Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebelum saya memanggil Yang Berhormat yang pertama, saya ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan pemeriksaan kesihatan setakat ini, setakat hari ini, seramai 196 Ahli Dewan Rakyat dan lima Senator bertaraf anggota pentadbiran telah menjalani pemeriksaan kesihatan.
Kepada mereka, Ahli-ahli Yang Berhormat yang belum dan masih belum lagi menjalani pemeriksaan kesihatan, saya beri lanjutan hingga Selasa depan, 14 November 2023, untuk membuat pemeriksaan kesihatan ini. Sila hubungi doktor di klinik Parlimen Malaysia, berkenaan maklumat terperinci mengenai pemeriksaan kesihatan ini. Saya amat-amat memohon dan meminta pemeriksaan dibuat kerana saya difahamkan semalam salah seorang daripada kita telah pun tumbang dan masuk hospital.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran, Batu.
Silakan.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Tan Sri Speaker dan selamat pagi kepada rakan-rakan saya.
1. Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [Batu] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk kerja-kerja promosi dan publisiti dalam menghebahkan pencapaian kerajaan menerusi semua platform media massa termasuk media cetak, media digital dan juga media televisyen sepanjang tahun sejak tahun 2020 hingga kini.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tan Sri Yang di-Pertua, sejak 2020 sehingga 2022 ya, kerajaan telah membelanjakan untuk promosi, masa itu Pagoh dan sistem kerajaan RM700 juta. Iklan, promosi, publisiti. Ini bermakna hampir lebih RM500 juta dibelanjakan semasa Pagoh dan selebihnya oleh Bera. Tetapi Bera tidak belanja setinggi itu kerana ada lebihan. Sebab itu
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
tahun 2023, saya tidak ada apa-apa peruntukan, selain meneruskan kontrak yang dibuat semasa Bera. Jadi, RM700 juta atau lebih kurang pada peringkat awal RM300 juta satu tahun. Itu bagi saya, melanggar peraturan dan tata kelola dan keterlaluan.
Oleh itu, saya telah mengarahkan perbelanjaan mulai tahun depan – kerana tahun ini saya hanya ambil kontrak yang sedia ada, meneruskan apa yang telah dipersetujui oleh Bera. Maknanya, 2023 tidak ada peruntukan dan untuk 2024, saya telah mengarahkan supaya Kementerian Kewangan tidak meluluskan lebih daripada RM100 juta, ketimbang jumlah sekitar RM300 juta yang dibelanjakan terdahulu.
Ini, sementara kita anggap penjelasan penerangan itu perlu. Saya tidak fikir kerajaan harus dibebankan dengan iklan dan publisiti tambahan untuk promosi, selain daripada program-program kita turun ke bawah menyantuni rakyat dan menerangkan melalui media massa, termasuk media sosial.
Tuan Yang di-Pertua
Batu, silakan.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas jawapan dan sungguh shocking, dengan izin, satu tahun boleh habiskan RM300 juta untuk publisiti. Mohon Perdana Menteri menjelaskan sekiranya peruntukan komunikasi dikurangkan. Apakah langkah yang diambil kerajaan dalam memastikan rakyat memahami dasar kerajaan, khususnya Ekonomi Madani dan Belanjawan Madani? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tan Sri Yang di-Pertua, sementara program- program kerajaan termasuk beberapa langkah baru seperti Ekonomi Madani, transisi tenaga dan juga pelan perindustrian dan belanjawan tentunya, itu perlu diterangkan kepada rakyat. Kita gunakan jentera dan majlis-majlis yang sedia ada dan kita telah juga menggalakkan supaya Menteri, Timbalan Menteri, Ahli-ahli Parlimen turun ke bawah dan selain daripada program-program biasa, bantu menjelaskan kepada rakyat, peruntukan yang kecil yang selebihnya sepertimana yang saya sebutkan, akan dimanfaatkan untuk menyediakan beberapa iklan atau penerbitan yang boleh memberikan penjelasan lanjut.
Saya tidak fikir ini terlalu bermasalah seandainya kita punyai program yang jelas dan turun menyantuni rakyat. Tetapi, untuk berbelanja lebih daripada itu, saya tidak fikir ia selaras dengan prinsip pengurusan cekap dan tata kelola yang kita sebut selama ini.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada soalan yang asal. Mungkin Yang Amat Berhormat boleh jelaskan kepada Dewan ini. Jumlah yang besar yang dibelanjakan pada zaman Yang Berhormat Pagoh menjadi Perdana Menteri itu ialah pada zaman COVID-19.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Justeru, mungkin pada masa itu, ada kewajaran untuk mengadakan pelbagai jenis penerangan. Bukan soal pencapaian kerajaan tetapi penerangan berkenaan dengan COVID-19. Kalau boleh Yang Berhormat jelaskan pecahan perbelanjaan untuk billboard, untuk penerbitan buku-buku penerangan dan sebagainya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Indera Mahkota. Tentang persoalan yang dibangkitkan. Dari segi jumlah terperinci, saya tidak sediakan. Kita boleh berikan kemudian, tetapi kebanyakannya dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri secara langsung dan ini termasuk media buy ya. Membeli iklan atau menentukan, dan membayar kepada media-media tertentu supaya mempromosi Perdana Menteri selain daripada kerajaan.
Kemudian, termasuk publisiti memastikan billboard dan sebagainya diedarkan.
Banyak. Kebanyakannya ini juga untuk promosi Perdana Menteri tetapi saya akui, ada mungkin termasuk juga menerangkan beberapa program kerajaan, termasuk semasa COVID-19 yang juga saya singgung dalam jawapan tadi...
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Satu lagi, Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tambun. Saya meneliti dengan jelas apa yang dijawab oleh Tambun berkaitan dengan soalan yang pertama dari Batu. Persoalan saya, berapa banyakkah perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan, bermula daripada PMX ambil alih kerajaan, sehingga sekarang, berkaitan dengan mempromosi Selangor Madani? Saya lihat di tepi jalan, saya pergi Kuala Selangor Tuan Yang di-Pertua, boleh dikatakan sepanjang jalan. Setiap satu kilometer ada gambar Perdana Menteri tepi jalan. Berapakah belanja yang diperuntukkan untuk hal tersebut? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Hah ya.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Sepertimana saya sebut, billboard yang ada itu adalah dalam perjanjian pada tahun 2022 dengan Bera. Saya tidak ada perjanjian baru. Perjanjian itu adalah untuk promosi, sama ada Perdana Menteri dan iklan dan program, itu diteruskan berdasarkan perjanjian 2022 kerana 2023 tidak ada peruntukan baru.
[Tepuk] Itu harus jelas.
Billboard itu hanya menggantikan apa yang telah ditandatangani. Foto Bera dengan foto Tambun. Itu sahaja, tetapi ini bukan peruntukan baru, kerana 2023 tidak ada peruntukan baru, kerana hanya meneruskan apa yang Bera memeterai dalam perjanjian tetapi tidak membelanjakan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput seterusnya Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Machang. Silakan.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan, saya baca ya.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
2. Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah pendirian kerajaan berhubung tindakan terkini Dewan Perwakilan Amerika Syarikat yang meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan Pembiayaan Antarabangsa Hamas untuk mengenakan sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas, serta pergerakan Jihad Islam Palestin.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan tidak mengiktiraf mana-mana keputusan, mana-mana negara termasuk Amerika Syarikat yang mengenakan sekatan, atau sanction secara unilateral. Kita hanya mengiktiraf keputusan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dibuat, apa yang disebut sebagai multilateral.
Jadi, tentunya kita pertama, tidak bersetuju dengan cara yang dibuat oleh Amerika Syarikat. Keduanya, dia tidak mempengaruhi dasar dan keputusan kita dan sepanjang semalam, saya menghubungi beberapa negara sahabat dan negara Islam yang memberikan pendirian yang sama, bahawa kita tidak mengiktiraf ya.
Sebab itu soal pertama, hubungan dengan Hamas kita teruskan, dulu dan sekarang. Kita tidak menganggap menghukum Hamas sebagai badan pengganas dan kita beri perbandingan dan rasional yang jelas sepertimana juga Mandela dan ANC yang dijajah melalui program aparteid dan di sini Palestine dengan dasar aparteid, dengan ethnic cleansing dan sekarang dengan genosid.
Jadi, oleh demikian, apa yang berlaku adalah hak legitimate yang sah perjuangan rakyat Palestin dan itu menjadi dasar kita. Malah, saya, dengan izin menambah bahawa, walaupun kita tidak perakui Statut Rom, maknanya kita tidak boleh bawa kes ini kepada International Criminal Court, tetapi arahan kita jelas. Kita akan memberi sokongan kepada
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
mana-mana negara termasuk Palestine dalam membawa kes Palestine dan penjajahan dan kezaliman dan penindasan ke atas rakyat Palestin.
Sepertimana dalam kes Rohingya ya. Walaupun kita tidak ada hak bahawa- tetapi selain daripada itu juga, kita ada tindakan dengan International Court of Justice ya. Tiada.
Maaf yang Rohingya itu International Court of Justice. Kita mampu meneruskan. Dalam International Court of Justice, di bawah pentadbiran saya, dengar ya supaya jangan Ketua Dewan Ulama guna Harakah mengaitkan saya dengan Israel. Itu satu kenyataan yang biadab yang melanggar tatasusila...
[Tepuk] Fitnah yang guna serban tidak sah dan saya bantah sekeras-kerasnya. Kalau diulang, saya akan ambil tindakan keras terhadap sesiapa yang menggunakan begitu...
[Tepuk] Ini yang saya sebut membina mahligai atas pusara. Orang mati dan kita kerja setiap hari. Bawa kes ini. Minta OIC adakan sidang. Bawa China, Rusia, Brazil, Ireland dan Bolivia. Bincang dengan Kishida Jepun, dengan Rutte, Netherlands dan minggu ini dengan Naib Presiden China, tetapi sewenang-wenang berikan hukuman - biadab dan kurang ajar!
[Tepuk] Baik. Saya hendak sebut ini, ICJ. Ini bawah saya sebagai Perdana Menteri, bulan Julai 2023, Julai 2023, The Hague. Isu rakyat, isu hak Palestin dibawa dan kita Malaysia, walaupun tidak membawa, menyokong apa yang diambil Palestin, membuat kenyataan memberi bukti menyokong tindakan Palestin. Bila? Julai 2023. Faham sikit dalam hal ini.
Jangan mempermainkan sebagai bahan politik. Pada kan hal ini, semua tak kira parti, harus bersama memberikan sokongan supaya rakyat Malaysia dan dunia tahu, Malaysia satu suara, menyokong perjuangan rakyat Palestin...
[Tepuk] Baik. Ini pendirian yang dibuat supaya jelas kepada kita macam – walaupun saya katakan tadi ya. Amerika buat keputusan. Itu unilateral. Kenyataan kita tidak bersetuju.
Keduanya, tidak mengesankan. Saya dah beritahu, saya tidak terima apa-apa ugutan. Tidak akan menerima bila ada ugutan, termasuk ini. Ini maknanya memberi amaran kepada mana-mana negara tetapi tindakan bagi kita unilateral, tidak sah kerana kita sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hanya mengiktiraf keputusan Majlis Keselamatan PBB...
Tuan Yang di-Pertua
Sila Machang.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Apakah perkataan biadab dan kurang ajar boleh digunakan dalam Dewan... sekarang?
Tuan Yang di-Pertua
Machang.
Seorang Ahli
...Tidak bersalah.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Boleh. Kalau baca kenyataan, saya minta Beluran baca Harakah. Gambar saya dengan bendera Israel belakang. Ya, saya bawa.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Perkataan “biadab” dalam itu tidak boleh guna Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Mana boleh Dewan Ulama cakap macam itu?
Cakap pasal Islam.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Cakap tersebut Tuan Yang di- Pertua. Perkataan tersebut. Suruh dia tarik balik.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Bawa bantahan. Boleh bawa pada ini, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, yang Perdana Menteri sebut itu dia echoed apa yang tertulis dalam surat khabar. Itu sahaja. Bukan bahas.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
This ruling, boleh disalahgunakan dalam Dewan nanti Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Machang, silakan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Dia tak boleh ya. That’s why.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun atas penerangan yang bersemangat dan saya bersetuju dengan pendirian Yang Amat Berhormat Tambun. Sepertimana yang diucapkan oleh rakan kita Presiden Recep Tayyip Erdogan tempoh hari, Hamas bukanlah sebuah pertubuhan pengganas, malah Hamas adalah kumpulan pembebasan. Tetapi Yang Amat Berhormat, kalau kita lihat di Malaysia, saya dah bagi tahu pada Menteri Komunikasi minggu lepas, banyak media-media tempatan kita, dalam Mandarin, dalam Bahasa Inggeris, masih menggunakan Hamas sebagai militan, terrorist. Saya minta Yang Amat Berhormat tegur, ambil tindakan editorial ke atas media- media yang menyalah laporkan ini. Sebab ini pendirian kerajaan, pendirian Yang Amat Berhormat. Jadi, minta respons Yang Amat Berhormat tentang naratif ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Saya setuju bahawa media kita dan seluruh negara. Sebab itu dalam jawapan saya minggu lalu, saya sengaja kaitkan tentang kedudukan Kristian yang menjadi mangsa keganasan Yahudi. Supaya orang-orang rakyat Malaysia tahu, sama ada orang Islam atau bukan Islam termasuk Kristian, bahawa isu ini isu kemanusiaan, kezaliman yang dilakukan.
Jadi, oleh—berkait dengan gesaan Yang Berhormat, saya setuju untuk mengingatkan rakyat, semua media, bahawa ada yang dikatakan legitimate, maknanya hak asas mana-mana negara yang dijajah, yang dizalimi, berhak. Seperti mana contoh terbaik adalah African National Congress (ANC) semasa dituduh terrorist, Almarhum Tunku Abdul Rahman memberi sokongan kepada ANC sehinggalah berterusan. Tatkala kita membuat kenyataan menyokong ANC ini, pemimpin-pemimpin sebelum saya ya, itu tidak mengiktiraf kenyataan dunia barat bahawa Mandela itu kepala pengganas (terrorist).
Jadi, untuk Malaysia, saya setuju. Harus ada kesedaran ini supaya semua media faham kegelisahan dan sensitiviti rakyat dan mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk membantah dan bertindak kerana saya selalu ungkapkan dispossession. Tanah, harta, maruah itu terus diperkosa dan dihina. Jadi, ada hak mereka untuk bangkit. Terima kasih.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
[Bangun]
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
[Bangun]
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh[Ledang]
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Ipoh Timur.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Terima kasih Tan Sri Speaker, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya nak mohon bertanya, kita tengok di berita antarabangsa bahawasanya rakyat di negara-negara yang selaku pelaku negara atau kerajaan mereka sekarang, masih enggan hendak menerima bahawasanya Israel sedang melakukan jenayah peperangan dan humanitarian. Tetapi, rakyat mereka macam di UK, ratusan ribu turun jalan raya. Kita tengok ada tindakan yang telah dibawa ke cabang penghakiman di peringkat antarabangsa.
Kita tengok ada pelaku negara seperti Ireland dan juga Sepanyol di peringkat Eropah yang sudah bangkit menyuarakan secara lantang bantahan terhadap apa yang sedang dilakukan oleh Israel. Adakah kerajaan sedia dan sanggup menyokong usaha cabang legislatif yakni Ahli-ahli Parlimen Malaysia, Ahli-ahli Parlimen legislatif lain untuk digembleng sekali untuk menyuarakan secara lebih lantang, perlunya tindakan diambil ke atas rejim Israel yang Zionis dan zalim ini?
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Ipoh Timur. Saya setuju dan kita harus salute, hormat kepada rakyat Amerika, Eropah yang bangkit, berbeza daripada sikap kerajaan mereka untuk membantah dasar negara mereka dan menyuarakan apa yang sebenarnya erti perjuangan rakyat Palestin. Termasuk soal keganasan terhadap mereka, ethnic cleansing, aparteid, penjajahan dan sekarang genocide.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Malah, tadi saya telah beritahu kepada Ketua Setiausaha Kementerian Luar supaya mengutus surat atas nama saya dan rakyat Malaysia, mengucapkan tahniah kepada Antonio Guterres, Setiausaha Agung PBB kerana ketegasan beliau untuk mengetengahkan isu yang benar yang menimpa rakyat Palestin. Saya dalam beberapa pertemuan termasuk dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Singapura, yang tentunya saya berterima kasih kerana berbeza daripada pendirian yang awal, mereka akhirnya menyokong resolusi PBB.
Jadi, saya gunakan peluang itu, selain daripada pertemuan empat mata membincangkan, menyatakan penghargaan. Sekurang-kurangnya ada pendirian menyokong usul PBB. Kedua, dengan Mark Rutte, Netherlands, yang mewakili pandangan Eropah dan saya terangkan pendirian kita. Jadi, itu dari segi diplomasi. Saya rasa penting sebab bila menjelaskan dan saya beritahu saya akan umumkan kepada rakyat, pendirian kita, menyampaikan kepada Netherlands dan meminta beliau berbincang dengan teman-teman dia di Eropah supaya janganlah kezaliman dan keganasan terhadap Palestin diteruskan.
Paling akhir dengan Fumio Kishida, Perdana Menteri Jepun. Jepun mengambil pendirian yang tegas bersama Amerika Syarikat, menghukum Hamas sebagai terrorist. Saya bincang dengan dia dan mengatakan bom yang dilempar di Gaza itu lebih parah daripada kesan bom Hiroshima. Saya kata, “My dear Prime Minister, you can understand”, dengan izin, “the concern, the frustration, and the anger of many people and in Malaysia, Muslims and non-Muslims are alike, utter disgust”. Jadi, dia beritahu kepada saya, “Baik, Prime Minister. Saya akan cuba bawa”.
Jadi, dalam kenyataan bersama, usul. Saya beritahu dia, saya akan sebut terima kasih kepada Jepun kerana sekurang-kurangnya sekarang setuju supaya dihentikan serangan dan keduanya, mengambil segala langkah untuk menambah bantuan kepada Palestin. Jadi, hubungan seperti ini saya anggap penting. Bukan bermakna kita jumpa dia, kita setuju dengan dia. Malah, saya gunakan peluang. Sebab itu semua pertemuan ini, saya mula dengan pertemuan empat mata walaupun dengan Jepun enam, sebab ada penterjemah.
Tetapi, saya gunakan peluang itu menjelaskan pendirian Malaysia bahawa kezaliman ini tidak boleh diteruskan. Dengan Jepun itu menarik, sebab saya bangkitkan, saya kata, “Saudara Perdana Menteri, tahu kesan daripada bom Hiroshima dan saya boleh bayangkan yang berlaku di Gaza itu lebih parah daripada Hiroshima”. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat di atas ketegasan Yang Amat Berhormat dalam isu Palestin yang sebenarnya. Sejak daripada dulu lagi Yang Amat Berhormat dikenali sebagai seorang yang tegas dalam isu Palestin. Cuma saya ingin bertanya beberapa persoalan Yang Amat Berhormat.
Pertama, berhubung dengan kenyataan Menteri Yang Berhormat Senator Menteri Dalam Negeri pada 24 Oktober dalam Dewan Rakyat ini. Saya bacakan, “Isu pokoknya adalah mengeluarkan rakyat Palestin dari tanah Gaza yang sedang dikepung dan itu yang dilakukan oleh Perdana Menteri sekarang”. Jadi, saya minta supaya Perdana Menteri dapat membuat penjelasan semula sebab ini ada di dalam Hansard dan di-upload sendiri dalam media sosial Yang Berhormat Menteri.
Lebih lagi sebagai seorang Setiausaha Agung kepada parti Yang Amat Berhormat sendiri, saya yakin bahawa ada satu penjelasan Yang Amat Berhormat. Adakah benar fokus Perdana Menteri sekarang ini ialah berunding untuk mengeluarkan rakyat Gaza daripada tanah airnya? Yang itu tidak disetujui oleh aspirasi rakyat Palestin.
Kedua Yang Amat Berhormat ialah berkenaan dengan pertubuhan antarabangsa, Liberal International yang telah mengeluarkan sokongan terhadap Israel dan telah pun disebut atau ditulis bahawa parti Yang Amat Berhormat salah satu anggota dalam Liberal International. Alhamdulillah, ia telah pun dinafikan oleh Menteri Komunikasi dan logo parti Yang Amat Berhormat telah dikeluarkan daripada pertubuhan tersebut. Cumanya apabila
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
kita selidik balik, rupa-rupanya kenyataan parti Yang Amat Berhormat, salah satu ahli daripada Liberal International telah disahkan oleh Naib Presiden sendiri pada tahun 2016.
Juga, Liberal International mengucapkan ucapan tahniah merujuk kepada parti Yang Amat Berhormat sebagai ahli full member kepada Liberal International. Saya fikir tidaklah menjadi masalah kalau kita sekadar menjadi ahli tetapi berbeza daripada sudut pandangan dalam isu Israel. Tetapi, apabila dinafikan dan kemudian dibuktikan bahawa ia sebenarnya tidak begitu. Pertanyaan saya, adakah parti Yang Amat Berhormat Tambun merupakan atau pernah menjadi ahli kepada Liberal International yang sekarang terang- terangan menyokong Israel? Terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun.
Tuan Yang di-Pertua
Sila. Terima kasih.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Pasir Mas. Ada beberapa persoalan.
Pertama, terima kasihlah dulu kerana Yang Berhormat terima bahawa ini tegas.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Saya tegas ni kerana ini mewakili keyakinan saya dan keduanya juga, kerana ini juga sentimen rakyat Malaysia. Malah, seperti Yang Berhormat sedia maklum, di antara demonstrasi pertama kita terhadap Amerika Syarikat ialah semasa Perang Ramadan. Ia disebut oleh Israel sebagai Yom Kippur. Kita bantah di depan Bangunan AIA, pejabat Amerika Syarikat dan saya hadir dalam sidang PLO di Algiers tatkala diketuai oleh Yasser Arafat yang kemudian angkat saya dan iktiraf sebagai anak Palestin.
Tapi, ini bukan soal sentimen. Ini soal keterlanjuran yang berterusan dan kita yang melihat liputan media setiap malam itu tidak dapat menahan lagi ya, perasaan tersentuh dengan apa yang berlaku itu.
Berbangkitkan dengan beberapa negara, saya hubungi semalam— walaupun ada orang yang melecehkan kalau saya kata saya hubungi semalam. Saya bicara dengan Erdogan dalam isu ini dan beliau akan hadir ke Riyadh untuk Sidang OIC. Saya cadangkan sepertimana saya sebut, dimasukkan sekali Bolivia, Brazil, Ireland, China dan Rusia yang agak sealiran tetapi belum ada consensus, muafakat antara ketua-ketua negara Islam. Maka, sidang yang diadakan di Riyadh akan sokongan MBS dan OIC akan hanya menumpukan kepada ketua-ketua negara Islam. Sebaik sahaja diputuskan, saya akan tentunya berlepas dan hadir.
Baik, yang keduanya ialah soal kenyataan Menteri Dalam Negeri yang kenyataannya saya lihat betul-betul mengeluarkan dari bahaya. Bukan berpindah di luar.
Tapi, tak apalah. Oleh kerana dibangkitkan, saya akan minta supaya ini dijelaskan. Kita tidak setuju keluar dan ini dipermainkan oleh media Barat. Dia kata, “Tidak ada negara Islam yang mahu terima orang-orang dari Gaza”. Itu maknanya kenyataan yang mengelirukan dan jahat sebab saya bincang dengan Presiden Abdel Fattah El-Sisi, dia kata sentimen orang-orang Mesir, “Tolonglah orang yang nak keluar”.
Tetapi sebaik keluar— maknanya kita bagi laluan mudah untuk Israel masuk. Dia keluar daripada rumah dia, daripada tanah dia, daripada negeri dia. Sebab itu, dari segi— saya setuju dengan pendirian negara-negara Arab supaya tidak memberi laluan mudah untuk orang-orang Palestin di Gaza keluar.
Cuma, bagaimana nak kawal supaya bahaya— boleh mengelakkan daripada bahaya yang terus-menerus? Kerana kalau kita lihat sampai hari ini, 73 peratus yang terkorban itu anak-anak dan wanita. Sebab itu saya kata, negara-negara yang melaung- laungkan demokrasi, hak asasi itu, sudah tidak meyakinkan kita lagi, ya. Sepatah dia sebut, “Hak asasi dan demokrasi”, kemudian bila dilakukan oleh Israel, dia izinkan, ya.
4,800 anak-anak kecil, 2,509 wanita daripada jumlah 9,914 dan saya fikir dalam beberapa hari akan mencecah 10,000. Ini holocaust yang berlaku terhadap rakyat Palestin.
Baik, soal Liberal International. Yang Berhormat boleh semak. Kita tidak pernah menjadi anggota. Kita jadi pada peringkat awal associate tetapi oleh kerana ada beberapa keputusan mereka termasuk mengiktiraf LGBT dan pendirian Israel, kita tidak menjadi ahli. Saya harap jangan dipolitikkan.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Saya hadir dalam Liberal International National Conference— ini maklumat baharu— di Kaherah. Saya memberikan ucaptama tetapi pada masa itu selain daripada wakil Kerajaan Mesir, masa itu Hosni Mubarak, Timbalan Menteri hadir, juga Ayman Nour seorang Ketua Pembangkang yang menjadi calon presiden melawan Hosni Mubarak dan wakil Ikhwan, Muslim Brotherhood, dan selepas itu, saya jumpa dengan Majlis Syura Ikhwan. Fasal masa itu diketuai oleh Mahdi Akef, Mursyidul Amnya dan Morsi ada situ, Dr. Morsi sebelum jadi presiden.
Mereka ikuti ucapan saya dan Mahdi Akef itu, “Tahniah”. Dia kata, “Anwar, hadir dalam Liberal International dan menyatakan pendirian kita yang tegas menentang kezaliman, memberi hak kepada rakyat dan menyinggung juga tentang Palestin”. Jadi, dia— bayangkan, beda dengan sesetengah pendapat kita. Saya hadir, betul. Kita hadir di United Nations. United Nations itu, Israel anggota diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu tapi kita hadir sebagai anggota. Tidak bermakna kita ada kena-mengena dengan Israel. Kita tidak ada hubungan dengan Israel.
Jadi, dengan Liberal International— tetapi, benar Yang Berhormat sebut. Oleh kerana, pendirian dia soal LBGT minta kita sahkan, kita tidak boleh sahkan. Dibawa ke dalam Mesyuarat Biro Politik. Dan semalam soal Israel. Oleh yang demikian, kita putus hubungan dan ini dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi selaku Ketua Penerangan dan memaklumkan dikeluarkan. Maknanya, ada had dia.
Tapi, kalau ditanya umpamanya, dalam hubungan saya dengan Brookings, dengan beberapa badan-badan antarabangsa yang saya pernah hadir termasuk yang dikatakan Muassasah Mustaqbal, Foundation for the Future. Saya hadir, saya sebagai Pengerusi, tetapi ada hadnya. Bila timbul masalah pengiktirafan Israel, maka saya kata itu batas kita. Tetapi rundingan dalam semua isu lain, saya teruskan.
Umpamanya, dalam saya kata dalam ASEAN, pendiriannya berbeda. Filipina lebih cenderung bersetuju dengan pendirian Amerika walaupun tidak sekeras itu tetapi kita dalam hubungan dua hala, masih baik dengan Filipina. Dalam soal Palestin ini, hanya Malaysia, Indonesia dan Brunei yang nampak betul-betul kuat sepakat.
Yang lain, kita ada hubungan dan kita minta sepertimana saya berjumpa dengan Perdana Menteri Thailand, Srettha yang baharu, saya minta kalau boleh, jangan terlalu kuat dengan pendirian pro-Amerika dalam soal Palestin kerana ini akan menyinggung dan menimbulkan keresahan di kalangan sebahagian masyarakat Thailand dan juga Malaysia.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Ledang.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Tan Sri Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat, Tan Sri. 36(6).
Tuan Yang di-Pertua
Ah, ya.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
“Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat”. Tadi, Yang Amat Berhormat Tambun menyebut tentang Dewan Ulama. Tadi, pada mula saya tak bangun sebab saya tak tahu Dewan Ulama mana, Ketua Ulama mana. Tapi, bila saya rujuk kepada Harakah, ia ada satu berita iaitu, “Malaysia di bawah Anwar, ragu-ragu sokong Palestin?” Ada tanda soalan di hujung.
Jadi, tanda soalan ini bukan satu tuduhan tapi satu persoalan.
Hari ini Yang Amat Berhormat Tambun...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Diam dulu.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Ahli.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Gambar, kan itu? Gambar.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Dia bukan ahli, dia bukan ahli.
[Dewan riuh]
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Gambar yang...
[Tidak jelas]
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Saya rujuk 36(6). Dia bukan ahli.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Ahli, ahli.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Ahli atau...
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Speaker bagi ruang kepada saya.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
36 hanya terpakai untuk Ahli Dewan, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Ya, kalau itu dirujuk kepada Harakah, saya ucap terima kasihlah, Yang Amat Berhormat baca Harakah.
Terima kasihlah merujuk.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Gaji dah bayar belum?
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Jadi, satu persoalan.
Bukan satu tuduhan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Gaji Harakah dah bayar belum?
Tuan Yang di-Pertua
Duduk, duduk, duduk. Semua duduk. Baik, Yang Berhormat...
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Jadi, oleh kerana ini satu persoalan, bukan satu tuduhan, sebagaimana juga persoalan-persoalan yang lain dijawab oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Hari ini kita jelas sikap pendirian Kerajaan Malaysia.
Bahkan sana dan sini sama. Kita sama-sama menyokong Palestin.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Jadi, istilah tuduhan yang disebut sebagai biadab, kurang ajar, saya minta Yang Amat Berhormat Tambun tarik baliklah. Ini di hadapan saya.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Baik, terima kasih. Saya terima kasih Yang Berhormat kerana penjelasan itu. Mengapa saya marah? Gambar saya, di belakangnya bendera Israel.
[Sambil menunjukkan peranti telefon bimbit] Jadi, Yang Berhormat harus faham, ya. Yang Berhormat berasa keras, marah dengan Israel. Saya pun begitu. Jadi, bila dibuat begitu, walaupun tidak ada kapsyennya itu, saya rasa Harakah boleh betulkan. Tak apa nak tegur saya, nak marah saya, nak kritik saya dalam soal-soal lain, saya terima dengan baik. Tapi, yang ini, jangan. Jadi, kalau penjelasan yang dibuat begitu, saya ucap terima kasih. Kita move on je lah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya terus. Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Tan Sri Speaker. Tak sangka ada peluang lagi. Saya ucapkan terima kasih kerana peluang yang diberi.
Sebenarnya, pertama, saya nak sebutkan pandangan ringkas saya begini sahaja.
Sebenarnya kita bersama dalam isu Palestin. Kita nak perjuangkan nasib dan rakyat
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Palestin. Kita tahu keadaan sangat getir, hampir 10,000 telah meninggal dan ramai kanak- kanak terutamanya.
Jadi, saya harap daripada kalangan kedua-dua belah pihak, kita hapuskan tularan-tularan yang tak perlu ini. Hapuskan, elakkan terus ya dan tumpu pada usaha untuk bantu rakyat Palestin dengan apa cara sekalipun. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Yang Berhormat.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Saya setuju kerana dalam hal ini saya tidak pernah menyinggung PAS kerana saya tahu pendirian PAS sebab sejak zaman Burhanuddin al-Helmy sampai terus, sangat konsisten dalam urusan Palestin. Jadi, saya dalam hal itu tidak mahu berbalah dalam soal ini kerana derita yang ditanggung oleh mereka itu tidak pernah berlaku separah ini dalam sejarah.
Jadi, marilah kita bersama untuk membawa idea dan tindakan supaya dapat meleraikan ataupun mengurangkan beban mereka. Terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Yang Berhormat masa telah pun sampai ke penghujungnya. Jadi, saya minta maaflah, ya. Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Setiausaha.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Kita mulakan dengan yang pertama Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri, Betong. Silakan.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan Betong nombor satu.
1. Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri [Betong] minta Menteri Pendidikan menyatakan peratus insiden pelajar-pelajar yang melangkah ke Tingkatan 1 yang tidak mempunyai kebolehan asas untuk menulis, membaca dan mengira di Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Betong atas pertanyaan berkaitan pelajar yang melangkah ke Tingkatan 1, yang tidak mempunyai kebolehan asas untuk menulis, membaca dan mengira (3M) di Sarawak.
KPM sentiasa mengambil berat berkaitan pendidikan anak-anak, sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Penguasaan 3M merupakan asas dalam menguasai dan meneroka pelbagai disiplin ilmu dalam pembelajaran. Berdasarkan pertanyaan Ahli Yang Berhormat, saringan penguasaan 3M dilaksanakan melalui ujian diagnostik pengesahan awal saringan pengesahan mengikut tahap bagi murid sekolah rendah.
Bagi sekolah menengah, verifikasi murid yang tidak menguasai 3M dikenal pasti berdasarkan tahap penguasaan (TP), Pentaksiran Bilik Darjah TP1 dan TP2. Dapatan saringan berakhir pada Februari 2023, menunjukkan bahawa terdapat 1.2 peratus murid Tahun 6 yang masih belum menguasai asas kemahiran 3M di negeri Sarawak, berbanding dengan 2.18 peratus pada Februari 2022 di negeri Sarawak.
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying
Penurunan bilangan murid yang belum menguasai kemahiran 3M di negeri Sarawak adalah hasil pelbagai strategi yang telah dilaksanakan termasuk Program Pemulihan Khas untuk murid sekolah rendah yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M sebagai satu daripada intervensi untuk membantu mereka. Guru pemulihan dengan kerjasama guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik memberi bimbingan yang bersesuaian kepada murid pemulihan khas sehingga mereka dapat menguasai kemahiran asas 3M. Saringan penentuan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dalam kalangan murid pemulihan khas.
Program Cemerlang Samarahan untuk murid Tingkatan 1 yang belum menguasai 3M melalui strategi pemantapan pedagogi terbeza pengajaran dan pembelajaran PdP guru dalam memberi bimbingan kepada murid menguasai 3M. Kejayaan program ini turut dikongsi sebagai satu amalan baik ini kepada semua daerah dan sekolah secara berperingkat. Selain itu, KPM turut melaksanakan inisiatif seperti berikut:
(i) Program Bantu Baca;
(ii) Program Literasi dan Numerasi;
(iii) Kem Perkasa PLaN iaitu Program Literasi dan Numerasi;
(iv) Kit Didik Hibur Literasi dan Numerasi Tahap 2;
(v) Program Bijak Bahasa Melayu;
(vi) melaksanakan modul bimbingan;
(vii) membangunkan Program Bimbingan Matematik Asas Menengah Rendah yang akan disebarkan pada tahun 2024 memberikan autonomi kepada pihak sekolah melaksanakan pelbagai intervensi pada peringkat sekolah mengikut kesesuaian persekitaran murid; dan
(viii) membekalkan bahan bantu belajar murid dan modul bimbingan kepada guru khususnya dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran terbeza.
KPM yakin pelbagai program intervensi dan langkah strategik yang dilaksanakan, termasuk di Sarawak dapat membantu murid menguasai kemahiran 3M seperti yang dihasratkan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang komprehensif itu tadi. Seperti yang kita tahu, bahawa kemahiran membaca ialah kemahiran asas yang perlu dikuasai murid sebelum menguasai kemahiran menulis. Murid- murid yang tidak menguasai kemahiran membaca akan mengalami kesukaran untuk memahami apa yang dibaca. Kesannya murid tidak tahu atau tidak dapat menulis dengan baik. Malahan setengah daripada mereka tidak tahu apa yang dibaca dan ditulis.
Kemahiran menulis merupakan gabungan berbagai-bagai kecekapan berbahasa bagi membina wacana atau teks tulisan yang berasaskan peraturan-peraturan tertentu.
Justeru, murid seharusnya mahir dalam kemahiran ini kerana ia melibatkan banyak aktiviti seharian dalam kehidupan.
Soalan saya seterusnya ialah apakah peranan guru dalam memastikan murid boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira, lebih-lebih lagi di sekolah- sekolah luar bandar, di mana ramai murid daripada keluarga B40 iaitu murid yang selalunya berpencapaian rendah tinggal di luar ataupun pinggir bandar, ramai adik- beradik, ibu bapa yang tidak berpendidikan dan bekerja buruh, tinggal di rumah yang mana ruang yang sempit dan sebagainya.
Apakah faktor-faktor penyumbang kepada masalah ini? Seterusnya tadi telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tapi usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan insiden seperti ini dapat dinoktahkan pada masa yang terdekat.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Betong. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, guru memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan pembelajaran murid tercapai termasuk penguasaan kemahiran 3M. Guru-guru dibimbing untuk melaksanakan pelbagai intervensi terbeza bagi membantu murid yang dikesan tidak menguasai kemahiran 3M. Seperti yang saya jelaskan dalam jawapan sebentar tadi, program-program tersebut ditambah baik agar guru dapat memahami penyampaian serta strategi yang berkesan untuk meningkatkan tahap kemahiran 3M murid.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
[Bangun]
Puan Lim Hui Ying
KPM komited untuk memastikan kesemua murid tanpa mengira latar belakang serta lokasi mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti.
KPM menyediakan bantuan kepada murid dari kumpulan berpendapatan rendah, bagi memastikan mereka terus kekal di sekolah dan tidak menjadikan faktor kemiskinan sebagai penghalang untuk mendapat pendidikan.
Justeru, KPM menyediakan khidmat sokongan seperti penubuhan Yayasan Didik Negara (YDN) sebagai badan rasmi yang bertanggungjawab menggemblengkan kerjasama dan komitmen pelbagai lapisan masyarakat yang berhasrat untuk menyalurkan sumbangan kepada kumpulan sasar iaitu murid, warga pendidikan sekolah dan institusi pendidikan di bawah KPM, bantuan awal persekolahan Tabung Cerdik yang memberi peranti digital lengkap dengan pelan data kepada 150,000 orang murid B40 yang dilaksanakan oleh Yayasan Hasanah, Rancangan Makanan Tambahan dan Program Susu Sekolah, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dan bantuan daripada agensi luar seperti bantuan zakat dan pihak swasta.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
[Bangun]
Puan Lim Hui Ying
Berkenaan dengan— sedikit lagi, ya. Berkenaan dengan faktor-faktor yang menyumbangkan kepada masalah ini, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, faktor kemahiran asas 3M ini perlu dilihat dari konteks yang lebih luas. Antara sebab murid tidak menguasai kemahiran 3M turut disumbang oleh masalah ketidakhadiran berpanjangan di sekolah. Mungkin kerana tidak mempunyai minat untuk belajar.
Justeru, KPM telah melaksanakan pelbagai langkah bagi memastikan murid hadir ke sekolah agar intervensi-intervensi yang saya sebutkan tadi dapat dilaksanakan.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Langkawi.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Masjid Tanah.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Soalan bocor dah itu.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah perancangan KPM untuk anak-anak yang tidak menguasai 3M untuk pertimbangan masuk ke TVET atau institusi kemahiran. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Kita akan mengambil tindakan atau kita akan intervensi dari sejak dari sekolah rendah. Yang itu memang mustahak. Jadi, kita— langkah-langkah yang kita ambil, kita mesti pastikan yang bila murid dari melangkah dari Tahun 6 ke Tingkatan 1, kita dapat kurangkan jurang ini.
Tentu bila mereka masuk ke TVET, kita harapkan memang dari murid-murid Tingkatan 1 mungkin ada yang masih tidak dapat menguasai 3M tetapi kita akan cuba
Puan Lim Hui Ying
sedaya upaya untuk mengurangkan jurang ini dan pastikan mereka bila masuk ke TVET masalah— kita akan, tidak ada masalah ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Beluran.
2. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah status terkini Keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan apakah usaha kementerian untuk mempertingkatkan keupayaan aset serta tahap penguatkuasaannya dalam mendepani ancaman keselamatan sempadan.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih sahabat saya dari Beluran.
Ada tiga bahagian Beluran mahukan jawapan. Pertama, tentang status terkini ESSCOM.
Saya jelaskan bahawa ESSCOM dah masuk tahun ke-10. Saya mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Sempadan pada awal Oktober.
Laporan tentang status semasa diistilahkan sebagai selamat dan terkawal. Fokus utama ESSCOM adalah nak kekang sebarang potensi ancaman kedua pencerobohan anasir asing dan penyusupan militan. ESSCOM juga tujuannya nak bantu pasukan keselamatan dan agensi penguat kuasa menangani elemen jenayah rentas sempadan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin.
Adanya ESSCOM membolehkan kesemua agensi kerajaan ini bertindak secara bersepadu dan tersusun. Apa mekanismenya, dilakukan operasi sepanjang masa dengan pelbagai istilah Ops Sanggah, Ops Gasak Laut dan Darat, Ops Bersepadu, Ops Bersepadu Khas. Ini membabitkan penyelarasan dalam menjalankan operasi terutama angkatan tentera, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim di zon ini.
Ada juga pemeriksaan darat dan laut. Kita panggil road checkpoint dan sea checkpoint. Hasilnya untuk makluman Yang Berhormat, saya ambil data Januari sahaja — Ogos sahaja. 1 Januari hingga 31 Ogos, ESSCOM berjaya membuat 1.7 juta pemeriksaan fizikal ke atas orang, kenderaan dan bot. Dari jumlah itu Yang Berhormat, 414 orang ditahan, 139 kenderaan serta bot dirampas, ada juga seramai 191 PATI diusir.
Ada juga data tentang nilai rampasan dan sebagainya.
Komponen yang penting dalam soalan Yang Berhormat adalah tentang keupayaan aset. Yang Berhormat sedia maklum bahawa untuk ESSCOM beroperasi dengan lebih cekap dan berkesan, meningkatkan keupayaan aset adalah segala-galanya.
Buat masa sekarang, keupayaan radar.
Kita punya sejumlah radar yang sekarang sedang beroperasi, tapi aset tambahan yang bersifat taktikal dan teknologi tinggi ini yang telah diberi kelulusan di bawah RP2, Rancangan Malaysia Ke-11 adalah membabitkan Sistem Radar Pengawasan Laut
(SWASLA).
Komponen kedua adalah floating boat di Sungai Aji Kuning di Pulau Sebatik dan 30 unit rigid hull inflatable boat, ini bot laju. Ini di bawah Rolling Plan Keempat, telah pun diberikan lampu hijau.
Ketiga, adalah pembinaan pos-pos kawalan. Sekarang ada 46. Jadi, kita tingkatkan lagi terutama di sepanjang pesisir pantai di kawasan Manalunan, Kinabatangan dan Kuala Meruap, Lahad Datu. Ini di bawah RP2. Jadi secara keseluruhannya, tiga komponen dalam soalan asal Yang Berhormat, reaksi saya begitu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pewujudan ESSCOM merupakan sesuatu yang amat berharga bagi Sabah dari sudut keselamatan perairan. Kita harapkan agar Kerajaan Persekutuan akan terus
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
menyalurkan peruntukan untuk meningkatkan kesiapsiagaan ESSCOM ini untuk negeri Sabah sepanjang waktu.
Kerana kita melihat Tan Sri, daripada siaran akhbar Yang Berhormat Menteri sendiri baru-baru ini, terdapat 40 kes ancaman penculikan yang berjaya ditumpaskan di perairan Sabah ini. Maknanya kita, Sabah masih terdedah dan sentiasa terdedah kepada ancaman lanun, penculikan, penyeludupan manusia, penyeludupan barang daripada Sabah ke negeri jiran. Jadi, kita harapkan agar usaha ini akan terus diambil oleh kerajaan.
Saya harap agar kementerian di bawah kepimpinan Yang Berhormat akan terus memberi prioriti terhadap keselamatan perairan di negeri Sabah. Itu statement dan bukan soalan.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Beluran. Saya boleh faham kerana Beluran ikut termasuk dalam kawasan ini. Untuk makluman Yang Berhormat, ancaman penculikan ada, tapi rekod menunjukkan sejak 15 Januari 2020 sehingga sekarang ini, kidnap for ransom itu kosong. Saya fikir ini satu rekod yang sangat signifikan. Hal itu kerana ESSCOM pertama, rondaan.
Kedua, dia juga ada kapal yang dipanggil mother ship dan rondaan helikopter dan sebagainya, omnipresent. Itu antara perkara yang dianggap melonjakkan prestasi dan meminimumkan ancaman keselamatan.
Perkara kedua ialah aspek kebajikan 189 anggota ESSCOM. Kebetulan Yang di- Pertuan Agong baru-baru ini dalam Jelajah Kenali Borneo memilih untuk lawatan ke ESSCOM juga. Sebelum itu, Perdana Menteri telah memperuntukkan RM40 juta. Ini untuk kebajikan anggota ESSCOM.
Jadi, KDN telah melakukan perolehan 60 unit apartmen betul-betul di Lahad Datu, sea view lagi kerana nilai hartanah di Lahad Datu lepas 10 tahun keadaan kembali aman, harganya tinggi. Tapi dengan kelulusan yang diberi, kita telah pun melakukan perolehan.
Jadi, aspek kebajikan keluarga anggota juga sangat dititikberatkan kerana ini membolehkan suasana kerja yang lebih kondusif.
Hal yang perlu saya sentuh untuk makluman Yang Berhormat juga adalah bermula 17 Oktober baru-baru ini, kita juga telah mengubah daripada perintah berkurung kepada perintah kawalan pergerakan. Pertimbangannya kenapa, kawasan ESSCOM ini punya potensi besar dari segi pelancongan dan rekod di tangan saya menyaksikan kedatangan pelancong dari Eropah dan China terutamanya, semakin menunjukkan trend meningkat.
Jadi dengan perubahan istilah walaupun elemennya masih sama, kita tak sebut perintah berkurung tapi kawalan pergerakan. Kita harap pelancong-pelancong ASEAN, pelancong dari negara China, dari Asia Timur, dari United Kingdom, dari Kesatuan Eropah ini menunjukkan prestasi trend yang sangat memberangsangkan. Ini saya fikir sangat positif dalam terhadap pembangunan ekonomi di ESSZONE secara khasnya dan Sabah amnya. Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Tampin.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, soalan mengenai ancaman keselamatan sempadan bukan ESSCOMlah. Selain ancaman keselamatan sempadan di Pantai Timur Sabah, Kita juga tidak boleh mengambil mudah sebarang kelemahan di Selat Melaka iaitu di perairan Negeri Sembilan dan Melaka.
Jika kawalan penguat kuasa di Selat Melaka berada pada tahap yang tidak sepatutnya, kita bimbang keadaan tersebut akan membuka peluang kepada ancaman jenayah rentas sempadan yang dilihat semakin kompleks. Sehubungan itu, saya ingin mengetahui sejauh manakah keupayaan aset kita untuk mengawasi perairan Selat Melaka yang mampu direntasi penyeludupan dalam tempoh 15 hingga 20 minit sahaja daripada Pulau Rupat, Sumatra, Indonesia? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih terhadap soalan tambahan. Yang Berhormat Tan Sri, kawasan maritim negara kita itu luasnya 590,000 kilometer persegi bersempadan dengan banyak negara jiran. Kalau di Selat Melaka, itu sempadannya bermula dari Singapura ke bawah, kemudian menuju ke Sumatera di atas.
Jadi, aspek kawalan keselamatan maritim ini, kawalan sempadan laut ini, tugas hakiki itu selain daripada tentera laut di bawah MINDEF, adalah Angkatan Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Jadi, rondaannya adalah 24/7. Mereka punya semua keupayaan aset, kapal, dron, radar.
Jadi daripada situ, sebarang potensi ancaman bolosnya sempadan negara sama ada dalam bentuk penyeludupan senjata, minyak masak, diesel ataupun senjata api, pendatang asing, contraband, rokok tanpa cukai, ini semuanya itu hampir setiap bulan saya menerima aduan pencapaian sama ada pemeriksaan fizikal ataupun rampasan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Umumnya saya boleh simpulkan bahawa negara mempunyai keupayaan yang meyakinkan dalam memastikan keselamatan sempadan negara itu berada pada tahap yang terjamin dan ini mampu untuk memberikan kelegaan kepada rakyat. Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tan Sri Speaker, boleh tambah satu soalan?
Tuan Yang di-Pertua
Minta maaf. Saya jemput Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan, Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih Tuan Speaker.
Dua tiga kucing berlari, Mana nak sama si kucing belang, Dua tiga boleh ku cari, Tapi tak sama Tuan Speaker seorang.
[Dewan riuh]
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Soalan saya nombor tiga.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
3. Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [Sri Gading] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan adakah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi mencukupi dalam menghadapi isu 3R ataupun adakah kerajaan berhasrat memperkenalkan satu RUU baru berkaitan keharmonian kaum.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Untuk makluman Yang Berhormat, isu 3R boleh dilihat dalam konteks kerukunan masyarakat kita. Konsep yang disepakati secara umum dan perlu dijaga secara bersama.
Kementerian mengambil maklum insiden-insiden provokasi melampau mengenai isu 3R dalam media sosial pada ketika ini seperti daripada segi kaum, diskriminasi ataupun daripada segi agama, kebebasan beragama. Daripada segi royalty ataupun raja, adalah menghina institusi diraja.
Kementerian berpandangan bahawa Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Hasutan 1948 mencukupi dalam mengatasi dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu 3R. Dalam kedua-dua akta ini, terdapat seksyen yang secara khusus menyentuh tentang tindakan perundangan yang boleh diambil terhadap isu 3R, bagi menjamin keharmonian kaum seperti yang berikut.
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia ialah bagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain seperti sumbang, cerita-cerita palsu, mengancam atau cerita jelik dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai atau
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
mengugut yang membuat gangguan kepada orang lain boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara satu tahun.
Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 mengandungi senarai kesalahan menghasut seperti menyebut apa-apa perkataan, menghasut, mencetak atau menerbitkan apa-apa bahan berbentuk hasutan yang boleh dikenakan hukuman denda. Kesalahan kali pertama tidak melebihi RM2,000 dan dipenjara 18 bulan dan penerbitan itu dilucutkan atau dimusnahkan sebagai arahan mahkamah.
Selain daripada itu juga, terdapat beberapa akta dan perundangan lain untuk menjaga keharmonian dan perpaduan masyarakat di Malaysia iaitu Kanun Keseksaan Akta 574 iaitu undang-undang untuk sabitan jenayah untuk menjaga keamanan dan perpaduan dan banyak seksyen-seksyen di bawah ini, yang khusus kepada kesalahan menghina terhadap agama, salah guna perkataan, menghina dan sebagainya untuk melindungi orang daripada ancaman dan gangguan. Seksyen 505, kesalahan jenayah, menulis, menyebar kata, simbol dan sebagainya yang akan menyakiti hati orang.
Subseksyen (8) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan juga ialah kesalahan penerbitan dan menyiarkan dengan niat jahat atau berita yang tidak benar dan pencetak atau penulis atau penerbit boleh dikenakan hukuman.
Untuk makluman Yang Berhormat, Jawatankuasa Kerja Perundangan dan Dasar- dasar Mempromosikan Keharmonian Negara pada tahun 2019 di atas kerajaan yang dahulu telah pun mengangkat cadangan untuk RUU Jenayah Kebencian Kaum dan Agama, RUU Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional dan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional tetapi kesemua cadangan ini telah pun dianggap tidak sesuai untuk ditubuhkan pada masa itu.
Pada tahun ini, kerajaan di bawah Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi telah pun mengadakan sesi libat urus dan dialog pada bulan Julai untuk mengkaji keberkesanan perundangan sedia ada, supaya ianya boleh dikaji dan membuatkan alternatif untuk diadakan tetapi setakat ini belum ada syor atau keputusan terhadap discussion itu.
Pada masa sekarang, kementerian ini berpendapat tiada keperluan untuk menggubal atau memperkenalkan suatu undang-undang baharu dan memadai dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada. Tapi walaupun begitu, kalau keadaan mendesak dan kerajaan memikirkan bahawa undang-undang sedia ada perlu dibuat semakan semula atau pindaan bagi mengekang elemen permusuhan antara kaum dan agama, maka kementerian akan menyokong penuh hasrat tersebut. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Jawapan panjang lebar dan sangat luas. Apa yang Sri Gading ingin nak persoalkan, di mana kalau kita lihat bahawa isu perkauman ini terakhirlah berkaitan dengan 13 Mei 1969 dan di mana daripada peristiwa itulah wujud satu gagasan negara yang dipanggil Rukun Negara iaitu untuk mencapai cita-cita, perpaduan yang lebih erat. Memelihara cara hidup, demokratik, mencipta satu masyarakat yang adil, menerima kebudayaan pelbagai corak, membina masyarakat progresif di mana diwujudkan satu jawatankuasa ataupun jawatan untuk menjadikan Rukun Negara.
Suasana pada hari ini kalau kita lihat, sebahagian daripada kita menegur ataupun mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyinggung banyak pihak bukan sahaja kalau dahulu kaum tetapi sekarang ini institusi raja pun mereka boleh pertikai. Isu-isu raja, agama. Jadi adakah kerajaan berhasrat menubuhkan jawatankuasa melibatkan pelbagai kaum, pelbagai pihak termasuk parti-parti politik, termasuk negarawan, cendekiawan untuk membentuk satu gagasan, dapatan hasil daripada perbincangan tersebut supaya memastikan rakyat dalam negara kita ini harmoni dan tidak ada masalah-masalah yang dibimbangi berkaitan dengan 3R ini. Itu soalan saya.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.
Memang benar apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat itu, sebab itu apabila saya pertama kali masuk ke kementerian ini, saya melihat ada kepincangan daripada segi perpaduan dan kita pun telah melihat. Walaupun begitu kita ada juga data-data indeks yang menunjukkan kesepaduan atau perpaduan negara ini.
Tetapi Yang Berhormat, daripada segi Rukun Negara, pada masa dalam beberapa bulan yang lalu, kita pun telah merasakan Rukun Negara itu perlu dihafal semula untuk membawa, apa nama itu? Cintakan negara sebab seperti yang telah disebutkan oleh YB tadi dalam Rukun Negara ini, memang cukup cita-citanya.
Sebab itu apabila kita membawa cadangan untuk ia dilafazkan semula di semua majlis-majlis rasmi kerajaan, di sekolah-sekolah dan sebagainya, kita melihat apabila kita melafazkan Rukun Negara ini, perlu disebut terlebih dahulu cita-cita Rukun Negara itu di bahagian mukadimah, sebelum kita mengangkatkan tangan untuk membaca ikrar dengan lima prinsipnya.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
[Bangun]
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Kita telah pun mengadakan Eksplorasi Rukun Negara dengan hebatnya. Kita luncurkan di peringkat public, kita adakan semua di peringkat sekolah dan kita adakan pelbagai aktiviti eksplorasi seperti pidato atau debat di peringkat universiti, telah kita adakan banyak lagi program-program yang menjuruskan kepada Rukun Negara ini. Jadi, kita melihat ia amat penting.
Di Kementerian Perpaduan Negara, memang kita juga melihat semua ini dah terkandung dalam aktiviti-aktiviti ataupun strategi kita dan sebab itu di Kementerian Perpaduan Negara, kita ada Majlis Penasihat Perpaduan Negara yang diketuai oleh tokoh-tokoh agama, tokoh-tokoh negarawan. Kita juga mempunyai MExUnity iaitu jawatankuasa di peringkat negeri. Semua negeri mempunyai Exco sendiri, diketuai oleh Exco ataupun Menteri yang menjaga perpaduan dan keharmonian di semua peringkat negeri. Kita ada 14 Jawatankuasa MExUnity. Kita juga ada Jawatankuasa Harmoni yang dipengerusikan oleh kedua-dua Menteri di sebelah sini dan kita pun telah mengadakan mesyuarat yang menyentuh dalam hal isu-isu keharmonian di negara kita ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Indera Mahkota.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak pergi balik kepada soalan asal Sri Gading yang sebenarnya sangat mustahak. Ada empat perkara, yang pertama memang lah undang-undang semata-mata tidak memadai dalam kita memupuk dan meningkatkan perpaduan. Banyak perkara lain perlu dilakukan, contohnya pendidikan, pembudayaan dan sebagainya.
Kedua, undang-undang sedia ada itu sebenarnya saya berbeza pandangan– tidak mencukupi. Contoh dan Yang Berhormat Damansara ada dalam Dewan, dia faham sangat tentang Akta Hasutan. Threshold untuk mensabitkan seseorang salah itu amat rendah kerana tidak perlu dibuktikan niat dan dia sangat luas.
Namun dalam suasana tak ada undang-undang yang lain, ada masanya ia terpaksa digunakan dengan sedihnya. Ini kita faham. Sebab kita harus ada keseimbangan antara perlu ambil tindakan tetapi mesti juga secara adil dan tidak boleh disalah guna seperti rekod Akta Hasutan itu banyak disalah guna kerana threshold-nya itu terlalu rendah.
Sekarang timbul soal hate speech, yang itu yang dimaksudkan oleh Sri Gading.
Saya faham Menteri KKD juga sedang hendak pinda Akta Komunikasi kerana bila sampai pelaksanaan, Menteri tak ada kuasa. Itu yang kedua– saya dah sentuh yang kedua. Soal cukup tak cukup, yang ketiga kerana mesti ada keseimbangan.
Akhir sekali, yang keempat isu tentang rang undang-undang harmoni. Kalau digunakan secara pendek, 2019 itu tidak betul. Yang Berhormat mengatakan pada tahun 2019 keputusannya tidak buat itu. Keputusannya masa itu belum dibuat sebenarnya. I was
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
there, saya Ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara dan saya dalam Kabinet yang bincang soal ini. Sebab itu dilahirkan Dasar Perpaduan Negara ketika Pagoh menjadi Perdana Menteri...
Tuan Yang di-Pertua
Indera Mahkota, boleh ringkaskan?
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Jadi, saya harap Yang Berhormat jangan lah buat keputusan terlalu awal, kata tak perlu. Tunggu dulu jawatankuasa yang bincang itu dan saya harap kita akan baiki undang-undang yang sedia ada, kalaupun tidak wujudkan RUU yang baharu untuk gantikan terutamanya Akta Hasutan. Terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat atas teguran.
Saya memang agree lah dengan apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat. Kita memang ketahui kekangan-kekangan pihak yang menjalankan pelaksanaan undang-undang seperti KDN, PDRM. Mereka pun mempunyai banyak isu yang mereka fikirkan, ada sekatan ataupun masalah untuk dilaksanakan.
Sama juga dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKD) dan sebab itu apabila task force ditubuhkan tahun ini, pelbagai isu telah pun dibincangkan. Walaupun saya tidak directly involved dalam hal ini tetapi kita juga mendapat rumusan daripada syor- syor dari perbincangan itu. Kita pun menunggu untuk selanjutnya apakah tindakan yang akan diadakan.
Berkenaan dengan yang disyorkan oleh– Menteri tadi yang pada masa dulu yang menyentuh tiga undang-undang ataupun dua undang-undang dan satu penubuhan suruhanjaya. Yang kedua-dua itu, RUU jenayah kebencian dan RUU keharmonian pada masa itu, saya melihat daripada yang terdapat di depan saya adalah ianya ditolak sebab kalau jenayah kebencian itu ya, kesemua kesalahan itu adalah terkandung dalam Kanun Keseksaan. RUU Keharmonian dan Rekonsilasi yang dibentangkan pada masa itu, semua masalah dalam itu adalah terkandung dalam Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan. Sebab itu kedua-dua RUU itu ditolak pada masa itu.
Tetapi penubuhan Suruhanjaya Keharmonian pada masa itu ada keputusan untuk menubuhkan tetapi tidak sempat dan pada masa itu Perdana Menteri sendiri telah memutuskan penubuhan suruhanjaya ini tidak sesuai ditubuhkan pada masa itulah. Itu keputusan pada masa itu. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Rantau Panjang.
4. Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan inisiatif pihak kementerian dalam membangunkan ekonomi golongan rentan termasuk ibu tunggal khususnya mereka yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Puan Saraswathy a/p Kandasami
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sentiasa prihatin dan komited dalam melaksanakan inisiatif dan perancangan yang lebih efektif dan bersifat inklusif melibatkan golongan rentan, termasuk ibu tunggal tidak kira di mana mereka berada sama ada di bandar ataupun di kawasan luar bandar ataupun pedalaman supaya mereka dapat menjana pendapatan yang stabil bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat banyak program ataupun inisiatif yang telah dibangunkan oleh agensi-agensi di bawah KUSKOP untuk golongan rentan termasuk ibu tunggal di seluruh negara. Antara program dan inisiatif oleh agensi-agensi di bawah KUSKOP yang telah dirangka dan dilaksanakan khusus bagi golongan tersebut adalah seperti berikut:
(i) Skim Pembiayaan Ikhtiar (SPI) di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia
(AIM) yang telah menyediakan skim pembiayaan kepada 323,033
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Puan Saraswathy a/p Kandasami
orang usahawan wanita ataupun dipanggil Sahabat Usahawan AIM bermula Januari hingga Ogos 2023, dengan perbelanjaan sebanyak RM1.74 bilion;
(ii) Program Tekun Wanita oleh TEKUN Nasional yang telah membantu seramai 3,801 orang usahawan wanita bermula Januari hingga Ogos 2023 bagi mendapatkan pembiayaan berkumpul dengan mudah, cepat dan cekap untuk tujuan perniagaan dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM20 juta;
(iii) Program Pembiayaan Mikro untuk penjaja dan peniaga kecil
(MPPK 2.0) di bawah Bank Rakyat telah memberikan pembiayaan atau pinjaman berjumlah RM3.068 juta bermula Januari hingga Ogos 2023 kepada 383 usahawan mikro bagi menambah baik dan membangunkan semula perniagaan sedia ada;
(iv) Program Inklusif SME Ekosistem atau I-SEE oleh SME Corporation menyediakan bantuan geran kepada inovator PMKS bagi memperkasa kumpulan B40 dan menggalakkan transformasi komuniti termasuk perusahaan mikro di kawasan luar bandar.
Bagi tempoh 2021 hingga September 2023, sejumlah 30 inovator PMKS telah mendapat manfaat dengan kelulusan geran berjumlah RM4.6 juta; dan
(v) Program Pemerkasaan Usahawan Wanita atau PUAN telah dilaksanakan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) bermula pada bulan Januari hingga Ogos 2023. Seramai 120 usahawan wanita B40 dalam sektor makanan dan minuman telah dibantu ke arah pendigitalan melalui pemberian latihan dan geran perniagaan sebanyak RM216,000.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Rantau Panjang.
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tan Sri, terima kasih Yang Berhormat atas jawapan yang diberi dan saya ucap tahniah di atas pelbagai usaha yang telah dibuat. Adakah kerajaan bercadang untuk menyatukan semua aktiviti pembangunan usahawan di bawah satu bumbung agar tidak berlaku pertembungan fungsi antara kementerian? Sebab kita lihat ini pelbagai kementerian dan agensi yang menjalankan program-program yang berkaitan dengan aktiviti usahawan.
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Saya ingin tahu juga daripada jumlah yang telah dinyatakan tadi, berapa sebenarnya yang mereka betul-betul berjaya dan berapa peratuskah peningkatan pendapatan mereka? Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh kementerian dalam membimbing mereka dan usaha untuk seterusnya dalam memastikan supaya golongan ibu tunggal, khususnya yang berada di bandar ataupun miskin bandar dan luar bandar?
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Menteri.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Yang Berhormat Ahli telah bertanya beberapa soalan dalam soalan tambahan. Saya akan cuba untuk menjawab satu persatu.
Pertamanya, berkenaan dengan inisiatif yang dijalankan oleh pelbagai agensi di bawah beberapa kementerian, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SME Corp melalui SMEIPA, mengumpul semua data daripada semua agensi mengikut data yang sedia ada.
Sebanyak 64 agensi yang sedang menjalankan ataupun melangsungkan program keusahawanan.
Jadi, semua maklumat dikumpul dan diselaraskan oleh SME Corporation. Melalui proses itu, kita dapat memastikan tiada sebarang pertindihan dari segi program yang dilangsungkan. Tetapi, ada juga percubaan untuk menyelaras pelaksanaan inisiatif
Puan Saraswathy a/p Kandasami
keusahawanan di bawah kementerian-kementerian ataupun agensi-agensi berlainan di peringkat pusat dan juga di peringkat negeri.
Bagi memastikan pembangunan dan penyelarasan inisiatif keusahawanan berjalan dengan lancar atau tidak berlaku pertindihan, struktur tadbir urus yang komprehensif telah dibentuk di peringkat Persekutuan dan negeri seperti berikut. Satu, Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (MPUPK) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang berperanan menetapkan hala tuju serta Dasar Pembangunan Usahawan dan PMKS secara menyeluruh merentasi semua sektor ekonomi.
Seperti yang saya katakan tadi, selain itu KUSKOP melalui SME Corp memantau program-program pembangunan usahawan yang dilaksanakan oleh 68 kementerian ataupun agensi serta tujuh kerajaan negeri melalui platform SMEIPA atau Pelan Tindakan Bersepadu PMKS. Melalui platform ini, SME Corp melaksanakan penilaian program pembangunan PMKS dan, dan dibentangkan dalam Mesyuarat MPUPK dan MPKN.
Berkenaan dengan soalan kedua, berapakah antara usahawan-usahawan yang diberi bantuan ataupun bimbingan ataupun pembiayaan berjaya. Ini adalah satu cabaran yang sedang dihadapi oleh kementerian kerana setakat ini pencapaian atau KPI ditentukan berdasarkan kepada pencapaian sasaran. Tetapi, mulai tahun ini, kementerian telah mengambil satu pendekatan untuk menilaikan kejayaan bukan sahaja berdasarkan kepada pencapaian sasaran tetapi juga berdasarkan kepada kejayaan setiap satu daripada usahawan yang telah diberi bantuan ataupun pembiayaan. Untuk tahun-tahun akan datang, kita akan dapat membentangkan kejayaan setiap satu daripada program yang dilaksanakan di bawah kementerian.
Berkenaan dengan cabaran yang dihadapi oleh golongan rentan ini, kami rasa inisiatif ataupun program yang mencukupi telah pun disediakan. Cabaran adalah untuk menyampaikan maklumat ini ke peringkat setiap satu daripada golongan rentan yang ingin mengambil bahagian dalam program-program. Itu adalah satu cabaran yang sedang diatasi dengan mengadakan Program Jelajah Usahawan di semua peringkat dan juga di semua daerah di seluruh negara. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, saya pagi ini ingin mengalu-alukan kehadiran di Dewan ini, rombongan Ahli Majlis Daerah Kanowit, Councillors [Tepuk] dari kawasan Parlimen saya, di Kanowit. Ada 34 orang dan saya mohon mereka untuk berdiri semua. Berdiri semua.
[Tepuk] All right, dan memberi kehormatan kepada Tan Sri Speaker. Bow, kehormatan okey. Thank you.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Saya jemput Dato’ Verdon bin Bahanda, Kudat.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Sebelum saya mengemukakan soalan. Bagi pihak Yang Berhormat Kalabakan, mengalu- alukan kehadiran dalam Dewan, rombongan dari Parlimen Kalabakan yang terdiri dari Ketua-ketua Masyarakat dari Kampung Tanjung Batu.
[Tepuk] Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Selamat datang.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Baik, soalan saya nombor 5.
Tuan Yang di-Pertua
Nombor, nombor berapa Yang Berhormat?
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Nombor 5, Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Nombor 5? Silakan.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Nombor 5.
5. Dato' Verdon bin Bahanda [Kudat] minta Menteri Pengangkutan menyatakan rancangan kerajaan atau kaedah untuk membuka permit atau laluan feri antarabangsa untuk laluan Kudat - Palawan bagi merancakkan aliran ekonomi dan menggalakkan kemasukan keluar masuk pelancong di Kudat yang terletak dalam kawasan BIMP- EAGA.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga mengalu-alukan semua pelawat yang hadir ke Parlimen pada hari ini. Untuk makluman Yang Berhormat Kudat, Palawan telah dicadangkan sebagai laluan baharu di bawah Brunei Darussalam-Indonesia- Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP–EAGA).
Namun begitu, laluan ini belum dapat diputuskan kerana menunggu pihak Filipina untuk mencadangkan kapal yang mematuhi spesifikasi keselamatan yang telah ditetapkan oleh International Maritime Organization. Walau bagaimanapun, terminal feri di Kudat telah bersedia untuk menjadi terminal feri antarabangsa yang dilengkapi dengan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).
Laluan Kudat-Palawan sangat berpotensi untuk menjadi pintu masuk pelancongan bagi kedua-dua negara. Sekiranya urusan memuktamadkan kapal penumpang dipersetujui oleh pihak berkuasa kedua-dua negara, laluan ini boleh dimuktamadkan di bawah BIMP–EAGA untuk beroperasi serta-merta. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Kudat.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Terima kasih atas penjelasan dan jawapan daripada Menteri yang begitu baik. Cuma, saya ingin bertanya, adakah cara kita ataupun Kerajaan Malaysia untuk mempermudahkan urusan-urusan dari segi pengeluaran permit dan sebagainya bagi memudahkan feri ini beroperasi dengan seberapa segera, terutama sekali dari segi hubungan kedua-dua negara boleh digunakan untuk menjadikan feri ini dapat beroperasi? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Tan Sri Yang di-Pertua, memang kita tak ada masalah untuk memberikan fasilitasi. Tetapi, dia mesti ada syarat keselamatan yang mesti dipatuhi.
Kerana bagi kita yang paling penting pertimbangannya ialah dari segi keselamatan penumpang dan keselamatan feri. Kita sebagai sebuah negara yang merupakan Ahli Majlis International Maritime Organization (IMO), segala peraturan ataupun konvensyen antarabangsa terutamanya yang melibatkan keselamatan di laut mesti kita patuhi.
Apa yang telah kita minta kepada pihak syarikat feri tersebut untuk memberikan maklumat kepada kita iaitu yang pertamanya keperluan pensijilan kapal mengikut standard antarabangsa. Dokumen-dokumen yang perlu mereka sertakan ialah termasuk International Ship Security Certificate, Engine International Air Pollution Intervention Prevention Certificate, International Energy Efficiency Certificate, International Anti-fouling System Certificate, Maritime Labor Certificate, International Ballast Water Management Certificate dan Insurance Certificate under International Convention on Removal of Right 2007, dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua.
Ini beberapa dokumen-dokumen yang diperlukan tetapi mereka tak dapat berikan pada kita. Keduanya, kita juga perlu tahu bahawa kawasan operasi yang dibenarkan oleh negara pendaftaran kapal ini perlu diberikan oleh pihak Filipina. Yang ketiga, keperluan pematuhan terhadap International Ship and Port Facility Security Code bagi kemudahan pelabuhan maritime facility yang digunakan di Sabah bagi mengurus operasi kapal.
Keempat adalah pemeriksaan kapal port state control. Ini merupakan beberapa syarat yang diperlukan. Kita boleh facilitate tetapi dari segi syarat-syarat keselamatan ini mesti dipatuhi. Tetapi, selain daripada syarikat feri daripada Filipina, mungkin Yang Berhormat juga boleh usahakan ada mana-mana syarikat tempatan termasuk syarikat daripada Sabah, kalau mereka ada feri yang berkelayakan ataupun yang dapat mematuhi piawaian, standard tersebut, mereka juga boleh memohon permit untuk beroperasi di kawasan tersebut. Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Tan Sri Yang di- Pertua...
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kuala Terengganu ya. Selain projek Trans Borneo yang menanti untuk dilaksanakan kajian...
Tuan Yang di-Pertua
Kuala Kedah, Kuala Kedah.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Kuala Kedah, Kuala Kedah.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Okey.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Soalan tambahan saya adalah berhubung dengan perkhidmatan feri. Apakah usaha yang diambil oleh pihak kementerian untuk memperbaiki mutu perkhidmatan feri Kuala Kedah ke Langkawi dengan mengambil kira faktor monopoli konsortium dan pasang surut laut yang mengehadkan kekerapan jadual operasi feri antara tanah besar dan ke Langkawi? Serta yang dinanti-nantikan oleh rakyat Kuala Kedah ialah status pembinaan terminal feri di Kuala Kedah. Itu, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Last question.
Tuan Loke Siew Fook
Pertamanya, Tan Sri di-Pertua, untuk status terminal feri di Kuala Kedah, itu memang telah pun kita panggil tender untuk terminal tersebut. Itu telah melalui beberapa kali tender semula sejak tahun 2018 lagi. Semasa kerajaan terdahulu pun, tender semula diminta oleh pihak Kementerian Kewangan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tetapi, setakat ini, memang kita telah lantik syarikat perunding. Syarikat perunding telah pun memuktamadkan dokumen-dokumen tender dan saya harap bahawa ia dapat dimuktamadkan dalam segera, tender tersebut. Saya tahu bahawa terminal itu amat penting untuk pembinaan semula dan juga untuk kegunaan rakyat dan juga pelancong yang mahu pergi ke Langkawi.
Berkenaan dengan bagaimana kita menambah baik perkhidmatan feri Langkawi di antara Kuala Kedah ke Pulau Langkawi. Yang pertamanya, memang tahu bahawa masalah kecetekan air itu dia selalu menjadi masalah. Memang sepanjang masa, kita ada projek-projek untuk dredging di kawasan tersebut, di kuala sungai tersebut.
Berkenaan dengan feri, sebenarnya konsortium itu terdiri daripada beberapa syarikat. Tetapi, kalau ada syarikat-syarikat feri yang ingin memasuki untuk memohon untuk mengadakan operasi di sana, kita tak ada masalah untuk melihat kepada permohonan mereka. Jadi, dia lebih kepada faktor pasaran.
Sekiranya ada pihak lain yang mahu mengoperasi dengan feri-feri yang baru, kita alu-alukan. Tak menjadi masalah untuk mereka memohon dan untuk kita membenarkan feri yang lain selagi mereka mematuhi piawaian standard keselamatan yang diperlukan.
Terima kasih.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat di Dewan, berikutnya soalan yang keenam. Saya mempersilakan Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Dato’ Speaker.
Soalan saya adalah soalan yang keenam.
6. Dato Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Menteri Kesihatan menyatakan:
(a) Status program perintis PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) sehingga kini; dan
(b) Bilakah program ini akan dilanjutkan ke pusat kesihatan yang lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih, Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Langat.
Program Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) PrEPGOV2023 adalah sebenarnya kajian rintis yang dilaksanakan di 18 klinik kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia selama 12 bulan mulai Januari 2023. Pengumpulan data kajian dijangka selesai pada 31 Disember 2023 dan data daripada kajian tersebut akan dianalisa atau dianalisis pada awal tahun 2024 bagi melihat impak kesihatan secara langsung dan juga secara tidak langsung susulan pemberian PrEP iaitu pencegahan HIV dan perubahan tingkah laku berisiko.
Untuk makluman, setiap klien yang mengambil PrEP perlu menghadiri kaunseling pengurangan risiko pada setiap temu janji iaitu pada temu janji bulan pertama, bulan ketiga, bulan keenam dan juga bulan ke-12. Sehingga 30 September tahun ini, seramai 2,714 individu telah menerima PrEP.
Berdasarkan analisis awal sehingga bulan keenam penggunaan PrEP, terdapat— pertama, kita dapati terdapat penurunan kadar jangkitan penyakit sifilis iaitu daripada 11 peratus kepada kurang daripada satu peratus. Itu adalah kesan tidak langsung.
Kemudian, peratus klien yang tidak menggunakan kondom menurun daripada 6.3 peratus kepada hanya 3.9 peratus. Peratus klien yang mempunyai multiple sexual partners juga menurun daripada 44.5 peratus kepada 36.1 peratus. Terdapat 14 klien yang telah berhenti menggunakan PrEP kerana tidak lagi melakukan aktiviti seksual yang berisiko.
Terdapat tiga kes positif HIV, 0.11 peratus, kerana pengguna tidak patuh kepada pengambilan PrEP dan kadar ini jauh lebih rendah berbanding dengan negara-negara yang lain yang melaksanakan PrEP lebih awal. Sebab, negara lain ada yang lebih kurang tiga hingga empat peratus.
Hasil dapatan awal kajian ini juga menunjukkan bahawa klien yang mengambil PrEP mematuhi dan mengamalkan nasihat pencegahan jangkitan HIV melalui penggunaan kondom secara konsisten dan juga perubahan tingkah laku yang lebih baik walaupun sedang menggunakan PrEP.
Untuk menjawab soalan kedua Yang Berhormat Kuala Langat, program PrEP ini telah diperluaskan daripada 18 klinik kesihatan yang seperti yang saya sebut tadi, ke 21 klinik pada tahun ini. Insya-Allah, seterusnya akan diperluaskan kepada 30 lagi klinik kesihatan pada tahun 2024, tahun depan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih, Dato’ Speaker.
Program ini, sepertimana disebutkan, akan berakhir pada Januari 2024. Cuma, saya
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
melihat lanjutan kepada 22 buah klinik ini dilihat sebagai sesuatu yang agak tergesa-gesa sebelum kita mendapat data yang akan kita buat kajian.
Saya nak bertanya, apakah kesan kepada kewangan dalam pengurusan program ini? Kerana, bukan hanya sekadar ubat— kerana, ubat ini adalah ditaja oleh Global Fund— tetapi daripada sudut keperluan yang lain. Pemeriksaan darah dan juga bebanan kepada kerja klinik kerana dia memerlukan bilik yang tersendiri, ruangan menunggu yang tersendiri dan doktor yang terlibat dan juga keadilan kepada pesakit-pesakit yang lain kerana jumlah pesakit yang lebih ramai yang memerlukan perubatan ini.
Apakah selepas 2024 nanti, selepas tamatnya projek kajian rintis ini, dia sudah tidak ada tajaan daripada Global Fund dan kita terpaksa menggunakan wang awam untuk meneruskan program ini?
Satu lagi, apakah pendirian kerajaan apabila ia menjadi satu polemik kepada doktor-doktor Muslim terutamanya yang terlibat dalam program ini? Kerana setakat ini, pendirian daripada Majlis Fatwa Kedah dan Selangor mengharamkan penggunaan PrEP ini selain daripada pasangan suami isteri yang pasangannya adalah positif.
Setakat ini pun Majlis Fatwa Kebangsaan, kita belum dengar lagi apa pendirian ataupun fatwa yang akan dikeluarkan. Kita dimaklumkan bahawa Menteri dan juga KKM terlibat di dalam libat urus dan juga memberikan nasihat. Bagaimanakah status kepada pendekatan abstinence...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, pendekkan soalan.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Bagaimana status pendekatan abstinence ataupun pencegahan? Saya kira itu adalah lebih baik terutamanya kepada pesakit-pesakit Muslim yang terlibat dalam program ini. Terima kasih, Tan Sri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Okey, Yang Berhormat, banyak soalannya. Jadi, kalau— saya yakin Yang Berhormat juga adalah seorang doktor dan faham ya kenapa kita menggunakan PrEP ini. Seperti saya sebut tadi, ia adalah projek rintis yang kita masih lagi menunggu hasil daripada kajian yang kita laksanakan.
Benar, buat masa sekarang, pembelian ubat semua kita adalah— projek rintis ini— memang tinggi. Saya boleh sebut di sini, nilainya lebih kurang RM521,000 lebih.
Tapi, ini adalah atas sumbangan yang dilakukan oleh Majlis AIDS Malaysia (MAM) melalui dana Global Fund kepada Bahagian Kawalan Penyakit.
Jadi, insya-Allah, kita akan lihat. Sebab, atas keberkesanan, kita juga melaksanakan rawatan pesakit yang kepada semua. Maksudnya, “No Wrong Door Policy”. Jadi, siapa sahaja yang datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan, kita akan berikan rawatan yang sebaik mungkin ya. Saya yakin memang akan ada kesan-kesan terhadap bajet dan sebagainya. Yang itu, kita akan tengok secara terperinci. Seperti saya sebut tadi, sebenarnya jumlah pesakit yang HIV ini agak tinggi. Kita perlu merawat juga mereka.
Kemudian, berkaitan dengan— itu dua soalan yang pertama. Kemudian, pendirian kerajaan. Pendirian kerajaan, saya sebut juga tadi, bahawa kita melaksanakan polisi “No Wrong Door Policy” dan “Health for All”. Jadi, siapa sahaja yang mengalami penyakit ataupun yang ada berisiko terhadap HIV ini, kita akan beri rawatan kalau mereka datang secara sukarela untuk mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti yang telah kita sediakan.
Jadi, itu sebabnya dengan sekurang-kurangnya pada peringkat awal ini, kita telah tengok keberkesanan. Kita juga melihat contohnya ada pesakit-pesakit daripada negeri Kelantan contohnya, mereka mahukan dirawat tetapi tak ada fasiliti yang disediakan di Kelantan buat masa ini. Jadi, mereka terpaksa datang ke, contohnya ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan. Jadi, itu bermakna ada demand di sana juga.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Maka, sebab itu kita merancang untuk meluaskan lagi perkhidmatan ini, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, pendekatan abstinence di sini juga betul. Sebab itu saya dah sebut tadi. Hasil pada peringkat awal tadi kita dapati bahawa ada kesan yang agak baik.
Contohnya, peratusan klien yang mempunyai multiple sexual partners telah menurun daripada 44.5 peratus kepada 36.1 peratus.
Jadi akhirnya, apabila mereka datang ini, kita bukan hanya bagi ubat tapi kita melakukan kaunseling juga kepada mereka untuk melaksanakan cara hidup ataupun tingkah laku yang tidak berisiko. Akhirnya, yang kita hendak ialah mereka abstinence. Ini memang akhirnya kita nak yang itu. Tetapi insya-Allah, pendekatan itu kita dalam kaunseling memang kita laksanakan, jadi saya juga mengharapkan supaya akhirnya kita mendapat kesan yang jauh lebih baik daripada apa yang kita dapat pada hari ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri. Saya sangat memahami penghujahan dan maksud yang dibentangkan oleh Menteri, sementara juga saya memahami kekhuatiran yang dibangkitkan oleh sahabat saya daripada Kuala Langat sebentar tadi.
Apa pun, saya ingin menegaskan bahawa ia adalah satu pendekatan harm reduction ataupun mengurangkan kemudaratan yang seperti mana kita pada satu masa dahulu, sedikit sensitif kepada methadone replacement therapy bagi ketagihan heroin dan juga morfin tetapi akhirnya, berjaya dilaksanakan.
Soalan saya, sebentar tadi saya terdengar mungkin Menteri menyebutkan tentang pengurangan dari sudut STD yang lain seumpama sifilis, gonorea dan sebagainya. Saya sedikit kurang memahami ataupun tidak berapa jelas sebab soalan pre-exposure prophylaxis (PrEP) – HIV, itu adalah khas untuk virus HIV sebenarnya. Itu sebenarnya memang sudah diiktiraf.
Soalan tambahan saya mungkin adalah perkara yang terkait dengan intervensi sosial yang perlu digemblengkan dalam PrEP itu. Mungkin Menteri pun sudah sikit menyinggung perkara itu dan akhir sekali adalah persoalan kempen kesedaran yang mesti digarap sekali gus, Menteri. Itu sahaja Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Kuala Selangor. Yang di-Pertua, sebenarnya kalau kita lihat yang sebenarnya mereka yang mempunyai penyakit yang berisiko seperti HIV dan sebagainya, dalam masa yang sama mereka ada juga di antaranya ada penyakit berkaitan dengan seksual, termasuklah sifilis atau STD yang lain.
Jadi, sebab itu saya sebut tadi pada awalnya ia ada kesan secara langsung dan juga kesan secara tidak langsung. Kemudian intervensi sosial, ya saya setuju. Sebab itu saya kata tadi bila mereka ini– pesakit-pesakit itu datang ke fasiliti kita, mereka itu adalah datang secara voluntary. Kalau tidak, mereka di luar sana kita tidak tahu, mereka mungkin takut ataupun ada stigma tetapi apabila kita ada klinik, mereka datang, dalam masa yang sama, kita buat kaunseling juga kepada mereka.
Kalau kita kata- ya betul, kita kena pendekatan-pendekatan lain, contohnya dari sudut dakwah, dari sudut memahamkan mereka tentang keagamaan dan sebagainya, itu betul. Tetapi dalam masa yang sama sebenarnya, di sinilah saya mengharapkan supaya agamawan juga memainkan peranan untuk bersama-sama membantu kita. Boleh datang ke klinik juga secara voluntary untuk membantu pesakit-pesakit ini dan akhirnya, mereka bukan sahaja kita selamatkan daripada risiko-risiko HIV tetapi akhirnya, mereka juga mengubah tingkah laku mereka menjadi yang kurang berisiko dan jauh lebih baik.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Jadi, kempen kesedaran, insya-Allah saya rasa ini juga perlu dilakukan dan KKM mengambil prihatin atas saranan tersebut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutnya saya mempersilakan Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj, Yang Berhormat Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua, soalan Segamat nombor 7.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
7. Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj [Segamat] minta Menteri Kewangan menyatakan perkara-perkara yang telah dinilai dengan teliti dalam memuktamadkan kelulusan terhadap perlesenan perbankan digital yang diberikan kepada GXBank yang dikendalikan oleh syarikat Grab dan apakah keistimewaan yang ditawarkan oleh pengendali perbankan digital tersebut.
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tuan Yang di-Pertua, kesemua 29 permohonan yang diterima oleh Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan lesen bank digital telah melalui penilaian yang penuh teliti, selaras dengan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] bagi pemohon lesen bank digital dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759] bagi pemohon lesen bank Islam digital.
Dalam menilai kesemua permohonan, Bank Negara Malaysia mengambil kira faktor dalam Jadual Lima akta-akta tersebut dan keperluan dasar lain yang berkaitan.
Pertimbangan utama dalam penilaian semua lesen bank digital adalah keupayaan bank digital untuk beroperasi dengan selamat.
Lima lesen telah diberi pada 29 April 2022 daripada 29 permohonan. Gambaran keseluruhan kriteria penilaian diguna pakai oleh Bank Negara adalah seperti berikut.
Pertama, kehematan, kemantapan dan kebolehlaksanaan pelan perniagaan, kecukupan sumber kewangan, rekod prestasi dan pengalaman perniagaan, kesesuaian kumpulan untuk diselia, kewibawaan dan integriti pemegang saham, pelan perniagaan tidak bercanggah dengan syariah untuk memohon lesen bank Islam digital dan kemantapan pelan keluar atau exit plan.
Kedua, teknologi. Kemantapan teknologi asas yang menyokong strategi digital, keupayaan pengurusan risiko teknologi dan siber, kemahiran dan rekod prestasi perniagaan digital yang berjaya, strategi cloud dan pelan pengurusan risiko cloud, dan pelan kesinambungan perniagaan.
Ketiga, rangkuman kewangan. Kaitan pengguna sasaran dengan segmen yang tidak dan kurang mendapat perkhidmatan kewangan, keupayaan untuk memberi perkhidmatan yang diperlukan pengguna tersebut, pengalaman dan komitmen dalam memperuntukkan perkhidmatan kewangan untuk matlamat rangkuman kewangan, penerapan teknologi data inovatif dan keberkesanan saluran penyampaian.
Keempat, mengutamakan kepentingan Malaysia. Kesan terhadap kestabilan sistem kewangan dan kesan pelaburan terhadap tahap dan ciri kegiatan ekonomi di Malaysia.
Lima pemohon yang berjaya telah mengemukakan nilai cadangan yang disokong oleh pemahaman yang mendalam tentang segmen sasaran iaitu golongan yang tidak mendapat perkhidmatan kewangan serta golongan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan. Segmen ini termasuk peniaga kecil PMKS dan pekerja ekonomi gig. Bank- bank digital dijangka dapat meningkatkan lagi rangkuman kewangan kepada segmen yang tidak atau kurang mendapat perkhidmatan kewangan.
Melalui penggunaan teknologi yang menyeluruh, bank digital boleh memberikan lebih banyak peluang kepada masyarakat untuk mengambil bahagian dalam kegiatan- kegiatan ekonomi dengan mengatasi halangan geografi, mengurangkan kos transaksi dan
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
menggalakkan pengurusan kewangan yang lebih baik. Dato’ Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Timing tepat. Yang Berhormat Segamat, soalan tambahan?
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri sedia maklum bahawa syarikat penubuhan GXBank ini dikendalikan oleh Grab Malaysia bersama dengan tiga syarikat yang lain, termasuk daripada sebuah syarikat Singapore Telecommunications ataupun Singtel. Ada satu kekhuatiran, di mana berkenaan dengan data peribadi daripada Malaysia ini.
Soalan saya adalah kerana memandangkan yang mengendalikan juga adalah syarikat asing. Oleh itu soalan saya, apakah bentuk kawal selia yang dilakukan secara hands-on oleh Bank Negara Malaysia terhadap segala transaksi yang dijalankan menerusi platform tersebut? Lebih-lebih lagi ia melibatkan pengurusan data peribadi penggunaan yang di antaranya terdiri daripada data pinjaman bank individu.
Dengan mengambil iktibar daripada keraguan yang pernah timbul terhadap pengendalian data peribadi oleh pihak ketiga, penggunaan aplikasi MySejahtera. Apakah bentuk jaminan yang akan ditegaskan pihak kerajaan menerusi pemantauan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk memastikan tidak berlaku sebarang penyalahgunaan atau manipulasi data peribadi oleh pihak pengendali yang terlibat, khususnya Singapore Telecommunication? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih Yang Berhormat Batu.
Apabila kita bersetuju untuk membuka akaun di sesebuah bank, maka tentulah ada beberapa perkara yang perlu ditandatangani dari segi kontrak dan sebagainya. Daripada 26 bank yang beroperasi di negara kita ini, hanya lapan bank yang dipunyai oleh negara kita, dalam negara. 18 lagi daripada 26 bank itu adalah milik daripada luar negara.
Jadi, kalau kita menyatakan bahawa kekhuatiran data dan sebagainya itu dimiliki oleh pihak luar negara, saya ingin memaklumkan bahawa daripada lima lesen bank digital ini, dua dimiliki oleh luar negara iaitu GXBank dan Aeon digital bank, tetapi ada tiga pilihan lain untuk bank dalam negara yang dimiliki oleh KAF Investment Bank (KAF). Lagi consortium Boost Holdings dan RHB Bank dan yang kelima ialah consortium Sea Limited, Shopee dan YTL Digital Capital.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Jadi, pengguna di luar sana mempunyai pilihan sebagaimana bank biasa. Mereka mempunyai pilihan untuk bersama dengan lapan bank dimiliki dalam negara atau 18 bank luar negara dan untuk bank digital ini, dua pemilik luar negara dan tiga pemilik dalam negara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebelum saya ke sebelah kiri, Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri, silakan, silakan. Nak mengalu- alukan? Saya serahkan kepada Yang Berhormat Menteri sendiri untuk mengalukan.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih. Saya ingat saya nak mengalu-alukan bila saya baca rang undang-undang, tapi tak apa. Saya nak mengalu-alukan kehadiran penduduk dari Taman Kota Permai, Bukit Mertajam, Tuan Speaker...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Menteri. Yang Berhormat, dekat. Yang Berhormat Tanjong Karang, silakan.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Terima kasih Yang di- Pertua. Tanjong Karang ingin merakamkan ucapan tahniah kepada GXBank yang telah diberikan lesen perbankan digital yang pertama oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan perbankan generasi masa hadapan di Malaysia.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Cuma, Tanjong Karang ingin bertanya sedikit tentang kesan kontroversi yang mengaitkan isteri co-founder Grab, Madam Tong dengan Israel mutakhir ini.
Seterusnya, apakah pelan kerajaan untuk mewujudkan ekosistem perbankan yang saling menyokong dan menyeluruh, supaya perkembangan bank digital tidak menjejaskan kedudukan bank konvensional yang sedia ada? Mengambil kira fungsi bank digital yang serupa dengan bank fizikal dengan menawarkan perkhidmatan seperti simpanan kewangan, pemindahan wang, bahagian deposit dan aliran data transaksi.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, saya dah maklumkan tadi bahawa lesen ini dikeluarkan oleh kerajaan terdahulu pada 29 April 2022 dan bagi memastikan mereka dapat melaksanakan secara tuntas lesen-lesen ini, maka diberikan peluang sehingga 29 April 2024 untuk memastikan segalanya dan teknologi yang disediakan itu berada dalam keadaan yang baik.
Saya juga ingin memaklumkan bahawa Grab misalnya, baru meletakkan platform aplikasinya. Boleh dilihat dalam gxbank.my. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh buka, masih lagi belum boleh membuka akaun pun, tetapi mereka mencuba aplikasi tersebut setakat mana kestabilannya. Jadi, lima yang menerima lesen itu, empat lagi belum meletakkan di platform digital. Masih lagi membuat persiapan.
Isu tuduhan isteri kepada CEO Grab menyokong Israel. Saya pun dah melihat tadi apakah tulisan beliau. Saya ingin menyatakan di sini bahawa Grab telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 6 November 2023 berhubung isu ini dan menzahirkan sokongan kepada prinsip kemanusiaan dan keamanan. Saya juga dinyatakan, diberikan maklumat bahawa Grab telah menyumbang RM1 juta melalui MERCY Malaysia untuk program bantuan kemanusiaan Gaza. Maklumat lanjut berkenaan isu ini boleh didapati di platform media sosial rasmi grab.my. Saya bukan nak mempromosi Grab GXBank ini tetapi ini kenyataan yang ada di hadapan kitalah. Terima kasih.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Terima kasih Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Berikut, soalan yang terakhir bagi sesi jawapan lisan. Saya mempersilakan Tuan Zakri bin Hassan, Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Wahai Tuan Yang di-Pertua yang segak lagi tampan, mohon Timbalan Menteri menjawab soalan 8. Terima kasih.
8. Tuan Zakri bin Hassan [Kangar] minta Menteri Pendidikan menyatakan, perancangan kementerian untuk mewujudkan Kolej Tingkatan Enam di negeri Perlis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Kangar.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM kini sedang dalam perancangan untuk menambah baik pendidikan Tingkatan 6 termasuk menjenamakan semula Kolej Tingkatan Enam kepada “Kolej Prauniversiti KPM”. Pada masa ini, pengoperasian pusat prauniversiti KPM dilaksanakan melalui tiga mod iaitu Mod 1, Mod 2 dan Mod 3.
Mod 1 merupakan institusi pendidikan yang menempatkan hanya murid Tingkatan 6 sahaja dan diajar oleh guru yang telah dilantik sebagai Guru Tingkatan 6. Mod 1 ini juga dikenali sebagai “Kolej Tingkatan Enam.” Mod 2 pula beroperasi di sekolah arus perdana tetapi di blok atau bangunan berasingan dan mempunyai 12 kelas Tingkatan 6, atau lebih.
Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying
Mod 3 juga beroperasi di sekolah arus perdana tetapi berkongsi blok dan mempunyai kurang daripada 12 kelas.
Kedua-dua Mod 2 dan Mod 3 ditadbir oleh Pengetua Arus Perdana dan dibantu oleh Penolong Kanan Tingkatan Enam.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Oktober 2023, terdapat sejumlah sembilan buah pusat prauniversiti KPM di negeri Perlis. Bilangan ini merangkumi tiga buah pusat Mod 2 dan enam buah pusat Mod 3, dengan enrolmen murid berjumlah 902 orang berbanding kapasiti keseluruhan berjumlah 1,700 tempat.
Sebagai perancangan jangka masa panjang, peluasan Kolej Prauniversiti KPM akan diteruskan dari masa ke semasa dengan mengambil kira permintaan keperluan, serta kelestarian pengoperasian pendidikan Tingkatan Enam. Ini termasuk cadangan mewujudkan Kolej Prauniversiti KPM di negeri Perlis.
KPM komited bagi memastikan semua murid mendapat akses pendidikan yang terbaik selaras dengan tujuh teras utama yang digariskan oleh KPM. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan. Sementara menunggu tertubuhnya Kolej Tingkatan Enam yang pertama di negeri Perlis, apakah langkah-langkah jangka pendek yang boleh dibuat oleh KPM bagi mengatasi masalah kekurangan guru di sekolah Mod 2 dan Mod 3? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga seperti yang saya telah sebutkan tadi, sehingga 30 September, jumlah perjawatan guru bagi pusat prauniversiti KPM Mod 2 dan Mod 3 di Perlis adalah sebanyak 173 dengan pengisian seramai 136. Bermaksud, kita ada kekosongan perjawatan guru prauniversiti KPM di Perlis sebanyak 37 orang guru.
KPM sentiasa berusaha dan memastikan pengisian guru prauniversiti KPM diisi sebaik mungkin, agar kekosongan yang ditinggalkan bagi guru yang bersara dapat diisi oleh guru-guru sedia ada, atau guru baharu. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan terakhir, sebelah kanan.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih Timbalan Menteri.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan terakhir.
Silakan Yang Berhormat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kota Melaka.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sila Yang Berhormat. Tekan Yang Berhormat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kota Melaka.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Sandakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sandakan. Saya nampak dia dahulu Yang Berhormat.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Jadi saya punya soalan adalah masih berkaitan dengan Kolej Tingkatan Enam atau prauniversiti yang saya ingin penjelasan daripada KPM berkaitan dengan cadangan untuk membina satu kampus di tapak baharu untuk Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam yang kini kira-kira menampung 660 murid Tingkatan 6 dan juga 100 guru dan
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
tapak sekolah masih tidak mempunyai satu bumbung perhimpunan ataupun dia punya tandas juga sangat usang. Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Thank you.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sandakan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam mempunyai 42 bilik darjah dan 32 daripadanya telah digunakan untuk menempatkan bilangan murid yang ada. Sekiranya terdapat keperluan untuk pembukaan kelas baharu, Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam masih berupaya untuk beroperasi dengan 10 buah kelas Tingkatan 6 yang dapat menampung sejumlah 250 orang murid.
Selain daripada Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam, terdapat tujuh kolej atau pusat Tingkatan Enam lain di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan. Antaranya adalah SMK Elopura, SMK Batu Sapi, SMK Muhibbah, SMK Segaliud, SMK Elopura Dua, SMK Sandakan II, SMK Agama Tun ‘Johor’- Tun Juhar.
Minta maaf.
Puan Lim Hui Ying
Sehubungan dengan ini, KPM berpandangan pada masa ini tiada keperluan untuk mewujudkan Kolej Tingkatan Enam baharu bagi menggantikan Kolej Tingkatan Enam sedia ada di Sandakan. Sebagai perancangan jangka panjang, perluasan Kolej Tingkatan Enam akan diteruskan dari semasa ke semasa dengan mengambil kira permintaan keperluan serta kelestarian pengoperasian pendidikan tingkatan enam.
Di samping itu, KPM telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM200,000 kepada Kolej Tingkatan Enam tersebut pada 4 Oktober 2023 melalui JPN Sabah bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan blok pengajaran dan pembelajaran, pendawaian elektrik serta lain-lain penyelenggaraan kecil. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Untuk makluman, sekarang berakhirlah sesi jawapan pertanyaan lisan. Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Puan Saraswathy a/p Kandasami
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di Peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar Negeri, Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Perladangan dan Komoditi, bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 8 November 2023”.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, ada yang menyokong?
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah iaitu usul seperti dikemukakan tadi oleh Yang Berhormat Menteri.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, Akta Duti Hiburan 1953, Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976, Akta Levi Kenderaan Barang- barang 1983, Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998, Akta Cukai Pelancongan 2017, Akta Cukai Jualan 2018, Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan Akta Levi Pelepasan 2019; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Tuan Sim Chee Keong]; dibaca Kali Yang Pertama; akan dibaca Kali Yang Kedua pada Mesyuarat ini.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dan Usul Anggaran Pembangunan 2024 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kedua] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Bentara.
Bismillahi Rahmani Rahim.
Kepala Bekalan B.13 dan Kepala Pembangunan P.13, di bawah Kementerian Luar Negeri terbuka untuk dibahaskan di Peringkat Jawatankuasa.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, di dalam tangan saya ini terdapat 15 orang pembahas.
Masa yang ditetapkan lima minit. Mereka yang akan berbahas adalah bermula dengan Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Tumpat dan akhirnya Yang Berhormat Arau.
Sebelum saya mulakan, ingin saya peringatkan perbahasan ini adalah di Peringkat Jawatankuasa, tidak melibatkan dasar pada keseluruhannya.
Saya mulakan perbahasan dengan menjemput Yang Berhormat Bukit Bendera untuk memulakan sesi. Yang Berhormat Bukit Bendera tak nak berbahas?
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Saya ada di sini. Minta maaf, saya lari.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Take your breath, dengan izin.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Okey, dah. Tidak apa, minta maaf. Hah. Terima kasih ke atas peluang yang telah diberikan kepada Bukit Bendera. Jadi, saya akan teruskan perbahasan.
Dalam kita mendekati tahun 2025 iaitu apabila Malaysia diberikan penghormatan untuk mempengerusikan ASEAN, adalah penting untuk merenung kepentingan blok serantau ini. Jadi, persoalan-persoalan tentu timbul seiring perjalanan kita menjadi Pengerusi ASEAN.
Pertama, apakah langkah-langkah khusus yang diambil untuk memperkasa infrastruktur Malaysia bagi menampung peningkatan aktiviti ekonomi yang bakal dibawa oleh pengerusian ASEAN. Jadi merujuk kepada Butiran 060200, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk ASEAN 2025. Namun persoalannya, apakah yang termasuk dalam jumlah tersebut.
Dalam pada itu, merujuk juga kepada Butiran 030100 iaitu perancangan dasar yang telah diperuntukkan, tetapi dari segi penjajaran dasar, apakah langkah yang sedang dilaksanakan untuk memastikan dasar Negara Malaysia selaras dengan strategi ekonomi dan juga keselamatan ASEAN yang lebih luas.
Jadi, secara keseluruhannya berhubung dengan 02000 iaitu hubungan diplomasi dan kerjasama pelbagai hala juga Sekretariat Kebangsaan ASEAN, apakah sebenarnya peranan mereka? Sebab hubungan dua hala dalam ASEAN adalah penting untuk memupuk persekitaran yang kondusif untuk kemakmuran ekonomi.
Jadi, persiapan ke arah menjadi Pengerusi ASEAN ini adalah besar. Jadi, Malaysia pun sudah berusaha untuk mengukuhkan infrastruktur, meningkatkan hubungan diplomatik dan juga memastikan dasar ekonomi kita sejajar dengan matlamat serantau ASEAN. Jadi, ini bukan sahaja akan mempersediakan kita sebagai pengerusi, tetapi juga membuka jalan untuk faedah jangka masa panjang yang akan berterusan selepas tahun 2025.
Jadi, elemen utama persediaan kita melibatkan menangani jurang digital dalam ASEAN iaitu satu inisiatif yang diminati oleh negara ini. Jadi, sebagai pengerusi kita akan menyokong keterangkuman digital bertujuan untuk merapatkan jurang dan juga mewujudkan landskap yang lebih saksama di serantau ASEAN.
Jadi, melabur dalam pembangunan mampan adalah salah satu keutamaan.
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN ke arah inisiatif yang lebih hijau. Jadi, menekankan kepentingan pemeliharaan alam sekitar di samping pembangunan ekonomi,
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
pendekatan ini menjadikan untuk pembukaan industri hijau yang baharu dan juga peluang pekerjaan. Jadi, meletakkan Malaysia di tengah-tengah revolusi hijau dalam ASEAN.
Jadi, soalan lain yang ingin saya tanya adalah, bagaimana Malaysia berusaha untuk mengukuhkan hubungan diplomatiknya dengan anggota-anggota ASEAN yang lain untuk memastikan pengerusian dijadikan dengan lebih lancar dan juga berkesan. Jadi, ikutkan dengan model Perjanjian Kesatuan Eropah yang merupakan satu contoh mobiliti serantau yang menawarkan pelbagai peluang kepada negara-negara ASEAN dan juga ‘mangadapsi’-adaptasi, minta maaf, model yang sama, boleh menunjukkan satu peningkatan yang ketara dalam pelancongan, rentas serantau dan juga sekali gus dapat membawa kepada tenaga kerjaya yang lebih dinamik dan profesional.
Jadi, dalam peranan kita sebagai pengerusi, Malaysia juga akan berusaha untuk meningkatkan ketersambungan, baik fizikal dan juga digital dalam kalangan anggota- anggota ASEAN, memupuk komuniti yang lebih bersepadu yang boleh menggerakkan barangan, perkhidmatan dan juga maklumat yang cekap.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi, melihat kembali kepada kelemahan, minta maaf, sebelum ini seperti kemajuan perlahan dan sebagainya, dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN, dan juga kebimbangan terhadap layanan pekerja dan sebagainya, bagaimanakah ASEAN boleh berusaha untuk memastikan inisiatif yang lebih berkesan pada masa yang depan?
Dalam hal ini, kita mempertimbangkan lebih peranan Sekretariat ASEAN dalam semua ini iaitu penyelarasan, sokongan pentadbir dan juga usaha pelaksanaan dasar mereka yang penting. Jadi, Sekretariat memastikan inisiatif dan juga arahan yang dipersetujui oleh pemimpin ASEAN dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dengan persoalan ini, kita dapat menantikan pandangan-pandangan dan juga persiapan Malaysia untuk ke arah mempengerusikan ASEAN bagi tahun 2025. Jadi, dengan ini, terima kasih dan Bukit Bendera ucap terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Bukti Bendera. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya terus kepada butiran 050400 – Penyelenggaraan, 060100 – Perolehan Aset/ Harta Modal/ Kenderaan dan 010100 – Khidmat Pengurusan.
Saya harap Wisma Putra pertimbangkanlah. Percepatkanlah status baik pulih kedutaan tempat Malawakil kita di Moscow, di Bangkok, di Jakarta. Mereka perlukan tempat bekerja yang kondusif dalam kerja-kerja diplomasi.
Saya juga menyeru Wisma Putra, gantilah kereta-kereta yang dah lama, yang rosak, yang banyak kos dia untuk menyelenggarakan, beli komputer baharu untuk Malawakil kita, diplomat kita. Kita kena ada first-class facilities untuk diplomasi yang baik.
Jadi, saya harap Wisma Putra ambil maklum.
Butiran seterusnya, 020300 – Keselamatan Pelbagai Hala dan Pertubuhan Antarabangsa, Tuan Pengerusi. Sejauh mana sumber Wisma Putra memantau keterlibatan parti-parti politik individu, badan-badan NGO dalam gerakan politik dan idealisme global di pentas antarabangsa.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun tadi, yang menjelaskan tentang hubungan keahlian PKR dalam Liberal International (LI), sebuah pertubuhan yang menyokong Israel, tetapi ada banyak jawapan-jawapan yang mengelirukan, Tuan Pengerusi.
Menteri Komunikasi kata, PKR bukan ahli. Yang Amat Berhormat Tambun kata, hanya associate tetapi saya tengok, Yang Berhormat Tuan Pengerusi, banyak betul bukti- bukti daripada laman-laman- malah daripada bekas, atau bukan masih lagi pimpinan tertinggi PKR, Nurul Izzah Anwar yang mengatakan, PKR Malaysia adalah full member
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
kepada pertubuhan ini. Bukan associate, bukannya- ahli... [Menunjukkan dokumen berkaitan] Malah, dalam laman-laman web LI ini, banyak dituliskan kata PKR adalah full member. Jadi, siapa yang berbohong, siapa yang spin, siapa yang kaki auta? Saya, pukul 11.26 tadi, Tuan Pengerusi, laman Facebook saya mendapat notis ini... [Menunjukkan dokumen berkaitan] “People in Malaysia won’t see your post...”, berkenaan dengan apa saya siarkan tentang screenshot daripada Nurul Izzah Anwar.
Katanya, SKMM telah menghantar permohonan kepada Facebook untuk mengehadkan akses berita ini, untuk ditatap di Malaysia, kenapa, apakah ini fitnah?
Sedangkan benda ini fakta, yang ditulis sendiri oleh Nurul Izzah Anwar dan juga Liberal International.
Jadi, saya tak faham. Kenapa Kerajaan Malaysia menggunakan SKMM untuk menyekat berita-berita yang kononnya palsu tetapi bukan palsu? Jadi, ini satu perkara yang saya harap Wisma Putra jelaskan. Kita tidak mahu mana-mana pimpinan politik dalam kerajaan kita pada hari ini bersekongkol dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai ideologi yang bertentangan dengan Rukun Negara kita, yang bertentangan dengan dasar luar kita, yang bertentangan dengan semangat kita membela Palestin.
Jadi Tuan Pengerusi, saya yakin dengan segala aset dan belanjawan yang diperuntukkan dan komitmen daripada Yang Amat Berhormat Tambun tadi, jangan sia- siakan pendirian kita, perjuangan kita membela Palestin dan biarkan mana-mana parti politik yang bersekongkol di belakang kita. Depan lain, belakang lain. Ini sesumpah namanya.
Jadi, saya mintalah Tuan Pengerusi, perbahasan saya pada hari ini dapat mengambil berat daripada apa teguran-teguran kami supaya perjuangan Wisma Putra berdiri atas landasan yang betul. Hanya kerana orang politik buat benda tak betul, Wisma Putra dapat nama busuk. Saya tak nak macam itu.
Jadi, kita berdiri teguh dengan Wisma Putra, mempertahankan prinsip diplomasi negara kita yang berkecuali dan berintegriti dan saya minta Tuan Pengerusi, kita mintalah penerangan daripada Wisma Putra. Pantau mana-mana anasir-anasir yang boleh meruntuhkan Rukun Negara dan dasar luar kita.
Jadi Tuan Pengerusi, saya nak cakap lebih pun- ada pencelahan ker daripada rakan-rakan saya?
Beberapa Ahli
Tak ada.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tak ada.
Baiklah. Saya ucapkan terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya minta, mohon penjelasan dari Wisma Putra dan rakan-rakan...
[Ketawa] Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Machang. Berikutnya, saya persilakan Yang Berhormat Balik Pulau.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih, Tuan Pengerusi kerana memberi laluan kepada Balik Pulau untuk membahaskan Peringkat Jawatankuasa, Kementerian Luar Negeri.
Tuan Pengerusi, mengikut butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan yang berfungsi untuk menyelaras pendirian Malaysia di peringkat pelbagai hala berkaitan hak asasi manusia, sosial kemanusiaan dan dialog antara kepercayaan dan ketamadunan serta bekerja rapat dengan agensi kerajaan yang berkaitan untuk memastikan obligasi Malaysia di peringkat antarabangsa dapat dipenuhi seperti yang ternyata dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024.
Cuma, saya mohon Menteri menjelaskan beberapa perkara seperti berikut.
Pertama sekali, seperti yang diketahui, bantuan konsulat bagi rakyat Malaysia di luar
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
negara merupakan antara usaha KLN untuk memastikan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara terjamin dalam apa jua situasi dan keadaan.
Antara aspek yang merangkumi dalam bantuan konsulat ialah tahanan rakyat Malaysia yang di luar negara. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah statistik terkini tahanan rakyat Malaysia di luar negara? Terdapat juga rakyat Malaysia yang sedang menjalani perbicaraan di mahkamah-mahkamah luar negara dan yang paling ramai, kalau tidak silap saya ialah di negara jiran, Indonesia.
Ramai tidak dapat pembelaan sewajarnya dan mereka tidak dapat perbicaraan yang adil disebabkan masalah bahasa dan tidak diwakili oleh peguam, serta mereka yang menanti hukuman gantung ataupun death row juga tidak dapat menggunakan peguam kerana kekangan kewangan dan kejahilan undang-undang di negara tersebut.
Kedua, saya faham kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan warganegara Malaysia di luar negara dan sentiasa menghulurkan bantuan sewajarnya. Saya mohon penjelasan secara terperinci daripada pihak KLN, apakah usaha berterusan kementerian melalui penghuluran bantuan konsulat yang sewajar bagi membela nasib rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara?
Memandangkan perwakilan-perwakilan di Malaysia di luar negara berperanan untuk menghulurkan bantuan konsulat selaras dengan Konvensyen Vienna, mengenai hubungan konsulat 1963, bantuan konsulat termasuk di bawah akta ini yang akan memaklumkan penahanan warganegara kepada pihak keluarga atau waris serta memastikan kebajikan dan keselamatan, di samping kesihatan tahanan sentiasa terpelihara. Oleh itu, adakah rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara sedang mendapat bantuan yang diperlukan?
Tuan Pengerusi, saya beralih kepada butiran 040000 – Hubungan Diplomasi dan Kerjasama Dua Hala. Kita faham, cultural diplomacy adalah penting, ataupun budaya diplomasi adalah penting kerana membantu menggalakkan pemahaman dan kerjasama antara negara dan pertukaran budaya.
Negara kita harus menjadi contoh kepada negara lain kerana berjaya mencapai persefahaman antara rakyat bersama antara rakyat pelbagai kaum di sini. Diplomasi budaya adalah sebahagian diplomasi awam ataupun public diplomacy, dengan izin, termasuk pertukaran idea, kesenian, bahasa dan kebudayaan antara negara-negara untuk memupuk saling persefahaman bersama.
Ini benar-benar membantu memupuk persefahaman dan kerjasama antara negara dan budaya. Ini ia menggalakkan pertukaran budaya, saling hormat-menghormati dan boleh menyumbang kepada perhubungan antarabangsa yang aman dengan berkongsi seni, muzik, sastera dan aspek budaya yang lain.
Negara boleh membina jambatan dan mengukuhkan hubungan global mereka.
Usaha ini harus ditekankan oleh semua program diplomasi budaya, yang kini merupakan antara salah satu- kerangka dasar luar baharu yang digubal oleh Wisma Putra.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Jika kita lihat kedutaan-kedutaan asing di Malaysia, kita akan dapati mereka mempunyai Cultural Attaché. Baru-baru ini, saya hadir jemputan dari Kedutaan Indonesia yang membawa seorang maestro pemuzik terkenal dari Indonesia iaitu Erwin Gutawa di mana Konsert Senandung Nusantara telah berjaya mempamerkan seni budaya Indonesia yang begitu menarik sekali dan mempamerkan kekayaan budaya mereka yang mempunyai lebih daripada 300 etnik. Ini menunjukkan usaha Kerajaan Indonesia dalam memelihara dan memulihara kebudayaan mereka dan satu cara juga untuk menarik pelancong melihat cara dekat kebudayaan Indonesia, kebudayaan mereka.
Dengan ini, saya berharap usaha untuk mempromosikan keunikan, kepelbagaian budaya Malaysia di pentas antarabangsa dapat direalisasikan melalui inisiatif kedutaan- kedutaan Malaysia di luar negara bagi menyerlahkan keunikan, keindahan dan kepelbagaian budaya di Malaysia.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Jadi saya ingin bertanya, adakah pihak Wisma Putra bercadang untuk memperkenalkan Cultural Attaché di kedutaan-kedutaan kita di luar negara supaya kita dapat mempamerkan ataupun bersaling berhubungan dengan negara luar tentang kebudayaan negara kita. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Dipersilakan Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Tuan Pengerusi.
Saya terus kepada Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan yang dilihat mengalami pengurangan bajet sebanyak 0.3 peratus. Dalam hal ini, saya menekankan pentingnya peruntukan khas atau dana khusus langkah surgency, dengan izin, untuk menangani isu pencabulan hak asasi manusia yang telah berlarutan, khusus kepada rakyat Palestin yang terus dibunuh dengan kejam oleh rejim Zionis Israel...
Seorang Ahli
Laknatullah.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Hari ini sudah 10,000 yang telah terkorban dan kita sangat terkejut ada petisyen daripada doktor-doktor di Tel Aviv yang menyokong pengeboman di hospital-hospital- ini satu tindakan jelas berwajah syaitan, bagaimana rakyat di Gaza itu telah dibunuh dengan begitu dahsyat tanpa peri kemanusiaan dan kita mengharapkan tidak ada di Malaysia ini yang bersimpati dengan syaitan-syaitan ini.
Tuan Pengerusi, saya memohon supaya Malaysia terus berperanan khususnya kita meningkatkan usaha kepimpinan di peringkat United Nations yang kita wakili termasuklah suara-suara kita di United Nations General Assembly. Kita belum dapat melihat, mendengar secara khusus ucapan-ucapan penegasan di peringkat Menteri ketika mana berlangsungnya sidang-sidang yang pastinya memerlukan suara jelas daripada Malaysia untuk menjadi ketetapan dan pendirian seluruh negara.
Walau bagaimanapun, adalah tidak diterima bahawa rakyat Malaysia kita masih lagi mendengar, ada suara-suara yang jelas tidak selari apa yang sedang didasari oleh Wisma Putra. Khususnya saya menekankan bagaimana pendirian ataupun kenyataan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang nampak bercanggah dengan pendirian Wisma Putra dan pendirian Kerajaan Malaysia iaitu hal yang mengatakan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sedang berusaha dari segi diplomasi untuk menyeru, khususnya negara Mesir memastikan rakyat di Gaza itu digerakkan ataupun dibawa keluar untuk berada di kawasan luar daripada Gaza.
Itu adalah satu pendirian yang jelas bertentangan dengan dasar luar negara kita khusus kita nak memastikan tidak ada rakyat di Gaza itu yang terus menjadi pelarian.
Akhirnya usaha besar, usaha jahat Israel untuk menakluki seluruh Gaza itu- kita tidak pastinya akan menjadi satu kenyataan yang kita tidak boleh terima sama sekali.
Tuan Pengerusi, saya beralih kepada Butiran 030100 – Perancangan Dasar, Strategik dan Penyelidikan yang ada kenaikan 11.9 peratus. Ini juga penting khususnya kita melihat dari segi kita mengukuhkan peranan kedutaan kita di Mesir dan juga di Jordan yang menjadi barisan hadapan untuk memastikan usaha kita membantu Palestin tu dapat direalisasikan dengan sebaiknya. Sudah pastilah saya mengharapkan- saya bertanya sama ada kita sudah pun mewujudkan jawatankuasa khas ataupun task force di peringkat kementerian untuk kita menangani dengan lebih dekat dengan menggunakan saluran yang saya sebut tadi iaitu kedutaan kita di Mesir iaitu di Kaherah dan juga di Amman, Jordan.
Kita ingin memastikan bahawa usaha untuk menghantar bantuan-bantuan kemanusiaan termasuk melalui pintu sempadan Rafah itu dapat diteruskan, ketika mana kita melihat begitu besarnya sumbangan yang sedang dikumpulkan oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk daripada NGO-NGO dan sebagainya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya beralih kepada Butiran 020800 – Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia khusus berkaitan dengan isu di Myanmar. Di Myanmar sekarang menurut United Nations of Humanitarian Affairs lebih daripada 18 juta rakyatnya kini memerlukan bantuan kemanusiaan, sampai sekarang kurang daripada dua juta telah menerima bantuan daripada pihak antarabangsa termasuk ASEAN Humanitarian Affair Centre.
Jadi saya bertanya, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian Luar untuk memudahkan rundingan bantuan kemanusiaan merentas sempadan iaitu melalui Negara Thailand, India dan China bagi memberi bantuan khusus kemanusiaan kepada rakyat Myanmar yang memerlukan.
Saya ingin bertanya juga berkaitan dengan salah satu mekanisme yang kita anggotai Troika ASEAN iaitu past Chair, present Chair and future Chair seperti mana yang diletakkan dalam ASEAN Summit tahun ini. Bagaimanakah Kementerian Luar dapat mempertimbangkan supaya satu strategi yang lebih kukuh bagi kita menangani krisis di Myanmar yang sudah pasti telah memberi kesan juga kepada negara kita apabila kebanjiran pelarian-pelarian dari negara tersebut masuk ke negara kita? Tuan Pengerusi, sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh butiran yang sama seperti yang disentuh oleh Yang Berhormat Sik tadi. Butiran 020200 berkenaan Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan di mana saya lihat terdapat pengurangan dari RM1, 230,000 kepada RM 1,227,000 sahaja.
Saya ingin tanya kepada Menteri berkenaan, kenapa terdapat kekurangan?
Terutamanya apabila kita bercakap tentang hak kemanusiaan, mempertahankan hak kemanusiaan di seluruh negara. Kita tidak bersetuju dengan apa yang berlaku di Palestin, apa yang berlaku di Somalia, apa yang berlaku di Myanmar, apa yang berlaku di Ukraine, apa yang telah berlaku di Sri Lanka.
Dunia melihat Yang Berhormat Tambun sebagai seorang yang boleh memperjuangkan hak kemanusiaan. Dunia melihat Yang Berhormat Tambun sebagai seorang pemimpin di Asia Tenggara yang terulung disebabkan oleh apa yang dialami oleh beliau sendiri sejak kita menubuhkan Parti Keadilan Rakyat, reformasi, dipenjarakan beberapa kali sehinggalah beliau diangkat sebagai seorang Perdana Menteri negara kita yang tercinta.
Jadi saya ingin tanya, kenapakah kementerian mengurangkan peruntukan bagi peruntukan ini? Saya juga ingin menyentuh kepada Butiran 040700 – Hubungan Media dan Diplomasi Awam. Saya tersentuh dengan kenyataan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah yang meremehkan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di United Nations di mana kenyataan-kenyataan dibuat memperlekehkan ucapan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita di United Nations. Saya di sini ingin memohon supaya kementerian memberikan juga penekanan kepada hubungan media dan diplomasi awam supaya ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di United Nations ini kalau boleh disiarkan dengan lebih luas kerana ucapan itu diistilahkan oleh media barat sebagai a very powerful speech oleh seorang pemimpin daripada Malaysia yang mengetengahkan hak asasi manusia, yang mengetengahkan dan memberi penekanan kepada pencabulan hak asasi manusia di seluruh negara.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sebab itu saya di sini ingin memohon kepada kementerian supaya peruntukan- peruntukan pada perkara-perkara ini, butiran-butiran yang telah saya sentuh tadi diberi perhatian.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pada masa yang sama, saya ingin memohon kepada kementerian untuk meningkatkan lagi usaha untuk Malaysia memainkan peranan yang lebih penting apabila kita mengadakan mesyuarat-mesyuarat dan perjumpaan seperti APEC untuk terus menekan kuasa Amerika Syarikat supaya kita mengadakan, kalau boleh, satu gencatan senjata dengan seberapa cepat yang mungkin di semua tempat-tempat di mana berlakunya pencabulan hak asasi manusia, pembunuhan.
Kita lihat tiap-tiap hari bila kita membuka CNN, sangat menyedihkan, menyayat hati bila kita lihat di seluruh dunia terdapat konflik di merata. Sebab itu, saya merasakan bahawa di Malaysia, kita amat bersyukur di mana rakyat berbilang bangsa, berbilang kaum, berbilang agama sentiasa hidup aman dan damai.
Saya percaya dan yakin dalam kerajaan yang ada sekarang, pemimpin- pemimpin kita termasuklah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan dapat memainkan peranan bukan sahaja di Malaysia, bukan sahaja menjaga keamanan, kesejahteraan masyarakat majmuk di Malaysia, tetapi memainkan peranan sebagai seorang pemimpin terulung Asia Tenggara untuk terus meminta kuasa-kuasa besar di dunia seperti Amerika Syarikat terutamanya untuk dengan segera menuntut satu gencatan senjata diadakan. Kalau boleh dengan seberapa cepat yang mungkin.
Saya ingin juga tanya kepada kementerian dan Menteri yang berkenaan, sama ada kita akan mengusulkan apa-apa usul yang segera di United Nations, usul tergempar di United Nations untuk menuntut satu gencatan senjata diadakan bukan sahaja di Palestin, di Myanmar, di Somalia, di Sudan dan juga di Ukraine.
Terima kasih, Tuan Pengerusi, di atas peluang yang telah diberikan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan dan 020400 – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Kerjasama Serantau iaitu berkaitan dengan konflik yang sedang dihadapi di Palestin sekarang iaitu konflik penghapusan etnik oleh rejim-rejim Zionis Israel terhadap umat Islam di Semenanjung Gaza, di mana kita telah mendengar jawapan daripada kementerian pada sesi peringkat dasar yang lalu. Cuma, saya masih ada beberapa soalan untuk dikemukakan.
Yang pertama, apakah sokongan psikologi yang telah disalur, atau digerakkan oleh Wisma Putra secara umum sama ada melalui OIC atau sebagainya? Khususnya yang membabitkan gangguan stres pasca trauma (PTSD) kepada mereka yang berhadapan dengan trauma yang dahsyat terutama kepada golongan kanak-kanak.
Yang kedua, saya ingin tahu, apa usaha untuk melobi negara-negara serantau khususnya melalui ASEAN supaya turut serta dalam solidariti kepada saudara kita di Palestin? Kita lihat negara jiran kita Indonesia, sebagai contoh, turut lantang bersoladiriti.
Namun, bagaimana dengan negara-negara anggota yang lain? Jadi, saya mohon untuk mendapat penjelasan.
Yang ketiga, dalam memahami isu ini, kita berhadapan dengan dua aspek utama iaitu krisis kemanusiaan yang kita lihat pelbagai negara berusaha memitigasi serta menghentikan kezaliman dan keganasan yang ditunjukkan oleh Zionis Israel, satu lagi aspek adalah melalui dasar luar yang saya maksudkan dalam konteks penyelesaian untuk satu jangka masa panjang dalam isu ini.
Jadi, soalan saya, apakah di peringkat OIC sudah menyediakan suatu rangka penyelesaian bagi memerdekakan Palestin, atau sekurang-kurang satu tanda awal penyelesaian adalah dengan meletakkan Palestin sebagai sebuah negara yang berdaulat, yang diiktiraf kedaulatannya dan menjadi anggota penuh kepada PBB? Ini yang saya mohon untuk penjelasan.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Yang kelima, berapakah sumbangan yang sudah diagihkan sampai ke hari ini kepada saudara kita di Palestin? Kerana, kita mendapat maklum daripada media bahawa kutipan yang dibuat oleh kerajaan dan pelbagai pihak sudah mencecah puluhan, boleh jadi ratusan juta. Jadi, sampai ke hari ini, berapa yang sudah disalurkan kepada saudara kita di sana?
Butiran 030200 – Hal Ehwal Maritim. Saya ingin bertanya berkaitan dengan isu persempadanan maritim di antara Malaysia dan Singapura yang telah berlanjutan beberapa tahun kebelakangan ini.
Yang pertama, apakah perkembangan terkini berkenaan dengan usaha melukis garisan sempadan maritim yang jelas di antara kita dengan Singapura? Mengambil kira langkah susulan daripada kekalahan dalam kes mempertahankan kedaulatan Batu Putih di ICJ dahulu.
Yang kedua, apakah di sana sudah termeterai terma rujukan mengenai had persempadanan di antara Malaysia dengan Singapura tersebut?
Berkenaan dengan kes Batu Puteh, saya ingin mengetahui, bilakah perancangan kementerian untuk membentangkan kertas putih isu kedaulatan Batu Puteh di Parlimen hasil daripada pembentukan jawatankuasa khas yang ditubuhkan sebelum ini?
Saya juga ingin mengetahui, apakah kementerian mempunyai perancangan untuk mengambil alih pentadbiran rumah api di Pulau Pisang serta menguasai keseluruhan Pulau Pisang bagi mengelakkan kes Batu Puteh tidak berulang lagi pada masa yang akan datang?
Terima kasih, Tuan Pengerusi
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Sik. Berikutnya, dipersilakan Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya, Kuala Selangor juga ingin turut untuk berbahas. Merujuk kepada Kepala B.13, 02000 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan, juga Keselamatan Pelbagai Hala dan Pertubuhan Antarabangsa.
Dato’ Yang di-Pertua, telah pun kita diperdengarkan akan ketetapan ataupun iltizam Perdana Menteri dan Malaysia dalam hal memperjuangkan hak rakyat Palestin khasnya di Gaza yang hari ini sudah pun mengorbankan 10,000 nyawa, sebahagian besarnya daripada kanak-kanak, wanita dan orang tua.
Dato’ Yang di-Pertua, selain daripada tuntutan untuk menuntut akan gencatan senjata yang segera dan juga penggemblengan seluruhnya badan-badan ya, bukan sahaja negara-negara, yang turut the like-minded countries yang telah pun menunjukkan kesungguhan untuk bersama dalam menentang genosid ini.
Dato’ Yang di-Pertua, saya hanya sekadar mahu menegaskan kembali, bukan sekadar gencatan senjata yang segera perlu kita majukan. Malaysia merintis dan mempelopori ini. Adalah juga kepentingan untuk mengheret Perdana Menteri dan Zionis Israel ini ke mahkamah International Court of Justice dan juga International Criminal Court supaya apa yang disebutkan antara lain oleh the Russian permanent representative in the UN, Israel tidak punya right to self-defense, dan kalaupun mahu menuntut akan the right to its security, dengan izin, mestilah, kalau saya sebutkan, dengan izin, could be fully guaranteed only- ia hanya in case of a fair resolution of the Palestinian’s problem based on recognised UN Security Council Resolutions. Dengan kata lain, jelas ketegasan yang dibuat oleh wakil ataupun envoy Rusia ini dan dengan nafas dan nada yang sama juga, saya mahukan kita up the ante, dengan izin, memperkukuh dan mempertegaskan lagi peranan Malaysia, bukan hanya menggembleng negara-negara OIC, negara-negara seperti Non-Aligned Movement
(NAM) dan G-77 dan sebagainya, tetapi juga mengambil political initiative dan political
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
diplomacy dalam mengheret ya Israel ke mahkamah International Court of Justice dan juga International Criminal Court ini atas genosid, atas aparteid, atas ethnic cleansing yang mereka lakukan, yang sedang mereka lancarkan khasnya di Gaza.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Pengerusi, sedikit beralih kepada satu yang lebih bersifat kepentingan Kementerian Luar Negeri untuk dengan peruntukan yang lebih sedikit tahun ini RM1.162 bilion ini. Saya memerhatikan keperluan untuk Kementerian Luar Negeri memperkukuhkan perkhidmatan mereka, perkhidmatan konsulat kepada rakyat Malaysia termasuk dengan apa yang disebutkan meningkatkan aplikasi digital, teknologi, kenderaan dan sebagainya di negara-negara yang developed dan developing, di mana kita berperanan untuk memastikan diaspora rakyat-rakyat Malaysia yang khasnya berada di negara-negara itu untuk memberikan mereka perkhidmatan yang terbaik.
Saya perhatikan di sini bukan hanya yang terkandas, bukan sahaja yang ditimpa musibah tetapi juga terkadang kali mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan dan sebagainya yang berada di luar negara itu perkhidmatan-perkhidmatan konsulat kepada rakyat Malaysia ini perlu dipertingkatkan.
Saya ingin tahu, apakah di samping yang apa dikatakan peruntukan berjumlah RM10 juta yang diberikan kepada buat julung kalinya di bawah Kumpulan Wang Amanah Rakyat Malaysia di luar negeri ini adalah penting bagi Kementerian Luar Negeri membela nasib diaspora ataupun rakyat-rakyat kita di luar negara atas apa pun menjadi mangsa yang telah pun saya sebutkan sebentar tadi.
Tindakan-tindakan itu perlu ya, dipertingkatkan dalam usaha untuk Wisma Putra dan juga Kementerian Luar Negeri ini memberikan perlindungan, memberikan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara dijamin. Saya kira ada juga beberapa perkara yang mungkin saya sebutkan tetapi mungkin saya mengambil pencelahan kemudian nanti.
Terima kasih, Tuan Pengerusi atas kesempatan ini.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Selangor. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera Tuan Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat.
Kangar ingin membahaskan peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar Negeri.
Dalam Butiran 020400 – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Kerjasama Serantau.
Jadi saya mulakan dengan isu berkaitannya dengan konflik di selatan Thailand.
Jadi konflik di selatan Thailand atau lebih tepat adalah di Wilayah Pattani. Konflik ini telah berlarutan sejak sekian lama, jadi memandangkan ia adalah isu serantau maka peranan Malaysia amat penting dalam mengekalkan kestabilan di rantau ini.
Jadi soalan saya, setakat manakah kemajuan rundingan antara Kerajaan Malaysia dan Thailand berhubung hal ini dalam menyelesaikan konflik di selatan Thailand.
Soalan kedua, adakah konflik yang melibatkan PULO dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) dengan tentera Thailand sudah pun berkurang selepas rundingan di antara PMX dan Perdana Menteri Thailand.
Saya pergi kepada butiran yang kedua, Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan. Seperti yang diketahui sekarang telah berlaku konflik antara Israel dan juga Palestin. Dianggarkan lebih 10,000 kematian sehingga 6 November 2023 telah dilaporkan.
Di sini Kangar ingin menegaskan bahawa isu Palestin adalah isu agama, isu negara, isu bangsa dan isu kemanusiaan atau lebih senang kita cakap, sekarang rakyat Palestin sedang menghadapi apa yang dipanggil sebagai genocide ataupun pembersihan etnik.
Jadi kita nampak betapa itu yang dilakukan oleh Israel terhadap penduduk di Palestin. Dibunuhnya kanak-kanak, kaum wanita atau sesiapa sahaja. Contohilah
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
pejuang Hamas yang menghargai kanak-kanak, kaum wanita dan lain-lain di pihak musuh.
Ini very gentlemen, dengan izin. Ini kalau kita tengok maklumat di dalam TikTok dan sebagainya, memang kita nampak bahawa tentera-tentera Hamas begitu menyanjungi ataupun memuliakan golongan wanita ataupun kanak-kanak kerana apa yang diamalkan oleh Hamas menunjukkan bahawa Islam adalah agama murni sebagaimana ajaran yang dibawakan oleh Nabi Muhammad SAW.
Kita juga dapat melihat melalui media-media sosial bahawa ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu seakan-akan menjadikan Israel mangsa konflik sehingga meraih simpati daripada negara-negara besar khususnya Amerika Syarikat. Media Barat pula memaparkan gerakan Hamas sebagai kumpulan militan atau pengganas di mana mereka menyatakan bahawa Hamaslah yang menyerang Israel terlebih dahulu dan bertanggungjawab ke atas serangan 7 Oktober 2023.
Sebenarnya perang telah lama bermula.
Namun keadaan sudah berbeza pada hari ini apabila rakyat Amerika turut menentang tindakan Israel yang mengebom Gaza. Jadi berlaku tunjuk perasaan di hadapan White House dan juga di Texas. Begitu juga di London dan sebagainya. Jadi di sini dapat dilihat bahawa ramai orang telah membuka mata melihat kekejaman yang dibuat oleh tentera Zionis yang tidak berperikemanusiaan. Selain daripada itu, sebanyak 120 negara menyokong gencatan senjata dan konflik termasuklah Malaysia semasa Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 27 Oktober 2023.
Persoalan Kangar, apakah tindakan Kerajaan Malaysia terhadap Israel apabila Israel enggan mematuhi gencatan senjata yang diluluskan oleh PBB, yang pertama.
Yang kedua, adakah Kerajaan Malaysia mengiktiraf pergerakan Hamas sebagai pejuang yang membela tanah air mereka?
Ketiga, adakah Kerajaan Malaysia tidak sanggup mengecam Benjamin Netanyahu sebagai penjenayah perang.
Jadi contohilah negarawan ulung Malaysia, Tun Mahathir yang menjadi hero bagi negara-negara sedang membangun. Siapa yang tidak kenal dengan beliau dalam memperjuangkan negara-negara Dunia Ketiga. Akhir kata, “From river to the sea, Palestine will be free”. Allahu Akbar. Terima kasih.
Seorang Ahli
Allahu Akbar.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Kangar. Dipersilakan Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Ipoh Timur ingin menyinggung beberapa perkara khususnya bermula dengan perkara atau maksud Butiran 030000 – Rancangan Dasar, Strategik dan Penyelidikan dengan Pengkhususan kepada 030100 – Perancangan Dasar dibaca bersama dengan 030400 – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR).
Kita dapat nampak di sana kalau kita tengok dalam konteks geopolitik dunia, peace is no longer the norm or given default- keamanan bukan lagi sesuatu kelaziman yang biasa dan keamanan adalah sesuatu yang perlu diusahakan, dikerjakan, dilabur dan juga diperjuangkan. Kalau sebagai sebuah Kementerian Luar Negeri, bila kita hendak perjuangkan keamanan runawaynya, dengan izin agak panjang. Khususnya dalam konteks kita nampak apa yang telah berlaku di Ukraine, apa yang sedang berlaku di Gaza dengan tindakan zalim oleh rejim Zionis Israel sekarang.
Soalan yang perlu kita jawab sebagai sebuah pelaku negara, sebagai sebuah negara dan tugasan Kementerian Luar Negeri adalah untuk menanya dan menjawab soalan seperti bilakah dan akan atau tidak berlakunya the next big global conflict? Sebab kemungkinan besar Gaza dan Ukraine boleh berubah menjadi regional yakni
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
kemudiannya menjadi global conflict. Di manakah dan bilakah akan berlakunya the next global conflict?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Perkara itu memerlukan penyelidikan dan kajian yang cukup menyeluruh dan cukup mendalam yang memerlukan sumber kewangan dan juga sumber manusia yang cukup hebat dan besar. Saya nampak ada penurunan dari segi- walaupun perjawatannya tak turun, tetapi peruntukan yang menurun sejumlah RM1.366 juta di IDFR, tetapi ada peningkatan di perancangan dasar di dalam kementerian sendiri bawah 030100.
Peningkatannya sebenarnya hanya 500 lebih. So, maksudnya, shortfall-nya pun lebih kurang RM800,000 kalau kita anggap ia sebagai direct transfer daripada IDFR ke perancangan dasar dari segi penyelidikan dan kajian. Saya minta sedikit pandangan dan juga sedikit penjelasan daripada kementerian.
Juga kalau kita tengok bawah 030200 – Hal Ehwal Maritim, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Luar hari itu bahawasanya negara sedang mengusahakan bersama dengan China transisi atau ratifikasi daripada DOC- Declaration of Conduct kepada COC- Code of Conduct di Laut China Selatan. Tak payah hirau apa yang deme belah sana kata, janganlah runding apa semua. This is real politics. DOC to COC adalah sesuatu yang perlu dan wajib negara usahakan.
Dalam konteks itu, hal ehwal maritim merupakan the desk in charge-lah. So maksudnya, peruntukan perlu ditingkatkan. Ia ada sedikit peningkatan dengan escalation and negotiation nampaknya yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri hari itu, adakah peningkatan dengan tiada peningkatan perjawatan, malah sebenarnya penurunan daripada emolumen bawah butiran kecil 10000 bawah Hal Ehwal Maritim, adakah ia mencukupi untuk mencapai sasaran dan tugasan dan kewajipan yang telah diberi oleh negara kepada Wisma Putra?
Baik, saya nak alih kepada satu perkara yang lain iaitu berkenaan dengan CLMVO- Cambodia, Laos, Myanmar, Vietnam dan Oceania. Satu peruntukan yang agak jarang disentuh, tetapi saya nak membawakan penyinggungan saya ini kepada sesuatu yang sedang berlaku di Myanmar sekarang yang jatuh bawah CLMVO ini. NDAA Ta’ang dengan Arakan sedang bertempur cukup teruk, berlawan junta sekarang di Myanmar sehingga belah-belah utara dan utara-timur Myanmar, ramai orang dan rakyat Malaysia dan rakyat negara lain yang terkandas kat sana sebab peperangan dan konfliknya cukup teruk. Di belah-belah Laukkaing, di belah-belah apa nama, ada beberapa tempat yang memang tak boleh gerak langsung sebab the fire is too strong. Kumpulan bersenjata memang berleluasa- 26 orang kalau tak silap, rakyat Malaysia sedang terkandas di sana.
Walaupun kita nampak ada sedikit peningkatan peruntukan, adakah ia mencukupi untuk menyelamatkan mangsa-mangsa job scammer yang dah cukup teruk waktu depa ada kat sana sebelum ada konflik bersenjata yang sekarang berlaku?
Akhir sekali, saya nak menyinggung berkenaan dengan aset. Kalau kita pergi 060100 – Perolehan Aset. Apa yang disebutkan oleh Machang tadi, sebenarnya saya nak mencerminkan sedikit berkenaan dengan, adakah pihak kementerian hendak mempertimbangkan selain daripada memperolehi atau membeli aset dengan- saya dapat tahu bahawa lebih kurang 80 peratus daripada perbelanjaan misi-misi kita kat luar, sebenarnya 80 peratus adalah menggunakan wang tempatan atau wang luar yang sekarang kita tahu Malaysia kena tempias yang cukup teruk dengan ringgit yang lemah, dengan mata wang lain yang jauh lebih tinggi.
Adakah kementerian sudi dan sanggup mempertimbangkan menggunakan atau mengarahkan atau mengerah, meminta GLC Malaysia untuk perolehi aset? Kita sewa di invois dan bayar kepada GLC Malaysia dalam mata wang- Malaysia Ringgit dan bukannya USD yang sekarang menjadi masalah besar yang mengecutkan nilai harga peruntukan yang Kerajaan Malaysia bagi kepada KLN supaya kita dapat pulangan yang lebih berbaloi dalam perbelanjaan sewaan dan pengurusan. Itu saja daripada Ipoh Timur. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Rantau Panjang.
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Menyentuh Kementerian Luar di bawah Maksud B.13, P.13, saya mengambil Butiran 020400 iaitu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Kerjasama Serantau. Jadi saya ingin penjelasan, sejauh mana pencapaian setakat ini? Apakah usaha Malaysia agar negara-negara Islam OIC ini dapat berperanan terutama dalam menangani pencerobohan Israel terhadap rakyat di Palestin dan juga menangani isu Islamophobia? Apakah strategi yang telah diambil oleh pihak negara kita untuk melobi pihak negara-negara OIC ini supaya turut aktif dalam menangani semua isu yang berkaitan dengan kepentingan Islam dan umat Islam?
Seterusnya, menyentuh 020500 iaitu Politik Pelbagai Hala. Saya ingin tahu, apakah usaha Malaysia untuk mempengaruhi negara-negara Komanwel termasuk juga negara-negara berkecuali NAM, termasuk juga negara Kumpulan 77 iaitu G77 agar segera membawa Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa?
Menyentuh Butiran 020600 iaitu Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa.
Apakah perancangan strategik Malaysia terhadap hubungan dua hala dengan Indonesia khususnya terhadap limpahan pembangunan susulan pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Timur? Jadi setakat ini, apakah kerjasama yang telah dicapai dan usaha untuk membangunkan bandar-bandar di sempadan khususnya untuk manfaat rakyat negara kita di sempadan Sabah dan Sarawak?
Begitu juga saya ingin menyentuh 030200 iaitu Hal Ehwal Maritim. Saya ingin tahu, apakah perkembangan terkini berkaitan dengan rundingan Kod Tatalaku di Laut China Selatan yang sedang dirundingkan dengan negara-negara ASEAN dan Negara China demi menjaga kedaulatan dan kepentingan negara termasuk Malaysia? Apakah pencapaian setakat ini?
Saya ingin juga penjelasan Butiran 040500 yang berkaitan dengan pencapaian rundingan melibatkan kepentingan bersama iaitu melibatkan negara Cambodia, Laos, Myanmar, Vietnam dan Oceania. Apakah isu-isu yang telah dicapai persetujuan setakat ini? Apakah usaha dan sikap dalam menangani isu masalah pelarian Myanmar termasuk juga pelarian Myanmar ke Malaysia?
Saya ingin juga menyentuh tentang Butiran 040700 tentang Hubungan Media dan Diplomasi Awam. Apakah usaha kementerian untuk menangkis fitnah, ugutan antarabangsa terhadap pemimpin negara kita? Jadi, apakah pencapaian setakat ini dan apakah cabaran yang dihadapi setakat ini?
Begitu juga saya ingin menyentuh Butiran 050700 iaitu peruntukan bagi Petunjuk Prestasi Utama Ketua-ketua Perwakilan. Jadi, sejauh mana tahap pemantauan prestasi semasa ketua-ketua perwakilan selaku wakil rasmi Kerajaan Malaysia di penempatan masing-masing?
Juga saya ingin tahu tentang Butiran 040600 iaitu tentang Pejabat Perwakilan Luar Negeri. Berapakah jumlah pejabat perwakilan yang masih dalam keadaan perlu dinaik taraf setakat ini? Berapakah jumlah staf yang ada sekarang ini? Berapakah kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan akibat daripada penurunan nilai Ringgit menyebabkan kesan yang cukup besar, terutama kepada peruntukan kepada pejabat- pejabat perwakilan luar negara? Ini adalah sangat penting untuk menjaga imej Malaysia di mata dunia. Jadi, saya ingin penjelasan supaya perkara ini, dapat kita pelihara demi kemaslahatan kepentingan negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Bentara. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguh dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang ini. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 12.59 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis dalam Jawatankuasa. Saya jemput Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Timbalan Pengerusi. Saya terus berbahas peringkat Jawatankuasa berkenaan dengan Kementerian Luar Negeri. Saya sambut baik misi kerajaan dalam meletakkan tambahan kepada jumlah peruntukan Kementerian Luar Negeri kepada RM1.126 bilion untuk tahun 2024. Bagi perbahasan ini saya memulakan dengan merujuk kepada tiga butiran bersekali iaitu 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan, 020300 – Keselamatan Pelbagai Hala dan Pertubuhan Antarabangsa, ketiga 020500 – Politik Pelbagai Hala.
Saya mulakan perbahasan berkenaan butiran-butiran ini dengan merujuk kepada kenyataan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Mei tahun ini bahawa kerajaan akan terus tekad meningkatkan peranan Malaysia dalam hal ehwal antarabangsa, khususnya dengan negara jiran ASEAN dan masyarakat antarabangsa secara amnya dan tekad ini diulang dalam sesi pertanyaan lisan Perdana Menteri. Justeru, berdasarkan tekad kerajaan dalam mendepani iklim geopolitik antarabangsa, saya melihat ada kewajaran untuk kerajaan meneliti dengan cermat dan mempertimbangkan tumpuan peruntukan kepada tiga butiran ini.
Saya maklum ada pihak yang berpendapat bahawa sebelum kerajaan melihat keluar tingkap, lebih baik beri tumpuan kepada keadaan dan situasi dalam rumah. Namun saya melihat kepentingan tumpuan kepada tiga butiran ini mengambil kira kejayaan dari segi seni diplomasi negara dan kesannya kepada keadaan ekonomi serta sosial negara.
Sebab itu saya sebutkan kita perlu ada anjakan daripada diplomasi biasa kepada diplomasi aktif. Dinamik geopolitik ini juga menunjukkan menuntut supaya ada tajdid ataupun perubahan dalam pendekatan peranan dan kaedah diplomasi kerajaan kerana peranan dan matlamat negara dalam hal ini seperti yang saya sebutkan tadi, akan membawa manfaat, walaupun ia mungkin tidak dapat dinilai dalam jangka masa pendek.
Justeru, saya mohon Menteri untuk memberikan pencerahan berkenaan dengan penilaian semula dan pemerkasaan pendekatan serta prinsip kerajaan terhadap perihal dasar luar negara dan yang berkaitan dengannya. Mohon Menteri jelaskan bagaimana rancangan kewangan yang diperuntukkan dari bahagian butiran ini akan dimanfaatkan dalam mengangkat teras strategik Kementerian Luar Negeri terkait pendirian dan peranan Malaysia dalam hal ehwal antarabangsa.
Berkenaan dengan ini juga Puan Timbalan Pengerusi, terutamanya khusus berkenaan dengan isu Palestin. Saya telah jelaskan pagi tadi bahawa pentingnya untuk kita bersatu hati dalam isu Palestin.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Kita ketepikan isu remeh dan kita tutup semua yang tular-tular ini kerana isu pokoknya ialah isu perjuangan, pembebasan rakyat dan negara Palestin tetapi saya sedih sebab saya tengok, saya hairan Machang. Saya hairan Machang, walaupun beliau ada hak, ada hak untuk berbahas tetapi masih lagi ungkit isu liberal international, sedangkan sudah pun dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
[Tepuk]
Seorang Ahli
Betul, betul!
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Amat jelas kita tolak aparteid, kita tolak pembersihan etnik, kita tolak genocide.
Beberapa Ahli
Betul.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Pendirian yang sangat lantang dan jelas tetapi hari ini kita dengar walaupun Machang sendiri berada di depan Perdana Menteri bertanya soalan, diberikan penjelasan tetapi masih lagi pada tadi minta pula lagi penjelasan dan menimbulkan masih lagi isu bahawa ada pihak yang bersama dengan Liberal International. Cukuplah, sampai bila hendak skor political point? Hendak jadi Perdana Menteri ke?
Beberapa ahli
Betul, betul. Sokong.
[Tepuk]
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Puan Timbalan Pengerusi, saya percaya kita dalam hal ini tidak ada harus terpesong daripada agenda pokok dan kita kena bersatu hati. Isu Liberal International ini sudah cukup. Kalau saya juga hendak ungkitkan, saya boleh ungkitkan. Saya boleh sebut pasal isu kenyataan ataupun penglibatan Tasek Gelugor dengan Liberal Internasional dalam forum mereka pada tahun 2015.
[Dewan riuh]
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Jadi jangan sebutlah sebelah sana sebelah sini, jangan sebutlah.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Gerakan, Gerakan pun ada.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Nanti saya sebut Machang Perikatan Nasional pun ada juga, kita tidak akan sudah. Sebab itu isu pokoknya dalam isu ini ialah tumpu kepada bantu untuk selesaikan gencatan senjata di Israel, di Palestin dan kita bantu mereka seberapa baik yang boleh. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Puan Pengerusi.
Terlebih dahulu Sabak Bernam ingin mengucapkan selamat menyambut Deepavali yang akan jatuh pada 12 November, hari Ahad kepada semua rakyat khasnya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Boleh jadi Ketua Pembangkang...
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
...Yang beragama Hindu. Deepavali membawa makna yang lebih mendalam, bukan sekadar pesta cahaya tetapi kemenangan cahaya itu sendiri mengatasi kegelapan.
Seorang Ahli
Betul, betul, betul! [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Kejayaan kebaikan mengatasi keburukan dan kekuatan harapan dan ilmu mengatasi kejahilan. Syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Segamat, Jelutong dan Batu yang turut hadir di Dewan yang mulia ini walaupun hari raya tinggal lagi lima hari ya. Tentu tengah sibuk membuat persiapan.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Sungai Siput pun ada, Sungai Siput.
[Ketawa]
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih cikgu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sabak Bernam, lain macam ini Sabak Bernam. Panggil kita ke sebelah sana ke?
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Kalau hendak bagi kuih raya, masih boleh lagi ya sebelum kami balik. Dalam kesibukan merayakannya, Sabak Bernam ingin berpesan supaya berhemah dalam berbelanja dan kita semua jangan lupa memberi keutamaan kepada keselamatan diri dan keluarga masing-masing, terutama sekali ketika memandu di jalan raya.
Pastikan kenderaan dalam keadaan baik, pastikan lesen memandu dan cukai jalan kenderaan anda belum tamat tempoh. Pastikan pakai tali pinggang keledar, patuhi peraturan menggunakan jalan raya dan paling penting jangan memandu dalam keadaan mabuk, dipengaruhi alkohol ataupun dadah.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Yang Berhormat Puan Pengerusi, Sabak Bernam ingin merujuk kepada Butiran 020300 – Keselamatan Pelbagai Hala dan Pertubuhan Antarabangsa. Mengikut Laporan SUHAKAM, Cetakan Pertama, tahun 2020, Malaysia belum lagi menandatangani UNCAT iaitu Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain Yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah. Jika dilihat daripada peta dunia dan laporan tersebut, hampir semua negara sudah menandatangani dan menyertai konvensyen ini.
Sabak Bernam ingin bertanya, sejauh mana kajian yang telah dijalankan terhadap isu UNCAT ini? Sekiranya Malaysia menandatangani dan menyertai konvensyen ini nanti, justeru apakah jaminan ianya nanti tidak bercanggah dengan undang-undang syariah, undang-undang sivil serta hak asasi manusia, setelah ia melalui proses konsultasi awam yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan yang berkaitan, bersama-sama semua pihak yang berkepentingan dalam soal hak asasi manusia di negara ini?
Yang Berhormat Puan Pengerusi, seterusnya Sabak Bernam ingin menyentuh Butiran 020200 – Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan. Pertanyaan saya menjurus permasalahan etnik Uyghur di Wilayah Xinjiang yang dahulunya dikenali sebagai Turkestan Timur. Kita tidak nafikan mempunyai banyak kepentingan dalam hubungan diplomatik dengan China, sebuah negara kuasa besar dan kita sedar ramai umat Islam tinggal dan mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna di negara tersebut.
Kita melihat isu etnik Uyghur ini lebih kepada perjuangan kepada hak asasi manusia sepertimana sebelum ini, dasar negara kita yang mempunyai tradisi kebebasan bersuara yang jelas dan konkrit terhadap isu aparteid di Afrika Selatan sehingga akhirnya mencapai kejayaan. Sabak Bernam ingin tahu, sejauh mana usaha diplomatik yang telah dilakukan di antara kedua-dua negara yang akhirnya boleh membawa kepada penemuan satu titik yang mampu memuktamadkan penderitaan etnik Uyghur di tanah air mereka sendiri. Sabak Bernam juga ingin tahu, sejauh mana penglibatan kerajaan dalam mendapatkan keadaan sebenar kem pendidikan semula Xinjiang yang dikenali sebagai pusat pendidikan dan latihan vokasional.
Yang Berhormat Puan Pengerusi, Sabak Bernam juga ingin merujuk kepada Butiran 020800 – Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia. Sejauh mana ia bermanfaat kepada negara ini dalam isu-isu yang berkaitan dengan negara-negara ASEAN seperti kes pelarian yang di bawah UNHCR dan masalah penipuan mencari pekerjaan di luar negara oleh scammer.
Sabak Bernam beranggapan negara juga mempunyai tradisi sendiri dengan memilih golongan elit berkebolehan yang terbaik dalam perkhidmatan awam untuk menjadi diplomat di negara-negara tertentu dan menjalankan tugas serta bertanggungjawab mereka di sana. Justeru itu, perlu pendedahan tugas-tugas diplomatik yang lebih lagi kepada diplomat-diplomat yang junior ataupun second liner supaya mereka ini dapat menjalankan tugas dengan baik.
Buat masa ini kerajaan sering kali melantik duta dari kalangan ahli politik yang kalah dalam pilihan raya dan lain-lain yang bertaraf Menteri. Oleh kerana status bertaraf
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Menteri, maka dia akan masuk campur dan menyibukkan diri dalam urusan politik dalam negara walaupun keberadaan mereka jauh beribu-ribu batu di negara orang. Patutnya berilah tumpuan kepada kerja sebagai duta, di mana dia ditempatkan. Anak dagang di rantau orang, biar pandai membawa diri. Anak dagang dirantau orang, biarlah pandai membawa diri...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya gulung. Pantun saya. Pada petang ini saya tidak nyanyi, saya bagi pantun sahaja.
Pulau pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Deepavali disambut meriah, kemakmuran Malaysia dinikmati bersama. Sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Assalamualaikum dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih kepada Puan Pengerusi bagi peluang kepada Batu Pahat untuk berbahas pada petang ini.
Butiran 050600 – Sumbangan Tahunan Pertubuhan Antarabangsa pada 2023 RM113,500,000 dan ada peningkatan RM14 juta pada 2024 Bajet tahun hadapan. Jadi, ada peningkatan. Jadi, mohon beri penjelasan pertubuhan antarabangsa yang telah mana yang menerima bantuan, yang bakal menerima bantuan.
Berapakah jumlah yang pertubuhan ini bakal terima dan mohon beri penjelasan, berapa jumlah sumbangan Kerajaan Malaysia kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu? Boleh perincikan tentang bentuk sumbangan iaitu bentuk barangan kah, bentuk program atau aktiviti atau program? Program macam mana yang di– sumbangan tahunan pertubuhan antarabangsa ini.
Kemudian Butiran 30000 – Aset. Pada 2023, lebih kurang RM5,400,000 dan tahun hadapan 2024, RM9,160,000 peningkatan lebih kurang RM3.7 juta. Jadi, saya baru ini bersama dengan Menteri Luar ke New York. Saya lihat Pejabat Perwakilan Tetap ke Bangsa-Bangsa Bersatu di New York. Nak kata daif, lebih kurang begitulah. Jadi, perlu tambah baik ceriakan pejabat ini, diubahsuai dan ditambahkan perabot baru. Ini satu cadangan pada Wisma Putra.
Kemudian, tentang aset dan apakah ada apa-apa perancangan yang sudah ada dalam perancangan Wisma Putra dan kalau boleh, tambahlah apa peralatan dan perabot- perabot di semua kedutaan-kedutaan di luar negara. Kemudian, saya mohon penjelasan, bilakah Kedutaan Malaysia di Iraq akan dibuka?
Jadi, alatan – Seterusnya mohon penjelasan juga, berapa nilai aset-aset kita yang ada di luar negara? Difahamkan ada aset-aset di luar negara yang sudah uzur dan perlu diganti.
Butiran 060200 - ASEAN 2025. Pada tahun hadapan, lebih kurang bajetnya RM5 juta. Saya difahamkan Malaysia bakal jadi hos tuan rumah ASEAN 2025. Jadi, di manakah belanjawan RM5 juta ini untuk disalurkanlah? Bagaimana persediaan dan program- program yang bakal dihadapi untuk persediaan ASEAN 2025?
Saya setuju daripada Ledang. Nampaknya Sik dan Machang ini macam kurang pendengaran ataupun sakit, diulang-ulang oleh apa yang PMX cakap itu diulang-ulang lagi. Jadi, saya rasa sudah-sudahlah lihat ke hadapan tentang dia bawa copy-paste Nurul Izzah pun Nurul Izzah pun sudah maklumkan tentang apa yang berlaku dalam Facebook dia. Jadi, dia ulang-ulang...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of Order 36(6), sangkaan jahat pada Machang. Perkataan ini tidak boleh digunakan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Perkataan apa?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak, sangkaan jahat kepada Machang.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Boleh tahu, apa sangkaan jahat itu Arau?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
“Biadab” tiada.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tarik balik perkataan ‘Machang’.
Kalau sekiranya kita nak berdebat ini dia tanya PMX, PMX dah jawab. Apa kamu semua- kita nak menyibuk ini cukuplah, tetapi kalau betul-betul nak perpaduan, tak boleh ungkit.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Itu yang kita cakap.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
PMX sorang sahaja.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Machang nak tanya balik banyak kali.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan ramai-ramai ya, nombor satu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Apa maksudnya?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Nombor dua, tadi lagi satu ini siapa? Ledang juga menyebut, “Nak perpaduan.” “Nak perpaduan.” Pihak PMX dah jawab okey lah. Habis cerita, tetapi...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya lah. Itu biarlah...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Kenapa diungkit-ungkit lagi?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Dia yang bagi tahu.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey lah, semua duduk. Batu Pahat teruskan.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Okey. Saya...
[Ketawa] Jadi, apa- saya minta Wisma Putra, apa yang saya sebutkan tadi untuk diperhalusi dan mohon penjelasan. Sekian terima kasih, Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih pada Yang Berhormat Puan Timbalan Pengerusi.
Saya merujuk kepada Butiran 020100 – Ekonomi Pelbagai Hala dan Alam Sekitar.
Apakah kementerian telah pun memberikan penemuan dan juga input terbaik kepada kerajaan khususnya bagi impak ekonomi secara tuntas bagi masa depan negara berkaitan dengan impak dan potensi negara terutama ketika pembukaan Segenting Kra yang mungkin akan berpihak ke Thailand, pembukaan ibu negara baru Indonesia di Kalimantan Timur?
Apakah langkah diplomasi yang telah pun dilakukan di peringkat kementerian dan juga di peringkat kedutaan berhubung dengan kes jerebu dengan Kerajaan Indonesia?
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Saya juga ingin mengetahui tentang status dan kedaulatan berkaitan dengan hak kita di Ambalat dan Batu Puteh, apakah update yang terbaru? Dalam kenyataan tadi, Perdana Menteri telah mengatakan bahawa akan tetap menghadiri APEC.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Saya ingin bertanya pada kerajaan, apakah impak ataupun implikasi yang boleh berlaku kepada kita sekiranya kita tidak hadir ke sidang APEC dan adakah ia akan mengganggu kita punya hubungan dengan kes Palestin?
Berhubung dengan 040600, saya juga bersetuju dengan beberapa sahabat daripada Ahli Parlimen kita yang menyebut tentang keperluan kajian kepada pejabat- pejabat kedutaan di luar negara. Hari ini kita melihat kebanyakan daripada pejabat-pejabat ini telah pun merupakan pejabat lama yang perlu kepada kos penambahbaikan.
Saya difahamkan bahawa kos yang diberikan kepada duta kita di luar negara hanyalah berjumlah RM70,000 untuk mengadakan program bersama dengan rakyat kita di luar negara. Kita harus ingat bahawa hari ini jumlah pelancong, pelajar dan pekerja kita di luar negara sangat ramai dan ini memerlukan tambahan dalam keadaan ringgit yang telah pun makin menurun.
Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, berapa banyakkah bangunan- bangunan kedutaan yang disewa dan berapa banyakkah yang dimiliki oleh kerajaan dan adakah kerajaan memberikan peningkatan ataupun peluang kepada semua negeri-negeri, terutama di Kelantan dan juga Terengganu untuk turut mempromosikan negara kita di luar, khususnya bersama dengan para isteri, duta dan juga konsulat kita di luar negara?
Butiran 050500 – Pendidikan Keantarabangsaan. Adakah pihak kementerian mempunyai suatu silibus yang tetap untuk melahirkan generasi muda yang boleh dan menguasai tentang isu antarabangsa. Kerana hari ini kita melihat hampir hari-hari kita berhadapan dengan isu antarabangsa dan ini memberikan satu lonjakan segera kepada kerajaan, sama ada bekerjasama dengan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pelancongan dan juga Kementerian Perpaduan bagi memastikan bahawa pendidikan diplomasi dan juga antarabangsa ini dibuat secara terbaik oleh pihak kerajaan.
Apakah yang menyebabkan berlakunya pengurangan bajet 030300 bagi Pusat Serantau Asia Tenggara bagi mencegah keganasan dalam keadaan hari ini kita berhadapan dengan pelbagai krisis.
Apakah fungsi Institusi Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri yang saya kira sepatutnya menjadi suatu institusi yang boleh dan terus dilawati oleh pihak rakyat supaya kita boleh terus menjuarai dan saya juga ingin tahu bagaimanakah pemaparan ataupun metode yang digunakan oleh kementerian untuk memperkenalkan fungsi Malaysia sebagai peacemaker dan peace negotiator dalam hubungan antarabangsa?
Seterusnya lagi, saya ingin bertanya di bawah 020500. Kita merupakan negara ahli yang sentiasa menghadiri pelbagai konvensyen tetapi adakah kita mempunyai suatu arkib dan rujukan tetap kepada semua Ahli-ahli Parlimen ataupun pemimpin yang akan menghadiri sidang luar negara, supaya tindakan-tindakan resolusi yang dibuat dapat di- follow-up dengan cara teratur oleh semua kementerian dan juga oleh pemimpin yang menghadiri kerana kita faham setiap penggal, pemimpin yang berbeza akan menghadiri sidang yang berbeza.
Jadi, kita juga ingin mengambil tahu tentang pandangan kerajaan berkenaan dengan pendirian negara kita dengan BRICS. Kalau kita melihat hari ini kebanyakan dari pandangan-pandangan dan juga laporan semasa BRICS ini kita nampak mempunyai potensi yang bagus untuk negara kita.
Khusus untuk Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan Mahkamah Tetap Timbang Tara, berapakah peguam kanan dalam kerajaan, peguam swasta dan pakar undang-undang yang telah pun kita ada dan akan kita latih supaya kita punya persediaan daripada kursus undang-undang dan sejarah antarabangsa untuk persediaan negara kita menghadapi pelbagai risiko kerana kita merupakan negara yang mempunyai banyak sempadan.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Saya juga ingin mencadangkan daripada pihak Kementerian Luar untuk memastikan bahawa semua konsulat dan pegawai-pegawai kita serta pemimpin kita perlu memahami tentang isu hak asasi manusia yang disebut di bawah 020200. Kita memerlukan satu definisi baru tentang hak asasi manusia supaya undang-undang ini yang dipakai adalah lebih realistik bukan hanya berdasarkan kepada pemahaman yang diberi pihak Barat.
Saya juga ingin bertanyakan kepada pihak kerajaan, apakah hasil lawatan Perdana Menteri dan juga pemimpin antarabangsa ke luar negara supaya kita mengetahui kesan daripada lawatan dan juga perbincangan-perbincangan ini.
Seterusnya lagi, berkenaan dengan apakah bentuk yang dibuat oleh pihak Kementerian Luar khususnya, bagi memastikan kita boleh memberikan amaran awal kepada rakyat kita di pintu-pintu masuk negara supaya tidak menjadi mangsa scammer ataupun boleh mengambil pendekatan terbaik yang dibuat oleh negara lain dalam menghentikan pemerdagangan orang dan juga penyeludupan.
Terakhir di bawah 020200. Kita ingin bertanya, kita difahamkan bahawa serangan kepada Gaza ini dibuat bukan hanya kerana mereka ingin memerangi Hamas tetapi tujuan sebaliknya adalah kerana terdapat lebih 1.3 trilion simpanan minyak dan gas di perairan Gaza.
Jadi, di peringkat OIC, di peringkat kita, adakah kita akan mencadangkan satu jawatankuasa teknikal untuk memastikan bahawa negara-negara pengeluar minyak, negara-negara kecil, negara-negara yang tak mampu ini akan dijaga secara perlindungan di pihak antarabangsa.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Kerana isu kekayaan ini yang menyebabkan mereka menjadi mangsa kepada pembulian ini.
Terakhir di bawah 020800 – ASEAN. Saya ingin bertanya pihak kerajaan tentang apakah bentuk ataupun piagam yang diguna pakai di peringkat Asia Tenggara untuk melahirkan ataupun menampakkan, menzahirkan bahawa ciri kekeluargaan, ciri beriman kepada agama dan juga ciri nilai budaya yang ada di ASEAN dapat menjadi satu ciri yang terpakai dalam semua perbincangan-perbincangan di peringkat ASEAN.
Apakah langkah yang kita buat untuk menguatkan hubungan kita dengan Cambodia, Laos, Myanmar dan juga Vietnam daripada sudut ekonomi kerana ini merupakan negara yang boleh membantu meningkatkan lagi ekonomi negara kita dan piagam yang kita pakai dalam ekonomi ASEAN. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih Tuan Pengerusi, Puan Pengerusi. Saya tak pakai peranti ya. Rakyat Malaysia, orang muda walaupun apa pun terjadi, kita tetap bersama walaupun TikTok telah di-ban tetapi kita ada saluran lain.
Yang Berhormat, pertama sekali ialah berhubung dengan Butiran 020300. Saya sebut sekali lagi. Sering kali orang menyebut kata kenapa sebut lagi? Sebab tidak dibuat apa-apa tindakan Yang Berhormat Menteri. Saya sebut fasal Beting Patinggi Ali. Ini pencerobohan Yang Berhormat. Kita hendak bagi tahu, ini adalah merupakan konvensyen antarabangsa.
Bila kita menuntut satu tempat, dia hendak tengok siapa yang paling banyak menggunakan tempat itu? Contohnya adalah Bukit Putih, Batu Puteh sorry, Bukit Putih sebab di sebelah Kuala Perlis ya. Batu Puteh yang duduk di sana ialah orang yang menuntut. Itu hak Malaysia tetapi Malaysia bukan tak pergi duduk tetapi duduk mengawalnya daripada jarak-jarak tertentu. Pada hal kita kena duduk di sana.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dulu pernah Yang Berhormat, saya ulang balik di Parlimen ini saya sebut berkali- kali dulu pernah Terumbu Layang-layang, ada sebuah pulau saya lupa. Semasa itu ada seorang Menteri Luar yang cukup hebat di antara Menteri Luar yang terhebat, orang inilah.
Dia kata dirikan sekolah dan juga penempatan sebab nanti bila kita menuntut orang tak boleh- Bangsa-bangsa Bersatu, mahkamah akan membicarakan berdasarkan pada orang yang berada di situ.
Jadi, pada masa itu di peringkat pegawai mengatakan inilah pandangan tak logik.
Nelayan ada dua keluarga sahaja, mana boleh kita bina sebuah sekolah. Ini ialah nak menuntut tempat itu. Jadi, Beting Patinggi Ali Yang Berhormat, saya cadangkan kita buat sesuatu. Sekarang ini kalau dari segi tuntutan kita ada masalah sebab kapal pengawal pantai China berada dalam jarak tiga kilometer daripada Beting Patinggi Ali tetapi APMM dan juga Tentera Laut berada dalam jarak yang jauh. Jauh sedikit mungkin enam ke tujuh kilometer daripada pantai. Kita kena masuk ke sana. Saya mencadangkan kita- dahulu kita pernah menanam pokok kelapa di sana. Lepas itu pokok kepala itu telah ditanam dengan begitu banyak dan naik elok tetapi tinggal satu pokok. Satu pokok pun dia orang ambil.
Kita pernah buat batu tanda di sana, dia orang buang. Jadi, kita pun berhenti.
Kenapa kita mesti berhenti? Sebab kita dapat maklumat ini daripada Muzium Sarawak yang membuat kajian di sana berhubung dengan kapal yang tenggelam pada zaman dahulukala. Jadi, dia maklumkan tentang apa yang terjadi di sana. Tetapi di pihak kementerian, kena pastikan supaya negara yang berada di sana mesti keluar sebab ini ialah dikira menceroboh.
Yang Berhormat, sekarang ini China dengan Russia menyokong Palestin. Kita pun seronok sebab dia menyokong Palestin, Yang Berhormat. Jadi, kita pun minta - kita pun menyokong China. Kita marah kepada Amerika tetapi China janganlah buli kita.
Yang Berhormat, saya hendak tanya berapakah nota diplomatik yang telah dihantar dalam bentuk bulanan? Adakah sebulan sekali ataupun dua minggu sekali?
Sebab, pada pandangan saya, kena hantar nota bantahan ini tiap-tiap minggu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya nak bagi tahu Yang Berhormat, perkara yang sama telah berlaku di Vietnam, berlaku pertempuran kecil. Berlaku di Philippines— juga berlaku di Philippines, pertempuran kecil. Mereka juga masuk ke Indonesia, Indonesia telah menyerang balik dengan menggunakan water cannon, dengan izin. Akhirnya, mereka berada di Malaysia dan kita tak buat apa. Cuma, kita buat bantahan dalam bentuk dia satu, kita satu. Saya telah cadangkan masa saya pegang jawatan kejap dulu, supaya dia satu, kita tiga. Tetapi, tidak dibuat, sebab kita tidak cukup aset untuk perkara tersebut.
Saya ingin bertanya Yang Berhormat, yang keduanya, berhubungan tajuk yang sama, berhubung dengan pembinaan jalan yang telah dibuat pihak Indonesia daripada Sarawak, Telok Melano, kalau tak silap saya. Saya ingin bertanya Yang Berhormat, sampai ke mana? Jalan itu dibuat dengan tidak ada jarak dengan batu sempadan. Batu sempadan sepatutnya kena ada jarak. Macam jalan sempadan di Perlis dengan Thailand, kita ada jarak, ada jaraknya. Tetapi, di sini tiada jarak. Setengah tempat di atas batu sendiri.
Jadi, saya ingin bertanya Yang Berhormat, apa yang telah dibentangkan dalam joint board of committee berhubung dengan perkara ini? Saya telah timbulkan banyak kali dan tidak ramai pihak pergi tengok tentang masalah yang berbangkit di sana dan ia akan menjadi masalah yang cukup besar di Sarawak nanti, Yang Berhormat, apabila kita membiarkan benda itu berlalu sahaja. Saya memperjuangkan nasib orang-orang Sarawak supaya tidak ada mana-mana pihak yang cuba buli, dengan izin, orang sana.
Akhir sekali, Yang Berhormat, berhubung dengan Hak Asasi Manusia – 020200.
Tadi, Machang telah tanya kepada PMX. Okeylah, Machang dengan PMX. Tapi, ada orang cuba nak jadi hero. Awaklah nak jadi hero. Bukan dia. Nak jadi hero, kritik secara terbuka. Saya kalau nak kritik orang, saya tunggu orang itu datang. Ini orang itu tak datang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tetapi, saya nak bagi tahu bahawa dia nak tanya PMX dan PMX telah jawab. Kita pun dah tahu sekarang ini apa itu liberal international dan hubungan dia dengan PKR.
Okeylah, kita mendapat maklumat. Tak bolehkah kita dapat maklumat? Puak-puak sana bukan tahu apa pun! Sekurang-kurangnya bila kita tanya, mereka dapat maklumat.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, Yang Berhormat...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau betul Ahli-ahli Parlimen ini, Ahli Parlimen ini— yang belah kami tak ada masalah.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Arau, mencelahlah..
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Mereka menyokong Palestin...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Arau, boleh celah?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Kenapa mereka tak tegur Menteri Pendidikan? Menteri Pendidikan yang menangis, selepas itu kata takbir dan qunut nazilah tak boleh.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Arau, celah, Arau?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Arau, boleh celah sikit Arau?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, masa saya dah habis.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Rakan seperjuangan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih kepada...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Perikatan Nasional, Gerakan, dia juga ahli liberal...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bila saya bagi kat kamu kebenaran bercakap?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Parti Gerakan juga sama...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Saya cakap, kalau dia tak ada dalam Dewan, macam mana nak cakap?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Apa pandangan Arau?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk. Semua sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya tak bagi kebenaran untuk bercakap.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, masa pun sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, saya pun dah nak habis, Yang Berhormat. Bagi peluang. Saya tak mahu Yang Berhormat ditegur macam-macam, saya nak bagi landing elok-elok. Saya nak bagi tahu, supaya kita semua...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bukan sudah landed kah?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya nak bagi tahu supaya kita semua— 10 perkataan. Kita semua— dua— bersama-sama menyokong PMX, menyokong Palestin menentang Israel. Yang Berhormat, sekarang ini orang yang dah mati lebih dari 10,000. Anak-anak 4,000 lebih, dekat 5,000 anak-anak yang mati. Jadi, mari kita menyokong PMX.
Jangan buat kerja-kerja yang telah dibuat oleh 12 orang Ahli Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri yang sampai hari ini tak minta maaf termasuk Teluk Intan, masih
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
ada dalam Instagram dia berhubung dengan menuduh bahawa apa yang telah dibuat di sekolah ini adalah perbuatan...
[Tidak jelas]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, Timbalan Pengerusi, tak perlu ungkit perkara yang sama.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Petua telah dibuat oleh Speaker semalam.
Apa hal nak ulang-ulang?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kelmarin telah dihalau keluar. Jangan biadab!
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Petua sudah dibuat.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk, Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan biadab, Yang Berhormat!
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukuplah. Semua duduk. Sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
36(6), perkataan biadab.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa salahnya? Dalam standing order ada perkataan biadab.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Baca standing order.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Boleh? Kalau boleh, biadab Jelutong!
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukuplah!
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Awak biadab!
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kamu yang biadab!
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Biadab, awak!
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kamu yang... [Pembesar suara dimatikan].
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab dalam masa 25 minit.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Biadab.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Biadab.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Arau biadab.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.
Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi ruang kepada saya untuk menggulung perkara-perkara berkaitan Kementerian Luar Negeri dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa dalam Dewan yang mulia ini hari ini. Bagi pihak kementerian, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang membahaskan isu-isu penting di bawah bidang kuasa kementerian ini sebentar tadi.
Puan Pengerusi, Kementerian Luar negeri merupakan peneraju dan pelaksana dasar luar yang berperanan untuk mempertahankan dan memajukan kepentingan
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
Malaysia serta meningkatkan martabat negara di persada antarabangsa melalui amalan diplomasi yang dinamik dan proaktif.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas pengiktirafan terhadap peranan dan fungsi penting yang dimainkan oleh kementerian melalui peningkatan anggaran peruntukan sebanyak 16 peratus berjumlah RM1.13 bilion bagi tahun 2024. Daripada jumlah ini, sebanyak RM916.85 juta diperuntukkan bagi belanja mengurus dan RM209.75 juta bagi belanja pembangunan.
Masing-masing mencatatkan kenaikan sebanyak 13.24 peratus dan 29.86 peratus berbanding tahun lepas.
Secara keseluruhannya, peningkatan peruntukan amat membantu kementerian untuk terus menyampaikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada semua rakyat dan pihak berkepentingan. Ia juga membantu dalam proses penambahbaikan infrastruktur perwakilan-perwakilan diplomatik Malaysia serta menyumbang kepada usaha diplomasi dan penglibatan kementerian yang lebih aktif dan berkesan di platform-platform serantau dan antarabangsa.
Peruntukan pembangunan ini yang juga merangkumi peruntukan RM50 juta secara, dengan izin, one-off adalah penting bagi membolehkan Kementerian Luar Negeri melaksanakan kerja-kerja menaik taraf dan menambah baik ataupun membaik pulih bangunan dan infrastruktur di bawah seliaan kementerian khususnya di perwakilan- perwakilan diplomatik Malaysia di luar negara dan kompleks Wisma Putra di Putrajaya serta Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) di Kuala Lumpur.
Kementerian yakin bahawa projek-projek pembangunan serta penaiktarafan bangunan dan infrastruktur di dalam dan luar negara akan menyumbang kepada peningkatan mutu penyampaian perkhidmatan kementerian dan perwakilan diplomatik Malaysia kepada rakyat kita di luar negara dan dapat meningkatkan imej Malaysia di persada antarabangsa.
Yang Berhormat Bukit Bendera telah menyentuh Butiran 060200 – ASEAN 2025.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Bukit Bendera di atas cadangan dan keprihatinan terhadap perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Luar Negeri.
Malaysia kini sedang giat melaksanakan persiapan sewajarnya untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025. Pada ketika ini, Kementerian Luar Negeri berada di peringkat awal perancangan dalaman serta perbincangan bersama kementerian dan agensi yang lain bagi menentukan bidang- bidang keutamaan serta keberhasilan kepengerusian ASEAN 2025.
Memandangkan kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2025 merupakan satu agenda yang penting dalam mempromosikan dasar luar Malaysia di peringkat serantau dan antarabangsa, Kementerian Luar Negeri memohon pertimbangan kerajaan untuk membiayai kos persediaan kepengerusian ASEAN oleh Malaysia bagi menganjurkan dua Sidang Kemuncak ASEAN dan sidang kemuncak berkaitan serta Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN yang ke-58, dengan izin, ASEAN Ministerial Meeting and ASEAN Post Ministerial Conference, sesi permukiman Menteri-menteri Luar ASEAN serta mesyuarat-mesyuarat persediaan yang berkaitan.
Selain daripada perbelanjaan untuk menyediakan tempat, peralatan dan kemudahan persidangan untuk sidang-sidang kemuncak ASEAN dalam mesyuarat- mesyuarat berkaitan, sebahagian daripada peruntukan kewangan dipohon bagi membiayai kos penginapan, pengangkutan dan makanan tetamu-tetamu kerajaan yang dijemput menghadiri sidang kemuncak tersebut berdasarkan protokol ASEAN.
Keseluruhan bajet tersebut dan perinciannya akan dibincangkan dengan Kementerian Kewangan secara berasingan.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
Yang berhubung dengan soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Machang, Butiran 060100 iaitu penggantian kenderaan-kenderaan yang uzur di luar negara. Untuk makluman Ahli Dewan, kementerian mempunyai 19 buah kenderaan di perwakilan luar
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
negeri yang berumur lebih 15 tahun— mantan Mantan Menteri Luar sini tahu ni, 44 buah kenderaan yang berumur di antara 10 hingga 14 tahun.
Kementerian telah diperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk perolehan aset kenderaan, kementerian akan menggantikan beberapa buah kenderaan di luar negara menggunakan peruntukan yang diberikan, terutamanya yang berumur melebihi 15 tahun tersebut. Kementerian turut mempertimbangkan untuk penyewaan dengan izin, leasing aset kenderaan dan komputer bagi membolehkan perwakilan Malaysia dapat beroperasi pada tahap yang lebih optimum.
Yang Berhormat Machang juga menyentuh soal projek menaik taraf dan pemuliharaan Kompleks Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Thailand. Untuk makluman, projek ini sedang dilaksanakan dan melibatkan kerja-kerja menaik taraf Bangunan Canseri, kediaman rasmi Duta Besar, pejabat konsular dan kuarters ..[Tidak jelas] staf. Kemajuan fizikal projek ini berada pada tahap 92.15 peratus dan dijangka siap, insya-Allah pada bulan Mac 2024.
Mengenai projek membina Bangunan Canseri dan juga kediaman rasmi Duta Besar di Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Rusia, pihak JKR sedang mengambil tindakan untuk menyiapkan projek ini yang berada pada tahap 81.38 peratus. Berkenaan dengan kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih Bangunan Canseri dan kuarters di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia, Kementerian Luar Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM4 juta bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih segera di kedutaan. Projek ini sedang dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan RM50 juta secara one-off di bawah Rolling Plan 3 tahun 2023.
Yang Berhormat Rantau Panjang. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini Kementerian Luar Negeri sedang melaksanakan kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih di 31 malawakil yang melibatkan Bangunan Canseri, kediaman rasmi dan kuarters di semua kedutaan yang saya sebutkan 31 projek tadi.
Yang Berhormat Balik Pulau, menyentuh soal Program Seranta, Diplomasi Awam dan Penerangan di luar negara. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Balik Pulau, pada masa ini, kementerian tidak bercadang— belum bercadang untuk mewujudkan perjawatan Cultural Attaché di perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negara. Walau bagaimanapun, usaha berterusan telah, sedang dan akan dipertingkatkan di peringkat perwakilan bagi dalam mempromosi budaya melalui Program Seranta dan Diplomasi Awam.
Program diplomasi yang sedang dilaksanakan oleh semua perwakilan Malaysia di luar negara. Maknanya Yang Berhormat, fungsi ataupun peranan para pegawai kita di semua kedutaan ini di pelbagai. Ia tidak hanya statik dengan tugasan di pejabat kedutaan tetapi mereka juga boleh berperanan lebih daripada itu, termasuk untuk mempromosikan kebudayaan dan sebagainya.
Untuk memperhebatkan lagi program-program yang melibatkan soal mempromosikan kebudayaan ini, kita selesa bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC). Kita juga mempunyai beberapa pegawai yang diletakkan di beberapa buah negara daripada kementerian tersebut untuk bertujuan dan berperanan mempromosikan budaya dan juga termasuk pelancongan di negara kita.
Yang Berhormat Kuala Selangor, sejajar dengan konsep Madani yang menekankan prinsip inclusivity, keadilan dan kebersamaan, program mendampingi rakyat Malaysia akan dinaik taraf ke Program Sinergi Rakyat Malaysia di luar negara pada tahun 2024. Inisiatif ini selain memperkukuhkan ikatan di antara rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara yang akan menggalakkan kesepaduan sosial dan budaya sejajar dengan konsep Madani.
Seterusnya, ini akan memberi impak positif dalam membina hubungan yang lebih erat antara diaspora Malaysia dan negara asal dengan mewujudkan peluang kerjasama antara negara tuan rumah dan seterusnya meningkatkan hubungan ekonomi dan dua hala di antara Malaysia dan negara tersebut.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
Yang Berhormat Balik Pulau juga membangkitkan isu bantuan konsular. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Luar Negeri melalui Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara sentiasa memberikan bantuan konsular kepada tahanan rakyat Malaysia di luar negara bagi menjaga kebajikan serta hak-hak tahanan bagi mendapatkan keadilan. Pegawai konsular juga akan hadir di dalam sesi perbicaraan yang melibatkan rakyat Malaysia di mahkamah sebagai watching brief, dengan izin. Yang Berhormat Jelutong faham apa itu watching brief. Dia tahu, ini berperanan untuk kita memerhatikan sejauh mana perjalanan perbicaraan itu adil dan juga telus.
Selain itu, tahanan rakyat Malaysia yang tidak berkemampuan di luar negara juga boleh mendapatkan khidmat bantuan biro guaman di luar negara tahanan masing- masing. Yang Berhormat...
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Boleh saya celah sedikit?
Datuk Mohamad bin Alamin
Ya, silakan.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Tentang— kalau rakyat Indonesia di Malaysia, kedutaan mereka menyediakan peguam-peguam untuk mewakili tahanan tersebut, terutama sekali mereka yang perlu jalani hukuman gantung.
Tapi saya di Jakarta, tiga bulan sudah, tahanan kita tidak diwakili oleh peguam dan terpaksa menggunakan peguam biro guaman daripada Indonesia. Jadi, minta kalau boleh penerangan sikit tentang hal ini.
Datuk Mohamad bin Alamin
Untuk makluman Yang Berhormat, di mana-mana dalam negara di seluruh dunia ini apabila kes itu melibatkan soal hukuman mandatori umpamanya, hukuman gantung dan sebagainya, mahkamah akan meminta supaya ianya mesti diwakili oleh peguam. Dia tidak boleh hadir tanpa peguam.
Dalam isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu, saya ambil maklum. Kita akan periksa dan kalau itu belum ada, kita buat sebarang tindakan untuk menyediakan ataupun mencadangkan mana-mana peguam-peguam yang boleh mewakili rakyat kita, kita akan ambil tindakan selanjutnya. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Ipoh Timur. Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Yangon, Myanmar, sedang menyelaras dan mengambil semua usaha bagi membawa pulang 26 orang mangsa sindiket penipuan pekerjaan dengan kerjasama di antara negara-negara yang terlibat yakni negara Thailand dan juga Vietnam secepat mungkin.
Kita tahu dalam isu yang berlaku ini bukan hanya Malaysia tetapi juga ianya melibatkan beberapa buah negara. Insya-Allah, kita akan teruskan kerjasama di kalangan negara-negara di mana rakyat mereka terlibat untuk kita membawa keluar rakyat kita seramai 26 orang daripada Yangon. Yang Berhormat Ipoh Timur, silakan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya dapati bahawasanya ada sekurang-kurangnya sekumpulan lima ke enam rakyat Malaysia antaranya dua orang Ipoh Timur yang terkandas di Daerah Raikang yang— Laikeng kalau tak silap, ejaan sebutannya saya tak pastilah. Dia sebenarnya kalau ikut jalan darat, dia hanya setengah jam daripada sempadan China. Jadi, adakah pihak China juga telah dilibat urus, bantuannya diminta untuk menolong sekurang-kurangnya kalau bukannya untuk nak secara udara, secara jalan darat, pergi ke China bawa depa balik. Terima kasih.
Datuk Mohamad bin Alamin
Untuk makluman Yang Berhormat Ipoh Timur, maklumat ataupun perkara diungkapkan disampaikan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur itu sememangnya dalam tindakan kita. Cuma, masih terlalu awal untuk kita mengumumkan atas faktor-faktor tertentu tapi insya-Allah kita akan mengambil tindakan- tindakan yang sewajarnya. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Mengenai cadangan Yang Berhormat— sekejap ya...
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Okey.
Datuk Mohamad bin Alamin
...Cadangan Yang Berhormat Ipoh Timur juga, kementerian menyambut baik saranan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur bagi penglibatan government-linked company (GLC) untuk perolehan aset kenderaan dan Bangunan Canseri di luar negara. Dalam hal ini, kementerian akan mengkaji dan memperhalusi cadangan Yang Berhormat Ipoh Timur berikan dalam ucapan. Terima kasih. Yang Berhormat Tumpat, ya sila.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya ingin bertanya tentang tadi jawapan berkenaan dengan pemantauan kepada pejabat-pejabat kedutaan di luar negara. Setakat yang kita perhati, kita nampak kadang- kadang tidak ada berlaku perubahan besar, khususnya pada contohnya yang paling mudah, banyak lukisan-lukisan dalam negara yang dihasilkan oleh rakyat kita tetapi bila kita ke luar negara walaupun di pejabat kedutaan, kita nampak lukisan-lukisan lama masih lagi kekal.
Jadi, adakah pihak kementerian mempunyai suatu dasar ataupun polisi serta KPI untuk memantau dan memastikan bahawa terdapat peningkatan dan perubahan serta perkembangan, khususnya berkaitan dengan imej negara ini dari segi pejabat-pejabat kita di luar negara? Terima kasih.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat Indera Mahkota senyum apabila Yang Berhormat ajukan soalan itu fasal dia tahu tentang cabaran-cabaran kita untuk ya lah — untuk memenuhi apa yang disuarakan oleh rakyat.
Tapi insya-Allah, kita akan buat apa yang perlu berdasarkan keperluan dan priority kita.
Yang penting imej negara akan terus terpelihara di peringkat antarabangsa, insya-Allah.
Yang Berhormat Rantau Panjang sekali lagi membangkitkan perancangan di bawah peruntukan Petunjuk Prestasi Utama Ketua-ketua Perwakilan iaitu dalam...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, sikit ja.
Datuk Mohamad bin Alamin
50500 bagi tujuan — Arau? Ya?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang tadi, yang tadi. Yang cadangan Tumpat tadi. Saya cadangkan Ahli-ahli Parlimen ini, satu orang satu ambil kedutaan, kita hadiahkan gambar-gambar.
Datuk Mohamad bin Alamin
Macam mana Arau?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Painting. Painting.
Datuk Mohamad bin Alamin
Seorang Ahli Parlimen menyumbangkan...
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Setiap seorang Ahli Parlimen bagi satu. Kalau dia orang tak mahu, kami mahu.
Datuk Mohamad bin Alamin
[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat. Cadangan nanti kita akan perhalusilah. Jadi, saya ingat kalau yang Arau itu, Arau akan bagi lukisan apa saya tak pasti.
Yang Berhormat Rantau Panjang. Untuk makluman, Malaysia mempunyai 105 perwakilan diplomatik Malaysia di serata dunia. Ini termasuk Kedutaan Besar, Pejabat Perwakilan Tetap, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi dan Konsulat Jeneral. Setiap ketua-ketua perwakilan Malaysia dikehendaki untuk menganjurkan sekurang-kurangnya 50 program aktiviti di bawah HOMKPI.
Saya tahu yang ini sebahagian daripada program kita di mana pejabat kedutaan kita juga dikehendaki untuk menganjurkan, mengadakan sekurang-kurangnya 50 program pada setiap tahun. Menggunakan peruntukan yang ada dan berdasarkan keperluan di tempat masing-masing.
Datuk Mohamad bin Alamin
Apa bentuk program yang perlu dianjurkan, yang penting penglibatan ianya harus kita pastikan di kalangan diaspora Malaysia atau kalangan para pegawai kita yang sekali gus dapat meningkatkan imej negara di kawasan ataupun pejabat kedutaan masing- masing, insya-Allah.
Yang Berhormat Pokok Sena bertanyakan apakah usaha untuk melobi negara- negara serantau yang lain untuk tunjukkan solidariti terhadap Palestin. Mengenai konflik terbaru Palestin dan Israel dalam konteks ASEAN, Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN telah mengeluarkan satu kenyataan bersama mengenai peningkatan konflik bersenjata di Timur Tengah pada 20 Oktober 2023. Di dalam pernyataan tersebut, ASEAN menyeru agar kedua-dua pihak menghormati sepenuhnya Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dan memberi laluan bantuan kemanusiaan tanpa halangan.
Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan yang telah menyebabkan kematian dan kecederaan kepada orang awam terutamanya para wanita dan juga kanak-kanak.
Dalam konteks ini Yang Berhormat, kita akan terus memainkan peranan kita dalam ASEAN dan juga dalam mana-mana platform antarabangsa yang lain. Seperti OIC dan sebagainya atau Pertubuhan Non-Alignment Movement, Non-Aligned Movement dan juga G-77 untuk meyakinkan betapa pentingnya kita bersolidariti demi rakyat Palestin yang sedang tertindas pada waktu ini.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri. Sik depan ini. Ada jawapan untuk yang Sik tanya? Atau ada..
Datuk Mohamad bin Alamin
Ada, ada, ada.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ada jawapan, ya?
Datuk Mohamad bin Alamin
Saya akan respons kalau masa ada ya. Pokok Sena banyak bercakap isu-isu lain termasuk bantuan psikologi. Insya-Allah, ini adalah antara program kita selepas krisis, selepas perang. Insya-Allah kita akan turun untuk bersama-sama memberi pembelaan kepada Palestin, memberikan bantuan psikologi kepada mereka yang memerlukan. Insya-Allah. Yang Berhormat Jelutong, semasa Sesi Khas Kecemasan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ke-10 atau dengan izin, 10th Emergency Special Session of the United Nations General Assembly pada 26 dan 27 Oktober 2023, satu resolusi bertajuk, “Protection of Civilians and Upholding Legal and Humanitarian Obligations” telah diterima pakai dengan 121 satu undi menyokong, 14 undi menentang dan 44 undi berkecuali.
Malaysia merupakan antara negara yang menyokong dan menaja bersama resolusi tersebut yang antaranya menyeru kedamaian, kemanusiaan dengan segera atau dengan izin, humanitarian, memohon perlindungan orang awam dan memastikan pemberian perlindungan kepada semua kemudahan PBB termasuk hospital, sekolah dan pusat keagamaan. Di sisi ini, Malaysia telah menyampaikan kenyataan yang jelas dan kukuh dengan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang berlaku.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat. Sedikit Yang Berhormat.
Datuk Mohamad bin Alamin
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih di atas penjelasan yang telah diberikan. Saya bangun tadi.
Saya yakin, saya percaya bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memang serius di dalam memberi perhatian kepada masalah yang sedang berlaku, perang yang sedang berlaku di Palestin. Saya juga yakin bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga memberi perhatian kepada masalah isu kemanusiaan di seluruh dunia.
Cuma, saya membangkitkan perkara ini kerana kita lihat di Dewan yang mulia ini, pihak pembangkang selalu mempersoalkan komitmen Yang Amat Berhormat Perdana
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri di dalam menangani isu Palestin. Tetapi apabila Yang Amat Berhormat membuat ucapan di Bangsa-Bangsa Bersatu, kita lihat bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang juga yang memperlekehkan ucapan tersebut.
Sebab itu saya rasa sungguh terkilan dan marah jugalah kerana komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi ucapan yang begitu komited, powerful speech, dengan izin, merupakan sesuatu yang memang diberi perhatian. Tetapi, kita lihat bahawa pihak pembangkang dan saya menyebut...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jangan berbahas.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya akan akhiri— saya menyebut bahawa saya terkilan dengan pihak pembangkang...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Jelutong, bagi Menteri jawab dulu.
Panjang sangat itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Memperkecilkan..
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Banyak lagi Menteri nak jawab itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Memperlekehkan kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih, Pengerusi.
Datuk Mohamad bin Alamin
Keprihatinan Yang Berhormat Jelutong harus dicontohi oleh semua Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini untuk sama-sama kita
bersolidariti. Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, batu api apa — ini Yang Berhormat batu api yang terkenal, ya.
Datuk Mohamad bin Alamin
Yang Berhormat, habis masa Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia buruk sangka. Kami sokong.
Datuk Mohamad bin Alamin
Masa. Masa tak cukup.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami sokong.
Datuk Mohamad bin Alamin
Ya. Kita...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia suka pelaga orang. Ini sifat ini, sifat ini. Dilahirkan untuk bagi pelaga orang ja. Bagi gaduh orang, bergaduh.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Arau. Sila duduk Arau. Jangan bazir masa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Benda elok dia kata tak elok.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Timbalan Menteri, sila teruskan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hei, awak selalu bagi orang bergaduh.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Pengerusi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kenapa mesti ungkit? Kami dah menyokong. Kamu nak kami bergaduh lagi?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Pengerusi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia tak suka tengok perpaduan. Ini perangai dia.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya gunakan Peraturan Dewan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia lebih suka kita bergaduh. Betul tak Yang Berhormat?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya gunakan Peraturan Dewan. Saya gunakan Peraturan Dewan. Ya. Saya minta maaf. Saya terpaksa bangun untuk mempertahankan diri saya dan juga menjelaskan. Saya bukan batu api. Kalau kita lihat, saya gunakan Peraturan 36. Membuat sangkaan jahat terhadap saya. Saya boleh menyokong.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Arau, saya habiskan dulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan. Saya juga 36(6).
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
36(6).
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia tuduh pembangkang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Membuat sangkaan jahat.
No. Ini peraturan Dewan. Pengerusi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia Peraturan Dewan 36(6).
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya gunakan peraturan dulu. Saya gunakan peraturan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sila duduk. Sila duduk. Sila duduk.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Arau, sila duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya telah mengikuti ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah yang memperlekehkan, menggunakan cemuhan. Perkataan-perkataan yang saya tidak mahu sebut.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Speaker. Ini...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ini apa kaitan ni? Jelutong jangan merapulah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu adalah tindakan pembangkang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Biadab.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
So, saya..
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Cukuplah, Jelutong. Cukuplah. Buang masa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya lah. Ungkit Menteri Besar Kedah ini kira sangkaan jahat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak. Tidak. Itu bukan sangka jahat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Biadab.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu perkara yang betul.
Fakta.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hari itu jumpa Menteri Besar Kedah dekat airport kenapa tak bercakap?
Tuan Pengerusi
Sila duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang biadab adalah Arau.
Dato’ Seri Dewan Rakyat. Shahidan bin Kassim - Arau
Biadab.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya rasa Ahli-ahli Yang Berhormat jangan bangkitkan isu-isu yang tak berkaitan. Biar Timbalan Menteri untuk habiskan.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kalau nak minta pencerahan, minta sahaja. Jangan berbahas.
[Tepuk] Timbalan Menteri, sila habiskan. Masa sudah tamat.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Setuju Timbalan Yang di- Pertua.
Datuk Mohamad bin Alamin
Boleh saya minta - banyak gangguan, Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya bagi lima minit.
Datuk Mohamad bin Alamin
[Ketawa]
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang lain jangan sibuk lagi ya.
Datuk Mohamad bin Alamin
Untuk menjawab beberapa soalan yang penting yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Beliau membangkitkan soal persempadanan maritim Malaysia dan Singapura termasuk Batu Puteh. Malaysia dan Singapura masih mempunyai kawasan persempadanan maritim yang belum dimuktamadkan di segmen Barat dan Timur Selatan Singapura.
Datuk Mohamad bin Alamin
Rundingan perbatasan sempadan maritim di antara kedua-dua negara kini sedang dilaksanakan di bawah mekanisme dua hala sedia ada yang telah digabungkan kepada satu mekanisme bersama iaitu Joint Meeting of the Malaysia-Singapura, Joint Technical Committee on the Implementation of the International Court of Justice (ICJ) Judgment on Pedra Branca, Middle Rocks and South Ledge dan Committee for Boundary The Limitation Pursuer to the agreement between the Foreign Minister of Singapore and Malaysia on the 14 March 2019, bagi meneruskan momentum rundingan positif dalam mencari jalan penyelesaian yang adil dan menyeluruh.
Mengenai isu Batu Puteh. Sebagai mana Yang Berhormat sedia maklum, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah pada tahun 2008 memutuskan bahawa Singapura memiliki kedaulatan ke atas Batu Putih. Malaysia memiliki kedaulatan ke atas Batuan Tengah dan kedaulatan di Tubir Selatan sebagai fitur ketinggian air surut atau low- tide elevation feature dimiliki oleh negara yang laut wilayahnya merangkumi fitur marin tersebut.
Isu Pulau Pisang dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat yang berbahas tadi.
Kedaulatan Pulau Pisang tidak dipertikai oleh Singapura dan adalah hak milik mutlak Malaysia. Kerajaan Singapura mengiktiraf hak kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Pisang berdasarkan kepada perjanjian yang telah dimeterai antara Sultan Ibrahim dan Sir James Alexander Swettenham pada 6 Oktober pada tahun 1900.
Mengenai soalan yang dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Ipoh Timur, yang menyentuh soal deklarasi tatalaku pihak-pihak berkepentingan di Laut China Selatan, Declaration of Conduct dan juga rundingan kod tata laku di Laut China Selatan.
Untuk makluman, perkembangan terkini mengenai isu ini ialah pada 4 November- Sorry. Perkembangan terkini mengenai isu untuk membincangkan ini telah berlangsung pada 23 hingga 26 Oktober 2023 di Beijing, China iaitu Mesyuarat ke-41 ASEAN-China yang telah meneruskan rundingan untuk membincangkan soal Declaration of Conduct dan juga COC mengenai Laut China Selatan.
Beting Patinggi Ali yang Arau sebutkan itu juga, kita akan pastikan kedaulatan juga harus kita jaga bersama-sama. Soal pencerobohan itu adalah isu yang berlainan dan kita akan minta semua badan-badan yang terlibat dalam penguatkuasaan apabila berlaku pencerobohan itu supaya mengambil tindakan secara bersepadu, Yang Berhormat Arau mengenai isu di Beting Patinggi Ali. Yang Berhormat Batu Pahat membangkitkan dan ingin tahu sumbangan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sikit penjelasan.
Datuk Mohamad bin Alamin
...besar negara kita terhadap...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
Datuk Mohamad bin Alamin
...badan-badan antarabangsa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pasal Laut China Selatan, Yang Berhormat. Sikit sahaja.
Datuk Mohamad bin Alamin
Masa tidak cukup Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan. Yang Berhormat, dulu saya pernah minta kapal China keluar selama sebulan. Bila Presiden China ingin melawat Malaysia, kita menggunakan usaha diplomasi. Sekarang ini Yang Berhormat, kita menyokong China sebab dia sokong Palestin. Ini mengambil kesempatan. Jangan buli kami. Kalau tidak, dia negeri lain, dia ada click, dia tak ambil tindakan kerana negeri lain menentang. Kita diam.
Datuk Mohamad bin Alamin
Insya-Allah, hubungan baik kita di antara Malaysia dengan China, Yang Berhormat Arau, kita akan manfaatkan untuk meleraikan apa juga isu yang timbul, termasuk juga isu di Beting Patinggi Ali. Yang Berhormat Batu Pahat ingin tahu sumbangan negara terhadap badan antarabangsa. Saya ingin menyatakan bahawa kita memberikan sumbangan yang paling besar adalah kepada Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu sebanyak...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
...RM45 juta bersamaan dengan USD10 juta pada setiap tahun. Penerima-penerima lain juga ialah OIC lebih kurang USD2 juta. Kemudian, banyak lagi. Nanti saya akan bagi data ini kalau Yang Berhormat mahu secara bertulis, insya-Allah.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri. Soalan daripada Sik tadi.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih bos.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bagi jawapan bertulis sahaja.
Masa sudah tamat.
Datuk Mohamad bin Alamin
Soalan Sik tadi apa? Sila cakap.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Berkaitan dengan task force ke kedutaan kita di Kaherah dan juga di Jordan. Kedua, kenyataan Menteri Dalam Negeri yang nampak bercanggah dengan kenyataan Wisma Putra. Perpindahan rakyat di Gaza...
Datuk Mohamad bin Alamin
Baik. Baik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
...ke Sinai. Itu penting untuk kita beritahu rakyat.
Datuk Mohamad bin Alamin
Tuan Yang Berhormat Sik, tentang task force itu sebenarnya kita sudah mulakan kerjasama di antara Malaysia dan juga Mesir dan juga Jordan dan mana-mana negara terlibat pun. Termasuk dalam mencari jalan untuk mempermudahkan penyaluran, penyerahan bantuan-bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Jadi, soalan yang kedua itu saya fikir nanti bila ada Menteri Dalam Negeri, kena tanyalah.
Saya tak tahu apa konteks yang beliau maksudkan. Jadi, saya tak berani bagi respons.
Walau bagaimanapun, kita sebenarnya telah bersetuju bersama-sama dengan pihak Mesir dan juga Gaza supaya memberikan bantuan kemanusiaan. Itu adalah fokus kita, termasuk mereka dibenarkan keluar daripada Gaza untuk ke Mesir untuk mendapatkan medical treatment. Bukannya mereka itu akan keluar selama-lamanya daripada Gaza. Pergi ke Mesir untuk mendapatkan medical treatment sahaja.
[Tepuk]
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Kita mahu Menteri jawab secara jelas.
Tidak ada kekeliruan dalam isu ini.
Datuk Mohamad bin Alamin
Berjuang mempertahankan kedaulatan negara mereka, Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Mohamad bin Alamin
Jadi, terima kasih banyak semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Saya sudahi dengan *assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Tepuk]*
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM916,848,600 untuk Kepala B.13 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.13 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.13 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.13 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kementerian Perpaduan Negara. Kepala Bekalan B.14 dan Kepala Pembangunan P.14 di bawah Kementerian Perpaduan Negara terbuka untuk dibahas.
Saya akan baca senarai pembahas. YB Bukit Bendera, YB Kapar, YB Parit Sulong, YB Indera Mahkota, YB Sungai Petani, YB Kuantan, YB Jelutong, YB Pasir Mas, YB Shah Alam, YB Permatang Pauh, YB Klang, YB Rantau Panjang, YB Sungai Siput, YB Kepala Batas, YB Ampang dan YB Segamat. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Okey, terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi ruang dan peluang kepada Bukit Bendera. Dalam perbahasan ini, saya ingin membincangkan peranan muzium kepada perpaduan negara. Jadi, merujuk kepada Butiran 020000 – Perpaduan Negara, sub Butiran 020500 – Muzium.
Jadi, muzium bukan sekadar bangunan tetapi penjagaan naratif sejarah dan juga budaya kita yang menghubungkan kita pada masa lalu dan juga membimbing kita ke masa depan. Jadi, muzium berperanan sebagai arkib budaya dan juga warisan yang mengingatkan kita tentang asal usul dan juga perkembangan tamadun kita dari masa lampau hingga ke era moden.
Jadi, muzium memainkan peranan yang penting dalam memperkukuhkan perpaduan negara dengan mencerminkan nilai-nilai kejayaan dan juga pengajaran yang telah kita pelajari. Mereka membantu memelihara identiti dan juga kesinambungan yang sangat penting dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.
Jadi, melalui pemuliharaan sejarah dan budaya, muzium menyumbang kepada peningkatan kesedaran kebangsaan dan juga memastikan bahawa asas pengertian menjadi rakyat Malaysia tidak hilang dalam sejarah. Jadi, merujuk kepada Butiran 020000
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
dan juga sub Butiran 020400 - Arkib Negara. Sebanyak RM2.4 juta diperuntukkan di bawah kod 30000 iaitu Aset.
Jadi, mohon penjelasan mengenai apakah aset-aset ini? Penggunaan teknologi dan ruang budaya ini adalah amat penting. Jadi, arkib digital, lawatan maya dan juga pameran interaktif dapat memikat imaginasi, menjadikan sejarah dan budaya lebih mudah diakses dan menarik.
Jadi, boleh Menteri menjelaskan strategi-strategi spesifik yang dirancang untuk dilaksanakan oleh kerajaan untuk memodenkan infrastruktur sedia ada muzium dan juga pengintegrasian teknologi untuk menjadikan pameran lebih interaktif dan juga menarik kepada semua? Jadi, kita harus menjadikan muzium sebagai tempat di mana keluarga boleh berkumpul dan belajar bersama.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi, sebagaimana pusat komuniti, muzium ini sepatutnya menawarkan program pendidikan dan juga pengalaman interaktif yang menarik kepada semua peringkat umur, menciptakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran sepanjang hayat.
Butiran 020500 menyaksikan perbezaan peningkatan sebanyak RM310,000.
Oleh itu, bolehkah huraikan apakah penambahan aset-aset terlibat? Jadi, salah satu model yang sepatutnya kita menjadikan rujukan adalah Smithsonian Institute di Amerika Syarikat yang merupakan kompleks muzium, institusi pendidikan dan juga pendidikan terbesar di dunia.
Smithsonian telah berjaya menjadikan sejarah sains dan juga budaya, hidup melalui pameran terkini dan juga program awam yang tidak hanya mendidik tetapi juga menghibur. Kejayaan Smithsonian terletak dengan kemampuannya untuk menceritakan kisah-kisah yang cukup menarik dan juga menggunakan teknologi-teknologi untuk merentasi sempadan fizikal muzium.
Dengan kehadiran teknologi maya, Smithsonian telah pun mengglobalisasikan pengalaman muzium, membolehkan mereka mendidik dan juga memberi inspirasi kepada orang di seluruh dunia.
Jadi, model ini sepatutnya menjadi inspirasi bagi kita di Malaysia. Sebagai tambahan, penekanan Smithsonian Institution, dengan izin, dalam penyelidikan dan juga pendidikan menjadikannya sebagai pemimpin dalam sektor budaya. Ia tidak hanya memelihara warisan tetapi juga menyumbang kepada penghasilan pengetahuan baharu.
Malaysia boleh mengikut model ini kerana dalam era di mana penggunaan budaya iaitu consumption of culture, dengan izin, adalah sama-sama tentang penglibatan dan juga pendidikan.
Jadi, muzium ini sepatutnya berubah dan juga tidak mahu ketinggalan. Untuk memastikan warisan budaya dan juga sejarah kita ini sentiasa hidup dan kekal relevan, kita sepatutnya melabur dalam mekanisme yang membolehkan penyebaran dalam era digital.
Jadi, akhir sekali, saya ingin membangkitkan berhubung Muzium Diraja. Merujuk Butiran (Projek) 41500 iaitu Ubahsuai dan Naiktaraf Muzium, kita perlu menjaga dan juga memelihara Muzium Diraja yang telah menjadi lambang warisan budaya dan juga tradisi diraja Malaysia. Pemeliharaan sejarah diraja membantu mengukuhkan identiti negara.
Jadi, atas sebab ini dan banyak lagi pemeliharaan dan juga penyelenggaraan Muzium Diraja adalah penting tetapi Muzium Diraja telah ditutup sejak Mac 2022 untuk tujuan-tujuan naik taraf, tetapi muzium ini berperanan sebagai jambatan antara masa lalu dan juga masa depan. Jadi, muzium ini berperanan juga- ia boleh, minta maaf juga, memandangkan kerajaan telah pun memperuntukkan sebanyak RM44.4 bilion untuk urusan-urusan naik taraf dan juga ubahsuai, maka saya ingin tanya kepada Menteri supaya boleh menjelaskan ya, sekiranya peruntukan ini cukup untuk naik taraf Muzium Diraja dan juga Muzium Felda Lurah Bilut.
Sikit lagi, Puan Pengerusi. Jadi, peranan muzium di Malaysia sebagai arkib budaya dan juga warisan tidak boleh dinafikan. Muzium mengingatkan tentang perjalanan
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
kolektif kita dan juga memberikan sumbangan besar kepada kesinambungan negara kita.
Dengan menggabungkan model Smithsonian dan juga teknologi, muzium kita boleh berubah dengan menjadi ruang yang dinamik dan tidak hanya memelihara sejarah tetapi juga memberi inspirasi kepada masa depan, kepada semua.
Dengan itu, Puan Pengerusi, terima kasih kerana memberi ruang dan peluang kepada Bukit Bendera.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih, Puan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Kapar membahaskan Belanjawan 2024 peringkat Jawatankuasa.
Saya merujuk kepada Bekalan B.14 anggaran RM343,903,200 untuk Kementerian Perpaduan Negara. Butiran 020000 – Perpaduan Negara, khususnya Program 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kapar mahu tahu sejauh manakah pencapaian proses pengintegrasian antara kaum dicapai oleh kerajaan dalam setahun ini?
Apakah strategi kerajaan menyelesaikan jurang perbezaan di kalangan pelajar yang merupakan pelapis negara masa depan setelah mereka dipisahkan dengan ditempatkan dalam situasi yang berbeza kerana sistem persekolahan yang berbeza dan pelbagai orientasi, sekurang-kurangnya enam tahun di sekolah rendah?
Bukankah wajar kerajaan mewujudkan Tabika Perpaduan yang lebih banyak, terutama di kawasan majmuk seperti Kapar? Kapar ada lebih 100,000 bukan Melayu dan lebih 200,000 Melayu. Jadi, saya nak tanya, berapakah penambahan Tabika Perpaduan di Kapar tahun 2024? Untuk makluman Menteri, keadaan premis tabika di bawah Kapar ini juga ada juga uzur ya dan perlu pembaikan, baik pulih.
Merujuk 020200 – Perhubungan Masyarakat, Kod 10,000. Stephen Covey telah menyatakan dalam buku “7 Habits of Highly Effective People”, “Habit 5” ialah “Seek first to understand, than seek to be understood”. Kerajaan mesti melatih masyarakat kita supaya memahami- understand. Memahami nilai teras atau core values masyarakat kita bila berurusan di antara satu sama lain. Bila kita faham, kita hormati dan bukan melanggarkannya. Ikhlas dan jujur. Apabila proses saling memahami dan menghormati, barulah timbul saling mempercayai.
Jadi soalan Kapar, sejauh manakah kerajaan menanamkan benih keharmonian ini? Apakah solusi kerajaan mengatasi polarisasi kaum yang semakin melebar seperti 3R yang kita sebut tadi? Adakah kerajaan mencadang untuk mengkaji secara terperinci nilai- nilai teras kelompok utama dalam negara, kaum, etnik, agama dan sebagainya?
Melakar Blueprint Perpaduan Nasional yang tepat dan inklusif dengan mengambil kira segala permasalahan kontemporari, terkini, dunia tanpa sempadan dan juga isu kegagalan komunikasi dan berinteraksi antara kaum mungkin disebabkan oleh helah divide and rule Penjajah British yang jelas kelihatan daripada sistem pendidikan yang begitu diverse dan pelbagai. Ini sedikit sebanyak menyebabkan ketidakselesaan dan defisit kepercayaan atau trust deficit antara kaum.
Kapar mahu tahu, sejauh manakah kerajaan mahu bekerjasama dengan semua stakeholders atau golongan berkepentingan, termasuk Ahli Parlimen Pembangkang untuk menghasilkan Blueprint Perpaduan Nasional yang betul-betul mantap dan inklusif?
Semua maklum, sudah tentu pandangan mereka atau kami inilah, pihak pembangkang sedikit berbeza dari segi perspektif dan penekanan dan latar belakang. Sudah tentu pandangan dan maklum balas pembangkang sangat relevan. Ini beyond politics, Menteri.
Kapar mencadangkan agar Kementerian Perpaduan Negara mengambil contoh usaha yang dilakukan dengan baik dan memang selaras dengan matlamat perpaduan
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
negara Kementerian Perpaduan Negara iaitu All-Party Parliamentary Group of Malaysia – Sustainable Development Goals (SDG) atau Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia Mengenai Matlamat Pembangunan Lestari, seperti yang ini... [Menunjukkan sebuah buku laporan] Di atas meja kita, Pengerusi.
Untuk makluman semua, inilah satu inisiatif terbaik Parlimen Malaysia di bawah Yang di-Pertua yang inklusif dengan tema, “Tiada Yang Ketinggalan” atau “No One Left Behind”. Maka, Kapar mencadangkan setiap jawatankuasa task force blueprint atau rangka tingkatan- tindakan atau task force melibatkan MP Pembangkang sebagai Wakil Rakyat yang dipilih, bukan sekadar yang sudah ada dalam perpaduan, dalam kementerian sekarang ini. Begitu juga dengan semua aktiviti hingga ke akar umbi seperti Rukun Tetangga, Tabika Perpaduan dan sebagainya.
Biarlah Kementerian Perpaduan menjadi role model inclusivity ini, khususnya segala aktiviti yang melibat- mesti melibat pimpinan rentas parti. Menteri disyorkan arahan ‘gencatan senjata’ melibatkan Kementerian Perpaduan. Yang lain, tak apalah, tapi untuk Menteri Perpaduan, biarlah kita mulakan ini, insya-Allah. Bukan sekadar fire-fighting issue yang merosakkan proses perpaduan dalam negara.
Sikit, minta satu minit, Pengerusi. Saya merujuk P.14 Butiran 50000 – Perpustakaan Negara.
Kapar mahu tahu, kenapa peruntukan dikurangkan untuk tahun 2024? Hanya RM1,450,000 berbanding dengan tahun 2022 yang RM2.7 juta lebih, jauh beza. Oleh kerana Perpustakaan Negara telah diletak di bawah Kementerian Perpaduan, maka sangat wajarlah semua unit perpustakaan sama ada di desa mahupun di kawasan miskin bandar perlu dinaiktarafkan dan dipelbagaikan fungsi. Bahkan, boleh menjadi unit yang boleh menyemaikan benih perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum.
Jangan biar perpustakaan terutama di luar bandar, sebagai tempat sekadar untuk letak koleksi buku yang sudah lusuh, kuning, bahan bacaan yang tidak banyak pilihan.
Hendaklah ditukar wajah, dipastikan ada internet, dicat supaya lebih ceria, dimasukkan penghawa dingin, dilengkapkan dengan perpustakaan permainan- toy libraries, supaya alat permainan yang berunsur pendidikan atau educational toys, anak-anak B40 ada peluang- no one left behind. Perpustakaan juga sepatutnya bersifat magnetik. PPAS- Selangor adalah di antara contoh yang kementerian boleh lihat.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Pihak kementerian juga sepatutnya boleh menajakan program gerakan menulis selain gerakan membaca. Malaysia kaya dengan golongan ilmuwan sama ada ahli akademik termasuk yang sudah bersara, termasuk golongan yang street smart dan yang mempunyai tacit knowledge berdasarkan pengalaman dan kemahiran mereka, termasuk yang dalam ini.
Kita mempunyai di kalangan pesara penjawat awam yang kaya pengalaman, bagus dibukukan. Kita mahu belajar dari kesilapan dan kejayaan, kecekalan serta cabaran. Kita ada CEO, ada ahli lembaga yang luas pengalaman pahit dan manis. Tulislah untuk rujukan masa depan. Semua ini boleh menjadi koleksi perpustakaan negara. Ini harta ilmu.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Okey, I’m landing, landing. B.14 Butiran 020400 – Arkib Negara, Kod Objek 20000. Saya difahamkan banyak bahan sejarah mengenai negara Malaysia di luar negara. Jadi, saya nak tahu adakah tidak kementerian ini mahu mendapatkan peruntukan untuk bawa pulang bahan-bahan sejarah yang berada di luar negara termasuk peta, manuskrip dan sebagainya. Dulu difahamkan RM1 juta tetapi sekarang saya tak nampak.
Last sekali, P.14 Butiran 17300 – Pusat Rukun Tetangga.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukuplah Yang Berhormat.
Masa sudah tamat, masa sudah tamat.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Kita lihat naik mendadak, peruntukan RM54 juta dibandingkan tahun 2023. Sila perincikan dan begitu juga dengan naik taraf ubah suai di kementerian, peruntukan RM7 juta. Sila cerakinkan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya jemput Yang Berhormat Parit Sulong.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 00100 – Pembaikan, Naik Taraf dan Ubah Suai Premis Perpaduan di Kementerian Perpaduan Negara. Saya lihat peruntukan pada butiran ini adalah butiran baharu dan amaunnya amat besar iaitu sebanyak RM7 juta.
Jadinya, soalan saya kepada kementerian adalah adakah terdapat kerosakan yang serius sehingga kerajaan memperuntukkan sejumlah amaun yang amat signifikan bagi tujuan ubah suai pejabat? Jika peruntukan tersebut sememangnya diluluskan untuk tujuan penambahbaikan ataupun pembaikan, saya berharap ia benar-benar kerana kerosakan dan harus melalui tender terbuka. Jadi, jika kementerian boleh jelaskan apakah pembaikan dan ubah suai yang diperlukan di Kementerian Perpaduan hingga mencecah jumlah RM7 juta tersebut.
Butiran 17200 – Pusat Aktiviti Perpaduan. Bagi butiran yang saya nyatakan ini saya ingin bertanya apakah kriteria pemilihan kawasan yang boleh kementerian pilih untuk mendirikan Pusat Aktiviti Perpaduan ini. Adakah terdapat perancangan untuk melaksanakan atau mendirikan Pusat Aktiviti Perpaduan di Parlimen Parit Sulong bagi memberi kemudahan kepada rakyat di sekitar Parlimen Parit Sulong.
Jadinya, jika kerajaan — ini pada hemat saya sekiranya kerajaan boleh membangunkan pusat ini di kawasan Parlimen Parit Sulong, ia secara langsung akan dapat membantu golongan belia dalam menjalankan aktiviti-aktiviti sukan dan riadah.
Apakah dari segi apabila kementerian membuat pilihan untuk melaksanakan Pusat Aktiviti Perpaduan ini, apakah keutamaan yang dipilih oleh kementerian dalam membangunkan pusat ini dan berapakah kos bagi setiap satu pusat ini apabila ia dilaksanakan ataupun didirikan?
Butiran seterusnya Butiran 50000 – Perpustakaan Negara Malaysia. Berikutan kepesatan digital dan pembangunan ataupun perkembangan teknologi AI, majoriti rakyat kini hanya menggunakan sumber internet dan carian maklumat berdasarkan teknologi AI seperti ChatGPT, ChatSonic dan pelbagai lagi chatbot AI. Jadinya, soalan saya kepada pihak kementerian adalah apakah inisiatif kementerian bagi memastikan perpustakaan yang wujud, yang ada sekarang ini akan kekal relevan dan akan terus dimanfaatkan oleh rakyat?
Soalan seterusnya adalah adakah kementerian akan mengusahakan satu laman buku digital perpustakaan negara seperti Amazon Kindle supaya rakyat mempunyai inisiatif untuk mengakses buku-buku yang terdapat di perpustakaan negara secara digital.
Saya kira sudah tiba waktunya kementerian memikirkan perkara ini secara serius memandangkan negara kini bergerak ke arah digitalization, dengan izin. Maka, setiap kemudahan pendidikan dan pengetahuan juga mestilah diselarikan dengan aspirasi tersebut.
Ini saya percaya sekali gus akan dapat membantu rakyat untuk mendapat akses maklumat yang lebih tepat, lebih pantas dan sahih dan dari sumber yang mempunyai integriti. Mereka tidak perlu pergi ke sana secara fizikal, mereka hanya boleh dapatkan maklumat ini secara dalam talian. Terima kasih banyak Yang Berhormat Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Saya jemput Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pengerusi.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Tuan Pengerusi, maaf.
Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Berkaitan Rukun Negara, saya nak perhalusi sedikit Yang Berhormat Menteri cadangan saya kelmarin. Pada tanggal 31 Ogos, Hari Merdeka tahun 70 diproklamirkan Rukun Negara.
Jadi semasa Hari Merdeka tahun 2020, sempena 50 tahun Rukun Negara itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berucap dan mengetengahkan betapa pentingnya Rukun Negara ini dipertingkatkan penghayatannya.
Oleh yang demikian, saya ingin bertanya. Oleh kerana tahun 2025 kita 55 tahun Rukun Negara. Jadi, apakah tahun depan akan dibuat program-program yang khusus bagi mempersiapkan sambutan Rukun Negara 55 tahun pada tahun 2025 sehingga ia menjadi benar-benar suatu falsafah kehidupan rakyat Malaysia yang di-internalized, dihayati.
Perkara yang kedua, masih 020100, tetapi tentang sukan sebagai platform perpaduan. Kita semua tahu sukan adalah suatu perkara yang jika digunakan sebaik- baiknya boleh memupuk perpaduan terutamanya di kalangan anak-anak muda. Namun masih ada beberapa sukan di negara ini yang didominasi oleh kaum tertentu. Tentulah hasrat kerajaan dan rakyat Malaysia kita tidak mahu— kalau dulu kita tak mahu ada aktiviti ekonomi yang dikaitkan dengan kaum tertentu, tentulah sukan juga begitu.
Yang Berhormat, saya gila-gila sikit dengan bola keranjang. Jadi, saya nak mengguna ini sebagai contoh yang spesifik. Memang benar bola keranjang di Malaysia masih didominasi oleh kaum Cina. Tetapi sudah ada lebih setengah juta orang Malaysia yang bukan Cina yang bermain bola kerajang pada tahap yang kompetitif. Saya rasa ada beberapa orang dalam Dewan ini juga bermain bola keranjang, sekurang-kurangnya di peringkat sekolah menengah. Maksud saya yang bukan kaum Cina.
Ada sebuah liga bola keranjang untuk bukan Cina dikenali sebagai National Community Basketball League (NCBL) tapi dia bermain sesama bukan Cina. Pada tahun ini, ada suatu liga baharu telah dikemukakan, telah pun berjalan dengan jayanya iaitu Community Basketball League (CBL) dan Community Basketball League X (CBLx).
Ini membenarkan pemain Cina dan bukan Cina bermain, adalah peraturan- peraturannya. Ini kali pertama ia dibuat sebagai satu liga. Matlamatnya adalah untuk menjadi jambatan antara pemain-pemain yang belum mampu, pemain-pemain bukan Cina yang belum mampu bermain dengan secara terbuka dan menggalakkan mereka untuk bermain bersama.
Jadi, ini dari satu segi Yang Berhormat adalah soal sukan yang kompetitif tetapi dari segi yang lain, ia sangat penting dari segi perpaduan kerana ia menjadi suatu medan yang kompetitif untuk yang Cina dan bukan Cina bermain bola keranjang.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Soalan saya ialah apakah pada tahun depan, kementerian Yang Berhormat bersedia untuk membantu kumpulan yang menganjurkan CBL dan CBLx ini bagi merancakkan lagi sukan bola keranjang pada tahap kompetitif? Bukan fiesta biasa-biasa, 3 on 3 itu. Itu biasa.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
[Bangun]
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ramai Ahli Yang Berhormat pun yang organize. Tapi ini dia bertaraf kompetitif kerana melibatkan pemain- pemain kebangsaan dan juga pemain-pemain junior kebangsaan. Jadi, dia ada kesannya yang tersendiri. Terima kasih, Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Sungai Petani ingin menyentuh Butiran 020200 – Perhubungan Masyarakat dan 020300 – Pembangunan Masyarakat terutamanya yang terkait dengan Rukun Tetangga.
Yang Berhormat Pengerusi, saya mengalu-alukan pertambahan sebanyak RM63,800,200 pada peruntukan ini. Kawasan Rukun Tetangga di Kuala Muda sendiri terdapat lebih kurang 128 KRT yang mana KRT ini adalah menjadi medium untuk rakyat bersatu padu dan menjadi medium agar kerajaan memastikan penyatuan antara rakyat itu berlaku.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, namun begitu, peruntukan ini, peruntukan untuk KRT ini, setiap tahunnya diberikan sesuai dengan keaktifan. Jika aktifnya KRT itu, maka diberikan sebanyak RM6,000. Kalau kurang aktif, sebanyak RM4,000. Saya harap dengan pertambahan jumlah bajet ini, diharapkan akan dapat meningkatkan lagi jumlah peruntukan bagi tiap-tiap KRT untuk setiap tahunnya. Kerana terdapat banyak program- program yang dilakukan oleh KRT program-program yang baik. Saya mendapat input, permasalahan kawasan itu wujudnya daripada KRT-KRT ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya harap dengan peningkatan bajet ini, sekali gus kita akan memberikan empower, dengan izin, kepada masyarakat setempat, masyarakat di bawah untuk betul-betul bersama-sama menggembleng tenaga untuk memastikan perpaduan itu wujud di peringkat bawahan.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh Butiran 020500 – Muzium berkenaan dengan muzium yang mana saya bersetuju dengan sahabat saya, Bukit Bendera.
Pentingnya muzium untuk dijadikan satu ketamadunan kerana muzium kita, tamadun kita.
Kita lihat di setiap negeri, terdapat kisahnya masing-masing. Contohnya di Kedah, kita boleh menampilkan Tamadun Kesultanan Kedah. Yang paling penting, ketika saya membuat lawatan di Korea pada beberapa bulan yang lalu, saya melawat muzium batu.
Bagaimana dia presentasikan batu itu dengan cukup hebat dan indah.
Akhirnya, perkara yang kita anggap biasa itu menjadi luar biasa dan boleh menjadi pembelajaran untuk anak-anak, untuk seluruh lapisan masyarakat dan lebih menghargai bagaimana tokoh-tokoh perjuangan terdahulu ingin mencapai sebuah kemanisan perpaduan di dalam negara kita dan itu akan menyebabkan kita lebih menghargai perpaduan negara kita.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh beberapa antara hal nasional yang merisaukan saya iaitu tentang bagaimana saya ingin menyentuh Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang mana saya melihat terdapat banyak berlaku tohmahan dan fitnah daripada pelbagai pihak.
Tohmahan yang menyebabkan perpaduan, kestabilan kita terancam dan bagaimana kita lihat bagaimana keperitan rakyat Palestin ini dijadikan bahan tunggangan politik yang mana kita melihat siapakah yang terpaling Palestin, siapakah yang terpaling memperjuangkan hak Palestin. Sepatutnya dengan kesedihan, keperitan yang berlaku di negara Palestin, di Gaza, sepatutnya menjadikan kita bersatu padu. Bukannya di sana berperang, di sini kita juga berperang. Jangan jadikan semua isu ingin dipolitikkan.
Yang di-Pertua, kita melihat kita sepatutnya memberikan kredit kepada kerajaan pada hari ini, bagaimana Kerajaan Perpaduan hari ini telah melakukan pelbagai langkah untuk kita menyatupadu dan memberikan yang terbaik kepada rakyat Palestin dan akhirnya ditimbulkan pula beberapa isu, contohnya liberal international dan sebagainya, yang telah pun dijawab oleh Perdana Menteri dan diberikan penjelasan yang menyeluruh dan membuktikan bahawa tidak ada parti, khususnya Parti PKR tidak terlibat dalam association tersebut.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh juga bagaimana saya mengimpikan sebuah negara lima tahun, 10 tahun, 20 tahun yang akan datang, kita ada satu fenomena politik yang lebih matang. Bagaimana politik ini kita menawarkan polisi, menawarkan kesatuan, pihak lawan tidak hanya memberikan tohmahan tetapi memberikan sesuatu yang membina. Pada akhirnya, Tuan Pengerusi, ini adalah kementerian yang paling penting untuk menyatukan perpaduan dalam negara kita tidak kira Cina, Melayu, India atau yang berbangsa Siam. Di kawasan saya ada bangsa Siam, Tuan Pengerusi.
Ini bermula dari siapa? Ini bermula dari kita Ahli-ahli Dewan yang mulia ini.
[Tepuk] Bermula daripada Dewan Rakyat yang mulia ini, kita bawa keluar dan kita berikan kepada masyarakat. Insya-Allah, beberapa tahun yang akan datang, kita akan menyaksikan perpaduan ini adalah aset sebenar negara Malaysia yang tercinta. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Saya jemput Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Datuk Pengerusi. Saya terus kepada B.14 Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional berkaitan kawasan Rukun Tetangga.
Jadi, saya turun berjumpa dengan beberapa kawasan KRT yang aktif. Namun, mereka masih tiada tempat atau ruang untuk pusat operasi. Bagi sesetengah kawasan, ada balai raya atau dewan orang ramai, namun banyak kawasan perumahan tiada perumahan tersebut.
Ada yang ambil inisiatif buat pondok kecil atau sediakan kanopi untuk mereka berkumpul. Saya mencadangkan kepada kerajaan menyediakan peruntukan khas kepada KRT yang aktif dibina ruang pusat aktiviti atau menyediakan sebuah kabin seperti yang pernah diberikan kepada SRS terpilih beberapa tahun sebelum ini.
Seterusnya, Butiran 020200 – Perhubungan Masyarakat. Kita semua setuju bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang menjadi bahasa pertuturan di negara kita. Namun, terdapat segelintir rakyat yang masih tidak dapat bertutur dengan baik menggunakan bahasa Melayu.
Soalan saya, apakah usaha kerajaan bagi meningkatkan kecekapan pertuturan bahasa Melayu khususnya melibatkan penjawat awam dan juga di kalangan wakil rakyat itu sendiri? Pada tahun 2019, Ahli Parlimen Port Dickson ketika itu, pernah menyebut bahawa penguasaan bahasa Melayu perlu dipertingkatkan di kalangan wakil rakyat, khususnya dalam urusan rasmi termasuk ketika sidang Dewan.
Seterusnya, Butiran 020400 – Arkib Negara. Bagi tahun 2024, pertambahan sebanyak RM5.28 juta iaitu 10.7 peratus, sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi aset.
Saya mohon Yang Berhormat Menteri perincikan bagi pembelian aset tersebut. Saya juga ingin bertanya, berapa peratus daripada bahan-bahan arkib di negara kita turut disimpan secara digital bagi memastikan maklumat berkaitan kekal tersimpan, khususnya yang melibatkan dokumen?
Menurut Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, banyak bahan arkib berkaitan Malaysia berada di luar negara termasuk United Kingdom, Belanda, Turki, India, Australia, Perancis dan Rusia. Soalan saya, berapa banyak bahan arkib tersebut telah berjaya dibawa balik sejak 10 tahun terakhir?
Terdapat juga bahan-bahan arkib yang melibatkan isu persempadanan negara termasuk Pulau Batu Puteh, Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan. Namun, difahamkan peruntukan bagi seksyen penyelidikan khas Arkib Negara Malaysia dikurangkan. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, apakah prioriti pihak kerajaan dalam memastikan bahan arkib negara khususnya melibatkan kepentingan kedaulatan negara?
Butiran 030200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Peruntukan bagi tahun 2024 meningkatkan sebanyak 13.9 peratus berbanding 2023. Namun, dalam belanjawan ini
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
tidak dinyatakan bilangan perjawatan kakitangan kontrak. Saya mohon perincian daripada Yang Berhormat Menteri, adakah terdapat pertambahan kakitangan kontrak?
Dalam perbahasan bajet bulan Mac tahun ini, saya pernah membangkitkan berkenaan kakitangan perpustakaan desa dengan status kontrak yang telah berkhidmat lebih daripada 15 tahun dan Yang Berhormat Menteri jawab mereka sepatutnya diserap ke jawatan tetap mengikut syarat semasa. Saya mohon perincian daripada Yang Berhormat Menteri, berapa ramai kakitangan perpustakaan desa telah diserap ke jawatan tetap bagi tempoh tiga tahun terakhir.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Seterusnya Butiran 00100 peruntukan sebanyak RM7 juta bagi kerja naik taraf ubah suai premis. Saya mohon Yang Berhormat Menteri memberi perincian lokasi premis yang telah dilaksanakan kerja-kerja baik pulih. Adakah termasuk di Kuantan, di kawasan saya?
Dalam jawapan Yang Berhormat Menteri semasa penggulungan perbahasan peringkat dasar 1 November lepas, Yang Berhormat Menteri ada menyebut peruntukan RM48 juta kepada agensi baharu. Saya mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan agensi baharu tersebut.
Selain itu Yang Berhormat Menteri turut menyatakan peruntukan RM400,000 bagi Yayasan Sukarelawan Siswa. Soalan saya, berapa banyak Yayasan Sukarelawan Siswa telah ditubuh dan apakah bentuk aktiviti yang telah atau akan dilaksanakan.
Akhirnya merujuk kepada Butiran 020100 – Perpaduan Negara. Yang Berhormat Menteri dalam jawapan penggulungan perbahasan dasar menyebut, bermula 25 Julai 2023 kerajaan bersetuju bahawa lafaz ikrar Rukun Negara dibaca dengan mula mukadimah diikuti dengan lima prinsip Rukun Negara. Dalam mukadimah ini, ada menyebut perkataan menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan.
Soalan saya adalah, mengapa dipilih dan digunakan perkataan ‘liberal’ dalam mukadimah.
Adakah mempunyai maksud ke arah berbentuk kefahaman liberal dalam negara? Ia jelas bertentangan dengan prinsip Rukun Negara. Pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan.
Percaya kepada Tuhan bermaksud kita berpegang kepada ajaran agama. Dalam Perlembagaan jelas menyatakan agama rasmi Persekutuan ialah Islam. Dalam Islam tiada istilah liberal. Jadi kita sama-sama ikut secara sepenuhnya. Jadi sekian daripada saya, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik. Saya jemput Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan. Saya menyentuh kepada Butiran 020000 – Perpaduan Negara. Saya lihat ada penurunan dalam Anggaran Belanjawan yang telah dibutirkan. Juga berkenaan dengan Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ada penurunan.
Saya di sini ingin tanya kenapa ada penurunan dalam Anggaran Belanjawan. Ini adalah perkara yang penting yang melibatkan perpaduan di negara kita. Yang Berhormat Menteri telah menjelaskan kelmarin isu 3R. Kita lihat bahawa perkara-perkara melibatkan perpaduan negara adalah sesuatu yang perlu ditangani dengan serius. Penurunan dalam belanjawan ini adalah perkara yang saya lihat perlu diberi perhatian.
Saya juga lihat kepada peruntukan Arkib Negara yang juga dikurangkan dan juga kepada Pusat Aktiviti Perpaduan. Butiran 17200 – Pusat Aktiviti Perpaduan Negara dan Butiran 17300 – Pusat Rukun Tetangga. Semua butiran-butiran ini adalah melihat pengurangan yang agak banyak.
Saya di sini ingin berterima kasih, menggunakan kesempatan ini kepada kerajaan. Saya difahamkan baru-baru ini, pagi ini bahawa ada berita bahawa unrecorded leave, dengan izin, akan diberikan sempena perayaan Deepavali. Ada juga berita bahawa kemungkinan tol percuma akan diberikan sempena perayaan Deepavali. Perkara-perkara
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
kecil begini boleh menyebabkan negara kita menjadi lebih bersama, perpaduan akan dipupuk, disemai di antara rakyat berbilang kaum, berbilang bangsa di mana semua akan merasakan kebahagiaan dan keindahan tinggal di negara Malaysia.
Kita juga perlu beri perhatian kepada isu Perpustakaan Negara. Kita perlu lihat bahawa ada perkara-perkara yang kita perlu belajar. Berulang kali di dalam Dewan yang mulia ini saya telah menyatakan bahawa kita perlu menerbitkan buku-buku, melibatkan tokoh-tokoh politik seperti arwah Tok Guru Nik Aziz. Berulang kali saya telah menyatakan bukan kali pertama. Kita perlu memupuk murid-murid kita untuk baca. Walaupun beliau merupakan seorang pemimpin PAS. Seorang pemimpin PAS yang terulung. Kita hormati.
Begitu juga terbitkan buku-buku berkenaan dengan Lim Kit Siang, Karpal Singh, P. Patto supaya kita tahu bahawa Lim Kit Siang ini bukanlah seorang Komunis. Lim Kit Siang tidak ada kena mengena dengan Lee Kuan Yew atau Lim Kuan Yew. Lim Kit Siang ini tak ada kena mengena, tak ada tali persaudaraan dengan Parti Komunis. Lim Guan Eng bukanlah Komunis, Teresa Kok bukanlah Komunis, Anthony Loke bukanlah Komunis, Nga Kor Ming bukan Komunis.
Saya terpaksa menggunakan kesempatan ini Tuan Pengerusi kerana ada kenyataan yang dibuat. Bukan oleh budak-budak sekolah. Malu saya nak katakan. Ahli- ahli Parlimen yang buat ucapan, yang menghasut rakyat mengatakan bahawa Lim Kit Siang ini adalah sepupu kepada Chin Peng. Malulah. Bukan budak-budak sekolah, Ahli- ahli Parlimen. Tak mahulah saya sebut nama dia, dia tahulah sendiri. Dia dah menghilangkan diri, dia lari keluar daripada Dewan. Daripada sebelah mana? Sebelah sana.
Baru-baru ini, seminggu yang lalu dalam satu Majlis Himpunan Jentera Muslimat dan Ameerah di Kemaman...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jelutong, Jelutong. Apa masalah kalau nak kata dia sepupu juga dengan Chin Peng? Tak apa masalah kalau dia sepupu.
Fahaman politik, itu fahaman masing-masing. Tak boleh nak dikaitkan dia sepupu kah, sepapat kah, dia ipar kah, abang ipar kah, nak dikaitkan benda itu dengan fahaman politik.
Ini benda tak betul ini. Dia sepupu kah, dia sepapat kah, dia adik ipar kah, dia bekas isteri kah.
Cuma saya hendak beritahu dengan Pengerusi, semalam Pengerusi halau saya, dekat luar saya minum kopi, tapi saya tak tahu Parit Buntar, sama ada dia minum kopi atau dia minum Milo. Terima kasih Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih. Tuan Pengerusi bagi saya masa beberapa minit tambahan. Ini kawan karib saya. Ini adalah pahlawan di sebelah saya, so saya kena beri dia peluang, tapi saya terkilan Tuan Pengerusi. Saya begitu terasa. Saya rasa malu, hampa, sedih, marah kerana kenyataan itu dibuat oleh seorang Ahli Parlimen mengatakan bahawa Lim Kit Siang ini adalah sepupu kepada Chin Peng. Kenapa buat kenyataan begitu? Saya di sini merayulah meminta supaya Arkib Negara, Muzium Negara menerbitkan buku-buku berkenaan dengan tokoh- tokoh kita. Lim Kit Siang, Karpal Singh, P. Patto, Allahyarham Tok Guru Nik Aziz supaya kita dapat baca. Tak kiralah parti politik mana. Ini adalah pemimpin-pemimpin. Kluang nak minta juga?
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Ya. Saya nak tanya Jelutong. Setuju kah tidak tak kira mana-mana pihak, tak kira mana-mana ahli politik, nak tipu rakyat tak apalah, tapi jangan akhirnya sendiri tertipu oleh pembohongan tersebut.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi, saya akan landing. Saya nak minta Dewan yang mulia ini secara teratur dan terbaik. Saya minta...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Jelutong, Jelutong.
Minta sikit.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tak bagi. Saya tak bagi.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Sikit sahaja Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sorry, saya tak bagi. Saya tak bagi.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bolehlah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi saya tak bagi, jadi saya nak minta masa...
Tuan Pengerusi
Masa. Masa. Landing flight.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya nak minta penjelasan Yang Berhormat Kepala Batas. Dia belajar di mana, dapat SPM kelulusan di mana, macam mana dia jadi Ahli Parlimen. Terima kasih Tuan Pengerusi,
Tuan Pengerusi
Baik. Terima kasih saya menjemput Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Butiran 020200 – Perhubungan Masyarakat di bawah Perpaduan Negara. Saya mohon kerajaan mempertimbangkan agar Muzium dan Perpustakaan Negara dikembalikan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi menentukan hala tuju yang jelas kerana terdapat rungutan daripada kakitangan awam. Hal ini bertepatan dengan amalan-amalan di negara-negara lain yang menjadikan muzium dan perpustakaan sebagai instrumen untuk perkenalkan identiti dan sejarah negara kita.
Begitu juga apabila kakitangan kita mewakili negara ke peringkat antarabangsa.
Di negara-negara lain biasanya dua agensi ini perpustakaan dan muzium berada di bawah pelancongan dan seni budaya. Kita diwakili oleh Kementerian Perpaduan. Jadi di sana perbincangan yang baik tak dapat untuk dilaksanakan.
Saya faham bahawa mungkin jawapan daripada pihak kerajaan ialah kedua-dua perkara ini dijadikan sebagai alat perpaduan. Ya, itu betul, tapi tak semestinya bila dijadikan alat perpaduan, kita letakkan di bawah Kementerian Perpaduan. Sekolah pun menjadi alat perpaduan, tapi tak berada di bawah Kementerian Perpaduan. Saya harap supaya dapat dikembalikan kepada Kementerian Pelancongan.
Begitu juga apabila Perpustakaan Negara telah melancarkan e-katalog kompilasi koleksi bahan dan hasil karya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ia cukup sesuai diletakkan di bawah Perpustakaan Negara, tetapi ia tidak boleh dikatakan sebagai satu alat perpaduan secara mutlaknya di atas sifatnya itu sendiri.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Begitu juga dalam Rukun Negara. Saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Perpaduan kerana sejumlah peruntukan yang agak tinggi yang akan dibelanjakan bagi memelihara perpaduan dengan Rukun Negara menjadi tunjang kepada program dan aktiviti yang akan dijalankan.
Jika saya merujuk jawapan Menteri dalam sesi penggulungan pada 1 November yang lalu, banyak program yang dirangka untuk setiap lapis masyarakat. Dialog Anak Muda, Eksplorasi Rukun Negara dan pelbagai lagi bertujuan untuk meningkatkan penghayatan Rukun Negara oleh semua rakyat Malaysia.
Justeru, saya ingin bertanya kepada Kerajaan Madani, kepada kerajaan pada hari ini, apakah tafsiran liberal versi kerajaan seperti yang terkandung dalam objektif masyarakat Malaysia yang dibentuk oleh lima prinsip Rukun Negara? Perkataan itu sebenarnya sudah lama wujud, tetapi apabila hari ini, ramai yang memahami liberal ini dalam erti kata yang mungkin tidak sesuai dalam amalan dalam negara kita.
Tan Sri Pengerusi, Butiran 020200 di bawah Perpaduan, Perhubungan Masyarakat. Kita tahu bahawa perhubungan masyarakat berfungsi salah satu bahagian
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
untuk mengukuhkan hubungan antara kaum dan agama. Namun, sehingga ke hari ini, negara kita masih menghadapi cabaran dalam mengurangkan sentimen Islamofobia.
Saya ambil contoh akhbar Sin Chew Daily sebagai contoh. Dalam satu berita bertajuk, “Hukum Menyambut Perayaan Halloween” yang dikeluarkan oleh JAKIM telah mendapat komen yang sangat negatif di kalangan netizen yang secara- maaf saya menyebut, yang masih belum memahami Islam.
Begitu juga artikel yang dikeluarkan oleh seorang tokoh agamawan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menyatakan- haram bagi seorang Muslim terlibat dalam acara larian yang ditaja oleh bank riba. Saya tidak nak salahkan akhbar ini, tetapi kalau kita melihat artikel-artikel seperti ini, menjadi kenduri besar bagi netizen. Sin Chew Daily sebagai contoh yang menyindir umat Islam dan meninggalkan persepsi yang negatif terhadap agama Islam.
Kerajaan atas semangat perpaduan perlu mengambil tindakan terhadap akhbar- akhbar ini dan menasihatkan mereka supaya komen-komen yang mengganggu sensitiviti agama ini tidak boleh dibiarkan kerana ia mengganggu perpaduan. Janganlah pula diambil tindakan kepada kami akhbar-akhbar di atas nama parti. Ya, saya akui teguran daripada Perdana Menteri pada pagi tadi...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Berhubung dengan Harakah, tapi...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
...Hari ini, kami telah menerima, Harakah telah menerima...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pasir Mas...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Surat daripada Jabatan Penerangan, diambil balik Kad Media daripada wartawan Harakah. Satu tindakan yang tak pernah akhbar Harakah alami semenjak daripada zaman yang disebut- maha, “Maha zalim”, maha apa dulu? Tak pernah lagi diambil Kad Media...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hutang Harakah dah bayar belum? Hutang Harakah dibayar belum? Saya tanya- penjelasan.
Tuan Pengerusi
Jelutong, Jelutong...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Perkara itu dah masuk...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tanya, saya tanya...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Jelutong jangan biadab!
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Isu itu dah masuk...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ulang-ulang benda yang sama. Apa masalah?
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Isu itu...
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Jelutong, Jelutong...
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Jelutong...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Isu itu dah masuk mahkamah.
Sedang dibicarakan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ah, tak bayarlah itu!
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya tak faham Jelutong jadi peguam macam mana ini? SPM mana ambil ini, sekolah kat mana ini? Macam mana jadi peguam?...
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Memang tak bayarlah!
Seorang Ahli
...Hoi!..
[Dewan riuh]
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Eh, kalau benda dibicarakan dekat mahkamah, tak payahlah nak bawa perkara ini!
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Memang tak bayarlah. Eh, apa tak bayar? Hutang tak bayar cukuplah.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Kalau dibicarakan di mahkamah...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenapa tak bayar?
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tadi dia tanya Kepala Batas...
Tuan Pengerusi
Jelutong...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
SPM ambil di mana? Saya nak tanya Jelutong, awak tadika di mana?...
[Tepuk]
Tuan Pengerusi
Pasir Mas, Pasir Mas...
Seorang Ahli
...Halau Jelutong! Halau, halau, halau!
Tuan Pengerusi
Baik saya bagi warning kepada Jelutong, satu. Okey.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya minta maaf Jelutong, ya.
Tuan Pengerusi
Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Begitu juga dengan posting- posting yang...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pengerusi...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Begitu juga dengan posting, posting yang dilihat mengacau sentimen perpaduan masyarakat yang saya tidaklah nak kata bahawa ia bermaksud demikian, tetapi, posting seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Teluk Intan sebagai contoh. Walaupun sama ada maksudnya nak bangkitkan atau tidak, itu soal nombor dua, tetapi apabila beliau memaparkan pakaian kanak-kanak yang pakai serban dan menyertai solidariti, dah dinyatakan bahawa sekolah bukan tempat untuk konflik, fahaman ekstremisme dan sebagainya, ia difahami sebagai menghina pakaian ini. Itu tidak baik untuk suasana perpaduan dalam negara kita.
Saya harapkan supaya posting, posting sebegini dapat dikawal. Saya nak ulas sikit, Tan Sri Pengerusi. Saya bukan nak blame ataupun saya bukan nak tujukan. Saya nak katakan MP Teluk Intan ada Islamofobia, hina Islam, itu tidak. Itu bukan maksud saya.
Maksud saya ialah posting, posting sebegini seharusnya dikawal supaya ia tidak dilihat boleh menghina pakaian-pakaian. Kerana ini isu sensitif dan ia sangat fragile, ia sangat-sangat- ia sangat-sangat mudah untuk disentuh sentimen agama yang disebut sebagai 3R.
Jadi, apabila kita menyebut pihak ini buat kempen 3R, pihak itu buat kempen 3R dan sebagainya, sebagai sebuah kerajaan, kita yang sepatutnya menunjukkan contoh jangan menyentuh isu 3R. Sama ada daripada sudut kepercayaan, berpakaian dan sebagainya kerana ia mudah untuk disalah tafsir oleh netizen, netizen sebagaimana yang saya tunjukkan pada hari ini.
Tuan Pengerusi
Okey.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik. Terima kasih. Saya jemput Shah Alam...
[Tepuk]
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani.
Tan Sri Pengerusi, saya ingin terus kepada P.14, Butiran 17300 – Pusat Rukun Tetangga yang menerima kenaikan berjumlah RM53 juta. Ini satu kenaikan yang besar.
Saya menyanjung tinggi atas usaha Kementerian Perpaduan untuk mendapatkan peruntukan yang begitu besar demi memastikan perpaduan dalam negara kita ini dapat dijalin dan dapat di kekal utuhkan sepanjang masa.
Namun, ia adalah merupakan suatu usaha pembangunan. Maksudnya, membina struktur ataupun usaha-usaha berbentuk fizikal ya. Saya ingin menanya apakah bentuk- bentuk pembangunan yang dimaksudkan ini? Adakah untuk membina Pusat-pusat Rukun Tetangga yang baharu ataupun untuk usaha-usaha membaik pulih? Seingat saya, di Shah Alam ada satu Pusat Rukun Tetangga. Itu pun dah uzur, dah usang. Mungkin dah 30, 40 tahun dahulu dan perlu usaha-usaha pembaikan.
Mungkin kami tidak perlu yang baharu, tetapi sekurang-kurangnya perlu ada pembaikan di sini. Usaha fizikal ini penting untuk komuniti beraktiviti dan memupuk semangat perpaduan di antara satu sama lain. Tetapi, yang lebih pentingnya Tan Sri Pengerusi ialah pembangunan dari segi sudut kerohanian, semangat perpaduan itu yang lebih penting berbanding dengan fizikal.
Oleh sebab itu, saya ingin bertanya kenapakah adanya penurunan dalam Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sebanyak RM24 juta. Sedangkan ini adalah merupakan perkara yang penting untuk nak memupuk semangat di kalangan komuniti ya tidak kiralah dalam usaha-usaha yang disebutkan untuk membina dan membangunkan masyarakat yang mampan dan progresif dalam kerangka perpaduan negara ini.
Perpaduan ada dalam aspek keselamatan, perpaduan ada dalam pendidikan sepanjang hayat, perpaduan ada dalam ekonomi dan sara hidup, perpaduan ada dalam daya cipta, perpaduan ada dalam kerangka alam sekitar, perpaduan ada dalam kerangka kepimpinan, perpaduan ada dalam kesejahteraan hidup.
Jadi, bagaimanakah mungkin kita nak memastikan bahawa apa yang ingin dibangunkan oleh kementerian ini dapat dilaksanakan apabila aspek yang sangat mulia ini dikurangkan bajetnya. Apatah lagi kalau kita nak memastikan bahawa aspek-aspek 3R ini tidak dimainkan dengan sewenang-wenangnya semata-mata untuk nak meraih sokongan pihak masing-masing.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Shah Alam nak tanya sikitlah dengan Shah Alam. Tuan Pengerusi, soal yang berkaitan dengan 3R ini. Dalam prinsip lima Rukun Negara itu, kita bercakap soal yang berkaitan yang pertamanya, "Kepercayaan Kepada Tuhan.” Semua kita percayalah soal berkaitan dengan kewujudan Tuhan ini. Kemudian, yang keduanya, soal yang berkaitan dengan, “Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara”.
Raja dan negara. Setia kepada raja dan negara. Yang jadi masalah dalam negara kita ini, Raja pun kena cerca. Raja pun kena maki. Raja pun kena hina...
Tuan Pengerusi
Hulu Langat, Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab itu...
Tuan Pengerusi
Tanya soalan kah, nak bagi pandangan saja?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pengerusi nampak macam mana?
Macam...
[Ketawa]
Tuan Pengerusi
Shah Alam, Shah Alam, masa Shah Alam jalan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab dia bagi.
Tuan Pengerusi
Betul, tapi masa jalan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab dia bagi. Sebab itu, sebab itu kita nak minta soal berkaitan...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Tiga...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
...Dengan Rukun Negara ini, saya biasa bercakap Rukun Negara ini, kena dibahaskan, kena dicerakinkan. Kena diajar soal berkaitan dengan lima prinsip Rukun Negara ini. Bukan setakat kita cakap saja. Bukan yang pertama kita cakap, kesetiaan kepada- kepercayaan, Perlembagaan, undang- undang, kesopanan dan kesusilaan...
Tuan Pengerusi
Okey faham dah itu.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bukan itu. Ah...
Tuan Pengerusi
Shah Alam, apa Shah Alam nak jawab itu?...
[Ketawa]
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Saya sebenarnya banyak perkara yang saya setuju dengan Hulu Langat ini...
Tuan Pengerusi
Ya.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
...Tan Sri Pengerusi. Bukan kerana dia jiran saya, tetapi memang perkara yang disebutkan oleh Hulu Langat ini banyak betulnya kerana Rukun Negara itu satu perkara yang perlu kita sama-sama...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Pengerusi, Pengerusi.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Cukuplah. Cukuplah...
[Ketawa]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kita baru sidang 66 tahun kita merdeka Pengerusi. Sepatutnya politik yang kita nak bawa ini politik apa? Politik sejahtera, politik yang ada ilmiah, politik yang ada ilmu, politik yang ada integriti. Politik yang ada rasa tanggungjawab kepada negara, cinta dan kasih sayang kita kepada negara.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Hulu Langat. Saya hendak gulung, Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bukan sebab kita nak menang...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Jangan ambillah masa kawan...
[Ketawa]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Nanti kejap. Bukan...
Tuan Pengerusi
Shah Alam.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Duduklah kejap. Pengerusi bagi saya ni. Bukan, sebab kita nak menang pilihan raya ini kadang-kadang...
Tuan Pengerusi
Bukan saya bagi jalan. Shah Alam bagi jalan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
...Sampai kita gunakan agama.
Tuan Pengerusi
Dah lah tu. Dah, dah duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kita buat fitnah. Semalam Pengerusi halau saya...
Tuan Pengerusi
Shah Alam, tapi...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
...Saya tak sempat nak berbahas.
Inilah masa hari ini pula, Pengerusi.
Tuan Pengerusi
...Dia, masanya.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Gulung, gulung, gulung...
Tuan Pengerusi
Masa Shah Alam itu. Kesian kat dia.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
...Saya nak gulung dah Hulu Langat.
Nanti saya ada peluang lagi, saya akan berikan kepada Hulu Langat insya-Allah.
Yang akhir Tan Sri Pengerusi ialah butiran...
Tuan Pengerusi
Saya bagi injury time lah. Sambung ja. Seminit saja.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Ya. Yang akhir ialah Butiran 030200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Ada peningkatan berjumlah RM12 juta.
Ini pun satu perkara yang saya ingin berikan satu pengharapan juga kepada Kementerian Perpaduan kerana sudah pastinya penambahan kepada kakitangan kontrak ini saya harapkan dapat membantu untuk melancarkan jentera, kakitangan Kementerian Perpaduan di jabatan-jabatan di bawah sana untuk memastikan bahawa usaha yang dilakukan, mobilisasi memastikan bahawa Rukun Negara yang sama-sama kita dukung ini dapat kita laksanakan dan hayati dengan sepenuhnya, Tan Sri Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Permatang Pauh.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Saya merujuk kepada Butiran 020200 – Perhubungan Masyarakat. Perpaduan merupakan asas terpenting dalam kehidupan sebuah negara, apatah lagi kehidupan masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Di Malaysia kita memiliki pelbagai bangsa; Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Dayak dan juga yang lain-lain termasuk juga kita memiliki pelbagai agama yang dianuti oleh rakyatnya. Cuma satu perkara yang kita terlepas pandang adalah berkaitan dengan isu majoriti dan minoriti. Di Malaysia, Melayu dan bumiputera adalah majoriti. Agama Islam adalah agama majoriti rakyatnya dan kedudukannya termaktub di dalam Perlembagaan.
Jadi soalan saya, apa perancangan pihak kerajaan untuk memupuk semangat saling menghormati antara kita di kalangan orang dewasa, belia malah pelajar di dalam negara kita ini, khususnya dengan memberikan penekanan agar golongan majoriti menghormati golongan minoriti di dalam negara ini. Saya rasa Jelutong setuju dan yang lebih penting daripada itu, golongan minoriti juga perlu belajar untuk menghormati golongan majoriti yang ada dalam negara kita ini.
Tan Sri Pengerusi, Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Peruntukan bajet untuk perpaduan pada tahun ini berlaku pengurangan yang agak besar iaitu daripada 100- sorry, kepada RM178 juta berbanding tahun lalu RM203 juta.
Saya agak pelik kenapa berlaku penurunan padahal perilaku-perilaku yang tidak harmoni makin banyak berlaku di kalangan rakyat negara kita terutamanya di dunia maya.
Hampir setiap hari kita menyaksikan ada saja ciapan yang dimuat naik berunsur bibit-bibit perpecahan daripada netizen. Saya berpendapat jika bibit-bibit perpecahan ini datang daripada media sosial, maka kerajaan perlu memberi penekanan yang lebih kepada lubuk rakyat negara kita menghabiskan waktu ini.
Saya melihat pada akaun Facebook dan Instagram Perpaduan Nasional, agak hambar jumlah pengikutnya, like dan juga share. Saya juga mencari akaun TikTok dan juga Twitter Kementerian Perpaduan, namun, setakat hari ini saya belum menemuinya.
Jika ada nanti Menteri boleh maklumkan. Walhal pada saya, dua platform ini iaitu TikTok dan juga Twitter ini perlu diberikan penekanan yang lebih berkaitan dengan mesej perpaduan. Perbahasan Parlimen semalam juga menjadi hangat rentetan daripada satu ciapan daripada seorang Menteri pada akaun Twitter beliau. Peristiwa semalam sudah jelas akan peri pentingnya kerajaan memberi penekanan kepada platform Twitter ini.
Tan Sri Pengerusi, isu Palestin ini mungkin bagi sebahagian rakyat dan juga sebahagian daripada Ahli-ahli Parlimen ia adalah isu kemanusiaan, tetapi bagi kami yakni
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
orang Islam di pihak pembangkang ataupun di pihak kerajaan, ia jauh lebih daripada itu.
Mereka adalah saudara kami, mereka adalah adik-beradik kami dan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan kami. Jadi, nasihat saya janganlah sesiapa pun menyentuh apa-apa yang boleh mengguris hati majoriti rakyat di dalam negara ini.
Soalan saya Tan Sri Pengerusi, apakah perancangan kerajaan untuk mengoptimumkan penyampaian mesej perpaduan dalam dunia maya ini? Perbezaan adalah punca kepada sering berlaku perselisihan. Perbezaan bukan sahaja bangsa, etnik, bahasa dan agama namun dalam kategori-kategori lain jua. Aliran agama ada perbezaannya, masyarakat bandar dan luar bandar ada perbezaannya, tahap pendidikan ada perbezaannya. Soalan saya yang kedua, apakah inisiatif kerajaan untuk mengharmonikan perbezaan-perbezaan dalam setiap kategori yang ada dalam negara kita ini selain daripada program integrasi kaum.
Butiran 020500 – Muzium. Soalan saya, apa perancangan kerajaan untuk mempromosikan semula muzium-muzium di Malaysia ini agar ia menjadi tarikan dan seterusnya menjadi sebahagian daripada elemen pembentukan jati diri rakyat Malaysia.
Ini kerana banyak muzium yang terdapat di Malaysia ini, tapi semakin sepi akibat kekurangan promosi dan kekurangan daya tarikan. Apa pendirian kerajaan berkaitan dengan isu ini, mungkin boleh diambil cadangan daripada Pasir Mas tadi supaya diubah kementeriannya. Tan Sri Pengerusi...
Berjalan malam tersepak tin, sakit kaki terputus selipar; Jika jahil isu Palestin, lebih baik diam, jangan celupar. Sekian Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Saya jemput Klang.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Merujuk kepada Butiran 030000 – Program Khusus. Sub-butiran 030300 di mana peruntukan sebanyak RM30.2 juta diperuntukkan untuk program Bantuan Makanan Tambahan Tabika Perpaduan. Ini adalah satu inisiatif yang sangat membantu. Walau bagaimanapun kita harus memastikan inisiatif seperti ini memanfaatkan anak-anak kita daripada semua kaum.
Maka saya ingin bertanya kepada Menteri Perpaduan untuk mengeluarkan nisbah kaum di Tabika-tabika Perpaduan di seluruh negara supaya kita dapat tahu bahawa adakah program-program khusus ini memanfaatkan perwakilan daripada semua kaum.
Pada masa yang sama, saya ingin tanya apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian Perpaduan Negara untuk menggalakkan lebih banyak pelajar-pelajar daripada kaum minoriti menyertai Tabika-tabika Perpaduan ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Perpaduan mempunyai tanggungjawab yang sangat besar iaitu memastikan keharmonian antara kaum dan membanteras perpecahbelahan kaum yang sering dilakukan oleh pelbagai pihak yang memanggil dirinya sebagai pejuang hak kaum dan agama.
Satu-satunya negara yang mana semua Raja-rajanya adalah daripada satu kaum.
Semua Menteri Besar adalah daripada satu kaum kecuali satu negeri sahaja. Semua Menteri-menteri hampir 80 peratus adalah daripada satu kaum, tapi itu satu kaumlah daripada pemimpin daripada mereka ada satu golongan yang mana pembangkangnya walaupun mereka minoriti, mereka suka membawa menyatakan kaum majoriti di negara ini terancam.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Merujuk kepada Butiran 020000 – Perpaduan Negara, sub-butiran 020100, peruntukan sebanyak RM178.88 juta diperuntukkan untuk Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Persoalan saya adalah apakah program-program yang telah atau sedang dirancang oleh Kementerian Perpaduan Negara kita untuk memupuk perpaduan atau masyarakat pelbagai kaum dalam negara kita menggunakan peruntukan tersebut. Sebab tadi saya telah menyatakan yang majoriti satu-satu negara majoritinya rasa terancam.
Bagaimana dapat mendidik mereka.
Perkara ini sangat penting kerana kita harus memastikan peruntukan ini digunakan untuk merancang inisiatif yang membantu mencipta persefahaman pelbagai bangsa dan agama. Bukan sahaja untuk menyatupadukan hanya satu kaum, tapi untuk menyatupadukan untuk semua kaum.
Baru-baru ini kalau kita tengok dalam kehidupan seharian kita, khususnya di media sosial kita boleh nampak suatu trend di mana kebencian antara kaum makin hari makin teruk. Ramai ahli politik...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Klang, Klang.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
...Pendakwah bebas- ya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sikit, sikit Klang. Adakah Klang boleh bersetuju maksudnya dia kata terancam tadi sebab dia kalah pilihan raya. Dia kalah pilihan raya, dia rasa terancam tapi bila dia menang pilihan raya dia akan kata maksudnya Melayu Islam tidak terancam. Apa pandangan daripada Klang?
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Saya sebenarnya sangat bersetuju dengan saudara Hulu Langat tadi itu. Saya teruskan Tan Sri Yang di-Pertua. Ramai ahli politik, pendakwah bebas dan individu-individu terkenal dalam kalangan masyarakat sekarang ini sedang dan telah memberi kenyataan yang mencetuskan sifat pembencian antara kaum.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Baru-baru ini Tan Sri Yang di-Pertua, bulan lalu ada satu kuil di Taiping. Patung- patungnya telah dipecahkan dan dirosakkan hanya disebabkan tidak nampak sebab agama berbeza. Beliau rasa terancam melihat kuil tersebut dan mereka pecahkan, sedangkan kuil itu kuil yang diwartakan.
Ada juga baru-baru ini saya nampak walaupun negeri Selangor mewartakan tapak lepas kuil itu wujud adalah lebih daripada 50 tahun, tapi ada satu golongan datang supaya mereka buat kecoh dan mereka telah mengeluarkan kenyataan akhbar untuk menidakkan kuil di situ. Ini semua menunjukkan kebencian atau tidak persefahaman daripada satu golongan. Maka, apakah strategi Kementerian Perpaduan Negara untuk mengekang situasi sebegini?
Selain itu Tan Sri Yang di-Pertua, merujuk Butiran 020000 – Perpaduan Negara, sub Butiran 020300 – Pembangunan Masyarakat.
Peruntukan sebanyak RM2.68 juta dianggar untuk dibelanja demi pembangunan masyarakat. Saya percaya ini adalah satu peruntukan yang sangat kecil. Untuk masyarakat yang begitu besar dalam Malaysia, 30 juta penduduk, RM2.68 juta adalah satu jumlah yang sangat-sangat kecil. Saya percaya Kementerian Perpaduan patut mohon lebih banyak peruntukan lagi.
Apakah rancangan Kementerian Perpaduan untuk memperkasakan suara kaum minoriti dan pastikan mereka tidak terasa dirinya sebagai orang asing menggunakan peruntukan ini? Adakah inisiatif yang di planned ini akan membantu mengurangkan rasa salah faham dan perbezaan antara kaum majoriti dan minoriti? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Rantau Panjang.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Pengerusi, peluang diberi kepada saya untuk bersama-sama membahaskan Kementerian Perpaduan Negara. Saya ingin mulai dengan satu pantun.
Happy Deepavali saya ucapkan, pupuk kesatuan bina keharmonian; Hentikan prasangka buang kebencian, semangat muhibah teras perpaduan. Saya merujuk kepada 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Jadi, saya mendengar ucapan daripada sebelah sana tadi menyebutkan bagaimana kaum minoriti ditindas. Saya dapati sebenarnya Tan Sri Pengerusi, perkara ini tidak berlaku di Kelantan. Malah puluhan tahun PAS memerintah Kelantan, ada patung Buddha besar duduk, berdiri, baring, malah mereka hidup dengan harmoni, dengan tidak ada seorang pun yang dianiaya, membuktikan bahawa Islam adalah agama perpaduan.
Saya ingin tahu daripada Butiran 020100, di mana saya ingin tahu, berapakah indeks perpaduan yang telah dicapai dalam negara kita setakat ini? Apakah usaha penambahbaikan yang telah dibuat untuk mengukuhkan nilai murni di kalangan masyarakat? Apakah pencapaian yang telah dicapai di bawah Majlis Penasihat Perpaduan Negara setakat ini?
Apakah usaha yang telah dibuat di bawah program-program Kementerian Perpaduan? Pada pandangan saya, Kementerian Perpaduan ini seharusnya bukan semata-mata tanggungjawab untuk memperpadukan masyarakat ini hanya tanggungjawab di bawah Kementerian Perpaduan. Dia adalah merentasi kementerian.
Semua kementerian mestilah mengambil tanggungjawab yang sama. Adakah program dibuat seperti Hari Keharmonian Kaum, Minggu Perpaduan dan sebagainya untuk merapatkan lagi perpaduan di kalangan masyarakat?
Kedua, saya menyentuh 020300 – Pembangunan Masyarakat. Saya ingin tahu juga, apakah program yang telah dibuat untuk menangani isu 3R dan untuk memupuk semangat cinta akan negara? Apakah usaha yang telah dibuat di peringkat grassroot untuk menanamkan sikap permuafakatan bermula daripada peringkat sekolah rendah hinggalah ke institusi pengajian tinggi? Apakah pencapaian setakat ini dan apakah cabaran yang dihadapi?
Saya ingin juga penjelasan iaitu 020600 – Perpustakaan Negara. Saya ingin tahu, apakah program yang telah dilaksanakan? Apakah usaha untuk- inisiatif untuk mewujudkan perpustakaan digital? Sejauh manakah usaha yang telah dibuat untuk membudayakan ilmu kepada komuniti setempat? Bagaimanakah usaha untuk tingkatkan minat masyarakat untuk mengunjungi perpustakaan?
Begitu juga saya ingin menyentuh 030300 – Bantuan Makanan Tambahan Tabika Perpaduan. Saya juga ingin tahu tentang nisbah kaum yang berada di sekolah tabika di seluruh negara. Berapa ramai bilangan perbandingan antara Melayu, Cina dan India?
Sejauh mana status objektif yang telah dicapai melalui Tabika Perpaduan ini?
Adakah kerajaan bercadang untuk menyatukan Tadika KEMAS, Tabika Perpaduan dan prasekolah ini di bawah institusi kementerian? Saya ingin tahu juga, berapakah kos peruntukan mengikut setiap kepala pelajar yang telah diperuntukkan di bawah Tabika Perpaduan?
Seterusnya Kod 17300 – Pusat Rukun Tetangga. Kita dapati peruntukan semakin berkurang untuk Bajet 2024. Jadi saya ingin tahu, apakah penambahbaikan yang telah dibuat? Berapakah jumlah Rukun Tetangga yang aktif setakat ini? Apakah program- program yang telah dilaksanakan? Adakah kerajaan bercadang untuk melebar luaskan peranan Rukun Tetangga bukan semata-mata untuk dari sudut keselamatan atau
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
perpaduan, tetapi juga boleh membantu untuk menangani isu-isu yang berlaku dalam komuniti?
Apakah inisiatif terutama dalam membantu kebajikan ahli-ahli dalam Rukun Tetangga? Bantuan sebanyak RM6,000 ataupun peruntukan RM6,000 setahun ataupun RM500 sebulan amat sedikit untuk melaksanakan aktiviti komuniti.
Saya bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengadakan tol free sempena perayaan Deepavali. Seeloknya kalau boleh bukan setakat tol free, kalau boleh ada bonus Deepavali lagi bagus. Kita sangat menghargai. Jadi, sememangnya kita nak melihat perpaduan dapat dipupuk dengan sebaik-baiknya dalam negara.
Jadi, saya harapkan supaya kita sama-samalah melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita. Buangkan segala prasangka dan kita melihat bagaimana Islam telah membuktikan bahawa Islam tidak pernah menganiaya golongan minoriti. Mana-mana negara ataupun negeri yang ditadbir oleh Islam, tidak pernah menganiaya golongan minoriti. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik. Seterusnya saya jemput Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Tuan Pengerusi, mengizinkan saya turut serta perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Perpaduan Negara.
Tuan Pengerusi, di antara kementerian yang ada, satu-satunya kementerian yang tidak ada timbalan adalah Kementerian Perpaduan Negara. Perpaduan adalah asas ataupun tunjang kepada perpaduan negara. Jadi, saya mengambil ruang ini untuk mencadangkan melantik seorang sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara.
Tuan Pengerusi, saya merujuk Butiran 17300 – Pusat Rukun Tetangga di mana telah diperuntukkan RM54 juta. Pengurangan sebanyak RM3 juta berbanding tahun semasa bagi maksud pembangunan. Secara keseluruhan, peruntukan bagi Kementerian Perpaduan Negara telah diperuntukkan penambahan sebanyak keseluruhannya adalah RM635 juta berbanding tahun ini, RM571 juta walaupun ada pengurangan dalam beberapa program.
Melalui Belanjawan 2024, Kementerian Perpaduan Negara telah diberi peruntukan keseluruhan sebanyak RM635 juta. Bagi maksud pembangunan, telah meningkat sebanyak 11.29 peratus iaitu RM88 juta. RM20 juta telah diperuntukkan untuk memperkasa peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sebagai rujukan sosial yang menyediakan perkhidmatan dan penyebaran maklumat serta memupuk perpaduan dalam komuniti. Peranan dan tanggungjawab KRT dalam usaha memastikan keselamatan masyarakat setempat adalah pengorbanan yang besar.
KRT haruslah diiktiraf sebagai penggerak masyarakat yang utama di peringkat komuniti yang bukan sahaja membantu mengukuhkan perpaduan, tetapi juga menjana ekonomi iaitu sebagai penghubung, sebagai penyelaras, sebagai rakan usaha sama, sebagai pembina upaya berbanding sebagai penjaga keselamatan warga di komuniti setempat.
Tuan Pengerusi, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional haruslah mengkaji semula untuk menaikkan kadar geran tahunan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kepada RM10,000 berbanding dengan RM6,000 sebelum ini. Ada sebahagian KRT yang sangat aktif dalam menganjurkan pelbagai program untuk penduduk setempat. Namun, menghadapi kekurangan dana sehingga terpaksa mereka mengeluarkan perbelanjaan sendiri.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Dengan penambahan geran, KRT akan dapat mempergiatkan pelbagai aktiviti dengan lebih lancar sekali gus memberikan manfaat kepada penduduk setempat.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Tuan Pengerusi, daripada 8,330 KRT, 934 KRT tidak aktif, 934 KRT tidak aktif adalah disebabkan kurangnya penyertaan golongan muda. Jadi saya ingin tanya kepada kerajaan, apakah langkah-langkah kementerian menstrukturkan dan meremajakan semula KRT agar menjadi segar dan aktif di lapangan dengan pembabitan golongan muda? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik terima kasih Sungai Siput. Saya jemput Kepala Batas
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Kepala B.14 Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Rukun Negara merupakan asas yang penting dalam memahami dan mendalami pentingnya Perlembagaan negara dalam pembinaan negara Malaysia dan ia merupakan elemen penting demi membina negara Malaysia yang sejahtera.
Pemerkasaan Rukun Negara dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah kebangsaan dan vernakular adalah sangat penting untuk pembinaan jati diri dan bukan hanya sekadar ikrar semata-mata di perhimpunan. Malah pemerkasaan juga perlu dipupuk di peringkat pekerja kerajaan dan juga swasta. Maka Kepala Batas ingin bertanya apakah jenis-jenis program yang akan dilaksanakan bagi memperkasakan inti pati Rukun Negara dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbeza agama dan juga kaum?
Yang kedua Butiran 020500 – Muzium. Banyak artifak dan juga khazanah menceritakan tentang sejarah negara disimpan di luar negara terutamanya yang pernah menjajah Tanah Melayu seperti England, Belanda dan juga Portugal. Justeru, adakah terdapat peruntukan yang disediakan untuk mendapatkan semula artifak dan juga khazanah sejarah negara yang disimpan di muzium luar negara dan berapakah jumlah kurator muzium yang telah dilantik sehingga hari ini? Adakah mereka ditugaskan untuk memelihara dan memulihara artifak yang dikumpul agar terpelihara kualiti dan nilainya?
Selain itu, Kepala Batas mohon perincian maklumat tentang jumlah pelawat yang telah direkodkan di muzium-muzium di bawah seliaan Kementerian Perpaduan bagi tempoh dua tahun selepas pasca pandemik COVID-19.
Yang ketiga Butiran 030100 – Bertugas ke Luar Negara. Merujuk kepada buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024, terdapat peningkatan peruntukan yang tinggi bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya iaitu daripada RM100,000 bagi tahun 2023 kepada RM1 juta bagi tahun 2024. Apakah rasionalnya peningkatan ini dan Kepala Batas mohon perincikan destinasi serta peningkatan keperluan para wakil kementerian ini dihantar bertugas ke luar negara. Seterusnya yang keempat...
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Yang Berhormat Kepala Batas, Yang Berhormat...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Saya ada soalan...
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Kepala P.14 Butiran 17200 – Pusat Aktiviti Perpaduan. Apakah kejayaan yang telah dicapai melalui pewujudan Pusat Aktiviti Perpaduan ini bagi tempoh sejak ia diwujudkan sehingga kini dan kerana kalau kita lihat jumlah peruntukan telah melonjak...
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Yang Berhormat Kepala Batas.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
...Kepada RM5.3 juta bagi tahun 2024.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Kepala Batas, ada soalan berkenaan Rukun Negara, nak tanya...
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
...Berbanding hanya kira-kira RM2.9 juta bagi tahun 2023.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Bagi laluan tak?
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Yang Berhormat, fitnah dalam...
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Mohon juga diperincikan fungsi dan peranan yang dimainkan Pusat Aktiviti Perpaduan ini.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Konteks perpaduan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Kepala Batas, Kepala Batas, minta laluan.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Yang kelima Kepala P.14, Butiran 17300 – Pusat Rukun Tetangga.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Kepala Batas.
Tuan Pengerusi
Nanti dahulu.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Berapakah jumlah...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi
Kepala Batas nak bagi laluan?...
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Dia tak bagi, dia tak bagi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Bagilah sikit, bagilah.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Bagilah.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Point of Order 37(2). Apabila Ahli sedang bercakap dan pihak yang sedang...
Tuan Pengerusi
Saya suruh duduk dah. Saya suruh duduk dah...
[Dewan riuh]
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Okey...
[Dewan riuh]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Kami nak tanya pasal fitnah yang dilemparkan terhadap DAP dan saya, termasuk saya. Ini semua...
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Yang kelima, P.14 Butiran 17300 – Pusat Rukun Tetangga.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Ahli Parlimen Seputeh ada di sini. Lebih baik Kepala Batas jelaskanlah.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Berapakah jumlah Pusat Rukun Negara yang masih aktif di setiap negeri sehingga kini?
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Kepala Batas, jelaskan di sini kerana sudah menuding jari, sudah memfitnah kepada Ahli Parlimen Seputeh...
[Dewan riuh]
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Perpaduan...
[Tidak jelas]
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Menurut data daripada Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara...
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Soalan perpaduan...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Tak berani jawab ker Kepala Batas, tak berani eh?
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
...Pada 14 Mei 2023, kira-kira lima peratus daripada 8,330 Kawasan Rukun Tetangga KRT...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Berani di luar sana, tak berani jawab di sini, Kepala Batas...
[Dewan riuh]
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
...Yang berdaftar di seluruh negara tidak aktif memainkan peranan di kawasan masing-masing-masing.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
You duduk. Ini pasal perpaduan.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
...Bagaimanakah peruntukan KRT itu diagihkan?
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Kepala Batas, berani buat tuduhan di luar, tak berani jawab di dalam Dewan ker?
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Mohon perincikan.
Tuan Pengerusi
Baik-baik, duduk semua.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Penyertaan anak muda dalam KRT dapat membantu mengurangkan isu sosial setempat.
Tuan Pengerusi
Baik, Kepala Batas tak bagi.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya tanya...
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Kelapa Batas mencadangkan agar Kementerian Perpaduan dapat bekerjasama...
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Duduk, duduk semua.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
...Dengan Kementerian Belia dan Sukan...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Kepala Batas, berani buat tuduhan di luar, beranilah jawab dalam Dewan.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
...Dengan memasukkan program ini sebagai sebahagian daripada inisiatif Rakan Muda bagi menarik minat anak muda menyertainya.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Dari sumber mana buat fitnah itu? Dari sumber mana?
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Yang keenam, Kepala P.14, Butiran 42700...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Kenapa tak berani jawab...
Tuan Pengerusi
Duduk, duduk semua.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Naiktaraf Bangunan- bangunan Arkib Negara Malaysia. Kepala Batas ingin bertanya apakah jenis naik taraf yang ingin dilaksanakan ke atas Bangunan Arkib Negara dan adakah terdapat cadangan naik taraf sistem maklumat dan pencapaian yang lebih canggih kepada digital...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Kepala Batas, buat fake news boleh satu padukan negara ker, atau pecah-belahkan negara kita?
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
...Bagi menarik golongan muda dan pelancong dalam dan luar negara untuk mengunjungi serta menghayati nilai yang ingin ditampilkan.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Kepala Batas, kita ingatkan mengenai perpaduan
Tuan Pengerusi
Baik, duduk, duduk.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Yang ketujuh, Butiran 45100...
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Perpaduan negara...
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
– Ubahsuai dan Naiktaraf Muzium...
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
...Perpaduan negara Malaysia...
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Penambahbaikan serta menaik taraf muzium sangat penting sebagai usaha untuk menjadikan...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Kelapa Batas, berani jawablah.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Politik fitnah.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
...Pusat ini kekal relevan dan terkenal.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Tidak jelas] ...Ucapan di luar Dewan.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Mohon perincikan jenis naik taraf bagi setiap muzium yang terlibat.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Perpaduan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ucapan yang dibuat dalam TikTok...
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Tan Sri Yang di-Pertua, saya akhiri dengan dua pantun...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Kelapa Batas, berani jawablah tuduhan.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
*Pergi kedai beli lidi, lulusan PhD. bukan dibeli.
Kera lompat atas pokok, masuk Dewan jangan provoke.
Wallahualam...
[Tepuk]*
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Kepala Batas, jangan bohonglah. Berani jawablah!
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Luar jangan fitnah. Dekat luar jangan fitnah...
[Dewan riuh]
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Kamu yang buat tuduhan di luar. Kamu nak buat bohong.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Baca poster. Poster fitnah- ulang balik dekat Dewan.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Kepala Batas, bohong!
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Dewan riuh]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Biar kita terus bawa Usul.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Kepala Batas, Kepala Batas yang buat...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Malu, seorang muda bawa politik lama.
Apa ini?
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Kepala Batas, tak ada belajar ker, sumber maklumat dari mana, tak adapun? Jawablah di sini.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jangan fitnah selalu.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Berdiri dan jawablah.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Hey, Kepala Batas dah habis. Duduklah. Apa masalah semua ini?...
[Dewan riuh]
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Jawab.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Rosak perpaduan. Tak berani menghadapi kami.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Duduk!
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Buat pembohongan kat luar, tapi tak berani jawab di sini.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Masalahnya fitnah. Pengkalan Chepa, masalahnya fitnah.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kenapa?
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Ahli Parlimen PAS.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Kenapa?
Tuan Pengerusi
Saya bagi peluang. Sila, siapa nak cakap lagi, sila bangun, bangun. Bangun cakap sebab publik sedang tengok. Ayuh, ayuh. Lagi, cakap, cakap. Saya bagi ruang sekarang, cakap. Saya tak akan stop, cakap...
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Sudah habis? Sudah habis, saya jemput Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih. Semua bertenang.
Terima kasih kepada Tan Sri Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya Ampang ingin menyatakan, setakat saya teliti peruntukkan 2024 di bawah Kementerian Perpaduan Negara- kita ada melihat peningkatan sebanyak 11.3 peratus dan juga ada sedikit pengurangan dan sedikit unjuran yang kita teliti.
Soalan saya kepada Menteri, dengan misi meningkatkan usaha baru menyatupadu untuk membina tapak integrasi bagi mengukuhkan semangat muhibah dalam kalangan rakyat, adakah kementerian bercadang menyemak semula komposisi Indeks Perpaduan Nasional yang mengandungi tujuh konstruksi dan juga 34 dimensi demi memperhalusi dan menambah baik satu-satunya petunjuk prestasi utama bagi Kementerian Perpaduan yang dijangka mencecah 0.7 peratus.
Saya sebenarnya agak gembira kalau kita ada ukuran-ukuran ini, tetapi saya ada sedikit kerisauan kerana realiti di bawah ataupun realiti on the ground, dengan izin, polemik dan polarisasi antara kaum, agama, budaya dan sebagainya kelihatan semakin kritikal.
Jadi, soalan saya, kalau ada semakan semula saya mohon Menteri nyatakan apakah penambahbaikan tersebut.
Bagi Kepala 010000 – Pengurusan ataupun 020000 – Perpaduan Negara. Saya melihat ada banyak butiran yang menyentuh tentang pembangunan masyarakat.
Jadi, soalan saya dengan turunnya peruntukan 2024 bagi Perpaduan Negara atau kenaikan marginal bagi melaksanakan pelbagai program dan aktiviti dengan keberkesanan untuk memupuk dan mempertingkatkan aktiviti-aktiviti yang berkesan, saya mohon Menteri memperjelaskan kaedah penyaluran dan siapa yang sebenarnya yang akan melaksanakan program dan aktiviti yang telah diadakan. Itu yang pertama.
Yang keduanya antara fungsi Butiran 020300 di bawah Perhubungan Masyarakat termasuk pemeliharaan antara kaum dan penganut agama dengan merancang dan menyelaras pelbagai langkah. Saya mohon YB Menteri perincikan kesemua program spesifik untuk meningkatkan komunikasi, interaksi dan ikatan antara kaum dan khususnya dalam program menerusi dialog dan juga diskusi.
Untuk Kepala 030000 – Program Khusus. Saya ingin menyinggung peruntukan yang ada, yang mana kita lihat banyak perkara di sini yang menyentuh tentang perpustakaan desa, bantuan per kapita Tabika Perpaduan dan sebagainya.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Jadi, soalan saya. Ampang mohon Yang Berhormat Menteri memperjelaskan keperluan bagi Butiran 030100 – Bertugas ke Luar Negara dinaikkan mendadak sebanyak 10 kali ganda kepada RM1 juta.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Apakah sebenarnya sasaran perpaduan dan integrasi nasional yang boleh dicapai dengan bertugas di luar negara ini? Jadi, apakah lebih baik peruntukan itu disalurkan ke dalam negara memandangkan KRT-KRT dan juga SRS memerlukan lebih banyak peruntukan?
Soalan kedua daripada Ampang. Adakah kenaikan 13.9 peratus bagi Butiran 030200 – Emolumen Kakitangan Kontrak yang dinyatakan sebanyak RM104 juta ini merupakan petanda hala tuju strategi perjawatan dalam Kementerian Perpaduan Negara yakni pengambilan alih ramai pekerja kontrak? Hadir mohon perjelaskan, Yang Berhormat Menteri.
Ketiganya, peningkatan besar sebanyak 42.5 peratus bagi Butiran 030300 – Bantuan Makanan Tambahan Tabika Perpaduan ini, apakah disebabkan pertambahan bilangan murid ataupun atas bilangan murid ini- minta maaf. Apakah disebabkan ada pertambahan bilangan Tabika Perpaduan ataupun peningkatan bilangan murid? Jadi, mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan. Sebab, di Ampang, kita ada tiga Tabika Perpaduan iaitu Taman Mulia Jaya, Taman Dagang, Taman Sri Ampang. Apakah ketiga- tiga Tabika Perpaduan di Ampang juga akan mendapat kenaikan ini?
Jadi, sebelum saya akhiri, saya ambil kesempatan ini untuk membacakan satu ayat Quran- sebab saya tersinggung dengan kata-kata daripada Rantau Panjang tadi- iaitu Islam adalah agama perpaduan. Walaupun kita ini- saya sendiri orang Islam.
Walaupun mungkin ada di kalangan mengecap kita ini liberal dan sebagainya, saya ingin membacakan ayat Quran, Tan Sri Pengerusi, daripada ayat al-Hujurat ayat keenam*.
Bismillahi Rahmani Rahim...
[Membaca sepotong ayat al-Quran]* Yang maksudnya kepada rakan-rakan yang bukan Islam, “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah dahulu untuk menentukan kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu mengenainya, sehingga kamu menjadi menyesali apa yang telah kamu lakukan.” Ini ayat Quran, Ahli-ahli Parlimen. Saya mohon. Kita orang Islam. Kadang- kadang kita dalam Parlimen ini macam kita lupa Islam mengajar kita satu perkara yang lebih baik, akhlak yang mulia, tetapi- saya bagi ayat al-Quran ini khusus kepada Kepala Batas...
[Tepuk] Kerana jika tidak pasti maklumat-maklumat yang ada di luar sana, selidiklah dahulu...
[Tepuk] Jangan kami juga diaibkan...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sokong Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Jadi, saya harap selidik dahulu.
Jangan pecah-belahkan. Ingat, kita- agama Islam adalah agama perpaduan...
[Tepuk] Ini yang kita hendak tuntut dan ini yang hendak kita lakukan.
Itu sahaja, Tan Sri Pengerusi. Terima kasih dari Ampang.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya, terima kasih Ampang. Kawan. Setia kawan.
Tuan Pengerusi
Saya jemput Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.
Sebagai pembahas yang terakhir, saya ingin juga bawa beberapa perkara kepada perhatian.
Sebagai ahli politik, kita sedang berbahas berkenaan dengan Kementerian Perpaduan. Janganlah kita berdegar-degar atas pentas politik di luar mengungkitkan pemecahan dan memecahbelahkan masyarakat dan masuk Dewan berbahas fasal perpaduan. Ini yang tidak berselaras dengan apa yang kita perjuangkan ini ya. Jangan kita di atas pentas cakap benda lain, dalam masuk Dewan kita hujah fasal perpaduan ini.
Beberapa Ahli
Betul.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Kita perlu menilai perpaduan ini.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sokong Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Saya menyarankan kepada Menteri Perpaduan, kita semak setiap ceramah-ceramah politik. Kalau ada juga yang mengeluarkan kata-kata yang boleh memecahbelahkan, pastikan ambil tindakan. Ya, kita tidak boleh biarkan perpaduan ini diberleluasakan.
Oleh itu, Tuan Pengerusi, saya ingin mencadangkan beberapa perkara bagi Butiran 020100. Saya mewakili masyarakat India di seluruh negara ini bersama-sama dengan Ahli-ahli Parlimen masyarakat India mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri Perpaduan untuk mengangkat usul untuk menjadikan cuti dua hari kepada Deepavali daripada satu hari ini.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Sungai Siput sokong.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Oleh kerana, kita ada Hari Raya dua hari dan Tahun Baru Cina dua hari. Bukan kerana kita hendak sama, tetapi kita mahu rakyat Malaysia merasakan. Bukan sahaja masyarakat India. Masyarakat Orang Asal, orang Cina, orang Melayu juga sama-sama kita boleh menyambut Deepavali ini. Pastikan kita mendapat cuti dua hari- umum, mulai Kerajaan Perpaduan ini di bawah kepimpinan Yang Berhormat Tambun.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Termasuk Parlimen ya.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Ya, termasuk Parlimen.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Baik, memandangkan Deepavali akan berlaku pada minggu hadapan 12 hari bulan, saya mencadangkan cuti juga diberikan- dan kita lihat ada juga cuti yang berbeza di setiap negeri di Johor dan di Selangor. Cuti sekolah itu tidak sama, ada yang tarikh berbeza. Mohon juga Menteri untuk berbincang dengan kementerian-kementerian lain untuk selaraskan cuti supaya biar rakyat menilai bahawa Kerajaan Perpaduan ini benar-benar memerhati sedikit demi sedikit dalam setiap perkara yang kita bangunkan dan bincangkan dalam Parlimen ini. Itu yang penting.
Seperti yang tadi saya sebutkan, janganlah jadi hipokrit di luar dan di dalam Dewan ini ya. Hold a principle and accountable whatever we said in and outside of the Dewan, Yang Berhormat-Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan ini.
Butiran 50000 – Perpustakaan Negara Malaysia. Sebagai kementerian yang bertanggungjawab kepada hal ehwal pembangunan Perpustakaan Negara, Kementerian Perpaduan seharusnya menjadikan Perpustakaan Negara sebagai pusat bacaan kebangsaan yang menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan ilmiah berinformasi dalam pelbagai bahasa. Kita harus- saya mohon juga kementerian menerangkan, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menerapkan dan juga membuat penterjemahan kepada bahasa-bahasa lain supaya kita boleh eratkan lagi perpaduan mulai daripada sekolah, agensi-agensi dan kerajaan semua sekali?
Saya juga ada minta kerajaan juga untuk mempertimbangkan dan juga meneliti bahawa setiap borang kerajaan yang kita ada ini, kita harus menunjukkan kita ini Kerajaan Perpaduan. Jangan ada “Cina”, “India”, “Melayu”, di dalam semua borang kerajaan. Tukar kepada “Rakyat Malaysia” dan “Bukan Rakyat Malaysia.” Ini adalah satu permulaan yang baik menunjukkan bahawa benar-benar Kerajaan Perpaduan memperjuangkan perpaduan di kalangan masyarakat.
Seterusnya, saya juga membangkitkan 030300 berkenaan dengan Tadika Perpaduan. Saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk semak semula tadika-tadika yang ada di luar bandar khususnya di Segamat ya. Luar bandar ini banyak tabika-tabika ini tidak dibaik pulih dan juga ketinggalan banyak perkara yang perlu diberi perhatian.
Khususnya saya minta juga, berapa peruntukan yang diberikan kepada tabika-tabika di Parlimen Segamat?
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Seterusnya, berkenaan dengan 020100 berkenaan dengan Perpaduan Negara dan Integrasi. Saya ingin tanya, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk menyelaraskan kepada semua kementerian dan program-program bersama kementerian? Kerana kita lihat program-program kementerian itu berbeza dengan Kementerian Perpaduan ini. Sepatutnya, kerajaan, Menteri Kewangan harus memberikan peruntukan yang lebih besar kepada Kementerian Perpaduan kerana ia memerlukan peruntukan yang banyak untuk kita menerapkan program-program di seluruh daerah dan seluruh pelosok dan juga bandar, desa dan juga segala-segala tempatnya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Ya, Jelutong. Silakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, terima kasih Segamat.
Sahabat saya Segamat. Saya lihat semangat Segamat sungguh bermotivasi hari ini, bersungguh-sungguh. Memang ada semangat hari ini.
Jadi, saya juga ingin menyokong kalau boleh sempena perayaan Deepavali ini, kita beri cuti dua hari di Parlimen juga. Tan Sri Speaker sedang mendengar. Kita percayakan beliau juga akan memberi perhatian. Juga, kepada tol percuma sempena Deepavali. Kita akan menunjukkan bahawa Kerajaan Madani ini menjaga semua rakyat di Malaysia. Terima kasih...
[Tepuk]
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Jelutong. Saya mohon masukkan ucapan dalam perbahasan saya. Saya setuju dan sokong cuti umum itu diberikan dua hari. Seperti yang kita sedia maklum, untuk berpuluh-puluh tahun, kita hanya menyambut sehari. Ini bukan- dan juga semua rakyat Malaysia akan sambut.
Saya juga menyokong saranan supaya tol itu percuma. Juga, ada rakan-rakan daripada pembangkang tadi menyatakan bagi bonus juga. Saya setuju juga. Oleh itu, saya dengan ini ucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi dan juga ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Yang Berhormat Parit Sulong. Sekian, terima kasih...
[Tepuk]
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini.
Saya teruskan kepada Butiran 020000 – Perpaduan Negara, diperuntukkan sebanyak RM353,305,500 pada tahun 2023 iaitu berkurangan ke RM343,903,200 iaitu berkurangan sebanyak RM9 juta, RM9.5- lebih kurang RM9 juta lebih berkurangan.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Jadi saya ingin tahu, peruntukan ini dikurangkan, walhal patutnya ditambah ataupun sekurang-kurangnya dikekalkan supaya lebih banyak Program Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang dapat dilaksanakan di seluruh negara.
Butiran untuk 17300 – Pusat Rukun Tetangga, di mana peruntukan sebenar tahun ini tidak digunakan- tahun lepas tidak digunakan sepenuhnya. Kementerian harus proaktif melaksanakan program-program KRT untuk menyemarakkan perpaduan sebab semangat dan peranan KRT yang saya lihat sekarang ini semakin pudar dan ada KRT yang lain yang langsung tidak aktif. Jadi, saya mohon supaya mereka di-revived semula dan diaktifkan semula.
Butiran 020200 – Perhubungan Masyarakat. Begitu rendah iaitu RM1.8 juta lebih kurang dan saya memohon supaya peruntukan ini boleh ditambah dan peruntukan ini juga boleh disalurkan kepada Bahagian Perhubungan Masyarakat supaya mereka dapat melaksanakan program di setiap kawasan Parlimen bersama dengan Ahli Parlimen tanpa mengira latar belakang parti mereka. Ini demi keharmonian agama, pengurusan perpaduan dan juga pemantauan petunjuk perpaduan. Program ini juga adalah untuk menyelaras usaha-usaha untuk mempertingkatkan dan memperkukuhkan perpaduan masyarakat. Sudah tentunya ini adalah untuk kebaikan negara kita tanpa kita
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
menyerlahkan konflik dan juga potensi untuk mengganggu gugat perpaduan masyarakat kita.
Kita juga ingin- baru-baru ini kita berbicara mengenai kancah politik konflik Palestin-Israel ini di mana dari kaca mata saya, program solidariti ini harus dilaksanakan di peringkat setiap Parlimen secara sopan dan aman dan sepatutnya diterajui oleh Kementerian Perpaduan dengan pengisian doa mengikut fahaman agama masing- masing, elemen penerapan kemanusiaan dan penanaman benih perpaduan. Bukannya oleh Kementerian Pendidikan yang akhirnya memperagakan kebencian dan watak-watak terrorist di kalangan pelajar. Bayangkan kalau ada individu yang ekstrem kerana terlalu marah, tersinggung dan taasub sama ada mereka daripada pro-Palestin ataupun pro- Israel, melakukan darurat, rusuhan dan pembunuhan. Siapa yang untung? Kita rakyat Malaysia yang rugi. Jadi, janganlah kita mengipas isu luar ini kerana ia balanya begitu bahaya kepada negara kita.
Banyak cara kita boleh terapkan perpaduan, sikap berperikemanusiaan, cara menanam benih perpaduan dan jutaan program solidariti tidak semestinya ia bisa selesaikan masalah konflik di Gaza. Kita gilap dan tatang perpaduan negara kita ini supaya jangan ada mana-mana pihak sama ada pembangkang mahupun kerajaan memperkudakan isu ini untuk political mileage masing-masing. Jadi, perkara ini jangan dipandang enteng kerana ia bisa membengkak dan menjadi barah dan apabila ia menjadi barah, ia bisa memusnahkan negara kita.
Jadi, Kementerian Perpaduan adalah kementerian yang amat penting demi menegakkan perpaduan negara kita ini. Jadi, negara kita ini, kita jaga keamanan, perpaduan dengan begitu baik sebab demi keamanan dan kemakmuran bersama ini kita harus mempunyai satu platform yang digilap oleh Kementerian Perpaduan supaya kita dapat hidup bersama, maju dan makmur tanpa mengira bangsa dan agama. Saya ingin berpesan kepada mana-mana pihak, jangan kita labelkan orang ini kafir, orang itu pengkhianat...
[Tepuk] orang itu tidak baik, orang ini tidak baik.
Saya ingin berpesan kerana saya kafir inilah yang membantu ada di antara anda yang menjadi dan merasa menjadi kerajaan. Saya amat tersinggung dengan sebutan itu kerana saya sebagai rakyat Malaysia, saya tidak pernah mengganggu gugat hak mana- mana rakyat Malaysia...
[Tepuk] Kita harus belajar, saya ingin berpesan kepada mana- mana pihak. Sebab di mana-mana negara, walaupun mereka majoriti ataupun minoriti, kalau mereka sudah tertekan pada tahap yang begitu tinggi, mereka juga boleh menjadi seorang perusuh, menjadi seorang pembunuh dan menjadi seorang pemberontak.
Jadi, jangan kita mengapi-apikan semangat kebencian itu kerana ia bisa menghancurkan negara kita yang kerdil ini dan kita harus mengingati bahawa kita telah menubuhkan Malaysia ini dengan Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Negara ini bukan sahaja dimiliki oleh Orang-orang Melayu. Orang Melayu mengatakan Tanah Melayu itu milik mereka, *yes, that is your right, but Sarawak is- I’m one of the Dayak majority, I can say that partly one-third of Malaysia is belong to us. So...
[Tepuk]* Kenapa kita perlu bergaduh? Kenapa kita perlu berbicara mengenai perkara ini? Kerana ia tidak mendatangkan kebaikan.
Why don’t we discuss about things that bring progress to our country? What are we doing? So, saya minta semua rakyat Malaysia sama ada pembangkang ataupun kerajaan, walk the talk and do the right thing for our country. Thank you very much. Terima kasih...
[Tepuk]
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput Menteri.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua...
Tuan Pengerusi
Menteri, saya bagi 25 minit okey?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
25 minit?
Tuan Pengerusi
Datuk Aaron Ago anak Dagang
20?
Tuan Pengerusi
Ya.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Memang tak cukup.
Tuan Pengerusi
Tak cukup, 25 minit then.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Whatever. Jadi, terima kasihlah ke atas hujah- hujah yang membangkitkan pelbagai isu di bawah Kementerian Perpaduan Negara. Saya mungkin tak boleh jawab mengikut isu-isu yang dibangkitkan oleh individu ataupun Yang Berhormat-Yang Berhormat. Saya akan memberi rumusan kepada isu-isu utama, tapi yang sebelum itu banyak dibangkitkan yang mengatakan bahawa bajet di bawah kementerian ini dikurangkan. Ingin saya jelaskan di sini, kalau kita melihat dari segi keseluruhannya, bajet untuk Kementerian Perpaduan ini naik kepada 11.9 percent.
Cuma yang menjadi di sesetengah butiran itu kurang oleh sebab kita melihat kalau di pengurusan itu kita melihat jauh kurang, tapi kita melihat di pembangunan, dia dinaikkan kepada RM88 juta. Jadi, disebabkan bahawa banyak peruntukan kalau dahulunya di bawah pengurusan, yang besar adalah Pusat Rukun Negara yang RM54.6 juta. Kalau dulu adalah di bawah operational expenses (OE), tapi sekarang adalah di bawah peruntukan pembangunan dan ini adalah di mana the shift of- dia pergi kepada pembangunan.
Jadi, kedua yang banyak dibangkitkan adalah berkenaan dengan Butiran 00100 – Pembaikan, Naik Taraf dan Ubah Suai Premis Perpaduan. Ingin saya jelaskan di sini adalah yang RM7 juta ini, ini adalah untuk pembaikan, naik taraf, ubah suai premis Perpaduan di Kementerian Perpaduan Negara, bukan di headquarters, tetapi di seluruh negeri seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, peruntukan dalam RM34,000, RM1.3 juta yang paling besar, RM800,000, RM200,000 dan sebagainya.
Terus kepada Putrajaya, all the states ya. Jadi, jumlah RM7 juta. Jadi, bagi saya itu memang tidak besarlah sebab apabila dibahagikan kepada 19, dipecah-pecah mengikut negeri ini, RM400,000, RM50,000 sebuah negeri.
Jadi kedua, saya ingin jelaskan di sini adalah berkenaan dengan ramai yang menyebut tentang Rukun Negara. Seperti yang saya jelaskan pagi tadi, Rukun Negara ini adalah amat penting. Atas sebab itu apabila saya masuk ke Kementerian Perpaduan ini, saya melihat mungkin tak sikitlah, bukan melihat daripada macam mana pengukuran Rukun Negara ini telah diadakan.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
The first thing saya melihat dari dasar Kementerian Perpaduan Negara ini sebab kementerian ni baru. Jadi saya melihat dasar kementerian ini adalah ditubuhkan mengikuti apa yang telah ada di Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia. Kebelakangan ini pun kita melihat Rukun Negara ni sudah jarang dilafazkan ataupun disebut-sebut.
Saya membawa Kertas Memorandum kepada Kabinet untuk Rukun Negara ini dilafazkan dengan sepenuhnya, dengan membaca mukadimah sebelum kita membaca lima prinsip itu dan telah pun diluluskan oleh Kabinet pada bulan tiga dan selepas itu kita dengan rancaknya melancarkan, kita membuat peluncuran dulu di public area di MyTOWN, Cheras. Lepas itu kita pergi ke sekolah- semua sekolah- dari Perlis sampai ke Sabah kita buat satu acara yang amat besar, yang melibatkan lebih 36,000 students at the same time. That was the first eksplorasi. Kita namakan Eksplorasi Rukun Negara.
Lepas itu kita pergi kepada apa nama itu, peringkat universities. Kita membawa, mengadakan satu debate- pidato di antara 19 universiti di seluruh negara dan telah pun tamat diadakan di Universiti Malaya baru-baru ini. Of course selepas itu kita banyak lagi di peringkat sekolah juga kita turunkan supaya di peringkat sekolah ini banyak lagi diadakan di kalangan murid-murid sekolah.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Juga kita mengesyorkan ataupun suggest kepada semua majlis kerajaan, diharapkan dapat melafazkan Rukun Negara dan the last one ini kita mohon adalah supaya Dewan ini juga sekali dalam sidang Parlimen kita at least one time, the first sidang Parlimen kita setiap tahun kita melafazkan Rukun Negara sebab ianya amat boleh membawa patriotisme.
Saya ingin memaklumkan di sini juga apabila kita mengadakan majlis kebesaran seperti Hari Merdeka, kita juga lafazkan Rukun Negara di Putrajaya. Apabila kita mengadakan Hari Malaysia, kita juga lafazkan Rukun Negara di Kuching. Ini adalah kedua-dua majlis yang amat besar. Itulah lepas ini kita melihat dalam tahun-tahun yang akan datang, kita akan banyak lagi melibatkan aktiviti-aktiviti menjurus kepada Rukun Negara.
Satu isu disebut tadi adalah apabila di cita-cita di nombor tiga itu yang menyebutkan liberalisasi dan saya pun telah mengadakan beberapa discussions dengan tokoh-tokoh. Beberapa hari dulu, kita mengadakan satu konferen harmoni iaitu Bangsa Malaysia: Myth or Reality. Dari sana, saya berjumpa dengan former Minister yang sekarang, Tan Sri Syed Albar.
Beliau pun telah menyuarakan the word liberal dalam cita-cita Rukun Negara itu, tetapi apabila kita membincangkan sebab di sana jelas ia bermakna liberal terhadap kebudayaan kita di sini. Interpretasi itu kalau kita membawanya lebih, memang dia akan menjadi lainlah dalam tanggapan kita sendiri, tapi bagi kita apabila ia dulu diilhamkan oleh tokoh-tokoh negarawan dulu apa nama itu, Prime Minister yang dulu dan tokoh-tokoh yang membuat Rukun Negara itu memang tujuan mereka adalah ianya dipakai dalam negeri bukan di luar negeri. Jadi begitulah isu-isu dengan Rukun Negara.
Ketiga yang banyak dibangkitkan...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Saya ingin mencelah.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Mencelah, okey.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Menyentuh tentang Rukun Negara, saya ingin membacakan verbatim tentang apa yang terkandung dalam Rukun Negara itu, penegasannya. Disebut, “Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak.” Setuju kah Yang Berhormat Menteri bahawa apa yang dimaksudkan dengan “liberal” di sini ialah terbuka dan menghormati terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang dimaksudkan itu?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat. Begitulah sebab dalam program kita apabila kita menyebut perpaduan, asas kita ataupun konsep kita adalah perpaduan dalam kepelbagaian. Apabila kita menggunakan ungkapan begitu adalah unity and diversity. Apabila diversity come in, di sinilah budaya tradisi hidup kita di sini, kita mesti hormat. Kita guna selalu kalau di Kementerian Perpaduan, kita gunakan perkataan “faham, hormat dan terima”. You must understand dulu, lepas tu hormat, lepas itu adopt atau terima...
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri, boleh celah tak?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Okey.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Saya nak cadangkan sebab ia perkataan, istilah “liberal” tu telah menyebabkan orang pelbagai group, sensitif. Jadi, “liberal” ni bahasa Inggeris. Kenapa tak kalau yang Shah Alam sebut tadi pun okey juga. Dia boleh diterima oleh semua kaum, semua kelompok. Jadi nak mengapakan, jadi membuang masa istilah “liberal” dimelayukan lah dah. Setuju Pengerusi?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Ya, setuju, terima kasih. Kedua, topik besar yang dibincangkan oleh almost keseluruhan Yang Berhormat yang berbahas tadi ialah berkenaan dengan KRT. Kalau kita melihat dalam bajet pun, KRT ini yang kita selalu bagi every year kepada KRT-KRT yang berjumlah 8,000 lebih kita ada itu sudah RM6,000
Datuk Aaron Ago anak Dagang
untuk satu-satu KRT, tetapi kalau kita melihat, kita ada RM20 juta yang baru, inisiatif baru ini, ini adalah inisiatif baru yang kita pun telah rancang kan bagi tahun-tahun yang depan.
Di mana dalam ini- kalau dulu, kalau kita melihat sejarah KRT daripada tugas untuk keselamatan, kita expand kepada lebih lagi banyak. Kalau sekarang ini kita mempunyai lebih kurang empat gerak kerja dari segi kepimpinan, dari segi pendidikan dan sebagainya.
Dalam KRT baru yang kita ingin laksanakan adalah dikatakan KRT Progresif.
Sekarang ni masih dalam perbincangan, belum dibawa ke Kabinet, tapi kita pun telah mohon kepada MOF peruntukan untuk permulaan RM20 juta. Kita mohon lebih daripada itu, tapi dibagi RM20 juta. Ini adalah dalam KRT ini sebab kalau dulu kita mempunyai empat tugas besar, tapi sekarang kita sudah expand kepada lapan. Fokus utama kita kepada lapan dan satu daripadanya adalah dari segi ekonomi.
Sebab kalau kita berbicara dengan apa tu hal ekonomi ini, di peringkat kerajaan, kita menyebut tentang inflasi, kita menyebut tentang cost of living naik, kita melihat subsidi sudah sampai kepada RM80 bilion. Kita di Kementerian Perpaduan sudah ada jentera, jentera perpaduan iaitu Rukun Tetangga. Kita ada 8,000 lebih Rukun Tetangga. Kita memikirkan- kita kalau kita gunakan Rukun Tetangga ini untuk mengangkatkan perkhidmatan mereka, kegiatan mereka untuk menambahkan hasil daripada kegiatan- kegiatan ekonomi, sebab banyak KRT di seluruh negara ini yang amat berjaya.
Kalau kita pergi ke Langkawi, ada KRT yang terlibat dalam program pelancongan.
Amat berjaya. Of course dengan bantuan agensi atau kementerian lain seperti Kementerian Koperasi yang memberi bantuan dana dan sebagainya. Kalau kita pergi ke Pahang, berpuluh-puluh KRT di Pahang amat berjaya membangunkan Kebuniti dan pergi ke downstream untuk menghasilkan food product makanan dan minuman.
Semalam, apabila kita mengadakan karnival KRT di Bangi, kesemua mereka ini dari Perlis dan 14 wilayah datang ke Konvensyen Bangi dan mereka membawa hasil-hasil produk ekonomi yang mereka dapat adakan dan kita melihat amat banyak yang mereka dapat hasilkan. Lepas tu kita memikirkan bahawa yang ini boleh diperhebat kan lagi untuk membantu kerajaan mengatasi masalah kenaikan cost of living dan juga untuk mengurangkan lagi bantuan-bantuan.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Kita tahu keluarga B40 mendapat bantuan every month. Kita memikirkan dengan jentera yang kita ada ini iaitu Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang terkecil boleh diperkasakan untuk memperhebatkan lagi kegiatan ekonomi di peringkat mereka ini supaya mereka dapat naikkan household income. The word is household income.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Jadi, itulah. Apabila kita mohon untuk memperkasakan KRT ini, kita diberi RM20 juta untuk memulakan dan dengan ini, kita berharap lebih banyak KRT di seluruh negara akan lebih aktif melibatkan diri dalam pelbagai fokus kegiatan utama yang kita telah adakan iaitu lapan fokus utama dan sebab itu kita melihat dalam bajet ini, ada RM20 juta yang diperuntukkan adalah khas untuk KRT-KRT dan banyak program dalam ini yang kita akan adakan. Kita akan mengadakan satu profiling untuk KRT. Tadi disebut Tabika Perpaduan. Dalam KRT itu pun ada KEMAS, Tadika KEMAS, tadika private dan sebagainya. Apabila kita membuat profiling, kita membuat census untuk KRT ini, baru kita fahami sama ada kita perlu menambahkan lagi Tabika Perpaduan ataupun kita melibatkan diri atau menghantar anak-anak kita pergi ke tabika-tabika lain yang ada seperti tabika KEMAS, tabika private dan sebagainya.
Itulah sangat penting apabila kita mengadakan profiling. Kesemua KRT. Itu pun kita mengetahui di KRT ini keadaan population Rakan Muda, Rakan Wanita yang dapat membantu kita untuk memperkasakan lagi kegiatan-kegiatan yang kita ingin adakan kepada KRT-KRT ini supaya mereka ini lebih aktif. This is a very big task bagi kita dan kita pun amat mengharapkan sebab di peringkat kerajaan, kerajaan pun telah mengadakan satu program yang dikatakan Komuniti Madani. Sedang dalam
Datuk Aaron Ago anak Dagang
perbincangan sekarang ini dan kita berharaplah Komuniti Madani ini akan adopt KRT progresif kita di kementerian untuk menjadi Komuniti Madani. Ini harapan kita.
Sebab, belum ada Komuniti Madani. Ya, ada KRT. Jumlah jentera kita sudah 8,000 lebih di seluruh negara dan kita berharaplah dengan inisiatif yang kita adakan sekarang, diharapkan ia dapat di-absorbed untuk menjadi Komuniti Madani di peringkat nasional.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Minta laluan sikit.
Kubang Kerian.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Thank you.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih. Tahniah atas jawapan yang telah pun dijelaskan tentang KRT yang berjaya. Cuma persoalan saya ialah bila kita analisa semua KRT ini, ada KRT yang sangat berjaya dan ada yang memang gagallah. Saya cadangkan kalau boleh pihak kementerian menganalisis data-data yang ada tentang faktor-faktor kejayaan KRT ini supaya jadi model kepada KRT yang lain.
Sebab, kita habis banyak tiap-tiap tahun belanja, tetapi setengah-setengah KRT itu langsung macam tidak berfungsi dan sebagainya. Kalau boleh dilihat apa kriteria yang ada yang menyebabkan mereka sangat berjaya dari sudut ekonomi, pencapaian dan sebagainya supaya jadi model kepada KRT-KRT lain. Terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat. Begitulah harapan kita. Kita akan membuat profiling. Even sekarang ini pun kita mengadakan satu anugerah kepada KRT-KRT yang berjaya dari segi ekonomi, dari segi kebersihan, dari segi Jiran Wanita, Jiran Muda dan sebagainya. Baru habis dua malam dulu di Pusat Konvensyen Bangi. Di sanalah kita melihat memang kita ada mempunyai kriteria-kriteria untuk mengatakan sama ada mereka ini dapat dimajukan atau tidak dan proses ini akan mengambil masa. Profiling is a very important study. Kita akan buat kajian sosial, economic study di setiap KRT ini dan apabila kita sudah ada database dan kita akan menjurus kepada permohonan yang kita dapat adakan bagi setiap KRT ini.
Of course, sekarang ini kita akan bermula dengan at least one KRT di setiap daerah, tetapi kalau di daerah itu banyak KRT yang progresif, yang mampu diperkasakan, kita akan ambil juga. Itulah cara kita, diharapkan akan menjadi satu kenyataan yang amat besar kepada Kementerian Perpaduan Negara.
Satu lagi isu yang banyak disebut adalah dari segi Tabika Perpaduan. Jadi, di seluruh negara ini kita cuma ada 1,000 lebih Tabika Perpaduan dan disebut tadi adalah dari segi bantuan makanan. Bantuan makanan naik kepada RM30 juta. Untuk bantuan makanan ini, kalau dulu adalah RM2 lebih, sekarang sudah naik RM1 kepada RM3.25 dan dengan itu pengiraan adalah yang bertambah kita melihat dalam bajet itu. Ini banyak setakat ini, tetapi tak apa, yang saya ingin katakan adalah kenaikan sedikit dari segi tambahan makanan itu daripada RM2 kepada RM3 lebih.
Jadi, lepas itu saya ingin pergi ke sesetengah soalan. Bukit Bendera tadi telah memohon untuk Butiran 45100 berkenaan dengan memelihara Muzium Diraja. Ini, quite interesting. Muzium Diraja ini adalah Muzium Istana Negara yang lama dulu dan sekarang ini dalam proses renovation. Ya, benar muzium ini telah ditutup pada bulan Mac 2022 dan– dibuka pada 2013, ditutup pada Mac 2022. Kita akan mengadakan banyak renovation di kawasan ini sebab roofing dia pun bocor, lantai pun perlu diubahsuai dan banyak lagi kerja-kerja akan diadakan dan kita berharap ia akan buka balik pada 2025 ya.
Dari segi pengunjung ke sana, sejak ia dibuka dari 2013, lebih kurang 1.5 juta pengunjung dengan kutipan RM6 juta lebih.
Kedua adalah dari Bukit Bendera juga, peningkatan bajet untuk aset. Aset ini di Arkib dan di muzium adalah untuk peralatan. Peralatan pejabat RM500,000 untuk muzium, untuk memastikan operasi mereka berjalan secara baik dan di Arkib ada RM24 juta perolehan just untuk ICT dan lesen perisian pusat data dan sebagainya.
YB Kapar, berkenaan dengan tabika tadi yang telah saya jelaskan dengan general. Ya, tadi saya telah katakan bahawa bantuan makanan tambahan adalah RM30 juta lebih berbanding dengan RM21 juta pada tahun yang dulu,kenaikan 44.1 persen. Ini
Datuk Aaron Ago anak Dagang
adalah untuk 37,000 lebih murid di 1,442 Tabika Perpaduan di seluruh negara dan 41 buah Taska Genius. All right. Kapar menyentuh berkenaan dengan tabika juga. Okey, lebih kurang sama. Bukit Bendera, muzium. Muzium Lurah Bilut. Bukan terletak di bawah kawasan Jabatan Muzium, tetapi di peringkat Persekutuan ya. Muzium ini dia banyak, kita ada state, kita ada National Museum dan ini adalah di peringkat Persekutuan.
Okey, Bukit Bendera lagi. Pendidikan di muzium. Okey, pihak Jabatan Muzium Malaysia merupakan ahli International Council of Museum (ICOM). Memang menjalankan tugas teras seperti pemuliharaan pengurusan koleksi pameran dan penyebaran ilmu pengetahuan. Program inspirasi pelajar, inovasi muzium merupakan program kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendidik generasi muda berdasarkan kurikulum buku teks sekolah.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Okey, ini bagi mendidik pelajar dengan lebih komprehensif berkaitan sejarah budaya dan alam sekitar semula jadi. Lebih kurang 150 program outreach diadakan untuk kegiatan ini, okey.
Kapar juga memohon penjelasan mengapa peruntukan perpustakaan ini kurang pada tahun 2024...
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Yang Berhormat, Segamat.
Segamat. Baik, terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih, Yang Berhormat. Cuma kesuntukan masa mungkin Menteri tidak dapat menjawab tentang cuti umum yang dibangkitkan tadi.
Saya juga mohon Yang Berhormat Menteri bawa isu ini ke Jemaah Menteri untuk dibincangkan dan saya harapkan Yang Berhormat Menteri ada komitmen terhadap perkara ini. Saya yakin dengan kewibawaan dan kebijaksanaan kalau Yang Berhormat berjaya melakukan ini seluruh rakyat Malaysia akan puji Kanowit dan itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih, Yang Berhormat.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri...
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Dengan perbahasan Yang Berhormat, hari ini semuanya akan tersebar luas bukan sahaja di Dewan ini juga di luar-luar sana. Memang ia akan keluar ia akan sampai kepada Menteri-menteri yang bertanggungjawab nanti.
Mungkin kepada Perdana Menteri sendiri.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Ya.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri, saya sebut fasal perpustakaan itu. Lama saya bahas itu. Tak sebut lagi.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Perpustakaan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri, Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Mungkin yang very specific itu kita akan sebab banyak sangat ini. Kita akan jawab bertulis ya..*.
[Ketawa]*
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri, Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Ada banyak ini sebab itu saya jawab in general supaya I can cover semua isu-isu yang telah dijelaskan. Yang spesifik ini sebab masa pun dekat habis kita ada satu lagi kementerian, tetapi jangan takut saya akan buat jawapan yang lebih terperinci secara bertulis.
Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem - Serian
Menteri, Serian.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Yes, Serian, yes.
Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem - Serian
Segamat telah minta supaya cuti umum dua hari diberi kepada Deepavali. Jadi, Sarawak kita tahu Sarawak cuti umum 1 dan 2 Jun tiap-tiap tahun dua hari. Jadi, syor saya mengapa tidak perayaan Gawai Dayak diberi cuti umum di seluruh negara. Kalau perayaan Gawai Dayak diberi cuti umum di peringkat negeri Sarawak maka saya cadangkan supaya perayaan Gawai Dayak juga diberi cuti umum dua hari di seluruh negara, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Setuju, setuju ini.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih, Yang Berhormat. Begitulah apabila satu permohonan sudah diutarakan banyak lagi akan mohon untuk cuti. Di Malaysia jumlah hari cuti sudah terlalu banyak mungkin we have the most number of holidays compared to any other countries in the world.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Kalau kita minta lagi akan lebih banyak lagi cuti. Yes, Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri daripada Kanowit, saya amat teruja dengan jawapan yang diberikan. Menteri juga melaksanakan tugas dengan baik dan kita bersyukur semenjak Menteri menjadi Menteri dalam Kementerian Perpaduan keamanan, perpaduan dalam negara kita sentiasa terjaga dan terpelihara...
[Tepuk] Pada masa yang sama, saya cuma hendak tanya kepada Menteri yang melaksanakan tugas dengan begitu baik. Saya akan bila berjumpa dengan Yang Amat Berhormat memang saya akan mengatakan kekalkan Menteri ini sebagai Menteri Perpaduan. Cumanya, saya tanya adakah apa-apa syarahan akan diberikan secara khususnya kepada Ahli-ahli Parlimen untuk mereka mengetahui sejarah negara kita kalau ada yang tidak belajar. Mungkin ada yang PhD kelayakan PhD, tetapi masih tidak tahu beberapa perkara asas dan bercakap secara celopar dalam memberi ucapan dan sebagainya. Boleh beri ulasan?
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya setuju juga. Saya setuju yang lawyer pun kadang-kadang tidak tahu undang-undang pun ada. Saya setuju...
[Dewan riuh]
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
[Tepuk]
Datuk Aaron Ago anak Dagang
[Ketawa] Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Bukan ucapan Jelutong.
Ucapan saya...
[Tidak jelas]
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih, okey, okey. Cukup, cukup.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Boleh beri ulasan?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, sila gulung.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
All right.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Boleh beri ulasan?
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Penjelasan saya dua tiga hari dahulu saya menghadiri untuk menjadi Keynote Speaker di Konvensyen Bangsa Malaysia, Myth or Reality. Dari situ of course ucapan saya pergi kepada masalah perpaduan kita di sini sampai saya menyebutkan ada the main culprit adalah kita sendirilah ahli politik yang membawa politik toksik...
[Dewan riuh]
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Betul tidak?...
[Tepuk] Banyak tersebar di surat-surat khabar okey I take that as my stand and that is what happening because politics cover everything. All right, you can talk about education, you can talk about discrimination. Anything else but the bulk and the final word is politicians, okey. Last yang saya mahu terangkan tadi adalah...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Okey, last one. Banyak disebutkan berkenaan dengan keharmonian dan IPNas ataupun indeks perpaduan. Bagi tahun hadapan sebab sekarang kita sudah mengadakan dua kajian 2018 dan 2022 kita mendapat IPNas ataupun indeks perpaduan ini dalam lingkungan 0.6 lebih dan target kita pada tahun hadapan adalah untuk supaya ia dapat meningkat kepada angka yang lebih baik, tetapi saya melihat dalam isu ini sebab selalu disebutkan Sabah dan Sarawak berkenaan lebih harmoni. Sebab itu, kalau saya balik ke Sarawak saya bukan Menteri Perpaduan. Saya katakan Menteri Harmoni, tetapi kalau saya balik ke sini they declare me as Menteri Impossible, Impossible Minister because I’m heading the impossible kementerian.
So, what I want to do pada IPNas nanti kita akan bahagikan Semenanjung. Satu, kita akan adakan untuk Sabah dan kita adakan untuk Sarawak dan kita adakan untuk keseluruhannya. So, empat indeks akan keluar dan kita boleh melihat daripada angka- angka itu nanti sama ada keharmonian betul-betul exist di Sarawak. Kalau benar, apakah faktornya, apakah kriteria untuk kita sampai kepada angka-angka itu.
Itulah yang kita akan adakan dan kita berharaplah daripada kerajaan ini yang akan diadakan dan diuruskan oleh Universiti UKM dengan profesor-profesor di sana yang telah pun mengadakan kajian dalam Indeks 1 dan Indeks 2 dan kita berharap dalam indeks akan datang kita akan dapat angka yang lebih convincing apabila kita menyebut di sana lebih harmoni dan why is lebih harmoni. Okey, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Tuan Pengerusi, thank you.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Thank you. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM547,590,900 untuk Kepala B.14 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.14 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.14 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.14 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kepala Bekalan B.20 dan Kepala Pembangunan P.20 di bawah Kementerian Perladangan Komoditi terbuka untuk dibahas.
Senarai pembahas adalah seperti berikut: Yang Berhormat Seputeh; Yang Berhormat Padang Serai; Yang Berhormat Parit Sulung; Yang Berhormat Dungun; Yang Berhormat Pasir Gudang; Yang Berhormat Tangga Batu; Yang Berhormat Betong; Yang Berhormat Sabak Bernam; Yang Berhormat Julau; Yang Berhormat Tumpat; Yang Berhormat Kepong; Yang Berhormat Kuala Krai; Yang Berhormat Pulai; Yang Berhormat Padang Terap; Yang Berhormat Puncak Borneo; dan Yang Berhormat Kluang.
Saya jemput Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih, Puan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 11001 – Lembaga Getah Malaysia (LGM).
Saya hendak bangkit fasal tentang Malaysian Rubber Council (MRC). Kita tahu yang Malaysian Rubber Council dahulu nama dia adalah MREPC yang tujuannya adalah untuk mempromosi, eksport buatan getah dari Malaysia dan di mana 0.2 peratus daripada jumlah eksport produk getah yang satu tahun- ia semua disalurkan kepada untuk perbelanjaan MRC.
Dahulu adalah- agaknya RM20 bilion satu tahun eksport getah kita, maksudnya jumlah ses yang akan dikutip adalah lebih kurang RM40 juta, tetapi kita lihat selepas berlakunya pandemik COVID-19 yang eksport getah kita ini sebenarnya telah pun jatuh mendadak kerana keperluan dunia terhadap sarung tangan getah telah pun jatuh. Jadi ini bermaksud ses yang akan dikutip oleh Malaysian Rubber Council sebenarnya akan juga jatuh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Puan Pengerusi, saya rasa hairan dengan kita lihat yang pendapatan daripada ses yang dikutip daripada eksport produk getah kita ini akan jatuh, tetapi Malaysian Rubber Council, mereka sekarang merancang untuk naikkan lagi allowance bagi Pengerusi dan juga trustee ya, bagi Lembaga itu. Yang mana saya difahamkan secara purata allowance bulanan bagi Pengerusi yang dulunya lebih kurang RM6,000 satu bulan, sekarang akan dinaikkan ke RM10,000 dan juga perbelanjaan kenderaan dari RM2,000 naik kepada RM3,000. Yang mana trustee dulu saya masih ingat pada waktu saya iaitu empat tahun yang lebih adalah lebih kurang RM1,500 satu bulan, sekarang telah pun naik ke RM3,000 satu bulan. Jadi yang benefit secara one-off adalah RM563,500.
Jadi saya difahamkan ada satu usul akan diluluskan oleh MRC dalam mesyuarat yang akan datang untuk meluluskan kenaikan allowance dan juga manfaat- benefit oleh pengerusi dan juga trustee. Yang mana pengerusi akan mendapat RM1,650,000 setahun yang mana jumlah yang akan diterima oleh trustee adalah lebih kurang setengah juta iaitu RM565,000 setahun. Bagi saya, saya rasa yang pertambahan yang allowance ini adalah not justifiable kerana kita tahu yang sekarang industri getah memang menghadapi cabaran yang sangat sengit khususnya dalam industri sarung getah.
Jadi saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh mengkaji ya permintaan untuk naikkan allowance bagi Pengerusi dan juga trustee di dalam MRC ini kerana saya rasa kalau sebenarnya dana yang dikutip, ses yang dikutip daripada industri sepatutnya digunakan untuk mempromosi eksport rubber product kita dan bukannya untuk naikkan gaji mereka walaupun industri getah ini sekarang tengah dalam keadaan yang susah.
Isu yang kedua yang saya nak bangkitkan adalah tentang MPOGCF. Saya terbaca laporan yang tersiarkan dalam The Star semalam yang bertajuk, “Malaysian Tigers’ Fertility Boosted With Palm Oil-Based Supplement.” Jadi kenyataan yang dikeluarkan oleh Communication Manager, Tuan Nazuri Tuan Ismail, beliau berkata yang MPOGCF ini mereka gunakan bagi Malayan Tiger ini makan vitamin E- tocotrienol dengan itu sperma dia telah pun lebih positif, bertambah dan sebagainya. Bagi saya, kenyataan seperti ini haruslah dibuat oleh pihak universiti ataupun saintis kerana ia haruslah kita melalui satu tempoh yang mana kajian secara saintifik telah pun dilakukan, tetapi bukan dengan cara, “Oh dalam tempoh yang kita bagi harimau makan vitamin E- tocotrienol, spermanya telah pun positif”. Di sini saya rasa kita ada ramai saintis di bawah MPOB.
Saya rasa kajian yang lebih teliti haruslah diadakan sebelumnya mengeluarkan apa-apa kenyataan seperti ini.
Puan Pengerusi, saya hanya nak bagi beberapa soalan saja. Yang MPOGCF ini ditubuhkan untuk menjawab yang kesemua serangan dunia terhadap minyak sawit Malaysia ini. Jadi itu sebab ia digunakan untuk menanam pokok dan juga membantu penternakan atau pembiakan haiwan liar seperti Orang Utan, Malayan Tiger dan sebagainya. Saya tahu tak mungkin Menteri bagi saya jawapan penuh. Saya nak tahu, apakah yang telah pun dilakukan oleh MPOGCF selepas di bawah kerajaan baru. Saya minta jawapan secara bertulis.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Akhirnya ialah saya faham yang predicament daripada kementerian yang mana sasaran kita untuk Dasar Agrikomoditi Negara 2021 hingga 2030 yang mana sepatutnya sasaran pensijilan adalah sepatutnya 100 peratus, tetapi telah pun diturunkan kepada 50 peratus. Saya masih berharap pihak MTIB, pihak kementerian boleh mengkaji semula dengan sasaran yang diturunkan ini supaya kita yang sasaran Dasar Agrikomoditi Negara ini boleh sejajar dengan sasaran yang ditetapkan di bawah Dasar Kepelbagaian Biologi 2022 sehingga 2030 untuk mencapai 100 peratus pensijilan seperti yang dimaktubkan dalam dasar ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Untuk perhatian Yang Berhormat Menteri, saya terus kepada tajuk Butiran 020000 iaitu Perbelanjaan Kementerian Perladangan dan Komoditi kali ini meningkat dari tahun sebelum ini iaitu sebanyak RM732.7 juta bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan.
Merujuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan Agrikomoditi. KPK meletakkan bajet RM157 juta bagi perbelanjaan mengurus serta Butiran 020100 – Kemajuan Industri Komoditi yang diperuntukkan RM18.5 juta.
Pada 13 Oktober yang lalu, Yang Amat Berhormat Tambun menyatakan bagi menyediakan Insentif Program Tanaman Semula Sawit dengan peruntukan RM100 juta bagi membendung kebarangkalian masalah produktiviti penghasilan buah tandan segar.
Melalui Butiran 020000 dan Butiran 020100, bagaimanakah mekanisme pembahagian insentif penanaman sawit ini dan kepada siapakah penerima insentif ini akan diterima.
Seterusnya Yang Berhormat Menteri, apa yang dilihat terhadap pengumuman Yang Amat Berhormat Tambun berkaitan insentif penanaman sawit. Dari manakah insentif ini diambil? Adakah dari dalam butiran-butiran seperti Butiran 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) atau 020000 – Pembangunan Agrikomoditi ataupun 020100 – Kemajuan Industri Komoditi?
Saya ingin mencadangkan peruntukan RM100 juta yang diperuntukkan untuk penanaman semula sawit ini khususnya kepada pekebun-pekebun kecil yang mana cadangannya ialah 50 peratus geran dan 50 peratus pinjaman supaya keseluruhan penanaman semula ini diberikan 100 peratus, tidak ada 50 peratus bahagian pinjaman.
Sebab industri sawit ini adalah antara industri yang menyumbangkan kepada ekonomi ketika krisis ekonomi tahun 1998 dahulu.
Tajuk yang kedua ialah Yang Berhormat Pengerusi berkenaan dengan lateks- Butiran 030500 - Insentif Pengeluaran Getah (IPG). Bantuan lateks Lembaga Getah Malaysia (LGM) adalah satu inisiatif kerajaan di bawah Program Insentif Pengeluaran Lateks yang bertujuan membantu pekebun kecil getah dalam meningkatkan pendapatan dengan memberikan galakan untuk menghasilkan lateks berbanding sekerap ataupun cup lump. Harga sekerap lebih rendah berbanding lateks. Berbanding Belanjawan 2024 berkaitan dengan getah, kerajaan hanya memperuntukkan kepada IPG sebanyak RM400 juta. Namun berapakah kerajaan tetapkan terhadap IPL ini?
Seterusnya berkaitan Butiran 030500 – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun adalah RM400 juta. Namun dalam Buku Belanjawan ini hanyalah RM171 juta sahaja. Adakah berlaku ralat di sini?
Seterusnya, apakah usaha KPK dalam meningkatkan pengeluaran lateks negara dan usaha KPK dalam melibatkan anak-anak muda dalam industri getah. Malaysia masih bergantung pada import lateks sebanyak 80 peratus dengan kos RM3 bilion setahun.
Program Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) sahaja tidak mencukupi bagi meningkatkan lagi hasil pengeluaran lateks negara. Walaupun program ILP ini bagus dengan pemberian
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
insentif tunai sebanyak RM1 bagi satu peratus kandungan getah kering dan juga bantuan input pertanian yang diberikan sebanyak RM850 bagi setiap hektar secara one-off.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Namun, KPK juga perlu memberi perhatian dalam menggalakkan lagi penoreh- penoreh ini bagi membuat lateks yang lebih terjamin pendapatan dan mendapat permintaan banyak industri getah berasaskan lateks. Apakah KPK mempunyai pelan jangka masa panjang bagi meningkatkan penghasilan lateks negara, dalam masa yang sama mengurangkan sebanyak mungkin import lateks yang menelan belanja RM3 bilion?
Seterusnya, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Pengerusi, 020300 – Lembaga Koko Malaysia. Saya juga ingin sentuh peruntukan yang diberikan kepada Lembaga Koko Malaysia untuk 020300 ini daripada RM37 juta naik kepada RM46 juta.
Apakah program pembangunan penanaman industri koko akan bertambah? Apakah program pembangunan usahawan koko ataupun pembuatan coklat akan disebarluaskan?
Apakah jenis-jenis program yang akan dibuat?
Industri koko adalah industri yang sangat memberikan pulangan yang baik kepada masyarakat. Industri koko sebelum ini adalah antara komoditi yang utama. Namun kini, penanaman industri koko di Malaysia hanyalah pada kadar 21,000 hektar sahaja.
Apakah langkah-langkah kementerian untuk meningkatkan industri penanaman koko ini?
Itu sahaja, Yang Berhormat Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya jemput Yang Berhormat Parit Sulong.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya terus kepada P.20, Butiran 11101 – Malaysia Palm Oil Berhad.
Seperti yang kita maklum, International Palm Oil Congress and Exhibition 2023 dianjurkan daripada 7 hingga 9 November ini sedang berlangsung. Jadi, soalan saya pada kementerian adalah, menerusi pameran ini, apakah manfaat yang kerajaan terima?
Setakat ini, berapakah syarikat tempatan yang terlibat dengan pameran tersebut?
Kemudian, saya lihat peruntukan bagi butiran MPOB pada tahun ini terdapat sedikit penurunan. Mengapa berlakunya penurunan sedangkan sawit adalah komoditi yang sangat penting bagi negara? Selain daripada itu, bagaimanakah MPOB memastikan kajian downstream ataupun hiliran yang dilaksanakan oleh MPOB akan mendapat manfaat dan impak kepada pekebun kecil dan juga rakyat?
Seterusnya kepada Butiran 030500 – Insentif Pengeluaran Getah. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah mengumumkan kenaikan paras harga pengaktifan IPG dari RM2.70 kepada RM3.00 sekilogram dengan jumlah peruntukan sebanyak RM400 juta melalui pembentangan bajet baru-baru ini. Namun begitu, isunya adalah walaupun apabila adanya peningkatan, sudah semestinya jumlah peruntukan yang diberikan melalui kementerian itu terdapat peningkatan, tetapi saya tengok dalam buku bajet ini, jumlahnya pada tahun 2023 dan tahun 2024 adalah sama iaitu di paras ataupun sejumlah RM171 juta. Jadi, saya hendak minta penjelasan kepada pihak kementerian mengenai perkara ini.
B 00503. Saya juga hendak minta kementerian penjelasan, minta supaya kementerian membentangkan kepada Dewan ini mengenai prestasi tuntutan IPG yang dibuat oleh pekebun kecil mengenai bilangan pekebun yang terlibat, jumlah tuntutan yang telah dibayar dan lain-lain.
Butiran 020400 – Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia. Saya ingin tahu, apakah hala tuju industri buluh negara setelah kerajaan mengetengahkan idea penanaman buluh sebagai sumber komoditi baharu ketika itu?
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Sejauh manakah potensi industri buluh ini dapat dijadikan satu komoditi negara?
Bagaimana pula potensi pasaran industri buluh ini? Saya hendak mohon Menteri untuk menyatakan setakat ini, berapakah pengusaha yang terlibat secara langsung dalam industri berasaskan buluh di Malaysia? Apakah terdapat sebarang bantuan atau insentif yang kementerian sediakan bagi memberi bimbingan kepada pengusaha industri berasaskan buluh ini?
Seterusnya, Butiran 030300 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit. Soalan saya kepada kementerian adalah, apakah kementerian akan mengambil keputusan untuk menghentikan eksport sawit ke Kesatuan Eropah dan menumpukan kepada negara lain?
Memandangkan pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penerbangan Hutan Kesatuan Eropah akan mewujudkan halangan dagangan yang akan memberi impak langsung kepada operasi sawit Malaysia bagi tempoh jangka panjang.
Yang Berhormat Menteri sebelum ini ada menyatakan tidak mustahil untuk Malaysia melaksanakan perkara tersebut sebagai tindak balas terhadap peraturan penebangan hutan baharu yang dicadangkan EU. Memandangkan Kempen Anti-Sawit di Eropah dilihat seperti tiada kesudahan, adakah Malaysia akan minta apa-apa bantuan seperti daripada WTO ke untuk memainkan peranan bagi memastikan sekatan perdagangan yang tidak ada ini dapat dihapuskan?
Soalan seterusnya adalah, bagaimanakah pula persiapan kementerian yang kita tahu menghadapi tekanan berterusan dari Kesatuan Eropah juga berkaitan dengan Kempen Anti Sawit terutamanya susulan konflik Israel-Gaza ini? Sudah semestinya sebab kita tunjukkan a very strong stand to support Gaza, dengan izin. Jadinya, saya hendak minta pandangan daripada kementerian mengenai perkara ini. Terima kasih banyak.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Saya jemput Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Butiran 020200 – Lembaga Kenaf dan Tembakau. Dulunya dinamakan Lembaga Tembaga dan Kenaf. Adakah dengan makna pertukaran nama Lembaga Kenaf dan Tembakau membawa maksud bahawa, fungsi kenaf telah berjaya menggantikan tembakau seperti pernah diuar-uarkan sebelum ini?
Yang kedua dalam butiran ini, apakah perancangan untuk memperhebatkan industri kenaf supaya menjadi sumber pendapatan lumayan kepada pengusaha?
Butiran 020500 – Lembaga Lada Malaysia. Soalan saya yang pertama, apakah usaha berterusan dan sistematik oleh Lembaga Lada Malaysia dalam mengatasi Vietnam selaku peneraju utama pengeluar lada dunia?
Yang kedua, adakah harga lada Malaysia masih lagi stabil pada waktu ini dalam memastikan pengusaha lada tempatan tidak mengalami kerugian?
Yang ketiga, adakah perancangan kementerian untuk mengurangkan kebergantungan terhadap lada import bagi memberi peluang kepada pengusaha tempatan dalam memasarkan lada tempatan?
Butiran 030400 – Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). Saya menyambut baik komitmen kementerian mengusahakan pengiktirafan MSPO di peringkat antarabangsa bagi menonjolkan kredibiliti minyak sawit kita. Namun demikian, dalam usaha kita mendapatkan pengiktirafan luar, kita juga tidak seharusnya melupakan usaha pemerkasaan pengusaha kelapa sawit kita terutamanya pekebun-pekebun kecil sawit.
Mohon penjelasan Menteri tentang langkah kementerian bagi memastikan pekebun- pekebun sawit kita dilengkapi dengan MSPO untuk memudahkan mereka menembusi pasaran premium.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Di samping itu, selain EUDR, atau EU Deforestation Regulation, dengan izin, kita juga perlu bersedia menghadapi lebih banyak peraturan hijau yang bakal diperkenalkan oleh EU seperti, dengan izin, Corporate Sustainability Due Diligence Directive dan Green Claims Directive, ditambah dengan cadangan EUDR sedia ada kini.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Kesemua ketetapan ini berkemungkinan besar akan menggandakan lagi cabaran yang sedang dihadapi komoditi sawit kita. Adakah kementerian merancang untuk menjalankan sebarang inisiatif seperti kajian dan libat urus dengan pemegang taruh untuk mempersiapkan komoditi sawit kita, beradaptasi dengan peraturan-peraturan hijau ini?
Butiran 030600 – Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC).
Pembangunan, 00503 – Program Mekanisasi dan Automasi Komoditi. Saya ingin menyentuh tentang Butiran 030600 berkenaan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) dan Butiran 00503 berkenaan Program Mekanisasi dan Automasi Komoditi.
Cadangan saya kursus-kursus berkaitan mekanisasi dan automasi yang ditawarkan di IMPAC memberikan lebih penekanan pada kemahiran teknologi baharu seperti dron perladangan dan internet of things (IoT) dengan izin. Implementasi IoT dan artificial intelligence (kecerdasan buatan) yang cekap dalam sektor huluan perdagangan akan membantu proses seperti pengiraan kuantiti tuaian, manakala penggunaan teknologi dron boleh membantu kerja penyemburan racun dan pemetaan. Kesemuanya ini seterusnya akan mengurangkan tempoh produktiviti, menjimatkan kos jangka panjang dan meningkatkan hasil komoditi. Walaupun masih banyak cabaran, tetapi diharapkan golongan sasar mampu untuk beradaptasi dengan teknologi baharu ini. Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Timbalan Pengerusi. Saya hanya menyentuh satu aspek sahaja iaitu Butiran 030300 – Menangani Kempen Anti-Minyak Sawit.
Dalam hal ini saya rasa berpendapat kerajaan mengambil tindakan yang betul iaitu meningkatkan peruntukan belanjawan. Kalau tahun 2023, setakat RM10 juta, untuk belanjawan tahun hadapan RM15 juta, ini satu perkara yang baik. Saya sangat bimbang Puan Pengerusi tentang kempen jahat ini di negara-negara Kesatuan Eropah ini terhadap minyak sawit kita. Malaysia ialah negara terbesar yang kedua sebagai pengeluar minyak sawit dan negara kita bukan hanya jual minyak sawit mentah. Sekarang industri hiliran telah berkembang, selain daripada minyak masak, buat marjerin, mentega, sampai kepada dedak ternakan, bahan kesihatan, sabun dan sebagainya.
Saya melihat buku Tinjauan Ekonomi ini dan saya membacanya dengan rasa bimbang iaitu disebut di sini pada muka surat 86 dan muka surat 87, eksport produk bukan E&E seperti produk petroleum dan produk pembuatan. Saya ulang, “Produk pembuatan berasaskan minyak sawit dijangka menyusut berikutan permintaan luar yang lemah dan harga komoditi yang menyederhana”. Kemudian, pada muka surat yang sama disebut, “Eksport barang pertanian turut dijangka menyusut sebanyak 24.8 peratus disebabkan oleh permintaan yang lemah bagi minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit serta getah asli”. Jadi, disebut di situ.
Jadi, ini saya percaya pihak kerajaan tentu ada langkah-langkah untuk mengatasi cabaran ini dan saya lihat dunia ini luas. Kalau Eropah tu tak nak beli iaitu kita bukalah pasaran kita dengan negara Arab, Asia Tengah, Afrika, Amerika Selatan, negara-negara Kepulauan Pasifik ini, mungkin kita ada hubungan dengan mereka ini. Disebut di sini, “Pendapatan eksport minyak sawit dianggar berkurang sebanyak 30.4 peratus berikut
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
permintaan yang lebih rendah daripada rakan dagangan utama terutamanya Belanda, China, Filipina, India dan Turkiye”. Jadi, saya rasa ini cabaran yang besar dan saya percaya bahawa saintis-saintis kita dalam majlis MPOB dan sebagainya dan kita kena kempen lawan negara-negara Eropah ini. Dia nak jaga kepentingan keluaran pertanian dia, dia sabotaj pengeluaran sawit kita dan hasil kita. Saya percaya bahawa kempen yang berterusan ini mesti lebih agresif dan saya berharap bahawa apa yang kita buat ini untuk menjaga kepentingan rakyat kita. Peneroka FELDA sahaja ada lebih 100,000 keluarga. Ada generasi pertama, generasi kedua dan kita ada ladang yang besar Sime Darby, FGV, terlibat dengan tanaman kelapa sawit.
Jadi, kita harap kerajaan ambil perhatian tentang perkara ini dan saya percaya kerajaan menyedari hal ini, apa yang disebut dalam Tinjauan Ekonomi dan juga meningkatkan peruntukan untuk lawan kempen buruk terhadap pengeluaran minyak sawit kita. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya jemput Yang Berhormat Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya ingin menyentuh beberapa butiran sahaja. Yang pertama Butiran 00503 – Program Mekanisasi dan Automasi Komoditi. Baik, bila kita bercakap soal mekanisasi saya lihat bahawa dalam industri sawit ini dron telah digunakan untuk P&D spray dengan izin, IoT dah ada, kita juga dah ada UAV, kita dah ada big data dan tadi saya pergi ke PIPOC exhibition, kita lihat bagaimana data-data itu di-captured dan mereka boleh menganalisis dan tahu kawasan yang [Tidak jelas] dan sebagainya.
Tetapi masalah kita sebenarnya adalah bukan di bidang ini dan kalau kita lihat hari ini industri syarikat-syarikat besar, mereka dah mula menggunakan yang dipanggil SME mechanization, dengan sistem display, dia punya labor ratio ataupun harvester requirement dengan izin, dah menjadi satu hingga 25. Kalau dulu satu 15 atau satu 16.
Tetapi masalah pokok kepada industri ini sebenarnya adalah bukan untuk transportasi ataupun fruit collection tetapi sebenarnya adalah tenaga harvester. Sampai hari ini kita masih lagi bergantung kepada tenaga harvester yang dilakukan secara manual.
Kemudian, pada tahun 2020 dulu kita telah menubuhkan Marcorp dengan tujuan supaya Marcorp ini fokus kepada menyelesaikan masalah tenaga harvester ini tetapi saya melihat sampai hari ini kita tidak nampak satu hasil yang betul-betul boleh membanggakan industri ini di mana Marcorp pernah mendapat geran padanan sebanyak RM30 juta daripada MOF dan juga RM30 juta daripada industri dan kita lihat terlalu, terlalu, terlalu perlahan. Walaupun Menteri pernah sebut antara inovatif yang mereka buat ialah menggunakan cantas. Penggunaan cantas ini sebenarnya satu produk yang lama tetapi cuma diganti mesin itu kepada bateri menyebabkan dia lebih ringan.
Tetapi kita melihat bahawa kita masih lagi memerlukan tenaga, tenaga yang nak menjalankan cantas ini. Jadi, saya melihat kalau boleh kementerian melihat hal ini sebagai suatu yang perlu diberikan penekanan kerana kita lihat hari ini average kita punya FFB yield 15 tan, jauh sebenarnya di bawah industrial standard yang dulu kita pernah capai 19 tan. Kalau syarikat besar mereka pernah capai 21 tan, 22 tan. Itu juga antara faktor yang menyebabkan jatuhnya nilai eksport industri sawit Malaysia pada tahun 2023.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Kemudian saya melihat bahawa kita ada Butiran 030600 – Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) yang bertujuan untuk melahirkan tenaga-tenaga mahir.
Saya minta penjelasan daripada Menteri sejauh manakah keberkesanan IMPAC ini dalam melahirkan tenaga-tenaga mahir yang hendak kita gunakan untuk seperti yang Dungun kata tadi hendak operate drone dan sebagainya.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Kemudian saya merujuk kepada Butiran 11001 – Lembaga Getah Malaysia (LGM) di mana dalam pembentangan bajet, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebut bahawa peruntukan RM10 juta untuk 1,000 hektar untuk menggunakan stimulant dan dalam saya lihat dalam lampiran yang mengatakan Hevea R3. Sebenarnya gas stimulant ini ataupun ethylene gas ini dia bukan satu penemuan baharu. Sebenarnya dahulu waktu saya masih di sektor perladangan kita pernah menggunakan G-Flex dan sebagainya stimulant ini pada tahun 2010. Tetapi mungkin diberi nafas baharu untuk diberikan galakan dan suntikan RM10 juta itu untuk supaya dapat meningkatkan lagi hasil getah.
Cuma, dia sama macam industri sawit. Walaupun kita ada teknologi, kita ada G- Flex, kita ada tapping knife yang semi auto tetapi yang paling penting saya melihat bahawa industri getah ini macam sunset ini kerana kita tidak punya penoreh kan? Walaupun kita kata kita ada G-Flex but kita masih lagi memerlukan tenaga untuk melakukan penorehan.
Walaupun dengan sistem Hevea R3 ataupun G-Flex ini sebenarnya kita tak – dia punya intensiti itu akan berkurang, keperluan penoreh itu akan berkurang tetapi tetap kita perlukan tenaga manusia untuk menoreh dan majoriti daripada pemilik-pemilik pekebun kecil ini mereka adalah orang-orang yang telah berumur. Jadi, saya hendak lihat bagaimana apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga penoreh sawit inilah.
Baik, kemudian saya melihat lagi dalam Butiran 020400 – Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Ada peruntukan sebanyak RM28 juta iaitu meningkat lebih kurang RM8 juta. Adakah kementerian punya iktikad untuk menjadikan MTIB ini sebagai sumber untuk negara menghasilkan renewable energy (RE) iaitu biomass? Contoh kita tanam Eucalyptus dan kita boleh gunakan sebagai sumber RE bagi generate tenaga untuk Malaysia?
Saya juga mengambil kesempatan ini kepada sahabat-sahabat kita Ahli Parlimen dan juga yang berada di luar dari kalangan masyarakat India. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali Iniya Deepavali Valthukkal, Romba Nandri, Vanakam. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tangga Batu boleh jadi Ketua Pembangkang.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Puan Pengerusi.
Salam sejahtera. Petang ini saya hanya akan menyentuh komoditi lada sahaja.
Saya terus kepada Butiran 020000 dan sub Butiran 020500 – Lembaga Lada Malaysia (MPB) di mana sejumlah RM34.038 juta diagihkan pada tahun 2024 iaitu satu peningkatan daripada jumlah yang diluluskan pada tahun 2023. Malaysia merupakan pengeluar lada kelapan terbesar di dunia mengikut data pada 2021 di mana Sarawak menyumbang sekitar 90 peratus hasil lada Malaysia. Hasil pengeluaran lada hampir keseluruhannya disumbangkan oleh pekebun kecil.
Oleh itu, Betong berpandangan bahawa program pengembangan ataupun extension services dengan izin, amatlah penting dan kritikal sekali bagi menentukan hasil lada adalah berkualiti tinggi, bebas dari sisa racun makhluk perosak dan produktiviti pekebun kecil juga dapat dipertingkatkan. Maka, Betong ingin mencadangkan agar Lembaga Lada memperkasakan program pengembangan ataupun extension services di mana pegawai pengembangan mestilah pakar dalam bidang masing-masing seperti agronomi, kawalan penyakit, ekonomi pengeluaran lada dan juga amalan pertanian yang baik supaya pegawai dapat memberi nasihat serta sokongan teknikal kepada pekebun kecil lada.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Memandangkan Betong adalah salah satu kawasan tanaman lada yang besar di Sarawak selain daripada Serian, Julau, Saratok, Lubok Antu. Oleh itu, Betong juga meminta pertimbangan agar Lembaga Lada menambah kakitangan terutamanya bahagian pengembangan di pejabat MPB di Betong.
Puan Pengerusi seterusnya mengenai Butiran P11300 – Lembaga Lada Malaysia
(MPB) di mana agihan belanja sebanyak RM22.905 juta disediakan untuk tahun 2024.
Saya nampak amaun ini menurun dan persoalan saya apakah sebab perbelanjaan pembangunan ini yang amat penting ini dikurangkan berbanding RM24.5 juta pada tahun 2023? Betong berpendapat bahawa agihan belanja yang berkurangan ini amat tidak wajar memandangkan pekebun kecil lada memerlukan lebih bantuan pembangunan untuk komoditi lada. Umum mengetahui bahawa pekebun kecil lada yang telah terhimpit dengan masalah kenaikan segala kos input pertanian dan harga lada yang masih di tahap terendah.
Seterusnya mengenai perolehan input pertanian untuk Program Pembangunan Pekebun Kecil Lada. Lazimnya tender dibuat pada awal tahun semasa dan disebabkan proses perolehan yang rumit maka perbekalan input hanya dibuat pada hujung tahun.
Proses ini memang menjejaskan produktiviti pekebun kecil kerana input seperti baja dan racun makhluk perosak tidak dapat digunakan mengikut jadual yang ditetapkan.
Persoalannya apakah kaedah atau pun mekanisme yang lebih baik, telus dan efektif yang boleh diguna pakai selain dari cara perolehan konvensional secara tender yang dibuat tiap-tiap tahun yang telah terbukti kurang efektif?
Oleh itu, dalam era digital sekarang, Betong ingin bertanya apakah pandangan kementerian bahawa Lembaga Lada boleh do away dengan izin dengan cara perolehan konvensional ini? Profile dan database setiap pekebun kecil boleh kita perolehi merangkumi jumlah pokok, keluasan kebun dan produktiviti setiap pekebun setiap pusingan dan data itu dapat kita perkasakan. Apakah pandangan kementerian untuk mengkaji kaedah baharu bagi menyalurkan subsidi bersasar seperti menggunakan baucar yang mana pekebun kecil boleh membeli input di kedai ataupun pembekal agrokimia setempat yang telah dikenal pasti dan menjadi rantaian pembekal berdaftar dengan Lembaga Lada dan bukan secara tender yang lazim diamalkan.
Jika kaedah ini dapat digunakan, saya pasti pekebun kecil akan mendapat harga yang terbaik mengikut harga pasaran iaitu retail price dengan izin. Pekebun kecil juga boleh mendapatkan input-input pertanian pada bila-bila masa mengikut jadual pembajaan dan penyemburan bahan kimia mereka dan juga menentukan segala input pertanian yang terbaik mengikut pilihan pekebun kecil masing-masing dan akhirnya juga dapat membantu merangsang ekonomi setempat. Maka dengan itu, segala dana pembangunan oleh kerajaan yang kita sediakan tiap-tiap tahun dapat dimanfaatkan sepenuhnya mengikut segala amalan pertanian yang baik dan pekebun kecil akan mendapat hasil berkualiti dan berproduktiviti tinggi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya menjemput Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih Yang Berhormat Puan Pengerusi. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sabak Bernam terus kepada Butiran 020100 – Kemajuan Industri Komoditi.
Sabak Bernam berharap kerajaan mengambil sikap cermat dan tekun dalam usaha menukar jenis tanaman supaya peserta iaitu petani dapat pulangan yang lebih baik.
Sebagai contoh yang telah terjadi suatu ketika dahulu tanaman kenaf dijangka akan menjadi tanaman alternatif menggantikan tembakau memandangkan lebih 5,000 penanam tembakau di negara ini dijangka terjejas teruk apabila Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dikuatkuasakan menjelang 2010.
Justeru itu, kawasan tanaman tembakau telah dikurangkan dan diganti dengan kenaf. Peserta sangat berharap agar kerajaan mengambil perhatian yang serius supaya
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
industri kenaf ini benar-benar dapat mengambil alih industri tembakau negara. Malangnya ia tidak berlaku.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Sabak Bernam ingin tahu, sehingga ke hari ini adakah peserta industri kenaf ini mendapat pulangan yang lebih baik berbanding tembakau sebelum ini? Seterusnya, Butiran 020200 – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN). Prestasi dan aktiviti LKTN hendaklah dipertingkatkan, khususnya di peringkat bawah iaitu peserta yang menanam kenaf. Ini kerana suatu jenis tanaman yang baharu, peserta perlukan kursus penanaman, pemprosesan dan rantaian nilai tanaman kenaf secara pengurusan tanaman, pemprosesan, penuaian dan kelebihan sebagai penanam kenaf itu sendiri.
Seterusnya, Butiran 020400 - Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Kita menggunakan hasil balak secara berleluasa. Kita eksport semata-mata kayu balak.
Mengapa kita tidak proses kayu kayan kita menjadi perabot yang cantik, menarik supaya ramai yang tertarik, kemudian baru kita eksport ke luar negara? Terutamanya negara- negara Timur Tengah yang tandus, tiada kayu balak tetapi mempunyai kuasa beli yang tinggi. Saya fikir kita boleh dapat untung yang lebih.
Seterusnya, Butiran 030100 - Bertugas ke Luar Negara. Sabak Bernam melihat Industri Perladangan dan Komoditi ini memerlukan pegawai yang dalam jumlah tertentu untuk bertugas di luar negara secara berfokus. Banyak negara di seluruh dunia yang memerlukan minyak sawit tetapi belum kita terokai pasarannya seperti mana yang disebutkan oleh Pasir Gudang sebentar tadi. Mengapa kerajaan tidak cuba meluaskan pasaran dan penjualan minyak sawit kepada negara-negara Amerika Latin, negara- negara kecil di Kepulauan Mikronesia, Polynesia dan Melanesia dan negara-negara lain di Lautan Pasifik Utara dan Selatan dan saya yakin mereka sangat gemar dengan masakan berasaskan minyak ini tadi kerana mereka di sana badannya besar-besar.
Timur Tengah dan juga Benua Afrika, adakah mereka tidak menggunakan minyak masak? Sekarang ini kita berjaya memperluaskan pasaran minyak sawit secara berstrategik, insya-Allah harga komoditi minyak sawit ini akan meningkat jauh lebih baik daripada hari ini dan akhirnya, dapat meningkatkan harga jualan yang mana sangat dinanti-nantikan oleh petani, khasnya pekebun kecil sawit di seluruh negara.
Seterusnya, Butiran 030300- Menangani Kempen Anti Minyak Sawit. Sabak Bernam ingin tahu, apakah bentuk kerjasama dan mekanisme yang sedang dirancang oleh kerajaan terhadap musuh perdagangan yang barangkali datangnya daripada negara- negara pengeluar minyak masak yang berasaskan kepada kacang soya, biji bunga matahari atau biji bunga-bunga yang lain? Sedangkan mengikut kajian mana sekali pun, minyak sawit kita sangat berkualiti dan kaya dengan sumber vitamin omega 9, omega 6 dan sebagainya. Tambahan lagi, minyak sawit mengandungi banyak fitonutrien yang menyihatkan seperti tocotrienol, vitamin E, pro vitamin A dan sebagainya.
Sabak Bernam juga ingin bertanya, mengapa harga buah sawit per tan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak tidak sama? Sebagai contoh, harga sawit terkini satu ketika, purata di Semenanjung Malaysia RM707 per tan. Purata di Sabah dan Sarawak RM642 per tan. Apakah justifikasi untuk harga yang tidak sama seperti ini? Buatlah sesuatu supaya peladang sawit di sana juga dapat menikmati harga jualan sawit yang sama seperti di Semenanjung. Sabak Bernam memohon apa pun alasan dan sesukar mana pun, mohon kerajaan buat sesuatu dan gunakan petua yang mampan dan mujarab yang boleh meningkatkan harga jualan buah sawit per tan kerana rakyat sudah terlalu lama menanggung kos sara hidup yang tinggi.
Yang Berhormat Puan Pengerusi, rakyat Sabak Bernam yang sebahagian besarnya pekebun kecil kelapa sawit minta saya sebut dalam Dewan yang mulia ini.
Mereka minta supaya harga sawit jangan jatuh terus menerus merudum kerana harga input pertanian seperti baja, racun dan lain-lain terus meningkat. Kalau boleh, jangan jatuh di bawah paras ribu Ringgit per tan metrik. Dengan kata lain, menetapkan harga lantai buah tandan sawit segar (BTS) RM1,000 satu metrik tan bagi memastikan harga komoditi itu tidak jatuh di bawah paras tersebut. Itu sahaja Yang Berhormat Puan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Saya jemput Yang Berhormat Julau.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Terima kasih Puan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran kod 030300 - Menangani Kempen Anti Minyak Sawit. Untuk mengimbau dan merujuk kembali rekod perbelanjaan untuk Kempen Anti Minyak Sawit bagi tahun ini adalah sebanyak RM10 juta dan untuk tahun hadapan, naik sedikit kepada RM15 juta.
Saya juga mendengar dengan teliti jawapan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ketika penggulungan belanjawan kementerian di peringkat Dasar pada minggu lalu, mengenai tajuk usaha kementerian untuk mengatur strategi menangani Kempen Anti Minyak Sawit untuk menangkis sentimen negatif minyak sawit di peringkat domestik. Contohnya, perancangan untuk membuat program pendidikan dan kesedaran awam, penerbitan maklumat media elektronik dan digital, pengedaran poster di institusi pengajian dan sebagainya.
Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri juga ada menyebut mengenai melobi di luar negara seperti di negara Amerika Syarikat dan Eropah sebagai inisiatif antarabangsa. Soalan saya adalah, apakah ratio, kadar yang diperuntukkan, diberikan kepada domestik berbanding dengan antarabangsa?
Puan Pengerusi, kenapa saya nak bangkitkan isu ini adalah sebab saya difahamkan, jika kita melibatkan sebuah syarikat antarabangsa untuk melobi atau membantu menukar persepsi minyak sawit yang memang sudah ada banyak cabaran.
Kos melobi setahun di negara England contohnya, tidak kurang daripada GBP1 juta atau RM5.8 juta dan di negara Belgium kalau kita nak melobi di European Parliament, Brussels juga tidak kurang daripada EUR1 juta ataupun RM5 juta. Untuk di Amerika Syarikat, setahun adalah USD1 juta atau RM4.7. Maka, ternyata yang RM15 juta adalah sememangnya tidak mencukupi langsung.
Jika kita tanya ahli-ahli Malaysian Palm Oil Association (MPOA) seperti syarikat terbesar macam Sime Darby Plantations, KLK, IOI, FGV, FELDA, United Plantations ataupun Wilma. Mereka semua ada consensus dan bersetuju bahawa dana tersebut harus disalurkan untuk kerja-kerja melobi antarabangsa. Tetapi apa yang kita melihat pada masa lalu ialah Kementerian Perladangan dan Komoditi akan menggunakan dana terhad ini untuk memberi tumpuan lebih kepada kempen domestik. Saya percaya semasa- kita tidak di Malaysia mempunyai sebarang isu atau sentimen anti minyak sawit di Malaysia kerana ia bukan sahaja menyumbang hasil yang sangat besar untuk negara kita sebagai pengeksport kedua terbesar minyak sawit di peringkat antarabangsa tetapi ia juga menyokong setengah juta orang secara langsung. So…
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih. Saya cuma nak endorse apa yang Julau sebut tentang dana untuk melobi di peringkat antarabangsa itu memang perlu-perlu sangat ditambah. Seputeh pun dahulu masa jadi Menteri yang bertanggungjawab pun mengadu benda yang sama. Terima kasih.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota. Ya, itulah adalah sentimen daripada industri dan bila pada masa saya jadi Pengerusi MPOC, kita dalam lebih setahun, kita adalah isu ini dalam mesyuarat kita kerana apakah industri mahu adalah melobi dan kalau kita tak bagi lebih fokus pada itu, walaupun kita melihat negara Eropah, pasaran kita adalah seperti 10 peratus sahaja market share. Di Amerika Syarikat dahulu tiga peratus, sampai sekarang mungkin 1.5 peratus sahaja. Walaupun itu nampak kecil tetapi oleh sebab jumlah kos pengeluaran semua adalah sampai berbilion-bilion. So, itulah satu impak yang besar dan kalau kita nak menjual minyak sawit kepada negara-negara lain. Itu juga akan ambil masa dan impak melobi bukan khasnya di Eropah ataupun di Amerika tetapi ini akan spread all over the world kerana Amerika, Eropah, Kanada, Australia, mereka adalah satu gabungan dan undang-undang mereka akan di-adopt-kan, dengan izin, di negara-negara lain.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
So, itu sahaja hujahan. Saya ingin – saya mohon penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Julau. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Timbalan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 030600 berkenaan dengan pembangunan agrokomoditi. Kita mengetahui bahawa kesan daripada COVID, kita banyak belajar bahawa kepentingan negara mempunyai hala tuju baru ekonomi ataupun hala tuju yang selama ini kita tekankan iaitu pertanian harus diberi penekanan. Jadi, berkait dengan pengeluaran komoditi, berapa banyak kah kos atau bajet yang telah pun diberikan kepada kesemua institut-institut di bawah Kementerian Komoditi untuk menghasilkan hasil kajian dan teknologi? Berapakah kajian yang telah pun diguna pakai sehingga hari ini? Kerana antara perkara yang disebut oleh Menteri ketika menjawab ialah sekarang ini masalah tinggi kos input sawit seperti baja dan racun tinggi kerana bergantung kepada bahan mentah yang diimport daripada luar negara yang bergantung kepada pasaran global. Jadi, adakah terdapat sebarang kajian yang dibuat untuk menyentuh tentang kajian bagi pembuatan baja dan racun yang mengguna pakai bahan dalaman dalam negara sendiri? Itu yang pertama.
Kedua, kita melihat kepada status ataupun maklumat yang diberikan daripada IMPAC bahawa ada enam TVET yang berapa – TVET ada enam agensi dan telah pun menghasilkan graduan yang ramai. Berapakah orang graduan ataupun hasil daripada TVET yang datang daripada pantai timur, yang saya kira asalnya dulu berada di bawah pantauan Kementerian Komoditi khususnya di bahagian tembakau?
Pada hari ini, kenaf telah pun mengambil alih. Walau bagaimanapun, kebanyakan tanah yang digunakan untuk tembakau juga ditanam dengan kenaf. Apakah masalah yang berlaku? Adakah kita mempunyai pasaran ataupun pelaburan yang tinggi daripada pihak industri untuk menghasilkan lebih banyak produk daripada hasil kenaf.
Begitu juga dengan kita dapati bahawa kerajaan menyebut tentang kebergantungan kepada pekerja asing membabitkan lebih 190,608 pekerja di sektor perladangan. Kita difahamkan daripada jumlah itu, 20,000 kuota telah diberikan dan hanya 5,000 sahaja pekerja asing dibawa masuk untuk membantu sistem komoditi ini. Jadi, adakah dalam hal ini, kerajaan bersedia ataupun boleh mengubah sedikit polisi sebab – saya ini kerana Timbalan Perdana Menteri ada bersama kita – untuk mengguna pakai tenaga refugee dalam negara sebagai satu sumber untuk merendahkan kos bagi industri perladangan dan komoditi negara kita?
Seterusnya, di bawah Butiran 020200 – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara
(LKTN). Kita lihat terdapat banyak indikator-indikator yang telah pun dibuat untuk meyakinkan kembali kepada penanam untuk menukar kepada industri kenaf ini. Tetapi kita lihat, tidak ada banyak usaha yang dibuat untuk menunjukkan bahawa industri fiber semula jadi ini boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi.
Sebab kita difahamkan bahawa sebagai contohnya macam Kelantan kita negeri banjir. Antara benda yang diperlukan oleh semua rumah sebenarnya adalah bot yang dibuat daripada fiber. Tetapi hari ini, saya tidak nampak mana-mana industri ataupun kilang yang dibuat khusus untuk menyediakan ataupun membuat lebih banyak bot-bot untuk diguna pakai ataupun oleh agensi-agensi. Hari ini, isu banjir bukan hanya lagi berlaku di Kelantan tetapi juga di Kedah, di Selangor dan juga di negeri Perak. Saya kira ini lah masa yang sesuai untuk kita pastikan ini berlaku.
Seterusnya, berkaitan dengan kita dimaklumkan juga terdapat kerugian tinggi di dalam Lembaga Kenaf. Berapakah jumlah kerugian tersebut? Saya cuba mencari di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi. Saya tak jumpa di bawah kepala mana untuk LGM? Yang lain ada tetapi untuk LGM tidak ada. Jadi, mungkin saya tak terpandang
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
tetapi saya ingin bertanya berkenaan dengan ini kerana dimaklumkan bahawa OSC untuk LGM ini terdapat 119 buah. Jadi, berapakah sasaran yang akan dibina oleh pihak kerajaan? Berapa kos yang diperlukan untuk satu ‘LCC’ LGM ini bagi membantu pekebun- pekebun kecil?
Seterusnya, berkaitan dengan Butiran 030400. Berapakah NGO antarabangsa ataupun individu dan pihak yang telah pun dilantik untuk menjadi pelobi bagi negara kita untuk memastikan bahawa kempen-kempen berkaitan dengan mutu minyak kelapa sawit ini? Berapakah sumbangan ataupun insentif daripada pihak kesatuan ladang-ladang besar untuk menyokong kerajaan untuk membuat kempen mintak sawit terutamanya peringkat antarabangsa?
Di bawah Butiran 020300. Imej dan .......
[Tidak jelas] .... untuk produk-produk komoditi ini perlu sentiasa dinaikkan. Hari ini tidak ramai anak muda, generasi muda terlibat dalam pertanian secara serius termasuklah komoditi kerana kita tak nampak satu imej profesional ditunjukkan kepada industri ini.
Saya juga ingin bertanya tentang status Kedah Rubber City dan kita lihat kejayaan di negeri lain di Thailand dan Indonesia. Kalau – saya tak tahulah sama ada Pekan Nanas itu nama Pekan Nanas kerana dia bawa imej nanas banyak ke macam mana. Adakah kita mempunyai bandar kelapa sawit ataupun bandar koko? Kalau itu adalah sebelum COVID- 19 melanda negara kita, adakah kita perlu meletakkan satu mana-mana bandar sebagai bandar demikian? Apakah kaedah ini boleh merangsang industri dan komoditi ini di peringkat negara? Itu sahaja. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih Puan Speaker. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan sektor perladangan di Malaysia.
Saya merujuk kepada Butiran 94000 – Projek Berimpak Tinggi Industri Utama.
Anggaran harga projek, RM48 juta. Untuk tahun ini, RM10 juta telah diperuntukkan. Tahun depan, RM4 juta akan diperuntukkan. Saya minta kerajaan menyenaraikan nama projek dan lokasi projek di bawah Projek Berimpak Tinggi Industri Utama ini bagi tahun ini dengan tahun depan.
Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 030000 – Program Khusus dan juga di bawahnya Butiran 030600 – Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC). Saya minta kerajaan menjalankan program-program khusus di bawah butiran ini untuk mengatasi masalah-masalah seperti berikut.
Pertama, adalah masalah perubahan iklim. Kita menyedari bahawa Malaysia semakin terdedah kepada kesan perubahan iklim seperti hujan yang tidak menentu dan fenomena cuaca ekstrem. Ini memberi kesan terus kepada hasil tanaman dan pendapatan peladang. Saya menggesa agar kerajaan mempertimbangkan langkah-langkah konkrit untuk mengurangkan kesan perubahan iklim ke atas perladangan seperti mendorong amalan perladangan lestari dan menggalakkan tanaman jenis-jenis tanaman yang tahan cuaca.
Selain itu, isu kesuburan tanah dan pengurangan produktiviti tanah adalah cabaran yang semakin mendalam. Amalan perladangan yang tidak mampan seperti pembalakan haram dan penggunaan baja kimia yang berlebihan telah merosakkan kesuburan tanah. Kita perlu menggalakkan amalan perladangan moden dan memberi sokongan kepada pengusaha ladang untuk menggunakan teknologi yang boleh meningkatkan kesuburan tanah.
Masalah lain yang perlu kita selesaikan adalah pengurusan air yang cekap.
Masalah tenaga buruh, akses pasaran dan isu perundangan yang berkaitan dengan perladangan. Kita harus mencari cara untuk meningkatkan penggunaan sumber air yang
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
bijak, menyediakan latihan kepada peladang-peladang, meningkatkan akses pasaran dan menyemak semula undang-undang yang berkaitan dengan perladangan.
Sektor perladangan merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara kita.
Oleh itu, kita harus memberi perhatian serius kepada masalah-masalah ini dan berusaha bersama untuk mencari penyelesaian yang boleh meningkatkan keberkesanan sektor perladangan di Malaysia. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi kesempatan dan ruang kepada saya untuk turut sama dalam perbahasan dalam peringkat jawatankuasa Kementerian Perladangan dan Komoditi. Saya merujuk kepada P.020300 – Lembaga Koko Malaysia. Soalan saya ialah apakah langkah agresif pihak kementerian bagi menjadikan koko Malaysia menjadi pilihan rakyat tempatan dengan mengeluarkan coklat pelbagai jenama tempatan yang boleh mengatasi jenama import khususnya bila timbul kempen boikot produk-produk yang ada kaitan dengan Israel seperti sekarang ini?
Saya menghargai bahawa industri koko negara kita ini mendapat tempat di luar negara dengan eksport mencatatkan nilai RM8 bilion tahun ini sebagaimana kenyataan Yang Berhormat Petra Jaya dan saya mengharapkan industri koko lebih terkedepan lagi di masa depan, insya-Allah. Tuan Pengerusi, Butiran 020400 – Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.
Berlaku pertambahan peruntukan sebanyak 30 peratus untuk MTIB dalam belanjawan tahun 2024. Apakah langkah kerajaan dalam memastikan pemasaran kayu ke Eropah dapat ditingkatkan berdasarkan sistem pensijilan Forest Stewardship Council (FSC) yang menggalakkan pengurusan hutan yang mampan dan mesra alam?
Saya ingin bertanyakan sejauh manakah komitmen kerajaan dalam memperkasa industri perkayuan yang berkait rapat dengan pembuatan perabot sekali gus melahirkan lebih ramai generasi muda tempatan yang menceburi bidang ini seperti Sains Kayu, Kejuruteraan Kayu dan Teknologi Pemprosesan Kayu. Dalam masa yang sama, apakah langkah kerajaan bagi menangani isu kekurangan kayu getah untuk kegunaan industri pembuatan perabot yang semakin mendapat tempat di negara kita ini dan juga di luar negara?
Yang Berhormat Pengerusi, Butiran 030500 – Insentif Pengeluaran Getah ataupun IPG. Apa perancangan kementerian untuk memastikan peruntukan bantuan yang mencukupi bagi tujuan rawatan penyakit luruhan daun pokok getah sebagai usaha membantu pekebun kecil getah seluruh negara ekoran cuaca panas yang boleh menjejaskan, mengurangkan produktiviti tanaman getah? Adakah kerajaan juga bercadang untuk meningkatkan kadar bantuan penanaman semula pokok getah bagi menggantikan pokok getah yang berusia atau tidak lagi membawa pulangan hasil yang baik?
Apakah usaha kementerian untuk menggalakkan tanaman semula getah dari klon berkualiti tinggi serta penerokaan teknologi terkini bagi menarik minat usahawan muda dalam bidang berasaskan industri getah? Apakah terdapat penyelidikan daripada pihak kerajaan untuk mempelbagaikan penggunaan hasil daripada susu getah untuk mempertingkatkan keperluan kepada susu getah? Ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan harga getah semasa dan tentunya memberi pulangan kepada penoreh getah.
Yang Berhormat Pengerusi, merujuk kepada P.11001 – Lembaga Getah Malaysia ataupun LGM. Soalan saya ialah apakah usaha setakat ini bagi menggunakan campuran getah dalam membina jalan raya bagi meningkatkan harga getah dan sekali gus dapat
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
membantu pekebun kecil? Saya difahamkan langkah menggunakan getah dalam pembinaan jalan raya menjadikan kualiti jalan raya di Malaysia ini lebih berkualiti dan lebih baik. Yang Berhormat Petra Jaya sebelum ini pernah berada di Kementerian Kerja Raya dan kini di Kementerian Perladangan dan Komoditi, sudah pasti dapat melakukan yang terbaik dan memahami keperluan sebenar industri ini.
Yang Berhormat Pengerusi, merujuk kepada Butiran P.11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia ataupun MPOB. Memandangkan kos untuk menanam sawit agak besar iaitu lebih kurang RM8,000 per hektar, maka saya mencadangkan kerajaan memberi bantuan tanam baru sawit kepada pekebun kecil. Di Kuala Krai khususnya, selain getah ialah antara kawasan yang mempunyai pekebun kecil sawit yang begitu besar, begitu banyak. Banyak tanah-tanah baru yang diusahakan oleh pekebun kecil sawit. Selain itu, bantuan dari segi infrastruktur iaitu jalan pertanian untuk mengeluarkan hasil sawit terutama di kawasan berbukit dan tanah yang tinggi seperti di Kuala Krai, Gua Musang, Jeli dan sebagainya.
Saya mencadangkan kerajaan memberi subsidi pembelian baja untuk penanaman kelapa sawit sebanyak 50 peratus dan diberi kepada bentuk kupon untuk pembelian baja kepada pekebun kecil memandangkan harga baja sawit agak tinggi.
Tentunya ia dapat mengurangkan beban kepada pekebun kecil sawit pada peringkat permulaan sebelum tanaman mereka mengeluarkan hasil. Sedikit kemusykilan saya di butiran ini ialah apabila tiada peruntukan diberikan untuk tahun 2024 sedangkan pada tahun ini 2023 sebanyak RM54 juta lebih diperuntukkan.
Terakhir ialah B.030300 sebagaimana yang lain-lain disebut berkaitan dengan menangani kempen anti minyak sawit. Soalan saya, sejauh manakah kerjasama dengan syarikat perladangan selaku pemain utama industri dan agensi kerajaan bagi menangkis kempen anti minyak sawit? Adakah ia termasuk peruntukan sebanyak RM70 juta untuk Kempen Menangani Anti Minyak Sawit yang diumumkan dalam Belanjawan 2024?
Apakah ini juga turut melibatkan peruntukan R&D dalam Kempen Menangani Kempen Anti Minyak Sawit? Apakah langkah proaktif yang dilakukan oleh pihak kementerian bagi menangkis serangan kempen tersebut? Berapa lamakah pada penilaian kerajaan isu ini dapat ditangani dengan sebaiknya?
Apakah langkah proaktif pihak kementerian untuk mencari pasaran baharu khususnya di Timur Tengah dan lain-lain negara? Apakah hasil beberapa siri lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan menteri-menteri berkaitan ke sana? Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Salam Madani. Terima kasih kepada Timbalan Pengerusi. Melihat kepada Butiran 020300 – Lembaga Koko Malaysia ataupun LKM mendapat antara peruntukan tertinggi jika dibandingkan dengan sektor yang lain. Ini adalah lambang kepada kementerian untuk memberi fokus kepada LKM ini. Apakah rancangan peningkatan pembangunan dan pengeluaran hasil koko bagi negara kita ini?
Apakah kenaikan peruntukan Butiran 020000 – Pembangunan Agrikomoditi untuk menarik minat golongan belia dan juga golongan profesional muda untuk terlibat secara langsung dalam sektor ini? Berkaitan dengan Butiran 020200 – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. Apakah hasil terkini di pihak kementerian yang pernah menyatakan rancangan untuk memajukan sektor kenaf ini untuk menjadi sebahagian daripada salah satu daripada bahan binaan dalam negara kita ini?
Terdapat pengurangan kawasan-kawasan tanaman kenaf ini dan juga kurang minat di kalangan peladang untuk menceburi bidang ini dan peruntukan juga agak kecil dibandingkan dengan yang lain. Apakah sebenarnya gambaran sebenar tanaman kenaf di negara kita ini? Seterusnya, Pulai mohon pihak kementerian memperincikan bagi setiap
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
negara yang akan kita fokus berkaitan usaha menangani Kempen Anti Sawit seperti Butiran 030300–Menangani Kempen Anti Sawit yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia dan jelaskan apakah kenaikan ini akan membantu usaha untuk menjamin masa depan minyak sawit negara?
Dengan kenaikan RM5 juta bagi Butiran 030400 – Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia ataupun MSPO. Apakah kementerian akan meningkatkan lagi penguatkuasaan dan juga meluaskan lagi usaha untuk meningkatkan penyertaan pekebun kecil dalam persijilan MSPO ini? Juga mohon kepada kementerian nyatakan peratusan terkini yang telah berdaftar dan berapakah sasaran pihak kementerian untuk tahun 2024?
Terdapat penarikan peruntukan bagi Butiran 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sebanyak RM14 juta iaitu hampir 20 peratus berbanding peruntukan pada tahun 2023. Apakah impak kepada pengeluaran dan juga hasil eksport minyak sawit negara dengan penurunan ini? Ditambah pula dengan pengenalan peraturan baru iaitu Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah yang akan berkuat kuasa pada tahun hadapan. Mohon kementerian memperincikan rancangan daripada pihak kementerian untuk menghadapi masalah ini.
Melihat kepada peruntukan yang dinyatakan pada Butiran 00518 – Program Pembangunan Kepakaran Sumber Manusia kekal sebanyak RM100,000 sahaja. Adakah ini signal daripada pihak kerajaan dan kementerian bahawa kepakaran yang ada sekarang ini sudah cukup? Memandangkan peruntukan itu hanya kecil, RM100,000 sahaja ya dan tidak perlu lagi ditambah dari sudut anggota dan kepelbagaian kepakaran dalam sektor komoditi ini.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Bagi Butiran 030600 bagi Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia ataupun IMPAC yang telah melatih purata 7,800 golongan belia di bawah enam agensi setiap tahun, pertanyaan Pulai, apakah sumbangan alumni IMPAC mencapai matlamat yang digariskan terutamanya mencapai kemajuan ke dalam industri komoditi?
Saya menyambut baik usaha kerajaan dalam meningkatkan penerimagunaan teknologi dalam sektor ini seperti Butiran 00503 – Program Mekanisasi dan Automasi Komoditi yang mendapat satu suntikan dana yang besar iaitu sebanyak RM30 juta.
Mohon kementerian memperincikan rancangan berkenaan program ini. Adakah akan melibatkan semua sektor, atau kementerian yang akan memilih beberapa sektor sebagai rintis pada tahun 2024?
Jika dilihat pada peruntukan Butiran 94000 – Projek Berimpak Tinggi Industri Utama, penurunan sebanyak 60 peratus. Apakah justifikasi kementerian dan kerajaan terhadap penarikan dana yang agak besar ini? Adakah ia akan memberi impak kepada usaha pemaju dan meningkatkan kemampaman sektor agrikomoditi selaras dengan Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2023? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Saya jemput Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Puan Pengerusi.
Saya ingin menyentuh Butiran 020000 – Pembangunan Agrikomoditi iaitu tentang Dasar Agrokomoditi Negara 2021-2023 yang telah dilancarkan pada tahun lepas yang menggariskan hala tuju pembangunan industri agrikomoditi negara yang merangkumi lapan komoditi utama termasuk getah.
Di dalam Dasar Agrokomoditi Negara tersebut, telah meletakkan 11 program flagship. Antaranya ialah Projek Kedah Rubber City di Padang Terap dan Projek Koridor Lateks Pantai Timur. Persoalan yang saya hendak bangkitkan ialah apakah perkembangan Projek Koridor Lateks Pantai Timur yang melibatkan penoreh getah daripada negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan yang telah menerima peruntukan
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
sebanyak RM16 juta pada tahun 2021? Adakah projek tersebut telah menampakkan peningkatan pengeluaran susu getah cair ataupun lateks di negeri-negeri terbabit ataupun projek tersebut telah dihentikan ataupun telah dijenamakan semula dengan tajuk yang lain?
Seterusnya, Puan Pengerusi, dalam butiran yang sama mengenai hala tuju agrokomoditi. Saya ingin merujuk laporan akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 17 Oktober yang menyebut bahawa, “Terdapat 500,000 hektar kebun getah yang tidak bertoreh yang sudah tentu telah menjejaskan pendapatan hasil negara.” Saya ingin mendapatkan jawapan daripada pihak kementerian, adakah ada usaha daripada pihak kerajaan untuk memberikan fokus terhadap jualan getah secara berkelompok bagi mengatasi isu pokok getah yang tidak bertoreh ini?
Selain daripada itu, apakah perancangan kerajaan untuk menarik lebih ramai minat generasi muda terutama daripada lepasan SPM, lepasan pengajian tinggi untuk melibatkan diri dalam penghasilan getah negara melalui inovasi dan daya kreatif yang lebih maju? Sampai bila kita mahu meletakkan kerjaya menghasilkan getah asli negara kepada golongan yang berumur dan warga asing? Mungkin kerajaan boleh memperkenalkan beberapa insentif kepada golongan muda untuk menarik minat mereka dalam komoditi getah. Antaranya, program-program latihan, kursus dan sebagainya terutamanya menarik minat generasi muda dalam penghasilan lateks yang lebih memberikan pendapatan yang lebih lumayan kepada generasi muda.
Seterusnya, Butiran 030000 – Program Khusus, Insentif Pengeluaran Getah
(IPG). Merujuk kepada pengumuman Belanjawan 2024 oleh Menteri Kewangan yang lalu bahawa kerajaan bersetuju untuk menaikkan paras pengaktifan harga IPG daripada RM2.70 kepada RM3.00 sekilogram dengan peruntukan RM400 juta. Namun, merujuk di dalam peruntukan bagi program khusus di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi ini, anggaran 2024 bagi Intensif Pengeluaran Getah (IPG) ini adalah berjumlah RM171 juta.
Justeru, persoalan saya, kenapakah yang diumumkan oleh Menteri Kewangan berjumlah RM400 juta sedangkan peruntukan yang diletakkan dalam IPG ini adalah sebanyak RM171 juta? Jadi, saya ingin sedikit penjelasan daripada pihak kementerian tentang peruntukan RM400 juta berbanding dengan RM171 juta yang dibuat anggaran dalam belanjawan.
Seterusnya, saya ingin membangkitkan tentang jumlah penerimaan bayaran IPG bagi tahun 2022-2023. Minta pihak kementerian untuk menyatakan berapakah jumlah penerima yang menerima bayaran IPG bagi tahun 2022-2023 dan berapakah jumlah pekebun kecil yang telah tamat tempoh sah permit Kad 4G dan tidak aktif kad tersebut.
Adakah proses pemutihan yang dilaksanakan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa? Kerana, isunya ialah pelbagai halangan dihadapi oleh pekebun kecil dari sudut kesukaran pembaharuan permit 4G yang melayakkan mereka menerima bayaran IPG.
Terakhir, Butiran 11001 – Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkenaan pembangunan, kajian dan pembangunan R&D bagi meningkatkan aktiviti perindustrian getah di Malaysia. Saya ingin bertanyakan pihak kementerian tentang Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (PARRC) di United Kingdom (UK). PARRC ini telah diasaskan sejak tahun 1938. Soalan yang saya ingin tahu ialah apakah perkembangan semasa pembangunan yang dilakukan oleh LGM bersama PARRC ini dalam menghasilkan produk berasaskan getah untuk diadaptasi dalam sektor pembinaan di dalam negara kita?
Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Saya jemput Yang Berhormat Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya terus kepada Butiran 020300 – Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan juga Butiran
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
020500 – Lembaga Lada Malaysia (MPB). Semua butiran ini ada peningkatan dalam peruntukan bajet dan saya mohon kepada kementerian untuk memberi supaya komponen butiran ini diperincikan. Saya juga berharap agar industri koko dan lada negara kita terus maju dan mampan.
Manakala Butiran 030300 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit, saya meneliti peruntukan butiran ini telah naik mendadak daripada RM10 juta ke RM15 juta iaitu sebanyak 50 peratus. Jika dilihat trend butiran ini, ia meningkat saban tahun. Namun, kita harus tumpukan kepada pasaran bukan European Union ataupun EU kerana EU ini sebenarnya membuli kita kerana sebab-sebab komersial ataupun due to the commercial reason, dengan izin, yang bakal menguntungkan mereka.
Jadi, kita belanja semakin banyak untuk tujuan anti sawit ini, dengan izin, but we cannot please them despite we have done so much. With our MSPO is among the best certification. We cannot comply if they keep changing the goalpost on the certification component. They asked us to take care of our forest, avoid deforestation but how come some of the EU countries don’t even have the forest but they want to teach us to take care of our forest and produce sustainable palm oil. It is not us that did the deforestation of this universe but it’s their forefather. So, they should be blamed for this. Tengok dalam dunia ini, negara mana yang kurang hutan. Kita di Malaysia masih banyak. Jadi, hari ini kita harus memberi penekanan kepada negara-negara yang bukan EU dan— it’s a matter of facts, hari ini minyak sawit kita, mereka masih lagi beli minyak sawit kita. Kilang-kilang mereka, syarikat-syarikat besar masih lagi pakai minyak sawit kita tapi mereka meletakkan label sebagai vegetable oil. What is this? And yet, they say we don’t produce a sustainable product, dengan izin. Ini merupakan salah satu penjajahan dan memeras ugut kita, menekan kita.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Jadi, kita harus memberi tumpuan kepada negara-negara lain yang masih boleh menerima produk minyak sawit kita. Negara ini masih luas dan masih banyak pasaran yang belum kita sentuh. Jadi, kita kena tumpukan perkara ini kerana tiap-tiap tahun peruntukan kita meningkat untuk kempen anti-sawit ini sehingga 50 peratus peningkatan.
Bagus duit ini dibagi kepada orang-orang miskin supaya kita boleh menoktahkan kemiskinan. Apa perlunya kita memberi kepada semua pelobi-pelobi di luar untuk membantu kita membuat anti kempen anti-sawit kalau tidak ada keputusan dan tidak ada result yang memuaskan. Jadi, saya berharap agar perkara ini dapat diambil peduli.
Jadi, kita harus fokus dan kita juga harus mengambil influencer, influencer yang berpengaruh untuk menangkis tohmahan. Dengan adanya dana yang besar ini, kita boleh hire the best influencer supaya mereka boleh memberi satu fakta yang sebenar mengenai sawit kita. Kita berusaha untuk menanam sawit dengan begitu mampan, begitu baik tetapi mereka masih memberi tohmahan yang tidak jelas dan tidak benar mengenai pengeluaran minyak sawit negara kita. Jadi, akhir sekali saya memohon juga kepada kementerian untuk memutihkan senarai pekebun kecil getah kita supaya tidak berlaku kebocoran bantuan dan juga subsidi kerajaan.
Kita ada 500,000 pekebun kecil. Jadi, secara logiknya kalau 5,000 ini mengeluarkan satu kg getah, sehari pun bagi seorang pekebun sudah pastinya kita ada 500,000 kilo sehari keluaran getah. Tetapi kenapa perkara ini tidak berlaku? Sudah semestinya ada kebocoran yang perlu kita basmi demi kebaikan para pekebun dan supaya bantuan itu diberi secara bersasar dan orang yang benar-benar memerlukannya.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Silakan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Puncak Borneo. Saya juga ada satu permintaan daripada pekebun-pekebun kecil. Kalau boleh dimasukkan dalam perbahasan agar Menteri dapat juga memberi satu jawapan iaitu untuk pekebun-pekebun kecil getah. Ses dikenakan dan kerajaan memberikan bantuan tanaman semula. Tetapi ses juga dikenakan oleh kerajaan ke atas pekebun-pekebun kecil kelapa sawit, tetapi bantuan ataupun geran untuk menanam semula tidak diberikan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya mohon kerajaan supaya memberikan layanan yang sama iaitu semua wang yang dikutip untuk ses ini juga diberi kepada pekebun-pekebun kecil untuk membolehkan mereka menanam semula kebun sawit mereka apabila pokok-pokok sudah tua. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Puncak Borneo, boleh gulung.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Okey, terima kasih Yang Berhormat Beruas. Sila masukkan beliau dalam ucapan saya. Berbalik kepada isu pemutihan pekebun kecil getah ini tadi, perkara ini berlaku– mungkin ramai yang tanya saya, “Semasa you Timbalan Menteri di sana kenapa you tidak putihkan?” Saya dalam mesyuarat, saya ada sebut saya nak pemutihan dilaksanakan tapi ada seorang pegawai mengatakan, “YB, we cannot do this widely because this will affect the political implication”. Itu yang berlaku.
This is the fact. Saya ada di dalam kementerian. But I must warn that, we must do what is right for our country. Not for the sake of to get the political mileage and political gain. Kita kena perlakukan perkara ini demi kebaikan negara kita. Jadi, seterusnya sebab pernah berlaku...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
...Apabila saya menjadi Timbalan Menteri Komoditi, data penanam lada berjumlah lebih 50,000 orang. I said, “Cannot be…”. Tidak boleh sebab saya tahu penanam-penanam lada ini, penanaman lada adalah begitu dekat di hati saya. Apabila saya meneliti, saya minta fail ada tujuh fail. Saya teliti satu persatu. Dua minggu saya teliti dan saya kata, “Ini kawasan Puncak Borneo, saya kenal orang ini. Dia bukan penanam lada”. That is what’s happening. Jadi, saya mengatakan bahawa kita perlu berani membuat pemutihan demi kebaikan negara. Daripada hasil itu saya mengucap terima kasih kepada kementerian dan juga Lembaga Lada Malaysia. Daripada 50,000 lebih turun kepada 38,000 pada hari ini, hasil pemutihan. Itu adalah sejajar dengan hasrat kerajaan kita hari ini untuk memberi subsidi bersasar. Untuk membantu orang-orang yang benar memerlukan dan kalau benar perkara ini bagus untuk negara kita kenapa kita takut untuk laksanakan. Bukan sahaja di dalam kementerian ini, semua kementerian...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Puncak Borneo, sila gulung.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
...Kita tidak berani melakukannya kerana kita takut akan hilang sokongan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Jadi, dengan itu mohon kepada kementerian supaya melaksanakan perkara ini dengan sejujur-jujurnya dan sebaik- baiknya untuk negara kita. Oleh itu, semoga negara kita maju dan makmur Tuhan berkati.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Saya jemput Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Puan Pengerusi bagi saya peluang untuk ucap sebagai pembahas terakhir hari ini. Saya akan sentuh Butiran 00503 – Program Mekanisasi dan Automasi Komoditi. Jadi, soalan simple saja. Saya minta Menteri menjelaskan bagaimana program tersebut akan dilaksanakan kerana nampaknya program ini adalah satu program yang baharu.
Jadi bagaimana kementerian akan membahagikan wang sejumlah RM30 juta ini antara pelbagai bidang komoditi dan sama ada bidang sawit akan menerima lebih banyak memandangkan bidang sawit kita memang menghasilkan lebih banyak income kepada negara. Tetapi tidak dapat mekanisasi yang moden untuk proses penuaian kerana kita
Puan Wong Shu Qi - Kluang
tahu sawit ini penting untuk pendapatan negara kita, tetapi kita masih menggunakan teknologi yang lama, masih yang manual untuk penuaian.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Kita sekarang berada di zaman yang kita boleh menghantar manusia ke bulan dah tetapi penuaian untuk sawit masih pakai manual lagi seperti apa yang Ahli Parlimen seperti tadi pun ada banyak sebut. Jadi, saya minta kementerian ambil perhatian dan juga memberi lebih banyak peruntukan dari sebahagian RM30 juta ini kepada bidang sawit.
Sangat penting juga, bagaimana kementerian akan meneliti keberhasilan program ini.
Sama ada program ini adalah program untuk satu tahun sahaja ataupun akan dilangsungkan tahun depan. Bagaimana kerajaan akan meneliti keberhasilan iaitu katanya berapa jentera telah dihasilkan dalam program ini ataupun peningkatan keberhasilan ataupun output sawit kita.
Paling penting sekali, saya ingin sentuh sikit MPOB juga. MPOB juga kutip ses setiap tahun dari pengusaha ladang sawit. Tetapi lebih banyak peruntukan itu dibelanja untuk kajian biologi untuk tambah baik benih kah dan sebagainya. Tapi apa yang kita memandang– kita lihat sekarang dalam bidang sawit yang paling penting sebenarnya adalah teknologi penuaian.
Jadi, saya menyeru Timbalan Perdana Menteri kalau boleh suruh MPOB ataupun ada satu polisi supaya lebih banyak peruntukan diberi kepada peningkatan kegunaan teknologi untuk proses penuaian kerana itu adalah sangat penting.
Selain daripada itu, bukan sahaja diberi geran kajian ataupun selidik kepada akademik sahaja, kepada sekolah ataupun researcher sahaja. Tetapi seharusnya digunakan, diberi terus kepada peladang kerana peladang mereka sudah on the ground, dengan izin ya. Jadi, mereka lebih faham apa faktanya, apa realitinya, apa cabaran yang mereka hadapi on the ground. Jadi, sebenarnya lebih elok kerajaan bagi geran terus kepada mereka yang telah buat kerja dan mereka tahu apa jentera yang boleh naik taraf, apa jentera yang boleh guna AI dan bagaimana mereka boleh modify. Ataupun saya cadangkanlah, 50 peratus diberikan kepada untuk menggalakkan peladang-peladang sawit tak kira mereka syarikat besar kah ataupun syarikat kecil untuk kegunaan teknologi.
Jadi, dengan ini saya mohon– Beruas nak celah. Okey.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Kluang. Boleh saya juga bawa satu masalah pengusaha-pengusaha kelapa sawit kerana dikatakan pihak MPOB kadang- kadang menggunakan undang-undang bukan dengan maksud yang hendak dicapai undang-undang tapi menggunakan undang-undang untuk menzalimi pengusaha- pengusaha.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya bagi satu contoh di mana saya mempunyai pengalaman sendiri dan saya juga menjadi mangsa to declare my interest kerana MPOB memerlukan pengusaha- pengusaha kelapa sawit untuk memberikan data-data pengeluaran FFB setiap bulan. Ini satu tugas yang pengusaha-pengusaha beri kerjasama kepada kerajaan. Tetapi, dalam satu kes di mana terlewat tiga hari sahaja. Mesti dikemukakan pada 7 hari bulan setiap bulan, tapi telah terlewat. Dia kemukakan pada 10 hari bulan. Ini berlaku satu tahun yang lepas. Sekarang dia nak didenda dan dikompaun. Ini sikap pegawai tak betul. Our purpose of the act is to get data, not use the law to victimize, to make this officer feel they are so powerful. They used the law to zalimi pengusaha-pengusaha. Saya harap sikap ini mesti diubah dan kerajaan ambil tindakan terhadap pegawai-pegawai yang mempunyai sikap yang tidak baik ini. Terima kasih.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Beruas. Mungkin Timbalan Perdana Menteri nanti boleh menjawab Beruas. Poin terakhir saya iaitu saya minta Menteri nanti
Puan Wong Shu Qi - Kluang
memberi makluman iaitu RM30 juta ini, bagaimana akan dibahagikan antara pelbagai bidang komoditi negara kita untuk automasi dan mekanisasi? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Berikutnya Yang Berhormat Menteri akan menjawab 25 minit. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada 16 Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas berhubung kait dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi dalam Jawatankuasa. Saya tak pasti dalam 25 minit saya akan dapat menjawab keseluruhan, tapi apa yang laksanakan saya akan cuba menjawab keseluruhan mereka.
Kalau tak sempat yang lain, saya akan kemukakan secara bertulis.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Mohd Nor
Baik.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Terima kasih. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Belanjawan 2024 yang bertemakan ‘Reformasi Ekonomi Memperkasakan Rakyat’, KPK telah diperuntukkan sebanyak RM732.7 juta. Dari jumlah itu, RM428.31 juta ataupun 58 peratus adalah bagi membiayai perbelanjaan mengurus.
Manakala selebihnya iaitu RM304.39 juta, 42 peratus adalah untuk pembangunan.
Secara kalau kita melihat peruntukan yang diluluskan merupakan peningkatan seperti mana yang dibahaskan tadi, RM61.01 juta ataupun 9.08 peratus kalau berbanding dengan Belanjawan 2023. Antara inisiatif utama diumumkan di bawah KPK dan Belanjawan 2024 adalah seperti berikut:
(i) RM100 juta bagi insentif program tanam semula sawit yang ada juga dibangkitkan tadi yang mana akan ditawarkan secara geran sebanyak 50 peratus dan pinjaman 50 peratus kepada 7,000 pekebun kecil sawit persendirian;
(ii) RM70 juta lagi adalah untuk meningkatkan tahap kemapanan industri sawit serta memperhebatkan kempen menangani anti minyak sawit di pentas antarabangsa;
(iii) RM10 juta untuk aplikasi teknologi peningkatan hasil tanaman getah bagi melaksanakan projek rintis penggunaan gas stimulan untuk manfaat pekebun kecil getah di ladang seluas 1,000 hektar;
(iv) RM400 juta untuk IPG yang mana telah dinaikkan daripada RM2.70 kepada RM3;
(v) Skop galakan cukai automasi yang akan diperluaskan untuk meliputi sektor agrikomoditi di bawah KPK.
Untuk itu, saya akan pergi kepada setiap Ahli Parlimen yang telah membangkitkan bermula dengan Yang Berhormat Seputeh, kenaikan elaun Lembaga MRC. Untuk makluman Yang Berhormat Seputeh, seperti mana Yang Berhormat Seputeh sedia maklum, apa-apa kena bawa kepada kementerian. Akhirnya, dirujuk kepada Menteri sama ada boleh diluluskan ataupun tidak. Untuk MRC, perkara ini belum lagi dibincangkan di peringkat lembaga sekali pun dan ia tentu akan ditelitikan oleh lembaga dan kemudian akan dikemukakan kepada kementerian. Kita akan teliti pula di peringkat kementerian adakah kewajaran untuk dinaikkan ataupun tidak seperti mana yang dituntut oleh mereka.
Kita ambil maklum pandangan Yang Berhormat Seputeh, sama ada ia boleh dinaikkan ataupun tidak, akhirnya kita melihat kepada kedudukan kewangan MRC itu sendiri. Kedua, dari segi performance. Ketiga, adakah kenaikan itu akan dapat meningkatkan produktiviti ataupun hasilan. Akhirnya, kita akan melihat secara detil keseluruhan justifikasi yang mereka kemukakan nanti.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Berkaitan dengan MPOGCF, di mana kenyataan yang dibuat oleh corporate comm, perkara ini akan dibawa kepada lembaga untuk tindakan sebaiknya. Cadangan disambut baik Yang Berhormat Seputeh tadi dan kita akan ambil tindakan yang sewajarnya daripada apa yang dibangkitkan. Saya kira apa yang dibangkitkan itu mungkin tidak begitu tepatlah, apa yang dibangkitkan oleh corporate comm MPOGCF. Sepatutnya memang kita kena dikemukakan oleh pihak saintis, pihak pakar sama ada universiti ataupun pihak industri yang berkaitan dengan research and development yang ada latar belakang saintifik.
Ada seperkara lagi dibangkitkan tadi. Itu Yang Berhormat Seputeh mohon supaya diberi jawapan secara bertulis dan saya akan kemukakan jawapannya secara bertulis.
Berhubung kait dengan Padang Serai, untuk status pengeluaran lateks daripada Januari hingga Ogos 2023 ialah 6,300 tan dan kalau berbanding tahun 2022 ialah 14,600 tan dan jangkaan kita sehingga hujung tahun ini lebih kurang 10,000 tan. Memang ada penurunan. Jumlah penggunaan lateks Januari hingga Ogos 2023 ialah 171,400 tan.
Empat peratus adalah daripada pengeluaran dalam negeri, manakala 96 peratus lebih kurang RM1.5 bilion adalah daripada import.
Untuk model baharu IPL, ingin saya maklumkan Yang Berhormat Padang Serai, bahawa kita telah kenal pasti 42 yang terlibat dalam projek rintis kita di Perak yang mana kita bekerjasama secara kluster di mana pihak industri terlibat bersama untuk mereka menjualkan secara terus kepada pihak kilang yang terlibat. Dari jumlah terkumpul ialah 670 kilo dengan harga jualan secara purata RM7.18 per kilo. Sasaran kita ialah untuk wujudkan tiga kluster daripada jumlah pekebun kecil dan keseluruhannya menjadi 1,500 orang dalam tempoh setahun ini.
Yang Berhormat Padang Serai juga membangkitkan berhubung kait dengan insentif program tanaman semula sawit, peruntukan bajet di bawah 020100. Peruntukan operasi untuk sektor komoditi ini meliputi juga gaji, elaun bayaran lebih masa, bayaran imbuhan tahunan, pengangkutan barang, sewaan, penyelenggaraan dan lain-lain perbelanjaan. Untuk insentif tanaman semula, peruntukan diletakkan di bawah projek khas pembangunan Kementerian Kewangan iaitu P.10.
Tanaman semula sawit iaitu berhubung kait dengan mekanisasi, apakah insentif dan juga bagaimana kita nak mengagihkan dana yang diambil iaitu 50 peratus geran dan 50 peratus pinjaman. Syarat sebenarnya agak panjang, tapi saya boleh kongsikanlah dalam perkara ini. Untuk Sabah dan Sarawak, kelayakan ialah kalau tanah itu 10 hektar dan di Semenanjung 6.5 hektarlah kalau di Semenanjung. Manakala yang di pendekatannya ialah 50 peratus nanti geran dan 50 peratus lagi ialah secara pinjaman yang diuruskan melalui Agrobank.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Kalau saya nak nyatakan secara detail, proses dan prosedur untuk kita agihkan proses ini, agak panjang. Jadi nanti saya boleh kemukakan, tapi boleh juga layari laman sesawang kita nanti akan segala proses dan sebagainya. Maknanya, mereka kena umur 18 tahun ke atas, tidak boleh lebih 60 tahun. Kalau lebih 60 tahun, dia kena ada penjamin daripada kalangan keluarga. Anak, isteri dan sebagainya. Dia banyak prosedur yang telah kita kenal pasti dan kita nanti boleh kongsikan secara lebih detailed sebabkan masa yang diberikan kepada saya ini agak singkat supaya kita dapat cover isu-isu lain.
Sama ada – begitu juga, berhubung kait dengan peruntukan yang RM400 juta untuk IPG. Dalam bajet, hanya diletakkan RM171 juta. Tiap-tiap tahun biasanya macam itu. Ini disebabkan lebih kepada cash flow, sebab siling diberikan ialah RM400 juta tetapi sebab ianya berasaskan permohonan. Bila berlaku kenaikan harga lantai dan sebagainya, baru akan berlaku pembayaran dan pembayaran ini nanti biasanya, bila sampai ke tahap melebihi daripada RM171 juta, Kementerian Kewangan akan berikan tambahan peruntukan dan sebagainya. Tetapi, untuk cash flow, tujuan bajet diletakkan RM171 juta, bukan ada ralat dan sebagainya.
Misal kata, tahun ini saja, jumlah tuntutan ialah lebih daripada RM400 juta sebenarnya, tetapi itu dah dibiayai, yang mana kita bayarkan kepada lebih, *let me see the figure.
[Sambil menyemak dokumen]* Kalau melihat kepada jumlah keseluruhan yang kita
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
– iaitu jumlah penerima pekebun kecil, 217,705 yang menerima IPG dengan jumlah pembayaran setakat ini ialah RM474 juta lebih. Jadi, maknanya lebih daripada apa yang diperuntukkan sebab ianya lebih kepada cash flow.
Berhubung kait dengan Parit Sulong iaitu saya dah jawab juga tadi, berhubung kait dengan peruntukan IPG. Untuk keseluruhan Malaysia, RM479.42 juta, Sabah 139 juta penerima, Sarawak ialah 4.68 juta dan tahun 2023, Januari hingga September, tuntutan ialah 194,182. Jadi, ini jumlah mereka yang telah menuntut.
Berhubung kait dengan penyelarasan target pensijilan hutan, sekejap Parit Sulong masih, ya. Untuk eksport buluh, bagi Januari hingga Ogos 2023 ialah RM13.44 juta iaitu peningkatan 49.5 peratus, berbanding tempoh yang sama 2022, hanya RM8.99 juta. Import buluh Januari hingga Ogos 2023 ialah RM66.76 juta, berbanding tempoh 2022, RM94.14 juta.
Lebih 100 pengusaha pada tahun 2023 industri papan buluh, perabot, tekstil dan juga lain-lain. Insentif untuk buluh, Program Pembangunan Ladang Hutan, pinjaman mudah ialah RM10,000 per hektar dan Program Community Farming Buluh, kita akan juga sediakan bantuan baja, anak pokok buluh dan juga latihan.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berhormat...
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Oh, ya.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih. Saya nampak satu perkara yang amat menggembirakan apabila buluh ini, satu perkara yang sangat baik kerana di Malaysia ini untuk menanam buluh ini memang banyak tempat yang boleh kita tanam buluh.
Lagipun, disebabkan masalah banjir, oleh kerana dari segi pekali untuk serap air, ia adalah empat kali ganda. Apabila kita mengeksport buluh ini, dia sebenarnya untuk kegunaan tempatan itu sangat, sangat, sangat relevan dan penting untuk tebatan banjir.
Jadi, apakah dasar yang ada pada kementerian untuk kita lebihkan penanaman buluh di Malaysia sebagai tebatan banjir kerana selepas itu, kalau karbon kredit, dia akan menguntungkan Malaysia dari segi wang ringgit.
Jadi, apa pendirian Yang Amat Berhormat tentang perkara ini, satu perkara yang patut kita sokong? Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Terima kasih, Yang Berhormat Ayer Hitam.
Sememangnya, buluh dalam kategori yang diberi perhatian sekarang, termasuk dalam program penanaman hutan. Buluh adalah satu yang diberi fokus. Sebab itu, yang kita katakan tadi, penanaman buluh pun kita bagi bantuan untuk RM10,000 per hektar, termasuk bantuan baja dan sebagainya.
Beberapa tempat sudah pun membuat secara besaran, termasuk di negeri Sarawak dan berbagai negeri-negeri lain. Balik lagi kepada Parit Sulong yang membangkitkan berhubung kait dengan manfaat daripada PIPOC yang kita adakan.
Insya-Allah, esok akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.
Setakat mana kajian downstream memberi manfaat juga kepada pekebun kecil.
PIPOC ini diadakan untuk mengumpulkan pakar-pakar dari seluruh dunia sebenarnya untuk yang membentangkan kajian dan juga hasil-hasilan terkini mereka yang mana dipamerkan dan juga perkongsian dengan industri di Malaysia seterusnya. Ianya juga bertujuan untuk memberi update kajian serta inovasi teknologi kepada pemain industri, termasuk upstream, midstream dan juga downstream.
Kajian yang diasaskan boleh juga dipelbagaikan penggunaan minyak sawit kepada bukan sahaja untuk minyak mentahnya, minyak makan tetapi juga kepada penggunaan-penggunaan lain termasuklah vitamin dan sebagainya. Sudah pasti, ianya akan memberikan manfaat juga kepada pekebun kecil.
Yang Berhormat Dungun, berhubung kait dengan pensijilan MSPO. Setakat 31 Oktober 2023, 82.6 peratus kawasan tanaman sawit pekebun kecil persendirian telah disijilkan dengan MSPO. Kerajaan akan memastikan aktiviti dan latihan dan kesedaran
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
kepada pekebun kecil supaya pematuhan dan juga kemapanan MSPO ini akan dapat dikekalkan di kalangan pekebun kecil kita. Sebab itu, dalam MSPO ini, dia memberi tiga fokus. Pertamanya, dari segi sudut sosial. Yang kedua ialah alam sekitar dan yang ketiga ialah tadbir urus yang baik.
Padang Serai tadi ada bangkitkan juga berhubung kait dengan koko. Program pemulihan kebun koko di Sabah, Sarawak dan Semenanjung, sebenarnya program ini sedang berjalan. Begitu juga dengan promosi dari segi sektor perladangan dan penanaman koko di mana kita galakkan untuk mewujudkan dari segi kluster, koperasi dan sebagainya di mana pekebun akan menjual kepada koperasi. Koperasi jadi pusat pengumpulan, pemprosesan dan akhirnya juga dia dapat membuat pengeluaran dan sebagainya.
Program ini agak berkesan di beberapa tempat yang telah kita wujudkan. Setakat ini, yang terlibat, di Sabah ada 2,084 orang pekebun kecil, di Sarawak 555 orang, Semenanjung, 656 orang. Keseluruhannya, 3,295 orang di seluruh negara. Apakah usaha – Yang Berhormat Dungun ya, kembali kita sama ada kita dapat mengatasi negara Vietnam sebab Vietnam sekarang ini nombor satu. Jadi, ini dalam konteks lada, kan?
Fokus kita ialah lebih kepada pengeluaran lada yang lebih tinggi, sebab itu kalau kita buat perbandingan, lada Malaysia adalah lada yang premium di mana permintaan di negara Eropah misalnya, lebih menumpukan pada lada Malaysia sebab ianya premium.
Lebih baik dari segi mutunya dan sebagainya.
Sebab itu, kita dapat penawaran harga yang lebih tinggi, khususnya daripada negara Jepun, Korea Selatan dan juga Sweden. Untuk itulah, kita sekarang ini, menggalakkan pembangunan industri hiliran lada. Bukan sahaja untuk lada sebagai rempah untuk makanan tetapi juga sekarang ini dah dipelbagaikan. Ada minyak wangi, ada teh, ada apa lagi.
Sekarang ini, sedang berlangsung sebenarnya mesyuarat negara-negara pengeluar lada di Sarawak. Saya pagi tadi pergi, balik terus ke sini dan saya dapat menyaksikan banyak produk-produk hiliran yang telah dihasilkan dan pelbagai negara datang tadi. Alhamdulillah, pencapaian negara kita agak membanggakanlah dari segi produk-produk hiliran.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Kalau ikut anugerah tadi yang nombor satu ialah daripada India, nombor dua ialah dari Malaysia di mana India menghasilkan produk hiliran daripada lada sebanyak 40 produk, negara kita lebih kurang 10 produk daripada lada sahaja. Jadi, adakah harga semasa lada ini stabil ataupun tidak? Untuk lada hitam sekarang ini harganya ialah RM14,400 setan. Kalau lada putih RM25,000 setan. Pengeluaran kita dari segi kos pengeluaran semasa ialah RM7,200 setan untuk lada hitam. Manakala lada putih ialah RM11,500 setan. Jadi, maknanya kalau kita melihat pada harga pasaran sudah pasti ada keuntungan untuk pekebun kecil kita.
Jadi, bagaimana kita nak melihat sama ada kita dapat mengekalkan pengeluaran– banyak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Berhormat tadi. Kalau Puncak Borneo mengatakan sekarang ini jumlah pengusaha pekebun kecil sebenarnya dah menurun tapi pengeluaran juga adakah ianya kita dapat kekalkan dengan siapa yang ada untuk kita tingkatkan hasilan supaya ianya dapat memenuhi bukan sahaja keperluan tempatan tetapi lebih penting nanti ialah untuk eksport kita. Sekarang eksport bukan sahaja kita nak eksport raw tetapi yang lebih penting yang proses itu, yang itu tumpuan kita pada produk hiliran.
Sebab itu kita sekarang ini bekerjasama dengan universiti dan juga pihak industri.
Kalau kita melihat sekarang ini penanaman lada ialah menggunakan atas tanah yang agak berbukit sebab ia di lereng-lereng bukit. Sekarang ini kita menggunakan smart farming dan juga IoT di mana precision farming itu kita akan dapat mengurangkan input pertanian sebabnya precision farming kita tahu apakah kandungan mineral yang perlu disuntik.
Bukan sahaja kita meletakkan baja secara general, secara umum tetapi ianya berasaskan keperluan, apa yang kurang dalam kandungan mineral tanah itu. Begitu juga kandungan air dan sebagainya.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Ini kita bekerjasama dengan UNIMAS. Hasil rintis yang awal ini ianya menunjukkan kesan yang agak baik di mana ianya menggunakan macam kaedah fertigasi dan sebagainya. Kalau ini berjaya, kita akan dapat sampaikan kepada seluruh negara kita dan ianya akan dapat meningkatkan produktiviti dan akhirnya mengekalkan produk yang berkualiti yang lebih baik lagi.
Untuk kenaf, adakah– strategi kita beralih daripada tembakau kepada kenaf, adakah ianya dapat menambahkan pendapatan pekebun kecil kita? Untuk kita melihat, kenaf juga dijadikan antara satu produk supaya orang tidak lagi beralih. Kebanyakan orang sekarang ini beralih kepada kelapa sawit. Tetapi kenaf kita melihat bahawa kenaf mempunyai potensi di mana sekarang ini sama macam koko, kita wujudkan juga kluster.
Dengan kluster itu, kita boleh memberi tumpuan dengan sokongan teknikal, sokongan segala bantuan yang diperlukan sebab kenaf sekarang ini kita juga menghasilkan kenaf kluster yang mengeluarkan benih.
Ada juga kluster yang menanam menghasilkan produk. Dengan itu kita melihat bahawa daripada hasilan-hasilan ini kita juga telah mendapat produk hiliran. Ada yang menggunakan hasilan kenaf untuk menjadikan badan IBS, untuk industrialized building system di mana yang ini kilangnya adalah di Kuantan di mana kerajaan negeri sudah melantik syarikat ini untuk membuat rumah yang digunakan daripada kenaf, bahan kenaf.
Kita juga bekerjasama dengan agensi nuklear di mana mereka menghasilkan bahan material yang berasaskan biokomposit, berasaskan daripada bukan sahaja kenaf tapi juga ada produk-produk lain yang dihasilkan. Itu pun juga dipertontonkan tadi oleh Lembaga Kenaf di Kuching. Juga menghasilkan tilam dan sebagainya– sebenarnya dah ada hasilan. Cuma kita kena beri tumpuan lagi sebab memang ada cabaran sebab ianya merupakan produk yang awal.
Kita kena melihat bukan sahaja proses menghasilkan benih penanaman tetapi juga penuaian disebabkan kenaf ini kalau ianya boleh dikatakan labour-intensive di mana kalau labour-intensive ini kalau orang tak tahan, kenaf ini gatal. Kalau kita menggunakan labour atau apa, jadi kita kena cari bagaimana menggunakan mesin dan sebagainya untuk kita menuai hasilan kenaf dan sebagainya. Ini juga sedang dilaksanakan oleh Lembaga Kenaf.
Untuk EUDR, saya menjawab secara umum lah kepada semua. Memang dari segi sawit, cabarannya ialah kita akan berdepan dengan the industry players, persaingan.
Sebab banyak minyak-minyak yang lain sama ada minyak matahari, minyak pelbagai lah.
Jadi, industry players ini juga menggunakan lobbyists untuk melobi supaya ada perundangan-perundangan baharu diperkenalkan supaya ianya akan memberi kesan.
Sebab kalau mengikut sawit, adalah the most productive, dengan izin. Sebab kalau kita tanam pokok sawit, ianya boleh– hayatnya 25 tahun. Manakala yang lain, tanam tahun ini dituai tahun ini dan mereka memerlukan luas, tanah yang lebih luas kalau berbanding dengan kelapa sawit.
Sebab kita 25 tahun kita dapat menghasilkan jumlah minyak yang lebih banyak berbanding dengan mana-mana produk lain, tidak kira lah sama ada minyak daripada kacang kah, daripada apa. Jadi, mereka tidak akan dapat menandingi dari segi kos pengeluaran kita. Sebab itu mungkin diperkenalkan pelbagai aturan supaya ini yang kita anggap sebagai diskriminasi kepada hubungan kita dari segi trade. Sebab itu kita membawa di World Trade Organization, kepada apa yang diperkenalkan di peringkat EU malahan di peringkat US sekalipun. Bukan sahaja dari segi EUDR, dia ada Red I, Red II dan pelbagai peraturan yang diperkenalkan.
Tetapi yang lebih penting ialah untuk kita melihat, pertama kita kena tangani juga apa yang diperkenalkan di Eropah. Sebab itu kita membawa kepada negara-negara pengeluar kelapa sawit Indonesia dan sebagainya untuk kita berdepan dengan mereka dan alhamdulillah sekarang ini mereka melihat. Sebab itu sudah dipersetujui untuk diwujudkan task force dan task force ini insya-Allah akan bermesyuarat lagi pada bulan Disember dan kita minta mereka mengiktiraf ataupun mengakui bahawa MSPO kita sudah ada. Memadai kalau MSPO itu diiktiraf, maka mereka tak perlu membuat audit secara detil lagi kepada produk yang dikeluarkan daripada Malaysia kalau sudah ada MSPO. Itu salah satu pendekatan kita.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Pendekatan kedua ialah untuk kita sebar luaskan pasaran kita di negara-negara lain, bukan sahaja di Eropah, yang disebutkan tadi di Afrika Selatan, di Amerika Latin dan sebagainya. Malahan di Middle East, peningkatan produk kita ke Saudi, di Turki dan juga di Egypt. Ini yang sedang kita laksanakan melalui misi kita melalui konvensyen yang kita laksanakan dan pelbagai program yang kita laksanakan di samping kita ada interaksi dengan the expert daripada luar negara yang akan membantu kita dari segi penulisan berhubung kait dengan kebaikan minyak sawit kita.
Jadi, ini yang banyak kita laksanakan dan insya-Allah saya kira kita akan terus berusaha walaupun pada tahun ini dari segi eksport minyak sawit menurun malahan keseluruhan komoditi kita disebabkan kedudukan ekonomi dunia yang juga menguncup.
Mungkin menjejaskan juga pengeluaran eksport produk kita sebab permintaan itu kurang.
Tetapi apa pun ada sesetengah negara berlaku peningkatan. Sebab itu kita melihat bagaimana kita hendak pertingkatkan perkara tersebut dan saya tak pasti, Dato' Yang di- Pertua...
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Sedikit. Berkenaan dengan pendatang asing, refugee.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat perlu berapa minit?
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Kalau ikut ini, panjang. Tebal ini lagi Tuan Yang di-Pertua.
[Ketawa]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya berikan...
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Boleh saya...
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Saya nak sikit, tambah fasal refugee tadi. Refugee yang untuk pekerja asing.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, saya tengah bercakap. Duduk, ya. Yang Amat Berhormat saya beri dalam...
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Mungkin saya cuba 10 minit.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Tetapi saya tidak akan dapat selesaikan.
Tetapi 10 minit, tetapi beri peluang dengan Yang Berhormat apa dulu untuk bertanya.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, silakan Yang Berhormat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya hendak tanya tentang isu pekerja asing yang telah pun saya ditimbulkan tadi. Berkenaan dengan adakah kita berpeluang untuk mengguna pakai sebagai contohnya saya difahamkan refugee di bawah UNHCR untuk Palestin sahaja berjumlah lebih daripada 1,200. Tetapi bukanlah bermaksud pekerja asing ini untuk Palestin tetapi kalaulah dapat kita gunakan untuk membantu industri komoditi kita. Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Ahli Yang Berhormat, ada dibincangkan di jawatankuasa pekerja asing. Dia banyak cabaran, pertama sekali dari segi dasar yang tidak membenarkan. Kedua, kemungkinan pekerja asing ataupun the refugees ini, budaya dan kecenderungan mereka dalam sektor-sektor tertentu itu mungkin tidak dapat bertahan lama. Kita pernah membuat pilot program tetapi ianya tidak dapat bertahan lama.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Sebab itu cabaran agak orang kata, agak mencabarlah untuk mengambil refugees ini disebabkan budaya, nilai mereka tidak sama dengan apa– Sebab itu– Malahan, ada juga kita bekerja menggunakan orang-orang tahanan daripada penjara yang sudah habis tempoh, hampir nak habis dah dan sebagainya, itu juga boleh digunakan sebenarnya.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Dalam sektor pembinaan dulu, memang digunakan mereka ini untuk terlibat. Yang Berhormat Tangga Batu ini sebenarnya dia- dia ini mewakili industry players. Dia terlibat dalam bidang sawit dan sebagainya dulu. Untuk MARCOP, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat supaya kita memberi tumpuan lagi bagaimana kita nak meningkatkan mekanisasi dan automasi.
Di sini, saya sukacitalah kalau nak menjemput sekali Yang Berhormat Tangga Batu nanti untuk kita berbincang bersama melihat bagaimana arah tuju supaya kita dapat memfokuskan. Memang cabaran utama sekarang ini ialah untuk menghasil harvester punya equipment. Kita dah pernah cuba– Sime Darby mencuba menggunakan dron.
Tetapi disebabkan dia ada orang kata, daun pelepah itu yang agak apa– [Menunjukkan isyarat tangan] Jadi, kita tak– Dron ini agak susah untuk menggunakan.
Kedua ialah untuk AI. Ada juga digunakan equipment AI camera untuk melihat bagaimana buah yang masak dan sebagainya, yang mana patut dipotong dan dituai dan sebagainya. So, yang itu agak complicated. Malahan, apa yang saya cadangkan ialah kalau dapat kita melihat di negara China, di luar negara. Ada tak kepakaran yang boleh menghasilkan kesesuaian untuk menghasilkan harvesters yang lebih sesuai memenuhi kehendak negara kita ini. Insya-Allah, kita akan...
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Yang di-Pertua, saya boleh bagi tambahan sikit.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Sila, ya sila.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Sebab kalau macam MARCOP ini saya lihat di jawatankuasa dia semua adalah industry players. Kadang-kadang kita- when we are too long in this industry, kita jadi macam dalam kotak. So, saya cadangkan supaya anggota MARCOP ini, kita bawa orang yang luar daripada industri. Mungkin dia boleh melihat dari sudut yang lain supaya kita boleh dapatkan apa hasil yang secepatnya.
Itu- itu pandangan sajalah. Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Kita sedar perkara itu. Sebab itu sekarang ini kita juga melibatkan MOSTI dan kita melibatkan Akademi Sains Negara supaya dengan kepakaran yang bercampur ini, termasuklah mungkin pakar daripada luar negara untuk kita lihat, apakah yang boleh kita laksanakan untuk kita tambah baik dan tingkatkan hasil mekanisasi dan automasi kita. Begitu juga untuk sektor getah. Memang benar stimulant yang kita gunakan. Cabarannya ialah sama ada kita mempunyai cukup penoreh ataupun tidak. Yang ini memang kita sedang teliti kan. Jadi, disebabkan itu yang kita gunakan pilot programme yang kita laksanakan sekarang ini, di mana kita melibatkan pihak syarikat dan kita wujudkan kluster dan dengan kluster itu, kita harapkan kita akan dapat antara pemilik tanah dan juga penoreh dan hasilan yang dijualkan direct kepada syarikat. Ianya akan memberikan keuntungan yang lebih besar dan ini akan menggalakkan orang terlibat bersama. Di samping itu, kita melihat bagaimana automasi dan mekanisasi dalam kaedah torehan itu dapat diperkenalkan.
MSPO saya dah ceritakan tadi bagaimana kita nak pastikan MSPO ini menjadi– Dapat disebarluaskan kepada pekebun-pekebun kecil. Sabak Bernam, sama juga berhubung kait dengan automasi. Bagaimana kerjasama kita dengan Indonesia dalam bidang sawit dan sebagainya. Saya dah terangkan tadi. Memang kita berkolaborasi dengan mereka untuk menangani segala cabaran di peringkat EUDR dan sebagainya.
Untuk tanaman tembakau diganti dengan kenaf. Diharapkan akan dapat memberikan pulangan yang lebih baik lagi. Untuk makluman, jangkaan hasil bagi sektor kenaf ialah lebih kurang 6,000 lah sehektar. Kalau untuk tanaman tembakau ini, dah tak ada lagi insentif daripada kerajaan. Jadi, mungkin tidak lagi menarik. Sebab itu kita melihat bahawa kenaf ini, bukan sahaja kita melihat kenaf sebagai kenaf tapi mungkin kita melihat bahawa kita nak perkenalkan apa yang dikatakan biojisim dan juga fiber negara.
Jadi, kenaf salah satu hasilan untuk menghasilkan fiber. Tapi kita juga bekerjasama dengan Lembaga Nanas sebab nanas juga menghasilkan fiber dan sebab itu lebih skop yang lebih luas. Bukan melihat kenaf tetapi kita melihat kepada keseluruhan fiber. Jadi, kita akan dapat memberi tumpuan kenaf sebagai salah satu produk. Nanas dan banyak lagi. Buluh dan sebagainya. Ini saya kira lebih memperluaskan hasilan dan
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
diharapkan ini akan dapat menghasilkan pendapatan yang lebih kepada semua pengusaha kita. Untuk MTIB. Berapa orang telah menyentuh berhubung kait dengan MTIB tadi, termasuk Tangga Batu, Parit Sulong dan pelbagai lagi tadilah. Untuk ladang hutan, ada 11 spesies yang kita galakkan untuk apa- tanaman hutan iaitu batai, getah, eucalyptus dan banyak lagilah. Untuk program ladang hutan yang kita buat secara apa- lebih kurang sekarang ini dah ada seluas 139,107 hektar.
Ini Fasa1 bermula daripada tahun 2007 hingga 2022. Untuk Fasa 2, lebih kurang 5,428 hektar lagi. Yang itu daripada tahun 2021 hingga 2025. Pada masa yang sama, kita ada pusat siber dan bio-komposit untuk melihat potensi-potensi daripada sisa kayu serta biomass yang dihasilkan daripada produk hutan kita. Juga, untuk digunakan sebagai bioenergy dengan charcoal dan sebagainya yang akan kita buat. Yang Berhormat Tumpat, OSC untuk pekebun kecil. Setakat ini ada 119 one-stop center yang telah disediakan di seluruh negara. OSC ini disediakan dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan seperti RISDA dan juga majlis perbandaran daerah dengan mengguna pakai pejabat-pejabat yang sedia ada. Kosnya adalah minimum kerana hanya memerlukan kos bagi tenaga kerja bagi operasi OSC sahaja. Selain itu, LGM juga sediakan kaunter bergerak, di mana kita dah ada van untuk bergerak untuk membantu dan berjumpa dengan semua pekebun kecil kita.
Yang Berhormat Betong, kita sedang mempergiatkan kursus dan latihan pada pekebun kecil, termasuk menggunakan teknologi untuk pengeluaran lada, termasuk menggunakan IOT dan juga untuk tempoh 2021 hingga Oktober 2023, kita telah menganjurkan sebanyak 3,861 kursus yang melibatkan seramai 30,743 orang pekebun.
Kita juga memperkenalkan pelbagai aktiviti untuk pengembangan melalui program pentauliahan pegawai dan juga kakitangan MPOB, Malaysian Pepper Board bermula tahun 2023. Kita juga akan memaksimumkan penggunaan sosial media untuk memastikan kita dapat menguar-uarkan dan juga membantu dalam pemasaran, terutamanya produk-produk lada kita. Ada berapa lagi yang mungkin tak berkesempatan untuk saya jawab. Saya akan berikan jawapan secara bertulis. Saya ada rekod semualah.
Masih ada tebal ini. Boleh ya? Boleh? Setuju ya?
[Ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Jadi, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih sekali lagi di atas perhatian, pandangan, kritikan daripada semua Yang Berhormat.
[Tepuk] Mana yang tak berkesempatan untuk dijawab, saya akan jawab secara bertulis. Insya-Allah, saya akan melibatkan dan saya nak siapa sahaja berminat berhubung kait dengan kementerian ini, boleh menghubungi saya supaya kita boleh membuat kluster komoditi dan perladangan untuk kita terus berinteraksi, mencari bagaimana kita dapat meningkatkan dan memastikan komoditi kita ini akan terus dapat memberi bukan sahaja menjamin pendapatan pekebun kecil kita tapi juga menambah pendapatan negara kita dan kita memperluaskan eksport kita di persada dunia. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Petrajaya. Seramai 16 orang telah berbahas dan Yang Berhormat telah menjawab, Menteri yang berkaitan. Masalah ialah bahawa wang sejumlah RM428,310,200 untuk Kepala B.20 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.20 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.20 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.20 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih bentara. Duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 8 November 2023.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.02 malam]