Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dipersilakan Tuan Lim Guan Eng, Yang Berhormat Bagan.
1. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan tentang, Empangan Air Mengkuang yang disenaraikan oleh SPAN sebagai salah satu daripada tujuh empangan air berisiko tinggi di Malaysia dengan menyatakan tindakan yang boleh diambil untuk mengatasi kelemahan, dan adakah peruntukan akan diberikan untuk membantu Empangan Mengkuang tidak menjadi berisiko tinggi agar mampu menjalankan fungsi menjamin bekalan air berterusan dan kukuh, kepada pengguna di Pulau Pinang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Bagan. Kenyataan yang dikeluarkan oleh SPAN baru-baru ini adalah berdasarkan Laporan Pemantauan Bekalan Air 2022 mengenai empangan yang berisiko tinggi.
Saya ingin jelaskan bahawa Penilaian Risiko empangan ini mengambil kira usia, rekod paras, dan juga simpanan air empangan, serta jumlah loji rawatan air di kawasan empangan. Ini bukan berkaitan dengan keselamatan struktur empangan itu sendiri. Itu ada laporan lain yang dikeluarkan oleh flying squad yang meneliti keadaan-keadaan empangan yang ada di dalam negara kita.
LRA Sungai Dua mempunyai kapasiti reka bentuk berjumlah 1,228 juta liter sehari yang mewakili hampir 77 peratus daripada bekalan air untuk seluruh negeri Pulau Pinang, sebab ada submarine pipe yang menghubungkan Seberang Prai dan juga Pulau Pinang.
Air dari Empangan Mengkuang yang merupakan empangan strategik akan dilepaskan apabila kualiti Sungai Muda terjejas, akibat banjir atau paras air sungai yang rendah ketika musim kemarau.
Bagi menjamin kelestarian bekalan air, SPAN telah mengambil inisiatif seperti berikut:
(i) telah merangka sembilan pelan tindakan yang dikenal pasti termasuk pemantapan pelan komunikasi di antara pihak berkepentingan, penyelarasan dengan operator bekalan air dan pembetungan serta tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh SPAN. Antaranya kajian semula perjanjian persefahaman
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
di kalangan operator air dan garis panduan sedia ada. Ini ekoran fenomena El Nino yang kita sedang hadapi;
(ii) penyelarasan bersama agensi-agensi berkaitan seperti Bahagian Bekalan Air (BBA), Jabatan Pengairan dan Saliran
(JPS), Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia
(NAHRIM), METMalaysia, badan kawal selia air negeri serta operator empangan berkaitan isu-isu pelepasan dan simpanan air di empangan; dan
(iii) pengurusan dan pemantauan simpanan yang sistematik serta penyediaan SOP empangan semasa musim panas atau kemarau termasuklah kajian unjuran inflow forecasting, dengan izin, dan kapasiti empangan bagi pengurusan sumber air yang lebih berkesan.
Tuan Yang di-Pertua, tanggungjawab untuk memastikan sumber air yang mampan merupakan tanggungjawab semua pihak, termasuk kerajaan negeri. Untuk makluman Yang Berhormat, saya akan mengadakan lawatan kerja ke Empangan Mengkuang pada 8 November minggu hadapan untuk meninjau, dan melihat sendiri keadaan dan operasi empangan ini.
Jadi, saya berharap semua kerajaan negeri yang bertanggungjawab ke atas sumber air untuk memastikan mereka mengambil langkah proaktif dengan mengawal aktiviti guna tanah dan juga pencemaran dan juga bagi pengguna untuk berjimat-cermat ketika menggunakan air. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Memandangkan apabila laporan diberikan oleh SPAN tentang Empangan Mengkuang sebagai salah satu empangan air berisiko tinggi, juga menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat tentang bekalan air, sama ada ia akan ganggu atau terputus.
Apakah tindakan yang harus diberikan oleh pihak kementerian, dan juga BBA Holdings sebagai pengusaha, untuk memastikan ini tidak berlaku khususnya. Apakah ancaman immediate threat ke atas bekalan air? Seperti yang ditanya dalam soalan asal, adakah pihak Kerajaan Persekutuan akan memberikan peruntukan untuk mengatasi masalah ini?
Akhirnya Yang Berhormat ialah untuk mengelakkan masalah empangan berisiko tinggi mengancam bekalan air secara jangka masa panjang, adakah pihak kerajaan juga akan mempercepatkan projek pembinaan air daripada Sungai Perak ke Pulau Pinang, supaya bukan sahaja Pulau Pinang, tetapi negeri Perak akan memastikan jaminan bekalan air berterusan untuk kedua-dua negeri. Sekian, terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana kita sedia maklum soal sumber air ini terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, tetapi tentulah di peringkat Kerajaan Persekutuan kita hendak memastikan bekalan air yang mencukupi untuk semua negeri yang ada di dalam Persekutuan Malaysia. Kita tahu bahawa dalam keadaan permintaan air yang semakin tinggi akibat peningkatan penduduk dan juga tekanan akibat perubahan iklim, maka realiti water transfer ataupun pindahan air antara negeri, ke negeri menjadi semakin perlu.
Sekarang kita sudah lihat ada water transfer, dengan izin, daripada Pahang ke Selangor, water transfer daripada Johor ke Melaka dan water transfer daripada Kedah ke Pulau Pinang. Ini yang sudah ada. Mungkin di masa yang akan datang lebih banyak lagi perkara ini berlaku dan termasuk yang kita kaji selama ini tentulah antara Perak dan juga Pulau Pinang.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Ada beberapa perkara sebagaimana saya tegaskan, kerajaan negeri kedua- duanya perlu mengambil inisiatif untuk berbincang tentang perkara ini. Kerajaan Persekutuan bersedia untuk menjadi pemudah cara dan saya mendapat indikator daripada kedua-dua belah kerajaan bahawa perbincangan ini boleh bermula dengan baik dan ini telah pun disuarakan baharu-baharu ini di dalam Mesyuarat Majlis Air Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan dihadiri oleh MB Perak sendiri dan juga Exco Zairil daripada negeri Pulau Pinang.
Perkara kedua juga sebagaimana yang saya sebut semalam, soal tarif air juga memainkan peranan yang penting sebab sekarang sektor air ini tidak economic di Malaysia sebab kita punya takrif terlalu rendah. Jadi banyak kurangnya pelaburan, penggantian paip dan sebagainya. Itulah kita tengok kadar NRW yang masih tinggi di banyak negeri.
Jadi sebab itu, saya telah sebut bahawa ada kesepakatan rentas parti dalam perbincangan-perbincangan kerajaan negeri untuk kita lihat semula tarif air di negeri- negeri dan kami di Kerajaan Persekutuan, kita akan menyediakan Kertas Jemaah Menteri dalam masa yang terdekat tentang perkara tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Kubang Kerian.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberi. Soalan saya ialah kalau kita lihat data yang ada, Pulau Pinang ini antara negeri yang mempunyai reserve margin yang agak tinggi, lebih daripada 20 peratus berbanding negeri-negeri lain yang lebih kritikal Selangor, Kelantan dan sebagainya.
Persoalan saya yang pertama, berapa kekerapan penggunaan Empangan Mengkuang ini sebenarnya sebab kerajaan belanja besar, tetapi penggunaannya sangat minimum. Saya difahamkan sekali atau dua kali sahaja setahun penggunaan dia. Jadi kita banding dengan negeri lain, tetapi saya bukan soal keperluan.
Yang kedua ialah saya perlukan data, mungkin jawapan bertulis tentang jumlah empangan bekalan air bagi setiap negeri. Itu mungkin boleh jawapan bertulis. Yang ketiga ialah tentang status terkini Takungan Air Pinggiran Sungai atau (TAPS) Machang kerana kita tahu TAPS ini satu mekanisme untuk mengatasi masalah bila berlaku ancaman atau kemarau yang panjang dan pencemaran sungai utama. Terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian.
Pertama ialah daripada segi Mengkuang Dam ataupun soal bekalan air di Pulau Pinang secara keseluruhan. Isu pokok ialah kerana Pulau Pinang ini tidak mempunyai satu kawasan- water catchment, dengan izin, yang luas. Sebagai sebuah negeri yang kecil, mereka sangat bergantung kepada sekarang kepada Sungai Muda daripada Kedah. Itu menjadi satu bekalan yang sangat utama bagi negeri Pulau Pinang dan mereka ada penduduk yang tinggi dan sektor industri yang pesat.
Jadi sebab atas dasar itu, maka perlunya ada, pertama seperti Mengkuang Dam ini tetapi juga untuk dipelbagaikan sumber air bagi rakyat Negeri Pulau Pinang dan perbincangan antara Kerajaan Negeri Perak dan Pulau Pinang ini penting supaya negeri Pulau Pinang dapat mempunyai bekalan air yang lebih baik. Daripada segi operasi, daripada segi NRW, mungkin juga kerana saiz negeri yang sedikit kecil berbanding banyak tempat, maka Pulau Pinang berada pada tahap yang baik, tetapi dari segi bekalan itu menjadi sangat kritikal. Kedua, tadi disebut tentang...
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Empangan bekalan air ikut negeri-negeri.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Oh, okey, okey. Yang itu saya akan bagi jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat dan yang terakhir tentang TAPS Machang status itu pun saya akan bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat. Itu juga saya tahu satu perkara yang sangat penting sebab dia ada dua aspek dan ini sebenarnya umum pada banyak negeri iaitu masalah di peringkat loji rawatan dan juga daripada segi NRW distribution.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Saya fikir dia tidak boleh bergerak salah satu sahaja, kalau bekalan air tidak cukup kita tukar paip semua, itu pun tidak berbaloi, tetapi kalau kita hanya fokus kepada bekalan dan tidak buat penukaran paip maka semua wang yang dilaburkan untuk loji-loji rawatan itu juga akan banyak dibazirkan kerana air itu tidak sampai kepada pengguna. Yang lain saya akan bagi secara bertulis. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Sibu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat duduk. Soalan MQT yang kedua.
Dipersilakan Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir, Yang Berhormat Setiu.
2. Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Kesihatan menyatakan, pendirian kementerian berhubung isu Triti Pandemik Perjanjian Konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO CA+) dan pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005) yang perlu diputuskan sama ada diratifikasi atau ditolak sebelum 1 Disember ini.
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Setiu.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Setiu atas persoalan yang dibangkitkan pada hari ini dan ini saya kira merupakan kesempatan terbaik Tuan Yang di-Pertua kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjelaskan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakyat Malaysia tentang isu ini.
Susulan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia pada tahun 2019 telah meragut kira-kira 6.6 juta nyawa secara global. Semua negara berpandangan adalah amat penting untuk mengambil iktibar daripada pandemik COVID-19 ini agar tindakan untuk mencegah, melindungi, mengawal dan menyediakan gerak balas dapat diperkukuhkan untuk mendepani ancaman penyakit berjangkit pada masa hadapan.
Semasa special session of the World Health Assembly to consider developing a World Health Organization (WHO) convention, agreement or other international instrument on pandemic preparedness and response, dengan izin, yang diadakan pada 29 November hingga 1 Disember 2021, negara-negara anggota bersama WHO telah juga bersetuju seperti yang berikut Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, saya bacakan dalam bahasa Inggeris. “To establish in accordance with Rule 41 of its rules of procedure and intergovernmental negotiating body open to all member states and associate members that IMB to draft and negotiate a WHO convention agreement or other international instruments on pandemic prevention, preparedness and response with a view to adoption under Article 19 or under other provisions of the WHO Constitution as may be deemed appropriate by DINB”. Seterusnya pada World Health Assembly (WHA) yang ke-75 yang telah diadakan pada 22 hingga 28 Mei 2022 yang lalu. Negara-negara anggota juga telah bersetuju dengan resolusi iaitu, dengan izin, strengthening WHO preparedness for and response to health emergencies bagi melaksanakan cadangan pindaan bersasar. Saya tegaskan sekali lagi, cadangan pindaan bersasar terhadap International Health Regulation 2005 iaitu IHR 2005. Hasil daripada WHA 75 ini, semua negara anggota bersama dengan WHO telah bersepakat untuk menubuhkan dua platform rundingan antarabangsa iaitu yang pertama Intergovernmental Negotiating Body, atau INB untuk menghasilkan instrument antarabangsa yang dikenali sebagai WHA CA+ ataupun Pandemic Agreement. Yang keduanya Working Group on Amendments to the International Health Regulations (WGIHR) bagi membuat pindaan kepada IHR 2005 iaitu Pindaan IHR 2005.
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini Malaysia telah menghadiri enam daripada sepuluh sesi
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
rundingan INB dan rundingan ketuju akan diadakan pada 6-10 November 2023. Tuan Yang di-Pertua, saya minta masa lebih sedikit untuk menjawab soalan ini.
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
Manakala bagi rundingan WGIHR, Malaysia telah menghadiri lima daripada lapan sesi rundingan dan rundingan keenam pula akan diadakan pada 7 hingga 8 Disember tahun ini.
Untuk makluman Yang di-Pertua, sesi rundingan INB dan WGIHR ini masih dan akan terus berjalan sehingga semua rundingan diselesaikan pada April tahun hadapan 2024. Draf WHO CA+ Pandemic Agreement, dan pindaan IHR 2005 tersebut akan dibentangkan kepada WHA77 pada Mei 2024. Tahun depan juga, untuk pertimbangan dan persetujuan negara anggota.
Oleh yang demikian, bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat Setiu ingin saya maklumkan bahawa pendirian Kerajaan Malaysia berhubung instrumen baharu WHO CA+ ini dan pindaan IHR 2005 tidak akan diputuskan untuk diratifikasikan atau ditolak sebelum 1 Disember 2023. Jadi, tidak benarlah ya, itu dakwaan tersebut.
Manakala bagi WHO CA+ berdasarkan Artikel 19, Perlembagaan WHO, negara anggota diberi peluang untuk menyertai iaitu opt in instrumen baharu ini, jangkaan pada Mei 2004, seperti yang saya maklumkan sebentar tadi. Sehingga kini ingin juga saya tegaskan sekali lagi rundingan bagi penyediaan dokumen INB WHO CA+ masih lagi di peringkat awal. Tiada keputusan akan diberikan sehingga segala-galanya dipersetujui.
Nothing is agreed until everything is agreed. Tuan Yang di-Pertua, bagi rundingan di peringkat antarabangsa, Malaysia berada dalam kumpulan yang memperjuangkan hak kesamarataan iaitu group of equity bersama 28 lagi negara anggota yang lain. Group of equity ini menegaskan pendirian untuk memperjuangkan instrumen baharu yang adil iaitu equitable, seimbang- balance, dan teguh yakni robust.
Ini adalah berdasarkan pengalaman daripada pandemik COVID-19 yang telah menyebabkan banyak kematian, kerugian dari sudut ekonomi yang di luar jangkaan, gangguan pergerakan dan ketidakadilan dalam pengedaran dan produk perubatan seperti vaksin, peralatan diagnostik dan lain-lain ubatan.
Group of equity termasuk Malaysia akan sekali lagi menyuarakan pendirian kumpulan ini di mesyuarat WHO CA+ ke-7 yang akan diadakan pada 6 hingga 10 November 2023 ini. Di peringkat kebangsaan pula Yang di-Pertua, KKM sekarang sedang giat menjalankan proses libat urus dengan 12 agensi ataupun kementerian bagi meneliti pindaan IHR 2005 dan WHO CA+ dan 12 agensi yang terlibat dalam proses libat urus ini ingin saya sebut beberapa kementerian yang terlibat iaitu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Kementerian Kewangan, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan juga Perubahan Iklim, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Jabatan Peguam Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri dan juga NADMA.
Jadi, kita bukan sendirian membuat keputusan. Di samping itu juga, dua Jawatankuasa telah ditubuhkan bagi meneliti pendirian Kerajaan Malaysia dalam isu ini.
Dua Jawatankuasa ini turut dianggotai oleh 12 agensi atau kementerian yang saya nyatakan sebentar tadi dan keputusan ini dibuat oleh dua jawatankuasa ini akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet untuk dimuktamadkan.
Tuan Yang di-Pertua, pendirian Malaysia dalam isu ini adalah sangat jelas.
Pertama, kedaulatan dan autonomi negara tidak boleh dicabuli oleh mana-mana pihak.
Sebarang penggubalan pada undang-undang antarabangsa mestilah tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, memelihara kedaulatan negara, kuasa Raja-raja Melayu dan juga kuasa Yang di-Pertuan Agong dan tidak melanggar hak asasi kebebasan rakyat...
[Tepuk]
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
Kedua, Malaysia mempertahankan prinsip keadilan, dan solidariti dalam pentadbiran kesihatan global. Malaysia berpandangan adalah penting untuk negara- negara maju membantu negara-negara membangun dengan sumber-sumber yang mereka ada. Pengagihan sumber mestilah adil dan saksama.
Ketiga, penyertaan Malaysia dalam rundingan-rundingan ini dipacu oleh matlamat untuk membina sistem penjagaan kesihatan yang lebih kuat dan lestari. Malaysia mengiktiraf keperluan untuk membangunkan kapasiti kerjasama yang kukuh dan koordinasi dalam kalangan industri untuk meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi sebarang wabak pada masa akan datang.
Kita tak tahu bila wabak-wabak akan datang. Mungkin berlaku setahun lagi, dua tahun lagi kita tak tahu. Pendekatan ini bertujuan untuk memastikan sumber-sumber kesihatan adalah adil dan boleh diakses di peringkat global, menyumbang kepada sistem penjagaan kesihatan yang lebih kukuh.
Keempat, kementerian mengutamakan ketelusan dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada orang ramai. Kempen kesedaran awam serta aktiviti mempromosi pemahaman yang jelas tentang proses yang berlangsung dalam INB dan WHR ini kepada orang ramai dapat dilihat melalui keterbukaan dalam rundingan serta ketersediaan maklumat dalam laman sesawang WHO.
Tuan Yang di-Pertua, bagi mengakhiri jawapan saya, bagi pertanyaan ini sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan sama sekali berkompromi dengan mana-mana keputusan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan...
[Tepuk] Kerajaan komited untuk memelihara kedaulatan negara, kuasa Raja-raja Melayu dan kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Di kesempatan ini saya ingin memohon kerjasama dari semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk termasuk Setiu ya, untuk sama-sama kerajaan dalam isu ini bagi menerangkan situasi semasa berkenaan perkara ini kepada seluruh rakyat Malaysia.
Kepada seluruh rakyat Malaysia di luar sana yang saya juga memohon agar tidak terpedaya dengan berita-berita palsu yang tersebar luas di media sosial. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Setiu, soalan tambahan.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Terima kasih atas jawapan yang terperinci yang diberikan oleh Menteri. Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk menjelaskan butiran pindaan yang dicadangkan oleh kementerian kepada WHO dalam masa terdekat ini?
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih. Seperti yang telah saya jawab tadi, Yang di-Pertua, maklumat-maklumat ini boleh diperolehi dengan jelas dalam website secara terbuka dalam website WHO. Saya tidak masalah, mungkin ada yang tak faham sebab dia tulis dalam bahasa Inggeris ya, Tuan Yang di-Pertua. Kita boleh memainkan peranan KKM, untuk translation dan kita akan buat jawapan itu mungkin perkara-perkara yang dengan berkaitan IHR ini secara yang lebih difahami dan mudah, insya-Allah.
Saya juga sebenarnya telah mengeluarkan beberapa kenyataan dari pihak saya sendiri sebagai Menteri dan juga Ketua Pengarah, ya juga telah adakan video ya dan boleh juga- itu dalam bahasa Malaysia, Tuan Yang di-Pertua. Boleh disemak dan dilihat kembali oleh Setiu dan mungkin rakan-rakan yang lain tentang jawapan kami tentang IHR ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Tampin, silakan.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih, Timbalan Yang di- Pertua. Seperti mana yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri, saya dapati matlamat utama perjanjian tersebut adalah sangat baik iaitu untuk memperkukuh daya tahan dunia terhadap pandemik pada masa hadapan. Saya tidak meragui laginya lah sebab kita- pindaan tersebut tidak akan mengganggu gugat kedaulatan negara.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Saya ingin meminta supaya Yang Berhormat Menteri dapat menjelaskan serba sedikit kelebihan ataupun manfaat yang bakal diperoleh oleh sistem kesihatan negara dan rakyat hasil daripada perjanjian tersebut. Satu lagi, Yang Berhormat Menteri saya setuju tadi kementerian mungkin boleh buat infografik atau lain-lain cara untuk kita sebarkan ya jawapan-jawapan bagi menutup isu yang telah diviralkan dan masyarakat dapat info-info yang sebenarlah. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih, Yang Berhormat Tampin.
Sebenarnya, kita kena faham ya, sebab WHO ini- Malaysia adalah di antara 194 negara yang bersama-sama dalam WHO sejak dari tahun 1958, Yang di-Pertua. Malaysia menjadi sekarang ini tuan rumah kepada Global Service Centre yang sekarang ini berada di Cyberjaya ya dan kita telah melakukan perjanjian 15 tahun lagi akan datang.
Sebenarnya, kita mempunyai kepentingan yang agak besar dan luas dalam peranan dalam WHO ini, ya. Untuk memastikan contohnya kita seperti yang saya dalam jawapan tadi saya dah sebut juga beberapa perkara. Di antara lain juga ialah kita juga boleh mendapatkan contoh expert training daripada WHO ini sebab dia 194 negara ya dan banyak pengalaman yang kita boleh kongsikan bersama di samping benefit ataupun kepentingan-kepentingan lain.
Kita juga menjadi member of executive board, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, dan ini adalah the highest governing body dalam WHO.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Sebenarnya, bukanlah nak kata WHO memberikan segalanya apa ini, untuk kita melaksanakan apa sahaja yang mereka lakukan, tapi kita memainkan peranan untuk memberikan input yang terbaik juga dari aspek kaca mata negara kita juga kepada mereka. Itu akan diambil kira. Jadi bagi saya, sebenarnya tidak timbul ya- Maksudnya kita menggadaikan contohnya kedaulatan negara kita dalam WHO dan sebagainya. Sebab ada kepentingan-kepentingan dari sudut kesihatan di peringkat global juga kepada Malaysia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Berikutnya saya mempersilakan Tuan Chiew Choon Man, Yang Berhormat Miri.
3. Tuan Chiew Choon Man [Miri] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan, apakah tindakan segera bagi mengatasi isu menara tanpa kuali (naked tower) di Sarawak supaya tidak lagi timbul masalah kekurangan perkhidmatan capaian Internet dan jaringan komunikasi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, isu berkenaan menara tanpa kuali atau menara yang tiada perkhidmatan 4G atau Internet yang sekian lama dibangkitkan di negeri Sarawak telah akhirnya menemui jalan penyelesaian oleh Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Projek SMART 600 ini melibatkan pembinaan dan pengendalian 600 buah menara telekomunikasi oleh syarikat milik Kerajaan Negeri Sarawak yakni pengendali menara dengan perbelanjaan modal lebih RM1 bilion bagi kesemua menara tersebut yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Walau bagaimanapun, lokasi menara-menara SMART 600 ini terletak di kawasan pedalaman yang mana pulangan komersialnya adalah amat terhad sehingga menyebabkan pihak penyedia perkhidmatan mudah alih sukar untuk mencapai persetujuan secara komersial dengan pengendali
Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
menara tersebut bagi penyediaan perkhidmatan 4G. Hal ini sekali gus menjadi punca kepada wujudnya menara-menara tanpa kuali di negeri Sarawak.
Bagi memastikan perkhidmatan 4G dapat disediakan kepada komuniti setempat di kawasan-kawasan tersebut dengan kadar segera serta mengambil kira pelaburan yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Sarawak, secara dasarnya Kerajaan Persekutuan, dan syarikat penyedia perkhidmatan mudah alih utama iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech dan YTL Communications telah bersetuju untuk berkongsi kos yang perlu dibayar kepada pengendali menara tersebut.
Untuk makluman, pembiayaan dari Kerajaan Persekutuan dan pihak syarikat penyedia perkhidmatan mudah alih melibatkan satu jumlah yang tidak melebihi RM207 juta iaitu RM119.4 juta oleh Kerajaan Persekutuan melalui MCMC dan Kementerian Kewangan dan RM87.3 juta oleh syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan mudah alih untuk menara-menara yang berkaitan bagi tempoh tiga tahun bermula 2024 sehingga 2026. Selepas tempoh tersebut, syarikat penyedia perkhidmatan mudah alih akan menanggung sepenuhnya kos bayaran kepada pengendali menara.
Sebanyak 3,000 kawasan pedalaman dan luar bandar telah dikenal pasti dan akan dapat manfaat di bawah inisiatif ini. Dengan adanya inisiatif ini, ia akan menamatkan isu menara tanpa kuali yang telah berlarutan sejak 2019 di Sarawak. Pengoperasian menara-menara ini bagi penyediaan perkhidmatan 4G adalah secara berperingkat dan akan bermula seawal Januari 2024. Jika tidak, lebih awal dari itu. Selain dari itu, perkhidmatan 4G di menara-menara SMART 600 ini juga akan disediakan oleh kelima- lima syarikat penyedia perkhidmatan mudah alih yang terlibat dalam model perkongsian ini iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech dan YTL Communications, sekali gus dapat memberikan pilihan yang lebih banyak kepada pengguna.
Pelaksanaan inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada pelan JENDELA yang menyasarkan penyediaan 100 peratus liputan Internet di kawasan berpenduduk pada penghujung 2025 di samping menjadi pemangkin dan membuka peluang aktiviti ekonomi digital di kalangan penduduk di luar bandar dan pedalaman negeri Sarawak.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Miri, soalan tambahan.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih kepada menteri atas inisiatif yang bakal diambil untuk manfaat rakyat Sarawak. Ini telah menunjukkan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap rakyat Sarawak.
Soalan saya seterusnya adalah bagaimana dengan menara-menara yang telah dibina di bawah inisiatif Sarawak Multimedia Authority dan Sarawak Digital Economy Corporation sebelum ini yang tidak dapat beroperasi? Saya memohon menteri supaya menyatakan komitmen Kerajaan Persekutuan secara keseluruhan dari segi kewangan dalam membantu meningkatkan liputan kesalinghubungan dan penyediaan perkhidmatan Internet yang berkualiti serta manfaat yang boleh dinikmati oleh rakyat Sarawak selepas projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) disiapkan sepenuhnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan yang cukup baik. Jawapan saya tadi merangkumi menara-menara- 600 menara di bawah SMART 600 yang diusahakan oleh SMA dan SDEC. Pada masa yang sama, pihak kerajaan juga melalui MCMC menguruskan sejumlah menara di bawah program JENDELA yang mana sukacita saya maklumkan, di Sarawak setakat ini berdasarkan maklumat yang ada pada saya, secara keseluruhan terdapat- Bagi negeri Sarawak, 192 menara yang sedang ataupun telah dibina oleh melalui MCMC.
Sukacita saya maklumkan, salah satu perkara yang kita lihat berlaku yang melewatkan pengoperasian bagi menara-menara ini ialah isu yang melibatkan kadangkala isu tanah, isu bekalan elektrik. Insya-Allah pada hari ini jam 2.30 petang, akan diadakan satu- kita akan bentangkan satu kertas di Majlis Negara bagi kerajaan tempatan untuk
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
memulakan perbincangan dengan semua Menteri-menteri Besar dan kerajaan-kerajaan negeri termasuk Menteri-menteri, dan juga Exco-exco yang berkaitan untuk cuba menyelesaikan secara pukal.
Sukacita saya juga ambil peluang ini untuk memaklumkan, daripada semua menara, terdapat 594 menara yang telah siap daripada 1,661 menara di bawah program JENDELA di seluruh negara, bukan hanya di negeri Sarawak, yang mana terdapat 196 yang menunggu masa yang agak lama melalui pemasangan fiber. Kita dimaklumkan pemasangan menara mengambil masa Dato’ Yang di-Pertua, dalam sembilan bulan.
Manakala pemasangan fiber memakan masa lagi sembilan bulan. Jadi, tempohnya agak lama. Ini yang mengakibatkan rakyat salah faham melihat ada menara dalam kampung tapi tak ada line.
Jadi, saya telah mengarahkan supaya menara-menara sebanyak 196 menara di seluruh negara yang akan dipasang fiber, memandangkan masanya agak lama, kita minta segera dipasang peralatan microwave yang memakan masa kurang daripada tiga bulan supaya manfaat line itu dapat dinikmati oleh penduduk yang menaranya telah siap di kawasan mereka. Jadi, ini telah diarahkan dan insya-Allah pihak MCMC akan selaraskan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Yang di-Pertua. Saya merujuk juga kepada soalan asal tadi daripada Miri dan saya merangkumkan dengan projek JENDELA di bawah kementerian. Jadi kalau dirangkumkan ini, berapa peratuskah capaian Internet yang akan memberikan khidmat kepada semua yang diperlukan di Sarawak terutama di sekolah-sekolah? Jadi, saya nak tahulah berapa dia punya pencapaian terutama di sekolah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ya, terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Jadi secara dasarnya, ikhtiar kita adalah seperti yang saya sebutkan tadi di bawah program JENDELA untuk memastikan 100 peratus kawasan berpenduduk mendapat capaian Internet menjelang 2025. Antara cabaran yang saya sebutkan tadi, melibatkan sama ada menara-menara yang sebelum ini telah lama disiapkan, tapi tidak on-air, dengan izin, ataupun masalah melibatkan isu tanah, isu bekalan elektrik. Jadi niat kita, objektif kita bagi bukan hanya negeri Sarawak, tapi semua kawasan berpenduduk mendapat capaian Internet 100 peratus menjelang 2025.
Ini sangat penting kerana- penting saya jelaskan takrifan kawasan berpenduduk.
Kita ikut bagi pelaporan di bawah MCMC ini, kita ikut takrifan yang diberi oleh International Telecommunication Union (ITU) yang mana kawasan berpenduduk itu hanya melibatkan kawasan yang berpenduduklah. Maksudnya, antara kawasan-kawasan berpenduduk ini sering kali kita akan ada kawasan-kawasan yang jalan ada, tapi penduduk tak ada. Maka di situ, line Internetnya tidak baik.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Jadi, salah satu perkara yang secara dasarnya yang ingin kita usahakan ialah kita akan mula insya-Allah, satu proof of concept, dengan izin, di negeri Melaka yang mana dasarnya ialah di mana ada jalan, di situ ada Internet. Ini melibatkan sedikit kos, perbincangan dan persetujuan dengan kerajaan-kerajaan negeri termasuk juga insya- Allah nanti, dengan negeri Sarawak untuk kita selesaikan...
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri, tapi 2025 ini tak lama lagi.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Betul.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Jadi, kita dengar daripada kawan-kawan kita daripada Sarawak ini kan, memang saya bersetuju. Memang tempat berpenduduk sebab itu saya fokus tadi kepada sekolah. Sekolah kan, sebab itu penting di antara untuk membangunkan Sarawak ini. So, realistik kah 2025 di Sarawak?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Insya-Allah, insya-Allah ya. Jadi, antara perkara yang kita akan usahakan selain daripada JENDELA di bawah MCMC, kita ada Projek Point of Presence iaitu yang diusahakan di bawah KKD. Ini melibatkan sekolah-sekolah di kawasan pedalaman dan ada jumlah yang sangat besar.
Saya tidak ada angka itu tapi saya akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat Kapar dan juga Yang Berhormat Miri tentang jumlah sekolah di kawasan masing-masing, tetapi saya ingin jelaskan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dalam dossier yang telah disediakan oleh MCMC di kawasan masing-masing, dinyatakan berapa menara JENDELA, berapa Projek Point of Presence melibatkan berapa jumlah sekolah.
Maklumat ini telah disediakan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam dossier yang disediakan oleh MCMC. Jika belum dapat lagi, saya telah minta untuk diberikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Sekali dengan due date dia. Jerai, Jerai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ya, kita minta sebelum 2025, insya- Allah ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kita mulakan pertanyaan-pertanyaan bagi pertanyaan lisan. Saya mempersilakan Tuan Cha Kee Chin, Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan pertama.
1. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan sama ada kementerian akan menaikkan kuota 60,000 tan metrik minyak paket bersubsidi yang mula dilaksanakan sejak tahun 2016, memandangkan pasaran runcit sentiasa menghadapi kekurangan bekalan dan mengakibatkan kesulitan kepada pengguna domestik dan peniaga mikro/ peniaga kecil. Berikan huraian terhadap keputusan/ pendirian kementerian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Rasah di atas soalan itu.
Selaras dengan Belanjawan Madani 2024, kerajaan kini menumpukan kepada strategi penyasaran subsidi. Minyak masak paket bersubsidi tidak terkecuali. Dato’ Yang di-Pertua, seperti mana diketahui, cadangan penambahan kuota akan menyebabkan peningkatan kos ke atas pelaksanaan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak ataupun COSS.
Kos pelaksanaan juga boleh meningkat mendadak selari dengan pergerakan harga minyak sawit mentah ataupun CPO. Oleh itu, cadangan penambahan kuota perlu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh
diperhalusi bukan sahaja di peringkat KPDN tetapi secara bersama dengan kementerian lain yang berkaitan seperti Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, untuk memastikan sebarang penambahan kuota tidak memberikan impak yang negatif ke atas kedudukan kewangan kerajaan.
Bagi mengatasi isu kekurangan bekalan, ada tujuh langkah yang telah diambil oleh kementerian termasuk yang pertama, meneruskan dasar melarang semua eksport minyak masak dalam polybag di bawah Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) mulai 1 Ogos, yang telah dimulakan mulai 1 Ogos 2022 untuk memastikan tiada ketirisan minyak masak paket bersubsidi ke negara jiran.
Kedua, meningkatkan pemantauan bekalan minyak masak paket bersubsidi melalui penggunaan sistem ECOSS. Sistem ECOSS merakamkan transaksi jualan minyak masak di pelbagai lapisan peringkat termasuk kilang penapisan, syarikat pembungkusan, pemborong dan peruncit ke dalam satu pangkalan data pusat. Ini membolehkan kementerian memantau pengedaran minyak masak paket bersubsidi di pasaran secara real-time dan lebih berkesan.
Ketiga, menaik taraf sistem ECOSS untuk meningkatkan kebolehan sistem sedia ada, mengawal jualan minyak masak paket bersubsidi di peringkat peruncitan supaya jualan hanya dibenarkan kepada kumpulan sasar melalui penggunaan dokumen pengenalan diri. Kerja-kerja menaik taraf ini dijangka selesai pada pertengahan tahun 2024, Dato’ Yang di-Pertua.
Keempat, mengkaji taburan pembungkus mengikut populasi di setiap zon, repacker, dengan izin, dan menghalang jualan minyak masak paket bersubsidi keluar daripada zon yang telah ditetapkan. Penetapan zon akan memudahkan pemantauan oleh penguat kuasa dan mengekang berlakunya ketirisan. Bagi memastikan arahan penetapan zon dipatuhi, sebarang jualan minyak masak paket bersubsidi oleh syarikat pembungkusan di luar kawasan zon yang telah ditetapkan, tuntutan bayaran subsidi tidak akan diterima oleh sistem ECOSS.
Kelima, menggubal peraturan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi menentukan penerima faedah subsidi minyak masak paket ini selaras dengan penyasaran subsidi. Yang keenam, sedikit lagi Dato’ Yang di-Pertua. Keenam, mengkaji syor pelarasan harga memandangkan harga jualan runcit minyak masak paket bersubsidi ialah pada harga RM2.50 satu kilogram amat rendah. Malah lebih rendah dari harga minyak masak terpakai iaitu RM3.80 sekilo dan juga berbanding dengan minyak masak botol, sekilo ialah RM6.90 harga siling buat ketika ini.
Bagi nombor tujuh, bagi memastikan pengedaran minyak masak paket bersubsidi teratur, KPDN juga melaksanakan audit dalaman. Di peringkat KPDN, laporan penuh audit dalaman akan disiapkan pada suku pertama tahun 2024 dan laporan dan penemuan audit ini penting sebagai panduan untuk penambahbaikan mekanisme pelaksanaan serta memastikan pengedaran minyak masak paket bersubsidi memenuhi keperluan sebenar kumpulan sasaran. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Dengan alasan daripada tujuh langkah yang dihuraikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tersebut, nampak gayanya kerajaan masih kekal dengan pendirian mengekalkan kuota 60,000 tan metrik setiap bulan.
Cuma saya nak cadangkan ini, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pernah membincangkan perkara ini dengan KPDN. Saya mohon pandangan kerajaan sekiranya dicadangkan supaya naik 10,000 tan metrik setiap bulan untuk memenuhi keperluan pasaran. Bukan setakat domestik, termasuk peniaga mikro yang saya ada maklumat ia telah mencecah 30,000 tan metrik setiap bulan, penggunaan untuk peniaga mikro.
Satu lagi tambahan Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ada dapat berita bahawa dari sumber, bahawa ada tambahan 5,000 tan metrik kuota setiap bulan yang
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
bermula pada penghujung tahun 2022 tetapi perkara ini tidak pernah disebutkan secara rasmi oleh mana-mana pegawai ataupun pengurusan daripada KPDN. Saya mohon pengesahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam Dewan yang mulia ini.
Apakah pertambahan tanpa rekod 5,000 tan metrik minyak masak paket di pasaran tempatan ini suatu yang benar ataupun sebaliknya? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Dato’ Yang di-Pertua, seperti yang kita ketahui kuota rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan pada hari ini ialah 10,000 metrik tan sebulan dan untuk menambah lagi 10,000 metrik tan itu, kita kerajaan pada hari ini, seperti yang saya katakan tadi memberi tumpuan kepada penyasaran subsidi.
Sekiranya kita dapat laksanakan penyasaran subsidi ini melalui tujuh langkah yang saya katakan tadi, mengikut kiraan kita, 10,000 tambahan itu boleh kita tidak perlukan pada ketika ini kalau kita betul-betul laksanakan penyasaran subsidi. Sebab ketika ini ianya subsidi pukal, boleh kita jual di mana-mana, siapa sahaja boleh beli. Jadi kita dalam langkah penyasaran subsidi.
Berkenaan dengan bahagian kedua soalan tadi, saya ulang jawapan saya, langkah nombor tujuh tadi bahawa kementerian pada hari ini sedang menjalankan audit dalaman di mana pada suku pertama tahun 2024 kita akan ada dapatan daripada audit dalaman tersebut. Saya harap pada ketika itu Yang Berhormat Rasah, mungkin kita boleh dapat jawapan kepada soalan yang kedua. Saya tak boleh jawab pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Jerlun.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, saya meraikan kehadiran pemerhati daripada Jerlun yang mengikuti persidangan pada hari ini...
[Tepuk] Menyentuh soalan tambahan saya, berkaitan dengan isu subsidi minyak masak secara berpaket. Saya melihat di sana ada sedikit keresahan di kalangan pengguna termasuklah di kalangan usahawan mikro dari segi kecukupan bekalan minyak masak.
Walaupun usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan itu dengan tujuh langkah terutamanya untuk melakukan pengenalan diri melalui ID seperti mana yang telah diucapkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Di situ akan ada berlaku ketirisan. Ketirisan ini mungkin disebabkan oleh pihak- pihak yang cuba mengaut keuntungan sebagaimana yang berlaku kepada beras, isu tempoh hari. Minyak masak berpaket subsidi boleh ditukar kepada minyak masak industri daripada paket plastik kepada bekas plastik yang boleh dinaikkan harga. Persoalan saya, apakah usaha yang boleh dijalankan oleh kementerian dalam tempoh yang terdekat sementara menunggu pelaksanaan ID yang dicadangkan itu?
Yang kedua, apakah mekanisme yang boleh dilakukan oleh pihak penguatkuasaan bagi memastikan tidak berlaku ketirisan lagi barang-barang keperluan pengguna di kalangan masyarakat sebagaimana yang berlaku kepada isu beras.
Sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa kartel-kartel ini masih lagi wujud dalam bentuk monopoli barangan kepenggunaan masyarakat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Dato' Yang di-Pertua, saya terangkan tadi berkenaan dengan salah satu langkah ialah untuk kita pantau bekalan minyak masak paket bersubsidi ini menggunakan sistem ECOSS di mana sistem ECOSS ini, kita boleh tahu dari sudut rantaian bekalan minyak masak itu
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
daripada refinery, kilang penapis kepada repacker kepada pemborong dan kepada peruncit. Ini sistem ECOSS yang sedia ada. Jadi kita pantau.
Sekiranya ada di mana-mana, kita dapati minyak masak paket itu berada di tempat yang tak sepatutnya, maka kita akan boleh trace dengan izin, Dato' Yang di-Pertua.
Ia datang daripada repacker mana, melalui pemborong mana. Jadi itu yang kita sedang lakukan Yang Berhormat Jerlun dan seterusnya kita akan menaik taraf sehingga lepas pada peruncit tadi. Mula-mula refinery, repacker, pemborong, peruncit. Kita nak tambah lagi kepada pengguna.
Jadi apabila database pengguna yang layak menerima subsidi, kita terima daripada PADU pada bulan November nanti. Kita boleh mula melihat bagaimana database PADU ꟷ pengguna yang layak menerima subsidi itu boleh kita masuk ke dalam sistem ECOSS untuk menambah lagi kepada pengguna pula.
Jadi daripada refinery, repacker, pemborong, peruncit, pengguna. Jadi itulah antara langkah yang kita akan lakukan untuk memastikan tiada ketirisan Dato' Yang di- Pertua.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Sedikit penjelasan. Tadi disebut tentang pengguna. Yang saya nak maksudkan ini usahawan mikro sebab mereka ini meniaga pada hari-hari. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya rasa Menteri dah menjawab. Duduk.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
...tentang pengguna. Pengguna ini umum.
Tapi kalau usahawan ini, dia specific.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Peraturan. Saya pun tak boleh paksa Menteri menjawab, ya. Berikutannya, dipersilakan Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B)
Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Dato' Yang di-Pertua, sebelum itu, Kuala Kedah, Kuala Kedah. Izinkan saya untuk mengalu-alukan komuniti petani dari PPK Kuala Sungai Parlimen Kuala Kedah yang diketuai oleh saudara Basir bin Haji Ahmad dan saudara Azizi bin Abdullah untuk mengikuti persidangan kali ini. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sarapan pagi makan roti, Makan roti dengan kaya, Assalamualaikum YB Timbalan Menteri, Soalan saya nombor dua.
2. Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) [Lumut] minta Menteri Pertahanan menyatakan perancangan masa hadapan pihak Kementerian Pertahanan bagi kerja-kerja pemetaan dasar laut oleh Pusat Hidrografi Nasional (PHN) sedangkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sudah melucut tauliah Kapal Diraja (KD) Mutiara pada tahun 2018 yang lalu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri. Pagi-pagi dah roti.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Dato' Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lumut atas persoalan yang dikemukakan. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melalui Pusat Hidrografi Nasional Malaysia (PHM) melaksanakan pemetaan dasar laut dengan menggunakan KD Perantau.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Tambahan kepada itu. TLDM juga melaksanakan pengukuran dengan menggunakan sewaan dua buah kapal melalui kontrak perkhidmatan pengukuran hidrografi inclusive facilities sokongan untuk tempoh tiga tahun mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2024.
Bagi perancangan jangka pendek, pihak TLDM berharap untuk meneruskan kontrak sewaan kapal untuk mencapai sasaran tambahan 108,000 kilometer persegi dengan kedalaman di antara 50 hingga 100 meter. Untuk itu, TLDM akan meneruskan kontrak sewaan dua buah kapal ukur dan sebuah Autonomous Surface Vehicle (ASVs) yang dijangka mengambil masa selama empat tahun tiga bulan bagi kawasan dengan kedalaman tersebut seperti mana yang dinyatakan tadi di zon perairan Malaysia.
Selain itu, bagi kedalaman 0 hingga 50 meter, TLDM sedang dalam proses melaksanakan perolehan kontrak perkhidmatan pengukuran hidrografi melibatkan sewaan 2 buah Survey Motor Launch dan dua buah ASVs . Kontrak ini mensasarkan pemetaan seluruh 14,000 kilometer persegi setahun ataupun 42,000 kilometer persegi bagi tempoh tiga tahun. Bagi pelan jangka masa panjang, TLDM merancang untuk melaksanakan perolehan sebuah kapal hidrografi di bawah Rancangan Malaysia ke-13 dan perancangan ini telah mengambil kira hala tuju pengoperasian dan penggantian KD Perantau yang dijangka akan mengalami keusangan pada tahun 2030 iaitu setelah lebih 30 tahun perkhidmatannya. Selain itu PHM juga merancang untuk mendapatkan empat buah Survey Motor Launch di bawah Rancangan Malaysia ke-13, dan ke-14. Itu jawapannya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Terima kasih YB. YB Menteri, kita sedia maklum mengenai perancangan program 15-5. Dalam program tersebut, ada lima kelas kapal sahaja. Mohon pencerahan kapal hidrografi TLDM ini tidak termasuk dalam pelan tersebut. Mohon pencerahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
YB Menteri.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Untuk makluman Yang Berhormat Lumut, sebenarnya kalau kita tengok kapal hidrografi ini kalau mengikut model TLDM. Walaupun kita tahu kelas-kelas itu banyak terkait dengan kapal-kapal sama ada LCS, LMS, submarine kita, tapi sebenarnya kita masukkan juga kapal hidrografi kita ini dalam 15-5 itu juga, sebahagian daripada pengkelasan itu. Cuma bagaimana ia dikelaskan itu, kita akan serahkan kepada TLDM itu sendiri bagi menentukan. Itu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Pengukuran hidrografi penting kerana membabitkan perkara teknikal persempadanan zon maritim negara, kajian saintifik marin, kajian hidraulik pembangunan pesisir pantai dan juga merangkumi pelancongan.
Soalan saya sepanjang kerja pemetaan dasar laut yang dijalankan oleh TLDM, apakah penemuan-penemuan yang dicapai dalam memetai perairan Malaysia? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih kepada Yang Berhormat Shah Alam di atas persoalan yang dikemukakan. Kita tahu bahawa tujuan utama untuk Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, bagi tujuan kita mengadakan pemetaan dasar laut kita adalah tiga aspek yang selalunya kita berikan keutamaan di TLDM itu.
Pertama adalah soal keselamatan. Yang kedua adalah soal tentang sempadan kita sendiri. Yang ketiga adalah tentang identiti Malaysia itu sendiri. Sebab itu kalau kita lihat mungkin dalam soal keselamatan kita tahu tujuan kita buat pemetaan di dasar laut itu adalah bertujuan kapal-kapal dagang kita dan sebahagian itu adalah keperluan pemetaan
Tuan Haji Adly bin Zahari
kita dan yang kedua adalah dari segi keselamatan itu sendiri. Sama ada keselamatan dari segi aspek perdagangan mahupun aspek logistik itu sendiri.
Yang ketiga yang mungkin harus juga saya maklumkan seperti mana soalan Shah Alam itu tentang identiti Malaysia itu sendiri. Sebab itu kalau kita lihat macam di antara capaian yang telah dicapai oleh TLDM dan memeta dasar laut kita adalah setakat ini kita telah menggazetkan ada 17 penemuan-penemuan kita di dasar laut. Saya mungkin satu dua penemuan yang mungkin saya berikan contoh adalah antara yang telah kita gazetkan adalah Santubong Sea Mount yang ketinggiannya adalah 1,417 meter. Jadi kalau kita lihat 1,417 meter hampir sama dengan tiga kali ganda
Tuan Haji Adly bin Zahari
Ini sudah kita gazetkan sebagai sebahagian daripada penemuan kita dan memberikan identiti Malaysia itu sendiri. Sebab itu penemuan-penemuan ini adalah cukup penting. 17 telah kita gazetkan dan pada pertengahan bulan November ini juga kita akan gazetkan 12 lagi penemuan kita. Jadi, dengan identiti ini sebenarnya ia memberi kesan jangka masa juga kepada identiti Malaysia dan keperluan sempadan-sempadan kita dalam laut ataupun maritim Malaysia itu sendiri. Itu saja saya ingin maklumkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan yang nombor 3 ditangguh sebentar. Diteruskan ke soalan nombor empat. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib, Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor empat.
[Soalan No.3 – Y.B. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] ditangguh]
4. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan, berapa jumlah peruntukan membaiki dan pembinaan rumah baru bagi penduduk miskin bandar serta pecahan mengikut kaum di Malaysia.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Program Pembasmian Kemiskinan bandar di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mula dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 bagi menyediakan kediaman yang selesa dan selamat untuk dihuni serta menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti dan sejahtera kepada komuniti di bandar.
Skop program ini melibatkan komuniti bandar yang hidup dalam serba kekurangan di dalam kawasan operasi pihak berkuasa tempatan yang berdaftar dengan sistem e-Kasih di bawah seliaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri. Program ini adalah bertujuan untuk menyediakan tempat kediaman yang selamat dan selesa kepada ketua isi rumah atau ahli isi rumah yang layak bagi menikmati kehidupan yang berkualiti dan sejahtera. Kadar bantuan yang ditetapkan untuk program ini adalah seperti berikut:
(i) bagi baik pulih rumah di bandar, Semenanjung RM15,000. Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan RM17,000; dan
(ii) bina baharu rumah di bandar, had maksimumnya RM66,000.
Sabah, Sarawak dan Labuan RM79,000; Walau bagaimanapun, mulai tahun 2024 kadar baharu bagi program baik pulih rumah di bandar adalah RM20,000 seunit di seluruh Malaysia dan RM85,000 seunit bagi program bina baharu rumah di bandar di seluruh Malaysia.
Bagi tahun 2023, KPKT telah menerima peruntukan sebanyak RM40.264 juta bagi program baik pulih rumah di bandar dan RM2 juta bagi program bina baharu rumah di bandar dan pecahan penerima manfaat mengikut kaum adalah seperti berikut. Untuk
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
kaum Melayu, bilangan ketua isi rumah yang terima 1,875 orang. Bagi Cina lapan orang, India termasuk India Muslim dan Sikh 67, lain-lain 545. Jumlah keseluruhan 2,495. Untuk bina baharu untuk Melayu 19, Cina tiga, India termasuk India Muslim dan Sikh satu, lain- lain empat. Total 27.
Pencarian dan pengenalpastian ketua isi rumah (KIR) dalam kalangan komuniti miskin bandar bagi pemberian bantuan ini dilakukan oleh PBT selaku agensi pelaksana yang dekat dengan rakyat. Kerajaan berharap usaha-usaha ini akan membantu kumpulan B40 di bandar hidup dengan selesa dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup. Sekian, terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Di negara kita, kita ada tiga kategori kampung baru. Kampung baru, yang kedua kampung baru rangkaian. Kampung baru rangkaian ini di pinggir bandar. Mungkin kawasan ini juga terlibat dengan kawasan PBT.
Saya ingin bertanya apakah tidak melibatkan kampung-kampung baru Cina dalam bantuan membaiki dan juga bina baharu rumah ini? Kerana saya tengok situ, jumlahnya agak kecil kalau berbanding dengan kaum-kaum lain. Bahkan India lagi kecil. Jadi, saya minta- satu lagi, siapakah yang bertanggungjawab dalam melaksanakan projek-projek baiki pulih, baik pulih dan juga bina baharu? Apakah PRIMA, SPNB? Ini saya sebut saja kerana mereka ini di bawah kementerian ataupun pejabat daerah dan lain-lain agensi yang terlibat? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada YB. Bagi menjawab persoalan tersebut, yang disebut tadi sememangnya terletak di bawah operasi PBT. Kawasan yang kita salurkan peruntukan tadi, memang disalurkan melalui PBT.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Bagi tahun 2024, bila disebut tadi memang dari segi jumlah itu, seramai itu yang kita mampu bantu. Cuma untuk peruntukan bagi tahun 2024, memang terdapat peningkatan. Untuk baik pulih rumah, kita naikkan kepada RM35.84 juta, bina baharu RM14.96 juta. Total dah naik kepada RM50.8 juta.
Bagi menjawab dalam soal agensi pelaksana, sememangnya sebagai mantan, saya pasti Yang Berhormat arif bahawa di bawah KPKT ini tumpuan itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).Manakala untuk yang di luar bandar yang disebut tadi di bawah Kemajuan Desa dan Wilayah.
Bagi dari segi pelaksanaan program yang disebut tadi walaupun saya membekalkan maklumat pecahan kaum, itu berlaku selepas pemberian. Maksudnya bukan kita agihkan mengikut kaum. Cuma sebab soalan Yang Berhormat minta pecahan kaum itu, maka kita semak dari segi dapatan data tersebut. Cuma untuk dari segi agihan, saya pasti Dato’ Timbalan Yang di-Pertua pun mengerti bahawa cara kita salurkan peruntukan itu juga bukan mengikut kumpulan masyarakat semata-mata, tapi juga ikut lokaliti. Maka kita ada JAKOA, kita ada MITRA, kita ada kampung baru punya peruntukan.
Maka sebab itu memang hasrat daripada kerajaan adalah untuk mengelakkan keciciran bagi mana-mana kumpulan dalam kerangka tertentu untuk mendapat bantuan bagi mereka yang layak. Cuma soalan yang terakhir tadi bagi pelaksana, ketika ini program baik pulih rumah dan juga bina baharu, keutamaan itu diberikan kepada PBT dan selama ini memang di bawah PBT, tetapi kita juga mendapat maklum balas mengatakan ada PBT yang tidak ada keupayaan mungkin dari segi kekangan tenaga kerja untuk pantau dan sebagainya. Maka untuk tahun hadapan, sekiranya ada permohonan di PBT tersebut tetapi PBT tidak mampu untuk melakukan, maka yang ini kita telah minta dan bincang pun untuk SPNB menjadi kumpulan pelaksana, sekiranya ada keperluan. Terima kasih, Timbalan Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya kepada Timbalan Menteri, apakah dasar yang dibuat oleh kerajaan dalam memastikan penduduk miskin bandar mampu mempunyai rumah di kawasan bandar?
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Batu Pahat. Buat ketika ini untuk program pembinaan rumah di bawah kerajaan bagi kumpulan B40, pembinaan yang paling meluas itu adalah Program Perumahan Rakyat yang dipanggil PPR. Yang itu lebih tertumpu bagaimana untuk kita menyediakan rumah bagi satu projek yang boleh meletakkan lebih ramai penduduk di sana.
Cuma kaedah yang kita laksanakan seperti mana yang telah diperjelaskan sebelum ini, bagi permohonan PPR ini, keutamaan itu kita mengikut seperti mana yang diangkat oleh kerajaan negeri. Maka saya ambil maklum sebagai contoh macam di Johor, Batu Pahat mungkin ada keperluan untuk lebih kita banyakkan lagi rumah kepada mereka yang memerlukan. Maka perkara itu kita kena berbincang untuk angkat ke pihak kerajaan negeri.
Kedua, bila berlaku yang disebut tadi macam program untuk baik pulih dan juga bina baharu di bawah PAKB ini, ini tertumpu kepada kumpulan yang berdaftar di bawah e-Kasih. Yang ini memang lagi yang memang sangat-sangat memerlukan. Maka, kita ambil maklum bila terdapat kejadian yang perlu disegerakan ataupun kes-kes yang tertentu. Maka, sebab itu kerajaan pada RMKe-11, telah perkenalkan dasar ini supaya tidak hanya bergantung kepada PPR semata-mata yang kita boleh selesai isu yang- kes spesifik ini dengan lebih segera. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutnya ....
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Dato’ Speaker, Dato’ Speaker, Peraturan Mesyuarat minta petua Dato’ Speaker, 24(1).
Sebentar tadi Dato’ Speaker tangguhkan jawapan untuk soalan nombor 3. Saya nak minta petua sahaja kerana kalau mengikut 24(1) ini apabila sampai soalan tersebut, Ahli berkenaan kena bangun tanya dan mana-mana Menteri boleh menjawab soalan. Jadi, adakah Dato’ Speaker guna pakai 24(1), ataupun Peraturan mana? Terima kasih, Dato’ Speaker. Mohon petua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Alor Setar. Baca 43, baca 99, baca 99A, baca 100, kaitkan. Akhirnya budi bicara Pengerusi, orang yang duduk di sini. Itulah jawapannya.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Kita teruskan, kita teruskan soalan kepada soalan nombor lima.
Dipersilakan Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi, Yang Berhormat Igan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Terima kasih Timbalan Dato’ Yang di-Pertua. Soalan Igan nombor lima.
5. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan] minta Perdana Menteri menyatakan perkara-perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 bagi Sarawak yang telah dimuktamadkan dan apakah lagi perkara-perkara yang belum diselesaikan. Nyatakan dengan terperinci.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih sahabat saya YB Igan yang begitu handsome sekali pada pagi ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat.
Datuk Ugak anak Kumbong
Soal dari Sarawak, jawab juga orang Sarawak.
Untuk makluman Yang Berhormat sahabat saya Igan, kerajaan terus komited dalam memastikan perkara-perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 diselesaikan mengikut kerangka undang-undang, Yang Berhormat. Sebahagian dengan itu, Kerajaan Persekutuan telah memutuskan supaya platform perundingan mengenai MA63 diteruskan dan ditambahbaikkan kepada Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 63 yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Selain daripada itu, jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi serta jawatankuasa penyelaras juga dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) telah turut ditubuhkan di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Malaysia 63.
Untuk maklumat sahabat saya Yang Berhormat dari Igan, perbincangan mengenai perkara tuntutan asas MA63 masih diteruskan, khususnya yang melibatkan negeri Sarawak. Status kemajuan terkini Yang Berhormat, dalam perbincangan tersebut adalah seperti berikut - Enam perkara tuntutan asas selesai sepenuhnya.
(a) Penyerahan kuasa kawal selia LPG kepada Kerajaan Negeri Sarawak.
(b) Pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan.
(c) Pemberian kuasa empowerment mengenai pelesenan dan penangkapan ikan laut dalam kepada kerajaan dua wilayah, negeri Sabah dan negeri Sarawak.
(d) Pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Sabah juga dan negeri Sarawak sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182
(AP) 182.
(e) Pentadbiran badan kehakiman di Sarawak dan di Sabah.
(f) Pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri 1995 [Akta 533] bagi melantik wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak sebagai anggota tetap Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Kedua, selesai sebahagian ataupun secara interim iaitu dua perkara tuntutan asas, Yang Berhormat.
(a) Kajian semula pemberian khas bagi negeri Sabah dan negeri Sarawak di bawah Perkara 112D iaitu RM300 juta; dan juga
(b) pilihan garis panduan penyerahan semula tanah di-reserve-kan bagi maksud Persekutuan dan negeri Sabah dan Sarawak juga, Yang Berhormat.
Sikit lagi Speaker. Yang kedua, telah mempunyai keputusan dasar. Kita ada tiga perkara tuntutan asas juga;
(a) Pemberian kuasa empowerment mengenai alam sekitar.
(b) Tenaga buruh di negeri Sabah dan di negeri Sarawak; dan
(c) Kuasa mengenai pelantikan Pesuruhanjaya Kehakiman Pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Ini masih banyak. Boleh, boleh saya teruskan? Terima kasih Yang Berhormat.
Keempat, dalam perbincangan 12 perkara.
(a) Isu royalti minyak dan pembayaran tunai petroleum.
(b) Mineral minyak dan medan minyak.
(c) Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750].
Datuk Ugak anak Kumbong
(d) Hak negeri di atas pelantar benua.
(e) Obligasi kewangan persekutuan di bawah Senarai Tiga, Senarai Bersama Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
(f) Duti setem dikenakan atas instrumen pemindahan caj menyewa tanah di bawah Ordinan Tanah Sabah (Bab 68) dan Kanun Tanah Sarawak (Bab 81).
(g) Pertambahan perjawatan perkhidmatan awam negeri Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan.
(h) Borneonisasi perkhidmatan awam persekutuan di negeri Sabah dan Sarawak.
(i) Pembangunan sempadan Sabah, Sarawak, Kalimantan.
(j) Pertambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dari negeri Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat.
(k) Cadangan pindaan Perkara 95B Perlembagaan Persekutuan mengenai ubah suaian bagi negeri Sabah dan Sarawak mengenai pembahagian kuasa perundangan; dan
(l) Cadangan item 25A pelancongan dan Senarai Satu Persekutuan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan pada Senarai Tiga bersama Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Yang Berhormat, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Igan?
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Sebelum Igan bertanya soalan tambahan, Igan ingin menyampaikan serangkap pantun yang begitu dekat di hati rakyat Sarawak yang diciptakan oleh arwah Tok Nan yang sinonim dengan perjuangan menuntut hak-hak yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963.
*Nyiur gading puncak mahligai, Sayang ketupat berisi inti, Hancur badan tulang berkecai, Belum dapat, belum berhenti.
[Tepuk]* Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi saya mendengar dengan teliti jawapan yang diberikan begitu terperinci dan saya pasti rakyat Sarawak...
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Hidup Igan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
...begitu gembira mendengar jawapan yang diberikan. Ini seperti jaminan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa Perjanjian Malaysia 1963 bukan lagi untuk dibincangkan tetapi untuk dilaksanakan.
[Tepuk] Yang Berhormat Timbalan Menteri, selain daripada senarai-senarai yang disebutkan sebentar tadi, adakah pihak kerajaan menerima isu-isu baharu yang lain, sebab Perjanjian Malaysia 1963 merupakan perkara yang teknikal, yang kurang difahami oleh masyarakat umum. Saya mohon agar Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh perincikan sebarang perkembangan terbaharu yang sedang dibincangkan di peringkat persekutuan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih sahabat saya Igan. Pantun yang cukup memberangsangkan hati anak Sarawak, Igan. Okey, terima kasih Igan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Kerajaan Persekutuan juga telah menerima sebanyak tiga lagi isu yang baharu yang akan kita bincangkan. Satu, autonomi isu pendidikan. Kedua, autonomi kepada isu kesihatan dan yang ketiga ialah Igan, ialah untuk penukaran status Pelabuhan Bintulu dari Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri Sarawak.
Isu-isu tersebut telah pun dibentangkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan gegeri Sarawak, Semporna [merujuk kepada Yang Berhormat Semporna] pada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di bawah MTP-MA63 yang telah diadakan pada 18 Julai 2023 yang lalu. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Penyelarasan MA63 mengenai isu pembangunan pendidikan dan kesihatan di negeri Sabah dan Sarawak, yang dipengerusikan secara bersama Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah juga diadakan 28 Ogos 2023, beberapa bulan yang lalu.
Tempoh masa bagi penyelesaian setiap perkara atau tuntutan adalah tertakluk pada proses perundangan yang berkaitan. Selain daripada itu, tahap kesediaan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dari segi sudut operasinya, sumber manusianya, kewangan juga merupakan aspek yang perlu diambil kira sebelum suatu perkara dan tuntutan asas, asal MA63 diselesaikan.
Pada 26 Ogos yang lalu, Jawatankuasa Teknikal MA63 dipengerusikan, Yang Berhormat Igan, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri bersama Kementerian Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperhalusi iaitu power autonomy pendidikan Malaysia dengan negeri Sarawak supaya perkara ini akan dibawa kepada MTP-MA63 untuk dipersetujukan oleh, dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.
Saya ingat jawab dengan begitu jelas dan terang untuk rakyat negeri Sarawak.
Terima kasih Igan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bagi— tekan, tekan. Bagi Yang Berhormat Tumpat lah. Yang Berhormat Kapar tadi dah dua orang bertanya tadi. Yang Berhormat Tumpat.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
[Ketawa] Bagilah Sabah.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Tak apa bagi Sabah lah macam itu.
Sabah lah. Saya bagi Sabah lah. Saya berundur bagi Sabah. Sabah minta juga.
[Tepuk]
Seorang Ahli
Lebih penting daripada kami.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Tak apa, tak apa, tak apa.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tengok, kita pun kawan.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Bukan, ini walaupun dia hak Speaker nak memutuskan sesuatu perkara, saya hormat. Cuma kadang-kadang ini penting bagi kita untuk menyesuaikan keadaan soalan, supaya berbangkit kerana kita nak mendengar suara rakyat.
[Tepuk] Saya ini wakil rakyat, suara rakyat, jadi saya bertanya kepada Yang Berhormat rakan saya, Timbalan Menteri Hulu Rajang. Terima kasih banyak atas jawapan yang dijelaskan tentang Perjanjian 63.
Saya masih ingat tahun 2019 masa saya Ketua Menteri, soalan dia daripada 21 perkara yang kita bincangkan pada 2019, 17 telah pun dipersetujui tapi perlaksanaan belum. Ada di antaranya dah dilaksanakan, tak banyak dan ini yang saya nak bangkitkan.
Kalau kita melihat Dato’ Speaker, perjanjian pembentukan Malaysia menyentuh nurani rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Kita nak membina negara. Ini yang saya katakan– ikat jiwa mereka, maka terbentuklah Malaysia. Terikat jiwa oleh kerana selaras dengan apa kehendak mereka tapi dah 60 tahun. Bila agaknya perjanjian ini dapat ditunaikan, termasuk dalam apa yang termaktub, satu, ICJ?
Datuk ada sebut tadi beberapa senarai ICJ. Federal List Article 92 ini Perlembagaan, 92(c)– yang kita senaraikan di situ autonomi, yang education dan kesihatan ini bukan perkara baru, itu pada tahun 60-an. Ini bukan tuntutan baru, dah lama dah yang dibangkitkan oleh pembentuk bapa-bapa kita Malaysia ini. Itu ikatan mereka.
Bila agaknya? Kadang-kadang saya dengar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Sabah nyatakan tengah dirunding. 60 tahun Dato’ Speaker, bila agaknya perkara ini dapat dilaksanakan? Terima kasih.
Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih Semporna. Memang Semporna adalah arif dan tekun dan juga begitu mengambil perhatian untuk rakyat Sabah sebenarnya. Sebagai– saya juga rakyat negeri Sarawak, Semporna. Itu satu fakta ya dulu dan ketidakstabilan politik kita pada 2019, Semporna dan semua nak tahu ketika itu. Jadi, saya percaya Semporna, dengan adanya BHESS yang telah ditubuhkan, Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dan juga majlis dipengerusikan sendiri, tindakan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan sekarang Majlis Teknikal juga Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dari negeri Sarawak.
Bermakna Sabah dan Sarawak ikat di hati saya Yang Berhormat. Jadi, saya percaya apa-apa yang telah dimaklumkan kepada saya tadi, saya akan bawakan lagi dan kedengaran ini untuk daripada rakyat penduduk Sabah dan Sarawak. Kita biarkanlah sepertimana pantun Yang Berhormat Igan tadi, Semporna. Saya terus dengan tekad, saya terus dengan hati yang terbuka untuk bersama Menteri, dengan Menteri Sabah dan Timbalan Menteri Sarawak ini dengan bersama-sama kita mesti angkatkan dan luluskan.
Laksanakan lagi, jangan runding-runding perkara ini Yang Berhormat. Terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Alhamdulillah, begitulah semangatnya di kalangan Ahli Parlimen. Alhamdulillah tadi walaupun di sebelah kiri bagi kepada sebelah kanan balik dan ini demi kepentingan negara ya.
[Tepuk] Baik, saya akan berbalik kepada soalan nombor tiga. Dipersilakan Dato’ Ngeh Koo Ham, Yang Berhormat Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, soalan saya, soalan nombor 3.
3. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah tindakan yang telah diambil dan akan diambil untuk menyelesaikan aduan-aduan nelayan Malaysia bahawa bot-bot mereka ditangkap oleh agensi penguat kuasa Indonesia apabila bot-bot mereka masih dalam perairan Malaysia atau di kawasan perairan yang bertindih dengan negara Indonesia?
Menteri Luar Negeri - Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Beruas atas pertanyaan yang dikemukakan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, dasar luar negara Malaysia sentiasa mengamalkan konsep yang mengutamakan kedaulatan dan kepentingan negara.
Kerajaan Malaysia melalui agensi-agensi berkaitan dan agensi-agensi penguatkuasaan, sentiasa mengawasi dan memantau perairan negara untuk memastikan ia tidak diceroboh agensi penguat kuasa asing serta melindungi kepentingan nelayan Malaysia.
Tindakan yang diambil termasuklah rondaan, pengawasan dan penguatkuasaan yang dilaksanakan secara berterusan untuk memastikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara sentiasa terpelihara. Kementerian Luar Negeri bersama-sama dengan agensi-agensi yang berkaitan seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
Menteri Luar Negeri - Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
sentiasa komited dan memberikan perhatian yang khusus terhadap keselamatan di kawasan perairan negara.
Kementerian Luar Negeri juga menggunakan platform-platform dua hala yang sedia ada, untuk membangkitkan perkara ini dan memohon kerjasama kerajaan asing yang berkaitan untuk memastikan agensi penguat kuasa asing tidak menceroboh perairan negara.
Dalam hal ini, mekanisme sedia ada di antara Malaysia dan Indonesia berhubung layanan terhadap nelayan kedua-dua negara yang memasuki di kawasan yang didakwa bertindih adalah di bawah dengan izin, “review meeting on the implementation of the MoU between the Government of Malaysia and the Government of the Republic of Indonesia in respect of the Common Guidelines Concerning Treatment of Fishermen for Maritime Law Enforcement Agencies of Malaysia and the Republic of Indonesia”. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, soalan tambahan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya ialah apabila pihak penguat kuasa Indonesia hendak menangkap dan membawa vessels atau bot-bot nelayan kita ke perairan Indonesia, ia merupakan satu keadaan terdesak dan nelayan-nelayan kita perlu menghubungi pihak berkuasa Malaysia dengan segera. Sekarang, kita ada empat agensi penguat kuasa, pihak polis marin, perikanan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan juga Tentera Laut di Malaysia.
Dalam keadaan terdesak itu sebelum mereka dibawa ke perairan Indonesia, manakah agensi yang perlu kita hubungi untuk tindakan segera? Bagi rakyat biasa, susah- kalaulah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertanggungjawab, susah untuk rakyat biasa untuk menghubungi TLDM. Soalan saya ialah adakah terdapat mekanisme dalaman atau susunan dalaman di mana mana-mana agensi penguat kuasa ini kita boleh hubungi dengan segera dan kita akan sampaikan maklumat yang terkini kepada pihak berkuasa yang melindungi sempadan kita untuk tindakan dengan segera?
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih atas soalan tambahan.
Memandangkan Beruas adalah daripada kawasan Manjung, saya daripada Lumut tapi Ahli Parlimen Lumut lainlah. Kita sering kali berbincang tentang perkara ini, kalau Beruas masih ingat waktu saya jadi Menteri Besar dulu pun perkara ini dibangkitkan berkali-kali.
Bagaimana kita nak selesaikan masalah yang dihadapi, sebab kawasan kita memang bersempadan dengan kawasan di sebelah Indonesia, khususnya di kawasan Pulau Jarak.
Baik, ada dua mekanisme yang dilakukan iaitu yang pertama melalui pendekatan di peringkat nasional, iaitu di mana badan yang dipertanggungjawabkan adalah MKN dan di pihak Indonesia yang dipanggil Badan Keamanan Laut (Bakamla). Jadi, kedua-dua agensi ini adalah mewakili negara masing-masing dalam usaha mencari penyelesaian termasuk dalam konteks MoU yang telah pun saya sebutkan tadi. Kali terakhir mereka mengadakan perbincangan ini dalam menyelesaikan masalah kawasan yang bertindih pada tahun 2021, itu yang pertama.
Yang kedua, kawasan yang melibatkan khususnya di Pantai Barat dan kita tahu sering kali berlaku kisah-kisah ini, termasuklah di kawasan Hutan Melintang, di kawasan Kuala Selangor dan sebagainya. Kita menggunakan pendekatan kalau Yang Berhormat masih ingat, bagaimana pendekatan kreatif yang dilakukan oleh pihak TLDM dengan memperkenalkan sistem, satu alat yang diletakkan di bot-bot nelayan masing-masing.
Cuma yang menjadi cabaran kita ialah bagaimana nak meyakinkan nelayan-nelayan supaya alat pemantauan yang diletakkan di bot-bot nelayan itu dapat diterima pakai oleh nelayan-nelayan.
Dato Sri Diraja Zambry bin Abd Kadir
Ini sangat mustahak kerana apabila ada berlaku saja peristiwa-peristiwa yang berlaku ini, bermakna mereka boleh menyampaikan maklumat terus kepada pihak TLDM dan itu telah pun dilaksanakan. Saya mengharapkan supaya nelayan-nelayan kita bekerjasama dengan pihak TLDM untuk meletakkan alat penggera yang dibuat selama ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, soalan tambahan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Penjelasan. Tetapi daripada aduan, kadang- kadang data yang disampaikan oleh nelayan-nelayan kita...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hari ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Beruas, duduk.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sudah, cukup.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
...Tidak diterima oleh pihak Indonesia. Itu masalah dia.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Soalan tambahan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hari ini datang bertiga, Untuk beri bantuan, Tadi soalan nombor 3, Bila sampai masa, ke mana tuan. Ha tidak apa, itu nombor dua.
[Ketawa] Soalan saya ialah Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat sebut kawasan bertindih. Kawasan bertindih terdapat nelayan kita yang ditangkap. Yang Berhormat pernah, dengar dulu saya pernah pergi jamin dua orang nelayan daripada Kuala Selangor untuk dibawa balik setelah mereka dihukum penjara, bawa balik ke sini dan bila kita tengok balik, mereka telah ditangkap di kawasan bertindih.
Saya ingin tahu, apakah kita telah ambil apa-apa tindakan untuk protes?
Keduanya, ini ialah kawasan bertindih. Tetapi ini kawasan Malaysia yang dilarang tangkap oleh warga, kapal asing. Terdapat sebuah kapal asing yang duduknya 80 batu nautika daripada Sarawak. Sempadan kita mengikut EEZ ialah 200 batu nautika. Ini 80 batu nautika, nelayan daripada Bintulu dan lain-lain lagi ingin menangkap ikan di kawasan itu telah dihalau balik, kata ini kawasan negeri China. Jadi, saya hendak tanya apakah tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan secara tegas? Kerana kapal TLDM dan juga kapal APMM yang ada di situ duduk 20 kilometer daripada Beting Patinggi Ali, kapal China duduk tiga kilometer.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, mereka telah dilarang – melarang nelayan tempatan untuk tangkap. Ini setelah timbul 1,000 kali dah Yang Berhormat, bukan sekali. Saya minta satu tindakan tegas.
Keduanya saya hendak cadangkan Yang Berhormat, supaya pergilah sekali ke Beting Patinggi Ali dalam hidup ini. Walaupun pergi ke sana, tidak ada helipad, pusing sekejap setengah jam lepas itu patah balik, bagi minyak cukuplah ya. Tapi tengok Beting Patinggi Ali dan lihat bahawa kawasan kita sedang diceroboh. Terima kasih.
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih. Saya pernah pergi ke sana tapi sebelum menjadi Menteri Luar dan saya telah pun melawat beberapa kawasan dan insya-Allah saya akan pergi ke sana. Sepertimana Arau sedia maklum, Arau pernah mengendalikan salah satu agensi yang penting itu. Jadi, kalau beliau bercakap
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
tentang 1,000 kali, bermakna saya baru sekalilah, yang lain itu adalah beliau dalam mengendalikan masalah sebegini.
Bagi menjawab soalan yang pertama, tadi yang ditanya bagi pantun saya ke mana, tapi mungkin ada sedikit kekeliruan di Dewan sebab soalan yang hantar ini yang untuk MQ ini tidak ada– bukan daripada Menteri Luar, sepatutnya dari Menteri lain. Jadi, tetapi – walau bagaimanapun saya tetap datang setelah kita memperbetulkan sedikit kesilapan catatan daripada ini.
Baik, seperti yang Arau juga sedia maklum, dari segi hubungan ini perlu berterusan ya. Perbincangan-perbincangan perlu berterusan, nota-nota bantahan itu adalah perkara biasa, praktis yang dibuat dalam konteks diplomasi. Dalam hal ini, yang paling mustahak ialah untuk kita meletakkan di mana tempat kita yang sebenarnya dan kita tidak boleh berkompromi dalam soal-soal kedaulatan ini.
Dari soal pencerobohan bukan hanya dalam konteks di China tetapi kita pun sedia maklum Sabah, Sarawak daripada Filipina, daripada Vietnam, antara isu yang paling terbesar sekali dan ini antara perkara-perkara yang dibincangkan dalam hubungan dua hala di antara negara-negara yang terlibat. Kita akan meneruskan pemantauan ini dan terima kasih atas cadangan untuk saya pergi tengok dan saya akan pergi tengok. No problem. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, rundingan dua hala ini banyak kali dah dibuat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Fathul Huzir bin Ayob, Ahli Parlimen Gerik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Cuba buat...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Arau, duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya hendak cakap sikit. Tidak boleh? Duduk. Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ha duduk, okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Gerik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jangan banyak kali sangat.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor enam.
6. Tuan Fathul Huzir bin Ayob [Gerik] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan cadangan membina fasiliti sukan memanah profesional di daerah Pengkalan Hulu memandangkan daerah Hulu Perak suatu ketika dahulu melahirkan lebih 10 orang atlit sukan memanah kebangsaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Timbalan Menteri, silakan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Baik. Soalan daripada Gerik minta untuk Kementerian Belia dan Sukan menyatakan cadangan membina fasiliti sukan memanah profesional di Daerah Pengkalan Hulu. Ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua lebih kepada cadangan berbanding sebuah soalan.
Bagaimana sekalipun, Kementerian Belia dan Sukan, kita sentiasa pentingkan pembangunan kemudahan sukan berasaskan kepada keperluan di satu-satu kawasan, supaya kita dapat capai hasrat untuk membudayakan sukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat dan juga pembangunan sukan di peringkat akar umbi.
Seperti yang berulang kali dinyatakan dalam Dewan ini, sebarang cadangan mahupun permohonan untuk pembinaan satu-satu fasiliti sukan itu haruslah kita
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
perhatikan dahulu aspek peruntukan, kena ada perancangan yang teliti dan perlu juga berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Jadi, buat masa sekarang pihak kementerian kita beri fokus kepada penaiktarafan kemudahan-kemudahan sukan yang sedia.
Maka, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Gerik terutama sekali, Kementerian Belia dan Sukan ini kita sentiasa beri pertimbangan terhadap pembinaan sebarang kemudahan sukan, termasuk memanah profesional sama ada di Daerah Pengkalan Hulu mahupun di mana-mana tertakluklah kepada apa yang saya sebut tadi dan juga harus beri tumpuan juga kepada ketersediaan status tapak, kadar kepenggunaan dan juga kedudukan lokasi.
Erti kata lain, sebelum kita angkat satu-satu permohonan, termasuklah jika hendak dibawa ke dalam Dewan ini, harus kita pastikan dahulu sudah pun ada kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mahupun daripada pihak berkuasa tempatan terhadap aspek ketersediaan tapak. Kalau kita tak ada tapak, kita tak ada tempat untuk kita bina satu-satu fasiliti sukan itu, perlu dapatkan yang itu dahulu, baru bawa kepada Kementerian Belia dan Sukan. Ini sesuai juga dengan garis panduan bagi cadangan penyediaan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2023 dan juga Garis Panduan Penyediaan Rancangan Malaysia Ke-12.
Dalam aspek sukan memanah untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli Parlimen Gerik, di negeri Perak, kita ada misalnya pusat latihan yang dibinakan ataupun pusat latihan negeri yang ditempatkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjong Malim, di mana melibatkan 10 orang atlet dan juga satu orang jurulatih sambilan.
Kita tahu kalau sukan memanah ini, dia kadang-kadang tidak memerlukan pembinaan satu fasiliti baru. Sebaliknya dia boleh adopt ataupun dia boleh diadakan di satu-satu tempat yang sesuai, yang mana ada kawasan lapang dan ada jurulatih. Itu pun kadang- kadang sudah mencukupi.
Sebab itu sukan memanah dalam negara kita, sama ada memanah yang masuk dalam kejohanan-kejohanan besar mahupun sukan memanah tradisional itu sangat – orang kata sangat berjaya kerana keperluan untuk mereka mengadakan latihan itu sangat minima sebenarnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Gerik, soalan tambahan.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Terima kasih atas jawapan Timbalan Menteri. Soalan saya sebenarnya berkenaan Pengkalan Hulu itu kerana kita telah pun melahirkan lebih 10 atlet sebenarnya daripada sukan memanah. Jadi, kita – atlet profesional ya dan telah mengharumkan nama negara. Jadi, kita – sejak ianya tidak lagi berada di kawasan itu, pembangunannya itu, jadi kita dah tidak ada dah wakil kita daripada situ ya untuk negeri Perak tetapi tidak apa.
Untuk soalan tambahan, saya hendak bertanya Timbalan Menteri, adakah KBS dengan kerjasama Kementerian Pendidikan boleh bercadang untuk menjadikan sukan memanah ini sebagai salah satu sukan yang sama ada wajib ataupun diwujudkan di sekolah-sekolah kerana ianya sangat baik untuk memberi fokus kepada anak-anak kita yang belajar dan malahan ia adalah sunnah Nabi SAW. Kemudian ianya juga dapat mencungkil bakat-bakat baru.
Yang keduanya, adakah terdapat apa-apa peruntukan khas dalam usaha menggalakkan pengusaha swasta industri sukan memanah di seluruh Malaysia yang dah banyak wujud? Adakah ada apa-apa peruntukan khas daripada kementerian berkenaan hal ini? Terima kasih.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih. Soalan daripada Gerik itu saya anggap memang sebagai satu keprihatinan. Maksudnya di kawasan Ahli Parlimen sendiri memang kita nampak Ahli Parlimen masing-masing ya bila angkat soalan-soalan berkait dengan sukan-sukan spesifik ini, ertinya ada penumpuan dan juga satu bentuk sokongan kepada penggiat-penggiat sukan di peringkat kawasan masing-masing.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Ini adalah satu budaya yang memang kita galakkan, sebab itu walaupun soalannya berulang-ulang kali ditanya dalam Dewan, kita tetap ambil dan jawab, supaya kita nyatakan kita juga mahu setiap orang diberi tumpuan.
Bagi soalan Ahli Parlimen Yang Berhormat Gerik, yang pertama dalam soal kerjasama dengan KPM, kita memang adakan satu yang kita sebut sebagai high-level committee iaitu jawatankuasa peringkat tertinggi untuk melihat bagaimana setiap sekolah mahupun agensi ataupun kementerian-kementerian lain juga dapat beri kerjasama dalam memastikan sebarang aktiviti mahupun sebarang program sukan ini dapat dibangunkan cross-ministry. Tentu sekali KPM adalah salah satu stakeholder yang paling utama, yang mana kita mahu lihat bakat-bakat sukan ini dipupuk di peringkat sekolah lagi.
Sukan memanah adalah salah satu sukan kita bagi tumpuan kerana sudah pun mencatat banyak kejayaan di peringkat antarabangsa, sama ada yang masuk dalam – macam saya sebut kejohanan-kejohanan besar, Sea Games, Asia Games mahupun Olimpik. Juga sukan memanah tradisional yang mana tahun ini saja kita di peringkat negara kita dalam kejohanan-kejohanan terbuka, sudah mencatat kejayaan sebagai juara di banyak termasuk Fetih Kupasi di Turkey, iaitu salah satu kejohanan memanah yang utama. Inilah erti kata lain kita sentiasa adakan engagement dengan setiap badan-badan sukan yang berkaitan.
Soalan kedua iaitu berkait dengan peruntukan – betul ya Gerik? Peruntukan memang kita sentiasa adakan. Yang penting ia adalah perlu disalurkan kepada pertubuhan atau persatuan sukan yang berdaftar. Kalau dengan akademiꟷ akademi- akademi swasta yang berasaskan kepada keuntungan, kita akan bincang supaya sebarang bentuk sokongan ataupun bantuan berbentuk kewangan misalnya, boleh disalurkan kepada pertubuhan, persatuan-persatuan yang berkait dengan mereka.
Ianya haruslah digunakan bukan dengan tujuan untuk terutama sekali mungkin naik taraf barangan yang digunakan akademi sebaliknya adalah untuk tujuan membantu atlet-atlet ini sama ada dalam soal mereka nak menyertai kejohanan-kejohanan antarabangsa ataupun untuk membantu sesi-sesi latihan, sebelum mereka menyertai mana-mana kejohanan. Itu cara kita bantu di peringkat persatuan dan juga penggiat- penggiat sukan ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih Puan Speaker.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin bertanya, adakah pihak kementerian mempunyai sasaran daripada pihak kerajaan mempunyai sasaran mengenai fasiliti sukan yang boleh dibaik pulih di seluruh negara ataupun hanya jika setiap Parlimen menghantar permohonan dan sebagainya.
Yang kedua adalah, apakah langkah kerajaan untuk memperkukuhkan kerjasama dengan majlis sukan negeri bagi mengurangkan kebergantungan kepada Majlis Sukan Negara dalam mengenal pasti bakat-bakat baharu dan memberi peluang kepada sukan- sukan baru yang mungkin mempunyai potensi yang lebih baik. Terima kasih.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Soalan pertama adalah berkait dengan fasiliti sukan. Sasaran kita memang pada tahun ini sekurang-kurangnya menerusi – penggulungan baru-baru ini sudah pun dinyatakan, lebih 100 kerja-kerja pemulihan, penaiktarafan fasiliti-fasiliti sukan, kemudahan-kemudahan sukan ini kita akan laksanakan. Dalam masa yang sama, kita juga sentiasa terima sebarang permohonan yang dibuat oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan, majlis daerah mahupun persatuan-persatuan sukan ataupun Ahli-ahli Yang Berhormat dan kerajaan negeri.
Kedua, dalam soal kita – soalan tadi nombor dua?
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Untuk bagaimana kita nak memastikan MSN negeri, kebergantungan kepada MSN negara.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Baik. MSN, majlis sukan negeri selalunya akan beri tumpuan kepada pembangunan atlet ataupun bakat sukan di peringkat negeri, yakni mereka selalunya akan menyelia sebarang perjalanan kejohanan mahupun pengenalpastian bakat-bakat di peringkat-peringkat daerah. Kemudian MSN ataupun Majlis Sukan Negara pula bertujuan untuk menjadi satu hab atau payung besar kepada pembangunan, terutama sekali atlet-atlet yang mewakili negara.
Cara kerjasama antara majlis sukan negeri dan Majlis Sukan Negara selalunya majlis sukan negeri ini menjadi tapak ataupun menjadi tempat untuk kita kenal pasti sebelum kita dorong mereka ataupun beri laluan kepada mereka untuk diserap masuk ke dalam program-program Majlis Sukan Negara.
Kerjasama selalunya diadakan G2G, government to government. Erti kata lain Kementerian Belia dan Sukan sentiasa akan adakan perbincangan dengan Exco-Exco sukan di negeri masing-masing tentang bagaimana kita boleh lebih kurang melancarkan pipeline untuk atlet-atlet ini, pembangunan program-program yang lebih orang kata lebih seragam dan juga mengenal pasti di mana kelemahan-kelemahan yang boleh dibantu, sama ada di peringkat negara mahupun di peringkat negeri.
Kerjasama ini tidak hanya terhad apabila ada kejohanan, sebaliknya juga dari masa ke semasa kita akan adakan perbincangan yang rapat, bukan saja di peringkat kementerian malah di peringkat majlis sukan itu sendiri. Itu cara kerjasama setakat ni. Kita tidak rasa terbeban kerana memang perlu ada kerjasama yang rapat setiap masa.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Chiew Choon Man, Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, atas permintaan saudari Kluang, saya ingin mengalu-alukan kedatangan dari Sekolah Vokasional Kluang untuk lawat ke Parlimen hari ini. Soalan saya nombor 7.
7. Tuan Chiew Choon Man [Miri] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan bilangan isi rumah yang duduk di dalam rumah setinggan di bandar raya Miri serta langkah kementerian dengan kerja sama kerajaan Sarawak dalam menangani isu rumah setinggan yang sangat serius di Bandar Raya Miri.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Puan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (KKTP) Sarawak, terdapat 1,741 ketua isi rumah dengan 9,462 ahli keluarga yang tinggal di rumah setinggan di bandar raya Miri.
Bagi membantu golongan B40, terdapat dua program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Sarawak khususnya bandar raya Miri iaitu pertama Program Perumahan Rakyat (PPR). KPKT membina PPR bagi memenuhi keperluan rakyat B40. Terdapat sebanyak 12 projek yang merangkumi 4,791 unit rumah telah siap dibina dan terdapat satu projek sedang dalam pembinaan, yang merangkumi 461 unit rumah serta satu projek dengan 200 unit dalam perancangan di seluruh Sarawak. Berhampiran dengan Miri, terdapat satu PPR dimiliki iaitu PPR Lambir yang telah siap dibina dengan 505 unit.
Kedua, adalah Program Rumah Mesra Rakyat. Program ini dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan mampu memberi manfaat kepada golongan B40 yang mempunyai tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga yang diberi kebenaran. Sehingga kini, terdapat 2,217 unit RMR telah siap dibina dan 95 unit dalam pembinaan. Di Miri, terdapat 50 unit RMR telah siap dibina dan satu unit dalam pembinaan.
Secara keseluruhan, terdapat unit 7,008 buah rumah telah siap dibina yang telah memberikan manfaat kepada lebih kurang 28,000 penghuni. KPKT akan meneruskan
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak untuk meningkatkan akses rakyat kepada perumahan yang berkualiti dan mampu dimiliki. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih Timbalan Menteri. Apa jenis lain daripada yang dinyatakan oleh Menteri – apa jenis bantuan yang kerajaan yang seorang rakyat miskin di Miri yang boleh memohon untuk membantu mendapatkan perumahan.
Sama ada Timbalan Menteri setuju bahawa pembangunan high-rise dengan izin seperi flat, apartmen, townhouse bertingkat merupakan jalan penyelesaian untuk menampung keperluan perumahan di Miri yang semakin meningkat akibat daripada pembangunan.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Miri. Seperti yang saya jelaskan di dalam persoalan yang awal sebentar tadi. Bagi projek PPR, sekiranya terdapat keperluan di Miri, perkara itu perlu dipersetujui dan diangkat oleh kerajaan negeri. Maka, perkara itu saya memang – di pihak KPKT memang kita buka ruang kepada kerajaan negeri yang mengutamakan pemberian tanah secara percuma ataupun bayaran nominal.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Yang kedua bagi permohonan untuk rumah RMR, mungkin saya boleh kongsikan sedikit kaedahnya iaitu pemohon itu perlulah pendapatan bulanannya RM5,000 ke bawah, di atas tanah sendiri ataupun tanah milik keluarga yang telah mendapat kebenaran.
Terbuka kepada warganegara Malaysia tanpa mengira kaum dan mereka perlulah berusia 18 tahun ke atas. Yang mana untuk harga RMR ini adalah bermula daripada RM75,000.
Jadi bagi membantu golongan B40, setiap RMR itu, kerajaan memberi subsidi sebanyak RM20,000. Yang selebihnya itu, perlu ditanggung oleh pemohon.
Selain itu, bagi pemohon yang berumur tidak melebihi 42 tahun termasuk golongan anak muda, mereka tidak perlu memenuhi syarat tambahan untuk menyediakan penama kedua untuk memohon RMR. Kemudian, bagi mereka yang saya juga jelaskan di soalan awal tadi iaitu untuk program bina baharu ataupun baik pulih rumah untuk di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, yang ini memang senarai pemohon itu perlulah berada dalam senarai eKasih.
Jadi, sekiranya kalau Yang Berhormat memang ada mendapati kes-kes sedemikian rupa dan telah mengenal pasti dari segi syarat tanah dan sebagainya, yang itu boleh melalui kaedahnya dengan pihak PBT dan sekiranya perlu untuk susuli, itu pejabat saya sendiri pun boleh tengok sekiranya berlaku kes sedemikian rupa. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih Yang di-Pertua. Jadi, saya hendak tanya kepada Timbalan Menteri berkaitan dengan apakah status pencapaian Kursus Kesedaran Sivik yang dilaksanakan di seluruh Program Perumahan Rakyat (PPR) dan apakah status Program Setinggan Sifar di setiap negeri.
Jadi soalan keduanya adalah dalam usaha ke arah mewujudkan bandar raya sifar setinggan, khususnya di bandar raya-bandar raya utama seluruh negara, adakah kerajaan bercadang untuk memindahkan penduduk setinggan di kawasan bandar ini kepada kawasan luar bandar yang mana kapasiti penduduknya masih dikategorikan kurang padat.
Terima kasih.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kuantan yang sering bertanya soalan kepada KPKT.
Terima kasih banyak. Berkaitan dengan Kursus Kesedaran Sivik kepada penghuni PPR, itu adalah cadangan yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri pada tahun ini, bagi PPR-PPR baru yang kita dalam perancangan inilah. Jadi untuk status pelaksanaan itu memang perkara itu masih belum berlakulah dari segi pembinaan itu, masih dalam peringkat perancangan.
Untuk perkara berkaitan dengan masalah yang dihadapi iaitu soal setinggan, seperti mana jawapan saya kepada Miri tadi, maklumat setinggan itu sebenarnya memang
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
di bawah kerajaan negeri. Kerana bila disebut setinggan itu sebagai contoh ada setinggan yang menetap di kawasan dianggap tanah milik kerajaan ataupun tanah persendirian.
Jadi masalah yang dalam soal setinggan itu sememangnya perkara atau beban yang dihadapi oleh kerajaan negeri, maka sebab itu apabila kita menerima permohonan dalam soal pembinaan Program PPR, salah satu hasrat yang disampaikan oleh kerajaan negeri kebiasaannya ataupun kelazimannya adalah untuk mengatasi masalah setinggan.
Maka sebab itu dari segi kerjasama simbiosis antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri itu perlu ada supaya apabila kita melaksanakan Program PPR itu secara tidak langsung atau secara langsung membantu kerajaan negeri bagi menguruskan isu- isu permasalahan rumah setinggan.
Akhir sekali, soalan cadangan Yang Berhormat itu saya hanya ambil maklum sahajalah sebab itu melibatkan soal dari segi dasar ataupun polisi kita bagaimana - sebab keadaan sini kalau di peringkat KPKT juga di bawah PLANMalaysia memang kita dapati terdapat trend peningkatan populasi di bandar raya ataupun di bandar-bandar yang mana menjelang tahun 2040 keadaan itu kita akan mencecah hampir 75 peratus populasi itu tinggal di kawasan bandar.
Jadi, itu antara isu demografi yang mungkin satu perbincangan yang elok untuk kita adakan. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Kamal bin Ashaari, Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hamas, Mujahidin Harapan, Soalan saya nombor 8.
[Tepuk]*
8. Tuan Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan berapa lama tempoh yang diperlukan oleh pihak kementerian agar capaian internet dan liputan telekomunikasi di Kuala Krau dapat diperbaiki, terutamanya di kawasan pedalaman seperti Kerdau.
Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat. Puan Yang di-Pertua, usaha berterusan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sedang diperluas secara berperingkat bagi memastikan rakyat di kawasan luar bandar dan pedalaman mendapat capaian Internet dan liputan komunikasi yang berkualiti.
Melalui pelan JENDELA, setakat suku ketiga tahun 2023 di Parlimen Kuala Krau terdapat dua daripada enam buah menara yang telah siap dan beroperasi iaitu di Kampung Perlok 2 dan kilang sawit FELDA Jengka 2 serta ke semua 85 buah stesen pemancar telah siap di naik taraf. Seterusnya 3,917 dari 8,746 premis telah tersedia dengan sambungan gentian optik serta satu lokasi yang dirancang untuk perkhidmatan broadband wireless access (BWA) telah siap beroperasi.
Bagi kawasan Kerdau pula, dua menara baru iaitu di Kampung Tanjong Dalulang dan Kampung Telok Sabak kini sedang di dalam proses pelaksanaan. Selain itu, kesemua 23 pemancar telah siap dinaik taraf dan 293 dari 1,629 premis telah tersedia dengan sambungan gentian optik. Manakala satu lokasi perkhidmatan broadband wireless access di kampung Orang Asli Paya Sendayan telah siap dan beroperasi. Kerajaan turut melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah point of presence (PoP) hab gentian optik.
Secara keseluruhannya bagi negeri Pahang, sehingga 31 Oktober 2023, sebanyak 39 daripada 439 PoP berjaya disiapkan. Ini adalah 39 dalam fasa 1, maksud sudah selesai. Ada 400 lagi yang sedang dirancang dalam fasa 2 menjadikan 4,120 premis tersedia dengan sambungan gentian optik untuk dilanggan oleh komuniti setempat. Dari
Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
jumlah tersebut, sebanyak 28 PoP berada di kawasan berhampiran sekolah di Parlimen Kuala Krau. Dengan 5 PoP bagi fasa 1, manakala 23 PoP bagi fasa 2.
Senarai lokasi PoP ini ada dalam dossier yang telah disediakan oleh MCMC.
Kesemua inisiatif yang dirancang dijangka siap dan beroperasi secara berperingkat menjelang hujung 2025. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dengan jawapan yang saya rasa menggembirakan orang Kuala Krau. Cuma di Perlok dengan kilang sawit Jengka 2 itu di bawah Parlimen Maran, bukan di bawah Kuala Krau.
Bagi negeri Pahang, saya dimaklumkan bahawa liputan 5G ini antara negeri yang terendah, 4 negeri terendah di bawah 50 peratus. Apa yang saya hendak tekankan di sini ialah kenapakah Pahang ini agak ketinggalan dari sudut proses pencapaian 5G. Sekarang ini kita sebaris dengan Sarawak dan Sabah di bawah 45 peratus. Terima kasih Menteri.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat. Ini soalan yang sangat baik. Sebenarnya ini antara apa yang saya jawab dalam soalan MQT pagi tadi. Ia melibatkan isu-isu berkaitan dengan tanah, berkenaan PBT, berkenaan dengan mungkin ada serba sedikit tentang isu bekalan elektrik. Tetapi rata-rata dalam siri pertemuan saya dengan beberapa, sama ada ketua menteri ataupun Menteri Besar kita bawa dan kita akan cuba selesaikan secara pukal.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
[Bangun]
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
[Bangun]
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Sebagai contoh, saya baru pulang dari satu lawatan kerja rasmi ke Sabah dan mengadakan pertemuan dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan beliau sendiri memberi jaminan masalah di negeri Sabah insya-Allah akan dapat kita atasi. Insya-Allah saya akan ke Pahang untuk lawatan rasmi dan kita akan uruskan secara mikro ya sebenarnya. Insya-Allah petang ini...
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Jangan lupa jemput Kuala Krau.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik, insya-Allah. Saya hendak ambil kesempatan untuk memaklumkan Yang Berhormat Kuala Krau ada membangkitkan pada Mac yang lalu dan juga Oktober baru-baru ini masalah yang berulang. Saya telah mendapat maklum balas dan saya telah menyatakan rasa tidak puas hati saya kepada kedua-dua pihak Celcom, DiGi dan juga MCMC.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi pada waktu ini ialah mandatory standards for quality of service (MSQoS) menetapkan bahawa penyedia perkhidmatan tele mudah alih mobile network operator ini hanya perlu mencapai kelajuan 2.5Mbps. Ini satu kadar yang terlalu rendah tapi itulah kadar yang termaktub dalam peraturan-peraturan pada waktu ini.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Jadi, insya-Allah pihak MCMC sedang merangka semula dan masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sedang dalam penelitian. Pagi ini pun saya bercakap dengan CEO Celcom, meminta beliau untuk meneliti masalah ini. Isunya ialah dia mencapai tahap MSQoS tetapi itu masih tidak mencukupi. Jadi, insya-Allah kita akan teliti.
Juga kepada mana-mana Ahli Yang Berhormat yang lain, sekiranya ada masalah yang khusus, boleh rujuk kepada saya untuk kita selesaikan bersama, insya-Allah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih, Puan Timbalan Yang di-Pertua. Saya ucap tahniah kepada pihak Menteri dan juga kementerian kerana sebenarnya meletakkan satu usaha yang sangat gigih untuk pastikan supaya ada ketersambungan dan juga merapatkan jurang digital dalam negara kita.
Saya lebih tertumpu kepada isu penggunaan dana USP iaitu Tabung Perkhidmatan Sejagat lah yang kita boleh sebutkan. Kerana ini digunakan untuk tujuan JENDELA, projek JENDELA. Berapa peratuskah sebenarnya yang telah diperuntukkan
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
untuk program JENDELA? Bagaimanakah status penggunaan dana USP ini, serta apakah tindakan kita untuk memastikan pihak penyedia-penyedia perkhidmatan ini memastikan perkhidmatan diberikan mengikut tempoh yang sesuai, terutamanya apabila menara- menara telah siap dipasang tetapi pihak penyedia perkhidmatan tak menyediakan kelengkapan yang sempurna. Jadi, isulah naked tower tadi itu. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih, Yang Berhormat. Puan Yang di-Pertua, saya tidak ada angka yang khusus mengenai yang diminta oleh Yang Berhormat Ledang tapi insya-Allah saya akan sediakan secara bertulis sebentar lagi. Tapi, yang jelas pada waktu ini, ini kenapa sewaktu saya menjawab soalan nombor tiga MQT tadi, saya menjelaskan bahawa daripada 1,661 menara yang telah dirangka di bawah JENDELA yang seperti Yang Berhormat sebutkan tadi menggunakan dana USP, Universal Services Provision Fund . Kita dapati dari 1,661 yang direncana untuk dibina dan disiapkan, 594 telah siap.
Walau bagaimanapun hanya 141 yang on-air. On-air ini bermaksud telah berfungsi, ya. Ada jumlah yang masih banyak, 453 yang belum lagi. Daripada jumlah ini, untuk makluman Yang Berhormat dan juga Dewan, terdapat 232 menara yang siap menanti pemasangan peralatan microwave. Ada 196 menanti pemasangan fiber. Fiber ini akan makan masa lebih daripada sembilan bulan.
Jadi, sewaktu saya melawat Kampung Kelebang di Ulu Bernam kalau tidak silap saya berdekatan dengan Felda Soeharto. Kita dapati menara itu telah siap tapi tunggu masa sembilan bulan. Penduduk kampung, orang kampung kata dah ada menara, kenapa tidak ada line? Jadi, saya telah mengarahkan MCMC untuk ubah prosedurnya untuk pastikan semua menara yang menunggu fiber, sementara waktu dilengkapkan dengan microwave. Menara tunggu fiber ini at least sembilan bulan tetapi pemasangan microwave mengambil masa kurang tiga bulan.
Jadi, insya-Allah 196 menara dengan 232 menara. Jadi, kita jangka insya-Allah bermula dalam tempoh tiga bulan ke depan ini, ada insya-Allah 453 menara dalam program JENDELA akan dapat on air. Jadi, insya-Allah kita akan uruskan dengan lebih baik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran semua kementerian menjawab perbahasan Belanjawan 2024 peringkat dasar dan diputuskan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dan Usul Anggaran Pembangunan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 6 November 2023”.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Siapa menyokong?
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Arthur Joseph Kurup
Paun Yang di-Pertua, saya mohon untuk menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, Peraturan di bawah 18(1). 18(1). Boleh ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau, tidak perlu baca kerana keputusan Tan Sri Speaker sudah dibagi kepada Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey 18(1), Yang Berhormat. Okey, okey. Dak ini saya nak maklum ini, 18(1) yang pertama Minggu Solidariti Palestin, yang keduanya ialah kenyataan daripada Teluk Intan.
Saya telah bawa dan Speaker telah menyebut di sini bahawa Menteri Pendidikan akan membuat penggulungan pada hari ini. Jadi, saya memperingatkan Menteri Pendidikan kena sebut. Sebab apa, ini Speaker sudah sebut. Itu yang saya bangun, jadi tidak salah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jadi, sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang kedua Yang Berhormat, yang kedua ialah saya telah bawa 18(1), 18(2). Yang Berhormat Speaker telah bagi jawapan bahawa ianya telah dijawab oleh Tebrau pada hari tersebut, iaitu dia menafikan yang dia menyokong Israel.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi di sini dia liked Gal Gadot.
Semua rakyat Malaysia tahu, dia liked Gal Gadot dan selepas itu dia unliked...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau, jangan bazir masa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia unliked tapi kami dapat buat apa itu – dapat...
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Screenshot.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...screenshot. Jadi, kami dapat buktikan bahawa dia liked. Jadi, kes ini tidak selesai. Makna kata, apabila kita telah mengeliru...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tidak selesai, Arau jumpa Tan Sri Speaker nanti. Jangan bazir masa dalam Dewan. Menteri sedang menunggu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, ya. Dengan itu saya akan bawa.
Ya saya telah bawa. Yang Berhormat, saya telah bawa di bawah 36(15) dan dekat dengan Speaker 36(15).
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, Menteri sedang menunggu untuk memberi jawapan.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Dah bagi masa dah, Arau..
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jangan bazir masa Arau. Sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat...
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2024 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari sembilan puluh dua bilion Ringgit
(RM92,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2024, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau
(“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 34 Tahun 2023, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut”.
[1 November 2023]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya memulakan sesi jawapan Menteri bagi perbahasan belanjawan di peringkat dasar, saya ingin memaklumkan terdapat pertukaran giliran kementerian menjawab pada hari ini.
Kini, Kementerian Sumber Manusia akan membuat penggulungan di nombor dua, selepas Kementerian Pengangkutan dan seterusnya diikuti oleh Kementerian Pendidikan.
Sekian, terima kasih.
Saya minta Yang Berhormat Menteri Pengangkutan untuk menjawab.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan 37 orang Ahli Yang Berhormat terhadap Kementerian Pengangkutan yang membahas dan menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tugas MOT. Puan Yang di-Pertua, saya bermula dulu dengan sektor darat diikuti dengan sektor maritim dan seterusnya sektor udara.
Saya mulakan ucapan saya bagi menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Larut, Puncak Borneo, Lubok Antu, Kalabakan, Lawas dan Sipitang berkaitan jajaran rel Trans Borneo. Kerajaan pada masa kini sedang meneliti projek-projek yang akan mempersiapkan sektor pengangkutan bagi berdepan dengan limpahan kegiatan ekonomi yang akan berlaku ekoran pembangunan ibu negara yang baru Indonesia di Kalimantan. Bagi menyokong keperluan tersebut, satu kajian kebolehlaksanaan atau feasibility study bagi jajaran kereta api Trans Borneo telah dimohon oleh kementerian ini dan bakal dilaksanakan kajian tersebut pada tahun hadapan.
Jajaran tersebut boleh meningkatkan ketersambungan dan merancakkan aktiviti logistik berkaitan pembangunan ibu negara Indonesia baharu iaitu Nusantara yang terletak di Kalimantan Timur. Seiring dengan perancangan jaringan kereta api Kalimantan
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
yang direncanakan oleh pemerintah Indonesia pada masa kini, jaringan kereta api Trans Borneo bakal menjadi pelengkap bagi membolehkan pergerakan barangan dan penumpang ke serata kepulauan Borneo.
Berkaitan dengan pengangkutan awam di Sabah dan Sarawak, kementerian ini melalui LPKP Sabah dan LPKP Sarawak sedang menyusun semula pengangkutan awam bas dengan memperkenalkan bas yang lebih selesa dan sistematik melalui Program Perluasan Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST) di Kota Kinabalu dan Kuching. Melalui program ini, sistem pengangkutan awam bas yang berjadual dan lebih teratur akan tersedia kepada rakyat.
Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Jerantut, Shah Alam dan Bukit Bintang, berkenaan dengan pembinaan LRT...
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Mohon mencelah menteri, Lubok Antu. Ya berkenaan dengan Trans Borneo tadi. Mohon apakah status feasibility study di Sarawak berkenaan dengan Trans Borneo? Juga, saya ingin mengetahui, berapakah yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk feasibility tersebut? Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Seperti yang saya katakan, kita telah memohon bajet untuk feasibility study itu dilaksanakan tahun depan. Statusnya memang ada terletak dalam bajet yang diberikan kepada kementerian. Mungkin dari segi detail-nya kita boleh bahaskan semasa peringkat jawatankuasa akan diperincikan lagi. Terima kasih.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Untuk Yang Berhormat Jerantut, Shah Alam dan Bukit Bintang, pembinaan semula lima stesen yang sebelum ini ditangguhkan untuk LRT3 tidak akan memberikan impak kepada pembukaan operasi LRT3 atau dikenali sebagai LRT Laluan Shah Alam.
Pihak yang dipertanggungjawabkan iaitu Prasarana Malaysia Berhad telah merangka dan mencadangkan dua fasa pembukaan operasi secara berasingan iaitu fasa pertama merangkumi keseluruhan jajaran 37.8 kilometer dan 20 stesen sedia ada dijangka akan dibuka untuk operasi pada 1 Mac 2025. Penilaian keselamatan terhadap operasi stesen sewaktu proses pembinaan lima stesen tersebut sedang dijalankan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang, mematuhi garis masa kerja pembinaan.
Fasa kedua, pembukaan operasi lima stesen tambahan dijangka akan bermula pada suku kedua 2027 iaitu dua tahun selepas pembukaan operasi fasa 1. Peruntukan tambahan sebanyak RM4.7 bilion untuk LRT3 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2024 akan merangkumi skop utama termasuk pembinaan lima stesen iaitu Tropicana, Temasya, Raja Muda, Bukit Raja dan Bandar Botanik, termasuk sistem sokongan kepada lima stesen ini seperti sistem bekalan dan pengagihan kuasa elektrik dan sistem komunikasi kawalan termasuk pengurusan teknologi maklumat.
Yang kedua, perolehan tiga set tren tiga gerabak bagi mengekalkan sela perkhidmatan enam minit untuk LRT3 memandangkan masa perjalanan bagi setiap tren dari hujung ke hujung akan menjadi lebih lama dengan pertambahan stesen-stesen ini.
Depot tren juga perlu dinaik taraf dengan penambahan trek, power conductor rail dengan izin, sistem semboyan dan kawalan tren serta peralatan depot dan kenderaan penyelenggaraan dan lain-lain kos termasuk kos independent checking engineer, pengurusan projek, yuran kepada pihak berkuasa tempatan dan penyedia perkhidmatan, cukai dan duti faedah semasa pembinaan, insurans dan yuran guaman.
Selain itu, peruntukan juga akan digunakan untuk kegunaan hal-hal lain termasuk pembayaran kos pengambilan tanah di bawah skop kerja asal, pembayaran premium insurans tahunan dan yuran tambahan kepada ICE disebabkan pelanjutan masa kepada perkhidmatan akibat kelewatan siap kerja semasa COVID-19. Pengambilan tanah untuk
Tuan Loke Siew Fook
depot bas elektrik di sepanjang jajaran dalam memberikan perkhidmatan bas pengantara kepada 25 stesen dan pembangunan sistem automatic fare collection ataupun AFC.
Untuk makluman Yang Berhormat Klang, pembinaan projek LRT3 telah bermula sejak tahun 2017 dan sehingga bulan September 2023, peratusan siap kerja adalah sebanyak 89 peratus. Bagi menjawab isu berkaitan banjir di kawasan tapak projek LRT3, sepanjang masa pembinaan, pihak pelaksana projek Prasarana serta kontraktor- kontraktor projek LRT3 sentiasa berurusan dengan pihak-pihak berkaitan seperti PBT, JKR, JPS, Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, di samping pihak-pihak penyedia perkhidmatan utiliti yang terlibat dengan pembinaan projek ini.
Perkara ini bagi memastikan pembinaan yang dilakukan adalah terancang, memenuhi keperluan kelulusan, meminimumkan risiko gangguan lalu lintas dan keselamatan awam serta gejala alam seperti pencemaran, banjir kilat, tanah runtuh dan sebagainya.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih YBM. Menteri, hanya sedikit. Saya ucapkan terima kasih kerana ada jawapan yang begitu bagus sekali. Ada pemantauan tetapi sebenarnya Yang Berhormat Menteri, on-site apabila hujan, hanya saya nampak minggu ini tak ada banjir sebab ada kerja-kerja selepas saya tanya soalan di sini. Dalam bulan lalu, semua. Minggu lalu pun banjir. So, saya harap ada continuity of the works, always on the site. Thank you.
Tuan Loke Siew Fook
Kerja-kerja di lapangan memang sentiasa dijalankan dan tidak berhenti. Tidak ada tergendala dari segi pelaksanaan projek tersebut dan saya yakin bahawa pihak kontraktor yang terlibat dalam projek LRT3 ini akan mengambil maklum tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Berkenaan dengan soalan daripada Yang Berhormat Jerantut dan Pasir Salak berkenaan dengan status projek MRT3. Selaras dengan langkah penjimatan oleh kerajaan, Kementerian Pengangkutan bersama-sama MRT Corp telah melaksanakan semakan semula terhadap skop dan penjadualan semula pembinaan fasiliti-fasiliti sokongan berkaitan perkhidmatan rel bagi projek MRT Laluan Lingkaran 3 ataupun MRT3.
Hasil semakan semula ini telah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan selanjutnya.
Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Terengganu, berkenaan dengan isu lif OKU di stesen-stesen komuter, terdapat 36 buah stesen kereta api bagi perkhidmatan komuter di rangkaian Lembah Klang dan Seremban-Gemas yang dilengkapi dengan kemudahan 92 unit lif dan 45 unit eskalator.
Sehingga 23 Oktober 2023, terdapat lima unit lif dan tiga unit eskalator di enam buah stesen kereta api terpaksa dihentikan operasi bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dan penggantian komponen rosak serta kerja-kerja naik taraf dilaksanakan.
Kemudahan lif dan eskalator yang dihentikan operasi bagi kerja-kerja pembaikan dan penggantian komponen yang rosak melibatkan satu unit lif di Stesen Abdullah Hukum, Stesen Mid Valley, Stesen UKM, Stesen KL Sentral dan Stesen Kampung Batu.
Kerja-kerja pembaikan dan penggantian bagi komponen ini dijangka selesai pada bulan Oktober dan bulan November 2023. Bagi kemudahan lif dan eskalator yang akan dinaik taraf, kerja-kerja tersebut dijangka siap pada suku pertama 2024 melibatkan Stesen Kajang, dan Stesen KL Sentral. Kementerian Pengangkutan melalui RAC dan KTMB sentiasa komited untuk memastikan semua lif dan eskalator di stesen-stesen kereta api seluruh rangkaian dibaiki dengan segera dan berfungsi dengan baik untuk digunakan orang awam, terutamanya bagi warga emas, wanita mengandung dan juga orang kurang upaya.
Untuk makluman Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, KTMB telah mula melaksanakan inisiatif menambah baik perkhidmatan KTM Komuter di sektor Utara menerusi peningkatan kekerapan operasi tren terutamanya pada waktu puncak menerusi penambahan tiga set tren elektrik berkapasiti tiga coaches sejak 15 Februari yang lalu.
Menerusi inisiatif ini, jumlah kekerapan operasi tren bagi laluan Padang Besar-Butterworth ditingkatkan daripada 26 trip sehari kepada 36 trip sehari. Peningkatan operasi trip ini
Tuan Loke Siew Fook
dilaksanakan bagi laluan Butterworth-Padang Rengas daripada 12 trip kepada 16 trip sehari.
Pada masa yang sama, Kementerian Pengangkutan sedang melaksanakan proses perolehan 12 set tren elektrik baru berkapasiti tiga coaches dan dijangka akan dapat digunakan untuk operasi tren pada tahun 2026. Dengan penambahan set tren elektrik ini akan dapat meningkatkan lagi kapasiti dan kekerapan tren komuter utara pada masa hadapan. Berkaitan dengan kelajuan tren, dimaklumkan bahawa kelajuan tren komuter sedia ada adalah berkadaran dengan kelajuan yang telah ditetapkan mengikut standard kelajuan operasi yang dibenarkan berdasarkan jenis tren dan landasan.
Untuk makluman Yang Berhormat Petaling Jaya, berkenaan dengan peraturan kenderaan mikromobiliti. Kementerian Pengangkutan sedang melaksanakan kerjasama strategik dengan PPT untuk memudah cara penggunaan kenderaan mikromobiliti. Satu inisiatif berkaitan adalah...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
...Program medan uji. Ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih. Berkaitan dengan masalah lif yang rosak di stesen-stesen LRT dan sebagainya itu. Jangka masa yang diambil terlalu panjang. Jadi, ada apakah alternatif untuk nak meringankan orang OKU, orang tua, orang yang uzur untuk menggunakan. Ertinya, kalau jangka masa pemulihan itu terlalu panjang, jadi membebankan dan menjadikan sesuatu yang malang bagi OKU dan juga orang-orang tua dan sebagainya. Apakah ada alternatif lain untuk nak mengatasi masalah tersebut? Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Tindakan lain yang disediakan ialah kakitangan- kakitangan KTMB sentiasa ditugaskan untuk membantu golongan OKU ataupun wanita ataupun orang warga emas untuk menyeberang ke landasan sebelah sekiranya kereta api tersebut berada di landasan yang bersebelahan yang memerlukan jambatan.
Jadi, memang kita tak ada alternatif lain tetapi seboleh-bolehnya kita akan cuba memudahkan daripada segi pergerakan tren itu ataupun menggunakan platform yang tak perlu menggunakan jambatan. Itu sahaja yang saya rasa yang boleh dilaksanakan pada ketika ini tetapi sudah tentunya daripada segi kemudahan lif dan eskalator, kita memang titik beratkan ya.
Berkenaan dengan mikromobiliti, satu inisiatif berkaitan dengan Program Medan Uji Regulatori Negara untuk mikromobiliti dan Hari Keselamatan Kenderaan Mikromobiliti Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 12 Mac yang lalu dengan kerjasama PBT di Selangor. Program ini merupakan medan uji pertama yang dilaksanakan untuk pengoperasian kenderaan mikromobiliti.
Di bawah program ini, mana-mana PBT yang mempunyai infrastruktur laluan kenderaan mikromobiliti yang selamat dan mematuhi Garis Panduan Perancangan Laluan Kenderaan Mikromobiliti yang telah dibangunkan oleh KPKT melalui agensinya PLANMalaysia boleh mengemukakan permohonan pengecualian larangan daripada Kementerian Pengangkutan untuk pengoperasian dan penggunaan kenderaan mikromobiliti di lokasi yang ditetapkan.
Hal ini seterusnya dapat menyokong kepada penggunaan pengangkutan batuan awal dan batuan akhir ataupun last mile connectivity sistem pengangkutan awam negara.
Tuan Loke Siew Fook
Untuk makluman Yang Berhormat Batu, aplikasi MyJPJ telah dilancarkan mulai Februari 2023 dan urus niaga yang ditawarkan dalam aplikasi MyJPJ merangkumi:
(c) bidaan nombor pendaftaran kenderaan;
(d) semakan nombor pendaftaran terkini;
(e) semakan dan pembaharuan lesen kenderaan motor;
(f) semakan lesen memandu;
Tuan Loke Siew Fook
(g) semakan keputusan ujian;
(h) semakan saman;
(i) semakan mata demerit;
(j) semakan status senarai hitam;
(k) JPJeq e-Aduan@JPJ; dan
(l) sejarah transaksi.
Pada masa ini MyJPJ sedang melalui proses penambahbaikan dan akan dipertingkatkan fungsinya. Selaras dengan matlamat JPJ untuk mendigitalisasikan semua perkhidmatan JPJ melalui saluran digital.
Lain-lain urus niaga JPJ dijangka boleh dilaksanakan melalui aplikasi MyJPJ yang ditambah baik menjelang tahun 2025. Setelah semua fungsi dan infrastruktur siap dibangun dan disediakan. Kementerian ini memohon kerjasama daripada semua pihak Ahli Yang Berhormat untuk memuat turun aplikasi dan menggalakkan rakyat untuk menggunakan aplikasi tersebut untuk merealisasikan dasar pendigitalan JPJ.
Yang Berhormat Hulu Terengganu telah mencadangkan supaya kerajaan memberikan reward kepada pengguna jalan raya yang sentiasa mengikut peraturan.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan melalui JPJ sentiasa menggalakkan pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan dan mengelakkan pelanggaran undang-undang bagi keselamatan pemanduan individu ataupun pengguna jalan raya yang lain daripada risiko kecederaan parah atau pun kematian.
Justeru itu, MOT melalui JPJ telah melaksanakan beberapa sistem yang mempunyai elemen kawalan kendiri seperti sistem KEJARA di mana mereka mematuhi peraturan akan dapat memperbaharui LMM dan LKM tanpa sekatan. Saya ucapkan terima kasih kepada cadangan Hulu Terengganu. MOT, JPJ sentiasa mengalu-alukan apa-apa cadangan dan kita akan cuba melihat apakah bentuk reward yang boleh diberikan.
Mungkin kerjasama dengan pihak syarikat insurans ataupun sebagainya.
Seterusnya...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Yang Berhormat.
Cuma, apa yang selalu kita lihat Speaker apabila seseorang itu melanggar peraturan kita denda. Kita denda, kita saman, bawa ke mahkamah dan sebagainya tetapi ada masyarakat kita yang tak pernah langgar peraturan jalan raya.
Jadi, sebab itu saya rasa adalah lebih baik pihak kementerian memikirkan satu cara untuk hendak reward. Sama ada free untuk sambung lesen ke separuh 50 peratus ataupun apa-apa sahaja reward yang sekurang-kurangnya mendorong rakyat supaya mematuhi peraturan jalan raya dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Loke Siew Fook
Faham apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat dan memang saya pun pernah berbincang dengan pihak pegawai kementerian untuk melihat apakah cara. Antaranya yang kita lihat adakah kita boleh bekerjasama dengan pihak syarikat insurans umpamanya.
Mungkin dari segi premium boleh dikurangkan sekiranya mereka tidak ada terlibat dengan apa-apa kesalahan kerana kalau mereka tidak terlibat dengan kesalahan mungkin mereka adalah pemandu yang berdisiplin. Jadi, itu antara perkara yang kita cuba lihat tetapi sudah tentu kita memerlukan kerjasama daripada pihak ketiga. Bukan sahaja reward daripada pihak kementerian tetapi juga daripada pihak yang lain seperti syarikat- syarikat insurans.
Puan Yang di-Pertua, berkaitan dengan peraturan cermin gelap seperti mana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai. Kadar bagi pengenaan denda ke atas pemandu ataupun pemilik berdaftar kenderaan yang melanggar peraturan cermin gelap merupakan kadar asal yang telah diwartakan di dalam Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) iaitu orang kena saman boleh dikenakan kompaun dengan kadar bayaran berperingkat sehingga RM100 hingga RM250 dalam tempoh 60 hari.
Tuan Loke Siew Fook
Saya hendak menggunakan peluang ini Puan Yang di-Pertua untuk menjelaskan kerana saya tahu ada pelbagai pihak dalam social media cuba menggambarkan dengan menggunakan ataupun mentafsirkan bahawa satu kenyataan daripada seorang pegawai JPJ seolah-olah kalau mereka letak cermin gelap akan dipenjarakan.
Itu sebenarnya tak betul. Memang dari segi undang-undang, sekiranya mana- mana pihak yang tidak mengikuti ataupun tidak mematuhi peraturan jalan raya apabila mereka diberikan peluang untuk kompaun, mereka tidak bayar kompaun. Maka boleh dibawa ke mahkamah.
Itu adalah satu peraturan yang general yang boleh dikenakan sehingga denda termasuk sehingga tidak melebihi RM2,000 ataupun penjara enam bulan. Itu adalah general untuk semua peraturan, bukannya dari segi penggunaan kaca cermin gelap sahaja. Tetapi pada hakikatnya, apa yang dilaksanakan ataupun apa yang dikenakan tindakan ialah kompaun.
Kalau mereka tidak mengikuti peraturan hanya dikompaun. Saya telah pun mengesahkan dengan pihak bahagian darat dan juga JPJ. Bahawa, selama ini tidak pernah ada satu kes pun cermin gelap ini di bawah ke mahkamah. Maksudnya, tidak timbul soal bahawa kalau dia menyalahgunakan cermin gelap itu akan dipenjarakan.
Jadi, saya harap penjelasan ini dapat meleraikan ataupun memberikan satu penerangan kepada pihak orang ramai. Bahawa tidaklah sampai kerajaan hendak memenjarakan orang, sampai hendak hantar ke penjara sekiranya menggunakan cermin gelap.
Tidak, malah pada tahun 2019 Puan Yang di-Pertua, saya pada ketika itu juga sebagai Menteri Pengangkutan telah pun meliberalisasikan, memudahkan orang ramai untuk menggunakan cermin gelap. Kita mengkaji semula peraturan, melihat kepada praktis di luar negara yang mematuhi peraturan-peraturan United Nations dengan memberikan sedikit kelonggaran.
Cermin kenderaan hadapan sub kaedah sekarang ini kadar ketelusannya ialah 70 peratus untuk cermin di depan. Untuk cermin tepi sisi kiri dan kanan pemandu, sehingga 50 peratus boleh digelapkan. Untuk cermin sisi belakang dan cermin belakang boleh hitam semua. Ini yang dibenarkan.
2019 Yang Berhormat Indera Mahkota masih ingat. Saya juga maklumkan kepada Kabinet ketika itu melalui nota Jemaah Menteri telah pun kita longgarkan, benarkan.
Sebab, ramai yang kata dalam keadaan cuaca panas di negara kita ini, berilah kelonggaran dari segi tinted. Ada juga yang tak setuju.
Dia kata membahayakan kalau kita gelap semua. Nanti kalau ada apa-apa jenayah berlaku, tak nampak apa yang berlaku dalam kenderaan. Tetapi kita mengambil satu kaedah yang seimbang iaitu tak gelap semua. Tak gelap semua apabila kalau untuk orang ramai yang tak perlu pun mohon kepada JPJ.
Kalau di bahagian belakang, mereka boleh gelap semua. Cuma, cermin di pemandu itu 50 peratus dan cermin untuk mereka lihat ke depan itu 70 peratus. Tetapi, untuk satu lagi kategori di mana untuk VVIP umpamanya, Menteri-menteri. Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Pagoh semua pernah jadi Menteri ataupun Ahli Jemaah Menteri.
Kenderaan-kenderaan itu dibenarkan cermin gelap sebab kenderaan-kenderaan yang melibatkan Menteri-menteri ataupun Ketua Polis Negara dan sebagainya. Mereka dibenarkan cermin gelap keseluruhannya ataupun mana-mana pihak yang merasakan bahawa mereka ada isu keselamatan, boleh mohon. Saya telah menetapkan dasar pada tahun 2019 lagi.
Saya telah membuang budi bicara Menteri Pengangkutan. Dahulu Menteri Pengangkutan sain sahaja, minit sahaja boleh bagi surat kebenaran. Saya pindahkan kuasa itu kepada Ketua Pengarah JPJ. Saya kata, “Menteri tak nak terlibat nanti ada isu- isu integriti.”
Tuan Loke Siew Fook
Saya tak nak terlibat sebab saya tahu ramai hendak tulis kepada Menteri Pengangkutan minta kelonggaran, minta pengecualian. Saya serahkan kepada jawatankuasa yang dipengerusikan oleh KP JPJ. Mereka buat tapisan dulu. Sesiapa yang layak, dia akan hantar senarai itu kepada Menteri untuk endorsement. Untuk isu– tetapi bukannya percuma. Katakan ada orang-orang yang kaya, dia ada isu keselamatan takut diculik dan sebagainya. Dia hendak cermin gelap. Dia kena tapis dulu oleh polis, tapis dulu oleh JPJ. Dah lulus, bawa kepada kelulusan daripada Menteri tetapi charge dikenakan. Saya kenakan charge RM5,000 untuk dua tahun.
Ramai yang bayar, tak ada masalah. Jadi, itu dibenarkan tetapi dengan bayaran RM5,000. Itu untuk kes-kes yang tertentu tetapi untuk orang ramai seperti yang saya katakan, kadar yang telah dibenarkan itu 70, 50 dan kosong VLT itu telah pun dilaksanakan sejak tahun 2019.
Untuk mereka yang mungkin ada isu kesihatan, kalau dapat pengesahan doktor, kita dikecualikan. Tidak perlu bayaran. Silakan.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya terima kasih atas jawapan telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri terhadap isu yang saya bangkitkan.
Saya bangkitkan isu ini kerana waktu itu laporan media yang cukup meluas terhadap apa yang diumumkan oleh pihak JPJ dan insya-Allah dengan pengumuman Menteri pada hari ini menghilangkan kegusaran rakyat di bawah terhadap penguatkuasaan atau terhadap apa yang diberikan oleh pihak JPJ di waktu itu.
Kerana laporan ini laporan yang menyeluruh dan saya harap kenyataan Menteri hari ini pun akan dapat disebarluaskan dan dapat diperbetulkan balik persepsi yang telah pun meluas ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook
Yang Berhormat, saya harap Yang Berhormat bantulah juga meluaskan pencerahan ini. Memang saya sudah tegur bahawa dari segi mesej yang disampaikan itu tidak keseluruhan. Seolah-olah kita hendak memenjarakan orang kalau ada pemakaian cermin gelap. Itu tidak betul.
Tuan Loke Siew Fook
Apa yang disebut oleh Pegawai JPJ itu ialah dari segi general. Memang dari segi peraturan jalan raya, ada peruntukan itu tetapi itu bukannya untuk cermin gelap sahaja dan bukannya peraturan baru. Dia peraturan sedia ada dan untuk semua kesalahan- kesalahan jalan raya sekiranya telah diberikan kompaun dia tak bayar kompaun, apa tindakan seterusnya? Tindakan seterusnya bawa ke mahkamah tetapi seperti yang saya katakan dalam kes cermin gelap, tak pernah pun satu kes dibawa ke mahkamah.
Setakat ini hanya saman sahaja ataupun kompaun sahaja. Kompaun pun bukannya banyak. Biasanya kalau kita ada kesalahan cermin gelap ini, mereka akan diberikan notis datang ke JPJ. Kalau dia tak ikut peraturan, kita minta dia tampalkan- dia keluarkan cermin gelap itu ataupun stiker tersebut.
Jadi kalau mereka tidak mengikut peraturan tersebut yang kompaun hanyalah di antara RM100 hingga RM250. Itu telah pun dikenakan. Jadi saya harap penjelasan pada hari ini dapat memberikan satu gambaran yang lebih menyeluruh kepada pihak orang ramai dan tidak lagi menjadi satu pertikaian di kalangan orang ramai. Jelutong ada?
Pertua, berkenaan dengan tambahan bilangan bas di Pulau Pinang untuk makluman Yang Berhormat Jelutong, Kementerian Pengangkutan melalui prasarana mempunyai perancangan untuk menambah jumlah bas yang beroperasi di Pulau Pinang bagi menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam. Menerusi Rapid Penang bilangan operasi harian bas sedang ditambah daripada 154 buah bas pada Januari 2023 kepada 237 buah bas secara berperingkat. Rapid Bas optimis untuk terus berusaha menambah baik bilangan bas di Pulau Pinang kepada 252 buah bas sehari dengan proses penambahan ini dijangka selesai pada suku keempat tahun 2023.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih di atas makluman itu, cuma saya ingin merakamkan bahawa sejak Yang Berhormat Menteri menjadi Menteri Pengangkutan, Pulau Pinang telah menerima limpahan daripada Kerajaan Persekutuan seperti tambahan perkhidmatan feri yang baru. Ada berita baik juga mengenai perluasan dan naik taraf Lapangan Kapal Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan juga makluman yang telah baru diberikan iaitu penambahan bas. Sesungguhnya kita berterima kasih di atas semua pengumuman-pengumuman ini dan sememangnya rakyat di Pulau Pinang berterima kasih kepada kerajaan yang baru kerana sebelum ini Pulau Pinang telah pun dianaktirikan.
Walau bagaimanapun saya yakin dan percaya Pulau Pinang akan terus diberi perhatian oleh Yang Berhormat Menteri, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Yang Berhormat, tetapi apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat itu separuh betul sahaja. Bukan sahaja Pulau Pinang, tempat- tempat lain kita pun cuba bantu. Kelantan begitu juga kita bantu Lapangan Terbang Kota Bharu juga kita teruskan, tak berhenti pun, ini Kerajaan Madani.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
[Ketawa] Yang Berhormat Menteri. Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Puan Speaker. Kesinambungan daripada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jelutong sebentar tadi. Sekarang ini rakyat Pulau Pinang ada sedikit keluhan berkaitan dengan isu feri yang mana kalau kita lihat baru-baru ini feri telah diberikan dalam jumlah empat buah.
Satu perkara yang baik. Cuma sekarang ini dari sudut pengoperasiannya sebab baru tiga bulan dia beroperasi tetapi rakyat sudah mengeluh kerana banyak feri yang rosak. Jadi mungkin pihak Yang Berhormat mungkin boleh ambil sedikit perhatian, terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Feri yang rosak ini merujuk feri yang baru ke feri yang lama?
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Yang baru itu.
Tuan Loke Siew Fook
Jadi baru saya tidak...
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Boleh.
Tuan Loke Siew Fook
Apa yang rosak?
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Dia- kita dapat empat biji tetapi yang beroperasi tiga, jadi masa...
Tuan Loke Siew Fook
Bukan, dia sebabnya sentiasa ada satu yang spare, dia bukannya rosak.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Okey.
Tuan Loke Siew Fook
Dia dari segi operasinya walaupun ada empat, dia operate tiga, satu sebagai spare. Kalau ada apa-apa berlaku pada feri yang sedia ada itu, baru ia diaktifkan. Jadi bukannya rosaklah Yang Berhormat ya.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Cuma sekarang ini di sudut perjalanan pun ada dipertikaikan oleh...
Tuan Loke Siew Fook
Kita akan cuba tambah baik.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Baik, terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Apa-apa maklum balas itu akan dapat diterima baik oleh pihak Penang.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Terima kasih
Tuan Loke Siew Fook
Langkawi tiada kena mengena dengan feri kan? Pulau Pinang.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Sehubungan dengan Jelutong Yang Berhormat Menteri. Saya terpanggil juga Yang Berhormat Menteri dengan rasa sedih, pilu dan merasa iri hati jugalah kerana dekat sangat Penang dengan Kedah itu dan banyak infrastruktur di Kedah sekarang ini memerlukan pembaikan dan juga pemerhatian daripada Yang Berhormat Menteri khususnya di Langkawi.
Tuan Loke Siew Fook
Tak perlu iri hati Yang Berhormat. Kita adil kepada semua malah di Kedah juga kita meneruskan projek-projek pembangunan di antaranya Jeti Kuala Kedah, kita tambah baik. Sedang dilaksanakan projek itu. Memang telah tertangguh sekian lama. Beberapa tahun ada macam-macam proses teknikal dan ditender semula tetapi saya sudah bagi komitmen bahawa untuk Jeti Kuala Kedah itu yang menghubungi ke Pulau Langkawi itu sedang dilaksanakan projek itu. Memang saya tahu bahawa dari segi pengerukan di Kuala Kedah, dan Kuala Perlis itu memang jadi isu dan masalah dan kita cuba tangani supaya selesaikan isu pengerukan di sana dan tidak memberikan kesan kepada operasi feri di antara Kuala Kedah dan Kuala Perlis dengan Pulau Langkawi.
Lapangan Terbang Pulau Langkawi pun memang telah ditambah baik dan memang ada telah pun dinaik taraf sebelum ini. Jadi banyak lagi projek lain pengangkutan yang sedang dilaksanakan yang akan memberikan keselesaan kepada pengguna- pengguna di negeri Kedah termasuklah apa yang saya sebutkan tadi untuk Komuter Utara.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Menteri
Tuan Loke Siew Fook
Ya Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas, kita ada membincangkan juga tentang Jeti Kuala Kedah tadi yang disebut oleh pihak Menteri tadi. Ada sedikit kekurangan kewangan dalam RM25 ke RM 26 juta dalam projek keseluruhan tersebut. Jadi saya mohon kepada pihak kementerian terbabit untuk reconsider untuk menambah jumlah tersebut supaya projek itu dapat dijalankan dengan baik
Tuan Loke Siew Fook
Ambil maklum apa yang kekurangan itu memang kita akan cuba berbincang dengan pihak Kementerian Kewangan. Memang saya tahu bahawa projek Kuala Kedah, Jeti Kuala Kedah ini telah lama tertangguh. Sudah dua kali saya buat pengumuman, tahun 2019 saya sudah buat pengumuman, tetapi malangnya tidak dapat berjalan dengan baik, ada proses tenda semula. Tahun ini saya telah memberikan pengumuman semula bahawa projek ini akan diteruskan dan apa-apa sahaja kekurangan, kita akan cuba bincang dengan pihak Kementerian Kewangan supaya tidak memberikan kesan kepada pelaksanaan projek ini.
Saya nak masuk kepada isu ataupun topik perolehan bas elektrik. Untuk makluman Yang Berhormat Puchong, pihak Prasarana Malaysia Berhad dipertanggungjawabkan untuk menyediakan perkhidmatan feeder bus bagi keperluan LRT3. Prasarana telah merangka dan mencadangkan sebanyak 150 buah bas elektrik dan 3 depoh bas diperlukan bagi memenuhi keperluan first mile and last mile sepanjang jajaran LRT3.
Pecahan kos yang terlibat adalah seperti berikut, kos perolehan 150 buah bas elektrik adalah dijangka sebanyak RM210 juta berdasarkan harga pasaran semasa. Itu anggaran sahaja. Ia tak semestinya sampai ke harga tersebut tetapi sebagai anggaran.
Kos pembinaan tiga depoh bas elektrik yang dilengkap dengan peralatan penyelenggaraan dan port pengecasan bas elektrik adalah sebanyak RM390 juta, itu pun anggaran. Memang ia tidak ada value management lagi. Memang dari segi anggaran sahaja dan kita cuba rendahkan kos tersebut.
Ia juga merangkumi pembinaan tempat parkir bas berbumbung, bus washing plant dengan izin, bangunan bekalan berkuasa TNB dan lain-lain fasiliti berkenaan.
Anggaran kos ini adalah tidak termasuk kos pengambilan tanah untuk dua depoh bas di sekitar Klang. Walau bagaimanapun pengambilan tanah tidak diperlukan jika terbukti dua lokasi cadangan depoh bas di Shah Alam dan Johan Setia adalah sesuai di mana status tanah tersebut adalah milik kerajaan.
Tuan Loke Siew Fook
Untuk makluman, depot bas sedia ada telah mencapai kapasiti maksimum dan tidak dapat dinaik taraf di samping kedudukan yang tidak strategik bagi bas perantara elektrik kerana berjauhan dengan jajaran LRT3. Namun demikian, Kementerian Pengangkutan melalui Prasarana akan mengkaji sedalam-dalamnya keperluan sebenar saiz dan bilangan depoh bas yang diperlukan sebelum keputusan muktamad diambil.
Cadangan perolehan bas secara model pajakan. Memang kita mengenal pasti bahawa penggunaan bas EV ini terutama di Lembah Klang berpotensi sebagai satu wahana dalam pengurangan pelepasan karbon. Perancangan pembelian bas diesel dan EV bakal direalisasikan menerusi inisiatif Rapid Bus Fleet Replacement Program.
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, total cost of ownership bagi pembelian bas EV adalah lebih rendah daripada bas diesel. Penetapan ini adalah dengan mengambil kira subsidi diesel daripada kerajaan.
Selain itu, kos pembaikan dan penyelenggaraan bas EV juga adalah lebih rendah berbanding dengan bas diesel. Manakala, berkenaan perihal perbandingan antara kaedah pembelian dan pajakan, petikan daripada kerajaan yang sama mendapati TCO bagi pajakan adalah lebih tinggi daripada pembelian langsung. Namun begitu, dimaklumkan bahawa pihak Rapid Bus sedang meneliti perancangan pelaksanaan kaedah pajakan bagi bas EV dengan mengambil kira keperluan pada masa kini dan juga perancangan yang lebih efektif untuk inisiatif jangka pendek.
Hal ini kerana kaedah pajakan akan memberikan faedah dari aspek tiada perbelanjaan modal permulaan yang tinggi dan pemilikan aset serta risiko dipindahkan kepada pemberi pajak. Namun begitu penggunaan bas EV yang cekap perlu mengambil kira ketersediaan infrastruktur pengecasan EV kerana ianya penting untuk meningkatkan penggunaan EV secara meluas dan mengurangkan kebimbangan jarak jauh, okey.
Tuan Loke Siew Fook
Yang Berhormat Batu ada?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Tuan Loke Siew Fook
Kalau tak ada, saya skip ya. Laluan Yang Berhormat Sri Gading?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Tuan Loke Siew Fook
Tak ada. Kalau tak ada, saya masuk Yang Berhormat Tuaran ada?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Tuan Loke Siew Fook
Okey.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Ya.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Tanya soalan sikit.
Tuan Loke Siew Fook
Ya.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Puan Yang di-Pertua, kita telah mendengar tadi tentang bas yang disediakan di bandar raya dan juga bandar-bandar utama dan masa depan bas ini nampaknya agak terjamin. Saya nak tanya tentang masa depan teksi. Apakah perancangan kerajaan untuk mereka yang memandu teksi? Apakah teksi ini akan diluput oleh zaman? Bagi bandar besar sebagai London, US, mereka ada identiti, ikon teksi mereka sendiri. Di Kuala Lumpur ini teksi merah-putih. Jadi saya nak tanya Menteri, apakah ada masa depan bagi mereka yang memandu teksi ataupun grab akan memakan mereka? Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Yang pertamanya Yang Berhormat, dari segi perkhidmatan pengangkutan awam, itu sangat bergantung kepada operator juga. Jadi apa
Tuan Loke Siew Fook
sahaja pilihan kepada pengguna, ia mesti memberikan keselesaan kepada penumpang.
Jadi apabila ditanya sama ada masa depan teksi ada atau tidak. Sudah tentu ada masa depan tapi dengan syarat juga, mereka juga kena berubah dari segi bagaimana untuk mengatasi ataupun menggunakan pendigitalan, sistem online dan sebagainya dan juga perkhidmatan mereka. Jadi itu juga sentiasa perlu diberikan perhatian tetapi sama ada ia diambil alih secara sepenuhnya oleh e-hailing, itu sangat bergantung kepada pasaran.
Jadi dalam sistem ataupun dasar yang telah pun kita laksanakan di negara kita, kita membenarkan kedua-dua mod ini untuk beroperasi secara bersama iaitu teksi dan juga e-hailing dan untuk teksi, mereka juga boleh menawarkan perkhidmatan mereka melalui aplikasi e-hailing. Jadi tak betul mengatakan bahawa Grab sahaja tetapi kerana e-hailing bukannya pasal Grab sahaja. Grab itu salah satu syarikat tetapi konsep e-hailing itu memang telah menjadi satu pilihan kepada ramai penumpang pada hari ini. Jadi saya harap bahawa Yang Berhormat juga boleh memberikan pandangan-pandangan ataupun cadangan-cadangan bagaimana kita dapat menambah baik perkhidmatan teksi ini supaya kebajikan pemandu-pemandu teksi juga dapat diberikan perhatian.
Puan Yang di-Pertua, saya masuk kepada isu udara sebab saya lihat ada juga isu-isu yang perlu diberikan perhatian.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
YB Menteri. Sedikit YB.
Tuan Loke Siew Fook
Ya.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Sebelum masuk udara.
Tadi saya rasa tadi kita dah pergi darat, laut dan sekarang ke udara.
Tuan Loke Siew Fook
Dah ke?
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Belum sudah kah?
Sedikit.
Tuan Loke Siew Fook
Ha sikit je. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Sikit. Saya rasa saya ada bertanya tentang bagaimana dengan kes rakan-rakan pemandu lori kita yang sekarang ini sedang membuat piket di Kelantan, Terengganu dan juga Pahang. Mohon respons daripada pihak Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Yang Berhormat. Ini soal piket. Kita juga kena lihat bahawa apa yang menyebabkan piket ini. Piket ini kerana ada penguatkuasaan. Pada masa yang sama, saya sebagai Menteri, saya tak boleh mengatakan ataupun minta pihak JPJ, jangan kuatkuasakan undang-undang. Jadi pengimbangan itu mesti diberikan. Kita faham bahawa keluhan daripada pemandu-pemandu sebab dia kata penguatkuasaan yang terlalu tegas, tapi kalau kita tak membuat penguatkuasaan, pihak orang ramai pula marah kita kerana kebelakangan ini juga berlaku beberapa kemalangan yang melibatkan lori-lori yang overloading ataupun membawa muatan yang berlebihan.
Jadi kita memang perlu menguatkuasakan undang-undang sedia ada, tetapi pada masa yang sama kita juga engage. Pihak JPJ juga buat engagement dengan persatuan lorry tipper umpamanya, untuk mencari satu kaedah bagaimana membolehkan supaya operasi mereka berjalan dengan lebih lancar. Pada masa yang sama, isu undang-undang juga dipatuhi. Itu sesuatu yang kita laksanakan dan saya yakin bahawa kita cuba cari jalan penyelesaian yang baik supaya ia memberikan satu keadaan di mana pihak operator ataupun pemandu lori boleh membawa lori mereka dan beroperasi seperti biasa. Pada masa yang sama, pihak orang lain juga dapat dijamin keselamatannya.
Jadi saya berharap Yang Berhormat, dalam perkara ini kita lihat kedua-dua belah supaya jangan lihat bahawa pihak penguat kuasa jalankan penguatkuasaan yang tegas, maka kita juga menekan supaya jangan dibuat penguatkuasaan. Kalau begitu, itu mesej yang salah juga kepada pegawai-pegawai kita, penguatkuasaan kerana mereka menjalankan tugas untuk menguatkuasakan undang-undang supaya apa yang berlaku yang menyebabkan kemalangan-kemalangan ini dapat dihindarkan. Jadi saya harap ada satu pengimbangan dalam pertimbangan tersebut.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Sikit, Menteri. Setiu sikit je.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Dalam ucapan saya pun Yang Berhormat Menteri, kita tidak menyebelahi mana-mana pihak ya yang kita katakan mencari titik tengah dan saya amat bersetuju dengan kenyataan Menteri tadi sehinggakan saya juga mencadangkan penggunaan teknologi kamera, weigh in motion untuk kita menyelesaikan permasalahan ini. Sebab kita tahu pertimbangan antara, nyawa satu, keduanya juga pertimbangan kepada pemandu-pemandu lori. Jadi itu hujah kami tadi, bukannya kami menyebelahi mana-mana pihak.
Tuan Loke Siew Fook
Okey. Saya, saya bersetuju apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jerantut.
Untuk makluman, weigh-in-motion memang kita sedang laksanakan. Memang saya rasa tender untuk weigh-in-motion itu telah pun dimasukkan dan kita nak tender untuk dapatkan peralatan weigh-in-motion itu, tetapi ada juga kekurangan dia kerana weigh-in-motion ini kita tidak boleh letak di mana-mana sahaja. Satu kosnya. Yang keduanya, mungkin kita hanya letak di jalan-jalan utama, tapi kita juga bimbang ada kesannya. Ada kesan sampingannya. Apabila kita letak di jalan utama, pemandu- pemandu sekarang ini ada Waze, ia akan cari jalan singkat. Nanti pula masuk jalan kampung, jalan taman perumahan. Nanti pula satu masalah lain akan berlaku. Jadi itu juga ada pengimbangan yang perlu kita pertimbangkan.
Jadi saya faham bahawa kita perlu beredar mengikut perubahan zaman. Dari segi pelaksanaan, penguatkuasaan memang kita memerlukan teknologi yang lebih baharu.
Pada masa yang sama, mereka sentiasa mereka nak meminta pihak JPJ mengkaji semula berat dalam muatan yang dibenarkan. Memang kita sedia mempertimbangkan tetapi bidang tugas ataupun kuasa untuk memberikan kelulusan itu untuk berat dalam muatan bukannya terletak dalam Kementerian Pengangkutan. Kita juga perlu merujuk kepada Kementerian Kerja Raya kerana keselamatan ataupun keberatan yang dibenarkan di atas sesuatu jalan raya itu terletak di bawah pihak Kementerian Kerja Raya. Itu juga kita memerlukan pandangan dan juga kelulusan daripada pihak KKR...
[Disampuk] Ya.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu, Menteri. Sebelum Menteri pergi kepada pengangkutan udara ini. Antara yang saya bangkitkan dalam ucapan perbahasan saya baru ini ialah berkait status terkini Terminal Bersepadu Gombak yang sekarang masih belum beroperasi.
Tuan Loke Siew Fook
Terminal Bersepadu Gombak nanti saya berikan jawapan bertulis ya Yang Berhormat.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Sikit, Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Ya, Pagoh.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Terima kasih Tuan Speaker. Saya nak tanya perkara ini kerana saya faham Yang Berhormat memang boleh jawab soalan ini iaitu tentang kemajuan high-speed rail yang saya fikir dulu pun pernah dibincang dalam Kabinet. Kita telah pun menyelesaikan masalah kita dengan Singapura walaupun kita terpaksa membayar ganti rugi.
Jadi itu bermakna bahawa tidak ada lagi kaitan kita dengan Singapura. Walaupun Singapura berminat untuk menyertai. Saya nak tahu sama ada pengancaman masa depan ya kerana rasa saya itu telah pun diteliti halus dulu, nampak memang dikatakan viable. Malahan bukan setakat ke Kuala Lumpur, perancangan seterusnya untuk pergi ke utara sampai ke Bangkok kerana di Thailand sudah ada pun satu high-speed rail yang mereka sedang bina yang untuk turun ke selatan sampai ke Semenanjung. Jadi saya nak tahu, apakah perkembangannya? Adakah nak diteruskan ataupun tidak?
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Yang Berhormat Pagoh. Seperti yang Yang Berhormat Pagoh tahu bahawa memang perjanjian bilateral dengan Singapura itu telah pun ditamatkan apabila semasa zaman pentadbiran Yang Berhormat Pagoh telah pun memutuskan supaya perjanjian itu ditamatkan dan pampasan telah pun diberikan kepada pihak Singapura.
Tuan Loke Siew Fook
Jadi kita bebas untuk menentukan hala tuju yang baharu. Apa yang dilaksanakan sekarang ini ialah kita sedang mencari satu model baharu pelaksanaan. Model perlaksanaan baharu yang kita cubakan ialah mencari sama ada pihak swasta boleh menampung perbelanjaan CapEx untuk membina jajaran ini dan juga dari segi sistemnya dan dari segi treknya dan juga mengoperasikan perkhidmatan tersebut, tetapi satu perkara prinsip yang kita perlu persetujui ialah ia mesti menghubungkan antara Kuala Lumpur dengan Singapura secara point-to-point. Sebab kalau dia hanya sampai ke Johor Baru, dia tidak akan menjadi perbelanjaan viable kerana dia tidak menghubungkan dua bandar raya yang terbesar ataupun bandar raya utama di ASEAN ini.
Tuan Loke Siew Fook
Jadi, mesti menghubungkan antara Kuala Lumpur dengan Singapura. Kalau nak hubungkan dengan Singapura, maka kita juga memerlukan persetujuan mereka dari segi pelaksanaannya. Setakat ini, walaupun baru-baru ini beberapa hari yang lalu, kita telah mengadakan leadership retreat dengan pihak Singapura.
Perkara ini masih belum dibincangkan kerana kita pada ketika ini pihak Malaysia melalui MyHSR Corp sedang melaksanakan Request For Information (RFI) yang memang telah pun berlalu beberapa bulan, banyak syarikat yang berminat, mereka telah menghantar proposal. Ada yang minta supaya diberikan sedikit masa lagi untuk mereka memuktamadkan cadangan mereka. Kita sedang pertimbangkan sama ada diberikan masa tambahan, tetapi kita nak mencari satu kaedah pembiayaan yang sesuai terlebih dahulu, sebelum kita pergi mencadangkannya kepada pihak Singapura. Seperti yang dipertimbangkan sebelum ini. Mengapa kita nak lihat kembali modul pelaksanaannya.
Kerana kita tahu bahawa sebahagian besar track di antara HSR ini terletak dalam bumi Malaysia. Jadi, sudah tentunya kita hendak melihat satu model pembiayaan yang lebih memberikan kelebihan kepada negara kita, tetapi pada masa yang sama, apa sahaja pengoperasian track ini juga memerlukan juga memerlukan persetujuan daripada pihak Singapura. Jadi, kita kena cari satu kaedah di mana ia boleh dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Setakat ini RFI sedang dijalankan, apabila siapnya RFI ini akan kita bentangkan kepada Kabinet, kalau Kabinet bersetuju, maka kita akan berbincang dengan pihak Singapura. Saya rasa Yang Berhormat pada tahap ini kita hanya fokus dulu kepada di antara Kuala Lumpur ke Singapura.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
[Bangun]
Tuan Loke Siew Fook
Kuala Lumpur ke Bangkok itu mungkin fasa kedua yang memerlukan satu kapasiti yang lebih tinggi, jauh lebih tinggi dari apa yang- untuk diperlukan untuk Singapura. Untuk Kuala Lumpur-Singapura pun saya rasa bukannya mudah untuk sektor swasta untuk membiayai keseluruhannya, tetapi kita terbuka untuk menerima cadangan-cadangan yang ingin disampaikan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Menteri sekali lagi.
Tuan Loke Siew Fook
Sebab saya ada lima minit lagi sahaja Yang Berhormat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ringkas, ringkas berkaitan dengan isu pemandu lori tadi itu. Saya setuju apa yang dijawab oleh Menteri berkaitan dengan penguat kuasa dan sebagainya. Cuma, harapan kitalah dalam Parlimen ini dalam keadaan rakyat serba susah sekarang. Beras mahal, gula pun mahal, minyak pun tak ada, diesel pun akan naik harga. Jadi, pertimbangan supaya ada sedikit kemanusiaan akan hukuman yang diberi tersebut bukan bentuk hukuman, tetapi bentuk pengajaran kepada pemandu-pemandu lori.
Kedua, isu berkaitan dengan aerotrain di KLIA yang- saya rasa dah lama ia terbengkalai ataupun rosak. Tahun 2026 kita akan menyambut Tahun Melawat Malaysia, jadi bilakah dapat diguna balik aerotrain tersebut? Terima kasih.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan laut. Saya ada bawakan isu berkaitan dengan lesen JMS Mersing. Berkaitan dengan mohon supaya syarat 10 batu nautika itu dimansuhkan, terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Saya semua ada jawapan di sini, tetapi tak sempat, ada 56 muka surat, memang tak sempat untuk jawab semua, tapi untuk apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Mersing, dari segi itu kita perlu lihat kembali sebab dia ada di antara takrifannya sebab untuk negeri, dia hanya tiga nautika mos. Jadi, apa yang diminta itu perlu kita lihat kembali dulu. Bukannya dapat kita laksanakan ataupun berikan kelulusan kerana ia juga melibatkan pergerakan kapal-kapal yang menggunakan Selat Melaka ataupun Laut China Selatan kita.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Betul Yang Berhormat, tetapi kalau kita melihat contoh lagi- saya ada bagi dua contoh lesen yang sama iaitu CCTM Pahang-Tioman dan juga KLW Kedah-Langkawi kedua-duanya tidak ada syarat 10 batu nautika. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Mersing ini banyak pulau, 10 batu nautika ini hanya sampai pulau paling dekat iaitu Pulau Besar. Kalau nak pergi ke Pulau Aur dan Pulau Pemanggil itu dia sampai 35 hingga 38 batu nautika, itu Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook
Mungkin apa yang saya cadangkan Yang Berhormat boleh- kita boleh aturkan mesyuarat dengan pihak SUB Maritim dan juga Jabatan Laut untuk Yang Berhormat untuk present your case supaya kita lihat bagaimana facilitate. Itu saya cadangkan itulah.
Berkenaan dengan Hulu Terengganu, bukannya soal kita tak bertimbang rasa Yang Berhormat. Kita juga tahu memang kalau boleh kita nak semua pihak dapat beroperasi dengan baik tanpa apa-apa gangguan dan apa-apa masalah, tetapi pengimbangan itu perlu juga diberikan. Kerana kalau kita tak kuatkuasakan undang- undang langsung, maka berleluasa. Overloading ini memang menjadi satu masalah besar kepada isu keselamatan jalan raya. Jadi, saya berharap Yang Berhormat faham.
Bukannya kita tidak bertimbang rasa, kita cuba nak memberikan pengajaran dan juga cuba dapat merendahkan masalah berat muatan ini ataupun mengurangkan kadar overloading ini.
Saya ada beberapa minit kalau dibenarkan oleh Tuan Yang di-Pertua sampai pukul 1, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri boleh jawab ....
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Aerotrain, aerotrain.
Tuan Loke Siew Fook
Kalau bolehlah saya biarkan saya. Ini satu isu utamanya- saya rasa ramai juga yang berminat iaitu berkenaan penggantungan operasi MyAirlines.
Biar saya memberikan sedikit taklimat ataupun pencerahan dalam perkara ini.
Seterusnya berkenaan isu MyAirlines ini, isu penggantungan operasi MYAirline dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan, Rasah, Libaran. Isu ini telah dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam sesi Kamar Khas menjawab Usul Yang Berhormat Jerantut pada 16 Oktober yang lalu.
Untuk makluman Yang Berhormat, MAVCOM telah meluluskan Lesen Perkhidmatan Udara, ataupun Air Service License MyAirlines untuk tempoh 12 bulan mulai 15 November 2022 hingga 14 November 2023. Manakala Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia telah meluluskan Perakuan Pengendali Udara, ataupun Air Operator Certificate dari 1 Oktober 2022 sehingga 30 September 2023. AOC ini telah diperbaharui oleh CAAM untuk tempoh dua tahun sehingga 30 September 2025.
Berhubung dengan kelulusan ASL, asas pemberian lesen tersebut telah mengambil kira perancangan perniagaan dan kemampuan syarikat dari aspek komersial dan kewangan seperti mana yang dikemukakan kepada pihak MAVCOM pada bulan Oktober 2022. Pemberian lesen tersebut telah melalui penilaian yang teliti dan menyeluruh yang merangkumi penilaian unjuran pasaran di peringkat global, serantau dan domestik serta penilaian kebolehlaksanaan cadangan pelan perniagaan, daya maju kewangan perniagaan, serta permintaan perkhidmatan udara bagi laluan-laluan yang dicadangkan.
Di samping itu, kelayakan dan kesesuaian serta pengalaman Ahli Lembaga Pengarah, dan pihak pengurusan syarikat turut dinilai untuk menentukan kompetensi serta
Tuan Loke Siew Fook
kemampuan dalam mengendalikan syarikat penerbangan. Semasa kelulusan AirAsia diberikan oleh kepada MYAirline, MAVCOM turut mensyaratkan supaya syarikat tersebut memiliki ekuiti positif yang boleh menampung operasi syarikat sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga ke enam bulan berdasarkan cadangan pelan perniagaan yang dikemukakan.
Berdasarkan penilaian MAVCOM pada ketika itu, syarikat dan pemegang saham mempunyai kemampuan kewangan yang kukuh untuk memulakan operasi penerbangan seperti yang telah dirancang. Selepas memulakan operasi penerbangan pada 1 Disember 2022, kos operasi MYAirline telah meningkat disebabkan oleh kenaikan mendadak nilai mata wang Dolar Amerika Syarikat berbanding dengan nilai Ringgit pada bulan- seperti yang diunjurkan- yang diunjurkan ialah RM4.30 berbanding US Dollar tetapi sebenarnya ialah RM4.68 pada bulan September.
Kebanyakan transaksi MYAirline adalah dalam mata wang USD termasuk bayaran pesawat- aircraft lease, dan bahan api yang juga telah mengalami peningkatan dari USD117 setong kepada USD131 setong. Berdasarkan analisa yang dilakukan oleh pihak MAVCOM berkenaan operasi dan kewangan MYAirline pada 3 Oktober, syarikat penerbangan tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda masalah kewangan yang meruncing sehingga boleh menyebabkan penggantungan operasi. Ini dapat dilihat antara lainnya daripada aspek penjadualan semula penerbangan yang minimum, dan bayaran balik kepada pengguna yang disempurnakan dalam masa yang ditetapkan. Malah MyAirline turut mempunyai rancangan untuk memperluaskan operasinya kepada 12 pesawat dari lapan pesawat menjelang akhir tahun 2023.
MYAirline telah memaklumkan kepada MAVCOM pada 9 Oktober bahawa pihak syarikat sedang memuktamadkan penjualan saham kepada pelabur baharu dalam dan luar negara. Namun, sehingga pembatalan operasinya, MyAirline masih belum berjaya memuktamadkannya. Kedudukan ini memberikan implikasi kepada syarikat untuk membiayai operasi harian. Sehubungan dengan itu, pihak syarikat telah mengambil keputusan untuk menggantung operasinya secara serta-merta tanpa memberikan sebarang notifikasi awal kepada pihak kementerian serta agensi-agensi kawal selia dan penumpang.
Bagi maksud pengeluaran pembaharuan Perakuan Pengendali Udara oleh CAAM bagi tempoh 1 Oktober 2022 hingga 31 September 2023, setelah melaksanakan pemeriksaan Audit Teknikal terhadap syarikat pada 29 Mei 2023 sehingga 1 Jun 2023, CAAM telah meluluskan pembaharuan AOC kepada syarikat MYAirline untuk tempoh dua tahun bermula 1 Oktober 2023.
Maksudnya Tuan Yang di-Pertua, penilaian ataupun pemeriksaan Audit Teknikal yang dibuat atas MYAirline oleh CAAM dilaksanakan pada bulan Mei, dia bukannya dua tiga hari sebelum pemberhentian operasi. Audit telah dilaksanakan lebih awal dan didapati bahawa mereka passed audit tersebut, maka Lesen AOC dibenarkan ataupun diteruskan oleh CAAM.
Pemeriksaan Audit Teknikal CAAM dilaksanakan dengan teliti dan cermat seperti mana piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh ICAO. Pemeriksaan audit tersebut adalah bagi menilai kapasiti dan kecekapan dalam aspek pengangkutan udara, komersial, operasi dan kelayakan terbang.
Antara aspek-aspek yang dinilai adalah sistem pengurusan dan organisasi, penyelenggaraan dan kelayakan terbang, keselamatan dan operasi kabin. Di samping itu, aspek kewangan juga telah dimasukkan sebagai satu elemen audit yang dijadikan sandaran ke atas kemampuan syarikat untuk beroperasi dengan selamat. Dalam hubungan ini, berasaskan laporan audit yang dibuat pada 29 Mei hingga 1 Jun, pihak CAAM berpuas hati dan telah memperbaharui AOC tersebut.
Berikutan penggantungan operasi oleh MYAirline, MAVCOM sedang bekerja rapat dengan CAAM dalam menangani isu-isu berkaitan penggantungan operasi syarikat tersebut. Pihak MAVCOM sedang mengambil tindakan berasaskan peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia untuk menilai semula pemberian Lesen ASL syarikat tersebut termasuk pengenaan penalti kewangan sekiranya syarikat tersebut gagal
Tuan Loke Siew Fook
mematuhi peruntukan perlindungan pengguna sebagaimana yang ditetapkan oleh- di bawah MACPC.
MAVCOM telah mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab pada 13 Oktober 2023. Di dalam Surat Tunjuk Sebab tersebut MAVCOM telah mengarahkan MYAirline untuk memberikan penjelasan berhubung isu kegagalan syarikat penerbangan tersebut untuk mematuhi syarat-syarat ASL, dan penggantungan operasinya secara tiba-tiba pada 12 Oktober. MAVCOM telah menerima penjelasan bertulis MYAirline pada 27 Oktober yang lalu. Setelah mengkaji penjelasan bertulis tersebut, MAVCOM pada 1 November iaitu semalam, telah memutuskan untuk menggantung ASL MYAirline berkuat kuasa serta- merta selaras dengan seksyen 43(1) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia kerana penjelasan yang diberikan oleh syarikat penerbangan tersebut adalah tidak memuaskan.
Pada masa yang sama, berdasarkan Peraturan 193(3) Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016, CAAM telah menggantung sementara AOC syarikat MYAirline berkuat kuasa 16 Oktober bagi tempoh 90 hari sementara menunggu hasil siasatan lanjut.
Penggantungan sementara operasi MYAirline pada 12 Oktober tanpa pemakluman awal kepada CAAM telah menimbulkan kebimbangan serius terhadap keselamatan awam dan integriti keseluruhan operasi penerbangan awam di Malaysia.
Audit Keselamatan Terperinci akan dijalankan ke atas MYAirline semasa penggantungan sementara ini, untuk menilai semula keupayaan syarikat penerbangan itu.
Berdasarkan data terkini yang diterima daripada MYAirline, penggantungan operasi ini telah menjejaskan 117,461 orang penumpang yang telah pun membeli tiket penerbangan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut bagi tujuh laluan domestik, dan dua laluan antarabangsa iaitu Kuala Lumpur-Pulau Pinang; Kuala Lumpur-Kota Baharu; Kuala Lumpur-Langkawi; Kuala Lumpur-Kota Kinabalu; Kuala Lumpur-Tawau; Kuala Lumpur- Kuching; Kota Kinabalu-Tawau; serta Kuala Lumpur-Bangkok; dan Kuala Lumpur-Don Mueang, Thailand.
Jumlah harga tiket yang telah dijual sehingga bulan Mac 2024 adalah sebanyak RM22,090,148.
Berhubung dengan bantuan kepada pelanggan yang terkesan ekoran penggantungan operasi MYAirline, sukacita saya maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa MOT melalui MAVCOM akan memastikan semua aduan terhadap MYAirline diambil tindakan dan diselesaikan seperti mana yang ditetapkan di bawah Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 yang telah diperkenalkan dan dikuatkuasakan mulai 1 Julai 2016.
MOT melalui MAVCOM sedang memantau situasi ini dengan rapat dan akan memastikan semua aduan serta isu yang dibangkitkan oleh penumpang yang terjejas disebabkan penggantungan operasi MYAirline dapat diselesaikan sepenuhnya. MYAirline telah memberi jaminan kepada MAVCOM bahawa, mereka akan menunaikan kewajipan untuk membuat bayaran balik kepada penumpang yang terjejas.
Pihak MAVCOM juga telah mengadakan perbincangan bersama pihak Bank Negara Malaysia berkenaan isu pembayaran balik kepada pelanggan yang terjejas dalam hal ini. Pihak Bank Negara telah mengesahkan bahawa bagi penumpang yang telah membeli tiket melalui kad kredit, kad debit ataupun direct debit boleh menuntut pembayaran balik melalui proses charge back sekiranya tarikh perjalanannya telah luput dengan menghubungi MYAirline atau pun menghubungi bank mereka sendiri.
Akhir sekali, pihak kementerian sekali lagi ingin memberikan komitmen bahawa Kementerian Pengangkutan melalui MAVCOM, dan CAAM akan terus mengutamakan kepentingan dan keselamatan pengguna pada setiap masa. Pihak kementerian akan terus memantau situasi semasa sehingga isu berkaitan penggantungan operasi ini diselesaikan sepenuhnya.
Puan di-Pertua, saya telah mengambil masa yang lebih lama daripada Yang di- Pertua peruntukan dan saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun membangkitkan dan membahaskan isu-isu Kementerian Pengangkutan. Ada banyak lagi isu yang tak sempat saya jawab. Kita ada satu ruang lagi
Tuan Loke Siew Fook
iaitu semasa Peringkat Jawatankuasa yang boleh kita lebih teliti lagi perbahasannya dan isu-isu yang tak sempat saya jawab, kita akan berikan Notis secara bertulis.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Yang Berhormat Menteri, boleh sikit?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Boleh selit masuk tak, fasal airport.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang jam telah menunjukkan pukul 1.04 tengah hari, saya menangguhkan mesyuarat sekarang, dan akan bersambung semula jam 2.30 petang. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kita teruskan dengan perbahasan. Saya mempersilakan Menteri Kementerian Sumber Manusia, 50 minit.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani saya ucapkan kepada semua Ahli-ahli Dewan. Pertama sekali izinkan saya merakamkan ucapan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan di atas Pembentangan Usul Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2024 pada 13 Oktober 2023 yang lalu.
Saya ingin mengucapkan terima kepada seramai 27 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan sebanyak 51 pertanyaan, isu dan cadangan berkaitan Kementerian Sumber Manusia sepanjang sesi perbahasan kali ini.
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang dibentangkan, belanjawan Tahun 2024, bertemakan, ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasakan Rakyat’. Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan mengungkapkan belanjawan ini sebagai Belanjawan Madani kedua, menghamparkan tekad dan kesungguhan Kerajaan Perpaduan dalam memaknai sebuah cetusan nurani bagi mengangkat darjat harakat ekonomi negara dan rakyat. Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Belanjawan Madani kedua memperuntukkan RM393.8 bilion bagi tahun 2024.
Daripada jumlah tersebut, peruntukan yang disediakan kepada Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2024 adalah berjumlah RM1.47 bilion iaitu RM889.55 juta di bawah peruntukan belanja mengurus dan RM578.03 juta untuk peruntukan belanja membangun pembangunan. Secara umumnya, peruntukan yang dicadangkan keseluruhannya adalah bertambah sebanyak RM110 juta atau 8.13 peratus berbanding dengan peruntukan tahun 2023 yang diluluskan sebanyak RM135 bilion.
Peruntukan yang diluluskan ini secara umumnya merangkumi pelaksanaan program latihan perburuhan, kesatuan sekerja, perhubungan perusahaan selain projek- projek pembinaan dan naik taraf institusi latihan, perolehan peralatan di bawah Jabatan Tenaga Manusia serta peningkatan kemahiran pekerja. Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan mengumumkan program-program latihan kemahiran dan peningkatan kemahiran akan diteruskan melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad dengan dana kutipan levi sedia ada sebanyak RM1.6 bilion untuk menyediakan 1.7 juta tawaran latihan.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Pembangunan Sumber Manusia Berhad akan memperuntukkan semula dana khas menggunakan 15 peratus daripada sebahagian jumlah kutipan levi bagi melaksanakan program latihan madani kepada usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta golongan rentan, banduan, bekas banduan, OKU, warga emas dan pesara.
Walaupun terdapat dua kriteria kelayakan yang perlu dipenuhi bagi- walau bagaimanapun, terdapat dua kriteria kelayakan yang perlu dipenuhi bagi Pembangunan Sumber Manusia Berhad menguntukkan semula dana khas menggunakan 15 peratus daripada jumlah kutipan levi tersebut iaitu pertama, majikan yang hanya menggunakan levi kurang daripada 50 peratus dan yang kedua, baki levi majikan, selepas penggunaan tahun semasa hendaklah melebihi RM50,000.
Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan usaha untuk memartabatkan pembangunan modal insan, kementerian ini menjunjung kasih atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berangkat mencemar duli ke majlis perasmian National Human Capital Conference & Exhibition di MITEC, Kuala Lumpur pada 30 Oktober 2023. Persidangan tahunan ini anjuran Pembangunan Sumber Manusia Berhad pada kali ini, telah mencipta sejarah apabila telah dinobatkan dengan oleh Malaysia Book of Records sebagai persidangan pembangunan modal insan terbesar pernah dianjurkan di Malaysia serta di Asia Tenggara dengan jumlah peserta persidangan dan pameran seramai 4,000 delegasi dan 400 pempamer.
Kerajaan juga telah memperuntukkan RM30 juta menerusi PERKESO bagi menyediakan insentif khas sebagai, sebanyak RM1,500 sebulan selama enam bulan yang akan memanfaatkan 3,300 pencari kerja bertujuan untuk menggalakkan majikan swasta menggaji golongan rentan atau golongan mudah terjejas seperti OKU, bekas banduan dan warga emas mendapat pekerjaan.
Selanjutnya Tuan Yang di-Pertua, Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah akan diteruskan dengan peruntukan RM50 juta yang akan memanfaatkan lebih 400,000 ribu suri rumah wanita yang berdaftar di bawah eKasih. Kerajaan akan meningkatkan siling gaji bulanan bagi caruman PERKESO daripada RM5,000 kepada RM6,000. Peningkatan ini akan meningkatkan faedah tunai pada kadar 20.2 peratus yang akan memanfaatkan 1.5 juta pekerja dan orang tanggungan mereka.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya izinkan saya menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan Kementerian Sumber Manusia. Isu dan pertanyaan akan dijawab secara bersekali mengikut tema-tema yang telah dikenal pasti.
Tema pertama adalah mengenai pendidikan dan latihan teknikal dan latihan vokasional (TVET). Seramai enam orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Seputeh dan Yang Berhormat Ipoh Barat telah membangkitkan isu-isu berkaitan TVET dan antaranya ialah:
(i) pertama, cadangan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) diletakkan di bawah satu kementerian;
(ii) usaha mengarusperdanakan bidang TVET;
(iii) isu penyelarasan dan penyeragaman serta koordinasi program TVET selaras dengan permintaan industri;
(iv) isu status kolaborasi bersama syarikat berkaitan kerajaan ataupun swasta dan;
(v) isu kemahiran, peningkatan kemahiran serta kemahiran semula berasaskan TVET.
Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2024 telah memperuntukkan sejumlah RM6.8 bilion untuk pelaksanaan program TVET terdiri daripada elemen peruntukan belanja mengurus dan belanja pembangunan. Peruntukan ini merupakan kumulatif peruntukan
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
yang diagihkan kepada 12 kementerian, merangkumi program kemahiran, peningkatan kemahiran, kemahiran semula dan kemahiran silang yang berasaskan TVET.
Rentetan itu, RM100 juta diperuntukkan bagi menyediakan pensijilan profesional yang diiktiraf industri kepada graduan TVET dan sebagai insentif kepada industri untuk bekerjasama dengan institusi TVET awam. Bagi mengangkat martabat TVET tahfiz, kerajaan memperuntukkan RM17 juta bagi melaksanakan program TVET tahfiz yang akan membuka peluang kepada pelajar tahfiz, mempelbagaikan kemahiran di samping meneruskan pengajian hafazan.
Bagi pembiayaan pendidikan TVET pula, kerajaan telah memperuntukkan dana latihan TVET menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran berjumlah RM180 juta yang akan memanfaatkan 12,000 pelatih yang mengikuti program pensijilan kemahiran, RM20 juta dikhaskan untuk pelatih yang mengikuti bidang maritim, kesenian di ASWARA dan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih bagi sektor aeroangkasa.
Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, pada masa ini terdapat 12 buah kementerian yang tersedia secara langsung dalam pelaksanaan program TVET.
Setiap kementerian memiliki institusi TVET, penawaran program dan kumpulan sasar tersendiri dalam usaha menyediakan modal insan untuk memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.
Berkaitan cadangan meletakkan pengurusan TVET di bawah satu kementerian, perkara ini perlu dikaji dengan teliti, dengan mengambil kira pandangan semua pemegang taruh yang terlibat, serta memerlukan persetujuan secara kolektif.
Apa jua cadangan penstrukturan melalui langkah rasionalisasi, konsolidasi dan sentralisasi yang komprehensif akan dipertimbangkan dan dikaji keberkesanannya bersama semua pemegang taruh. Bagi menghadapi isu ini, satu langkah yang telah diambil oleh kerajaan adalah melalui penubuhan Majlis TVET Negara yang dikenali sebagai MTVET, sebagai inisiatif penambahbaikan penyelarasan ekosistem TVET negara yang berperanan sebagai badan tertinggi dalam membuat keputusan berkaitan hala tuju TVET negara.
Secara dasarnya, MTVET telah menggariskan agenda menambah baik dan memperkasakan pelaksanaan TVET di Malaysia meliputi aspek tadbir urus, kualiti, industri, pembiayaan dan penjenamaan dengan berpaksikan kepada tiga teras strategi iaitu Tadbir Urus Bersepadu dan Terselaras, TVET Dipacu Industri, dan TVET - Mencorak Masa Hadapan.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah mengarusperdanakan latihan kemahiran TVET sebagai pilihan utama. Kerajaan membuka luas peluang latihan kemahiran kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan status sosioekonomi. Pelbagai usaha mempromosikan TVET di seluruh negara telah dan akan terus dilaksanakan secara berterusan melalui pelbagai pendekatan seperti program outreach, karnival, hebahan- hebahan di media elektronik atau platform media sosial bagi meluaskan cakupan penyampaian maklumat berkaitan peluang dan potensi laluan kerjaya TVET.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Sedikit, Menteri. Tenggara. Terima kasih kepada Speaker dan juga Menteri. Saya cuma ingin bertanya berkaitan dengan MTVET ini. Kita sedia maklum bahawa telah wujud hab-hab tertentu berkaitan dengan TVET di seluruh negara. Salah satunya yang saya dah lawati adalah Malaysia Automotive TVET Collaboration Hub di PSAS.
Jadi, adakah kerajaan- saya ingin bertanya lah. Adakah kerajaan akan meneruskan inisiatif hab-hab TVET ini kerana saya lihat, memang ada keperluan dan sinergi yang telah dibentuk sekarang ini menggabungkan beberapa pusat kemahiran TVET ini dalam satu-satu hab dan berfokus kepada satu-satu kemahiran.
Contohnya, macam dalam PSAS ini berkaitan automotif, adalah amat baik. Jadi, saya berharap MTVET boleh dipadukan dan memperkasakan hal inilah berkaitan dengan hab dan saya ambil kesempatan, wakil Ahli Parlimen Pengerang dan Kota Tinggi lah sebab di sebelah kanan kita ini ada daripada Pengerang dan juga Pejabat Pendidikan
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Daerah Kota Tinggi...
[Menunjuk ke tempat duduk di Galeri Awam] Selamat datang.
Terima kasih...
[Tepuk]
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Ya, terima kasih Yang Berhormat.
Memang kita akan teruskan dengan apa usaha-usaha yang telah kita laksanakan sebelum ini dan kita juga, melalui Majlis TVET Negara akan melihat kepada prospek-prospek yang lain, yang lebih baik untuk memastikan bahawa kualiti yang diberikan pendidikan TVET dan diberikan di negara kita sentiasa dapat diperluaskan dan juga dipertingkatkan. Terima kasih, Yang Berhormat.
Peluang memasuki latihan kemahiran dibuka kepada lepasan sekolah supaya dapat meningkatkan bilangan pekerja berkemahiran dalam pasaran pekerjaan. Dengan itu, kempen untuk meningkatkan kesedaran dan persepsi positif terhadap latihan kemahiran TVET di kalangan pelajar yang berpotensi dan ibu bapa terus dipergiatkan dan diperluaskan.
Kempen ini memberi penekanan terhadap manfaat memasuki pasaran pekerjaan dengan kelayakan kemahiran, termasuklah peluang pekerjaan dan laluan kerjaya yang lebih menarik melalui pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia. Selain itu, kerajaan telah memperkenalkan prinsip artikulasi TVET bagi menambah fleksibiliti laluan pendidikan graduan dalam aliran TVET sehingga ke tahap tertinggi kelayakan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) iaitu ijazah kedoktoran.
Prinsip artikulasi ini dapat memperkukuhkan laluan pendidikan sepanjang hayat kepada masyarakat dan seterusnya meningkatkan reputasi laluan TVET agar setanding dengan laluan akademik. Dalam usaha menarik lebih ramai golongan belia dan pekerja Malaysia menyertai program TVET, Kementerian Sumber Manusia menerusi Institut Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia telah membuka ruang seluasnya kepada mereka mengikuti pelbagai program latihan kemahiran yang ditawarkan, khususnya program berbentuk modular, dan dengan izin, customized.
Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan program TVET yang fleksibel dan berbentuk jangka pendek ini boleh meningkatkan kemahiran dalam tempoh masa yang singkat dan berupaya menarik minat golongan muda dan pekerja untuk menyertai program TVET.
Program-program yang dilaksanakan adalah berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran bersama pemain industri.
Program ini mencakupi pelbagai bidang kemahiran seperti teknologi elektrik, teknologi mekanikal dan teknologi pembuatan. Setakat 30 September 2023, sebanyak 67,369 orang peserta telah mengikuti kursus jangka pendek ini.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia menerusi Pembangunan Sumber Manusia Berhad komited untuk menggalakkan pekerja untuk terus meningkatkan asas pengetahuan melalui latihan kemahiran termasuk latihan berasaskan TVET.
Sehingga 30 September 2023, sebanyak 258,862 tempat latihan telah diluluskan bagi melaksanakan latihan melibatkan peruntukan berjumlah RM124 juta.
Selain itu, Pembangunan Sumber Manusia Berhad turut menawarkan pembelajaran secara atas talian melalui platform e-LATiH. Setakat 30 September 2023, sebanyak 1,900 kursus telah ditawarkan secara percuma yang melibatkan 350 ribu pendaftaran bagi mengikuti kursus-kursus tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan isu penyelarasan TVET, sistem jaminan kualiti tunggal TVET telah diperkenalkan melalui pemakaian dokumen, dengan izin, Code of Practice for TVET Programme Accreditation (COPTPA). Dokumen ini menjadi rujukan serta diguna pakai oleh penyedia TVET dalam menawar dan menjamin kualiti program- program TVET yang ditauliah dan diakreditasi oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Melangkah ke hadapan dan selaras dengan strategi Rancangan Malaysia Ke-12, pangkalan data raya TVET sedang dibangunkan bagi menyelaras, dan mengintegrasi semua data dan maklumat TVET secara menyeluruh merentasi kementerian dan
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
pemegang taruh TVET. Pengintegrasian data ini amat penting dalam membantu kerajaan menggubal polisi, membuat pelan strategik dan keputusan dengan lebih tepat dan berkesan berdasarkan fakta dan penghasilan analisis maklumat, dengan izin, data-driven decision-making. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, penglibatan industri secara langsung dalam pembangunan standard dan pelaksanaan kurikulum latihan amat penting dalam memastikan pelaksanaan program TVET adalah bertepatan dengan keperluan semasa industri khususnya aspek berkaitan kemahiran amali bagi memberi pendedahan dan pengalaman sebenar pekerjaan sebelum mereka dipersijilkan.
Kepakaran industri dimanfaatkan bagi tujuan pembangunan kurikulum dan reka bentuk, penyampaian latihan dan peningkatan kemahiran tenaga pengajar melalui inisiatif, dengan izin, train-the-trainers. Selanjutnya kerjasama turut melibatkan perkongsian serta sumbangan pihak industri dari segi peralatan teknologi tinggi kepada institusi TVET bagi memastikan berlakunya pemindaan ilmu dan kemahiran yang selari dengan keperluan semasa industri. Tindakan ini adalah bagi mengurangkan isu ketidaksepadanan.
Untuk makluman Dewan yang mulia, kementerian melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran telah melantik, dengan izin, Industry Lead Body yang merupakan organisasi pemaju bagi sesebuah sektor industri dalam membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Melalui Industry Lead Body, ini pakar-pakar dan pengamal industri memberikan input dan terlibat secara langsung bermula dari peringkat awal pembangunan NOSS yang seterusnya digunakan sebagai standard rujukan dalam membangunkan kurikulum program TVET.
Rentetan itu, dalam usaha meningkatkan dan melibatkan lebih banyak pihak industri dalam pelaksanaan program TVET. Kerajaan melalui MTVET giat meneroka peluang kerjasama melibatkan syarikat berkaitan kerajaan dan swasta melalui pemeteraian memorandum kerjasama. Memorandum kerjasama akan membuka akses yang lebih luas dan memudahkan hubungan kerjasama diwujudkan antara industri dan institusi TVET awam bagi memastikan kedua-dua pihak memperolehi manfaat daripada kerjasama tersebut.
Setakat 5 Oktober 2023, sebanyak 61 memorandum kerjasama telah dimeterai melibatkan 17 syarikat berkaitan kerajaan dan 44 syarikat swasta mencakupi skop pembangunan kurikulum dan bahan latihan, sumbangan dan perkongsian peralatan serta kemudahan dan khidmat kepakaran dan pembiayaan program latihan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Langat membangkitkan isu berkaitan dengan jumlah kemasukan pelajar ke program TVET yang dikatakan kurang memuaskan.
Untuk makluman Dewan yang mulia, berdasarkan kepada data yang dikumpulkan oleh Kementerian Ekonomi dari tahun 2020 sehingga tahun 2022, kadar kemasukan pelatih ke program TVET menunjukkan trend peningkatan yang sangat ketara.
Pertumbuhan minat belia dan masyarakat terhadap pendidikan berteraskan TVET semakin meningkat. Jumlah kemasukan bagi tahun 2020 adalah seramai 130,440 orang.
Manakala pada tahun 2021 pula meningkat kepada 163,984 orang dan pada tahun 2022, jumlahnya juga terus meningkat. Saya juga melihatkan trend untuk tahun 2023, jumlah juga semakin meningkat. Jadi kita dapat melihat pada satu trend yang positif pada pengambilan pelajar-pelajar ke institusi-institusi TVET di seluruh negara.
Yang Berhormat Gopeng bertanyakan jumlah pelajar yang dilatih di bawah Kementerian Sumber Manusia dan sejauh manakah keberkesanan program-program TVET yang dilaksanakan?
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebanyak 77,234 Sijil Kemahiran Malaysia telah dikeluarkan khusus bagi tahun 2023 yang meliputi tahap pensijilan kemahiran dari Tahap 1 hingga 5. Daripada jumlah tersebut sebanyak 48,964 sijil atau 63.4 peratus adalah pensijilan dalam kategori mahir. Data ini menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dalam meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran masyarakat
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
serta memberi penekanan kepada TVET dalam usaha mencapai matlamat pembangunan negara berpendapatan tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya trend kebolehpasaran graduan TVET adalah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Bagi tahun 2020, peratusan kebolehpasaran graduan TVET adalah pada kadar 87 peratus. Pada tahun 2021 pula, kadar telah meningkat kepada 88 peratus dan 92.5 peratus pada tahun 2022.
Peningkatan ini secara tidak langsung mencerminkan keberkesanan program-program TVET dalam memenuhi keperluan industri dan menyediakan peluang pekerjaan di Malaysia. Kementerian Sumber Manusia akan terus memastikan langkah-langkah proaktif akan diambil untuk menyokong pertumbuhan berterusan dalam pendidikan vokasional ini dan memastikan kualiti program-program ini terus ditambah baik dari semasa ke semasa.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Padang Besar telah membangkitkan isu garis panduan bagi mengenal pasti tahap kemahiran pekerja di Malaysia dengan menambah baik Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) iaitu penanda aras nasional bagi pengelasan pekerjaan dalam struktur guna tenaga negara.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran memainkan peranan utama dalam pembangunan kemahiran pekerja di Malaysia menerusi pewartaan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan Malaysia 2006 iaitu Akta 652.
Di bawah akta ini, Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) merupakan garis panduan yang jelas yang dibangunkan bagi mengenal pasti tahap kemahiran pekerja yang diperlukan untuk memenuhi keperluan industri. Dengan adanya NOSS, pihak industri dan penyedia latihan dapat memastikan pekerja mempunyai kemahiran yang relevan dengan kehendak pasaran pekerjaan di negara ini.
Dokumen NOSS telah menetapkan lima tahap yang boleh membantu mengukur kemahiran pekerja seperti berikut:
(i) Tahap 1. Pekerja rutin dapat dianggarkan;
(ii) Tahap 2. Memerlukan tanggungjawab dan autonomi;
(iii) Tahap 3. Pekerjaan kompleks dan tidak lazim dilakukan;
(iv) Tahap 4. Kemahiran pekerjaan yang luas skop dan profesional; dan
(v) Tahap 5. Pekerjaan dengan kemahiran tertinggi.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Tuan Yang di-Pertua, Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) merupakan rujukan utama kod dan klasifikasi pekerjaan di Malaysia. Ia dibangunkan mengikut piawaian pengelasan pekerjaan antarabangsa, dengan izin, International Standard Classification of Occupation yang menyenaraikan deskripsi tugasan dan kod bagi setiap jawatan.
Seiring dengan perkembangan teknologi dan pendigitalan, MASCO yang diterbitkan secara fizikal pada tahun 1998 telah beralih kepada platform digital dengan pengenalan portal eMASCO yang menggantikan taksonomi pekerjaan yang dicetak secara berkala. Portal eMASCO telah dilancarkan pada Oktober 2021 yang memberi faedah kepada agensi awam dan swasta dalam mendapatkan maklumat pekerjaan dengan cepat dan mudah. Mengambil kira perkembangan pasaran buruh dan keperluan pekerjaan berkemahiran tinggi, Kementerian Sumber Manusia sedang menambah baik dan memantapkan kandungan portal eMASCO selaras dengan perkembangan semasa pasaran pekerjaan. Kementerian Sumber manusia akan mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan bagi tujuan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Siput mencadangkan agar kerajaan dapat membina sebuah kolej TVET untuk penduduk Sungai Siput supaya rakyat mendapat akses pendidikan teknikal yang berkualiti yang merangkumi teknologi seperti solar, kejuruteraan dan sebagainya. Sukacita dimaklumkan sehingga 30 September 2023,
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
terdapat sebanyak 152 institusi latihan kemahiran TVET di seluruh negeri Perak merangkumi 118 institut latihan kemahiran awam termasuk dua buah institusi TVET di bawah kendalian Kementerian Sumber Manusia iaitu Institut latihan Perindustrian Ipoh dan Pusat latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping.
Kedua-dua institut ini menawarkan Program TVET mencakupi pelbagai bidang seperti teknologi mekanikal, teknologi elektronik, teknologi komputer bermula dari peringkat sijil sehingga ke peringkat diploma. Daripada jumlah institut latihan kemahiran TVET yang disebutkan di atas, sebanyak 34 buah institut adalah institut latihan kemahiran swasta. Institut-institut latihan kemahiran TVET melaksanakan program-program berasaskan standard pekerjaan kemahiran kebangsaan dalam pelbagai bidang yang merentasi 21 sessions ekonomi negara.
Manakala, di daerah Sungai Siput pula, terdapat dua institut latihan kemahiran TVET iaitu Pusat Bertauliah GiatMARA Sungai Siput yang menawarkan program electrical dan automatif serta SMK RLKT Lasah yang menawarkan program juruteknik tanaman. Di samping itu, terdapat juga beberapa institusi latihan kemahiran TVET yang sedia ada terletak di kawasan sekitar yang berhampiran dengan Sungai Siput iaitu GiatMARA Tambun, GiatMARA Larut, Kolej Komuniti Kerian, SMK Simpang, SMK Alor Pongsu, SMK Dato’ Hj Hussein dan SMK Kubu Gajah. Berdasarkan kepada penubuhan, dan pengoperasian institusi TVET sedia ada, kerajaan pada masa ini belum mempunyai sebarang perancangan untuk membina institusi TVET baharu di Sungai Siput.
Tuan Yang di-Pertua, tema kedua adalah mengenai pelaksanaan gaji minimum.
Seramai lima orang Ahli Yang Berhormat iaitu Ipoh Barat, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Kluang dan Yang Berhormat Libaran berbahas mengenai pelaksanaan gaji minimum dengan:
(i) cadangan menyegerakan kenaikan gaji minimum dengan mengambil kira agregat inflasi;
(ii) cadangan untuk beri tumpuan kepada pekerja golongan pertengahan untuk tingkatkan gaji dan produktiviti mereka; dan
(iii) isu status penguatkuasaan perintah gaji minimum 2022.
Kerajaan sentiasa memandang serius berkenaan dengan agenda penstrukturan semula gaji, terutamanya melalui pelaksanaan perintah gaji minimum. Penilaian semula kadar gaji minimum dari masa ke semasa dilaksanakan berdasarkan senario pertumbuhan ekonomi negara dan perubahan kos sara hidup rakyat. Kementerian Sumber Manusia melalui Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) sedang dalam proses melaksanakan kajian semula perintah gaji minimum. Kajian semula ini perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun, selaras dengan peruntukan seksyen 25, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732].
Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan kajian semula ini penting dalam usaha memastikan pelarasan perintah gaji minimum yang dibuat adalah bersifat, dengan izin, evidence-based policy. Kajian ini dilaksanakan melalui kaedah empirikal kajian lapangan dan bagi memperkukuhkan kajian ini, ianya disokong dengan analysis quantitative berdasarkan data-data pentadbiran yang bertujuan menilai keupayaan ekonomi dan impak terhadap pasaran buruh negara dan menetapkan kadar baharu gaji minimum.
Penentuan kadar gaji minimum di dalam kajian semula ini juga mengambil indikator-indikator sosial ekonomi seperti pendapatan garis kemiskinan, penengah gaji atau pun median wage, dengan izin, yang menggambarkan keupayaan majikan untuk membayar gaji, kadar pengangguran, produktiviti buruh dan perubahan indeks harga pengguna yang mencerminkan kos sara hidup.
Untuk makluman Dewan yang mulia, sehingga kini, fasa pelaksanaan kajian semula telah siap 70 peratus. Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara sedang giat melaksanakan perundingan awam dan 15 sesi libat urus di seluruh negara.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, seperti semua yang sedia maklum, Dasar Gaji Minimum digubal untuk menetapkan gaji lantai, dengan izin, floor wages bagi pekerja kategori terendah dalam pasaran buruh.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Berdasarkan kaji selidik pendapatan perbelanjaan isi rumah dan kemudahan asas, Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati pendapatan bergaji rakyat meningkat kepada 62.8 peratus bagi tahun 2022 disumbangkan oleh peningkatan dalam gaji minimum pada tahun tersebut. Inisiatif pelaksanaan gaji minimum telah terbukti memberi impak positif terhadap peningkatan gaji pekerja yang berpendapatan rendah. Justeru, intervensi pasaran buruh seterusnya perlu melihat pekerja bergaji pertengahan yang terhimpit, dengan izin, squeezed middle seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kewangan dalam tinjauan ekonomi 2024.
Merujuk kepada laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2022, komposisi pekerja separuh mahir adalah paling tinggi iaitu 58 peratus, manakala 30 peratus adalah pekerja mahir dan selebihnya 12 peratus pekerja berkemahiran rendah daripada keseluruhan 15.4 juta pekerja. Dalam konteks gaji dan upah, data menunjukkan pekerja separuh mahir menerima gaji hampir sama dengan pekerja berkemahiran rendah.
Berdasarkan survey gaji dan upah, Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2022, gaji penengah bulanan pekerja separuh mahir adalah RM1,817 berbanding dengan RM1,635 bagi pekerja berkemahiran rendah. Memandangkan jumlah dan komposisi pekerja separuh mahir ini adalah tinggi dalam pasaran buruh, kadar gaji mereka akan memberi impak terhadap keseluruhan struktur gaji dan upah negara.
Dalam memperluaskan skop kumpulan sasar ini, kerajaan telah dan akan terus meneroka dan mengkaji dengan terperinci pelaksanaan model-model gaji yang bersesuaian termasuk menambah baik pelaksanaan beberapa model dan sistem gaji sedia ada. Cadangan Dasar Gaji Progresif yang berlandaskan konsep sukarela, berteraskan insentif dan berkait dengan produktiviti akan dilaksanakan sebagai pelengkap kepada Dasar Gaji Minimum dan sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti PLWS.
Pelaksanaan PLWS dapat memastikan sebarang kenaikan upah selaras dengan peningkatan produktiviti atau prestasi yang lebih tinggi. Sistem ini membolehkan pekerja- pekerja mendapat bahagian atau upah yang adil hasil daripada peningkatan produktiviti dan prestasi mereka. Setakat September 2023, 98,119 majikan telah melaksanakan PLWS dan memanfaatkan 5.9 juta orang pekerja dalam pelbagai peringkat pekerjaan termasuk pekerja separuh mahir.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Kerajaan juga menyedari bahawa terdapat keperluan mengkaji dan mewujudkan garis panduan penetapan gaji yang komprehensif bagi meningkatkan kecekapan penentuan gaji dan upah dalam pelbagai kategori pekerjaan termasuk pekerja separuh mahir serta gaji permulaan graduan.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Menteri, depan. Boleh sekejap? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Sebelum Yang Berhormat Menteri pergi lebih jauh mengenai isu gaji ini saya nak patah balik sedikit mengenai gaji minimum yang disebut tadi. Saya pernah timbulkan dalam Dewan yang mulia ini mengenai cabaran yang dihadapi oleh usahawan-usahawan dalam bidang keselamatan, bidang bekalan makanan dan juga bidang kebersihan terutama di sekolah-sekolah. Saya faham sejak dari Kementerian Pendidikan pun akan ada ulasannya tetapi ini berkaitan dengan sumber manusia.
Sebab apabila diperkenalkan gaji minimum sebelum ini, bayaran kepada syarikat- syarikat ini oleh pihak kerajaan baik pendidikan mahupun kesihatan yang jaga hospital itu tidak mematuhi amaun gaji minimum yang ditetapkan. Jadi, akibatnya usahawan- usahawan ini, kontraktor-kontraktor yang membekalkan bekalan dan perkhidmatan kepada kerajaan mengalami masalah untuk membayar gaji berdasarkan gaji minimum kepada pekerja mereka.
Ada tindakan undang-undang yang diambil oleh pihak kementerian, Jabatan Tenaga Kerja terutamanya yang mengambil tindakan undang-undang sehingga pergi ke mahkamah. Jadi, saya mohon jaminan daripada Yang Berhormat Menteri kalau boleh saya nak rakamkan juga kepada Indera Mahkota selaku Pengerusi JKPK yang berkenaan yang mengemukakan penyelesaian ini apabila saya maklumkan kepada beliau, tetapi
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
saya nak mohon jaminan daripada Yang Berhormat Menteri supaya kalau boleh dan harap-harapnya bolehlah.
Selagi mana tidak diselesaikan bayaran sepenuhnya berdasarkan kadar gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan, selagi itulah pihak kementerian tidak mengambil tindakan undang-undang kepada usahawan ini. Sebab bukan salah mereka. Kerajaan yang belum bayar. Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Terima kasih, Yang Berhormat. Saya telah mengambil maklum tentang perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Memang saya memahami secara mendalam berkaitan isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Pihak-pihak yang terlibat juga telah datang berjumpa dengan saya dan saya juga telah mengadakan mesyuarat beberapa kali bersama dengan mereka untuk mencari satu jalan penyelesaian.
Saya juga telah mengadakan rundingan dengan pihak-pihak lain daripada kerajaan termasuk Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan yang turut terlibat dalam isu ini. Juga dengan Kementerian Kewangan untuk mencari satu jalan penyelesaian untuk masalah yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi.
Saya memang memahami tentang masalah yang dihadapi oleh majikan-majikan tersebut untuk membayar gaji kepada pekerja-pekerja mereka. Saya akan cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk membolehkan majikan dan juga untuk pekerja- pekerja itu menerima apa yang sepatutnya mereka terima. Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri, Sik depan ini.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Ya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ada sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memohon pandangan Yang Berhormat Menteri, ada di kalangan pakar yang menyebut Dasar Gaji Progresif ini nampak tidak lagi realistik untuk dilaksanakan dan yang terbaiknya adalah penekanan kerajaan supaya Dasar Gaji Minimum itu perlu digerakkan supaya direalisasikan dan lebih nampak realistik sendiri untuk kerajaan laksanakan.
Jadi, pandangan kementerian sendiri kedua-dua dasar ini, ke mana yang kita nak bawa ya? Termasuk fokus kementerian sendiri. Pihak mana ataupun dasar mana yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu supaya kerangkuman kepada dasar gaji yang lebih baik kepada rakyat itu dapat kita laksanakan? Terima kasih.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Terima kasih, Yang Berhormat.
Memang ada pelbagai pandangan berkaitan model-model gaji yang sedia ada.
Dalam ucapan saya, saya mengatakan bahawa Dasar Gaji Progresif ini adalah sebagai satu pelengkap kepada Dasar Gaji Minimum. Ini bererti, Dasar Gaji Minimum akan kekal.
Kita tidak akan melupuskan Dasar Gaji Minimum. Dasar Gaji Minimum ini adalah penting untuk memastikan mereka yang berkemahiran rendah supaya mereka juga mendapat gaji yang setimpal dengan kerja yang mereka buat.
Kita tidak mahu ada diskriminasi kepada pekerja-pekerja yang mempunyai kemahiran yang rendah, tetapi pada masa yang sama, untuk berlaku adil kepada majikan- majikan, kita juga nak memastikan bahawa mereka membayar gaji mengikut produktiviti pekerja.
Mungkin dalam satu senario di mana Dasar Gaji Minimum tidak menentukan produktiviti seorang pekerja. Bagi seorang pekerja yang mempunyai produktiviti yang rendah, seorang pekerja yang mempunyai produktiviti yang tinggi. Seorang pekerja yang mempunyai minat untuk mengikuti latihan-latihan teknikal dan sebagainya kalau dibandingkan dengan seorang pekerja yang tidak mempunyai kemahiran tersebut. Maka, membayar gaji minimum yang sama iaitu RM1,500 untuk kedua-dua pekerja ini adalah tidak adil bagi majikan dan juga kepada pekerja.
Jadi, di bawah Dasar Gaji Progresif ini mereka yang boleh menunjukkan prestasi yang lebih baik mempunyai produktiviti yang tinggi. Maka, mereka akan mendapat gaji
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
yang lebih tinggi berbanding dengan pekerja yang mempunyai kemahiran yang rendah ataupun produktiviti yang rendah. Terima kasih.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Tambahan Dasar Gaji Progresif memang dinanti- nantikan. Cuma, apabila saya menyemak belanjawan, perinciannya memang tiada. Saya mendengar ucapan Yang Berhormat Menteri Ekonomi berkenaan isu ini dan dikatakan bahawa perincian itu ada, tetapi di bawah salah satu item kementerian.
Persoalan saya, sebab ini melibatkan kementerian Yang Berhormat Menteri juga khususnya dari sudut pelaksanaan. Berapa jumlah belanjawan, perincian bagi Dasar Gaji Progresif ini? Sebab saya difahamkan bahawa ini bukanlah paksaan ke atas majikan. That means the burden will not be placed on employers, tetapi adalah incentive base bawah belanjawan kerajaan. Kerana kalau kita nak ikut track record ataupun presiden sebelum ini pada tahun 2019 kita pernah memperkenalkan Malaysia At Work, ataupun Malaysia Kerja di mana kerajaan mengkhususkan dana RM6.5 bilion untuk tujuan ini.
So, bagi Dasar Gaji Progresif dulu RM5.6 bilion, sekarang berapa yang diperuntukkan oleh kerajaan? Terima kasih.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Yang Berhormat, untuk menjawab soalan tersebut, saya mohon supaya Yang Berhormat kita tunggu sehingga Kertas Putih dibentangkan di Dewan Rakyat supaya kita dapat melihat secara keseluruhannya bagaimanakah Dasar Gaji Progresif ini akan dilaksanakan. Kertas Putih ini akan dibentangkan di Dewan Rakyat tidak lama lagi. Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung, Sabah dan Sarawak sentiasa mengambil pelbagai langkah pro aktif bagi memastikan pematuhan majikan terhadap Perintah Gaji Minimum 2022 dan antaranya ialah:
(i) memberi khidmat nasihat berhubung arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia;
(ii) menjalankan siasatan, aduan yang diterima daripada pekerja;
(iii) menjalankan pemeriksaan berkanun daripada semasa ke semasa; dan
(iv) mengambil tindakan pendakwaan dengan denda maksimum sehingga RM10,000 bagi setiap pekerja apabila disabitkan kesalahan di bawah seksyen 43, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.
Bagi tempoh 1 Mei 2022 sehingga 30 September 2023, sebanyak 1,658 aduan diterima oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung, Sabah dan Sarawak berhubung ketidakpatuhan majikan daripada pelbagai sektor terhadap kadar gaji yang ditetapkan di bawah Perintah Gaji Minimum 2022.
Sepanjang tempoh yang sama, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah membuka 380 Kertas Siasatan, dan 148 pendakwaan telah dilaksanakan atas kegagalan majikan membuat bayaran gaji mengikut Perintah Gaji Minimum 2022 dengan amaun berjumlah RM262,100.
Tuan Yang di-Pertua, perkara ketiga yang hendak saya bangkitkan pada hari ini ialah berkaitan dengan tema yang berkaitan dengan penggiat gig.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Seramai empat orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Titiwangsa telah membangkitkan isu berkaitan dengan penggiat gig iaitu dari segi penggubalan undang- undang, perlindungan keselamatan sosial dan inisiatif-inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Untuk makluman Dewan yang mulia, Kementerian Sumber Manusia mengakui bahawa ramai pekerja Malaysia hari ini memilih pekerjaan yang menawarkan fleksibiliti
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
dari segi kaedah bekerja, waktu bekerja dan pendapatan mengikut keperluan dan pilihan individu. Atas keprihatinan itu, Kementerian Sumber Manusia sedang merangka satu garis panduan khusus untuk penggiat gig yang terlibat dengan e-hailing dan syarikat penyedia platform. Garis panduan ini merangkumi enam elemen utama iaitu:
(i) pendapatan;
(ii) perlindungan sosial;
(iii) kesedaran aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
(iv) kebebasan bekerja, bersuara dan berunding;
(v) latihan dan bimbingan kerjaya; dan
(vi) mekanisme kilanan.
Selain itu, perlindungan keselamatan sosial sedia ada juga berperanan besar dalam membantu mewujudkan keadilan sosial dan keharmonian penggiat gig. Ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam mengatasi isu yang dihadapi oleh penggiat gig dan mewujudkan persekitaran yang lebih adil untuk mereka.
Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya perlindungan keselamatan sosial kepada penggiat gig terbahagi kepada dua iaitu individu yang bekerja di lapangan bersama dengan pelanggan seperti pemandu teksi. Manakala satu lagi kategori ialah pekerja dalam talian contohnya pembangun perisian dan pekerja sambilan. Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO telah memperkenalkan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri termasuk penggiat gig di bawah peruntukkan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789] yang berkuat kuasa mulai 1 Jun 2017.
Skim ini memberi perlindungan kepada orang bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri termasuk semasa dalam perjalanan yang berkaitan dengan aktiviti pekerjaan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Perlindungan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi resit bayaran caruman.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat Menteri, mengenai e-hailing. Ini isu terkini sebab itu saya terpaksa tanya soalan tambahan ini. Saya risau dengan nasib pekerja e-hailing khususnya Foodpanda dan Grab, kerana dilaporkan pada bulan depan Delivery Hero akan menjual pegangannya dalam Foodpanda ke Grab sekali gus menubuhkan satu quasi-monopoly kerana kedua-duanya adalah giant terbesar.
Apabila Grab akan mengambil alih- mengikut laporan, Foodpanda, it will set up a form of monopoly. Kita ingat dulu apabila Grab menyerap Uber, akhirnya kos bagi pengguna meningkat dan juga insentif yang pekerja-pekerja sebelum ini dapat- disemak semula.
Persoalan saya, kita pernah mengalami Uber dan Grab ini, dan kini Grab dan Foodpanda, adakah kementerian bercadang untuk adakan perbincangan, supaya nasib pekerja e- hailing tidak akan terjejas dengan penubuhan satu quasi-monopoly ini. Terima kasih.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Yang Berhormat, kementerian bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan mereka supaya kita boleh mencari satu jalan penyelesaian yang terbaik untuk mereka, tak ada masalah. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan statistik setakat 31 Oktober 2023 seramai 770,143 orang bekerja sendiri aktif mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Daripada jumlah tersebut, seramai 194,217 orang adalah mereka yang bekerja sendiri.
Selain itu, Kementerian Sumber Manusia melalui pindaan Akta Kerja 1955 yang mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2023 telah memperkenalkan satu peruntukan anggapan dengan izin, assumption clause iaitu seksyen 101C. Melalui seksyen ini mahkamah dalam suatu prosiding pendakwaan boleh membuat anggapan bahawa adanya hubungan antara majikan dan pekerja jika terdapat salah satu elemen seperti
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
kawalan cara kerja, kawalan waktu, pemberian kelengkapan kerja, dan beberapa elemen lain walaupun tiada kontrak perkhidmatan secara bertulis.
Selain itu, Kementerian Sumber Manusia telah menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Pengangkutan dengan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] yang menetapkan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Akta 789 sebagai salah satu syarat memperbaharui lesen vokasional iaitu Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Lesen Memandu Barangan (GDL) bagi individu termasuk kepada definisi orang bekerja sendiri di bawah akta tersebut.
Kerjasama ini bagi memastikan hak terutama aspek kebajikan dan perlindungan sosial pemegang taruh ekosistem e-hailing dan p-hailing termasuk pengguna, syarikat operator platform gig, pemandu dan penghantar khususnya penggiat gig adalah terjamin.
Tuan Yang di-Pertua, pelbagai usaha dilaksanakan bagi memastikan jaminan dan kebajikan kepada orang bekerja sendiri termasuk mereka yang terlibat dalam ekonomi gig melalui inisiatif di bawah Belanjawan 2023 iaitu pertama, SPS Padanan Caruman yang merupakan insentif bayaran caruman 80 peratus daripada kadar caruman iaitu RM232.80 di bawah Pelan Caruman Kedua. Berdasarkan statistik setakat 31 Oktober 2023, seramai 166,321 orang bekerja sendiri menerima manfaat di bawah Program SPS Padanan Caruman dengan bayaran insentif daripada kerajaan berjumlah RM30.97 juta.
Program SPS Madani iaitu bantuan penuh caruman di mana pihak kerajaan menyediakan pembiayaan caruman sepenuhnya iaitu 100 peratus. Berdasarkan statistik setakat 31 Oktober 2023, seramai 103,031 orang bekerja sendiri...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, tiga minit gulung.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Menerima manfaat di bawah Program SPS Madani dengan jumlah bayaran insentif kerajaan sebanyak RM24.38 juta. Sikit lagi Tuan Yang di-Pertua.
Ketiga, Program Bina Kerjaya Pekerja Informal termasuk gig riders yang menyediakan elaun sebanyak RM300 sebulan bagi tempoh tiga bulan kepada peserta yang aktif menjalani latihan kemahiran untuk mendapat pekerjaan stabil dalam sektor formal. Program Bina Kerjaya ini juga memberi tanggungan bayaran latihan sebanyak RM4,000 mengikut kategori pensijilan.
Berdasarkan statistik setakat 31 Oktober 2023, sebanyak 13,678 permohonan telah diterima dan daripada jumlah tersebut sebanyak 3,648 permohonan telah diluluskan. Selain itu, di bawah Belanjawan 2024 kerajaan akan menambah baik program perlindungan sosial bagi memastikan golongan tumpuan terus mendapat perlindungan sewajarnya. Kadar tanggungan kerajaan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri akan ditingkatkan kepada 90 peratus dengan peruntukan RM100 juta.
Kerajaan juga telah menyediakan RM35 juta untuk membiayai yuran latihan dan insentif gantian pendapatan kepada 9,000 pekerja gig yang menghadiri program latihan menerusi Program Bina Kerjaya PERKESO bagi memastikan pekerja tidak formal khususnya yang terlibat dalam ekonomi gig mempunyai peluang mengikuti program pembangunan kerjaya dan latihan kemahiran micro-credential.
Tuan Yang di-Pertua, akhir kata saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pertanyaan dan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Sumber Manusia semasa perbahasan Usul Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2024.
Kementerian amat menghargai segala...
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Tuan Yang di-Pertua, Menteri...
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Masa sudah habis. Saya...
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Saya ingat dalam perbahasan saya ada...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Duduk, duduk.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Masa, masa peringkat jawatankuasalah ya.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Saya harap ada jawapan daripada Menteri.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Ya, ya, kalau apa yang saya tak jawab hari ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Jawab secara bertulis.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Saya akan jawab secara bertulis, boleh? Kementerian amat menghargai segala cadangan dan teguran yang telah dikemukakan dan kementerian akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Bagi soalan-soalan yang tidak saya jawab secara lisan, saya akan menjawab secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutnya dipersilakan Menteri Kementerian Pendidikan untuk menjawab 50 minit.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih saya ucapkan di atas ruang ini.
Pastinya jawapan-jawapan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia ini ditunggu-tunggu apatah lagi kementerian ini telah diperuntukkan dengan sejumlah peruntukan yang sangat besar menjadikan mandat dan juga amanah serta tanggungjawab kami untuk membangunkan pendidikan negara ini begitu berat dan juga pastinya untuk pembangunan pendidikan keseluruhannya.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Ahli Yang Berhormat sekalian, saya telah meneliti semua soalan-soalan, pandangan-pandangan, kritikan yang telah diberikan dan nampaknya soalan-soalan yang berteraskan pembangunan dan infrastruktur menguasai perbahasan Yang Berhormat sekalian dan tidak begitu banyak tentang dasar. Namun demikian, saya ingin memulakan jawapan saya pada hari ini dan penjelasan saya berkaitan dengan dasar-dasar yang disentuh oleh beberapa Ahli Yang Berhormat khususnya yang saya ingin mulakan dengan Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota, Kuala Kedah dan Ledang.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota, KPM sentiasa memastikan sistem pendidikan negara ditanda aras dengan sistem pendidikan di negara lain. Penandaarasan dilaksanakan menerusi penyertaan dalam kajian antarabangsa seperti, dengan izin, Program for International Student Assessment (PISA), Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS), dan Southeast Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM). Penyertaan dalam kajian penandaarasan antarabangsa adalah amat relevan dalam membantu menilai sejauh mana sistem pendidikan di Malaysia berbanding dengan sistem pendidikan negara berpencapaian tinggi.
Selain itu, penyertaan Malaysia adalah selari dengan hasrat Malaysia Madani khususnya dari aspek nilai kemapanan, kesejahteraan dan daya cipta. KPM akan meneruskan penglibatan dalam kajian-kajian penandaarasan antarabangsa agar sistem pendidikan negara akan terus selari dengan perkembangan pendidikan global.
Ahli Yang Berhormat Ledang, Kuala Kedah, ada? Tidak ada. Saya teruskan.
Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota sekali lagi dan Kuantan, ada Kuantan? Ada.
Membangkitkan berkenaan pendidikan digital di sekolah.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa menambah baik pengajaran dan pembelajaran yang memanfaatkan penggunaan teknologi dan digital secara berterusan bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital akan terus menyokong hasrat ini. KPM memberi penekanan kepada teknologi digital, pengekodan dan pemikiran computational melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah, dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah. Mata pelajaran yang berkaitan adalah seperti Reka Bentuk dan Teknologi, Asas Sains Komputer, Sains Komputer dan Reka Cipta diperkenalkan untuk melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang seiring dengan keperluan pembangunan modal insan dalam ekonomi digital dan Revolusi Perindustrian.
Selain itu, KPM juga melaksanakan program pemerkasaan pendidikan digital bagi menyokong pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum dalam bidang pengaturcaraan dan pemikiran seperti aktiviti pertandingan Minecraft, pertandingan pembangunan aplikasi Android, iOS App Ideation, drone dan Imagine Cup Junior.
Ahli Yang Berhormat Seputeh, tak ada. Betong?...
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ahli Yang Berhormat, sekejap.
Puan Fadhlina binti Sidek
Silakan Yang Berhormat.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Sekejap. Dua, tadi yang tentang dasar itu. Saya setuju ranking itu dilihat tetapi kalau saya boleh cadangkan juga, dilihat juga laporan-laporan SDG kerana yang ranking yang kita lihat itu ialah menuju mutu yang tinggi yang kita hendak capai semua murid, tetapi yang SDG ini dia ada juga laporan yang berunsur murid-murid yang terbelakang itu juga hendak di- supaya no one left behind. Yang kedua tentang digital itu, sebab betul lah bajet itu besar cuma projek dan program atau aktiviti di sekolah itu banyak. Mungkin dalam Peringkat Jawatankuasa nanti boleh ditentukan atau diberitahu yang mana yang nak diberikan prioriti untuk tahun depan.
Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat. Saya ucapkan terima kasih dan pandangan Yang Berhormat itu saya sambut terus bahawa penekanan- penekanan tentang itu akan diberikan tumpuan selepas ini.
Ahli Yang Berhormat Seputeh? Tak ada.
Betong? Ada, dan juga Kubang Pasu, ada. Baik. Telah menyentuh tentang perancangan KPM dalam meningkat minat murid dalam bidang sains, teknologi, matematik dan kejuruteraan atau STEM termasuk meningkatkan nisbah murid yang mengambil mata pelajaran STEM. KPM cukup komited untuk memupuk minat murid dalam STEM bagi menyediakan bakat yang adaptive ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi, sentiasa menjadi keutamaan selaras dengan keperluan dasar berkaitan sains, teknologi dan inovasi seperti Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara.
Justeru, penyediaan bakat bukan sahaja meliputi kemahiran dan pengetahuan murid di dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, tetapi turut melibatkan mata pelajaran berasaskan teknologi dan kejuruteraan.
Justeru itu, KPM menawarkan pilihan pakej mata pelajaran bidang STEM di peringkat menengah atas yang merangkumi mata pelajaran sains tulen, sains gunaan dan teknologi serta pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET). Pakej mata pelajaran yang disediakan ini bertujuan bagi memberikan peluang kepada murid untuk memilih mata pelajaran yang bersesuaian mengikut kecenderungan, minat dan kebolehan mereka seterusnya dapat menggalakkan lebih ramai murid mengambil elektif STEM.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2022 sebanyak 40.95 peratus murid memilih pakej aliran STEM. Manakala pada tahun 2023 sebanyak 45.73 peratus murid telah memilih pakej ini. Bagi mencapai sasaran Dasar 60:40, KPM telah
Puan Fadhlina binti Sidek
mewujudkan inisiatif pengukuhan pendidikan STEM dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.
Langkah yang diambil dalam inisiatif pengukuhan pendidikan STEM termasuklah meningkatkan minat murid mengenai pendekatan pembelajaran yang baharu dan pemantapan kurikulum, meningkatkan kemahiran dan kebolehan guru bidang STEM, meningkatkan kesedaran terhadap STEM dalam kalangan murid, ibu bapa dan orang awam dan menambah baik serta menaik taraf kemudahan dan infrastruktur untuk proses PDP STEM.
Untuk makluman Yang Berhormat, kita juga telah mengembalikan semula Ujian Amali Sains bagi peperiksaan SPM secara peperiksaan pusat mulai tahun 2021 dan juga kita telah meningkatkan kompetensi dan kebolehan guru dalam pendekatan PDP berkaitan STEM. Antara lain adalah meluaskan konsep pembelajaran sains secara inkuiri iaitu pembelajaran sains berasaskan inkuiri dan pembelajaran matematik secara inkuiri yang memberikan penekanan kepada aktiviti, dengan izin, hands-on supaya pembelajaran murid lebih seronok serta mendorong murid untuk mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam kehidupan sebenar.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
[Bangun]
Puan Fadhlina binti Sidek
Kita banyak lagi inisiatif lain Yang Berhormat, termasuk Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL), STEM Bersepadu di bawah Projek STEM, dengan izin, executive consultation yang melibatkan semua guru sekolah rendah dan menengah. Kita juga ada penglibatan industri dan juga NGO serta lain-lain pemegang taruh kita termasuk dengan Yayasan PETRONAS melaksanakan program Duta Guru bagi memperkasakan 4,500 orang guru STEM dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi melalui pendidikan STEM.
KPM juga memperkukuhkan sinergi di antara kementerian seperti Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Sains dan Teknologi serta agensi swasta bagi mengupayakan ekosistem pendidikan STEM. Jadi, kita mengharapkan semua pihak dapat memberikan tumpuan khususnya dalam memastikan bahawa minat dan juga dari konteks memastikan bahawa infrastruktur untuk kita mendukung budaya STEM ini dapat kita penuhi untuk mencapai hala tuju negara khususnya yang terkait rapat dengan STEM. Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju ada?
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Minta laluan, Tuan Yang di-Pertua. Minta laluan, Menteri.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Siapa tu?
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Sekejap saja.
Puan Fadhlina binti Sidek
Siapa tu?
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Kubang Pasu.
Puan Fadhlina binti Sidek
Kubang Pasu, silakan Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Pertama, saya nak ucap banyak terima kasih kepada Menteri yang telah memberikan pencerahan dan daripada yang apa saya dengar, nampaknya Menteri amat bersungguh-sungguh untuk memajukan STEM ini. Cuma, saya ada fakta sedikit Yang Berhormat Menteri. Sama ada Yang Berhormat Menteri setuju atau tidak, saya tak tahu ya. Fakta ini daripada Akademi Sains. Kedudukan sekarang ialah aliran sains 15.8 peratus, yang bakinya sastera dan kalau kita tak menerima data yang boleh dipercayai ini, jadi kita mungkin kita tak boleh laksanakan hala tuju yang berkesan.
Berdasarkan kepada pengalaman saya dan juga cakap-cakap dengan pelajar di sekolah, Yang Berhormat Menteri, salah satu sebab kenapa murid minat dengan Sains, Ilmu Hisab Tambahan ialah kerana teknik guru mengajar berkesan dan menarik. Ilmu Hisab zaman saya. Matematik Tambahan. Menteri tak tahu “Ilmu Hisab” ini. Zaman saya Ilmu Hisab, Tuan Yang di-Pertua. Dia bukan Matematik...
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Tua dah.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Maksudnya saya ini lama juga lah. Kena hormat juga lah saya ini, kan. Lama. Dia macam ini, saya dahulu Tuan Yang di-Pertua, saya suka mata pelajaran kimia dan saya aliran sains tulen di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jenan. Kenapa saya suka Sains, Kimia, Biologi dan mata pelajaran Matematik sebagainya? Sebab saya suka dengan cikgu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Tanyalah murid mana pun, pasai apa dia suka mata pelajaran? Bukan suka dengan cikgu itu saja tapi suka kerana cara dia mengajar itu, dengan penuh perasaan dan bersungguh-sungguh dan senang difahami. Yang itu asas yang pertama Menteri.
Yang seterusnya, saya tengok ada kajian Kementerian Pendidikan sendiri kenapa kita tak dapat capai 60:40 ini Yang Berhormat Menteri ialah pertamanya murid-murid tak berminat. Itu kita boleh selesaikan dengan cikgu tadi itu. Guru-guru ini kena melalui latihan, kursus supaya mereka boleh mengajar mata pelajaran sains tulen ini dengan berkesan. Sains tulen maksudnya STEM A, ya. STEM kategori A: Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Biologi.
Kategori B: Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan ganti Biologi. STEM A dan B membolehkan mereka mengambil kursus kejuruteraan. Kalau buat STEM C, merela tak boleh buat ijazah kejuruteraan dan tak boleh jadi saintis. Jadi, mata pelajaran ini, cikgu- cikgu ini kena betul-betullah dilatih, dikursus supaya dia boleh bagi murid-murid ini seronok mata pelajaran itu. Dia minat nak buat sebab dia kata, “kalau buat nampak macam senang, mudah tapi sekarang jadi susah, cikgu”.
Keduanya, ini dapatan kajian daripada Kementerian Pendidikan sendiri bahawa pengetua sekolah ni Yang Berhormat Menteri, dia tak berapa menggalakkan pelajar dia Tingkatan 4 buat Sains Tulen sebab dia tak mahu prestasi sekolah jatuh, Yang Berhormat Menteri. Ini dapatan kajian Kementerian Pendidikan. Kedua-dua masalah ini kita kena selesaikan dengan cepat. Jika tidak, kita bercakap-cakap, tak selesai. Ini bukan salah Menteri sekarang, dia baru. Daripada dulu macam itu tapi saya dengaq Menteri sekarang ini macam bersungguh-sungguh...
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Tak perlu bahaslah, soalan saja.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Soalan dia yang itu tadilah. Bagaimana kita nak – pertama, beri latihan yang terbaik kepada guru supaya mereka dapat mengajar supaya murid senang faham mata pelajaran Sains dan dia minta mata pelajaran Sains. Bukan sains biasa, sains tulen yang saya sebutkan tadi.
Yang lainnya pengetualah, yang itu handle them, manage this problem. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Saya seronok dengar Menteri jawab ini.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Menteri, Ledang, Ledang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
...berkaitan dengan, berkaitan dengan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, saya nak ingatkan ya Yang Berhormat Menteri, 50 minit.
Puan Fadhlina binti Sidek
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
...stop nak bagi, kuasa Yang Berhormat Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Betul, betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
...saya tidak akan halang.
Puan Fadhlina binti Sidek
Baik, terima kasih sebab saya memang nak dengar pandangan daripada Kubang Pasu sebentar tadi.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Puan Fadhlina binti Sidek
Baik, saya bagi laluan Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Berkaitan. Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ada berbahas tentang perkara ini, di mana saya minta penjelasan berkenaan dengan apa yang dikaitkan antara Dasar Pendidikan Digital dengan sektor STEM. Saya sebutkan ini, saya nak – saya tak nampak integrasi itu berlaku di peringkat dasar. Kita nak bincang peringkat dasar. Kita kata Dasar Pendidikan Digital tapi di manakah kedudukan dari segi dasar ini, dengan STEM?
Kita nak lihat juga pada masa yang sama, ada penggalakan diberikan terutamanya di sekolah-sekolah kerana saya bagi satu contoh simple saja. Di kawasan saya, di Sekolah Tengku Mahmud Iskandar. Seorang murid kurang upaya Tingkatan 4 telah pun berjaya di peringkat Global International IT Challenge baru-baru ini di Dubai.
Beliau menang johan untuk content dan sebagainya, dari segi digital.
Jadi, ini maknanya ada talent, bakat yang baik di kalangan pelajar-pelajar kita yang cuma kita nak kena pupuk dan galakkan lebih. Kalau ianya sebahagian daripada dasar, saya rasa itu cara yang terbaik untuk kita naikkan lagi. Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Menteri, Bakri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Bagi saya jawab dulu, ya Bakri?
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Tambahan sikit, jawab sekalilah.
Puan Fadhlina binti Sidek
Ada kaitan? Okey.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Berkaitan. Yang Berhormat Menteri, saya perhatikan apabila kita sebut tentang STEM ini, nampaknya dia belum ada satu garis panduan atau satu syllabus yang kita kata uniform untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah.
Sekarang, saya lihat lebih kepada relaan. Makna, sekolah-sekolah sekiranya ada cikgu-cikgu yang mahir dalam certain bidang tertentu, dia akan apa tu? Dia akan menjalankan program-program ataupun aktiviti secara kokurikulum. Saya nampak dalam pasaran ada banyak pembekal-pembekal, ada banyak supplier iaitu mereka akan menyediakan modul-modul yang berlainan. Ada yang menekankan kepada apa tu coding, ada yang akan menekankan kepada assembling, apa tu robotic dan sebagainya.
Maka, ini telah- bagi saya sebagai seorang ibu bapa yang anak masih dalam sekolah, dia akan menambahkan beban saya dan saya kurang pasti bahawa program- program itu, adakah ianya membantu anak saya menguasai ilmu STEM? Adakah ianya adalah setaraf ataupun memadai keperluan untuk zaman sekarang atau pun masa hadapan?
Maka, adakah pihak kementerian ada cadangan ataupun rancangan untuk mengeluarkan satu garis panduan, supaya sekolah boleh berpandukan garis panduan tersebut untuk menyediakan program-program yang sesuai untuk anak-anak murid.
Puan Fadhlina binti Sidek
Okey, baik. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya fikir penting semua input yang disebut sebentar tadi.
Saya, kalau boleh saya nak jawab dulu sedikit barangkali untuk Kubang Pasu bahawa apa yang menjadi perhatian yang dibangkitkan oleh Kubang Pasu itu telah pun menjadi sebahagian daripada tumpuan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sebab itu tadi Kubang Pasu dalam – eh dah tak ada dah? Okeylah, tak payah jawablah.
Saya jawab Ledang.
[Ketawa] Saya jawab Ledang. Ledang, saya fikir begini, Ledang untuk memudahkan – tapi input Ledang itu penting. Cuma, saya nak sentuh begini Ledang. Mana mungkin kita melaksanakan STEM tanpa dasar pendigitalan. Ia tidak
Puan Fadhlina binti Sidek
mungkin berlaku. Dia mesti ada integrasi, mesti ada pengukuhan dan itu yang berlaku ketika ini, di mana integrasi ini berlaku dengan sangat baik.
Sebab itu Ledang, dalam konteks kita menyusun semula STEM ini, kita memberikan tumpuan kepada beberapa aspek ya, selain daripada minat, selain daripada infrastruktur, selain daripada kompetensi guru. Saya ingin juga menyentuh tentang betapa keprihatinan kita kali ini, apabila belanjawan ini menyentuh RM100 juta untuk STEM ini menunjukkan komitmen yang cukup tinggi bagi memastikan bahawa apa yang disebut oleh Ledang ini, pastinya menjadi kenyataan.
Kata kuncinya Ledang, adalah pembudayaan STEM. Jadi, saya setuju bila Ledang sebut bahawa ada yang bakat-bakat inovasi ni dihantar keluar negara untuk mempamerkan bakat mereka. Ini yang sedang kita buat di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia dan kita mahu dukungan anak kita ini, untuk mendapat pengalaman dan juga mencipta inovasi-inovasi berdasarkan pembudayaan ini.
Untuk menjawab Bakri sebentar tadi, sebagaimana jawapan saya sebentar tadi Bakri. Saya sudah tekankan bahawa dalam konteks STEM di peringkat KPM, kita ada menawarkan pakej, Bakri. Sebab itu bila Bakri kata sebagai bapa risau, kejap anak beli Lego, kejap anak beli lori, kejap anak beli pelbagai – maknanya, material ini.
Sebenarnya kita menawarkan pilihan pakej mata pelajaran bidang STEM ini, merangkumi Sains Tulen, Sains Gunaan dan Teknologi serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. Jadi, ada banyak segmen, yang mana anak-anak ini boleh pilih dan menunjukkan minat mereka, Bakri.
Sebab itu saya fikir Bakri, penting sebagai ibu bapa muda seperti Bakri, untuk memastikan minat anak-anak ini dan terus didorong bagi memastikan minat mereka ini berterusan ya. Saya juga nak memetik contoh, bagaimana nisbah 60:40 ini kita berjaya laksanakan di sebuah negeri.
Saya ucapkan tahniah kepada negeri Perlis kerana negeri Perlis antara negeri yang terkehadapan dalam memastikan nisbah 60:40 STEM ini dijayakan.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Perlis.
Puan Fadhlina binti Sidek
Insya-Allah kita akan bawa ke negeri-negeri lain dalam mekanisme, dinamika melihat kepada pembangunan dan juga sokongan ekosistem di setiap negeri tersebut. Wangsa Maju tak ada, saya teruskan.
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Wangsa Maju ada.
Puan Fadhlina binti Sidek
Eh mana? Eh? Minta maaf, Wangsa Maju tak nampak. Baik, Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju turut menyentuh perkara berkaitan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penerimaan masyarakat terhadap program TVET yang ditawarkan oleh KPM sangat positif. Ini dapat dilihat melalui peningkatan peratusan penglibatan murid yang menceburi bidang TVET KPM iaitu sebanyak 4.60 peratus pada tahun 2019; 6.11 peratus pada tahun 2020; 6.30 peratus pada tahun 2021; 10.37 peratus pada tahun 2022; dan 10.71 peratus pada tahun 2023.
KPM secara berterusan meningkatkan kefahaman dan penerimaan masyarakat berhubung TVET, terutamanya berhubung laluan kerjaya yang luas dan jelas. Justeru, KPM telah melaksanakan aktiviti jerayawara dan hebahan di seluruh negara, menggiatkan program kesedaran dan jangkauan serta kempen bersama-sama pelbagai pihak untuk mempromosikan TVET sebagai pilihan utama.
Puan Fadhlina binti Sidek
Antara strategi yang telah dilaksanakan adalah mempromosi kejayaan lepasan TVET KPM dalam bidang pekerjaan atau yang telah menjadi usahawan berpendapatan tinggi melalui pelbagai platform media sosial serta media cetak dan elektronik.
Kedua, menguar-uarkan laluan artikulasi pengajian murid lepasan diploma TVET KPM ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi dan dilaksanakan oleh Malaysian Technical University Network dan ijazah sarjana muda di universiti tempatan yang lain.
Puan Fadhlina binti Sidek
Kita juga Yang Berhormat, mewujudkan kolaborasi dengan industri berimpak tinggi bagi menyediakan ruang dan peluang kepada murid memiliki keupayaan dan tahap kemahiran tinggi serta memenuhi permintaan industri bagi tenaga kerja tempatan.
Ingin saya rakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada semua anak-anak TVET khususnya dan rakaman bangga saya kepada pelajar-pelajar TVET kami yang kebolehpasarannya adalah 98 peratus. Jadi, inilah mengapa TVET ini sentiasa juga menjadi sebahagian daripada hala tuju dan juga komitmen KPM.
Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju juga mencadangkan agar murid diberi peluang untuk menerokai bidang kemahiran dari peringkat awal persekolahan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, murid diperkenalkan kepada elemen kemahiran teknik dan vokasional menerusi mata pelajaran RBT seawal Tahun 4 di sekolah rendah. Murid mengikuti mata pelajaran RBT selama satu jam seminggu di peringkat sekolah rendah, manakala di peringkat menengah rendah, mata pelajaran RBT diajar sebanyak dua jam seminggu.
Pelaksanaan aktiviti hands-on dalam mata pelajaran RBT peringkat sekolah rendah adalah sebanyak 86 peratus daripada keseluruhan kandungan kurikulum mata pelajaran tersebut. Manakala bagi menengah rendah pula, kandungan hands-on adalah sebanyak 80 peratus. Tumpuan kepada kandungan hands-on ini dapat memupuk minat murid dalam bidang kemahiran daripada peringkat awal persekolahan.
Ahli Yang Berhormat Sibu ada?
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Ada.
Puan Fadhlina binti Sidek
Ada, baik. Ahli Yang Berhormat Sibu ada membangkitkan berkenaan kandungan buku Sejarah, khususnya yang melibatkan negeri Sabah dan Sarawak.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kurikulum mata pelajaran Sejarah disusun secara kronologi, bermula dari zaman prasejarah sehingga Malaysia hari ini, manakala kandungan berkaitan sejarah Sarawak dan Sabah, disusun selari dengan sejarah negeri- negeri lain di Malaysia, agar dapat mewujudkan perasaan perkongsian sejarah dalam kalangan murid ke arah perpaduan, memupuk integrasi nasional, menghargai warisan rasa bangga terhadap negara.
Kandungan berkaitan Sarawak dan Sabah telah dinyatakan mengikut tema dan tajuk secara rangkuman bersama kandungan sejarah tanah air yang lain atau berdiri sendiri mengikut tajuk-tajuk yang dipetakan. Semua pengetahuan berkaitan Sarawak dan Sabah dihuraikan melalui aspek politik, ekonomi, sosial, sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik. Selain itu, kandungan berkaitan Sarawak dan Sabah juga disusun berdasarkan kerangka peristiwa sejarah dunia dan sejarah negara.
Jadi Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat lihat Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Kurikulum Standard Sekolah Menengah, semua inti pati rangkuman itu telah dipetakan berdasarkan kepada kerangka-kerangka dan juga inti pati daripada sejarah- sejarah Sabah dan Sarawak khususnya.
Ini saya nak tegaskan kepada Yang Berhormat Sibu, tentang proses penggubalan. Ini penting. Proses penggubalan kurikulum dan tulisan buku teks Sejarah telah melalui beberapa proses penelitian dan kawalan mutu oleh Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah KPM. Ahli panel dilantik setelah melalui proses tapisan keselamatan yang ketat dan merupakan ilmuwan dalam bidang sejarah yang terdiri dalam kalangan pensyarah universiti awam, yang telah dikenal pasti mempunyai kredibiliti dan kepakaran kandungan mata pelajaran tersebut. Panel pakar rujuk juga terdiri dari ilmuwan sejarah yang mewakili Sabah dan Sarawak.
Seterusnya, penggubalan kurikulum dan penulisan buku teks juga melibatkan guru-guru cemerlang serta agensi-agensi berautoriti dari Sabah dan Sarawak termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, arkib negeri, muzium negeri, IPG kampus di Sabah dan Sarawak dan badan-badan bukan kerajaan setempat yang sah, berkaitan dengan sejarah budaya dan sosial negeri Sabah dan Sarawak seperti persatuan sejarah.
Puan Fadhlina binti Sidek
Selain daripada itu, kandungan buku teks ini telah disemak oleh Jawatankuasa Peningkatan Mutu Buku Teks Dewan Bahasa dan Pustaka, Jawatankuasa Pembaca Luar Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jawatankuasa Penilaian Teknikal 4 Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum ia diterbitkan.
Oleh yang demikian, Ahli Yang Berhormat khususnya Ahli Parlimen Sibu, kita melalui proses yang sangat panjang, yang sangat telus dan memastikan input-input yang diberikan dalam penggubalan sejarah buku Sejarah khususnya, mengambil kira kepakaran-kepakaran setempat, khususnya Sabah dan Sarawak.
Seterusnya Ahli Yang Berhormat, izinkan saya untuk meneruskan dengan Ahli Yang Berhormat Baling. Ada? Tidak ada. Kuala Pilah?
[Ketawa]
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Kuala Pilah ada.
Puan Fadhlina binti Sidek
Kuala Pilah ada, terima kasih. Kedua-dua Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan tentang Sistem Pentaksiran Kebangsaan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan pencerahan mengapa pentaksiran, Sistem Pentaksiran Kebangsaan ini begitu penting ketika ini dan menjadi keutamaan kita, apatah lagi dalam memastikan pembangunan ansur maju anak-anak kita ini dilihat secara holistik, baik.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa melaksanakan penambahbaikan kepada sistem pentaksiran dan penilaian murid seiring dengan keperluan semasa. Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan adalah satu sistem pentaksiran yang diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. Ia merupakan transformasi kepada sistem yang berorientasikan peperiksaan kepada sistem yang holistik.
Jadi, transformasinya Yang Berhormat adalah daripada exam-oriented kepada pentaksiran. Daripada ilmu hisab kepada matematik tambahan, contoh. Jadi itu yang kita nak lihat, bagaimana transformasi itu tidak lagi berorientasikan peperiksaan tetapi memberi penekanan kepada pembangunan holistik, ansur maju anak-anak kita. Ini penting.
Jadi sebab itulah Pentaksiran Berasaskan Sekolah diperkenalkan bagi melestarikan pentaksiran pendidikan dari berasaskan mata pelajaran berorientasikan peperiksaan kepada berasaskan potensi disokong pentaksiran.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkembangan murid ini, kita lihat apabila diperkenalkan PBS ini, adalah untuk mempersiapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai sebagai asas yang kukuh untuk mengikuti pembelajaran pada peringkat seterusnya. Di samping itu, perkembangan murid dalam aspek sukan, kokurikulum, nilai murni, minat dan kecenderungan serta pembentukan sahsiah dapat dipertingkatkan melalui PBS. Ini adalah selari dengan aspirasi KPM dalam usaha memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah ataupun human dignity melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti.
Ahli Yang Berhormat sekalian, ingin saya tegaskan bahawa melalui pelaksanaan PBS ini, kepelbagaian potensi...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri, Sik boleh sikit tanya soalan berkaitan...
Puan Fadhlina binti Sidek
Oh, Sik. Silakan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan matlamat utama untuk mengangkat nilai karamah manusia. Saya yakin program yang sedang dilaksanakan di sekolah sekarang ini, Minggu Solidariti Palestin itu sebahagian daripada agenda kita nak membangunkan nilai kemanusiaan pelajar.
Soalan saya Yang Berhormat Menteri, saya baca laporan berita hari ini, Yang Berhormat Menteri sebut ada pihak yang membuatkan kacau ganggu kepada Program Solidariti Palestin ini. Saya nak bertanya, siapa itu Yang Berhormat Menteri? Bagi tahu pihak mana yang mengganggu program yang saya yakin seluruh rakyat sama ada yang Muslim, yang non-muslim seluruh Malaysia terus menyokong usaha untuk kita membantu
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
ataupun bersolidariti dengan kanak-kanak di Palestin yang sedang dibunuh dengan dahsyat di sana.
Jadi, kalau ada mungkin Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini yang cuba mengganggu program solidariti ini, kami Ahli-ahli Parlimen di sebelah sini akan pertahan, akan pastikan program ini akan terus berjalan dengan baik, tanpa diganggu oleh mana- mana pihak. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya untuk jawapan Minggu Solidariti ini, saya ada dalam bahagian yang lain. Saya mohon izin untuk jawapan itu saya jawab sekali dalam konteks segmen dalam jawapan saya berkaitan dengan Minggu Solidariti itu, supaya saya boleh selesaikan dulu isu pentaksiran ini.
Puan Fadhlina binti Sidek
Sik, saya bukan nak lari daripada soalan itu. Saya takkan lari. Tapi saya nak kena habiskan dulu tentang pentaksiran itu untuk memberikan keadilan kepada rakan-rakan yang telah pun memberikan persoalan dan keprihatinan mereka tentang PBS.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] PBS ini lagi penting ya untuk memastikan keseluruhan pembangunan anak murid kita ini dilihat secara adil, apatah lagi kebolehan murid-murid ini diraikan, khususnya yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi, dapat diasah sebagaimana cadangan Ledang untuk menyertai pertandingan inovasi. Manakala pelajar yang mahir berkarya dapat diketengahkan untuk pertandingan kesenian.
Pelaksanaan PBS bukan sahaja memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Tetapi saya mahu Ahli Yang Berhormat sekalian untuk mencatat tentang perkara ini kerana inilah dia, kenapa hasrat selain daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, selain daripada Pelan Pembangunan tapi kita juga mempunyai komitmen yang selari dengan Incheon Declaration Education 2030 iaitu menggalakkan negara untuk menyediakan pendidikan yang inklusif, saksama, berkualiti dan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua.
Sistem ini juga mengambil pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di Finland serta Sweeden dalam membangunkan potensi murid secara menyeluruh. Jadi sebagai Komuniti Pendidikan Antarabangsa, KPM ada komitmen dengan Incheon Declaration Education 2030 untuk memberikan tumpuan untuk penyediaan pendidikan yang inklusif, saksama, berkualiti dan peluang pembelajaran sepanjang hayat.
Justeru, pelaksanaan PBS dapat menyediakan murid untuk memenuhi keperluan semasa melalui penilaian yang lebih holistik iaitu murid menjadi lebih kreatif, inovatif dan memahami keupayaan diri seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Baling dan juga Kuala Pilah, betul?
Sebenarnya sesi pelaksanaan libat urus berkaitan dengan PBS ini telah pun kita laksanakan di seluruh negara dan mendapat penglibatan daripada semua pemegang taruh yang terkait rapat dengan isu PBS ini. Hasil daripada sesi libat urus ini, melalui pelaksanaan konvensyen telah memberikan beberapa sumbang saran penting dan penekanan penting dalam ekosistem pendidikan kebangsaan dan untuk menambah baik dan tambah nilai yang perlu dilakukan oleh KPM dalam memperkemas hala tuju PBS.
Resolusi-resolusi penting dan konvensyen libat urus tersebut sedang diteliti dan diperhalusi oleh KPM untuk dijadikan dasar yang lebih mantap bagi mendukung usaha membangunkan ekosistem pendidikan terbaik di sekolah.
Ada juga persoalan, terkait rapat dengan isu ini iaitu berhubung pemilihan murid untuk kemasukan ke sekolah khusus ya. KPM telah memperkenalkan satu pentaksiran
Puan Fadhlina binti Sidek
standard iaitu Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus yang dilaksanakan secara berpusat. Sekolah khusus ini merangkumi untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh, sekolah menengah kebangsaan agama, sekolah menengah teknik dan kolej vokasional bawah pengurusan KPM. Sekolah menengah teknik dan kolej vokasional di bawah pengurusan kami serta Maktab Tentera Diraja bawah pengurusan Kementerian Pertahanan Malaysia.
Selain murid mencapai aras toleransi PKSK yang ditetapkan, kemasukan ya.
Pentaksiran kemasukan tersebut yang ditetapkan, terdapat komponen lain yang digunakan dalam penentuan merit pemilihan kemasukan ke SBP iaitu Pentaksiran Bilik Darjah, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kurikulum dan Status Sosial Ekonomi.
Justeru pentaksiran ini adalah bersifat holistik dalam menentukan potensi murid yang dipilih bagi kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di SBP. Di samping itu penawaran kemasukan murid ke SBP memberi keutamaan sebanyak 60 peratus kepada murid dalam kalangan keluarga B40.
Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota sekali lagi, serta Kangar. Ada Kangar?
Kangar okey ke tu? Tidoq ke tu Kangar? Kangar okey?
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Okey.
Puan Fadhlina binti Sidek
Menyentuh tentang aspek kokurikulum.
[Ketawa] Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota, KPM sentiasa memantau dan memastikan aktiviti kokurikulum diperkasakan selaras dengan perkembangan arus perdana serta bersesuaian dengan matlamat dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Terasnya Indera Mahkota, teras pendidikan ini selamanya Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara usaha memperkasakan kokurikulum adalah menerusi pendekatan kaedah pembelajaran secara formal atau tidak formal serta berunsurkan inquiry dengan izin edutainment dan juga fun learning dengan izin didik, hibur.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dasar kokurikulum KPM menetapkan bahawa penglibatan semua murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan adalah wajib. Jadi, aktiviti kegiatan kokurikulum meliputi sukan dan permainan, persatuan dan kelab, serta pasukan badan beruniform. Saya pasti concern ataupun keprihatinan Indera Mahkota tiga. Kenapa harus tiga?
Begini Indera Mahkota. Apabila kita membangunkan, bercakap soal pembangunan murid yang lebih holistik, soal ini juga adalah untuk memberikan ruang dan peluang kepada anak murid kita ini dalam semua segmen, dalam semua pentas dan memastikan mereka mendapat ruang yang sama. Jadi, sebab itu kita memberikan ruang kepada semua untuk berada dalam kegiatan kokurikulum ini, sukan dan permainan, persatuan dan kelab, serta pasukan badan beruniform dan akhirnya dalam proses-proses ini, mereka akan dilihat potensi-potensi mereka ini, dalam konteks khususnya apabila kita pergi kepada pembangunan holistik itu. Ruang dan peluang ini sangat penting untuk anak- anak kita supaya mereka dapat berpartisipasi penuh dalam semua ruang yang membangunkan potensi mereka secara holistik. Silakan Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih Yang Berhormat. Saya tak ada isu tentang tiga bidang itu. Cuma, persoalan saya, ada tidak kemungkinan bagi sesetengah pelajar. Contohnya seorang atlet yang berjaya, yang mewakili negeri atau mewakili negara, mestikah dia, masih diwajibkan ketiga-tiga bidang itu.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
[Bangun]
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Tak mungkin kah ada pendekatan yang lebih kreatif, di mana walaupun dia cuma dalam sukan tetapi dia masih dapat elemen-elemen dan nilai-nilai yang ada dalam dua bidang yang lain itu kerana tuntutan-tuntutan. Begitu juga, mungkin seorang yang memang dalam sains, dalam Persatuan Sains dia sampai ke tahap dah jadi seolah-olah seorang penyelidik. Jadi, dia masih boleh mendapat yang lain-lain daripada dua yang lain itu, walaupun dia dalam satu bidang. Bukan untuk, bukan jadi satu dasar baru pula. Tapi, maksudnya diberikan kelonggaran itu untuk menyantuni kepakaran dia dalam sesuatu bidang itu. Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Kangar tambah sikit boleh? Isu yang sama.
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Okey, apa untuk berkaitan dengan apa tiga bidang tadi, untuk kokurikulum, memanglah memang cantik kita nampakkan? Memang semua pelajar kena terlibat. Sekarang pun ada pelajar sana. Sedang tengok.
[Sambil menunjuk ke arah galeri awam] Jadi, yang pasti di peringkat pelaksanaan, peringkat perlaksanaan kadang- kadang dia tidak berjalan. Kalau sampai tiga itu, kadang-kadang dia mungkin satu berjalan ataupun dua berjalan, satu tak berjalan. Dia jadi, saya nampak ini dari segi teori. Dari segi pelaksanaan, dia macam lain.
Jadi, kalau boleh nak minta supaya mungkin seperti Indera Mahkota sebut tadi, kalau pelajar itu terlibat dengan sukan, mungkin kita fokus pada sukan. Ataupun yang terlibat dia suka dengan kawad, fokus dengan kawad. Maka, dia akan dapat. Dia akan dapat apa yang dia nak. Kadang-kadang tak dapat. Habis sekolah, tak boleh kawad. Boleh tanya itu.
[Menunjuk ke arah pelajar di galeri awam] Habis kawad, habis sekolah, tak boleh kawad. Yang kita ini lama dah terlibat, masih dok boleh ingat lagi command, command dalam kawad sampai sekarang. Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Baik. Terima kasih Yang Berhormat...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Menteri. Tambahan Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Siapa ini?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Hulu Terengganu. Depan ini.
Puan Fadhlina binti Sidek
Oh, tak nampak. Okey.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tinggi sekali, takkan tak nampak?
Terima kasih Menteri. Berkaitan dengan kokurikulum. Saya bekas cikgu. Sekarang ini dunia digital. Apakah ada cadangan daripada kementerian untuk memasukkan eSport, satu daripada komponen kokurikulum?
Kedua, apakah ada apa-apa bantuan kepada sebagaimana yang dikatakan oleh Indera Mahkota tadi, yang dah mewakili negara. Contoh yang terbaik sekarang ini Johan Ghazali anak Sarawak. Adakah ada apa-apa bantuan ataupun sumbangan yang boleh disalurkan untuk pelajar ini yang telah menaikkan nama negara di mana dunia. Terima kasih Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih kepada ketiga-tiga Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan pandangan tersebut. Saya fikir pandangan-pandangan ini sangat penting. Saya fikir begini Indera Mahkota, Kangar. Yang penting adalah peluang.
Maknanya, entry point-nya adalah peluang kita berikan sama rata dan kemudian kebitaraan itu kita raikan. Jadi, kalau mereka memilih sukan, mereka memilih seni dan sebagainya, maka itulah kebitaraan yang akan diperkasakan dan akan diberikan tumpuan.
Ahli Yang Berhormat yang seterusnya, yang bertanya tentang apakah insentif barangkali persoalannya? Ataupun yang...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
eSport.
Puan Fadhlina binti Sidek
Untuk eSport.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Satu eSport. Yang dua insentif.
Puan Fadhlina binti Sidek
eSports memang telah pun berada dalam rangkuman sukan yang ataupun yang diberikan perhatian oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kita ada segmen itu di dalam pembangunan sukan kita yang kita sedang lihat secara keseluruhannya dan juga berkaitan insentif itu, memang sentiasa ada dan bukan kita sahaja maknanya ia merentas kementerian, malah rakan saya Kementerian Belia dan
Puan Fadhlina binti Sidek
Sukan juga banyak memberikan sokongan kepada para pelajar kami, khususnya dalam membangunkan potensi ahli-ahli.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat, walaupun saya tak tampan, sila jawab soalan saya. Saya tunggu penyelenggaraan ya. Terima kasih.
[Ketawa]
Puan Fadhlina binti Sidek
Baik, baik. Terima kasih Yang Berhormat. Saya kena habiskan dasar dahulu Yang Berhormat.
Ahli Yang Berhormat Kangar juga telah pun memberikan cadangan agar KPM memberi perhatian kepada nilai tambah kepada murid-murid dalam Program Pengantarabangsaan dan KPM sentiasa berusaha ke arah memberi nilai tambah kepada murid dengan memberi peluang untuk melibatkan diri dalam pelbagai program aktiviti antarabangsa.
Jadi Yang Berhormat Kangar, memang banyak sebenarnya program yang dilaksanakan oleh KPM bagi tahun 2023 ini sahaja. Sebagai contoh Yang Berhormat, Youth International Science Fair bertempat di Bali, Indonesia, Regeneron International Science and Engineering Fair bertempat di Dallas, Amerika Syarikat, International Mathematical Olympiad bertempat di Chiba, Jepun dan pelbagai lagi pertandingan yang telah pun KPM terlibat secara langsung di peringkat antarabangsa.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Lagi sekali Yang Berhormat Menteri. Saya mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan memberi, misal kata taraf wajib kepada sekolah untuk mengadakan program antarabangsa. Saya cadanglah. Kalau boleh.
Sebab...
Puan Fadhlina binti Sidek
Cadang boleh, belum tentu diterima. Okey, baik.
Terima kasih.
[Ketawa]
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Nak terima, terimalah. Saya bagi cadangan sahaja.
Puan Fadhlina binti Sidek
Seterusnya Yang di-Pertua. Okey, terima kasih Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota, Semporna. Semporna ada? Kuala Kedah? Kuala Kedah dan Kuala Krau, ada.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Kuala Kedah ada.
Puan Fadhlina binti Sidek
Menyentuh tentang kemahiran dan kompetensi dalam kalangan guru atau pegawai perkhidmatan pendidikan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa cakna akan perubahan persekitaran yang memerlukan penambahbaikan sistem pendidikan bagi memastikan keberhasilan murid untuk menerajui pembangunan ekonomi dan dunia global masa hadapan.
Dalam aspek pembangunan kemahiran digital dalam kalangan guru seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota, Program Pemantapan Pendidikan Digital di bawah RMKe-12 merupakan usaha KPM untuk mempertingkatkan di samping mengupayakan pendidik dan pemimpin pendidikan, untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan. Guru diberikan latihan dan bimbingan yang berterusan dalam mendukung pelaksanaan dasar pendidikan semasa, termasuk meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam aspek pendigitalan pendidikan bagi mendepani sistem pendidikan abad ke-21.
Strategi-strategi yang telah pun kita laksanakan menerusi program ini adalah pelaksanaan pengesanan penguasaan kompetensi digital berdasarkan laluan kerjaya masing-masing. Kita telah melaksanakan pengesanan tahap kompetensi digital dan tujuan pengesanan ini adalah untuk mengenal pasti tahap kompetensi digital para guru, pemimpin pendidikan dan seterusnya melaksanakan latihan yang bersesuaian untuk meningkatkan tahap penguasaan atau tahap kompetensi digital masing-masing.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, kita telah menubuhkan pasukan Jauhari Digital yang terdiri daripada kalangan guru dan pentadbir pendidikan yang menguasai tahap-tahap kompetensi tertentu dalam bidang digital.
Puan Fadhlina binti Sidek
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, dalam konteks pembangunan kerjaya, KPM turut menyediakan pelaung kepada guru untuk mengikuti khusus jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang sama ada di dalam atau luar negara.
Selain itu, KPM sentiasa menggalakkan guru untuk meningkatkan kemahiran secara berterusan termasuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dengan menawarkan pelbagai insentif. Salah satu daripadanya ialah dengan menawarkan Hadiah Latihan Persekutuan kepada guru yang layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran.
Ahli Yang Berhormat Kuala Kedah telah menyentuh tentang latihan yang diterima oleh bakal guru. KPM sentiasa kompeten dan bersedia dalam menyediakan kumpulan guru terlatih dan yang kompeten menerusi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan dan Program Diploma Perguruan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seramai 25,586 orang pelajar yang sedang mengikuti pengajian dengan jumlah pensyarah seramai 2,213 orang.
Sekali Yang Berhormat, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Igan yang sentiasa konsisten membangkitkan isu-isu tentang kekurangan guru di sekolah-sekolah KPM. Ahli Yang Berhormat Igan, Rasah. Rasah ada?
Batang Lupar?
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Ada, ada.
Puan Fadhlina binti Sidek
...dan Kuala Pilah, begitu komited mengetengahkan isu tentang kekurangan guru di sekolah-sekolah KPM.
Berdasarkan data KPM, sehingga 30 September 2023, jumlah perjawatan guru bagi sekolah KPM adalah sebanyak 431,229 dengan pengisian seramai 410,366. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah kekosongan perjawatan guru bagi sekolah KPM adalah dinamik dan akan berubah dari semasa ke semasa dan ia bersifat sementara, disebabkan guru keluar sistem seperti yang bersara, bertukar, meninggal dunia, meletak jawatan dan sebagainya. Kekosongan ini akan diisi dengan lantikan baru berdasarkan jumlah yang telah dikenal pasti.
Ahli Yang Berhormat Rasah dan Batang Lupar memohon agar KPM mengambil langkah segera menangani isu kekurangan guru ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, urusan pengambilan guru tahun 2023, sedang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Alhamdulillah, suka untuk saya umumkan bahawa SPP telah mengeluarkan satu kenyataan pada hari ini bahawa guru-guru telah pun – akan mendapat keputusan ya berkaitan dengan permohonan mereka, mulai esok di website SPP.
Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem - Serian
Yang Berhormat Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
...yang mana keputusan berkaitan dengan temu duga mereka ini, yang akan mengisi jawatan kekosongan guru adalah sebanyak 9,552 yang akan diberikan mendapat keputusan mulai besok. Ya, silakan.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
[Bangun]
Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem - Serian
Serian. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam perbahasan, saya telah bangkit tiga isu. Antara isu yang saya bangkit dan saya memohon ialah peruntukan untuk PIBG-PIBG untuk membantu sekolah dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum.
Di Sarawak khasnya, di pedalaman Sarawak, saya ingat di seluruh Malaysia pun, sekolah-sekolah pedalaman di luar bandar, di pedalaman, most PIBG would like to help the school dengan izin, tetapi tidak ada duit. Also the parents miskin. Jadi, apakah kementerian akan mengambil berat akan masalah ini dan akan masukkan ini dalam peruntukan 2024?
Puan Fadhlina binti Sidek
Baik. Terima kasih Yang Berhormat. Saya percaya jawapan Yang Berhormat itu sudah pun saya sediakan tetapi sebab saya belum habis bahagian dasar ya Yang Berhormat. Saya- bagi ruang untuk saya habiskan dasar terlebih dahulu. Sikit lagi.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
YB Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Jadi, itulah dia Yang Berhormat. KPM akan menyelesaikan isu bekalan guru ini untuk lantikan baru.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
[Bangun]
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
[Bangun]
Puan Fadhlina binti Sidek
SPP telah pun memperakukan sebanyak 9,500 lebih itu melalui esok dan kita berharap dari semasa ke semasa, pendekatan dan sinergi kita bersama SPP ini akan dapat memastikan isu kekurangan guru ini dapat diatasi dari semasa ke semasa.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Ahli Yang Berhormat, Rasah juga mencadangkan agar KPM mengadakan sesi libat urus bersama pemegang taruh bagi menangani isu kekurangan guru dalam jangka masa panjang, sudah pun kita laksanakan Ahli Yang Berhormat. Antara lain adalah menubuhkan Jawatankuasa Pengambilan dan Penempatan Guru di peringkat KPM. Selain daripada itu, kita juga melibatkan juga rakan- rakan kita daripada Kementerian Pendidikan Tinggi bagi memastikan bahawa hala tuju perguruan ini dan unjuran perguruan ini dapat kita laksanakan mengikut keperluan sebenar di sekolah KPM.
Yang seterusnya Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya bagi masa tambahan 10 minit.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Yang Berhormat Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Ahli Yang Berhormat, kalau tidak. saya tak habis ini, saya kena habiskan dahulu. Bagi saya ruang. Saya ingat untuk 10 minit tak perlu mencelah lagilah.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat.
Puan Fadhlina binti Sidek
Mana yang saya tidak dapat jawab, saya akan susul tindak dengan jawapan bertulis, boleh? Baik.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Timbalan Speaker, Yang Berhormat, saya menunggu jawapan tentang penyelenggaraan...
Puan Fadhlina binti Sidek
Saya hendak teruskan.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
...iaitu DE 5.93 juta.
Puan Fadhlina binti Sidek
Baiklah.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Jadi, saya tak sentuh tadi dasar.
Sebab ini adalah peruntukan besar yang kita luluskan. Saya cuma hendak tanya satu soalan ja. RM5.93 bilion ini. RM1 bilion disediakan untuk penyelenggaraan institusi pendidikan. Saya dapati RM1 bilion ini RM100 juta untuk penyelenggaraan makmal komputer termasuk memberi peralatan untuk STEM. Eh? Ini tajuk apa? Ia tak pernah dulu sejak 2009 sampai hari ini, ia tak pernah dirojakkan campur aduk.
Kedua, penyelenggaraan kuarters RM60 juta. Ini tidak adil bagi kementerian.
Saya perjuangkan untuk Kementerian Pendidikan dan tinggal RM840 juta. Daripada maklumat ini, penyelenggaraan sekolah dan bukan sekolah RM670 juta. Sekolah RM565 juta bukan sekolah RM25 juta, cerun RM15 juta dan bencana dengan kecemasan RM65 juta.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Cara ini berlainan dengan butiran sebelumnya. Tak pernah sebelum ini dicampuradukkan semua dalam satu. Tak betul. Tengok balik Butiran 04600.
[Tepuk] Dasar baru STEM dia mesti ada peruntukan. Dia tak boleh ambil daripada sekolah. Ini tidak adil bagi wakil rakyat. Sebab kami perjuangkan, hendak luluskan RM1 bilion, biarlah RM1 bilion untuk sekolah, 10,000 buah sekolah.
Jadi, saya hendak tanya kenapa dari RM1 bilion jadi RM565 juta? Ini untuk kebaikan kita semua, pertama.
Kedua, kalaulah STEM, satu dasar baru sudah tentunya wujud satu objek untuk dasar baru. Kenapa hendak diambil daripada tabung yang kesian ini? RM1 bilion? Kalau zaman Putrajaya, dua tahun dapat RM800 juta, RM900 juta dia perihalkan untuk jenis sekolah apa dapat.
Tetapi kali ini tinggal RM565 juta, tak tambah. Jadi, ini yang menyebabkan kita tunggu, sabar menunggu hendak tanya adakah kesilapan daripada Kementerian Kewangan? Saya tak pernah tengok. Dulu kalau tengok ucapan, saya buat ya. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Daripada tahun 2008 pengumuman 2 November sampai hari ini, saya buat satu rumusan, tak pernah berlaku macam ini. Semua sekolah contoh 2013, RM400 juta...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ayer Hitam, kalau hendak bahas tentang perincian tunggu peringkat Jawatankuasa. Kita hendak dengar Menteri dahulu.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
...sekolah kebangsaan yang sekolah-sekolah lain SJKC, SJKT RM100 juta semua nyatakan jelas. Yang Berhormat Bagan pun sebut setiap sekolah berapa dapat.
Tetapi kali ini, macam mana RM1 bilion besar macam ini, akhirnya tinggal RM565 juta? Adakah kesilapan? Saya tak tahu kesilapan mana ataupun Menteri dibuli? Saya sokong Menteri ambil balik RM1 bilion itu, sebab untuk kawasan-kawasan kita. RM800 juta, RM900 juta tiba-tiba jadi RM565 juta.
Saya rasa ini bukan satu peningkatan. Itu perlu kita perjuangkan bersama-sama.
Saya sokong Kementerian Pendidikan dapat balik benda itu. Terima kasih.
[Tepuk]
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri.
Kalau boleh sedikit, Ayer Hitam. Ayer Hitam sebut nama saya tadi. Sebab itu dalam sidang Dewan, saya tanya banyak kali peruntukan penyelenggaraan ini perlu dijelaskan, telus.
Saya masih ingat, kami pada waktu itu perkenalkan satu formula dan formula itu amat jelas ada dibahaskan di sini panjang lebar. Ada yang cuba bangkitkan seolah-olah formula itu ada elemen perkauman. Saya kata tunjuk kat mana? Tak ada. Ianya berdasarkan jumlah sekolah berdasarkan pada peratus tertentu dan kita bentangkan jumlah tersebut.
Jadi, itu merupakan pendekatan jelas. Jadi, kita tanya banyak kali sebelum ini jawapannya kita ikut keperluan. Betul, ikut keperluan tetapi ada pembahagian- pembahagian yang memudahkan proses untuk kita pantau, sama ada ianya dalam kerangka yang telah ditetapkan.
Jadi, kalau boleh kali ini, dijelaskan berapa sebenarnya yang diberikan dan apakah pendekatan atau formula yang digunakan? Apa yang paling penting adalah penyelenggaraan ini kita kena lihat dalam konteks yang amat luas. Kita ada lebih 10,000 buah sekolah di seluruh negara.
Kalau dahulu, kalau RM500 juta too small saya masih ingat RM1 bilion atau pada waktu itu RM800 juta, RM900 juta masih terlalu kecil berbanding dengan lebih 10,000 buah sekolah di seluruh negara. Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan juga keprihatinan bagaimana keseluruhan agihan peruntukan penyelenggaraan ini dibuat. Saya ingin tegaskan begini Yang Berhormat.
Perincian agihan peruntukan penyelenggaraan yang telah dirancang buat masa ini adalah sepertimana yang dibaca, yang dirujuk oleh Yang Berhormat. Tetapi, pecahan
Puan Fadhlina binti Sidek
peruntukan penyelenggaraan ini masih di peringkat perbincangan dalaman KPM.
Maknanya, ada ruang untuk kita dengar dan ambil pandangan Yang Berhormat, untuk kami lihat bagaimana pecahan peruntukan penyelenggaraan ini masih di peringkat perbincangan.
Adapun begitu, ini sangat penting. Adapun begitu, peruntukan penyelenggaraan ini akan diagihkan berdasarkan mekanisme-mekanisme tertentu. Ada yang berdasarkan permohonan dan dalam masa yang sama, need-based formula. Need-based formula ini masih menjadi pegangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebab itu jugalah kita melihat kepada isu-isu penyelenggaraan ini mesti diagihkan dengan adil dan sewajarnya melihat pada kepentingan dan juga penyelenggaraan, termasuk kepentingan dan keperluan setiap sekolah.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat, saya rasa dalam kecemasan tadi RM65 juta sebenarnya tak boleh masuk dalam. Sebab, ada keputusan Kabinet 2015. Ketika itu banjir besar 2014, dia bagi SJKC RM16.5 juta. Lepas itu Kabinet arahkan balik kementerian, bagi balik RM50 million sebab itu yang diperuntukkan.
Jadi, dalam kes ini cerun jangan masuk, kuarters jangan masuk. Ambil tempat lain. Tetapi, ini untuk 10,000 buah sekolah. Sekolah.
Puan Fadhlina binti Sidek
Baik, kita ambil perhatian.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Bukannya untuk kuarters. That’s why saya kata, saya sokong Yang Berhormat pergi balik dapat 10,000 ini bagi kepada semua sekolah, itu maksudnya. Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
[Ketawa] Need-based Yang Berhormat, need-based.
Terima kasih.
Ahli Yang Berhormat sekalian, seterusnya adalah yang berkaitan dengan yang dibangkitkan juga oleh Ahli Yang Berhormat Igan, Lubok Antu, Batang Lupar dan Betong.
Mencadangkan agar KPM melantik lebih ramai anak-anak Sarawak dan Sabah lepasan universiti untuk menjadi guru di daerah masing-masing.
KPM menyambut baik cadangan tersebut dan sentiasa menyambut baik cadangan tersebut. Urusan pengambilan guru dilaksanakan setiap tahun melalui iklan pengambilan oleh SPP, selaku pihak berkuasa melantik.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah guru kelahiran Sabah yang berkhidmat di sekolah rendah negeri tersebut adalah seramai 23,482 iaitu menyamai 90.46 peratus. Jumlah guru kelahiran Sabah yang berkhidmat di sekolah menengah adalah mencapai 87.76 peratus. Jumlah guru kelahiran Sarawak yang berkhidmat di sekolah rendah negeri di Sarawak sebanyak 90.90 peratus.
Manakala jumlah kelahiran guru Sarawak yang berkhidmat di sekolah menengah di negeri tersebut, adalah sebanyak 85.95 peratus. Jadi, berhubung dengan mengembalikan— tahniah Sarawak dan Sabah kerana mengekalkan unjuran tersebut dan memastikan anak-anak kelahiran terus berkhidmat di negeri masing-masing.
Berhubung cadangan mengembalikan pengambilan guru melalui kursus dalam cuti, Program Lepasan Ijazah atau Guru Interim. Seperti yang diutarakan oleh Ahli Yang Berhormat Igan dan Betong, KPM pernah melaksanakan pelantikan Guru Sandaran Tidak Terlatih atau Guru Interim. Namun, bermula tahun 2020 pelantikan guru secara lantikan contract of services dilaksanakan untuk menggantikan kaedah tersebut.
Selaras dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam 2012. Kaedah lantikan guru COS ini Yang Berhormat, adalah lebih baik. Lebih baik untuk menjamin kebajikan dan lebih teratur kerana guru COS dikategorikan sebagai penjawat awam dan layak mendapat gaji, elaun serta kemudahan sama seperti guru lantikan tetap.
Ahli Yang Berhormat sekalian, saya tinggal lebih kurang empat minit lagi. Saya ingin juga sentuh sedikit apa yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Jerai. Ada Jerai? Jerai tak ada. Baik, saya hendak jawab sedikit tentang yang dibangkitkan oleh rakan saya Sik sebentar tadi.
Puan Fadhlina binti Sidek
Apabila beliau menyentuh tentang pelaksanaan program, khususnya yang terkait rapat dengan Minggu Solidariti Palestin.
[Menahan sebak] Nirmala kemanusiaan adalah asbab utama mengapa KPM mahu tampil dalam melaksanakan Minggu Solidariti ini.
[Tepuk] Anak-anak, Yang Berhormat. Anak-anak yang didedahkan dengan seribu satu emosi memerlukan panduan dan pedoman dalam menavigasi emosi ke arah yang lebih murni. Ini bukan soal siapa yang terpaling Palestin, ini bukan soal siapa yang tunduk kepada desakan-desakan dangkal yang memilih antara dua kemanusiaan. Ini bukan soal itu.
Puan Fadhlina binti Sidek
Justeru itu, Ahli Yang Berhormat, KPM menyahut seruan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan pendirian Kerajaan Malaysia untuk turut bersama-sama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin. Jadi, program ini tujuannya adalah untuk mendidik murid berkaitan nilai manusiawi, nilai kemanusiaan, pendidikan kedamaian dan juga keamanan.
Beri ruang kepada kami, Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan tanggungjawab kami dan mengutamakan proses pendidikan kemanusiaan ini. Jangan kacau kami, jangan usik sekolah kami.
[Tepuk] Jangan usik guru-guru kami, yang sana ataupun yang sini sama. Jangan usik! Beri ruang kepada pendidikan ini sebagai satu proses. Fahaminya sebagai satu mesej yang penting untuk mendidik kemanusiaan.
Sebab itu tuan-tuan dan puan-puan, saya mengambil semua pandangan, semua kritikan saya dengar semua. Syor, antara lain termasuk rakan-rakan daripada Majlis Kristian yang menyarankan agar Minggu Solidariti ini diisi dengan doa mengikut agama masing-masing. Saya terima dan ada sekolah yang melaksanakan program yang begitu.
Jadi, sebab itu, jangan ganggu ekosistem sekolah ini. Sekolah ini dinamik sifatnya. Ada pelbagai ras, ada pelbagai kepercayaan, ada pelbagai latar belakang.
Dinamika ini hanya ada pada guru untuk mengenal pasti, apakah program yang sesuai. Sebab itu jangan bising, jangan susah hati kalau sekolah tak ada takbir, tak ada Qunut Nazilah, ada sebab kenapa ia berlangsung dalam suasana dan aktiviti yang dibenarkan dengan bersesuaian dengan sekolah tersebut. Sebab itu Yang Berhormat, penting ketika ini adalah mesej pendidikan itu, mesej kemanusiaan itu kena sampai. Mesej kedamaian itu kena sampai dan keamanan sejagat itu kena sampai.
Anak murid kita ini, jangan underestimate. Mereka mempunyai kewarganegaraan global merentas kurikulum. Atas sebab itu ya, pendidikan itu harus bermula dengan mesej- mesej yang kuat ini, supaya mereka dapat berada dalam ekosistem yang akan dapat mempertahankan dan mempersiapkan mereka dengan isu-isu yang berputar sekeliling mereka.
Ahli Yang Berhormat sekalian, saya...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
[Bangun]
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
[Bangun]
Puan Fadhlina binti Sidek
...Sangat gembira melihat program ini berjalan dengan sangat baik. Pagi tadi saya sempat singgah di sebuah sekolah. Besok malam di sebuah sekolah Cina di Seremban, lusa di sebuah sekolah di Putrajaya yang sebenarnya menyambut baik kenyataan serta saranan dari semua lapisan masyarakat, NGO dan sebagainya. Saya yakin bahawa di sebalik pandangan dan saranan yang diberikan, mesej dan hasrat utama berhubung keamanan...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
[Bangun]
Puan Fadhlina binti Sidek
...Kemanusiaan, keadilan dan perpaduan ini...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Menteri, sebelum masa berakhir...
Puan Fadhlina binti Sidek
...Menjadi tumpuan semua pihak, seiring...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri
Puan Fadhlina binti Sidek
... Dengan pendirian kerajaan. Terima kasih.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sedikit, pandangan daripada Sik.
Sikit.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, sikit lagi. Yang Berhormat Menteri.
[Tepuk] Minta sedikit.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Apa fasal takut sangat dengan Qunut Nazilah dan takbir, Yang Berhormat Menteri?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Seterusnya, saya jemput...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Silap tepuk tangan tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Menteri Kesihatan untuk menjawab.
Menteri Kesihatan - Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini, saya sedikit berbeza, saya nak mulakan dengan pantun.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Bukan lebah sebarang lebah, Lebah bersarang di pohon redup, Bukan madah sebarang madah, Madah berisi panduan hidup.
Seorang Ahli
Ya.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 44 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar, Rang Undang-undang Perbekalan tahun 2024 dan telah membangkitkan 76 isu berkaitan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Saya ingin memberi penghargaan kepada kesemua Ahli-ahli Parlimen yang telah memberikan persoalan dan juga input iaitu Bakri, Balik Pulau, Baling, Bandar Kuching, Bangi, Baram, Batang Sadong, Batu, Batu Pahat, Beluran, Bentong, Jelutong, Jempol, Kota Belud, Kota Marudu, Kuala Langat, Kuala Nerus, Kuala Pilah, Kuantan, Kudat, Kulim- Bandar Baharu, Larut, Puncak Borneo, Putatan, Sandakan, Selangor –Selangau, sorry. Semporna, Setiu, Sibu, Subang, Sungai Petani, Tanjong Karang, Tanjong Piai. Ada lagi.
Betong, Gerik, Igan, Ipoh Barat, Libaran, Maran, Parit, Pokok Sena, Tawau, Tenom dan juga Tumpat.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan kerana menyediakan peruntukan yang terbesar dari segi peruntukan pembangunan dalam sejarah Kementerian Kesihatan Malaysia. Hal ini membuktikan iltizam kerajaan terhadap sektor kesihatan dalam Belanjawan 2024 bagi memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia Madani secara inklusif dan juga holistik.
Belanjawan 2024 telah memperuntukkan sebanyak 41.22 bilion berbanding 36.33 bilion pada tahun 2023 iaitu peningkatan sebanyak 13.45 peratus atau 4.89 bilion.
Daripada jumlah tersebut sebanyak 31 –35.15 bilion diperuntukkan untuk belanja
Dr. Zaliha binti Mustafa
mengurus iaitu peningkatan sebanyak 3.65 bilion atau 11.6 peratus berbanding tahun lepas dan 6.07 bilion diperuntukkan bagi belanja pembangunan iaitu peningkatan sebanyak 1.24 bilion atau 25.7 peratus berbanding 2023.
Peruntukan yang disediakan pada kementerian adalah sebanyak 10.4 peratus – 10.47 peratus daripada Belanjawan 2024 dan ini menunjukkan juga bahawa kerajaan komited terhadap usaha meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan rakyat melalui perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih baik juga saksama, mampan, berdaya tahan dan responsif. Peningkatan ini juga adalah perkembangan yang positif bagi merealisasikan anjuran Kertas Putih –Unjuran Kertas Putih Kesihatan agar belanjawan sektor kesihatan ditingkatkan ke arah lima peratus daripada KDNK negara.
Tuan Yang di-Pertua, melalui belanjawan di kementerian ini, kementerian akan menggiatkan pembudayaan gaya hidup sihat dan pencegahan awal penyakit dengan memperuntukkan sekurang-kurangnya 130 juta melalui Agenda Nasional Malaysia Sihat, Program Saringan Kanser Serviks, Program Saringan Talasemia kepada remaja di Tingkatan 4 dan 6, berusia –Tingkatan 4 berusia 16 tahun dan Program Pengesahan Awal Masalah Pendengaran dan Penyakit Jantung Kongenital di kalangan bayi yang baru lahir dan pemberian vaksin batuk kokol secara percuma kepada semua wanita hamil.
Meneruskan Skim Perubatan Madani bagi meningkatkan akses golongan berpendapatan rendah kepada penjagaan kesihatan primer bagi penyakit akut dengan peruntukan sebanyak 100 juta yang dijangka memanfaatkan 700,000 keluarga. Juga, meneruskan pendigitalan sistem kesihatan dengan peruntukan sebanyak 326 juta termasuk 150 juta untuk menyediakan Clinic Management System Subscription (CMSS) di 100 klinik kesihatan, termasuk klinik desa dan komuniti.
Kementerian juga akan meneruskan kerja-kerja naik taraf dan membaik pulih fasiliti kesihatan termasuk 400 klinik daif dengan peruntukan sebanyak 300 juta dan memperuntukkan sebanyak 766 juta bagi pelaksanaan perolehan peralatan perubatan dan ambulans termasuk secara sewa guna. Di bawah Rolling Plan Keempat, Rancangan Malaysia Kedua Belas, beberapa projek telah diluluskan termasuk kerja-kerja awalan untuk Hospital Sultanah Aminah 2 di Johor Bahru dan pembinaan blok patologi tambahan di Hospital Perempuan Zainab 2, Kota Bharu.
Selain itu, lima buah klinik kesihatan juga akan dibina iaitu KK Jenis II untuk Rantau, Negeri Sembilan, KK Jenis V Kuala Tahan, Jerantut, Pahang, KK Jenis V, Kuala Jengal, Dungun, Terengganu. Kita tidak membezakan ya. KK Jenis VII, Pulau Mantanani, Kota Belud, Sabah, KK Jenis III Hutan Melintang, Bagan Datok, Perak.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi fokus penggulungan kali ini kepada isu- isu berkaitan dengan dasar kesihatan dan juga bagi soalan-soalan yang melibatkan isu- isu setempat, saya akan cuba menjawab secara bertulis. Saya juga akan membahagikan ucapan penggulungan ini kepada beberapa fokus utama iaitu:
(i) strategi Kementerian Kesihatan;
(ii) sumber manusia; dan
(iii) isu yang agak penting juga tentang kesihatan mental.
Sekiranya masa mengizinkan, saya menjawab isu-isu berkenaan peralatan dan kelengkapan, cadangan pembinaan fasiliti baharu, cadangan pembinaan fasiliti kesihatan sedia ada dan juga projek pembinaan dan naik taraf sedia ada.
Tuan Yang di-Pertua, mencegah itu lebih baik daripada merawat. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh rakyat Malaysia agar mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, aktif secara fizikal, boleh mengurus stres dengan baik dan membudayakan hidup sihat.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya menggesa agar semua rakyat Malaysia menjalani saringan kesihatan secara berkala agar faktor risiko dapat dikenal pasti dan pencegahan awal dapat dimulakan sebelum penyakit menjadi lebih parah. Saya ingin merujuk kepada soalan Yang Berhormat Ipoh Barat. Ada Ipoh Barat? Tak ada? Tetapi saya menjawab juga Tuan Yang
Dr. Zaliha binti Mustafa
di-Pertua, mengenai ketiadaan kenyataan pencegahan lebih baik daripada merawat dalam kenyataan visi dan misi kementerian.
Saya sebenarnya tidak begitu bersetuju dengan penyataan tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, walaupun tidak dizahirkan secara eksplisit dalam kenyataan visi dan misi tetapi kementerian telah menggariskan agenda besar di bawah tonggak kedua Kertas Putih Kesihatan iaitu mempertingkatkan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit.
Selain itu, keutamaan aspek pencegahan juga digariskan secara implisit dalam Pelan Strategik Kebangsaan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) bagi 2016 hingga 2025.
Menerusi Pelan Strategik ini, pelbagai program dan aktiviti dilaksanakan termasuklah saringan kesihatan, Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN), advokasi pemakanan sihat melalui pelbagai saluran dan juga Program Madani Afiat bagi menyebarkan maklumat pencegahan dalam rawatan penyakit NCD.
Dalam hal ini, kementerian mengalukan pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan kita untuk menyalurkan hasil kutipan duti eksais minuman bergula yang dinaikkan daripada 40 sen kepada 50 sen seliter khusus untuk menangani dan merawat penyakit kencing manis termasuklah kepada sokongan pusat-pusat dialisis.
Seperti saranan Yang Berhormat Kuala Langat, peruntukan ini akan digunakan sebaiknya untuk melaksanakan aktiviti promosi dan pencegahan.
Berhubung perkara yang sama, Yang Berhormat Puncak Borneo telah menyarankan agar roadshow atau jerayawara tentang kesedaran kesihatan dipertingkatkan dan pasukan sukarela First Aider ditubuhkan dan dilatih dengan teknik CPR serta alatan AED. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, beberapa aktiviti kesedaran kesihatan secara berjadual bersama masyarakat di Parlimen Puncak Borneo telah dilaksanakan sepanjang awal tahun 2023 sehingga 21 Oktober baru-baru ini oleh kementerian iaitu Program Townhall bersama komuniti termasuk dilakukan saringan kesihatan dan pameran kesihatan yang melibatkan satu lokaliti.
Kemudian, aktiviti Jangkau Luar Agenda Nasional Malaysia Sihat juga kita lakukan melalui perkhidmatan Wellness on Wheel melibatkan satu lokaliti, aktiviti jangka luar berkaitan kesedaran penyakit rabies dan Malaria di 21 lokaliti. Aktiviti jangka luar berkaitan pencegahan demam denggi di tiga lokaliti dan termasuk aktiviti pengukuhan literasi kesihatan melalui hebahan awam dan edaran bahan pendidikan kesihatan di setiap lokaliti yang terlibat.
Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 106 program latihan CPR dan 72 program latihan penggunaan alat AED telah dianjurkan dari bulan Januari hingga September 2023 melalui program KOSPEN dan dalam tempoh tersebut seramai 2,173 sukarelawan komuniti telah menjalani latihan ini, latihan CPR. Kemudian 1,437 sukarelawan komuniti telah dilatih dalam penggunaan alatan AED. Kementerian mengalu- alukan kerjasama melalui perkongsian strategik antara pertubuhan bukan kerajaan NGO, pemimpin komuniti dan ketua masyarakat setempat termasuk penglibatan pihak media dan sebagainya bagi menggiatkan lagi program-program seumpama ini.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Balik Pulau? Yang Berhormat Balik Pulau telah menyentuh menangani stress test terhadap sistem kesihatan negara. Sebenarnya untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pandemik COVID-19 sesungguhnya telah menguji kemampuan dan respons sistem penyampaian penjagaan kesihatan di Malaysia. Di negara kita dan juga di luar negara lah secara global.
Antara kelemahan yang dikenal pasti adalah legasi isu dalam sistem perkhidmatan kesihatan. Ini diburukkan lagi dengan suasanya luar jangka, unprecedented situation semasa pandemik COVID-19 ini sebagai mana kebanyakan negara lain tetapi telah ditangani dengan sebaik mungkin ketika itu dengan pelbagai cara dan pendekatan.
Tindakan penambahbaikan yang perlu termasuklah premis fasiliti kesihatan yang tidak dapat menampung keperluan kemasukan pesakit yang terlalu ramai di hospital.
Kapasiti peralatan yang perlu dipertingkatkan seperti oxygen tank, termasuk ventilator, PPE, ubat-ubatan dan juga yang lainnya. Bilangan petugas kesihatan juga perlu ditambah. Memperkasakan penggunaan teknologi dan digitalisasi dan sistem kesihatan
Dr. Zaliha binti Mustafa
yang perlu lebih berdaya tahan untuk berdepan dengan suasana pandemik. Situasi ini jelas...
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah sedikit?
Dr. Zaliha binti Mustafa
Sekejap, sedikit lagi. Situasi ini telah jelas menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk memperkukuhkan lagi sistem penjagaan kesihatan bagi memastikan rakyat mempunyai akses yang saksama kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berdaya tahan iaitu resilience dan juga lancar, in seamless. Silakan.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tertarik apabila Yang Berhormat Menteri mengenai penggunaan teknologi tadi. Sebelum ini kita pernah menghadapi sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri, kita menghadapi masalah dalam COVID-19 dan kita memperkenalkan MySejahtera.
Setakat yang saya maklum, kontrak dengan MySejahtera telah pun tamat dan saya agak bimbang mengenai datanya. Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri kalau kita nak bergerak ke depan menggunakan data dan sistem IT yang lebih canggih dengan nak diperkenalkan CCMS selepas ini, apa yang telah berlaku dengan data MySejahtera? Adakah sekarang menjadi milik kerajaan sepenuhnya? Itu membawa saya kepada masalah seterusnya. Ini ada satu laporan dalam Harian Metro bertarikh 25 Oktober 2023 yang mana dikatakan bahawa CCMS ini dibangunkan oleh syarikat yang berpangkalan di United Kingdom.
Jadi, sedikit kebimbangannya ialah apa yang akan berlaku dengan data itu?
Bagaimana kita boleh pastikan bahawa ia selamat, tidak akan terbocor dan pemilikan itu adalah pemilikan oleh kerajaan kita juga. Saya difahamkan ada juga kenaikan kos apabila bertukar daripada TPCOC kepada CCMS dari segi kos bulanan, sewaan bulanan. Jadi mungkin ini boleh diperjelaskan dari Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah sedikit? Balik Pulau. Tentang isu yang sama. Tadi Yang Berhormat Menteri, saya meneliti jawapan tentang stress test untuk sistem kesihatan kita dan dinyatakan bahawa COVID-19 itu merupakan satu bentuk test. Jadi, saya pasti pihak kementerian ada beberapa langkah atau action item, kelemahan-kelemahan daripada test itu tadi. Apakah langkah untuk kita tangani apabila berlakunya pandemik sedemikian?
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Menjawab kepada Bukit Gelugor tentang penggunaan teknologi MySejahtera dan apa sahaja sistem...
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Tasek Gelugor Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Tasek Gelugor. Minta maaf.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Bukit Gelugor tempat lain.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Ya, ya. Tasek Gelugor, minta maaf. Tentang penggunaan teknologi, sistem dan sebagainya. Memang MySejahtera, memang sebenarnya milik data itu adalah milik MOH iaitu kerajaan lah. Kemudian, dalam apa sahaja sistem yang kita nak, telah kita guna, yang sedang kita guna dan yang bakal kita guna, kita memang akan memastikan security data itu, kita memberi perhatian yang begitu tinggi lah dan kita pastikan ia terjamin. Dalam untuk meletakkan CCMS atau menggunakan CCMS ini di klinik-klinik juga, kita melibatkan MAMPU bersama. Jadi, insya- Allah perkara-perkara ini memang kita jaga dengan sebaik mungkin.
Tentang kenaikan kos adalah tidak benar Yang Berhormat kerana sebenarnya penggunaan yang kita, CCMS yang kita perkenalkan ini, kosnya sangat apa ini, sangat memberi keuntunganlah kepada kerajaan atau pun MOH ya, kerana kita akan menggunakan juga satu pendekatan baru ya seperti lease to use, yang itu sebenarnya.
Kalau untuk CCMS, bagi dia ada beberapa jenis untuk keperluan klinik yang berbeza lah ya. Jadi, paling maksimum Yang Berhormat lebih kurang RM500 sahaja sebulan dan itu
Dr. Zaliha binti Mustafa
sangat-sangat murah dan memberi kebaikan kepada bajet keseluruhan kementerian.
Baik.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Menteri, saya tanya itu sebab saya difahamkan sebelum ini kos untuk sistem TCS-OHCIS adalah lebih rendah daripada RM500 tadi. Tapi bagaimanapun satu perkara yang saya tak berapa nak faham ialah kenapa dalam development of CCMS ini, kenapa digunakan syarikat luar yang mungkin menaikkan kos sedangkan kita banyak pakar-pakar tempatan yang juga boleh membangunkan sistem yang sama? Mungkin dengan kos lebih rendah dan dengan lebih tinggi integriti kepercayaannya dan sebab itu dibuat tempatan, di negara kita sendiri.
Terima kasih.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat, sebenarnya ia adalah sistem off-shelf. Jadi, bila off-shelf itu ia memang murahlah sebenarnya. Tapi berkenaan pandangan Yang Berhormat tadi memang seperti saya katalah, semua itu telah kita ambil kira dan telah pun kita teliti satu persatu dan insya-Allah saya yakin apa yang kita ambil itu menjamin kepada apa yang Yang Berhormat sebut tadi termasuklah security data. Baik kepada Balik Pulau, tentang langkah-langkah ya. Jadi, sebenarnya langkah- langkah ini banyak Yang Berhormat. Saya yakin kalau di antaranya tapi saya boleh beri jawapan yang bertulis untuk lebih lengkap.
Contohnya macam sekarang ini, kita masih lagi meneruskan CPRC kita yang kita memantau di seluruh negara, di setiap negeri. Jikalau ada contohnya, ada lagi penyakit- penyakit seperti COVID-19, tetapi kita juga pantau untuk penyakit-penyakit yang lain. Jadi, memang itu agak lengkap tetapi langkah-langkah di peringkat lokaliti, fasiliti dan sebagainya juga insya-Allah kita agak dalam kesiapsiagaan dan memperbaikinya Yang Berhormat, terima kasih.
Baik, saya teruskan. Sehubungan dengan perkara tadi ya, jadi Kertas Putih Kesihatan yang menggariskan empat tonggak dan 15 strategi dalam mempertingkatkan perkhidmatan dan penjagaan kesihatan di negara ini telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini pada 15 Jun tahun ini.
Bagi menjawab soalan YB Kuala Langat. Kuala Langat ada? Mengenai status Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan, KKM sedang membangunkan kerangka tadbir urus dalam mengambil kira pandangan daripada pelbagai pemegang taruh dalam dan juga luar Kementerian Kesihatan Malaysia. KKM juga sedang meneliti syarat penubuhan, pengoperasian, sumber manusia dan implikasi kewangan berdasarkan model dalam negara dan antarabangsa mengikut kesesuaian fungsi yang ditetapkan.
Berkenaan dengan skim insurans kesihatan seperti yang dibangkitkan oleh YB Kuching...
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Menteri?
Dr. Zaliha binti Mustafa
Kementerian — sekejap.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Sebelum ke tajuk yang baru tadi berkaitan dengan penubuhan satu jawatankuasa yang mungkin memantau soal perkhidmatan kesihatan di negara kita ini. Bila dijangkakan mungkin jawatankuasa ini akan ditubuhkan untuk memantau segala yang telah diluluskan dalam Kertas Putih Kesihatan? Terima kasih.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Kuala Langat. Kita dalam proses sekarang ini untuk memperincikan struktur jawatankuasa tersebut dan kita juga sedang melihat mungkin nama-nama yang kita boleh letakkan dalam jawatankuasa yang kita sedang bangunkan ini. Tapi, insya-Allah kita akan melibatkan seramai mungkin lah jawatankuasa ini daripada mereka-mereka yang pakar, termasuklah yang dalam kementerian mahupun di luar kementerian.
Jadi, Yang Berhormat kalau berminat bolehlah insya-Allah. Minat Yang Berhormat? Kalau tak minat saya tak bolehlah.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Baik mengenai skim insurans kesihatan. Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching, kementerian sedang meneliti dan menimbangkan pelbagai mekanisme pembiayaan kesihatan, termasuklah kebolehlaksanaan opsyen skim caruman progresif melalui insurans kesihatan sosial atau insurans kesihatan negara dengan caruman pekerja, majikan dan kerajaan. Ia adalah insurans yang dikendalikan oleh kerajaan tidak berasaskan keuntungan (non-profit driven) dan menggunakan falsafah tanggungan bersama.
Tuan Yang di-Pertua, pembinaan dan naik taraf hospital dan fasiliti kesihatan sudah tentu mengambil masa untuk disiapkan. Oleh itu, sebagai langkah segera mengurangkan kesesakan hospital atau low-hanging fruit solution dengan izin, sebanyak 200 juta telah diumumkan dalam belanjawan kali ini bagi membiayai kerjasama awam swasta.
Untuk makluman Yang Berhormat Kuantan. Kuantan ada? Yang Berhormat Kuantan, jumlah tersebut akan digunakan untuk menyumberluarkan pesakit hospital kerajaan kepada hospital swasta, hospital tentera dan juga hospital universiti yang meliputi kes pembedahan dan bukan pembedahan.
Mengenai dengan Skim Perubatan Madani. Inisiatif lain yang mampu mengurangkan juga kesesakan di Jabatan Kecemasan hospital ialah melalui Skim Perubatan Madani, yang mana YB Kuala Langat juga telah bertanyakan tentang status pelaksanaannya di setiap daerah dan sama ada berlaku pertindihan dengan Skim Peduli Sihat Selangor ya.
Seperti Yang Berhormat maklum, Skim Perubatan Madani telah pun kita perluaskan di seluruh negara, mulai 15 September 2023 yang lalu. Jadi sehingga 31 Oktober 2023, Skim Perubatan Madani ini telah memberikan manfaat kepada 213,193 isi rumah, penerima golongan berpendapatan rendah dan 355,467 rawatan kesihatan pesakit luar ringan telah pun diberikan.
Di negeri Selangor sahaja, terdapat 708 klinik swasta yang telah mendaftar dan sedia memberikan rawatan. Daripada jumlah ini Yang Berhormat, sebanyak 28 klinik swasta yang berada dalam Daerah Kuala Langat.
Bagi mengelakkan pertindihan, penerima yang layak perlu membuat pengisytiharan bahawa mereka tidak menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti skim ini daripada mana-mana skim majikan atau kerajaan negeri mahupun agensi perubatan lain, seperti Iltizam Selangar Sihat ataupun Perak Prihatin dan lain- lainnya.
Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Petani, Sungai Petani? Penerangan kepada pesakit agar mendapatkan rawatan awal di klinik kesihatan atau klinik swasta yang berdaftar dengan Skim Perubatan Madani tanpa perlu ke hospital sentiasa dilakukan kepada pesakit khususnya oleh petugas barisan hadapan di Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan bantuan pegawai pendidikan kesihatan hospital dan juga Unit Komunikasi Korporat hospital masing-masing.
Pesakit yang juga disarankan untuk ke klinik kesihatan yang menyediakan perkhidmatan extended hours sekiranya pesakit tinggal berhampiran dengan klinik tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Langat yang bertanyakan mengenai keberkesanan inisiatif extended hours di bawah projek rintis STAR, jumlah kedatangan pesakit selepas waktu pejabat didapati telah meningkatkan antara 30 hingga 65 peratus, susulan daripada pemanjangan tempoh operasi tersebut. Bermaksud ini memberi kesan positif.
Daripada angka tersebut, sebanyak tiga hingga enam peratus adalah pesakit yang disalurkan dari Jabatan Kecemasan hospital terdekat ke klinik kesihatan yang terlibat di dalam projek ini.
Saya menyambut baik cadangan Yang Berhormat Batu agar Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan sistem digital bagi seluruh fasiliti kesihatan kementerian. Kementerian sememangnya telah mempunyai perancangan untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan melalui pendigitalan sistem kesihatan negara.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Bagi tujuan ini, projek rintis Electronic Medical Record (EMR) sedang dilaksanakan di Negeri Sembilan melibatkan tujuh hospital, 42 klinik kesihatan dan 11 klinik pergigian.
Kementerian telah melaksanakan perolehan secara tender terbuka bagi projek Hospital Information System atau HIS dan Teleprimary Care and Oral Health Clinic (TPC- OHCIS). Tawaran tender telah ditutup pada 31 Oktober tahun ini dan pelantikan syarikat dijangka kita dapat muktamadkan pada Disember 2023 ataupun selewat-lewatnya Januari tahun hadapan.
Penggunaan Sistem Maklumat Hospital atau Hospital Information System (HIS) ini di fasiliti KKM akan turut merangkumi rekod EMR serta pengurusan janji temu pesakit.
Melalui HIS ini, maklumat pesakit boleh diakses dan diuruskan secara berpusat dan seragam. Maklumat pesakit dalam HIS di integrasi dengan platform Health Information Exchange (HIE) yang sedang dibangunkan dan akan diluaskan penggunaannya di semua fasiliti. Itu fasiliti hospital KKM lah.
Jadi, melalui integrasi ini pesakit akan dapat mengakses maklumat termasuk janji temu di hospital melalui aplikasi MySejahtera. Untuk makluman, Kementerian Kesihatan Malaysia telah berjaya melaksanakan Cloud-based Clinic Management System atau CCMS di 50 klinik kesihatan pada tahun ini dan bagi tahun hadapan insya-Allah sebanyak 100 lagi klinik kesihatan termasuk klinik desa dan komuniti akan kita sasarkan.
CCMS ini merupakan satu peralihan daripada on-premise servers kepada cloud- based. Rekod...
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Menteri, Batu. Berkaitan jawapan tadi. Saya ucapkan terima kasih dan apabila saya berjumpa dengan doktor- doktor terutamanya di HKL. Mereka beritahu saya masa yang mereka ambil untuk tulis manually berkaitan dengan patient ini ambil terlalu lama dan itulah punca besar kenapa waiting list itu terlalu panjang. Saya mencadangkan, gunakan peluang ini atau inisiatif ini di HKL dulu. Terima kasih.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Baik. Terima kasih YB Batu. Kita mengambil maklum tentang hal tersebut. Boleh dibincangkan dengan HKL tetapi HKL juga sebenarnya, mereka mempunyai sistem yang tersendirilah. Itu yang kita tengok sebenarnya, hospital- hospital dan fasiliti kita ini banyak sebenarnya ada sistem masing-masing tetapi dia tidak – not in communication to each other. Tapi, insya-Allah, kita akan perbaikilah, ya dengan EMR kita nanti. Baik.
Rekod digital amat penting bagi mewujudkan capaian data pesakit dengan pantas, selamat dan boleh dikongsi dengan semua sistem digital kesihatan kerajaan, sekali gus melancarkan proses kerja pekerja barisan hadapan KKM, di samping memendekkan tempoh waktu menunggu bagi mendapatkan rawatan seperti apa yang disarankan oleh YB Batu tadi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan pengalaman pandemik COVID-19 yang lalu, sememangnya jelas wujud jurang fasiliti kesihatan antara bandar dan juga luar bandar.
Jadi, bagi menjawab soalan Yang Berhormat Betong mengenai perkara ini, KKM sedang menjalankan Kajian Jurang Penawaran dan Permintaan Fasiliti Kesihatan, Peralatan dan Kapasiti Sumber Manusia untuk Kesihatan di Malaysia fasa 1 bagi tahun 2023 hingga 2024 bersama kumpulan bank dunia.
Hasil kajian dijangka dapat mengenal pasti jumlah sebenar fasiliti kesihatan, peralatan dan tenaga kerja kesihatan yang sedia ada serta yang diperlukan mengikut keperluan penduduk semasa dan akan datang. Hasil kajian ini juga akan membolehkan dasar dan perancangan sumber kesihatan dibuat mengikut keutamaan berasaskan bukti atau evidence list.
Menyentuh tentang sumber manusia pula, Yang di-Pertua. Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus berusaha merapatkan jurang nisbah petugas kesihatan kepada penduduk, sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Pilah dan juga Tanjong Karang.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Dalam hal ini, kementerian sentiasa komited untuk memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang optimum, menerusi pelaksanaan inisiatif seperti menambah baik proses kerja, tempoh menunggu untuk mendapat perawatan, melaksanakan aktiviti penyumberluaran, outsourcing, dengan izin, dan memohon jawatan tambahan bagi fasiliti sedia ada yang juga baharu ataupun yang baharu beroperasi dan juga dinaik taraf.
Bagi meningkatkan bilangan doktor pakar, kementerian bagi tahun 2024 telah diperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi membiayai biasiswa kepada pegawai perubatan pakar, jururawat, paramedik dan skim yang lainnya, di bawah kementerian untuk mengikuti latihan jangka panjang dan sederhana dalam perkhidmatan.
Pegawai-pegawai perubatan yang lulus latihan kepakaran akan ditempatkan di fasiliti-fasiliti baharu dan fasiliti yang dinaik taraf dari semasa ke semasa. Langkah ini diharap dapat mengurangkan kesesakan hospital sedia ada, seperti yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini. Berhubung kenyataan YB Kuala Nerus, okey, bahawa ramai doktor tidak diserap ke jawatan tetap.
Sebenarnya, semenjak tahun 2019 hingga September 2023, seramai 8,596 pegawai perubatan kontrak telah ditawarkan pelantikan secara tetap. Sebahagian besar daripada pelantikan secara tetap ini disumbangkan menerusi urusan pelantikan tetap iaitu 3,215 pegawai perubatan kontrak pada tahun 2022 dan 4,263 pegawai perubatan kontrak pada Julai 2023.
Tawaran pelantikan secara tetap buat kali kedua, insya-Allah pada tahun 2023 sedang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Pelantikan tetap ini melibatkan seramai 1,226 lagi pegawai perubatan kontrak yang merupakan calon simpanan dan akan melapor diri di penempatan, ditetapkan pada 18 Disember lah, akhir tahun ini. Jadi, pelantikan tetap seterusnya akan dilaksanakan berdasarkan kekosongan jawatan tetap dari semasa ke semasa.
Yang Berhormat Tanjong Karang telah bertanya mengenai Hospital Tanjong Karang masih tiada doktor pakar, katanya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga bulan Ogos tahun ini 2023, kementerian telah menempatkan seramai 16 pakar perubatan residen dalam bidang perubatan dalaman, pembedahan am, ortopedik, radiologi, perubatan kecemasan, obstetrik dan ginekologi, anestesiologi dan rawatan kritikal, patologi dan pediatrik. Jadi, jumlah semua 16 orang dan jumlah pakar di Hospital Tanjong Karang sedia ada boleh ditambah pada masa ke hadapan, insya-Allah, mengikut keperluanlah dan permintaan perkhidmatan.
YB Semporna telah membangkitkan mengenai hanya ada satu pakar jantung sahaja di Sabah, ya dan terdapat tambahan di Tawau dan juga Sandakan. Pada tahun 2023, untuk pengetahuan Yang Berhormat, negeri Sabah mempunyai tiga orang pakar kardiologi, termasuk dua orang pakar yang baru tamat latihan, subkepakaran pada tahun ini.
Pakar-pakar ini masih memerlukan penyeliaan oleh pakar perunding kanan kardiologi di Pusat Kardiologi Hospital Queen Elizabeth II (HQE II), Kota Kinabalu, terutama semasa menjalankan rawatan prosedur dan intervensi. Rawatan pesakit jantung turut diberikan oleh pakar perubatan kecemasan dan pakar perubatan dalaman di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang lainnya di Sabah dan sekiranya memerlukan rawatan yang lebih khusus ataupun rawatan intervensi, kita akan rujuk kepada Pusat Kardiologi, HQE II.
Kementerian sentiasa meneruskan usaha untuk melatih pakar-pakar kardiologi yang baru dengan sasaran dan juga menawarkan perkhidmatan kardiologi di Hospital Sandakan pada tahun yang mendatang.
YB Tumpat, YB Larut dan juga Kuala Nerus telah mempersoalkan mengenai keperluan fasiliti swasta yang mengambil jururawat asing hingga 40 peratus daripada kapasiti jururawat di sesebuah fasiliti swasta. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kuota sebanyak 40 peratus tersebut sebenarnya adalah polisi yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia, ya. Bukan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Berhubung kewajaran mengambil jururawat asing pula pada peringkat awal, isu kekurangan tenaga kerja jururawat di sektor swasta telah dibangkitkan oleh Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM). Jadi, kekurangan jururawat menyebabkan hospital swasta mengalami kesukaran memperluas dan mengoptimumkan perkhidmatan kesihatan di fasiliti swasta.
Sehubungan itu, kementerian telah mengkaji unjuran keperluan jururawat di sektor swasta dan bersetuju untuk memberi kelonggaran bersyarat. Kelonggaran kita adalah kelonggaran bersyarat, Yang Berhormat kepada fasiliti kesihatan swasta untuk mengambil jururawat terlatih warga asing ataupun secara ringkasnya JTWA bagi tempoh 12 bulan mulai 1 Oktober 2023 hingga 30 September 2024.
Walaupun tempoh sah pengambilan JWTA hanya untuk setahun sahaja, Yang Berhormat, lanjutan perkhidmatan dibenarkan selama 12 bulan lagi berdasarkan kelulusan Perakuan Pengamalan Sementara (TPC) dan ia akan dinilai semula mengikut keadaan serta keperluan semasa.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Yang Berhormat Menteri?
Dr. Zaliha binti Mustafa
Ya.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Keadaan sebenarnya, adakah benar-benar dalam negara kita ini kekurangan jururawat, ataupun pengambilan itu kerana gaji jururawat asing itu lebih murah daripada jururawat tempatan?
Sekiranya benar-benar kurang, apakah polisi kerajaan untuk menambah lagi pusat-pusat atau menambah pengambilan pelajar-pelajar baharu untuk memastikan kita cukup jururawat dalam negara kita sendiri? Terima kasih.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya, apa yang berlaku Yang Berhormat, ketika pandemik selama tiga tahun, kita tidak dapat melaksanakan latihan penuh untuk jururawatlah. Tiga tahun, *we lacked of three years.
Training* kepada jururawat ini, dia mengambil lebih kurang 5,000 oranglah. Boleh maksimum ya.
Jadi, apa yang berlaku? Bila kekurangan itu untuk tempoh tersebut, maka dia jadi tak cukuplah. Itu yang menyebabkan kita mengambil keputusan untuk membuka ruang sebab seperti yang saya sebut tadi, contoh APHM ya. Mereka memberitahu bahawa mereka ada kapasiti sehingga – masih ada lagi kapasiti sehingga 1,000 katil untuk mereka memaksimumkan dia punya perkhidmatan, tetapi tak boleh nak dapatkan jururawat.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Sebab itu kita memberi ruang untuk kita kaji semula dekat mana yang kita boleh memberi ruang supaya mereka dapat mengoptimumkan kapasiti itu. Kita perlu ingat sebenarnya yang hadir ke hospital-hospital swasta ini Yang Berhormat adalah mereka- mereka yang mampu. Jadi dia tidak memberi kesan kepada perkhidmatan kepada public hospital sebab public hospital ni kita cater kepada rakyat yang lebih kurang kemampuannya. Jadi disebabkan oleh itu, maka kita memberi syarat tersebut lah dan kita membuka dan saya pasti ia juga akan membantu dari sudut ekonomi negara.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
[Bangun]
Dr. Zaliha binti Mustafa
Juga ada satu program yang kita laksanakan dalam MHTC, yang kita menggalakkan rakyat-rakyat daripada luar negara untuk datang mendapatkan perkhidmatan di negara kita ialah dilaksanakan oleh hospital-hospital swasta ni. Jadi itu membantu menarik dan meningkatkan ekonomi negara. Jadi...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Yang Berhormat...
Dr. Zaliha binti Mustafa
Itu yang saya kata – sekejap.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Saya nak...
Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya habiskan jawab sekejap Kuala Nerus. Jadi, buat setakat ini memang kita nampak ada kekurangan bilangan jururawat. Sekarang ni
Dr. Zaliha binti Mustafa
jururawat banyak kebanyakannya adalah keluaran ILKKM. Jadi insya-Allah, kita melihat juga pada masa akan datang untuk mendapatkan juga sumber-sumber itu daripada IPTA, contohnya. Jadi insya-Allah lah perkara ini harapnya dalam masa dua tahun akan datang ini kita dapat mengatasi masalah kekurangan jururawat ini dan kebanyakan jururawat yang keluar daripada ILKKM ni memang diserap secara terus ke hospital-hospital dan fasiliti kerajaan. Terima kasih.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Saya mendengar jawapan Yang Berhormat tentang kekurangan jururawat dalam negara kita ini. Kita nak benarkan, kerajaan nak benarkan supaya kita ambil daripada negara luar. Syaratnya diberikan hanya 12 bulan dan boleh disambung 12 bulan lagi.
Saya ni bekas Menteri Dalam Negeri. Jadi saya tahu nak mengambil orang luar ni 12 bulan itu adalah suatu syarat yang saya rasa amat sukar sekali. Jadi kalau nak bagi, bagi lah betul-betul dua tahun sekali. Tapi, tak apa. Kerajaan dah buat dengan syarat begitu kerana kosnya agak tinggi nanti ya, satu.
Tapi yang penting kepada saya, tidakkah ada jalan lain? Kalau kita tak cukup lah – Yang Berhormat kata tiga tahun kita dalam pandemik. Ketika itu kita tak dapat nak mengeluarkan jururawat yang terlatih dengan jumlah yang mencukupi. Mengapa tidak kita berikan peluang kepada mereka yang dalam keadaan negara kita ni menghadapi masalah kos sara hidup yang tinggi ini, kita tanya, berikan peluang kepada mereka yang telah pun sebenarnya bersara, untuk kembali menampung dalam tempoh 12 bulan itu? Lebih baik daripada kita nak ambil orang luar ni. Sebab saya rasa ini adalah jalan yang boleh memberikan menang-menang kepada bukan hanya mereka yang memerlukan jururawat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tetapi juga kepada rakyat Malaysia yang sudah pun terlatih dan mungkin mereka boleh mendapat peluang untuk mencari pekerjaan yang sebenarnya mereka telah pun pernah lakukan sebelum ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Saya juga ingin sambung daripada apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Larut. Jarang sekali saya bersetuju dengan dia tapi kali ini saya bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat.
Kita lihat bahawa dasar kerajaan sekarang adalah untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja di luar negara, nombor satu. Tiba-tiba, kementerian Menteri membuat penjelasan di Dewan yang mulia ini mengatakan bahawa mungkin kita akan mengambil pekerja-pekerja yang terlatih, jururawat daripada luar negara.
Kalau kita pergi ke Singapura umpamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Singapura, kita lihat bahawa ada pekerja-pekerja di situ yang membantu kita ketika kita tiba di pintu pelepasan, di mana rata-rata mereka ini merupakan warga emas yang masih lagi sihat, boleh bertutur, bercakap dan mempunyai kelayakan-kelayakan. Mungkin mereka merupakan bekas kakitangan daripada kementerian ataupun daripada syarikat- syarikat penerbangan yang selepas telah bersara, dilantik semula untuk menyambung pekerjaan.
Pada masa yang sama, saya juga ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, sama ada terdapat juga apa-apa rancangan untuk kita mengambil untuk sementara sebagai pekerja sementara, jururawat-jururawat yang terlatih yang bekerja di pusat-pusat perubatan persendirian? Kerana umpamanya di Pulau Pinang, saya beri contoh Hospital Lam Wah Ee, mempunyai pusat sendiri, di mana mereka melatih jururawat-jururawat.
Jururawat-jururawat ini adalah jururawat-jururawat yang terlatih. Mungkin kalau ada ruang, di mana pihak...
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kementerian Kesihatan boleh mempertimbangkan, maka jururawat-jururawat yang dilatih oleh pusat-pusat perubatan persendirian ini boleh diambil, bukan secara tetap tetapi secara kontrak
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
sehinggalah Kementerian Kesihatan dapat melatih jururawat-jururawat yang cukup untuk menampung keperluan oleh Kementerian Kesihatan.
Tetapi saya menyokong saranan Yang Berhormat Larut. Jelutong menyokong Larut kali ini di mana kita [Tepuk] – kalau benda yang baik Larut cadangkan, Jelutong mesti menyokong. Benda yang tak baik, memang saya tak sokong lah.
Tapi, saranan beliau bahawa ada jururawat wanita yang mungkin telah pun bersara tetapi masih lagi sihat dapat berbakti, dapat memberi mungkin dalam kerja mereka memberi sumbangan lain seperti menjadi ketua jururawat di wad-wad kecemasan atau ketua jururawat, di mana berlakunya pembedahan-pembedahan kritikal daripada pengalaman beliau seorang matron umpamanya, yang telah pun bersara. So, saya berpendapat bahawa beliau ataupun pesara-pesara ini boleh diambil balik untuk bekerja daripada kita mengambil pekerja-pekerja daripada luar negara, Yang Berhormat.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Mohon dipertimbangkan.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Yang Berhormat, Kuala Pilah ingin melontarkan suatu persoalan.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Tidak, sebelum tamat. Saya, Kuala Pilah sebenarnya ingin melontarkan persoalan, sama ada KKM sudah bersedia untuk explore, dengan izin menerokai suatu kaedah pemerolehan aset di KKM ini, di hospital- hospital yang saya lihat jikalau pemerolehan aset ini, pembelian ataupun yang dibuat begitu besar sekali. Saya tengok bilion, belian aset-aset baru, alatan-alatan baru di hospital ini. Jadi, saya melontarkan, sama ada KKM sudah bersedia untuk menerokai kaedah leasing (memajak). Saya rasa ini kaedah yang saya rasa perlu difikirkan oleh KKM dan jikalau ia sesuai, praktikal dan economical, mungkin ianya boleh diguna pakai oleh Kementerian Kesihatan. Terima kasih.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih kepada ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang berminat lah dalam urusan jururawat ini, *alhamdulillah.
[Ketawa]* Suka saya mendengarnya sebenarnya.
Baik. Yang Berhormat, berdasarkan unjuran kementerian bagi tahun 2023 dan 2024, lebih kurang 8,000 jururawat diperlukan. Bilangan pelatih jururawat yang kita latih di IPTA dan IPTS ini juga bagi dua tahun tersebut tidak mencukupi sebenarnya untuk menampung walaupun kita tambah dengan pelatih jururawat di ILKKM.
Tapi kita juga sedang memikirkan cara-cara lain lah. Cara-cara lain. Contohnya yang kita lihat di antaranya, jumlah jururawat di Sabah dan Sarawak agak kekurangan.
Kita lihat juga kadang-kadang ada di antaranya keperluan. Maksudnya, bila kita nak ambil tu kan dia ada certain, certain apa ni orang kata keperluan lah untuk mengambil. Contoh, kita nak memastikan untuk jururawat, kita ambil 5B atau macam itu ya keputusan. Tetapi, saya akan pastikan balik yang ni, minta maaf.
Jadi, kita fikir juga untuk mungkin bagi mereka yang kelayakannya agak rendah, untuk kita buat pre. Sebelum kita masukkan dia kepada course yang sebenar, kita bagi mungkin another six months untuk kita latih dia lebih sikit, ada masa lah. Itu di antaranya.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Jadi apa yang dicadangkan oleh Larut dan juga Jelutong tadi saya rasa boleh juga kita fikirkan ya untuk kita offer ataupun beri peluang kepada mereka-mereka yang telah bersara untuk kembali kepada berkhidmat ke dalam sistem perkhidmatan kesihatan. Jadi kita boleh memikirkan opsyen tersebut ya. Saya jangka mungkin ramai seperti yang Jelutong sebut masih lagi. Dia bukan sahaja jururawat, malah juga banyak yang lain yang termasuk kepakaran even ada juga pada agensi-agensi lain juga mungkin sebab kita sekarang ini menggalakkan active living untuk mereka-mereka yang berusia.
Jadi ini mungkin di antaranya kita boleh lihat ruang di mana kita boleh mengambil kembali mereka-mereka yang telah bersara. Keduanya, saya juga hendak memberitahu
Dr. Zaliha binti Mustafa
bahawa sebenarnya ada juga masalah yang kita nampak ialah mild distribution di mana kadang-kadang bagi sayalah nurses ini atau jururawat dia kepakarannya adalah di bidang klinikal. Jadi kadang-kadang ada juga mereka itu dilibatkan atas urusan contohnya clerking work lah. Jadi itu kita tengah tengok juga Yang Berhormat semua. Jadi kita tengah melihat tentang isu mild distribution ini untuk memastikan supaya jururawat ini digunakan kepakaran mereka secara optimum pada tempatnya.
Bagi pusat-pusat perubatan persendirian Yang Berhormat Jelutong, maklumat yang saya dapat tahu biasanya keluaran daripada pusat-pusat perubatan persendirian ini mereka diserap terus ke pusat perubatan masing-masing. Jadi biasanya tidak ada kelebihan dari situlah, tapi saya akan pastikan juga kita akan membuka ruanglah kalau mereka berminat untuk berkhidmat di fasiliti-fasiliti awam ini.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat, adakah kementerian sedang mengkaji mismatch ini antara kepakaran jururawat dilihat dari segi dasar yang dibuat oleh kerajaan yang secara spesifiknya membenarkan pengambilan nurses, jururawat daripada luar, tetapi jawapan Yang Berhormat, Yang Berhormat sedang mengkaji tentang mismatch. Ada yang kepakaran daripada segi clerical nya, kepakaran di sini. Maknanya ada percanggahan antara kementerian ini dengan Kementerian Sumber Manusia dan dasar keseluruhan kerajaan. How do you see this ya?
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Maksud saya tadi itu bukan mismatch dari segi yang itu ya. Mismatch ini maksudnya mild distribution saya gunakan perkataan tadi bermaksud kepakaran nurses, doktor dan sebagainya ialah di bidang klinikal, jadi menjaga pesakit, merawat pesakit ya.
Jadi kadang-kadang ada di antara mereka contohnya ialah kerja mereka mencatat contohnya prosedur-prosedur contohnya dalam wad for example. Itu boleh dilakukan mungkin kita boleh ambil mereka-mereka yang bukan di bidang klinikallah untuk melaksanakannya. Itu maksud saya. Jadi kita hendak menempatkan nurses ini atau Jururawat ini di tempat yang sebetulnyalah, itu maksud saya tadi.
Yang di-Pertua...
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Sedikit Yang Berhormat Menteri pasal nurse juga.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Nurse juga? Ha, ramai nurse ya. Okey, baik.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Saya ini kebetulan kakak dan kakak ipar saya sister-lah- dekat matron seorang. Jadi berkaitan dengan nursing ini juga, saya baru- baru ini di tempat sayalah Yang Berhormat Menteri, kita buat satu- kursus tajaan penuh biasiswa untuk tarik minat anak-anak muda kitalah menyertai ini bidang kejururawatan bagi allowance RM600 sehingga RM1,000 selama tiga tahun, dia berkursus umur 18 hingga 25, tetapi malangnya dia punya sambutan itu tak berapa ramailah.
Jadi saya mohon mencadangkan dalam kesempatan ini, mungkin pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga wajarlah masuk ke mungkin peringkat sekolah untuk mempromosikan kerjaya nursing ini. Sebab kita ada kekurangan, dan kita pun tahu belia-belia kita ini insan muda Malaysia ini dia kurang pekerjaan. Jadi kalau ada ruang itu sepatutnya dia kena match-lah maksudnya dengan ketiadaan pekerjaan itu dengan peluang-peluang yang wujud contohnya bidang kejururawatan. Terima kasih.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Memang saya bersetuju, dan itu juga hala tuju kita. Kita sebenarnya hendak membuka ruang ini, dan mungkin akan bekerjasama dengan KPM nanti, untuk mendedahkan anak-anak kepada perkhidmatan- career path lead seperti inilah, dan saya bersetuju. Insya-Allah kita ambil perhatian tentang apa yang diberikan cadangan oleh Tenggara tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri...
Dr. Zaliha binti Mustafa
...Saya akan jawab, sebab dia berkaitan dengan aset...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sudah habis Yang Berhormat Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya akan jawab sekejap lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, saya bagi masa tambahan 10 minit lagi.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Oh, 10 minit. Baik.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Menteri sudah jawab soalan Sibu sini ya mengenai Invasive Cardiac Unit di Sibu Hospital.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Sorry, mengenai apa Yang Berhormat?
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Invasive Cardiac Unit in Sibu Hospital. Status terkini, adakah ada berita baru tentang Invasive Cardiac Unit?
Dr. Zaliha binti Mustafa
Ada berita terbaru Yang Berhormat. Nanti saya jawab secara bertulis yang itu, panjang jawapannya. Jadi saya teruskan dulu, baik saya sambung ya. Penggajian kita balik kepada Nurses tadi JTWA. Penggajian JTW ini dapat membantu mengoptimumkan pengoperasian, dan perkhidmatan di fasiliti swasta. Fasiliti- fasiliti tersebut akan lebih bersedia untuk menyokong Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memenuhi keperluan kesihatan rakyat melalui jalinan kerjasama awam swasta.
Secara tidak langsung langkah ini akan memberi kesan positif terhadap pelbagai sektor ekonomi seperti pelancongan, kesihatan dan seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Langkah yang diambil ini dijangka tidak akan memberi kesan kepada perkhidmatan awam yang mana hampir semua Jururawat kementerian seperti yang saya sebutkan tadi diserap terus ke jawatan tetap.
Bagi memastikan bilangan Jururawat mencukupi untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat, kementerian telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti yang berikut mungkin akan menjawab juga concern daripada Yang Berhormat tadi. Kementerian sedang bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk membatalkan moratorium pembekuan pembukaan kolej kejururawatan swasta baharu bagi meningkatkan pengeluaran Jururawat setempat ataupun tempatan.
Keduanya pengambilan pelatih Diploma Kejururawatan tajaan kementerian dinaikkan dari 1,000 kepada 2,000 setiap tahun. Sementara itu, Jururawat masyarakat akan dilatih menjadi Jururawat terlatih menerusi program peralihan Diploma Kejururawatan daripada 800 orang kepada 1,000 orang.
Permohonan kepada agensi pusat bagi perwujudan jawatan tambahan secara berfasa melibatkan pelbagai skim perkhidmatan bagi fasiliti sedia ada Kementerian Kesihatan ini untuk tahun 2023 hingga tahun 2025. Keempatnya pengambilan tetap secara berfasa graduan Diploma Kejururawatan daripada IPTA dan juga IPTS pada tahun 2024.
Saya menghargai keprihatinan Yang Berhormat Jelutong dan juga Yang Berhormat Balik Pulau yang telah menyentuh isu buli yang dialami oleh doktor-doktor baharu. Bagi menangani masalah ini, kementerian melaksanakan beberapa inisiatif termasuk menubuhkan pasukan petugas khas bagi menambah baik budaya kerja perkhidmatan kesihatan iaitu Healthcare Work Culture Improvement Task Force pada 13 Mei 2022 bagi mengkaji isu buli yang berlaku dalam kalangan warga kementerian.
Hasil kajian mendapati bahawa daripada 110,411 responden yang terdiri daripada kalangan pegawai dan kakitangan kementerian telah menjawab kepada soalan kaji selidik kita, 60 peratus iaitu 66,247 responden mempunyai perasaan positif di tempat kerja manakala 20 peratus iaitu 22,082 memilih perasaan neutral. Hanya ini tidak, itu pun tidak ya. Manakala baki 20 peratus lagi iaitu 22,082 orang daripada responden mempunyai perasaan negatif terhadap tempat kerja. Saya yakin, yang ini juga adalah angka yang agak tinggi ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Kemudian berdasarkan hasil Sesi Soal Selidik tersebut serta dapatan semasa sesi turun padang, dan libat urus pula, pasukan ini mengesyorkan
Dr. Zaliha binti Mustafa
agar berapa penambahan baik perlu kita laksanakan daripada aspek pertamanya penetapan kriteria kompetensi dan standard di peringkat penggajian serta melaksanakan pra saringan calon Pegawai Perubatan Siswazah (PPS), penyeragaman standard latihan PPS.
Kita juga menyarankan penyeragaman program transformasi minda dan orientasi hospital bagi semua hospital latihan siswazah. Kemudian menubuhkan kumpulan sokongan PPS dan lain-lain perkhidmatan. Menambah baik polisi dan garis panduan serta prosedur sedia ada berkaitan pengurusan aduan dan buli. Terakhirnya pendigitalan proses kerja. Ini penting. Pengintegrasian sistem Kementerian Kesihatan Malaysia serta berapa syor lain yang boleh kita rujuk dalam laporan penuh HWCITF yang saya sebut tadi di dalam portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri, terima kasih di atas penjelasan dan maklum balas. Saya menghargai kerana saya sendiri mempunyai beberapa orang rakan-rakan yang bekerja sebagai pegawai perubatan yang mengadu tentang masalah buli ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Cuma saya ingin mencadangkan kalau boleh dipertimbangkan khususnya kepada pegawai-pegawai perubatan yang bekerja di wad-wad kecemasan di seluruh Malaysia, di mana kalau boleh kementerian mempertimbangkan untuk mereka diberi cuti sekurang- kurangnya dalam seminggu untuk rehat sehari atau dua yang diwajibkan supaya mereka tidak- maklumlah di tiap-tiap wad kecemasan, mereka menerima mangsa-mangsa kemalangan, mangsa-mangsa daripada macam-macam kes.
Jadi, saya fikir bahawa sekiranya kementerian boleh mempertimbangkan bahawa mereka dibenarkan bercuti setiap hari Sabtu, Ahad ataupun silih berganti di mana mereka dapat beristirahat bersama-sama dengan keluarga dan kembali melaksanakan tugasan mereka kerana saya mendapati bahawa mereka tidak mempunyai cukup masa untuk bercuti. Mungkin on-call setiap masa dan ini mungkin merupakan salah satu faktor yang menyebabkan mereka membuli atau menjadi mangsa buli. Terima kasih. Mohon dipertimbangkan.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong, kita boleh pertimbangkan tetapi seperti yang saya sebutlah, hospital ini sebenarnya masalahnya kita tak pernah tutup walau sehari pun. Bayangkan kalau hospital ditutup 24 jam, apa yang akan berlaku?
Kemudian dengan kekurangan pekerja, jadi kita tengah tambah baik. Insya-Allah seperti yang saya sebut di awal tadi tentang sumber manusia juga kita sedang tengok keadaan itu, dan alhamdulillah tahun lepas, kita telah menambahkan contohnya daripada penempatan contract doctors kepada penempatan tetap. Itu di antaranya dan itu sebenarnya menggembirakan hati merekalah dan ada juga beberapa perkara lain yang kita laksanakan untuk memastikan pekerja-pekerja kita, petugas-petugas kita tidak menerima ataupun mengalami keadaan seperti stres dan kesihatan mental mereka terganggu. Jadi saya berterima kasih atas saranan Yang Berhormat Jelutong.
Jadi, sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua, saya ada tiga minit lagi untuk saya menjawab. Sebenarnya kesihatan mental seperti yang YB. Jelutong bawa tadi juga adalah penting untuk saya jawab. Mungkin saya boleh bacakan sedikit jawapan yang telah diberikan kepada saya iaitu YB. Setiu, YB. Betong dan juga YB. Kulim-Bandar Baharu menunjukkan keprihatinan terhadap isu kesihatan mental dengan mencadangkan saringan kesihatan mental yang lebih meluas termasuk kepada golongan gelandangan dan juga kerjasama dengan Kementerian Pendidikan.
Jadi untuk makluman Yang Berhormat Setiu, Betong, dan Kulim Bandar Baharu, sebanyak RM24.6 juta telah diluluskan untuk pelaksanaan aktiviti di bawah Program Kesihatan Mental pada tahun 2024.
Tuan Yang di-Pertua, saya tinggal dua minit. Saya ingin mengakhiri- mengambil satu lagi jawapan kepada ...
Dr. Zaliha binti Mustafa
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, boleh tak? Jempol.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya tinggal 2 minit sahaja.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jempol sikit saja.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Ya.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih. Jempol hari itu mengemukakan naik taraf Hospital Jempol ini daripada hospital harian biasa kepada hospital pakar minor memandangkan untuk mengatasi kesesakan Hospital Kuala Pilah yang rata-rata semuanya adalah dirujuk daripada Hospital Jempol dan juga untuk memberi kemudahan perkhidmatan kesihatan kepada 155,000 orang penduduk Jempol dan juga semasa lawatan saya hari itu, peralatannya telah canggih. Jadi, saya harap ia dapat dipertimbangkan seterusnya daripada pihak kementerian.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Jempol. Insya-Allah kita akan pertimbangkan.
Untuk satu lagi isu pelancongan kesihatan. Saya amat bersetuju dengan saranan daripada YB. Tanjong Karang supaya kerajaan mempromosikan health tourism.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Speaker, Speaker. Minta maaf Menteri.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Sikit sahaja, saya tinggal 1 minit. Minta maaf.
Tuan Yang di-Pertua
Maran, Maran. Biar Menteri jawab dahulu, Maran.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya tinggal 1 minit sahaja, 1 minit.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Sabarlah sikit, saya ada hak juga nak bercakap. Apa lah.
Dr. Zaliha binti Mustafa
Sebagai nilai tambah bagi mendorong lebih ramai pelancong-pelancong asing datang ke Malaysia.
Untuk makluman YB. Tanjong Karang, Ahli-ahli Yang Berhormat, Malaysia telah terkenal sebagai destinasi pelancongan kesihatan bagi pelbagai jenis rawatan kuratif yang bernilai tinggi seperti kardiologi, kanser, rawatan kesuburan, ortopedik, gastrologi, oftalmologi, urologi, neurologi dan sebagainya semenjak dari tahun 2011 lagi. Jadi Malaysia mempunyai potensi yang besar dalam pelancongan kesihatan dengan pendapatan tahun 2023 dijangka mencecah RM2 bilion berbanding pencapaian pre- pandemic pada tahun 2019 yang berjumlah RM1.7 bilion.
Dengan ini, kerajaan telah memperuntukkan RM30 juta pada tahun 2024 iaitu tambahan sebanyak RM10 juta berbanding 2023 sebagai pengiktirafan kerajaan terhadap potensi pelancongan kesihatan sebagai salah satu sektor perkhidmatan eksport utama negara dan peningkatan bajet ini juga mampu mewujudkan lebih banyak peluang untuk membangunkan sektor ini.
Pihak kementerian amat menghargai keprihatinan dan juga cadangan daripada YB. Bandar Kuching supaya kementerian melaksanakan inisiatif untuk menjaga masyarakat menua di negara ini melalui National Dementia Action Pelan, dan ini selaras dengan saranan WHO, Decade of Healthy Aging 2021 hingga 2030 dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah membangunkan Pelan Tindakan Demensia untuk memastikan perkhidmatan kesihatan warga emas kekal relevan dengan cabaran kesihatan warga emas terkini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengakhiri dan menutup penggulungan saya ini.
Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan di atas sejumlah peruntukan yang diterima oleh kementerian dan jumlah peruntukan yang besar ini merupakan satu pelaburan oleh
Dr. Zaliha binti Mustafa
Kerajaan Perpaduan yang sentiasa cakna dan prihatin terhadap keperluan kesihatan rakyat yang baik...
[Tepuk] Seterusnya boleh menyumbang kepada peningkatan produktiviti demi pemerkasaan ekonomi negara.
Semua inisiatif yang telah diluluskan dalam Belanjawan 2024 ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan segera dan teratur bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, insya-Allah.
Jadi, tadi saya bermula dengan pantun. Saya berakhir juga dengan pantun.
Pantun dua ‘kerat’ Tuan Yang di-Pertua, boleh ya?
*Dalam seharian kita bekerja, kesihatan diri harus diperkasa; Peruntukan belanjawan hemat dibelanja, rakyat sihat negara sentosa.
Berbahas sudah menggulung pun sudah, segala janji akan dikota; Kepada Allah kami berserah, Alhamdulillah, penutup kata.* Sekian sahaja penggulungan saya pada hari ini. Bagi soalan-soalan yang tidak sempat saya jawab, saya mohon untuk memberikan jawapan yang bertulis.
Sekian, terima kasih...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Menteri Kesihatan.
Saya jemput kementerian terakhir, Kementerian Kewangan. Silakan Menteri- Perdana Menteri. Silakan...
[Tepuk]
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat yang saya muliakan. Terima kasih dan penghargaan terhadap cadangan dan teguran disampaikan. Lebih dari 85 Ahli Yang Berhormat telah menyentuh beberapa perkara, dan sebahagiannya saya dapat ulas di sini.
Lebih dari 13 Ahli Yang Berhormat menyentuh soal ekonomi, fiskal dan hutang negara termasuk Yang Berhormat Larut, Paya Besar, Beluran, Pokok Sena, Pasir Mas, Kota Melaka, Kuala Terengganu dan Betong.
Yang Berhormat Larut persoalkan kesungguhan kerajaan dalam mengurangkan defisit fiskal, ketimbang penyediaan belanjawan yang besar untuk membantu. Saya akan ulas “ketimbang” Pasir Mas- jangan bimbang.
Pengurangan defisit, Tuan Yang di-Pertua, tidak semestinya melibatkan pengabaian kesejahteraan rakyat tetapi defisit fiskal ini memang satu masalah. Sebab itu 5.6 peratus 2022, dan lima peratus tahun ini telah dicapai, alhamdulillah. Cuma, kita akan cuba turunkan 4.3 peratus 2024 tetapi fiskal itu tetap mengembang kerana RM386.1 bilion 2023 dan penambahan RM393.8 bilion 2024.
Apa bukti kerajaan ini menyampaikan bantuan dan meringankan beban rakyat?
Itu persoalan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Larut dan beberapa Yang Berhormat yang saya sebutkan tadi. Kerana kebimbangan yang ada asasnya kerana kadang-kadang penurunan defisit yang mendadak itu mungkin menjejaskan kedudukan projek pembangunan dan pembelaan nasib rakyat. Jadi saya jelaskan umpamanya yang juga dijelaskan oleh menteri-menteri sebelum ini termasuk Ekonomi dan MITI, kadar pengangguran menurun 3.4 peratus setakat Ogos 2023.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Kemudian, bantuan kepada pekebun kecil getah. Kali terakhir bantuannya ialah semasa Bagan, RM2.50 satu kilogram. Tidak ada perubahan tahun 2020, 2021, 2022.
Belanjawan 2023 kita naikkan kepada RM2.70 dan tahun ini dinaikkan lagi untuk tahun depan, RM3.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Maknanya dari RM2.50 ke RM3.00 untuk satu kilogram bagi pekebun kecil getah.
Subsidi harga padi dinaikkan setelah sekian lama tidak dinaikkan kepada RM500 satu metrik tan. Dalam belanjawan, harga lantai belian padi dinaikkan lagi RM1,200 ke RM1,300. Jadi, ini tanda-tanda bahawa penurunan fiskal ini, defisit tidak menjejaskan projek-projek merakyatkan ekonomi.
Umpamanya pelaksanaan pembaikan sekolah dan klinik melibatkan lebih 8,000 tandas. Ini telah diumumkan dan kali ini kita tambah lagi untuk sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama, SJKC, SJKT. Kemudian kita fokus jalan berlubang kerana ini masalah di banyak kota, bandar dan pinggir bandar.
Satu hal yang penting iaitu pada tahun 2003, mantan Perdana Menteri membatalkan semua penyelenggaraan institut pendidikan Islam, sekolah agama rakyat.
Kita tambah peruntukan RM150 juta untuk sekolah agama rakyat di negara kita...
[Tepuk] Amanah Ikhtiar, sejak 2011 tidak ada bantuan tambahan bagi Amanah Ikhtiar. Tahun ini kita tambah RM100 juta untuk Amanah Ikhtiar. Mikro kredit melalui BSN, Bank Rakyat dan MARA, RM350 juta.
Kemudian kalangan yang muflis golongan muda bawah 40 tahun yang mempunyai hutang tidak melebihi RM200,000 dilepaskan dari status atau kategori muflis.
Ini sebahagian contoh sahaja. Saya tidak baca semua, sekadar menjawab bahawa tidak benar jika dikatakan menurunkan defisit yang dianggap sebagai satu pertanggungjawaban dalam dasar ekonomi itu akan menjejaskan kebajikan rakyat.
Kemudian ditekankan juga agenda reformasi dan tata kelola, apa yang dilakukan?
Saya kata pertama ialah Fiscal Responsibility Act, Rang Undang-undang Kewangan Awam, dan Tanggungjawab Fiskal yang sangat penting dan sebenarnya menyerahkan sebahagian daripada kuasa Menteri Kewangan itu kepada Parlimen. Tahun depan kita akan bentangkan Akta Perolehan Kerajaan dan urusan perniagaan dipercepatkan. Yang saya kata kepesatan, kelulusan yang menjadi masalah dari peringkat Persekutuan, negeri ke perbandaran.
Kemudian beberapa langkah berikut, Menteri Pengangkutan tentang JPJ plat khas yang dilakukan melalui tender, dan lebihan kewangan itu diserah kepada rakyat sebagai program kebajikan termasuk memberi topi keledar.
Yang Berhormat Kuala Nerus, Padang Rengas membangkitkan kesukaran golongan bekerja sendiri mendapat pinjaman perumahan. Ini soal concern yang penting.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Dato’ Seri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Saya habis ini, sedikit saja. Dari 2008 sehingga 2022, 2008 sehingga 2022 RM1 bilion telah dibelanjakan yang melibatkan 5,000 peminjam. Baik. Bagi skim ini, tahun ini sahaja bayangkan 2008 sehingga 2022 Skim Jaminan Kredit Perumahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, 5,000 peminjam.
Tahun ini sahaja peningkatan 12,000 pinjaman dan RM3 bilion satu tahun...
[Tepuk] 46 peratus daripada mereka golongan yang tiada sumber pendapatan tetap.
Melalui Belanjawan 2024 Tan Sri yang di-Pertua, tambahan RM10 bilion dalam SJKP yang akan memberi manfaat kepada 40,000 orang peminjam. Jadi, saya harap Yang Berhormat teliti ucapan itu dan buku Belanjawan sebelum memberikan kritikan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Dato’ Seri, kalau kita tengok keseluruhan bajet tahun depan ini, ia cuma memperuntukkan some RM90 bilion untuk dana pembangunan. Jika diunjur ke negeri Sabah dan Sarawak, ia terlalu insignificant untuk mengangkat martabat dan keperluan infrastruktur kedua-dua negeri tersebut. How do you see the whole of next year nak mengangkat ketidakseimbangan antara
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
pembangunan Sabah Sarawak berbanding dengan Semenanjung dengan peruntukan dana pembangunan yang Dato’ Seri untukkan untuk sepanjang tahun depan? Ia tidak menampakkan satu dana yang cukup signifikan untuk mengangkat membantu kedua negeri ini, dari segi keperolehan infrastruktur berbanding dengan negeri-negeri Semenanjung. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Saya akan singgung hal itu tatkala menyentuh soal dana pembangunan dan juga Sabah Sarawak. Akan saya singgung sebentar lagi.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Cuma, saya nak rumuskan tadi iaitu saya tegaskan 2008 sehingga 2022, 5,000 peminjam jaminan RM1 bilion. 2023 setakat Ogos, 12,000 peminjam RM3 bilion. Tahun depan dalam Belanjawan Madani 2024, 40,000 peminjam RM10 bilion.
Beluran bangkitkan tadi soal defisit fiskal kepada tiga peratus, apakah mungkin?
Saya jelaskan kalau kita boleh turunkan daripada 5.6 kepada 5.3 peratus. Saya rasa itu mampu dikendalikan. Beberapa langkah diambil termasuklah belanjawan itu lebih berhemat dan saya minta juga Tan Sri Ketua Setiausaha Negara mengambil langkah- langkah meminta jabatan-jabatan memastikan belanjawan itu lebih teratur dan berhemah.
Keduanya ialah langkah-langkah subsidi atau penyasaran subsidi yang kita umumkan. Umpamanya beberapa langkah dalam belanjawan ini termasuk Cukai Keuntungan Modal dan Cukai Barang Bernilai Tinggi. Itu akan menambah pendapatan kepada kerajaan dianggarkan RM4 bilion. Jadi, pencapaian fiskal itu saya jangka dapat dilaksanakan.
Kemudian, ini jaminan kita kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita tetapkan sasaran defisit fiskal lima peratus, kemudian 4.3 peratus.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Kalau tidak tercapai umpamanya, saya tidak ada pilihan. Saya terpaksa bentang balik untuk dibantah atau disokong atau dikritik oleh Ahli- ahli Yang Berhormat. Maknanya, bagi saya ini satu permulaan bahawa kerajaan tidak boleh sewenang-wenang membuat unjuran kerana Ahli-ahli Yang Berhormat kerana terpaksa dibentangkan semula dan Ahli Yang Berhormat berhak untuk memberikan pandangan. Itu maksud fiscal responsibility.
Tuan Yang di-Pertua
Machang bangun.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Dalam ucapan Belanjawan 2023 yang lalu, Yang Amat Berhormat ada bercakap tentang penerusan Projek MRT 3 dan pada tahun ini tidak disebut kecuali LRT 3 lah.
Jadi, saya nak tanya kepada Yang Berhormat apakah status projek ini kerana ia melibatkan pembangunan, infrastruktur ada kesan limpahan kepada SME kita. Apakah Yang Amat Berhormat bercadang untuk meneruskan off-balance sheet dari segi contingent liability, projek-projek sebegini kerana kita sudah ada Fiscal Responsibility Act untuk tahun hadapan. Jadi, bagaimana Yang Amat Berhormat merancang pembangunan kita. Terima kasih.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ini jawapan kepada soalan-soalan atau perkara yang dibangkitkan dulu. Bukan soalan baru tetapi tidak apalah. MRT3 kita tidak masukkan kerana tidak masuk dalam perancangan. Walau bagaimanapun, keputusan kita hanya peringkat mengambil alih tanah. Itu sebab kebimbangan kita kalaulah dilaksanakan kemudian, kos itu akan melambung naik.
Baik, peruntukan pembangunan Pasir Mas, Rasah bangkitkan ya. Saya nak jelaskan ada sedikit kekeliruan dan saya ingin nasihat Ahli-ahli Yang Berhormat baca buku Anggaran Perbelanjaan. Kerana kata Pasir Mas, 2023 berbelanjanya RM97 bilion, 2024 RM90 bilion. Maknanya, sekarang kurang. Kalau baca tahu bahawa sebenarnya 2023 itu jadi RM97 bilion, RM13 bilion itu membayar hutang 1MDB.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi sebenarnya angka sebenar ialah 84 bilion. Itu disebut dalam Buku Belanjawan Tinjauan Ekonomi Fiskal Belanjawan 2023, Jadual 3 - 10, muka surat 49. Lagi lain kali baca dahulu ya.
Jadi, kalau dibandingkan 2023, 2024- 2023 Belanja Pembangunan RM84 bilion.
2024, RM90 bilion. Apakah tahun ini ada bayaran 1MDB? Tidak. 1MDB ini ikut jadual tahun 2023, kena bayar RM13 bilion. Bayaran yang kemudian yang 2036 tidak silap saya, ini lambat lagi. Sebab itu dia masuk dalam saya- nanti. Maknanya, RM84 bilion Belanja Pembangunan untuk tahun 2023. Tahun 2024, RM90 bilion...
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Tadi kita berbicara tentang defisit perbelanjaan kita itu. Kita, yang saya persoalkan adalah kerana hasil yang kita terima pada asalnya semasa saya membahaskan perbelanjaan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat, angkanya hanya 307 lebih kurang ya, bilion, tetapi sekarang sudah jadi RM312. 4 bilion bezanya. Sebab itu kadang-kadang kalau- jangan tegur baca, kita baca. Fasal apa cakap baca tak baca, kita bacalah. Sebab itu bila-bila ada ralat ini yang menyebabkan kita kata kadang-kadang hendak baca pun rasa macam tak nak baca...
[Tepuk]
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Jadi, jangan persoalkan tentang baca. Kita ini sama sahaja. Kita hendak membantu sebab itu saya kata apa pun yang kita hendak...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Tengok Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Apakah yang mereka mahu ini? Kita hendak beritahu bahawa yang kita mencadangkan itu supaya kita berikan balance.
Hendak membantu rakyat itu jangan sehinggakan fiskal defisit yang kita hendak kurangkan itu melampaui sehingga tak dapat membantu, tetapi saya bersyukurlah tadi sebab Yang Amat Berhormat kata tak apa kalau tak boleh, kita bawa balik ke sini. Itu adalah satu jawapan yang saya kata memberikan satu ruang, harapan bahawa masih boleh lagi untuk kita membantu rakyat.
Sebab itu yang saya hendak tegur tadi, janganlah kata tak baca. Sebab kita bacalah sebab keluar ayat ralat itu. Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Saya yang sebut tak baca itu Pasir Mas...
[Tepuk] [Ketawa] Fasal dalam saya katakan muka surat itu, pembayaran USD3 bilion dan bersamaan lebih kurang RM13 bilion. Itu sahaja.
Baik. Jadi, untuk tahun berikut RM90 bilion itu dapat diterangkan. Baik, dibangkitkan Beluran, Semporna dan beberapa Tuaran, Kota Belud ya bangkitkan soal perbelanjaan untuk Sabah dan Sarawak. Saya ingat biar kita agak adil dalam perkara ini.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Tambun.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jumlah perbelanjaan ataupun peruntukan untuk Sabah dan Sarawak itu memang tinggi ya. Saya sebut di sini, paling tinggi dalam sejarah.
Apakah ia boleh menyelesaikan semua masalah? Saya akui tidak boleh. Ia mengambil waktu. Saya pertahankan keperluan menambah peruntukan untuk Sabah dan Sarawak sebab kelihatan ada kesenjangan di antara Semenanjung- sekurang-kurangnya beberapa kawasan Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, tetapi ini tak ambil kira beberapa peruntukan lain yang kita tambah selepas ini termasuk soal bekalan air untuk Sabah dan Kelantan saya kena sebutkan dan suntikan besar dari PETRONAS untuk Sabah dan Sarawak ya.
Berapa peruntukan untuk Sabah? RM6.6 bilion ya. Berapa untuk Perak? RM1.7 bilion. Berapa untuk Sarawak? RM5.8 bilion. Berapa untuk Pahang? RM3.2 bilion, tetapi untuk semua negeri termasuk Kelantan, kita tambah besar...
[Tepuk] Daripada beberapa tahun yang lalu kepada RM2.8 bilion sekarang. Kedah naik RM1.8 bilion.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi untuk semua negeri tanpa kecuali ada penambahan peruntukan tetapi untuk Sabah dan Sarawak kita juga terikat dengan beberapa pemberian Persekutuan dalam Perjanjian Malaysia 1993. Sebab itu untuk 2024, pemberian Persekutuan untuk Sabah RM1.53 bilion. Untuk Sarawak RM1.63 bilion.
Untuk pemberian khas yang disebut interim ya. Sarawak sejak 1969 peruntukannya RM16 juta, tidak pernah dinaikkan. Hanya tahun ini dinaikkan RM300 juta ya...
[Tepuk] Sabah pernah dinaikkan pada tahun 2020, RM125.6 juta, sekarang naik RM300 juta...
[Tepuk] Kemudian LHDN tahu bahawa kita telah lantik wakil negeri Sabah dan Sarawak.
Itu sebagai satu pindaan yang Yang Amat Berhormat telah luluskan. Saya ucapkan terima kasih.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Amat Berhormat Tambun, minta laluan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Baik, biar saya habis Sabah, Sarawak.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Amat Berhormat Tambun.
Tuan Yang di-Pertua
Bagi habis Sabah, Sarawak dahulu.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Kemudian, pelaksanaan perolehan projek. Mana- mana projek RM50 juta ke bawah kita serah sepenuhnya kepada negeri Sabah dan Sarawak supaya tidak perlu rujuk ke Putrajaya ya untuk kelulusan. Itu untuk kepada perbendaharaan ya.
Kawal selia bekalan elektrik. Dahulu Sarawak sudah selesai, Sabah mulai 3 Januari 2024. Pelabuhan Bintulu, kita serah ke Sarawak...
[Tepuk] Itu mengikut persefahaman Perjanjian MA63. Bayang, 1963 ada perjanjian kita ada rundingan ke arah itu. Saya ambil alih, saya lihat memang ada keputusan pelabuhan di Sarawak diserah kepada negeri maka kita sedang dalam rundingan untuk menyerah kepada negeri.
Kemudian Kerajaan Negeri Sarawak dengan kerjasama Sabah mahu perkhidmatan udara, desa Sabah, Sarawak itu dirunding. Kalau mampu diambil alih oleh negeri. Kerajaan Negeri Sarawak mempelawa dan saya bersetuju terus kerana dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan mempercepatkan proses penyelenggaraan diserah kepada negeri Sabah dan Sarawak...
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Dato’ Seri, jika dibanding peruntukan pembangunan untuk Sabah RM6 bilion tahun ini dengan Pahang RM3 bilion. Dia tidak boleh compare macam itu kerana Pahang lebih di hadapan. Sabah, *a lot of catching up.
A lot of catching up. We have been deprived of a proper allocation.* Saya hargai peruntukan tambahan interim itu yang dinaikkan daripada RM120 something kepada RM300 juta tahun ini. Itu merupakan satu penambahan yang agak signifikan, tetapi kalau asas penambahan itu dilihat daripada Perjanjian Malaysia 63, then it is- it should be more than RM300 million kerana kalau kita tengok peruntukan Perlembagaan Persekutuan 1, 2(c) dengan (d), *it should be 40 percent of whatever is collected.
So, is this government going to look into that, the 40 percent* supaya pemberian interim itu dapat ditambah dan boleh digunakan oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi menguntukkan tambahan peruntukan dana permohonan bagi negeri.
So, kita hargai 6 bilion tetapi jika dibanding dengan Pahang 3 bilion, definitely is not comparable kerana Pahang lebih ke hadapan dari segi infrastruktur, perolehan infrastruktur.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Betul, saya tidak pertikai prinsip itu.
Cuma, macam pembayaran khas interim. Ini kali pertama Kerajaan Perpaduan lakukan dan tidak dibuat sebelumnya. Itu kena akui.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Keduanya, Yang Berhormat saya akui tetapi jangan lupa bahawa Pan Borneo itu belanja yang kita luluskan ini RM16 bilion yang tak termasuk dalam apa yang saya sebutkan tadi. Penjanaan Solar Hibrid Sabah Timur, jaringan talian penghantar elektrik di selatan Sabah Southern Link itu semua dilakukan.
Kalau Yang Berhormat menyebut bahawa ini masih berkurang saya setuju tetapi janganlah harapkan untuk satu tahun kita selesaikan masalah yang tertunggak berpuluhan tahun ya.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ya, kerana Yang Berhormat bukannya daripada Sabah, Sarawak tetapi juga turun dan memang ada kesenjangan perkara yang basic. Api, air, jalan berlubang, itu kita cuba selesaikan tahun ini. Kemudian Pan Borneo, kemudian kemudahan-kemudahan yang sangat daif termasuk sekolah di luar bandar. Di pedalaman itu kita akui, sebab itu saya kata kita tambah peruntukkan dengan lebih besar dan janganlah kita katakan kita nak samakan, kita tak samakan Perlis ker, Pahang ker, Kelantan, tetapi tak mungkin kita terabai sebab itu saya kata ada masalah air di Sabah, kita selesaikan juga masalah air di Kelantan.
Jadi, kalau kita katakan Sabah menghadapi masalah besar maka kita tinggalkan Kelantan, tak boleh. Jadi sebab itu dalam keadaan keupayaan kewangan ini kita harus cuba imbangi keperluan, cuma yang saya setuju dengan Yang Berhormat ialah bahawa tumpuan kepada permasalahan-permasalahan yang kritikal di Sabah, Sarawak tidak boleh kita tangguh...
Tuan Yang di-Pertua
Semporna.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Terima kasih banyak di atas Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih banyak...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya sudah banyak kali sudah ni.
Tuan Yang di-Pertua
Sabah dahulu. Sabah, Sarawak kejap. Ini orang Pendang, orang Pendang kejap sahaja, bagi Sabah, Sarawak, Semporna...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Semporna.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Terima kasih banyak Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih banyak Yang Amat Berhormat yang telah menjelaskan tentang peruntukan di salurkan kepada Wilayah Sabah dan Sarawak dan diumumkan RM6 bilion. Kita amat menghargai sumbangan itu.
Sebenarnya kalau kita mengimbau sejarah dia tahun 2009, masa Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, for the first time in the history, dengan izin, RM5 bilion Sarawak, RM5 bilion, if I’m not mistaken RM4 bilion kepada Sarawak, tetapi malangnya daripada peruntukan yang begitu besar sound big but when come to delivery system, saya Menteri yang juga tanggungjawab untuk melaksanakan beberapa projek, lepas itu diberi peruntukan tetapi tak sampai pun RM5 bilion.
Money was not spent, there were a lot of complication tanah, berbagai-bagai pentadbiran, end of the day, less than almost RM3 bilion sahaja, RM2 bilion gone and similarly bila Yang Amat Berhormat sebut tentang Pan Borneo, saya amat menghargai telah diumumkan RM16 bilion, tetapi ini perkara yang berulang. Daripada Datuk Najib umumkan, saya ingat dahulu RM17 bilion untuk Pan Borneo. Saya ingat Yang Berhormat Menteri Kerja Raya pun maklum pasal saya waktu itu di Sarawak, bila pengumuman itu diumumkan, tetapi malangnya terbantut Dato’ Speaker sampai sekarang. Alhamdulillah, di Sarawak sudah I think almost 80-90 percent. Di peringkat Sabah ini masih lagi terbantut dan kelihatan gagal. Masa saya Ketua Menteri, berapa projek daripada Sipitang gagal, daripada Inanam dan juga beberapa kawasan gagal, beberapa syarikat yang ada tidak dapat melaksanakannya, dan ini saya cadangkan kepada Yang Amat Berhormat cadangan untuk pre-Q itu, saya amat hargai dan open tender. Satu langkah yang baik untuk mengembalikan supaya kita dapat menilai the real contractor who can deliver the job, not only because they have the money, they have the expertise.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Kita tidak mahu nanti besok, kontraktor yang dilantik selepas itu tidak mampu melaksanakannya. Macam di Tawau, they have done well, kontraktor di situ dipantau dengan baik pasal itu kawasan saya. Bila saya tengok macam mana the quality of job, saya turun ke bawah...
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Baik.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Dari segi keadaan ini, saya berharap supaya open tender, dan pre-Q ini dapat dilaksanakan. Jangan dilaksanakan amalan yang dahulu saya akui. Terima kasih banyak- that work, which I don’t think, dan kita continue kontraktor yang gagal. Terima kasih banyak.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih, saya tertinggal tadi soal pemberian yang disebut oleh Beluran, interim itu. Pembiayaan interim, memang sewajarnya ditambah dan sekarang ini telah, sedang dalam proses perundingan. Maknanya kalau daripada RM16 juta naik RM300 juta, satu progress tetapi masih dirundingkan supaya ada peningkatan. Itu adalah jaminan yang saya beri kepada Premier Sarawak dan juga Ketua Menteri Sabah.
Soal Pan Borneo, kejayaan di bahagian Sarawak itu jauh tinggi, masalah kita di Sabah dan sekarang tugas itu diambil alih oleh TPM 2 kerana untuk menyelaraskan dan mempercepatkan. Apa yang disebut oleh Semporna itu tepat tetapi pengalaman lama, kita belajar daripada pengalaman itu sebab itulah dicepatkan proses termasuk pre-Q, direct tender dibatalkan kerana direct tender lah yang menyebabkan kelewatan beberapa projek.
Jadi pre-Q itu, dan saya tugaskan sepenuhnya kepada TPM 2, kebetulan dia pun daripada Sarawak, dia lebih faham dan dengan arahan supaya dipercepatkan proses. Jadi, saya ucap terima kasih atas teguran itu.
Baik, sekarang kita bawa tata kelola baik dalam pentadbiran. Parit bangkitkan peranan Audit Negara bagi memastikan tiada penyalahgunaan kuasa, ketirisan dan sebagainya. Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara itu penting. Walaupun ada orang yang meremehkan soal tata kelola atau rasuah tetapi kita baca pada laporan itu, banyak masalah. Laporan sepenuhnya akan dibentangkan dalam masa singkat ini. Jadi, saya hanya dapat daripada rumusannya.
Umpamanya, di antara contoh yang diberikan kegagalan 104 ventilator daripada 136 yang diperolehi semasa pandemik. Ini PAC atau Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara rugi RM505 juta dan akibatnya 8.5 juta dos vaksin yang tamat tarikh luput.
Kemudian, Ketua Audit Negara bagi taklimat kerugian wang awam sebagai satu contoh sahaja RM700 juta kerugian sebab:
(i) soal pengurusan program penanaman padi negara;
(ii) pengurusan pembangunan hartanah LADA Langkawi; dan
(iii) kawal selia senjata api di bawah KDN.
Pengalaman-pengalaman ini harus diambil kira dan kita tegaskan tidak boleh berulang kerana berbeda daripada pengalaman-pengalaman lalu kita telah memutuskan untuk mengambil tindakan sebaik sahaja dapat disahkan.
Pegawai, pengurus atau Menteri atau siapa sahaja yang bertanggungjawab harus dikenakan tindakan. Ini termasuk juga pengurusan dana syarikat kerajaan yang kurang memuaskan termasuk di bawah TEKUN Nasional. Ini terperincinya Yang Berhormat akan teliti tatkala dibentangkan nanti seluruh laporan dari Ketua Audit Negara.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri, ini berkenaan dengan tata kelola.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun. Saya sangat teruja dengan pembentangan penggulungan pada petang ini. Tadi disebut berhemah, bersih dan cermat, alhamdulillah kita pun setuju.
Pertamanya, saya nak sentuh berkenaan dengan subsidi berhemah dan cermat, ayat ini, subsidi kalau tahun 2023 daripada RM76 bilion telah meningkat kepada RM81 bilion disparity is RM5 bilion. Oleh sebab itu saya nak tanya subsidi ayam lebih kurang RM2 bilion ditarik balik ke manakah kita nak belanjakan subsidi ayam ini sedangkan
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
subsidi meningkat daripada RM76 bilion kepada RM81 bilion based on the belanjawan bentangan tempoh hari? Itu yang pertama.
Yang keduanya, saya sebut ralat ini satu perkara yang saya rasa bila kami membaca balik laporan belanjawan ralat perbezaan dia RM4.1 bilion daripada RM623,500, meningkat kepada RM4.6 bilion more or less RM4.1 bilion. Jadi ini satu ralat, apakah perlu perkara-perkara begini berlaku dalam jumlah yang sangat besar, dalam cukai tidak langsung negara ini? Ini perkara yang serius. Jadi, saya harap Perdana Menteri nak ambil tindakan kepada Menteri kewangan atau tidak? Yang kedua ataupun kepada KSP, bila berlaku ralat yang begitu besar...
[Tepuk] Yang ketiga, saya nak minta juga penjelasan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan tata kelola ataupun perolehan dalam Kementerian Kewangan, yang mana satu kaedah- adakah ini satu kaedah baru yang dinamakan edaran ataupun anugerah luar sidang, contohnya kalau saya salah sila perbetulkan. Anugerah edaran ataupun luar sidang kepada satu pembekalan radar yang berpusat di Kuching untuk mengawal Laut Cina Selatan. Sekuriti item yang diberi kepada satu syarikat yang diberi nama...
[Tidak jelas] Jadi itu sahaja, saya minta penjelasan dari Yang Amat Berhormat Tambun berkenaan dengan apa tiga perkara yang saya bangkitkan ini. Sekian terima kasih.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Walaupun tidak berbangkit pada apa yang saya jawab, tidak apalah. Pendang ni banyak melencong tetapi subsidi saya akan ulas kemudian, ada dalam tajuk dia.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Tentang “ralat” itu telah Timbalan Menteri Kewangan 1 telah jelaskan. Di antara edaran awal dengan pembetulan jadi terpaksa- sudah dicetak, itu masalah dia. Jadi dikenal pasti- saya dimaklumkan, jadi saya bagi tahu buat ralat sahaja. Sebab kita tak boleh tarik balik buku itu kerana terlalu lambat, itu yang telah dijelaskan.
Soal...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Amat Berhormat kalau saya boleh sambung tentang “ralat” sikit. Topik yang sama.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Sekejap. Nanti kejap.
Tuan Yang di-Pertua
Sekejap.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Radar ini bawah keselamatan, ada mantan- mantan Menteri Dalam Negeri semua tahu. Bila soal kemudahan keselamatan, kadang- kadang dia tidak diumumkan, tapi detil saya boleh berikan kalau yang diizinkan di bawah- yang tidak menjejaskan keselamatan, saya akan maklumkan, tetapi yang saya ingat ya, beberapa keperluan termasuk di ESSCOM, keperluan radar di ESSCOM dan yang saya sebut tadi itu keputusan di bawah Majlis Keselamatan Negara, soal sekuriti.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Putrajaya
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Tambun...
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Sebelum itu, saya nak nasihatkan. Semasa penggulungan ini, tidak boleh dikemukakan perkara-perkara baharu, sebab it’s not fair kepada menteri untuk mengulang sedangkan dia tidak punya maklumat dalam berdebat. Kalau benda yang telah dibangkitkan boleh didapatkan clarification, bukan benda baharu ya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Saya ada bangkitkan fasal defisit.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Dalam berbincang fasal defisit. Jadi, sebab itu saya sentuh tadi bila Pendang sebut tentang ralat tadi...
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Saya nak kaitkan berkaitan dengan defisit. Jadi, kalau kita lihat penjelasan Yang Amat Berhormat Tambun tadi dan juga penjelasan Yang Berhormat Pontian tempoh hari bahawa buku itu dah siap, jadi akhirnya Mesyuarat Kabinet sebelah pagi buat perubahan. Maka perlu ada ralat dan ralat itu berada di atas meja kami 23 hari bulan, baru sampai hari Isnin dan tarikh suratnya 17 hari bulan.
Cuma, isu berkaitan dengan defisit ini concern sebagai Ahli Parlimen saya risau kerana biasanya sebarang kenaikan cukai ini dibincangkan dengan teliti dan dah ada dalam buku siap-siap. Seingat saya ini pertama kali dalam sejarah berlaku ini. Jadi, kita nak tahu, apakah pendekatan SST ini tidak betul-betul diperincikan? Walaupun dua peratus- betul, item makanan tak masuk, betul. Cuma, item-item lain masuk dan juga logistik sebagai contoh. Daripada kosong tak pernah ada, dimasukkan dalam item ini.
Jadi, kosong hingga lapan peratus, satu kenaikan yang besar, ini impaknya besar.
Jadi, sebab itu saya kata, adakah perkara ini adalah dalam keadaan kerajaan nak mencapai defisit yang diharapkan? Pada masa yang sama nak berbelanja dan oleh yang demikian kena cari hasil baharu dan hasil baharu last minit yang paling banyak adalah melalui kenaikan SST RM4.67 bilion.
Jadi, kalau ini keadaannya, ini satu signal yang amat bahaya kerana kita buat last minute keputusan. Tak cukup nak cari kat mana, maka dinaikkan SST. Jadi, itu memerlukan penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Baik, terima kasih. Tak ada bahayanya pun. Kalau kata tak pernah berlaku, tak betul. You tak buat homework. Saya pernah jadi Menteri Kewangan, dipinda masa pagi itu oleh Menteri-menteri, terpaksa dipinda kertas. Kalau bentang pukul 3, pukul 4, banyak kali. Cuma, kemudian itu dengan pengalaman jadi dibetulkan.
Dalam hal ini- hal ini telah pun dijelaskan oleh Timbalan Menteri Kewangan sebelumnya dan keputusan ini saya sebut, macam cukai perkhidmatan keputusan lama dan kita telah jelaskan pun sidang Parlimen bahawa Cukai Perkhidmatan akan dikenakan.
Cuma detil baru kita sebut.
Baik, 26 Ahli Yang Berhormat termasuk Pagoh, Bera, Bagan, Muar, Shah Alam, Labuan, Keningau, Kluang, Pendang dan nama-nama lain yang saya sebut dalam teks sepenuhnya yang bangkitkan soal perluasan skop dan kenaikan kadar cukai perkhidmatan kepada lapan peratus. Jadi, betul kita nak kenakan, tetapi cukai perkhidmatan yang kita tahu ini dikecualikan- apa ya, makan minum; telekomunikasi; pakai kenderaan kekal dan sebagainya termasuk yang sebut logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke, tetapi, mengenai logistik itu memang betul kita sedang halusi dan pastikan bahawa hal-hal yang menyentuh secara langsung kepentingan rakyat, itu akan dikecualikan. Ini tentunya akan dicerakin tatkala kita bentangkan cara terperinci.
Soal ini ada kaitan dengan cukai keuntungan modal yang dibawa oleh Subang, Ayer Hitam, Julau, Permatang Pauh, Machang. Baik, ini tujuan kita memperluaskan asas cukai dan seperti mana yang kita tahu, cukai keuntungan modal ini banyak menyentuh orang yang kaya. Sebab itu kadang-kadang saya tak faham mengapa kita- nak cukai orang miskin tak boleh, nak cukai orang pertengahan pun kita nak elak, nak cukai orang kaya pun dibantah.
Jadi, sebab- saya katakan bahawa cukai keuntungan modal ini dikenal pasti oleh kebanyakan negara. Malah kalau Thailand dan Indonesia itu CGT dan Cukai Korporat itu pada kadar yang sama. Bagi kita CGT itu 10 peratus, kalau Thailand dan Indonesia kalau cukai korporat itu 30 peratus, maka CGT 30 peratus tapi kita tidak kenakan. Ini tujuannya ialah supaya apa yang disebut percukaian yang progresif. Makna kalau nak kenakan cukai, cukai itu kepada golongan yang kaya. Apa yang dikecualikan, termasuk pelupusan saham berkaitan Initial Public Offering yang diluluskan, penstrukturan dalaman dan syarikat modal teroka.
Apakah ia ada kesan dengan PMKS? Saya kata tidak dikenakan. Melainkan bila ada keupayaan penjualan yang memberi keuntungan besar kepada PMKS, bukan dalam keadaan biasa. Pengenaan CGT ke atas saham tersenarai juga tidak dilaksanakan. Baik, layanan CGT adalah sama seperti pelupusan saham syarikat harta tanah di bawah cukai
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
keuntungan harta tanah, keuntungan pelupusan saham dikira berdasarkan harga perolehan sebenar.
Ini mengikut kaedah indikasi dalam pengiraan cukai sejak tahun 1988, bukan perkara yang baharu. Baik, buat masa ini tidak dikenakan mengikut tempoh pegangan saham. Cuma, tatkala perubahan milik sahaja dikenakan. Baik, Cukai Barang Bernilai Tinggi. Cukai Barang Bernilai Tinggi dikata Luxury Tax pun dibangkitkan oleh Putrajaya, Jerlun, Kuala Selangor, Tumpat dan beberapa yang lain.
Ini bertujuan meningkatkan hasil, mengenakan cukai kepada golongan kaya iaitu yang sebut maha kaya yang juga dipertikai oleh sebahagian daripada kawan-kawan, rakan-rakan Yang Berhormat. Yang akan dikuatkuasakan pada mula 1 Mei, tetapi ada kebimbangan tentang kesan kepada pelancong. Maka kita kecualikan, makna pelancong masih boleh mendapatkan pulangan cukai itu tatkala di lapangan terbang.
Jadi, sama ada lima, sepuluh peratus itu mengikut– saya katakan kategori barang dan bila dibentangkan, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh bahaskan. Jadi, ada perundangan baharu diperkenalkan supaya dikecualikan cukai ini kepada pelancong.
Tuan Yang di-Pertua
Ketereh bangun Yang Berhormat. Silakan.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Terima kasih Tan Seri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Saya rasa teruja sekejap tadi kerana banyak negeri- Sabah, Sarawak diberikan peruntukan yang begitu bagus yang mana boleh membaiki taraf hidup mereka. Saya veteran...
[Dewan riuh]
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Mewakili 2,700 veteran.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kami dah tahu.
Tuan Yang di-Pertua
Sabar-sabar.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Dengar dulu.
Seorang Ahli
...Dua bintang...
[Ketawa]
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Saya ni dah bercakap benda ini, saya nak minta clarification sahaja. Saya nak minta itu sahaja, jaminan daripada Yang Amat Berhormat. Okey, sebab saya– jawapan lain tidak meyakinkan saya. Hari ini, saya dah jumpa dengan Yang Berhormat sendiri, Menteri Kewangan, Perdana Menteri. Jadi, saya rasa Perdana Menteri sendiri pun dah tahu apa yang saya nak cakap.
Okey, macam ini. Okey macam ni.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ketereh, PM tak tau... [Dewan riuh]
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Jangan gelak, jangan gelak. Tolong jangan gelak! This is a very serious matter for the veterans.
Tuan Yang di-Pertua
Tolong, tolong, silent, silent. Baik, baik, silakan Ketereh.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Okey. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, 78,546 veteran yang bersara sebelum 1 Januari 2013 menuntut hak pelarasan pencen mereka. Berdasarkan kepada yang pertama, bahagian lima Peraturan-peraturan Angkatan Tetap Pencen Ganjaran dan Faedah-faedah Lain 1982. Setiap berlaku pelarasan gaji mesti dibuat pelarasan pencen.
Yang kedua, berdasarkan kepada keputusan Majlis Veteran kebangsaan yang bersidang pada 29 September telah meluluskan pelarasan pencen pada veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 yang dipengerusikan oleh Dato’ Hishammuddin sebagai Menteri Pertahanan masa itu...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Sembrong, Sembrong.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Ketawa]
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Jadi berdasarkan kepada dua faktor tersebut, saya dah bagi tahu benda ini daripada Titah Diraja dulu lagi bulan 2 hari itu Februari supaya disegerakan ini.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Boleh saya jawab? Boleh saya jawab? Saya faham. Boleh saya jawab?
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Jadi saya nak minta jaminan hari ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ya.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Selesaikanlah masalah veteran ini kerana mereka ini dah tua-tua semua. Majoriti 70 ke atas.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Betul.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Lepas itu, 1,756 anggota cedera semasa operasi.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, baik.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Jadi kesianlah dia orang ini. Jadi saya amat berharap hari ini sesuatu yang keluar daripada mulut Menteri Kewangan memberi jaminan kepada veteran-veteran semua ini.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Sekian, terima kasih...
[Tepuk]
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Tahniah Ketereh. Hidup veteran.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Baik. Terima kasih, saya ambil perhatian Yang Berhormat Ketereh dan yang benar ada majlis yang Sembrong pengerusikan. Itu semua saya dah jawab. Kita sekarang buat penelitian menyeluruh pelarasan gaji yang tertangguh sudah hampir 12 tahun. Bukan sahaja veteran tapi juga penjawat awam yang tidak ada pelarasan gaji setelah satu dekad seperti yang telah dijanjikan. Jadi sebab itu saya katakan sementara ini memang saya bagi kesemuanya RM1,000 itu kerana saya fikir...
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tak, tak.., tetapi...
Tuan Yang di-Pertua
Ketereh, Ketereh tak boleh itu.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Saya dengar, dengar.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Yang, yang...
Tuan Yang di-Pertua
Ketereh kena duduk dulu. Duduk ya. Duduk kejap, duduk kejap.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Langkah sementara Yang Berhormat kerana pelarasan ini akan melibatkan jumlah yang besar ya. Saya tidak mahu berlaku seperti dulu, kita selesaikan masalah penjawat awam, kita tinggal golongan profesional, kita tinggalkan guru pendidikan, kemudian seperti masa tentera.
Jadi kita minta sekarang ini bersama KSN dan KPPA untuk membuat kajian menyeluruh, jangan ada satu pun yang tertinggal ya, tetapi langkah sementara Yang Berhormat kena terima jugalah. Langkah sementara apa yang saya buat. Saya bagi untuk TEKUN Veteran RM10 juta, Renjer Komuniti kalangan veteran RM20 juta...
[Tepuk] RM1,000 kepada veteran, Skim Mikro Veteran BSN RM100 juta, protege latihan untuk pekerja, kuota khusus untuk veteran dalam kerajaan
Seorang Ahli
Betul, betul.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Kursus dan latihan di bawah HRD Corp. Semua kita buat. Apakah ini penyelesaian? Bukan. Ini sementara kita buat pelarasan gaji menyeluruh termasuk mengambil kira pandangan veteran dan juga pimpinan tentera.
Saya jumpa PAT baru-baru. Saya kata dalam kertas yang dibawa oleh pihak tentera yang ada sekarang, jangan hanya bincang soal pegawai. Bincang keseluruhannya masalah yang dibangkitkan. Jadi saya hanya bagi jaminan satu sahaja, kita sudah mulakan kajian dengan sekretariat di JPA untuk melihat pelarasan gaji seluruhnya termasuk tentera pencen.
Jadi bagilah saya sedikit waktu untuk mengemukakan, dan kalau perlu Ahli-ahli Yang Berhormat yang bekas tentera, kita boleh panggil untuk dapat berunding bersama supaya dapat tahu apa yang kita lakukan. Boleh ya?
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Boleh. Yang Berhormat sikit saja, sikit saja Yang Berhormat. Sikit saja.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
[Ketawa]
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Saya amat berterima kasih kepada segala bantuan-bantuan kepada veteran. Cuma yang pasal penyelarasan pencen ini adalah hak mereka yang ditetapkan oleh undang-undang.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Jadi mereka ini layak untuk pelarasan pencen bila ada pelarasan gaji.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Kita bincang.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Jadi kenapa tidak dimulakan ataupun buat beransur-ansur benda itu. Kita tak sama dengan yang tua-tua yang lain.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Sabar, sabar Yang Berhormat. Saya katakan, saya ambil kira ya. Saya ambil kira mesyuarat baru ada dua kali ya, tetapi saya ada bagi jaminan dan saya ada bagi tahu arahan dengan jelas.
Saya tidak mahu lagi laporan daripada JPA yang meninggalkan mana-mana tuntutan kerana ini satu banyak yang lain-lain yang juga memberi keluhan tentang profesion mereka nampak diketepikan atau peluang kenaikan pangkat dan sebagainya.
Umpamanya tentera. Kalau tak silap 46(a)(1) maknanya ada satu kategori nak naik pangkat.
Itu berbeda daripada penjawat awam. Kena ada kursus lain, ujian tambahan. Jadi ini pihak tentera merasakan tidak adil. Kalau boleh diketepikan supaya kenaikan pangkat itu sama dengan penjawat awam, tapi ini semua kita teliti dan mintalah Yang Berhormat sabar sikit dan kita akan panggil untuk runding...
[Dewan riuh]
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Okey. Saya...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Yang Amat Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Saya minta.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Okey. Tak apa, tak apa. Saya, saya setuju.
Tuan Yang di-Pertua
Tak boleh. Tak boleh. Tak boleh debate macam ini.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Tak, tak. Bukan debate.
Tuan Yang di-Pertua
Tak boleh. Tak boleh.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Yang di-Pertua, please. Saya setuju.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Amat Berhormat.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Saya sedia untuk berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik, baik. Saya jemput Ayer Hitam.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Subsidilah, subsidi. Saya ingat kalau boleh sebab masa tidak mengizinkan dan saya kena cover semua subjek.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Cukai.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Subsidi diesel yang dibangkitkan oleh Kota Marudu, Temerloh, Sibu, Libaran dan Rantau Panjang.
Kita tahu bahawa harga diesel subsidi RM2.15 ke timbang harga pasaran RM3.78 dan kita prinsip subsidi yang diterangkan oleh juga Menteri Pertanian. Ya apa dia? Kita subsidi kepada 3.5 juta orang asing. Kita subsidi kepada golongan maha kaya. Ada yang bangkitkan, mengapa saya sebut maha kaya. Termasuk Alor Setar dan beberapa yang lain, saya tak ingat ya. Alor Setar, Larut, Machang, Hulu Terengganu, Maran, Marang.
Saya tidak menentang orang kaya. Maha kaya ini kerana kategori ini tidak boleh dapat sedekah dan subsidi. Itu saja poin dia. Bukan kita marah dia sebab dia kaya. Kita kata program subsidi punya diesel, minyak, ayam, semua ini dapat manfaat kepada golongan kaya.
Jadi kita nak elak daripada ini berlaku sebab itulah dikatakan penyasaran subsidi dan kalaulah dengan cara ini rakyat terbeban harga gula naik atau harga tepung naik atau harga ayam naik, kita tidak akan ubah dasar subsidi ini, tetapi kita beri suntikan tambahan STR yang melibatkan sembilan juta rakyat. Maknanya yang akan mendapat faedah daripada bantuan daripada kerajaan untuk mengurangkan beban mereka ya, tapi dibangkitkan ini, soal bahasa sedikit. Mana dia maha kaya. Tak betul.
“Maha” itu, istilah maha. Mahasiswa ha...?...
[Ketawa] Boleh pula. Kemudian ada lagi istilah umpamanya. Ha Mahathir...
[Ketawa] [Tepuk] Baik. Tak, tak sebab kata tak boleh. Ini hukum. Ini hanya kepada Allah SWT, “maha suci”, atau paling tidak “maha mulia” hanya kepada Sultan, tidak boleh. Ini mahasiswa boleh, mahaguru boleh, maha wangsa boleh. Ini kena belajar bahasa juga sedikit.
Macam “ketimbang.” Saya tanya Dewan Bahasa ya. Istilah ini dia ikut zaman. Dia apa yang disebutkan- keperihalan keadaan. Ini teori bahasa- context of situation. Orang guna, dia guna. Dulu tidak ada “alaf”, tidak ada “mampan”, tidak ada “ketelusan” ya, tetapi bila kita gunakan, Dewan Bahasa teliti- terutama ucapan belanjawan, then dia rasa sesuai, dia kembangkan, dan saya sama setuju dengan Bera, supaya kita memperkasakan bahasa ya...
[Tepuk] Dan malah oleh itu, makna konsisten dengan seruan Bera itu, saya arahkan semua jabatan kerajaan ya, dan syarikat-syarikat tempatan tidak boleh menulis dalam bahasa Inggeris atau bahasa lain. Tulis Bahasa Melayu, tapi kalau syarikat antarabangsa, itu dikecualikan ya. Ada yang salah faham. Syarikat antarabangsa boleh. Ada yang tidak setuju. Jadi saja selingan soal bahasa dibangkitkan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Balik kepada soal subsidi diesel. Baik. Digunakan hanya di Semenanjung. Sebab apa? Di Sabah dan Sarawak, itu diesel digunakan secara lebih menyeluruh. Jadi kalau kita nak laksanakan, kena kaji dampaknya begitu rupa. Ahli Yang Berhormat tahu bahawa kos sebenarnya untuk tahun ini dah mencecah RM81 bilion dan kita bayar kepada orang asing, 35 juta orang dan golongan yang saya sebutkan, ‘maha kaya’, tetapi nelayan yang menerima subsidi diesel itu diteruskan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
[Bangun]
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
[Bangun]
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
[Bangun]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Juga, kenderaan diesel dalam kategori pengangkutan awam termasuk van, bas sekolah, itu juga kekal RM1.88 sen, ya. Jadi, saya harap ini dapat menerima penyelarasan semula diesel ini kerana ia boleh mengurangkan beban kerajaan. Baik.
Ini sama seperti mana yang disebut oleh Menteri Pertanian semalam tentang harga ayam. Alhamdulillah, setakat semalam dan hari ini, harga ayam masih terkawal.
Cuma, saya tidak nafikan, kadang-kadang di setengah-setengah tempat, ada juga laporan tentang harga yang agak tinggi tetapi saya ada senarai yang dibawa.
Umpamanya, harga ayam hari ini. Saya tak faham. Perlis, dia murah, RM6.99 tetapi Arau Perlis, Kangar Perlis, di Padang Besar, mungkin ada perbezaan sedikit Dato’ Arau ya sebelum...
[Disampuk] . Oh, masih rendah. Itu pertama kali Arau setuju dengan saya.
[Dewan ketawa]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Yang Berhormat Arau, terima kasih.
Yang tinggi ini di Labuan ya. Paling tinggi adalah di Labuan dan di Sabah, Sarawak. Sebab itu, arahan kita ialah bahawa skim rahmah ini, itu ditambah lebih besar di Labuan, Sabah dan Sarawak. Itu- ini Sumbangan Tunai Rahmah, dan Sumbangan Asas Rahmah yang juga dibangkitkan oleh Tebrau dan Jerlun.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Baik. Sekarang ini, berapa jumlah yang memperolehi manfaat daripada STR? Itu sembilan juta orang, Tan Sri Yang di-Pertua, ya.
STR, sembilan juta orang dan untuk Fasa 4 pada 7 November ini, kita akan tambah 5.2 juta penerima mendapat STR antara RM100 sehingga RM1,200 dan permohonan rayuan diluluskan akan menerima RM100 sehingga RM2,500 sekali gus. Nilai keseluruhan Fasa 4 untuk November ini sahaja, RM2.1 bilion.
Maknanya bantuan ini diharap boleh meredakan tekanan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi, permohonan baru dibuka untuk ini. Baik. STR dinaikkan dari RM8 bilion ke RM10 bilion untuk sembilan juta penduduk dan kadar maksimum bagi keluarga miskin ditingkatkan dari RM3,100 kepada RM3,700...
[Tepuk] Sebab itu saya yakin, kalau keluarga termiskin negara ini boleh dapat RM3,700, ini dengan sendirinya akan memudahkan langkah-langkah untuk menoktahkan kemiskinan tegar...
[Tepuk] Kadar SARA- selain daripada STR, ada lagi SARA. SARA ini ditingkatkan dari RM600 kepada RM1,200 untuk- dengan bilangan penerima manfaat meningkat dari 200,000 orang kepada 700,000 orang. Maknanya, tambahan di antara RM600 sehingga RM1,200.
Jadi, kalangan yang bangkitkan soal sedikit, katalah naik harga, dia jangan lupa bahawa penambahan bantuan- maknanya bantuan langsung kepada keluarga ini, bukan daripada yang paling miskin sahaja. Kepada sembilan juta. Maknanya kelas menengah.
Kita sedang kaji apakah dengan keadaan beberapa penyasaran subsidi perlu ditingkatkan lagi. Saya kata, tingkatkan untuk tahun depan, RM2 bilion.
Tuan Yang di-Pertua
Ada Ayer Hitam, Yang Berhormat.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Amat Berhormat. Yang Amat Berhormat, tentang cukai sekejap.
Tuan Yang di-Pertua
Ayer Hitam, Ayer Hitam dulu.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat sebut STR ditambah sehingga RM10 bilion. Itu banyak membantu rakyat sembilan juta orang. Saya menyambut baik kenyataan Yang Amat Berhormat tadi yang kata akan mencerakinkan tentang peluasan skop ke atas sektor logistik.
Saya rasa, ini antara perkara yang kita bincang. Kita sangat khuatir. Bila logistik itu ditambah eight percent, semua tempat akan naik harga. Bila dah naik harga, kita nak mansuhkan selepas itu, harga tak akan turun. Saya menyambut baik, itu satu tindakan yang baik. Harap-harap, kita dapat satu hasil.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Kedua, Yang Berhormat, saya tertarik dengan apa Yang Berhormat sebut tadi, RPGT- Real Property Gains Tax. Kita ada satu akta dan kita ada CGT. Kedua-dua ini kalau kita melupuskan satu hartanah, 30 percent first two years, tetapi CGT pun 10 percent.
Dalam keadaan ini, kita ada pertindihan dua akta yang sedang berjalan. Adakah dikenakan dua-dua ataupun terpaksa pinda satu undang-undang supaya hanya dikenakan satu? Itu banyak syarikat perakaunan yang bertanda firma, ya.
Kedua, saya rasa Yang Berhormat tadi sebut, cukai atau CGT. Saya nak bertanya Yang Berhormat. Semasa engagement dengan stakeholder, antara saranan itu ialah unlisted shares dikenakan di atas syarikat yang mempunyai unlisted shares ke atas syarikat yang lain, dan ia tidak melibatkan individu, tapi pengumuman Yang Amat Berhormat, nampaknya secara terbuka. Adakah dasar kerajaan akan kenakan unlisted shares oleh pemilikan oleh sesiapa individu dan juga syarikat? Saya rasa, perkara ini akan memberi pencerahan yang lebih kepada masyarakat. Terima kasih.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Ayer Hitam ada sebut tentang logistik. Memang betul. Sebab itu saya jelaskan bahawa logistik itu harus dicerakinkan supaya aspek yang menyinggung atau memungkinkan penggunaan awam yang akan memungkinkan kenaikan harga itu dikecualikan. Itu sedang diketepikan, tetapi cukai perkhidmatan atas logistik itu, bukan lapan peratus ya, enam. Itu yang saya nak jelaskan. Kita- Yang Berhormat sebut lapan. Tidak, dia enam, tetapi skop sektor logistik itu ya saya dah minta Kementerian Kewangan kerana melihatkan beberapa Ahli Yang Berhormat yang bangkitkan kebimbangan, saya minta mereka buat libat urus sedikit lagi untuk mendapatkan input daripada mereka sebelum kita putuskan secara muktamad. So, RPG setakat ini memang tidak melibatkan listed shares. Cuma dalam pengeluaran- kerana dasar kita itu unlisted shares tetapi kalau perlu penjelasan itu kita akan tetapkan kerana belum dirumuskan secara terperinci.
Baik, ini saya- saya takut dah lama...
Tuan Yang di-Pertua
Boleh teruskan.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Last, last Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik minta sikit Yang Berhormat Perdana Menteri.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya ada bangkitkan isu royalti. Saya tunggu sehingga akhir...
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ada, ada, ada.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat tidak disentuh.
Tuan Yang di-Pertua
Ada, ada.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Jadi, alang-alang nak sentuh, saya nak beri sedikit pencerahan Yang Amat Berhormat.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Saya belum jawab dia nak bagi.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Berkaitan dengan- saya terima- sekejap, mungkin yang ini nilai tambah kepada jawapan Yang Berhormat.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Dak, ini penggulungan. Bukan perbahasan Yang Berhormat. Saya akan sentuh...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Sikit, sikit saja.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Dan jawab pada masa itu.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, teruskan Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Baik. Prestasi pelaburan yang dibangkitkan oleh Titiwangsa, Sembrong, Bachok, Tenggara, Seputeh, Kuala Nerus, sebahagian besar telah dijawab oleh MITI dan juga Menteri Ekonomi dan saya tidak mahu mengulanginya.
Cuma nak menyatakan, mungkin Sembrong tidak ikuti perkembangan bahawa berbeda daripada MOU, ini ada kelulusan. Saya lebih berat tentang kelulusan dan pelaksanaan. Ada umpamanya, betul kerana Yang Berhormat Sembrong pun ada pengalaman. Kadang-kadang kita hanya ghairah berbincang soal MOU tetapi kadang- kadang tidak dilaksanakan. Ada satu tahun di mana MOU diumumkan, yang dilaksanakan hanya 40 peratus.
Jadi ada kebijakan untuk memperingatkan supaya jangan kita hanya uar-uarkan MOU, tapi dalam kes ini, seperti yang disebut ya bahawa macam Infineon, itu sudah laksana. RM25 bilion, RM25 bilion Infineon itu sudah diputus dan mula dilaksanakan.
Begitu juga Geely dengan Proton di Tanjong Malim, diputuskan dan dilaksanakan. Aramco yang saya jumpa baru ini, untuk memperluaskan projek di itu. Itu disahkan oleh Putra MBS sendiri bahawa lembaga akan datang dan melaksanakan.
Jadi saya setuju, tidak semua yang diumumkan itu dilaksanakan, tetapi prestasi sekarang ini, setakat ini, melebihi prestasi sebelum pandemik. Jadi, ini suatu perkembangan yang baik. Yang disebut tadi...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Perdana Menteri, Sik nak tanya sedikit.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Termasuknya Elon Musk, dan juga yang dari Timur Tengah termasuk baru-baru ini NBZ dalam Mazda yang RM40.6 bilion itu dan rombongannya sudah datang untuk melaksanakan. Bukan lagi MOU. The agreement sudah ditandatangani, dah mula pelaksanaannya. Jadi, itu juga kesan daripada lawatan.
Untuk dalam mengambil perhatian teguran dari Yang Berhormat, kerana kelewatan ini maka kita di peringkat Jemaah Menteri memutuskan bahawa Menteri MITI ditugaskan menjadi penyelaras dalam memastikan pelaksanaan itu bersama MIDA.
MATRADE telah urus bawa dan MIDA menjadi sekretariat untuk pelaksanaan yang lebih berkesan. Ini kerana Malaysia sebagai negara dagang terpaksa bergantung kepada pelaburan domestik yang juga tinggi dan juga pelaburan asing.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Sik mohon sedikit?
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Daripada tadi.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Boleh Yang Berhormat? Tan Sri.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bila nak jawab pasal royalti Yang Berhormat?
Tuan Yang di-Pertua
Saya bagi Muar ya.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Royalti bila nak jawab?
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pada persidangan Parlimen yang lepas, Yang Amat Berhormat memberikan cadangan yang saya akur iaitu untuk peruntukan Parlimen diberikan secara adil dan saksama. Perlu adakan rundingan dahulu dengan pihak Timbalan Perdana Menteri. Muar telah pun berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri II untuk tujuan ini.
Persoalan saya apakah tindakan susulan SOP yang jelas yang boleh digariskan?
Adakah rundingan mencukupi atau seperti mungkin apa yang dibincangkan sejak
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
seminggu dua minggu yang lepas iaitu perlu ada kenyataan media yang dikeluarkan.
Contoh oleh dua Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan ke atas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Perkara ini penting supaya Ahli-ahli Parlimen tahu apa yang perlu mereka lakukan untuk dapat peruntukan.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Baik. Terima kasih. Kenyataan dari Kuala Kangsar dan Labuan itu tidak runding dengan saya atau mana-mana Menteri ya. Jadi, itu kalau mahu penjelasan biar tanya Kuala Kangsar dan Labuan. Tentu saya mengalu-alukan kerana kematangan dan kebijaksanaan mereka...
[Tepuk]
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri, sikit Sik mohon. Sik mohon sedikit penjelasan.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Mudah-mudahan- lepas ini Arau pula.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Sik mohon...
[Dewan riuh]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Baik, baik.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat, tadi kata nak jawab royalti.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Untuk menjawab, untuk menjawab....
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Mohon penjelasan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Mohon Menteri. Sik mohon.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat, tadi kata nak jawab royalti.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
...Oleh Kuala Kangsar, dan Labuan tetapi TPM II telah diberikan tugas bersama Jawatankuasa seperti mana kita lakukan tatkala Yang Berhormat Bera menjadi Perdana Menteri. Ada libat urus, runding, tengok parameter sedia dan kita teruskan. Saya tidak berganjak daripada yang itu. Soal nak kata ini zalim, maknanya kerajaan dulu ini zalim inilah, tak bagi.
Seorang Ahli
...Tak.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Tak pula zalim. Kami buat, zalim. Yang kamu buat tak zalim. Ini hukum apa? Hukum rimba bukan hukum Islam.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Menteri, sedikit penjelasan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat sebut...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri, mohon Sik sikit. Sik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat. Yang Berhormat sebut Arau tadi. Sedikit sahaja. Sedikit sahaja.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tuan Speaker.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Nak maklum Yang Berhormat, Arau sekarang Pengerusi Lajnah Parlimen PAS, tau.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey. Nombor dua Yang Berhormat.
Yang Berhormat, masa Bera jadi Perdana Menteri, dia hanya suruh Yang Berhormat semua masa itu sokong bajet sahaja. Kami pun boleh sokong bajet. Tidak ada masalah, tetapi...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kenapa dibagi syarat dalam suruh sokong sampai habis penggal dan sebagainya. Tidak apa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sekarang Yang Berhormat, saya nak minta buat ralat. Ralat. Tadi ralat RM4 bilion tambahan. Ralat saya Ahli Parlimen ini 75, RM300 juta diminta dikeluarkan. Sebab apa?
Dia tak nak bagi duit dekat kami, kena keluarkanlah. Jadi, sekarang ini peruntukannya masih ada. Jadi....
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Baik, makna tak mahu lawan itu maknanya sekarang ini?...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan. Yang Berhormat tak nak bagi, kenapa ralat?
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi ambil keputusan sekarang itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Itu ugutan, itu ugutan.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Ha, tengok itu...
[Dewan riuh]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Yang Berhormat Arau cadang....
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hari ini Yang Berhormat...
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Yang Berhormat Arau cadang supaya dikeluarkan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bajet ini bagilah kami bawa balik berita gembira. Isytiharkan peruntukan dibagi sama rata.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Baik. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Baru jadi Perdana Menteri perpaduan.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Pengerusi Lujnah apa, lujnah apa, Lujnah Parlimen.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Apa dia Yang Berhormat?
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Pengerusi Lujnah Parlimen.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya adalah Lujnah Parlimen. Itu sebab saya kena cakap...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya. Lepas ini dia orang akan lebih jadi Pengerusi Lujnah Perikatan Nasional. Jadi, saya kena cakap di Parlimen ini Yang Berhormat.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Okey. Okey.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Untuk Ahli-ahli Parlimen.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Yang Berhormat Arau telah jalankan tugas.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, nak cari pahala kah dosa? Nak cari pahala bagi peruntukan...
[Ketawa] Nak cari dosa, tahan peruntukan...
[Ketawa]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Haih.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat Menteri, pasal royalti.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri...
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Yang Berhormat Tan Sri, sejak masuk PAS, cepat dia bagi hukum...
[Ketawa] Baik.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat, pasal royalti tadi.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Yang disebut oleh Yang Berhormat Muar, saya cadang...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sedikit. Nak tanya pasal subsidi Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Tidak. Sekali lagi saya tegaskan ya, syarat dan sebagainya bincang Yang Berhormat ada. Yang Berhormat Larut pun tahu dulu. Sudah ada, duduk bincang dahulu. Saya tak mahu bagi apa keputusan. Buat apa yang bincang dan kalau yang munasabah, lulus. Tidak ada masalah.
Jangan kata tidak ada peruntukan, tak betul. Saya kata peruntukan Ahli Parlimen itu satu keputusan kemudian. Dia bukan satu semesti, satu hak. Haknya bagi negara ialah untuk memberikan peruntukan yang cukup kepada rakyat. Bukan kepada Ahli Parlimen.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ini untuk rakyat Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Dato’ Seri...
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Ya. Wakil Rakyat ada elaun. Ada gaji. Ada elaun.
Itu hak dia. Jangan tambah hukum sebab semasa mereka berkuasa, tidak difikir soal ini.
Kita tunggu sekian lama ya.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Tambun, mungkin boleh saya mencelah sedikit?
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Kawan-kawan dalam Keadilan, DAP, PAS masa itu pun tak pernah dapat dalam kerajaan dulu. Kemudian bila mereka berkuasa pun, kita tak dapat juga sehingga ada rundingan.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Ahli Yang Berhormat Tambun.
Itu satu perkara...
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Saya cadangkan rundingan. Baik.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Tambun, boleh saya mencelah sedikit dalam hal ini?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Boleh, Sik minta lama ini.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat pasal royalti tadi, royalti Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tuan Speaker.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Royalti petroleum untuk Kelantan bila hendak jawab?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tuan Speaker.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Royalti petroleum pun tidak pernah diluluskan semasa kerajaan Perikatan Nasional. Sekarang ini...
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Amat Berhormat Tambun menjanjikan reformasi. Ini bukan reformasi.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Semua pun dengarlah dahulu. Dia tanya kita jawab lah.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Kenapa apabila menjadi pemegang kuasa mengulang balik hujah yang lama.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Kita jawab di sini- di sini.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, sila duduk.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Sepatutnya ini zaman reformasi. Buat perkara yang baharu...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Sila duduk. Tasek Gelugor, sila duduk.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Baik. Jadi, saya kata peruntukan kita perinci.
Macam Terengganu, dia minta ya. Yang mana yang melibatkan gaji, saya tidak tangguh tetapi yang melibatkan projek kita teliti. Bahawa projek itu mesti ikut kaedah kewangan yang strict. Maknanya mengikut kaedah dan peraturan kewangan.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Umpamanya kalau ada yang mendesak macam Kenyir. Itu tak payah panjang- panjang. Saya terus bersetuju dan meluluskan sehinggakan target sampai RM200 juta ya dan projek-projek itu sebahagiannya termasuk dalam kaedah dana royalti. Jadi, kita boleh dan saya ada minta Kementerian Kewangan untuk dapat input daripada negeri-negeri dalam hal yang sedemikian.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat, saya nak merujuk jawapan soalan kepada Yang Amat Berhormat.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Baik. Penyusutan nilai mata wang Ringgit.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Perdana Menteri.
Bagi Sik satu nak tanya.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Petroleum, petroleum.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Baik.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Sikit, sikit Yang Berhormat. Sikit sahaja.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Menteri...
[Dewan riuh]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Wang Ringgit disebut katanya Malaysia yang...
[Tidak jelas]
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kenapa zaman PN tak lulus, sebab saya tak jadi Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Faktanya...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Sekarang ini Yang Berhormat jadi Perdana Menteri....
Tuan Yang di-Pertua
Pengkalan Chepa.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
...Kena luluslah.
Tuan Yang di-Pertua
Pengkalan Chepa.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Faktanya, ya betul. Ini adalah satu masalah. Tadi Bank Negara umumkan OPR tidak dinaikkan. Kekal tiga peratus...
[Tepuk] Maknanya Singapura 350 mata asas. Amerika Syarikat, 525 mata asas dan Malaysia 125 mata asas.
Dalam soalan yang lalu Pasir Mas pun tertanya-tanya. Dia kata kalau naik, tidak ada kesan. Saya menjawab masa itu saya kata Turki sekitar inflasi 40 peratus. Saya nak betulkan. Turki inflasinya 61.5 peratus. Jadi, kalau naik itu tidak mudah. Menteri Kewangan itu seorang yang sangat berwibawa, Mehmet Simsek. Dia beritahu dia mengambil masa.
Tidak boleh segera walaupun naik kadar faedah.
Argentina, kadar inflasi 138.3 peratus. Inflasi kita diumumkan baru-baru ini oleh DOSM bawah daripada dua peratus. Jadi, maknanya ada faktor-faktor lain yang diputuskan dalam Fed Amerika Syarikat tetapi tidak mempengaruhi sikap kita. Kalau kita fikirkan semata-mata nilai Ringgit, kita naikkan kadar faedah, tapi saya dapat tadi maklumat daripada Bank Negara keputusannya mengekalkan OPR pada tiga peratus.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Baik, jadi saya telah cuba menjawab kebanyakan perkara yang dibangkitkan termasuk isu bahasa tadi yang katakan “ketimbang” yang tidak ada dalam Dewan Bahasa.
Dewan Bahasa jawab. Dewan Bahasa ada jawab. Dia kata memang ada dalam peringkat Jawatankuasa dan akan dimasukkan dalam kamus Dewan yang berikut...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat saya tak puas hati dengan jawapan royalti tadi. Bahasa itu dahlah, duk ulang balik bahasa buat apa? Itu dah selesai...
[Dewan riuh]
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Fasal royalti ini penting Yang Berhormat. Saya...
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Pasir Mas, fasal royalti dah habis. Sekarang fasal bahasa.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Dah habis apa?
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Pasir Mas tak bangkit, tak apa.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Apa yang dah habis?
Tak jawab pun.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua
Baik
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kenapa Yang Berhormat tak nak jawab?
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat...
[Tepuk] Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya kemukakan masalah bahawa Usul atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua
*[Diputuskan, Bahawa Usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis:
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari sembilan puluh dua bilion ringgit (RM92,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2024, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 34 Tahun 2023, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.”]*
Tuan Yang di-Pertua
Alhamdulillah. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Isnin 6 November 2023.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan selamat malam.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Speaker, tak payah buat laju-laju, perlahan-perlahan pun okey. Bagi lunak sikit.
Seorang Ahli
Lujnah Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua
Saya nak buka puasa ini. Terima kasih.
[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.52 petang]