Nov012023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Balik Pulau.

final • 10:00 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1.

final • 10:00 AM

1. Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [Balik Pulau] minta Menteri Pendidikan menyatakan usaha-usaha yang diambil oleh kementerian bagi mengatasi isu buli di sekolah yang semakin berleluasa.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memandang serius isu buli yang melibatkan murid sekolah bawah KPM. Antara usaha yang diambil bagi memastikan gejala ini ditangani adalah seperti yang berikut.

KPM telah melancarkan Tujuh Teras Nadi Keunggulan KPM. Menerusi Teras 2 Nadi Keunggulan KPM, KPM memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti bagi melahirkan anak yang baik lagi cerdik, dengan mewujudkan suasana harmoni yang menghindari gejala negatif seperti gangguan seksual, buli, extremism, gangsterism dan vandalism.

KPM telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4 Tahun 2002, Pelaksanaan Program Sekolah Selamat. Program Sekolah Selamat dilaksanakan di semua sekolah seluruh negara. Program ini bertujuan mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, agar warga sekolah dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kegiatan kokurikulum tanpa gangguan daripada mana-mana pihak, termasuk perbuatan gangsterism, dadah dan buli dalam kalangan murid.

Memantau dan mengambil langkah proaktif untuk menangani gejala sosial dalam kalangan murid sekolah oleh semua pengetua dan guru besar.

KPM telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6 Tahun 2000, Menangani Masalah Keselamatan Dadah dan Gengster. Antara tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah adalah mengadakan peti aduan di sekolah dan asrama, mengukuhkan Jawatankuasa Disiplin Sekolah dan Asrama serta mengambil tindakan dan menghukum murid yang melakukan perbuatan buli di sekolah atau asrama. Jawatankuasa Anti Buli telah diwujudkan di setiap JPN melalui Jawatankuasa Menangani Gejala Disiplin Negeri.

Mengeratkan hubungan antara guru dan murid melalui pelaksanaan Amalan Guru Penyayang di sekolah melalui Surat Siaran KPPM Bil. 4 Tahun 2012. Pelaksanaan Amalan Baik Guru Penyayang adalah bertujuan untuk menerapkan budaya penyayang

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

dalam kalangan warga sekolah, meningkatkan hubungan murid dan guru serta mengeratkan hubungan sesama murid. Usaha ini dapat mengurangkan risiko berlakunya gejala sosial di sekolah.

Mengadakan kerjasama erat dengan pihak Polis Diraja Malaysia melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Setiap sekolah menengah dan sekolah rendah mempunyai seorang PPS yang sentiasa mendampingi dan bekerjasama dengan pihak sekolah, termasuklah mengadakan program untuk mencegah buli.

Menyediakan saluran pelaporan bagi membolehkan pihak sekolah melaporkan kes buli kepada KPM. Pada masa kini, KPM telah menyediakan Portal Aduan Buli yang membolehkan warga sekolah, termasuk murid dan ibu bapa serta orang awam membuat aduan terus kepada pihak kementerian dan maklumat yang diterima akan dilindungi.

Terdapat empat saluran utama Portal Aduan Buli iaitu melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA), KPM, e-mel, talian telefon dan aplikasi WhatsApp.

Menyediakan khidmat kaunseling kepada murid-murid yang didapati cenderung untuk melakukan perbuatan salah laku terhadap murid lain.

Terkini, KPM melancarkan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli di institut pendidikan. Garis panduan ini menjadi rujukan kepada semua pihak berkepentingan di institusi pendidikan dalam menjelaskan kefahaman tentang salah laku buli dan implikasinya serta peranan masing-masing dalam pengurusan salah laku buli, terutamanya terhadap pembuli dan mangsa buli. KPM sentiasa komited untuk meningkatkan lagi kesedaran murid bagi mencegah gejala buli di sekolah.

KPM juga amat menghargai peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat yang sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah bagi menangani gejala buli dalam kalangan murid di sekolah.

Sekian terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Balik Pulau.

final • 10:00 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih atas Timbalan Menteri yang memberi jawapan tadi. Saya meneliti jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri mengenai prosedur ataupun tatacara, bagaimana seseorang murid dapat menyatakan kilanan ataupun gangguan yang dialaminya.

Saya ingin bertanya, apakah pihak kementerian mengkaji keberkesanan prosedur ataupun SOP yang sedia ada? Bolehkah kita dapat mengetahui, berapakah kes yang telah dirujuk mengikut tatacara tadi? Bagaimanakah jumlah yang telah diselesaikan, kes yang telah diselesaikan? Adakah perancangan pihak kementerian untuk mengadakan ataupun bekerjasama untuk membuat satu akta anti-bully act? Kita tahu bahawa gangguan seksual ini...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Banyak soalan dalam satu soalan.

final • 10:00 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Sorry. Gangguan buli ini bukan hanya sesama murid tetapi juga ia mungkin melibatkan orang dewasa. Kita tidak ada mekanisme pemantauan dalam sistem pendidikan Malaysia yang memastikan guru- guru dan individu yang bekerja dengan kanak-kanak, khususnya golongan rentan ini untuk menjalani pemeriksaan. Kalau di Australia, kita ada Working with Vulnerable People Registration yang merupakan penilaian berterusan terhadap kelayakan seseorang untuk bekerja dengan golongan rentan ini, melibatkan pemeriksaan rekod jenayah serta tindakan disiplin dan maklumat polis.

Jadi, kita perlu ada mekanisme untuk check...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

final • 10:00 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Jadi soalan saya tentang apa yang saya bangkitkan tadi...

[Ketawa] Terima kasih.

final • 10:10 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tentang- saya jawab satu demi satu. Tentang kes, berapa kes buli yang telah direkod, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memandang serius isu buli yang melibatkan murid sekolah KPM. Berdasarkan data daripada Sistem Sahsiah Diri Murid, SSDM KPM, sejumlah- saya hanya ada tiga tahun, jumlah tiga tahun. Sejumlah- pada tahun 2021, di mana masih semasa MCO, sejumlah 326 kes telah direkodkan pada tahun 2021.

Manakala pada tahun 2022, sebanyak 3,887 kes, manakala pada tahun 2023 sehingga Oktober sejumlah 4,994 kes telah direkodkan. Semua kes ini siasatan telah dijalankan. Siasatan dan tindakan susulan telah diambil, terutamanya dari segi bimbingan dan kaunseling.

final • 10:10 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

[Bangun]

final • 10:10 AM

Puan Lim Hui Ying

Dari segi seperti yang saya telah sebutkan tadi, kes buli ini atau gejala sosial ini melibatkan banyak pihak bukan hanya daripada ibu bapa, NGO juga kita amat memerlukan libatan daripada NGO, daripada komuniti setempat. Tujuan kami memang adalah untuk memastikan kes buli dapat dikurangkan dan terutamanya pembuli itu dengan mangsa buli itu akan diberi bimbingan yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

[Bangun]

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Kedah.

final • 10:10 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang telah memberikan maklumat serta jawapan yang jelas. Soalan tambahan saya ialah, apakah KPM bercadang untuk menambah bilangan guru kaunseling bagi menangani masalah buli ini di sekolah? Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Yang Berhormat. Ya, jawapannya ya memang kita akan pastikan kalau kes buli bertambah kita akan- sebab tindakan yang immediate atau seterusnya, yang terutamanya menangani murid-murid sekolah adalah kaunseling, adalah bimbingan. Mereka mesti diberi penyedaran atau bimbingan yang sepatutnya untuk tahu mengapa mereka buli, mereka ingin buli, melakukan perbuatan buli dan kaunseling adalah amat mustahak. Jika kes buli bertambah, kita memang akan tambahkan guru-guru bimbingan dan kaunseling. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya menjemput Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib, Parit.

final • 10:10 AM

Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2.

final • 10:10 AM

2. Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk meningkatkan kelengkapan dan kemampuan Polis Diraja PDRM (PDRM) dalam menangani trend jenayah siber yang semakin canggih pada waktu ini.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Menjawab soalan Yang Berhormat Parit. Kerajaan telah melancarkan Strategi Keselamatan Siber Malaysia

(MCSS ) 2020-2024 bagi meningkatkan kesiapsiagaan keselamatan siber negara.

Kementerian Komunikasi dan Digital serta Agensi Keselamatan Siber Negara diberi tanggungjawab menggubal, melaksana, memantau dan menyelaras pelan tindakan jangka sederhana ini.

Strategi ini dirangka berdasarkan lima tonggak utama yang merangkumi 12 strategi, 35 pelan tindakan dan 113 program bagi teras mekanisme keselamatan siber, dalam berdepan sebarang bentuk serangan siber.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Kalau saya boleh sebut tonggak pertama ialah mempertingkatkan pengurusan tadbir urus serta keselamatan siber negara.

Yang kedua memperkukuh penguatkuasaan jenayah siber dan perundangan sedia ada.

Tonggak tiga, pemerkasaan inovasi dan teknologi bertaraf dunia dalam bidang keselamatan siber. Tonggak empat mempertingkatkan pembangunan kapasiti serta tenaga mahir bidang keselamatan siber dan tonggak lima memperkukuh kerjasama antarabangsa bagi melindungi ruang siber negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya antara isu dan cabaran yang dikenal pasti oleh pihak PDRM dalam jenayah siber ini, terutama kes jenayah penipuan dalam talian adalah peningkatan kecanggihan teknologi maklumat. Kecanggihan teknologi maklumat membolehkan penjenayah dapat berhubung dengan mangsa tanpa sempadan dan penjenayah juga boleh menghapus jejak mereka agar sukar dikesan oleh pihak berkuasa.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Dalam Negeri melalui PDRM sentiasa peka dan memandang serius berkaitan jenayah komersial yang semakin berleluasa, terutama kes jenayah penipuan dalam talian.

Dalam menangani kes jenayah komersial, pelbagai kaedah dan usaha telah dilaksana agar masyarakat tidak menjadi mangsa kepada jenayah siber. PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Siber sentiasa komited agar informasi terkini berkaitan dengan modus operandi dan teknik-teknik yang digunakan oleh scammer dapat disalur kepada masyarakat melalui pelbagai kaedah, sama ada secara bersemuka atau melalui sosial media.

Selain daripada itu, PDRM juga sentiasa bersiap siaga bagi mengatasi ancaman siber dengan wujudkan unit, khususnya untuk menyiasat kes-kes siber. Antaranya Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

Terdapat pelbagai unit dengan pelbagai kepakaran seperti Unit Siasatan Forensik Digital, Unit Police Cyber Investigation Response Centre, Unit National Scam Response Centre, Unit Technical Cyber.

Oleh yang demikian bagi memastikan fungsi unit-unit siber yang sedia ada mencapai objektif, cadangan pindaan dan sesi libat urus telah kita adakan terutama berkaitan dengan undang-undang. Antara seperti berikut, melakukan pindaan dan mengetatkan peruntukan dalam Akta Pencegah Jenayah 1959 bagi membanteras kesalahan jenayah merentas sempadan. Kemudian beberapa lagi tindakan melalui kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika bentangkan Belanjawan 2024 telah mengumumkan kerajaan akan menambah peruntukan kepada NSRC kepada RM20 juta pada tahun hadapan, berbanding dengan RM10 juta tahun sebelum ini, sebagai usaha untuk memperkukuhkan peranan dan fungsi NSRC dan PDRM dalam membendung jenayah penipuan dalam talian atau scam yang semakin berleluasa.

Sepanjang tempoh penubuhan NSRC pada Oktober 2022, sebanyak 49,700 jumlah panggilan diterima. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 11,040 panggilan diterima di mana kejadian berlaku dalam tempoh kurang 24 jam dengan jumlah kerugian sebanyak RM128,964,463.73 dan daripada jumlah tersebut, sebanyak RM24,047,112.74 telah diselamatkan dan dipulangkan kepada mangsa. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Parit.

final • 10:10 AM

Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Terima kasih Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Berkaitan dengan jenayah siber ini kalau dahulu ada Macau scam, ada jenayah e-dagang, ada pinjaman yang tidak wujud ya. Sekarang ini ada timbul lagi pelbagai ada love scam, ada pemancingan data- phishing, ada cyberbullying, adanya hacking, penggodaman dan banyak lagi jenayah siber.

final • 10:10 AM

Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Jadi soalan saya, sejauh manakah pegawai PDRM telah dilengkapi dengan kemahiran teknikal paling terkini dalam menangani jenayah siber pada ketika ini? Adakah kerangka perundangan pada ketika ini telah memberi kuasa yang mencukupi bagi PDRM dalam menangani jenayah siber ini?

Juga saya ingin bertanya, sejauh manakah cabang digital forensik PDRM telah dipertingkatkan dalam negara kita bagi menganalisis dan memelihara bukti bagi kes-kes jenayah siber ini? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Tiga soalan Tuan Yang di- Pertua. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, antara isu dan cabaran yang kita hadapi dalam menangani isu jenayah siber terutama jenayah penipuan dalam talian adalah peningkatan kecanggihan teknologi maklumat. Kecanggihan teknologi maklumat ini membolehkan seperti saya sebutkan tadi, penjenayah dapat berhubung dengan mangsa tanpa sempadan dan penjenayah boleh menghapuskan jejak-jejak mereka.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, menyentuh isu jenayah siber ini, ia boleh dikategorikan kepada dua. Satu ialah apa yang dipanggil jenayah tradisional, yang kedua ialah jenayah yang dilakukan dalam talian. Jenayah tradisional ini adalah apabila teknologi diguna melalui satu jenayah seperti penipuan dalam talian, judi dalam talian, penyebaran maklumat palsu talian. Kesalahan-kesalahan ini boleh dilakukan tanpa menggunakan teknologi.

Namun kini, perbuatan tersebut telah dilakukan dengan lebih meluas melalui penggunaan teknologi maklumat. Manakala jenayah yang dilakukan melalui talian ini pula merupakan kesalahan yang boleh dilakukan dengan penggunaan komputer, rangkaian komputer, atau apa juga bentuk teknologi maklumat dan komunikasi.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Contoh perbuatan kategori ini kalau kita boleh lihat ialah penapisan perkhidmatan, apa yang dipanggil DDoS, godaman sistem, penghantaran virus atau lain-lain. Maka dalam kerangka menangani dua jenis jenayah ini, PDRM memberi fokus kepada cyber- dependent crime seperti jenayah penipuan dalam talian.

Saya harus akui walaupun kerangka perundangan pada ketika ini telah memberi kuasa yang mencukupi kepada PDRM dalam menangani jenayah siber, untuk makluman Yang Berhormat. Namun teknologi maklumat dan komunikasi sangat berkembang dengan begitu cepat, maka sentiasa wujud ruang dan peluang untuk kita tambah baik kerangka perundangan yang diperlukan dari masa ke masa.

Buat masa ini, pihak kementerian telah menerima beberapa cadangan daripada PDRM untuk melakukan pindaan Kanun Tatacara Jenayah Akta 593 serta Kanun Keseksaan Akta 574. Perkara ini sedang kita perhalusi dan perlu mendapat ulasan dan pandangan daripada pelbagai pihak, terutama Jabatan Peguam Negara. Saya tambah sikit Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Selain dari pada itu, berdasarkan beberapa sesi libat urus yang kita laksanakan, kementerian mengambil maklum atas pandangan-pandangan yang disebut, termasuk apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Maka Akta Pencegahan Jenayah perlu dilaksanakan dalam menangani kes-kes jenayah atas talian ini. Sebarang pindaan yang akan disyorkan perlu mendapat sokongan daripada semua pihak.

Selain daripada itu, Yang Berhormat sebut tadi bagaimana, apakah pegawai- pegawai PDRM dilengkapi dengan kemahiran teknikal terkini? Tahap kepakaran dan pengetahuan di kalangan anggota penguat kuasa juga kita tingkatan lagi masa ke semasa. Pegawai PDRM yang berkaitan juga kita hantar ke kursus-kursus sama ada dalam atau luar negara bagi kita mendapat pendedahan-pendedahan kerana teknologi dan perkembangan jenayah ini semakin berleluasa.

Kementerian juga sedar, selaras dengan perkembangan trend jenayah atas talian semasa, kaedah penyiasatan juga kita semakin kompleks. Kerana itu PDRM dari semasa

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

ke semasa melakukan penambahbaikan dan memperkasakan kemudahan-kemudahan terutama sekali makmal forensik dan unit digital forensik sebagai peneraju dalam siasatan jenayah-jenayah siber.

Usaha ini sebagaimana saya sebut, menelan belanja yang besar dan, namun perlu dilakukan bagi kita tingkatkan keupayaan bagi kita pastikan jenayah ini benar-benar dapat ditangani dengan baik dan menyelamatkan rakyat negara ini. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bukit Bintang.

final • 10:20 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan, memandangkan jenayah siber amat berat di negara kita dan juga saya ingin tanya. sejauh mana kes-kes jenayah yang ditangani oleh kementerian? Apakah langkah- langkah yang akan diambil oleh kerajaan memastikan dan menamatkan jenayah siber ini?

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat Bukit Bintang, saya sebutkan tadi oleh kerana kita tahu bahawa jenayah ini semakin berleluasa, semakin meningkat dari segi teknologi dan sebagainya, maka dari semasa ke semasa kementerian dan juga PDRM sentiasa meningkatkan teknologi dan juga kemahiran pegawai-pegawai bagi kita menangani isu yang semakin sukar dan kompleks ini.

Selain daripada itu, kita juga melakukan usaha-usaha untuk membuat pindaan- pindaan tentang undang-undang sedia ada, bagi membolehkan kita menangani sesuai dengan perubahan-perubahan yang berlaku ketika ini.

Dalam waktu yang sama, saya sebutkan tadi bahawa kita juga memperkukuhkan semua, apa yang kita ada terutama sekali Pusat Respons Scam Kebangsaan atau National Scam Response Centre (NSRC) ini bagi membolehkan kita membantu mereka- mereka yang dianiaya di dalam kes-kes seumpama ini.

Namun demikian, saya ingin nyatakan di sini bahawa kita sentiasa menyebar luas maklumat dan meningkatkan kesedaran kepada rakyat. Umpamanya, saya ingin sebut pagi ini bahawa jika rakyat mendapat panggilan. Contohnya, PDRM, saya nak sebut bahawa PDRM tidak pernah membuat sebarang panggilan melalui talian telefon atau aplikasi sosial media kepada orang awam atau mana-mana pihak untuk memohon melakukan pembayaran saman misalnya. Sebarang urusan PDRM hanya akan menggunakan e-mel rasmi dalam urusan dengan orang awam.

Maknanya maklumat-maklumat seumpamanya ini kita sebar luas supaya rakyat faham dan tidak terpedaya dengan jenayah-jenayah ini kerana dalam rekod kita banyak, sebagaimana yang disebut oleh Parit tadi, banyak. Love scams, e-Dagang, belian dalam online, pinjaman tidak wujud, pelaburan tidak wujud. Ini sangat berleluasa dan sebab itu kesedaran di kalangan masyarakat dipertingkatkan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad, Simpang Renggam.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Soalan saya nombor 3.

final • 10:20 AM

3. Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad [Simpang Renggam] minta Menteri Kewangan menyatakan inisiatif terkini kerajaan untuk menggembleng Islamic Green Finance bagi menampung sebahagian pembiayaan menjayakan agenda negara karbon neutral 2050 dan juga National Energy Transition Roadmap (NETR).

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Simpang Renggam. Jawapan yang agak panjang sebab isu yang penting.

Malaysia telah menyatakan komitmen untuk mencapai dengan izin, Nationally Determined Contribution (NDC) iaitu pengurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 45 peratus menjelang 2030.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong

Berbanding intensiti pelepasan KDNK pada tahun 2005 yang berjumlah 0.531 tan karbon bagi setiap RM1,000.

Untuk mencapai sasaran ini, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai hala tuju yang jelas. Contohnya, seperti yang dirangkumi di dalam National Energy Transition Roadmap (NETR) dan pelan-pelan tindakan lain.

Walau bagaimanapun, pembiayaan kolektif yang diperlukan untuk menyokong projek dan inisiatif seperti yang telah dirancang dalam NETR tadi yang harus dibangunkan dalam beberapa dekad yang akan datang adalah amat besar. Oleh itu, Malaysia tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pembiayaan sektor awam disebabkan oleh kekangan fiskal. Maka sektor kewangan perlu terus memainkan peranan penting dalam memudahkan pembiayaan dan pelaburan yang diperlukan ke arah usaha yang kritikal itu.

Dalam konteks ini, penting untuk ditekankan bahawa terdapat kesejajaran rapat antara pembiayaan Islam dan pelaburan yang mapan dan bertanggungjawab. Prinsip asas Islam untuk menggalakkan keadilan, kelestarian alam sekitar dan etika perniagaan selari dengan konsep pelaburan mampan. Ini juga aspek-aspek yang ditekankan oleh kerajaan dalam kerangka Ekonomi Madani.

Pada tahun 2021, kerajaan telah menerbitkan sukuk dalam pasaran global iaitu Sukuk Global 2021 dengan izin, berjumlah USD1.3 bilion dan menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada pelabur. Daripada jumlah tersebut, sebanyak USD800 juta ataupun dengan anggaran RM3.2 bilion merupakan sukuk kelestarian berdaulat dalam de-dominasasi Dolar Amerika Syarikat yang pertama di dunia.

Berdasarkan kejayaan terbitan Sukuk Global 2021, kerajaan juga telah menerbitkan MGII Lestari iaitu instrumen hutang domestik Kerajaan Persekutuan berjumlah RM4 perpuluhan bilion pada tahun 2022 dan sebanyak RM5.5 bilion pada tahun 2023. Menjadikan jumlah terkumpul kertas hutang sebanyak RM10 bilion iaitu mencapai sasaran seperti yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2022.

Terbitan tersebut menerima permintaan yang kukuh daripada pelbagai jenis pelabur termasuk institusi kewangan, pelabur institusi dan syarikat insurans. Terimaan bagi siri terbitan tersebut telah digunakan sepenuhnya bagi membiayai kegunaan am, termasuk perbelanjaan sosial dan hijau yang dibenarkan dalam Rangka Kerja Sukuk SDG Kerajaan Malaysia. Ini termasuk pembinaan klinik, hospital, sekolah dan universiti, penyediaan akses kepada bekalan air, elektrik luar bandar, pemulihan habitat dan biodiversiti serta pembangunan sistem pengangkutan awam yang rendah karbon.

Dalam Belanjawan 2024, Kerajaan Persekutuan akan mempelopori terbitan sukuk biodiversiti berjumlah sehingga RM1 bilion yang melibatkan penanaman semula hutan tersorot. Ini akan diusaha sama dengan kerajaan-kerajaan negeri. Dalam pasaran modal pula, pelbagai insentif, inisiatif telah dilaksanakan bagi memanfaatkan sinergi antara pasaran modal Islam dan pembangunan mampan dan bertanggungjawab ataupun sustainable and responsible investing (SRI).

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong

Sebagai inisiatif yang pertama menggabungkan prinsip-prinsip syariah dan SRI, SRI Sukuk Framework yang membolehkan pemilik projek hijau, sosial dan lestari untuk menerbitkan SRI Sukuk untuk membiayai projek tersebut. Sehingga Disember 2022, sejumlah RM18.92 bilion SRI Sukuk telah dikeluarkan sejak 2015, termasuk penerbitan sukuk hijau pertama di dunia pada tahun 2017.

Dalam usaha kerajaan menggalakkan syarikat dan usahawan tempatan mengambil bahagian dalam projek berasaskan teknologi hijau, Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) juga telah diperkenalkan. Sehingga tahun 2022, pembiayaan sebanyak RM7.5 bilion telah disediakan untuk tujuan ini, termasuk pembiayaan patuh syariah. Dalam Belanjawan 2023, GTFS 4.0 menawarkan pembiayaan sehingga RM1 bilion dan dibuka untuk permohonan sehingga 2025.

Sektor kewangan telah memberikan komitmen pembiayaan melebihi RM200 bilion sehingga 2025 bagi tujuan pembiayaan projek ESG. Manakala institusi perbankan

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong

Islam telah menyalurkan sebanyak hampir RM16 bilion kepada projek-projek hijau dari 2017 sehingga September 2021.

Saya rasa banyak lagi tetapi secara kesimpulannya ya, ini merupakan antara inisiatif terutamanya berkaitan dengan soalan yang ditanya oleh YB Simpang Renggam tentang Islamic finance dalam ESG project. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Simpang Renggam.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang meyakinkan bahawa Islamic Green Finance ini adalah salah satu daripada kaedah untuk pembiayaan agenda hijau. Kita pun tahu bahawa Yang Berhormat sebut tadi tentang RM200 juta yang dapat digemblengkan, RM200 bilion yang dapat digemblengkan dalam tempoh kita nak melaksanakan agenda NETR ini.

Baiklah. Itu adalah satu inisiatif yang – bagaimana pula dengan usaha untuk kita meneroka aspek wakaf dan juga zakat antara instrumen kewangan untuk membiayai program-program NETR yang kita tahu sebahagian besar daripada 2 bilion yang kita atau 120 bilion yang kita jangka akan dibelanjakan dalam tempoh lima hingga enam tahun, adalah merupakan program-program atau projek-projek yang marginally bankable ataupun yield yang begitu below market, below market return. Jadi atas dasar itu, kita mungkin akan meneroka lebih banyak lagi instrumen- instrumen. Jadi, khusus...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

...tentang usaha wakaf dan juga Dato’ Timbalan, tentang usaha untuk wakaf dan juga zakat ini, bagaimana? Adakah instrumen itu juga menjadi sebahagian daripada pertimbangan untuk membiayai program hijau ini?

final • 10:30 AM

Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan tambahan tersebut. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pengurusan zakat dan wakaf merupakan bidang kuasa kerajaan-kerajaan negeri.

Tetapi sebagai menjawab, mungkin separuh daripada apa yang ditanya itu, memang institusi perbankan Islam pada masa kini, ada mengguna pakai kaedah wakaf dalam pembiayaan. Contohnya untuk projek-projek pemerkasaan ekonomi, projek-projek kesihatan dan pendidikan. Ini lebih menjurus kepada komponen “S”, Sosial dalam ESG.

Namun, institusi perbankan Islam juga sedang bergiat untuk memperluaskan penggunaan kaedah wakaf bagi tujuan pembiayaan yang lebih meluas dalam ESG dan sebagainya. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih, terima kasih atas jawapan Menteri. Soalan saya ialah – Kubang Kerian. Kalau kita lihat dari segi penjelasan tadi, kita ada beberapa sektor yang perlu dilihat dalam Islamic Green Finance ini.

Persoalan saya, apakah kerajaan berhasrat untuk meluaskan sektor-sektor tersebut? Contohnya macam sektor capital market, kewangan, sosial dan green infrastructure. Apakah pihak kerajaan juga ingin melebarluaskan kerjasama strategik, khususnya dengan Islamic Development Bank, sebagai contoh bagi menangani isu-isu yang melibatkan krisis iklim yang datang kesan besar kepada ancaman antarabangsa?

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih. Saya mohon jawab. Tadi saya sudah maklumkan dalam jawapan saya yang utama itu tentang sektor pasaran capital ataupun capital market dalam konsep sukuk dan sebagainya.

Tetapi mungkin sebagai tambahan, saya juga boleh memaklumkan bahawa dari segi greenhouse gas sifar bersih yang kita sasarkan itu, Bursa Carbon Exchange (BCX) telah dilancarkan pada Disember 2022 untuk memudahkan perdagangan credit carbon

final • 10:30 AM

Tuan Sim Chee Keong

antara syarikat senaraian awam ataupun public-listed company, dengan izin dan pemilik aset hijau bagi tujuan aktiviti imbangan karbon. Dan ini merupakan, BCX kita ini merupakan pertukaran karbon patuh syariah yang pertama di dunia.

Jadi kerajaan bergiat untuk dan berhasrat untuk memperluaskan konsep-konsep ekonomi Islam, mengguna pakai dalam maksud pembangunan di negara kita dan kita terbuka untuk bekerjasama dengan institusi-institusi yang mempunyai kredibiliti dalam aspek ini. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Rantau Panjang.

final • 10:30 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Ya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang di-Pertua. Mohon jawapan soalan saya nombor empat.

final • 10:30 AM

4. Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan berapa jumlah kanak- kanak bawah seliaan institusi kanak-kanak JKM yang masih belum mendapat dokumen pengenalan diri.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Berselawat] Tuan Yang di-Pertua, sememangnya hak dan kebajikan kanak-kanak senantiasa menjadi keprihatinan dan keutamaan kita di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan 39 buah institusi kanak-kanak bagi menempatkan seramai 1,365 orang kanak-kanak yang memerlukan jagaan, perlindungan dan juga pemulihan.

Berdasarkan rekod JKM sehingga 1 Oktober 2023, sebanyak 51 orang kanak- kanak masih belum mempunyai dokumen pengenalan diri. Namun jika dibandingkan pada tahun 2022, adalah sebanyak 158 orang kanak-kanak yang masih belum mempunyai dokumen pengenalan diri. Pada ketika ini, kita hanya mempunyai 51 orang kanak-kanak.

Dalam menguruskan dokumen pengenalan diri kanak-kanak, JKM senantiasa bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam urusan permohonan daftar lewat kelahiran bagi mendapatkan sijil kelahiran. Pihak JPN senantiasa memberikan keutamaan membantu kanak-kanak JKM untuk mendapatkan sijil kelahiran sebelum kanak-kanak tamat perintah berada di institusi JKM.

Beberapa siri perbincangan telah pun diadakan dengan pihak JPN bagi memastikan segala isu yang berkaitan seperti pada tahap satu, daftar lewat kelahiran.

Kedua, penyediaan laporan sosial bagi tujuan pendaftaran pengangkatan serta yang ketiga, kanak-kanak yang didaftarkan pada sijil kelahiran dengan status warganegara belum ditentukan dapat diselesaikan demi kesejahteraan kanak-kanak ini.

Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi harapan kami di kementerian ini, agar semua kanak-kanak yang berada dalam institusi kanak-kanak JKM dapat mempunyai dokumen pengenalan diri, sebelum mereka akhirnya keluar daripada institusi. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Rantau Panjang.

final • 10:30 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas jawapan yang diberi dan tahniah di atas usaha kementerian untuk melindungi anak-anak yang malang ini.

Jadi soalan tambahan saya, apakah perundingan juga dibuat untuk memastikan semua anak-anak yang tanpa dokumen, 51 orang lagi supaya mereka juga dapat memasuki sekolah, sama ada sekolah bantuan kerajaan ataupun sekolah rendah atau menengah yang masih lagi kena bayaran. Contohnya RM120 setahun bagi sekolah rendah dan RM240 setahun bagi sekolah menengah?

final • 10:30 AM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Apakah status Anjung Sinar bagi tempat berteduh kepada alumni anak-anak terdampar ataupun yang tamat perintah ini yang melebihi umur 18 tahun yang tidak lagi berada di bawah jagaan institusi kanak-kanak? Berapakah kanak-kanak sebatang kara untuk tahun 2023? Setakat ini, apakah status Pekeliling Ketua Pengarah JKM, penentuan identiti kanak-kanak terdampar yang terkini dan jumlah kanak-kanak yang terdampar untuk tahun 2023? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, ada tiga soalan tambahan sebenarnya. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Rantau Panjang kerana telah menunjukkan keprihatinan yang tinggi terhadap kesejahteraan dalam memastikan kesejahteraan kanak-kanak kita lepasan daripada institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Untuk makluman Dewan yang mulia, Mesyuarat Majlis Sosial Negara Bilangan 1 yang diadakan pada 28 Julai tahun 2022, kementerian melalui Yayasan Kebajikan Negara ataupun YKN telah pun ditugaskan bagi melaksanakan projek rintis Anjung Sinar iaitu sebagai sebuah pusat transit sementara bagi memperkasakan dan mensejahterakan, memastikan kesejahteraan kanak-kanak lepasan institusi JKM melalui

final • 10:30 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Kedua, peluang pekerjaan dan ketiga, keperluan-keperluan lain yang bersesuaian.

final • 10:40 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

final • 10:40 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

[Bangun]

final • 10:40 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Bangun]

final • 10:40 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Kita di kementerian ini telah pun mengenal pasti seramai 43 orang peserta yang terdiri daripada penghuni dan lepasan institusi kanak- kanak JKM sebagai kumpulan pertama bagi mengikuti program ini.

Saya ingin menyeru, mengambil peluang ini, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyeru agar kementerian dan agensi-agensi termasuklah pusat zakat, korporat dan NGO agar dapat bersama-sama membantu kita di kementerian bagi menjalinkan kerjasama strategik dalam melaksanakan ruang dan urusan-urusan bagi memperkasakan Anjung Sinar demi kepentingan anak-anak kita.

Tuan Yang di-Pertua, bagi soalan yang kedua tentang status pekeliling Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia bahawa Pekeliling Ketua Pengarah JKM Bil. 1/2022 berkaitan penentuan identiti kanak-kanak terdampar, ataupun Al-Laqit yang terkini telah pun dikeluarkan pada 8 September 2022.

Ini adalah satu garis panduan mengenai pengurusan kanak-kanak yang telah dibuang, pindaan tahun 2022 dan ini juga adalah sebagai satu panduan kepada pelindung di peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam mengendalikan kanak-kanak yang telah pun dibuang. Ini juga adalah selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam.

Untuk rekod Dewan yang mulia, sehingga- daripada Januari hingga Ogos 2023, terdapat sebanyak 156 orang kanak-kanak yang telah pun dibuang atau pun telah tiada ibu bapa yang sedang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Soalan yang ketiga adalah terkait dengan prosedur kemasukan tanpa kewarganegaraan ke sekolah rendah dan menengah.

Tuan Yang di-Pertua, saya yakin dan percaya ini adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia. Namun, saya juga yakin dan percaya bahawa kerajaan kita mengambil apa jua cara pendekatan yang terbaik demi kesejahteraan anak-anak.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pulai.

final • 10:40 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Terima kasih atas jawapan daripada Timbalan Menteri. Saya beberapa kali

final • 10:40 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

mengendalikan kes-kes anak tanpa dokumen ini dan saya dapati ada juga kesukaran untuk mereka ini bersekolah ya, lewat dan sebagainya.

So, saya nak tanya kepada Timbalan Menteri. Adakah ada penafian untuk mereka mendapatkan pendidikan dan kalau setelah masuk ke dalam institusi JKM ini, apakah jaminan bahawa anak-anak yang tanpa dokumen ini memperolehi dokumen yang diperlukan? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Kanak-kanak yang tiada dokumen sebenarnya tidaklah dinafikan untuk bersekolah di dalam negara kita. Kanak-kanak di institusi- kanak-kanak JKM juga yang tidak mempunyai dokumen kelahiran ataupun pengenalan diri, juga tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan pendidikan formal sepertimana kanak-kanak lain.

Biasanya, perintah mahkamah digunakan sebagai dokumen rujukan untuk kanak- kanak ini bersekolah. Berkenaan dengan jaminan pertanyaan Yang Berhormat tentang jaminan sama ada semua kanak-kanak kita yang berada di institusi JKM ini akan dijamin memperolehi dokumen ini.

Saya ingin nyatakan di sini bahawa kita senantiasa bekerjasama dengan pihak Kementerian Dalam Negeri dan juga melalui Jabatan Pendaftaran Negara dan ini semua kita akan pertingkatkan dari semasa ke semasa, khususnya, kita juga perlu mengikuti peraturan-peraturan yang sedia ada, Yang Berhormat. Tetapi perkara ini kita akan berikan tumpuan dari semasa ke semasa. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Kuala Selangor.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani.

Soalan saya nombor 5, Timbalan Menteri.

final • 10:40 AM

5. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Kesihatan menyatakan, komitmen tegas terkait pelaksanaan strategi serta program jangka panjang untuk mengatasi fenomena bantut atau stunted growth yang masih berada pada prevalence 1 dalam 5 kanak-kanak (21.5% dalam NHMS Studies 2022).

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Selangor.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak dan akan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik serta proaktif dalam menjalankan langkah-langkah pencegahan dan intervensi bagi menangani masalah bantut bermula seawal persediaan kehamilan.

Sebagai contoh, KKM telah menyediakan program pemakanan khusus bagi menangani masalah kekurangan zat makanan yang menyasarkan kanak-kanak daripada keluarga miskin, termiskin dan Orang Asli melalui Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan (PPKZM) dan program Community Feeding Orang Asli dan juga bandar.

Di bawah program PPKZM, kanak-kanak yang mengalami kurang berat badan, susut, bantut dan berisiko masalah pemakanan akan diberikan bantuan bahan makanan asas seperti beras, susu tepung, sardin dan juga biskut dengan harga pakej bantuan sebanyak RM250 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM300 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Manakala, di bawah program Community Feeding di lokaliti terpilih, kanak-kanak diberikan makanan bermasak, multivitamin, minyak ikan dan susu penuh krim sekali sehari bagi tempoh lima hari dalam seminggu dan bagi kanak-kanak Orang Asli yang mengalami masalah kurang zat makanan, pemberian ready-to-use therapeutic food

(RUTF) diberikan tiga kali seminggu.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Pihak KKM juga berkolaborasi erat dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dalam menangani masalah bantut dan susut. Antaranya, melalui penyediaan dan semakan menu sihat di taska, tabika, tadika serta prasekolah dan latihan modul penyediaan makanan kepada pengusaha dan penyelia makanan di taska, tabika, tadika dan prasekolah.

Langkah-langkah ini diperkukuhkan lagi dengan pendekatan menyeluruh kerajaan, whole-of-government approach, dengan izin, melalui penubuhan Jawatankuasa Khas Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak- kanak yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Jawatankuasa khas ini dianggotai oleh 16 Jemaah Menteri dan pengurusan tertinggi pelbagai kementerian, serta jabatan dan agensi yang berkaitan bagi memperkukuhkan kolaborasi yang berkesan di setiap peringkat. Kolaborasi yang diterjemahkan melalui pelaksanaan Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak-kanak Malaysia 2023-2030 dengan memfokuskan lima strategi utama dengan 31 inisiatif, iaitu:

(i) memperkukuhkan tadbir urus kesejahteraan pemakanan melalui perundangan, komitmen politik dan pemegang taruh;

(ii) peningkatan kualiti dan akses perkhidmatan pemakanan;

(iii) pemantapan persekitaran dan masyarakat kondusif;

(iv) memperkasakan pembangunan kapasiti dan modal insan; dan

(v) sinergi dan advokasi pemakanan kanak-kanak.

Selain itu, pihak KKM turut bekerjasama dengan pihak universiti awam dan swasta, persatuan dan badan profesional seperti Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) dan Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) dan, serta badan antarabangsa seperti UNICEF dalam pelaksanaan aktiviti bagi meningkatkan status pemakanan kanak-kanak dan kesedaran ibu bapa, penjaga berkaitan permasalahan ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Selangor.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih. Terima kasih Timbalan Menteri. Sangat lengkap, sangat tuntas.

Cuma, sedikit waktu dahulu, kurang lebih empat, lima tahun yang lalu ketika UNICEF membuat pendedahan akan wujudnya bantut atau stunting, pada level, pada tahap 20.7 peratus, satu dalam lima kurang lebih kanak-kanak kita mengalami itu, kita gempar, ya.

Namun, NHMS studies mengesahkan perkara itu. Soalan saya, ringkasnya adalah apakah measure, ukuran dan sejauh manakah marginalized kumpulan-kumpulan yang agak terpinggir itu dapat kita tangani dengan baik? So, a measure of success from the last time perkara itu didedahkan sehingga kini, apakah kemajuan ataupun progress- nya, Timbalan Menteri? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Satu soalan yang baik dan juga, kita turut mengakui bahawa berlakunya masalah bantut di kalangan masalah Malaysia dan juga dalam tempoh lima tahun ini, maklumat daripada yang kami perolehi dilaporkan, terdapat 29.7 peratus kanak-kanak yang berada di taska mengalami masalah bantut.

Terdapat beberapa tindakan yang kami lakukan, terutama sekali di dalam keadaan negara kita yang kadang-kadang melihat preventive care ini adalah satu masalah mudah dan juga apabila kita memperkenalkan 1,000 days treatment ini, bermula daripada kehamilan sehingga dua tahun. Kadang-kadang, masyarakat terutama sekali ibu dan bapa ini gemar untuk tidak mempedulikan arahan untuk pergi mendapatkan rawatan, terutama sekali kanak-kanak yang terbantut.

final • 10:40 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Kadang-kadang masyarakat terutamanya sekali ibu dan bapa ini gemar untuk tidak mempedulikan arahan untuk pergi mendapatkan rawatan terutama sekali kanak- kanak terbantut. Kadang-kadang masyarakat melihat kanak-kanak yang gempal, comel dianggap comel sedangkan mereka sedang mengalami permasalahan bantut.

Selain daripada itu, di dalam Kertas Putih Kesihatan, kita juga menekankan bahawa terdapat kerjasama swasta dan private dan juga kita tidak boleh bekerja secara silo. Maka saya menganjurkan agar setiap kementerian yang berkaitan yang melibatkan kanak-kanak dapat bekerjasama dengan KKM, terutama sekali Kementerian Ekonomi supaya dapat melihat bakul makanan bagi masyarakat golongan termiskin ini dapat dilihat dan diperhatikan secara teliti.

Berkenaan tentang kandungan-kandungan makanan yang berkhasiat. Saya kadang-kadang agak bimbang dengan keadaan harga kos kehidupan yang semakin meningkat seperti harga beras, harga barang-barang keperluan yang mempunyai nutrisi ini harganya meningkat. Ini akan menyebabkan ibu bapa memilih untuk mendapatkan pemakanan yang murah. Ibu-ibu yang sedang hamil juga tidak mengambil nutrisi yang terbaik bagi memastikan anak yang lahir dapat lahir dengan sihat dan tidak terbantut.

Kesan terbantut ini adalah memberikan kesan yang sangat besar, di mana anak- anak yang bantut ini akan lebih terdedah dengan penyakit-penyakit seperti obesiti. Ini akan menyebabkan produktiviti pembesaran kanak-kanak ini akan terjejas. Sekiranya kumpulan kanak-kanak ramai yang terbantut, produktiviti negara pada masa akan datang juga akan terjejas untuk mengeluarkan hasil yang terbaik untuk negara.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

1,000 hari pertama itu adalah penting Timbalan Menteri. 1,000 pertama untuk menentukan learning potential dan akhirnya earning potential. Itu sangat penting. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kuala Selangor boleh duduk.

final • 10:50 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Saya setuju Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Nerus.

final • 10:50 AM

Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Sebagaimana yang kita maklum, kanak-kanak dikategorikan sebagai bantut apabila tidak mencapai ketinggian sepatutnya untuk usia mereka. Ini berdasarkan pada carta pertumbuhan panjang ataupun tinggi dengan usia. Keadaan ini boleh berlaku bila seorang kanak-kanak yang tidak dapat makanan yang berkualiti dan cukup dalam satu tempoh masa yang lama. Menurut satu kajian daripada...

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan, soalan.

final • 10:50 AM

Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Menurut tinjauan kesihatan kebangsaan dan mobiliti, malnutrisi kanak-kanak tidak terhad kepada golongan miskin, sebaliknya merentas kelas pendapatan di mana kira-kira 22 peratus dan 17 peratus kanak-kanak dalam isi rumah B40 dan T20 mengalami fenomena bantut yang boleh beri kesan terhadap kesihatan sepanjang hayat.

Sebagai langkap proaktif mengatasi isu kemiskinan dan malnutrisi kanak-kanak, soalan saya adakah kementerian juga akan meningkatkan kerjasama merentasi agensi seperti BERNAS di bawah Program Makanan Kesihatan (ProMak) untuk membekalkan makanan berkhasiat pada murid sekolah rendah, termasuklah negeri-negeri yang dikategorikan sebagai yang miskin seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Kedua, bagaimana pula kerajaan memantau amalan pemberian makanan yang sihat dan seimbang kepada kanak-kanak supaya tindakan yang akan diambil sekiranya ibu bapa gagal menyediakan makanan yang sihat untuk anak-anak mereka. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Berkenaan tentang mengenai persoalan terdapat kerjasama private and public initiative seperti Yayasan Bukhari seperti yang berlaku di Kedah. Yayasan tersebut telah menyediakan pemakanan sekurang-kurangnya RM6 untuk diagihkan ke sekian-sekolah bagi golongan B40 dan juga yang terpilih. Sememangnya kita berhasrat untuk menyediakan pemakanan yang berkhasiat kepada semua kanak-kanak merentas T20, M40 dan juga B40. Tetapi ini bergantung kepada kemampuan kerajaan.

Selain daripada itu saya juga setuju bahawa masalah bantut ini bukan hanya tertumpu kepada golongan-golongan B40. Di dalam rekod kami, pada beberapa tahun yang lepas, lima tahun yang ke belakang, berlaku masalah bantut tiga negeri yang tertinggi seperti Kelantan, dan juga termasuk Putrajaya di dalam top three di mana populasi Putrajaya kita melihat adalah kebanyakan golongan-golongan yang mempunyai pendidikan.

Kita melihat golongan-golongan ini mengambil langkah yang mudah kerana kesibukan dan juga pembinaan kerjaya yang lebih meluas, pemilihan makanan itu sentiasa untuk fast food diberikan kepada kanak-kanak ini. Ini menyebabkan masalah terbantut itu berlaku. Saya juga ingin mengambil satu contoh ꟷ Saya tidak dapat menyebut nama sekolah itu dengan jelas, sebuah sekolah jenis pendidikan Cina iaitu Chin Kwang Wahyu, di Muar. Mereka mempunyai satu kerjasama komuniti, di mana ibu bapa menyediakan makanan yang sama kepada semua guru dan juga kanak-kanak supaya makanan tersebut berkualiti dan juga bernutrisi.

Saya melihat bahawa kaedah ini adalah sangat terbaik, sekiranya kita hanya bergantung kepada skim makanan seperti RMT yang kadang-kadang ada pengusaha memberikan sosej dan nasi. Mungkin ibu bapa dapat mempunyai masa yang terluang untuk bersama-sama memasak dan juga memberikan makanan tersebut dengan nilai kasih sayang. Ini akan membolehkan kanak-kanak lebih tertarik kepada makanan- makanan bermasak dan bernutrisi.

Selain daripada itu, melalui Kertas Putih Kesihatan sekali lagi kami akan memperkasakan public-private initiative ini juga dengan kerjasama bersama dengan kementerian-kementerian yang lain yang seperti saya tekankan kita tidak boleh bekerja secara silo. Kadang-kadang peruntukan ini ꟷ kementerian satu ini dapat peruntukan melakukan kerja yang sama.

Kami pun memberikan bakul makanan yang sama. Kalau boleh kami ingin menetapkan bakul-bakul makanan yang diagihkan oleh semua kementerian kepada rakyat, kepada kanak-kanak haruslah melalui menu-menu yang kami luluskan dan kami suggest dengan izin. Itu jawapan saya. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Seorang Ahli

Soalan tambahan.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Roslan bin Hashim, Kulim-Bandar Baharu.

final • 10:50 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik, terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 6.

final • 10:50 AM

6. Tuan Roslan bin Hashim [Kulim-Bandar Baharu] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan sumbangan PMKS kepada ekonomi memandangkan sasaran sumbangan PMKS kepada KDNK untuk tahun 2025 telah berkurangan kepada 41 peratus di dalam KSP, RMKe-12 daripada 45 peratus dalam RMKe-12 yang asal.

final • 10:50 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Tuan Yang di-Pertua Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu dan Dewan yang mulia ini, di bawah Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Ke-12

(2021-2025) sasaran sumbangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terhadap keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara pada tahun 2025 telah disemak semula daripada 45 peratus kepada 41 peratus. Semakan semula ini dilaksanakan setelah mengambil kira impak pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negara selain

final • 10:50 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

konflik geopolitik di antara Rusia dan Ukraine yang menyebabkan berlakunya sekatan perdagangan, gangguan kepada rantaian bekalan dan peningkatan harga komoditi.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan KDNK PMKS pada tahun 2022, telah mencatatkan peningkatan sebanyak dua digit iaitu 11.6 peratus berbanding hanya 1.3 peratus pada tahun 2021 dan berbanding pada tahun 2029 pada kadar 5.9 peratus.

Sumbangan PMKS kepada KDNK negara juga telah meningkat melebihi sumbangan prapandemik COVID-19, dengan nilai sumbangan sebanyak RM580.4 bilion pada tahun 2022, berbanding RM553.4 bilion pada tahun 2019.

Ini bermakna nilai sumbangan PMKS kepada KDNK semakin meningkat walaupun peratus sumbangan KDNK yang disasarkan pada tahun 2025 telah disemak semula. Dalam hubungan ini, bagi meningkatkan lagi sumbangan PMKS kepada KDNK negara, kerajaan melalui Kajian Separuh Penggal RMKe-12 telah memberi tumpuan kepada industri high-growth, high-value yang mampu memberikan sumbangan yang lebih besar kepada jumlah eksport negara.

Selain itu, pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) berupaya meningkatkan daya saing dan penyertaan PMKS. Dalam rantaian nilai industri pembuatan berpertumbuhan tinggi di peringkat domestik dan antarabangsa. Dalam hal ini kementerian saya telah melaksanakan beberapa program yang menyokong kepada pelaksanaan NIMP 2030 melalui program-program seperti berikut.

(i) program pembangunan vendor yang dilaksanakan oleh kementerian dan juga MITI bagi membangunkan keupayaan syarikat dalam sektor-sektor berimpak tinggi seperti aeroangkasa, rel, bioteknologi dan peranti perubatan.

final • 10:50 AM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

(ii) Program Peningkatan Industri Strategik dan Syarikat Berprestasi Tinggi yang dilaksanakan oleh SME Corp Malaysia bagi membangun dan mengintegrasi PMKS berpotensi ke dalam rantaian bekalan industri berpertumbuhan tinggi; dan

(iii) Program PKS Lestari yang juga dilaksanakan oleh SME Corp Malaysia bagi meningkatkan amalan ESG dan penggunaan teknologi hijau yang pada masa ini masih pada peringkat asas dan permulaan.

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kulim-Bandar Baharu.

final • 11:00 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik, terima kasih kepada Yang di-Pertua dan terima kasih kepada YB Menteri. Jawapan yang terperinci dan komprehensif.

Baik, soalan tambahan saya untuk soalan 6. Adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan mekanisme pemantauan khas, khususnya melibatkan inisiatif PMKS dalam Belanjawan 2024 bagi memastikan para usahawan kecil mendapat manfaat yang sepenuhnya? Ini termasuklah peruntukan RM1.6 bilion berbentuk nilai kemudahan pinjaman dan jaminan untuk usahawan PMKS bumiputera bagi meningkatkan kapasiti dan daya saing mereka.

Juga soalan saya, setakat ini, bagaimanakah usaha untuk mengembangkan produk PMKS ke peringkat antarabangsa dan bagaimanakah inisiatif sedia ada dapat membantu usahawan? Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Yang Berhormat. Di bawah kementerian ataupun melalui kementerian, khususnya melalui SME Corp, kita mempunyai apa yang kita panggil Pelan Tindakan Bersepadu PMKS ataupun ringkasnya SMEIPA.

final • 11:00 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

[Bangun]

final • 11:00 AM

Datuk Ewon Benedick

Ianya satu platform pelaporan daripada kesemua kementerian dan agensi yang terlibat dalam pembiayaan dan juga pembangunan PMKS.

final • 11:00 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

final • 11:00 AM

Datuk Ewon Benedick

Ini merupakan salah satu mekanisme kita untuk setidak- tidaknya memantau pelaksanaan program yang dilaksanakan oleh setiap kementerian ataupun agensi-agensi tersebut, yang mana kementerian itu akan memberi pelaporan sejauh mana pelaksanaan bajet yang telah diperuntukkan kepada kementerian dan agensi masing-masing kepada SME Corp, selaku urus setia di bawah akta yang mengawal selia platform SMEIPA ini. Itu untuk soalan yang pertama.

Keduanya, untuk kita membawa usahawan-usahawan PMKS ke peringkat global.

final • 11:00 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

[Bangun]

final • 11:00 AM

Datuk Ewon Benedick

Di bawah SME Corp dan SME Bank, kita mempunyai Program Go Global, misalnya, yang mana kita membawa usahawan-usahawan ini ke expo-expo, ke business matching di peringkat antarabangsa, contohnya di Turki, di Dubai yang kita laksanakan pada tahun ini, yang mana yang kita akan juga laksanakan, teruskan pada tahun hadapan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tampin.

final • 11:00 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Apakah usaha kementerian untuk memupuk PMKS di luar bandar supaya berfikir secara global bagi memastikan penawaran produk dan perkhidmatan mencapai kualiti piawaian kapasiti pengeluaran dan tempoh penghantaran yang memenuhi kehendak pasaran dan kalis masa hadapan?

Sejauh manakah kerjasama KUSKOP bersama pelbagai kementerian, agensi dan industri untuk membangunkan ekosistem keusahawanan yang komprehensif khususnya di luar bandar dengan lebih berkesan dalam menyokong pembangunan PMKS agar lebih progresif dan mampan? Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah kementerian, kita melaksanakan Program Satu Daerah Satu Industri, di mana di bawah program ini, kita mahu membangunkan komuniti usahawan di luar bandar untuk membangunkan perkhidmatan ataupun produk mereka yang boleh dibawa bukan hanya dalam negara tetapi mudah-mudahan boleh kita angkat ke peringkat antarabangsa.

Kementerian melalui agensi kita Institut Keusahawanan Negara akan membantu komuniti usahawan ini untuk membangunkan produk ataupun perkhidmatan mereka dari segi pelabelannya, dari segi pembungkusannya, dari segi pemasarannya, antara lainnya.

Itu yang pertama.

Keduanya tentang penyelarasan tadi. Kita dengan kerjasama pelbagai agensi, seperti mana saya katakan tadi, kita ada platform SMEIPA. Selain daripada itu, kita juga ada Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkumi keanggotaannya pelbagai kementerian dan agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan keusahawanan.

Selain itu, kita ada Majlis Pembangunan Keusahawanan Nasional yang saya pengerusikan sendiri dan dianggotai oleh exco-exco keusahawanan di peringkat negeri.

Selain itu, kita ada beberapa jawatankuasa, antaranya Pasukan Petugas Peringkat Tertinggi PMKS, Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Keusahawanan Negeri, kita ada Majlis Pembangunan Usahawan Koperasi Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Daerah, kita ada Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan.

Kesemua platform ini bertujuan untuk kita memperkasakan kerjasama antara banyak agensi, antara banyak kementerian, antara banyak kerajaan negeri supaya kita boleh memberi manfaat kepada PMKS terutama di luar bandar. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Suhaimi bin Nasir, Libaran.

final • 11:00 AM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 7.

final • 11:00 AM

7. Datuk Suhaimi bin Nasir [Libaran] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah status terkini cadangan bagi menambah dan menggantikan unit kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) serta adakah terdapat sebarang jaminan pertambahan kamera AWAS ini mampu untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat atas pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini, terdapat sebanyak 45 kamera, dengan izin, Automated Awareness Safety System (AwAS) atau dahulunya dikenali sebagai, dengan izin, Automated Enforcement System (AES) yang sedang beroperasi dan dikuatkuasakan. Daripada jumlah tersebut, 44 kamera sedang beroperasi sepenuhnya manakala satu kamera sedang dalam proses pembaikan dan penyelenggaraan akibat kemalangan.

Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan sedang meneliti dan mempertimbangkan hala tuju baharu berhubung sistem kamera AwAS dengan melaksanakan penambahbaikan untuk memasang kamera AwAS di sesuatu lokasi yang mempunyai kadar kemalangan yang tinggi bagi mengurangkan risiko kemalangan yang berpunca daripada ketidakpatuhan kepada peraturan jalan raya, khususnya melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju.

Hal ini disokong dengan kajian yang telah dibuat yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang mendapati tahap pematuhan penggunaan jalan raya pada peraturan had laju dan isyarat lalu lintas di lokasi pemasangan kamera tersebut adalah mencecah 99 peratus secara keseluruhannya dan seterusnya telah mengurangkan risiko kemalangan jalan raya di lokasi penguatkuasaan kamera AwAS.

Pengguna jalan raya sentiasa diberikan peringatan yang jelas di kawasan penguatkuasaan kamera AwAS. Perkara ini terbukti dengan pemasangan tiga papan tanda yang memaklumkan lokasi kamera AwAS beroperasi kepada semua pengguna jalan raya. Kamera AwAS adalah bertujuan memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya terutamanya di kawasan-kawasan titik hitam, dengan izin, black spot di mana nahas jalan raya kerap berlaku. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Libaran.

final • 11:00 AM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti dengan baik jawapan yang telah disuarakan oleh Timbalan Menteri.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh PDRM, daripada Januari hingga Ogos 2023, sebanyak 394,890 kemalangan, kalau direkodkan, membabitkan 4,067 kemalangan maut dengan 4,366 kematian. Daripada jumlah itu, 2,641 adalah penunggang motosikal.

Saya ingin mengetahui, sepanjang pemasangan kemera AwAS ini, berapakah jumlah pengguna jalan raya yang telah disabitkan kesalahan dan didenda? Sehubungan itu, adakah terdapat keperluan untuk kementerian menyemak kembali tentang keberkesanan kempen keselamatan jalan raya yang telah dijalankan pada masa kini bagi meningkatkan kadar literasi keselamatan jalan raya memandangkan kadar kemalangan jalan raya masih lagi tinggi?

final • 11:00 AM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Serta adakah terdapat sebarang perancangan oleh pihak kementerian untuk menambah dan menyenggara lorong motosikal di Malaysia sebagai langkah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang motosikal.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Terima kasih, Yang Berhormat. Bukan satu soalan Yang Berhormatlah. Ada tiga-empat dalam itu.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh bagi jawapan bertulis.

final • 11:10 AM

[Dewan riuh]

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Ketawa] Data maklumat berkenaan dengan statistikꟷ yang sebenarnya saya pun ada statistik di sini juga. Jadi memang seeloknya hendak dibacakan bagus jawapan bertulislah. Sebab soalan tujuh dengan 10 ini pun berdekatan berkaitan dengan statistik juga. Jadi sayaꟷ advokasi keselamatan jalan raya tetap diteruskan senantiasa sepanjang tahun. Banyak program dibuat tentang advokasi dan tentang lorong motosikal ini memang sudah pastinya, yalah berkaitan juga dengan Jabatan Kerja Raya dan sebagainya untuk memastikan lorong-lorong motosikal ditambahlah di kawasan-kawasan kemalangan.

Berkaitan dengan penambahbaikan, mungkin akan ditambah kamera ini tetapi bukan dalam bentuk yang ada sekarang, di tempat-tempat yang baharu tetapi masih dalam kajian iaitu menggunakan e-plate dan sebagainya. Bukan hanya dan pada masa ini, dalam kajian itu ialah untuk melihat tentang siapa pengguna yang melanggar dan sebagainya, iaitu tentang dia punya lesen kenderaan memandu, e-plate. Mungkin masa hadapan, akan ditambah lagi features dalam itu juga dapat menangkap tentang kelajuan.

Itu kamera-kamera baharu yang akan dipasang, insya-Allah suatu hari nanti. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerantut.

final • 11:10 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih kepada...

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Satu soalan tambahan sahaja ya.

final • 11:10 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri. Soalan tambahan daripada saya ringkas. Berapakah jumlah kos keseluruhan penambahan kamera AWAS ini terutama sekali apabila dinyatakan tadi mungkin akan ada penambahan lagi kamera- kamera baharu kerana kita dimaklumkan daripada laporan Berita Harian bertarikh 30 April 2022, satu kos kamera tidak termasuk maintenance ataupun penyenggaraan, memakan jumlah RM200 ribu ke RM250 ribu. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Terima kasih. Itu yang harga, yang AES yang ada sekarang. Yang features yang baharu dalam penyelidikan, sudah pastinya harganya tetap akan berbezalah daripada harga yang dahulu. Insya-Allah apabila nanti bila sudah production, kajian sudah siap dibuat dan sebagainya, rasanya pada masa itu barulah kita tahu, apakah kos sebenar untuk kamera yang baharu ini yang boleh menangkap kita punya digital ini yang mempunyai e-plate ini lebih kepada digital ini iaitu melihat harganya yang baharu. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Machang.

final • 11:10 AM

8. Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada pihak Kerajaan Persekutuan melalui Bank Negara bercadang untuk menambat nilai Ringgit pada satu-satu nilai seperti yang dilakukan pada tahun 1999. Hal ini, memandangkan kadar ringgit pada ketika ini rendah berbanding US Dollar.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Machang. Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan tambatan Ringgit dan langkah seiring dengannya iaitu kawalan pertukaran mata wang asing yang pernah..

final • 11:10 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

final • 11:10 AM

Tuan Sim Chee Keong

Boleh duduk, tidak apa. Saya jawab dahulu. Yang pernah dilakukan semasa negara menghadapi Krisis Kewangan Asia pada tahun 1958

final • 11:10 AM

Tuan Sim Chee Keong

kerana ia bukan merupakan penyelesai yang tepat untuk cabaran yang dihadapi pada hari ini:

(i) ekonomi dan sistem kewangan Malaysia berada pada kedudukan yang lebih baik pada masa kini untuk menghadapi turun naik pasaran kewangan global dan pergerakan kadar pertukaran;

(ii) Malaysia akan hilang kebebasan dasar monetary dan perlu mengikut kadar faedah mata wang yang menambat ringgit contohnya jika ringgit ditambat dengan Dolar Amerika kita perlu menaikkan faedah selari dengan kadar faedah di Amerika Syarikat dan tindakan ini sudah tentu akan memberikan tekanan kepada kos pembiayaan yang lebih tinggi kepada rakyat; dan

(iii) bagi mengekalkan tambatan kita perlukan rizab antarabangsa yang besar. Jika tidak kita terpaksa memperkenalkan kembali langkah kawalan modal untuk mencegah dan mengatasi tekanan spekulatif terhadap ringgit dan sekiranya langkah kawalan modal ini diperkenalkan sekarang, kesan negatifnya terhadap keyakinan pelabur akan melibatkan kos yang sangat tinggi dan boleh menjejaskan aliran modal kerana Malaysia mempunyai pasaran modal yang jauh lebih besar pada hari ini berbanding 1998.

Oleh yang demikian, sebagai Bank Pusat yang bertanggungjawab terhadap kestabilan pasaran kewangan dan mata wang, Bank Negara Malaysia (BNM) akan memastikan pelarasan ringgit berada dalam keadaan yang teratur supaya tidak volatile, dengan izin bagi menangani risiko daripada pergerakan mendadak nilai pertukaran ringgit berbanding dolar Amerika.

Kerajaan melalui BNM akan terus menguruskan risiko daripada perkembangan domestik dan luaran serta bersedia untuk menggunakan instrumen dasar operasinya bagi memastikan keadaan pasaran yang lebih teratur. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Machang.

final • 11:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Larut dan Putrajaya ada mencadangkan dalam perbahasan belanjawan baru-baru ini antara low-hanging fruit, dengan izin untuk kita memperkukuhkan mata wang ringgit adalah dengan menggalakkan lebih ramai pelancong asing masuk supaya kita dapat dollar earning dan juga ringgit dibeli oleh pelancong-pelancong asing ini.

Jadi itu cadangan yang harap kementerian dapat pertimbangkan daripada kami cuma soalan tambahan saya ialah apakah impak dan kesan dan berapakah kesan terhadap hutang negara, hutang-hutang syarikat berkaitan kerajaan akibat kejatuhan nilai mata wang ringgit yang berlaku pada hari ini. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih. Untuk pertanyaan ataupun lebih kepada idea cadangan tentang menambah baik ataupun meningkatkan pelancong ke negara kita, satu cadangan yang baik. Saya bagi kepada rakan sekerja saya dalam Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk melihat kepada bagaimana kita boleh meningkatkan lagi bukan sahaja pelancong tetapi juga pelabur-pelabur asing untuk terus masuk ke Malaysia dan seterusnya meningkatkan ekonomi Malaysia.

Untuk maklumat, tentang hutang kesan impak kenaikan contohnya dolar Amerika kepada hutang kita. Sebenarnya pendedahan kita dari segi hutang kepada dolar Amerika tidak besar. Angkanya mungkin saya akan bagi nanti tetapi tidak besar. Jadi adalah masih terkawal lagi sebab kebanyakan hutang kita adalah pasaran domestik. It is a denominated dalam pasaran domestik.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Semporna.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih, Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Timbalan Menteri setelah mendengar jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat tentang langkah-langkah yang harus diambil, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Apakah langkah-langkah yang selain daripada yang disebutkan tadi untuk memastikan dua perkara yang penting langkah satu iaitu the demand of ringgit.

Keduanya, dari segi ringgit itu kekal tidak dijual. Kalau kita melihat dari segi pasaran market contohnya, berapa bilion beberapa bulan yang lalu keluar daripada pasaran Bursa Saham Kuala Lumpur yang ada. Bahkan juga kalau kita melihat dari segi jawapan Yang Berhormat malam semalam iaitu Tambun yang menyatakan bahawa, trading 10 peratus menurun. Ini yang kita hendakkan, satu demand, satu ensure the ringgit will be maintained, tidak orang menjual.

Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak kerajaan selain daripada apa yang disebut Yang Berhormat Timbalan Menteri selain daripada dasar kerajaan yang perlu ada kejelasan dia. Keduanya selain daripada keadaan kestabilan politik yang tidak begitu jelas. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah langkah-langkah untuk memastikan satu demand, yang keduanya pastikan ringgit tidak terjual?

final • 11:10 AM

Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih, Semporna. Saya jawab. Saya rasa untuk kita mengembalikan keyakinan kepada ringgit dan juga ekonomi negara itulah yang sering disebut-sebutkan dalam tema Belanjawan 2024 iaitu kita kena meningkatkan ketangkasan dari segi government delivery dan menaikkan keyakinan dan menstrukturkan semula ekonomi dan sebagainya.

Jadi dalam masa ꟷ terutamanya dalam jangka masa yang pendek ini, BNM telah melaksanakan beberapa langkah, contohnya kita terus akan menguruskan risiko dari segi perkembangan domestik dan luaran serta bersedia untuk menggunakan instrumen dasar dari operasinya untuk pastikan pasaran tetap teratur dan risiko daripada pergerakan mendadak nilai pertukaran ringgit berbanding dolar Amerika dapat dikurangkan melalui instrumen lindung nilai contohnya.

Penekanan kepada pinjaman luar negara yang berhemah dan kedalaman pasaran mata wang dalam negeri yang tinggi.

final • 11:10 AM

Tuan Sim Chee Keong

Semua faktor ini dijangka dapat memastikan keperluan perniagaan dipenuhi dengan berkesan manakala kos dan keperluan mata wang asing diuruskan dengan cekap.

Untuk makluman, dalam keadaan pasaran kewangan global yang tidak menentu, kadar pertukaran ringgit yang fleksibel sebenarnya memainkan peranan yang penting sebagai shock absorber ataupun penyerap kejutan luar, di samping mengurangkan impak terhadap aktiviti ekonomi domestik.

Untuk jangka masa panjang, nilai ringgit boleh dikukuhkan melalui pelaksanaan polisi ataupun dasar struktur yang berupaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara seperti yang saya katakan tadi. Antara contohnya ialah kita usaha– kerajaan mentransformasi ekonomi negara dipandu oleh kerangka Ekonomi Madani menerusi pelan seperti NETR, NIMP, Kajian Separuh Penggal RMKe-12 dan sebagainya.

Selain itu, pelaksanaan Dasar Pelaburan Baharu ataupun New Investment Policy

(NIP), dengan izin untuk menambah baik iklim pelaburan dan produktiviti negara. Tadi saya sebut meningkatkan ketangkasan dalam dari segi government delivery, perkhidmatan kerajaan serta komitmen kerajaan terhadap pengukuhan kemapanan fiskal, menerusi pembentangan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) yang kita baru luluskan, dijangka akan memberi kesan kepada meningkatkan keyakinan para pelabur terhadap ekonomi Malaysia. Secara tidak langsung dan secara langsung akan mengukuhkan nilai mata wang kita.

Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Timbalan Speaker, mohon satu lagi soalan tambahan...

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Puan Yeo Bee Yin; Puchong. Sila duduk. Puan Yeo Bee Yin, Puchong.

final • 11:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Isu kewangan juga, mustahak ya.

final • 11:20 AM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih Puan Speaker, soalan 9.

final • 11:20 AM

9. Puan Yeo Bee Yin [Puchong] minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) usaha Kementerian dalam membantu pembelajaran kanak- kanak Orang Asli; dan

(b) jumlah Pusat Didikan Komuniti (PDK) di kampung Orang Asli dan usaha Kementerian dalam memperkasa dan meningkatkan jumlah PDK.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Sebelum saya menjawab soalan ini, saya dan Kementerian Pendidikan Malaysia ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada adik Amir bin Sisi, murid Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan RPS Kemar Komprehensif (K9) yang telah menjuarai Program “Chosen One” baru-baru ini. Saya juga merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik, membimbing dan mencungkil bakat adik Amir sehingga dinobatkan sebagai juara.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai usaha bagi membantu murid di semua sekolah rendah, termasuk murid Orang Asli dalam membantu pembelajaran mereka. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan, Program Pemulihan Khas untuk murid yang belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira; Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah untuk memastikan semua murid sekolah rendah mencapai sekurang-kurangnya tahap penguasaan minimum tahap penguasaan 3 dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Program Intervensi Murid Orang Asli dan Peribumi (PIKAP). PIKAP melibatkan tiga mata pelajaran utama di Tahap 1 iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Program Khas Murid Orang Asli (PROKHAS) dan ‘Chup Badui Sikulah’ (CBS) untuk memberi pendidikan asas kepada anak-anak Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman dan tidak pernah bersekolah. Program Sekolah Komprehensif K9 di 17 buah iaitu satu di Kelantan, tiga di Pahang, empat di Perak, enam di Sabah, satu di Negeri Sembilan dan dua di Selangor.

Program Sekolah K11 secara rintis di dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan RPS Betau, Lipis Pahang dan sebuah sekali SMK Long Bedian, Baram Sarawak. KPM turut bekerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu MyKasih Foundation dalam usaha menangani isu pembelajaran dan kehadiran murid Orang Asli melalui penubuhan pusat didikan komuniti (PDK).

KPM melalui Institut Penyelidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Lipis Pahang berperanan menyediakan serta membekalkan modul asas pengajaran dan pembelajaran yang disesuaikan mengikut budaya dan persekitaran masyarakat Orang Asli untuk menarik minat murid Orang Asli belajar dan seterusnya menguasai kemahiran asas 3M iaitu menulis, membaca dan mengira untuk kembali ke sistem pendidikan.

Terdapat sembilan buah pusat didikan komuniti yang dikendalikan bawah pengurusan Yayasan MyKasih. Pusat tersebut adalah PDK Leyep ,Gerik Perak, PDK Ong Jangkeng, Gerik Perak, PDK Cunex, Gerik Perak, PDK Ong Jelmol, Gerik Perak, PDK Kembok, Pos Piah Sungai Siput; Perak, PDK Ulu Semoi, Lipis Pahang, PDK Sagong, Lipis Pahang, PDK Tenlan, Lipis Pahang dan PDK Tual, Lipis Pahang. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Puchong.

final • 11:20 AM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih. Untuk makluman timbalan menteri bahawa Puchong walaupun di bandar kita terdapat juga kampung-kampung Orang Asli.

Antara apa yang saya bincang dengan cikgu mereka di sekolah adalah di mana prestasi Orang Asli walaupun mereka di kampung-kampung Orang Asli di bandar, prestasi mereka adalah lebih rendah daripada anak-anak daripada komuniti lain.

Antara faktor utama adalah kehadiran mereka, di mana adalah jauh lebih rendah daripada kehadiran anak-anak daripada komuniti lain. Apakah langkah spesifik daripada KPM, di mana untuk meningkatkan dan menggalakkan ibu bapa supaya untuk memastikan bahawa anak-anak mereka stay in school?

final • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Berkenaan dengan kehadiran murid-murid Orang Asli, KPM sentiasa memberikan perhatian yang serius kepada isu keciciran pendidikan dan kehadiran dalam kalangan anak-anak masyarakat Orang Asli. Peratus kehadiran murid Orang Asli pada tahun 2020 ialah 81.39 peratus manakala pada tahun 2021 ialah 94.09 peratus. Pada tahun 2022, peratus kehadiran murid Orang Asli ialah 77.93 peratus manakala peratusan kehadiran murid Orang Asli sehingga September 2023 ialah 83.15 peratus.

Antara pendekatan yang diambil oleh KPM, dalam menangani isu keciciran murid Orang Asli adalah dengan mengadakan sesi libat urus dan Program Ziarah Kasih bersama-sama komuniti Orang Asli di perkampungan masyarakat Orang Asli.

final • 11:20 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

[Bangun]

final • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

KPM bekerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mengesan keberadaan kanak-kanak Orang Asli yang sepatutnya berada dalam sistem pendidikan tetapi tidak bersekolah.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

[Bangun]

final • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Program turun padang ini melibatkan pegawai KPM, JPN, PPD sekolah, JAKOA dan NGO dengan matlamat utama memujuk, menjelaskan kepentingan pendidikan dan meyakinkan kepada komuniti Orang Asli bahawa anak-anak mereka berpotensi untuk cemerlang dalam bidang akademi mahupun dalam bidang sukan. Pihak JAKOA pula akan membantu menyediakan kemudahan asas persekolahan, bantuan wang saku dan kemudahan pengangkutan murid ke sekolah terdekat. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Maran, Maran.

final • 11:20 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Temerloh.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Maran. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Timbalan Menteri, di samping kesedaran ibu bapa, kesedaran masyarakat setempat, lokaliti sekolah, guru adalah mempunyai peranan yang besar dalam kejayaan anak-anak. Saya pernah menjadi pengarah Orang Asli ini Yang di-Pertua dan pernah suatu ketika dahulu orang menganggap bahawa kegagalan sebuah sekolah yang apabila ada pelajar Orang Asli pencapaiannya merosot.

Ini satu persepsi yang harus kita bela dan jangan kita perkecilkan masyarakat Orang Asli. Saya ingin tahu, berapakah sekolah yang 100 percent Orang Asli dan yang kedua, berapakah sekolah campuran pelajar Orang Asli dan lain-lain. Apakah prestasi mereka ini, pelajar-pelajar ini dan apakah usaha kerajaan untuk memastikan supaya kedudukan masyarakat Orang Asli yang isolated ini memberi kesan yang cukup besar kepada pencapaian pelajar-pelajar ini termasuk guru mereka. Bagaimana prestasi guru yang terdiri daripada Orang Asli sendiri. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Pertama, saya setuju dengan pandangan Ahli Yang Berhormat tentang pentingnya semua yang melibatkan sekolah Orang Asli. Dalam rancangan penempatan, sudah ada 98 sekolah yang melibatkan Orang Asli dan ada juga sekolah di mana sekolah biasa tetapi lebih daripada 75 peratus anak-anak murid itu terdiri daripada Orang Asli.

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa mengambil perhatian dan prihatin terhadap pendidikan murid Orang Asli bagi memastikan mereka mencapai sekurang-

final • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

kurangnya tahap penguasaan minimum iaitu TP3 dalam pentaksiran bilik darjah supaya murid ini dapat meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya.

final • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Dapatan analisis PBD pertengahan tahun sesi akademik 2023/2024 untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 hingga Tahun 6, menunjukkan seramai 8,650 orang iaitu lebih kurang 55.74 peratus orang murid daripada 15,519 orang telah mencapai tahap penguasaan minimum iaitu TP3 ke atas. Manakala seramai 6,580 murid iaitu 42.4 peratus orang murid berada di TP1 dan TP2.

Dapatan analisa PBD pertengahan tahun sesi akademik 2023/2024 untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, sama, 42 lebih kurang daripada Bahasa Melayu iaitu 42.21 peratus. Manakala bagi Matematik, penguasaan minimum — Bukan Matematik. Bahasa Inggeris juga lebih kurang 55.93 peratus berada di tahap TP1 dan TP2.

Bermaksud penguasaan Bahasa Melayu, tahap mereka lebih baik daripada Bahasa Inggeris. Pelbagai program telah dilaksanakan oleh KPM bagi meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris murid Orang Asli melalui pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berunsurkan didik hibur dan bersesuaian dengan persekitaran mereka.

Sekarang kita pergi ke satu lagi iaitu Matematik. Matematik Tahap 3, lebih kurang 53.03 peratus murid mencapai Tahap 3 dan 45.11 peratus berada di Tahap 1 dan Tahap 2. Jadi, kita mesti teruskan usaha untuk menaikkan tahap mereka. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Usul, silakan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Luar Negeri seperti mana tertera di No. 21 dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Belanjawan 2024 peringkat dasar yang telah diedarkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 2 November 2023.”

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

final • 11:32 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Saya menyokong.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:32 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2024 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2024

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2024 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari sembilan puluh dua bilion Ringgit

(RM92,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2024, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau

(“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 34 Tahun 2023, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut”.

[31 Oktober 2023]

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya kita mulakan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan...

final • 11:32 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Tan Sri Speaker.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

final • 11:32 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Kepong.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oh, Kepong.

final • 11:32 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Saya ada hantar satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3). Usul saya nak merujuk Ahli Parlimen Langkawi untuk diambil tindakan disiplin di bawah kesalahan Peraturan Mesyuarat 36(4). Sila Tan Sri Speaker buat keputusan usul saya. Terima kasih.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya — Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya telah pun menerima usul yang dibawa oleh YB dan saya sedang mengumpulkan maklumat-maklumat, termasuk mendapat jawapan-jawapan daripada pihak yang tertentu.

Insya-Allah, sebaik sahaja keputusan dibuat, saya akan maklumkan pada Yang Berhormat ya. Harap bersabar.

final • 11:32 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Menteri.

final • 11:32 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Tan Sri Yang di- Pertua, mohon izin untuk saya menjawab bagi pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Sebagai Menteri memangku buat sementara waktu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas segala pandangan, syor, cadangan, pertanyaan, mahupun teguran yang dilontarkan oleh setiap Ahli Parlimen yang berbangkit dan berbahas atas perkara dan isu yang melibatkan tugas dan tanggungjawab kementerian ini.

Di awal penggulungan perbahasan bagi peringkat dasar ini, saya juga mohon mengambil kesempatan bagi pihak seisi keluarga KPDN untuk merakamkan setinggi- tinggi penghargaan atas jasa dan sumbangan mantan Menteri, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin bin Ayub. Sungguhpun hanya menjalankan tanggungjawab ini buat sementara, sejujurnya saya memperakui dengan izin, I have some big shoes to fill, melihat komitmen dan kesungguhan beliau dari jarak sebagai rakan se“Kabinet”.

Dalam ruang memikul amanah ini buat seketika setelah hampir tiga bulan sejak pemergian arwah pada 23 Julai lalu, saya dapat melihat sendiri nilai dan makna pengorbanan Allahyarham. Kerusi arwah betul-betul berada di hadapan ini dan masih belum diisi. Namun yakinlah, legasi perjuangan arwah yang digagaskan dengan nilai Rahmah akan terus menjadi teras kepada iltizam dan tekad warga KPDN untuk menjunjung amanah demi kepentingan tanah air dan rakyat secara keseluruhannya, insya-Allah.

Tan Sri Yang di-Pertua, dari pembentangan gagasan Malaysia Madani diteruskan dalam Kerangka Ekonomi Madani, Kajian Separuh Penggal RMKe-12 dan selanjutnya dalam Belanjawan 2024, konsep Payung Rahmah yang menjadi teras program kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus menjadi inti pati utama pelaksanaan dasar dan program kerajaan. Ini sejajar dengan komitmen Kerajaan Perpaduan, bukan hanya bergerak melonjakkan siling ekonomi negara, tetapi juga tidak mengesampingkan keperluan meningkatkan lantai ekonomi dengan melihat darjat perekonomian rakyat.

Tan Sri Yang di-Pertua, agenda dan fokus kerajaan termasuk Belanjawan 2024 yang bertemakan “Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat” perlu dilaksanakan dengan mengambil kira tuntutan dan realiti semasa. Dewan ini perlu menerima hakikat dan realiti bahawa ekonomi dunia dan khususnya isu kos sara hidup merupakan latar penting yang tidak boleh kita pinggir dan ketepikan. Global Risks Report 2023, satu kajian yang dilaksanakan oleh World Economic Forum, meletakkan cost of living, kos sara hidup ini sebagai severe risk global untuk tempoh setahun dua yang akan datang.

Krisis kos sara hidup menurut GRR 2023 di tingkat yang pertama mengatasi segala macam risiko bencana atau natural disasters. Satu bancian yang dibuat oleh Institute of Strategic Analysis and Policy Research (INSAP) menyatakan antara yang meresahkan rakyat sejak beberapa tahun lalu adalah perkara seperti yang berikut; keadaan ekonomi, kenaikan kos sara hidup, kejatuhan kuasa beli dan kenaikan perbelanjaan hutang.

Satu lagi bancian, Deloitte Global 2023 Gen Z and Millennial Survey turut menyebut bagaimana lebih 50 peratus generasi muda Malaysia merasakan perkara yang amat merunsingkan dan paling meresahkan mereka adalah juga soal cost of living. Kajian Deloitte juga menyebut tentang peratusan paycheck to paycheck generation yang semakin meningkat. Generasi yang menerima gaji hari ini dan hanya untuk menanti hari gaji untuk bulan yang berikutnya.

Sepanjang perbahasan belanjawan, ramai Ahli-ahli Dewan yang menyentuh secara umum dan menzahirkan kebimbangan rakyat berhubung isu kos sara hidup. Kita amat menghargai keprihatinan tinggi Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ingin menyebutkan bahawa kerajaan cukup sedar dan faham akan realiti ini. We are not in denial. Namun pada masa yang sama, untuk merubah keadaan itu bukannya mudah, bukannya sekelip mata dan pastinya menuntut kerjasama semua melalui whole-of-nation approach.

final • 11:44 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Atas sebab itu, kita amat bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri Ekonomi ketika membuat penggulungan dua hari lalu yang menerangkan secara makro bagaimana usaha dan ikhtiar kerajaan dalam memastikan kita menangani situasi ini.

final • 11:44 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Saya petik antara yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pandan adalah, pertama tuntutan untuk penstrukturan ekonomi untuk mengatasi masalah-masalah struktur seperti penyasaran subsidi dan pengukuhan pendapatan rakyat. Kedua, keperluan kita mengapai rantaian ekonomi yang lebih tinggi dan begitu juga dengan keperluan untuk kita memperkukuh daya tahan ekonomi (economic resilience). Saya hanya ingin memberikan komitmen bahawa seluruh tenaga, sumber manusia di KPDN akan memberikan iltizam paling tinggi dalam memastikan keinginan kerajaan melakukan segala ikhtiar penting menyusun semula struktur ekonomi dapat dijayakan dengan sebaik yang mungkin. KPDN komited untuk meningkatkan tata kelola terbaik untuk ketangkasan perkhidmatan bagi mengerakkan tiga ke fungsian utama KPDN iaitu yang pertama adalah untuk mewujudkan perdagangan dalam negeri yang sihat, mampan dan progresif. Yang kedua, adalah untuk mendaya upayakan pengguna dan yang ketiga, pastinya untuk menangani isu kos sara hidup.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Belanjawan 2024, KPDN telah menerima peruntukan sejumlah RM1.88 bilion. Satu peningkatan yang agak ketara berbanding peruntukan KPDN pada tahun 2023 iaitu RM1.25 bilion. Antara komponen utama dalam peruntukan ini meliputi pertama menjamin rakyat mendapat pembelaan akibat himpitan kos sara hidup. Inisiatif Payung Rahmah diperuntukkan sejumlah RM200 juta.

Kebajikan penduduk luar bandar diteruskan, terpelihara melalui Program Pengedaran Barang Perlu LPG dan community drumming dengan peruntukan sebanyak RM225 juta. Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak dengan jumlah peruntukan RM 845 juta berbanding bajet awal pada tahun ini sebanyak RM500 juta dan juga meneruskan Program Penyeragaman Harga Bagi Sabah, Sarawak dan Labuan (Port-to- Port) dengan peruntukan sebanyak RM40 juta.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab isu-isu spesifik yang terkait secara langsung dengan tanggungjawab KPDN yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan ini.

YB Julau ada membangkitkan isu status pembinaan stesen minyak di kawasan Julau. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini KPDN telah menerima enam permohonan kebenaran tapak stesen minyak baharu KTSM untuk membangunkan stesen minyak baharu di kawasan Julau. Semua permohonan tersebut telah pun diluluskan.

Dijangkakan dua stesen minyak akan mula beroperasi di Julau dalam masa terdekat iaitu Jalan Entabai pada bulan Disember 2023 dan Pekan Bazar pada suku pertama 2024. Selebihnya empat kelulusan yang lain difahamkan masih dalam proses mendapatkan kelulusan State Planning Authority (SPA) di bawah Kerajaan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih Menteri.

final • 11:40 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Tuan Yang di-Pertua, YB Titiwangsa dan Stampin ada membangkitkan isu berkenaan subsidi minyak masak. Berhubung dengan saranan YB Titiwangsa supaya kerajaan melihat semula pengedaran subsidi minyak masak bagi mengelakkan ketirisan. KPDN menghargai akan kegusaran akibat ketirisan yang berlaku dan menyambut baik saranan yang dibangkitkan oleh Titiwangsa. Saya percaya apa yang disarankan oleh Titiwangsa tersebut adalah sejajar dengan langkah penyasaran semula subsidi yang sedang dirintis oleh pihak kerajaan.

Pada masa yang sama, buat masa ini KPDN sedang melaksanakan langkah penguatkuasaan dalam perkara ini. Antaranya pertama mewajibkan penggunaan sistem ECOS kepada seluruh rantaian bekalan minyak masak peket bersubsidi daripada

final • 11:40 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

pengilang kepada pemborong dan juga kepada peruncit dan kita tengah berusaha untuk memastikan bagaimana kita dapat terus hingga ke peringkat pengguna.

Yang kedua, mengehadkan pembelian sebanyak tiga unit per transaction sahaja sehari. Ketiga menguatkuasakan larangan eksport minyak masak tulen polybag bagi mengekang ketirisan minyak masak bersubsidi di sempadan negara.

Untuk makluman, berhubung isu pembayaran tertunggak yang dibangkitkan YB Stampin sepertimana yang sedia maklum, jumlah peruntukan yang diterima oleh KPDN adalah sebanyak RM500 juta bagi tahun 2023.

Berdasarkan kepada kenaikan harga minyak sawit mentah CPO semasa, jumlah peruntukan ini pada tahun 2023 RM500 juta tersebut hanya dapat menampung bayaran subsidi sehingga bulan Februari 2023 sahaja bagi kilang penapis dan syarikat pembungkusan.

Kita telah menerima peruntukan tambahan sebanyak RM400 juta tahun ini.

Susulan itu, KPDN telah mengemukakan permohonan tambahan another application setelah RM400 juta. Yang pertama RM500 juta telah selesai dibelanja dalam tempoh dua bulan. Tambahan RM400 juta sedang dalam proses pembayaran dan kita telah mohon RM1 bilion lagi dan kita telah menerima sebanyak RM350 juta. Anggaran kita untuk tahun ini, sebenarnya kita memerlukan sejumlah RM1.9 bilion dalam melaksanakan program COSS ini...

final • 11:40 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Insya-Allah, sekejap saya habis ya. Tuan Yang di- Pertua, insya-Allah kita mengakui akan kerisauan para pengusaha yang terlibat dan kita akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kewangan dan insya-Allah dengan ruang fiskal yang mengizinkan kita akan menyelesaikan tuntutan ini pada kadar segera. Persila Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih pemangku Menteri KPDN. Isu kekurangan bekalan minyak masak di pasaran berterusan sehingga sekarang. Mereka nak beli ada yang terpaksa beli barang lain syaratnya untuk beli minyak masak. Dinyatakan oleh Menteri tadi bahawa ini satunya disebabkan oleh penyeludupan, ketirisan dan sebagainya.

Setuju tak Menteri bahawa kekurangan ini adalah disebabkan juga kelambatan pihak MOF untuk membayar subsidi kepada pengguna-pengguna ataupun kepada pembekal-pembekal minyak ini menyebabkan kilang-kilang, factory ini tak mampu untuk mengeluarkan minyak kerana mereka dah kehabisan modal. Kerana modal ataupun capital yang digunakan terlalu besar kerana mereka ni cash semua cash. Yang kedua, apakah ada perancangan ataupun cadangan ataupun tindakan dilakukan oleh kementerian KPDN dengan Kementerian Komoditi untuk mengadakan dua tier harga. Harga dalam domestik dengan harga luar untuk meringankan beban kementerian ataupun kerajaan menangani masalah kekurangan minyak ini. Terima kasih Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Soalan tambahan juga berkenaan keadaan kewangan. Terima kasih yang saya bangkit tadi. Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberikan satu jangkaan bahawa bilakah itu tunggakan dan additional supply yang akan disalurkan oleh Kementerian Kewangan kepada KPDN ꟷ kementerian KPDN kerana apa yang sekarang kita bahas adalah untuk bajet tahun depan tetapi pada masa kita bahas tentang bajet tahun depan, kewangan bajet tahun ini pun masalah tak selesai, oleh itu yang tak boleh diterima.

Apatah lagi kalau kerajaan pun ada kesusahan untuk menampung wang yang begitu besar RM1.9 bilion, maka pengusaha-pengusaha minyak itu, kilang minyak masak dan juga itu repacker, mereka terpaksa untuk menampung itu beban untuk meneruskan bekalan minyak masa itu. Itu saya rasa pun tidak munasabah bahawa kita memaksa

final • 11:40 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

mereka teruskan bekalan itu untuk rakyat tetapi kerajaan hutang mereka tunggakan yang tidak selesaikan.

final • 11:40 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

So, soalan saya apakah jangkaan yang kerajaan akan bayar atas tunggakan itu dan juga akan teruskan prompt payment sehingga hujung tahun ini? Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Timbalan Menteri. Pulai.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri nak ambil semua dulu ke nak jawab ini dulu?

final • 11:50 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Sambung sedikit daripada minyak tadi itu.

final • 11:50 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Minyak?

final • 11:50 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Mintak tadi. Dia salah satu masalah besar dari segi minyak masak ini adalah penyeludupan yang pergi ke luar negara dan sebagainya dan itulah menyebabkan stok kita berkurangan dan subsidi itu keluar ke luar negara. So, pertanyaan saya, adakah ada sudah dirangka barangkali bagaimana ingin mengelakkan ketirisan ini ataupun minyak paket ini mungkin ada mekanisme tertentu untuk mengelakkan penyeludupan itu ke luar negara?

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:50 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Tan Sri Yang di-Pertua, ada empat perkara dibangkitkan. Yang pertama Hulu Terengganu dan juga soalan daripada Stampin saya fikir berkaitan dengan pembayaran. Asasnya adalah kenaikan CPO yang di luar jangka. Kita tahu, kita akui ada kelewatan dalam pembayaran tetapi sebenarnya kenaikan CPO yang keterlaluan itu telah menjadi punca utama.

Kalau kita lihat Tan Sri Yang di-Pertua, daripada lima tahun kalau boleh saya kongsikan peruntukan yang dibelanjakan, peningkatan yang cukup drastik disebabkan oleh CPO itu. Pertama, kalau kita lihat pada tahun 2019, yang dibelanja hanya RM269 juta meningkat kepada RM528.2 juta pada tahun 2020. 2021, RM2.19 bilion. 2022, RM2.41 bilion dan 2023 ini diunjurkan kepada RM1.9 bilion.

Namun insya-Allah Hulu Terengganu dan Stampin, kita telah mendapat komitmen daripada Kementerian Kewangan. Ini tanggungjawab kerajaan dan keperluan rakyat. 500 peruntukan asal telah dibelanjakan. Tambahan yang kedua sebanyak RM400 juta pun telah dibelanjakan dan baru pada Khamis minggu lalu kita menerima tambahan sebanyak RM350 juta.

Insya-Allah kita akan selesaikan segera. Kementerian Kewangan telah memberi komitmen. Sebaik selesai dibelanjakan RM350 juta itu, penyaluran berikut akan dibuat untuk memastikan kita dapat menyelesaikan tanggungjawab kita untuk membayar keperluan bagi tahun ini yang dianggarkan, sekali lagi saya sebut dianggarkan sebanyak RM1.9 bilion.

Yang kedua yang disebut oleh Hulu Terengganu. Saya yakin Hulu Terengganu pun terlibat daripada awal perancangan ini. Alhamdulillah secara prinsipnya Jemaah Menteri telah pun bersetuju dengan mekanisme two-tier pricing yang disebutkan itu.

Namun arahan keputusan Kabinet adalah supaya kementerian yang terlibat melakukan engagement, libat urus langsung dengan industri yang terlibat.

Insya-Allah saya yakin Kementerian Perladangan dan Komoditi akan membuat pengumuman cara satu pendekatan baru yang Hulu Terengganu arif tentang perkara itu bagi kita memperkenalkan kaedah two-tier pricing dalam CPO, perbezaan harga untuk edaran dalaman dan juga untuk eksport ke luar.

Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pulai berkenaan dengan penguat kuasa. Untuk makluman Pulai, sebenarnya berkaitan dengan COSS ini, antara pendekatan yang kita lakukan, kita melaksanakan Tan Sri, auditan, pengauditan, sama ada daripada luar kita telah bekerjasama dengan Audit Negara, telah pun masuk pada bulan lepas ke KPDN.

final • 11:50 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Begitu juga kita melaksanakan auditan dalaman. Sekarang telah pun bermula di beberapa negeri Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dalam usaha kita mencari kaedah bagaimana kita dapat memastikan pelaksanaan program ini yang perlu untuk kepentingan rakyat. Namun dapat dipastikan berlaku – isu ketirisan itu dapat kita kurangkan.

Pada masa yang sama, antara syor yang juga dipertimbangkan dan tengah kita teliti supaya dari segi pengagihan kita buat zoning. Sekarang contohnya isunya, kuotanya by negeri tetapi pengedarannya merentasi negeri. Jadi, kita fikirkan cadangan tersebut supaya dibuat by zoning utara, tengah, selatan, Sabah dan Sarawak untuk kita dapat melihat pemantauan itu dengan lebih mudah.

Insya-Allah dengan adanya auditan daripada Audit Negara, audit dalaman dan laporan-laporan ini yang audit dalaman itu kita sasarkan laporan akhirnya dapat kita terima suku pertama pada tahun 2024. Insya-Allah kita dapat merangka mekanisme yang lebih baik.

Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pulai ...

final • 11:50 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Yang Berhormat Menteri, Tan Sri Yang di-Pertua. Bukit Gantang.

final • 11:50 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Saya habiskan Pulai sekejap ya. Tan Sri Yang di- Pertua, Yang Berhormat Pulai bangkit berbahas menyentuh isu peranan KPDN. Saya ambil kesempatan tahniah kepada Pulai atas kemenangan meneruskan legasi arwah Datuk Seri Salahuddin yang Pulai juga sebahagian daripada warga KPDN. Pulai mencadangkan agar KPDN dijadikan sebagai kementerian peneraju pengurusan subsidi.

Kita sedia maklum bahawa kerajaan telah memperuntukkan subsidi secara langsung atau tidak langsung merentasi pelbagai barangan dan pelbagai sektor seperti pertanian, pendidikan, kesihatan, tenaga, utiliti dan lain-lain. Di peringkat KPDN, pelaksanaan kawal selia subsidi hanya ke atas barangan tertentu sahaja seperti minyak masak, RON95, diesel dan LPG.

Untuk maklumat tambahan, berbeza dengan minyak masak, bagi petrol dan diesel, KPDN hanya menguruskan kuota pembekalan petrol RON95 dan diesel bersubsidi di stesen-stesen minyak serta kuota sistem kawalan diesel bersubsidi bagi sektor pengangkutan terpilih. Manakala penetapan kadar subsidi dan peruntukan bagi membayar tuntutan subsidi tersebut adalah di bawah pihak Kementerian Kewangan.

Bagi LPG pula, KPDN tidak menetapkan sebarang kuota dan penetapan kadar subsidi.

final • 11:50 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri.

final • 11:50 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Sekejap Yang Berhormat. Dan peruntukan subsidi LPG adalah di bawah pihak MOF. KPDN mengalu-alukan pandangan Pulai dan akan melaksanakan tanggungjawab berdasarkan dasar yang ditetapkan oleh agensi pusat.

Persilakan Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, kelihatan kerajaan sangat serius untuk menangani kos sara hidup sehingga sebuah kementerian dinamakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Tetapi ternyata kos sara hidup makin tinggi walaupun kerajaan telah membelanjakan berbilion secara subsidi.

Kerajaan-kerajaan sebelum ini juga telah membuat pendekatan subsidi sehingga kerajaan sekarang tidak dapat menyelesaikan isu ketidakcukupan barangan di dalam pasaran. Semua barang yang disubsidi ada isu ketirisan. Apabila bagi subsidi, setelah diberikan subsidi ada berlaku ketirisan dan juga ada terpaksa juga dikawal penguat kuasa.

Maka itu juga kos. Apakah tidak ada satu cara lain sebagai menggantikan pendekatan subsidi ini secara total?

Yang lebih penting ialah beri kepada output dan kepada sasaran yang sepatutnya.

Setelah setahun kerajaan berusaha tetapi nampaknya tidak ada apa-apa perubahan.

final • 11:50 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Walaupun Skim Rahmah yang dibuat tetapi Skim Rahmah nampaknya tidak boleh sustain.

Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:50 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Saya fikir kalau Yang Berhormat ada cadangan bernas boleh menyelesaikan masalah ini dalam tempoh setahun, kita amat alu-alukan. Namun apa pun Yang Berhormat ...

final • 11:50 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Yang Berhormat Menteri, dalam perbahasan yang lepas saya dah nyatakan modul Bukit Gantang. Boleh hantar pegawai daripada kementerian untuk mengikuti apa yang saya buat di Bukit Gantang. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Saya mengikuti perbahasan Yang Berhormat tersebut. Saya fikir kalaulah semua Ahli Parlimen mempunyai kudrat macam Yang Berhormat untuk melaksanakan program di kawasan itu, insya-Allah masalah kita selesai tetapi pastinya ia melibatkan kos yang tinggi juga, dan penyelarasan daripada semua agensi. Saya ingin respons dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Atas sebab itulah Yang Berhormat, kerajaan pada hari ini dalam usaha kita menangani kos sara hidup ini kita tidak bergantung hanya kepada mekanisme subsidi tersebut.

Itu sebabnya pendekatan yang tidak popular tetapi perlu dilaksanakan iaitu tentang penyesaran semua subsidi yang antara matlamatnya adalah untuk kita dapat mengurangkan kebergantungan kepada subsidi bil yang terlalu tinggi, sekarang mencecah RM80.9 bilion dianggarkan bagi tahun ini.

Penyesaran subsidi ini juga untuk memastikan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi memberi subsidi pada output, itulah idea dan gagasan untuk kita melaksanakan penyesaran subsidi. Ini yang saya harap Yang Berhormat dapat sokong sepenuhnya dan kita mengalu-alukan cadangan.

Pada masa yang sama, apa yang saya sebut dan apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Pandan berkali-kali termasuk dalam penggulungan yang lepas, subsidi kita teruskan, perlu bersasar dan pada masa yang sama KPDN memberikan penegasan kepada kerajaan dalam diskusi-diskusi yang kita laksanakan bahawa kita menyokong penyesaran semula subsidi namun penyesaran subsidi itu wajib hadir bersama jaminan perlindungan sosial yang lebih komprehensif.

Termasuklah dalam social assistance, dan begitu juga apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pandan, kita amat mengalu-alukan dan kita bekerjasama untuk memastikan dapat diselesaikan bagaimana kita dapat meningkatkan pendapatan rakyat itu? Bagaimana kita dapat meningkatkan disposable income rakyat, pendapatan boleh guna rakyat.

Jadi, apabila dilaksanakan bersubsidi rakyat di dapat dalam pelbagai peringkat dan mempunyai pendapatan yang berwajaran untuk membeli barang-barangan dalam mungkin barang yang tidak disubsidikan. Jadi, insya-Allah...

final • 12:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Menteri.

final • 12:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Pendekatan ini akan dilaksanakan melalui pelbagai strategi dan pendekatan. Dipersilakan Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Semporna.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Tan Sri Speaker, ruang yang diberikan dan saya mendengar rundingan secara teliti jawapan- jawapan yang telah dilontarkan oleh Yang Berhormat Menteri, cuma saya bimbang Yang Berhormat Tan Sri tentang langkah-langkah, we must go deeper kerana kita sedar dan tahu kelapa sawit- negara Malaysia adalah pengeluar yang terbesar di dunia, satu bab.

Ayam, kita ada access supply, tetapi kalau kita melihat dari segi perkara ini, kita tidak dapat menanganinya dengan secara baik, bukan hanya dari segi mungkin- dasar dilihat kerana kalau kita lihat, why should we reach to that level? Ayam contohnya berapa bilion subsidi? Minta maaf, semasa saya Menteri Perdagangan tidak sampai pun macam ini, tidak ada. Kita tidak bagi subsidi pun.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Cuma kita kawal musim perayaan-perayaan contohnya. Kalau ada subsidi diberikan tentang ayam is the ‘weed’, pasal weed itu pembekal makanan. We go deeper, go to the nerve, dengan izin. Contohnya kelapa sawit, kita pengeluar bukan setakat ada syarikat-syarikat swasta yang disebut oleh Yang Berhormat tadi CPO, is the problem ada two-tier dari segi penghargaan ia.

Sebenarnya kalau kita lihat kerajaan juga mempunyai syarikat-syarikat yang dimiliki oleh kerajaan bukan setakat GLC seperti FELDA, masa saya Tan Sri, Ketua Menteri. saya sediakan dua kilang, tiga kilang. Satu di Tawau, satu di Keningau, satu di Sandakan. Cuma, satu yang menjadi, fasal masa singkat.

Kita dapati bahawa di pasaran minyak kelapa masak cukup murah and there is no complain, tetapi di samping itu bukan hanya murah itu menjadi masalah, tetapi penyeludupan juga harus ditangani. Enforcement ya, yang perlu ditangani di border ya, itu yang saya mengambil beberapa langkah contohnya macam kayu balak pun saya eksport haramkan kerana it is easier for us to export. Macam mana easier for us to menangani penyeludupan? Barter trade, legalize trading antara Negara Filipina, antara Negara Indonesia, untung belikan supaya ada ruang. Kalau orang dari Filipina, daripada Indonesia, hendak beli minyak contohnya gas dari Jakarta jauh, hendak beli minyak masak daripada Manila 20 jam naik kapal.

So, bayangkan kalau legalize it, barter trading yang ada, langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak kerajaan go deeper, saya berpandangan untuk memastikan supaya Yang Berhormat dapat mengatasi masalah ini dalam masa. Saya bimbang tahun depan kerana keadaan kos seakan meningkat, ringgit yang begitu lemah, import… [Tidak jelas] Is going to be higher. Terima kasih banyak.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri hendak beri Sri Gading- sekali jawab?

final • 12:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Boleh.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Sri Gading.

final • 12:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Tan Sri Speaker dan Menteri. Berdasarkan kepada jualan yang kita dapat lihat bila disebut tentang Rahmah itu kata tidak berjaya, jadi saya hendak bertanya jugalah Jualan Rahmah yang dikendalikan oleh bahagian KPDN ini berapa, dalam tempoh sebulan berapa kali? Berapa tempat dan jumlah pembeli-pembeli ataupun jualan dan juga rakyat yang datang sebab berdasarkan kepada pengalaman saya di kawasan Parlimen Sri Gading kerana setiap minggu yang ada itu memang ramai rakyat yang B40 inilah yang ramai beli.

Sebab bila saya meninjau, saya hadir bersama, saya dapat melihat bahawa mereka yang berpendapatan sederhana ke atas dia tidak akan datang sebab dia rasa malu hendak datang sebab itu memang hak yang dianggap sebagai B40. Jadi, cuma apa yang saya hendak dapatkan maklumat, berapa kali yang telah dilaksanakan sejak Program Jualan Rahmah ini dilaksanakan?

Berapa banyak kos yang telah diambil, digunakan dan berapa ramai dijangkakan dalam tempoh berkenaan, manfaat kepada rakyat B40? Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 12:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat Semporna dan Sri Gading berkaitan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semporna dan saya amat bersetuju bahawa usaha untuk kita menangani isu kos sara hidup terkait dengan keterjaminan sumber makanan ini memerlukan pendekatan dan strategi yang pelbagai.

Kita ambil contoh, kita tidak boleh hanya bergantung kepada subsidi, bukan hanya kerana subsidi bil yang begitu tinggi namun juga kita perlu melihat kepada keterjaminan makanan di peringkat dalaman. Disebutkan two-tier, ya kita negara pengeluar namun akhirnya minyak masak itu mahal.

Itu sebab diperkenalkan yang disebut juga disentuh oleh Hulu Terengganu two- tier pricing tersebut. Saya ambil contoh satu yang juga dibangkitkan oleh YB Pulai sebenarnya dalam soalan berkenaan dengan gula kerana struktur ekonomi yang kita

final • 12:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

warisi ada kalanya melihat perlu lebih baik import kerana kosnya akan lebih murah berbanding kita tanam, kita produce locally domestically. Maka, terjadilah contohnya gula bahawa 100 peratus kita bergantung kepada raw sugar daripada luar dan apabila berlakunya geopolitik senario dan kenaikan harga yang meningkat, kita berhadapan dengan masalah untuk mendapat bekalan gula yang juga sedikit sebanyak memberi gangguan. Kita buka Tan Sri di-Pertua, contohnya ada yang menyebut itu sebab kita hanya membenarkan dua, iaitu dahulu.

Sebenarnya bermula tahun ini kita sudah buka AP import sebenarnya, lebih 500,000 metrik tan AP import telah diberikan. Namun setakat hingga today, hanya tiga peratus yang berjaya membawa masuk dan tiga peratus itu menggunakan, membawa masuk hanya untuk their own usage, bukan untuk dijual runcit pada harga yang murah tersebut.

Jadi, saya setuju pandangan YB Semporna yang berpengalaman di KPDN dan saya mengharapkan pandangan syor daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam membantu dan melaksanakan tanggungjawab.

final • 12:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Menteri, Speaker, Menteri boleh sat na kejap? Okey.

final • 12:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Kejap Yang Berhormat, saya belum menjawab beberapa soalan. Disebut oleh Semporna juga berkaitan penguatkuasaan.

Saya juga amat bersetuju bagaimana kita dapat meningkatkan penguatkuasaan ini, akta-akta sedia ada, bukan hanya penguatkuasaan hab-hab, kawalan harga, pencatutan, perihal dagangan, kawalan bekalan tetapi satu yang perlu kita lihat juga sebenarnya bagaimana kita memperkasakan Akta Persaingan Malaysia itu.

Sebab kalau disebut kartel sebenarnya kartel ini menyentuh kepada Akta 712 ini, Akta Persaingan ini kerana di sinilah kerangka perundangan yang sepatutnya mengawal selia kartel sama ada kartel dalam bentuk penetapan harga, kartel dalam bentuk pakatan menetapkan pengeluaran, kartel dalam bentuk menetapkan kawasan pasaran, begitu juga kartel dalam tipuan bida perolehan.

final • 12:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Jadi kita akan perkasakan Yang Berhormat Semporna. Saya harap Ahli Yang Berhormat menyokong. Kita memerlukan tambahan peruntukan, alhamdulillah RM 10 juta diperuntukkan kepada Suruhanjaya Persaingan (myCC) tahun ini. Kerana untuk pengetahuan semua isu kartel ini setakat ini kita hanya mempunyai seramai 17 orang pegawai penyiasat untuk menguatkuasakan Akta 712 tersebut. Alhamdulillah dalam kekangan, limitation tersebut, pegawai-pegawai kita setakat ini sebanyak sejak ditubuhkan pada tahun 2011 sebanyak 275 syarikat telah pun diberikan penalti kewangan termasuk 430 yang sedang dalam siasatan. Jadi insya-Allah saya setuju sangat dengan apa yang disyorkan oleh Yang Berhormat Semporna.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit kalau boleh.

final • 12:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Sedikit berkaitan dengan...

final • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Menteri kalau diizin

final • 12:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

PJR. PJR yang disebut oleh Sri Gading. Setakat 25 Oktober 2023, 2,905 siri PJR telah dilaksanakan di seluruh negara yang melibatkan pengunjung sebanyak 4.3 juta, yang melibatkan 33 rakan strategik pasar raya dan juga kedai-kedai runcit dalam kita melaksanakan PJR. Kita bersyukur alhamdulillah legasi arwah Datuk Seri Salahuddin, tahun hadapan kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju meneruskan program ini dengan peruntukan sebanyak RM 200 juta.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Tan Sri Yang di-Pertua

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan

final • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kalau boleh.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kuala Selangor

final • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Menteri yang sangat mendalam dan panjang lebar huraian dan pencerahan yang dibuat terutama tentang Rahmah, peninggalan Almarhum mantan Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Cuma kalau saya boleh, sikit kalau boleh saya terpaksa sekali lagi bangkit bukan kali ini tetapi yang lalu saya telah sebutkan. Apakah sudah sampai waktunya kalau KPDN bersedia menerima hakikat bahawa mengekalkan kadar inflasi kepada tahap yang satu hingga dua peratus itu pada jangka panjang adalah tidak sustainable? Sehinggakan kita telah banyak sangat berkorban dengan subsidi yang khususnya ketika dahulu pukal- blanket, maka ia telah mengorbankan kewangan ataupun govern finances, dengan izin, Kewangan Persekutuan yang terpaksa menanggung bebanan ini.

Apakah setelah kita dengar perbahasan yang panjang lebar oleh sebahagian besar oleh MP-MP kita bahawa cara kita mahu menurunkan inflasi ataupun mengekang inflasi ini dengan cara subsidi yang begini telah mengorbankan keupayaan kita meletakkan ataupun memperuntukkan expenditure tentang pembangunan. Lalu kita dengar sebentar tadi mengekalkan ceiling price, mengadakan controlled item ini mesti punya apa yang dikatakan sebagai must be very prudent.

Jadi pokoknya kalau saya ingin tanya, mengekalkan inflasi ke paras satu dua peratus ini memang lah baik, tetapi ia telah menjejaskan government financing dari sudut cost of subsidy kita yang tidak dapat kita gunakan untuk pembangunan. Jadi contohnya item seperti kita sebutkan tadi minyak masak contohnya, beras, telur dan sebagainya.

Diesel satu hal lain, minyak pun begitu, tetapi kalau begini terus-terusan kita lakukan, kita akan mengekang pembangunan negara kerana kos subsidi itu terlalu tinggi. Saya yakin perkara ini boleh dipertimbangkan oleh KPDN supaya kalau tidak pun kita apung dan kita tidak kenakan controlled item yang keterlaluan itu sehingga pengeluar-pengeluar kadang kali mengadakan kartel ataupun sorok dan sebagainya. Apakah boleh kiranya..

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

KPDN akhirnya tidaklah mahu mengekalkan...

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik

final • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Inflasi pada paras yang tidak sustainable dan kembali untuk mengizinkan peruntukan ini diberikan kepada pembangunan, sekali gus disposable income ataupun kadar pendapatan boleh berbelanja rakyat dipertingkatkan dan juga pendapatan rakyat dipertingkatkan...

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

...Dengan kita membangunkan ekonomi kita.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Dan industri kita. Terima kasih panjang sedikit tetapi inilah poin...

final • 12:10 PM

[Dewan ketawa]

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Menteri kalau boleh

final • 12:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Hulu Terengganu Yang di-Pertua

final • 12:10 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Yang Berhormat Tampin.

final • 12:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kubang Pasu boleh?

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jawab dahulu ke, nak ambil dahulu?

final • 12:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sekali gus lah.

final • 12:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Saya bagi Hulu Terengganu, dan saya bagi Kubang Pasu.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 12:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey terima kasih Menteri sebab saya terima kasih Yang di-Pertua dengan jawapan yang diberi. Saya rasa wajarlah pemangku ini dilantik Menteri Yang di-Pertua, kerana kita nak menunjukkan betapa seriusnya masalah kos sara hidup ini. Kalau Timbalan Menteri ada, Timbalan Menteri tidak boleh masuk dalam Mesyuarat Kabinet. Jadi apa yang dibincangkan dalam Kabinet tidak dapat diketahui oleh kementerian. Itu cadangan saya.

Cuma Yang di-Pertua, beberapa kali tadi Menteri, pemangku Menteri ada menyatakan formula-formula ataupun apa yang dikatakan Pandan. Apa pandangan Menteri bahawa formula Pandan sebut sudah obsolete, dah tak boleh pakai sebab dari dahulu lagi sebut pengusutan ekonomi dan juga subsidi bersasar.

Kedua Yang di-Pertua hari ini bermulanya harga ayam diapungkan, dahulu ayam dan telur nak diapungkan, tetapi kerajaan buat U-turn separuh, telur masih subsidi, ayam diapungkan bermula hari ini. Apa yang saya ramalkan bahawa mungkin seminggu ini harga ayam akan turunkan, tetapi apakah jaminan kerajaan bahawa pengapungan ini tidak menaikkan harga ayam yang berlaku dalam pasaran kita untuk masa-masa hadapan yang membebankan rakyat? Saya rasa itu sahaja Yang di-Pertua terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Kubang Pasu. Menteri nak sambung semua sekali?

final • 12:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Menteri, Speaker. Ini juga bersangkut dengan kos sara hidup. Salah satu sebab kenapa daging-daging lembu, kerbau, kambing, ayam naik kerana kebanyakan makanan ternakan diimport daripada luar-luar negara, jadi kosnya meningkat sepanjang masa. Jadi apa perancangan, langkah, tindakan kerajaan untuk memastikan kita kurangkan import makanan ternakan, ruminan dan sebagainya.

Saya masih ingat dahulu masa Tun Abdullah Ahmad Badawi masa itu Dato Sri menjadi Perdana Menteri. Dia galakkan supaya kita jangan bagi ikan, tetapi kita mengajar mengail ikan. Umpamanya pembelaan ikan keli. Tempat saya pun penuh dengan orang bela ikan keli, tetapi akhirnya gagal.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kubang Pasu tak boleh.

final • 12:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tak sustainable

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dia kena tanya soalan kepada Menteri.

final • 12:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Ya..tak sustainable kerana bila harga makanan ikan dan sebagainya naik, harga dia akan menjadi tinggi dan competition begitu sengit. Akhirnya kebanyakan yang bela ikan keli ini tutup.

Apakah langkah kerajaan untuk menentukan strategi untuk mengurangkan import makanan ruminan dan lain-lain seperti ikan dan sebagainya? Sekian Tan Sri.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 12:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama Kuala Selangor saya melihat kepada pengalaman kita sejak sekian lama, saya fikir saya bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Kuala Selangor, dan sebenarnya itulah juga pendekatan yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan dalam penyasaran semula subsidi ini. Sebagaimana saya sebut tadi di peringkat KPDN, kita memperakui keperluan tersebut.

Namun kita inginkan supaya wujudnya kerangka jaminan perlindungan sosial yang lebih komprehensif. Antara apa dia jaminan perlindungan sosial itu adalah inisiatif untuk meningkatkan pendapatan rakyat. Atas sebab itu walaupun ada yang cynical, kita amat bersetuju kita bagi ruang polisi-polisi baru yang bukan mudah tetapi perlu yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pandan, dasar gaji progresif, begitu juga IPR dan sebagainya.

Kita sama-sama rintis perubahan ini untuk kepentingan jangka panjang. Sebab subsidi bil kita akui cukup tinggi saya sebutkan tadi telah mencecah RM8.9 bilion. RM

final • 12:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

8,900 juta kalau boleh saya sering kongsi Tan Sri Yang di-Pertua, saya berkhidmat dengan Semberong di Kementerian Pelajaran. Pada masa itu kos untuk mendirikan sekolah, satu sekolah, satu bilik darjah adalah RM1 juta yang saya fikir sekarang sudah lebih tinggi. Jadi 40 bilik darjah maksudnya RM40 juta, satu sekolah.

final • 12:10 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Kalau dengan kos RM80 bilion tersebut, sebenarnya kita boleh membina 2,000 sekolah untuk kepentingan anak-anak kita. Jadi, saya cukup bersetuju dengan cadangan Kuala Selangor, mari kita bergerak ya, bersama-sama untuk memastikan pendekatan dan juga perubahan- reform yang cuba dirintis oleh kerajaan ini, dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Yang dibangkitkan oleh Hulu Terengganu berkenaan dengan ayam dan kita tahu telah diapungkan harga. Pastinya sebelum kita membuat keputusan tersebut engagement telah dilakukan dengan industri dan mereka memberikan jaminan. Sebab antaranya selain daripada subsidi bil mereka juga yang mengkehendaki. Jadi, kita minta mereka memberi jaminan bekerjasama untuk memastikan bukan hanya supply tetapi harga itu pada kadar yang munasabah.

Alhamdulillah, kita pun ikut tahu beberapa pasar raya telah mengumumkan.

Sebelum pun bermula 1 November, apa nama harga-harga mereka yang jauh rendah daripada harga RM9.40 tersebut dan hari ini di peringkat KPDN saya telah mengarahkan seluruh jentera kita, 2,300 anggota penguat kuasa kita, 900 pemantau harga kita untuk membuat pemantauan di seluruh peringkat sama ada hypermarket, mini market, supermarket, pasar basah, kedai runcit dan sebagainya untuk melihat dan memantau implikasi daripada keputusan ini. Saya sendiri akan bersama dengan Dato’ Seri KSU, Timbalan Menteri akan bergerak petang ini untuk membuat pemantauan.

Kita tahu antara risikonya Yang Berhormat Hulu Terengganu yang lebih arif daripada saya, berpengalaman di KPDN. Kita tahu antara risiko yang bakal kita hadapi dengan apungan ini adalah risiko kartel tersebut. Yang saya sebut empat komponen pakatan tersebut. Harga, pasaran, pengeluaran dan bidaan. Itu sebabnya kita ingin kuatkuasakan Akta Persaingan ini untuk kita dapat menyelesaikan isu berbangkit berkaitan dengan kartel ini.

Yang Berhormat Kubang Pasu saya fikir perkara tersebut- saya bersetuju kita kena memastikan bukan hanya dari aspek ternakan itu tetapi makanannya, tapi saya fikir lebih sesuai untuk Kementerian Pertanian dan juga Kementerian Ekonomi menjawab long-term planning kita dalam memastikan kita dapat menyelesaikan isu-isu berbangkit.

final • 12:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tan Sri Speaker, satu komenlah.

final • 12:20 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Tan Sri Yang...

final • 12:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya cukup puas hati dengan jawapan Papar, seorang Menteri yang prestasi baik. Patut dilantik Menteri KPDN saja. Selesai banyak masalah kita. Terima kasih, Tan Sri.

final • 12:20 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih...

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Menteri perlukan berapa minit lagi?

final • 12:20 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Saya dah nak gulung, Tan Sri.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak apa saya bagi lima minit lagi. Okey, carry on.

final • 12:20 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Tan Sri Yang di-Pertua, YB Pendang, YB Pendang tiada dalam Dewan. Saya teruskan, saya jawab secara bertulis kemudian. YB Tumpat, Hulu Selangor, Kubang Pasu dan juga Kulim-Bandar Baharu ada membangkitkan isu penguatkuasaan berhubung dengan isu minyak.

Saya kongsikan sedikit sebanyak tadi namun kalau boleh saya sebut dari segi statistik. Januari hingga September 2023 sebanyak 169 tindakan kes berkaitan minyak masak telah diambil dengan nilai rampasan sebanyak RM1.855 juta dan KPDN juga telah

final • 12:20 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

menerima sebanyak 624 kes serahan kes dari pelbagai agensi yang melibatkan barang kawalan dengan nilai rampasan sebanyak RM34.4 juta.

KPDN sentiasa bekerjasama dengan beberapa agensi penguat kuasa di sempadan seperti PDRM, ATM, JKDM, ESCOMM dan lain-lain lagi bagi memastikan operasi di sempadan negara sentiasa berkesan serta berusaha supaya ketirisan barangan yang dikawal di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dapat diminimumkan.

Tan Sri Yang di-Pertua, Jualan Rahmah telah saya jawab yang juga dibangkitkan selain Sri Gading, Hulu Selangor, Kudat dan Tebrau, kita mengalu-alukan apa nama saranan supaya hebahan dibuat bahawa PJR ini melibatkan subsidi kerajaan.

Alhamdulillah, kadar diskaun 10 hingga 30 peratus tersebut adalah perkongsian strategik.

Sedikit sebahagian ditanggung oleh kerajaan dan ada juga ditanggung oleh industri.

Saya ingin maklumkan insya-Allah besok, kita akan turun, saya akan turun bersama dengan Timbalan Menteri. Salah satu lagi inisiatif terbaru kita akan menawarkan kad diskaun Rahmah kepada pengusaha-pengusaha kafe, restoran Rahmah sebagai insentif kepada mereka yang telah support usaha kerajaan selama ini. Dengan adanya kad diskaun ini para pengusaha-pengusaha kafe Rahmah, Menu Rahmah ini boleh mendapat, membeli pada kadar diskaun di enam pasar raya yang bekerjasama dengan kita. Insya-Allah, kita akan perkasakan lagi program PJR ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, akhir sekali yang lain saya mohon untuk menjawab secara bertulis. Saya alu-alukan sebarang syor, pandangan dan juga kritikan terbuka yang membina untuk kita memastikan kita dapat meningkatkan usaha penguatkuasaan, kerangka perundangan dan apa juga bentuk program atas kepentingan besar tanah air dan juga kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya tengok ramai Ahli-ahli Yang Berhormat berminat mengetahui tentang apa nama penguatkuasaan. Walaupun ramai yang mungkin mempertikaikan kecekapan penguatkuasaan kita namun sebenarnya dalam limitation penguat kuasa kita mereka telah melakukan tanggungjawab sehabis baik.

Suka saya mencadangkan sekiranya ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berminat, mungkin saya boleh aturkan satu perjumpaan, briefing dan engagement bersama dengan penguat kuasa kita, MyCC dan juga Bahagian Penguatkuasa KPDN bersama Ahli-ahli Yang Berhormat untuk kita berdiskusi, melihat apa bentuk penguatkuasaan dilaksanakan dan sekali gus mendengar syor daripada Ahli-ahli Yang Berhormat bagaimana kita dapat meningkatkan penguatkuasaan.

Kerana bagi saya KPDN ini selain nilai Rahmah yang kita semarakkan tersebut, teras kepada KPDN sebenarnya adalah penguatkuasaan tersebut dengan akta-akta pelbagai di bawah tanggungjawab kita.

Tan Sri Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin menegaskan kepada semua pihak bagaimana perjuangan kita di KPDN. Kepada Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan bahawa kita menyokong dan saya fikir semua pihak patut menyokong usaha rintis kita mensasarkan semula subsidi. Namun, KPDN membuat penegasan bahawa biarlah pendekatan itu, biarlah reform itu bersekali dengan usaha untuk kita memastikan wujudnya jaminan perlindungan sosial.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab perkara-perkara lain secara bertulis. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Menteri. Sebelum saya menjemput Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, saya ingin memberikan nasihat dan sikit panduan, ya. Di peringkat penggulungan oleh Menteri-menteri ini, Menteri-menteri akan menggulung dan menjawab kepada soalan-soalan yang Ahli-ahli Yang Berhormat kemukakan. Jadi, masa yang diberikan itu amat terhad.

Oleh yang demikian, isu-isu baru tidak boleh dibawa. Perkara-perkara baru tidak boleh dibawa selepas penggulungan sebab tidak adil Menteri tidak prepare. Yang kedua, dia juga tidak menjawab kepada soalan-soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat yang terdahulu.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, Yang Berhormat boleh bertanya soalan ataupun mengemukakan isu-isu baru semasa Jawatankuasa nanti. Itu lebih fair. Sebab kalau tidak Menteri dia datang dengan teks 50 muka, yang soalan orang tanya sampai 90 orang, dia jawab enam orang sahaja, yang lain tidak fair.

Sebab itu saya nak minta ya, nasihat supaya kalau Yang Berhormat ada perkara- perkara baru simpan dahulu, tulis dalam poket, semasa Jawatankuasa esok bertanya. Itu lebih adil namanya, ya. Jadi, saya ingat kita be fair lah to others. Yang menunggu ramai ni, kenapa soalan dia tak jawab? Nak jawab macam mana? Kita banyak gangguan, ya.

Untuk itu, saya minta sekarang Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Silakan.

final • 12:20 PM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jangan risau saya punya penggulungan 60 muka saja, jadi bukan 90.

Saya mewakili Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim terlebih dahulu ingin mengucapkan penghargaan kepada Kementerian Kewangan yang telah memperuntukkan sejumlah RM7.13 bilion kepada NRECC yang terdiri daripada 1.7 bilion peruntukan perbelanjaan mengurus dan baki 5.43 bilion peruntukan pembangunan.

Dan ini adalah satu peningkatan sebanyak 9.08 peratus berbanding tahun ini.

final • 12:29 PM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ini kerana, sebagaimana kita NRECC memegang amanah besar untuk mencapai objektif menerajui tata kelola sumber asli, alam sekitar, bekalan elektrik, bekalan air yang mapan dan inklusif dalam kita mendepani impak perubahan iklim demi kesejahteraan negara. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 49 orang Yang Berhormat yang turut serta di dalam perbahasan Belanjawan 2024 berkaitan dengan NRECC.

Pertama sekali Yang Berhormat Rompin, Rompin tidak ada.

Seterusnya, Yang Berhormat Alor Setar, Merbok dan Pokok Sena? Tidak ada juga. Cuma yang ini saya ingat agak relevan, saya akan sentuh sedikit kerana mereka bangkitkan tentang...

final • 12:30 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Merbok ada.

final • 12:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey. Supaya Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan bayaran yang setimpal kepada Kerajaan Kedah bagi pemeliharaan dan pemuliharaan Hutan Ulu Muda yang menjadi nadi kepada penggunaan air harian industri dan domestik bukan sahaja kepada Kedah, tetapi juga kepada Perlis dan Pulau Pinang.

Pertama sekali, tentang soal untuk mengekalkan hutan simpan kekal, sememangnya tidak ada dasar spesifik daripada Kerajaan Persekutuan, tetapi apa yang ada sejak tahun 2019 ialah Ecological Fiscal Transfer ataupun EFT yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan-kerajaan negeri dan ini berdasarkan beberapa perkiraan, pemeliharaan kawasan perlindungan ataupun protected areas, dengan izin, yang sedia ada dan usaha ke arah menambah kawasan perlindungan baharu.

Kedua, pemuliharaan restorasi dan pengayaan bagi pengekalan kawasan perlindungan; ketiga, penyediaan dan perusahaan kemudahan di kawasan perlindungan; keempat, pelaksanaan operasi risikan dan penguatkuasaan bagi pengawalan sumber ekosistem flora dan fauna; kelima, pelaksanaan program penglibatan komuniti dan pembangunan kapasiti dan pelaksanaan program bagi menggalakkan amalan pengurusan hutan secara berkekalan.

Jadi, kalau secara spesifik kepada negeri Kedah tahun 2019, Kedah menerima RM5.8 juta peruntukan EFT. Tahun 2021, Kedah menerima sebanyak RM4.4 juta, tahun 2022 jumlah yang sama sebanyak RM4.4 juta. Tahun ini 2023, ia kerana jumlah EFT naik daripada RM70 juta kepada RM150 juta di bawah Yang Amat Berhormat Tambun, Kedah

final • 12:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

menikmati peruntukan sebanyak RM10.2 juta yang dibayar kepada kerajaan negeri.

Jadi,saya secara jumlahnya, Kedah telah menerima hampir RM25 juta peruntukan EFT.

Jadi, itulah apa yang disumbangkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Yang Berhormat Maran? Tidak ada. Seterusnya, soal tentang perubahan iklim dan saya akan jawab juga tentang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Larut supaya kerajaan memberi tumpuan dan meneruskan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB) 2021 yang dirangka oleh kerajaan terdahulu. Jadi, kita tidak ada masalah.

Sememangnya apa yang baik yang datang daripada kerajaan sebelum ini kita akan teruskan dan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon ini merupakan dokumen yang menggariskan fokus dan strategi bagi merealisasikan mobiliti rendah karbon dalam sektor pengangkutan darat menerusi pengurangan pelepasan gas rumah kaca ataupun greenhouse gas, dan penjimatan tenaga menjelang tahun 2030.

Selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG dalam komitmen perubahan iklim kita...

final • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya.

final • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Minta laluan sikit. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang tadi pun kita dah ada konsensus dah kerana beri peruntukan tambahan kepada Kedah. Dah masukkah belum ataupun kita nak menunggu? Saya catitlah, insya-Allah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri untuk Kedah itu kita ucap terima kasih dan kita menunggulah peruntukan itu masuk kepada kerajaan negeri, terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Yang antara tahun 2019 hingga tahun 2022, yang itu confirmed sudah masuk ke dalam akaun kerajaan negeri. Untuk tahun 2023, sebagaimana yang saya sebut, pengiraannya telah dibuat, tetapi saya kena semak semula, sama ada wang itu telah pun dimasukkan ke dalam wang consolidated- akaun Kerajaan Negeri Kedah. Terima kasih.

Seterusnya, pelaksanaan low-carbon mobility ini juga adalah selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR), Dasar Tenaga Negara dan Dasar Pengangkutan Negara serta melengkapi Dasar Automotif Nasional...

final • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri, sikit-sikit lagi saya nak bagi pandangan. Tan Seri, terima kasih. Saya nampak Yang Berhormat Menteri ini ada kemampuan untuk kita membangunkan ekonomi negara.

Jadi, saya mintalah Yang Berhormat Menteri buat engagement ataupun buat pertemuan dengan kerajaan untuk kita bangunkan hasil baharu negara iaitu REE. Kita ketepikan masalah yang kiat sebelum ini. Itu semua tak memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi negara untuk hasil baharu. Saya minta Yang Berhormat Menteri buat satu perancangan, luluskan SOP untuk kita ambil galian-galian yang menjadi permintaan dunia buat masa kini, terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Memang tak jadi masalah dan Menteri Besar Kedah pun dah datang ke pejabat saya untuk berbincang. Jadi, insya-Allah tetapi tentang apa yang nak disusuli itu nanti kita akan maklumkan secara detil.

Jadi, kalau kita lihat dasar yang saya sebut tadi LCMB memang melengkapi juga Dasar Automotif Nasional dan menjurus kepada empat bidang fokus utama iaitu penambahbaikan kecekapan bahan api dan pelepasan GHG oleh kenderaan, penggunaan mobiliti elektrik, penggunaan bahan api alternatif dan peralihan mod pengangkutan. Jadi ia adalah satu pelaksanaan merentas sektor dan melibatkan pelbagai kementerian termasuklah NRECC, Kementerian Pengangkutan (MOT), MITI, MOSTI, KPKT dan lain-lain lagi.

Jadi sememangnya kita komited untuk melaksanakan perkara ini dan ia juga ada perkembangan di peringkat antarabangsa. Di banyak negara mereka sudah ada komitmen tahun- di mana mereka akan menamatkan pengeluaran lesen kepada kereta-

final • 12:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

kereta internal combustion engine dan ini juga akan memberi implikasi kepada industri automotif dunia.

Seterusnya, Yang Berhormat Jerantut?

final • 12:30 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Ada, ada.

final • 12:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Jerantut yang minta kerajaan mempercepatkan pembentangan Long-Term Low Emissions Development Strategies ataupun LT-LEDS supaya sasaran untuk kita mencapai sifar bersih seawal 2050 dapat dicapai. LT-LEDS ini merupakan satu kajian yang menggariskan strategi jangka panjang bagi Malaysia mencapai aspirasi tersebut. Ia melibatkan libat urus bersama pemegang-pemegang taruh di pelbagai peringkat termasuk kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan juga di pihak swasta.

Kajian ini akan memberikan hala tuju ke arah matlamat sifar bersih tersebut, industri-industri dan teknologi serta instrumen kewangan sebagai enablers bagi mencapai aspirasi ini. Buat masa ini, kami sedang membangunkan LT-LEDS dan dijangka akan disiapkan pada awal tahun depan 2024.

Jerantut dan Kuala Nerus juga memohon kerajaan memperincikan carbon pricing dan Carbon Accounting Framework termasuk sistem pelaporan kredit karbon bagi membangunkan dasar pasaran karbon yang lebih jelas dan menyeluruh sebagai garis panduan bagi inisiatif perdagangan karbon negara.

Semalam kita ada Majlis Tindakan Ekonomi- Tindakan Perubahan Iklim yang di Pengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan dihadiri oleh Menteri- menteri Besar, Ketua Menteri dan wakil-wakil. Kita telah membincangkan juga secara mendalam tentang perkara ini.

Pertama ialah tentang soal pasaran karbon- pematuhan, compliance yang melibatkan pendekatan kerjasama antara dua atau lebih negara di bawah Artikel 6, Para 2 Perjanjian Paris yang masih dirundingkan dan belum boleh beroperasi. Kita jangka di dalam COP28 yang akan diadakan di Dubai, dengan ini akan dapat diteruskan.

Namun, bagi kredit karbon sukarela ataupun voluntary carbon market, kita sudah pun ada di Malaysia. Bursa Carbon Exchange, dengan izin, yang merupakan satu platform patuh syariah yang memperdagangkan karbon yang pertama di dunia. Kita telah ada beberapa lelongan kredit karbon yang telah pun diadakan sebelum ini, tetapi ia semuanya daripada luar negara. Kita jangkakan pada hujung tahun ini, 2023 lelongan kredit karbon daripada negeri Sabah akan dapat diadakan di atas platform BCX.

final • 12:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Jadi, kerajaan sedang membangunkan satu dasar menyeluruh pasaran karbon negara dan mengambil kira peranan NRECC sebagai pihak berkuasa kebangsaan ataupun national focal points berpandukan peranan yang telah dipersetujui di peringkat UNFCCC.

Di peringkat domestik, kerajaan juga sedang meneroka potensi pelaksanaan mekanisme penetapan harga karbon yang dilaksanakan melalui kajian oleh pihak Bank Dunia di bawah program Partnership for Market Implementation dan antara komponen kajian tersebut termasuklah pembangunan kerangka measurement, reporting and verification, dengan izin, yang dibangunkan berdasarkan piawai pelaporan yang ditetapkan.

Ini adalah infrastruktur asas yang diperlu bagi melaksanakan mekanisme harga karbon seperti cukai karbon, carbon tax yang sudah ada, misalnya di negara Singapura, dan sistem perdagangan karbon di peringkat domestik yang akan melibatkan perakaunan pelepasan GHG dari sektor swasta dan fasiliti yang terlibat.

Jadi, antara isu juga yang diambil kira ialah- selama ini macam BCX, dia bergantung kepada piawai Verra, piawai antarabangsa. Dia ada Verra, ada Gold Standard dan beberapa piawai lagi, tetapi beberapa negara lain termasuk di Asia Tenggara, mereka mengambil pendekatan untuk develop piawai mereka yang tersendiri dengan mengikut apa yang dibuat oleh piawai-piawai antarabangsa. Jadi, kita sedang dalam perbincangan

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

kita termasuk dengan Singapura baru-baru ini. Kita sedang melihat untuk beberapa negara ASEAN untuk kita membangunkan satu mutual recognition di antara kredit-kredit karbon yang ada dan ini akan lebih cepat berbanding nak tunggu pergi ke Verra dan sebagainya.

final • 12:40 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Menteri.

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya.

final • 12:40 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Mohon penjelasan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Hasil daripada carbon credit nanti, pembahagian antara Persekutuan dengan state itu berapa persen? Ataupun semua dapat pada state, atau semua pada Persekutuan? Mohon penjelasanlah.

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Secara spesifik, kita tidak ada mekanisme itu lagi sebab butirannya sedang dibangunkan. Cuma, apa yang saya boleh katakan, di peringkat Kerajaan Persekutuan, kita tidak berminat untuk nak memonopoli hasil tersebut.

Cuma, kita nak ada satu kerangka sebab kita pun kena jaga-jaga sebab ini benda baharu.

Dia macam ubat, orang jual ubat. Banyak orang datang, broker-broker datang, dia kata boleh buat ini dan boleh buat macam-macam tetapi sebenarnya carbon credit itu tidak berwibawa. Jadi, kita di peringkat Kerajaan Persekutuan, kita cuma nak ada standard tersebut dan kita rasa itu juga dapat melindungi kepentingan kerajaan-kerajaan negeri.

Selebihnya, majoriti hasil itu akan dapat di peringkat negeri tetapi pecahan dan sebagainya, saya tidak dapat butirkan di sini.

Yang...

final • 12:40 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Tan Sir Speaker.

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya.

final • 12:40 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Minta penjelasan daripada Menteri.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 12:40 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Menteri, saya amat tertarik dengan ASEAN standard untuk carbon trading- perdagangan karbon. Adakah ia bermaksud bahawa kita akan ada perdagangan antarabangsa untuk kredit karbon? Itu soalan pertama.

Soalan kedua yang saya nak tanya adalah, saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Menteri di mana negeri Sabah akan memperdagangkan carbon credit mereka. Adakah ini bermaksud bahawa mereka telah pun tidak menggunakan, tidak masuk Nature Conservation Agreement yang mereka sebenarnya sebelum ini mereka merancang untuk membuat tersebut? Adakah bahawa mereka, kalau mereka menyertai BCX, bahawa mereka tidak akan menggunakan the route of Nature Conservation Agreement?

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih, Yang Berhormat. Yang tentang secara spesifik untuk persoalan tentang negeri Sabah, saya akan, kalau tak dapat jawab di hujung perbahasan, saya akan berikan secara bertulis. Saya sedang dapatkan butiran tersebut, tetapi memang kita membenarkan kalau di peringkat voluntary carbon market, tidak ada masalah untuk diperdagangkan kredit karbon yang kita- tentu kita sangat berjaga-jaga ialah tentang soal compliance carbon ya.

final • 12:40 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Kalau kita ada perdagangan antarabangsa, ia bermaksud bahawa dia akan menjejas ataupun ia akan memberi kesan kepada NDC- National Determined Commitments. Apakah pandangan daripada kerajaan?

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Dia hanya akan menjejaskan komitmen NDC kita sekiranya dia part of the compliance dan carbon credit market. Yang itu, dia akan menjejaskan, tetapi kalau di peringkat voluntari antara pihak swasta yang memperdagangkan kredit karbon- sebab, kita tidak jual kepada negara, kita jual kepada pihak swasta, perdagangan kredit karbon tersebut. Maka, dia tidak akan count ke dalam NDC negara lain. Itu antara prinsip yang kita pegang. Kita tidak mahu jejaskan NDC kita.

final • 12:40 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Ya, saya faham. Oleh itu, yang sebelum ini kerajaan sebelum ini telah pun mengumumkan bahawa perdagangan karbon adalah

final • 12:40 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

within the national border di dalam negara, tapi tadi Menteri kata di mana ASEAN akan menggunakan standard yang sama. Ia bermaksud bahawa perdagangan antarabangsa mungkin akan berlaku. Adakah kita akan membenarkan perdagangan antarabangsa di mana carbon credit di Malaysia boleh dijual kepada Singapura, kepada Indonesia ataupun Thailand?

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya. Macam saya katakan tadi, yang prinsip pertama ialah kita tidak mahu menjejaskan NDC kita. Ya, sebarang perdagangan ini tidak melibatkan compliance market, dia berlaku di peringkat swasta dan dia tidak boleh menjejaskan komitmen yang telah kita letakkan di dalam NDC kita di bawah kerangka Perjanjian Paris, tetapi ada beberapa butiran lagi tentang di bawah Artikel 6 tersebut yang sedang dirundingkan yang akan berlangsung pada COP yang mana kita ada gambaran yang lebih tepat.

Sebab itu, antara sebab sebelum ini kerajaan agak berhati-hati di dalam soal perdagangan kredit karbon, tetapi ada beberapa inisiatif macam disebut di beberapa negeri termasuk di negeri Sarawak misalnya, yang telah meminda perundangan mereka untuk bersedia dengan perdagangan karbon ini. Jadi, itu berlaku dan kita ucapkan tahniah kepada mereka tetapi sangat penting- sebab, kita juga ada tanggungjawab untuk pelaporan nanti supaya kita tidak hilang komitmen kita di bawah NDC. Ya.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Minta Tangga Batu sikit tanya.

Dia kalau carbon credit ini, contoh kalau kita buat di Sabah dan diperdagangkan dan kalau yang membeli itu syarikat luar, saya rasa dia tidak akan membantu negara untuk mencapai net zero pada 2050, sebab kita buat carbon credit di Malaysia tapi kita jual ke luar. Jadi, orang luar akan dapat benefit. Pertamanya.

Yang kedua, apakah kerajaan punya hasrat untuk melakukan carbon tax supaya syarikat-syarikat tempatan ini akan berlumba-lumba untuk membeli carbon credit dan manfaat itu akan kembali kepada Malaysia dalam mencapai net zero 2050? Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Yang Berhormat, dia ada dua jenis kredit karbon. Satu, kredit karbon itu akan menjejaskan NDC. Satu, kredit karbon yang nak dibeli oleh syarikat-syarikat swasta untuk mereka nak offset. Itu tidak kacau NDC negara kita. Jadi, kita- sebab itu saya kata komitmen kita, apa jua perdagangan kredit karbon yang kita benarkan tidak boleh menjejaskan komitmen kita, NDC kita. Itu prinsip pertama.

Sebab banyak...

final • 12:40 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Sorry, minta- minta- I mean minta...

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Boleh saya- banyak lagi.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya pun jangka begitu juga. Menteri harus move tajuk yang lain.

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya. Cuma itu yang saya nak tegaskan. Kita tidak akan berganjak daripada prinsip tersebut bahawa ia tidak akan menjejaskan NDC kita. Kalau yang- ada negara, saya bagi contoh, negara yang tidak banyak carbon sink, Singapura misalnya. Mereka kena cari carbon credit di luar negara dan mereka ada buat di beberapa negara Amerika Selatan dan Afrika untuk mereka offset kredit karbon mereka.

Itu pun sedang- butirannya sedang dirundingi kerana melibatkan Artikel 6 dan sebagainya, tetapi kita tidak mahu terlibat, sebab kita ada carbon sink kita yang sangat berharga dalam soal kita mencapai matlamat sifar bersih seawal 2050.

Jadi, seterusnya, Yang Berhormat Puchong dan Kubang Kerian memohon kerajaan meningkatkan jumlah stesen pengecasan bagi menyokong usaha pembangunan industri kenderaan elektrik ataupun EV mencapai sasaran 10,000 stesen pengecasan menjelang 2025.

Setakat ini ya, saya rasa kita kena mengakui bahawa kita masih agak perlahan, kita ada 1,430 pengecasan EV yang mana majoriti besar 1,127 adalah AC charging station, dengan izin, dan hanya sekitar 300 yang bersifat DC. Kebanyakannya adalah- kita lihat kalau AC, dipasang di pusat membeli belah dan hotel dan yang pengecas pantas ataupun fast charger, dipasang di R&R lebuh raya dan sebagainya.

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Buat masa ini, projek pembinaan stesen pengecasan EV dipacu oleh industri. Kita sudah ada Pasukan Petugas EV Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Menteri MITI dan apa yang beliau telah lakukan ialah untuk- kalau sebelum ini, hanya beliau di peringkat Menteri tetapi anggota-anggota yang lain terdiri daripada pegawai, tetapi beliau telah ambil keputusan untuk wakil daripada pelbagai kementerian- Kementerian Ekonomi, Kementerian NRECC, MOT dan sebagainya- telah dinaik taraf kepada peringkat Menteri ya supaya ada satu kesungguhan untuk memacu pertumbuhan industri EV ini.

final • 12:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Kita telah lihat beberapa penambahbaikan yang telah berlaku yang mana misalnya di peringkat NRECC sendiri kita telah meminta ST, Suruhanjaya Tenaga untuk mempermudahkan kelulusan charging station, tak perlu nak tunggu mesyuarat ST baru boleh diluluskan. Mereka boleh dengan ada orang yang kompeten untuk meluluskan terlebih dahulu dan kemudian disemak berdasarkan kemampuan dan juga kelulusan orang tersebut. Jadi, ini sedikit sebanyak akan mampu mempercepatkan adoption, dengan izin EV.

Tentang soal cadangan Yang Berhormat Kubang Kerian supaya kerajaan menggunakan kenderaan EV sebagai kenderaan rasmi kerajaan. Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan melalui Belanjawan 2024 telah mengumumkan bahawa permulaan akan dibuat untuk penggunaan EV, tetapi ia bukan akan dibuat secara serentak, ia akan dibuat secara berfasa, tetapi saya percaya, mahu tidak mahu ini akan membantu juga infrastruktur untuk EV ini akan dapat dipertingkatkan.

Seterusnya, Yang Berhormat Stampin...

final • 12:50 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Sorry Tan Sri Speaker berkenaan dengan stesen pengecasan. Antara cadangan yang saya cadangkan adalah di mana kita menggunakan IBR, incentive based regulations supaya kita ada initial push supaya TNB boleh buat secepat mungkin 3,000 atau 5,000- satu batch dalam masa dua tahun menggunakan capex IBR. Apakah pandangan daripada kementerian?

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya. Saya ingat itu satu perkara yang positif yang boleh kita kaji sebab memang kita kena lakukan lebih banyak lagi usaha untuk kita menggandakan dan memperluaskan liputan EV charging kita. Cuma, saya nak ingatkan juga jangan disalahertikan bahawa kita– kalau tengok low cost mobility plan yang disediakan pun, sebenarnya kita menyebut secara keseluruhan. EV ialah salah satu daripada komponen tetapi juga soal pengangkutan awam dan juga malah untuk kenderaan-kenderaan yang menggunakan bahan api sedia ada, kita nak meningkatkan kecekapan tersebut.

Seterusnya, Yang Berhormat Tawau? Rantau Panjang?

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tawau ada di belakang.

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Tawau? Okey Tawau. Okey Yang Berhormat Tawau, ini tentang soal banjir, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tawau, Lembagan Sungai Tawau, Sabah akan dilaksanakan secara berfasa di mana perlaksanaan projek di Fasa 1 merangkumi empat pakej yang dibahagikan kepada- dan empat pakej ini pula dibahagikan kepada Fasa 1A dan Fasa 1B. Perlaksanaan Fasa 1A yang merangkumi pakej tiga dan pakej empat akan bermula pada tahun 2019 dan dijangka siap pada 2024.

Kemajuan fizikal projek sehingga September 2023 adalah sebanyak 54 peratus.

Yang Berhormat Rantau Panjang? Ya. Fasa 1 telah dilaksanakan pada 23 April 2018 dan dijangka siap pada Ogos 2024. Sehingga Ogos 2023, kemajuan fizikal adalah sebanyak 76 peratus. Fasa ini melibatkan kawasan Tumpat dan sebahagian kawasan Pasir Mas dengan kos projek berjumlah RM656 juta. Fasa 2 masih di peringkat pra pelaksanaan melibatkan kawasan Pasir Mas, Rantau Panjang dan Jeli dengan anggaran kos projek berjumlah RM879 juta dan dalam proses penilaian tender. Skop yang terlibat adalah pembinaan pam, pembinaan ban dan tembok penahan serta lain-lain kerja yang berkaitan dan Fasa 3 yang juga masih di peringkat pra pelaksanaan dengan anggaran kos projek berjumlah RM472 juta. Tender telah di iklan dan akan ditutup pada November 2023.

final • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Menteri, Menteri.

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya, kejap saya nak habiskan untuk Rantau Panjang. Bagi perolehan pam bergerak pula, ianya telah diiklankan pada 7 Julai 2023 dan ia dalam proses penilaian di peringkat jabatan dan JPS Kelantan telah menempatkan tiga unit pam bergerak hidraulik dan dua set pam selam lengkap dengan generator di sepanjang Sungai Golok sebelum tibanya monsun timur laut. Ya yang- Rantau Panjang dulu ya.

final • 12:50 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Yang Berhormat. Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tahniah lah di atas usaha yang telah dilaksanakan. Cuma, kebimbangan kita terutama rakyat di sekitar Rantau Panjang adalah tibanya musim monsun timur laut yang bakal tiba bila-bila masa.

Hujung tahun ini sudah tentu dalam keadaan tidak ada kelengkapan sebagaimana yang dimaksudkan.

Begitu juga tentang pam yang disediakan oleh JPS sebelum ini tidak memberi kesan apa-apa sebenarnya. Terus berlaku banjir termenung dan sebagainya. Jadi, sekiranya berlaku banjir besar dalam masa terdekat dalam keadaan masih lagi tebatan ini dalam peringkat tender, jadi apa penyelesaian di pihak JPS untuk memastikan supaya banjir itu tidak memberi kesan yang sangat teruk kepada terutama penduduk yang terkesan di kawasan yang berisiko tinggi. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju, macam contohnya soal pam itu mungkin daripada segi- sebab itu daripada segi jumlah dan sebagainya sangat penting baru dia dapat memberi kesan dalam usaha kita untuk mengatasi masalah banjir. Memang kita cuba mempercepatkannya sebaik mungkin.

Bagi projek tebatan banjir pula, sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum ini adalah projek-projek besar. These are major engineering projects, dengan izin, kadang- kadang proses pengambilan tanah itu sahaja kos dia kadang-kadang kita dengar besar bukan- not so much the infrastructure itu sendiri tetapi proses pengambilan tanah yang kita bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk dilakukan. Itu juga memakan masa yang panjang dan seterusnya bila nak mulakan kerja itu pun satu proses yang mungkin dua, tiga tahun atau lebih. Itu semua satu yang kita telah maklumkan daripada awal.

Jadi, saya faham tentulah di peringkat penduduk kampung dan sebagainya dalam keadaan mereka tentu risau tiap-tiap musim banjir dan sebagainya, tetapi bila projek sebesar ini dibuat, ia akan makan masa beberapa tahun tersebut untuk kita cuba cari penyelesaian yang lebih berjangka masa panjang. Antara perkara yang diambil maklum oleh JPS dan sebagainya di dalam banyak projek-projek infrastruktur baharu kerana sebahagiannya kerana perubahan iklim ialah ARI maksudnya kalau dulu kita kata boleh terbaik untuk 50 tahun banjir paling teruk, kita tambah sehingga ke tempoh 100, 200 dan sebagainya. Kalau di Belanda, 1,000, 5,000, 10,000 itu dah perkara biasa untuk infrastruktur mereka.

Jadi sebab itu kita cuba lakukan sebaik mungkin untuk ada penyelesaian jangka masa panjang tentang masalah banjir. Ya, Kapar.

final • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih. Minta jasa baik kepada Menteri.

Saya tahu Menteri memang mengikut aturan dan minta kepada Speaker sebab saya ada mesyuarat PAC petang nanti jadi takut tak sempat nak dengar.

Saya telah membangkitkan masalah pencemaran alam sekitar di kawasan Kapar, Jalan Kapar Batu 14. Hari ini saya baca daripada Utusan Malaysia pukul lapan pagi tadi Menteri, penduduk mengangkat sepanduk membantah pencemaran minyak dekat sebuah tapak pembinaan kawasan industri Bukit Kapar di Klang. Tak jauhlah daripada Jalan Batu 14 ini.

Jadi, belum lagi selesai dah berkali-kali terbakar dengan pencemaran bau dan sebagainya yang saya sebutkan dalam perbahasan saya- 400 metrik tan kata MPK, jadi datang lagi satu lagi masalah. Jadi, saya mintalah apa-apa kerjasama dan kebijaksanaan Menteri untuk selesaikan. Tak habis-habis pencemaran alam sekitar di Kapar ini. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat. Yang itu tak ada masalah. Saya akan turun bersama Yang Berhormat ke tapak nanti kita aturkan untuk lihat...

final • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih. Terima kasih Menteri.

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

...Sendiri dan cari penyelesaian terhadap isu itu. Seterusnya Yang Berhormat Gopeng? Tidak ada. Yang Berhormat Kuala Nerus?

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada.

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ah ya. Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman, kerajaan telah menilai semua cadangan-cadangan projek tebatan banjir yang dikemukakan dan bersetuju untuk memberikan keutamaan kepada kawasan-kawasan kritikal untuk dilaksanakan terlebih dahulu pada tahun ini. Terdapat satu projek yang dimaksudkan iaitu Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tepoh dan Banggol Ayer Lilih di daerah Kuala Nerus. Status projek-projek tersebut adalah ialah dalam proses perolehan sekarang. Maknanya, proses pelantikan kontraktor. Jadi, itu tentang yang kita utamakan untuk tahun ini.

final • 12:50 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Terima kasih Menteri. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey. Seterusnya Yang Berhormat Kuala Kedah, okey.

final • 12:50 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Ada.

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Untuk makluman Yang Berhormat, JPS sedang laksanakan Projek Tebatan Banjir Sungai Kedah/Anak Bukit berjumlah RM76.6 juta yang melibatkan kawasan sekitar DUN Anak Bukit dan DUN Kubang Rotan. Kemajuan kerja di tapak sehingga Oktober 2023 adalah 72 peratus dan dijangka siap pada September tahun hadapan. Itu tentang projek di Sungai Kedah dan Anak Bukit. Yang Berhormat...

final • 12:50 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Menteri.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, sekarang masa pukul satu, saya terpaksa tangguhkan mesyuarat hari ini, kemudian Menteri boleh sambung lepas 2.30?

final • 12:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Dato’ Speaker satu soalan boleh kot.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak, tak boleh dah pukul 1. Lepas tu, lepas makan tanya na. Baik, kita tangguhkan hingga jam 2.30. Terima kasih.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri sambung.

final • 2:30 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Yang Berhormat Menteri, minta soalan, soalan.

final • 2:32 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya.

final • 2:32 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan penjelasan tentang perincian pembinaan RTB di Kuala Kedah.

Soalan tambahan saya ialah apakah pihak kementerian mengadakan pelan kontingensi sekiranya projek ini tertangguh tidak menepati masa yang telah pun dijangkakan pada 2024 memandangkan bahawa baru-baru ini terdapat beberapa kampung seperti Kampung Pulau Kerengga, Pulau Alor Pea, Chegar, Sungai Baru Gunung yang telah pun mengalami banjir yang menyebabkan ramai terpaksa berpindah.

Jadi sekiranya ada pelan tersebut, dapat dikongsi dengan rakyat di sebelah Kuala Kedah.

Sekian, terima kasih.

final • 2:32 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah yang prihatin tentang masalah yang membelenggu masyarakat di sana. Saya akan lihat secara spesifik tentang yang disebut sebagai alternatif sekiranya ada berlaku kelewatan siapnya projek RTB tersebut, tetapi kalau secara umum apa yang boleh saya katakan, selain daripada projek RTB-RTB yang mungkin dilihat sebagai satu projek mega ataupun projek-projek besar yang harganya mungkin puluh-puluh juta, ratus-ratus juta ringgit, kita sebenarnya juga ada projek-projek kecil, kecemasan yang dibuat oleh pihak JPS sebelum berlakunya musim hujan.

Kita buat pada tiap-tiap tahun, pertengahan sehingga sebelum berlakunya musim hujan ini. Sebab kadang-kadang ia hanya masalah-masalah yang asas, maintenance longkang ataupun ada desilting yang perlu dibuat dan sebagainya ataupun infra-infra kecil dan itu kita telah memang dibuat supaya bukan hanya kita mengharapkan projek-projek besar tersebut, tetapi daripada segi penyelenggaraan dan sebagainya dapat mengatasi masalah banjir.

Yang Berhormat Kota Belud, tidak ada. Yang Berhormat Klang, tidak ada. Yang Berhormat Bukit Bintang, tidak ada...

final • 2:32 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Bagi jawapanlah.

final • 2:32 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Nanti, sebab ada banyak lagi ini. Yang Berhormat Baling, tidak ada. Hulu Langat, tidak ada. Bangi, tidak ada. Okey, Keningau...

final • 2:32 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, standing order, ramai sangat tak ada ini. Cukup kuorum kah 13(1)...?

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, bila Yang Berhormat, mana-mana Yang Berhormat membangkitkan isu kuorum, kalau kita lihat dalam peraturan, saya terpaksa akurlah ya. Okey Bentara, semak ada berapa dulu.

Bentara semak, kira, ada berapa, cukup 26 tak? Baik, laporan yang saya terima atas permohonan Yang Berhormat, maka saya akan tangguh dua minit. Tekan loceng dulu. Jika tidak ada, tak cukup juga, saya akan tangguh dua minit. Itu mengikut standing order.

Loceng.

[Loceng dibunyikan] [Ahli-ahli dikira – 26 Ahli hadir]

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, saya dimaklumkan oleh Bentara sudah cukup kuorum 26 orang.

Silakan Yang Berhormat Menteri, teruskan...

[Tepuk]

final • 2:32 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey, terima kasih. Yang Berhormat Klang sudah ada ya? Ya. Yang Berhormat Klang membangkitkan tentang masalah banjir di sana dan JPS juga sedang melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Klang di Seksyen 25, Shah Alam dan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar daerah Klang dan daerah Petaling, Selangor. Status semasa projek ini ialah dalam proses perolehan dan dijangka bermula pada 2024 dan dijangka siap pada tahun 2030.

Seterusnya, Yang Berhormat Tanjong Manis...

final • 2:32 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Ipoh Timur ada, Ipoh Timur ada.

final • 2:32 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Tenom dan Sik ada membangkitkan soal pemuliharaan sungai dan hakisan pantai. Tanjong Manis ada, Tenom dan Sik? Okey.

So, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian mengambil langkah- langkah yang sepatutnya dengan menyalurkan peruntukan kerja-kerja pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir di bawah RMKe-12.

final • 2:32 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Kalau untuk Sabah, RM31 juta telah disalurkan dan untuk Kedah RM26 juta. Ini merangkumi skop kerja seperti berikut:

(i) kerja-kerja pengaluran sungai;

(ii) kerja-kerja menstabilkan tebing sungai;

(iii) menaik taraf aset tak alih; dan

(iv) menaik taraf saluran dan struktur berkaitan bagi meningkatkan kualiti air sungai.

Untuk Parlimen Tenom, terdapat lima kerja yang telah dilaksanakan pada tahun 2022 dengan anggaran kos sebanyak RM690,000. Manakala bagi Parlimen Sik, kerja telah dilaksanakan pada tahun 2021 sehingga 2023 dengan anggaran kos sebanyak RM1.497 juta.

Kalabakan dan Sipitang? Okey.

final • 2:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Temerloh, Temerloh. Nak tanya tentang loji.

final • 2:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Saya akan go one-by-one, ya Yang Berhormat.

Seterusnya, untuk Yang Berhormat Kepala Batas dan juga sebab Kubang Kerian ada di sini dan ini saya rasa antara inisiatif yang bermula pada waktu Kubang Kerian iaitu Denai Sungai Kebangsaan. Jadi, kementerian mensasarkan pembinaan sebanyak 1,000 kilometer sehingga tahun 2023 dan September 2023.

Kita dalam- kita difahamkan ada peruntukan di bawah belanjawan untuk tahun 2024 ini dan pada masa yang sama kita juga bekerjasama dengan pihak-pihak swasta untuk menjalankannya secara Corporate Social Responsibility ataupun CSR. Sebab memang kita lihat sangat positif dari segi menimbulkan rasa kekitaan antara masyarakat dan sungai. Mereka menghargai sungai dan kita telah lihat berlaku di Kelantan, ada juga kita buat di Selangor dan beberapa tempat lain. Memang kesannya sangat-sangat positif.

Seterusnya, Tawau, Kota Marudu...

final • 2:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Yang Berhormat Menteri, mohon Kepala Batas.

final • 2:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya.

final • 2:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Berkenaan dengan denai sungai itu, boleh menteri tolong respons berkaitan dengan denai di Permatang Bendahari.

Bagaimana dia punya update? Berkenaan dengan peruntukan dan sebagainya.

final • 2:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Saya akan– yang itu saya akan semak dan saya akan jawab secara bertulis.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Seterusnya tentang Yang Berhormat Tawau, Kota Marudu, Sipitang, Kalabakan dan Kudat ada bercakap mengenai cadangan penyelesaian masalah bekalan air bersih bagi seluruh negeri Sabah. Peruntukan sebanyak RM1.1 bilion bagi penyelesaian isu bekalan air bagi Kelantan, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan terdapat empat projek baharu yang telah diluluskan di bawah RP4 RMKe-12.

final • 2:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ini termasuklah projek mengurangkan NRW, penggantian dan naik taraf paip di Kota Kinabalu, penggantian paip penggalak, pembinaan rumah pam penggalak dan penggantian pam air bagi muka sauk dan loji rawatan air di Daerah Kota Kinabalu, dan Kotaraya Telipok, projek peningkatan kapasiti muka sauk, dan loji rawatan air Sabah dan penggantian alat jana kuasa di Loji Rawatan Air Merotai, Tawau dan Beaufort.

Isu air di kawasan lain seperti Kota Marudu dan juga di Sipitang, permohonan boleh dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Air Negeri Sabah untuk pertimbangan. Manakala bagi Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Cinta Mata telah disiapkan pada 1997, dan dinaik taraf pada 2012. Manakala Loji Rawatan Air Cinta Mata 2 dalam proses dimuktamadkan. SST dijadualkan keluar pada Januari 2025 dan siap sepenuhnya pada awal tahun 2028.

Seterusnya...

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Kubang Kerian.

final • 2:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya bangkitkan dalam perbahasan baru-baru ini dan dalam soal jawab ialah tentang Sabah, Sarawak ini belum migrasi, menyebabkan semua projek air dalam bentuk pinjaman. Sedangkan kalau Sabah, Sarawak migrasi, saya fikir dia dapat RM2 bilion ke RM3 bilion pelupusan hutang dan banyak bantuan Persekutuan dapat diberi.

Soalan saya ialah apakah pihak kementerian masih berusaha? Kita dahulu kita berusaha supaya Sabah, Sarawak dan negeri-negeri yang tidak migrasi ini dibuat supaya Persekutuan dapat memantau, dapat melaksanakan projek secara dalam bentuk geran kepada negeri-negeri tersebut. Kalau ia dapat dilaksanakan dengan MA63, saya fikir banyak usaha-usaha yang dapat kita garapkan, menyelesaikan masalah bekalan air di Sabah, Sarawak dan negeri-negeri lain. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian dan memang itu antara isu sebab kita buat masa ini tidak boleh memberikan geran di bawah kerangka perundangan yang sedia ada tetapi kita akan terus melihat ruang dan kerangka yang diperlukan. Kita terbuka dan memandangkan ia juga tertakluk kepada MA63 dan sebagainya yang juga perlu dilihat secara menyeluruh, saya fikir ini kita akan bincang dengan lebih teliti lagi dengan pihak kerajaan negeri, tetapi memang misalnya Kerajaan Negeri Sabah itu perbincangan dia agak banyak sebab ada beberapa permasalahan air sebagaimana yang telah saya bacakan sebentar tadi.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, ada sedikit lebih masa kalau boleh diberikan untuk saya jawab?

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, silakan.

final • 2:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih. Yang Berhormat Labuan? Tak ada.

final • 2:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Ipoh Timur ada, Ipoh Timur ada.

final • 2:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Kuantan, Kuala Pilah, Temerloh, Jempol. Ada?

Okey. Pertama tentang kalau bagi saya jawab secara sekali imbas tentang negeri Kuantan, PAIP telah merancang untuk melaksanakan 29 projek penggantian paip-paip lama, kos RM127 juta yang dibiayai oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAIB) dan juga peruntukan dalaman PAIP. Selain daripada itu, ada 114 buah tangki perkhidmatan di daerah Kuantan dan 78 buah tangki aktif dan 36 buah tidak aktif.

Yang Berhormat Kuala Pilah pula bertanya tentang SAINS yang telah– tentang masalah air di sana. SAINS telah memperuntukkan sebanyak RM49. 5 juta untuk NRW bagi tahun 2023 sehingga 2025. Selain itu, SAINS juga merancang untuk melaksanakan program penukaran paip bagi tempoh 2024-2028 dengan anggaran peruntukan sebanyak RM70 juta termasuk penggantian paip di kawasan Kuala Pilah, tetapi ini juga tertakluk kepada kemampuan kewangan SAINS untuk membayar balik pajakan kepada Pengurusan Aset Air Berhad.

final • 2:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Temerloh, Pahang telah memasuki perjanjian penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air pada 2020. Oleh yang demikian, PAIP boleh mendapatkan kemudahan pembiayaan pinjaman daripada PAAB untuk pembangunan infra bekalan air termasuk loji rawatan air setelah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Gangguan bagi Jempol pula, gangguan bekalan air di daerah Jempol secara amnya adalah disebabkan oleh kejadian paip pecah ekoran daripada paip-paip AC yang menjangkau usia. Pihak SAINS juga telah mengemukakan senarai permohonan ke pihak FELDA untuk pertimbangan bagi menggantikan paip di kawasan gugusan FELDA daerah Jempol.

Seterusnya, saya juga boleh mengatakan di sini bahawa kita telah mengadakan beberapa siri perbincangan dan saya lihat ada pandangan yang hampir sama daripada kerajaan-kerajaan negeri rentas parti yang mana antara juga masalah air yang kita hadapi pada masa ini ialah kerana soal tarif. Tarif air yang kita ada, ada yang dah tak naik 40 tahun. Jadi, terutamanya- kerajaan sebelum ini telah naik, benarkan kenaikan untuk bukan domestik tetapi kita perlu juga sebab banyak negeri yang tidak ada banyak industri ataupun sektor komersial. Mereka perlu kenaikan untuk sektor domestik tersebut.

Alhamdulillah, saya boleh katakan persetujuan ini secara amnya dilihat rentas parti dan kita sedang dalam proses untuk mengangkat kertas Jemaah Menteri, tariff setting mechanism yang membolehkan kita ada satu mekanisme yang tak perlu kena tunggu dah selepas ini untuk kena bawa ke Menteri, dan sebagainya untuk kita benarkan operator- operator air ini dapat menaikkan tarif, tetapi pada masa yang sama kita juga kena mengkaji bagaimana melindungi pengguna-pengguna yang berada di peringkat bukan sahaja B40 tetapi mungkin sebahagian daripada M40 yang mungkin tertekan jika tidak ada bantuan untuk mereka.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sedikit, saya. Pertama sekali saya ucap terima kasihlah. Saya lihat ada keperluan untuk kita menilai kembali soal tarif air Pahang sehingga lebih daripada 40 tahun dan negeri-negeri lain. Cuma saya nak bangkitkan ialah soal salah satu bahawa 30 hari bulan baru-baru ini, Perdana Menteri ada membuat pertemuan dengan Perdana Menteri Singapore, Presiden Singapore tentang isu kerjasama bekalan air.

Perjanjian Air Malaysia akan tamat pada 2061 dengan harga tiga sen setiap 1,000 gelen semasa dan kita membekalkan 250,000,000 gelen sehari ke Singapore. Saya melihat bahawa ada keperluan untuk pihak kementerian sama ada dalam bentuk makluman atau perbincangan tentang mendedahkan isu perjanjian air dengan Singapore ini sebab dia makan masa 100 tahun dan kesan besar kepada negara.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Ada dua perkara, satu perjanjian, dan yang keduanya dalam kenyataan Perdana Menteri, dia mencadangkan supaya Singapore dilibat sama dalam kaji selidik pengurusan sumber air di Johor.

Saya fikir pandangan saya, saya rasa ini sudah melampaui lebih daripada had sebab sumber air adalah bidang kuasa negeri dan kalau kita dedahkan sumber air kita, dia isu keselamatan negara. Pada pandangan saya bahawa sepatutnya negeri pihak luar tidak dilibatkan dalam pengkajian terhadap pengurusan sumber air di setiap negara kita sebab dia merupakan isu sekuriti negara. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih, Yang Berhormat. Untuk makluman, saya pun ada di lawatan permukiman pemimpin-pemimpin Singapura dan Malaysia dan dalam soal air ini kita sebenarnya sebelum ini pun ada perbincangan yang dibuat, yang terakhir pada akhir 2019 atau awal 2020 ya, itu status yang terakhir perbincangan tentang perkara tersebut.

Maka kita merasakan penting sebab sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian, perjanjian itu kita rasa tidak ada masalah dengan beberapa aspek perjanjian tersebut. Maka kita hendak lihat semula perjanjian tersebut dan melihat

final • 2:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

apa solusi yang terbaik. Ia bukan mudah sebab dia dua side. Satu, air mentah itu pada harga yang murah, betul.

Pada masa yang sama Johor juga ambil air yang telah diproses daripada Singapura. Kalau ikut perjanjian asal ada had, selebihnya pada harga yang lebih tinggi lagi tetapi sekarang ada tolak-ansur di situ yang mana Johor dibenarkan untuk ambil pada jumlah yang lebih tetapi pada kadar yang murah tersebut.

Jadi dalam keadaan itu, sebab itu kita juga melihat Johor juga mempunyai keperluan air yang sangat tinggi. Maka perlu untuk kita mencari satu penyelesaian yang menyeluruh tentang perkara ini. Jadi, yang saya boleh simpulkan sebab saya rasa ini penggulungan, yang saya boleh simpulkan di sini ialah pendekatan kita ialah kita cuma memulakan perbincangan tersebut, tentulah kita tidak akan menggadaikan kepentingan negara kita.

Kita hendak membolehkan kalau boleh ada hasil yang lebih untuk negeri Johor dan pada masa yang sama infra-infra yang perlu dinaik taraf sebab kita rasa yield di Sungai Johor dan sungai-sungai berkaitan itu boleh diperbaiki dengan pelaburan yang lebih besar, tetapi tentulah ia akan dibuat dengan memastikan kepentingan negara tidak tergadai. Seterusnya Yang Berhormat Kapar tidak ada, Jerantut?

final • 2:50 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Ada.

final • 2:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey, terima kasih Yang Berhormat Jerantut yang bertanya tentang perancangan kerajaan bagi penjanaan TBB melalui mini hidro, turbin angin dan juga tenaga ombak. Sememangnya kalau untuk mini hidro kita sudah ada mekanisme feed-in tariff. Jadi, itu yang digunakan hari ini untuk penjanaan tenaga tetapi bagi penjanaan wind turbine- turbin angin, ataupun tenaga ombak, setakat ini mengikut kajian-kajian yang ada kecuali beberapa poket di beberapa tempat di negara kita ia masih lagi tidak, dengan izin, commercially viable, tetapi kalau ada teknologi baru dan sebagainya yang dapat memastikan atau menjadikan angin dan ombak ini commercially viable, sudah tentu kita akan ambil kira sebagai salah satu solusi untuk tenaga boleh baharu. Kita mungkin kalau dalam sistem yang ada sekarang kita boleh gunakan New Enhanced Dispatch Arrangement (NEDA) yang dikendalikan oleh single buyer. Subang tidak ada, Taiping tidak ada.

final • 2:50 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

...Sedikit boleh?

final • 2:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya.

final • 2:50 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Kita dimaklumkan ada beberapa negeri yang menggunakan teknologi terbaru untuk mendapat harnessing angin sebagai tenaga. Apakah ia di dalam pengetahuan pihak kementerian?

final • 2:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Kita ada terima cadangan-cadangan tersebut.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat Menteri. Soalan yang terakhir ya, selepas ini saya tidak benarkan. Yang Berhormat lima minit, tutup.

final • 2:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey, kita memang ada terima beberapa kertas cadangan dan sebagainya dan pendirian kita ialah kita serahkan dan kita tidak campur tangan tetapi tentulah, kalau itu ialah tugas mereka untuk memastikan ia viable supaya ia boleh menjana pendapatan untuk mereka, commercially viable.

Seterusnya Shah Alam, tidak ada. Stampin, Kuala Terengganu? Okey, terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Tentang soal dasar terkini untuk eksport tenaga boleh baharu, kita ada jelaskan beberapa kali mekanisme energy exchange, dengan izin, yang kita hendak gunakan untuk pengeksportan tenaga boleh baharu sambil menjaga kepentingan negara ini telah pun diluluskan mekanismenya di peringkat Kabinet pada minggu lepas.

Sebab itu bagi kita, kita tidak melihat penjualan tenaga boleh baharu ini hendak jual habis, bukan tetapi kita melihat bahawa dengan kadar harga elektrik yang jauh lebih

final • 2:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

mahal di negara Singapura dan minat mereka untuk mengimport tenaga elektrik daripada Australia, Sarawak dan juga Kemboja, Vietnam dan sebagainya maka kita perlu mengambil peluang.

Jadi dalam, bila kita bercakap misalnya soal tenaga solar, kita perlu juga battery storage untuk kita memastikan masalah intermittency hanya empat atau lima jam waktu puncak untuk tenaga solar ini dapat diatasi bila ada bateri tetapi harga bateri ini sangat mahal. Malah di Singapura pun kerajaan kena bantu di sana untuk memastikan ia viable. Jadi sebab itu kita merasakan bila kita eksport, kita akan dapat menggunakan bateri, kita juga kena naik taraf grid kita. Untuk keseluruhan grid ini, dijangkakan RM180 bilion sehingga tahun 2050. Kita tidak mahu bebankan rakyat kita dengan kos yang besar tersebut maka kita adakan eksport ini tetapi tentulah kita ada eksport dengan memastikan yang kita jual hanya yang lebih kepada negara luar.

Seterusnya Gombak, tidak ada. Yang Berhormat Kubang Kerian dan Kuala Terengganu juga ada mohon penjelasan kerajaan tentang kenyataan negeri Perak yang telah mendapat royalti sebanyak RM16 juta hasil perlombongan NR-REE yang telah dieksport ke negara China dan adakah ini bertentangan dengan pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat PM waktu mid-term review baru-baru ini.

Sebenarnya sebagaimana kita maklum, Perak merupakan negeri rintis dibuat di Gerik, di Kenering untuk projek NR-REE ini dan mereka telah pun mengeksport NR-REE ini sebelum larangan yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ingin membangunkan supply chain daripada peringkat huluan, pertengahan dan juga hiliran bagi sektor ini. Kita juga sedang meneliti, kita dalam perbincangan dengan beberapa operator pemprosesan NR-REE untuk kita melihat ketersediaan loji pemprosesan bahan ini di dalam negara kita serta apa yang perlu dilakukan untuk kita bangunkan industri hiliran.

Yang Berhormat Kubang Kerian juga membangkitkan tentang soal kepakaran dalam negara dalam soal NR-REE dan usaha sama dengan pemain-pemain industri ini.

Ini satu cadangan yang baik sebab sememangnya ini antara industri yang kritikal di dunia pada waktu ini. Kita bercakap tentang EV, RE, semua memerlukan NR-REE. Jadi kita, kepakaran kita tidak begitu banyak lagi, yang kita tahu China merupakan antara pakar.

Jadi, kita akan memastikan wujud juga technology transfer di dalam kita membangunkan sektor ini. Seterusnya Ipoh Timur..

final • 2:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Menteri, ha okey.

final • 2:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey, Ipoh Timur memohon kerajaan menggubal undang-undang dan menubuhkan agensi kerajaan untuk mengurus dan mengawal selia perlombongan dan pemprosesan NR-REE ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Mineral, dan Geosains Malaysia

(JMG) adalah agensi kerajaan di peringkat Persekutuan yang bertanggungjawab ke atas pengurusan dan pengawalseliaan perlombongan serta pemprosesan sumber mineral negara termasuk NR-REE.

Kita sedang menyiapkan dasar mineral negara yang terbaharu dan mengambil kira NR-REE sebagai satu komponen yang penting.

final • 2:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Kita akan adakan, ayat saya yang terakhir kita akan adakan perbincangan dengan badan-badan bukan kerajaan, dengan kerajaan negeri, penggiat industri untuk melihat langkah ke depan terbaik daripada segi kawal selia, sama ada dari segi badan kawalan ataupun undang-undang dan dasar-dasar yang perlu bagi kita memastikan kita dapat membangunkan industri NREE ini secara lestari.

Jadi, ada panjang lagi Yang Berhormat. Jadi saya pohon yang lain saya akan berikan secara bertulis. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Menteri.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutnya, kita persilakan Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi 45 minit.

final • 3:00 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Pertama sekali izinkan saya mengucapkan jutaan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan yang telah membentangkan Belanjawan 2024 yang bertemakan Reformasikan Ekonomi, Memperkasa Rakyat.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ataupun ringkasnya KUSKOP mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas keprihatinan beliau terhadap usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di negara ini dengan mengumumkan kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan untuk manfaat usahawan PMKS dengan nilai keseluruhan sebanyak RM44 bilion.

KUSKOP juga telah diperuntukkan sebanyak RM778.8 juta di bawah Belanjawan 2024 iaitu sebanyak RM547 juta bagi perbelanjaan pembangunan dan RM231.8 juta bagi perbelanjaan mengurus iaitu pertambahan sebanyak RM46.4 juta berbanding belanjawan tahun 2023.

Selain daripada itu, inisiatif belanjawan melalui agensi-agensi seperti SME Bank, Bank Rakyat, SKM dan Amanah Ikhtiar turut melibatkan jumlah sekitar RM2 bilion.

Seterusnya saya ingin menzahirkan penghargaan kepada 21 orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Larut, Petaling Jaya, Machang, Kota Marudu, Sungai Besar, Bachok, Kudat, Rompin, Padang Besar, Jelutong, Segamat, Batu, Pasir Gudang, Parit Sulong, Hulu Terengganu, Keningau, Julau, Sungai Siput, Lumut, Simpang Renggam dan Bentong yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan sebanyak 29 perkara terkait dengan kementerian saya sepanjang tempoh perbahasan Belanjawan peringkat dasar ini.

Dengan mengambil kira perkara-perkara yang dibangkitkan, penggulungan saya pada hari ini diselaraskan berasaskan kepada lima kluster isu yang telah dibangkitkan iaitu;

(i) penyelarasan program keusahawanan,

(ii) pelaksanaan program pembangunan usahawan dan skim pembiayaan,

(iii) skim pembiayaan di bawah TEKUN Nasional,

(iv) gerakan koperasi, dan

(v) penambahbaikan program dan inisiatif keusahawanan.

Pertama mengenai dengan penyelarasan program keusahawanan. Tuan Yang di- Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Kuala Selangor, Machang dan Parit Sulong telah membangkitkan perkara-perkara mengenai mekanisme penyelarasan program keusahawanan termasuk keperluan Pusat Sehenti PMKS dan statistik berkaitan PMKS.

Yang Berhormat Petaling Jaya dan Kuala Selangor telah membangkitkan mengenai mekanisme penyelarasan program keusahawanan. Sebagai makluman Ahli- ahli Yang Berhormat, KUSKOP bertanggungjawab sebagai penyelaras terutama pelaksanaan inisiatif keusahawanan yang dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi serta di peringkat negeri. Bagi memastikan pembangunan dan penyelarasan inisiatif keusahawanan berjalan lancar dan tidak berlaku pertindihan, struktur tadbir urus yang komprehensif telah dibentuk di peringkat Persekutuan dan negeri seperti berikut:

(i) Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri berperanan menetapkan hala tuju serta dasar

final • 3:00 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

pembangunan usahawan dan PMKS secara menyeluruh merentasi semua sektor ekonomi;

(ii) Majlis Pembangunan Keusahawanan Nasional yang saya pengerusikan sendiri bertujuan bagi menyelaras hala tuju pembangunan keusahawanan dan pelaksanaan inisiatif di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri supaya lebih terancang dan strategik;

(iii) pasukan petugas peringkat tertinggi PMKS dan Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Keusahawanan Nasional yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Setiausaha KUSKOP;

(iv) Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Keusahawanan Negeri bagi menyelaras pelaksanaan program pembangunan usahawan oleh agensi persekutuan dan negeri yang dimulakan di negeri Sarawak dan Sabah; dan

(v) Majlis Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil peringkat daerah untuk memastikan isu pelaksanaan dan keperluan usahawan, koperasi, penjaja dan peniaga kecil di peringkat daerah ditangani secara bersasar.

Selain itu, KUSKOP melalui SME Corp memantau program-program pembangunan keusahawanan yang dilaksanakan oleh 68 kementerian ataupun agensi serta tujuh kerajaan negeri melalui platform SMEPA ataupun Pelan Tindakan Bersepadu PMKS. Melalui platform ini SME Corp melaksanakan penilaian program pembangunan PMKS dan dibentangkan dalam Mesyuarat MPUPK dan MPKN. Bagi gerakan keusahawanan melalui koperasi, kita juga telah tubuhkan Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan yang dipengerusikan sendiri oleh Menteri KUSKOP.

Yang Berhormat Petaling Jaya dan Machang telah membangkitkan mengenai Pusat Sehenti Maklumat PMKS. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KUSKOP melalui SME Corp telah membangunkan platform sehenti dengan talian MyAssist MSME bagi memudahkan perolehan maklumat oleh PMKS secara dalam talian dan juga bertujuan untuk mempromosikan program dan bantuan yang disediakan kepada PMKS.

Melalui platform ini, usahawan PMKS boleh mendapatkan khidmat nasihat dalam talian daripada kaunselor perniagaan, perkhidmatan padanan perniagaan dan maklumat berkenaan program yang ditawarkan oleh agensi pembangunan keusahawanan. Saya menjemput semua Ahli Yang Berhormat untuk download apps ini MyAssist MSME supaya dapat dihebahkan kepada komuniti usahawan di kawasan masing-masing.

Selain itu, SME Corp juga telah menyediakan khidmat nasihat dan maklumat berkaitan perniagaan kepada PMKS menerusi hab PKS yang terdapat di 12 lokasi termasuk di ibu pejabat SME Corp di Kuala Lumpur Sentral.

Yang Berhormat Parit Sulong telah membangkitkan mengenai penurunan statistik usahawan PMKS. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan data rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah PMKS yang berdaftar di Malaysia bagi tahun 2022 adalah sebanyak 1.17 juta berbanding 1.23 juta pada tahun 2021 yang merangkumi 97.4 peratus daripada jumlah perniagaan dalam negara.

Penurunan sebanyak 52,893 PMKS pada tahun 2022 berbanding 2021 adalah didorong oleh pelbagai faktor seperti kesan pandemik COVID-19 terhadap perniagaan, peningkatan kadar inflasi, kenaikan harga barang dan kos operasi yang memberi kesan kepada kelangsungan perniagaan PMKS di negara ini.

Yang Berhormat Parit Sulong juga membangkitkan mengenai data usahawan PMKS wanita. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan Banci Ekonomi 2016, jumlah PMKS milikan wanita yang berdaftar adalah sebanyak 186,930. Jumlah PMKS milikan wanita akan dikemas kini berdasarkan dapatan daripada Banci Ekonomi 2023 oleh Jabatan Perangkaan yang akan diterbitkan pada bulan Ogos tahun 2024.

final • 3:00 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Mengenai dengan pelaksanaan program pembangunan usahawan dan skim pembiayaan. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat Petaling Jaya, Keningau, Bachok, Sungai Besar, Kudat, Parit Sulong, Hulu Terengganu, Machang, Padang Besar, Simpang Renggam dan Larut telah menyentuh mengenai pelaksanaan program pembangunan usahawan dan skim pembiayaan inklusif yang melibatkan kumpulan sasar khusus seperti belia, wanita, bumiputera dan OKU.

final • 3:00 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Yang Berhormat Petaling Jaya dan Keningau misalnya telah membangkitkan keperluan pelaksanaan program keusahawanan secara menyeluruh.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan oleh KUSKOP dilaksanakan secara menyeluruh dan inklusif merangkumi semua kategori usahawan PMKS tanpa mengabaikan golongan yang memerlukan tumpuan khas yang merangkumi pelbagai program dan inisiatif serta skim pembiayaan kepada usahawan belia, wanita, OKU dan Bumiputera yang akan saya perincikan dalam penggulungan ini.

Mengenai bantuan keusahawanan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Keningau bagi turut membantu kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar di Sarawak, Sabah dan Kelantan. Agensi-agensi kementerian yang telah melaksanakan beberapa program dan memperkenalkan skim pembiayaan adalah seperti berikut:

(i) Amanah Ikhtiar Malaysia pada tahun 2023 telah menyalurkan pembiayaan sebanyak RM195.2 juta kepada usahawan di Sabah, RM164 juta di Sarawak, RM314.2 juta di Kelantan melibatkan keseluruhan seramai 87,516 orang usahawan;

(ii) Tokoh Nasional telah menyalurkan pembiayaan mikro sebanyak RM121 juta di Sabah kepada 5,468 usahawan, RM59.9 juta di Sarawak kepada 3,671 usahawan dan RM55.1 juta di Kelantan kepada 3,511 usahawan sepanjang tahun 2023 setakat ini; dan

(iii) bagi tempoh 2021 hingga 2023 SME Corp telah melaksanakan pelbagai program pembangunan usahawan di bawah SME Corp melibatkan seramai 1,141 orang usahawan PMKS di Sabah, 494 orang usahawan PMKS di Sarawak dan 384 usahawan di Kelantan.

Yang Berhormat Bachok dan Sungai Besar telah membangkitkan usaha membantu peniaga kecil dan usahawan informal.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KUSKOP sememangnya prihatin terhadap golongan penjaja dan peniaga kecil yang kebanyakannya adalah usahawan informal juga dan telah menyediakan program pembangunan perniagaan serta keperluan premis perniagaan melalui inisiatif seperti berikut:

(i) pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia kepada 323,542 orang usahawan termasuk penjaja dan peniaga kecil setakat ini tahun 2023 dengan dana peruntukan sebanyak RM1.74 bilion;

(ii) Skim Pembiayaan Mikro untuk penjaja dan peniaga kecil di bawah Bank Rakyat dengan penyaluran peruntukan sebanyak RM3.08 juta kepada 379 orang usahawan;

(iii) Program Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil bagi memberi pendedahan mengenai pendigitalan perniagaan kepada seramai 1,728 orang penjaja dan peniaga kecil yang dilaksanakan di empat zon di Semenanjung dan juga di zon Sabah dan Sarawak;

(iv) Kursus Asas Industri Gerai Makanan dan Penjaja oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang bertujuan memberi latihan praktikal dan asas pengurusan perniagaan oleh pakar industri 54 orang usahawan;

final • 3:10 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

(v) program menaik taraf tapak hotspot bagi membantu penjaja dan peniaga kecil yang menjalankan perniagaan secara bergerak ataupun kita lebih kenali sebagai Pitstop FoodTrack. Sasaran 100 pengusaha di lima lokasi iaitu di KL, di Subang Jaya, Selangor, Alor Setar, Kedah dan juga di Sabah dan Sarawak; dan

(vi) Hab Keusahawanan Morten Walk di Melaka oleh UDA Holdings kepada 100 orang usahawan termasuk penjaja dan peniaga kecil.

Di bawah Belanjawan tahun 2024, permohonan KUSKOP untuk membangunkan infrastruktur keusahawanan bagi penjaja dan peniaga kecil khususnya di negeri Sabah dan Sarawak telah diluluskan peruntukan berjumlah RM20 juta untuk projek yang kita kenali sebagai pembangunan tamu desa.

Selain itu, KUSKOP juga telah membangunkan Pelan Pemformalan Usahawan Informal bagi memudah cara peralihan usahawan informal kepada perniagaan berdaftar.

Melalui pelan ini, transformasi usahawan informal kepada perniagaan berdaftar membolehkan mereka mendapat peluang dan akses yang lebih terbuka dan lebih baik untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Yang Berhormat Bachok dan Kudat telah membangkitkan mengenai program kepada usahawan belia.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KUSKOP telah melaksanakan pelbagai program khusus untuk keusahawanan belia seperti berikut:

(i) Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera oleh SME Corp...

final • 3:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Menteri, boleh mencelah sedikit?

final • 3:10 PM

Datuk Ewon Benedick

Sekejap. Saya siapkan ini dulu. Terima kasih, ya.

...TUBE oleh SME Corp yang menyediakan bantuan pembangunan kapasiti berbentuk latihan, geran permulaan perniagaan dan khidmat nasihat bagi tempoh 2021 sehingga September 2023. Seramai 1,972 orang usahawan belia telah menerima geran sebanyak RM30.13 juta di bawah program TUBE ini;

(ii) Tokoh Nasional telah menyalurkan pembiayaan kepada 597 orang usahawan belia di bawah skim pembiayaan usahawan belia yang melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi tahun 2023 ini;

(iii) di bawah program Be Your Own Boss oleh PERNAS. Setakat September 2023, PERNAS telah meluluskan pembiayaan kepada 16 orang usahawan belia yang melibatkan pembiayaan sebanyak RM5.5 juta;

(iv) SME Bank telah menyalurkan pembiayaan kepada 195 orang usahawan muda di bawah Skim Pembiayaan Dana Usahawan Muda 2.0 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM93.6 juta setakat September 2023; dan

(v) Bank Rakyat telah melaksanakan Program Bank Rakyat UNIpreneur bagi membantu 1,100 orang usahawan siswa asnaf dari universiti yang terpilih dengan peruntukan sebanyak RM3.48 juta.

Yang Berhormat Parit Sulong telah membangkitkan mengenai program kepada usahawan wanita. Untuk makluman Yang Berhormat, KUSKOP telah menyediakan program dan skim pembiayaan khusus untuk usahawan wanita seperti berikut:

final • 3:10 PM

Datuk Ewon Benedick

(i) skim pembiayaan di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia kepada 323,542 orang usahawan wanita dengan peruntukan sebanyak RM1.74 bilion;

(ii) Skim Pembiayaan Tekun Wanita kepada 3,801 orang usahawan wanita dengan peruntukan sebanyak RM20 juta;

(iii) Program BRPLUS-i BizLad oleh Bank Rakyat telah menyalurkan pembiayaan sebanyak RM8.72 juta kepada 86 orang usahawan wanita; dan

(iv) program Successful Women Entrepreneurship Engagement Talent oleh PERNAS melibatkan seramai 19 orang usahawan wanita dengan penyaluran peruntukan sebanyak RM4.8 juta.

Program-program ini akan diteruskan pada tahun 2024 melalui dana yang telah diluluskan dalam Belanjawan 2024 dan juga dana dalaman agensi-agensi KUSKOP.

Yang Berhormat Hulu Terengganu telah mengemukakan cadangan bantuan sewaan premis kerajaan kepada usahawan OKU.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KUSKOP melalui Tokoh Nasional telah melaksanakan program khusus untuk golongan OKU seperti Program Usahawan Berkebolehan dan Berkeyakinan dan Skim Pembiayaan Orang Kurang Upaya.

Golongan OKU juga boleh memohon bantuan melalui program-program keusahawanan lain di bawah KUSKOP dan juga kementerian-kementerian yang lain.

KUSKOP terbuka dengan cadangan untuk menyediakan peluang sewaan premis perniagaan di bangunan milikan kerajaan kepada usahawan OKU. Contohnya, UDA Holdings agensi yang diletak di bawah KUSKOP yang mempunyai beberapa outlets ataupun premis perniagaan menyediakan kadar khas bagi usahawan wanita dan usahawan OKU.

Cadangan tersebut sekiranya dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat akan diteliti melalui Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Wanita dan OKU yang telah kita tubuhkan di kementerian ini dengan perbincangan bersama wakil daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Yang Berhormat Machang telah membangkitkan dana pinjaman bagi pembesaran kilang PMKS...

[Meneguk air]

final • 3:10 PM

Datuk Ewon Benedick

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SME Bank menyediakan pembiayaan bagi membantu usahawan untuk membeli aset seperti premis bangunan dan pembesaran kilang. Nilai pembiayaan yang disediakan adalah di antara RM100,000 hingga RM5 juta dengan kadar faedah yang berpatutan iaitu kadar pembiayaan asas plus 2.5 peratus satu tahun. Bank Rakyat juga menyediakan Skim Pembiayaan Berjangka-i untuk kerja-kerja penambahbaikan kilang dengan jumlah pembiayaan sehingga 80 peratus daripada jumlah keseluruhan penambahbaikan kilang dengan kadar keuntungan sehingga BFR plus two percent.

Yang Berhormat Machang membangkitkan mengenai program eksport untuk usahawan Bumiputera.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mengantarabangsakan usahawan PKS tempatan adalah merupakan salah satu daripada keutamaan kementerian dalam meningkatkan sumbangan PKS kepada nilai eksport negara. Bagi usahawan Bumiputera, KUSKOP telah memperkenalkan program berteraskan galakan eksport seperti berikut.

Pertama, program Business Export Programme di bawah SME Bank yang menawarkan latihan bimbingan eksport dan penyertaan dalam misi perdagangan luar negara. Sehingga Disember 2022, 47 syarikat telah menerima pembiayaan berjumlah RM120.4 juta dengan jualan eksport keseluruhan berjumlah RM123.30 juta.

Kedua, Program Galakan Eksport Bumiputera oleh SME Corp bagi membantu meningkatkan keupayaan PKS Bumiputera yang berpotensi ke pasaran eksport. Bagi

final • 3:20 PM

Datuk Ewon Benedick

tempoh 2021 hingga September 2023, sebanyak 17 usahawan PKS telah menerima geran berjumlah RM2.93 juta dan sebanyak 193 usahawan PKS telah menyertai klinik perniagaan di bawah program ini. Berdasarkan sesi padanan perniagaan antarabangsa yang dijalankan, sebanyak RM2.6 juta nilai potensi jualan telah direkodkan melibatkan sembilan usahawan PKS.

Yang Berhormat Padang Besar telah membangkitkan bantuan kepada usahawan gulung tikar.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara usaha yang telah dilaksanakan oleh KUSKOP bagi membantu usahawan gulung tikar untuk memulihkan perniagaan mereka adalah melalui program kerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit

(AKPK) seperti berikut: pertama, melaksanakan Program Intervensi- Peluang Kedua pada tahun 2022 kepada seramai 664 usahawan bagi memberi kesedaran mengenai ketersediaan peluang kedua menerusi pelbagai inisiatif yang disediakan oleh kerajaan.

Daripada jumlah tersebut, seramai 40 usahawan telah dipilih untuk mengikuti program bimbingan khas INSKEN selama empat bulan; kedua, SME Corp juga telah memeterai memorandum persefahaman bersama AKPK sebagai usaha untuk membantu PMKS dalam pendidikan dan pengurusan kewangan dan kredit.

Yang Berhormat Padang Besar dan Simpang Renggam telah membangkitkan usaha menerapkan amalan ESG kepada usahawan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KUSKOP telah melaksanakan pelbagai inisiatif menggiatkan peralihan kepada kelestarian dan pematuhan ESG di kalangan PMKS seperti berikut:

(i) Skim Intensif Kelestarian oleh SME Bank yang merupakan program pembangunan kapasiti untuk meningkatkan daya saing PKS melalui penerapan amalan ESG; dan

(ii) Program PKSlestari oleh SME Corp bagi menggalakkan dan mempercepatkan penerapan ESG dalam kalangan PMKS.

Bagi membantu PMKS menerapkan amalan ESG dalam operasi perniagaan mereka, SME Corp pada ketika ini sedang menyediakan garis panduan asas ke arah penerapan ESG di negara ini.

Yang Berhormat Larut telah membangkitkan inisiatif pendigitalan mengenai PMKS.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KUSKOP telah memberi fokus kepada usaha mendigitalisasikan PMKS melalui pelaksanaan program-program seperti berikut:

(i) Platform MyMall oleh KUSKOP yang menyediakan ruang pemasaran dalam talian secara percuma terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh PMKS;

(ii) Skim Pembiayaan Online TEKUN oleh TEKUN Nasional bertujuan menyediakan modal pembiayaan kepada usahawan yang menjalankan perniagaan secara atas talian;

(iii) Skim SME Technology Transformation Fund oleh SME Bank yang menyediakan bantuan kewangan kepada PMKS untuk meningkatkan penggunaan digital dalam operasi perniagaan;

(iv) Program Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil oleh KUSKOP bertujuan meningkatkan pengetahuan dan pendedahan mengenai pendigitalan perniagaan kepada penjaja dan peniaga kecil;

(v) Program Transformasi Teknologi dan Digitalisasi Koperasi dilaksanakan oleh KUSKOP bertujuan untuk memberi pendedahan transformasi koperasi ke arah penggunaan teknologi dan digitalisasi dalam tadbir urus dan aktiviti; dan

(vi) Program Memperkasakan Digitalisasi Koperasi oleh Institut Koperasi Malaysia yang bertujuan menggalakkan koperasi menggunakan pemasaran digital.

final • 3:20 PM

Datuk Ewon Benedick

Isu ketiga, mengenai dengan skim-skim pembiayaan di bawah TEKUN Nasional.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat Jelutong, Batu, Segamat, Sungai Siput, Lumut, Bentong dan Kota Marudu telah membangkitkan perkara khusus mengenai skim-skim pembiayaan di bawah TEKUN Nasional.

Yang Berhormat Jelutong dan Batu contohnya, telah mengemukakan cadangan menaikkan dana skim pembiayaan TEKUN. Untuk ini, saya ucapkan terima kasih di atas keprihatinan dan sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat yang mencadangkan kenaikan dana kepada TEKUN Nasional.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, jumlah pembiayaan secara kumulatif TEKUN Nasional sejak penubuhannya pada tahun 1998 adalah berjumlah RM8.85 bilion.

Bagi tahun 2023 iaitu sehingga 30 September 2023, sebanyak RM795.9 juta atau melibatkan 37,963 pembiayaan telah diluluskan berbanding peruntukan yang diterima oleh TEKUN Nasional sebanyak RM430 juta dalam tahun ini iaitu Belanjawan 2023 dan tambahan RM100 juta pada pelancaran Kerangka Ekonomi Madani. Setakat ini, TEKUN Nasional telah meluluskan ataupun mengunjurkan pembiayaan RM1.1 bilion sepanjang tahun 2023 ini.

Bagi tahun 2024, peruntukan yang diumumkan di bawah Belanjawan 2024 bagi skim pembiayaan TEKUN Nasional adalah sebanyak RM330 juta. Saya yakin TEKUN akan memperuntukkan dana dalaman, seperti mana selama ini, sebagai tambahan kepada peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan untuk dimanfaatkan kepada usahawan mikro di negara ini.

Yang Berhormat Segamat dan Sungai Siput membangkitkan mengenai Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India ataupun ringkasnya SPUMI. Mengenai cadangan Yang Berhormat Segamat bagi menyalurkan pembiayaan dalam bentuk geran bagi Program SPUMI ini, KUSKOP dan TEKUN Nasional pada ketikan ini berpandangan penyaluran pembiayaan secara pinjaman adalah wajar dikekalkan selaras dengan skop kelulusan program oleh Kementerian Kewangan, di samping membolehkan dana pusingan daripada wang kutipan bayaran balik dapat digunakan untuk membantu lebih ramai usahawan.

Selain itu, mengenai usaha bagi menggalakkan usahawan masyarakat India untuk memohon peruntukan SPUMI oleh Yang Berhormat Sungai Siput, usahawan masyarakat India boleh berhubung dengan 171 pejabat TEKUN di seluruh negara untuk mendapatkan maklumat bantuan pembiayaan SPUMI. TEKUN juga bekerjasama dengan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)...

final • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat

final • 3:20 PM

Datuk Ewon Benedick

...Persatuan Peniaga India dan pertubuhan bukan kerajaan bagi meningkatkan hebahan mengenai skim SPUMI.

Bagi tahun 2024, RM30 juta telah disediakan di bawah skim SPUMI yang dijangka akan memanfaatkan seramai 1,600 orang usahawan masyarakat India.

final • 3:20 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Segamat.

final • 3:20 PM

Datuk Ewon Benedick

Segamat? Okey, ada berbahas.

final • 3:20 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Baik, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ingin tanya berkenaan dengan pinjaman SPUMI ini.

Sebenarnya kalau kita lihat, pengusaha kecil ataupun usahawan-usahawan ini kebanyakannya mereka tidak dapat bantuan pinjaman kewangan bank. Maka mereka memilih untuk melalui kementerian. Juga, ada dakwaan di mana kebanyakannya tidak dapat juga melalui TEKUN, dan sebab itu kita mencadangkan supaya kita memberikan geran yang lebih sebab pasti akan ada pemulangan kepada sosioekonomi dan juga pembangunan.

Saya ingin tahu juga, berapakah jumlah pinjaman yang telah dibuat pada peruntukan RM30 bilion itu? Dan juga, berapa yang ditolak? Apakah langkah-langkah ataupun cadangan kepada pemohon yang ditolak?

final • 3:20 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Bagaimana kita dan juga bagaimana kementerian boleh membantu pemohon- pemohon yang ditolak dan apakah penyelesaiannya kepada golongan ini? Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih.

final • 3:30 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Okey silakan.

final • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya juga ingin mengambil bahagian, Jelutong sentiasa hadir dan menyokong Kerajaan Malaysia Madani. Kita juga berterima kasih kepada pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri tadi.

Timbalan Speaker, mungkin ada gangguan teknikal. Gambar saya tidak ditunjukkan dalam...

final • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Ketawa]

final • 3:30 PM

Datuk Ewon Benedick

Dan juga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong.

final • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, sebab ini isu melibatkan masyarakat India dan kita tahu bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah seorang yang prihatin dengan semua lapisan golongan masyarakat di Malaysia terutamanya kepada golongan usahawan India.

Saya percaya Yang Berhormat Menteri yang telah diberikan amanah setakat ini telah melaksanakan amanah itu dengan begitu baik di mana peruntukan-peruntukan di bawah TEKUN, di bawah MITRA telah pun- mungkin saya daripada pengumuman tadi, saya berpendapat bahawa akan ditambah. Saya mohon ditambah.

Kalau boleh saya mohon juga supaya peruntukan-peruntukan ini cara pengagihannya juga diperhalusi sekali lagi supaya pada masa akan datang- maklumlah bila kita menyebut tentang MITRA selalunya menjadi polemik. Cuma, tanggapan negatif yang ada tetapi baru-baru ini saya mendapati bahawa peruntukan tersebut telah diagihkan dengan cara yang lebih baik dan lebih teliti dan lebih terbuka.

Di mana, pengumuman-pengumuman telah dibuat dalam beberapa siri majlis- majlis yang diadakan. Saya sendiri telah mengadakan Majlis MITRA di kawasan saya dan kali pertama kita lihat bahawa masyarakat India mula menerima bahawa MITRA ini boleh mencapai sasarannya.

Cuma, permintaan saya adalah kalau boleh kita memberi perhatian peruntukan itu saya minta MITRA itu diberikan kepada semua Ahli-ahli Parlimen kerajaan kerana ada saya difahamkan bahawa peruntukan itu mungkin tidak ada beberapa Ahli Parlimen yang mungkin tertinggal dan tidak mendapat peruntukan tersebut.

Saya ulangi, kepada Ahli-ahli Parlimen kerajaan sahaja. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Datuk Ewon Benedick

[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Jelutong. Berkenaan dengan keperluan data secara spesifik yang diperlukan oleh Yang Berhormat Segamat, saya akan berikan secara bertulis dan termasuk bincang- saya jemput Yang Berhormat Segamat nanti untuk kita berbincang untuk menetapkan the way forward bagaimana antara lainnya kita membantu sekiranya ada yang ditolak.

Saya amat pasti ada sebab sekiranya ada penolakan. Bagaimanapun, saya akan berikan jawapan secara bertulis dan saya jemput Yang Berhormat nanti ke satu perbincangan khas.

Yang Berhormat Jelutong, saya menghargai pandangan dan penghargaan yang diberikan. MITRA tidak diletakkan di bawah kementerian ataupun KUSKOP pada ketika ini tetapi saya akan sampaikan syor tersebut kepada rakan yang bertanggungjawab kepada MITRA, tetapi sebagai komitmen KUSKOP, komitmen saya dan Timbalan Menteri untuk turut sama memperkasakan komuniti usahawan India seperti mana kita mahu memperkasakan komuniti usahawan masyarakat-masyarakat lain.

Kita telah melantik lima orang individu, pemimpin, usahawan masyarakat India ini dalam lembaga-lembaga di kementerian. Ada lima orang. Seorang ahli lembaga di TEKUN

final • 3:30 PM

Datuk Ewon Benedick

Nasional, seorang ahli lembaga di SME Corp, seorang ahli lembaga di Suruhanjaya Koperasi Malaysia, seorang lagi di Institut Koperasi Malaysia, dan seorang di Institut Keusahawanan.

Saya percaya ini kali pertama kementerian ini melantik sebegini banyak sebagai cara kita untuk meningkatkan, memperkasakan penyertaan masyarakat India dalam bidang keusahawanan bermula dengan pelantikan ahli lembaga ini.

final • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri.

Cuma, saya ingin mencadangkan kalau boleh ini untuk kita menambah baik cara pengagihan MITRA dan TEKUN. Kalau boleh satu laporan disediakan dan laporan itu kalau boleh dipersembahkan kepada Parlimen supaya semua Ahli-ahli Parlimen dapat melihat.

Umpamanya, saya beri kesimpulan. Kalau ada sebuah persatuan atau NGO di kawasan saya yang telah pun diberikan peruntukan di bawah MITRA atau TEKUN, sekurang-kurangnya Ahli Parlimen itu dapat melihat kepada laporan tersebut dan membuat kepastian- balik ke kawasan membuat kepastian bahawa memang NGO dan persatuan itu telah menerima wang dan sasarannya telah pun capai di mana ada pemuda- pemudi kita yang telah mendapat peruntukan dan dapat mereka menambah baik perniagaan atau memulakan perniagaan.

Ini mohon dipertimbangkan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Datuk Ewon Benedick

Untuk TEKUN Nasional Yang Berhormat, kita ambil kira cadangan tersebut. Untuk MITRA, saya akan maklumkan kepada rakan Menteri yang bertanggungjawab kepada MITRA.

Seterusnya Yang Berhormat Lumut telah mengemukakan cadangan tambahan kemudahan pinjaman mikro kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, TEKUN Nasional secara keseluruhannya telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM51. 5 juta kepada seramai 2,531 usahawan bekas tentera.

Bagi tahun 2023, TEKUN Nasional telah memperuntukkan dana khas berjumlah RM10 juta untuk disalurkan kepada usahawan daripada kalangan bekas tentera melalui Skim Pembiayaan Bekas Penjawat Keselamatan. Sehingga 30 September 2023, 89 permohonan telah diluluskan dengan nilai pembiayaan berjumlah RM1.6 juta.

Yang Berhormat Bentong telah membangkitkan mengenai Program TEKUN Mobilepreneur dan skim perlindungan diri kepada peserta program. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, TEKUN Nasional telah membiayai seramai 7,160 usahawan dengan peruntukan berjumlah RM64 juta sejak tahun 2020 hingga September 2023.

Di bawah skim ini, TEKUN Nasional telah bekerjasama dengan PERKESO bagi menyediakan caruman perlindungan kepada pembiayaan-pembiayaan yang dikeluarkan termasuk pembiayaan TEKUN Mobilepreneur.

Yang Berhormat Kota Marudu telah membangkitkan mengenai pembiayaan TEKUN di kawasan Parlimen Kota Marudu. Sebagai makluman Yang Berhormat, bagi kawasan Parlimen Kota Marudu seramai 3,263 orang usahawan telah mendapat manfaat pembiayaan TEKUN bernilai RM72 juta sejak tahun 2000.

Bagi tahun 2023 pula, seramai 389 orang usahawan dalam kawasan Parlimen Kota Marudu telah menerima kemudahan pembiayaan TEKUN berjumlah RM12.9 juta.

Keempat, mengenai dengan Gerakan Koperasi. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Sungai Besar, Pasir Gudang dan Lumut telah membangkitkan perkara- perkara mengenai gerakan koperasi seperti usaha membantu mengurangkan kos sara hidup.

Melalui penglibatan koperasi dan juga penubuhan koperasi veteran tentera serta status semasa Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia. Yang Berhormat Sungai Besar dan Pasir Gudang telah membangkitkan peranan koperasi dalam mengurangkan kos sara hidup.

final • 3:30 PM

Datuk Ewon Benedick

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KUSKOP melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia ataupun SKM komited membantu kerajaan menangani kos sara hidup melalui sektor pemborongan dan peruncitan koperasi khususnya melalui penubuhan rangkaian outlet Coop Mart yang menawarkan harga keperluan asas pada kadar yang berpatutan.

Sehingga 30 September 2023, sebanyak 2,611 outlet Coop Mart telah beroperasi di seluruh negara. Selain itu, SKM telah melaksanakan Program Jualan Madani Koperasi untuk memberikan peluang kepada masyarakat mendapatkan barangan keperluan harian dengan kadar penjimatan sehingga 20 peratus.

Sehingga 19 Oktober 2023, SKM telah memperuntukkan insentif sebanyak RM1.35 juta bagi melaksanakan 60 Program Jualan Madani Koperasi yang telah memberi manfaat kepada 110,045 orang. Jumlah jualan keseluruhan yang diperolehi daripada program tersebut adalah sebanyak RM5.5 juta.

Yang Berhormat Sungai Besar telah membangkitkan mengenai kerjasama dengan ANGKASA bagi mengurangkan kebergantungan import makanan ayam, status Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan, Federasi Koperasi Pertanian dan Industri Asas Tani serta Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan ANGKASA untuk membantu mengurangkan kebergantungan import makanan ayam melalui penanaman jagung bijian masih di peringkat kajian teknikal. Ini termasuk semakan mengenai kesesuaian dan kemapanan projek termasuk mendapatkan insentif modal daripada Jabatan Pertanian.

Mengenai status federasi koperasi, keanggotaan Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad adalah sebanyak 46 koperasi dan mempunyai 24 rangkaian pusat pengedaran koperasi yang dilengkapi dengan sistem pengurusan gudang bersepadu di seluruh negara.

final • 3:30 PM

Datuk Ewon Benedick

Sehingga kini, federasi tersebut telah mengeluarkan sebanyak 10 Stock Keeping Unit produk. Antaranya gula kristal satu kilogram, minyak masak dua liter dan lima liter dan beras super import lima kilogram dan 10 kilogram yang menawarkan harga lebih rendah iaitu di antara dua peratus hingga lapan peratus daripada harga pasaran. Produk- produk ini dijenamakan di bawah jenama Coop Mart sejak 1922 dan dipasarkan di 50 rangkaian outlet Coop Mart di seluruh negara.

Federasi Koperasi Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia Bhd. pula kini mempunyai keanggotaan sebanyak lima buah koperasi di mana pihak federasi sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak bagi melaksanakan projek-projek pertanian yang boleh membantu dalam menyediakan bekalan makanan mentah negara.

Mengenai Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM). Untuk makluman Yang Berhormat, UKKM telah mula beroperasi pada 29 Mac 2023. Universiti ini menawarkan enam program pengajian yang telah memperoleh akreditasi sementara daripada pihak Agensi Kelayakan Malaysia seperti berikut:

(i) Diplomasi Keusahawanan Koperasi;

(ii) Diplomasi Pengurusan Koperasi;

(iii) Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Koperasi);

(iv) Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Keusahawanan Koperasi);

(v) Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Koperasi); dan

(vi) Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kepimpinan Korporat).

Sehingga September 2023, UKKM telah menerima kemasukan seramai 30 orang mahasiswa yang menjadi mahasiswa perintis. UKKM menyasarkan untuk mencapai bilangan mahasiswa seramai 200 hingga 500 orang dalam tempoh tiga tahun pertama ini.

final • 3:40 PM

Datuk Ewon Benedick

UKKM telah beroperasi secara swasta sepenuhnya di bangunan Institut Koperasi Malaysia di Jalan Templer, Petaling Jaya, Selangor dan kini giat menjalankan kerjasama strategik bersama pemain industri koperasi. Ini termasuk dengan penempatan mahasiswa UKKM bagi menjalankan latihan industri di koperasi-koperasi terbaik.

Yang Berhormat...

final • 3:40 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Yang Berhormat Menteri, sikit, sikit soalan. Berkaitan koperasi Yang Berhormat. Mungkin kita dapat maklumlah lebih kurang 80 peratus koperasi-koperasi daripada 15,000 koperasi seluruh negara ini merupakan koperasi-koperasi kecil yang pendapatan perolehan kurang daripada 200,000. Jadi, yang ni saya nak tanya kepada SKM melalui KUSKOP, apa perancangan ataupun program untuk meningkatkan keupayaan koperasi-koperasi kecil ini? Terima kasih.

final • 3:40 PM

Datuk Ewon Benedick

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Sememangnya program itu sudah sedia ada. Saya juga telah kongsi dalam sidang-sidang yang lepas dan kalau Yang Berhormat masih perlu maklumat tersebut, saya bagi secara bertulis. Ya, available di website SKM, tetapi kita galakkan antara lainnya kita memudahcarakan penubuhan koperasi yang hari ini lima orang ahli yang mempunyai kemahiran dan profesion yang sama sudah boleh menubuhkan koperasi.

Manakala bagi koperasi-koperasi sedia ada yang tidak aktif, SKM sentiasa mengambil tanggungjawab untuk memberi konsultasi kepada mereka untuk menguruskan koperasi- menyelesaikan masalah-masalah dalaman mereka. Kita juga menyediakan bantuan geran, tabung modal pusingan yang diperlukan oleh mereka untuk mengoperasikan semula aktiviti koperasi mereka. Kalau ada cadangan daripada Yang Berhormat sendiri yang pernah duduk di kementerian ini, saya alu-alukan cadangan daripada Yang Berhormat juga.

final • 3:40 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Menteri.

final • 3:40 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Yang Berhormat Menteri, Tenggara sikit sahaja.

final • 3:40 PM

Datuk Ewon Benedick

Ya, silakan Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Satu lagi berkaitan dengan federasi tadi Yang Berhormat, kita tahu tujuan besar federasi ini supaya kita dapat menggabungkan koperasi-koperasi dari segi pengukuhan dana, pembesaran operasi, pasukan yang besar.

Tujuan utama federasi ini adalah membantu kerajaan terutamanya dari segi asas tani, agromakanan kita nak supply pada harga murah. Jadi, apa masalah yang berlaku pada federasi sekarang ini? Adakah masalah kerjasama menjadi satu isu penting, isu besar kepada penubuhan-penubuhan federasi ini? Silakan Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Datuk Ewon Benedick

Ya, sebagai makluman Yang Berhormat, saya telah menjadualkan perjumpaan saya mengikut enam federasi koperasi yang ditubuhkan. Saya juga ingin mendengar daripada mereka apa sebabnya penyertaan koperasi itu begitu rendah sekali dalam koperasi ini. Kita juga mengadakan libat urus dengan ANGKASA yang mempunyai pandangan yang tersendiri. Sudah tentu selepas kita laksanakan kesemua libat urus ini, yang penting pada saya konsensus.

Tahun hadapan kita akan adakan apa nama, Kongres Koperasi Kebangsaan.

Antara lainnya untuk kita mencapai konsensus di kalangan koperasi bagaimana kita dapat memperkasakan gerakan keusahawanan koperasi di negara kita, termasuklah hal-hal melibatkan tuntutan koperasi seperti percukaian misalnya, yang juga dituntut oleh federasi- federasi ini. Yang ini kita bawa ke tahun hadapan yang telah kita tetapkan, putuskan semasa Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan baru-baru ini.

final • 3:40 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Yang Berhormat Speaker, sikit.

final • 3:40 PM

Datuk Ewon Benedick

Koperasi juga?

final • 3:40 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Koperasi juga. Yang Berhormat Menteri, saya sedikit sahaja berkaitan dengan tanah rancangan FELDA ini telah wujud koperasi- koperasi yang berpotensi dan banyak yang dah slow-lah. Jadi, saya harap di bawah KUSKOP mungkin boleh memberi sedikit intervention kepada koperasi-koperasi di

final • 3:40 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

kawasan tanah rancangan FELDA ini supaya diperkasakan lagilah sebagai cadangan.

Terima kasih.

final • 3:40 PM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Kita ambil maklum, kita rekodkan, kita teliti dan kita ambil tindakan cadangan yang disebut Yang Berhormat tadi. Perkara ini bukan hari ini dan saya percaya dengan tambahan peruntukan 100 juta Tabung Modal Pusingan yang diperuntukkan kepada SKM dalam Belanjawan 2024 ini boleh kita gerakkan untuk membantu koperasi-koperasi di seluruh negara termasuk koperasi-koperasi di FELDA ini.

Yang Berhormat Lumut telah membangkitkan mengenai penubuhan koperasi veteran...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar Yang Berhormat. Sebentar Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri perlu berapa minit lagi?

final • 3:40 PM

Datuk Ewon Benedick

Perlu 10 minit.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, 10 minit saya tutup.

final • 3:40 PM

Datuk Ewon Benedick

Yang Berhormat Lumut telah membangkitkan mengenai penubuhan Koperasi Veteran ATM dengan cadangan kerjasama dengan Koperasi Angkatan Tentera.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2022, terdapat 98 koperasi veteran tentera telah berdaftar dengan SKM dengan jumlah anggota seramai 7,722 orang, modal share terkumpul berjumlah RM1.95 juta, jumlah aset sebanyak RM8.87 juta dan nilai perolehan dianggarkan berjumlah RM750,000.

Aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh koperasi-koperasi ini adalah perladangan kelapa sawit, pertanian, sewaan, pelaburan dan perkhidmatan. Selaras dengan prinsip koperasi, SKM tiada halangan dengan cadangan supaya Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad menjalinkan kerjasama dengan koperasi-koperasi veteran ATM yang lain melalui perkongsian kepakaran serta operasi perniagaan bagi meningkatkan lagi prestasi koperasi dalam mengembangkan aktiviti perniagaan dan tata kelola pengurusan.

Ini selaras dengan pencapaian Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad yang menduduki tempat kedua dalam senarai koperasi primer terbaik Malaysia bagi tempoh tiga tahun berturut-turut dari tahun 2021 hingga tahun ini.

Penambahbaikan program dan inisiatif keusahawanan, ini yang terakhir Yang di- Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat Sungai Besar, Machang, Rompin, Parit Sulong dan Julau turut menyentuh mengenai keperluan untuk menambah baik pelaksanaan program dan inisiatif keusahawanan. Yang Berhormat Sungai Besar dan Machang telah membangkitkan usaha memudah cara permohonan pembiayaan termasuk pengecualian penilaian CTOS dan CCRIS.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian ini telah menekankan supaya agensi-agensinya memudahcarakan permohonan pembiayaan daripada usahawan. Bagi tujuan ini, antara tindakan yang telah diambil adalah seperti berikut:

pertama, TEKUN Nasional mengurangkan keperluan dokumentasi daripada 17 dokumen kepada empat dokumen sahaja bagi Skim Pembiayaan TEKUN. Tempoh kelulusan pembiayaan telah dikurangkan kepada tujuh hari bekerja berbanding 21 hari bekerja serta urusan penyaluran peruntukan dilaksanakan dalam tempoh tiga hari bekerja; kedua, SME Bank telah memproses permohonan secara purata dalam tempoh 21 hari bekerja berbanding 30 hari bekerja.

final • 3:40 PM

Datuk Ewon Benedick

Ketiga, Bank Rakyat telah mengurangkan tempoh kelulusan pembiayaan mikro daripada 10 hari kepada enam hari bekerja; keempat, Amanah Ikhtiar Malaysia telah mengurus tempoh pengeluaran pembiayaan dalam tempoh masa 10 hari berbanding 16 hari sebelumnya; kelima, Pernas juga telah mengambil inisiatif membangunkan sistem

final • 3:50 PM

Datuk Ewon Benedick

penilaian secara scorecard atas talian bagi membantu mempercepatkan proses pengeluaran dana yang dijangka akan mula digunakan pada bulan Februari 2024.

Agensi-agensi KUSKOP yang menawarkan bantuan kewangan berbentuk pinjaman di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia dan geran di bawah SME Corp tidak mengambil kira penilaian CTOS dan CCRIS bagi sumber peruntukan yang menggunakan dana kerajaan.

Yang Berhormat Rompin telah mengemukakan cadangan had keuntungan bagi pembiayaan tidak melebihi empat peratus kepada usahawan mikro.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara dasarnya kadar keuntungan yang ditetapkan adalah tertakluk kepada sumber dana yang digunakan di mana skim pembiayaan yang menggunakan dana kerajaan akan menawarkan kadar yang kompetitif.

Dalam hubungan ini, agensi-agensi di bawah KUSKOP telah menyediakan kadar keuntungan yang tidak melebihi empat peratus melibatkan skim-skim pembiayaan seperti berikut:

(i) skim-skim pembiayaan di bawah TEKUN Nasional dengan kadar keuntungan kurang daripada empat peratus satu tahun berdasarkan sumber peruntukan;

(ii) Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial oleh SME Bank untuk perusahaan mikro dan kecil yang menawarkan pembiayaan dengan kadar keuntungan sebanyak tiga peratus satu tahun;

(iii) Skim pembiayaan Perniagaan Mikro ataupun Mikro MADANI dan program pembiayaan digital PMKS oleh SME Corp yang menawarkan pembiayaan dengan kadar keuntungan sebanyak dua peratus satu tahun; dan

(iv) Program Be Your Own Boss oleh Pernas yang menawarkan pembiayaan dengan kadar keuntungan sebanyak 3.75 peratus.

Yang Berhormat Rompin juga telah mengemukakan cadangan mewajibkan latihan dan bimbingan kepada usahawan yang memohon bantuan pembiayaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat agensi-agensi KUSKOP yang telah mewajibkan penerima program untuk menghadiri kursus latihan dan bimbingan keusahawanan, antaranya seperti berikut. Pertama, TEKUN Nasional mewajibkan kehadiran penerima pembiayaan untuk menghadiri seminar asas keusahawanan bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman usahawan mengenai strategi dan teknik pemasaran berkesan serta pengurusan kewangan perniagaan yang cekap.

Kedua di bawah Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) oleh SME Corp. Pemilik syarikat yang tiada latar belakang pengetahuan kewangan dan perakaunan diwajibkan untuk mengikuti kursus kewangan di pusat latihan yang berdaftar dan diiktiraf.

Selepas mengikuti kursus tersebut PMK selayak untuk membuat tuntutan balik kos pembelajaran yang telah dibayar dengan maksimum RM1,000.

Yang ketiga, usahawan yang telah menerima pembiayaan Pernas diwajibkan untuk menghadiri latihan berkaitan industri dan operasi perniagaan francais bagi tempoh dua hari. Dan sebagai makluman Yang Berhormat juga, usahawan-usahawan yang telah mengikuti kursus keusahawanan di INSKEN mempunyai kelebihan apabila mereka mempunyai ataupun memohon pembiayaan daripada agensi-agensi lain di bawah KUSKOP.

Yang Berhormat Rompin selanjutnya telah mengemukakan cadangan skim dan bantuan perniagaan bagi usahawan ternakan udang galah di Rompin. Untuk makluman Yang Berhormat, KUSKOP terbuka untuk membantu usahawan daripada pelbagai sektor.

Ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan bilangan PMKS dalam sektor pertanian yang ketika ini hanya mencatatkan sebanyak 1.4 peratus daripada jumlah PMKS di seluruh negara.

Namun memandangkan industri ternakan udang galah ini terletak di bawah penyelarasan fungsi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, KUSKOP sedia

final • 3:50 PM

Datuk Ewon Benedick

bekerjasama dengan Kementerian Pertanian bagi membantu usahawan-usahawan ternakan udang galah di daerah Rompin khususnya melalui program pembangunan usahawan dan skim pembiayaan sedia ada.

Yang Berhormat Parit Sulong telah membangkitkan perkara berkaitan Laporan Ketua Audit Negara bagi peruntukan Program GoEx dan cadangan pemulangan semula baki geran yang tidak dibelanjakan. Untuk makluman Yang Berhormat, SME Corp telah meluluskan peruntukan di bawah Program GoEx kepada seramai 219 usahawan PKS dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM29.7 juta.

Dalam hubungan ini, SME Corp telah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan untuk penggunaan baki dana Program GoEX sebagai tambahan peruntukan Program Dana Kecemasan PKS pada tahun 2022 yang turut memberi manfaat kepada PMKS.

Yang Berhormat Julau telah mengemukakan cadangan penambahbaikan kemudahan mesin ATM Bank Rakyat di pekan Julau. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Bank Rakyat telah menempatkan satu mesin ATM di premis Koperasi Daerah Julau Berhad pada tahun 2012. Dalam hal ini susulan perkara yang sama dibangkitkan oleh Yang Berhormat, dalam pertanyaan Dewan Rakyat bertarikh 14 November 2023 yang lalu, Bank Rakyat Cawangan Sarikei telah melaksanakan lawatan fizikal di sekitar kawasan Julau pada 27 September 2023 bagi mengenal pasti keperluan penambahan mesin ATM untuk kemudahan penduduk setempat.

Berdasarkan penilaian tersebut, sukacita saya maklumkan bahawa Bank Rakyat telah mengenal pasti lokasi yang berpotensi bagi penempatan tambahan satu lagi mesin ATM Bank Rakyat yang bersebelahan mesin ATM sedia ada di premis Koperasi Daerah Julau Berhad dan pemasangan mesin ATM tersebut dijangka akan dilaksanakan pada bulan Disember 2023.

Tuan Yang di-Pertua setakat ini sahajalah penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan mengenai perkara-perkara yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan Belanjawan 2024 pada mesyuarat ini. Saya berharap penjelasan tersebut telah menjawab semua perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Kami di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan menjalankan amanah di bawah Belanjawan 2024 ini dengan penuh komited dan bertanggungjawab dalam memastikan kelangsungan usahawan PMKS dan koperasi tempatan. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, sekian dan terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kementerian yang berikutannya, saya persilakan Menteri Kementerian Perpaduan Negara.

final • 3:50 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam perpaduan Malaysia Madani. Terlebih dahulu saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2024 peringkat dasar yang menyentuh tentang perkara-perkara di bawah Kementerian Perpaduan Negara iaitu Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Mersing dan Yang Berhormat Hulu Langat.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perpaduan Negara amat menghargai dan menyambut baik Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 13 Oktober 2023 dan belanjawan ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan keharmonian dan kemakmuran rakyat terus dipelihara.

Kementerian Perpaduan Negara telah diperuntukkan sebanyak sejumlah RM635.8 million. Jumlah ini menunjukkan penambahan sebanyak 11 peratus lebih sedikit ataupun 64 juta kalau dibanding dengan tahun 2023. Pada tahun ini juga kementerian pada tahun 2024, Kementerian Perpaduan Negara memperolehi RM547.6 million peruntukan untuk mengurus dan 88.2 untuk pembangunan.

final • 3:56 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Untuk peruntukan 2024 bagi agensi di bawah kementerian seperti JPNIN ataupun Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi mendapat 379.3 million; Arkib Negara 5.2 juta; Muzium Negara 61 juta; Perpustakaan Negara 105 juta dan juga kita ada inisiatif peruntukan untuk agensi-agensi baru, 48 juta. Ini adalah untuk Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) 400,000, untuk bantuan makanan tambahan, 9 juta bagi Tabika Perpaduan dan juga untuk pegawai kontrak, 11.5 juta.

Melalui peruntukan Belanjawan Tahun 2024, kementerian juga diberi sebanyak 20 juta bagi memperkasakan model Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan melalui pemerkasaan ini, KRT akan berperanan sebagai penggerak utama dan penjalin hubung bagi merealisasikan aspirasi masyarakat progresif. Kementerian juga diperuntukkan 40 juta untuk melaksanakan pelbagai program di bawah Kembara Perpaduan Negara Madani di bawah program flagship dan di sini adalah program-program yang kita akan adakan adalah sambutan Minggu Perpaduan yang kita adakan setiap tahun dan tahun ini akan diadakan di Johor. Tahun depan akan diadakan di Johor tahun ini telah kita adakan di Sarawak.

final • 3:56 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Kita mempunyai program besar seperti Eksplorasi Rukun Negara, on going, kita juga banyak program di bawah Ini Warisan Kita, program di bawah muzium, Citra Nusa@Muzium, Program Harmoni dan program promosi perpaduan. Kementerian akan memastikan peruntukan yang diluluskan dalam 2024 dibelanjakan mengikut perancangan dan strategi yang telah disusun bagi mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, YB Semporna telah mencadangkan supaya peruntukan kepada Kementerian Perpaduan Negara ini sepatutnya ditambah kerana perpaduan merupakan satu perkara penting untuk kestabilan negara. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Semporna kerana prihatin dalam tugas kita untuk menyatupadukan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Untuk makluman YB Semporna, Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan peruntukan tahun 2024 untuk melaksanakan program-program perpaduan di bawah flagship perpaduan negara seperti yang saya telah jelaskan tadi, yang popular adalah sambutan Minggu Perpaduan, ini adalah program tahunan dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hulu Langat ada membangkitkan isu berhubung Rukun Negara dan mencadangkan supaya Rukun Negara ini diidamkan di kalangan masyarakat dan bercadang ianya dihayati oleh semua lapisan masyarakat.

Yang di-Pertua, rentetan daripada peristiwa perkauman pada 13 Mei 69, kerajaan mula sedar bahawa perpaduan rakyat merupakan teras kepada cita-cita ke arah pembentukan bangsa dan negara. Sehubungan itu, Majlis Gerakan Negara ataupun MAGERAN telah pun – yang diketuai oleh Tun Abdul Razak pada masa itu telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara atau MPN.

Melalui Majlis Perundingan Negara, Rukun Negara telah dibentuk sebagai tiang seri perpaduan negara. Rukun Negara menjadi pegangan, panduan serta amalan untuk seluruh rakyat Malaysia ke arah memupuk dan mengukuhkan semangat perpaduan, ketaatan dan kecintaan kepada bangsa dan negara.

Dari awal tahun ini, Kementerian Perpaduan Negara melihat kepentingan untuk Rukun Negara dihayati oleh semua rakyat Malaysia supaya cita-cita utamanya yang mewujudkan rakyat Malaysia yang bersatu padu, demokratik, liberal, progresif, bertatasusila dan sopan santun dapat direalisasikan. Dalam menyokong hasrat tersebut, pada 25 Julai 2023 kerajaan telah bersetuju dengan cadangan supaya lafaz ikrar Rukun Negara dibaca penuh bermula dengan mukadimah ataupun cita-cita Rukun Negara dan diikuti dengan lima prinsip Rukun Negara.

final • 4:00 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Kementerian Perpaduan Negara telah melancarkan inisiatif Eksplorasi Rukun Negara yang bertujuan meningkatkan penyatuan, pemahaman, peringatan dan pengamalan Rukun Negara dalam kalangan rakyat Malaysia. Pada peringkat masyarakat, kita telah lancarkan di MyTOWN, Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2023 dan laksanakan banyak program seperti:

(i) Dialog Anak Muda;

(ii) Ekspresi Rukun Negara;

(iii) Hero Impian Untuk Malaysia; dan

(iv) Pameran Mini Rukun Negara dan sebagainya.

Di peringkat sekolah, kita juga telah melaksanakan satu Eksplorasi Rukun Negara yang diadakan di Kompleks Seri Bintang, Kuala Lumpur pada 14 Ogos di mana lafaz ikrar Rukun Negara oleh hampir 36,000 pelajar dari 13 negeri, dan tiga Wilayah Persekutuan sama-sama berada pada masa itu secara fizikal ataupun online. Lepas itu, Eksplorasi Rukun Negara turut diadakan di peringkat mahasiswa, IPT di Universiti Putra Malaysia pada 2 Oktober dengan penglibatan seramai 3,500 mahasiswa.

Selain dari itu, kementerian melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ataupun JPNIN telah mengadakan pelbagai aktiviti dan inisiatif dalam memperkukuhkan penghayatan Eksplorasi Rukun Negara dan kenegaraan dalam kalangan anak muda. Antaranya adalah:

(i) Chit Chat Belia;

(ii) Kembara Perpaduan di kampus;

(iii) Debat Perpaduan di peringkat universiti;

(iv) Kem Anak Malaysia; dan

(v) Jalinan Integrasi Nasional dan sebagainya.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kapar ada soalan ya.

final • 4:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Menteri.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Oh, sorry. Okey.

final • 4:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Saya ada membangkitkan mengatakan cukup kah peruntukan ini untuk Kementerian Perpaduan? Kalau saya tengok yang disebutkan oleh Menteri tadi perpaduan negara dan integrasi nasional, saya lihat kalau dibandingkan 2023 menurun sebenarnya, 2024 RM178,879,000. Tahun 2023, RM203,380,600. Jadi macam mana ni Menteri? Sepatutnya lagi bertambah sebab saya dengar tadi macam- macam rancangan Menteri kan? Saya menyokonglah kalau ianya diberi tambahan sebenarnya.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Ya, saya setuju, tapi kalau pada tahun 2024, peruntukan ini yang kalau dulu untuk KRT ialah di bawah pengurusan, sekarang ini disimpan di bawah pembangunan sebab itu pembangunan naik kepada RM88 juta, naik almost 200 percent yang untuk KRT itu di sini. Actually, overall peruntukan overall kita naik dalam 11.9 persen, tidak ada kekurangan ya.

Okey, last paragraf dari segi Rukun Negara itu adalah setakat ini kita ada sebanyak 122 skuad KRT di seluruh negara. Kita mempunyai 6,847 kelab Rukun Negara di peringkat sekolah dan kita mempunyai 188 sekretariat Rukun Negara di universiti. Yang Berhormat Mersing...

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Menteri.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

...Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Mersing supaya Muzium...

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Menteri.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

...Arkeologi dinaik taraf dan diperkukuhkan...

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Yang Berhormat Menteri, Rukun Negara.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Oh ya, okey.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Saya tak berbahas tapi atas sifat saya pengerusi salah sebuah select committee, kami memutuskan untuk menyokong saranan daripada Yang Berhormat Speaker, soal pembacaan ikrar itu daripada mukadimah sampailah kepada lima prinsip.

Ringkas saja. Pada tahun 2020 yang lepas, kita sepatutnya merayakan Rukun Negara itu dengan besar-besaran tetapi oleh kerana masa itu COVID-19 jadi tak dapat nak dianjurkan sesuatu yang agaknya luar biasa. Saya nak cadangkan untuk pertimbangan Menteri, kalau tahun 2025 itu sambutan 55 tahun, jadi mungkin tahun depan itu boleh dibuat perancangan sebab semua program Yang Berhormat sebut itu baik belaka tetapi saya rasa kita perlu ada suatu yang agak luar biasa sedikit sehingga Rukun Negara tu jadi dihayati sebaik-baiknya oleh rakyat Malaysia.

Saya tak nak sebut contoh sebab contoh ni negara lain tetapi ada sebuah negara jiran kita yang seakan-akan Rukun Negara tapi ada nama lain. Saya tak nak sebutlah dalam Dewan yang mulia ini, Tuan-tuan, Yang Berhormat tentu tahu negara mana yang- sehingga dia jadi seolah-olah macam inilah Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya nak cadangkan tahun depan itu selain daripada program-program tapi juga untuk tahun 2025 suatu sambutan besar-besaran. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Saya pun telah mendapat maklum balas berkenaan dengan lafaz ikrar Rukun Negara di Dewan Rakyat ini tetapi keputusan peringkat akhir belum dapat ya Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Belum lagi.

final • 4:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

...Tan Sri Speaker belum lagi ya, jadi kita haraplah ianya dapat diluluskan supaya kita di Dewan ini at least once in year lah, kita lafazkan Rukun Negara ini semasa pembukaan Dewan Rakyat.

Cadangan Yang Berhormat tadi kita akan mengambil kira dan hopefully mungkin bersamaan dengan sambutan Minggu Perpaduan kita akan selitkan program Rukun Negara ni besar-besaran sebab program sambutan Minggu Perpaduan ni adalah satu minggu kita laksanakan di seluruh negara. All the states sekali serentak dan tahun ini kita akan adakan berpusat di Johor, kita berselang seli, lepas tu kita pergi ke Sabah dan sebagainya ya.

final • 4:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Menteri?

final • 4:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Okey.

final • 4:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Kalau kita kaitkan apa yang dirancangkan oleh Menteri bagi mewujudkan perpaduan atau unity di dalam negara kita ini, di antara satu yang telah pun wujud begitu lama di dalam negara kita ialah perpustakaan, terutamanya di luar bandar, perpustakaan desa.

Saya melihat di sini, saya hendak dapat kepastian daripada Menteri. Kalau ikut Perpustakaan Negara Malaysia, kita dapat kurang tahun ini. Tahun 2023- RM1,700,000 tahun ini RM1,450,000 sedangkan kalau saya baca fungsi yang telah diletak oleh kementerian dalam perpustakaan, membina koleksi mencukupi dan menyediakan akses kepada sumber ilmu serta maklumat tempatan dan antarabangsa bagi menyokong keperluan penyelidikan dan pembelajaran sepanjang hayat masyarakat Malaysia ke arah melahirkan masyarakat berilmu, bermaklumat dan berdaya saing dalam persekitaran k- ekonomi.

Jadi kita tadi sudah ada Rukun Tetangga, kita ada pelbagai bangsa dan pelbagai kaum. Apa salahnya perpustakaan desa ini menjadi salah satu daripada aset ataupun premis yang boleh kita galakkan Rukun Tetangga di seluruh tempat kita untuk

final • 4:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

mengimarahkan, memperbanyakkan aktiviti-aktiviti bersama. Dengan ilmu, barulah tercapai fungsi ini tadi. Terima kasih, Menteri.

final • 4:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih. Daripada segi peruntukan yang disebut oleh Yang Berhormat, saya melihat di sini ia bukan berkurangan, ia naik plus 10 percent. Mungkin peruntukan terperinci tidak dilihat dengan sebetulnya. Berkenaan dengan perpustakaan desa, memang dalam program kita ingin memperkasakan KRT progresif. Satu daripadanya ialah untuk bersama-sama melibatkan perpustakaan, kalau boleh di setiap kawasan KRT. Itulah harapan kita.

Kita ada satu program yang amat besar dari segi memperkasakan KRT. Mungkin saya akan sampai ke sana nanti. Balik kepada..

final • 4:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Menteri, Menteri mungkin di tempat PPRT ataupun tempat yang golongan yang mungkin e-Kasih yang ramai dan sebagainya. Itu lebih tepat sebab kita hendak menambahkan mereka this is yang pembelajaran non- formal. So, ini di antara cara kita hendak menaikkan taraf mereka.

final • 4:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Memang begitulah hasrat kita. Kita akan membuat satu profiling yang komprehensif dan melihat keperluan tertentu di setiap kawasan Rukun Tetangga.

Kembali kepada Yang Berhormat Mersing yang mencadangkan supaya Muzium Arkeologi dinaik taraf dan diperuntukkan perjawatan Konservator. Kementerian ini melalui Jabatan Muzium Malaysia yang bertanggungjawab ke atas pengurusan muzium-muzium Persekutuan sentiasa berusaha untuk memastikan kemudahan dan prasarana awam yang disediakan di muzium-muzium berada dalam keadaan baik, selamat dan selesa.

Terdapat beberapa buah muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia yang berasaskan tapak arkeologi seperti Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Muzium Chimney, Muzium Kota Kayang, Muzium Kota Kuala Kedah, Muzium Kota Johor Lama dan sebagainya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, konservasi di Malaysia secara umumnya dilaksanakan di bawah beberapa jabatan dan agensi kerajaan iaitu Jabatan Muzium Malaysia, Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, Jabatan Warisan Negara dan Lembaga Pembangunan Seni Visual kerana ianya meliputi konservasi koleksi yang terdiri daripada artifak, dokumen dan manuskrip serta konservasi monumen dan juga tapak tanah yang bersejarah.

Untuk makluman Yang Berhormat juga perjawatan Konservator adalah terangkum di dalam skim perkhidmatan Kurator, Penolong Kurator dan Pembantu Muzium. Bidang tugas dan tanggungjawab skim perkhidmatan ini termasuklah pengurusan pemeliharaan, pemulihan koleksi serta spesimen yang dilaksanakan oleh Konservator.

Kementerian melalui Jabatan Muzium Malaysia sedang merancang untuk memperkukuhkan pengurusan perjawatan Konservator menerusi Pelan Strategik Jabatan Muzium Malaysia 2023 -2027. Jabatan Muzium Malaysia akan meneliti skim perkhidmatan Kurator, Penolong Kurator dan Pembantu Muzium mendapat perkhidmatan mengikut bidang pengkhususan tugas yang dilakukan termasuklah penyandang yang melaksanakan kerja-kerja konservasi.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Alor Setar, Kementerian Perpaduan Negara akan menyokong sebarang usaha dan hasrat untuk memelihara bangunan warisan bagi mengangkat identiti serta menjulang ketamadunan negara yang akhirnya akan memantapkan jati diri rakyat dan memupuk semangat perpaduan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tanggungjawab kerja-kerja pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan warisan di negara ini terletak di bawah bidang Jawatankuasa Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].

Berkaitan 24 buah bangunan warisan yang terdapat di Bandar Alor Setar tersebut saya difahamkan bahawa bangunan-bangunan berkenaan termasuk yang berada di atas tanah persendirian, masih belum diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan. Di

final • 4:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

bawah seksyen 24 Akta Warisan Kebangsaan, Pesuruhjaya Warisan boleh menetapkan mana-mana tapak yang mempunyai warisan semula jadi atau warisan kebudayaan yang penting menjadi tapak warisan. Sebarang usaha atau tindakan untuk memperoleh, memeriksa, tanggungjawab menjaga dan membiayai pemuliharaan tapak warisan adalah tertakluk kepada seksyen-seksyen di bawah Akta Warisan. Kementerian sememangnya cakna dan mengambil perhatian terhadap bangunan-bangunan warisan yang dimiliki oleh pihak persendirian atau swasta yang mempunyai nilai sejarah dan ketamadunan negara.

Untuk menjawab Yang Berhormat Jeli, kementerian menyambut baik cadangan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Jeli berhubung dengan mengangkat beberapa individu dari Kelantan seperti Mek Yun, ini nama panggilan I think, Pak Chu, Cik Ann sebagai ikon perpaduan nasional. Kementerian sememangnya prihatin dan menghargai akan usaha-usaha masyarakat Malaysia dalam mengukuhkan agenda perpaduan.

Pengiktirafan sumbangan sama ada di peringkat individu, pertubuhan atau syarikat sememangnya telah dilaksanakan bersempena beberapa program kementerian yang turut melibatkan pelaksanaan di peringkat agensi.

Pengiktirafan kepada seseorang khususnya sebagai Duta Perpaduan ataupun Ikon Perpaduan adalah ditentukan berdasarkan sumbangannya kepada pengukuhan agenda perpaduan. Kementerian Perpaduan Negara telah mengadakan tiga program yang mengiktiraf individu yang berjaya memupuk perpaduan di kalangan masyarakat seperti Kalung Perpaduan, Anugerah My Hero, dan Duta Perpaduan.

Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Negeri Selangor dalam melaksanakan program Duta Perpaduan. Manakala JPNIN Melaka akan turut melaksanakan Program Duta Perpaduan pada tahun depan dan akan disusuli dengan negeri-negeri yang lain. Peranan dan tanggungjawab Duta Perpaduan adalah untuk mendukung institusi raja, menerapkan nilai-nilai perpaduan dan patriotisme, menyampaikan pendidikan perpaduan, mendukung aspirasi perpaduan, sebar luas mesej positif dan berbagai-bagai lagi.

Selain daripada yang dinyatakan Kementerian Perpaduan Negara juga telah mengiktiraf alumni Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) sebagai Duta Perpaduan mulai tahun depan, selaras dengan peranan penting mereka dalam memupuk perpaduan melalui pelbagai aktiviti seperti program pasca bencana, budaya masyarakat dan pusat tuisyen bersama masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, itulah jawapan-jawapan saya terhadap kesemua perbahasan ataupun soalan-soalan yang telah disampaikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan Bajet 2024. Sekian, terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Menteri. Seterusnya saya jemput Menteri Kementerian Dalam Negeri. Silakan.

final • 4:20 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

[Membaca selawat] Tan Sri Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih membuka ruang kepada saya mewakili KDN untuk memberi maklum balas terhadap sejumlah perkara yang telah disentuh oleh rakan-rakan Ahli Parlimen.

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Parlimen yang mengambil bahagian, 46 orang semuanya dan kami telah mengumpul hampir 63 perkara yang berkisar kepada hal ehwal imigresen, isu keselamatan negara, sumber manusia dan kebajikan. Juga disentuh tentang kemudahan logistik, IPD, balai polis dan kuarters. Saya akan memanfaatkan masa sekitar 45 minit ini dengan memaklumkan perkara yang pertama.

final • 4:20 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mulakan dengan beberapa success stories yang telah kami capai. Belum sempurna, tetapi masih boleh dibanggakan. Pertama adalah di kawasan selatan, itu kesesakan tambak Johor-Singapura yang sekarang ini dilalui hampir 135,000,000 travelers setahun, inbound and outbound. Isu ini berlarutan sangat lama. Melalui Jawatankuasa Kabinet, untuk melegakan kesesakan Tambak Johor ini, pelbagai inisiatif telah KDN usahakan. Antaranya ialah kami menambah kakitangan Jabatan Imigresen supaya kesemua kaunter itu ada anggota yang bertugas terutama pada waktu puncak.

Kedua, kami gabungkan kaunter di zon kereta. Sekarang ini pemandu kereta kena berhenti dua kali. Mula-mula cap pasport, kemudian bergerak ke depan Touch 'n Go dan juga bayaran JPJ. Sekarang, kami satukan kerana satukan urusan kaunter itu kami jimat tiga saat bagi sebuah kereta. Tiga saat ini Tan Sri Yang di-Pertua, kalau Tan Sri berada di sana, sebenarnya sangat dihargai oleh pengguna. Autogates juga kami tambah supaya membolehkan negara jiran kita Singapura, asal memiliki pasport negara dia, compatible dengan sistem yang kita guna pakai. Jadi, within a split second dia boleh melepasi kawalan.

Tan Sri Yang di-Pertua, begitu juga sekarang kami lakukan laluan kontra pada ketika waktu puncak. Laluan asalnya sepatutnya untuk arah kita ke Singapura, tetapi kalau waktu puncak, arah laluan kontra itu kita buka. Kita baru saja mula bulan lepas dan kesannya sangat ketara membantu meredakan.

Perkara kedua ialah tentang reformasi depot imigresen. Di KDN sekarang, kami telah pun mengeluarkan sebahagian daripada tahanan kanak-kanak dalam depot imigresen. Depot imigresen ada 19 dan kanak-kanak ini angkanya berubah tetapi sekitar 1,000 orang. Apa yang kami buat adalah kanak-kanak umur 18 ke bawah ini, kami keluarkan daripada depot imigresen yang secara relatifnya keadaan depot tahanan itu tak kondusif untuk kanak-kanak. Projek pertama kami adalah di Nilai. Kami namakan sebagai Baitul Mahabbah, dan bulan ini, minggu ketiga saya akan berada di Papar untuk meluncurkan yang kedua.

Tahun depan, dengan peruntukan sebesar RM10 juta yang telah diluluskan oleh Menteri Kewangan, kami akan wujudkan satu lagi di Sarawak dan satu lagi di Semenanjung. Sasaran kami empat. Jadi, berdikit-dikit yang namanya kanak-kanak, kami akan keluarkan daripada depot imigresen supaya dia rasa suasana tempat dia di tahan itu sementara proses penghantaran pulang kami uruskan dengan kedutaan yang berkenaan. Maka, pihak imigresen, pihak RELA akan memberikan penjagaan yang lebih baik kepada mereka dan mereka dapat merasai perbezaannya sekarang apabila kita memberikan tumpuan kepada perkara ini.

Perkara ketiga, pada awal tahun ini, ketika kerajaan baru tertubuh, waktu itu lima sektor ekonomi kritikal seperti perladangan, pertanian, perkilangan, perkhidmatan ini memerlukan anggaran 518,000 pekerja asing. Kita baru sahaja melepasi masalah COVID- 19 dan untuk lonjakan ekonomi dibuat, lima sektor ini mengatakan mereka perlu 518,000.

KDN selain daripada Sumber Manusia, kami tampil dengan Program Rekalibrasi.

Bermaksud, pekerja asing yang sudah sedia ada di sini cuma tempoh permitnya tamat atau dia overstay, kami minta mereka munculkan diri, daftar bersama majikan dan kami berikan mereka Pas Lawatan Kerja. Tan Sri, saya suka berkongsi dengan Dewan, sehingga bulan Ogos dan September kami telah pun berjaya membantu untuk mencapai keperluan lima sektor ekonomi bertujuan untuk merancakkan kembali ekonomi dalam negara kita.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat terutama yang menyebut tentang peri pentingnya allowances anggota polis dikaji semula. Saya ucap terima kasih Damansara, Pendang, Segamat, Miri dan Pasir Salak.

Suka saya maklumkan bahawa Perdana Menteri telah mengarahkan supaya perbincangan diteliti semula di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam. Pihak polis telah pun mengemukakan cadangan untuk pemula kami untuk tujuan pelaksanaannya

final • 4:20 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

melibatkan anggota polis. Sementara itu diteliti, suka saya maklumkan bahawa allowances dan bayaran insentif sedia ada dalam pasukan polis itu terus berjalan.

Misalnya, kalau dia anggota Pasukan Gerak Am, bayaran insentif tetap sebulan adalah RM400. Kalau dia pula melibatkan juruterbang PGU, Pasukan Gerak Udara Polis ini bayaran insentif juruterbang itu sehingga RM2,000 ke RM4,000. Kalau dia anak kapal, itu RM400 hingga RM1,000. Begitulah kalau dia itu adalah pasukan pemusnah bom, insentif bulanan dia sehingga RM100. Kami ada hampir 106 insentif, ada lima yang tetap.

Jadi, hari ini Tan Sri, seorang konstabel take home dia adalah sekitar RM2,100 sehingga RM2,500. Kalau dia Lans Koperal, antara RM2,400 hingga RM2,800. Itu belum ada potongan apa-apa.

Memang secara relatifnya rendah. Kerana itu, pihak pasukan PDRM dalam menyambut apa yang disebut sebagai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang sedang diteliti ini, pihak polis telah pun mengemukakan cadangan kami. Andai kata di sana nanti, melalui jawatankuasa itu memperakukan, maka boleh saja kita melaksanakannya segera.

Tan Sri Yang di-Pertua...

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ipoh Timur ada soalan.

final • 4:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Tan Sri...

final • 4:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ipoh Timur. Ya, silakan.

final • 4:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Terima kasih, Tan Sri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya mohon patah balik ke isu berkenaan tahanan imigresen. Sering kali bila kita bangkitkan tentang tahanan imigresen, segolongan yang sering kali terlibat dalam bab ditahan ini adalah pelari-pelari dan kadang kalanya didakwa ada UNHCRkad, rupa- rupanya UNHCR kadnya palsu kah apa dan waktu mereka bekerja.

Saya nak linked kan, pautkan dengan Arahan No. 23 Majlis Keselamatan Negara yang berkenaan dengan hak bekerja. Saya dapat dalam Internet dan juga dikhabarkan oleh pegawai-pegawai kerajaan berkenaan hasrat dan rancangan untuk olah atau tambah baik Arahan No. 23 Majlis Keselamatan Negara untuk sekurang-kurangnya membuka ruang untuk pelari, pemegang kad UNHCR untuk bekerja.

final • 4:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Sama ada- saya hendak mohon sedikit pencerahan oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan sama ada proses usaha hasrat penambahbaikan Arahan 23 sudah selesai. Sekiranya belum, bila akan ia dimuktamadkan? Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih, Ipoh Timur. UNHCR, keberadaannya di Malaysia, tugasnya ada dua. Mendaftar pelarian- betul ya, Timbalan Menteri? Timbalan Menteri Luar. Itu territory dia sebenarnya. Yang kedua adalah berusaha untuk menghantar mereka ini ke Negara Ketiga. Itu tugas hakiki dialah. Baik.

KDN, kami telah memulakan kerjasama dengan UNHCR. Tujuannya satu. Kami hendak dapatkan data lengkap. Yang namanya pelarian di Malaysia ini yang didaftarkan dan sudah dapat kad UNHCR, KDN, kami daftarkan juga. Kami gunakan sistem TRIS di bawah Imigresen dan sebagainya.

Tujuannya apa kita hendak dapat data lengkap? Tujuannya kerana Majlis Keselamatan Negara dalam satu Kertas Dasar bersetuju untuk mengusahakan penyelesaian yang komprehensif terhadap isu pelarian ini. Mereka sudah ada di sini hakikatnya. Menguruskan mereka itu adalah satu tindakan yang betul daripada membiarkan mereka membawa diri dan menimbulkan pelbagai potensi masalah sosial, ekonomi, keselamatan dan sebagainya.

So, apa yang kita setujui adalah kita akan facilitate mereka untuk mendapat akses kepada pendidikan, walaupun bukan sekolah kerajaan. Kita akan memberi sokongan

final • 4:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

kalau ada inisiatif pihak swasta yang menyediakan akses kepada kesihatan. Mereka manusia biasa. Ada ketika sihat, ada ketika sakit ya. Akses kepada peluang pekerjaan.

Di satu sisi, beberapa sektor menghadapi kekurangan tenaga kerja dan mereka ada di sini. Jadi, dia harus bermula dengan pengumpulan data yang credible.

Jadi, usaha itu sekarang berjalan dengan begitu baik sekali sebagai pelaksanaan keputusan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan. Saya ambil maklum termasuk Arahan 23 yang disebut. Jadi, bergerak ke hadapan, tekad kita adalah dalam pengurusan dan penyelesaian secara komprehensif ini adalah tiga perkara- pekerjaan, kesihatan dan juga pendidikan. Secara terancang, bukannya by default dia pandai-pandai hendak buka warung sini, hendak kerja sini, apa itu semua. Tak. Kita akan selaraskan yang itu. Itu reaksi saya kepada ini.

Baik, tadi saya tengok Pendang. Sila.

final • 4:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Pendang ya. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri KDN. Saya hendak menyentuh tadi banyak berkenaan dengan allowance. Allowance ini dia akan berubah, dia tidak tetap sepertinya salary, tapi walau bagaimanapun, saya hendak pergi yang pertama dulu.

Saya hendak ucap terima kasih kerana gabungkan kesesakan pemeriksaan di Tambak Johor. Jadi saya hendak mendapat maklumat, kesan daripada gabungan ini, berapa peratus kita sudah reduce, speed up the process itu ataupun kecepatan yang berlaku di dalam kesesakan itu? Kerana bila kita dapat data-data kesannya dari segi peratusan, mungkin kita boleh laksanakan di CIQ yang ada pintu masuk seperti di Bukit Kayu Hitam dan sebagainya. Itu yang pertama.

Keduanya, tadi mungkin tak sampai kot lagi kepada apa saya hendak sentuh ini.

Tadi allowance. Allowance, allowance ini saya rasa kena duduk bincang kerana adakah pasukan polis ini terikat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Jadi, kalau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, dia tak boleh hendak berubah banyak. Sebab, pasukan polis ini dia lain hendak dibandingkan dengan perkhidmatan awam. Kerjanya tidak ada waktu. Shift siang, dia kena tidur dan sebagainya, malam dia lepas itu terdedah kepada keselamatan. Dilanggarnya seperti polis trafik. Kadang-kadang orang langgar dengan motor dengan apa semua. Ini perlu diberi perhatian.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

[Bangun]

final • 4:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sebab itu saya katakan tadi, bila elaun- elaun ini, dia boleh berubah. Kena tengok berdasarkan kepada target, target tempat- tempat dia bertugas. Seperti kita tengok Johor Bahru, Seremban, Putrajaya, Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang, ini kita perlu melihat secara lebih terperinci untuk buat feasibility study supaya mereka mendapat, orang kata kebajikan yang baik kita perhatikan.

Seterusnya, saya selalu menekankan kalau masih terikat dengan SPA, gaji polis ini, jadi saya hendak cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri KDN ini supaya kita pisahkan. Pisahkan, jadikan Suruhanjaya Polis. Gaji polis ini untuk mereka mudah untuk mereka buat kajian untuk menaikkan gaji-gaji polis yang seperti yang saya cadangkan dalam ucapan saya, paling kurang RM2,000. Sebab, itu adalah angka yang relevan dengan keadaan permintaan, supply yang sangat tinggi sekarang dalam semua sektor termasuk barangan makanan dan sebagainya.

Jadi, kalau macam itu, saya minta- sebab, di Singapore, paling kurang, paling kurang basic, SGD2,500. Jadi, kita kena timbanglah sebab mereka terlibat dalam banyak benda. Ini sahaja pandangan saya, Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Okey, terima kasih. Memang, Pendang, gaji permulaan saya sudah sebut dah tadi, RM2,100 sehingga RM2,500 konstabel. RM2,000 lah. Sudah ada sekarang praktis dia. Sekarang RM2,100 tak masuk elaun ya, tak masuk potongan semua. Sudah berjalan sudah yang Pendang sebut itu.

Lokasi tempat yang lebih kos sara hidup tinggi, umpamanya bandar dengan luar bandar, pinggir bandar, kita ada bayaran insentif mengikut lokasi dan tahap kesusahan RM500 sehingga RM1,500. Sudah ada.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jadi, sama ada semakan gaji polis harus keluar daripada sistem semakan perkhidmatan awam, buat masa sekarang status quo. Sebab itu ketika Perdana Menteri arahkan, 10 tahun tak disemak, masuk tahun ke-12 baru Perdana Menteri suruh semak.

Maka polis- sebab kita sentiasa update, kita segera memasukkan syor kita. Baik.

Penggabungan kaunter penjimatan tiga saat di sana sangat memberikan kesan besar. Baru-baru ini dalam pertemuan Annual Leaders Retreat Malaysia-Singapore, pihak kerajaan Singapura menghargai semua inisiatif yang telah kita jalankan. Mereka sendiri hargai perubahan-perubahan yang kita buat melalui pelbagai inisiatif.

Jadi, itu yang saya hendak respons kepada Pendang. Sebelum saya buka Arau, saya hendak sentuh dulu...

final • 4:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sekejap, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Biar saya jawab satu tajuk lagi. Biar saya berganjak kepada satu tajuk lagi.

final • 4:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Gaji basic tadi ini. Saya dapat maklumat, baru RM1,045 basic prebet ini.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sekarang saya sedang jawab dalam Parlimen, pakai yang inilah- RM2,100-RM2,500 bergantung dia dapat elaun kuarters atau tidak. Itu basic dia ya. Baik.

Sebab, untuk saya- Yang Berhormat Pendang pun biasa jadi Timbalan Menteri, biasa dipersiap oleh pegawai untuk jawab. Kita duduk dua, tiga jam teliti, baru kita berani jawab. Jadi, saya macam itu juga proses dia. Jadi, pegawai bahagian sumber manusia sebut begini, saya sebut. Kalau ada cacatan dan Pendang ada maklumat lain, boleh maklumlah. Okey.

Hal yang saya hendak sebut berikutnya sebelum saya tengok Damansara...

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya yang keterbelakang ini, Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Hal yang saya hendak sebut ini adalah berkenaan dengan hal ehwal imigresen yang banyak dibangkitkan ya.

Baik, saya terima kasih Hulu Selangor, Padang Terap, Kuantan, Kangar, Bukit Bintang, Pasir Salak. Ini cerita tentang keberadaan warga asing di Malaysia yang dikatakan sebagai berlaku lambakan. Ini- pertama, kerajaan kena akui. Ya, keadaan itu wujud. Di bawah KDN, apa dia? Warga asing masuk ke negara kita, kalau masuk sebagai pas lawatan sosial, tidak ada masalah apa. Masuklah.

Yang salah apa dia? Kalau dia salah gunakan. Masuk untuk tujuan pas lawatan sosial berakhir dengan dia tinggal lebih dekat sini, dia bekerja di sini, dia berkahwin dengan orang sini, bertemu jodoh, tidak ada masalah, tapi kemudiannya tidak melakukan proses pendaftaran yang sah begitu. Jadi akibatnya- itu satu kategori.

Kedua, memang dia masuk dengan pelbagai jalan tanpa dokumen. Itu juga masalah ya. Jadi, lambakan-lambakan yang berlaku ini akibat membawa kepada mereka kemudian dilihat menguasai beberapa zon tertentu. Kalau pasar borong itu, berleluasa.

Begitu juga kalau di negeri-negeri sana, berlaku yang sama juga. Mereka kuasai tapak niaga dan sebagainya. Tapak meniaga ini PBT lah. Kalau dia bagi kepada pemohon rakyat tempatan dan bila rakyat tempatan sewa pula kepada pendatang ini, jadi berlaku dekat situ. Satu.

Kenapa dia mendiami pula rumah flat dan sebagainya? Dia sewa dengan orang tempatan. Jadi, dia ada demand and supply begitu. Jadi akibatnya bertambah. Baik. Dia timbul menjadi masalah ekonomi, masalah sosial, dia timbul ketegangan. Berlaku di Pulau Pinang ada kes, di Johor ada kes, kita kesan. Walaupun belum sampai tahap yang sampai terlalu mencemaskan tapi bibit-bibit itu ada.

Kerana itu, saya cuma hendak sebut bahawa di peringkat KDN, tentulah perkara- perkara enforcement, kita buatlah.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya nak berkongsi dengan rakan-rakan Ahli Parlimen. Bagi Januari tahun ini sehingga 18 Oktober, Jabatan Imigresen kita telah buat 7,169 operasi dan kita tangkap hampir 20,000 kategori ini yang datang tanpa dokumen, overstay dan sebagainya.

Kemudian operasi-operasi yang bila kita buat, dapat, kita tempatkan mereka di depoh imigresen. Kita hubungi pejabat kedutaan negara berkenaan supaya dia keluarkan travel document segera.

Lagi lama kita letak mereka, lagi banyak kita berbelanja. Banyak mana? RM450 sebulan satu kepala, makan. Jadi kalau 20,000, 30,000 itu memberikan beban kewangan kepada kerajaan. Pada masa yang sama di pihak kerajaan negeri, di pihak kerajaan tempatan kena juga ada pengawasan supaya di pihak bidang kuasa kerajaan pusat dan bidang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan tempatan itu dapat diselaraskan untuk hal ini dapat dibendung atau dikawal. Okey, itu berkenaan dengan imigresen.

Saya juga nak sebut...

final • 4:40 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Dato' Yang di-Pertua...

final • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Arau dan juga Kulim Bandar Baru bangkitkan isu mengenai pelancong China dan India.

final • 4:40 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya ucap terima kasih kepada Arau yang memetik Laporan Audit Negara 2018 yang mendedahkan lebih 100,000 pelancong dari pelbagai negara termasuk China dan India. Ini saya petik, Arau sebut na.

final • 4:40 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Saya nak kait sikit pasal isu pekerja asing.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Nanti kejap. Jerlun, saya tengah jelaskan Arau- 100,000.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jerlun sekejap.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik. Pelancong yang masuk, warga asing yang masuk sama ada dia gunakan- saya sebut tadi dia boleh masuk dengan menggunakan pas lawatan sosial 30 hari. Warga China 30 hari, warga India 30 hari.

Selepas 30 hari, dia keluar. Kalau dia tidak keluar, maknanya dia overstay. Okey ya. Masa dia masuk kita ambil biometrik. Kalau dia overstay, terus dia masuk senarai hitam. Dia hendak datang kali kedua, dia akan dikenakan NTL- Not To Land. Baik, bagaimana lagi cara mereka masuk? Mereka masuk gunakan pas lawatan jangka panjang yang aktif seperti Pas Lawatan Ikhtisas, Pas Lawatan Sosial iaitu suami atau isteri kepada warganegara. Mereka boleh duduk enam bulan, mereka boleh duduk maksimum lima tahun.

Jadi, kalau kita ambil 2017, 2018 tidak keluar, mereka duduk sini lima tahun.

Tahun pertama mereka masuk, mereka tidak keluar, tidak ada rekod mereka keluar sebab mereka memegang Pas Lawatan Sosial suami atau isteri. Ada diplomat, jumlah ini tidak ramai, Pas Pelajar. Pas Pelajar sekarang Imigresen keluarkan, kalau dia belajar lima tahun, lima tahun lah. Kalau dia belajar empat tahun, empat tahun lah. Jadi kalau dia masuk 2023, dia tidak akan keluar 2024 sebab pasnya empat tahun.

Jadi, rekod kita mencatatkan dia tidak keluarlah kalau kita ambil ukuran satu tahun. Pas Residen kita keluarkan lima tahun, tamat lima tahun kita boleh sambung lima tahun. Maksimum 10 tahun. Pas Resident Talent, Pas Penggajian selama majikan ada kontrak dengan dia berapa tahun, Imigresen keluar sebab kita pun di satu sisi ada digesa supaya melakukan ease of doing business. Talent yang diperlukan oleh majikan tempatan untuk mengembangkan perniagaan. Kalau talent itu ada dari luar, dia yang cari, kita facilitate dengan memberikan Pas Penggajian dan mereka bukan ada setahun, bukan tiga bulan. Mereka duduk lama, selama kontrak majikan diberikan. Pas MM2H atau Malaysia My Second Home itu lima tahun renewal boleh diperbaharui. Pas Lawatan Ikhtisas, Pas Lawatan Kerja Sementara dan pas-pas Imigresen yang lain.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tan Sri Yang di-Pertua, demikian banyak pas lawatan, pas yang diberikan itu membawa kepada sesuatu warga luar masuk bergantung kepada dia memegang pas apa.

Jadi kalau kita mengambil satu tahun, jumlahnya tidak sama. Hari ini setiap bulan sektor pelancongan membawa 120,000 warga China setiap bulan ke dalam negara kita. Bagus dari segi ekonomi tetapi ada potensi dari segi ancaman keselamatan kalau kita tak berhati- hati. Jadi, kita nak kena seimbang antara ekonomi dengan keselamatan. Sila Arau, nampak nak tanya berkelip tak berapa.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang ini Yang Berhormat sebab jawapannya mungkin panjang. Kalau sudah masuk 120,000 sebulan, jadi apakah kita ada data yang menunjukkan mereka keluar apabila sampai tempohnya? Jadi, termasuklah cerita-cerita yang telah dimasukkan 1.2 juta pelancong tidak keluar dan sebagainya.

Sebab data ini kita bukan dapat daripada rambang, kita dapat daripada sumber yang boleh dipercayai. Tak apa Yang Berhormat. Kalau boleh beritahu apa yang boleh kita buat untuk memastikan mereka ini keluar, selepas itu masuk balik tidak ada masalah.

Kita nak negara ini dihormati. Yang Berhormat baru tangkap 20,000. 20,000 ini menunjukkan- 20,000 ini banyak Yang Berhormat.

Jadi, sudah pasti angkanya berganda-ganda. Yang saya nak cakap- yang ini boleh jawab bertulis pun tidak apa fasal UNHCR. Yang pertama saya minta supaya jawatankuasa yang bagi kad itu, polis saya tidak mahu sebutlah pangkatnya tetapi pangkat yang terlampau rendah. Kalau boleh pangkatnya Assistant Commissioner hat dalam itu, bukan pangkat inspektor ataupun sarjan.

Kemudian, Kementerian Dalam Negeri dia hantar pegawai yang rendah. Kalau boleh Timbalan KSU duduk di situ. Sekarang ini saya nak tanya, kad mana yang sah?

Yang dikeluarkan UNHCR dihantar, yang bagi kepada depot Imigresen. Itu sahlah sebab apa Imigresen minta tetapi yang dia keluarkan sendiri.

Yang Berhormat, di Jalan Bellamy itu kita akan lihat. Saya turun ke padanglah, kalau boleh Yang Berhormat turun ke padang. Dulu rumah dia itu sebelah rumah bekas Ketua Turus Angkatan Tentera. Saya tidak pasti sekarang tetapi kita nak beritahu bahawa di situ ada beratus teksi yang menunggu untuk mengambil orang asing yang datang untuk mendapatkan kad.

Jadi, apakah kad itu sah? Kalau kita di luar kita tidak nampak, kalau masuk dalam itu beribu orang sedang menunggu untuk dapat kad. Jadi, apakah kad ini sah? Kad Imigresen itu sah ataupun kad yang di Chow Kit. Kalau Yang Berhormat nak di Chow Kit kad UNHCR boleh pergi beli sekarang, RM80 satu.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, apakah tindakan kerajaan terhadap perkara-perkara yang kita sebutkan? Akhir sekali Yang Berhormat, apakah UNHCR itu sah berada di negara ini sebab dia berada di negara ini hanya menyambung kerja dengan pendatang Vietnam dulu, tetapi sekarang ini bila dia sambung kerja, apakah kita telah sahkan kehadiran mereka?

final • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik, terima kasih Arau. Yang pertama, bila pelancong luar masuk hari ini, selain daripada kita wajibkan dia visa bagi negara yang memerlukan visa, pintu masuk kita, kita ambil biometrik lah. Itu satu. Khusus untuk pelancong negara China, bagaimana elemen kawalan kita? Mulai 15 Oktober kita berikan mereka visa on arrival. Baik ya, tapi chartered flight direct daripada China ke Kuala Lumpur dan chartered flight itu pula pelancongnya itu diuruskan melalui syarikat travel agent yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan. Itu elemen kawalan dekat situ.

Jadi, mereka mohon visa.

Jadi, sekiranya lepas 30 hari kalau mereka berada di sini 15 hari, 30 hari tidak keluar, kita cari agen pelancongan itulah. Agen pelancongan kalau kita tarik lesen dia, dia bimbang juga. Jadi elemen kawalan dekat situ. Jadi, dengan itu memudahkan kita. Satu, dia mesti chartered flight, tak ada transit, direct flight dari China terus ke KLIA, diuruskan oleh agen pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jadi, katalah dia bawa 350 pelancong. Mereka juga sampai kita ambil biometrik dan dia mesti bagi kita itinerary, jadual lawatan sepanjang dua minggu, tiga minggu melancong. Dengan itu, kita boleh lakukan tracking atau pengesanan. UNHCR benar seperti disebut oleh Arau. Keberadaannya masa perang Vietnam dulu kerana Malaysia menjadi destiny kepada pelarian Vietnam.

Jadi saya sebut tadi, bila Bangsa-Bangsa Bersatu tubuhkan organisasi macam itu tugasnya dua, mendaftar dahulu kemudian cari negara ketiga. Tugas hakiki itu terus berjalan, terus berjalan. Jadi buat masa sekarang, apakah status keberadaan mereka?

Status quo. Kita ada bincang, tetapi keputusannya status quo, mereka ada di situ. Jadi yang disebut tadi oleh Arau soal pengeluaran kad.

Saya cuma nak sebut UNHCR dia keluarkan kad dia. Polis kah, pegawai kerajaan kita tidak terlibat dalam pengeluaran kad oleh UNHCR. Tak ada, kita tidak terlibat. UNHCR is UNHCR. Bahagian kita adalah pendaftaran refugees di bawah Program TRIS.

Sebenarnya program oleh pemerintahan sebelumnya kita kekalkan sebab niatnya adalah nak mendaftar. Jadi, kita minta mereka teruskan sebab data itu membantu kita kalau kita nak laksanakan.

Baik, saya- Tan Sri Yang di-Pertua saya berganjak kepada tajuk yang berikutnya Tanjong Piai. Tanjong Piai tidak ada, saya akan jawab bertulis. Balik Pulau?

final • 4:40 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Menteri, sebab saya ada satu isu.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sekejap. Balik Pulau? Saya akan jawab bertulis.

final • 4:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Berkaitan dengan — Yang Berhormat Menteri...

final • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya nak pergi kepada Padang Rengas. Padang Rengas...

final • 4:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Menteri, Menteri...

final • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Dia bertanya saya...

final • 4:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Isu pekerja asing...

final • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Padang Rengas dia bertanya saya, apakah langkah yang diambil kementerian bagi memudahkan pekerja dari Semenanjung yang ingin atau perlu berkhidmat di Sarawak dalam sektor profesional, industri dan perkhidmatan tanpa perlu melalui proses sama seperti pekerja asing. Jawapan saya adalah mengikut Akta Imigresen Bahagian VII, ada peruntukan khas bagi Malaysia Timur.

Jadi, seksyen 65 ada kuasa-kuasa am pihak berkuasa negeri. Soalan yang ditanya itu sebenarnya di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Kita faham di bawah MA63, kuasa imigresen ada memperuntukkan sekian-sekian bidang kuasa.

Kudat bertanyakan tentang ICQS di Kudat dan Bangi. Kudat ada? Kudat tak ada, saya skip. Saya akan bagi jawapan bertulis. Padang Besar? Padang Besar ada? Terima kasih Padang Besar kerana bangkitkan soal naik taraf baik pulih ICQS di negeri-negeri Semenanjung, yang kata Padang Besar tidak dinyatakan dalam pembentangan belanjawan. Untuk makluman, sebenarnya ada dinyatakan dalam belanjawan. Banyak mana? 159.5 juta. Ke mana diagihkan? Satu, ICQS Wang Kelian iaitu 16 juta. ICQS Rantau Panjang, itu 108 juta. Bangunan Sultan Iskandar, itu 10.5 juta. Kompleks Sultan Abu Bakar, Tuas, itu 25 juta. Jadi bermaksud, ada untuk tujuan naik taraf, untuk makluman Padang Besar ya.

final • 4:50 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ya. Lubok Antu, rakan saya ada?

Lubok Antu, terima kasih. Dalam perbahasan membangkitkan soal sepatutnya ICQS di sempadan negara ini dilengkapkan dengan CCTV dan juga akses kepada Internet. Saya hargai. Maklum balas saya ialah Kementerian Dalam Negeri, kita telah memperuntukkan

final • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

54.6 juta untuk perolehan CCTV bagi tempoh tiga tahun di 83 pintu masuk antarabangsa, termasuk Lubok Antu ya. Baik.

Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak ialah masing-masing 36 juta dan 18 juta. Ini termasuklah ICQS Lubok Antu. Manakala kelajuan Internet pula di ICQS Lubok Antu ialah selaju 30 megabait sesaat di bawah MyGov.Net. Jadi, saya fikir ini membantu Lubok Antu untuk balik dan menerangkan kepada rakyat kawasan.

final • 4:50 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Menteri.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Rakan saya dari Serian.

final • 4:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Menteri, Tumpat.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya skip. Rakan saya — Sorry?

final • 4:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Saya ada bangkitkan beberapa isu, tapi nampaknya tak ada dalam perhatian.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Silakan.

final • 4:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Isu yang saya bangkitkan — Terima kasih Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan pelan keselamatan tindakan nasional untuk women, peace and security, saya ada bangkitkan.

Lepas itu dengan isu berkaitan dengan sempadan. Jadi, saya harap dapat perhatian daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih. Rakan saya dari Tumpat bangkitkan soal setakat mana aspek jaminan keselamatan bagi anggota penguat kuasa kita, baik RELA, imigresen, polis, PGA di Tumpat. Saya hendak sebut. Pertama ialah pos PGA di sebelah Tumpat, bersempadan dengan— yang dipisahkan dengan Sungai Golok ada lima.

Saya pergi awal tahun ini, keadaannya sangat daif. Perdana Menteri luluskan 45 juta untuk baiki 151. Sekarang dalam pembikinan, tetapi kita siapkan yang di Tumpat dulu.

10 hari bulan saya akan turun untuk tengok balik Pos Nibong yang menjadi pos kawalan penting barisan hadapan kerana nilai rampasan tahun lepas di sepanjang Sungai Golok itu, nilainya RM39 juta dan “tiada hari tanpa tangkapan dadah”. Itu tagline yang popular.

Jadi bila mereka balik bertugas, mereka balik di pos yang usang, panas, tak ada bekalan air, berdebu, tilam yang lapuk, itu semua kita tukar. Bila saya turun awal tahun ini, turun pun kena marah Yang Berhormat. Dia kata, “Boh la Yang Berhormat mari, Menteri berapa kali dah mari sini”, dia kata. “Boh la nak melawat”, dia kata. Dia buh lagu tu saja. Jadi, kali ini saya turun untuk bagi perubahan, harapan. Tak besar mana pun kos yang kita itu, tapi terabai sekian lama. Jadi 10 hari bulan insya-Allah, kalau umur panjang, saya akan berada di situ untuk menyampaikan. Selain daripada itu, tentunya Jawatankuasa Sempadan, kita sekarang — Itu nanti akan diumumkan oleh kementerian yang berkaitan.

Soal perancangan yang tadi, ICQS Rantau Panjang itu termasuk elemen Sungai Golok, itu akan ada jambatan baru antara kedua-dua negara. Pertemuan antara Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin baru-baru ini, lawatan kerja dua hari bertemu empat mata dengan Perdana Menteri, antara perkara yang ditumpukan adalah jambatan baru Rantau Panjang - Sungai Golok. Jadi, itu antara perkara yang kita bagi keutamaan untuk makluman Tumpat, reaksi saya kepada aspek keselamatan yang dibangkitkan.

final • 4:50 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Cuma, saya hendak bangkitkan juga di sini berkenaan dengan keadaan imigresen di Pengkalan Kubor. Kalau nak banding dengan Rantau Panjang, tak boleh bandinglah.

Hendak banding dengan Bukit Kayu Hitam, lagi teruk. Jadi, saya juga harap ini dapat diberi perhatian, terutama kerana melibatkan unsur-unsur penyeludupan barang sara hidup harian yang merupakan perkara yang sangat popular sekarang. Jadi kita dalam negara tak cukup, tapi barang kita ada di luar. Jadi, keperluan kepada gerakan ini dibuat oleh pihak kementerian. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tidak syak lagi, ancaman kepada kawalan sempadan selain daripada penyeludupan dadah, penyeludupan manusia, penyeludupan barangan perlu, penyeludupan senjata api. Itu antara cabaran yang sering dihadapi. Kerana itu, saya ucap terima kasih perhatian Yang Berhormat.

Isu yang lebih kritikal untuk makluman kita adalah kita ada 141 pintu masuk yang diwartakan. KLIA 1, KLIA 2, Pulau Pinang, Kota Kinabalu. Itu betul, tapi kita ada ratusan jalan tikus. Takrif jalan tikus, jalan yang negara kita tak wartakan, negara jiran pun tak wartakan. Jalan tikus yang paling banyak bagi Semenanjung adalah tiga negeri utara.

Perlis, Kedah, Kelantan dan itulah ancaman terbesar kepada pasukan keselamatan dari segi kawalan sempadan.

Lawas, rakan saya dari Lawas? Kalau tidak ada, saya skip. Saya hendak bagi yang Padang Terap? Rakan saya dari Padang Terap...

final • 4:50 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Ada, ada.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Bertanyakan tentang ICQS Durian Burung. Apakah termasuk dalam proses naik taraf kemudahan kompleks imigresen. Saya nak maklum di sini bahawa semakan kementerian, setakat ini tiada projek berstatus naik taraf kemudahan kompleks di situ kerana angka travelers atau pengembaranya itu dianggap sebagai tidak terlalu tinggi.

Buat masa sekarang, komponen yang ada, keperluan utama adalah untuk menaik taraf pos kawalan dan pembinaan blok baru di Wang Kelian yang saya sebutkan tadi, yang diluluskan pada 8 Jun. Buat masa sekarang, di Durian Burung Yang Berhormat, belum termasuk dalam senarai itu. Saya ada rencana untuk ke sana dalam masa terdekat, saya akan hubungi dan maklumkan kepada Yang Berhormat, untuk dapat ikut serta tengok sendiri. Itu salah satu daripada 141 pintu masuk.

Tebrau, Tebrau? Tebrau tidak ada, saya skip. Sekarang pada isu warganegara Tan Sri. Bermula dengan kes Suriani Kempe, isteri warganegara Malaysia kahwin bertemu jodoh orang asing, anak lahir di luar negara. Anak itu ikut warganegara bapa, bukan ikut warganegara emak, walhal emak adalah warganegara Malaysia. Suriani Kempe bawa ke mahkamah. Mahkamah Tinggi menangkan Suriani Kempe. Mahkamah Tinggi kata bapa adalah juga ibu, KDN rayu.

Mahkamah Rayuan kata bapa, bapa, ibu, ibu. Sekarang di Mahkamah Persekutuan, tunggu. Sementara itu, kementerian terus melangkah ke depan dengan mengangkat cadangan untuk melakukan pindaan kewarganegaraan. Itu spesifik di bawah Perkara 14(1)(b). Kita bercadang untuk memasukkan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali untuk membolehkan anak itu mendapat gelar warganegara. Tetapi yang namanya pindaan Perlembagaan, kita tidak hanya menyentuh satu itu. Kita bercadang untuk memasukkan beberapa pindaan lain.

Kementerian telah melakukan libat urus dengan Ahli-ahli Parlimen dari blok sebelah sana juga saya rencanakan dalam masa terdekat, sebelum kita bentangkan pindaan ini. Baru dua hari lepas, tiga hari lepas kita telah membentangkan pada Majlis Raja-raja kerana aturannya begitu. Dalam pindaan menyentuh tentang hal kewarganegaraan, Majlis Raja-raja kita kena taklimatkan, kerajaan Sabah, Sarawak juga mesti kita libat uruskan.

final • 4:50 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sekarang semua proses itu telah kita patuhi. Kita akan membentangkan kepada mesyuarat Jemaah Menteri dan seterusnya Peguam Negara akan melengkapkan draf dan bila dibentang di sini kalau pinda perlembagaan, kita kena dapat sokongan 148 Tan Sri baru boleh jalan. Kalau kita dapat sokongan 148, bermaksud kes macam Suriani Kempe itu boleh terus anaknya itu nanti mendapat taraf warganegara, melalui kuat kuasa undang- undang, sebab perlembagaan ini jalur untuk menjadi warganegara itu dia ada tiga:

(i) kuat kuasa undang-undang;

(ii) pendaftaran; dan

(iii) naturalisasi.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jadi di bawah Perkara 14, Perkara 15, Perkara 16, Perkara 19, Perkara 30 itu adalah fasal dalam perlembagaan mengenai warganegara. Jadi kita akan kemukakan cadangan pindaan itu. Ahli Yang Berhormat diundang, dijemput untuk memberikan pandangan, komen, kritikan, penambahbaikan. Pada akhir perbahasan kita akan mengundi jika sekiranya kita melepasi 148, sekurang-kurangnya isu kewarganegaraan ini dapat kita selesaikan dahulu. Kalau kita tak boleh dapat semua, kita tak tinggalkan semua.

Jadi selesaikan dahulu perkara-perkara yang kita anggap menjadi keutamaan.

Saya alhamdulillah sejak hal ini saya gariskan dalam sidang Februari lepas, saya telah memberikan garis masa dan alhamdulillah kerana dukungan kuat daripada pegawai- pegawai di kementerian dan pegawai-pegawai termasuk daripada portfolio perundangan dan sebagainya, kami berjaya dan engagement dengan Parliament Select Committee di bawah Yang Berhormat Puchong dan juga Yang Berhormat Selayang juga saya telah libat uruskan. Kita akan kemudiannya membentangkan perkara ini.

Bukit Bendera, tiada ya? Tiada Bukit Bendera, saya akan jawab secara bertulis.

Itu isu warganegara. Tan Sri, saya juga nak sebut berkenaan dengan keselamatan dan ketenteraman awam. Saya ucap terima kasih banyak sahabat saya daripada Kota Bharu.

final • 5:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Tan Sri, Tan Sri, berkenaan dengan warganegara. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, khabarnya daripada NGO-NGO di luar sana yang telah dilibat uruskan tahniah kepada KDN dalam libat urus dengan NGO berkenaan dengan potensi nak pinda perlembagaan berkenaan dengan apa yang dibincangkan tadi. Saya dengar adanya kurang-kurangnyalah lapan pindaan yang bakal dibawa, dikemukakan kepada Dewan yang mulia ini.

Sudah tentu kita dapat banyak feedback yang adanya yang diterima bulat-bulat, adanya yang mendapat tentangan daripada golongan NGO dan sudah tentu kalau kita libat uruskan Ahli-ahli Yang Berhormat di sini pun, ada ramai yang tak boleh nak setuju dengan kesemua lapan yang mungkin dikemukakan.

Saya nak tanya, sama ada pihak kementerian punya hasrat untuk decouple misalnya katakan kalau Perkara nombor 1, pindaan nombor 1, pindaan nombor 2 diterima sangat elok tiada tentangan, baik kita fokus dekat pindaan pertama, pindaan kedua dan kita letak tepi yang lain dahulu, sama ada ada hasratnya untuk decouple atau kita pecahkan lapan-lapan pindaan dan fokus dekat yang boleh kita menangkan dalam Dewan yang mulia ini.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Ipoh Timur. Soal libat urus terutama dengan kumpulan masyarakat sivil NGOs ataupun distinguished individuals yang memang passionate dengan isu warganegara. Saya sendiri berkali-kali tak terhitung sama ada mereka jemput saya ataupun saya jemput mereka berjumpa. Saya tiada masalah. Mereka boleh bagi pandangan saya dengar, ada pandangan mereka saya catat, ada pandangan mereka saya berikan penjelasan.

Ya, jadi saya faham daripada cadangan lapan itu apa yang paling sensitif daripada mereka umpama isu stateless child dan saya sampaikan kepada mereka isu stateless child ini anak yang terbuang, anak yang tiada identiti sama sekali. Kalau ikut perlembagaan sekarang, anak itu melalui kuat kuasa undang-undang adalah warganegara.

Saya jelaskan pada mereka ketika perlembagaan ini dibuat tahun 1950-an, betul ya Damansara? 50-an, waktu itu negara belum berdepan dengan isu illegal immigrants, refugees kebanjiran, pendatang, belum. Jadi keadaan sekarang katalah secara analoginya, seorang ibu pelarian dari Rohingya bertemu jodoh dengan illegal immigrant dari Indonesia bertemu jodoh, anak lahir sekarang. Ibu tiada dokumen, bapa tiada dokumen. Ikut perlembagaan sekarang, anak itu melalui kuat kuasa undang-undang adalah warganegara. Jadi kita angkat syor. Itu akan dibahas di sini.

Kita kata anak itu harus didaftarkan dahulu dengan pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Biar Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memasukkan permohonan. Harus ada elemen pemeriksaan, siasatan dan sebagainya. Jadi, daripada jalur kuat kuasa undang-undang untuk mendapat taraf warganegara, kita kata jalur

final • 5:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

pendaftaran. Dia masih ada ruang. Saya jelaskan. Ini yang menjadi antara perkara yang susah yang nak diterima oleh sebahagian daripada NGO.

Tetapi soalnya saya ada tanggungjawab untuk menerangkan pada akhirnya terpulang Ahli Parlimen yang akan memberikan dukungan atau tidak. Saya harus bentangkan dan beri justifikasi. Soal warganegara ini Tan Sri, anugerah yang tertinggi dia ada dengan tanggungjawab dia pada negara dan negara ada tanggungjawab terhadap dia. Itu hal yang kita nak uruskan.

final • 5:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Minta penjelasan. Damansara.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sila.

final • 5:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya dengar apa yang disebut tadi berkenaan dengan memang wujudnya di luar sana permintaan supaya dikaji semula supaya kita dapat fine-tune peruntukan-peruntukan yang akan dibawa untuk pindaan Perlembagaan Persekutuan kelak nanti. Itu suatu yang baik.

Tetapi saya juga dengar daripada Yang Berhormat Menteri, bahawa di dalam masalah- masalah yang telah pun dibangkitkan, disebut bahawa ruang akan diberikan supaya masalah yang mereka kemukakan itu memang ada prosedur untuk ianya ditangani dan sebagainya.

Soal yang berbangkit adalah, adakah ruang yang disebut itu akan juga termasuk dalam pindaan yang dibawa ataupun adakah itu dari segi tadbir urus atau bagaimana caranya? Kerana kalau ianya tidak dicerminkan di dalam pindaan-pindaan yang dibawa, maka ruang yang disebut itu memang tidak diutarakan untuk ditimbangkan semasa kita buat pertimbangan sama ada ataupun tidak kita nak luluskan apa yang dibentangkan sebagai pindaan kepada perlembagaan. Boleh saya dapat penjelasan? Terima kasih Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik, terima kasih. Saya sebutkan tadi, isu warganegara ini dia ada tiga pintu, kuat kuasa undang-undang, pendaftaran, naturalisasi. Itu dalam Perlembagaan Persekutuan. Tetapi yang namanya undang-undang berkaitan warganegara, bukan satu-satunya Perlembagaan Persekutuan. Ia didukung, kemudiannya Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian, Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian, Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Sarawak, Registration of Birth and Death Ordinance Sarawak, Akta Pendaftaran Negara, Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri. Senarainya panjang. Akhir sekali Akta Imigresen 55, Akta Pasport ini semua sekurang-kurangnya ada tiga yang merupakan undang-undang yang bersifat menyokong iaitu Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, Akta Imigresen, Akta Pasport.

Bermaksud, perlembagaan itu memberikan prinsip tentang huraian warganegara, hak dan sebagainya. Tetapi undang-undang yang kita laksanakan dan terima pakai untuk tujuan meluluskan isu kewarganegaraan itu turut diapit oleh berbelas-belas lagi akta dan peraturan. Jadi hal yang disebut oleh rakan saya Damansara, apakah kita akan cerminkan di situ. Ia mungkin tidak dalam bentuk pindaan terhadap perlembagaan tetapi terhadap undang-undang sokongan.

Sebagai pengamal undang-undang, rakan saya daripada Damansara tahu untuk meminda perlembagaan ini, kita melakukan silang semak dengan 840 akta yang ada dalam negara kita, yang kita duduk lulus, lulus ini. Jumlah akta 840 dalam negara kita.

KDN kami kawal selia 53 daripada 840. Dalam melakukan pindaan perlembagaan warganegara, kami juga semak dengan amalan baik negara-negara luar, sama ada negara Komanwel macam negara kita ataupun non-Commonwealth.

Kemudian, kami kemukakan pula justifikasi yang kuat. Sebab itu ketika dibuat pembentangan kepada Majlis Raja-Raja, maklum balas yang kami terima itu rencam dan pelbagai sehingga petang semalam pun, pagi semalam pun masih lagi Ketua Setiausaha kementerian saya dan juga Peguam Negara berjumpa lagi dengan Raja-raja Melayu untuk memberikan penjelasan dan mengambil input tambahan.

Jadi, proses itu sangat panjang. Saya nak sebut kepada Damansara perkara yang saya sebut awal tadi, apakah ianya dicerminkan melalui pindaan perlembagaan ataupun

final • 5:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

kita akan masukkan dalam mana-mana pindaan akta atau aturan yang sedia ada. Itu kita akan muktamadkan selepas daripada ini.

final • 5:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Boleh saya, satu soalan tambahan Tan Sri Speaker?

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

final • 5:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Jadi apa yang disebut di sini, ada dua cara yang kita boleh buat Yang Berhormat Menteri, di mana kita boleh buat pindaan kepada perlembagaan. Cara kedua, sepertimana Yang Berhormat Menteri sebut, ada undang-undang sampingan yang mendukung apa yang dibawa melalui pindaan ini dan prosedur tersebut ditentukan di situ. Jadi, kita boleh buat melalui keadaan itu juga.

Mungkin apabila bill ini diketengahkan, dibentangkan, maka boleh dihuraikan di situ untuk peruntukan baharu di mana kita hendak pinda perlembagaan. Kalau ada ruang dari sudut prosedur dia, undang-undang yang sedia ada, yang mana akan mendukung prosedur itu, jadi dapat kita halusi peruntukan itu untuk pastikan ia konsisten dan memang kita dapat lihat pembaharuan yang kita ingin bawa melalui pindaan-pindaan ini. Itu satu cadangan yang boleh saya kemukakan kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Menteri...

final • 5:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Setuju, Yang Berhormat Damansara...

final • 5:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Boleh tambahan sikit, jawab sebab sebakulah. Ini memberi fokus kembali kepada pindaan Perlembagaan yang mungkin bakal berlaku. Contoh yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi berkenaan dengan warga negara Indonesia yang bekerja di sini, Rohingya kerja sini, bertemu jodoh, ada anak.

Dalam konteks itu sebenarnya di sebaliknya ada keadaan yang sama di mana digunakan istilahnya foundling. Bila foundling nya, dia memang mungkin mak dia, pak dia Rohingya atau Indonesia tapi kita tak tahu sebab dia foundling dan yang telah dimasukkan ke dalam baby hatch. Di situ sekiranya mereka yang lahir telah ditinggalkan oleh mak, pak depa dalam baby hatch, macam mana bayi itu dapat dikeluarkan?

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya kira Ipoh Timur, itu sudah detil.

final • 5:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Ya, ya, ya. Yang ini saya faham.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebab kalau kita bincang detil sedang bill itu tak ada lagi...

final • 5:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Ya.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Maybe wasting our time.

final • 5:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Faham, faham. Cuma dimohon dipertimbangkan unsur-unsur ini dan semua Ahli Dewan ini sangat dengan tangan terbuka dan hati terbuka untuk dilibat uruskan. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Speaker.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tidak ada masalah foundling, baby atau anak kecil yang ditemui serah kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, buat aduan polis. Siasatan dibuat kemudian Jabatan Kebajikan Masyarakatlah yang mengambil tanggungjawab mendaftar anak itu dengan Jabatan Pendaftaran. Itu prosesnya.

final • 5:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Itu prosesnya yang kita cadangkan dalam pindaan.

final • 5:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Menteri.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sri Gading.

final • 5:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Okey, terima kasih Menteri.

Tan Sri Speaker, persoalan berkaitan dengan warganegara. Ayah orang Malaysia, maknya orang Indonesia, lahir di Indonesia, besar di Indonesia, belajar dan sebagainya tapi sekarang mohon untuk jadi warganegara. Bagaimana prosesnya? Adakah mudah?

Itu yang pertama.

Yang kedua tentang tadi mungkin saya terlambat sikit sampai pasal hujan lebat, untuk permohonan Sri Gading kalau dapat jawapan bertulis pun tak apa. Nanti saya akan maklumkan. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sri Gading, dalam semakan saya tentang balai polis Parit Raja ya? Penduduk dia 95,000.

final • 5:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Ya.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya hafal itu Sri Gading ya sebelum masuk ke Dewan ini.

[Ketawa] Saya semak nak pastikan ada masuk dalam rancangan Strategik PDRM ataupun tidak, kemudian barulah kita kemukakan pada Rolling Plan Rancangan Malaysia. Saya akan jawab secara bertulis yang itu ya. Jadi, sorry.

final • 5:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Pertama sekali saya nak puji kerana saya lihat daripada bab SOP ataupun birokrasi permohonan kewarganegaraan telah pun dibaik pulih di bawah pimpinan Yang Berhormat Menteri dan saya lihat setiap kali saya tulis surat, janji adalah balasan dan itu jauh beza kerana sebelum ini tidak ada tindak balas secara langsung.

Cuma ada beberapa lagi surat yang telah diutarakan.

Cuma saya berharap dapat dipertimbangkan kes-kes yang jelas yang berperlembagaan. Cuma walaupun saya ada utarakan perkara ini, ia tidak menafikan penambahbaikan yang jelas berjaya dilakukan yang saya rasa wajar dipuji. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila Menteri.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih rakan saya dari Muar.

Coming from Muar is always a compliment to me. Terima kasih banyak.

final • 5:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

[Ketawa]

final • 5:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih banyak. Ya.

final • 5:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Tan Sri, Tan Sri nak...

final • 5:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya akan buat semakan betul-betul kalau ada lagi kes yang diangkat. Bukan sahaja dari Muar, meja saya, saya pastikan dengan pegawai-pegawai kementerian kalau ada yang diangkat oleh Ahli Parlimen sebelah sini atau sebelah sana. Arau pun baru saya terima juga permohonan untuk bantu rakyat kawasan dia ya. Dia kalau bantu untuk luluskan itu semua tak ada masalah. Bantu duit saja saya akan tulis di situ, rujuk kepada Arau balik, fasal dia lebih keupayaan.

[Ketawa] Saya mesti berlaku adil. Adil ertinya melakukan sesuatu perkara kena pada tempatnya. Jadi kalau bab duit, saya kena serah balik pada Arau tapi kalau kelulusan yang bawah itu, saya percepatkan. Itu tak ada masalah. Baik.

final • 5:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ya.

final • 5:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Tumpang tanya atas soalan Sri Gading pasal balai polis itu. Boleh?

final • 5:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Balai polis?

final • 5:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Saya nak...

final • 5:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Nanti.

final • 5:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Okey.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ipoh Timur, sebab saya dah buka Ipoh Timur empat kali.

final • 5:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Okey, okey.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya nak selesaikan untuk rakan saya Kota Bharu bertanyakan tentang Akta Hasutan yang berbangkit. Apakah kerajaan berhasrat untuk memansuhkan Akta Hasutan? Apakah akan kaji kesesuaian pemakaian?

Saya jawab baru ini ketika MQT, menjawab soalan Pagoh.

Saya guna pakai yang sama because bahagian pertama reaksi saya adalah dari segi Perlembagaan Persekutuan Perkara 10 dan saya akan ulangi Perkara 10 itu, kebebasan bersuara, berhimpun. Kebebasan bersuara bukannya yang bebas, dia ada limitasinya. Kemudian dia ada tiga akta yang kita guna pakai sekarang ini, Akta Komunikasi, Kanun Keseksaan, kedua-dua akta ini tidak membolehkan tangkapan dibuat.

Kota Bharu tahu sebagai pengamal undang-undang, kalau ada aduan dan polis invoke akta ini, pilihan yang ada adalah kita summon dia orang datang. Kemudian polis kena minta order into investigate.

Jadi dia ada beberapa kekurangan, limitasi kepada pasukan polis kerana proses itu kalau mengambil masa, kalau aduan itu melibatkan sebarang siaran dalam sosial media, biasanya dia dah boleh padam dan sebagainya. By the time dia rujuk kepada MCMC, semua evidence hilang. Itu antara kekangan. Saya percaya sahabat saya dari Pagoh, Larut, yang pernah duduk di sini memahami kekangan yang sama. Jadi Akta Hasutan itu, dua yang tadi disebut non-seizable. Okey, jadi yang membolehkannya ada Akta Hasutan. Itu pun Jemaah Menteri membuat satu keputusan ya, kalau melainkan membabitkan institusi Raja. Mencela, memfitnah, memperlekeh, menghina institusi Raja yang mengikut Perlembagaan itu dilindungi sifat dan kemuliaannya. Maka barulah Akta Hasutan itu diguna pakai tetapi bagi perbedaan yang biasa, masih lagi guna pakainya adalah dua akta sedia ada. Terima kasih. Silakan.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih sahabat saya Menteri KDN. Memang apabila Yang Berhormat berada di sebelah sanalah, tidak sebagaimana Yang Berhormat berada di tempat saya duduk sekarang ini dulu.

[Ketawa] Masa dulu, Akta Hasutan will be abolished completely.

[Tepuk] Itu penegasan daripada Yang Berhormat sendiri juga kerana bagi kita, kita nampak, memang kami sebagai pengamal undang-undang pun apabila membela kes yang dituduh di bawah Akta Hasutan, kita melihat terdapatnya loophole yang boleh disalahgunakan terutamanya oleh pihak kerajaan terhadap mereka yang dianggap bercanggah kepentingan dengan kerajaan.

Jadi pada dasarnya, saya nak dapat kepastian. Adakah Akta Hasutan yang begitu lama, yang dulu disebut oleh rakan-rakan Yang Berhormat sendiri, undang-undang hutan rimba, undang-undang draconian. Ramai kawan saya termasuk Damansara boleh mengesahkan perkara ini. Ini dikatakan di sini. Jadi apabila menjadi kerajaan, adakah – to be fair to you. Adakah kerajaan mempunyai intention, ada niat untuk mengkaji supaya akta ini tidak boleh disalahgunakan oleh mana-mana pihak penguat kuasa? Itu yang kita nak dapat penjelasan.

[Tepuk]

final • 5:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Kota Baharu. Kota Baharu di sana, saya di sini baru berapa tahun kebelakangan ini saja. Sebelum ini kita sama-sama juga. Tahun 1999 Barisan Alternatif kita sama-sama, 2004.

Bila kita buat manifesto, kita sama-sama, tulis ayat yang sama.

[Ketawa] Menghapuskan undang-undang draconian, itu ayat sama. Ya. Betul tak? Jadi, ketika Yang Berhormat ada di sini, Menteri Undang-undang, saya nak tanya Yang Berhormat balik.

Ketika Yang Berhormat memegang Kementerian Undang-undang, ada Yang Berhormat angkat kertas Kabinet, cadangan untuk meminda, ada? Kalau ada, saya nak pergi cari lepas ini. Ada tak Yang Berhormat mengangkat cadangan yang sama untuk memansuh atau menggubal Akta Hasutan 1948.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Jangan cuba...

final • 5:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya nak tanya yang itu je, ada?

final • 5:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Jangan denial syndrome.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tak, ada tak?

final • 5:10 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Sebenarnya adakah Yang Berhormat sekarang ini mempunyai intention…

final • 5:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ada atau tidak Yang Berhormat masa berada di sini mengangkat perkara yang sama?

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

final • 5:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya tanya saudara. Jangan tanya saya balik.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ada, ada...

final • 5:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya tanya saudara. Saya tanya Yang Berhormat...

final • 5:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Boleh, boleh.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya nak tanya Yang Berhormat juga.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kami ada intention, tapi tak sempat melakukannya.

final • 5:20 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Intention ada.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dan bukan di bawah bidang kuasa Menteri Undang-undang.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Kalau dah sama-sama, bagilah peruntukan.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jawapannya, kami ada intention.

Jawapan saya pun, kami ada intention yang sama.

[Tepuk]

final • 5:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Boleh beritahu bila? Dalam jangka masa lama mana.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik. Boleh Yang Berhormat bagi tahu bila intention itu mula tumbuh pada Yang Berhormat?

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bila kami memerintah.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Insya-Allah, bila kami berada sebelah sana, kami akan buat pindaan itu.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kami memerintah, kami akan pinda.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kami akan hapuskan.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jadi Yang Berhormat tunggu dulu untuk berada di sini, saya akan tanya soalan yang sama pada Yang Berhormat. [Dewan riuh]

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat...

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik sekejap.

final • 5:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat, Tan Seri bagi...

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Arau, nanti saya bagi Arau. Bagi saya selesaikan ini sikit.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan, bukan Yang Berhormat, jangan jawab macam tu, tak manis. Cakap kita akan melaksanakan.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Soalan ditanya...

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tapi yang ni dia memerintah, berapa tahun? Setahun tak sempat, Yang Berhormat...

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya baru 11 bulan.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat dah merancang...

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya baru 11 bulan.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dah merancang...

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Yang Berhormat Arau lagi lama.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya nak tanya Yang Berhormat, bukan sekarang ni Akta Hasutan ini bukan sahaja dikurangkan, tapi ditambah. Apa dia 3R Yang Berhormat? 3R ini macam hasutan juga. Kita tak tau apa 3R? Kita sekarang ini nak bercakap tak berani, sebab apa? Takut 3R. Jadi, Akta Hasutan sekarang ini ditambah dengan 3R Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

3R ini istilah kitalah, istilah sains politik ertinya politik identiti. Kita buat parti politik, identiti bangsa. Kita buat parti politik, identiti agama, itu cerita dia. Tak dak salah apa. UMNO masukkan. Tujuan UMNO ditubuh untuk menegak, mengembang dan mempertahankan Islam, noktah. Tak ada masalah.

Undang-undang tubuh, Akta Pertubuhan lulus. PAS, Quran, Sunnah, Ijmak, Ulama, Qias, sumber tertinggi, masukkan permohonan, Akta Pertubuhan, tak dak masalah. Kami, keadilan untuk semua. Amanah, Rahmatan Lil Alamin, selesai. Identiti, laksanakanlah sebagai selling point kita, tak ada masalah.

Yang menjadi masalah...

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Bila saya nak menjawab bagi peluang dulu.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tapi saya nak bagi tahu...

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Arau bagi peluang...

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akta Pertubuhan ini dibuat sebelum...

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jadi payahlah.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Arau, Arau.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

3R ini baru sahaja.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Dia tak da masalah Arau. Yang tak boleh saya kata...

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Peranti ni baru sahaja Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

[Ketawa] Yang tak boleh saya kata ialah apabila politik identiti, kalau kita pejuang, kita nak bangsa kita maju, berjaya tak ada

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

masalah. Cuma dalam jalan untuk itu, timbui perkara-perkara yang saya dah ungkap pada jawapan yang lepas, saya tak mahu ulang. Perkara yang menyebabkan keadaan yang tidak harmoni.

Jadi, tugas hakiki Kementerian Dalam Negeri ini, keamanan dan ketenteraman awam, jadi itu. Sebab itu saya tak mahu berpencak silat dari segi politik. Saya kata tugas kita ke depan nanti adalah bila kita nak berlawan, kita berlawan dari segi memperkenalkan dasar, program kita, menarik rakyat dengan cara itu– dengan cara– bukan dengan cara pilih kawan ini, masuk neraka, tak boleh lah, hat tu ja saya kata. Contohlah. .... itu fakta.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Siapa yang sebut sebenarnya Yang Berhormat?

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ketua Pemuda PAS Bahagian Sik, kawasan Sik. Selepas itu dia tarik balik.

final • 5:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Dia tarik balik dah pun Menteri.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Betui, dia tarik balik

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

PAS Bahagian boleh.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Bagi saya jawab dulu, dia dah tarik balik.

final • 5:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Kenapa nak timbul lagi, benda dah tutup.

final • 5:20 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Ulang perkara dah tarik balik.

final • 5:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Dia dah minta maaf.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat, spesifik, spesifik. Soalan spesifik.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sebagai contoh, ya.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Boleh, soalan spesifik.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya sebut. Duduk dulu, ini floor saya, saya hormat bila sana tanya, saya duduk. Bila peluang saya, bagi lah ni. Saya sebut, fakta, Sik, itu fakta. Sebab itu, keluar arahan parti supaya dia jangan teruskan, baguslah tu. Tapi tak memadam bahawa dia mengungkap. Yang di-Pertua PAS kawasan Padang Serai berkhutbah di Masjid Taman Selasih, “Kak Wan, rujukan di Permatang Pauh, kalau nanti Rang Undang-undang 355 dibentang, Kak Wan jangan tak sokong, kalau tak sokong, kuboq Cina, jerat Cina”, khutbah captured crowd dalam masjid. Apa pilihan kita?

Kita pi sembahyang Jumaat. Jadi yang ini kena ada batas undang-undang mengawalnya.

Ya, saya sebut.

[Tepuk]

final • 5:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Boleh?

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Kerana itu saya tak mahu prolong- lah sebab rekod polis terlalu banyak, terlalu banyak. Itu cuma contoh-contoh.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Boleh?

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jadi, selalunya dilontar dulu. Pulau Pinang, habis dah Islam sebab azan tak boleh. Tetapi bila Exco Agama waktu itu Dato’ Malik tegur, terus orang yang sama minta maaf. Jadi, hal ini berterusan. Jadi, konteks istilah Arau tadi 3R. Saya katakan bahawa mengamalkan politik identiti, kalau kita tegak di atas landasan itu, tanpa menyentuh istilah yang saya contohkan tadi, tak dak masalah.

UMNO politik identiti Melayu tu dah sejak 1946, PAS dan Islamnya sejak 1951. Cuma bila pertembungan politik berbeza itu, beza politik dikatakan beza akidah. Itu masalah, yang itu masalah pada saya.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Boleh Yang Berhormat ?

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Kerana itu...

final • 5:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Spesifik...

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Dalam penggulungan ini, sorry?

final • 5:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Soalan spesifik.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sila.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang lain tolong duduk.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi Kepala Batas...

final • 5:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya mengakuilah apa yang disebut oleh Yang Berhormat itu ada fakta-fakta dan sebagainya. Cuma bagi kita, penguat kuasa undang-undang tidak boleh dibuat secara double standard kepada kumpulan- kumpulan tertentu sahaja. Spesifik, saya nak tanya.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin parti politik yang berada dalam Dewan ini jugalah. Saya baca secara verbatim, verbatim sebagai mana disiarkan dalam... “selain itu saya harus mengakui jika anda ingin menghilangkan tekanan dan berehat dengan meminum beberapa gelas, adakah itu salah?”. Di sana, mereka mengatakan anda tidak boleh minum, tetapi selagi Pulau Pinang masih kekal, anda boleh minum seperti biasa, yang pertama.

Yang kedua, “lebih penting dalam Gelombang Hijau ini mereka melihat kuil kamu dengan rasa tidak senang terutamanya kuil India. Jika mereka tidak suka, apa yang mereka lihat, mereka akan memusnahkannya, tidak benarkan kamu sembahyang. Tetapi ingat, selagi Pulau Pinang masih kekal, rakyat boleh bersembahyang.” Pertama, dari segi minum arak, Yang Berhormat pernah jadi Ahli Parlimen satu penggal di Kelantan, Kelantan yang diperintah sejak tahun 1990, pernah kah kerajaan Kelantan mengharamkan orang bukan Islam minum arak sehingga sekarang ini? Tak pernah [Tepuk] Adakah selama ini negeri-negeri yang diperintah oleh apa yang disebut Gelombang Hijau, semua orang fahamlah, menguatkuasakan undang-undang kuil-kuil India ataupun rumah ibadat bukan Islam tidak dibenarkan didirikan, malahan di Kelantan juga semua rumah ibadat bukan Islam dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, diberikan sepenuh kerjasama oleh pihak kerajaan. Adakah statement seumpama ini tidak dianggap bahaya, hasutan dan juga bercanggah dengan 3R? Terima kasih.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Hal Yang Berhormat...

final • 5:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, mungkin boleh saya tambah lagi.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Kejap, kejap Sik, bagi saya ulas dulu.

final • 5:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Banyak lagi saya nak – kami nak senarai, kalau kata kita ...

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sik, bagi Menteri jawab dulu Sik.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Macam mana saya nak jawab Kota Baharu?

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sik jangan emotional, duduk Sik.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Duduk dulu. Hal yang Kota Bharu bangkitkan itu, kertas siasatan telah dirujuk kepada AGC pada 17 hari bulan 7 dengan di bawah Seksyen 505C. Saya jawab, dah saya jawab, tak da masalah. Kertas siasatan dah lengkap, dah dirujuk kepada AGC.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Sanusi, Sanusi..

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Arau, Arau, Arau nanti Arau.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sebab itu saya kata...

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kejap. Menteri, Menteri tengah jawab, nanti kejap.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Kalau saya nak ambil pendekatan cara itu, saya privi kepada semua maklumat kertas siasatan dan ungkapan yang jauh lebih dahsyat, itu tak kondusif. Menggulung ini peringkat dasar ini, kita nak berikan, apakah pengajaran yang boleh kita ambil daripada istilah ini. Saya bagi contoh, Yang Berhormat bagi contoh, tak habis. Jadi, la cerita dia adalah untuk tidak lagi mengamalkan politik seumpama ini. Susahlah, kena cuba, yang itu sahaja.

Yang Berhormat sebut tadi, dengan terus saya boleh jawab, 7 hari bulan 7, kertas siasatan telah diserahkan kepada Peguam Negara di bawah Kanun Keseksaan 505C, done. Tak ada isu. Tapi kalau saya nak sebut, apakah ada juga kertas siasatan yang telah lengkap dan untuk – terhadap beberapa nama di depan, saya juga boleh sebut, tetapi itu urusan Peguam Negara, biar dia sebutlah, nampak dak? Biar dia sebut, misalnya la.

Sebab kita kata hormat Raja, raja maksudnya apa Yang Berhormat? Ketua Agama. Ada satu negeri, Ketua Agama kata tak boleh lagi menyampaikan ucapan politik, program politik dalam masjid, betul, kita hormatlah. Ketua Agama, tetapi ada yang sebut terhadap arahan ataupun dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri ya.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ada disebut, “Arahan Tuanku bukannya perintah yang qath’i.” Memanglah. Allah Taala saja yang qath’i-nya, keluar dalam Quran. Perintah tuanku bukan qath’i. Apa dia perintah tuanku? Masjid jangan digunakan sebagai medan politik. Apa reaksinya?

Reaksinya, perintah tuanku bukan qath’i.

Saya akan terus bercakap. Sebab itu ada aduan, ya.

final • 5:30 PM

Beberapa Ahli

[Menyampuk]

final • 5:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Kerana itu, saya katakan, bahawa kita kata hormat raja. Hormat raja, Rukun Negara. “Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara.” Bahkan di sini dituduh sebagai tak menghormati raja. Tapi bila raja yang memerintah kata jangan, jangan gunakan masjid untuk kuliah politik dan sebagainya, jangan, jangan bawa politik dalam masjid, orang yang sama yang tuduh sini bahawa kami ini tidak hormat raja, orang yang sama, “Raja, kata-katanya bukan qath’i”.

Betul. Tapi dalam konteks dia itu, maksudnya nasihat raja, yang dikeluarkan nasihat itu melalui MAIDAM, pihak berkuasa negeri, kenapa harus diungkap bahawa perintah raja bukan qath’i, bukan putus, bukan muktamad? Maksudnya apa? Boleh dilanggar? Pada masa yang sama, nafas yang sama, di sini digelar sebagai tak menghormati raja, nak hapus Islam dan segala macam. Ini hakikatnya.

Tapi itu, Yang Berhormat...

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, Menteri perlukan berapa minit lagi?

final • 5:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Habis dah.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Habis dah?

final • 5:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

[Membaca sepotong doa] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 5:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Menteri kata nak bagi peluang.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

[Tepuk]

final • 5:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tolonglah bagi jawapan bertulis ya, Menteri, daripada Beruas.

final • 5:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri. Sekarang saya jemput Menteri Komunikasi dan Digital. Silakan.

final • 5:30 PM

Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Ini tidak boleh nak lawan, sahabat saya.

[Disampuk] Baik, baik. Tak apa, kita cool. Kita cool dulu ya. Kita masuk benda- benda teknikal dulu.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada 25 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan 30 isu di bawah tanggungjawab Kementerian Komunikasi dan Digital.

Untuk terus menjawab kepada Yang Berhormat Kluang— ada Yang Berhormat Kluang?

final • 5:32 PM

Seorang Ahli

Tidak ada.

final • 5:32 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Tidak ada?

final • 5:32 PM

Seorang Ahli

PAC.

final • 5:32 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Oh, PAC. Baik. Yang Berhormat Sabak Bernam, Bukit Bendera, Tampin, Sungai Siput ada menyentuh mengenai usaha menyokong filem-filem tempatan.

KKD melalui agensinya iaitu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia

(FINAS) giat melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menggalakkan bakat tempatan menghasilkan filem yang lebih baik dan menarik serta berdaya saing. Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah melalui Dana Kandungan Digital (DKD) Filem yang memfokuskan kepada pembangunan industri kreatif bertujuan menggalakkan penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan kreatif yang berdaya cipta dan berpotensi tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Pelbagai kejayaan dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa telah diperoleh melalui pemberian DKD Filem seperti yang disebut oleh YB Kluang iaitu Tiger Stripes yang memenangi anugerah utama Grand Prix di 62nd Semaine de la Critique di Cannes Critics’ Week di Festival Film Cannes ke-76. Filem Barbarian Invasion yang memenangi Filem Terbaik di Asian Film Festival ke-20 di Rom, Itali dan filem Imaginur yang telah dicalonkan Filem Cereka Terbaik Uncaged Award for Best Feature Film Competition di New York Asian Film Festival ke-20 di New York, Amerika Syarikat. DKD turut melahirkan beberapa filem tempatan yang bernilai komersial tinggi dengan kutipan keseluruhan melebihi RM115 juta seperti Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dan Coast Guard Malaysia: Ops Helang.

Selain itu, dalam usaha menggalakkan bakat tempatan menghasilkan filem yang lebih baik, KKD melalui FINAS turut menyokong penggiat industri melalui Program Pemerkasaan Modal Insan Industri Kreatif yang menumpukan kepada empat strategi utama iaitu perkongsian idea, pembangunan kemahiran, pemacuan ataupun accelerator, dengan izin, dan kesedaran industri kreatif.

KKD menyambut baik saranan Yang Berhormat Kluang supaya semua negeri mengikut langkah mengurangkan duti hiburan. Namun, perkara ini adalah tertakluk di bawah Akta Duti Hiburan 1953, Kementerian Kewangan. Pengecualian duti hiburan diputuskan oleh kerajaan-kerajaan negeri.

Merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bendera, dimaklumkan bahawa sambutan penonton terhadap sesuatu filem bergantung kepada pelbagai aspek termasuk cita rasa penonton, permintaan pasaran, strategi promosi dan pemasaran dan tarikh tayangan. Namun, KKD melalui FINAS komited membantu para

final • 5:32 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

pengeluar filem memasarkan filem-filem di pawagam seluruh Malaysia melalui Peraturan Skim Wajib Tayang yang telah mula dikuatkuasakan pada 2005.

Skim Wajib Tayang bertujuan untuk menerima dan mempertimbang mana-mana filem tempatan termasuklah filem Abang Adik dan Walid ditayangkan secara wajib di pawagam seluruh Malaysia yang mempunyai lesen aktiviti pemameran FINAS. Selain itu, Peraturan Skim Wajib Tayang memberi ruang yang luas kepada pengeluar filem cereka tempatan tanpa mengira sama ada filem tersebut mempunyai nilai komersial atau tidak untuk ditayangkan di pawagam tempatan seluruh Malaysia.

Dari 2018 sehingga 2022, sebanyak 166 filem ditayangkan di bawah Peraturan Skim Wajib Tayang dengan kutipan kasar tiket pawagam sebanyak RM476.93 juta.

Manakala sehingga bulan September tahun ini, sebanyak 46 filem cereka tempatan ditayangkan di pawagam tempatan dengan jumlah kutipan kasar tiket pawagam sebanyak RM93.77 juta.

Selain itu, KKD melalui FINAS juga telah mewujudkan kerjasama strategik dengan agensi-agensi penguatkuasaan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Dalam Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan CyberSecurity Malaysia serta giat menjalankan aktiviti advokasi dan kesedaran melalui pesanan khidmat masyarakat dalam usaha membendung kegiatan muat turun haram atau cetak rompak digital filem-filem tempatan.

Yang Berhormat Sabak Bernam mencadangkan supaya syarikat perfileman membuat penggambaran di Sabak Bernam atas faktor lokasinya yang menarik. Sabak Bernam ada? Tak ada ya? Tak apa.

Sebenarnya KKD melalui FINAS amat menggalakkan penggunaan lokasi-lokasi menarik dan unik termasuklah di Sabak Bernam sebagai set penggambaran dalam usaha kerajaan mempromosi dan membantu meningkatkan pelancongan tempatan dan seterusnya menjadikannya sebuah destinasi pelancongan yang terkenal.

Ke arah itu, FINAS telah memperkenalkan Film in Malaysia Initiative (FIMI) pada 2013 bertujuan untuk meningkatkan tahap pelaburan dalam industri kreatif agar para pelabur menjadikan Malaysia sebagai salah satu lokasi penggambaran atau aktiviti pasca produksi, dengan izin, post-production dengan menggunakan perkhidmatan syarikat kreatif tempatan.

FIMI menawarkan rebat sebanyak 30 peratus daripada Qualifying Malaysian Production Expenditure (QMPE) iaitu jumlah perbelanjaan yang dilakukan di Malaysia untuk produksi tersebut. Tambahan maksimum lima peratus rebat yang dinamakan sebagai, dengan izin, cultural test juga diberikan sekiranya produksi tersebut turut memapar elemen-elemen seni dan kebudayaan di Malaysia.

Yang Berhormat Sabak Bernam turut membangkitkan isu fi atau kadar bayaran pelakon veteran. KKD sentiasa cakna tentang kebajikan semua penggiat industri kreatif termasuk berkaitan kadar atau fi bayaran kepada golongan pelakon veteran. Namun, fi bayaran pelakon bagi sesebuah filem adalah tertakluk kepada persetujuan kedua-dua pihak iaitu pelakon dan syarikat produksi atau penerbit, seterusnya dimeterai dalam kontrak yang ditandatangani bersama. Kontrak yang ditandatangani pula adalah tertakluk kepada Akta 136, Akta Kontrak 1950 yang mana sekiranya terdapat pertikaian oleh mana- mana pihak, boleh dirujuk kepada pihak yang berkuasa.

Pada masa ini, terdapat lebih 50 persatuan perfileman di Malaysia. Antaranya Persatuan Penerbit Filem Malaysia, Persatuan Pengarah Filem Malaysia, Persatuan Seniman Malaysia dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia. Namun, sehingga kini, tiada kesatuan atau union yang terdiri daripada golongan pelakon didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Justeru, saya mengesyorkan supaya satu kesatuan untuk para pelakon diwujudkan untuk memperjuangkan kepentingan berkaitan penggajian, kemudahan perubatan, kebajikan dan kesejahteraan para penggiat industri perfileman.

Di peringkat KKD dan FINAS, template perjanjian perkhidmatan produksi yang standard sedang dirangka untuk rujukan dan kegunaan syarikat produksi filem tempatan

final • 5:32 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

yang mempunyai lesen aktiviti FINAS. Inisiatif ini bertujuan untuk menjamin perlindungan kepada para pelakon yang baru mahupun veteran dan pekerja filem tempatan dari segi bayaran gaji atau elaun, perlindungan insurans atau PERKESO, kemudahan perubatan, penginapan, keselamatan dan makan minum sepanjang tempoh mereka terlibat dengan produksi perfileman di Malaysia.

Mengenai isu royalti pelakon, dimaklumkan bahawa Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 tidak mempunyai peruntukan berkaitan hak royalti kepada semua pelakon dan kru belakang tabir termasuklah golongan pelakon veteran memandangkan perkara ini telah pun dinyatakan dalam Akta Hak Cipta 1987 yang dikuatkuasakan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia atau MyIPO, sebuah agensi di bawah KPDN.

final • 5:32 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

KKD bersedia untuk mengkaji perkara ini bersama KPDN jika terdapat keperluan dari pihak industri. Yang Berhormat Tampin ada?

final • 5:40 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Ada, ada.

final • 5:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik. Yang Berhormat bertanya mengenai filem tempatan yang berjaya mewakili Malaysia ke Anugerah Oscar. FINAS selaku agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam pembangunan industri perfileman di Malaysia telah diiktiraf oleh pihak Academy sebagai agensi utama untuk memilih filem cereka tempatan bagi bertanding dalam mana-mana kategori bagi anugerah tersebut.

Bermula edisi Oscar ke-77 pada tahun 2005, FINAS telah mengangkat sebanyak lapan judul cereka tempatan. Antaranya filem Puteri Gunung Ledang pada tahun 2005; Roh, 2021; Prebet Sapu pada 2022; terkini filem cereka tempatan Tiger Stripes telah dipilih untuk mewakili Malaysia bagi edisi Oscar ke-96 yang akan diadakan pada tahun hadapan.

Menjawab pertanyaan Yang Berhormat juga mengenai usaha kerajaan memastikan lebih banyak filem tempatan menembusi pasaran antarabangsa. Sukacita saya maklumkan bahawa pelbagai insentif telah di laksana oleh kerajaan untuk menyokong penggiat industri tempatan menghasilkan karya yang berdaya saing untuk menembusi pasaran antarabangsa. Dari 2021 hingga 2023, sebanyak RM3 juta telah di peruntuk melalui program Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa sebagai sokongan dan galakan bagi aktiviti berkaitan pemasaran dan penyertaan di peringkat antarabangsa.

Selain itu, FINAS turut giat melaksanakan aktiviti galakan promosi dan pemasaran filem tempatan di pasaran filem antarabangsa seperti Marché du Film di Cannes, Perancis; Asia TV, Film & Market di Singapura dan Hong Kong FILMART. Hasil jualan kandungan kreatif tempatan di pasaran filem antarabangsa dari 2021 hingga Jun tahun ini adalah berjumlah RM173.85 juta.

FINAS juga menyediakan kemudahan platform dan infra iaitu reruai atau booth berskala besar di program pasaran filem antarabangsa bagi memudahkan syarikat penerbitan filem Malaysia mengadakan sesi jaringan promosi dan pemasaran kandungan kreatif milik mereka dengan syarikat penerbitan atau penyiaran filem antarabangsa. Yang Berhormat Sungai Siput ada?

final • 5:40 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya soalan sikit. Saya minta maaf sebelum Yang Berhormat pergi lebih jauh saya nak patah balik kepada satu isu mengenai kebajikan pelakon-pelakon tadi, artis-artis veteran kita. Saya menyokong usaha Yang Berhormat Menteri untuk menggalakkan penubuhan sebuah kesatuan untuk menjaga kebajikan mereka.

Cuma persoalan saya ialah itu mungkin mengambil sedikit masa, jadi apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang untuk menjaga kebajikan artis-artis veteran-veteran kita yang mungkin memerlukan bantuan pada hari ini? Kita selalu baca dalam akhbar-akhbar mengenai keperluan mereka, kebajikan mereka tidak dijaga pada masa ini. Jadi dalam jangka masa terdekat ini, apa langkah diambil oleh kerajaan? Terima kasih.

final • 5:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, pada waktu ini memang benar untuk kita tunggu sebuah kesatuan diwujudkan ia akan ambil masa tetapi memang kalau kita lihat dari semasa ke semasa ada bantuan yang akan disalurkan oleh FINAS sendiri untuk membantu para penggiat seni khususnya artis-artis veteran ataupun mereka yang mungkin mengalami masalah kesihatan, isu-isu seperti itu.

Dari segi jangka masa sedang ataupun medium-term dengan izin, saya lihat ada satu perkara yang perlu diusahakan dan sedang dibincang di pihak FINAS, peringkat FINAS di mana syarikat-syarikat seperti yang saya sebutkan tadi yang mana contract template yang di dalam kontrak itu akan terdapat beberapa perkara termasuk isu insurans dan juga PERKESO yang akan kami percaya dapat membantu segera. Jadi, ini antara perkara-perkara yang kita usahakan sekarang. Terima kasih Yang Berhormat.

Jadi untuk Yang Berhormat Sungai Siput, saya akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Tasek Gelugor, Tumpat, Alor Setar, Kuantan dan Jasin menyentuh mengenai pengecualian atau pengurangan duti hiburan. Pengurangan duti hiburan akan mengurangkan harga tiket di mana pengguna tidak akan terbeban dengan harga tiket yang tinggi di samping meningkatkan hasil jualan tiket.

Perkara ini juga akan membolehkan lebih banyak konsert diadakan dan seterusnya memberi dengan izin, spillover effect kepada ekonomi negara apabila lebih ramai yang akan datang untuk menonton terutama pelancong-pelancong asing. Ini akan dapat memberi banyak faedah kepada semua yang terlibat dalam industri kreatif termasuk para pengguna, artis, penganjur konsert, pemilik syarikat-syarikat yang mengusahakan transport dengan izin, dan lain-lain lagi.

Pengurangan kadar duti hiburan ini turut mengambil kira perbandingan di antara negara-negara jiran yang rata-ratanya mengenakan kadar duti hiburan antara kosong sehingga 15 peratus sahaja. Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) adalah merupakan sebuah pusat setempat yang menerima dan memproses permohonan bagi persembahan yang melibatkan artis luar negara dan penggambaran filem dari luar negara yang ingin membuat penggambaran di Malaysia.

final • 5:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ya.

final • 5:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Sedikit saja. Pertama sekali, saya rasa penambahbaikan melalui pengurangan cukai hiburan adalah perkembangan yang sangat baik kerana ini dapat menjadikan Malaysia sebagai destinasi tumpuan dan kita tidak perlu lagi– rakyat kita keluar ke Singapura, Indonesia atau Thailand.

Tapi persoalan tambahan saya, adakah pengurangan cukai hiburan ini turut akan dilaksanakan kepada filem tempatan yang kini saya difahamkan akan dapat bantuan geran daripada kementerian tetapi geran saja tidak mencukupi kerana mereka tetap akan dikenakan cukai hiburan 25 peratus bagi filem-filem tempatan apabila ia ditayangkan di pawagam. Adakah pengurangan cukai hiburan ini turut akan dikenakan kepada industri pengeluar filem tempatan. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik. Terima kasih, insya-Allah saya akan– saya telah meminta pihak FINAS untuk mengadakan satu bengkel pertemuan dengan dipanggil MAFE yang merupakan persatuan pempamer-pempamer pawagam, pengusaha pawagam yang mempunyai lesen pempamer dari FINAS. Jadi, insya-Allah ini antara perkara yang akan dibincang dan akan dibawa balik kepada saya, insya-Allah. Saya teruskan. Jawatankuasa PUSPAL terdiri daripada 16 agensi kerajaan yang diurusetiakan oleh unit PUSPAL di bawah KKD akan bermesyuarat secara berkala bagi menyemak dan mempertimbang permohonan-permohonan yang dikemukakan bersandar kepada garis panduan PUSPAL, GPP yang sedang berkuat kuasa yang pada waktu ini merupakan GPP Cetakan ke-5.

final • 5:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

GPP yang diterbitkan adalah bertujuan untuk menjelaskan dasar kerajaan berhubung penggambaran filem asing dan persembahan artis luar negara; tatacara permohonan bagi penggambaran filem asing dan persembahan artis luar negara dan; peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi bagi tujuan mendapat kelulusan penggambaran filem asing dan persembahan artis luar negara.

Antara peraturan yang perlu dipatuhi termasuk kod etika persembahan artis luar negara dan penggambaran filem asing; perkara yang dibenarkan dan dilarang semasa persembahan serta etika berpakaian bagi artis luar negara lelaki dan wanita. GPP ini sedang ditambah baik bagi memastikan insiden seperti kumpulan The 1975 yang telah melanggar peraturan persembahan yang telah termaktub dalam GPP seperti meminum arak, mempertontonkan aksi melampau serta memperlekeh undang-undang negara tidak berulang lagi.

Antara perkara yang diambil kira dalam penambahbaikan GPP adalah elemen pengurusan insiden. Elemen pengurusan insiden adalah merujuk kepada tindakan serta merta yang boleh diambil oleh PUSPAL dan agensi-agensi penguatkuasaan ke atas pelanggaran peraturan GPP terhadap penganjur dan artis luar negara.

Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Alor Setar mencadangkan supaya Alor Setar– Alor Setar ada? Tak ada. Baik saya akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Ledang, ada? Baik. Yang Berhormat Ledang bertanya usaha untuk memperkasa dan memanfaatkan Pusat Ekonomi Digital ataupun PEDi. Bermula 2021, transformasi digital menjadi fokus utama di PEDi supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri menerusi pelbagai program latihan yang ditawarkan di PEDi agar dapat terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi digital serta menambah pendapatan mereka.

Setakat 31 Oktober 2023, terdapat 911 PEDi di seluruh negara yang mana terdapat 1.3 juta pengguna yang menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PEDi-PEDi ini. Menerusi inisiatif yang dijalankan di PEDi bersama rakan- rakan strategik MCMC seramai 26,113 usahawan telah dibimbing untuk mendigitalkan perniagaan mereka menerusi platform e-dagang dengan nilai jualan yang dicatat sebanyak RM47.8 juta pada 2021 dan 2022.

Justeru itu, PEDi mampu memainkan peranan yang penting dalam membantu usahawan mikro dan kecil menyertai ekonomi digital. Contohnya, beberapa PEDi seperti di Felda Lenga, Johor; Felda Seri Jaya, Felda Sri Ledang; Kampung Gemang di Kelantan; Guchil di Kelantan dan Felda Soeharto di Selangor telah pun menyediakan capaian Internet dengan kelajuan 800Mbps bagi memenuhi keperluan komuniti setempat khususnya dalam meningkatkan penglibatan dalam ekonomi digital.

final • 5:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Parlimen kita punya kelajuan berapa Puan Yang di-Pertua? Kelajuan Internet kita.

Ada 800?

[Ketawa] Jadi cuba bayangkan Ahli-ahli Yang Berhormat, Felda Soeharto mempunyai kelajuan yang selaju, kalau tak lebih laju daripada Parlimen kita sendiri. Ya Yang Berhormat Ledang.

final • 5:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Menteri. Puan Timbalan Yang di-Pertua, berkenaan dengan PEDi ini, saya sebenarnya lihat memang ada potensi yang cukup luas kerana memang ada seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, 911 PEDi di seluruh negara. Saya difahamkan PEDi ini bersifat satu DUN satu PEDi tak silap saya. Di tempat saya sendiri di kawasan Parlimen Ledang, kita ada three plus one. Maksudnya satu lagi itu sebenarnya di Parlimen Pagoh, tetapi diletakkan di dalam kategori bawah Parlimen Ledang, mungkin kerana daerah. Saya punya pandangan berkenaan dengan PEDi ini, saya rasa mesti ada sesuatu sasaran yang lebih apa yang dipanggil ini, lebih strategik supaya PEDi-PEDi ini berfungsi dengan lebih baik.

Saya akui bahawa dari segi apa yang dipanggil speed dan sebagainya itu, di pusat-pusat ini berjalan dengan baik. Cuma, kita lihat fungsi PEDi itu tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan tidak setara di tempat-tempat yang lain. Maksudnya mungkin di bandar dia berjalan dengan baik, tetapi di luar bandar dia hidup segan, mati

final • 5:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

tak mahu. Jadi maksudnya, kita kena letakkan satu sasaran. Saya bagi contoh, pernah saya sebutkan perkara ini kepada Timbalan Menteri jawapan iaitu supaya setiap PEDi ini diberikan sasaran.

Di Melaka contohnya, saya difahamkan mereka meletakkan sasaran bahawa mesti PEDi mengeluarkan lima orang usahawan setahun, melahirkan lima orang usahawan setiap PEDi setahun. Jadi, ada sasaran yang jelas. Kemudian, ada program yang dibuat di luar PEDi, bukan hanya di PEDi sahaja. Mereka menjelajah ke luar. Kalau kawasan kampung itu kawasan daerah ataupun mukim itu, mereka keluar untuk dapatkan sokongan atau dukungan daripada komuniti. So, saya ingat perkara ini kalau boleh kita teliti lebih baik lagi untuk mengeluarkan hasil daripada kalangan komuniti. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Menteri, terima kasih Ledang. Saya bersetuju secara dasar apa yang berlaku di Ledang sebab kadang-kadang PEDi yang ada di kawasan contoh Kuala Krau, dari segi pedalaman, dia tidak bersifat untuk digunakan bagi membantu golongan-golongan yang sepatut memerlukan kelajuan untuk memasarkan produk dan sebagainya. Saya kira contohnya PEDi ini juga mestilah proaktif, bukan menunggu orang datang, tetapi dia yang mencari. Saya bersetuju sangat untuk meletakkan. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat.

Memang saya setuju. Sebenarnya dalam rangka lawatan saya ke beberapa negeri dalam lawatan ke pusat-pusat ekonomi digital ini dengan izin, success storynya sangat-sangat membanggakan. Sebagai contoh, saya melawat satu PEDi di Kampung Temangan dalam Parlimen Machang, Kampung Temangan PEDi itu, ada seorang yang pengusaha akok.

Sebelum beliau memahami cara untuk membuat pemasaran secara online, dalam talian, pendapatan bulanan adalah RM7,000.

Tapi setelah beliau memahami cara untuk memasar online, pendapatan bulanan beliau meningkat menjadi RM15,000. Di Morib, saya bertemu dengan seorang kakak yang mengusahakan bakery dan beliau memaklumkan bahawa pendapatan bulanan beliau mencecah lebih berpuluh-puluh ribu ringgit. Tak payah datang ke Shah Alam, tak payah berniaga di Ampang, dari Morib sahaja.

Bermaksud Puan Yang di-Pertua, sebenarnya ekonomi digital ini mampu benar- benar membantu golongan yang paling memerlukan, yang bersedia untuk menjadi usahawan. Cuma, kita perlu pastikan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ledang tadi, ia ditujukan terus kepada mereka dan diubah sedikit fungsi PEDi ini. Inilah antara sebab kenapa insya-Allah pada 29 November nanti, kita akan adakan bersama MCMC, satu hari PEDi di PICC di mana kita akan kumpulkan semua pengurus 911 PEDi ini untuk memaklumkan hala tuju yang baru di mana PEDi akan menjadi pemangkin ekonomi digital setempat. Yang Berhormat Ampang.

final • 5:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya amat gembiralah bila mendengar fungsi yang akan ditambah baik untuk PEDi-PEDi ini. Saya rasa satu hari nanti Yang Berhormat Menteri juga perlu datang ke Ampang iaitu satu PEDi yang saya bila dengar saja hari itu masa dicerita tentang PEDi, PEDi Flat Taman Dato Ahmad Razali rupanya tidak berfungsi, tidak berfungsi. Jadi apa yang saya hendak utarakan, sejauh mana kita dapati PEDi-PEDi yang 911 ini mana yang beroperasi, mana yang tidak beroperasi?

Sebab pada saya, kalau fungsi itu nak ditambah baik, saya nak mencadangkan supaya bukan sahaja melihat tentang keusahawanan sebab contohnya di Ampang, disebabkan PEDi ini berada di bawah, di kawasan rendah, fungsi dia untuk membantu anak-anak pelajar-pelajar kita di sekolah pun bagus. Maknanya dia memahami atau penggunaan digital, komputer-komputer digital itu lebih bagus untuk dimanfaatkan. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri, ringkas.

final • 5:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat — Ya sila.

final • 5:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasihlah atas usaha Yang Berhormat Menteri untuk membantu PEDi di Machang. Cuma, saya harap kementerian dapat bantu percepatkan capaian Internet di kawasan Temangan itu memang bermasalah. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Betul. Terima kasih. Insya-Allah saya akan sentuh sebentar lagi dan isu-isu yang kita hadapi. Saya dimaklumkan kelajuan Internet di Parlimen adalah 800Mbps, manakala di bangunan-bangunan berdekatan 500Mpbs. Maksudnya di FELDA Soeharto, Internet di Felda Soeharto lagi laju daripada bangunan Ahli-ahli Parlimen. Itulah perubahan yang sedang berlaku dan saya percaya insya-Allah, dengan Internet yang lebih laju, lebih murah, lebih stabil, lebih baik dengan pengamatan tentang manfaat yang boleh kita peroleh daripada ekonomi digital dan diselesaikan isu-isu seperti Yang Berhormat Ampang sebutkan tadi, insya-Allah saya percaya kita boleh bawa satu dengan izin, game changer terutama dalam pembangunan ekonomi digital.

Puan Yang di-Pertua, saya nak ambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan selamat ulang tahun ke-25 kepada MCMC. Hari ini 25 tahun yang lalu, MCMC telah ditubuhkan. Jadi, selamat ulang tahun MCMC.

[Tepuk] Cuma, tolong selesaikan segera kita punya masalah Internet ya.

[Ketawa] Insya-Allah, saya percaya mereka akan lakukan.

Jadi saya sebut tadi 29 November, kita akan ada Persidangan PEDi 2023 di Putrajaya.

Jadi, insya-Allah, di situ kita akan umumkan hala tuju yang baru untuk pusat-pusat ekonomi digital untuk memangkin pertumbuhan ekonomi digital setempat.

final • 5:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Yang Berhormat Pasir Mas, ada? Tak ada? Baik, saya akan menjawab...

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ya?

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Nak patah balik pasal MCMC ini.

final • 5:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Haa.

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Dia pautan dia lari sikit, tapi ada kaitan dengan MCMC. MCMC adalah agensi penguatkuasaan dan pelaksanaan apa jua berkenaan dengan Internetlah. Kita kebelakangan ini kita dengar daripada Menteri sendiri sebut adanya masalah dengan sesetengah jenis punya censorship yang berlaku dalam sesetengah portal yang bernama TikTok. Dengan — Perkara ini pun saya telah bawa, ada satu hantaran, satu posting dekat TikTok yang berkenaan dengan konflik yang sedang berlaku oleh Rejim Zionis di Israel ke atas orang Palestin dah lepas 1.3 million views, tiba- tiba dipancung views-nya sehingga hanya baki 500. Apa benda ini?

final • 5:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik.

final • 5:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Adakah MCMC dapat memberi sedikit penjelasan, adakah mereka mempunyai kuasa untuk buat perkara ini dan kenapa benda ini boleh berlaku?

final • 5:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik. Saya akan jawab. Kita ada satu segmen khusus nanti, nanti saya akan sentuh sebab ada beberapa perkara penting yang perlu kita sebut sebentar lagi.

Jadi Yang Berhormat Parit Sulong, tidak ada? Saya akan jawab secara bertulis.

Yang Berhormat Petaling Jaya, tak ada? Kita jawab secara bertulis. Yang Berhormat Indera Mahkota, ada ya? Yang Berhormat ada bangkitkan tentang kedudukan ekonomi digital Malaysia. Ya, saya nak ucapkan terima kasih atas hujah Yang Berhormat telah lontarkan. Malaysia terus tersenarai sebagai negara kedua paling berdaya saing di rantau ASEAN dan secara konsisten berada dalam kedudukan teratas dalam kalangan negara dengan tahap pendapatan yang sama.

Sebagai contoh, Malaysia berada di tangga kedua untuk pendapatan pertengahan atas dengan izin, upper-middle income untuk Indeks Kesediaan Rangkaian dengan izin, Network Readiness Index dan juga Indeks Inovasi Global (Global Innovation Index).

final • 5:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Berdasarkan kepada Indeks Daya Saing Digital Dunia (World Digital Competitiveness Index), kedudukan Malaysia telah terbukti kukuh dengan penghasilan bakat-bakat dalam bidang sains dan penyelidikan terutama di kalangan wanita. KKD melalui MDEC bertekad untuk merealisasikan iltizam dalam membangunkan ekonomi digital serta membolehkan Malaysia menjadi hab digital Asia.

Pada tahun 2022, MDEC telah melancarkan Dasar Perkongsian Data Nasional dengan izin, National Data Sharing Policy bagi mewujudkan ekosistem data yang holistik di samping memperkenalkan inisiatif mydigitalmaker dan Premier Digital Tech Institutions

(PDTIs) bertujuan untuk membawa teknologi digital ke dalam pendidikan Malaysia dari peringkat rendah ke pengajian tinggi.

final • 5:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Pada Julai tahun lalu, kerajaan telah memperkenal Malaysia Digital sebagai inisiatif strategik negara yang baharu untuk menggalakkan dan menarik syarikat, bakat dan pelaburan bagi membolehkan rakyat dan peniaga memainkan peranan utama dalam ekonomi digital. Sehingga separuh tahun pertama 2022, syarikat-syarikat Malaysia Digital telah mencatatkan pelaburan digital berjumlah RM450 bilion. Manakala jumlah eksport yang dicatatkan adalah sebanyak RM257 bilion. Syarikat-syarikat ini juga telah menyumbang kepada 216,404 pekerjaan baharu dan sebanyak 87 peratus daripada jawatan tersebut diisi oleh bakat digital tempatan.

MDEC juga telah menstruktur kaedah-kaedah bagi mencapai sasaran yang dihasratkan kerajaan melalui pelaksanaan Program Mangkin Malaysia Digital atau PEMANGKIN. Program PEMANGKIN ini merupakan sebuah program berimpak tinggi yang memfokuskan kepada penambahbaikan sembilan sektor tumpuan yang melibatkan nilai pelaburan sebanyak RM1 bilion yang bakal menjana sehingga 49,000 peluang pekerjaan menjelang 2025.

Melalui dasar yang kondusif dan kerjasama strategik dengan organisasi sektor awam dan swasta, program PEMANGKIN ini mampu mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital di negara ini untuk mencapai sasaran menjelang 2030 seiring dengan sasaran negara di bawah kerangka Ekonomi Madani, Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

Yang Berhormat Larut tak ada, saya akan jawab secara bertulis. Kembali kepada isu yang dibangkitkan tadi mengenai TikTok. Yang Berhormat Segamat juga ada bangkitkan keperluan untuk menyekat akaun TikTok ataupun menyekat TikTok shop. Jadi, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KKD melalui MCMC telah melaksanakan sesi libat urus dengan penyedia platform TikTok secara berterusan bagi mendapatkan komitmen dan kerjasama di dalam mengawal penyebaran kandungan-kandungan yang melanggar undang-undang negara.

Dari 1 Januari sehingga 30 September, MCMC dengan kerjasama pihak TikTok telah menurunkan sebanyak 2,783 kandungan di platform TikTok yang didapati oleh TikTok sebagai melanggar kesalahan ataupun melakukan kesalahan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak platform sendiri atas perlakuan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.

Selain itu, tindakan-tindakan penguatkuasaan turut diambil ke atas pihak atau pengguna yang didapati memuat naik kandungan yang melanggar undang-undang di platform berkenaan bagi mengawal dan mengekang penularan kandungan yang menyalahi undang-undang. Tindakan ini adalah berpaksikan peruntukan undang-undang sedia ada serta berdasarkan aduan daripada masyarakat awam serta pihak yang terkesan.

Berkaitan cadangan sekatan ke atas platform TikTok shop, perkara ini sedang diteliti dan siri libat urus sedang malah insya-Allah, esok Yang Berhormat Timbalan Menteri akan mengadakan pertemuan dengan pihak TikTok di mana kita akan mendapat pandangan dari mereka tentang sejumlah perkara kerana pada waktu ini memang benar, kita belum ada sebarang keputusan atau pendirian oleh pihak kerajaan berhubung sekatan terhadap TikTok shop. Belum lagi.

final • 6:00 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat, boleh tanya soalan? Dari Segamat.

final • 6:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ya silakan.

final • 6:00 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Baik, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Ini ada dua isu yang saya ingin membangkitkan. Pertama, adalah berkenaan dengan content iaitu yang dikawal oleh MCMC supaya content yang melanggar our local law and orders dan soalan yang penting saya bangkitkan adalah berkenaan ekosistem TikTok itu sendiri kerana saya cuma nak dengar juga pandangan ataupun sahkan perkara ini.

Di negara China ada satu Undang-undang Perisikan Kebangsaan China 2018 yang terdapat bahagian yang menyatakan bahawa, “Mana-mana organisasi atau rakyat hendaklah menyokong, membantu dan bekerjasama dengan tugas perisikan negara mengikut undang-undang yang merangkumi syarikat yang berpangkalan di China termasuklah ByteDance”. Itu bermaksud mana-mana syarikat yang pemilik syarikat China ini berada di luar negara, mereka ada akses kepada database kita. Kita boleh lihat sampai hari ini, Macau Scam masih wujud lagi dan data-data itu orang-orang kita daripada rakyat Malaysia.

Saya khuatir dan juga membangkitkan soalan tentang cybersecurity through the TikTok system yang kita ada ini. Ia juga boleh mengancam keselamatan. Kita lihat ada beberapa negara hanya banned TikTok kepada device kerajaan sahaja supaya database itu tidak digodam dan sebagainya tetapi juga perlu diberi perhatian kepada device, device yang digunakan oleh rakyat di mana dia ada geolocation dia, database dan segalanya boleh diekstrak. So, saya nak dengar juga pandangan berkenaan dengan undang-undang yang ada di negara China dan juga bagaimana kita nak mengawal ekosistem TikTok ini.

Terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat.

Memang, memang benar Puan Yang di-Pertua, kalau kita lihat di pelbagai negara mempunyai strategi ataupun undang-undang yang– dan cara menangani isu ini dengan cara yang berbeza.

Sebagai contoh di Amerika Syarikat dilarang penjawat awam dan juga anggota pentadbiran dari memuat turun aplikasi tersebut, aplikasi TikTok ke dalam peranti rasmi mereka. Di beberapa negara lain, sebagai contoh India, empat tahun sudah dia dah banned TikTok. Jadi langsung tidak ada TikTok di India. Di Indonesia, mereka telah melarang penggunaan TikTok shop. Jadi, bagi Malaysia, kita ada keadaan yang tertentu, undang-undang kita yang tersendiri dan juga cabaran-cabaran yang mungkin unik kepada negara kita.

Jadi, pihak KKD sedang meneliti semua perkara dan akan insya-Allah mengadakan sesi libat urus termasuk dengan kementerian-kementerian yang lain dalam meneliti tindakan yang paling sesuai untuk kita ambil. Walau bagaimanapun, sukacita saya maklumkan terdapat beberapa perkara yang sedang dipertimbang termasuk kemungkinan mewajibkan pendaftaran bagi penyedia perkhidmatan platform media sosial. Jadi, sekiranya ke arah itu, maka insya-Allah beberapa perkara seperti yang Yang Berhormat sebutkan tadi itu, kemungkinan akan lebih terkawal.

final • 6:00 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Kalau boleh sikit. Saya okey dengan jawapan itu. Pada saya penting kita buat keputusan berdasarkan kepentingan kita dan keperluan kita. Cuma mungkin boleh difikirkan kemudian sebab antara yang juga harus dilihat ialah apa yang dipanggil international governance untuk Internet dan sebagainya.

Bermula pada 2015, PBB dia ada government expert group yang cuba mencadangkan perkara-perkara yang harus dipatuhi oleh negara-negara anggota. China bagi dia punya counterbalance dan EU pun ada. Tentu Yang Berhormat sedia maklum, Menteri-menteri Telekomunikasi ASEAN pun ada pandangan. Jadi saya harap ini diambil kira sekali dalam maksud Yang Berhormat kita buat keputusan itu berdasarkan keperluan kita. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik, terima kasih Yang Berhormat.

Memang benar kita mengambil kira dari pelbagai sudut pandang dan mengambil maklum tentang sama ada dapatan ataupun hasil daripada perbincangan dan juga khususnya di peringkat ASEAN sebagai contoh. Insya-Allah pada bulan Februari tahun depan akan diadakan Mesyuarat ASEAN Digital Ministers Meeting (ADGMIN), dengan izin di Singapura.

Antara perkara yang memang telah dibincangkan sebelum ini dan akan terus hangat dibincangkan adalah aspek keselamatan data, aspek tentang bagaimana dari satu sudut pandang. Berbeza dengan Kesatuan Eropah (European Union), ASEAN tidak mempunyai dengan izin, GDPR equivalent yang menjadi rejim ataupun protokol tentang dengan izin, data sharing.

Jadi, ini antara perkara-perkara kelompangan, kekangan. Oleh sebab antara lain kita pun faham ASEAN ini adalah bersifat polyglot, dengan izin. Pelbagai, rencam. Kita ada dari Singapura hinggalah ke Myanmar. Inilah bagi saya seperti yang saya sebutkan tadi, Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat, yang bebas, neutral, kita akan buat keputusan berdasarkan kepentingan negara kita. Jadi, insya-Allah kita akan ambil maklum pandangan sebelum kita buat keputusan nanti.

Yang Berhormat Kluang, ada? Tak ada tetapi ini perkara penting kerana ia menyentuh– ada, ada. Baik, baik. Okey, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat ada bangkitkan isu iklan judi yang berleluasa di media sosial. MCMC sentiasa bekerjasama dengan PDRM dalam aspek bantuan teknikal, pembekalan maklumat, forensik digital serta penyekatan laman sesawang berunsur perjudian dalam talian bagi mengekang perkara ini. Tindakan pencegahan yang dijalankan melalui MCMC adalah dengan melaksana tindakan sekatan akses ke atas laman sesawang judi dalam talian.

Dari 1 Januari sehingga 30 September, sejumlah 1,143 laman web judi dalam talian telah disekat berdasarkan permohonan rasmi PDRM atas kesalahan di bawah Akta 589.

final • 6:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Dalam menangani isu berkaitan perjudian dalam talian khusus di Platform Meta atau dengan lebih tepat Facebook yang diuruskan dan dikendalikan oleh Meta, tindakan penurunan kandungan turut dilaksanakan oleh pihak Meta. Dari 1 Januari sehingga 30 September tahun ini MCMC dengan kerjasama Meta yang merangkumi aplikasi Facebook, Instagram dan WhatsApp telah menurunkan sejumlah 7,844 kandungan berkaitan perjudian atas pelanggaran garis panduan yang ditetapkan oleh Meta serta kesalahan di bawah undang-undang Malaysia.

Walau bagaimanapun, kerajaan mahupun KKD masih sangat tidak berpuas hati dengan tahap kerjasama pihak Meta yang sangat tidak memadai. Oleh itu, KKD melalui MCMC telah mengadakan perbincangan untuk mendapatkan kerjasama penuh daripada Meta bagi memastikan masalah judi dalam talian dapat diatasi dengan lebih berkesan, dengan lebih menyeluruh, dengan sebagai contoh menggunakan kecerdasan buatan ataupun AI.

Antara kerjasama yang diminta ialah komitmen pelaksanaan tindakan penurunan kandungan dalam tempoh masa yang pantas, bukan berhari-hari tetapi kalau boleh dalam masa beberapa jam, terutama dalam isu judi dalam talian.

final • 6:10 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

[Bangun]

final • 6:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Sila.

final • 6:10 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih, Menteri atas maklum balas tadi, sangat memanfaatkan tetapi salah satu masalah dengan Facebook ini adalah mereka tidak minta semua yang buat iklan tersebut, iklan judi, isytiharkan maklumat-maklumat peribadi. Padahal di seluruh dunia khususnya di Malaysia apabila kita ahli politik hendak iklankan isu sosial ataupun untuk pilihan raya, kita diminta isytiharkan makluman peribadi, nombor telefon, alamat dan sebagainya.

final • 6:10 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Akan tetapi orang yang buat iklan judi tanpa isytiharkan apa-apa maklumat pun dan mereka boleh terus buat iklan. Sebenarnya saya sudah buat kajian di negara lain contohnya di Europe, Eropah mereka ada garis panduan. Jadi, boleh tidak kita minta Meta ke atas semua orang yang hendak buat iklan ini isytiharkan khasnya untuk sekat iklan judi online. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

final • 6:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih, Yang Berhormat.

Sebelum Yang Berhormat Machang, saya setuju dan kita tidak akan minta, kita akan arahkan.

[Tepuk] Tetapi ini boleh dilakukan, terima kasih Yang Berhormat Bangi. Ini boleh dilakukan tatkala kita memastikan platform-platform media sosial ini berdaftar dengan di negara kita. Pada waktu ini tidak ada.

Jadi, kita perlu pastikan mereka berdaftar supaya mereka faham bahawa untuk mereka beroperasi dan berniaga dalam negara kita, mereka perlu patuh, mereka wajib patuh kepada undang-undang kita dan ikut arahan. Jadi, masalah ini seharusnya tidak di– perlu diselesaikan dengan segera. Ya, Machang.

final • 6:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya hendak kaitkan dengan apa yang berlaku ini berkenaan dengan jawapan bertulis Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tentang pemilikan 100 peratus Starlink oleh ekuiti asing tanpa ada pegangan daripada tempatan. Dikatakan mempunyai manfaat kepada negara tetapi kalau itu yang berlaku bagaimana dengan peranan MCMC untuk regulate dengan izin, content, apa sahaja perkara yang Starlink bawalah?

Kita tidak pegang highway ini, dengan izin. Jadi macam mana dasar kerajaan untuk memastikan daripada segi siber sekuriti sebab saya difahamkan Starlink tidak mempunyai penyulitan data, dengan izin data encryption untuk membantu pengguna konsumer lah. Jadi apa jawapan Menteri?

final • 6:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih, Yang Berhormat. Jadi sebagai penjelasan Starlink bukan satu-satunya syarikat yang mempunyai 100 peratus pegangan asing. Ada beberapa syarikat yang lain dan perkara ini telah kita sebut dalam Dewan seperti NTT Docomo dan beberapa yang lain. Walau bagaimanapun, dalam syarat-syarat lesen tersebut ada dinyatakan bahawa pihak Starlink perlu akur dengan peraturan dan juga undang-undang dalam negara kita.

final • 6:10 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

[Bangun]

final • 6:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Untuk makluman Yang Berhormat juga, dari segi teknikal sebenarnya pihak Starlink juga relay nya adalah dengan izin, melalui getaway yang diusahakan oleh pihak Telekom Malaysia. Jadi, di situ kita ada aspek kawal selia yang boleh MCMC manfaatkan. Julau...

final • 6:10 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih, Menteri. Saya pun ada satu soalan berkaitan dengan Starlink. Boleh saya memohon jawab? Terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Tidak bolehlah minta 30 Starlink untuk kawasan anda.

final • 6:10 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Tidak boleh 30, 20 pun boleh.

[Ketawa]

final • 6:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

[Ketawa] Minta 20 dia, kalau semua hendak 20, Allah. Baik, terima kasih.

[Ketawa]

final • 6:10 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Kerana kawasan pendalaman.

final • 6:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

[Ketawa] Saya akan bincangkan, kita PM tepi nanti tetapi kita...

final • 6:10 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Indera Mahkota tidak perlu kot. Baik, tidak apa, insya-Allah kita akan teliti. Baik, saya hendak pergi ke Yang Berhormat Tasek Gelugor, ada? Tetapi ini perkara penting kerana menyentuh tentang isu kebebasan media.

Untuk makluman Dewan, KKD sentiasa menyokong prinsip kebebasan media serta menjamin hak kebebasan bersuara rakyat melalui fasal (1)(a) Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Walau bagaimanapun, kebebasan bersuara tidak membawa maksud seseorang individu boleh membuat tohmahan, fitnah, mengeluarkan kata-kata kesat ataupun kebencian terhadap institusi Raja mahupun memperlekeh agama atau berbaur perkauman seperti yang telah dijelaskan oleh Menteri Dalam Negeri tadi.

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 tidak pernah bertindak untuk mengehadkan kebebasan media selagi mana penggunaan media elektronik tidak melanggar peruntukan perundangan di bawah Akta 588. Khususnya di bawah peruntukan seksyen 211 dan 233. Akta ini hanya terpakai bagi media dalam talian dan tidak merangkumi media cetak. Bagi media cetak ia tertakluk kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di bawah bidang kuasa KDN.

MCMC menjalankan tugas dan tanggungjawab serta fungsi-fungsinya berdasarkan peruntukan di bawah Akta 588. Salah satu tanggungjawab perundangan utama MCMC adalah untuk memastikan bahawa platform dalam talian tidak diguna pakai untuk sebarang perlakuan atau percubaan melakukan pelanggaran di bawah undang- undang bertulis Malaysia.

final • 6:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya soalan?

final • 6:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Sila.

final • 6:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Bercakap tentang media ini, saya tahu ada perancangan dan perbincangan untuk mengadakan Majlis Media atau Malaysian Media Council ini dan sebenarnya perbincangan ini sudah lama sejak tahun 2018-2019 dan sebagainya tetapi sekarang ini saya melihat bahawa seperti mana kita mungkin we are not fast enough untuk mewujudkan Majlis Media ini.

Sebab saya tengok bahawa sebenarnya kita tidak perlu reinvent the wheels sebab kita sudah tengok banyak lagi jurisdiction dekat tempat lain yang sudah ada Media Council ini. Sebab kalau kita hanya bergantung kepada SKMM, kita mungkin akan dapat satu situasi yang mana setiap kali ada isu SKMM masuk dan kemudian dikatakan bahawa ini adalah interference daripada pihak kerajaan. Mungkin boleh bagi sedikit komen, Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih, Yang Berhormat. Jadi saya setuju.

final • 6:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

[Bangun]

final • 6:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Sebenarnya kita dalam perancangan untuk membawa rang undang-undang ini ke Parlimen. Insya-Allah menjelang awal tahun depan ataupun setidak-tidaknya pertengahan tahun depan dalam sama ada Mesyuarat Pertama atau Kedua bagi 2024. Masa tidak banyak, jadi saya bagikan sebentar satu, dua.

final • 6:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri di atas penerangan sebentar tadi tentang kebebasan media. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah Yang Berhormat Menteri ataupun pihak kerajaan hendak mengawal tentang persepsi di kalangan rakyat bahawa hari ini mereka melahirkan kerisauan, kebimbangan dan juga perasaan yang bercampur baur disebabkan oleh pelbagai faktor.

Antara salah satu yang dilemparkan ialah kegagalan hak kerajaan pada hari ini untuk menangani beberapa isu penting dalam masalah negara kita. Keterbukaan ataupun platform yang mereka ada hanyalah melalui sosial media. Pernah suatu ketika saya kasihan juga kepada Yang Berhormat Menteri apabila Yang Berhormat Menteri telah pun

final • 6:10 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

dikecam apabila statement Yang Berhormat Menteri hendak menghantar kereta peronda di hadapan rumah itu telah pun mendapat response yang agak negatif di kalangan netizen. Jadi, bagaimanakah kerajaan ingin mengawal persepsi di kalangan masyarakat bahawa kerajaan tidak menggunakan kuasa, menyalahgunakan kuasa dengan apa peruntukan yang sedia ada untuk menahan ataupun berlaku tidak adil kepada masyarakat di luar. Itu yang saya ingin tanya, terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Yang akhir sebelum saya gulung ya.

final • 6:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan editorial berkenaan dengan laporan berita daripada luar contohnya tentang Palestin. Saya dapati banyak lagi media-media tempatan kita dalam bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris yang melaporkan kejadian di Palestin itu dengan beberapa perkara tidak tepat.

Contohnya Hamas dikategorikan sebagai militan. Ini bertentangan dasar luar yang kita pegang tentang Hamas. Jadi kenapa kita biarkan, kena tegur editor-editor ini, satu. Kedua, saya tidak dengar lagi Yang Berhormat Menteri bahas tentang DNB ini. Kami tunggu setengah jam ini tidak ada sebut pasal DNB. Sempat kah hendak jawab soal DNB?

final • 6:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Saya rasa masa tidak cukup tetapi mungkin boleh saya sentuh sedikitlah. Baik. Jadi, menjawab tentang beberapa perkara yang telah dilontarkan, saya pohon boleh ekstra lima minit, Tuan Yang di-Pertua? Boleh ya? Terima kasih.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh.

final • 6:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik, jadi menjawab tentang isu persepsi, kerajaan tidak menghalang rakyat daripada memanfaatkan media sosial. Isunya sekarang the ecosystem media sosial itu sendiri ada beberapa masalah. Contoh, ia banyak disalah guna oleh scammer untuk merompak, mencuri duit rakyat. Jadi perkara ini satu perkara yang perlu kita tangani secara keseluruhan.

Kedua, walau bagaimanapun, walaupun kita ada hak untuk menyampaikan pandangan tetapi ia mesti berasaskan kepada fakta ya. Sukacita saya maklumkan sebagai contoh, sehingga hari ini sepanjang saya berkhidmat, setakat ini belum ada seorang wartawan pun yang telah ditangkap, ditahan dan dikenakan apa-apa tindakan seperti itu dan tidak ada alhamdulillah, Menteri Dalam Negeri walaupun beliau tidak ada, tidak ada satu akhbar pun surat khabar yang dilesenkan yang telah ditutup.

Jadi alhamdulillah. Jadi kita tahu, kita faham rakyat mempunyai hak untuk bersuara dan kita raikan. Cuma janganlah sehingga menyentuh isu 3R, tidak menghormati institusi Raja-raja dan beberapa perkara yang dilarang. Jadi itulah jawapannya.

Untuk isu DNB, sukacita saya maklumkan saya telah bertemu dengan pihak DNB, juga syarikat-syarikat telco yang diwakili oleh CEO-CEO mereka pada jam 2.30 petang tadi dan kita telah memberikan satu kata putus mengenai tarikh untuk tandatangan Share Subscription Agreement (SSA) yang kita harap dapat dilakukan dalam bulan ini insya- Allah bergantung kepada beberapa keputusan yang perlu mereka rujuk kepada board masing-masing. Mungkin ada soalan-soalan susulan.

final • 6:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya, bila CEO DNB baru nak dilantik?

final • 6:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Itu akan di umum oleh - daripada strukturnya, ia adalah di bawah MOF, Kementerian Kewangan. Jadi saya serah kepada Kementerian Kewangan untuk uruskan.

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Last Speaker. Sedikit. Yang Berhormat saya dengar jawapan Yang Berhormat itu daripada luar dengan hebat. Saya terima kasih tetapi sekarang ini Yang Berhormat ada sedikit persepsi. Persepsinya ialah Yang Berhormat ini macam mengugut oranglah, gunakan polis nak tangkap dan sebagainya. Padahal Yang Berhormat ini seorang yang tidak wajar dikaitkan dengan

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

benda itu, tetapi sekarang kalau sebut Menteri Komunikasi, dia kata nanti diambil, polis tangkap. Jadi bagaimana nak hapuskan persepsi itu? Itu saja, yang lain okey.

final • 6:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Sekali-skala ada persepsi bad boy tidak apa juga kan. Betul, terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya hargai keprihatinan Yang Berhormat Arau terhadap persepsi umum kepada diri saya, alhamdulillah. Saya hanya menjalankan tugas selagi mana diperlukan. Bagi saya yang paling penting tugas itu dijalankan, termasuklah untuk menyiapkan isu 5G sehingga mencapai 80 peratus bagi DNB. Insya-Allah setakat hujung September telah mencecah 70.2 peratus. Insya-Allah menjelang hujung tahun kita akan capai 80 peratus. Itu yang paling penting.

Saya ingin sentuh satu perkara Puan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada 23 hingga 25 Oktober yang lalu, pihak MCMC telah membuka kaunter untuk aduan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Alhamdulillah ramai Ahli Yang Berhormat yang telah memanfaatkan untuk menyampaikan 56 aduan. Itu baik kalau dibandingkan dengan bulan Mac terdapat lebih 600 aduan.

Jadi, terdapat penurunan dan alhamdulillah banyak daripada aduan yang telah dipanjangkan pada bulan Mac yang lalu telah, serba sikit, bukan serba sikit, hampir kebanyakannya telah selesai. Tetapi saya ingin pohon bantuan Ahli-ahli Yang Berhormat kerana tempoh hari ada disediakan dossier. Jadi kita telah siapkan dossier. disebutnya Ahli Parlimen Machang, boleh ambil dossier. nanti dari saya. Ini juga Ahli Parlimen Marang boleh ambil dossier. kerana dalam dossier ini, dalam fail ini ada dinyatakan isu-isu, perkara-perkara yang telah dicapai di kawasan di Parlimen masing-masing. Jadi, insya- Allah nanti kita akan dengan ya Yang Berhormat Jelutong sudah dapat. Terima kasih.

Jadi, manfaatkan sepenuhnya. Dalam itu terkandung banyak maklumat yang berkait dengan kawasan Parlimen masing-masing. Jadi insya-Allah ini antara perkara yang telah kita berjaya usahakan. Dalam mungkin minit-minit yang terakhir ini, saya ingin ambil kesempatan untuk nyatakan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat di atas pelbagai isu yang telah dibangkitkan dan insya-Allah kita akan dapat selesaikan isu yang berbaki.

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sedikit, sedikit. Ini peranti Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Itu bukan peranti. Itu adalah holder.

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Peraturan telah dikenakan kepada tidak tahu saya dan kawan lain kot. Saya tak boleh menggunakan peranti. Jadi tidak boleh gunakan benda ini. Kami apa lagi saluran yang kami boleh buat untuk menghubungi rakyat. Akhir macam mana pun rakyat akan terima maklumat ...

final • 6:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Tidak ada masalah. Tengok Yang Berhormat pakai live stream.

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tetapi Yang Berhormat boleh tak cakap dengan Speaker supaya membenarkan peranti. Bukan untuk saya, untuk semua rakyat Malaysia sebab bila saya bercakap, rakyat nak dengar apa yang mereka nak, mereka cakap itu, saya sampaikan.

final • 6:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Alahai.

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Contohnya pasal KWSP.

final • 6:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Alahai. Kasihan.

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kemudian Yang Berhormat sebut pasal 3R dan lain-lain lagi. Jadi saya nak sampaikan kepada rakyat. Jadi Yang Berhormat boleh tak berbincang dengan Speaker tentang peranti ini sebab ...

final • 6:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penggunaan 35(1) itu tidak tepat untuk dikenakan kepada saya dan kawan-kawan tidak boleh guna peranti sebab sebelah sana pun guna peranti juga. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat Menteri, the same, tentang isu yang sama. Saya cuma nak ambilkan peluang ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak RTM kerana telah menyediakan live stream yang amat baik untuk Parlimen ini.

[Tepuk] Yang mana saya pun tengok HD yang ada dekat internet dan saya rasa ini harus diteruskan dan mungkin diperbaiki lagi. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat Bangi, terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya ambil maklum tentang perkara ini. Jadi apa pun kepada semua saya bagi peringatan setiap 7.59 setiap malam akan diterbitkan segmen Biar Betul di mana kita akan pilih apa fitnah hari ini. Alamak Hulu Langat tidak ada. Biar Betul supaya yang sampai kepada rakyat itu adalah betul-betul dan benar, sebenar- benarnya. Sekian, terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

36(6), sangkaan buruk itu.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Menteri Komunikasi dan Digital. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Luar Negeri.

final • 6:20 PM

Menteri Luar Negeri - Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk menjawab perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Luar Negeri dalam sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 di peringkat dasar dalam Dewan yang mulia ini.

Pada kesempatan ini, saya bagi pihak Kementerian Luar Negeri ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu yang berkait rapat dengan Kementerian Luar Negeri sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 di peringkat dasar.

Yang di-Pertua, isu Palestin merupakan salah satu isu berkaitan hal ehwal antarabangsa yang paling kerap dibangkitkan semasa sesi perbahasan Rang Undang- undang Perbekalan pada kali ini. Saya yakin semua Ahli Yang Berhormat berpendirian teguh bersama-sama saya menyokong perjuangan dan hak rakyat Palestin atas dasar kemanusiaan.

Beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat turut memberikan cadangan kepada Kementerian Luar Negeri mengenai langkah-langkah yang boleh dipertimbangkan oleh negara dalam menangani konflik Israel-Palestin. Saya amat memahami dan prihatin dengan kegusaran Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung konflik ini yang telah berlanjutan amat lama dan masih tidak mempunyai kesudahan.

Izinkan saya dalam Dewan yang mulia ini untuk memberikan maklumat terkini berkaitan dengan situasi di Gaza berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh United Nations News yang diterima semalam. Dengan izin, keadaan internally displaced rakyat di Gaza, 1.4 juta rakyat telah pun tidak berada di dalam kawasan-kawasan mereka setelah dibom, iaitu 62 percents dengan izin. Kemudian at least 45 percent of Gaza housing units reportedly destroyed or damaged. 92 percent less water consumption than pre-hostility, secara average-nya, dengan izin.

final • 6:27 PM

Menteri Luar Negeri - Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

*On food security, stock sufficient for seven days but shop may run out in five days.

Four to six hours average waiting time to receive half of normal bread portion.* Dari segi kesihatan, sebanyak satu pertiga daripada hospital dan hampir dua pertiga kawasan-kawasan pusat-pusat kesihatan kecil telah ditutup. Ia memberi kesan kepada 1,000 orang yang mendapat perkhidmatan dialisis dan kesan kepada 9,000

final • 6:30 PM

Menteri Luar Negeri - Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

pesakit-pesakit kanser. Dan 82 serangan ke atas pusat-pusat kesihatan dan ini menyebabkan 21 hospital dan 28 ambulans rosak teruk.

Dari segi bantuan kemanusiaan yang diperlukan setiap hari sebelum krisis adalah sebanyak 500 trak, tetapi sejak 21 Oktober hingga kini, hanya 143 trak sahaja dibenarkan masuk melalui Gaza.

Manakala dalam konteks pendidikan pula, 625,000 pelajar tidak mempunyai akses kepada pendidikan. Lebih daripada 40 peratus kemudahan pendidikan di Gaza diserang dan menyebabkan 221 kemudahan-kemudahan pendidikan hancur dan rosak teruk.

Manakala keadaan air, sebanyak 50 peratus daripada paip-paip yang sedia ada sudah pun pecah dan tiga pipeline yang disambung daripada Israel sebelum ini diputuskan terus.

Manakala jumlah yang terkorban sehingga 31 Oktober, 8,653. Manakala yang cedera sekurang-kurangnya 23,050 orang. Daripada jumlah itu, 3,542 adalah kanak- kanak, 2,187 adalah wanita, 63 sukarelawan UNRWA, 35 wartawan dan 134 pekerja kesihatan.

Inilah...

final • 6:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, mungkin boleh sedikit. Sik. Depan. Sik.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Ya.

final • 6:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, terima kasih di atas maklumat terkini berkaitan krisis kemanusiaan kita di Gaza.

Soalan saya, bagaimana Wisma Putra melihat untuk kita membantu dari segi bantuan kemanusiaan yang kita boleh hantar melalui trak-trak yang sekarang ini banyak yang queue panjang di Rafah border itu? Jadi, sebenarnya apa halangan yang kita hadapi? Sama ada halangan itu direct langsung daripada Israel ketika dia memberi warning untuk mengebom trak-trak ini ataupun halangan daripada pihak Mesir itu sendiri yang menjaga sempadan Rafah itu? Kita lihat ada negara-negara yang sudah standby dari segi trak-trak bantuan itu termasuk perubatan dan sebagainya.

Adakah juga Wisma Putra melihat kita juga, dalam maksud kita hendak membantu dan hendak memberi tekanan kepada Israel ini, bahawa kita bersedia masuk dengan bantuan-bantuan kita langsung ke Wilayah Gaza ini? Terima kasih.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Sebenarnya ada jawapan itu tetapi tidak apa, saya jawab terus soalan yang ditanya berkaitan dengan kesulitan yang dihadapi itu.

Saya ingin tegaskan di sini, pertama dari segi kerjasama yang diberikan oleh pihak berkuasa Mesir, begitu baik sekali. Dalam pertemuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang saya berada bersama, beliau memberi komitmen yang kuat. Apa yang terjadi seperti yang kita ikuti dalam berita ialah pengeboman yang dilakukan di kawasan Rafah juga. Di peringkat awal, dua minggu yang lalu, apabila mereka mengetahui bahawa usaha-usaha berterusan daripada masyarakat antarabangsa untuk menghantar bantuan-bantuan itu, di kawasan laluan di sebelah Israel itu telah dibom dan menyebabkan pihak berkuasa Mesir terpaksa membuat kerja-kerja untuk memastikan supaya laluan itu dapat dibuka dengan baik bagi membolehkan trak-trak itu bergerak daripada kawasan Rafah menuju ke kawasan Israel. Inilah antara yang menjadi masalah sehingga sekarang ini.

Selain daripada itu juga, seperti yang kita sedia maklum, hanya bilangan yang terhad sahaja dibenarkan. Ada kalanya sekitar 14 trak. Ada kalanya hanya 15. Ada dia bagi sampai 20. Tetapi, begitulah yang dimainkan sehingga menyebabkan kesukaran untuk proses untuk membawa masuk barang-barang yang diperlukan itu.

Jadi, dari segi...

final • 6:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Minta Menteri. Bilangan itu ditentu oleh pihak Israel sendiri ataupun daripada pihak berkuasa Mesir yang...

final • 6:30 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Di pihak sana. Kerana akhirnya kita akan membawa masuk itu ke sana. Jadi, jumlah yang ditentukan bukan daripada pihak-pihak Mesir. Kalau ditanya pihak-pihak Mesir, dia mahu sahaja bawa terus.

Sebab dari segi panjangnya yang waktu kita lihat waktu kita di sana itu, diberikan gambaran itu ya, ditunjukkan gambar-gambar bagaimana panjangnya keadaan trak-trak yang berada. Saya kira beribu ya daripada pelbagai negara dan agensi-agensi bantuan.

Lantaran itulah kita terus berusaha untuk memastikan supaya bantuan-bantuan itu dapat disegerakan. Kerana, ia mempunyai pelbagai masalah termasuk juga barangan- barangan yang dihantar itu. Ia memerlukan kepada suhu-suhunya untuk makanan kanak- kanak, bantuan-bantuan perubatan, sebagai contoh. Ia tidak boleh hanya terbiar begitu sahaja. Ia perlukan refrigerator yang tertentu pada kadar suhu yang tertentu kerana ia memberi satu tekanan yang hebat kepada masyarakat antarabangsa ini untuk terus menekan Israel bagi membolehkan bantuan-bantuan itu diberikan.

Silakan.

final • 6:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Menteri. Terima kasih Speaker.

Kalaulah jalan darat, maknanya trak-trak hendak masuk ini beratur hendak masuk, sedangkan disekat, tidak adakah cara daripada bantuan melalui udara? Ini daripada antarabangsalah ya, antarabangsa untuk membantu.

Sebab, saya punya pengalaman tsunami dan sebagainyakan, maknanya they dropped daripada atas. Tetapi kena, apalah, ada persefahaman antarabangsa yang daripada segi kemanusiaan memahamkan pihak Israel, jangan dia pula tembak bantuan makanan dan perubatan itu.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Dengan izin...

final • 6:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

...That is an ideal proposal ya.

Kita pun setuju kalau sekiranya itu, kalau ruang itu dibuka, ruang udara itu dibuka bagi membolehkan penghantaran. Itulah sebaik-baiknya. Tetapi, itu tidak terjadi. Yang berlaku adalah bukan hanya penghantaran makanan tetapi penghantaran bom-bom yang berterusan di bumi Gaza.

final • 6:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar dengan teliti tadi huraian Yang Berhormat Menteri tentang lebih 8,000 nyawa telah terkorban. Kehancuran berlaku di Gaza, dibom dan sebagainya.

Soalan saya. Sepanjang Yang Berhormat sedar, mengetahui, adakah satu opsyen di kalangan negara-negara OIC, negara-negara Arab, termasuk juga Malaysia, memikirkan satu opsyen sewajarnya iaitu tindakan ketenteraan ke atas rejim aparteid Zionis Israel ini? Adakah hanya sekadar usul-usul resolusi sahaja, humanitarian, bantuan kemanusiaan sahaja? Sedangkan rakyat Gaza, rakyat Palestin dianiaya, ditindas, dizalimi sedemikian rupa. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 6:30 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Kita membuka pelbagai opsyen tetapi seperti mana Yang Berhormat pun sedia maklum pendekatan untuk di peringkat ini untuk meneruskan diplomatic pressure dengan izin, kerana kita perlu menggunakan dengan pelbagai saluran termasuk juga perkembangan yang terkini bagaimana di negara- negara barat sebagai contoh sudah mulai membuka ruang-ruang itu. Memberikan ruang kepada masyarakat Palestin dan mereka juga turut membicara dalam naratif-naratif mereka yang sebelum ini langsung tidak diberikan ruang itu. Jadi dalam erti kata yang lain, kita gunakan segala kesempatan dan juga ruang diplomatik untuk kita selesaikan masalah ini.

final • 6:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

[Bangun]

final • 6:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri izinkan saya untuk mencelah. Saya baru baca berita berkenaan dengan cadangan Israel untuk mendesak Mesir membuka sempadannya agar dua juta lebih rakyat Gaza dapat masuk ke Mesir untuk menyelamatkan diri dan Israel kata proposal ataupun cadangannya ialah mereka nak pujuk World Bank, Bank Dunia untuk membiayai menanggung hutang Mesir. Jadi, ini satu perancangan yang nampak baik tapi jahat. Ada sinister intention iaitu official displacement of Gazans daripada tanah air mereka sendiri. Jadi, ini satu penjajahan bentuk baru menggunakan hutang negara asing. Jadi, apakah posisi kita? Kita sudah tahu dalam UN PBB, Yang Berhormat Menteri gencatan– usul gencatan senjata dah ditolak. Walaupun ada non-binding. Jadi, apa posisi Malaysia dalam soal humanitarian ini, nak menyelamatkan nyawa orang Gaza ini? Apa kita akan bersetuju refugees pelarian ini dibawa ke Mesir atau bagaimana? Kalau itu kita mengalah, makna kita mengalah menyerahkan Gaza bulat-bulat kepada Israel. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Menteri?

final • 6:40 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Itulah salah satu perkara yang dibincangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama dengan presiden apabila kita mengemukakan apa masalah yang sebenarnya. Dalam konteks Israel, dia mengambil pendekatan ini untuk displace this people. Kemudian dia letakkan sampai dia ke kawasan Sinai dan ini kita tahu bahawa ia merupakan satu perancangan besar– for greater Israel, dengan membolehkan mereka masuk di kawasan itu mereka kosongkan di kawasan Gaza. Masyarakat akan ditekan, hantar ke kawasan yang lain dan dia akan menyebabkan berlakunya satu lagi kisah pelarian yang berlaku sejak tahun 1948.

Lantaran itulah Malaysia telah menyatakan dengan sejelas-jelasnya di OIC sebagai contoh. Saya telah menyampaikan ucapan saya bahawa kita tidak bersetuju dengan langkah-langkah yang cuba dilakukan ini kerana ia mempunyai kesan yang sangat besar terhadap nasib rakyat di Gaza itu. Kerana this is another form dengan izin another form of displacement, disposition yang dilakukan oleh rejim Tel-Aviv ini.

final • 6:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih Menteri. Sudah tentu the tides are changing, yang kita dengar dan kita tengok semakin ramai semakin banyak negara-negara Eropah– kalau bukan kerajaannya, rakyatnya turun di jalan raya untuk menyatakan sokongan solidariti kepada rakyat Palestin. Tetapi dari segi state actors di benua Eropah. Lantang dari hari pertama perkara ini mula timbul misalnya Sepanyol, misalnya Ireland kita nampak usaha yang sangat gigih oleh pihak Wisma dan juga pihak Kerajaan Malaysia untuk engage dengan OIC dan hasrat dan usaha itu memang syabas dan tahniah.

Tetapi saya rasa ada sedikit kelompangan dari sudut pandangan usaha kita untuk engage the European state actors yang dah tunjuk lantang perkara ini. Apakah pandangan, apakah usaha sekarang dan juga dalam tempoh masa yang singkat di hadapan kita untuk engage. Misalnya menjemput mereka untuk hadir bersama dalam APAC Special– kalau ada special session ajak depa mai, ajak China mai, ajak negara- negara yang dah putuskan perhubungan dengan Israel untuk duduk sekali for global action.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih atas soalan yang ditanya dan itu adalah merupakan beberapa pendekatan yang dilakukan oleh Malaysia.

Bukan hanya kita engage dengan kalangan OIC tetapi juga kita turut engage dengan yang bukan daripada OIC termasuk daripada G-77 sebagai contoh. Anggota-anggota NAM dan yang terkini kita cuba untuk engage dengan pemimpin-pemimpin daripada Eropah.

Contoh sebelum ini dua minggu yang lalu, saya berinteraksi dengan Guterres sebagai contoh. Saya call dan bercakap dengan dia dan menyampaikan selepas itu begitu juga dengan Josep Borrell di EU menyampaikan pandangan dan mereka menunjukkan rasa simpati mereka yang sangat mendalam. Sebagai contoh dalam hubungan saya, conversation saya dengan Josep Borrell. Beliau begitu jelas menyebutkan bahawa dia kata dari segi pandangan kami di EU ini sangat sympathetic, simpati dengan keadaan yang berlaku di Gaza. Tetapi apa yang berlaku ialah presiden kami, Presiden EU yang begitu Pro-Israel dan yang terkini ingin saya sebutkan pada Dewan ialah hari ini Perdana Menteri Belanda berada di Malaysia dalam lawatan rasmi beliau.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Petang tadi saya mengiringi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam perbincangan dua hala. Kemudian diikuti dengan pertemuan empat mata, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyampaikan perkara ini secara jelas kepada Mark Rutte dan apabila beliau mendengar penjelasan daripada Malaysia, beliau juga menyatakan pendirian bahawa sejak seminggu dua ini kecenderungan Barat itu mulai berubah. Antara lain yang disebutkan oleh beliau ketika mana berlakunya krisis ini dalam minggu yang pertama, dua pertiga daripada rakyat Belanda menyokong tindakan yang dilakukan oleh Israel.

Tetapi apa yang berlaku perkembangan terkini dua pertiga pula daripada rakyat Belanda menyokong rakyat Palestin dan ini yang berlaku– engagement itu perlu kita teruskan. Kita jangan putus asa kerana kita tahu bahawa antara tempat-tempat yang mempunyai kuasa mempengaruhi seperti di Amerika, seperti di Eropah dan juga di Latin Amerika dan hari ini kita mulai melihat pelbagai negara mulai satu persatu negara di Latin Amerika mulai menyatakan pendirian mereka menentang rejim Israel yang melakukan penganiayaan yang berterusan.

final • 6:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Menteri saya nak sebutkan juga mungkin Menteri tak sebut secara khusus tadi bahawa antara negara tersebut adalah Bolivia. Bolivia telah putuskan hubungan diplomatik dengan Israel.

final • 6:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Semalam.

final • 6:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Ya, itu semalam. Kemudian Kerajaan Chile telah panggil balik duta dia di Israel. Jadi, ini satu petanda yang jelas menunjukkan bahawa makin banyak negara-negara yang protes bantah terhadap apa yang berlaku. Cumanya saya rasa dengan apa yang berlaku ke atas Malaysia apabila kita diberikan démarche ini, tiga kali démarche dan terpaksa Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat menjawab démarche tersebut. Apakah ada saranan tindakan daripada Malaysia pula untuk memanggil duta-duta yang negara-negara yang menentang resolusi PBB yang telah dibuat baru-baru ini? Apakah kita ada cadangan untuk melaksanakan perkara tersebut?

[Tepuk]

final • 6:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya setuju dengan Ledang.

final • 6:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Menteri, Menteri

final • 6:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik pun setuju.

final • 6:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

On the same note yang disebutkan oleh Menteri tadi berkenaan dengan sentimen di bawah di Eropah dan juga tindakan dan percakapan hujah-hujah yang disampaikan oleh Ursula von der Leyen iaitu Presiden European Union. Adakah pihak Wisma telah menghantar nota bantahan atau telah menyatakan jelas bantahan kita terhadap apa yang telah berlaku kepada duta besar European Union?

final • 6:40 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Saya mohon sekali terus. Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Menteri. Terima kasih atas penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. saya ada dua soalan. Pertama berkenaan dengan bahasa yang difahami oleh pihak yang bersekongkol dengan Israel iaitu boycott, divest dan sanctions.

Apakah dasar kerajaan kita untuk meneruskan dan membuat langkah yang lebih tegas dari segi ekonomi untuk memboikot, divest dan juga sanctions dengan negara yang menunjukkan penentangan kepada hak asasi manusia yang sangat tidak berperikemanusiaan ini, itu yang pertama.

Yang kedua, terdapat juga makluman tentang refugee daripada UNHCR yang merupakan warga Palestin yang berada dalam negara kita. Apakah langkah-langkah yang akan dibuat oleh pihak kementerian khususnya untuk memastikan kebajikan mereka yang berada di sini dari negara-negara yang lain sebagai negeri yang boleh membantu memberikan semangat daripada sudut moral dan juga bantuan yang lebih terperinci kepada mangsa-mangsa ini? Terima kasih.

final • 6:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri, ada yang ini. Saya terkejut saya bangun subuh pagi tadi, saya dapat berita dari Washington. Rupanya duta besar kita di Washington ini menyeru nama saya ya, dia kata, “Wan Ahmad Fayhsal jangan bercakap kalau tak tahu”. La, memanglah saya tak tahu apa benda dalam demarche yang dihantar pada dia itu di sana. Jadi, sebab saya tak tahulah saya tanya dalam Dewan. Dia kata saya cakap dalam kedai kopi di Machang.

Saya cakap dalam Dewan ini. Saya tanya kepada Menteri, saya tanya kepada Perdana Menteri, apa kandungan demarche, kononnya ugutan itu kepada kita?

Kita perlu tahu supaya kita boleh balas balik kepada Amerika, ya. Panggil balik duta Amerika ke Wisma Putra, kalau betul dia mengugut kita. Kita kan adalah negara yang berdaulat, mesti kita berani punya. Duta besar kita kata apa, tak pernah dalam sejarah perjuangan kita membela Palestin, kita diserahkan nota demarche ini kepada Malaysia.

Jadi, kenapa tiba-tiba ada? Apakah kerana Yang Amat Berhormat Tambun ini rakan baik Washington, buatkan mereka terluka akibat pendirian tegas Yang Amat Berhormat Tambun kali ini? Saya setujulah Yang Amat Berhormat Tambun. Saya tak complain apa.

Jadi, apa pandangan Menteri?

[Tepuk]

final • 6:50 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Ya lah. Kalau ikut semangat bercakap itu, ya lah semangat. Terima kasihlah. Cuma soalan semalam ditimbulkan ialah kita berbahas tentang jargonism. Jargon tentang bertanya what is demarche. Ya, saya tidak mahu berbahas tentang soal itu walaupun apa yang disebutkan oleh Machang itu perlu diberikan penjelasan seterusnya tentang what is actually demarche. Mungkin Menteri Luar faham sangat-sangatlah demarche ini. Demarche ini ialah bahasa Perancis kan. Bahasa mudah kita ialah tindakan apa yang dia orang nak hantar, protes. It can be in many forms ya, dalam pelbagai bentuk dan dia bergantung kepada bagaimana reaksi daripada sebuah negara yang menghantar itu dan juga bagaimana kita pula react kepada apa yang disampaikan daripada itu. Baik, sebelum saya sampaikan...

final • 6:50 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Datuk Seri, Shah Alam sikit saja. Pasal demarche.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

[Ketawa]

final • 6:50 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Semalam mantan Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri, Syed Hamid Albar ada menyatakan, ada memberi komen tentang demarche ini, note ini. Dia kata kalau sekali dia hantar itu, mungkin itu perkara biasa. Tetapi bila dia kata sampai tiga kali dihantar oleh Amerika Syarikat kepada kita, dua di sini, kementerian dan satu ke duta di Washington, maknanya itu sudah merupakan satu threats. Ini kenyataan Tan Sri Syed Hamid Albar yang sangat berpengalaman dalam hal ehwal luar ini dan pernah pun mengendalikan isu-isu Palestin sebelum ini.

Yang Berhormat Tan Sri, saya Yang Berhormat Menteri, saya nak tanya adakah apa yang dimaksudkan oleh US itu adalah melibatkan sokongan kita terhadap kerajaan Hamas selain daripada bantuan, aids kepada rakyat Palestin, gencatan senjata, tapi adakah kerana kita menyokong kerajaan Hamas yang merupakan kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat itu? Itu yang pertama. Yang keduanya, bagaimanakah pandangan negara-negara lain yang Yang Berhormat Datuk Seri pernah buat engagement ini, bagaimanakah pandangan mereka dan sokongan mereka terhadap kerajaan Hamas di Palestin itu? Terima kasih.

final • 6:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri, sikit saja Yang Berhormat Menteri. Saya pun tadi sempat bersembang dengan Sembrong, mantan Menteri Luar kita juga, mantan Menteri Pertahanan dan di sebelah sini pun kita ada mantan Menteri Luar daripada Indera Mahkota. Saya pun rujuk mereka tentang demarche ini walaupun Yang Berbahagia Tan Sri Syed Hamid Albar adalah antara senior kita di sini, tapi kedua-dua daripada mereka pun jelas kepada saya, it’s a normal practice in diplomacy. Bukan sesuatu yang dramatic seperti mana Tambun ungkapkan itu. Sebab kalau betul Tambun cakap itu ugutan, it’s a national threat yang perlu kita deal properly and adequately by Wisma Putra.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

It is depend ya, Machang ya.

Demarche ini seperti yang kita ketahui, dia bukan disampaikan dalam keadaan vakum. Ia tiba-tiba you nak hantar saja. Dia mesti ada cause and effect dia. Dia mesti ada sebab- sebabnya kenapa disampaikan. Yang pertama. Dalam perkara kedua ialah in what context? Yang ketiga, dalam krisis yang macam mana? Tentunya kita tahu bahawa apa yang berlaku sekarang ini adalah dalam krisis yang sangat serius yang diambil, yang dibuat oleh sebuah kuasa besar dan kita tidak boleh mengambil ringan apa yang dihantarkan seperti yang disebutkan oleh mantan Menteri Besar, Menteri Luar. Menteri Besar pula.

[Ketawa] Kita tidak boleh mengambil mudah.

This is not the first time. Diikuti dengan second demarche and then, the third demarche and then, not only that dengan izin. Berlaku pula dengan di kepada duta kita di Washington. Jadi, bergantung kepada konteks. Ia tidak boleh dianggap macam biasa- biasa ini. Orang-orang sekarang sebut ‘biashe-biashe’ je. Dia adalah satu perkara yang sangat serius. We are to take it seriously in certain context. Dalam konteks yang berada sekarang ini ialah apa yang berlaku ini. Maka, Malaysia perlu mengambil langkah- langkahnya. Bagaimana kita mengambil langkahnya? Itu antaranya. Ada yang mengatakan kita perlu hantar nota protes ataupun kita mahu memanggil dutanya dan sebagainya. Jadi, kita menggunakan semua pendekatan-pendekatan itu untuk kita menyampaikan balik pandangan-pandangan kita kepada mereka. Pendirian-pendirian kita umpamanya, dalam konteks demarche itu yang meminta supaya kita menyatakan pendirian kita, menyatakan tanda simpati kita. Kita no, because position Malaysia, the principal position untuk Malaysia ini ialah sangat jelas dalam konteks perjuangan Palestin.

Bukan baru, dia sejak daripada dulu lagi. Ini kita perlu tegaskan apabila kita berinteraksi dengan mereka.

final • 6:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Untuk jawapan-jawapan yang lain, saya belum...

final • 6:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya tambah sedikit, Sik mohon.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Saya tak boleh.

[Ketawa] Saya ingat habis ini.

final • 6:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ini penting. Penting sangat, penting sebenarnya.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Okey, boleh. Tak apa, tak apa.

Silakan.

final • 6:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Isu demarche ini ataupun tuntutan US ini, kita juga perlu ada ketegasannya dan kita ada ratusan hujah yang kenapa kita menyokong Palestin, menyokong perjuangan rakyatnya dan sedikit pun kita tidak rasa kendur ataupun gentar segala nota-nota mereka itu. Jadi saya rasa, saya lihat Wisma Putra perlu bersedia itu. Saya nak bertanya juga berkaitan dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang meminta Menteri sendiri menghubungi Turkey dan Saudi untuk segera memanggil satu sidang tergempar OIC. Jadi, adakah pihak Menteri sudah pun melaksanakan tugas sebesar itu?

Termasuk juga saya nak bertanya, pelan Wisma Putra, bagaimana agihan kutipan dana yang telah diumum, sudah dikutip lebih 80 juta itu dan kerana dana itu perlu dihantar segera walaupun kalau tidak sepenuhnya pun, duit itu ataupun dana dalam bentuk barangan atau sebagainya itu perlu sampai segera ke Gaza untuk membantu mereka yang berada dalam keadaan sulit di sana. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Saya tak perlu baca lagi teks sayalah. Saya hanya jawab-jawab soalan sebab sebahagian besarnya telah pun ditanya oleh YB-YB sekalian. Terima kasih banyak-banyak YB kerana bertanya soalan-soalan ini.

Okey, yang pertama berkaitan dengan — Saya nak jawab yang sebelum ini. Kesianlah kalau saya jawab terus yang sebelum ini ditanya oleh daripada Ipoh Timur iaitu tentang masalah pendirian di peringkat kerajaan, manakala di peringkat rakyatnya berbeza.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Jadi, itu yang berlaku sekarang ini. Kita mengharapkan dengan peranan yang dimainkan oleh NGO-NGO, civil society, rakyat yang berada di kawasan-kawasan tertentu ini termasuklah khususnya di Amerika, di Eropah dan lain-lain ini akan memainkan peranan yang besar untuk menggerakkan rakyat dan memberi tekanan kepada kerajaan mereka untuk mengubah pendirian dan bersama-sama menekan kerajaan Israel untuk membuka ruang bagi penyampaian bantuan-bantuan humanitarian ini.

Yang seterusnya ialah soal tentang boycott and sanctions ya dan itu akan menjadi satu pilihan, tetapi kita perlu lihat juga dalam konteks apa yang kita nak buat. Kalau kita hanya bersendirian melakukannya tapi yang lain tak buat apa-apa, tak jadi. Saya tak mahu sebutlah yang ada kita boikot yang itu, boikot yang ini. Ada suara yang kita suruh boikot yang ini kerana dia memberi bantuan kepada sana, tapi dia perlukan kesungguhan daripada semua pihak dan termasuk juga dalam konteks pelbagai negara, sebagai contoh dalam konteks OIC. Apa yang perlu dilakukan dalam konteks sanctions dan boikot ini perlu dilakukan dengan secara sistematik dan bersama. Manakala dalam konteks dikatakan tentang refugee...

final • 6:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Let me finish first.

final • 6:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Nak bagi sedikit kenyataan sokongan atas BDS. Adakah Yang Berhormat Menteri setuju bahawasanya BDS ini bukan sahaja semata-mata untuk kerajaan melakukan, sebenarnya usahanya perlu datang daripada pasaran, datangnya dari pengguna? Kalau — Lupa siapa yang tanya itu. Kalau Yang Berhormat nak tahu pasal BDS, boleh datang jumpa Ipoh Timur.

final • 6:50 PM

Menteri Luar Negeri - Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Masalah refugees yang berada di Malaysia ini, untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, kita telah pun melakukan pelbagai usaha dan termasuklah arahan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melihat pelajar-pelajar Palestin yang berada di sini untuk diberikan bantuan kepada mereka secara ringkasnya dan begitu juga dalam bentuk-bentuk bantuan yang lain yang perlu kita usahakan.

Sekarang ini kita bekerjasama dengan NGO-NGO tertentu dan termasuk juga dengan pihak duta yang ada di sini untuk memberikan bantuan-bantuan itu. Sebahagian daripada bantuan yang disampaikan oleh rakyat itu, akan kita sampaikan kepada mereka yang berada di sini juga. Selain daripada itu juga kita juga membuat...

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, sikit.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

...Membuat perancangan untuk kita berikan kalau sekiranya nanti perlu kita memberi ruang-ruang pendidikan untuk membawa mereka berada – yang mana yang – kalau sekiranya dibuka nanti untuk satu tempoh jangka panjang dalam proses pemulihan akan juga kita lakukan nanti.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya. Terima kasih Yang Berhormat, saya dok tunggu tajuk pasal Beting Patinggi Ali, jadi – dan juga – ada saya cakap fasal juga pencerobohan Laut China Selatan. Tetapi saya nak cakap fasal Palestin ini. Yang Berhormat, semua orang dah nampak, saya tiap-tiap malam saya mesti tengok news dan sekarang ini hati betul – cukup sedihlah melihat pembunuhan yang berlaku 1,000 orang lebih satu hari dan kanak-kanak yang telah dibunuh ialah tiap-tiap 10 minit seorang. Kita tahu bahawa kita dengan izin Allah comfortable di sini, tetapi di sana Allah telah uji mereka dengan begitu dahsyat. Boleh tak Parlimen kita lagi sekali Yang Berhormat, buat kita punya pendirian ramai-ramai, pendirian Parlimen Malaysia menyokong Palestin.

Keduanya, saya minta apakah Malaysia nak kejutkan dunia bahawa rujuk Benjamin Netanyahu dan juga Menteri Pertahanannya ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana apa yang telah dilakukan dan termasuk seorang lagi semalam yang telah menghalang Bangsa-bangsa Bersatu daripada mengadakan renjatan senjata. Biden sendiri kata, tak perlu buat renjatan senjata sekarang sebab ini akan menguntungkan

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hamas. Apakah boleh ketiga-tiga orang ini dirujuk kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa sebab perbuatan mereka adalah perbuatan terkutuk dalam dunia?

Jadi, ke depan ini orang akan tengok Yang Berhormat, Israel akan tiba masanya dia akan buat renjatan senjata.

final • 7:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Arau.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tetapi masa itu dah orang ramai dah mati Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Arau

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi apakah kita nak biarkan mereka berterusan dengan tidak ada satu penyataan?

final • 7:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Arau, Arau nak kita tandatangani Rome Statute ke? Kalau nak Malaysia nak bawa mana-mana negara masuk ICC, kena menjadi penandatangan Rome Statute. Arau tak faham, bukan kita tak nak, kita tak boleh, kerana ada yang bantah, nak sain Rome Statute.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Siapa menteri ni?

final • 7:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Faham tak?

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, siapa menteri, siapa menteri? Speaker.

final • 7:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Bagi menteri jawab. Ipoh Timur, bagi menteri jawab.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Siapa menteri, yang ni menteri kah, sana menteri? Jadi, tunggu giliran, lambat lagi ya. Biar menteri dulu jawab.

final • 7:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Backbencher pun tau, pernah jadi menteri tak tau pula.

final • 7:00 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih. Saya sebenarnya ada self-imposed moratorium, tak tanya Menteri Luar tapi saya nak masuk sikit sahajalah. Saya rasa semua orang nak tanya, lama-lama menteri tak boleh jawab soalan lain. Saya cuma nak sebut satu perkara sahaja. Yang Berhormat, kita semua tahu bahawa diplomasi itu ada limitation-nya dan ada waktunya kerajaan seperti Malaysia dalam isu-isu yang sangat mustahak seperti Palestin ini harus juga menggunakan strategi- strategi yang tak semestinya termasuk dalam kerangka diplomasi.

Saya cuma nak minta Ahli-ahli Yang Berhormat secara setulusnya sebab saya kenal sangat Wisma Putra dan pegawai-pegawai kita profesional. Kalau sekiranya Wisma Putra menasihati Kabinet, ada tindakan-tindakan yang harus dilaksanakan yang mungkin di luar kerangka diplomasi yang lazim. Kita harus bagi kepercayaan dan jangan pula kita tuntut Menteri kena jelaskan dalam Dewan ini, mati Menteri kalau dia jelaskan dalam Dewan. Mungkin kalau ada perkara-perkara yang penting, kalau perlu Tuan Yang di- Pertua, special select committee khusus untuk Palestin dan dibincang dengan lebih – kalau tidak ini sampai Isyak kita tak habis di sini, terima kasih.

[Tepuk]

final • 7:00 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih mantan Menteri Luar yang turut memberikan pandangan beliau. Beliau tahu apa yang perlu dijelaskan kepada umum, ada yang tidak perlu kita sebab untuk menjaga beberapa langkah-langkah kerahsiaan dan sebagainya. Tetapi apa pun saya ucapkan terima kasih atas pandangan itu dan kita tidak ada halangan kalau sekiranya perlu diadakan satu jawatankuasa khas bagi membincangkan langkah-langkah – kerana bagi saya kedua-dua belah pihak sangat prihatin dengan isu yang berlaku ini. Cuma cara dan pendekatan dan bagaimana kita nak memperkukuhkan lagi dari segi langkah-langkah dan strategi kita.

Bagi menjawab soalan-soalan yang lain termasuk daripada Yang Berhormat Sik tadi dia memang aktif daripada awal. Memang dia – sebelum berlaku ini lagi pun, dua tiga bulan sudah dia berjumpa dengan saya apakah langkah-langkah yang perlu dibuat. Ya, saya memberi ruang itu kepada YB-YB untuk kita lakukan secara bersama dan termasuk

final • 7:00 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

dalam konteks yang disebutkan sama ada saya telah pun melaksanakan tugas saya?

Saya telah pun melaksanakan tugas saya berhubung termasuk dengan Menteri Luar Turki dan pagi tadi dengan Menteri Luar Saudi berbincang tentang langkah-langkah yang perlu kita ambil. Apakah pendekatan yang terbaik dalam konteks mengadakan Mesyuarat Khas OIC melibatkan Ketua-ketua Negara. Special Summit yang akan diadakan.

Bukan itu sahaja, malah kita turut mencadangkan, Yang Amat Berhormat turut mencadangkan supaya kali ini bukan hanya melibatkan OIC tetapi turut juga melibatkan daripada negara-negara yang – the like-minded countries iaitu seperti China, Rusia, South Africa, Brazil dan lain-lain lagi supaya tekanan itu bukan hanya diberikan daripada OIC semata-mata tetapi negara-negara lain yang turut bersimpati dan mahukan hal ini diselesaikan dengan kadar yang segera.

Manakala dalam konteks kutipan yang disebutkan – yang ditanya oleh Yang Berhormat tadi, kita telah pun membuat kutipan dan kutipan itu akan mulai kita hantar pada esok hari. Yang pertama untuk pelepasan yang pertama esok dan alhamdulillah kita telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa Mesir hanya dalam tempoh 36 jam berbanding dengan negara lain, kadang-kadang kena ambil lima ke enam hari dan mereka memberikan keistimewaan kepada Malaysia untuk menghantar – untuk penghantaran yang pertama sebanyak 20 tan yang terdiri daripada barangan perubatan dan juga barangan makanan khususnya untuk bayi dan kanak-kanak. Kita harapkan kita dapat hantar ke airport El Arish di Mesir nanti. Itu bagi menjawab soalan-soalan pertama.

Selepas itu, kita akan buat untuk penghantaran susulan lagi.

Manakala, bagi soalan-soalan yang lain yang ditanya oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ini saya harap kalau saya tak jawab nanti, saya boleh jawab secara bertulis nantilah, panjang sangat.

final • 7:00 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Menteri, satu, sikit sahaja. Kuala Krau.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

30 saat.

final • 7:00 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Saya mungkin agak terkeluar sikit daripada perbincangan. Cuma ada tak kementerian untuk buat satu kajian tentang sejauh mana peperangan ini akan berlangsung. Tujuan kajian itu kemungkinan daripada hasil kajian itu kita telah bersiap sedia untuk berdepan segala kemungkinan termasuk rakyat kita di luar yang terlibat yang kemungkinan akan secara tak langsung terlibat dalam peperangan yang kita tidak tahu bila akan berakhir? Terima kasih.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Kita memang membuat jangkaan- jangkaan ini sebab kita tahu bahawa peperangan ini sebab khususnya apabila berlakunya ground invasion ataupun incursion bermakna perang itu kita jangkakan ia akan berpanjangan. Lantaran itulah kita telah membuat beberapa unjuran kalau sekiranya berlaku begini, sekiranya berlaku begini dan kita perlu mengambil langkah-langkah masa kini termasuklah langkah-langkah jangka panjang termasuk juga kita membuat perancangan untuk selepas perang, the post-war, apa yang perlu kita lakukan, tidak akan kita nak biar sahaja orang kata selepas habis perang itu, masing-masing cuci tangan dah selesai, tak. Malaysia perlu berperanan secara aktif untuk memastikan supaya proses pemulihan semula juga dapat dilakukan dan bantu sama.

Bagi menjawab soalan daripada Arau khususnya dan juga rakan-rakan yang lain daripada saya lihat sini ada daripada Muar, daripada Semporna, Maran, Machang, Bera, Marang, Kapar, Arau dan Kuala Kedah dan Yang Berhormat Gerik berkaitan dengan untuk mengheret Zionis Israel ini dan sekutu-sekutunya termasuk nama-nama yang disebutkan tadi ke ICC.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Dia ada dua Yang Berhormat. Yang Berhormat tentu tahu orang lama dalam Kabinet tentunya Yang Berhormat boleh membezakan di antara ICC dan ICJ. ICJ, of course kita tahu bahawa siapa saja yang menjadi anggota PBB dengan sendirinya dia berada di dalam ICJ. Manakala dalam ICC, dia bergantung sama ada kita ratify, menjadi yang tersenarai dalam Rome Statute ataupun tidak. Malaysia tidak berada dalam Rome Statute.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Jadi, namun saya tegaskan di sini ia boleh dirujuk kepada Pendakwa Raya ICC oleh tiga pihak iaitu sama ada oleh negara-negara itu sendiri yang menjadi anggotanya di mana Malaysia bukan ahlinya. Manakala Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu juga boleh membawa isu ini atau dengan inisiatif Pendakwa Raya ICC sendiri.

Palestin telah menyertai Statute Rome pada tahun, 2 Januari 2015 yang berkuat kuasa bagi Palestin pada 1 April kemudiannya. Pada Pendakwa Raya ICC yang bernama Fatou Bensouda yang telah membawa hal ini dan merujuk kes ini bagi pihak Palestin pada tahun 2014 lagi dan kemudian Pendakwa Raya ICC kemudiannya pada tahun 2019 iaitu pada 20 Disember 2019 telah mengumumkan bahawa kriteria-kriteria berkanun di bawah Statute Rome untuk membuka sesuatu siasatan telah dipenuhi berdasarkan pemeriksaan awal ke atas situasi di Palestin.

Ini membawa kepada pra perbicaraan dalam kamar, satu pada 5 Februari 2021 yang telah memutuskan bahawa ICC mempunyai bidang kuasa jenayah ke atas situasi di Palestin termasuk di Tebing Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis. Hasilnya pada 3 Mac 2021, Pendakwa Raya ICC telah mengumumkan untuk membuka siasatan ke atas dakwaan jenayah dalam situasi di Palestin yang berlaku sejak tahun 2014.

Yang terkini, pada 17 Oktober 2023, Pejabat Pendakwa Raya ICC Karim Khan mengesahkan bahawa ICC mempunyai siasatan yang masih berjalan berkenaan situasi di Palestin. Justeru, sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa situasi Palestin sudah pun dalam proses siasatan ICC. Untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, situasi Palestin di ICC ini pernah disusuli oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) semasa Mesyuarat Majlis Menteri-menteri Luar OIC ke-49 pada Mac yang lalu.

Negara-negara anggota OIC telah sepakat menerima pakai Resolusi No.1/49 bertajuk On the Cause of Palestine yang antara lain mengalu-alukan tindakan perundangan termasuk keputusan oleh Pendakwa Raya ICC untuk membuka siasatan ke atas jenayah perang yang berlaku di Wilayah Palestin.

Dalam yang lain-lain itu saya telah turut juga menjawab berdasarkan kepada soalan-soalan yang ditimbulkan. Saya pergi terus kepada isu triti laut yang dibangkitkan oleh Arau. Saya mula-mula nak berpandang, saya tengok Arau tak ada tadi, tapi Arau dah ada, saya jawab di hadapan Arau.

Berkenaan isu Triti Laut Sulawesi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau, saya maklum pelbagai pihak telah memohon agar kerajaan mendedahkan atau menyahklasifikasikan isi kandungan triti tersebut. Sekali lagi saya ingin menjelaskan di sini bahawa disebabkan oleh proses ratifikasi. Saya ingat Yang Berhormat pun sedia maklum dengan proses-proses kita ketika mana kita membuat semakan ratifikasi, ada proses-prosesnya yang berbeza oleh kedua-dua negara. Dokumen-dokumen tersebut masih belum boleh dikongsi kepada umum.

Bagi Malaysia, proses ratifikasi merupakan proses eksekutif iaitu melalui Jemaah Menteri. Manakala di peringkat Indonesia dia mempunyai pendekatan yang lain. Dalam hal ini Malaysia harus menghormati amalan antarabangsa dan proses perundangan sesebuah negara. Ia merupakan prinsip asas yang penting dalam memelihara hubungan diplomatik. Berdasarkan amalan antarabangsa, hanya setelah kedua-dua negara menyempurnakan proses ratifikasi berdasarkan undang-undang domestik masing-masing barulah dokumen-dokumen tersebut dikongsi kepada umum.

Saya juga ingin sekali lagi menegaskan di sini seperti mana yang telah dijelaskan berkali-kali melalui kenyataan akhbar Kementerian Luar Negeri bertarikh 20 Jun 2023, mahupun semasa sidang media mengenai isu yang diberikan pada 15 Ogos 2023 bahawa kawasan ataupun sempadanan maritim yang dipersetujui di dalam Triti Laut Sulawesi langsung tidak melibatkan kawasan yang disebutkan sebagai Ambalat.

Dalam erti kata lain Triti Laut Sulawesi yang dimeterai pada 8 Jun 2023 hanya meliputi kawasan di separa perairan laut wilayah dengan izin, territorial sea dan langsung tidak melibatkan kawasan yang disebut sebagai Ambalat.

Malaysia dan Indonesia komited untuk meneruskan rundingan bagi melengkapkan jurang dari tikas air surut atau dengan izin, low waterline maka titik

final • 7:10 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

permulaan sempadan batas laut wilayah yang dipersetujui dan juga bagi menetapkan garis sempadan dari tikas air surut ke dengan izin, east pillar intertidal area, yang dikira sebagai persempadanan darat di antara Malaysia dan Indonesia secara menyeluruh selewat-lewatnya pada Jun 2024.

Kerajaan sentiasa mengambil berat, berhati-hati dan seimbang dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan isu kedaulatan Malaysia termasuk isu berhubung persempadanan maritim negara. Isu Peta Standard China Edisi 2023. Berapa lama kita boleh bagi sebab Maghrib ni ya?

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:10 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Nine-dash line, okey. Menarik juga ini, nine-dash line. Mula-mulanya ya. Baik, begitu juga dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Libaran, ada di sini dan termasuk dengan rakan-rakan yang lain mengenai tindakan Malaysia terhadap penerbitan Peta Standard China Edisi 2023 oleh Kerajaan Republik Rakyat China seperti yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar dalam penggulungan kementerian ke atas perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas pada 19 September 2023 yang lalu.

Malaysia tidak pernah mengiktiraf tuntutan China di Laut China Selatan berdasarkan peta sembilan garis atau nine-dash line map. Konsep Empat Sha atau Four Sha concept atau mana-mana peta yang diterbitkan oleh Kerajaan Republik China yang meliputi kawasan maritim Malaysia. Penerbitan Peta Standard China Edisi 2023, pada 28 Ogos 2023 adalah tindakan sepihak atau dengan izin, unilateral act Kerajaan Republik Rakyat China dan tidak mengikat Malaysia.

Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan media berhubung pendirian Malaysia yang tidak mengiktiraf tuntutan China di Laut China Selatan seperti yang digariskan dalam Peta Standard China Edisi 2023 yang meliputi kawasan maritim Malaysia. Laut China Selatan merupakan isu yang kompleks dan sensitif dan ia perlu dikendalikan secara aman dan rasional berdasarkan undang-undang antarabangsa termasuklah Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau dengan izin, United Nations Convention on the Law of the Sea 1982. Kerajaan Malaysia juga telah mengemukakan bantahan diplomatik kepada China dan dengan tegas menolak tuntutan kedaulatan, hak kedaulatan dan bidang kuasa China ke atas fitur maritim atau maritime features atau kawasan maritim di Laut China Selatan yang meliputi kawasan maritim Malaysia berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979 kerana ia tidak konsisten dengan undang-undang antarabangsa termasuk KUUL1982.

Pendekatan Malaysia terhadap isu Laut China Selatan. Dalam hal ini Malaysia kekal komited untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai. Kementerian Luar Negeri akan terus menyuarakan pendirian tegas Malaysia berhubung isu Laut China Selatan di platform-platform yang berkaitan bagi memastikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara akan terus kekal terpelihara.

Antara usaha serantau untuk memastikan keamanan, kestabilan dan mengelakkan ketegangan di Laut China Selatan, negara-negara ASEAN dan China juga telah memeterai dengan izin, Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea pada 4 November 2002.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Selaras dengan persefahaman di bawah DOC tersebut, negara-negara ASEAN telah mengambil pendekatan dengan izin, self-restraint dan memastikan tindakan- tindakan yang diambil dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Laut China Selatan tidak meningkatkan ketegangan di perairan tersebut.

Buat masa ini, negara-negara ASEAN dan China sedang merundingkan dengan izin Code of Conduct In The South China Sea (COC). COC dilihat sebagai satu kod tatacara untuk mengelakkan konflik dan ketegangan di Laut China Selatan. Ianya adalah tanpa prejudis terhadap tuntutan wilayah dan maritim negara masing-masing. Dalam

final • 7:20 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

melaksanakan rundingan COC tersebut, Malaysia sentiasa memastikan bahawa COC yang akan dirundingkan tidak sekali-kali mengetepikan kedaulatan dan hak kepentingan negara. Seterusnya....

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, penjelasan sikit ya. Di antara sebab China menuntut hak Laut China Selatan sebab laut ini ada perkataan China. Jadi kata Laut China Selatan jadi ada perkataan China. Saya telah menghantar dulu masa jadi Menteri kepada pentadbir peta dunia bahawa laut ini sebenarnya ialah North Malay Sea, Laut Melayu Utara. Jadi, apakah tindakan yang telah diambil terhadap cadangan tersebut? Sebab apa alasan kenapa dia masuk Nine-dash line dengan izin Tuan Yang di-Pertua ialah kerana namanya Laut China Selatan, dia kata hak China lah. Jadi dengan itu, saya kata okey dengan itu kita tukar kepada North Malay Sea sebab dia di Utara Kepulauan Melayu. Terima kasih.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Dan tengok kalau ada cadangan daripada Yang Berhormat yang berkenaan tetapi dalam konteks Laut China Selatan, saya fikir Arau pun faham bahawa yang disebut sebagai nine-dash line ini bukanlah merupakan satu benda yang baru yang telah pun berlaku sejak sejarahnya dia mempunyai sejarah yang tersendiri ketika mana wujudnya dua republik iaitu The People Republic of China dan Republic of China. Satu yang berada di Taiwan, satu lagi yang berada di tanah besarnya yang begitulah akhirnya.

Apa yang berlaku selepas Perang Dunia Kedua dan China membuat tuntutan- tuntutan yang tertentu daripada 11 jadi sembilan. Kemudian itu sekarang ni yang terbaru dinaikkan satu lagi menjadi 10 dash line termasuk yang di belah di atas Taiwan tu. Di Taiwan daripada satu kawasan dinaikkan ke satu kawasan lagi. Ini mempunyai sejarah yang sangat panjang kerana ia bukan hanya berkaitan dengan apa yang kita bincangkan ini, ini bermula daripada satu sejarah pertentangan di antara dua partai iaitu Kuomintang dan juga dengan pihak satu lagi. Inilah apa yang berlaku.

final • 7:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri sikit. Saya buat dissertation saya berkenaan dengan Chinese geostrategic investment di Malaysia tapi itu masa saya buat Master dulu. Cuma saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, sebenarnya kalau kita lihat nine-dash line yang China tuntut ini dia selari dengan apa yang Amerika cadangkan ataupun rumuskan iaitu first island chain, second island chain berkenaan dengan military strategy Amerika, anti- access area denial di Laut China Selatan.

Kita pun tahu ketika ini dari segi diplomasinya, kita ada Indo-Pasific framework dan ini Malaysia pun terlibat sama. Jadi bagaimana kita nak yakinkan China, jangan tuntut benda ni sebab kita tidak akan membantu apa-apa sahaja perkara Amerika mahu dari segi membuatkan proxy war di rantau kita. Kita lihat aggressiveness of America punya foreign policy pada Philippines, latihan tentera dan sebagainya. Jadi, ini mengundang kepada China lebih agresif menuntut nine-dash line ini. Jadi kita perlu selesaikan dilema China ini tentang komitmen Malaysia tidak bersetuju dengan apa saja bentuk dasar yang memberi ancaman kepada China di Laut China Selatan.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih. Itulah antara perkara yang terkandung di dalam DOC dan COC. COC belum di ratify lagi kerana masih di peringkat sekarang ni kalau tak silap saya di peringkat the third reading of the draft. Tetapi dalam konteks DOC yang telah pun ditandatangani pada 2002 yang lalu, antara perkara- perkara kandungan yang sangat penting ialah berkaitan dengan komitmen daripada semua parties yang terlibat untuk bersama-sama bersetuju dengan perkara-perkara yang asas.

Antara yang kita sebutkan tadi ialah self-restraint. Ini antara China dengan ASEAN. Ia sangat-sangat penting ini kerana China adalah merupakan neighbour yang dekat, mahu tidak mahu perkara-perkara seperti ini hendaklah dilakukan secara bersama dalam konteks negara-negara ASEAN, khususnya bagi negara-negara yang mempunyai sempadan dengan China. Daripada Vietnam bawalah sampai ke Philippines, Brunei, Malaysia dan ini antara negara-negara yang terlibat secara langsung.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Termasuklah komitmen antara lain, freedom of navigations kerana kita tahu bahawa kawasan itu merupakan antara kawasan yang paling sibuk selain daripada Selat Melaka. Hal-hal inilah yang ditekankan dalam konteks DOC dan kita jangkakan dalam konteks COC nanti pun code of conduct ini adalah merupakan salah satu daripada hasil yang akan membolehkan antara pihak ASEAN, pihak Malaysia dan juga pihak China bersetuju dengan perkara-perkara bagi mengelakkan, to deescalate the situations di kawasan yang berkenaan.

final • 7:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Boleh saya teruskan Tuan Yang di-Pertua. Isu sindiket penipuan pekerjaan di luar negara. Seterusnya, saya ingin juga mengucapkan terima kasih kepada YB Jelutong. YB Jelutong terima kasih. This is the first time we responding to your questions dengan izin. Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Tanjong Manis atas keprihatinan tentang perkembangan isu penipuan pekerjaan di luar negara yang lebih dikenali sebagai job scam. Kementerian Luar dan perwakilan diplomatik Malaysia di luar negara sentiasa memandang serius dan bekerjasama rapat dengan agensi yang berkaitan di bawah jawatankuasa khas atau task force job scam termasuk Polis Diraja Malaysia bagi menangani isu ini. Antara usaha dan bantuan kaunselor yang diberikan termasuk mengesan keberadaan mangsa dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.

Setakat 7 Oktober 2023, Kedutaan-kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Phnom Penh, Vientiane, Yangon dan Lima telah menerima sejumlah 695 laporan mengenai warganegara Malaysia yang menjadi sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di luar negara.

Daripada jumlah tersebut, 508 orang telah berjaya diselamatkan dengan 496 orang telah dihantar pulang ke Malaysia. Baki seramai 12 orang yang lain sedang ditahan di depoh tahanan sementara menunggu proses pengusiran pulang dan 187 orang lagi masih sedang dikesan. Kes terbaru iaitu 43 mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan bagi menjalankan Macau Scam di Peru, of all the places, bukan hanya dalam konteks di kawasan Asia Tenggara tetapi ini sampai sejauh Peru, sindiket penipuan pekerjaan telah pun berjaya diselamatkan oleh pihak polis Republik Peru pada 7 Oktober yang lalu. Kementerian Luar terlibat secara langsung dalam membantu proses penghantaran pulang ke Malaysia bagi 43 mangsa tersebut secara berperingkat bermula 26 Oktober...

final • 7:20 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Yang Berhormat Menteri, sedikit pencelahan. Terima kasih di atas tindakan yang kes di Kuantan yang berlaku pada tempoh hari. Cuma dari segi kitanya nak tahu dia meninggal dalam tahanan imigresen, apakah langkah yang telah pihak kerajaan lakukan untuk pembelaan ahli keluarganya lah sama ada dari tuntutan insurans ataupun sebagainya. Terima kasih Menteri.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Oleh Yang Berhormat ialah keadaan yang kes yang menimpa saudara Muhammad Izzat ya. Kita tahu beliau adalah merupakan antara mangsa pemerdagangan manusia di Myanmar. Pihak Malawakil juga sedang membuat kerjasama dengan pihak- pihak Myanmar sedang – dan kita tahu bahawa keadaan di Myanmar dari segi hubungan kita sekarang ini ada sedikit masalah, namun berkat daripada hubungan kita lakukan itu dan melalui kerjasama yang dibuat secara langsung dan tidak langsung, telah berjaya mengeluarkan beliau seperti mana Yang Berhormat telah pun bertemu dengan saya dan alhamdulillah akhirnya kita dapat keluarkan beliau. Langkah seterusnya kita akan cuba dapatkan lagi maklum balas berkaitan dengan sebab musabab.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Tapi, di peringkat awal, kita dimaklumkan bahawa beliau mempunyai masalah kesesakan nafas dan kemudian, yalah, berakhir begitu sahaja. Namun, kita telah minta pada malawakil kita untuk sama-sama melihat dalam perkara ini secara lebih teliti lagi.

final • 7:30 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Okey, terima kasih.

final • 7:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri, terima kasih di atas penerangan dan penjelasan berkenaan dengan isu scam melibatkan pekerja-pekerja di luar negara di mana mereka telah ditipu.

Cumanya, saya cuma ingin bertanya, apakah langkah-langkah yang bakal diambil oleh kementerian? Sama ada satu one stop centre akan diwujudkan apabilanya ada satu makluman ataupun suatu pemeriksaan yang akan dibuat oleh kementerian kalau saya ingin pergi bekerja di Cambodia ataupun di Peru atau di negara-negara yang terlibat?

Bukan sahaja sekadar menggunakan pasport yang mungkin sudah ada tetapi langkah- langkah lain yang boleh diambil oleh kementerian bersama-sama dengan agensi-agensi, jabatan-jabatan lain untuk memeriksa sama ada benar atau tidak kerja itu wujud untuk pastikan bahawa warganegara Malaysia tidak terkandas dan ditipu di luar negara. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Yang Berhormat sedia maklum bahawa kerjasama antara Kementerian Luar dengan Kementerian Dalam Negeri sangat penting. Itulah langkah-langkah yang kita buat selama ini.

Tetapi, yang menjadi masalah utama dalam scam ini ialah mereka tidak memaklumkan. Bagi mereka yang memaklumkan, mendapat pandangan ataupun bertanya daripada Wisma atau malawakil kita di kawasan-kawasan yang berkenaan, kita akan memberikan bantuan itu.

Sebagai contoh, apa yang berlaku di Peru baru-baru ini. Saya cuba dapatkan maklumat. Saya tanya bagaimana sampai ke Peru. Apa yang kita dapati, kita tidak tahu langsung dan mereka tidak menghubungi kita untuk mendapatkan maklum balas. Dan mereka pun, yang terkena ini, tidak tahu ke mana mereka hendak dihantar. Cuma diberikan tiket, dihantar ke negara ketiga dan daripada situ, mereka dimaklumkan “Now, next you kena pergi ke sini, ke sini” dan itulah antara puncanya.

Jadi saya mohon, saya ingin sebutkan dalam Dewan ini, mohon kepada semua rakyat Malaysia agar sentiasa berhati-hati terutamanya dengan tawaran pekerjaan yang menawarkan tiket penerbangan dan penginapan percuma yang selalunya didalangi oleh sindiket-sindiket. Ini saya menyeru ini. Kalau kita tak buat begini, kalau kita tak datang untuk berjumpa dengan kita, sukar untuk kita trace sama ada ia berlaku penipuan ataupun tidak. Jadi, sekali lagi, saya minta kepada sekalian rakyat Malaysia supaya dapat menghubungi kita untuk mendapatkan penjelasan sekiranya ada tawaran-tawaran ini diberikan kepada mereka.

Saya juga mengambil peluang ini untuk menyambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada pembentangan Belanjawan Madani berkenaan tambahan RM10 juta di bawah Tabung Amanah Kumpulan Wang Amanah Rakyat Malaysia di luar negeri atau KWARM. Kementerian Luar Negeri sedang memperhalusi gerak kerja dan kriteria penerimaan bantuan KWARM ini agar dapat disasarkan kepada rakyat Malaysia di luar negeri yang memerlukan bantuan kaunselor namun benar-benar tidak berkemampuan dari segi kewangan.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Seputeh kerana membangkitkan soal berkemahiran multilingual di kalangan para pegawai kita. Itu merupakan satu cadangan yang baik. Malah di peringkat Kementerian Luar, kita telah melaksanakan perkara ini, latihan-latihan ini melalui IDFR kita bagi membolehkan supaya setiap diplomat kita, khususnya di kalangan diplomat yang muda-muda ini, diberikan pendedahan bahasa. Malah saya turut menekankan kepada mereka bagi mereka yang ditempatkan di malawakil-malawakil di luar negara supaya mereka mengambil kesempatan untuk belajar bahasa tempatan di kawasan yang berkenaan.

Jadi, kita telah memberikan juga penekanan dari segi pakar dalam bidang khusus mereka atau subject matter expert yang memerlukan pemahaman kepada bahasa-bahasa yang berkenaan. Sebagai contoh, kalau hendak tahu tentang sesebuah negara, China sebagai contoh, you must be able to converse in Mandarin. Kalau tidak, susah dia hendak faham dari segi budaya dan sebagainya. Demikianlah juga dalam konteks Sepanyol, sebagai contoh. Banyak orang kita tidak perasan bahawa bahasa Sepanyol adalah antara

final • 7:30 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

bahasa yang dituturi dengan begitu luas sekali di seluruh dunia termasuk kalau di Amerika, the second language adalah bahasa Sepanyol. Baik, saya terus pergi ke...

final • 7:30 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan sistem pembesar suara]

final • 7:30 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Itulah. Saya ucapkan terima kasih...

[Ketawa] [Disampuk] Oh, saya tengok rupa-rupanya tadi, siapakah yang bertanya.

Hulu Langat di mana? Rupanya waktu saya— Hulu Langat, terima kasih. Hulu Langat sudah hadir. Dia beri sokongan dekat saya. Terima kasihlah, dik.

Perusahaan mikro dan sederhana, seperti yang kita tahu, kita bekerjasama dengan— terima kasih kepada Yang Berhormat Rompin yang bawa hal ini. Kita sama- sama melihat perkara-perkara ini dan kita bekerjasama dengan MITI, MOTAC dan MATRADE bagi menjayakan matlamat kita untuk membangunkan perusahaan mikro kredit dan sederhana. Kita, seperti mana yang kita sedia maklum, di peringkat Kementerian Luar, kita bekerjasama ini di mana-mana sahaja dalam sesi-sesi perbincangan dengan kumpulan-kumpulan peniaga dan sebagainya.

Begitu juga Masjid Tanah ada sini bertanya membahaskan tentang lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini ke Saudi, Turkiye dan Mesir. Beliau bertanya sama ada— kenapa PM pergi sedangkan ianya hanya boleh dilakukan oleh Menteri Luar ya.

Saya fikir Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun menjelaskan kenapa beliau berada di sana. Jadi, saya tak perlu berdebat lagi soal-soal itu. Saya ingat ianya telah pun dijelaskan. Kerana Yang Amat Berhormat menghadiri ASEAN-GCC Summit dan dalam masa yang sama, beliau juga mengambil kesempatan untuk berada menyampaikan mesej pendirian Malaysia berkaitan dengan Palestin dan juga termasuklah mengadakan perbincangan-perbincangan untuk membawa pelaburan ke negara kita.

Jadi, banyak benda yang dibincangkan. Saya turut berada bersama-sama dalam perbincangan itu. Alhamdulillah, nampaknya imej Malaysia, harapan kepada Malaysia daripada pemimpin-pemimpin yang ditemui oleh Yang Amat Berhormat begitu tinggi sekali.

[Tepuk] Mereka memberikan weightage yang baik kepada negara kita secara keseluruhannya.

Kemudian, soalan yang berkaitan daripada Yang Berhormat Tumpat— tadi ada— iaitu tentang persediaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun 2025. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini bahawa tahun 2025 ini, Malaysia akan menjadi Pengerusi ASEAN. Tahun itulah yang akan menjadi tahun yang sangat menarik kepada Malaysia sebab sepanjang tahun biasanya, kalau Indera Mahkota sedia maklum, bagaimana apabila sebuah negara menjadi Pengerusi ASEAN, sepanjang tahun negara itu akan sibuk dengan kehadiran pemimpin-pemimpin dunia. Itu yang pertama.

Dalam pertemuan mesyuarat Sidang Kemuncak ASEAN-GCC yang baru lalu di Riyadh, keputusan telah juga diambil untuk meminta supaya Mesyuarat ASEAN-GCC diadakan setiap dua tahun dan Malaysia dipilih untuk menjadi tuan rumah pada tahun 2025 untuk yang keduanya.

[Tepuk] Alhamdulillah, kita doakan pada tahun 2025 itu akan memberikan satu impak yang besar kepada negara kita.

Akhir sekali, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya membaca penutupnya.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan tutup.

final • 7:30 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Dia very simple. Sebab saya tengok kita perlu Maghrib selepas ini.

Kementerian Luar merupakan peneraju dan pelaksana Dasar Luar Negeri Malaysia yang mempertahankan dan mengetengahkan atau, dengan izin, protect and promote kepentingan Malaysia di persada antarabangsa. Dalam hal ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan di atas pengiktirafan yang diberikan kepada Kementerian Luar Negeri.

final • 7:30 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada Kementerian Luar Negeri nyata dengan peningkatan peruntukan belanja mengurus sebanyak 13.24 peratus dan belanja pembangunan sebanyak 29.86 peratus berbanding tahun 2023. Ini menandakan bahawa Malaysia sedang mengarah kepada aktif diplomasi.

Peningkatan ini akan membantu kementerian untuk mempergiatkan penglibatan dengan lebih aktif dan efektif di pelbagai platform antarabangsa dan dapat mempercepatkan proses penambahbaikan infrastruktur perwakilan-perwakilan diplomatik Malaysia di serata dunia.

final • 7:30 PM

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Ia juga akan membantu kementerian untuk memberikan perkhidmatan dengan lebih cekap terutamanya kepada rakyat Malaysia di luar negara. Kementerian Luar Negeri dan seluruh warga Wisma Putra memainkan peranan yang amat penting dalam memperjuangkan kepentingan negara di persada antarabangsa. Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan adalah amat berbeza, terutama mengambil kira keperluan untuk bertindak balas terhadap perkembangan global yang dinamik dan tidak menentu tanpa mengenal waktu siang dan malam.

Pada masa yang sama, interaksi antara pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas di perwakilan diplomatik Malaysia dengan rakan sejawat mereka di luar negara juga memerlukan pendekatan yang berbeza-beza dengan mengambil kira amalan, budaya dan norma tempatan. Ini adalah penting supaya usaha-usaha yang diambil adalah efektif dalam memelihara kepentingan negara serta mengukuhkan lagi hubungan diplomatik dan kerjasama dengan negara-negara berkaitan. Ini tidak termasuk lagi pegawai-pegawai yang ditempatkan di negara-negara yang berisiko tinggi dari segi ketidakstabilan politik dan keselamatan.

Oleh yang demikian, sistem sokongan yang padu dan menyeluruh adalah amat penting supaya kementerian ini dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih cekap dan berkesan. Sebagai contoh, kementerian perlu menangani masalah bangunan pejabat dan kenderaan rasmi kerajaan di luar negara yang telah usang dan tidak mencerminkan aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara maju yang disegani dan berwibawa di persada dunia. Pada masa yang sama, kebajikan para pegawai termasuk emolumen, elaun dan kemudahan juga perlu diberi perhatian dan ditambah baik.

Di samping itu, bagi menjaga kebajikan penjawat awam Kementerian Luar Negeri, kemudahan-kemudahan Elaun Sara Hidup Luar Negeri akan dipertimbangkan oleh pihak kerajaan dalam Sistem Saraan Baharu Perkhidmatan Awam kelak. Dalam pada itu, Kementerian Luar Negeri juga akan meneruskan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kementerian serta agensi lain yang terlibat bagi mengkaji kepentingan pegawai-pegawai kementerian yang berkhidmat di luar negara.

Sebelum mengakhiri penggulungan, saya ingin sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu penting yang berkait rapat dengan kementerian ini. Kementerian menyambut baik semua cadangan dan saranan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dan yakin bahawa input-input dan cadangan-cadangan bernas tersebut akan membantu menyerlahkan lagi martabat Malaysia di peringkat antarabangsa dan usaha-usaha yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat, kita dapat membangunkan semula imej Malaysia dengan ungkapan to make Malaysia great again. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dengan ucapan penutup Menteri Luar Negara, Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 2 November 2023.

final • 7:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.43 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026