Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Oscar Ling Chai Yew, Sibu.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Peraturan mesyuarat berapa?
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Peraturan Mesyuarat 18(1) dan
(2).
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Itu tak perlu bangkit sekarang. Kita sambung pertanyaan lisan dulu, selepas sesi...
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Terima kasih.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, soalan saya nombor satu.
1. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah kaedah yang akan diambil untuk meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengelak penipuan pekerjaan di Kemboja dan Myanmar yang masih sering berlaku. Apakah tindakan kerajaan untuk menyelamatkan mereka?
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Puan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sibu di atas pertanyaan yang dikemukakan pada pagi ini.
Kerajaan sedar bahawa isu penipuan tawaran pekerjaan atau dengan izin job scam bersifat cross-cutting yang memerlukan tindakan whole of government approach, dengan izin.
Oleh itu, satu jawatankuasa khas yang diterajui oleh KLN telah ditubuhkan bagi menyelesaikan isu sindiket penipuan tawaran pekerjaan dengan melibatkan semua agensi- agensi yang berkaitan.
Bagi mewujudkan kesedaran mengenai bahaya sindiket penipuan tawaran pekerjaan ini, KLN telah memanfaatkan pelbagai platform yang tersedia seperti media sosial, media
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
massa, media arus perdana dan hebahan secara fizikal bagi mempertingkatkan kesedaran rakyat Malaysia.
Antara usaha yang dilakukan adalah hebahan kesedaran menggunakan infografik dan video serta dokumentari pengalaman sebenar mangsa job scam yang dimuat naik di laman rasmi media sosial seperti YouTube dan Facebook KLN serta PDRM, selain penyampaian taklimat kesedaran kepada pelajar-pelajar universiti serta pembukaan ruang rerurai seperti semasa Hari Wisma Putra pada 4 November yang baru lalu.
Kerajaan akan meningkatkan lagi hebahan kesedaran ini kepada lebih ramai lagi rakyat Malaysia melalui pelbagai platform dan juga program ataupun program seranta yang telah dirancang.
Semasa ketibaan mangsa job scam dari Peru pada 26 Oktober yang baru lalu, saya juga telah mengadakan sidang media untuk memberi kesedaran kepada umum supaya lebih berwaspada ketika menerima tawaran pekerjaan di luar negara. Selain daripada langkah- langkah pencegahan seperti hebahan yang saya nyatakan tadi, KLN telah menggunakan jalinan usaha sama antara perwakilan diplomatik Malaysia di luar negara bersama pihak berkuasa tempatan untuk mengesan, menyelamat dan memberikan bantuan konsular kepada mangsa, seperti memudah cara proses dokumentasi dan pengeluaran sijil perakuan cemas agar membolehkan mereka pulang ke tanah air dengan selamat.
Di samping itu, KLN turut terlibat dalam lawatan bersama PDRM ke Kemboja dan Thailand pada awal tahun ini bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan yang terlibat.
Sehingga 3 November 2023, kementerian ini telah berjaya membawa pulang seramai 518 orang. Sejurus mereka kembali ke tanah air, mangsa-mangsa akan diambil keterangan oleh PDRM untuk membantu siasatan. Kementerian ini juga sedang berusaha untuk mengenal pasti 26 orang mangsa warganegara Malaysia di Laukkaing, Myanmar yang terlibat dalam sindiket job scam. Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Yangon, Myanmar dengan kerjasama di antara Kerajaan Thailand dan Vietnam, Filipina dan China sedang menyelaras dan menggunakan segala alternatif bagi membawa pulang 26 orang mangsa sindiket penipuan pekerjaan berkenaan dengan selamat.
Dalam masa yang sama, KLN ingin mengingatkan semua warganegara Malaysia supaya sentiasa peka dan berwaspada apabila menerima sebarang tawaran pekerjaan yang diterima menerusi platform media sosial yang meragukan. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan, ke atas usaha untuk menyelamatkan mereka ini yang ditipu oleh sindiket-sindiket ini. Tuan Yang di-Pertua, masalah penipuan kerja ini nampaknya tidak berkurangan sekarang dan menjadi semakin berleluasa. Keadaan menjadi semakin membimbangkan apabila kita tengok penculikan pelancong yang berlaku di Thailand. Ini mengakibatkan penjejasan industri pelancongan di sana. Saya takut pada suatu hari nanti, keadaan yang sama juga akan berlaku di Malaysia sekiranya kita tidak menangani isu ini dengan cepat.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Jadi soalan saya, apakah usaha bekerjasama antara negara-negara di ASEAN untuk membanteraskan masalah ini? Adakah kerajaan akan mengambil satu – akan menghantar pasukan penyelamat untuk menyelamatkan mangsa penipuan pekerja ini seperti apa yang dilakukan oleh negara China. Saya ingin tahu juga, berapakah peratusan mereka yang diselamatkan ini adalah akibat melalui pembayaran wang tebusan?
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Memang masalah ini masalah yang agak rumit dan memerlukan sebagaimana yang saya nyatakan tadi bahawa whole of government approach. Jadi, maknanya tanggungjawab ini merentasi semua agensi- agensi kerajaan, bukan hanya di peringkat Kementerian Luar Negeri tetapi di peringkat agensi seperti PDRM juga kena mainkan peranan.
Datuk Mohamad bin Alamin
Untuk makluman Yang Berhormat, di pihak kita sebenarnya telah ditubuhkan Jawatankuasa Task Force sebagaimana yang saya nyatakan tadi bahawa, akan mengadakan engagement dari masa ke semasa dengan pihak agensi-agensi di luar negara.
Kita juga menjalinkan kerjasama yang hebat dan kita akan mengadakan lawatan dari masa ke semasa. Contohnya, yang saya sebut tadi bahawa kita telah mengadakan lawatan bersama PDRM ke Kemboja dan juga Thailand untuk membincangkan cara macam mana kita untuk mengatasi dengan lebih terperinci lagi.
Untuk makluman Yang Berhormat Sibu, bagi isu di Myanmar contohnya. Kita masih lagi menunggu lampu hijau, green light daripada pihak berkuasa tempatan di Myanmar untuk membolehkan kita mengadakan lawatan dan juga perbincangan bersama dengan pihak mereka. Ini adalah pendekatan yang telah kita buat dan sedang kita buat. Apa yang kita buat ini, kita tidak akan hebahkan kepada umum, terlalu awal. Kita takut nanti ia akan mengganggu siasatan, mengganggu usaha-usaha kita.
Jadi, untuk makluman, sindiket ini dia bermacam-macam jenis. Ada yang sampai dia memeras dari segi wang ringgit pun ada, dari segi penderaan fizikal pun ada. Ini kita ada bukti-buktinya, tetapi kita akan memberikan bantuan kaunselor sebaik-baiknya kepada semua mangsa-mangsa yang terlibat, supaya mereka tahu hak mereka untuk diadili, hak mereka untuk dipertahankan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. November tahun lalu, anggaran lebih 400 kes penipuan berlaku terhadap rakyat Malaysia. Soalan saya, adakah semua mangsa telah diselamatkan dan sejauh manakah perancangan kerajaan untuk mengetatkan syarat perjalanan dan hanya syarikat berdaftar daripada Kerajaan Malaysia serta negara terlibat sahaja dibenarkan untuk mengambil pekerja daripada Malaysia?
Keduanya, apakah pesanan-pesanan Jawatankuasa Task Force yang ditubuhkan dalam menangani isu job scam ini? Sekian.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Jerai.
Sebagai rujukan dan juga data kita, data rasmi yang ada pada Kementerian Luar bagi mangsa-mangsa yang dapat kita jejaki, dapat kita kesan, yang sudah kita kesan, lebih
Datuk Mohamad bin Alamin
kurang- yang sudah berjaya kita selamatkan 518 orang. Yang sedang dikesan ada lagi 186 orang, yang sudah kita bawa pulang seramai 500 orang. Jadi, maknanya jumlah setakat ini yang mendaftar secara rasmi kepada kita sebanyak 704.
Banyak laporan-laporan media yang melaporkan lebih daripada itu. Ada yang kata sampai 2,000 orang. Jadi, ini barangkali yang belum mendaftar, yang belum dijejaki secara rasmi oleh pihak kita. Jadi, kita juga ingin memohon kerjasama daripada semua pihak jika ada maklumat dan memberikan kepada kami, supaya kami boleh bekerjasama dengan Jawatankuasa Task Force tadi untuk mengesan dan seterusnya membawa balik kepada mangsa-mangsa itu pulang ke tanah air.
Untuk soalan seterusnya, beberapa peranan Jawatankuasa Task Force yang ditubuhkan ini antaranya untuk mengesyorkan cadangan, opsyen-opsyen yang sesuai, bagaimana cara untuk kita menyelamatkan mereka.
Untuk makluman, Jawatankuasa Task Force ini adalah terdiri daripada PDRM dan diketuai oleh Menteri Luar sendiri, Timbalan KSU KLN, Peguam Negara, KSU Kementerian Dalam Negeri dan ramai lagi.
Jadi, antaranya peranan-peranan mereka juga ialah untuk menyediakan pelan komunikasi yang bersesuaian kepada masyarakat. Jangan sampai maklumat yang diterima itu tak betul. Jadi, ini akan menyebabkan kegusaran, panik di kalangan masyarakat. Kita juga minta jawatankuasa itu meneliti, merangka, memantau, mengkaji, menjalankan tindakan- tindakan yang bersesuaian bagi menangani isu sindiket penipuan tawaran pekerjaan melibatkan warganegara di luar negara.
Jadi, saya pada kesempatan ini ingin mengambil kesempatan Puan Speaker, untuk mengingatkan sekali lagi kepada seluruh warganegara Malaysia, agar berwaspada dan lebih peka. Jangan mudah terpengaruh, jangan mudah percaya dengan sebarang tawaran pekerjaan yang dibuat di media-media sosial terutamanya. Tawarannya cukup hebat, diberikan tiket penerbangan percuma, diberikan penginapan percuma, diberikan elaun yang tinggi, diberikan makan minum percuma. Memang hebat, memang menarik.
Jadi, berwaspadalah. Jika ada sebarang tawaran-tawaran ini, sebelum kita menerima tawaran itu saya mohon, mohon, mohon sangat supaya periksa terlebih dahulu. Kita mempunyai seorang- jawatankuasa khas ini adalah pihak PDRM. Pergi balai polis yang berdekatan, minta bantuan mereka. Dapatkan maklumat, sama ada betul ataupun tidak, to verify maklumat-maklumat ini. Sebab kita tak mahu berlaku, sampai ribuan rakyat kita tersekat di luar negara. Ada juga yang diseksa dan sebagainya. Ini adalah pengajaran kepada kita. Jadi, saya mohon supaya dapat berhati-hati dan peka dengan sebarang tawaran yang dibuat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Saya jemput Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Pengerusi, Pagi-pagi pergi mandi, pergi kerja naik Perodua; Parlimen bersidang cukup harmoni, soalan saya nombor dua.
2. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [Arau] minta Perdana Menteri menyatakan, mengapa terdapat penurunan yang drastik dalam peratusan rakyat keluar mengundi (PRU13 - 84.84%; PRU14 - 82.32%; dan PRU15 - 74.7%) bagi sesebuah negara demokrasi, pengundian merupakan suara rakyat dan hak rakyat untuk memilih. Jadi, apa usaha-usaha yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangani permasalahan ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Arau.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada Pilihanraya Umum Ke-15 yang lalu, peratus keluar mengundi keseluruhan yang dicatatkan adalah sebanyak 74.7 peratus. Manakala pada PRU Ke-14 adalah sebanyak 82.3 peratus iaitu lebih lapan peratus berbanding PRU Ke-15.
PRU Ke-13 adalah sebanyak 84.8 peratus iaitu lebih 10 peratus berbanding PRU Ke-15.
Walau bagaimanapun, berdasarkan rekod yang dicatatkan SPR, jumlah pengundi keluar mengundi pada PRU Ke-15 sebenarnya adalah lebih tinggi, berbanding PRU sebelumnya. Peratusan keluar mengundi yang rendah ini adalah kerana dipengaruhi oleh denominator yang digunakan iaitu jumlah pemilih berdaftar yang tinggi, kesan daripada pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik ataupun automatic voter registration serta penurunan had umur pengundi kepada 18 tahun.
Untuk makluman Yang Berhormat, bagi meningkatkan kesedaran pengundi berkenaan kepentingan mengundi, SPR melalui Akademi Pilihan Raya ataupun APR telah melaksanakan program pendidikan pengundi sejak tahun 2017. Program ini bertujuan supaya segenap lapisan masyarakat diberi kefahaman terhadap pentingnya aplikasi demokrasi melalui platform pilihan raya, proses pilihan raya yang dijalankan di Malaysia, tanggungjawab sebagai seorang pengundi dan implikasinya terhadap negara serta menjelaskan isu-isu serta cabaran yang sering dibangkitkan semasa pilihan raya diadakan.
APR melalui kerjasama pelbagai pihak seperti agensi-agensi kerajaan, pertubuhan- pertubuhan, persatuan-persatuan, badan-badan bukan kerajaan telah mempergiat pelaksanaan Program Pendidikan Pengundi, khususnya kepada golongan anak muda sama ada di peringkat institusi-institusi pengajian tinggi, masyarakat dan komuniti setempat, acara- acara kementerian dan agensi dan pentauliahan kepada golongan pendidik dan mahasiswa untuk memberikan pendidikan dan kefahaman mengenai proses pilihan raya.
Sepanjang tahun 2022, sebanyak 206 sesi Program Pendidikan Pengundi ataupun Voter Education dengan penyertaan seramai 123,647 orang peserta telah diadakan. Fokus utama pelaksanaan program ini adalah untuk memberi kefahaman terhadap proses pilihan raya yang dijalankan di Malaysia dan menekankan kepentingan serta tanggungjawab sebagai warganegara untuk keluar mengundi semasa pilihan raya.
Bagi tahun 2023 pula, APR telah melaksanakan sebanyak 233 Program Pendidikan Pengundi yang melibatkan penyertaan seramai 66,926 orang peserta daripada pelbagai institusi pendidikan, kementerian serta pertubuhan bukan kerajaan atau NGO.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Untuk makluman seterus Yang Berhormat, SPR dan APR juga turut melaksanakan pelbagai program sebagai usaha yang berterusan dalam mendidik pengundi utama, iaitu
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
pertamanya SPR telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dan nota kerjasama dengan 20 buah universiti awam, politeknik dan kolej komuniti pada tahun 2022 bagi memperkasakan Program Pendidikan Pengundi di kalangan pelajar.
Kedua, APR juga mengambil inisiatif perkongsian maklumat berkaitan proses pilihan raya yang ringkas dan mudah difahami. Perkongsian ini dilaksanakan secara dalam talian melalui platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan sebagainya yang menyasarkan khususnya golongan belia dan anak muda. Konsep pendekatan kepada anak muda adalah berdasarkan kecenderungan anak muda yang berkaitan [Batuk] yang berkaitan dengan aplikasi teknologi media sosial, pengaruh rakan sebaya dan keterlibatan mereka dalam proses pilihan raya, sama ada di peringkat nasional ataupun institusi komuniti masing- masing.
Oleh itu, program dan usaha pendidikan pengundi muda yang dijalankan oleh SPR meliputi kesemua aspek ini. Selain daripada pendedahan dan pendidikan mengenai kepentingan mengundi yang disampaikan melalui Program Pendidikan Pengundi, SPR turut melaksanakan beberapa inisiatif lain, khususnya dalam mempromosi dan menggalakkan pengundi menjalankan tanggungjawab apabila berlakunya PRU atau PRK, termasuk melaksanakan Kempen Jom Mengundi, melalui pertamanya pemasakan, pemasangan gegantung ataupun poster dan video galakan mengundi.
Kedua, penyebaran maklumat berkaitan proses penting semasa PRU dan PRK seperti penamaan calon, permohonan undi pos, semakan daftar pemilih dan proses pengundian melalui media sosial APR dan SPR dan ketiganya membuat liputan langsung keseluruhan proses pengundian melalui FB Live, YouTube Live dan TikTok Live untuk makluman dan rujukan seluruh rakyat Malaysia.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, melalui inisiatif-inisiatif ini, selain daripada penyebaran maklumat mengenai proses pengundi, pengundian, ia juga diharap dapat meningkatkan kesedaran serta memberi penekanan kepentingan tanggungjawab sebagai seorang pengundi untuk terlibat dengan proses demokrasi. Terima kasih Puan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, terima kasih di atas jawapan yang menyeluruh...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya akan tanya yang beriringan, beriringan. Sejauh manakah kajian kebolehlaksanaan telah dijalankan oleh SPR terhadap cadangan pengundian atas talian, yang dicadangkan sebelum ini bagi membenarkan pengundi yang layak untuk mengundi di tempat mereka bekerja atau tinggal tanpa perlu pulang ke negara, negeri masing-masing. Serta hak mengundi luar kawasan yang tinggal di luar negara.
Yang berikutnya adalah sama ada wujud keperluan kemudahan pengundian pos yang dikeluarkan seperti yang telah diwartakan dalam Peraturan 3(1)(e) Peraturan-peraturan Pilihan Raya 2003, bagi meliputi pemilih yang berdaftar di negeri asal di Sabah dan Sarawak
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
tetapi bekerja, belajar di Semenanjung. Keduanya, adalah pemilih yang berdaftar di Semenanjung tapi bekerja di Sabah dan Sarawak. Selama ini kita dapati perjalanan pilihan raya telah dibuat dengan baik dan cukup harmoni, saya cadangkan supaya Pengerusi SPR yang ada sekarang ini diteruskan.
Yang Berhormat telah menyebut tadi dalam ucapan Yang Berhormat bahawa akan diperluaskan maklumat melalui TikTok. Jadi, Menteri Komunikasi yang ada di sini, saya minta jangan halang orang untuk menyampaikan maklumat melalui TikTok. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat...
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
[Bangun]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Berkenaan dengan usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan kaedah mengundi melalui talian...
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
[Bangun]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Ataupun meningkatkan kesedaran- kesedaran pengundian melalui talian. Seperti yang telah pun saya katakan tadi, APR telah pun mengambil inisiatif perkongsian maklumat berkaitan proses pilihan raya yang ringkas dan mudah difahami. Perkongsian ini dilaksanakan seperti yang dikatakan tadi melalui talian dan ini adalah seperti yang tadi Yang Berhormat tanya, melalui talian platform media sosial.
Ini termasuklah TikTok yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi.
Semua ini adalah usaha-usaha yang bukannya baru. Usaha-usaha yang telah pun diambil oleh pihak SPR dan tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran to increase voter’s awareness, dengan izin Puan Yang di-Pertua. Bagi meningkatkan lagi, the hope is untuk meningkatkan lagi voter turnout di peringkat-peringkat di apa– pilihan raya-pilihan raya yang akan datang. Untuk makluman Yang Berhormat, sejak PRU ke-15 pada 2022, telah pun terdapatnya 11 –11 pilihan raya termasuk pilihan raya PRK dan akan berlakunya lagi satu iaitu pilihan raya di Kemaman.
Jadi, kesemua ini, jumlah PRU – PRK-PRK yang banyak ini mungkin akan boleh menyebabkan voter fatigue, dengan izin Puan Yang di-Pertua. Itulah sebabnya usaha-usaha yang dijalankan oleh SPR ini adalah secara agresif iaitu melalui talian dan sebagainya. Saya rasa itu sahaja Puan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Hulu Langat, Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Klang.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Klang. Terima kasih...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Hulu Langat dululah.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Eh, saya dah bangun dah. Awak dah duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya ada niat dah untuk tanya soalan. Aduh...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Saya berkenaan tentang asas demokrasi itu sendiri ya. Asas demokrasi, ‘One Man, One Word, One Value’, ya. Bagaimana perkara ini dapat dilaksanakan kalau, jikalau kita nampak ada Parlimen yang mempunyai 300 ribu pengundi. Ada yang Parlimen mempunyai 250 ribu atas pengundi. Sampai 300, Bangi, 250 ribu Damansara, Kota Raja, ada yang 200 ribu hampir 250 ribu. Macam saya Klang.
Ada pula yang 150 ribu, ada yang 100 ribu, ada pula malahan kita nampak ada yang 50 ribu ke bawah. So, our justice system, kalau kita nampak ya, demokrasi itu, kita nampak sangat dipermainkan dari awal lagi. Saya harap kita kerajaan hari ini dapat membuat persempadanan semula, memberi justifikasi dan keadilan kepada setiap pengundi dalam memberi [Tepuk] Menjaga demokrasi. Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Terima kasih Yang Berhormat, berkenaan dengan isu persempadanan semula (re-delineation). Untuk makluman Yang Berhormat, re- delineation exercise itu telah pun bermula di Sarawak tahun ini, di Sabah pada tahun 2025 dan di Semenanjung akan bermula proses-prosesnya dalam tahun 2026. Proses ini melibatkan SPR membuat kajian dan sebagainya di dalam tempoh dua tahun, di mana selepas tempoh itu, satu laporan yang mendapat – Yang mengandungi penemuan-penemuan ataupun findings SPR itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri.
Jadi, dalam proses itu banyak faktor-faktor akan diambil kira dalam kajian tersebut oleh SPR seperti yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi sama ada proportionality itu adalah berkesesuaian. Mungkin kalau kita membandingkan penduduk di Bangi buat, contohnya. Lebih kurang 300 ribu pengundi berbanding dengan mungkin Putrajaya...
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Yang way less. Mungkin 30, 40 ribu. So, ini semuanya akan diambil kira oleh SPR dalam kajian-kajian mereka tersebut. Seperti yang saya katakan tadi proses re-delineation itu di Sabah –Sorry, di Sarawak telah pun bermula sekarang. Di Sabah dan Sarawak, juga akan diadakan dalam masa seperti yang saya telah pun katakan tadi. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Soalan tambahan. Terus...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput...
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Pendek saja...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dr.
Mohammed Taufiq bin Johari, Sungai Petani...
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih.
[Ketawa]
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Jika bicara jangan berlaga, Masyarakat bijak serta geliga, Fitnah bukan ciri ahli syurga, Soalan saya Nombor tiga.
[Dewan riuh]
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
[Tepuk]
3. Dr. Mohammed Taufiq bin Johari [Sungai Petani] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan cabaran penguatkuasaan semasa Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118).
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Untuk makluman Puan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat dari Sungai Petani yang penuh semangat pagi ini, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] menyediakan peruntukan bagi kawalan dan pelesenan urusan pemajuan perumahan di Semenanjung Malaysia untuk melindungi kepentingan pembeli serta perkara-perkara berkaitan dengannya.
Penguatkuasaan di bawah akta ini bermula daripada tempoh kelulusan permit iklan dan jualan dikeluarkan kepada pemaju di bawah Peraturan 5, Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989 sehingga pengeluaran keseluruhan wang oleh pemaju di bawah Peraturan 11, Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Akaun Pemajuan Perumahan) 1991. Ini merangkumi proses pengiklanan, penjualan, proses menandatangani perjanjian jual beli, ringkasannya (PJB) yang berlaku dalam tempoh pembinaan sehinggalah tamat tempoh liabiliti kecacatan atau, dengan izin, defect liability period (DLP).
Antara cabaran dalam penguatkuasaan pemajuan perumahan mengikut Akta 118 adalah seperti berikut:
(i) pembinaan rumah empat unit dan ke bawah. Ini kerana kalau akta itu hanya terguna pakai bagi pemaju yang membina lebih daripada empat unit ke atas;
(ii) pengiklanan dan penjualan rumah oleh pemaju atau ejen jualan sebelum kelulusan permit iklan dan jualan diluluskan;
(iii) pengambilan bayaran pendahuluan, dengan izin, booking fee oleh mana-mana pihak;
(iv) penjualan rumah selepas memperolehi sijil perakuan siap dan pematuhan (certificate of completion and compliance), dengan izin,
(CCC) dan pemilikan kosong (vacant possession) (VP);
(v) pengeluaran wang oleh pemaju di bawah Peraturan 11 tidak dapat dipantau oleh Jabatan Perumahan Negara atau melalui KPKT disebabkan oleh tiada ikatan dan koordinasi di antara KPKT dan institusi kewangan;
(vi) ketidakakuran oleh pemaju untuk melaksanakan tindakan pembaikan dalam tempoh DLP; dan
(vii) projek itu adalah komersial ataupun kompleks perniagaan.
Kementerian tidak menafikan cabaran penguatkuasaan yang dinyatakan di atas adalah disebabkan oleh kelompangan dalam Akta 118 dan peraturan-peraturannya di luar bidang kuasa Akta 118 dan terdapat pertindihan dengan perundangan lain seperti Akta Kanun Tanah Negara 1965, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta Hak Milik Strata 1985 dan Akta Pengurusan Strata 2013.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Dalam proses kementerian membuat pindaan kepada Akta 118, cabaran-cabaran ini akan dikurangkan melalui penambahbaikan proses jual beli kediaman yang dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya dan meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pemaju untuk mematuhi peraturan sedia ada. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang cukup komprehensif. Ternyata banyak cabaran dalam kita melaksanakan akta ini. Soalan tambahan saya adalah, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kementerian supaya cabaran-cabaran ini dapat ditangani?
Adakah pihak kerajaan bercadang untuk menaikkan paid-up capital daripada sekarang sebanyak RM200,000 seperti Akta 118, kepada nilai yang lebih tinggi? Kepada pemaju-pemaju yang melakukan kesalahan, adakah akan terus di-blacklisted atau diberikan kompaun terlebih dahulu? Bagaimanakah prosedur itu berlaku? Terima kasih Timbalan Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Sungai Petani. Sementara jawapan itu mungkin lebih komprehensif apabila pindaan itu dilakukan. Mungkin saya boleh menerangkan beberapa keadaan yang kita boleh tambah baik ketika ini.
Sebagai contoh, bila disebut tadi soal untuk membina rumah untuk masuk bawah Akta Pembangunan Perumahan ini, maka pemaju itu perlu mendapatkan kebenaran melalui dua perkara iaitu yang dipanggil permit pengiklanan dan jualan (AP) dan juga permit sebagai lesen pemaju (DL).
Dulu sebelum ini, APDL itu didapatkan bersekali. Apa yang berlaku sebagai contoh, apabila ada pemaju ingin memajukan kawasan perumahan, mereka memohon dulu kebenaran merancang di pihak berkuasa tempatan. Daripada situ, baru proses itu seterusnya dan sebelum dia menjual, maka dia akan datang kepada kementerian untuk memohon APDL.
Tetapi di sini ada kelompangan kerana bila pemaju itu memulakan kebenaran merancang itu, mereka bukanlah pemaju sebenarnya.
Maka, sebab itu apa yang dilaksanakan ketika ini, tahun ini sebagai contoh, walaupun nampak perkara ini kecil tetapi impaknya besar iaitu kita pisahkan dua lesen tadi iaitu permit pengiklanan dan jualan (AP) dan juga DL yang mana ketika ini pihak kementerian mewajibkan pemaju mendapatkan DL terlebih dahulu, development license itu barulah dia memasuki proses merancang dan kemudiannya untuk menjual dan sebagainya.
Maka, kawalan itu walaupun nampak ringkas tetapi sangat besar implikasinya. Cuma, dua perkara yang mungkin saya boleh sentuh secara ringkas, memang kementerian mempertimbangkan, yang mana Sungai Petani sebut tadi soal bayaran deposit, itulah antara pegangan yang ada dengan pihak kerajaan bila berlaku masalah pada projek tersebut, itulah wang kita masih boleh pegang daripada pemaju. Maka, sebab itu memang kita sedang teliti dan juga untuk menambah kawalan akaun HDA itu sendiri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terakhir sekali, dalam soal bagaimana untuk kita senarai hitamkan, memang itu antara pertimbangan yang kita utamakanlah untuk memastikan perkara ini daripada terus berulang dan berulang. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuantan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hah?
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih Dato’ Speaker.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Jadi, saya amat bersetuju bahawa perlu ada penambahbaikan pada Akta 118 kerana ia sudah lama kan? Ia dah lama. Jadi, kita melihat di antara faktor rumah yang tidak terjual kerana harga dia tinggi, kelemahan pemilihan lokasi dan juga kekurangan akses kemudahan awam.
Jadi, soalan saya, apakah usaha kerajaan untuk meminda akta ini seperti mewajibkan kajian kedayahidupan untuk memastikan spesifikasi rumah memenuhi permintaan dan tawaran harga adalah mampu milik serta sentiasa menghantar laporan pemasaran kepada kerajaan sebagai langkah pemantauan kebolehpasaran sektor kediaman?
Keduanya adalah bagi perumahan yang sakit dan lewat siap, bebanan kewangan ini ditanggung oleh pembeli dan juga pembeli membayar sewa rumah dan juga membayar pinjaman bank. Apakah kerajaan bercadang untuk menyemak mekanisme bayaran rumah hanya bermula selepas serahan kunci dibuat?
Terakhirnya, bagi projek pemaju perumahan yang disekat ataupun disenaraihitamkan, adakah pemaju yang disenaraihitamkan ini– adakah projek perumahan baru ini– adakah dia memohon semula dengan syarikat perumahan lain? Maksudnya, dia menggunakan syarikat lain. Adakah pemantauan kita lakukan terhadap syarikat-syarikat yang telah disenaraihitamkan? Terima kasih.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih kepada Puan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Kuantan. Memang dia sering bertanya dengan saya, ini dia bertanya terlalu banyak. Jadi, saya cuba rungkaikanlah sebab ini adalah untuk pencerahan dengan bakal pembeli rumah di luar sana.
Jadi, sebagai contoh dalam isu rumah tidak terjual ataupun kegagalan untuk pemadanan antara permintaan dan juga supply itu. Dari sudut pandang pihak kementerian, memang antara cabaran yang kita hadapi di bawah industri perumahan, malah di bawah KPKT sendiri, maklumat data perumahan itu tidak sepenuhnya berada di bawah KPKT.
Apa yang ada sebab kita hanya kawalan melalui APDL sedangkan sebagai contoh, pasaran sekunder, pasaran sub-sale itu bukan dikawal oleh pihak KPKT. Jadi sebab itu, dalam cadangan Yang Berhormat tadi, lebih kepada penguatkuasaan untuk mewajibkan pemaju melaksanakan kajian sebelum melaksanakan projeknya. Bagi saya, perkara itu sepatutnya pemaju tidak perlu diarahkan, kena buat. Ini kerana perkara itu adalah ada kesan kepada soal aliran tunai dan sebagainya.
Cuma, di peringkat kementerian, macam contoh semalam, memang kita baru selesai mengadakan satu seminar berkaitan dengan data raya analitis ataupun big data analytics
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
untuk memulakan usaha menghimpunkan semua data yang berkaitan ke dalam industri perumahan ini daripada construction, daripada memahami lokaliti, permintaan dan sebagainya untuk satu unit pangkalan data.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Perkara ini seiring dengan yang dibawa oleh pihak kerajaan. Kita tahu PADU sebagai contoh, untuk membantu kerajaan mengenal pasti kaedah subsidi bersasar. Tapi untuk menguruskan industri perumahan, perkara yang paling asas yang kita kena tengok itu adalah soal data, soal Yang Berhormat sebut tadi, maka sasarannya memang kita dah ada garis panduan untuk menyusun kaedah tersebut. Bagi persoalan yang lain, saya rasa kita akan jawab dalam sesi seterusnyalah bagi memberi ruang kepada Menteri-menteri lain untuk jawab pada hari ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya menjemput Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih. Soalan saya nombor empat.
4. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Pertahanan menyatakan status terkini kerja-kerja pembaikan dan naik taraf 94 Hospital Tentera di Kem Terendak dan apakah bentuk kemudahan perubatan bersama bidang pakar yang ditawarkan di hospital berkenaan.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah dengan soalan yang dikemukakan. Sebagai makluman, 94 Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak Melaka telah beroperasi semenjak tahun 1964 bagi memberikan perkhidmatan dan manfaat kesihatan kepada anggota tentera, veteran ATM dan orang awam sekitar Kem Terendak.
Bagi meneruskan kesinambungan serta memastikan mereka mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik, Kementerian Pertahanan telah mengambil inisiatif dengan memohon peruntukan bagi projek pembinaan baharu Hospital Kem Terendak ini untuk menggantikan hospital sedia ada dalam Rancangan Malaysia yang Ke-12 (RMKe-12), Rolling Plan Kedua tahun 2022 yang telah diluluskan oleh kerajaan. Kapasiti hospital baharu ini adalah 150 katil dengan anggaran kos RM325 juta. Projek ini dijangka akan bermula pada pertengahan tahun 2024.
Pelbagai kemudahan kesihatan baharu yang bakal ditawarkan meliputi kepakaran yang diperlukan bagi menyokong keperluan operasi ATM seperti kemudahan dewan bedah, ICU, kepakaran traumatologi, pembedahan am, ortopedik dan juga perubatan dalaman. Di samping itu juga, kemudahan kepakaran kesihatan berkaitan keluarga, warga ATM termasuk veteran ATM serta penduduk sekitar turut dititik beratkan. Antara kemudahan kepakaran dan klinik yang bakal disediakan adalah seperti klinik keluarga dan pesakit luar, pusat rehabilitasi serta kemudahan rawatan pergigian.
Untuk makluman juga, hospital baharu ini juga bakal dilengkapi dengan peralatan moden seperti MRI dan CT Scan dan ia juga bakal dihubungkan melalui sistem urusan
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
hospital secara digital yang membolehkan maklumat pesakit dikongsi secara bersama antara fasiliti kesihatan milik ATM dan awam secara maya. Secara keseluruhannya, hospital ini akan memberikan impak positif kepada perkhidmatan kesihatan bukan sahaja kepada warga ATM secara khusus, tetapi turut dinikmati oleh warga awam. Itu sahaja jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri daripada Alor Gajah. Soalan tambahan saya Yang Berhormat ‘Timbalan Menhan’, bagaimana dengan unjuran keperluan perjawatan bagi hospital baharu nanti dengan – ada apa yang Yang Berhormat Timbalan Menteri beritahu, ada 150 katil dengan berbagai kemudahan yang bakal diadakan di hospital baharu tersebut.
Setahu sayalah Yang Berhormat ‘Timbalan Menhan’, perjawatan yang ada sekarang tidak mencukupi untuk menampung perkhidmatan sedia ada. Apatah lagi dengan pertambahan perkhidmatan yang akan ditawarkan. Saya berharap pihak kerajaan dapat mengkaji segala keperluan perjawatan supaya segala perkhidmatan yang ditawarkan dapat diberikan dengan optimum dan berkesan terutama pada warga ATM yang telah kita tahu telah banyak berkorban masa, tenaga dan nyawa untuk pertahanan negara kita.
Kita tak mahu sebenarnya, kita punya hospital yang serba moden dan canggih tapi malangnya mempunyai masalah kekurangan doktor pakar ataupun specialist, kakitangan dan lain-lain. Boleh tak kerajaan melalui MINDEF memperkenalkan semula khidmat wajib perkhidmatan seperti dahulu atau wujudkan doktor kontrak yang mana mereka perlu berkhidmat selama tiga tahun tapi tak perlu join Sistem Angkatan Tentera, sebab kalau join Sistem Angkatan Tentera, mereka terpaksa training selama sebulan. Jadi, doktor kontrak ni tak perlu join Angkatan Tentera. Hanya sekadar untuk menampung kekurangan doktor di hospital tentera sebagaimana yang dilakukan, dilaksanakan di hospital di bawah KKM.
Terima kasih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Puan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah atas beberapa persoalan dan juga cadangan yang dikemukakan. Memang kita tahu, bahawa asas Hospital Angkatan Tentera ini adalah memberikan perkhidmatan kepada anggota pertahanan kita. Sebab itu kalau kita lihat perkhidmatan dan juga Unit Trauma itu antara yang diberikan penekanan oleh Hospital Angkatan Tentera.
Jadi, apabila kita membangunkan hospital baharu ini bagi menggantikan hospital yang lama, memanglah kalau kita lihat macam saya sebutkan tadi, ada beberapa kepakaran- kepakaran baharu yang kita letakkan dalam hospital ini. Sudah barang pasti, jumlah anggota itu kita ambil kira. Jadi, kalau disebut tentang pertambahan ya, sudah barang pasti akan ada pertambahan dari segi anggota itu juga.
Tetapi dalam masa yang sama, sepertimana yang disebut tentang model bagaimana kita mahu melengkapkan kepakaran itu, sebenarnya kita bekerjasama juga dengan Kementerian Kesihatan. Saya ambil contoh macam Unit Wanita dan Juga Kanak-kanak ya.
Jadi, ini kita kerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan kita mengambil kira juga, sama ada dari segi perkhidmatan tetap mahupun perkhidmatan kontrak itu. Itu jawapan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih Puan Speaker.
Persoalan kita sekarang ini kalau kita lihat dari segi dalam suasana aman negara kita, kepentingan kepada kepakaran-kepakaran tertentu mengenai anggota tentera, apa ni doktor tentera ya, kita perlukan pertingkatkan. Bukan sahaja dari segi peralatan tapi juga pengalaman untuk menghadapi suasana perang dan sebagainya.
Adakah kerajaan berhasrat dalam suasana Palestin pada hari ini yang diceroboh begitu teruk, kerajaan ataupun tentera, anggota perubatan tentera ini dihantar ke sana sebagai membantu dari segi kemanusiaan. Adakah itu perlu dilaksanakan untuk dapatkan pengalaman sekiranya berlaku perkara seumpamanya di negara kita?
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Untuk makluman Puan Yang di-Pertua, memang kita di Kementerian Pertahanan kita mempunyai hospital medan sepertimana yang selalu kita sebut, sama ada bencana dalam negara, bencana luar negara atau keperluan-keperluan yang diputuskan oleh negara. Sebagai satu contoh, memang kita telah menghantar hospital medan kita di kala Turkiye, Turkiye menghadapi bencana di kala itu.
Jadi, kita sebenarnya bersedia ya, Kementerian Pertahanan ini untuk memberikan terutamanya kalau kita lihat bantuan kita di Gaza itu sendiri. Sebab itu kita di Kementerian Pertahanan, sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri juga ya, kita sentiasa bersedia. Terpulang kepada keputusan itu dan seperti mana yang saya sebutkan tadi, hospital medan kita akan sentiasa kita bersiap sedia dalam apa jua keadaan sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Riduan bin Rubin, Tenom.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
[Berucap dalam dialek Sabah] Selamat pagi.
Soalan nombor lima.
5. Tuan Riduan bin Rubin [Tenom] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan sejauh manakah teknologi nuklear telah diaplikasikan secara optimum di dalam inovasi pertanian bagi menambah baik kualiti, mutu dan meningkatkan output pertanian.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Arthur Joseph Kurup
Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MOSTI melalui Agensi Nuklear Malaysia giat menjalankan penyelidikan, pembangunan dan inovasi atau RMDNI berteraskan teknologi nuklear dalam bidang pertanian melibatkan penghasilan variety baka baharu tanaman yang lebih berkualiti, penghasilan produk biobaja dan penggalak tumbuhan dan juga pembangunan sistem pengurusan agrosis ekosistem pintar.
Bagi tujuan tersebut, mulai daripada tahun 2016 sehingga tahun 2023, MOSTI telah memperuntukkan sejumlah RM15.73 juta untuk pembangunan teknologi nuklear dalam bidang pertanian. Menerusi penyelidikan, pembangunan dan inovasi yang telah dilaksanakan, Nuklear Malaysia telah berjaya menghasilkan serta mengkomersialkan produk
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Arthur Joseph Kurup
biobaja dan ketosan yang berupaya meningkatkan kecekapan penggunaan baja dalam keseluruhan rantaian tanaman pertanian.
Teknologi nuklear ini turut diaplikasi dalam pembangunan kaedah pengurusan pertanian cekap atau precision agriculture dengan izin, melibatkan teknik pencirian kesuburan tanah, strategi pembajaan dan pengurusan air serta sistem pemantauan dan prediksi serangan penyakit tanaman.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Arthur Joseph Kurup
Nuklear Malaysia juga telah membangunkan Loji Rumah Hijau Gama yang diiktiraf sebagai IAEA Collaborating Centre oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa bagi menyediakan khidmat penyinaran tumbuhan dan bahan kultur tisu untuk tujuan pembiakbakaan dan peningkatan ciri tanaman yang boleh dimanfaatkan oleh sektor pertanian negara.
Manakala bagi meningkatkan kepakaran teknikal dalam aplikasi penyinaran, MOSTI telah membangunkan Loji ALURTRON dan Loji SINAGAMA dalam fasiliti nuklear Malaysia yang menyediakan khidmat penyinaran bagi kawalan mutu pelbagai produk komoditi pertanian seperti buah-buahan serta peralatan perubatan, produk farmasi, makanan dan kosmetik.
Menerusi teknik biak baka mutasi pula, Nuklear Malaysia telah berjaya menghasilkan varieti baka baharu tanaman yang berdaya tahan tinggi terhadap penyakit serta ancaman cuaca dan serangga. Antara benih baharu tanaman yang berjaya dihasilkan melalui teknik ini adalah benih padi NMR152 atau juga dikenali sebagai padi nuklear. Varieti padi ini telah diperakukan oleh Jawatankuasa Bantuan Kerajaan Kepada Industri Padi dan Beras dan juga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia sebagai benih padi sah dan telah mula digunakan oleh petani di bawah skim subsidi kerajaan.
Hasil kajian mendapati varieti padi ini yang ditanam di pelbagai lokasi di Semenanjung Malaysia menunjukkan purata hasil padi boleh ditingkatkan dari 20 peratus hingga 60 peratus bergantung kepada lokasi, pengkelasan tanah dan juga kaedah pengurusan sawah yang baik.
Selain itu, pembangunan fasiliti analisa isotop stabil juga membolehkan pengkelasan modal varieti beras asli menggunakan profil unsur organik dan isotop bagi membantu petani memanfaatkan kaedah profil unsur organik dan isotop dalam usaha memperoleh pengiktirafan ke atas produk padi seperti label petunjuk geografi dan produk organik.
Maka MOSTI akan terus komited untuk memaju dan meningkatkan pencapaian penyelidikan, pembangunan dan inovasi dalam bidang pertanian bagi membantu meningkatkan produktiviti pertanian dan seterusnya menyokong usaha kerajaan dalam menambah baik kualiti, mutu dan meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negara. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tenom.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
[Berucap dalam dialek Sabah] Terima kasih Timbalan Menteri ke atas jawapan yang sangat terperinci. Baru-baru ini saya terbaca di akbar
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
mengenai varieti padi NMR152 oleh Jabatan Nuklear Malaysia yang mampu menghasilkan sehingga 10 tan sehektar.
Saya sangat tertarik dengan varieti padi ini. Melihat kepada purata hasil padi bagi luar jelapang padi mengikut negeri bagi tahun 2017 sehingga tahun 2021 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia, menunjukkan kadar pengeluaran padi di Sabah menurun daripada 2,913 kilogram sehektar menurun kepada 2,759 kilogram sehektar tahun 2020.
Keadaan ini dilihat sangat membimbangkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
...Jika ianya dibiarkan berterusan. Soalan saya, sejauh manakah pelaksanaan padi NMR152 yang dikeluarkan oleh Jabatan Nuklear Malaysia dapat meningkatkan pengeluaran hasil padi di Sabah bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Sabah sebagai jelapang padi kedua menjelang 2030. Terima kasih.
Datuk Arthur Joseph Kurup
[Berucap dalam dialek Sabah] Saudara YB Tenom.
Terima kasih kerana prihatin kepada isu pengeluaran padi di Sabah yang semakin berkurangan. Sebenarnya saya juga amat risau apabila YB sebut data daripada Jabatan Pertanian Malaysia yang menunjukkan bahawa kadar pengeluaran padi di Sabah telah menurun sejak dua, tiga tahun yang lalu.
Terima kasih saya ucapkan kepada YB Tenom kerana kreatif dalam memikirkan bagaimana sains dan teknologi boleh memainkan peranan di sini, bukan sahaja untuk meningkatkan pengeluaran padi di Sabah tetapi juga meningkatkan ekonomi pesawah dan menangani isu keselamatan makanan kita.
Maka berkaitan dengan varieti padi NMR152 iaitu hasil R&D teknologi tempatan yang dibangunkan oleh MOSTI yang saya sebut tadi mampu meningkatkan pengeluaran padi daripada 20 peratus hingga 60 peratus dan mengurangkan kos input pertanian seperti baja di antara 30 peratus hingga 50 peratus.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
[Bangun]
Datuk Arthur Joseph Kurup
Jadi, buat masa ini Nuklear Malaysia sedang dalam usaha untuk membawa dan mengkomersialkan benih padi NMR152 di bumi Sabah untuk mempelbagaikan benih padi sedia ada bagi memberi lebih pilihan kepada pesawah. Cuma cabarannya ialah varieti ini belum diperakukan oleh Jabatan Pertanian Sabah. Maka kita tidak dibenarkan untuk membawa masuk varieti ini untuk digunakan di bumi Sabah.
Oleh itu, MOSTI mencadangkan berkolaborasi dengan Jabatan Pertanian Sabah dalam penyelidikan varieti baharu diadakan di Sabah untuk meningkatkan hasil tanaman padi tempatan. Kita berharap melalui usaha bersepadu ini, Jabatan Pertanian Negeri Sabah akan bersedia untuk memudah cara kelulusan penggunaan secara meluas benih padi NMR152 ini supaya hasil R&D ataupun home-grown technology yang bernilai jutaan ringgit ini dapat dinikmati bersama oleh rakyat Sabah dan bukan oleh pesawah Semenanjung Malaysia sahaja.
Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua. Saya mendengar dengan tekun dan tidak terburu-buru mengamati setiap jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Masalahnya ialah yang dihadapi oleh pesawah- pesawah di seluruh negara sekarang ini ialah penurunan hasil tuaian, peningkatan harga input baja, racun dan sebagainya.
Masalah kesuburan tanah. Jadi, justeru itu Sabak Bernam ingin bertanya, sejauh mana R&D yang dibuat oleh Agensi Nuklear Malaysia dapat membantu untuk menghasilkan input yang berkualiti tetapi murah dan ini dapat meningkatkan hasil tuaian petani di seluruh negara. Terima kasih.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Terima kasih atas soalan ini. Nampaknya YB prihatin mengenai isu-isu pertanian dan juga pesawah, khususnya di kawasan Yang Berhormat.
Untuk maklumat Yang Berhormat, kebetulan pada 6 November, dua hari yang lalu sekumpulan pakar daripada Nuklear Malaysia telah turun ke Kampung Sungai Panjang bagi bertemu dengan pesawah-pesawah di kawasan Yang Berhormat, mengenai masalah- masalah yang dihadapi oleh pesawah di Kampung Sungai Panjang, Sabak Bernam di mana pihak Malaysia telah menyatakan bersedia untuk menawarkan khidmat kepakaran dan teknologi yang ada.
Sebelum proses menanam, kita perlu melihat kepada yang pertama dan yang paling penting adalah tahap kesuburan tanah. Di sini kita menggunakan kaedah yang dinamakan analisis radioisotop untuk pertama, mengenal pasti tahap kesuburan tanah, yang kedua kualiti air permukaan di bawah tanah dan yang ketiga pemantauan kesuburan tanah. Analisis ini penting untuk mengetahui elemen yang bermanfaat serta elemen yang merosakkan kualiti tanah dengan terperinci.
Jadi, secara amnya ini fakta menarik kesuburan kawasan tanah sawah di Sungai Panjang, Sabak Bernam adalah rendah berbanding dengan kawasan tanah sawah di Sekinchan, Selangor sebagai contoh. Sekiranya tahap kesuburan tanah tersebut dirawat dan dipulihkan dahulu daripada kelas tiga kepada kelas satu seperti apa yang ada di Sekinchan, maka hasil padi itu boleh ditingkatkan. Ini adalah kerana hasil kajian mendapati bahawa pada keadaan kelas satu input pertanian seperti baja boleh dikurangkan di antara 30 peratus hingga ke 50 peratus.
Selain itu, Nuklear Malaysia juga mempunyai produk biobaja dan penggalak tumbuhan yang boleh meningkatkan nutrien mikro yang tersedia kepada tanaman.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Kita ada beberapa teknologi di MOSTI seperti teknik resistivity, vito chitosan sebagai penggalak tumbuhan, isotop stabil N-15 dan juga kita menggunakan kaedah dron dan soil mapping yang boleh digunakan untuk pemantauan bagi pemetaan tanah secara lebih tepat.
Maka, seperti yang disebutkan tadi, MOSTI bersedia untuk memberi khidmat kepakaran kepada pesawah tani padi termasuk yang berada di kawasan Sabak Bernam.
Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Zahari bin Kechik, Jeli.
6. Tuan Zahari bin Kechik [Jeli] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan status liputan capaian internet 4G kepada 5G di kawasan pedalaman di Kelantan terutama di Jeli, Gua Musang dan Kuala Krai.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Puan Yang di-Pertua, liputan 4G di kawasan berpenduduk di negeri Kelantan setakat suku ketiga tahun 2023 ialah 96.68 peratus, manakala liputan 4G di Jeli ialah 86.17 peratus; Gua Musang, 77.84 peratus; dan Kuala Krai, 85.66 peratus.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Tanah Merah berapa peratus? Tanah Merah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tanah Merah, tidak boleh macam itu.
Puan Teo Nie Ching
Di luar jawapan. Tetapi kalau Tanah Merah dapat dossier daripada kaunter MCMC, jawapan di sana. Kalau tak dapat, boleh dapat daripada saya nanti.
[Ketawa] Bagi Parlimen Jeli, setakat suku ketiga tahun 2023, empat daripada 12 menara baharu telah siap dan beroperasi. Kesemua 97 stesen pemancar telah siap dinaik taraf dan 1,113 daripada 3,103 premis telah tersedia denganlah sambungan gentian optik.
Bagi Parlimen Gua Musang, empat daripada 24 menara baharu telah siap dan beroperasi, kesemua 244 stesen pemancar telah siap dinaik taraf dan 4,689 daripada 9,646 premis telah tersedia denganlah sambungan gentian optik. Kesemua 18 lokasi kampung Orang Asli telah dipasang denganlah perkhidmatan jalur lebar melalui satelit ataupun kita panggil BWA.
Bagi Parlimen Kuala Krai, sejumlah tujuh daripada 31 menara baharu telah siap dan operasi, sebanyak 181 daripada 183 stesen pemancar telah siap dinaik taraf dan 2,855 daripada 6,729 premis telah tersedia dengan sambungan gentian optik. Bagi inisiatif yang dirancang, dijangka akan siap dan beroperasi secara berperingkat pada penghujung tahun 2025.
Puan Yang di-Pertua, pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB) di seluruh negara sedang dijalankan secara berperingkat dan kebanyakannya tertumpu di kawasan-kawasan berkepadatan tinggi serta mempunyai aktiviti-aktiviti ekonomi yang berimpak tinggi. Sehinggalah 31 Oktober tahun ini, liputan di kawasan berpenduduk ataupun kita panggil CoPA di seluruh negara telah mencapai 73 peratus. Manakala untuklah negeri Kelantan telah mencapai 45.5 peratus.
Bagi pembinaan tapak 5G di negeri Kelantan, DNB menyasarkan sebanyak 199 tapak 5G akan disiapkan secara berperingkat sehingga Disember 2023. Setakat 31 Oktober tahun ini, sebanyak 132 tapak 5G telah siap dibangunkan termasuk lima di Jeli, empat di Gua Musang dan juga dua di Kuala Krai.
Puan Teo Nie Ching
Kerajaan juga turut melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah point of presence (PoP), dengan izin, hab gentian optik. Sehinggalah 31 Oktober tahun ini, sebanyak 37 daripada 167 PoP berjaya disiapkan di Kelantan dan melibatkan 4,048 premis telah tersedia denganlah sambungan gentian optik untuklah dilanggan oleh komuniti setempat. Dari jumlah tersebut, empat daripada 19 PoP telah siap dibina di Jeli, lima daripada 36 PoP telah siap dibina di Gua Musang dan empat daripada 35 telah siap dibina di Kuala Krai.
Sekian, jawapan saya, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jeli.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang telah menjawab soalan tadi. Very comprehensive dan terlalu detil dengan data dan juga figure. Terima kasih.
Namun begitu, jika dilihat sekarang ini, syarikat-syarikat telco misalnya, banyak menawarkan pelbagai pakej Internet dengan tagline-nya “Berkelajuan tinggi tanpa had” termasuklah Pakej Rahmah baru-baru ini untuk kegunaan rakyat, untuk rakyat mendapat capaian internet berkelajuan tinggi.
Persoalannya ialah di kawasan luar bandar, misalnya di Jeli, di Kuala Krai, di Gua Musang, walaupun dah terpapar 4G or 5G tetapi masih lagi tidak dapat nak akses Internet tersebut. Sentiasa tersekat-sekat macam siput, berjalan-jalan perlahan-lahan. Soalan saya ialah adakah kelajuan ini, walaupun disebut oleh telco tanpa had, ia dihadkan oleh syarikat tersebut? Ataupun ada faktor-faktor lain yang mempengaruhi yang menyebabkan Internet tadi tersekat-sekat? Itu the first question.
Yang keduanya ialah...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Ringkaskan soalan.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Ya. Soalan kedua ialah walaupun pemancar banyak didirikan, dipasang sepertimana yang telah Timbalan Menteri sebutkan tadi, namun masih juga capaian itu tak dapat diakses secara memuaskan di kawasan-kawasan yang saya nyatakan tadi. Sekian, terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Jeli ataslah soalan tambahan tersebut.
Pertama, kalau untuk liputan 5G, adalah sangat-sangat penting bahawa...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
[Bangun]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Puan Teo Nie Ching
...Pengguna itu subscribe kepada pelan 5G dan juga mereka mempunyai peranti mereka, handphone mereka adalah bolehlah sesuai untuklah kegunaan 5G.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, setakat ini, kita ada pengguna sebanyak 49 juta pengguna. Maksudnya, ada orang yang lebih daripada satu nombor. Tetapi, peranti 5G setakat ini, kalau ikutlah laporan, adalah tujuh juta sahaja. Itu sebablah bahawa kementerian telah bekerjasama dengan syarikat telco dan juga menggalakkan mereka untuk
Puan Teo Nie Ching
mempromosikan Pakej Rahmah 5G, di mana pengguna-pengguna juga boleh dapat beli peranti 5G dengan harga yang murah. Jadi, itu adalah salah satu faktor pertama.
Maksudnya, untuk kawasan-kawasan sepertilah Parlimen sini, memang sudah ada 5G, tetapi kalau ada Yang Berhormat yang tidak subscribe kepada pelan 5G ataupun peranti yang diguna pakai tidak sesuai untuk kegunaan 5G, jadi memang mereka menghadapi— mereka tidak ada akses kepada 5G dan juga kelajuan yang dijanji oleh 5G.
Tetapi, selain daripada itu, saya juga akui bahawa memang kadangkala kita juga akan mendapati bahawa ada gangguan kelajuan Internet. Jadi, MCMC akan selalu bersedia untuklah menerima laporan ataupun aduan daripada orang awam.
Untuk makluman Yang Berhormat, untuk tahun ini, setakat ini, kami telah buat audit sebanyak 12 lokasi untuk kita jalankan test kelajuan, ujian kelajuan di tempat tersebut. Di antaranya kalau kita mendapati bahawa kelajuan itu tidaklah ikut ataupun mendapati had kelajuan yang telah ditetapkan oleh MCMC. Jadi, surat amaran akan dikeluarkan kepada syarikat telco. Jadi, ini adalah antara usaha KKD dan juga MCMC untuk memantau perkhidmatan yang dirasai oleh semua pengguna-pengguna.
Terima kasih Yang Berhormat Jeli.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Adakah kementerian memantau secara berterusan dilakukan oleh kementerian untuk memastikan mutu perkhidmatan internet sentiasa berada dalam keadaan baik khususnya di kawasan yang kerap mengalami gangguan? Seterusnya, adakah pengguna perlu membayar upgrade daripada 4G kepada 5G yang perlu ditanggung oleh pengguna? Walhal daripada 3G, 4G adalah secara percuma. Apakah langkah kerajaan untuk melindungi hak pengguna?
Seterusnya, saya mengalu-alukan kedatangan Pertubuhan Perkumpulan Wanita Tampin (Women Institute Tampin).
[Tepuk] Selamat datang ke Parlimen. Tampin sentiasa disayangi wanita. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Ahli Yang Berhormat, welcome Women Institute daripada Tampin. Saya percaya, bahawa bukan sahaja Ahli Parlimen Tampin disayangi oleh wanita, tetapi Ahli Yang Berhormat juga seorang pemimpin yang menyayangi golongan wanita, itu juga sangat-sangat penting...
[Dewan ketawa]
Puan Teo Nie Ching
Pertama, soalan pertama memang untuk memastikan bahawa pengguna-pengguna dapat apa yang dijanji oleh syarikat telco. Jadi sepanjang tahun 2023, MCMC akan menjalankan audit di 4,000 lokasi. Setakat 30 September, lokasi-lokasi yang telah MCMC audit adalah sebanyak 3,280 lokasi.
Untuk baki, kami akan habiskan dalam bulan yang akan datang ini tetapi seperti yang saya sebut tadi, kalau didapati bahawa kualiti perkhidmatan tidak memenuhi standard mandatori yang telah ditetapkan oleh MCMC, jadi surat amaran ataupun notis boleh dihantar kepada syarikat telekomunikasi. Tentang caj yang dikenakan oleh sebahagian syarikat telco untuk upgrade daripada 4G ke 5G kerana sebagai contohnya, ES dan juga U Mobile tak silap saya, mereka tak caj itu.
Puan Teo Nie Ching
Tapi Celcom, DiGi dan Maxis memang mereka ada caj. Alasan yang dibagi oleh mereka adalah kerana mereka perlu beli akses 5G ini dari DNB. Jadi, sekarang oleh sebab itu mereka cakap is a commercial decision, keputusan komersial untuklah mereka caj RM10 daripada pengguna-pengguna mereka.
KKD, khasnya Yang Berhormat Menteri telah beberapa kali menyatakan bahawa menyeru syarikat telco untuk wave caj tambahan tersebut tetapi oleh sebabnya masih adalah satu keputusan komersial, kami harap bahawa syarikat telco akanlah patuhi ataupun patuhi nasihat daripada KKD. Kalau tidak, kami akan fikir dan mungkinlah kami akan apa yang MCMC boleh buat untuk pastikan bahawa mereka akanlah patuhi permintaan tersebut.
Sekian jawapan saya, terima kasih Yang Berhormat Tampin.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli, Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih Puan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor tujuh.
7. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [Batang Lupar] minta Perdana Menteri menyatakan faktor yang menyumbang kepada peningkatan kos untuk mengerjakan haji serta syarat dan kelayakan baru yang ditetapkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Timbalan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Lembaga Tabung Haji sentiasa peka dengan menyemak secara terperinci kos-kos menunaikan haji yang terkesan akibat peraturan dan cukai baru yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Arab Saudi.
Peningkatan kos haji tidak dapat dielakkan kerana ianya terdedah kepada faktor- faktor di luar kawalan Tabung Haji. Ini termasuk kadar inflasi dan percukaian di Arab Saudi, kadar tukaran mata wang Ringgit Malaysia, berbanding Saudi Riyal dan Dolar Amerika dan projek pembesaran yang berterusan di Mekah dan Madinah, yang menyebabkan banyak bangunan penginapan jemaah haji dirobohkan dan memberi tekanan kepada pasaran harga sewaan. Di samping itu terdapat juga caj-caj yang dikenakan oleh pihak berkuasa Arab Saudi bagi pelbagai perkhidmatan yang disediakan untuk kebajikan dan keselesaan jemaah haji di tanah suci.
Kenaikan kadar cukai tambah nilai, value added tax dengan izin Puan Yang di-Pertua, di Arab Saudi dari 5 peratus kepada 15 peratus bermula bulan Julai 2020 juga adalah salah satu punca kenaikan kos yang agak ketara. Tabung Haji telah berusaha untuk mengawal peningkatan kos ini dengan memeterai beberapa perjanjian kontrak jangka panjang untuk penerbangan, penginapan, sajian makan dan beberapa perkhidmatan di Arab Saudi. Dengan cara ini, harga dapat ditetapkan untuk satu tempoh masa dan tidak dinaikkan setiap tahun iaitu berkaitan dengan kos Puan Yang di-Pertua.
Kedua, berkaitan dengan syarat dan kelayakan. Syarat dan kelayakan untuk mengerjakan haji pada tahun 1445 hijri adalah sama seperti musim haji tahun ini 1444 hijri yang lalu, melainkan jika ada peraturan baharu yang dikuatkuasakan oleh pihak Kerajaan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Arab Saudi. Antaranya ialah tiada had umur yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi bakal jemaah haji yang ingin menunaikan haji. Setiap bakal haji juga perlu lulus pemeriksaan kesihatan dengan kriteria dan garis panduan kesihatan yang ditetapkan, sebelum dibenarkan berangkat ke tanah suci.
Tabung Haji juga sentiasa menasihati para pendeposit dan bakal haji untuk sentiasa merujuk kepada pihak Tabung Haji bagi mendapatkan maklumat. Maklumat tepat dan terkini melalui platform media sosial dan juga portal laman rasmi Tabung Haji.
Sebagai sebuah institusi Islam yang komited dalam memastikan kebajikan jemaah haji terpelihara, Lembaga Tabung Haji akan terus memberi bantuan kewangan untuk jemaah haji muassasah yang layak. Kos haji, kadar bayaran haji dan bantuan kewangan haji akan diumumkan setelah perbincangan secara menyeluruh dibuat dengan mengambil kira keupayaan dan kedudukan kewangan Tabung Haji. Terima kasih Puan Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya adalah berkenaan dengan - saya meneliti jawapan Menteri berkenaan dengan perlu lulus pemeriksaan kesihatan untuk dapat menunaikan fardu haji.
Jadi saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah perincian pemeriksaan kesihatan yang perlu dijalankan oleh jemaah haji untuk melayakkan mereka menunaikan haji. Sebab terdapat isu di mana ada bakal-bakal jemaah haji yang telah dipanggil untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan mereka gagal dalam tapisan tersebut yang menyebabkan mereka tidak layak untuk mengerjakan haji.
Satu lagi, apakah jangka masa yang perlu ditunggu oleh jemaah haji yang sudah berdaftar? Adakah lima tahun, 10 tahun, 20 tahun untuk mereka menunaikan haji ke tanah suci? Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Berkaitan dengan kriteria atau syarat-syarat kesihatan yang ditetapkan, untuk makluman Ahli Yang Berhormat pada musim haji tahun yang lepas, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh bakal-bakal haji iaitu perlu melengkapkan suntikan vaksinasi COVID-19 yang diiktiraf oleh Kerajaan Arab Saudi.
Suntikan vaksinasi COVID-19 ini juga selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia. Pada masa yang sama, tiada had umur ditetapkan.
Bakal-bakal haji juga perlu mengambil suntikan vaksin meningococcal dan ianya diberikan secara percuma di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, setelah lulus pemeriksaan kesihatan secara keseluruhannya.
Tabung Haji dan Kementerian Kesihatan Malaysia juga menggalakkan kepada bakal- bakal haji, untuk mengambil suntikan vaksin tambahan, pneumococcal dan influenza sebagai satu usaha perlindungan tambahan dan ianya boleh diperolehi di fasiliti kesihatan swasta dan perlu ditanggung oleh bakal-bakal haji. Yang berkaitan dengan vaksin pneumococcal Timbalan Yang di-Pertua, yang ini digalakkan memandangkan keadaan di Arab Saudi yang begitu panas.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Jadi, sebab itu digalakkan kepada jemaah haji untuk mengambil vaksin tambahan ini sebagai perlindungan. Vaksin-vaksin yang saya sebutkan tadi yang ini adalah keperluan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi dan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun lepas. Setakat pada hari ini, belum lagi syarat-syarat kesihatan baru yang dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi bawa Kementerian Kesihatan.
Jemaah-jemaah haji atau bekas-bekas jemaah haji akan dimaklumkan, sekiranya ada syarat-syarat tambahan yang baru. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jerlun.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Soalan tambahan Yang Berhormat Menteri, pelaksanaan ibadat haji pada tahun depan 2024 dijangka meningkat dengan kenaikan 11 peratus. Ini menurut laporan daripada Lembaga Tabung Haji. Peserta muassasah dijangka menelan belanja sebanyak RM34,000 seorang, berbanding RM30,850 pada tahun ini.
Soalan tambahan saya, apakah usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan sebagai satu persediaan jangka panjang untuk mengikat sesuatu perjanjian kontrak dengan Kerajaan Arab Saudi.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Adakah kerajaan telah mengadakan perbincangan spesifik dan saya pohon perincian perjanjian yang telah dimeterai untuk tempoh berapa lama dan apakah terma-terma perjanjian yang ditetapkan? Selanjutnya, apakah cara yang sedang dipertimbangkan oleh Tabung Haji untuk menambah baik proses klasifikasi, yakni pemilihan jemaah haji yang layak menerima bantuan kewangan bersasar? Bilakah kerajaan akan memuktamadkan cara baru yang sedang dirangka tersebut? Akhirnya,...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ini bukan perbahasan, ya.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Soalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Satu soalan tambahan sahaja.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Okey. Adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula had sebenar jumlah daripada dana pendapatan yang boleh diberikan kepada penerima Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) supaya jemaah haji yang masih mampu pergi haji dapat melangsungkan kewajipan tersebut. Sekian, soalan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kalau tak dapat jawab semua, boleh bagi jawapan bertulis. Terlalu banyak soalan tadi.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Betul, betul. Saya pilih, Puan Timbalan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat atas soalan-soalan yang dikemukakan tadi.
Berkaitan dengan kenaikan kos dan langkah yang diambil. Sepertimana yang telah saya sebutkan sebentar, Tabung Haji semenjak daripada- antara usaha yang diambil untuk memastikan supaya kenaikan kos ini dapat dikawal sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi, kita memang, Tabung Haji memang telah menandatangani perjanjian-perjanjian untuk mengikat dalam konteks isu penginapan di hotel-hotel di Mekah
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
dan juga di Madinah. Dengan perjanjian yang telah ditandatangani itu, tempoh masa yang agak panjang. Dengan cara itu, kita dapat kawal kos penginapan yang dikenakan kepada bakal-bakal jemaah haji. So, yang ini adalah usaha yang diambil. Berkaitan dengan perincian perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani itu, insya-Allah nanti saya akan berikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Saya jemput Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun, Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Tiga orang hilang tampan, Soalan saya nombor lapan.
8. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah kerajaan berhasrat menilai semula pencen 21 tahun perkhidmatan untuk ATM memandangkan mereka masih muda dan mempunyai komitmen terhadap keluarga.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Puan Yang di-Pertua, terima kasih, Yang Berhormat Hulu Selangor.
Seorang Ahli
Jawablah pantun itu dulu.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Pantun itu janganlah. Yang Berhormat Hulu Selangor, Peraturan-peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-faedah Lain) 1982 menetapkan bagi melayakkan seorang askar menerima pencen perkhidmatan, dia mestilah mempunyai perkhidmatan yang diakui sekurang-kurangnya 21 tahun.
Kementerian Pertahanan masih mengekalkan peraturan sedia ada di mana pemberian pencen kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai perkhidmatan sekurang-kurangnya 21 tahun bagi memastikan kepentingan perkhidmatan dan kesiapsiagaan ATM sentiasa terpelihara.
Namun demikian, di bawah peraturan ini juga membenarkan setiap anggota lain-lain pangkat (ALP) yang berminat untuk memohon melanjutkan perkhidmatan mereka ke 26 tahun perkhidmatan dan sehingga umur 55 tahun tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Majlis Angkatan Tentera.
Untuk makluman Dewan juga, anggota yang mempunyai perkhidmatan diakui, sekurang-kurangnya 21 tahun, layak menerima pencen perkhidmatan sehingga 50 peratus daripada gaji akhir pangkat sebenar manakala anggota yang mempunyai perkhidmatan diakui 26 tahun, layak menerima pencen perkhidmatan sehingga 60 peratus daripada gaji akhir.
Bagi anggota yang menamatkan tempoh perkhidmatan 12 tahun, 15 dan juga 18 tahun, majoritinya adalah atas pilihan anggota itu sendiri ataupun pemberhentian atas dasar kepentingan perkhidmatan iaitu mereka yang tidak memenuhi syarat yang ditetapkan untuk menyambung perkhidmatan.
Anggota yang menamatkan perkhidmatan tidak berpencen iaitu sebelum 21 tahun perkhidmatan, juga menerima ganjaran perkhidmatan mengikut kadar ditetapkan di dalam
Tuan Haji Adly bin Zahari
Peraturan-peraturan Angkatan Tetap yang sepertimana yang saya sebutkan tadi. Itu sahaja jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberi. Jadi, soalan seterusnya, soalan tambahan saya, seawal umur 40 tahun, seperti kita tahu bahawa mereka ini akan bersara dan naik pangkat. Sudah pastinya pesara ini masih muda lagi dan saya faham akan ada proses peralihan menerusi PERHEBAT, mengikut kursus-kursus yang disediakan.
Soalan saya, adakah pihak kementerian melihat akan perkara ini, yang mana faktor umur menyukarkan mereka untuk mendapatkan pekerjaan? Apakah pihak kementerian boleh membantu bekas-bekas tentera ini diserapkan dalam kakitangan awam mengikut kesesuaian, begitu juga dalam sektor swasta? Terima kasih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor di atas soalan tambahan yang dikemukakan.
Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan, kita tahu bahawa saya tak nafikan sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Selangor, bila umur pencen anggota pertahanan kita ini sekitar 41 tahun, 42 tahun itu. Jadi, kita tahu daripada segi sosial bahawa tanggungjawab cukuplah besar kepada keluarga, lepas itu kepada pendidikan anak-anak dan seumpamanya. Ini adalah satu cabaran kepada kita tetapi kita tahu bahawa skim ini dibina.
Kenapa skim perkhidmatan ini dibina sedemikian rupa? Kalau kita lihat macam 12 tahun, kenapa ada 15 tahun, ada 18 tahun? Kerana dia mengambil kira beberapa faktor.
Antaranya fizikal. Kita tahu bahawa anggota pertahanan kita memerlukan tahap fizikal yang agak tinggi kerana fizikal sering dikaitkan dengan isu-isu yang melibatkan kesihatan.
Sebab itu kadang-kadang kalau kita lihat, mereka sendiri yang memilih untuk berhenti 12 tahun. Kerana apa? Kerana mereka sendiri tahu cabaran kepada itu. Itu sebab kalau kita lihat bagaimana kita menguruskan veteran kita, job matching adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita di PERHEBAT. Sepertimana yang kita maklumkan pada bajet tahun ini dan juga tahun hadapan, ranjer hutan sebagai satu contoh antara job matching yang kita lakukan di perkhidmatan awam itu sendiri. Begitulah juga dengan beberapa lagi job matching yang sedang kita usahakan tapi kita harus ingat bahawa veteran angkatan tentera ini 82 peratus memilih bidang keusahawanan. Sebab itu kita cuba upskill dan reskill dia semula.
Sebab itu, tahun ini kita berikan peruntukan RM5 juta untuk upskill dan reskill dia supaya bagi saya, kejayaan dia dalam kita menguruskan kerjaya kedua itu juga akan memberikan kejayaan masa depan mereka itu juga. Ini antara pertimbangan-pertimbangan kita, di samping yang selalu kita ulang tentang aspek kebajikan, perumahan mereka, kesihatan, pendidikan anak-anak dan juga yang sepertimana yang saya sebut tadi, daripada segi ekonomi mereka.
Jadi, ini sentiasa kita berikan pertimbangan dan yang terakhirnya adalah penyelesaian kepada mungkin dalam jangka masa terdekat sama ada berpencen atau tidak berpencen. Semua yang di bawah paras garis kemiskinan, RM1,169 itu, Bantuan Sara Hidup
Tuan Haji Adly bin Zahari
akan diberikan kepada mereka, sama ada mereka berpencen atau pun tidak berpencen. Ini dapat membantu sekurang-kurangnya meringankan beban mereka. Itu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya faham kepentingan untuk kita memastikan bekas-bekas ATM ini dijaga. Cumanya persoalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimana engagement kementerian Yang Berhormat dengan kementerian sebagai contoh Kementerian Wanita ada JKM, kerajaan-kerajaan negeri ada zakat dan baitulmal. Kerana apa? Kenapa apabila mereka mempunyai pencen, mereka juga tidak layak untuk menerima bantuan JKM, bantuan daripada zakat, bantuan baitulmal?
Ini sudah pasti mengekang untuk kita bantu mereka kerana mereka masih ada anak- anak, itu yang pertama. Yang keduanya, dulu kita ada Bantuan Awal Persekolahan, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ketika itu kerajaan buat keputusan ada had tertentu untuk mereka menerima Bantuan Awal Persekolahan.
Tetapi apabila di Dewan ini dibincangkan perkara itu, Kementerian Kewangan meluluskan Bantuan Awal Persekolahan kepada semua pelajar, termasuk juga bekas-bekas ATM ini juga dahulunya tidak dapat, sekarang dapat. Saya fikir perlu ada satu langkah engagement yang berterusan dan bersasar dengan kementerian-kementerian yang mempunyai ready bantuan ini.
Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar di atas persoalan yang dikemukakan. Kita tidak nafikan bahawa antara tanggungjawab kita di Kementerian Pertahanan ini bila kita menguruskan veteran ini adalah kerjasama kita dengan kementerian-kementerian yang lain kerana sepertimana yang dibentangkan juga, disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa memang sama ada di peringkat kementerian ataupun di peringkat GLC kerajaan itu harus meletakkan sesuatu tanggungjawab ataupun kuota kepada veteran anggota tentera. Sebab itu kita di MINDEF ini, antara tugas dan tanggungjawab kita yang sedang kita lakukan dan ke hadapan, adalah bagaimana kita boleh menyusun dengan peringkat kementerian.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Saya ambil satu contoh. Macam Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. So, veteran kita yang mana mengusahakan bidang-bidang perniagaan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, memang kita berikan beberapa peruntukan. Setakat ini kalau kita lihat hampir RM200,000 telah kita peruntukkan kepada veteran angkatan tentera.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] JKM begitu juga. Saya sebut tentang JKM tadi, memang kita dah berbincang dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya ambil satu contoh pengalaman kita, orang kurang upaya sama ada dia yang melibatkan ketenteraan itu ataupun melibatkan sakit dia, bantuan sara hidup kita adalah RM300 sedangkan bantuan orang kurang upaya di JKM itu RM500.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Sebab itu, kadang-kadang kalau kita lihat dia terima RM300, tapi sepatutnya dia boleh terima RM500. Jadi, ini antara yang kita bincangkan di peringkat kita dan juga Jabatan Kebajikan itu.
Itu sebab, macam tadi disebut tentang peranan antara kita dengan kementerian- kementerian itu. Yang terbaru kalau kita lihat dengan Kementerian Ekonomi juga, veteran menyediakan tenaga, Kementerian Ekonomi menyediakan modal, MINDEF menyediakan tanah. Jadi, ini sedang kita usahakan supaya kita boleh merancang dalam setiap kementerian itu mempunyai tugas dan tanggungjawabnya, bagi memastikan bahawa veteran angkatan tentera ini mempunyai ruang kerjaya kedua ataupun ruang sepertimana yang disebut tentang pendidikan dan seumpamanya. Ini semua kita ambil kira. Itu sahaja makluman.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bismillahi Rahmani Rahim. Saya persilakan Puan Syerleena binti Abdul Rashid, Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih. Soalan saya nombor sembilan.
9. Puan Syerleena binti Abdul Rashid [Bukit Bendera] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan dasar KPKT dalam memastikan penyelenggaraan infrastruktur dalam flat dan pangsapuri kos rendah ditanggung sepenuhnya oleh pihak berkuasa tempatan menggunakan peruntukan PBT kerana terdapat PBT yang membenarkan peruntukan digunakan untuk flat dan ada yang tidak membenarkan peruntukan digunakan.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Untuk makluman Dato' Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), melalui Jabatan Perumahan Negara melaksanakan inisiatif Kerajaan Persekutuan bagi membantu penghuni-penghuni perumahan strata bertingkat untuk menyelenggara dan membaik pulih kediaman mereka.
Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) adalah inisiatif untuk membaik pulih dan menyelenggara perumahan berstrata kos rendah dan kos sederhana rendah swasta, manakala program penyelenggaraan ataupun Program Penyenggaraan Perumahan Malaysia (PPP) adalah inisiatif membaik pulih dan penyelenggaraan harta bersama perumahan berstrata kos rendah dan kos sederhana rendah awam.
Kedua-dua program ini meliputi penyelenggaraan perumahan berstrata di seluruh negara kecuali di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penyelenggaraan dan pembaikan adalah merangkumi 10 skop berikut:
(i) membaiki atau mengganti lif;
(ii) membaiki atau mengganti tangki air dan sistem retikulasi;
(iii) membaiki atau mengganti paip sanitari;
(iv) membaiki atau mengganti bumbung;
(v) membaiki atau mengganti tangga atau susur tangan dengan izin, handrail;
(vi) mengecat semula bangunan dan harta bersama;
(vii) pendawaian semula dan kerja elektrik;
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
(viii) membaiki atau mengganti kemudahan atau infrastruktur awam yang melibatkan harta bersama dengan izin, common property;
(ix) mengganti atau membina pagar di sekeliling kawasan pemajuan; dan
(x) pembaikan cerun di dalam kawasan pemajuan.
Di samping TPPM dan PPP, terdapat juga kerajaan negeri dan agensi di bawahnya serta pihak berkuasa tempatan yang mempunyai dana atau tabung khas bagi kerja-kerja penyelenggaraan perumahan strata. Sebarang prosedur dan kelulusan berhubung dana tersebut, adalah di bawah bidang kuasa pihak yang berkenaan. KPKT akan terus komited untuk membantu penghuni dalam menyelenggara dan membaik pulih kediaman penghuni agar lebih berdaya huni, selesa dan selamat.
Sebagai rujukan untuk Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2023 untuk TPPM, bajetnya adalah RM44.4 juta, untuk PPP RM46 juta, jumlah keseluruhan bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM90.4 juta. Untuk belanjawan bagi tahun 2024, yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, akan ditingkatkan kepada RM100.4 juta secara keseluruhan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Bukit Bendera, soalan tambahan.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Saya ada soalan. Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya adalah adakah kementerian bercadang untuk meminda Akta Pengurusan Strata untuk memberi lebih kuasa kepada suruhanjaya ataupun Commissioner of Buildings (COB) bagi mengurus flat kos rendah yang tiada JMB ataupun MC memandangkan kes sebegini banyak yang berlaku?
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Bukit Bendera. Bagi persoalan berkaitan dengan COB, ini memang antara cabaran yang dihadapi dalam pengurusan harta strata ini. Malah, perkara ini juga akan menjadi isu yang sangat mendesak apabila lebih banyak bangunan-bangunan kediaman ini dibina secara berstrata.
Melalui kaedah yang ada sekarang ini, sungguhpun dari segi akta itu dikawal di pihak peringkat KPKT untuk pengurusan strata, pelaksanaan juga bergantung kepada kekuatan di pihak berkuasa tempatan.
Maka di sini, memang menjadi satu isu ataupun cabaran yang perlu kita teliti bagaimana untuk memperkasakan peranan COB dan perkara itu bukan hanya di peringkat COB semata-mata. Cabaran Yang Berhormat sebutkan tadi memang berlaku iaitu kalau di kos rendah ataupun kos sederhana rendah, kewujudan JMB itu ataupun MC itu pun dah satu masalah.
Maka sebab itu dari segi keseluruhan itu kalau pandangan di peringkat kementerian, memang merupakan antara isu yang dibincangkan sama ada kaedah untuk menambah baik itu, kita tengok secara lebih holistik, bagaimana menguruskan perumahan terutama yang
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
melibatkan kos rendah dan sederhana rendah ini ataupun kepada meminda atau memperkasakan akta yang sedia ada.
Tetapi macam yang disebut tadi walaupun ada akta, kelemahan di peringkat pelaksanaan ini yang kita kena cari ruang, sama ada di peringkat kalangan persatuan penduduk tadi, pengurusannya mahupun di peringkat COB yang terletak ketika ini dikelolakan di pihak berkuasa tempatan. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Masalah yang berlaku di rumah bertingkat adalah menguruskan bangunan. Ada yang diuruskan oleh JMB yakni penduduk sendiri dan masih banyak lagi diuruskan oleh ejen yang dilantik orang luar atas sebab ketidakmampuan untuk menguruskan sendiri oleh penduduk.
Soalan saya, adakah kementerian melihat perkara ini secara serius dalam memastikan badan pengurusan bersama (JMB) dibentuk? Ini kerana menguruskan sendiri lebih menguntungkan penduduk dari diuruskan oleh ejen yang dilantik yang majoriti mereka adalah dari golongan B40 dan juga M40. Sekian, terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih kepada Dato' Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Hulu Selangor. Dalam keadaan menguruskan bangunan yang disebut tadi, kaedah yang sepatutnya adalah apabila kalangan penduduk itu membuat jawatankuasanya. Kalau untuk ketika peralihan itu yang dipanggil JMB dan kemudiannya menjadi MC, maka perkara itu yang sepatutnya berlaku. Bagi membolehkan MC itu berfungsi, ada komitmen daripada penduduk itu sendiri sama ada MC yang akan menentukan.
Contohnya berapa banyak kutipan bayaran bulanan dari segi penyelenggaraan dan sebagainya.
Cuma kalau diperhatikan terutamanya di kawasan kos rendah berstrata ini, ada kejadian ataupun ketika mana yang MC ataupun persatuan penduduk itu tidak diwujudkan.
Jadi sebab itu kalau kita merujuk balik kepada hasrat pengurusan strata itu, menguruskan itu memang diletakkan secara bersama di peringkat penduduk.
Tetapi bila perkara itu tidak berlaku, dalam Akta 757 ini di bawah seksyen 86, memang ada sebut bahawa COB boleh melantik ejen. Yang ini yang akan menjadi pertikaian kerana ejen itu dilantik melalui akta, sedangkan management committee itu tidak bersepakat ataupun tidak ada keupayaan untuk melantik. Jadi, ini isu yang pertembungan yang memang berlaku ketika ini di bawah.
Cara untuk kita mengatasi cabaran-cabaran pengurusan rumah strata ini, jadi kalau tanya saya seperti macam mana jawapan sebelum ini, saya jawab iaitu kita hendak tengok ruang sama ada kalau kita betul hendak pinda sama ada secara keseluruhan in total, tetapi ada kekangan yang lain. Sebagai contoh Yang di-Pertua kalau saya boleh contoh sebut, hak memiliki rumah itu memang terjamin di bawah Perlembagaan. Common property itu dianggap sebagai hak milik pemilik ataupun pemunyalah.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Jadi sebab itu kalau kita nak buat keputusan melangkaui kepentingan pembeli ataupun penghuni ataupun pemilik itu, itu akan menimbulkan kerumitan dari segi undang- undang dan sebagainya. Cuma itu adalah cabaran dari segi dasar. Cuma pelaksanaan itu yang kita kena cari jalan untuk tingkatkan keupayaan penduduk menguruskan management committee (MC) ataupun JMB tadi. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Berikutnya kita beralih ke soalan yang ke-10. Dipersilakan Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan, Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 10.
10. Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan [Tasek Gelugor] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan:
(a) apakah yang dimaksudkan dengan isu 3R dan apakah undang- undang yang digunakan untuk mengawal isu 3R di platform media sosial dan majlis-majlis perbincangan awam; dan
(b) apakah butiran keputusan perbincangan kementerian dengan syarikat penyedia platform media sosial dalam hal berkaitan kandungan yang menyentuh 3R.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Dato’ Yang di-Pertua, isu 3R- race, religion and royalty, dengan izin merujuk kepada mana-mana kenyataan atau tindakan yang menyentuh isu-isu sensitiviti berkenaan agama, kaum dan institusi diraja seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM), memainkan peranan penting dalam usaha untuk membendung penyebaran kandungan berkaitan 3R yang boleh dianggap mengancam keamanan, keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
Pemantauan isu 3R juga dilaksanakan 24 jam bagi mengenal pasti sebarang kandungan yang bercanggah dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].
Tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya terdapat kandungan yang menyalahi undang-undang dengan menjalankan siasatan di bawah seksyen 233 Akta 588. PDRM juga mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kandungan 3R dengan membuka Kertas Siasatan di bawah Kanun Keseksaan [Akta 574], Akta Hasutan 1948 [Akta 15] dan seksyen 233 [Akta 588].
MCMC dengan penglibatan agensi penguatkuasaan seperti PDRM telah menjalankan beberapa sesi libat urus dengan pihak penyedia platform media sosial utama bagi membuka laluan kerjasama dalam membantu menangani pelbagai permasalahan
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching
penyalahgunaan platform media sosial termasuklah isu penyebaran kandungan ataupun berita palsu. Sesi libat urus ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi memperkukuhkan dan menambah baik kerjasama yang telah terjalin dalam usaha mengekang penyebaran kandungan yang melanggar undang-undang negara.
Selain daripada penguatkuasaan undang-undang, MCMC juga mengambil tindakan berdasarkan aduan daripada masyarakat awam berkenaan berita palsu yang disebarkan di platform media sosial. Tindakan penurunan kandungan disusuli oleh MCMC dengan kerjasama platform media sosial seperti TikTok, Facebook, Instagram X dan YouTube.
Bermula dari 1 Januari tahun ini sehingga 31 Oktober 2023, sebanyak 3,752 kandungan telah diturunkan oleh platform media sosial yang berkaitan penyebaran berita palsu dan ucapan kebencian yang bersifat 3R di bawah seksyen 233 Akta 588.
KKD telah menubuhkan taskforce, dengan izin, menangani berita palsu pada 1 Disember 2022 yang berfungsi bagi memantau berita palsu yang mempunyai kesan negatif terhadap sistem politik, ekonomi sosial, agama, budaya, keselamatan dan kedaulatan negara. Sejak penubuhannya, sebanyak 156 berita yang tidak ditentukan kesahihannya yang melibatkan isu 3R dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta pentadbiran telah dikenal pasti. Pemantauan, tindakan pentadbiran dan tindakan undang-undang diselaraskan oleh pelbagai agensi termasuk PDRM dan Jabatan Peguam Negara Malaysia (AGC).
Sehingga 1 November tahun ini, sebanyak 75 Kertas Siasatan telah dibuka oleh PDRM berkaitan penyebaran berita palsu dan isu 3R, di mana 45 kes telah selesai dan sebanyak 30 kes masih dalam siasatan di peringkat PDRM, AGC dan juga MCMC.
Selain itu, langkah advokasi dan kesedaran untuk mendidik masyarakat supaya menilai kesahihan sesuatu berita dengan menyemak fakta dengan sumber yang rasmi sebelum perkongsian dilakukan menerusi video mahupun gambar di platform media sosial.
Antara usaha advokasi ialah membangunkan portal untuk semak fakta iaitu portal sebenarnya.my yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan portal MyCheck Malaysia yang dibangunkan oleh BERNAMA serta penerbitan Program Bual Bicara Pastikan Sahih dan juga segmen Biar Betul di RTM. Sekian jawapan saya.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Menteri.
Yang Berhormat, soalan tambahan.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri juga.
Yang Berhormat Timbalan Menteri saya nak tanya, adakah Yang Berhormat bersetuju sekiranya rakyat di luar sana mengatakan bahawa dalam melaksanakan peraturan berkaitan dengan 3R ini, kelihatan seolah-olah ada berat sebelah di pihak kerajaan.
Contohnya, kalau kita bercakap mengenai hak untuk membantu kaum India, itu perkara yang bagus. Hak membantu kaum Cina di kampung-kampung baru contohnya, itu perkara yang bagus, tetapi apabila bercakap mengenai hak Orang Melayu, maka tiba-tiba ia menjadi 3R.
Itu menimbulkan salah faham di luar sana mengenai kesungguhan pihak kerajaan menjalankan tadbir urus dengan cara yang adil dan saksama. Di waktu yang sama, ada juga
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Menteri-menteri contohnya yang apabila kita bercakap mengenai kesalah laku tataetika, minum alkohol di depan khalayak ramai, kita bercakap mengenai etika sebagai Menteri, dia sendiri yang excite racial and religious divide. Jadi ini menyebabkan di pihak kerajaan dilihat tidak adil.
Malahan apabila bercakap mengenai berita palsu tadi, saya buat aduan sejak 12 Julai 2023, sehingga hari ini tidak ada tindakan daripada MCMC...
[Tepuk] Sedangkan kalau sekiranya yang tidak berkait dengan, atau yang mendera atau memfitnah Perikatan Nasional, hari ini timbul, malam ini juga dia akan turunkan ataupun ambil tindakan. Ini menyebabkan ada rasa tidak adil.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, pendekkan soalan.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh bagi komen, adakah Yang Berhormat Menteri setuju bahawa ada ketidakadilan dalam pelaksanaan tersebut?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Saya kurang setuju dan tidak dapat setuju dengan kenyataan Yang Berhormat kerana saya percaya bahawa apabila kita turunkan kandungan posting di sosial media itu, kebanyakan kes tersebut kalau saya kongsi dengan Yang Berhormat, saya percaya bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat yang duduk di sebelah sana juga akan setuju dengan tindakan yang telah diambil oleh PDRM ataupun MCMC.
Kalau Yang Berhormat nak menyatakan bahawa kalau kritikan ataupun tuduhan palsu terhadap yang sebelah sini akan diturunkan serta-merta...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
[Bangun]
Puan Teo Nie Ching
Saya nak tanya, ucapan daripada Ahli Parlimen Kepala Batas itu, sampai hari ini masih di YouTube.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
Puan Teo Nie Ching
Masih lagi di sosial media. Kita tak padamkan, tetapi...
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, dia tak boleh rujuk contoh macam tu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Puan Teo Nie Ching
...Sampai hari ini beliau masih tidak dapat untuklah...
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Mana boleh contoh macam tu...
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat decorum. Yang Berhormat Arau duduk. Yang Berhormat Menteri, pendekkan jawapan.
Puan Teo Nie Ching
Jadi saya rasa tuduhan yang dibuat oleh Yang Berhormat tadi, saya rasa kurang adil kerana tak ada bukti yang menyatakan bahawa sekarang dalam media sosial tak bolehlah kita nampak sebarang kritikan terhadap Kerajaan Perpaduan. Kalau Yang
Puan Teo Nie Ching
Berhormat rasa bahawa sebagai seorang non Muslim, bukan Muslim, minum arak telah melanggar tataetika, saya rasa KSN kita akan bagi nasihat kepada Menteri yang berkaitan, tetapi sekiranya tak ada, mungkin Yang Berhormat boleh bantu saya. Mana bahagian dalam tataetika yang menyatakan bahawa sebagai seorang Menteri ataupun Timbalan Menteri, walaupun kami bukan beragama Islam, kami langsung tidak boleh meminum arak. Sekian sahaja jawapan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Kluang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
...Kluang. Silakan.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Timbalan Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya kepada Timbalan Menteri. Apa langkah kementerian boleh lakukan lagi memandangkan isu 3R dan berita palsu, khasnya berita palsu yang berkaitan dengan isu 3R.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Kadangkala dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri, oleh pemimpin masyarakat sendiri. Jadi, misalnya tadi Yang Berhormat pun bangkitkan isu Yang Berhormat Kepala Batas yang sebar berita palsu- terus terang di luar sana untuk seolah-olahnya berita palsu itu adalah benar sehingga dia sendiri percaya itu yang benar, sehingga tahap ini. Jadi, saya minta pandangan Timbalan Menteri.
Bagaimana boleh kita meningkatkan kesedaran ataupun celik media, celik digital ataupun literasi media antara semua Wakil Rakyat supaya tiada orang lagi sebar berita palsu ataupun mis-informasi untuk menipu rakyat Malaysia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Kluang atas soalan tambahan tersebut. Itu memang adalah satu cabaran yang cukup besar untuk sesebuah kerajaan bukan sahaja Kerajaan Malaysia, tetapi saya percaya untuk kerajaan-kerajaan di negara yang lain. Kalau seseorang Ahli Yang Berhormat, sebabkan kitalah sepatut menjadi teladan sebagai seorang pemimpin. Kami pun tidak pandai untuk semak fakta dan kita pun sendiri percaya berita palsu. Bagaimana dengan orang yang luar sana, yang mempunyai begitu ramai pengguna media sosial.
Sebenarnya, usaha untuk mendidik masyarakat memang ada. Memang ada seperti di bawah MCMC. Kami ada program Klik Dengan Bijak dan telah dijalan sejak tahun 2022.
Mungkin saya perlu sesi- MCMC perlu sedia satu sesi dan menjemput semua Ahli-ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Kepala Batas untuk menghadiri sesi tersebut supaya kami sebagai pemimpin di sini, kita perlu tunjuk bahawa sebelum kita menyebar apa-apa berita, biarlah kita buat semakan terlebih dahulu. Ingatlah ini tagline, ‘Tidak Pasti, Jangan Kongsi’.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, ini jawapan politik.
Puan Teo Nie Ching
Ini adalah tanggungjawab seseorang Ahli Parlimen dan juga seorang rakyat ataupun netizen yang bertanggungjawab. Terima kasih.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Timbalan Menteri.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(6) mengenai menimbulkan sangkaan jahat. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menjawab soalan saya mengatakan bahawa, memberi imply seolah-olah saya mengatakan orang bukan Islam tidak boleh minum arak. Komen saya bukan mengenai itu.
Saya bercakap mengenai seorang pemimpin yang sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dan tidak menimbulkan akhlak-akhlak yang buruk di luar sana apabila disaksikan oleh rakyat. Saya tidak sebut langsung mengenai hak orang bukan Islam minum arak. Jadi, komen Yang Berhormat Menteri seolah-olah mengatakan saya itulah kenyataan saya. Saya mohon Yang Berhormat Menteri tarik balik itu...
[Tepuk]
Puan Teo Nie Ching
Saya, pandangan saya adalah macam ini, Yang Berhormat.
Adakah anda rasa...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Puan Teo Nie Ching
Adakah Yang Berhormat rasa bahawa seseorang Ahli Parlimen ataupun...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, duduk sekejap. Biar saya selesaikan ini, baik. Yang Berhormat Tasek Gelugor, aspek yang telah dibangkitkan di bawah 36(6) itu saya sarankan usulkan. Saya hendak meneruskan Aturan Urusan Majlis. Baik.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Yang di-Pertua.
Puan Teo Nie Ching
Saya hendak bagi sedikit penjelasan, Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Puan Teo Nie Ching
Saya hendak tanya Ahli Yang Berhormat sama ada seorang non Muslim minum arak...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Puan Teo Nie Ching
...Adalah tingkah laku yang buruk? Itu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, saya telah...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Peraturan mesyuarat yang mana satu?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
36(6), dia sangka buruk kepada ini.
Jawapannya menyangka buruk. Dia seorang Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia jawab di pentas politik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, saya telah nyatakan tadi ya. Mana-mana Yang Berhormat tidak berpuas hati dengan apa yang telah dinyatakan oleh mana-mana Wakil Rakyat, saya telah putuskan masa saya putuskan tempoh hari. Usulkan ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih. Ini keputusan yang bagus.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Perkara yang paling mustahak dalam 36(6) itu, frasa yang dinyatakan itu. Usulkan ya. Jangan kita langgar-langgar lagi kerana Aturan Majlis Mesyuarat kita pada hari ini padat ya. Yang Berhormat, sebelum saya meneruskan kepada Usul oleh Menteri, saya mempersilakan Yang Berhormat Jempol untuk mengalukan pelawatnya.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Belum sampai lagi.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
12 suku.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
12 suku, 12 suku.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Jempol.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Jempol, yang ada ini pun orang Nogori juga ini.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Apa dia?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Dia ini orang Nogori juga. Kolej Vokasional Ampang.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Okey, saya meraikan semua yang hadir...
[Tepuk] Tetapi Jempol sebentar lagi lah. Ditangguhkan dahulu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Kadang dalam tempoh itu kita hendak kena ada jolokan ketawa sedikit. Kalau tidak serius dalam Dewan ya.
Baik, saya persilakan untuk pelaksanaan perkara yang seterusnya. Setiausaha Dewan, silakan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
“Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi Rang Undang- undang Perbekalan 2024 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 9 November 2023”.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat Menteri, ada yang menyokong pada Usul ini?
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul sebagaimana Menteri telah nyatakan tadi perlu disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketiga]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Peraturan Mesyuarat Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya, Yang Berhormat Arau. Peraturan Mesyuarat mana?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini penting sebab ini perlu.
Seorang Ahli
Nombor, nombor.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Nombor 36(4).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
36(4).
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kelmarin, apabila perkataan “biadab” itu dibenarkan digunakan di Parlimen, saya telah mendapat makluman daripada orang ramai bahawa dalam 36(4) itu, disebut dia kata adalah menjadi kesalahan menyebut perkataan “biadab”. Ia kata perkataan “biadab”, atau kurang sopan. Ini bermakna perkataan “biadab” itu kurang sopan.
Jadi, kalau dibenarkan di Dewan ini menggunakan perkataan “biadab”, saya sudah tidak sampai hati menggunakan perkataan itu. Kalau tidak saya akan gunakan perkataan “biadab” tidak berhenti. Jadi, kelmarin dibenarkan menggunakan perkataan “biadab”. Jadi, semua orang bangun, nampak mempermainkan perkataan “biadab”. Saya minta- perkataan “biadab” itu sebenarnya adalah kurang sopan dan tidak dibenarkan digunakan di Dewan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Arau. Dalam perspektif yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau dia punya remedi ada dua. Kalau dibangkitkan sekarang, saya tidak dapat memutuskan kerana
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
benda itu berlaku sebelum saya tetapi jika demi kepentingan apa Yang Berhormat Arau telah nyatakan, perkara itu boleh diusulkan dan menyatakan kepada Tan Sri Speaker untuk memutuskan. Manakala, jika mana-mana Timbalan punya keputusan tidak dipersetujui, kata akhirnya adalah kepada Speaker ya. Sila Usulkan dengan menyebut aspek itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, kalau begitu perkataan “biadab” masih boleh digunakan kerana Timbalan Menteri tadi telah menjawab, memberi jawapan yang biadab. Jadi, itu sebab saya tanya adakah boleh digunakan sehingga kita buat usul?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, perspektif “biadab” itu. Ia adalah universal. Jadi, dalam konteks kita di dalam Dewan ini, bagi saya, saya perlu- kalau saya memutuskan, saya perlu Yang Berhormat-Yang Berhormat nyatakan mana satu pada tanggapan Yang Berhormat adalah biadab. Jadi dalam isu ini, sebagaimana telah saya nyatakan tadi aspek itu bila memasukkan usul, please, dengan izin, nyatakan. Jadi, senang untuk keputusan. Itu kalau saya. Baik, Yang Berhormat usulkan.
Kita teruskan kepada aturan Majlis kita seterusnya. Silakan Majlis dalam Jawatankuasa. Bentara [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Bentara. Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.15 dan Kepala Pembangunan P.15 di bawah Kementerian Ekonomi terbuka untuk dibahaskan.
Dalam senarai yang telah dinyatakan dan diberi kepada saya, saya akan bacakan sehingga 21 yang telah submit, dengan izin untuk berbahas. Dimulakan dengan Yang Berhormat Sandakan; Yang Berhormat Putrajaya; Yang Berhormat Paya Besar; Yang Berhormat Pendang; Yang Berhormat Tebrau; Yang Berhormat Bachok; Yang Berhormat Kampar; Yang Berhormat Temerloh; Yang Berhormat Kuala Selangor; Yang Berhormat Bukit Gantang; Yang Berhormat Taiping; Yang Berhormat Pasir Mas; Yang Berhormat Jempol; Yang Berhormat Kuala Krai; Yang Berhormat Segamat; Yang Berhormat Jerai; Yang Berhormat Ampang; Yang Berhormat Kuala Terengganu; Yang Berhormat Sri Gading; Yang Berhormat Arau; dan Yang Berhormat Stampin.
Dengan sedemikian, saya mulakan dengan menjemput Yang Berhormat Sandakan lima minit.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya akan mulakan dengan merujuk kepada Butiran 030500 – Pihak Berkuasa Pembangunan dan Pelaburan Sabah (SEDIA) dan Butiran 00113 – Pembangunan Koridor.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Dato’ Pengerusi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri daripada RM933.9 juta jumlah peruntukan untuk Pembangunan Koridor berapa banyak yang telah diperuntukkan bagi Koridor Pembangunan Sabah, Sabah Development Corridor (SDC)?
SEDIA ialah pihak berkuasa sebagai one-stop authority, dengan izin, untuk memacu SDC.
Peruntukan yang besar telah diperuntukkan kepada SEDIA dan SDC setiap tahun untuk memenuhi keperluan pembangunan Sabah dan ia hanya melalui SDC.
Justeru soalan saya adalah apakah sasaran ekonomi khusus yang telah dicapai oleh SDC setakat ini selama bertahun-tahun Sabah telah bergelut dengan isu ekonomi dengan salah satu pertubuhan KDNK yang terendah dan kadar pengangguran yang tertinggi antara semua negeri di negara ini. Adakah kementerian telah menjalankan sebarang semakan dan penilaian semula terhadap keberkesanan SDC? Mengapakah Sabah masih belum menampakkan peningkatan yang ketara selepas SDC telah dilaksanakan selama 15 tahun.
Jadi sebagai contoh pelan tindakan SDC 2.0 bertujuan untuk membawa 70,000 peluang pekerjaan dan RM95 bilion pelaburan swasta ke ia menjelang tahun 2030. Adakah ini realistik dan boleh dicapai? Atau hanya satu lagi Kertas Kerja untuk kelihatan bagus bagi pembentangan power point. Contoh yang lain salah satu inisiatif SDC iaitu Palm Oil Industrial Cluster 2.0 (POIC 2.0) adalah untuk menjadikan POIC di Lahad Datu dan Sandakan mampu menarik pelabur dan meningkatkan pembuatan hiliran nilai tambah. Namun saya dapati ini adalah sebagai satu jenaka. Bayangkan sejak 2008 ketika SDC mula dilancarkan, bukan sahaja kita masih belum melihat sebarang aktiviti hiliran kelapa sawit di Sabah, POIC di Sandakan juga sehingga kini masih kekal sebidang tanah yang lapang tanpa ada perwujudan mana-mana kilang. Kini mereka mahu melakukan POIC 2.0, ini adalah tidak masuk akal Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Jadi saya menyeru kepada Menteri untuk melihat semula struktur dan model SDC ini dan jika perlu merombak dan mengubah keseluruhan konsepnya agar ia benar-benar membawa perubahan yang positif kepada Sabah. Satu-satunya faktor yang terpenting yang mempengaruhi pembangunan di Sabah pada masa ini ialah kekurangan bekalan elektrik dan air yang stabil. Mungkin SEDIA harus bermula dengan mencari pelaburan dalam sektor ini secara aktif. Inisiatif ini diperkenalkan oleh SDC semasa adalah sangat luas dan umum sehingga tiada tumpuan atau keutamaannya yang dapat dilihat.
Jadi butiran kedua saya merujuk kepada 00108 – Program Pembangunan dan Butiran 93500 – Program/Projek Pembangunan Ekonomi. Di mana sebanyak RM1.265 bilion telah diperuntukkan di bawah dua butiran ini.
Saya ingin minta Yang Berhormat Menteri menyatakan secara terperinci, apakah skim khusus atau inisiatif yang telah dikenal pasti dan dirancang untuk Sabah bagi membolehkan ekonominya membangun selari atau sama dengan Semenanjung. Apakah sasaran jangka pendek dan jangka masa panjang kementerian bagi pertumbuhan KDNK Sabah dan kadar pengangguran yang ingin dicapai menerusi program ini? Jadi adakah kementerian akan memberi sebarang insentif untuk menangani ketidakseimbangan dari segi pembangunan ekonomi antara Sabah dan Semenanjung. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Dipersilakan Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya mengalu-alukan secara rasmi kehadiran anak-anak dan guru-guru daripada Kolej Vokasional Ampangan, Negeri Sembilan...
[Tepuk] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera Tuan Pengerusi.
Dalam Wawasan Kemakmuran Bersama objektif kedua ada...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar Menteri. Yang Berhormat kalau nak bercakap itu janganlah orang lain habis mendengar. Kita bagilah perhatian kepada Yang Berhormat. Kalau ada mustahak sangat kat luaq pun boleh lah kita bersembang noh . Saya akan tambah masa Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Tuan Pengerusi minta start balik kosong.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik bagi kosong balik.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Tuan Pengerusi dalam Wawasan Kemakmuran Bersama, objektif kedua ada menyentuh tentang matlamat menangani jurang ekonomi antara kumpulan pendapatan etnik pembangunan wilayah dan rantaian bekalan bagi membela dan meningkatkan keupayaan seluruh rakyat supaya tiada yang ketinggalan.
Dalam konteks ini, saya ingin menyentuh Butiran 00108 – Program Pembangunan dan Butiran 93500 – Program/Projek Pembangunan Ekonomi.
Saya akan menyentuh beberapa topik berkaitan dengan kedua-dua butiran ini.
Pertama berkenaan dengan miskin tegar. Daripada keseluruhan peruntukan di bawah Butiran 00108 dan 93500, berapakah jumlah yang diperuntukkan untuk mengurangkan jumlah isi rumah miskin tegar di seluruh negara bagi tahun 2023 dan 2024. Mohon perincian mengikut negeri dan kawasan Parlimen bagi 2023 dan 2024. Dalam Laporan Prestasi Program Utama ICU JPM 2023 bagi bulan September 2023, jumlah ketua isi rumah miskin tegar adalah seramai 110,663 orang dan bagi bulan Oktober jumlahnya adalah 106,213 orang.
Di dalam ucapan Belanjawan 2024, disebut bahawa jumlah isi rumah miskin tegar adalah 18,000 orang. Saya petik daripada perenggan 181 Ucapan Belanjawan yang mana Menteri Kewangan sebut; “Hanya 18,000 isi rumah sekarang” yang maknanya data ICU menunjukkan 106,213 orang tetapi dalam ucapan Belanjawan, Menteri Kewangan 18,000 orang. Ini merupakan satu perbezaan yang amat-amat ketara.
Oleh itu saya mohon kementerian menjelaskan mengapakah terdapat perbezaan yang amat ketara di antara data yang dilaporkan oleh ICU JPM dan kenyataan Menteri Kewangan dalam ucapan Belanjawan 2024. Perbezaan ketara ini menyebabkan ramai yang bertanya, berapakah sebenarnya bilangan ketua isi rumah miskin tegar pada masa ini dan berapakah unjuran bagi 31 Disember 2023?
Seterusnya topik kedua di bawah butiran yang sama ialah berkaitan dengan skop program ataupun projek untuk peruntukan yang disediakan. Saya mohon kementerian
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
menjelaskan perincian peruntukan skop program atau projek yang akan di laksana pada tahun 2024 mengikut kawasan Parlimen dan senarai program atau projek berserta perbelanjaan mengikut kawasan Parlimen bagi tahun 2023.
Topik ketiga di bawah butiran yang sama adalah berkaitan dengan usaha memperkasa pembangunan bumiputera. Berapakah peruntukkan yang disediakan di bawah butiran ini untuk pembangunan bumiputera bagi tahun 2024? Berapakah yang telah dibelanjakan untuk pembangunan bumiputera di bawah butiran ini bagi tahun 2023.
Di dalam belanjawan 2023, terdapat Butiran 69000 – Unit Peneraju. Iaitu merujuk kepada Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dengan peruntukkan sebanyak RM135 juta. Tahun 2020 diperuntukkan sebanyak RM133.7 juta. Namun begitu butiran ini telah dimansuhkan dalam Belanjawan 2024. Mohon penjelasan kerajaan berkaitan dengan pemansuhan butiran Unit Peneraju ini.
Selain itu, berapakah peruntukkan yang disediakan untuk pembangunan pendidikan bumiputera melalui Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera? Mohon perincian jumlah pelajar yang akan ditaja untuk tahun 2024 berdasarkan program sedia ada di bawah yayasan ini. Berapa ramai pula akan ditaja untuk program baharu?
Tuan Pengerusi, dokumen Wawasan Kemakmuran Bersama menjelaskan cabaran yang dihadapi dalam mencapai keberhasilan pembangunan bumiputera.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Dokumen tersebut juga menjelaskan tentang keperluan untuk merangka pendekatan baharu yang lebih menyeluruh, mengambil kira kelemahan dan cabaran yang ada bagi mencapai keberhasilan pembangunan bumiputera.
Di dalam Bab 9 Wawasan Kemakmuran Bersama dinyatakan bagi menentukan- saya quote ya, “Bagi menentukan pencapaian keberhasilan bumiputera, pelaksanaan dasar strategi dan inisiatif WKP akan dipantau dan dinilai secara sistematik dan lebih teliti berdasarkan pencapaian pada setiap tahap secara berkala dalam Rancangan Malaysia Ke- 12 dan Rancangan Malaysia Ke-13”. Memandangkan kerajaan telah membatalkan penggunaan WKP, soalan saya, apakah kerangka yang menjadi panduan kerajaan dalam menggerakkan pembangunan bumiputera pada hari ini dan pada masa yang akan datang.
Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh satu lagi butiran berkaitan dengan 030000 – Pembangunan Ekonomi Wilayah Koridor. Pembangunan wilayah di laksana untuk mengurangkan ketidakseimbangan dan merapatkan jurang pembangunan melalui agihan manfaat ekonomi yang lebih utuh untuk kesejahteraan rakyat.
Butiran 00113 – Pembangunan Koridor melibatkan peruntukan sebanyak RM950 juta. Saya mohon kementerian menjelaskan perincian peruntukan mengikut Wilayah Koridor dan perincian mengikut negeri di bawah setiap koridor. Adakah terdapat skop baharu dalam projek atau program di bawah kedua-dua butiran ini dan apakah status pelaksanaan projek pembangunan ladang tenusu bersepadu di Wilayah Ekonomi Koridor Utara atau NCER di Chuping, Perlis melibatkan kerjasama di antara Syarikat Baladna QPSC dari Qatar bersama
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
dengan FGV Holdings dan FELCRA. Adakah terdapat sebarang kekangan birokrasi dalam pelaksanaan projek ini?
Akhir sekali saya ingin merujuk Butiran 00100 – Kajian-kajian Kemungkinan dengan peruntukan RM20 juta. Yang Berhormat Menteri sebelum ini menjelaskan bahawa bagi tahun 2023, peruntukan yang diluluskan sebanyak RM39.2 juta untuk Kajian Kemungkinan adalah berkaitan dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12. Memandangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 telah selesai, saya mohon kerajaan atau kementerian menyenaraikan Kajian Kemungkinan yang akan dilaksanakan pada tahun 2024 dan apakah kajian-kajian kemungkinan yang telah dilaksanakan pada tahun 2023 dan berapa perbelanjaan bagi setiap kajian yang dilaksanakan? Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Dipersilakan Yang Berhormat Paya Besar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi, saya cuma hendak mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana telah baru terima kad ucapan Deepavali. Terima kasih Tuan Pengerusi daripada Tuan Pengerusi.
Walaupun saya ucapkan terima kasih kerana walaupun Tuan Pengerusi nampak garang dan tegas dengan misai dan sebagainya sebenarnya Tuan Pengerusi merupakan seorang yang sungguh prihatin. Memang layak rakyat di Cameron Highlands memilih Tuan Pengerusi sebagai Ahli Parlimen. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Paya Besar.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Semasa dia menang dahulu, DAP tak sokong.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin menyentuh Butiran 020200 – Jabatan Statistik Negara (DOSM).
Tuan Pengerusi, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya DOSM ini dijadikan sebagai data charter, piagam data di mana segala perancangan kementerian dan agensi di bawah kerajaan ataupun pihak swasta mestilah berasaskan kepada data dan fakta dan sudah pasti bila kita mewujudkan piagam data, data charter kita juga perlu mewujudkan carrot and stick. Di mana sekiranya mereka menggunakan segala data dan fakta yang tersedia di bawah DOSM, mereka juga mendapat pengiktirafan dan sekiranya segala perancangan dasar dan agenda yang dibuat di bawah kerajaan tidak berasaskan data dan fakta, sudah pasti penalti dikenakan.
Butiran berikutnya adalah Butiran 030000, Butiran P 0011 – Pembangunan Wilayah Koridor Ekonomi. Saya yakin dan percaya pembangunan lima koridor ini diwujudkan semasa Perdana Menteri yang kelima Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi, tetapi persoalannya Tuan Pengerusi, apakah setelah puluhan tahun prestasi kelima koridor ini dan
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
janganlah kita hanya bersandarkan kepada Iskandar Malaysia. Apa perkembangan keempat- empat ECER, NCER, SDC dan SCORE.
Saya fikir pandangan saya Tuan Pengerusi adalah sudah tiba masanya untuk kita menilai dan menyemak keberkesanan Wilayah Koridor Ekonomi ini dan sudah tiba masanya kaedah centralize semuanya berlaku di Putrajaya sudah tidak praktikal untuk dilaksanakan kerana kita lihat kesenjangan ekonomi wilayah tetap masih ada.
Saya mencadangkan supaya empowerment diberikan kembali kepada Perbadanan Kemajuan Negeri supaya isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putrajaya tadi birokrasi red tape, isu tanah, isu pengurusan. Kerana apa Tuan Pengerusi? Kita lihat apa yang dilaporkan oleh Lembaga Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2021 berkaitan NCER, banyak komen-komen yang dibuat kerana apa? Kerana sudah pasti objektif untuk menjadikan sebagai pusat ekonomi koridor utara yang bertaraf dunia tidak tercapai kerana ada banyak faktor. Faktor perolehan, aspek pengurusan kewangan, pengurusan tanah.
Walaupun audit ini berlaku pada tahun 2021, saya hendak tahu Kementerian Ekonomi apakah status penambahbaikan yang telah dilakukan?
Saya hendak menyentuh- saya juga hendak bertanya, apakah status dua projek Pahang Technology Park dan Gambang Halal Park di bawah kawasan saya yang melibatkan ECER yang saya tengok pembangunan sudah ada, tetapi pelaburannya sampai hari ini saya tak nampak apa yang sedang berlaku.
Saya hendak sentuh Butiran 99000 – Banci Ekonomi. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan kerana kita telah melaksanakan bancian ekonomi dan prosesnya pun hampir siap. Cumanya, persoalan kepada Kementerian Ekonomi Tuan Pengerusi, adakah sekadar hanya data di peringkat nasional, negeri dan daerah? Saya minta kepada Kementerian Ekonomi supaya extend-kan data ini kepada peringkat Parlimen.
Saya bagi contoh di negeri kita Tuan Pengerusi. Kita ada 11 daerah negeri kita, Pahang. Kita ada 11 daerah tetapi kita ada 14 Parlimen. Parlimen saya Paya Besar di bawah Daerah Kuantan. Sudah pasti apabila data itu dibekalkan di Daerah Kuantan, apakah perkembangan bancian ekonomi yang berlaku di dalam Parlimen Paya Besar. Saya minta kementerian untuk lakukan di peringkat Parlimen seperti mana yang mereka telah lakukan tempoh hari.
P.00010 – Matlamat Pembangunan Mampan SDG. Saya hendak bertanya bagaimana tahap kemapanan, tahap kefahaman berkaitan SDG- dah tahun ketiga pelaksanaan dan bajet telah diberikan, dan bagaimana literasi SDG dilakukan di peringkat komuniti bukan hanya di peringkat nasional atau di peringkat negeri? Kita mestilah bukan literasi SDG ini sampaikanlah ke peringkat kampung dekat taman.
Saya juga ingin menyentuh yang terakhirnya Tuan Pengerusi adalah berkaitan startup. Saya yakin dan percaya tahun 2013 kita hanya ada 300 startup tetapi setakat 2022 kita ada 3,000 aktif startup di Malaysia ini. Cumanya, saya lihat pecahan-pecahannya berdasarkan fintech 18 peratus dalam landskap startup ini. Saya tak nampak, saya tak jelas bagaimana startup yang memberi tumpuan kepada creative tech. Kita ada bakat-bakat anak muda di bawah ASWARA yang mempunyai kemahiran dari segi animation. Mereka juga
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
mempunyai teknologi-teknologi yang diperlukan dalam kreatif ini. Kita ada filem-filem tempatan yang mempunyai kemampuan tetapi teknologi editing, suntingan tersebut terpaksa kita gunakan khidmat luar negara.
Sudah tiba masanya startup ini juga memberi tumpuan kepada creative tech seperti mana yang dibuat di Korea, India, Japan dan Taiwan. Saya juga hendak tanya apakah venture capital yang tersedia dalam dan luar negara yang berada di negara kita?
Keduanya Tan Sri di-Pertua di bawah startup ini saya hendak tahu demografi kerana startup ini tidak hanya perlu ditumpukan oleh mereka yang berada di bandar-bandar besar kerana bakat-bakat anak muda ini sudah berada di merata tempat. Dengan kecanggihan perhubungan jalan, perhubungan rel, sudah pasti digitalmite ini akan memberi tumpuan kepada startup dalam ekosistem yang baharu. Jadi, saya harap ini dapat diberi tumpuan dan saya hendak tanya bagaimana kerajaan melihat founder demografi dalam startup ini?
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta satu penjelasan daripada pihak Kementerian Ekonomi. Semasa saya bertanya soalan kepada Yang Berhormat Menteri Ekonomi, berkaitan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif yang tak nampak jelas dinyatakan dalam ucapan Bajet 2024.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri Ekonomi menyatakan ada di dalam butiran Kementerian Ekonomi tetapi saya tidak nampak kejelasan di situ. Saya minta Yang Berhormat Kementerian Ekonomi untuk menyatakan di mana butiran pelaksanaan rintis bagi gaji progresif ini dilaksanakan pada tahun hadapan dan berapa peruntukan yang telah tersedia?
Terima kasih Dato' Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Dipersilakan Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Bismillahi Rahmani Rahim. Dato' Pengerusi, Jelutong tadi itu mengampu saja itu. Masa PRU itu dia lawan Dato' Pengerusi, kami sokong.
Dia mengampu saja itu. Jadi saya nak balik kepada- terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya nak menyentuh kepada 020100 – Rancangan Ekonomi. Menerusi pembentangan bajet ...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi, saya tidak mahu gunakan Peraturan Dewan tapi itu bukan mengampu, itu ikhlas. Daripada saya datang dengan ikhlas. Bukan macam PAS di sebelah sana.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
It’s up to you to use the Peraturan Mesyuarat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pendang yang menjemput.
Saya ucap ini dengan ikhlas, so jangan buat tuduhan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Mengampulah itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak mengampu Pendang.
Bukan...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, baik, baik. Dengar sini.
Yang Berhormat, sat saya akan bagi. Yang Berhormat Jelutong, saya amat hargai atas apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Pendang, itu cerita lama...
[Dewan ketawa]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Teruskan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, 36(6).
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Apa?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya minta stop dekat 36(6) sebab dia kata kami tidak ikhlas, PAS tidak ikhlas, dia sebutkan tadi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, ambillah itu sebagai sepintas lalu, jenaka dalam Dewan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, kalau dia kata macam itu PAS tidak ikhlas, saya kata DAP hurm lagi teruk...
[Dewan ketawa]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat. Baik, Yang Berhormat jalan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Ketawa] Okey, baik terima kasih Dato' Pengerusi. 020100, saya nak menyentuh berkenaan dengan perancangan ekonomi. Dalam pembentangan Bajet baru ini, peruntukan bagi perancangan ekonomi sebanyak daripada RM112.5 juta, 2023 naik kepada RM155.2 juta, 2024. Saya ingin mendapatkan maklumat berhubung dengan penekanan usaha kerajaan memperkukuhkan perancangan pembangunan yang inklusif dalam memperkasakan agenda Bumiputera.
Berkenaan perincian mengenai garis masa dan mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar, ia harus diberikan perhatian sewajarnya dengan matlamat untuk memberi pendedahan secara telus dan jelas kepada orang awam termasuk penyelarasan yang akan dibuat dengan sumbangan tunai yang akan diberi tidak lama lagi kelak.
Kita dah melihat kepada pelaksanaan subsidi bersasar ini, kita tengok kepada Rapid, MRT, LRT dan juga ERL di-enjoy oleh orang-orang asing, warga asing. Jadi, kalau ini kita nak buat subsidi bersasar ini tanpa ada satu mekanisme yang jelas, maknanya benda ini akan berlaku lagilah kebocoran, akan berlakulah leaking, akan berlakulah tata kelola yang tidak baik ataupun urus tadbir yang tidak sempurna.
Jadi, saya minta buatlah libat urus, kaji sepenuhnya bagaimana untuk memberi subsidi bersasar ini kerana kita nak cukai yang dibayar oleh rakyat Malaysia ini dipulangkan balik, full utilize, dengan izin, untuk digunakan oleh rakyat Malaysia. Jadi, dengan itu saya selalu tekankan perkara ini adalah kerana penting untuk kerajaan memberikan pemahaman yang tepat berkenaan dengan satu-satu program kerajaan untuk disampaikan kepada rakyat.
Saya harap tidak adalah syok sendiri ataupun denial syndrome, dengan izin, ketika mengumumkan sesuatu inisiatif tanpa memahami isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat.
Selanjutnya, saya ingin mendapat perincian mengenai garis masa pelaksanaan Projek Rintis Dasar Gaji Progresif memandangkan Kertas Putih Dasar Gaji Progresif ini hanya dijangka dibentangkan pada 30 November 2023. Apakah pendekatan? Tadi saya sebut, gaji progresif pun perlu diberi tumpuan yang terperinci supaya memberi kesan yang baik kepada ekonomi cycle negara yang akan mendapat pulangan hasil daripada perancangan short,
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
dalam jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang. Sebab gaji ini akan bayar cukai balik kepada negara, menjadi perolehan kepada negara. Ini akan memberi kemakmuran kepada kerajaan, kepada negara untuk agihkan balik cukai-cukai yang dibayar oleh rakyat Malaysia ini.
Jadi, oleh sebab itu, apakah impak dalam polisi ini secara menyeluruh dengan mengambil kira kaedah pelaksanaannya, yang bersifat sukarela serta bantuan daripada kerajaan dalam bentuk pemberian insentif tunai kepada majikan. Apakah pendekatan yang akan digunakan oleh kerajaan jika benar-benar ingin melaksanakan projek perintis Dasar Gaji Progresif ini.
Pembangunan Wilayah Ekonomi – 00113. Seterusnya dalam konteks pembangunan koridor ataupun wilayah ekonomi yang dapat sebanyak RM933.9 juta pada 2024 berbanding RM826.4 juta 2023, makna berlaku peningkatan. Saya ingin melihat apakah bila peningkatan ini yang diluluskan dalam bajet peringkat induk baru-baru ini, ingin membangkitkan isu berkenaan kerana apa? Perincian mengenai projek-projek yang akan dibangunkan di bawah pembangunan koridor khususnya Wilayah Ekonomi Utara (NCER) dan juga Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang mana memberi satu keberkesanan yang baik kepada infrastruktur negara dalam kedua-dua projek NCER dan juga ECER ini.
Jadi kerajaan perlu penjelasan supaya projek-projek ini viable ataupun memberi manfaat yang terus kepada rakyat hasil daripada perancangan pembangunan untuk jangka masa panjang dalam pembangunan ekonomi negara.
Oleh sebab itu, soalnya manakah komitmen kerajaan untuk merapatkan kesenjangan. Saya pun terpaksa kena ambil perkataan Yang Amat Berhormat Tambun.
Sepatutnya lompangan, luang, ruang, kesenjangan wilayah sebab kadang orang bukan faham sangat Yang Amat Berhormat duduk sebut bahasa-bahasa itu. Sebab dia kena diluluskan di Dewan Bahasa, baru pakai. Okey, kesenjangan ataupun kelompangan wilayah merentas wilayah dan negeri-negeri menerusi pembangunan koridor ini.
Apakah strategi kerajaan untuk memperkasakan agensi pelaksana koridor ekonomi termasuk dalam projek berkaitan pengembangan rantaian makanan dan pertanian seperti mengenal pasti tanaman baru untuk dipadankan dengan negeri-negeri yang terlibat.
Tuan Pengerusi, tadi saya rugi dua minit tadi. Jadi saya minta baliklah hak saya tadi pasal dia orang kacau.
Jadi oleh sebab itu saya nak menyentuh 00600 – Kemajuan Guna Tenaga Manusia dalam konteks kemajuan guna tenaga manusia seperti butiran yang saya sebut di atas. Saya minta penjelasan lanjut berkenaan sejauh manakah sasaran penyertaan aktif tenaga manusia tempatan. Macam mana kita nak mengeksploitasi guna tenaga tempatan, pekerja tempatan ini dalam kategori pekerjaan mahir dan separa mahir supaya kita dapat capai untuk kita kurangkan pengangguran dalam pasaran pekerja dalam negara kita.
Seterusnya, berapa kah peratusan terkini tenaga mahir daripada negara luar yang menyumbang kepada sektor ekonomi negara termasuk ekspatriat. Dalam konteks kebergantungan kepada pekerja asing, apakah rancangan kementerian untuk memastikan
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
sasaran 15 peratus pekerja asing atau lebih rendah di negara ini berbanding keseluruhan tenaga kerja dalam negara.
Kerajaan telah meletakkan untuk mengurangkan sehingga 15 peratus tenaga pekerja asing. Apakah sektor-sektor ekonomi yang dikenal pasti kerajaan untuk mempunyai kebergantungan tinggi kepada tenaga kerja asing? Kita tengok sektor mana yang kerajaan bergantung kepada pekerja asing. Jadi saya minta langkah pro aktif ke arah mengurangkan kebergantungan tenaga pekerja asing ini dapat kita laksanakan dengan sebaik mungkin dalam perancangan bagi memulihkan ekonomi negara dalam jangka masa panjang.
Saya bangkitkan isu ini adalah kerana berdasarkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing, setakat ini hampir 2.7 juta pekerja asing berada di Malaysia, melebihi unjuran yang ditetapkan, yang legalize, dengan izin. Sepatutnya kerajaan mewujudkan satu pelan untuk menggunakan tenaga kerja tempatan sedia ada, sebagaimana keutamaan bukan tenaga kerja asing.
Jadi, apakah perancangan kerajaan dalam menangani isu yang kita sedang hadapi ini? Saya harap dalam jawapan ini, kerajaan boleh menyediakan satu pelan bagaimana kita nak menggunakan tenaga pekerja tempatan yang ada bagi menggantikan pekerja-pekerja asing yang mana melibatkan pengaliran wang keluar negara sangat besar. Ini juga kestabilan nilai mata wang negara juga merupakan elemen yang bersangkutan dengan kejatuhan wang Malaysia. Sekian, terima kasih Dato' Pengerusi kerana bagi peluang saya tambah balik.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Dato' Pengerusi. Saya terus masuk kepada Kepala 03100 – Pembangunan Ekonomi Wilayah Koridor dan juga 00107 – Pembangunan Iskandar Malaysia.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Pertama, ada penambahan untuk pembangunan Iskandar Malaysia tahun ini dari RM115 juta kepada RM242 juta, hampir double. Satu berita baik, terima kasih kepada Menteri. Dato’ Pengerusi, di bawah Iskandar Malaysia, pengumuman baharu kerajaan penubuhan dua iaitu Zon Kewangan Khas (SFZ) dan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor- Singapura. SFZ yang diumumkan di Forest City ini, saya ingin mendapat pencerahan daripada Menteri, apakah status terbaru dengan SFX yang tidak banyak ada berita?
Saya ingin mendapat pencerahan daripada Menteri, adakah Menteri setuju atau untuk kita luaskan kawasan SFZ ini untuk meliputi juga kawasan Medini yang mempunyai infrastruktur dan fasiliti yang lengkap dan kebetulan juga kerajaan terutamanya melalui Khazanah telah melabur berbilion-bilion ringgit untuk membangunkan kawasan ini.
SFZ ini perlu menjadi satu pemangkin untuk tarik syarikat-syarikat kewangan termasuk bank, institusi kewangan, baik dalam negeri dan tentunya dari luar negeri. Maka, saya juga ingin mendapat pencerahan daripada kementerian, adakah mereka sedia untuk zon SFZ ini ada satu badan selia sendiri, seperti apa yang kita buat di Labuan, melalui satu
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
akta khusus agar kita dapat memberi keyakinan kepada pelabur asing, terutamanya dari pemain bank antarabangsa.
Bagi SEZ juga, baru-baru ini Perdana Menteri telah melawat Singapura dan bersama- sama dengan Perdana Menteri Singapura telah memberi komitmen untuk bersama-sama membangunkan SEZ ini. Ini berita baik untuk warga Johor. Diharap dengan penubuhan SEZ ini, lebih banyak pelaburan dari Singapura akan masuk ke Johor. Lebih banyak syarikat, kilang pembuatan dari Singapura juga akan pindah ke Johor.
Ini bukan sahaja boleh memajukan keadaan ekonomi Johor, malah ia juga dapat mengurangkan sedikit jumlah pekerja Malaysia yang terpaksa tiap-tiap pagi masuk Singapura untuk bekerja, tapi demi untuk kejayaan SEZ ini, kerajaan perlu ada keazaman politik juga untuk membuat pembaharuan. Ini termasuklah saya cadangkan, adakah kerajaan bersedia untuk memberi lebih banyak autonomi kepada SEZ ini, untuk kita katakan ease of doing business. Sering kali kita mendengar ramai pelabur asing yang mengadu terlalu lama dan susah untuk membina kilang atau memulakan business di Malaysia kerana membabitkan tiga lapisan kerajaan.
Kedua, adakah kerajaan sedia untuk menawarkan satu pakej atau insentif cukai yang lebih menarik kepada pelabur asing. Contohnya, pengecualian atau diskaun cukai tanah dari pihak kerajaan negeri, cukai harta dari PBT ataupun, adakah Kerajaan Pusat sedia memberi diskaun cukai duti setem bagi pelabur asing yang melabur di SEZ ini? Demi semangat pembangunan serata Iskandar Malaysia, saya cadangkan SEZ ini boleh diwujudkan di kawasan Tebrau, yang kebetulan masuk zon di Iskandar Malaysia.
Kalau SFZ ini sekarang diletak di Zon B iaitu barat Johor Bahru, apa salahlah SEZ ini kita wujudkan di sebelah timur Johor Bahru. Di sini, dia tentu boleh memacu ekonomi dan keadaan sosial, bukan sahaja Tebrau malah juga jiran kita di Pasir Gudang. Di sini, kita ada banyak kawasan industri yang sesuai. Di kawasan Tebrau dan Pasir Gudang, kita mempunyai paling banyak kawasan kilang pembuatan, dari mikro ke kecil ke sederhana, ke industri berat, semua kita ada. Kedudukan Tebrau yang terletak dekat juga kepada Pengerang juga dapat mewujudkan satu sinergi baru dan kita boleh tap kehandalan negara kita dalam sektor oil and gas.
Selain daripada itu, saya juga minta sedikit pencerahan, dua isu lagi di bawah Wilayah Iskandar. Pertama, Iskandar Rapid Transit System. Apakah status terkini dan bilakah sistem ini akan take off, yang amat dinanti-nanti oleh rakyat Johor Bahru?
Selain daripada itu, demi connectivity sepertilah yang kita bangkitkan IRT itu, satu lagi projek yang juga amat penting untuk pembangunan Iskandar Malaysia, Dato’ Pengerusi adalah projek HSR, yang juga bagi saya merupakan satu projek yang saya amat sokong, yang dinanti-nantikan oleh warga Johor Bahru. Boleh tak Menteri memberi sedikit pencerahan, sama ada kerajaan ada buat apa-apa kajian impak limpahan ekonomi yang bakal kita di Johor dapat, hasil daripada projek HSR sekiranya dibina?
Akhirnya, saya juga ingin menyentuh dua kepala kecil 00700 - GREEN FUND. Ini merupakan fund yang baru di bawah Kementerian Ekonomi. Boleh memberi sedikit perincian,
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
bagaimana jumlah RM100 juta ini akan diagihkan? Ada dalam form grant ker ataupun dalam form projek ker atau dalam form program?
Juga bagi 02000 - Pembangunan Ekonomi. Kita semua maklum, sekarang kerajaan tengah memaju ke arah subsidi bersasar. Maka, kita kena pastikan subsidi yang kita hendak bagi rakyat ini kena betul, kena sampai ke sasar kita. Maka, banyak kali dah kerajaan ada menyebut sistem PADU. Saya harap, sistem PADU ini adalah adil, telus dan betul-betul berkesan untuk kita sampaikan subsidi kepada mereka yang betul-betul kita nak bantu.
Maka, saya harap Menteri boleh berikan lebih banyak pencerahan, apakah status terkini sistem PADU ni dan apa mekanisme atau komposisi dalam sistem PADU ni yang kita boleh guna untuk kita menolong golongan yang betul-betul memerlukan subsidi tersebut.
Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Dipersilakan Yang Berhormat Bachok.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih, Dato’ Pengerusi. Masa amat terhad, saya berhasrat untuk menyentuh empat perkara.
Perbelanjaan pembangunan, kemiskinan, statistik rasmi dan subsidi bersasar.
Dato’ Pengerusi, pertama saya merujuk kepada jumlah besar untuk maksud Bekalan B.15 dan Pembangunan P.15, di mana jumlah perbelanjaan mengurus adalah 16 peratus daripada keseluruhan bajet kementerian dan belanja pembangunan RM2.9 bilion bersamaan 84 peratus.
Soalan saya, berapakah jumlah penjanaan peluang pekerjaan baharu yang terbit daripada angka belanja pembangunan yang tinggi ini? Jika boleh, saya pernah juga minta soalan yang sama, dapatkan berapakah jumlah peluang pekerjaan baharu yang akan terhasil daripada RM90 bilion yang diperuntukkan untuk belanja pembangunan dalam Belanjawan 2024?
Masih dalam butiran yang sama Tuan Pengerusi, kelmarin pada 6 November, satu mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah diadakan dan di antara perkara yang dibangkitkan adalah kebimbangan di pihak kerajaan terhadap perbelanjaan pembangunan sebenar DE asas yang semakin menyusut setiap tahun. Walaupun belanjawan kita menunjukkan peningkatan besar setiap tahun dan ini pasti meninggalkan kesan jangka panjang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Kita sedia maklum bahawa perbelanjaan pembangunan ini adalah satu bentuk pelaburan, yang akan ada laba keuntungan dan kesejahteraan di masa hadapan dan perlu mempunyai nilai pengganda serta penjanaan pendapatan dan pekerjaan yang tinggi.
Soalan saya, apakah syor di pihak MTEN dan tindakan yang segera di pihak kementerian untuk menambah baik proses-proses dalam pelaksanaan projek belanja pembangunan ini, khususnya dalam aspek tadbir urus, pengutamaan projek, koordinasi pelaksanaannya, di samping agenda pengupayaan bumiputera yang perlu terus diperkasakan.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Kedua Dato’ Pengerusi, Butiran 020100 - Perancangan Ekonomi. Program Pembasmian Kemiskinan. Kami Ahli-ahli Parlimen yang ramai dalam kawasan kami ini jumlah ketua isi rumah yang masih lagi miskin tegar ini sangat mengalu-alukan.
Khusus untuk Bachok, kami bersedialah untuk bekerjasama meneruskan Program Basmi Kemiskinan ini dan saya mengharapkan penglibatan lebih ramai golongan ibu tunggal dan juga golongan belia, agar dapat keluar mindset untuk graduasi daripada belenggu kemiskinan ini. Difahamkan tempoh hari, Mesyuarat MTEN turut menggariskan beberapa pendekatan baharu. Mohon pihak kementerian berkongsi dengan kami di Dewan yang mulia ini.
Yang ketiga Dato’ Pengerusi, Butiran 020200 - Jabatan Perangkaan Malaysia
(DOSM). Saya ingin merakamkan di sini ucapan tahniah dan penghargaan kepada pihak DOSM, Jabatan Perangkaan yang berjaya menghasilkan statistik dan dapatan kajian yang berkualiti dan komprehensif.
Sebelum ini saya telah bangkitkan dalam soalan bertulis tentang perlunya segala dapatan dan statistik rasmi ini dimasyarakatkan. Dalam erti kata lain, diperluaskan penggunaannya dalam, oleh segenap lapisan masyarakat tidak terhad dalam bidang ekonomi sahaja tetapi diperluaskan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan kebajikan.
Pertamanya, akses kepada portal DOSM ini yang lebih terbuka dan interaktif telah pun dijayakan.
Keduanya, penggunaan istilah-istilah yang lebih mudah difahami oleh kalangan awam layman's terms, dengan izin.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Ketiga pengolahan dapatan statistik ini dalam bentuk visual yang lebih interaktif. Di samping itu, DOSM perlu sentiasa waspada dengan kritikan dan kesangsian orang awam statistik rasmi dan perlu proaktif memberikan penjelasan terhadap jurang di antara satu dengan relatif dan juga mungkin persepsi rakyat sehari-hari. Kita faham statistik ini ada kaedahnya, ada formulanya, ada limitasinya namun komunikasi perlu dipertingkatkan untuk kewibawaan statistik rasmi ini tidak dicabar oleh rakyat yang melihat dan merasakan sendiri angka-angka itu mungkin sedikit berbeza dengan apa yang dialami dan dirasai poket dan juga dompet rakyat sehari-harian.
Yang terakhir Dato’ Pengerusi, Butiran 00100 – Kajian Kemungkinan dan dibaca sekali dengan Butiran 020100 – Perancangan Ekonomi berkenaan dengan subsidi bersasar.
Kita menyambut baik segala inisiatif yang diambil untuk memastikan benar-benar subsidi ini dapat dimanfaatkan oleh rakyat di samping perlunya kerajaan ini mengukuhkan kedudukan fiskal negara. Pada masa yang sama, bebanan kos sara hidup rakat dapat diringankan.
Mendengar penjelasan oleh Yang Berhormat Menteri tempoh hari tentang tiga pendekatan baharu. Saya berpandangan perlu diberikan penelitian terhadap bukan sekadar kaedahnya tapi implikasi ataupun kesannya kerana bagi saya program subsidi bersasar dan bantuan tunai ini yang turut disentuh dalam mesyuarat MTEN perlu ada keanjalan, fleksibiliti dengan izin. Atas faktor itu, saya ingin kemukakan tiga persoalan untuk diteliti secara ringkas
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Dato’ Pengerusi. Pertamanya kewangan kerajaan. Apabila kerajaan ini berhasrat untuk berlaku penjimatan subsidi dan dialihkan kepada bentuk bantuan tunai, adakah ini pendekatan yang terbaik untuk mengurangkan defisit kerajaan. Perlu ada simulasi berkenaan dengan imbangan daripada subsidi kepada bantuan tunai.
Yang keduanya, sistem pangkalan data dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebelum saya tadi tentang sistem PADU ini perlu benar-benar robust, perlu benar-benar sentiasa dikemas kini dan bagaimana proses verifikasi yang perlu dibuat setiap masa supaya benar- benar layak dan penyaluran bantuan tunai yang tidak seragam berbeza dengan Bantuan Tunai Rahmah, bantuan BR1M sebelum ini, bantuan dalam bentuk sistem PADU ini pastinya tidak sama di antara kelayakan, pendapatan dan juga lokaliti yang berbeza.
Yang ketiganya, kesan terhadap kos sara hidup dan inflasi tolakan kos yang pastinya apabila harga petrol, harga ayam diapungkan pasti akan mengubah sedikit trend perbelanjaan golongan M40 dan T20 dan pastinya akan ada rantaian kesannya kepada perbelanjaan domestik dan khususnya kerancakan pembangunan ekonomi negara. Jadi, inilah saya kira dan saya yakin perkara ini telah pun diberikan perhatian oleh pihak kementerian.
Namun implikasi sesuatu dasar baharu ini perlu secara menyeluruh, dengan izin, both side of the coins, perlu diteliti dan ini penting supaya benar-benar memberikan keuntungan kepada ekonomi dan kewangan kerajaan yang paling penting ialah kelegaan kepada poket rakyat, dompet rakyat tak kira B40, M40 dan T20. Semuanya ada hak, ada kelayakan dan ada peranan dalam ekosistem ekonomi negara. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Saya telah membenarkan pertukaran waktu perbahasan Yang Berhormat Kampar dengan Yang Berhormat Taiping.
Silakan Yang Berhormat Taiping.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Dato’ Pengerusi, saya nak sentuh berkenaan dengan 00700 – GREEN FUND yang mana jumlah anggaran harga projek yang dinyatakan adalah berjumlah RM2 bilion dengan anggaran pada tahun 2024, RM100,000. Kita sekian maklum bahawa kerajaan telah menetapkan target ataupun sasaran bahawa kapasiti penjanaan tenaga boleh baharu telah ditingkatkan ke 70 peratus menjelang tahun 2050 dan ini merupakan suatu hala tuju pembangunan tenaga boleh baharu yang penting bagi negara kita.
Juga dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa peralihan ekonomi hijau perlu pelaburan sebanyak RM637 juta dan adalah amat jelas bahawa sekiranya kita hendak mencapai sasaran 70 peratus seperti menjelang tahun 2050 seperti yang dinyatakan oleh kerajaan, adalah penting untuk kesemua sektor perniagaan ataupun individu ataupun korporat adalah terlibat dalam usaha ini. Kita nampak bahawa untuk sektor PMKS perniagaan ataupun korporat, kita sedia maklum bahawa ada tax incentive ataupun insentif
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
cukai diberikan apabila perniagaan tersebut melabur dalam mana-mana bentuk penjanaan tenaga boleh baharu. Cukai tersebut termasuklah insentif GITA dan juga GITE.
Tapi pada masa yang sama, apa yang kita nampak ada sedikit kekurangan adalah berkenaan dengan insentif cukai kepada perseorangan ataupun individual yang membuat pelaburan dalam penjanaan tenaga boleh baharu khasnya apabila sesebuah rumah ada seseorang individu membuat keputusan untuk melabur secara pemasangan solar panel di atas bumbung mereka. Itu merupakan sedikit sebanyak yang mana saya percaya kerajaan perlu memberikan perhatian.
Nombor dua adalah di kawasan Taiping baru-baru ini, Syarikat Toyo Tires telah pun melabur RM30 juta dalam sistem solar atas bumbung mereka yang melibatkan 26,044 keping panel solar dan 96,000 meter persegi dengan bumbung seluas 96,000 meter persegi bersamaan dengan satu juta kaki persegi. Kapasitinya 14 megawatt. Dinyatakan dan apa yang kekangan pada hari ini adalah syarikat tersebut tidak dibenarkan untuk menggunakan keseluruhan bumbung kilang mereka atas sebab polisi kerajaan yang menetapkan sesuatu ketetapan ataupun kapasiti maksima di atas bumbung. Ini sedikit sebanyak yang mana saya ingin memohon supaya kerajaan boleh mempertimbangkan semula kesemua kekangan- kekangan yang ada.
Perincian kedua- butiran kedua adalah 030200 berkenaan dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA). Dato’ Pengerusi, saya telah menyemak bahawa Menteri Besar Negeri Perak telah pun mengumumkan bahawa dengan bantuan daripada NCIA, pencapaian pelaburan yang diluluskan pada tahun 2023 setakat bulan Mei 2023 adalah sebanyak RM2.2 bilion dengan suatu peningkatan 24.3 peratus berbanding dengan tahun lepas. Saya ingin mendapatkan perincian berkenaan dengan pencapaian terkini bagi negeri Perak berkenaan dengan pelaburan yang diluluskan oleh negeri Perak dengan bantuan daripada NCIA yang mana suatu sasaran telah pun ditetapkan RM4.2 bilion untuk tahun ini.
Pada masa yang sama, NCIA telah pun pada tahun 2016 memberikan peruntukan untuk penaiktarafan Zoo Taiping dan safari dan juga penaiktarafan Taiping Heritage Trail. Saya percaya ini merupakan sebahagian daripada usaha daripada NCIA untuk memupuk hab pelancongan warisan dan pelancongan- ekopelancongan yang penting.
Saya nak tanya kepada pihak kementerian bahawa sama ada pada tahun hadapan apabila Bandar Warisan Taiping menyambut ulang tahun ke-150 kita, sama ada NCIA mempunyai apa-apa rancangan ataupun apa-apa program untuk tahun 2024 khasnya berkenaan dengan pemberian peruntukan bagi penaiktarafan projek-projek ataupun tapak- tapak warisan.
Di bawah butiran yang sama juga, kita juga sedia maklum bahawa di Changkat Jering, Taiping ia telah menjadi suatu tumpuan yang mana PLUS Highway, WCE highway dan juga North Corridor Highway mempunyai suatu highway exit yang bertumpu di Changkat Jering. Saya nak memberikan cadangan supaya pihak NCIA boleh mempertimbangkan sama ada suatu centralized bus station boleh dipertimbangkan di kawasan Taiping dan berdekatan dengan Changkat Jering supaya ia boleh menjadi satu hab untuk pengangkutan awam
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
khasnya untuk pelancong ataupun pengguna-pengguna dari Pantai Timur, Kelantan, Terengganu dan juga kemungkinan dari Pahang juga.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Dengan itu dua perkara yang saya nak bangkitkan, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Dato' Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Yang Berhormat Jempol, silakan.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Dato' Pengerusi kerana memberi laluan kepada saya untuk mengalu-alukan Perkumpulan Wanita Jempol.
Jadi, dengan sukacitanya saya mengalu-alukan kesampaian Perkumpulan Wanita Jempol ke persidangan kita pada hari ini. Terima kasih. Jempol tetap di hati. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya, berikutnya, mempersilakan Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Dato' Pengerusi, Temerloh ingin menyentuh bahawa fokus utama Ekonomi Madani untuk memperkasa rakyat melalui dua objektif utama iaitu menstruktur semula ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan memberi tumpuan kepada ekonomi digital dan peralihan tenaga yang lebih mampan, menurut Menteri Ekonomi baru-baru ini. Temerloh ingin penjelasan, bagaimana penstrukturan semula ekonomi ini dapat memberi nafas lega kepada rakyat dan memperkasa kehidupan rakyat lebih berkualiti dengan kos hidup yang lebih rendah dan stabil serta menokhtahkan kemiskinan?
Pertama, Temerloh ingin menyatakan anggaran perbelanjaan pembangunan dikurangkan daripada RM4 bilion lebih menjadi RM2 bilion lebih dan merangkumi pinjaman RM23 juta lebih. Temerloh ingin penjelasan, bagaimana dengan mengurangkan perbelanjaan pembangunan dapat menambah peluang perniagaan, dapat juga menambah peluang pekerjaan dan dapat memberi taraf hidup berkualiti kepada rakyat?
Kedua, 00600 – Kemajuan Guna Tenaga Manusia. Peruntukan dikurangkan menjadi RM2,700,000. Temerloh mohon penjelasan, daripada peruntukan ini, berapakah peratus yang dimanfaatkan untuk melahirkan tenaga berkemahiran dalam negara ini? Berapa peratus buruh mahir tempatan yang dilahirkan untuk memperkasa kehidupan rakyat yang lebih berkualiti? Berapa peratus buruh mahir yang diimport untuk menjayakan projek ekonomi negara dan berapakah aliran wang keluar negara?
Butiran 00108 – Program Pembangunan, menjadi RM365 juta lebih daripada RM1 bilion sebelum ini. Daripada bajet ini, berapa peratus projek pembangunan yang mesra perniagaan dan dapat memperkasa ekonomi rakyat? Selain melibatkan syarikat-syarikat besar, berapa peratus dapat membangunkan PMKS selepas terjejas teruk akibat pandemik?
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Butiran 93500 – Program/Projek Pembangunan Ekonomi dikurangkan menjadi RM900 juta. Apakah perbezaannya dengan Butiran 00108? Berapakah kewangan yang dapat ditingkatkan bagi ekonomi rakyat?
2300, perbelanjaan pembangunan dimansuhkan, melibatkan projek pembangunan kawasan sempadan Sabah, Sarawak dan Semenanjung yang melibatkan RM250 juta.
Apakah punca dan sebab utama projek-projek tersebut terpaksa dimansuhkan? Bagaimana bajet RM250 juta diperuntukkan pada tahun 2023?
Perbelanjaan mengurus. 20000 – Perkhidmatan dan Perbekalan, RM110 juta lebih termasuk kos sewa RM43 juta. Temerloh ingin perincian dan penjelasan, adakah dapat memperkasa ekonomi rakyat dan apakah jenis sewa yang terlibat?
30000 – Aset, RM13 juta lebih melibatkan aset tak ketara. Temerloh mohon penjelasan tentang perkara ini.
400 – Gantian Cuti Rehat, RM50 ribu. Temerloh ingin tahu, sektor ekonomi mana yang terlibat dan sudah dilaksanakan?
Kemudian, Temerloh ingin menyentuh tentang subsidi bersasar. Kita sangat bimbang sekiranya data yang dikumpulkan hanya akan dilaksanakan pada 2024. Belum lagi juga dapat secara lengkap, dia akan menjadikan subsidi bersasar tidak akan dapat mencapai objektifnya.
Temerloh mencadangkan supaya difokuskan kepada golongan yang benar-benar memerlukan mengikut data dan diberikan secara tunai. Begitu juga kalau kita lihat subsidi bersasar, layak untuk peniaga B40. Sewajarnya disediakan tempat untuk jualan bagi mereka mendapat bekalan, tidak dijual di kedai-kedai biasa, kerana subsidi ini boleh juga menambahkan lagi bilangan kartel dan juga monopoli.
Jadi, sekadar itu daripada Temerloh. Terima kasih. Assalamualaikum.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Kuala Selangor terus memasuki perbahasan di peringkat jawatankuasa ini dengan menekankan Butiran Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) atas Butiran 00010.
Peningkatan peruntukan sebanyak RM13.38 juta. Baik ya. Merupakan langkah yang seharusnya. SDG adalah langkah ke hadapan untuk kita terus membangun negara dengan mampan.
Cumanya, sejauh mana literasi ataupun pencerahan SDG ini akan dapat kita rentas dan rangkum dengan pendekatan yang lebih inklusif supaya seluruh rentas rakyat, rentas sektor dan rentas semuanyalah, Dato' Yang di-Pertua, dapat kita capai? Sebab, saya perhatikan ada satu sidang kemuncak di Wilayah Utara 16 November. Persoalannya, apakah yang lain akan tercicir? Ini memerlukan pendekatan yang lebih inklusif ya.
SDG dengan 17 SDG dan saya juga memerhatikan Pusat Majlis SDG diletakkan di bawah Kementerian Ekonomi. Apakah yang sudah dan sedang distrategikan oleh Pusat
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Majlis SDG ini untuk meningkatkan kefahaman dan pembangunan berdasarkan kepentingan SDG? Sekali gus saya perhatikan ia bertanggungjawab bukan sahaja penyelarasan SDG tetapi juga penerimagunaan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus ataupun ESG. Jadi, ESG juga sekarang ini juga perlu dibudaya atau dirangkumkan ataupun dihayati sebagai membangunkan negara dengan pendekatan yang lebih mampan. Itu pertama, Dato' Pengerusi.
Program pembangunan seterusnya adalah program pembangunan di bawah Butiran 00108 – Program Pembangunan yang di sana- ya, mengucapkan terima kasih, tahniah, meningkatkan peruntukan ini dengan peruntukan berbeza RM234 juta.
Cuma yang saya minta penjelasan di sini, adakah pengurusan- dan untuk mendapatkan pengesahan pihak kementerian, siapa yang sebenarnya agensi yang diletakkan di bawah butiran ini? Apakah Unit Peneraju Agenda Bumiputera kah ataupun TERAJU yang bertanggungjawab untuk mengurus agenda ekonomi Bumiputera? Ataukah juga sekali gus Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) for the oil and gas services and equipment? Pastinya dua agensi yang berbeza. Jika benar, berapa pembahagian peruntukan untuk kedua-dua agensi ini?
Ini kerana jika dibandingkan dengan Belanjawan 2023, terdapat peruntukan khusus untuk Unit Peneraju ketika itu RM135 juta. Namun, ia tidak disebutkan dalam Belanjawan 2024 ini. Maka, Kuala Selangor perlukan pencerahan.
MPRC pula adalah untuk- yang saya sebutkan tadi, saya juga minta- for the oil and gas services dan equipment. Saya juga minta perincian, apakah strategi MPRC dalam mengintegrasi soal kemampanan khasnya kepada PKS atau SME-SME kita yang sangat penting? Supaya SME yang terdiri daripada 85 peratus perlu pengadaptasian kemampanan, memerlukan kos yang tinggi. Maka, apa peranan mereka untuk memastikan kesemua ini dapat dijayakan?
Seterusnya, atas GREEN FUND, tajuk Butiran 00700. Saya memerhatikan diberikan peruntukan hanya RM100 juta, sementara persoalan membangunkan startup itu ataupun pemula adalah merupakan satu cabaran besar untuk kita membangunkan industri yang punya nilai tambah yang tinggi, menghasilkan kerja- job yang mempunyai gaji yang lumayan.
Kesemua ini adalah sangat penting, Dato' Pengerusi.
Startup yang terpaksa melalui pelbagai tahap- stages, from pre-seed stage hinggalah maturity stage hinggalah mereka berjaya untuk di-acquire atau merger and acquisition (M&A) stage. Kesemua ini adalah sangat penting, tetapi saya ingin tahu, apakah kesungguhan dan apakah benar-benar langkah-langkah untuk mereka diperkasakan? Termasuklah membantu mereka dalam crowdfunding, membantu mereka dalam venture capital, peluang-peluang venture capital dan sebagainya.
Itu adalah juga penting dan hal ini juga saya terkait di situ adalah bagaimana kita beralih kepada tenaga boleh diperbaharui dalam kita mencapai sasaran-sasaran pertumbuhan ekonomi hijau yang memandangkan kesemua ini adalah mempunyai kos yang tinggi. Apakah langkah-langkah kementerian untuk membantu? Sama ada dalam bentuk perniagaan-perniagaan, termasuk tadi disebutkan tentang individu-individu yang bukan
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
mudah atau tidak mendatangkan keuntungan jangka pendek tetapi mempunyai kepentingan jangka panjang dan yang lebih mampan.
Dato' Yang di-Pertua, saya kira itu sahaja, kecuali last, kalau diizinkan. Saya ingin juga singgung tentang atas Butiran 020200 – DOSM. Ya, sudah sampai waktunya DOSM bukan hanya memberikan ataupun dipamerkan dan diperagakan data-data, statistik khasnya tentang hal ekonomi dan kewangan semata-mata, tetapi sudah sampai waktunya perkongsian data- data sharing ini bagi mengangkat literasi rakyat dari sudut pencerahan data dan terutama tentang big data atau pendemokrasian, meluaskan data dan informasi kepada semua.
Maka, sudah sampai waktunya data sharing dan utilization untuk sama ada surveillance, untuk policy for Malaysian supaya benar-benar negara ini berdasarkan driven by data. Data is the new oil. Data adalah tenaga baharu dalam memacu pertumbuhan negara yang mampan, tetapi kita mahu lihat data yang akhirnya melalui proses machine learning, melalui proses deep learning untuk menghasilkan akhirnya negara dan kerajaan yang mampu menyusun dan mengatur, mencerakinkan polisi berdasarkan data. Maka di sana perlu kepada keberanian ataupun kesediaan untuk DOSM memberikan perkongsian data yang lebih luas lagi. Terima kasih Dato' Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Bentara. Mesyuarat ditangguh, dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.32 petang]
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi
Baik, seterusnya kita sambung dengan menjemput Bukit Gantang.
Silakan.
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Untuk kementerian ini, saya akan bercakap mengenai topik kos sara hidup, IPR, miskin, miskin tegar dan penyelesaiannya. Merujuk kepada P.15, Butiran 00108 – Program Pembangunan berjumlah RM365 juta dan Butiran 93500 berjumlah RM900 juta.
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Tan Sri Pengerusi, Kementerian Ekonomi merupakan satu kementerian yang sangat penting kepada negara. Tambahan pula, di saat ini ringgit masih lemah, 4.6 dan ekonomi negara belum bangkit sepenuhnya. Dalam keadaan ekonomi dunia tiada petunjuk pulih, juga kesan daripada pandemik COVID-19.
Saya pula peminat kepada Menteri Ekonomi, YB Pandan kerana formula-formulanya yang baik. Saya mohon, Yang Berhormat Menteri menyatakan bilangan off-takers yang sertai komuniti di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dengan dipadankan kepada kumpulan pemohon-pemohon berikut, iaitu program Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), program Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan program Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).
Tan Sri Pengerusi, Yang Berhormat Menteri tak ada ya? Di peringkat daerah saya, miskin tegar bagi Daerah Larut, Matang dan Selama pada bulan Oktober, masih tinggi lagi dalam jumlah 957 orang. Jika usaha ini dibuat secara serius dengan penglibatan semua stakeholders termasuk Ahli Parlimen, ia akan lebih cepat dinoktahkan.
Kita nak membantu dan suarakan pandangan dan sebenarnya ada cadangan- cadangan proven case, proven model kepada Menteri, agar dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat demi kesejahteraan rakyat dengan memberikan penumpuan basmi kemiskinan tegar, tambah pendapatan rakyat sebagaimana yang diumumkan. Ada model yang boleh ditengok dalam Facebook saya.
Di Parlimen Bukit Gantang, 30 peratus daripada kawasannya adalah kawasan pertanian. Mereka yang miskin tegar dalam kelompok ini, sebenarnya tidak mempunyai tanah untuk bertani, Jika ada tanah, tak ada modal untuk bertanam. Bagi yang dah bertani, susah pula dapat bantuan kewangan untuk dibesarkan pertanian yang mereka laksanakan. Masalah yang paling besar golongan miskin tegar ini adalah sikap dan modal insan. Saya nak bertanya kepada Menteri, boleh adakan satu kaedah pairing. Pairing dengan usahawan-usahawan yang berjaya dan boleh menarik naik golongan miskin ini daripada tahap kemiskinan tegar.
Dalam dialog dan perjumpaan saya dengan rakyat di kawasan pertanian Bukit Gantang, mereka sentiasa mengajukan soalan, bagaimana mereka boleh mengembangkan perniagaan mereka yang ada ini, yang dah berjaya dan dah buat. Ada pengusaha-pengusaha kebun-kebun durian tradisional yang popular di Bukit Gantang ingin menukar jenis tanaman durian kepada durian musang king dan durian duri hitam yang mempunyai nilai yang tinggi, tetapi mereka kekangan adalah modal. Dalam inisiatif INTAN, bolehlah membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan ataupun usaha pertanian yang mereka laksanakan.
Ada juga di antara mereka yang menanam tanaman kontan, pisang, sayur-sayuran dan lain-lain. Bila tiba musim menuai, musim pisang mereka masak, mereka terpaksa jual dengan harga yang murah kerana tidak ada buying centre. Maka, di bawah Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) ini, bolehlah mewujudkan pusat belian, pengumpulan dan pengedaran. Di Parlimen Bukit Gantang, ada aset kerajaan yang tidak digunakan berada di kawasan yang strategik untuk dipulihkan dengan kos RM2 juta iaitu Laman Changkat Jering. Ia berada di kawasan susur keluar Lebuhraya PLUS dan WCE.
Saya ucapkan terima kasih Taiping, kerana telah membangunkan isu ini tadi.
Berupaya tinggi menjadi pemangkin kepada aktiviti ekonomi setempat. Pekebun dan peraih
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
kecil-kecilan boleh dibantu untuk membesarkan perniagaan mereka menjadi peraih buah- buah tempatan, durian, rambutan, duku, langsat, manggis. Semua ini orang kampung saya suruh sebut. Ini adalah hasil-hasil daripada Bukit Gantang.
Pada masa yang sama, membantu pekebun limau kasturi, asam keping dan bunga kantan, memasarkan produk mereka. Begitu juga nelayan-nelayan di dua kawasan PNK iaitu Sungai Tinggi dan Matang, boleh memasarkan terus hasil tangkapan di laut seperti ikan sembilang, ikan senangin, ikan pari, kupang, siput beliung, ketam nipah dan ketam lembut.
Dengan adanya pusat yang dibangunkan ini, maka akan mendapat kemudahan rakyat untuk berniaga.
Tan Sri Pengerusi, dalam masa yang sama juga, kawasan Parlimen Bukit Gantang, 30 peratus daripada kawasan Parlimen Bukit Gantang adalah kawasan perkilangan, di mana kawasan tersebut kebanyakan pekerja-pekerja kilang datang daripada beberapa taman perumahan dengan kepadatan penduduk seramai 10,000 orang, bersempadan dengan Taiping. Maka, di kawasan ini juga menjadi kawasan pembangunan ekonomi untuk mereka usahakan menjual makanan bermasak. Jika dilihat di sepanjang jalan industri Simpang Halt dan Kamunting, ia banyak usahawan-usahawan yang menjual jenis makanan sepanjang hari daripada pagi sampai ke belah malam.
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Malangnya mereka tidak mampu untuk mengembangkan perniagaan mereka, tidak mampu untuk buat sewaan di kedai yang lebih elok, tidak mampu untuk membuat renovation yang lebih cantik, mereka hanya berniaga di gerai-gerai kecil di kaki lima, di tepi-tepi longkang dan kereta tolak. Bila musim hujan, hasil pendapatan mereka merosot, tidak dapat berniaga dan jika berniaga pun mengalami kerugian.
Jadi, semua permohonan ini daripada kawasan pertanian dan perkilangan sesuai dilaksanakan inisiatif INTAN, IHSAN dan IKHSAN. Permohonan telah pun dipanjangkan kepada kementerian dan Menteri Ekonomi. Saya harap mendapat perhatian dengan segera.
Tan Sri Pengerusi, merujuk kepada Butiran 030200 – Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan peruntukan sebanyak RM40 juta, saya mengharapkan NCIA menumpukan lebih khusus kepada usahawan-usahawan yang telah berusaha lama dan tahan- sustainable supaya membantu mereka meningkatkan saiz perniagaan dan usahawan mereka seperti menternak ayam piru, kambing, lembu dan juga ternakan ayam kampung untuk mereka dapat membesarkan dan menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada golongan miskin dan miskin tegar.
Mereka ini semuanya kekurangan modal. Jadi, kalau hendak dibangunkan mereka bolehlah saya panjangkan permohonan ini kepada Yang Berhormat Menteri untuk diambil perhatian. Terima kasih banyak Tan Sri. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi
Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Bukit Gantang, seorang Ahli Yang Berhormat yang amat berhemah dalam hujahnya, teratur dan informatif.
Ini contoh yang terbaik. Terima kasih Yang Berhormat...
[Tepuk]
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Baik, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus masuk ke Butiran 020200 – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Saya hendak minta Menteri untuk terangkan adakah terdapat satu sistem feedback dalam pangkalan data PADU, ataupun PADU system database kerana sebelum ini terdapat banyak kes yang mereka tidak layak untuk menerima bantuan, yang mereka pakai Mercedes, tetapi mereka dapat STR.
Jadi, saya hendak tanya, adakah terdapat satu sistem feedback ataupun sistem aduan di mana orang ramai boleh membuat aduan tentang orang yang tidak layak tetapi mereka dapat bantuan ataupun orang yang layak dapat tetapi tidak dapat bantuan. Mungkin ada satu sistem feedback online yang mana di mana orang ramai boleh buat aduan.
Kedua untuk Butiran 00700 – GREEN FUND. Saya hendak tahu sebab butiran ini RM2 bilion untuk anggaran seluruh projek. Tahun depan RM100 juta, ia jumlah besar. Jadi, saya hendak tahu, apakah perincian ini di bawah GREEN FUND.
Seterusnya untuk kesemua Perbadanan Kemajuan Negeri dari 70101 sehingga 70113. Saya nampak di sini pertama, empat negeri yang menerima peruntukan yang paling banyak adalah daripada negeri pembangkang. Pertama, negeri Kelantan RM42.45 juta.
Kedua, Terengganu RM12.81 juta. Ketiga, Kedah RM10.5 juta dan Perlis negeri kecil tetapi dapat juga RM6.8 juta. Jadi, saya hendak harap pihak Pembangkang jangan kata lagi negeri dianaktirikan kerana daripada kesemua peruntukan yang diberi kepada perbadanan kemajuan negeri-negeri, empat Negeri Pembangkang sahaja telah mendapat 88 peratus peruntukan.
Jadi, saya hendak tanya mana negeri Perak? Saya masih ingat semasa Bajet 2023, awal tahun ini. Saya pernah tanya pihak kementerian kenapa Perbadanan Kemajuan Negeri Perak tidak dapat apa-apa peruntukan? Pada masa itu, saya difahamkan daripada kementerian bahawa tidak ada peruntukan yang telah diminta, tetapi kali ini saya telah semak dengan Exco Kerajaan Negeri Perak bahawa memang ada peruntukan telah dipohon, tetapi saya tidak nampak ada apa-apa peruntukan yang telah diberikan di sini, tetapi dalam Bajet 2024, Perdana Menteri ada menyatakan terdapat satu investment dalam Kerian, Perak High- Tech Park, Kerian Integrated Industrial Park.
Jadi, saya hendak minta apakah perinciannya kerana sampai hari ini ADUN-ADUN di negeri Perak mereka tidak tahu tentang apakah perincian, apakah butiran ataupun lokasi dan jumlah pelaburan ataupun peruntukan yang dimasukkan ke dalam Kerian, Perak High- Tech Park. Seterusnya, saya hendak masuk kepada pelancongan Langkawi kerana duit ini diberi kepada negeri pembangkang termasuk Kedah pun dapat banyak. Saya petik akhbar Sinar Harian semalam, “Langkawi Jadi Pekan Hantu Jika Kemasukan Pelancong Terus Merosot.” Ini berita semalam. Dari Utusan sama juga. Utusan Malaysia, “Langkawi: Kedai Makan Bungkus, Kedai Sewa Dilelong.” [Menunjukkan keratan akhbar berkaitan] Ini bukan saya
Tuan Chong Zhemin - Kampar
yang cakap. Ini dari siapa? Ini dari Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainuddin Kadir.
Deepavali tahun ini, sudah mahu sampai cuti tetapi satu Langkawi- Hotel Tiga Bintang hanya 10 peratus kena tempah. Mengapa macam ini? Langkawi sepatutnya destinasi pelancong yang paling tinggi, paling menarik. Kalau tengok di Ipoh, tak payah tunggu sampai cuti, hari biasa saja Jumaat, Sabtu dan Ahad, semua hotel penuh tetapi kenapa Langkawi tinggal 10 peratus? Adakah ini disebabkan oleh polisi-polisi kerajaan negeri yang ekstrem dan tidak mesra pelancong?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jadi, sampai hari ini, kerajaan negeri tidak ada apa- apa akal ataupun tidak ada apa-apa cara untuk membawa pelancongan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kampar, terima kasih. Apa komen Yang Berhormat perkara-perkara yang diberitahu oleh Yang Berhormat hanya merugikan penduduk di Langkawi sahaja? Orang-orang yang mencari pendapatan, pemandu teksi, orang-orang yang kerja di hotel, orang-orang yang berniaga, semua mereka, orang Langkawi yang sebenarnya menanggung kerugian tak ada kerja, tempat untuk kerja dan mencari pendapatan. Apa komen Yang Berhormat?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya memang. Kalau pelancong tidak datang, yang rugi itu orang-orang tempatan termasuk orang Langkawi, termasuk di sini kedai makan bungkus, siapa yang buat kedai makan ini, kereta sewa dilelong. Jadi, ini semua akan merugikan orang tempatan. Jadi, saya hendak- apakah...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
YB, boleh bagi laluan?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Mana?
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Hulu Selangor.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey, okey. Boleh, boleh.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Okey. Tadi YB menyatakan seolah-olah Langkawi ini hanya di bawah Kedah semata-mata. Memang betul bawah Kedah tetapi apa fungsinya kementerian yang ada, Kementerian Pelancongan dan sebagainya. Apa pandangan Tuan YB?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kementerian Pelancongan memang ada fungsi, tetapi fungsi kerajaan negeri paling besar dan itu persepsi, paling penting- persepsi. Menteri Pelancongan itu tak usah tanya. Kenapa ada pelancong sampai ada pergi pantai tidak boleh pakai seluar pendek? Yang hendak minum arak tidak boleh, tetapi apa- apakah...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tak...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Apakah...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
...Kena hormatilah, itu hak orang Islam.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Betul, betul hak orang Islam, tetapi...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Kita menjaga hak orang Islam.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Kita tak kacau, tetapi...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Apa masalah sekarang ini?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Pelancong-pelancong datang kena bagi ruang.
Pelancong kalau hendak beli arak, bagilah. Pelancong itu bukan Islam. Jadi, ini kawasan pelancongan. Kita bukan hendak cakap pasal agama, kita cakap pasal pelancongan, cakap pasal hendak bawa duit masuk...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tak, setuju tak saya katakan tadi bahawa Menteri Pelancongan kena ambil juga perhatian perkara ini?
Tuan Pengerusi
Hulu Selangor...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Betul. Itu...
Tuan Pengerusi
...Ini bukan...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...Itu Menteri Pelancongan sudah perhati tentang isu ini.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Okey, okey Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Tidak boleh begitu. Kena bertanya soalan, lepas diberi jawapan, sila duduk. Kalau lagu ini sampai besok pun kita tak siap. Silakan.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jadi, sampai hari ini kerajaan negeri tak ada apa- apa cara untuk hendak naikkan pelancongan di Langkawi. Sampai ada Ahli Parlimen Langkawi sampai hendak buat pantai bogel di Langkawi, cakap dalam Dewan, ini betul-betul memalukan.
Jadi, saya ada satu syor di sini, okey. Mungkin ada sikit pertikaian tetapi saya rasa kita perlu letakkan Langkawi terus di bawah pentadbiran Putrajaya. Kita masukkan Langkawi sebagai wilayah keempat selepas Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan masuk terus ke dalam Wilayah Persekutuan. Kalau Kerajaan Persekutuan boleh ambil alih pentadbiran, saya rasa Langkawi kita akan boleh terus majukan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Kementerian Ekonomi merupakan salah satu daripada dua kementerian yang dikurangkan peruntukannya berbanding Bajet 2023. Pada tahun 2023, kementerian ini diperuntukkan RM4.7 bilion manakala tahun 2024 dikurangkan 25.9 peratus kepada RM3.5 bilion.
Selain kementerian ini, Kementerian Kewangan juga dikurangkan peruntukannya.
Soalan saya apakah rasional di sebalik pengurangan yang begitu besar ini? Di manakah tumpuan yang dikurangkan dan kenapa? Kita melihat sepatutnya kementerian inilah ditambahkan peruntukannya dengan program pembasmian kemiskinan hingga ke akar umbi.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Merujuk kepada pendapatan per kapita nasional, saya ingin menggunakan dengan menyentuh salah satu indikator terpenting bagi menilai prestasi Kementerian Ekonomi iaitu pendapatan per kapita nasional. Ada dua soalan. Satu, mengapa berlaku penurunan sasaran bagi tahun 2024 iaitu RM51,067 berbanding tahun 2022 iaitu RM52,968. Bukankah seharusnya saban tahun perlu berlaku peningkatan pendapatan per kapita atau sekurang- kurangnya itulah iltizam kerajaan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.
Kedua, jika dibandingkan pula petunjuk prestasi utama bagi Jabatan Perdana Menteri di bawah perkara yang sama iaitu pendapatan per kapita nasional. Mengapa nilainya berbeza? Adakah JPM dan Kementerian Ekonomi ada sasaran yang berbeza dan bagaimana?
Kementerian Ekonomi merujuk kepada agenda Bumiputera, Butiran 020100 – Perancangan Ekonomi. Kementerian Ekonomi seharusnya menjadi satu frontliner dengan izin, untuk menyelaras dan memperkasa agenda Bumiputera.
Namun, Kerajaan Madani pada hari ini, seolah-olah tidak menunjukkan kesungguhan dan tiada usaha bersepadu dalam menggerakkan semua jentera kerajaan ke arah pemerkasaan PUTERA atau mungkin di sana sebenarnya ada inisiatif-inisiatif yang saya minta pihak kementerian dapat memberikan ulasan selepas daripada ini. Kalau kerajaan lalu di bawah pentadbiran Yang Berhormat Bera telah melancarkan Tindakan Pembangunan PUTERA 2030 pada tahun 2021, adakah kerajaan berhasrat untuk meneruskan pelan hala tuju ini atau menggagaskan satu pelan yang lebih baik?
Saya sangat menyokong dalam Butiran 00010 - Matlamat Pembangunan Mampan.
Saya menyokong apa pun usaha bagi meningkatkan penyertaan kita dalam inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan atau sustainable development goals, dengan izin, dan belanjawan kali ini kerajaan memperuntukkan sejumlah RM15.9 juta untuk tujuan itu. Mohon agar kerajaan memperincikan bagaimana peruntukan tersebut akan dibelanjakan memandangkan usaha SDG ini merentas kementerian dan agensi. Apakah keunikan yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Ekonomi pada- sehingga ada satu projek khusus di bawah perbelanjaan pembangunan.
Dalam Pembangunan Startup – 00800, Kementerian Ekonomi juga ada memperuntukkan sejumlah RM10 juta bagi tujuan pembangunan startup. Cuma persoalan saya, adakah Kementerian Ekonomi ada fokus yang berbeza berbanding usaha membangunkan startup yang diterajui oleh MOSTI.
Butiran 001008 – Program Pembangunan RM365.57 juta. Bagaimanakah rakyat boleh memohon terus daripada projek ini sebab saya merujuk kepada kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri pada Jun lepas atau pada awal tahun ini, “Rakyat boleh mohon peruntukan projek terus kepada kementerian.” Ini disebut oleh Menteri Ekonomi. Jadi, apabila Menteri menyebut bahawa rakyat boleh mohon peruntukan projek terus kepada kementerian,
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
saya minta supaya Menteri dapat jelaskan bagaimana permohonan itu dapat dibuat dan sebagainya.
Begitu juga bila Menteri menyebut bahawa pembangkang terima peruntukan dalam bentuk projek bantuan terus kepada rakyat masing-masing, saya alu-alukan kenyataan Menteri ini tetapi dalam masa yang sama, saya juga ingin tahu bagaimanakah permohonan itu dapat dilaksanakan kerana dalam kenyataan pada 13 Oktober ini, Menteri menyebut bahawa, “Ahli Parlimen Pembangkang juga boleh memohon projek ini dengan mengisi borang dan nyatakan sebab permohonan itu dibuat.” Jadi, ke mana kah projek itu boleh dilaksanakan ataupun boleh dimohon sebab kalau kita merujuk kepada peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang, saya tengok- saya ucapkan tahniah kepada YB Labuan dalam TikTok-nya menyebut semalam beliau telah diluluskan peruntukan untuk kawasannya.
Jadi, setelah beliau menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, beliau telah pun diberikan peruntukan. Jadi, adakah seolah-olah kena nyatakan sokongan terlebih dahulu, barulah kita dapat peruntukan. Jadi, ini perkara yang saya rasa tidak tepat dengan hasrat ataupun roh demokrasi yang kita julang selama ni. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Jempol.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Sebelum itu, terima kasih saya ucapkan kepada Perkumpulan Wanita Jempol yang masih setia ya, menunggu hingga ke petang...
[Tepuk] Seterusnya, Jempol ingin merujuk kepada B.15 iaitu Butiran 020100 – Perancangan Ekonomi iaitu Pembangunan Zon Perindustrian Agropolis.
Tan Sri Pengerusi, Daerah Jempol dengan keluasan 148,458.42 hektar yang merupakan daerah terbesar di Negeri Sembilan dan amat berpotensi dimajukan dengan aktiviti pertanian moden bersepadu. Dari konteks perancangan di peringkat negara, Daerah Jempol terletak di dalam kawasan zon perancangan tengah- central planning zone, dengan izin, yang memberikan penekanan terhadap aktiviti pertanian moden. Di peringkat negeri pula, Daerah Jempol berkepentingan sebagai sebuah Agropolis yang menjadi sumber kawasan pertanian subur dengan hasil kelapa sawit dan getah.
Seperti yang semua sedia maklum, Agropolis adalah satu konsep pembangunan yang menerapkan elemen perbandaran ke sebuah penempatan desa dan dibangunkan sebagai bandar industri pertanian.
Untuk makluman Dewan, Daerah Jempol antara pengeluar utama hasil sawit memandangkan Jempol mempunyai 28 Skim Rancangan Tanah FELDA yang bersempadanan dengan Skim FELDA di Daerah Bera, Daerah Jelebu, Daerah Rompin dan Segamat yang juga mengeluarkan hasil sawit. Kawasan Jempol juga antara pengeluar hasil tanaman getah dari pelbagai sumber termasuk Skim FELDA yang menanam getah, ladang RISDA dan juga pekebun kecil getah, dan juga daerah berhampiran seperti Kuala Pilah dan juga Jelebu.
Tan Sri Pengerusi...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta, boleh minta penjelasan Yang Berhormat. Kinabatangan.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Ya, ya.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya, Yang Berhormat.
Daripada ucapan Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat mencadangkan kepada kerajaan memandangkan Jempol ini area kelapa sawit dia luas supaya kerajaan mewujudkan begitu banyak downstream activities dan ini memberi ruang pekerjaan dan mempertingkatkan ekonomi di kawasan Parlimen Yang Berhormat.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Ya, terima kasih. Saya pun bersetuju. Masukkan dalam ucapan saya.
Tan Sri Pengerusi, oleh yang demikian, Jempol mencadangkan ya, Daerah Jempol ini dibangunkan sebagai Zon Perindustrian Agropolis, sebagai satu kawasan pembangunan baharu dengan penekanan sebagai pusat pengeluaran dan pemprosesan utama produk agrikomoditi seperti sawit dan getah serta pemprosesan produk pertanian dan penternakan ruminan secara bersepadu.
Selain mengoptimumkan aktiviti perladangan, adalah wajar industri pemprosesan produk sawit dibangunkan dalam Zon Perindustrian Agropolis seperti contoh pembukaan kilang pemprosesan minyak masak, kilang sabun, kilang mentega, kilang susu pekat manis dan sebagainya.
Seterusnya juga, dalam industri pemprosesan produk agrikomoditi getah juga boleh dibina seperti kilang pembuatan tayar, kilang penghasilan produk lateks seperti sarung tangan, benang getah dan sebagainya. Dari segi pengeluaran produk pertanian, Jempol berpotensi menjadi pusat penghasilan produk hiliran pertanian yang berasaskan tanaman tempatan seperti ubi, keledek, pisang, jagung dan buah-buahan tempatan. Begitu juga mengetin buah rambutan yang dikenali sebagai laici Malaysia.
Tan Sri Pengerusi, penyelarasan industri memproses produk agrikomoditi dan pertanian di Jempol ini akan menjimatkan kos penghasilan barangan kerana faktor logistik yang lebih rendah memandangkan bahan mentah utama adalah terletak di Daerah Jempol, dan juga di kawasan daerah-daerah berhampiran di kawasan Negeri Sembilan Timur ini.
Malahan Tan Sri Pengerusi, perancangan yang mana saya bangkitkan- bahaskan beberapa kali di Dewan yang mulia ini iaitu pembinaan Lebuhraya Seremban-Jempol yang telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini.
Jempol juga berpotensi menjadi pelabuhan darat iaitu sebagai hab logistik, pengedaran produk agrikomoditi dan pertanian ke seluruh negara. Ini bertepatan dengan agenda kerajaan dalam mempertingkatkan potensi ekonomi wilayah. Pembinaan pelbagai kilang pemprosesan produk agrikomoditi dan juga pertanian di Jempol ini juga akan memberi peluang pekerjaan dan limpahan ekonomi kepada produk Jempol dan kawasan sekitar.
Tan Sri Pengerusi, Jempol memang fokus dan memohon pihak Kementerian Ekonomi dapat membangunkan satu kawasan wilayah baharu jadi kawasan ini iaitu kawasan Agropolis iaitu terdiri daripada Daerah Jempol-Kuala Pilah-Jelebu. Mesti ada satu hab industri
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
untuk kita mengeluarkan produk-produk ini yang mana kawasan-kawasan ini adalah kawasan pengeluaran getah, sawit, buah-buahan dan sebagainya.
Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Soalan saya, apakah pertimbangan pihak kerajaan terhadap cadangan pembangunan Zon Perindustrian Agropolis di Jempol dan apakah perancangan Unit Perancang Ekonomi dalam membangunkan sosioekonomi Daerah Jempol dalam konteks Belanjawan 2024? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahi Rahmani Rahim.
Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk turut sama dalam perbahasan Jawatankuasa Kementerian Ekonomi.
Saya ingin menyentuh Butiran B.020100 – Perancang Ekonomi. Tan Sri Pengerusi, adakah kerajaan masih berhasrat untuk melaksanakan projek aging ataupun luput tempoh RMKe-12 di negeri Kelantan?
Yang kedua ialah, apakah penekanan khusus kerajaan untuk memperkukuhkan perancangan pembangunan yang inklusif dalam memperkasa agenda Bumiputera termasuk sasaran keberhasilan kongres ekonomi Bumiputera yang dijadual diadakan pada bulan Januari tahun 2024? Perincian mengenai garis masa dan mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar untuk memberi pendedahan secara telus dan jelas kepada orang awam termasuk penyelarasan yang akan dibuat dengan Sumbangan Tunai Rahmah sedia ada.
Bagaimanakah kaedah proses verifikasi orang awam bagi sistem Pangkalan Data Utama ataupun PADU akan dijalankan mulai awal tahun depan serta langkah susulan selepas proses verifikasi ini berlaku? Apakah bentuk perjanjian yang dibuat merentas agensi dan jabatan dalam mengatasi cabaran dari aspek perkongsian data termasuk perancangan kementerian untuk memperkenalkan data omnibus bagi membolehkan perkongsian data antara semua agensi kerajaan? Dalam butiran sama kelangsungan Inisiatif Pendapatan Rakyat ataupun IPR, dari segi kesan pengganda dan limpahan manfaat untuk tempoh jangka panjang berbanding jangka pendek.
Ini termasuk jumlah penerima manfaat mengikut negeri berbanding unjuran awal seperti Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN). Akhirnya di butiran ini, saya ingin bertanya kerajaan sejauh manakah komitmen kerajaan bagi melaksanakan Wawasan Kemakmuran Bersama?
Tan Sri Pengerusi, Butiran B.030300 – Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Adakah kerajaan bercadang untuk mengekalkan dan memperluaskan fungsi ECERDC ini dan aspek pembangunan dan pelaburan di negeri Kelantan tanpa mengira parti yang memerintah? Apakah kerajaan akan meneruskan amalan sempit dan songsang terhadap fungsi sebenar feudalisme dalam pembangunan ekonomi Pantai Timur tanpa mengaitkan kerajaan negeri ditadbir oleh parti berlainan?
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Saya juga ingin menanyakan, berapa kali kah Mesyuarat ECERDC telah diadakan pada tahun ini tahun 2023? Jika tidak dilaksanakan pada tahun ini, apakah alasan pihak kerajaan kerana majlis sepenting ini yang di Pengerusi oleh Menteri Kewangan dan juga Perdana Menteri sepatutnya menjadi keutamaan pihak kementerian?
Tan Sri Pengerusi, Butiran P.00113 – Pembangunan Koridor. Apakah perincian mengenai projek-projek yang akan dibangunkan di bawah pembangunan koridor khususnya Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)?
Sejauh manakah komitmen kerajaan untuk merapatkan kesenjangan wilayah, merentas wilayah dan negeri-negeri menerusi pembangunan koridor ini? Apakah strategi kerajaan untuk memperkasa agensi pelaksana koridor ekonomi termasuk dalam projek berkaitan pengembangan rantai makanan dan pertanian seperti mengenal pasti tanaman baharu untuk dipadankan dengan negeri-negeri yang terlibat?
Butiran P.00600 – Kemajuan Guna Tenaga Manusia. Tan Sri Pengerusi, sejauh manakah sasaran penyertaan aktif tenaga manusia tempatan dalam kategori pekerjaan mahir dan separa mahir telah dicapai sehingga kini? Berapa peratusan terkini tenaga mahir daripada negara luar yang menyumbang kepada sektor ekonomi negara? Apakah perancangan kementerian untuk memastikan sasaran 15 peratus pekerja asing atau lebih rendah di negara ini berbanding keseluruhan tenaga kerja?
Ini memandangkan setakat ini dengan pelan kelonggaran penggajian pekerja asing hampir 2.7 juta pekerja asing berada di Malaysia secara fizikal, iaitu melebihi unjuran ditetapkan. Sektor-sektor ekonomi yang dikenal pasti kerajaan sebagai punca lambakan pekerja asing serta langkah proaktif ke arah mengurangkan kebergantungan tenaga buruh asing.
Merujuk kepada Butiran P.70103 – Perbadanan Kemajuan Negeri: Kelantan. Tan Sri Pengerusi, terdapat pengurangan lebih RM10 juta peruntukan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Kelantan. Boleh saya dapatkan perincian kepada pengurangan ini dan apakah projek-projek yang akan dilaksanakan melalui peruntukan ini?
Tan Sri Pengerusi, Butiran P.93500 - Program/Projek Pembangunan Ekonomi.
Pecahan mengenai Program Pembangunan Ekonomi mengikut sektor, lokaliti dan negeri yang telah dikenal pasti sehingga kini.
Adakah peruntukan ini termasuk kajian kebolehlaksanaan, feasibility studies untuk projek-projek infrastruktur berkaitan? Berapakah yang tergolong di bawah projek yang memerlukan suntikan dana tambahan ataupun projek-projek sakit? Adakah sasaran terperinci kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar sama ada ia mampu dicapai dalam baki kurang dua bulan menjelang akhir tahun ini? Serta berapakah bilangan isi rumah miskin tegar yang ada pada masa ini?
Ini memandangkan Laporan Prestasi Program Utama (ICU) pada September 2023 menunjukkan masih terdapat 110,663 KIR miskin tegar di seluruh negara. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih, Tan Sri Pengerusi. Saya ingin mulakan dengan Butiran 00800 – Pembangunan Startup dan saya rasa ini adalah kali pertama yang diperkenalkan oleh Kementerian Ekonomi bahawa menerusi peruntukan RM10 juta saya juga meminta Menteri memperincikannya.
Pertama, apakah kriteria yang akan dinilai secara khusus dalam memuktamadkan satu-satu penyaluran ataupun pemberian bantuan pembangunan startup ini? Kalau kita lihat dalam ekosistem startup ini yang antara yang terbaik adalah dekat negara-negara daripada ASEAN yang termasuk kini adalah Singapura daripada negara ASEAN berbanding dengan negara UK, US dan lain-lain.
Kedua, adakah peruntukan bagi maksud butiran ini akan melibatkan komposisi pengakhiran berdasarkan segmen, kaum ataupun apakah langkah strategi yang akan di – untuk memudahkan pengajian ini? Jika ya, berapakah jumlah anggaran peruntukan atau dana sokongan yang akan disediakan secara khas kepada penggiat startup yang masyarakat golongan usahawan-usahawan muda khususnya dari luar bandar, bandar dan juga segala area?
Ketiga adalah, apakah mekanisme pemberian dana pembangunan startup ini akan dilaksanakan? Adakah ia akan melibatkan kerjasama kerajaan negeri ataupun mana-mana agensi berkaitan kerajaan? Seterusnya, atau- adakah Ahli Parlimen sendiri boleh turut berperanan sebagai penghubung intermediary antara seseorang penggiat startup dengan pihak kementerian untuk mendapatkan dana atau bantuan sokongan bagi maksud butiran ini?
Keempat, secara dasarnya apakah objektif atau matlamat jangka panjang yang ingin dicapai oleh Kementerian Ekonomi menerusi peruntukan ini? Sejauh manakah penyediaan peruntukan ini mampu mengetengahkan bakat-bakat muda yang berpotensi tinggi untuk menerajui satu-satu startup yang boleh memberi impak kepada masyarakat secara amnya.
Kelima, apakah bentuk kesinambungan yang akan diwujudkan oleh kementerian untuk memastikan dana atau bantuan sokongan yang diterima oleh penggiat startup menerusi peruntukan ini dapat memperkukuh hayat perusahaan- entrepreneurial survival, dengan izin, mereka untuk tempoh lima hingga 10 tahun? Ini penting untuk memastikan bahawa penerima manfaat pembangunan startup ini benar-benar membangunkan perusahaan mereka seterusnya menjana pendapatan secara mampan.
Keenam, apakah bentuk kerjasama awam korporat yang akan dijalinkan bagi mengetengahkan potensi atau keunikan yang boleh ditonjolkan oleh seseorang startup?
Adakah kementerian sudah mengintai ruang kerjasama dengan mana-mana organisasi korporat tempatan dalam menjayakan agenda pembangunan startup yang merupakan antara fokus utama Kementerian Ekonomi.
Seterusnya adalah Butiran P.70101 – Perbadanan Kemajuan Negeri: Johor.
Menerusi peruntukan RM5 juta, apakah pembangunan baharu yang akan dilaksanakan di negeri Johor pada tahun 2024 menerusi peranan yang dimainkan oleh Perbadanan
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Kemajuan Negeri Johor? Sejauh manakah agenda pembangunan tersebut berupaya meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat luar bandar di negeri Johor khususnya di Segamat?
Apakah bentuk kerjasama yang akan dibentuk dengan Kerajaan Negeri Johor untuk menjayakan setiap agenda pembangunan setempat yang berada dalam perancangan kementerian? Bagaimanakah peruntukan pembangunan yang dikhaskan untuk Perbadanan Kemajuan Negeri Johor bagi tahun 2024 mampu menjadikan organisasi tersebut benar-benar relevan kepada Kementerian Ekonomi yang seperti kita tahu mempunyai pelbagai rencana, hala tuju dan perancangan jangka pendek,jangka panjang termasuk untuk merapatkan jurang pembangunan antara daerah dengan daerah yang lain.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Misalnya Daerah Segamat yang bakal dinobatkan sebagai Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang masih lagi mempunyai kekurangan dalam aspek pembangunan berbanding negara-negara lain. Apakah bentuk reformasi institusi yang akan ditegaskan oleh, terhadap Perbadanan Kemajuan Negeri Johor supaya ia mampu kekal signifikan bentuk penerangan – berperanan sebagai badan pelaksana kemajuan di peringkat negeri bagi Kementerian Ekonomi.
Seperti yang saya ulangi dalam setiap perbahasan saya di mana pembangunan di negeri Johor itu sangat berkurang berbanding di negeri Johor iaitu di Johor Bahru ya. Kita hanya fokus kepada kawasan-kawasan yang dah lebih maju tapi kurang memfokuskan kawasan-kawasan yang luar bandar ataupun kawasan yang belum dibangunkan. Saya yakin dengan startup ini, mampu kita membangunkan atau dengan juga kerjasama dengan kementerian lain dan juga usaha dengan Kerajaan Negeri Johor. Oleh itu, itu sahaja ucapan saya. Sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya terus ke Butiran 030200 – Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA). Sejauh manakah sokongan Kementerian Ekonomi terhadap projek- projek seperti KSP. Projek-projek mega ini tidak lain hanyalah untuk merealisasikan aspirasi mengurangkan jurang kekayaan antara wilayah.
Hal ini digariskan dalam Strategi A2, Bidang Fokus A, Bab 5 KSP RMKe-12, peruntukan pembangunan kepada negeri miskin serta galakan ekonomi pihak swasta. Oleh itu saya tidak nampak ada halangan projek KSP ditangguh. Mohon penjelasan Menteri.
Seterusnya Butiran 020200 – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Status Pangkalan Data Utama (PADU) yang dijadualkan pelancarannya pada 2024. Ia satu usaha untuk mengurangkan inklusiviti dan exclusion error dalam pengisian data. Saya mohon penjelasan, pendekatan kementerian untuk selesaikan isu data dari pelbagai kementerian seperti data eKasih. Saya juga mohon penjelasan adakah sistem ini dapat merangkumkan semua data dalam satu database untuk digunakan secara menyeluruh pada semua kementerian.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Butiran seterusnya 020100 – Perancangan Ekonomi. Saya ingin mendapat penjelasan tentang apakah strategi subsidi bersasar yang telah diaplikasikan. Dasar penarikan subsidi dan apungan harga sudah dilaksanakan tetapi strategi untuk subsidi bersasar masih belum jelas. Seterusnya, apakah jaminan kerajaan bahawa kos perkhidmatan kesihatan tidak akan meningkat akibat kenaikan cukai perkhidmatan.
Seterusnya Butiran 020000 – Perancangan Pembangunan Nasional. Saya ingin menyentuh tentang kajian Model Gaji Progresif. Saya mohon penjelasan Menteri tentang negara yang manakah menjadi rujukan dan berapakah peruntukan rintis kepada syarikat- syarikat secara awalan yang bakal dilaksanakan tahun 2024?
Seterusnya Butiran 030200 – Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).
Wilayah Ekonomi Koridor Utara salah satu koridor yang dibentuk bagi pembangunan di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara.
Sektor sepanjang penubuhan ini antaranya projek-projek kecil di luar bandar termasuklah di Jerai, Parlimen saya. Saya amat berharap projek-projek kecil dapat ditambah berdasarkan projek-projek seperti baik pulih jambatan, bina baru rumah ibadat.
Fungsi NCIA ini juga antaranya mencapai pertumbuhan ekonomi yang seimbang dalam sektor perniagaan tani. Oleh hal yang demikian, sejauh manakah peranan kementerian melahirkan usahawan dalam bidang perniagaan tani kerana dengan kos pertanian yang meningkat, kementerian melalui NCIA menjadi nilai tambah kepada petani.
Seterusnya Butiran 020200 – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sekali lagi.
Peruntukannya RM230 juta. Di antara fungsi Jabatan Perangkaan Malaysia mendapatkan maklumat dan data terkini mengenai pasaran buruh yang boleh diguna pakai bagi tujuan analisa dalam bidang ekonomi, sosial, demografi dan alam sekitar untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.
Saya mohon penjelasan, setakat ini berapakah data statistik yang diperoleh mengenai pasaran buruh di negara ini memandangkan pengangguran dalam kalangan berbagai-bagai level pendidikan semakin melebar. Seterusnya, yang terakhir saya juga ingin dapatkan penjelasan mengenai sejauh manakah pendapatan isi rumah dan kualiti hidup melalui Program Pembangunan Modal Insan dan Keusahawanan dapat dijana oleh kementerian.
Saya sangat menyokong usaha kementerian dalam menangani modal insan agar ciri- ciri mulia dan bebas dari mengutamakan diri perlu dipupuk sebaik-baiknya. Sekian, Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Seterusnya saya jemput Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya, Ampang terus akan merujuk kepada Kepala 020000 – Perancangan Pembangunan Nasional di bawah tajuk fokus ataupun di bawah fokus agenda bumiputera.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Jadi kalau kita lihat peruntukan bagi Kepala 020000 diunjurkan meningkat 14.2 peratus kepada RM385.2 juta dengan peningkatan peruntukan bagi semua sub kategori, kalau kita lihat begitu, yakni sebanyak 38 peratus bagi Butiran 020100 dan perancangan ekonomi kepada RM155.26 juta dan Butiran 020200 kepada 2.3 peratus yang mana di bawah Jabatan Perangkaan Malaysia kepada RM230 juta.
Jadi soalan pertama saya kepada Yang Berhormat Menteri, daripada peruntukan keseluruhan buat perancangan pembangunan nasional ini berapakah jumlah khusus untuk memenuhi fungsi memperkasakan agenda bumiputera kerana kalau kita lihat isu pemerkasaan bumiputera ini amat orang kata dibincangkan dah sekian lama. Jadi untuk itu saya mohon YB Menteri senaraikan lima agensi pelaksana yang utama yang berjaya memenuhi sasaran masing-masing dan apakah pencapaian-pencapaian mereka?
Seperti kalau kita lihat agensi pelaksana yang biasa kita dengar TERAJU, Ekuinas.
Kita ada juga MARA dan lain-lain, jadi saya nak mengetahui tentang siapakah lima players yang tertinggi ini.
Soalan kedua saya, meskipun menyambut baik peruntukan RM1.6 bilion ya, seperti yang diumumkan dalam belanjawan, dalam bentuk kemudahan pinjaman, pembiayaan dan jaminan pembangunan pembiayaan modal teroka untuk syarikat pemula ataupun startup, dengan izin, pemula bumiputera.
Ampang mohon YB Menteri huraikan siapakah kumpulan sasar dan berapa ramaikah usahawan nano, mikro kecil dan sederhana bumiputera yang dijangka dapat memanfaatkan sepenuhnya peruntukan sebesar ini?
Seterusnya soalan ketiga di bawah Kepala 20000 ini, Ampang sarankan agar Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 ataupun TPB 2030 disemak semula dalam usaha memantau secara berkala pelaksanaannya dan menilai pencapaiannya dan merealisasikan sasaran yang telah ditetapkan.
Yang mana hasil inisiatif ini dan pelbagai inisiatif lain di samping memperkembangkan lagi terkini terkait dengan agenda-agenda bumiputera. Inisiatif agenda bumiputeralah. Jadi apa yang kita lihat ia perlu dan saya mensarankan supaya ia bukan sahaja dilihat semula, saya mencadangkan juga kepada ia dibawa, dibincangkan di bawah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan ia akan boleh didengar penyata itu di bawah Parlimen ini sendiri untuk dibaca.
Seterusnya di bawah soalan yang sama di bawah, soalan keempat di bawah butiran ini. Ampang juga ingin mendapat penjelasan ya mengapa hanya bidang-bidang seperti ekonomi Islam, aeroangkasa dan industri kreatif yang Belanjawan 2024 sifatkan sebagai industri pertumbuhan tinggi ataupun IBT untuk bumiputera. Sedangkan industri tradisional seperti agromakanan, peruncitan dan juga pemborong malah pembinaan dan kutipan sisa pepejal boleh ditransformasikan menjadi IBT sekiranya, dengan izin, disrupt dengan mengoptimumkan teknologi dan model business baharu dalam pelbagai bentuk.
Seterusnya di bawah Pembangunan 15, terkait butiran yang ingin saya sampaikan iaitu Butiran 00108. Ampang amat menyambut baik lonjakan hampir tiga kali ganda buat butiran ini iaitu butiran program pembangunan kepada RM365.5 juta. Persoalannya, apakah
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
ia untuk inisiatif IPR sahaja atau sebarang inisiatif lain juga terkait di sini? Jadi mohon YB Menteri kongsikan pencapaian program ini dan setakat ini di seluruh negara malah status pelaksanaannya di Ampang juga di samping hala tuju dan strategi seterusnya untuk menghadapi ataupun untuk menambah baik lagi program IPR ini.
Untuk soalan kedua di bawah Butiran 00700 – GREEN FUND di peruntukkan agak banyak iaitu RM100 juta kepada tahun 2024 berbanding tiada pada tahun ini.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri huraikan perincian tentang butiran ini dan matlamat yang ingin dicapai dengan penyaluran peruntukan ini.
Soalan seterusnya yang terakhir, peruntukan bagi Butiran 00800 – Pembangunan Startup juga melonjak dari 0 kepada 2022 dan pada tahun 2022 dan tahun 2023 pada RM10 juta. Jadi, saya harap- Ampang mohon Yang Berhormat Menteri jelaskan tujuan dan semua perincian bagi butiran ini dan kita hendak tahu sama ada Ampang ada memainkan peranan di dalam memastikan ia berjaya. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Kuala Terengganu.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum Tan Sri Pengerusi.
Saya melihat secara terperinci peruntukan melibatkan Bekalan dan Pembangunan 15 untuk Kementerian Ekonomi. Pertama, saya merujuk kepada Butiran 020100 – Perancangan Ekonomi. Mohon kementerian perincikan tentang perancangan yang telah digariskan oleh pihak kementerian. Sewaktu penggulungan Yang Berhormat Menteri pada minggu lepas, Yang Berhormat Menteri ada memaklumkan peruntukan untuk pelaksanaan rintis gaji progresif untuk pekerja dan syarikat swasta awalan telah pun dimasukkan di dalam Belanjawan 2024 di bawah Kementerian Ekonomi. Adakah peruntukan tersebut di bawah perkara ini? Seterusnya, berkenaan dengan pelaksanaan garis masa gaji progresif, mohon penjelasan daripada pihak kementerian.
Kedua, Butiran 030000 – Pembangunan Ekonomi Wilayah Koridor. Seperti mana kita maklum, pembangunan wilayah dilaksanakan untuk mengurangkan ketidakseimbangan dan merapatkan jurang pembangunan melalui agihan manfaat sosioekonomi yang lebih baik untuk kesejahteraan rakyat. Dalam butiran ini, peruntukan mengurus mengikut koridor dilihat hampir setara. Namun begitu, tidak jelas sama ada peruntukan pembangunan bagi setiap koridor turut seperti mana pembangunan untuk mengurus sama turut setara. Mohon pihak kementerian dapat berikan perincian berhubung dengan perkara ini.
Seterusnya, di bawah P.15 Butiran 00010 – Matlamat Pembangunan Mampan. Saya melihat ada peningkatan yang ketara. Perbelanjaan sebenar 2022 - sifar, anggaran dipinda 2023 - RM2.56 juta. Anggaran untuk 2024 - RM15.9 juta. Mohon perincian daripada pihak kementerian berkenaan dengan projek-projek dan lokasi yang telah dikenal pasti terhadap perkara ini dan saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri untuk masukkan
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
negeri-negeri seperti Terengganu, Kelantan, Perlis, Sarawak dan Sabah khususnya di dalam projek-projek ini.
Kelima, Butiran 00113 – Pembangunan Koridor. Saya mengharapkan agar kerajaan dapat meneruskan pembangunan di wilayah-wilayah dan negeri-negeri yang kurang membangun supaya jurang antara wilayah dan jurang pendapatan dapat dirapatkan melalui projek-projek berimpak tinggi yang dapat menjana peluang pekerjaan berkualiti di luar bandar. Seperti mana yang kita ketahui, industri nadir bumi antara perkara yang akan diberi tumpuan berdasarkan deposit nadir bumi yang telah diumumkan yang mempunyai potensi kekayaan yang besar yang melibatkan lebih daripada RM800 bilion.
Deposit yang berada di negeri-negeri, khususnya di Pantai Timur adalah agak tinggi.
Misalnya di Terengganu, saya difahamkan sehingga 46 peratus. Jadi kerana itu, saya ingin bertanya, adakah satu perancangan bersepadu melibatkan industri huluan dan hiliran boleh dirancang di peringkat pembangunan koridor supaya dapat memanfaatkan kemudahan- kemudahan yang sedia ada seperti pelabuhan- sila.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Sekejap, biar saya habiskan sedikit. Seperti pelabuhan dan juga ECRL yang ada pada masa sekarang yang boleh memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Silakan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Kuala Terengganu, terima kasih Tuan Pengerusi. Berkaitan dengan Butiran 00113 – Pembangunan Koridor, apa kedudukan ECER yang telah dirancang begitu lama? Apakah bajet ini termasuk untuk projek- projek dalam ECER? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Masukkan sahaja Tan Sri, dalam ucapan saya. Butiran 00800 – Pembangunan Startup, saya anggap ini adalah perkara baru memandangkan peruntukan sebelum ini tiada untuk startup ini.
Persoalan yang ingin saya bangkitkan, adakah Kementerian Ekonomi akan mula mengambil alih berkenaan dengan pembangunan startup kerana sebelum ini ia dimasukkan di bawah kementerian, misalnya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Sekiranya- adakah ia berlainan ataupun sememangnya adalah satu tambahan baru yang boleh meningkatkan lagi pembangunan ekosistem di bawah startup ini?
Seterusnya, Butiran 93500 – Program/Projek Pembangunan Ekonomi. Peruntukan untuk tahun ini menurun kepada RM900 juta. Saya mohon perincian, apakah program atau projek pembangunan ekonomi yang diletakkan di bawah butiran ini? Adakah Program Pembasmian Kemiskinan Tegar yang dijenamakan semula sebagai Inisiatif Pendapatan Rakyat akan diteruskan? Bagaimana pencapaian inisiatif tersebut untuk tahun ini? Adakah telah mencapai sasaran untuk 130,000 golongan termiskin yang menjadi golongan yang disasarkan untuk bantuan ini? Terima kasih Tan Sri.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Pertama, Butiran dari Pengurusan Awam – 010100, di mana Butiran yang berkenaan memperlihatkan pengurangan yang sangat ketara iaitu RM40.2 juta. Kebimbangan Sri Gading adalah akan menurunkan prestasi dan integriti kementerian yang terlibat. Saya harap tak begitulah. Bolehkah pihak kementerian berikan justifikasi kepada pengurangan keterangan ini, khususnya merujuk kepada kod 40000?
Perkara seterusnya adalah Iskandar Malaysia. Kebetulan di dalam negeri Johor.
Butiran 00107, di mana kalau kita melihat bahawa penambahan sebanyak RM126,860,000 ini merupakan satu penambahan yang sangat baik. Terima kasih kepada kementerian kerana kita sedia maklum bahawa pembangunan di negeri Johor, khususnya di Iskandar Malaysia ini peluang untuk kita menarik semula tenaga-tenaga mahir yang bekerja di Singapura. Kita sedia maklum pekerja-pekerja Malaysia yang berada di Singapura, setiap pagi masuk ke Singapura tak kurang daripada 300,000.
Di mana di sinilah peluang untuk kita menarik kembali pekerja-pekerja mahir di Singapura bekerja di tanah air kita sendiri, tapi kita mengharapkan upah yang setimpal seperti mana upah yang ada di Singapura.
Menurut apa yang telah dirancang, sektor ini ingin dibangunkan, termasuk pelancongan, industri kreatif, kesihatan, industri halal, elektrik dan elektronik, pertanian, kewangan dan industri petrokimia. Persoalan yang pertama sekali, bolehkah kerajaan memperincikan projek-projek yang melibatkan 9 sektor ini dan bagaimanakah perkembangan infrastruktur untuk mendukung pertumbuhan dan perkembangan sektor-sektor ini?
Apakah sasaran peningkatan GDP dan peluang pekerjaan domestik dapat dijana daripada peruntukan dan pembangunan Iskandar Malaysia?
Persoalan kedua, seperti mana kita tahu...
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Minta laluan sikit. Kubang Kerian, sikit sahaja.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Ya, silakan.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih. Saya menyambut baik hasrat apa yang dibangkitkan Iskandar Puteri, soal bagaimana untuk kita berjaya menarikkan pekerja yang bekerja sekarang Johor ke Singapore, tapi hasrat tadi ialah supaya pekerja kita dapat bekerja di Johor. Isu kita dua.
Yang pertama, kos upah yang jauh beza. Kedua, tukaran wang menyebabkan pekerja kita lebih tertarik untuk bekerja di Singapore.
Pada pandangan Yang Berhormat, apakah langkah-langkah yang sesuai yang sepatutnya diambil untuk mengatasi dua isu besar untuk mengekalkan pekerja Johor tidak berhijrah ke Singapore? Terima kasih.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Okey, terima kasih. Masukkan dalam ucapan saya, di mana peluang sebenarnya bukan pekerja Johor sahaja ya, sebenarnya pekerja yang bekerja di Singapura itu datang daripada seluruh negara. Sebab
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
ramai, bukan sahaja rakyat Johor, bahkan daripada Kelantan, Terengganu, Kedah, ramai yang bekerja di sana untuk dapatkan pekerjaan upah yang banyak dan tinggi dengan nilai kewangan yang berbeza.
Jadi sebab itu, persoalan saya tentang Iskandar Malaysia meliputi lima kerajaan tempatan, Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pasir Gudang, Kulai dan Pontian. Adakah menerusi pertambahan peruntukan untuk Butiran 00107 dan 030100, di mana diperuntukkan pada IRDA, kawasan-kawasan lain di negeri Johor dapat merasa spillover effect daripada pembangunan Iskandar Malaysia ini? Ini dapat memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan, khususnya di Johor secara keseluruhan.
Persoalan yang ketiga, melalui perkembangan infrastruktur dan perhubungan antara Singapura dan Malaysia atau Johor khususnya, terbina Johor Bahru-Singapore Rapid Transit System iaitu hubungan baru nak dibina. Kalau ikut laporan bulan Oktober 2023 ini baru 50 peratus.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Bilakah ianya boleh disiapkan dan alhamdulillah kalau ini berlaku, kita dapat mengurangkan kesesakan di pintu masuk khususnya Tambak Johor. Apakah dengan peruntukan yang ada ini dapat diberikan satu juga dilihat oleh kementerian tentang CIQ di Tambak Johor dan CIQ di Second Link di mana perlu dipertingkatkan supaya kelancaran pekerja-pekerja kita keluar dan masuk supaya tidak berlaku kesesakan yang kadang-kadang boleh menyebabkan kelambatan mereka datang bekerja.
Seterusnya, bolehkah peruntukan ini digunakan juga untuk menyelesaikan kesesakan jalan Skudai-Johor Bahru kerana bermula daripada simpang Skudai ke Simpang Perling, Pasir Gudang itu kerap kali kalau katakan ada sahaja kemalangan sedikit sahaja pun, dia akan jem sampai dua tiga jam sedangkan jaraknya sekitar lima kilometer.
Seterusnya berkaitan dengan- kita sedia maklum bahawa Johor Bahru ini tempat beli- belah orang Singapura. Orang Singapura suka datang ke Malaysia sebab nilai mata wang dia tinggi. Jadi dalam hal ini, ia akan memberikan masyarakat di kawasan kita di Johor Bahru itu masalah kekurangan, ketidakmampuan warga tempatan untuk beli rumah dan untuk sewa rumah. Pekerja-pekerja daripada luar negeri Johor seperti Kelantan, Terengganu, Kedah nak sewa rumah pun kadang-kadang terpaksa berkongsi. Jadi dengan peningkatan ini, apakah perancangan kerajaan untuk menyelesaikan perkara ini dan merapatkan kesenjangan apa yang berlaku dalam kalangan pekerja-pekerja di Singapura dan tinggal di Johor Bahru.
Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Sekarang saya jemput Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Rakyat Malaysia orang muda, tap, tap screen guys. Walaupun telah pun di-banned, dengan izin, tetapi sudah pasti ada orang yang buat live. Tolong panjangkan kepada kawan-kawan yang lain.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tan Sri Speaker yang berpuasa, Ahli Yang Berhormat. Yang pertamanya ialah bila kita bercakap ini, Menteri, kita bukan nak minta Menteri pertahan. Kita nak minta Menteri cari jalan bagaimana nak selesaikan masalah itu. Jadi sekarang ini, walaupun apa kita bercakap di sini, terima hakikat masalah sedang berlaku di bawah. Harga beras naik, harga barang naik dan rakyat gelisah. Kita tak mahu kegelisahan ini akan merosakkan pentadbiran negara.
Jadi yang pertama sekali seperti kawan-kawan saya tadi termasuk Putrajaya dan lain- lain lagi menyebut bagaimana pada bulan Januari, 300,000 orang ketua isi rumah miskin tegar, tetapi pada bulan Oktober jadi 18,000. Itu kita nak tanya sebab ini saya dah tanya banyak kali dan jawapannya tak dapat dibuat dengan tepat.
Jadi, apakah mekanisme yang telah digunakan. Ini cukup hebat! Yang Berhormat, ini cukup hebat. Saya nak pujilah kerajaan kalau kata telah selesaikan daripada 300,000 sehingga 18,000 pada Oktober...
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Arau, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Apa formula dia? Kita nak tahu.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Arau. Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dan yang ketiganya, saya minta boleh bagi perincian kerajaan mengikut program dan juga ikut negeri. Yang berikutnya Yang Berhormat, Yang Berhormat Kepong boleh tanya soalan. Selepas habis lima minit, saya akan benarkan kalau Tan Sri bagilah ya.
Yang berikutnya saya ingin bertanya Yang Berhormat, adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk golongan miskin mutlak yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM2,589. Miskin tegar, pendapatannya ialah RM1,169. Yang Berhormat kata akan selesai 18,000 ini tahun depan tetapi bagaimana pula tentang miskin mutlak? Miskin mutlak ini mereka mempunyai pendapatan yang tinggi tetapi tak cukup kerana kenaikan harga barang termasuklah di Arau, Sungai Petani dan sebagainya.
Okey, yang berikutnya ialah 02000 iaitu tentang Pembangunan Ekonomi. Yang Berhormat, saya nak tanya apakah rasional kerajaan iaitu bila Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada 6 November bercadang untuk memberi bantuan tunai khas secara bulanan kepada ketua isi rumah yang tidak mempunyai kemampuan untuk menyertai Inisiatif Pendapatan Rakyat. Tidak ada masalah. Kalau bagus, kita akan sokong, Yang Berhormat.
Tak ada masalah. Jadi saya nak tanya, berapa lama mereka nak dibantu? Setahun, dua tahun? Atau pun tempoh tertentu yang akan dibantu tunai khas nanti?
Kemudian yang berikutnya Yang Berhormat ialah berhubung dengan Sistem Pangkalan Data Utama iaitu PADU. Adakah sistem PADU yang mengambil kira pendapatan selepas belanja ini akan turut mengambil kira golongan para pelajar universiti yang hanya mampu setengahnya makan sekali sehari akibat peningkatan kos sara hidup.
Yang akhir sekali Yang Berhormat, saya tak mahu cakap panjang. Saya ikut aturan, Tan Sri. Iaitu, 030000 – Pembangunan Ekonomi Wilayah Koridor, 030200 – Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara. Kedah masuk, Perlis masuk. Yang Berhormat, ini NCER ini Yang Berhormat, lama dan saya adalah merupakan, kena isytiharlah kepentingan. Saya adalah penasihat yang pertama, penasihat Koridor Utara yang pertama bila ditubuhkan. Ini dah lama,
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat. Ini idea kami yang lama. Jadi sekarang ini, kerajaan kena perbaharui. Ini idea yang lama iaitu bila diberi peruntukan, sekarang ini dibagi RM933,900,000. Dia bagi dekat mana?
Kita hendak sekarang ini, saya setuju dengan kawan-kawan termasuk Paya Besar kalau saya tak silap, menyebut kenapa tak bagi mengikut negeri? Saya, Parlimen tak apalah.
Saya, Perlis lebih suka ikut negeri. Kita tak nak tiba-tiba ini Koridor Utara, bagi Perlis sikit, Kedah banyak. Okey, Kedah banyak alright kalau Penang banyak, tak alright. Sebab apa, dia sudah kaya. Kita nak tahu supaya ini dibuat ikut negeri.
Kalau Koridor Utara dulu empat negeri, saya dengar cerita ada tambahan negeri yang ingin mengikuti Koridor Utara sebab Koridor Utara di antara yang paling aktif. Masa saya jadi Menteri Besar itu tahu-tahulah, cukup aktif punya, tapi sekarang ini- ini idea lama Yang Berhormat. Madani, Perpaduan ini perkenalkan idea baru dengan Koridor Utara ini memperincikan di peringkat negeri.
Tadi Putrajaya telah menyebut tentang pelaburan yang telah dilaksanakan di negeri Perlis dan ini merupakan syarikat yang diuruskan oleh Koridor Utara bersama dengan SJB dan juga FELCRA. Jadi sebenarnya orang Perlis tak tahu, Yang Berhormat. Saya minta supaya projek ini, ini berskala besar. Alright tetapi yang berskala kecil, ini yang wajar dibuat.
Kalau boleh, orang tempatan diberi keutamaan. Kalau orang tempatan tak diberi keutamaan, sudah ada projek yang dibuat dulu yang tajuknya harum manis. Harum manis ini setengahnya dibuat secara terbuka, setengahnya dibuat secara tertutup tetapi rasanya berlainan. Malah di negeri lain cuba tanam harum manis, ada harum manis tetapi sebenarnya isinya harum tak manis, tetapi Perlis ini insya-Allah, dengan izin Allah, tanah dan cuacanya membolehkan ia manis.
Jadi, pernah Koridor Utara melaksanakan projek harum manis bertutup. Saya nak tanya, apakah kejayaan yang telah dicapai setakat ini dan mengapa tidak dilibatkan orang tempatan? Orang tempatan yang telah menanam harum manis, libatkan mereka. Tidak ada masalah. Yang paling penting ialah supaya pasaran-pasarannya sentiasa stabil.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, dah ada kegusaran di pihak penanam- penanam harum manis sekarang ini bahawa walaupun harganya mahal tetapi pengeluarannya tak stabil, harga baja meningkat, racun meningkat dan sebagainya...
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
YB, adakah harum manis ini boleh ditanam di tempat lain, di negeri lain?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Apa dia?
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Harum manis ini boleh ditanam di tempat lain?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Boleh, saya amat mengalu-alukan.
Tanamlah sebab jenama harum manis itu telah pun ditakdirkan Allah bermula pada Perlis.
Sekarang saya ingat negeri-negeri lain elok ambil dan tanam cuma tak berapa menjadi kerana rasanya kurang manis, tetapi kita ada pakar-pakar dan juga perunding daripada Perlis yang boleh kita ambil untuk memberi nasihat. Kalau tanya saya, saya akan bagi nasihat percuma. Saya ada...
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Sikit, sikit sahaja. Balik kepada koridor yang dibangkitkan tadi. Apakah Yang Berhormat setuju supaya satu penilaian terhadap prestasi pencapaian semua koridor-koridor yang dah ada ini hingga setakat ini dan apakah perancangan selepas itu. Sebab saya tengok kita perlu ada laporan pencapaian yang telah dicapai melalui koridor yang telah dibuat zaman Perdana Menteri sebelum ini. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini adalah satu cadangan yang hebat daripada tok guru saya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Satu lagi Arau. Arau, satu lagi tambahan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dengan ini, saya mengambil sebahagian daripada ucapan saya. Yang Berhormat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Arau, satu lagi berkenaan koridor.
Boleh tak Menteri terangkan berapa kali kah mesyuarat diadakan berkaitan dengan Koridor Utara, Koridor Timur dan sebagainya sepanjang mempengerusikan kerajaan. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, itu juga sebahagian daripada ucapan saya, Yang Berhormat Menteri dan hari ini saya nak dengar ucapan, jawapan yang hebat dan kami bukan nak menyerang. Kami nak minta nak selesai masalah rakyat bersama- sama sebab kalau rakyat sudah tidak berpuas hati, kita jawab kita bagus ke tak bagus, rakyat di bawah gelisah, Yang Berhormat.
Tan Sri Speaker, terima kasih banyak-banyak telah bagi peluang dan saya nak bagi tahu sekali rakyat, tap, tap screen guys- bahawa rakyat yang susah ini kita nak dengar apa jawapan Menteri Ekonomi. Kalau dia gagal bererti kerajaan hampir gagal. Jadi, kalau sampai masanya, jadilah benda yang patut terjadi. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi
Waalaikumussalam. Baik, yang terakhir saya jemput Stampin.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana memberi saya peluang untuk berbahas dalam jawatankuasa ini. Saya ingin merujuk kepada Butiran 00113 – Pembangunan Koridor. Sejumlah RM957 juta diperuntukkan. Kita ada lima koridor iaitu Koridor Iskandar, Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Koridor Pembangunan Sabah dan juga SCORE di Sarawak, yang diwujudkan dalam tahun 2007 dan 2008.
Soalan saya adalah, bagaimana pengagihan yang peruntukan itu untuk koridor- koridor masing-masing kerana kita ada satu angka yang besar RM957 juta, diperuntukkan untuk lima kawasan, lima koridor. Tetapi satu soalan lagi yang saya ingin tanya adalah saya ingin merujuk kepada Butiran 00107 di mana ada peruntukan yang spesifik untuk Koridor Iskandar sejumlah RM242 juta. Kenapa ada layanan yang sikit perbezaan iaitu spesifik
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
peruntukan untuk Koridor Iskandar, manakala koridor lain yang tidak diberikan spesifik peruntukan?
Juga saya berkongsi pandangan dengan rakan-rakan kita. Tadi juga Arau yang mempersoalkan prestasi kelima-lima itu koridor. Soalan yang kita hendak tahu adalah apakah angka GDP dan pertumbuhan ekonomi di masing-masing koridor itu. Adakah pertumbuhan ekonomi di kawasan koridor dicapai atas usaha atau rancangan pihak berkuasa koridor tersebut iaitu NCIA, ECERDC, RECODA, SEDIA dan IRDA atau kejayaan itu dicapai oleh agensi-agensi yang lain kerajaan? Bolehkah pertumbuhan ekonomi itu dicapaikan tanpa agensi-agensi koridor itu?
Pada pendapat saya kecuali Wilayah Pembangunan Iskandar, kawasan yang ditetapkan di bawah koridor-koridor itu iaitu keempat-empat itu adalah terlalu luas. Maka ia adalah susah dan sukar untuk penumpuan pembangunan di sesuatu kawasan yang spesifik.
Secara contohnya, Koridor Pembangunan Sabah itu meliputi seluruh kawasan Sabah iaitu 75,000 kilometer persegi. SCORE koridor untuk Sarawak meliputi 100,000 kilometer persegi.
Manakala keluasan seluruh Sarawak adalah lebih kurang 125,000 kilometer persegi. Hampir 80 peratus keluasan Sarawak diliputi dalam SCORE itu.
Wilayah Ekonomi Pantai Timur meliputi seluruh Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di Johor. Keluasannya adalah 66,700 kilometer persegi. Lebih kurang 50 peratus daripada keluasan Semenanjung Malaysia. Wilayah Koridor Ekonomi Utara keluasannya 17,000 kilometer persegi meliputi seluruh Perlis, Kedah, Penang dan sebahagian Perak.
Saya mengambil satu contoh iaitu RECODA yang dipertanggungjawabkan untuk pembangunan kawasan SCORE. Pada masa yang sama juga ada empat lagi agensi kerajaan negeri yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan kawasan diliputi RECODA iaitu Upper Rajang Development Agency (URDA), Higher Development Authority (HDA), Northern Region Development Agency Authority (NRDA) dan juga Bintulu Development Authority
(BDA).
Di samping itu, kita ada juga Malaysian Investment Development Authority (MIDA), ada MITI, ada juga kementerian negeri Sarawak iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan.
Persoalannya adalah kewujudan pertindihan kuasa di antara RECODA dengan keempat- empat badan berkanun pembangunan negeri Sarawak itu. Maka dari segi kerajaan yang merupakan satu pembaziran dan duplicity of work. Dari segi pelabur, ia mewujudkan red tape birokrasi yang melambatkan proses kelulusan dan pelaksanaan pelaburan. Oleh itu saya cadangkan bahawa kerajaan mengkaji semula keluasan koridor pembangunan masing-masing dan berbincang dengan kerajaan negeri masing-masing, untuk mengenal pasti kawasan tertentu yang meliputi keluasan yang lebih kecil iaitu manageable size. Mungkin serupa beberapa ribu kilometer persegi satu kawasan, serupa yang dilaksanakan di Wilayah Pembangunan Iskandar.
Selepas kawasan itu tertentu dikenal pasti, maka pembangunan tertentu boleh difokuskan di kawasan itu. Ada yang dijadikan kawasan perindustrian hi-tech, ada yang
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
dijadikan kawasan perindustrian pengeluaran makanan, ada yang dijadikan kawasan pembangunan agriculture, ada yang dijadikan kawasan manufacturing masing-masing. Maka dengan itulah kita boleh mewujudkan lebih banyak kluster ekonomi di lebih banyak daerah dan kawasan dan juga mencapai hasrat kita untuk mempertingkatkan keseimbangan dan keterangkuman wilayah dan mengoptimumkan potensi ekonomi wilayah.
Sebagai kesimpulan, saya juga ingin menyeru Kementerian Kewangan agar menggubalkan dasar untuk menarik lebih banyak pelabur ke Sarawak mengutamakan pembangunan industrial, perindustrian di Sarawak. Antara langkah-langkah dan dasar-dasar yang boleh diimplementasikan adalah seperti berikut:
(i) memberi insentif cukai khas atau geran yang khas untuk mereka yang melabur dan membina kilang di Sarawak;
(ii) meningkatkan fasiliti pelabuhan di Sarawak;
(iii) mewujudkan lebih banyak zon bebas perdagangan dan perindustrian di Sarawak; dan
(iv) menyelaraskan syarat-syarat pelaburan asing di Sarawak dengan pihak kerajaan negeri untuk mengurangkan birokrasi dan mempercepatkan proses kelulusan pelaburan termasuklah proses pengambilan pekerja asing.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Sekarang, saya jemput Menteri dalam memberi jawapan dalam masa 25 minit. Silakan.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa.
Saya akan memberi jawapan mengikut butiran dan ada yang saya rangkumkan mengikut butiran. Oleh itu, mungkin dia tidak mengikut aturan atau giliran Ahli Jawatankuasa yang berdebat tadi.
Perkara pertama yang sebahagian besar menyentuh adalah yang berkaitan dengan belanja pembangunan sebenarnya. Butiran-butiran untuk mengurus adalah tidak banyak disentuh kecuali dua. Satu oleh Temerloh dan satu oleh Sri Gading sebentar tadi. Sri Gading menyentuh mengenai Butiran 010000 – Belanja Pengurusan iaitu tahun 2024 ini ada pengurangan sebanyak RM40.6 juta. Itu sebenarnya hanyalah pengelasan semula perbelanjaan kerana kita menyediakan belanjawan mengikut butiran-butiran yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
Dalam tahun 2023, ketetapannya ialah pindahan kepada agensi-agensi di bawah Kementerian Ekonomi seperti TERAJU, seperti NPRC dan beberapa yang lain. Itu dikelaskan sebagai pindahan tetap. Oleh itu dia ditunjukkan sebagai Butiran 40000 tetapi untuk tahun 2024 ke atas, arahan daripada Kementerian Kewangan ialah supaya untuk Butiran 010000 – Pengurusan hanya ditinggalkan kepimpinan tertinggi kementerian sahaja. Sebab itu hanya
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
tinggal RM4.9 juta dan belanja RM40.6 juta itu ditunjukkan di bawah Butiran 020000 – Pembangunan Nasional. Jadi, ia hanya satu klasifikasi sahaja.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Temerloh, saya cuba nak cari butiran mana yang disebut. Tapi, tak apalah. Temerloh membangkitkan mengenai Gantian Cuti Rehat iaitu kemudahan yang akan disediakan oleh kerajaan dan sebagainya. Saya boleh sebut bahawa saya hanya boleh jawab yang berkaitan dengan kementerian saya sahaja. Di kementerian saya, hanya akan melibatkan lapan orang pegawai.
Seterusnya, kita beralih kepada butiran-butiran yang bersabit dengan belanja pembangunan. Pertama, ada beberapa ahli jawatankuasa yang bertanyakan perbezaan di antara Butiran 00108 – Program Pembangunan dan juga 93500 – Program/Projek Pembangunan Ekonomi. Apa beza di antara dua ini ya.
Untuk makluman Jawatankuasa, sudah tentu butiran-butiran perbelanjaan ini diwujudkan semasa projek itu diluluskan. Sebahagian daripada projek ini ataupun projek pembangunan ini telah diwujudkan ada yang 10 tahun, ada yang 15 tahun, ada yang lima tahun. Jadi, butiran-butiran itu diwariskan.
Butiran untuk Program Pembangunan 00108 ialah bersabit perbelanjaan- perbelanjaan pembangunan yang disalurkan kepada agensi-agensi di bawah Kementerian Ekonomi. Itu termasuklah Yayasan Peneraju dan beberapa yang lain. Ini adalah program berterusan yang memang sudah sedia ada.
Sejak pentadbiran ini mengambil alih, kita kenal pasti beberapa hala tuju yang baharu yang perlu diusahakan untuk kita menstrukturkan ekonomi. Maka, perbelanjaan untuk projek- projek pembangunan yang strategik itu yang sepadan dengan usaha untuk menstrukturkan ekonomi seperti yang terkandung di dalam Kajian Separuh Penggal itu dimasukkan di bawah Butiran 93500.
Perinciannya ialah— contohnya, 93500 itu untuk Inisiatif Pendapatan Rakyat bagi tahun 2024, peruntukan sebanyak RM500 juta. Kemudian, peruntukan untuk Dasar Gaji Progresif, projek rintis yang pertama bagi tahun 2024, ada juga di dalam sebahagian daripada RM900 juta itu, sebanyak RM50 juta. Bakinya RM350 juta adalah untuk projek-projek kecil berimpak tinggi, termasuklah Projek Inisiatif Kemudahan Rakyat yang boleh dipohon terus oleh mana-mana rakyat sebanyak RM350 juta. Jadi, itu perbezaan di antara Butiran 00108 dengan 93500.
Seterusnya, Temerloh juga...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, butiran yang berkaitan. Boleh saya tanya? Pertama sekali, berkaitan dengan butiran yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Saya ada bertanya tentang jumlah data miskin tegar. Kerana ini memberi kesan kepada peruntukan yang disediakan.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Akan dijawab di dalam butiran-butiran yang lain.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Okey, yang itu satu. Yang kedua, tadi Yang Berhormat Menteri sentuh tentang gaji progresif di bawah butiran tersebut. Katanya RM50
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
juta. Jadi, apakah gambaran inisiatif ataupun pendekatan yang kerajaan akan gunakan untuk RM50 juta tersebut? Sebab...
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Akan dijawab di dalam butiran selepas ini.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Okey. Yang ketiga, Yang Berhormat Menteri, berkaitan...
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Insya-Allah, akan dijawab di dalam butiran-butiran selepas ini. Jadi, saya minta Putrajaya...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang ketiga.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Putrajaya, mungkin sebab saya dah tengok perbahasan itu...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Sekejap. Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan Yayasan Peneraju tadi. Kalau saya boleh minta perincian sedikit Yayasan Peneraju dengan Teraju, dua agensi ini. Terima kasih.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Akan dijawab juga selepas ini yang berkaitan dengan bumiputera. Baik, kita teruskan untuk kita mula masuk dengan belanja pembangunan.
Temerloh tidak menyentuh sebenarnya tentang butiran yang khusus tapi membangkitkan tentang penstrukturan semula ekonomi, terutamanya ekonomi digital.
Perkara ini akan disentuh di dalam Butiran 00800 yang juga dibawa oleh Kuala Terengganu tadi.
Seterusnya, Temerloh menyentuh mengenai Butiran 00600 iaitu Projek Kemajuan Guna Tenaga Manusia yang menunjukkan perbezaan peruntukan RM4.5 juta dalam tahun 2023 kepada RM2.7 juta 2024. Butiran ini adalah berhubung peruntukan bagi pembangunan sistem Labour Market Information Analytics Platform ataupun LMIAP di bawah DOSM, yang telah pun di dalam fasa pelaksanaan dan dijangka siap sepenuhnya dalam tahun 2025. Jadi, peruntukan itu diberikan mengikut kadar bayaran kemajuan projek, dari satu tahun ke satu tahun oleh kerana ia sudah sampai di pengakhirannya, maka peruntukannya adalah lebih rendah bagi tahun 2024.
Bachok. Sebelum saya masuk ke butiran-butiran khusus, termasuk yang ditimbulkan oleh Putrajaya tadi, Bachok ada bertanya soalan dasar sebenarnya tapi boleh juga dijawab sekarang. Soalan yang dibawa oleh Bachok ialah apakah tindakan segera untuk menambah baik perbelanjaan dalam projek pembangunan dari segi aspek tadbir urus selaras dengan pengumuman mesyuarat MTEN minggu ini.
Untuk makluman Jawatankuasa, kita semua sedia maklum bahawa walaupun jumlah keseluruhan perbelanjaan pembangunan itu meningkat dari satu belanjawan ke satu belanjawan, sebenarnya kerajaan bertungkus-lumus untuk memastikan perbelanjaan yang dipanggil sebagai Perbelanjaan Pembangunan Asas, DE asas itu, peratusannya itu lebih tinggi.
Kerana dalam keseluruhan peruntukan pembangunan, ada dua komponen. Satu komponen ialah yang dipanggil sebagai DE asas. Ini yang kita sedia maklumlah. Bina sekolah, buat hospital, projek jalan dan sebagainya. Tetapi, oleh kerana kita juga ada tanggungan-tanggungan hutang dan juga kenaan tetap, maka ia mengambil sebahagian
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
daripada peruntukan belanja pembangunan. Ini termasuklah hutang 1MDB, hutang FELDA, ECRL, MRT. Semua masuk di dalam belanja pembangunan itu juga.
Polanya ialah sebelum 2023, pecahan di antara DE asas dengan tanggungan hutang itu 50-50. Jadi, cabaran kita sekarang ini ialah daripada satu tahun ke satu tahun supaya peratusan yang pergi kepada projek-projek fizikal yang dipanggil sebagai DE asas ini adalah lebih tinggi. Kita berjaya alih 51 peratus untuk 2023. Untuk 2024 ini, ia akan meningkat lagi kepada 53 peratus dan harapan kita, itu akan berterusan. Kerana, DE itu sepatutnya sampai kepada rakyat dalam bentuk projek. Bukan dipanggil sebagai belanja pembangunan tetapi buat guna untuk bayar hutang.
Baik, dalam kita mengendalikan cabaran ini, kita juga kena atasi beberapa cabaran.
Cabaran yang berlaku di mana-mana ialah dari segi prestasi melaksanakan projek. Satu masalah yang biasa, contohnya, ialah tempoh masa yang diambil dari cadangan projek dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan, kemudian diluluskan, kemudian kerja-kerja awal, kemudian— ia makin confuse ini, banyak-banyak bagi ini.
[Merujuk kertas jawapan yang diterima] Kemudian, perolehan. Kemudian, pelaksanaan.
Jadi akhirnya— sebab itu kita sebelum ini, rakyat kita tidak boleh salahkan kalau mereka sinis. Menteri pergi pecah tanah, lancar projek umum hospital, tujuh tahun hospital tak ada lagi. Jadi, itu sebenarnya masalah-masalah pelaksanaan yang kalau pun tidak ada sebarang penyelewengan ataupun ketirisan, tetapi kalau tidak diperbaiki proses keseluruhan dari segi kelulusan dan juga sehinggalah siap, itu akan terus menyebabkan peningkatan kos kepada projek kerajaan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Tetapi kalau tidak dibaiki, proses keseluruhan dari segi kelulusan dan juga sehinggalah siap itu akan terus menyebabkan peningkatan kos kepada projek kerajaan.
Kalau semasa diluluskan, pelaksanaannya sepatutnya lima tahun. Tetapi kalau lima tahun tidak siap lagi, dia jadi lapan tahun. Sudah tentu kos akhir itu akan ada varian order dan sebagainya dan dia akan naik 20-30 peratus.
Itulah konteks yang sedang ditumpukan oleh kerajaan sekarang ini. Jadi, sebab itu selain daripada beberapa penambahbaikan yang telah pun berlaku sekarang sejak pentadbiran ini mengambil alih. Contohnya kita mempermudahkan dan mempercepatkan proses birokrasi itu. Peruntukan kerja awalan disediakan secara berasingan daripada keseluruhan projek. Sebab yang sentiasa berlaku juga ialah projek diluluskan, peruntukan telah diberikan, tetapi baru hendak buat survey tanah. Buat survey tanah, tanah itu hendak pindah semua, empat, lima tahun tidak selesai. Jadi, projek itu - sedangkan anggaran kosnya dibuat empat tahun dahulu. Sepuluh tahun nanti baru siap.
Jadi, sekarang kita pisahkan supaya bagi setiap projek yang diusahakan oleh kementerian, memang kita bagi peruntukan khas untuk buat kerja awalan sahaja. Supaya kerja awalan itu telah dibuat dan tanah semua selesai. Kemudian, kembali kepada
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Kementerian Ekonomi untuk projek pembinaan dan sebagainya. Itu kami percaya akan mempercepatkan. Sama juga kelulusan siling projek hanya dibenar bagi projek yang telah selesai. Isu tanah. Ya, Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Pandan. Dato’ Pengerusi, saya just hendak minta pandangan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri sebut tadi fasal pelaksanaan. Itu mungkin di bawah DE asas. Di bawah UKAS, macam mana pula peranan Kementerian Ekonomi memastikan pelaksanaan di bawah UKAS. Sebab saya lihat UKAS sebenarnya memberi komitmen kewangan tinggi kepada kerajaan. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih, Paya Besar. Sebarang projek yang bersabit usaha sama swasta dan awam yang di bawah UKAS itu akan dipertimbangkan di peringkat UKAS. Kemudian, dibawa kepada kementerian-kementerian yang terbabit dan salah satu kementerian yang wajib terbabit adalah Kementerian Ekonomi, terutamanya selalunya sebarang PPP pun akan melibatkan DE juga sebagai sumbangan kerajaan. Jadi, dari segi itu, peranan Kementerian Ekonomi ialah untuk memastikan bahawa apa-apa yang dicadangkan melalui PPP itu dan juga peruntukan pembangunan itu benar-benar memberi nilai yang terbaik kepada rakyat. Kemudian baru dibawa ke Kabinet untuk diluluskan.
Pun begitu, kerajaan sekarang memang sedang menggubal dan menyelaraskan supaya kita kaji balik keseluruhan pendekatan PPP kerana seperti yang disebut oleh Paya Besar tadi, sebahagian besar tanggungan kita ialah warisan daripada PPP-PPP yang lepas.
Yang saya sebut tadi itu semua PPP. Yang semasa dicadangkan mula-mula kata ini swasta, ada gini-gini. Tetapi lama-lama dia tidak swasta lah. Kerajaan kena tanggung lah. Jadi, bila dia sudah jadi 47 peratus daripada tanggungan tiap-tiap tahun. Memang sebaik yang mungkin kita hendak elakkan daripada terlalu kita cepat dengan projek-projek PPP ini.
Baik, saya kembali sedikit lagi mengenai belanja untuk pembangunan tadi.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Menteri, Menteri. Kota Melaka sedikit.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Ya, Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Menteri. Saya hendak bangkit tentang harga projek. Kos projek yang selalu kita lihat. Projek-projek kerajaan kos dia lebih tinggi berbanding dengan harga pasaran. Jadi, adakah Kementerian Ekonomi juga akan tinjau semula tentang harga-harga tersebut.
Saya beri satu contoh. Jadual kadar kerja kejuruteraan awam dan bangunan yang disediakan oleh JKR diguna sebagai garis panduan untuk semua projek. Contohnya untuk bina jalan 50mm tebal, kalau mengikut jadual ini RM46.90. Sedangkan harga pasaran di luar sana hanya sekadar RM35. Jadi, dia lebih tinggi lebih kurang 30 hingga 50 peratus. Jadi, bagaimana kita hendak mengatasi masalah sedemikian supaya kita dapat penjimatan untuk kita buat lebih banyak projek. Terima kasih Menteri.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Kota Melaka. Saya ingat itu proses yang berterusan. Proses yang ada sekarang pun memang ada makmal nilai and value management yang walaupun peruntukan itu telah diluluskan, dia akan bagi projek yang
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
bernilai RM50 juta ke atas. Dia akan melalui pusingan-pusingan penilaian terperinci yang selalunya boleh mengurangkan 10 ke 15 peratus.
Pada pandangan saya, dia tidak semata-mata dari segi harga kerajaan ini semuanya itu tinggi. Kadang-kadang dia juga bergantung kepada bentuk kontrak dan tanggungjawab berterusan kontraktor kepada kerajaan kerana warranty period-nya kadang-kadang lebih lama, standby period-nya lebih lama, kos-kos awal dari segi bond dan sebagainya. Itu semuanya akan menyumbang. Jadi, ini adalah perkara-perkara yang diambil kira dan untuk saya tutup yang itu sebelum - Kalau tidak Putrajaya marah. Dia kata tidak jawab soalan dia.
Selepas Mesyuarat MTEN, keputusan-keputusan dasar kita, saya boleh rangkumkan dua yang cukup penting pada pandangan saya yang kita bawa ialah sudah sampai masanya kerajaan meneliti semula beberapa pendekatan sedia ada.
Pertama ialah pemusatan yang keterlaluan di jabatan-jabatan tertentu yang difikirkan memanjangkan birokrasi. Jadi, kita sedang mencari kaedah yang terbaik untuk mengimbangi bagaimana kita mempercepatkan pelaksanaan projek dengan memberdayakan jabatan- jabatan. Tetapi pada masa yang sama ialah untuk kita pastikan ada kawalan supaya perbelanjaan itu berlaku dengan baik, termasuklah memberi lebih kuasa kepada kementerian-kementerian supaya tidak perlu kembali ke Kementerian Ekonomi setiap kali hendak tukar, NOC datang dan sebagainya. Itu adalah perkara yang akan dikaji.
Yang kedua, terbalik untuk perbelanjaan ICT. Kita pada dasarnya membuat keputusan untuk kita memusatkan keseluruhan projek ICT kerana ini adalah satu langkah ke arah penggabungan dan integrasi projek ICT melalui ‘graftech’. Kerana yang berlaku sekarang ini setiap kementerian buat sistem dia dan kepakaran itu tidak ada di kementerian- kementerian kerana kepakaran itu mungkin hanya ada di MAMPU dan beberapa sahaja. Jadi, keputusan dasarnya ialah untuk projek-projek ICT dan sistem, kita akan pusatkan di MAMPU.
Perkara-perkara yang bersabit secara terperinci itu akan diumumkan dari satu masa ke satu masa.
Saya ada lima minit dan banyak lagi ini. Jadi, saya akan cuba dengan cepat. Paya Besar dan Pendang tanya tentang gaji progresif. Saya sudah jawab tadi. Butiran untuk projek rintis gaji progresif ada di bawah 93500. Jadi, untuk tahun-tahun depan pun maksudnya sebarang projek yang bersabit dengan menambah baik struktur ekonomi negara, yang itu selalunya akan berada di bawah 93500. Dari segi kaedahnya, kita akan bentangkan Kertas Putih pada 30 November. Tetapi pada umumnya ialah ia bersifat sukarela tetapi dengan ada carrot and stick. Dari segi manfaat kepada majikan, kalau mereka memasuki skim dan mula membayar gaji secara progresif mengikut kadar yang ditetapkan oleh kerajaan mengikut sektor dan tahap-tahap kemahiran, mereka akan mendapat insentif tunai tertentu. Kebaikan kepada majikan juga ialah kakitangan mereka yang berada dalam Skim Gaji Progresif perlu melalui latihan kemahiran yang khusus supaya itu akan menaikkan kemahiran mereka.
Stick-nya, kalau mereka tidak masuk, maka mereka akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bakat kerana apabila rakyat dan tenaga kerja kita tahu bahawa syarikat- syarikat yang di bawah dasar gaji progresif ini adalah syarikat yang membayar gaji yang
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
berpatutan, maka itu akan mengalihkan tumpuan tenaga kerja kepada syarikat-syarikat ini.
Perincian-perincian lain itu, insya-Allah kita akan berikan dan kita bahaskan pada 30 November ini. Banyak lagi soalan, yang seterusnya ialah yang bersabit dengan koridor.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Tadi pun Stampin ada tanya, saya ingat Teberau ada tanya, Putrajaya ada tanya, saya ingat Bachok pun tanya. Sebelum saya beri secara terperinci, saya ingat ada sedikit perbezaan di antara koridor di Semenanjung dengan koridor di Sabah, Sarawak. Koridor di Semenanjung adalah ditubuhkan hasil daripada akta di Parlimen.
Koridor di Sabah iaitu SEDIA dan di Sarawak, RECODA adalah di bawah ordinan negeri masing-masing. Jadi untuk menjawab Stampin tadi, sebenarnya soal berapa ada agensi di Sarawak itu, itu adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sarawak. Untuk menjawab kenapa ada peruntukkan khusus 00107 – Pembangunan Iskandar Malaysia, berbanding dengan Pembangunan Koridor yang lain, 00113 ini soal pentadbiran. Saya ingat 15-20 tahun yang lalu kerana Menteri ataupun jabatan pada masa itu, dia buat butiran yang berlainan. Dia buat butiran untuk Iskandar, dia buat yang asing, tetapi yang lain itu dibuat sekali.
Oleh kerana projek itu memang dimasukkan di dalam satu butiran, sebab itulah dia berasingan. Sebenarnya, di bawah Butiran 00107 ini ialah peruntukan-peruntukan infrastruktur di Iskandar dan peruntukan di kesemua koridor lain iaitu NCIA, ECER, SEDA dan RECODA. Semua itu adalah di bawah peruntukan Butiran 00113. Dari segi agihan perbelanjaannya, sebenarnya butirannya tak banyak berbezalah. Kalau ada keperluan, saya ingat untuk tahun-tahun akan datang, kami boleh sahaja pecahkan mengikut koridor supaya perkara ini tidak berbangkit.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Tuan, mohon mencelah.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Ya.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Saya faham, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Saya juga faham untuk Sabah, SEDIA adalah di bawah ordinan. Tetapi soalan saya adalah adakah kementerian ada menilai pencapaian SEDIA atau Koridor Sabah kerana bajet yang besar diperuntukkan untuk SEDIA di Sabah?
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Itu juga— soalan, kalau saya boleh tambah dapat lima minit lagi Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Soalan yang sama, Arau pun tanya yang samalah.
Apakah perubahan, apakah prestasi dan sebagainya. Di peringkat koridor masing-masing mereka mempunyai sasaran keberhasilan yang jelas. Maksudnya, berapa pelaburan yang telah di bawa masuk, berapa GDP yang bertambah, berapa pekerja. Jadi semua itu adalah kan dan saya ingat, insya-Allah saya usahakan supaya kita boleh bawa semua maklumat itu kepada Parlimen dan juga kepada rakyat.
Cuma mengenai koridor ini, koridor-koridor ini ditubuhkan untuk menjadi pemangkin kepada kawasan. Jadi, kalau kita tengok di utara contohnya, kalau di Kedah 80 peratus daripada GDP itu datang daripada kawasan selatan Kulim Hi-Tech Park. Yang itulah
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
sebenarnya sumbangan koridor kerana Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan- peruntukan dari segi infrastruktur, dari segi insentif pelaburan membawa masuk dan ia diuruskan oleh koridor untuk kawasan-kawasan tertentu. Sama juga kalau ECER di Timur, keseluruhan pembangunan MCKIP itu adalah projek di bawah koridor. Kalau di Selatan, IRDA dan beberapa pelaburan-pelaburan besar.
Jadi, sementara koridor tidaklah— saya ingat wajar untuk mengatakan bahawa ini semua berlaku sebab kerja mereka. Tetapi sebenarnya mereka adalah pemangkin dan mereka menyediakan infrastruktur yang kalau tidak ada, maka itu akan menyukarkan pelaburan. Tetapi, keputusan yang terkini yang dibuat di peringkat kerajaan ialah untuk kita menyelaraskan fungsi koridor supaya koridor menumpukan kepada usaha-usaha post investment.
Sebelum ini, kadang-kadang mungkin ada banyak berkecamuk, apa fungsi koridor.
Ada orang kata koridor pun boleh pergi buat promotion, kadang-kadang koridor pun digunakan oleh kerajaan negeri, PBT untuk dapatkan projek-projek pembangunan biasa.
Buat jalan, baiki longkang. Jadi, kita telah buat keputusan bahawa fungsi koridor adalah 100 peratus untuk menterjemahkan pelaburan-pelaburan yang telah diluluskan dan dibawa masuk oleh MIDA. Maka, MIDA tumpu kepada promosi pelaburan. Setelah diluluskan pelaburan oleh MIDA, untuk merealisasikannya itu, itu adalah tanggungjawab koridor yang akan mengkoordinasikan keseluruhan penterjemahan itu di peringkat bawah.
Saya ingat di masa akan datang itu akan dapat membantu dengan lebih baik bagaimana kita boleh memastikan prestasi koridor ini betul-betul kita boleh dapat dengan lebih objektif. Berapa banyak yang kamu terjemahkan, berapa pendapatan baru, berapa pekerja dan sebagainya. Dengan secara cepat Dato’ Pengerusi, perincian mengikut koridor sebab...
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
...Butiran itu...
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Segamat.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Saya sebut peruntukan dahulu ya.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Baik.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Untuk NCIA, RM 336 juta bagi tahun 2024 dengan 21 projek. ECER RM324 juta, 16 projek. IRDA RM242 juta, 5 projek. RECODA RM177 juta, 5 projek dan SEDIA RM119 juta untuk 8 projek. Dengan cepat Segamat dan selepas ini Dato’ Pengerusi akan halau saya.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Timbalan Pengerusi dan terima kasih kepada Menteri. Saya cuma, mungkin Menteri in a short of time berkenaan dengan pembangunan Startup-lah. Saya ingin juga ucap terima kasih dan juga puji satu langkah yang baru diperkenalkan, peruntukan RM10 juta untuk Startup. Sudah tentu ada pelbagai cabaran untuk membuat startup termasuklah daripada Corporate Income Tax dan juga labor law yang lebih friendly dan ekosistem dan sebagainya. Bagaimana peruntukan yang kita sediakan RM10 juta ini boleh lebih strategically give back to the economy? So, itu saya nak tahu sedikit penjelasan sahaja.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Kalau kita lihat antara negara-negara, yang paling dekat negara jiran, negara Singapore dah telah masuk ke tangga top 10, on the Startup list dalam dunia ini, dalam negara ASEAN. So, saya nak dengar sedikit bagaimana kita nak membuat strategi dan juga make sure it is really benefit kepada negara dan juga ekonomi. Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Menteri, sebelum pergi ke Startup koridor, sedikit sahaja.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Ya, okey.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri, kita tadi, Yang Berhormat Menteri setuju untuk kita decentralize-kan bagi mengelakkan berlaku red tape, berlaku pertindihan tugas. Bila kita post investment ini diserahkan kepada koridor, kenapa kita tak empower sahaja Perbadanan Kemajuan Negeri supaya lebih tertumpu ke peringkat state kerana pelaksanaan itu di peringkat state.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Saya jawab Paya Besar dengan cepat dahulu.
Sebahagian besar daripada proses koordinasi itu ialah melibatkan bukan sahaja di negeri tetapi dengan banyak agensi Persekutuan. Jadi, itu asal usul kenapa tahun 2006, 2007 dahulu, keputusan pentadbiran masa itu untuk mewujudkan pentadbiran pihak berkuasa koridor kerana dilihat kalau ada pihak berkuasa koridor, itu akan melicinkan lagi koordinasi kelulusan kerana sebahagian banyak itu adalah dengan agensi Persekutuan. Pandangan saya Paya Besar, saya masih lagi ingat itu jalan yang lebih baik buat masa sekaranglah.
Segamat, sebentar tadi tentang Startup, sama juga soalan yang ditanya oleh Kuala Terengganu, apa sebenarnya Butiran 00800, RM10 juta ini dan adakah ini akan mengambil alih daripada kementerian-kementerian lain. Sebenarnya tidak. Fungsi Kementerian Ekonomi sepertimana juga bidang-bidang ekonomi yang lain, Kementerian Ekonomi mengusahakan satu hala tuju baru yang menentukan dasar. Kanan sedikit, kiri sedikit itu dia bermula di Kementerian Ekonomi dan ia akan dilaksanakan oleh kementerian-kementerian terbabit kerana agensi-agensi terbabit ini ada dekat MOSTI, ada dekat KKD dan sebagainya.
Tetapi untuk Kementerian Ekonomi mengusahakan lonjakan awal itu, sudah tentu kami yang perlu lakukan pembangunan dasar dari segi memulakan langkah itu. Belanjawan dan peruntukan yang disediakan RM10 juta itu adalah untuk tujuan itu sebenarnya.
Peruntukan-peruntukan untuk start-up yang lain itu masih berterusan di bawah kementerian- kementerian yang lain.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Peruntukan di bawah 00800 ini adalah usaha-usaha untuk melonjakkan digital dan tech sebagai industri HGHV dalam tahun 2024 ini bermula dengan pelancaran KL20 iaitu sectoral blueprint untuk digital dan tech dalam bulan Februari dan Mac.
Saya kena sentuh sedikit Dato’ Pengerusi, untuk dua perkara penting yang dibawa oleh ramai anggota jawatankuasa. Pertama, tentang bumiputera kerana dibangkitkan pemansuhan Butiran 69000 - Unit Peneraju pada tahun 2024. Adakah ini bermakna kerajaan sekarang tidak memberi peruntukan untuk pembangunan bumiputera?
Sebenarnya keadaan yang berlaku ialah untuk kita bila sayalah nak putuskan belanja pembangunan nak bagi kepada setiap agensi, saya tengok baki duit tunai dia. Untuk
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
TERAJU, baki dia masih ada lebih kurang RM800 juta. Ini lebih kurang RM600 juta lebih untuk belanja pembangunan. Itu dana-dana yang belum lagi digunakan walaupun secara rekodnya telah ada komitmen dan masih lagi ada dalam sekitar RM160 juta untuk belanja mengurus.
Jadi, saya yang membuat keputusan bahawa lebih baik mereka tumpukan sekarang ini untuk mereka membelanjakan dahulu wang itu dan percepatkan. Kalau tidak, kita tambah dan tambah dan tambah. Wang makin banyak, tetapi dia tidak sampai. Jadi keputusan saya, oleh kerana TERAJU di bawah Kementerian Ekonomi, saya nak pastikan perkara itu berjalan dengan lebih laju dan kita tengok prestasi perbelanjaan itu bagus dan kemudian boleh sahaja kita boleh beri peruntukan tambahan dalam tahun-tahun akan datang.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Sedikit, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Putrajaya, kena tanya Dato’ Pengerusi ya sebab dia dah merah lama itu ha.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan yang terakhir. Lepas ini Yang Berhormat Menteri, lima minit tutup.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Terima kasih penjelasan Yang Berhormat Menteri. Jadi, jelas penjelasan tersebut. Cuma, saya nak dapat sedikit lagi perincian sama ada yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi berkaitan dengan komitmen sedia ada. Adakah ini bermakna tidak ada komitmen baharu atau program baharu oleh TERAJU untuk tahun 2024? Itu satu. Kedua tadi, berkaitan dengan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, sama ada peruntukan masih disediakan untuk tujuan tersebut?
Terima kasih.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Soalan pertama tentang TERAJU. Ya, akan ada program-program baharu kerana kita perlu terima hakikat baki yang diperuntukkan daripada tiga, empat tahun lepas ini ada sampai RM600 juta itu, maksudnya program yang dibuatkan itu sama ada tidak ada sambutan ataupun tidak kena, jadi kita perlu tambah baik. Saya yakin bila kita tambah baik dan selaraskan program-program itu, baru kita boleh lancarkan program yang baharu dan kita akan menggunakan. Kalau ada keperluan untuk tambah, maka saya boleh bercakap dengan Perdana Menteri untuk tambah. Tetapi untuk kita minta sahaja tanpa kita perbaiki keadaan itu, saya ingat kurang bertanggungjawab ya.
Peruntukan untuk pemerkasaan bumiputera dan peruntukan-peruntukan pendidikan di bawah Yayasan Peneraju berjalan seperti biasa dan yang itulah yang berada di bawah 00108 termasuklah program pembangunan sebanyak RM300 juta. Program khas peruntukan kepada bumiputera untuk tahun depan.
Bezanya, saya buat keputusan untuk diletakkan di peringkat kementerian terlebih dahulu, sementara kita membangunkan pelan baharu tindakan bumiputera kerana kerajaan sekarang sedang meneliti untuk menyelaraskan kembali pendekatan pelaksanaan program- program bumiputera. Peruntukan itu berada di peringkat kementerian, tidak diberikan terus kepada sama ada TERAJU atau pun Ekuinas dan yang lain.
Baik, saya ada lima minit untuk jawab. Saya perlu jawab mengenai kemiskinan kerana banyak yang ditanya mengenai kemiskinan ya. Pertama soal perbezaan, berapa sebenarnya jumlah isi rumah miskin tegar di negara ini. Keadaannya begini ya. Kita sebelum
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
ini ada dua pelaporan yang selalu disebut bertukar ganti. Pelaporan rasmi miskin tegar negara kita yang diterima pakai secara piawai di seluruh dunia ialah mengikut pelaporan yang dibuat oleh angka statistik daripada Jabatan Perangkaan. Hanya ada satu angka pelaporan yang diterima pakai di satu seluruh dunia iaitu angka yang dikeluarkan oleh agensi statistik.
Cuma, dalam keadaan negara kita sebelum ini sejak tahun 2007, kita ada satu pangkalan data yang dipanggil sebagai eKasih dan untuk Orang Asli sebagai iDAMAK. Yang ini dibuka untuk pendaftaran daripada 2007 lagi dan didaftarkan selama berpuluh tahun.
Sebab itu kita ada dengan izin Dato’ Pengerusi, two running numbers.
Jadi, keputusan yang dibuat daripada awal lagi bila kita melihatkan perangkaan mengenai kemiskinan, kita kena pakai yang rasmi. Yang rasmi itu ialah 0.2 peratus iaitu sebanyak 18,000 isi rumah. Cuma dalam eKasih, oleh kerana eKasih ini perlu melalui proses pemutihan demi pemutihan dan kita juga ada beberapa masalah. Saya pasti semua yang pernah berurusan dengan eKasih tahu bahawa cabaran utama ialah pemutihan dan mengemas kini.
Sebab contohnya, ada yang masuk dalam eKasih, dia masuk dia tak nak keluar dah.
Pakailah kereta tiga biji macam mana pun dia tak nak keluar eKasih. Sebab itu kita timbul banyak persoalan macam mana orang yang dapat bantuan ini bila dia pergi ambil bantuan, dia nampak okey saja. Sebahagian sebabnya ialah bila kita ada cabaran untuk memutihkan itu, keadaan ini akan berterusan. Jadi, sebab itu kita telah seragamkan bahawa pelaporan kemiskinan negara mestilah mengikut pelaporan rasmi iaitu pelaporan yang diterima pakai di seluruh dunia. Kemiskinan tegar di negara kita ialah 0.2 peratus, lebih kurang 18,000 isi rumah.
Kemiskinan di negara kita — Ini juga ada yang ditanya tadi, adakah kerajaan akan mengambil tindakan untuk meluaskan program basmi kemiskinan kepada mereka yang berada sekitar 2600. Dia bukan miskin tegar, dia miskin mutlak. Sebab itu beberapa program seperti IPR, kita melibatkan juga kepada B40. Kerana ada program yang khusus untuk miskin tegar, 1900 ke bawah. Ada program yang juga dibuka kepada miskin mutlak. Miskin mutlak untuk Malaysia adalah sebanyak enam peratus.
Soalan saya alu-alukan, contohnya tadi Bukit Gantang mengenai IPR dan juga keterlibatan Ahli-ahli Dewan. Saya alu-alukan kalau ada cadangan, ada tanah, tulis kepada saya. Masalah saya sekarang ini ialah tak ada tanah. Kami dah puas ketuk pintu kiri kanan semua, orang selalunya susah nak bagi tanah. Selepas lebih kurang tujuh bulan, saya hanya berjaya kumpul sekitar 1,000 ekar tanah-tanah kerajaan. Kalaulah kerajaan negeri ataupun ada tanah yang persendirian yang sanggup untuk usahakan, saya alu-alukan dan kita boleh bangunkan melalui IPR, asalkan dia mengikut templat itu yang menggaji dan mengusahakannya secara berkumpulan untuk kita memastikan kelangsungan.
Jadi, akhir sekali...
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
YB boleh?
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Boleh?
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Tuan Pengerusi, saya terima arahan lima minit. Jadi, saya ucap terima kasih. Ada soalan-soalan lain, saya ingat soalan-soalan lain itu kalau tidak dapat dijawab di sini, boleh diberikan kepada saya dan saya jawab terus secara bertulis.
Tetapi saya ingat itu semua telah merangkum sebahagian besar daripada persoalan- persoalan yang dibahaskan di peringkat Jawatankuasa ini. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, walaupun...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Saya hendak bertanya, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, KKDW ini bukan saya yang bertanya, Ahli Parlimen Cameron Highlands. KKDW ada mengangkat satu paper untuk pembinaan jalan Pos Sinderut berharga lebih kurang RM200 lebih juta, pohon dipertimbangkan berfasa kerana paling mustahak. Saya rasa kertas itu dah sampai pada Yang Berhormat.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Tuan Pengerusi, menggunakan kesempatan yang cukup baik. Jadi, saya akan ingat.
[Ketawa] Saya akan ingat ya, bila kertas itu sampai kepada saya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, oleh kerana Yang Berhormat dapat tanya soalan, saya nak tanya satu saja.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dak bukan. Saya tak...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya dah tutup.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Oleh kerana beberapa jawapan itu, oleh kerana beberapa jawapan yang dibagi tidak memuaskan hati, saya minta jawab bertulis.
Itu ja. Boleh?
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, baik. Terima kasih. Bagus.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Minta jawab bertulis. Contohnya, tentang perangkaan daripada 300,000 kepada 18,000. Kalau tanya rakyat jelata, Tiktokers, dia kata tidak puas hati jawapan itu. Kita nak tahu, kalau betul 300,000 itu masih ada, kita hanya nak pakai 18,000. Jadi bagaimana yang sedang diuruskan oleh ICU? Jadi, tidak payah jawab Yang Berhormat. Jawab bertulis.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebab ICU sedang menguruskan dan bantuan masih diteruskan di atas angka 300,000.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sekarang ini kerajaan kata 18,000 saja. Jadi, kita nak tanya supaya benda ini diperbetulkan. Itu ja.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, terima kasih.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Sedikit saja, saya ingat. Untuk mengelakkan saya menulis. Sebenarnya, dua angka itu betul Arau. Itu yang saya sebut bahawa miskin tegar, 0.2 peratus, 18,000 isi rumah. Miskin mutlak enam peratus 300,000.
Jadi, yang disebut menoktahkan kemiskinan ini ialah 18,000 miskin tegar. Yang ini yang dipertimbangkan untuk diberi bayaran terus supaya dia naik daripada RM1,900 itu. Yang lain itu bantuan melalui JKM, bantuan-bantuan lain, semua akan diteruskan kepada yang 300,000 itu. Dia pemahaman mengenai miskin tegar dan miskin mutlak. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya ingin sentuh Yang Berhormat...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat duduk. Dah, cukup.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Miskin mutlak tidak dapat bantuan kebajikan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, saya dah tutupkan benda ini. Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya minta jawab bertulislah. Ya?
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bertulis.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat dapat peluang, saya tidak dapat luluskan. Yang Berhormat lulus. Saya kalau jadi Yang Berhormat akan lulus untuk Yang Berhormat tapi sekarang ini...
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat dah diberi ruang tadi. Yang Berhormat diberi ruang tadi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya bukan untuk saya, untuk rakyat Malaysia.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM551,686,500 untuk Kepala B.15 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.15 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Masalah ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.15 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.15 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kepala Bekalan B.21 dan Kepala Pembangunan P.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dibuka untuk dibahaskan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Senarai yang berada dengan saya, seramai 25 Yang Berhormat akan berbahas.
Giliran adalah seperti berikut. Dimulakan dengan Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Kudat, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Arau.
Membuka gelanggang untuk perbahasan, dipersilakan Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk berbahas...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya bangun bawah Peraturan Mesyuarat 18(1).
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Apa dia, Yang Berhormat?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
18(1) ini adalah perkara ini adalah perkara yang perlu disegerakan untuk kepentingan orang ramai dan benda ini khusus iaitu terdapat usaha-usaha untuk menarik Ahli Parlimen sebelah sini untuk menyokong kerajaan dengan bagi peruntukan. Ini adalah satu amalan yang bercorak rasuah, Yang Berhormat.
Jadi, saya ingin tanya, apakah boleh...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Arau ini balik parti sendiri bincanglah ke apa tarik sokongan. Ini urusan hal peribadi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Diamlah!
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kampar, saya tengah berurusan dengan Yang Berhormat Arau. Tolonglah.
[Tepuk]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kamu jangan cari pasal dengan saya.
Saya dengan Speaker.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat. Yang Berhormat Arau...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Get to the point, terus. Saya tidak mahu buang masa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, sekarang ini terdapat Ahli-ahli Parlimen di sebelah sini yang menyokong di sana dengan dijanjikan peruntukan. Ini adalah menggunakan kedudukan kerajaan untuk mengumpan di pihak sini. Ini merupakan amalan rasuah. Jadi, saya minta perkara ini diperbincangkan. Perkara yang khusus, kepentingan ramai dan rakyat nak ambil tahu, apa dah jadi sekarang.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Baik Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi, tidak mengapalah. Walau bagaimanapun, jikalau ada di sini yang pergi sana, sana juga akan datang ke sini.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat. Saya ambil maklum.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya bawa usul esok ya? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Saya ambil maklum.
Kalau ikut peraturan, saya sarankan Yang Berhormat buat usul tentang apa yang telah dibangkitkan kepada Dewan. Baik, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Baik, Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Rasah, silakan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih, Dato' Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya sebagai pembahas utama untuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Perkara pertama saya nak sebut adalah berkenaan dengan peruntukan mengurus telah dinaikkan daripada RM3.77 bilion kepada RM4.42 bilion iaitu kenaikan 17 peratus.
Manakala, peruntukan pembangunan dinaikkan daripada RM1.2 bilion naik kepada RM1.75 bilion. Kenaikan lapan peratus.
Saya menyambut baik kenaikan ini. Bagi saya, memang ada keperluan sebab apabila kita menyebut tentang keterjaminan makanan, kekurangan makanan tempatan dan kebergantungan kepada makanan yang diimport dari luar, ada keperluan untuk kita meningkatkan peruntukan untuk kementerian ini supaya kita dapat menghasilkan lebih banyak makanan untuk rakyat Malaysia.
Cuma, strategi dan pendekatannya kena betul. Saya merujuk kepada Butiran 040400 – Subsidi Harga Padi dan juga 040500 – Subsidi dan Insentif Tanaman Padi. Kedua-dua butiran ini yang masing-masing RM875 juta dan RM1.31 bilion, hampir 50 peratus daripada peruntukan mengurus telah dibelanjakan.
Saya tahu ada keperluan untuk berbuat demikian. Saya menyambut baik sebab satu, kita nak menjamin beras yang mencukupi di pasaran runcit. Kedua, kita nak menjaga nasib, membela nasib pesawah. Cuma, di sini saya nak tanya, tatkala kerajaan mengeluarkan peruntukan yang begitu besar, apakah peranan BERNAS? Saya nak tahu.
Saya rasa BERNAS sebagai syarikat konsesi yang telah mendapat monopoli untuk 10 tahun akan datang sehingga tahun 2031, apakah peranannya? Berapakah subsidi yang diberikan? Sekiranya BERNAS boleh memberikan subsidi sebahagiannya, sudah tentu beban kewangan kerajaan akan berkurangan.
Jadi, saya nak tahu. Saya minta Menteri menggulung nanti tolong maklumkan apakah peranan? Saya nampak bila kita hadapi masalah kekurangan beras tempatan, BERNAS senyap saja. Yang sibuk itu Menteri, Timbalan Menteri. Yang kena balun itu Menteri,
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Timbalan Menteri tapi BERNAS macam berselindung saja. Jadi, saya mohon satu jawapan daripada pihak kementerian, berapakah BERNAS telah menyumbang kepada subsidi ini?
Saya juga ambil kesempatan ini nak sebutkan berkenaan dengan RM3 bilion yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat PMX berkenaan dengan rancangan di MADA iaitu pengeluaran lima musim dalam masa dua tahun. Saya tidak nampak ada mana-mana butiran yang menyatakan RM3 bilion. RM3 bilion ini dikatakan untuk tiga tahun. Jadi, secara puratanya, patutnya Belanjawan 2024 kena menunjukkan sekurang-kurangnya RM1 bilion.
Kalau tidak, macam mana kita nak hasilkan penanaman lima musim dalam masa dua tahun?
Seterusnya, di bawah maksud pembangunan Butiran 10003 iaitu Bahagian Sekuriti Makanan. Kalau sebelumnya kosong, kali ini RM400 juta. Saya menyambut baik. Saya rasa ada keperluan. Malahan kalau boleh, kalau keadaan kewangan kerajaan mengizinkan, tambah lagi. Saya tidak ada masalah.
Cuma, saya nak sebut, saya terima jawapan. Saya pernah bahaskan ketika di peringkat dasar. Jawapan yang diberikan kepada saya RM150 juta kerjasama dengan kerajaan negeri. RM50 juta untuk kaedah baru perolehan baja. RM50 juta untuk baja, RM50 juta untuk perolehan baharu baja bio, RM5 juta untuk program Night Farming Pineapple.
Mana RM140 juta lagi? Kita nak tahu.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Mana RM140 juta lagi? Kita hendak tahu. Saya harap kementerian boleh menjawab dengan memberikan figure breakdown butiran berkenaan dengan RM147 juta lagi.
Seterusnya saya juga hendak di bawah butiran yang sama, hendak menarik perhatian berkenaan dengan bawang. Bawang adalah antara makanan yang utama untuk rakyat Malaysia dan kita banyak mengimport bawang dari India. Bawang dari India harganya naik, sebab dinaikkan duti eksportnya 40 peratus.
Jadi, apakah rancangan daripada kerajaan, daripada agensi kerajaan sendiri untuk menanam bawang di Malaysia sebab sekarang ini hampir 100 peratus sama ada India, Pakistan, China dan negara lain dan kita sebenarnya dalam keadaan cuaca yang sesuai untuk tanam bawang. Kenapa kita tidak? Saya tahu MARDI ada usaha, ada penyelidikan tetapi tidak ada pengkomersialan terhadap hasil daripada MARDI ke arah ini, ke arah menghasilkan bawang secara tempatan.
Seterusnya Butiran 40001 iaitu berkenaan dengan MARDI. Saya menyambut baik peruntukan pembangunannya dinaikkan daripada RM32 juta pada belanjawan sebelumnya kepada RM46 juta, saya menyambut baik. Saya rasa ada keperluan. Sekiranya boleh saya harap dia boleh naik lagi sebab saya pernah jumpa MARDI. Memang dikatakan bahawa peruntukan untuk penyelidikan peruntukan pembangunannya tidak mencukupi.
Saya berikan satu contoh Tuan Pengerusi, Jawatankuasa JKPK Pertanian pernah ke Jepun bulan lepas. Jepun dia panggil NARO setara dengan MARDI kita. NARO dia bukan setakat buat penyelidikan untuk menghasilkan baka benih pertanian, dia juga mengkaji pertanian pintar untuk menghasilkan produktiviti ataupun peratusan yang lebih tinggi hasil pertanian dan juga dia terlibat mengujudkan kerjasama dengan pihak swasta supaya hasil- hasil penyelidikannya dapat dikomersialkan. Itu yang kita hendak.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Kita nampak usaha daripada MARDI itu memang banyak. MARDI memang banyak usaha tetapi di peringkat untuk mengkomersialkan, pengkomersialan hasil-hasil penyelidikan daripada MARDI itu kurang. Jadi, saya mohon daripada pihak kerajaan, KPKM, kalau boleh berikan peruntukan yang secukupnya, yang lebih kepada MARDI untuk mengkomersialkan bahagian ini, supaya MARDI sendiri boleh mewujudkan satu rangkaian yang lebih besar, lebih menyeluruh untuk menjamin sekuriti makanan di Malaysia.
Tuan Pengerusi, saya mohon satu minit tambahan untuk dua lagi perkara iaitu berkenan dengan Butiran 030100 iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Saya nampak peruntukan bekalan mengurus lebih kurang sama RM179 juta manakala peruntukan pembangunannya berkurangan daripada RM28 juta turun kepada RM24 juta.
FAMA ini untuk makluman, dia jadi agensi utama agensi kraf yang terlibat dengan Jualan Agro Madani. Kalau kita hendak promosikan Jualan Agro Madani, kenapa peruntukan FAMA tidak dinaikkan?
Saya nampak FAMA ini bukan setakat buat jualan ini. FAMA turut membantu KPKM bersama dengan LPP dalam mengagihkan beras putih tempatan. Jadi, kenalah bagi peruntukan dia lebih supaya boleh dia bantu kerajaan laksanakan tugas untuk membantu rakyat dapat hasil-hasil pertanian tempatan pada harga yang lebih murah, lebih sesuai, lebih munasabah.
Perkara terakhir iaitu Butiran 22300 – Kawasan Penternakan Babi. Saya nampak kali ini ada RM2 juta peruntukan dan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang akan menggulung nanti cukup maklum berkenaan perkara ini. Penternakan babi ini khas untuk masyarakat bukan Islam. Ia mempunyai nilai komersial, nilai ekonomi.
Kita patut pandang dari segi nilai ekonomi yang besar dan di manakah RM2 juta ini akan digunakan sebab sekarang ini banyak kita import daripada negara Eropah, terutamanya di mana harganya lebih murah daripada tempatan dan kita kena pastikan hasilnya menepati piawaian kesihatan supaya tidak dijangkiti oleh apa-apa penyakit.
Jadi itu sahaja daripada saya pada petang ini. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi di atas masa tambahan yang diberikan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Rasah, dipersilakan Yang Berhormat Pasir Puteh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyinggung Butiran 010300 berkenaan dengan Pembangunan di bawah kementerian, di mana pembangunan ini dinaikkan sedikit hanya RM1 juta lebih daripada RM24.5 juta kepada RM26.1 juta. Cuma yang menarik perhatian, saya minta kepada pihak kerajaan untuk mewujudkan sebuah bangunan yang kebal, yang tahan untuk ancaman-ancaman daripada pihak luar bagi memastikan stockpile bekalan makanan asasi negara kita ini terjamin.
Setakat ini bekalan makanan disimpan di stor biasa sahaja. Dia tidak menggambarkan negara kita ini menghala ke hadapan dalam isu yang seumpama ini. Jadi, saya cadangkan kalau kerajaan belum lagi ada cadangan, saya cadangkan supaya
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
kementerian boleh bekerjasama dengan kementerian-kementerian yang lain yang berkenaan untuk mewujudkan satu kawasan yang berstrategik, yang tahan dengan ancaman-ancaman serangan-serangan daripada pihak-pihak luar.
Kita jangan duga kita sentiasa relaks, tenang, nanti bila jadi macam Palestin ke apa ke, kita akan timbul masalah yang besar. Kedua, saya rasa negara-negara yang lain stockpile dia yang sudah berada di tempat munasabah iaitu kawasan yang kebal.
Yang kedua Butiran 020100 – Pembangunan Industri Padi (PIP). Dalam isu padi ini kalau kita lihat padi tempatan terputus baharu-baharu ini, cuma soalan saya yang pertama, bilakah kerajaan akan melaksanakan sistem lima kali tanaman selama dua tahun dan yang keduanya berkenaan dengan masa hadapan SMART SBB. SMART SBB ini memberi satu input yang sangat besar kepada negara tetapi tidak banyak dibicarakan mutakhir ini.
Seterusnya, berkenaan dengan harga padi yang murah. Harga benih melambung naik. Macam mana kerajaan mengimbangi perkara ini kerana bila kita bercakap pembangunan industri padi ini kerajaan mesti fikir daripada A to Z supaya dia seimbang.
Seolah-olah saya nampak di sini kerajaan banyak lepas tangan untuk isu padi ini. Apabila diberi daripada rakyat, kerajaan beli dengan harga yang murah. Apabila kerajaan hendak jual balik benih padi, dijual dengan harga mahal. Apabila tidak ada duit, dikenakan cukai itu, cukai ini kepada rakyat.
Kementerian Pertanian boleh cadang kepada Kementerian Ekonomi supaya jangan sekali-kali kita menzalimi rakyat dalam usaha untuk kita menambahkan ekonomi, menambahkan pendapatan negara. Jangan kita ambil daripada rakyat, ambil daripada pelabur-pelabur luar dan seumpamanya.
Baik, seterusnya saya hendak tanya dalam tempoh pemerintahan Kerajaan Madani yang baharu ini, apakah program-program yang baharu diperkenalkan untuk pesawah- pesawah padi ataupun untuk penanaman-penanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan seumpamanya?
Kemudian saya terus nak masuk kepada Butiran 020200 – Pengairan dan Saliran Pertanian (BPSP) di mana saya ingin tahu apakah kaedah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikan program ini diletak di satu-satu negeri ataupun satu-satu tempat. Apa dia punya kriteria dia yang diguna pakai? Sebab saya lihat ada tempat yang dibaiki saliran di mana saliran itu masih boleh digunakan dengan baik berbanding dengan banyak tempat yang belum ada saliran. Sepatutnya perlu diberi keutamaan kepada tempat-tempat yang munasabah.
Kemudian Butiran 030200 – LPNM iaitu nanas Malaysia, di mana saya hendak cadangkan kepada pihak kerajaan kerana saya perhati dalam ucapan yang diberikan, kita belum ada industri hiliran. Kita suruh rakyat ini tanam, tanam nanas, tanam itu, tanam ini, buah itu, buah ini, akhirnya apabila rakyat mengeluarkan buah, akhir sekali buah ini menjadi baja tanah.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Rambutannya, dokongnya, macam-macam, termasuk yang saya nak fokus di sini iaitulah industri nanas Malaysia. Jadi, sejauh mana kerajaan mengambil pendekatan untuk
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
membina kilang-kilang di negara kita untuk mengetinkan nanas dan apa peranan kerajaan untuk mempastikan nanas yang di tin ini mampu dieksport ke luar negara?
Seterusnya– minta izin. Yang terakhir, walaupun saya ada banyak lagi yang terakhir saya nak sebut iaitulah 40003 – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Ini adalah agensi yang saya kira antara yang terbesar dalam negara kita yang handle isu pertanian dan para petani di dalam negara kita.
Kalau lihat kepada peruntukan yang diberikan ini daripada RM71.9 kepada RM72 juta sahaja. Ini adalah angka yang sangat kecil, kalau kita nak jadikan pertanian dalam negara kita sebagai satu industri yang utama untuk kerajaan menjana ekonomi dan yang keduanya, untuk mempastikan sumber bekalan makanan negara kita mencukupi.
Saya harap angka ini dikaji semula dan diberi tambahan, tambahan pula kalau kita tengok bangunan-bangunan LPP, Dato’ Seri Yang di-Pertua. Sangat-sangat uzur di kawasan- kawasan tertentu. Kalau di Cameron Highlands saya tengok, kadang-kadang saya pergi, uzur dan tambah-tambah sekarang ini makin uzur, jadi perlu diperbaiki. Begitu juga dengan kawasan-kawasan yang terbengkalai pertanian dia, perikanan terbengkalai, kolam-kolam ikan di darat terbengkalai.
Jadi, saya kira peruntukan ini perlu ditambah untuk LPP supaya LPP ini boleh bergerak cergas untuk masa depan kita bersama. Jadi, sekadar itu saja. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Dipersilakan Yang Berhormat Tanjong Piai.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih Dato’ Pengerusi, memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam membahaskan usul melibatkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, khususnya melibatkan isu harga ayam yang menggusarkan rakyat.
Dato’ Pengerusi, merujuk Butiran 90200 – Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan. Baru-baru ini saya telah menerima maklumat daripada Persatuan Peniaga Ayam Itik Selangor dan Wilayah Persekutuan, termasuk penjaja dan peniaga nasi ayam ICC Pudu, mengenai situasi di mana kadangkala mereka terpaksa menaikkan harga jualan disebabkan beberapa faktor.
Pertamanya, kerana mereka mendapatkan bekalan daripada penternak ayam dengan harga yang tinggi. Hal ini disebabkan oleh harga belaan ayam meningkat akibat harga makanan ayam yang melambung tinggi dan kekurangan stok ayam dalam menghadapi permintaan pasaran. Kesemua faktor ini akan memaksa para penternak ayam menjual ayam dengan harga tinggi.
Seterusnya, stok-stok ayam juga memerlukan kos pengangkutan dan kos sewaan tempat seperti tempat sembelihan ayam yang terpaksa ditampung oleh para penjaja dan perniagaan ayam. Subsidi kerajaan hanya diberikan kepada para penternak ayam dan bukannya para penjaja mahupun peniaga ayam. Kesemua faktor-faktor akan menyebabkan kenaikan harga tinggi di mana pada akhirnya, terpaksa ditanggung oleh para pengguna.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Hal inilah yang menggusarkan penjaja dan peniaga ayam pada masa kini. Bahkan, dengan situasi apungan harga ayam pada masa kini, bagaimanakah kementerian melihat situasi ini akan turut memberi impak positif kepada peniaga kecil dan bagi memastikan mereka tidak ditindas oleh pemborong besar seperti pasar raya besar?
Ekoran itu, saya ingin mengambil peluang ini untuk menyarankan beberapa langkah untuk mengatasi masalah kenaikan harga ayam. Yang pertama, kerajaan boleh mengambil langkah seperti mengimport bekalan ayam sempena musim perayaan untuk mengatasi kekurangan bekalan ayam.
Langkah kedua ialah kerajaan seharusnya memberi subsidi bersasar kepada golongan B40 untuk mengurangkan beban mereka. Misalnya, mengambil contoh pemberian sumbangan asas rahmah kepada golongan miskin melalui penggunaan MyKad bagi pembelian barangan dapur, boleh juga diberikan bagi membeli ayam di pasar besar, tidak terhad hanya di pasar raya.
Akhir sekali, kerjasama kementerian bersama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup juga perlu terus dipertingkatkan bagi memantau harga ayam serta harga makanan ayam dan menjalankan aktiviti penguatkuasaan dengan lebih kerap bagi memastikan harga ayam tidak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya.
Saya berharap agar kementerian terus komited dalam memastikan bekalan ayam tidak lagi menjadi masalah di pasaran. Harga makanan ayam terus dipantau dari semasa ke semasa dan pengagihan subsidi yang bersasar dapat dilaksanakan dalam kadar segera bagi memastikan peniaga dan pengguna tidak terjejas lagi pada masa hadapan.
Dato’ Pengerusi, saya turut ingin merujuk kepada Butiran 030100 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini akan satu inisiatif FAMA yang telah dijalankan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19 yang lalu iaitu penjualan barangan basah dan runcit dan buah-buahan segar secara dalam talian melalui laman sesawang Agrobazaar.com.
Inisiatif ini membolehkan penggunaan untuk mendapatkan barangan makanan seperti ayam, itik, ikan, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan segar secara terus ke rumah tanpa perlu ke pasar. Bahkan, inisiatif ini telah memanfaatkan hasil keluaran 1,400 penternak dan petani yang berada di bawah program dalam kontrak seliaan FAMA Johor ketika tempoh PKP.
Saya ingin mendapatkan penjelasan, sejauh manakah kesediaan FAMA untuk meneruskan inisiatif yang sangat bagus ini bagi membolehkan pengguna dan penternak serta petani mudah memasarkan dan membeli produk keluaran tempatan? Hal ini sudah tentunya dapat memastikan hasil pertanian dan penternakan dapat dipasarkan terus kepada pengguna setempat. Malahan, ianya juga akan membantu petani dan penternak untuk terus aktif memasarkan produk secara dalam talian dan dalam masa yang sama memberi ruang kepada mereka untuk aktif dalam pemasaran dalam talian.
Justeru, saya ingin mencadangkan agar FAMA di bawah seliaan kementerian bersama-sama dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi terus mempergiat Program Pendigitalan Usahawan bersama FAMA dan pertubuhan peladang negeri. Saya
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
juga ingin mengambil contoh usahawan FAMA dan Pertubuhan Peladang Negeri Johor yang membekalkan 80 tan beras tempatan tambahan bagi mengatasi masalah kekurangan beras di Johor.
Sudah semestinya jika inisiatif secara dalam talian ini terus diperluas, penduduk setempat tidak perlu lagi beratur panjang untuk mendapatkan bekalan, sebaliknya boleh terus membuat tempahan secara dalam talian sahaja. Jika warga emas tidak mahir yang mempunyai anak boleh bantu ibu bapa mereka juga. Justeru itu, ianya sesuatu inisiatif yang bagus dan perlu diperluaskan, ditambah baik dari semasa ke semasa. Itu sahaja. Sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Piai. Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Gantang.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Butiran B/P.21, anggaran belanjawan RM6,170,683,100 bilion untuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan kerana mempunyai tanggungjawab besar dan berat untuk menyediakan keperluan makanan negara daripada beras, daging lembu, kambing, babi, ayam, sayur-sayuran, buah-buahan, ikan-ikan, ketam, udang, siput dan kerang dan juga menjaga komuniti yang besar daripada kalangan petani, pekebun, pesawah, penternak dan nelayan.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Dalam perbahasan peringkat Dasar, saya mencadangkan supaya kementerian yang besar tanggungjawab ini dipecahkan kepada dua kementerian. Satu kementerian yang menjaga nelayan dan penternak dinamakan kementerian penternakan. Yang kedua, kementerian yang menjaga petani, pesawah dan pekebun namakan kementerian pertanian dan dilantik dua Menteri supaya lebih fokus menyelesaikan masalah makanan dan kos sara hidup yang belum selesai sehingga kini.
Merujuk Butiran 020000 – Bekalan Makanan Negara, RM1,344,567,100 bilion.
Butiran 10003 – Bahagian Sekuriti Makanan, RM400 juta. Dato’ Pengerusi, negara sekarang berhadapan dengan isu food security. Baik dari aspek sumber, bekalan, pengumpulan, pengedaran. Untuk menjamin keterjaminan makanan, sudah tidak ada pilihan lain. Kerajaan mesti menguasai dan mesti mengawal rantaian bekalan makanan kerana punca kuasa dan kewangan ada pada kerajaan. Jangan sampai kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
Dato’ Pengerusi, merujuk Butiran 40005 – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), peruntukan yang diberikan sebanyak RM12,629,600 sahaja. Saya hendak sentuh dalam perbahasan ini, food security hanya pada ikan. Saya punya expert matter. Pendaratan ikan pada tahun 2022, sebanyak 1,308,415 tan metrik, sedangkan keperluan negara 1.860 juta metrik tan setahun. Tidak mencukupi sebanyak 600 metrik tan, di mana negara bergantung kepada ikan import dan ikan ternak di antara 600 hingga 800 metrik tan setahun, Timbalan Menteri ya.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Dato’ Pengerusi, peruntukan yang diberikan kepada LKIM ini tidak mencukupi bagi mengoptimumkan kawalan bekalan, sekali gus menstabilkan harga ikan di pasaran, terutama di musim tengkujuh. Sebagai usaha memajukan industri perikanan negara dan memastikan bekalan ikan negara mencukupi, LKIM yang telah mempunyai kompleks pelabuhan pendaratan ikan sebanyak 48 buah, jeti-jeti pendaratan ikan yang dibina oleh LKIM berjumlah 270 buah seluruh negara, CCDC pusat pengumpulan dan pengedaran sebanyak 44 buah, pasar-pasar nelayan terdapat 253 buah, kilang IQF bagi membekukan ikan terdapat dua buah dengan kapasiti lima metrik tan sehari dan LKIM juga mempunyai bilik sejuk ataupun cold room dengan kapasiti 1,500 metrik tan pada satu-satu masa.
Kesemua aset-aset LKIM ini belum mampu untuk mengawal dan menstabilkan harga ikan negara jika keperluan supply chain ini tidak dapat dilengkapkan. Tambahan pula, bukan semuanya aset-aset LKIM ini berada dalam keadaan yang baik dan sempurna serta beroperasi sepenuhnya.
Dengan perbelanjaan pembangunan yang dipotong ini, hanya diberikan RM12 juta, maka saya bimbang dan khuatir, LKIM tidak mampu untuk terlibat sepenuhnya dalam menstabilkan harga ikan, apatah lagi kemudahan-kemudahan yang ada dengan LKIM kebanyakannya telah uzur. Musim tengkujuh akan berkunjung tiba. Maka, harga ikan tidak dapat distabilkan.
Dato’ Pengerusi, bagi memastikan bekalan ikan mencukupi dan ikan dapat distabilkan oleh kerajaan, kementerian perlu mengkaji semula peruntukan khusus bagi menyediakan kemudahan dan prasarana yang cukup. Kompleks pendaratan LKIM perlu di- upgrade mengikut standard, pasar nelayan yang melebihi 20 tahun pembinaannya perlu diselenggarakan, CCDC dan pasar nelayan yang tidak aktif perlu diambil perhatian, jangan dibiarkan tanpa produktiviti.
Saya mencadangkan pada tahun ini sepatutnya, kerajaan fokus satu item per item.
Kalau boleh tahun ini fokus kepada ikan. Berikan peruntukan yang secukupnya kepada LKIM sehingga LKIM menjadi peneraju kepada industri ini.
Seterusnya, saya mencadangkan kepada kementerian supaya 89 persatuan nelayan kawasan yang menaungi nelayan-nelayan diberikan peranan yang lebih besar, galakan latihan, bimbingan kewangan yang komprehensif dan pairing dengan usahawan yang berjaya untuk menjadi nelayan yang berjaya seperti mana nelayan-nelayan maju di Jepun dan di Taiwan.
Akhirnya nanti, setiap persatuan nelayan kawasan (PNK) boleh mempunyai produk sendiri yang established, dengan izin, one PNK one product, satu PNK satu produk. Sebagai contoh, PNK Sungai Tinggi, Trong, kawasan saya. Aktiviti ekonomi yang menguntungkan adalah kelong, rumah agropelancongan, ternakan kerang, kupang dan hasil laut yang disejukkan dan dibekukan. PNK Matang, projek yang menguntungkan adalah restoran makanan laut. Banyak PNK yang lain ada aktiviti mereka masing-masing. Banyak juga PNK- PNK yang mampu untuk meneroka lautan dalam tetapi mereka kekurangan dana untuk membeli kapal-kapal C dan C2.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Selain itu, PNK mempunyai pengalaman menangkap ikan, berupaya mengutamakan kru tempatan bagi aktiviti mendapatkan hasil laut di perairan Pantai Timur dan Pantai Barat.
Ikan-ikan yang bersesuaian boleh dibekalkan kepada PNK-PNK yang berupaya memproses ikan menjadi isi ikan untuk keperluan 60 tan metrik dalam industri keropok di Terengganu dan di Kelantan.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, gulung.
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Suntikan modal untuk menambah produktiviti kepada PNK seumpama ini disarankan kepada kementerian. Selain itu, di Besut, kilang memproses ikan yang baru dibina– Timbalan Menteri ya, oleh LKIM, perlu disegerakan operasinya. Dah setahun tidak jalan. Di sana ada kapasiti penyimpanan sebanyak 400 metrik tan dan di Kuantan 300 metrik tan. Ini semua perlu digunakan sepenuhnya.
Dengan cara ini, saya mencadangkan kerajaan berilah peruntukan yang secukupnya untuk LKIM bagi mengawal dan menstabilkan rantaian supply chain ini supaya harga ikan dapat distabilkan tanpa gangguan orang tengah. Industri ikan ini, kementerian boleh panggil saya, saya expert matter dalam bab ikan.
Dato’ Pengerusi, merujuk B.21, Butiran 040700 – Subsidi dan Insentif Nelayan sebanyak RM178 juta.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, gulung.
Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Bagi satu, last one. Akhir. Bagi kes ketirisan minyak subsidi diesel, saya dah dedahkan sebelum ini tetapi Timbalan Menteri yang ada dalam Dewan tidak percaya. Saya ajak turun ke medan pada bila-bila masa untuk melihat bagaimana berlakunya penjualan minyak C, kapal C yang sedang dapat subsidi, dijual kepada C2 yang tidak dapat subsidi.
Kapal yang sememangnya tidak mendapat subsidi diesel, supaya lebih adil dan mengelak perkara ini terus berlaku, maka kerajaan disarankan memberikan juga minyak subsidi diesel kepada C2. Bagi kepada C dan bagi kepada juga C2, sama banyak kerana mereka juga pergi di laut yang sama, cuma jarak sahaja berbeza.
Saya minta Timbalan Menteri ambil perhatian. Kalau hendak turun di lapangan, sila hubungi saya. Terima kasih banyak Dato’ Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Dipersilakan Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Ampang hanya ingin menyentuh dua fokus iaitu pembangunan industri padi dan juga perkhidmatan veterinar. Menyentuh Kepala 030000 iaitu Butiran 10000, 004, 007 dan 008. Kita lihat di sini dinyatakan dalam Butiran Belanjawan 2024 di bawah kementerian ini iaitu peruntukan bagi pembangunan industri padi diunjurkan melonjak 25 peratus kepada RM125.7 juta.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Apa yang saya ingin sentuh di sini adalah seperti kita maklum bahawa kita lihat isu- isu yang berkaitan dengan kawalan-kawalan penanaman padi ini dan tanah-tanah yang sebenarnya di bawah kerajaan negeri yang telah pun membuat beberapa polisi ianya telah pun mengutarakan beberapa dasar seperti pengawalan sekatan kepada tanah-tanah sawah yang tidak boleh dibuat– ada negeri yang mengatakan tidak boleh dibuat ataupun tidak boleh diusahakan selain daripada penanaman padi.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Jadi, saya, saya rasa ini wajar dipuji. Pada ketika itu, mungkin hasratnya adalah untuk memastikan bahawa keterjaminan makanan atau khususnya pengeluaran padi dan sebagainya terkawal dan sebagai— dan sebaiknya. Tetapi, sekarang ini timbul masalah bila mana tanah-tanah yang sepatutnya ditanam padi terbiar ya.
Terbiar, dia banyaklah isu-isu ataupun perkara-perkara yang menyebabkan ia begitu sama ada yang mengusahakan telah tua, telah tidak ada minat daripada orang muda dan sebagainya. Tetapi saya juga, lihat ada potensi ia ditukar ya kepada industri ataupun perkhidmatan yang lain sepertinya membuat homestay, bangunan burung walit dan sebagainya.
Jadi, soalan saya kepada Menteri adakah Kerajaan Pusat akan memberi mandat di samping menyalurkan peruntukan dan memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk kepada dengan izin, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (State Economy Development Corporation (SEDC)) dan di negeri-negeri khususnya kepada negeri-negeri Jelapang Padi sedia ada seperti Kedah, Kelantan, Selangor seperti yang juga yang berpotensi seperti mana Pahang, Sarawak dan Sabah. Jadi, itu soalan yang pertama.
Yang keduanya, adakah KPKM bercadang menggalakkan penanaman padi SMART Sawah Berskala Besar. Berskala besar seperti estate farming yang variety padi yang sesuai dengan tanah serta daya tahan terhadap tekanan persekitaran dan wabak penyakit termasuk heirloom varieties yang sedia kala wujud. Itu yang kedua.
Yang ketiganya, saya menginsafi ya. Kita lihat banyak tenaga kerja yang berskil atau berkemahiran khususnya anak-anak muda yang, yang bekas-bekas graduan, mahasiswa seperti UPM ataupun kolej-kolej pertanian. Apakah ada rancangan daripada pihak kerajaan untuk memberikan atau membuat satu matching programme tanah-tanah yang terbiar ini yang saya yakin ilmu-ilmu yang ada kepada anak-anak muda ataupun mahasiswa yang asalnya kadang-kadang daripada bidang pertanian atau pesawah padi ini, ibu bapanya ataupun datuknya untuk mereka secara, secara praktisnya ditempatkan ataupun diangkatkan tanah-tanah lapang yang terbiar ini.
Jadi, itu ada kita dapat serampang dua mata, sekali kita memberikan anak-anak graduan kita ini yang telah pun lepasan universiti untuk dapat mempraktiskan skill yang mereka ada. Yang keduanya, mereka boleh juga menjayakan atau memberikan pengeluaran padi yang lebih baik. Itu pertama dalam konteks pembangunan industri padi.
Yang keduanya, saya ingin menyinggung sikit berkaitan dengan ternakan dan perkhidmatan veterinar. Di sini, dimaklumkan peruntukan bagi ternakan dan perkhidmatan
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
veterinar diunjurkan jatuh 25.8 peratus kepada RM77.35 juta. Jadi soalan saya, apakah rasional penurunan peruntukan bagi salah satu segmen agromakanan utama ini.
Jadi, soalan kedua saya, Ampang mohon YB Menteri menyatakan kesediaan menyediakan geran insentif dan sokongan lain dalam pelbagai bentuk khusus buat usahawan kecil dan sederhana, bumiputera khususnya yang bukan GLC sama ada di peringkat negeri ataupun Persekutuan yang mana saya lihat ia berpotensi menjadikan peneraju utama dalam industri penternakan halal, terutama melibatkan ayam, itik, kambing, biri-biri, lembu.
Seperti— dan juga kerbau seperti industri ataupun syarikat yang saya, saya boleh secara bangganya menyatakan di dalam Dewan ini seperti Ramly Group of Companies, kita juga Bismi Empire Sdn. Bhd. yang saya yakin potensi besar dan juga kebolehan mereka juga dalam menjayakan industri perkhidmatan veterinar ini. Jadi, begitu juga kepada syarikat- syarikat lain yang adalah. Jadi, itu soalan dan beberapa perkara yang telah Ampang sentuh. Itu sahaja Yang Berhormat Dato’ Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Serai.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Menyentuh kepada Butiran 040500 – Subsidi dan Insentif Tanaman Padi, menunjukkan peningkatan peruntukan daripada RM990 juta kepada RM1.312 bilion. Perkara pertama yang saya, yang saya nak sentuh Dato’ Pengerusi adalah berkenaan dengan benih padi. Pesawah di negeri atau di negara ini semakin menghadapi tekanan yang semakin meningkat kerana kenaikan harga tiba-tiba benih padi sah yang merosakkan musim tanaman padi.
Maklumat ini, maklumat ini disampaikan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
(MADA) yang mendapati bahawa hanya kira-kira 10.6 peratus daripada kawasan ladang padi di Kedah dan Perlis yang dapat memulakan musim tanaman baharu 2023–2024 disebabkan oleh masalah kekurangan bekalan benih padi sah ini.
Jadi Dato’ Pengerusi, daripada peningkatan peruntukan ini, adakah terjamin bagi para petani untuk mendapatkan benih padi sah RM45 bagi 20 kilogram daripada pembekal yang dilantik oleh kerajaan? Jadi, ada juga petani yang menggunakan benih dengan banyak walaupun secara puratanya tujuh beg bagi satu ekar. Ada juga petani yang menggunakan sampai 10, 12 ke 15 beg sebab disebabkan oleh profil tanah yang tidak subur dan sebagainya menyebabkan jika harga benih ini semakin mahal, maka kita bimbang ia akan mengganggu urusan penanaman padi kepada petani-petani yang kecil.
Yang kedua adalah Dato’ Pengerusi berkenaan dengan beras. Beras antara makanan ruji orang Malaysia. Namun, Kadar Sara Diri (SSR) mengikut Akaun Pembekalan dan Penggunaan Komoditi Pertanian Terpilih 2018–2022, SSR bagi beras hanyalah 62.6 peratus dan 37.4 peratus adalah beras import. Bagi Butiran 040500 – Subsidi dan Insentif
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Tanaman Padi, perbelanjaan kerajaan meningkat berbanding Belanjawan 2023, daripada RM990 juta kepada RM1.3 bilion pada 2024.
Isunya adalah beras subsidi hilang dari pasaran yang memberi kesan kepada peniaga, peruncit dan pengguna. Bagaimanakah usaha kerajaan dalam memastikan beras tempatan bersubsidi ini dapat dikembalikan dengan kadar yang segera? Serta apakah langkah kerajaan dalam menangani masalah kartel yang memberi kesan kepada supply chain beras negara?
Berkaitan pengimportan beras import. Sepatutnya kerajaan perlu lebih berusaha dalam meningkatkan SSR kepada 80 peratus. Namun, angka SSR yang ditunjukkan sangat membimbangkan sehingga rakyat terpaksa membeli beras import dengan harga yang mahal.
Beras import terdedah dengan harga pasaran dunia yang tidak menentu. Apakah kerajaan berhasrat dalam meningkatkan SSR beras kepada 80 peratus sama ada menggunakan program SMART SBB yang telah diperkenalkan lama atau— dan juga penanaman padi, dua kali lima tahun. Lima kali dua tahun.
Dato’ Pengerusi, keluasan tanaman padi dalam negara kita kini adalah lebih kurang 681,000 hektar. Jadi, SSR kita ialah antara 65 ke 70 secara puratanya. Jadi, kalau ini dibuat lima kali dua tahun, separuh daripada kawasan penanaman padi iaitu lebih kurang 340,000 hektar, kita akan mendapat tambahan setiap tahun SSR antara 16 ke 17 peratus yang boleh mencapai kadar SSR 80 peratus kadar SSR beras negara. Program SMART SBB, jadi saya nak minta hari ini kementerian senaraikan syarikat-syarikat peneraju yang telah pun menjalankan projek program SMART SBB ini dan apakah syarikat-syarikat baharu yang akan terlibat.
Yang keduanya, adakah kerajaan telah memulakan— kementerian telah memulakan inisiatif melalui mana-mana agensi untuk menghasilkan benih padi yang lebih pendek untuk dituai? Contohnya di bawah 90 hari seperti benih-benih padi yang terdapat di Pulau Jawa dan sebagainya. Ini adalah sangat penting untuk kita pastikan dapat kita tanam padi lima kali dua tahun.
Dato’ Pengerusi, saya nak sentuh juga Butiran 10710 – Pembangunan Industri Lembu/Kerbau Pedaging. Bagi isu penternakan, SSR daging lembu dan daging kambing masing-masing berada di bawah 15 peratus. Selebihnya kerajaan terpaksa import daging segar dari luar negara. Perbelanjaan kerajaan mengurang— untuk butiran ini, perbelanjaan mengurang daripada RM11.6 juta kepada RM4 juta sahaja.
Walaupun daging tidaklah menjadi ruji makanan rakyat Malaysia kerana kosnya yang agak tinggi, industri ini tidak patut diketepikan. Kenapa kerajaan mengurangkan sebanyak RM7.6 juta? Adakah kerajaan mempunyai kaedah lain bagi meningkatkan industri penternakan daging negara?
Butiran 90200 – Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan dilihat meningkat dari sebelum ini. Apakah fokus kerajaan pada kali ini sama ada meningkatkan penternakan daging atau ikan? Minta kerajaan menyatakan pembahagian-pembahagian kepada sektor-sektor penternakan ini.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Dato' Pengerusi, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya nak ucapkan *Happy Deepavali...
[Berucap dalam bahasa Tamil]* .. kepada semua rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Dipersilakan Yang Berhormat Batang Sadong.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Dato' Pengerusi, terus merujuk kepada Kod 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan dalam perbelanjaan pembangunan.
Perbelanjaan ini melihat tiga kali ganda peningkatan berbanding tahun 2023 dengan jumlah RM201,189,700, manakala RM708,628,900 diperuntukkan bagi tahun 2024. Setelah meneliti setiap item yang disenaraikan, saya mendapati adanya satu item baharu di bawah Butiran 10003 – Bahagian Sekuriti Makanan dengan peruntukan sebanyak RM400 juta. Jumlah satu peruntukan ini bersamaan dengan lebih kurang dua kali ganda seluruh anggaran belanjawan KPKM pada tahun 2023.
Adalah munasabah bagi Menteri untuk memperincikan butiran peruntukan ini kerana ianya adalah perbelanjaan mutakhir yang diperkenalkan dengan jumlah yang sangat besar.
Perincian ini juga perlu mengenal pasti langkah bersasar kerajaan untuk meningkatkan kadar kecukupan dan keselamatan makanan negara. Besar harapan Batang Sadong ianya tidak akan menjadi sebarang projek gajah putih yang tidak sampai kepada petani dan peladang serta hasilnya tidak dapat dirasai oleh rakyat terbanyak.
Selain itu, apakah infrastruktur yang akan digunakan oleh kerajaan dengan peruntukan ini? Sebagai contoh, Sarawak mengambil pendekatan infrastruktur digital untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian termasuklah meneroka precision agriculture ataupun pertanian ketepatan. Adakah kerajaan akan memberikan sejumlah peruntukan kepada Sarawak dan Batang Sadong untuk perkara ini?
Seterusnya, saya mohon kerajaan untuk menjelaskan Kod 050000 – “ONE-OFF”, Kod 050100 – Kenderaan/ Jentera/ Harta Modal yang berjumlah RM4 juta yang juga merupakan satu item baharu kerana ianya tidak dikenal pasti sebagai insentif yang diperkenalkan untuk mana-mana pemegang taruh.
Seterusnya, di bawah Kod 040400, Kod 040500, 040600. Kesemua item yang disebutkan menyaksikan kenaikan jumlah anggaran. Menteri KPKM juga menyatakan keperluan kerajaan untuk memperluaskan kawasan penanaman padi di Sabah dan Sarawak kerana musim banjir di utara dan Pantai Timur menyebabkan hasil padi rosak, sekali gus menjejaskan bekalan beras negara.
Seperti yang saya sebut dalam bahas belanjawan dasar baru-baru ini, Sarawak merancang untuk membangunkan industri padi iaitu Jelapang Padi Sarawak 2030. Lebih- lebih lagi, Sarawak juga mengeluarkan beras tempatan berkualiti tinggi yang menjadi petunjuk geografi ataupun GI seperti beras biris, beras bario dan Beras Bajong Sarawak.
Jadi, saya ingin bertanya, berapakah daripada jumlah ini yang akan diperuntukkan kepada
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Sarawak yang sepenuhnya menyokong aspirasi kerajaan untuk meningkatkan keterjaminan makanan?
Dato' Pengerusi, negara digemparkan dengan krisis kenaikan harga beras dunia, juga mendedahkan masalah rice hoarding oleh pengilang beras tempatan. Setelah masalah ini reda, isu kekurangan benih padi pula timbul yang menyebabkan pesawah perlu membelinya dengan harga 20 peratus lebih tinggi. Namun demikian, kerajaan telah menaikkan harga lantai benih padi di saat petani berkeluh kesah terpaksa mendapatkan benih padi dengan harga yang tinggi.
Seperti yang disebut oleh Menteri KPKM, penyelarasan ini tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan dan tidak juga mengubah struktur pengeluaran. Jadi, soalan saya, siapakah yang akan menanggung kos kenaikan ini? Apakah langkah yang akan diambil kerajaan untuk tidak membebankan pesawah, dalam masa yang sama, mengawal harga beras tempatan?
Saya kira masalah ini perlu ditaakul dengan cermat, jika kerajaan serius untuk meningkatkan kadar keterjaminan makanan untuk seluruh rakyat Malaysia dengan harga yang munasabah serta berpatutan dengan keluaran makanan yang halal toyyiban.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Dipersilakan Yang Berhormat Kubang Kerian.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saya ingin merujuk kepada Butiran P 10008, Dasar, Pembangunan dan Pengurusan di mana ada peruntukan kepada Agropreneur Muda.
Isu yang berbangkit ialah kita menerima aduan daripada beberapa peminjam- peminjam yang pergi ke bank iaitu Agro Bank. Mereka mendapati tidak ada satu peruntukan khas untuk Agropreneur Muda ini, bahkan ia merupakan satu pinjaman yang biasa di peringkat projek-projek pertanian. Isunya ialah kerana kadar faedah yang agak berbeza.
Saya mohon penjelasan sama ada satu peruntukan khas diberi kepada program Agropreneur Muda ini berbanding dengan projek-projek pertanian lain?
Kedua, berhubung dengan di bawah Kepala B 021100, Program Makanan Negara bagi agensi MARDI. Saya ucap tahniah. MARDI ini adalah merupakan satu agensi pendidikan bagi sektor pertanian. Namun, apa yang kita lihat pada waktu ini, sebahagian besar kaji selidik yang telah dibuat oleh MARDI gagal dimanfaatkan oleh sama ada pihak swasta bahkan oleh agensi-agensi pertanian sendiri.
Sebagai contoh, kajian-kajian dibuat oleh MARDI tentang hasil pendekatan nanas, sebagai contoh. Dia pun tidak digunakan oleh agensi di bawah kementerian. Saya fikir kalau agensi kita tidak manfaatkan kajian oleh agensi di bawah kementerian, pihak lain akan lebih tidak akan menggunakan. Ini kita bimbang. Kajian demi kajian, kita habis juta ringgit tapi
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
gagal dimanfaatkan. Sebagai contoh, tentang varieti benih padi baharu. Kalau kita lihat di Thailand, dia telah menghasilkan lebih daripada 80 varieti baharu. India, 1,900 varieti baharu.
Jadi, saya fikir masing-masing berusaha untuk memperbanyakkan kajian-kajian dan saya lihat bahawa MARDI diperuntukkan lebih RM5 juta pada tahun ini berbanding sebelum ini. Kita harapkan dengan peruntukan ini, bukan sahaja kajian itu dibuat tapi pihak-pihak lain mestilah dimanfaatkan.
Persoalan juga ialah berapakah jumlah ROI, dengan izin, bagi penyelidikan yang dilakukan oleh MARDI terhadap sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara?
Berapakah jumlah keluaran teknologi MARDI yang telah dikomersilkan? Apakah ia hanya tinggal kajian dan tidak dimanfaatkan sebaik mungkin?
Tuan Pengerusi, saya juga bangkitkan isu 020200 – Pengairan dan Saliran Pertanian
(BPSP). Saya dapati bahawa isu pengairan dan saliran pertanian ini kepakarannya berada di Jabatan Pengairan dan Saliran. Berlaku pertindihan fungsi di antara Kementerian Pertanian dengan Jabatan Pengairan dan Saliran. Bila berlaku satu isu, biasanya kepakaran akan diambil daripada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Saya harap perkara ini dapat dinilai kembali. Sama ada kita letakkan, kita selaraskan fungsi supaya ia tidak bertindan. Bila timbul masalah, nanti dia akan terpaksa pergi ke JPS.
Demikian juga soal di bawah 040800 – Penyelenggaraan Sistem Pengairan dan Saliran Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) dan Pertanian. Kalau tengok dalam peruntukan tahun lepas, ada RM40 juta. Tapi tahun ini kosong. Saya sangat bimbang.
Sebab, sebagai contoh, di IADA Kemasin-Semerak, kerosakan pintu air, ia sangat serius.
Daripada 10 pintu air, hanya tiga berfungsi dan tujuh lagi tidak berfungsi.
Saya tengok pada Butiran 20004 ada peruntukan RM9.8 juta. Saya harapkan peruntukan ini ialah untuk baik pulih sistem pintu air di Kemasin-Semerak. Sebab, pintu air ini menyumbang kepada kerosakan banjir tahun lepas yang agak serius, dua tahun lepas sangat serius. Menyebabkan semua kawasan pertanian rosak, kemudian banjir sangat kritikal. Kerana puncanya, pintu air tidak berfungsi. Jadi, saya harapkan RM9.8 juta ini peruntukan untuk membaik pulih pintu air di IADA Kemasin-Semerak. Walau bagaimanapun, saya mohon penjelasan, apakah peruntukan yang digunakan untuk itu ataupun peruntukan lain?
Saya rasa pelik juga sebab di bawah Butiran 040800, tidak ada sebarang peruntukan untuk penyelenggaraan sistem pengairan. Sebab, kita tahu bahawa peruntukan ini memang tahunan kita kena sedia. Kalau tanpa peruntukan, bila berlaku sebarang kerosakan, terpaksa tunggu peruntukan tahun-tahun akan datang.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Demikian juga berhubung dengan — Saya juga bangkitkan isu tentang di bawah Kepala P.40006 dan P.40007 – KADA dan MADA. Sikit saya nak bangkitkan walaupun banyak perkara yang saya catatkan di sini ialah tentang kerosakan sistem pam ya, di kawasan MADA — Di kawasan KADA yang menyebabkan penduduk atau petani terpaksa menggunakan pam sendiri kerana paras air yang sangat rendah. Ia tidak boleh menyalur ke kawasan pertanian. Jadi, puncanya ialah kerosakan pam besar. Saya harapkan perkara ini
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
dapat diberi perhatian untuk dibaik pulih supaya petani tidak akan mengalami kerugian setiap musim.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa] Akhir sekali, tentang Butiran 90200 – Dasar, Pembangunan dan Pengurusan Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan. Merujuk kepada Dasar Agromakanan Negara 2.0, pengeluaran agromakanan meningkat dengan lebih perlahan berbanding dengan penggunaan. Dalam pada itu, kerugian hasil lepas tuai sehingga pengedaran adalah sangat banyak sehingga menghalang kecekapan rantaian nilai. Soalan saya, apakah status inisiatif pengurangan kehilangan makanan di sepanjang rantaian nilai bagi Sistem Daya Jejak yang pintar? Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memperkukuhkan peraturan yang sedia ada supaya kita dapat menghalang, mengurangkan kerugian tersebut?
Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya jemput Yang Berhormat Kudat.
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 10003 – Bahagian Sekuriti Makanan dengan peruntukan sebanyak RM400 juta. Saya mohon kementerian memberikan butiran insentif dalam bahagian sekuriti makanan ini khususnya keterjaminan makanan serta kawalan harga makanan khususnya beras tempatan di kawasan luar bandar terutama di Sabah.
Menyentuh mengenai keterlibatan belia dalam pertanian dan keterjaminan makanan, Butiran 10008 – Unit Agropreneur Muda dengan peruntukan RM20 juta. Saya difahamkan keperluan untuk memohon geran agropreneur ini agak rumit dan memakan masa dan proses yang lama. Bayangkan seorang belia yang memohon bantuan mesin memproses makanan ternakan sempat habis ternakan mati baru pembayaran mesin yang ditempah sampai. Saya mohon agar proses ini dapat dipermudahkan untuk belia kita menceburi bidang pertanian.
Butiran 90200 - Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan. Saya ingin bertanya, berapakah — Berapa banyak program di bawah butiran ini yang akan dilaksanakan di Sabah khususnya di Parlimen Kudat?
Menyentuh mengenai pembangunan industri padi, saya bacakan bersama Butiran 10012 – Bahagian Pembangunan Industri Padi, Butiran 20011 – IADA Kota Belud dan Butiran 94000 – Projek Pemacu Pertanian Bahagian Pembangunan Industri Padi. Di Sabah selain daripada di Kota Belud, banyak daerah di luar kawasan Kota Belud juga merupakan kawasan sawah untuk menanam padi. Contohnya di kawasan saya di Kudat dan di Pitas, Kota Marudu serta kawasan-kawasan lain yang tidak menikmati bantuan irigasi untuk pengairan sawah sebab terletak di luar kawasan jelapang padi.
Dato' Verdon bin Bahanda - Kudat
Seterusnya, dengan tahap sara hidup – Sara diri untuk beras hanya 22.8 peratus.
Sabah memerlukan 480 unit jentera pembajak dan 480 unit jentuai untuk meningkatkan pengeluaran padi, tetapi hanya ada 211 unit jentera pembajak dan 114 unit jentuai iaitu kekurangan 606 unit, tetapi hanya menerima 20 unit untuk tahun 2023. Jadi, bilakah kerajaan dapat mempercepatkan bekalan penghantaran pembajak dan jentuai tambahan ke Sabah?
Cadangan untuk mempercepat proses perolehan jentera pembajak dan jentuai tambahan, bolehkah kerajaan memberikan satu peruntukan khas sebanyak RM20 juta kepada Kerajaan Sabah untuk pemerolehan tersebut?
Dalam Laporan Petunjuk Prestasi Bekalan Makanan, bagi purata hasil padi sebenar dikeluarkan adalah 3.577 metrik tan per hektar pada tahun 2022 dan 3.601 tan metrik per hektar pada tahun 2024. Saya mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri MOSTI kepada sahabat saya, Tenom dan saya membuat sedikit kajian mengenai Agensi Nuklear Malaysia melalui R&D produk yang telah menghasilkan varieti baharu padi iaitu NMR 151 dan NMR 152 menggunakan teknologi nuklear ini dapat meningkatkan tanaman sehingga 20 ke 60 peratus hasil iaitu lebih kurang lapan tan metrik per hektar. Varieti ini juga difahamkan dapat menahan daripada serangan penyakit dan perkara-perkara yang boleh mengganggu produktiviti padi. Apakah rancangan kementerian untuk mengkomersialkan bibit baharu padi ini demi untuk keterjaminan makanan negara?
Seterusnya, Butiran 30002 – Jabatan Pertanian Sabah. Bajet RM28,149,900 berbanding RM38.5 juta pada tahun 2023. Saya ingin bertanya kepada kementerian, mengapa perbezaan pengurusan bajet — Pengurangan bajet hampir RM10 juta ini berlaku?
Apakah pertanian di Sabah sudah maju berbanding dengan negeri lain?
Seterusnya, saya bacakan bersama Butiran 30008 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah dan Butiran 30005 – Jabatan Perikanan Sabah. Saya mohon perincian pembangunan untuk dua butiran ini.
Seterusnya Butiran 40005 – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Sabah. Kami juga mempunyai agen seperti KO-NELAYAN di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani.
Saya mohon perincian projek pembangunan LKIM yang dilaksanakan di Sabah khususnya di Parlimen saya? Sikit lagi Puan Pengerusi.
Butiran 14800 – Pembinaan dan Pembaikan Jalan Ladang. Petani khususnya di kawasan saya di Parlimen Kudat tidak mendapat ataupun tidak dapat meningkatkan produktiviti jika hasil pertanian terpaksa dipikul untuk keluar ke pusat penjualan. Saya mohon supaya jalan-jalan pertanian di kawasan saya dinaiktarafkan dalam bajet kali ini.
Butiran 15400 – Rancangan Pembangunan Sistem Saliran Pertanian, RM2.1 juta dan Butiran 16600 – Rancangan-rancangan Pengairan Sabah tahun 2022 sebanyak RM6.31 juta. Apakah relevan dan rancangan-rancangan pengairan di Sabah sudah selesai sebab terlalu banyak pengurangan yang saya nampak di sini? Itu saja Puan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kudat. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020900 – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda. Ini adalah Utusan Malaysia semalam, [Sambil menunjukkan keratan akhbar] di mana mengatakan terdapat krisis benih padi di utara di mana sebanyak 90 peratus sawah MADA di Perlis dan Kedah belum ditanam padi lagi. Ianya adalah kerana ya, kalau kita lihat sawah kosong. “Seorang pesawah melihat sawahnya yang sudah siap dibajak, tetapi masih belum dapat ditanam dengan padi berikutan kelewatan bekalan benih di Kangar, Perlis". Jadi, saya nak minta supaya MADA memberikan penerangan kenapa perkara ini boleh berlaku, ya. Sebab pada 19 September, MADA mengatakan jangka tanam padi di kawasan MADA capai 90 peratus pada bulan Oktober, tetapi dua bulan selepas itu berlaku tak ada benih dan ini akan menjejaskan hasil pada Februari 2024. Kalau ini berlaku, kita akan menghadapi tak cukup beras lagi. Jadi, saya harap supaya satu penjelasan dapat diberikan.
Berikutnya, saya merujuk kepada Butiran 10003 – Bahagian Sekuriti Makanan.
Sebanyak RM400 bilion telah diperuntukkan. Jadi, kita ingin tahu sama ada ini adalah berkaitan dengan Dasar Agromakanan Negara (DAN2.0) untuk tempoh 10 tahun sehingga 2030 bermula daripada 2021 supaya kita dapat bantu ya, semua petani. Saya harap kalau boleh RM400 juta ini boleh ditumpukan kepada pembinaan infrastruktur, jalan ke, jambatan ke, untuk memudahkan ya, pengusaha petani.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 10008 – Unit Agropreneur Muda. Di mana kita lihat, ini saya percaya adalah usaha untuk menggalakkan pemuda menceburi dalam sektor pertanian dan kita semua tahu di dalam sektor pertanian, 75 peratus tenaga kerjanya adalah orang asing. Jadi, penglibatan orang rakyat Malaysia amatlah rendah. Jadi, bagaimana kita nak menggunakan peruntukan ini untuk kita menggalakkan lebih ramai terutamanya golongan muda untuk ceburi dalam bidang pertanian ini.
Jadi, dalam hal ini ada beberapa faktor untuk menentukan sama ada dapat menarik minat golongan muda untuk ceburi dalam pertanian iaitu tanah. Mereka perlukan tanah, mereka perlukan bantuan ataupun subsidi untuk mereka beli mesin, mereka perlukan modal, mereka perlukan pemasaran, sistem pemasaran yang sempurna supaya mereka dapat jual hasil mereka.
Maka, dalam hal ini saya merujuk kepada 40008 – Agro Bank. Saya lihat di sini, tahun depan RM50 juta akan diperuntukkan. Akan tetapi, saya melihat kepada angka yang diperuntukkan untuk tahun 2022 ialah RM200 juta. Kalau 2022 kita bagi RM200 juta, kenapa tahun depan kita hanya bagi RM50 juta saja? Kalau hanya RM50 juta, bagaimana dia dapat mengagihkan kepada mereka yang minat, yang ingin buat pinjaman? Maka, ramai yang akan tercicir, tak dapat buat pinjaman daripada Agro Bank. Jadi, saya harap supaya kita dapat meningkatkan RM50 juta, sekurang-kurangnya balik kepada RM200 juta.
Seterusnya saya merujuk kepada Butiran 40002 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Saya nak bangkit satu isu ialah tentang pemasaran untuk mereka pengusaha atau penanam sayur. Saya beri satu contoh, ia di kawasan saya. Mereka tanam
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
terung, ya terung. Bila dapat hasil, mereka dapat jual dengan RM4.50 satu kilo. Akan tetapi, selepas tiga hari harganya terus jatuh, daripada RM4.50 kepada hanya tinggal 70 sen saja.
Jadi, nampaknya sistem pemasaran yang ada pada masa ini adalah tidak memihak kepada penanam sayur di mana mereka mengalami banyak, besar kerugian mereka. Jadi, dalam hal ini saya rasa sudah tiba masanya FAMA perlu cari satu formula, satu sistem yang dapat membantu pengusaha penanam sayur ini di mana saya lihat kita perlu berikan peluang kepada penanam sayur ini untuk terus terlibat dalam Pasar FAMA.
Apa yang saya terima maklumat ialah Pasar FAMA ini, gerai-gerai mereka adalah disewa kepada mereka yang bukan penanam sayur. Kalau boleh, kalau kita nak bantu mereka sepatutnya beri peluang kepada penanam sayur untuk mereka jual terus di pasaran FAMA supaya mereka dapat menentukan harga dia. Kalau tidak, orang tengah ini akan menindas, menindas mereka yang menanam sayur ini dan akhirnya tidak ada orang ingin melibat diri dalam sektor pertanian. Akhirnya, kita akan terjejas dari segi bekalan tempatan dan keterjaminan makanan kita barangkali tidak dapat dicapai.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Isu yang terakhir yang saya nak bangkit...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan. Sila gulung.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
.....Ya, ya. Pengerusi sedikit saja, ialah tentang penternakan dan perkhidmatan veterinar di mana saya lihat 10710 – Pembangunan Industri Lembu/Kerbau Pedaging. Kalau kita lihat anggaran untuk tahun ini 2023 ialah RM11.6 juta tetapi tahun depan hanya tinggal RM4 juta saja. Begitu juga 10730 – Pembangunan Industri Tenusu. Tahun ini RM7.5 juta tetapi tahun depan hanya sekadar RM2 juta saja. Bagi Kawasan Penternakan Babi, tahun depan hanya tinggal RM2 juta.
Kalau dengan peruntukan yang kecil sedemikian, bagaimana kita nak pastikan sektor penternakan ini dapat berkembang untuk membekalkan hasil yang cukup untuk permintaan dalam negeri kita, dalam negara kita. Jadi, saya harap supaya sesuatu dapat diusahakan untuk memastikan sektor penternakan ini dapat ruang yang secukupnya untuk mereka berkembang. Dengan itu, sekian terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih pada Pengerusi yang memberi masa untuk saya berbahas dalam peringkat Jawatankuasa. Saya terus kepada Butiran 10003 – Sekuriti Makanan di mana kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM400 juta lebih untuk tahun 2024 untuk dibelanjakan.
Kebelakangan ini, negara kita dihimpit dengan kekurangan bekalan beras tempatan dan bergantung kepada beras import untuk memenuhi bekalan beras negara. Harga terlalu tinggi hingga menyebabkan rakyat terbeban. Mengikut DOSM 2019, keluasan tanaman padi di negara ini adalah seluas 681,599 hektar sahaja. Dibandingkan dengan negara-negara lain, jika kita lihat contohnya, Vietnam 7.66 juta hektar, Thailand 9.65 juta hektar, Indonesia 12.2
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
juta hektar dan paling banyak sekali iaitu India 43.3 juta hektar. Jadi, persoalannya di sini ialah saya ingin mengetahui adakah pihak KPKM merancang untuk menambah jumlah keluasan tanaman padi dengan skala yang lebih besar hingga, mungkin hingga dua ke tiga juta hektar di negara kita untuk memberi kebergantungan kepada beras tempatan dapat diselesaikan.
Kulim juga ingin mengetahui iaitu tentang apakah perancangan KPKM bagi menyegerakan peningkatan hasil tanaman yang mungkin lima hingga ke tujuh tan metrik bagi sehektar. Jika dibandingkan negara-negara lain yang mana hasilnya telah pun meningkat, kita cuma, rata-rata kita mendapat hanya antara tiga hingga empat tan sehektar saja.
Bagi Butiran 90200 – Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan. Tuan Pengerusi, bekalan daging negara kita ini jauh lebih rendah daripada keperluan di mana bekalan daging negara hanyalah mampu membekalkan hanya lebih kurang 20 peratus daripada keperluan sebenar. Dengan peruntukan melebihi RM299 juta, adakah kerajaan bercadang untuk memberi tumpuan bagi meningkatkan bekalan daging tempatan bagi mengurangkan pengimportan daging luar negara.
Bagi Butiran 020100 – Pembangunan Industri Padi. Isu benih padi, sah amat menjadi satu permasalahan yang besar di kalangan petani-petani di seluruh negara. Kulim-Bandar Baharu ingin mengetahui berapa banyak kah syarikat yang membekalkan benih-benih padi yang sah untuk memastikan petani mendapat bekalan benih yang sah mengikut jadual penanaman yang telah ditetapkan. Kedua, isu harga benih padi yang sah kini semakin meningkat dan adakah pihak kerajaan memberi satu usaha untuk menstabilkan harga padi sah ini yang mana dahulunya antara RM35 tetapi sekarang telah meningkat hampir RM50.
Saya amat berharap pihak kerajaan serius bagi menangani isu harga ini bagi mengurangkan kos petani-petani untuk meneruskan usaha-usaha mereka membekalkan padi-padi ataupun beras kepada negara kita.
Seterusnya, Butiran 020400 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) bagi yang mana dibekalkan pada tahun depan berjumlah RM145 juta. Mohon pihak kerajaan memberi peruntukan yang lebih kepada dan bantuan-bantuan kepada penternak-penternak terutamanya di kawasan-kawasan kampung yang mana mereka perlukan bantuan-bantuan ini untuk mengembangkan ternakan mereka. Ini patut diberi keutamaan oleh kerajaan kerana dengan cara ini mungkin boleh kita mengurangkan kebergantungan kita kepada daging tempatan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya jemput Yang Berhormat Jelebu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih Puan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya sentuh Butiran 10004 – Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani, peruntukan RM27.8 juta. Kita boleh lihat peruntukan yang diberikan kepada Kementerian
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Pertanian dan Keterjaminan Makanan ini konsisten Puan Pengerusi ya, meningkat daripada tahun ke tahun sejak tahun 2018.
Namun begitu persoalan yang saya nak bangkitkan adalah sejauh mana peningkatan peruntukan ini berjaya untuk kita terjemahkan dalam bentuk kelestarian dan keterjaminan sumber makanan untuk rakyat negara kita. Jika kita rujuk dokumen Anggaran Perbelanjaan ini, sasaran peratusan Tahap Sara Diri ataupun SSL bagi beras untuk tahun 2024 adalah sebanyak 65 peratus sahaja.
Berlaku penurunan sasaran jika kita bandingkan pada tahun 2023 yakni sebanyak 74 peratus. Soalan saya kepada pihak kementerian, adakah penurunan sasaran SSL ini berpunca daripada krisis bekalan beras yang kita hadapi pada ketika ini ataupun pihak kementerian mempunyai sebarang unjuran yang berlainan pada kali ini? Saya melihat penurunan ini sama ada kementerian bersikap realistik dengan kemampuan sebenar kerajaan untuk menyelesaikan isu bekalan beras ini ataupun kita menjangkakan krisis bekalan beras ini akan berpanjangan sehingga ke tahun 2025.
Apabila kita bercakap soal ini, saya setuju dengan pihak kerajaan dengan beberapa langkah jangka pendek dan jangka panjang untuk menangani krisis bekalan makanan. Tetapi Dato’ Pengerusi ya, satu perkara yang saya lihat yang lebih penting daripada menyelesaikan masalah ini adalah persiapan kita sebelum masalah itu melanda.
Untuk makluman Dewan, ketika ini tidak ada satu pun pangkalan data khusus yang menggabungkan kesemua data ini untuk rujukan semua pihak, tidak kiralah daripada peringkat negeri ataupun peringkat Kerajaan Pusat. Contohnya Jabatan Veterinar dia ada data dia yakni data bilangan stok lembu daging, FAMA, Lembaga Pertubuhan Peladang, mereka mempunyai data masing-masing. Tetapi semua data ini tidak berada di satu pengumpulan data ataupun jabatan yang boleh kita akses kesemua data ini secara serentak.
Maka dengan itu Jelebu ingin mencadangkan agar, pertama, wujudkan satu pangkalan data bersepadu yang menggabungkan semua maklumat dan data berkenaan stok bekalan makanan negara. Pangkalan data ini perlu bersifat dinamik ataupun real time berdasarkan stok sebenar yang kita ada ataupun anggaran hasil yang kita perolehi untuk tempoh beberapa bulan.
Yang kedua, dalam pangkalan data bersepadu ini, mewujudkan satu alert system yang boleh memberi amaran awal jika stok bekalan makanan kita menghampiri garis minimum yang kita tetapkan. Ini semua adalah untuk kita menangani dan dapat melakukan perancangan dan langkah-langkah intervensi yang lebih awal apabila berlakunya shortage dengan izin ataupun kekurangan bekalan ini.
Pemantauan harus dibuat sama ada daripada peringkat kementerian, daripada peringkat kerajaan negeri dan juga di semua peringkat untuk memastikan kekurangan bekalan makanan kita dapat kita atasi dari semasa ke semasa kerana kita tidak harus melaksanakan usual practice dengan izin, yakni apabila shortage makanan baru kita ambil langkah intervensi. Lebih baik kita mengambil langkah lebih awal, merancang lima tahun akan datang supaya shortage dengan izin, ini tidak berlaku.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Dato’ Pengerusi, Perkara P.21, Butiran 94000 – Projek Pemacu Pertanian, peruntukan RM23 juta. Saya ingin sebut peruntukan RM23 juta ini bentuk mana yang akan dibelanjakan, sama ada diagihkan secara sama rata kepada semua negeri ataupun berasaskan kepada Parlimen, kawasan-kawasan Parlimen.
Saya ingin memberikan pandangan agar pihak kementerian bantu dan lihat projek- projek pemacu pertanian yang dirangka oleh kerajaan negeri. Di Negeri Sembilan contoh Dato’ Pengerusi ya, kerajaan negeri merancang untuk membina kilang pemprosesan padi dan ini harus dibantu oleh Kerajaan Pusat bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Sembilan supaya dapat menampung bekalan beras bagi penduduk dan masyarakat di Negeri Sembilan.
Saya sebut perkara ini kerana buat masa ini tidak ada satu pun kilang padi, mini kilang ataupun pusat pemprosesan padi. Maka apabila ini dapat diwujudkan maka bekalan dan juga padi di seluruh Negeri Sembilan dapat kita pusatkan dan bekalan itu kembalikan kepada keperluan untuk rakyat Negeri Sembilan.
Dato’ Pengerusi, akhirnya saya nak sentuh perkara yang berkaitan dengan MAQIS iaitu Butiran 30010 – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), RM23.2 juta. Last Dato’ Pengerusi ya kerana ini sangat penting. MAQIS ini satu agensi yang cukup penting dalam mengawal selia dan memantau bekalan makanan, pertanian, tumbuhan yang akan masuk ke dalam negara bagi memastikan hanya sumber yang selamat dan baik sahaja yang masuk ke dalam negara kita.
Tetapi kita sedar bahawa peranan MAQIS ini terhad di pintu-pintu masuk rasmi negara sahaja dan bukan berada di setiap kawasan sempadan. Maka dengan itu MAQIS harus memantau dan mengawal selia barang-barang sama ada makanan atau pertanian yang dibawa masuk yang tidak melalui pintu rasmi sempadan negara ataupun dalam erti kata lain yang di seludup Dato’ Pengerusi ya. Kita boleh lihat di pasaran terbuka hari ini banyak haiwan-haiwan yang dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia seperti ikan alligator gar umpamanya. Ikan baung ekor merah umpamanya, alligator snapping turtle dan juga pelbagai jenis ikan dan juga bahan yang secara bebasnya dijual di kedai-kedai yang terdapat di pasaran sekarang.
Akhirnya spesies larangan ini Dato’ Pengerusi, akan membiak di sistem perairan negara dan menjadi spesies perosak kepada habitat asal yang berada di dalam negara. Jadi soalan saya, bagaimanakah bentuk penguatkuasaan bersama agensi yang lain-lain bagi mengekang masalah ini daripada berleluasa. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Saya jemput Yang Berhormat Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya ingin merujuk B.21, Butiran 020500 – Jabatan Perikanan (DOF) dan Butiran 020700 – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Persoalan yang ingin saya bangkitkan adalah berkaitan dengan pembekuan lesen sampan. Walaupun saya sudah dapat jawapan daripada Menteri berkaitan dengan persoalan tersebut tempoh hari, masalahnya pembekuan lesen sampan adalah sejak tahun 1982, begitu lama dan dibuka semula pada tahun 2020 kepada pemohon-pemohon baru. Hanya 11 lesen telah diluluskan di daerah Kerian pada tahun 2020 dan pada tahun 2021 diluluskan sebanyak 23 lesen. Sedangkan sehingga sekarang ada permohonan kira-kira 200 lebih di Parit Buntar dan juga di Kerian masih lagi belum diluluskan.
Kebanyakan pemohon adalah anak muda. Satu ketika kerajaan merungut kerana anak muda tidak ramai menceburi dunia keusahawanan dalam bidang penangkapan ikan tapi dalam masa yang sama pemohon baru dari anak-anak muda tidak pun diluluskan. Jadi, mengapa proses meluluskan mengambil masa yang lama? Lesen sampan ini penting kerana nelayan terpaksa turun ke laut untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga tetapi turun dalam keadaan takut, berdebar-debar, bimbang ditangkap dan di saman. Saya harap kerajaan peka dan cepat memproses bagi meluluskan lesen sampan ini.
Yang kedua, penggunaan pukat tunda dan kenka dua bot. Ada cadangan oleh kerajaan tempoh hari untuk dihapuskan sejak tahun 2006 tapi di tangguh, di tangguh sehinggalah dijangka akan dihapuskan tahun 2030.
Permasalahannya pemilik lesen pukat ini tidak mematuhi peraturan dan syarat yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan yang menyebabkan memberi kesan negatif kepada ekosistem dan pencarian hidup oleh nelayan yang lain. Antaranya, pukat kenka telah diubahsuai dari bentuk asal yang dilesenkan untuk memerangkap pelbagai hidupan laut yang berada di dasar laut. Akibatnya semua hidupan laut terperangkap, mati dan juga pupus.
Pelesen pukat ini pula keluar melaut pada waktu malam atau awal pagi, menceroboh kawasan tangkapan nelayan pantai menyebabkan pendapatan nelayan pantai terjejas teruk.
Penggunaan pukat ini juga menimbulkan konflik dan ketegangan antara nelayan sehingga berlaku pergaduhan. Justeru, kerajaan hendaklah mengambil langkah proaktif bagi mengharamkan terus penggunaan pukat-pukat ini.
Yang ketiga, pukat bubu naga dan rawa sorong adalah tidak berlesen tetapi digunakan secara berleluasa. Pukat ini turut mengancam ekosistem laut khususnya benih ikan dan hidupan marin. Sekiranya dibiarkan boleh menyebabkan berlaku kepupusan. Ia juga boleh menimbulkan konflik kepada nelayan pantai yang menggunakan pukat hanyut kerana boleh menjejaskan pencarian hidup.
Isunya, penguatkuasaan oleh pihak berwajib kurang berkesan. Kita tidak nafikan ada tangkapan dibuat ke atas nelayan yang melanggar peraturan tetapi hukuman yang dikenakan tidak menginsafkan para nelayan yang ditangkap. Ada yang ditangkap berbelas-belas kali, didenda tetapi mereka tetap mengulangi kesalahan yang serupa. Justeru, penggunaan pukat yang diharamkan iaitu bubu naga dan rawa sorong hendaklah diambil tindakan yang keras mengikut peruntukan undang-undang termasuk mengambil tindakan terhadap penjualan bubu naga dan rawa sorong secara haram, sama ada dijual di daratan atau secara online.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Seterusnya, Butiran B.21 020100 – Pembangunan Industri Padi (PIP). Dalam usaha membantu pesawah-pesawah padi negeri Perak umumnya dan Daerah Kerian khususnya, adalah kerajaan ada usaha yang berkesan seperti contoh, hasil padi MyGAP yang dikeluarkan oleh Terengganu dengan nama Beras Ganu untuk dibawa model itu ke negeri lain, khususnya Perak dan Kerian. Kerana Kerian ada 200 hektar kawasan padi yang ada MyGAP.
Akhirnya, Butiran seterusnya, B.21 040600 – Bantuan Khas Pesawah. Saya dapat jawapan bertulis berkaitan isu tanah jerlus. Dalam jawapan tersebut menjelaskan antara sebab tanah bendang menjadi jerlus kerana tanah bendang tersebut tidak ada rehat langsung. Setiap musim sentiasa ditanam padi. Jadi, saya ingin mencadangkan supaya tanah-tanah yang sudah dikenal pasti lembap dan jerlus direhatkan semusim untuk tidak ditanam padi. Tetapi kerajaan wajib bagi pampasan kepada semua pesawah padi yang mencutikan tanah mereka untuk ditanam padi.
Pampasan mesti dibayar dengan bayaran yang wajar dan berpatutan. Satu lagi, sumbangan RM250 oleh Bernas kepada pesawah padi di Perak, bila hendak bagi? Pesawah padi sudah menunggu dengan sabar. Tak sepatutnya lembap sebab duit ada di tangan kerajaan, bagi sahajalah bila-bila masa. Akhir sekali, Butiran P.21 04000 – Pembangunan Mempelbagai Pertanian. Apakah KPKM ada mekanisme dalam mengawal lambakan hasil tanaman dan harga seperti sayuran, timun, terung dan cili ketika harga ladang sangat rendah hingga di bawah harga modal pengeluaran?
Dilihat KPKM ada memberi fokus untuk pengusaha tanaman makanan ini mendapat pensijilan MyGAP bagi menjamin hasil yang selamat dan berkualiti untuk dimakan. Yang menjadi isu, hasil tanaman yang telah memperolehi pensijilan ini tidak mendapat tawaran harga yang sebaiknya. Harga jualan sama seperti hasil tanaman yang ada, yang tidak ada pensijilan. Sekian, saya sangat bersyukur hari ini dapat menyampaikan ucapan dengan baik tanpa diganggu bila Hulu Langat tidak ada.
Eloklah Hulu Langat tidak ada, tanpa gangguan. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Saya jemput Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih pada Puan Pengerusi kerana izinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pihak Jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Pertama, saya ingin sentuh tentang Butiran B.21 040000 – Program Khusus. Kita lihat dalam empat perkara yang berkaitan dengan subsidi dan insentif kerajaan dalam butiran subsidi harga padi, subsidi dan insentif tanaman padi, bantuan khas pesawah, subsidi dan insentif nelayan. Jumlah tersebut kalau berbanding dengan tahun 2023 telah pun mengalami pertambahan yang signifikan iaitu pertambahan sebanyak RM61 juta dalam empat butiran tersebut sahaja. Kementerian telah pun mengambil
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
keputusan untuk memberikan insentif dan subsidi untuk membantu petani, pesawah, penternak, nelayan dalam suasana yang tidak menentu dan bersifat jangka pendek.
Sudah tentu angka-angka yang dibentangkan berdasarkan kepada unjuran-unjuran yang berasaskan fakta yang mana insiden kekurangan makanan telah pun kerap berlaku pada tahun 2022 dan tahun 2023 yang telah pun memberikan banyak pengajaran kepada kita semua di sini. Maka, saya ingin memohon kepada kerajaan supaya boleh bekalkan kalau ada, analisa risiko dalam rantaian bekalan beras dalam negara, termasuk risiko pembekalan, risiko pengeluaran, risiko permintaan, risiko alam sekitar bagi lima tahun yang akan datang.
Supaya rakyat faham dan tahu di manakah kedudukan kita dan memastikan jumlah yang diperuntukkan dalam bentuk insentif dan subsidi akan berkurangan satu tahun ke satu tahun. Untuk kita memberikan tumpuan yang benar-benar untuk dalam soal pembangunan teknologi dalam bidang pertanian. Keduanya adalah bangunkan satu pangkalan data yang merekodkan segala data dan angka yang berkaitan dengan sektor pertanian, merangkumi semua jabatan dan agensi, data agensi dan jabatan kerja secara in silo.
Keduanya adalah tentang P.21. Tiga perkara yang saya ingin sentuh dalam soal pembangunan dalam bidang Kementerian Pertanian. Pertama adalah infrastruktur pertanian.
Kedua, pertanian moden ataupun smart farming. Ketiga adalah tanaman bernilai tinggi.
Tentang infrastruktur pertanian, Butiran 10013 - Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian.
Butiran 12800 – Pemodenan Sistem Pengairan Padi dan Butiran 15400 – Rancangan Pembangunan Sistem Saliran Pertanian. Kalau lihat kepada tiga butiran, bahagian pengairan dan saliran telah pun mengalami peningkatan yang signifikan, tambahan hampir RM85 juta.
Tetapi kalau kita lihat kepada pemodenan dan rancangan pembangunan telah mengalami kemerosotan. Saya ingin bertanya kepada Menteri, kenapakah angka-angka ini berkurangan? Apabila kita ceritakan tentang cara ataupun teknologi baru dalam bidang pertanian dan kalau kita lihat kepada pemodenan sistem pengairan dan padi itu mengalami kemerosotan sebanyak hampir 50 percent, saya harap kementerian boleh memberikan penjelasan dalam bab ini.
Keduanya, adakah jumlah tersebut hanya bagi tujuan penyelenggaraan yang sedia ada dalam sistem pengairan dan saliran ataupun bertujuan untuk menemui sistem pengurusan pengairan yang lebih efektif dan berasaskan teknologi moden? Keduanya adalah tentang pertanian berteknologi pintar, smart farming. Saya meneliti Butiran dalam P.21, namun saya tidak melihat secara spesifik yang manakah kita memberikan tumpuan dalam soal pembangunan pertanian yang berasaskan kepada teknologi pintar ataupun berintensifkan teknologi.
Kalau saya hendak katakan mungkin dalam Butiran 40001 dalam MARDI sahaja tetapi saya rasa harus kita lihat kepada perkara ini dan kerajaan mungkin boleh mengambil pertimbangan pada belanjawan yang akan datang. Kena ada satu peruntukan ataupun butiran yang spesifik dalam soal ini yang mana kita lihat sekarang kita banyak bergantung kepada tenaga kerja warga asing yang khususnya warga Indonesia dan sekarang negara jiran kita telah pun mengalami pembangunan yang agak rancak.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Kita akan kehilangan banyak pekerja-pekerja dalam perkara tersebut dan kita harus ada satu butiran yang spesifik dalam pembangunan smart farming dalam Kementerian Pertanian. Akhirnya adalah tanaman bernilai tinggi. Demi menghasilkan tanaman yang bernilai tinggi, saya rasa kerajaan perlu melabur dalam bidang R&D secara agresif dan kita perlukan inovasi dalam bidang pertanian seperti negara-negara jiran kita bagi menyumbang semula dari segi keuntungan, produktiviti dan peningkatan hasil serta mengurangkan kos.
Kalau lihat kepada rekod dalam RMKe-12, pihak MARDI hanya diperuntukkan RM200 juta bagi maksud R&D untuk kegunaan lima tahun dan hanya setiap tahun RM40 juta diperuntukkan bagi tujuan R&D. Bagi saya, angka ini adalah amat kecil dan kalau kita betul- betul serius dalam membangunkan soal R&D dan memberikan tumpuan dalam tanaman bernilai tinggi, saya ingin menggesa kepada pihak kerajaan supaya kita boleh memberikan tumpuan dalam bidang R&D, memberikan peruntukan yang lebih dalam bidang R&D.
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, berapakah jumlah dan peratusannya yang dibelanjakan bagi tujuan R&D pada tahun 2024? Apakah bidang dan jenis R&D yang kita akan berikan tumpuan dan apakah jenis tanaman yang bernilai tinggi yang kita sasarkan oleh pihak kementerian? Sekian sahaja, terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Saya jemput Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Pengerusi. Saya menyentuh Butiran 020100 – Pembangunan Industri Padi (PIP). Peruntukan 2023 sebanyak RM59,991,900 dan berlaku kenaikan untuk 2024 kepada RM60,941,600. Kenaikan sebanyak RM949,700. Terengganu antara negeri yang boleh dijadikan contoh dalam pertanian apabila setiap tahun, Tahap Sara Diri (SSL) makanan ruji padi semakin meningkat.
Pada tahun 2019, ia meningkat kepada 42.7 peratus. Untuk tahun 2020 - 49.2 peratus, 2021 - 54.2 peratus dan pada tahun 2022 meningkat kepada 56.0 peratus. Selain itu, Terengganu juga negeri pertama yang mengeluarkan beras sendiri dengan mempunyai Sijil Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) menerusi jenama Beras Ganu yang merupakan antara beras berkualiti tinggi yang pernah dihasilkan. Selain itu, keluasan jelapang padi di Terengganu juga meningkat sekali ganda bagi meningkatkan penghasilan beras tempatan.
Oleh itu soalan saya, apakah perancangan jangka panjang kerajaan dalam pembangunan industri padi negara dengan peruntukan yang meningkat lebih daripada RM900,000 ini? Sejauh manakah kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri, khususnya Terengganu dalam meningkatkan keterjaminan makanan, terutama beras? Di samping itu, apakah usaha kerajaan dalam memastikan amalan penerapan cara pertanian yang lestari menepati MyGAP diberi penekanan oleh pengusaha-pengusaha yang menceburi bidang pertanian?
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Butiran 020200 – Pengairan dan Saliran Pertanian. Sistem pengairan yang tidak sempurna dan infrastruktur yang uzur akan mempengaruhi hasil pengeluaran padi apabila petani-petani tidak boleh membuat penanaman padi dua kali setahun. Apatah lagi untuk memulakan projek rintis penanaman padi lima kali dalam jangka dua tahun. Melihat kepada peningkatan peruntukan lebih daripada RM162,000 untuk 2024, apakah inisiatif atau langkah- langkah jangka pendek mahupun jangka panjang yang dilaksanakan oleh pihak kementerian dalam memastikan sistem pengairan dan saliran pertanian negara terpelihara dan berjalan dengan baik?
Butiran 12800 – Pemodenan Sistem Pengairan Padi. Tidak dinafikan bahawa penggunaan teknologi dapat atasi masalah dan cabaran dalam bidang pertanian. Perkara ini tidak terkecuali dalam penggunaan teknologi dalam sistem pengairan pintar yang mampu meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran hasil pertanian. Saya melihat sudah tiba masanya kerajaan membuat kajian yang meneroka mana-mana kawasan yang sesuai untuk dijadikan simpanan bekalan air bawah tanah untuk pengairan sawah seperti dilakukan di Jepun yang mampu menyelesaikan masalah kekurangan air dan menjejaskan pengeluaran padi.
Butiran seterusnya, Butiran 020300 – Jabatan Pertanian. Perkara pertama pada Butiran 020300 – Jabatan Pertanian berdasarkan Global Food Security Index (GFSI) 2002 dengan izin, Tuan Pengerusi. Malaysia berada pada tahap sederhana iaitu hanya 69.9 peratus sahaja. Oleh itu, kerajaan seharusnya memberi fokus peruntukan 2024 kepada pembangunan teknologi dalam sektor pertanian seperti pembangunan tanaman hortikultur iaitu memberi fokus kepada sistem pengeluaran untuk meningkatkan hasil dan kualiti seperti sistem pengeluaran bawang merah berskala besar, sistem pengeluaran kubis di tanah rendah dan sebagainya, sekali gus mampu meningkatkan tahap kerintangan negara terhadap sekuriti makanan.
Perkara seterusnya dalam butiran yang sama, kerajaan seharusnya memberikan fokus kepada pembangunan TVET pertanian. Saya difahamkan bahawa sehingga kini, TVET pertanian tidak mendapat sambutan menggalakkan. Hanya seramai 600 orang sahaja di seluruh negara. Oleh itu, adakah terdapat insentif-insentif daripada peruntukan pada butiran ini untuk menarik minat anak muda dalam bidang pertanian. Mohon penjelasan.
Seterusnya saya ingin menyentuh tentang isu tanah terbiar yang tidak digunakan secara optimum dalam pertanian. Pada tahun 2019, Jabatan Pertanian telah mengenal pasti tanah terbiar dan sesuai dimajukan seluas 103,563 hektar yang melibatkan 46,382 lot di Semenanjung Malaysia termasuk di Wilayah Persekutuan Labuan. Oleh itu, saya minta penjelasan daripada pihak kementerian, berapakah jumlah tanah terbiar yang telah dimanfaatkan untuk pertanian setakat ini dan sejauh manakah usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam memastikan penggunaan tanah terbiar untuk petani digunakan secara sistematik dan sebaik mungkin dalam meningkatkan bekalan makanan negara.
Seterusnya Butiran 020400 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Perkara seterusnya dalam butiran ini, sektor pertanian dan agromakanan sering kali mengalami kerugian yang
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
mencecah puluhan juta. Sebelum ini kementerian ada mengeluarkan kenyataan bahawa sektor agromakanan mengalami kerugian RM111.95 juta akibat bencana Monsun Timur Laut.
Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Malaysia mengalami kerugian RM622.4 juta akibat banjir pada tahun 2022 dengan lebih 52 peratus daripada kerugian ini dialami oleh tiga negeri di Pantai Timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang sahaja.
Oleh itu, apakah usaha kerajaan dalam melakukan mitigasi banjir memandangkan Terengganu antara negeri yang paling banyak terkesan dalam sektor pertanian? Selain itu, saya juga mencadangkan agar kerajaan mewujudkan pusat pemindahan banjir untuk binatang ternakan seperti lembu, kambing biri-biri dan sebagainya sebagai langkah mengecilkan kerugian kepada penternak. Sebagaimana inisiatif yang diambil oleh salah seorang penternak di Kampung Sungai Tarong, Setiu yang membina kandang lembu sementara di atas bukit sebagai persediaan menghadapi bencana banjir.
Selain itu, pasukan penyelamat makanan di bawah veterinar wajar ditubuhkan sebagai persediaan menghadapi musim banjir lebih-lebih lagi di kawasan projek penternakan berimpak tinggi seperti di Terengganu. Projek Pembangunan Hub Lembu Sado Berkelompok, pusat pengeluaran benih ikan kerapu hibrid, Projek Ladang Induk Pengganda Kambing Tenusu dan sebagainya.
Yang akhir sekali, Butiran 030...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Last sekali, Tuan Pengerusi. Butiran terakhir sekali, Butiran 030100 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan. Merujuk kepada butiran ini, sejak kebelakangan ini, pengusaha buah-buah tempatan seperti rambutan, dokong, langsat, duku dan lain-lain mengalami isu lambakan hasil. Hal ini berlaku kerana harga yang terlalu rendah menyebabkan sebahagian pengusaha memilih untuk membiarkan buah-buahan tersebut rosak kerana kos upah pekerja untuk mengambil buah tersebut lebih tinggi daripada harga jualan buah.
Antara faktor utama lambakan hasil buah ini kerana buah-buahan tempatan seperti yang saya sebut tadi adalah bermusim. Justeru apabila masak, akan masak serentak di seluruh negara menyebabkan berlakunya lambakan hasil pada satu-satu masa. Jika kita tengok di negara jiran kita umpamanya Thailand, harga buah-buah tempatan mereka konsisten sepanjang tahun. Oleh itu, saya mohon penjelasan apakah perancangan jangka pendek dan jangka sederhana kerajaan dalam mengadaptasikan teknologi bagi memastikan penghasilan buah-buah tempatan ini sepanjang tahun sekali gus mengelakkan isu lambakan hasil seperti yang terjadi baru-baru ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya jemput Yang Berhormat Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya bahagi perbahasan saya pada petang ini kepada dua bahagian. Pertamanya, saya akan
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
mulakan untuk membawa isu spesifik kepada kawasan saya di Betong. Sekejap, hilang pula.
Saya mula dengan Butiran P 40002 iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA). Betong amat menghargai usaha dan inisiatif oleh FAMA yang telah membantu pengusaha pasar tani di pekan Betong dengan mewujudkan pasar tani setiap hujung minggu dan kita amat berbangga dan berusaha untuk menggalakkan lebih ramai petani menjual hasil mereka dan orang ramai juga boleh membeli sayur-sayuran yang segar terus daripada mereka. Oleh itu, peruntukan untuk FAMA perlu ditambah sebab ia mainkan peranan yang penting untuk membantu petani kecil kita di luar bandar.
Soalan saya, apakah jenis bantuan yang dapat disediakan kepada peserta pasar tani dan mohon penjelasan dan perincian oleh Menteri, jenis-jenis bantuan tersebut. Dengan kesempatan ini, Betong ingin menyampaikan permohonan daripada peserta pasar tani tersebut kepada Menteri agar pihak FAMA dapat menyumbang segala kelengkapan dan peralatan untuk peserta pasar tani seperti kanopi, kerusi dan juga meja.
Kedua iaitu isu spesifik juga pada kawasan saya ialah Butiran P 40008 iaitu Agro Bank. Betong ingin bertanya, apakah syarat-syarat untuk menubuhkan sesebuah cawangan Agro Bank memandangkan bank komersial tidak sanggup pergi ke kawasan luar bandar dan membuka cawangan di luar bandar, maka kita menyandarkan harapan kepada bank seperti Agro Bank ini. Betong ingin menarik perhatian Menteri bahawa Agro Bank pernah membuka sebuah cawangan tanpa mesin ATM di Pekan Sebauh, Betong yang menggunakan bangunan pejabat daerah kecil Sebauh. Walau bagaimanapun, ia telah ditutup sebelum pandemik dahulu apabila pejabat tersebut dipindah kepada bangunan baharu.
Oleh itu, Betong minta dibuka semula cawangan Agro Bank tersebut dan Betong mohon agar cawangan Agro Bank itu nanti dilengkapi dengan kaunter dan mesin ATM dibuka semula dengan segera. Premis yang sesuai juga sedia ada dan pegawai tinggi Agro Bank telah juga berkali-kali membuat lawatan tetapi sehingga saat ini belum ada berita daripada pihak Agro Bank. Maka, saya terpaksa menyuarakan perkara ini kepada Menteri di Dewan yang mulia ini. Semoga ia boleh direalisasikan seawal-awal tahun 2024 nanti.
Seterusnya kepada bahagian kedua iaitu Butiran P 10003 – Bahagian Sekuriti Makanan dengan agihan belanja yang besar iaitu RM400 juta. Saya minta Menteri memberi perincian dengan lengkap apakah jenis program serta inisiatif di bawah butiran ini untuk menjamin sekuriti makanan dan bagaimanakah peruntukan ini diagihkan kepada setiap negeri. Apakah indikator sasaran program di bawah butiran ini nanti pada tahun 2024?
Butiran seterusnya ialah 04700 – Pembangunan Industri Padi Sarawak. Sebanyak RM1.5 juta pada tahun 2024 disediakan. Betong ingin mengetahui apakah status projek pengeluaran benih padi di kawasan Jelapang Padi Batang Lupar. Bilakah ia dapat menghasilkan benih padi? Juga saya minta Menteri memperincikan projek yang akan dibiayai secara spesifik dengan peruntukan ini pada tahun 2024 nanti.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Dalam keadaan negara kita menghadapi krisis bekalan beras import dan beras tempatan, Betong berpandangan bahawa kerajaan perlu menyediakan agihan belanjaan yang lebih besar bagi membangunkan kawasan baharu tanaman padi di Sarawak.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Saya seterusnya pergi ke Butiran 30009 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak.
Ada sedikit penurunan pada tahun hadapan berbanding dengan tahun ini iaitu RM12.697 juta berbanding dengan RM13.5 juta pada tahun 2023. Betong berpandangan bahawa penurunan ini amat tidak wajar kerana Jabatan Veterinar Sarawak sekarang sedang berhadapan dengan penularan penyakit rabies dan juga komitmen mereka untuk program regulatari penyakit haiwan yang lain seperti wabak ASF yang telah melanda Sarawak pada tahun lalu. Maka Betong minta kerajaan untuk mempertimbangkan dana tambahan untuk membantu Sarawak menangani penularan penyakit rabies di mana kes jangkitkan pada manusia dan haiwan semakin meningkat. Tahun ini sahaja untuk makluman Menteri, sebanyak 13 kematian direkodkan dan 15 kes yang diterima.
Seterusnya Betong membangkitkan mengenai pembangunan infrastruktur pertanian iaitu Butiran 10013 – Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian. Sejumlah yang besar sebanyak RM106.36 juta diagihkan pada 2024 berbanding dengan RM21.56 juta pada tahun 2023. Maka Betong mohon Menteri menjelaskan dan perincikan jenis projek dan apakah kaedah agihan dan minta penjelasan agensi yang bertanggungjawab bagi program ini di Sarawak.
Seterusnya, Butiran...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
...12800 – Pemodenan Sistem Pengairan Padi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung ya.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Kenapakah agihan belanja dikurangkan kepada RM22.4 juta berbanding dengan RM56.338 juta pada tahun 2023 dengan program kerajaan untuk menaik taraf sistem pengairan sawah padi di seluruh negara, Betong berpandangan butiran ini perlu ditingkatkan lagi.
Seterusnya, Butiran...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Ya. Last sekali. Butiran 14800 – Pembinaan dan Pembaikan Jalan Ladang. Sebanyak RM70 juta diperuntukkan pada tahun 2024. Penambahan yang banyak berbanding dengan RM20 juta pada tahun ini dan keperluan untuk pembinaan dan pembaikan jalan ladang di luar bandar Sarawak amat tinggi.
Oleh itu, Betong ingin mengetahui apakah kaedah agihan belanjawan itu nanti. Betong juga mohon diberi keutamaan memandangkan sejumlah besar pekebun kecil pelbagai jenis tanaman memerlukan jalan yang baik untuk mengeluarkan hasil kebun mereka.
Dengan itu, saya mengucapkan terima kasih. Sekian.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, merujuk perbelanjaan mengurus B.21,
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Butiran 40000 – Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Dalam Bajet 2023 diperuntukkan RM2.99 bilion. Dalam bajet 2024 pula diperuntukkan sebanyak RM3.61 bilion. Berlaku peningkatan yang ketara iaitu sebanyak RM620,084,300 berbanding peruntukan emolumen perkhidmatan dan bekalan aset dan perbelanjaan-perbelanjaan lain. Kenaikannya tidak ketara antara Bajet 2023 dengan Bajet 2024.
Saya percaya peningkatan tersebut adalah merujuk penambahan subsidi harga padi, subsidi dan insentif tanaman padi dan bantuan khas pesawah. Saya ucapkan terima kasih kerana perbahasan saya dalam Bajet 2023 lalu telah diberikan perhatian oleh kerajaan dalam Bajet 2024. Cumanya saya harap subsidi tersebut tidak dimanfaatkan oleh kartel-kartel dalam sektor pertanian dan warga asing. Sebaliknya ia harus dipastikan sampai ke tangan pesawah itu sendiri melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK). Satu mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar ini harus dilaksanakan secara adil dan telus agar tidak berlaku ketirisan lagi.
Seterusnya kod 10000 – Pengurusan di bawah sub kod 010200 – Perancangan.
Peruntukan ini dinaikkan daripada RM29.4 juta bagi Bajet 2023 kepada RM30.3 juta bagi Bajet 2024. Berlaku peningkatan sebanyak RM941,100. Saya mohon penjelasan, apakah perancangan kementerian untuk membangunkan industri padi agar negara tidak bergantung dengan beras import untuk tahun 2024. Apakah inisiatif kementerian bagi memperkukuhkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi variati benih penanaman padi dalam negara?
Selanjutnya bekalan makanan negara sub kod 020100 – Pembangunan Industri padi.
Penggunaan dron dalam bidang pertanian kini dilihat telah mengubah landskap pertanian konvensional yang mampu menjamin hasil pengeluaran makanan dengan lebih optimum, selain daripada menjana pendapatan terutamanya di kalangan petani muda. Persoalan saya ialah adakah kementerian memperuntukkan subsidi pembelian dron kepada petani muda.
Adakah kementerian juga memberikan geran pembelian dron kepada setiap PPK untuk digunakan oleh ahli PPK yang terdiri di kalangan petani muda?
Selanjutnya kod 10013 – Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian (BPSP). Tanah sawah menjadi lembut menyebabkan berlakunya tanah jerlus. Ini menyebabkan hasil padi tidak dapat dituai dengan sepenuhnya dan petani mengalami kerugian. Persoalan saya ialah adakah kementerian memperuntukkan pemulihan tanah jerlus pada tahun 2024. Jika ada...
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Minta laluan, Tangga Batu.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Ya, ya.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Jerlun setuju tidak kalau saya katakan dalam industri pertanian apabila kita terlalu lama menggunakan chemical fertilizer, sebenarnya kita membunuh all the benefit microbes sehinggakan tanah tidak menjadi subur.
Jadi, kita minta supaya kerajaan melihat ini kerana microbes ini dia mahal. Kalau boleh hendak dimasukkan dalam bajet supaya kita boleh memulihkan tanah sawah ini supaya untuk meningkatkan kita punya hasil per hektar. Sekian, terima kasih.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Saya bersetuju dengan pandangan Tangga Batu dan mohon masukkan dalam ucapan saya. Yang kedua, jika ada, berapakah peruntukan untuk memulihkan tanah sawah yang jerlus? Ketiga, adakah kerajaan
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
memperuntukkan pampasan kepada pesawah yang direhatkan oleh PPK akibat tanah jerlus disebabkan pesawah tidak boleh mengusahakan sawah padi?
Selanjutnya, Butiran 020900 – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
Kerajaan telah mengumumkan projek rintis untuk memulakan projek tanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun. Seluas 30,000 hektar dalam kawasan MADA. Masalah yang sering dihadapi oleh MADA dan PPK sekarang ini ialah benih padi tiada di pasaran secara meluas. Jika adapun, dijual dengan harga yang tinggi. Ada yang jual RM45, ada yang jual RM50, bahkan sehingga ke RM70 sekampit. Penjualan benih padi ini berlaku di kawasan saya dengan kadar harga yang saya sebutkan tadi iaitu RM70. Persoalan saya, apakah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang untuk mengatasi masalah benih padi yang dirangka oleh kementerian bagi menjayakan projek tanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun. Yang kedua, apakah variati padi yang dikeluarkan oleh MARDI untuk pelaksanaan projek tanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun.
Selanjutnya, saya pergi kepada pembangunan...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Ada dua sedikit lagi. Pembangunan Butiran 12800 – Pemodenan Sistem Pengairan Padi. Adakah kementerian bercadang untuk menaik taraf atau membuka parit tali air yang baharu di kawasan sawah padi di Kedah? Kedua, terdapat rungutan pesawah bahawa MADA atau Jabatan Pengairan dan Saliran hanya membersihkan rumput, lalang dan semak samun di kawasan sawah dua kali setahun untuk tahun 2023. Sedangkan pesawah minta empat kali atau enam kali setahun. Untuk tahun 2024, berapakah peruntukan yang disalurkan kepada MADA atau JPS untuk membersihkan rumput, lalang dan semak samun tersebut?
Akhirnya, Program Agro-YES 2.0 di bawah Butiran 40008 – Agro Bank merupakan satu program yang menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan yang ditawarkan di bawah Program Dana Pembiayaan Agromakanan Keluarga Malaysia (DPAKM) khususnya kepada sektor usahawan muda. Agro Bank mengenakan kosong peratus untuk enam bulan pertama dan tiga peratus selepas setahun sehingga tamat tempoh. Dua soalan. Pertama, saya mencadangkan charge kosong peratus dilanjutkan sehingga peminjam memperoleh hasil pengeluaran tanaman mereka, bukan setakat enam bulan pertama kerana enam bulan pertama itu belum tentu usahawan tani ini dapat hasil.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Kedua, caj tiga percent adalah tinggi bagi usahawan muda yang baru menceburkan diri dalam agromakanan. Saya mencadangkan caj tiga percent dikaji semula. Sebaliknya dikenakan secara berperingkat bermula dengan satu percent, kemudian dua percent, kemudian tiga percent mengikut tahun-tahun tertentu sehingga tamat tempoh pembiayaan.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut serta membahaskan Bajet 2024 peringkat Jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Tuaran berbahas bagi Maksud Pembangunan 21, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Butiran 40004 – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).
Tahniah kepada LPNM kerana peruntukan yang diberikan dalam Bajet 2023 hanyalah RM24 juta tetapi pada tahun 2024, peruntukan telah ditambah menjadi RM33.1 juta.
Puan Pengerusi, dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa pada butiran yang sama pada 24 November 2021, Tuaran telah bertanya di Dewan yang mulia ini tentang bagaimanakah kerajaan memberi perkhidmatan bantuan kepada pengusaha tanaman nanas di Sabah dalam keadaan di mana perkhidmatan serta operasi LPNM tidak diperluaskan di Sabah. Kalau tidak silap saya, jawapannya pada ketika itu ialah Kerajaan Sabah telah menolak cadangan perluasan skop perkhidmatan LPNM di Sabah. Sebaliknya, Kerajaan Sabah bercadang untuk menubuhkan agensi baharu untuk tujuan itu. Atas faktor tersebut, maka Kerajaan Persekutuan tidak dapat berbuat apa-apa.
Seterusnya, Tuaran pada ketika itu juga telah mencadangkan agar nasib para pengusaha 1,083 hektar nanas di Sabah selaku negeri keempat pengusaha nanas terbesar di Malaysia perlu dibela dan diperjuangkan. Syukurlah pada 7 April 2022, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah menandatangani satu perjanjian persefahaman (MOU) tentang bagaimana perihal nanas di Sabah ini dapat diurus tadbir. MOU ini masih berkuat kuasa sehingga kini.
Sehubungan dengan itu, Tuaran meminta Kerajaan Persekutuan menyatakan, bagaimanakah cara Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan untuk pembangunan nanas di Sabah? Sekiranya ada, agensi manakah yang bertanggungjawab? Berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan sejak MOU itu ditandatangani?
Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan selaku pemerintah di negara ini untuk memastikan agar hak-hak para pengusaha komoditi nanas di seluruh Malaysia terbela terutamanya di Sabah. Seluruh rakyat juga mahu mendapat maklumat bagaimana cara memohon bantuan penanaman nanas yang sebaik-baiknya dan seterusnya agar pendapatan pengusaha serta perluasan tanaman komoditi nanas di Sabah akan terus bertambah.
Puan Pengerusi, pendekatan ini berlainan dengan Sarawak, dengan LPNM telah pun menubuhkan tiga cawangan iaitu LPNM Wilayah Malaysia Timur Sarawak Cawangan Kuching, LPNM Negeri Sarawak Cawangan Samarahan dan LPNM Negeri Sarawak Cawangan Sibu. Tuaran percaya perwujudan cawangan-cawangan tersebut telah memberi sumbangan terhadap peningkatan keluasan tanaman nanas di Sarawak kepada 2,049 hektar iaitu kedua terbesar selepas Johor iaitu 10,211 hektar.
Puan Pengerusi, umum telah mengetahui bahawa baru-baru ini, iaitu 25 Oktober 2023, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II iaitu Yang Amat
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Berhormat Petrajaya telah membuat keputusan bahawa skop LPNM akan diperluaskan untuk mengetengahkan komoditi bernilai tinggi seperti kelapa dan durian.
Pertanyaan Tuaran ialah adakah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah tidak bercadang untuk mempertingkatkan atau mengubah suai MOU perihal permohonan komoditi nanas di Sabah? Bagaimana pula nanti dengan komoditi kelapa dan komoditi durian?
Adakah pihak Kerajaan Persekutuan tidak mahu mencadangkan kepada Kerajaan Sabah supaya LPNM ini diperluaskan ke Sabah melalui satu bentuk devolution of power, seperti Sarawak yang telah pun berjaya diberikan kuasa penyelidikan melalui devolution of power, yang mana program-program LPNM dilaksanakan di Sabah akan melalui penurunan kuasa kepada agensi Kerajaan Sabah di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
(MAFI)?
Penurunan kuasa ini penting agar pengusaha nanas, kelapa dan durian di Sabah mendapat pembelaan serta perkhidmatan yang sangat diperlukan untuk memacu pembangunan tiga komoditi tersebut di wilayah Sabah.
Seterusnya, Puan Pengerusi, saya ingin berbahas bagi Maksud Butiran 10012 – Bahagian Pembangunan Industri Padi. Pada 12 September 2023, Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, iaitu sahabat saya, Yang Berhormat Kota Raja, telah mengumumkan bahawa kerajaan bercadang untuk membangun seluas 50,000 ekar atau 20,235 hektar untuk tanaman padi di Sabah. Tetapi, sampai saat ini tidak menyatakan di mana letaknya tanah seluas itu bagi tujuan penanaman tersebut di Sabah.
Kemudian, pada 15 Oktober 2023, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri semasa menjawab soalan lisan daripada Yang Berhormat Semporna mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan penanaman padi seluas 2,158 hektar di Sabah iaitu di Beluran dan di Kota Belud. Tuaran ingin tahu, adakah kedua-dua Menteri ini merujuk kepada perkara yang sama atau berlainan? Seterusnya, Tuaran ingin tahu, agensi manakah yang akan mengawal selia penanaman padi tersebut? Kalau di Kota Belud, adakah ia berada di bawah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA)? Kalau di Beluran, agensi mana pula?
Rakyat Sabah, khususnya di daerah Kota Belud, juga ingin tahu, daripada manakah nanti air yang akan diambil untuk tujuan pengairan tanaman padi berkenaan? Berapa jumlah peruntukan yang diperlukan? Apakah peranan Kerajaan Sabah dalam penanaman padi yang dicadangkan ini?
Puan Pengerusi, saya akhiri dengan serangkap pantun.
Bikin biskut berinti nanas, Tuai padi menjadi nasi, Hasil tani umpama emas, Beri Sabah berkuasa sendiri. Sekian dan terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih, Puan Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sidang Dewan Rakyat sekalian.
Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk perbahasan di peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan 2024.
Firman Allah SWT., [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang dan padanya kapal- kapal yang berlayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia, demikian juga pada air hujan yang Allah turunkan dari langit, lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi, sesudah matinya, serta Allah biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang, demikian juga pada peredaran angin dan awan yang tunduk kepada kuasa Allah, terapung-apung di antara langit dan bumi, sesungguhnya pada semuanya itu ada tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan, keesaan Allah, kekuasaan- Nya, kebijaksanaan-Nya dan keluasan rahmat-Nya bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran”. Puan Pengerusi dan sidang Parlimen sekalian, Pasir Salak ingin menarik perhatian Dewan dengan Kepala B.21 di bawah Butiran 20002, muka surat 217, IADA – Seberang Perak. Anggaran pada tahun 2024 adalah sebanyak RM6.5 juta. Pasir Salak berharap supaya pihak IADA menyentuh kerja-kerja memperbaiki jalan-jalan lori untuk mengambil padi di musim menuai terutamanya di Blok A, Blok B dan Blok C awam FELCRA Seberang Perak.
Begitu juga dengan penyelenggaraan tali air-tali air yang rosak dan tidak berfungsi dipenuhi dengan keladi bunting, sampah sarap dan kayu-kayan yang menyumbatkan pengaliran air ke sawah-sawah padi selaras dengan tugas IADA iaitu menyelenggara sistem pengairan dan saliran Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Begitu juga jangan dilupakan pengairan air di Sungai Manik yang Pasir Salak bangkitkan pada sesi yang lalu. Pasir Salak ingin bertanya, adakah projek perparitan bagi pengairan di Sungai Keruing disambung semula? Bilakah akan disiapkan dan sudahkan pihak kerajaan mengenal pasti masalah pengairan dan menyelesaikannya demi kesejahteraan petani? Pasir Salak juga berharap penyelenggaraan sepenuhnya supaya parit buang di Blok B, FELCRA Seberang Perak yang diadukan oleh petani di Seberang Perak iaitu Encik Azman bin Samiran.
Ini adalah penting kerana Pasir Salak meninjau sendiri tempat tersebut yang dipenuhi dengan pokok kayu yang sudah tiga tahun tidak diselenggara dengan baik. Perkara ini adalah bagi memastikan misi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mentransformasikan sektor pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik dan kompetitif sebagai pengeluar padi dan beras yang utama makanan dunia serta salah satu jentera pertumbuhan ekonomi negara.
Puan Pengerusi, seterusnya merujuk kepada Butiran 020700 – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Pasir Salak ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri, Pasir Salak mendapat aduan di mana ramai di kalangan nelayan darat khususnya di Sungai Perak
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
tentang kesukaran mereka memohon lesen bot fiber. Contohnya daripada 50 orang yang memohon, hanya lima atau enam orang sahaja yang dapat dan diluluskan. Oleh itu, Pasir Salak mohon agar perkara ini diteliti supaya mereka dibantu dengan memudahkan permohonan lesen agar inisiatif daripada kerajaan kepada mereka yang terlibat dalam memenuhi keperluan makanan negara dapat dibantu, insya-Allah. Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya jemput Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera, salam perpaduan, salam Malaysia Madani.
Puan Pengerusi, saya merujuk Butiran 10003 – Bahagian Sekuriti Makanan. Saya ingin membangkitkan isu keterjaminan makanan ini yang penting bagi kesejahteraan negara.
Berdasarkan Indeks Sekuriti Makanan Global (GFSI) 2022, Malaysia berada di tangga 41 daripada 113 negara. Walaupun prestasi ini di tahap sederhana, kita dilanda cabaran global yang memberi impak langsung terhadap pengeluaran makanan negara. Pelbagai faktor seperti perubahan iklim, kenaikan kos pengeluaran, serangan penyakit dan konflik politik global terutamanya konflik Israel–Palestin mengheret dunia kepada ketidaktentuan ekonomi dan bekalan makanan.
Kita juga berdepan cabaran kartel yang memonopoli barangan keperluan. Pada 10 Oktober yang lalu, Ops Beras Putih Tempatan menyita sebuah kilang beras di Kedah kerana disyaki menyorok beras tempatan sebanyak 180 tan. Ini sangat membimbangkan apabila ada pihak yang cuba mensabotaj bekalan makanan negara semata-mata demi keuntungan dan tidak mempedulikan nasib rakyat.
Puan Pengerusi, menurut Jabatan Pertanian, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi sektor agromakanan adalah sebanyak 7.3 peratus. Dalam masa yang sama, kita juga banyak bergantung kepada import makanan dengan nilai sekitar RM50.5 bilion daripada jumlah produk makanan yang digunakan. Saya menyokong strategi kerajaan dalam meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dalam negara dan mengurangkan kebergantungan terhadap import melalui Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2021–2025 dan Dasar Agromakanan Negara 2021–2030.
Persoalan saya ialah apakah rancangan kerajaan dalam menguruskan RM400 juta peruntukan untuk keterjaminan makanan ini dalam mentransformasi aktiviti pertanian secara tradisional kepada sistem pertanian pintar bagi mengukuhkan ketahanan ekosistem agromakanan ini? Misalnya teknologi AI dapat mengintegrasikan maklumat yang diperlukan untuk menambah pengetahuan petani dalam mengoptimumkan penggunaan tanah. Ia juga dapat membantu para petani dari sudut pemantauan, kawalan serangga perosak dan meningkatkan kecekapan pengurusan. Melalui penggunaan drone yang dilengkapi AI pula, kos pengurusan dan pertanian juga dapat dikurangkan dari sudut penggunaan air dan
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
kerugian akibat serangan penyakit atau serangga perosak melalui sistem maklumat dan data yang efisien.
Puan Pengerusi, seterusnya saya juga ingin menekankan peranan FAMA dalam menguruskan bekalan makanan negara terutamanya sewaktu krisis pandemik yang melanda negara. Untuk itu, saya merujuk kepada Butiran 40002 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). FAMA merupakan agensi yang sangat penting bagi pengurusan pemasaran sektor agromakanan negara di peringkat domestik dan juga antarabangsa. Selain itu, FAMA juga bertanggungjawab menguruskan dan memastikan kecekapan rantaian bekalan makanan seluruh negara selain memantau harga pasaran pertanian. Ini bagi meningkatkan pengusaha tanaman dalam masa yang sama menyediakan harga mampu milik kepada pengguna. Saya ingin menyeru kerajaan supaya menambah peruntukan kepada FAMA bagi meningkatkan keupayaan mereka sebagai agensi pelaksana yang lebih cekap dan efektif. Kita dapat lihat bagaimana FAMA menguruskan bekalan seperti telur dan beras di saat kita menghadapi krisis. Kita dapat lihat bagaimana kakitangan FAMA dari atas hingga ke bawah, mereka bekerja keras beberapa bulan ini untuk memastikan tanggungjawab itu dapat dilaksanakan.
Puan Pengerusi, keupayaan FAMA dapat ditingkatkan dengan penaiktarafan terhadap pusat pengumpulan ladang dan pusat pengedaran. Sistem pemadanan maklumat SDV yang dibangunkan FAMA juga harus ditambah baik bagi menguruskan permintaan pasaran dan keadaan bekalan. Produk-produk AgroMas keluaran FAMA sendiri dan juga pengeluaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berkualiti dan berdaya saing sepatutnya dapat dipopularkan lagi di pasaraya-pasaraya besar. Di saat rakyat bersatu padu menjalankan boikot terhadap produk-produk yang mendukung apartheid Israel, inilah masanya produk-produk tempatan diangkat dan diberikan sokongan sewajarnya untuk meningkatkan supaya eksport produk tempatan ke luar negara, penjenamaan semula, pelabelan jaminan kualiti produk tempatan seperti Malaysia's Best, MyGAP dan sebagainya juga seharusnya dipertingkatkan lagi.
Terakhir, sokongan, latihan dan insentif terhadap pembangunan modal insan FAMA juga sangat penting bagi mengukuhkan kecekapan mereka dalam menangani krisis bekalan makanan segera. Sesungguhnya, strategi keterjaminan makanan tidak akan lengkap tanpa pengukuhan agensi pelaksana yang penting seperti FAMA. Yang terakhir bagi saya, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua kaum India yang akan menyambut pada 12 hari bulan nanti. Deepavali Nal Valthukal. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerusi. Saya ingin membahaskan berkenaan dengan Butiran P.10008 – Unit Agropreneur Muda. Usaha untuk menggalakkan penyertaan golongan belia dalam sektor pertanian bermula pada tahun
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
2016 dengan perkenalkan Program Usahawan Tani Muda di bawah RMKe-11 2016-2020.
Bertujuan untuk meningkatkan penyertaan belia berumur daripada 18 hingga 40 tahun dalam pengeluaran makanan. Sesuai dengan Program Usahawan Tani Muda untuk menarik lebih ramai dan mengekalkan penyertaan belia dalam pertanian serta strategi dan inisiatif khusus mengenai pertanian pintar untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan mencapai standard MyGAP, membantu petani muda mengusahakan kawasan tanah yang lebih besar yang memerlukan penyelarasan antara bank, pejabat tanah dan penyedia perkhidmatan ladang.
Untuk menarik minat anak muda dalam pertanian dengan mengadakan program kokurikulum sekolah seperti mana Kelab Kebun dulunya dinamakan Projek Buku Hijau, anjurkan lawatan ladang kebun yang berjaya untuk menanam minat di kalangan belia kerana kita juga sedih kadang-kadang ada di kalangan siswazah kita yang berkelulusan dalam bidang pertanian, tetapi tidak mahu melibatkan diri dalam pertanian. Apakah usaha yang dibuat oleh pihak kementerian terhadap negeri yang ekonominya bergantung kepada sektor pertanian seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan lain-lain, para belia di negeri- negeri ini mengambil manfaat daripada inisiatif ini? selain daripada mengurangkan imigrasi golongan belia ke kawasan bandar seperti Lembah Klang?
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Butiran 020800 – Lembaga Pertubuhan Peladang. Penubuhan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) pada 14 Februari 1973, ertinya sudah berumur 49 tahun. Bertujuan untuk memikulkan tanggungjawab membantu mempertingkatkan ekonomi dan sosial masyarakat tani di bawah satu badan yang berperanan khusus. Malahan Almarhum Tun Razak, 19 November 1973 telah menyatakan Lembaga Pertubuhan Peladang adalah payung kepada peladang. Persoalannya, adakah LPP telah mencapai matlamat penubuhannya untuk menjadi payung kepada peladang, walaupun peruntukan bertambah.
Peruntukan bertambah tahun ini sebanyak RM3,765,000 berbanding dengan 2023.
Sepatutnya LPP berperanan untuk menjadi supply chain, rantaian bekalan kepada petani.
Contohnya, LPP berperanan menyediakan benih, baja, alat membajak,dron, tabur baja, racun, mesin padi, kilang padi. Sudah tentulah 49 tahun, ada atau tidak kilang LPP atau dimiliki oleh Pertubuhan Peladang kawasan sendiri, sedangkan ia sudah berumur 49 tahun.
Harapan kita ialah untuk kita memutuskan kartel-kartel yang mencengkam para petani. Saya juga nak minta tunjukkan pada saya, Lembaga Pertubuhan Peladang yang aktif untuk dijadikan contoh. Kita tidak mahu LPP diletakkan orang yang tidak mempunyai wawasan untuk membangunkan sektor peladang, hanya untuk ambil elaun tetapi ideanya kosong Timbalan Menteri.
Butiran 020300 – Jabatan Pertanian. Kita selalu teruja dengan negara jiran kita dalam pertanian. Iklim Thailand dan taburan hujan sama sahaja dengan kita tetapi kenapa mereka berjaya? Tetapi kenapa pertanian di negara kita tidak berjaya?
Selalu kita sebut beras Siam, mangga Siam, durian Siam, adalah antara produk pertanian keluaran negara itu yang kerap kali kita dengar. Kita tidak dengar beras Malaysia, mangga Malaysia, durian-durian Malaysia. Kita ada MARDI, kita ada Fakulti Pertanian. Di manakah silapnya, sehinggakan kita tidak maju dan berjaya sepertimana negara jiran kita?
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Kemudian B.21 040600 – Bantuan Khas Pesawah. Saya mengharapkan supaya bantuan khas kepada pesawah yang buat bendang tidak menjadi terutamanya. Pada tahun ini, peruntukan lebih daripada RM50 juta diberikan untuk Bantuan Khas Pesawah. Berilah one-off kepada petani. Petani hari ini bukan sahaja berada di tahap miskin malahan sudah berada tahap fakir miskin. Fakir maknanya, RM10 dia perlu tetapi dia dapat RM3 sahaja.
Apabila padi tak menjadi, untuk belanja harian terpaksa mereka pinjam daripada tauke-tauke. Akhirnya, semua pertanian mereka dijualkan kepada tauke-tauke ini walaupun dengan beberapa harga yang diambil oleh tauke-tauke kerana mereka telah ambil advance ataupun pendahuluan.
Akhir sekali ialah Butiran 020200 - Pengairan dan Saliran Pertanian. Peningkatan bagi butiran ini adalah merupakan satu yang positif kerana pengairan dan saliran ini sangat penting dalam mengeluarkan hasil yang baik. Mohon Menteri nyatakan bagaimana peruntukan RM11.78 juta ini dibahagikan mengikut negeri dan secara lebih spesifik berapakah banyak peruntukan pengairan dan saliran pertanian yang disalurkan ke kawasan Bagan Serai, Kerian pada tahun hadapan?
Kedua, dengan peningkatan peruntukan ini, sejauh mana jaminan kementerian terhadap kecekapan dan kepantasan pihak berwajib dalam memberi respons kepada isu serta permasalahan yang dilaporkan oleh rakyat berkaitan pengairan dan saliran ini.
Ketiga, sehingga kini berapa peratus penggunaan teknologi terkini yang dilaksanakan dalam operasi pengairan dan saliran pertanian di negara kita? Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya jemput Yang Berhormat Tampin.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 90200 – Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan. Saya menyambut baik langkah kerajaan untuk melindungi nasib petani, penternak dan nelayan bermula tahun depan dengan memperkenalkan Tabung Bencana Pertanian dan Skim Takaful Tanaman Padi menerusi belanjawan kali ini.
Persoalan saya mengenai Tabung Bencana Pertanian, mengapakah jumlah pampasan yang disediakan hanyalah sehingga 50 peratus sahaja daripada nilai kerugian sebenar? Adakah Tabung Bencana Pertanian tersebut hanya boleh dimanfaatkan oleh industri berkaitan tanaman sahaja atau bagaimana?
Berhubung Skim Takaful Tanaman Padi saya difahamkan sebanyak RM50 juta disediakan sebagai dana permulaan untuk manfaat lebih 240,000 pesawah. Persoalan saya, bilakah skim takaful ini akan diperluaskan lagi kepada sektor agromakanan lain yang turut terdedah dengan risiko bencana pada setiap tahun? Saya berpendapat sektor agromakanan lain wajar diberi perlindungan sebaiknya dan skim takaful ini perlu diperluaskan dengan kadar yang segera.
Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 10008 – Unit Agropreneur Muda. Saya ingin mendapatkan kepastian daripada kementerian, sejauh manakah keupayaan Program
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Agropreneur Muda dalam melahirkan generasi baru untuk berkecimpung dalam dunia pertanian dan menjadikannya sebagai kerjaya? Berapakah nisbah terkini penglibatan warga tempatan dalam sektor pertanian antara golongan berumur dan golongan muda mengikut pecahan industri tanaman ternakan dan perikanan?
Adakah kementerian hanya bergantung harap kepada Program Agropreneur Muda sahaja untuk memastikan sektor pertanian ini terus mendapat tempat di hati golongan muda atau bagaimana? Perkara ini saya timbulkan kerana didapati bahawa golongan muda terus menjauhkan diri daripada sektor pertanian walaupun berasal daripada luar bandar. Sekiranya data-data dan dapatan kementerian berbeza, saya mohon supaya ianya dikongsi bersama.
Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 40002 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Saya ingin mengetahui apakah perancangan kementerian untuk memastikan outlet-outlet FAMA untuk terus kekal berdaya saing dan dapat diakses dengan mudah untuk rakyat. Di Tampin misalnya, dengan anggaran penduduk seramai 90,000 orang hanya terdapat enam buah outlet sahaja dan perkara ini amat mendukacitakan. Saya mohon kepada kementerian supaya menambah lagi outlet FAMA di dalam kawasan Parlimen Tampin di lokasi yang strategik.
Berkenaan MyFarm outlet yang pernah diperkenalkan pada tahun 2016 atau kemudiannya dijenamakan semula sebagai Pasar Tani Kekal. Saya ingin mendapat kepastian, sama ada inisiatif ini masih berjalan dan diteruskan oleh kementerian atau bagaimana? Jika masih diteruskan, saya mencadangkan agar sebuah Pasar Tani Kekal dibina dalam kawasan Parlimen Tampin bagi memudahkan warga setempat mendapat bekalan.
Butiran 10012 – Bahagian Pembangunan Industri Padi. Sejauh manakah penglibatan kerajaan-kerajaan negeri, pihak swasta dan para pengusaha untuk bersama-sama kementerian bagi membangunkan kawasan penanaman padi. Berapakah kelulusan keseluruhan kawasan sawah yang berpotensi untuk dibangunkan di seluruh negara tetapi masih terbiar? Apakah pelan kontingensi kementerian sekiranya tidak mendapat kerjasama pihak-pihak yang diharapkan untuk turut sama membantu?
Pada kesempatan ini saya ingin berterima kasih kepada Yang Berhormat Jelebu selaku Exco Kanan yang memegang portfolio Pertanian Keterjaminan Makanan dalam kerajaan Negeri Sembilan kerana tidak menunggu lama untuk memastikan hasrat kementerian terlaksana. Tanah terbiar seluar 20 hektar di Kampung Londah ,Gemas Tampin bakal dijadikan kawasan tanaman padi yang baru di Negeri Sembilan.
[Tepuk] Akhir sekali, Butiran 10001 – Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik. Bahawa soalan saya, apakah punca yang dikenal pasti oleh kementerian berhubung kemerosotan kedudukan negara dalam Indeks Kualiti Makanan Global (GSFI) yang jatuh ke tangga 41 pada tahun 2022 berbanding 39 pada tahun sebelumnya? Adakah dua dasar utama kementerian untuk menangani isu keterjaminan makanan sejak tahun 2021 mempunyai kelemahan dan lompang yang menuntut supaya ianya dikaji semula.
Apakah perkara atau bidang yang akan diberikan perhatian oleh kementerian untuk menambah baik kedudukan tersebut supaya segala usaha yang dilakukan berhubung
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
keterjaminan makanan sentiasa berada di landasan yang betul dan tepat. Tuan Pengerusi, sekian sahaja daripada saya setakat ini. Semoga pandangan dan persoalan mendapat perhatian pihak kementerian. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Saya jemput Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullah, selamat petang. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 040400 bersama dengan Butiran 040500 iaitu Subsidi Harga Padi dan Subsidi dan Insentif Tanaman Padi. Pada awal Oktober lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan RM400 juta subsidi yang akan diberikan kepada premis-premis kerajaan dalam pembelian beras putih import bagi kita menangani kekurangan beras putih tempatan khususnya agensi termasuk hospital, penjara, asrama sekolah dan sebagainya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
RM400 juta ini sangat besar nilai dia. Jadi, saya ingin bertanya adakah langkah intervensi yang kerajaan lakukan ini telah berjaya menangani masalah kekurangan beras putih tempatan? Nampaknya kalau secara rambangnya di pasaran kita masalah ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya, bagaimana harga beras import masih menguasai di kedai-kedai dan di supermarket dan sebagainya untuk diperolehi oleh pengguna-pengguna ini, yang khusus mereka memerlukan beras tempatan yang murah.
Jadi, langkah ini saya lihat mungkin akan memberi kesan juga kepada subsidi harga padi khususnya, kita melihat secara dasarnya isu yang membelenggu petani kita, iaitu kenaikan harga import pertanian yang semakin tidak dapat dikawal oleh kerajaan. Kita lihat hari ini harga untuk upah membajak sawah naik daripada RM80 ke RM90 seekar, upah jentera daripada RM70 naik kepada RM90 seekar.
Upah meracun daripada RM27.30 naik, begitu jugalah ya dengan kos-kos yang lain.
Kita risau kalaulah langkah subsidi yang besar ini diberikan namun tidak dapat diselesaikan masalah asalnya itu seperti mana pepatah yang menyebut, “Arang habis besi binasa” atau juga ada orang-orang tua menyebut, “Bagai hujan jatuh ke pasir” ya. RM400 juta itu perlu kita seoptimumnya dimanfaatkan untuk kita mengatasi masalah kekurangan harga beras tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, saya terus merujuk Butiran 020900 – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang mendapat kenaikan peruntukan sebanyak RM19 juta iaitu peningkatan sebanyak 66.7 peratus berbanding sebelum ini. Yang pentingnya ialah MADA ini menjadi agensi utama membekalkan, menguruskan beras di negara sebanyak lebih kurang 42 peratus. Sudah pastilah dalam rangka kerajaan melihat potensi penanaman padi lima kali dua tahun itu, MADA yang telah memulakan projek ini lebih kurang 1,200 hektar.
Namun, dalam butiran ini seperti mana disebut oleh beberapa Ahli Parlimen yang lain, kita tidak dapat melihat secara spesifik bagaimana projek yang saya yakin sangat signifikan untuk kita memastikan SSL beras itu dapat dipertingkatkan sehingga yang disasarkan 75 hingga 80 peratus menjadi kenyataan. Jadi, kerajaan sangat penting melihat
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
penanaman padi lima kali dua tahun itu adalah satu langkah jangka panjang yang perlu diberi keutamaan.
Seterusnya saya juga merujuk Butiran 10012 – Bahagian Pembangunan Industri Padi yang diberikan peruntukan sebanyak RM1 juta dan tiada kenaikan dan seperti mana belanjawan yang sebelum ini. Jadi, isu yang berlaku sekarang ini juga ialah yang terkini yang dilaporkan oleh media masalah untuk petani-petani kita mendapatkan benih padi sah yang masih lagi belum dapat diselesaikan oleh pengeluar-pengeluar benih padi sah ini.
Dalam laporan kelmarin, dinyatakan hanya sekitar 7.4 peratus daripada jumlah 9,171 pesawah MADA di Perlis belum berjaya memulakan tanaman kerana mereka menghadapi bekalan benih padi yang sah. Kalau adapun harganya melonjak begitu tinggi sehingga ada yang mereka tak bisa membeli satu beg 20kg RM55 hingga RM60. Begitu jugalah yang berlaku di negeri Kedah.
Terakhir Tuan Pengerusi, Butiran 10003 – Bahagian Sekuriti Makanan yang memperuntukkan sebanyak RM400 juta dan ini juga saya ingin bertanya, bagaimanakah butiran lanjut untuk Bahagian Sekuriti Makanan ini. Khususnya juga bagi pembangunan pertanian di daerah saya di daerah Sik dan juga termasuklah pertanian-pertanian kontan untuk kita memastikan khususnya tadi disebut tanah-tanah yang terbiar yang perlu kita juga memberi fokus untuk diusahakan kepada petani-petani kita dengan insentif-insentif yang diberikan oleh pihak kementerian sendiri. Tuan Pengerusi, itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sik.
Saya jemput Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Rakyat Malaysia orang muda, tap, tap skrin guys. Saya dengan rakyat, sini tak mahu dengar tak apa, tak ada masalah.
Tuan Pengerusi, hendak dengar, okey boleh dengar ya. Pertama sekali 020100 – Industri Padi. Seperti kawan-kawan tadi, kawan-kawan yang telah disebutkan tetapi kita sebut di sini dan lepas itu Menteri dapat jawapan pegawai tulis dekat belakang. Saya hendak tahu, apa tindakan?
Yang Berhormat, tindakan apa Yang Berhormat telah ambil iaitu berhubung dengan benih, padi benih, benih padi yang petani tak boleh tanam lagi. Tak boleh tanam padi kerana benih tidak ada. Benih yang telah diumumkan oleh Menteri di kilang, pintu kilang RM40 tetapi MADA isytiharkan RM45.
Kalau pergi ke MADA tidak ada padi Yang Berhormat, harga ada padi tak ada. Tapi kalau pergi dekat belakang sikit ada RM55. Kalau mahu pergi tempat lain ada RM60, RM65 tetapi itu pun dah tidak ada sekarang. Jadi, saya hendak minta Yang Berhormat, apakah tindakan pihak kerajaan?
Kalau menjerit di sini di waktu Maghrib ini tapi tindakannya “Kita akan ambil tindakan.” Tindakan apa? Saya hendak tahu apa yang dibuat untuk selesaikan benih padi? Tan Sri Pengerusi, kemudian seperti yang telah disebutkan tadi benih padi kurang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Keduanya ialah walaupun kita telah naikkan harga lantai padi Yang Berhormat, saya telah sebutkan harga perkhidmatan pertanian naik, naik sekali gus. Apa fasal? Saya tanya, saya sudah tanya tadi soalan tapi jawapannya adalah tetapi apa tindakan diambil? Kalau tanya kenapa dinaikkan harga? Oh, ini harga spare part mahal. Mana? Dia belum lagi beli apa lagi, belum rosak, apa dia naikkan harga. Semua naik sampai mesin rumput naik. Minta maaflah sebab ini orang sebut perkataan “Bangla”. Bangla tanam padi pun naik, semua naik.
Jadi, apa yang tinggal pada petani? Yang tinggalnya ialah kerugian. Walaupun mereka tak nampak rugi sebab tiap-tiap kali mereka nak mulakan tanaman padi mereka akan pinjam daripada orang tengah termasuklah along, akhirnya dia tak tahu bahawa kerugiannya akan meningkat. Di akhirnya, dia akan kehilangan harta.
Jadi Yang Berhormat, saya hendak tahu apakah tindakan, bercakap banyak kali di sini pun tidak bermakna apa-apa dan kerajaan terus menghukum puak-puak kami.
Wallahualam. Ampa nak hukum, hukumlah ya. Bertanggungjawab dengan Allah SWT nanti ya.
Jadi Yang Berhormat, apakah tindakan yang akan diambil untuk memastikan supaya perkhidmatan pertanian tidak naik, harga benih padi ada, kemudian harga lantai padi. Ini saya minta Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri, walaupun tak dapat tanya mana- mana pihak, kerajaan akan menimbangkan kenaikan harga lantai. Jawab itu cukup.
Kita dah puas hati dah. Kita tak perlu bagi jawapan hendak naik daripada RM1,300 ke RM1,500, tak perlu. Akan mempertimbangkan cukup, jangan jawab lain. Pegawai daripada belakang jangan jawab lain daripada itu. Jawab kita akan mempertimbangkan. Puak-puak sana, kawan-kawan saya juga. Kawan-kawan duk kat luar, kat dalam ini musuh sikit, juga akan menyokong saya.
Kemudian Yang Berhormat, yang berikutnya ialah yang saya hendak sebut sini ialah harga Butiran 020100 - Bekalan Makanan Negara, yang ini beras. Jadi dah sebut dah dan bila dia bagi jawapan ialah yang paling mengecewakan ialah “Beras mencukupi untuk empat bulan”.
Yang Berhormat Tan Sri, empat bulan itu ialah stockpile negara. Sekarang ini ialah bagaimana BERNAS menguruskan stockpile negara? Yang Berhormat, pada masa sekarang ini pernah berlaku dalam sejarah pegawai-pegawai BERNAS yang ada di belakang sana.
Saya bertengkar sakan tadi. Saya hendak beritahu ini kenaikan beras ini Tan Sri, dia selalunya berlaku dalam pusingan 10 tahun.
Okey, saya ingin bertanya kepada kerajaan, kalau Menteri tak boleh jawab, jawab bertulis. Daripada tahun 70 sampai sekarang ini berapa kali kenaikan berlaku? Yang Berhormat, yang pertama yang masih ingat yang- lah sebab yang lain dah tak ingat sebab masa itu mungkin masih kecil lagi bersekolah.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
1998, bila George Soros - Tan Sri Speaker ada lah. George Soros menyerang duit seluruh dunia. Duit kita jatuh dan berlaku kelam kabut kewangan dunia. Masa itu beras kita
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
naik kerana pertukaran tadi, kerana wang kita jatuh dan sebagainya. Beras naik tetapi kita dapat selesaikan dengan cepat dalam masa tiga bulan.
Yang kedua, kenaikan berlaku selepas itu, lebih kurang 10 tahun. Dia selalunya berlaku 10 tahun. Selepas itu, dia akan reda selepas enam bulan, tidak sampai setahun.
2007, 2008 berlaku kenaikan sekali lagi sebab India menghalang daripada eksport beras.
Beras naik sekali lagi 2007 tetapi dia tidak menjangkau lebih daripada setahun tetapi harga itu dapat distabilkan. Siapa stabilkan? BERNAS. Sebab apa? Dia kawal *stockpile.
Stockpile* ini Yang Berhormat, dia boleh bertahan tiga ke empat bulan, stockpile. Masa beras dunia rendah, belilah. Kumpulkan stockpile. Ini bukan nak diniagakan. Untuk pengetahuan Tampin. Ini bukan nak niaga. Ini ialah bila beras kurang ataupun mahal, keluarkan stockpile perlahan-lahan.
2007 kita selesai. BERNAS juga tapi kenapa sekarang beras putih dinaikkan harga?
Yang Berhormat, depa kata sudah naik beras ini. Ini jawapan mempertahankan diri. Kita telah naik setahun tidak berasa. Saya kata kenapa sekarang berasa? Jangan jawab macam itu wahai rakyat Malaysia, pegawai kerajaan. Kalau kamu tidak boleh uruskan BERNAS, bagi balik kepada kerajaan. Kerajaan akan setuju dengan saya. Sebab sekarang ini nak uruskan stockpile. Stockpile ini ialah bila beras dunia murah, beli. Bila beras dunia mahal, beras tempatan akan menghadapi masalah, kita jual perlahan-lahan.
Jadi, kita kawalkan stockpile negara. Dengan mengawal stockpile negara, kita akan menyelamatkan harga supaya tidak naik mendadak. Sekarang naik mendadak. BERNAS contoh ini Yang Berhormat Tan Sri, untung beratus juta. Saya tahulah. Ratus juta, bukan puluh, ratus juta. 20 tahun untung takkan tak boleh buat perancangan keuntungan jangka panjang? Dalam masa lima tahun ini, dua tahun rugi, tiga tahun untung. Buat jangka panjang.
Dulu BERNAS ini adalah public listed company, dengan izin. Sekarang ini dipersendirikan. Jadi, kalau boleh disenaraikan semula di pasaran saham. Dalam masa yang sama, kalau sekiranya duk jawab macam ini, tidak mahu menerima hakikat bahawa mereka telah melakukan kesalahan, mereka kena serah balik stockpile ini kepada kerajaan supaya kerajaan uruskan dan kerajaan boleh stabilkan harga. Bukan mendadak macam ini. Rakyat menderita, kerajaan telah dihentam dengan teruk.
Mereka bagi jawapan kepada saya, ini akan menyebabkan kerugian. Kerugian apa?
Kenaikan sekarang ialah 33 percent, Yang Berhormat. Tidak patut. Jadi, terima kasih Tan Sri.
Saya nak sebut dua itu saja. Saya bukan berbeza pendapat, nak bergaduh dengan pihak BERNAS, tak. BERNAS jangan bimbang. Sebab apa? Kalau kerajaan ambil pun, kamu kerja situ, tak dak bimbang. Tapi yang paling penting sekarang ialah kerajaan ada golden share dalam BERNAS.
Kerajaan juga dipertanggungjawabkan kerana kerajaan duduk diam apabila berlaku kenaikan harga. Kerajaan kena ambil tindakanlah. Gunakan golden share itu, dengan izin, untuk stabilkan harga beras. Jadi, saya minta Tan Sri, benda ini dibuat serta-merta sebab kita tidak mahu rakyat kompelin. Rakyat yang kompelin di bawah bukan rakyat Perikatan Nasional saja, rakyat sanalah. Kami ini Ahli Parlimen ini tidak tahulah, macam-macam gertak dibuat.
Kalau nak peruntukan, sokong.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Boleh landing, boleh landing. Landing. Yang tadi okey dah. Boleh landing, landing.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak Tan Sri, saya sebut supaya- dak, ini ugutan. Tidak payah ugutlah. Kalau nak minta sokongan, kita boleh bagi tahu apa pendirian kami. Kami nak bagi tahu, pendirian kami tetap mantap dan tegas. Insya-Allah, kami tetap dengan pendirian kami.
[Tepuk] Susah bersama, senang bersama.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Arau, dengar cerita ada dua tiga orang lagi Arau. Macam mana Arau?
Tuan Pengerusi
Okey. Arau, tajuk. Dah keluar tajuk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan, macam Yang Berhormat Putrajaya tersekat di kerongkong tadi, saya minta maaf. Jadi, saya terima kasih pada semua dan minta maaf ya, sebab kalau kita mati, kita halal-halalkan. Tapi teguran saya ialah untuk rakyat, demi rakyat. Terima kasih. *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Tepuk]*
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput yang terakhir, Mas Gading.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Di sini saya hanya ingin mengajukan beberapa isu pada pihak kementerian. Saya menyatakan pendapat bahawa tentang aktiviti pertama, program kedua, mengenai bekalan makanan negara. Dalam usaha kerajaan untuk mentransformasikan pembangunan industri padi negara, saya kurang bersetuju dalam usaha kementerian untuk mensasarkan SSL beras dengan hanya mengambil kira corak pemakanan ke arah makanan berprotein dan permintaan kepada specialty rice. Saya berpendapat, kedua-dua pendekatan ini tidak merangkumi penduduk di kawasan luar bandar. Bagaimanakah ini dapat membantu penduduk di kawasan luar bandar, khasnya yang lebih menkosumsikan beras biasa? Bagaimanakah kerajaan dapat meyakinkan rakyat luar bandar untuk menukarkan corak pemakanan ke arah makanan yang berprotein dan bila masa harga specialty rice adalah lebih mahal.
Di bawah Butiran 04700 – Pembangunan Industri Padi Sarawak. Di sini saya ingin tahu, apakah aspek pembangunan yang cuba dibawa oleh kementerian? Apakah pembangunan dari segi kajian potensi atau pembangunan untuk membawa teknologi pertanian padi atau pembangunan dari segi memperluaskan kawasan penanaman padi di Sarawak?
Di sini saya ingin membawa perhatian kementerian untuk bantu membangunkan kawasan penanaman padi yang sedia ada di kawasan Mas Gading, seperti sekitar kawasan Jagoi, Serikin, Tembawang, Sauh, Nowang, Sedaing, Rukam dan Tebaro. Kawasan- kawasan yang saya nyatakan ini memerlukan suntikan dana bagi pembangunan jalan, sistem pengairan dan juga teknologi pertanian padi. Harap kementerian dapat memberi perhatian.
Seterusnya, di bawah Butiran 94000. Sebanyak RM23 juta disediakan bagi 2024 bagi projek-projek pemacu pertanian. Saya ingin mohon penjelasan daripada pihak kementerian untuk menyenaraikan jenis-jenis projek dan adakah Sarawak juga turut dapat manfaat daripada projek-projek ini?
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Saya menyambut baik usaha kerajaan di bawah Butiran 40001 untuk menambahkan peruntukan sebanyak RM45,997,500 kepada MARDI di dalam usaha untuk kerajaan meningkatkan dan memperkembangkan industri pertanian kita. Sebab MARDI memainkan peranan yang sangat penting dalam memacu pembangunan pertanian negara.
Saya mohon agar kementerian boleh mempertimbangkan peruntukan tambahan khas untuk pembangunan MARDI Sarawak dan Sabah bagi memperluaskan perkhidmatan dan merancakkan lagi kajian pertanian bagi memenuhi keperluan dan kesesuaian di dua wilayah tersebut.
Dalam usaha kita untuk membangunkan sektor pertanian negara, apakah rasionalnya kerajaan mengurangkan peruntukan di bawah Butiran 04000 bagi Pembangunan Mempelbagai Pertanian? Apakah cabaran yang dihadapi oleh pihak kementerian? Apakah negara belum mampu menceburi industri pertanian ini? Dalam masa yang sama, saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian, di bawah Butiran yang manakah, langkah-langkah dan inisiatif pihak kementerian untuk membantu meningkatkan industri pertanian yang berkaitan dengan industri pelancongan?
Seterusnya, di bawah Butiran 14800 – Pembinaan dan Pembaikan Jalan Ladang.
Berapakah peruntukan yang diperuntukkan kepada Sarawak? Saya juga inginkan penjelasan daripada pihak kementerian. Adakah sebarang peruntukan diberikan untuk membina dan membaiki jalan-jalan pertanian yang berskala kecil? Sekiranya ada, di bawah Butiran manakah dan berapakah peruntukan yang diberikan kepada Sarawak?
Seterusnya adalah Butiran 10008 – Unit Agropreneur Muda. Saya mohon agar pihak kementerian boleh memperluaskan lagi usaha bagi menggalakkan penglibatan belia ataupun golongan muda dalam sektor pertanian. Saya berharap, kementerian dapat tampil dengan mekanisme ataupun pendekatan yang lebih mesra bagi masyarakat luar bandar Sabah dan Sarawak.
Isu geran tanah adalah satu masalah yang menghalang masyarakat di luar bandar Sabah dan Sarawak untuk menikmati segala faedah ataupun manfaat daripada kerajaan.
Diharapkan kelonggaran dapat diberikan kepada pemohon-pemohon yang ingin menceburi bidang pertanian di atas tanah NCR mereka. Sebab saya percaya, ini merupakan salah satu solusi bagi mengatasi masalah peluang pekerjaan di luar bandar.
Akhir sekali, saya ingin juga mengetahui berapakah jumlah keseluruhan yang diperuntukkan kepada Parlimen Mas Gading di bawah Belanjawan 2024? Saya juga ingin mohon perincian semua projek ataupun program dan inisiatif daripada pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan kepada Parlimen Mas Gading. Sekian, terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Mas Gading. Sekarang saya jemput Menteri menjawab, 30 minit.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin
Terima kasih kepada Tan Sri Pengerusi. Saya memulakan penggulungan saya daripada hot topic- daripada topik-topik yang popular di antara Ahli-ahli Parlimen. Yang
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin
pertama sekali, saya ingin merujuk kepada Butiran 10003 – Bahagian Sekuriti Makanan, kerana ramai Ahli Majlis di sini mempersoalkan apakah penambahan RM400 juta ini untuk kegunaan apa? So, yang RM400 juta ini merupakan Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan. Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan, di mana asas pertimbangannya adalah berdasarkan empat elemen keterjaminan makanan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin
Malaysian hub masih perlu memberi tumpuan kepada ketersediaan, kemampanan dan penggunaan makanan untuk mengukuhkan keterjaminan makanan secara holistik.
Dalam merangka ini, kita telah buat keputusan bahawa RM150 juta untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam mengoptimumkan penggunaan dana bagi meningkatkan hasil tanaman dan ternakan.
So, untuk sesiapa yang mempersoalkan berapakah setiap negeri akan dapat berapa bajet dia atas sesuatu elemen yang belum ditentukan kerana RM150 juta ini bergantung kepada perbincangan dan rundingan di antara kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan.
Yang kedua, RM50 juta bagi melaksanakan kaedah baharu perolehan baja secara tander terbuka dan juga yang nombor tiga RM50 juta untuk program khas perolehan baharu baja bio dan organik. Tadi, ada Ahli Majlis seperti Jerlun dan Tangga Batu, mereka menyerukan supaya kementerian kita juga memberikan bekalan untuk baja bio atau baja organik. Inilah antara usaha kerajaan yang telah menitikberatkan isu ini dan kita masukkan yang RM50 juta sebagai salah satu sebahagian daripada RM400 juta di bawah Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan.
Selain itu, ada juga RM5 juta. RM5 juta untuk melaksanakan night farming pineapple.
RM5 juta ini akan disalurkan melalui LKNM, Lembaga Kemajuan Nanas Malaysia dan bakinya RM145 juta ini yang diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Pengukuhan Keterjaminan Makanan yang telah pun dilaksanakan pada tahun 2023 dan akan diteruskan melibatkan tanaman jagung bijian, tanaman ternakan, pemasaran dan juga program baru 2024 yang akan dikenal pasti dan dilaksanakan oleh jabatan dan agensi di bawah kementerian.
Pelaksanaan projek-projek ini memberi tumpuan kepada pengeluaran hasil pertanian, pengedaran di sepanjang rantaian nilai, meneroka potensi baharu, mengurangkan kebergantungan import serta memperkukuh produktiviti dan pemasaran sektor agromakanan.
So, ini jawapan yang untuk RM400 juta ini.
Saya hendak memperkukuhkan ini, yang hujah-hujah di bawah RM150 juta. Yang tadi saya katakan RM150 juta daripada RM400 juta ini, adalah untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam mengoptimumkan penggunaan dana bagi meningkatkan hasil tanaman dan ternakan. Saya hendak mengingatkan bagi tujuan kerjasama ini, KPKM dalam proses memuktamadkan skop terma dan tatacara pelaksanaan bagi memastikan program yang dilaksanakan akan memberi impak optimum kepada petani dan mengukuhkan keterjaminan makanan negara.
Antara fokus utama program ini adalah untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian, menambah baik pengedaran sepanjang rantaian yang nilai ini, meneroka potensi
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin
baharu dan semunya ini. Ini adalah sangat bergantung kepada input daripada kerajaan negeri.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, minggu depan kementerian saya yang diwakili oleh Yang Berhormat Menteri akan mengadakan mesyuarat bersama Exco-exco Pertanian. Harap ada satu yang lebih bersifat solid, yang terperinci akan dikeluarkan selepas rundingan bersama dengan Exco-exco Pertanian yang masing-masing. So, ini untuk yang soalan mengenai 1003 bahagian sekuriti makanan.
Selepas itu, Ahli Parlimen yang pertama membahaskan dalam peringkat jawatankuasa bajet ini adalah Rasah dan beliau masih berada sini. So, syabas kepada beliau kerana beliau pertama yang bahas dan sudi tunggu sampai sekarang. Dia mempersoalkan RM3 bilion untuk sistem pengairan tersier di MADA. Soalan yang sama juga ditanya oleh Ahli- ahli Parlimen yang lain.
Untuk makluman, pada Julai 2023 Perdana Menteri telah bersetuju untuk memberi peruntukkan khas untuk menaik taraf sistem pengairan tersier di kawasan Muda Kedah yang melibatkan pelaburan bernilai RM3 bilion. Sebagai makluman YB, pelaksanaan projek ini akan dilaksanakan secara kerjasama awam swasta. Justeru, tidak melibatkan peruntukkan oleh kerajaan.
Justeru, kamu tidak dapat cari perincian ini dalam buku bajet ini. Bagi memastikan pelancaran program di yang khusus di kawasan Muda, Kedah, sistem infrastruktur air yang lengkap dari sumber air hingga penyaluran air ke tengah bendang, terutamanya pembangunan sistem tersier yang tersusun diperlukan untuk mengairi kawasan penanaman yang terlibat.
Pembangunan infrastruktur di kawasan MADA yang dicadangkan ini melibat pembangunan 100 blok pengairan dengan jumlah sebanyak RM3 bilion yang dilaksanakan di bawah Projek Pemacu Pertanian melalui kaedah request for proposal (RFP) secara kerjasama awam swasta yang diterajui oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS). Apabila siap nanti, projek ini dijangka akan melengkapkan baki 60 peratus kemudahan infrastruktur tersier di kawasan MADA.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Timbalan Menteri, mohon celah sedikit. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya menyambut baik bahawa RM3 bilion satu dana yang cukup besar itu tidak melibatkan dana kerajaan. Ini satu penjimatan yang saya rasa kita perlu puji Kerajaan Malaysia Madani yang kita ada.
Cuma, saya hendak tanya. Apabila siap nanti, sebab ia melibatkan dana daripada swasta. Apakah hak milik projek tersebut? Sebab saya tidak mahu nanti kita pula pihak kerajaan ataupun agensi yang terlibat dikekang pula oleh pihak swasta yang mengeluarkan dana tersebut yang menyebabkan kerajaan pula kena ikut telunjuk daripada swasta. Mohon penjelasan daripada Timbalan Menteri. Terima kasih.
Tuan Chan Foong Hin
Memandangkan ini masih dalam proses pemuktamadan di peringkat UKAS, so saya tidak boleh memberikan sebarang komen yang selanjutnya. Cuma, kita akan membawa kekhuatiran YB dalam isu ini kepada pihak-pihak UKAS. Apabila mempertimbangkan skop-skop dan terma rujukan yang terakhir.
Tuan Chan Foong Hin
Seterusnya juga untuk membalas kepada soalan yang dibangkitkan oleh Rasah dan juga Kota Melaka kalau saya tidak silap. Untuk isu monopoli BERNAS dan modul penswastaan BERNAS adalah bersifat subsidi silang, di mana keuntungan import akan diguna pakai untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh kerajaan.
Berbanding dengan perjanjian konsesi antara kerajaan dan BERNAS sebelum ini, kerajaan telah membuat penambahbaikan dan telah menetapkan agar BERNAS melaksanakan sepuluh buah obligasi sosial bagi pihak kerajaan bernilai RM3.2 bilion yang meliputi pelbagai program dan insentif di sepanjang rantaian nilai industri, sepanjang tempoh pelaksanaan konsesi yang baharu.
BERNAS juga memainkan peranan utama dalam program khas beras putih tempatan
(BPT). Sehingga kini, telah 1.7 juta kampit yang 10 kilo itu telah pun diedarkan di seluruh negara melalui seliaan daripada peranan FAMA dan LPP. Kementerian meyakini bahawa dasar pengimport utama beras yang sedang dilaksanakan ketika ini, adalah kaedah yang terbaik pada masa sekarang dalam menangani cabaran semasa dan mendatang.
Dasar ini merupakan mekanisme utama yang telah memberikan keupayaan kepada negara untuk menghadapi cabaran ketidakstabilan harga beras antarabangsa. Ini adalah kerana dasar pengimport utama merupakan mekanisme gatekeeping yang berfungsi sebagai benteng bagi melindungi industri padi dan beras tempatan daripada terdedah kepada ketidaktentuan kedudukan pasaran antarabangsa.
Berdasarkan perkara ini, sebarang keputusan mengenai perubahan dasar ini wajib mengambil kira kebajikan dan pendapatan para pesawah, kestabilan keterjaminan makanan negara serta dasar keterjaminan makanan negara. Cuma, yang tadi di antara Speaker yang kedua terakhir itu Yang Berhormat Arau dia membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan BERNAS, di mana saya memandang serius tentang apa yang dibawa oleh beliau kerana beliau mengatakan BERNAS mengaut keuntungan yang berjuta-juta.
Saya harap memandangkan Rasah juga merupakan Pengerusi untuk Jawatankuasa Parlimen Khas, kemungkinan Rasah boleh memanggil Arau untuk memberikan penerangan yang selanjutnya. Kerana memandangkan Arau dia berfikiran lain semasa dia menjadi pembangkang. Kerana semasa dia kerajaan, Kerajaan Perikatan Nasional yang meluluskan 10 tahun perjanjian ini untuk penyambungan daripada 2021 hingga ke 2030. So, kemungkinan dengan pembongkaran daripada Arau ini, kemungkinan isu BERNAS ini adalah satu perkembangan yang baharu.
Okey, untuk isu–
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya sambut seruan daripada Timbalan Menteri.
Tuan Chan Foong Hin
So, untuk isu kekurangan benih padi sah. Saya rasa minum sekejap.
[Sambil minum air]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Yang Berhormat Menteri, saya celah sedikit ya.
Tuan Pengerusi
Ambil masa Menteri. Tidak apa.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Minum dahulu. Tadi Arau cakap dia beras semasa harga rendah kerajaan boleh beli. Semasa harga tinggi hendak jual.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jadi macam ini boleh stabilkan harga. Saya nak tanya— Arau tak adalah sekarang.
Tapi saya nak tanya, adakah ia begitu senang nak beli rendah, jual semasa mahal. Semasa last sekali saya dengar buy low, sell high ialah 90-an. Bank Negara beli forex, rendah beli, naik harga jual. Akibatnya rugi RM30 bilion. Jadi, adakah cara ini boleh selesaikan ataupun stabilkan harga beras?
Tuan Chan Foong Hin
Itulah saya mengatakan, ini perlukan perbincangan yang lebih lanjutlah. So, untuk isu kekurangan bekalan benih padi sah— keperluan benih padi sah
(BPS) semasa adalah sebanyak 72,000 tan metrik atau 3.6 juta kampit, 20 kilogram setahun.
Bagi memastikan bekalan BPS mencukupi, kementerian telah mengambil beberapa langkah seperti berikut. Pertama, memantau dan mengawal ketat proses kelulusan ladang dan makmal terhadap 12 pengeluar benih padi sah berdasarkan SOP yang ditetapkan oleh jabatan dan agensi sebelum benih padi sah ini dijual kepada pesawah.
Kedua, sebanyak 420,065 kampit benih telah diluluskan bagi kegunaan di negeri Kedah dan Perlis dengan rekod pengeluaran 89,723 kampit benih pada 18 Oktober lalu, 151,200 kampit benih pada 26 Oktober dan 179,142 kampit benih pada 3 November 2023.
Untuk memastikan harga BPS yang dijual adalah berpatutan, KPKM telah mengambil langkah-langkah seperti berikut. Yang pertama, penetapan harga maksimum jualan BPS bagi setiap kampit 20 kilogram sebanyak RM40, di pintu gudang syarikat pengeluar. Manakala RM45 bagi harga runcit mulai 20 Oktober 2023. Penetapan harga ini dibuat bagi mengelakkan manipulasi harga BPS di lapangan menerusi pembelian tanpa kawalan oleh pelbagai pihak.
Baru-baru ini, kita baru ada satu berita di mana kita umumkan ada 20 peruncit yang nak jual BPS, benih padi sah yang melebihi RM45 tu kita telah tarik lesen mereka. So, ini adalah antara tindakan yang dipersoalkan oleh Arau. Ini tindakan yang tarik lesen. Lepas tu penjualan BPS yang dipakejkan bersama racun khusus bagi varieti padi CL220 sebelum ni hendaklah dijual secara berasingan.
Harga BPS bagi varieti CL220 adalah pada harga maksimum RM40 di pintu gudang syarikat pengeluar dan RM45 di peringkat peruncit. Justeru, surat arahan penjualan benih padi sah secara terus kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan petani bertarikh 11 Oktober adalah terbatal.
Ketiga, melakukan risikan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan ketetapan harga ini dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak. Keempat menyaran pesawah atau mana-mana pihak berkepentingan membuat aduan secara terus kepada cawangan KPB, projek KPB, pejabat KPB negeri atau melalui agensi seperti DOA, MADA atau LPB sekiranya menghadapi masalah berkaitan bekalan dan isu benih.
Kelima, mengeluarkan lesen runcit melalui kuasa Ketua Pengarah KPB di bawah peruntukan seksyen 4, Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 atau Akta 522 kepada PPK dan syarikat untuk mengedarkan BPS terus kepada pesawah. Keenam, melancarkan task force operasi benih padi sah zon utara bermula 7 November 2023. Tempoh pelaksanaan task force OP BPS ini diadakan selama dua minggu bermula 7 November sehingga 21 November.
Tuan Chan Foong Hin
Berkaitan isu peruncit yang menjual benih padi sah melebihi RM45 seperti mana yang ditetapkan, kerajaan akan mengambil tindakan dengan menarik semula lesen penjualan benih padi sah serta merta seperti yang saya katakan tadi tu.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Tan Sri Pengerusi. Baik, terima kasih.
Berkenaan dengan penjelasan berhubung kait dengan soal benih ini yang berlaku di bawahnya adalah harga benih kadang-kadang dijual sampai satu kampit RM55. Jadi, supaya mudahlah saya nak bagi tahu kepada petani-petani di kawasan saya, kepada agensi mana yang perlu saya report untuk memastikan tindakan diambil terhadap pembekal ni tadi.
Yang keduanya pula, kadang-kadang apabila kita tak nak beli dengan harga itu, maka dia tak nak jual. Jadi, pesawah yang menjadi mangsa. Minta penjelasan daripada Menteri.
Terima kasih Tan Sri.
Tuan Chan Foong Hin
Yang pesawah-pesawah yang menghadapi masalah boleh melaporkan kepada cawangan KPB, Kawalselia Padi dan Beras tempatan. Terima kasih.
Saya rasa isu beras ni telah lama kita bincang daripada sesi penerangan YBM sampai ke Kamar Khas sampai ke peringkat polisi dan saya harap seterusnya, saya akan pergi ke tajuk yang lainlah. Yang lain-lain tu, saya akan jawab secara bertulis.
Sekarang, kepada isu lembu atau kerbau. Padang Serai dan Kota Melaka mempersoalkan kenapa terdapat pengurangan yang besar pada peruntukan Butiran 10710 – Pembangunan Industri Lembu/Kerbau Pedaging dari RM11.6 juta tahun ini kepada RM4 juta tahun depan.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya jelaskan Butiran 10710 – Pembangunan Industri Lembu/Kerbau Pedaging dengan kos lulus RP4 ini adalah RM43,876,400 merupakan butiran projek sambung daripada RMKe-11 di mana projek ini adalah pembangunan taman kawasan pengeluaran ruminan yang bertujuan mewujudkan 14 unit bangunan kandang di dua lokasi projek iaitu di Kluang, Johor dan Pondok Tanjung, Perak.
Objektif projek adalah membangunkan kawasan penternakan di tanah padang ragut jabatan milikan Persekutuan secara tersusun, moden dan berkelompok. Pembinaan kandang dan pembangunan infra yang disediakan akan disewa kepada penternak. Projek ini akan membantu mengurangkan kos permulaan penternakan ruminan yang tinggi, mewujudkan kawasan kekal pengeluaran ruminan dan memastikan tanah padang ragut jabatan digunakan sepenuhnya untuk pengeluaran ruminan. Sehingga kini, lima unit bangunan kandang dan infra telah siap sepenuhnya di Kluang, Johor dan telah pun ditawarkan kepada lima penternak yang berjaya dipilih dan dilantik menerusi penilaian jawatankuasa peringkat kementerian.
Selain itu, di bawah DVS juga terdapat projek yang lebih berimpak besar dalam membantu industri lembu atau kerbau ini iaitu di bawah Butiran 30007 – Perkhidmatan Veterinar. Juga terdapat program peningkatan ruminan yang mana bertujuan meningkatkan populasi asas ternakan dalam negara bagi menyumbang mencapai kadar sara diri atau SSL, lembu atau kerbau meningkat kepada 30 peratus menjelang pada tahun 2030 serta menjamin bekalan daging negara.
Projek ini dilaksana secara public-private partnership (PPP) antara agensi kerajaan dan syarikat peneraju yang terdiri daripada syarikat perladangan, pertubuhan peladang
Tuan Chan Foong Hin
kawasan, koperasi, pertubuhan atau syarikat swasta yang menternak secara komersial sebagai syarikat peneraju, first tier bersama penternak semi komersial yang akan menjadi peserta, second tier dibangunkan oleh syarikat peneraju. Projek ini dilaksanakan melalui geran pemadanan 50 ke 50 dan secara imbuhan balik berdasarkan pelaburan syarikat dalam perolehan ternakan.
Seterusnya, saya jawab kepada Tanjong Piai. Ini yang untuk isu pengusaha terpaksa menaikkan harga disebabkan bekalan ayam yang tinggi disebabkan harga makanan yang tinggi, logistik untuk pemprosesan juga dan subsidi ini hanya diberikan kepada penternak dan bukan kepada penjaja dan penjual ayam. Beliau menyarankan bahawa untuk mencadangkan import bekalan ayam pada musim perayaan, subsidi bersasar kepada lebih 40 untuk pembelian barang dan penguatkuasaan bekalan ayam di antara KPKM dan KPTN.
Tuan Yang di-Pertua, bagi cadangan import bekalan pada musim perayaan, liberalisasi pengimportan ayam telah dilaksanakan sejak tahun 2022 di mana pengimportan ayam berlaku sepanjang tahun dan tidak tertakluk kepada musim perayaan sahaja. Ini susulan daripada pemansuhan AP juga, approved permit.
KPKM sentiasa memantau status bekalan ayam dalam negara, namun KPKM sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama dengan KPDN dalam usaha pemantauan harga ayam di pasaran. Bekalan ayam pada masa ini adalah stabil dan mencukupi. Intervensi KPKM kepada penternak kecil dan sederhana adalah melalui penyediaan insentif seperti berikut.
Melalui penstrukturan subsidi ini, kerajaan akan mendapat penjimatan kerana hanya mereka yang benar-benar layak akan menerimanya. Penjimatan daripada penstrukturan subsidi ini boleh disalurkan kepada pembangunan industri ternakan khususnya kepada penternak kecil. Kerajaan boleh menyalurkan panduan modal pusingan kepada penternak kecil melalui skim pinjaman mikro kredit.
Bantuan pinjaman pada kadar faedah minimum dengan had pembiayaan yang wajar.
Sebagai contoh, RM50,000 pusingan kepada penternak kecil untuk membiayai kos operasi bagi perolehan anak ayam dan dedak ayam sehingga ayam mencapai umur yang bersesuaian untuk dipasarkan.
Tuan Chan Foong Hin
Kedua, bantuan modal kepada penternak kecil bagi mentransformasikan reban ayam terbuka kepada reban ayam tertutup. Sebagai contoh, mengenakan kadar faedah minimum dengan had pembiayaan maksimum sehingga RM1.5 juta bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran. Usaha ini dapat meningkatkan bilangan penternak berskala sederhana dan besar yang secara tak langsung dapat meningkatkan pengeluaran ayam dan telur dalam pasaran.
Kementerian meminta pengusaha juga bersama-sama menjaga kesejahteraan rakyat dan kos sara hidup. Hari ini, setelah subsidi ayam diangkat, harga ladang dan runcit ayam telah turun begitu besar dari harga siling yang terdahulu. Ada hypermarket- hypermarket sampai menawarkan RM7.45, RM7.60 untuk satu kilo untuk ayam standard.
Tuan Chan Foong Hin
Saya juga berharap para pengusaha terbuka hati untuk menyemak semula harga-harga produk berasaskan ayam memandangkan harga ayam telah menurun.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya memang minatlah apabila Yang Berhormat sebut tentang ladang, reban secara tertutup. Apa yang menjadi masalah— sedarkah pihak kementerian? Oleh sebab ladang-ladang kecil ini telah dimusnahkan— maksud saya, mereka tidak lagi diberi lesen kerana reban-reban tertutup ini memerlukan modal yang agak besar, hampir RM10 juta.
Sebab itu apabila kita menghadapi ketidakcukupan bekalan, antara salah satu faktor, kita terlalu bergantung kepada ladang besar. Jadi, apakah tindakan pihak kementerian— sama ada kita hendak mengupayakan penternak kita yang secara 30 ribu, 50 ribu ekor? Itu saya rasa salah satu perkara yang perlu dilihat.
Kedua, subsidi. Yang Berhormat, pada tahun 2022 bulan Julai sehingga hari ini— walaupun telah dibahaskan di sini. Semasa taklimat, saya bawa kes. Pegawai itu pun, nama pegawai, saya beri pada Menteri dan juga KSU. Tetapi, dukacita dimaklumkan pegawai itu terus ditukar kerana memberi maklumat kepada kita. Sampai hari ini belum dapat subsidi.
Beliau adalah Presiden Persatuan Penternak Johor. Saya minta, saya rayu supaya, sudah lebih daripada setahun, subsidi yang tertunggak ini tolong bayarkan. Kalau tidak, sekurang- kurangnya beritahu mereka— kerana pusingan modal itu sangat penting. Sebab itu saya kata ketidakcukupan bekalan disebabkan mereka tidak dapat buat pusingan modal. Itu saya minta perhatian Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Chan Foong Hin
Ya, terima kasih kepada YB Ayer Hitam. Kalau melibatkan contoh atau kes yang spesifik, saya mengalu-alukan YB Ayer Hitam menghubungi saya sebentar nantilah. Terima kasih.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya bagi Menteri, Yang Berhormat.
Menteri dan KSU hari itu yang beri taklimat, saya dah beri. Tapi, pegawai itu terus ditukar kerana kononnya mendedahkan kenapa tak ada peruntukan dari kementerian. Lepas itu, tak ada cerita. Baru-baru ini saya ingat dia nak ucapkan terima kasih kepada saya tetapi dia kata, “YB, sampai sekarang belum dapat. Sudah 16 bulan.” Minta tolong tengok balik.
Tapi, baru-baru ini ada kes SPRM kerana bagi suapan sampai jumlahnya agak besar.
Sebab itu saya tengok— saya tak buat andaian apa-apa. Tengok balik sama ada dia kena jumpa orang baru dapat atau macam mana. Saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian. Saya buat secara elok. Saya sudah beri kepada Menteri, beri kepada Datuk Badrul yang buat pembentangan tapi sampai sekarang— bulan Julai sampai sekarang pun tak ada cerita ya.
Minta tindakan. Terima kasih. Terima kasih, Dato’.
Tuan Chan Foong Hin
Okey, terima kasih. Sekarang saya beralih daripada isu di bawah DVS kepada isu nelayan kerana saya lihat Yang Berhormat Bukit Gantang masih duduk di sini. So, saya harus jawab kepada soalan dia.
Untuk isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gantang, suntikan modal dan latihan bagi PMK dan juga cadangan setiap persatuan nelayan kawasan mempunyai produk sendiri iaitu satu PMK satu produk.
Tuan Chan Foong Hin
Tuan Yang di-Pertua, LKIM sekarang sedang melaksanakan strategi bagi memperkasakan ekonomi PMK melalui konsep Satu Persatuan, Satu Produk (1P1P) berdasarkan potensi yang berbeza bagi setiap PMK mengambil kira faktor geografi, sumber dan kewangan secara berkluster.
Program ini telah dikenal pasti berpotensi untuk dibangunkan secara berskala besar melibatkan kluster iaitu penangkapan ikan, pemasaran ikan, pemprosesan dan pemasaran produk, pengurusan komponen komersial kompleks pendaratan, agropelancongan dan agrokulinari, akuakultur marin dan air tawar dan logistik dan pengedaran ikan. Di bawah RMKe-12, selain daripada kelulusan peruntukan bagi menyokong pelaksanaan projek-projek tersebut, LKIM turut disediakan peruntukan untuk bimbingan dan latihan kepada persatuan nelayan bagi menguruskan pelaksanaan projek dengan lebih baik dan berkesan.
Untuk isu berapakah peruntukan untuk menaik taraf bangunan-bangunan LKIM yang juga dibangkitkan oleh YB Bukit Gantang, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bertanggungjawab dalam mengurus, mengawal selia serta memantau pengoperasian bangunan-bangunan, aset-aset LKIM seperti kompleks pelabuhan perikanan (CCDC), komponen-komponen LKIM lain bagi memastikan ianya beroperasi dengan cekap dan sempurna untuk faedah pengguna khususnya nelayan.
Dalam RMKe-12, LKIM telah diluluskan peruntukan untuk menaik taraf bangunan- bangunan LKIM seperti kompleks pelabuhan perikanan (CCDC), pasar nelayan dan lain-lain.
Kerja-kerja pembaikan tersebut turut dilaksanakan dengan kerjasama jabatan teknikal sebagai agensi pelaksana.
Kementerian akan memastikan bangunan-bangunan dan aset-aset kerajaan ini sentiasa dalam keadaan boleh digunakan dengan selamat dan dalam keadaan boleh digunakan. Pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf serta pembaikan ini memerlukan pemeriksaan dan penilaian sama ada secara dalaman LKIM ataupun khidmat teknikal daripada jabatan teknikal mengikut Arahan Perbendaharaan (AP) 182 bagi penetapan kos sebelum permohonan peruntukan diangkat ke pihak kementerian untuk permohonan peruntukan.
Satu lagi, isu ketirisan minyak bersubsidi. KPKM melalui LKIM sentiasa menjalankan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan bagi menangani ketirisan penyaluran minyak diesel bersubsidi dan memang dalam pada itu, penambahbaikan juga sedang dilaksanakan dalam proses penyaluran subsidi ini kepada nelayan bagi menangani isu ketirisan diesel nelayan seperti berikut:
(i) memantapkan tadbir urus korporat dan tatakelola di LKIM, persatuan nelayan dan juga Ko-Nelayan;
(ii) meningkatkan kecekapan kaedah agihan atau jualan di jeti atau pusat jualan;
(iii) penguatkuasaan dan pemantauan berterusan sama ada di peringkat LKIM ataupun kolaborasi dengan jabatan/agensi penguatkuasaan kerajaan yang berkaitan seperti KPDN, KPMM, PDRM, kastam, imigresen dan lain-lain; dan
Tuan Chan Foong Hin
(iv) komitmen dan sokongan padu daripada komuniti nelayan yang terlibat.
Berdasarkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh LKIM bagi tempoh empat tahun iaitu daripada tahun 2020 sehingga September 2023, sebanyak 182 kes melibatkan ketirisan diesel bersubsidi nelayan. Mungkin masih ada yang belum terkesan dan tertangkap. Selain itu, bagi tahun 2023 sehingga Mei 2023, terdapat kes yang direkodkan oleh KPDN melibatkan PN iaitu kesalahan lesen tamat tempoh di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan nilai rampasan RM165,092.20. Di bawah bidang kuasa APMM, sehingga Mei 2023, terdapat juga kes dengan jumlah rampasan RM17,200.
Bagi nelayan yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti berkaitan ketirisan diesel bersubsidi, tindakan penangguhan dan menyenarai hitam bot-bot nelayan secara serta-merta daripada menerima diesel bersubsidi telah dilaksanakan. Di samping itu, pihak kementerian sentiasa bekerjasama dengan jabatan penguatkuasaan lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan juga Bahagian Penguatkuasaan KPDN dalam menjalankan pemantauan di kawasan perairan negara dan di sepanjang rantaian pengedaran minyak diesel bersubsidi nelayan.
Tan Sri Pengerusi, berapa minit akan ditambahkan?
Tuan Pengerusi
Saya bagi satu minit lagi boleh?
Tuan Chan Foong Hin
Satu minit lagi ya?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, kalau satu minit, saya minta penjelasan. Saya dengar tadi ucapan saya itu akan dirujuk kepada Rasah, Yang Berhormat. Saya minta jawapan bertulis daripada kerajaan. Sebab Rasah, dia jawatankuasa.
Yang Berhormat kena beri jawapan bertulis berhubung dengan stockpile negara. Kenapa tidak digunakan stockpile negara? Yang disebut empat bulan oleh Menteri itu ialah stockpile negara. Stockpile negara bererti kita keluarkan stockpile kita untuk meredakan kenaikan harga beras. Saya minta kerajaan beri jawapan bertulis. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Untuk isu, untuk nelayan sekarang saya beralih kepada isu yang lain. Ini isu FAMA.
Ada Ahli Parlimen yang mempersoalkan kenapakah pengurangan peruntukan untuk FAMA dalam RP4 berbanding dengan RP Ketiga kerana FAMA ini kita perlukan untuk penambahan peruntukan untuk pengedaran dan jualan Agro MADANI. Pengurangan peruntukan pembangunan kepada FAMA secara keseluruhan dalam RP4 berbanding RP3 sebanyak 22 peratus adalah disebabkan pengurangan siling projek TG food sebanyak RM2.7 juta disebabkan skop perolehan peralatan pada tahun 2023 akan diteruskan pada tahun 2025.
Selain itu, kos projek bagi pembangunan pasar tani kekal adalah selesai pada tahun 2023. Namun, peranan FAMA dalam aktiviti pengedaran dan jualan Agro MADANI tidak terjejas kerana sejumlah peruntukan khas bernilai RM45 juta telah diberikan bagi tahun 2023 dan tahun 2024. Sasaran 5,000 kali sesi jualan Agro MADANI akan diteruskan pada tahun 2024.
Okey, so, untuk memenuhi hasrat majoriti Ahli-ahli Parlimen, okey. Saya menjawab soalan yang terakhir yang merujuk kepada LPP. Ini soalan yang dibangkitkan oleh Pasir
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Puteh yang merujuk kepada Butiran 40003, peruntukan pembangunan di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), sebanyak RM72.55 juta peruntukan telah diluluskan untuk tahun 2024 dan terdapat peningkatan berbanding tahun ini, tahun 2023.
Apakah strategi dan usaha LPP bagi melaksanakan peruntukan tersebut. LPP sebagai sebuah agensi di bawah KPKM yang sentiasa memperkasakan ini Pertubuhan Peladang dan mengutamakan ahli-ahli peladang telah diberi mandat dan kepercayaan untuk terus membantu negara dalam memastikan industri pertanian terus bergerak ke hadapan.
Untuk tahun 2024, LPP telah diperaku dan diluluskan sebanyak RM72.5 juta untuk 17 program yang sedia ada. Antara program utama di bawah LPP adalah:
(i) program pemerkasaan rantaian agromakanan Pertubuhan Peladang, RM3 juta;
(ii) program pembangunan benih padi, RM10 juta;
(iii) program pemerkasaan usahawan peladang Rise-UP, RM11 juta; dan
(iv) program pemilikan jentera kecil dan sederhana secara geran padanan, RM11 juta.
LPP, akan meneruskan usaha dan strategi sepertimana yang telah digariskan dalam fokus strategi RMKe-12 LPP seperti berikut:
(i) memperkukuh pengeluaran agromakanan dan industri makanan melalui penguasaan rantaian nilai dan khidmat sokongan;
(ii) replikasi model perniagaan berjaya, model pertanian moden, model baharu Pertubuhan Peladang;
(iii) menyebar luas penggunaan teknologi pertanian serta memperkukuh perkhidmatan mekanisasi dan automasi; dan
(iv) memperkasa sistem penyampaian Pertubuhan Peladang dan pembangunan, sosioekonomi ahli peladang dan usahawan peladang.
Program-program yang dilaksanakan adalah tetap sama dan tidak berkurangan dan kita terus mengukuhkan program keterjaminan makanan di daerah atau negeri melalui peruntukan tambahan di bawah kerjasama strategik bersama negeri yang berjumlah RM150 juta.
Akhir kata, saya ingin menjemput kepada Ahli-ahli Parlimen terutamanya Ahli-ahli Parlimen daripada Perak kerana hujung minggu ini dari hari Jumaat ke hari Ahad, KPKM akan menganjurkan ini program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) yang berlokasi dekat Ipoh di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah. Perdana Menteri akan sampai sana dan menyempurnakan majlis ini. Program ini memang dilaksanakan oleh LPP sebagai peneraju yang utama. So, saya ingin menjemput kesemua Ahli Parlimen kalau berminat tentang aktiviti pertanian, sila datang ke HPPNK. Sekian, terima kasih.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih YB, Ada jemputan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik. Terima kasih Menteri. Yang Berhormat, masalah ialah bahawa wang sejumlah RM4,416,168,800 untuk Kepala B.21 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.21 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Masalah ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.21 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.21 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, saya telah dimaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan berada di luar negara seminggu, minggu depan— Maaf. Luar negara minggu hadapan, untuk menghadiri mesyuarat Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) di San Francisco, Amerika Syarikat.
Sehubungan dengan itu, bagi Sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) pada Selasa minggu hadapan, iaitu 14 November 2023, tiga soalan tersebut akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri-menteri. Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 9 November 2023. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan selamat malam.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.57 malam]