Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Institusi) - Dato’ Seri Azalina Othman Said
Bismillahi Rahmani Rahim, Tuan Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 14(2), saya mohon mencadangkan supaya Aturan Urusan Majlis Mesyuarat dimulakan dengan ucapan tahniah atas pemilihan Yang di-Pertuan Agong Ketujuh Belas dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dan selepas itu Majlis disambung semula dengan urusan dalam Aturan Mesyuarat hari ini”
Tuan Yang di-Pertua
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan memberikan ucapan tahniah atas pemilihan Yang di-Pertuan Agong Ketujuh Belas dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Dipersilakan Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Salam sejahtera. Saya telah dimaklumkan secara rasmi oleh Pejabat Pemimpin Mohor Besar Raja-Raja, memaklumkan mengikut peruntukan para 3, Bahagian I Jadual Ketiga kepada Perlembagaan Persekutuan supaya Perdana Menteri dan juga kedua-dua Dewan
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Parlimen dimaklumkan Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat yang ke-263 (Khas) yang diadakan di Istana Negara.
Tan Sri Yang di-Pertua, Majlis Raja-Raja dalam Mesyuaratnya yang ke-263
(Khas) pada Jumaat, 27 Oktober 2023 telah mengisytihar keputusan pemilihan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong selama tempoh lima tahun, mulai 31 Januari 2024.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya selaku Ketua Majlis Parlimen Kelima Belas bagi pihak Dewan yang mulia ini, dengan sepenuh ikhlas ingin merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ikhlas taat setia Dewan ini dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang di- Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim, sempena pemilihan baginda sebagai Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Ketujuh Belas.
Saya juga ingin merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ikrar taat setia Dewan ini turut dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al- Maghfurlah, Sultan Yang di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan atas pemilihan baginda sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Saya yakin, insya-Allah kerajaan dan rakyat akan mendapat limpah rahmat dan kesejahteraan yang bertambah dari pemerintahan seorang raja yang adil, bijaksana dan prihatin terhadap rakyat jelata dan negara. Sebagai teras pemerintahan Raja Berperlembagaan, saya amat berkeyakinan dengan pemerintahan Duli Maha Mulia Tuanku kelak, Malaysia bakal diberkati dengan nikmat perpaduan dan kemakmuran yang berpanjangan.
Daulat Tuanku, sembah takzim daripada saya dan seluruh Ahli Dewan yang mulia ini.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Setiausaha, silakan
Tuan Yang di-Pertua
Saya mulakan dengan menjemput Tuan Suhaizan bin Kaiat, Pulai. Silakan.
1. Tuan Suhaizan bin Kaiat [Pulai] minta Perdana Menteri menyatakan perkembangan lawatan kerja ke Arab Saudi, Turkiye dan Mesir berhubungan dengan serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza. Apakah bentuk ancaman yang diterima oleh Malaysia daripada negara-negara Barat yang menyokong Israel susulan atas pendirian Malaysia terhadap Palestin dan apakah langkah-langkah yang bakal diambil oleh Malaysia bagi menghadapi segala ancaman ini supaya tidak memberi kesan besar terhadap rakyat dan ekonomi negara.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tan Sri Yang di-Pertua, kita telah menjalankan tanggungjawab untuk pertama, menyatakan pendirian keras membantah keganasan rejim Zionis Israel yang telah melanggar seluruh peraturan dan undang-undang dan kemanusiaan dan menyebabkan sehingga kini 8,805 terkorban, termasuk 3,595 kanak-kanak.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Dalam kunjungan saya ke Arab Saudi, Turkiye dan Mesir, saya telah sampaikan pendirian Malaysia sementara memberi sokongan dan galakan kepada ketiga-tiga negara ini bersama dengan negara-negara Teluk yang lain. Saya juga sempat mengadakan pertemuan di Riyadh dengan Sheikh Mohamed bin Zayed, Emirate, Raja Bahrain dan juga
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Raja Qatar. Pendirian Malaysia tegas dalam hal ini dan penekanan yang diberikan oleh ketiga-tiga negara ini bersama dengan negara Teluk adalah menyegerakan pemberhentian segala bentuk serangan dan keganasan Israel ke atas Gaza.
Saya juga ucapkan penghargaan kepada Abdel Fattah al-Sisi, Presiden Mesir kerana dorongan beliau untuk menyegerakan pembukaan sempadan membolehkan hantaran makanan, dan perubatan ke Gaza. Itu satu laluan yang sangat sukar.
Pertama dengan tindakan biadab Israel mengebom kawasan sempadan dan ianya memerlukan langkah tambahan Kerajaan Mesir untuk membaiki laluan itu.
Keduanya pada peringkat awal, hanya menyediakan, membenarkan dua kontena dan setelah ada desakan berterusan, sampaikanlah 20. Mengikut semua kajian, keperluan harian Gaza ketika itu adalah 200 kontena satu hari.
Terkini Presiden Tayyip Erdogan menghubungi saya dan Menteri Luar Turkiye juga begitu dan mengambil maklumat kepada Raja Arab Saudi, Petra Mohammed bin Salman dan Turkiye bercadang untuk menganjurkan sidang negara-negara, ketua-ketua negara Islam. Saya telah meminta Menteri Luar untuk menghubungi Turkiye dan Arab Saudi untuk menyatakan bahawa mungkin ada kewajaran mengadakan sidang tergempar itu yang melibatkan juga negara-negara seperti Brazil, Irlandia, Rusia dan negara China yang menyatakan sikapnya agak tegas menentang keganasan Israel.
Kedua ialah tentang apa yang disebut sebagai tekanan dan ugutan. Pertama, Duta Besar kita ke Washington, telah dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat yang mempersoalkan keputusan kita terhadap permasalahan, terhadap Israel khususnya keganasan Israel terhadap Gaza dan Duta Besar kita tegas menyatakan pendirian kita.
Oleh sebab keengganan kita untuk membantah tindakan Hamas dan menganggap Hamas sebagai pengganas atau terrorist, maka, saya juga mendapat maklumat dan melalui Kementerian Luar Negeri telah menerima demarche. Demarche ini maknanya tata tindak dari Kedutaan Amerika Syarikat dua kali. Kali pertama 13 Oktober dan kali kedua, 30 Oktober. Minta supaya negara mengambil kesempatan- tidak meneruskan dengan pendirian terutama keengganan kita untuk menganggap Hamas itu sebagai badan pengganas dan saya telah jawab dalam majlis di stadium baru-baru ini dan saya tegaskan bahawa Malaysia kekal dengan pendirian bebas kita, pertimbangan kemanusiaan kita dan menganggap pencerobohan itu haram dari segi undang-undang dan kaedah antarabangsa.
Politik dan kecelaruan berlaku ini bukan sekitar bulan lalu. Ini sudah berlarutan, berdekad dan sejak 1948. Oleh yang demikian, untuk mengetepikan segala keganasan dan pencerobohan, penjajahan Israel ke atas wilayah Arab dan Palestin adalah tidak munasabah. Sering kita kaitkan umpamanya perbandingan bila Rusia mengambil tindakan menakluki sebahagian kawasan penduduk Rusia di Ukraine, itu dianggap pencerobohan. Bila Israel selama puluhan tahun menjajah Wilayah Palestin, itu dianggap sah dan tidak dibantah oleh negara-negara termasuk Amerika Syarikat.
Mandela, Nelson Mandela dan African National Congress (ANC), itu selama puluhan tahun dianggap oleh negara-negara Barat sebagai badan pengganas atau terrorist. Yang mereka lakukan adalah tindakan menentang sikap kejam apartheid yang menjajah Afrika Selatan yang dilakukan oleh badan-badan termasuk Hamas adalah membantah penjajahan dan keganasan Israel ke atas Palestin khususnya, Gaza.
Jadi, pandangan kita agak konsisten. Saya juga ingin mengambil kesempatan Tan Sri Yang di-Pertua untuk menggesa seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk melihat ini dari segi kaedah sejarah dan kemanusiaan. Janganlah jadikan isu ini sebagai isu yang membedakan sikap kita terhadap apa itu kemerdekaan. Malaysia merdeka menolak penjajahan Inggeris dan kita bersama menentang penjajahan Inggeris.
Mengapa kita agak berlembut dengan penjajahan Israel ke atas Palestin?
Sekarang kita semua mendukung perjuangan Mandela di Afrika Selatan. Tidak sebelumnya. Sebelumnya masih ada yang ragu, tapi sekarang kita yakin, tindakan mereka itu kerana keganasan dan penjajahan apartheid kulit putih terhadap orang kulit hitam. Jadi, saya ingin menggesa rakan-rakan kerana ada juga suara-suara yang menganggap kita agak- pertama terlalu keras. Keduanya, bertentangan dengan sikap berkecuali Malaysia.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ya, Malaysia mendukung prinsip berkecuali tapi tidak berkecuali dalam soal kezaliman. Tidak berkecuali bila ribuan anak-anak dibunuh dan dibom...
[Tepuk] Tidak berkecuali dalam soal keadilan dan kemanusiaan. Oleh itu, saya ingin sekali menggesa rakyat Malaysia, jangan izinkan isu ini untuk memecahbelahkan dan memperkotak- katikkan. Isu ini betul isu yang sangat dekat dengan umat Islam, tetapi isu ini adalah isu yang dekat dengan kemanusiaan. Sebab itu kita lihat umpamanya negara-negara seperti Ireland, Irlandia, Brazil, selain dari Rusia dan China yang mengambil sikap atas prinsip kemanusiaan.
Jadi, saya harap kita ambil kesempatan ini untuk mendedahkan maklumat kepada rakyat. Sebab itu, saya menyokong gesaan Menteri Pendidikan supaya digalakkan pelajar-pelajar ya. Bukan dipaksa. Digalakkan pelajar-pelajar untuk mengikuti perkembangan yang berlaku...
[Tepuk] Ya, tentunya kita ada garis panduan supaya jangan kita seolah-olah menggalakkan sikap keganasan atau kebencian kepada rakan-rakan sesama mereka, tetapi pencerahan, fahaman tentang apa yang berlaku, apa erti kezaliman, apa erti penindasan, apa erti yang diungkapkan dispossession. Sebab itu, saya di mana-mana saya sebut termasuk di Singapura semalam bila ditanya depan dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong tentang sikap kita. Saya kata sikap kita konsisten bahawa penjajahan, penaklukan, keganasan itu ada sejarahnya, ada historical antecedent dan ini adalah politics of dispossession. Tanah dirampas, rumah diroboh, nyawa diragut, maruah cuba dicemarkan. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih, jawapan daripada Perdana Menteri. Pulai mengucapkan tahniah atas usaha-usaha yang telah dibuat oleh Perdana Menteri membuat lawatan ke negara-negara Teluk seperti Arab Saudi, Turki dan juga Mesir.
Jadi soalan saya, apakah ada lagi usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri untuk menyatukan sokongan-sokongan ini, terutamanya daripada negara-negara belah Europe, di mana di sebelah sana seperti Sepanyol dan juga Ireland juga memberikan sokongan, juga di sebelah Afrika yang juga memberi sokongan kepada rakyat Palestin.
Ini juga, dalam kita di dalam negara ini ya, ada yang sinis terhadap apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang menganggap seolah-olah apa yang dilakukan ini sebagai satu lucuan saja, satu yang nak menampilkan diri sahaja. So, apa minta pandangan Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tan Sri Yang di-Pertua, saya menegaskan pendirian saya bahawa isu ini isu yang telah meragut banyak nyawa dan anak-anak dan itu bagi rakan-rakan yang mengikuti perkembangan sangat menyayat hati. Oleh yang demikian, saya tidak mahu untuk terlibat dalam wacana yang sia-sia.
Saya ikuti beberapa perkembangan sebab itu saya sebut tadi, tidak usahlah dipolitikkan. Masing-masing ada pendirian, mungkin sedikit perbedaan kecil tentang cara tindakan tetapi jangan anggap ini isu yang boleh kita permainkan untuk dapat kepentingan politik.
Seperti mana yang pernah disebut dalam luhur bangsa Melayu, jangan kita mahu bina mahligai atas pusara. Orang derita, banyak terkorban, jangan kita mahu gunakan ini sebagai mahligai politik atas pusara rakyat. Pendirian kita sedaya upaya menyampaikan dan hampir setiap hari hubungan dengan negara-negara Islam terutamanya dengan negara yang sealiran untuk memberikan pandangan mereka.
Kalau diizinkan sedikit sahaja kerana saya diminta untuk menyampaikan juga supaya dapat diikuti di peringkat antarabangsa. Kalau Yang di-Petua izin saya berapa minit untuk...
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
...Baca dalam bahasa Inggeris.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Dengan izin. “*In this hour, I must urgently cast a spotlight on the dire, escalating humanitarian catastrophe that grips the Gaza Strip. Unless we are made of wood or our hearts are cast in stone, it is impossible not to be moved, shocked, and repulsed by the spectacle of killing and mayhem being perpetrated, even as we are gathered here in this August House.
The chilling statistics bear testimony to a tragedy of epic proportions: As of the latest report from the authorities in Gaza, 8,805 Palestinians have been killed and nearly 20,000 injured. Of this number killed, 3,600 are children. Entire neighbourhoods have been reduced to rubble and hundreds of thousands of homes and businesses destroyed. This is nothing if not a grim and shocking testament to this relentless, indiscriminate onslaught of Israeli aggression, cruelty and inhumanity.
This is not a Palestinian-Israeli war. It is not war at all but outright massacre of a helpless people in Gaza who have been for the last six decades incarcerated in the largest open air prison in the world. It is a deliberate, calculated and cold-blooded attempt to decimate the Palestinian people.
For those who continue to think or suggest that the atrocities committed against the Palestinians affect Muslims alone, let it be reminded that the world’s most ancient Christian community resides in Palestine, totaling 47,000, based on a census conducted in 2017. Palestinian Christians too have been driven out from their historic cities in large numbers and the underlying cause is the illegal Israeli occupation and apartheid policies.
In this sordid history and the ongoing saga of cruelty, oppression and genocide, Palestine’s Muslim and Christian communities alike are the helpless victims.
The Western media rarely present the faces of Palestinian Christians, or if mentioned, tend to convey the image of them as mere bystanders in Palestine. This is utterly wrong because Palestinian Christians have been victimized just as much as their Muslim brothers and sisters.
The point I want to make here is that there are strong sociocultural and spiritual connections between the Muslim and Christian communities which confer on Palestinians their unique collective identity. Nevertheless, the Zionist government of Israel is hellbent on presenting a binary conception of the crisis, capitalizing on the notion of a besieged Jewish State being encircled by an overwhelming and menacing population of Muslims in the region and therefore facing imminent existential threat.
Let us be clear: The Zionist State of Israel is an occupying force and as such it carries responsibilities under international law. There are no two ways about it. We condemn terrorism, in all its forms, and we categorically condemn the actions of killing innocent lives and taking women and children as hostages. By the same token, we unequivocally condemn the bombing of civilians, of homes and hospitals and the consequential massacre of innocent lives, children, women and men [Tepuk] that is being carried out day and night by the Israeli forces.
These criminal acts are in clear violation of the norms of the international law. The actions taken by Israel – the cutting of food, water, humanitarian aid, electricity are violations of international law.
Honorable members, “the situation in Palestine is an agonizing reminder that the fight for justice knows no borders and we must stand united in solidarity with all oppressed people”. As I stated at the UN General Assembly, the credibility of the international system itself is at stake and we must voice our opinion and encourage others to do so in order to preserve that system which seeks to uphold peace in the world.
It is a fool’s errand to think that Malaysia is unaffected by what is happening in the world. We are a trading nation and actively engaged in regional and international commercial and economic activities, proactively reaching out for FDI’s to drive our economic advancement. So, we are deeply and profoundly tied to whatever happens everywhere in the world*.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
*We have embarked on the difficult task, long ignored and let me be clear that it will remain a fiercely independent nation and will continue to express our right and our position on the issue of justice and freedom without fear or favor.
[Tepuk]*
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun. Cuma tadi saya semak lexicon diplomatic berkenaan dengan demarche.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Demarche bermaksud formal diplomatic representation of government’s position, yakni bukanlah satu ugutan sebenarnya tapi Amerika Syarikat ingin mengetahui posisi kita. Tapi, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana teguh istiqamah mempertahankan Hamas dan juga pendirian negara kita saban tahun berkenaan Palestin.
Cuma saya nak tanya lagi Yang Amat Berhormat Tambun, apakah ada lagi ugutan-ugutan daripada negara-negara lain? Kalau ada, apakah kerajaan bercadang untuk memanggil duta-duta mereka ke Wisma Putra? Apakah Tambun bercadang untuk boikot sidang APEC pada minggu hadapan untuk menyatakan solidariti kepada kaum yang terkesan di Palestin?
Satu lagi Yang Amat Berhormat Tambun, semalam saya lihat poster daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan, dikatakan ‘Don’ts’ dalam Minggu Solidariti Palestin ini dinyatakan, “Jangan hanya menonjolkan perspektif satu pihak, walaupun tujuan adalah untuk menunjukkan solidariti kepada Palestin. Cuba untuk memberikan gambaran yang berimbang tentang situasi”. Apa maksud ini sebenarnya? Adakah kita perlu tonjolkan perspektif Israel dalam konflik ini atau bagaimana? Silakan Yang Amat Berhormat Tambun.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Pertama, saya nak jelas, nak betulkan sedikit ya.
Demarche itu bukan neutral stance. Bila negara, satu negara luar bagi demarche, maknanya ada dia concern dia. Apa yang dikata tata tindak. Belum protest, kita lebih concern. Bukan sekali, tiga kali. Sekali daripada duta besar, dua kali pada 13 dan 30 Oktober, sebab itu kita anggap ini sebagai suatu peringatan tapi jawapan kita tegas ya, terutama dalam hubungan dengan Hamas.
Kedua, seperti yang saya sebut, singgung sebentar tadi ya, dalam kunjungan kita dalam beberapa pertemuan dengan negara-negara asing, disampaikan maklumat ini. Kita jawab secara tegas dan sekiranya kalau disampaikan langsung kepada kita, sebab itu saya pilih untuk jawab secara langsung supaya negara-negara yang berkenaan, termasuk Mukhabarat atau intelligence atau perisikan mereka, faham pendirian kita dan kita tidak bertolak ansur.
Keduanya tentang APEC, kita sekarang teliti. APEC ini badan ekonomi Asia Pasifik. Jadi, kita sekarang hubungi negara-negara ASEAN dan negara China tentang kedudukan mereka. Kita akan ambil keputusan, selaras dengan pendirian rakan-rakan dan juga Asia.
Tuan Yang di-Pertua
Saya buka lagi satu soalan kalau ada. Baik. Kalau tidak ada, saya jemput Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, Kubang Pasu. Silakan.
2. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Perdana
Menteri menyatakan
(a) apakah strategi dan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi memitigasi nilai eksport yang menurun sebanyak 8.4 peratus bagi tempoh Januari-September 2023 berbanding dengan tempoh yang sama bagi tahun 2022. Trend menurun ini
Menteri menyatakan
didapati bermula pada Jun 2023 dan dijangka akan berterusan hingga akhir tahun 2023; dan
(b) jumlah pelaburan dan jenis/sektor industri yang akan dilaksanakan oleh pelabur-pelabur (secara terperinci) dari Amerika Syarikat, United Arab Emirates (UAE) dan Arab Saudi, iaitu hasil lawatan YAB Perdana Menteri ke negara-negara berkenaan baru-baru ini.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Kubang Pasu, memang diakui suasana ekonomi memang mencabar. Belum sampai ke tahap gawat ataupun yang disebut oleh Yang Berhormat Temerloh semalam, merudum, yang telah diulas oleh Menteri Ekonomi dan juga Menteri MITI. Melihat kepada kedudukan ekonomi, kita lihat daripada keseluruhannya ya.
Soal penurunan atau penyusutan nilai ringgit, soal pengurangan atau penurunan prestasi perdagangan tetapi juga pertumbuhan ekonomi, penurunan inflasi, penurunan kadar pengangguran dan penambahan pelaburan. Jadi kalau dilihat dalam konteks itu, kita masih bertahan walaupun saya setuju dengan Kubang Pasu bahawa mesti ada langkah-langkah susulan diambil.
Bagi mitigasi, trend penurunan nilai eksport, MATRADE di bawah MITI merangka beberapa langkah ya, termasuk meningkatkan eksport, juga kepada negara-negara baharu termasuk isu minyak sawit, electric and electronic (E&E), produk automotif dan lain-lain.
Kemudian, melalui 46 pejabat luar negara, ditingkatkan termasuk melalui pameran perdagangan seperti Oil and Gas Asia (OGA), MIHAS, Defense Services Asia, International Greentech and Eco Products Exhibition. Kemudian, destinasi eksport juga diperluaskan ke pasaran yang bukan tradisional, Asia Tengah, Latin Amerika, yang melihatkan peningkatan. Umpamanya, eksport ke pasaran Asia Tengah dan Latin Amerika pada tahun ini meningkat 24.7 peratus Asia Tengah dan 2.3 peratus di Latin Amerika.
Melalui kerjasama kita dengan Arab Saudi khususnya dan UAE, dipersetujui supaya kedua-dua negara, termasuk Mesir dijadikan hab untuk kita meningkatkan eksport ke negara-negara di Afrika. Kemudian, program pembangunan pengeksport juga ditingkatkan. Saya akan memberikan secara bertulis seluruh detail kerana mengambil sedikit masa. Kemudian, agenda eksport e-Dagang yang rentas sempadan, MATRADE Digital Trade Platform.
Kemudian, yang saya anggap penting Yang Berhormat dan Tan Sri ialah kecepatan kelulusan yang kadang-kadang memang mengambil sedikit waktu dan saya telah minta supaya Menteri MITI menjadi penyelaras utama dalam memastikan semua kelulusan di peringkat Persekutuan.
Saya telah sampaikan kepada semua Menteri Besar, Premier dan Ketua Menteri untuk juga bekerjasama menyegerakan kelulusan kerana dari feedback yang kita dapat dari Amazon, Google, Geely, Rongsheng termasuk Elon Musk, semua dipersetujui kelayakan insentif tenaga profesional tetapi teguran mereka ialah kadang-kadang tahap proses kelulusan itu agak lebih perlahan, ketimbang beberapa negara termasuk Vietnam.
Kemudian, kita sediakan dana eksport perkhidmatan, geran bayaran balik untuk meningkatkan eksport perkhidmatan yang cepat tinggi.
Baik, lawatan kerja ke New York yang kita tumpu pada beberapa syarikat besar ya, yang umpamanya peranti perubatan, sektor E&E dan sektor jentera dan peralatan RM4.7 bilion. Dua projek E&E dan sektor jentera dan peralatan dan potensi nilai RM2.74 bilion dijangka siap menjelang akhir 2024. Projek peranti perubatan RM2 bilion diperolehi dan bermula dan berterusan sehingga 2031.
Ke UAE, ini lebih berhasil kerana komitmen Sheikh Mohamed Zayed secara langsung. Sehingga hari ini, sudah dua rombongan daripada UAE ke Malaysia untuk ambil tindakan susulan. Ini agak lebih paling pantas. Ini termasuk tenaga boleh baharu Masdar
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
dengan jumlah RM38.1 bilion. Ini bukan MoU, ini sudah komitmen ya. Permulaan projek ini, yang itu satu.
Keduanya, soal maintenance, repair and overhaul aeroangkasa bagi jet perniagaan berjumlah RM710 juta. Syarikat Masdar sudah pun ke mari dan meneruskan perbincangan untuk tindakan pelaksanaan. UAE ketika ini adalah pelabur terbesar Malaysia dari Asia Barat. Pelaburan UAE yang telah dilaksanakan sehingga kini sudah mencecah RM1.4 bilion.
Ke Arab Saudi, PIF dan Aramco, Aramco telah pun bersetuju untuk menambah pelaburan mereka di Pengerang dan sudah memutuskan supaya mesyuarat lembaga mereka akan diadakan di Malaysia.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Aramco telah pun bersetuju untuk menambah pelaburan mereka di Pengerang dan sudah memutuskan supaya mesyuarat lembaga mereka akan diadakan di Malaysia.
Lembaga Aramco ini melibatkan tiga Menteri utama Kerajaan Arab Saudi dan juga penglibatan Public Investment Fund dengan Khazanah yang dimulakan. Aramco bercadang untuk datang ke sini dua minggu daripada tempoh lawatan saya ke Arab Saudi.
Maknanya dalam minggu depan untuk bermesyuarat dengan PETRONAS.
Jadi, saya nak jelaskan ini bukan MoU seperti yang dibimbangkan oleh beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat kerana tindakan susulan telah bermula seperti mana Projek Geely di Tanjung Malim. Dia datang untuk melaksanakan, bukan lagi MoU. MoU itu ditandatangani awal, tetapi pelaksanaan. Mereka sudah datang sendiri dan saya bersama Menteri Besar dan Menteri MITI telah pun ada di Tanjung Malim pada ketika itu.
Saya ingat itu Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Satu jawapan yang cukup komprehensif. Tan Sri Yang di-Pertua, soalan asal saya ada dua tajuk, pelaburan dan perdagangan. Jadi, soalan tambahan juga ada dua tajuk Tan Sri Speaker.
Pertamanya mengenai pelaburan. Apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan bagi memperbetulkan persepsi pemikiran sesetengah pihak, termasuk Ahli-ahli Parlimen blok kerajaan sendiri yang mempersoalkan keabsahan nilai pelaburan asing
(FDI) yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri MITI? Umpamanya mengenai jangkaan FDI dari Jepun bernilai RM143 bilion yang diumumkan baru-baru ini.
Seterusnya mengenai perdagangan. Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan bagi menjamin kepentingan usahawan dan syarikat bumiputera serta GLC ekoran ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif Perkongsian Trans- Pasifik ataupun CPTPP tahun sudah? Seterusnya, adakah kejatuhan eksport dan penurunan surplus trade balance memberi kesan kepada nilai ringgit iaitu, kejatuhan nilai ringgit akhir-akhir ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
So, tiga soalan. Yang pertama soal pengumuman, dia bezakan di antara Memorandum Persefahaman yang ditandatangani dengan projek yang diluluskan dan tindakan diambil. Jadi, dia ada tiga. Memorandum Persefahaman.
Jadi, kadang-kadang angka itu kita sebut Memorandum Persefahaman tetapi saya setuju Memorandum Persefahaman itu tidak semestinya dan keseluruhannya dilaksanakan. Jadi itu yang pertama.
Kalau dia serius ada kelulusan, jadi ada kelulusan dan ketiganya tindakan yang saya sebut umpamanya RM10 bilion yang di Tanjung Malim itu adalah tindakan. Jadi, memorandum dah signed, kelulusan telah dibuat dan tindakan telah diambil. Apabila saya sebut Masdar yang projek RM10 bilion itu, itu sudah ditandatangani dan kelulusan telah dibuat. Mereka sudah datang untuk program pelaksanaan, tetapi ada projek-projek yang
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
diumumkan, saya setuju dengan Kubang Pasu bahawa yang belum ada mendapat kelulusan. Jadi angka-angka itu kadang-kadang berubah ikut bulan, mengikut kelulusan dan akan diumumkan oleh MITI.
Tentang bumiputera, kita tegas belum ada CPTPP tetapi ia tidak mengganggu sebab sepertimana yang disebut dalam Belanjawan Madani baru-baru ini, program bumiputera itu terus diberi peningkatan. Cuma pendekatannya agak berbeza daripada umpamanya memilih beberapa syarikat, kita telah memberikan ruang supaya diperluaskan peluang tersebut.
Nilai ringgit memang mengalami penyusutan dan ini melibatkan seluruh negara bukan sahaja Malaysia, yang paling parah seperti kita sebut Yen dan Renminbi. Sebab itu, penyelesaiannya itu melalui de-dollarisation. Umpamanya setiap kali ada gesaan, pandangan, akan naik kadar faedah oleh Fed terus memberi kesan. Kalau- dan trend seperti ringgit saya ada sebut di sini bulan lalu, di Amerika 5.5 peratus. Kita masih kekal OPR dan tidak meningkat.
Ada pandangan-pandangan ahli ekonomi untuk memperkukuh, memperkuat nilai ringgit, kita naikkan OPR, tetapi kita kena beri pandangan, nak naik OPR itu apa alasannya- kerana inflasi? Inflasi kita turun- kerana pengangguran? Pengangguran kita turun. Kerana tidak dapat tarik pelaburan? Pelaburan meningkat.
Jadi sebab itu- dan apakah kesannya? Kesannya mungkin kepada peniaga- peniaga kecil. Jadi kita kena- kita hanya naik bila keadaan ekonomi menuntut sedemikian.
Jadi sekarang ini tidak ada keperluan itu dan maknanya kesan kepada ringgit walaupun ringgit itu tidak sepenuhnya menurun, ia naik sedikit semalam. Hari ini belum tahu. Jadi, kesan daripada tindakan Fed Amerika. Sebab itu saya kata penyelesaian jangka pertengahan dan panjang adalah de-dollarisation, mengurangkan kebergantungan kepada dolar dalam perdagangan.
Apakah ini mudah? Tidak. Tetapi apakah ia tidak mungkin? Tidak juga sebab dengan negara China perdagangan kita yang tinggi, hampir RM1 trilion, 25 peratus.
Maknanya puluhan bilion ringgit itu dalam ringgit dan renminbi. Dengan Indonesia, 18 peratus. Dengan Thailand sekitar begitu, 18-20. Jadi, baru tiga negara. Kita sudah bincang juga dengan negara-negara Arab untuk mulakan yang saya katakan de-dollarisation, tetapi baru yang kita berjaya besar hanya dengan tiga negara sebagai jangka panjang untuk mempertahankan ringgit.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Paya Besar.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun. Saya memuji langkah kerajaan apabila kita beralih daripada destinasi eksport tradisional kepada ruang atau eksplorasi yang baharu.
Cumanya Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Tambun, apabila kita hendak meneroka pasaran eksport baharu, persoalannya adakah syarikat milik Malaysia mempunyai kemampuan untuk menanggung risiko? Saya nak cadangkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun supaya pihak GLC harus mengetuai eksplorasi yang baharu ini dan apabila mereka sudah berjaya, kemudiannya serahkan kepada syarikat milik Malaysia. Itu yang pertama.
Yang keduanya, kita tahu RCEP dan CPTPP berkuat kuasa Mac bagi RCEP, CPTPP November 2022. Cumanya persoalannya Yang Amat Berhormat Tambun, kadar penyertaan, kefahaman mereka, syarikat-syarikat atau komuniti perniagaan terhadap RCEP dan CPTPP ini agak rendah. Saya ambil contoh statistik yang dikemukakan di Dewan yang mulia ini pada September 2023, nilai certificate of origin hanya berada pada kadar RM1.2 bilion untuk RCEP dan CPTPP pada kadar RM1.29 bilion. RCEP hanya pada kadar tak sampai RM700 juta.
Jadi, bagaimana Yang Amat Berhormat Tambun melihat bagaimana literasi perdagangan bebas ini yang sepatutnya kita murnikan, fahamkan kepada komuniti perniagaan yang akhirnya akan meningkatkan nilai eksport sekiranya mereka tahu ada
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
nikmat faedah akses kepada pasaran terbuka ini menguntungkan Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat Tambun.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Paya Besar dia arif, dia di Kementerian Kewangan agak lama. Jadi dia arif dengan hal-hal terperinci sebegitu. Soal destinasi baharu ini, kalau setakat yang diusahakan terutama dengan seperti mana yang saya sebut Latin America, itu kejayaan yang agak membanggakan. Di Afrika, potensinya ada tetapi sekarang ini kita terbatas kepada beberapa negara.
Jadi sebab itulah jalan keluar kita, kita gunakan hab dengan negara-negara yang lebih familiar dengan suasana di situ. Maka, melalui umpamanya Kaherah atau Riyadh ataupun Abu Dhabi dan Dubai. Itu strategi kita untuk mempermudahkan kerana syarikat- syarikat yang ada di Timur Tengah itu banyak yang biasa dan kenal, dan arif tentang perjalanan perniagaan di situ. Saya cadangkan supaya kita dapat tingkatkan kerjasama di situ dan nampak beberapa syarikat termasuk syarikat perladangan dan komoditi yang TPM 2 lebih arif untuk menggunakan jalur di Timur Tengah.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Tentang literasi perniagaan dan pasaran itu betul. Saya ingat beberapa tahun yang lalu ada kajian soal bursa saham London. Pihak literasi rakyat di sana itu sangat rendah. Itu literasi kewangan dan instrumen kewangan termasuk bursa. Jadi mungkin dengan pandangan Paya Besar kita mungkin adakan satu sesi mungkin di bawah MITI atau Menteri Ekonomi untuk memanggil syarikat-syarikat ini dan menjelaskan apa dampaknya dan bagaimana jalan keluar terutama mempertahankan kepentingan bumiputera dan kepentingan syarikat-syarikat tempatan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Saya mengamati jawapan Yang Amat Berhormat Tambun berkenaan dengan Ringgit dan OPR dan ternyata kenyataan Yang Amat Berhormat Tambun konsisten di dalam dan luar Dewan bahawa di antara cara menaikkan Ringgit ialah kita menaikkan OPR tetapi realitinya tidak semestinya begitu.
Saya mengambil contoh di Argentina interest ratenya ialah 111.93 peratus tetapi mata wang mereka semakin merudum. Di Turkiye interest rate mereka ialah 35 peratus mata wang mereka juga semakin merudum berbeza dengan Switzerland dan juga Denmark interest ratenya sangat rendah mata wang mereka semakin mengukuh. Jadi, saya fikir pada pandangan Yang Amat Berhormat adakah di sana terdapat lagi cara-cara yang lebih berkesan untuk menaikkan nilai mata wang ringgit yang disebut tadi ialah dedollarisation.
Tetapi adakah kerajaan berpandangan syarikat Malaysia perlu untuk menukar perolehan mereka dari mata wang asing kepada ringgit sekurang-kurangnya 30 peratus hingga 80 peratus pegangan semasa untuk menaikkan Ringgit. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih, Pasir Mas. Memang benar kenaikan faedah itu bukan hanya satu-satu jalannya, betul. Umpamanya saya sebelum jumpa Presiden Tayyip Erdogan ketemu juga teman lama saya Mehmet Simsek, Menteri Kewangan Turkiye kerana inflasi dia sudah 40 peratus seperti itu juga Argentina. Jadi, untuk naikkan OPR itu ataupun kadar faedah itu salah satu daripada jalan dan ada juga kesan yang agak sedikit positif tetapi keadaan Lira itu terkesan.
Cuma keistimewaan Turkiye itu kerana kehadiran pelancong itu terlalu tinggi.
Jadi, dana asing masuk melalui pelancongan itu sangat tinggi di antara paling tinggi di dunia. Jadi, itu dapat mengekang sedikit tekanan. Sebab itu saya kata di Malaysia, inflasinya rendah, penganggurannya rendah ataupun masih berkurangan. Jadi, sebab itu tidak boleh banding dengan Argentina. Argentina itu inflasinya tinggi ya. Dia mencapai 30 ke 40 peratus biasa. Jadi, kita inflasi itu dua dan kurang dari dua peratus keseluruhannya
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
walaupun dalam beberapa item makanan sehingga tiga empat peratus tetapi masih relatif sangat rendah. Sebab itu saya lihat apa lagi pelaburan bertambah.
Jadi, yang pertumbuhan masih kekal. Jadi, yang nampak ada kelemahan itu ialah semata-mata OPR. Sebab itu kalau lihat umpamanya Singapura, Indonesia, Thailand itu semua dari segi kadar faedah itu relatif lebih tinggi. Tetapi saya tidak bersedia untuk memberi unjuran kenaikan semata-mata kerana kesusutan nilai Ringgit kerana dari segi inflasi masih rendah dan saya bimbang tentang kesan kepada syarikat-syarikat kecil melainkan kita terpaksa.
Tetapi perbandingan dengan Turkiye dengan Argentina itu kurang tepat kerana Turkiye itu menghadapi kadar inflasi yang terlalu tinggi dan di antara lain kerana import minyak yang besar dan menekan negara kerana harga minyak yang melambung naik.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Satu lagi?
Tuan Yang di-Pertua
Tidak, kita sudah habis tiga soalan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Minta satu lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Silakan, Setiausaha.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli, Jempol.
1. Dato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli [Jempol] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan apakah usaha kementerian bagi memastikan graduan tempatan bersedia memenuhi keperluan tenaga kerja bagi 21 industri tumpuan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Jempol. Tuan Yang di-Pertua, bagi mendepani pembangunan dan keperluan tenaga kerja berkemahiran dan berkepakaran melibatkan 21 industri tumpuan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), pihak kementerian bersedia melahirkan graduan-graduan berkualiti yang mampu menyumbang dalam sektor-sektor tumpuan dengan melaksanakan pemetaan jumlah keperluan tenaga kerja dalam bidang-bidang kritikal.
Usaha ini melibatkan jumlah graduan yang dilatih di institut pengajian tinggi dan ini akan memastikan jumlah keperluan tenaga kerja di industri adalah mencukupi.
Kementerian juga mempunyai kerjasama yang erat dan sesi libat urus yang berterusan dengan pihak industri untuk mendapatkan input, maklum balas dan pandangan dalam menambah baik dan memperkasa kurikulum program-program pendidikan IPT agar kekal relevan dan memenuhi keperluan industri.
Antara contoh kerjasama bersama industri adalah dengan syarikat seperti Microsoft, Digital National Berhad, Ericson dan Tecnology Depository Agency bagi memastikan para pelajar dilengkapkan dengan ilmu dan kemahiran yang diperlukan oleh industri dan sedang digunakan dalam dunia sebenar. Ini akan memberikan para pelajar pendedahan awal kepada keperluan kemahiran masa hadapan selain meningkatkan kebolehpasaran serta peluang pekerjaan.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Untuk makluman, daripada empat pelan tindakan dan tiga pemacu perubahan dalam NIMP 2030, KPT terlibat secara langsung dalam dua pelan tindakan dan tiga pemacu perubahan dalam NIMP 2030 melalui inisiatif-inisiatif ini. Pelan Tindakan 1.4.1 – Assign specific topics and Key Performance Indicators (KPIs) to Universities for Industrial- linked Research and Development. Pada masa ini, KPT sedang menjalankan beberapa inisiatif penting dalam usaha memenuhi keperluan industri dan memastikan bahawa hasil untuk memenuhi keperluan industri dan memastikan – bahawa hasil penyelidikan dan inovasi yang dihasilkan oleh Pusat Kecemerlangan COE di IPT dapat dimanfaatkan sepenuhnya, selari dengan keperluan dan matlamat industri dalam NIMP 2030. Salah satu inisiatif yang utama ialah pemantapan COE di institut pengajian tinggi (IPT) yang memfokuskan kepada bidang pekerjaan tertentu.
Kedua, Pelan Tindakan 2.32 – Develop generative and Industrial Artificial Intelligent (AI) solution leaders and system integrators. Bagi memperhebat penerokaan bidang AI, rentas disiplin ilmu penubuhan Pusat Pengajian Kecerdasan Buatan pertama negara iaitu Fakulti Kecerdasan Buatan AI, di Universiti Teknologi Malaysia dengan peruntukan awal RM20 juta, sebagaimana ucapan Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 13 Oktober 2023.
Ketiga, Pemacu perubahan E 2.1 – Leverage mynext and MyFutureJobs for strategic workforce planning to address long-term demand-supply requirement. KPT akan memanfaatkan platform mynext and MyFutureJobs bagi memastikan graduan yang masih belum bekerja dipadankan dengan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan akademik mereka.
Keempat, Pemacu Perubahan E 2.4 – Expand TVET programmes for high-skilled jobs in critical sectors. KPT sedang melaksanakan pendekatan strategik kepada konsolidasi bersama Badan Koordinasi TVET Kerajaan Industri atau Government Industry TVET Coordination Body (GITC). GITC dipengerusikan oleh Tan Sri Soh Thian Lai yang merupakan Presiden Federation for Malaysian Manufacturer (FMM) dan dianggotai oleh 12 wakil Persatuan Induk Industri serta seorang wakil kerajaan dari KPT. KPT akan melancarkan GITC pada Disember 2023 dan melalui pelbagai inisiatif bagi tempoh jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang akan dilaksanakan bermula pada tahun 2024 hingga 2028.
Kelima, Pemacu Perubahan E 2.5 – Raise profile of high-tech manufacturing career to attract interest in STEM subjects.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terdapat pelbagai program yang dilaksanakan oleh KPT bagi menggalakkan pembudayaan STEM di IPT seperti Pelan Pembangunan Inisiatif Pengukuhan Kelestarian STEM di politeknik dan kolej komuniti dan penubuhan beberapa pusat STEM di IPT seperti Pusat STEM Universiti Malaya, Pusat Asasi STEM Universiti Malaysia Terengganu, Pusat Pengajian Pembudayaan STEM Universiti Kebangsaan Malaysia dan Centre for STEM Studies di Universiti Utara Malaysia.
Selain itu, KPT juga bekerjasama dengan Pusat STEM Universiti Malaya bagi memperkenalkan Program MySTEM Ambasador dan Program STEM Fellowship yang bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran mahasiswa dengan program-program penguasaan teknologi dan kemahiran dalam era Revolusi 4.0. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penerangan juga inisiatif-inisiatif yang diambil oleh pihak kementerian bagi mencapai dan juga memenuhi keperluan NIMP 2030 dengan berfokus ataupun penumpuan kepada 21 industri.
Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya dalam dokumen pelan NIMP 2030 dinyatakan kadar pengambilan pelajar dalam bidang TVET telah berkurang sebanyak 11.6 peratus bagi tahun 2018 dan juga 2020. Jumlah pengambilan pelajar sekolah menengah dalam
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
bidang STEM - Sains, Teknologi, Engineering dan juga Matematik telah menurun sebanyak 5.5 peratus antara tahun 2018 dan juga 2020.
Soalan saya, bagaimana kerajaan berusaha untuk menarik minat anak-anak muda sekarang iaitu generasi Z yang lahir antara tahun 1997 dan juga 2012 dalam bidang STEM dan juga TVET kerana pada hari ini kita dapati mereka lebih berminat menjadi content creator dengan izin ya untuk platform YouTube dan juga TikTok atau mereka tidak sambung belajar. Tidak menyambung pelajaran dan bekerja dalam bidang gig ekonomi.
Sedangkan generasi inilah ya yang akan menjadi tenaga kerja mahir bagi mencapai aspirasi NIMP 2030 dalam masa tujuh tahun daripada sekarang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Saya ingin nyatakan bahawa Program TVET di bawah KPT sebenarnya menunjukkan kemasukan yang konsisten dan berada pada tahap tertinggi sejak tiga tahun terkini. Terdapat peningkatan bilangan enrolment pelajar peringkat diploma bagi projek TVET di bawah KPT, berbanding kementerian dan agensi lain iaitu 52.7 peratus atau 85,535 pelajar pada tahun 2022, berbanding tahun 2022 iaitu 45.3 peratus atau 58,424 pelajar pada tahun 2021.
Berkenaan dengan STEM, Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa bekerjasama dengan kementerian lain, khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memperkasa pendidikan sains teknologi, kejuruteraan dan matematik. Ketika ini, KPT bekerjasama dengan KPM yang serta menyediakan memorandum Jemaah Menteri berkaitan hala tuju pendidikan sains teknologi, kejuruteraan dan matematik bagi meningkatkan minat murid dalam bidang STEM. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP), adakah kerajaan meletakkan sasaran untuk mengurang peratus pekerja asing setiap tahun, selari dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kita dengan terhadap tenaga-tenaga buruh asing dalam sektor pekerjaan di negara ini. Sebaliknya, kita hendak memperkasakan tenaga-tenaga pekerja mahir daripada anak-anak tempatan. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Silakan Menteri.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai.
Terima kasih Tan Sri. Rasanya soalan Yang Berhormat ini agak tidak seperti soalan asal yang dikemukakan. Maka untuk itu ꟷ kerananya soal tenaga kerja ini adalah soal KSM, bukan KPT. Walau bagaimanapun, saya akan mengambil maklum tentang apa yang telah ditanya tadi dan kita akan cuba untuk jawab secara bertulis. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Saya jemput Tuan “Shaharikuzkirnain” bin Abd Kadir, Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Shaharizukirnain. Betulkan balik. Soalan saya nombor dua.
2. Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan secara terperinci insentif kerajaan bagi memastikan wanita kembali bekerja terutama wanita muda yang berpendidikan sekali gus merapatkan jurang jantina dalam pasaran buruh.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Terima kasih Tan Sri. Kementerian Sumber Manusia melalui TalentCorp telah melaksanakan beberapa inisiatif khusus untuk mengekalkan tenaga kerja wanita dalam organisasi dan
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
pada masa yang sama, memastikan bahawa ekosistem pekerjaan turut menyokong penglibatan mereka dalam sektor pekerjaan dengan lebih berkesan.
Program Kembali Dalam Berkerjaya, dengan izin Career Comeback Program adalah inisiatif yang dilaksanakan sejak tahun 2015 untuk menggalakkan wanita profesional yang telah keluar dari alam pekerjaan kembali berkerjaya. Program ini dilaksanakan dengan kolaborasi rakan strategik industri bertujuan untuk membina kembali keyakinan diri, meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran.
Sehingga September 2023, seramai 3,255 wanita telah mengikuti bengkel dan seminar dengan izin Career Comeback Program melibatkan 335 syarikat yang telah memberi komitmen dalam penawaran kerja kepada wanita yang ingin kembali bekerja.
Kementerian Sumber Manusia turut mengetengahkan inisiatif untuk menarik dan mengekalkan tenaga kerja muda berpendidikan dengan menggalakkan para majikan melaksanakan dengan izin work-life practices ke arah keseimbangan yang lebih baik antara integrasi kerja dan kehidupan serta menyediakan persekitaran kerja yang mesra keluarga. Mulai tahun 2015 sehingga September 2023, sebanyak 1,109 buah syarikat telah melaksanakan dengan izin work-life practices.
Untuk makluman Dewan yang mulia, mulai 1 Januari 2023, peruntukan aturan kerja fleksibel di bawah seksyen 60P dan 60Q Akta Kerja 1955 (Pindaan) pada tahun 2022 telah berkuat kuasa. Melalui peruntukan ini, pekerja di sektor swasta boleh memohon aturan kerja fleksibel dari segi jam bekerja, hari bekerja dan tempat bekerja. Pengwujudan seksyen ini secara tidak langsung dapat menarik lebih ramai golongan wanita untuk bekerja, terutamanya mereka yang mempunyai komitmen keluarga.
Tuan Yang di-Pertua, selain itu, Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO aktif menjalankan program-program penempatan pekerjaan bagi menarik golongan wanita dalam pasaran buruh aktif yang melibatkan profiling penempatan pekerjaan, latihan kemahiran serta kebolehpasaran MyFuture Job.
Berdasarkan statistik PERKESO, dari tempoh Januari hingga 26 Oktober 2023 tahun ini, sebanyak 39 program khusus untuk golongan orang wanita diadakan. Daripada jumlah tersebut, peserta seramai 1,325 berjaya mendapat pekerjaan. Manakala, seramai 526 peserta layak untuk peringkat temu duga kedua.
Di samping itu, kementerian ini turut melaksanakan program-program yang bersasar kepada golongan wanita seperti Karnival Kerjaya MyFuture Job sempena Hari Wanita 2023, Karnival Kerjaya Wanita, Program Temu Duga Khas, Temu Duga Mini Karnival Wanita, Mini Karnival Kerjaya Wanita, Temu Duga Khas Golongan Sasar Wanita, Mini Karnival Jom Kerja Khas Golongan Wanita 2023 dan lain-lain lagi di peringkat kebangsaan dan juga di peringkat negeri-negeri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Terima kasih Menteri. Antara sebab ataupun punca yang menyebabkan pekerja wanita muda tidak mahu bekerja ialah disebabkan bimbang akan keselamatan anak mereka yang ditempatkan di pusat jagaan yang agak berjauhan dengan lokasi mereka bekerja.
Jadi, soalan saya, sejauh manakah kolaborasi yang telah dibuat oleh kementerian dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi mewajibkan majikan mengusahakan pusat jagaan, sama ada di tempat mereka ataupun di lokasi yang berdekatan dengan tempat kerja untuk membolehkan pekerja wanita khususnya, dapat memantau perkembangan anak-anak mereka secara lebih dekat dan juga mengambil tindakan segera, jika berlaku kes-kes kecemasan yang melibatkan keselamatan anak mereka. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Terima kasih Yang Berhormat Setiu.
Memang banyak usaha yang telah diambil oleh kerajaan dan kita juga boleh melihat
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
bahawa kementerian-kementerian juga mempunyai pusat-pusat jagaan untuk kanak- kanak.
Walau bagaimanapun, untuk sektor swasta, kita masih belum mewajibkan pihak industri untuk mewujudkan pusat-pusat jagaan kanak-kanak ataupun juga untuk orang- orang tua. Walau bagaimanapun, melalui TalentCorp, beberapa usaha telah pun diambil untuk kita menggalakkan pihak majikan, terutamanya daripada industri, untuk mewujudkan pusat-pusat jagaan kanak-kanak dan inisiatif ini memang mendapat sambutan yang baik daripada pihak industri. Usaha-usaha akan terus dilaksanakan untuk memastikan pada tahun hadapan lebih ramai majikan daripada sektor swasta untuk mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak dan juga untuk orang-orang tua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Parit Sulong.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Saya nak mengucapkan tahniah di atas usaha yang dilaksanakan oleh kementerian. Walau bagaimanapun, kadar penyertaan tenaga kerja lelaki dengan wanita masih mencatatkan jurang yang sangat besar.
Jadinya, soalan tambahan saya adalah, apakah kerajaan ada perancangan untuk memperkenalkan dasar dan juga polisi yang berkait dengan keseimbangan kerja termasuk pengagihan tanggungjawab penjagaan anak secara saksama antara ibu dan bapa yang membolehkan wanita kembali bekerja lebih awal dan menghasilkan pengagihan tanggungjawab keluarga yang lebih seimbang? Dan adakah kementerian ada mewujudkan pangkalan data bagi wanita yang terlibat dalam ekonomi informal? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Tan Sri, memang Kementerian Sumber Manusia mengambil semua inisiatif untuk memastikan kesaksamaan di antara, terutamanya dari segi gender, untuk memastikan peluang yang sama rata diberikan kepada wanita.
Untuk pangkalan data, memang kita dalam inisiatif untuk mewujudkan satu pangkalan data untuk memastikan bahawa semua tindakan yang diambil terutamanya oleh pihak majikan swasta direkodkan dalam memastikan bahawa wanita tidak menghadapi sebarang diskriminasi terutamanya di tempat kerja. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Tan Sri Speaker, soalan yang pertama itu minta Yang Berhormat Menteri bagi jawapan secara bertulis kepada soalan yang saya ajukan tadi. Okey, terima kasih.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Saya akan berikan jawapan terperinci secara bertulis. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Saya jemput Tuan Lee Chean Chung, Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih kepada Tan Sri Speaker.
Soalan saya, soalan 3.
3. Tuan Lee Chean Chung [Petaling Jaya] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan :
(a) perancangan jangka sederhana untuk pembangunan teknologi battery-swapping motosikal elektrik di Malaysia; dan
(b) adakah Kementerian akan meneroka kerja sama strategik dengan pemain-pemain industri di negara jiran seperti Oyika Pte Ltd (Singapura) dan Gogoro (Taiwan) untuk membangunkan ekosistem industri battery swapping yang mampan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Tan Sri Yang di-Pertua, selaras dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan ekosistem kenderaan elektrik atau EV secara menyeluruh, kerajaan menyokong pembangunan teknologi baharu termasuk battery-swapping yang akan membantu merancakkan pembangunan industri EV bagi motosikal elektrik.
Kerajaan melalui Jabatan Standard Malaysia sedang membangunkan satu Standard Kebangsaan atau Malaysian Standard untuk battery-swapping yang merangkumi aspek keselamatan dan fungsi alam sekitar serta pengoperasian teknologi battery-swapping bagi memastikan teknologi yang dibangunkan dan diguna pakai adalah selamat, seragam dan berkualiti serta mesra alam, di samping menyokong pembangunan industri motosikal elektrik dalam negara.
Pembangunan standard ini telah melibatkan penglibatan aktif pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Institut Automotif, Robotik, IoT Malaysia (MARii) serta pemain industri terutamanya pengeluar motosikal elektrik dan institusi pengajian tinggi. Pembangunan standard ini mengambil kira standard sedia ada yang diguna pakai di peringkat antarabangsa seperti International Organization for Standardization (ISO), International Electrotechnical Commission (IEC) dan United Nations Regulation (UNR). Standard battery-swapping ini dijangka akan siap dan diwartakan pada tahun 2024.
Selain itu, NanoMalaysia Berhad selaku agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan perbincangan dengan Motorcycle and Scooter Assemblers and Distributors Association of Malaysia (MASAAM) sebagai usaha untuk menyeragamkan teknologi battery-swapping di kalangan pemain industri bagi memastikan bateri yang digunakan sesuai untuk tujuan cross platform. Perbincangan tersebut turut melibatkan penyertaan pemain industri terkemuka seperti rydeEV, dan Morrow Batteries. Perbincangan tersebut telah mendapat persetujuan daripada pemain-pemain industri untuk membentuk satu konsortium bagi merealisasikan matlamat penyeragaman teknologi battery-swapping dan battery storage system (BSS).
Kerajaan sentiasa meneroka peluang untuk menjalin kerjasama strategik melibatkan penglibatan pemain-pemain industri EV dari mana-mana negara, dan aspek berkaitan battery-swapping turut tidak dikecualikan. Sebagai makluman, Oyika telah pun memasuki pasaran Malaysia secara rasmi melalui rydeEV yang merupakan salah satu entiti di bawah Yinson GreenTech.
Saya ingin menjelaskan di sini bahawa kerajaan melalui Pasukan Petugas EV Kebangsaan- National EV Task Force dan Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan- National EV Steering Committee akan terus komited dalam merangka dan melaksanakan program dan inisiatif bagi menggerakkan agenda pembangunan industri EV negara yang mana usaha ini turut merangkumi motosikal elektrik. Justeru, pandangan dan cadangan semua pemegang taruh termasuk Ahli-ahli Parlimen amat dialu-alukan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih atas jawapan yang diberikan. Namun, sekarang kita nampak banyak EV mula dijumpai di atas jalan raya tetapi tidak nampak banyak e-motorbike. Persoalan saya adalah, adakah kementerian sedang mempertimbangkan untuk menggalakkan lebih banyak pemain industri motosikal elektrik melalui inisiatif seperti Peneraju Global Battery Electric Vehicle yang diberikan kepada Tesla dan lain-lain? Ini adalah kerana kita mengetahui bahawa inisiatif EV sebelum ini lebih tertumpu kepada kereta elektrik tetapi kurang tumpuan kepada motosikal elektrik.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Petaling Jaya. Bagi mendorong dan meningkatkan lagi penggunaan motosikal elektrik dalam negara, kerajaan di bawah Belanjawan 2023 telah memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik dengan rebat sehingga RM2,400 untuk pemilikan motosikal. Skim ini untuk bertujuan membantu penggunaan motosikal jenis petrol untuk beralih ke motosikal elektrik. Saya
Tuan Liew Chin Tong
rasa ini adalah pendekatan kerajaan buat setakat ini supaya menggunakan skim rebat untuk menggalakkan pemilikan dan penggunaan motosikal elektrik. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah, adakah kerajaan bersedia untuk mengkaji peluang pelaburan dalam sistem pajakan bateri bagi memperkasakan penggunaan motosikal elektrik mampu milik sebagai langkah ke arah penggunaan sumber tenaga alternatif yang boleh mengurangkan jejak karbon dan anjakan ke arah ekonomi lebih maju?
Bagaimanakah pembangunan teknologi battery-swapping motosikal elektrik boleh menyumbang kepada kerancakan ekonomi negara serta membuka peluang pembekal dalam dan luar negara menjadi perintis kepada peralihan teknologi tersebut?
Terima kasih, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih. Apa yang dicadangkan oleh Kuala Krai disetujui dan juga apa yang telah diambil memang pendekatan kerajaan bukan sahaja untuk menggalakkan penggunaan motosikal elektrik tetapi juga membina industri tempatan motosikal elektrik dan kenderaan elektrik.
Untuk soalan pajakan, sebenarnya skim yang saya sebutkan tadi iaitu RM2,400 rebat juga boleh diguna sebagai, apa ini- bagi setiap bulan RM200 imbuhan supaya untuk sewaan kenderaan motosikal elektrik.
Tuan Liew Chin Tong
So, ini memang akan bantu pemilikan dan juga penggunaan secara pajakan.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Dato' Dr. Haji Alias bin Razak, Kuala Nerus.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Lompat si katak lompat, Soalan saya nombor empat.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
4. Dato' Dr. Haji Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Kerja Raya menyatakan:
(a) statistik kemalangan maut yang disebabkan oleh kerja pembaikan jalan raya di seluruh negara; dan
(b) sejauh mana pemantauan terhadap prosedur operasi standard
(SOP) yang dilaksanakan oleh kontraktor semasa proses pembaikan jalan raya dilakukan.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan statistik Pengurusan Kemalangan Jalan raya, Road Accident Management System (RAMS), daripada Januari 2019 sehingga 30 September 2023, didapati bahawa kemalangan maut disebabkan oleh keadaan permukaan jalan yang sedang dibaiki adalah sejumlah lapan kes telah direkodkan melibatkan seluruh negara.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Daripada jumlah tersebut, enam kes di jalan persekutuan dan tiga kes di jalan raya ekspres. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemantauan prosedur operasi standard (SOP) kontraktor semasa proses pembaikan jalan raya di tapak dilaksanakan oleh pihak JKR daerah bersama pihak konsesi jalan persekutuan. Sebelum sesuatu kerja pembaikan jalan dilaksanakan, pihak konsesi akan mengemukakan permohonan kelulusan pelan pengurusan trafik (TMP) kepada pihak JKR daerah. Kelulusan akan diberikan kepada permohonan yang lengkap dan mematuhi Arahan Teknik Jalan (ATJ 2C/85).
Sewaktu proses pembinaan pula, pihak JKR daerah juga akan melaksanakan pemantauan di tapak untuk memastikan semua pelan pengurusan trafik (TMP) yang dilaksanakan mematuhi kelulusan yang telah dibuat sebelum ini. Bagi kerja-kerja yang melibatkan tempoh kerja sehingga waktu malam, semakan daripada pihak konsesi dan JKR daerah akan dilaksanakan pada waktu petang untuk memastikan pelan pengurusan trafik di tapak dalam keadaan baik dan selamat bagi memastikan penggunaan jalan raya terjamin.
Pihak Jabatan Kerja Raya sentiasa komited bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya sentiasa terjamin. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Kuala Nerus.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua dan Timbalan Menteri yang telah menjawab soalan tadi. Pembaikan jalan khususnya di LPT 1 sering dibuat di hujung minggu yang mana ini menyebabkan laluan menjadi satu lorong, dalam keadaan yang panjang pula itu dan juga ini telah menyebabkan juga berlaku kesesakan yang amat panjang kerana penggunaan lebuh raya biasanya berganda berbanding di hari-hari biasa. Oleh itu, adakah kerajaan berhasrat untuk menyemak semula garis panduan SOP pembaikan jalan untuk kemudahan rakyat, namun pada masa yang sama, keselamatan rakyat tidak diabaikan.
Juga apakah denda yang dikenakan kepada kontraktor-kontraktor yang didapati tidak mematuhi sepenuhnya SOP pembaikan jalan yang telah ditetapkan sehingga boleh menyebabkan kemalangan maut ataupun kehilangan harta benda, kerosakan kereta, kenderaan dan sebagainya. Juga adakah kerajaan bercadang untuk mengenakan denda yang lebih berat atau hukuman yang lebih berat ke atas kecuaian yang dilakukan oleh pihak kontraktor yang menyebabkan berlaku insiden kemalangan maut agar ianya tidak berulang pada masa-masa yang akan datang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Bagi dua soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus, pertamanya soal SOP. Bagaimana melaksanakan tugas dan tanggungjawab bagi mematuhi dan kelancaran jalan sewaktu kontraktor melaksanakan kerja-kerja pembaikan.
Di sini kita mempunyai beberapa SOP sebenarnya. Tidaklah kira, sama ada waktu Sabtu ataupun Ahad hujung minggu tetapi kita sebenarnya melaksanakan sepanjang masa sekiranya kita dapati bahawa keadaan permukaan jalan itu perlu diperbaiki kecuali arahan yang kita berikan seminggu sebelum perayaan dan seminggu selepas perayaan, kita tidak laksanakan kerja-kerja pembaikan. Sebab itu kita melancarkan gerakan sewaktu sebelum perayaan ini, kita memastikan jalan-jalan berada dalam keadaan baik, yang itu kita lakukan sepanjang masa.
Sedikit saya beri maklumat tambahan kepada Yang Berhormat berkenaan soalan kedua. Apakah tindakan yang boleh diambil kepada kontraktor sekiranya tidak melaksanakan mengikut SOP. Kita akan mengeluarkan surat arahan kepada syarikat konsesi agar tindakan pembetulan dilaksanakan. Itu amaran yang pertama kemudian sekiranya tindakan pembetulan ini tidak dilaksanakan, arahan pemberhentian kerja kita berikan kepada kontraktor dan yang ketiga, kita akan membuat pemotongan bayaran sekiranya mereka tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
[Bangun]
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Sebab itu saya nyatakan bahawa sebelum ini sebagaimana soalan juga daripada Yang Berhormat bahawa kalau berlakunya kemalangan, proses tuntutan boleh dilakukan oleh pihak yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, soalan itu agak boleh jawab panjang tetapi masa, kekangan masa. Terima kasih.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Jelebu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Jelebu. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan jawapan yang agak detail. Cumanya Tan Sri Yang di-Pertua, kita kena akui kelemahan pihak kontraktor ini. Signage terutamanya waktu malam.
Saya nak tanya tentang hak kepada pengguna, Tan Sri. Bila berlaku kemalangan, berlaku kerosakan terutamanya kepada kenderaan dan sebagainya hasil daripada kesilapan yang dilakukan oleh pihak kontraktor yang melakukan kerja-kerja pembaikan terutamanya kawasan luar bandar, Tan Sri. Di pihak mana tuntutan ini boleh dibuat oleh pihak pengguna?
Laporan banyak kita terima, bila kita tuntut kepada JKR, JKR kata tak boleh. Dia tuntut kepada Lembaga Lebuhraya, Lembaga Lebuhraya pun tidak ada clause untuk membayar kerosakan pengguna ini. Jadi, boleh pihak kementerian beri penjelasan tentang kerugian pengguna hasil daripada kecuaian yang dilakukan oleh pihak kontraktor.
Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Yang Berhormat Jelebu ini saya rasa dia baru belajar perundangan daripada segi jalan raya kerana beliau adalah Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia dan baru sahaja meletakkan jawatan dan beri peluang kepada rakan lain. Saya kira beliau merupakan orang yang sangat berjiwa besar apabila dilantik sebagai Exco Kanan dan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi LLM. Terima kasih Yang Berhormat Jelebu.
Itu bukan jawapannya tetapi jawapannya, kita mempunyai prosedur yang tertentu yang boleh kita lakukan dan baru-baru ini saya membantu juga rakan saya yang membuat tuntutan disebabkan kelemahan kita, kerosakan jalan dan beliau dapat tuntutan tersebut.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, mangsa kemalangan boleh mengemukakan tuntutan melalui Penasihat Undang-undang KKR. Kemudian, Penasihat Undang-undang KKR akan menyalurkan tuntutan pihak ketiga kepada syarikat konsesi berdasarkan had penyelenggaraan masing-masing di mana lokasi tersebut berlaku. Kita ada siasatan sebenarnya, kita tidak terus meletakkan kepercayaan kepada mereka yang membuat aduan.
Pihak ketiga perlu mengemukakan maklumat lengkap kejadian bersama laporan polis iaitu POL27. Gambar kejadian, penilaian tuntutan tersebut dan penyelesaian tersebut akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak konsesi, sama ada konsesi lebuh raya ataupun konsesi-konsesi jalan-jalan persekutuan dan ini boleh dikemukakan kepada mereka.
Dan dalam situasi pihak ketiga tidak berpuas hati dengan cadangan penyelesaian, pihak ketiga bolehlah pula menuntut ke pihak sivil iaitu di mahkamah yang akan kita bersedia untuk tindakan-tindakan tersebut. Jadi, inilah prosedur-prosedur. Beberapa prosedur yang boleh kita laksanakan untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat kepada rakan-rakan kita semua. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya difahamkan Titiwangsa tidak ada dalam Dewan. Untuk itu, saya jemput Datuk Wan Saiful bin Wan Jan, Tasek Gelugor.
[Soalan No.5 – YB. Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani (Titiwangsa) tidak hadir]
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor enam.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
6. Datuk Wan Saiful bin Wan Jan [Tasek Gelugor] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apa langkah kerajaan untuk menyelesaikan masalah pencemaran akibat ladang babi di Kampung Selamat serta kesan sekitaran seperti percikan kepada pengguna jalan raya akibat penggunaan lori tidak bertutup untuk mengangkut babi, pencemaran bau kepada penduduk dan kesan kepada nelayan sungai.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Yang bertanya hal babi, Melayu Islam. Yang jawab pun Melayu, Islam. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memandang berat isu pencemaran dalam industri ternakan. Pada masa kini, terdapat 64 buah ladang babi yang masih beroperasi di Kampung Selamat berbanding 73 buah ladang babi pada tahun 2021 dan 66 buah ladang pada 2022.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Ladang ini 3 kilometer daripada rumah saya di Penang. Bagi mengatasi isu pencemaran ladang babi di Kampung Selamat, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang telah mengambil tindakan seperti berikut, memberi kebenaran hanya kepada ladang yang berlesen sahaja untuk beroperasi sehingga 27 Oktober 2023.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Sebanyak 58 buah ladang yang berlesen dibenarkan beroperasi di Kampung Selamat. Dua buah ladang dalam proses ditutup dan empat buah ladang diarahkan tutup kerana gagal mematuhi Enakmen Penternakan Babi 2016 dan Peraturan Pelesenan Penternakan Babi 2020 yang menetapkan bahawa semua ladang babi di negeri Pulau Pinang hendaklah mematuhi sistem penternakan babi moden. Mengenakan kompaun terhadap ladang yang gagal mematuhi peraturan.
Sehingga 30 September 2023, sebanyak 20 kompaun telah dikeluarkan yang nilai kompaunnya RM152,500. Memudah cara prosedur untuk menaik taraf 58 buah ladang kepada sistem penternakan babi moden dengan membantu para penternak mendapatkan status pengecualian permohonan kebenaran, merancang daripada pihak berkuasa tempatan.
Pengecualian ini membolehkan penternak hanya perlu mengemukakan pelan bangunan sahaja tanpa melalui permohonan kebenaran merancang. Menggalakkan penternak supaya menggunakan efektif mikrob bagi mengelakkan pencemaran bau.
Mengadakan sesi libat urus bersama Persatuan Penternak Kampung Selamat yang akan diadakan pada 6 November. Saya jemput Yang Berhormat hadir sama dan dialog itu bersama dengan pasukan veterinar 2625 2023 untuk membina fasiliti biogas yang dijangka siap pada tahun 2026.
Pembinaan fasiliti biogas ini dapat menyelesaikan sebahagian daripada isu pencemaran air dan bau. Menggalakkan penternak supaya memohon pensijilan MyGAP yang dapat membantu pengawalan pencemaran persekitaran serta menjamin kesejahteraan dan keselesaan masyarakat setempat, sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tasek Gelugor
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bukan isu baru Yang Berhormat Menteri, saya rasa ini sebab kampung lebih kurang dekat-dekat itu juga.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang di-Pertua, sebagai soalan tambahan saya, yang pertama sekali saya ucap tahniahlah kepada Kerajaan Pulau Pinang kerana meluluskan Enakmen Penternakan Babi 2016. Jadi, yang baik kita ucapkan tahniah. Tetapi perlu ada teguran juga, baik dari pihak kerajaan negeri mahupun pihak Kerajaan Pusat kerana bagi saya sehingga hari ini, pelaksanaan enakmen itu tidak dijalankan secara sepenuhnya dan kalau dilihat pencemaran yang berlaku ini sudah 40 tahun lebih, Yang di-Pertua. Sehingga hari ini belum selesai.
Saya hendak mencadangkan supaya dihidupkan kembali apa yang pernah diusahakan oleh Kubang Kerian sewaktu beliau menjadi Menteri, multi agency task force supaya ada kerjasama di antara kerajaan secara keseluruhan dengan juga kerajaan negeri supaya dapat ditampung kalau ada kelemahan di peringkat kerajaan negeri dan memastikan perkara ini dapat diselesaikan.
Pencemaran ini bukan sungai sahaja Yang Berhormat tetapi di jalan raya pun, bila dia ada pengangkutan, dibawa daripada satu tempat ke satu tempat, ada pencemaran yang berlaku. Tumpah sana-sini, ada yang jatuh dan sebagainya. Jadi, saya mohon sangat supaya perkara ini diberi perhatian yang serius, dah lama sangat penduduk terpaksa suffer daripada hal ini.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih. Sebab itu kita akan adakan dialog pada bulan November ini, 6 November dan kalau boleh, pihak veterinar akan mengambil– dan kita mengambil tindakan, denda sudah RM152,000 tapi syarikat ini mampu bayar dan nak pindahkan kerana payah– tanah di Pulau Pinang ini memang terhad.
Soal pencemaran daripada lori, bawa tumpah dan sebagainya, itu di bawah Kementerian Pengangkutan. Kementerian ini dia bagi veterinar Pulau Pinang, dia jaga, membiak babi, menternak babi, menyimpan babi, menguruskan babi, menjaga babi dan babi-babi yang sangkut dengan ternak itulah, dia tidak termasuk dalam transport.
Transport itu adalah Kementerian Pengangkutan, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Melaka.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang di-Pertua, saya nak cadangkan...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Melaka..
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang di-Pertua, saya nak cadangkan kalau boleh jemput kementerian-kementerian lain juga dalam libat urus, terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Baik, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya, terima kasih Timbalan Speaker.
Sebelum itu, saya ingin mengalu-alukan kedatangan pelajar daripada Sekolah Menengah Gajah Berang daripada kawasan Parlimen Kota Melaka ke Dewan kita ini.
[Tepuk] Menteri, soalan tambahan saya ialah berkaitan dengan penternakan khinzir. Dia boleh dijadikan sebagai satu industri sebab satu ketika dahulu, kita pernah eksport khinzir pergi ke Singapore dan kita dapat aliran wang masuk ke negara kita. Jadi, soalan tambahan saya ialah memandangkan sebelum ini kita- industri penternakan khinzir ini menghadapi serangan demam babi Afrika dan kita sekarang harus tumpu kepada bagaimana menggalakkan pengusaha untuk mereka menjalankan penternakan ini dengan cara kandang tertutup.
Di Melaka, apabila penternak di kawasan sana menghadapi masalah serangan demam babi Afrika tersebut, telah dua tahun sekarang, mereka ada mohon ingin bina kandang tertutup untuk mulakan semula perniagaan mereka. Akan tetapi mereka hadapi pelbagai masalah dari segi nak dapat kelulusan daripada PBT dan sebagainya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi dalam hal ini, saya percaya penternak daripada seluruh Malaysia juga menghadapi masalah yang sama. Bagaimana Kementerian Pertanian boleh bantu mereka dalam hal ini? Sebab saya lihat di Sarawak sudah ada contoh, di mana ada kandang tertutup, mereka telah usahakan dengan begitu berjaya sekali. Saya ingin dapat pandangan daripada Menteri, terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih. Memang babi ini mengalami pelbagai penyakit serangan. Bila saya berada dalam Parlimen pada tahun 90-an dulu, isu yang besar iaitu virus Nipah yang melanda antara sempadan Melaka dan Negeri Sembilan. Kemudian terjejas dengan flu pelbagai nama yang berlaku, menyebabkan kekurangan hasil babi di Malaysia ini.
Kementerian mengizinkan untuk import daripada Belanda, daripada Brazil tetapi harga import pun agak mahal. Kalau pengusaha baru hendak mengusahakan, mesti dalam bentuk ladang tertutup. Memang ia perlukan belanja terlebih dahulu dan kita berharap kerajaan-kerajaan negeri yang boleh menyediakan tanah supaya berlaku ladang cara tertutup dan untuk kementerian ini, kita lihat bajet buat masa sekarang ini, bajetnya terlalu terhad untuk membantu ladang-ladang tertutup ini dan kita tahu ternakan ayam pun kita nak bantu ladang tertutup ini masih lagi belum mencukupi.
Jadi, sama-samalah kita usahakan, yang pentingnya penyakit itu, apa hal pun sama ada daripada Vietnam, daripada Thailand, semuanya pihak DVS agak ambil perhatian yang serius sebab jangkitan itu merebak dan menyebabkan kematian yang begitu banyak dan penternak rugi beratus ribu dan berjuta ringgit dan kita ambil perhatian aduan daripada Kota Melaka itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Puan Isnaraissah Munirah Majilis, Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismillahi Rahmani Rahim. Peace be upon you, soalan saya nombor tujuh.
7. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy [Kota Belud] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan secara terperinci kos keseluruhan (jenis projek dan penambahbaikan) dan garis masa yang ditetapkan bagi mengatasi masalah bekalan air bersih di Sabah.
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Kerajaan Persekutuan telah meluluskan RM2.526 bilion secara pinjaman di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi membiayai 11 Projek Bekalan Air Sabah.
Selain itu, sebanyak RM192.9 juta pembiayaan secara geran telah diperuntukkan bagi Program Kadar Air Tidak Berhasil (non-revenue water - NRW) Pendekatan 1 berkaitan ini serta Projek Naik Taraf dan Pembaikan Empangan berisiko tinggi di negeri Sabah. Secara keseluruhannya, sebanyak RM203.29 juta diperuntukkan bagi tahun 2023 bagi memastikan pelaksanaan projek-projek bekalan air di Sabah berjalan lancar.
Tuan Yang di-Pertua, sebanyak enam projek telah siap dilaksanakan iaitu;
(i) Projek Menaik Taraf sistem bekalan air Kota Marudu;
(ii) pembinaan Loji Rawatan Air Kundasang;
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
(iii) pembinaan loji rawatan air baharu Semporna;
(iv) pembinaan loji rawatan air Keningau;
(v) program NRW Pendekatan 1 Kota Marudu; dan
(vi) program NRW Pendekatan 1 Sabah (Pakej 1).
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Sebanyak tiga projek yang dijadualkan siap pada suku keempat 2023. Dua projek dijadualkan siap pada tahun 2024. Empat projek dijadualkan siap pada tahun 2025 dan satu projek dijadualkan siap pada tahun 2028.
Bagi Program Bekalan Air di Luar Bandar (BALB) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), sebanyak 69 projek diluluskan bagi tahun 2023 dengan kos projek berjumlah RM3.35 bilion dan peruntukan berjumlah RM136.58 juta daripada 69 projek tersebut. Enam projek dalam proses lantikan perunding, 23 projek dalam reka bentuk, dua projek dalam perolehan kerja, 15 projek dalam pelaksanaan dan 23 projek siap sepenuhnya penutupan akaun.
Skop projek di bawah Program BALB, KKDW adalah meliputi BALB retikulasi, BALB alternatif dan BALB naik taraf bina baharu loji. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Puan Yang di-Pertua, masalahnya di Sabah ini, kalau bercakap pasal airnya teruk, teruklah. So, umumlah macam mana pun peruntukan 100 bilion tapi kalau kita tidak guna sepenuhnya, rakyat tidak nampak, tidak rasa, saya rasa tidak guna. Permasalahannya, persoalan Yang Berhormat, jika dilihat dari tahun 2023 sehingga 2022, peruntukan yang disediakan di bawah Butiran Rancangan Bekalan Air Sabah tidak pernah dibelanjakan sepenuhnya.
Contoh tahun 2022, kita umum 226 juta tetapi dibelanjakan hanya 190 juta. So, soalan saya, apakah sebenarnya punca peruntukan Rancangan Bekalan Air Sabah ini tidak dibelanjakan sepenuhnya? Adakah disebabkan kerajaan negerikah, kementerian di peringkat Persekutuankah?
Yang kedua, nyatakan proses yang perlu diberi daripada peringkat awal sehinggalah sebuah projek dapat dilaksanakan? Berapa anggaran masa sebenarnya yang diperlukan?
Yang ketiga— soalan saya banyak sikit, Puan Yang di-Pertua. Saya minta status terkini peruntukan segera 320 juta ya yang telah disediakan kepada kerajaan negeri bagi mengatasi isu kritikal bekalan air di Sabah Jun lalu, daripada enam jenis projek untuk membuat 20 jenis projek, saya minta kementerian untuk memberi perincian. Terima kasih.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, permohonan pengeluaran pinjaman yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi tahun 2022 berjumlah RM190 juta. Perbelanjaan butiran di bawah Rancangan Bekalan Air Sabah adalah tertakluk dengan terma dan syarat perjanjian pinjaman. Permohonan pengeluaran pinjaman juga adalah berdasarkan baucar bayaran yang telah dikeluarkan oleh negeri ke atas projek- projek ini. Pada tahun 2022, terdapat permohonan pengeluaran pinjaman yang dikemukakan oleh Kementerian Kewangan Negeri Sabah yang tidak lengkap dan maklum balas yang dikemukakan semula telah melangkaui tahun untuk diproses.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara dasarnya proses permohonan projek bagi negeri Sabah adalah menerusi Jabatan Air Negeri Sabah kepada Bahagian Bekalan Air (BBA), Kementerian Alam Sekitar, Sumber Asli dan Perubahan Iklim (NRECC) untuk diteliti. Senarai projek yang telah diperaku di peringkat kementerian, kemudian akan dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi untuk pertimbangkan dan kelulusan.
Selanjutnya, bagi projek-projek yang telah diluluskan oleh Kementerian Ekonomi akan melalui beberapa projek asas seperti makmal penilaian nilai (VA), makmal penilaian kejuruteraan (VE) sebelum Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya. Keseluruhan projek ini mengambil masa lebih kurang 18 bulan sekiranya semua perancangan berjalan dengan lancar. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kubang Kerian.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih. Sabah, Sarawak antara negeri yang belum migrasi air dengan perbanyak aset air negara yang menyebabkan semua bekalan air Sabah, Sarawak hanyalah dalam bentuk pinjaman
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
bukan geran sebagaimana negeri-negeri lain. Sedangkan, kalau Sabah dan Sarawak bukan migrasi, semua projek air luar bandar adalah geran Persekutuan. Soalan saya ialah apakah Sabah, Sarawak tidak pertimbangkan supaya dia bersama dengan negeri lain.
Yang keduanya, Sabah ini 60 peratus NRW nya paling tinggi di Malaysia dan Pendekatan 2 dalam NRW adalah gagal. Hanya satu, dua negeri sahaja yang dapat manfaat dengan Pendekatan 2 NRW. Persoalan saya ialah apakah pihak kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak kembali sebab saya sebut ini sebab waktu zaman kita, kita cuba semak balik tentang Pendekatan 2 dalam mengurangkan kadar NRW dan 57 untuk makluman, 57.5 peratus sahaja dana wakaf air digunakan untuk Sabah Sarawak. Hanya empat projek sahaja, dua Sarawak di Sabah, dua projek Sarawak dengan wakaf air.
Saya fikir, kerajaan harus manfaatkan dana wakaf air yang masih banyak, saya kira dalam tak kurang pada dua juta masih ada, untuk menyelesaikan masalah bekalan air di luar bandar, daripada dana wakaf ini. Diberi secara percuma ya, bukan pinjaman dan sebagainya. Terima kasih.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Terima kasih Puan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Dalam setakat ini, dalam saya sini, tiada maklumat yang berkaitan. Saya izinkan Tuan Yang di-Pertua, saya menyediakan jawapan secara bertulis. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Puan, boleh satu lagi soalan?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Sabri bin Azit, Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor lapan.
8. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan sejauh mana Program Peningkatan Pendapatan (PPP) telah berjaya membantu golongan miskin tegar di negara ini.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Suara saya masih lagi serak-serak hari ini. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih YB Jerai ya atas soalan.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf sosial ekonomi desa dan luar bandar khususnya kumpulan sasar miskin tegar, miskin dan B40 melalui pelbagai inisiatif bantuan.
Melalui Program Peningkatan Pendapatan (PPP) sebanyak RM12 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2023 dan sehingga kini seramai 1,202 peserta telah menerima bantuan di bawah program ini pada tahun semasa. Disasarkan peserta ini akan berupaya meningkatkan sekurang-kurangnya 30 peratus peningkatan daripada pendapatan semasa.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kajian impak yang telah dilaksanakan pada tahun 2021 oleh Bahagian Kajian Kesejahteraan Rakyat KKDW bagi tempoh pelaksanaan di bawah RMKe-11 mendapati pencapaian prestasi pelaksanaan Program PPP adalah baik kerana mencapai tahap 89 peratus peserta PPP yang telah berjaya mendapat pendapatan isi rumah sebanyak 30 peratus dalam tempoh enam hingga 12 bulan selepas menerima bantuan Program Peningkatan Pendapatan .
Kementerian melalui agensi-agensi di bawah kementerian akan memberikan khidmat bimbingan dan memantau perlaksanaan aktiviti peserta sekurang-kurangnya antara enam bulan hingga satu tahun. Selain daripada itu, kementerian mengambil pendekatan berikut bagi memastikan keberkesanan program PPP.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Pertama, pemberian bantuan dalam bidang yang mempunyai potensi pasaran yang tinggi serta perusahaan dalam bidang pertanian dan penternakan sebagai salah satu inisiatif bagi menyokong Dasar Keterjaminan Makanan Negara.
Kedua, pelaksanaan secara kaedah mentor mentee, di mana pihak kementerian akan bekerjasama dengan usahawan-usahawan yang telah berjaya, di lantik sebagai pembimbing para peserta PPP, khususnya dalam aktiviti perusahaan secara berkelompok.
Ketiga, menggerakkan semua agensi-agensi di bawah kementerian dan menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak yang berkaitan perniagaan serta keusahawanan untuk manfaat para peserta, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Sepatutnya soalan yang kedua itu saya tanya yang mentor mentee tetapi sudah dijawab. Soalan saya seterusnya adalah, apakah kementerian mewujudkan program khusus, contohnya koperasi kampung bagi menjana pendapatan tambahan dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan perkampungan setempat?
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih soalan tambahan daripada YB.
Jerai. Untuk makluman Yang Berhormat Jerai, selain daripada Program PPP yang memberi bantuan sosial dan ekonomi secara direct kepada para peserta. Kementerian juga ada mempunyai dua program lain iaitu Program Prospek Pembangunan Satu Kawasan yang melibatkan pelbagai kampung dengan satu projek pertanian, misalnya prospek di Telian dan Projek Desa Lestari di Lawas yang mengeluarkan ikan salai tahai.
Bukan sahaja memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung, malah program ini juga membantu produk peserta menembusi pasaran luar daripada kampung berkenaan.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Di seluruh negara?
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Seluruh negara. Kedua, kita ada program yang disebut Desa Lestari dengan menggunakan konsep pembangunan melalui koperasi.
Melalui Desa Lestari, koperasi diberi dana peruntukan sebanyak RM1 juta untuk mengenal pasti program-program ekonomi yang bersesuaian dengan kampung berkenaan yang boleh dibangunkan, bukan sahaja boleh menghasilkan pendapatan tetapi dalam masa yang sama boleh memberi peluang-peluang pekerjaan, kita melihat program ini telah berjaya. Boleh kata 99 peratus berjaya memberi peluang pekerjaan dan juga meningkat pendapatan penduduk kampung. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Jelebu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Puan Yang di-Pertua, soalan Jelebu nombor sembilan.
9. Datuk Seri Jalaluddin bin Alias [Jelebu] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah usaha konkrit daripada pihak kementerian dalam memerangi serta menghapuskan budaya “orang tengah" dalam sektor pertanian dan rangkaian bekalan makanan, sekaligus dapat mengawal kos sara hidup yang semakin meningkat.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perantaraan pasaran atau orang tengah dalam rangkaian pembekalan pemasaran hasil pengeluaran pertanian serta produk agro makanan mempunyai pelbagai fungsi dan peranan. Antaranya, aktiviti pengumpulan, pelabelan, pemprosesan dan pengedaran produk pertanian.
Perkhidmatan yang ditawarkan ini adalah penting untuk memastikan keluaran pertanian dan bahan makanan dapat diagihkan dan disampaikan kepada pengguna di
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
seluruh negara dengan selamat dan terjamin kualitinya. Walau bagaimanapun, untuk memerangi isu lapisan orang tengah dalam usaha mengawal kos sara hidup yang semakin meningkat, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama agensi di bawahnya telah melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk kementerian KPDN yang juga terlibat secara langsung.
Membangunkan outlet peruncitan jualan terus kepada pengguna seperti Pasar Tani, Pasar Tani Kekal, Agro Bazar di bawah kelolaan FAMA. Peladang outlet di bawah kelolaan Lembaga Pertubuhan Peladang LPP dan pasar nelayan di bawah seliaan LKIM.
Melaksanakan pembelian ikan daripada nelayan dengan harga yang lebih baik berbanding peraih lain melalui Program Pemasaran Ikan oleh Persatuan Nelayan Kawasan (PNK), mengelakkan manipulasi. PNK dapat menjual kepada pengguna dengan harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran setempat melalui jualan secara langsung.
Ketiga, melaksanakan Program Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran iaitu kerjasama strategik usahawan pemasar bimbingan FAMA dengan peserta ladang kontrak.
Program ini merupakan strategi untuk membangunkan usahawan pemasar baru yang kompetitif dan berupaya mewujudkan persaingan yang sihat dalam pasaran. Objektif program ini adalah untuk memendekkan rantaian pengedaran barang keperluan seperti hasil pertanian daripada ladang hingga ke pengguna akhir.
Keempat, menyediakan perkhidmatan jualan dalam talian, Agro Bazar Online yang sekarang ini sedang berkembang.
Kelima, melaksanakan Program Jualan Agro Madani di seluruh Malaysia, ini banyak tempatlah dan di bawah Jualan Rahmah ada lebih kurang 360,000 tempat diadakan sekarang ini untuk jualan yang harganya dapat dikurangkan antara 10 hingga 30 peratus.
KPKM percaya dengan usaha yang dilaksanakan, masalah manipulasi ini bukan diatasi sepenuhnya, dapat dikurangkan, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jelebu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Puan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih di atas jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Sebahagian daripada masalah yang ditimbulkan apabila harga kos sara hidup naik ini adalah orang tengah, Tuan Yang di-Pertua, ini fakta. Cumanya saya nak tanya penjelasan Yang Berhormat Menteri, kita ada FAMA, agensi pemasaran di bawah kementerian dan petani ini dia tidak berapa selesa berurusan dengan FAMA ini kerana dia lebih berurusan dengan orang tengah lagi berbanding dengan orang tengah di bawah kementerian, yakni FAMA.
Ini dibuktikan Yang Berhormat Menteri, apabila penurunan jualan FAMA daripada tahun ke tahun seperti tahun lepas sampai 25 peratus penurunan jualan FAMA ini. Jadi, apakah langkah kementerian untuk memperkasakan FAMA ini sebagai agensi pemasaran kerajaan untuk mengekang dengan lebih baik dalam soal penguasaan orang tengah ini?
Terima kasih Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Peranan FAMA ini memang begitu ketara menunjukkan hasil positif. Misalnya, dalam bulan Ramadhan dan Syawal yang lepas, kita lihat FAMA membuat intervensi yang begitu berjaya mengekang kenaikan harga, terutama sekali daging. Kita lihat FAMA menjual dengan harga RM35 dan juga di Melaka sehingga RM25 dan harga telur ayam sebagainya, menyebabkan harga tempat lain tidak naik begitu mendadak dan juga FAMA telah membuat kenaikan jualan yang begitu tinggi pada tahun ini yang saya telah bentangkan dalam beberapa kali jawapan berkenaan FAMA ini.
FAMA akan terus memainkan peranan dan memang peruntukan kepada FAMA, transport dan sebagainya sekarang ini dipertingkatkan oleh kerajaan dan kementerian.
Jadi, peranan FAMA ini akan dipertingkatkan dari masa ke semasa untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup yang melanda ketika ini, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan industri pertanian yang disebut diselubungi oleh masalah orang tengah ini. Saya juga di kawasan saya di Padang Terap,
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
ramai pesawah-pesawah yang membuat aduan tentang caj perkhidmatan orang tengah yang mengenakan caj yang banyak tentang input-input pertanian. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah bentuk penekanan yang diberikan oleh kementerian terhadap peranan Koperasi Pertanian untuk mengurangkan peranan orang tengah ini?
Terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Peranan orang tengah ini bukan perkara baru. Zaman kita di awal tahun 60-an dahulu, 50-an, ada Pak Aji Kunca, di mana kadang- kadang mereka ini ada wang, bila ada kematian, hendak buat kenduri, mereka pergi ambil duit kepada orang yang ada duit di kampung itu. Maka, segala hasilnya dia melalui Pak Aji Kunca itu.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Sekarang pun begitu. Orang tengah ini dia lunak – dia boleh memberi pinjaman, dia boleh beri duit, bila ada kematian, kenduri dan sebagainya. Maka bila nak jual barang, maka terpaksalah tuan-tuan tanah itu melalui orang tengah itu. Jadi, peranan ini ꟷ nak buang sekali gus peranan orang tengah ini bukanlah satu perkara yang senang dan koperasi-koperasi boleh memainkan peranan. Tetapi koperasi-koperasi kita yang berjaya terlalu sedikit.
Penubuhannya banyak tapi bila menjalankan kerja-kerja koperasi kadang kalanya terkandas di tengah jalan. Tapi kita jangan berputus atas kerana peranan koperasi, peranan agensi kerajaan amat penting untuk mengurangkan – kalau kita kata nak hapus orang tengah ini memang susah tapi mengurangkan peranan mereka dalam masyarakat.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Datuk Haji Awang bin Hashim, Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Bismillahi Rahmani Rahim Tuan Yang di- Pertua. Lama saya tak pantun, saya nak minta pantun sikit.
*Pergi ke kedai membeli sekaya, Bawa bersama serumpun buluh, Hari ini adalah hari bahagia saya, Kerana soalan saya naik nombor sepuluh.
[Ketawa]*
10. Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan jumlah pekerja asing yang berada dalam negara dan apakah langkah diambil kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja warga asing dan mengoptimumkan tenaga kerja tempatan berkemahiran.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih pada Yang Berhormat Pendang. Tuan Yang di- Pertua, sehingga 30 September 2023 unjuran jumlah keseluruhan pekerja asing di Malaysia adalah seramai 2,730,153 orang dan jumlah ini merangkumi, pertama pemegang pas lawatan kerja sementara yang aktif yang berjumlah 1,830,828 orang dan pekerja asing yang belum memasuki negara adalah seramai 152,158 orang dan pendatang asing tanpa izin yang berdaftar di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0, 747,167 orang.
Penggunaan pekerja asing adalah bagi memenuhi keperluan tenaga kerja bagi sektor-sektor tertentu yang sukar diisi oleh tenaga buruh tempatan. Berikutan itu, kerajaan giat merangka dan melaksanakan inisiatif merentasi kementerian dan agensi bagi menggalakkan tenaga kerja tempatan menceburi pekerjaan dalam sektor yang didominasi pekerja asing.
Kementerian Sumber Manusia menggalakkan industri supaya beralih kepada penggunaan automasi, mekanisasi dan pendigitalan yang dapat mewujudkan permintaan terhadap pekerja berkemahiran tinggi. Dalam masa yang sama kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah akan turut dikurangkan secara berperingkat.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Seterusnya, kementerian ini menerusi Majlis TVET Negara telah mengadakan memorandum kerjasama dengan pihak industri bagi membolehkan graduan TVET mendapat pendedahan. Setakat September 2023, sebanyak 61 memorandum kerjasama telah dimeterai iaitu sebanyak 17 syarikat berkaitan kerajaan dan 44 syarikat swasta.
Pemeteraian memorandum kerjasama yang dilakukan secara berterusan dapat membuka ruang untuk menjalin kerjasama erat dalam usaha meningkatkan kualiti pelaksanaan program TVET negara seterusnya mewujudkan pekerjaan berkemahiran. Ini selaras dengan sasaran di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 untuk mencapai 35 peratus tenaga kerja mahir membabitkan anak tempatan menjelang tahun 2030.
Kementerian Sumber Manusia menerusi Pembangunan Sumber Manusia Berhad sentiasa menggalakkan pekerja untuk terus meningkatkan kemahiran dalam latihan semula melalui latihan kemahiran. Justeru itu, Pembangunan Sumber Manusia Berhad telah menyediakan pembiayaan latihan menerusi caruman levi majikan untuk melatih semula pekerja-pekerja setakat 30 September 2023, sebanyak 8,057 pelajar telah dilatih melalui Skim Latihan Industri dengan izin, Industrial Training Scheme dengan peruntukan sebanyak RM14.87 juta. Jawapan saya panjang tapi saya akan bagi jawapan sepenuhnya melalui jawapan bertulis. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Yalah kita masih lagi bergantung pada lambakan migrant workers, dengan izin pekerja asing ini.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan.
Saya nak menyentuh berkenaan dengan kemajuan teknologi IR4.0 ataupun 4.0 seperti automosi dan kecerdasan buatan ataupun AI (Artificial Intelligent) dengan izin.
Saya ada pada hari ini memberikan kesan dengan mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga asing seperti dalam sektor 3D. Seterusnya ia akan memberikan peluang pekerjaan kepada anak tempatan yang berkemahiran.
Soalnya apa yang terjadi kepada tenaga kerja atau bakat tempatan yang berkemahiran yang dilatih menerusi TVET. Tadi disentuh TVET. Apakah mekanisme- mekanisme atau traces study yang digunakan dalam struktur mengukur tahap kemenjadian tenaga kerja tempatan yang dilatih institusi-institusi latihan TVET dari segi marketability, employability dengan izin dan apakah dapatan serta hasilnya? Mohon maklumat selanjutnya daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Terima kasih Yang Berhormat Pendang.
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu soalan yang baik dan memang kajian pengesahan graduan TVET merupakan kajian tahunan yang dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem Kajian Pengesahan Graduan TVET.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Sistem ini diselaraskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi berdasarkan mandat yang diberikan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bermula tahun 2018. Responden kajian ini terdiri daripada kalangan graduan warganegara Malaysia berkelulusan Sijil Kemahiran Malaysia daripada tahap 1 sehingga peringat ijazah pertama dari institusi latihan kemahiran awam.
Untuk makluman Dewan yang mulia, Kementerian Sumber Manusia pada masa ini sememangnya mengambil kira fokus strategik negara ke arah kemajuan teknologi IR 4.0 seperti program automasi, robotik dan juga kecerdasan buatan yang disebutkan oleh...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Menteri, boleh tak data- data ini...
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Ya.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...dijawab bertulis juga sekali dengan jawapan soalan pertama tadi.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Boleh.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya nak simpan fakta ini. Saya nak rujuk sebab ini perkembangan unemployed in market.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Boleh. Saya akan jawab bertulis nanti.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey, terima kasih. Saya nak lihat fakta ini.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Mungkin saya akan sentuh sedikit saja lagi sebelum – jadi, Kementerian Sumber Manusia melalui JPK sentiasa memastikan agar Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan kurikulum TVET dikemas kini mengikut kehendak dan memenuhi keperluan industri tersebut. Bermula pada tahun 2019 lagi, JPK telah berusaha mengintegrasikan teknologi-teknologi IR 4.0 ke dalam standard- standard pekerjaan baharu mengikut keperluan industri. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Timbalan Speaker. Saya mendengar dengan tekun jawapan yang diberikan Yang Berhormat Menteri. Cumanya saya nak tanya soalan pertama adakah majikan-majikan akan diberi rancangan, diberi apa-apa insentif sekiranya mereka mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Kerana saya fikir bahawa kalau kita memberi insentif – kerajaan memberi insentif potongan cukai dan sebagainya ia akan menggalakkan majikan untuk mengambil pekerja-pekerja kita, warganegara Malaysia.
Kedua, adakah kerajaan juga akan membantu majikan-majikan untuk mengadakan apa-apa persefahaman – untuk mengambil bekas-bekas banduan yang mempunyai masalah untuk mendapat pekerjaan. Selalunya bila keluar daripada penjara – selalunya lepas dua tiga bulan majikan tidak mahu meneruskan dengan mereka sebagai pekerja.
Adakah kerajaan mempunyai apa-apa rancangan untuk mengadakan satu memorandum persefahaman dan sebagainya, atau menjadi perantara di antara majikan dan penjara-penjara Kementerian Dalam Negeri untuk mengadakan persefahaman membenarkan banduan-banduan untuk menggantikan pekerja-pekerja asing. Terima kasih, Menteri.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Terima kasih Yang Berhormat. Memang apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat adalah suatu yang boleh difikirkan iaitu berkaitan dengan insentif-insentif tertentu yang diberikan kepada majikan.
Selain daripada itu berkaitan dengan soalan kedua yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu berkaitan dengan cadangan untuk memberi peluang kepada golongan rentan terutamanya daripada mereka yang keluar daripada penjara dan sebagainya.
Memang banyak usaha telah diambil oleh pihak kementerian dengan kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan ia dilaksanakan melalui PERKESO di mana banyak latihan-latihan juga diberikan kepada mereka yang masih...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Menteri, kita ada payroll dah...
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Ya, betul.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Dengan Matsushita ada seribu orang lebih.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Jadi, dah jalan lama dah.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
[Ketawa] Itu yang saya nak....
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Tidak jelas] ...Lapar ni Pendang, hang ni.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Saya akan beritahu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, saya keliru. Mana satu Menteri, Pendang Menteri kah?
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Alright. Jadi, memang telah diusahakan dan ramai juga telah pun diberi peluang pekerjaan, mereka yang berada dalam penjara.
Mereka telah diberi latihan dan mereka yang keluar daripada penjara setelah menjalani latihan, mereka juga telah pun ditempatkan di pekerjaan.
Walau bagaimanapun, ini adalah satu soalan yang baik dan memang kerajaan berhasrat untuk memberi peluang kepada ramai daripada mereka yang akan keluar daripada penjara terutamanya mereka yang menjalani hukuman-hukuman yang kecil dan memang mereka ini adalah masih produktif dan mereka- kita boleh menggunakan tenaga mereka untuk menggantikan pekerja asing. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini.
Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seperti yang tertera di nombor 14 dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Belanjawan 2024 Peringkat Dasar yang telah diedarkan, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 1 November 2023.”
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Puan Yang di- Pertua, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2024 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari sembilan puluh dua bilion Ringgit
(RM92,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2024, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau
(“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 34 Tahun 2023, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut”.
[30 Oktober 2023]
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Puan Speaker, saya ada Usul Peraturan Mesyuarat 27(3). Boleh saya bacakan?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak perlu baca. Itu masih dalam pertimbangan Tan Sri Speaker.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Boleh tahu bila Speaker akan masuk?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Petang nanti.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya bangun di bawah 18(1). Saya minta...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau, usul 18(1) pun dalam pertimbangan Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Tunggu keputusan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak, saya minta supaya Usul- saya tak mahu dijawab dibincang di sini. Saya minta bincang di Kamar Khas. Saya minta yang...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cakap dengan Speaker.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya minta, saya tak- yang ini sebab telah pun dijawab oleh Menteri tetapi masa tak cukup semalam iaitu berhubung dengan harga lantai padi. Jadi, sekarang saya minta dibincang di Kamar Khas. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya memulakan Sesi Jawapan Menteri bagi perbahasan belanjawan di Peringkat Dasar, saya ingin memaklumkan terdapat pertukaran giliran
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
kementerian menjawab pada hari ini. Kini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan membuat penggulungan di nombor dua selepas Kementerian Pertahanan dan seterusnya diikuti oleh Kementerian Kerja Raya. Sekian, terima kasih.
Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri Pertahanan untuk menjawab dalam masa 45 minit.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya memulakan penggulungan saya bagi pihak Kementerian Pertahanan berkenaan dengan perbahasan belanjawan yang telah pun dibahaskan oleh rakan-rakan dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin mengalu-alukan bagi pihak Tuan Yang di-Pertua ya, wanita-wanita daripada Parlimen Rembau saya yang ada di atas sana...
[Tepuk] Selamat datang ke Parlimen.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam sesi penggulungan Belanjawan tahun 2024 Peringkat Dasar dalam Dewan yang mulia pada hari ini.
Terlebih dahulu, bagi pihak seluruh warga Kementerian Pertahanan serta Angkatan Tentera Malaysia, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan banyak- banyak terima kasih dan penghargaan khususnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan kerana tetap mengutamakan sektor pertahanan negara melalui peruntukan sebanyak RM19.7 bilion kepada Kementerian Pertahanan dalam Bajet 2024 ini iaitu peningkatan sebanyak 11.46 peratus berbanding pada tahun 2023 sebanyak RM17.7 bilion. Peningkatan sebanyak RM2 bilion, Datuk Yang di-Pertua.
Ketika negara dan seluruh dunia menghadapi cabaran ekonomi yang getir yang sekali gus menuntut kerajaan memberi tumpuan terhadap usaha membaik pulih ekonomi negara dan membela kesejahteraan rakyat. Kami di Kementerian Pertahanan amat bersyukur dengan jumlah peruntukan sebesar ini di bawah belanjawan Kerajaan Perpaduan Madani ini. Kementerian Pertahanan akan memberikan penekanan terhadap pelaksanaan beberapa perolehan aset baru dengan fokus kepada pemerkasaan pertahanan dan kedaulatan negara di samping terus berusaha memanfaatkan keseluruhan Belanjawan 2024 yang insya-Allah akan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini.
Keutamaan dan agenda paling penting Kementerian Pertahanan Datuk Yang di- Pertua adalah melalui belanjawan ini ialah ada beberapa tajuk utama itu Tuan Yang di- Pertua iaitu keutamaan kami ialah nombor satu perolehan aset. Dalam mengekalkan tahap keupayaan dan kesiapsiagaan, ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu tentera darat, tentera laut dan tentera udara. Keperluan aset-aset baharu turut dipertimbangkan dalam perancangan belanjawan kali ini. Kementerian Pertahanan dan ATM akan memulakan proses perolehan aset-aset baharu seperti berikut.
Nombor satu, Tentera Darat Malaysia bakal memperoleh 60 buah kereta perisai infantri, 50 buah High Mobility Light Tactical Vehicle, 6 buah Hover Craft Integrated Fast Interceptor serta 733 buah kenderaan sokongan pelbagai jenis termasuk 45 buah bot pelbagai jenis. TLDM atau pun Tentera Laut pula akan meneruskan perolehan tiga buah Littoral Mission Ship (LMS), dan kerja-kerja memasang baik pulih dua aset kapal selam.
TUDM pula bakal menerima perolehan 12 buah helikopter baharu.
Nombor dua, kepentingan yang kami letakkan Dato’ Yang di-Pertua ialah keselamatan persempadanan negara. Keselamatan persempadanan negara akan terus dipertahankan dengan membina tujuh buah pos imbangan baru. Antaranya di Melikin dan Pa’ Dallih di Sarawak.
Ketiga, kesejahteraan warga pertahanan. Melalui belanjawan pada kali ini Dato’ Yang di-Pertua, inisiatif sedia ada Kementerian Pertahanan akan turut diperkemas bagi memastikan perancangan yang telah dibuat dapat dicapai mengikut kerangka masa yang
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
telah ditetapkan. Kesejahteraan anggota ATM dan pesara akan terus dipelihara seperti berikut.
Peruntukan sebanyak RM400 juta disediakan dalam belanjawan pada kali ini untuk menyelenggarakan dan membaik pulih rumah keluarga angkatan tentera, alhamdulillah. RM20 juta turut disediakan untuk menaik taraf sistem pembetungan di kem- kem yang amat daif keadaannya.
Ketiga, veteran ATM akan terus diperkasa menerusi inisiatif PROTEGE Ready To Work bagi meningkatkan potensi kebolehpasaran dan memberikan pengalaman pekerjaan sebenar dengan menempatkan veteran ATM dalam latihan pekerjaan dengan kerjasama syarikat-syarikat yang menerima kontrak daripada kerajaan.
Veteran ATM juga akan mendapat manfaat perlindungan kebajikan dan pembangunan sosioekonomi melalui setiap program kerajaan yang mana kuota khusus akan diberikan seperti program keusahawanan, latihan pekerjaan dan kemudahan pembiayaan.
Kerajaan juga akan menambah bilangan Renjer Komuniti kepada 2,000 orang dengan tujuan untuk memenuhi sebahagian daripada kuota renjer dengan veteran ATM yang berminat dan bayaran insentif RM1,000 akan dipanjangkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen yang akan memberi manfaat kepada lebih 216,000 orang di seluruh negara pada awal tahun depan.
Kementerian Pertahanan Dato’ Yang di-Pertua dan ATM akan berusaha sedaya upaya agar peruntukan Bajet 2024 ini dimanfaatkan dan terus berhemah serta berintegriti demi sebuah negara yang selamat, berdaulat dan makmur.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Dato’ Yang di-Pertua, bagi pihak Kementerian Pertahanan dan ATM, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada 18 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengemukakan dan membahaskan dalam perbahasan berkenaan Bajet 2024 berkenaan Kementerian Pertahanan iaitu YB Jelutong, YB Pendang, YB Besut, YB Tanah Merah, YB Puncak Borneo, YB Ledang, YB Parit, YB Jerantut, YB Ketereh, YB Sik, YB Batang Sadong, Bukit Bendera, Lumut, YB Tampin, Batu Pahat, Gerik, Kalabakan dan Kuala Pilah kerana mereka telah pun mengambil dengan prihatin isu-isu yang berkait rapat dengan Kementerian Pertahanan.
Saya boleh rangkumkan Dato’ Yang di-Pertua daripada perbahasan 18 rakan- rakan yang berbincang dalam Dewan mulia ini, saya rangkumkan topik-topiknya kepada rangkuman 11 tajuk utama. Dato’ Yang di-Pertua, saya akan pergi satu persatu agar ia tersusun dan ia tidak mengikut apa dipanggil keahlian yang bertanya.
Nombor satu Yang di-Pertua, isunya ialah menghantar tentera pengaman ke Palestin.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat, boleh ya? Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Rembau, Menteri Pertahanan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak sentuh berkenaan LCS ini sebab apa, semalam saya bangkitkan lagi. Ada empat...
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Dato’ Yang di-Pertua, LCS ini akan ada. Saya akan jawab. Tunggulah. Sabar-sabarlah.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Mengangguk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pendang, sabar.
Menteri belum start jawab lagi.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Dia ada dalam 11 itu. Sebelas itu termasuk LCS lah ya kerana ramai yang bertanya tentang LCS terutama rakan saya daripada Tanah Merah.
[Ketawa] Nombor satu isu yang saya rangkumkan dalam 11 para pokok itu Yang di-Pertua menghantar tentera pengaman ke Palestin. Dato Yang di-Pertua, ramai Ahli Yang Berhormat bertanyakan lebih kurang lima orang bertanya tentang isu di Palestin ini
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
termasuk Parit dan juga banyak. Baru-baru ini, hari Jumaat lepas selepas sembahyang Jumaat, mereka berarak, ada NGO berarak daripada Masjid Al-Walid ke depan pintu masuk Kementerian Pertahanan membawa sepanduk-sepanduk menggesa Kementerian Pertahanan untuk menghantar tentera pengaman di Palestin.
Dato’ Yang di-Pertua, isu kesediaan kerajaan menghantar tentera pengaman ke Palestin telah dibangkitkan oleh YB Parit. Perkara ini telah dijelaskan juga oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri pada sesi Penerangan Menteri berkenaan perkembangan terkini krisis Palestin-Israel di Dewan yang mulia ini pada 16 Oktober yang lalu.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini Dato’ Yang di-Pertua, keputusan untuk menghantar trup tentera secara unilateral, saya ulangi, secara unilateral ke sesuatu kawasan bergolak bukanlah keputusan mudah dan ia memerlukan penelitian pelbagai pihak termasuk Kementerian Luar Negeri, pandangan negara-negara sekitar kawasan yang bergolak ataupun krisis dan yang paling utama, ia perlu mendapat mandat yang jelas daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Sehingga kini Dato’ Yang di-Pertua, Malaysia sentiasa komited dengan memberi sokongan terhadap usaha mencapai keamanan sejagat di bawah panji-panji Bangsa- Bangsa Bersatu. Ini terbukti sejak tahun 1960 lagi, ATM telah terlibat dalam 37 misi sama ada sebagai tentera pemerhati ataupun tentera pengaman seperti misi pengaman di Congo, Somalia, Namibia, Cambodia, Bosnia Herzegovina, East Timor dan yang terkini di selatan Lubnan.
Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini pihak ATM masih terlibat dalam lima misi antarabangsa di bawah misi PBB iaitu satu misi pengaman di Lubnan, United Nations Interim Force in Lebanon ataupun UNIFIL mulai tahun 2007 dan empat misi pemerhati iaitu United Nations Mission in the Democratic Republic of Congo ataupun MONUSCO Congo sejak tahun 2000, UN Interim Security Force for Abyei (UNISFA) di sempadan Sudan dan selatan Sudan semenjak tahun 2006, United Nations Mission for Referendum in Western Sahara (MINURSO) Sahara Barat sejak tahun 1991 lagi dan United Nations Mission to support Hudaydah Agreement iaitu di Yaman sejak tahun 2021.
Mengenai pergolakan di Palestin buat masa ini Dato’ Yang di-Pertua, tiada sebarang keputusan oleh PBB ataupun United Nations untuk menghantar tentera pengaman atau peacekeeper ke Palestin. Sungguhpun begitu, Kementerian Pertahanan melalui ATM sentiasa bersiap siaga termasuklah pasukan pengaman MALBATT yang sekarang bertugas di bawah UNIFIL di Lubnan.
Kementerian Pertahanan mengikut secara dekat perkembangan di Palestin dan sentiasa bersedia memberikan kerjasama penuh kepada Kementerian Luar Negeri jika diperlukan bagi membantu urusan evakuasi rakyat Malaysia di kawasan yang terkesan di samping memantau tahap keselamatan anggota MALBATT kami di selatan Lubnan, Dato’ Yang di-Pertua. Yang kedua...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Ya?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Minta penjelasan.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Ya, please.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, kita hanya hantar tentera apabila diminta oleh Bangsa-Bangsa Bersatu. Tetapi, apakah Malaysia bercadang untuk menyuarakan kepada OIC sebagaimana yang negara-negara Afrika, Persatuan Negara Afrika dihantar tentera pengaman seperti yang berlaku di Nigeria? Tetapi OIC ni tak dengar lagi berita yang mereka ingin hantar tentera pengaman.
Apakah Malaysia nak cadangkan kepada OIC supaya menghantar tentera pengaman? Sebab kita tahu Bangsa-Bangsa Bersatu ada kuasa veto dua, tiga kali yang mevetokan keputusan untuk menyokong Palestin.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, saya juga ingin tanya kenapa kerajaan kita tidak menggunakan diplomatic channels untuk menggesa Bangsa-bangsa Bersatu untuk mengadakan gencatan senjata dengan seberapa cepat yang mungkin? Apa masalahnya? Kenapa PBB tidak bertindak dengan pantas untuk mengadakan satu gencatan senjata dalam apa yang berlaku di Palestin? Apakah masalahnya? Ataupun bolehkah kita mengadakan satu sidang tergempar mohon satu resolusi supaya kuasa-kuasa besar campur tangan seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Ini adalah isu bukan Israel atau Palestin, humanitarian. Kita lihat bahawa ada bayi, anak-anak dibunuh di situ.
Saya ingin tanya, apakah masalahnya dengan Amerika Syarikat untuk— ataupun kuasa-kuasa besar Perancis, Britain untuk kita mengadakan satu mesyuarat supaya satu gencatan senjata diadakan. Saya cuma memohon Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat sebagai menteri memberi tekanan berterusan, gencatan senjata boleh diadakan bila-bila. Cuma saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk merayulah kepada ASEAN, kepada OIC untuk berbincang dan mendesak supaya gencatan senjata diadakan dengan seberapa cepat.
Saya ingin tanya juga, apakah masalah dengan menghantar tentera untuk tentera pengaman? Bukan pergi sana untuk bertempur, tentera pengaman untuk memastikan bahawa kita menjaga civilian di situ Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Apa ni Yang Berhormat, saya nak tambah sikit yang itu. Saya hendak minta sokong Jelutong, ini isu yang sangat baik. Cuma kita hendak minta Jelutong untuk tambahkan sikit lagi. Kita buat usul tergempar mengecam dulu tindakan yang berlaku di Palestin dan apa yang berlaku sekarang ini.
Sebab kita belum buat lagi keputusan usul daripada Dewan, maknanya daripada Kerajaan Malaysia, belum ada satu keputusan yang tuntas mengecam. Jadi, kalau kita bercakap nak pi buat ceasefire dulu, yang sini kita pun tak dak apa-apa lagi, jadi macam kita di mulut sahaja bercakap menentang tetapi hati kita menyokong hat yang keganasan dan kezaliman.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih kepada Arau, terima kasih kepada Jelutong dan juga Pendang.
Berkenaan dengan saranan daripada Arau untuk kita mengadakan tentera pengaman tidak melalui PBB ataupun tidak mengharapkan PBB, tetapi melalui OIC dan dikatakan juga tadi adanya tentera pengaman Afrika. Afrika dia memang ada tentera pengaman sendiri Dato Yang di-Pertua ya. Dia tidak bersangkut sangat dengan apa— sebab African Union dia memang ada di bawah African Union punya charter dia. Ada dia tentera pengaman daripada negara-negara Afrika sahaja, ya. Jika ada apa-apa masalah di negara Afrika, mereka akan menghantar tentera pengaman dengan segera.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Tentang OIC itu tadi saya serahkan kepada Kementerian Luar Negerilah Arau ya kerana seperti Jelutong cakap tadi, kita nak hantar tentera kita nak buat ceasefire apa semua. Bagi Kementerian Pertahanan Dato’ Yang di-Pertua, ini adalah isu luar negara.
Isu luar negara eloklah sebaiknya diurus oleh Kementerian Luar Negeri. Kami di Kementerian Pertahanan ataupun Angkatan Tentera, you just decide, dengan izin. Buat keputusan, we will be there. Kita akan ke sana jika ada keputusan, jika ada mandat dan jika ada yang membolehkan kita menghantar tentera pengaman kita dengan segera bahkan kita dah ada pun di Lebanon, ya. Jadi, Dato’ Yang di-Pertua soalnya macam tadi mengatakan supaya Bangsa-Bangsa Bersatu membuat gencatan senjata dan buat sidang tergempar.
Dah buat sidang tergempar pun, Bangsa-Bangsa Bersatu tetapi tidak diendahkan dan di veto oleh kuasa-kuasa yang mempunyai kerusi di dalam Majlis Keselamatan Bangsa- Bangsa Bersatu.
Jadi, nampaknya melalui Bangsa-Bangsa Bersatu ini nampaknya menemui jalan buntu. Cadangan daripada Arau tadi itu boleh dipertimbangkan dan kita akan melihat.
Saya akan juga cuba membawa jika ada perkara yang boleh dibincangkan berkenaan
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
dengan Palestin semasa perbincangan dengan Menteri-menteri Pertahanan ASEAN yang akan berlangsung pada minggu depan Dato’ Yang di-Pertua, supaya kita berbincang on side punya isu dan bukannya sebagai main topic untuk kita berbincang.
Dapatkan dulu suara ASEAN kerana kita mempunyai satu pegangan iaitu ASEAN centrality. We cannot be on our own, ya. Kalau negara ASEAN bersetuju untuk kita menghantar dan di bawah panji-panji Bangsa-Bangsa Bersatu, kita akan kaji tapi ini tertakluk kepada Kementerian Luar Negeri. Bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Pertahanan. Kementerian Pertahanan akan mengambil apa sahaja keputusan yang diputuskan oleh kerajaan. Hantar, kita akan hantar. Tarik, kita akan tarik, Dato’ Yang di- Pertua ya.
Yang keduanya yang saya cantumkan dalam 11 isu Dato’ Yang di-Pertua ialah berkenaan dengan Rumah Keluarga Angkatan Tentera. Dato’ Yang di-Pertua, isu Rumah Keluarga Angkatan Tentera telah dibangkitkan oleh YB Jelutong yang meminta kementerian memastikan Unit Kediaman Rumah Keluarga Angkatan Tentera ataupun RKAT berada dalam keadaan yang baik dan selesa untuk diduduki.
Berhubung dengan perkara ini Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan komited untuk meningkatkan agenda perumahan ATM yang meliputi perlaksanaan projek pembangunan RKAT yang baharu serta projek senggaraan dan naik taraf RKAT yang sedia ada di seluruh negara. Alhamdulillah saya katakan tadi pada Belanjawan 2024, satu peruntukan yang amat besar RM400 juta telah pun diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan untuk kita menambah baik dan membaik pulih kerana keadaan rumah di RKAT ini amat daif, Dato’ Yang di-Pertua. Memang daif, ya.
Kalau mereka ada kemampuan untuk sewa rumah di luar, mereka sewa rumah di luar. Tetapi apakan daya, sewa rumah di luar terlalu mahal, elaun rumah terlampau sikit.
Mereka tak mampu, Dato’ Yang di-Pertua. Mereka duduklah di tempat yang tak sepatutnya diduduki. Maka, jangan jealous-lah kalau Kementerian Pertahanan dapat RM400 juta kerana ini sudah lama tertangguh dan lama dah patut dibuat, Dato’ Yang di- Pertua.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Ya, silakan.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih. Saya amat berterima kasih Yang Berhormat telah mengakui keadaan mereka hidup dan daif.
Sebab bagi saya bagaimana anggota tentera kita nak bertugas jika keadaan mereka dalam keadaan daif dan uzur? Cuma, saya nak minta Yang Berhormat ambil juga perhatian dengan bajet yang diberikan itu, cubalah Yang Berhormat tengok rumah-rumah bujang.
Contoh di Kem Terendak, di Ketereh. Kalau tengok rumah-rumah bujang ini Yang Berhormat, Yang Berhormat takkan nak. Kalau Yang Berhormat ada anak yang nak jadi askar pun Yang Berhormat tak berani nak hantar. Begitu daif, cukup menyedihkan. Sebab Yang Berhormat ada sebut tadi, Jelutong kata — jawapan daripada YB Jelutong nak bagi mereka keadaan baik dan selesa tapi keadaan hari ini terbukti tak selesa dan tak baik.
Saya harap Yang Berhormat Menteri ambil perhatian. Isunya rumah-rumah bujang, beret-beret bujang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Saya ambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan juga penghargaan yang setingginya kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas pengumuman yang telah dibuat itu.
Sekurang-kurangnya dengan pengumuman itu, kita pastikan bahawa ketika anggota tentera bertugas menjaga keselamatan dan keamanan negara, keluarga mereka yang tersayang dapat hidup dengan selesa.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih kepada Tanah Merah dan juga Jelutong. Dato’ Yang di-Pertua, untuk pengetahuan, tahun ini sahaja selain daripada peruntukan untuk menaik taraf, baik pulih rumah-rumah RKAT ini dalam bajet tahunan dibentang tahun lepas sebanyak RM117 juta. Tetapi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan murah hati telah pun memberikan peruntukan khas beliau RM200 juta semasa membentangkan Rancangan Kajian Separuh Penggal tempoh hari di Dewan yang mulia ini untuk kita memberikan penumpuan kepada membaik pulih dan menaik taraf rumah bujang ini.
Kepada Tanah Merah tadi berkenaan rumah bujang, saya yakin bahawa di dalam perlaksanaan kita RKAT ini termasuklah rumah bujang. Otherwise, saya akan minta supaya rumah bujang ini dimasukkan di dalam kepala untuk kita membaik pulih dan menaik taraf rumah bujang, insya-Allah, Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih Yang Berhormat. Sikit sahaja. Lagi satu, selain daripada beret bujang ini Yang Berhormat, Yang Berhormat semalam pun ada bercakap Yang Berhormat pergi Pulau Berhala, ya. Kalau Yang Berhormat pergi melawat Pulau Berhala, jangan lupa juga bila anggota kita beroperasi. Tempat-tempat operasi pun teruk, contohnya di tempat Pulau Berhala itu.
Mereka duduk dalam kontena, tak selesa, air tak ada dan sebagainya.
Kalau boleh bagi juga tumpuan sebab bila beroperasi, tiga bulan tinggalkan keluarga. Tapi dalam tiga bulan itu, keadaan tempat tinggal mereka cukup-cukup tak selesa. Harap juga diberi perhatian. Terima kasih.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Setuju, Dato’ Yang di-Pertua dengan pandangan daripada Tanah Merah. Saya pergi ke beberapa buah pulau, Pulau Berhala, Pulau Jambongan dan macam-macam. Terpaksa balik, sepatutnya nak pergi pulau kelima tapi kerana tiba-tiba langit dah jadi hitam kerana ribut akan berlaku. Terpaksa balik, kalau tidak terpaksa bermalam di situ.
Memang keadaan anggota kita yang menjalankan operasi selama tiga bulan di situ, mengambil giliran tiga bulan sekali. Mereka punya penempatan itu amat daif juga. Ini akan kita beransur-ansur lakukan. Tetapi, untuk tahun depan yang RM400 juta ini Dato’ Yang di-Pertua, kita akan tumpukan kepada rumah kakitangan anggota dulu kerana kita - peruntukannya nampak besar tetapi tentera ini besar dan ramai, Dato’ Yang di-Pertua.
Ramai, beratus-ratus ribu.
Jadi, kita tak dapat kita — peruntukan yang sebegitu nak kita sebar luaskan, dia tak mendatangkan, nampakkan impak yang baik. Untuk tahun ini ataupun tahun depan, tahun depan ini dan tahun depan kita membaik pulih rumah-rumah RKAT dulu dan juga keadaan-keadaan di kawasan sekitarnya. Boleh jadi pandangan daripada Tanah Merah itu kita masukkan dalam 2025 punya bajet ataupun peruntukan khas kerana dia tak banyak, dia tak ramai. Sedikit sahaja kerana satu rejimen sahaja yang akan berada di situ dan juga penempatan-penempatan yang lain, insya-Allah. Dato’ Yang di-Pertua...
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Minta Tangga Batu. Minta laluan sikit. Tangga Batu. Baik, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan.
Pertama, Tangga Batu nak merakamkan terima kasih kerana mengambil berat tentang menyelesaikan masalah air di Kem Terendak. Tapi, sebenarnya dia ada masalah yang lain. Di rumah-rumah, di RKAT yang berada di Sg Udang, Bandar Tun Razak dan juga di Tangga Batu. Sebenarnya, di samping rumah perlu diperbaiki, mereka juga mengalami masalah tekanan air yang sangat-sangat kritikal. Minta diberi perhatian samalah. Terima kasih.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Kepada Tangga Batu, Dato’ Yang di-Pertua, Tangga Batu kita berfasa untuk kita menaik taraf bekalan air di kem tersebut, ya. Di Melaka tak ada masalah air tetapi di dalam kem ada masalah air kerana Kem Terendak ini dia dah zaman British dulu, Dato’ Yang di-Pertua. Dah lama berpuluh- puluh tahun dan dia punya paip itu memang dah lama, dah bocor ada yang - NRW-nya kalau saya tengok kan, saya baru lepas post-Cabinet minggu lepas, saya minta berapa jumlah kita kena bayar bab kepada PAB ataupun Syarikat Air Melaka dan juga negeri- negeri lain.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Dengan apa yang kita guna Dato’ Yang di-Pertua, NRW-nya saya yakin lebih daripada 50 peratus. Kita dah ada peruntukan. Peruntukan fasa pertama RM900,000 dan keseluruhan peruntukan yang kita buat untuk naik taraf bekalan air dalam Kem Terendak itu sendiri adalah RM33 juta. Dia mengambil fasa-fasa untuk kita lakukan.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya, yang Terendak itu saya ucapkan terima kasih tadi tapi kena lihat juga sebab di sana ada tiga perumahan RKAT yang berada di luar Kem Terendak. Juga, mereka mengalami masalah tekanan air yang agak kritikal. Terima kasih.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Saya ambil perhatian.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Dato’ Yang di-Pertua, penyelenggaraan RKAT sedia ada di seluruh negara dilaksanakan berpandukan kepada keutamaan tertakluk kepada peruntukan tahunan diterima. Dua agensi yang kita beri tanggungjawab kan iaitu JKR dan juga Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Pertahanan ataupun BPKP Markas Angkatan Tentera Malaysia. Peruntukan seperti yang saya sebut tadi tahun 2023, sejumlah 117 di dalam OE dan juga 200 juta peruntukan khas yang mana kita telah agih-agihkan dan sedang dilaksanakan Dato’ Yang di-Pertua, untuk kerja-kerja selenggara rekat di seluruh negara yang melibatkan 22,500 buah ataupun unit rumah RKAT.
Dato’ Yang di-Pertua seperti yang diumumkan iaitu kita akan dapat 400 juta tahun depan dan kita akan pastikan isu berkenaan dengan membaik pulih menaik taraf RKAT ini akan dapat kita selesaikan secara menyeluruh, Dato’ Yang di-Pertua, insya-Allah.
Ketiga Dato’ Yang di-Pertua, isunya ialah berkenaan dengan ini tadi ditanya oleh Pendang dan juga ditanya oleh Tanah Merah. Ramai yang bertanya tentang LCS. LCS ini tidak habis-habis ditanya. Ada sahaja...
[Ketawa] Saya dah jawab berkali-kali di depan Yang di-Pertua pun tapi masih lagi ada pertanyaan yang memerlukan detailing kepada isu-isu LCS ini. Saya akan cuba jawab dan saya harap supaya lepas ini kita tutuplah cerita LCS, Dato’ Yang di-Pertua ya.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Tak boleh. Kapal kita tak siap.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Kapal akan siap.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Kalau kapal dah siap isu tutup.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Kapal akan siap berfasa-fasa.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Sekarang kapal kita tak siap.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Dato’ Yang di-Pertua, kapal akan siap berfasa-fasa.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Buat pun tak lagi.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Bila saya katakan tempoh hari kapal yang keseluruhannya siap 2029, tetapi kita buat itu satu-satu. Kita tidak buat bersekali. Kalau buat bersekali, dia punya kos lebih besar. Kita terpaksa buat kita punya rig, dia punya jig. Hendak order jig untuk setiap kapal mahal, lagi mahal. Jadi, Dewan ini nanti akan mempersoalkan mengapa kos dia bertambah tinggi.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Jadi, kita ada satu jig yang complete untuk kita membina kapal sampai 100 peratus. Ada juga sub workshop dia yang dia membina kapal ini ada semuanya ada sembilan blok, Dato’ Yang di-Pertua. Dia pakai blok-blok. Kapal pertama itu dah siap dah dia punya hull itu dah siap. Tinggal lagi dia punya truss belum dimasukkan lagi. Ini kerana kita tidak boleh masukkan. Nanti nak masuk sistem, nak masuk peluru berpandu, nak masuk semua terpaksa buka pula balik.
Jadi, tidak boleh. Jadi, akan menelan belanja.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Rembau. Sebab yang kita bangkitkan LCS ini bukan perkara baru. Isu ini daripada sehingga 2010...
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Tak apa lah saya terangkan ya.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Cuma, kita hendak tahu 6 bilion yang pertama untuk enam kapal itu, memang dah hilang 6 bilion itu. Kapal pun tak siap. Ini yang kita hendak dan apakah tindakan untuk dapatkan balik ataupun tindakan.
Kedua, kita baru pula dah buat keputusan lima biji kapal perang dengan lebih kurang tambahan lagi menjadi 11 bilion. Kalau tidak silap saya. 11.2 bilion. Jadi, ini kita tengok kos kita, umum dan umum duit hilang. Tapi, tidak dapat balik.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Dato’ Yang di-Pertua, saya akan terangkan mengapa lah ya.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Kita nak tindakanlah sampai sekarang. 6 bilion besar.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Saya dah jawab jugalah tempoh hari. Okey. Dato’ Yang di-Pertua, seramai empat orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan mengenai perolehan aset ATM terutamanya littoral combat ship iaitu LCS iaitu daripada Tanah Merah, daripada Pendang, daripada Besut, daripada Sik.
Yang Berhormat Tanah Merah telah membangkitkan pelbagai isu berkenaan LCS seperti peningkatan kos; rasional mengekalkan Boustead Naval Shipyard Sendirian Berhad (BNSSB) sebagai pembina LCS; isu kontrak tambahan ataupun Supplementary Agreement Number Six; isu sistem persenjataan dan Integrated Platform Management System; tindakan ganti rugi ataupun liquidated ascertained damages (LAD) ke atas BNSSB; isu Syarikat Contravest Advanced Dynamic Sendirian Berhad (CAD), dan Syarikat Contravest Electrodynamics Sendirian Berhad (CED); dan jaminan kerajaan supaya tiada lagi perjanjian tambahan baharu setelah projek pembinaan LCS diterajui oleh special purpose vehicle ini.
Untuk kesemua soalan ini Dato’ Yang di-Pertua yang dibangkitkan ini telah pun dijawab oleh dalam semasa sesi prosiding dengan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara
(PAC) yang baru-baru ini ataupun yang lepas. Perkara ini juga telah dimasukkan dalam Laporan Kemajuan Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua LCS Tentera Laut Diraja Malaysia bagi tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023 seperti mana yang telah dibahaskan di Dewan yang mulia ini semasa Kajian Separuh Penggal Ke-12 yang lalu.
Pada masa ini Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan memberikan tumpuan sepenuhnya untuk melangkah ke depan bagi memastikan projek LCS ini dapat disiapkan mengikut jadual seperti mana kontrak tambahan keenam ataupun SA6 yang telah ditandatangani pada 26 Mei yang lalu.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini Dato’ Yang di-Pertua, peningkatan kos LCS ini tidak melibatkan cost of non-recurring kerja-kerja pembinaan kapal, tetapi, disebabkan oleh kelewatan yang lama dan perubahan spesifikasi LCS seperti mana yang diperlukan oleh TLDM umpamanya persenjataan surface-to-surface missiles, decoy launching system dan Integrated Platform Management System, perubahan spesifikasi ini amat diperlukan disebabkan oleh perkara-perkara berikut.
Surface-to-surface missiles Dato’ Yang di-Pertua, perubahan ini adalah bagi memenuhi keperluan operasi TLDM, dan Dimensi Keempat Angkatan Tentera Malaysia
(4DMAF) terkini. Missile SSM dari Norway yang dipilih mempunyai teknologi terkini ataupun smart missile serta kos yang lebih murah berbandingkan spesifikasi asal dari pembuatnya di Perancis. Nombor dua, decoy launching system. Supportability ataupun kebolehsokongan bagi peluru peralatan asal hanya boleh bertahan 15 tahun sahaja. Pada 20 Disember 2016, kementerian telah memaklumkan bahawa Original Equipment Manufacturer ataupun OEM asal tidak boleh lagi membekalkan peluru decoy disebabkan kilang pembuatan telah terbakar. Oleh itu, perubahan sistem DLS ini perlu dilaksanakan bersesuaian dengan keperluan TLDM.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Ketiga, Integrated Platform Management System Dato’ Yang di-Pertua. Kemajuan sistem IPMS dalam projek LCS telah didapati adalah terlalu perlahan. Oleh yang demikian, TLDM telah melaksanakan feasibility study bagi mempercepatkan kemajuan sistem ini.
Rentetan itu, sistem yang diluluskan oleh kerajaan adalah yang terbukti penggunaannya di aset TLDM masa ini.
Selain daripada itu, terdapat juga peningkatan kos Dato’ Yang di-Pertua yang melibatkan perlanjutan tempoh kontrak selama 83 bulan disebabkan perubahan spesifikasi dan permohonan daripada OEM yang melibatkan extension of design authority, revised delivery schedule, extension of warranty on delivered equipment serta insurans.
Peningkatan kos projek ini tidak melibatkan...
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma nak minta penjelasanlah daripada Yang Berhormat Menteri. Bagaimana rasionalnya sebuah perolehan yang terbesar dalam negara ini iaitu 11 sekarang ini dah daripada asal sembilan now dah meningkat 11.2 bilion. Bagaimana perolehan terbesar ini kita dah lewat lima tahun? Lima tahun dah lewat. Asalnya, tiang gol ini berubah-ubah. Mula-mula kita kata negara kita akan dapat kapal LCS ini pada April 2019. Lepas itu, kita umum pula bertukar pada 2024 akan siap. Sekarang umum pula yang terbaru 2026. Yang terbaru lagi tambah tukar lagi tiang gol iaitu akan siap pada 2029.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Jadi, sebab itu saya kata Yang Berhormat, apa rasionalnya? Kita pula sekarang ini kerajaan pula masih belum berlembut hati pertukaran spec persenjataan di saat-saat terakhir. Sedangkan kita ambil contoh lah ya, negara Mesir dengan UAE, mereka pun guna buat kapal yang sama LCS yang sama, pereka bentuk pun sama Gowind. Mereka tidak perlu tukar spec senjata mereka. Mereka tidak perlu tandatangan sampai enam kali perjanjian tambahan, dan kapal Mesir dan UAE dah siap pun. Sedangkan kita masih lagi terkapai-kapai.
Jadi, sebab itu saya ingin tahu kenapa apakah saya tertanya-tanya keperluan pertukaran spec ini seolah-olah sangat meragukan dan adakah ia strategi syarikat Boustead Naval Group Shipyard untuk tambah peruntukan daripada kerajaan? Sebab setiap kali pertambahan perjanjian tambahan, kos meningkat. Setiap kali. Jadi, sekarang dah enam. Walaupun Yang Berhormat Menteri katakan tadi, insya-Allah tak akan ada lagi tambahan. Itu kita kata hari ini. Esok tak tahu lagi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Boleh saya tambah lagi satu.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Dato’ Yang di-Pertua, sebenarnya. Sebenarnya Dato’ Yang di-Pertua, dia punya kapal pertama itu akan siap 2024, tetapi kapal ini dia siap, dia siap pembinaan satu siap untuk decommission lagi satu perkara. Dah dua perkara berbeza. Siap pembinaan, boleh siap bina. 2024, tetapi itu hari patut bulan lima kita buat tetapi sekarang kita baru hendak mulakan kerja bulan September kerana kita baru sahaja selesai dengan OEM bersetuju untuk novate ataupun dia punya agreement.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Dato’ Yang di-Pertua, boleh jadi 2024 hujung tahun, tetapi siap kapal ini Dato’ Yang di-Pertua, dia kena buat harbour acceptance test. Harbour acceptance test ini Dato’ Yang di-Pertua lebih kurang enam ke tujuh bulan. Bina kapal atas darat, Dato’ Yang di- Pertua. Belum tentu ia boleh terapung nanti. Takut nanti kita bina kapal, kapal tenggelam.
Itu harbour acceptance test.
Lepas harbour acceptance test ini, tengak balance dia sama ada dia balance betul-betul 90 darjah. Sedikit sahaja lari 0.01 per cent lari degrees, dia akan...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Tunggu dahululah.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Itu teknikal.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Tunggu saya habis dahulu.
Lepas itu Dato’ Yang di-Pertua, selepas harbour acceptance test kena pergi sea trial test. Ini sea trial punya test Dato’ Yang di-Pertua. Itu untuk kita membuat tembakan. Test dia punya kelajuan Dato’ Yang di-Pertua.
Kalau pembina mengatakan dia boleh maksimum atau kalau cruise 25 knot, kalau maksimum dia boleh pergi 32, we want to test that. Kalau tidak kita tidak akan terima.
Dalam masa yang sama di open sea test ini Dato’ Yang di-Pertua, ataupun sea trial test ini kita nak buat ujian tembakan sama ada kena atau tak kena. Kalau tak kena, something is wrong dengan balancing of the ship, dengan izin ataupun imbangan kapal tersebut.
Maknanya itu sebab saya kata pembinaan fizikalnya boleh siap 2024 tetapi kita dengan acceptance test, dengan kita punya harbour acceptance test mengambil masa lagi satu tahun ataupun satu tahun setengah. To be safe, kita katakan 2026 tetapi insya- Allah kita bina satu per satu. Kapal terakhir yang kelima akan siap insya-Allah pada tahun 2029, Dato’ Yang di-Pertua. Itu maknanya yang saya kata. Bukan semua kapal akan siap 2029. Kita bina satu per satu. Kita tak bina sekali lima. Kalau bina sekali lima, kos dia akan bertambah lagi Dato’ Yang di-Pertua kerana kita terpaksa membina dia punya yard, dia punya ship yard untuk setiap satu kapal.
Sekarang ini kita ada stage 25 peratus, stage 30 peratus dan mana yang dah lebih 50 peratus dia masuk yang proper di atas jig yang penuh. Dia punya jig to support besi- besi itu untuk kita bina dia punya haul dan untuk kita melengkapkan kapal sepenuhnya sebelum kita menghantar kapal tersebut masuk ke dalam harbour acceptance test yang mana mengambil masa yang lama juga, insya-Allah.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Yang Berhormat Rembau sebab yang diceritakan itu memang betul. Itu semua dipanggil teknikal ataupun Gantt chart schedule ataupun Microsoft project schedule. Memang betul yang itu. Bila kita layman, itu untuk kontraktor dengan Kementerian Pertahanan untuk monitor the Gantt chart, macam mana yang diceritakan oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan tadi. Itu betul, kita tak nafikan. Kita layman ini kita nak tahu. Bila sebut siap maksudnya complete sekali semua. Bila tarikh dia? Kita nak tengok yang itu. Masalah commissioning, acceptance test ini, that is your problem. It is not our problem. We need to know the complete project...
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Dato’ Yang di-Pertua, seperti mana yang Tanah Merah tanya tadi berkenaan...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Bagi tarikh.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
...apa lambat sangat? Patut siap 2029. Kapal ini pembinaannya diberhentikan pada tahun 2018, Dato’ Yang di-Pertua.
Tahun2018 semua projek-projek mega diberhentikan termasuk HSR, termasuk ECRL, termasuk MRT, termasuk macam-macam. Termasuklah LCS ini.
Tetapi apabila nak disambung semula pada awal tahun 2000, kerajaan jatuh. Bila kerajaan baharu naik, nak buat tetapi COVID-19 dua tahun Dato’ Yang di-Pertua. Jadi tiga tahun lebih tersadai Dato’ Yang di-Pertua. Jadi sekarang...
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Jadi Yang Berhormat mengatakan ini salah Kerajaan Perpaduan dahulu?
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Saya tak salahkan sesiapa tetapi terhenti.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Menteri Kewangan ada di sini.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Bila dikatakan bahawa projek ini lama tak siap bukannya kerana salah kontraktor, salah kementerian, tidak. Kerana terhenti dua tahun setengah pula kerana COVID-19, macam-macam. Baru kita nak sambung, tetapi kita nak buat dengan secara yang telus.
Itu sebabnya dalam supplementary agreement (SA) nombor enam ini tidak ada orang tengah lagi dah. CAD dah tak ada, CAD tak ada. Sekarang kita berurusan dengan
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
OEM. Bahkan dalam supplementary agreement, number six, dengan izin Dato’ Yang di- Pertua ada kemungkinan jika diperlukan bahawa BNSB, kementerian boleh bayar terus kepada OEM untuk kita mempercepatkan supaya tidak ada gangguan tentang pembayaran Dato’ Yang di-Pertua. Ini yang kita lakukan dan kita tidak lagi mengikut milestone (perbatuan). Dahulu kita bayar ikut milestone. Kalau dalam masa dua bulan, kita mesti bayar. Dalam masa enam bulan – dia ikut milestone. Tapi dalam supplementary agreement yang baru kita tandatangani Dato’ Yang di- Pertua, kita ikut progress of the project. Jadi akan di-certified, akan dibuktikan. Dia siap 45 peratus, kita bayar 40 peratus. Lima peratus memang kita tak akan bayar. Kita bayar begitu. Jadi tidak ada kemungkinan bahawa akan ada pembayaran yang dibuat tapi barang tak siap. Kita akan ikut progress payment, bukannya lagi milestone payment, Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Yang di-Pertua, prinsip Kementerian Pertahanan dalam meneruskan pembinaan LCS ini adalah bersandarkan kepada beberapa faktor. Pertama seperti diakui sendiri pihak TLDM, kapal-kapal ini amat diperlukan bagi mengukuhkan armada selaras dengan Pelan Transformasi 15-to-5 TLDM bagi meningkatkan keupayaan operasi TLDM dalam melindungi serta memelihara keselamatan dan kedaulatan perairan negara.
Kedua, jika projek ini tidak diteruskan Dato’ Yang di-Pertua, 400 vendor tempatan terlibat dalam projek LCS ini akan mengalami kerugian dan bakal tutup kedai.
Sehubungan dengan itu Dato’ Yang di-Pertua, kementerian telah mengadakan beberapa siri bengkel melibatkan pelbagai pihak seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Jabatan Peguam Negara dan TLDM untuk kita buat keputusan.
Ada juga dibincangkan. Saya baca dia punya fail Dato’ Yang di-Pertua, mengapa kita tak lantik orang baharu. Kalau lantik kontraktor baharu, lagi mahal Dato’ Yang di- Pertua. Lagi mahal dan kita kena buat, lama lagi kita nak, dengan kontraktor, dengan OEM yang baharu, dengan agreement yang baharu, macam-macam Dato’ Yang di-Pertua. Jadi kita buat keputusan. Bila kata kita itu, kementerianlah ya. Telah pun diputuskan sebelum ini, Dato’ Yang di-Pertua.
Kementerian Pertahanan juga telah membentangkan cadangan Pelan Pemulihan LCS kepada Jemaah Menteri sebanyak empat kali iaitu pada 20 November 2020, 5 Mei 2021, 4 Mac 2022 dan akhirnya pada 20 April 2022, Jemaah Menteri pada masa itu telah memutuskan untuk meneruskan projek LCS ini dan syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd (BNSSB) dikekalkan untuk meneruskan projek pembinaan LCS ini, Dato’ Yang di-Pertua. Telah pun dibuat.
Tetapi Dato’ Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan ini, for the sake of good order dengan izin – untuk makluman Dewan yang mulia ini pada 19 April 2023, Kerajaan Perpaduan MADANI melalui Mesyuarat Jemaah Menteri telah memberikan persetujuan kepada Kementerian Pertahanan untuk meneruskan keputusan yang telah dibuat oleh Jemaah Menteri terdahulu.
Saya telah pun membawa Kertas Jemaah Menteri supaya Jemaah Menteri it’s not fair for kerajaan sekarang untuk meneruskan jika tidak diluluskan oleh Jemaah Menteri sekarang sebab kelulusan dahulu oleh Jemaah Menteri dahulu. Now is a different government, saya bawa supaya the present ataupun Jemaah Menteri yang ada sekarang ini memberikan kelulusannya atas asas kelulusan yang telah diberikan oleh kerajaan terdahulu, Jemaah Menteri dahulu tetapi dengan kita mengambil kira pelbagai-bagai kerana kita nak letakkan, ada supplementary agreement nombor enam Dato’ Yang di- Pertua.
Dato’ Yang di-Pertua, keputusan untuk mengekalkan syarikat BNSSB dibuat kerana pemilihan syarikat yang baharu akan melibatkan kementerian perlu memulakan semula rundingan seperti yang saya katakan tadi. BNSSB juga telah diambil alih oleh Kementerian Kewangan melalui special-purpose vehicle iaitu Ocean Sunshine Berhad serta diterajui kepimpinan baharu. Baru punya kepimpinan berbanding sebelum ini. Share sales agreement antara OAS, Boustead Holdings Berhad, Perstim, Lembaga Tabung Angkatan Tentera juga telah dilaksanakan pada 18 Ogos baru-baru ini dan perkara ini memberi keyakinan untuk kementerian melangkah ke depan. Selepas syarikat ini
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
diberikan ataupun diambil alih oleh SPV MOF, Dato’ Yang di-Pertua, barulah kerja-kerja fizikal dimulakan pada bukan September Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Yang Berhormat Menteri boleh tak kami semua nak tahu, siapakah di belakang syarikat SPV ini iaitu syarikat Ocean Sunshine Berhad. Apa track record mereka dalam industri perbuatan kapal. Kenapa syarikat ini dipilih. Apakah merit mereka? Sebab mereka ini dipilih untuk menyelamatkan satu perolehan terbesar dalam sejarah negara. Saya – kami kebimbangan ia akan berulang lagi sekali, kapal masih tak siap-siap lagi.
Jadi sebab itu, sebab apa kita tahu satu negara kita trust deficit kepada syarikat BNSB. Dah berkali-kali mereka gagal menjalankan tanggungjawab yang diberikan selaku kontraktor kepada LCS. Saya khuatir syarikat Ocean Sunshine Berhad ini cuma shell company yang dibentuk untuk mengaburi mata rakyat Malaysia supaya kita memaafkan dan melupakan kegagalan syarikat BNS dengan alasan kini diteraju oleh syarikat baharu iaitu syarikat Ocean Sunshine Berhad.
Akhir sekali, apakah jaminan MinDef bahawa pengemudi syarikat Ocean Sunshine Berhad ini bukanlah orang yang sama daripada syarikat BNS? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri masa sudah tamat. Sila gulung.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Sedikit sahaja saya jawab.
Syarikat Ocean Sunshine Berhad adalah kepunyaan Kementerian Kewangan. Wholly- owned special-purpose vehicle (SPV) by the Ministerial of Finance. For the sake of nak mengawal supaya tidak ada lagi macam dulu-dulu Dato’ Yang di-Pertua. That’s why ada klausa di dalam kita punya perjanjian supplementary agreement nombor enam ini bahawa kementerian boleh bayar terus kepada OEM, kalau kita dapati bahawa ada masalah dengan SPV. Kita nak mempercepatkan, tetapi tidak ada. Bukan ada kepunyaan sesiapa.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
[Bangun]
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Dia punya Kerajaan Malaysia dan pengurusan pembinaan LCS ini Dato’ Yang di-Pertua, walaupun sekarang bukan lagi BNSB ini kepunyaan di bawah Boustead, sekarang ini di bawah Ocean Sunshine Berhad, Dato’ Yang di-Pertua, tetapi pengurusannya diurus oleh dua Ketua Setiausaha.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan iaitu special committee yang kita tubuhkan joint committee dan juga Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan juga pegawai- pegawai kita yang akan meneliti dan mengikuti perkembangan pembinaannya dan dalam masa yang sama, kita akan akur apa yang telah pun diarahkan oleh PAC dan diarahkan oleh Ketua Audit Negara supaya laporan berkala akan kita bawa ke Parlimen, kepada PAC dan juga kepada Select Committee, supaya pembinaan LCS ini dipantau agar ia tidak pagi berulang perkara yang sama Dato’ Yang di-Pertua.
Kalau sudah habis masa yang lain-lain, saya jawab secara bertulis.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Eh, nanti dulu, nanti dulu Tuan Speaker.
Saya bekas tentera. Saya ada soalan untuk Menteri Pertahanan. Tak boleh macam ini.
Tak boleh. Sekarang ini bekas tentera tengok ini. Live ini, dia tengok. Saya kena tanya Menteri Pertahanan, fasal penyelarasan pencen, sebut dalam Dewan ini.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Ini isu keselamatan negara, Dato’ Yang di-Pertua. Perlu bagi tambah masa.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Dato’ Yang di-Pertua, there’s an English saying, “Don’t raise your voice, improve your argument.” [Tepuk]
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Saya tak faham. Cuba ulang sekali lagi.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Oh my god.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
You are a former two-star General. Don’t tell me you don’t understand simple English.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri jawab soalan lepas itu kita tamat.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Soalan dia adalah berkenaan dengan penyelarasan pencen. Dato’ Yang di-Pertua, memang kita telah pun membuat beberapa option di peringkat kementerian. Kalau banyak ini kita bagi penyelarasan, impak dia banyak ini. Ada lima kita buat.
Kita sudah hantar tetapi malangnya Dato’ Yang di-Pertua, ada beberapa orang – saya tak kata semua. Beberapa individu yang merupakan veteran tentera membawa kes ini ke mahkamah. Jadi apabila dah jadi kes mahkamah, kita terhenti Dato’ Yang di-Pertua.
Kita terpaksa terhenti dan tidak ada komunikasi yang perlu kita keluarkan kerana ini akan dilihat sebagai sub judice kepada prosiding mahkamah yang sedang berlangsung sekarang ini insya-Allah. Jadi kita tunggu apa akan diputuskan mahkamah, itulah yang akan kita ambil tindakan selanjutnya Dato’ Yang di-Pertua, insya-Allah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Yang Berhormat Menteri, saya nak tanya berapa lama keputusan mahkamah ini? Mungkin setahun? Dua tahun ataupun lima tahun? Atau 10 tahun? Kalau 10 tahun dah mati semua dah.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Nantilah saya berkunjung hormat dahulu. Mahkamah ini dia independent.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Dia macam ini saja...
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Dia ada tiga cabang dalam demokrasi kita, legislatif, judiciary dan juga eksekutif. Kita tak boleh campur tangan. Yang legislature punya, kita. Yang judiciary, punya mahkamah. Mahkamah biarlah dia buat kerja, kita tak nak campur tangan. Bila dia nak itu terpulang kepada dia, Dato’ Yang di- Pertua. Mana boleh saya tahu bila mahkamah nak putuskan, melainkan mahkamah kata dia akan dengar kes ini sekian-sekian masa, barulah saya boleh cakap dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
[Bangun]
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Okey, mengikut undang-undang, Bahagian 5 Peraturan-peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-faedah Lain) 1982, setiap kali dibuat penyelarasan gaji, mesti ada penyelarasan pencen.
Kedua, Majlis Veteran Kebangsaan bersidang pada 29 September 2022, telah meluluskan cadangan penyelarasan pencen veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013. Jadi maknanya keputusan dah dibuat. Kenapa lagi mahkamah? Majlis Veteran Kebangsaan dah pun meluluskan. Undang-undang pun dah kata macam itu. Dah kena buat. Kenapa lagi mahkamah?
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Majlis Veteran Kebangsaan Dato’ Yang di-Pertua, tidak ada jurisdiction on pencen. Pencen adalah hak mutlak kerajaan di bawah MOF dan angkatan tentera di bawah akta ataupun di bawah Perlembagaan...
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Jadi tandatangan Menteri Pertahanan masa itu apa? Tidak laku?
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Di bawah Perlembagaan Dato’ Yang di-Pertua, angkatan tentera juga dilihat atau dirangkumkan sebagai perkhidmatan awam. Ini yang sedang kita buat berunding dengan pihak JPA, supaya ada kelonggaran terhadap akta ini Dato’ Yang di-Pertua, sebab di satu klausa ataupun di satu perkara disebut, di satu perkara tidak disebut.
Tetapi Perlembagaan Dato’ Yang di-Pertua, dia mesti dibaca bersekali. Kalau disebut sekali maknanya walaupun tak disebut kemudiannya ataupun di depannya, ia akan dianggap disebut terangkum di dalam Perlembagaan tersebut Dato’ Yang di-Pertua.
Jadi ini yang kita sedang nak buat. Macam-macam kita nak buat untuk kita memperbaiki Skim Angkatan Tentera, tentang pangkat dan macam-macam, termasuk juga penyelarasan pencen.
Boleh jadi Dato’ Yang di-Pertua, di dalam kajian yang sedang dilakukan, bukan kajian perancangan sedang dilakukan, untuk menyelaras gaji dan pencen penjawat awam Dato’ Yang di-Pertua, yang mana telah lama tidak dibuat.
Akhir sekali dibuat pada tahun 2012. Saya yakin dan percaya yang pencen- pencen ini juga nanti, yang isu ini juga akan diberi keutamaan Dato’ Yang di-Pertua, insya- Allah. Dato’ Yang di-Pertua, saya...
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Akhir sekali, akhir sekali boleh Yang Berhormat Menteri?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Nanti dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk. Masa sudah tamat.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Kenapa nak kaji lagi? Kaji apa benda?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Yang Berhormat Menteri, bersetuju untuk pertanyaan saya.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Saya tak kata kaji. Kita sudah submit dah tapi kerana court case ini kita tak boleh teruskan.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Habis macam mana? Tak akan kerana court case jadi macam ini? Eh, tak boleh macam ini. Jangan gelak, jangan gelak.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, sila habiskan.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Yang Berhormat Menteri yang terakhir. Okey, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Sebenarnya bagi saya ialah penjawat awam dan anggota tentera ini tak sama, sebab tugas anggota tentera kita ini kena stand by 24 jam. Kalau boleh jangan kita rangkum sebab kalau di bawah JPA, susah. Mereka harap beri pembelaan.
Cuma saya nak cerita sedikit Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak perlu cerita lagi.
Tak ada masa.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Isu perintah mahkamah, ada satu kumpulan yang harap Yang Berhormat Menteri cuba check, cuba tengok fail iaitu kumpulan yang menggelar mereka The Last Mohican.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Jadi The Last Mohican ini Yang Berhormat Menteri, isunya isu sama juga. Isu penyelarasan gaji mereka tetapi apabila ketika itu mereka bawa ke mahkamah tetapi pentadbiran MinDef ketika waktu itu mohon mereka jangan bawa ke mahkamah sebab takut memalukan kerajaan. Jadi mereka pun tak bawa ke mahkamah.
Akhir sekali bila selepas satu Menteri, bertukar satu Menteri, satu Menteri dan mereka tengok tak ada penyelesaian. Akhirnya mereka bawa ke mahkamah. Bila bawa ke mahkamah, ditolak. Kenapa ditolak? Disebabkan time-based. Dah lama sangat. Jadi sebab itu kadang-kadang saya berharap Yang Berhormat Menteri cuba tengok fail The Last Mohican. Ini betul-betul. Mereka ada merit permohonan mereka tetapi disebabkan atas tanda hormat kepada Menteri dan Kementerian Pertahanan, mereka diminta jangan bawa ke mahkamah. Tapi bila bawa ke mahkamah...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup, cukup.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Itu sahaja, terima kasih.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Dato’ Yang di-Pertua, saya tak dapat nak bagi komen sekarang ini sebab not within my radar. Saya akan pastikan ia dilihat dan saya juga ingin tahu what do you mean by The Last Mohican. I thought the Mohican has been wiped out already from their homeland, you know. Jadi insya-Allah, bergurau Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih banyak-banyak dan juga rakan-rakan Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2024 tempoh hari berkenaan dengan Kementerian Pertahanan. Inilah kali pertama Kementerian Pertahanan banyak bahaskan, 18 orang. Selalu itu tak ramai. Jadi terima kasih banyak-banyak.
Saya harap jawapan lisan saya tadi boleh memadai. Memang tak puas hati, memadai. Mana yang tak sempat saya jawab, ada 11 isu utama saya dapat cakap tiga sahaja. Yang lagi lapan Dato’ Yang di-Pertua, saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang jam telah menunjukkan pukul 1.09 tengah hari, saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.09 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri dah sedia? You are ready?
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat- Yang Berhormat, saya boleh teruskan tapi kalau ada yang membangkitkan isu kuorum, saya terpaksa berhentikan ya. Is a clear in the peraturan.
Saya mempersilakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya untuk perbahasan ini, menjawab soalan-soalan. Silakan, Menteri.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) semasa sesi perbahasan Rang Undang- undang Perbekalan 2024 peringkat dasar di Dewan Rakyat ini dari 16 hingga 26 Oktober 2023 yang lalu.
Pada hari ini, saya akan memberi maklum balas terhadap pertanyaan-pertanyaan yang telah menyentuh isu MOTAC oleh 35 Ahli Yang Berhormat dari Larut, Beluran, Kubang Kerian, Tumpat, Semporna, Besut, Kota Marudu, Rompin, Parit, Padang Besar, Puncak Borneo, Tenom, Sungai Besar, Putrajaya, Pekan, Kudat, Ampang, Jelutong, Hulu Langat, Hulu Terengganu, Jeli, Merbok, Kuala Kangsar, Bukit Bendera, Parit Buntar, Kapar, Balik Pulau, Mersing, Masjid Tanah, Jerai, Setiu, Sandakan, Bukit Bintang, Kepala Batas, Pasir Puteh, Langkawi.
Saya mewakili MOTAC ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan kerana mempersiapkan kementerian ini dengan bajet sebanyak RM1.08 bilion untuk terus melaksanakan tugas dalam memastikan industri pelancongan, seni dan budaya terus berkembang dan menyumbang kepada ekonomi negara.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM350 juta telah diperuntukkan bagi merancakkan aktiviti promosi pelancongan dan kebudayaan termasuk penganjur Kempen Melawat Malaysia 2026. Walau bagaimanapun, agihan terperinci yang dimuktamadkan hanya akan diketahui selepas kelulusan Dewan ini. Sekiranya terdapat diperlu untuk bertambah peruntukan, MOTAC akan ambil inisiatif dan memohon kepada Kementerian Kewangan untuk bertambah.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai persediaan awal Kempen Melawat Malaysia atau VM 2026, MOTAC akan menubuhkan Sekretariat VM 2026 pada tahun ini bertujuan khusus untuk merancang, melaksana, memantau dan menyelaras segala urusan pelancongan, strategi-strategi dan program-program yang berkaitan kempen tersebut.
Bagi tujuan ini, kerjasama strategik dan melibatkan kerajaan-kerajaan negeri, pelbagai kementerian, agensi dan penggiat industri adalah sangat penting demi memastikan program dan aktiviti yang dirancang bermula 2024 hingga 2026 memberi impak yang optimum kepada industri pelancongan negara.
Berhubungan usul berkenaan usaha dan inisiatif MOTAC dalam menyegarkan tagline ‘Malaysia True Asia’, ianya telah diperkenalkan kepada pasaran antarabangsa sejak tahun 1999. Tagline ‘Malaysia True Asia’ ini akan terus dipromosikan sehabis baik dalam setiap kempen pengiklanan sepenuh VM 2026.
Pelancongan dan hospitaliti mesra Muslim adalah antara sektor penting yang boleh dimanfaatkan oleh pelbagai lapisan rakyat Malaysia berbilangan kaum dan agama.
Bagi pemerkasaan pelancongan mesra Muslim, saya telah memberi tanggungjawab ini kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri MOTAC. Saya berharap mana-mana kerajaan negeri yang berhasrat untuk mengambil peluang perkenalkan destinasi pelancongan mesra Muslim di negeri masing-masing bolehlah datang berbincang dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri MOTAC ataupun mana-mana Ahli Parlimen atau agensi yang bertanggungjawab iaitu Islamic Tourism Centre. Antara inisiatif yang dilaksanakan dalam menyokong pembangunan Malaysia sebagai destinasi mesra Muslim adalah program Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition, pelancaran bajet pelancongan mesra Muslim untuk menarik pasaran Asia, Timur Tengah dan Eropah serta penganjuran kursus pemantapan keupayaan penggiat industri di dalam sentimen ini.
Dalam usaha melestarikan industri pelancongan, MOTAC menerusi Pelan Eko Pelancongan Kebangsaan 2.0 telah menggariskan strategi-strategi dan pelan tindakan sebagai panduan kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk membangunkan produk-produk ekopelancongan di negeri masing-masing secara holistik yang turut merangkumi
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing
pelancongan berasaskan komuniti (community-based tourism) yang memberi manfaat kepada kesejahteraan komuniti setempat menerusi penjanaan ekonomi.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing
Pembangunan sektor agropelancongan ini adalah seiring dengan TPN 2020-2030 yang memberikan tumpuan kepada pelancongan lestari bagi memastikan kelestarian alam semula jadi secara berterusan.
Tuan Yang di-Pertua, MOTAC mengambil maklum semua cadangan yang diusulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mempromosi dan membangunkan destinasi pelancongan, termasuk menaik taraf prasarana dan infrastruktur di kawasan Parlimen masing-masing.
Walau bagaimanapun, sepertimana yang saya telah nyatakan berulang kali, dimohon supaya Ahli-ahli Yang Berhormat dapat berbincang terlebih dahulu dengan kerajaan negeri masing-masing untuk memastikan destinasi pelancongan yang dicadang adalah disokong dan disering dengan keutamaan kerajaan negeri. Seterusnya MOTAC akan bekerjasama rapat dengan semua kerajaan negeri bagi meneliti perkara tersebut.
Untuk makluman sebelum ini, saya telah membangkitkan cadangan menubuhkan Bank Pembangunan bagi membantu menyelesaikan isu kesukaran penggiat industri untuk mendapatkan pembiayaan daripada industri kewangan yang mengangkat industri ini sebagai perniagaan berisiko tinggi.
Saya akui banyak tempat pelancongan di dalam negara, kita yang tidak selenggara dengan baik dan memerlukan peruntukan yang besar dan segera untuk menaik taraf infrastruktur dan pembangunan destinasi pelancongan. Justeru itu, kebergantungan kepada peruntukan kerajaan semata-mata akan mengambil masa yang lama dan panjang untuk dilaksanakan dan bukanlah solusi jangka panjang yang berkesan.
MOTAC melalui Tourism Malaysia sentiasa bekerjasama dengan charter agent syarikat penerbangan tempatan dan asing dalam usaha meningkatkan penerbangan terus ke Malaysia serta destinasi pelancongan tempatan.
Selain itu MOTAC akan membincangkan isu-isu kemudahsampaian ke Malaysia bersama syarikat-syarikat penerbangan yang dijadualkan pada 6 November 2023.
MOTAC juga terus bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri dan agensi berkaitan dalam usaha untuk menaik taraf lapangan terbang, isu keselamatan dan fasiliti bagi kemudahan pengguna, termasuk kemudahsampaian isu connectivity.
Berkenaan usul berkaitan, kualiti penyampaian...
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
[Bangun]
Dato Sri Tiong King Sing
Perkhidmatan salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh MOTAC adalah melalui program Malaysia Tourism Quality Assurance yang bertujuan membantu meningkatkan kualiti dan standard produk pelancongan, di samping memastikan pelancong menikmati pengalaman pelancongan yang berkualiti. Manakala usaha memperkasa digitalisasi dalam...
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Yang Berhormat Menteri.
Dato Sri Tiong King Sing
...Industri pelancongan pula, MOTAC dalam pelancongan untuk mengaplikasikan teknologi mahupun positioning data yang diperakui oleh Pertubuhan Pelancongan Antarabangsa (UNWTO) dan United Nations Strategy Division sebagai salah satu kaedah yang boleh digunakan rencana strategi pelancongan.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Langkawi Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat.
Tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat, menyebut tentang penerbangan hasil daripada perbincangan-perbincangan Yang Berhormat. Soalan saya Yang Berhormat, agak bilakah hasil daripada perbincangan dengan penerbangan dan juga Tourism China?
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Bila agak-agaknya kapal terbang daripada China ataupun kawasan-kawasan lain yang akan mendarat di Malaysia, khususnya di Pulau Langkawi? Terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Baik, saya- berkenaan dengan perkara yang sama Yang Berhormat, boleh saya mencelah? Saya ada bangkitkan mengenai jumlah kapasiti tempat duduk yang daripada the world to the Malaysia yang telah pun mencapai tahap pre-COVID level ataupun 2019. Makna kata, sudah lebih daripada jumlah seat yang ke Malaysia ini, namun saya bangkitkan jumlah pelancong yang datang, tidak sama macam pre-COVID level. Maksudnya daripada Januari sehingga Jun, kita cuma ada sembilan juta. Kalau hingga hujung tahun, mungkin kalau di multiply by two, cuma 18 juta.
Cuma saya hendak bangkitkan, adakah– apakah perkara yang menghalang pelancong untuk datang, walaupun jumlah number of penerbangan, airlines dan sebagainya bertambah daripada jumlah yang sama pada 2019?
Dato Sri Tiong King Sing
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Mengenai isu flight, bila kita boleh dapat hasil itu semua memang dalam lepas COVID banyak airlines contoh AirAsia, sekarang Batik Airlines dan juga termasuklah MAS. Sekarang ini airlines semua mahu air worried, dia mesti mahu ada satu pengudaraan. Jadi, sekarang kita banyak kali berbincang dengan mengenai isu reconnectivity, itulah saya 6 hari bulan kita berbincang sekali lagi bila dia orang boleh menambah kapal terbang, termasuk kita ada berbincang sama airline-airline di luar daripada negara lain.
Kita akan jadi satu solusi, kita pun 6 hari bulan pun ada minta Kementerian Pengangkutan datang sekali berbincang sama Airod itu semua. Saya harap dalam masa itu, kita sudah ada keputusan, kita akan umum dalam surat khabar atau berita. Kalau boleh, memanglah kita akan bantu mana-mana negeri. Terima kasih yang Balik Pulau.
Sudah kita jawab banyak kali sudah. Kalau you mahu ini strategi, saya sekarang tiada anggaran, tiada dalam saya punya tangan. Saya minta saya punya kementerian akan jawab bertulis kepada kita okey.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, MOTAC juga melalui Tourism Malaysia sentiasa melaksana dan memantau aktiviti pemasaran dan digital menerusi platform sosial media dan Online Travel Agent (OTA) seperti Facebook, Instagram, TikTok, Traveloka, Klook.Com, Expedia, Xiaohongshu dengan izin, dan lain-lain yang berminat untuk membantu mempromosikan pelancongan dan kepentingan Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, MOTAC mengakui terdapat peluang untuk menambah baik pelaksanaan penyaluran geran pengambilan sedia ada dan memandang serius aduan yang diterima. Sehubungan itu, garis panduan pengambilan 2024 akan ditambah baik dengan mengambil kira maklum balas daripada penggiat-penggiat industri pelancongan.
Untuk makluman, MOTAC sentiasa menyokong penggiat industri pelancongan dan kebudayaan menerusi pelbagai insentif dan bantuan.
Para penggiat industri boleh memohon Geran Sokongan Sektor Pelancongan
(GSSP) dan Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) menerusi permohonan secara dalam talian atau grup ataupun melalui surat permohonan kepada MOTAC. MOTAC juga akan melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan program acara mencapai objektif yang didaftarkan.
Dato Sri Tiong King Sing
Berhubungan usul insentif pengecualian cukai, MOTAC memang menyokong dengan supaya kerajaan melanjut insentif pengecualian cukai kepada syarikat pengendalian pelancongan yang membawa masuk pelancong asing ke dalam negara.
Walau bagaimanapun, perkara ini adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Kementerian Kewangan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, penganjuran Tahun Melawat Negeri adalah tertakluk kepada perancangan negeri masing-masing.
MOTAC melalui Pejabat MOTAC Negeri dan Tourism Malaysia akan sedia membantu mana-mana kerajaan negeri berminat dalam Tahun Melawat Negeri.
Dato Sri Tiong King Sing
Berkenaan usul berkaitan peruntukan yang disediakan bagi Jabatan Warisan Negara bagi tahun 2024, MOTAC masih menunggu perincian daripada Kementerian Kewangan berkaitan RM80 juta yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi pemeliharaan dan pemuliharaan pembangunan dan tapak warisan yang berpotensi diiktiraf oleh UNESCO.
MOTAC mengalu-alukan dan sedia berbincang dengan pihak kerajaan negeri berkaitan cadangan baru pembangunan dan promosi agropelancongan supaya selari dengan hala tuju kerajaan negeri. Sebarang cadangan baru juga boleh dikemukakan kepada MOTAC melalui Jabatan Warisan Negara.
Untuk maklumat, MOTAC menerusi Kraftangan Malaysia akan memastikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana, khususnya batik dan songket Malaysia serta makanan tradisional sentiasa dipromosi di peringkat domestik dan antarabangsa. MOTAC akan merancakkan lagi usaha mempromosikan batik dan songket pada tahun 2024 menerusi penyertaan pameran antarabangsa seperti Hong Kong Gifts & Premium Fair, Intech Dubai, Intertextile Shanghai Apparel Fabrics dan London Kraf Tangan. Penyertaan dalam program seperti ini dapat memperluaskan pasaran dan perkembangan hubungan kerjasama perniagaan serta meningkatkan imej produk keluaran Malaysia.
MOTAC juga memberi sokongan penuh atas usaha Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang merupakan penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja dalam mempromosikan industri tenunan khasnya dan kraf Malaysia amnya semasa program London Craft Week.
Kraftangan Malaysia juga memberi penekanan kepada usaha membangunkan komuniti kampung dalam kemahiran, penghasilan kraf melalui projek pembangunan kemahiran komuniti. Komuniti kraf barulah dilatih dan aspek kemahiran kraf dan keusahawanan untuk melibatkan diri secara langsung dalam perusahaan kraf bagi menjana pendapatan. Projek ini menyasarkan, melibatkan daripada golongan belia, asnaf, OKU, kategori B40, suri rumah atau ibu tunggal, Orang Asli atau etnik Sabah dan Sarawak di satu-satu kawasan atau daerah.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pandangan, saranan dan cadangan dalam memajukan sektor pelancongan, seni dan budaya negara. Saya turut menyeru semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk kita bekerjasama dan juga membantu dalam perkembangan ekonomi dan sama-sama menarik pelancong untuk melawat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, ada soalan. Saya menerima baik saranan dan nasihat Yang Berhormat Menteri untuk semua Ahli-ahli Parlimen melakukan, melaksanakan tanggungjawab bersama untuk kita menarik pelancong ke negara ini. Kita tahu Timbalan Speaker bahawa pelancongan merupakan salah satu sumber utama kepada ekonomi, di mana rata-rata semua lapisan masyarakat akan menerima manfaat sekiranya ada lambakan pelawat-pelawat yang masuk ke negara kita. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah mengambil langkah-langkah dan memberi penjelasan-penjelasan tentang langkah-langkah yang diambil.
Mengenai nasihat dan saranan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan Ahli- ahli Parlimen untuk membantu, saya cuma ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri apakah tindakan-tindakan segelintir Ahli-ahli Parlimen mahupun kerajaan negeri ataupun kerajaan-kerajaan negeri yang melarang umpamanya pemakaian seluar pendek? Menjadi salah satu faktor yang boleh menyebabkan kurangnya kemasukan– perkara-perkara ini kerana ia diberi liputan luas dalam surat khabar, dalam media sosial. Adakah ini merupakan salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada kekurangan kemasukan pelawat-pelawat ke Malaysia di beberapa negeri yang tertentu?
Terima kasih Yang Berhormat. Kalau boleh, beri penjelasan.
Dato Sri Tiong King Sing
Terima kasih Yang Berhormat. Memanglah kita dalam negara, kita boleh kata berbilang kaum dan agama. Sebagai negara yang multi-racial, kita mestilah mana-mana negeri kita mesti mahu bagi satu SOP yang jelas dan terang kepada semua berbilang kaum dan agama. Juga, paling mustahak kasi sama pelancong, pelancong daripada luar negara. Inilah – saya pun mengambil peluang ini hendak bagi sedikit pandangan saya kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat.
Marilah kita bersama-sama, jangan hitam pun hitam. Putih, kita pun hitam juga.
Kita sebagai Ahli Parlimen, kita mestilah bekerja kuat untuk mencari peluang macam mana untuk mengembangkan ekonomi negara kita. Janganlah isu bukan-bukan ataupun contoh, adalah Yang Berhormat daripada Masjid Tanah, kata saya mabuk, saya minum. Saya bukan orang Islam. Saya minum, apa salah?
Saya pergi itu Pelangai sana, dia orang ajak sama saya Talong Festival. Saya minum, saya main-main sama budak macam orang gila sedikit, apa salahnya?
Kebudayaan Cina, tiada masalah. Janganlah cerita bukan-bukan. Kalau you are hebat, hendak beri perkhidmatan kepada rakyat, buat sedemikian boleh tapi jangan beri komen- komen lain bangsa. Kita jangan terjejas keharmonian dan perpaduan di negara kita. Kita mestilah sama-sama menghormati, baru boleh mencapai kita punya keharmonian.
Saya tahu Masjid Tanah mungkin dia hebat, dahulu pun dalam saya punya kementerian sebagai Timbalan Menteri. Saya rasa dia pun tahu apa situasi. Kalau saya orang Islam, saya tidak boleh buat apa sebab itu jangan buat. Kalau saya bukan Islam, saya boleh buat. Semua pun boleh tapi tidak kahwin ada empat kuota lah, kita satu kuota saja.
Jadi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekian.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sudah habis Menteri, sudah habis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar Yang Berhormat Jelutong. Sudah tamat ya? Hoi laju.
[Ketawa] Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri boleh jawab...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Dato’ Yang di-Pertua, masa ada lagi, Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Menteri. Ya, Yang Berhormat Langkawi?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kami hendak tanya soalan sedikit, Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Seri Tiong King Sing
Masa sudah habis nanti kita tanya luar.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Langkawi masa ini Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Cuma Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bagi saya bercakap dahulu. Yang Berhormat Menteri menjawab jika beliau telah habis dan waktunya sudah habis itu sahajalah.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Ini jemputan, Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Apa dia?
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Saya hendak menjemput khusus kepada Yang Berhormat Menteri Pelancongan ke Langkawi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya rasa itu luar daripada masanya.
Dato’ Seri Tiong King Sing
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Sebab Yang Berhormat Menteri tidak pi lagi Langkawi ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk.
Dato’ Seri Tiong King Sing
Tuan Yang di-Pertua, saya terima kasih Langkawi.
Saya minta ampun kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat fasal saya mahu balik kawasan ada hal. Sekarang saya mahu rush pergi airport. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Berikutnya, dipersilakan Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, 45 minit.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani pada semua. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada seramai 49 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan yang menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya semasa minggu perbahasan yang telah berlangsung selama lapan hari, bermula 16 Oktober lepas sehingga 26 Oktober 2023 ini.
Terima kasih juga atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat, mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan berhubung Kementerian Kerja Raya dan saya mengalu-alukan dan mengambil positif atas segala saranan dan pandangan yang diajukan oleh Ahli Yang Berhormat. Kementerian akan terus berusaha mengatasi segala kelemahan dan kekurangan sedia ada serta menambah baik kualiti serta perkhidmatan KKR selaras dengan aspirasi dan hasrat kerajaan.
Kementerian akan bergerak seiring dengan rukun Madani yang dibangunkan yang merupakan teras kerangka dasar yang saling berkaitan dan bersepadu yang akan terus dijadikan asas bagi pembentukan persekitaran yang mampan melalui kaedah- kaedah inovatif, kreatif dan berdaya saing demi kesejahteraan bangsa dan negara.
Melalui reformasi substantif sektor pembinaan negara, kementerian akan terus menggembleng usaha dan tenaga membangun masyarakat sejahtera melalui inisiatif- inisiatif yang dapat mengutamakan serta meningkatkan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya dengan menaik taraf infrastruktur dan aset sedia ada.
Saya turut ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia yang atas pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia Madani. KKR amat menghargai segala perhatian dan pertimbangan sewajarnya yang diberikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dalam mendukung Wawasan Ekonomi Madani untuk membina semula negara yang gemilang, terangkum dan mampan serta meningkatkan kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana meluluskan inisiatif yang dicadangkan oleh KKR, Kementerian Kerja Raya dan KKR turut berharap agar semua Ahli Yang Berhormat sepakat dalam memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi dalam meluluskan belanjawan ini agar manfaat rakyat dari segi
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
keselesaan dan keselamatan terutama pengguna jalan raya akan terus dapat dipelihara melalui pembangunan infrastruktur yang sempurna.
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon izin untuk mulakan penggulungan saya hari ini berhubung isu-isu utama dan dasar dan saya akan cuba sehabis baik untuk menjawab semua isu yang diutarakan oleh Yang Berhormat berdasarkan keterbatasan masa yang ada. Saya akan turut menyentuh isu-isu berkaitan projek pembangunan yang spesifik yang melibatkan peringkat kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat sekiranya masa mengizinkan dan sekiranya tidak sempat dijawab di dalam Dewan yang mulia ini, saya akan memberikan jawapan secara bertulis.
Justeru, saya turut memohon pertimbangan Ahli Yang Berhormat supaya dapat memberikan saya ruang secukupnya untuk selesaikan jawapan saya terlebih dahulu sebelum membuka kepada sebarang pencelahan supaya saya dapat memperjelaskan isu-isu berkenaan dengan sebaik mungkin. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, pembangunan infrastruktur yang mampan bukan sahaja menyumbang ke arah kecekapan penggunaan sumber, pengurusan kewangan yang lebih efisien malah mewujudkan ekosistem dan persekitaran kehidupan yang lebih sempurna.
Justeru itu, proses perwujudan infrastruktur yang progresif harus melalui kitaran yang lengkap, bermula dari merancang sehinggalah ke tahap kemampuan untuk mengendalikan infrastruktur tersebut dengan berkesan.
Kita akui kelemahan dan kekurangan itu sentiasa ada, namun cabaran ini seharusnya menjadi pemangkin dan Kementerian Kerja Raya akan terus bersedia dan sentiasa komited untuk melaksanakan penambahbaikan berterusan dan konsisten yang dapat menyumbang ke arah peningkatan kualiti pembinaan yang akhirnya menjuruskan kepada peningkatan tahap kehidupan masyarakat yang lebih baik di masa hadapan.
Pengadaptasian teknologi dan inovasi terkini dalam gerak kerja terutama dalam sektor pembinaan juga perlu sentiasa diteliti dan dikemas kini kerana cabaran persekitaran yang dihadapi kita semua hari ini sangat berbeza berbanding sesuatu ketika dahulu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya Malaysia akan terus merancakkan digitalisasi sektor pembinaan bagi mempercepat kegunaan teknologi melalui Dasar Pembinaan Negara 2030 yang menjadi tunggak bagi mengadaptasi teknologi terkini bagi mengadaptasi arus perubahan serta trend masa hadapan.
Dasar ini menjadi rujukan bagi mempercepatkan adaptasi teknologi sektor pembinaan bertujuan untuk membantu Malaysia mencapai pertumbuhan yang mampan demi manfaat masyarakat terbilang. Antaranya KKR akan terus menggiatkan adaptasi teknologi permodelan maklumat bangunan atau building information modelling (BIM) yang kita panggil BIM sebagai pemangkin bagi merancakkan kepesatan sektor pembinaan di Malaysia.
Banyak manfaat dan kesan positif jangka panjang akan terhasil dari penggunaan teknologi ini di dalam kitaran hayat industri pembinaan dan ia bukan sahaja dapat dilihat dari pengurangan pembaziran, malah menyumbangkan kepada pengoptimuman dan kecekapan amalan pembinaan yang lebih produktif dan efektif. Inisiatif ini turut bakal mewujudkan peluang-peluang baharu dan nilai tambah dalam industri pembinaan serta komponen IBS, malah membantu meningkatkan peluang tenaga kerja di negara ini serta mengurangkan kebergantungan kepada guna tenaga asing melalui pengukuhan kompetensi dan adaptasi teknologi.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini BIM telah dilaksanakan dalam 300 projek sejak tahun 2010 di dalam Pelan Strategik JKR 2021 – 2025. JKR turut menyasarkan 50 peratus daripada projek bernilai RM10 juta ke atas untuk dilaksanakan melalui kaedah BIM ini dengan peningkatan 10 peratus setiap tahun berikutnya.
Kementerian turut mencadangkan pelaksanaan Sistem Bangunan Berindustri ataupun industrial building system (IBS) dan BIM untuk diperluaskan secara maksimum dan diwajibkan bagi projek perumahan awam dan swasta yang melibatkan projek perbandaran baharu atau new township project.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Anugerah BIM JKR turut memberi pengiktirafan bakat dan sumbangan kepada semua pihak, terutama kepada pemain industri yang bergiat secara aktif dalam pelaksanaan projek BIM di JKR dan bagi tahun ini, lebih daripada 100 penyertaan telah diterima bagi pelbagai peringkat kategori anugerah yang dipertandingkan dan ini jelas menunjukkan terdapatnya peningkatan semangat dan dedikasi di dalam menggerakkan pelaksanaan inovasi BIM ini di dalam sektor pembinaan.
Saya turut ingin mengambil kesempatan ini untuk menghargai peranan serta sumbangan warga kerja KKR (Kementerian Kerja Raya) dan warga kerja agensi di bawahnya, JKR, CIDB dan juga LLM yang sentiasa terus berusaha untuk melakukan inovasi dan mampu menghasilkan kejayaan-kejayaan berimpak tinggi yang diiktiraf di peringkat kebangsaan mahupun di antarabangsa.
Antara produk inovasi yang menjadi kebanggaan kementerian dan negara Malaysia ialah i-SUPERVISION JKR yang memenangi anugerah di peringkat antarabangsa dan saya difahamkan bahawa sistem ini telah diguna pakai di empat projek hospital dengan keberhasilan pengawasan secara IOT (Internet of Things) yang lebih cekap tanpa kaedah manual.
Terdapat juga beberapa produk inovasi yang telah dihasilkan oleh KKR bukan sekadar untuk dipertandingkan, malah digunakan dan mendatangkan impak besar kepada KKR. Antaranya ialah trunk and groove shape concrete drain oleh JKR dan inovasi kepada KKR, pemasangan longkang lebih berkualiti dan efektif yang diguna pakai di 35 projek JKR, terutama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Kementerian Kerja Raya telah merangka inisiatif smart traffic lights bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, menambah baik aspek pengurusan bagi penyelenggaraan sistem lampu isyarat dan dalam masa yang sama menjadi nilai tambah kepada keselamatan pengguna jalan raya. Pemasangan smart traffic lights yang dilengkapi dengan kamera pintar ataupun juga dengan artificial intelligence akan dilaksanakan di persimpangan-persimpangan yang terpilih di seluruh negara, terutamanya di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.
Kementerian Kerja Raya komited untuk merealisasikan aspirasi kerajaan dalam Pelan Tindakan Utama Rancangan Malaysia Kedua Belas. Pelan Induk Teknologi Hijau dan Rangka Tindakan Mobiliti Rendah Karbon (Low Carbon Mobility Blueprint) 2021-2030 bagi menyokong sepenuhnya agenda melestarikan negara ini demi kesejahteraan rakyat dan bagi mencapai aspirasi ini, di antara fokus utama Kementerian Kerja Raya adalah untuk menyokong peningkatan penggunaan kenderaan elektrik dalam negara dengan membangunkan infrastruktur pengecas pantas kenderaan elektrik yang dipanggil DC/FC, terutamanya di rangkaian lebuh raya utama negara.
Pada ketika ini, terdapat 22 lokasi pengecas pantas kenderaan elektrik yang telah beroperasi di lebuh raya kendalian PLUS Berhad, di samping 18 lokasi lain yang sedang dalam pembinaan. Selain itu, projek rintis stesen pengecas pantas kenderaan elektrik (EV) jenis modular mudah alih dengan sistem simpanan kuasa bateri sedang dibangunkan di empat buah lokasi di Lebuhraya PLUS, di mana prestasi sistem pengecasan ini akan dinilai sebelum diperluaskan penggunaannya. Pihak KKR bersama LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia) dan syarikat konsesi lebuh raya sentiasa komited menyokong kerajaan untuk berkembang ke arah sebuah negara rendah karbon dengan penambah baik alih banyak stesen pengecas pantas EV di sepanjang lebuh raya pada masa hadapan.
Keutamaan kementerian untuk dalam meningkatkan kesejahteraan dan keselamatan rakyat seterusnya ataupun diteruskan dengan inisiatif di bawah Program Bitara Madani. Melalui penambahbaikan dan penambahan tempat berteduh penunggang motosikal di lebuh raya bertol di Malaysia. Fokus utama program ini adalah untuk memastikan infrastruktur yang dibina sepanjang lebuh raya memberikan keselesaan dan keselamatan kepada semua kategori pengguna lebuh raya, terutama kepada penunggang motosikal di lebuh raya yang merupakan pengguna yang paling vulnerable terhadap risiko keselamatan.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Dengan mengambil kira keselamatan dan keperluan penunggang motosikal berteduh semasa cuaca buruk, Kementerian Kerja Raya dengan kerjasama syarikat konsesi lebuh raya telah merancang untuk membina dan menambah baik keseluruhan 115 buah motorcycle shelters, tempat teduhan dengan 40 daripadanya akan disiapkan pada tahun 2023 dan baki 79 buah lagi pada tahun 2024.
Sejak dilancarkan pada 4 Ogos 2023, sebanyak 29 buah motorcycle shelters baharu telah siap dibina untuk kegunaan penunggang motosikal di lebuh raya dan program ini kita berharap akan kita adakan di sepanjang jalan persekutuan, termasuk lebuh raya.
Tuan Yang di-Pertua, pada sesi penggulungan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas pada 18 September 2023 yang lalu, saya turut menyentuh sedikit berhubung inisiatif MYJalan yang dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya dan inisiatif diperkenalkan pada 1 Ogos 2023 dan dilancarkan secara rasmi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Seri Anwar bin Ibrahim pada 24 Ogos 2023, dibangunkan berteraskan prinsip, “no wrong door policy” dan juga “action speaks louder than words” bagi mewujudkan kesedaran kepada pengguna jalan raya untuk menjalankan peranan kita secara akauntabiliti bahawa jalan raya adalah tanggungjawab kita bersama.
Selaras dengan prinsip keterangkuman dan selari dengan konsep MADANI, KKR akan berbincang serta menyalurkan semua aduan yang diterima supaya dapat diselesaikan dengan baik sebaik mungkin. Jadi, aduan-aduan ini bukan sahaja membabitkan jalan di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya melalui JKR Malaysia dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), malah turut melibatkan jalan negeri dan jalan pihak berkuasa tempatan masing-masing di bawah bidang kuasa kerajaan negeri serta PBT yang terlibat.
Ini jelas menunjukkan bahawa bidang tugas untuk memberikan keselesaan dan keselamatan kepada pengguna jalan raya tidak hanya tertakluk kepada di bawah fungsi Kementerian Kerja Raya semata-mata tetapi turut melibatkan peranan rentas kementerian yang melibatkan pelbagai agensi yang berkaitan, termasuk kerajaan negeri.
Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, telah diletak di meja Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian telah melaksanakan ini, Kempen MYJalan ini.
[Menunjukkan helaian kertas] Saya berharap kesemuanya kita bersama, come on board, please. Kerana semua kita hendak ada keselesaan dan keselamatan jalan raya sebab di sini juga ada barkod di belakang. Sila muat turunlah supaya kita dapat sistem dan kaedah-kaedah. Terima kasih kepada semua yang semua ada ini. Kawan-kawan di sebelah sana juga ya.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kerja Raya telah menerima sebanyak 3,750 aduan berkaitan masalah jalan raya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
...termasuk jalan berlubang, kerosakan papan tanda serta perabot jalan dan sebagainya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Melalui aplikasi MYJalan sejak 1 Ogos hingga 30 Oktober, baru berapa bulan sahaja. Daripada jumlah keseluruhan aduan itu, hanya 26.77 peratus sahaja atau 1,004 aduan membabitkan jalan kendalian agensi Kementerian Kerja Raya (KKR) ataupun JKR Malaysia, manakala selebihnya iaitu 73.23 peratus iaitu bersamaan dengan 2,746 aduan melibatkan jalan negeri dan jalan PBT.
Jadi, saya hendak ini jelas diketahui semua sebab apabila ada kerosakan, selalunya rakyat, termasuk kita Ahli-ahli Yang Berhormat yang sepatutnya mengetahui bidang kuasa, selalunya mengatakan, “Ah, ini KKR” tetapi itulah kebaikan kegunaan Kempen MYJalan ini.
Bukan sekadar untuk kita mendapat aduan tetapi kami akan gunakan ini nanti sebagai sistem mendapatkan data-data, databank. Sebab itu baru kita dapat menganalisakannya. Okey, di manakah yang selebihnya, yang besar nisbahnya, di mana dan tanggungjawab siapa supaya mungkin dengan itu, kerajaan boleh mengagihkan
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
peruntukan yang semua kita tahu untuk menyelenggarakan jalan negeri, sistem MARRIS.
Mungkin di situ nanti kerajaan negeri boleh gunakan data ini, mohon lebih banyak lagi peruntukan daripada Kementerian Kewangan untuk MARRIS. Jadi untuk kami di KKR, hanya 26 peratus.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Jadi sebab itulah kita diberi apa peruntukan dalam satu bajet setiap tahun hanya sekadar itu sahaja. Ini penting untuk diketahui semua sebab jangan kita nanti kalau ada jalan lubang, ini Alex punya kuasa. Bukan ya, bukan semua daripada saya. Saya mohon semua mengetahui ini. Kita bagi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Menteri di atas kempen MyJalan yang telah dimulakan dan saya juga lihat usaha murni Menteri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk meningkatkan lagi keselamatan di atas lebuh raya di jalan raya.
Cuma saya ingin mencadangkan supaya Yang Berhormat Menteri juga dapat melihat kepada memberi kemudahan kepada Jabatan Bomba dan juga Kementerian Kesihatan di sepanjang lebuh raya untuk kalau boleh mewujudkan tempat-tempat operasi memberi bantuan keselamatan.
Sekarang kalau kita lihat umpamanya, kalau berlaku sebuah kemalangan di Bidor, ada kebakaran sebuah bas atau kenderaan dan sebagainya, kita terpaksa menggesakan, meminta bantuan kecemasan daripada Jabatan Bomba dan wad kecemasan, mungkin dari hospital dan Jabatan Bomba daripada negeri-negeri yang terpaksa masuk ke dalam lebuh raya dan juga mengharungi kesesakan lalu lintas.
Cuma saya ingin mencadangkan kepada kementerian, kalau boleh kita mewujudkan lokasi-lokasi di mana - terutamanya lokasi-lokasi di mana selalu berlakunya kemalangan-kemalangan. Kalau boleh, pihak Jabatan Bomba dan Kementerian Kesihatan mewujudkan tempat-tempat untuk kenderaan-kenderaan bersiap siaga untuk memberi bantuan apabila berlakunya kecemasan dan kemalangan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ya, terima kasih. Untuk respons secara ringkas, itu cadangan-cadangan yang baik daripada Yang Berhormat Jelutong tadi. Saya berharap di mana-mana agensi yang disebut tadi, bomba dan sebagainya, tanggungjawab mereka ambillah dengan serius perhatian. Saya beri jaminan kepada Yang Berhormat, kami akan buat libat urus bersama agensi-agensi dan kementerian-kementerian yang lain dalam perkara bukan perkara ini sahaja, juga perkara-perkara yang lain. Sebab dalam pengalaman, memang kadangkala kita susah hendak tahu siapa yang sebenarnya bertanggungjawab.
Saya bagi satu contoh, ada berlaku beberapa bulan lepas, satu pokok tumbang dan melibatkan kehilangan nyawa. Jadi, bila kita nak tahu, kaji siapa yang sebenarnya bertanggungjawab. Adakah itu dalam ROW, right of way lebuh raya ataupun PBT yang mungkin menanam pokok itu, siapa yang- Jadi, ini adalah sedikit sebanyak yang satu kami dapati bahawa ini perlu kita perhalusi kaedah-kaedah SOP. Jadi, ini termasuk lagi cadangan drpd Yang Berhormat. Saya ambil kira.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Menteri, sedikit.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tapi panjang lagi itu.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Sedikit. Sambungan lebih kurang. Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Menteri. Ini persoalan saya ialah berkenaan selalu apabila berlaku kemalangan ataupun kereta rosak lepas daripada terowong, daripada Jelapang ke Kuala Kangsar menyebabkan berlakunya kadang-kadang sampai dua jam kereta terberhenti situ. Boleh tak mencadangkan supaya diadakan kontra trafik supaya dapat kereta hat yang sebelah sana masuk ke sebelah sini. Maknanya tindakan rescue itu disegerakan oleh pihak lebuh raya. Terima kasih.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Okey Tuan Yang di-Pertua, responsnya oleh kerana ini adalah cadangan, kami ambil perhatian cadangan ini dan kita lihat bagaimana
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
kita boleh - kalau saya berharap kita boleh buat sesuatu untuk mengatasi masalah yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Kalau ada apa, nanti kami rujuk kepada Yang Berhormat juga.
Okey, boleh saya teruskan Tuan Yang di-Pertua? Ya, saya ingin teruskan. Saya teruskan. Tuan Yang di-Pertua, bagi 1,004 aduan membabitkan aduan seliaan agensi KKR, pecahan adalah seperti berikut. Saya bagi sedikitlah untuk makluman ini. Ya dalam kita punya maklumat ini, masalah perkara garis panduan, kita hanya dapat 6.4 peratus masalah itu sahaja.
Jadi, tindakan sudah diambil. Halangan hanya 5.4 peratus, jalan berlubang 30.18 peratus, jalan rosak 19.12 peratus, kemudahan awam, kerosakan ada 2.29 peratus, lampu isyarat 10.9 peratus, lampu jalan 20.6 peratus, papan tanda 2.39 peratus, perabot jalan 1.89 peratus dan tanah runtuh 0.6 peratus.
Jadi, saya sebut semua ini supaya saya nak memberitahu kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, kita begitu terperinci dalam kaedah program MyJalan ini. Sebab itu saya sangat-sangat merayu kepada semua supaya kita bersama. So that we built up this data bank. Nanti adalah, boleh diguna kita dengan sebaiknya dalam hal-hal untuk kita menganalisakan mengapa, bagaimana, apakah kaedah terbaik untuk kita menangani masalah itu dan juga untuk kami di KKR memohon kepada Menteri Kewangan di tahun- tahun akan datang, peruntukan yang lebih bertambah.
Sebab itu saya kata tadi, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, sebab dengan data-data yang terdahulu pun kami telah dapat meyakinkan Kementerian Kewangan supaya KKR tahun ini diberi lebih peruntukan. Sebab itu kita dapat RM1 juta, eh RM1 juta untuk penyenggaraan RM949,000,000 hampir RM1 bilion untuk kegunaan ini. Ini boleh dikatakan kesannya. Jadi kita berharap tahun depan mungkin nanti kita akan, saya berharap dapat kemudahan ataupun belanja yang lebih besar sebab gap yang terlalu besar. Keperluan kita besar, peruntukan kita hanya sedikit. Jadi, bila kita ada data-data sebegini, kita boleh dapat merayu kepada Kementerian Kewangan.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saluran aduan ini turut memainkan peranan pentinglah bagi sistem pemantauan kepada kerja-kerja pembaikan dan juga dijalankan berdasarkan data-data aduan yang telah diterima ini. Jadi, saya sekali lagilah menyebut dan menggalakkan semua Ahli Yang Berhormat untuk turut serta merancakkan pembangunan aplikasi yang dibangunkan oleh KKR ini di samping menyebarluaskan peranan aplikasi ini kepada masyarakat di luar sana.
Saya turut berharap lebih ramai pengguna dapat memuat turun aplikasi MYJalan di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery dan bersama-samalah kita berusaha untuk membantu kementerian untuk menyalurkan masalah dan aduan berkaitan. Kita tidak takut akan mungkin lebih besar lagi tanggungjawab desakan kepada pegawai-pegawai dan warga kerja KKR atau JKR kerana banyak aduan kita terima. Tak apa, itu yang kita nak, yang kita nak itu maklumat tepat untuk membantu. Kita ada satu kaedah jangka panjang untuk kita menangani masalah kerosakan jalan.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Yang Berhormat Menteri ...
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua ...
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Menteri, Bukit Gantang sikit. Terima kasih di atas penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Aduan sebenarnya banyak kita buat. Setiap kali Parlimen kita akan sebut kawasan, jalan mana yang rosak tetapi kita tidak tahu kriteria yang diambil oleh kementerian, jalan yang bagaimana yang akan di-repair. Sebab ada yang lima tahun dah saya kemukakan tidak repair. Apakah hanya diambil kriteria fizikal ataupun diambil juga kriteria politik? Ini kawasan pembangkang, jangan repair dulu. Minta penjelasan.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua, fizikal sudah tentu kita ada SOP. Sebab itu, apa-apa, di mana-mana jalan yang diadukan kerosakan - sebab itu
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
saya selagi saya di sini saya beri jaminanlah kita akan buat apa sepatutnya kita buat secara fizikal. Yang politik itu tadi, saya tidak berkenaan dengan politik sangatlah Yang Berhormat. Setahu saya, dahulu tidak tahulah. Jadi, saya berharap going forward, I will not...
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Terima kasih. Saya harap kawasan saya dapat jalan cepat.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ya, boleh kawasan Yang Berhormat. Bagi saya, cuba tanyalah ada beberapa kawan yang tidak sehaluan dengan saya dalam politik boleh dikata begitu tetapi sehaluan dengan saya kerana rakyat, tidak mengapa. Saya telah bagi, tanya ada beberapa sudah dapat. Ada yang kata terima kasih brother, saya dah dapat. Jadi, sebab itu saya boleh gunakan peluang ini Tuan Yang di-Pertua. Sebaik sahaja kelulusan ini nanti, saya berharap tuan-tuan, Yang Berhormat lulus, kita ada dapat gunakan duit ini, tulis surat kepada saya. Saya pasti, sejauh mana saya boleh buat, saya akan buat. Tetapi kalau terlalu banyak...
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Terbaik Menteri JKR, terbaik. Sokong Menteri JKR.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Bolehlah. Okey, cubalah. Kalau tidak pun, sebahagian saya boleh bagilah sebab bukan duit saya itu, duit kerajaan, duit rakyat ya.
Tolong sayalah Yang Berhormat. Terima kasih.
[Tepuk] Thank you.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan penggulungan ini, saya ingin memaklumkan bahawa KKR di bawah Belanjawan Madani 2024, 'Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat' secara keseluruhan jumlah peruntukan yang bakal diterima oleh KKR bagi tahun 2024 adalah sebanyak RM9.511 bilion iaitu kenaikan sebanyak RM1.072 bilion. RM1 bilion berbanding dengan yang diterima pada tahun 2023 ini iaitu RM8.439 bilion sahaja diterima untuk tahun 2023. Jadi, peningkatan tahun depan dan RM490,000,000 juta untuk penyelenggaraan. Jadi, tidak mungkinlah tak dapat bagi kepada Yang Berhormat.
[Ketawa] Jadi, Tuan Yang di-Pertua, anggaran belanjawan mengurus pula B.27, ya yang bakal diterima peruntukan ialah sebanyak RM949 juta untuk tahun 2024 iaitu peningkatan sebanyak 9.72 peratus berbanding RM865.27 juta yang telah diterima bagi tahun 2023 ini.
Jadi, peningkatan untuk tahun depan.
Manakala, peruntukan belanja pembangunan P.27 pula bagi tahun 2024 nanti adalah sebanyak RM8.561 bilion iaitu pertambahan sebanyak 13.5 peratus daripada jumlah RM7.573 bilion yang telah diterima pada tahun 2023 ini.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah "Tumpuan 1
Tatakelola Terbaik Demi Ketangkasan Perkhidmatan - Ikhtiar 3: Mengutama Perkhidmatan & Projek Rakyat", Kementerian Kerja Raya komited dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, dalam bidang kuasa KKR. Setelah meneliti perbahasan Ahli- ahli Yang Berhormat, saya memahami aspirasi dan harapan yang dizahirkan di dalam Dewan yang mulia ini berkaitan pembangunan di kawasan Ahli Yang Berhormat masing- masing. Oleh itu, izinkan saya untuk memaklumkan semua semula di sini secara umum bidang kuasa Kementerian Kerja Raya hanya tertakluk kepada jalan persekutuan sahaja.
Itu lebuh raya dan jalan persekutuan. Ada juga di kawasan FELDA jalan persekutuan, ya.
Berbeza dengan jalan negeri dan jalan luar bandar.
Prosedur bagi permohonan projek membina jalan baharu atau menaik taraf jalan persekutuan sedia ada serta penyelenggaraan jalan adalah melalui kerajaan negeri berdasarkan senarai permohonan negeri yang dikemukakan kepada kementerian ini melalui penyelarasan antara bahagian ataupun Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Jabatan Kerja Raya, ya.
Jadi, senarai cadangan projek ini akan melalui proses tapisan di kementerian di mana ia akan dinilai dan diteliti berdasarkan kriteria penilaian terutamanya perancangan
Tuan Yang di-Pertua, di bawah "Tumpuan 1
dalaman kementerian seperti digariskan dalam Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya atau Highway Network Development Plan 2030 (HNDP 2030) lah.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Bagi semenanjung Malaysia dan Highway Nasional Network Development Plan 2025 bagi Sarawak dan Sabah. Bagi cadangan projek yang tiada dalam HNDP, masih boleh dipohon untuk diangkat bagi pertimbangan agensi pusat sekiranya projek berkenaan menjadi keutamaan kerajaan negeri dan disertakan dengan justifikasi permohonan projek yang kukuh. Ya, Yang Berhormat?
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Terima kasih, Menteri. Tuan Yang di-Pertua, di Parlimen Jerai ada tempat yang jalan-jalan yang jalan federal. Kemudian, berlaku kemalangan yang agak banyak meragut nyawa. Adakah permintaan daripada penduduk supaya diadakan lampu traffic light? Jadi, apakah kriteria yang boleh kita pasang lampu tersebut?
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat pernah juga bincang dengan saya di luar sana. Jadi, bolehlah Yang Berhormat seperti mana yang telah saya sebut tadi dengan ada kewangan peruntukkan yang sebesar ini.
Saya mohon Yang Berhormat tuliskan kepada saya dengan spesifik, dengan ada perinciannya supaya saya mengarahkan pegawai untuk pergi kaji. Saya berharap kalau itu sangat diperlukan memang kita akan bagi, ya. Jadi, traffic light sama juga, Yang Berhormat. Ada keperluan, mengapa tidak, ya? Sebab itu kita hendak jaga nyawalah.
Tapi...
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Okey, terima kasih.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ya?
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Terima kasih, terima kasih.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Oh, terima kasih. Sama lah. Tuan Yang di- Pertua, sehubungan itu yang saya telah sebut tadi tentang Highway Network Development Plan. Saya menyeru semua Ahli Yang Berhormat membawa cadangan projek yang ingin dipohon kepada pihak kerajaan negeri terlebih dahulu ya supaya projek berkenaan dapat dipertimbangkan dalam senarai keutamaan negeri yang dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya ini. Kalau projek yang besar itu langsung kepada saya, saya tidak boleh buat apa-apa sebab nanti kerajaan negeri kata, “Mengapa KKR ini lebih-lebih?” Sebab kita ada senarai keutamaan di peringkat negeri. Ya, Yang Berhormat?
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan, saya ingin sedikit lagi berhubung isu dasar dan yang dibahaskan. Saya ingin membawa perhatian Ahli Yang Berhormat keluar dari pemikiran dan tanggapan biasa yang kita bahawa tugas dan tanggungjawab KKR hanya setakat untuk selenggaraan jalan, menampal lubang, membina lampu jalan dan perbuat jalan mahupun baik pulih jalan rosak.
Malah, saya ingin mengubah persepsi itu dan ingin berkongsi di sini bahawa peranan yang dimainkan oleh Kementerian Kerja Raya merangkumi peranan yang lebih besar kepada pembangunan negara dengan menggalakkan penglibatan aktif semua pemain industri untuk bersama-sama meningkatkan taraf serta pendayaupayaan industri pembinaan ke tahap yang membanggakan di masa hadapan.
KKR akan terus berusaha untuk memainkan peranan yang lebih besar untuk menceburi bidang-bidang yang memberikan nilai tambah value-add kepada ekonomi negara termasuk melaksanakan usaha sama bersama pihak kerajaan dan swasta untuk merancang dan membina bukan hanya sekadar infrastruktur malah menyumbang ke arah membina masa hadapan yang lebih gemilang dengan menerokai pembangunan dalam sektor-sektor ekonomi yang berimpak tinggi.
Lagipun, Ahli-ahli Yang Berhormat, kita ini berdepan dengan bukan ancaman di dalam sahaja, yang biasa sahaja. Sekarang, kita sudah it’s a global village kata orang, ya.
Jadi, kita dah tahu ada CPTPP dan sebagainya. Banyak triti ekonomi kita dah tandatangani. Di mana ekonomi akan lebih terbuka, persaingan akan terbuka.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Jadi, kita seharusnya menyediakan untuk pemain-pemain industri kita lebih-lebih lagi kontraktor-kontraktor ataupun kontraktor G1, G4, bumiputera dan sebagainya kerana saya melihat ke depan nanti industri pembinaan ini bukan lagi macam biasa, ya. Kita akan di apa? Di apa? Pihak-pihak di luar negara kita, ya. Boleh juga secara terbuka. Boleh juga membida projek-projek ataupun government precurement sebab kita sudah tandatangani CPTPP.
Ini, kerana itulah peranan KKR ini seharusnya lebih luas daripada hanya hendak penyelenggaraan jalan dan sebagainya. So, yang ini adalah cabaran besar. Tetapi, yakinlah Yang Berhormat. Saya nampak di peringkat JKR dan KKR banyak pertandingan- pertandingan di peringkat antarabangsa, di mana kita menang anugerah. Jadi, itu membuktinya kita ini tidak kurang daripada negara lain dalam teknologi dan sebagainya.
Cuma, kita tidak boleh leka. Kita mesti teruskan kemampuan kita dan kepintaran kita dalam bidang teknologi lebih-lebih lagi khususnya dalam bidang yang ditekankan di sini janganlah hanya melihat KKR ini sebagai kementerian yang menampal lubang jalan ataupun membaiki lampu jalan dan sebagainya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Mencelah, Menteri. Terima kasih, Dato’ Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Saya akui dan kita bangga dengan perkhidmatan Jabatan Kerja Raya selama ini.
Cuma, kadang-kadang kita ada dua, tiga stage. Yang pertama, federal level. Kemudian, state level dan district level yang melibatkan Pengarah Kerja Raya Negeri, JD (Jurutera Daerah) dan akhir sekali bila pelaksanaan projek-projek sama ada baiki lubang dan sebagainya melibatkan kontraktor. Saya, di kawasan saya Yang Berhormat Dato’ Menteri, banyak. Berapa kali sudah baiki jalan ini.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tetapi kadang-kadang diberi alasan oleh jadi – dan sebagainya, peruntukan tidak cukup, akhirnya baiki sekejap selepas itu jalan rosak. Bahkan telah merugikan, berpuluh- puluh kali saya kira, saya boleh berikan kepada Yang Berhormat. Insya-Allah, saya akan tulis kepada Yang Berhormat tempat-tempat yang saya sebutkan tadi dan saya harap kalau boleh supaya diwujudkan selarasan. Baru ini saya jumpa dengan pengarah JKR negeri dan dia cukup okey dengan kita.
Tetapi apabila peruntukan tidak ada yang pertama, yang kedua, apabila pelaksanaan di bawah itu satu, mungkin spec nya betul tetapi come to pelaksanaan melibatkan kontraktor, ini benda yang kadang-kadang berlaku. Sebab itu akhirnya apabila projek ini tidak bagus pembaikan tidak betul, JKR yang disalahkan. Saya bila JKR ini disebut ingat Menteri kawan saya, tidak dapat apa-apa lagi. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat, berkaitan.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Sila.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Apa yang saya perhatikan sama sebagaimana Yang Berhormat Maran sebut tadi ialah isu pembaikan jalan walaupun sentiasa ada tetapi mudah rosak khususnya melalui konsesi lah.
Jadi, saya nak tahu sebenarnya jangka hayat bagi setiap menampal lubang dan sebagainya ataupun jalan-jalan rosak ini sebenarnya berapa lama jangka hayat dia kerana saya perhatikan ialah apabila menampal lubang ataupun membaiki jalan. Ini musim hujan.
Jadi, bila musim hujan ini sudah pastilah jalan akan rosak balik dalam tempoh yang tidak begitu lama. Jadi, apakah SOP yang di laksana oleh pihak kementerian khususnya untuk memantau pihak konsesilah? Terima kasih Yang di-Pertua.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Yang Berhormat Menteri ini ada kaitan. Saya ingin tahu sebahagian daripada syarikat yang menyelenggara jalan ialah syarikat yang sudah lama. Jadi, ada atau tidak kemungkinan kementerian ingin memberi peluang kepada syarikat-syarikat baru bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan?
Terima kasih.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Okey Tuan Yang di-Pertua, saya ingin respons kepada Maran terlebih dahulu. Ya, memang betul Yang Berhormat sebab itu kita sudah bincang selama beberapa bulan ini untuk memperkasakan lagi, untuk kita menambahbaikkan SOP dan teknikalnya bagaimana apabila satu lubang itu dibaiki, ditampal, ia akan lebih kekal daripada yang kita selalu katakan yang kita lihat selama ini macam tidak berapa kekal ya.
Jadi kalau musim hujan memang lah kalau kita tidak buat kerja penampalan musim hujan, kita tunggu musim tengkujuh berlalu mungkin dua bulan. Tetapi kita tidak dapat elak, musim hujan pun kita buat penampalan.
Mungkin betul kalau kita buat dengan cara itu mungkin ia tidak berapa kekal sebab ia basah tetapi kalau kita biarkan, tunggu selepas musim tengkujuh sudah terlalu lama, orang pun kata risiko tinggi nanti kemalangan mungkin berlaku sebab itu bukan mudah.
Tetapi yakinlah sebab sekarang JKR kata ada teknologi baharu, ada bahan-bahan baru yang ditemui untuk kita buat mungkin lain daripada yang sudah. Jadi, kita berharap cara ini bolehlah kita pertingkatkan mutu kerja-kerja itu.
Saya boleh cerita sedikit Yang Berhormat, rakyat semestinya faham apa prosedur masa yang perlu diambil. Saya terima WhatsApp daripada seorang kawan Menteri sebab dia dapat WhatsApp daripada pengguna jalan, di gambar dia kata mengapa JKR biarkan ataupun syarikat konsesi yang buat kerja itu biarkan. Selepas dia korek dia tampal dia biarkan begitu sahaja. Bila saya tanya JKR, Ketua Pengarah sendiri, dia kata prosedurnya memerlukan dua hari untuk simen itu jadi keras curing. Jadi tidak boleh la kita tampal sekarang, satu jam buka, memang dia akan rosak semula tanpa masa dua belas hari itu.
Jadi ini pengguna ataupun rakyat tidak tahu, jadi seolah-olah JKR ini buat kerja setengah-setengah sahaja ataupun tidak sempurna, bukan. Kita seharusnya faham apa prosedur, proses yang semestinya dilalui.
Jadi, Yang Berhormat Maran tulislah kepada saya, saya sudah ada surat yang dua yang ditulis kepada saya, maaf saya tidak dapat selesaikan semua itu sebab betul memang tak dapat, erti kata lain pun saya tidak ada yang lain, saya tidak ada peruntukkan, sudah habis. Tetapi sekarang lulus sahaja bajet ini I will look into your itu, yang belum selesai itu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Sama juga.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Sama juga Kuala Krai ya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Sama juga Bagan. Bagan tulis kepada saya, saya dapat, terima kasih dia kata tetapi separuh yang diluluskan Dato’ keluar daripada kawasan saya. Saya kata tulis lagi tiada masalah, Bagan tiada di sini.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Kita luluskan...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri, sikit soalan saya, daripada Sik. Boleh sedikit berkaitan dengan Lebuhraya Utara Selatan ini, nampak pengguna kita yang sangat besar.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Boleh saya respons sedikit dan kepada Rompin tadi?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Okey, nanti bagi kepada saya?
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Minta maaf ya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Okey.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Okey, kepada Rompin, syarikat konsesi ini, memang sekarang saya teliti masih beberapa tahun lagi konsesi ini, tempoh dia masih ada kan? Jadi, saya tidak tahu lah tiba masanya nanti sama ada mereka ini tidak dilanjutkan konsesi mereka atau tidak, itu mungkin masa itu nanti mungkin saya pun tidak ada di sini. Itu terpulang kepada mereka nantilah, kalau nak tukar mereka atas sebab- sebab tertentu mungkin ya.
Jadi, dasar kerajaan memang mereka ini diberi tempoh. Kadangkalanya oleh kerana kekurangan kewangan kerajaan dalam erti kata untuk menyelenggara kerja-kerja penyelenggaraan, mereka keluarkan upfront duit dahulu dan kerajaan tidak dapat bayar jadi kerajaan runding semula.
Okey, lanjutkan tempoh konsesi supaya syarikat konsesi buat kerja awal sempurnakan jalan, elokkan jalan, menjaminkan keselamatan dan keselesaan sekarang tetapi mereka perlu dilanjutkan tempoh mereka kerana nak recoup balik pelaburan mereka dalam kerja-kerja penyelenggaraan itu. Sebab itu sukar saya nak kata iya atau tidak. Ia terpulang kepada keadaan nantilah Yang Berhormat, ya sila.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya nak bertanya berkaitan dengan dapatan kajian trafik yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan kita yang semakin memuncak, khususnya daripada Kuala Lumpur ke Utara dan juga Utara ke Kuala Lumpur. Kalau dilihat setiap minggu akan berlaku jam yang sangat teruk, kalau tidak jam itu, itu biasa, kalau jam itu maknanya biasa, tidak jam itu luar biasa.
[Ketawa] Adakah juga maknanya dilihat pengendalian PLUS itu sendiri membuat kerja untuk menambah tiga lorong seperti mana yang telah kita lakukan bermula daripada Sungkai sampai ke Kuala Lumpur. Jadi, di sebelah menghala ke Utara belum lagi dilihat projek ini untuk memastikan trafik kita lebih lancar khususnya juga ketika waktu hari-hari perayaan, sehingga meningkat trafik kita hingga 2.3 juta setiap hari. Minta mohon.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Yang Berhormat Menteri, saya tambah sikit Bentong, Bentong. Sedikit sahaja sebab itu Lebuhraya PLUS dan saya Lebuhraya Pantai Timur, Karak sebab saya juga ada bangkitkan mengenai isu ketiadaan lampu jalan selepas Genting Sempah sehingga Bukit Tinggi iaitu kawasan kerap kemalangan dan juga kalau kita lihat pada hari minggu keterlaluan jugalah ataupun pada hari perayaan, musim perayaan kawasan yang kerap jam yang sangat teruk.
Jadi, saya minta apakah perancangan daripada pihak Lebuhraya Karak ataupun pihak Lebuhraya Pantai Timur untuk mengatasi masalah keadaan jam yang sangat teruklah pada setiap hari minggu dan pada hari perayaan itu.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Baik Dato’ Yang di-Pertua, untuk saya menjawab mana tadi?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik tadi, Sik.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Sik ya. Memang Yang Berhormat, kajian sentiasa dibuat untuk juga dipantau untuk menangani masalah yang jam. Ia tak kira masa lagilah, sepanjang masa ada jam, saya pun selalu melalui jalan itu. Saya di Semenanjung ini walaupun di mana-mana saya tidak ambil kapal terbang, walaupun ke Kota Bharu dan sebagainya saya memang menggunakan jalan supaya saya mengetahui keadaan jalan.
[Tepuk] Betul, jadi saya turut. Jadi, mana-mana saya pergi saya memang gunakan jalan.
Jadi kita mengetahui PLUS memang dah tahu akan masalah ini dan sebab itu ada, mungkin Yang Berhormat pun tahu kita ada alternatif road yang belum siap sempurna tetapi sudah ada West Coast Expressway (WCE) dan juga pelebaran jalan memang dalam perancangan. Sebab itu pelebaran jalan North-South Highway ini ke Selatan telah diluluskan RM525 juta, ini di Sedenak, di Johor lah.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Baru-baru ini ditambah lagi untuk kurang lebih 20 kilometer lagi ditambah juga dalam bajet ini supaya- sebab ke selatan ini hanya dua lorong- sebelah-sebelah. Itu
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
ditambah satu lorong lagi, jadi tiga lorong macam yang di utara. Yang ini, sebab itu program ini ataupun perancangan ini memang bukan sekadar sekarang, dari dulu pun saya ingat Yang Berhormat Pagoh pun tahu...
[Ketawa] Yang Berhormat ya, di Johor.
Memang ini perancangan dari dulu ya. I’m not going to claim the credit, it is during my time, no, bukan. Ini kita ambil kira- cuma sekarang peruntukan diberi ya. Jadi, untuk kita menangani masalah kesesakan di North-South Highway ini nanti. Jadi, yang mana last itu tadi- tak ada?
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Bentong, Bentong.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Okey, Bentong.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Menteri belum jawab.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Bentong, Bentong, Bentong. Bentong ini memang kita ambil perhatian, masalah apa- lampukah, dan sebagainya, seperti mana telah saya sebut tadi. Mohon Yang Berhormat Bentong ya, tulis surat kepada KKR. Nanti KKR, saya akan arah pegawai-pegawailah untuk pergi ke Bentong berhubung dengan Yang Berhormat. Tengok mana yang ada keperluan untuk Yang Berhormat.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Boleh saya, sikit.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tidak, masa dah...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Sikit je. Boleh tak?
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Okey, sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Menteri belum...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai, Kuala Krai.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Menteri belum menjawab perkara yang ditimbulkan oleh Beruas tentang kenapa harga kontrak JKR terlampau tinggi.
Di kawasan saya, satu jejantas biasa memakan jumlah wang 7.7 juta, dan satu bridge, jambatan yang bukan besar sangat. Saya pun sudah WhatsApp gambar itu lebih kurang dua culvert, perlu menggunakan RM8.3 juta. Apakah cara kerajaan memantau JKR agar kontrak yang diberikan itu harga berpatutan? Sungguhpun dikatakan tender terbuka, saya rasa ada masalah dia. Kalau tender terbuka, takkanlah semua kontraktor kata, kedua-dua projek ini harga terlampau tinggi. Pada khidmat saya pun terlampau tinggi sebagai layman. Thank you.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Baik. Saya ambil perhatianlah. Perkara ini saya akan bangkit nanti dalam mesyuarat di dalam kementerian- tanya seperti mana Yang Berhormat tanya ini. Nanti- pernah juga ditanya soalan serupa yang penjelasan diberi adalah kita ini mengikut rate ataupun kadar mengambil kira banyak faktor-faktorlah kenaikan harga bahan dan sebagainya dan juga yang lain, tetapi tak apa Yang Berhormat ya, kami ambil perhatian apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi. Last.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Maksud saya dibangkitkan itu projek pertama, berlaku sekali lagi projek kedua di kawasan saya.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ya.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Sebab itu saya tak puas hati cara wang rakyat yang begitu banyak digunakan untuk projek yang tak berapa besar itu. Thank you.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Saya maklum Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi berkaitan dengan lebuh raya. Tadi saya teringat satu isu yang sudah lama dan beberapa kali juga saya sebut iaitu berkaitan dengan kesesakan di Tol Gombak. Jadi isu ini perlu juga perhatian kerana sering kali bila timbul isu ini di Parlimen, pihak kementerian akan jawab ini adalah waktu puncak. Betul waktu puncak tetapi setiap minggu. Biasanya- walaupun saya bukan di Bentong tetapi laluan saya setiap minggu masuk ke Kuala Lumpur antara pukul 3 sehingga pukul 10 malam memang kesesakan
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
yang amat luar biasa. Sedangkan di situ adalah dua tol yang berdekatan. Tol Bentong dan Tol Gombak. Jadi apakah penyelesaian kepada isu ini Yang Berhormat? Terima kasih.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tuan Speaker, Tuan Speaker.
Saya hendak mengadu sikit dengan Tuan Speaker ini.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kami yang duk bahas ini tanya dengan Kementerian Kerja Raya, jawapan tak dapat. Ada yang bangkit dua, tiga kali.
Persoal soal benda yang sama juga. Jadi kami duk tunggu ini nak tahu, sebab rakyat di luar ini nak tahu ini. Saya begitu nak bagi tahu ini bukan main lagikan pam, pam, pam, pam, pam, pam. Last, last masa dah nak habis dah ini. Nanti Menteri akan bagi tahu dia kata, “Saya akan jawab secara bertulis”. Jadi tak syoklah kita yang duk tanya ini kan.
Bukanlah tak boleh kawan-kawan sebelah sana itu bertanya, tetapi soalan yang sama, sama, sama, sama, sama, sama, sama, sama, sama, sama je...
[Ketawa] Maksudnya kan, kami ini. Kami menunggu ini jawapan daripada Menteri ini. Kami nak tahu apa jawapan daripada Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, baik.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Saya bersetuju dengan Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jadi saya memang tak puas hati ini. Memang sangat, sangat tak puas hati ini. Timbalan Speaker, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Jangan hebohlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar, sebentar, sebentar Dewan. Yang Berhormat, Yang Berhormat di Dewan sebentar. Okey, tempoh. Sebentar Yang Berhormat. Tempoh diberi pada Menteri, 45 minit ya. Menteri boleh memilih untuk stop, dan bagi jawapan bertulis. Kalau ikut buku Peraturan, saya sendiri tidak boleh paksa Menteri menjawab ya...
[Tepuk] Jadi apa yang saya nak nyatakan di sini, atas budi bicara Menteri. Malah saya ada ruang, ini saya benarkan lebih masa ini kerana Menteri yang sebelum ini, 18 minit.
Jadi ada ruang itu. Jadi nak berhentikan ini atau tidak adalah time Menteri. Kalau beliau kata, “Last”, saya last...
[Dewan riuh]
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat-Yang Berhormat yang bertanya tadi.
Untuk Karak yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai ini, Gombak- memang ini dalam perhatian. Kami dah tahu. Saya dah berapa kali pergi sana dalam masa yang sesak dan sebagainya. So, yakinlah kita nak tengok, kita kaji apa sepatutnya kita boleh buat untuk kita mengurangkan masalah kesesakan.
Jadi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, boleh. Betullah tak adillah kepada kawan saya Hulu Langat ini sebab dah berapa kali, bukan sekadar sekali, hari ini dia sabar dengan saya. Bersidang lepas pun, saya bagi tahu, sebab itu saya buat marker ini untuk sebelum saya menggulung habis Tuan Yang di-Pertua, biarkan saya respons kepada Hulu Langat...
[Ketawa] [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ya. Yang lain, yang lain nanti saya akan jawab secara bertulis. Ini.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Menteri, Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua, sangat lengkap ini, penjelasan ini.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Menteri, Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Yang disediakan oleh pegawai. Sangat lengkap.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Besut pun ada bangkitkan.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Betul, betul.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kawasan.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tapi maknanya...
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tetapi itu budi bicara saya kata.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kalau nak bertulis, biar semua bertulis.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tak. Saya pilih dululah.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Jangan cemburulah Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak payah respons kepada Hulu Langat.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Jangan cemburulah Besut.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Sebab, sebab kawan. Sebab saya banyak respons kepada yang menghadap sebelah sini. Saya belum respons kepada yang belakang. Boleh?..
[Dewan riuh]
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Boleh bagi saya peluang sikitlah. Kalau...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Banyak kali dah saya, saya bangkitkan.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ya, ya betul.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang apa ini projek di Besut.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ramai, ramai yang bangkit. Memang ada banyak penjelasan di sini...
[Dewan riuh]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ada?
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ini suatu buku besar tetapi mungkin tak ada masa.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kalau ada, boleh, boleh.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Kalau nak masa, pergi Kamar Khas lah. Pergi Kamar Khas.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Okey, saya jawab dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Saya jawab dulu Hulu Langat ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya tidak...
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Yang dibangkitkan, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar Menteri.
Sebentar Menteri. Saya nak- tidak mahu Dewan ini jadi satu pasar borong. Jadi, saya membenarkan Menteri untuk menjawab Yang Berhormat Hulu Langat. Itu sahaja tetapi selepas itu ada satu soalan daripada Ahli Parlimen Cameron Highlands. Okey?...
[Ketawa]
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Baik, baik.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Speaker, konflik Speaker.
Konflik-konflik.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua, itu pun saya sudah jangka dari awal...
[Ketawa]
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Okey, okey Tuan Yang di-Pertua, empat isu telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Hulu Langat ya. Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Hulu Langat, kementerian ini telah menerima permohonan cadangan projek menaik taraf Jalan Perindustrian Hulu Langat FT3210 dari Persimpangan Jalan Datuk Alias sehingga Persimpangan Jalan Hulu Langat B62 Daerah Hulu Langat, Selangor daripada Kerajaan Negeri Selangor pada Rolling Plan Satu (RP1) Rancangan Malaysia Kedua Belas. Walau bagaimanapun, projek ini tidak dipertimbangkan oleh agensi pusat ya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, prosedur bagi permohonan projek membina jalan baharu atau menaik taraf Jalan Persekutuan sedia ada adalah melalui kerajaan negeri berdasarkan senarai keutamaan negeri yang dikemukakan kepada kementerian ini. Melalui penyelarasan antara Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Jabatan Kerja Raya Negeri.
Sehubungan itu, disyorkan supaya Ahli Yang Berhormat mengemukakan cadangan projek tersebut kepada pihak kerajaan negeri melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor atau JKR Negeri Selangor untuk dimasukkan dalam senarai keutamaan negeri dalam Rolling Plan yang akan datang dan kementerian ini akan meneliti cadangan projek ini apabila dipohon oleh kerajaan negeri berdasarkan senarai keutamaan negeri pada masa yang akan datang dan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya untuk diangkat kepada agensi pusat jika memenuhi keperluan teknikal untuk dilaksanakan. Tertakluk kepada agihan peruntukan pembangunan kepada kementerian ini. Berdasarkan maklumat yang diterangkan, kementerian ini sentiasa terbuka untuk menerima syor atau cadangan daripada kerajaan negeri untuk pembinaan jejambat tersebut berdasarkan senarai keutamaan daripada negeri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Isu kedua iaitu pelebaran jalan dari Pekan Semenyih ke Pekan Bangi Lama. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jalan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat adalah FT31 Jalan Banting-Semenyih.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini telah mengangkat cadangan menaik taraf dan meneruskan – meluruskan jalan Banting-Semenyih FT031 ini dalam Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan Fasa 1 dari SMK Vokasional Banting hingga Persimpangan Paya Indah Wetland, Daerah Kuala Langat untuk pertimbangan dan kelulusan agensi pusat pada Rolling Plan 1, jadi Rancangan Malaysia Ke-12. Namun, projek-projek tersebut tidak diluluskan kerana keutamaan diberikan kepada projek-projek yang lebih memerlukan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, prosedur bagi permohonan projek membina jalan baharu atau menaik taraf Jalan Persekutuan sedia ada adalah- sekali lagi saya jelaskan di sini melalui kerajaan negeri berdasarkan senarai keutamaan negeri yang dikemukakan kepada kementerian ini melalui pelarasan antara Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Jabatan Kerja Raya Negeri. Sehubungan itu, disyorkan Ahli Yang Berhormat- disyorkan supaya Ahli Yang Berhormat mengemukakan cadangan projek tersebut kepada pihak kerajaan negeri melalui Unit Perancangan Negeri Selangor atau JKR Negeri Selangor untuk dimasukkan lagi dalam senarai keutamaan dalam Rolling Plan yang akan datang.
Sekali lagi saya beri jaminan kementerian ini akan meneliti cadangan ini apabila dipohon oleh kerajaan negeri berdasarkan senarai keutamaan negeri pada masa yang akan datang. Jadi, itulah sama respons ya Yang Berhormat kepada Yang Berhormat yang jelaskan begitu. Jadi, berdasarkan maklumat yang diterangkan, kementerian ini sentiasa terbuka untuk menerima syor atau cadangan daripada kerajaan negeri untuk pembinaan jejambat tersebut berdasarkan senarai keutamaan daripada negeri.
Isu ketiga, cadangan flyover Taman Desa Jenaris. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jalan di Taman Desa Jenaris adalah di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). Sehubungan itu, kementerian ini berpandangan cadangan itu- cadangan untuk membina flyover tersebut lebih sesuai dilaksanakan melalui peruntukan Kerajaan Negeri Selangor kerana bidang kuasa kementerian ini adalah untuk Jalan Persekutuan sahaja.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Isu keempat, cadangan flyover Bandar Seri Putera. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jalan di sekitar Bandar Seri Putera adalah jalan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). Sehubungan itu, kementerian ini berpandangan cadangan untuk membina flyover tersebut lebih sesuai juga dilaksanakan melalui peruntukkan Kerajaan Negeri Selangor kerana bidang kuasa kementerian ini tidak- adalah- bidang kuasa kementerian KKR ini adalah untuk Jalan Persekutuan sahaja.
Jadi, setakat itu respons kepada Hulu Langat mungkin tak berapa membanggakan tetapi kita usaha semulalah Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, ini soalan terakhir Ahli Parlimen Cameron Highlands ingin tahu, sebagaimana sedia maklum, banyak projek-projek di kawasan pedalaman terutama sekali bagi masyarakat Orang Asli, selalu kerap berlaku kerosakan, masalah dan sebagainya terutama sekali di Kelantan.
Saya mendapat maklumat, bila disiasat, dilihat- hanya saya perlu nasihat sahaja daripada Yang Berhormat Menteri, banyak projek-projek ini tidak mengikut spesifikasi dan saya telah menyuruh pegawai saya semak balik dengan JAKOA. Saya bercadang, jika ini benar, satu laporan polis saya akan – dan juga laporan SPRM akan saya buat ataupun mana-mana pegawai. Apa pendapat Yang Berhormat Menteri?
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Pendapat saya Yang Berhormat tepat, sila buat laporan seperti mana disebut Yang Berhormat tadi, sekiranya berlaku itu, nanti kita buat siasatan, tetapi apabila laporan itu dibuat nanti, kita serah kepada mana-mana agensi untuk mereka buat siasatan. Saya alu-alukan kerjasama daripada semua pihak termasuk Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Ahli Parlimen Cameron.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Jadi, ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Okey, Tuan Yang di-Pertua, mungkin sekarang ini sebagai penutup sekali lagilah saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian berhubung isu yang berbangkit yang dibangkitkan oleh berkenaan dengan Kementerian Kerja Raya. Bagi isu-isu yang tidak sempat dan banyak juga yang tak sempat saya jawab di sini, saya mohon maaf dan saya mohon mengemukakan jawapan secara bertulis dan saya mengharapkan agar kita semua dapat memberi sokongan penuh untuk meluluskan Belanjawan 2024 ini dan semoga hasrat kerajaan untuk terus memperkasakan rakyat dan mengangkatkan darjat dan martabat negara ke arah yang lebih progresif dan cemerlang- jadi, di masa akan datang akan terlaksana dan dengan jayanya.
Jadi, saya mohon sangatlah bantuan daripada semua untuk bajet lebih-lebih lagi kepada KKR ini diluluskan supaya dapat sedikit sebanyak membantu Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Besut, maaflah nanti secara bertulis sebab dalam buku ini memang kesemua yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat 49 orang ini yang belum saya jawab tadi, memang jawapannya sangat lengkap, sangat baik tetapi tak adillah kalau saya secara rambang sahaja, biarlah saya sampaikan secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya berikutannya mempersilakan menteri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk menjawab.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 peringkat dasar yang dibahaskan di Dewan Rakyat yang mulia ini terutamanya yang telah membangkitkan perkara-perkara berkaitan dengan MITI. Saya sangat menghargai segala pandangan, syor termasuklah cadangan yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan berlangsung. Ini jelas menunjukkan keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat dan ia menjadi inspirasi kepada kita semua agar terus beriltizam merealisasikan aspirasi Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Seputih, Yang Berhormat Kuala Nerus dan Yang Berhormat Sembrong telah membangkitkan isu dan persoalan berkaitan pelaburan negara terutamanya mengenai Pelaburan Langsung Asing ataupun FDI dan pelaburan berkualiti. Bagi memastikan polisi dan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan bersifat mesra pertumbuhan atau, dengan izin, pro-growth dan mesra perniagaan pro-business, perancangan yang teliti sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa khususnya untuk menambah baik aspek berkaitan memudah cara ke pasukan dan merealisasikan pelaburan.
Kerajaan telah mengambil pendekatan dengan membuat reformasi pentadbiran melalui penubuhan Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan, Pelaburan dan Perdagangan
(JT3P) di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. JT3P yang telah pun bersidang pertama kalinya pada 19 Oktober dipengerusikan oleh saya, mesyuarat kedua pula akan diadakan esok pada 1 November ataupun Rabu bagi memastikan keberkesanan JT3P. Keahliannya terdiri daripada pegawai tertinggi merentasi kementerian dan agensi yang berkaitan termasuk kerajaan negeri supaya isu berbangkit dapat diselaras dan diselesaikan dengan kadar segera. Keahlian tetap JT3P terdiri daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Ketua Setiausaha MITI, Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Keahlian yang merentas kementerian ini akan memastikan komitmen bagi pelaburan terus antarabangsa ataupun FDI dan juga DDI direalisasikan segera mungkin.
Umumnya JT3P ini berperanan sebagai platform yang mampu memantau dan melaksanakan tindakan terhadap isu-isu yang dihadapi oleh para pelabur terutamanya bagi projek pelaburan strategik dan ikonik.
Untuk makluman semua, pemantauan JT3P bermula seawal dari permohonan diutarakan oleh syarikat yang berkenaan sehinggalah projek-projek pelaburan ini direalisasikan. Penubuhan JT3P adalah merupakan suatu inisiatif reformasi pentadbiran menzahirkan komitmen kerajaan dalam usaha untuk dengan izin translate plans into action sekali gus mendukung peranan Majlis Pelaburan Negara iaitu majlis berkaitan pelaburan di peringkat tertinggi negara dalam memastikan pelaksanaan projek-projek pelaburan direalisasikan sepenuhnya. Malahan, salah satu agenda tetap JT3P adalah pelaporan status perkembangan terhadap komitmen pelaburan yang telah diutarakan oleh para pelabur semasa trade mission dan juga lawatan kerja rasmi yang disertai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
JT3P seterusnya akan melapur kepada Majlis Pelaburan Negara yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dijadualkan bersidang setiap bulan.
Bagi tempoh Januari hingga Jun 2023, Malaysia telah menarik sejumlah RM132.6 bilion pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan utama yang merupakan 60 peratus daripada sasaran bagi tahun 2023. Pelaburan langsung domestik ataupun DDI merupakan penyumbang utama dengan jumlah pelaburan yang diluluskan
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
bernilai RM69.3 bilion, 52 peratus, manakala pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM63 bilion atau lebih kurang 48 peratus.
Kerajaan sentiasa memberikan penumpuan yang setara dan seimbang dalam menggalakkan FDI dan DDI. Pertumbuhan kedua-dua DDI dan FDI adalah penting dalam menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negara. Perlu diakui bahawa DDI dan FDI mempunyai kebergantungan antara satu sama lain dan saling melengkapi dalam menyokong ekosistem serta rantaian nilai dan penyumberan sektor masing-masing.
Kementerian menyedari dan peka bahawa fasilitasi pelaburan merupakan elemen penting dalam ekosistem pelaburan yang melangkaui usaha menarik pelabur baharu termasuk memberi sokongan secara, dengan izin, end-to-end kepada pelabur sejak awal bertapak dari prapelaburan di negara ini. Ia juga penting bagi menggalakkan pelaburan semula dalam negara. Usaha ini memerlukan pendekatan menyeluruh kerajaan untuk menggubal dasar dan rangka kerja pentadbiran yang telus dan cekap untuk meningkatkan keyakinan pelabur.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Menteri, boleh tanya?
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Ha, Yang Berhormat Titiwangsa.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Terima kasih, Menteri. Saya ingin memujilah kementerian ini dapat menubuhkan satu Jawatankuasa Khas yang dipanggil JTPPP (JT3P).
Kalau kita lihat apa yang Yang Berhormat sebut tadi adalah FDI first half 2023 telah dapat diluluskan foreign direct investment RM63.3 bilion, hampir 48 peratus daripada jumlah pelaburan yang masuk ke dalam negara kita ini. First half, RM63.3 bilion, tetapi first half ini juga kita dapat lihat bahawa hanya RM9.8 bilion sahaja direalisasikan. Saya nak lihat bagaimana kita lihat 2021 dan 2022, approved investment 2021, RM208 bilion, 2022, RM163 bilion, tetapi malangnya pada first half 2023, hanya RM9.8 bilion. Apakah selalunya yang kementerian kenal pasti isu yang berbangkit untuk kita realisasikan benda ini? Kerana dengan adanya perkara-perkara ini dapat diuar-uarkan kepada semua kerajaan negeri, sudah tentu boleh dapat membantu JTPPP ini untuk melaksanakan.
Agak sayang kita tengok orang datang negara kita 2021, approved FDI- kita dah approved, gunakan semua kita punya tenaga, resources, untuk approved RM208 bilion.
Kemudian, 2022, approved lagi RM163 bilion. And then the first six months this year, RM63.3 bilion tapi first half 2023 hanya RM9.8 bilion berbanding kalau kita tengok dengan negara Indonesia, dia realizes first half RM45.2 bilion, Vietnam first half RM13.4 bilion.
Saya rasa kita nak tengok adakah dapat semua state government kena faham masalah ini supaya dia dapat membantu JTPPP ini. Menteri.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Dari segi JTPPP itu, memang kita akan menjemput kerajaan- kerajaan negeri. Malah, mesyuarat yang diadakan minggu lepas, wakil dari Kerajaan Negeri Perak hadir.
Kalau kita lihat, memang kita sebenarnya dari segi pelaburan yang telah direalisasikan ini akan memakan masa. Kalau kita nak memastikan pelaburan ini khususnya supaya dapat direalisasikan dengan jayanya- sebenarnya MIDA menjalankan kajian ataupun kaji selidik like a survey, dua kali setahun di mana dipanggilnya implementation survey. Yang ini untuk projek-projek yang diluluskan di bawah Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan ataupun NCI. Jadi, nombor-nombor yang disebut tadi mungkin daripada data yang telah diumumkan dan pelaburan-pelaburan di bawah NCI.
Kaji selidik tersebut bertujuan untuk memantau status pelaksanaan semua projek- projek perkilangan dan perkhidmatan terpilih yang diluluskan di bawah seliaan MIDA kecuali pejabat serantau dan pejabat perwakilan, tapi ia bertujuan bagi memastikan semuanya diluluskanlah.
Saya nak kongsi sedikit data di sini, Yang Berhormat. Data daripada 2018...
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Okey, Menteri, saya cuma nak tahu sahaja. Sebab saya nak tahu. Ini sangat penting ini. Bila kita signed MOU, kemudian kita approved, kemudian kita realisasikan. Jadi, saya nak tahu, dekat mana selalunya sangkut? Di antara MOU approved dan direalisasikan. Yang itu.
Sebab, kalau kita dapat tahu benda ini dan kita semua Ahli-ahli MP ini, Member of Parliament ini pun kita nak- kita semua datang dari banyak states. Jadi, kalau boleh kita dapat tahu benda ini, then kita nak all the state governments pun kena main peranan sebab apabila orang dah datang buat application RM200 bilion, RM163 bilion, the more reason I think kita fokus benda ini, saya rasa kalau kita dapat realisasikan, sudah tentu dia punya effect kepada ekonomi cukup cepat. Kerana ini adalah direct capital datang daripada luar, kalau compare dengan DDI.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Menteri, kalau boleh...
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Mungkin saya jawab dulu...
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
...Sekaliguskan jawapan ini? Dia terkait, saya kira. Walaupun saya tidak berbahas atas tajuk ini secara spesifik tetapi hal inilah yang kita mahu Menteri dan kementerian ya memastikan bahawa inilah dia sebenar-benarnya kementerian yang akan memacu the high income economy, the advance economy ataupun negara maju nanti, tetapi kalau kita perhatikan, Menteri, saya ambil contoh data centre sebagai satu pelaburan high growth high value ya. Saya dapat memerhatikan MIDA approved ya, meluluskan tujuh DC, data center itu, to be the tech centre, dengan izin, jumlahnya RM75.87 bilion, Menteri ya. Dan kita tahu pada waktu yang sama, akhirnya ia akan realized, yang disebutkan oleh Titiwangsa tadi, adalah tergantung kepada banyak faktor, Menteri ya.
Apakah Menteri bersedia menerima hakikat bahawa daripada apa yang kita cita- citakan, kita punya bottleneck yang paling mengancam kita that is the talent pool yang memerlukan high skill, dan that will result in high paying job? Akan tetapi, contohnya, we need the pool of data scientist, data analyst ya. We need a pool of highly skilled network engineers, network solution officer, network analyst yang kesemua ini menjadi satu yang dalam konteks sektor ini. Jadi, di mana, from approved to realized, apa yang perlu Malaysia atasi segera? Ya, Menteri sebutkan it takes time, betul, tapi talents are not created overnight. Terima kasih, Menteri.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Okey, terima kasih.
Jawab soalan kedua-dua sekali. Memang ada berkaitan.
Bagi tempoh 2018 sehingga 2023, sebenarnya jumlah pelaburan yang diluluskan ya, diluluskan adalah bernilai RM753.9 bilion. Ini dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan di bawah seliaan MIDA lah. Pelaburan ini melibatkan 9,201 projek yang akan menjana sejumlah 455,984 peluang pekerjaan baharu. Daripada jumlah ini, daripada kelulusan ini, sebanyak RM593.5 bilion atau 78.7 peratus, hampir 79 peratus, daripada keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam tempoh tersebut telah direalisasikan. Kadar pelaburan yang direaliasikan atau implementation rate bagi tempoh tersebut menghampiri kadar 80 peratus. Ini berdasarkan data daripada 2018 hingga 2023.
Jadi, kita nak pastikan setiap pelaburan...
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Menteri, data itu dia campur dengan DDI sekali ker?
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Data ini adalah data FDI dan juga DDI.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Dia combined-lah?
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Yes, combined.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Tapi, kalau- Menteri ada tak FDI punya data?
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Kalau sekarang, tidak ada. Nanti saya akan bagi semula.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Okay, alright.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Kerana soalan tadi sebenarnya ada tiga peringkat. Satu ialah semasa dicadangkan pelaburan, lepas itu pelaburan itu diluluskan dan direalisasikan. Kita track pastikan yang bila dah janji, dah signed agreement, macam mana hendak direalisasikan. Dia akan mengambil masa kadang-kadang sekurang-kurangnya dua hingga tiga tahun bergantung kepada projek- complication and complex of project- dan bagaimana dalam masa tiga hingga lima- kalau dah lambat itu, kadang-kadang ada isu lainlah, tetapi nak menjawab apa masalah, kita sebenarnya telah membuat satu kajian bersama-sama dengan Bank Negara mengenai dengan the pinpoints untuk pelabur-pelabur yang datang di sini termasuk pelabur domestik.
Kita dah identified lebih kurang 13 pinpoints ya. Di sini, JTPPP bersama-sama dengan Majlis Pelaburan Negara akan mengkaji bagaimana kita nak to resolve some of this, dengan izin, isu-isu ataupun cabaran-cabaran. Dianya bukan sahaja di peringkat persekutuan, kadang-kadang sampailah ke peringkat pihak berkuasa tempatan, tetapi ini bukan excuse-lah. Itulah sebabnya kita kena cari jalan supaya kita mempercepatkan lagi, tetapi jumlah pelaburan memang dalam data yang kita ada, kelulusannya 80 peratus sejak tahun- di antara tahun 2018 sehingga tahun 2023.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Terima kasih, Menteri. Cuma, saya nak minta, kenapa saya tekankan FDI ini? Kerana FDI ini apabila kita umum dan kita approve tapi dia tak buat atau mengambil masa yang agak lama, kadang-kadang ada investor-investor lain yang juga berminat untuk datang negara kita tapi dia tak tahu industri apa yang kita sudah lulus. Jadi, dia tak nak compete sebab fasal negara kita ini kecil tak lah besar sangat.
So, jadi kalau kita dapat pastikan bahawa mana-mana yang kita dah sign MoU dalam dua tahun, tiga tahun tak ada then kita kena KIV they out so that other investors can come. So, saya nak- ingat macam Yang Berhormat Menteri sebut fasal *data center.
There’s a lot of enquiries on the data center* ini. Sometimes kalau kita jumpa yang betul- betul serius they can basically sit down dengan kementerian ataupun kerajaan negeri untuk dapatkan tanah-tanah yang sesuai.
Tapi, kalau datang semata-mata kerana dia nak- just nak uar-uarkan dia punya expansion ke luar negara, jadi yang ini kita kena hati-hati kerana kita takut yang serius tak dapat, yang hanya nak buat perception ataupun dan sebagainya dia tak dapat execute kita punya time yang telah kita spent untuk luluskan projek-projek ini.
Saya percaya bahawa JT3P ini memang sangat penting. Saya ucap tahniah lah kepada kementerian dan juga PM kerana menyusun strategi ini untuk memastikan bahawa semua approve FDI dapat kita laksanakan dan kalau dia tak jadi kerana bukan kita, kerana dia.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Satu lagi, terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Satu lagi input yang saya rasa penting ialah kita kena berkongsi secara umum, we share- we be transparent. So, kita di sini JT3P akan membuat laporan bukan sahaja kepada Majlis Pelaburan Negara (MPN) dan Kabinet tetapi juga kepada pihak luar di sana supaya, tetapi itu ada pros and cons lah kerana ini akan- dari segi competitiveness kita mungkin ada yang banyak data yang kita kena berhati-hati juga dari segi itu.
Satu lagi, Yang Berhormat Titiwangsa dan juga Yang Berhormat Kuala Selangor, kerajaan juga dalam proses menyusun semula landskap agensi penggalakan pelaburan atau dengan izin, investment promotion agency.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
[Bangun]
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Kerana terlalu banyak.
Kadang-kadang pelabur juga confused, dia sampai 30 lebih IPAs. Di sini kita akan menyelaras fungsi dan peranan koridor ekonomi wilayah dengan penyelarasan fungsi dan peranan koridor-koridor yang ada pada masa ini.
Yang berkenaan talent tadi Yang Berhormat memang itu adalah salah satu cabaran bagi setengah sektor, setengah industri tetapi bagi negara Malaysia ini adalah satu cabaran bukan- bagi seluruh dunia. Ini satu cabaran yang dihadapi terutamanya dari sektor-sektor teknologi untuk semua negara.
Cuma, negara kita pada masa ini dengan ekosistem yang insya-Allah kukuh berbanding dengan negara-negara lain banyak lagi pelaburan yang masuk. Jadi, oleh itu kita perlu pertingkatkan lagi kapasiti ataupun talent pipeline kita. Dalam masa dua dan tiga tahun ini kita kena bekerjasama dengan pihak industri dan IPTA dan juga IPTS dengan lebih erat lagi kerana memang benar, demand is outstripping the supply dari segi talent buat masa ini.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Tuan Yang di- Pertua, minta laluan Menteri, boleh?
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Boleh.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Saya ingin juga berkongsi sedikit sebanyak pengalaman saya menjadi Exco Kerajaan Negeri Industri dan Pelaburan. Saya boleh bagi some life example lah. Selalunya kalau syarikat-syarikat daripada luar negara, saya bagi satu contoh syarikat yang besar melabur di Taman Teknologi Tinggi Kulim, Yang Berhormat Menteri iaitu AT&S. AT&S ini dia mula datang untuk mendapatkan maklumat-maklumat di Kulim Hi-Tech Park semasa pandemik, 2020.
Lepas itu pergi ke negara-negara lain juga. Dia pergi ke Vietnam, dia pergi ke Thailand dan negara-negara Timur Eropah dan sebagainya. Dia datang untuk buat kajian.
Nak tentukan tempat itu menjadi tempat yang strategik untuk syarikat mereka, untuk mendapat good return of their investment. Akhirnya, mereka datang kali kedua, jumpa semua stakeholders, ya. First, tanah, “Ada tanah available tak?”.
Kalau di Taman Teknologi Tinggi Kulim memang tanah available, ready. Ready untuk buat kilang. Tak payah lagi tukar jenis tanah daripada pertanian kepada industri dan sebagainya. Selepas mereka berjumpa pemegang taruh bekalan air, tenaga elektrik, gas, PBT dan sebagainya. Bila mereka sudah confident, after some time lepas dia tengok negara-negara lain, dia buat keputusan, dia akan melabur. Bila itu berlaku, dia kena dapatkan license manufacturing daripada MITI. Jadi, tidak ada timbul isu MoU dan bagi mereka tidak MoU. Dia nak buat atau tak buat. Jadi, dapat manufacturing daripada MITI...
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Puan Speaker, sekarang kita sedang tunggu jawapan yang telah pun bahas.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya tahu. Ya. Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Boleh tunggu sekejap tak? Tunggu sekejap.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Sebab tak ada masa. Kita sekarang sudah masa bahas, tunggu ya.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Tak pa. Tak pa.
Bagi saya sekejap.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Bukan masa untuk perbahasan, Puan Speaker.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Saya, Menteri bagi laluan. Saya, Menteri bagi laluan dekat saya, dia tak bagi dekat you.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Okey. To cut it short….
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kubang Pasu, ringkaskan.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Kita jumpa stakeholders, dah ready, dia melabur RM10 bilion dan sudah berjalan 10 percent. In fact, dia punya pelaburan bertambah daripada yang awal dan dia akan mewujudkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
6,500 pekerjaan.
Itu simple example dan memang diluluskan. Sama juga macam Infineon,Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Sabaq lah,sabaq. Boleh sabaq. Yang di- Pertua pun kena sabaq juga...
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ini sesi Menteri jawab bukan untuk sesi....
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Ya, betul tapi kena sabar banyak. Saya bercakap bagi poin, nak bantu ya. Jadi, Yang di-Pertua kena sabar. Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Kubang Pasu pun kena sabar juga.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Okey, saya juga ada soalan daripada Yang Berhormat Larut mengenai jumlah pelaburan swasta bagi tempoh Januari hingga Jun yang 2023, RM132.6 bilion yang mencatatkan penurunan berbanding tempoh yang sama pada tahun 2022, RM134.4 bilion.
Ingin saya jelaskan bahawa perkara ini adalah disebabkan oleh kesan asas yang tinggi atau, dengan izin, the high base effect hasil kelulusan sebuah projek perkhidmatan mega dari pelabur asing pada awal tahun lepas iaitu syarikat ByteDance System Sdn.
Bhd. yang ini bernilai RM42.8 bilion yang terletak di Serdak, Johor.
Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Titiwangsa dan Yang Berhormat Kuala Selangor ini dari segi data center. Data center ini betul. Data yang disebut tadi meluluskan tujuh projek pusat data sebenarnya. Jumlahnya RM75.87 bilion dan insya-Allah antara syarikat terkemuka yang diluluskan adalah AWS yang berkomitmen untuk melabur di Malaysia untuk membina pusat data. Menurut penyelidikan daripada IDC, pelaburan pusat data dan awan akan menyumbang kepada lebih daripada 19,000 pekerjaan langsung dan tidak langsung baharu di mana 4,500 adalah pekerjaan IT yang mahir untuk tempoh empat tahun.
Yang Berhormat Larut juga perhatikan bahawa nilai pelaburan yang dicatatkan ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan tempoh yang sama semasa tahun pra- pandemik. Ini merujukkan Malaysia berada di landasan yang baik ke arah pemulihan ekonomi dalam era pasca pandemik dari segi pelaburan.
Kesan high base impact ini turut memberi impak jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkhidmatan bagi tempoh Januari hingga Jun 2023. Ini tanpa mengambil kira projek mega tersebut. Jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi dan sektor perkhidmatan bagi tempoh Januari hingga Jun 2023 menunjukkan peningkatan masing-masing sebanyak 44 dan 89 peratus.
Sektor utama dan pengilangan juga mencatatkan prestasi yang baik iaitu pertubuhan bagi jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak 22.5 peratus dan 2.5 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2022. Di samping itu, Yang Berhormat Larut ada tanya fasal insentif kajian penstrukturan semula insentif cukai terutamanya di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Akta Penggalakan Pelaburan 1986 ataupun PIA sedang dijalankan oleh Kementerian Kewangan dengan sokongan daripada MITI, MIDA dan LHDN untuk memastikan penyeragaman insentif di laksana dengan lebih berkesan.
Penstrukturan ini juga telah mengambil faktor cukai minimum global yang bakal dilaksanakan pada tahun 2025.
Bagi memperkukuh landskap pelaburan dalam negara, kerajaan kini melaksanakan dasar pelaburan baharu NIP berteraskan aspirasi pelaburan nasional yang
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
menyasarkan sektor-sektor strategik seperti elektrik dan elektronik, ekonomi digital, pharmaceutical, kimia dan aeroangkasa dan NIP berteraskan NIA ini disambut dengan dan didukung oleh Pelan Induk Perindustrian Baharu ataupun NIMP 2030 yang telah dilancarkan pada 1 September lepas.
MITI dan agensi-agensi di bawahnya akan terus berusaha bagi menarik pelaburan langsung asing yang berkualiti, bernilai tinggi dan berimpak tinggi ke Malaysia selari dengan NIA. Pelaksanaan projek-projek pelaburan akan memberi kesan limpahan ataupun, dengan izin, spillover effect dan kesan berganda lah, multiplier effect bukan sahaja kepada rakyat setempat bahkan juga menyumbang kepada kemajuan negara.
Di samping itu, hasil implementasi projek-projek pelaburan akan mewujudkan peluang pekerjaan, membangunkan tenaga kerja yang mahir, memperkukuh rantaian nilai dan rantaian bekalan sepanjang ekosistem perniagaan dan pelaburan dan seterusnya dapat memupuk pertubuhan syarikat-syarikat asing dan tempatan.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Usaha berterusan dilaksanakan untuk menambah baik, menyegera dan memudah cara aspek yang berkaitan pelaburan dalam memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pilihan.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai keterangan lanjut mengenai proses sesebuah projek pelaburan yang direalisasikan yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat, secara lazimnya seperti yang saya sebut tadi, pelaksanaan sebuah projek pelaburan ini kadang-kadang mengambil masa sampai tiga tahun. Ada juga empat-lima tahun. Bergantung kepada skala projek dan kadar ekonomi semasa. Projek yang direalisasi adalah merujuk kepada projek yang telah memulakan operasi, sedang dalam pembinaan bangunan, kilang atau sedang dalam pemasangan mesin dan peralatan.
Jadi, oleh itu seperti yang saya sebut tadi, kita perlu perhalusi lebih dalam lagi angka untuk direalisasikan semasa projek-projek yang agak lambat dalam list itu. Kita akan kongsi dengan semua kerajaan negeri seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa tadi.
Tuan Yang di-Pertua, selepas para pelabur menyatakan hasrat untuk membuat pelaburan dalam negara dan seterusnya selepas pengumuman mengenai perkara tersebut dikongsikan, kita akan tidak menunggu tetapi sebaliknya membuat susulan bagi memastikan syarikat-syarikat mengemukakan permohonan masing-masing.
Tuan Yang di-Pertua, ada juga soalan daripada Sembrong mengenai status komitmen pelaburan dari China pada April yang lepas. Ini lebih kurang tujuh atau enam bulan yang lepas. Saya ingin berkongsi bahawa Syarikat GDS Services akan melabur RM4.5 bilion dalam tempoh 10 tahun untuk pembinaan kampus pusat data hyper skala.
Pusat data pertama mereka dengan pelaburan RM2.2 bilion baru sahaja dirasmikan di Johor. Syarikat LONGi salah satu pengeluar wafer silikon yang terbesar di dunia akan meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi solar ingots, wafer, cell dan module di Serendah, Selangor dengan pelaburan sebanyak RM1.8 bilion. Jadi, LONGi Malaysia akan mewujudkan lebih daripada 8,000 peluang pekerjaan secara keseluruhan dan LONGi juga akan membuat pelaburan baru di Bintulu, Sarawak dengan nilai pelaburan sebanyak RM1.3 bilion bagi projek pembuatan mono crystal.
Syarikat ZTE Corporation juga telah mengumumkan kolaborasi dengan Telekom Malaysia Berhad untuk menubuhkan dua buah pusat inovasi penyelidikan dan pembangunan dengan tujuan memajukan teknologi 5G di Malaysia serta menyokong transformasi digital TM. Pelaburan sebanyak RM207 juta akan diperuntukkan dalam tempoh lima tahun dan dijangka mencipta 100 peluang pekerjaan serta melatih lebih daripada 10,000 rakyat Malaysia. Kerjasama antara Zhejiang Zili Holdings Group dan DRB-HICOM bertumpu kepada perancangan pembinaan automatif high technology value di Tanjung Malim, Perak.
Selain itu, lima projek dengan pelaburan sebanyak RM91 bilion dijangka akan dimuktamadkan pada akhir tahun 2023 yang berpotensi untuk mewujudkan sejumlah
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
7,107 peluang pekerjaan, dan again saya nak rumuskan di sini kita akan laporkan juga status dalam pelaburan ini dari masa ke semasa.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Selangor juga telah membangkitkan isu tadbir urus Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030). Jadi, Yang Berhormat Kuala Selangor telah- untuk makluman Yang Berhormat Kuala Selangor, NIMP 2030 merupakan pelan perindustrian yang menetapkan aspirasi agar Malaysia muncul sebagai peneraju global dalam sektor pembuatan dengan complexity tertinggi dan mementingkan aspek kelestarian, memperluas hubungan domestik serta mengukuhkan kedudukan dalam rantaian nilai global.
So, NIMP 2030 mengambil pendekatan berasaskan misi atau pun mission-based approach dengan menggembleng usaha rentas kementerian dan agensi serta penglibatan aktif oleh pihak swasta. So, NIMP 2030 menyasarkan RM3.3 juta pekerjaan dalam sektor pembuatan dan sasaran gaji penengah atau median salary sebanyak RM4,510 menjelang tahun 2030.
NIMP 2030 telah menggariskan 21 strategi, 62 pelan tindakan dan disokong oleh empat enabler untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Sedikit Menteri kalau saya boleh celah. Semua blueprint-blueprint mutakhir ini sangat baik. Cuma saya mahukan kerajaan, Menteri dan kementerian mencerakinkan deraf an implementation action timeline dan come forward, datang ke Dewan ini dengan membuat pelaporan- pelaporan berkala supaya in all this long term kind of bluerprint tidak dilihat hanya ketika dia gagal di hujung tetapi dibawa di dalam implementation by way of deliverable. Apa pun pencapaiannya, dia mesti ada suatu accountability di Dewan ini for blueprint like this termasuk NIMP dan sebagainya supaya ada MPs dapat memantau dan at least di-updated, dengan izin. Jadi, kita memerlukan itu. This is what is missing all these many blueprint-blueprint ini Menteri, kalau boleh diambil perhatian. Terima kasih.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Kuala Selangor.
Setelah mengambil perhatian mengenai cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Kuala Selangor kerana pemantauan dan penilaian terhadap pelaksanaan pelan tindakan merupakan keutamaan untuk semua pelan terutamanya untuk NIMP bagi memastikan pelaksanaan pelan tindakan adalah sejajar dengan objektif yang telah ditetapkan. Jadi, kita sebenarnya ada struktur tadbir urus yang bertanggungjawab dalam menggerakkan hala tuju strategik, pemantauan dan penyelarasan.
Dimulakan paling atas sekali ialah Majlis Kebangsaan NIMP 2030 untuk National Council yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Lepas itu kita ada Jawatankuasa Pemandu- Steering Committee yang dipengerusikan saya. Dalam menyokong struktur ini, buat pertama kalinya. Dalam pelan-pelan sebelum ini tidak ada.
Kita ada delivery management unit. Biasanya kita tidak ada sebuah pasukan yang memastikan petugas khas berperanan sebagai project management office ini. Buat pertama kalinya dan diwujudkan di MITI untuk menyelaras urusan pentadbiran berkaitan pemantauan dan penilaian NIMP 2030.
Juga kita sedang sekarang mengkaji dan dengan mungkin akan setuju dengan cadangan Yang Berhormat Kuala Selangor, kita mungkin perlu berkongsi, apakah status pelaksanaan dari semasa ke semasa. At least once in every three months ya. Apabila mereka bermesyuarat, kita berkongsi bukan sahaja dengan ini tetapi kepada rakyat semua supaya mereka semua tahu siapa yang slow atau pun siapa yang laju lah in this case. Tuan Yang di-Pertua...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Puan Yang di- Pertua, boleh saya minta laluan sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri?
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Ya. Kubang Pasu.
Silakan.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Yang Berhormat Menteri MITI ni bagi saya seorang Menteri yang cemerlang dan saya amat puji pencapaian beliau daripada dulu sampai sekarang. Di bawah kepimpinan beliau di MITI , beliau banyak membuat inisiatif-inisiatif baru. New Industrial Master Plan, Jawatankuasa Tindakan Pelaburan dan of course Majlis Pelaburan Negara.
Saya nak minta satu perkara. Saya sebutkan dalam ucapan perbahasan saya Yang Berhormat Menteri iaitu peruntukan RM20 juta untuk baik pulih dan naik taraf infrastruktur kawasan-kawasan industri yang lama itu. RM20 juta sedikit sangat Yang Berhormat Menteri. Saya cadangkan supaya dinaikkan lebih daripada RM100 juta. Kita ada 13 buah negeri dan negeri-negeri ini amat memerlukan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan untuk naik taraf dan baik pulih infrastruktur kawasan industri kita supaya setaraf dengan negara-negara maju. Saya minta supaya ini Yang Berhormat Menteri dapatkan tambahkan RM80 juta lagi, dan insya-Allah saya akan sokong bajet MITI bila ada datang hari untuk kita mengundi. Terima kasih Tuan Speaker. Saya minta yang itu sahaja.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Terima kasih kerana mengemukakan cadangan tersebut. Saya sebenarnya tidak ada peruntukan yang cukup. Saya memang setuju. Memang kita perlukan lebih. Saya dah bangkitkan ini kepada KSP atau pun Kementerian Kewangan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan tetapi maklumlah kerana keadaan fiskal kita, mungkin mereka telah membuat keputusan supaya, tetapi insya-Allah saya akan cuba merayu juga kerana banyak pelan baharu. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat sebenarnya telah mengumumkan juga ada...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Ya, bukan hanya untuk negeri Kedah, untuk seluruh negara.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Ya. sekarang ini RM20 juta untuk semua tetapi yang diminta ialah hundred atau pun RM100 juta.
Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Puchong telah membangkitkan isu berkaitan industri kenderaan elektrik. So, Yang Berhormat Petaling Jaya secara khususnya telah membangkitkan dasar dan sokongan kerajaan bagi segi infrastruktur atau infrastructure serta insentif-insentif berkaitan EV untuk menarik minat pelabur dan juga rakyat.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di bawah NIMP 2030, EV telah dikenal pasti sebagai salah satu pemacu utama pertumbuhan ekonomi hijau. Kerajaan telah menetapkan pengeluaran EV tempatan jenis mampu milik sebagai projek berbentuk dengan izin, mission-based dan projek tersebut akan turut memperkasakan pembangunan industri E&E kita juga dengan izin, contohnya integrated circuit design.
Oleh itu, galakan dan inisiatif akan lebih diberi tumpuan kepada pembangunan industri ini, industri E&E ini dan juga rantaian bekalan terutamanya yang kritikal. Pelbagai galakan dan inisiatif telah diperkenal dan dilaksanakan oleh kerajaan yang bukan sahaja bertujuan menarik pelaburan dalam ekosistem EV ini, malah turut memberi manfaat kepada rakyat.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Insentif yang ditawarkan merangkumi pengecualian cukai langsung dan juga tidak langsung. Bagi cukai langsung, kerajaan menawarkan pengecualian cukai pendapatan melalui galakan Taraf Perintis ataupun Elaun Cukai Pelaburan ini sehingga 100 peratus sehingga 10 tahun untuk menggalakkan pelaburan dalam pengeluaran EV dan juga komponen-komponen kritikal berkaitan seperti bateri, motor dan lain-lain di mana sekali lagi dalam E&E ekosistem kita.
Manakala, bagi seperti cukai tidak langsung seperti duti import, duti eksais dan juga cukai jualan, kerajaan telah pun memberi lanjutan tempoh pengecualian sepenuhnya duti atau cukai tidak langsung bagi EV seperti berikutlah:
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
(i) tempoh pengecualian sepenuhnya untuk duti import ini, duti eksais dan juga duti jualan atas EV yang dipasang secara tempatan dilanjutkan lagi dua tahun sampai 31 Disember 2027; dan
(ii) tempoh pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais ini kepada CBU kita dilanjutkan kepada 31 Disember 2025.
Juga untuk EV kita ini bagi nak dorong penggunaan EV dalam negara, kerajaan turut menawarkan insentif secara langsung kepada pemilik EV seperti berikut:
(i) pengecualian sepenuhnya cukai jalan bagi EV sama ada yang dipasang secara tempatan atau diimport ini sampai Disember 2025; dan
(ii) pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 bagi kos pemasangan, sewaan, pembelian termasuk sewa beli peralatan atau yuran langganan kemudahan pengecasan EV untuk taksiran 2022-2023.
Di bawah Belanjawan 2024, tempoh galakan ini dilanjutkan lagi sampai empat tahun sampai tahun taksiran 2027. Juga di bawah Belanjawan 2024, kerajaan telah memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik dengan rebat sehingga RM2,400. Skim ini bertujuan membantu pengguna motosikal jenis petrol untuk beralih ke motosikal elektrik. Juga bagi mengukuhkan ekosistem EV dan merancakkan lagi penggunaan EV, kerajaan juga menawarkan insentif seperti berikut:
(i) galakan pengecualian sepenuhnya cukai pendapatan ke atas pendapatan berkanun mulai taksiran 2023 hingga ke tahun taksiran tahun 2032 dan layak Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk pengurangan cukai pendapatan sehingga 100 peratus bagi tempoh lima tahun bagi aktiviti pengilangan EV charging equipment; dan
(ii) galakan potongan cukai kepada syarikat yang menyewa EV dengan jumlah maksimum amaun sewaan yang layak dihadkan tidak melebihi RM300,000 berbanding RM100,000 sebelum ini.
Jadi, di bawah Belanjawan 2024, tempoh galakan ini dilanjutkan lagi dua tahun sampailah tahun taksiran 2027.
Di samping itu, insentif yang ditawarkan kerajaan juga tidak terhad kepada aktiviti pembuatan atau pengilangan dan import EVCBU. Kita ada Green Investment Tax Allowance, dan juga Green Income Tax Exemption turut ditawarkan untuk perkhidmatan hijau ataupun green services terhadap penyediaan infrastruktur pengecasan EV sehingga 31 Disember 2023.
Untuk The Green Investment Tax Allowance (GITA) ini, tempoh galakan telah dilanjutkan sampai 31 Disember 2026. Terima kasih Yang Berhormat.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Puan Speaker, apa yang saya katakan dalam perbahasan ialah di mana industri kena sentiasa perlu tunggu belanjawan baru kita tahu “Okey, apakah yang akan dilanjutkan?” Setiap kali insentif adalah dua, tiga tahun tapi apabila kita melabur, kita dapat pelaburan, ini adalah masa untuk 15 tahun ataupun 20 tahun. Adakah kerajaan akan adakan satu road map untuk EV supaya ada certainty in policy bagi pelaburan?
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Ya. Terima kasih.
Dari segi cukai memang seperti Yang Berhormat Puchong sedia maklum, memang peranan Kementerian Kewangan adalah untuk memastikan dari segi hasil dan juga penggunaannya adalah dari masa ke semasa kerana pada buat masa ini industri EV memang memerlukan bantuan dan ada yang sampai 10 tahun.
This is more on, dengan izin, cukai pendapatan (Pioneer Status) dan sebagainya, tetapi bagi cukai yang melibatkan pengimportan ataupun cukai yang melibatkan jualan, itu sebenarnya adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. Kalau boleh memang saya- kalau saya bercakap bagi pihak industri, saya memang bersetuju juga degan apa
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
yang disebut oleh Yang Berhormat Puchong kerana mereka ingin mendapatkan keuntungan sebanyak mungkinlah dan in a very long period of time, tetapi sebenarnya banyak cukai ini juga digunakan untuk membantu industri itu sebagai catalyst dan bila industri itu sudah maju ataupun matang, oleh itu tidak perlu lagi bantuan yang berbentuk cukai, kerajaan akan membuat keputusan. Dia memerlukan pandangan daripada pengguna juga adakah impaknya kepada pengguna. So, Yang Berhormat..
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Menteri.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
...Dari segi jangka masa panjang pengilangan memang ada tetapi dari segi penggunaan memang kita kena perhatikan dari segi pembangunan EV ekosistem itu sendiri.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Menteri, saya setujulah insentif ini adalah salah satu daripada kita punya insentif yang perlu kita bagi khususnya kepada FDI ini. Cuma saya merasakan bahawa sebahagian daripada FDI ini, investor yang datang ini, kita bila bagi dia approval, sudah tentu insentif pun kadang-kadang kita bagi after kita negotiate and then kita approve. Saya rasa kita juga kena letakkan jangka masa bila dia nak start. Once dia dah start, dia dah pecah tanah, dia dah construct, that one dia take four years is okay, consider done, tapi dia tidak boleh pegang kita punya approval ini, kemudian dia cerita tahun 2026- 2027 baru dia nak start. Jadi, kita punya tax system kadang-kadang insentif dia bertukar.
Jadi, dia hold kita punya approval tapi dia nak datang empat, lima tahun akan datang, I think any insentif yang you nak bagi you have to be very definitive. Berapa? Apa dia dapat dan you must at least come bila? I think that will be more effective. Kalau tidak from my experience, ada banyak daripada pelabur ini, kemudian dia datang dia bawa surat MITI. Dah lama, dah empat tahun dan sistem kita dah bertukar.
Then, bila kita continue bagi dia dan ada DDI punya investor, dia akan kompelin “Kenapa you bagi orang kat luar, dalam ni tak dapat?” So, I think this, you need to harmonize this so that kalau siapa nak dapat insentif, kita punya prasyarat once we already approved, you have to come within what, two years ataupun two and a half years depending on what kind of business. Kalau business itu memerlukan pembinaan bangunan atau factory atau machinery take four, five years, it’s considered done because you dah datang bawa masuk. I think this is very important. Kalau tidak, dia akan lagi berkecamuk dan inconsistent dengan kita punya DDI.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih.
Sebenarnya Yang Berhormat Titiwangsa, memang banyak syarikat-syarikat yang ada masalah kadang-kadang dalam dari segi sebelum pecah tanah, nak beli tanah, ada isu kontraktor dan dulu memanglah COVID-19 dan sebagainya. Mereka akan merayu kepada pihak MIDA dan MIDA akan bawa kepada NCI untuk melanjutkan lagi tempoh bukan sahaja insentif cukai but insentif-insentif yang berbentuk lainlah.
Cuma pada pendapat saya, saya memang sudah berbincang dengan pihak MIDA dan juga pihak NCI, kalau tidak ada sebab yang kukuh, kita tidak boleh memanjangkan insentif-insentif ini. Sebenarnya dalam surat kelulusan lesen pengilang kita telah- lesen pengilang itu dari e-ML, kita telah menyatakan tempoh untuk syarikat melaksanakan projek but it’s more yang, dengan izin, our discipline sama ada kita nak layan atau tidak layan, tapi dari segi itu memang kita dah ada syarat yang termasuk garis semasa untuk syarikat-syarikat tersebut untuk menyiapkan kilang mereka.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Puan Speaker, kalau boleh menteri boleh jawab.
Dalam perbahasan saya, saya juga ada soalan. Apakah langkah kerajaan untuk dapat satu polisi untuk memasukkan lebih banyak EV mampu milik Supaya pasaran di Malaysia lebih banyak EV mampu milik dan apakah policy differentiation antara EV mampu milik dan juga EV mewah?
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Ya. Betul. Kita pun nak mendemokrasikan penggunaan EV. Ya, democratization-lah of the EV use. Pada masa ini kalau kita lihat dari segi penggunaan ataupun harga EV memang lebih daripada RM100,000. Ini untuk kereta lah ya. Motosikal pun lebih kurang begitu juga. Sebenarnya
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
hampir 50 peratus daripada harga EV sebenarnya disumbang oleh kos bateri.
Memandangkan teknologi bateri EV ini masih dianggap baru dan melibatkan kos pembangunan yang tinggi, maka kos ini sangat mempengaruhi harga EV.
Mengenai isu harga mampu milik, buat masa ini syarikat-syarikat tempatan dan juga pelabur berpotensi sedang dalam peringkat merancang bagi mengeluarkan EV pada harga yang kompetitif. Saya tak boleh umumkan lagi tetapi apabila pertemuan dengan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat import ini, pasaran masa tempatan dalam masa satu hingga dua tahun akan dapat mengeluarkan kereta mampu milik untuk buatan tempatan.
Juga I think Yang Berhormat Puchong ada sebut pasal stesen pengecasan juga di mana khususnya untuk pembangunan infrastruktur pengecasan EV. Kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat memang banyak ramai yang akan terlibat. Sebenarnya Yang Berhormat Teluk Intan pun ada di sini telah mengambil langkah proaktif untuk menyempurnakan rangkaian infrastruktur pengecasan EV dalam negara kerana ini satu lagi kerisauan pengguna-pengguna EV, dengan izin, do we have enough EV charging stations?
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Jadi Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui agensi Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation telah membuat perancangan taburan untuk 10,000 unit pengecasan EV di seluruh negara. Ia dah identify mana kawasan-kawasan untuk buat pengecasan EV dan Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menambah baik proses sedia ada untuk pembangunan pengecasan EV di tepi lebuh raya.
Di peringkat pihak berkuasa tempatan juga dengan memendekkan masa yang diambil untuk pemprosesan permohonan dari pengusaha pengecasan EV dan juga KPKT sekali lagi melalui PLANMalaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga telah membangunkan satu garis panduan yang komprehensif untuk rujukan industri bagi memastikan pembangunan pengecasan EV dan juga CPU dapat dilaksanakan secara lebih sistematik dengan mempunyai aspek keselamatan. Jadi sebenarnya pada 12 Oktober 2023 baru-baru ini, telah diluluskan juga oleh KPKT mengenai panduan pemasangan pengecasan EV.
MITI juga mengambil maklum cadangan Ahli Yang Berhormat untuk mengguna pakai mekanisme Incentive-based Regulation (IBR). Yang Berhormat Puchong ada menyebut pagi ini. Dengan izin, sebagai initial push. I think it’s a good idea, Yang Berhormat cuma memandangkan kos semua di bawah aset Grid Nasional telah dimasukkan dalam pengiraan tarif asas yang akan dikenakan kepada semua pengguna tenaga elektrik. Cadangan ini saya akan kemukakan kepada NRECC untuk penelitian dan pertimbangan lanjut kerana kalau tidak silap saya, memang dia akan di-review again pada tahun hadapan.
Insentif-insentif yang ditawarkan oleh kerajaan diharap akan menjadi pemangkin, insya-Allah ke arah pembangunan ekosistem industri EV secara keseluruhannya. Dengan meningkatkan penggunaan EV, langkah ini dapat mengurangkan intensiti pelepasan GHG dan juga membantu Malaysia sebagai mencapai status negara neutral karbon menjelang tahun 2050.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit telah mengutarakan perkara berkenaan cadangan supaya Taman Teknologi Seri Iskandar diaktifkan sebagai kawasan perindustrian. Untuk maklumat Yang Berhormat, kementerian melalui MIDA dan Kerajaan Negeri Perak aktif mempromosikan kawasan-kawasan taman industri di seluruh negeri Perak termasuk kawasan-kawasan teknologi Seri Iskandar.
So, Yang Berhormat kerana masa telah tidak mengizinkan. Sebagai penutup ucapan penggulungan perbahasan...
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Yang Berhormat Menteri, last ya. Ini soalan saya nak tanya fasal banyak sangat orang tanya saya ini latest.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Saya nak tahu apakah rasionalnya MATRADE, dia sponsor QPR Stadium dekat UK. Apa dia punya link dengan MATRADE? I just want to know the rationale? Then how much that MATRADE bayar untuk QPR punya sponsor for five years?
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Okey, terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Seperti yang telah diumumkan dalam press statement kita, MATRADE Loftus Road Stadium adalah di mana QPR home ground. Kita telah dijenamakan semula sebagai MATRADE Loftus Road Stadium. Kosnya pada MATRADE ialah kosong, ialah percuma. Ia ialah CSR daripada salah satu pemilik QPR yang merupakan seorang warganegara Malaysia. Yang Berhormat pun kenal siapa. Dia kata dia nak bagi, mempromosikan our trade terutamanya sekarang UK pun sebagai salah satu negara yang join CPTPP. So, kontribusinya kepada Malaysia, dia kata dia bagi percuma tapi hanya dua tahun kepada MATRADE di mana kita tidak ada kos kepada MATRADE. Tapi kalau nak tengok bola, still kena beli tiket, Yang Berhormat...
[Tepuk] Terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Dua tahunlah?
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Dua tahun sahaja.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Dua free. Selepas itu tidak bayarlah?
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Selepas itu kita pergi Liverpool pula, Yang Berhormat.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Okey...
[Ketawa] So, saya fikir kalau kita kena bayar, bagi dekat Harimau Malaya lagi bagus.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz Okey, betul, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
Sekarang saya jemput Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam perpaduan, salam Malaysia madani.
Saya mulakan penggulungan dengan serangkap pantun– Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat, Tema Belanjawan 2024; Kerajaan bekerja demi rakyat, Semoga semua mendapat manfaat. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang masih ada dalam Dewan untuk mengikuti penggulungan termasuk juga empat orang Ahli Parlimen Pembangkang yang masih ada dalam Dewan ini.
Terlebih dahulu di kesempatan ini ingin merafak sembah dengan ucapan setinggi- tinggi tahniah dan ikrar taat setia dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri jajahan takluk Negeri Johor Darul Takzim sempena pemilihan Baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17.
Saya juga ingin merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ikrar taat setia dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Yang di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan atas pemilihan kedua- dua Baginda sebagai Duli Yang Maha Mulia Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong mulai 31 Januari 2024.
Seterusnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 27 Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan perkara berkaitan dengan Belanjawan 2024 di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan khususnya dalam lima bidang utama iaitu:
(i) kerajaan tempatan;
(ii) perumahan;
(iii) perancangan bandar;
(iv) perkhidmatan kebombaan; dan
(v) pengurusan sisa pepejal.
Seperti mana Dewan yang mulia ini sedia maklum, tema Belanjawan 2024 adalah Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat. Tuan Yang di-Pertua izinkan saya memberikan sedikit perspektif umum mengenai bajet yang diperuntukkan kepada KPKT untuk tahun depan. Secara keseluruhannya, KPKT menerima peruntukan sebanyak RM5.647 bilion untuk tahun 2024. Daripada jumlah tersebut, perbelanjaan mengurus (OE) diperuntukkan sebanyak RM1.86 bilion iaitu 33.1 peratus. Manakala perbelanjaan pembangunan melebihi perbelanjaan mengurus iaitu RM3.78 bilion ataupun 66.9 peratus untuk melaksanakan sejumlah 360 projek iaitu 299 projek sambungan dan 61 projek baharu.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, KPKT kami berasa amat bersyukur kerana telah menerima penambahan bajet bagi tahun 2024 sebanyak RM313.3 juta atau tambahan sebanyak 5.87 peratus berbanding dengan tahun ini. Bagi pihak KPKT, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan yang amat prihatin dalam memberikan keutamaan kepada rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, antara fokus utama belanjawan KPKT 2024 dari segi pembangunan:
(i) menyelenggarakan dan membaiki tandas awam di 150 PBT di seluruh negara melibatkan peruntukan RM150 juta;
(ii) menyelenggarakan lampu jalan termasuk menggantikan kepada jenis LED di bawah kawasan PBT di seluruh negara melibatkan peruntukan RM50 juta;
(iii) membaik pulih dan menaik taraf pusat penjaja dan prasarana awam yang uzur di 150 kawasan PBT melibatkan peruntukan sebanyak RM110 juta termasuk pasar-pasar awam;
(iv) membaik pulih dan menaik taraf gerai-gerai dan warung-warung kecil melibatkan peruntukan RM10 juta;
(v) membina ruang niaga baharu yang seragam, selesa dan selamat di seluruh kawasan PBT melibatkan peruntukan RM50 juta;
(vi) melaksanakan kerja-kerja pembaikan parit dan longkang yang rosak kepada 150 PBT melibatkan peruntukan sebanyak RM20 juta;
(vii) membangunkan infrastruktur dan sosial Kampung Baru Cina melibatkan peruntukan RM100 juta;
(viii) menyelenggarakan rumah ibadat bukan Islam melibatkan peruntukan sebanyak RM50 juta;
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
(ix) menyelenggarakan perumahan berstrata awam dan swasta melibatkan peruntukan sebanyak RM100 juta;
(x) membangunkan Program Perumahan Rakyat (PPR) melibatkan peruntukan sebanyak RM546 juta;
(xi) membangunkan Rumah Mesra Rakyat (RMR) melibatkan peruntukan RM358 juta;
(xii) membaik pulih kuarters bomba melibatkan peruntukan sebanyak RM50 juta; dan
(xiii) menambah baik kemudahan rawatan perubatan bagi anjing pakar pengesan Unit K9 di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta.
Selain itu kerajaan juga meluluskan dana jaminan khas projek terbengkalai sebanyak RM1 bilion, dan yang kedua jaminan sebanyak RM10 bilion di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bagi memanfaatkan 40,000 orang peminjam.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan tempatan. Seramai 13 orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu-isu berkaitan dengan kerajaan tempatan. Yang Berhormat Taiping mohon peruntukan untuk naik taraf Padang Esplanade dengan pemasangan lampu limpah dan mercu tanda bagi menaikkan imej dan identiti Padang Esplanade, Bandar Warisan Taiping.
Yang Berhormat Parit pula mencadangkan untuk membina sebuah dewan serba guna di Dataran Jagung Titi Gantung dan di perkarangan Masjid Bandar Universiti, Seri Iskandar bagi aktiviti masyarakat setempat.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan menyalurkan bantuan khidmat nasihat dan peruntukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan seluruh negara melalui pelaksanaan Projek-projek Berskala Kecil BP. 1 yang meliputi skop projek infrastruktur, kemudahan awam, sosial ekonomi dan keselamatan.
Salah satu kriteria permohonan di bawah skop infrastruktur adalah projek menaik taraf padang dan taman permainan. Manakala, di bawah skop kemudahan awam adalah projek pembinaan dewan serba guna.
Sehubungan itu, Majlis Perbandaran Taiping boleh mengemukakan permohonan cadangan menaik taraf Padang Esplanade bagi mengangkat citra bandar Taiping di bawah peruntukan BP.1 bagi tahun depan. Manakala, Majlis Daerah Perak Tengah juga boleh mengemukakan permohonan pembinaan sebuah dewan serba guna di Dataran Jagung Titi Gantung di bawah peruntukan BP.1 untuk pertimbangan kementerian khususnya Taiping akan menyambut ulang tahun ke-150 tahun untuk tahun depan.
Untuk makluman seterusnya, permohonan untuk membina dewan serba guna di perkarangan Masjid Bandar Universiti, Seri Iskandar perlu dikemukakan oleh pihak pengurusan masjid kepada Majlis Agama Islam Negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri selaku pihak berkuasa agama Islam yang menguruskan penyediaan prasarana dan kemudahan kawasan masjid.
Seterusnya, Yang Berhormat Parit mencadangkan pembinaan sebuah taman awam di Dataran Sungai Seluang yang mempunyai keluasan 19 hektar sebagai lokasi untuk beriadah. KPKT melalui Jabatan Landskap Negara telah menerima permohonan untuk membangunkan taman awam Dataran Sungai Seluang, Bandar Seri Iskandar dari pihak Majlis Daerah Perak Tengah.
Sehubungan itu, pihak Jabatan Landskap Negara akan mengadakan lawatan bagi menilai kesesuaian tapak berdasarkan kriteria pembangunan taman awam seperti yang ditetapkan. Cadangan pembangunan taman awam ini akan diangkat untuk pertimbangan Kementerian Ekonomi.
Untuk makluman, KPKT melalui JLN telah menyiapkan sejumlah dua projek taman awam baharu iaitu Taman Awam Limbang, Sarawak dan Taman Awam Kudat,
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Sabah. Tiga projek taman awam baharu lagi dijadualkan siap pada tahun ini juga. Iaitu Taman Awam Kerteh, Terengganu, Taman Awam Pasir Puteh, Kelantan dan Taman Awam Wawasan Vision Park Kepala Batas, Pulau Pinang.
Jabatan Landskap Negara juga telah menyiapkan tiga projek landskap perbandaran iaitu Landskap Perbandaran Bintulu, Sarawak, Landskap Perbandaran Batu Pahat, Johor dan Landskap Perbandaran Alor Setar, Kedah. Terbukti semua projek, semua negeri mendapat imbuhan. Seolah-olah dengan prinsip Kerajaan Malaysia Madani, tiada yang tertinggal, tiada yang terpinggir. Selain itu juga, bagi program naik taraf landskap seluruh negara sebanyak 21 projek telah siap dibina. Manakala, tambahan sebanyak 18 projek dijadualkan siap pada hujung tahun ini juga.
YB Bagan, YB Jelutong memohon peruntukan dipertingkatkan bagi inisiatif Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) berbanding 50 juta pada tahun ini. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, KPKT sentiasa komited untuk melaksanakan inisiatif penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam secara profesional, cekap dan telus.
Setakat ini, jumlah permohonan yang telah diterima bagi tahun ini juga adalah sebanyak 1,029 permohonan bersamaan dengan jumlah nilai iaitu sebanyak RM262 juta, tapi kita cuma ada peruntukan RM50 juta sahaja dan sebanyak 363 permohonan telah diluluskan. Melibatkan peruntukan sebanyak RM38.47 juta iaitu 77 peratus berdasarkan peruntukan RM50 juta yang diterima pada tahun ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Mana?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jelutong.
Tuan Nga Kor Ming
Ya. Sila.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih, jutaan terima kasih pada Yang Berhormat Menteri yang begitu prihatin tentang Rumah-rumah Ibadat Bukan Islam.
Cuma, saya gunakan kesempatan ini juga untuk merayu pada Yang Berhormat Menteri kalau boleh pertimbangkan peruntukan tahunan bagi Lembaga Wakaf Hindu kerana kita mempunyai 15 kuil. Kalau Yang Berhormat Menteri boleh mempertimbangkan peruntukan tiap-tiap tahun kepada Lembaga Wakaf Hindu untuk kita menguruskan kuil- kuil kita di bawah Lembaga Wakaf Hindu. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Menteri. Perkara yang sama. Kota Melaka.
Tuan Nga Kor Ming
Ya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Menteri, bolehkah berikan kita...
Tuan Nga Kor Ming
Juga Lembaga Wakaf Hindu juga, Kota Melaka?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
[Ketawa] Tentang peruntukan RM30 juta lebih itu yang telah diluluskan, bolehkah kita dapatkan senarai nama mereka yang berjaya? Supaya kita tahu di kawasan kita, siapa yang dapat dan kita boleh uar-uarkan berita yang baik ini.
Tuan Nga Kor Ming
Ya, boleh. Terima kasih kepada Kota Melaka dan Jelutong atas cadangan serta saya rasa perincian akan dibekalkan kepada Yang Berhormat selepas kita siapkan segala kelulusan dan dokumen.
Lembaga Wakaf itu kita akan kaji dari segi kemampuan kewangan negara di mana bagaimanapun untuk mempercepatkan proses penyaluran bantuan kewangan kepada pihak RIBI yang berjaya, KPKT akan mengadakan kerjasama strategi dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi memudah cara proses mematikan setem perjanjian antara KPKT dan Rumah Ibadat Bukan Islam.
Tuan Nga Kor Ming
KPKT akan memastikan peruntukan pada tahun depan iaitu RM50 juta dapat terus diagihkan kepada pihak RIBI dan memenuhi keperluan dan kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan. Pada tahun depan, KPKT telah diluluskan...
Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Menteri. Mohon sikit penjelasan.
Tuan Nga Kor Ming
Sila.
Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan Rumah Ibadat Bukan Islam. Jadi, kelulusan ini berdasarkan permohonan ataupun mengikut keperluan? Jadi, asalkan mohon dapat atau keperluan masyarakat setempat? Kerana kita melihat kadang-kadang mungkin dilihat berlebihan daripada kedudukan penduduk. Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan tersebut.
Jelas, sekiranya Yang Berhormat mengikuti perbahasan saya, kita menerima 1,029 permohonan, tapi yang diluluskan hanya 363 sahaja. Bermakna, jumlah yang dipohon hampir 300 juta, tapi atas kekangan kewangan yang ada kita cuma dapat bagi RM50 juta sahaja. Berbanding dengan peruntukan agama Islam RM1.9 bilion, tapi untuk Rumah Ibadat Bukan Islam, jangan lupa ada banyak yang telah pun melangkaui usia lebih 100 tahun. Banyak kuil-kuil Hindu ini memang dah berada di negara ini berabad-abad, tetapi tidak pernah menerima apa-apa bantuan daripada pihak kerajaan dahulu. Sehingga hari ini barulah kita nampak the fountain of justice started to blossom in our country. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun ini Yang Berhormat Temerloh memohon penjelasan mengenai jumlah RIBI. Yang Berhormat Klang telah mencadangkan satu mekanisme penapisan yang ketat bagi pemilihan penerimaan peruntukan RIBI serta mempercepatkan proses. Dia prosesnya sangat ketat dan semua yang ikut betul-betul ada keperluan. Saya bagi contoh, ada tokong yang dah runtuh. Adakah Yang Berhormat sudi tengok sampai dia runtuh? Penganut agama mati dalam tokong, baru kita nak bantu, takkan? Hati naluri kita tak sampai zalim sampai begitu, kan? Islam pun tidak membenarkan kezaliman, Yang Berhormat.
Bagi memastikan KPKT dapat mengagihkan peruntukan secara lebih telus dan efisien dalam tempoh masa yang singkat KPKT telah menyediakan garis panduan inisiatif penyelenggaraan RIBI 2023 sebagai panduan dalam memproses dan menimbang permohonan bantuan kewangan daripada pihak RIBI.
KPKT juga telah menubuhkan pasukan pemantauan dan penilaian bagi melaksanakan penilaian teknikal ke atas semua permohonan yang telah pun disaring.
Penilaian ini adalah penting bagi memastikan permohonan tersebut mematuhi keperluan- keperluan dalam garis panduan yang disediakan.
Dalam pada itu, satu Jawatankuasa Task Force Inisiatif Penyelenggaraan telah dibentuk untuk bersidang secara bersiri, berkala bagi menimbang dan meluluskan permohonan yang layak. YB Julau meminta supaya KPKT memasang papan tanda dan cat’s eye untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan Julau.
Untuk makluman, PBT boleh mengemukakan permohonan projek ini untuk pertimbangan kementerian tertakluk kepada syarat jalan-jalan tersebut perlu diselenggara oleh PBT. Sekiranya ia melibatkan jalan-jalan utama selain daripada jalan PBT ia adalah di bawah tanggungjawab JKR negeri ataupun daerah. Untuk makluman Yang Berhormat Julau. Yang Berhormat Puncak Borneo, memohon dana untuk memasang lampu jalan jajaran Jalan Kampung Mambong-Kelingka dan Kampung Mambong Sarig di kawasan Parlimen Puncak Borneo.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, KPKT telah menerima peruntukan sebanyak 50 juta di bawah Belanjawan 2024 bagi menyelenggara dan menggantikan lampu jalan di kawasan operasi PBT kepada jenis LED.
Kementerian ini melalui JKT boleh mempertimbangkan cadangan Majlis Perbandaran Padawan untuk pemasangan lampu jalan LED di jalan-jalan PBT menggunakan peruntukan BP.1. Walau bagaimanapun, kelulusan permohonan tersebut
Tuan Nga Kor Ming
tertakluk kepada kesesuaian projek dan sama ada ia memenuhi kriteria dan skop yang telah ditetapkan.
YB Padang Terap dan YB Kangar telah membangkitkan berhubung isu warga asing yang kononnya memonopoli perniagaan di kawasan PBT.
Tuan Nga Kor Ming
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, isu ini dah lama lah membelenggu negara kita. PBT sekarang memandang serius dan sentiasa memantau aktiviti perniagaan di pasar-pasar awam atau gerai-gerai bagi menangani isu perniagaan secara haram termasuklah peniaga warga asing dan peniaga pendatang tanpa izin.
PBT untuk maklumat, tidak pernah membenarkan mana-mana warga asing untuk memohon, memiliki lesen premis perniagaan sama ada kedai runcit, kedai makan, bengkel kereta dan pasar basah selaras dengan Undang-undang Kecil Penjaja dan Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian.
Undang-undang Kecil Penjaja dan Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian telah menggariskan bahawa kelulusan sewaan tapak pasar awam dan pengeluar lesen hanya diberikan kepada warganegara Malaysia sahaja dan warga asing yang bekerja dengan penyewa tapak pasar awam mestilah mempunyai pas kerja yang sah. Bagi penyewa tapak pasar yang menyewakan tapak kepada warga asing, PBT tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas dengan menarik semula sewaan tapak serta lesen perniagaan akan dibatalkan.
PBT amat komited melaksanakan operasi penguatkuasaan dengan melakukan semakan status peniaga sedia ada serta pemeriksaan di setiap pasar awam dan premis milik PBT. Operasi bersepadu juga dijalankan bersama Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia, memandangkan sebarang tindakan penahanan warga asing atau pendatang asing tanpa izin adalah di bawah bidang kuasa dan pengurusan jabatan tersebut.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, PBT tahun ini telah melaksanakan sebanyak 1,558 operasi bersepadu. Sehingga 31 Ogos 2023, sehingga September ini, sebanyak 26,108 lesen peniaga telah dibatalkan oleh PBT atas sebab pelanggaran syarat- syarat lesen dan premis.
Yang Berhormat Padang Serai mencadangkan supaya Majlis Perbandaran Kulim membaiki kerosakan jalan yang serius di Taman Lagenda dan Taman Puteri. KPKT mengambil berat dan sentiasa berusaha memastikan kesejahteraan dan ketenteraman hidup komuniti di kawasan pentadbiran PBT melalui penyediaan peruntukan BP1 untuk menaik taraf infrastruktur dan kemudahan awam milik PBT termasuklah jalan-jalan taman perumahan. KPKT sedia mempertimbangkan cadangan untuk membaiki kerosakan tersebut melalui permohonan oleh Majlis Perbandaran Kulim.
Yang Berhormat Kuala Kedah membangkitkan berhubung masalah banjir kilat di kawasan Kuala Kedah.
Untuk makluman, KPKT sedang mengenal pasti sebanyak 855 lokasi hotspot banjir kilat di kawasan PBT di seluruh negara. Antara punca kejadian banjir kilat adalah keadaan sistem perparitan yang telah uzur, rosak dan melebihi kapasiti. Untuk makluman, tahun ini peruntukan sebanyak RM30 juta telah diluluskan bagi menaik taraf dan menyelenggara 83 projek perparitan dan longkang. Sehingga hari ini, 31 Oktober sebanyak 40 buah projek telah siap dilaksanakan dengan kos sebanyak RM14 juta.
Melalui inisiatif Belanjawan Tahun 2023, KPKT juga telah mengagihkan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi melaksanakan 419 buah projek penyelenggaraan kolam takungan banjir di kawasan PBT. Sehingga kini, sebanyak 11 buah projek telah berjaya disiapkan dan 378 projek dalam pelaksanaan, melibatkan kos sebanyak RM41 juta. Daripada peruntukan sebanyak RM100 juta tersebut, KPKT telah menerima permohonan dan meluluskan peruntukan sebanyak RM180,944 bagi menyelenggara kolam takungan banjir di kawasan Kuala Kedah. Bagi tahun depan, KPKT telah diperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan parit dan longkang yang rosak di kawasan PBT.
Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Temerloh telah memohon untuk mendapat perincian bagi infrastruktur asas yang diperlukan setiap tahun di kampung baru Cina. Beliau mencadangkan agar keutamaan peruntukan ini diberikan kepada Sabah, Sarawak kerana kebanyakannya melibatkan kawasan pedalaman. Untuk makluman buat masa ini, negara kita ada lebih 15,950 kampung-kampung tradisi tapi kampung baru Cina hanya 613 buah sahaja.
Lebih kurang lima peratus kampung-kampung adalah kampung baru Cina di bawah seliaan atau KPKT dengan sebahagian besarnya mereka penduduk di pinggir bandar ataupun di luar kawasan operasi, kawasan kutipan cukai taksiran PBT.
Sehubungan itu, sebagai kerajaan yang penuh bertanggungjawab, kerajaan perlu menyediakan peruntukan bagi memastikan penduduk-penduduk di kampung baru Cina juga menikmati pembangunan yang sewajarnya adil selaras dengan prinsip keadilan dengan arus pembangunan negara dan juga konsep Malaysia Madani.
Peruntukan berjumlah RM100 juta bagi tahun depan akan digunakan untuk menaik taraf infrastruktur asas seperti jalan raya, longkang, parit, lampu jalan, balai raya, gelanggang sukan untuk kemudahan serta keselesaan penduduk-penduduk. Selain itu, peruntukan tersebut juga akan dimanfaatkan untuk membaik pulih dan membina baru rumah bagi menggantikan rumah-rumah usang daif penduduk kampung baru.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga telah meluluskan peruntukan berjumlah RM109 juta untuk pembangunan kampung baru bagi tahun 2023 berbanding dengan RM84 juta untuk tahun 2022. Pecahan peruntukan pembangunan kampung baru adalah seperti berikut dengan prinsip ketelusan.
(i) program pembangunan infrastruktur sebanyak RM77.5 juta, dia melibatkan 350 buah projek;
(ii) program bantuan baik pulih rumah sebanyak RM1.45 juta melibatkan 22 buah rumah yang usang dan hampir runtuh;
(iii) program bantuan bina baru rumah sebanyak RM5 juta yang menyasarkan 300 buah rumah; dan
(iv) naik taraf dan penyelenggaraan kampung baru di bawah inisiatif Belanjawan 2023 sebanyak RM25 juta.
Program Sentuhan Kasih KPKT telah menjelajah ke seluruh negara, sebenarnya semalam saya pun baru selesai Program Sentuhan Kasih di kawasan Sungai Siput.
Sehingga kini, sebanyak 494 buah projek kemajuan kampung baru telah diluluskan di bawah program infrastruktur. Sejumlah 22 buah rumah kini dalam proses pembinaan oleh peneraju projek yang dilantik iaitu SPNB dan 336 permohonan bantuan baik pulih telah diluluskan dan 91 projek naik taraf dan penyelenggaraan kampung telah pun diluluskan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam tahun ini juga KPKT telah memperkenalkan program naik taraf tandas awam dan pasar awam PBT bagi kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf melibatkan 120 buah tandas awam dan 15 buah pasar awam PBT untuk memulihkan kerosakan dan meningkatkan kebersihan. Anggaran kos peruntukan yang terlibat adalah sebanyak RM10 juta.
KPKT melalui JKT telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia tahun ini pada 17 Oktober bagi menyampaikan pengiktirafan peranan dan sumbangan PBT di dalam menangani isu-isu kesihatan persekitaran di kawasan PBT. Majlis ini juga memberikan pengiktirafan kepada PBT yang cemerlang dalam pelaksanaan kempen-kempen kesihatan persekitaran melibatkan 55 buah PBT di seluruh negara dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1 juta.
Demi meningkatkan tahap kebersihan awam, KPKT buat julung kali, semalam telah menganjurkan Anugerah Toilet of The Year 2023. Penganjuran majlis ini merupakan julung kali diadakan sebagai satu langkah dalam memberi pengiktirafan kepada premis swasta yang berjaya menyediakan tandas-tandas awam yang bertaraf BMW. Apa itu BMW? Bersih, menawan dan wangi. Jangan lupa kebersihan adalah sebahagian dari
Tuan Nga Kor Ming
keimanan. Oleh kerana itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk membela dan menjaga kebersihan awam. KPKT telah menerima sebanyak 345 penyertaan bagi tahun ini. Sebanyak lima kategori telah dipertandingkan iaitu hotel, pusat beli belah, kawasan rehat dan rawat, stesen minyak dan restoran.
Seterusnya Yang Berhormat Kepala Batas juga meminta satu penyelarasan dan pemantauan dibuat bagi projek perumahan awam yang dilaksanakan oleh syarikat- syarikat GLC. Yang Berhormat Kepala Batas juga mencadangkan Dasar Perumahan Negara perlu selari dengan Dasar Gaji Minimum.
Untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, KPKT bertanggungjawab menyediakan perumahan yang berkualiti, kondusif, berdaya huni dan mampu milik untuk rakyat. Kerajaan sentiasa komited untuk menyediakan rumah mampu milik khususnya untuk golongan B40 dan M40 termasuklah pasangan muda, ibu tunggal dan golongan rentan yang lain.
Antara projek-projek RMM kementerian ialah Program Perumahan Rakyat, tahun depan RM546 juta dan juga Rumah Mesra Rakyat, RM358 juta untuk golongan B40, kediaman SPNB, perumahan PR1MA dan lain-lain. KPKT juga telah dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras bagi tujuan...
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Nga Kor Ming
Ya.
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Wangsa Maju.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Kuala Nerus, Kuala Nerus.
Tuan Nga Kor Ming
Maju dulu lepas tu Yang Berhormat.
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Terima kasih Yang Berhormat...
Tuan Nga Kor Ming
Kerana saya ada lagi...
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
...Menteri...
Tuan Nga Kor Ming
...Satu, 40 muka surat.
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pasal merujuk kepada pasal rumah-rumah mampu milik yang polisinya sekarang tersedia yakni polisi pembangunan rumah mampu milik di mana pemaju memerlukan, membekalkan hanya satu petak parking bagi setiap unit rumah mampu milik.
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Jadi di Kuala Lumpur, polisi ini telah menyebabkan kesesakan di tepi-tepi jalan apabila tuan punya ataupun pemilik rumah mampu milik ini mempunyai lebih daripada satu buah kereta. Jadi contohnya, kalau satu rumah mampu milik itu mempunyai 2,400 unit, kalau kita ambil 50 peratus daripada pemilik-pemilik pun yang ada dua kereta jadi kita akan mendapati 1,200 kereta di tepi-tepi jalan.
Jadi adakah kementerian sedang fikirkan untuk melihat kembali polisi satu unit, satu petak parking bagi rumah-rumah mampu milik? Terima kasih.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cuma saya hendak penjelasan tentang perumahan di bawah SPNB. Setakat ini kalau Terengganu semuanya projek ini telah tidak berjalan. Adakah duit peruntukan yang ada agak besar? Terima kasih. Harap projek-projek yang sudah dimulakan, tetapi hendak kata terbengkalai pun mungkin boleh sebut terbengkalai. Bila ia akan dimulakan semula di bawah kerajaan baru ini? Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada kedua-dua orang Yang Berhormat yang telah bertanya. Pertama, Wangsa Maju bertanyakan tentang polisi rumah mampu milik- satu rumah, satu tapak kereta. Sebenarnya isu ini adalah chicken and egg issue.
Tuan Nga Kor Ming
Jika kita bagikan lebih parking- maka kita menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan ini kita akan kaji semula. Sekiranya mereka mampu beli sampai tiga, empat biji kereta saya rasa mereka mungkin tak layaklah untuk duduk di PPR. Patut bagi peluanglah kepada orang lain untuk duduk di PPR.
Tentang projek SPNB di Terengganu, sukacita dimaklumkan sebenarnya Yang Berhormat tidak ada projek terbengkalai di mana-mana agensi kerajaan di bawah KPKT.
Mungkin ada kelewatan saya tidak nafikan, tetapi sekiranya ada kes-kes spesifik, Yang Berhormat sila tulis kepada saya. Saya akan mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Seterusnya kita- KPKT, bagi penyediaan Rumah Mesra Rakyat di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas. Untuk tempoh sehingga 30 Jun tahun ini, sebanyak 261,901 unit rumah mampu milik telah siap dibina dan dalam fasa pembinaan. Jumlah ini sebenarnya menyumbang kepada 52.38 peratus daripada 500,000 unit rumah mampu milik yang disasarkan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, pada tahun lepas kerajaan telah bersetuju dengan hala tuju baru pelaksanaan PPR. Dengan penetapan saiz keluasan yang baru iaitu seluas 750 kaki persegi sebagai saiz minimum dengan hasrat kerajaan bagi meningkatkan daya huni penduduk PPR. Menerusi Projek Perumahan Inklusif Madani...
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Ya?
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Satu soalan.
Tuan Nga Kor Ming
Ada lagi?
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Ya, berkenaan dengan saiz rumah, 700 dulu Rumah Mesra Rakyat 1,000 kaki persegi. Sekarang diturunkan kepada 750 kaki persegi. Adakah bilangan bilik yang sama ataupun macam mana?
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Kita kena pastikan satu Rumah Mesra Rakyat, satu program perumahan rakyat. Ini dua-dua adalah perkara yang berbeza. Untuk PPR yang saya sebut tadi adalah 750 kaki, jika tidak silap saya dulu hanya 660 kaki sahaja.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Adakah 750 kaki tiga bilik ataupun...
Tuan Nga Kor Ming
Ya. Minimum tiga bilik, dua bilik air.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Jadi ya, saya sudah pergi tengok sebenarnya terlalu sempit. Kalau tiga bilik untuk 750 kaki memang ruang tamunya kecil dan juga dapur pun sempit. Adakah ini akan di-revise balik tentang saiz yang sepatutnya?
Tuan Nga Kor Ming
Okey, saiznya berkaitan dengan kos juga. Kosnya sebenarnya PPR merupakan satu program perumahan sosial, okey. Demi menjaga keadilan kepada rakyat. Setiap rumah PPR setiap unit dianggarkan kosnya lebih kurang RM250,000 sampai RM300,000, tetapi rakyat yang layak menerima PPR dia hanya membayar RM45,000 untuk sebuah rumah bernilai RM300,000. Dengan kata lain, setiap unit rumah PPR kerajaan bagi angpau ataupun subsidi sebanyak RM250,000, hampir. Ini merupakan satu limpahan kurniaan yang amat dengan semangat Rahmah.
Saiznya memang kita hendak pastikan, jika kita bagi dua bilik ada pula pasangan yang bising. Katakan empat anak, dua orang lelaki dan dua orang perempuan, hendak duduk mana? Kita pun tak nak perempuan dan lelaki duduk dalam bilik yang sama. Oleh kerana itu, kita tetapkan saiznya tiga bilik. Satu master bedroom untuk ibu bapa, satu bilik untuk anak lelaki, satu bilik untuk anak perempuan. Ini adalah saiz- minimum spec yang telah ditetapkan oleh KPKT.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Yang Berhormat Menteri, memanglah dia menjadi antara harga dengan saiz rumah itu. Cuma yang saya hendak timbulkan ialah bila rumah ruang tamu itu sempit, bila anak lima, enam orang, ini akan
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
menyebabkan— itu yang melepak di luar dan merata-rata. Adakah cara lain supaya memastikan okeylah rumah itu 750 persegi, tetapi ada tempat di mana anak yang tinggal di flat itu ada tempat untuk mereka berehat atau sebagainya oleh kerana rumah sudah penuh? Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih atas soalan Yang Berhormat. Oleh kerana itu, KPKT dengan hala tuju yang baru kita telah menetapkan hala tuju yang baru supaya PPR baru yang akan kita bina akan menjadi well integrated, dengan kemudahan-kemudahan yang lain termasuk padang riadah untuk anak-anak tersebut bersukan. Ada juga medan selera, ada juga kedai kemudahan- convenience shop. Mungkin jika ada ruang, klinik akan disediakan.
Ini semua adalah satu pakej, tetapi saya rasa tak boleh macam ini. Saya nanti ada yang tak sempat, saya rasa tak boleh dialog macam inilah. Yang tak sempat saya akan bagikan jawapan bertulis.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
[Bangun]
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
[Bangun]
Tuan Nga Kor Ming
Kedua-dua Yang Berhormat tak bahas dalam isu ini.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Satu. Bukan, bukan, satu sahaja sikit sahaja.
Tuan Nga Kor Ming
Yang tak bahas, saya rasa tidak adil untuk saya berikan ruang kerana banyak lagi yang bahas saya kena berlaku adil.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Sikit sahaja, sikit je Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Indera Mahkota memang ini- itu cara dia.
Yang tak bahas mohon- lain-lain bahas saya akan jawab. So, saya minta maaf ya.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Saya ada bahas.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Saya ada bahas juga.
Tuan Nga Kor Ming
Tidak, tidak, tidak. Saya tidak akan layan mereka yang tak bahas kerana tidak adil untuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang bahas.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Bukan, sikit sahaja boleh?
Tuan Nga Kor Ming
KPKT telah dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras bagi tujuan RMM ini. Bagi untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, saya rasa banyak lagi ini. Okey.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat Padang Besar. Padang Besar menyarankan supaya kerajaan memberi penekanan kepada pemilikan rumah untuk golongan M40 secara sewa beli- rent-to-own, atau council housing. Yang Berhormat Kepala Batas juga mencadangkan lebih banyak projek perumahan rakyat dibina berkonsepkan kepada rent-to-own.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, menerusi Rancangan Malaysia Kedua Belas, kerajaan telah menetapkan bahawa Skim Rent-to- Own akan diperluaskan bagi membolehkan lebih ramai kumpulan sasar iaitu golongan B40 dan M40 dapat memiliki rumah.
Selain itu, kerjasama dengan institusi kewangan akan diteruskan untuk menyediakan pakej pembiayaan perumahan yang menarik dan mampan.
Untuk makluman, KPKT melalui Perbadanan PR1MA dan Syarikat Perumahan Negara (SPNB) menyediakan perumahan seperti program-program rumah sosial dan ini semuanya dengan kebanyakan harga jualan tidak melebihi RM300,000. Setakat ini, sejumlah 28,583 unit kediaman SPNB telah siap dibina- 1,024 unit dalam pembinaan, dan 531 unit sedang dalam perancangan.
Tuan Nga Kor Ming
Perbadanan PR1MA juga merupakan sebuah badan berkanun di bawah seliaan KPKT yang menyediakan perumahan mampu milik untuk golongan M40. Sehingga 15 Oktober 2023, PR1MA telah membina sebanyak 35,454 unit rumah mampu milik.
Manakala 14,427 unit dalam pembinaan dan 3,765 unit dalam perancangan di seluruh negara.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, apabila saya diberikan amanah menjadi Menteri KPKT saya telah mewarisi 24 projek sakit PR1MA sampai saya hendak pengsan, tetapi sukacita dimaklumkan hari ini saya dan bersama dengan pasukan KPKT telah selesai 17 projek sakit, tahun depan semua 24 projek sakit akan diselesaikan dengan rumah siap dibina dan kunci diserahkan kepada pembeli.
Sebagai makluman, sepanjang tahun ini PR1MA kini telah menerima pelbagai pengiktirafan yang melibatkan 12 anugerah industri antaranya daripada PropertyGuru Asia Awards, Malaysia StarProperty Awards, dan CIDB Shake Awards bagi tujuh projek PR1MA di seluruh negara. Ini menunjukkan komitmen PR1MA dalam menyediakan perumahan mampu milik di seluruh negara termasuk dengan menyiapkan semua projek sakit. Pastikan tiada projek yang terbengkalai.
Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Padang Rengas membangkitkan isu berhubung kesukaran mendapat pinjaman perumahan daripada institusi kewangan terutamanya bagi golongan yang bekerja sendiri.
Tuan Nga Kor Ming
YB Padang Besar pula membangkitkan isu pemilikan rumah untuk golongan M40.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Madani sentiasa komited membela nasib rakyat dan telah menyediakan beberapa inisiatif bagi meningkatkan pemilikan rumah. Salah satunya, melaksanakan inisiatif i-Biaya.
Inisiatif ini menyediakan jaminan pembiayaan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan, khususnya pembeli rumah pertama termasuk mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap, gig economy atau penyata gaji. Melalui inisiatif ini, kerajaan memberi jaminan– minta Ahli Yang Berhormat uar-uarkan had pembiayaan sehingga 500 ribu. Ini termasuk jumlah pembiayaan pokok, jaminan tempoh pengurangan kadar gaji- mortgage reducing term insurance- MRTA, takaful gadai janji- mortgage reducing term takaful, yuran guaman, yuran penilaian.
Pembiayaan adalah terhad kepada rumah pertama sahaja. Walau bagaimanapun, pembiayaan ini tidak terhad untuk kediaman baharu sahaja, tetapi termasuk juga rumah sedia ada ataupun rumah lelong. Berdasarkan pengumuman Ekonomi Madani baru-baru ini, jumlah keseluruhan pinjaman jaminan yang telah diberi oleh kerajaan telah meningkat sekali ganda ke jumlah RM10 bilion sepanjang tempoh pelaksanaan SJKP ini.
Di sepanjang pelaksanaan SJKP sehingga 30 September 2023, sebanyak 30,841 permohonan pinjaman bernilai RM5.85 bilion telah diluluskan. Seterusnya, kerajaan melalui Belanjawan 2024 telah mencadangkan untuk menambah lagi RM5 bilion supaya jumlahnya adalah RM10 bilion untuk memanfaatkan semua 40 ribu peminjam.
YB Taiping telah mencadangkan Kerajaan Persekutuan mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi menetapkan kadar harga minimum hartanah bagi pemilikan oleh warga asing supaya harga yang ditetapkan adalah munasabah dan praktikal.
Penetapan kuota maksimum pemilikan hartanah warga asing boleh dibuat bagi menjaga kepentingan rakyat. YB Taiping juga telah menarik perhatian berhubung cadangan kerajaan untuk mengenakan cukai duit setem pada kadar empat peratus atas pembelian hartanah warga asing.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, penetapan bagi penjualan, sama ada kepada warganegara atau warga asing seperti juga kuota bumiputera atau harga jualan kepada warga asing adalah bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Kementerian ini bersedia untuk bekerjasama dengan semua kerajaan negeri, khususnya dalam bidang perumahan agar manfaat dapat dinikmati oleh rakyat.
Tuan Nga Kor Ming
KPKT berpandangan bahawa cadangan kenaan cukai duti setem pada kadar empat peratus kepada pindah milik hartanah atau pembelian hartanah oleh warga asing, kecuali individu pemastautin tetap di Malaysia boleh dilaksanakan.
Namun, keutamaan KPKT kini adalah bagi memastikan setiap rakyat mempunyai tempat tinggal tanpa mengira sama ada secara pemilikan atau sewaan selaras dengan hasrat dan matlamat Dasar Perumahan Negara. Bagi tahun ini, projek PPR telah siap iaitu projek Kuala Nerus, Terengganu melibatkan 500 unit rumah pangsa walk up Projek ini telah memberikan manfaat kepada sejumlah 2,000 orang penghuni. Tambahan lagi, adalah dijangka sebanyak empat projek PPR siap merangkumi 2,400 unit rumah yang mampu menempatkan sebanyak 9,600 orang penghuni dengan kemudahan bersepadu.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] YB Jelutong minta supaya proses pembinaan rumah PPR Kota Giam, Pulau Pinang dipercepatkan. Untuk makluman, pada tahun ini Kerajaan Persekutuan telah meluluskan satu projek PPR baharu di Daerah Timur Laut Pulau Pinang iaitu PPR Kota Giam. Cadangan komponen pembangunan PPR Kota Giam, Jelutong serta kemudahan asas seperti dewan, surau, tadika, taska, kedai, gerai tertakluk kepada kelulusan Kementerian Ekonomi.
Walau bagaimanapun, mesyuarat pra-makmal pengurusan nilai- value assestment bagi projek ini telah diadakan dan mendapati bahawa terdapat beberapa isu berbangkit di tapak yang memerlukan perbincangan dan perundingan semula oleh kementerian dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, kita komited untuk mempercepatkan pembangunan projek PPR tersebut atas kepentingan awam.
Di bawah Kerajaan Madani, KPKT sedang mengkaji untuk mentransformasikan PPR kepada PPR yang lebih berkualiti. Penyediaan perkhidmatan yang bersepadu dan dilengkapi teknologi terkini seperti pengurusan penyelenggaraan yang lebih efisien bagi memastikan daya huni serta persekitaran yang baik kepada penghuni.
Walau bagaimanapun, transformasi ini tidak akan berjaya sekiranya rakyat tidak mempunyai rasa kepunyaan ataupun sense of belonging dan kebertanggungjawaban- sense of responsibility, dengan izin, terhadap PPR tersebut.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
YB Seputeh telah mencadangkan satu badan berkecuali untuk menyelesaikan projek perumahan swasta yang sakit ataupun terbengkalai. Badan berkecuali ini perlu terdiri daripada pegawai-pegawai tidak terlibat dalam mengawal selia pengeluaran lesen perumahan di bawah Akta 118.
YB Kuala Nerus mencadangkan supaya kerajaan pusat berhubung terus dengan pemaju dan kontraktor bagi menyelesaikan masalah projek terbengkalai.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat...
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, Kapar bangun.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Kapar.
Tuan Nga Kor Ming
Ya.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Saya telah membangkitkan Majlis Perbandaran Klang mahu dijadikan bandar raya tak lama lagi. Di antara yang saya risau ini ialah Batu 14, Jalan Kapar, tapak pelupusan sampah haram masih terbakar. Berkali-kali sudah. Saya difahamkan Majlis Perbandaran Klang tak cukup duit hendak angkat 400 tan sampah.
Sampah solid, macam-macam lah termasuklah sisa kilang. So, saya hendak mintalah kepada KPKT tolong bantu, beri peruntukan yang secukupnya. Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Ya. Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Untuk makluman, negeri Selangor bukan di bawah Akta 672 kerana proses rundingan masih dijalankan.
Bagaimanapun, KPKT akan mengkaji, apakah bantuan yang kita mampu untuk bantu mengatasi masalah bersama dengan semangat we are stronger together.
Untuk jawapan kepada YB Seputeh dan juga YB Kuala Nerus di mana KPKT telah pun menubuhkan satu pasukan khas iaitu task force projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri KPKT yang duduk di belakang saya. Manakala kawal selia pengeluaran lesen perumahan adalah di bawah seliaan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara. So, there’s no conflict of interest. Pegawai-pegawai terlibat dalam pasukan khas ini adalah pegawai yang berpengetahuan dan mempunyai pengalaman yang mendalam supaya dapat memberikan input-input yang bernas dalam membantu memulihkan projek perumahan sakit dan terbengkalai.
Untuk makluman, melalui task force ini empat elemen utama yang sangat ditekankan sebagai terma rujukan iaitu:
(i) tracking- pengenalpastian;
(ii) resolve- penyelesaian;
(iii) preventive- pencegahan; dan
(iv) model ke hadapan- *forward modelling.
Task force* ini terlibat dalam proses penjejakan- tracking setiap projek perumahan swasta, mengikut pencapaian kemajuan kerja sama ada dalam kategori lewat, sakit atau terbengkalai. Tiga kategori ya. Mereka juga mengenal pasti punca masalah yang berlaku, membuat analisa bagi setiap projek bagi menentukan kaedah penyelesaian dan pemulihan serta mencadangkan penambahbaikan yang teratur dan sistematik bagi memastikan kepentingan rakyat terutamanya pembeli dapat dilindungi.
Sehingga 30 September tahun ini, sukacita dimaklumkan atas usaha gigih special task force KPKT, sebanyak 301 projek perumahan swasta yang sakit dan terbengkalai melibatkan 38,752 unit rumah dengan nilai gross development value sebanyak RM28.88 bilion telah akhirnya berjaya dipulihkan. Susulan daripada pengumuman Belanjawan Madani yang memperuntukkan dana jaminan khas berjumlah RM1 bilion bagi menggalakkan pemaju yang berwibawa membantu untuk memulihkan projek-projek lama ini...
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
[Bangun]
Tuan Nga Kor Ming
KPKT sedang menyediakan prosedur kerja dan meneliti kriteria projek yang bersesuaian...
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Untuk dipulihkan di bawah inisiatif ini. Antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti peratus kemajuan yang sudah hampir siap, sekurang-kurangnya 80 peratus dan ke atas. Keutamaan diberi kepada program perumahan di bawah kerajaan, pihak berkuasa negeri dan keupayaan pemaju untuk memulihkan projek-projek sakit tersebut.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Untuk makluman, kementerian juga berusaha untuk mengenal pasti dan menyelesaikan isu projek perumahan sakit dan terbengkalai secara holistik dan melibatkan lebih banyak pihak dalam industri. Sebenarnya banyak langkah, ada enam langkah yang telah pun, tapi saya rasa...
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Ada banyak lagi yang saya nak jawab.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Sikit sahaja Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Tinggal 11 saat sahaja. Saya- boleh tak saya akan berikan jaminan, kita akan berikan jawapan bertulis kepada 27 orang Ahli Parlimen yang telah pun berusaha gigih membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan kementerian.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Sikit Menteri, kebakaran Pulau Ketam.
Tuan Nga Kor Ming
Saya tahu semua memang sikit, tapi masa amat cemburu.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Kebakaran Pulau Ketam.
Tuan Nga Kor Ming
Kecuali Tan Sri Speaker beri saya tiga jam tambahan.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
[Ketawa]
Tuan Nga Kor Ming
Saya akan berusaha untuk menjawab soalan.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Nanti beri bertulis ya, Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Oleh kerana itu, saya akur kepada ketetapan masa kerana ini adalah antara disiplin yang wajib kita observe bersama.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Okey, jangan lupa kebakaran Pulau Ketam.
Tuan Nga Kor Ming
Saya akhiri dengan kata-kata ini.
Tuan Nga Kor Ming
KPKT sentiasa sedia berbakti, Semua kaum dan agama bersatu hati, Bersama memperkasa Ekonomi Madani, Mengangkat Malaysia gemilang kembali. Sekian, terima kasih...
[Tepuk]
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, Speaker, Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Menteri.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Hendak bertanya sedikit untuk Menteri bila agaknya jawapan boleh kita dapat.
Seorang Ahli
...Esok.
Tuan Nga Kor Ming
Mengikut Peraturan Mesyuarat dan juga arahan daripada Tan Sri Speaker, sukacita KPKT akan bekalkan jawapan bertulis dalam tempoh lima hari.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Silakan.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Selamat petang dan salam Malaysia Madani.
*Sinar suria di waktu pagi, Menyuluh terang sarang tempua; Budayakan sains raikan teknologi, Cetuskan inovasi untuk semua.
Pembudayaan sains sepanjang hayat, Bakat terulung segak dan tampan; R&D berkualiti berteraskan rakyat, Memacu negara maju dan mampan*.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Arthur Joseph Kurup
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 16 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi Perbahasan Belanjawan 2024 serta telah membangkitkan isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Mersing dan Yang Berhormat Wangsa Maju.
Kebanyakan Ahli-ahli Yang Berhormat telah menyentuh isu yang sama atau ada yang berkaitan. Maka, untuk memudahkan penggulungan, saya akan menjawab mengikut isu atau topik yang dibangkitkan.
Secara amnya susulan daripada pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas pada September lalu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui Belanjawan 2024 telah mengenal pasti beberapa intervensi baharu untuk meneruskan langkah penstrukturan semula ekonomi untuk melonjakkan pertumbuhan pengkomersialan hasil pembangunan dan penyelidikan atau R&D serta meningkatkan darjat hidup rakyat.
Bagi mendukung hasrat ini, kerajaan melalui Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara atau dikenali sebagai DSTIN melaksanakan strategi supaya sumbangan sektor swasta dalam perbelanjaan R&D negara dapat ditingkatkan pada tahun 2025 sebanyak 70 peratus dalam BERD.
Mulai Rancangan Malaysia Kesebelas, jumlah perbelanjaan kasar penyelidikan dan pembangunan (GERD) negara telah menurun daripada RM17,685 juta pada tahun 2016 kepada RM13,483 juta pada tahun 2020. Manakala perbelanjaan kasar penyelidikan dan pembangunan bagi sektor perusahaan perniagaan (BERD) negara turut mencatatkan penurunan perbelanjaan daripada RM10,054 juta pada tahun 2016 kepada RM4,613 juta pada tahun 2020.
Dalam hal ini, mengikut Bancian Kajian R&D Kebangsaan tahun 2021, terdapat 191 buah syarikat pada tahun 2020 yang menjalankan kajian R&D dalam negara.
Penurunan ini dilihat amat membimbangkan dan perlu intervensi serta kerjasama pelbagai pihak berkepentingan.
Sehubungan dengan itu, MOSTI yakin melalui gerak kerja Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam meningkatkan hubungan perdagangan dengan negara luar, ianya mampu menarik lebih ramai pelabur asing untuk melabur seterusnya meningkatkan keyakinan industri untuk membuka lebih banyak aktiviti ekonomi berteraskan high growth high value, dengan izin, dalam negara kita.
Pada waktu yang sama pendekatan ini akan memacu aktiviti R&D seterusnya mengukuhkan ekosistem inovasi yang akan melahirkan lebih ramai pembangun teknologi.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kuala Terengganu.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Namun begitu- saya belum sampai lagi bahagian Yang Berhormat Kuala Terengganu, baru mukadimah. Namun begitu, usaha ini perlu disokong dengan galakan pelaburan dan insentif cukai yang utuh demi memastikan Malaysia kekal sebagai hab pelaburan bagi sektor perusahaan di dalam mahupun di luar negara.
Maka, Belanjawan Malaysia Madani untuk MOSTI bagi tahun 2024 pula memperlihatkan peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya di mana bajet mengurus sebanyak RM706 juta iaitu peningkatan sebanyak lima peratus manakala bajet pembangunan meningkat kepada RM535.8 juta. Terima kasih, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan di atas keprihatinan ini yang menunjukkan kepentingan pembangunan sains, teknologi dan inovasi dalam membina negara yang maju dan berteknologi tinggi.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Belanjawan Pembangunan Tahun 2024 turut melibatkan peningkatan komponen utama berbanding tahun lepas iaitu:
(i) pembangunan perkhidmatan STI kepada RM140 juta;
(ii) penyelidikan STI kepada RM102 juta; dan
(iii) pengkomersialan STI kepada RM293 juta.
Bagi memastikan R&D Negara mampu menghasilkan teknologi berdaya saing, kerajaan telah mengambil keputusan untuk meningkatkan lagi bajet R&D bagi tahun 2024 secara kolektifnya sebanyak RM510 juta yang tersedia di bawah MOSTI dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi. Dalam hal ini, MOSTI akan terus memfokuskan terhadap peningkatan sumbangan penyelidikan pembangunan eksperimental daripada... [Tidak jelas] peratus...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Minta laluan, Tan Sri Speaker. Tan Sri Yang di-Pertua, minta laluan, Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Dalam ayat ini saya akan beralih sudah kepada menjawab soalan-soalan.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Boleh tidak?
Sebab sekejap lagi Menteri akan pergi ke tajuk lain. So, saya hendak cakap fasal tajuk peruntukan untuk R&D, RM510 juta.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri hendak bagi, tidak bagi?
Datuk Arthur Joseph Kurup
Ini menyentuh dengan soalan Yang Berhormat kah atau cadangan.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Sekejap sahaja, soalan, soalan.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Okey, saya akan bagi kalau ingin menjawab...
[Tidak jelas]
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Saya sebut dalam ucapan perbahasan saya bahawa RM510 juta untuk R&D terlalu kecil, kurang daripada tiga peratus dari GDP. Kalau kita betul-betul serius, bersungguh-sungguh untuk menjadi sebuah negara maju yang disebut tadi high growth high value dan menjadi negara pencipta teknologi ia tidak boleh RM510 juta. Kita kena belanja R&D lima, enam peratus daripada GDP. Kita kena faham bahawa GDP kita rendah (based rendah) berbanding dengan negara-negara maju seperti Jepun dan Korea dan sebagainya.
Jadi kalau kita serius hendak jadi negara maju, kita kena pertingkatkan bukan terus tinggi dalam masa satu tahun, tetapi setiap tahun ditingkatkan tiga peratus, empat peratus, lima peratus dan seterusnya supaya kita betul-betul perkasakan R&D dan R&D ini pula mesti laksanakan secara collaboration dengan universiti, KPT dan juga industri.
Itu yang amat penting. Itu sahaja Tan Sri Speaker, terima kasih.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih, Yang Berhormat Kubang Pasu diambil maklum cadangan tersebut dan juga berkaitan dengan soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Kubang Pasu pada 23 Oktober, itulah sebab saya katakan tadi saya akan sentuh kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, MOSTI akan terus memfokuskan terhadap peningkatan sumbangan penyelidikan pembangunan eksperimental daripada 45.5 peratus pada tahun 2020 kepada 50 peratus pada tahun 2025 bagi meningkatkan pengkomersialan hasil R&D negara. Ini adalah untuk meneruskan agenda negara supaya menjadi antara pencipta teknologi terunggul di dunia.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin bermula dengan menyentuh cadangan dan pertanyaan daripada Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Beluran dan Yang Berhormat Puncak Borneo.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terdahulu, saya bersetuju dan menyokong cadangan daripada Yang Berhormat Bagan Serai dan Yang Berhormat Beluran supaya belanjawan penyelidikan dan pembangunan negara ditingkatkan serta pengkomersialan hasil R&D dalam negara diutamakan termasuk daripada IPT serta penggiat syarikat pemula tempatan. Dalam hal ini, saya juga menyokong cadangan yang diberikan oleh YB Kubang Pasu sebentar tadi.
Jadi untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya Yang Berhormat Bagan Serai, mengikut laporan Science Outlook 2020 oleh Akademi Sains Malaysia mendapati pengkomersialan daripada hasil penyelidikan awam masih tinggi berbanding swasta di mana majoriti penyelidik di Malaysia berada di IPT, dan institusi penyelidik kerajaan iaitu sebanyak 79.92 peratus berbanding industri yang hanya 15.8 peratus. Ini merupakan cabaran utama memandangkan R&D di industri adalah berbentuk experimental development, dengan izin, seperti yang dilihat di Korea Selatan, Jepun dan Singapura yang mana ianya penting untuk pengkomersialan dan scale-up product atau teknologi ciptaan tempatan.
Antara usaha yang dilaksanakan untuk pengkomersialan hasil R&D IPT tempatan adalah melalui program I-Connect, dan Malaysia Science Endowment atau MSE yang mengguna pakai mekanisme pelaksanaan geran padanan yang berdasarkan demand- driven R&D, dan market delivery system bagi pembangunan teknologi dan produk tempatan.
Selain itu, melalui program Tahun Pengkomersialan Malaysia yang bermula dari tahun 2016 hingga tahun 2022, MOSTI telah mengenal pasti dan mengkomersialkan sebanyak 474 hasil R&D atau produk teknologi dan perkhidmatan tempatan dengan penjanaan hasil pasaran sebanyak RM540 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 135 adalah daripada hasil R&D universiti tempatan.
Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Beluran pula dan juga berkaitan dengan Yang Berhormat Kubang Pasu tadi, sememangnya peruntukan sebanyak RM510 juta ini memang masih rendah memandangkan sasaran GERD negara bagi tahun 2025 adalah sebanyak 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar atau KDNK.
Sehubungan itu, MOSTI sedang mempergiatkan pelaksanaan pelaburan swasta atau dana alternatif melalui Malaysia Science Endowment. MSE ialah platform bagi dana alternatif daripada pelbagai sumber seperti industri, dana antarabangsa, wakaf dan penderma bagi membiayai R&D negara sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan di samping merancakkan penglibatan sektor swasta.
Bagi memperjelaskan mengenai pelaksanaan inisiatif MYStartup pula untuk maklumat Yang Berhormat Puncak Borneo, semua program MOSTI adalah terbuka kepada semua syarikat serta individu yang telah melepasi syarat atau kriteria permohonan yang ditetapkan. Salah satu intervensi di dalam Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia ataupun SUPER bermatlamat untuk mendorong pengkomersialan harta intelek penyelidikan antara syarikat pemula dan korporat melalui kaedah, dengan izin, reverse pitch. Kaedah ini menggalakkan syarikat korporat untuk membentangkan penyertaan masalah dan keperluan teknologi masing-masing kepada syarikat-syarikat start-up dengan matlamat mencari penyelesaian kepada penyataan masalah atau keperluan teknologi mereka.
MOSTI sentiasa akan menggerakkan usaha-usaha untuk promosi dan penilaian bagi menarik minat lebih ramai usahawan dan syarikat pemula yang berpotensi terhadap program yang ditawarkan. Selain itu, inisiatif tetingkap tunggal atau single window melalui kerjasama MOSTI dan Kementerian Ekonomi akan diperkenalkan sebagai satu tadbir urus baik yang telus dalam menyelaras aktiviti pembiayaan dan pembangunan kapasiti di samping meningkatkan prestasi dan visibility syarikat pemula tempatan. Inisiatif ini digarapkan dengan konsep whole-of-government dengan menyatupadukan pemain ekosistem start-ups melalui koordinasi menyeluruh dan bersepadu.
Seterusnya, saya tertarik dengan cadangan dan pandangan Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Mersing ke atas pembangunan teknologi dalam negara terutamanya teknologi angkasa, teknologi kecerdasan buatan atau AI, teknologi nuklear
Datuk Arthur Joseph Kurup
serta teknologi analitik data raya atau big data analytics. Ini termasuk cadangan supaya sistem teknologi bersepadu seperti big data dan teknologi blockchain, dan AI diperluaskan kepada sektor pertanian pintar dalam negara.
Menyentuh mengenai pandangan Yang Berhormat Subang terhadap pembangunan teknologi angkasa, MOSTI melalui MYSA sedang meneroka potensi kerjasama dengan spacefaring nation bagi membuka peluang penglibatan industri tempatan dalam rantaian bekalan global pembuatan komponen satelit. Selain itu, Malaysia Venture Capital Management Berhad atau MAVCAP juga menyediakan pembiayaan kepada syarikat pemula teknologi menerusi funds on funds berkaitan ekosistem angkasa serantau dalam pembangunan reka bentuk satelit, perkhidmatan end- to-end remote sensing services bagi pemerolehan data dan analitik serta sistem pendorong yang ideal untuk misi satelit kecil.
Berkenaan dengan gesaan memperkasakan tata kelola AI dan cadangan majlis perundingan kecerdasan buatan atau AI dalam negara daripada Yang Berhormat Ipoh Timur, MOSTI menyambut baik cadangan ini untuk pertimbangan selanjutnya.
Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Standard Malaysia telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menentukan standard atau piawaian AI kebangsaan.
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh MIMOS dan keahliannya terdiri wakil-wakil kementerian, agensi akademia dan industri.
Daripada aspek tata kelola pula, MOSTI berpandangan kebergantungan kepada perundangan semata-mata di dalam pengawalan dan pemantauan teknologi AI akan merencatkan inovasi teknologi. Sebaliknya, pengawal seliaan melalui akta dan perundangan hanya perlu sekiranya penggunaan standard atau piawaian kurang berkesan dalam tujuan pengawalan dan pemantauan. Berkaitan dengan pertanyaan Yang Berhormat Gopeng dan Yang Berhormat Mersing mengenai...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Yang Berhormat Menteri, Ipoh Timur. Terima kasih atas jawapan yang mantap. Sangat-sangat mantap dan juga dirakamkan hari ini, Menteri tak berapa sihat, jadi syabas dan tahniah atas jawapan yang mantap walaupun menteri tak ada. Berkenaan dengan kecerdasan buatan dan industri, hari itu kebetulan dalam gulungan KPT, saya pun sekali lagi bawa berkenaan dengan fakulti yang bakal dibawa atau ditubuhkan berkenaan dengan kajian kecerdasan buatan.
Jadi soalan tambahan yang saya ingin bawa, saya nak mohon pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam usaha pembentukan tubuhnya jawatankuasa yang saya bawa dalam perbahasan, adakah wajar dan akan dipertimbangkan kita mengerah players, players, pemain-pemain industri yang sekarang yang sudah handal-handal dalam Malaysia dalam bidang AI, yang memang punyai produk yang sudah download nya begitu tinggi, dah sampai memimpin di persada dunia untuk mereka masuk ke dalam jawatankuasa tersebut untuk tetapkan AI ethics dalam Malaysia untuk mengerah kepakaran mereka dalam membantu membangunkan perkara itu?
Sebab walaupun mungkin dari segi pengajaran, dari segi penyampaian ilmu kepada generasi hadapan, mereka boleh terlibat dalam fakulti tetapi the formation of standards on how we view, dengan izin, AI, yang saya cadangkan dalam majlis tersebut juga memerlukan industry players sebab dia bergerak pantas. Dalam pantasnya perlu pemain industri dalamnya. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur.
Sebenarnya soalan ini dia macam satu spektrum ya. Ada satu end of the spectrum di mana kita perlu menggalakkan orang lebih berinovasi dan juga mengeluarkan idea-idea memandangkan negara yang berteknologi- dunia yang lebih semakin berteknologi tinggi.
Pada masa yang sama dalam satu the other end of spectrum, ada pihak yang sentiasa mengatakan kita perlu mengadakan lebih banyak regulasi, tata kelola dan sebagainya. Jadi, cabaran kita sebagai pembuat dasar adalah macam mana kita mencari titik equilibrium di mana tata kelola yang perlu ada boleh memastikan bahawa kita tidak
Datuk Arthur Joseph Kurup
melanggar undang-undang, memastikan teknologi itu seperti AI tidak disalah guna pakai di dalam negara kita tetapi tidak merencatkan inovasi masyarakat kita.
Maka kita serah kepada jawatankuasa ini yang baru ditubuhkan yang akan disertai oleh pelbagai pihak, bukan sahaja wakil-wakil kementerian, agensi tetapi juga academia, dan industri. Saya setuju dengan Yang Berhormat Ipoh Timur ini bahawa akhirnya industri ini merupakan satu peserta dalam jawatankuasa itu yang sangat penting sebab akhirnya teknologi ini, apakah potensi yang membawa pulangan daripada aspek ekonomi dan sebagainya. Di situlah kita memerlukan banyak input daripada ahli industri.
Berkaitan dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Gopeng dan Yang Berhormat Mersing mengenai pembangunan data rakyat dan sistem teknologi bersepadu seperti data raya, blockchain dan kecerdasan buatan, MOSTI sentiasa menyambut baik pelaksanaan analytic data raya melalui pembangunan pelan strategik pendigitalan ataupun PSP MOSTI.
Inisiatif Big Data Analytic atau BDA di bawah MOSTI berfokuskan kepada data- data pembiayaan dana MOSTI dan pengumpulan projek penyelidikan dan pembangunan R&D di bawah MOSTI bagi mengenal pasti trend R&D dan keperluan pembiayaan negara pada masa kini dan hadapan. Integrasi pengurusan data ini juga bukan sahaja dapat memperkukuhkan mekanisme pengurusan RDCNI, malah akan meningkatkan sistem penyampaian kerajaan di dalam mengurus aktiviti berkaitan STI di Malaysia.
MOSTI diberi mandat sebagai peneraju kluster teknologi dan alam sekitar di bawah Jawatankuasa Eksekutif Majlis Statistik dan Data Negara atau MSDN. MOSTI kini dalam usaha membangunkan platform integrasi data dan statistik bagi membantu kerajaan berinteraksi secara real time dan melaksanakan keputusan dengan lebih berkesan berdasarkan fakta atau evidence-based, dan penghasilan analisis maklumat melalui kolaborasi antara agensi.
Dari aspek pertanian pula, MOSTI sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penggunaan IOT ataupun teknologi AI dalam sektor pertanian melalui agensi seperti NanoMalaysia Berhad, MIMOS Berhad, Bioeconomy Corporation, dan MYSA. Yakinlah bahawa sektor pertanian menjadi antara sektor yang penting bagi MOSTI dalam usaha kita bersama untuk meningkatkan industri pertanian untuk ekonomi dan keselamatan makanan negara.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, berdasarkan kepada dapatan Kajian R&D Kebangsaan Tahun 2021, antara faktor utama yang mengehadkan aktiviti R&D bagi sektor perusahaan perniagaan ialah kekurangan tenaga kerja R&D mahir. Dalam hal ini, saya bersetuju dengan pandangan daripada...
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Yang Berhormat, Kuala Terengganu. Menyentuh tentang aspek teknologi pertanian tadi, dulu MOSTI banyak membuat R&D berkaitan dengan- isu beras sekarang ini. Berkaitan dengan IS21. Katanya program ini berjaya. Setakat ini bagaimana pelaksanaannya?
Adakah beras itu telah diterima sebagai untuk digunakan dalam sektor penanaman padi kita dan apa masalahnya?
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Beras itu juga dikenali sebagai NMR152 dan beras NMR152 itu memang mengikut kajian yang dijalankan setakat ini ia dapat menghasilkan yield tanaman padi yang beberapa kali ganda berbanding dengan yield purata padi yang sedang digunakan sekarang.
Saya difahamkan ada satu projek perintis yang sedang dijalankan di Sekinchan dan kita sedang membekalkan data-data itu kepada kementerian-kementerian yang lain seperti Kementerian Pertanian dan sebagainya dengan harapan bahawa kementerian tersebut boleh menerima teknologi atau inovasi yang dibawakan oleh MOSTI supaya boleh dilaksanakan dengan harapan bahawa ini adalah sumbangan daripada MOSTI kepada industri pertanian negara di mana kita dapat menghasilkan satu jenis beras ataupun padi yang boleh melipatgandakan pulangan atau yield kepada petani-petani sawah padi.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Saya balik lagi kepada menyentuh mengenai pembangunan bakat dan kepakaran dalam bidang teknologi tinggi seperti aeroangkasa, industri REE dan juga STEM. Merujuk kepada saranan daripada Yang Berhormat Rompin mengenai pemerkasaan latihan dan peningkatan kemahiran bakat-bakat baru tempatan bumiputera terutamanya dalam pembangunan teknologi, satelit angkasa seperti nano-satelit yang dipelopori oleh UiTM, MYSA telah merangka program Home-Grown Microsatellite Constellation sebagai program jangka panjang pembangunan melibatkan anak muda tempatan dengan kerjasama beberapa IPT. Program ini akan melibatkan pemindahan teknologi daripada beberapa agensi kecemerlangan angkasa luar negara. Ini selaras dengan Dasar Angkasa Negara 2030 yang menyasarkan sebanyak 5,000 peluang pekerjaan dalam bidang angkasa menjelang tahun 2030.
Bagi pertanyaan Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Padang Serai dan Yang Berhormat Merbok berkaitan pembangunan bakat dan kepakaran dalam bidang nadir bumi atau industri REE dalam negara. Dalam konteks R&D MOSTI, Nuklear Malaysia telah tersedia seramai 30 orang penyelidik daripada pelbagai bidang termasuk keselamatan sinaran yang melaksanakan aktiviti R&D dalam pemprosesan mineral dan pengekstrakan unsur nadir bumi. Selain itu, Nuklear Malaysia turut terlibat dalam bidang huluan iaitu aktiviti eksplorasi dan pemetaan REE.
Untuk aspek kawal selia pula, Jabatan Tenaga Atom menguatkuasakan Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 dan mengiktiraf Pegawai Perlindungan Sinaran atau PPS melalui Skim Pensijilan PPS. Sehingga kini, Jabatan Tenaga Atom telah mengiktiraf seramai 1,268 orang PPS yang terlatih dalam bidang keselamatan dan sekuriti nuklear bagi membantu pemegang lesen termasuk dalam industri pemprosesan bahan mineral yang mengandungi bahan radioaktif semula jadi mematuhi aspek perundangan yang ditetapkan.
Mengenai pembangunan kepakaran bersama industri nadir bumi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Serai, Nuklear Malaysia sedang meneliti potensi kerjasama dengan beberapa syarikat swasta dan universiti tempatan melalui public-private partnership bagi membangunkan penyelidikan dan kepakaran dalam bidang pengekstrakan nadir bumi.
Saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai pembangunan bakat STEM yang diutarakan oleh Yang Berhormat Kubang Pasu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MOSTI menyedari keperluan bakat STEM sebagai pembangunan teknologi bagi membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030. Satu rangka tindakan bersepadu pembangunan bakat STI akan dibangunkan dengan pelaksanaannya oleh pasukan kerja pembangunan bakat STI yang diurusetiakan oleh MOSTI bagi memperkasakan bakat STI dalam aktiviti R&D dalam negara.
Pelan Tindakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara atau DSTIN daripada tahun 2021 hingga 2030 juga telah menggariskan matlamat bagi peningkatan bilangan penyelidik dan saintis tempatan kepada 200 penyelidik, saintis, jurutera, dan technologist bagi 10,000 tenaga kerja menjelang tahun 2030.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Yang Berhormat, Kuala Terengganu sekali lagi sebab saya rasa Yang Berhormat tertinggal yang saya punya yang saya ada sebut tentang apa ini- bagaimana Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI) telah menetapkan syarat baharu bagi membolehkan Lynas Malaysia terus mengimport, memproses nadir bumi sehingga Mac 2026?
Berkenaan dengan- ada satu syarat yang sangat menarik bagaimana meminta supaya pihak Lynas membelanjakan sehingga 0.5 sehingga satu peratus bagi penyelidikan berkaitan dengan torium itu.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kalau boleh hendak tahu lebih lanjut. Adakah kerajaan sendiri bercadang untuk memberikan dana bagi membolehkan penyelidikan berkaitan torium ini dilaksanakan oleh kerajaan ataupun semata-mata bergantung pada pihak swasta? Terima kasih.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Menteri, celah sedikit. Menteri, kita tahu sisa-sisa radioaktif Lynas telah mencecah satu juta tan metrik dan letak sahaja macam bukit di belakang kilang Lynas. Saya hendak tanya Menteri, berapa kos akan dibelanja oleh Lynas untuk kemaskan semua sisa radioaktif ini dengan menggunakan teknologi baharu yang mengeluarkan torium daripada sisa-sisa ini. Eksperimen teknologi baharu ini meliputi berapa tan sisa-sisa radioaktif? Adakah Lynas mampu keluarkan semua torium daripada sisa radioaktif yang mencecah satu juta tan metrik dan adakah Lynas masih perlu membina PDF, sedangkan sudah ada satu teknologi baharu untuk keluar torium dan jadikan sisa-sisa ini tidak bahaya lagi?
Soalan terakhir. Jika Lynas tidak boleh commit, apakah rasional kerajaan renew lesen Lynas? Sekian, terima kasih.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
Sebenarnya ada satu seksyen yang khas untuk Lynas dalam dua, tiga muka surat yang akan datang. Maka, saya akan ambil kira soalan-soalan itu tetapi saya kurang pasti Yang Berhormat Raub ada tanya tidak soalan-soalan fasal Lynas ini dalam perbahasan waktu itu?
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Ada, ada.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Ada? Okey, terima kasih. Kita akan usahakan yang terbaik untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Saya ingin habiskan dahulu Tan Sri Yang di-Pertua berkaitan dengan rangka tindakan bersepadu pembangunan bakat STI iaitu penting yang akan dibangunkan dengan pelaksanaan dia oleh pasukan kerja pembangunan bakat STI, diurusetiakan oleh MOSTI bagi memperkasakan bakat STI dalam aktiviti R&D dalam negara.
Pelan Tindakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) menggariskan matlamat bagi peningkatan bilangan penyelidik dan saintis tempatan kepada 200 penyelidik, saintis jurutera dan teknologis bagi 10 ribu tenaga kerja menjelang tahun 2030. Berdasarkan Laporan Kajian R&D Kebangsaan 2021, Malaysia mencatatkan nisbah sejumlah 33 orang penyelidik bagi setiap 10 ribu tenaga kerja pada tahun 2020.
Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Jerantut kerana menyentuh mengenai kebajikan teknologis dalam negara. MOSTI sentiasa berusaha untuk memartabatkan peranan teknologis dan juruteknik dalam negara melalui penambahbaikan pengiktirafan oleh sektor awam dan swasta.
Dalam sektor awam, para teknologis dan juruteknik masih belum diiktiraf sepenuhnya dan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) sedang dalam usaha mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan supaya hasrat untuk mengiktirafkan profesion ini setara dengan profesion jurutera dapat dicapai.
Mengenai saranan Yang Berhormat Wangsa Maju supaya tanggapan terhadap pendidikan TVET sebagai kelas kedua perlu dibetulkan. MOSTI menyokong pandangan ini dan mengucapkan terima kasih kerana menyokong usaha MBOT dalam pengiktirafan TVET dalam negara. Sehingga kini, seramai 23,438 orang telah menerima pengiktirafan sebagai teknologis dan juruteknik profesional dalam 24 bidang teknologi yang diiktiraf oleh MBOT.
Dari aspek kualiti pendidikan khususnya TVET, Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 atau Akta 768 memperuntukkan supaya MBOT menjalankan penilaian jaminan kualiti program yang berkaitan teknologi. Setakat ini, sebanyak 671 program berkaitan program teknologi di peringkat sijil hingga ijazah sarjana muda telah menerima akreditasi daripada MBOT.
Keserlahan graduan TVET dapat dilihat apabila sebahagian besar kohort pertama Program Sarjana Muda Teknologi Automotif daripada Universiti Malaysia Perlis telah menerima Latihan Sangkutan Industri selama satu tahun bersama CARSOME.
CARSOME adalah unicorn tempatan di negara kita. Ini jelas menunjukkan graduan Sarjana Muda Teknologi yang suatu ketika dahulu dianggap sebagai kelas kedua kini dipandang tinggi oleh pemain industri utama.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Justeru, saya menggesa pihak industri untuk bersama-sama dengan pihak kerajaan untuk membuat perancangan dalam menyediakan inisiatif bagi menjaga kebajikan profesion para teknologis dan juruteknik termasuk cadangan dasar gaji progresif yang diterajui oleh Kementerian Ekonomi.
Seterusnya, saya ingin menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kuala Terengganu dan juga Yang Berhormat Raub yang menyentuh mengenai pengoperasian Lynas. Pengoperasian cracking dan leaching atau C&L Lynas di Malaysia akan diteruskan sehingga tamat tempoh sah lesen pada 2 Mac 2026. Lynas dalam proses memindahkan residue water leach purification (WLP) ke dalam Permanent Disposal Facility (PDF) yang telah diluluskan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA).
PDF ini dibina berdasarkan Akta 304 dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya. PDF tersebut juga memenuhi standard Agensi Tenaga Atom Antarabangsa atau IAEA dan amalan terbaik di negara-negara lain.
Mengenai saranan Yang Berhormat Kuala Terengganu bagi meneruskan polisi dan dasar yang mendorong kajian R&D. Bagi menyokong kebenaran pengoperasian kepada Lynas, kerajaan telah membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh pengimportan pekatan lanthanide sehingga tamat tempoh sah lesen dengan berlandaskan fakta saintifik dan perkembangan semasa serta teknologi terkini berkaitan pengurusan residue water leach purification.
Ini selaras dengan polisi kerajaan yang kekal tidak membenarkan pengumpulan sisa terkumpul radioaktif dalam negara. Pihak Lynas seterusnya akan bekerjasama dengan pakar saintis tempatan seperti UKM bagi melaksanakan pengkomersialan pengekstrakan torium dalam tempoh kuat kuasa lesen tersebut.
Oleh itu, berkaitan pula dengan soalan daripada Yang Berhormat Raub. Kita tidak ada angka-angka yang ditetapkan setakat ini berkaitan dengan angka pelaburan daripada pihak kita dan sebagainya tetapi saya akan semak dengan kementerian dan akan memberi jawapan secara bertulis.
Oleh itu, sekian sahaja maklum balas daripada saya untuk kali ini. Sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan 2024. Sekian dan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Sekarang saya jemput Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. *Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyentuh isu-isu di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) semasa mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 di peringkat dasar, bermula Isnin 16 Oktober 2023 sehingga Khamis 26 Oktober.
Kami di KPWKM menghargai pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan akan memberikan maklum balas terhadap pertanyaan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan pada hari ini.
Pertama sekali Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rantau Panjang ingin mengetahui usaha yang diambil oleh kerajaan dalam memantapkan institusi kekeluargaan di kalangan masyarakat Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat, diakui bahawa kebahagiaan dalam institusi kekeluargaan boleh melahirkan masyarakat yang berjaya, terutama dalam pembentukan sahsiah dan peribadi yang mulia.
Salah satu faktor terbesar yang menyumbang hal ini adalah melalui institusi perkahwinan yang kukuh serta kemahiran keibubapaan. Menyedari hal ini, KPWKM
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melaksanakan program pemantapan keluarga serta program pendidikan keibubapaan.
Antaranya ialah pemantapan institusi perkahwinan dan keluarga menerusi pelaksanaan Modul SMARTSTART 2.0 yang meliputi kepada tiga fasa perkahwinan iaitu fasa pra perkahwinan iaitu sebelum berkahwin, fasa usia perkahwinan satu hingga dua tahun dan fasa usia perkahwinan tiga tahun ke atas.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Kedua ialah Program Perkasa Keluarga yang bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran ibu bapa dalam membimbing anak di usia remaja. Ketiga, Program Terapi Minda yang memupuk kemahiran individu dalam menguruskan tekanan yang sering dilalui oleh ibu bapa dengan lebih berkesan.
Di samping itu, KPWKM turut menawarkan khidmat kaunseling yang disediakan secara percuma oleh agensi-agensi di bawahnya seperti LPPKN, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Yayasan Kebajikan Negara (YKN) serta melalui Talian Kasih 15999 bagi membantu klien-klien yang memerlukan.
Yang Berhormat Rantau Panjang juga ingin mengetahui program spesifik yang dibuat untuk menangani isu gejala sosial yang melibatkan masalah remaja. Tan Sri Yang di-Pertua, dalam usaha menangani isu gejala sosial khususnya di kalangan remaja LPPKN melaksanakan pelbagai Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial atau dikenali sebagai PEKERTI.
Program yang dijalankan termasuklah pertama, menyediakan 18 buah Pusat Remaja KafeTEEN. Selain daripada perkongsian ilmu dan pengetahuan dalam pendidikan kesihatan reproduktif. KafeTEEN menawarkan tempat untuk remaja melakukan aktiviti yang berfaedah serta mendapat akses kepada perkhidmatan yang disediakan seperti kaunseling dan klinik remaja berkaitan kesihatan reproduktif secara percuma.
Kedua, membangunkan Modul Cakna Diri Remaja dan Modul Accurate Comprehensive and Effective (ACE) dengan izin. Khusus untuk remaja lelaki dan perempuan. Pada masa yang sama, dibangunkan juga satu modul khusus untuk remaja lelaki berusia 16 tahun ke atas iaitu— dengan izin, minum sekejap.
[Minum] Iaitu Modul Cakna Diri Lelaki. Ketiga mengadakan pelbagai kempen berhubung kesihatan reproduktif seperti Kempen Jangan Malu Ambil Tahu, Jangan Malu Bagi Tahu.
Selari dengan perkembangan teknologi yang pesat, ibu bapa pada hari ini menghadapi cabaran berbeza dalam membesarkan anak-anak seperti penggunaan peranti elektronik yang turut boleh mendedahkan anak-anak kepada maklumat yang luas termasuk yang berunsur negatif. Dalam hal ini, LPPKN turut membangunkan Program Keibubapaan dan Kekeluargaan yang berkaitan dengan disiplin penggunaan peranti elektronik seperti Program Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak ataupun PEKA serta Program Kasih Keibubapaan Digital.
Dalam pada itu, kita sedar bahawa remaja berhadapan dengan pelbagai cabaran yang perlu ditangani dengan pendekatan yang berbeza. Salah satu daripada cabaran ini adalah kehamilan remaja. Untuk perkara ini, saya telah berbincang dengan kementerian bidang saya supaya meneroka inisiatif bagi mewujudkan ekosistem atau program sokongan dalam membantu remaja di bawah umur 18 tahun yang berhadapan dengan cabaran ini.
Seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tenggara pula mencadangkan agar lebih banyak Pusat Aktiviti Warga Emas ataupun PAWE ditubuhkan di kawasan FELDA bagi memenuhi keperluan generasi warga emas yang semakin bertambah di kawasan tersebut.
Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, PAWE merupakan sebuah pusat aktiviti yang ditubuhkan melalui pembabitan oleh komuniti dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan ataupun PSK. PAWE bukanlah dioperasikan oleh kerajaan tetapi disokong oleh kerajaan melalui penyaluran bantuan kewangan khidmat nasihat dan sebagainya.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
PAWE bertujuan memupuk dan menyokong dasar warga emas negara yang berhasrat untuk mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif dan produktif.
Pada masa ini, mana-mana pihak yang berhasrat untuk menubuhkan PAWE di kawasan mereka boleh mengemukakan cadangan kepada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran. Cadangan ini akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria yang diambil kira seperti bilangan warga emas, lokasi, pemilihan premis dan komuniti bergerak.
Berhubung dengan bantuan kewangan kerajaan kepada PAWE yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong, adalah dimaklumkan bahawa setiap PAWE di seluruh negara pada hari ini mendapat akses kepada peruntukan tahunan daripada kerajaan menyalurkan sehingga RM50,000. Pada tahun 2023, kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM8.5 juta kepada 161 PAWE di seluruh negara yang memanfaatkan lebih 50,000 ahli PAWE dengan pelbagai latar belakang agama, bangsa dan sosioekonomi.
Untuk makluman Yang Berhormat Tenggara juga, daripada jumlah PAWE tersebut enam daripadanya adalah beroperasi di kawasan FELDA. Bantuan kewangan kerajaan kepada PAWE bukanlah bertujuan menanggung sepenuhnya operasi PAWE, tetapi ia adalah bertujuan untuk menggalakkan setiap PAWE terus aktif melaksanakan aktiviti serta meringankan sedikit tanggungan kos operasi mereka. Sebagai PSK, setiap PAWE perlulah berfikir secara positif dan kreatif untuk menjana dana operasi dan tidak meletakkan kebergantungan yang tinggi kepada bantuan kewangan kerajaan semata- mata.
Rantaian ke hadapan ataupun dengan izin, moving forward PAWE boleh terus memperkasakan diri dan lebih berdikari agar kebergantungan PAWE kepada peruntukan dana dan bantuan kerajaan digunakan untuk pelaksanaan program di PAWE dan bukannya untuk digunakan bagi bayaran utiliti atau penyelenggaraan premis.
Kita mahu operasi PAWE lebih kreatif dan boleh berada di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Kerjasama komuniti boleh digerak dan dipupuk untuk memudahkan pengoperasian PAWE seperti di pusat-pusat komuniti. Contohnya premis Komuniti Rukun Tetangga (KRT), dewan serba guna dan sebagainya. Melalui cara ini, kos operasi boleh dijimatkan kerana tidak perlu membelanjakan dana untuk sewaan premis.
Pemikiran kreatif dan kebersamaan seperti ini yang kita mahukan daripada komuniti kita.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, Kulim-Bandar Baharu bangun Menteri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Agar PAWE dapat terus dimajukan dan berkembang.
Tuan Yang di-Pertua
Nak bagi? Kulim-Bandar Baharu.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Oh, ya.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Boleh ya, Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik terima kasih pada Yang di-Pertua, terima kasih pada Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya dan minta pencerahan sikit iaitu tentang Akaun Belum Terima (ABT) iaitu di mana kaedah pembayaran wang kepada penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat kebiasaannya diberi pada awal bulan. Tetapi masalahnya Yang Berhormat Menteri, Akaun Belum Diterima ini kutipan balik duit bantuan bagi jumlah hari yang tidak layak melibatkan kes penerimaan bagi yang meninggal dunia.
Jadi, saya dimaklumkan bahawa bantuan-bantuan yang diberi ini pada awal bulan sekiranya penerima itu meninggal dunia, contohnya 15 hari bulan ataupun 20 hari bulan.
Jadi, kalau 20 hari bulan, ada lagi 10 hari dalam bulan semasa.
Tuan Yang di-Pertua
Baik sebelum itu...
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Duit itu diminta balik.
Tuan Yang di-Pertua
Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Ya?
Tuan Yang di-Pertua
Isu yang ditimbulkan isu baru kah, dalam perbincangan telah disebut?
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Saya rasa ada.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, silakan.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Tetapi kalau boleh nak minta jawablah sebab benda ini isu yang...
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Saya rasa Tan Sri Yang di-Pertua ini tidak ada terdapat dalam persoalan ini. Tetapi kalau sekiranya Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu ingin nak bertanya mengenai perkara ini secara spesifik, tidak perlu saya berada dalam Dewan ini, kita boleh bercakap di luar untuk kita mendapatkan maklumat. Sebab ini saya rasa tidak ada...
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
...daripada rekod yang saya dapat, tidak ada persoalan ini. Jadi bawalah boleh dituliskan, supaya saya boleh merujukkannya Yang Berhormat ya.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Tetapi kalau ada maklumat, saya rasa Yang Berhormat Menteri boleh jawab sekarang kut.
Tuan Yang di-Pertua
Sebentar Menteri, ya.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Ya lah, tapi sekarang ini tidak ada dalam teks saya, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Sebentar ya. Baik, untuk makluman Ahli Yang Berhormat khususnya yang baharu ya, dalam – di peringkat ini mana-mana isu baharu tidak boleh dibawa kerana Menteri akan respons kepada isu-isu yang telah dibawa semasa perbahasan yang terdahulu ya. Jadi, isu baharu tidak boleh dibawa kecuali minta klarifikasi. Itu pun kalau kita sendiri telah pun bercakap isu yang tersebut. Silakan Menteri.
Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tan Sri dan saya mencadangkan supaya Yang Berhormat kemukakan surat supaya dapat secara spesifik kita menjawab ya. Terima kasih.
Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Permatang Pauh telah membangkitkan bahawa tidak semua keluarga miskin di Malaysia menerima bantuan kebajikan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bantuan kebajikan yang disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah berasaskan kelayakan dan keperluan ataupun dengan izin means-tested. Sejak tahun 2022, JKM mengguna pakai nilai Pendapatan Garis Kemiskinan ataupun PGK Makanan 2019 iaitu lebih kurang RM1,169 sebulan sebagai kriteria asas bagi kelayakan skim bantuan kebajikan.
Pertimbangan untuk menentukan kelayakan adalah menggunakan dua kaedah bagi menilai gambaran sebenar yang lebih wajar menerusi, pertama PGK purata isi rumah semasa atau PGK purata miskin per kapita semasa. Namun, pengiraan PGK ini bukanlah kriteria penilaian tunggal. Beberapa aspek lain turut diambil kira dalam menentu dan membuat penilaian kelayakan seseorang itu mendapat bantuan JKM.
Antara penilaian lain termasuklah aspek sokongan sosial keluarga secara menyeluruh seperti tanggungan keluarga, masalah kesihatan yang kronik, keperluan penjagaan yang rapi, psikososial dan sebagainya. Dari bulan Januari sehingga Ogos 2023, kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM1.6 bilion kepada lebih 530,000 penerima bantuan di Malaysia.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kepala Batas mencadangkan agar kerajaan mengadakan semula...
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Minta penjelasan sedikit Yang Berhormat Menteri. Berikan.
Tuan Yang di-Pertua
Rantau Panjang.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Adakah berkaitan dengan tadi?
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya, PGK.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Ya.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Yang Berhormat. Saya meneliti angka-angka yang telah diberi oleh Yang Berhormat Menteri dan kita dapati masih 530,000 penerima bantuan melalui JKM yang di bawah Paras Garis Kemiskinan Makanan, maknanya 1,169 ya. Jadi, ini yang menjadi satu persoalan apabila dalam pembentangan bajet, Perdana Menteri menyatakan hanya ada 18,000 sahaja miskin tegar. Jadi, macam manakah penyelarasan dibuat untuk mendapat angka yang betul?
Daripada Kementerian Ekonomi pun kita dapati makluman daripada jawapan yang saya tanya di Parlimen iaitu sehingga 30 September tahun ini masih ada 110,663.
Jadi, bercanggah antara angka di JKM dengan angka yang dikeluar oleh Menteri Ekonomi, dengan apa yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri.
Tan Sri’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Sepertimana Yang Berhormat memahaminya, kalau kita di JKM, kita mendapat data itu daripada pejabat JKM daerah secara terus langsung. Jadi, 530,000 itu adalah jumlah penerima bantuan JKM dan bukannya jumlah miskin tegar.
Sebab untuk kita di JKM, ia lebih seperti yang saya jawab tadi, lebih kepada kelayakan, bukan bermakna dia miskin tegar ataupun tidak.
Jadi, mungkin bahagian ekonomi lebih menunjuk kepada angka daripada eKasih.
Kami tidak menggunakan eKasih. Kami menggunakan permohonan secara terus daripada mereka di pejabat daerah, JKM daerah yang datang kepada kita. Jadi, maka dengan itu, inilah kita punya angka yang kita perolehi dan – dan...
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya. Nilai miskin tegar maksud Yang Berhormat itu berapa? Berapa nilai?
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Kita tidak ada– dalam, dalam kita punya pengiraan, kita tidak menggunakan miskin tegar. Saya jawab tadi menyatakan kita menggunakan PGK ini, kita mengguna pertimbangan kita lah daripada kriteria penilaian untuk PGK purata miskin per kapita semasa. Satu lagi ialah purata isi rumah semasa. Kita tidak menggunakan terminologi miskin tegar ya.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Jadi, kadar miskin tegar yang ada sekarang, berapa sebenarnya?
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Tidak. Kita tidak menggunakan kadar miskin tegar tetapi itu saya kata yang kita ada ini yang penerima bantuan kebajikan kita, JKM 530,000. Jadi, ini yang kita ada dalam data kita. Jadi, untuk data yang lain itu mungkin cara yang lain, kementerian lain menilainya berbeza daripada JKM. Ya, terima kasih.
Seterusnya tadi. Saya teruskan Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Yang Berhormat Kepala Batas mencadangkan agar kerajaan mengadakan semula inisiatif subsidi taska bagi membantu ibu bapa bekerja seperti yang pernah diperuntukkan pada tahun 2020.
Untuk makluman Yang Berhormat, inisiatif Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak- kanak TASKA ini tidak pernah dihentikan sejak ia dimulakan dari dulu lagi. Taska swasta sejak tahun 2013, taska komuniti sejak tahun 2012 iaitu RM180 sebulan untuk seorang kanak-kanak. Insentif ini diberikan kepada ibu bapa yang layak berdasarkan kriteria yang
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
ditetapkan dan menghantar anak mereka ke taska yang berdaftar dengan JKM.
[Batuk] Dengan izin, [Meneguk air] maaf ya.
Untuk tahun 2022 sahaja, ibu bapa kepada 1,483 kanak-kanak yang dihantar ke taska swasta di seluruh negara telah mendapat manfaat berjumlah RM3 juta di bawah inisiatif ini. Sementara itu dalam tempoh yang sama, ibu bapa kepada 164 kanak-kanak yang dihantar ke taska komuniti telah menerima jumlah agihan insentif oleh kerajaan ini, berjumlah lebih RM350,000.
Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Kepala Batas agar pelepasan dan pengecualian cukai diberikan kepada pengusaha taska, sukacita dimaklumkan bahawa pengusaha taska telah sedia ada diberi pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun. Pengecualian cukai ini juga diberikan kepada pengusaha pusat jagaan kanak- kanak dan prasekolah swasta. Di samping itu, pengusaha taska juga diberikan Elaun Bangunan Industri pada kadar 10 peratus oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rantau Panjang ingin mengetahui, sama ada KPWKM menyediakan sebarang inisiatif atau program yang telah dilaksanakan kepada wanita supaya tidak menjadi mangsa jenayah buli siber atau scammer. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, JPW mempunyai Program IRIS dan Program Skuad WAJA yang bertujuan untuk memperkasakan wanita dengan pengetahuan perundangan dan sokongan psikososial.
Antara pengisian program ini turut meliputi kesedaran bertahap isu-isu jenayah siber terhadap wanita seperti tidak terpedaya dengan penipuan siber dan berani dalam mengatasi isu buli siber. Program IRIS yang telah dilancarkan pada Februari 2023 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran wanita terhadap undang-undang serta perkhidmatan atau bantuan guaman yang sedia ada.
Khusus berhubung dengan isu jenayah siber, program-program ini boleh membantu wanita terutama sekali menjadi lebih peka akan modus operandi dan ciri-ciri jenayah siber seperti buli siber dan cara-cara untuk menanganinya dengan lebih berkesan.
Kedua, mengetahui cara-cara untuk menangani isu buli siber dan scammer dengan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan ketiga, mengetahui cara pelaporan jenayah bagi mendapatkan pengadilan yang sewajarnya. Ahli sukarelawan Skuad WAJA juga didedahkan dengan pengisian Program IRIS ini bagi membolehkan mereka peka terhadap jenayah siber. Undang-undang terlibat jenis-jenis jenayah siber yang boleh berlaku seperti love scam dengan izin dan keldai akaun serta cara-cara menghadapi jenayah siber seperti pengumpulan bukti dan saluran aduan.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Sehingga 31 Disember 2022, terdapat seramai hampir 330,000 orang iaitu to be exact dengan izin 328,558 orang ahli Skuad Waja di seluruh negara dengan 77 peratus daripadanya adalah wanita iaitu bilangannya 253,973 orang. Manakala, baki 23 peratus lagi adalah lelaki iaitu 74,585 orang, ini YB Rantau Panjang juga bertanya.
Selain itu, JPW turut menjalankan kerjasama strategik dengan pihak Bahagian Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam terus memberi kesedaran kepada orang awam, khususnya wanita melalui program dan kempen yang dilaksanakan.
Sepanjang tahun 2023 ini, sebanyak 25 program telah diadakan bagi memberi kefahaman dan kesedaran berkenaan scammer terhadap wanita dengan penyertaan seramai hampir 1,300 orang peserta. Peserta turut didedahkan dengan saluran aduan khas bagi isu jenayah siber iaitu Scam Alert 997 dengan izin dan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).
Seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bangi telah mencadangkan agar ditambahkan lagi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ataupun PDK di kawasan Parlimen beliau. Sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, program PDK merupakan salah satu strategi di dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi penyamaan peluang dan integrasi sosial orang kurang upaya. Ia dilaksanakan melalui
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
penglibatan aktif OKU, keluarga dan masyarakat setempat dengan disokong oleh perkhidmatan kesihatan, pendidikan vokasional dan sosial.
Program PDK ditumpukan kepada OKU yang memerlukan pemulihan dan latihan asas daripada segi pergerakan, pertuturan, pendidikan khas dan kemahiran dalam aktiviti harian. Program dibuka kepada OKU dari semua kategori ketidakupayaan dan semua peringkat umur.
PDK juga merupakan satu alternatif kepada pemulihan dalam institusi sepertimana juga PAWE, kerajaan tidak mengoperasikan PDK ini. Sebaliknya ia dijalankan oleh pertubuhan sukarela kebajikan, kerajaan memberi galakan untuk PSK terus aktif menjalankan aktiviti PDK melalui insentif bantuan kewangan untuk meringankan kos operasi mereka.
KPWKM mengalu-alukan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) atau Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) untuk menubuhkan PDK di tempat mereka. Sepertimana juga penubuhan PAWE yang disebutkan sebentar tadi, JKM akan menilai cadangan permohonan penubuhan PDK berdasarkan beberapa kriteria yang turut meliputi bilangan OKU di sesuatu kawasan, lokasi dan komuniti penggerak.
Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Rantau Panjang lagi seterusnya ingin mengetahui perihal penghargaan kepada kaunselor sukarelawan yang banyak membantu dalam menyampaikan perkhidmatan kementerian seperti menangani pelbagai isu aduan melalui Talian Kasih 15999.
Untuk makluman, Lembaga Kaunselor telah mendaftarkan sukarelawan kaunselor berdaftar bagi membantu masyarakat dalam menangani isu psikososial.
Sukarelawan kaunselor berdaftar ini merupakan satu entiti formal di bawah KPWKM dalam usaha membantu masyarakat dan menyediakan bantuan profesional kepada masyarakat yang terkesan dengan musibah dan krisis yang berlaku dalam kehidupan.
Terdapat 249 orang sukarelawan kaunselor berdaftar yang sedang berkhidmat melalui Talian Kasih 15999 bagi menangani panggilan berkaitan masalah keluarga, tekanan, kemurungan, serangan panik dan yang memerlukan sokongan emosi. Talian ini telah diwujudkan sejak 8 Mac 2020.
Talian diuruskan oleh sukarelawan kaunselor berdaftar ini bertujuan memberi bantuan sokongan psikologi kepada individu yang memerlukan dengan menggunakan kepakaran mereka untuk memberi panduan dan bimbingan psikologi kepada pemanggil dan merujuk kepada agensi-agensi yang berkaitan mengikut keperluan.
Kita menghargai sumbangan sukarelawan kaunselor berdaftar yang bertugas dengan Talian Kasih 15999 ini. Untuk itu setiap kaunselor yang bertugas ini akan diberikan mata merit dalam continuing professional development (CPD) dengan izin, iaitu salah satu syarat kelayakan bagi membolehkan perakuan amalan kaunselor diperbaharui setiap dua tahun. Mereka juga disediakan latihan-latihan kemahiran untuk meningkatkan kompetensi agar mereka boleh memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rantau Panjang lagi ingin mengetahui usaha kerajaan dalam memperkasa potensi diri OKU. Untuk makluman, KPWKM telah merangka beberapa program atau aktiviti yang bersesuaian dengan keperluan OKU seperti yang digariskan dalam Pelan Strategik KPWKM 2021 hingga 2022 melalui Teras Strategik Kelima memperkasa orang kurang upaya.
Antaranya termasuklah menyemak semula Akta Orang Kurang Upaya 2008 [Akta 685] dan pemantauan program dengan izin disability equality training (DET) dengan meningkatkan jumlah jurulatih DET yang dilatih. Jumlah peserta yang mengikuti DET serta penyediaan modul DET atas talian.
Sementara itu, kerajaan menerusi Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya juga ataupun JPOKU akan terus melaksanakan tanggungjawab dalam membela hak dan peluang sama rata kepada golongan OKU di negara ini. Antara peranan JPOKU dalam usaha memperkasakan OKU termasuklah:
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
(i) penggubalan Akta Orang Kurang Upaya 2008;
(ii) membangunkan dasar dan pelan tindakan OKU;
(iii) menubuhkan majlis kebangsaan bagi OKU;
(iv) mendaftarkan OKU;
(v) bekerjasama dengan PSK dalam menubuhkan taska OKU pusat bagi program pemulihan dalam komuniti;
(vi) mengoperasikan perkhidmatan di institusi meliputi Taman Sinar Harapan, pusat latihan perindustrian dan pemulihan dan bengkel daya dan juga membangunkan pusat kehidupan berdikasi atau dengan izin, independent leving center (ILC);
(vii) membangunkan program pemerkasaan ekonomi Economic Empowerment Programme (EEP) dengan izin, di PDK; dan
(viii) memberikan kefahaman kepada pihak majikan terhadap peluang pekerja OKU melalui program Job Coach.
Di samping itu, pencapaian luar biasa individu OKU serta mereka yang berada di sekeliling OKU seperti ahli keluarga dan majikan diberi pengiktirafan menerusi anugerah khas OKU yang diberikan sempena sambutan Hari OKU Sedunia peringkat kebangsaan yang diraikan pada 3 Disember setiap tahun.
Tan Sri Yang di-Pertua...
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Sikit jer Yang Berhormat.
Bolehkah Tan Sri, sikit jer tanya. Berkaitan dengan pembangunan orang kurang upaya, saya ucap tahniah di atas usaha yang dibuat oleh kementerian. Cuma saya tak nampak sangat dari sudut program pembinaan kerohanian.
Yang itu yang rata-rata di keperluan– maknanya yang sepatutnya kita nak melahirkan OKU yang hatinya mempunyai jiwa yang kefahaman agama, terutama bagi yang Islam dan begitu juga saya dimaklumkan untuk peruntukan contohnya untuk pencetakan Quran Braille ada setengah mereka terpaksa mencari derma dan sebagainya.
Jadi, sejauh mana keprihatinan kerajaan terutama dalam pembangunan kerohanian jiwa bagi OKU ini?
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang Berhormat kita ambil maklum komen dan cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat itu kerana mungkin ada yang dibuat tetapi tidak secara rasmi. Mereka membuat secara bersama dengan NGO. Namun, apa Yang Berhormat nyatakan itu akan kita ambil maklum. terima kasih banyak di atas pandangan itu.
Yang Berhormat Tan Seri, dengan maklum balas terakhir itu, Tuan Yang di-Pertua, maka berakhirlah sesi...
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Yang Berhormat Menteri, saya rasa saya mengemukakan banyak persoalan dalam perbahasan. Mungkin tak ada jawapan langsung tentang...
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Apa persoalannya Yang Berhormat?
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Pertama, berkenaan dengan women, peace and security dan kedua berkenaan dengan pelan tindakan untuk kepimpinan wanita dan yang ketiga berkenaan dengan i-Suri, perkembangan untuk penambahbaikan dari sudut pengurusan kewangan.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Kalau yang lain tadi, saya akan apa nama, saya akan rujuk tapi kalau dari segi Dasar Wanita itu memang telah dalam proses ya, dalam proses Dasar Wanita Negara dalam proses apa nama, diuruskan melalui kalau tak silap saya, USM ada. Telah dilakukan. Dari segi kursus financial semua tu, memang ada dalam apa nama, dalam— it is dalam proses juga sudah dibuat— sudah dibuat melalui
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
aktiviti-aktiviti untuk wanita. Cuma satu saja baru dibuat. Insya-Allah dia akan berterusan, akan berterusan program-program ini. Tadi, berhubung dari segi security kah tu?
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Ya, kerana perbahasan di peringkat ASEAN menyebut tentang bahawa Malaysia antara negara yang masih belum mempunyai pelan tindakan untuk keselamatan dan keamanan bagi wanita.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Insya-Allah, kita akan— saya akan...
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Sama juga tadi yang Dasar Wanita tu, pelan tindakan untuk kepimpinan wanita peringkat kebangsaan...
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Saya akan rujuk itu. Mungkin juga dimasuk di dalam Dasar Wanita. Namun begitu, saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat secara bertulis.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Now, untuk i-Suri di bawah KWSP, di bawah MOF dan JPW hanya uar-uarkan inisiatif ini untuk membantu menyebarluaskan.
Jadi, ia bukan di bawah kita Yang Berhormat ya.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Bukan mengenai i-Suri secara spesifik tetapi yang kita maksudkan ialah bagaimanakah penglibatan kementerian dalam usaha untuk pendidikan pengurusan kewangan kepada wanita hari ini kerana kerajaan...
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Itu saya sudah maklumkan tadi. Itu memang berjalan tapi cuma baru satu. Satu program dimulakan pada tahun ini...
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Maksud saya, cadangan kita agar disekalikan supaya perbelanjaan kerajaan disekalikan dengan pendidikan pengurusan itu sekali.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Sekalinya. Memang sekali. Itu untuk program untuk di bawah JPW dan apabila satu program telah kita uar-uarkan melalui media, social media, maka sudah banyak sudah memohon. Maka dengan itu, kita merancang untuk tahun depan kerana ini sudah hujung tahun. Terima kasih di atas komen ataupun pandangan yang Yang Berhormat tadi ya.
Jadi, dengan maklum balas terakhir itu Tuan Yang di-Pertua, maka berakhirlah sesi penggulungan saya mewakili Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk Bajet 2024 peringkat dasar. Saya sekali lagi merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas, mengemukakan pandangan masing-masing. Semua perkara yang disentuh, teguran dan cadangan, kami ambil maklum dan teliti, diteliti serta diperhalusi untuk diambil tindakan lanjut sewajarnya. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Menteri. Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 1 November 2023. Sekian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam.
[Dewan tangguhkan pada pukul 6.53 petang]