertentu.

Saya ingin mengakhiri dengan mengucapkan selamat Hari Deepavali, ceria Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia dan mengharap agar Deepavali ini membawa satu kebahagiaan, kesejahteraan dan keceriaan kepada semua. Sekian, terima kasih.

draft • 5:51 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pekan. Saya jemput Yang Berhormat Yang Berhormat Kuala Nerus.

draft • 5:51 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Terima kasih Puan Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Pertamanya, di peringkat Jawatankuasa Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, saya ingin merujuk kepada Butiran 0301100 – Perhutanan Semenanjung Malaysia. Puan Pengerusi, sebagaimana yang kita sedia maklum, Terengganu sebenarnya telah memelihara lebih daripada 50 peratus kawasan hutan simpan bagi manfaat seluruh negara. Namun Kerajaan Persekutuan tidak membenarkan mana-mana kerajaan negeri menjual kredit karbon mereka kepada pihak asing.

Jadi, bagaimanakah manfaat pemeliharaan hutan simpan ini boleh dapat kepada negeri Terengganu? Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia juga sebenarnya telah mencadangkan agar diberikan bayaran khas selain kos pengurusan hutan kepada negeri- negeri yang mempertahankan kawasan berhutan untuk kesejahteraan penghuni bumi seluruhnya. Oleh itu, adakah kerajaan berhasrat untuk melaksanakan bayaran khas ini kepada negeri Terengganu mengikut cadangan yang dinyatakan oleh Jabatan Perhutanan

draft • 5:57 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

tersebut? Bagaimanakah pula bentuk pulangan yang Kerajaan Malaysia usahakan di peringkat antarabangsa atas usaha negara memelihara dan memulihara alam sekitar terutamanya dalam carbon credit ini, dengan izin.

Seterusnya saya nak merujuk kepada Butiran 040100 – Tenaga Lestari. Puan Pengerusi, berhubung butiran ini saya amat menyokong supaya Malaysia bergerak maju ke arah transformasi tenaga kepada tenaga boleh baharu. Namun di sini, ingin saya memohon beberapa pandangan berkaitan perkara-perkara berikut. Pertama, sejauh manakah komitmen kerajaan memperluaskan projek pembinaan stesen jana kuasa mini hidroelektrik khususnya di negeri Terengganu memandangkan Terengganu masih banyak lagi sungai- sungai dan anak-anak sungai yang boleh diusahakan dengan tujuan tersebut dan yang pentingnya semoga ia dapat menambah pendapatan kerajaan negeri itu sendiri.

Seterusnya Kuala Nerus memohon perincian pihak kementerian mengenai jumlah hasil pendapatan yang diperoleh oleh Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri secara purata melalui ladang-ladang solar yang telah dibina setakat ini. Saya juga mohon penjelasan apakah inisiatif Kerajaan Pusat untuk menggalakkan negeri-negeri yang berpotensi meneroka penjanaan tenaga solar antaranya Terengganu yang mendapat purata cahaya matahari lima ke enam jam sehari yang memang sangat sesuai untuk penjanaan tenaga solar. Akan tetapi, penjanaan tenaga solar ini tidak memberi impak pendapatan yang besar kepada negeri kerana negeri hanya boleh mengutip cukai tanah sahaja. Oleh itu, adakah kerajaan berhasrat yang menyemak semula mekanisme yang sedia ada supaya kerajaan negeri boleh meningkatkan hasil pendapatan melalui perusahaan ladang-ladang solar tersebut.

draft • 5:57 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Kuala Nerus juga ingin membangkitkan isu mengapa tender pemasangan solar di premis kerajaan hanya dihadkan kepada GLC sahaja? Mengapa tidak dilaksanakan secara tender terbuka yang lebih telus dan adil kepada syarikat-syarikat swasta terutama SME bagi menggalakkan lebih ramai pemain industri sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Seterusnya Butiran 060100 – Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia

(NAHRIM). Berhubungan butiran ini pula saya ingin memohon kepada pihak kementerian untuk memperuntukkan kepada NAHRIM bagi melakukan pemantauan ataupun kajian tentang kesan pengorekan pasir di sungai-sungai yang mana hari ini telah mencemarkan air tawar kerana kemasukan air laut yang masin dan merosakkan punca air untuk dirawat untuk minuman kita semua.

Akhirnya Butiran 15200 – Memperbaiki, Mengindah, Membersih dan Merawat Sungai-sungai dan Infrastruktur MASMA. Puan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh soal hakisan tebing Sungai Nerus yang berlaku setiap tahun, setiap kali musim tengkujuh menyebabkan tanah-tanah milik rakyat dan juga jalan-jalan rosak. Pada waktu ini di Kuala Nerus berlaku hakisan tebing sungai yang sukar dibaiki kerana jalan masuk juga telah runtuh dan juga tidak stabil untuk dimasuki oleh lori-lori besar dan ia menyebabkan kos pembaikan

draft • 6:00 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

ini semakin meningkat kerana lori-lori besar tidak dapat turun akses kepada kawasan yang terbabit.

Oleh itu, adakah kerajaan pusat bercadang untuk memberi bantuan khas untuk menyegerakan projek-projek baik pulih hakisan tebing sungai lebih-lebih lagi menjelang musim tengkujuh yang semakin hampir. Selain itu saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan pusat untuk membina denai sungai di sepanjang Sungai Nerus untuk mengelakkan hakisan tebing berlaku lagi pada masa akan datang di samping dapat mengindahkan dan menjaga kebersihan sungai yang terbabit. Sekian, terima kasih.

draft • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya jemput Yang Berhormat Balik Pulau.

draft • 6:00 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih kepada Pengerusi kerana memberikan peluang Balik Pulau untuk berbahas di Dewan yang mulia ini.

Terdapat tiga perkara yang saya ingin bangkitkan.

Pertama merujuk kepada Butiran 030100 – Perhutanan Semenanjung Malaysia. Jadi saya ingin mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Menteri yang telah pun membantah keputusan negeri Kelantan untuk laksanakan cadangan perubahan kepada pelan pembangunan berkaitan pengubahsuaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di negeri tersebut bagi memperkasakan pengurusan dan pembangunan hutan serta mengekalkan kawasan sedia ada demi kelestarian alam sekitar.

Hal ini kerana sekiranya cadangan perubahan tersebut dilaksanakan ia boleh menjejaskan dasar kerajaan dalam mencapai 50 peratus kawasan tanah berhutan di Semenanjung Malaysia selaras dengan polisi Rancangan Fizikal Negara (RFN). Jadi saya amat berharap keputusan pembantahan ini dapat mendorong kepada pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian biologi serta kemapanan alam sekitar Hutan Simpan Kekal

(HSK) di Kelantan.

Selanjutnya terima kasih juga Yang Berhormat Menteri kerana semalam melawat Taman Negara Pulau Pinang dan semoga Yang Berhormat Menteri dapat membantu menyelesaikan beberapa isu yang menjejaskan TNPP. Taman Negara Pulau Pinang ini merupakan kawasan perlindungan hasil daripada keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Persekutuan, Badan Bukan Kerajaan dan masyarakat tempatan tentang pentingnya melindungi kawasan dan kepelbagaian biologi di kawasan metropolitan ini.

Taman negara yang paling kecil di dunia ini mempunyai pelbagai kawasan habitat yang berlainan berbanding dengan kawasan perlindungan tempat lain kerana mempunyai Tasik Meromiktik, hutan paya bakau, Hutan Dipterokarpa Bukit. Keistimewaan Tasik Meromiktik ini ialah tasik ini mempunyai dua suhu, dua lapisan air, dua ketumpatan, dua spesies marin dan itulah keunikan Tasik Meromiktik.

Tasik ini merupakan satu-satunya danau campuran air tawar dan masin yang terdapat di Benua Asia. Kesemua ciri-ciri ini menunjukkan taman negara ini mempunyai

draft • 6:02 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

pelbagai ekosistem yang tinggi dan kepelbagaian ini haruslah dipelihara untuk memastikan usaha pembangunan lestari Taman Negara Pulau Pinang diteruskan.

Dengan ini saya mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan berapakah sumber hasil yang diperoleh daripada TNPP, hasil penjualan tiket masuk dan bagaimanakah hasil tersebut digunakan untuk menanggung kos operasi dan penyelenggaraan Taman Negara Pulau Pinang yang terletak dalam kawasan Parlimen Balik Pulau dan juga Parlimen Bukit Bendera. Juga adakah pihak TNPP akan impose caring capacity kerana saya difahamkan lebih kurang 5,400 orang mengunjungi Taman Negara Pulau Pinang setiap bulan.

Kedua, mengikut Butiran 030200 – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.

Taman Negara ataupun National Park terletak di tiga negeri. Pahang, Terengganu dan Kelantan. Taman Negara kita sudah lama berada dalam tentative list Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 2014 lagi. Jadi pengiktirafan Taman Negara Semenanjung Malaysia yang merangkumi seluas 434,000 hektar iaitu di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan ini adalah amat penting kerana tapak tersebut boleh dijadikan sebagai pusat pelancongan untuk para pelancong dengan tujuan pendidikan serta menimbulkan kesedaran untuk memelihara sejarah warisan dunia dan juga alam semula jadi.

Jadi saya mohon Menteri jelaskan usaha kerajaan dalam usaha mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Saya juga difahamkan negeri-negeri terbabit tidak memberi kebenaran untuk diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri dapat bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri yang terbabit untuk mendapatkan pengiktirafan UNESCO.

Hidupan liar, tambahan pula pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Terdapat banyak NGO yang berdedikasi terhadap pemeliharaan hidupan liar seperti RIMAU, Gibbon Conservation Society

(GCS), WWF dan sebagainya. Kesemua NGO ini bertungkus lumus memelihara hidupan liar di Malaysia dan kerajaan harus memberi sokongan kepada pertubuhan-pertubuhan ini untuk meneruskan usaha pemeliharaan haiwan yang kini berada di ambang kepupusan.

Oleh itu saya menyeru Menteri memandang isu ini serius bagi memastikan usaha pemuliharaan hidupan liar daripada pelbagai pihak di Malaysia mendapat sokongan yang diperlukan. Saya berharap pihak kementerian boleh menyalurkan lebih banyak dana kepada NGO-NGO ini demi kelestarian kehidupan liar.

Bayangkan harimau Malaya yang dahulu mempunyai 3,000 ekor dalam tahun 1950- an kini hanya tinggal 150 ekor mungkin tolak satu semalam mati kena langgar, 149 ekor. Jadi saya harap harimau Malaya tidak menerima nasib seperti Sumatran Rhino yang sudah pupus di Malaysia pada tahun 2019. Sedikit lagi.

Selain daripada NGO, belia Malaysia boleh memainkan peranan kerana belia juga mempunyai tekad yang tinggi untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan golongan belia dan seterusnya meningkatkan penglibatan dalam usaha ini. Belia harus melibatkan diri dalam kerja pemuliharaan alam sekitar di Malaysia antaranya menguruskan hidupan liar, zoo serta terlibat dalam projek menyelamatkan haiwan liar yang semakin pupus. Saya harap

draft • 6:02 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

kementerian ada program-program tertentu untuk menggalakkan belia mencebur dalam bidang ini.

Saya rasa itu sahaja jadi sempena Hari Deepavali yang akan disambut pada hari Ahad ini, saya mengambil kesempatan mengucapkan Deepavali Nal Valthukal. Terima kasih.

draft • 6:02 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Balik Pulau. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.

draft • 6:02 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Saya terus kepada perkara-perkara yang saya hendak sebutkan di sini. Pertamanya adalah berkaitan dengan Butiran 050000 – Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Di Kuala Langat yang saya tahu ada dua projek solar TNB ataupun solar farm di Mukim Tanjung Dua Belas yang meliputi keluasan 98 hektar dengan 230,000 panel solar dan projek RM300 juta.

Selaras dengan aspirasi kerajaan dengan meningkatkan kapasiti sistem solar sehingga kira-kira 40-gigawatt menjelang tahun 2050 dan sasaran 20 peratus sumber RE 2030, sisa panel solar dijangka akan mencecah 40 juta tan apabila tamat tempoh pengoperasian loji janakuasa solar tersebut. Ini jawapan daripada Menteri, 25 Oktober 2023.

Cuma di sini adalah apakah status kajian terhadap penetapan syarat extended producer responsibility terhadap komponen dan solar yang digunakan dan juga apakah kerajaan berhasrat untuk membangunkan SOP bagi pembangunan pusat pengumpulan dan perolehan kembali yang khusus dan berpusat untuk solar panel.

draft • 6:08 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Adakah mungkin ada perbincangan dengan pihak KPKT melihat tapak-tapak pelupusan sampah yang ditutup berpotensi menjadi pusat pengumpulan dan perolehan kembali solar panel. Saya melihat di sini saya cadangkan supaya kerajaan perlu mengadakan satu pelan tindakan agar sisa solar yang hendak dilupuskan dikembalikan atau dikutip terus oleh agensi ataupun penswastaan.

Yang kedua berkaitan dengan Butiran 060000 – Pengurusan Air dan Pembetungan RM217.2 juta. Isunya adalah berapakah jumlah kilang haram yang masih beroperasi berhampiran dengan sungai dan juga saliran. Mungkin kilang haram ataupun tidak- bukan tidak haram tetapi berada di kawasan sisa saliran ataupun berdekatan dengan reserve sungai. Apakah tindakan kerajaan bagi mencegah sebarang bentuk pencemaran di masa akan datang?

Saya ingat kalau di Selangor ini kita berpengalaman dengan pencemaran sungai tempoh hari, industri Sungai Long yang telah beroperasi enam tahun dan menjadi punca pencemaran bau dan menyebabkan LRA Sungai Selangor henti operasi pada tahun 2020.

Empat loji rawatan air terpaksa ditutup dan mengakibatkan gangguan bekalan air kepada 1.2 juta akaun melibatkan 1,292 kawasan. Baru-baru ini pun ada lagi pencemaran yang berlaku dan saya kira ini harus diambil satu tindakan yang tegas daripada sudut pengawalannya.

Yang kedua adalah berkaitan dengan premis ataupun loji air IWK yang melepaskan effluent kumbahan ke sungai di negeri Selangor ataupun di negara kita. Di Selangor ini ada

draft • 6:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

2,354 lokasi yang saya kira di Selangor juga kita mempunyai pengalaman dengan pencemaran bau yang mengakibatkan loji rawatan air juga ditutup dan mengakibatkan gangguan air kepada rakyat di negeri Selangor.

Cuma isunya apakah pemantauan daripada sudut kualiti yang dikeluarkan oleh IWK ini mematuhi standard dan bukannya mudah untuk kita mengesan kesan-kesan pencemaran ini tetapi akibatnya cukup besar.

Selain daripada itu, dalam menjaga kualiti air di negeri Selangor ini, adakah kerajaan bercadang untuk memasang lebih banyak perangkap-perangkap sampah di sungai yang tercemar dan memastikan ia tidak memasuki kawasan perairan. Saya ingat di Selangor dengan adanya dua interceptor yang sangat berkesan menjadikan air Sungai Klang dalam keadaan kualiti tahap yang baik daripada lima kepada tiga dan kadang-kadang apabila jumlah air disebabkan hujan, ia akan mencapai kepada tahap satu.

Kemudian kepada dalam Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar, Butiran 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi yang belanja yang cukup besar. Saya ingin mendapat maklumat daripada kerajaan berkaitan dengan rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2. Adakah ini termasuk dalam aktiviti– apakah skop aktiviti yang akan dilakukan sama ada pemeriksaan dan juga pendalaman sungai.

Adakah ini juga termasuk dalam sistem Takungan Air Pinggiran Sungai ataupun TAPS.

Saya melihat di sini kepentingan Sungai Langat ini, jangan sehingga kita menunggu seperti Sungai Klang yang tercemar kerana Sungai Langat ini juga menjadi sumber air mentah kepada Loji Rawatan Air Labohan Dagang.

Untuk akhirnya Butiran P.23, Butiran 08601 – Penanaman Pokok Bakau dan Spesis- spesis Yang Sesuai di Pesisir Pantai, RM1.2 juta. Saya nak bertanya kepada kerajaan, adakah perancangan pemberian insentif kewangan kepada NGO-NGO ataupun entiti agensi yang terlibat di dalam program pemeliharaan dan pemuliharaan hutan bakau di dalam negara kita. Terima kasih.

draft • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya jemput Yang Berhormat Sandakan.

draft • 6:10 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih Puan Pengerusi. Pertama sekali saya ingin merujuk kepada Butiran 00117 – Projek Teknologi Hijau dan juga Butiran 40000 – Program Kecekapan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui dan Butiran 41000 – Bekalan Elektrik Sabah (BES).

Puan Pengerusi, ketika ini Sabah sedang berhadapan dengan krisis bekalan tenaga elektrik dan kami terpaksa menghadapi catuan bekalan elektrik yang berterusan kerana kapasiti loji kuasa tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan tinggi kami terutamanya ketika cuaca panas yang berlaku pada masa ini.

Margin simpanan untuk bekalan di Sabah adalah kira-kira 12 peratus. Pada hari-hari biasa dan jatuh ke zon negatif apabila ia mencecah permintaan puncak dan ini memaksa SESB untuk melaksanakan catuan bekalan elektrik bagi mengelakkan kerosakan sistem.

draft • 6:14 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri adalah apakah langkah segera kerajaan bagi mengatasi krisis bekalan tenaga elektrik di Sabah ketika ini? Adakah peruntukan berjumlah RM285 juta di bawah BESS akan digunakan untuk membina loji jana kuasa baharu atau untuk mengatasi kekurangan bekalan elektrik di Sabah. Apakah perancangan jangka masa panjang kerajaan bagi menyelesaikan masalah bekalan elektrik di Sabah secara kekal?

Berdasarkan kajian oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Sabah mempunyai kapasiti potensi sebanyak 99.4 gigawatt bekalan untuk dijana melalui kuasa solar tetapi pada masa ini Sabah hanya mampu mengeluarkan kira-kira 10 megawatt melalui solar.

Dalam hal ini, apakah inisiatif dan insentif kerajaan untuk membantu merealisasikan potensi ini di Sabah untuk membolehkan lebih banyak pengguna tenaga boleh diperbaharui.

Seterusnya, setiap tahun Sandakan mengeksport jutaan tan sisa kelapa sawit dari ladang kelapa sawit ke luar negara seperti Jepun dan Korea untuk menghasilkan tenaga elektrik tetapi mengapa kita sendiri tidak menggunakan biojisim ini untuk penjanaan kuasa kita?

Seterusnya saya ingin merujuk kepada Butiran 28000 – Rancangan Bekalan Air Sabah dan Butiran 95000 – NRW Nasional. Bekalan air di Sabah merupakan isu yang paling banyak menerima aduan dari semua pihak. Saya percaya Sandakan sudah terkenal apabila ianya berkaitan dengan isu bekalan air khasnya selepas saya menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri kita bagi mengemukakan keseriusan isu tersebut pada awal tahun ini.

Justeru, soalan saya adalah adakah peruntukan sebanyak RM260 juta di bawah Rancangan Bekalan Air Sabah sama dengan peruntukan yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada awal Jun tahun ini atau adakah ianya adalah peruntukan yang berasingan.

Apakah projek khusus di bawah butiran ini akan menambah baik sistem bekalan air Sabah khususnya di Sandakan. Apakah kadar purata semasa air tidak berhasil NRW masing-masing di Sabah dan Sandakan? Bagaimanakah peruntukan ini akan menambah baik NRW di Sabah dan Sandakan untuk 12 bulan yang akan datang.

Akhir sekali, saya ingin merujuk kepada Butiran 13400 – Pembangunan Sumber Air Negara dan Butiran 07200 – Pengawalseliaan Alam Sekitar. Puan Pengerusi, pada awal tahun ini, Sandakan berhadapan dengan isu bekalan air yang sangat serius apabila bekalan air dari Loji Rawatan Air Segaliud mempunyai rasa masin dengan kadar klorida yang tinggi berbanding dengan tahap piawaian kualiti air minuman yang disarankan di Malaysia.

Terdapat banyak pihak turut menyalahkan pencemaran oleh ladang kelapa sawit yang ada di sepanjang Sungai Segaliud sebagai punca utama yang menyebabkan kepada masalah ini. Sehubungan dengan itu, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri adalah, berapa kerapkah kementerian melalui jabatan air, alam sekitar tempatan menjalankan ujian kualiti air dari muka sauk ataupun intake point di Sungai Segaliud?

Mengapakah sehingga kini tiada sebarang laporan atau pengumuman daripada kementerian atau jabatan alam sekitar berkenaan dengan hasil keputusan air berkualiti tersebut. Terdapat video dalam talian yang tular mendakwa Sungai Segaliud telah tercemar

draft • 6:14 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

teruk dan ini pada satu tahap juga telah menyebabkan pembelian panik air minuman dalam botol dalam kalangan pengguna.

Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan lebih lanjut berkenaan dengan isu penting ini. Jadi jika sebenarnya punca air di sungai itu didapati tercemar dan tidak sesuai untuk dibekalkan, apakah rancangan segera pihak kementerian bagi mengatasi masalah ini. Sekian dan terima kasih.

draft • 6:14 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Saya jemput Yang Berhormat Setiu.

draft • 6:14 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Pengerusi, saya pergi ke Butiran 040000 – Pembangunan Tenaga.

draft • 6:19 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dilancarkan tahun ini ada kaitan dengan Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia 2022-2035 dan Dasar Tenaga Negara 2022- 2040 dan ia bukan perkara baharu.

Oleh itu, soalan saya, apakah langkah jangka pendek dan jangka sederhana kerajaan ke arah ketersediaan negara sebagai hab tenaga boleh baharu?

Yang kedua, adakah kerajaan bercadang untuk membina pusat data untuk tenaga boleh baharu dalam negara. Ini kerana dasar dalam larangan eksport TBB sebelum ini, Malaysia telah mendapat banyak cadangan pelaburan dan pusat-pusat data untuk dibina di Malaysia.

Yang ketiga, sejauh manakah kerajaan akan memastikan pengeksportan TBB ini menjamin peluang pekerjaan yang besar kepada rakyat? Apakah usaha kerajaan terhadap industri kecil dan sederhana untuk meningkatkan daya saing dalam Dasar Industri TBB ini?

Seterusnya, Butiran 040100 – Pengurusan Tenaga. Pemasangan solar amat digalakkan sebagai salah satu usaha mencapai kapasiti penjanaan tenaga boleh baharu sebanyak 31 peratus pada tahun 2025 dan 40 peratus pada tahun 2035 bagi griu kebangsaan melalui pelan peralihan tenaga Malaysia 2021-2040. Namun, kos pemasangan yang agak tinggi membantu usaha rakyat untuk memiliki solar di kediaman masing-masing atau premis- premis persendirian.

Soalan saya, apakah status terkini pencapaian pemasangan ataupun projek Net Energy Metering (NEM) di luar bandar dan bandar?

Kedua, berapa peratus kah isi rumah yang telah menyertai program NEM rakyat ini.

Apakah langkah kerajaan untuk menggalakkan isi rumah luar bandar beralih kepada solar?

Yang ketiga, adakah boleh berlaku kes kecurian elektrik kerana pengguna menggunakan solar panel untuk dicaskan ke dalam battery energy store system (BESS) dan menjualnya sedangkan meter perjalan solar terus berjalan.

Yang keempat, sejauh manakah projek NEM ini dilaksana di tempat-tempat ibadah seperti masjid, surau sebagai satu cara untuk mengurangkan kos bayaran elektrik.

draft • 6:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Tuan Pengerusi, Butiran seterusnya Butiran 060400 – Bekalan Air Ibu Pejabat.

Umum mengetahui bahawa projek-projek perkhidmatan air berskala kecil mendapat pembiayaan melalui projek wakaf air. Namun, projek tersebut mestilah bernilai tidak melebihi ...RM50 ribu jika ia dilaksanakan di Semenanjung. Manakala RM75,000 bagi Sabah dan Sarawak.

Saya mencadangkan agar dinaikkan kepada RM100,000 di Semenanjung dan RM150 ribu di Sabah dan Sarawak memandangkan terdapat tempat yang amat memerlukan kepada projek wakaf air ini tetapi tidak dapat dipertimbangkan kerana melebihi kos yang ditetapkan.

Saya juga mohon penjelasan. Berapa kutipan dana wakaf air setakat ini? Berapa baki yang ada sekarang dan berapakah projek yang telah dilaksanakan mengikut pecahan negeri?

Seterusnya yang terakhir sekali, Tuan Pengerusi, Butiran 15000. Mengikut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia, negara kita akan mula dilanda Monsun Timur Laut. Antaranya, negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Barat Sarawak bermula 11 November 2023. Hari Sabtu ini dan dijangka akan berlanjutan sehingga Mac 2024. Setiap kali berlaku banjir, sering kali terdapat air termenung. Sering kali berlaku limpahan air sungai disebabkan tiada sistem perparitan yang sempurna. Parit tersumbat, alur dan sungai yang tidak dibersihkan yang sering mengakibatkan berlaku banjir yang banyak dan kerap berlaku.

Tindakan hanya dibuat selepas berakhirnya banjir.

Saya berpandangan isu-isu seperti ini perlu diambil tindakan segera setelah menerima aduan daripada penduduk setempat dan peruntukan emergency, peruntukan segera perlu disalurkan. Sering kali jawapan yang diterima ialah tiada peruntukkan kerana berada di penghujung tahun. Perlu menunggu tahun depan. Inilah jawapan yang sering diberi oleh pihak jabatan.

Yang last sekali iaitu di Setiu terdapat kawasan-kawasan yang saban tahun menghadapi masalah air termenung yang sehingga kini masih belum dapat diselesaikan.

Antaranya, Kampung Pengkalan Merbau, Jalan Sungai Tong ke Kampung Mak Bakas, Kampung Lubuk Panjang ke Chalok Kedai, Kampung Alor Damat ke Batu Rakit.

Butiran 14500 – Tebatan Banjir. Saya hendak tahu tentang status terkini rancangan tebatan banjir Sungai Renek. Limpahan air Sungai Renek ini sering memudaratkan penduduk kampung sekitar. Isu ini pernah saya utarakan dan saya bangkitkan dalam perbahasan Dewan sebelum ini. Jadi, saya ingin tahu status terkini projek ini. Sekian, terima kasih.

draft • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Setiu, saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 6:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Untuk makluman Puan Pengerusi, di luar sana cuaca hujan, mendung dan berawan. Di saat ini kita hanya mampu berdoa. Kalau air pasang besar, kita doa hujan jangan lebat, jangan lama. Kalau hujan lebat dan lama, kita doa jangan bertembung dengan air pasang besar.

draft • 6:26 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ramai yang masih lagi terkesan dan fobia dengan peristiwa banjir besar yang melanda kebanyakan negeri di seluruh negara pada Disember 2021. Banyak harta musnah.

Besar kerugian yang ditanggung. Bukan sahaja nyawa, harta sependirian dan harta awam terkorban. Malah, perniagaan dan industri turut sama terkesan. Insurans bencana alam naik sehingga tiga ke empat kali ganda. Memang sangat membebankan.

Disebabkan pembangunan dan kesan gas rumah hijau, greenhouse gas, pemanasan global meningkat 0.2 degree Celsius setiap satu dekad. Kini, peningkatan telah mencecah 1.1 degree Celsius. Ini menyebabkan kenaikan paras laut yang naik mendadak. Jika peningkatan 1.5 degree Celsius, 31 hingga 70 juta manusia akan terdedah kepada banjir.

Jika meningkat dua degree Celsius, 31 hingga 80 juta manusia akan terdedah kepada banjir.

Malaysia tidak terkecuali. Tidak terkecuali Kuala Lumpur, tidak juga Shah Alam.

Pada Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat awal tahun ini, saya mendapat jawapan dari kementerian bahawa Rancangan Tebatan Banjir berjumlah RM140 juta diperuntukkan untuk Sungai Klang, kawasan Seri Muda. Ia melibatkan Parlimen Shah Alam dan Parlimen Kota Raja, Parlimen Presiden saya. Dalam jawapan bertulis baru-baru ini, saya dimaklumkan hanya kerja-kerja awal perancangan baru dimulakan. Maka besarlah harapan saya dan warga Shah Alam dan juga warga Kota Raja agar kerja fizikal RTB akan dimulakan dengan segera yang mungkin.

Saya sambut baik belanjawan pembangunan di bawah Butiran16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi berjumlah RM250 juta bagi tahun 2024. Soalan saya, berapakah yang diperuntukkan untuk Rancangan Tebatan Banjir Sungai Klang Seri Muda dalam belanjawan ini?

Begitu juga dengan Butiran 14500 – Menaik taraf Infrastruktur dan Saliran Bandar Tebatan Banjir berjumlah RM63.4 juta. Di manakah dan apakah perincian kepada belanjawan ini? Untuk rakan saya yang merawat Hulu Langat, saya ingin bertanya berapakah yang diperuntukkan dari kedua-dua butiran tadi untuk RTB Sungai Semenyih dan RTB Sungai Beranak. Tetapi Menteri kalau tidak cukup masa, jawab Shah Alam sahaja dulu.

Bagi pembangunan tenaga lestari hijau di bawah Butiran 40000 – Program Kecekapan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui. Saya melihat sedikit peningkatan belanjawan kepada RM18.8 juta. Kita tahu bahawa new energy transformation roadmap (NETR) memerlukan kos yang tinggi mencecah bilion ringgit. Lalu saya mohon kementerian perincikan projek dan inisiatif di bawah butiran ini.

draft • 6:26 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Bagaimana ia boleh membantu kerajaan mencapai NETR. Apakah sasaran yang ditetapkan kerajaan dan status terkini pemasangan solar di bangunan kerajaan yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Kemudian Pembangunan Butiran 80000 – Projek Pembetungan Negara dikurangkan sebanyak RM151.4 juta. Soalan saya, apakah justifikasi kepada pengurangan ini? Sebagaimana Program Waste-to-Energy itu Program Waste to Wealth juga tidak kurang pentingnya.

Saya ingin mohon pihak kementerian memaklumkan status terkini hala tuju Waste to Wealth Program dan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan, yang melibatkan project by

draft • 6:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

product pembetungan ini. Adakah kerajaan mempunyai apa-apa sasaran pengurangan karbon dari circular ekonomi ini? Puan Pengerusi, itu sahaja yang ingin saya utarakan, mohon jawapan sewajarnya dari Yang Berhormat Menteri dan kementerian. Sekian, Deepavali Nal Valthukal.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya jemput Yang Berhormat Arau.

draft • 6:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Puan Pengerusi, terima kasih.

Sebelum itu sebab Yang Berhormat telah menyentuh Kuala Langat tadi, semalam Menteri— Hulu Langat ya?

[Disampuk] Okey. Saya ingat Kuala Langat, Kuala Langat alright lah, itu kawan sebelah, okey.

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, yang pertama saya hendak sentuh tentang METMalaysia di bawah Butiran 050200. Saya ingin bertanya status terkini Program Ramalan Awal Banjir yang dikelolakan oleh METMalaysia. Jika sistem ini berdasarkan limpahan air sungai sahaja, bagaimana dengan ramalan awal banjir kilat? Apakah sistem amaran yang digunakan dan peratusan ketepatan amaran-amaran yang dikeluarkan.

Ketiganya, apakah pengurangan peruntukan ini akan memberi kesan kepada penambahbaikan sistem pangkalan data ramalan banjir negara? Kedua ialah berhubung dengan Butiran 020200 – Ukur dan Pemetaan iaitu apakah? Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah status kerjasama pemetaan sempadan yang telah ditangani oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia bersama Indonesia pada bulan Oktober 2022 yang lalu. Yang Berhormat, pemetaan ini saya sering sebut dan saya sering kali akan mendapat jawapan bahawa akan diambil tindakan.

Tetapi sebenarnya tindakan tidak diambil dengan sepenuhnya kerana jawapan daripada Menteri Pertahanan dengan Menteri Sumber Asli selalunya akan berbeza. Sumber Asli akan buat pemetaan dan kita hendak minta supaya tindakan kepada pemetaan itu diambil serta-merta. Apa yang berlaku di sempadan negeri Pengerusi ialah Kerajaan Indonesia membina jalan dalam jarak dua, tiga kaki sahaja daripada batu sempadan. Selepas itu, dia bina jalan dan setengah batu sempadan telah pun terkena jalan itu. Jadi, jalan ini dibina oleh tentera Indonesia.

Jadi, saya kata tentera Malaysia bahagian engineering sewajarnya juga membina jalan sebelah Malaysia. Jadi pemetaan sekarang ini, apakah usaha yang dibuat untuk hendak pastikan batu yang telah pun terjatuh atau hilang. Ini saya pergi sendiri Yang Berhormat, saya semasa saya melawat Lanang semasa banjir itu saya pergi sempadan dan saya tengok beberapa tempat, oleh kerana batu itu dok atas bukit, bila dia buat jalan itu di potong sama, batu itu jatuh.

Jadi, bagaimana pihak pemetaan hendak pastikan supaya benda ini dibuat dengan sebaik-baiknya. Jadi, saya minta supaya pemetaan dibuat, Yang Berhormat juga kena maklum kepada Kementerian Pertahanan supaya bersiap-siaga dan berwaspada untuk mengambil tindakan yang sama. Cara menguruskan sempadan mudah sahaja, apa mereka

draft • 6:31 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

buat kita buat, mereka buat satu, kita buat satu. Sekarang ini masalah apabila mereka buat satu yang baik, kita tak buat apa.

Contohnya macam pos sempadan, mereka sudah buat tiga tingkat, kita baru bangunan satu tingkat. Kedua yang terakhir Yang Berhormat ialah berhubung dengan Jabatan Perhutanan, 030100. Allah berfirman di dalam Al-Quran dalam Surah Ar-Rum, ayat 41 yang bermaksud, “Telah tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia”. Kini wahyu ini telah— Allah sampaikan wahyu ini dulu, 1,400 tahun lebih yang lalu wahyu ini diturunkan tapi kita lihat benda itu sedang berlaku sekarang.

Allah mengehendaki agar mereka merasakan sebahagian daripada akibat ataupun perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar. Kita lihat kerosakan yang hebat, yang dilakukan manusia ini ialah kerosakan hutan. Hutan, Yang Berhormat pun resah gelisah, hutan diteroka dan lepas itu dibuat macam-macam. Masalah yang besar ialah sama ada renjer untuk mengawal hutan ini mencukupi ataupun tidak. Saya membuat cadangan tapi tak berapa diambil tindakan tapi masa saya pegang itu dia ambil tindakan.

Yang itu saya kata APM menjaga hutan. Angkatan Pertahanan Awam (APM) itu mengambil giliran sebab hendak masuk hutan ini dia bukan boleh semua jalan masuk hutan.

Dia ada jalan tertentu, sering kali jalan balak. Adakan pengawal di sana, mereka berjaga di sana dan saya cadangkan juga supaya kerajaan negeri mengambil pendekatan untuk mendapatkan khidmat keselamatan. Jadi, orang masuk kita register dan mereka bawa masuk peralatan untuk menebang pokok dan sebagainya, kalau kita biarkan benda ini akan berterusan. Mula-mula dia...

draft • 6:31 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ustaz, masa sudah habis ustaz.

draft • 6:31 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya? Siapa bercakap itu?

draft • 6:31 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 6:31 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, saya akan gulunglah. Tapi adakah Tuan Pengerusi bercakap atau orang lain bercakap, saya tak pasti. Jangan Jelutong cukup ya, orang lain okey. Okey, Yang Berhormat Puan Pengerusi, saya hendak maklum di sini kalau mereka teroka hutan ini caranya mudah, mereka teroka di tengah hutan selepas itu perlahan-lahan mereka akan datang keluar. Jadi akhirnya seluruh hutan menjadi masalah.

Terdapat beberapa rizab Orang Asli, saya hendak sebut dekat Tuan Pengerusi tadi sebelum ini, rizab Orang Asli yang telah diteroka.

Terdapat satu rizab Orang Asli di Rompin sebagai contohnya. Saya ingat kalau tak silap 12,000 ekar diteroka ditanam kelapa sawit. Orang Asli tak dapat apa, yang dapat ialah orang yang teroka dan kita tak dapat ambil tindakan yang wajar kerana kita biar, orang buka lima ekar kita biar, 10 ekar kita biar. Cara pendekatan untuk menyelesaikan masalah ini, mereka tebang satu pokok pun kita ambil tindakan, barulah kita dapat menyelesaikan masalah hutan. Masalah hutan sekarang ini kalau sekiranya kita kekurangan kakitangan kita gunakan Angkatan Pertahanan Awam ataupun RELA, pihak yang lain, supaya sama-sama mengawal hutan.

Hutan ini kena dikawal, yang hutan telah diteroka secara haram dan sebagainya kena ambil balik. Kena pastikan hutan mencukupi untuk menghadapi masalah iklim dan

draft • 6:31 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

sebagainya. Saya terima kasih Puan Pengerusi. Kepada orang yang bersuara di waktu Maghrib ini, semoga Allah membetulkan hati-hati yang bengkok. Terima kasih.

draft • 6:31 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar.

draft • 6:31 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih Puan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 030200 – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.

Puan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, Harimau Malaya yang menjadi simbol keberanian dan kekuatan rakyat Malaysia telah lama hidup bebas di negara ini telah mengalami ancaman kepupusan yang kritikal. Kini hanya kurang daripada 150 ekor Harimau Malaya di Malaysia dan 39 nya Puan Pengerusi, berada di negeri Pahang.

Saya ingin mengambil kesempatan ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana telah berikrar dan berusaha keras untuk menyelamatkan dan melindungi spesies Harimau Malaya supaya tidak pupus. Menjunjung Kasih Tuanku.

Kerajaan Pahang telah mewartakan 92,649 hektar untuk fasa pertama bagi tanah rizab bagi Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah pada Mei 2023 dan bakinya fasa kedua akan menjadikan jumlah sebanyak 134,183 hektar. Persoalannya Yang Berhormat Menteri, kerajaan terdahulu pada tahun 2001 telah menyarankan kepada semua kerajaan negeri supaya melakukan proses pewartaan. Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah kerajaan negeri mengambil tindakan seperti mana yang diambil oleh tindakan oleh Kerajaan Negeri Pahang.

draft • 6:38 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bagi saya, proses untuk meningkatkan populasi Harimau Malaya, menjaga kawasan rayau mereka dan sekali gus mengelakkan konflik antara manusia dan hidupan liar. Bagi saya, apa yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang merupakan inisiatif pemuliharaan Harimau Malaya yang pertama di Malaysia.

Saya tahu, saya faham jawapan kementerian Yang Berhormat Menteri pada Februari 2023 semasa menjawab soalan di Kamar Khas telah menyatakan sembilan tindakan luar biasa telah diambil dan dirancang untuk tahun 2021 hingga 2030. Tetapi persoalannya Yang Berhormat Menteri, apabila saya melihat Butiran 070600 – Biodiversity Protection and Patrolling Programme (BP3), saya lihat 2023, 2024 sama Yang Berhormat. Kod Am 10 untuk emolumen tak berubah. Kod perbekalan tak berubah dan apatah lagi Kod 40000 juga tidak berubah. Jadi, saya perlukan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

070100 – Bertugas ke Luar Negara. Saya tahu kerajaan akan menghantar legasi untuk COP28 yang akan berlaku di hujung November dan di awal Disember di Dubai, United Arab Emirates. Ada empat persoalan Yang Berhormat Menteri. Yang pertama, apakah hala tuju dan jangkaan keuntungan kepada Kerajaan Malaysia di COP28? Yang keduanya,

draft • 6:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

bagaimanakah persediaan kerajaan dan team Malaysia untuk ke COP28? Yang ketiga, apakah rule of business? Kita ada NETR, kita NIMP dan sudah pasti rule of business yang akan kita sampaikan di sana bukan hanya transition, tetapi kita mesti beroleh keuntungan daripada dua pelan yang utama Kerajaan Madani pada hari ini.

Yang akhirnya di bawah perkara ini Yang Berhormat, saya nak bertanya pandangan Yang Berhormat, adakah kita perlu mengambil spirit ASEAN level untuk kita combine dari segi peruntukan kewangan on the financial side dan resourceful seperti mana yang dibuat oleh United Kingdom dan United State? Apabila United Kingdom telah menyatakan mereka tidak akan withdraw, hampir GBP12 bilion untuk combination di antara UK dan US bagi handle a climate change yang berlaku.

Tuan Pengerusi, saya part yang keduanya saya nak menyentuh sikit berkaitan perkara-perkara yang melibatkan kawasan Paya Besar. Bekalan air, Butiran 22000 – Rancangan Bekalan Air Negeri Pahang. Ada empat tempat yang perlu diberi perhatian oleh kementerian Yang Berhormat Menteri. Pekan Sungai Lembing, Kampung Sungai Batu, Taman Tas dan Taman Bukit Goh Perdana, masalah air berpanjangan. Saya ingat puluhan tahun.

Butiran 33000 berkaitan empangan berisiko tinggi. Saya setuju dan menyokong apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian berkaitan Empangan Chereh. Yang lalu, Empangan Chereh melepaskan air dan menyebabkan FELDA Bukit Sagu 7 mengalami bencana-bencana banjir yang tidak pernah berlaku selama 30 tahun yang lepas. Jalan masuk ke empangan tersebut Yang Berhormat, rosak, jambatan rosak dan ia merupakan laluan pelancongan ke Gunung Tapis Yang berikutnya ialah berkaitan Butiran 060300 – Pengairan dan Saliran. Saya nak minta jasa Yang Berhormat supaya dalam Rancangan Malaysia Ke-13 nanti supaya mewujudkan satu peruntukan untuk membina masterplan untuk pengaliran dan saliran bagi Daerah Kuantan. Yang Berhormat, Daerah Kuantan ini ada tiga Parlimen. Parlimen saya ini Parlimen orang kampung, tetapi dah beralih nak jadi ke sub-urban dan apabila sub-urban, ada poket-poket development. Dahulu tanah kampung, sekarang ini dah dibuat jadi taman, taman-taman kecil. Jadi, tidak ada masterplan yang dibuat untuk longkang, saliran, pembetungan dan bekalan air. Dulu masa kampung paip kecil Yang Berhormat. Sekarang ini dah taman, ramai orang perlukan kapasiti yang lebih besar.

Yang akhirnya Puan Pengerusi adalah berkaitan kerja-kerja JPS. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada JPS Negeri Pahang dan JPS Daerah Kuantan. Tuan Pengerusi, di kawasan Paya Besar ini kebiasaan hujung tahun banjir. Bila banjir, sudah pasti tindakan awal itu dibuat. JPS Kuantan dan JPS Pahang dah buat tindakan. Cuma Yang Berhormat, ada satu jambatan. Jambatan ini jadi jambatan viral, dipanggil Jambatan Hong Kong. Kalau Yang Berhormat pergi ke JPS Kuantan, tanya Jambatan Hong Kong di mana, mereka akan tunjuk. Jambatan tersebut menggunakan peruntukan ICU, siap. Tetapi bila siap itu, dia menyebabkan accident, puluhan accident berlaku. Saya minta Yang Berhormat, tahun depan tolong peruntukan sebanyak RM300,000 sahaja untuk kita betulkan jambatan tersebut supaya tidak lagi berlaku accident.

draft • 6:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang akhirnya Puan Pengerusi, RTB, projek perlembangan sungai bersepadu. Saya ucapkan terima kasih kepada JPS pusat, HQ Putrajaya kerana mempercepatkan proses ini.

Cuma saya minta satu Yang Berhormat, bila dah datang ke kawasan saya, panggillah saya, bagilah taklimat. Jangan bila datang tempat saya— Semasa saya di Kementerian Kewangan, saya yang usahakan supaya dipercepatkan. Bila dah laksana, saya nak beritahu kepada orang kampung saya macam mana proses tersebut. Jangan bila masalah nanti, dia akan cari saya untuk selesaikan masalah. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Saya jemput Yang Berhormat Kota Belud.

draft • 6:40 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Bismillahi Rahmani Rahim. Puan Pengerusi, Butiran 070400 – Subsidi Bil Elektrik. Tahun ini RM76 juta, tahun depan RM55 juta. Pertama, saya ingin tahu subsidi ini melibatkan siapa? Kedua, mengapa ianya dikurangkan?

Butiran 41000 – Bekalan Elektrik Sabah. Diperuntukkan RM285 juta untuk tahun hadapan berbanding RM293 juta tahun ini. Saya agak kecewalah terus terang lebih-lebih lagi memikirkan SESB akan dipulangkan kepada Sabah tahun hadapan. Dalam keadaan hampir semua pemimpin Sabah di sini bersama menyokong Kerajaan Perpaduan, sepatutnya peruntukan ditambah, bukan dikurangkan. Dalam keadaan rakyat Sabah struggle dengan keperluan bekalan elektrik, pengurangan berbanding kenaikan menimbulkan persoalan mengapa? Saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Sabah mewujudkan satu kementerian untuk mengawal selia bekalan elektrik di Sabah nanti.

Butiran 15100 – Mencegah Hakisan Pantai. Dari RM179 juta ke RM248 juta. Tidak ada butiran benteng pemecah ombak. Cuma saya mohonlah untuk dilaksanakan di Pulau Mantanani kerana hakisan pantai terlalu teruk di pulau itu. Jadi, kalau buat apa-apa pembangunan pun akan terkesan.

Butiran 28000 – Rancangan Bekalan Air Sabah. Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kerana jika dilihat pada anggaran asal, peruntukan untuk Rancangan Bekalan Air Sabah bagi tahun 2023 diperuntukkan sejumlah RM159 juta. Namun, ianya telah ditambah kepada RM238 juta. Walau bagaimanapun, jumlah sebenar yang dibelanjakan belum diketahui. Disebabkan itu saya ingin tahu, berapakah setakat ini telah dibelanjakan? Saya sambut baik cadangan Yang Berhormat Kubang Kerian yang memberikan cadangan bagi menyelesaikan isu air di Sabah. Justeru, saya mohon penjelasan daripada kementerian dua perkara.

Satu, migrasi air. Dimaklumkan hanya Sabah dan Sarawak yang belum migrasi air dan disebabkan itu, bekalan air Sabah dan Sarawak hanyalah dalam bentuk pinjaman dan bukan geran seperti mana negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Soalan saya, apakah kelebihan migrasi air ini dan mengapakah Sabah tidak melaksanakan migrasi air?

Yang kedua, dana WAKAF AIR. Seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian, hanya 57.5 peratus saja dana WAKAF AIR digunakan untuk Sabah dan

draft • 6:45 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Sarawak. Saya ingin tahu, kenapa? Kenapa tidak digunakan sepenuhnya di Sabah memandangkan kadar non-revenue water di Sabah adalah yang tertinggi di Malaysia.

Puan Pengerusi, bagi tahun hadapan pula dianggarkan sejumlah RM260 juta diperuntukkan dan daripada jumlah tersebut, RM258 juta adalah melalui pinjaman. Saya ingin sentuh jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri sewaktu menjawab soalan lisan saya minggu lepas. Soalan saya berkenaan bantuan segera berjumlah RM327 juta tidak pun dijawab. Sehingga ke hari ini masih belum ada jawapan. Pertama, adakah sudah disalurkan peruntukan segera tersebut? Jika sudah, apakah jenis-jenis projek? Apakah jenis projek- projek yang telah dijalankan dan di mana?

Kedua saya ingin melihat— Saya melihat jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri kepada soalan lisan saya minggu lalu sebab saya selalu— Saya tanya kenapa lambat? Kenapa lambat untuk sampaikan peruntukan? Jadi saya tanya, Kerajaan Persekutuankah? Kerajaan negerikah? So, saya quote-lah. Saya quote jawapan Timbalan Menteri, “Terdapat permohonan pengeluaran pinjaman yang dikemukakan oleh Kementerian Kewangan Negeri Sabah yang tidak lengkap dan maklum balas yang dikemukakan semula telah melangkaui tahun yang diproses”. Saya tidak tahu apa mahu cakaplah. Kita di sini berperang berhabis bah. Minta peruntukan lebih, minta diberi keutamaan. Kasi salah orang itu, kasi salah orang ini. Apa kita buat hah kerajaan negeri? Ini bukan pelaksanaan projektor. Ini baru mahu mengemukakan permohonan cadangan. Kalau kita rasa kita ketinggalan 20 tahun, 30 tahun, kita tidak boleh berjalan bah. Kita kena berlari. Kalau orang di sini berlari, sepatutnya kita naik kereta, by all means untuk kerja dia orang. Kalau dia orang naik kalau boleh, kita naik helikopter lagi untuk bubut dia orang ini. Kalau dia orang naik helikopter di sini, patut kita naik jet sudah.

[Tepuk] Sudahlah air kita paling bermasalah. Kalau beginilah sikap kita, sampai 20 tahun pun kita tidak akan dapat selesaikan masalah.

[Berucap dalam dialek Sabah]

draft • 6:45 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Jadi, so kerajaan negeri please do something. Terima kasih.

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa 25 minit.

draft • 6:50 PM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada semua pembahas- pembahas yang telah turut serta untuk membangkitkan perbahasan di peringkat Jawatankuasa bagi NRECC. Saya akan pergi mengikut topik yang dibangkitkan.

Pertama sekali tentang soal kerosakan di kawasan Empangan Hidroelektrik Kenyir.

Untuk makluman, selepas kejadian tersebut kerja-kerja pembaikan telah pun bermula pada Mac 2022. Ada lima cerun dan kerja-kerja sudah pun bermula. Ada cerun-cerun yang telah pun siap dan ada beberapa lagi cerun yang dijangka siap antara tahun 2024 sehingga 2025.

Untuk makluman, kos pembaikan ini bagi kawasan yang berada di dalam sempadan tanah

draft • 6:50 PM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

TNB ditanggung oleh TNB dan bagi kawasan di empangan Kenyir yang berada di luar sempadan TNB ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan. Kerja-kerja sedang berlangsung.

Seterusnya, Yang Berhormat Tawau membangkitkan tentang mengapa tidak dipercepatkan pengurusan dana untuk hidroelektrik Upper Padas dan talian Southern Link di negeri Sabah. Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penyerahan Kuat Kuasa Kawal Selia Bekalan Elektrik Sabah kepada Kerajaan Negeri Sabah pada 21 Julai 2023 telah bersetuju bahawa pelaksanaan projek talian penghantaran 275 kV dari Mengalong ke Tawau iaitu Southern Link akan perlu dimohon oleh Kerajaan Negeri Sabah terus kepada Kementerian Ekonomi. Mengenai Projek Loji Janakuasa Hidroelektrik Upper Padas ia telah pun dianugerahkan, projek 187.5 megawatt ini telah pun dianugerahkan kepada penjana bebas ataupun IPP, dengan izin pada 28 Januari 2022 dan mereka sendiri yang akan keluarkan kos untuk membina atau membiayai projek tersebut.

Tadi banyak beberapa Yang Berhormat-Yang Berhormat ada membangkitkan tentang soal tenaga pengeksportan tenaga boleh baharu ke Singapura. Apa yang saya boleh katakan, pertama sekali mekanisme energy exchange ini telah pun diluluskan di peringkat Kabinet dan kita akan berikan butirannya. Energy exchange ini akan kendalikan oleh single buyer yang mengendalikan bekalan elektrik selama ini. Mereka juga akan bertanggungjawab kepada energy exchange yang akan diperdagangkan dengan negara Singapura. Saya nak bagi perumpamaan mudah. Selama ini kita ada hasil-hasil. Saya bagi contoh seperti kelapa sawit, itu satu hasil mahsul yang ada di negara kita dan kita tidak ada masalah sebelum ini untuk kita menjual hasil tersebut untuk kita mendapat pendapatan dan kemudian mengembangkan lagi ladang-ladang sawit. Kita tengok FELDA misalnya telah membantu mengangkat ramai rakyat Malaysia khususnya masyarakat bumiputera daripada kemiskinan apabila kita terlibat di dalam perdagangan sawit ini secara besar-besaran.

Jadi, sama juga tenaga boleh baharu ini kalau kita bercakap tentang tenaga solar, matahari ini ialah satu unlimited resource, dengan izin dan kita dapat sumber tersebut. Kita tahu negara seperti Singapura mereka tidak cukup tanah untuk membina panel-panel solar.

Maka, kita menjual dan mereka sanggup membayar harga yang berkali-kali ganda lebih tinggi daripada harga yang ada di negara kita. Jadi, atas dasar itu negara seperti Indonesia pun, negara seperti Vietnam, di Malaysia sendiri Sarawak berminat ke atas sebab itu dan kita tahu, ini saya telah jawab berkali-kali di Parlimen bahawa dengan harga yang lebih tinggi itu kita bukan jual semua. Kita tentulah nak simpan majoritinya di negara kita.

Tetapi, kerana kita tidak dapat mendapat pendapatan yang mencukupi selama ini daripada syarikat-syarikat di Malaysia dengan tarif yang rendah dan sebagainya. Maka, kita melihat bahawa kita dapat— bila kita menjual ke Singapura kita dapat scale up, dengan izin dan menggunakan teknologi-teknologi baharu seperti battery storage dan kita perlu pelaburan RM180 bilion untuk menaik taraf grid. Itu semua kalau nak suruh rakyat Malaysia tanggung semata-mata. Saya rasa amat berat. Jadi, atas dasar itu kita akan eksport tetapi kita akan buat dengan cara yang terancang dan banyak data center-data center terus masuk di negara kita walaupun dengan dasar baharu yang ada ini.

draft • 6:50 PM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Tentang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Mersing, tentang pasaran import tenaga. Tetapi, kalau soal import gas dan sebagainya yang itu di bawah kawal selia Kementerian Ekonomi. Tetapi, kita cuba mempelbagaikan sumber bahan api sebagai salah satu yang disebut tadi tentang trilemma tenaga untuk energy security kita cuba mempelbagaikan sumber tenaga bahan api kita. Jadi, atas dasar itu kita banyak bergantung selama ini kepada gas dan juga kepada arang batu. Kalau sebelum ini kepada minyak dan itulah yang memang satu memberi implikasi dalam penetapan tarif ICPT yang ada di negara kita. Jadi, sebab itu juga kita merasakan tenaga boleh baharu ini penting untuk kita mengurangkan kos tenaga dan juga meningkatkan kita punya, kita dapat membebaskan daripada Sabah negara luar daripada pengimportan bahan api. Tetapi, ia perlu dibuat secara teratur supaya tidak membebankan rakyat.

Yang Berhormat Sandakan membangkitkan tentang untuk mengatasi masalah bekalan elektrik di Sabah. Kita sememangnya ada perancangan, perbincangan yang kita buat menerusi Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif

(JPPPET) Sabah dan ia dianggotai oleh kerajaan, agensi dan juga kementerian dan agensi Persekutuan dan juga negeri dan juga SESB sendiri. Selepas ini, sebagaimana kita maklum apabila pembekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah diserahkan bermula pada Januari 2024, Kerajaan Negeri Sabah yang akan mengemudikan JPPPET dan PDP (Power Development Plan) bagi negeri Sabah.

Masalah utama di negeri Sabah ini ialah antara gap antara Pantai Timur dan Pantai Barat sebagaimana disebut antara perkara yang dapat membantu ialah Southern Link tersebut dan kita juga sedang melihat langkah-langkah jangka pendek penggunaan interim set generator SESB 100 megawatt selama enam bulan, melaksanakan semula rental set 100 megawatt di kawasan Pantai Barat Sabah, mempercepatkan penggunaan battery energy storage system 200 megawatt dan melanjutkan operasi stesen jana kuasa sedia ada sekiranya perlu. Itu antara perkara-perkara yang dibincangkan dan akan diteliti oleh Suruhanjaya Tenaga dengan Energy Commission of Sabah (ECOS) dan juga SESB.

Tentang Yang Berhormat Kota Belud tadi membangkitkan kenapa subsidi elektrik dikurangkan daripada RM76 juta kepada RM55 juta. Sebenarnya, walaupun peruntukan yang diterima pada— yang tinggi diterima pada tahun-tahun sebelum ini, tetapi dilihat prestasi perbelanjaan hanya sekitar 50 peratus secara purata. Jadi, sebagai contoh 2021 peruntukan yang diterima adalah RM80 juta daripada kerajaan pusat dan prestasi perbelanjaan adalah 47 peratus. Namun, ia tetap memberi manfaat kepada lebih 100,000 ketua isi rumah miskin tegar. Tahun 2022, peruntukan yang diterima adalah RM78 juta dan prestasi perbelanjaan adalah 54 peratus. Jadi, kita merasakan bahawa RM55 juta adalah mencukupi untuk Program Rebat RM40. Ini untuk seluruh negara dan berdasarkan prestasi perbelanjaan yang lalu dan trend yang sama pada tahun 2023. Seterusnya...

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 6:50 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah? Kota Belud.

draft • 7:00 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya.

draft • 7:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Ini yang berkenaan untuk bekalan air Sabah RM320 juta itu. Saya masih menunggu jawapan yang itu YB Menteri.

draft • 7:00 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Sebagai mana saya sebut tadi, saya akan ikut topik. Saya bukan ikut Yang Berhormat. Jadi, nanti sampai ke akhir okey.

draft • 7:00 PM

Tuan Pengerusi

Sabar ya. Sabar ya.

draft • 7:00 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Jadi, nanti kalau dalam itu daripada monyet ke air ke hutan dalam itu mungkin terlalu ini. Kita akan ikut topik. Jadi, tentang sasaran 70 peratus untuk tenaga boleh baharu. Ini dibangkitkan oleh Kuala Terengganu. Kita amat komited untuk mencapai sasaran tersebut feed-in-tariff, net energy metering, SELCO, green electricity tariff dan banyak perkara-perkara ini juga kita telah mempermudahkan apabila kita memulakan kenaikan tarif elektrik. Jadi, ini sebagai satu alternatif kepada pengguna-pengguna elektrik di negara kita. Sekarang sedia ada, kapasiti tenaga boleh baharu kita ialah 25 peratus. Jadi, memang kita memerlukan lebih banyak usaha untuk kita sampai ke 70 peratus.

Untuk hidro mini, sebagai satu alternatif kepada empangan yang besar.

sememangnya kita akan meneruskan penawaran kuota untuk loji janakuasa mini hidro sebagai satu lagi sumber tenaga. Kita tidak hanya boleh berharap kepada sumber solar semata-mata. Namun, kita juga berharap kerjasama daripada kerajaan-kerajaan negeri sebab bila mengguna air, mengguna tanah dan sebagainya ia melibatkan kawasan kerajaan negeri dan hanya dengan kerjasama daripada kerajaan negeri kita dapat mempermudahkan.

Ini berdasarkan kumpulan wang kutipan dana Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu...

draft • 7:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Menteri sikit.

draft • 7:00 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

...Yang akan digunakan untuk menampung kos pelaksanaan mekanisme FiT. Ya.

draft • 7:00 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

YB Menteri, yang Menteri sebutkan tadi, kita menjangka 70 peratus untuk tenaga boleh diperbaharui ini. Cumanya saya nak minta pandangan Yang Berhormat Menteri berkaitan base load. Adakah tenaga boleh baharu tersebut boleh dijadikan base load? Sekarang ini base load kita adalah gas dan coal.

Bila sampai 70 peratus, adakah tenaga boleh diperbaharui itu dijadikan base load atau bagaimana perancangan pihak kementerian?

draft • 7:00 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya. Sememangnya cabaran kalau kita ada tenaga solar ialah soal intermittency iaitu hanya pada waktu siang. Itu pun sekitar empat sehingga lima jam. Waktu puncak untuk tenaga solar. Jadi, untuk base load, kalau dengan tenaga solar kita sebab itu bateri menjadi satu option tetapi buat masa ini harga bateri masih lagi agak mahal.

draft • 7:00 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Kedua, kita juga sedang melihat kalau di masa hadapan, kita juga ada tadi dibangkitkan tentang soal biomass. Cuma biomass ini buat masa ini ada beberapa kekangan yang menghalang biomass dapat betul-betul berkembang. Kita antara pengeksport utama bahan api biomass ini kepada Jepun, kepada Korea tetapi kita tidak banyak gunakan. Ada ladang-ladang sawit yang gunakan tetapi pada skala kecil dan hanya internal. Itu dapat provide base load. Waste-to-energy ya mungkin dapat provide base load. Mungkin suatu masa ketika nanti hidrogen itu juga dapat provide base load. Jadi, bateri bagi saya kalau bila kita bergantung kepada tenaga solar, bateri itu memainkan peranan penting dan kita berharap kalau kita lihat macam panel solar dan sebagainya apabila penggunaan semakin banyak, teknologi semakin tinggi. Harga dia jatuh lebih rendah.

Seterusnya, kerajaan dibangkitkan tadi kerajaan meletakkan sasaran lapan peratus penjimatan permintaan elektrik, apakah pencapaian terkini Program Kecekapan Tenaga?

Kalau kita lihat NEEAP ya, National Energy Efficiency Action Plan dengan izin, sehingga 30 Oktober 2023. Pengurangan penggunaan tenaga adalah sebanyak 5.84 peratus bersamaan dengan 8,588 Gigawatt-jam berbanding sasaran pada tahun 2023 iaitu 6.1 peratus. Jadi, kita kurang sedikit tetapi kita merasakan kita masih lagi berada pada landasan yang betul dan ini akan dapat ditingkatkan dengan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga yang Dewan Rakyat telah pun luluskan baru-baru ini.

Tentang NEM di bumbung premis ya. Bagaimana sambutan daripada rakyat dan penjimatan daripada rakyat. Sejak diperkenalkan pada tahun 2016, NEM Rakyat telah mendapat sambutan lebih 15,000 pengguna elektrik dengan jumlah kapasiti 677 megawatt sama ada di premis kediaman dan bangunan masing-masing. Ini adalah terbuka kepada semua pengguna elektrik termasuk pengguna daripada luar bandar. Jadi, tentang banyak juga dibangkitkan bahawa pengumuman yang dibuat bahawa hanya GLC sahaja boleh turut serta untuk membekalkan panel solar untuk premis-premis kerajaan dibangkitkan oleh Kuala Nerus dan beberapa Yang Berhormat yang lain. Sebenarnya kerajaan tidak pernah mengehadkan. Cuma yang dinyatakan ialah kesanggupan atau komitmen yang telah digambarkan oleh syarikat-syarikat GLC untuk memasang panel solar kepada bangunan- bangunan kerajaan. Bangunan-bangunan kerajaan tetap terbuka menerusi Program NEM GoMEn. Kuota berjumlah 70 megawatt boleh diagihkan kepada mana-mana bangunan kerajaan dan mereka terbuka untuk ambil mana-mana syarikat untuk memasang panel solar tersebut.

Seterusnya, tentang langkah jangka masa pendek dan panjang untuk negara menjadi pusat hab tenaga. Sebab itu bagi kita merasakan perdagangan rentas sempadan tenaga ini adalah sangat penting bagi kita dapat menjadi satu pusat kepada ASEAN Power Grid yang menghubungkan seluruh rantau ini. Sebagaimana kita ada sebut Laos telah pun membekalkan tenaga elektrik kepada Malaysia dan Singapura menerusi Thailand dan kita nak hubungkan lagi sambungan ini dan ini akan membolehkan penggunaan tenaga boleh baharu yang lebih tinggi. Seterusnya, saya juga nak sebut tadi saya ada jelaskan tentang Empangan Kenyir tetapi tentang Empangan Chereh, ia berdepan dengan beberapa masalah seperti enapan atau pun soil dementation dan kerosakan peralatan dan juga tirisan ya. Jadi,

draft • 7:00 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

untuk makluman projek ini telah diiklankan pada April 2023 untuk memperbaikinya dan SST dijadualkan pada bulan ini dengan jangkaan siap pada Mei 2026. Kos siling ialah sebanyak RM31,450,000.

Tentang soal IWK. Ini juga banyak dibangkitkan. Sebenarnya kenapa IWK tidak ada peruntukan bagi tahun 2024. Kalau sebelum ini peruntukan untuk IWK ialah RM90 juta untuk 2023 tetapi setakat ini IWK mampu beroperasi dengan baik pada tahun ini. RM60 juta sahaja daripada peruntukan RM90 juta tersebut. Jadi, untuk makluman Mesyuarat Jemaah Menteri kerajaan yang lepas, 20 April 2022 telah bersetuju dengan pelarasan tarif untuk IWK yang mula dilaksanakan pada Januari 2023. Maka, kita menjangkakan bahawa bermula tahun 2024, IWK tidak perlu lagi subsidi daripada pihak kerajaan. IWK juga telah cuba mengoptimumkan penggunaan kos pengurusan dan pengoperasian IWK dan melaksanakan non-core busines dengan izin, seperti program-program sekular ekonomi dan reclaim water.

Kitar semula bio pepejal dan biogas dan sewaan aset pembetungan kepada pihak ketiga.

Tentang Raub. Punca berlakunya gangguan bekalan air tidak berjadual di daerah Raub. Antaranya disebabkan oleh paip pecah dan juga pencemaran sumber air mentah. Atas sebab itu kerajaan telah meluluskan peruntukan di bawah RMKe-11 berjumlah RM18 juta bagi tiga projek untuk mengatasi kekeruhan yang tinggi atau pun high turbidity. Status projek terkini projek-projek tersebut. Pertama projek kerja-kerja segera mengatasi masalah kekeruhan yang tinggi di LRA Sungai Bilut dan dijangka siap 27 Disember tahun ini. Kerja-kerja segera bagi mengatasi masalah kekeruhan air yang tinggi di LRA Sungai Semantan. Ia telah melewati tarikh siap iaitu pada 10 Jun 2023 dan sedang berjalan dengan LAD. Dijadualkan siap pada 30 November 2023. Projek kerja-kerja segera mengatasi masalah kekeruhan yang tinggi di LRA Sungai Klau telah siap sepenuhnya pada 28 Februari 2023.

Tentang kenapa Raub masih lagi menghantar air kepada negeri Selangor itu sebenarnya air di sana mencukupi ya tetapi sebab ada beberapa permasalahan infrastruktur yang disebut tadi, maka masalah itu berlaku dan kita dalam usaha untuk mengatasinya.

Seterusnya, Bakri.

draft • 7:00 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Apakah justifikasi pengurangan peruntukan yang begitu drastik bagi projek bekalan air di Johor? Jadi, tentulah kita melihat secara keseluruhan berdasarkan prestasi dan kemajuan projek. Tentang isu penghasilan air terawat lebih rendah daripada permintaan air terawat di negeri Johor, jadi tentang soal ini, bagi memenuhi keperluan bekalan air di selatan negeri Johor, terutamanya Johor Baru, Pasir Gudang, Pengerang dan Bandar Iskandar, antara perancangannya ialah Projek Penyaluran Air Mentah Layang 2, Johor yang dalam peringkat pembinaan dan dijangka siap April tahun hadapan.

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

YB Menteri.

draft • 7:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya.

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Menteri. Saya nak ucapkan terima kasih kerana Projek Tebatan Banjir di Sungai Pinang sudah mula berjalan. Jadi, saya cuma nak ucapkan terima kasih dan saya pun berterima kasih. Walaupun

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

kita nak menyambut Deepavali, Menteri masih lagi bertugas. Jelutong pun masih lagi bertugas. Terima kasih.

[Ketawa]

draft • 7:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ini kacau daun ini. Seterusnya, projek pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Sungai Johor yang telah diluluskan di bawah RP3 RMKe-12. Ia telah membekalkan 200 juta liter sehari air mentah. Ia dalam peringkat penyediaan reka bentuk terperinci dan penyediaan dokumen tender. Cuma ada isu sedikit kerana cadangan lokasi asal tidak dipersetujui oleh MinDef kerana melibatkan sebahagian tanah di kawasan PULADA. Jadi, kita baru saja dapat tapak yang baharu.

Selain itu, Projek Penyaluran Air Mentah dari Sungai Sedili Besar ke Sungai Gembut, Johor juga telah diluluskan di bawah pembiayaan peruntukan pembangunan RP3 RMKe-12.

Jadi, ini antara prioriti-prioriti yang kita buat di negeri Johor.

Seterusnya, tentang soal rizab margin air di Sabah yang rendah dan status RM320 juta yang dimohon. Terdapat empat projek baharu berjumlah RM200 juta yang telah diluluskan di bawah RP4 RMKe-12 bagi menangani isu bekalan air Sabah iaitu projek mengurangkan NRW di Kota Kinabalu, penggantian paip pam penggalak dan pembinaan rumah pam penggalak dan penggantian pam air bagi muka sauk dan Loji Rawatan Air Daerah Kota Kinabalu dan di Kota Raya Telipok. Projek peningkatan kapasiti bagi muka sauk bagi dan loji rawatan air Sabah dan penggantian alat jana kuasa di Loji Rawatan Air Merotai, Tawau dan Beaufort.

Bagi peruntukan selebihnya, ia akan diluluskan dalam Rolling Plan yang akan datang.

Projek pembinaan LRA Cinta Mata telah disiapkan pada 1997 dan kerja naik taraf telah siap sepenuhnya pada 2012. LRA Cinta Mata 2 pula, Jabatan Air Negeri Sabah sedang dalam proses memuktamadkan skop kerja mengikut skop siling asal projek dan ia dalam proses penyediaan Dokumen Makmal Pengurusan Nilai dan Surat Setuju Terima bagi Empangan Cinta Mata telah dijadualkan keluar pada Januari 2025 dan dijangka siap pada Januari 2028.

Rasah membangkitkan kenapa kita berikan kuasa kepada operator air untuk menaikkan tarif sendiri ya. Merujuk kepada seksyen 84, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006

(WSIA), ia telah menetapkan bahawa Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim atas syor SPAN, boleh membuat peraturan-peraturan...

draft • 7:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

YB Menteri...

draft • 7:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Untuk menetapkan...

draft • 7:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Kota Belud.

draft • 7:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya.

draft • 7:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Saya ingin bertanya yang tadi YB Menteri sebutkan, adakah ia peruntukan sedia ada tahun 2023 atau dari peruntukan tambahan RM320 juta yang tadi? Beberapa empat kah tadi, YB Menteri sebut.

draft • 7:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Yang saya difahamkan, yang RM200 juta itu, berdasarkan permintaan yang telah dihantar. Maka, yang dihantar RM320 juta. Tetapi, telah diluluskan ataupun diperakui terlebih dahulu ialah RM200 juta untuk projek-projek yang saya

draft • 7:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

telah sebut tadi. Jadi, di bawah WSIA, kita, Menteri Sumber Asli boleh membuat peraturan- peraturan bagi menetapkan tarif bagi perkhidmatan bekalan air dan pembetungan.

Jadi, kita, kementerian melalui SPAN telah mencadangkan Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) untuk mewujudkan Mekanisme Penetapan Tarif air yang sistematik, telus dan adil bagi manfaat kita semua. Jadi, antara perkara yang kita sering hadapi ialah bagaimana purata tarif air yang dikenakan bagi pengguna Semenanjung dan Labuan ialah sebanyak RM1.43 bagi setiap meter padu. Mengambil kira pelarasan yang telah diluluskan tahun lepas oleh kerajaan sebelum ini untuk Bukan Domestik dan kategori Khas, purata tarif dijangka meningkat kepada RM1.59 untuk meter padu.

Tetapi, ini masih rendah ya kalau kita ambil kos OPEC dan KPEC, ia adalah sebanyak RM2.03 per meter padu ya. Jadi, sebab itu, kalau kita tangguhkan, operator air akan alami kehilangan pendapatan dengan anggaran RM490 juta setahun. NRW pada hari ini telah pun merugikan syarikat-syarikat air ini RM2 bilion setahun. Jadi, ada negeri misalnya 40 tahun dah tak naik tarif air. Ada negeri yang 60 peratus daripada air yang dirawat tidak sampai kepada pengguna.

Jadi, sikit lagi. Jadi, sebab itu Yang Berhormat-yang Berhormat, kita merasakan masanya sudah sampai dan ada persetujuan daripada Menteri-menteri Besar, Ketua-ketua Menteri rentas parti tentang keperluan ini. Kita sememangnya akan ambil kira negeri yang memerlukan peningkatan tarif yang lebih drastik, kita akan bagi ruang. Tetapi itu akhirnya keputusan operator air. Kita cuma tetapkan siling. Ya.

draft • 7:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Menteri, terima kasih Tan Sri Pengerusi.

Saya mendengar penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri kata, sudah ada persetujuan daripada Menteri-menteri Besar dari setiap negeri rentas parti.

Apakah semua Menteri Besar bersetuju berkenaan dengan hal ini? Saya nak tanya. Sebab Menteri Besar biasanya, kalau tidak silap saya, juga merupakan Pengerusi untuk operator air di setiap negeri.

Jadi, sama ada wujud conflict of interest dari segi ini atau tidak? Sebab itu saya lebih menjurus kepada Yang Berhormat Menteri selaku di peringkat apa – Menteri di peringkat Persekutuan bersama dengan SPAN yang menetapkan berbanding dengan Menteri Besar yang juga Pengerusi operator tersebut. Mohon penjelasan.

draft • 7:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya, sebab itu yang pertama sekali saya katakan secara prinsip, secara umum. Kita tidaklah membuat kenyataan bertanda tangan kah apa.

Cuma yang saya nak jelaskan di sini bahawa kita bukan akan membiarkan free for all. Yang kita akan benarkan, kita akan ada mekanisme dan kita tengok negeri-negeri yang perlu naik ya sebab dah lama tidak naik ataupun kos yang terlalu rendah. Kita letakkan satu siling dan terpulang kepada operator air itu, apa yang tindakan yang mereka nak ambil.

Mungkin mereka nak naik separuh, nak naik sepenuhnya. Itu kita serahkan kepada operator air. Tetapi kita...

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri...

draft • 7:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Tetapi kita ada cap yang bermakna kita tidak akan membenarkan kenaikan yang ikut suka hati operator air. Tidak. Ya, bermakna ada kira-kira

draft • 7:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

yang kita rasa penting. Kalau boleh saya nak habiskan sebab sebenarnya banyak lagi ini yang saya tak sentuh. Tapi saya rasa saya akan fokus...

draft • 7:10 PM

Tuan Pengerusi

Ya, elok pun.

draft • 7:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Kepada beberapa perkara.

draft • 7:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Nak ucapkan terima kasih Menteri. Baru-baru ini, mengenai pengurusan pembekalan air daripada Perak, Menteri telah lawat Pulau Pinang. Minta maaf, saya tak berkesempatan tapi nak ucapkan terima kasih, Selamat menyambut Hari Deepavali. Jelutong masih di sini menjalankan tugas.

draft • 7:10 PM

[Dewan riuh]

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

[Ketawa] Okey, terima kasih. Nanti saya belanja minum teh tarik. Seterusnya...

draft • 7:10 PM

Tuan Pengerusi

Menteri perlu berapa minit lagi? Lima minit?

draft • 7:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Lima minit.

draft • 7:10 PM

Tuan Pengerusi

Ya, lima minit.

draft • 7:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Yang lain saya akan beri secara bertulis.

draft • 7:10 PM

Tuan Pengerusi

Ya, tolong.

draft • 7:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Bagi non-revenue water, kenapa dikurangkan daripada RM325 juta kepada RM154 juta? Ini kerana peruntukan program NRW Nasional di bawah RP4 berjumlah RM154 juta iaitu RM74 juta bagi NRW Nasional Pendekatan 1 dan RM80 juta bagi program NRW Nasional Pendekatan 2. Peruntukan tahunan 2024 berkurangan berbanding tahun 2023 memandangkan terdapat satu projek NRW Pendekatan 1 yang telah siap itu di Perlis. Ini antara negeri kritikal yang berdepan dengan NRW manakala negeri-negeri selebihnya dijangka siap pada tahun 2024.

Kementerian juga akan menambah baik program NRW Kebangsaan supaya memberikan impak yang lebih menyeluruh serta akses kepada peruntukan yang lebih meluas kepada operator-operator air. Kuala Langat bertanya tentang apa tindakan kerajaan bagi mencegah pencemaran di masa akan datang. Jadi, kerajaan akan menerusi NRECC akan membuat pindaan fasa pertama kepada WSIA.

Pindaan ini melibatkan beberapa seksyen yang spesifik bertujuan menangani insiden pencemaran secara berkesan, secara khusus melibatkan beberapa perkara utama termasuk peningkatan tempoh hukuman dan kadar denda ke atas tindakan yang berisiko pencemaran kepada mana-mana alur air atau sistem bekalan air. Ia akan naik daripada RM100,000 kepada RM10 juta denda dan hukuman denda daripada setahun kepada 15 tahun ataupun kedua-duanya sekali.

Ia melibatkan penyenaraian kesalahan-kesalahan baru dalam akta tersebut dan membolehkan pemegang Lesen Perkhidmatan Air menuntut semula kos bagi memulihkan sistem bekalan air yang telah dicemari daripada pihak yang didapati bersalah menyebabkan pencemaran air. Kita juga akan meneruskan pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi menangani insiden pencemaran secara berkesan.

draft • 7:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Pindaan akta ini akan dibuat secara berfasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2, dan Fasa 1 dijangka akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 16 November 2023. Tentang

draft • 7:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

loji rawatan kumbahan, apakah pemantauan pelepasan kualiti effluent agar mematuhi standard? Ia dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar mengikut piawaian yang telah ditetapkan di bawah Peraturan Kualiti Alam Sekeliling 2009.

Pematuhan kepada piawai pelepasan effluent terawat telah mencapai 97.6 peratus tetapi masih terdapat pelepasan sisa terlarang secara haram ke dalam lurang pembetungan IWK, itu yang juga menjadi antara cabaran dan ada sembilan kes setakat September 2023 pada tahun ini.

Jadi, IWK dengan SPAN, JAS dan badan berkuasa air seperti LUAS sentiasa melaksanakan pemantauan untuk mengelakkan perkara ini berlaku. Tentang soal Interceptor, itu sebenarnya program Selangor Maritime Gateway tetapi kita akan menandatangani satu MOU antara Kerajaan Pusat dengan Interceptor untuk kita melihat, untuk dibawa ke negeri- negeri yang lain.

Sandakan— maaf. Okey, Shah Alam, saya ingat yang terakhirlah. Shah Alam bertanya tentang justifikasi pengurangan kos projek pembetungan negara. Pada tahun 2024, kebanyakan projek pembetungan yang sedang dibina mencapai peringkat kemajuan projek 90 peratus, manakala projek-projek baharu berkeutamaan tinggi, statusnya dalam perolehan pada tahun ini dan SST dijangka dikeluarkan pada sukuan pertama dan sukuan ketiga 2024, dan aktiviti fizikal hanya pada tahun berikutnya.

Tentang program Waste to Wealth untuk pembetungan, Pelan Induk Teknologi Hijau Malaysia antara lain bertujuan menguruskan sisa kumbahan dengan lebih efektif melalui penerapan teknologi hijau bagi menjana Waste to Wealth, seterusnya bagi ke arah alam sekitar yang lebih mampan. IWK sedang giat dengan pelbagai inisiatif hijau untuk menggunakan hasil by product daripada proses pembetungan.

Ini termasuklah penggunaan semula bio effluent untuk kegunaan industri bukan makanan, di mana IWK bekerjasama sekarang dengan tiga operator bekalan air dan penggunaan semula biopepejal untuk penghasilan baja. IWK juga sedang melaksanakan inisiatif biogas dan pemasangan panel solar untuk kegunaan penjanaan tenaga elektrik untuk kegunaan dalaman operasi IWK.

Ada banyak lagi pertanyaan-pertanyaan yang telah dibangkitkan oleh ramai Yang Berhormat–Yang Berhormat dan saya pohon maaf...

draft • 7:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Bangi.

draft • 7:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya.

draft • 7:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Mungkin boleh sentuh sikit tentang RTB Sungai Langat Fasa 2, khususnya untuk daerah Hulu Langat. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

draft • 7:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Saya akan bagi secara bertulis untuk Yang Berhormat. So, yang lain saya akan serahkan secara bertulis dan sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat–Yang Berhormat di atas keprihatinan untuk turut sama berbahas bagi NRECC di peringkat Jawatankuasa.

draft • 7:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Terima kasih, Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,702,499,200 untuk Kepala B.23 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.23 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 7:20 PM

Tuan Pengerusi

Masalah ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.23 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.23 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 7:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tak mahu bergaduh sebab nak ucap Hari Deepavali kat dia orang.

draft • 7:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ahli Yang Berhormat, Hari Deepavali akan disambut hari Ahad ini. Lanjutan itu, seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Isnin ini merupakan cuti umum sempena Hari Deepavali yang mana Dewan Rakyat tidak akan bersidang. Maka, pada kesempatan ini, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada Ahli Yang Berhormat dan warga Parlimen Malaysia sekalian yang menyambutnya.

Selamat pulang ke kampung halaman dan kawasan. Semoga selamat sampai ke destinasi. Saya doakan semoga semua Ahli Yang Berhormat sentiasa sihat walafiat bersama keluarga tersayang. *Deepavali Nal Valthukal.

[Tepuk]*

draft • 7:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Tan Sri Speaker.

draft • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 14 November 2023. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam.

draft • 7:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.25 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026