Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bismillahi Rahmani Rahim. Sebelum kita mulakan sesi Dewan pada hari ini, ada pengumuman iaitu ucapan takziah kepada keluarga Puan Natrah binti Ismail, Mantan Yang Berhormat Sekijang.
Ahli-ahli Yang Berhormat dengan perasaan yang amat dukacita dan sedih, saya ingin mengumumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa Puan Natrah binti Ismail, Mantan Ahli Parlimen Sekijang telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis, 2 November 2023.
Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan ini dan pihak Parlimen keseluruhannya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Puan Natrah binti Ismail. Saya mengharapkan seluruh ahli keluarga Allahyarhamah terus tabah dalam menghadapi situasi ini. Kita berdoa moga-moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh serta beriman.
Untuk makluman, beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sekijang semenjak tahun 2018 sehingga 2022. Pada yang beragama Islam diminta sedekahkan Al- Fatihah kepada Allahyarhamah Puan Natrah binti Ismail, manakala pada yang bukan beragama Islam diminta bertafakur selama satu minit. [Ahlahli membaca al-Fatihah dan bertafakur] Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Untuk memulakan sesi pada hari ini, saya mempersilakan Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa, Yang Berhormat Tampin.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Empat minggu sudah berlalu, Tampin menanti setia menunggu; Usah dibuang masa dan waktu, soalan Tampin nombor satu.
1. Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin] minta Menteri Pertanian dan Keterjamian Makanan menyatakan, jenis tanaman serta ternakan yang sedang diberikan tumpuan bagi menambah baik Tahap Sara Diri (SSL) agar dapat meningkatkan keterjaminan dan mengurangkan kebergantungan import makanan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin
Tuan Yang di-Pertua, self-sufficiency ratio (SSR) atau kadar sara diri merupakan pengukuran terhadap kemampuan sesebuah negara untuk memenuhi keperluan domestik melalui pengeluaran tempatan. Dalam konteks sekuriti makanan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memantau status bekalan lapan komoditi makanan utama iaitu beras, sayur, buah, daging, ayam atau itik, telur ayam atau itik, daging lembu, susu segar dan ikan makanan- edible fish.
SSR yang dicatatkan bagi bahan makanan utama negara pada tahun 2022 adalah seperti berikut.
| Bahan Makanan | Peratus (%) |
|---|---|
| Beras | 62.6 |
| Sayur | 44.7 |
| Buah | 78.1 |
| Daging lembu | 14.7 |
| Daging ayam dan itik | 94.4 |
| Telur ayam dan itik | 108.9 |
| Susu segar | 57.3 |
| Ikan makanan (edible fish) | 90.2 |
Bagi menambah baik SSR dan meningkatkan keterjaminan makanan, KPKM memfokuskan kepada komoditi tanaman dan ternakan seperti berikut. Pertama, padi.
Mempertingkatkan produktiviti padi menerusi inisiatif SMART Sawah Berskala Besar
(SMART SBB) menerusi model Mini Sekinchan dan projek perintis penanaman padi lima musim dalam dua tempoh dua tahun. Matlamat melaksana Program SMART SBB adalah untuk mencapai SSR beras negara kepada 75 peratus menjelang tahun 2025 dan 80 peratus menjelang tahun 2030.
Kedua, ternakan ruminan bagi penghasilan daging dan susu. Meningkatkan jumlah bilangan ternakan ruminan bagi penghasilan daging lembu atau kerbau ke tahap SSR 50 peratus dan SSR 30 peratus bagi daging kambing dan bebiri dalam tempoh lima tahun 2021 ke-2025 melalui Pelan Strategik Pembangunan Industri Pedaging Negara (BIF Plan 2021-2022). Pelan Strategik Pembangunan Industri Tenusu Negara- Dairy Plan 2021-2025, turut dilancarkan dengan sasaran penambahan 20 juta liter susu segar ke arah mencapai SSR 100 peratus menjelang tahun 2025.
Sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencatatkan SSR yang rendah serta kadar import yang tinggi meningkatkan pengeluaran sayur-sayuran seperti halia, kubis dan cili serta buah-buahan seperti kelapa. Dasar Agromakanan Negara 2.0, KPKM menyasarkan SSR buah-buahan dan sayur-sayuran masing-masing sebanyak 83 peratus dan 79 peratus menjelang tahun 2030 dan perikanan dan akuakultur, memperkasakan
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin
pengeluaran ikan makanan melalui akuakultur yang menyasarkan pengeluaran akuakultur berbanding perikanan tangkapan pada nisbah 60 ke-40 menjelang tahun 2030. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Tampin, soalan tambahan.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Sasaran SSR yang telah ditetapkan dalam Dasar Agromakanan Negara 2.0 bagi setiap jenis tanaman dan ternakan perlu dicapai dengan secepat mungkin. Hal ini membolehkan kita tidak terus bergantung kepada negara luar dan berdepan risiko sekatan eksport serta peningkatan cukai eksport daripada negara sumber. Persoalan saya, adakah sasaran SSL yang bagi setiap sektor makanan, keperluan yang telah ditetapkan begitu tinggi menerusi Dasar Agro Makanan Negara 2.0 bersifat realistik?
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Keduanya, saya masih belum mengenal pasti langkah konkrit kementerian untuk memulihkan stigma golongan muda yang terus menjauhi sektor pertanian. Justeru itu, apakah strategi baharu kementerian berhubung kebimbangan tersebut yang boleh menjejaskan hasrat negara untuk mencapai sasaran SSL dan meningkatkan keterjaminan makanan negara? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Chan Foong Hin
Ya, untuk menjawab sama ada matlamat itu realistik atau tidak, kalau kita lihat daripada lapan ini bahan makanan utama yang tadi saya sebutkan yang tadi tu, ada yang kalau lihat jurang daripada sasaran sekarang berbanding dengan target adalah dekat. Seperti contoh, buah-buahan. 78.1 peratus berbanding dengan sasaran kita nak mencapai 83 peratus. So, itu sesuatu yang kita boleh mencapai dan ada juga yang jauh lebih sikit seperti beras- 62.6 peratus berbanding dengan 75 peratus. So, ini pun agak realistik. Juga ada berbagai dari segi SSL ini, kita kena review balik kerana target SSL ini kita akan letak setiap lima tahun dan ada kadangkala seperti contoh yang sayur-sayuran tu, cuma 44.7 peratus berbanding dengan 79 peratus yang kita telah sasarkan.
Tapi adakah kesemua sayur-sayuran kita tidak cukup? Tak semestinya. So, untuk makluman Yang Berhormat, terdapat juga 50 item pertanian yang terpilih dilihat mencapai pencapaian SSL dengan 23 item telah melebihi 100 peratus. So, maksudnya seperti contoh cili. Sekarang kita sebut cili, dia tak cukup tapi apakah jenis cili yang tak cukup? Kita selalu tanam cili yang besar, yang cili yang panjang. Cili yang kecil tu yang kurang. So, kita kena lihat jenis yang spesifik secara terperinci untuk isu ini.
Untuk menjawab soalan yang kedua untuk macam mana nak menarik perhatian golongan muda, melalui Program Agropreneur Muda ini selalu membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang penternakan. Seperti contoh, ini dalam bentuk barangan bernilai RM20,000 in-kind setiap individu. Pada tahun 2021, seramai 96 orang penternak muda telah menerima manfaat dengan nilai bantuan berjumlah RM1.92 juta dan bagi tahun 2022, seramai 77 orang penternak muda yang telah menerima manfaat dengan nilai bantuan berjumlah RM1.54 juta. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Tanjong Karang.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Terima kasih Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pengumuman kerajaan untuk menambah 50,000 hektar sawah baharu di Sabah dilihat terlalu kecil dan seperti tiada kesungguhan dalam usaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk memastikan SSL mampu dicapai dalam waktu terdekat. Malah, hanya mensasarkan SSL beras kepada 80 peratus tahun 2030. Ini memandangkan jumlah keluasan jelapang padi Malaysia hanya berkeluasan sekadar 425.6 ribu hektar mengikut Laporan DOSM 2019.
Kalau dibandingkan dengan Vietnam- 7.6 juta hektar; Thailand- 9.6 juta hektar; Indonesia- 12.2 juta hektar; dan India- 43.2 juta hektar. Persoalan saya Yang di-Pertua,
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
bagaimanakah atau bolehkah Malaysia mensasarkan sekurang-kurangnya 1 juta hektar jelapang padi bagi memastikan keterjaminan beras negara dicapai dan seterusnya, apakah perancangan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang kementerian untuk membantu menanggung kenaikan harga input pertanian, termasuk benih padi, jentera dan sewaan bendang yang amat membebankan para pesawah ketika ini? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Chan Foong Hin
Ya, untuk makluman YB Tanjong Karang, yang penghasilan beras ini, yang SSL ini, kita boleh capai dalam 75 peratus, atau 80 peratus, tanpa menambah saiz jelapang padi kerana ini bergantung kepada berapa yield, berapa tahap penghasilan yang untuk satu hektar tu. Itu yang lebih penting. Seperti contoh, sekarang kita capai 62.6 peratus kerana yield untuk padi kita dalam sekitar 3 ke-3.4 tan per hektar. Kalau kita dapat meningkatkan itu kepada enam tan per hektar, kita boleh capai 80 peratus. So, ini bukan saja nak melihat saiz geografi berapa besar nak tanam, yang pentingnya berapa kita boleh dapat per hektar. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kita persilakan untuk soalan yang kedua, Dato' Sri Saifuddin Abdullah, Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan nombor 2.
2. Dato' Sri Saifuddin Abdullah [Indera Mahkota] minta Menteri Ekonomi menyatakan, status pelaksanaan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia
(MyDIGITAL).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Indera Mahkota. Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia atau yang selalu disebut sebagai MyDIGITAL telah dilancarkan pada 19 Februari 2021 dan berperanan untuk merealisasikan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi yang berpacukan pendigitalan dan peneraju serantau dalam bidang ekonomi digital. MyDIGITAL telah menggariskan enam teras utama, 22 strategi, 48 inisiatif nasional, dan 28 inisiatif merentasi tiga fasa pelaksanaan sehingga tahun 2030.
Walaupun pelaksanaan MyDIGITAL terganggu sedikit selepas pelancarannya akibat bencana COVID-19, beberapa strategi yang telah dilaksanakan telah mencapai sasaran yang ditetapkan dalam rangka tindakan berkenaan.
Tumpuan kerajaan kini adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan industri digital, dan tech selaras dengan kepentingannya sebagai satu dari lima industri SGHV, ataupun high growth high value yang telah ditetapkan sebagai enjin pertumbuhan baharu ekonomi negara. Untuk mencapai sasaran itu, beberapa penambahbaikan strategik dan taktikal telah pun dikenal pasti oleh kerajaan, termasuklah beberapa perkara berikut yang tidak diambil kira sebelum ini semasa perencanaan MyDIGITAL.
Pertama, tumpuan pembangunan industri tech, dan digital tidak lagi dipandu semata-mata oleh sasaran lima unicorns seperti yang diumumkan sebelum ini. Mengambil kira perubahan-perubahan di dalam industri digital dan tech di seluruh dunia. Sebaliknya, usaha kerajaan akan bertumpu supaya satu ekosistem diwujudkan untuk membantu mencambahkan seberapa banyak syarikat pemula di peringkat seed dan pendanaan akan diberi tumpuan juga lebih kepada di peringkat seed, dan angel investor. Kedua, rangka perundangan dan pentadbiran perlu diselaraskan dengan aspirasi industri digital, dan tech selain daripada pengenalan rang undang-undang baharu seperti Akta Omnibus mengenai perkongsian data, dan keselamatan data, serta penyelarasan undang-undang yang lain. Tumpuan juga diberikan untuk meningkatkan
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
daya kepimpinan digital di peringkat awam dan swasta untuk memastikan, terutamanya sektor awam dapat memangkin mempercepatkan pertumbuhan industri digital dan tech.
Ketiga, aspek penghasilan bakat dalam bidang digital, dan tech akan dipercepatkan untuk memastikan negara berupaya membekalkan bakat-bakat kritikal dalam industri digital, dan tech seperti jurutera perisian, saintis data, jurutera data, jurureka UIUX, pembangun produk, dan jurutera kecerdasan buatan ataupun AI pada skala yang lebih besar.
Saya minta dalam dua minit lagi ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan, silakan.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Keempat, pembangunan aplikasi awam oleh agensi-agensi kerajaan akan bergerak ke arah pelaksanaan GovTech iaitu akan diintegrasikan ke arah pendekatan satu tingkap yang menggunakan data bersepadu berbanding dengan pendekatan sekarang yang sistem yang lain-lain di agensi yang berlainan.
Kelima, untuk membawa masuk pemimpin industri kecerdasan buatan ataupun AI ke Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai hab AI di rantau ini dan keenam, mengubah strategi induk industri digital dan tech negara dari sasaran-sasaran berbentuk umum kepada sasaran utama untuk menjadikan Malaysia destinasi utama syarikat- syarikat pemula dan bakat-bakat tech dan digital dari dunia.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Oleh yang demikian, beberapa langkah awal telah pun dilaksanakan oleh kerajaan untuk menyelaraskan MyDIGITAL dengan sasaran KSP untuk menjadikan industri digital dan tech ini sebagai HGHV termasuklah peranan kesemua agensi kerajaan dan GLC yang bertanggungjawab membangunkan industri ini telah pun diselaraskan melalui kaedah satu tingkat atau single window yang kini dikendalikan melalui MYStartup untuk mengelakkan pertindihan di antara fungsi-fungsi agensi dan memudahkan urusan dengan syarikat-syarikat pemula.
Kedua, Kementerian Ekonomi juga telah membangunkan program Executive Digital Leadership, ataupun EDL yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kepimpinan digital dalam sektor awam dan swasta. Program yang dibangunkan khas oleh Asia Business of School (ASB) dengan penglibatan syarikat-syarikat teknologi digital dunia seperti IBM, Microsoft, Google, Amazon Web Services dan juga Shopee. Penglibatan pegawai di peringkat pengurusan tertinggi dari sektor awam akan dapat menyumbang kepada transformasi pendigitalan di organisasi awam dan syarikat swasta dan pengambilan kohort pertama telah bermula dan dijangka kelas ataupun kohort pertama itu akan mula masuk kelas November ini. Bulan ini.
Yang ketiga, Program Skills@Scale iaitu penghasilan bakat digital dan tech secara besar-besaran akan dilancarkan dalam suku pertama 2024. Program ini akan memberi peluang kepada bakat dari bidang-bidang konvensional. Contohnya jurutera kimia, jurutera mekanikal, matematik, fizik dan sebagainya untuk melalui latihan intensif untuk berubah ataupun dengan izin, PVET kepada bidang profesional menjadi profesional di dalam bidang teknologi dan tech.
Akhir sekali, keseluruhan strategi baru dan penambahbaikan ini akan terkandung di dalam satu sectoral blueprint yang dinamakan KL20 yang dijangka akan diluncurkan dalam bulan Februari atau Mac 2024. Aspirasi KL20 adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan ekosistem syarikat-syarikat pemula di Malaysia dengan menjadikan Malaysia diiktiraf sebagai salah satu dari 20 ekosistem syarikat pemula terbaik di dunia menjelang 2030. Seterusnya berupaya membawa masuk pelaburan syarikat-syarikat pemula dari seluruh dunia bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi digital. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dapat melihat jawapan tadi seakan-akan teaser kepada blueprint KL20 yang kita nanti-nantikan. Ada empat perkara yang ingin saya bertanya.
Yang pertama ialah dalam- mungkin ini akan dijawab dalam blueprint tetapi kalau boleh diberi sedikit teaser- subsektor atau teras mana agaknya sebab digital ekonomi ini luas sangat yang akan diberikan tumpuan dalam setahun, dua yang akan datang yang menjadi catalyst kepada yang lain-lain.
Yang keduanya ialah, ada tadi disebut tentang mewujudkan konsep satu tingkap itu untuk MYStartup. Bagaimana dengan agensi-agensi lain untuk yang bukan berkaitan dengan MYStartup? Contohnya dulu seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bekas Yang Berhormat Jeli dan ada seorang pegawai atau tim khusus di EPU. Jadi, itu mungkin boleh dijelaskan.
Yang ketiga ialah bila kita bercakap soal bakat baru, kita juga tentu bercakap tentang jenis-jenis pekerjaan baru, tetapi saya dah tanya ini kepada kementerian lain, tetapi saya tak dapat jawapan ini. Dalam Kementerian Sumber Manusia itu, kita memaparkan setiap tahun dan setiap Rancangan Malaysia lima tahun itu jenis-jenis pekerjaan dan jenis-jenis pekerjaan itu dah 40 tahun dah, pengurus profesional dan sebagai. Mungkin Kementerian Ekonomi boleh memulakan senarai baru untuk rakyat faham. Oh, ini dia jenis pekerjaan baru. Kalau tidak, ibu dan ayah, dia akan menumpu kepada jenis-jenis pekerjaan yang lama itu. Profesional, dianggap profesional itu mungkin tujuh, lapan kategori itu kategori dah lama, tapi mungkin ada kategori baru.
Akhir sekali ialah, sejauh mana kerajaan akan benar-benar bersifat terbuka?
Sebab dalam nak memajukan ekonomi digital, apa lagi kita hendak jadi hab untuk rantau ini, kita harus lebih terbuka dari segi Dasar Imigresen, dari segi dasar-dasar tertentu yang sebelum ini saya lihat ada hambatan. Mungkin ini Yang Berhormat bayangkan, daripada perubahan-perubahan dalam perundangan dan peraturan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Indera Mahkota. Ada empat soalan ya. Yang pertama ialah tentang subsektor. Kita kena mengambil kira bagaimana cepatnya industri digital, dan tech ini berubah.
Pertama, dia bergantung pada, dengan izin, flavour of the month. Jadi, contohnya sekarang flavour of the month, adalah AI. Jadi dalam tempoh satu, dua tahun ini, dari segi pelaburan, daripada firma-firma venture capital, sebahagian besarnya pergi kepada dua industri utama, subsektor utama iaitu yang bersabit dengan AI dan juga peralihan tenaga contohnya kan.
Jadi, pandangan yang akan disertakan di dalam KL20 ialah kita tidak terlalu terikat dengan subsektor-subsektor seperti pendekatan-pendekatan sebelum ini kerana industri itu berubah dengan begitu cepat. Sudah tentu kita perlu mengambil beberapa pendekatan untuk meletakkan Malaysia di peringkat kepimpinan serantau tertentu. Yang itu yang kita usahakan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) ya, tapi pandangan saya Indera Mahkota ialah...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
...Sebab itu peralihan kepada pendekatan mestilah kepada soal mewujudkan ekosistem terbaik kerana dengan ekosistem terbaik itu, ia akan dapat menarik minat syarikat-syarikat pemula dari seluruh dunia dalam bidang-bidang dan subsektor yang menjadi pilihan pada ketika itu untuk beroperasi di Malaysia. Itu dengan secara automatik juga akan membawa masuk pelaburan-pelaburan daripada venture capital, selain daripada subsektor-subsektor yang telah digariskan di dalam MyDIGITAL sebelum ini.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Soalan kedua ialah mengenai penyelarasan agensi-agensi. Untuk makluman Dewan, keseluruhan pelaksanaan rangka tindakan MyDIGITAL ini dipantau melalui Majlis Ekonomi Digital yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua kementerian yang terbabit. Jadi, sementara satu tingkap tunggal- single window itu diwujudkan untuk memudahkan syarikat pemula berurusan dengan kerajaan, di belakang tingkap itu penyelarasan dibuat dengan agensi, mengikut tumpuan dan bidang kuasa masing-masing.
Soal ketiga ialah soal bakat. Saya bersetuju bahawa satu keutamaan yang kita perlu berikan kepada masyarakat ialah supaya ibu bapa dan juga pelajar-pelajar di universiti mengetahui pola bidang kerja bernilai tinggi untuk masa akan datang.
Sebahagian besarnya ini adalah di dalam bidang digital dan tech. Kita ada data yang mencukupi daripada agensi-agensi kerajaan, baik di bawah Kementerian Sumber Manusia, baik di bawah Kementerian Ekonomi dan kementerian-kementerian yang lain.
Insya-Allah, ini akan disepadukan dalam laporan-laporan baru yang akan diterbitkan oleh kerajaan melalui DOSM sebagai sambutan daripada dan susulan daripada laporan-laporan mengenai pasaran kerja yang telah pun dimulakan. Kita dah mulakan laporan gaji mengikut suku tahun, itu telah dikeluarkan. Daripada satu suku ke satu suku, maka maklumat-maklumat termasuklah yang bersabit dengan permintaan dan penawaran kerja-kerja dalam bidang-bidang baru ini akan dimasukkan.
Terakhir sekali ialah mengenai keterbukaan. Insya-Allah, keputusan-keputusan dasar untuk kita membuka seluasnya ekonomi kita kepada bakat-bakat antarabangsa di peringkat yang berkemahiran tinggi itu telah dibuat. Inilah yang akan diperincikan di dalam KL20 kerana kita tak boleh mengangkat ekosistem digital kita untuk menjadi tumpuan dunia kalau kita dilihat tidak mengalu-alukan bakat daripada seluruh negara. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Ipoh Timur.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Bangun]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Terima kasih, Timbalan Speaker. Mengikut YB PM sendiri yang telah dua, tiga bulan yang lepas mengumumkan, generatif AI sendiri adalah satu sektor ekonomi yang sebesar RM113 juta. Goldman Sachs telah umumkan menjelang 2027, ekonomi ekosistem generatif AI sendiri mungkin sebesar USD480 bilion.
Ia satu yang bergerak pantas dan ia sesuatu ekosistem ekonomi yang sangat besar. Sudah tentu kita perlu, dengan izin, low-hanging fruits perlu dibantu untuk kita petik dan tuai buahnya. Adalah sebenarnya syarikat-syarikat yang dah masuk stage pre-IPO yang bukan lagi termasuk dalam MyDIGITAL, bukan lagi masuk dalam MYStartup. Adakah pihak kementerian dan juga kerajaan punya hasrat atau usaha untuk membantu fast-track syarikat-syarikat yang sudah berjaya...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran
[Bangun]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
...Seperti Inmagine, one of the key generative AI places di Malaysia yang kedudukan ke-13 di dunia, kalau ikut Andreessen Horowitz- adakah kerajaan punya hasrat atau perancangan untuk membantu yang sudah berjaya untuk propel to the next level, dengan izin?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih, Ipoh Timur. Ada dua perspektif tadi.
Yang pertama tentang kecerdasan buatan ataupun AI ya. Daripada segi dinamika industri, sudah tentu tumpuan dan juga penyelidikan dan pembangunan yang paling intensif, ini boleh berlaku di beberapa tempat di dunia sahaja. Kebanyakannya di Silicon Valley, kebanyakannya di China dan beberapa tempat di Amerika Syarikat.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Tumpuan bila kita kata untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kecerdasan buatan serantau ialah untuk memastikan bahawa bukan sahaja kita bercakap mengenai AI tetapi ekosistem untuk membolehkan syarikat-syarikat pemula di lapisan-lapisan bawah itu boleh terbabit.
Kalau di rantau ini, tumpuannya ialah di Malaysia kerana kita bercadang untuk mewujudkan infrastruktur AI yang terbaik di rantau ini ya. Itu, insya-Allah, akan diumumkan di dalam KL20. Sudah ada beberapa perbincangan lanjut dengan syarikat-syarikat gergasi AI dunia. Maksudnya, kalau syarikat pemula ingin menggunakan ‘ship’ ataupun processing capacity pada peringkat yang membolehkan mereka membangunkan produk AI, mereka kena datang di Malaysia di rantau ini kerana di tempat-tempat lain, tak ada lagi. Jadi, itu yang sedang diusahakan oleh kerajaan ya.
Bersabit dengan soalan Ipoh Timur sama ada kerajaan akan membantu syarikat teknologi yang telah dilihat berjaya untuk disenaraikan. Ini mungkin pandangan yang kurang popular, tapi itulah yang saya sebut kepada jawapan Indera Mahkota tadi.
Tumpuan kerajaan ialah kepada syarikat-syarikat di peringkat seed kerana industri digital, dan tech ini, ia bermula secara- kalau ikut piramidnya, lebih banyak syarikat di peringkat seed, maka lebih banyak yang ada kebarangkalian untuk berjaya, untuk naik kepada series A, series B, series C sehinggalah ia disenaraikan. Selalunya di dalam satu ekosistem yang mana tidak cukup syarikat di peringkat seed, maka tak cukup pula syarikat yang sampai ke series A, series B dan series C. Sebab itu kita mengubah pendekatan daripada kita tumpu kepada nak capai lima unicorn tapi kita bagi bantuan sepenuhnya kepada empat, lima ini sahaja, adalah lebih baik untuk kita tabur bantuan, dan buka ekosistem itu kepada seberapa banyak yang ada supaya syarikat-syarikat yang benar-benar berdaya tahan ini apabila mereka telah melepasi- kalau dalam vocabulary startup ini, ia peringkat yang dipanggil Valley of Death. Maksudnya, dua, tiga tahun pertama itu, 99 peratus syarikat startup bankrap, hanya satu peratus sahaja yang lepas. Jadi, kalau yang di bawah ini tak banyak, maka sampai bila- bila kerajaan dan negara tidak akan dapat melihat syarikat-syarikat teknologi yang besar.
Pada pandangan saya, mereka yang telah melepasi Valley of Death...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, pendekkan jawapan.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
...Kemudian telah pun sampai ke...
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
...Series A, series B dan series C, insya-Allah, daripada segi ekosistem pendanaan yang diwujudkan bila lebih banyak VC yang masuk, mereka boleh berdaya tahan sendiri untuk pergi ke peringkat yang lebih tinggi.
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Dengan izin, Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kuala Selangor, dengan izin.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ah, soalan dibenarkan atas pertimbangan hanya dua- tambahan. Pohon maaf, Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya. Silakan soalan yang ketiga iaitu Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy, Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pergi ke Tanjong membawa raga, soalan nombor tiga...
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
3. Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy [Kalabakan] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan, apa perkembangan terkini projek tebatan banjir dan pembinaan tebing di lencongan Sungai Tawau melibatkan kawasan Kampung Pasir Putih dan Kampung Tanjung Batu memandangkan isu banjir yang semakin teruk berlaku di kawasan ini.
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kalabakan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek sistem saliran lencongan Sungai Tawau melalui Kampung Pasir Putih adalah inisiatif penuh yang diterajui oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sabah dengan menggunakan peruntukan kerajaan negeri. Pelaksanaan projek ini berjalan melalui lima fasa pembinaan yang telah disempurnakan secara berperingkat di Papar. Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan sistem saliran secara keseluruhan dan mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut.
Bagi projek tebatan banjir di kawasan Kampung Tanjung Batu pula, projek sedang dilaksanakan di bawah peruntukan kerajaan negeri. Projek ini telah bermula pada awal tahun 2023 dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun dengan anggaran kos projek berjumlah RM2.6 juta. Matlamat utama projek ini adalah untuk mengurangkan risiko banjir di kawasan Kampung Tanjung Batu serta meningkatkan keupayaan tebatan banjir dalam kawasan tersebut. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Kalabakan.
Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan
Terima kasih, Timbalan Menteri. Apa usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian untuk mengatasi masalah kekurangan sumber air bersih bagi kegunaan penduduk di Sabah memandangkan kadar taburan hujan bulanan akan berkurang hingga 20 peratus pada tempoh Monsun Timur Laut yang dijangka akan berlaku pada awal tahun 2024 ya, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia?
Kedua, sejauh manakah pihak kementerian mengoptimumkan penggunaan teknologi terkini sebagai pelan mitigasi dan adaptasi bagi menangani masalah perubahan iklim yang memberikan impak negatif terhadap kelestarian ekosistem hingga berisiko berlakunya bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh? Apakah pelan jangka panjang pihak kementerian bagi memastikan negara tidak terancam dengan perubahan iklim global ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Dalam itu soalan nombor satu Yang Berhormat, sampai setakat ini, saya tidak ada jawapan yang terperinci. Saya akan mengemukakan jawapan secara bertulis.
Untuk soalan kedua, kementerian melalui Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah mengaplikasikan teknologi terkini dalam kajian dan pembangunan berkaitan...
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
[Bangun]
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
...Dengan kesan perubahan iklim ke atas sumber air negara seperti teknologi sensor, peranti pintar, internet kebendaan, internet of things (IoT), kepintaran buatan, artificial intelligence (AI), analitika data raya- big data analytical (BDA), dan pengkomputeran prestasi tinggi, high performance computing (HPC). Teknologi ini telah diguna pakai dalam penilaian dan adaptasi bagi mengenal pasti dan mengurangkan impak negatif bencana alam dengan lebih efektif terutamanya berkaitan bencana seperti banjir dan kemarau akibat perubahan iklim.
Maklumat awal bencana pada masa akan datang mampu dikesan dengan penggunaan teknologi baharu ini yang sebahagiannya yang telah diguna pakai oleh
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
NAHRIM dalam penyelidikan, agar langkah adaptasi dapat dirancang di peringkat awal.
Antara penggunaan teknologi baharu yang telah, dan sedang digunakan oleh NAHRIM adalah seperti berikut.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Pertama, sistem dan peta maklumat unjuran perubahan iklim, NAHRIM Hydroclimate Data Analysis Accelerator (N-HyDAA); kedua, Malaysia Adaption Index
(MAIN); dan ketiga, ramalan banjir berasaskan teknik kecerdasan buatan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan untuk soalan 3.
Apakah bentuk kepakaran dari negara Belanda yang telah ditawarkan kepada negara kita susulan kunjungan Perdana Menteri Belanda tempoh hari bagi menambah baik sistem banjir dan bagaimanakah ia dapat membantu mengatasi masalah banjir yang berlaku di negara kita? Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Baik. Terima kasih. Ini soalan ada, soalan dari asas, saya akan menjawab. Dalam saya tangan sekarang tiada jawapan yang terperinci. Saya akan menyediakan jawapan yang secara yang bertulis. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Kita ke soalan yang ke-4. Yang Berhormat bangun tadi untuk apa Yang Berhormat? Yang Berhormat bangun tadi untuk apa?
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Saya bertanya soalan tambahan tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat tanya atas pertimbangan, dua soalan sahaja ya.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
Okey. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan yang ke-4, Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden, Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
RFID sepatutnya cepat, selalu sangkut jadi lambat, Kami pengguna rasa ralat, pohon jawapan soalan empat. Terima kasih.
4. Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden [Alor Setar] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, apakah hala tuju Kerajaan Persekutuan terhadap sistem RFID di semua lebuh raya dan apakah usaha untuk menambah baik sistem kutipan tol untuk kelancaran pengguna lebuh raya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, soalan berkaitan RFID telah pun berkali- kali dijawab dalam Dewan yang mulia ini, tetapi walau bagaimanapun, pemilihannya tetap dikeluarkan lagi. Saya tetap menjawab dan peka terhadap isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya melalui KKR melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sentiasa memantau prestasi lorong tol yang menggunakan sistem kutipan tol dengan teknologi RFID di semua lebuh raya. Selaras dengan hasrat kerajaan dalam pelaksanaan Multi Lane Fast Flow (MLFF) sebagai usaha dalam menambah baik sistem kutipan tol, teknologi RFID ini telah diterima sebagai teknologi yang akan digunakan dalam pelaksanaan MLFF. Dengan pelaksanaan MLFF kelak, pengguna tidak lagi perlu memberhentikan atau memperlahankan kenderaan bagi membuat bayaran tol, sekali gus meningkatkan kelancaran perjalanan, penggunaan di lebuh raya melalui transaksi pembayaran tol yang cepat dan efisien. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Alor Setar, soalan tambahan.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Walaupun selalu ditanya, tetapi selalu rajin jawab. Saya cadang menjadi Menteri penuh nanti, insya-Allah.
Dua soalan Dato’ Yang di-Pertua. Pertama, tentang teknikal sedikit- Yang Berhormat Timbalan Menteri. RFID ini kenapa dia punya kedudukan mesin pengimbas dia berbeza? Ada yang jauh daripada palang, ada yang dekat dengan palang menyebabkan kereta terpaksa ke depan, ke belakang. Dulu ada banyak lorong RFID, tetapi dah jadi satu.
Setengah-setengah tol itu jadi jammed.
Yang kedua Yang di-Pertua, tentang polisi. Saya ucap tahniah atas inisiatif kerajaan perkenalkan bayaran guna kad debit ataupun kad kredit. Isunya bayaran itu dia sama macam kaedah kad Touch 'n Go. Kita masih kena sentuh kad itu di mesin pengimbas. Dia tetap akan lambat sikit perjalanan itu. Adakah kerajaan bercadang nak laksanakan sistem kutipan tol tanpa plaza tol? Tanpa palang macam diperkenalkan di negara-negara luar electronic road pricing misalnya. Lalu sahaja tanpa ada plaza tol atau ada palang.
Akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua, pada pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kita boleh hapuskan kutipan tol ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di- Pertua. Yang pertamanya soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, sebenarnya pihak kami di Lembaga Lebuhraya, sentiasa melihat keadaan di lorong Plaza Tol tersebut iaitu maknanya kita selalu membuat analisis tentang plaza tol iaitu antaranya lorong bagi setiap mod yang khususnya Touch 'n Go, SmartTAG dan RFID ini. Sebenarnya kita sentiasa meletakkan pemantauan di setiap- kita melebihkan pemantauan sekarang ini apabila dapat saranan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang saya katakan sering bangkitkan perkara tersebut.
Setakat ini kita ada 416 lorong RFID di seluruh lebuh raya di Malaysia dan jumlahnya meliputi yang kita nyatakan tadi, ada yang lebih dan ada yang kurang.
Sebenarnya apa yang dinyatakan oleh pihak Ahli Yang Berhormat sebentar tadi, kita mempunyai, mempunyai- sebab itu kita nak laksanakan MLFF dan dalam MLFF ini, kita letakkan juga RFID. Maknanya, kita akan menggunakan radio frequency identification, dan juga kita akan menggunakan bersama automatic plate number recognition.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Recognition .
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Maknanya kita gunakan ANPR. Kita gunakan sekali supaya ia akan lebih laju dan kita boleh detect nombor kereta dan juga sekali dengan pengguna tersebut. Jadi, peningkatan ini mungkin boleh seperti saya
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
nyatakan dalam jawapan, dia lebih cepat dan efisien apabila kita menggunakan Multi Lane Fast Flow. Yang disarankan oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi, sebenarnya kita telah membuat kajian banyak negara dan kita hendak supaya yang terbaik. Sebab itu sekarang ini dalam proses kajian. Kajian yang kita lakukan dan dalam masa yang sama, kita akan cuba pada 2024, penggunaan tersebut secara cubaan. Kita nak melihat keadaannya lebih sesuai kalau digunakan. Maka, kita menggunakan banyak kaedah-kaedah. Saya sendiri pun dah pergi melihat kaedah tersebut sewaktu saya menyertai ITS, intelligence transport- ITS, intelligence transport...
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Systems.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Systems. Kita dah pergi melihat, dan saya melihat banyak negara yang menggunakan MLFF ini adalah penggunaannya sangat baik. Jadi, insya-Allah kita akan cuba sedaya upaya dan kita menerima banyak sebenarnya pandangan-pandangan daripada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, daripada rakan-rakan luar supaya ia menjadi lebih efisien di masa mendatang untuk kegunaan tol di dalam negara kita ini. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Timbalan Speaker. Saya juga menghargai jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri tadi.
Susulan daripada soalan Yang Berhormat Alor Setar, jarang sekali saya setuju dengan Alor Setar. Kali ini kita bersetuju sama-sama. Berkenaan dengan pemansuhan kutipan tol, saya mengambil kesempatan ini juga untuk berterima kasih kepada kerajaan, Yang Amat Berhormat Tambun yang juga memberi pelepasan kutipan tol semasa perayaan- perayaan.
Jadi soalan saya, Deepavali akan berlangsung minggu ini. Adakah kerajaan akan mengumumkan apa-apa pelepasan kutipan tol sempena perayaan Deepavali? Kerana maklumlah cuti yang panjang, bukan sahaja orang-orang India beragaman Hindu yang akan berulang alik ke kampung halaman, malahan ada juga rakyat Malaysia yang akan bercuti dari satu tempat ke tempat yang lain.
Saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan, “Deepavali nalvazhthukkal” kepada semua...
[Tepuk] Jadi, saya mintalah kalau ada apa-apa pengumuman. Kita menunggu sempena perayaan Deepavali, apa-apa pelepasan untuk kutipan tol di lebuh raya di Semenanjung, kalau boleh diumumkan oleh Timbalan Menteri dan kerajaan. Terima kasih saya ucapkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Sebenarnya kita tahu trend Malaysia, trend di negara kita ini apabila ada cuti sahaja, cuti bercantum. Maknanya kalau Jumaat ada perayaan ataupun hari Isnin ada perayaan, dah pasti masyarakat kita akan balik kepada, pulang kepada kawasan masing- masing untuk meraikan bersama, tetapi dalam soal yang dibangkitkan oleh- yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong, setakat ini saya nyatakan bahawa belum ada perbincangan lagi..
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Kalau ada pengumuman pun, MOF akan membuat pengumuman tersebut melalui di bawah Kementerian Kerja Raya. Maknanya, kita dapat, dapat kelulusan daripada MOF, barulah Kementerian Kerja Raya akan mengumumkan sama ada pelepasan tol pada hari perayaan Deepavali, tetapi saya menyokonglah apa Jelutong nyatakan, tetapi terpulanglah pada MOF. Depan saya ada sahabat MOF, dia sedang mencatat saya tengok...
[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, kita teruskan dengan soalan berikutnya.
Saya mempersilakan Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Yang Berhormat Bandar Tun Razak.
Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Bandar Tun Razak
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor lima.
5. Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [Bandar Tun Razak] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, ketidakpadanan kemahiran dikenal pasti sebagai faktor utama yang menghalang keupayaan sumber tenaga kerja untuk beralih kepada negara berpendapatan tinggi. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk menangani isu ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Ts Mustapha Sakmud
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bandar Tun Razak, mentor politik saya...
[Ketawa] Dato’ Yang di-Pertua, isu ketidakpadanan kemahiran atau, dengan izin, skills mismatched merupakan satu isu yang sering diutarakan di Parlimen. Ingin saya nyatakan bahawa Kementerian Sumber Manusia memandang serius perkara ini dan sedang menjalankan pelbagai usaha untuk menangani isu ketidakpadanan kemahiran.
Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran telah memperkenalkan, dan melaksanakan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) berkonsepkan dengan izin, work best learning iaitu pembelajaran dalam persekitaran kerja sebenar, yang merangkumi dua situasi pembelajaran iaitu 70 hingga 80 peratus latihan praktikal di syarikat yang bertauliah dan 20 hingga 30 peratus latihan teori di pusat latihan Sistem Latihan Dual Nasional.
Program SLDN ini adalah berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan, dengan izin, National Occupational Skill Standard (NOSS) yang dibangunkan berdasarkan permintaan dan kehendak industri, yang menjadi rujukan utama kepada semua institusi latihan kemahiran bagi menjalankan latihan kemahiran.
Sehingga kini sebanyak 2,072 NOSS telah dibangunkan.
Untuk makluman Dewan yang mulia, kementerian melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran telah melantik, dengan izin, Industry Lead Body yang merupakan organisasi pemacu bagi sesebuah sektor industri dalam membangunkan NOSS ini.
Jadi, kita akan pastikan bahawa NOSS ini akan berdasarkan permintaan industri.
So, kita akan reduce gap antara pembangunan NOSS dan juga permintaan industri ini.
Melalui Industry Lead Body ini, pakar-pakar dan pengamal industri memberikan input dan terlibat secara langsung, bermula daripada peringkat awal pembangunan NOSS yang seterusnya digunakan sebagai standard rujukan dalam membangunkan kurikulum program TVET kita. Penglibatan Industry Lead Body dalam penggubalan dan penambahbaikan NOSS merupakan salah satu mekanisme untuk memperoleh input daripada pihak industri agar isu ketidakpadanan dapat diminimumkan.
Kementerian Sumber Manusia melalui TalentCorp pula sedang giat menjalankan Program Latihan Industri Berstruktur Nasional (MySIP) yang merupakan inisiatif kerajaan yang memberi peluang latihan industri berkualiti kepada graduan tempatan, di samping insentif potongan cukai berganda kepada pihak industri. Pelatih latihan industri yang menyertai MySIP layak menerima elaun latihan industri berbayar minimum RM500 untuk sijil dan Sijil Kemahiran Malaysia 1 hingga 4 dan minimum RM600 untuk Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 5, diploma dan ijazah.
Melalui MySIP, bakat muda diberi pendedahan awal kerjaya dan padanan kemahiran yang diperlukan oleh industri. Sejak dilaksanakan bermula 2012, MySIP telah berjaya memberi manfaat kepada lebih 120,000 bakat muda tempatan dan lebih 1,000 syarikat tempatan dan multinasional. Berdasarkan kepada laporan trend MySIP 2022,
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Ts Mustapha Sakmud
sebanyak 33 peratus pelatih industri mendapat pekerjaan pertama di tempat mereka menjalani latihan industri, sekali gus mengurangkan ketidakpadanan kemahiran.
Selain itu, kementerian ini melalui PERKESO turut menyediakan platform pencarian pekerjaan melalui portal MYFutureJobs. Melalui portal ini, sistem dengan izin, Career Bridge Tool telah dibangunkan bagi membantu menghubungkan graduan dengan pekerjaan yang sepadan mengikut kelayakan mereka. Akhirnya, sebagai tambahan sistem Wage Guide telah dibangunkan, khusus untuk membantu graduan mengenal pasti dan mengukur potensi sekali gus membuat keputusan tepat dalam pilihan kerjaya berdasarkan kepada kelayakan, kemahiran, dan gaji setimpal. Sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Bandar Tun Razak
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bandar Tun Razak.
Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail - Bandar Tun Razak
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri kerana memberi jawapan itu dan saya terima kasihlah melihat bagaimana tindakan-tindakan yang boleh insya-Allah mengurangkan, tetapi kita tengok Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) dilaporkan pada awal tahun ini, ada secara purata 224,000 graduan dilahirkan, perbandingan dengan 127,000 penawaran kerja.
Apabila diberikan penawaran kerja ini, apakah kekangan seperti gaji dan lokasi dan kita nampak macam bahawa implikasi, potensi pasaran buruh kita ini, implikasi produktivitinya tidak dioptimumkan. Jadi, apakah langkah-langkahnya? Kita melihat akan jadi banyak lagi graduan lulus tetapi peluang pekerjaannya masih lagi kurang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ts Mustapha Sakmud
Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Bandar Tun Razak tentang isu graduan kita ini. Memang inilah seperti yang saya sebut juga tadi bahawa kita telah melaksanakan pelbagai langkah, agar ketidakpadanan ini dapat diminimumkan. Dalam Belanjawan 2023, kita telah buat Program Transisi Pekerjaan untuk perantisan TVET dan juga lepasan sekolah dan juga kita telah melatih graduan- graduan kita ini supaya walaupun dia mengambil kursus di universiti yang berlainan dengan permintaan pasaran, kita membuat kursus-kursus yang kita panggil Program Daya Kerjaya Madani, supaya kita boleh padankan. Padankan dengan keperluan semasa majikan dan juga industri.
Jadi, walaupun mungkin dia mengambil electrical engineering, tetapi kekosongannya itu mechanical engineering dan kita beri, latih mereka selama tiga bulan supaya mereka dapat juga menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan mekanikal.
Jadi, itu antara usahanya dan di Bajet 2024 juga, kita meneruskan kaedah ini. Kita akan pastikan graduan-graduan kita yang menganggur ini, terutamanya, kita akan dapat padankan dengan industri. Okey, sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Speaker.
Kunci utama bagi KSM memperkasakan pendapatan rakyat dan mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi dengan mentransformasikan bidang TVET melalui pengenalan standard dan juga kokurikulum dan kurikulum latihan yang sepadan dengan keperluan teknologi terkini supaya ia kekal relevan dan dapat mengelakkan daripada isu ketidakpadanan.
Justeru itu, sejauh manakah tahap kesediaan kementerian daripada sudut tenaga pengajar serta kesediaan syllabus terutamanya untuk program-program baharu yang
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
melibatkan elemen seperti data analitik, teknologi robotik, digitalisasi dan juga Internet of Things yang menjadi teras utama dalam industri 4.0. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Ts Mustapha Sakmud
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Ini yang sebenarnya yang sekarang ini menjadi fokus perbincangan kita dalam Majlis TVET Negara. Dengan penggunaan teknologi baru, industri baru, kita mahu pastikan bahawa NOSS yang kita bangunkan ini bersesuaian dengan keperluan industri supaya kita dapat melahirkan tenaga mahir yang bersesuaian. Atas dasar itu. Itulah.
Dalam Mesyuarat Majlis TVET kita yang terakhir, insya-Allah kita akan melancarkan Dasar TVET Negara 1.0 yang akan dapat merangkumi sehingga 2030.
Sekarang ini, drafnya sedang disediakan. Insya-Allah kita akan lancar dalam beberapa ketika lagi. Di sini kita cuba pastikan bahawa keperluan yang disebut oleh keperluan daripada Yang Berhormat Kuala Langat tadi kita akan cuba penuhi. Kita harap dengan adanya Dasar TVET Negara ini, kita akan jadikan TVET ini sebagai game changer kepada negara ini, dan kita dapat melahirkan tenaga mahir yang bersesuaian, dan berpadanan dengan keperluan industri. Okey, sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikutnya, soalan nombor enam.
Walau bagaimana, Yang Berhormat Padang Besar tidak dapat hadir atas urusan rasmi di Turki. Saya pergi ke soalan yang ke-7. Tuan Chow Yu Hui, Yang Berhormat Raub.
[Soalan No. 6 – YB. Tuan Rushdan bin Rusmi (Padang Besar) tidak hadir]
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya, soalan tujuh.
7. Tuan Chow Yu Hui [Raub] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, bilangan kemasukan pelajar ke universiti awam (UA) berdasarkan pecahan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Kolej Matrikulasi, ASASI, dan saluran lain-lain dari tahun 2019 hingga 2023, termasuk sesi akademik 2023/2024.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Dato' Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Raub.
Dato' Yang di-Pertua, berdasarkan sistem MyMoheS di KPT bagi tahun 2019 sehingga tahun 2022, keseluruhan bilangan kemasukan pelajar warganegara Malaysia ke peringkat ijazah pertama di universiti awam dengan kelayakan masuk asasi, diploma, matrikulasi, pra-universiti, sekolah sukan, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), APEL, dan Tamhidi USIM adalah berjumlah 342,077 pelajar.
Pecahannya adalah seperti berikut – Diploma iaitu 144,550 pelajar bersamaan dengan 42.3 peratus; STPM seramai 92,661 pelajar bersamaan dengan 27.1 peratus; matrikulasi 77,967 pelajar bersamaan dengan 22.8 peratus. Ketiga-tiga kelayakan masuk ini merupakan yang tertinggi dalam tempoh empat tahun bagi peringkat Ijazah Pertama.
Asasi seramai 18,793 pelajar bersamaan dengan 5.5 peratus, STAM seramai 6,904 pelajar bersamaan dengan 2.0 peratus, Tamhidi USIM seramai 747 pelajar bersamaan dengan 0.2 peratus dan yang terakhir APEL iaitu seramai 450 pelajar bersamaan dengan 0.1 peratus.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Pecahan bilangan kemasukan pelajar warganegara Malaysia di peringkat ijazah pertama di universiti awam dengan kelayakan masuk yang sama dari tahun ke tahun adalah seperti berikut:
| Tahun | Bilangan Kemasukan Pelajar (Orang) |
|---|---|
| 2019 | 87407 |
| 2020 | 86495 |
| 2021 | 83578 |
| 2022 | 84597 |
| Jun 2023 | 13490 |
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Raub.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Soalan tambahan. Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih jawapan daripada YB Timbalan Menteri.
Namun demikian, statistik yang diberi tadi oleh Timbalan Menteri merangkumi kesemua jurusan dan tidak cukup spesifik untuk mencerminkan masalah struktur yang dihadapi oleh pelajar STPM. Saya berani kata, tidak melebihi lima orang pelajar STPM dapat masuk ke kursus-kursus ini melalui saluran UPU dalam UM seperti kursus medical, farmasi dan pergigian bagi setiap tahun dan situasi ini telah mengecewakan pelajar STPM yang cemerlang.
Oleh itu saya nak tanya, bolehkah KPT dedahkan statistik, berapa pelajar STPM yang dapat masuk kursus-kursus kritikal dalam universiti awam utama melalui saluran UPU ini? Saya juga minta penjelasan daripada KPT, jika seorang pelajar matrikulasi dan pelajar STPM sama-sama dapat 4-flat yang ingin memohon kursus kritikal yang sama, adakah UPU akan memberikan prioriti kepada pelajar matrikulasi? Saya harap KPT boleh meneliti masalah ini secara mendalam dan menyeluruh dan memastikan keadilan kepada pelajar STPM. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Dato' Yang di-Pertua, pertamanya, berdasarkan sistem yang kita ada di MyMoheS ini di KPT, bilangan kemasukan pelajar warganegara bagi akademik Sesi 1 2022/2023 ke peringkat ijazah pertama di universiti awam, bagi kelayakan masuk Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia adalah seramai 22,632 orang dengan pecahan seperti berikut.
Pertama, bumiputera seramai 15,856 pelajar. Bukan bumiputera 6,776 pelajar.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
[Bangun]
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Bagi tahun 2019 pula – kita ada 2019, 2021 dan 2022. Bilangan kemasukan lepasan SPM, STPM adalah seperti berikut, bumiputera seramai 19,364 pelajar pada tahun 2019 diikuti 15,926 pelajar pada tahun 2020; 13,489 pada tahun 2021 dan 15,856 pada tahun 2022.
Bukan bumiputera seramai 7,296 pelajar pada tahun 2019. Diikuti 7,944 pelajar pada tahun 2020, 5,763 pelajar pada tahun 2021 dan 6,776 pada tahun 2020. Ini mengikut data yang kita ada.
Menyentuh soal kemasukan mengikut program seperti yang disentuh, kita ada kaedah yang kita guna pakai untuk kita membuat pilihan, terutamanya bila disentuh soal pelajar 4-flat ini. 4 flat ini kebanyakannya ingin memohon kepada program-program yang
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
kompetitif seperti perubatan. Di perubatan ini, kita ada kaedah cara memilih untuk mereka ditawarkan kursus, terutamanya di mana kalau kita banding mereka yang ingin mengikuti kursus itu, dia ada sistem akademik 90 peratus. Maksud dia, pencapaian akademik dia 90 peratus dan 10 peratus adalah dari segi lain, terutamanya soal temu duga khas, yang mana kita adakan untuk menilai mereka ini.
Maka itu, bila kita menawarkan kursus- saudara Yang Berhormat Raub itu tadi tidak lebih daripada lima orang pelajar yang lulusan STPM mahu memasuki kursus seperti perubatan. Rasanya mengikut statistik kita, ramai. Kalau saya nak baca di sini, rasanya lebih dari lima Yang di-Pertua, tetapi walau bagaimanapun, sebagai memudahkan kita untuk memberikan data yang tepat, saya akan jawab saudara YB Raub ini secara bertulis dengan data, berapa ramai sebenarnya yang telah kita tawarkan untuk mengikuti kursus- kursus yang kompetitif. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, sahabat saya.
Soalan tambahan saya ialah adakah pihak kementerian bercadang untuk menyemak semula syarat kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda Pendidikan bagi memartabatkan tahap keprofesionalan perguruan? Apakah langkah diambil oleh kementerian bagi memastikan program yang ditawarkan oleh universiti awam mendapat tempat dalam pasaran selepas mereka bergraduasi? Adakah kerajaan berhasrat untuk mengambil langkah serius, khususnya dalam menerapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di seluruh universiti awam di negara ini, selaras dengan pelancaran Pelan Tindakan Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di IPT? Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Dato' Yang di-Pertua, pertama, soal untuk kita mengkaji syarat kemasukan perguruan ini, rasanya ini tidak menjadi satu masalah sekiranya kita dapat melihat bahawa ada keperluan untuk kita membuat kajian ini.
Sememangnya di Kementerian Pendidikan Tinggi, kita sentiasa melihat kepada kesesuaian ataupun relevannya sesuatu program ataupun ijazah yang kita tawarkan itu mengikut keadaan semasa. Makanya cadangan Yang Berhormat kita akan lihat sekiranya ada keperluan dan kesesuaian, kita akan insya-Allah mengambil kira.
Kementerian dari masa ke semasa juga akan membuat penambahbaikan dan semakan syarat-syarat kemasukan, agar ia seperti yang saya kata tadi, lebih sesuai dan relevan dengan keadaan semasa. Insya-Allah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikutannya kita ke soalan yang ke nombor lapan. Dipersilakan Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 8.
8. Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan, pendirian kerajaan terhadap pelaburan China di Malaysia khususnya menerusi Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mengambil kira prospek risiko tersembunyi pinjaman dan implikasi jangka panjang seperti kos alam sekitar, potensi 'perangkap hutang' serta risiko terhadap kedaulatan negara.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Menteri.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Parlimen dari Machang.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Belt and Road Initiative ataupun BRI merupakan satu inisiatif jangka panjang yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Republik Rakyat China pada tahun 2013. Malaysia dan China telah menandatangani memorandum persefahaman untuk menggalakkan pembangunan ekonomi secara bersama dalam Laluan Sutera dan Laluan Maritim kurun ke-21, MoU BRI pada 13 Mei 2017 yang menandakan penyertaan Malaysia sebagai salah sebuah negara anggota BRI. Memorandum persefahaman tersebut mencerminkan komitmen Kerajaan Malaysia dan Kerajaan China untuk bekerjasama dalam pembangunan dan pengukuhan ekonomi antara kedua-dua negara berasaskan prinsip kesaksamaan dan manfaat bersama.
Ahli Machang tidak perlu berdirilah. Sejak Malaysia menandatangani MoU BRI, Kerajaan Malaysia dan China pada tahun 2019 telah secara rasminya mengumumkan projek pertama iaitu Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) di Pahang dan China-Malaysia Qinzhou Industrial Park (CMQIP) di Wilayah Guangxi sebagai projek kerjasama BRI antara Malaysia dengan China.
CMQIP dan MCKIP yang masing-masing dibangunkan pada tahun 2012 dan 2013 di bawah konsep Taman Berkembar Dua Negara telah menjadi pemangkin kepada pengukuhan hubungan ekonomi kedua-dua negara di peringkat negeri dan Kerajaan Pusat.
Berdasarkan perkembangan pembangunan Taman Berkembar Dua Negara, MITI sebagai kementerian yang dipertanggungjawabkan ke atas pelaksanaan dan pemantauan BRI di Malaysia sentiasa komited untuk mengenal pasti peluang-peluang baharu di bawah BRI untuk menjana momentum positif dalam hubungan dua hala Malaysia dan China.
Kerajaan akan memastikan hanya pelaburan asing yang bernilai tinggi dan selaras dengan hala tuju pelaburan negara yang akan diteruskan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, sahabat saya daripada Iskandar Puteri. Strait of Malacca antara choke point terpenting dan tersibuk di dunia yang mana memenuhi keperluan 70 peratus hidrokarbon China.
Pada tahun 2003, Presiden Hu Jintao ada membangkitkan tentang “Malacca Dilemma” iaitu ancaman kepada security China di Selat Melaka. Jadi dalam kerangka ini, saya menjangkakan BRI ini adalah salah satu geostrategy China untuk check and balance kuasa-kuasa asing yang mungkin ada cadangan untuk blockade perdagangan China di rantau kita.
Jadi, apakah kementerian ada protokol ataupun dasar untuk audit dari segi keselamatan, dan security bersama dengan MKN, dan MINDEF, untuk memastikan semua projek-projek BRI ini mempunyai ketelusan dari segi impak keselamatan terhadap negara kita. Tanpa banyak pelaburan, bukan saya cakap tak bagus, bagus tapi perlu ada safeguard measure daripada MITI, dengan izin, supaya benda ini tidak menjadi seperti Hambantota di Sri Lanka, dan sebagainya. Kalau mana kita tak mampu membayar hutang-hutang yang terlampau besar bila kita terlampau terikat dengan BRI. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Ahli Parlimen Machang. Sebenarnya, hanya satu projek iaitu MCKIP dan juga tadi CMQIP, hanya satu projek dianggap sebagai projek BRI, buat setakat ini. Majlis Pelaburan Negara bersama dengan Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI) ditubuhkan untuk tujuan tersebut.
Semua cadangan pelaburan akan ditapis oleh kerajaan melalui MITI bersama dengan jawatankuasa ini yang dihadiri pelbagai agensi untuk memastikan semua projek pelaburan akan membawa manfaat kepada rakyat. Negara kita sebagai satu negara Non- Aligned atau Tidak Berpihak, Negara Berkecuali, kita sentiasa memastikan dasar ekonomi kita dengan dasar geopolitik kita sama iaitu tidak memihak dan berkecuali. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan sebelah kanan. Jika- sila Yang Berhormat. Yang Berhormat Bayan Baru, silakan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tanya kepada Menteri tentang BRI ini. Kita tahu bahawa pelbagai syarikat daripada China datang ke Malaysia membawa nama BRI dan mereka meminta supaya kerjasama antara China dan Malaysia. Itu perkara yang baik, tetapi adakah kerajaan akan mengiktiraf projek-projek tersebut di bawah BRI? Bagaimana ia boleh dimasukkan ke dalam NCI untuk perbincangan selanjutnya? Terima kasih.
Tuan Liew Chin Tong
Untuk tujuan peringkat G2G, semua ini bukan dianggap sebagai projek BRI. Projek BRI yang secara rasmi hanya MCKIP dan kalau ada yang lain sebenarnya hanya ECRL dan Xiamen Universiti yang belum lagi di senarai sebagai projek BRI secara rasmi di antara kerajaan dengan kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kita ke soalan yang ke-9, Tuan Khoo Poay Tiong, Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, nama saya adalah Khoo Poay Tiong...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Poay Tiong.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Soalan yang ke-9. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
9. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Menteri Ekonomi menyatakan, program-program libat urus yang akan dilaksanakan oleh kerajaan dengan semua pemegang taruh sebelum rancangan subsidi bersasar dilaksanakan pada tahun 2024 dan apakah jenis subsidi bersasar yang bakal dilaksanakan itu dan juga manfaat yang boleh dinikmati oleh ekonomi negara.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih Kota Melaka. Kerajaan Malaysia menyediakan peruntukan yang besar dalam belanjawan setiap tahun bagi menampung subsidi dan jumlah ini terus meningkat dari satu tahun ke satu tahun.
Sejak 2015 sehingga 2023, jumlah subsidi dan bantuan sosial yang ditanggung kerajaan adalah sebanyak RM294.5 bilion iaitu 10.9 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan kerajaan bagi tempoh yang sama.
Belanjawan 2024 yang baru dibentangkan turut memperuntukkan RM58.1 bilion untuk membiayai pelbagai bentuk subsidi dan bantuan kepada rakyat. Kerajaan telah mengenal pasti penyasaran semula subsidi sebagai satu inisiatif utama bagi memastikan keberkesanan pemberian bantuan serta menambah baik kedudukan fiskal kerajaan.
Perbincangan mengenai kaedah pelaksanaan program penyasaran semula subsidi petrol dan diesel telah berlaku di Mesyuarat-mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada bulan Mei, Jun, Julai dan September yang melibatkan pandangan pelbagai pihak selain daripada pandangan agensi-agensi kerajaan seperti Kementerian Kewangan, KPDN, Kementerian Ekonomi, Bank Negara Malaysia dan Jawatankuasa Penasihat Kementerian Kewangan (ACFIN).
Selain itu, kaedah-kaedah yang dibincangkan ini telah juga merujuk kepada satu kaji selidik yang melibatkan rakyat Malaysia yang dibuat dalam bulan Jun 2023 untuk mengenal pasti penerimaan dan kaedah-kaedah penyasaran semula subsidi petrol dan diesel yang difikirkan sesuai oleh rakyat sendiri. Jadi, kita semak dari segi pendirian kerajaan, pandangan ahli ekonomi dan juga pandangan rakyat.
Perbincangan yang berterusan ini telah menjurus kepada satu cadangan bersepadu yang dijangka akan dikemukakan untuk pertimbangan Jemaah Menteri dalam bulan November ini bersesuaian dengan jadual pelaksanaan penyasaran semula subsidi petrol dan diesel yang dijangka akan bermula dalam tahun 2024.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Selain dari kaedah dan bentuk penyasaran semula subsidi yang akan diputuskan, Jemaah Menteri juga akan menetapkan pelan pelaksanaan dan tindakan susulan seperti pelan komunikasi, pelan libat urus dan pelan sokongan untuk mengurungkan beban rakyat akan digerakkan secara bersepadu oleh seluruh jentera kerajaan.
Sesi libat urus ini akan dilaksanakan setelah keputusan di peringkat Jemaah Menteri dicapai dan mengikut pelan-pelan pelaksanaan dan garis masa yang ditetapkan untuk mengimbangi risiko inflasi yang bersifat spekulatif. Oleh sebab itu, kerajaan tidak mengumumkan setakat ini bentuk dan kaedah penyasaran semula subsidi petrol dan diesel secara terperinci buat masa ini.
Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Pun begitu, saya boleh memaklumkan kepada Dewan bahawa beberapa kaedah utama yang dibincangkan dan dipertimbangkan setakat ini boleh dirangkumkan kepada tiga kedah berikut. Pertama, pemberian subsidi secara bersasar mengikut kelayakan pendapatan boleh belanja bersih secara individu melalui pendekatan perlindungan sosial, ataupun social protection.
Kedua, sama ada yang pertama itu atau pun yang kedua, pemberian subsidi secara bersasar mengikut kelayakan pendapatan boleh belanja bersih secara isi rumah.
Yang pertama tadi mengikut individu, yang kedua secara isi rumah dan melalui pendekatan hibrid iaitu gabungan pelindungan sosial, atau social protection dan juga bantuan sosial ataupun social assistance.
Pertimbangan ketiga ialah pemberian subsidi secara bersasar mengikut kelayakan pendapatan boleh belanja bersih secara isi rumah dan juga individu gabungan tetapi dilaksanakan menggunakan kaedah kad subsidi.
Dato’ Yang di-Pertua, keputusan-keputusan khusus akan diumumkan mengikut garis masa yang ditetapkan kelak. Namun, pelaksanaan penyasaran semula subsidi ini dijangka hanya boleh dilaksanakan setelah tempoh pengesahan dan verifikasi maklumat isi rumah dan pendapatan di dalam PADU selesai terlebih dahulu untuk memastikan kelayakan setiap isi rumah. Buat masa ini PADU dijangka akan dibuka kepada orang ramai bermula Januari 2024.
Akhir sekali kepada soalan apakah kebaikan-kebaikan kepada negara dan rakyat? Saya boleh senaraikan enam di sini. Pertama, ia akan mengukuhkan kedudukan fiskal negara untuk mencapai sasaran defisit dikurangkan kepada 3.5 peratus dari KDNK negara pada tahun 2025.
Kedua, kejayaan mengurangkan defisit itu dijangka akan mengurangkan hutang negara untuk mencapai sasaran-sasaran pengurangan hutang seperti yang telah digariskan di dalam Belanjawan 2024. Saya boleh sebut di dalam Dewan as a rule of thumb dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, kalau kita mencapai sasaran defisit 3.5 peratus pada tahun 2025, maknanya hutang kita akan mula berkurang dari tahun 2026 ke atas.
Kalau kita tergelincir sasaran itu, maka tempoh masa untuk kita kurangkan hutang negara itu akan jadi lebih panjang dan akan lagi susah. Sebab itu kita betul-betul pegang kepada sasaran defisit 3.5 peratus ini kerana bukan sahaja ia untuk membolehkan lebih banyak peruntukan bagi perbelanjaan-perbelanjaan lain tetapi juga kesan berganda untuk mengurangkan hutang. Kalau tidak ia akan menjadi lebih panjang dan lebih panjang ya.
Ketiga, pengurusan kewangan negara sudah tentu akan mematuhi ketetapan- ketetapan di dalam Akta Kebertanggungjawaban Fiskal yang baru sahaja dibentangkan.
There are ceilings and floor yang kita boleh berbelanja hanya dalam band ini sahaja. Kalau kita tak buat penyasaran semula subsidi, maka bukan sahaja pentadbiran ini, pentadbiran yang akan datang juga akan tergelincir daripada sasaran-sasaran itu.
Untuk rakyat, kita juga boleh pastikan bahawa bantuan adalah dalam bentuk secara bantuan tunai bulanan yang lebih besar daripada yang ada sekarang ini kepada individu dan isi rumah yang layak dan ia juga akan mengatasi keciciran dalam pemberian bantuan. Akhir sekali akan membaiki herotan dalam ekonomi negara termasuk dari perspektif harga dan tabiat consumer yang kadang-kadang tidak melambangkan situasi penawaran dan permintaan dalam ekonomi. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih kepada jawapan daripada Menteri yang amat menyeluruh.
Soalan tambahan saya ialah, kita memang tahu ini- kerajaan, keputusan kerajaan ini tepat pada masanya untuk kita mengatasi masalah ketegangan fiskal negara yang kita yang kita hadapi dan juga untuk mendapat satu ekonomi yang lebih kukuh untuk negara kita. Jadi, persoalan sekarang ialah tentang pelaksanaan. Ini yang ramai risau. Semua sokong dengan subsidi bersasar, tetapi tentang pelaksanaan. Jadi, bilakah kerajaan akan dijangka melaksanakan? Kalau boleh kita umumkan lebih awal supaya semua pemain industri mereka tahu bila harga akan naik supaya mereka dapat bubar kos pengeluaran mereka. Itu yang pertama.
Kedua ialah kita perlu ada satu- adakah kerajaan ingin merancang satu mekanisme yang lebih transparent supaya rakyat tahu daripada penjimatan dengan pelaksanaan subsidi bersasar ini, wang itu bagaimana kita agih semula kepada mereka supaya kita dapat memberikan satu mesej yang jelas kepada rakyat di bawah sana?
Dengan itu sekian, terima kasih Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri?
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Kota Melaka. Soalan yang pertama tentang garis masa dan pelaksanaan. Sebenarnya saya telah bagi klu-klu tadi. Kalau kita rujuk balik kepada jawapan, keputusan akan dibuat oleh Jemaah Menteri dalam bulan November. Kalaupun ada perbincangan lebih, ia akan- saya ingat paling lambat dalam bulan Disember.
Kemudian, ia tidak boleh dilaksanakan sehingga PADU dibuka dan semakan maklumat dan verifikasi isi rumah itu berlaku. PADU akan dibuka dalam bulan Januari 2024 mengikut keputusan sekarang dan tempoh masa yang diberikan untuk rakyat mengemas kini dan mengesahkan maklumat di dalam PADU ialah tiga bulan.
Jadi maksudnya, segala perancangan setakat ini ialah untuk memastikan menjelang akhir Mac 2024, keseluruhan keputusan, sistem, kaedah telah pun berada di tempat yang sewajarnya. Maka terpulang kepada Jemaah Menteri pada ketika itu untuk menentukan bila nak dilaksanakan. So, dari segi garis masa itu maksudnya Mac ke ataslah. Itu saya boleh beritahu.
Keputusan sama ada bila, berapa, itu adalah keputusan yang kita perlu lihat kepada unjuran ekonomi pada ketika itu, faktor-faktor lain dan yang itu sewajarnya diserahkan kepada Jemaah Menteri untuk buat keputusan kerana kita tak nak sebut awal sekarang kerana itu akan menyebabkan spekulasi inflasi. Sebut sekarang nak buat bila, berapa, belum apa-apa lagi harga dah naik, bukan? Jadi mengimbangi di antara garis masa dan pelaksanaan itu adalah satu perkara yang mencabar tapi insya-Allah akan diperjelaskan secara berperingkat seperti ini.
Soalan kedua ialah mengenai ketelusan. Sebab itu kita tumpukan masa untuk bangunkan PADU dengan hasrat apabila PADU dilaksanakan, setiap individu dan isi rumah akan mempunyai akaun di sistem PADU. Maka mereka boleh semak sendiri berapa kelayakan dia, berapa belanja boleh belanja bersih yang telah dikira, berapa bantuan yang dia dapat dan juga bantuan-bantuan lain yang boleh dipohon.
Itu akan membolehkan kerajaan melaporkan dengan secara terbuka bukan sahaja melalui laporan-laporan rasmi di Dewan ini tetapi sebenarnya setiap individu akan dapat mengikuti dengan dekat, berapa subsidi yang dia dapat secara langsung dan tak langsung, berapa bantuan tunai, berapa perlindungan sosial dan sebagainya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Ayer Hitam? Sebelah kiri.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tiada? Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya sangat teruja tadi apabila diumumkan bahawa subsidi bersasar ini akan dilaksanakan. Jadi, soalan saya ada dua. Pertama, apakah mekanisme kita nak mendapatkan supaya penduduk tempatan untuk kita sasarkan subsidi ini supaya tidak diguna sama oleh penduduk warga asing ini? Jadi, apakah mekanismenya?
Kedua, saya nak tanya berkenaan dengan penduduk luar bandar khususnya mekanisme pihak kerajaan bagi memastikan penduduk luar bandar khususnya termasuk kelompok Orang Asli dan Bumiputera tidak tercicir maklumatnya dan terangkum sekali dalam dapatan sistem PADU ini. Itu soalannya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Terima kasih Pendang. Bila kita beralih kepada subsidi bersasar seperti yang saya terangkan dalam jawapan tadi. Ada tiga kaedah yang dipertimbangkan sama ada mengikut kelayakan individu warganegara, sama ada mengikut kelayakan isi rumah warganegara ataupun sama ada mengikut kelayakan warganegara tetapi diberikan kad subsidi, tapi the common denominator, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ialah semuanya mestilah warganegara.
Jadi, secara automatik melalui kaedah penyasaran semula subsidi ini, hanya warganegara sahaja yang akan mendapat subsidi. Sebab itu, dua daripada tiga kaedah yang dipertimbangkan itu adalah berhubung dengan pemindahan tunai. Kaedah pemindahan tunai yang memberikan tunai terus secara bulanan kepada sama ada individu atau isi rumah itu dilihat adalah cara yang lebih baik daripada kita membuat subsidi pukal sekarang kerana hanya individu yang rakyat warganegara Malaysia sahaja yang ada di dalam PADU yang akan mendapat bantuan tunai sedemikian.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Soalan yang kedua mengenai keciciran masyarakat luar bandar dan juga Orang Asli. Sebahagian daripada maklumat mengenai terutamanya Orang Asli datang daripada iDAMAK iaitu pangkalan data mengenai Orang Asli dan yang saya ingat cabaran kita ialah akan ada rakyat Malaysia yang berada terutamanya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang tidak ada data ataupun tidak lengkap data selain daripada maklumat kewarganegaraan di dalam Jabatan Pendaftaran Negara.
Jadi, sebab itu kita akan peruntukkan tiga bulan untuk memastikan peringkat pengesahan dan verifikasi data dan kita akan gerakkan seluruh jabatan kerajaan dan swasta untuk memastikan terutamanya penduduk di kawasan luar bandar ini berdaftar dan mengesahkan maklumat mereka di dalam PADU, insya-Allah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Tuan Nurul Amin bin Hamid, Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 10.
10. Tuan Nurul Amin bin Hamid [Padang Terap] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, komitmen kerajaan terhadap projek menaik taraf jalan dari Jambatan Sungai Durian FT175 ke Simpang ke Kota Putra, Durian Burung, Daerah Padang Terap, Kedah yang telah ditetapkan pada Rolling Plan 4 (RP4), Rancangan Malaysia Kedua Belas
(RMKe-12) untuk dimasukkan pada Rolling Plan 5 (RP5).
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini telah mengangkat permohonan menaik taraf jalan dari Jambatan Sungai Durian FT175 ke Simpang ke Kota Putera, Durian Burung, Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman bagi kerja awalan dan reka bentuk pada Rolling Plan Keempat, Rancangan Malaysia Kedua Belas untuk pertimbangan agensi Pusat. Namun, ia tidak diluluskan kerana keutamaan diberikan kepada projek yang lebih utama di negeri Kedah iaitu Projek Menaik Taraf Jalan dan Jambatan FT270 dari Sungai Layar, seksyen 0.0 ke Semeling, seksyen 2.2 Kuala Muda, Kedah Darul Aman.
Walau bagaimanapun, kementerian ini akan meneliti semula projek ini apabila dimohon oleh kerajaan negeri ataupun untuk Rolling Plan Rancangan Malaysia Kedua Belas yang akan datang dan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya untuk diangkat kepada agensi Pusat jika memenuhi keperluan teknikal untuk dilaksanakan, tertakluk kepada keutamaan negeri dan agihan peruntukan pembangunan kepada kementerian ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya sering kali membangkitkan tentang permohonan Jalan Persekutuan FT175, kerana apa? Kerana Padang Terap merupakan daerah sempadan di antara Malaysia dan Thailand dan seperti mana yang kita maklum bahawa nilai dagangan Malaysia-Thailand ini telah mencecah RM112 bilion mengikut laporan tahun lepas. Sebab itulah, concern kita tentang pembangunan Jalan Persekutuan FT175 ini adalah untuk memastikan pembangunan Malaysia-Thailand ini berjalan dengan baik.
Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalaulah permohonan ini diluluskan dalam RP5, apakah jaminan daripada pihak kementerian untuk memastikan kualiti jalan setanding dengan negara-negara yang lain? Oleh kerana, kita melihat ada laporan pada tahun lepas yang meletakkan Malaysia di tangga yang ke-12 paling buruk kualiti jalan di Malaysia. Kalau boleh ada penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pertamanya, saya ingin memaklumkan pada Ahli Yang Berhormat Padang Terap bahawa kita sebenarnya dari segi permohonan, kita mempunyai prosedur-prosedur yang tentu dan dari segi kami di Kementerian Kerja Raya, kami tidak jadi masalah kepada setiap permohonan yang dikemukakan oleh pihak Ahli Yang Berhormat dan sudah semestinya bahawa permohonan-permohonan negeri ini melalui penyelarasan antara bahagian Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Jabatan Kerja Raya Negeri.
Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, proses tapisan kementerian ini akan dinilai dan diteliti sepenuhnya, khususnya datang daripada kerajaan negeri itu sendiri dan untuk makluman Yang Berhormat, permohonan Yang Berhormat ini menduduki kedudukan nombor 21 dan 22. Kita dalam- terutama dalam perancangan dalaman kementerian seperti digariskan Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan atau Highway Network Development Plan 2030 dan kita sudah semestinya mengangkat pertimbangan ini. Khususnya kepada Menteri Ekonomi yang ada menjawab panjang lebar sebentar tadi dan seterusnya kepada Kementerian Kewangan. Ini akan dipertimbangkan untuk perancangan-perancangan di masa mendatang.
Bagi soalan yang kedua yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat berkenaan dengan standard kualiti jalan yang akan dibina sekiranya diluluskan. Sudah pastilah kami di Kementerian Kerja Raya mempunyai satu garis panduan SOP yang melaksanakan tanggungjawab untuk membina jalan sehabis baik sebenarnya. Sehabis baik dan kita membuat kajian-kajian tertentu melalui yang ahli-ahli teknikal kita, tetapi faktor kerosakan jalan ini tidak terletak di bahu KKR sahaja.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Sebab itu, sering saya bangkitkan bahawa keadaan jalan kita sebenarnya antara ketahanannya 45 tan, kebiasaan dan jarang mempunyai 60 tan, tetapi kenderaan yang membawa berat itu kadang-kadang- bukan kadang-kadang, kekerapan membawa sehingga melebihi daripada 60 tan yang sering saya katakan di dalam Dewan ini bahawa daya tahan itu tertakluk banyak faktor, bukan sahaja teknikal, bukan sahaja di bawah teknikal yang kita bina sewaktu itu, tetapi bebanan ini juga sebenarnya diletakkan juga kepada kenderaan-kenderaan yang melalui jalan tersebut dan mungkin standard-standard akan datang ini boleh kita kaji untuk sebagaimana saranan yang disarankan oleh Ahli Yang Berhormat Padang Terap sebentar tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di Peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri, dan Kementerian Kewangan, bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 7 November 2023”.
Tuan Yang di-Pertua
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Pengerusi
Okey, saya – ya, Yang Berhormat?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, berhubung dengan Usul 18(1) yang saya bawa iaitu berhubung Minggu Solidariti Palestin anjuran Kementerian Pendidikan. Daripada jawapan Speaker ini bahawa Menteri Pendidikan akan menjawab dua soalan yang saya timbulkan iaitu berhubung dengan 3 MP dan 9 Adun yang memprotes Minggu Solidariti dan juga kenyataan daripada yang Berhormat Teluk Intan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi Yang Berhormat menyebut itu bahawa Menteri Pendidikan akan menjawab tetapi dia tak jawab. Jadi, apakah yang saya harus ambil sekarang oleh kerana Menteri Pendidikan tidak jawab? Apakah saya akan bawa usul sekali lagi ataupun saya tunggu Kementerian Pendidikan yang akan mengambil masa begitu lama sebab perkara ini sedang berlaku dengan begitu teruknya di Palestin.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya akan berhubung dengan Menteri Pendidikan sama ada dia akan menjawab atau tidak dan saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat nanti. Terima kasih ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya merujuk Ahli Parlimen Tebrau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana menafikan sesuatu berhubung dengan kenyataannya tentang Gal Gadot yang menyatakan menyokong Israel, dia like, tetapi walaupun telah di-delete dan sebagainya, kita sempat buat, dengan izin, print screen, dan saya telah merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan...
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya akan jawab kemudian.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Apakah tempoh masa yang harus saya tunggu?
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Dia tak ada tempoh masa tetapi saya akan jawab secepat mungkin, saya akan dapat jawapan daripada dia.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih, terima kasih.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tan Sri Speaker, Kota Melaka.
Tuan Yang di-Pertua
Kota Melaka, ya?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tan Sri Speaker, saya ada mengemukakan satu usul untuk merujuk Yang Berhormat Ahli Parlimen Pendang dan juga Arau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Ini adalah berkaitan dengan Mesyuarat pada 18 Oktober di mana Pendang telah mendakwa saya sebagai Zionis dan Pendang memberikan penjelasan apa yang dia maksudkan, “Jangan jadi Zionis” terhadap saya ialah dia kata ada elemen-elemen yang ada perangai-perangai Zionis. Satu, dua perkara itu. Bukan keseluruhan secara holistik, dia Zionis. Dia itu ialah Kota Melaka.
Dia kata ada elemen-elemen yang sedikit sebanyak, bukan holistik- dia Zionis.
Dia merujuk kepada saya- Zionis dan saya telah mengemukakan usul dan saya ingin tahu apakah...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, saya...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Keputusan Tan Sri Speaker. Manakala bagi Arau pula, Arau menuduh saya sebagai Yahudi...
[Dewan riuh]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Dia menuduh saya sebagai Yahudi, “Ini Yahudi punya.” Jadi, dia tak tarik balik. Jadi, saya juga merujuk Arau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Jadi, saya ingin tahu, apa keputusan Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Speaker. Saya tak pernah diminta...
Tuan Yang di-Pertua
Sat, sat. Saya tak nak perbincangan berlaku.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, tetapi saya tak pernah minta ditarik.
Tuan Yang di-Pertua
Arau...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Tetapi dia timbulkan, orang ramai dengar.
Tuan Yang di-Pertua
Arau, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya tak pernah minta ditarik dan saya sebut- kalau saya sebut kata Yahudi, saya tak sebut kat dia.
Tuan Yang di-Pertua
Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jangan dia perasan sangat.
Tuan Yang di-Pertua
Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Inilah dunia.
Tuan Yang di-Pertua
Saya dah dapat semua usul-usul tersebut dan jawapan pun saya dapat. Insya-Allah, saya akan beri- buat keputusan dalam masa dua, tiga hari ini, Insya-Allah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tan Sri Speaker, kita harap keputusan dapat dibuat dengan secepat mungkin.
Tuan Yang di-Pertua
Insya-Allah. Percayalah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Sebab Arau ini dia tiba-tiba masuk ke Dewan dia tuduh Tebrau kata dia Yahudi.
Tuan Yang di-Pertua
Betul, betul. Ya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Itu tak betul.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Baik, kalau saya buat tuduhan, kenapa hari itu tak bawa? Kenapa pada hari tersebut tak bawa? Bawalah hari tersebut.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Sebab itu kita kena buat keputusan untuk kita hendak kurangkan perkara sedemikian. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini apa-apa beberapa hari, balik termimpi apa-apa. Saya tak pernah sebut perkataan itu, “Kota Melaka Yahudi.” Saya sebut “Yahudi” secara umum, kepada dunia.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Arau, Arau. Kota Melaka merujuk kepada usul.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak, dia berhujah.
Tuan Yang di-Pertua
Tak. Usul. Okey, usul dah masuk. Sebab itu saya kata Kota Melaka, beri masa kepada saya sikit. Saya baru dapat jawapan-jawapan dan insya-Allah saya akan buat keputusan, dalam minggu ini juga insya-Allah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Tan Sri Speaker.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tan Sri Speaker mohon sedikit...
Tuan Yang di-Pertua
Okey, silakan.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih. Ini hendak menyejukkan keadaan, Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Saya hendak mohon izin, saya hendak mengalu-alukan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang...
[Tepuk] Delegasi 91 orang termasuk pelajar dan juga guru pengiring.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Sebahagiannya adalah- yang diketuai oleh Encik Awaluddin Ahmad dan juga Puan Wimala Maniam. Sebahagiannya adalah bekas pelajar yang sekarang telah menjadi guru. Tuan Haji Saharudin Saran dan
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
juga saudara Mohd Rozi. Ini adalah sekolah saya yang saya telah tinggalkan 40 tahun yang lalu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, selamat datang. Contohilah Ahli Yang Berhormat yang- saudara-saudara sekalian. Orangnya bagus. Kuala Langat...
[Tepuk]
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Majlis...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Sedikit, Bayan Baru.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya dengar dengan jelas Tan Sri Speaker telah memberi petua bahawa Dewan ini kita kena decorum, kena baik. Jangan kafir mengkafirkan. Kita nampak bahawa Arau masih cuba mengkafirkan, sekarang Kota Melaka dikafirkan. Sekarang Tebaru pun dikafirkan.
Tuan Yang di-Pertua
Tak, tak. Itu...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, yang ini di bawah peraturan berapa?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Saya rasa ini tidak betul Tan Sri. Kita jangan menggunakan Yahudi...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Peraturan berapa ini?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
...Memecah-belahkan masyarakat. Jadi, haraplah Tan Sri mempunyai kebijaksanaan untuk meredakan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia peraturan berapa? Dia menuduh saya menyebut perkataan “kafir”, yang saya tak pernah sebut.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jangan kita...
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. Bayan Baru, Arau.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Orang berperang di Palestin dan Gaza, jangan lah bawa ke Malaysia.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini.
Tuan Yang di-Pertua
Bayan Baru, Arau. Duduk!
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang dibangkitkan Kota Melaka itu bertanya, Bayan Baru.
Tentang usul yang dimaksudkan terhadap Arau. Saya jawab beri masa saya sikit, saya akan jawab. Jadi usul yang dibawa oleh Kota Melaka itu ialah usul yang berlaku minggu lepas. Jadi, saya respons kepada usul itu ya.
Baik, Majlis dalam...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Tak habis lagi?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ada, ada. Perkara yang...
Tuan Yang di-Pertua
Last ya, last.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, last. Perkara yang baharu.
Tuan Yang di-Pertua
Sebab cikgu-cikgu sedang tengok kita sekarang ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, betul. Sebab itu saya bangun. Peraturan 99 Tan Sri Speaker.
Sebagai Ahli Backbencher saya terpaksa membangkitkan perkara ini. Keputusan Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan sebarang perkara tafsir dalam mana-mana jua
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Mesyuarat ini atau berkenaan dengan kelaziman adalah muktamad kecuali jika ada Usul bersendiri menentang keputusan Tuan Yang di-Pertua.
Tan Sri Speaker, saya bangun- kita dalam perjalanan persidangan Parlimen, sama ada sebelah sana atau sebelah sini; dulu, kini dan selamanya, kita mematuhi Tan Sri Speaker. Saya terbaca satu artikel dalam berita portal Free Malaysia Today, saya tidak mahu dituduh sebagai membuat tuduhan. Bertarikh 3 November 2023, satu kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang- saya hendak tanya. Ini adalah, “The Bersatu Secretary General also questioned the credibility of Dewan Rakyat Speaker, Johari Abdul, claiming he had threatened Opposition MPs unfairly in the House. Hamzah said Johari is the first Speaker with no legal background, adding that his predecessor Azhar Haron did a better job in the post since he was not a politician.” Saya hendak tanya Tan Sri Speaker, sebagai seorang Ketua Pembangkang, bolehkah beliau membangkitkan perkara-perkara ini membuat tuduhan-tuduhan, menghentam Tan Sri Speaker di luar Dewan? Saya faham kalau ada perkara-perkara yang beliau tidak setuju, perkara itu boleh dibangkitkan dalam Dewan Rakyat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ada precedent Tan Sri Speaker- saya akan mengakhiri.
Semasa Tan Sri Pandikar menjadi Speaker Parlimen, beliau telah mengambil tindakan terhadap Ahli-ahli Parlimen yang membuat kenyataan menghentam beliau di luar Parlimen. Ada precedent. Cumanya saya ingin persidangan berjalan secara teratur, dan sebagai Ketua Pembangkang beliau sepatutnya tahu kalau ada apa-apa perkara, bangkitkannya di Parlimen, dan bukan menghentam Speaker di luar Parlimen. Sebagai backbencher kerajaan, saya membawa perkara ini kepada Tan Sri Speaker, mohon petua atas perkara ini Tan Sri Speaker. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Saya berbeza dengan Tan Sri sebelum- sebelum ini. Apa-apa juga yang diungkapkan di dalam Dewan ini yang mempersoalkan kewibawaan dan keputusan saya, saya akan ambil tindakan. Namun pun begitu, sesiapa juga boleh hina saya di luar, boleh panggil saya unqualified. Boleh panggil saya tidak berpendidikan, saya tidak mengambil menjadi isu. Saya berkhidmat untuk Dewan ini...
[Tepuk] Di luar, terpulanglah nak kata saya bodoh kah, saya tak cerdik kah, saya tak qualified. It’s not my business. I’m here colour blindness. Di sebelah kanan saya juga saya bertanggungjawab, sebelah kiri saya juga bertanggungjawab. I’m here, saya diletakkan di sini sebagai insan yang akan kendalikan perjalanan agar keputusan yang kita ambil akan memanfaatkan rakyat. So, Ahli Yang Berhormat yang nak main politik, mainlah. Jangan get me involved. Okey. Jadi, saya hendak teruskan. Silakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Sama-sama.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dan Usul Anggaran Pembangunan 2024 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Pertama] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi
Minta Yang Berhormat Menteri Kewangan mengemukakan Anggaran Perbelanjaan bagi semua kementerian. Silakan.
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tan Sri Pengerusi. Saya mohon mencadangkan supaya wang sejumlah tidak lebih daripada RM 214,554,264,300 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus tahun 2024 bagi maksud-maksud bekalan B.1 hingga B.15, B.20 sehingga B.28, B.30 dan B.31, B.40, B.42, B.43, B.45 sehingga B.48, B.60, B.62 sehingga B.64 untuk kementerian dan jabatan yang berkenaan dijadikan Jadual dan wang sejumlah tidak lebih dari RM92 bilion yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan tahun 2024 bagi maksud-maksud Perbelanjaan Pembangunan P.6, P.7, P.10, P.13, P.14, P.15, P.20 sehingga P.28, P.30 dan P.31, P.42 dan P.43, P.45 sehingga P.48, P.60, P.62 sehingga P.64 dan P.70 untuk kementerian dan jabatan yang berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Lampiran A dan Lampiran B Kertas Perintah 33 tahun 2023 dijadikan Anggaran Perbelanjaan.
Keperluan bagi mengadakan peruntukan Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 dan juga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan tahun 2024 telah pun dibentangkan. Di samping itu penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan anggaran ini adalah juga diberi dalam Kertas Perintah 33 tahun 2023, dan Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 34 tahun 2023. Oleh itu saya tidak berhajat hendak memberi apa-apa penerangan tambahan lagi Tan Sri Pengerusi, saya mohon mencadangkan.
Tuan Pengerusi
Baik terima kasih. Kepala Bekalan B.1 hingga B.9 dan B.40 dan Kepala Pembangunan P.6 dan P.7 di bawah Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk dibahas.
Sebelum itu izinkan saya memberikan sedikit panduan. Pada hari ini bermulanya giliran dari kementerian di peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2024 iaitu selama 12 hari iaitu hingga hari Isnin 27 November 2023 yang mana 26 kementerian akan melalui peringkat Jawatankuasa ini.
Saya ingin mengingatkan semua Ahli Yang Berhormat untuk mematuhi Peraturan Mesyuarat 66(12) iaitu perbahasan hendaklah dihadkan kepada dasar perkhidmatan yang
Tuan Pengerusi
hendak diuntukkan wang itu dan tidak boleh mengenai butir-butir perbelanjaan tetapi boleh menyebut butir-butir hasil atau wang kumpulan dalam tanggungjawab perkhidmatan itu. Oleh itu Ahli Yang Berhormat semasa berbahas peringkat Jawatankuasa ini perlu menyebut secara spesifik butiran kementerian yang Ahli Yang Berhormat ingin bangkitkan.
Seperti mana semua sedia maklum Ahli Yang Berhormat telah berbahas semasa Belanjawan 2024 peringkat Dasar selama lapan hari. Oleh itu saya menasihatkan semua Ahli Yang Berhormat untuk tidak membangkitkan semula isu-isu yang telah dibangkitkan semasa Belanjawan 2024 di peringkat Dasar, di peringkat Jawatankuasa ini. Dengan mengambil kira masa peringkat Jawatankuasa selama 12 hari dengan melibatkan 26 kementerian, saya ingin memberikan sebanyak boleh Ahli Yang Berhormat terlibat dalam perbahasan ini. Maka setiap pembahas saya peruntukkan tidak lebih daripada lima minit.
Baik. Saya akan bacakan mereka yang akan mengambil bahagian sebentar lagi.
Hari ini kita ada long list. Saya akan bacakan nama-nama sebentar lagi ya. Baik.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri Yang di-Pertua. Tan Sri Yang di- Pertua. Kalaulah kita dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa ini, dia ada butiran yang kita kaitkan. Contohnya kos projek. Kita boleh kait walaupun kita dah sebut.
Tuan Pengerusi
Mention-kan kepala dia dahulu.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ya. Kepala dia itu.
Tuan Pengerusi
Jangan ulang balik benda dasar. Ini adalah peringkat Jawatankuasa.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey baik. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik saya akan sebutkan nama-nama pembahas ya. Baik Kepala Bekalan B.1 hingga B.9 dan B.40, dan Kepala Pembangunan P.6 dan P.7 di bawah Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk dibahas.
Saya bacakan nama-nama, YB Damansara, Bagan Serai, Jempol, Beluran, Bayan Baru, Mersing, Betong, Saratok, Keningau, Pokok Sena, Kota Melaka, Jasin, Paya Besar, Besut, Segamat, Parit, Shah Alam, Pengkalan Chepa, Tuaran, Kuala Krai, Seputeh, Putrajaya, Tenggara, Pendang, Rasah, Jerai, Bangi, Parit Buntar, Sri Gading, Jerlun, Kepong, Masjid Tanah, Jelebu, Arau, dan Jelutong.
Baik saya jemput Damansara. Kalau Damansara perlukan lima minit, jangan bagi orang celah ya. Silakan.
Tuan Gobind Singh Deo - Damansara
Baik terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker saya berdiri untuk bahas berkenaan dengan Butiran B.9 khususnya di bawah Perkara 010100, 010600 dan 020600 Tan Sri Speaker.
Tan Sri Pengerusi, kalau kita lihat kepada peruntukan yang saya sebut tadi, ia berkaitan dengan jumlah wang yang akan diaturkan untuk pihak SPRM. Sudah cukup jelas di bawah tajuk-tajuk tertentu iaitu Pengurusan Awam, Kecemerlangan dan Profesionalisme dan juga Perundangan dan Pendakwaan, tetapi Datuk Speaker, kalau saya boleh membuat rujukan kepada undang-undang yang terpakai iaitu Akta SPRM.
Tan Sri Speaker kalau kita lihat kepada Akta SPRM, ia cukup jelas menyatakan matlamat-matlamat utama dalam akta tersebut. Jadi izinkan saya baca apa yang disebut dalam seksyen 2. Tuan Pengerusi ia berbunyi sebegini, “Matlamat utama akta ini adalah untuk menggalakkan: (a) integriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam dan swasta dengan menubuhkan satu jabatan pencegah rasuah yang bebas dan bertanggungjawab dan (b) mendidik pihak berkuasa awam, pegawai awam dan orang awam tentang rasuah dan kesan buruknya terhadap pentadbiran sektor awam dan swasta dan komuniti.”
Tuan Gobind Singh Deo - Damansara
Dalam perkara yang sama Tan Sri Speaker, kita dapat lihat bahawa kuasa-kuasa tertentu diberikan kepada pihak SPRM termasuk pegawai-pegawai dia untuk buat siasatan dan seterusnya pendakwaan dan itu jelas di dalam akta yang telah pun saya bacakan sebentar tadi, tetapi dalam masa yang sama Tan Sri Speaker, izinkan saya juga buat rujukan kepada apa yang terkandung di dalam seksyen 13 dan juga seksyen 14 akta ini. Ia berkaitan dengan peruntukan tentang Lembaga Penasihat Jawatankuasa Khas dan Jawatankuasa Aduan yg wujud melalui perintah ataupun melalui rang undang-undang yang saya sebut tadi.
Tuan Speaker apa yang penting adalah untuk kami meneliti bahawa Parlimen telah pun membuat peruntukan yang khusus supaya di dalam Akta SPRM ini sendirinya wujudnya satu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah iaitu seksyen 13 dan kemudian di bawah seksyen 14 dan 15, Jawatankuasa Khas mengenai rasuah dan yang penting sekali 15, Jawatankuasa Aduan. Jawatankuasa Aduan tersebut itu ditubuhkan untuk memantau pengendalian oleh SPRM, aduan mengenai salah laku yang tidak bersifat jenayah terhadap pegawai-pegawai SPRM dan juga untuk mengenal pasti apa-apa kelemahan dalam tatacara kerja mereka yang mungkin menimbulkan aduan dan seterusnya apa tindakan yang perlu diambil.
Tuan Speaker beberapa kali telah pun saya bangkit dalam Dewan yang mulia ini, dan minta kerajaan untuk memberikan maklumat berkenaan dengan bila akan ditubuhkan satu badan yang boleh siasat aduan yang dibawa terhadap pegawai-pegawai SPRM. I think that is something I have been consistently raising, tapi sehingga sekarang, kami masih tidak mendengar berkenaan dengan apakah sebenarnya tindakan yang akan diambil?
Tuan Gobind Singh Deo - Damansara
Saya mengalu-alukan apa yang disebut oleh Menteri Undang-undang bila beliau menyatakan bahawa ini adalah satu perkara yang harus kita melihat dan juga kemungkinan kita akan wujudkan apa yang disebut sebagai ombudsman, tetapi Tuan Speaker, Tan Sri Pengerusi, kalau kita lihat kepada butiran yang saya sebut tadi, cukup jelas bahawa di dalam semua peruntukan wang yang telah pun diberikan untuk SPRM, tidak ada sebut sebilangan wang yang khusus diberikan untuk tujuan kita memperkasakan Jawatankuasa Aduan yang telah pun saya sebut, yang diwujudkan melalui seksyen 13, 14 dan 15, Akta SPRM.
Tuan Speaker, saya ingin tahu, apakah wujudnya peruntukan wang yang akan disalurkan buat tujuan tertentu. Tujuan tersebut iaitu untuk Jawatankuasa Aduan dan saya juga ingin tahu, setakat sekarang sejak tahun 2020, berapa aduan yang telah pun diterima? Jenis aduan yang telah pun diterima? Apakah tindakan yang telah pun diambil oleh SPRM untuk menangani masalah yang telah pun ditimbulkan dalam aduan-aduan tersebut? Kita tidak boleh ada satu keadaan di mana ada aduan-aduan yang dibawa tetapi memang tidak ada tindakan diambil, tidak ada mekanisme yang wujud untuk aduan-aduan tersebut, disiasat dan juga tindakan diambil.
Tuan Speaker, Parlimen telah pun menggubal undang-undang. Dalam undang- undang tersebut, jelas dinyatakan ada mekanisme dia. Jadi, saya ingin tahu kalau kita nak salurkan wang kepada SPRM, sudah tentu kita kena rujuk kepada maklumat, matlamat yang kita ketengahkan melalui akta tersebut. Salah satu daripada matlamat tersebut adalah supaya kita ada jawatankuasa yang memantau tindakan. Banyak laporan polis diambil, dibuat, tindakan diambil oleh pihak polis tetapi memang selepas daripada itu, kita tak dengar apa tindakan seterusnya.
Kemudian, Tan Sri Pengerusi, saya buat rujukan kepada Butiran 04000, 040100, 040200 yang berkaitan dengan Jabatan Perdana Menteri, khususnya berkaitan dengan pengurusan kehakiman dan perundangan.
Tan Sri Speaker, Tan Sri Pengerusi, saya ingin tanya Menteri untuk memberi maklumat berkenaan dengan apa yang berlaku kepada proses yang telah pun diwujudkan setelah kita dalam Dewan yang mulia ini meluluskan rang undang-undang yang telah pun memansuhkan hukuman gantung mandatori. Selepas daripada itu, prosedur yang tertentu telah pun ditubuhkan, diwujudkan supaya mereka yang masih menunggu proses hukuman
Tuan Gobind Singh Deo - Damansara
itu diberikan peluang untuk membawa permohonan semak semula ke mahkamah untuk tujuan memastikan sama ada, ada ataupun tidak hukuman mandatori, hukuman gantung mati masih dikekalkan ataupun ianya diubahsuai?
Saya ingin tahu berapakah kos yang terlibat dalam perkara ini? Berapakah permohonan yang telah pun dibuat sehingga sekarang dan apakah tindakan yang akan diambil dan juga jangka masa untuk permohonan-permohonan tersebut diselesaikan?
Akhirnya Tan Sri Pengerusi, berkaitan dengan sama ada, ataupun tidak kita ada backlog di dalam mahkamah-mahkamah untuk mendengar kes, khususnya kes-kes jenayah yang melibatkan kes reman. Saya diberitahu bahawa di setengah-setengah mahkamah ada kalanya di mana kes-kes yang telah pun didengar separuh bicara, apabila ditunda tarikh yang diberikan untuk kita teruskan dengan kes ialah di antara enam sehingga lapan bulan dalam tahun depan.
So, kes reman, kes sudah pun berjalan tetapi apabila ditangguhkan enam bulan sehingga lapan bulan untuk tarikh seterusnya. Saya nak tanya sama ada, ataupun tidak backlog ini menjadi satu perkara yang serius? Sekiranya kerajaan akan menyalurkan lebih peruntukan supaya mungkin kita boleh wujudkan lebih mahkamah untuk kita menangani masalah ini dan juga hakim-hakim yang berkaitan untuk kita menangani masalah ini.
Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tan Sri Pengerusi.
Saya nak bicarakan berkenaan dengan Butiran B.050100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Berlaku sikit peningkatan peruntukan, dan pertanyaan saya ialah, berkenaan dengan kerana JAKIM ialah merupakan salah satu agensi yang memberikan sumbangan yang amat bermakna kepada perkembangan halal di Malaysia, terutamanya di dalam untuk memberikan penarafan, persijilan halal di negara kita dan dihormati di peringkat dunia.
Maka, persoalan saya ialah apakah peruntukan ini juga boleh memberikan satu penambahan perjawatan kepada kakitangan halal? Yang seterusnya ialah, saya mengharapkan juga soal persijilan halal ini tidak diswastakan, walaupun di sana ada perkembangan-perkembangan, dengar desas desus bahawasanya soal untuk mendapat persijilan halal ini diswastakan, nak dibalikkan macam tahun 2008 yang dahulu tetapi berlaku sedikit kegagalan, maka dikembalikan semula ke JAKIM.
Yang kedua ialah berkenaan dengan Program Wakaf Tani yang pernah dilakukan pada tahun 2022 dahulu. Peruntukan sebanyak RM10 juta yang diberikan. Adakah program ini masih diteruskan kerana program ini sepatutnya ia perlu diteruskan sekurang- kurangnya ia akan dapat memberikan juga kepada soal keterjaminan makanan dan juga memberikan pekerjaan dan membantu kepada golongan-golongan asnaf petani.
Butiran B.050200 – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Peruntukan butiran ini ialah, saya nak bertanya berkenaan dengan berapakah, adakah peruntukan yang masih diberikan kepada Majlis Peguam Syarie Wilayah Persekutuan kerana Majlis Peguam Syarie Wilayah ini ialah merupakan majlis peguam yang pertama yang ada di Malaysia. Maka, sebab itu saya mengharapkan supaya bantuan di peringkat awal ini perlu diberikan kepada Majlis Peguam Syarie untuk mereka bergerak dengan lebih lancar dan lebih baik.
Butiran B.090300 – Percetakan Al-Quran. Jika dilihat dalam buku Anggaran Belanjawan 2024, tiada peruntukan yang dikeluarkan pada tahun 2023. Namun, dibawa pada tahun 2024 iaitu sebanyak RM10 juta. Adakah jumlah cetakan dikekalkan sepertimana diucapkan oleh Perdana Menteri di dalam Belanjawan 2023 iaitu sebanyak 20,000 naskhah? Jika ya, 20,000 naskhah, bermakna RM10 juta ini harga satu Al-Quran
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
ialah sebanyak RM500. Saya mohon penjelasan daripada Menteri, jenis apakah Al-Quran yang dicetakkan harga sebanyak satu naskhah sebanyak RM500.
Kemudian, berkenaan dengan yang berhubung kait dengan soal pengurusan bencana negara. Butiran B.030500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Umum mengetahui kita sentiasa dilanda dengan banjir tetapi peruntukan pada tahun ini dikurangkan. Pada tahun 2023, sebanyak RM36 juta, tahun 2024 diturunkan kepada RM33,415,200 sedangkan musibah berlaku berterusan.
Tiba-tiba peruntukan NADMA ini pula dikurangkan sebanyak RM2,584,800. Jadi ini satu perkara yang saya rasakan perlu untuk mendapat penjelasan kerana musibah berlaku. Macam tempat saya selalu berlakunya ribut, berlakunya banjir yang melibatkan juga kerosakan harta benda.
Maka, saya nak bertanya kepada pihak NADMA, bagaimanakah tuntutan yang boleh secara tuntas, yang dibuat oleh mangsa kepada pihak yang kerajaan atau pihak NADMA untuk mendapat peruntukan ini? Dalam masa yang sama, kita dapat lihat apabila peruntukan ini dikurangkan, maka sudah tentulah ia akan menyukarkan lagi kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Terima kasih kepada Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Selamat sejahtera, salam perpaduan, salam Malaysia Madani. Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Seterusnya, Jempol terus merujuk kepada Butiran P.16500 – Program Kelestarian FELDA. FELDA adalah salah satu sebuah agensi penting di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan jumlah peneroka ataupun peserta peneroka FELDA seramai 112,635 peserta di 317 skim tanah rancangan FELDA di seluruh negara, dengan keluasan 410,379 hektar.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Di Parlimen saya di Jempol ada 28 skim FELDA ya, di Parlimen Jempol daripada 49 skim FELDA di seluruh Negeri Sembilan. Tan Sri Speaker, hasil peneroka seluruh Malaysia untuk pendapatan negara berjumlah dengan anggaran RM11 bilion setahun. Ini jelas menunjukkan hasil perladangan peneroka antara penyumbang besar ya, kepada KDNK negara. Jadi, saya akan menyentuh empat perkara khusus di bawah tajuk FELDA ini. Pertama, pelarasan pendapatan minimum peneroka FELDA kepada RM1,500.
Saya ingin fokus terus kepada isu pendapatan purata peneroka FELDA iaitu setelah ditolak segala hasil pengurusan di tanah rancangan FELDA, rata-rata slip yang diterima oleh peneroka FELDA adalah lebih kurang RM1,200 sahaja sebulan. Jadi, ini jauh lebih rendah daripada dasar yang ditetapkan oleh pihak kerajaan iaitu gaji minimum bulanan sebanyak RM1,500. Jadi, di sini Jempol mencadangkan agar pihak kerajaan menyelaras purata pendapatan peneroka minimum RM1,500 sebulan sesuai dengan Dasar Gaji Minimum negara dengan kos sara hidup yang semakin meningkat pada hari ini.
Secara kasar, implikasi kewangan jika pihak kerajaan memberi bantuan RM300 sebulan supaya genap menjadi jumlah RM1,500 kepada 112,635 orang peneroka, anggaran ataupun implikasi kewangan adalah berjumlah lebih kurang RM405 juta setahun. Soalan saya, apakah pihak kerajaan sudah mempunyai perancangan bagi pelarasan purata pendapatan peneroka FELDA ini. Yang kedua, subsidi baja FELDA.
Tan Sri Speaker, saya ingin fokus kepada subsidi baja FELDA. Dengan hasil pendapatan RM11 bilion, golongan peneroka FELDA ini belum pernah mendapat bantuan subsidi baja berbanding agensi-agensi lain di bawah sektor perladangan dan juga komoditi. Anggaran perbelanjaan membeli baja ya, bagi seorang peneroka ataupun peserta FELDA ialah lebih kurang RM8,500 setahun dan bagi keseluruhannya sebanyak berjumlah RM820 juta setahun di kawasan ladang seluas 410,379 hektar.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jadi, Jempol mencadangkan agar pihak kerajaan mempertimbangkan subsidi baja sekitar 30 peratus ya, kepada peneroka FELDA. Jika ianya dapat dilaksanakan, implikasi kewangan adalah sekitar RM246 juta setahun. Soalan saya, dengan pendapatan RM11 bilion hasil perladangan peneroka FELDA ini, adakah pihak kerajaan boleh melaksanakan insentif subsidi baja kepada peneroka FELDA?
Seterusnya yang ketiga, Perumahan Generasi Baharu FELDA. Jempol menyokong penuh hasrat FELDA menyediakan lot-lot kosong kepada generasi baharu FELDA untuk membina rumah memandangkan sebahagian besar daripada generasi baharu ini menetap di kawasan FELDA dan mereka ini tidak mempunyai pendapatan tetap. Jempol mencadangkan agar pihak kerajaan menyediakan bantuan pinjaman perumahan dan juga pembiayaan bagi mereka membina rumah pertama di kawasan FELDA. Begitu juga dengan membina rumah kakitangan FELDA yang berjumlah 2,010 unit yang dibina sejak 1959 dan dibina daripada kayu, rata-rata daripada kayu dan hari ini keadaannya begitu uzur sekali.
Jadi, sudah sampai masanya rumah kakitangan FELDA ini dibina baru dengan kos anggaran FELDA yang melibatkan tanah rancangan FELDA di Wilayah Utara, Tengah, Selatan, Timur dan juga FELDA Sahabat adalah sebanyak RM464 juta. Jadi, soalan saya bilakah pihak kerajaan boleh melaksanakan projek bina baharu perumahan kakitangan FELDA.
Seterusnya, masih lagi di tajuk yang sama iaitu penggantian paip lama Projek Sistem Bekalan Air FELDA. Di Jempol, di kawasan Zon Raja Alias, FELDA Serting Ali Kompleks, Zon Palong dan juga Zon Jeram Padang sering berlaku. Boleh katakan setiap hari berlaku gangguan bekalan air kerana paip pecah kerana usia paip ini sudah pun menjangkau 35 tahun ke atas dan ini bukan sahaja sering mengganggu sistem bekalan air kita tapi juga dapat pembaziran kerana kadar air tidak berhasil ya,NRW begitu tinggi.
Akhir sekali Tan Sri Speaker iaitu Butiran B.6 030400 - Angkatan Pertahanan Awam (APM). Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan agensi-agensi lain di bawah NADMA adalah merupakan barisan hadapan yang sangat penting dalam pengurusan bencana, pusat operasi dan kelengkapan peralatan mesti diberi keutamaan supaya agensi ini dapat bersiap siaga menghadapi pelbagai kemungkinan dalam pengurusan bencana.
Di Parlimen Jempol misalnya, APM tidak mempunyai pusat operasi dan kini beroperasi di balai raya sahaja. Bayangkanlah dalam keadaan beroperasi di balai raya sedangkan bencana alam ya, kita tidak tahu. Jadi, sudah tentulah kita memerlukan satu pusat operasi supaya segala tindakan itu dapat dilaksanakan dengan pantas ataupun tuntas. Jempol mencadangkan dibina baharu Pusat Pengurusan Bencana Bersepadu di Parlimen Jempol sesuai dengan perancangan RMKe-12 iaitu Memperkukuh Pengurusan Bencana di bawah Strategi B3.
Jadi, soalan saya, bilakah pihak kerajaan dapat membina baru Pusat Pengurusan Bencana Bersepadu di Parlimen Jempol? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih Jempol. Saya jemput Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya ingin membahas Butiran B.1, 010000 dan B.4, 010100. Dua topik iaitu urusan Parlimen dan juga Pengurusan Pilihan Raya. Yang Berhormat, antara tiga instrumen yang penting dalam penubuhan negara Malaysia ini yang melibatkan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia adalah 20 Perkara, 18 Perkara dan juga Laporan IGC ataupun Laporan Antara Kerajaan (Inter-Governmental Committee). Di dalam Laporan IGC ini secara jelas memperuntukkan- menyentuh bilangan kerusi Dewan Rakyat yang harus diwakili oleh Sabah dan Sarawak iaitu tidak kurang daripada satu per tiga, of jumlah kerusi keseluruhan Dewan Rakyat. Yang ini telah pun dimeterai, dipersetujui oleh pemimpin lama kita iaitu untuk menentukan spirit of the perjanjian ini adalah untuk menentukan Sabah dan Sarawak ini mempunyai suara satu
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
per tiga di Dewan Rakyat ini. Ini supaya Putrajaya ataupun Kuala Lumpur tidak mengubah sewenang-wenangnya Perlembagaan Persekutuan untuk menjaga hak yang menyentuh tentang hak-hak Sabah dan juga Sarawak ketika membentuk Kerajaan Persekutuan ini.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Beluran...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Malaysia.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Boleh tambah sikit?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Sebab itu apabila—Terima kasih.
Sebab itu apabila exercise oleh SPR yang dijalankan tahun ini untuk Sarawak, tahun depan untuk Sabah dan juga tahun selanjutnya untuk Semenanjung Malaysia. Saya ingin tahu sama ada spirit pembentukan Malaysia ini akan diambil kira oleh SPR dalam menstrukturkan semula persempadan baru bagi pilihan raya Dewan Rakyat di negara kita ini dengan mengambil kira the spirit of the formation of this nation, Malaysia.
Jadi, dah tertangguh hampir 60 tahun kerana spirit ini harus diterjemahkan melalui pindaan kepada Akta SPR. Sebab itu exercise ini adalah peluang untuk Kerajaan Persekutuan melaksanakan tanggungjawab bagi mengiktiraf ataupun melaksanakan perjanjian IGC, keputusan IGC dan juga pembentukan negara Malaysia seperti yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan. Jadi, saya ingin tahu sama ada...
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh Beluran, minta sikit?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
...Saya ingin tahu sama ada SPR akan mengambil kira perkara ini di dalam exercise yang akan dikendalikan ini? Ya.
Tuan Pengerusi
Silakan.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih sahabat saya dari Beluran. Saya bersetuju dengan cadangan daripada Beluran sebab sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan dan juga SPR melihat perkara ini, perjanjian.
Perjanjian antara- pewujudan negara Malaysia, Sabah dan Sarawak iaitu sekurang- kurangnya satu per tiga. Bermakna ada 28 kerusi tambahan lagi untuk Sabah dan Sarawak dan kalau pecahannya kalau boleh 50 peratus untuk Sabah dan 50 peratus untuk Sarawak. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya, saya yakin Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak akan mengemukakan cadangan penambahan kerusi. Yang itu SPR harus ambil kira kerana disesuaikan dengan kehendak the spirit of the formation of this connection.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Perkara kedua, Parlimen, Tan Sri Pengerusi. Hangat di luar sekarang ini tentang soal MP ponteng Parlimen. Lebih hangat apabila Speaker sendiri mengeluarkan statement di luar sana, bukan dalam Dewan bahawa Speaker-speaker akan melihat untuk penalize MP. Disebut tentang potong gaji ataupun meletakkan senarai nama di dalam website, shaming them. So, apa sebenarnya kehendak Parlimen dalam isu ini? Sama ada ianya akan terlibat serta kumpulan-kumpulan yang duduk sebagai eksekutif ataupun tertakluk kepada mereka yang backbencher dan kami yang di sini? Kerana kalau dilihat attendance, dia tidak boleh ada segregation of MPs di kalangan eksekutif dan juga backbencher dan pembangkang.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Kenapa ini Tan Sri? What is wrong with this MP?
Tuan Pengerusi
Ya, ya. Quiet, quiet.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
What is wrong here?
Tuan Pengerusi
Ini floor Beluran. Silakan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya.
Tuan Pengerusi
I wish I can answer you. Can you, please.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya, mana ada Tan Sri. Okey. Jadi soal attendance ini perlu dilihat dan dibincang secara terperinci. Dia tidak boleh dibuat secara unilateral, secara bersendirian oleh Speaker, perlu melibatkan.
Tuan Pengerusi
Tidak, saya kata jawatankuasa kan?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Kerana kita ada peraturan mesyuarat Tan Sri.
Tuan Pengerusi
Kita ada Jawatankuasa Dewan kan?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Kita ada Peraturan Mesyuarat 13 contohnya. Apabila peraturan mesyuarat ini dibentuk oleh Parlimen dulu, dia tentu mengambil kira isu attendance. Sebab itu dia tidak rigid, di dalam peraturan mesyuarat tidak rigid. Sebenarnya kita boleh bersiang tiga orang dalam Dewan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Minta laluan Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Boleh bersidang tiga orang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tetapi jika dimaklumkan kepada Speaker kurang daripada 26 orang, barulah isu kuorum ditentukan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Boleh tanya soalan?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Jadi, maknanya dalam peraturan mesyuarat ini, isu kuorum, isu kehadiran walaupun di-addressed, tetapi tidak secara rigid seperti yang dikehendakkan oleh Speaker...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Sama ada Speaker ingin mainkan peranan sebagai — Saya tak tahu bagaimana Speaker melihat kehadiran ini. You want, you want...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Beluran, boleh tanya mana Pagoh? Mana Marang...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Wait, wait.
Tuan Pengerusi
Baik, baik.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
You want full attendance in the Dewan every time Dewan bersidang?
[Dewan riuh]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Sama ada nak tengok semua full 220 orang attendance dalam Dewan? Sebab itu kita ada Peraturan Mesyuarat 13. Sebenarnya isu attendance ini daripada dulu sejak saya masuk Parlimen 23 tahun dahulu, tetapi isunya tidak diperbesarkan kerana memang dalam peraturan mesyuarat demikian. Tiada Menteri yang boleh hadir Mesyuarat Parlimen setiap masa. Kalau kita tengok penggulungan Parlimen...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Beluran, mana Larut? Mana Marang? Mana Pagoh?
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Ya, [Tidak jelas] Jelutong. Jelutong, duduk.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Kalau kita tengok penggulungan Menteri baru-baru ini, tiga orang Menteri campur seorang Menteri yang belum dilantik, tidak hadir menggulung Parlimen pada peringkat dasar bajet baru-baru ini. So, you want to question that? You want to question the executive, Menteri yang tidak hadir? Tidak.
Because itu adalah sebahagian daripada tugas mereka juga ada di luar sana.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Sebab itu dalam Peraturan Mesyuarat, they relate on this. Tetapi saya tahu, kebertanggungjawaban Ahli Parlimen untuk hadir ke Parlimen. Saya setuju bahawa semua Ahli Parlimen mesti hadir ke Parlimen, tetapi kehadiran juga subjektif Tan Sri Pengerusi. Kerana Ahli Parlimen boleh duduk satu minit sini dan keluar dan pulang, juga they have been considered sebagai hadir dalam Dewan. So, how do you define kehadiran? Satu minit duduk sini pun boleh dikira sebagai hadir.
Orang yang duduk yang datang Parlimen satu minit dan pulang, tidak terlibat dalam pelbagai perbahasan juga dilihat sebagai hadir...
Tuan Pengerusi
Jelutong, Jelutong.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Sebab itu kita kena define dalam melihat isu ini. So, bila Speaker sendiri membuat kenyataan di luar sana, bila Parlimen membaca kenyataan di luar sana bahawa isu ini menjadi panas dan kita Ahli-ahli Parlimen, both of us dilihat sebagai ponteng Parlimen tanpa sebab dan dilihat kita sebagai tidak mewakili kehendak rakyat yang kita wakili. That imej perlu diperbaiki Speaker. Sebab itu kita ada peraturan mesyuarat yang relates on attendance…
Tuan Pengerusi
Baik.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang tidak boleh dilihat kita, tetapi Minister pun. You want to see 220 Ahli Parlimen duduk sini? No, it will never happen. Sebab itu kita boleh pertahankan...
Tuan Pengerusi
Baik, Beluran. Baik, terima kasih.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Saya setuju bahawa Ahli Parlimen mesti hadir, tetapi melihat dan penalize mereka, shaming them, saya rasa bukan satu tindakan yang baik untuk mengangkat martabat Parlimen ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, saya terpaksa respons kepada Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Eh, saya berucap. Menteri akan respons Tan Sri.
Tuan Pengerusi
Baik, baik. Saya akan sebut begini Beluran ya. Yang pertama sekali perkataan “shaming” was wrong. I never intend to shame. Yang kedua, saya menjawab bahawa Ahli Parlimen ada komitmen-komitmen lain. Tak semestinya mereka pasti ada di sini. Tak semestinya, baca report itu betul-betul ya. Tidak semestinya semua Ahli Parlimen harus ada di sini kerana mereka ada tugas lain. Namun pun begitu, apa pun juga cadangan akan dibawa ke Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat. I’m very clear with that. So, I don’t mean to shame you.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
I know.
Tuan Pengerusi
I do not mean to shame you Sir. No.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Sebab itu saya kata bila statement itu dibuat oleh Speaker di luar sana, public interprets lain.
Tuan Pengerusi
No, no. No. You kena baca in typing.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Public interprets lain. I know, I understand that. I see that 10 years, saya tahu.
Tuan Pengerusi
Saya tidak ada...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tetapi sebut itu public interprets because it comes from the Speaker of the House.
Tuan Pengerusi
Ya, saya tidak ada kuasa untuk berdebat. Jadi, saya jemput sekarang Bayan Baru.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker sekejap. Sebelum Tan Sri Speaker teruskan, saya sebenarnya nak bertanya mengenai usul merujuk Ahli Parlimen Langkawi ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Saya hendak mahukan...
Tuan Pengerusi
Ya, telah saya dah terima dan saya akan beri jawapan kemudian. Insya-Allah.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Bila ya?
Tuan Pengerusi
Tak boleh tanya begitulah.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
[Ketawa]
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput Bayan Baru.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker, saya minta maaf. Jelutong...
Tuan Pengerusi
Ini peraturan mesyuarat ke apa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan mesyuarat.
Tuan Pengerusi
Berapa itu? Peraturan Mesyuarat berapa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Mesyuarat 36.
Tuan Pengerusi
36 berapa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
36(6). Saya merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Beluran. Saya terpaksa bangun untuk mempertahankan Tan Sri Speaker sekali lagi.
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kerana dalam ucapan ini — Ini perkara serius, jangan main-main. Beluran telah membuat kenyataan-kenyataan, membuat sangkaan jahat terhadap Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker bukan berada dalam keadaan untuk mempertahankan diri. Tan Sri Speaker memang kata itu betul, bukan dalam keadaan untuk berdekat. Tetapi, Beluran kena baca dulu inti pati berita yang telah disiarkan, bukan menghentam sahaja. Ini menurut tindakan tingkah laku Ketua Pembangkang.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
So, saya minta supaya Beluran hati-hatilah. Jangan menghentam begitu sahaja.
Tuan Pengerusi
Baik.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tak payah angkat kaki sedemikian rupa. I know, I baca Peraturan Mesyuarat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Saya berbahas...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tetapi jangan, jangan membuat kenyataan terhadap Speaker.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Saya berbahas, saya berbahas. Saya bukan berbahas dengan Speaker. Saya tidak berbahas dengan Speaker.
Tuan Pengerusi
Baik, saya buat keputusan. Beluran, Jelutong saya buat keputusan, apa juga ungkapan Beluran itu tidak bermaksud untuk menghentam saya, period.
[Tepuk] Baik, silakan Bayan Baru.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri Speaker.
Tuan Pengerusi
Bayan Baru.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri Speaker 36(6). Saya nak dapat penjelasan daripada Tan Sri Speaker sebab dia sebut, “Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa yang lain, siapa-siapa Ahli yang lain.” Adakah Tan Sri Speaker Ahli? Saya rasa tak. Ahli ini di antara semua Members of Parliament. So, salahlah itu dah guna.
Tuan Pengerusi
Baik, tak.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker pun Ahli juga dalam Dewan.
Tuan Pengerusi
Case closed. Saya ingat saya dah buat keputusan. Saya sebut sekali lagi — Duduk Pendang. Beluran tidak bermaksud, period. Tidak bermaksud untuk memalukan saya, tidak bermaksud untuk menghina saya, period. Okey, saya teruskan dengan Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tan Sri Speaker. Tan Sri Pengerusi kerana memberi peluang kepada Bayan Baru untuk membahas.
Saya merujuk kepada kepala B.1 - Parlimen Malaysia, 010200 – Pengurusan Dewan. Saya juga ingin menyahut tentang reformasi Tan Sri Speaker kerana ingin memaparkan senarai yang ponteng dalam Dewan ini. Ini satu usaha reformasi ketelusan yang patut dialu-alukan oleh Ahli-ahli Dewan dan juga di luar. Rakyat di luar sana mereka tengah fikir, Ahli-ahli Parlimen dibayar dengan elaun yang begitu tinggi tetapi apabila datang, ponteng Parlimen. Jadi, kita nampak bahawa ada beberapa Ahi Parlimen yang telah clear-cut, selalu tidak ada, clear-cut. Jadi, ini adalah isu yang perlu diatasi. Kita tahu bahawa Menteri-menteri mempunyai tugasan-tugasan rasmi. Mereka tidak dapat berada di sini sepanjang masa terutamanya Perdana Menteri, terpaksa ke luar negeri untuk mendapatkan FDI. Terpaksa pergi ke luar negeri untuk berjumpa dengan — Menyelesaikan masalah-masalah konflik Palestin dan sebagainya.
[Dewan riuh]
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Mereka haruslah kalau kita senaraikan, kalau mereka tidak hadir, harus ada urusan rasmi. Contohnya Ahli-ahli Parlimen di sini ada yang pergi IPU, ada yang pergi ke Komanwel, persidangan Komanwel dan sebagainya, haruslah ada urusan rasmi.
Tetapi, yang terang-terang ponteng itu harus didedahkan supaya rakyat nampak bahawa dengan sendiri mereka yang dipilih dalam pilihan raya berkobar-kobar kata nak tukar kerajaan dan sebagainya, tetapi apabila dapat jadi Ahli Yang Berhormat, tidak datang ya. Apa yang di sosial media, berkobar-kobar hentam kerajaan kata kerajaan ini tidak betul, ini tidak buat, ini dan sebagainya, tetapi tidak masuk ke Dewan untuk bangkitkan.
Kita tak dengar suara daripada Marang. Kita tak dengar suara daripada Pagoh. Kita tak dengar suara daripada Larut. Tetapi di social media, mereka jadi hero. Jadi, inilah haruslah kita adakan, tetapi saya bersetuju bahawa ia harus berhemah.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Tan Sri.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Harus dimasukkan ke dalam, ke dalam apa ini, kepada...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Dia sangkaan jahat itu.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
36(6).
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
36(6).
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Ini sangkaan jahat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sangkaan jahat, 36(6) sebab...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Pendang, duduklah. Saya tak ada masa.
Tanya soalan nanti, nanti.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...Hari masa perbahasan disebut oleh Marang, disebut berkenaan dengan apa yang berlaku.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Ini peraturan mesyuarat, Tan Sri Speaker.
Tuan Pengerusi
Okey.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya minta— sangkaan jahat itu.
Tuan Pengerusi
Teruskan. Jangan ulang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ha, jangan ulang itu. Dia ulang balik.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Jangan sebut nama. Teruskan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ya.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Dia sebut tadi Pagoh, Marang, dia sebut.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tan Sri Speaker, dia kena tarik balik.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sangkaan jahat.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tan Sri Speaker, Bayan Baru kena tarik balik.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tan Sri Speaker, apa yang saya cakapkan adalah fakta. Okey? Kita tahu bahawa social media, mereka cakap macam-macam.
Tetapi jelas, tak ada dalam Dewan ya, Tan Sri Speaker. Jadi, Tan Sri Speaker...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Eh, disebut masa perbahasan bajet— tidur.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Saya tidak beri laluan. Duduk, Pendang.
Saya tak bagi laluan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Eh, you siapa suruh saya duduk? Tan Sri Speaker sahaja boleh suruh saya duduk.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tan Sri Speaker.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Isu yang kedua yang saya nak bangkitkan dengan Tan Sri Speaker adalah usaha...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
36(6), 36(6). Sangkaan jahat. Sangkaan jahat. You sudah buat satu tuduhan rambang yang tak benar. Tadi disebut. Apa yang you sebut tadi disebut oleh Pagoh, disebut oleh Marang dalam ucapannya.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Kita— Pendang, Pendang. Apa yang saya cakap adalah fakta ya.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Fakta apa dia?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Mohon maaf, mohon maaf.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tak betul! Fakta fitnah! Fakta fitnah!
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Kalau saya menyakitkan mana-mana hati, tapi adalah fakta.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Kalau fakta, mana datanya?
Data, mana data?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ha, mana data?
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Berapa peratus? Bentangkan dalam Dewan, bukan cakap sahaja, Bayan Baru.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sebut. Apa fakta? Fitnah.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Bentangkan fakta. Angka, mana angka?
Tuan Pengerusi
Okey. Baik, Pasir Mas, Pendang. Bayan Baru, eloklah tarik balik perkataan tadi.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Dia kena tarik balik. Dia buat sangkaan jahat itu.
Seorang Ahli
Tarik balik!
Tuan Pengerusi
Tarik baliklah. Tarik balik tiga nama itu.
Seorang Ahli
Tarik balik!
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Cakap sahaja, data tak ada disebut.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Okey, okey. Saya tarik balik tentang apa ini, apa ini— tetapi saya nak bagi tahu di sini...
Tuan Pengerusi
Jangan jerit, jangan jerit, jangan jerit.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tak, tak, saya tak jerit. Orang lain.
Tuan Pengerusi
Duduk, duduk, duduk. Bayan Baru...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Okey.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Minta dia tarik balik dulu.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Okey, saya tarik balik. Saya tarik balik, okey.
Tuan Pengerusi
Saya tak cakap lagi. Saya nak cakap, Bayan Baru, tarik balik tiga nama itu.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Okey, dah.
Tuan Pengerusi
Sebut “tarik balik”, cukup.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tarik balik, tarik balik.
Tuan Pengerusi
Okey, dah.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Okey. Jadi, ini adalah isu— kita biarkan rakyat di luar untuk tengok sendiri okey, kelakuan kita ya.
Okey, isu yang kedua yang saya ingin bangkitkan, Tan Sri Speaker, adalah tentang open house. Saya ingin ucapkan tahniah kerana Parlimen buat open house untuk pelbagai lapisan masyarakat untuk involved dengan pengurusan, untuk lawat Parlimen, tahu tentang—Open Day ya. Open Day Parlimen. Dan harus dilaksanakan lebih banyak dan melibatkan sekolah-sekolah terutamanya sekolah menengah yang mereka akan memilih Ahli Parlimen. Form 4, Form 5 dan sebagainya. Jadi, saya rasa haruslah program ini dipergiatkan.
Saya ingin merujuk kepada Kepala B.7 JPA 010100 – Perkhidmatan Pengurusan.
Kita tahu bahawa pengurusan COVID telah— semasa COVID, pelbagai pekeliling dikeluarkan, contohnya Arahan Bekerja Dari Rumah Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan dan Penutupan Premis Kerajaan. Pekeliling-pekeliling COVID masa itu memang sesuai untuk dipakai kerana ada pandemik.
Sekarang pandemik itu dah habis. Saya harap kerajaan merujuk balik semua pekeliling-pekeliling tersebut untuk mengkaji kesesuaiannya, kerana yang saya dapat adalah daripada lapisan masyarakat, apabila mereka berjumpa dengan pegawai kerajaan, mereka kata, pegawai kerajaan work from home. Ya, work from home. Jadi, ini menyebabkan rakyat dia pergi jumpa pegawai— dia ambil cuti, pergi jumpa— tetapi pegawai tiba-tiba work from home. Tak dapat dihubungi.
Tuan Pengerusi
Okey.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Lepas itu, dia datang balik. Ini menyusahkan rakyat terutamanya kita merancakkan ekonomi dan menyelesaikan masalah rakyat.
Tuan Pengerusi
Landing ya, Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Akhir sekali adalah Bekalan B.6 JPM 010600 – JKOM. Kita nampak bahawa peruntukan JKOM telah dipotong. Kita nampak bahawa
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
sekarang ada pelbagai fake news, pelbagai fitnah, pelbagai misinformation yang dilontarkan terhadap kerajaan. Maka, kita perlukan JKOM yang lebih efektif untuk menangkis semua misinformation ini.
Saya nak minta kerajaan jelaskan, apakah usaha-usaha kerajaan— sebab, nampaknya tidak berapa berkesan. Sekarang dipotong lagi bajet. Lagi masalah ini akan menyebabkan rakyat tidak berpuas hati kepada kerajaan. Jadi, tolong terangkan kepada Parlimen, apakah yang dilaksanakan program-program tertentu, khusus, khas kepada rakyat, kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di sini? Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Okey, terima kasih. Saya jemput Mersing.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sekejap, Tan Sri. 36(4) tadi ini. Saya nak nafikan balik kenyataan daripada Jelutong yang mengatakan kita menghentam Tan Sri Parlimen. Saya sendiri kena gantung dua hari. Saya tak hentam pun di luar.
Tuan Pengerusi
Tak apa, selesai dah. Cerita itu selesai.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Lepas itu, saya kena halau beberapa kali pun. Kita tak keluar buat press statement.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Saya kata dah selesai dah.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Pendang, dah selesailah. Case closed, case closed.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Keluar press statement hentam Tan Sri Speaker.
Tuan Pengerusi
Saya tidak mengambil itu sebagai personal. Apa yang Beluran kata, itu teguran dia, saya terima.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tapi tadi kita tengok Jelutong...
Tuan Pengerusi
Itu cadangan dia. Selesai.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Dia kata kami hentam Tan Sri Speaker di luar. Saya tak pernah buat.
Tuan Pengerusi
You tak buatlah. Dah selesai dah.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Orang luar lain, tak usah kiralah. Kami tak pernah buat hentam Tan Sri Speaker.
Tuan Pengerusi
Ya, baik.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Kita patuh kepada hukuman.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Silakan, Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada Tan Sri Pengerusi kerana mengizinkan saya untuk turut serta dan mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2024 peringkat Jawatankuasa bagi Bekalan B.6 dan Pembangunan P.6 Jabatan Perdana Menteri.
Tan Sri Pengerusi, saya merujuk Butiran 09910 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Salah satu komponen utama dalam menghadapi bencana adalah kemudahan infrastruktur yang kondusif. Saya ingin membangkitkan berkenaan pelan jangka pendek pengurusan bencana banjir di Parlimen Mersing. Awal tahun ini, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10.5 juta untuk pembelian tiga unit pam air dan pembinaan tiga rumah pam. Sehingga kini, saya difahamkan masih belum ada khabar berita sejak diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada Februari 2023 di Politeknik Mersing. Sehubungan itu, saya ingin tahu, adakah pihak JPS
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Daerah Mersing selaku agensi pelaksana sudah menerima peruntukan bagi projek tersebut?
Sistem pam air berkuasa tinggi sangat penting bagi mengalirkan limpahan air hujan di sungai-sungai dan tali-tali air khasnya ketika berlaku pertembungan air laut pasang. Justeru, saya menggesa kerajaan mempercepat pelaksanaan kerja-kerja pemasangan dan pembinaan tiga rumah pam di kawasan yang telah dicadangkan iaitu di Parit Keliling Sungai Derhaka berdekatan Taman Sri Bayu, Sungai Air Merah berdekatan Kampung Sri Lumpur dan Kampung Pengkalan Batu, Mersing. Pada masa yang sama, saya juga ingin tahu, apakah jenis pam yang akan digunakan, sama ada pam bergerak jenis hydraulic submersible pump atau end suction pump?
Tan Sri Pengerusi, saya merujuk Butiran 030000 – Pengurusan Keselamatan, 030500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Saya ingin menyentuh berkenaan bantuan-bantuan yang layak dimohon oleh mangsa bencana khasnya bencana banjir. Merujuk Butiran 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan, terdapat penurunan daripada Anggaran 2023 iaitu RM15,045,400 kepada Anggaran 2024 iaitu RM13,630,000 serta merujuk juga Butiran 50000 – Perbelanjaan-perbelanjaan Lain, berlaku penurunan daripada Anggaran 2023 iaitu RM200,000 kepada Anggaran 2024 iaitu RM165,000.
Mengapa berlaku penurunan bagi kedua-dua butiran ini?
Saya juga mendapat maklumat bahawa bantuan pembelian keperluan asas sehingga RM2,500 dan bantuan baik pulih kecil rumah sehingga RM5,000 tidak lagi dimasukkan dalam Bantuan Bencana 2024. Bantuan seumpama ini begitu signifikan kepada mangsa-mangsa yang terkesan khasnya bencana banjir. Soalan saya, adakah bantuan-bantuan tersebut masih diteruskan pada tahun hadapan dan adakah terdapat penambahan dana bagi bantuan ini dan bantuan-bantuan lain seperti Bantuan Wang Ihsan dan Bantuan Wang Ihsan Kematian? Sekiranya tidak diteruskan, apakah justifikasi daripada pihak NADMA untuk tidak meneruskan bantuan-bantuan ini?
Saya juga ingin membawakan isu pengurusan permohonan bantuan bencana di peringkat daerah. Sehingga kini, semua permohonan dilakukan secara manual. Malah, saya difahamkan, tidak ada borang khas yang disediakan oleh pihak NADMA. Justeru, bagi memudahkan dan melancarkan lagi pengurusan permohonan bantuan ini, saya mencadangkan pihak NADMA untuk membina satu sistem permohonan secara online.
Sementara itu, saya ingin mengetahui jumlah peruntukan kepada sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri di 14 buah negeri. Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menambah peruntukan pengoperasian untuk setiap negeri khasnya negeri-negeri yang sering dilanda bencana banjir? Saya juga ingin mengetahui, berapakah peruntukan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah? Difahamkan untuk tahun 2023, setiap daerah hanya diberikan RM50,000 sahaja.
Adakah NADMA akan menambah peruntukan pengoperasian kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah?
Tan Sri Pengerusi, saya merujuk Butiran 080000 – Program Khusus, 080900 – Penyelenggaraan dan Bil Lampu Jalan FELDA.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM7.7 juta setahun bagi menanggung kos operasi lampu jalan di kawasan FELDA. Saya menyambut baik cadangan ini. Saya ingin bertanyakan, adakah lampu jalan menggunakan tenaga elektrik atau tenaga solar yang akan digunakan? Berapakah jumlah lampu jalan yang akan dipasang di Gugusan Felda Tenggaroh, Gugusan Felda Nitar dan Felda Endau dalam Parlimen Mersing? Adakah program khusus ini akan dilaksanakan pada tahun-tahun mendatang?
Saya merujuk Butiran 16500 – Program Kelestarian FELDA. Pertama, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan pembinaan 12 buah pusat hemodialisis dengan peruntukan RM21 juta di 11 wilayah FELDA dan sebuah lagi di premis Yayasan Felda. Saya ingin memohon pihak FELDA Wilayah Johor Bahru untuk mempertimbang pembinaan pusat hemodialisis ini di Gugusan Felda Tenggaroh. Buat masa ini, pesakit-
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
pesakit buah pinggang di Gugusan Felda Tenggaroh perlu mendapatkan rawatan dengan jarak yang jauh iaitu di Bandar Mersing, daerah Kota Tinggi atau daerah Johor Bahru.
Kedua, berkaitan kelestarian generasi kedua FELDA. Kebanyakan FELDA di seluruh negara sudah mewujudkan Jawatankuasa Perumahan Lot Generasi Kedua FELDA. Saya ingin bertanyakan status permohonan lot generasi kedua bagi FELDA- FELDA dalam kawasan Parlimen Mersing. Selain itu, saya ingin bertanyakan adakah pihak FELDA akan menyediakan peruntukan untuk membina infrastruktur asas di lot generasi kedua FELDA ini.
Selain itu, saya ingin mencadangkan kepada FELDA untuk membenarkan semula pemasangan meter kedua elektrik dan air di tapak rumah peneroka FELDA. Ini bagi membolehkan generasi kedua membina rumah di tapak rumah peneroka iaitu ibu bapa mereka. Sebelum ini kebenaran pernah diberikan tetapi kini sudah ditarik semula.
Justeru, saya memohon pihak FELDA untuk membenarkan semula perkara ini demi kelestarian generasi FELDA. Sekian, terima kasih, Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih, Tan Sri Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan bajet di peringkat Jawatankuasa. Pertamanya, saya akan menyentuh maksud P.6 iaitu Jabatan Perdana Menteri dan Butiran 00101 – Majlis Keselamatan Negara.
Dalam usaha kita untuk menentukan Malaysia sebagai negara yang aman sejahtera dan berdaulat, Betong menyambut baik agihan belanja dengan peningkatan yang amat ketara dari RM22.088 juta pada tahun 2023 kepada RM296.686 juta pada tahun 2024. Betong mohon ia diperincikan dengan jelas agihan belanja ini bagi butiran ini dan juga ingin tahu apakah program sekiranya ada bagi Wilayah Sarawak dalam usaha kita menghadapi pelbagai ancaman pada negara pada masa hadapan.
Kedua, saya ingin menyentuh mengenai Butiran 00121 – Infrastruktur Luar Bandar. Agihan belanja yang meningkat kepada RM207.6 juta berbanding dengan RM135 juta pada tahun 2023. Betong juga ingin bertanya apakah jenis projek infrastruktur luar bandar di bawah butiran ini dan saya mohon diperincikan bagi butiran ini dan apakah kaedah pengagihan kepada setiap negeri.
Ketiga ialah Butiran 09910 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Butiran 16000 – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dibacakan sekali. Betong ingin menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasihlah kepada seluruh anggota JPAM di kawasan saya di Betong yang sentiasa menjalankan tugas yang baik dan bersiap siaga semasa bencana. Justeru, saya mohon agar JPAM di Betong diperkasakan lagi dengan menambah segala anggota serta aset seperti bot penyelamat yang digunakan untuk tugasan menyelamat mereka yang masih mempunyai kekurangan dalam pelbagai aspek. Maka, saya mohon agar pejabat JPAM di Parlimen Betong dinaik taraf dari segi beberapa keperluan pejabat serta aset-aset penyelamat.
Seterusnya,saya pergi ke Butiran 71000 – Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan, sejumlah RM71.544 juta diagihkan pada tahun 2024. Betong juga ingin bertanya apakah program pembasmian kemiskinan yang dimaksudkan di bawah butiran ini dan mohon Menteri memperincikan segala program serta kaedah agihannya nanti.
Seterusnya saya merujuk Butiran 93500 – Projek Khas. Sejumlah yang amat besar iaitu RM500 juta diagihkan pada tahun 2024. Saya juga ingin bertanya, apakah maksud butiran ini dan mohon Yang Berhormat Menteri beri penjelasan mengenai apakah program-program itu nanti.
Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, pembangunan sosioekonomi masyarakat bumiputera di Sarawak terutamanya yang di luar bandar amatlah bergantung kepada pembangunan tanah mereka. Memandangkan masih banyak lagi tanah-tanah hak adat bumiputera NCR yang belum di-surveyed dan saya melihat dan meneliti bajet pada tahun
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
ini, tidak ada butiran khas untuk program ini dalam agihan Belanjawan 2024. Pada tahun ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meluluskan agihan belanja sebanyak RM10 juta untuk tujuan tersebut. Maka Betong ingin mohon sekali lagi kepada Perdana Menteri agar mempertimbangkan agihan belanja pada tahun 2024 nanti untuk menyukat tanah NCR di Sarawak.
Akhir sekali, Betong ingin menyentuh Maksud Pembangunan P.7 iaitu Butiran 00500 – Biasiswa dan Pelajaran JPA. Saya melihat pada tahun 2024 sebanyak RM1.005 bilion diagihkan berbanding dengan tidak ada agihan langsung pada tahun 2022 dan 2023. Maka persoalan saya ialah kenapakah agihan belanja yang amat besar pada tahun 2024? Apakah jenis program-program penajaan yang disediakan baik untuk pelajar dan penjawat awam? Apakah sasaran dari segi jumlah penerima penajaan pada tahun 2024?
Dengan itu, Betong mohon penjelasan mengenai perkara tersebut dan mohon apakah kaedah agihan kepada penerima biasiswa itu nanti. Dengan itu, saya mengucapkan terima kasih di atas peluang ini. Sekian.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih Betong. Saya jemput Saratok.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana memberi saya peluang dalam bahas peringkat Jawatankuasa pada hari ini. Saratok ingin bahaskan B.6 Butiran 010200 – Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dan Pejabat Persekutuan.
Saya telah meneliti anggaran perbelanjaan 2024 dan dapati anggaran perbelanjaan untuk tahun 2024 adalah jauh berkurangan kalau dibandingkan peruntukan tahun 2023.
Di mana pada tahun 2024 anggaran peruntukan adalah RM19.1 juta sahaja manakala bagi tahun 2023 jumlahnya adalah sebanyak RM28.9 juta. Ini bersamaan dengan pengurangan sebanyak RM9.8 juta atau 40 peratus. Oleh yang demikian, saya minta penjelasan daripada Menteri, apakah sebab-sebab perbezaan yang ketara begini?
Sesungguhnya kita tidak mahu melihat keadaan di mana pengurangan 40 peratus memberi impak kepada mutu perkhidmatan kementerian yang menguruskan hal ehwal Sabah dan Sarawak. Sekiranya ada pengurangan yang boleh memberikan impak yang negatif maka adalah bersesuaian kalau kerajaan mempertimbangkan semula menambahkan peruntukan tersebut.
Merujuk kepada butiran yang sama iaitu Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, saya ingin menyentuh mengenai isu berkaitan dengan MA63 memandangkan Jabatan Perdana Menteri melalui Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak bertanggungjawab secara langsung dalam perundingan pematuhan MA63. Saya minta perincian daripada Menteri berkenaan dengan kos-kos dan langkah-langkah yang telah dan yang akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan di dalam usaha penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Perdana Menteri sendiri telah membuat pengumuman di mana serahan kuasa kawal selia dan tadbir urus bekalan elektrik Sabah akan dibuat bulan Januari 2024, dua bulan daripada sekarang. Saya nak bertanya soalan-soalan berikut sebab tidak ada butiran yang khas kepada penyerahan kuasa kawal selia elektrik ini. Apakah tahap penyerahan kawal selia yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri? Adakah secara menyeluruh atau dibuat secara berfasa? Bagaimanakah kesiapsiagaan Sabah dari segi perundangan teknikal, kelestarian ekonomi, pengalihan kuasa tersebut? Yang penting adalah berapakah impak ekonomi iaitu jumlah tanggungan kos-kos yang akan dibayar oleh Sabah kepada TNB dan status loan dari Kerajaan Persekutuan.
Keempat adalah, adakah Kerajaan Persekutuan akan masih berterusan membayar subsidi bahan api selepas penyerahan kuasa nanti? Berapakah jumlah subsidi diesel dan subsidi bekalan elektrik yang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan setahun untuk tahun 2023? Persoalan yang saya kemukakan tadi adalah amat penting untuk memastikan bekalan elektrik Sabah yang selamat, berdaya harap, berdaya saing, berdaya mampu untuk pengguna di Sabah, sama seperti di Sarawak juga.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Saya juga ingin menyentuh tentang perundingan MA63 yang berkaitan dengan kawal selia dan tadbir urus pendidikan dan kesihatan. Saya ingin bertanya, apakah garis masa (timeline) yang akan diambil kerajaan untuk menyelesaikan tuntutan itu? Berapakah anggaran tanggungan untuk Sabah dan Sarawak untuk mengawal selia kedua-dua jabatan ataupun kementerian tersebut nanti? Ini adalah kerana kedua-dua kementerian ini melibatkan kos-kos yang amat besar. Untuk itu, sekian sahaja terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Oleh kerana Keningau tidak ada dalam Dewan, saya jemput Pokok Sena.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan Pengerusi, terima kasih atas ruang kesempatan yang diberikan.
Saya merujuk kepada B.6 Jabatan Perdana Menteri, Butiran – 050000 Kemajuan Islam.
Dalam persoalan saya berkaitan dengan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan yang di susun atur oleh kerajaan bagi memperkasakan undang-undang syariah, kerajaan memberi maklum balas akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji kompetensi badan perundangan negeri dalam menggubal undang-undang syariah sebagaimana yang disarankan dalam Mesyuarat MKI yang dipengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Persoalan saya bilakah Jawatankuasa Khas tersebut ditubuhkan? Itu yang pertama. Yang kedua, siapakah yang menganggotai Jawatankuasa Khas tersebut.
Adakah dilibatkan pembangkang, NGO, atau melibatkan bekas-bekas hakim? Persoalan berikut, apakah kerajaan juga mempunyai suatu pelan masa bagi menetapkan sasaran bertempoh terhadap langkah-langkah yang diambil.
Tan Sri Pengerusi, saya timbulkan ini kerana apabila timbul sesuatu isu, maka biasanya jawapan yang diberi ialah kerajaan mengambil langkah untuk menubuhkan jawatankuasa baharu. Contoh, timbul isu yang berkaitan dengan cabaran terhadap perundangan syariah yang menjadi suatu ancaman yang besar kepada perundangan syariah. Jadi jawapan yang diterima ialah solusinya dengan ditubuhkan jawatankuasa.
Apabila timbul isu kalimah Allah, jawapan yang diberi juga ialah dengan menubuhkan jawatankuasa.
Jadi persoalannya, apa yang di timbul adalah adakah dengan penubuhan jawatankuasa baharu itu hanya sekadar penyelesaian yang melepaskan batuk di tangga dalam kita menghadapi isu-isu yang berlaku. Segalanya disandarkan kepada jawatankuasa, jadi orang Kedah kata tempat handas. Jawatankuasa itu akan dijadikan sebagai alasan dan juga jawapan kepada kita. Jadi persoalan berapa lama masa yang diperlukan oleh pihak kerajaan untuk menyegerakan perundingan isu-isu yang berlaku melalui proses penubuhan jawatankuasa ini? Seharusnya ada progress penyelesaian yang lebih terkini berkenaan permasalahan yang dibangkitkan, bukan semata-mata dengan jawapan ditubuhkan jawatankuasa khas yang baharu.
Tan Sri Pengerusi, merujuk kepada B.6 Jabatan Perdana Menteri, Butiran 050100 -JAKIM. Saya ingin bangkitkan di bawah butiran ini, dua persoalan. Pertama, kita berbangga melihat imej Malaysia menjadi antara pendukung utama kepada perjuangan umat Islam di Palestin, alhamdulillah. Namun apa yang dibimbangkan ketika ini ialah seolah-olah adanya usaha untuk menyelitkan unsur-unsur Islamophobia di dalam perjuangan solidariti umat Islam terhadap Palestin.
Saya cuba sebut sebelum ini dalam perbahasan di peringkat dasar. Cuma apa yang ingin saya lanjutkan dalam pertanyaan di sini ialah kita melihat seolah-olah tidak ada suatu halangan yang jelas, siapa yang bertanggungjawab sebenarnya yang mengawal benih-benih Islamophobia itu. Jadi persoalan saya ialah siapakah sebenar yang bertanggungjawab yang mengawal benih-benih Islamophobia yang berlaku itu? Kerana ini melibatkan contoh seperti masalah laungan takbir, masalah yang berkait dengan larangan Qunut Nazillah. Itu diantara benda-benda yang akhirnya dapat ditafsirkan sebagai ini adalah puzzle, puzzle yang sedang melengkapkan sebuah papan
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Islamophobia yang cuba digambarkan di dalam negara ini. Jadi itu kita harapkan supaya ada penjelasan di situ.
Terakhir ialah Butiran 030500 - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), saya juga ingin bangkitkan ialah kita sedia maklum negara sekarang dan dunia juga berdepan dengan pelbagai bencana yang sudah tidak menentu. Sudah pasti perlu dalam menangani isu krisis yang seumpama ini, perlu ada strategi yang terbaik. Saya ingin bertanya, apakah persediaan di peringkat NADMA menghadapi situasi-situasi bencana luar jangka yang berlaku saban tahun. Saya juga ingin bertanya mengenai pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk meneliti langkah yang diambil di beberapa negara lain dalam menghadapi krisis bencana. Contohnya di Belanda, dilaksanakan projek Room for the River yang dapat memitigasi risiko banjir sejak daripada tahun 2007. Jadi apakah kerajaan turut meneliti perkara ini supaya kita dapat mengadaptasi pembangunan teknologi dan pengurusan bencana yang lebih efisien yang boleh mengurangkan kesan dan akibat bencana yang berlaku. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Pengerusi
Baik terima kasih, saya jemput Jasin.
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Butiran 050100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Merujuk kepada Aktiviti 1, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) fungsi (a) memperkasakan penggubalan dan penyeragaman undang-undang syarak di Malaysia.
Saya ingin menyentuh mengenai penggubalan Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada orang Islam Wilayah Persekutuan. Seperti mana yang kita semua maklum Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kepada kerajaan negeri dan Persekutuan dalam konteks Wilayah Persekutuan untuk melindungi kesucian agama Islam iaitu dengan melarang penyebaran agama lain ke atas orang Islam.
Dalam hal ini, Wilayah-wilayah Persekutuan turut diberikan kuasa yang sama untuk menggubal undang-undang berkaitan kawalan dan sekatan pengembangan agama bukan Islam kepada Orang Islam yang terpakai hanya di Wilayah-wilayah Persekutuan, sama seperti negeri-negeri. Jika ada pihak yang mendakwa bahawa penggubalan akta ini akan menyekat kebebasan beragama untuk penganut agama lain, kita kena sedar bahawa kawalan dan sekatan penyebaran agama bukan Islam berdasarkan Perkara 11(4) yang menjadi punca kuasa RUU ini nanti hanya dihadkan kepada orang Islam sahaja, bukan kepada sesama penganut-penganut agama lain. Justeru, pengembangan agama kepada penganut agama selain daripada penganut agama Islam adalah dibolehkan di sisi undang-undang. Hak kebebasan beragama di bawah Perkara 11 juga masih dijamin walaupun RUU ini digubal dan diluluskan.
Dalam hal ini, sebanyak 10 negeri di Malaysia telah pun meluluskan enakmen berkaitan kawalan dan sekatan pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam sejak tahun 1980-an lagi kecuali empat negeri yang masih belum lagi berbuat demikian, iaitu Wilayah Persekutuan termasuk Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Soalan saya yang pertama, adakah kerajaan akan menyegerakan pembentangan akta kawalan ini di Parlimen memandangkan kebenaran itu memang telah diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan. Tanpa undang-undang bertulis, aduan tidak dapat disiasat dan dibanteras sekiranya kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan tidak diterjemahkan melalui penggubalan akta ini di peringkat Wilayah Persekutuan.
Peruntukan Perlembagaan tersebut akan menjadi sia-sia kerana ia tidak boleh dikuatkuasakan.
Isu yang kedua bagi 10 negeri yang mengguna pakai enakmen kawalan ini, wujud bahagian dan Jadual yang memperuntukkan perkataan-perkataan yang tidak boleh
Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin
digunakan berkaitan dengan agama bukan Islam. Antara lain, kalimah Allah, Baitullah, Kaabah, Firman Allah, hadis, Ilahi, wahyu, ibadah dan perkataan-perkataan lain yang tersenarai dalam bahagian tersebut. Peruntukan undang-undang ini boleh membantu kerajaan mengekang usaha penyalahgunaan kalimah Allah di peringkat Wilayah Persekutuan.
Soalan saya, walaupun JAKIM sentiasa mengadakan persidangan penyelarasan undang-undang syarak dan sivil sebagai satu medium perbincangan dan kesepakatan antara negeri-negeri, bagaimana kerajaan mahu bergerak ke arah usaha penyelarasan terutamanya dalam isu perkataan-perkataan yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam sekiranya di peringkat Wilayah Persekutuan sendiri masih belum ada undang-undang yang khusus bagi mengatasi hal ini.
Seterusnya, berdasarkan kepada butiran yang sama. Saya melihat perlunya penggubalan dan penyeragaman undang-undang syarak di Malaysia dijadikan sebagai salah satu petunjuk prestasi utama untuk menunjukkan keseriusan komitmen kerajaan untuk merealisasikan perkara ini. Hal ini kerana jika dilihat kepada bilangan perjawatan bagi tahun 2023 dan 2024 itu adalah sama. Pada pandangan saya, sekiranya kerajaan serius untuk memperkasakan undang-undang syariat, pertambahan bilangan perjawatan adalah perlu bagi mempercepatkan proses penggubalan dan penyeragaman undang- undang syarak. Pada masa ini, saya difahamkan bahawa JAKIM hanya mempunyai seorang Pegawai Undang-undang yang dipinjamkan daripada Jabatan Peguam Negara dan perkhidmatannya terhad dalam tempoh yang tertentu.
Hal ini, pastinya akan menyulitkan usaha yang telah dilakukan kerana pegawai yang dipinjamkan ke JAKIM perlu mengambil masa untuk menguasai isu undang-undang yang melibatkan syariat. Sudah tiba masanya agar JAKIM mempunyai Pegawai Undang- undangnya sendiri secara lantikan tetap dan turut menambah bilangan pegawai yang akan menguruskan usaha pemerkasaan syariat di peringkat JAKIM.
Soalan saya, adakah kerajaan bersedia untuk menambah bilangan perjawatan untuk Pegawai Undang-undang di JAKIM? Sekian, terima kasih Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan dan akan bersambung semula jam 2.30 petang nanti. Sekian, terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis dalam Jawatankuasa.
YB Keningau, ada? Tak ada. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih, Timbalan Speaker. Saya terus merujuk kepada Bekalan 9, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Butiran 020100 - Siasatan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya ingin tahu, apakah status terkini berdasarkan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh SPRM pada 7 Ogos berkaitan dengan satu kenyataan daripada SPRM mengatakan, mereka sedang mengesan dua lelaki untuk masuk, Muhammad Adlan Berhan yang merupakan menantu kepada bekas Perdana Menteri iaitu Ahli Parlimen Pagoh. Jadi, ingin tahu, apakah status terkini? Memandangkan Interpol juga mengeluarkan notis merah. Ini adalah satu isu yang mustahak yang rakyat perlu tahu, ya.
Seterusnya, saya merujuk kepada Bekalan 4 iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya, Butiran 010000 – Pilihan Raya. Isu pertama yang nak saya tanya ialah, berkaitan dengan jawatan Pengerusi SPR, di mana kita maklum pengerusi yang sedia ada akan bersara berapa bulan lagi, Mei tahun depan.
Jadi, siapakah, bagaimana Kerajaan Perpaduan hari ini akan melantik ya? Cara melantik Pengerusi SPR yang baru? Adakah mereka akan melalui PAC ataupun kita boleh cadangkan nama, sebab sebagai pengerusi itu adalah satu- memainkan peranan yang penting dalam usaha kita nak reformasi pilihan raya negara kita.
Jadi, di sini saya cadangkan ya supaya Kerajaan Perpaduan boleh mempertimbangkan ya Dato’ Ambiga sebagai Pengerusi SPR yang baru, yang akan datang. Apabila pengerusi yang sedia ada bersara, kita harap ya supaya kerajaan yang sedia ada boleh mempertimbangkan Dato’ Ambiga dilantik sebagai Pengerusi SPR yang baru.
Kedua ialah tentang SPR ini ialah tentang persempadanan semula, di mana kita tahu Sarawak, selepas itu Sabah dan juga Semenanjung Malaysia akan adakan exercise ya dengan izin, persempadanan semula. Jadi, kita nak pastikan ya. Kita nak pastikan supaya SPR dapat mengamalkan prinsip ataupun konsep ‘one person, one vote, one value’ iaitu kita harap supaya persempadanan semula yang tidak adil tidak akan berlaku.
Kita juga harap supaya malapportionment juga tidak akan berlaku lagi ya, di mana kita harap supaya perbezaan jumlah pengundi antara satu kawasan dengan kawasan lain, jangan lebih daripada 10 peratus bagi kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia dan bagi kawasan Parlimen di Malaysia Timur itu jangan lebih daripada 20 peratus, ya.
Perbezaan jumlah pengundi di setiap kawasan. Sebab saya beri contoh di negeri Melaka, kawasan saya, 160,000 pengundi, tetapi di negeri saya Melaka, Parlimen yang terkecil hanya sekadar 60,000 sahaja, ya. Jadi, perbezaannya terlalu besar. Itu adalah tidak adil kepada pengundi.
Isu yang ketiga yang saya nak bangkit bawah pilihan raya ini ialah berkaitan dengan 010500 iaitu Akademi Pilihan Raya. Jadi, daripada jadual yang kita lihat, 500,000 telah diperuntukkan kepada akademi ini. Jadi, saya harap supaya SPR boleh pastikan jumlah ini digunakan dengan sebaik untuk melatih ya petugas SPR dari masa ke semasa.
Jangan hanya melatih mereka sebelum satu bulan atau dua bulan sebelum pilihan raya.
Ini adalah penting apabila kita lihat, hari ini kita sering kali ada pilihan raya.
Keempat ialah mengenai dengan undi pos. Kita lihat ia masih berlaku undi pos hanya kembali selepas pilihan raya. Jadi, adakah SPR merancang untuk adakan undi secara online?
Seterusnya, saya merujuk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya. Kalau kita lihat kepada seksyen 10(e), di mana mengatakan bahawa seseorang calon ya, sekiranya diketahui, dia diketahui, dia ketahui, dia ada unsur-unsur sogokan, maka dia adalah akan menjadi satu bukti untuk membatalkan keputusan pilihan raya iaitu merujuk kepada seksyen 10(e), tetapi seksyen 37(b)(1) pula dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya pula mengatakan seseorang itu hanya dihalang daripada menjadi calon semula dengan syarat dia ada pengetahuan dan juga persetujuan atas perbuatan rasuah tersebut.
Jadi, saya lihat dua seksyen ini ada sedikit percanggahan. Kita merujuk kepada keputusan Mahkamah Pilihan Raya bagi kawasan Kuala Terengganu dan juga Kemaman, di mana Mahkamah Pilihan Raya telah memutuskan bahawa ada unsur sogokan di kedua- dua Parlimen tersebut, di kedua-dua calon tersebut dan mereka telah dibatalkan sebagai Ahli Parlimen, tetapi mereka boleh dibenarkan untuk bertanding semula dalam pilihan raya kecil.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi, ini adalah sesuatu yang tidak, tidak- adalah sesuatu yang aneh. Sebab kalau dia ketahui ada unsur-unsur sogokan, kenapa pula dia perlu ya mesti ada persetujuan untuk sogokan tersebut, baru dia boleh dihalang daripada bertanding semula. Kalau dia sudah tahu, kenapa pula dia perlu pergi halang? Dia sudah tahu ada sogokan ya untuk beli undi. Sepatutnya dibatalkan ya kelayakan dia untuk menjadi calon semula, tetapi undang-undang sekarang ini, nampaknya kita perlu bubar semula untuk...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya. Last ya, last sekali adalah berkaitan dengan Bekalan 1, ya. Timbalan Speaker, sedikit sahaja. Bekalan 1, Parlimen Malaysia, 010200 – Pengurusan Dewan. Kita ingin tahu, bilakah Akta Perkhidmatan Parlimen akan dibentangkan di Parlimen?
Kedua ialah berkaitan dengan peringkat Jawatankuasa. Pagi tadi, ada seorang Ahli Parlimen Beluran. Dia ada sebut tentang kehadiran Ahli dalam Dewan ini. Tidak mungkin semua dalam Dewan ini.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Barangkali adalah tiba masanya untuk kita buat institution reform, salah satu daripadanya ialah Parlimen kita. Barangkali sekarang kita perlu buat sedikit institution reform di mana akta-akta yang diberikan kepada kita adalah- kalau saya ada melawat ke negara lain, apa yang mereka buat ialah mereka akan- PAC, Chairman PAC akan mempengerusikan jawatankuasa dan pihak pembangkang dan pihak kerajaan mereka akan duduk dan meneliti setiap perenggan, setiap perkataan, semua akta yang nak dibentangkan di Parlimen.
Maka, dengan cara begitu, dia akan lebih efisien dan tidak perlu semua Ahli Parlimen berada di dalam Dewan. Mereka boleh- kita boleh adakan ya, setiap kementerian, mereka boleh adakan jawatankuasa, peringkat jawatankuasa. Mereka boleh adakan dan siapa yang minat nak bahas, mereka pergi ke mesyuarat jawatankuasa berkaitan dengan kementerian tersebut. Jadi, itu adalah lebih efisien dan kita boleh mengatasi masalah selalu tak cukup kuorum dalam Dewan ini.
Jadi, akhir sekali...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya nak bangkit satu lagi, last. Perkara 24, Peraturan 24(3) Mesyuarat Dewan ini tentang satu soalan tambahan tidak boleh lebih daripada tiga soalan. Hari ini apa yang diamalkan oleh Parlimen ini, setiap soalan lisan, dua soalan tambahan sahaja. Kadang-kadang satu soalan yang penting barangkali ada soalan ketiga yang nak ditujukan.
Jadi, bagi saya, saya nak berikan cadangan kepada pihak Parlimen, kita ikut situasi, kalau ada Ahli Parlimen nak tanya soalan yang ketiga, kita harus beri ruang. Saya faham Parlimen ada SOP dia, satu hari mesti ada beberapa soalan lisan mesti ditanya di dalam Dewan.
Kalau rasa masa satu setengah jam tak cukup, kita bubar mesyuarat- Akta Aturan Mesyuarat kita, kita tambah masa daripada 90 minit kepada 120 minit. Ataupun kita tambah hari bersidang supaya Ahli Parlimen datang ke Dewan dapat tanya soalan. Sebab kalau...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Melaka, masa sudah tamat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kalau Prime Minister’s Question Time, kita boleh benarkan tiga soalan, saya tak lihat kenapa soalan lisan yang lain yang ditujukan tidak boleh dibenarkan tiga soalan tambahan. Dengan itu, sekian terima kasih Timbalan Speaker.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka, saya jemput Yang Berhormat Keningau.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Puan Pengerusi, boleh saya minta penjelasan? Senarai baharu kah ni?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Senarai...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kalau mengikutkan pagi tadi...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Senarai lama...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jasin adalah terakhir dan Kota Melaka sepatut awal daripada Jasin.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jangan bazir masa.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak bukan. Saya nak penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya. Selepas ini, selepas Yang Berhormat Keningau...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Adakah senarai baharu?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
YB Paya Besar selepas itu YB Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Itu senarai baharu lah maksudnya?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bukan senarai baharu, tetapi tadi mereka ......
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sepatutnya tak hadir pagi, sepatut petanglah dia, last sekalilah.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk, sila duduk.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ini dah melangkau.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jangan bazir masa lah. Yang Berhormat Keningau.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Terima kasih Puan Speaker. Sejajar dengan visi Parlimen Malaysia pada muka surat 61 sebagai institusi perundangan yang bebas, berwibawa dan bertaraf dunia, saya mencadangkan pada tahun 2024, belanjawan diperuntukkan untuk Parlimen melantik seorang intern pada setiap Ahli Parlimen yang bukan Menteri atau Timbalan Menteri. Tugas intern adalah membuat kajian dan research bagi membantu Ahli Parlimen dengan tanggungjawabnya untuk memantapkan dan meningkatkan lagi prestasi dan keberkesanan demi meningkatkan kewibawaan Parlimen. Dengan izin, barangkali Puan Speaker dengan Tan Seri Speaker can set up bipartisan committee to look into this aspect of the Parliamentary Reform. Puan Speaker mengenai Suruhanjaya Pilihan Raya, saya ingin membangkitkan dua perkara di bawah Aktiviti 2 : Operasi SPR di muka surat 76 iaitu pertama penambahan kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak untuk mencapai 35 peratus dengan Semenanjung memegang 65 peratus.
Kedua, kajian untuk pemilih pilihan raya di mana pemilih mengundi mengikut kawasan asal mereka. Maksudnya pengundi berasal daripada Semenanjung mengundi untuk kawasan Semenanjung sahaja dan pengundi-pengundi berasal dari Sabah atau Sarawak boleh mengundi di kawasan-kawasan mereka sahaja walaupun di mana mereka berada termasuk mereka-mereka yang bekerja di Semenanjung juga boleh mengundi pos untuk kawasan mereka di Sabah dan Sarawak.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Perkara ini iaitu pertama mengenai constitutional safeguards iaitu kerusi sebanyak 35 peratus adalah sejajar dengan perlindungan yang dipersetujui semasa Penubuhan Malaysia Perenggan 6 dan 7, dalam IGC Report juga adalah syarat tertakluk kepada Perlindungan Perlembagaan selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 63.
Pada 16 September 1963, Semenanjung hanya memegang 65 peratus Kerusi dalam Parlimen daripada 104 Kerusi tetapi kini memegang 75 peratus daripada 225 Kerusi dalam Parlimen.
Puan Speaker, pada masa yang sama, hak kedaulatan Sabah dan Sarawak serta francais politik di sini dan di sini masa depan mereka harus ditentukan oleh rakyat Sabah dan Sarawak masing-masing. Apa yang berlaku sekarang adalah petugas-petugas dan pekerja-pekerja yang datang dari Semenanjung diberi hak mengundi di tempat mereka bertugas atau bekerja. Ini menyebabkan francais politik Sabah dan Sarawak dirampas dengan tidak sengaja dan rakyat Sabah dan Sarawak kehilangan untuk menentukan francais politik dan nasib mereka masing-masing. Sebagai contoh ada satu kawasan DUN di Sabah di mana 80 peratus penduduk asal perlu mengundi untuk mengatasi pengundi luar Sabah sebelum boleh menangani Kerusi DUN tersebut, memenangi kerusi DUN tersebut.
Sementara waktu, pengundi-pengundi Sabah Sarawak seperti yang saya katakan tadi dibolehkan untuk mengundi pos di tempat mereka berbelanja untuk terbang ke wilayah masing-masing.
Puan Speaker, saya juga ingin tahu mengenai isu Aktiviti 1 Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di muka surat 92, Fungsi Bahagian Hal Ehwal Undang-undang dinyatakan sebagai meningkatkan kualiti penyampaian sistem pentadbiran undang- undang negara di muka surat 102, Butiran 040100 – Bahagian Hal Ehwal Undang-undang
(BHEUU) diperuntukkan RM176.182 juta. Sistem Kehakiman Anak Negeri di Sabah adalah salah satu daripada sistem pentadbiran undang-undang, tetapi saya ingin tahu dan minta supaya selaras dengan fungsi Bahagian Hal Ehwal Undang-undang minta dana dan peruntukan yang mencukupi disalurkan oleh kerajaan kepada Kerajaan Sabah untuk mentadbir dan urus sistem kehakiman negeri Sabah juga...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
...Iaitu Mahkamah Anak Negeri.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung, masa sudah tamat, sila gulung.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Puan Speaker, saya juga ingin menyentuh sedikit tentang Pulau Labuan di mana Pulau Labuan ini sekarang bukan- boleh dikatakan bukan lagi satu kawasan duty free tetapi hanya dua tiga kedai sahaja. Jadi, di samping itu Kerajaan Pusat telah memindahkan aktiviti PETRONAS daripada Labuan ke Bintulu dan menjejaskan ekonomi Labuan.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Jadi, tujuan asal mewilayahkan Labuan ini adalah untuk merancakkan ekonomi dan membangunkan Pulau Labuan dan mengekalkan status Labuan sebagai duty-free island. Tetapi sekarang sudah terjejas. Maka, ekonomi mereka juga terjejas. Bolehkah janji itu ditunaikan ataupun kembalikan Labuan itu kepada Pentadbiran Sabah dan juga minta lah supaya Petronas kembalikan aktiviti mereka di Pulau Labuan.
Ini juga menyukarkan kita untuk menentukan status Labuan itu supaya Sabah juga boleh memungut cukai sales tax yang mana baru-baru ini kita menghadapi masalah dengan satu syarikat minyak. Tidak mengapa. Walau bagaimanapun Puan Speaker, sebagai penggulungan, saya minta dipertimbangkan apa yang saya cadangkan tadi.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Pengerusi.
Saya merujuk Butiran 020200, yang melibatkan Unit Kerjasama Awam Swasta
(UKAS) P00125, PPP/PFI Public-Private Partnership, dan Private Funding Initiative.
Puan Pengerusi, kita hadapi kekangan dari segi fiskal dan DE kita RM92 bilion dan sudah pasti RM92 bilion kita perlu meminjam dan sudah pasti UKAS akan menyelaras bagi memastikan segala pelaksanaan projek dapat diusahakan bagi memberi kemapanan kepada ekonomi. Persoalannya saya kepada pihak kementerian Puan Pengerusi, bagaimana proses due diligence dilakukan bagi menentukan kebolehlaksanaan cadangan projek di bawah UKAS? Berapa banyakkah cadangan projek yang telah diterima, ditolak dan diluluskan pelaksanaan dan apakah sebab cadangan projek tersebut ditolak?
Bagaimana kemapanan pembiayaan cadangan projek tersebut tanpa membebankan komitmen kerajaan pada masa hadapan dan persoalan berikutnya adakah terdapat projek yang pada mulanya tidak semasa penilaian dibuat tidak membebankan kerajaan tetapi kemudiannya disebabkan faktor tertentu telah membebankan kerajaan iaitu kita telah terperangkap dengan hutang yang tanpa dilaksanakan.
Butiran berikutnya adalah berkaitan NADMA – 030500 dan P0910. Puan Pengerusi, kita tahu NADMA mempunyai tahap kemampuan jentera untuk pengurusan bencana. Di kawasan saya Paya Besar adalah secara biasanya akan mengalami banjir pada hujung tahun. Jika tidak berlaku banjir, ia adalah satu keadaan yang luar biasa. Jadi, mesti ada satu tindakan awalan yang perlu dibuat untuk memastikan pusat perpindahan sementara (PPS) ini dilengkapi dengan tandas dan bilik mandi yang mencukupi. Kenapa-
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat, boleh sedikit sahaja. Ini soal banjir. Terima kasih Yang Berhormat.
Sedarkah Yang Berhormat bahawa negara kita ini, kita sudah berpuluh-puluh tahun berhadapan dengan masalah banjir ini. Tetapi kerajaan masih mengambil langkah ad hoc iaitu asal banjir, hendak setup komiti, hendak atur sana, kenapa? Apakah Yang Berhormat akan cadangkan kepada kerajaan bahawa ad hoc komiti ini dikekalkan secara permanent mengatasi masalah banjir dan kenapa banjir tidak boleh diberhentikan? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Puan Pengerusi, saya kira pandangan Yang Berhormat Kinabatangan dimasukkan dalam ucapan saya. Tetapi perkara pokoknya Puan Pengerusi adalah kita gunakan dewan komuniti dan sekolah secara tradisi dan setiap tahun, tetapi jumlah peningkatan kemudahan di kawasan tersebut atau di dewan komuniti dan sekolah tidak dipertingkatkan. Mana mungkin mencukupi bilangan yang banyak untuk bilik air dan tandas. Dan ini bukan perkara yang baharu seperti mana yang disebut Yang Berhormat Kinabatangan. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan di atas cadangan yang sangat-sangat ke hadapan.
Butiran – 010000, Parlimen Malaysia. Puan Pengerusi, ada dua perkara yang saya harap kita beri penekanan sekiranya kita ingin reform Parlimen kita yang kita sayangi.
Pertamanya ialah apabila kita sebut fasal Parlimen sebagai second track diplomacy, adakah kita betul-betul memahami tentang peranan tersebut? Adakah kita hanya meletakkan ia sekadar moto tetapi tidak diperjelaskan dari segi peruntukan oleh kerajaan kepada Parlimen Malaysia?
Keduanya, saya mengharapkan sangat supaya sepuluh buah Jawatankuasa Pilihan Khas yang diwujudkan dalam pentadbiran kali ini betul-betul memainkan peranan.
Pertamanya, berapakah peruntukan yang disalurkan ke setiap Jawatankuasa Pilihan Khas? Yang keduanya, saya minta supaya Puan Pengerusi, kerajaan mengambil timbang dan mengambil berat tentang mengapa selepas bacaan kali pertama, baru dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas. Sepatutnya sebelum bacaan pertama, kita minta kerajaan supaya menghantar dahulu draf bil atau apa sahaja dasar kepada Jawatankuasa Pilihan Khas supaya diluluskan bipartisan dan kemudiannya, kita masuk berbincang dalam kelompok yang besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Keduanya Puan Pengerusi, kita yakin Ahli-ahli Parlimen di sebelah sana dan di sebelah sini mempunyai latar belakang dan pengalaman pernah menjadi kerajaan, pernah menjadi Menteri, Timbalan Menteri dan juga pernah menjadi duta. Apa salahnya kita menggunakan second track diplomacy ini, menggunakan kemampuan Ahli-ahli Parlimen yang bukan anggota pentadbiran di sebelah kerajaan atau di sebelah pembangkang untuk menjadi duta bagi menyelesaikan isu-isu yang tertentu. Misi rundingan, misi perdagangan, adakah kerajaan memikirkan seperti mana yang saya sebutkan tadi?
Yang berikutnya, 05100 –
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat. Sila gulung.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya ada dua lagi, Puan Pengerusi. Minta...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Berkaitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Puan Yang di-Pertua, saya yakin content yang ditunjukkan dalam sosial media mutakhir ini amat membimbangkan. Saya lihat sendiri bagaimana content, content di media sosial melibatkan hubungan lelaki dengan lelaki, hubungan lelaki dengan perempuan, ini benih-benih yang seolah-olahnya menunjukkan bahawasanya ia bertentangan dengan asas agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, dan saya minta penjelasan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Akhirnya Puan Pengerusi, saya hendak menyentuh 16500 – Program Kelestarian FELDA. Saya minta sangat jasa baik pada pengurusan kerajaan berbincang dengan FELDA supaya potongan hutang yang dibuat kepada peneroka tidak membebankan peneroka. Puan Pengerusi, apabila potongan dibuat kepada peneroka dalam keadaan ekonomi yang agak berkadar malar atau yang tidak menentu pada kali ini, ia sedikit sebanyak membebankan. Apa salahnya supaya potongan ini dibawa ke hadapan, apabila ekonomi betul-betul kukuh, barulah kita memberi potongan kepada peneroka kerana ini juga akan membantu peneroka kerana peneroka telah menyumbang kepada ekonomi negara begitu lama. Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Saya jemput Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Puan Pengerusi.
Saya terus dengan Butiran 010200 - Pengurusan Dewan Parlimen. Fungsi kalau kita lihat adalah memastikan Persidangan Parlimen berjalan dengan lancar dan teratur. Puan Pengerusi, saya ingin memetik ucapan mantan Ahli Parlimen Port Dickson dalam sesi persidangan yang lepas iaitu pada 27 Julai 2022. Beliau berkata bahawa, “Tuan Yang di- Pertua, jangan izinkan kerusi yang mulia itu melindungi Menteri yang mengelirukan Dewan. Saya faham mengikut peraturan Dewan, Speaker mempunyai kuasa mutlak, tetapi biarlah Speaker menggunakan kuasanya secara bertanggungjawab bagi mengelakkan tanggapan-tanggapan Speaker itu kekal kelihatan bebas dan tidak memihak dan tidak bersekongkol.” Itu selalu disebut oleh PMX. “...dan tidak menjadi peguam bela kepada mereka yang mengelirukan Dewan.” Perkataan-perkataan ini selalu digunakan oleh PMX semasa beliau sebagai Ketua Pembangkang.
Seterusnya,...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Besut, apakah Yang Berhormat menuduh bahawa ada Speaker di sini...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Nanti, nanti, nanti.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
...Yang menggunakan kuasa tanpa memikirkan kebijaksanaan? Tolong jawab.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Belum, belum. Saya tidak habis lagi. Dalam hal ini, saya merujuk kepada Usul yang telah saya hantar kepada Yang di-Pertua Dewan untuk merujuk Ahli Parlimen Tambun yang juga Ahli Parlimen Port Dickson pada masa itu. Beliau mengucapkan kata-kata yang disebutkan tadi pada persidangan yang lepas.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jadi, hal ini- dalam hal ini, pada 19 September 2023, Ahli Parlimen Tambun telah membuat kenyataan bersangkaan jahat kepada saya dengan mengatakan, dan juga mengelirukan- yang mengatakan bahawa saya membaca ayat Al-Quran mengikut selera nafsu saya, dan menggunakan ayat Al-Quran untuk mendapatkan projek. Tidak ada langsung saya sebut projek kah, apa kah, tetapi beliau sendiri yang mentafsirkan begitu.
Malangnya, usul yang dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan itu telah dijawab sekadar dengan mengatakan bahawa, “Yang di-Pertua Dewan berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Tambun atau Perdana Menteri dalam surat itu.” Yang di-Pertua Dewan juga gagal menyatakan apakah penjelasan yang telah diberikan oleh Ahli Parlimen Tambun tersebut. Sekali gus tidak menjelaskan sama ada penjelasan yang diberikan itu dikira mencukupi untuk melepaskan Ahli Parlimen Tambun daripada dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Jadi, saya pun tak tahu cara mana penjelasan yang diberi- bertulis kah ataupun tidak. Tidak tunjuk kepada saya yang mendakwa. Sekiranya kenyataan serius bagi memastikan persidangan Parlimen berjalan dengan lancar dan teratur, Yang di-Pertua perlu telus dalam mengemukakan sebab dan alasan kepada Ahli Parlimen Pembangkang dan jangan sesekali melindungi Menteri ataupun Perdana Menteri yang mengelirukan Dewan.
Seterusnya, saya ingin rujuk kepada Butiran 030100 – Pendakwaan dan juga Butiran 030200 – Perbicaraan dan Rayuan. Jadi, saya merujuk kepada pengguguran kes mahkamah terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk. Berdasarkan kepada laporan akhbar, pihak pendakwa raya perlu memanggil sehingga 99 orang saksi sebelum pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Soalan saya, berapakah kos yang ditanggung oleh kerajaan bagi mengendalikan kes tersebut bermula dari hari pertama pendakwaan sehinggalah sewaktu kes digugurkan walaupun pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie? Kita lihat apa yang hakim, Datuk Collin Lawrence mengatakan semasa membuat keputusan. Beliau mengatakan bahawa, *“Andainya pihak pendakwaan memutuskan dalam masa terdekat bahawa mereka tidak akan meneruskan pendakwaan, bahawa banyak masa kehakiman yang berharga akan terbuang di samping membazirkan banyak wang pembayar cukai.
Jadi, dengan ini, mahkamah ditangguhkan.”...*
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Adakah dengan peruntukan yang ada hendak digunakan juga untuk menggugurkan kes-kes lain? Contoh, kes Bagan.
Adakah begitu? Saya ingin merujuk...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat tidak boleh membuat andaian.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya- saya tidak...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dalam Dewan Rakyat ini mana boleh ada orang buat andaian.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Pertanyaan saya, “Adakah?”.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat tidak boleh...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak boleh mengeluarkan selera sendiri.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
“Adakah?”.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Pengerusi, Peraturan Dewan. Saya tidak mahu mengganggu tadi. Saya- Yang Berhormat Besut merupakan seorang bekas peguam dan majistret. Beliau arif mengenai peruntukan undang-undang, tetapi kalau Yang Berhormat Timbalan Pengerusi lihat peruntukan 36(8), “Tidak boleh dibangkitkan mana-mana perkara yang sedang dibicarakan di mahkamah.” Jadi, saya tidak mahu mengganggulah, tetapi saya minta, Yang Berhormat lebih arif daripada saya, bekas hakim dan juga seorang peguam, tidak boleh dibangkitkan dalam Dewan perkara-perkara melibatkan kes undang-undang Yang Berhormat Bagan ataupun Yang Berhormat Bagan Datuk.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya tidak bercerita fasal fakta kes. Saya bercerita fasal sama ada peruntukan yang ada ini, kalau sudah sebelum ini...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak. Yang Berhormat bercerita soal andaian.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya tidak izinkan, okey?
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Andaian kepada Bagan. Mana boleh. Yang Berhormat yang arif tidak boleh buat begitu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Akhirnya, Puan...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini, Speaker, kena diberhentilah. Tidak boleh dia buat andaian.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Akhirnya, Puan, saya menggesa kerajaan, berhentilah membuli Ahli-ahli Parlimen Pembangkang. Saya cukup kecewa...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Pengerusi, ini saya...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...Pendakwaan-pendakwaan terhadap Ahli-ahli Parlimen Pembangkang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Pengerusi.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Hari ini disiasat, esok tuduh.
Ini yang saya nak katakan bahawa jangan membuli dan juga jangan adanya, maknanya tawaran-tawaran diberikan kepada Ahli Parlimen Pembangkang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan, Timbalan Pengerusi. Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kalau kamu sokong kerajaan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bila dibangkitkan Peraturan, tolong duduklah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...Maka akan diberikan peruntukan. Adakah itu juga yang akan dibuat? Inilah persoalan saya. Akhir kata, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Timbalan Pengerusi.
Saya ingin memetik tiga butiran dalam peringkat Jawatankuasa kali ini.
Yang pertama, Butiran 030500 dan Butiran 09910 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Kalau kita membuat perbandingan kos ataupun perbelanjaan mengurus telah dikurangkan sebanyak RM2.5 juta dan juga perbelanjaan pembangunan telah juga mengurangkan sebanyak RM4.2 juta pada kali ini. Oleh itu, saya ada enam soalan kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjawab secara spesifik.
Yang pertama adalah bagaimanakah peruntukan yang disedia dapat memantapkan lagi responsiveness, dengan izin, dalam aspek komunikasi pengurusan bencana yang melibatkan NADMA dengan agensi-agensi kerajaan yang lain secara langsung dalam usaha menyelamat mangsa banjir?
Soalan kedua adalah adakah NADMA sudah mengenal pasti lokasi-lokasi strategik yang boleh dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) yang kondusif, yang kekal ataupun permanent, dengan izin, bagi mangsa banjir dan dari pelbagai umur, kemampuan fizikal, OKU, warga emas dan kanak-kanak dengan mengambil kira jarak PPS dengan lokasi kediaman mereka?
Soalan ketiga, adakah perolehan aset baharu di bawah maksud perbelanjaan pembangunan akan turut melibatkan perolehan fasiliti-fasiliti kesihatan mini, mini medical facility, dengan izin, seperti katil khas pesakit kronik dan ubat-ubatan untuk kegunaan mangsa banjir terutamanya yang menghadapi penyakit kronik?
Seterusnya, apakah fasiliti-fasiliti logistik penyelamat yang akan diperolehi serta dinaiktaraf oleh NADMA yang boleh meningkatkan kesiapsiagaan para anggota penyelamat yang selama ini menghadapi masalah ketidakcukupan bot penyelamat di satu-satu zon banjir khususnya di Daerah Segamat?
Soalan seterusnya, apakah usaha yang telah menyediakan bekalan makanan dan minuman yang tahan lama, yang berkualiti kepada mangsa banjir? Adakah bentuk quality control yang akan dijalankan terhadap pembekalan makanan yang dibekalkan oleh satu- satu pihak penyedia kepada pihak pengendali pengurusan bencana sebelum dihantar ke PPS mengikut waktu sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam? Kita sedia maklum perkara berkenaan dengan makanan ini juga telah dibangkitkan pada sidang yang lepas oleh Yang Berhormat Ayer Hitam bahawa ada isu makanan yang dibekalkan dan pelbagai isu dibangkitkan dari segi faktor rosak dengan sebagainya.
Soalan terakhir bagi butiran ini adalah apakah kelengkapan-kelengkapan baharu yang akan diperoleh untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Johor dalam menangani krisis banjir? Fakta tambahan bagi Dewan yang mulia ini, berdasarkan data Jabatan Pengairan dan Saliran, Johor mempunyai 745 hotspot banjir, paling tertinggi berbanding negeri-negeri lain.
Seterusnya, butiran kedua adalah Butiran 030400 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Butiran Emolumen Penjawat Awam APM. Kali ini ada peningkatan sebanyak RM24 juta dipertingkatkan. Oleh itu, saya ada lima soalan bagi butiran ini.
Pertama, bagaimanakah APM dapat memanfaatkan peruntukan yang tersedia untuk meningkatkan ketangkasan serta kecekapan para anggota baharu APM untuk mengharungi sebarang bentuk cabaran dalam mengendali operasi penyelamat banjir dan juga untuk masyarakat apabila waktu genting ini?
Bagi Daerah Segamat, minta Menteri menyatakan jumlah peruntukan yang dikhususkan untuk memperolehi aset-aset baharu APM. Perincikan jenis aset dan anggaran perbelanjaan yang akan diperuntukkan bagi tahun depan. Berapakah jumlah bot penyelamat dan bot ambulans yang akan diperoleh secara khusus pengendalian pengurusan banjir bagi Daerah Segamat juga perlu dimaklumkan.
Seterusnya adalah menerusi peruntukan RM10 juta, berapakah jumlah anggota baharu APM akan direkrut di setiap negeri? Khususnya Johor merupakan antara negeri
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
yang kerap dilanda banjir. Seterusnya adalah berapakah jumlah anggota baharu yang akan diserap untuk bertugas di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Segamat?
Akhir sekali, butiran ketiga adalah Butiran 04801 – Pembinaan Masjid/Surau dan juga Penaiktarafan bagi 00201.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Perbelanjaan Pembangunan Butiran 04801 telah meningkat sebanyak RM611,000 dan juga perbelanjaan pembangunan adalah penambahan sebanyak RM99 juta. Oleh itu, saya ada empat soalan lagi, Timbalan Pengerusi. Saya menyambut baik usaha kerajaan untuk membangunkan lebih banyak lagi masjid dan surau yang merupakan pusat penyatuan silaturahim bagi umat Islam tanpa mengira bangsa dan juga latar belakang.
Sebagai Ahli Parlimen, saya menjunjung tinggi peranan yang dimainkan oleh Raja-Raja sebagai ketua agama Islam dalam mengangkat martabat agama Islam di peringkat negeri menerusi pelaksanaan pelbagai aktiviti kerohanian dan di masjid-masjid, surau-surau di setiap daerah. Saya minta perhatian kerajaan untuk berapakah peruntukan yang disediakan kepada masjid-masjid, surau dan juga pembangunan untuk agama Islam di daerah Segamat termasuknya dalam Parlimen Segamat. Saya mohon tambah seminit lagi Timbalan Pengerusi.
Justeru, saya ingin mencadangkan agar satu entiti khas diwujudkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menguruskan hal ehwal agama Islam yang merangkumi pembangunan tempat ibadah di setiap negeri. Seperti yang dimaklumkan, sehingga kini tiada sebarang kementerian yang mengambil tanggungjawab yang penuh bagi menguruskan rumah-rumah ibadat bukan Islam ataupun urusan agama Islam.
Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada kementerian ataupun kepada kerajaan supaya adakan jawatan Timbalan Menteri kepada Menteri Agama yang sedia ada untuk membantu juga menjaga isu-isu yang dibangkitkan di peringkat negeri dan peringkat dan juga di semua daerah supaya masalah ini kita boleh selaraskan supaya kita boleh mengurangkan dan pengurusan itu berjalan dengan lancar. Oleh itu, saya dengan ini mengakhiri ucapan peringkat dasar. Terima kasih Timbalan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Saya jemput Yang Berhormat Parit.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Puan Speaker, sebelum itu, saya nak bagi tahu, terima kasih kepada kad yang dihantar oleh Yang Berhormat dan gambar ini terlampau cantiklah. Terima kasih. Kad Deepavali.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Parit.
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Terima kasih, Puan Pengerusi.
Merujuk kepada Kepala B.6, Butiran 050000 – Kemajuan Islam.
Saya ingin menyambung apa yang disebut oleh YB Paya Besar tentang isu lesbian, gay, biseksual, transgender atau LGBT kini di tahap pada yang amat membimbangkan dan sekali gus hal luar tabii ini perlu diberi perhatian. Lagi khusus- untuk perhatian utama lagi khusus untuk semua pihak meliputi kerja keras pihak kerajaan begitu juga NGO dan sebagainya.
Seperti mana jelas tertera dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) negara ini, negara Malaysia tercinta berpegang kepada agama Islam sebagai agama Persekutuan dan menerapkan nilai moral berlandaskan adat, budaya serta agama. Maka, LGBT adalah sangat bertentangan lagi terpesong daripada agama, moral dan budaya Malaysia.
Namun, apa yang sangat menyedihkan kita pada hari ini kita lihat sendiri bahawa budaya LGBT ini masih lagi dibincangkan malah turut dipromosikan secara meluas dan bebas di medan sosial terutamanya Twitter atau lebih dikenali sebagai X pada waktu ini.
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Bahkan anak muda beragama Islam dengan mudah boleh terpengaruh dengan dakyah LGBT ini. Jika tiada usaha yang bersepadu bagi mengekang budaya ini, lebih terdedah dan tersebar pada waktu ini, ia akan menghadapi keadaan yang lebih parah.
Yang menjadi kekhuatiran saya ialah sebagai contoh, platform media sosial yang dipegang oleh propaganda barat ini dengan mudah menyekat hak kebebasan bersuara berkaitan isu kesengsaraan rakyat Palestin diserang rejim Zionis Israel pada waktu ini. Bahkan tanpa malu-malu, menguar-uarkan, dengan izin, fake news rekaan Israel untuk dijajakan di platform-platform mereka. Dalam masa yang sama, kandungan, algorithm serta pengurusan platform mereka bebas membiarkan isu LGBT ini sama ada secara halus mahupun secara terang-terangan menular tanpa apa-apa sekatan.
Soalan saya, adakah kerajaan melalui JAKIM pernah melakukan sesi libat urus bersama Kementerian Komunikasi dan Digital dalam menangani isu LGBT yang tular di media sosial dan mohon perincian bagi sesi libat urus tersebut.
Soalan saya yang kedua, bila kerajaan akan meminda undang-undang syariah peringkat Wilayah Persekutuan bagi mengatasi kelemahan undang-undang sedia ada dalam menangani isu LGBT dalam kalangan orang Islam dan apakah jenis pindaan yang akan dimasukkan dalam pertimbangan itu.
Ketiga, soalan saya di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah. Penguat kuasa agama tidak boleh mengambil tindakan semata-mata kerana seorang lelaki Muslim itu menjadi mak nyah tetapi pihak pendakwa perlu membuktikan bahawa dia menjadi mak nyah di tempat awam dengan tujuan yang tidak bermoral. Apakah usaha kerajaan untuk memastikan tindakan boleh diambil terhadap perlakuan tukar jantina ini sekiranya ditonjolkan pula dipromosikan pula di dalam media sosial ya? Bagaimana tindakan boleh diambil pada mereka ini?
Puan Pengerusi, berikutnya ialah Butiran 50000 berkaitan dengan pembangunan harta wakaf. Saya ingin bertanya beberapa soalan berkenaan isu ini.
Pertama, mengapakah butiran ini- peruntukan sebanyak RM7.5 juta pada tahun ini akan menurun. Tahun 2023 sebanyak RM7.5 juta tetapi pada tahun 2024 menurun begitu ketara sekali kepada RM1.25 juta sahaja. Apakah justifikasinya?
Yang kedua, wakaf adalah suatu ibadah menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan umat Islam ya dan mendapat ganjaran yang tinggi di sisi Allah SWT. Soalan saya, saya berpendapat bahawa wakaf yang telah dipelopori oleh JCorp sebagai sebuah entiti milik Kerajaan Negeri Johor sebagai- sejak beberapa dekad lalu menjadi contoh ya.
Soalan saya adakah contoh model pengurusan wakaf JCorp ini akan diangkat di peringkat Persekutuan dan memudahkan ia dirujuk bagi negeri-negeri lain.
Soalan saya kedua, saya mendapat tahu bahawa kerajaan akan mewujudkan Wakaf Madani dengan aset bernilai RM1 bilion. Apakah perkembangan terkini bagi Program Wakaf Madani ini? Adakah ia diuruskan di bawah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
(JAWHAR) sama seperti inisiatif wakaf lain.
Yang ketiga, soalan saya apabila kerajaan memperkenalkan jenama baharu Wakaf Madani yang sepatutnya ia menjadi petunjuk kepada satu pembaharuan atau reformasi di pihak kerajaan di mana tidak sepatutnya pendekatan cara lama digunakan.
Apakah ia pendekatan baharu itu dan kenapakah tidak diteruskan dengan pendekatan yang lama?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Itu sahaja, Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Parit. Saya menjemput Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera, salam Malaysia Madani.
Puan Pengerusi, saya ingin menyentuh beberapa perkara tentang Belanjawan 2024 Jabatan Perdana Menteri. Yang pertama, berkenaan dengan Bekalan Butiran 010600 iaitu berkenaan dengan Jabatan Komunikasi Komuniti iaitu JKOM. Kita mengetahui bahawa fungsi utama JKOM adalah untuk membawa inisiatif-inisiatif dan dasar-dasar kerajaan ya, memberikan penerangan kepada komuniti.
Namun, prestasi pada 2023 ini nampaknya kurang berkesan dan kurang memberikan impak yang jelas kepada masyarakat awam berkenaan dengan penerangan dasar-dasar kerajaan. Ramai yang masih belum benar-benar faham, ramai rakyat di bawah sana yang masih mudah terpengaruh dengan fitnah dan juga tohmahan terhadap kerajaan.
Hal ni jelas lebih ketara tatkala berlakunya isu-isu ataupun kegawatan dan juga krisis. Dengan pengurangan RM5 juta belanjawan untuk JKOM ya, daripada RM18.6 juta kepada RM13.6 juta ini, bagaimanakah kerajaan dapat memastikan bahawa kelemahan- kelemahan ini dapat diatasi dengan lebih baik khususnya untuk memberikan penjelasan dan juga penerangan kepada masyarakat di kawasan pedalaman dan juga di luar bandar?
Apakah langkah-langkah penambahbaikan yang akan dilakukan oleh JKOM untuk mengatasi hal ini pada tahun akan datang?
Kedua, Puan Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang pembangunan Butiran 09100 – Program Pembangunan Semula Kampong Bharu. Apakah status pembangunan semula Kampong Bharu yang telah sekian lama tertangguh dan menjadi pertanyaan ramai? Apakah kerajaan berhasrat untuk melaksanakan pembangunan semula secara holistik? Apakah model pembiayaan yang dipertimbangkan ataupun kerajaan hanya berpuas hati dengan pembangunan secara piecemeal iaitu secara berperingkat- peringkat? Walaupun begitu keadaannya tetap pembangunan harus diberikan peruntukan yang secukupnya.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Menurut laporan daripada Ketua Eksekutif Perbadanan Kampong Bharu, satu syor telah diberikan kepada kerajaan untuk menaik taraf dan meningkatkan aspek utiliti dan juga infrastruktur di Kampong Bharu supaya kerja-kerja seperti pelebaran jalan, penambahbaikan bekalan air, sistem pembetungan dan pembinaan pencawang masuk utama dapat dilaksanakan dengan anggaran bajet berjumlah sekitar RM750 juta.
Jadi, sekiranya pembangunan piecemeal diteruskan, bagaimanakah peruntukan yang disediakan pada tahun 2024 yang hanya berjumlah RM500,000 dapat mencapai apa yang dihasratkan untuk membangunkan Kampong Bharu? Ya, dengan bajet RM500,000 ini juga bagaimanakah kerajaan dapat pastikan bahawa ia juga selari dengan agenda Kuala Lumpur Smart City 2030.
Seterusnya yang terakhir Puan Pengerusi, ada dua perkara berkenaan dengan projek di bawah ICU. Yang pertamanya, Projek Khas - Butiran 93500. Saya mohon kerajaan perincikan definisi dan syarat penggunaan projek khas yang diperuntukkan dengan jumlah yang besar iaitu RM500 juta pada tahun 2024. Apakah kaedah penyaluran peruntukan ini? Adakah projek khas ini diperuntukkan untuk semua Ahli Parlimen dan dimanfaatkan untuk kawasan masing-masing?
Sebagai penggulungannya, saya ingin menyentuh Butiran 93600 – Projek Mesra Rakyat yang berjumlah RM444 juta, dilaksanakan di bawah ICU juga. Projek ini banyak membantu rakyat khususnya dalam kerja-kerja baik pulih dan penambahbaikan infrastruktur di dalam sesebuah komuniti. Namun bagi kategori pangsapuri, hanya yang berstatus kos rendah sahaja yang layak menerima bantuan, sedangkan kebanyakan pangsapuri yang ada di bandar, di pinggir bandar seperti di Shah Alam contohnya adalah berstatus kos sederhana rendah. Mereka ini tidak dapat menikmati bantuan yang diperuntukkan di bawah Projek Mesra Rakyat ICU ini.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Daripada segi kemampuan membayar fi penyelenggaraan, tidak banyak beza antara perumahan kos rendah dan juga perumahan kos sederhana rendah. Maka, saya berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan supaya kawasan-kawasan pangsapuri kos rendah juga dapat- sederhana rendah juga dapat dipertimbangkan untuk menerima manfaat daripada Projek Mesra Rakyat ini. Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya jemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kepada Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 05 - tak lupa juga saya mengalu-alukan rombongan daripada wanita Pengkalan Chepa dan juga dari Jeli yang ada di Dewan pada hari ini...
[Tepuk] Okey, Butiran 050000, saya ingin menyentuh tentang isu yang berkaitan dengan Tabung Haji. Sebagaimana yang telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, komitmen kerajaan bagi memindahkan semula aset-aset Tabung Haji yang telah terjual kepada Syarikat Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. yang di bawah milik Kementerian Kewangan. Namun sehingga sekarang, Yang Amat Berhormat Tambun belum menyatakan mekanisme proses itu akan dibuat dan tidak ada announcement di mana-mana daripada Menteri Agama ataupun dari Tabung Haji.
Soalan ini sangat penting memandangkan secara jelas dan nyata Pelan Pemulihan Tabung Haji yang dimulakan oleh Menteri Agama pada Kerajaan PH 1.0 dan juga Menteri Kewangan pada waktu itu, pada saya terbukti gagal. Aset-aset Tabung Haji yang asalnya mempunyai RM10 bilion dipindahkan ke UJSB (Urusharta Jamaah Sdn.
Bhd.) kononnya bagi tujuan pemulihan, sedangkan menurut laporan kewangan, UJSB setakat 31 Disember 2022 menunjukkan nilai aset tersebut merosot kepada RM8.12 bilion selepas empat tahun dipindahkan kepada UJSB.
Tiada bukti yang kukuh daripada kenyataan ini yang membuktikan bagaimana Tabung Haji telah tergadai, harta Tabung Haji telah tergadai hanya kerana permainan politik memburukkan musuh dan sebagainya.
Justeru, sekiranya aset-aset yang telah susut nilai ini hendak dipulangkan semula, sudah tentulah Tabung Haji akan terpaksa menanggung kerugian yang akhirnya menjejaskan dividen kepada pencarum Tabung Haji pada tahun hadapan. Ini ibarat meminjamkan kereta kepada kawan kita, kereta kita mungkin ada calar sedikit atau kusyen kereta kita koyak. Tiba-tiba selepas dipinjam, kawan kita pulangkan kereta itu dalam keadaan tayarnya hilang, badan kereta berlubang, minyak hitamnya bocor dan sistem hawa dinginnya rosak. Jadi, ini penganiayaan kepada tuan kereta. Begitulah analogi yang saya hendak sebutkan.
Kalau aset-aset ini hendak dipulangkan semula kepada Tabung Haji, apa mekanismenya? Bagaimana dengan janji harga premium yang hendak dibayar pada waktu itu RM19.8 bilion, kemudian distrukturkan bayarannya melalui sukuk dalam tempoh tujuh dan 10 tahun yang dikatakan RM27.56 bilion? Apa akan jadi kepada ini semua Tuan Pengerusi?
Jadi saya bertanya kepada kerajaan pada hari ini, janganlah mengambil satu tindakan yang simplistic untuk merobek aset-aset Tabung Haji. Ini sudah pasti akan menjejaskan dividen dan juga entiti umat Islam yang terbesar dalam menguruskan harta orang Islam.
Saya ambil contoh, sepatutnya Tabung Haji perlu meneroka pelaburan-pelaburan yang strategik. Sewaktu saya dan Bagan Serai sebagai Menteri dan Timbalan Menteri, kita telah pun menggalakkan kepada pelaburan-pelaburan baru di Tabung Haji.
Contohnya, kita telah meluluskan pembelian hartanah di Horseferry Road, London. Ia dibeli dengan harga EUR247.5 juta atau RM1.32 bilion. Ketika itu, kami dikecam terutama oleh penyokong-penyokong daripada Pakatan Harapan, kononnya pembelian tersebut dibuat secara melulu. Namun pada hari ini, pembelian itu telah terbukti memberi pulangan
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
yang baik kepada Tabung Haji...
[Tepuk] Bukan sahaja Tabung Haji memperoleh bayaran sewaan hampir RM40 juta setahun, tetapi nilaian hartanah juga meningkat.
Malah, disebabkan kadar tukaran Ringgit-Pound yang makin rendah, jika Tabung Haji menjual semula hartanah tersebut dengan harga modal iaitu EUR247.5 juta, maka Tabung Haji mudah-mudah sahaja akan memperoleh keuntungan RM1.45 bilion. Ini yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan pada hari ini, bukannya melaksanakan program yang tidak jelas. Bila dulu ambil kononnya hendak pulihkan, tapi bila dah empat tahun, susut nilainya RM2 bilion, ibarat tikus membaiki labu. Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Pengerusi kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut serta membahaskan Rang Undang- undang Perbekalan tahun 2024 atau Bajet 2024, peringkat Jawatankuasa, Jabatan Perdana Menteri.
Dalam masa lima minit yang telah diberikan, Tuaran akan menumpukan perbahasan bagi Maksud Bekalan 6, Butiran 010200 – Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dan Jabatan Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri. Saya mulakan dengan serangkap pantun.
Pinjam RM100 adakah di sana, bukan hutang nanti ku bayar; 40 peratus jangan lagi tunda, hutang tetap hutang mesti dibayar. Hampir semua kerajaan negeri berhutang dengan Kerajaan Persekutuan termasuk Sabah. Sebaliknya dalam kes Sabah selama 60 tahun pembentukan Malaysia, Kerajaan Persekutuan telah berhutang kepada Kerajaan Sabah dengan jumlah yang besar. Berapa jumlah hutangnya itu, hanya Kerajaan Persekutuan yang boleh mengira hutang tersebut dengan tepat sebab hanya Kerajaan Persekutuan yang mempunyai perangkaan apakah komponen hasil yang dipungut oleh Kerajaan Persekutuan daripada Sabah dan seterusnya berapakah hasil jumlah pungutan tersebut.
Menjawab pertanyaan bagaimana Kerajaan Persekutuan telah berhutang pada Sabah, hutang ini berbangkit kerana Kerajaan Persekutuan telah gagal menunaikan hak Sabah untuk menerima pemberian khas seperti mana yang terkandung dalam seksyen 2(1) Bahagian IV, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan dan saya sebut peruntukan itu dengan izin.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
*In the case of Sabah, a grant of an amount equal in each year to two-fifths of the amount by which the net revenue derived by the Federation from Sabah exceeds the net revenue which would have been so derived in the year 1963 if –
(a) the Malaysia Act had been in operation in that year as in the year 1964; and
(b) the net revenue for the year 1963 were calculated without regard to any alteration of any tax or fee made on or after Malaysia Day,
(“net revenue” meaning for this purpose the revenue which accrues to the Federation, less the amounts received by the State in respect of assignments of the revenue).*
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Perkara inilah yang Tuaran dan rakan-rakan menyebut berkali-kali di Dewan yang mulia ini, sejak bertahun-tahun dan sehingga pada hari ini, pihak Kerajaan Persekutuan gagal memberi jawapan tuntas yang jelas dan munasabah.
Persoalan utama ialah apakah hak 40 peratus Sabah ini masih berkuat kuasa?
Kalau ada keraguan dalam hal ini, maka sewajarnya inilah perkara pertama dan yang paling utama untuk dibincangkan, kemudian dipersetujui dan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II, iaitu Yang Berhormat Petrajaya.
Sekiranya perkara ini belum di bincang dan belum diputuskan, maka Tuaran mencadangkan supaya perkara ini masukkan dalam agenda Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 dalam masa terdekat. Setelah diperakukan hak Sabah tersebut, maka agenda perbincangan seterusnya ialah menentukan apakah jenis-jenis atau sumber-sumber hasil Persekutuan dari Sabah yang boleh dimasukkan dalam jumlah pungutan hasil Persekutuan dari Sabah.
Selain itu, jumlah pungutan hasil daripada setiap jenis hasil yang dipungutkan pada tahun semasa juga perlu dinyatakan. Sekali lagi, Tuaran ingin bertanya apakah perkara ini sudah dimasukkan dalam agenda Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963? Kalau belum, Tuaran minta supaya perkara ini dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat secepat mungkin.
Puan Pengerusi, setelah dua perkara itu dimuktamadkan, maka barulah satu perundingan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah seperti yang dikehendaki oleh subseksyen (a)(1) Artikel 112C Perlembagaan Persekutuan iaitu- dan saya sebut seperti berikut dengan izin. *“Subject to the provisions of Article 112D and to any limitation expressed in the relevant section of the Tenth Schedule –
(a) the Federation shall make to the States of Sabah and Sarawak in respect of each financial year the grants specified in Part IV of that Schedule; and
(b) each of those States shall receive all proceeds from the taxes, fees and dues specified in Part V of that Schedule, so far as collected, levied or raised within the States, or such part of those proceeds as is so specified”.* Perundingan untuk melaksanakan kehendak Artikel 112D tersebut cumalah untuk menentukan jenis-jenis ataupun komponen pungutan hasil Persekutuan dari Sabah.
Contohnya cukai jalan dipungut oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, cukai pendapatan dipungut oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, cukai jualan dan cukai eksport import dari Sabah dan pelbagai lagi hasil dari Sabah.
Perundingan itu bukan menentukan jumlah pemberian secara sewenang- wenangnya. Sebaliknya, ianya tetap berasas pada seksyen 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan iaitu 40 peratus daripada jumlah pungutan hasil bersih- net revenue collection Sabah, dari Sabah. Asas ini tidak boleh dirunding. Yang dirundingkan hanyalah apakah jenis cukai atau hasil pungutan yang akan dan boleh dimasukkan atau diambil kira dalam jumlah pungutan tersebut.
Puan Pengerusi, Perlembagaan Persekutuan iaitu salah satu daripada 12 dokumen dilampirkan dalam Perjanjian Malaysia 1963, Tuaran ulangi dengan jelas dan nyata bahawa Sabah berhak menerima dua perlima atau 40 peratus daripada jumlah pungutan hasil Persekutuan dari Sabah dan jumlah ini tertakluk kepada perundingan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah seperti yang dikehendaki dalam Artikel 112D Perlembagaan Persekutuan dan saya sebut dengan izin.
“The grants specified in section 1 and subsection (1) of section 2 of Part IV of the Tenth Schedule, and any substituted or additional grant made by virtue of this Clause, shall at the intervals mentioned in Clause (4) be reviewed by the Governments of the Federation and the State or State concerned, and if they agree on the alteration or abolition of any of those grants, or the making of another grant instead of or as well as those grants
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
*or any of them, the said Part IV and Clause (2) of Article 112C shall be modified by order of the Yang di-Pertuan Agong as may be necessary to give effect to the agreement:
Provided that on the first review the grant specified in subsection (2) of section 1 of the said Part IV shall not be brought into question except for the purpose of fixing the amounts for the ensuing five years”.* Dengan lain perkataan...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Boleh saya, boleh saya dalam rangkap terakhir Puan Pengerusi. Kalau tidak, ini argumen saya tidak habis...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cepat. Teruskan.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Boleh? Okey. Ini bererti bahawa penentuan pemberian khas ini tidak boleh sewenang-wenang tentukan ini RM26 juta, ini RM53 juta, sekarang RM300 juta. Tidak. Dia mesti berasaskan 40 peratus. Yang dirunding itu hanyalah, apakah jenis cukai, apakah dues kepada Sabah yang perlu dirunding. Itu sahaja dan saya menyatakan bahawa oleh kerana Kementerian Kewangan sudah menyatakan bahawa setibanya bulan Julai tahun 2024, pemberian ini akan ditunaikan kepada Sabah.
Maka, saya Tuaran mintalah supaya Jawatankuasa Teknikal ini bermesyuarat seperti apa yang saya cadangkan tadi dan selepas itu, hendaklah selepas dibincang itu semua, hendaklah kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan berunding. Yang dirunding itu hanyalah apakah cukai yang dimasukkan dalam jumlah pungutan hasil itu dan bukannya kuantum dia. Ya. Itu yang paling penting yang saya ingin nyatakan dan saya berharap tidak ada lagi polemik tentang apa itu Artikel 112C dan Artikel 112D, sebab memang itu jelas apa dan apa peruntukan 112D itu dimasukkan dalam apa ini- dalam, apa ini? Peranan dia ataupun ya.
Yang penting di sana, dua perkara iaitu dalam Persekutuan, the financial position of the Federal Government, tapi on the one hand, the financial needs of the state, in this case Sabah, to ensure that the state revenue is adequate to meet the cost of the state services. Ini bererti bahawa bukan sahaja financial position the Federal Government yang perlu dipertimbangkan tetapi juga, to ensure that the state revenue is adequate to meet the cost of the state services. Nak saya bagi contoh sekarang...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran...
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Ini terakhir, ini terakhir. Saya ambil contoh sekarang. Sabah memerlukan air. Air itu hal negeri dan rizab margin air di Sabah sekarang itu negatif. Ini services yang tidak boleh dipenuhi oleh kewangan daripada Kerajaan Sabah. Sebab itu saya mengatakan soal kemampuan Kerajaan Persekutuan itu, apa ini keperluan negeri Sabah itu melebihi daripada position of the Federal Government, sebab hasil ini amat-amat diperlukan oleh kerajaan negeri.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih...
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Sekian, saya ucapkan terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Pengerusi kerana memberi kesempatan kepada saya untuk turut sama dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri. Saya menyentuh Butiran B.010600 – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM). Adakah kerajaan bersetuju
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
JKOM tidak memainkan peranan dan fungsi dengan baik, terutamanya ketika pilihan raya umum negeri yang kelima belas yang lalu.
Selain itu, JKOM juga dilihat gagal menaikkan imej Kerajaan Madani serta menerangkan beberapa permasalahan, terutamanya dalam isu kenaikan harga barang dan isu Palestin. Oleh itu, saya mencadangkan JKOM dibubarkan kerana gagal menjalankan tugas dengan sempurna serta tidak berfungsi dengan baik dan tidak membantu menarik sokongan kepada kerajaan dan bukanlah sebagai jabatan propaganda yang diharap-harapkan. Kerajaan boleh jimatkan perbelanjaan sebanyak RM13 juta lebih.
Yang Berhormat Pengerusi, Butiran B.020100 – Unit Penyelarasan Pelaksanaan
(ICU). Saya ingin bertanya, perincian mengenai status terkini dan prestasi projek-projek ICU di seluruh negara dan khususnya di Kelantan bagi tahun 2022 dan 2023 yang ditangguh ataupun dibatalkan, susulan pertukaran kerajaan. Apakah komitmen kerajaan untuk memastikan supaya peruntukan pembangunan dapat diagihkan secara adil kepada semua Ahli Parlimen, termasuk pihak pembangkang berdasarkan manifesto parti kerajaan?
Jawapan Perdana Menteri sebelum ini bahawa memang ada peruntukan kepada kawasan, bukan itu yang ditanya. Isunya ialah peruntukan khas Perdana Menteri, sebagaimana yang diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen kerajaan. Tidak perlulah letak pelbagai syarat kerana kerajaan hari ini melebihi dua pertiga majoriti atau sebenarnya kerajaan rasa tergugat walaupun dengan jumlah sokongan yang besar.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat Pengerusi, Butiran 050100 – Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).
Soalan saya ialah apakah strategi kerajaan dalam mengarusperdanakan pendidikan tahfiz termasuk pemodenan infrastruktur Maahad Tahfiz serta penyelarasan kurikulum sekolah- sekolah tahfiz bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selesa untuk para pelajar tahfiz? Apakah langkah proaktif kerajaan untuk memperkasa kebajikan dan tahap profesionalisme guru-guru KAFA dan pegawai-pegawai penyelia KAFA di seluruh negara termasuk penyerapan perjawatan kontrak sebagai kakitangan tetap?
Apakah penambahbaikan tahap pemantauan dan tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap pihak yang didapati menggunakan bahan tidak halal bagi mengelakkan insiden tidak diingini seperti mana pengesahan pihak JAKIM yang tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal kepada sebuah premis Nasi Ayam Claypot yang tular di media sosial sebelum ini.
Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan sijil halal dapat diwajibkan kepada restoran khususnya di pasar raya dan di lapangan terbang kerana bila kita memasuki mana-mana restoran kita akan tanya adakah makanan yang dihidangkan halal? Ada yang menjawab halal kerana tidak menghidangkan babi dan arak. Ini cukup mengelirukan khususnya bagi kita sebagai Muslim dan juga pelancong asing.
Yang Berhormat Pengerusi, Butiran B.080400 dalam isu penyelesaian pertikaian bayaran royalti petroleum kepada Kelantan. Saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan mengkaji semula pelbagai alasan yang telah diberikan selama ini dan perlu ada political will kerana Perdana Menteri sewaktu pembangkang dahulu telah bersetuju dengan perjuangan rakyat Kelantan untuk mendapatkan hak mereka yang telah dinafikan sejak PETRONAS mendapat hasil yang lumayan daripada perut bumi Kelantan.
Janganlah ada lagi alasan untuk mengelak daripada menunaikan hak bayaran wajib ini khususnya daripada pemimpin yang telah melalui liku-liku reformasi sejak sekian lama.
Janganlah matikan reformasi begitu sahaja.
Yang Berhormat Pengerusi, Butiran P.00101 – Majlis Keselamatan Negara. Saya ingin bertanyakan, adakah Kerajaan Madani akan melantik Menteri-menteri Besar Negeri khususnya Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara di peringkat negeri? Adakah kerajaan ini tidak bercadang untuk mengimplementasikan perkara ini sebagaimana Kerajaan Perikatan Nasional lakukan sebelum ini?
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Merujuk kepada Butiran P.11800 – Pembangunan Mahkamah Syariah. Apakah perancangan kerajaan untuk memartabatkan perundangan syariah mengambil kira kes seperti Nik Elin Zurina terhadap Kerajaan Negeri Kelantan yang mencetuskan kebimbangan umat Islam khususnya implikasi pembatalan enakmen kesalahan jenayah syariah ini terhadap perundangan jenayah syariah di negeri-negeri? Apakah usaha-usaha pemerkasaan hukuman syariah dan jenayah syariah seperti syor pemberian kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk semakan kehakiman?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat Pengerusi, ada sedikit lagi. Yang Berhormat Pengerusi, Butiran P.16000 – Jabatan Pertahanan Awam
(JPAM). Kuala Krai mempunyai kawasan yang sangat luas. Jarak bandar Kuala Krai ke Pekan Dabong melebihi 100 kilometer. Saya ingin mencadangkan agar dapat diwujudkan unit Angkatan Pertahanan Awam di Dabong kerana kekangan jarak yang jauh tersebut.
Jarak yang terlalu jauh ini menyebabkan perkhidmatan tidak dapat dibuat dengan lebih baik apabila mendapat aduan dan kecemasan daripada penduduk.
Yang terakhir Yang Berhormat Pengerusi ialah Butiran P.71000 – Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan. Soalan saya, apakah perancangan kerajaan untuk memastikan peruntukan untuk segala bentuk Program Pembasmian Kemiskinan dibelanjakan sepenuhnya mengikut negeri dan lokaliti? Sejauh manakah sasaran kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar telah dicapai menjelang akhir tahun ini?
Serta, berapakah bilangan terkini isi rumah miskin tegar yang ada di seluruh negara masa ini? Ini memandangkan Laporan Prestasi Program Utama ICU pada September 2023 menunjukkan masih terdapat 110,663 ketua isi rumah miskin tegar di seluruh negara.
Itu sahaja Yang Berhormat Pengerusi. Sekian. Wassalamualaikum.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih, Puan Pengerusi. Saya nak rujuk kepada Butiran 070100 – Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), dan 070200 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Saya ingin minta kerajaan menyatakan status pembinaan projek DBKL iaitu pembinaan jejambat yang menyambung Taman Naga Emas dan Sri Petaling di sebelah Lebuhraya Kuala Lumpur sehingga Putrajaya ataupun MEX.
Nama projek dalam papan tanda adalah Pembinaan Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) sehingga ke Lot 14996,Taman Naga Emas, Salak Selatan, Kuala Lumpur.
Projek pembinaan jejambat ini telah pun mula dibina pada tahun 2018 dan telah berlangsung selama enam tahun tetapi tidak ada tanda yang ia akan siap dalam masa terdekat sehingga hari ini. DBKL telah menutup Jalan Cahaya 8 yang menyambung Taman Salak Selatan ke Sri Petaling sejak September tahun ini dengan alasan mempercepatkan kerja-kerja pembinaan.
DBKL memberitahu penduduk di tempat tersebut bahawa penutupan hanya berlangsung tiga bulan sahaja. Penutupan Jalan Cahaya 8 ini telah menyumbang kepada kesesakan trafik di kawasan kediaman berkenaan. Masalahnya ialah kerja pembinaan selalu berhenti malah papan tanda projek yang dinaikkan oleh kontraktor telah jatuh terhempap pada kereta selama beberapa hari tetapi tidak diletakkan balik oleh kontraktor.
Memandangkan projek pembinaan ini telah lewat daripada tarikh penyiapan projek dan juga membawa kesusahan kepada penduduk di persekitaran, saya ingin minta pegawai yang bertanggungjawab terhadap projek di JKAS di bawah DBKL ataupun kontraktor pembinaan projek ini diambil tindakan kerana gagal menjalankan tugasan mereka. Saya juga ingin minta pihak Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL memandang serius terhadap rungutan penduduk di Taman Salak Selatan dan Sri Petaling berkenaan dengan isu ini.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Puan Pengerusi, saya nak sebut tentang lesen bagi penjaja pasar pagi dan juga penjaja bermusim. Ramai penjaja pasar pagi yang mendapat lesen perniagaan DBKL tidak buka gerai dan berniaga pada setiap hari, setiap minggu. Mereka selalu berkongsi satu gerai dengan ahli keluarga atau kawan mereka. Keadaan ini selalu menimbulkan pergaduhan di kalangan penjaja pasar pagi dan juga menyebabkan berlakunya korupsi.
Ia juga tidak adil bagi penjaja yang dinafikan hak untuk berniaga di pasar pagi.
Saya difahamkan bahawa DBKL enggan membenarkan satu lesen perniagaan dikongsi oleh beberapa penjaja. Justeru, saya ingin mencadangkan supaya DBKL mengeluarkan lesen harian iaitu lesen yang menetapkan seseorang berniaga pada hari- hari tertentu di dalam satu minggu di tapak yang sama. Misalnya, penjaja A berniaga pada Isnin, Rabu dan Sabtu. Manakala, penjaja B berniaga pada Selasa, Khamis, Jumaat dan Ahad di tapak yang sama. Pengeluaran lesen harian seperti ini dapat memudahkan pengurusan dan pemantauan pasar pagi oleh pihak DBKL.
Sehubungan dengan itu, saya juga ingin minta DBKL untuk memberi kelonggaran dari segi saiz tapak bagi lesen bermusim sementara seperti musim Tahun Baru Cina, musim bazar Ramadan dan lain kerana saiz tapak yang ditetapkan iaitu maksimum ialah 30 kaki kali dengan 10 kaki adalah agak kecil bagi sesetengah penjaja untuk menjual limau ataupun makanan khas Tahun Baru Cina.
Ketidakcukupan saiz gerai selalu mencetuskan perselisihan di antara penjaja berlesen sementara dengan Pegawai Penguatkuasa DBKL dan ia juga merupakan punca berlakunya rasuah dalam musim-musim berkenaan. DBKL juga boleh mendapat pandangan berkenaan saiz ataupun tapak jualan bermusim daripada persatuan penduduk dan Ahli Parlimen sekiranya perlu.
Puan Pengerusi, saya nak rujuk kepada Butiran 060300 – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP) dan juga 060400 – Institut Integriti Malaysia (IIM). Tanya kepada kerajaan untuk menubuhkan SIAP dan juga IIM dan telah memberi peruntukan pada tahun hadapan di mana SIAP diberi RM9.15 juta dan Institut Integriti Malaysia dapat RM18 juta.
Saya berpendapat kedua-dua usaha ini adalah inisiatif yang baik tetapi saya rasa kerajaan haruslah beri lebih maklumat kepada kita di mana adakah penyelewengan dan salah laku pegawai PDRM, imigresen, SPRM, JPJ dan penguatkuasaan di PBT diletak di bawah bidang kuasa SIAP dan IIM?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Apakah kedua-dua agensi ini akan mengambil alih Biro Pengaduan Awam di bawah JPN? Kenapakah peruntukan diberi kepada Biro Pengaduan Awam dikurangkan daripada RM45.8 juta kepada RM15.36 juta?
Akhirnya, satu soalan ialah saya nak tanya tentang Butiran 040000 – Pengurusan Kehakiman dan Perundangan, iaitu adakah kerajaan akan mewujudkan Sentencing Council seperti apa yang diwujud di UK dan Australia untuk mengeluarkan garis panduan bagi majistret dan hakim supaya hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah terhadap pesalah menjadi lebih sama rata? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh tentang Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA, merujuk kepada Butiran 16500 – Program Kelestarian FELDA. Selain inisiatif yang dirancang melalui Kertas Putih FELDA, apakah pendekatan atau inisiatif baru yang diperkenalkan dalam program ini bagi memastikan pelan pemulihan tersebut berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan?
Sehingga kini, FELDA telah menguasai 82 peratus pegangan dalam FGV. Ini bermakna, prestasi FGV akan memberi kesan besar kepada kedudukan kewangan
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
FELDA. Saya mohon perincian, berapakah hasil yang telah diterima oleh FELDA daripada FGV untuk tempoh selepas FELDA memegang 82 peratus saham FGV berbanding dengan sebelumnya?
Mengambil kira FELDA memegang 82 peratus saham FGV, adalah amat penting untuk FELDA mempunyai jumlah wakil yang bersesuaian dalam Lembaga Pengarah FGV, agar kepentingan FELDA dapat sentiasa dipertahankan. Namun, pada masa ini, hanya seorang sahaja wakil FELDA dalam Lembaga Pengarah FGV, selain daripada dua orang wakil kerajaan yang juga merupakan Ahli Lembaga FELDA. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar komposisi Lembaga Pengarah FGV dilihat semula. Tentunya ramai anak-anak peneroka yang hebat serta pegawai-pegawai FELDA yang profesional dan layak diletakkan di dalam Lembaga Pengarah FGV.
Di bawah butiran yang sama, saya ingin menyentuh berkaitan pegangan saham FELDA dalam sebuah syarikat perladangan di Indonesia, Eagle High Plantations (EHP).
Pada tahun 2006, FELDA melalui anak syarikatnya FICP telah membeli 37 peratus saham dalam EHP pada harga 565 IDR sesaham. Melibatkan nilai pelaburan sebanyak RM2.3 bilion. Hari ini, saham EHP cuma 57 IDR. Ini bermakna, nilai pelaburan RM2.3 bilion telah susut sebanyak 90 peratus.
Umumnya, melabur RM2.3 bilion, sekarang cuma tinggal sekitar RM220 juta sahaja. Walaupun terdapat put option dan FELDA melaksanakannya pada 11 Mei 2022, pemegang saham EHP tidak bersetuju. FELDA telah membawa kes ini kepada timbang tara ke Singapura International Arbitration Centre. Soalan saya, apakah status kes timbang tara ini dan apakah manfaat yang telah diterima oleh FELDA daripada pelaburan mereka dalam EHP?
Tuan Pengerusi, seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 010300 – Bahagian Pengurusan Hartanah dan Butiran 11100 – Pengurusan Kuarters Kerajaan/Rumah Rasmi.
Dalam ucapan belanjawan pada 13 Oktober yang lalu, telah diumumkan sebanyak RM2.4 bilion diperuntukkan untuk membina, menyelenggara dan membaik pulih kuarters penjawat awam.
Apabila diteliti, pecahan peruntukan bagi menyelenggara dan membaik pulih kuarters adalah sebanyak RM1 bilion manakala bagi projek menyelenggara lif, RM91 juta diperuntukkan. Adalah tidak jelas, bagaimanakah baki sebanyak RM1.309 bilion daripada keseluruhan RM2.4 bilion tersebut akan digunakan. Jadi, saya mohon perincian penggunaan RM2.4 bilion tersebut.
Selain itu, saya minta Menteri jelaskan daripada RM1 bilion untuk penyelenggaraan kuarters, berapakah jumlah peruntukan yang akan disalurkan bagi kuarters di Putrajaya daripada RM91 juta untuk penyelenggaraan lif? Berapakah jumlah peruntukan yang akan disalurkan untuk penyelenggaraan lif bagi kuarters di Putrajaya?
Apakah perincian di bawah B.6 dan P.6 untuk tujuan penyelenggaraan kuarters di Putrajaya mengikut kelas kuarters? Berapakah kuarters yang masih kosong dan belum selesai selenggara mengikut kelas kuarters dan apakah garis masa pelaksanaan penambahbaikan lif bagi kuarters di Putrajaya?
Tuan Pengerusi, di bawah butiran sama, apabila saya turun bertemu komuniti di kuarters-kuarters di Putrajaya khususnya apartment, banyak aduan yang diterima berkaitan penggunaan bilik-bilik khas dalam kawasan kuarters tersebut. Di setiap kawasan apartment, ada disediakan bilik-bilik khas untuk digunakan sebagai kedai dobi, bilik bacaan, kedai runcit, kedai makan dan lain-lain.
Namun, bilik-bilik ini tidak digunakan sepertimana yang telah ditetapkan.
Sebaliknya ada bilik-bilik tersebut digunakan untuk dijadikan stor penyimpanan barangan tertentu termasuk oleh kontraktor penyelenggaraan dan ada juga yang terbiar tanpa dijaga. Apabila komuniti penduduk memohon untuk menggunakan bilik tersebut sebagai bilik aktiviti kemasyarakatan termasuk untuk menyimpan barang-barang yang digunakan untuk program komuniti, permohonan mereka ditolak. Oleh itu, saya mohon bahagian yang berkaitan, mengambil perhatian akan perkara ini supaya bilik-bilik tersebut dapat dioptimumkan sebaiknya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tuan Pengerusi, sedikit lagi. Butiran 07000 – Pusat Pentadbiran Putrajaya.
Terdapat peningkatan ketara sebanyak RM40.3 juta dalam peruntukan pembangunan untuk tahun ini. Adakah peningkatan ini merupakan projek sambungan sedia ada atau terdapat projek-projek baharu yang dirancang untuk tahun 2024? Saya mohon disenaraikan projek-projek sedia ada dan projek baru untuk tahun 2024.
Tuan Pengerusi, saya pernah mencadangkan agar kerajaan dapat mewujudkan hab anak muda dengan menggunakan bangunan sedia ada yang tidak digunakan.
Jawapan Menteri pada ketika itu menyatakan bahawa Perbadanan Putrajaya ada perancangan untuk menyediakan Pusat Indoor Games (e-sport) di Kompleks Kejiranan Pusat Presint 9 dan Sports Arena di Presint 4.
Bagi perkara ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya kerana Pusat Indoor Games (e-sport) di Kompleks Kejiranan Presint 9 telah pun mula beroperasi sejak 17 Oktober lalu. Cuma saya ingin mendapat perhatian berkaitan dengan status bagi Sport Arena di Presint 4.
Seterusnya, dalam...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Ucapan belanjawan yang lalu, perkara berkaitan disentuh kegiatan Putrajaya adalah menjadikan Putrajaya model bandar rendah karbon di Malaysia. Kerajaan akan mula memasang panel solar di atap bangunan kerajaan dengan kerjasama TNB dan Gentari. Soalan saya, adakah peruntukan ini termasuk dalam Butiran 07000 – Pusat Pentadbiran Putrajaya? Sekiranya ya, adakah projek pemasangan panel ini akan diteruskan ke semua bangunan kerajaan? Berapakah implikasi kewangan yang akan ditanggung oleh kerajaan?
Masih di bawah butiran yang sama, Tuan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Saya habiskan butiran ini 07000. Parkir di perumahan kuarters dan juga Perumahan Penjawat Awam Malaysia juga adalah suatu perkara yang membelenggu penduduk Putrajaya untuk sekian lama. Saya mohon kerajaan melihat perkara ini secara menyeluruh agar perkara ini tidak berlarutan. Antara kawasan yang mengalami isu parkir yang kritikal adalah PPAM Larai di Presint 6, PPAM Ketumbar di Presint 17 dan Perumahan PR1MA di Presint 11.
Akhir sekali...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Di bawah Butiran...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Salam Malaysia Madani.
Saya terus kepada butiran pertama. Butiran 030500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Berdasarkan Bajet 2024, dapat dilihat bahawa peruntukan yang diberikan kepada NADMA ini sedikit berkurangan iaitu daripada RM36 bilion kepada RM33.42 bilion. Soalannya, mengapakah peruntukan ini dikurangkan? Adakah
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
pengurangan peruntukan ini tidak mengganggu perjalanan dan fungsi NADMA itu sendiri dalam menyampaikan perkhidmatan dan bantuan yang terbaik kepada masyarakat?
Bencana banjir yang melanda negara kita sudah tidak bermusim, ditambah pula dengan cuaca yang tidak menentu. Isu climate change menyebabkan banyak kejadian banjir dan banjir kilat serta tanah runtuh yang berkemungkinan berlaku. Ia juga mengundang musibah buat rakyat dan masyarakat, melibatkan harta benda dan nyawa.
Sebagai tambahan juga, Tenggara menawarkan kesudianlah dan kesediaan agar pembinaan pusat pemindahan kekal mangsa banjir (PPKMB) yang dicadangkan sembilan buah seluruh negara dengan nilai RM45 juta yang di umum Yang Berhormat Menteri dibina di Daerah Kota Tinggi dan pilihlah Tenggara sebagai tempatnya sebab kami ini berada di jalur tengah Sungai Johor.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Seterusnya, Tuan Pengerusi, kedua, Butiran 030400 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Butiran 16000 – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Tenggara ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan, melihat peningkatan peruntukan sebanyak RM20 juta yang diberi kepada APM daripada RM174 juta kepada RM194 juta tahun hadapan. Ini membuktikan keprihatinan pihak kerajaan.
Tenggara terpanggil untuk menyentuh sedikit berkaitan dengan elaun sukarelawan APM. Sekarang elaun anggota sukarelawan APM dibayar sebanyak RM8 bagi lain-lain pangkat, manakala pegawai RM9.80 sejam. Ianya adalah sama sepertimana yang diterima oleh anggota RELA. Adakah kadar elaun ini bakal dikaji semula memandangkan negara berdepan dengan peningkatan kos sara hidup serta risiko kerja anggota-anggota kesukarelawanan ini yang tinggi, khususnya sewaktu menguruskan bencana?
Melalui butiran ini juga, berapakah jumlah yang diperuntukkan oleh APM bagi pemilikan aset pertahanan awam yang baharu serta baik pulih aset sedia ada bagi memperpadu operasi menyelamat dan sebagainya, khususnya yang melibatkan jentera berat?
Ketiga, Butiran 050100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diperuntukkan RM1.15 bilion pada tahun ini. Tahniah dan syabas kepada Kerajaan Malaysia Madani kerana kesungguhan dan tekad membangun syiar Islam di negara kita.
Saya ingin menyentuh isu guru KAFA. Alhamdulillah, elaun guru KAFA telah dinaik dari RM1,000 ke RM1,100 pada tahun 2023. Tentunya ia masih rendah berbanding gaji minimum RM1,500.
Soalannya, adakah terdapat usaha atau pun kajian untuk meningkatkan lagi elaun ini sehingga mencapai tahap gaji minima RM1,500? Dalam masa yang sama, saya mencadangkan guru-guru KAFA ini juga pada masa mendatang diserapkan ke jawatan tetap pada masa yang mendatang.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Seterusnya, Butiran 040300 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Butiran 11800 – Pembangunan Mahkamah Syariah. Peruntukan disediakan untuk JKSM RM74 juta diturun kepada RM73 juta bagi tahun hadapan. Tenggara ingin bertanya, adakah kedudukan Mahkamah Syariah negara kita yang saya kira agak berbeza berbanding dengan mahkamah sivil? Sejauh manakah usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan melalui peruntukan ini untuk memartabat Mahkamah Syariah supaya berdiri sama tinggi dengan mahkamah sivil? Sebagai contoh, untuk gred gaji sahaja pun, gaji hakim mahkamah sivil bermula dengan gaji lebih kurang RM30,000, manakala hakim Mahkamah Tinggi Syariah bermula gred 48 sekitar RM6,009 sahaja. Jadi, mohon untuk dipertimbangkan juga.
Seterusnya, Tan Sri Pengerusi, Butiran 03400 adalah berkaitan dengan Kompleks Latihan Islam/Tahfiz/Pusat Komuniti Orang Asli. Penyusutan yang ketara bagi butiran ini
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
dari RM6 juta kepada RM2 juta dan pada 2024 ini merendah sehingga RM830,000 sahaja.
Jadi, saya ingin bertanyalah, apakah signifikan ataupun rasionalnya penurunan itu? Kalau kita ambil kes Orang Asli misalnya, negeri-negeri dan berdasarkan daerah-daerah dengan jumlah perkampungan atau jumlah komuniti Orang Asli yang teramai mestilah difikirkan.
Dalam keadaan saya di Daerah Kota Tinggi, ada tiga Parlimen. Parlimen Tenggaralah yang paling ramai sekali masyarakat aslinya. Ada Kampung Sayong Pinang, Kampung Pasir Intan dan Kampung Kempas Menang. Sesuailah kalau untuk difikirkan pembinaan pusat komuniti Orang Asli.
Akhirnya adalah berkaitan dengan penyelenggaraan dan bil lampu jalan FELDA, subsidi diesel FELDA, projek sistem bekalan air FELDA. Butiran 080900, 081100 dan 16300. Saya mewakililah masyarakat di tujuh FELDA kawasan saya...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Ya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker, boleh tanya sikit tak dengan Tenggara, Speaker?
Tuan Pengerusi
Kalau saya...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya didatangi oleh pegawai- pegawai masjid, khususnya imam-imam daripada masjid-masjid institusi. Masjid-masjid institusi, contohnya macam dekat PGA Cheras itu. Dia ada masjid. Kemudian— contohnya macam Masjid UKM. Dia ada masjid. Dia beritahu masjid-masjid yang luar ini, pegawai— maksudnya imam, bilal, siak, noja ini— dia dapat bonus tapi dia beritahu masjid institusi ini, dia tak dapat.
Boleh tak Tenggara masukkan, masukkan celahan saya ini dalam ucapan Tenggara supaya dibahas, supaya nanti kita minta Menteri Agama dapat menjawab persoalan berkaitan dengan masjid institusi? Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Tenggara.
Tuan Pengerusi
Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Terima kasih. Saya minta tambah sedikit, Tan Sri Speaker. Sikit je lagi. Ini ada ini. Saya bersetujulah dimasukkan dalam ucapan saya.
Tadi Butiran 080900, 081100, 16300. Tenggara ucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Malaysia Madani dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri 10 kerana menunaikan janji semasa pengumuman dalam Hari Peneroka 2023 di MAEPS. Saya mewakililah orang-orang kampung FELDA di tempat saya yang tujuh itu— Sibol, Penggeli Timur, Linggiu, Sungai Sayong, Pasir Raja, Bukit Besar dan Bukit Ramun— kerana penunaian janji itu.
Cumanya, benda-benda baik yang telah dibuat ini berkaitan dengan penyelenggaraan dan bil lampu jalan, subsidi diesel, dan projek sistem bekalan air FELDA ini hendaklah dibuatkan billboard ataupun papan tanda di setiap 317 tanah rancangan FELDA supaya rakyat mengetahui apa yang baik yang telah dibuatkan.
Yang terakhir adalah Butiran 16500 – Program Kelestarian FELDA. Saya ingin bertanya berhubung Butiran 16500 ini. Peningkatan peruntukan dari RM100 ribu pada 2022 ke RM1.24 bilion pada 2024 ini adalah satu yang amat bererti. Perkembangan ini menunjukkan keseriusan Kerajaan Madani menjadikan FELDA sebagai rakan kongsi yang serius dan strategik dalam memenuhi tuntutan dunia berkaitan SDG.
Dengan dana ini, diharap 385,223 hektar keluasan tanah industri sawit dan 29,733 hektar getah di bawah FELDA, terutama urusan kilang-kilang pemprosesan, kenderaan pengangkutan mampu direndah karbon dan pengenalan peranti-peranti mekanisasi moden dan green tech dapat diketengahkan menala produktiviti dan proses termampan.
Kerajaan juga dicadang melihat penengahan teknologi tenaga boleh baharu, renewable energy bagi menyokong aktiviti pemprosesan. Peruntukan ini juga diharap dapat memula usaha kajian penglibatan ladang sawit terutamanya sebagai sumber
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
oksigen dan perendah karbon, yang mungkin boleh dikaji elemen-elemen carbon trade, carbon credit seperti di EU, Australia, New Zealand, Korea Selatan dan lainnya. Ia mungkin mampu jana pendapatan tambahan kepada warga FELDA yang menjadi owner kepada 51,620,000 batang pokok sawit seluruh negara.
Itu sahaja, Yang Berhormat Tan Sri. Tenggara menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya nak bagi nasihat sikit dekat Hulu Langat. Bila mencelah itu, sebut bukan Tan Sri Speaker. Tan Sri Pengerusi. Insya-Allah, ke depan.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sama. Jadi, saya nak menyentuh berkenaan dengan Butiran 040000 iaitu bahagian Pengurusan Kehakiman dan Perundangan. Saya melihat mutakhir ini banyak kejadian jenayah dilaporkan. Polis menjalankan tugasnya menguat kuasa, melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik tapi apabila tangkapan demi tangkapan dilakukan sebagai mengurangkan kadar jenayah siber ini, tidak ada tindakan.
Bukan tak ada tindakan, namun di peringkat pendakwaan, saya mendapat maklumat bahawa hanya terdapat satu mahkamah sesyen iaitu mahkamah siber untuk mengendalikan prosiding berkenaan dengan jenayah siber. Sehingga kami Ahli Parlimen di-scammed kerap hari ini, Tan Sri Pengerusi. Jadi, kita ambil perhatian situ supaya peruntukan yang dibuat itu diberi untuk mereka meningkatkan dari segi siasatan kepada jenayah siber ini.
Begitu juga dengan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. JKSM berfungsi menggubalkan dasar dan strategi untuk mempertingkatkan prestasi Mahkamah Syariah.
Persoalan saya ingin bangkitkan adalah berkaitan dengan penggubalan Rang Undang- undang 355. Pada Mei lalu dalam maklum balas Menteri, di mana pelaksanaan penggubalan 355 ini akan mula setelah mendapat lampu hijau daripada Kabinet. Saya mendapat laporan, Kabinet telah meluluskan pada penggal yang lalu untuk RUU 355 tetapi tak sempat dilaksanakan kerana pembubaran Parlimen.
Jadi, soalan saya, apakah status terkini RUU 355 ini? Saya yakin iaitu kerajaan nak tubuhkan jawatankuasa pula. Untuk berapa tahun lagi boleh selesai? Jadi, dijawab oleh Menteri Dalam Negeri dalam tempoh hari, mereka juga ada intention. Jadi, intention ini sampai bila? How long? Itu persoalannya. Jadi, itu yang saya nak sentuhkan.
Begitu juga berkenaan dengan 050100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
050100 kod butirannya. Saya ingin menjurus terus kepada isu yang ingin saya bangkitkan iaitu berkaitan dengan tahfiz TVET yang mana dijalankan pada kerajaan sebelum ini.
Kerjasama antara Kementerian Sumber Manusia dengan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) dijalin erat dengan merealisasikan program tahfiz TVET agar mendapat penyelarasan sewajarnya dan komprehensif. Seterusnya, apakah status terkini program terbabit?
Seterusnya, saya melihat kepada peruntukan diberikan ini, adakah dimasukkan, satu peruntukan bagi mengarusperdana pendidikan tahfiz termasuk pemodenan infrastruktur maahad tahfiz serta penyelarasan kurikulum institusi tahfiz bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selesa untuk pelajar tahfiz?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Seterusnya, saya ingin melihat kepada mengguna-pakaikan langkah proaktif bagi memperkasakan kebajikan dan tahap profesionalisme guru-guru KAFA serta pegawai penyelia KAFA di seluruh negara termasuk juga penyerapan perjawatan kontrak menjadi kakitangan tetap. Itu saya punya saranan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Seterusnya, saya ingin menyentuh berkenaan dengan fungsi — fungsi yang merujuk kepada Kod 010000 – Pengurusan. Butiran 010600 – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM). Antara fungsi JKOM ialah dijelaskan adalah membina komuniti berbudaya ilmu dengan memperkasakan pendidikan Perlembagaan, pendidikan politik untuk belia 18 yang boleh mengundi sekarang, apresiasi estetika seni budaya, selain membangunkan komuniti berkemahiran digital dan demi kemajuan negara.
Soalnya apakah mekanisme bagi mengukur kejayaan fungsi JKOM itu sendiri dan sejauh mana ia berkesan menjadi medium bagi menyediakan ilmu politik kepada pengundi 18 dengan pengurangan, saya tengok sekarang ini untuk peruntukan ini telah meningkat RM200 juta daripada RM12,050,453,300 daripada tahun dulu RM11,822,244,400.
Jadi, saya ingin menegur dalam keadaan ini supaya mereka dapat melaksanakan kerja yang lebih jelas. Dulu PH sendiri desak mansuh JASA kerana katanya akan menjadi propaganda kerajaan. Sekarang tubuh JKOM sebagai— kita tengok lebih kepada menyerang pembangkang, di mana Ketua Pengarah JKOM iaitu Mohammad Agus bin Yusoff itu ternyata gagal dalam menguruskan JKOM ini. Cara Dato’ Mohammad Agus Yusoff ini memimpin JKOM memberi imej yang sangat buruk kepada kerajaan sekarang.
Saya mencadangkan supaya JKOM ini dimansuhkan ataupun dibatalkan kerana kegagalan mereka.
Jadi saya harap dengan— saya gusar pengurangan tersebut berkenaan dengan apa yang berlaku sekarang ini JKOM adakah benar-benar memainkan peranannya dengan betul bagi melaksanakan peranan kerajaan yang bagi mendidik rakyat ini. JKOM tidak digunakan sebagai alat propaganda politik ini seperti tuduhan.
Saya harap begitulah. Tidak menjadi alat propaganda politik seperti tuduhan oleh kerajaan dahulu iaitu zaman PH yang memansuhkan JASA yang dilemparkan kepada pentadbiran. Oleh itu, saya mohon penjelasan berkenaan pengurangan kod terbabit ataupun allocation terbabit kepada JKOM ini. Sekian terima kasih. Saya ada lagi tetapi saya mematuh.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih Pendang. Saya jemput Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tan Sri Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa yang melibatkan Jabatan Perdana Menteri.
Perkara pertama yang saya nak sebutkan pada petang ini adalah berkenaan dengan Maksud Bekalan 1 – Parlimen Malaysia. Saya nampak peruntukan yang diberikan adalah RM168 juta berbanding dengan RM166 juta pada belanjawan sebelumnya.
Nampak lebih kurang. Jadi, saya nak tanya apakah Akta Perkhidmatan Parlimen? Bilakah akta ini akan dilaksanakan?
Saya percaya Tan Sri Pengerusi sendiri cukup menantikan adanya pelaksanaan akta ini dan sebelum itu memang ia perlu melalui proses RUU dan diwartakan menjadi undang-undang. Jadi, saya nak tanya kepada JPM, bilakah Akta Perkhidmatan Parlimen ini akan mula dilaksanakan?
Perkara kedua, bawah maksud bekalan ini juga saya mohon cadangkan kepada Tan Sri Speaker kebetulan petang ini Tan Sri ada, berkenaan dengan cuti Deepavali.
Rakyat Malaysia akan menyambut Deepavali pada 12 November hari minggu ini. Hari Isnin cuti umum. Biasalah, kalau perayaan pada hari Ahad, hari Isninnya cuti umum. Tetapi pada hari Selasa, 14 November kita akan balik kembali untuk bersidang di sini.
Saya mohon pertimbangan daripada Tan Sri Speaker, kalau boleh pada tahun- tahun akan datang apabila menyediakan takwim tahunan Parlimen, kalau boleh, kalau kesnya lebih kurang macam ini, hari Selasa kita lapangkan sebab di sekolah pun cuti sekolah dan cuti sekolah bukan setakat SJKT sahaja tapi semua sekolah di bawah KPM, hari Selasa 14 November pun cuti umum. Jadi, saya mohon supaya kita boleh selaraskan
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
sebab saya rasa ini. Deepavali ini perayaan yang utama di negara kita dan di bawah konsep Malaysia Madani, sama-sama kita kemukakan. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Seterusnya di bawah Maksud Bekalan 1 juga di bawah Butiran 020200 – Emolumen Kakitangan Kontrak dinaikkan daripada RM3.6 juta kepada RM4.2 juta. Saya nak tanya, dengan adanya butiran ini RM4.2 juta diperuntukkan maknanya masih ramai lagi kakitangan Parlimen itu kakitangan kontrak. Kenapa mereka tak boleh diserapkan menjadi kakitangan tetap? Jadi, saya mohon penjelasan.
Seterusnya di bawah Maksud Pembangunan JPM, Butiran 93500 – Projek Khas.
Sebanyak RM500 juta diperuntukkan berbanding dengan belanjawan sebelum ini kosong.
Kenapa tiba-tiba ada RM500 juta untuk projek khas? Projek khas ini skopnya apa? Sebab setakat projek khas ini skopnya cukup luas, rakyat nak tahu apakah jenis-jenis projek yang diklasifikasikan di bawah tajuk ini? Adakah Parlimen Rasah akan mendapat imbuhan sebahagian daripada projek yang akan dilaksanakan ini?
Seterusnya, Butiran 94000 di bawah tajuk Perkhidmatan Kerajaan Digital. Kalau kita tengok pada belanjawan sebelum ini sebanyak RM862 juta diperuntukkan. Pada belanjawan kali ini sebanyak RM635 juta diperuntukkan iaitu pengurangan lebih RM230 juta.
Saya nak tanya, kenapa ada pengurangan. Sebab pendigitalan adalah satu proses yang perlu diberikan perhatian keutamaan pada ketika ini. Apakah pengurangan ini disebabkan semua agensi yang terlibat telah pun melalui proses pendigitalan?
Maknanya setakat RM600 juta lebih itu cukuplah dan selepas ini tak ada lagi proses pendigitalan untuk agensi-agensi yang terbabit.
Seterusnya di bawah Butiran 97000 iaitu di bawah tajuk Dana Mudahcara Infrastruktur. Kalau pada tahun sebelum ini RM247 juta, kali ini hanya RM10 juta diperuntukkan. Saya nak tanya kenapa ada pengurangan sebegini? Sebab kalau kita tengok jumlah anggaran harga projek keseluruhan adalah RM5 bilion. Jadi, kenapa tahun depan hanya RM10 juta? Mohon penjelasan daripada pihak JPM sebab ia nampak sangat skopnya jauh berbeza dengan belanjawan sebelum ini.
Seterusnya, di bawah Butiran 00101 iaitu Majlis Keselamatan Negara. Kita tahu MKN ini antara agensi ataupun entiti yang sangat mustahak dalam negara kita. Kalau kita lihat pada tahun 2022, belanja sebenar yang dibelanjakan adalah RM23 juta. Pada Belanjawan 2023 ia adalah peruntukan RM22 juta. Kali ini Belanjawan 2024 sebanyak RM296 juta. Satu lonjakan lebih 10 kali.
Saya menyambut baik sekiranya ada keperluan untuk kita melonjakkan peruntukan pembangunan ini. Cuma saya nak tanya, apakah jenis pembangunan yang terlibat? Ia mungkin melibatkan pembinaan kompleks dan sebagainya dan saya nak tanya juga apakah justifikasi tiba-tiba kalau kita tengok dua tahun sebelumnya setakat RM22 hingga RM23 juta tiba-tiba naik kepada hampir RM300 juta. Apakah kita menghadapi satu ancaman keselamatan daripada anasir-anasir luar ataupun dalam?
Saya mohon penjelasan daripada Jabatan Perdana Menteri. Jadi, sekian, terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih Rasah. Saya jemput Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Butiran 050000 – Kemajuan Islam. Butiran 050100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Suara-suara dari lapangan yang melibatkan pegawai agama daerah di seluruh negara apabila tugas hakiki yang melibatkan masa 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Manakala, tugas di luar kerja hakiki iaitu melibatkan tugas-tugas penguatkuasaan pada sebelah malam telah menyebabkan kadang-kadang mengganggu tugas hakiki pada waktu siangnya.
Bukan setakat mengganggu, malah menimbulkan fitnah kepada pelanggan pejabat agama itu sendiri kerana lewat ke pejabat semata-mata untuk meneruskan kes
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
penguat kuasa pada sebelah malam. Oleh itu, saya mencadangkan yang pertama, penambahan anggota penguat kuasa bagi melancarkan tugasan.
Kedua, penubuhan skuad penguat kuasa yang menguruskan kes mahkamah hingga selesai tanpa melibatkan tugas hakiki pegawai agama daerah. Ketiga, penambahan elaun khas untuk semua yang terlibat dengan aktiviti penguat kuasa di luar tugas hakiki. Seterusnya, yang keempat menambah kenderaan khas bagi penguat kuasa agama daerah di seluruh negara.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Tan Sri Pengerusi, seterusnya 050100 JAKIM juga yang berkali-kali kita ketengahkan isu guru KAFA. Pendang sebut, Kuala Krai pun sebut. Kita mohon supaya pihak JAKIM menyelesaikan status guru-guru KAFA supaya kesemuanya daripada elaun kepada gaji tetap.
Keduanya, keluhan daripada penyelia-penyelia guru KAFA. Masih lagi menerima elaun yang masih di tahap yang tidak memuaskan. Apakah status terkini penyelesaian elaun untuk penyelia-penyelia KAFA di seluruh negara? Dengan peruntukan RM1,147,796,000, adakah para guru KAFA telah menghadiri kursus perdana bagi menguasai tulisan Jawi kerana seharusnya Tan Sri Pengerusi, JAKIM sebagai antara yang bertanggungjawab mengekalkan tulisan Jawi yang standard bagi diketengahkan kepada anak generasi kita di Malaysia. Saya mohon agar JAKIM dapat berkoloboratif sepenuhnya dengan pihak yang berautoriti iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka.
Seterusnya, 030500 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Antara fungsi NADMA ialah meningkatkan tahap kemampuan jentera pengurusan bencana serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART). Saya mohon penjelasan dengan bajet yang tersebut lebih RM33 juta. Berapakah kemampuan jentera yang dapat disalurkan ketika musibah besar yang berlaku seperti kepala air dan banjir besar di Pantai Timur kerana bantuan segera di kawasan pedalaman perlukan jentera yang cukup efisien dan munasabah kerana banyak NGO yang terlibat dalam musibah besar melaporkan jentera NADMA lambat dan kurang anggota.
Berbalik kepada 050100 JAKIM, yang terakhir saya ingin mohon penjelasan daripada pihak JAKIM. Peranan memperkasa akidah ummah. Saya ingin tahu, setakat ini berapakah ajaran sesat yang telah diharamkan? Apakah program-program, khususnya untuk mengukuhkan akidah para remaja kerana sejak dua ke tiga tahun ini, terdapat gejala bunuh diri dalam kalangan anak muda yang berakidah Islam. Sekian, Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI kepada semua.
Terima kasih kerana peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri. Saya terus masuk ke perbahasan saya.
Pertama, saya ingin merujuk kepada kod 030400 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
(APM) dan juga 030500 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Tan Sri Pengerusi, dua malam lepas hujan lebat di kawasan Bangi dan pada pagi tersebut, kawasan Kampung Bangi dan Bangi Lama telah dinaiki air bah sampai tenggelam, Tan Sri Pengerusi. Tingkat bawah kalau rumah itu dua tingkat, tingkat bawah itu tenggelam, kereta ada yang sampai ke bumbung. Dianggarkan 120 buah rumah terjejas. Satu PPS telah dibuka di Sekolah Kebangsaan Bangi, yang setakat semalam menempatkan 20 keluarga dan lebih daripada 80 mangsa. Namun, syukur alhamdulillah, tiada kehilangan nyawa.
Yang saya nak nyatakan di sini, bila air naik pada awal pagi Ahad pada pukul lebih kurang 4 pagi Tan Sri Pengerusi, anggota keselamatan telah pun digerakkan untuk mengeluarkan mangsa dari kawasan banjir. Di sini saya ingin rakamkan penghargaan saya kepada semua agensi yang terlibat, terutama sekali pihak bomba dan juga APM yang
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
dengan pantas telah bertindak. Jadi, merujuk kepada APM kod 030400, saya melihat perbelanjaan mengurus untuk aset APM ini telah berkurangan daripada lebih kurang RM22 juta ke RM12 juta untuk tahun hadapan. Saya mohon penjelasan daripada kementerian mengenai pengurangan ini.
Seterusnya, untuk NADMA kod 030500. Secara keseluruhan, terdapat pengurangan daripada RM36 juta ke lebih kurang RM33 juta. Sekali lagi perbelanjaan mengurus untuk aset melihat pengurangan daripada RM1 juta untuk tahun ini kepada RM346,000 untuk tahun hadapan. Jadi, kesiapsiagaan kita Tan Sri Pengerusi, untuk menghadapi perubahan cuaca dan juga kemungkinan banjir besar mewajarkan kita untuk memastikan bahawa aset-aset in dapat diuruskan dan diselenggarakan dengan baik. Oleh itu, saya memohon penjelasan bagi dua perkara yang telah saya bangkitkan tadi.
Seterusnya, kod 040100 - Bahagian Hal Ehwal Undang-undang. Saya sambut baik peningkatan peruntukan daripada RM166 juta tahun ini ke RM176 juta untuk tahun hadapan. Tapi saya ingin mendapatkan maklumat mengenai perincian jumlah yang akan diperuntukkan untuk Jabatan Bantuan Guaman dan juga Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan untuk tahun 2024. Seperti yang pernah saya bangkitkan sebelum ini, hak untuk mendapat perwakilan guaman adalah hak rakyat dan kerajaan harus memastikan hak ini dilindungi.
Seterusnya, kod 040200 Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan juga perbelanjaan pembangunan bagi kod 09000 iaitu Bangunan-bangunan Mahkamah. Saya sambut baik pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan Belanjawan 2024 mengenai peruntukan bagi Institusi Kehakiman. Tetapi saya juga memohon perincian bagi lokasi-lokasi mahkamah yang mana prasarananya akan dibaik pulih kerana saya melihat dikatakan di situ bahawa lokasi-lokasi ini telah pun dikenal pasti.
Seterusnya, kod 040800 ILKAP. Saya melihat peruntukan untuk ILKAP terdapatnya pengurangan daripada RM14.6 juta lebih kurang pada tahun 2023 menjadi RM12.9 juta bagi tahun hadapan. Pengurangan paling ketara adalah bagi perkhidmatan dan bekalan. Memandangkan ILKAP ini terletak dalam kawasan Parlimen Bangi Tan Sri Pengerusi, dan juga ia memainkan peranan penting dalam sistem pentadbiran kita, saya ingin memohon penjelasan mengapa terdapatnya pengurangan ini?
Seterusnya, 040900 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Akademi Kehakiman Malaysia akan diperkasakan dengan jumlah lebih kurang RM20 juta. Mengikut pemahaman saya, Akademi Kehakiman Malaysia ini adalah di bawah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman atau SPK tetapi saya lihat hanya terdapat kenaikan sedikit sahaja untuk Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ini daripada RM3 juta menjadi RM3.2 juta untuk tahun hadapan.
Jadi, persoalan saya sebelum saya mengakhiri, RM20 juta yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memperkasakan Akademi Kehakiman Malaysia dan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia, apakah perinciannya dan di mana ia dimasukkan?
Itu sahaja Tan Sri Pengerusi, Bangi mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Bangi. Saya jemput Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk Butiran B.6 050100 Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dengan peruntukan sebanyak RM1,147,796,000.
Sesuai dengan fungsi JAKIM itu sendiri, antaranya memantapkan penyelarasan dan pembangunan pendidikan Islam di peringkat negeri dan Persekutuan. Saya ingin membangkitkan bantuan geran kepada sekolah agama rakyat sebanyak RM20,000 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam pembentangan bajet tempoh hari.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Sekolah yang terlibat pada waktu itu sebab menurut PM Yang Berhormat Tambun, bantuan itu diberi semula kerana ditarik balik oleh Perdana Menteri pada waktu itu pada tahun 2002 dan mulai 2003, sekolah-sekolah agama rakyat yang dahulunya dapat bantuan daripada kerajaan, tak dapat bantuan lagi.
Sekolah yang terlibat adalah 290 buah sekolah dan pelajar yang terlibat 74,000 di peringkat rendah dan menengah dan guru-gurunya lebih kurang 5,000 hingga 6,000.
Sebelum ditarik balik pada tahun 2003, sekolah agama rakyat dapat bantuan per kapita dari Kerajaan Pusat. Bantuan bayaran makan pelajar asrama, juga bantuan alatan pembelajaran kemahiran hidup dan sebagainya.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Purata setiap sekolah agama rakyat mendapat bantuan per kapita daripada kerajaan pada ketika itu lebih kurang RM100 ke RM150 ribu, bahkan ada yang mendapat RM300 ribu berdasarkan jumlah murid. Jadi, saya ingin tanya, adakah yang dimaksudkan bantuan RM20 ribu itu bantuan yang sebagaimana pernah diberikan oleh Kerajaan Pusat pada tahun sebelum 2002? Kalau itu RM20 ribu yang diberikan, yang diumumkan oleh PM, memang tak cukup untuk sekolah-sekolah agama rakyat.
Sebenarnya, daripada 260 buah sekolah agama rakyat yang ditarik bantuan per kapita sekarang ini 223 sudah menjadi sekolah agama bantuan kerajaan. Mereka dapat bantuan dengan pelbagai-bagai bantuan guru, bantuan pembangunan dan sebagainya.
Hanya kira-kira lebih kurang 50 ke 60 buah sahaja sekolah di seluruh negara yang tidak menjadi SABK, sekalilah yang patut dibantu oleh kerajaan. Tapi, tidak padan dengan jumlah RM20 ribu.
Ada setengah sekolah, muridnya 100 orang, 200 orang, 300 orang. Adakah dengan RM20 ribu tak cukup? Jadi, saya mencadangkan supaya Yang Berhormat Menteri Kewangan mengkaji semula peruntukan sebanyak RM20 ribu supaya digandakan ataupun ikut balik bantuan per kapita yang pernah mereka dapat pada tahun sebelum 2002, mengikut kepala pelajar itu sendiri. Seorang mungkin dapat RM60, RM70 ataupun RM100, bergantung jumlah pelajar yang ada di sekolah tersebut.
Satu lagi, di sekolah-sekolah agama rakyat yang bukan SABK, mereka mohon untuk supaya turut dikecualikan yuran peperiksaan SPM, STAM ataupun STPM, sebagaimana kerajaan kecualikan ke atas sekolah-sekolah kerajaan. Jadi, apa salahnya yuran peperiksaan SPM dan STAM juga turut dikecualikan ke atas sekolah-sekolah agama rakyat ini?
Yang kedua, isu berkaitan dengan penyelarasan sekolah-sekolah rendah agama rakyat. Pertama, dulu saya sudah bangkitkan tapi saya semak melalui guru-guru KAFA, penggunaan buku-buku kerja dan juga yuran-yuran yang dikenakan masih tidak diselaraskan. Ini membebankan tanggungan ibu bapa apabila berlaku pertukaran sekolah kerana pindah tempat kerja, terpaksa beli buku baru.
Guru-guru masih rendah bayaran elaun. Tidak dibantu dengan kerja-kerja perkeranian. Kebajikan mereka juga tidak dijaga. Guru KAFA sukar untuk dapat pinjaman bank untuk tujuan membeli kenderaan yang sesuai dengan komitmen mereka, sebab elaunnya sangat kecil dan tidak boleh ditulis gaji. Hanya semata-mata elaun menyebabkan pihak bank tidak meluluskan pinjaman untuk mereka membeli motor ataupun kereta, sesuai dengan keupayaan mereka. Mereka juga tidak ada pencen sepanjang berkhidmat walaupun mengajar lebih 30 tahun.
Kadang-kadang guru KAFA diugut, hanya kerana menyokong parti pembangkang dalam pilihan raya. Itu hak mereka, untuk menyokong mana-mana parti pembangkang. Itu hak mereka untuk berpolitik, asalkan tidak cuai menjalankan kewajipan sekolah.
Akhir sekali, saya juga bersetuju dengan saranan supaya...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Parit Buntar, Parit Buntar, saya pun setuju dengan Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Okey, tak apa.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Isu nak sokong, tak nak sokong itu di luar. Tapi, di sekolah tak boleh.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Cukuplah. Saya tak bagi. Saya tak bagi.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Di sekolah, sekolah tak boleh.
Yang jadi isu sekarang ini kita dengar...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Hei, Hulu Langat, saya tak bagi laluan Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ada guru-guru yang berpolitik dalam sekolah.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Saya tak bagi laluan. Tak faham ke?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ini yang tak betul. Ini yang kita tak benarkan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Saya tak bagi laluan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya sepandangan dengan Parit Buntar. Di luar, tak ada masalah. Sokonglah mana-mana parti. Tapi, dalam sekolah, tidak boleh berpolitik. Terima kasih sahabatku Parit Buntar.
Tuan Pengerusi
Hulu Langat.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Ini Hulu Langat tak reti peraturan. Orang tak bagi, duduklah. Jadi Ahli Parlimen apa tak reti peraturan?
Saya cukup kesal dengan Hulu Langat yang mengganggu orang lain berhujah tanpa kebenaran. Speaker, tolong ambil tindakan. Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Parit Buntar, saya tambah seminit lagi.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tambah seminit?
Dua minit, Pengerusi. Dia ganggu dua minit tadi.
Tuan Pengerusi
Tak apa, bagi seminit.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Okey. Satu lagi.
saya minta pandangan Menteri Hal Ehwal Agama untuk supaya doa Qunut Nazilah dan takbir...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Parit Buntar, kalau saya bangkit lagi boleh?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
...yang tidak dibenarkan oleh Menteri Pendidikan...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Parit Buntar, boleh? Boleh seminit lagi?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Pertama...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Boleh seminit lagi?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Saya harap Menteri Hal Ehwal Agama tidak menghalang pelajar-pelajar sekolah agama daripada melaungkan takbir dan juga doa Qunut Nazilah, kerana ia diajar oleh sunah Rasullulah SAW. Takbir ialah laungan membesarkan Allah SWT. Maknanya, Allah Maha Besar...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Tak betul ini, tak betul.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Di ketika...
Tuan Pengerusi
Menteri, Menteri, Menteri.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Sabarlah, Menteri waktu gulung boleh jawablah. Pun tak reti peraturan ke? Waktu jawab nanti boleh jawab.
Tuan Pengerusi
Teruskan. Teruskan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Saya tak tanya Menteri Komunikasi. Saya tanya Menteri Hal Ehwal yang jaga agama. Ini seorang Menteri yang tak reti peraturan. Mengapa tidak dibenarkan? Sedangkan ia sunah Nabi yang diajar oleh Rasulullah. Ketika umat Islam...
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Parit Buntar...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Parit Buntar, saya mohon penjelasan Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
...ditimpa musibah, segala bentuk bala seperti serangan penyakit dan juga musibah umat Islam dibunuh...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Parit Buntar, Bangi ini bukan Hulu Langat.
Bangi, Bangi. Mohon penjelasan sikit.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
...rejim Israel laknatullah ke atas umat Palestin. Saya tak bagi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak bagi?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Saya tak bagi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak pernah bagi sebelum ini?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tak pernah. Saya tak bagi.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Peraturan, Speaker. Pengerusi, peraturan. Mengelirukan. Tak payah baca mengelirukan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Jadi doa Qunut Nazilah, doa yang dibaca ketika...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kenyataan dia itu mengelirukan fitnah.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
...solat fardu...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Fitnah di Dewan yang mulia ini.
Tak betul tu.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
...disunatkan oleh Rasulullah SAW.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
36(12), Parit Buntar kenyataan yang mana?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Parit Buntar ini, Parit Buntar ini, ini peraturan, peraturan. Mengelirukan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Jadi, apa salahnya pelajar-pelajar membaca doa Qunut Nazilah untuk...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Mengelirukan Dewan ini. Apa ustaz macam ini? Mengelirukan Dewan ini! Tak betul ini! Ini mengelirukan Dewan ini, Parit Buntar ini. Parit Buntar, duduk!
Tuan Pengerusi
Hei, Hulu Langat. Hulu Langat, semua duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Ketawa] Aku pula yang suruh dia duduk.
Tuan Pengerusi
Semua duduk. Semua duduk. Hulu Langat. Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Gangguan.
Tuan Pengerusi
Habiskan. Habiskan. Last.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Saya nak habiskan ayat ini berkaitan dengan isu doa Qunut Nazilah. Kalau tak betul, nanti boleh jawab waktu penggulungan. Bukan sekarang. Jangan ganggu saya. Saya cuma nak beritahu doa Qunut Nazilah ini...
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Parit Buntar...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
...disunatkan untuk dibaca ketika solat fardu, sebab kita menuntut dalam doa tersebut supaya Allah memberi pertolongan dan kemenangan kepada umat Islam Palestin...
Tuan Pengerusi
Baik, Parit Buntar dah masa dah.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
...dan Allah membinasakan menghancurkan Zionis Israel laknatullah yang menganiaya umat Islam setiap hari, membunuh umat Islam...
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Tan Sri Pengerusi, Peraturan Dewan, Tan Sri.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Jadi, saya harap jangan ada halangan [Tidak jelas] Qunut Nazilah...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Siapa tak benarkan Parit Buntar?
Siapa yang tak benarkan?
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
36(12). “Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan seolah menghina Majlis”.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Parit Buntar ini bawa cerita lawak betullah. Bawa cerita tak betul ini Parit Buntar ini.
Tuan Pengerusi
Baik.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Adakah Parit Buntar cuba untuk mengelirukan Dewan?
Tuan Pengerusi
Semua duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker suruh Sungai Petani duduk.
Tuan Pengerusi
Semua duduk. Semua duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha? Hulu Langat? Berdiri?
Tuan Pengerusi
Termasuk juga Parit Buntar. Dah habis masa. Baik, saya jemput Sri...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Saya nak tutup ini. Tak tutup lagi.
Tuan Pengerusi
..Gading. Dah, saya bagi seminit dah tadi. Sri Gading, silakan.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Pengerusi, saya nak nyatakan kesal saya kepada Hulu Langat dan lain-lain yang tak ikut peraturan.
Mengganggu orang lain bercakap.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak ikut peraturan tak apa, Parit Buntar tapi bawa cerita tak betul, fitnah!
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Kalau saya tak izin, tak boleh sepatutnya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Fitnah ini bahaya! Islam melarang fitnah!
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Gunakanlah peraturan mesyuarat. Kenapa tak guna peraturan mesyuarat?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Islam melarang amalan fitnah yang dilakukan oleh Parit Buntar! Itu lagi bahaya! Kami tak ikut peraturan tak apa...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Saya tidak...
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Baik. Duduk, duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Fitnah! Buat fitnah yang tak betul!
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Baik, sekarang. Baik, dengar sini. Saya rehatkan dua-dua keluar sekarang! Dua-dua keluar! Hulu Langat, Parit Buntar keluar sekarang!
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Speaker, berapa hari?
Tuan Pengerusi
Hari ini sahaja. Besok masuk balik. Jadi, sekarang, esok balik.
Pergi minum kopi dekat luar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Kenapa saya pula keluar? Yang ganggu Hulu Langat.
Tuan Pengerusi
No, saya suruh duduk.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Saya dah duduk dah.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Buat usul, buat usul.
Tuan Pengerusi
Jangan pertikaikan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Saya dah duduk, bila Hulu Langat bangkit balik, saya bangkit. Okey, saya duduk.
Tuan Pengerusi
Baik, saya minta dua-dua keluar. Dua-dua keluar pergi minum kopi. Pergi. Baik, Sri Gading, silakan. Parit Buntar, sila keluar. Sila Sri Gading.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Kalau Hulu Langat ganggu Parit Buntar Yang Berhormat...
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Silakan.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Sri Gading akan terus membahaskan atau memberikan beberapa pandangan, persoalan berkaitan dengan perkara-perkara yang telah diutarakan iaitu berkaitan dengan Butiran atau pun 04801 - Pembinaan Masjid/ Surau dan Pembaikan/Naik Taraf, di mana kalau dilihatkan kepada apa yang dinyatakan, ini adalah untuk memberikan kemudahan kepada rakyat...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Pengerusi, tanya sikit. Keluar terus ke boleh masuk balik?
Tuan Pengerusi
Keluar, esok masuk balik. Hari ini...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Esok?
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Ini kena tambah lagi saya punya masa ini.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Hari ini penggulungan, saya tak ada peluang dengar hari ini.
Tuan Pengerusi
Dengar dekat luarlah.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Nak mencelah tak boleh.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ada jawapan bertulis. Takpe, takpe.
Tuan Pengerusi
Silakan.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Kena tambah saya punya masa ini. Orang ganggu. Iaitu Sri Gading permohonan pembinaan masjid baru Nurul Huda yang telah dinyatakan kerana berdasarkan kepada peruntukan yang ada, dengan penambahan peruntukan sebanyak RM215,454 daripada RM64 juta lebih.
Jadi, dapat diluluskan kerana permohonan ini daripada rakyat dalam kawasan Parlimen saya. Persoalan antaranya, mohon kerajaan perincikan berapakah anggaran projek pembinaan masjid baru dan berapakah projek menaik taraf masjid yang bakal dilaksanakan dengan peruntukan yang sedia ada?
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Adakah dia termasuk kepada semua negeri termasuk negeri pembangkang? P.6 muka surat 107, 02000 – Jalan-jalan dan Jambatan-jambatan, di mana peruntukan di sini daripada RM23 juta berkurang sebanyak RM17 juta lebih, hampir RM18 juta. Hanya tinggal RM5 juta lebih. Jadi, adakah peruntukan ini yang sepatutnya membantu untuk keselesaan rakyat dipotong begitu banyak?
Mohon kementerian menjelaskan secara terperinci bagi penggunaan peruntukan ini, adakah peruntukan ini merupakan sebuah institusi khas di bawah JPM untuk menaik taraf jalan-jalan dan jambatan di seluruh negara? Sedangkan peruntukannya telah menurun sebanyak 78 peratus. Sri Gading ingin mohon perhatian pihak berwajib berkenaan pembinaan baharu atau pelebaran jambatan di Jambatan Parit Raja Darat yang perlu dilaksanakan segera dan dimasukkan dalam projek ataupun dalam perbelanjaan pada kali ini.
Butiran 030400 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Di mana kita sedia maklum bahawa APM adalah merupakan satu jabatan yang sangat penting khususnya dalam suasana bencana, di mana kalau kita lihat di sini dengan pertambahan peruntukan yang banyak iaitu berjumlah RM20 juta.
Adakah dengan pertambahan peruntukan ini agensi berkaitan bercadang untuk menyediakan fasiliti pusat perlindungan yang lebih kondusif ataupun pusat perlindungan tetap di mana dalam perancangan pusat perpindahan sementara (PPS) yang boleh dikekalkan untuk mengelakkan daripada penggunaan sekolah punya dewan, kerana dewan sekolah kadang-kadang kalau musim belajar ataupun musim peperiksaan, dia mengganggu dengan kehadiran mangsa-mangsa banjir, walaupun keluarga mereka sendiri kena banjir. Jadi kalau boleh, kita dapat dapatkan tempat yang terbaik untuk mereka. Pusat-pusat ini adalah pusat yang kekal, yang tidak mengganggu agensi-agensi lain.
Selain daripada itu, dalam ucapan ini juga di mana NADMA. Kalau dilihat pada peruntukan ini, NADMA kekurangan di kedua-dua bahagian. Kalau dilihatkan bahawa NADMA ini juga adalah agensi bencana yang memerlukan peruntukan yang besar.
Adakah dengan peruntukan yang sedikit ini mampu untuk melaksanakan tanggungjawab?
Sepertimana yang kita sedia maklum, sebagai contoh banjir yang berlaku pada Mac 2023 yang awal tahun ini, di mana kalau kita lihat kekurangan bahan-bahan ataupun peralatan untuk memberikan keselesaan kepada mangsa-mangsa banjir.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Seterusnya, 00121 – Infrastruktur Luar Bandar. Di mana peruntukan di sini bertambah RM72,600,000 di mana perincian— mohon kerajaan perincikan agihan peruntukan ini mengikut jenis projek pembangunan. Adakah melibatkan bekalan elektrik, air menaik taraf jalan kampung, lampu jalan dan sebagainya? Di mana kalau kita lihat bahawa permohonan untuk lampu jalan, khususnya di kawasan-kawasan yang sering berlaku kemalangan sepatutnya diberikan perhatian dan diberikan perhatian yang utama.
Akhir sekali, berkaitan dengan pemerkasaan JAKIM dengan peruntukan bertambah daripada RM1 bilion kepada RM1.37 bilion, di mana adakah pihak JAKIM bersedia untuk mewujudkan perjawatan baharu bagi menyahut seruan Perdana Menteri untuk memperluaskan peranan institusi berkenaan dalam memberi manfaat dan mengangkat martabat serta darjat negara?
Yang kedua, adakah bajet ini termasuk untuk membantu guru-guru KAFA diberikan jawatan tetap, yang sebelum ini mereka tidak dapat jawatan tetap? Walaupun telah berkhidmat puluhan tahun, sampai bersara pun kadang-kadang tak dapat apa-apa.
Jadi, saya mencadangkan supaya peruntukan ini membantu kepada guru KAFA.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Jerlun.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Pengerusi, saya ingin membahaskan peringkat Jawatankuasa berkaitan perbelanjaan mengurus B.6 Jabatan Perdana Menteri. Saya merujuk kod 030500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara
(NADMA). Bajet telah dikurangkan daripada RM36 juta Bajet 2023 kepada RM33,415,000 bagi Bajet 2024. Persoalan saya, mengapa dikurangkan? Sepatutnya dinaikkan kerana MET Malaysia melaporkan kejadian bencana alam dan banjir berlaku pada setiap masa.
Dalam jawapan bertulis pada 16 Oktober 2023 yang lalu, berkaitan soalan saya yang merujuk bantuan baik pulih kerosakan rumah akibat musibah ribut taufan. Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyebut kementerian tiada peruntukan khusus untuk menangani bencana besar. Sumber peruntukan untuk bencana masih lagi menggunakan peruntukan pembangunan sedia ada dalam tahun semasa. Oleh yang demikian itu, bantuan hanya dapat diberikan kepada mangsa bencana yang berskala kecil sahaja dan penerima bantuan masih tertakluk kepada syarat kelayakan yang ditetapkan.
Berdasarkan jawapan Menteri KKDW bahawa kerajaan tiada peruntukan yang besar bagi tahun ini untuk membaik pulih kerosakan rumah mangsa ribut. Pada 29 Oktober 2023 yang lalu, seminggu yang lepas berlaku ribut besar di Pida 2, Pida 3 dan Pida 4 dalam Parlimen Jerlun melibatkan 36 buah rumah mangsa dikenal pasti mengalami kerosakan teruk. Hampir 90 peratus rumah-rumah mangsa yang hilang bumbung dan bilik- bilik tidur tak dapat digunakan, dalam keadaan hujan turun tidak menentu.
Merujuk Bajet 2024 ini, saya mohon peruntukan segera kerajaan selewat- lewatnya pada Januari 2024 dapat disalurkan kepada Pejabat Daerah Kubang Pasu, Kedah untuk membaik pulih rumah mangsa ribut tersebut. Berkaitan bantuan bencana yang dijawab oleh Menteri KKDW sebagai berskala kecil bagi tahun ini, saya mencadangkan agar Bajet 2024, kerajaan memperuntukkan bantuan bencana berskala besar untuk mengatasi kesusahan rakyat.
Kod 040300 - Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Bajet dikurangkan daripada RM74 juta 2023 kepada RM73,102,000. Mengapa dikurangkan? Sebagaimana Pendang dan Jerai sebut, saya juga mahu mengulangi isu yang sama iaitu RUU 355. Saya difahamkan kelulusan Jemaah Menteri untuk membolehkan RUU 355 dibentangkan sudah pun diperolehi oleh Jemaah Menteri Kabinet pada Ogos 2022 yang lalu. Namun begitu, Parlimen telah dibubarkan pada 6 Oktober 2022 yang lalu menyebabkan kerajaan pada waktu itu tidak dapat membentangkannya.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Oleh itu saya pohon agar kerajaan dapat membentangkan RUU 355 ini dengan kadar segera memandangkan kesalahan-kesalahan jenayah syariah semakin bertambah.
Selanjutnya, apakah status penggubalan RUU 355 di peringkat penggubalan di Jabatan Peguam Negara? Selanjutnya, sejauh manakah keberkesanan Majlis Peguam Syarie Wilayah Persekutuan yang telah diwujudkan?
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam jawapan ke atas perbahasan saya di peringkat dasar Bajet 2024 menyebut peruntukan turut diberikan kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang mengendalikan kes-kes di bawah BAGUS. Saya teliti, tiada peruntukan khusus dalam butiran di bawah kod 040000 – Pengurusan Kehakiman dan Perundangan.
Adakah kerajaan bercadang mewujudkan akta yang boleh menyekat doktrin palsu, perkembangan ajaran sesat, fahaman syiah dan wahabi? Ini berikutan wujud pelbagai amalan keagamaan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ketiadaan akta tersebut menghalang para hakim syarie menjatuhkan hukuman kepada pesalah.
Kod 040400 – Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP). Bajet dikurangkan daripada RM28 juta 2023, kepada RM27,123,000. Persoalan saya, mengapa dikurangkan?
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Adakah dibuat pengambilan baharu pegawai syariah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan? Jika, ya berapakah jumlah pegawai syariah baharu yang akan dibuat pengambilan pada tahun 2024.
Kod Butiran 040800 – Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP).
Bajet 2024 juga dikurangkan kepada RM12,975,000 berbanding Bajet 2023 iaitu RM14,600,000. Persoalan saya mengapa dikurangkan? Adakah kursus-kursus kehakiman dan perundangan syariah turut dikurangkan untuk tahun 2024. Dalam ucapan Bajet 2024, Yang Amat Berhormat Tambun telah menyebut peruntukan bagi Akademi Kehakiman Malaysia dan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia sebanyak RM20 juta.
Saya dapati tiada butiran yang terkandung dalam B.6 di bawah peruntukan JPM ini.
Persoalannya, di manakah persoalan tersebut dimasukkan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya merujuk kepada Butiran 10600 – Projek Kerajaan Elektronik. Anggaran harga projek RM486 juta.
Saya nak kerajaan menjelaskan apakah Projek Kerajaan Elektronik yang telah dilaksanakan, yang akan dilaksanakan dan apakah— khususnya Projek Kerajaan Elektronik di ibu kota Kuala Lumpur.
Seterusnya, Butiran 94100 – Sewerage Non-River and River of Life. Tan Sri Speaker, jumlah anggaran harga projek ini sebanyak RM7.7 bilion. Projek ini telah bermula pada tahun 2011. Sehingga sekarang gagal. Semua berita, semua agensi pun kata projek ini telah gagal dan tiap-tiap tahun kerajaan kena berbelanjakan untuk tahun depan RM174 juta untuk projek ini. Jadi, saya nak kerajaan menjawab sama ada projek ini kena dihentikan atau patut disambungkan, diteruskan. Apakah cara penyelesaian projek ini dari terus membebankan duit rakyat.
Seterusnya, Butiran 060000 – Pemodenan dan Pengurusan Integriti. Dalam pada butiran ini, saya nak katakan salah satu tunjang utama Kerajaan Perpaduan ini adalah mempunyai dasar reformasi untuk memperbaiki sistem negara. Apa yang baik kita tingkatkan dan apa yang buruk kita buang. Saya ingin mencadangkan satu reformasi penting yang harus dimasukkan dalam peruntukan bajet tahun depan di bawah butiran ini kah atau di bawah butiran yang lain yang melibatkan pilihan raya pihak berkuasa tempatan
(PBT).
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Pilihan raya PBT adalah penting di Malaysia atas beberapa sebab. Pertama, mereka mempromosikan demokrasi dengan membenarkan rakyat mengambil bahagian secara langsung dalam pemilihan PBT yang mentadbir komuniti mereka.
Kedua, pilihan raya PBT akan meningkatkan ketelusan dan membendung rasuah dengan memastikan PBT bertanggungjawab kepada rakyat yang memilih mereka. Selain ini, pilihan raya PBT di Malaysia akan mengukuhkan prinsip demokrasi, menambah baik tadbir urus di peringkat akar umbi dan memperkasakan rakyat untuk mengambil bahagian secara aktif dan membentuk komuniti mereka. Terdapat segelintir daripada kita yang risau kalau warga bukan dari kalangan bumiputera menjadi Datuk Bandar atau Ahli Majlis PBT, terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, jikalau pilihan raya PBT dijalankan.
Saya yakin bahawa kebimbangan ini tidak seharusnya timbul kerana lebih daripada 60 peratus atau 70 peratus warga Kuala Lumpur adalah bumiputera. Namun begitu, penting untuk diingatkan bahawa kemenangan calon dalam pilihan raya PBT bergantung pada pelbagai faktor termasuk prestasi calon, perasaan masyarakat terhadap mereka, dasar-dasar yang mereka sokong dan kebolehan mereka untuk menggerakkan kempen pilihan raya yang efektif.
Memilih seorang Datuk Bandar yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat adalah satu langkah positif ke hadapan. Malaysia tidak sepatutnya ditinggalkan oleh ibu kota negara-negara jiran kita seperti Manila, Jakarta dan Bangkok yang telah mempunyai Datuk Bandar terpilih.
Mengapa kita tidak boleh melakukannya? Pilihan raya PBT akan mengekalkan kepercayaan rakyat dalam institusi tempatan dan menyokong proses pembangunan yang lebih berkesan dan berorientasikan rakyat. Dengan usaha komitmen kerajaan untuk mewujudkan reformasi negara yang lebih progresif dan inklusif kita boleh melangkah ke hadapan sebagai negara yang mematuhi prinsip-prinsip demokrasi dan pelaksanaan pemilihan raya yang adil. Ini adalah harapan rakyat untuk masa depan yang lebih cemerlang dan adil di Malaysia. Sekian sahaja, Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Saya jemput Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Tan Sri Speaker. Masjid Tanah ingin menyentuh tiga perkara. Pertamanya, di Butiran 010600 – Jabatan Komunikasi Malaysia (JKOM). Ingin bertanya, apakah perbezaan anggaran daripada RM18,692,000 hingga RM13,578,000 dan terdapat pertambahan emolumen untuk bagi tahun 2023 iaitu RM4.3 juta dan 2024 ini sebanyak RM6.1 juta. Terdapat juga perbezaan yang cukup besar sekali dari segi perkhidmatan dan juga perbekalan, di mana tahun 2023 RM12 juta, tahun 2024 hanya RM5.5 juta.
Saya ingin juga bertanya kepada pihak kerajaan, yang mana hari ini pertambahan yang dibuat untuk pegawai-pegawai kalau kita tengok ada pertambahan pegawai. Saya ingin tanya, apakah dia punya measurement yang dibuat untuk pertambahan pegawai- pegawai ini, kelayakan ataupun kualiti. Saya difahamkan batch ketiga baru sahaja lapor diri dan batch kedua baru selesai kontraknya pada minggu lepas dan ada juga yang telah pun mendapat pertambahan kontrak, penyambungan kontrak yang baharu.
Kita tengok pada sesi yang lepas, yang mana infografik yang tidak tepat yang sesuka hati yang dibuat tidak disemak agaknya oleh pihak pengurusan superior JKOM yang mana telah pun menjejas nama baik JKOM ini. Yang mana ia juga telah pun menjejaskan nama Ketua Pengarah, yang mana sebelum ini beliau adalah merupakan cendekiawan profesor akademik yang disegani pihak lawan dan juga kawan yang mana apabila diletakkan berkenaan dengan hantaran perbandingan antara harga zaman Perikatan Nasional dan juga Pakatan Harapan yang telah pun cetus banyak reaksi negatif.
JKOM perlu berwaspada dalam urus persepsi tanpa memperlekehkan apakah yang telah dilalui oleh rakyat, terutama sekali dalam keadaan yang sangat tertekan ini.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
JKOM sepatutnya menjadi suara kepada rakyat dan bukannya hanya menjadi medium propaganda politik, sebagaimana yang telah pun disentuh oleh Pendang dan juga sahabat-sahabat yang lain. Kerana hari ini kita melihat sebelum ini pihak kerajaan yang duduk di kerusi pembangkang selalu sahaja menghentam JASA, JKOM dan sebagainya.
Tetapi, hari ini apabila mereka duduk dipihak kerajaan, tidak ada nampak pun keadaan yang lebih baik berbanding dengan apa yang dilakukan oleh pihak JKOM sebelum ini.
Ketiganya, JKOM patut main tindakan secara proaktif maksudnya hari ini rakyat kuat menghentam Perdana Menteri kita dan patutnya JKOM harus urus persepsi ini dengan lebih baik dan juga lebih positif. Penyelarasan, saya ingin bertanya apakah penyelarasan dibuat antara pihak JKOM dengan UKK di setiap kementerian untuk menguruskan sesuatu isu itu.
Saya juga minta JKOM untuk menilai semula program-program yang dilaksanakan. Ini tidak, program yang dibuatnya sebab saya difahamkan pegawai tertinggi atasan dan juga pegawai tertinggi negeri kebanyakan mereka adalah dipinjam daripada Penerangan. Maka, program-program yang dibuat itu ada unsur-unsur sebagaimana program-program Penerangan sebelum ini. Ramai yang berpendapat bahawa JASA lebih baik...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
...Dalam melaksanakan program pada ketika itu. Saya ada- saya tidak banyak masa. Saya tinggal satu minit sahaja.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Bagi lah adinda sikit.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Saya tidak nampak impak...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Orang baharu ini.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
...Saya minta untuk JKOM nilai semula program-program ini yang mana ia memberi impak pada kerajaan. Ini adalah sebagai satu cadangan ya. Dan yang keduanya, saya ingin sentuh Butiran P.6...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Ada dua ayat saja. Dua ayat saja Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
...Iaitu Butiran 93500 – Projek Khas. Anggaran perbelanjaan projek keseluruhan iaitu Projek Khas sebanyak RM500 juta, Tan Sri Speaker. Tidak ada perbelanjaan yang direkodkan pada tahun 2022 dan 2023. Tetapi, untuk tahun 2024 ini, projek keseluruhan itu RM500 juta, tetapi 2024 ini diletakkan untuk projek khas ini sebanyak RM500 juta juga.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Jadi, saya ingin bertanya, apakah yang diperuntukkan? Kenapa diperuntukkan terus RM500 juta itu pada tahun 2024 ini? Apakah yang diklasifikasikan sebagai projek khas? Bagaimanakah piawaian ataupun medium yang dilakukan agar perbelanjaan yang dibuat tidak disalahgunakan dan juga tidak— kerana jumlah RM500 juta ini cukup besar sekali.
Akhir sekali, saya ingin menyentuh pada P.6...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Masjid Tanah, bagi hendak minta pencerahan sikit saja.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Bagi saya selesaikan P.6, Butiran 06100 – Pembangunan Industri Halal. Saya hargai usaha pertambahan daripada 2024 iaitu naik RM5.2 juta. Jumlah yang cukup besar berbanding dengan tahun 2022 iaitu— 2023 iaitu RM2 juta, 2022 hanya RM370,000.
Saya ingin tahu, berapa ramaikah industri yang baru ingin dicapai?
Bagaimanakah kolaborasi yang melibatkan 342 agensi halal yang bernaung di bawah JPM ini dapat dilaksanakan? Mengambil impak untuk— dalam hari ini, ramai yang boikot
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
untuk pembelian negara-negara yang boikot negara Israel, yang support negara Israel, bagaimana kita nak ambil impak untuk mereka membeli barangan buatan lokal? Kita bantu— berapa banyakkah usahawan-usahawan yang telah pun dibantu dari segi persijilan halal ini untuk tahun ini? Daripada jumlah tersebut, saya ingin tahu, berapakah jumlah syarikat Bumiputera yang dapat diberikan persijilan halal ini?
Tan Sri Speaker, kalau saya hendak bagi boleh?
Tuan Pengerusi
Masa tak ada.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Minta maaf, Yang Berhormat.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Hendak minta sedikit penjelasan fasal JKOM ya.
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput Jelebu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.
Saya ingin menyentuh program P.6, Butiran 16500 – Program Kelestarian FELDA. Dalam peruntukan yang diperuntukkan RM1.24 bilion, Tan Sri Pengerusi, yang saya harapkan supaya peruntukan RM1.24 bilion ini dapat kita gunakan semaksimal mungkin untuk Program Kelestarian FELDA terutamanya bagi kepentingan peneroka. Kalau boleh dapat pihak kerajaan jelaskan, daripada RM1.42 bilion ini, adakah untuk membayar hutang FELDA ataupun sepenuhnya digunakan untuk Program Kelestarian FELDA?
Kita ada 317 rancangan FELDA, Tan Sri Pengerusi, di seluruh negara dengan lebih 112,000 golongan peneroka. Daripada ini juga melibatkan lebih kurang 480,000 hektar keluasan tanah ladang. Ini adalah merupakan aset kepada kerajaan yang begitu besar, Tan Sri. FELDA perlu mengambil kira, kerajaan perlu mengambil kira supaya keseluruhan komposisi FELDA ini dapat kita letakkan di bawah satu kementerian khusus bagi dapat berikan tumpuan apa jua perkara yang berkaitan dengan maslah FELDA.
Tambahan pula, pada ketika ini, banyak isu berbangkit dengan FELDA ini yang perlu diselesaikan satu persatu oleh pihak kerajaan.
Saya mengambil contoh di gugusan FELDA Wilayah Raja Alias di Negeri Sembilan. Tan Sri, isu berkenaan sekali lagi saya sebut, isu berkenaan perumahan generasi kedua FELDA. Walaupun dah disebut oleh Jempol dan juga beberapa Ahli Parlimen daripada FELDA, tetapi isu ini once for all, dengan izin Tan Sri Pengerusi, mesti diselesaikan. Kalau tidak diselesaikan, ia akan menjadikan satu masalah kepada golongan generasi kedua FELDA.
Antara punca golongan generasi kedua, ketiga dan keempat FELDA yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap FELDA, Tan Sri, ialah berkaitan dengan rumah generasi kedua. Walaupun sudah ada di Wilayah Raja Alias, sudah ada beberapa perkara dapat diselesaikan berkaitan dengan projek perumahan ini, tetapi saya hendak sebut di Dewan Rakyat pada petang ini, masih ada 510 unit rumah generasi kedua PGBF ini di tiga rancangan iaitu Pasoh Tiga, Palong 12 dan Palong 16 yang masih terbengkalai dan tiada peruntukan dan yang kita tak nampak— tiada sebarang hala tuju ke arah penyelesaian masalah yang berkaitan dengan rumah ini.
Saya sudah tengok setiap program dan juga projek perumahan ini, Tan Sri. Ada rumah yang sudah siap yang dalam progress hampir 60 peratus. So, tinggal lagi 40 peratus sahaja. Saya percaya kalau komitmen ini dapat FELDA berikan 100 peratus, maka dengan peruntukan yang disediakan oleh pihak kerajaan, maka ketiga-tiga ataupun 510 rumah unit ini dapat kita selesaikan. Walaupun kita sebagai Ahli Parlimen faham tentang kewangan dan kekangan kewangan pihak kerajaan, tetapi kita tidak ada pilihan kecuali mencari satu exit clause, dengan izin, yakni cari jalan supaya projek ini dapat kita selesaikan dalam tempoh-tempoh tertentu. Kalau boleh, sebelum habis penggal ini.
Kerajaan, Tan Sri— Saya nak beri cadangan kepada kerajaan. Kita pernah buat kerjasama antara FELDA dengan agensi kerajaan seperti SPNB. Cadangan kerjasama
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
ini dibuat pada satu ketika dahulu, tetapi terhenti kerana perubahan kerajaan pasca 2018.
Saya difahamkan dan berdasarkan maklumat, beberapa rancangan FELDA di Johor dan di Terengganu yang telah sempat mengguna pakai kaedah rakan kerjasama ataupun rakan kongsi ini. Kalau kita dapati konsep ini boleh memberikan kejayaan kepada penyelesaian masalah ini, maka saya cadangkan supaya dapat kita gunakan konsep itu untuk kita jalinkan kerjasama sama ada dengan agensi kerajaan ataupun pihak swasta yang sentiasa terbuka pintu mereka untuk menjalinkan kerjasama dengan FELDA.
Kita harap FELDA bukalah sedikit ruang rundingan sama ada dengan pihak swasta, agensi ataupun kerajaan negeri bagi kita menyelesaikan masalah ini. Kita harus ingat bahawa perkara ini sangat penting bagi kita supaya dapat kita laksanakan apa yang dihasratkan oleh pihak kerajaan supaya projek perumahan dapat diwarisi oleh kebanyakan majoriti sekarang yang berada dan juga duduk di kawasan FELDA.
Saya harap dapat pihak kerajaan menjawab soalan yang berkaitan dengan FELDA ini kerana beberapa kali saya usulkan, masih tidak dapat dijawab yang berkaitan dengan FELDA.
Tan Sri Yang di-Pertua, penutup. Saya ada tiga topik. Saya boleh keluarkan dua topik sahaja yakni saya hendak pergi kepada P.6, Butiran 00121 – Infrastruktur Luar Bandar yang diperuntukkan RM207.6 juta, Tan Sri. Bagi butiran ini, saya lihat RM207.6 juta diperuntukkan bagi membangunkan infrastruktur luar bandar.
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, bagaimanakah pecahan pembangunan infrastruktur ini akan dibuat? Adakah terdapat sebarang kriteria khusus atau keutamaan yang dibuat untuk memilih projek infrastruktur mana yang perlu didahulukan?
Saya ingin mencadangkan pada petang ini, Tan Sri, supaya pihak kementerian dapat mengutamakan projek infrastruktur di kawasan luar bandar yang berisiko untuk dilanda banjir terutamanya bencana banjir dan sebagainya. Sekarang ini musim tengkujuh, kawasan luar bandar banyak tempat yang mempunyai potensi untuk dilanda banjir.
Bagi kos-kos tertentu bagi kawasan-kawasan tertentu, Tan Sri Pengerusi, tidak memerlukan banyak belanja. Kawasan Parlimen saya di satu kampung, Tan Sri, Kampung Petaseh, Simpang Pertang, satu tahun tiga kali dilanda banjir. Problem sama iaitu culvert ataupun laluan air itu terlalu kecil. Kerajaan perlu tukar jambatan. Saya sudah minta berkali-kali. Program itu memerlukan lebih kurang RM3 juta, RM4 juta ke RM5 juta sahaja.
Apa nilai RM4 juta ke RM5 juta berbanding dengan hampir 200 penduduk di kampung itu dan berbanding dengan peruntukan RM207 juta.
Satu lagi, Taman Pekan Baru. Baru dua hari lepas banjir lagi. Banjir di Taman Pekan Baru ini, Tan Sri, empat kali dah tahun ini. Rumah itu dah bersedia dah dan dia dah bersedia. Rumah dah bersedia akan menghadapi banjir. Puncanya sedikit sahaja yakni memerlukan penukaran culvert dan juga pembesaran sungai yang, pada saya, mengambil peruntukan yang sedikit daripada peruntukan yang besar yang diperuntukkan oleh kerajaan, tetapi boleh menyelamatkan ratusan, malah ribuan harta untuk masa-masa depan, Tan Sri. Jadi, saya harap dapat pihak kerajaan mengambil tindakan ini.
Saya ucapkan terima kasih, Tan Sri Pengerusi. Saya menggunakan gadget untuk rujukan teks, tidak seperti Arau untuk membuat live streaming. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Silakan Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Eh, Jelebu, jangan sebut nama saya. Saya tak kawan dengan dia dah.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi
Waalaikumussalam.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Rakyat Malaysia, orang muda.
Sekejap tadi lima minit yang lalu, Menteri Komunikasi, akaun TikTok saya telah pun di- banned. Insya-Allah, saya akan menggunakan saluran lain untuk memancarkan pemikiran bebas kita di Parlimen ini. Saya harap Menteri Komunikasi tidak terlibat ya.
Tetapi, tak apa, saya tidak ada masalah. Allah lebih berkuasa daripada mana-mana pihak ya. Selamat berpuasa Tan Sri.
Tuan Pengerusi
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang pertama sekali, Butiran 020100 – ICU ya. Yang Berhormat, peruntukan yang diberi tambahan pada tahun 2023 RM665 juta, kemudian 2024 RM813 juta. Kita lihat perbezaannya RM152 juta. RM152 juta ini, tetapi peruntukan Ahli Parlimen pembangkang tidak diberi. PMX telah umum di Parlimen ini, “Saya telah kata supaya pihak PN datang berunding”.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
PN telah berunding dua kali. Jadi, kalau kata tak berunding itu salah. Berunding dua kali. Serta-merta selepas PM menjawab soalan saya pada tahun lepas, serta-merta kita jumpa. Tetapi jawapannya ialah surat yang dihantar, beberapa syarat ketat termasuklah memberi sokongan sampai habis penggal. Yang tidak wajar berlaku.
Sepatutnya kita bagi sokongan kepada bajet seperti yang telah dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Jadi, saya minta dipertimbangkan tetapi kalau tak mahu pertimbang pun, pun tidak ada masalah. Itu hak tuan-tuan dengan Allah Taala. Kami telah selesai kerja kami untuk berjuang bagi pihak rakyat tetapi kerajaan menunjukkan sifat bongkak dan sombongnya, tak mahu pertimbangkan langsung.
Kedua ialah Projek Mesra Rakyat yang telah disebutkan oleh pelbagai pihak tadi iaitu P.6 Butiran 93500 – Projek Khas. Diwujudkan RM500 juta Yang Berhormat Tan Sri.
Tan Sri pun dulu duduk sebelah sini, so Tan Sri faham. Ini RM500 juta ini kerajaan wujud untuk apa? Kemudian, yang Projek Mesra Rakyat RM444 juta berterusan. RM500 juta tambahan, yang kami tidak ada hak langsung. Jadi, kita minta nak tanya kepada kerajaan, RM500 juta ini untuk siapa? Siapa nak jawab soalan pada petang ini? Saya tengok Menteri tak nampak ya. Untuk siapa? Kalau untuk puak-puak itu, tak payahlah. Mereka dah dapat peruntukan.
Jadi, saya rasa RM500 juta ini, biar diagih dengan adil dan saksama. Yang Berhormat Tan Sri yang sedang berkuasa sekarang faham bahawa keadilan harus ditegakkan kepada semua. Jangan memihak kepada mana-mana pihak. Tadi, Hulu Langat kacau Parit Buntar, Parit Buntar pun kena keluar. Yang Berhormat, tak patut berlaku.
Sepatutnya dia yang keluar. Pengganggu nombor satu negara. Jadi, patut keluar ya.
Kemudian, tentang B.6 Butiran 010000 – JKOM. Saya setuju dengan Masjid Tanah. Kita kena wujudkan JASA balik. Kalau tidak, kita bagi peruntukan RM13.57 ini untuk apa ya? Jadi, saya rasa tidak wajar dibuat demikian. Sama ada kita tutup terus, bagi dekat Kementerian Komunikasi, boleh dia buat sesuatu untuk dimasukkan di bawah kementeriannya ataupun RM13.5 juta ini untuk apa Yang Berhormat ya? Kalau boleh wujudkan JASA semula sebab sekarang PMX teruk kena kat bawah. Rakyat marah dekat dia. Tak ada siapa yang mempertahan. Puak-puak nu tak ada pertahan apa. Duk kerja minta peruntukan ja. Kami ini yang kadang-kadang rasa sedih sebab PMX dihentam. Saya kata, “Dia itu bagus. Kabinet dia yang tak bagus”. Okey, kemudian yang berikutnya ialah B.4 Butiran 030000 – Angkatan Pertahanan Awam. Tadi ada kawan saya di sana menyebut JPAM, bukan JPAM, Angkatan Pertahanan Awam (APM). APM ini Tan Sri, dia angkatan. Angkatan ini— tapi staf tetapnya 2,000 orang.
Nak angkatan apa? Nak buat jabatan pun tak layak. Jadi, sekarang ini, kena naikkan tarafnya supaya dia ada anggota tetap 10,000 orang, lepas itu sukarelawan 1,000,000. Itu yang patut dibuat sebab mereka menjaga bencana. Jadi saya minta, saya nak bertanya, apakah boleh dinaikkan kakitangan mereka ke taraf tetap menepati 10,000? Kalau tidak, angkatan mana 2,000 orang? Kalau Jelebu jadi Menteri, saya rasa dia pun tak boleh buat yang ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, tentang yang berikutnya Yang Berhormat. Saya dah nak landing dah.
Butiran 020100 – SPRM. Jadi SPRM, saya nak bagi tahu, sekarang kerajaan sekarang ini anti-rasuah. Alhamdulillah. Suka saya, gembira saya tak terhingga tapi cara buat kerja menggalakkan rasuah. “Kalau mana-mana Ahli Parlimen sini sokong, kami bagi peruntukan”. Apa itu bukan rasuah? “Hang nak sokong, aku bagi peruntukan”. Apakah itu bukan rasuah, Tan Sri? Apakah peruntukan itu mesti disyaratkan sokong, kita bagi? Jadi, yang dua orang Ahli Parlimen, dia menyokong. Tak keluar parti. Keluar parti, dia terpecat.
Jadi, dia tak keluar parti. Sekarang ini mereka menyokong tapi itu satu perbuatan yang cukup bagus sebab lepas ini akan ada Ahli-ahli Parlimen sana yang menyokong kami, alhamdulillah.
[Tepuk] Kemudian, yang berikutnya ialah Pengurusan Wilayah Persekutuan. Yang terakhir, boleh Tan Sri ya? Yang kedua terakhir lah ya sebab yang penghabisan tadi adalah MKN. Tan Sri pun seronok nak dengar yang itu sebab itu benda penting. Jadi, DBKL telah diluluskan Butiran 070000, RM50 juta. Ini untuk pengurusan. Yang saya rasa yang DBKL minta dulu ialah peruntukan pembangunan, RM500 juta untuk membina tembok di sepanjang Sungai Klang dan terus sampai Selangor. Dengan itu, banjir daripada sungai tak boleh masuk ke daratan. Kalau tidak, kalau kita tak bina tembok, jadi air sungai yang melimpah akan masuk ke daratan. Jadi, saya minta dipertimbangkan semula.
Untuk tujuan rekod Menteri ya, Dato’ Seri Shahidan Kassim masa dia jadi Menteri, dia luluskan Pelan Struktur Kuala Lumpur pada 31 Ogos. Hari Merdeka itu, malam itu dia lulus. Tapi tak sempat warta sebab mari pilihan raya. Tapi baru-baru ini saya dengar cerita, Bandaraya kata, PMX yang luluskan pada 4 Oktober dan warta 19 Oktober. Tolong perbetulkan rekod. Yang luluskan ialah Menteri yang lalu Yang Berhormat ya. Jadi, sekarang ini semua tergendala di Kuala Lumpur sebab Perubahan 4 Jelebu ya?
Perubahan 3 dan 4 belum diluluskan oleh PMX.
Akhir sekali ialah Majlis Keselamatan Negara iaitu Butiran 030000 – MKN. Yang Berhormat, satu saya minta, supaya kerajaan memegang ketegasan bahawa siapa yang menceroboh kita ambil tindakan. Tetapi daripada 2013 sampai sekarang, Beting Patinggi Ali, saya memperjuangkan untuk orang-orang Sarawak. Orang-orang Sarawak dan kami berpisah tiada. Kami memperjuangkan nak hak yang mana Beting Patinggi Ali berada 80 kilometer daripada— 80 batu nautika daripada Sarawak, kita minta kerajaan halau keluar mana-mana penceroboh.
Sekarang penceroboh berada di sana tetapi pihak kerajaan baru-baru ini menyebut bahawa tuntutan bertindih. Ini bukan bertindih, pencerobohan. Bertindih ini adalah kawasan sempadan, kita tak tahu siapa yang punya, bertindih. Ini 80 kilometer daripada Sarawak, padahal sempadan kita ialah 200 batu nautika.
Akhir sekali Tan Sri...
Tuan Pengerusi
Eh, banyak kali akhir ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang terakhir. Confirm.
Tuan Pengerusi
Last? Confirm?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Confirm Tan Sri. Saya hormat Tan Sri tapi kalau Tan Sri nak hukum saya pun, terpulanglah. Saya redhalah. Nak buat macam mana kan? Tapi sikit sahaja. Sebab apa? Ini penting ya Yang Berhormat.
Ini kepada JAKIM ya. JAKIM. Yang Berhormat JAKIM. Ini bila kes 12 orang, tiga orang Ahli Parlimen dan sembilan DUN mengeluarkan perkataan-perkataan seperti “dendam, kebencian, keganasan” dan sebagainya, saya tengok Menteri diam. Menteri kena komen. Menteri Pendidikan mula-mula kami dah beritahu. Kita pun seronok sebab apa? Dia sebut benda ini jangan ganggu Kementerian Pendidikan. Kami tak mahu ganggu. Tapi bila dia kata tentang Qunut Nazilah dan takbir itu, kami pun dah hilang penghayatan kepadanya dan jawapannya pada hari tersebut telah tercela. Jadi, Menteri Agama tak boleh duduk diam tentang benda yang berlaku sekarang. Tegur, tegur.
Sebab apa? Allah berfirman dalam Al-Quran Tan Sri, [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “Kena tegur”. Kena tegur dari masa ke masa. Kalau tak tegur macam mana orang
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
nak tahu. Inilah pendidikan yang wajar yang dibuat oleh pihak kerajaan. Terima kasih Tan Sri. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi
Waalaikumusalam. Sila Jelutong, last.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 040000 – Pengurusan Kehakiman dan Perundangan dan juga Butiran 040100 – Bahagian Hal Ehwal Undang-undang. Saya ingin tanya kepada Menteri berkenaan sama ada peruntukan ini juga terlibat kepada penyelenggaraan dan juga naik taraf mahkamah-mahkamah? Saya merujuk kepada butiran ini, merujuk kepada Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang begitu lama sedang di naik taraf dan diperbaiki tetapi sehingga sekarang kita lihat bahawa bangunan itu masih lagi tidak boleh digunakan. Bangunan itu merupakan satu bangunan yang ikonik di mana bangunan itu digunakan sebagai bangunan untuk prosiding mahkamah tinggi.
Jadi, saya mohon penjelasan daripada Menteri berkenaan di atas isu tersebut...
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Jelutong, boleh mencelah sikit?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dan saya juga memohon supaya diberi perhatian. Tiada masa. Sorry. Later. Saya akan beri nanti ya. Saya habiskan dulu.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Tumpang satu soalan?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya habiskan dulu. Saya habiskan dulu. Saya habiskan dulu.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Okey, okey, okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
So, saya juga mohon diberi perhatian kepada mahkamah-mahkamah lain di seluruh Malaysia. Juga memohon jasa baik Menteri berkenaan untuk diberi perhatian berkenaan dengan kekurangan- kekurangan. Kadangkala ada bangunan-bangunan mahkamah yang lama, yang usang, yang rosak umpamanya. Kadangkala di Sungai Petani, di Alor Setar dan juga di tempat- tempat lain supaya kerajaan sentiasa memberi perhatian memastikan bahawa kemudahan-kemudahan penghawa dingin, kemudahan internet, kemudahan-kemudahan seperti bangunan tempat letak kereta diberi perhatian sentiasa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pada masa yang sama, saya juga ingin menarik perhatian Tuan Pengerusi kepada Butiran B.9 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Tuan Pengerusi, saya di sini ingin membaca satu peruntukan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Peruntukan seksyen 25(1) yang berbunyi seperti berikut, “Mana-mana orang yang diberi, dijanjikan atau ditawarkan apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana peruntukan akta itu hendaklah melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu berserta dengan nama jika diketahui orang yang memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan itu kepadanya kepada pegawai Suruhanjaya atau pegawai polis yang paling hampir”.
Ini merupakan satu peruntukan di mana kalau seseorang itu ditawarkan apa-apa sogokan, kita harus melaporkan perkara itu kepada SPRM. Kegagalan melaporkan perkara itu merupakan satu kesalahan. Saya menggunakan kesempatan ini untuk bertanyakan kepada Menteri berkenaan, dewasa ini ada satu kenyataan dibuat oleh Ketua Pembangkang bahawa ada Ahli-ahli Parlimen di sebelah sana yang telah ditawarkan projek dan sebagainya.
Saya rasa amat terkilan, saya tahu bagaimanakah cara suatu ketika dahulu saya menjadi pembangkang di sebelah sana, disebabkan oleh the Sheraton Move. Jadi saya tidak mahu perkara ini berulang, berlaku dan saya memandang serius di mana Ketua Pembangkang telah mengadakan satu sidang akhbar membuat tohmahan dan tuduhan
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
mengatakan bahawa ada tawaran projek kepada Ahli-ahli Parlimen di sebelah sana untuk memberi sokongan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Saya ingin bertanya, adakah Yang Amat Berhormat Menteri berkenaan mengetahui perkara ini dan saya ingin tanya kenapakah Yang Berhormat Ketua Pembangkang tidak melaporkan perkara ini kepada SPRM? Saya juga ingin tanya kenapakah Ahli-ahli Parlimen berkenaan yang telah dinyatakan iaitu Yang Berhormat Ahli Parlimen Besut, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang telah menerima tawaran-tawaran ini...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Baca betul-betul. Baca betul- betul laporan, jangan menuduh. Saya tak...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tanya, saya tanya soalan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya tak beritahu pun.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tanya soalan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...Pasal saya ditawarkan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Perkara ini...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak ada!
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Perkara ini telah diberitahu...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Hanya projek sahaja...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Perkara ini telah...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Baca betul-betul laporan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, saya tak beri laluan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
You buat tuduhan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tanya...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
You buat tuduhan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tanya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Baca dulu!
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tanya. Saya telah mengatakan perkara ini...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ini masalah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Didedahkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Jadi, saya tanya kalau betullah...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
36(12), mengelirukan. Saya tak pernah buat pun kenyataan mengatakan saya ada ditawarkan rasuah dan sebagainya.
Tak ada.
Tuan Pengerusi
Jelutong bertanya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya bertanya.
Tuan Pengerusi
...Jadi Menteri lah yang akan jawab.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, saya bertanyakan kepada...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tapi dia menyebut Besut.
Tuan Pengerusi
Ya lah, soalan bertanya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Masalahnya perkataan yang disebut...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Perkara ini...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...Besut.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Besut tak pernah sebut.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Besut, dengarlah dulu Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya lah, itu sebab you sebut Besut, jangan sebut.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Perkara ini disebut oleh...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...Kalau benda yang tak pasti.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Besut, dengar dulu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya, benda belum pasti. Saya sudah bagi tahu sekarang.
Tuan Pengerusi
Besut, Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Benda belum pasti.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker.
Tuan Pengerusi
Besut, duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, minta bersabarlah Besut. Sebagai seorang bekas hakim, majistret, peguam. Apa yang dikatakan adalah perkara ini didedahkan oleh Ketua Pembangkang. Kalau betul perkara ini, sewajarnya Ketua Pembangkang melaporkan perkara ini kepada SPRM. Kalau beliau tidak melaporkan perkara ini kepada SPRM, bukankah itu menjadi satu kesalahan di mana Ketua Pembangkang boleh diambil tindakan.
Jadi, saya mohon penjelasan di atas perkara-perkara ini. Perkara-perkara ini adalah perkara yang serius. Kita tidak mahu kerajaan kita dikecam. Kita tidak mahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dikecam, dituduh. Jadi, saya mohon perkara ini diberi perhatian dan mohon penjelasan daripada Menteri berkenaan untuk menjawab. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik. Terima kasih. Sekarang Jelutong ialah pembahas terakhir, jadi sekarang saya akan jemput Menteri-menteri untuk menjawab. Untuk itu saya jemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) silakan, 15 minit.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Auzubillah Minashaitan Nirajeem. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya mulakan ucapan penggulungan perbahasan Belanjawan 2024 peringkat Jawatankuasa ini dengan mengajak seluruh Ahli Yang Berhormat bersama-sama merenung Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa, ayat yang ke-29.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan cara yang salah kecuali melalui perniagaan yang dilakukan atas dasar redha meredhai antara kamu dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri, sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu”. Tan Sri Pengerusi, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah hal
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
ehwal agama sepanjang tempoh perbahasan belanjawan peringkat Jawatankuasa daripada pagi tadi sehinggalah pada petang ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 15 Ahli Yang Berhormat telah membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan hal ehwal agama. Izinkan saya menjawab semua isu yang dibangkitkan olah Ahli Yang Berhormat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 66(1).
Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan pada hari ini adalah – minta maaf Tan Sri Pengerusi. Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat – saya pergi satu-satu Tan Sri Pengerusi. Saya mulakan dengan Yang Berhormat Bagan Serai, Pokok Sena, Jasin, Paya Besar, Segamat, Parit, Pengkalan Chepa, Kuala Krai, Tenggara, Pendang, Jerai, Parit Buntar, Sri Gading, Jerlun dan Masjid Tanah.
Saya mulakan Tan Sri Pengerusi dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai. Yang Berhormat menyatakan berdasarkan Bajet 2024 ini, apakah ada penambahan perjawatan kepada kakitangan halal JAKIM. Itu soalan yang pertama.
Tan Sri Yang di-Pertua, pada masa ini perjawatan di Bahagian Pengurusan Halal JAKIM adalah seramai 170 orang termasuk kakitangan pengurusan dan pentadbiran. Perjawatan ini terdiri daripada pelbagai skim dan kepakaran iaitu skim hal ehwal Islam, teknologi makanan, farmasi, sains kimia, teknologi maklumat dan pentadbiran.
Manakala jumlah perjawatan di Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Negeri-negeri adalah berdasarkan model perjawatan yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2015, berdasarkan saiz industri dan trend jumlah permohonan mengikut negeri.
Walau bagaimanapun, pengisian jawatan sedia ada di negeri-negeri adalah berdasarkan keupayaan negeri masing-masing. Selaras dengan keperluan pada masa ini dan ekspektasi pemain industri agar proses pensijilan halal dapat disegerakan, kerajaan sedia untuk mengkaji keperluan penambahan perjawatan di JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri dan JAIN serta implikasi kewangan bagi tujuan tersebut. Kerajaan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat tentang struktur pengurusan pensijilan halal di bawah JAKIM.
Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri untuk diswastakan.
Yang ini berkaitan dengan soalan yang kedua yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bagan Serai iaitu yang mencadangkan supaya persijilan halal Malaysia ini tidak diswastakan. Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menswastakan pengurusan pensijilan halal dan peruntukan dalam perenggan 3 Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang memberi kuasa kepada JAKIM dan MAIN sebagai pihak berkuasa berwibawa untuk memperakui mana-mana makanan atau barang-barang atau perkhidmatan yang berkaitan dengannya adalah halal masih lagi berkuat kuasa.
Perkara ini Tan Sri Pengerusi adalah selari dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke-70 pada 28 Ogos 2023 supaya urusan pensijilan halal di peringkat domestik dan antarabangsa terus dikekalkan di bawah JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-222 pada 20 Oktober 2010.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Yang Berhormat Bagan Serai juga ada bertanya berkaitan dengan adakah Program Wakaf Tani diteruskan. Tan Sri Pengerusi, ya. Program Wakaf Pertanian
(WATANI) yang dilaksanakan menggunakan peruntukkan inisiatif Belanjawan 2022 masih diteruskan menggunakan dana sedia ada dan hasil jualan produk WATANI.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Program ini merupakan inisiatif Yayasan Waqaf Malaysia bagi melonjakkan peranan wakaf dalam sektor agroekonomi. Ia telah dimulakan pada bulan April 2022 dan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
telah menghasilkan empat jenis tanaman iaitu jagung di mana menghasilkan 1,000 tongkol melalui enam pusingan tanaman. Golden melon menghasilkan 1,500 melalui lima pusingan tanaman, nanas menghasilkan 700 biji melalui satu pusingan dan cili satu pusingan.
Bagi mempelbagaikan produk WATANI, tanaman serai, penternakan ikan keli dan ikan tilapia berskala kecil turut dijalankan. Buat masa ini, WATANI dilaksanakan di atas tanah berkeluasan 10 ekar dengan lima orang pekerja ladang dari golongan B40 di mana salah seorangnya merupakan OKU pendengaran. Insya-Allah WATANI akan diperluaskan di seluruh negara sekiranya model sedia ada WATANI ini berjaya.
Yang Berhormat Bagan Serai, Puan Timbalan Pengerusi juga mempersoalkan – bertanya berkaitan dengan peruntukan oleh MAIWP diberikan pada Majlis Peguam Syarie.
Pada tahun 2024, MAIWP tidak lagi memperuntukkan bajet kepada Jawatankuasa Peguam Syarie kerana telah didaftarkan sebagai Majlis Peguam Syarie di mana Majlis Peguam Syarie ini mempunyai peruntukan sendiri. Perkara ini diputuskan di peringkat MAIWP melalui sesi semakan anggaran perbelanjaan MAIWP 2024 pada Jun 2023 dan telah diluluskan di Mesyuarat Khas MAIWP Bil. 3/2023 pada 20 September tahun ini.
Berbanding tahun 2023, MAIWP telah menyalurkan sejumlah RM70,000 bagi membiayai aktiviti kepada Jawatankuasa Peguam Syarie. YB Bagan Serai juga bertanya berkaitan dengan jumlah cetakan.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Tuan Pengerusi, berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan soal peruntukan untuk Majlis Peguam itu. Kalau tidak saya ingat perjalanan untuk mereka nak mengerakkan balik ini agak terencat. Jadi, saya merayulah, saya mewakili mereka kita harapkan pihak MAIWP untuk memberikan peruntukan kepada majlis ini. Kalau tidak, mereka tidak mampu untuk bergerak kan. . Biarlah ia jadi satu model untuk kita - dia akan dicontohi oleh negeri-negeri lain pula. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih, Yang Berhormat Bagan Serai. Insya-Allah saya akan bawa perkara ini kepada MAIWP dan persoalan yang timbul ini Yang Berhormat ialah bagaimana kita nak memastikan supaya Majlis Peguam Syarie ini melalui Akta Guaman Syarie yang sedia ada ini supaya mereka ini boleh memikirkan bagaimana untuk generate pendapatan mereka ini sendiri. Tetapi, saya setujulah dengan apa Yang Berhormat Bagan Serai sebut sebentar tadi untuk permulaan ini mereka sudah tentu memerlukan dana yang tertentu untuk membolehkan mereka ini untuk bergerak. Terima kasih, Yang Berhormat.
Berkaitan dengan cetakan naskhah Al-Quran - yang persoalan yang dikekalkan sebanyak 20,000 naskhah seperti mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada tahun 2023. Yang Berhormat juga mohon untuk menyatakan apa jenis naskhah Al-Quran yang akan dicetak yang bernilai RM500? Puan Timbalan Yang di- Pertua, jumlah sebenar keseluruhan naskhah Al-Quran yang dimaksudkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah satu juta naskhah. Jumlah awal dicetak ialah sebanyak 20,000 naskhah.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Ya.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Apabila cokmar di bawah kita kena sebut Tuan Pengerusi bukan Tuan Yang di-Pertua. Okey? Itu dia kaedah dia. Tadi sebut Tuan Speaker
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Itu pun jadi masalah ke Pendang?
Understood je lah.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tak boleh. Ini peraturan, tak boleh. Bukan understood, jangan main macam itu
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup cukup
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Stood, stood ini apa dia stood? Ini Peraturan ini. Tak reti, diamlah.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih, Pendang. Saya ingat kot saya sebut Puan Timbalan Pengerusi. Tidak ada pula saya sebut – ya, okey terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tidak apa, tidak apa teruskan.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih, Pendang.
[Dewan riuh]
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Pada masa ini, jumlah naskhah Al-Quran yang telah dicetak dan diterbitkan adalah sebanyak 96,000 naskhah Al-Quran berserta terjemahan pelbagai bahasa antaranya Al-Quran dan terjemahan Inggeris sebanyak 70,000 naskhah, Al-Quran dan terjemahan bahasa Cina, Mandarin sebanyak 20,000 naskhah, Al-Quran dan terjemahan Khmer sebanyak 5,000 naskhah, Al-Quran dan terjemahan Swedish sebanyak 1,000 naskhah.
Untuk makluman Yang Berhormat Bagan, Al-Quran yang dicetak dan diedarkan tersebut adalah Al-Quran terjemahan dalam pelbagai bahasa antaranya English, Cina, Khmer dan Swedish. Kos sebenar bagi cetakan sebuah Al-Quran adalah sebanyak RM38 senaskhah termasuk kos edaran dan bukan RM500 senaskhah seperti yang didakwa.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Pokok Sena ingin mendapatkan penjelasan berkaitan bilakah Jawatankuasa Khas Pemerkasaan Undang-undang Syariah akan ditubuhkan? Siapakah yang menganggotai Jawatankuasa Khas tersebut? Adakah melibatkan pembangkang dan NGO? Berapa lama masa yang diberikan oleh jawatankuasa untuk menyelesaikan masalah perundangan agama?
Tuan Yang di-Pertua - Tuan Pengerusi, kerajaan menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor semasa Mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam (MKI) pada 28 Ogos 2023 yang lalu berkenaan penubuhan Jawatankuasa Khas bagi mengkaji isu-isu yang melibatkan bidang kuasa Persekutuan dan negeri khususnya berkaitan dengan kompetensi Dewan Undangan Negeri mengenai penggubalan undang-undang Islam.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, senarai nama anggota bagi Jawatankuasa Khas ini telah dimuktamadkan dan pelantikan akan dibuat dalam masa yang terdekat.
Jawatankuasa Khas ini akan dianggotai oleh golongan pakar perundangan dan kehakiman dan pengamal undang-undang di Malaysia. Sasaran bertempoh (time frame) yang diperlukan oleh jawatankuasa ini dalam menyelesaikan masalah perundangan Islam ataupun isu berkaitan dengan kompetensi negeri untuk membuat undang-undang khususnya berkaitan dengan undang-undang Islam akan ditetapkan dalam Terms of Reference (TOR) selepas selesai pelantikan Anggota Jawatankuasa Khas tersebut.
Yang Berhormat Pokok Sena juga ingin meminta penjelasan berhubung dengan siapakah yang bertanggungjawab mengawal benih-benih Islamofobia seperti larangan takbir dan larangan Qunut Nazilah. Tuan Pengerusi, Islamofobia dapat diertikan sebagai ketakutan terhadap agama Islam, penganut atau apa yang berkaitan dengan Islam.
Persoalan larangan takbir dan sebagainya bukanlah disebabkan Islamofobia tetapi lebih kepada salah faham terhadap kebersamaan dan solidariti rakyat negara ini terhadap isu- isu yang berlaku di peringkat global.
Dalam hal ini, pihak kerajaan akan terus menggiatkan penerangan untuk menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang berteraskan keamanan, kesepakatan dan menggalakkan keharmonian di kalangan rakyat pelbagai bangsa, agama dan juga budaya.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat, minta mencelah sedikit.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Ya, Yang Berhormat.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih kepada respons Yang Berhormat tadi.
Saya nak tanya kepada Yang Berhormat sebagai Menteri Agama. Kekeliruan dan Islamofobia ini disebabkan salah tanggap terhadap ‘Islam tidak faham’ bukan sahaja di kalangan masyarakat di luar sana bahkan sampai di kalangan Menteri-menteri. Teluk Intan
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
berapa kali buat posting dan dulu sebut Taliban dan sebagainya dan berapa orang lagi?
Adakah Yang Berhormat berusaha untuk fahamkan di kalangan Menteri-menteri Kabinet dulu? Saya merujuk kepada larangan untuk Qunut Nazilah. Qunut Nazilah ini bila kita baca...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jangan berbahas.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Sesiapa sahaja pun yang dizalimi termasuk orang yang bukan Islam kalau dia dizalimi doa dia tetap mustajab.
Hadis Nabi sebut, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] ..
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Peraturan mesyuarat.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, sila gulung.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat, saya hendak tanya..
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Perkara seperti ini sepatutnya perlu untuk ditangani oleh..
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Tuan Speaker, peraturan mesyuarat.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
..agensi agama di Jabatan Perdana Menteri khususnya JAKIM untuk memberi kefahaman yang jelas. Di kalangan Menteri sendiri pun kadang tidak faham. Sebab itu ada larangan terhadap bacaan Qunut Nazilah.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Peraturan mesyuarat, Timbalan Speaker.
Peraturan Mesyuarat 36 sangkaan jahat dituduh terhadap seorang Ahli. Apa yang disebutkan tadi oleh Pengkalan Chepa yang menuduh terang-terang ada masalah kefahaman Teluk Intan berkenaan isu apa yang dia hendak bangkitkan itu sebenarnya adalah satu sangkaan jahat yang tidak boleh dinafikan niatnya. Jadi, saya mohon Timbalan Speaker buat satu ruling minta Pengkalan Chepa tarik balik apa yang disebut tadi.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pengkalan Chepa, hendak buat penjelasan kah?
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya. Saya merujuk kepada satu posting daripada Nga Kor Ming. “Sekolah bukan tempat untuk konflik fahaman ekstremisme dan keganasan sebaliknya sifat manusiawi...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Itulah sangkaan jahat, hang tak faham apa dia cakap.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
...Dan dirujuk kepada gambar satu posting daripada seorang pendakwah...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Eh, cukuplah, cukuplah.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
...Seolah berpakaian seperti Palestin ini adalah ekstremisme.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Ngaku sahaja sangkaan jahat apa yang disebut diputarbelitkan, sila tarik balik, senang sahaja bukan hendak gaduh.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ini salah faham. Orang- orang Palestin mereka berjuang untuk membebaskan tanah air mereka, berjuang untuk kemerdekaan bukan macam parti komunis yang dalam negara kata mereka sebagai pengganas.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Hendak habaq kat hang, benda ini salah.
Apa yang Pengkalan Chepa bawa itu sebenarnya memesongkan Dewan untuk menaburkan fitnah dan sangkaan jahat terhadap...
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Tidak. Saya ada perihal peraturan mesyuarat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dengar penjelasan. You dengar penjelasan dahulu!
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
You bangkitkan Peraturan Dewan, bagi dia jawab!
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Ya, ya. Saya tidak setuju apa yang dia bawa. Dia teruskan tabur fitnah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Bagi penjelasan dahulu.
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Ini bukan hang, penjelasan yang terus tabur fitnah itu tidak mengaku salah. Itu bukan penjelasan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Hoi!
[Tidak jelas] orang cakap tidak betoi!
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Gunakan ruang untuk penjelasan untuk terus tabur fitnah itu salah.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Penjelasan daripada – Pengkalan Chepa tengah bagi penjelasan, dengar dahulu. Tidak habis penjelasan, tidak habis lagi penjelasan..
[Pembesar suara dimatikan]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pendang sila duduk, yang lain kenapa? Hendak buat penjelasan juga?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Point of Order, Point of Order tadi.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, sepatut kena tegur Ipoh Timur. Ini floor saya yang Yang Berhormat Pengerusi bagi untuk saya bagi penjelasan. Tengah-tengah saya buat itu dia provoke.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Pengkalan Chepa, tidak, tarikh posting.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Inilah perangai Ipoh Timur yang biadab.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Yang Berhormat.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya, tunggulah perjelas habis dahulu barulah boleh bangun untuk buat peraturan mesyuarat lain pula.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Yang Berhormat.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ini bawa peraturan mesyuarat minta penjelasan, orang bagi penjelasan mencelah, biadab!
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hoi, apa ini Pengkalan Chepa.
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
[Bercakap tanpa pembesar suara] [Dewan riuh]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Itulah biadab!
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Bercakap tanpa pembesar suara] Bila cakap betul dituduh fitnah.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Pengkalan Chepa, sini, sini.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Apa yang betulnya? Apa yang betulnya?
Apa yang betulnya?
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Pengkalan Chepa. Yang Berhormat.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Adakah saudara Yang Berhormat tahu apa yang diniatkan oleh Teluk Intan? Tidak tahu, jangan cakap.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Dia anggap bahawa berpakaian seperti pejuang Palestin sebagai ekstremisme dan keganasan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Adakah apa yang dia cakap itu salah? Apa yang dia cakap itu salah?
[Pembesar suara dimatikan]
Seorang Ahli
Salahlah!
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
[Pembesar suara dimatikan]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Dewan riuh]
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tidak payah jadi herolah.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Beruas.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Pengkalan Chepa, sini, sini Kepong. Bila tarikh posting itu? Bila?
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Menteri gulung, Menteri gulung.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Bila tarikh posting?
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Menteri gulung, Speaker. Menteri gulung.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ini floor siapa, Speaker?
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Speaker, Menteri gulung.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya menjelaskan kepada Speaker kenapa dia pula hendak mencelahnya.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Saya hendak tanya bila tarikh posting itu?
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ini peraturan mana dia pakai ini?
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Bila tarikh? Jawablah, jawab.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Bila Teluk Intan post itu? Tarikh, bagi tahu. Bagi tahu.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kenapa saya perlu jawab ini pencelahan mana?
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang lain sila duduk. Yang lain sila duduk.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang lain sila duduk dahulu.
Beruas, apa yang ..
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Siapa Speaker ini? Siapa Speaker? Siapa Speaker ini?
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Pengkalan Chepa, jawab bila tarikh posting Teluk Intan itu?
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Timbalan Pengerusi, saya merujuk kepada Perintah Tetap 36(12).
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
37(2) ini hendak mengganggu ini, mengganggu.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Nanti bagi saya habiskan. Tadi..
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kepong mengganggu.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Besut pun mengganggu.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tadi dikatakan Teluk Intan hendak menegah pengajaran ekstremisme dekat sekolah tetapi dia, Pengkalan Chepa twist the words dengan tafsirannya tersendiri. Kata pemakaian orang Palestin itu satu keganasan. Itu tafsiran yang mengelirukan Dewan kerana perkataan Teluk Intan..
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bukan saya tafsir, ini Nga Kor Ming punya medsos.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Betul.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bila? Bila? Dibuat bila?
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Nga Kor Ming kata jangan bawa ekstremisme itu di sekolah.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bila? Bila, dia sudah delete. Dia dah delete tetapi..
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Dia tidak kata Islam itu ekstremisme. Dia kata jangan bawa ekstremisme kepada sekolah kita.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Eh, kenapa petik gambar ini?
[Menunjukkan sekeping kertas] Kenapa letak gambar ini? [Menunjukkan sekeping kertas].
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi, inilah yang memutarbelitkan apa yang disebutkan oleh Teluk Intan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ini merujuk kepada pakaian bagaimana pejuang Palestin.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk dahulu. [Dewan riuh] Sila duduk dahulu. Jelutong hendak bawa peraturan mesyuarat mana?
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Don’t put words into people’s mouths. Itulah fitnah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Pengerusi saya rujuk kepada peruntukan Standing Order 36(12). “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan”. Soalan daripada Yang Berhormat Kepong bertanyakan kepada Pengkalan Chepa bila posting itu dibuat, nombor satu.
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Nombor dua, Pengkalan Chepa telah mengakui sekarang bahawa dia kata Yang Berhormat kata, “Posting itu telah pun di delete.” Jadi, persoalannya adalah adakah benar posting itu dibuat oleh Yang Berhormat? Kedua, kalau posting itu telah pun di-delete dan tidak ada tarikh memang kenyataan itu mengelirukan Dewan dan bersangkaan jahat terhadap Menteri dan berniat untuk melanggar Peruntukan 36(9)(c) “perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit atau bermusuhan antara kaum...” [Tepuk] Tan Sri Speaker telah pun memberi petua supaya perkara ini tidak diulangi bermula daripada Pengkalan Chepa juga. Pengkalan Chepa sengaja membangkitkan perkara itu sekarang membuat tuduhan terhadap kerajaan, terhadap seorang Menteri.
Takkan kita hendak benarkan beliau untuk mengulangi kenyataan itu.
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Duduklah Jelutong.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya minta Yang Berhormat untuk tarik balik kerana Yang Berhormat Menteri pun tidak ada.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Hendak tarik balik apa, Speaker memang ada pun. Ini bukti. Saya takkan tarik balik.
[Dewan riuh]
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Hendak tarik balik apa? Apa yang saya sebut?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Apa yang kamu sebut.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Apa wording yang saya hendak tarik balik itu. Mesti very specific. Saya kata adakah Yang Berhormat Menteri sedar perkara ini dan adakah JAKIM perlu memainkan peranan untuk menjelaskan kefahaman Islam supaya Islamofobia dan salah tanggap tentang Islam. Antara... [Tidak jelas]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Inilah fitnah hendak kata Menteri Islamophobe. Faham tidak?
[Dewan riuh]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Tarik baliklah wei! Tarik balik!
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Duduklah, lagi pening kalau Ipoh Timur bercakap.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Insaflah Pengkalan Chepa. Tabur fitnah berdosa besar.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Pengerusi, teruskan dengan penggulungan Menteri tidak ada benda yang hendak tarik balik. Selesai sudah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi, Pengkalan Chepa membuat tuduhan bahawa...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Pengerusi sudah buat satu ruling mesti ada ketetapan untuk ditarik balik perkataan yang menyatakan Menteri menyatakan Islam itu ekstrem.
[Dewan riuh]
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi, ruling sudah buat mesti ada penerangan dan keputusan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Tidak.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pengkalan Chepa.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Beruas tidak betul. Dia tidak pernah kata pun Menteri itu ekstrem mengatakan satu perkataan yang ekstrem.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Speaker sudah buat petua. Tadi Pengkalan Chepa yang sebut.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Dia cuma menceritakan Islamofobia...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Speaker sudah buat petua. Adakah pihak pembangkang hendak melawan petua Speaker?
[Dewan riuh]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Hei, ini Dewan.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Ini adalah Dewan yang mulia.
[Dewan riuh]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Dewan riuh]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ipoh Timur, you tidak boleh bercakap selagi Pengerusi tidak panggil.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sama kepada Besut, ya.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Samalah Besut.
[Ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pengkalan Chepa, Pengkalan Chepa.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pengkalan Chepa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pengkalan Chepa, saya merayulah kepada Pengkalan Chepa.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Boleh gulung itu terus.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tolong, tolong tarik balik kenyataan itu kerana membuat tuduhan bahawa Menteri menyebabkan Islamophobia.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat. Okey, duduk. Duduk, duduk. Duduk, duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pengkalan Chepa.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Lagi banyak bercakap Jelutong, lagi berbelit. Duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pengkalan Chepa, Pengkalan Chepa. Tolonglah.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi telah buat ruling...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Seorang Yang Berhormat daripada PAS.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
...saya berhak untuk tidak bersetuju.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan cakap berbelit-belit.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jelutong, duduk dulu.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Siapa cakap tadi? Saya berhak untuk tidak bersetuju dengan ruling Speaker dan saya akan bawa usul. Saya tak nak tarik balik.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Sila, sila.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila bawa usul ya.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Kena tariklah, kena tarik dulu.
[Dewan riuh]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Eh Timbalan Pengerusi, Timbalan Pengerusi telah buat keputusan minta dia tarik balik. Pengkalan Chepa tak nak tarik balik.
Apakah tindakan selanjutnya? Adakah dia sepatutnya disuruh keluar?
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Gantung, gantung.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya mempersilakan ya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Hari itu bila saya tak nak tarik balik, saya diminta untuk keluar.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, ya. Saya akan suruh...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Adakah perkara yang sama ya?
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Gantung, gantung. Dua bulan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Keputusan yang sama harus dikenakan ke atas Pengkalan Chepa.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya. Saya sudah buat ruling bahawa Pengkalan Chepa perlu tarik balik fitnah kepada Menteri tetapi Yang Berhormat Pengkalan Chepa kata nak buat usul. Jadi, buat usul selepas ini. Hari ini, boleh minta keluar untuk rehat sampai esok.
[Tepuk]
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tahniah Tampin, tepuk tangan kepada Bachok ini. Tahniah. Saya tak akan lupa, saya tak akan lupa anda.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bentara, sila.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Apa masalah ini Arau? Apa masalah ini?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya tak akan lupa anda.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Sebab Pengkalan Chepalah yang mengakibatkan Dewan kita suasana yang tak cukup baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, tahniah. Tahniah Tampin.
Semoga dirahmati.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Pada sewaktu Cameron Highlands mempengerusikan Mesyuarat, ada satu ruling yang dibuat kepada saya dan saya menyatakan I beg to differ dan saya bawa usul. Saya tak dihalau keluar dan akhirnya usul saya bawa itu benar, saya tidak bersalah.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Siapa yang pengerusikan Mesyuarat la ini?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sekarang saya yang mempengerusikan Dewan.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Jadi, kenapa saya perlu dihalau keluar?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak apa, sekarang saya yang mempengerusikan Dewan.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang saya nak tarik balik pun Yang Berhormat Pengerusi tidak sebut secara jelas dan spesifik, apa saya kena tarik balik.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sekarang saya yang mempengerusikan Dewan.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ini tidak adil. Apa yang saya hendak kena tarik balik? Bila dah kelam kabut macam ini, saya pun tak tahu mana satu yang kena tarik balik. Jadi, tidak adil.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Peraturan tetap 99.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Menuduh Menteri Islamophobe! Itulah… [Pembesar suara ditutup]
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang lain sila duduk, yang lain sila duduk.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Keputusan itu muktamad.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Sepatut Pengerusi tidak boleh buat ruling, kena rujuk Hansard dulu.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Standing Order 99.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang lain sila duduk.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Rujuk Hansard dulu.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Keputusan itu muktamad. Tak bolehlah bahas- bahas lagi dengan Puan Pengerusi.
[Dewan riuh]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi. Tadi, dia minta- sekejap. Dia minta apa yang perlu ditarik balik? So, kalau kita tak dapat clear apa yang dia cakap, jadi rujuk kepada Hansard.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Tolong jangan buang masa.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Jangan buang masa. Tarik balik tuduhan.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Tolong jangan buang masa.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Tarik balik tuduhan dan dakwaan Menteri adalah Islamophobe. Tarik balik, senang je.
Seorang Ahli
Eh, diam!
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Apa?
Seorang Ahli
Diam!
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Apa?
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya minta Yang Berhormat Pengkalan Chepa untuk rehat.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Sabar, sabar. Sabar ha, nanti.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang lain sila duduk.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Puan Pengerusi. Puan Pengerusi, bagi saya jelaskan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak perlu. Tak perlu jelaskan.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat Speaker.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Besut, sila duduk atau Besut pun mahu rehat? Tak perlu bazir masa. Saya sudah minta Yang Berhormat Pengkalan Chepa untuk rehat untuk hari ini. Kalau Yang Berhormat Besut pun mahu ikut sekali pun boleh. Pendang pun mahu ikut?
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya mahu teruskan persidangan. Sila duduk, Pendang.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Speaker, Besut selalu rehat. Tak apa.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Pengkalan Chepa minta Menteri supaya menjelaskan bagaimana nak mengekang Islamophobia, itu sahaja.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Selepas itu dia orang masuk, dia orang...
[Pembesar suara ditutup]
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Masuk usul, masuk usul.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya minta Yang Berhormat Pengkalan Chepa untuk keluar ya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tuan Pengerusi, perkataan apa yang dia kena tarik balik? Saya tak faham sekarang.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tak, saya nak tarik balik itu saya tak tahu apa. Yang Berhormat Pengerusi pun tak tahu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dia orang pun tak pasti perkataan apa. Puan Speaker kena faham perkataan apa yang hendak ditarik balik.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Takkan hanya tarik balik berdasarkan kepada desakan daripada sebelah sana. Yang Berhormat Pengerusi, apa perkataan saya nak kena tarik balik?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Tuduhan bahawasanya Menteri Islamophobe.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Eh, mu Speaker ke?
Kamu bukan Speaker.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Tak faham ke?
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Janganlah bercakap, dengar dahulu Speaker bercakap. Isu apa, perkataan apa. Senyap dahulu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Puan Speaker, yang terbaik, rujuk Hansard.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat, saya nak membantu. Nak membantu Pengerusi.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Rujuk Hansard.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kalau Pengerusi sendiri tidak boleh beri apa perkataan spesifik kena tarik balik,...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya sudah kata.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Keputusan muktamadlah. Hormatlah.
Keputusan itu muktamad.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
...saya nasihat Pengerusi buat ruling baru untuk rujuk Hansard.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya sudah kata, saya menggunakan Peraturan Mesyuarat 36(6), “Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli yang lain” dan tadi Yang Berhormat...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tak ada.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Pengkalan Chepa telah menyebutkan...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Mana satu?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
...Yang Berhormat Menteri Telok Intan tentang post yang di print screen ke? Atau screenshot tadi?
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Tuan Speaker, dia bertanya. Dia bertanya.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya bertanya.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Speaker tengah cakaplah! Speaker tengah cakap!
[Dewan riuh]
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Dia bertanya, bukannya menuduh. Dia bertanya.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk yang lain.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Dia buat tuduhan! Dia buat dakwaan, bukan tanya.
[Dewan riuh]
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Perkataan ‘adakah’ ialah pertanyaan.
Itu yang disebut oleh Pengkalan Chepa.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Tak ada ‘kah’.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dia buat tuduhan.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya sudah buat ruling, jadi saya silakan Yang Berhormat Pengkalan Chepa untuk keluar. Bentara, sila tolong.
[Dewan riuh]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Apa ini?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tak betul pasal apa, apa yang perlu...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak betul, buat usul ya. Tak betul, buat usul.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ya, dia nak buat usullah.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, ya.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tapi dia tak perlu keluar sebab apa, tak tahu...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jadi Yang Berhormat Pendang, kalau nak keluar pun boleh keluar.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya tak keluarlah sebab saya tak ada masalah.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jadi, sila duduk.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tadi sebab kita minta... [Pembesar suara ditutup]
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya tak mahu bazir masa di sini. Masa Menteri sudah habis, jadi saya akan jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) untuk menjawab dalam masa 15 minit.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Ahli-ahli Pembangkang keluar Dewan beramai-ramai]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sesiapa yang tiada dalam Dewan, boleh bagi jawapan bertulis sahaja.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Saya boleh teruskan sekarang, Tuan Speaker?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, teruskan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Terima kasih. Terima kasih Puan Speaker kerana memberi saya peluang untuk menggulung perbahasan yang telah pun diadakan ataupun kepada 19 Ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan Belanjawan 2024 di peringkat Jawatankuasa hari ini berkenaan butir-butir di bawah Portfolio Undang-undang dan Reformasi Institusi di Jabatan Perdana Menteri.
Saya akan terus kepada beberapa isu yang telah pun dibangkitkan. Pertamanya, oleh Yang Berhormat Damansara yang telah pun memohon penjelasan berkenaan kos yang terlibat dalam permohonan review, dalam proses permohonan semakan hukuman mati, beberapa permohonan dibuat sehingga sekarang dan jangka masa untuk permohonan-permohonan tersebut didengar. Tuan Yang di-Pertua, Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori pada 2023 [Akta 846] telah berkuat kuasa pada 4 Julai tahun ini, manakala Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 [Akta 847] telah berkuat kuasa pada 12 September.
Sekitar RM12 juta telah diperuntukkan bagi tujuan ini, termasuk untuk perkhidmatan bantuan guaman. Just untuk makluman Yang Berhormat, bantuan guaman itu adalah seperti ini, di mana YBGK (Yayasan Bantuan Guaman) akan memberi bantuan guaman untuk kes-kes yang melibatkan natural life. Oleh kerana kes-kes death penalty itu akan diuruskan melalui court appointed council. Jadi, untuk menjawab soalan seterusnya oleh Yang Berhormat, tempoh masa bagi mengemukakan permohonan semakan hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang hayat adalah dalam tempoh tiga bulan dari penguatkuasaan Akta 847 tersebut.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Melalui statistik daripada Jabatan Penjara Malaysia, seramai 1,020 banduan akan menerima manfaat susulan daripada penguatkuasaan Akta 847 ini. Setakat 31 Oktober tahun ini, sebanyak 924 permohonan semakan hukuman telah dikemukakan kepada mahkamah iaitu 807 semakan hukuman mati dan 117 semakan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat. Itu adalah setakat 31 Oktober. Pendengaran kes pertama bagi semakan hukuman di bawah Akta 847 pula akan diadakan pada 14 November di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya. Itu adalah kes pertama yang akan— di mana review di Mahkamah Persekutuan akan didengar pada 14 November.
Berhubung dengan jangka masa penyelesaian proses semakan ini, tiada tempoh masa tertentu ditetapkan dan proses pemfailan dan pendengaran akan dilaksanakan secara berperingkat.
Tuan Gobind Singh Deo - Damansara
[Bangun]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Boleh.
Tuan Gobind Singh Deo - Damansara
Minta penjelasan, Puan Pengerusi.
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang telah pun diberikan tadi.
Soal berbangkit berkenaan dengan banduan-banduan yang masih belum memasukkan permohonan, seperti mana perlu, untuk dipertimbangkan soal apa disebut sebagai semakan hukuman mereka. Saya nak tanya sama ada kerajaan akan pastikan bahawa semua yang menghadapi hukuman gantung sampai mati ini walaupun mereka tidak masukkan permohonan, adakah semua akan diberi peluang untuk pastikan bahawa keputusan hukum gantung sampai mati terhadap mereka itu disemak semula, Timbalan Menteri? Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Terima kasih Yang Berhormat.
Berkenaan dengan isu siapa yang ingin memfailkan dan tidak ingin memfailkan, Jabatan Peguam Negara telah pun membuat standard form untuk diisikan oleh semua banduan bagi tujuan menyatakan sama ada mereka berhasrat untuk memfailkan atau tidak. Of course, majoriti besar mereka ingin memfailkan tetapi ada beberapa kes yang di mana mereka tidak berniat untuk memfailkan permohonan review tersebut.
Dalam apa jua keadaan, kami telah pun membincangkan perkara ini agar permohonan itu difailkan dalam apa jua keadaan dan dibawa ke mahkamah untuk dibawa untuk di open court dan mahkamah akan membuat keputusan yang sewajarnya sama ada untuk membatalkan atau tidak, bergantung kepada keadaan. So, dalam keadaan tersebut, kesemua kes akan kami cuba untuk dibawa ke mahkamah bagi tujuan review tersebut.
Tadi saya kata Jabatan Penjara Malaysia, bukan Jabatan Peguam. I think it’s a mistake, minta maaf.
Saya juga ingin menjawab kepada Yang Berhormat Damansara yang juga telah pun memohon penjelasan berkenaan peruntukan wang yang akan disalurkan untuk tujuan Jawatankuasa Aduan SPRM sejak 2020. Sejak 2020, beberapa aduan yang telah diterima oleh jawatankuasa tersebut dan apakah tindakan yang telah pun diambil oleh SPRM terhadap aduan-aduan tersebut.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Untuk makluman Yang Berhormat, Jawatankuasa Pemantau Bebas yang ditubuhkan di bawah seksyen 13, 14 dan 15 Akta MACC 2009 iaitu Akta 694 iaitu Lembaga Penasihat, ada tiga. Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dan jawatankuasa yang ditanya oleh Yang Berhormat iaitu Jawatankuasa Aduan (JKA) yang menjalankan fungsi-fungsi dan peranan yang tertentu sebagaimana yang dinyatakan dalam akta tersebut.
Puan Yang di-Pertua, selaras dengan Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 atau NACP di bawah inisiatif 5.3.2, SPRM masih lagi menjalankan kajian untuk memperkasakan lagi peranan jawatankuasa bebas ini. Untuk menjurus kepada soalan Yang Berhormat, selain itu, terdapat pelbagai laporan yang diterima terhadap pegawai- pegawai SPRM berkaitan kes salah laku, salah guna kuasa, cuai dan lain-lain. Bagi kes- kes salah laku yang tidak bersifat jenayah terhadap pegawai-pegawai, ianya akan dirujuk kepada Jawatankuasa Aduan tersebut yang ditubuhkan di bawah seksyen 15 Akta 694.
Bagi kes jenayah yang melibatkan pegawai-pegawai, ianya akan dilaporkan kepada PDRM. Manakala kes-kes berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan akan disiasat oleh SPRM.
Mengikut data yang diberikan, sepanjang tahun 2018 sehingga September 2023...
[Batuk] Minta maaf. Tindakan-tindakan tatatertib telah pun diambil terhadap kesalahan- kesalahan tersebut termasuk amaran, denda, lucut hak emolumen dan sebagainya.
Sebanyak 42 tindakan tatatertib telah pun diambil. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 15 anggota SPRM telah pun dikenakan tindakan buang kerja dalam tempoh tersebut.
Tuan Gobind Singh Deo - Damansara
Minta penjelasan, Puan Pengerusi.
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang dibawa tadi.
Soalan saya berkisar kepada soal perilaku pegawai-pegawai SPRM yang menyentuh perkara-perkara yang bersifat jenayah. Jadi kalau kita lihat kepada peruntukan seksyen 15(1)(a), Puan Pengerusi, cukup jelas peruntukan itu menyatakan bahawa bidang kuasa jawatankuasa tersebut adalah untuk pantau pengendalian oleh Suruhanjaya Aduan mengenai salah laku yang tidak bersifat jenayah terhadap seseorang pegawai tersebut.
Jadi, soalan saya kepada Timbalan Menteri, kepada kerajaan adalah adakah kerajaan berhasrat untuk melebarkan atau meluaskan apa yang tersebut dalam 15(1)(a) juga supaya ianya dapat merangkumi perkara-perkara yang melibatkan perkara-perkara bersifat jenayah? Itu satu.
Kemudian, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri mempunyai angka-angka berkenaan dengan kes-kes di mana pegawai SPRM telah disiasat berkaitan dengan kes yang menunjukkan unsur-unsur jenayah, kemudian tindakan diambil? Apakah hasil daripada tindakan mahkamah tersebut, Puan Pengerusi? Terima kasih Timbalan Menteri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Terima kasih.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri, Menteri. Saya— memandangkan kita menyentuh tentang subjek SPRM, saya juga ingin bertanya. Cuma ada masa empat minit lagi.
Saya juga telah membangkitkan dalam perbahasan saya perkara mengenai tuduhan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang dalam satu sidang akhbar di mana beliau berulang kali menyatakan bahawa ada Ahli-ahli Parlimen di sebelah sana yang mendapat tawaran, yang mendapat tawaran daripada kerajaan. Saya telah menyatakan bahawa di bawah peruntukan seksyen 25 Akta SPRM, kalau seorang itu tidak membuat laporan mengenai apa-apa cubaan sogokan, ia merupakan kesalahan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya di sini menuntut kerajaan bertindak balas. Bertindak balas dengan cara kita membuat laporan polis terhadap mereka. Tindakan diambil. Kerana tindakan Yang Berhormat Hulu Langat adalah keterlaluan. Saya membaca satu laporan yang disiarkan oleh akhbar New Straits Times.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Bukan Hulu Langat, bukan Hulu Langat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Di mana Yang Berhormat Ketua Pembangkang telah menyatakan bahawa dua Ahli Parlimen Pembangkang telah menerima tawaran untuk menyertai kerajaan, tawaran projek dan sebagainya. [Sambil menunjukkan sekeping gambar] Beliau tak berani buat laporan SPRM mengenai perkara ini. Sampai bila kerajaan nak mendiamkan diri?
Kita sepatutnya mengarahkan sama ada mana-mana pegawai dari Jabatan Perdana Menteri untuk membuat laporan SPRM, membuat laporan polis, mengambil tindakan untuk criminal defamation, fitnah jenayah terhadap Ketua Pembangkang. Kalau tuduhan-tuduhan ini adalah tuduhan liar yang tak berasas, tak boleh benarkan perkara ini berterusan kerana ia menimbulkan tanggapan yang negatif terhadap kerajaan kita, kononnya kerajaan kita Yang Amat Berhormat Perdana Menteri cuba membeli sokongan daripada sebelah sana. Walhal perkara ini tidak.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jelutong, jangan berbahas.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya. Walhal perkara ini tidak dilaporkan kepada SRPM. Mohon jawapan daripada Timbalan Menteri. Terima kasih.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Timbalan Pengerusi. Timbalan Menteri, ada satu soalan ringkas sahaja. Merujuk kepada Akta SPRM seksyen 14 iaitu satu jawatankuasa perlu ditubuhkan.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Jawatankuasa mengenai rasuah perlu ditubuhkan di mana pelantikan itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong dengan atas nasihat Perdana Menteri. Setahu saya jawatankuasa ini semenjak dah setahun ini, kerajaan baharu ini, tidak dapat bermesyuarat kerana anggota-anggota jawatankuasa ini masih tidak dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Jadi, anggota yang ada dalam jawatankuasa termasuk saya sendiri dan pengerusinya dulu Tan Sri Dr Rais Yatim, Speaker Dewan Negara dah pun melepaskan tugasnya. Jadi, adakah ini terlepas pandang ke macam mana? Ini jawatankuasa yang penting Timbalan Menteri. Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Terima kasih kepada Yang Berhormat- Yang Berhormat tadi. Berkenaan dengan soalan tambahan oleh Yang Berhormat Damansara, sama ada— berkenaan dengan kes-kes jenayah yang melibatkan anggota- anggota SPRM. Seperti yang saya katakan tadi Puan Yang di-Pertua, kes-kes jenayah ini berkenaan dengan statistiknya ia akan berada di bawah kawalan KDN. Di mana KDN akan mempunyai statistik dan data berkenaan dengan pendakwaan-pendakwaan yang telah pun diambil terhadap anggota-anggota SPRM.
Tetapi, Puan Yang di-Pertua, boleh saya katakan seperti mana Dewan yang mulia ini sedia maklum, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam sesi waktu pertanyaan Perdana Menteri ataupun PMQT pada 28 Mac 2023 telah meminta AGC mengkaji semula cadangan supaya suatu badan bebas, independent body diwujudkan bagi menyiasat aduan dan tuduhan terhadap badan penguatkuasaan. Ini I think adalah satu perkara yang penting untuk badan bebas itu diwujudkan dan perkara ini sedang dikaji teliti sekarang.
Seterusnya Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 19 April 2023 telah bersetuju agar Jabatan— Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) JPM menubuhkan Jawatankuasa Pro-tem untuk meneliti dengan lebih perinci berkenaan pengukuhan dan pemantapan fungsi dan kuasa EAIC, Suruhanjaya Integriti Penguatkuasaan termasuk kuasa untuk menyemak isu-isu integriti terhadap pegawai-pegawai. Jadi, ini adalah merupakan langkah-langkah yang sedang diambil secara aktif buat sekarang bagi tujuan tersebut iaitu mengkaji sama ada badan bebas tersebut wajar diadakan.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, kami ramai di sini bertanya tentang FELDA. Saya tak pasti sama ada, ada jawapan dengan Yang Berhormat Menteri...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Ya, saya akan jawab satu persatulah.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Timbalan Menteri...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Berkenaan dengan isu...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Timbalan Menteri, masa sudah tamat. Boleh ringkaskan dan sila gulung.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Speaker, minta tolong jawab fasal FELDA, ramai yang tanya fasal FELDA tadi.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Tetapi banyak soalan...
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Bagi jawapan bertulis.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Saya akan bagi jawapan bertulis berkenaan FELDA, itu agak panjang Puan Yang di-Pertua tetapi untuk menghabiskan jawapan saya, jawapan kepada Jelutong yang telah pun membangkitkan berkenaan laporan akhbar, dua Ahli Parlimen Pembangkang yang telah pun mendakwa bahawa mereka telah pun ditawarkan projek dan sebagainya untuk menyokong kerajaan.
Untuk makluman Yang Berhormat Jelutong, ini— sekiranya seorang pengadu itu—seorang itu mempunyai maklumat bahawa dia telah pun diberi ataupun ditawarkan rasuah dan sebagainya, Yang Berhormat juga tahu ini merupakan— terdapat satu kewajipan untuk melaporkan isu ini kepada pihak berkuasa.
So, dalam kes ini, saya seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong tadi, sekiranya dua anggota tersebut itu memang mempunyai maklumat sedemikian, mereka diwajibkan, sepatutnya ataupun sepatutnya membawa aduan ini kepada SPRM atau pihak berkuasa agar tindakan lanjut dan siasatan lanjut diambil dan yang saya difahamkan memang akan diambil, tapi mereka perlu membangkitkan— membuat aduan...
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Timbalan Menteri.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
...Yang diperlukan.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Timbalan Menteri sini.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Yang Berhormat minta laluan, Yang Berhormat ya.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Sini.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jempol boleh, Jempol ya?
Sedikit sahaja Jempol.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Tidak ada masalah, tapi masa dah agak- dah habis.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan, ringkaskan soalan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Okey, Kepong.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Timbalan Menteri, soalan yang ringkas, bagaimana dengan siasatan anak menantu Pagoh.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Jawab Kota Melaka dulu.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Status terkini, siasatan ke atas anak menantu Pagoh.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, saya mohon sikitlah jawapan tentang FELDA, orang FELDA tunggu ni, banyak ini...
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Speaker, Speaker saya minta laluan sebentar sebab ini sangat penting. Seperi kata Putrajaya tadi saya banyak, ada lima isu berkaitan FELDA yang saya bahaskan pagi tadi, saya mohon sedikit penjelasan ya. Sebab semua masyarakat FELDA menunggu-nunggu jawapan daripada pihak kerajaan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya izinkan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk jawab perkara tentang FELDA.
[Tepuk]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Saya boleh jawab Puan, tetapi ini agak panjang.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan, summarize.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri, satu soalan sahaja, satu soalan terakhir dari Jelutong. Sekiranya tidak ada sebarang laporan daripada Ahli-ahli Parlimen di sebelah sana, adakah kita akan respons, adakah kita akan menugaskan siapa-siapa untuk membuat laporan polis terhadap mereka untuk siasatan dimulakan untuk criminal defamation. Kita tidak boleh benarkan mereka untuk...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Puan Pengerusi dah minta tadi untuk jelaskan berkaitan dengan FELDA.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tanya soalan, biar Menteri jawab.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Dah lah tu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Belum jawab lagi.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tak habis-habis provoke, cukup-cukuplah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bukan provoke, saya tanya soalan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup-cukup, kedua-dua cukup.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kerana perkara ini berlarutan Timbalan Speaker, Timbalan Menteri mohon jawapan.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Jelutong, Jelutong banyak lagi— saya sebut banyak kali. At least sebutlah sikit fasal FELDA.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Putrajaya…
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Beratus-ratus ribu di luar sana nak tahu banyak isu-isu apa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
…Sebelah sana selalu buat tuduhan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat sila duduk.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Itu yang kami bawa ke sini, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, sila duduk semua.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Puan Yang di-Pertua, memandangkan masa singkat, saya just menyentuh berkenaan FELDA sebelum saya menggulung. Kena menghabiskan jawapan saya.
Yang Berhormat Jempol, telah pun bertanya berkenaan dengan Program Kelestarian FELDA, Butiran 16500. Penyelarasan— dan juga Yang Berhormat Putrajaya memandangkan beliau telah pun bangun tadi. Beliau telah pun membangkitkan hasil diterima FELDA dalam tempoh FELDA setelah memegang saham 82 peratus dan sebelum
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
FELDA ambil alih saham FGV. Kedua, dia tanya Lembaga Pengarah FGV, komposisi ahli lembaga pengarah dari FELDA dan apakah status terkini timbang tara EHP.
Puan Yang di-Pertua, secara ringkasnya, hasil yang diterima FELDA selepas pengambilalihan FGV pada Disember 2022 adalah seperti berikut. Pada tahun 2020 jumlah RM361 juta, tahun 2021 - RM838.2 juta, 2022 - RM1.116 juta. Sehingga Oktober tahun ini RM607.2 juta.
Puan Yang di-Pertua, FELDA telah melantik Yang Berbahagia Dato’ Amiruddin Abdul Satar bagi mewakili FELDA sebagai Ahli Lembaga Pengarah FGV Holdings Berhad.
Pelantikan beliau adalah sebagai Pengarah Bukan Bebas, Bukan Eksekutif dan dua daripada wakil kerajaan iaitu Yang Berbahagia Dato' Shahrol Anuwar bin Sarman, Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia dan Yang Berbahagia Datuk Yatimah binti Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral), Kementerian Ekonomi.
FIC Properties Sdn Bhd ataupun FICP pada 11 Mei 2022 telah melaksanakan dengan izin Puan Speaker put option tahun 2022 atas dasar dengan izin, sole and absolute discretion. PT Rajawali Capital International (RCI) dan PT Rajawali Corpora (RC) sepatutnya memindahkan option price sebanyak USD678.09 juta ke akaun FICP latest ataupun selewat-lewatnya pada 25 Mei 2022. Bagaimanapun, RCI tidak bersetuju dengan put option tersebut.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
FICP telah memfailkan Notis Timbang Tara pada 17 Januari 2023 ke Singapore International Arbitration Centre ataupun SIAC bagi merujuk tuntutan FICP terhadap RCI dan RC melalui put option bertarikh 11 Mei 2022 tersebut bagi RCI dan RC membeli saham put option di dalam EHP tersebut. RCI telah memohon pelanjutan masa sehingga 3 Mac 2023 untuk memfailkan dokumen balasan. Terkini, pendengaran timbang tara put option 2022 di SIAC telah ditetapkan pada 5 hingga 7 Disember 2023.
Akhirnya Puan Yang di-Pertua, proses pengujian bertulis oleh pihak-pihak dijangka akan selesai...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Sedikit Yang Berhormat Menteri, kalau saya boleh?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Wait, wait. Hold on. Proses pengujian bertulis oleh pihak-pihak dijangka akan selesai pada suku tahun pertama Januari hingga Mac tahun depan dan keputusan dijangka akan diperolehi pada awal suku kedua April hingga Mei 2024. Yang lainnya, saya bersedia untuk membuat jawapan secara bertulis.
Puan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahaja masa yang diizinkan.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Yang di-Pertua, saya minta soalan. Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Jelebu. Ada dua, tiga perkara yang berkaitan dengan FELDA saya dah timbulkan, Tuan Pengerusi. Pertamanya tentang Akta GSA ketika saya membahaskan belanjawan-belanjawan pada peringkat dasar.
Kemudian, saya juga sudah membentangkan soal tentang rumah generasi kedua FELDA.
Kedua-dua perbahasan ini masih tidak dijawab oleh pihak kerajaan. Malah, jawapan bertulis juga tidak saya terima. Boleh saya minta penjelasan daripada pihak kerajaan?
Tuan Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh bagi jawapan bertulis.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Ya. Saya boleh bagi jawapan bertulis.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), 15 minit.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih Puan Timbalan Pengerusi. Salam sejahtera, selamat petang, salam Malaysia Madani dan salam ‘segulai sejalai’. Puan Timbalan Pengerusi, memandangkan saya akan menggulung penutupan perbahasan bagi pihak Jabatan Perdana Menteri pada petang ini, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun untuk semua rakan-rakan Ahli Parlimen.
Terbang tinggi burung kenyalang, Hinggap di atas pokok meranti, Jawapan dijawab oleh Hulu Rajang, Harap jangan marah kalau tidak puas hati. Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan perbelanjaan 2024 di peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri khususnya menyentuh agensi di bawah tanggungjawab saya secara langsung atau agensi-agensi yang diamanah kepada saya untuk menjawab di Parlimen pada hari ini.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 21 Yang Berhormat yang telah membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan Sabah, Sarawak dan tugas-tugas khas termasuk YB Bagan Serai, Segamat, Mersing, Pokok Sena, Betong, Bayan Baru, Jempol, Seratok, Kuala Krai, Bangi, Tauran, Shah Alam, Rasah, Masjid Tanah, Pendang, Sri Gading, Tenggara, Kepong, Paya Besar, Arau dan juga Putrajaya kalau tak silap saya.
Puan Timbalan Pengerusi, saya meneliti secara mendalam semua perbahasan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Antara perkara isu yang dibangkitkan adalah melibatkan jabatan dan juga bahagian seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Komunikasi
(JKOM), Angkatan Pertahanan Awam, Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak
(BHESS), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Keselamatan Negara dan juga Unit Pemodenan Pentadbiran Perancangan Pengurusan iaitu MAMPU.
Timbalan Pengerusi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Yang Berhormat Jempol membangkitkan pusat pengurusan bencana bersepadu di Parlimen Jempol. PPKB adalah salah satu inisiatif kerajaan yang memberikan kemudahan dan keselesaan kepada mangsa yang ditimpa bencana. Untuk makluman, ketika ini pembinaan PPKB dilaksanakan di dalam kawasan sekolah yang mempunyai kedudukan strategik untuk urusan pemindahan mangsa bencana. Keputusan memiliki lokasi sekolah adalah tujuan untuk mengoptimumkan penggunaan pembangunan PPKB sebagai serampang dua mata di mana ia akan berfungsi sebagai pusat pemindahan mangsa ketika bencana dan juga menjadi tempat untuk aktiviti para pelajar semasa waktu di luar bencana.
PPKB yang akan dibina merupakan satu kompleks yang agak lengkap dengan prasarana yang diperlukan. PPKB yang dibina ketika ini adalah sebagai perintis di mana melibatkan sembilan buah negeri yang telah dikenal pasti kerap dilanda banjir. Pemilihan lokasi adalah berdasarkan senarai maklumat, matlamat yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri iaitu JPBN. Senarai lokasi PPKB tersebut adalah seperti berikut. Di Kelantan di SK Gual Tinggi, Pasir Mas; di Johor, SK Seri Medan, Batu Pahat; di Pahang, SK Betau, Kuala Lipis; Terengganu, SK Banggol Peradong; Perak, SK Perwira, Teluk Intan; Pulau Pinang, SK Machang Bubok; Sarawak, SK Beradek, Kuching; Kedah, SMK Jerai, Baling; dan di Sabah, tanah milik pejabat itu tanah Pintas.
Walau bagaimanapun, bagi meneruskan penambahbaikan ini, NADMA berhasrat untuk memperluaskan pembinaan PPKB ini kepada semua negeri sebagai persediaan dan kesiapsagaan yang lebih baik dalam menghadapi bencana ini. Pembinaan PPKB adalah bergantung kepada pemilihan oleh JPBN masing-masing. Yang Berhormat Jempol dipohon mengesyorkan kepada JPBN Negeri Sembilan untuk proses pemilihan lokasi.
NADMA hanya menerima senarai yang telah diluluskan oleh pihak JPBN.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Ugak anak Kumbong
Yang Berhormat Mersing dan Bagan Serai pula menyentuhkan isu berkaitan peruntukan yang telah dikurangkan. Meskipun peruntukan mengurus NADMA dikurangkan, tetapi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana tidak terjejas Yang Berhormat. Ini berikutan dengan peruntukan bantuan bencana adalah di bawah peruntukan B.12, 040100 iaitu Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara atau KWABBN yang disalurkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) sebelum Monsun Timur Laut berlaku. Pengurangan peruntukan kepada NADMA ini adalah di bawah perbelanjaan pengurusan bagi pengurusan operasi NADMA terutamanya di bawah urusan bekalan dan perkhidmatan.
Yang Berhormat Mersing pula turut membangkitkan status pemasangan tiga pam air berkuasa tinggi di Mersing dengan peruntukan RM10.5 juta yang dilaksanakan oleh JPS. Sebagai tambahan kepada peruntukan sedia ada, Jabatan Pengairan dan Saliran, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyalurkan berjumlah ‘RM23,032,000’ kepada ibu pejabat JPS bagi tujuan perolehan pam air bergerak khususnya bagi mengatasi masalah banjir di negeri Kelantan, Johor dan Perak. Perolehan pam air tersebut sedang dilaksanakan oleh pihak JPS.
Jenis bantuan untuk mangsa-mangsa bencana khasnya banjir. Ramai Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Mersing, Segamat bertanya mengenai bantuan ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bantuan bencana di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) adalah bantuan ihsan kepada setiap keluarga isi rumah ataupun KIR iaitu RM1,000. Bantuan wang ihsan kematian setiap mangsa RM10,000. Bantuan di bawah lain-lain kementerian/agensi, bantuan baik pulih rumah RM5,000 sehingga RM15,000 dan RM5,000 hingga RM17,000 bagi Sabah dan Sarawak. Di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri iaitu ICU atau JPM. Bantuan bina rumah RM66,000 ataupun RM79,000 bagi negeri Sabah dan Sarawak di bawah peruntukan KKDW atau KPKT.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Ugak anak Kumbong
Yang Berhormat Mersing turut mencadangkan wujudnya sistem permohonan bantuan dalam talian online. Semua permohonan bantuan dikemukakan oleh mangsa bencana yang berdaftar dan dipindahkan di PPS yang diselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan permohonan ini disemak dan disahkan oleh Pejabat Daerah selaku JPBD dan diluluskan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selaku JPBN.
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Puan Timbalan Pengerusi, Yang Berhormat Betong, Rasah, Masjid Tanah ...
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ugak anak Kumbong
Arau dan YB Shah Alam.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Timbalan Pengerusi.
Datuk Ugak anak Kumbong
Boleh saya habiskan ayat ini dahulu?
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ini ICU, kan? Saya nak ke NADMA.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Yang Berhormat, NADMA, Mersing.
Datuk Ugak anak Kumbong
Okey.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh?
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Okey.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh, Paya Besar?
Datuk Ugak anak Kumbong
Saya ingat ...
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Mersing dulu ya.
Datuk Ugak anak Kumbong
Kalau dia orang – saya banyak yang ini Yang Berhormat. Nanti saya tak jawab. Saya ingat susah juga. Boleh saya teruskan, Yang Berhormat?
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Saya nak tanya sikit tadi.
Berkaitan dengan Mersing itu, RM10.5 juta itu maknanya lulus dan bila akan dibuat? Yang keduanya tadi Timbalan Menteri ada sebut fasal bantuan-bantuan. Kebiasaannya, mangsa banjir boleh mohon Pejabat Daerah empat jenis. Satu yang RM1,000 itu.
Kemudian RM10,000 kematian. Kemudian kita ada RM2,500 untuk bantuan baik pulih rumah dan sehingga RM5,000 untuk bantuan kecil. Saya difahamkan tahun depan sudah tidak ada yang RM2,500 itu dan RM5,000 bantuan baik pulih rumah kecil.
Datuk Ugak anak Kumbong
Okey Yang Berhormat. Kita akan bincang di luar lah. Kalau Yang Berhormat tak puas hati, tulis surat kepada kementerian ataupun kepada saya sendiri selaku Menteri yang bertanggungjawab, Yang Berhormat.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, sikit? Yang Berhormat Timbalan Menteri, Puan Pengerusi, semasa perbahasan tadi saya ada bangkitkan, Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan PPKB tetapi ini bukan PPKB. Ini PPS yang sedia ada, sekolah dan dewan. Kapasiti yang sedia ada itu hanya untuk murid-murid. Tetapi bila perpindahan mangsa banjir contohnya di kawasan saya, Parlimen Paya Besar, tidak mencukupi tandas, tidak mencukupi bilik air.
Dulu datang untuk buat semakan. Dah setahun tidak ada tindakan. Jadi, apa jawapan atau apakah status penambahbaikan kapasiti kemudahan di PPS?
Datuk Ugak anak Kumbong
Paya Besar, I think jawapan dalam ini. Nanti saya akan baca jawapan yang telah ditulis oleh pegawai-pegawai saya.
Yang Berhormat Betong, Rasah, Masjid Tanah, Arau dan Yang Berhormat Shah Alam membangkitkan mengenai Projek Khas sebanyak RM500 juta. Timbalan Pengerusi, peruntukan sebanyak RM500 juta yang sedia ada Butiran 93500 – Projek Khas adalah bagi tujuan projek-projek pembangunan di seluruh negara yang meliputi pelaksanaan projek seperti berikut:-
(i) projek bina baru, naik taraf dan segala infrastruktur dan kemudahan awam;
(ii) pembelian dan pemasangan kelengkapan untuk bangunan dan kemudahan awam;
(iii) membaik pulih atau membina rumah untuk golongan miskin, miskin tegar; dan
(iv) projek-projek yang mempunyai keperluan mendesak untuk memberikan manfaat pada penduduk setempat.
Penyediaan peruntukan ini hanyalah sebagai penambahan dan pelengkap kepada peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kelima – Malaysia lima tahun.
Yang Berhormat Kuala Krai dan Arau juga mohon peruntukan khas kepada Ahli Parlimen. Perkara ini banyak kali sudah diutarakan dalam Dewan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut telah memberikan penjelasan yang cukup jelas mengenai perkara ini. Peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk kawasan Parlimen hanyalah sebagai penambah dan pelengkap kepada peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun. Penyediaan dan penyaluran peruntukan ini adalah mengikut dasar sedia ada dan tertakluk kepada kemampuan semasa kewangan kerajaan.
Yang Berhormat Shah Alam turut membangkitkan penyelenggaraan pangsapuri kos sederhana rendah. Buat masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk meluaskan pertimbangan bagi tujuan penyelenggaraan pangsapuri kos sederhana rendah. Ini adalah kerana tanggungjawab untuk menyelenggarakan kediaman berstrata adalah di bawah tanggungjawab joint management body dan juga JMB juga bertanggungjawab mengutip caj penyelenggaraan dan ruang penjelas daripada pemilik rumah.
Yang Berhormat Krai turut bertanya mengenai Program Pembasmian Kemiskinan bagi Butiran P.7000 – Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan tidak melibatkan
Datuk Ugak anak Kumbong
semua negeri dan lokasi tetapi melibatkan dua program utama dalam yang diselaraskan oleh ICU Jabatan Perdana Menteri iaitu Program Khas Anak Negeri Sabah dan Program Khas Anak Negeri Sarawak.
Yang Berhormat Krai khususnya bagi mengetahui status terkini dan prestasi projek-projek pembasmian seluruh negara terutamanya di Kelantan. Untuk makluman, terdapat 8,241 program projek di seluruh negara, 2,524 program dan projek di peringkat pra pelaksanaan, 3,675 program projek di peringkat dalam pelaksanaan ialah 1,954 dan projek ini di peringkat pasca pelaksanaan. 75 program atau projek simpan dalam perhatian dan 13 program projek yang telah dibatalkan. Bagi negeri Kelantan, satu projek yang telah dibatalkan ialah Kajian Rancangan Tempatan Jajahan Gua Musang 2035 – eh, betul kah ini penggantian? Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perangkaan Negeri Kelantan 85 Bilangan 2 (2022) yang diadakan pada 7 Ogos 2022 memutuskan agar semua kajian perancangan tempatan di negeri Kelantan yang sedia ada secara in-house oleh pihak berkuasa tempatan negeri Kelantan.
Sekarang saya terus kepada Jabatan Komunikasi iaitu JKOM bersama komuniti.
Timbalan Pengerusi, YB Bayan Baru, Shah Alam bertanya mengenai peruntukan yang dikurangkan dan apakah program-program tertentu dan khusus yang dilaksanakan oleh rakyat. Untuk makluman, peruntukan JKOM 2024 telah dikurangkan sebanyak RM6.81 juta berbanding dengan 2013. Namun, bagi menjamin penyampaian maklumat kerajaan yang efektif kepada rakyat dan menangkis berita palsu dan fitnah, JKOM akan mengubah naratif penyampaian maklumat kepada naratif menjawab isu-isu permasalahan yang ditimbulkan agar rakyat mendapat berita yang sahih.
Antara program-program khusus yang telah dilaksanakan seperti berikut:-
(i) Program Semarak MADANI;
(ii) Bengkel Anak Muda Celik Digital;
(iii) Program Nomad Digital;
(iv) Program Smart Village;
(v) Program Santun Komuniti; dan
(vi) Taklimat Khas Malaysia MADANI.
Yang Berhormat Kuala Krai dan Yang Berhormat Pendang juga menyatakan kegagalan fungsi JKOM ketika PRUKe-15. JKOM tidak pernah melaksanakan tugas sebagai alat politik tetapi sebagai agensi komunikasi komuniti kerajaan berteraskan tiga fungsi iaitu melahirkan komuniti budaya ilmu, kemahiran digital dan juga bersemangat patriotik.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Timbalan Menteri, ringkaskan. Masa sudah tamat.
Datuk Ugak anak Kumbong
Oh, ringkaskan. Ini banyak Yang Berhormat. So, macam inilah, semua yang saya tak dapat saya jawab, saya jawab secara bertulis kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dalam bahas tadi.
So, untuk ringkas Timbalan Pengerusi, saya berharap dan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Parlimen yang mengemukakan pandangan, maklum balas, penambahbaikan kepada Jabatan Perdana Menteri di peringkat Jawatankuasa ini. Saya mohon maaf kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak sempat yang saya memberikan jawapan secara lisan dan akan kemukakan secara bertulis dengan kadar segera. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah ialah bahawa wang sejumlah RM6,468,179,100 untuk Kepala B.1, B.2, B.3, B.4, B.5, B.6, B.7, B.8, B.9 dan B.40; Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Kepala B.1, B.2, B.3, B.4, B.5, B.6, B.7, B.8, B.9 dan B.40 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.6 dan P.7 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.6 dan P.7 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kepala B.10, B.11 dan B.12 dan Kepala Pembangunan P.10 dan P.70 di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk dibahas.
Saya akan baca senarai pembahas. YB Bagan, YB Pendang, YB Paya Besar, YB Kubang Pasu, YB Batu Pahat, YB Bachok, YB Tawau, YB Kuala Terengganu, YB Taiping, YB Bukit Gantang, YB Bayan Baru, YB Rantau Panjang, YB Kota Belud, YB Putrajaya, YB Kudat, YB Arau, YB Beruas dan YB Kampar. Setiap pembahas diberi lima minit.
Saya jemput Yang Berhormat Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya merujuk kepada Maksud Bekalan 10 – Perbendaharaan. Butiran 010000 dan ingin meminta kerajaan mengecualikan bayaran tol semasa perayaan Deepavali sama seperti hari perayaan besar lain. Sekurang-kurangnya berikanlah, kalau tidak boleh berikanlah diskaun agar semua boleh menikmatinya. Bukan sahaja penganut agama Hindu tetapi juga yang lain-lain yang mengambil peluang untuk bercuti pada musim hari Deepavali tersebut. Setuju tak?
Beberapa Ahli
Setuju.
[Tepuk]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Merujuk kepada Butiran 020000 – Strategi Fiskal. Saya ingin bertanyakan tentang jumlah bayaran balik hutang 1MDB untuk tahun 2022, 23 dan tahun depan 24 serta juga status Goldman Sachs yang memohon timbang tara atau arbitration tentang penyelesaian oleh kerajaan lama sebanyak USD3.9 bilion atas terbitan bon sebanyak USD6.9 bilion yang diuruskan oleh Goldman Sachs tetapi telah pun diselewangkan. Bilakah tindakan saman akan dimulakan oleh kerajaan untuk membuat tuntutan lebih daripada USD3.9 bilion seperti mana yang dipersetujui oleh kerajaan lama dan berapa banyak aset 1MDB yang telah pun dipulangkan termasuk juga daripada Goldman Sachs?
Puan Pengerusi, merujuk kepada Butiran 040000 – Perkhidmatan Kewangan Awam. Adakah pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri mendapat bayaran RM1.7 bilion daripada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya seperti mana yang diperintahkan oleh mahkamah. Saya juga ingin syorkan agar pindaan dibuat kepada prinsip pay first, talk later dalam Akta Cukai Pendapatan kerana ia melanggar hukum perundangan asas. You are presumed innocent until proven guilty. Untuk memaksa pembayar cukai membayar dahulu adalah tidak munasabah.
Sekiranya berlaku penganiayaan kerana boleh memaksa banyak syarikat gulung tikar dan individu menjadi muflis untuk membuat bayaran cukai yang melampau. Biarlah mahkamah putuskan dulu agar kalau nak paksa mereka bayar, janganlah 100 peratus. Kalau perlu, mungkin 50 peratus lebih-lebih pun dah cukup.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Di sini saya juga ingin memohon pegawai yang ada kuasa budi bicara ataupun kuasa mutlak harus berikan satu laporan tahunan tentang tingkah laku atau perbuatan mereka supaya ia boleh dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini. Barulah keputusan yang dipertikaikan umum boleh mendapat akauntabiliti daripada wakil rakyat. Tak kira sama ada Lembaga Hasil Dalam Negeri ataupun Bank Negara tentang keputusan yang dilihat memihak kepada sektor perbankan, memperbaikan hasil keuntungan bank dan bukanlah kepentingan peminjam dan pengguna.
Datuk Pengerusi, saya juga mengalu-alukan keputusan Bank Negara untuk menyahut saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa Overnight Policy Rate
(OPR) tidak akan dinaikkan dan kekal pada tahap tiga peratus. Jelas sekali, kelemahan nilai ringgit berbanding dengan Dolar US disebabkan oleh jurang perbezaan kadar faedah Amerika Syarikat sebanyak 5.5 peratus berbanding dengan OPR, sebanyak tiga peratus dan bukannya disebabkan oleh prestasi asas ekonomi Malaysia yang semua tahu kini berkembang dengan pesat.
Jurang perbezaan kadar faedah sebanyak 2.5 peratus dengan Amerika Syarikat adalah terlalu besar dan tidak akan dipengaruhi oleh kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas atau 0.25 peratus. Sebaliknya, penurunan nilai ringgit adalah secara jangka masa pendek dan saya yakin akan naik ke tahap normal dalam masa jangka panjang, bila pelabur melihat prestasi ekonomi Malaysia dan ini sedikit sebanyak dibuktikan bila pengekalan kadar OPR pada minggu lepas tidak menjejaskan nilai mata wang Ringgit yang pada masa itu adalah pada tahap RM4.77 sen untuk setiap Dolar US.
Sebaliknya, dalam masa beberapa hari telah naik kepada RM4.64 pada hari ini.
Saya rasa itu adalah satu kenaikan yang amat menggalakkan iaitu 2.7 peratus dalam tempoh masa yang agak pendek. Saya harap ini mencerminkan prestasi ekonomi negara bukanlah hanya melihat tentang jurang perbezaan kadar faedah yang saya rasa bukanlah membayangkan atau menunjukkan prestasi atau kedudukan ekonomi sebenarnya Malaysia.
Saya juga ingin bertanyakan apakah sasaran nilai mata wang ringgit yang normal yang ditetapkan oleh pihak kementerian supaya kita perlu ada satu keadaan yang stabil, bukan sahaja untuk peniaga tetapi untuk masa depan negara. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya nak landing Puan Pengerusi. Saya juga ingin membawa satu perkara penting iaitu berkaitan dengan usaha untuk menarik pelabur-pelabur ke Malaysia. Ini sesuatu yang kita alu-alukan tapi pada masa yang sama, saya harap bahawa jangan lupa tentang pelabur-pelabur domestik.
Janganlah kita berikan layanan yang baik dan istimewa kepada pelabur asing tetapi lupa pula pelabur-pelabur tempatan. Lebih baik kita kekalkan dana pelabur-pelabur tempatan, peniaga-peniaga di sini supaya mereka tidak berasa hampa dan membuat keputusan untuk melabur di luar negara. Saya rasa itu penting, mengekalkan pelaburan sedia ada lebih penting daripada...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya sokong. Sebentar.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Pendang...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya setuju dengan...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kawan baik saya, saya bagilah.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey, terima kasih Yang Berhormat Bagan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak sokong, Tuan Pengerusi. Saya nak sokong apa ni, berkenaan dengan kekukuhan mata wang tadi. Cuma, saya nak minta kalau Bagan setuju, kita letakkan tarikh, kita letakkan target mata wang kita, kenaikan mata wang kita, kestabilan dia sehingga berapa dan tempoh berapa lama. Sebab kita sekarang ni kita nak balik kepada kekukuhan mata wang kita dengan USD tu. Saya nak minta yang tu sajalah.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Yang Berhormat tanyalah Menteri. Saya bukan Menteri tapi sekurang-kurangnya, Yang Berhormat setujulah. Saya ingat Yang Berhormat bersetuju bahawa untuk Deepavali, kita kecualikan bayaran tol. Setuju tak?
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Setuju.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Setuju ya? So, pembangkang pun setuju.
Kerajaan pun setuju. Inilah permintaan sebulat suara daripada semua wakil rakyat.
Sekian, terima kasih. Saya turut menyokong.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Bismillahi Rahmani Rahim.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Setuju dululah...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Setuju, setuju, setuju.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Setuju?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya cakap setuju. Benda ni kebaikan untuk semua. *We are Malaysian what? Why not?
[Tepuk]* Benda yang baik, benda yang baik sebab tu...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Boleh jadi Ketua Pembangkang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sebab tu kita tak nak kezaliman. Kita nak yang baik. Kita akan sokong semua.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Kita tak boleh run away from our country ni. We are Malaysians, all right?
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Boleh start.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bakal Menteri Besar Kedah.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Even I was chased away from the House of Parliament also I am okay. I tak pergi buat...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...PC, hentam balik Speaker, apa tak, tak. I accept. Okey?
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Oh, steady, steady.
Pendang, kita sokong.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey, terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Saya nak menyentuh B.10 berkenaan dengan Butiran 020200 iaitu berkenaan cukai seperti mana yang disebut tadi iaitu sistem percukaian yang cekap sudah pasti akan memberikan pendapatan kepada kerajaan yang akhirnya akan dinikmati oleh rakyat secara amnya. Melalui pengumuman pihak kerajaan, cukai barangan bernilai tinggi dijangka akan dilaksanakan mulai 1 Mei tahun 2024 dan saya nak minta unjuran daripada kerajaan, bila laksanakan cukai bernilai tinggi ini?
Saya ingin mendapatkan maklumat berkenaan mekanisme pelaksanaan cukai barangan bernilai tinggi ini serta berapakah dapatan pelaksanaannya? Seterusnya, kita minta kerajaan menumpukan forecast ataupun projection dengan izin, berkenaan cukai yang bernilai tinggi ini.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Untuk menambah pendapatan baru menerusi percukaian yang cekap dan mampan, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan cukai baru atau memberi sumber lain bagi menggantikan cukai seterusnya mengurangkan beban rakyat?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya hendak menyentuh juga berkenaan dengan 020300 – Strategi Fiskal – Belanjawan Negara. Terdapat peningkatan peruntukan bagi belanjawan negara di bawah strategi fiskal daripada RM20,421,500 pada tahun 2023 kepada RM26,989,400. Saya takutlah bila Tuan Pengerusi tengok saya sampai tak kenyit mata.
[Ketawa] Oleh yang demikian, penilaian yang saya ingin bangkitkan adalah berkaitan keberkesanan, peningkatan peruntukan berkenaan. Soalnya, sejauh manakah fungsi dan mekanisme pemantauan Jawatankuasa Pemantauan Belanjawan 2024 itu sendiri?
Apakah akan meneruskan fungsi pelaporan dan pemantauan seperti mana yang dijalankan oleh Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) bagi pelaksanaan pakej-pakej rangsangan ekonomi sebelum ini.
Soalnya, apakah mekanisme yang diguna pakai dalam menilai pencapaian dasar dan keberhasilan inisiatif yang diwujudkan kerajaan agar ia mencapai sasaran atau objektifnya?
Saya perlu juga tengok Yang Berhormat Tuan Pengerusi, tapi jangan renung sampai tak kenyit mata, takut saya. Seterusnya dalam kod yang sama saya ingin menyentuh perincian pelaksanaan cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus. Berapakah unjuran? Itulah dinamakan rantaian bekalan ataupun economic cycle dengan izin termasuk kesan kepada rakyat daripada segi pendapatan isi rumah untuk menampung kos sara hidup mereka.
Saya juga ingin menyentuh 030100 ataupun 030500 iaitu Lembaga Pembangunan Langkawi. Lembaga Pembangunan Langkawi yang terdapat dalam Kementerian Kewangan, terdapat peningkatan peruntukan kepada syarikat pelaburan kerajaan (GLIC) daripada RM11.6 juta tahun 2023, kepada RM31.9 juta tahun 2024.
Berapakah pecahan mengikut GLIC yang bakal menerima manfaat daripada kenaikan peruntukan untuk tahun 2024? Apakah pendekatan ini yang digunakan bagi memantau setiap pelaburan ini bagi memastikan peruntukan itu dimanfaatkan sepenuhnya termasuk dalam meningkatkan kualiti urus tadbir pelaburan?
Seterusnya saya ingin menyentuh tentang peningkatan peruntukan Lembaga Pembangunan Langkawi sebagai sebuah agensi *...
[tidak jelas]* dengan izin di Langkawi ini yang mana sekarang ini masalah feri daripada Langkawi ke Kuala Kedah, daripada Kuala Kedah ke – Langkawi ke Perlis terdapat sedikit masalah dari segi jadual yang lambat dan juga melibatkan satu perkhidmatan yang melibatkan pelancong-pelancong agak bosan untuk ke Langkawi. Jadi saya harap, dengan peruntukan ini akan dapat juga menyelesaikan masalah pengangkutan daripada Kuala Kedah ke Langkawi dan juga Perlis ke Langkawi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pendang, kawan saya, hendak tanya soalan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Jadi saya – saya tak ada masa brother Jelutong. Bukan tak mahu bagi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Okey, okey sikit sahaja boleh.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey, okey jangan panjang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Okey, berkenaan dengan kenyataan bahawa pelawat bosan hendak pergi ke Langkawi. Betul kah begitu atau mungkin disebabkan oleh polisi kerajaan negeri yang tidak mesra dengan pelawat, pelancong?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Insya-Allah, Langkawi adalah mesra pelancong dan tak ada satu undang-undang yang menyekat. Jadi, cuma untuk orang- orang Muslim dia ada kategori dia dan bukan Muslim it’s up to you. You are not a Muslim; you can do anything. Okay. Just the answer, eh saya sudah jawab.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi, saya sokong Pendang jadi Menteri Besar Kedah.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya dah jawab.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Boleh bertanding. Kita sokong Pendang jadi Menteri Besar Kedah.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Cuma kita hendak selesaikan masalah transport boat daripada Kuala Kedah ataupun daripada Kuala Perlis ke Langkawi supaya dipercepatkan ataupun diganti baru. Sekarang ini semua kebanyakan bot sudah usang dan terlalu rosak, dan ada yang terbakar di tengah-tengah laut. Ini menyusahkan penumpang. Okey baik, minta sikit lagi untuk perolehan kerajaan walaupun banyak ucapan saya tapi saya hendak sentuh tentang perolehan 40, 040100 dalam B10 ini.
Peningkatan peruntukan bagi perolehan kerajaan sebanyak RM41.54 juta untuk tahun 2024 berbanding RM32.18 juta kepada tahun 2023.
Apakah usaha penambahbaikan dalam aspek perolehan termasuk memberi keutamaan kepada syarikat bumiputera yang dilaksanakan oleh kerajaan? Selain itu, adakah terdapat rangsangan ataupun insentif daripada kerajaan dalam menggalakkan syarikat bertaraf pengilang bumiputera dalam perolehan kerajaan – DDI lah itu, DDI perolehan kerajaan mampu mendorong pembangunan serta pembinaan teknologi secara equal dan saksama? Saya hendak dapatkan kepastian daripada Kementerian Kewangan, adakah perolehan sekarang telah melaksanakan lagi satu kaedah perolehan yang mana seperti mana yang berlaku kepada Thales sebelum dirundingkan dulu telah dikatakan telah diluluskan dahulu iaitu SST dalam perundingan yang memberi bekalan kepada radar di – untuk mengawal Laut China Selatan di Sarawak ini. Jadi, saya minta jawapan daripada Kementerian Kewangan berkenaan dengan isu penganugerahan radar TUDM kepada satu syarikat Thales yang bermasalah di negaranya sendiri iaitu France dia telah di senarai hitam. Begitu juga syarikat ini tidak boleh – tidak dibenarkan masuk dalam negara India kerana dikatakan merasuah dalam isu maintenance MIG 2000 iaitu maintenance kapal terbang jet pejuang di India ini.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Jadi saya harap pihak kerajaan ambil perhatian kepada syarikat Thales yang memberi – yang ada rekod sangat tidak baik.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tuan Pengerusi berkenaan dengan apa yang saya bangkitkan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bismillahi rahmani rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi. Saya hendak menyentuh Butiran 030000 – Strategi Pelaburan dan Butiran 020000 – Strategi Fiskal. Puan Pengerusi, saya yakin dan percaya kemajuan dan pengukuhan ringgit kita berkait rapat kepada dua pelaburan dan strategi fiskal kita. Sudah pasti permintaan dan penawaran inilah yang akan menentukan sama ada ringgit kita mengukuh atau tidak. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Bagan sebentar tadi yang menyatakan bahawasanya ringgit kita mengukuh pada hari ini, RM4.64 sen berbanding pada 6 Oktober 2023 pada kadar RM4.73.
Puan Pengerusi, kalau kita imbau pada tahun 2014, 2015 ketika itu kita menghadapi ringgit yang tidak mengukuh daripada RM3.18 ke RM4.34 akibat ketika itu adalah kenaikan harga minyak yang amat mendadak daripada – penurunan harga minyak yang amat mendadak daripada USD107 per barrel kepada USD30 per barrel. Ketika itu, ringgit kita tidak mengukuh. Ketika itu juga kerajaan telah menubuhkan satu tindakan yang dipanggil sebagai Special Economic Committee yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dato’
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Seri Abdul Wahid Omar dan beberapa lagi tokoh-tokoh ekonomi negara termasuk Azman Mokhtar.
Ketika itu, jawatankuasa itu telah mencadangkan supaya BNM melakukan satu measure iaitu kita mesti mengarahkan requirement kepada pengeksport untuk menukar duit dalam tempoh enam bulan kepada ringgit 75 peratus. Tetapi apa yang saya dapat maklum Puan Pengerusi, saya minta Kementerian Kewangan untuk mengesahkan. Pada tahun 2020, requirement tersebut telah di-revoke-kan semula. Kenapa ini berlaku kerana dan saya hendak tahu apa jawapan dia.
Puan Pengerusi, apabila kita membiarkan company, company yang membuat urusan di luar negara, tidak menukarkan duit kepada kita, betul ada sedikit peningkatan kos dari segi kos perniagaan. Tetapi yang paling pentingnya adalah kita mesti menunjukkan semangat patriotisme ketika negara memerlukan syarikat tempatan untuk menukar duit kepada ringgit. Yang Amat Berhormat Tambun ada sebut, 75 peratus telah ditukarkan tetapi apabila saya meneliti 2020 telah di-revoke-kan semula dan kenapa ini berlaku. Sebagai contoh Puan Pengerusi, kita satu syarikat yang saya tak nak sebut nama telah membeli sebidang tanah di Singapura dengan harga SGD538 juta.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Kalau kita tukar kepada duit Malaysia, bererti kita mempunyai permintaan kepada ringgit negara kita kepada kadar RM1.9 bilion. Sudah pasti kalaulah ini ditukarkan ke duit ringgit, ia akan mengukuhkan duit kita.
Puan Pengerusi, kita selalu bercakap ringgit kita ini disebabkan outflow-nya datang daripada FDI. Saya yakin bukan FDI sahaja yang mengalir keluar. Kalau kita lihat di Bursa, USD380 million mengalir keluar. Tetapi juga, kita mesti lihat satu elemen yang juga penting yang harus kita teliti dasar ini iaitu direct investment abroad (DIA), di mana syarikat kita membuat pelaburan di luar negara juga menyebabkan ringgit kita juga mengalir ke luar negara.
Saya nak singkap sikit, Puan Pengerusi. Kalau kita lihat pada tahun 2001 sehingga 2017, peningkatan DIA berada pada kadar 20.7 peratus per annum. Bagus untuk negara kita kerana untuk menunjukkan negara kita ini mempunyai kemampuan berada di luar negara. Tetapi, dalam keadaan kita hadapi krisis yang memerlukan semua syarikat milik Malaysia mempunyai semangat patriotisme untuk menukar duit atau mengembalikan pelaburan ke dalam negara kita, sudah pasti saya minta supaya kerajaan memikirkan supaya tahun hadapan dan langkah yang segera untuk lakukan moratorium.
Satu moratorium pelaburan, khususnya kepada GLC dan GLIC, supaya mereka mesti menumpukan pelaburan ke dalam negara kita.
Puan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Kalau kita— saya minta sikit. Saya minta, Puan Pengerusi, supaya kerajaan memikirkan. DIA ini bukanlah banyak kita melabur di luar negara dalam sektor-sektor seperti property. Kita tiga— daripada sektor-sektor tersebut, 65 peratus disumbangkan dari segi services. Daripada 65 peratus itu, majoritinya adalah financial services. Kenapalah kita tidak mahu melabur di Bursa Malaysia? Puan Pengerusi, kenapa kita biarkan? Saya harap sangat perkara ini diberi penekanan supaya lihat semangat patriotisme negara kita dan kita dapat mengukuhkan ringgit kita.
Yang terakhir, Puan Pengerusi, saya nak menyentuh berkaitan SST. Saya lihat bagus kalau kita dapat meningkatkan hasil negara kita.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Cumanya, saya nak minta penjelasan daripada Kementerian Kewangan, berapa unjuran kutipan hasil tambahan apabila ditingkatkan enam percent ke lapan percent? Saya dapat lihat kenyataan daripada Deloitte, hanya RM900 juta sahaja dapat dihasilkan daripada langkah cukai tersebut, walaupun kerajaan, MOF telah menjangkakan RM3 bilion.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Cumanya, Puan Pengerusi, saya harap sangat, apakah kaedah estimation dibuat? Kalau kaedah estimation dibuat tidak berdasarkan analisis yang baik, akhirnya ia akan menyebabkan perancangan perbelanjaan kita akan terjejas.
Saya juga nak tahu, apakah status uCustoms? Kerana saya nampak ada peruntukan tambahan yang tidak dibekalkan pada tahun lepas kepada Sistem Maklumat Kastam (SMK).
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Puan Yang di-Pertua— terima kasih Puan Pengerusi. Saya minta sangat Kementerian Kewangan bekalkanlah jawapan secara bertulis dalam ucapan perbahasan peringkat dasar kerana setakat hari ini, saya belum terima apa-apa jawapan daripada...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
...Kementerian Kewangan berkaitan dengan isu yang saya bangkitkan semasa ucapan perbahasan.
Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Pengerusi. Saya mulakan dengan B.10 –Perbendaharaan, kod 30000 – Aset. Ada kenaikan daripada RM41 juta kepada RM59 juta. 46 peratus kenaikan. Sila Menteri Kewangan berikan pencerahan.
Seterusnya, mengenai 020200 – Cukai. 2024, RM30.3 juta, 2023 hanya RM16.321 juta. Sila maklumkan, apakah yang dimaksudkan dengan cukai berkenaan?
Seterusnya, 030000 – Strategi Pelaburan. Naik daripada RM60 juta kepada RM107 juta. Kenaikan 78.2 peratus. Sila beri pencerahan sebab-sebab kenaikan.
Kemudian, kita tengok dalam program aktiviti 030500, ada peruntukan untuk Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Naik daripada RM30 juta kepada RM50 juta.
Sila nyatakan, apakah projek yang akan dilaksanakan?
Seterusnya, pelaburan kerajaan daripada RM11.6 juta kepada RM31.991 juta.
Seterusnya, B.11 – Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024. Kod 10000 – Emolumen. 2023, tiada. Tak ada rekod. 2024, RM377 juta. Kenapa ia berlaku? Apa perkara baharu yang akan dimasukkan?
Kemudian, kod 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan. 2023 hanya RM308 juta tetapi 2024, RM2.6 bilion. Perbezaan RM2.3 bilion iaitu naik 751 peratus, kenaikan yang cukup besar. Sila Menteri— minta Menteri Kewangan nyatakan, apakah sebabnya?
Seterusnya, Kod Objek 30000. 20— ini sudah sebutkan tadi ya. Okey.
Seterusnya, Kod (Objek Am) 50000 – Perbelanjaan-perbelanjaan Lain. Tahun 2023, RM132 juta. 2024, RM160 juta. Bezanya RM27.7 juta, 21 peratus kenaikan. Untuk perbelanjaan apa? Kenapa ia naik begitu tinggi?
Jumlah perbelanjaan mengurus bagi tahun 2024 mengikut objek am ialah RM51.68 bilion 2023 dan dia turun kepada RM47.9 bilion. Memang baik dia turun tetapi turun pun kita nak tahu juga, kenapa ia turun?
P.10, Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Bagi Tahun 2024 Mengikut Objek Am. Kod 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan. Naik daripada RM303 juta kepada RM412 juta. Kenaikan 36 peratus iaitu RM108.8 juta. Sila berikan pencerahan dan penjelasan.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Kemudian, 40000 – Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. 2023, RM23.1 juta tapi 2024 turun kepada RM12.1 juta. Ini pelik fasal kenaan tetap ini selalunya naik ataupun tetap. Tapi kali ini ia turun. Turun RM11 juta.
Seterusnya, P.10. Ini saya dah sebutkan tadi.
Seterusnya— ini nak rebut masa ini. Lima minit. Simpanan luar negara. Tidak ada masalah, RM2 bilion tahun sudah dan juga RM2 bilion tahun ini. Cumanya, dari segi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024, Tuan Pengerusi, saya nak tanya, kenapa perbelanjaan kurang RM7 bilion daripada 2023? Sepatutnya dia meningkat kerana memandangkan kita punya perbelanjaan ataupun jumlah perbelanjaan pada tahun ini meningkat begitu tinggi.
Seterusnya dan akhirnya, mengenai sumber kewangan bagi belanja pembangunan ini, Puan Pengerusi. Sebab, pembangunan ini, selalunya kita tak ambil daripada hasil. Hasil cukai dan sebagainya. Di peringkat Persekutuan pun sama, negeri pun sama. Umpamanya, adakah kita jual bon, umpamanya. Umpamanya, bon jangka panjang 10 tahun seperti Malaysian Government Investment Issue (MGII), Malaysian Government Securities (MGS), Treasury Bills. Ini short-term seperti Malaysia Islamic Treasury Bills (MITB), Bil Perbendaharaan. Saya mohon supaya Menteri Kewangan dapat menyatakan, dari manakah sebenarnya kita akan dapat wang untuk kita belanja bagi perbelanjaan pembangunan? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum* dan salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana beri peluang kepada Batu Pahat untuk membahaskan dalam peringkat Jawatankuasa di bawah Kepala B/P.10 Butiran 30000 – Aset.
Difahamkan di Kompleks Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, ada aset yang strategik yang dipunyai oleh Khazanah Berhad iaitu difahamkan ada tiga buah hangar kejuruteraan, fasiliti dan bangunan pentadbiran yang pernah dinilai pada 2018 dengan anggaran RM700 juta.
Untuk makluman Puan Pengerusi, tiga hangar kejuruteraan ini mempunyai bengkel yang tercanggih avionics-nya dan mekanikal dengan test equipment-nya dan modern warehouse dengan stacker retrieval system dan sekolah latihan teknikal.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Kompleks ini juga mengandungi dua multistorey yang bernilai— dua multistorey building bernilai RM100 juta. Puan Pengerusi, ketika ini MAB Engineering milik penuh hak Malaysia Aviation Group, sedang beroperasi dalam usaha untuk memulihkan industri pembaikan pesawat kembali gemilanglah. Jadi, MAG juga adalah pembekal maintenance, repair and overhaul (MRO) yang paling terkemuka di rantau Asia Pasifik. Apa pun, difahamkan MAB Engineering ini hanya menggunakan satu hangar.
Jadi, bagaimana dengan dua hangar yang lain kerana difahamkan hangar yang ada sekarang agak canggih. Persoalan saya, saya ingin bertanya syarikat penerbangan mana di Rantau Asia yang telah menjadi pelanggan kepada MAB Engineering ini?
Berapakah jumlah hasil yang— sepanjang yang diperolehi MAB Engineering ini ketika ini?
Puan Pengerusi, bagaimana dengan Kementerian Kewangan boleh membantu untuk mempromosikan lapangan terbang KLIA di Sepang atau Subang, seiring dengan mempromosikan MAB Engineering sebagai pemain utama dalam industri penyelenggaraan dan pembaikan pesawat di pering global? Apakah inisiatif yang dilakukan oleh MOF untuk membangunkan profesionalisme di MAB Engineering agar mereka ini menjadi pakar yang mampu bersaing di peringkat global?
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Agar tenaga pakar dari MAB Engineering ini sentiasa dirujuk dalam isu-isu penyelenggaraan peringkat antarabangsa. Bagaimana persediaan ke arah adaptasi teknologi baharu dan peralatan canggih seperti pendigitalan rekod selenggara, teknologi selenggara predictive, percetakan 3D, robotik dan penggunaan dron dalam pesawat.
Puan Pengerusi, saya nak tambah lagi tajuk di bawah aset Butiran 30000 ini iaitu Lawatan Pemuliharaan Perkhidmatan Harta. Apakah langkah yang dilakukan oleh JPPH untuk memastikan semua harta kerajaan sentiasa terpelihara? Apakah langkah untuk mengurangkan risiko susut nilai akibat dari kesan bencana alam seperti banjir, berikutan juga perubahan iklim global? Apakah langkah yang telah, akan dilakukan oleh MOF untuk memastikan semua harta iaitu hartanah, bangunan sentiasa boleh digunakan untuk mendapat faedah yang optimum? Mohon MOF memaklumkan, adakah terdapat bangunan kerajaan yang telah terbiar dan apa perancangan MOF untuk pastikan bangunan tersebut digunakan sepenuhnya?
Butiran 91000 – Kelengkapan Operasi Kastam. Saya ingin bertanya, bagaimana penggunaan teknologi dalam operasi kastam ini? Sistem pengurusannya. Penganalisisan analisa datanya atau alat automatik untuk mempermudahkan pengawasan barangan.
Akhir sekali, bagaimana kelengkapan operasi kastam terkini? Tarafnya bagaimana? Jadi, saya mengakhiri dengan di sinilah. Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya jemput Yang Berhormat Bachok.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih Puan Pengerusi. Izinkan saya memulakan perbahasaan dengan menarik perhatian terhadap Butiran P.10 Perbelanjaan Pembangunan di bawah Kementerian Kewangan berjumlah RM12.5 bilion. Daripada jumlah tersebut, saya merujuk kepada Butiran 09000 – Pelbagai Suntikan Modal. Jumlahnya RM12.1 bilion. Hampir 96 peratus daripada keseluruhan DE di bawah MOF.
Bachok ingin mendapatkan penjelasan terhadap apakah sasaran kesan pengganda yang terhasil daripada suntikan modal yang besar ini terhadap aktiviti pelaburan dan permintaan dalam negara khususnya untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara?
Keduanya, Butiran 09200 – Projek Berimpak Tinggi. Perbelanjaan sebenar 2022, sifar. Anggaran dipinda 2023 juga sifar. Peruntukan tahun hadapan RM100 juta. Bachok ingin bertanya, apakah perincian dan kriteria pemilihan projek berimpak tinggi ini? Bachok menyarankan keutamaan perlu diberikan kepada enam buah negeri kurang membangun sebagaimana yang dinyatakan dalam RMKe-12.
Ketiganya, Butiran 00500 – Baik Pulih Pejabat dan Kuarters. Dibangkitkan oleh ramai Ahli Parlimen sebentar tadi termasuk kementerian sebelum ini, JPM. Pada hemat saya, tidak terhad kepada pejabat dan kuarters di bawah MOF sahaja. Kerajaan perlu membuat sesuatu penilaian yang menyeluruh terhadap kualiti dan daya huni kuarters di seluruh negara.
Ini termasuklah kuarters tentera, polis, guru, klinik kesihatan yang pastinya berada di bawah peruntukan kementerian berkaitan. Cuma keperluan untuk membaik pulih pejabat dan kuarters kerajaan ini, saya kira perlu perhatian yang lebih khusus. Satu peruntukan yang munasabah untuk kerja-kerja penyelenggaraan supaya dapat dipanjangkan tempoh jangka hayat sesebuah pejabat mahupun kuarters kerajaan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Seterusnya, Dato pengerusi, saya beralih kepada perbelanjaan mengurus.
Butiran 020100 – Fiskal dan Ekonomi dan Butiran 020300 – Belanjawan Negara. Saya terbaca laporan berita yang memetik kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan pada 15 Oktober yang lepas, bahawa sebuah Jawatankuasa Pemantauan Bajet akan ditubuhkan. Ini pastinya selaras dengan kerangka pemantauan belanjawan yang terkandung dalam RUU Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal yang baru diluluskan bulan lepas.
Soalan saya, berapakah anggaran peratusan kutipan hasil cukai berbanding sasaran bagi tahun ini? Berapakah anggaran peratusan perbelanjaan sebenar Kerajaan Persekutuan berbanding peruntukan bagi tahun ini dan terpenting, apakah langkah- langkah penjimatan yang bakal diambil dalam Belanjawan 2024 ini?
Butiran 020200 – Cukai. Berlaku peningkatan mendadak peruntukan untuk perkhidmatan dan perbekalan di bawah urusan butiran ini daripada RM2.2 juta kepada RM15.6 juta. Kita sedia maklum bahawa peratusan hasil cukai berbanding KDNK bagi negara kita ini masih lagi tahap yang rendah, sekitar 12 peratus kepada KDNK.
Menandakan asas percukaian kita masih rendah dan potensi untuk kutipan cukai yang saksama itu masih ada. Bachok mohon perincian terhadap peningkatan mendadak peruntukan daripada RM2.2 juta kepada RM15.6 juta.
Butiran 050700 – Khidmat Perunding. Peruntukan bagi 2024 menyaksikan trend yang terus meningkat, daripada RM15.8 juta tahun 2022 kepada RM22.5 juta dan tahun hadapan RM23.2 juta. Sedangkan saya terbaca laporan berita yang memetik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 6 Mac 2023, yang kerajaan mahu kurangkan khidmat perunding dan mahu tugas besar dalam penilaian projek dikembalikan kepada penjawat awam.
Secara peribadi, saya menyambut baik saranan ini untuk mengurangkan kebergantungan kepada pihak konsultan dan perunding, khususnya perunding luar.
Seterusnya memberikan kepercayaan kepada keupayaan, kepakaran dan profesionalisme penjawat awam, khususnya dalam kalangan pegawai-pegawai muda untuk menimba pengalaman. Soalan saya, mengapa peruntukan pada tahun ini terus meningkat, sedangkan janji Perdana Menteri adalah untuk mengurangkannya?
Dalam butiran sama, saya ingin mencadangkan supaya pihak kementerian dapat meningkatkan penglibatan perunding dalam bidang kewangan ekonomi Islam. Kita punyai ramai pakar daripada UIA, INCIAF, ISDB juga Penasihat Syariah Bank Negara dan institusi perbankan Islam untuk turut sama memberikan input dan pandangan terhadap pengurusan dasar fiskal, dasar percukaian dan kewangan awam secara lebih adil dan mampan.
Seterusnya, mohon penjelasan Butiran 010100 B.11 – Perkhidmatan Penyelidikan Khas. Peruntukan yang amat besar RM300 juta. Terakhir Dato’ Pengerusi, Butiran 020300 – Belanjawan Negara. Ralat RM4 bilion yang dibangkitkan itu satu kesilapan yang telah pun diberikan penjelasan. Walaupun surat pemakluman itu datangnya lewat 10 hari selepas pembentangan belanjawan pada 13 Oktober dan tarikh suratnya pula diawalkan kepada 17 Oktober. Saya tidak mempersoalkan.
Terakhir, saya tidak mempersoalkan proses penyediaan di pihak MOF tetapi saya berasa amat ralat, pertamanya perkara ini tidak diberi, diberitakan kecuali setelah dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Lebih ralatnya, rakan-rakan di pihak kerajaan pun agak berdiam diri terhadap perkara ini tidak dibangkitkan langsung. Jadi, inilah bagi saya satu ralat yang lebih besar daripada ralat yang berlaku pada angka RM4 bilion tersebut.
Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Ikut senarai, saya mempersilakan Yang Berhormat Tawau.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Terima kasih Tuan Pengerusi. Merujuk Butiran 020300 – Belanjawan Negara. Jumlah perbelanjaan dan peratus kegunaan peruntukan daripada
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Persekutuan kepada Sabah pada tahun 2023. Setakat bulan September, Sabah baru sahaja dapat membelanjakan RM2.562 bilion daripada RM4.5 bilion iaitu 39 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan yang diberikan.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Peruntukan yang diterima oleh Sabah hanyalah 7.3 peratus daripada sejumlah RM90 bilion. Sudahlah dapat peruntukan rendah, perbelanjaan rendah pun antara yang paling rendah. Hal ini berlaku akibat masalah birokrasi daripada Persekutuan dari segi pengurusan dokumentasi, jangka masa pelaksanaan dan keperluan projek. Setiap tahun, sekurang-kurangnya Sabah rugi anggaran RM2 bilion atau 30 peratus dana Persekutuan kerana tidak sempat digunakan dan perlu dikembalikan kepada Persekutuan. Kalau 10 tahun, Sabah rugi RM20 bilion.
Dewan Undangan Negeri Sabah sudah meluluskan RUU Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 2023 untuk menubuhkan Tabung Amanah Khas Kerajaan Negeri Sabah, trust fund, dengan izin. Mohon Menteri Kewangan meluluskan dan menyalurkan semua peruntukan pembangunan untuk Sabah masuk ke dalam tabung amanah ini bagi memastikan tiada lagi projek terbengkalai.
Tuan Pengerusi, merujuk Butiran 990100 – Malaysia Airports Holdings Bhd
(MAHB) – Bayaran MARCS. Perbelanjaan bagi pengurusan dan penaiktarafan Lapangan Terbang Tawau perlu mendapat perhatian daripada Kementerian Kewangan. Pada tahun 2019, Lapangan Terbang Tawau mencatat 1.83 juta penumpang iaitu 22 peratus melebihi kapasiti dan dijangka pada tahun ini akan kembali dengan kapasiti ini. Hal ini menyebabkan kesesakan dan menjejaskan usaha untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara.
Tuan Pengerusi, merujuk Butiran 09200 – Projek Berimpak Tinggi dan Kesejahteraan Rakyat. Sabah harap kerajaan bukan sahaja memikirkan projek setinggi langit seperti kereta EV, rumah pintar, Program ANGKASA di Semenanjung tetapi jangan lupa juga kami di Sabah masih ada masalah air, elektrik dan jalan raya.
Persoalan saya apakah senarai projek berimpak tinggi untuk Tawau dan Sabah?
Projek seperti sebagai contoh Loji Rawatan Air Cinta Mata dan Loji Cinta 2 Tawau, Empangan Papar, Projek Hidroelektrik Sungai Padas dan beberapa projek di Sabah perlu diletakkan sebagai keutamaan oleh Kementerian Kewangan. Ada projek ini sebenarnya mengalami kelewatan dan memerlukan tambahan dana sahaja untuk disiapkan.
Tidak dilupakan, terdapat sebanyak 287 buah klinik daif di Sabah atau 72 peratus daripada 400 klinik daif yang terdapat di seluruh negara. Sabah juga mencatatkan bilangan sekolah daif yang tinggi iaitu 282 buah atau 34 peratus daripada 830 buah yang ada di seluruh negara. Daripada 10 daerah termiskin di Malaysia, lapan daripada adalah dari Sabah. Ini menunjukkan Sabah amat memerlukan projek berimpak tinggi bagi menyelesaikan isu-isu keperluan ini bagi membantu meningkatkan ekonomi negeri dalam masa yg sama mampu meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Tuan Pengerusi, merujuk Butiran 030400. Terima kasih kepada pihak Jabatan Perdana Menteri bagi Undang-undang Reformasi Institusi yang menyambut baik cadangan penubuhan Jabatan Panduan Guaman Cawangan Tawau dan telah dimasukkan dalam perancangan pihak JPG. Saya ingin membangkitkan sekali lagi di Dewan yang mulia ini tentang keperluan penubuhan cawangan JPG di Daerah Tawau dengan segera kerana pada ketika itu hanya satu JPG yang berfungsi di negeri Sabah iaitu di Kota Kinabalu.
Jarak Tawau dan Kota Kinabalu yang jauh sudah semestinya akan menyukarkan rakyat Tawau atau rakyat di bahagian Pantai Timur Sabah yang memerlukan bantuan guaman daripada JPG. Oleh itu, saya berharap pihak kerajaan dapat menyatakan perkembangan terkini tentang perancangan penubuhan JPG di Daerah Tawau dan sejauh mana pihak kerajaan komited untuk merealisasikan perkara ini.
Tuan Pengerusi, merujuk Butiran 020300 – Belanjawan Negara. Sekarang kita memahami bahawa harga barang seluruh Malaysia naik. Barang-barang keperluan yang diproses dan bukan berasal daripada Sabah mengalami perbezaan harga. Di
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Semenanjung murah, di Sabah pula menjadi mahal. Barang-barang keperluan yang dihantar ke negeri lain di Semenanjung tidak melibatkan kos pengangkutan tetapi di Sabah, Sarawak dikenakan kos pengangkutan.
Rakyat Sabah, Sarawak yang terpaksa menanggung beban dua kali disebabkan kos pengangkutan ini. Subsidi tambahan perlu disalurkan untuk menghapuskan perbezaan harga antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan biarlah satu negara, satu harga Madani Malaysia selari dengan hasrat Perdana Menteri untuk menoktahkan kemiskinan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tawau. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya terus kepada perkara pertama, Butiran 020100 – Fiskal dan Ekonomi.
Kita sedia maklum Belanjawan 2024 ini memperuntukkan RM393.8 bilion, hampir satu perlima daripada unjuran KDNK tahun hadapan.
Daripada jumlah ini, 77 peratus OE. Jika dibandingkan perbelanjaan mengurus OE dengan jumlah hasil, hampir mencecah 98.7 peratus. Soalan saya, sejauh manakah dasar dan strategi yang dilaksanakan dan dirancang kerajaan berupaya meningkatkan hasil negara dalam keadaan ekonomi kita semakin menguncup.
Kedua, B.10 Butiran 020200 – Cukai. Antara salah satu outcome pengurusan fiskal yang berkesan adalah berkenaan peratusan hasil cukai berbanding KDNK. Kalau kita lihat sasaran bagi 2023, 12.4 peratus. Kemudian pada tahun 2024 ini ia merudum sebanyak 12.3 peratus. Adakah dengan segala langkah percukaian yang diumumkan masih tidak berjaya untuk menambah asas hasil cukai kepada negara?
Kemudian, saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian berkenaan dengan cukai barangan bernilai tinggi kerana sekarang masih ada pelbagai kekeliruan.
Dalam jawapan yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan pada minggu yang lepas juga masih kurang jelas berkenaan mekanisme pelaksanaannya. Saya mohon kementerian jelaskan secara terperinci berkenaan dengan dasar Cukai Barangan Bernilai Tinggi ini.
Yang ketiga adalah saya ingin bangkitkan berkaitan dengan Butiran 020300 – Belanjawan Negara. Jika kita lihat pada fungsinya adalah untuk mengurus pemberian kepada kerajaan negeri selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Saya berharap Kerajaan Persekutuan terus menjunjung semangat federalisme dan demokrasi dengan mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira perbedaan parti ataupun politik. Kerajaan juga perlu menyalurkan peruntukan secara adil kepada negeri-negeri pembangkang agar pembahagian peruntukan dapat dinikmati oleh semua pihak.
Soalan saya, adakah pihak kementerian bercadang untuk meluluskan fungsi pemantauan, seperti yang pernah dilaksanakan oleh Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional yang sebelum ini iaitu LAKSANA ketika pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi dilaksanakan sebelum ini.
Perkara yang keempat yang saya ingin bangkitkan ialah B.10 Butiran 050200 – Pengurusan Wang Tak Dituntut. Merujuk kepada jawapan Menteri pada 13 Jun yang lalu, baki setakat 31 Mei yang lalu, terdapat sebanyak RM11.5 bilion jumlah wang tak dituntut yang sedang diuruskan oleh Jabatan Akauntan Negara.
Soalan saya, berapakah jumlah terkini wang tidak dituntut ini setakat 31 Oktober 2023. Apakah inisiatif kerajaan bagi memberi kesedaran sekali gus menggalakkan tuntutan wang tak dituntut ini melalui media massa serta laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Adakah kerajaan melaksanakan program outreach di negeri- negeri di seluruh Malaysia.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Perkara yang kelima berkaitan dengan B.10 Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai dengan peruntukan sebanyak RM35.8 bilion. Saya ingin meminta Menteri Kewangan memberikan perincian tentang pengurangan peruntukan yang ketara bagi subsidi dan bantuan tunai berbanding tahun 2023.
Adakah kerajaan telah mengenal pasti kumpulan sasar yang akan mendapat manfaat daripada subsidi ini? Saya kira subsidi yang dibuat secara bersasar ini adalah satu langkah yang dominan dan sekiranya kita dapat lakukan secara lebih efisien, kita dapat menjimatkan wang negara.
Kadar inflasi negara kita mencecah hanya dua peratus pada Ogos 2023, lebih rendah berbanding negara-negara maju dan juga negara serantau kerana dasar kerajaan mengawal harga dan memberi subsidi kepada barangan asas. Dengan pengurangan peruntukan subsidi dan bantuan tunai ini sudah pasti angka inflasi kita mungkin boleh mencecah, mungkin meningkat lagi.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Di bawah butiran yang sama, apakah jaminan pihak kerajaan berkenan dengan cadangan kaedah pemberian subsidi mengikut pendapatan boleh belanja bersih isi rumah akan lebih berkesan dan saksama kepada rakyat?
Seterusnya peruntukan di bawah B.11, Butiran 021300 – Pemberian Kemudahan Projek Khas dengan peruntukan sebanyak RM4.2 bilion untuk tahun 2024 berbanding dengan RM2.8 bilion untuk tahun 2023. Peningkatan sebanyak RM1.4 bilion. Saya minta Menteri Kewangan mengemukakan perincian bagi peruntukan ini termasuk faedah, dividen berkenaan dengan bayaran hutang negara. Saya kira itu sahaja Dato’ Pengerusi.
Terima kasih
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Taiping.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya nak rujuk kepada Butiran 040100 – Bayaran Balik Hasil dengan Butiran 160100 – Kumpuan Wang Amanah Tabung Bayaran Balik Cukai. Saya nak tanya kepada pihak Menteri di sini bahawa apakah status tunggakan cukai biarpun cukai tunggakan, cukai yang patut dibayar balik termasuk khasnya cukai pendapatan yang harus dibayar balik?
Kerana apa yang berlaku sebelum ini pada tahun 2018, kita pernah nampak suatu situasi yang mana jumlah sebanyak RM37 bilion, cukai pendapatan dan cukai GST yang sepatutnya dibayar balik tidak dibayar balik kepada pembayar cukai. Ini adalah tidak sejajar dengan peruntukan dalam Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan tahun 2014, yang menetapkan supaya kesemua cukai yang dituntut balik haruslah dibayar dalam masa 14 hari dan begitu juga seksyen 111 Akta Cukai Pendapatan. So, itu perkara pertama.
Perkara kedua yang nak saya bangkitkan dan dapatkan jawapan daripada kementerian adalah berkenaan dengan Butiran 010200 – Bayaran Sewa Kereta Saloon Jabatan-jabatan Kerajaan. Dato’ Pengerusi, sekiranya kita mengimbas kembali pada bulan Julai yang lepas, telah dikeluarkan suatu berita bahawa sebuah syarikat iaitu Berjaya-Naza telah pun mengumumkan bahawa mereka akan menyaman kerajaan kerana kerajaan telah menamatkan perjanjian yang dianugerahkan untuk membekalkan kereta rasmi kepada kerajaan, iaitu kerajaan pada tahun 2020 telah pun menamatkan perjanjian yang dianugerahkan kepada Berjaya-Naza untuk membekalkan kereta rasmi kepada kerajaan.
Juga, dalam berita tersebut juga didakwa bahawa tindakan kerajaan pada tahun 2020 itu telah membawa suatu kos sebanyak RM700 juta lebih tinggi iaitu harga tender yang diberikan adalah RM700 juta lebih tinggi.
Dalam isu ini, banyak soalan perlu dijawab. Saya nak bangkitkan empat di sini.
Nombor satu, kenapa syarikat asal iaitu Berjaya-Naza yang dianugerahkan projek digugurkan? Nombor dua, apakah keputusan Jawatankuasa Tender pada ketika itu sama ada Jawatankuasa Tender memang membuat suatu keputusan yang memihak kepada
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
syarikat asal iaitu Berjaya-Naza? Nombor tiga, kenapa hasil Jawatankuasa Tender oleh kerajaan tidak dipatuhi? Nombor empat, apakah justifikasi untuk kerajaan pada tahun 2020 memberikan kontrak dengan kos RM700 juta lebih tinggi kepada satu syarikat yang dinamakan Spanco?
Dalam perkara ini, saya nak tanya kepada pihak kementerian sama ada audit dalaman ataupun siasatan dalaman pernah dilakukan dan sama ada MACC pernah masuk untuk menyiasat sama ada terdapat apa-apa tindakan ataupun perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku dalam isu ini?
Perkara ketiga berkenaan dengan Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai.
Kita nampak subsidi dan bantuan tunai telah pun berkurangan pada tahun ini.
Anggarannya adalah lebih kurang RM6.6 bilion lebih rendah iaitu dengan kata lain, kita telah pun menjimat lebih kurang RM6.6 bilion. Tapi, kita sekian maklum bahawa ia adalah merupakan hasil daripada polisi subsidi bersasar yang akan bakal dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun hadapan.
Saya nak bertanya kepada pihak kementerian bahawa dalam pelaksanaan subsidi bersasar ini, bagaimanakah pendapatan dapat dikelaskan? Itu nombor satu. Pendapatan dapat dikelaskan sama ada pendapatan individu ataupun pendapatan keluarga. Itu nombor satu. Nombor dua, bagaimanakah rebat tunai atau bantuan tunai akan diberikan, akan dikira apabila kita sekian maklum bahawa setiap keluarga atau pun setiap individual, penggunaan petrol ataupun diesel mereka adalah berlainan?
So, bagaimana kerajaan dapat menentukan berapakah bantuan tunai yang akan diberikan kepada seseorang itu ataupun kepada keluarga tersebut? So, dengan itu, tiga perkara yang saya ingin bangkitkan. Sekian sahaja daripada saya. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Yang Berhormat Bukit Gantang. Yang Berhormat Bukit Gantang satu, dua, tiga. Tiada. Saya kepada Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Dato’ Pengerusi kerana memberi peluang untuk Bayan Baru berbahas tentang dalam peringkat Jawatankuasa ini. Saya ingin mulakan dengan projek Butiran 50000 – PPP/PFI. Saya ingin merujuk kepada projek LRT dan juga pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Negeri Pulau Pinang.
Dua projek yang amat besar di negeri Pulau Pinang di mana Timbalan Menteri juga datang daripada Pulau Pinang. Ini dua projek ini akan sudah tentunya akan membantu merancakkan ekonomi di negeri Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, kita tahu bahawa projek yang besar sebegini biasanya mendapat kontrak adalah kontraktor daripada luar negara dan kita harap bahawa sebenarnya kita harus tambahkan local content. Saya menyuruh supaya Timbalan Menteri dan juga Menteri mensyaratkan projek- projek tender ini, mensyaratkan dalam tender itu untuk meningkatkan local content. Kalau boleh, syarikat tempatan di negeri Pulau Pinang itu mendapat manfaat kerana ini adalah projek daripada di negeri Pulau Pinang sebab Pulau Pinang mempunyai syarikat-syarikat yang hebat-hebat untuk membantu dari segi projek tersebut.
Butiran 040100 – Perolehan Kerajaan. Kita tahu bahawa ada banyak projek kecil yang dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan. Kita tahu bahawa contohnya adalah peruntukan untuk membaiki tandas-tandas sekolah. Baru-baru ini semua Ahli-ahli Parlimen mendapati bahawa kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan MOF ini terlalu sibuk untuk melaksanakan projek. Maka ada ketundaan, ada yang pula memberi kos yang sangat tinggi berbanding dengan kalau kita open tender dan sebagainya.
Jadi, saya harap bahawa kementerian boleh memberi kewangan terus kepada sekolah-sekolah terutamanya PIBG kerana kita percaya bahawa PIBG ini, mereka lebih menjaga sekolah dan mereka akan lebih prihatin dan akhirnya mereka akan mencari kontraktor yang boleh melaksanakan projek, bukan melalui kontraktor-kontraktor yang
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
didaftarkan di kalangan MOF. Saya harap bahawa kerajaan boleh memberi kelonggaran dari segi itu supaya lebih banyak projek dijalankan dengan lebih cepat. Bukan melalui kontraktor yang tertentu sahaja yang didaftarkan di MOF.
Untuk 020500 – Kastam Diraja Malaysia. Kita tahu bahawa Malaysia ini adalah trading nation. Kita ada banyak kapal-kapal yang membawa barangan masuk ke Malaysia dan barangan Malaysia dieksport ke luar. Kastam menjadi gatekeeper untuk segala aktiviti penyeludupan dan cukai-cukai dikutip untuk negara. Jadi dalam keadaan ekonomi dan juga pendapatan negara yang semakin kurang, kita tidak boleh — Kita harus meningkatkan aktiviti penguatkuasaan supaya kekayaan negara, tax itu dapat dikutip.
Jadi saya ingin mengesyorkan kepada Kementerian Kewangan untuk laksanakan satu mantera, “Tiada hari tanpa tangkapan’’, “Tiada hari tanpa tangkapan”.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Di mana sebenarnya polisi ini dilakukan oleh MAQIS dulu di mana Kementerian Pertanian, mereka melaksanakan polisi tiada hari tanpa tangkapan. Maka banyak yang telah ditangkap dan akhirnya, pendapatan negara dapat ditingkatkan.
Untuk Butiran 030100 – Syarikat Pelaburan Kerajaan. Saya nampak bahawa kenaikan telah diberikan kepada GIC. Saya ucapkan tahniah kerana GIC ini ia mengawal segala syarikat pelaburan negara di bawah MOF dan ia meningkatkan pendapatan untuk negara kalau syarikat itu dijalankan dengan baik, dengan profesional, ia meningkatkan kewangan untuk Kementerian Kewangan.
Walau bagaimanapun, saya harap bahawa ditingkatkan lagi usaha untuk mengawal syarikat-syarikat kerana kita tahu juga ada syarikat-syarikat yang tidak beroperasi dan juga tidak berfungsi dengan baik. Jadi saya nak tanya kepada Kementerian Kewangan, berapa syarikat yang rugi dan berapa syarikat yang untung?
Apakah ROI untuk syarikat-syarikat GIC ini? Kita nak tanya bahawa berapa dividen yang telah dibagikan kepada kerajaan oleh syarikat-syarikat MKD ini?
Akhir sekali, Dato’ Pengerusi adalah Butiran 010200 – Bayaran Sewa Kereta Saloon Jabatan-jabatan Kerajaan yang telah dibangkitkan oleh kawan saya Taiping tadi.
Di mana kita tahu bahawa projek kerajaan kereta kerajaan telah diberikan kepada Spanco.
Pada tahun 2020, sebenarnya satu open tender telah dilaksanakan tetapi akhirnya, open tender walaupun jawatankuasa tender telah mencadangkan kepada Kabinet pada masa itu untuk diberikan kepada Berjaya Naza tetapi ada pihak-pihak tertentu intervene dan akhirnya, ia menjadi direct negotiation. Ini telah menyebabkan kerajaan terpaksa membayar lebihan RM670 juta lebihan, over the 15 years. Ini bermaksud bahawa setiap tahun, kita terpaksa membayar RM44 juta lebihan kalau berbanding dengan tender yang terendah.
Jadi, saya harap bahawa Kementerian Kewangan buka semula kes ini dan siasat sebenarnya kenapa ada campur tangan daripada siapa. Ada unsur rasuah atau penyelewengan dari segi itu di mana satu projek tender terbuka, tiba-tiba ditarik balik dan menjadi direct negotiation. Ini projek yang amat besar RM4.6 bilion tetapi dalam butiran, setiap tahun ia patut membayar — kerajaan patut membayar RM308 juta kepada Spanco.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, gulung.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tetapi, nampak di sini hanya bayar RM8 juta sahaja. Akhir sekali, jadi saya tanya, bolehkah Menteri terangkan kenapa Butiran 010200 ini hanyalah RM8 juta bukan RM308 juta? Sekian terima kasih, Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Taiping.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Dato’ Pengerusi, Dato’ Pengerusi, Pasir Salak.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Aturan Mesyuarat 14(1), “...cukup bilang bagi Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa sebuah-buah Majlis Mesyuarat
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
hendaklah mengandungi 26 orang Ahli dengan tidak termasuk Pengerusi”. Rasanya ada tak cukup 20. Ini rasanya kali keempat ini.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Pasir Salak. Bentara, sila kira dahulu.
[Ahli-ahli dikira]
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Solat Maghrib lah.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat, saya telah menerima pemakluman daripada Setiausaha Dewan, cukup 26. Teruskan.
[Tepuk] Berikutan itu, saya mempersilakan Yang Berhormat Rantau Panjang.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Carilah modal lain.
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Pengerusi memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan di peringkat Jawatankuasa.
Saya menyentuh Butiran 020000 – Strategi Fiskal dan juga Butiran 020300 – Belanjawan Negara. Saya ingin tahu, apakah mekanisme yang telah diguna pakai untuk mencapai bajet yang seimbang? Bagaimanakah pengagihan terutama di negeri-negeri yang kurang maju seperti Sabah, Sarawak, termasuk juga Kelantan, Kedah, Terengganu, Perlis yang sepatutnya diberi keutamaan dalam bajet ini untuk melahirkan jurang ekonomi yang seimbang antara wilayah timur dan barat?Jadi sejauh mana mekanisme yang telah digunakan? Apakah tambah baik yang telah dibuat?
Saya ingin tahu juga, tentang jumlah bayaran royalti yang ditukar menjadi wang ihsan yang akan dibayar kepada negeri ini sedangkan perkara ini sudah ada termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1975. Saya ingin penjelasan.
Begitu juga, saya ingin penjelasan tentang berkaitan dengan strategi cukai yang telah dikenakan. Sebab kita lihat hari ini rakyat sangat tertekan dengan kos hidup yang tidak terkawal, dengan harga barang yang semakin mahal yang sehingga hampir 40 peratus kenaikan harga barang, nilai ringgit yang semakin rendah sehingga berada di tahap yang terendah dalam tempoh 25 tahun.
Begitu juga FDI yang jatuh teruk termasuk juga eksport negara yang semakin menurun lebih daripada hampir 14 peratus. Kita lihat apabila kerajaan menaikkan cukai SST lapan peratus, apakah ini akan membantu ekonomi rakyat walaupun tidak dikenakan cukai kepada makanan dan minuman tetapi ia terkesan?
Begitu juga tentang bajet pembangunan yang dikurangkan dan ini akan memburukkan lagi keadaan ekonomi. Apakah ini yang membuktikan ekonomi madani sebenarnya gagal?
Jadi, saya ingin menyentuh seterusnya berkaitan dengan pengurusan wang yang tidak dituntut. Saya mohon penjelasan, sejauh manakah mekanisme yang dibuat dan apakah penyelesaiannya?
Begitu juga saya mohon penjelasan berkaitan dengan Butiran 990300 yang berkaitan dengan justifikasi pengambilalihan litar Formula One yang berjumlah RM46 juta.
Saya ingin tahu, berapakah pendapatan hasil daripada litar F1 di Sepang ini dan adakah kerajaan mengambil alih ini dengan mengorbankan wang rakyat sedangkan perkara ini tidak memberi impak yang baik kepada pendapatan negara? Seolah-olah pikul biawak hidup. Jadi, saya ingin tahu, apakah justifikasi pengambilalihan RM46 juta litar F1 ini?
Begitu juga saya ingin tahu, tentang Butiran 09200 – Projek Berimpak Tinggi dan Kesejahteraan Rakyat dengan peruntukan RM100 juta. Jadi saya ingin tahu, apakah projek-projek berimpak tinggi yang telah disenaraikan yang memberi impak yang besar kepada pendapatan rakyat dan negara?
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Saya ingin penjelasan juga berkaitan dengan Butiran 120100 iaitu Wang Amanah Tabung Bantuan Perubatan. Saya ingin penjelasan, berapa ramai yang telah mendapat manfaat daripada tabung ini? Apakah mekanisme yang dibuat untuk penambahbaikan untuk memastikan supaya golongan-golongan terutama mereka yang B40, miskin mendapat manfaat daripada wang amanah tabung perubatan ini?
Saya ingin juga penjelasan tentang Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai yang telah diturunkan daripada RM45 bilion kepada RM35 bilion. Apakah bentuk bantuan yang telah dikurangkan dan siapakah kumpulan sasarnya dan apakah mekanismenya?
Begitu juga saya ingin penjelasan, tentang Butiran 170100 berkaitan bayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) yang telah diselesaikan oleh pihak kerajaan. Setakat ini, apakah pencapaiannya dan sejauh mana pencapaian kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan?
Saya ingin penjelasan sekali lagi dalam Dewan ini, bagaimana angka 18,000 yang dikatakan miskin tegar ini – yang hanya tinggal 18,000 sedangkan kita tengok data-data daripada Kementerian Ekonomi dan kementerian yang lain sangat berbeza? Jadi, macam mana mekanisme pengiraan ini dibuat? Bilakah yang dijanjikan oleh PMX kita untuk menoktahkan kemiskinan ini, dapat dicapai? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismillahi Rahmani Rahim. Dato’ Pengerusi, T.12 Butiran 010600 – Pemberian Khas Tahunan Sabah. Walaupun butiran ini tidak termasuk di dalam list, namun butiran Pemberian Khas Tahunan Sabah ini penting.
Saya ingin menyentuh mengenai pemberian khas interim untuk Sabah yang ditingkatkan daripada RM125.6 juta kepada RM300 juta. Saya lihat di dalam butiran Belanjawan 2024 memang betul berlaku peningkatan kepada RM300 juta namun terdapat dua persoalan.
Pertama, bilakah ia akan dibentangkan di Parlimen seperti yang berlaku pada tahun 2022? Kedua, adakah ia di dalam warta baharu nanti perkataan “interim” akan dinyatakan? Saya masih menunggu-nunggu jawapan daripada Kementerian Kewangan, tentang jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan hasil cukai bersih yang dikutip di Sabah ke Persekutuan ketika perbahasan RUU LHDN tempoh hari iaitu adakah ia berdasarkan Artikel 112C Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan?
Butiran 020300 – Belanjawan Negara. Daripada dua belanjawan yang lalu termasuk Belanjawan 2024 ini, saya telah menggesa agar kerajaan membutirkan pada belanjawan lalu iaitu membutirkan perbelanjaan untuk Sabah dan Sarawak dengan lebih jelas di dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan.
Sehingga hari ini, saya masih belum menerima jawapan daripada MOF mengenai perkara ini. Saya ambil contoh butiran sekolah daif. Tidak adapun pengkhususan butiran pembaikan sekolah daif sedangkan kami di Sabah juara la bah. Jadi, macam mana kita mahu pantau pembaikan sekolah daif ini?
Saya ambil contoh lagi Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. Kenapa kita tidak pecahkan butiran ini supaya menjadi seperti butiran bekalan air dan bekalan elektrik luar Bandar Sabah? Senang bah kita pantau. Ini belum mengambil kira peruntukan yang tidak dinyatakan secara spesifik kepada Sabah. Antaranya butiran keselamatan, Kementerian Pertahanan, Dalam Negeri, perumahan dan jaringan jalur lebar Internet.
Butiran-butiran ini perlu dibutirkan untuk Sabah dan Sarawak. Saya mahu juga jawapan daripada MOF hari ini. Mahu atau tidak ambil cadangan saya?
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Kedua, mengenai cadangan menyalurkan peruntukan pembangunan tahunan Kerajaan Persekutuan kepada Sabah melalui Akaun Amanah. Saya lama sudah cadang perkara ini, begitu juga kerajaan Sabah dan rakan-rakan saya di sini dari Sabah. Saya mohon penjelasan, apakah proses yang perlu dilakukan untuk peruntukan pembangunan ini disalurkan ke Akaun Amanah? Adakah perlu dipinda Perlembagaan atau hanya memerlukan pindaan Arahan Perbendaharaan? Apakah implikasinya, jika peruntukan ini disalurkan ke Akaun Amanah?
Butiran 09000 – Pelbagai Suntikan Modal. Diperuntukkan sejumlah RM12 bilion tahun hadapan berbanding tahun ini RM8 bilion. Pertama, sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 yang lalu, saya lihat butiran ini diberikan peruntukan sebanyak RM23 bilion. Namun jika merujuk Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024 yang menjadi rujukan kita hari ini, jumlah ini telah dipinda kepada RM8 bilion. Mengapa ia dipinda dan ke manakah dibelanjakan peruntukan yang telah dipinda tersebut?
Kedua, saya ingin tahu adakah yang dibelanjakan di butiran ini, bagaimana dan kepada siapa pelbagai modal ini akan disalurkan? Apakah kriteria penentuan yang diguna pakai dan apakah mekanisme pemantauan yang diguna pakai?
Dato’ Pengerusi, akibat ketidakseimbangan dari segi pembangunan ekonomi, maka ribuan anak muda Sabah merantau ke Tanah Melayu untuk mencari rezeki. Walhal kalau Malaysia Agreement ditunaikan, tidak bah kami ini susah-susah merantau. Seperti kes yang tular baru-baru ini, seorang anak perantau Sabah asal Tawau yang mencari rezeki dikasari. Hanya kerana dia slang Sabah, kena fikir orang luar.
Perkara yang paling menyakitkan hati orang Sabah bila dia kena tanya, “Kenapa bahasa kau lain?” Kau tahu rasa dia macam mana? Macam kau orang asing bah. 60 tahun sudah Malaysia ini lahir kerana penyertaan Sabah. Apa? Sabah ini tidak diiktiraf? Give us some respect walaupun kawan-kawan kami hanya pekerja rendah. Ingat ini. Sejahteranya Malaya hari ini kerana hasil bumi Sabah dan Sarawak. Tiada Sabah, tiada Sarawak, tiada Persekutuan Malaysia.
[Tepuk] Ingat itu. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Pengerusi. Agenda kesejahteraan rakyat sememangnya sentiasa menjadi keutamaan kami Perikatan Nasional.
Jadi saya ingin merujuk P.10 Butiran 09200 – Projek Berimpak Tinggi dan Kesejahteraan Rakyat. Mengikut Anggaran Perbelanjaan 2023 yang dibentangkan dan diluluskan sebelum ini, sejumlah RM500 juta telah diperuntukkan tapi bila kita merujuk kepada butiran yang sama, bagi tahun 2024, anggaran harga projek berubah kepada RM100 juta dan tiada langsung perbelanjaan bagi tahun 2023. Kosong ya, perbelanjaan untuk butiran ini bagi tahun 2023 adalah kosong.
Soalan saya, adakah tidak ada sebarang projek yang dilaksanakan pada tahun 2023 sebagaimana yang dirancang dan diluluskan dalam Belanjawan 2023? Jika ada, apakah sebenarnya kekangan yang dihadapi? Apakah perbezaan antara skop projek bagi tahun 2023 yang bernilai RM500 juta berbanding 2024 yang berbilai RM100 juta? Mohon Menteri bagi penjelasan dan kemukakan butiran kos setiap skop di bawah butiran ini.
Yang Amat Berhormat Tambun ada menyebut tentang keperluan subsidi dan bantuan yang dijangka mencecah RM81 bilion tahun ini untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat melalui kawalan harga barang dan bantuan kewangan.
Dalam konteks ini saya ingin menyentuh tentang peruntukan di bawah B.11 Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai berjumlah RM35.84 bilion. Peruntukan tahun 2024 berkurang hampir RM7 bilion. Jika dilihat secara keseluruhan pula, terdapat perbezaan besar RM45.16 bilion berbanding keperluan subsidi RM81 bilion seperti mana yang telah diumumkan.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Adakah peruntukan ini telah mengambil kira pelaksanaan subsidi bersasar yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan? Minta Menteri memberikan perincian di bawah butiran ini bagi tahun 2024 berbanding tahun 2023 dan 2022. Di manakah butiran lain bagi keperluan subsidi yang dianggar berjumlah RM45.16 bilion itu iaitu RM81 bilion ditolak RM35.48 bilion dalam butiran tersebut.
Seterusnya, Butiran 010800 – Bayaran Keuntungan Atas Terbitan Pelaburan Kerajaan. Saya ingin menyentuh tentang pinjaman berjumlah RM2.3 bilion oleh FIC Properties Sdn Bhd iaitu anak syarikat FELDA daripada GovCo iaitu syarikat di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan) untuk pembelian ekuiti PT Eagle High Plantations
(EHP).
Saya petik laporan daripada ringkasan kajian forensik Kertas Putih FELDA yang menyebut bahawa FPSB telah menandatangani perjanjian S&P bertarikh 23 Disember 2016. Kementerian Kewangan Malaysia juga telah terlibat dalam proses cadangan pelaburan ini dengan memberi beberapa nasihat, strategi dan penstrukturan pelaburan.
Nilai pelaburan FELDA sebanyak RM2.3 bilion dalam EHP pada hari ini cuma tinggal sekitar RM220 bilion sahaja iaitu hilang 90 peratus nilainya.
Isu pelaksana put option sehingga kini masih belum selesai memandangkan MOF turut bertanggungjawab dalam cadangan pembelian saham EHP oleh FPSB maka saya cadangan agar Kementerian Kewangan mengambil alih hutang berjumlah RM2.3 bilion untuk pembelian saham EHP tersebut. Ia akan memberi ruang untuk FELDA mengukuhkan kedudukan kewangannya.
Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 020800 – Bayaran untuk Sektor Strategik di bawah Maksud Bekalan 11. Peruntukan bagi tahun 2024 menunjukkan peningkatan ketara RM1.7 bilion berbanding RM187 juta pada tahun 2023. Adakah peruntukan ini termasuk juga bayaran balik pembiayaan secara off-budget? Mohon kemukakan perincian butiran ini bagi tahun 2022, 2023 dan 2024.
Saya ingin turut menyentuh P.10 Butiran 50000 – PPP/PFI. Di dalam ucapan Belanjawan 2024, dinyatakan bahawa kerajaan akan membina LRT Malaysia ke Seberang Perai berjumlah RM10 bilion mengikut kerjasama awam swasta. Berapakah komitmen Kerajaan Persekutuan untuk pelaksanaan projek ini? Berapa pula komitmen kerajaan negeri? Adakah komitmen Kerajaan Persekutuan telah dimasukkan di bawah Butiran 50000 ini? Sekiranya apabila siap nanti, syarikat LRT menghadapi masalah kewangan, apakah Kerajaan Persekutuan perlu menanggungnya? RM10 bilion itu bukanlah kecil, oleh itu penjelasan yang menyeluruh perlulah diberikan oleh kerajaan.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Seterusnya akhir sekali, Butiran 030300 – Pelaburan Strategik. Kita banyak berbincang tentang keterjaminan makanan khususnya usaha untuk meningkatkan hasil pertanian dan agromakanan negara. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memperkukuhkan sektor pertanian, namun jumlah nilai import makanan negara masih tinggi iaitu mencecah lebih RM75 bilion.
Hasil pengeluaran pertanian negara dalam subsektor tertentu masih rendah.
Sebagai contoh, dalam penternakan lembu pedaging. Di sebalik pelbagai pendekatan untuk meningkatkan pengeluaran dalam subsektor ini, kita masih jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain.
Saya mencadangkan agar kerajaan melihat pendekatan pelaburan timbal balik atau reverse investment bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dan agromakanan negara. Reverse investment ini boleh dilaksanakan oleh syarikat pelaburan strategik kerajaan yang berkaitan dan bersesuaian dengan tatacara dan tadbir urus yang kemas bagi memastikan jaminan bekalan makanan negara dapat ditingkatkan.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Kudat.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya terus ke P.10 Butiran 09200 – Projek Berimpak Tinggi dan Kesejahteraan Rakyat. Dinyatakan RM100 juta peruntukan Malaysia Sepertimana yang kita tahu, kawasan utara Sabah ini adalah kawasan yang sangat produktif, antara pengeluar minyak dan gas yang terbesar.
Malangnya, kawasan saya Parlimen Kudat masih di antara kawasan yang termiskin, kalau bukan yang termiskin di Malaysia pun. Pada butiran ini, saya ingin bertanya kepada Kementerian Kewangan, berapakah peruntukan daripada butiran ini yang diperuntukkan untuk Parlimen Kudat dan apakah projek-projek yang akan dilaksanakan dalam tahun 2024 dalam butiran ini?
Seterusnya, Butiran 90000 – Pejabat dan Rumah Kediaman Kastam. Saya mohon supaya pembinaan kompleks kastam di Kudat disegerakan. Saya difahamkan tapak tanah telah diluluskan dan hanya perlu membayar premium tanah sebanyak RM400 lebih ribu dengan keluasan 4.8 ekar.
Kompleks ini sangat diperlukan bukan setakat pusat pemantauan aktiviti perdagangan di utara Sabah tetapi juga kritikal sebagai pusat penguatkuasaan perdagangan terutama industri minyak dan gas dan juga kawasan ini mempunyai simpanan pasir silika yang cukup besar. Jadi, dengan adanya kompleks kastam ini akan memudahkan pihak berkuasa untuk menguatkuasakan apa-apa undang-undang yang terdapat ataupun perlu dilaksanakan.
Begitu juga dengan penambahbaikan kelengkapan, Butiran 91000 – Kelengkapan Operasi Kastam. Mohon supaya kastam di Kudat dibekalkan dengan peralatan yang perlu seperti bot dan pembinaan jeti dapat dimasukkan dalam butiran ini supaya kastam di Kudat dapat beroperasi dengan sepenuhnya dan lebih berkesan.
Sepertimana yang kita tahu, Sabah adalah antara ataupun negeri yang termiskin dan kawasan saya adalah antara kawasan yang termiskin. Kita nampak dari segi pembahagian peruntukan— saya setuju dengan sahabat-sahabat MP saya daripada Sabah bahawa kita terpinggir sebenarnya daripada usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan terutama sekali kawasan-kawasan yang miskin.
Jadi, saya harap supaya Kementerian Kewangan lebih peka dan memberikan peruntukan yang lebih. Inilah yang menyebabkan, antaranya, sehingga ramai anak-anak Sabah yang terpaksa merantau jauh sepertimana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Belud tadi, dan sehinggalah— bila layanan daripada pihak kerajaan ataupun pihak pemimpin-pemimpin di Kerajaan Pusat tidak mendapat layanan yang setimpal kepada Sabah, maka akhirnya rakyat ataupun masyarakat terutama sekali masyarakat di Semenanjung juga ada lagi yang menganggap kita ini sebagai pendatang, sehingga ada yang tidak mengenali pun bahasa yang kita gunakan di sini. Jadi, saya mohon kepada kerajaan untuk memberikan perhatian yang lebih terutama sekali kawasan-kawasan yang miskin ini dan diberikan peruntukan yang secukupnya.
Sekian. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kudat. Dipersilakan Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jangan mula lagi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Rakyat Malaysia, orang muda. TikTok telah pun digantung. Jadi, terpaksa menggunakan saluran lain, Tuan Pengerusi. Tak apa.
Asalkan jangan kerajaan terlibat dalam penggantungan ini, all right to me. Tak apa.
Mungkin saya dengan TikTok. Tetapi, kurang manis. Sebab apa, sudah tak dapat pakai peranti, lepas itu kena hukum pula. Wallahualam. Tak apa. Saya terima itu. Saya reda.
Tapi, saya akan menggunakan saluran lain yang lebih hebat dan dahsyat.
Tuan Pengerusi, yang pertama sekali ialah Butiran 030— sebelum itu, Tuan Pengerusi. Sebab, saya terpanggil untuk komen sikit kawan-kawan saya daripada Sabah
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
dan Sarawak. Saya percaya insiden yang berlaku— kena ingat, orang Sabah dengan orang Sarawak bicaranya sama orang Indonesia. Tidak ada perbezaan. Jadi, kalau orang Indonesia berapa juta di sini tidak ada masalah, saya ingat orang Sabah Sarawak pun juga tidak ada masalah. Kes-kes yang berlaku kes-kes yang terpencil.
Tetapi, dia tidak boleh menyebabkan kita rakyat Malaysia ini dibeza-bezakan.
Saya negeri yang termiskin di Malaysia. Tapi, bagi saya, kita— bagi kita, kita Malaysia.
Orang Malaysia. Saya bukan menjawab. Sebenarnya kerajaan yang jawab, bukan saya yang jawab. Tetapi, saya— sebab sayang orang Sabah ini, saya kena cakap bahawa kalau berlaku insiden sedemikian rupa itu adalah insiden terpencil.
Saya juga kalau pergi ke sana, kadang-kadang dia kata, “Ini orang Malaya datang.” Tetapi, bagi saya, itu mungkin bahasa-bahasa biasa. Kena ingat, kita kuat, kita bersama dan kita kena dikenali kerana kita orang Malaysia. Count ini. Ini baru start. Yang Berhormat, tolong stop clock tadi. Hat tadi introduction.
Sekarang baru mula. Butiran 030200 – Pengurusan Strategik Badan Berkanun, EPF. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Akaun yang telah— inisiatif yang diperkenalkan ialah inisiatif Program Kemudahan Sokongan Akaun 2. Hat yang ini, kerajaan telah benarkan mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Terima kasih, berjaya.
Tetapi, Yang Berhormat, apa beza 40 tahun, Yang Berhormat? Orang umur 39 tahun macam mana?
Jadi, saya minta supaya ia dipanjangkan kepada 40 tahun ke bawah. Sekarang ini kita bagi pada 40 tahun ke atas. Jadi, saya minta dipanjangkan kepada 40 tahun ke bawah dan Yang Berhormat akan menjawab, “Oh, kita akan mulakan akaun ketiga pada tahun depan.” Saya dengar Yang Berhormat ada jawab dah. Saya nak jawab balik Yang Berhormat. Akaun ketiga itu tidak dibagi duit lebih. Dia ambil daripada Akaun 1 dan Akaun 2. Lepas itu, dia bagi kepada Akaun 3. Lepas itu, dipermudahkan pengeluarannya.
Permudahkan Akaun 2 sekarang.
Yang Berhormat, orang tengah susah. Kalau tak susah, dia tak perlu cakap benda ini. Dia tengah susah dan dia minta duit dia, Tuan Pengerusi. Jadi, saya ingat, Yang Berhormat, inilah masanya yang terbaik untuk kerajaan benarkan serta-merta. Ini tengah susah. Tahun depan mungkin tak susah. Saya tak tahulah, wallahualam. Tetapi, sekarang tengah susah betul-betul. Terutamanya bila kerajaan gagal menangani harga beras dan juga barang-barang makanan yang lain, yang naik mendadak dan juga harga beras yang tak dapat dikawal sehingga hari ini.
Saya minta supaya kerajaan mintalah nasihat daripada bekas orang kuat BERNAS. Kita nak bagilah nasihat. Sebab, benda ini tak pernah berlaku zaman kita. Jadi, tiba-tiba mereka apungkan beras import. Inilah jadi. Kalau kita tahan balik import, tidak diapungkan, sudah pasti harga beras tidak naik seperti sekarang.
Kemudian yang kedua, Yang Berhormat, ialah berhubung dengan Butiran 030200 – Pengurusan Strategik Badan Berkanun. Ini Bank Negara. Yang Berhormat, dulu pernah saya, kalau tak silap saya, akhir 80-an ataupun awal 90-an, Ketua Pembangkang masa itu telah bertanya kepada kerajaan iaitu berhubung dengan forex di mana kerajaan rugi sampai dekat RM28 bilion dan kerajaan bagi tahu rugi sebab mempertahankan duit Ringgit Malaysia.
Jadi, sekarang ini apa kerajaan buat tentang Ringgit Malaysia? Jatuh merudum.
Apakah Bank Negara tak boleh campur tangan supaya duit ini jangan merudum dengan teruk? Ingat, kalau duit jatuh, kesannya cukup teruk pada yang lain. Walaupun Menteri Ekonomi kata, “Oh, duit jatuh tidak semestinya mendatangkan kesan pada benda-benda yang lain.” Silap cakap itu. Orang yang sekolah ekonomi tak cakap macam itu. Bila duit jatuh, kesannya akan berentetan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, berikutnya ialah Butiran 030300 – Pelaburan Strategik, Khazanah.
Saya nak beritahu Yang Berhormat, bahawa Khazanah– di sebelah selatan kita ada syarikat, negara yang berkenaan. Saya tak nak sebut nama tetapi saya nak beritahu,
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
masa kita berentapan dengan syarikat di selatan negara kita, mereka menggunakan pelaburan strategik mereka untuk melabur di seluruh dunia. Kita juga melabur seperti juga syarikat yang berkenaan. Tetapi saya ingin tahu, apakah yang terjadi kepada Khazanah sekarang? Apakah semasa Perdana Menteri yang- ke berapa ya? Jadi, masa itu Timbalan Menteri juga Timbalan Menteri yang sama. Kita dapati Khazanah telah untung dengan begitu hebat dan dahsyat.
Sekarang Khazanah bertatih untuk menghadapi tekanan pelaburan yang menghadapi masalah dan lain-lain lagi, termasuk pelaburan dalam MAS. Jadi, saya ingin bertanya, apakah strategi baharu untuk memulihkan Khazanah supaya untung dan hebat seperti yang berlaku pada masa yang lepas?
Akhir sekali Pengerusi, sebab saya tahu Pengerusi baik hati hari ini– semua Speaker hari ini baik hati. Cuma kami kena gantung lah sekejap tadi, tak ada masalah.
Gantung ini, gantung yang biasa, yang kita akan buat usul. Yang Berhormat minta tadi, sebab orang lain kacau kita, kita kena gantung. Patutnya orang yang kacau kena gantung.
Jadi, orang yang kacau tak kena gantung, kami kena gantung.
Jadi, akhir sekali Yang Berhormat ialah berhubung dengan apakah– saya hendak tanya kepada kerajaan, apakah kerajaan memikirkan bahawa GST itu perlu dikaji semula?
Yang Berhormat, kita naikkan dua persen menjadi lapan persen SST– berapa yang kita dapat, Yang Berhormat? Tetapi kalau GST, kita tahu dah berapa banyak yang kita boleh dapat sebab cukai ia menyeluruh tapi SST ini orang boleh tipu, Yang Berhormat. Sehingga timbulnya ekonomi hitam (black economy), dengan izin, sampai mencecah...
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, gulung.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...mungkin RM30 bilion. Jadi Yang Berhormat, saya minta supaya difikirkan semula, apakah GST itu adalah lebih baik daripada SST dan saya ingin bertanya kenaikan cukai yang diumumkan kepada SST baru- baru ini, berapa Yang Berhormat dapat? Sebab kena umum, sebab inilah bajet yang pertama dalam dunia ini saya tengok bahawa tak diberitahu berapa yang kerajaan ada dan di mana sumbernya sebelum kita membelanjakan dengan begitu besar. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Berikutnya, dipersilakan Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Dato' Pengerusi kerana membenarkan saya membahas di peringkat Jawatankuasa, Kementerian Kewangan.
Saya ingin bangkitkan tiga perkara di bawah kepala Strategi Fiskal iaitu Butiran 020000.
Perkara pertama yang ingin saya bangkitkan iaitu berkaitan dengan Cukai iaitu di bawah Butiran 020200. Saya ingin bertanya kepada Menteri sama ada kementerian telah merujuk kepada Pejabat Peguam Negara sama ada formula cukai keuntungan luar biasa untuk pengeluaran tandan kelapa sawit (FFB) yang dikenakan di bawah Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 yang pada masa sekarang ini berlandaskan jumlah jualan dan bukan berlandaskan keuntungan. Adakah ia sah dari segi undang-undang? Ini persoalan saya.
Perkara kedua yang saya bangkitkan ialah Butiran 020300 – Belanjawan Negara.
Saya ingin bertanya sama ada jumlah wang sebanyak RM10 juta yang dipohon oleh Majlis Perbandaran Manjung (MPM) Perak melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan untuk meneruskan Projek Tapak Warisan Kampung Koh di Sitiawan bagi tahun 2020 telah diluluskan?
Projek tapak warisan ini secara prinsipnya telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan setelah ia dipohon oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak melalui suratnya bertarikh 19 November 2019 dan jumlah yang dipohon adalah lebih kurang RM46 juta.
Kementerian Kewangan telah meluluskan dan mengeluarkan wang awalan sebanyak RM3 juta melalui surat kuasa UPP Bilangan SK20AKW0001. Kerja-kerja awalan
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
projek ini telah dilaksanakan tetapi telah diberhentikan akibat penukaran kerajaan selepas Langkah Sheraton berlaku pada tahun 2020. Saya berharap jumlah sebanyak RM10 juta setiap tahun akan diluluskan untuk projek ini sehingga siapnya projek tersebut.
Perkara ketiga di bawah juga Belanjawan Negara. Saya ingin tanya kepada Kementerian Kewangan, kenapa JKR Manjung tidak ada dana penyelenggaraan lampu jalan, jalan raya dan perparitan di sepanjang jalan raya? Kerana ada lampu yang sudah dua tahun tidak bernyala di jalan besar tidak dibaiki, atas alasan tidak ada dana. Ada juga jalan-jalan yang rosak tidak dibaiki sekian lama berbulan-bulan, melebihi satu tahun kerana dikatakan tidak ada dana. Begitu lah perparitan tidak dibersihkan atau dibaiki kerana tidak ada dana.
Tetapi JKR Manjung mempunyai puluhan juta Ringgit untuk projek-projek yang harganya melampau. Saya nak dapat penjelasan dan saya beri dua contoh. Satu daripadanya ialah jejantas pejalan kaki di Sekolah Kebangsaan Ayer Tawar, Laluan FT5 Daerah Manjung dan bagi saya, saya sudah banyak kali bangkitkan, ini merupakan satu projek gajah putih kerana jejantas pejalan kaki dibuat di tepi dengan traffic lights, jalan yang mempunyai traffic lights. Ia memakan RM7.7 juta untuk satu jejantas biasa.
Saya tadi terserempak dengan Menteri Kerja Raya yang lepas, dia kata biasanya anggarannya hanya RM2.25 juta. Mungkin lah ada pengambilan tanah– mungkin tambah sedikit, alihkan paip ataupun tiang elektrik. Mungkin tambah sedikit tapi RM7.7 juta untuk satu jejantas pejalan kaki, sangat mahal.
Contoh yang kedua ialah yang sedang dibina di kawasan saya iaitu projek menggantikan jambatan FT071/17/300 Manjung yang hanya lebih kurang- yang merentas sungai lebih kurang 20 kaki sahaja lebarnya, yang menghubungi Ayer Tawar ke Beruas.
Tetapi jumlah kontraknya adalah RM8.8 juta, terlalu tinggi melampau.
Saya hendak tahu Kementerian Kewangan, apakah langkah-langkah yang dijalankan untuk menyelia bagaimana JKR menggunakan peruntukan yang diberikan?
Kenapa penyelenggaraan tak ada duit, untuk projek-projek yang mempunyai harga yang sangat tinggi, JKR Manjung atau JKR Malaysia mempunyai wang-wang tersebut?
Terima kasih Dato' Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua.
Saya terus masuk ke Butiran 020200 – Cukai. Saya hendak tahu berapakah jumlah GST refund yang sampai hari ini- kerana GST telah dibatalkan semasa tahun 2018. Sampai hari ini sudah lima tahun. Setahu saya, masih ada duit yang belum dipulangkan kepada peniaga-peniaga.
Saya nak tahu berapakah jumlah GST refund yang belum lagi dipulangkan kepada peniaga-peniaga kerana ini duit memang milik peniaga-peniaga. Mereka telah bayar lebih, mereka kena dipulangkan dan berapakah andainya, jangka masa kita akan pulangkan sepenuhnya GST refund ini?
Kedua, dua minggu lalu Lembaga Hasil Dalam Negeri, CEO - Nizom Sairi ada mengatakan e-Invoicing system akan lebih membantu jika kerajaan ada pelan untuk mengimplementasikan GST. Jadi, saya nak tahu, adakah ini merupakan pendirian kerajaan untuk mengimplementasikan e-Invoice dulu dan pada masa kelak, ada pelan untuk laksana semula GST? Ataupun kita ada pelan untuk buat e-Invoice bersama-sama dengan SST untuk jangka masa panjang? Kerana kita perlu tahu kerana e-Invoice ini, data ataupun butiran yang dimasukkan adalah lebih banyak berbanding kepada GST tax invoice.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Dulu GST tax invoice setiap bulan kita kena hantar GST-03. Setiap tiga bulan kita hantar GST-03. Jumlahnya, butirannya tak begitu banyak berbanding kepada e-Invois yang ada pada hari ini. E-Invois ini dia live. Sebelum hendak invois, LHDN kena cap, approved. Tapi, dulu GST boleh isu dulu. Boleh keluarkan tax invoice dulu, lepas keluar, tiga bulan ataupun satu bulan bergantung kepada jumlah revenue syarikat tertentu. Jadi, saya nak tahu apakah pelan jangka masa panjang kerana kita tak boleh setiap kali masuk implementasi e-Invois lepas itu kita tukar lagi. Jadi, kita nak tahu adakah ini merupakan pendirian kerajaan?
Kedua, 030000 – Strategi Pelaburan. Saya rujuk kepada akhbar TheStar hari ini dengan tajuk dengan izin, “Foreign funds return to Bursa with RM163.7 million net of equities”. Dia kata di sini, “Bursa Malaysia recorded a net foreign inflow of RM163.7 million in equities last week following two straight weeks of net outflow”. Ini telah jelaskan kenapa dua minggu lalu Bursa jatuh dan tiba-tiba hari ini dengan minggu lalu Bursa naik dan juga ringgit juga naik.
Ini bermakna, Bursa Malaysia bersama dengan Ringgit berkait rapat dengan pelaburan daripada luar. Kita tak boleh hanya bergantung kepada pelaburan ini. Satu minggu boleh masuk RM163 juta. Jadi, jika kesemua duit dari pelaburan luar ini dikeluarkan dari Malaysia maka Bursa Malaysia akan jatuh.
Jadi, saya nak tahu apakah pelaksanaan ataupun apakah langkah-langkah yang kerajaan akan mengatasi jika benar-benar berlaku sekatan ekonomi terhadap Malaysia kerana kita tahu sekarang dunia tengah perang. Ada dua pihak, ada dua pihak. Apa-apa pendirian yang kita ambil mesti ada negara-negara yang tidak senang hati dengan pendirian kita.
Jadi, jika benar-benar berlaku sekatan ekonomi, adakah kita sudah bersedia?
Saya nak rujuk semula kepada 030100 - Syarikat Pelaburan Kerajaan. Saya nak tahu, dalam Bursa selain daripada pelaburan dalam negeri, internal domestic dan juga institusi, berapakah duit yang syarikat GLC telah labur di luar negara? Adakah kita boleh ambil balik semula duit yang kita labur di luar negara untuk kita kukuhkan Bursa?
Jadi, ia tidak begitu sensitif jika pelabur asing menarik keluar pelaburan mereka.
Adakah ini boleh dijalankan? Kerana saya faham memang pelaburan di luar negara ada yang lebih menarik. Kita dapat pulangan yang lebih tinggi. Tetapi, yang batasnya, paling kurang kita kena kukuhkan ekonomi domestik dulu.
Seterusnya, 050200 – Pengurusan Wang Tak Dituntut. Saya nampak di sini dua tahun berturut-turut kita ada duit yang tak dituntut. Saya minta apa perinciannya? Adakah rakyat Malaysia ini diberitahu mereka ada wang yang tak dituntut di agensi-agensi kerajaan ataupun di jabatan-jabatan?
Apakah kaedah yang kita boleh pulangkan wang kepada mereka kerana ini memang wang rakyat. Akhir sekali, untuk Aset - 30000. Setiap kali kita ulas tentang hutang negara. Hutang berapa? Satu trilion. Jadi, saya nak tahu adakah negara kita ada satu kaedah untuk kira jumlah aset negara kerana setahu saya kita memang ada proses itu.
Bila proses itu siap? Berapakah jumlah aset negara kita yang ada sekarang? Jadi, harap kementerian boleh bagi sedikit penerangan.
Sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Kampar. Seramai 17 orang Ahli Parlimen telah berbahas. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab 20 minit.
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih. Saya ingin merakamkan ucapan banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan ulasan, pandangan Yang Berhormat Bagan, Pendang,
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Paya Besar, Kubang Pasu, Batu Pahat, Bachok, Tawau, Kuala Terengganu, Taiping, Bayan Baru, Rantau Panjang, Kota Belud, Putrajaya, Kudat, Arau, Beruas, Kampar.
YB Taiping dan Kuala Terengganu mengenai subsidi bersasar. Untuk peruntukan 2024 bagi RON95 dianggarkan RM10.659 bilion, diesel RM5.899 bilion, LPG gas memasak RM1.958 bilion. Subsidi diesel daripada 2019 hingga 2022, penggunaan diesel meningkat 40 peratus berbanding bilangan kenderaan bertambah hanya tiga peratus.
Jadi, berlaku kebocoran di situ. Harga subsidi diesel RM2.15 seliter berbanding harga pasaran sekarang RM3.78 seliter.
Harga diesel bersubsidi yang terlalu murah mengakibatkan ketirisan. Oleh itu, penyasaran semula subsidi diesel adalah diperlukan. Ia hanya akan dilaksanakan di semenanjung dahulu memandangkan kegunaan diesel meluas oleh rakyat Sabah dan Sarawak untuk pengangkutan dan juga genset. Nelayan akan kekal menerima subsidi diesel pada harga yang jauh lebih rendah iaitu harga RM1.65 seliter. Kenderaan diesel untuk kategori pengangkutan awam termasuk van dan bas sekolah kekal pada harga RM1.88 seliter.
Penyasaran semula subsidi diesel akan memastikan kenderaan pengangkutan barangan kekal menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.15. Kemungkinan kaedah yang akan digunakan ialah sistem kawal diesel bersubsidi menggunakan kaedah fleet card, yang dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Kerajaan menyeru agar semua kenderaan pengangkutan barangan berdaftar di bawah sistem ini bagi memastikan mereka terus menikmati subsidi harga diesel RM2.15 seliter memandangkan kerajaan akan mempertimbang untuk menaikkan harga diesel di pam secara berperingkat.
Subsidi kedua elektrik. Kerajaan mula melaksanakan pemberian subsidi bil elektrik secara bersasar melalui pelaksanaan mekanisme pelepasan kos tak seimbang atau lebih dikenali sebagai Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) bermula 1 Januari 2023.
Kos subsidi elektrik ICPT yang ditanggung oleh kerajaan sejak tahun 2022 hingga kini mencecah RM22 bilion. Walaupun telah dilaksanakan secara bersasar berbanding RM30 bilion jika tidak dilaksanakan secara bersasar.
Langkah mengurangkan impak kenaikan kos sara hidup golongan rentan, kerajaan telah umumkan bayaran STR Fasa 4 disalurkan penerima 7 November. Seramai 5.2 juta rakyat akan menerima STR antara RM100 hingga RM1,200. Manakala, permohonan rayuan yang diluluskan akan menerima antara RM100 hingga RM2,500 secara sekali gus. Nilai keseluruhan STR Fasa 4 bernilai RM2.1 bilion.
Kerajaan bersetuju bahawa bermula bulan November ini permohonan baharu STR akan dibuka sepanjang tahun hadapan berbanding sebelum ini hanya sekali setahun.
Penyasaran semula subsidi dilakukan untuk menutup ketirisan tetapi akan diberi kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Kerajaan komited untuk menyalurkan penjimatan daripada penyasaran subsidi dengan menambah peruntukan sebagai contoh STR pada tahun 2024 ditingkatkan daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.
Kemudian SARA akan juga ditingkatkan daripada penerima 200,000 orang kepada 700,000, daripada RM600 kepada RM1,200 iaitu RM100 sebulan menggunakan kad pengenalan untuk 12 bulan bagi bilangan penerima yang mendapat manfaat SARA, Sumbangan Asas Rahmah.
Kemudian, penjimatan dari pelaksanaan subsidi secara bersasar. Subsidi diesel diunjur penjimatan sebanyak RM4 bilion. Subsidi elektrik yang disasarkan itu diunjur mendapat penambahan tambahan pendapatan kerajaan sebanyak RM6 bilion. Penarikan subsidi ayam dapat tambahan pendapatan RM1.2 bilion. Penjimatan ini akan disalurkan semula pada rakyat contohnya STR RM8 bilion kepada RM10 bilion.
YB Bagan...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, sebelum ke topik lain boleh saya celah sikit? Berkaitan dengan subsidi tadi terima kasih atas penjelasan. Kita tahu sektor-sektor dan kumpulan-kumpulan yang tidak akan terlibat dalam subsidi bersasar ini.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Cuma daripada penjelasan tadi, nampaknya jumlah ataupun kumpulan yang akan terlibat dalam subsidi bersasar ini adalah terlalu kecil. Adakah ianya mencukupi untuk mendapatkan RM4 bilion yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Kalau Yang Berhormat Menteri boleh jelaskan kumpulan mana yang akan dikenakan untuk dapat RM4 bilion tadi. Terima kasih.
Yang tadi cerita exemption, Sabah Sarawak, pengangkutan, bas sekolah dan sebagainya. Jadi kalau kita lihat itu macam banyak sangat exemption dan kumpulan manakah kumpulan utama yang akan dikenakan harga biasa untuk diesel ini bagi membolehkan kerajaan menjana penjimatan RM4 bilion tadi. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, apa yang kita nyatakan bahawa banyak kenderaan lain yang menggunakan diesel. Maka, kumpulan itu yang akan kita tarik subsidinya. Walau bagaimanapun, sebagaimana jawapan penggulungan oleh Menteri Ekonomi dan juga jawapan pagi tadi, kita masih lagi menunggu sistem PADU disiapkan. PADU akan disiapkan bermula Januari dan akan dibuka kepada umum dari segi pelbagai komponen yang ada di dalam PADU dan kemudian kita akan melakukannya.
Mengenai penjimatan RM4 bilion daripada subsidi diesel itu, ada satu lagi kaedah iaitu penguatkuasaan ya. Penguatkuasaan kita akan lakukan terutama Kastam dan juga pihak penguatkuasaan yang lain supaya diesel apabila telah diapungkan, maka untuk mereka menghantar ataupun menyeludup diesel itu sudah tidak ada sebarang keuntungan. Daripada situ kita boleh lagi ada penjimatan. Terima kasih.
Seterusnya cadangan yang ingin hendak di dengar oleh Ahli-ahli Parlimen tetapi saya belum lagi ingin membuat pengumuman ya. Saya hanya menyatakan bahawa cadangan pengecualian bayaran tol Deepavali yang disebut oleh YB Bagan itu sebenarnya kita tahu tentang cadangan itu. Tol percuma sedang dalam perbincangan termasuk aspek perkongsian kos dengan syarikat lebuh raya dan kerajaan akan mengumumkan dalam masa terdekat. Mudah-mudahan ada berita baik. Jadi, saya tidak boleh membuat apa-apa janji, tetapi kita tunggu dalam masa dua tiga hari ini.
Seterusnya mengenai jumlah bayaran balik 1MDB yang ditanyakan oleh YB Bagan. Dinyatakan di sini bahawa jumlah yang telah dibayar 2017 hingga 2019 RM9.034 bilion, tahun 2020 RM507 juta, 2021 RM459 juta, 2022 RM1.53 juta, 2023 RM13 bilion.
Jumlah RM24.53 bilion. Tahun 2024 kita hanya membayar faedah RM287 juta dan bayaran faedah itu sehingga tempoh matang 2039 dan bayaran prinsipal yang terakhir 2039 ialah RM5 bilion.
Saya juga ingin menyatakan di sini bahawa baki setakat 30 September 2023, RM5.15 bilion dijangkakan penyelesaian berjumlah USD1 bilion atau RM4.65 bilion akan diterima daripada International Petroleum Investment Company (IPIC) pada 2024. Ini menjadikan keseluruhan baki Akaun Amanah berjumlah RM9.85 bilion mencukupi untuk menampung bayaran baki komitmen hutang 1MDB berjumlah RM5 bilion. Oleh itu, saya kira masalah 1MDB ini boleh dikatakan hampir selesai.
Kemudian, mengenai YB Bagan bertanya adakah pihak LHDN dapat bayaran RM1.7 bilion daripada mantan Perdana Menteri. Saya ingin nyatakan di sini bahawa pihak Dato’ Seri Najib telah membuat representasi di mahkamah dan ia akan mengambil masa yang tertentu mengenai perkara ini. Walaupun Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan tetapi usaha-usaha perbincangan telah dibuat oleh peguam-peguam daripada Dato’ Seri Najib dan juga peguam-peguam Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Kemudian, ringgit dan OPR ditimbulkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat, ingin menyatakan di sini bahawa OPR...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Minta jalan, minta jalan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ya, terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tentang itu 1MDB, saya hendak tahu tentang kedudukan Goldman Sachs kerana dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerajaan
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
mungkin mengambil tindakan saman ke atas Goldman Sachs. Apakah kedudukan tentang arbitration yang dipohon oleh Goldman Sachs?
Apakah jumlah aset yang telah diterima balik bukan sahaja daripada Goldman Sachs tetapi secara keseluruhannya. Benarkah bahawa masalahnya ialah bahawa Goldman Sachs tidak mahu menunaikan janji untuk bertanggungjawab atas penyelewengan bon sebanyak RM6.5 bilion yang mereka terbitkan bagi pihak 1MDB.
Lagi satu berkaitan dengan LHDN. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa kita mengkaji semula prinsip pay first, talk later di bawah Akta Cukai Pendapatan. Kerana ini mungkin tidak adil kepada pihak pembayar cukai untuk memaksa mereka membayar sepenuhnya jumlah yang ditafsirkan kerana ini adalah satu *injustice.
You’re presumed innocent until proven guilty*, Tuan Pengerusi. Adalah tidak patut bahawa mereka terpaksa 100 peratus dulu. Bolehkah perkara ini dikaji semua? Kalau tidak boleh tunggu sampai perbicaraan habis sekurang-kurangnya jangan sampai 100 peratus. Mungkin 30 peratus atau jumlah yang dianggap munasabah. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih. Mengenai LHDN pay first, talk later itu memang kita telah mengetahui ada pandangan-pandangan yang tidak bersetuju. Kita akan membincangkan perkara itu tentangnya dengan LHDN. Saya ingin menjawab mengenai Goldman Sachs. Pada 18 Ogos 2020 satu perjanjian penyelesaian telah dimuktamadkan di mana Goldman Sachs bersetuju untuk membayar USD3.9 bilion yang merangkumi pembayaran tunai sebanyak USD2.5 bilion dan jaminan untuk pengembalian penuh berjumlah sehingga USD1.4 bilion sebagai jaminan pemulihan aset berkenaan dengan aset yang diperoleh dengan hasil yang telah di seleweng melalui tiga urus niaga bon yang diuruskan oleh Goldman Sachs.
Pada 11 Oktober 2023 Goldman Sachs telah menghantar satu permohonan timbang tara berhubung pertikaian tuntutan bayaran interim sebanyak USD250 juta oleh Kerajaan Malaysia. Ini kerana Kerajaan Malaysia tidak menerima sekurang-kurangnya USD500 juta di bawah jaminan pemulihan aset dalam masa 24 bulan dari tarikh perjanjian penyelesaian tersebut ditandatangani. Sebaliknya, Goldman Sachs telah mempertikaikan perkiraan Kerajaan Malaysia dan menyatakan bahawa ambang threshold USD500 juta telah tercapai.
Kerajaan Malaysia telah membuat kenyataan bahawa permohonan timbang tara ini adalah pramatang, merupakan satu salah watakan, mischaracterization terhadap tindakan Kerajaan Malaysia dan tiada sebarang perlanggaran perjanjian penyelesaian yang telah dilakukan oleh kerajaan. Oleh yang demikian, Kerajaan Malaysia sedang mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menggugurkan tuntutan yang dibawa oleh pihak Goldman Sachs.
Yang akhir setakat 31 Oktober 2023 jumlah pemulihan aset 1MDB yang telah diterima dan diakaunkan ke dalam Akaun Amanah di bawah Kementerian Kewangan adalah sebanyak RM23.9 bilion termasuk dana penyelesaian tunai yang diterima daripada Goldman Sachs sebanyak USD2.5 bilion, penyelesaian daripada pihak pelbagai pihak dan pengurangan aset daripada pelbagai pihak berkuasa.
Sehingga 31 Oktober 2023, perbelanjaan yang telah dikeluarkan dari Akaun Amanah ini adalah berjumlah RM19.6 bilion. Baki pada akhir Oktober 2023 adalah berjumlah RM5.2 bilion termasuk hibah dan tukaran mata wang asing.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Dato’ Pengerusi, minta laluan, Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Banyak lagi tebal ini. Laillaha illallah.
Tinggal lima minit, mana boleh.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Pasaipa dok jawab pasai tu panjang sangat. Cerita lama. Ini cerita baru, kena habaq juga.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Okey.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Kita pun tanya banyak soalan tadi.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Baik.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Satu soalan saya tanya pasai Kod 20000 dalam B.11 perkhidmatan bekalan...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya minta masa lebih kurang sejam.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Sejam kah?
Tadi 20 minit kan?
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
20 minit.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kalau saya ada satu jam, habis jawab semua ini.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Kalau sejam, Tuan Pengerusi jawablah sat yang itu.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sebab satu Ahli Parlimen bertanya....
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Pasai naik banyak sangat.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
...Lebih kurang tujuh lapan soalan. Jadi saya...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Ambil saya ‘dua’ pun tak apa eh.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Okey.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Daripada tidak jawab langsung, habis tak usah bercakap lain kali.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Okey.
[Ketawa]
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Betul tak?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Betul, betul.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Dok cakap Goldman Sachs, Bagan, Bagan, kot mana ini. Belah Kubang Pasu tidak mahu tengok.
Bagan sahaja.
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Itulah Bagan duduk depan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Janganlah mata merah.
[Ketawa]
Tuan Pengerusi - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Kubang Pasu.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Yang Berhormat Pendang dan Kubang Pasu bertanya mengenai LADA ya.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Lagi satu saya hendak tanya ialah mengenai sumber kewangan untuk perbelanjaan pembangunan.
Sumber kewangan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ha, itu pinjaman ya.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Tolong beritahu pinjaman daripada mana?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Pinjaman daripada bon kerajaan yang kerajaan keluarkan. LADA, ini Kubang Pasu bertanya kenaikan sebanyak RM20 juta disebabkan utamanya...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Menteri, sebelum kita teruskan isu ini saya hendak tanya sikit. Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
...Oleh peruntukan bagi lapan projek di Langkawi secara one-off.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Cadangan pembaikan fossil walk, promosi antarabangsa insentif MICE, pembaikan Kompleks Sukan Langkawi, pembangunan semula Ayer Hangat Village, penganjuran Routes Asia 2024, cadangan pembaikan di Kompleks Pekan Rabu Langkawi, cadangan pembaikan membaiki taraf perumahan Kilim, pembaikan landskap *...
[Tidak jelas] .* Semua ada di sini ya.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Menteri, nak tanya tentang Goldman Sachs tadi.
Adakah kerajaan...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kubang Pasu — Itu tak apalah ya.
Cukuplah itu ya. Saya dah cakap panjang.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Adakah kerajaan berhasrat untuk declassified dengan Goldman Sachs?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
YB Kubang Pasu, peruntukan pembangunan tahun 2024 berkurangan disebabkan apa dia? Terdapat lapan projek yang tidak disenaraikan pada tahun 2024 kerana telah siap pada tahun 2023. Pembayaran bagi pelunasan hutang 1MDB sebanyak RM13 bilion yang disediakan pada tahun 2023 telah selesai. Sebenarnya pada tahun 2023 tahun ini, peruntukan pembangunan ialah RM99 bilion. Tetapi apabila kita tolak RM13 bilion pelaksanaan iaitu pelunasan hutang 1MDB, maka lebih kurang RM84 bilion pembangunan untuk 2023.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Dato’ Pengerusi, to be fair to Menteri, yang lain-lain dia boleh jawab bertulislah. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Untuk 2024...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
RM84 bilion itu dinaikkan jadi RM90 bilion ya. Boleh faham Kubang Pasu ya? Kemudian, Kubang Pasu lagi, Kubang Pasu lagi.
Sebahagian besar program Kerajaan Persekutuan dilaksanakan melalui pasaran kewangan domestik, manakala sebahagian kecil pula diperolehi menerusi tawaran persendirian kepada institusi kukuh dalam jangka panjang negara bagi menyokong terbitan berjangka panjang. Untuk makluman YB, kerajaan sentiasa memberi keutamaan untuk mendapatkan pinjaman dari sumber domestik memandangkan terdapat permintaan kukuh dari pelabur dan kecairan pasaran yang mencukupi. Di samping itu, kos pinjaman juga lebih rendah dan pemindahan terhadap risiko pada tukaran wang asing dapat diminimumkan iaitu hutang daripada dalam negeri.
Kemudian, Kubang Pasu lagi. Kubang Pasu saja. Tadi Bagan, Bagan, Bagan. Ini Kubang Pasu, Kubang Pasu, Kubang Pasu.
[Ketawa] Peruntukan mengurus kepada bahagian syarikat pelaburan kerajaan yang merupakan salah satu bahagian di Kementerian Kewangan, peruntukannya termasuk bayaran emolumen, keperluan tuntutan yang dibenarkan, latihan pegawai serta bayaran sewa utiliti. Itu 030100.
Pendang dan Kubang Pasu, sekali lagi saya dah jawab tadi mengenai perihal peruntukan untuk LADA. Seterusnya, ada disebut di sini Kubang Pasu dengan details, saya beri jawapan ini kepada Kubang Pasu. Sekejap lagi Kubang Pasu boleh datang ke sini ambil jawapan. YB Pendang, Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) masih di peringkat simulasi kerana cukai tersebut adalah langkah cukai baru.
Mekanisme perlaksanaan Cukai Barang Bernilai Tinggi adalah melalui penggubalan perundangan baharu iaitu Rang Undang-undang Cukai Barang Bernilai
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tinggi. Pada masa ini, Kementerian Kewangan dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan dasar dan draf perundangan melalui Cukai Barang Bernilai Tinggi.
Dasar perundangan tersebut perlu dirangka dan digubal dengan teliti supaya cukai ini dapat dilaksanakan dengan teratur, mematuhi amalan dan prinsip percukaian semasa dan tidak memberi kesan negatif.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Pendang tak ada Menteri. Tak payahlah bagi soalan baca, bagi jawapan bertulis.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Pendang. Soalan bagi Pendang. Satu lagi Pendang, Bachok dan YB Kudat. Projek berimpak tinggi dan kesejahteraan rakyat adalah kesinambungan Belanjawan 2023 untuk menampung keperluan program projek memberi impak langsung kepada rakyat. RM100 juta diperuntukkan khusus sebagai peruntukan tambahan bagi merancakkan projek menaik taraf gerai penjaja, pasar awam yang uzur serta pembangunan kios rakyat di kawasan PBT.
Bachok pun tak ada. Paya Besar. Paya Besar ada. Ini mengenai berdasarkan pemerhatian Bank Negara, hampir kesemua pengeksport barangan pemastautin membawa balik hasil eksport ke Malaysia dalam tempoh enam bulan yang ditetapkan dengan 80 peratus pengeksport membawa balik hasil eksport dalam tempoh tiga bulan bagi memenuhi obligasi dan keperluan operasi perniagaan di Malaysia. Hanya segelintir pengeksport bagi program mengeksport barangan melebihi enam bulan.
Ya, memang kita ada akui bahawa pada tahun 2021, Bank Negara telah memansuhkan peraturan yang mewajibkan pengeksport untuk menukar hasil eksport dalam mata wang asing. Fleksibiliti ini membolehkan pengeksport menguruskan pengukuran perolehan berdasarkan keperluan aliran tunai wang asing mereka. Sehingga kini, kadar penukaran eksport daripada mata wang asing berada di antara 60 sehingga 70 peratus dan Bank Negara akan sentiasa memantau tentang perkara ini.
Lagi, YB Bachok tak ada. Tapi, untuk makluman semua, dana infra RM6.9 bilion, prasarana RM3.9 bilion...
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Menteri, bagi sikit.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Pembinaan PFI RM1.3 bilion. Kalau ada lima minit lagi? Lima minit lagi.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya, saya nak bercakap itulah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, YB Bachok. YB Bachok.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Lima minit jawab. Jika tak ada masa, jawapan bertulis.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
YB Bachok tak ada. YB Tawau ada?
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Lima minit.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bagi sikit Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tawau ada? Tawau? Lima minit tak ada pencelahanlah YB Padang Besar. Minta maaf.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Paya Besar.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tawau tak ada. uCustoms, Padang Besar ya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembangunan — Paya Besar.
Pembangunan sistem uCustoms mengambil masa selama tujuh tahun dua bulan bermula Oktober 2013. Walau bagaimanapun, sistem ini telah gagal disiapkan dan kontraktor dan kontrak sistem uCustoms telah tamat pada 31 Disember 2020.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Penggunaan sistem uCustoms ini kemudiannya telah dihentikan oleh Jabatan Kastam sejak 1 Januari 2021 dan urusan sistem perkastaman mengguna pakai sistem sedia ada iaitu Sistem Maklumat Kastam (SMK). JKDM telah mengenakan LAD kepada kontraktor sistem uCustoms sebagai ganti rugi terhadap kegagalan menyempurnakan projek tersebut mengikut jadual yang ditetapkan.
Kemudian, mengenai fungsi agensi nasional LAKSANA. LAKSANA diteruskan.
Kemudian, tempoh amanah bayaran balik cukai. YB Taiping, e-Filing 30 hari bekerja. Pos untuk serahan 90 hari bekerja. Kita ingin memaklumkan bahawa bayaran balik terutama untuk GST telah hampir selesai dilangsaikan, hanya tinggal sedikit lagi.
Kuala Terengganu, Rantau Panjang, Wang Tak Dituntut. Ini ada dua tiga Ahli Yang Berhormat yang bertanyakan jumlah terkini baki Wang Tak Dituntut, RM11.9 bilion.
Semua boleh melihat dan memohon menggunakan sistem eGUMIS dan sistem ini boleh diakses dan boleh mendapatkan Wang Tak Dituntut melalui kaedah online itu. Kita sedang memaklumkan kepada pihak awam dengan pelbagai kaedah untuk menuntut wang yang tak dituntut RM11.9 bilion.
Isu YB Taiping, Bayan Baru. Ini mengenai SPANCO. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Cekap Urus Sdn Bhd telah memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan yang menamatkan rundingan bagi cadangan membekalkan dan mengurus skrip kenderaan kerajaan Malaysia kepada syarikat tersebut.
Memandangkan prosiding semakan kehakiman sedang berjalan, maka kerajaan tidak akan mengulas mengenai perkara ini dan akan menyerahkan pada pihak mahkamah untuk membuat keputusan. Wang Tak Dituntut, saya dah sebut, kita dah menyatakan bahawa...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, sikit je.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, sikit je. Wang Tak Dituntut ini RM11 perpuluhan berapa bilion itu...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sembilan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
RM9 bilion, ada faedahnya. Adakah orang yang menuntut itu dapat juga faedah simpanan yang begitu lama?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kita akan membentangkan rang undang-undang pindaan terhadap Wang Tak Dituntut ini. Wang Tak Dituntut itu apabila 15 tahun, baru dimasukkan kepada Kumpulan Wang Disatukan ya. Tetapi, setiap tahun kita mendapat faedah daripada 200 — Lebih kurang RM200 juta. Itu dimasukkan sebagai hasil Kerajaan Persekutuan dan mereka yang tidak menuntut, tidaklah menerima kadar faedah itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri. Terima kasih Menteri. Jelutong nak ucapkan terima kasih sahaja Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sama-sama.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya. Terima kasih di atas pengumuman kepada permintaan Yang Berhormat Bagan. Berita baik untuk Deepavali, pengecualian tol. Terima kasih Menteri. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya. Yang — Belum diumum. Saya kata...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, tapi saya tahu nampak gaya Menteri memang prihatin dan kita Kerajaan Malaysia Madani. Jadi, saya nak umumkan ucapkan terima kasih Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Dia telah mendahului pengumuman.
[Ketawa] Ya. Mengenai peruntukan untuk Sabah dan Sarawak. Jumlah pemberian kepada Sabah RM1.23 bilion, peruntukan khas RM133.8 juta. Peruntukan khas kadar baru
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
daripada RM133.8 juta, jadi RM306 juta ditambah. DE untuk Sabah ialah RM6.6 bilion.
Sarawak, DE RM5.8 bilion.
Kemudian, apabila kita campurkan semua sekali lebih kurang untuk Sabah lebih kurang RM8 bilion, untuk Sarawak lebih kurang RM7.1 bilion. Tapi itu tidak termasuk apa yang dipanggil STR tadi. STR saya nak maklum di Sabah 799,817 rakyat Sabah menerima Sumbangan Tunai Rahmah berjumlah RM696.3 juta. Untuk Sarawak, 873,097 rakyat menerima STR dan Sarawak mendapat RM706 juta. Itu tidak termasuk yang saya kata RM8 bilion dan RM7 bilion, tidak termasuk STR.
Yang lain-lain saya mohon maaf ya. Sedikit mengenai GST...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Pengerusi, EPF pula. EPF, jawab EPF sikit.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
EPF sedang diperhalusi apa yang dipanggil sebagai Akaun Fleksibel. Kita sekarang ini ada Akaun 1, Akaun 2. Akaun 3 ataupun Akaun Fleksibel itu masih diperhalusi. Belum lagi diputuskan berapakah peratus daripada Akaun 1 dan 2 itu dimasukkan dalam Akaun 3, boleh dikeluarkan untuk waktu kecemasan. Tapi, untuk mengeluarkan semula yang sejumlah RM145 bilion sebelum ini, itu sukar untuk dilakukan ya Yang Berhormat Arau. Ada sahabat-sahabat Yang Berhormat, Kapar misalnya ya...
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Minta penjelasan Yang Berhormat, berkaitan dengan Litar F1 itu. Macam mana pengambilannya?
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat duduk.
Cukup. Yang Berhormat, gulung.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Mohon Menteri bagi jawapan bertulis boleh tak?
Terima kasih. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Boleh.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya. Jawapan bertulis. Jawapan bertulis.
Okey. GST dikembalikan atau tidak? Tahun ini tak ada. Tahun depan tak ada. Kita tidak tahu pada tahun-tahun yang akan datang, tetapi semua maklum bahawa 173 daripada 194 negara melaksanakan GST. Tak akanlah 173 negara itu silap ya. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Belum menjawab soalan itu.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Akan dijawab oleh Menteri secara bertulis.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bagus Ahmad Maslan, bagus. Mat GST.
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM53,978,499,000 untuk Kepala B.10, B.11 dan B.12 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.10, B.11 dan B.12 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.10 dan P.70 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.10 dan P.70 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 7 November 2023.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.53 malam]