Oct252023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita mulakan dengan menjemput Tuan Edwin anak Banta, Selangau.

final • 10:00 AM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Soalan saya ialah soalan nombor satu.

final • 10:00 AM

1. Tuan Edwin anak Banta [Selangau] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan bagaimana kementerian memperkasakan belia dalam bidang pertanian moden dan ke arah membangunkan usahawan muda.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin

Selamat pagi. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha memperkasakan belia dan membangunkan usahawan muda dalam bidang pertanian moden, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menjadikan agenda pemodenan dan pertanian pintar sebagai teras dasar pertama serta pembangunan bakat yang memenuhi keperluan industri sebagai Teras Dasar 3 di bawah Dasar Agromakanan Negara 2021-2030

(DAN2.0).

Sehubungan itu, KPKM telah mengambil langkah-langkah berikut iaitu pertama, latihan dan infrastruktur. Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) yang merangkumi 10 bidang iaitu tanaman, akuakultur air tawar, akuakultur marin, perikanan tangkapan, poultry, ruminan, pemprosesan makanan, pengeluaran padi, pemasaran dan penyenggaraan jentera pertanian ditawarkan kepada golongan belia yang berusia 18 sehingga 25 tahun untuk mengikuti kursus yang diberi persijilan, Sijil Kemahiran Malaysia dan Diploma Kemahiran Malaysia di sebanyak 15 buah pusat bertauliah di Malaysia.

Antara pusat bertauliah yang telah dilengkapi teknologi pertanian pintar bagi tanaman adalah seperti di Institut Pertanian Bumbong Lima Pulau Pinang, teknologi mekanisasi dan automasi di Institut Latihan Mekanisasi dan Automasi Peladang (ILMAP), Kota Bharu, Kelantan dan institut ternakan unggas di Melaka yang dilengkapi dengan teknologi ternakan ayam secara tertutup.

Bagi sektor ternakan ruminan kaedah moden seperti permainan berasas juga diperkenalkan kepada para pelatih. Dalam usaha memperkukuhkan lagi sekuriti makanan negara, kementerian sentiasa menggalakkan penyertaan golongan belia melalui penggunaan teknologi moden dan seterusnya melahirkan usahawan muda dalam sektor agromakanan. Latihan dan bimbingan akan terus diberikan oleh jabatan atau agensi di bawah KPKM.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin

Yang kedua, geran dan kemudahan pembiayaan. Bagi memperkasakan belia dan membangunkan usahawan muda dalam bidang pertanian, KPKM telah memperkenalkan Program Agropreneur Muda. Program ini bertujuan membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di sepanjang rantaian nilai sektor agromakanan.

Program ini juga menawarkan kursus latihan serta geran kepada golongan yang berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun, termasuk bidang pertanian moden. Bagi aspek pertanian moden, Geran Agropreneur Muda (GAM) yang ditawarkan adalah berbentuk barangan seperti infrastruktur, sistem dan peralatan berkaitan teknologi yang berjumlah sehingga RM20,000. Manakala kursus dan latihan yang ditawarkan meliputi penggunaan teknologi Internet of Things (IoT), pemasaran digital, pengurusan ladang dan latihan berkaitan teknologi terkini.

Bagi usahawan muda yang ingin meningkatkan lagi penggunaan teknologi dalam bidang yang sedang diusahakan, KPKM melalui Agrobank telah memperkenalkan Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan (PMRNA). Program ini menawarkan kemudahan pembiayaan sehingga RM1 juta pada kadar 3.5 peratus untuk tempoh pinjaman sehingga 10 tahun kepada usahawan di seluruh rantaian nilai agromakanan, termasuk usahawan muda untuk perolehan teknologi berasaskan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) seperti sistem fertigasi pintar menggunakan IoT, kilang tanaman serta dron. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Selangau.

final • 10:00 AM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Terima kasih YB Timbalan Menteri. Soalan saya kedua ialah apakah cabaran dan halangan dalam menarik minat belia untuk melibatkan diri dalam program pertanian moden ini?

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 10:00 AM

Tuan Chan Foong Hin

Antara cabarannya ialah macam mana kita memberikan naratif bahawa pertanian adalah satu kerjaya yang moden, satu kerjaya yang ada masa depan, supaya belia-belia dapat menceburi dalam bidang ini. Salah satu cabaran adalah macam mana kita memberikan akses kepada golongan belia seperti contoh kalau di kawasan YB, terutama juga Projek Pertanian Pintar yang kita laksanakan di Daerah Igan, Matu kira-kira dua jam perjalanan dari Daerah Selangau.

So, projek fertigasi berkelompok di Daerah Igan, Matu ini merangkumi lapan unit struktur pelindung hujan (SPH) dan melibatkan 24 orang peserta. Projek yang bernilai RM480,000 ini di bawah peruntukan pembangunan negeri ini telah siap sepenuhnya pada tahun 2022. So, salah satu cabaran macam mana kita memperluaskan projek ini kepada daerah-daerah yang memerlukan. Projek sedemikian boleh dijadikan sebagai contoh bagi membangunkan sektor pertanian di Daerah Selangau menggunakan teknologi moden, sekali gus meningkatkan pendapatan isi rumah penduduk sekitar Daerah Selangau.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Bagan Serai.

final • 10:00 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Menteri. Kementerian telah memperkenalkan satu Geran Agropreneur Muda yang telah diperkenalkan sejak tahun 2016. Geran ini dalam bentuk barangan yang diberikan tidak lebih daripada RM20,000.

Soalan saya ialah program sudah pun– RM20,000 itu harga tahun 2016.

Sedangkan sudah pun hari ini, tahun 2023 sudah 7 tahun, dah tentu kenaikan harga barang dan sebagainya.

final • 10:00 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Soalan saya ialah adakah pihak kementerian bercadang untuk meningkatkan geran ini daripada RM20,000 kepada harga yang lain? Yang keduanya, berkenaan dengan apa perkembangan berkenaan dengan siswazah tani yang dahulunya pada zaman saya daripada 1987, 1988 ini diperkenalkan untuk menggalakkan siswazah terlibat dalam kegiatan pertanian. Terima kasih Tuan Speaker.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

final • 10:10 AM

Tuan Chan Foong Hin

Terima kasih kepada soalan daripada YB. Untuk isu Geran Agropreneur Muda ini saya mengalu-alukan yang cadangan untuk menaikkan dari segi geran ini dalam bentuk in kind kepada nilai yang lebih tinggi. Cuma, saya ingin memberitahu kepada Dewan ini yang Geran Agropreneur Muda ini merupakan satu titik permulaan untuk usahawan-usahawan yang muda untuk menceburi dalam bidang ini.

Selepas menerima Agropreneur Muda ini, sebenarnya KPKM juga telah menyediakan pelbagai program seperti Program Geran Pemadanan, high impact product

(HIP) dan juga change upgrade product (CUP). Ini yang merupakan program yang pada peringkat yang seterusnya, di mana kita memberikan geran yang berbentuk padanan untuk menggalakkan — usahawan ini dia semakin berdikari, bukan sahaja bergantung kepada geran semata-mata.

Untuk soalan yang kedua, yang mengenai berapakah graduan yang untuk daripada yang bidang pertanian ini kan? Saya cuma ada statistik untuk graduan-graduan daripada institut latihan di bawah KPKM. Setiap tahun kita lebih kurang menghasilkan 1,000 lepasan daripada yang institut pertanian ini. Kebolehpasaran mereka adalah lebih kurang pada 70 peratus. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik saya jemput Tuan Khairil Nizam bin Khirudin, Jerantut.

final • 10:10 AM

Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Soalan saya nombor 2.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 10:10 AM

2. Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Kerja Raya menyatakan:

(a) apa rancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang kerajaan agar kesesakan lebuh raya seperti di Tol Bentong dan Tol Gombak dapat dikurangkan; dan

(b) adakah kerajaan bersetuju sekiranya lampu solar dipasang di lebuh raya yang tidak mempunyai lampu jalan.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Bagi soalan yang ditanyakan oleh soalan Jerantut sebentar tadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita mengeluarkan sebenarnya banyak jadual-jadual bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Untuk makluman Yang Berhormat, bahawa tindakan jangka panjang kerajaan dan perancangan untuk melaksanakan sistem yang dinyatakan oleh pihak Yang Berhormat sebentar tadi bahawa kita— selain daripada itu kita mengeluarkan beberapa perkara seperti menambah jumlah kakitangan yang bertugas dan menyediakan perkhidmatan kren kembali dalam keadaan tunggu sedia untuk memastikan sebarang kejadian yang berlaku ditangani dengan segera dan menempatkan petugas-petugas seperti RELA, dalam masa- masa tertentu untuk membantu pengguna yang menghadapi permasalahan bagi memastikan kelancaran pergerakan di plaza tol.

Untuk makluman Yang Berhormat, jangka masa panjang kerajaan dalam perancangan untuk melaksanakan sistem kutipan tol secara MLFF bagi melancarkan pergerakan trafik di plaza tol iaitu bagi cadangan tersebut Yang Berhormat, kita telah meluluskan cadangan pelebaran lorong Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bermula daripada Plaza Tol Gombak ke persimpangan Central Spine Road iaitu Bentong yang akan melaksanakan oleh pihak ANIH Berhad.

Selaku pemegang konsesi Lebuhraya KLK, cadangan pelebaran Lebuhraya KL- Karak dijangka akan dapat menyediakan lebuh raya yang selesa, cepat, mudah dan cekap serta menangani isu kesesakan yang sering berlaku di Lebuhraya Karak terutamanya pada musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu. Ketika ini projek dalam peringkat

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

awalan dan reka bentuk. Yang terperincinya akan dapat dilaksanakan pada suku kedua 2024.

Bagi syarikat konsesi ANIH Berhad telah melaksanakan obligasi mereka untuk memasang lampu di Lebuhraya KLK, sebagaimana yang terkandung dalam perjanjian konsesi. Kerajaan juga telah memasang lampu jajaran Gombak ke Terowong Genting Sempah dan pemasangan lampu jalan dari Terowong Genting Sempah ke persimpangan Central Spine Road, Bentong adalah termasuk dalam skop kerja pelebaran yang akan dilaksanakan.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada dasarnya kerajaan adalah menyokong dan menggalakkan penggunaan teknologi hijau dengan peruntukan di dalam perjanjian konsesi bagi lebuh raya baru supaya mengambil kira penggunaan teknologi hijau seperti lampu jalan LED dan lampu solar. Walau bagaimanapun, ia perlu mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Merujuk kepada perjanjian tandatangan pihak kerajaan dengan syarikat konsesi, secara amnya syarikat konsesi adalah syarikat yang menyediakan kemudahan lampu jalan di lokasi-lokasi berikut. Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Jerantut.

final • 10:10 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri yang sentiasa cemerlang menjawab persoalan-persoalan daripada rakan-rakan di peringkat pembangkang dan kita harapkan Tambun boleh consider-lah untuk Timbalan Menteri upgrade jadi Menteri, kalau ada reshuffle nanti. Tapi, jangan bimbang kalau nak jadi Menteri boleh datang ke sini, insya-Allah. Gurau ya.

Soalan saya ialah, kalau kita lihat tentang jawapan yang cukup menyegarkan tadi berkenaan dengan akan berlakunya pelebaran KLK, Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Jadi, persoalannya ialah pertama bilakah perkara itu akan berlaku?

Yang keduanya ialah berkenaan dengan SOP repair jalan ini. Adakah pihak kementerian telah menetapkan SOP kepada pengusaha jalan ini untuk tidak melakukan sebarang repair jalan ini berlaku sewaktu waktu puncak? Apakah pihak kerajaan berhasrat untuk mewujudkan smart lane untuk jalan raya ini atau lebuh raya ini ketika waktu puncak?

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Sebenarnya, bagi permulaan kerja-kerja tersebut akan berlaku pada suku kedua 2024 dan dijangka tidak lama lagi. Perkara ini kita sentiasa memerhati dalam keadaan suasana seperti itu dan lebuh raya ini adalah lebuh raya penggunaan saya sentiasa ulang- alik sebenarnya, termasuk Jerantut. Kita amat mengetahui dalam keadaan tersebut.

Bagi untuk jawapan smart lane, kita sebenarnya telah mengaktifkan lorong kecemasan tetapi buat masa ini, kita tidak dapat sepenuhnya kerana mengikut spesifikasi yang berada smart lane ini, ia memerlukan 2.5 meter kelebarannya. Sedangkan kita ada baru 2.25 meter. Tetapi, sekiranya berlaku perkara yang kita nyatakan sebentar tadi, kita terpaksa juga memastikan boleh pembukaan sementara musim-musim perayaan.

Tetapi, walau bagaimanapun, kita telah memasuki dalam skop pelebaran tersebut yang kita akan libatkan sehingga 3.0 meter bagi kemudahan smart lane supaya kita dapat penggunaannya yang secara maksima dan isu-isunya ini akan kita lakukan sepenuhnya dalam pelebaran jalan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Jerantut.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Paya Besar.

final • 10:10 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya setuju pandangan Jerantut tadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri bagus jawapannya, dah macam Yang Berhormat Menteri.

[Tepuk] Persoalannya Tan Sri, ada dua persoalannya yang saya ingin tanyakan.

final • 10:10 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Semua Pahang.

final • 10:10 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

[Ketawa] Sebab ini orang yang menggunakan jalan yang disebut dalam soalan Jerantut tadi. Dua perkara Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Pertamanya, bila kita laksanakan KLK, adakah mengambil kira jumlah kenderaan pada 10 tahun, 20 tahun akan datang? Yang keduanya Yang Berhormat, Jerantut ada bertanya tadi berkaitan SOP baiki jalan ini. Kerana apa, kerana kebanyakan konsesi buat di waktu puncak dan menyebabkan kesesakan.

Ketiganya Tan Sri, bila nak balik hujung minggu, tak boleh ke kementerian Yang Berhormat minta konsesi atau pihak yang mengendalikan lebuh raya tersebut untuk buka laluan kontra? Ia menyebabkan jam empat ke lima jam Yang Berhormat. Yang Berhormat juga pun terlibat sekali. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, silakan.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Sebenarnya, saya tahu Yang Berhormat Paya Besar ini selalu menggunakan kenderaan udara bila balik ke Kuantan kecuali saya dan Jerantut...

final • 10:10 AM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ini fitnah, Tan Sri. Ini fitnah. Saya guna jalan darat. Tarik balik Yang Berhormat.

[Ketawa]

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Okey, saya tarik baliklah sebab saya – tapi saya pasti, dia banyak naik udara. Jadi, Yang Berhormat Tan Sri Yang di- Pertua, sebenarnya ini yang dinyatakan sebentar tadi bahawa kita sentiasa membuat kajian dari semasa ke semasa. Kita tahu.

Sebenarnya, kalau hari biasa pun menjelang hari Ahad, hari Ahad petang, ia akan menyebabkan laluan daripada Lipis ke– saya tahu dari Lipis. Dari Lipis ke Kuala Lumpur, biasanya dua jam setengah tetapi ia akan memakan masa empat jam disebabkan trafik hujung minggu. Begitu juga sebelah utara, kita tahu sebenarnya.

Tetapi walau bagaimanapun, sebab itu perancangan suku tahun 2024, pelebaran akan bermula dan kita jangkakan akan dapat mengatasi permasalahan tersebut yang melibatkan terutamanya tol, pelebaran jalan dan kita mengambil kira juga seperti Yang Berhormat Paya Besar katakan sebentar tadi, sekiranya berlaku perkara yang tersebut, kita terpaksa membuka satu laluan lagi.

Sebab itu, kalau kita tengok kadang-kadang, kita terpaksa buka di terowong itu menggunakan satu hala bagi mempercepatkan mereka. Tetapi kekangan kita apabila sampai saja ke Tol Gombak, dia bermulanya akan kesesakan lalu lintas di bandar Kuala Lumpur, menyebabkan panjang kesesakan tersebut sehinggalah ke bandar Bentong.

Maka, yang ini yang sukar untuk kita atasi dan terpaksa melakukan pelebaran.

Yang lebih pentingnya, melakukan pelebaran dan juga melakukan MLFS ini supaya ia dapat mengatasi sekurang-kurangnya permasalahan ini dapat kita kurangkan dari jangka masa ke semasa. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem, Serian.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian

Terima kasih Yang di-Pertua.

Selamat pagi, salam sejahtera. Salam Perpaduan. Soalan Serian nombor tiga.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:20 AM

3. Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [Serian] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan apakah tindakan diambil untuk membina struktur Penahanan Tebing Batang Sadong di Kampung Hilir Serian yang sudah runtuh dan merbahaya.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tan Sri Speaker dan terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran

(JPS) telah mengambil tindakan dengan membina struktur penahan tebing Batang Sadong di Kampung Hilir Serian. Melalui kerja-kerja pembaikan sementara, kerja pembaikan ini telah dibuat menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri Sarawak daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Kerja pembaikan sementara ini telah dilaksanakan pada 24 Julai 2023 dan siap pada 15 September 2023 dengan kos sebanyak RM499,000. Projek ini merangkumi skop kerja pembaikan semula tebing runtuh dengan pembinaan jalan raya bertar menggunakan piled embankment sepanjang 50 meter serta pembinaan hakisan tebing sungai menggunakan rock dumping sepanjang 70 meter.

Selain itu, cadangan projek pemuliharaan Batang Sadong ini di Kampung Hilir, bahagian Serian, Sarawak telah dikemukakan di bawah Rolling Plan ke-4 tahun 2024.

Permohonan ini melibatkan pembinaan struktur perlindungan hakisan tebing sungai, telah diangkat kepada Kementerian Ekonomi untuk pertimbangan dan kelulusan. Pelaksanaan projek ini adalah komitmen kerajaan untuk mengatasi masalah hakisan tebing sungai dengan lebih efektif dan berkekalan. Ia akan memberi manfaat kepada komuniti setempat dan melindungi kawasan daripada risiko hakisan menjadikannya lebih selamat dan mampan. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Serian.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan dan terima kasih kepada kerajaan kerana telah membuat kerja-kerja sementara itu. Datuk Yang di-Pertua, Tan Sri Yang di-Pertua, kerja- kerja pembaikan sementara itu kecil, sedangkan masalah hakisan tebing sungai di Kampung Hilir Serian ini besar, serius.

Sepertimana yang telah dijawab, kementerian telah mengemukakan cadangan untuk membesar projek-projek ini ke Kementerian Ekonomi. Saya amat berharap agar Kementerian Ekonomi akan mengambil berat akan perkara ini. Soalan tambahan saya, berapakah kos projek ini dan bilakah ianya dijangka bermula? Tambahan, adakah projek ini akan meliputi kampung yang berdekatan iaitu Kampung Hulu Serian? Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Serian. Kementerian melalui JPS juga telah mengambil langkah-langkah tindakan jangka masa pendek bagi mengurangkan risiko banjir di Parlimen Serian dengan menyalurkan peruntukan kerja-kerja pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas berjumlah RM1.34 juta melibatkan 11 kerja-kerja kecil.

Kerja-kerja kecil ini meliputi skop seperti penyiasatan tanah, kerja ukur, reka bentuk terperinci, kerja-kerja pengaluran sungai, kerja-kerja menstabilkan tebing sungai, menaik taraf aset tak alih, menaik taraf saluran dan struktur berkaitan bagi meningkatkan kualiti air sungai, pengurusan projek dan program communication, education, participation and awareness (CEPA).

Bagi penyelesaian jangka masa panjang, pihak JPS telah memohon dua cadangan. Projek pemuliharaan Batang Sadong di Kampung Hilir, bahagian Serian, Sarawak dan cadangan projek pemuliharaan Batang Sadong di Kampung Hulu, bahagian Serian, Sarawak di bawah Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Kedua Belas dengan anggaran kos RM37 juta. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Kubang Kerian.

final • 10:20 AM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih. Pertama sekali, saya ingin dapat penjelasan tentang struktur penahan tebing sungai ini. Salah satu di antara mekanisme yang telah pun diluluskan oleh pihak kementerian sebelum ini ialah projek denai sungai kebangsaan (DSK) sebanyak 10,000 kilometer supaya struktur tebing

final • 10:20 AM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

sungai yang kita bina, dia bukan hanya menahan daripada runtuhan, tapi juga mampu menjadi daya tarikan kepada pengunjung untuk menjaga kelestarian sepanjang tebing sungai.

Persoalan saya ada dua. Pertama sekali, kos keseluruhan struktur penahan tebing sungai di Batang Sadong ini sebab saya pernah melihat di kawasan yang tersebut.

Berapa kos sebenar sebab yang disebut tadi RM37 juta. Berapa kos keseluruhan untuk menyiapkan tebing itu dan yang keduanya, hingga setakat ini, denai sungai kebangsaan, berapa ribu kilometer telah pun disiapkan dengan target 10,000 yang telah diluluskan sebelum ini? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Dalam tangan saya sekarang ini, kalau ikut statistik itu the whole Malaysia itu, that statistic itu punya itu semua itu kos berapa banyak, di tangan saya sekarang tidak ada. Sebab itu, sebab hanya dekat Sarawak sahaja. Saya sekarang sini tadi, saya sudah– tadi saya sudah dibentangkan yang tadi yang saya cakap dekat itu RM37 juta *in Sarawak.

The whole in Malaysia* – sebab itu, saya – this punya amount itu tidak itu – saya dalam tangan, sekarang berkaitan itu tidak ada. Nanti saya itu – terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Saya nanti menyediakan jawapan bertulis, kasi itu Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi, Kuala Kedah.

final • 10:20 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor empat.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

final • 10:20 AM

4. Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [Kuala Kedah] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan:

(a) pelan tindakan bagi meningkatkan sumber protein berasaskan hidupan laut yang menjadi keperluan rakyat; dan

(b) strategi mapan bagi meningkatkan hasil pendapatan nelayan darat terutamanya di negeri Kedah.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin

Tuan Yang di-Pertua, dalam memastikan bekalan sumber protein negara sentiasa terpelihara dan terjamin, kementerian telah menyediakan pelan tindakan seperti berikut.

Pertama, melaksanakan pelan pengurusan perikanan seperti Pelan Transformasi Vessel di Zon B melalui exit policy, pukat tunda yang melibatkan 2,630 vessels di seluruh negara yang masih menggunakan peralatan pukat tunda bagi menjalankan aktiviti menangkap ikan. Melalui pelaksanaan pelan ini, sumber perikanan yang diancam aktiviti tidak terkawal oleh pukat tunda dapat dipelihara sewajarnya.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin

Kedua, meningkatkan pemeliharaan sumber perikanan dan pemuliharaan habitat dengan melakukan tukun tiruan di kawasan-kawasan zon larangan pukat tunda bagi mengelakkan kemusnahan habitat serta meningkatkan biojisim perikanan.

Ketiga, meningkatkan sumber melalui aktiviti akuakultur dengan memberi penumpuan terhadap spesies akuakultur berproduktiviti tinggi dan berpotensi seperti udang putih, rumpai laut dan kerang. Pada tahun 2022, pengeluaran akuakultur meningkatkan sebanyak 37.5 peratus berbanding tahun 2021 dengan pengeluaran 417.2 tan metrik bernilai RM3.43 juta.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin

Keempat, meningkatkan produktiviti akuakultur melalui penerapan teknologi dan akuakultur bersepadu seperti sistem bioflok, sistem ternakan secara intensif, termasuk teknologi makanan rumusan ikan serta lain-lain teknologi baharu yang mempunyai elemen Revolusi Perindustrian 4.0.

Kelima, melaksanakan aktiviti pembangunan input akuakultur seperti makanan rumusan ternakan dan peralatan yang dapat membantu mengurangkan kos ternakan, pengecualian cukai bagi pembelian peralatan sokongan yang dapat mengurangkan kos input yang tinggi serta pembangunan benih dan induk berkualiti tertumpu bagi mengurangkan kebergantungan import induk dari luar negara.

Keenam, membangunkan komuniti ekonomi perikanan dan akuakultur dengan menyediakan kemudahan kewangan, insentif cukai serta bantuan fasiliti untuk pelabur, nelayan dan penternak bagi meningkatkan daya saing dan kemampuan untuk mengeluarkan hasil pada kadar yang optimum.

Antaranya, kerajaan telah memperuntukkan Dana Jaminan Makanan (DJM) untuk program modenisasi vessel dan mekanisasi tangkapan berbentuk pinjaman sebanyak RM150 juta dengan kadar 3.0 ke 3.5 peratus dalam tempoh 10 tahun bagi tujuan pemodenan vessel dan meningkatkan mekanisasi, menaik taraf peralatan dan keselamatan.

Selain itu, peningkatan hasil pendapatan golongan nelayan darat di seluruh negara sentiasa menjadi keutamaan pihak kementerian. Antara strategi-strategi yang telah dilaksanakan di seluruh negara dan khususnya di negeri Kedah adalah seperti berikut.

Pertama, meningkatkan pemudahcaraan akses pemasaran ikan dan hasilan perikanan ke pasaran antarabangsa melalui usaha sama pelaburan asing di dalam perikanan akuakultur bagi permintaan advanced technology dan penembusan pasaran serantau dan global.

Kedua, menggalakkan aktiviti ekonomi tambahan sebagai pendapatan sekunder untuk nelayan skala kecil dengan mempelbagaikan aktiviti dalam rantaian nilai perikanan seperti industri asas tani, pemasaran produk perikanan, industri sokongan perikanan, agropelancongan dan perikanan rekreasi melalui Program myKomuniti Perikanan (myKP) dan myAgropreneur Perikanan (myAP).

Akhirnya, melaksanakan Program Pelepasan Benih Ikan di Perairan Umum di sungai atau tasik bagi meningkatkan bekalan sumber di perairan umum Kedah. Sebanyak 205,000 ekor benih ikan termasuk spesies udang galah, lampam sungai, puyu dan baung bernilai RM56,000 dilepaskan di Sungai Kuala Nerang, Sungai Muda, Sungai Teloi, Sungai Kedah, Sungai Pendang dan Sungai Kamunting pada tahun 2022. Manakala pada tahun ini, tahun 2023, sebanyak 395,760 ekor benih ikan telah dilepaskan di perairan Kedah.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Kuala Kedah.

final • 10:30 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah memberikan penjelasan yang panjang lebar.

Soalan tambahan saya ialah, apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan susulan pelaksanaan kerja-kerja projek penambakan laut supaya ia tidak menjejaskan sumber hidupan marin di perairan terutamanya jenis kerang-kerangan dan siput? Apakah inisiatif pihak kerajaan bagi membantu golongan nelayan yang terkesan supaya sumber rezeki mereka tidak terjejas terutamanya dalam musim tengkujuh di negeri Kelantan, Terengganu dan negeri-negeri yang berkaitan? Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 10:30 AM

Tuan Chan Foong Hin

Kita akan mengutamakan tadbir urus yang baik di dalam industri perikanan dan juga akuakultur dengan meningkatkan bilangan kawasan perlindungan laut (marine protected area) dan kawasan santuari air tawar dan mewartakan kawasan refuge, Taman Laut dan santuari bagi menyediakan tempat

final • 10:30 AM

Tuan Chan Foong Hin

pembiakan untuk meningkatkan kawasan asuhan bagi anak-anak ikan serta mengawal eksploitasi yang berlebihan.

So, ini di antara yang tindakan yang kita ambil untuk meningkatkan sumber yang bersifat mampan di dalam laut ini dengan melalui mewujudkan bilangan kawasan perlindungan laut. Ini yang antara yang dasar yang kita melakukan dan juga kita meningkatkan pemeliharaan sumber perikanan dan pemuliharaan habitat seperti tadi yang saya mengatakan dengan meletakkan tukun tiruan. Saya pun pernah menyertai dalam meletakkan ini dekat Kuala Selangor. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Kota Melaka.

final • 10:30 AM

Tuan Khoo Poay Tiong

Ya, terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan tambahan saya kepada Timbalan Menteri ya, berkaitan dengan nelayan.

Dalam usaha kita nak meningkatkan hasil tangkapan nelayan, tetapi saya dapat aduan daripada kawasan saya di Parlimen Tangga Batu di kawasan Pantai Kundur. Sana ada nelayan yang maklum kepada saya, bahawa apabila mereka memohon lesen untuk menjadi nelayan, prosesnya terlalu panjang. Tidak diluluskan dan mereka terpaksa mohon baru pada tahun yang akan datang.

Jadi, ini masalah yang mereka hadapi. Apakah dasar kementerian – bagaimana apabila kita tengah bincang bagaimana kita nak meningkatkan hasil tangkapan, tetapi di bawah sana berlaku pula? Ada yang mohon nak jadi nelayan tetapi tidak berjaya. Terima kasih Tan Sri Speaker.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:30 AM

Tuan Chan Foong Hin

Ya, terima kasih pada Kota Melaka. Saya berpendapat, soalan ini dia lebih menuju kepada sama ada, ada isu untuk pindah milik lesen dan vessel.

Yang kita boleh lakukan adalah memudahcarakan isu-isu yang dibangkitkan secara case-by-case basis. Kerana secara dasarnya, kita tak nak berlakunya overfishing dekat Zon A dan juga Zon B. Di kawasan Zon B pun sekarang, kita pun menggalakkan satu exit policy bahawa yang Zon B ini dia meninggalkan cara pukat tunda. Untuk Zon A dan Zon B, selalu berlakunya sekarang, komuniti nelayan setempat telah mencapai satu tahap yang optimum sudah.

Kalau kita nak membenarkan lebih ramai yang nelayan mengambil bahagian dalam aktiviti ini, kemungkinan berlakunya isu sumber protein ini tidak bersifat mampan dan kita menggalakkan nelayan-nelayan ini berhijrah kepada Zon C dan C ke atas. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya nak pastikan Kampar ada di dalam Dewan?

Baik, saya jemput...

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Tan Sri Speaker, saya ingin mengalu-alukan—Tan Sri Speaker, selamat pagi. Saya ingin mengalu-alukan adalah rombongan daripada Rukun Tetangga kawasan Parlimen Sri Aman dan Parlimen Lubok Antu.

[Tepuk] Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Dato’ Wira Dr. Ku Abdul Rahman bin Ku Ismail, Kubang Pasu.

final • 10:30 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abdul Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mohon untuk Menteri menyatakan langkah kerajaan bagi mengurangkan non-revenue water ataupun air tidak terhasil bagi negeri- negeri yang statusnya lebih tinggi daripada purata nasional seperti Kedah dan sebagainya.

final • 10:30 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Wira Dr. Ku Abdul Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Baca nombor soalan nombor enam sahaja.

final • 10:30 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abdul Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Soalan nombor enam.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila duduk.

final • 10:30 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abdul Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Sama juga.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak boleh, tak boleh. Sila Menteri. Kita tunggu hari lain lah.

final • 10:30 AM

6. Dato’ Wira Dr. Ku Abdul Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan langkah kerajaan bagi mengurangkan Non-Revenue Water (Air Tidak Terhasil) bagi negeri-negeri yang peratusnya lebih tinggi dari purata nasional (37.2%) seperti negeri Kedah.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat.

Kerajaan Persekutuan komited dalam membantu operator bekalan air negeri mengurangkan Air Tidak Terhasil, non-revenue water (NRW) secara holistik dan berterusan. Pelaksanaan Program Pengurangan NRW Kebangsaan telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas dan disambung di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas. Dalam hal ini, sebanyak RM1.9 bilion telah disediakan bagi melaksanakan program melalui dua pendekatan seperti berikut.

Pertama, pendekatan satu yang dilaksanakan dengan menyediakan peruntukan secara geran sebanyak RM535.4 juta. Objektif program adalah untuk menyediakan infrastruktur asas bagi membolehkan pengukuran NRW secara tepat. Negeri-negeri yang terlibat di bawah pendekatan ini merupakan negeri-negeri yang mempunyai kadar NRW sebanyak 40 peratus dan ke atas iaitu Kelantan, Pahang, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak.

Pendekatan kedua yang dilaksanakan secara pemberian insentif melalui geran sepadan dengan peruntukan sebanyak RM1.37 bilion. Sekiranya sasaran NRW yang ditetapkan dapat dicapai, Kerajaan Persekutuan akan membiayai 50 peratus atau 75 peratus daripada perbelanjaan tahunan bagi kerja-kerja yang dilaksanakan untuk menurunkan kadar NRW tersebut.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Negeri-negeri yang terlibat di bawah pendekatan ini merupakan negeri-negeri yang mempunyai kadar NRW di bawah 40 peratus iaitu negeri Terengganu, Selangor, Johor, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka. Sebagai makluman, terdapat dua projek yang telah dilaksanakan di Kedah di bawah Pendekatan 1 yang dilaksanakan oleh Bahagian Bekalan Air (BBA) NRECC bermula tahun 2020 seperti berikut:

(i) Program NRW Pendekatan 1 Negeri Kedah melibatkan pemasangan fasiliti asas bagi pengiraan NRW secara tepat merangkumi skop kerja pemasangan meter system input volume

(SIV), penggantian meter pengguna, pembaikan tangki-tangki dan menyediakan geographic information system (GIS). Projek ini telah siap pada Julai 2023 dengan kos RM25.9 juta; dan

(ii) Program NRW Pendekatan 1 Pulau Langkawi secara holistik dengan kos RM46.7 juta. Projek ini dijangka siap pada suku pertama tahun 2024.

Setelah Program NRW Pendekatan 1 Negeri Kedah dan Langkawi siap, Syarikat Air Darul Aman (SADA) adalah layak untuk menyertai Program Pengurangan NRW di bawah Pendekatan 2 tanpa mengambil kira pencapaian NRW semasa. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Kubang Pasu.

final • 10:40 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tan Sri Yang di- Pertua, isu NRW atau air tidak berhasil ini adalah amat penting untuk ditangani sebaik dan secepatnya. NRW dan air yang telah dirawat tidak sampai kepada pengguna, tidak boleh

final • 10:40 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

caj bil kerana paip bocor (ini yang terbesar sekali) dalam 48 peratus, meter tak berfungsi, kecurian dan sebagainya.

Situasi semasa untuk negara ialah 37.2 peratus ya. Ertinya, tiap kali kita proses 100 juta liter sehari, kita hanya mendapat 50 juta liter sahaja, bayangkan. Negeri-negeri yang NRW tinggi ialah Kedah, Kelantan, Perlis, Pahang, Sabah iaitu 50 peratus. Tadi Timbalan Menteri ada menyebut tentang pendekatan kedua untuk Selangor, pendekatan pertama untuk negeri Kedah. Tapi untuk negeri Kedah ini Yang Berhormat Tan Sri Speaker, saya rasa belum mencukupi. Yang penting sekali ialah menukar paip-paip yang bocor, paip-paip yang dibina, diletakkan di bawah tanah dan sebagainya semenjak sebelum merdeka pun ada, selepas merdeka pun ada. Jadi, kalau kita nak selesaikan masalah ini...

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, ini macam jawapan Exco ni, kena tanya soalan Yang Berhormat.

[Ketawa] Tanya soalan.

final • 10:40 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Dia dok teringat jadi Exco kot. Okey, terima kasih Tan Sri Speaker.

Soalan dia— ha, senang. Apakah langkah dan perancangan kementerian ataupun Kerajaan Persekutuan untuk menangani isu NRW? Pertama, adakah— ada tiga opsyen saya nampak iaitu...

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Tanya soalan, opsyen itu biar Menteri jawab.

final • 10:40 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kerajaan— saya nak tanya, adakah kerajaan nak memilih opsyen ni. Ini soalan Tan Sri. Terima kasih.

Keduanya, ‘business matching’ macam dibuat di Selangor tapi negeri-negeri seperti Kedah dan Kelantan ni tak mampu. Seterusnya, geran sepenuhnya. Negeri-negeri yang saya sebut tadi Kelantan, Kedah, Perlis ini kena bagi geran. Kalau sepenuhnya.

Kalau separuh saja, dia tak mampu dan dia takkan mungkin dapat dibuat.

Ketiganya ialah Tan Sri Speaker, penglibatan swasta iaitu mengikut profit sharing ataupun berkongsi keuntungan. Saya yakin jika ini dapat dilaksanakan NRW dapat dikurangkan ke tahap lebih rendah, mungkin bawah daripada 20 peratus umpamanya, kita mungkin bina hanya tak banyak lagi dah loji ayaq dan kita dapat selesaikan masalah air negeri kita dengan sebaik-baiknya.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 10:40 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Menteri sila jawab.

final • 10:40 AM

Dato' Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Dalam yang saya kefahaman, yang saya berkaitan dengan ini, saya cakap antara pendekatan lain untuk mengurangkan kadar NRW adalah seperti berikut:

(i) pembiayaan modal (capex) penggantian paip oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi negeri-negeri yang telah memuktamadkan penstrukturan semula industri bekalan air;

(ii) kemudahan pinjaman jangka pendek oleh PAAB bagi membiayai pelaksanaan program NRW di bawah skop perbelanjaan operasi

(opex) seperti penggantian meter, pembangunan district metering zone, pengesanan kebocoran secara aktif dan lain-lain;

(iii) menggalakkan penglibatan usaha sama pihak swasta dalam membantu melaksanakan kerja-kerja pengurangan NRW bersama operator air secara private finance initiative; dan

(iv) pemantapan kawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) daripada segi penetapan petunjuk prestasi utama (KPI), pengauditan operasi, penguatkuasaan ke atas kes curian air, pengawalan kualiti bahan dan produk mematuhi standard yang diiktiraf berkualiti dan berdaftar dengan SPAN.

final • 10:40 AM

Dato' Sri Huang Tiong Sii

Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tebrau.

final • 10:40 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan panas, semua nak tanya ni.

Soalan saya kepada Menteri ialah kalau kita tengoklah NRW ini, kita ada negeri seperti Perlis, Kelantan yang sampai NRW hilang 63 percent. Kita juga ada negeri macam Selangor dan Johor yang NRW nya boleh kurang daripada 25 peratus. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Soalan saya.

Kedua, adakah dan apakah peranan yang dimainkan oleh operasi syarikat air di negeri itu terhadap kadar NRW? Akhirnya soalan saya, bila kita kata NRW itu komposisinya, adakah ia lebih kepada komposisi kepada paip bocor ataupun air dicuri oleh pihak lain? Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 10:40 AM

Dato' Sri Huang Tiong Sii

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Secara umumnya, kadar NRW yang tinggi berpunca daripada kebocoran paip penghubung dan juga paip-paip lama dalam sistem agihan, terutamanya paip jenis asbestos cement (AC) yang dipasang antara 30 hingga 50 tahun lepas. Paip-paip ini telah melepasi jangka hayat operasi reka bentuk. Pada tahun 2022, sepanjang 39,895 kilometer daripada 135,975 kilometer atau 29.3 peratus.

Paip sistem agihan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah daripada jenis AC. Merujuk kepada data Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

(SPAN), kehilangan fizikal seperti kebocoran paip dan penyambungan paip yang tidak sempurna mewakili 75 peratus. Kehilangan komersial seperti kecurian air dan bacaan meter yang tidak tepat mewakili 20 peratus dan lain-lain faktor seperti penyelenggaraan dan kegunaan pemadaman kebakaran sebanyak lima peratus kadar NRW.

Kadar NRW 37.2 peratus pada tahun 2022 menyebabkan pembaziran air terawat sebanyak 7,084 juta liter sehari (JLH) dengan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM2 bilion setahun kepada operator air. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tuan Haji Onn bin Abu Bakar, Batu Pahat.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Dah tiba musim tengkujuh, Soalan saya nombor tujuh.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 10:40 AM

7. Tuan Onn bin Abu Bakar [Batu Pahat] minta Menteri Ekonomi menyatakan tentang Indeks Harga Pengguna telah menurun berterusan sehingga ke paras paling rendah iaitu dua peratus. Pihak pengguna terus resah mendakwa harga barang terus meningkat. Mengapa hal ini berlaku dan bolehkah dijelaskan kategori barangan dan perkhidmatan yang mempengaruhi indeks tersebut.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kadar inflasi biasanya diukur melalui Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi menilai perubahan harga purata item di dalam bakul tetap barangan dan perkhidmatan untuk satu tempoh masa tertentu.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Perubahan ini akan mewakili corak purata pembelian oleh sekumpulan penduduk pada suatu masa yang ditetapkan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), harga 851 item barangan dan perkhidmatan yang dikutip

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

setiap bulan untuk pengiraan IHP. Item ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu makanan dan bukan makanan.

Terdapat 12 bakul kumpulan utama barangan dan perkhidmatan yang mewakili penggunaan semua isi rumah di Malaysia. Nilai wajaran yang terbesar ialah kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol 29.5 peratus dan diikuti oleh kumpulan perumahan 23.8 peratus dan pengangkutan 14.6 peratus. Kadar inflasi Malaysia pada bulan September 2023 meningkat dengan kadar yang lebih perlahan kepada 1.9 peratus iaitu kadar terendah dalam tempoh 30 bulan.

Penyederhanaan ini disokong oleh penurunan berterusan indeks bagi beberapa komponen seperti kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol. Kumpulan pengangkutan serta kumpulan restoran dan hotel. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa komponen yang mencatatkan peningkatan seperti kumpulan pakaian dan kasut serta minuman alkohol dan tembakau.

Secara dasarnya, penyederhanaan inflasi bukan bermaksud penurunan paras harga. Tetapi merujuk kepada peningkatan harga barangan pada kadar yang lebih perlahan. Inflasi pada kadar terkawal iaitu pada dua peratus hingga tiga peratus amat penting bagi ekonomi sesebuah negara untuk terus berkembang. Keadaan ini berbeza dengan deflasi yang dirujuk kepada penurunan tingkat harga barangan dan perkhidmatan secara berterusan, sekali gus mencatatkan kadar inflasi yang negatif.

Situasi ini pernah dihadapi oleh Malaysia apabila mencatatkan kadar deflasi 1.2 peratus pada tahun 2020 berikutan penutupan sektor ekonomi akibat penularan pandemik COVID-19. Walaupun pengguna akan mendapat manfaat dari kejatuhan harga barangan dan perkhidmatan atau deflasi pada peringkat awal, namun kesejahteraan rakyat mungkin akan terjejas akibat daripada kejatuhan kadar gaji dan upah atau lebih buruk lagi, kehilangan pekerjaan.

Ini disebabkan oleh pengeluar tidak dapat menjual barangan atau perkhidmatan pada harga yang dapat menampung kos pengeluaran yang akhirnya boleh membawa kepada kemelesetan ekonomi. Malaysia lebih menumpukan kepada pelaksanaan dasar monetary dan dasar sectoral yang dapat menjamin kestabilan pengeluaran dan bekalan, terutamanya makanan yang akan membantu mengawal kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Pelaksanaan dasar ini dilakukan bagi memenuhi kepentingan negara dengan mengambil kira kedudukan permintaan dan penawaran dalam ekonomi, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Batu Pahat.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Menteri dan tahniah pada kerajaan kerana berjaya menurunkan inflasi bawah dua peratus pada September yang lepas. Rakyat menjangkakan kenaikan harga barang bila kerajaan akan melaksanakan rasionalisasi subsidi diesel pada tahun hadapan. Oleh itu, mohon Menteri beri penjelasan, bagaimana untuk mengawal harga barang sekiranya rasionalisasi subsidi ini dilaksanakan?

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Memang kerajaan telah pun mengumumkan untuk hasrat untuk melaksanakan penyasaran semula subsidi bagi tahun 2024. Kalau kita rujuk Buku Laporan Tinjauan Ekonomi, jangkaan inflasi untuk tahun hadapan adalah sekitar 2.1 peratus hingga 3.6 peratus, yang mana kalau kita lihat juga sebenarnya langkah penyasaran semula subsidi ini penting untuk memastikan hanya rakyat yang benar-benar layak sahaja menerima subsidi, selain kita mengukuhkan kedudukan fiskal.

Bagi pertanyaan Batu Pahat tadi, sebagai contoh dalam kita untuk memastikan bekalan barang makanan itu dalam keadaan stabil, saya ambil contoh. Sebagai contoh, memang ketika ini terdapat usaha untuk kita tingkatkan bekalan dan jaminan untuk rakyat sebab kalau dirujuk tadi soal inflasi, kumpulan wajaran paling besar yang menyumbang kepada kadar inflasi itu adalah barang makanan.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Kita juga lihat kalau tengok contoh kerajaan- usaha kerajaan dalam melaksanakan Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) di bawah inisiatif pendapatan rakyat yang bertindak sebagai serampang dua mata. Iaitu kita juga untuk memastikan mereka kumpulan sasaran itu mempunyai pendapatan yang mencukupi tetapi pada masa yang sama juga kita kena memastikan bekalan untuk tahun hadapan itu lebih terjamin, terima kasih Tan Sri.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Sila Rantau Panjang.

final • 10:50 AM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih. Soalan tambahan saya, kita melihat akhir ini bagaimana kenaikan harga barang tidak dapat dikawal, apalagi daripada kesan penurunan nilai Ringgit. Jadi, apakah usaha kerajaan untuk membendung supaya nilai Ringgit tidak terus menjunam, memberi kesan kepada kenaikan harga barang, termasuk juga kenaikan harga barang asas, termasuk ayam di pasaran yang sangat meresahkan rakyat, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, bagi merujuk kepada persoalan oleh Yang Berhormat. Soal dari segi mata wang itu sememangnya urusan itu dikawal melalui Jawatankuasa Monetary di bawah Bank Negara dalam menentukan kadar OPR dan sebagainya. Cuma kita tahu juga memang akan ada kesan dari segi perbezaan sekiranya kita mengimport barangan itu dari luar.

Jadi, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan ataupun yang boleh kita harapkan untuk berlaku sebagai contoh, yang pertama kita tengok juga indikasi keadaan ekonomi itu selain nilai mata wang, kita tengok bahawa kadar inflasi pada ketika ini adalah rendah.

Kedua, kita tengok juga dari segi kadar pengangguran yang sebenarnya menurun berbanding dengan tahun lepas. Memang berlaku penambahbaikan dari segi keadaan ekonomi itu. Cuma untuk bagi menjawab dari segi bagaimana menentukan harga barang.

Kalau kita tengok dari segi laporan yang ada soal sebagai contoh, harga ayam. Kalau kita buat perbandingan, sebagai contoh pada bulan Ogos dari segi daging ayam ini, peningkatan inflasi ketika itu adalah 5.8 peratus tetapi jika kita bandingkan pada bulan September kini sudah merendah kepada- maaflah, ayam tadi 5.7 peratus tetapi bulan September sudah menurun 0.9 peratus.

Jadi, sebenarnya memang terdapat dari segi harga itu semakin stabil dan diharapkan dari segi rakyat di luar sana memang itu di antara kebimbangan tetapi kerajaan sememangnya mengambil pendekatan yang lebih konsisten dalam menjamin harga barang itu, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Dr. Siti Mastura binti Muhammad, Kepala Batas.

final • 10:50 AM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.

Tarik papan sorong papan, Soalan saya nombor lapan.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:50 AM

8. Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan apakah terdapat perancangan kementerian untuk menambah lagi cawangan di setiap negeri bagi merancakkan industri pelancongan.

final • 10:50 AM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, Tourism Malaysia sememangnya mempunyai perancangan untuk membuka pejabat TM di negeri-

final • 10:50 AM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing

negeri. Kita sekarang dalam proses mendapatkan kelulusan perjawatan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam dan peruntukan untuk membuka pejabat TM negeri.

Pembukaan Pejabat TM Negeri adalah amat diperlukan atas kepentingan pelancongan domestik dan antarabangsa kepada Malaysia kerana pejabat TM negeri berperanan untuk mempromosikan destinasi pelancongan di negeri masing-masing, selain menggalakkan penduduk dari negeri tersebut untuk melancong ke negeri-negeri lain di Malaysia, sekali gus merancakkan industri pelancongan setempat.

Pejabat TM negeri akan sentiasa bekerjasama rapat dengan Pejabat Tourism Malaysia di negeri yang ada atau pun kerja bersama pejabat Tourism Malaysia di Putrajaya dalam memastikan pasaran pelancongan domestik mahupun antarabangsa terus meningkat. Walau bagaimanapun, pembukaan pejabat TM negeri adalah tertakluk kepada keputusan kerajaan dan peruntukan tambahan yang terlibat bagi tujuan tersebut.

Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kepala Batas.

final • 10:50 AM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas perancangan dan jawapan yang diberikan. Berikutan daripada penambahan dan juga perancangan pejabat pelancongan cawangan di negeri-negeri ini, dilihat dapat merancakkan lagi industri pelancongan di sesetengah kawasan, terutama di kawasan Kepala Batas, Seberang Prai Utara, yang mana lebih banyak data dapat dikumpulkan. Walau bagaimanapun, berikutan dengan pelancongan ini, ia berkait juga dengan pekerja industri pelancongan. Justeru, kita melihat industri pelancongan banyak menghadapi tekanan kerana bertambahnya vendor- vendor yang menyebabkan persaingan yang lebih tinggi.

final • 10:50 AM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Soalan saya yang pertama, berapakah jumlah pengusaha industri pelancongan bumiputera dan bukan bumiputera, khususnya di negeri Pulau Pinang? Mohon juga Menteri untuk memberikan penjelasan, apakah inisiatif pihak Kementerian Pelancongan bagi membantu para pekerja industri pelancongan seperti pemandu pelancong, operator kenderaan pelancong, terutamanya di negeri Pulau Pinang melalui Belanjawan 2024 yang dibentangkan baru-baru ini?

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:00 AM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Tadi soalan kita keluar daripada asal. Kalau tadi, soalan you tidak disoalkan, jadi kita kementerian akan jawab bertulis. Pasal saya tiada maklumat dalam tangan saya. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

[Bangun]

final • 11:00 AM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Tanjong Manis.

final • 11:00 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

[Bangun]

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

final • 11:00 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Bukit Bintang?

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tanjong Manis.

final • 11:00 AM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Tanjong Manis. Terima kasih Datuk Speaker. Yang Berhormat Menteri, saya nak bertanya berkenaan dengan pelancongan untuk negeri Sarawak. Sebagai contohnya, pada tahun ini 2023, kita ada peruntukan sedikit daripada MOTAC untuk mengadakan pesta makanan, Pesta Pulau Bruit dan sebagainyalah.

Jadi, saya nak tahu apakah peruntukan sebegini dapat dibagikan atau diberikan kepada Parlimen Tanjong Manis ataupun Parlimen-parlimen lain di Sarawak secara tahunan, supaya kita boleh menggalakkan pelancongan di negeri Sarawak dengan lebih berkesan lagi. Sebagai contoh, untuk kawasan Lubok Antu, mungkin ada pakej

final • 11:00 AM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

pelancongan yang boleh dilancarkan oleh kementerian. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dari Sarawak.

final • 11:00 AM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis.

Memang hebatlah. Jadi, saya mahu beritahu, kita punya soalan memang untuk kepentingan keseluruhan rakyat di negara kita tetapi ini soalan nombor 8, soalan minta adakah menubuhkan tambahan pejabat. Jadi, walau bagaimanapun, kita akan lihat dalam kita punya peruntukan, ada beberapa inisiatif ya. Kita akan berbincang bersama Kerajaan Negeri Sarawak, Kementerian Pelancongan. Kita sama-sama lihat, sama-sama tengok macam mana boleh dinaik taraf.

Jadi, you punya minta punya maklumat, saya akan minta saya punya pejabat disalurkan kepada kita.

final • 11:00 AM

Beberapa Ahli

Jawapan bertulis, bertulis.

final • 11:00 AM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Terima kasih Menteri.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Puan Hajah Rodziah binti Ismail, Ampang.

final • 11:00 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua Speaker yang budiman. Soalan saya nombor sembilan.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:00 AM

9. Puan Hajah Rodziah binti Ismail [Ampang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan sebarang perancangan mewajibkan syarikat perladangan menyediakan skim pemilikan rumah buat pekerja ladang warganegara, lengkap dengan tabung khas sebagai salah satu jaringan keselamatan sosial kerana meskipun disediakan kuarters semasa dalam tempoh perkhidmatan, mereka tiada rumah milik sendiri selepas berhenti atau bersara.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon keizinan untuk menjawab secara bersekali soalan daripada Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Klang bertarikh 6 November dan Yang Berhormat Sungai Siput bertarikh 9 November.

Okey, Tan Sri?

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 11:00 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Okey. Untuk makluman Dewan yang mulia, Skim Khas Pembiayaan Rumah Estet telah diumumkan oleh Yang Berhormat mantan Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2011 di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh melalui Inisiatif 28 – Menangani Keperluan Sasar Khusus Melalui Program Bersepadu.

Justeru itu, Kementerian Kewangan telah meluluskan geran berbentuk dana pusingan, dengan izin, revolving fund sebanyak RM50 juta bagi tempoh 2011 hingga 2015 kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan disalurkan kepada Bank Simpanan Nasional melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung.

Objektif utama Skim Khas Pembiayaan Rumah Estet ini diwujudkan bagi membolehkan pekerja ladang tempatan membeli rumah ketika mereka masih bekerja dan seterusnya memiliki rumah sendiri setelah mereka bersara. Program ini masih diteruskan di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Melalui skim ini, kerajaan menyediakan kemudahan pembiayaan mudah pada kadar faedah tetap yang sangat rendah iaitu pada kadar dua peratus, berbanding dengan pelan pembiayaan yang ditawarkan oleh bank-bank komersial. Tempoh pembiayaan pula maksimum sehingga 35 tahun.

Selain daripada itu, skim ini juga membenarkan pembiayaan dua generasi. Skim ini turut menawarkan pembiayaan untuk membeli hartanah baru, pembelian rumah subsale atau rumah yang terpakai dan pembinaan rumah sendiri.

final • 11:00 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Buat masa ini, kerajaan masih belum mempunyai dasar untuk mewajibkan syarikat perladangan menyediakan apa-apa skim pemilikan rumah bagi memastikan pekerja-pekerja ladang yang bersara memiliki rumah sendiri. Walau bagaimanapun, Kementerian Sumber Manusia bersedia untuk bekerjasama dengan kementerian, jabatan, agensi dan syarikat-syarikat perladangan untuk merangka dasar perumahan perladangan bagi memberi keadilan dan peluang saksama kepada pekerja ladang untuk memiliki rumah sendiri. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Ampang.

final • 11:00 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya dapati apa yang dijelaskan itu amat baiklah. Rupa-rupanya kita dah ada satu skim khas yang telah pun memperuntukkan RM50 juta untuk pelaksanaan program ini. Tetapi, saya rasa macam tidak ramai di kalangan pekerja ladang yang tahu sebenarnya program ini ada.

Jadi, soalan saya kepada Menteri, apakah prestasi terhadap skim ini? Semenjak dinyatakan pada RMKe-10 yang lepas sehingga kini, apakah prestasinya? Daripada RM50 juta itu, sejauh mana, berapa ramai yang telah pun memohon skim khas ini?

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:00 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih soalan tambahan daripada YB Ampang. Tuan Yang di-Pertua, setakat 31 Ogos 2023, seramai 319 pekerja telah menyertai Skim Pembiayaan Rumah Estet dengan pembiayaan sebanyak RM26.4 juta.

Maknanya, revolving fund tadi yang RM50 juta itu, yang baru dipakai hanya RM26.4 juta.

Jadi, ada baki lagi yang tidak digunakan.

Terdapat beberapa kekangan yang telah menyebabkan skim ini kurang mendapat sambutan di kalangan pekerja ladang tempatan. Antara kekangan tersebut adalah seperti berikut— Yang pertama, penawaran rumah kos rendah yang tidak banyak. Ada rumah kos rendah itu tidak banyak dan me-limit-kan, mengekang daripada pekerja ini untuk membeli rumah kos rendah tersebut. Dan lokasi rumah kos rendah yang dibangunkan tidak berdekatan dengan tempat pekerjaan. Jadi, jauh. Jadi, itu pun menyebabkan pemilihan agak limited, dengan izin dan juga keupayaan kewangan tidak melayakkan permohonan diluluskan. Mungkin daripada segi gaji pekerja tersebut tidak dapat dipertimbangkan oleh pihak bank.

Jadi, bagi mengatasi masalah ini, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja telah mengambil tindakan untuk mengkaji semula syarat dan had pinjaman bagi membolehkan lebih ramai pekerja ladang layak untuk memohon Skim Pembiayaan Rumah Estet ini. Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi. Sebagai contoh, sekarang ini hadnya hanya RM150,000 sahaja.

Jadi, mungkin sudah tiba masanya juga— sini berapa lebih puluh tahun sudah— kita perlu mengkaji semula had pembiayaan itu.

Okey, sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Maran.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tan Sri Yang di-Pertua, berbagai-bagai kemudahan disediakan oleh kerajaan terutama untuk pekerja-pekerja asing dan tempatan termasuk skim perumahan di ladang- ladang. Saya ingat benda ini dahulu. Tetapi, hakikatnya pekerjaan 3D ini ataupun sektor 3D (dangerous, difficult and dirty) ini, termasuklah di ladang ini, tidak menarik minat pekerja-pekerja tempatan, sedangkan banyak ruang-ruang ataupun faedah yang boleh mereka perolehi.

Jadi, apakah langkah kerajaan dalam menaik taraf ataupun memperindahkan sikit lagi sektor 3D ini supaya lebih menarik pekerja tempatan? Sebab itulah akhirnya pekerja asing yang banyak bekerja di 3D ini. Saya nak tahu, berapakah aliran wang keluar daripada sektor 3D ladang ini ke luar negara? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:00 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih, YB Maran, walaupun lari sedikit daripada persoalan yang ditimbulkan. Namun, untuk makluman, ini yang juga menjadi masalah yang berlaku. Bagaimana untuk kita mencari pekerja-pekerja ladang ini. Sebab, anak-anak generasi muda kita ini tidak berminat untuk bekerja di ladang dan kebergantungan kita kepada buruh asing amat tinggi untuk sektor ini.

final • 11:00 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

[Bangun]

final • 11:00 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Jadi, ada beberapa cadangan yang cuba dibuat.

Yang pertamanya, untuk membangunkan satu NOSS atau kita panggil silibus supaya kerja-kerja di ladang ini boleh dipersijilkan.

final • 11:00 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Mungkin dipanggil harvester one SKM 1, harvester 2 SKM 2, tiga begitu. Kita juga adakan cadangan supaya ada flexi hours atau flexi week kepada anak-anak muda ini supaya dia boleh bekerja. Kalau dia bekerja ladang sepanjang masa mungkin dia akan agak membosankan, tetapi kalau dia boleh semacam pergi dalam sektor oil and gas, dia pergi hanya dua minggu gitu dan mungkin balik untuk berjalan.

Jadi ini antara cadangan-cadangan yang telah dilontarkan dan ini sedang cuba dikaji di peringkat practicality-nya oleh kementerian dan juga kementerian-kementerian lain. Supaya kita dapat mengajak anak-anak muda ini supaya dapat bekerja di ladang dan memastikan bahawa kita tidak bergantung kepada pekerja buruh asing. Okey sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik soalan tersebut...

final • 11:10 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya ada dibangkitkan oleh menteri tadi. Boleh tidak saya dapat satu soalan tambahan?

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak, kita move.

final • 11:10 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman, Bachok.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih Tan Sri Speaker. Pantun ringkas.

Mari doakan YB Pandan segera sembuh, Mari jawabkan soalan saya nombor sepuluh.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 11:10 AM

10. Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman [Bachok] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan inisiatif Kementerian untuk menggalakkan model "pertanian pintar" dalam industri pertanian negara, khususnya sektor padi dan kelapa sawit, bagi membantu petani dan peladang mengoptimakan input dan memaksimakan output, di samping penghasilan data dengan pantas dan tepat.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin

Ya terima kasih kepada Bachok. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat antara inisiatif kementerian untuk menggalakkan Model Pertanian Pintar dalam industri pertanian negara khususnya sektor padi dan kelapa sawit bagi membantu petani dan peladang mengoptimumkan input dan memaksimumkan output di samping penghasilan data dengan pantas dan tepat adalah seperti berikut;

(a) menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat swasta bagi membangunkan teknologi-teknologi pertanian berkaitan sektor padi. Sebagai contoh KPKM bekerjasama dengan syarikat FGVIF dalam Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin

SBB) bagi melaksanakan inisiatif Beras Wangi Fortified Field (3FR). Inisiatif ini adalah berkaitan penggunaan mikrob dan perapi tanah bagi meningkatkan kesuburan tanah yang secara langsung akan meningkatkan hasil terutama di kawasan hasil rendah. Bagi menyokong usaha ini KPKM turut membantu menyediakan maklumat yang mencukupi dan keperluan tentang rawatan tanah yang diperlukan serta pengimejan hiperspektral dalam mengawal serangga perosak dan penyakit dengan pelbagai peralatan. Sebagai contoh stesen cuaca di kawasan jelapang di bawah seliaan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Seberang Perak memantau dan menyediakan pelbagai data seperti tahap keasidan tanah, suhu, kelembapan, tekanan, kelajuan angin, arah angin dan juga hujan;

(b) menyediakan perkhidmatan drone pertanian khususnya dalam aktiviti pembajaan dan penyemburan racun melalui pelbagai jabatan dan agensi KPKM seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan juga IADA. Penggunaan drone ini akan dapat menjimatkan masa dan tenaga selain daripada mempunyai kadar ketepatan dan kecekapan semburan yang tinggi;

(c) Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) menyediakan data berkaitan aktiviti tanaman secara real-time menerusi penggunaan sistem aplikasi MakGeo yang berasaskan Geographic Information System (GIS). Sistem ini akan menjadikan teknik dan amalan pertanian lebih efektif dan efisien yang merangkumi analisis data tanah, pemilihan jenis tanaman terbaik dan penggunaan tahap baja yang tepat dan bersesuaian; dan

(d) kerajaan dengan kerjasama para pemain industri membangunkan ladang fiskal tanaman padi yang mengguna pakai teknologi berteraskan Revolusi Pertanian (IR 4.0). Komponen lain yang terkandung di dalam model ladang ini adalah termasuk sistem pengurusan ladang yang dilengkapi, sistem penderia atau sensor, mekanisasi dan automasi, perladangan dan unit khas pengukuhan ladang.

Kini yang sedang dilaksanakan di bawah Program SMART SBB dengan kerjasama syarikat peneraju seperti FGV Integrated Farming (FGVIF) di IADA Seberang Perak dan IADA Barat Laut Selangor. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Bachok.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawapan yang terperinci. Pada hemat saya Tan Sri Speaker, penggunaan teknologi moden dan pertanian pintar ini masih lagi rendah di negara kita termasuklah jika hendak dibandingkan dengan negara jiran kita seperti Thailand menyebabkan penglibatan usahawan petani muda yang berada pada skala yang kecil.

Jadi soalan saya apakah halangan utama terhadap pelaksanaan pertanian pintar ini secara berskala yang lebih besar. Adakah faktor modal, faktor tanah, faktor teknologi ataupun faktor penerimaan pesawah ataupun petani itu sendiri. Jadi apakah sasaran dan inisiatif di pihak kementerian? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 11:10 AM

Tuan Chan Foong Hin

Ini saya rasa berkaitan dengan isu penerimaan kepada teknologi yang baharu dan KPKM memang kita melalui macam-macam jenis inisiatif seperti juga kita bekerjasama dengan MDEC di bawah KKD untuk memperkenalkan Digital AgTech sebagai salah satu cara kita menggalakkan penggunaan Digital AgTech dekat sektor pertanian.

final • 11:10 AM

Tuan Chan Foong Hin

Ini melalui satu dana yang belanjawan untuk tahun ini adalah sejumlah RM10 juta.

Selain daripada ini kita kerjasama merentasi kementerian, kita juga ada success story dan saya harap pihak pembangkang pun tolong kita menyebarkan success story. Seperti contoh di Kelantan sebagai contoh pada tahun 2023, IADA Kemasin-Semerak telah memperkenalkan kaedah bahan penggalak.

Teknologi rawatan benih untuk kawalan-kawalan penyakit benih di kawasan yang bermasalah dengan air masam kelat. Kesannya terdapat peningkatan hasil antara satu ke dua metrik tan per hektar. Selain itu, di kawasan IADA yang sama melalui penggunaan teknologi transponder di KPA Surau Bator 56 hektar telah meningkatkan hasil sebanyak dua tan metrik per hektar berbanding dengan biasa. So, saya ingin menjemput kepada semua Ahli Parlimen yang berminat tolong kita menguar-uarkan yang success stories seperti begitu. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya jemput Tampin.

final • 11:10 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Tan Sri Speaker. Umum mengetahui proses peralihan pertanian secara konvensional kepada kaedah pertanian pintar yang menggunakan teknologi adalah tidak mudah dan mengambil masa untuk merealisasikannya. Walau bagaimanapun, negara kita harus mencontohi Australia, China serta negara jiran kita Thailand dan Singapore yang melancarkan pelbagai inisiatif untuk mengintegrasikan teknologi pertanian pintar.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengetahui adakah terdapat sebarang dasar yang telah diwujudkan oleh kementerian berhubung pertanian pintar ini supaya dapat memandu sektor pertanian untuk beralih kepada pertanian pintar secara sepenuhnya.

Adakah terdapat sebarang dana atau geran yang diwujudkan oleh kementerian untuk membantu para petani beralih ke arah pertanian pintar dengan lebih pantas.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan, saya dengan rasa bangganya mengalu-alukan kedatangan pelajar Tingkatan 6, SMK Tuanku Abdul Rahman Gemas, Tampin, Negeri Sembilan.

[Tepuk] Harapan saya anak-anak pelajar akan berjaya dan satu hari nanti menggantikan saya, insya-Allah. Terima kasih Tan Sri Speaker.

[Tepuk]

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila menteri.

final • 11:10 AM

Tuan Chan Foong Hin

Ya terima kasih kepada Tampin. Okey, memang secara dasarnya...

final • 11:10 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Mahu lagi Tampin itu?

[Ketawa]

final • 11:10 AM

Tuan Chan Foong Hin

KPKM telah menjadikan agenda permodenan dan pertanian pintar sebagai teras dasar pertama serta pembangunan bakat yang memenuhi keperluan industri sebagai teras dasar ketiga di bawah Dasar Agromakanan Negara 2021- 2030. So secara dasarnya memang sudah ada dan dari segi penyediaan dana pun kita melalui pelbagai Program Agropreneur Muda kah atau ini CAP kah, ini matching grant kah dan seumpamanya dan kita memang selalu kita mempelbagaikan inisiatif dalam menggalakkan penggunaan teknologi yang moden tersebut.

Seperti tadi saya akan terangkan, kita juga ada kerjasama merentasi kementerian. Kita juga melibatkan MDEC di bawah KKD dan juga ini MOSTI pun menghasilkan benih variety benih yang dikatakan boleh meningkatkan kepada sepuluh tan per hektar dengan teknologi atomic nuclear. So, ini pun di antara inisiatif yang kita sedang menjalankan dan kita bukan kerja sebagai silo. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik saya jemput Tuan Manndzri bin Nasib, Tenggara.

final • 11:10 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

*Dato’ Sri Najib suka nombor sebelas, Soalan saya nombor sebelas.

[Ketawa]*

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:10 AM

11. Tuan Manndzri bin Nasib [Tenggara] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan apakah usaha serta langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kementerian bagi mengatasi peningkatan kadar migrasi belia luar bandar ke kawasan bandar yang mampu mengakibatkan peningkatan jurang ekonomi di kawasan luar bandar serta peningkatan kadar miskin bandar.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Bismillahi rahmani rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tenggara atas soalan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menerusi Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 sentiasa memberi penekanan ke atas usaha meningkatkan kesejahteraan penduduk luar bandar dalam pelbagai aspek meliputi prasarana, ekonomi, sosial dan persekitaran supaya kehidupan di luar bandar menjadi lebih baik dan secara tidak langsung dapat mengurangkan penghijrahan golongan belia.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Antara program yang dilaksanakan oleh KKDW untuk masyarakat luar bandar termasuk golongan belia adalah melalui pelaksanaan program-program ekonomi dan keusahawanan yang merangkumi Program Peningkatan Pendapatan, Program Desa Lestari, Program Desa Mall serta program-program bantuan keusahawanan di bawah MARA seperti Program Pecutan Usahawan Baru, Startup Isolated Program dan Program Usahawan Muda.

KKDW melalui RISDA dan FELCRA Berhad dan juga lembaga kemajuan wilayah turut melibatkan belia luar bandar dalam sektor pertanian dan penternakan supaya peluang pekerjaan dapat diberikan seperti pelaksanaan Program Tenaga Kerja Pekebun Kecil, Projek Pertanian Petani Luar Bandar dan Projek Agrotech Desa.

Selain daripada itu KKDW juga menawarkan peluang kepada peningkatan kemahiran yang memenuhi keperluan semasa seperti diaplikasikan bagi meningkatkan pendapatan dan taraf hidup masyarakat luar bandar khususnya melalui pendidikan dan latihan, teknikal dan vokasional ataupun dikenali sebagai TVET@KKDW.

Terdapat sebanyak 280 institusi pendidikan TVET @KKDW di seluruh negara yang menawarkan 529 program pendidikan TVET. Terdapat 15 kluster bidang kemahiran yang diberi fokus oleh KKDW. Antaranya keusahawanan dan tekno-keusahawanan, pertanian dan agriculture, elektrik dan elektronik, minyak dan gas. Di samping itu, KKDW akan terus menyediakan infrastruktur dan prasarana yang lengkap yang mencukupi di luar bandar dalam menyokong pembangunan ekonomi dan mewujudkan persekitaran luar bandar yang kondusif.

Pelaksanaan program-program kementerian ini dapat dilihat memberi impak positif berdasarkan dapatan daripada Survei Migrasi tahun 2022, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa trend aliran migrasi dalam negeri melibatkan luar bandar ke bandar semakin berkurangan iaitu 3.8 peratus pada tahun 2020 kepada 2.4 peratus pada tahun 2022. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Tenggara.

final • 11:20 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, adakah terdapat sebarang kerangka dasar pembangunan yang dilaksana oleh pihak kerajaan bagi membantu penduduk luar bandar bagi membangunkan ekonomi setempat di sepanjang jajaran projek kereta api berkelajuan tinggi, HSR Kuala Lumpur-Singapura setelah ia diumum akan dilaksanakan kelak dan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta.

Soalan kedua saya adalah, apakah usaha kementerian untuk melakukan promosi outreach program segala perkara-perkara baik yang telah dilaksanakan ini untuk sampai ke pengetahuan insan muda Malaysia terutamanya yang di luar bandar? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 11:20 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara atas soalan tambahan tadi. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui 10 Teras Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 yang merangkumi;

(i) ekonomi berdaya saing dan mampan;

(ii) keusahawanan pemacu pembangunan ekonomi;

(iii) modal insan berkualiti;

(iv) prasarana lengkap dan canggih;

(v) keunggulan generasi belia luar bandar;

(vi) wanita luar bandar yang progresif;

(vii) kehidupan luar bandar yang sejahtera;

(viii) sistem penyampaian dan tadbir urus yang berkesan;

(ix) biodiversiti dan alam sekitar yang mampan; dan

(x) perumahan pembangunan wilayah dan penempatan desa bersepadu.

Sudah semestinya Dasar Pembangunan Luar Bandar ini akan mendukung pelaksanaan HSR, high-speed rail dengan memfokuskan kepada usaha kesejahteraan masyarakat. Pembangunan HSR dilaksanakan bukan sahaja menyumbang kepada kepesatan ekonomi setempat, pemindahan teknologi, peluang pekerjaan, pendapatan tinggi, kemasukan tenaga pakar ke dalam negara dan aspek pelancongan dan perkara- perkara inilah akan mewujudkan ekonomi baru di sepanjang HSR yang akan dapat membantu mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar dan secara tidak langsung ia akan mengurangkan migrasi luar bandar ke bandar.

final • 11:20 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

[Bangun]

final • 11:20 AM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

[Bangun]

final • 11:20 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Soalan kedua, memang KKDW sentiasa mempunyai usaha untuk membuat engagement ataupun outreach bersama dengan pihak agensi kerajaan dan juga swasta dalam mempromosikan peluang-peluang pekerjaan dan juga perkhidmatan bagi membantu masyarakat luar bandar. Melalui TVET, kita mempunyai usaha sama dengan GLC ataupun pihak swasta seperti DRB-HICOM, AirAsia, MAS, Petronas, Shell, Gamuda Berhad, Sunway, Berjaya Corporation, Daikin Malaysia Berhad dan sebagainya dalam usaha kita memastikan semua kerjaya yang kita sediakan atau yang hendak buat mendapat peluang pekerjaan yang seterusnya.

Di samping itu, di bawah KKDW, kita juga mengadakan karnival-karnival seperti karnival keusahawanan. Begitu juga karnival kerjaya yang kita buat di seluruh Malaysia bagi memastikan promosi perkhidmatan yang disalurkan oleh KKDW diketahui dan dipenuhi oleh masyarakat luar bandar khasnya para belia. Terima kasih Dato' Yang di- Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Kuala Krai.

final • 11:20 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi ialah antara faktor utama peningkatan migrasi belia khususnya daripada luar bandar ke bandar adalah kerana peluang pekerjaan yang terhad bagi golongan tersebut.

Kerajaan pernah menyatakan untuk menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru dan juga Strategi Lautan Merah serta memperluaskan kerjasama antara agensi bagi menjayakan program memperkasakan masyarakat luar bandar. Saya mohon kerajaan menjelaskan secara terperinci adakah strategi masih lagi terpakai dan juga menjelaskan strategi berikut dan apakah bentuk kerjasama yang telah dirancang bersama agensi yang berkaitan bagi mengatasi masalah peluang pekerjaan yang membelenggu golongan belia?

final • 11:20 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Kedua ialah Smart Village dilihat salah satu kaedah untuk mencegah migrasi belia luar bandar ke bandar. Pada tahun 2019, Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah memulakan program kepada 191 kampung dan difahamkan kerajaan berhasrat untuk meluaskan program kepada 15,000 kampung.

Soalan saya, sejauh mana pencapaian Program Smart Village ini dan berapakah jumlah desa pintar yang telah mencapai matlamat penubuhannya? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila menteri.

final • 11:20 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.

Berkaitan dengan usaha untuk memajukan ataupun mengurangkan kadar migrasi luar bandar ke bandar, yang pertama yang perlu kita buat, satu, menyediakan landskap luar bandar yang kondusif, yang dapat memberi peluang ekonomi dan juga peluang pekerjaan kepada semua kategori termasuk belia.

Dalam hal ini, KKDW telah pun mengadakan pelbagai program. Antaranya salah satu yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Krai tadi adalah Smart Village. Tetapi kita di KKDW lebih memperkenalkannya sebagai desa lestari yang mana pembangunan kampung tersebut berdasarkan konsep perniagaan koperasi. Berdasarkan penglibatan orang kampung yang berkaitan dengan pembangunan sektor pertanian dan sektor perniagaan yang boleh memberi peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat kampung dalam usaha menjana pendapatan kepada masyarakat kampung.

Setakat ini kita ada 159 buah kampung yang telah kita jadikan kampung Desa Lestari. Alhamdulillah, terdapat peningkatan-peningkatan yang ketara berlaku bukan sahaja dari sudut peningkatan pendapatan malah juga dari sudut peningkatan peluang pekerjaan.

Untuk makluman Yang Berhormat, program ini masih lagi dalam pelaksanaan yang mana sasaran kita setiap tahun dalam lingkungan tujuh ke 10 buah kampung seluruh negara. Insya-Allah kita akan kata giatkan lagi dengan program-program ini. Banyak lagi program-program lain dalam usaha kita meningkatkan pendapatan dan juga kesejahteraan masyarakat luar bandar. Terima kasih Dato' Pengerusi.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik saya jemput Dato’ Rosol bin Wahid, Hulu Terengganu.

final • 11:20 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan ini berkaitan dengan lebuh raya. Sebelum itu saya rasa dua tiga hari lepas tiga orang muslimat PAS telah kemalangan di lebuh raya, di Lebuhraya Utara Selatan. Lebih baik kita hadiahkan Al-Fatihah kepada mangsa lebuh raya yang berhenti kereta untuk membantu mangsa lain dan dilanggar. Al-Fatihah. Semoga roh mereka bersama-sama orang yang soleh dan solihin. Soalan saya nombor 12 Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 11:20 AM

12. Dato' Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan langkah dilakukan pengendali lebuh raya untuk memastikan keselamatan pengguna daripada risiko kemalangan yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa, kerosakan kenderaan dan kecederaan pengguna akibat keberadaan objek seperti serpihan tayar lori di atas jalan raya.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, serpihan tayar lori yang berada di lebuh raya adalah berpunca daripada kegunaan tayar celup yang tidak mematuhi piawaian, mudah pecah dan tertanggal dan kebanyakannya digunakan lori bermuatan berat untuk perjalanan jauh.

Pihak Kementerian Kerja Raya melalui Lebuhraya Malaysia (LLM) sentiasa prihatin terhadap keselamatan pengguna lebuh raya dan telah mengarahkan syarikat konsesi lebuh raya untuk membuat rondaan dengan lebih kerap bagi memastikan tiada objek atau halangan yang terdapat di atas lebuh raya termasuk serpihan tayar lori demi keselamatan penggunaan lebuh raya.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad

Selain itu perkara-perkara berikut juga dilaksanakan oleh syarikat konsesi.

Rondaan rutin oleh pasukan peronda dilaksanakan mengikut pusingan yang ditetapkan.

Pemantauan lebuh raya turut dilakukan melalui CCTV yang terdapat di beberapa lokasi tertentu dan diselia oleh pusat kawalan trafik konsesi yang beroperasi 24 jam sehari.

Sekiranya terdapat objek atau serpihan tayar yang menghalang lalu lintas, operator di pusat kawalan trafik konsesi akan memaklumkan kepada pasukan peronda lebuh raya untuk melakukan kerja pembersihan dengan segera.

Sesi perbincangan dengan pihak JPJ juga diadakan secara berkala bagi penyelesaian penggunaan tayar celup yang tidak mematuhi piawaian mudah pecah dan tertanggal. Syarikat konsesi juga melakukan kerja-kerja penyenggaraan dan pembersihan lebuh raya secara berkala bagi memastikan lebuh raya bersih daripada sampah-sarap dan selamat digunakan. Pengguna-pengguna juga digalakkan untuk membuat aduan halangan ataupun kerosakan lalu lintas dengan menghubungi talian hotline lebuh raya yang terlibat. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Hulu Terengganu.

final • 11:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Timbalan Menteri sahabat saya dengan jawapan yang begitu detailed.

Persoalan saya ialah oleh kerana kesalahan ataupun kemalangan tersebut tidak boleh dituntut dengan – pihak konsesi, apakah bentuk kemalangan yang pengguna boleh tuntut apabila berlaku di lebuh raya? Setakat ini apakah jumlah tuntutan tersebut yang telah pun diluluskan kepada pengguna?

Yang ketiga sedar atau tidak KKR bahawa kemalangan ini juga disebabkan oleh keadaan lebuh raya yang gelap kerana di lebuh raya terutamanya di LPT2 itu yang terlalu terang, terang benderang, yang terlalu gelap, gelap gelita. Jadi, apa pandangan ataupun tindakan oleh KKR untuk mengatasi masalah tersebut? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

Sebenarnya, berlaku kemalangan ini berbagai-bagai punca yang disebabkan oleh beberapa perkara. Ada ketikanya kalau kita melihat sendiri dari segi tuntutan tersebut sudah pastilah kita melihat apakah sebenarnya yang berlaku disebabkan kemalangan itu?

Ada kemungkinan kecuaian, ada kemungkinan mengantuk dan sebagainya.

Tetapi, walau bagaimanapun, syarikat konsesi yang mempunyai tanggungan ataupun boleh menanggung rugi secara obligasinya kerajaan - pihak pemandu tersebut boleh menuntut kepada pihak konsesi tersebut termasuk - termaktub dalam perjanjian.

Sekiranya kemalangan itu disebabkan oleh pihak konsesi itu sendiri.

Antara lainnya pengguna mestilah membuktikan bahawa kesalahan itu berpunca daripada disebabkan oleh, dilakukan oleh pihak konsesi itu sendiri tidak mengambil tindakan dengan segera disebabkan kemalangan tersebut. Banyak kes yang konsesi membuat bayaran disebabkan oleh kecuaian mereka seperti lopak, berlubang dan sebagainya.

Pada mangsa, bolehlah membuat tuntutan tersebut sekiranya perkara itu disebabkan oleh sememangnya berlaku daripada disebabkan oleh jalan raya tersebut sendiri. Tetapi, kalau mengantuk hendak tuntut juga kita pun akan siasat laporan-laporan tersebut. Tuntutan-tuntutan tersebut. Tidak terserah kepada menuntut secara tersebut kita akan terus membayar.

Jadi, untuk pengetahuan Yang Berhormat bahawa sekiranya berlaku perkara tersebut bolehlah mendapat khidmat supaya boleh menuntut bayaran tersebut. Dari segi kegelapan tersebut sudah pastilah kami akan pantau secara keseluruhan dan sekiranya terdapat perkara yang dilakukan, yang dikatakan oleh Yang Berhormat tersebut kalau boleh laporkan kepada kami lebih baik dalam aduan hotline ataupun secara bersurat.

Yang Berhormat selalu berulang-alik daripada Terengganu melalui LPT, LPT2 dan 3 dan kita boleh mengambil tindakan secara terus.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad

Dari segi jumlah tersebut saya minta maaf Yang Berhormat, saya tidak ada data dan saya akan beri Yang Berhormat data tersebut secara bertulis. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, saya jemput Jelutong.

final • 11:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Selamat pagi. Memberikan peluang kepada Jelutong untuk tanya soalan tambahan.

Adakah kerajaan mempunyai apa-apa rancangan masa panjang untuk membina lingkaran-lingkaran lebuh raya yang lain kerana saya mendapati bahawa bila musim cuti sekolah ataupun musim perayaan ada yang bertolak daripada Ipoh nak sampai ke Pulau Pinang pun sampai lima keenam jam. Kesesakannya begitu teruk.

Bayangkan kalau ada keluarga yang datang daripada Johor Bharu hendak menyambut hari raya atau raya Cina ataupun Deepavali dan Krismas hendak pergi ke Perlis, 10 jam atas jalan raya. Jadi, saya nak tanya kepada Timbalan Menteri dan kerajaan. Adakah apa-apa cadangan untuk membina lingkaran-lingkaran? Kalau bukan lingkaran jalan raya yang panjang dari satu lokasi ke lokasi mungkin lingkaran jalan raya yang pendek menghubungi beberapa negeri di antara umpamanya Pantai Timur.

So, saya mohon perkara ini diberi perhatian kerana bayangkan kalau seorang wanita yang mengandung terpaksa mengharungi perjalanan daripada Johor Bharu ke Perlis dalam beberapa jam di mana tidak ada perhentian-perhentian. Saya cuma minta perkara ini diambil perhatian, Timbalan Menteri. Terima kasih, Tan Sri Speaker.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad

Terima kasih, Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Saya jangka tadi apabila Yang Berhormat daripada Hulu Terengganu bertanya soal kes saya ingat tadi sebagai seorang peguam akan bangkitkan soal kes tetapi dia bangkitkan soal lingkaran.

Lingkaran ini sebenarnya banyak dalam perancangan kami. Umpamanya yang dinyatakan oleh Jelutong sebentar tadi kalau contoh daripada Lebuhraya Pantai Timur

(LPT) yang akan menghubungkan - dalam perancangan kami menghubungkan antara Pelangai sehinggalah ke Negeri Sembilan dan juga ke Johor umpamanya. Dalam perancangan dan sedang kita membuat kajian peringkat awal.

Maknanya, apa yang dinyatakan oleh pihak Jelutong itu sememangnya ada dalam perancangan kita. Sebab kita tahu kalau kita tidak bina lingkaran-lingkaran utama seperti ini akan berlaku kesesakan. Saya tahu dari Johor kalau hujung minggu ataupun musim perayaan kalau dari utara lebih parah lagi sebenarnya dia punya kesesakan jalan dan soalan 5 tadi sebenarnya sepatutnya saya jelaskan lebih lebar tetapi ketidakhadiran rakan kita daripada Kapar. Sepatutnya itu dari sebelah penerangan saya daripada sebelah utara. Tetapi, dari segi sebelah yang dinyatakan oleh Jelutong daripada Johor dan sebagainya itulah salah satu perancangan yang boleh menghubungkan terus ke Putrajaya.

Maknanya, memendekkan perjalanan daripada lebuh raya ke Johor dan akan masuk ke Putrajaya dan sehinggalah ke beberapa lingkaran lagi yang kita sedang dalam perancangan dan sedang membuat kajian untuk kita laksanakan di masa-masa hadapan selepas ini.

Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Sila, Menteri.

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga jam 7.00 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 26 Oktober 2023. Terima kasih.

final • 11:39 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

final • 11:39 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Saya mohon menyokong.

final • 11:39 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:39 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2024 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2024

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2024 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari sembilan puluh dua bilion ringgit

(RM92,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2024, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau

(“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 34 Tahun 2023, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [24 Oktober 2023]

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, baik.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini tentang Usul yang surat yang saya baru terima daripada Yang di-Pertua bertarikh 17 Oktober.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Mengikut surat ini mengatakan bahawa, “Setelah meneliti Usul Yang Berhormat, dan penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Tambun, saya mendapati bahawa kenyataan Yang Amat Berhormat Tambun tidak terjumlah kepada sangkaan jahat di bawah Peraturan Mesyuarat 36(6) dan tidak mengelirukan Dewan di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12).” Cuma, apa penjelasan yang saya pohon, adakah penjelasan yang diterima kalau mengikut para dua mengatakan bahawa “Saya telah pun meminta penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Tambun mengenai perkara yang dibangkitkan dan penjelasan telah pun diberikan kepada saya.” Kalau mengikut surat sebelum itu, diminta penjelasan sebelum 13 hari bulan. Bila soalan saya- bila penjelasan telah diberi sama ada secara bertulis ataupun secara lisan?

Itu yang saya nak tahu, dan apa kandungan penjelasan tersebut yang membolehkan Yang di-Pertua membuat keputusan sebegini?

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Remedinya ada dalam ini... [Menunjukkan senaskhah dokumen]

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Remedinya, Yang Berhormat pun tahu kan. You are a lawyer.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Remedi dia ada di sini. Kalau tak puas hati, sila tulis secara bertulis. Sebab sekarang ini tak boleh dijawab pagi ini dalam Dewan.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

I don't have authority.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bukan dari segi tak puas hati, sekarang penjelasan. Cara terima itu sebab...

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

No, no, no. Saya tak boleh, saya tak payah jawab pun.

Saya jawab seperti yang telah pun saya jawab.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Oh! Bermakna terima tanpa dibentang kepada...

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak payah. Dalam remedi tak masuk.

final • 11:40 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang Berhormat Besut.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak payah. Saya tulis dah, semua telah jelas dalam itu.

Baik, sekarang saya nak bacakan nama-nama mereka yang saya dapat dan hari ini saya minta 26 orang ini. Saya akan bacakan satu, Yang Berhormat Mas Gading, Bagan Serai, Bukit Bintang, Padang Rengas, Jempol, Jasin, Batu Pahat, Serian, Kepala Batas, Setampin, Gerik, Simpang Renggam, Pasir Puteh, Wangsa Maju, Gua Musang, Pulai, Bangi, Saratok, Kalabakan, Baling, Selayang, Kulim Bandar Baharu, Baram, Dungun, Bentong dan Lawas. 15 minit setiap seorang, dan saya mulakan dengan Mas Gading.

Silakan.

final • 11:40 AM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Terima kasih Tan Sri Speaker. Salam sejahtera dan salam perpaduan saya ucapkan kepada semua. Yang dimuliakan Tan Sri

final • 11:43 AM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Speaker, barisan Ahli-ahli Yang Berhormat, dan semua yang berada di Dewan yang mulia ini.

Terlebih dahulu syabas saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, dan semua yang terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2024 kali ini.

Perkara pertama yang ingin saya bangkitkan adalah tentang kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam menjalankan tanggungjawab masing- masing. Kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan, dan kerajaan negeri sangat penting dalam menyampaikan dan melaksanakan segala perbelanjaan pembangunan yang telah ditetapkan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Sarawak kali ini diperuntukkan sebanyak RM5.8 bilion bagi tujuan perbelanjaan pembangunan. Walaupun agak kurang memberangsangkan namun yang penting dalam hal ini adalah segala dana ataupun peruntukan bagi semua projek pembangunan yang telah diluluskan hendaklah digunakan sepenuhnya dengan efisien, efektif, telus dan sebaik-baiknya mengikut jadual seperti yang dirancang demi kebaikan rakyat.

Di sini Mas Gading perlukan jawapan, berapakah jumlah sebenar bagi perbelanjaan pembangunan bagi negeri Sarawak dari tahun 2020 hingga hari ini berbanding dengan jumlah perbelanjaan pembangunan yang telah diperuntukkan? Sebab masih banyak projek-projek yang telah diluluskan tetapi ada yang belum dimulakan, ada yang tertunda dan yang paling membingungkan dan menimbulkan keraguan adalah bila ada projek-projek yang kononnya sudah pun diluluskan pada RMKe-11 tetapi sehingga ke hari ini masih tidak jelas statusnya.

Sebagai contoh, Projek Jambatan Selampit dan Projek Jalan Kendaie. Jika boleh, bukan setakat suara tetapi jeritan marah penduduk di sana yang mana sudah dijanjikan kemudian diluluskan dalam RMKe-11, namun sehingga hari ini masyarakat Madani di sana masih ternanti-nanti. Projek tak mula lagi, jambatan dijanji, jeti diberi. Tidakkah tipu namanya ini. Jadi, saya mohon sekali lagi penjelasan daripada Menteri sendiri, apakah status terkini bagi dua projek ini Jambatan Selampit dan Jalan Kendaie?

Tuan Yang di-Pertua, semangat Kerajaan Perpaduan yang kita pada hari ini, wajar kita semai dan serap dalam setiap lapisan pengurusan dan pentadbiran negara, tanpa mengira perbezaan politik. Saya menyeru agar kerjasama di antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri malah kerajaan tempatan serta agensi-agensi pelaksana yang berkaitan perlu diselaraskan, ditentu ukur dan diperkukuhkan, agar segala manfaat yang dirancang oleh kerajaan untuk rakyat dapat dicapai.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya sentuh di sini adalah tentang SCORE ataupun Sarawak Corridor of Renewable Energy yang merupakan salah satu daripada lima koridor pembangunan ekonomi yang diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia sebagai sebahagian daripada rancangan untuk merangsang pertubuhan yang diterajui melalui pelaburan di kawasan luar bandar Sarawak.

Apabila Lebuhraya Pan-Borneo siap nanti, apakah rancangan kerajaan melalui Regional Corridor Development Authority (RECODA) untuk mempergiatkan dan meningkatkan lagi ekonomi rakyat khasnya dalam industri ternakan industri akuakultur dan industri pelancongan? Adakah kerajaan berhasrat untuk memperluaskan lagi fungsi SCORE kepada pelbagai jenis pertanian selain sawit memandangkan Sarawak mempunyai potensi yang sangat tinggi dalam industri pertanian yang mampu membantu dalam meningkatkan security bekalan makanan negara.

Oleh itu, ingin saya cadangkan kepada kerajaan hari ini untuk mempertimbangkan potensi yang ada di kawasan Mas Gading. Kajian serta perancangan perlu dibuat bagi mengoptimumkan potensi sedia ada di kawasan Mas Gading agar hasilnya nanti dapat jadi penyumbang kepada industri serta bekalan makanan negara kita.

final • 11:43 AM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Tuan Yang di-Pertua, dengan mengambil kira faktor perpindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan kelak, Mas Gading merupakan salah satu lokasi pembangunan yang perlu diberi perhatian. Terletak di bahagian paling selatan negeri Sarawak bersempadan dengan Kalimantan dan berhampiran dengan persisiran pantai menjadikan Mas Gading sangat strategik. Malah, melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin

(CIQ) Biawak, Mas Gading juga merupakan salah satu laluan utama bagi Malaysia- Indonesia di selatan Sarawak.

Dikukuhkan lagi dengan siapnya Lebuh Raya Pan Borneo nanti, Bandaraya Kuching akan menjadi semakin dekat, dan saya percaya dengan perancangan yang cepat dan tepat, lebih banyak peluang pembangunan ekonomi mampu ditarik bagi merancakkan lagi pembangunan bahagian Selatan Negeri Sarawak. Mohon dipertimbangkan perancangan pembangunan bagi kawasan Mas Gading.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, isu beras. Isu yang paling deras dibahaskan kali ini. Jelas betapa kritikalnya isu tentang masalah harga serta...

[Pembesar suara dimatikan] .

final • 11:43 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sebentar. Yang Berhormat Menteri, ada mesyuarat kah di hujung sana?

final • 11:43 AM

Seorang Ahli

Tak ada. Tak ada.

final • 11:43 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kalau perlu, di luar ya. Kita hormat orang yang berucap. Silakan.

final • 11:43 AM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, isu beras. Isu yang paling deras dibahaskan kali ini. Jelas betapa kritikalnya isu tentang masalah harga serta bekalan beras negara.

Umumnya sektor pertanian di negara kita ini masih sinonim dengan kemiskinan.

Saya ingin mengambil negara Vietnam sebagai contoh. Dulu pernah menjadi sebuah negara yang kekurangan makanan, namun hari ini pengeluaran beras di Vietnam bukan hanya untuk keperluan penggunaan domestik sahaja, malah Vietnam menjadi pengeksport beras sejak tahun 1989 dan kini merupakan salah satu pengeksport beras terbesar di dunia.

Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam juga telah meluluskan satu pelan tindakan untuk melaksanakan The National Strategy On Green Growth ataupun Strategi Nasional Pertumbuhan Hijau pada tahun 2021-2030 bagi meningkatkan kualiti pertumbuhan nilai tambah daya saing, dan pembangunan mampan di samping mengurangkan pencemaran dalam pengeluaran pertanian dan di kawasan luar bandar dan menggalakkan kecekapan tenaga ke arah pengecualian karbon menjelang 2050. Persoalan saya ialah adakah kerajaan berhasrat untuk mengambil langkah yang sama? Setakat ini apakah pencapaian negara di dalam usaha kerajaan untuk mencapai pertumbuhan hijau ini bagi pembangunan industri pertanian kita?

Perkara seterusnya yang ingin saya bangkitkan di Dewan yang mulia ini ialah mengenai isu tanah Native Customary Right ataupun NCR. Satu isu sudah sinonim dengan rakyat Sarawak dan Sabah. Isu berkaitan dengan tanah ini merupakan rintihan- rintihan yang sering pusat khidmat saya terima selain masalah kebajikan, masalah kewarganegaraan dan masalah infrastruktur.

Menurut laporan Kajian Separuh Penggal RMKe-12, antara cabaran utama yang menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang perlahan bagi negeri Sarawak ialah cabaran dalam pengukuran dan pemetaan tanah adat. Mengikut laporan yang sama, sehingga 2022 hanya 127,741 hektar daripada 367,000 hektar tanah adat telah dipetakan. Saya ingin tahu, apakah rancangan ataupun langkah-langkah di bawah Belanjawan 2024 ini untuk mempercepatkan lagi proses pengukuran, proses pemetaan dan proses pengeluaran sijil hak milik tanah NCR bagi rakyat Sarawak bagi tempoh dua tahun selanjutnya?

final • 11:43 AM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Berapakah peruntukan bagi proses pemetaan tanah ini di Sarawak bagi tahun 2024 dan setakat ini, berapakah jumlah geran NCR yang telah dikeluarkan?

Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga, saya ingin memohon agar pendekatan yang lebih fleksibel, adil, inklusif dan efektif perlu diambil kira untuk penyaluran bantuan-bantuan seperti bantuan pinjaman, subsidi, insentif mahupun program-program daripada kerajaan kepada rakyat, khasnya rakyat luar bandar di Sarawak.

Saya berpendapat, one-solution-fits-all, dengan izin adalah salah satu punca yang menyukarkan ramai rakyat terutamanya di Sarawak dan Sabah tidak dapat menikmati bantuan-bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan, khasnya yang memerlukan geran tanah sebagai salah satu syarat permohonan. Ramai penduduk khasnya penduduk di luar bandar, sukar untuk memohon bantuan seperti permohonan bantuan rumah, permohonan bantuan pinjaman bank bagi projek ekonomi, pembinaan jalan-jalan luar bandar dan pertanian, bantuan rumah ibadat bukan Islam dan sebagainya. Di samping itu juga, masih ramai petani-petani kecil yang mengusahakan pertanian mereka di atas tanah yang belum disahkan statusnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang hasrat kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi diesel secara berfasa bagi mengelakkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan. Persoalannya, adakah atau apakah langkah-langkah lain selain menaikkan harga diesel yang boleh diambil oleh kerajaan untuk membendung ketirisan dan aktiviti penyeludupan ini? Pendekatan merasionalkan subsidi diesel ini diharapkan dapat mengurangkan impak kepada harga barangan untuk rakyat. Tetapi apa yang berlaku sekarang ini adalah harga diesel belum naik tetapi harga barang sudah pun melambung. Apatah lagi kalau harga diesel naik nanti. The domino effect daripada kenaikan harga diesel, sudah pasti secara automatik akan meningkatkan harga barangan dan seterusnya kos sara hidup rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang lebih merisaukan saya ialah masalah kekurangan infrastruktur jalan yang menyebabkan ramai rakyat luar bandar di Sarawak dan saya percaya juga di luar bandar Sabah dan luar bandar Semenanjung Malaysia, terpaksa memilih untuk menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang kebanyakan menggunakan minyak diesel untuk urusan kehidupan seharian terutamanya untuk aktiviti ekonomi mereka.

Saya ingin menyarankan agar satu kajian yang lebih menyeluruh dan terperinci dibuat sebelum kerajaan mengambil keputusan untuk merasionalkan subsidi diesel ini.

Saya sangat berharap agar kerajaan mempertimbangkan keputusan untuk merasionalisasikan subsidi diesel ini. Kos sara hidup sekarang ini sudah sangat membebankan terutamanya bagi golongan petani dan nelayan ataupun masyarakat luar bandar amnya. Sekiranya hasrat merasionalkan subsidi diesel ini diteruskan, apakah rancangan kerajaan untuk membantu golongan masyarakat yang akan terjejas akibat perkara ini?

Tuan Yang di-Pertua, bercakap tentang rumah ibadat bukan Islam. Di Sarawak seperti yang kita sudah sedia maklum yang penduduknya majoriti bukan Islam, sudah tentu mempunyai lebih banyak rumah ibadat bukan Islam. Saya cukup berterima kasih kepada Kerajaan Madani di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana prihatin terhadap kebajikan rumah ibadat bukan Islam. Selaras dengan prinsip Malaysia Madani dan fokus utama Belanjawan 2024 iaitu mengangkat darjat hidup rakyat, saya ingin memohon kepada pihak kerajaan untuk mengkaji semula dan menaikkan siling peruntukan di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR) kepada rumah ibadat bukan Islam yang hari ini hanya pada kadar maksimum RM50,000 sahaja.

Sebelum itu, ingin saya tegaskan di Dewan yang mulia ini, bahawasanya menghormati Perlembagaan Malaysia dengan meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

Namun, jumlah RM50,000 ini sudah tidak sepadan dengan harga kos material dan kos- kos yang berkaitan yang kini telah meningkat tinggi. Saya ingin memohon agar peruntukan dinaikkan sekurang-kurangnya RM150,000 dan saya harap permohonan saya ini dapat

final • 11:50 AM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

perhatian kerana banyak gereja-gereja daif di luar bandar yang sangat memerlukan bantuan pada ketika ini.

[Tepuk] Perkara seterusnya Tuan Yang di-Pertua, peruntukan di bawah RMKe-12 menyasarkan pembinaan dan menaik taraf jalan luar bandar berturap sepanjang 700 kilometer bagi negeri Sarawak dan 700 kilometer bagi negeri Sabah. Walau bagaimanapun, mengikut laporan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 baru-baru ini, dari 2021 hingga 2022, hanya 110.5 kilometer telah dibina di Sabah manakala 65.3 kilometer jalan luar bandar berturap bagi negeri Sarawak. 65.3 kilometer, tidak sampai pun 10 peratus.

Apakah cabaran-cabaran yang menyebabkan prestasi kemajuan pembinaan dan menaik taraf jalan luar bandar yang sangat perlahan ini? Adakah kelulusan JKR Sarawak bagi projek di bawah RM50 juta tidak mencukupi dan wajar dinaikkan? Adakah tindakan- tindakan khusus yang akan diambil oleh kerajaan bagi mencapai sasaran tersebut di bawah RMKe-12 yang berbaki dua tahun sahaja lagi?

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit tentang Lebuhraya Pan Borneo. Dengan siapnya lebuh raya ini nanti saya percaya ramai rakyat khasnya penduduk luar bandar sedang menikmati kemudahan lebuh raya ini nanti. Saya ingin membawa satu isu mengenai simpang masuk dan keluar yang dibina di Lebuhraya Pan Borneo. Merujuk kepada kawasan saya di Mas Gading, saya difahamkan bahawa dua jenis simpang iaitu minor junction dan major junction. Minor junction ini adalah untuk kampung-kampung yang kecil dan major junction pula dibina bagi kawasan-kawasan yang menyambungkan beberapa buah kampung. Beza major junction dan minor junction ini adalah adanya laluan susur masuk hanya bagi major junction.

Kalau mengikut pelan Pan Borneo, simpang Kampung Sebako dikategorikan sebagai minor junction. Namun hakikatnya kawasan Kampung Sebako ini agak besar dan terdapat beberapa buah kampung lain yang berdekatan seperti Kampung Judin dan Kampung Stapok dan juga Kampung Paon. Jadi, minor junction ini telah menyukarkan penduduk-penduduk setempat dan agak membahayakan. Ramai penduduk kampung yang menggunakan simpang ini telah datang mengadu kepada saya. Justeru itu, saya ingin memohon agar kementerian yang berkaitan untuk melihat permasalahan ini dan mengambil langkah-langkah untuk memperbetulkan keadaan jalan yang rosak, meletakkan papan tanda, nama kampung serta kedudukan sebagai minor junction. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi yang ingin saya bangkitkan di sini adalah tentang usaha untuk memperkembangkan dan mempelbagaikan potensi dalam industri pertanian kita. Setiap kaum di negara ini kaya dengan warisan, budaya dan setiap bangsa mempunyai keunikan budayanya yang tersendiri. Kalau di Sarawak, kita mempunyai banyak upacara-upacara yang berkaitan dengan pertanian, yang unik dan menarik dan boleh dihidupkan semula dan sekurang-kurangnya dipelihara untuk meningkatkan bukan sahaja industri pertanian kita, malahan industri pelancongan kita.

Contohnya kaum Bidayuh, kaum saya sendiri. Kaum Bidayuh mempunyai upacara-upacara ataupun ritual-ritual tersendiri, contohnya dalam penanaman padi. Dari mula pembukaan tanah untuk pertanian, kemudian dalam peringkat penanaman hinggalah ke peringkat terakhir iaitu peringkat menuai padi.

Tuan Yang di-Pertua, Gawai di Sarawak, Keamatan di Sabah. Sambutan Pesta Menuai yang sangat sinonim bagi masyarakat kaum asal di Borneo iaitu upacara tradisi bagi menandakan berakhirnya musim menuai padi. Namun dengan peredaran masa dan kelekaan kita dalam menitik berat semangat atau sejarah di sebalik sambutan tradisi sebegini, saya percaya, ramai generasi baru hari ini kurang celik ataupun tidak pasti cerita di sebalik semua sambutan ini. Maka dengan itu, saya berpendapat usaha-usaha perlu dibuat supaya upacara-upacara tradisi masyarakat kaum asal ini dapat menambah nilai kepada industri pertanian kita bagi menghidupkan, bagi merancakkan dan meningkatkan lagi potensi dalam industri agropelancongan kita.

Jadi, di sini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu, apakah dan berapakah peruntukan untuk meningkatkan industri agropelancongan negara kita dan Sarawak khasnya? Saya juga ingin menyeru agar kerajaan juga memberikan peruntukan kepada

final • 11:50 AM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

NGO-NGO yang giat mempromosikan agropelancongan dan warisan budaya dan cara hidup tradisional di kawasan luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, saya tertarik dengan salah satu jenis subsidi dan program di bawah Belanjawan 2024 iaitu mengenai subsidi MEKAR dan Program Komuniti MADANI. Untuk ketersampaian perkhidmatan kepada rakyat di kawasan pedalaman, sebanyak RM26 juta diperuntukkan bagi mempergiatkan pelaksanaan inisiatif penyediaan perkhidmatan terus kepada rakyat.

Ini termasuk penawaran perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), klinik bergerak, klinik pergigian bergerak, perkhidmatan bank bergerak dan perkhidmatan mahkamah bergerak yang khususnya melibatkan kes sivil. Saya menyambut baik usaha murni ini kerana perkhidmatan sebegini adalah amat diperlukan oleh rakyat yang tinggal di kawasan pedalaman. Saya juga berharap dengan penambahan peruntukan ini, pihak kerajaan dan semua pihak yang berkaitan akan memperluaskan lagi coverage perkhidmatan-perkhidmatan ini.

Tuan Yang di-Pertua, bagi Program Komuniti MADANI pula, sebanyak RM1 bilion akan dimanfaatkan dengan pemberian geran di antara RM50,000 hingga RM100,000 kepada komuniti-komuniti yang layak. Apakah perbezaan program-program ini dengan program Satu Kampung Satu Industri?

Di sini saya ingin juga turut menyarankan agar tumpuan diperluaskan lagi kepada sektor yang berkaitan dengan pemasaran kerana salah satu masalah yang sering kita dengar ialah komuniti tidak dapat menjual hasil pertanian atau barang-barang kraf tangan mereka atau tidak tahu bagaimana mempromosikan hasil-hasil mereka. Dengan kemudahan teknologi yang ada sekarang, kaedah pemasaran sudah semakin diperluaskan. Saya percaya, sektor pemasaran ini sangat penting dan perlu diambil kira.

Besar harapan saya untuk melihat program ini dapat dilaksanakan secara berkesan, sesuai dengan tujuannya untuk merancakkan ekonomi di peringkat komuniti.

Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, Mas Gading mohon menyokong Usul Belanjawan 2024 ini. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Mas Gading. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 11:50 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Saya mulakan perbahasan saya ialah untuk memberi peringatan kepada kita semua mengenai Nabi SAW berpesan [Membaca sepotong Hadis] . Riwayat dari Muslim. “Sebaik-baik pemimpin daripada kalangan kamu ialah kamu sayang kepada mereka dan mereka juga sayang kepada kamu dan mereka mendoakan kepada kamu dan kamu juga mendoakan kepada mereka. Sejahat-jahat pemimpin ialah kamu marah kepada mereka dan mereka juga marah kepada kamu dan kamu melaknat ataupun benci kepada mereka dan mereka juga melaknat kepada kamu”

final • 11:59 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Alhamdulillah syukur kita kepada Allah SWT saya diberi kesempatan untuk berucap di dalam saat pada hari ini iaitu menyentuh perbelanjaan bajet negara pada tahun 2024 sebanyak RM393.8 bilion. Kenaikan sebanyak RM5.7 bilion dan perbelanjaan pembangunan diturunkan daripada RM99 bilion dahulunya ialah— dahulu RM99 bilion dan tahun ini RM90 bilion. Manakala perbelanjaan mengurus pula ditingkatkan daripada RM289.1 bilion tahun 2023 dan ditingkatkan kepada RM303.8 bilion.

Dato’ Tuan Yang di-Pertua, perkara yang penting sekali ialah walaupun perbelanjaan ini ialah perbelanjaan yang tinggi dalam sejarah negara kita, yang pentingnya ialah delivery system dengan izin, supaya apa yang dibelanjakan ini dapat sampai kepada apa yang kita rancang kerana bajet ini disusun oleh pegawai-pegawai kita yang kompeten, yang bijak kegagalan itu ialah mungkin daripada segi pelaksanaannya.

final • 12:00 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Maka dengan sebab itu, perkara sedikit yang mampu untuk kita meningkatkan supaya kedudukan imej negara kita yang berada dalam kajian yang dibuat oleh International Budget Partnership dengan izin iaitu kedudukan kita mendapat 47 peratus di belakang Indonesia, Filipina, Thailand bahkan Timor-Leste dari segi markah ketelusan belanjawan.

Dato’ Tuan Yang di-Pertua, mengenai peningkatan kos sara hidup. Walaupun berbagai insentif telah diberikan di dalam Belanjawan 2024, namun isu peningkatan kos sara hidup masih belum berjaya ditangani sebaiknya melalui belanjawan kali ini dengan peningkatan kadar cukai perkhidmatan yang dibangkitkan oleh sebelah sini dan juga di sebelah sana sebanyak dua peratus daripada enam peratus kepada lapan peratus cukai SST, ia akan memberikan kesan rantaian satu perkhidmatan yang akhirnya akan membebankan rakyat sebagai pengguna akhir dalam perkhidmatan tersebut. Jadi persoalan saya, apakah jaminan kerajaan peningkatan kadar cukai perkhidmatan ini tidak akan meningkatkan kadar bayaran ataupun kadar harga barangan di pasaran terutama barang-barang keperluan rakyat.

Begitu juga dengan penarikan kawalan harga telur dan ayam di pasaran, sebenarnya berpotensi untuk meningkatkan kembali harga kedua barangan keperluan ini.

Sekarang ini pun kita dapat lihat harga telur sebelumnya RM12.90 gred A, sudah meningkat kepada RM13.50, gred C RM11.70 sekarang meningkat sebanyak RM12.30.

Ini belum lagi kita tarik subsidi, maka harga barang sudah naik dan ayam juga akan naik.

Hal ini sudah tentulah kita kena akur kerana wujudnya di sana kata-kata telur dan ayam yang memanipulasikan bukan sahaja bekalan bahkan harga kedua barangan ini.

Berdasarkan statistik terkini yang dikeluarkan oleh DOSM, tahap sara diri SSL bagi ayam adalah 93.3 peratus, manakala SSL telur adalah sebanyak 108.9 peratus. Ertinya pengeluaran telur di negara kita melebihi daripada kegunaan kita. Oleh itu, isu telur tidak timbul kalau perkara-perkara ini kita dapat bendung.

Namun begitu, suatu ketika dahulu wujudnya situasi di mana tiada bekalan telur di negara ini. Mengapa hal ini berlaku? Bagaimana kawalan dan pemantauan yang dilaksanakan oleh pihak berwajib? Sebab itu saya masih ingat lagi ketika negara kita dipimpin oleh Bera. Waktu berlakunya krisis ayam tidak cukup, maka Kabinet membuat keputusan secara drastik iaitu dengan kita tidak membenarkan ayam dieksport. Dalam masa yang sama kita memberikan subsidi untuk memastikan kerana bahan makanan ini ialah bahan makanan daripada semua golongan daripada B40, M40 mahupun T20.

Dato’ Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh berkenaan dengan Tabung Haji. Saya tertarik dengan kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 29 September 2023 ketika menyambut ulang tahun ke-60 Tabung Haji, di mana SPV - syarikat Urusharta Jamaah satu syarikat yang ditubuh di bawah Kementerian Kewangan pada tahun 2018 akan menyerahkan semula aset kepada Lembaga Tabung Haji. Di mana waktu diserahkan dahulu Tabung Haji mengumumkan pemindahan aset yang tidak menguntungkan hampir RM19.9 bilion kepada SPV Urusharta Jamaah ini untuk memastikan aset dan liabiliti itu sama dan aset melebihi daripada liabiliti membolehkan dividen diberikan. Persoalan saya, berapakah nilai aset SPV Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.

yang hendak dikembalikan kepada Tabung Haji supaya ia dapat mengimbangkan kembali aset dan liabiliti dan Tabung Haji mampu untuk beri dividen sesuai dengan Akta Tabung Haji?

Isu ketiga, berkenaan dengan halal. Memandangkan pembangunan industri halal akan menjadi penyumbang utama kepada negara. Persijilan halal di Malaysia mendapat kepercayaan seluruh dunia kerana diambil peluang malahan menjadi rujukan dunia mengenai standard halal di Malaysia. Usaha meningkatkan eksport halal menembusi pasaran baru dan meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam pasaran halal global untuk produk bernilai tinggi. Langkah-langkah yg diambil dengan menyediakan latihan industri khusus dan program persijilan halal mengikut National Occupational Skills Standards (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan sebagai usaha untuk meramaikan bilangan profesional dan pakar halal yang kompeten untuk menyokong pembangunan industri halal pada masa hadapan. Memanfaatkan pendigitalan sebagai hab berpusat bagi data dan perkhidmatan berkaitan halal. Platform ini akan memudahkan cara permohonan sijil, pengauditan dan pemantauan.

final • 12:00 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Dato’ Tuan Yang di-Pertua, walaupun kerajaan nak memperkasakan industri yang halal jangan pula ada usaha untuk merosakkan SOP yang sudah cantik, yang sudah dibuat oleh pihak JAKIM dan pihak Jabatan Agama Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri- negeri.

final • 12:00 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Alhamdulillah, sewaktu saya diamanahkan menjadi Menteri Agama, kita telah meletakkan KPI 100 hari pentadbiran saya di JAKIM ketika itu untuk menyelesaikan sekurang-kurangnya 75 peratus permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia dalam tempoh 30 hari bagi permohonan yang tidak mempunyai teguran. Maka, KPI yang tercapai sehingga 80 peratus. Oleh kerana saya menyebut sini ada rungutan-rungutan yang mengatakan soal untuk mendapatkan persijilan halal JAKIM dan negeri-negeri ini agak sukar. Sebenarnya bukannya sukar tetapi sekiranya ia dibuat mengikut apa yang telah pun diletakkan melalui SOP yang ditetapkan, insya-Allah ia nya akan dapat dilakukan kerana SOP yang diletakkan 30 hari. Kadang-kadang 16 hari pun sudah selesai apabila ia menepati dengan apa yang diletakkan oleh Audit Halal.

Dato’ Yang di-Pertua, maka dengan sebab itu, saya ingin menegaskan dalam soal ini, kalau ada pula soal untuk hendak menguruskan soal persijilan halal serahkan kepada Halal Development Corporation yang berada di bawah MITI.

Namun, perkara ini perlu diperhatikan kerana sebelum ini status ataupun sijil halal dikeluarkan oleh SDC, tetapi memandangkan banyak dapat rungutan di kalangan industri yang melanda pada ketika itu, JAKIM mengambil semula pengurusan persijilan halal pada tahun 2009. Dato’ Yang di-Pertua, saya hendak membangkitkan berkenaan dengan beberapa perkara yang berhubung kait dengan apa yang- peruntukan di kawasan saya iaitu terutamanya ialah- memanglah kalau peruntukan tak nak bagi tak apa, fasal kerananya peruntukan ini konon-kononnya dituduh fitnah kami. Kami beri kepada TikTok.

Tak apa, tetapi biarlah peruntukan ini ada di kawasan kami. Maksud dia, sekarang ini kami datang ke Parlimen ini, setiap hari pejabat kami didatangi oleh rakyat di sana. Ada yang kadang-kadang nak anak hantar ke hospital, yang nak buat rawatan di hospital, kita suruh pergi kepada JKM. JKM kata, tak ada peruntukan. Kita pergi kepada Baitulmal.

Semalam ada satu kes rumah nak kena halau dah. Kena sewa lebih kurang RM1,500 tak bayar, dah tertunggak. Dia hendak minta saya, kita suruh pergi Baitulmal. Baitulmal bagi lah RM100. Dia pun tak ada kemampuan kerana banyak dan sebagainya.

Sebab itu kita harapkan, tak apa, tak ada masalah. Wang itu boleh letakkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tak apa ataupun di Baitulmal atau di pejabat daerah, asalkan rakyat dapat, cukup. Bukan untuk kami, kami boleh bagilah, insya-Allah boleh bagi setakat RM50-RM100. Insya-Allah boleh bagi tetapi tak cukup, tak sepadan dengan apa yang mereka perlukan.

Maka sebab itu, kita harapkan biarlah apa yang penting, mekanisme ini diberikan kepada mereka yang sepatut. Kalau pun takut sangat hendak beri kepada kami dan kami juga boleh- kalau beri, letak di pejabat kami, letak pegawai SPR di pejabat kami untuk uruskan bagaimana peruntukan di tempat kami, kami rela. Pejabat kami bukan buka 24 jam, 25 jam...

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Bang Mat ajaq saya dahulu.

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bagan Serai.

final • 12:10 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Okey.

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bagan Serai, Bagan Serai, minta sikit.

final • 12:10 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

...Saya hendak pendek ...

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sedikit, sedikit sahaja.

final • 12:10 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Okey, cukuplah. Apa- kemudian berkenaan dengan kawasan saya. Terutamanya ialah berkenaan dengan naik taraf Jalan

final • 12:10 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Alor Pongsu, Changkat Lobak. Laluan 147 yang sering dinaiki air apabila hujan lebat berlaku. Maka sebab itu, kita mohon perkara ini dapat dilihat oleh pihak JKR.

Yang kedua, selenggara sistem perparitan sesegera mungkin, terutama berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, Bagan Serai kerana sering dinaiki air apabila hujan berpanjangan lebih daripada satu jam.

Ketiganya ialah memohon menyelenggarakan Kuarters Polis Daerah Kerian.

Tambah baik Balai Polis Trafik Daerah Kerian.

Keempatnya, mengenai permohonan daripada Sekolah Menengah Sultan Alang Iskandar Semai di Bagan Serai yang memohon peruntukan ataupun dirikan dewan besar untuk berhimpun.

Dato’ Yang di-Pertua, sedikit lagi ialah berkenaan dengan- akhir sekali, saya hendak mengingatkan kepada kita semua, dan rakyat Malaysia. Wahai rakyat Malaysia, apabila datang Pemimpin Pakatan Harapan, maka jawablah lidah dengan yang fasih kerana mereka adalah makhluk biasa seperti mana kamu. Sesungguhnya, harga minyak tidak turun itu adalah benar, sesungguhnya beras tempatan tidak ada dalam pasaran adalah benar, sesungguhnya SST naik daripada enam peratus ke lapan peratus adalah benar, sesungguhnya nilai mata wang Ringgit semakin jatuh itu adalah benar, sesungguhnya harga barang semakin mahal itu adalah benar...

final • 12:10 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

[Bangun] Bagan Serai.

final • 12:10 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Dan semuanya benar, kecuali...

final • 12:10 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Bagan Serai saya...

final • 12:10 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

...Tidak benar, terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Bagan Serai, hendak bertanya Bagan Serai.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bintang.

final • 12:10 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, mengizinkan saya mengambil bahagian dalam Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024.

Pada masa 10 tahun lalu, ucapan belanjawan saya dalam nada menentang tetapi kini 2023, nada ucapan saya menyokong kerana parti saya menjadikan sebahagian Kerajaan Perpaduan. Bila berucap, hendaklah dengan nada menyokong. Tuan Yang di- Pertua, saya mendapati belanjawan semakin baik dan meyakinkan. Apa tidaknya, perbelanjaan rakyat Madani berbeza dengan bajet tahun-tahun sebelum. Kerajaan Perpaduan berjaya mengurangkan bajet defisit ke 44.3 peratus, lebih rendah dari bajet- bajet tahun sebelumnya.

Subsidi RM81 bilion yang dicadangkan lebih tinggi. Bantuan Tunai Rahmah (BTR) pula RM10 bilion, subsidi pertanian RM2.6 bilion. Bantuan persekolahan RM788 juta, manakala perbelanjaan mengurus negara adalah RM303.8 bilion. Ini adalah serba sedikit yang saya dapat sebutkan sebagai bajet berhemah yang rendah berbanding dengan bajet-bajet bagi tahun-tahun sebelumnya.

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2024 menyediakan ekonomi rakyat yang berkesan seperti menyediakan peruntukan bagi 150 pusat penjaja dan pasar berjumlah RM110 juta, membantu 10,000 gerai penjaja dengan peruntukan RM10 juta, menyediakan 4,000 ruang niaga dengan peruntukan RM50 juta, di mana penjaja tidak perlu membayar sewa bagi tempoh enam bulan pertama. Menaik taraf rumah pangsa DBKL dan fasiliti yang lain.

Ini memberikan kelegaan pada rakyat dalam suasana ekonomi yang tidak menentu. Saya menyambut baik usaha kerajaan untuk memperkasa sektor pelancongan

final • 12:16 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

dan kreatif di mana menjadikan 2026 adalah Tahun Melawat Malaysia bagi menyambut ketibaan 26.1 juta pelancong asing yang mampu menjana pendapatan domestik RM97.6 bilion. Ini memberi peluang kepada penggiat industri menyediakan lebih banyak kemudahan dan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Saya juga menyambut baik kerajaan memperuntukkan RM10 juta kepada Think City untuk mencantikkan bangunan- bangunan lama dan sekitar di pusat bandar Kuala Lumpur dengan wajah baharu yang menarik.

final • 12:16 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Oleh kerana ramai pelancong asing datang ke Malaysia, pertamanya mereka akan pergi ke Jalan Petaling, China Town untuk melawat. Jika kerajaan menambah baik untuk bangunan-bangunan diperbaharui, saya rasa ini boleh menarik lebih pelancong- pelancong asing datang ke Malaysia.

Namun demikian, dalam pelaksanaan projek tebatan banjir yang mana 33 projek tersebut dengan peruntukan RM11.8 bilion, tidak tersenarai projek tebatan banjir bagi Kuala Lumpur, walaupun disediakan peruntukan RM20 juta bagi 150 TPT untuk menaik taraf parit dan longkang yang rosak. Walhal di Kuala Lumpur kerap dilanda banjir kilat.

Dato’ Yang di-Pertua, cadangan LRT di Pulau Pinang dijadualkan mempunyai 23 stesen dengan anggaran kos berjumlah RM10 bilion. Ini tidak setanding dengan projek LRT yang untuk lima stesen sahaja memerlukan kos RM4.7 bilion yang mengejut hampir separuh daripada kos LRT Pulau Pinang yang sub.

Tambahan pula, lima stesen LRT ini bukan projek greenfield. Kerja asas termasuk viaduct dan struktur asas telah pun dibentangkan di bawah kontrak semasa. Mengapa terdapat percanggahan kos yang ketara antara kedua-dua projek ini? Dewan yang mulia ini hendaklah membincangkan isu ini untuk memastikan penggunaan wang pembayar cukai adalah secara bijak yang mengelakkan ketirisan, kekalkan ketelusan untuk accountability dalam projek negara.

Dato’ Yang di-Pertua, untuk meningkatkan kutipan cukai, kerajaan harus mempertimbangkan untuk membuka jalan bagi number forecast operators (NFO) berlesen untuk beroperasi atas talian. NFO yang sah menghadapi persaingan yang hebat daripada shadow economy yang tidak terkawal untuk berkembang pesat dalam domain digital.

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan sahaja memerlukan peniaga yang sah tetapi juga meletakkan mereka sebagai sekutu dalam perjuangan menentang shadow economy dengan meratakan playing field dan memerangi operasi power terhadap bawah tanah ini selain dengan memudahkan pertumbuhan pengendali NFO dalam ruang di atas talian. Ini akan meningkatkan keupayaan kutipan cukai dengan membenarkan pasaran mengawal selia sendiri dengan memanfaatkan dinamik yang wujud. Kita boleh mengatasi dan akhirnya mengurangkan pengaruh shadow economy sambil mengoptimumkan kutipan hasil cukai untuk kebaikan negara.

Saya ingin menyebut di sini peruntukan bagi Ahli-ahli Parlimen di bawah kod Jabatan Perdana Menteri. Ahli-ahli Parlimen pembangkang termasuk dari DAP amat menderita di masa yang dahulu dalam menguruskan kawasan apabila para pengundi memohon bantuan yang terpaksa ditolak. Sebagai Kerajaan Madani, saya mendapati tidak ada salahnya kerajaan memanjangkan peruntukan Wakil Rakyat kepada Ahli-ahli Parlimen pada syarat dan kadar tertentu untuk meningkatkan bebanan rakyat yang tinggal di kawasan pembangkang.

[Tepuk] Kita mengambil contoh Kerajaan Taiwan yang menurunkan peruntukan kepada setiap Ahli Parlimen termasuk pembangkang. Kita perlu bertimbang rasa. Tidak perlunya meminta mereka merayu kepada kerajaan untuk mendapatkan peruntukan.

[Tepuk] Sebab, kalau semua Ahli Parlimen boleh dapat peruntukan, faedah akan dinikmati oleh penduduk-penduduk dan pengundi-pengundi di kawasan masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan rasa sedih akan nasib penduduk- penduduk Gaza yang menjadi mangsa kekejaman Zionis Israel berikutan perang Israel- Hamas Palestin yang sedang berlangsung sekarang. Mereka menjadi mangsa pengorbanan tentera Israel yang dihalang membantu kemanusiaan dari memasuki Gaza

final • 12:20 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

melalui Rafah. Tindakan jenayah kejam Zionis Israel patut dikutuk sekeras-kerasnya dan sewajarnya penjenayah perang Benjamin Netanyahu dibawa ke muka pengadilan antarabangsa.

Apakah implikasi perang Israel-Palestin di atas ekonomi Malaysia pada jangka panjang apabila perang ini berlarutan? Sedangkan perang Ukraine dan Russia telah menjejaskan bekalan makanan dunia, apatah lagi perang Palestin-Israel. Saya harap gencatan senjata dan rundingan damai dapat diadakan segera bagi mengelakkan perang dunia yang ketiga.

Dato’ Yang di-Pertua, saya menyambut baik berhubung dengan Jawatankuasa Khas Pantau Belanjawan 2024 yang dipengerusikan oleh PM dan Menteri Kewangan.

Sama ada jawatankuasa ini akan berkesan melaporkan prestasi dan pencapaian kepada Parlimen adalah..... terlalu untuk dinilai.

Akan tetapi, saya ingin bertanya kerajaan, apakah peranan Jawatankuasa Penasihat Kewangan yang dibentuk pada awal pembentukan kerajaan? Apakah sumbangan yang telah mereka berikan? Atau hanya sekadar nama sahaja tanpa meminta pandangan mereka ataupun kerajaan mengetepikan pandangan dan sumbangan mereka.

Sepatutnya jawatankuasa ini diperluas skop tanggungjawab dan peranan dalam mencegah ketirisan dalam belanjawan. Selama menjadi kerajaan sekarang, adakah masalah ketirisan dapat dihentikan?

Amalan rasuah yang mendarah daging dalam sistem perkhidmatan awam bukanlah sahaja menjadi amalan retorik sahaja tetapi berkesan dalam tindakan. Setakat ini, sejauh mana kes rasuah berprofil tinggi malah pun berprofil rendah berjaya diselesaikan?

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga difahamkan Putrajaya diberi tugas untuk mengambil alih pembangunan Bandar Malaysia, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur. Saya berharap tapak projek Bandar Malaysia ini dapat dibangunkan untuk menyelesaikan masalah kekurangan unit rumah untuk para pekerja dalam Bandar Raya Kuala Lumpur.

Secara reka bentuk, Bandar Malaysia mempunyai...

[Tidak jelas] rumah Madani, mampu milik dan perimeter luar. Pemaju dan pereka bentuk akan cuba menjauhkan mereka dari bahagian pembangunan yang paling rendah melimpah tetapi tasik untuk rumah mewah yang mahal.

final • 12:20 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Saya mencabar Bandar Malaysia untuk memikirkan semua perkara ini untuk menggunakan model Pinnacle@Duxton HDB di Singapura di mana letakkan 10,000 unit rumah baharu di bahagian tercantik di Bandar Malaysia berdekatan dengan kemudahan awam dan pengangkutan. Kuala Lumpur tidak perlu lebih banyak pusat membeli belah lagi, hanya perlu meningkatkan kawasan lapang dengan hijau untuk warga kota untuk hidup dengan lebih selesa dan sihat.

Bandar Malaysia seluas 486 ekar jika sesetengah daripadanya kawasan digunakan untuk tujuan tersebut seperti di Central Park di New York kawasan hijau seperti Hyde Park di London, saya rasa ini akan membawa lebih faedah kepada penduduk- penduduk di Kuala Lumpur ini.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan masalah kebanjiran para pekerja asing di Kuala Lumpur ini dan saya minta penguat kuasa mengambil tindakan untuk memastikan bahawa pendatang asing yang ramai menjadi penjaja di kawasan- kawasan di Bukit Bintang. Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua membenarkan saya mengambil bahagian dalam Bajet 2024. Thank you.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Rengas.

final • 12:30 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Bismillahi rahmani rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Padang Rengas untuk turut serta mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 13 Oktober yang lalu.

Menghayati ucapan tersebut, saya bersama Ahli-ahli Parlimen dari saf pembangkang dan ramai rakyat Malaysia merasakan belanjawan kali ini penuh dengan persoalan yang berlegar di minda. Banyak perkara yang telah diucapkan umpama membawa seisi seluruh isi Dewan ke alam khayalan. Lebih merisaukan lagi banyak perkara yang diucapkan bersifat hiperbola dan berlebihan.

Perkara seperti menoktahkan kemiskinan yang sekali lagi diucapkan dalam ucapan belanjawan kali ini setelah diucapkan pada ucapan belanjawan pada Mac 2023 yang lalu, memberi gambaran bahawa kerajaan campuran Madani ini tidak berpijak di bumi yang nyata. Bukan untuk saya menidakkan usaha murni untuk membasmikan kemiskinan oleh pihak kerajaan, tetapi apa yang diperkatakan tidak seiring dengan apa yang dilakukan.

Tidak cukup dengan itu, kita menyaksikan penyusutan nilai ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika yang kini telah mencapai RM4.79 sedolar, terburuk dalam tempoh 25 tahun. Memberi gambaran bahawa ekonomi negara tidak akan pulih dalam waktu terdekat meskipun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan bahawa unjuran peratusan defisit belanjawan kali ini adalah pada 4.3 peratus.

Namun, dengan kejatuhan berterusan nilai Ringgit Malaysia, akan memberi kesan kepada unjuran peratusan defisit belanjawan ini. Padang Rengas bimbang, apa yang diucapkan adalah satu omong kosong seperti janji-janji yang pernah ditaburkan pada pihak – oleh pihak sebelah akibat dari lemah kompetensi ahli-ahli pentadbiran kerajaan hari ini dalam menyelesaikan isu-isu asas yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Namun, saya tidak berhasrat untuk menyentuh dengan lebih mendalam tentang perkara-perkara lain yang begitu menggusarkan seperti masalah kekurangan barang keperluan asas serta kenaikan harganya. Kejatuhan peratusan Pelaburan Langsung Asing atau Foreign Direct Investment (FDI) dengan dan bermacam-macam lagi isu berkaitan ekonomi.

Perkara-perkara ini telah banyak disentuh oleh Ahli-ahli Parlimen pembangkang dan juga Ahli-ahli Parlimen penyokong kerajaan dengan nada kerisauan. Terpulanglah kepada pihak kerajaan untuk menilai, menghayati, mengkaji dan menyelesaikannya. Hari ini saya ingin menumpu inti pati perbahasan peringkat dasar saya kepada perkara-perkara yang memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada rakyat di Padang Rengas. Serta isu-isu nasional yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada usaha pembangunan negara bangsa Malaysia.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam ucapan belanjawan minggu lalu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri antara lain telah mengumumkan kenaikan paras harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) daripada RM2.70 sekilo ke RM3 sekilo dengan belanja keseluruhan RM400 juta. Tindakan ini secara jujur harus dipuji dalam menjamin pendapatan bermaruah kepada penoreh yang terkesan dengan bebanan inflasi dan ketidaktentuan ekonomi.

Namun, saya berpandangan bahawa pihak kerajaan perlu untuk mempertimbangkan kenaikan yang lebih tinggi untuk paras harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG). Mungkin kenaikan sebanyak 60 sen berbanding 30 sen yang telah diumumkan. Hal ini juga memandangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak mengumum sebarang peruntukan bantuan musim tengkujuh untuk pekebun kecil dan penoreh seperti kebiasaannya tahun sebelum-sebelum ini.

Pasti para pekebun dan penoreh menjadi begitu terkesan dengan ketiadaan bantuan ini untuk tahun 2024. Tambahan lagi dengan harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang sederhana akan memberi kesan kepada daya mampu

final • 12:31 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

kumpulan ini untuk bertahan dan beradaptasi dengan tidak ketentuan ekonomi. Saya risau, agenda nasional untuk menoktahkan kemiskinan akan memberi kesan sebaliknya.

Dato’ Yang di-Pertua, Padang Rengas ingin mengambil perhatian seisi Dewan tentang perkara saya fikir begitu penting iaitu berkenaan isu permohonan permit kerja Sarawak yang mutakhir ini begitu rumit. Ya, kita faham dan hormati bahawa kerajaan negeri Sarawak mempunyai hak dan kuasa ke atas Jabatan Imigresennya seperti yang termaktub dalam Perkara 5, Perjanjian Malaysia 1963. Namun, setelah 60 tahun penubuhan Malaysia kita masih lagi mengalami masalah hubungan yang rumit.

Pekerja-pekerja dari Semenanjung Malaysia yang ingin atau perlu berkhidmat di Sarawak dalam sektor profesional, industri dan perkhidmatan perlu melalui proses yang sama seperti pekerja-pekerja asing dari luar negara. Seolah-olah Semenanjung Malaysia dan negeri Sarawak adalah dua negara berbeza. Saya beri contoh, pelaut-pelaut dari Semenanjung Malaysia yang ingin memohon Sarawak Work Permit (SWP) dengan izin untuk bekerja dalam sektor minyak dan gas di negeri Sarawak perlu melalui suatu proses permohonan yang sukar, rumit dan panjang.

Sedangkan proses kelulusan boleh diperoleh dengan mudah dan pantas.

Memandangkan Jabatan Imigresen negeri Sarawak mempunyai pangkalan data berpusat yang sama Jabatan Imigresen Semenanjung Malaysia. Lebih mengeruhkan keadaan adalah apabila Sarawak Oil and Gas Workers Association (SOGWA) dengan izin telah mengehadkan kemasukan tenaga kerja daripada Semenanjung Malaysia untuk masuk dan berkhidmat dalam sektor tersebut di negeri Sarawak. Perkara ini tidak berlaku kepada tenaga kerja daripada negara luar yang ingin bekerja di sektor yang sama di Sarawak.

Sekali lagi, saya tekankan bahawa saya menghormati segala perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 termasuk hak Imigresen negeri Sarawak.

Namun, kelonggaran peraturan kepada rakyat senegara kerana ini adalah untuk kebaikan bersama dalam usaha membangunkan ekonomi nasional. Perkongsian tenaga profesional dapat membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi antara Semenanjung dan Kepulauan Borneo tanah air. Sekatan sempadan atau pengehadan sempadan akan merencatkan dan merugikan pembangunan bersama semua negeri dalam Malaysia.

Dato’ Yang di-Pertua, Padang Rengas ingin memberi sedikit pujian kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pendekatan mengambil berat tentang masalah berkaitan perumahan dalam negara ini. Usaha-usaha yang diumumkan seperti penubuhan pasukan khas di bawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan

(KPKT) untuk menyelesaikan isu projek perumahan lewat, sakit dan terbengkalai.

final • 12:31 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Penyediaan dana bagi meneruskan pelaksanaan Program Perumahan Rakyat dan program Rumah Mesra Rakyat, dan penyediaan dana untuk baik pulih dan selenggara rumah. Inisiatif yang diambil sangat baik bagi memastikan perkara asas yang jadi keperluan untuk rakyat dapat disediakan.

Maka, saya ingin mengambil kesempatan ini memohon agar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan juga memohon agar Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan untuk mempertimbangkan untuk mewujudkan perumahan kos rendah di bawah program Rumah Mesra Rakyat di Parlimen Padang Rengas.

Untuk makluman, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak (LPHP) telah menyediakan satu kawasan tanah dalam Parlimen Padang Rengas untuk projek rumah kos rendah. Namun, akibat permintaan yang agak rendah, projek ini belum lagi dibangunkan. Pihak Pejabat Parlimen Padang Rengas telah mengambil inisiatif untuk mengenal pasti mengapa permintaan untuk projek ini begitu rendah. Sedangkan ramai rakyat di Padang Rengas masih tidak mempunyai rumah.

Setelah pemerhatian dan pengumpulan maklumat, pihak kami mendapati bahawa ramai rakyat yang masih tidak mampu memenuhi kriteria permohonan pinjaman serta memenuhi keperluan proses permohonan yang agak rumit. Maka, saya berpandangan perlunya satu proses yang lebih mudah dan mesra pengguna di samping

final • 12:40 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

penyediaan dana yang tidak membebankan bagi memudahkan rakyat untuk memohon menjadi peserta di bawah projek perumahan kos rendah ini.

Dato’ Yang di-Pertua, Padang Rengas meraikan usaha kerajaan untuk memastikan ketercapaian kemudahan kesihatan untuk seluruh rakyat Malaysia. Melalui ucapan Belanjawan 2024, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan komitmen pihak kerajaan untuk membaik pulih klinik-klinik daif terus diperhebat. Sejumlah RM300 juta telah diperuntukkan untuk membaik pulih 400 buah klinik daif, dan uzur di seluruh Malaysia.

Maka, Padang Rengas ingin mengambil kesempatan untuk memohon agar pihak Kementerian Kesihatan mempertimbangkan serta menyatakan komitmen agar Klinik Kesihatan Sauk yang berada dalam Parlimen Padang Rengas dapat turut disertakan dalam 400 buah klinik yang dimaksudkan.

Klinik Kesihatan Sauk kini berada dalam keadaan yang sangat daif. Klinik ini mengalami kerosakan yang sangat teruk dan ketara. Kerosakan bumbung bocor, sistem perpaipan dan pendawaian yang uzur memberi kesan kepada kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

Saya mencadangkan agar suatu peruntukan dapat dipertimbangkan untuk membina bangunan klinik dan kuarters baharu bagi Klinik Kesihatan Sauk.

Memandangkan keluasan tanah kawasan klinik ini begitu luas dan sesuai untuk pembinaan bangunan baharu. Hal ini adalah untuk meningkatkan keselesaan kepada rakyat yang menggunakan kemudahan kesihatan ini di samping untuk menampung keperluan perkhidmatan kesihatan di kawasan ini.

Sementara menunggu kelulusan pembinaannya, peruntukan yang telah diucapkan dalam Belanjawan 2024 bolehlah digunakan untuk membaik pulih masalah yang telah dinyatakan tadi. Masalah Klinik Kesihatan Sauk ini telah mendapat perhatian Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Kangsar, di samping telah dilawati oleh pasukan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Kangsar untuk tindakan selanjutnya daripada pihak kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin mengambil peluang ini untuk mengutarakan suatu permasalahan yang bukan sahaja dihadapi oleh rakyat di Padang Rengas tetapi hampir seluruh rakyat di negeri Perak dan di negeri utara tanah air berkenaan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Jika kita perhatikan, perjalanan sama ada dari utara ke selatan atau selatan ke utara melalui Lebuhraya Utara-Selatan di bahagian utara tidak lagi menjimatkan masa.

Perjalanan di lebuh raya ini tidak lagi menjamin kecepatan dan jalan pintas untuk ke destinasi. Hal ini bukan hanya berlaku ketika waktu puncak tetapi ketika waktu biasa juga lebuh raya ini didapati sesak.

Setelah diperhatikan, ia adalah akibat dari kewujudan hanya dua lorong bagi setiap arah dari Slim River ke Juru dan dari Juru ke Slim River. Dengan penambahan bilangan pengguna dari tahun ke tahun, kita dapat menyaksikan kesesakan trafik walau bukan waktu puncak. Hal ini membuatkan peranan lebuh raya sebagai jalan pantas ke suatu tempat tidak lagi dapat dipercayai. Pada kebanyakan masa, laluan antara Slim River ke Juru atau sebaliknya, pasti bergerak perlahan pada waktu pengguna sedikit bertambah, ia terus menjadi suatu kesesakan trafik.

Maka, pada pandangan saya, sudah tiba masanya pihak kerajaan memperuntukkan suatu peruntukan bagi melebarkan laluan dua lorong kedua-dua arah dari Slim River ke Juru dan sebaliknya ke laluan tiga lorong. Pasti sedikit sebanyak masalah kesesakan dapat dikurangkan sepanjang laluan ini. Barulah pengguna Lebuhraya Utara-Selatan merasakan berbaloi dengan jumlah tol yang dibayar dengan kemudahan yang disediakan.

Dato’ Yang di-Pertua, sebagai penutup, segala yang telah saya utarakan adalah perkara yang begitu kritikal. Ia akan memberi kesan kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara bagi memastikan pertumbuhan yang rancak dapat dinikmati oleh seluruh

final • 12:40 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

rakyat Malaysia secara bersama. Dengan kesungguhan dan tekad yang benar dan ikhlas, pastinya suatu kerajaan dapat melakukan yang terbaik untuk rakyatnya.

Justeru, saya berharap kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Dengan itu, Dato’ Yang di-Pertua, saya akhiri ucapan perbahasan saya dengan assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Waalaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Jempol.

final • 12:40 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam perpaduan dan juga salam Malaysia Madani. Sebelum itu Dato’ Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kesampaian orang Jompo ya, ke persidangan kita pada hari ini. Selamat datang. Terima kasih...

[Tepuk] Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang ya kepada Jempol untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada 13 Oktober 2023 bertemakan, ‘Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat’ dengan peruntukan RM393.8 bilion dengan belanja mengurus RM338 bilion, belanja pembangunan RM90 bilion dan simpanan luar jangka RM2 bilion. Tahniah, ya Jempol mengucapkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun ya kerana membentangkan belanjawan dengan peruntukan terbesar.

Belanjawan ini memperlihatkan inisiatif dan kesungguhan kerajaan dalam melaksanakan agenda gagasan Ekonomi MADANI dan menyantuni rakyat yang terkesan akibat ekonomi dunia dan juga suasana geopolitik yang tidak menentu pada hari ini.

Sudah semestinyalah ya, kita bersyukur, ya kita bersyukur ya dengan apa yang boleh kita lakukan oleh pihak kerajaan pada hari ini.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang jaringan lebuh raya alternatif dan mempertingkatkan potensi ekonomi wilayah. Jempol amat bersetuju dengan ucapan Yang Amat Berhormat Tambun bahawa jaringan jalan raya yang baik akan melonjakkan pembangunan zon eksklusif yang baharu dan memberi manfaat kepada kawasan berhampiran. Akses jaringan jalan yang baik memudahkan pergerakan rakyat di samping melancarkan aktiviti para pedagang dan menjana ekonomi setempat.

Dalam perbahasan Belanjawan 2023 dan perbahasan Kajian Separuh Penggal RMKe-12, Jempol mencadangkan ya, keperluan lebuh raya baharu ya, dengan nama “Lebuhraya Madani Seremban-Jempol” untuk menyuraikan kesesakan trafik laluan Seremban-Kuala Pilah, dan juga Jempol, dan juga menjadi pemangkin ya, pembangunan ekonomi di wilayah Negeri Sembilan timur yang bersempadanan ya, dengan negeri Pahang dan Johor, dan juga insya-Allah, jika ia menjadi kenyataan sebagai lebuh raya alternatif kedua ya, untuk penduduk daripada negeri-negeri Pantai Timur ya, ke Lembah Klang, sekali gus memendekkan masa perjalanan.

final • 12:47 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Jempol mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah mengumumkan cadangan pembinaan Lebuhraya Madani Seremban-Jempol semasa lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Jempol pada 27 Julai 2023.

Saya mewakili Dato’ Yang di-Pertua, mewakili rakyat Jempol memohon agar kerajaan dapat menyegerakan pelaksanaan Lebuh Raya Madani Seremban-Jempol ini.

Seterusnya, saya fokus kepada perkhidmatan kesihatan iaitu naik taraf Hospital Jempol kepada hospital pakar minor. Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia menerima peruntukan RM41.2 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM4.9 bilion berbanding peruntukan pada tahun 2023. Jumlah peruntukan ini adalah wajar

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

memandangkan Malaysia masih belum memenuhi nisbah seorang doktor kepada 400 pesakit. Oleh demikian, ketercapaian kemudahan kesihatan perlu ditingkatkan bagi menyurai kesesakan pesakit.

Dalam Kertas Putih Kesihatan yang baru dibentang tempoh hari, Kementerian Kesihatan Malaysia ada menggariskan Tonggak 1 iaitu mentransformasi penyampaian perkhidmatan kesihatan dengan sub tajuk mengoptimumkan perkhidmatan penjagaan hospital bagi memastikan perkhidmatan kesihatan ditambah baik untuk keselesaan rakyat.

Dalam isu ini, saya fokus kepada Hospital Jempol yang dibina pada tahun 2005 atas kategori hospital moden dengan kapasiti 104 katil, empat katil unit rawatan rapi (ICU) dan juga dewan bedah dua katil yang boleh memberi perkhidmatan kesihatan kepada 155,000 orang penduduk di Parlimen Jempol. Berdasarkan lawatan saya baru-baru ini ke Hospital Jempol, saya mendapati beberapa peralatan canggih telah dibekalkan seperti mesin laser mata, mesin stress test dan juga X-ray digital. Terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan.

Melihat kepada latar belakang Hospital Jempol yang moden dan dilengkapi dengan peralatan canggih, seharusnya ia diurus oleh doktor pakar sepenuh masa.

Dengan kekurangan doktor pakar di Hospital Jempol, banyak kes terpaksa dirujuk ke Hospital Pakar Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Dalam perbahasan sebelum ini, saya telah mencadangkan Hospital Jempol dinaik taraf menjadi hospital pakar minor untuk kebolehcapaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan juga menyeluruh untuk penduduk Jempol dan dapat mengurangkan kesesakan pesakit di Hospital Pakar Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah yang sebahagian besar pesakitnya adalah daripada Hospital Jempol yang dirujuk ke sana.

Apakah status permohonan naik taraf tersebut?

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya sektor perladangan dan juga komoditi. Harga lantai getah. Dato’ Yang di-Pertua, semasa membahaskan Belanjawan 2023 dahulu, saya dan beberapa orang Ahli Parlimen yang lain telah membangkitkan harga lantai getah dengan mencadangkan harga getah dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.00. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana mempertimbangkan cadangan tersebut dengan menetapkan insentif pengeluaran getah IPG iaitu harga lantai dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram. Alhamdulillah, dalam pembentangan belanjawan baru ini Yang Amat Berhormat Tambun begitu prihatin di atas keluhan para pekebun getah dengan menaikkan paras harga lantai getah daripada RM2.70 kepada – sebelum ini kepada RM3.00 sekilogram dengan peruntukan RM400.

Jadi pada tahun lepas, saya bahaskan RM2.50 naik RM2.70 dan alhamdulillah sekarang sudah sampai kepada RM3.00. Mudah-mudahan dengan keprihatinan Yang Amat Berhormat Tambun, insya-Allah kita akan terus melihat dari semasa ke semasa dan memperjuangkan supaya harga lantai getah ini dapat kita naikkan sesuai dengan keadaan ekonomi negara. Kenaikan harga lantai getah ini sudah pasti dapat meringankan beban para pekebun kecil getah di seluruh negara.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya fokus kepada komuniti FELDA, tanah rancangan FELDA. Seterusnya saya menyentuh kelompok komuniti yang besar ini iaitu peneroka FELDA berjumlah di seluruh negara kita 112,635 orang di seluruh negara di 317 skim tanah rancangan FELDA di seluruh negara. Di Parlimen Jempol sahaja terdapat 28 skim tanah rancangan FELDA daripada 49 skim tanah rancangan FELDA di Negeri Sembilan.

Saya fokus kepada hasil sumbangan peneroka FELDA kepada ekonomi negara.

Dato’ Yang di-Pertua, saya dapat maklumat daripada FELDA bahawa sumbangan hasil peneroka seluruh Malaysia untuk pendapatan negara berjumlah RM7 bilion bagi tahun 2023 setakat hari ini. Ini menunjukkan bahawa hasil perladangan peneroka FELDA antara penyumbangan besar dalam KDNK negara.

Seterus itu, Jempol berpandangan mencadangkan supaya dibuat pelarasan pendapatan minimum peneroka FELDA, RM1,500. Untuk makluman Dewan yang mulia, saya fokus kepada pendapatan purata peneroka FELDA setiap bulan yang difahamkan

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

pendapatan purata peneroka kita setelah ditolak kos buruh, baja, kos pengurusan dan sebagainya, adalah sekitar RM1,200 bersih sebulan. Ini jauh lebih rendah daripada perlaksanaan gaji minimum RM1,500.

Jempol mencadangkan sudah sampai masanya kerajaan bertindak secara proaktif dengan menyelaraskan purata pendapatan peneroka minimum RM1,500 sebulan sesuai dengan dasar gaji minima negara dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Dato’ Yang di-Pertua, implikasi kewangan bagi pelarasan pendapatan 112,635 orang peneroka sekiranya dengan penambahan RM300 sebulan oleh pihak kerajaan adalah dianggarkan berjumlah RM405 juta setahun. Pelarasan ini amat perlu bagi meringankan beban hidup masyarakat peneroka FELDA. Saya ingin juga apa pandangan pihak kerajaan berhubung dengan perkara ini.

Seterusnya masih lagi berkisar di kalangan ataupun di bawah tajuk FELDA iaitu subsidi baja FELDA. Dato’ Yang di-Pertua, selain isu pendapatan bulanan peneroka, saya juga ingin menyentuh isu subsidi baja kepada peneroka FELDA. Saya dimaklumkan bahawa golongan peneroka FELDA belum pernah mendapat subsidi baja berbanding agensi-agensi lain di bawah sektor perladangan dan juga komoditi. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, dalam menjalankan aktiviti perladangan, jumlah perbelanjaan membeli baja bagi seorang peneroka atau setiap peneroka adalah lebih kurang RM8500 setahun. Secara kiraan kasar anggaran perbelanjaan bagi belian baja peneroka di seluruh negara adalah sekitar RM957 juta untuk kawasan ladang seluas 480,000 hektar di seluruh negara.

Dengan sumbangan hasil peneroka berjumlah RM7 bilion kepada pendapatan negara, Jempol mencadangkan pihak kerajaan mempertimbangkan subsidi baja sekurang-kurangnya 30 peratus kepada peneroka FELDA. Sekiranya subsidi baja ini dapat dilaksanakan, implikasi kewangannya adalah sekitar RM287 juta setahun. Jempol mohon juga maklum balas daripada pihak kerajaan berhubung cadangan ini.

Seterusnya, masih lagi di FELDA iaitu perumahan generasi baru FELDA. Jempol menyokong penuh hasrat FELDA menyediakan lot-lot kosong kepada generasi baru di tanah rancangan FELDA untuk membina rumah. Memandangkan sebahagian besar generasi baru yang menetap di kawasan FELDA ini tidak mempunyai pendapatan tetap, Jempol mencadangkan agar mereka diberi bantuan pinjaman perumahan dan kemudahan pembiayaan bagi mereka membina rumah pertama di kawasan FELDA. Apakah langkah yang diambil oleh pihak kerajaan berhubung perkara tersebut?

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Seterusnya masih juga lagi di FELDA iaitu Perumahan Kakitangan FELDA. Saya fokus kepada FELDA yang ramai juga rakan-rakan Ahli Parlimen mewakili kawasan FELDA. Tidak apalah, saya wakil kawan-kawan semualah para sahabat pada pagi ini iaitu kita tidak lupa juga kepada Perumahan Kakitangan FELDA juga. Iaitu yang dibina seawal tahun 1959 hingga 2014 yang berjumlah 2,010 unit yang rata-rata diperbuat daripada kayu. Ya, ini rumah kakitangan FELDA.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi, rata-rata pada hari ini keadaan fizikal rumah ini agak uzur dengan lantai kayu yang telah reput dan berlubang serta atap yang bocor. Ini melibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi. Jempol memikirkan sudah sampai masanya rumah yang uzur ini dibina baharu untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada kakitangan FELDA. Jadi, generasi baru pun kita jaga, yang lama pegawai pun ataupun kakitangan FELDA juga kita bagi perhatian serius. Jempol mohon pandangan daripada pihak kerajaan berhubung dengan cadangan dari Jempol ini.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya berkaitan dengan gangguan bekalan air.

Jempol menyambut baik usaha Kerajaan Perpaduan yang berikrar bahawa isu bekalan

final • 1:00 PM

Dato’ Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli - Jempol

air bersih harus dinoktahkan dengan sejumlah RM1.1 bilion disediakan bagi melaksanakan penyelesaian isu bekalan air. Gangguan bekalan air ini sering berlaku berpunca dari paip lama yang sering bocor ataupun pecah dan ada yang telah berusia 35 tahun dan juga 40 tahun ke atas. Ini menyebabkan tekanan air rendah dan kadar air tidak berhasil yang tinggi dan mengakibatkan pembaziran air.

Di Parlimen Jempol, gangguan bekalan air sering berlaku di kawasan rancangan FELDA di Zon Raja Alias, Zon Serting Hilir Kompleks, Zon Palong dan juga di kawasan Kampung Tradisi akibat daripada paip yang pecah dan juga yang telah berusia 35 tahun ke atas. Saya memohon perhatian kerajaan menggantikan paip-paip lama di kawasan Jempol tersebut bagi memastikan bekalan air yang efisien di samping mengurangkan kadar air yang tidak berhasil yang tinggi. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pihak kerajaan berhubung perkara ini?

Akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, Jempol di kesempatan ini, saya mewakili warga Jempol mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah meluluskan beberapa projek di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas ini. Antaranya membina Balai Bomba dan Penyelamat di FELDA Palong 6, Projek Perumahan Rakyat di Kampung Serting Tengah, Projek Membina Jalan Luar Bandar dari Kampung Geddes melalui Kampung Sungai Kelai ke FELDA Palong, membina baru seperti yang diumumkan baru- baru ini oleh Yang Amat Berhormat Tambun membina baru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jempol di Bandar Seri Jempol dan juga meluluskan bekalan air bersih luar bandar kepada lima kampung Orang Asli di Jempol iaitu Kampung Sungai Kelebang, Kampung Jeram Padang, Kampung Sungai Raya, Kampung Sungai Temarom dan Kampung Lubuk Temenggalan.

Akhir sekali Dato' Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin juga menyatakan sokongan dan solidariti Jempol bersama Palestin dan berharap agar bantuan kemanusiaan segera dapat disalurkan kepada rakyat Palestin yang amat menyedihkan sebagaimana yang kita lihat setiap hari. Syabas diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun yang teguh menyatakan pendirian tegas Malaysia bersama Palestin dalam Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam tadi. Tahniah!

[Tepuk] Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Jempol mohon menyokong.

Wabillahi Taufik Walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Jempol. Saya jemput Yang Berhormat Jasin.

final • 1:00 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih di atas peluang yang diberikan kepada Jasin untuk terlibat sama di dalam Perbahasan Belanjawan 2024.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum ikut membahaskan Belanjawan 2024 ini, saya ingin menzahirkan perasaan ukhuwah dan kemanusiaan yang mendalam terhadap umat Islam dan rakyat Palestin di Gaza yang terjajah. Mereka sedang dibom setiap waktu oleh tentera Zionis Yahudi yang disebut oleh Allah SWT sebagai golongan yang kafir terhadap perintah-perintah Allah, pencabar dan penghina zat ketuhanan, pembunuh Nabi-nabi dan penyembah syaitan. Semoga Allah SWT memberikan kemenangan mutlak kepada umat Islam dan rakyat Gaza serta rakyat Palestin ke atas Zionis Israel. Amin.

Firman Allah SWT, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . “Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur mengingkari ayat-ayat Allah, perintah-perintah dan mukjizat- mukjizat yang membuktikan kebesaran Allah dan mereka pula membunuh nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.” Tuan Yang di-Pertua, di dalam ucapan belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Kesepuluh, beliau ada menyentuh mengenai perancangan kerajaan untuk melaksanakan liberalisasi ekonomi. Saya secara asas tidak menolak

final • 1:04 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

pendekatan liberalisasi ekonomi dalam usaha untuk mendorong pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya saing. Namun, perlulah diingatkan bahawa liberalisasi ekonomi janganlah sekali-kali sampai memberi maksud dan membuka jalan kepada proses sekularisasi ekonomi negara sehingga akhirnya reformasi ekonomi itu mengalami kegagalan.

Kita berkeyakinan bahawa sebarang pendekatan ekonomi bahkan apa sahaja tanpa bersandarkan syariat Islam sudah pasti akan menemui kegagalan. Firman Allah SWT di dalam Surah Taha, ayat 124, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . “Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.” Kehidupan yang sempit di dalam ayat ini menurut Ibnu Abbas RA adalah bermaksud, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . “Setiap harta yang Aku berikan kepada seseorang hamba daripada hamba-hambaKu sama ada sedikit atau banyak sedangkan dalam usahanya dia tidak bertakwa kepadaKu. Maka tidak ada sebarang kebaikan pada harta tersebut. Ia adalah kesempitan kerana melakukan kederhakaan kepada Allah.” Dengan lain perkataan, seorang Muslim akan sentiasa mengambil berat terhadap hukum dan peraturan Allah SWT. Ia akan berusaha memastikan hukum-hukum tersebut dipatuhi di dalam dirinya, keluarganya dan masyarakatnya. Seorang Muslim tidak memandang adanya sebarang jenis kejayaan bagi manusia yang melanggar hukum dan peraturan Allah SWT di dunia ini. Ia memandang bahawa segala pekerjaan manusia di dunia ini walau tinggi mana sekalipun ketelitiannya akan menemui kegagalan sama ada pada permulaannya atau pertengahan atau penghujungnya ataupun selepasnya apabila usaha-usaha tersebut tidak dipandukan kepada syariat Allah SWT yang Maha Bijaksana.

Berpandu kepada syariat Allah SWT adalah sebagai syarat asasi bagi mencapai kejayaan tersebut manakala kejayaan yang diterima dengan jalan selain itu adalah kejayaan yang mengundang azab. Ia bukanlah kejayaan yang hakiki dan diberkati. Bagi seorang Muslim perkara pertama sebelum ia memulakan sesuatu pekerjaan ialah memastikan terlebih dahulu petunjuk dan peraturan Allah SWT di dalam pekerjaan yang ingin dilakukannya untuk dipatuhi olehnya dalam usahanya itu lebih dahulu dari sebarang penekunan usaha-usaha material yang berbagai-bagai. Ia melakukan seperti itu agar ia tidak terjatuh ke dalam kemurkaan Allah SWT.

final • 1:04 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Tuan Yang di-Pertua, kebimbangan saya bahawa liberalisasi ekonomi ini sekiranya tidak dipantau, akan menjurus kepada sekularisasi ekonomi dan mencabut iltizam pelaksanaannya dari hukum dan peraturan Islam. Kebimbangan ini bukanlah suatu kebimbangan yang tidak berasas.

Saya katakan demikian kerana sifat ekonomi kapitalis itu sendiri dalam usahanya mencapai kejayaan dan agenda liberalisasinya adalah sebuah sistem ekonomi yang berusaha melepaskan dirinya dari sekatan peraturan dan hukum dengan izin, the lessening of government regulation and restrictions. Usaha golongan kapitalis bukan sahaja bermula dengan penolakan terhadap ekonomi merkantilisme yang mengongkong aktiviti ekonomi pasaran bebas, bahkan juga penolakan terhadap semua bentuk peraturan yang dianggap merugikan aktiviti ekonomi mereka. Ini sudah tentulah meliputi halangan- halangan dari peraturan agama dan syariatnya.

Kapitalisme adalah ideologi yang mengajarkan bahawa kemajuan ekonomi sesebuah negara, kemakmuran rakyat dan kekayaan hanya akan tercapai melalui pembebasan sepenuhnya aktiviti perdagangan. Kebebasan ini telah menjerumuskan aktiviti perdagangan moden kepada bentuk-bentuk perdagangan yang mengetepikan nilai-nilai akhlak, agama dan kemanusiaan. Dalam mengejar keuntungan, manusia diasuh menjadi hamba kepada keseronokan dunia dan sebagai jentera yang menghancurkan nilai-nilai akhlak yang tinggi dan menghapuskan kesetiaan manusia kepada nilai dan peraturan agama dan penghormatan manusia kepada Tuhan.

Seterusnya sikap tidak tegas kerajaan dalam mempertahankan kesucian kalimah Allah dari pentafsiran yang salah, seakan-akan melihat usaha melindungi akidah Islam

final • 1:10 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

adalah perkara yang remeh. Demikian juga tidak adanya kesungguhan kerajaan untuk mempertahankan kesucian perundangan Islam dalam keadaan golongan liberal dan pendukung-pendukung mereka sedang bertubi-tubi mencabar syariat Islam dan perundangannya iaitu perundangan Islam yang jelas selari dengan Perlembagaan negara dan berada di bawah naungan Raja-raja Melayu. Ia sudah tentulah merupakan langkah yang sangat membahayakan masa depan existence Islam dan orang-orang Melayu Islam di dalam negara ini. Malangnya, sehingga saat ini kerajaan tidak berbuat apa-apa.

Seterusnya sikap biadab penganjur Freedom for Palestine yang melarang para peserta bertakbir. Sedangkan bertakbir membesarkan Allah adalah merupakan syiar Islam yang sangat penting dalam kehidupan seorang Muslim. Bertakbir bukan sahaja diperintahkan di dalam mengerjakan solat atau ibadah haji ataupun menyambut kedatangan hari raya, bahkan juga di dalam pertempuran perang atau berdepan dengan sebarang bentuk marabahaya. Sabda Rasulullah SAW di dalam sebuah Hadis Qudsi [Membaca sepotong Hadis] , “Jika ia menyebutKu di dalam dirinya, maka Aku menyebutnya pada diriKu dan jika ia menyebutKu pada khalayak ramai, maka Aku menyebutnya pada khalayak ramai yang lebih baik dari mereka”. Sikap lunak kerajaan terhadap penganjur tersebut seperti tergambar di dalam jawapan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri adalah sangat membimbangkan.

“Menjadikan perhimpunan solidariti untuk Palestin sebagai alat bagi menyebarkan nilai- nilai sekular liberal kepada umat Islam negara ini adalah perbuatan hipokrit yang tidak boleh dibenarkan menjadi budaya di dalam negara ini”. Begitu juga dengan sikap lunak kerajaan terhadap tindakan sebahagian orang-orang kafir yang dengan sengaja mempermain-mainkan tafsiran Al-Quran.

Terakhir, kita dikejutkan dengan cadangan kerajaan untuk menurunkan kadar duti hiburan kepada 10 peratus bagi persembahan pentas terhadap artis antarabangsa.

Walhal, konsert-konsert artis antarabangsa sewajarnya hendaklah dihentikan dan bukannya digalakkan, lantaran pengaruh negatif yang mereka bawa dan budaya kuning yang bercanggah dengan Islam dan adab ketimuran.

Tuan Yang di-Pertua, kemusnahan yang telah dibawa oleh pendekatan ekonomi kapitalis di dunia ini, suka saya peringatkan, sebenarnya bukanlah suatu kebetulan tetapi ianya adalah suatu kemestian dan tuntutan dalam ekonomi kapitalis untuk menjamin kekuatan dan survival ekonomi mereka. Dengan lain perkataan, semakin maju ekonomi sesebuah masyarakat kapitalis, maka dengan nisbah itu jugalah semakin hancurnya nilai- nilai akhlak manusia dan terhapusnya kesetiaan mereka terhadap agama.

Di bawah sistem ekonomi sekular, manusia dengan segala nilai-nilai luhurnya sedang dipimpin menuju kehancuran. Saya berharap, walaupun secara skeptikal bahawa di sebalik kebimbangan-kebimbangan yang telah saya sebutkan tadi, liberalisasi ekonomi yang cuba diperkenalkan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2024 ini sama sekali bukanlah bermakna kita sedang menuju kepada sekularisasi.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kesempatan ini, saya ingin mengulangi hasrat rakyat Jasin Bestari untuk mendapatkan peruntukan tambahan bagi pembinaan sebuah masjid di Mukim Air Panas daerah Jasin. Masjid As-Salam yang dapat menampung 1,500 jemaah. Kos pembinaan yang tidak kurang daripada RM 8.5 juta tidak mampu dilaksanakan tanpa bantuan dana dari Kerajaan Persekutuan. Kariah Jasin Bestari meliputi Taman BJB Seksyen 1, Taman BJB Seksyen 2, Taman BJB Seksyen 3, Taman BJB Seksyen 4 dan Perkampungan Tersusun Jasin Bestari.

Dengan kepadatan penduduk yang semakin tinggi di kariah bandar Jasin Bestari ini serta jarak yang jauh dari Masjid Muhaimin, Bemban dan dari Masjid Air Merbau, keperluan rakyat Jasin Bestari kepada sebuah masjid besar di kariah mereka adalah sangat mendesak. Dengan tapak yang telah sedia ada serta keperluan pembinaan masjid yang telah diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid dan Surau Negeri Melaka pada 29 Mei 2019, saya selaku Ahli Parlimen Jasin, sangat-sangat mengharapkan hasrat rakyat Jasin Bestari ini dapat ditunaikan dan peruntukan segera dana untuk tujuan pembinaan Masjid As-Salam diluluskan.

final • 1:10 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Seterusnya, saya juga ingin mengulangi dalam kesempatan ini, keperluan rakyat Sungai Rambai dalam daerah Jasin kepada sebuah balai polis yang lengkap, keluasan kawasan pentadbiran Balai Polis Sungai Rambai iaitu 44.5 kilometer persegi dengan kepadatan penduduk seramai 28,082 orang yang bermakna, nisbah anggota yang bertugas dan penduduk adalah seorang anggota polis bagi 3,510 orang. Saya berharap, seingat saya persetujuan yang pernah diberikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk memasukkan pembinaan Balai Polis Sungai Rambai ini ke dalam RMKe-12 tahun 2024 akan benar-benar dapat dilaksanakan.

Saya juga ingin mencadangkan berdasarkan peningkatan berlipat kali ganda penduduk daerah Jasin, agar pangkat Ketua Polis Daerah Jasin daripada pangkat DSP, diangkat kepada pangkat Superintendan Polis. Saya berpandangan, sudah sewajarnya setiap ketua polis yang ditugaskan di daerah Jasin diberikan pangkat yang sesuai dengan tanggungjawab berat yang mereka pikul dalam menjaga keselamatan rakyat di daerah Jasin.

Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.

final • 1:10 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Assalamualaikum dan salam Malaysia Madani. Terima kasih diucapkan kepada Puan Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2024 pada hari ini.

Dalam Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan, kerajaan telah memperuntukkan hampir RM393.8 bilion atau hampir RM400 bilion untuk tahun hadapan dengan RM303.8 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM90 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM2 bilion lagi adalah untuk simpanan luar jangka.

final • 1:19 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Saya percaya bahawa rakan-rakan dalam Dewan Rakyat bersetuju bahawa langkah yang telah dibuat oleh kerajaan melalui Belanjawan 2024 ini adalah langkah yang berani dan tepat dalam memastikan membaik pulih ekonomi terutama selepas pasca pandemik.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, saya ucapkan juga tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana istiqamah dalam kerja memperjuangkan nasib rakyat Palestin semalam walaupun dicerca kononnya tidak cukup kuat. Syabas Yang Amat Berhormat Tambun. Rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kesihatan Yang Amat Berhormat Tambun.

Bagi tahun 2024, kerajaan menyasarkan pertumbuhan KDNK antara empat hingga lima peratus dan manakala defisit fiskal 2024 pula diunjurkan berkurangan kepada 4.3 peratus. Saya yakin bahawa kerajaan mampu untuk mencapai pertumbuhan kadar hampir kepada lima peratus dengan pembaharuan ekonomi madani yang bakal dilaksanakan dan kutipan hasil dijangka menyaksikan peningkatan daripada RM303.2 bilion pada tahun ini kepada RM307.6 bilion pada tahun 2024.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, dalam Belanjawan 2024 ini kerajaan telah memberi tumpuan kepada tiga perkara iaitu tata kelola, penstrukturan ekonomi dan peningkatan darjat hidup rakyat. Maka dengan itu berdasarkan data yang telah dikeluarkan oleh EMIR Research baru-baru ini bahawa negara kita telah kehilangan sebanyak RM4.5 trilion disebabkan oleh rasuah sepanjang tempoh 26 tahun yang lalu.

Justeru itu, Batu Pahat menyokong penuh kepada usaha-usaha Yang Amat Berhormat Tambun dalam memastikan dasar-dasar yang digerakkan kerangka ekonomi madani mengikut tata kelola yang baik dan yang perlu diberikan keutamaan.

Selain daripada itu tata kelola ini, Batu Pahat juga ingin membangkitkan mengenai ekonomi Malaysia. Berdasarkan data MKS medium, kecil dan sederhana ini— mikro, kecil dan sederhana ini merupakan tonggak penting dalam ekonomi menyumbang kepada 38

final • 1:20 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

peratus dalam keluaran KDNK negara dan 48 peratus daripada jumlah guna tenaga pada 2022. Dalam Belanjawan 2024 Yang Amat Berhormat Tabun telah menyatakan bahawa kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM44 bilion kepada PMKS mulai pinjaman atau secara langsung. Malah peruntukan ini meningkat sebanyak RM4 bilion berbanding Belanjawan 2023. Dari itu, kita dapat memperlihatkan bahawa ada usaha daripada pihak kerajaan dalam meningkatkan pengaruh PMKS kepada pembangunan ekonomi negara.

Saya percaya dengan membesarkan ekonomi melalui PMKS, kerajaan akan capai tumpuan objektif yang disasarkan iaitu dalam meningkatkan darjat hidup rakyat.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, semasa pengumuman belanjawan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Tambun sebelum ini, ada beberapa perkara yang disebutkan oleh Perdana Menteri terutama melibatkan pemberian insentif RM1,000 kepada veteran berpencen dan tidak berpencen. Oleh itu, Batu Pahat mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan atas usaha ini. Isu veteran ini merupakan satu isu yang kecil bagi kebanyakan kita semua, tetapi ia tidak melibatkan semua rakyat. Namun begitu, Batu Pahat sangat menghargai pengorbanan dan jasa veteran saya juga anak seorang veteran.

Jadi, masalah yang dibelenggu oleh bekas tentera dan veteran ini saya pun cepat terkesan terutamanya dari sudut kebajikan mereka. Mengenai sumbangan kerajaan mengenai bantuan sara hidup sebanyak RM300 sebulan bagi veteran tidak berpencen pada usia 60 tahun berbanding usia 80 tahun sebelum ini. Batu Pahat mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengambil perhatian dan ingin berkongsi isu- isu yang melibatkan kebajikan veteran. Saya rasa Ketereh setuju dengan saya kot.

Pertama, ingin saya mengetengahkan isu jurang perbezaan pencen yang amat ketara dengan veteran berpencen sebelum tahun 2004 dengan veteran berpencen selepas tahun 2004 dalam pangkat yang sama. Perkara ini berlaku kerana mereka yang bersara sebelum tahun 2004 semasa tangga gaji rendah, persaraan paksa iaitu forced retirement seawal umur 40 hingga 42 tahun berbandung dengan kakitangan kerajaan yang lain yang bersara pada umur 50 tahun ataupun 60 tahun.

Kedua, jurang perbezaan berlaku kerana setiap kali penyelarasan dan kenaikan gaji bagi anggota ATM yang sedang berkhidmat dilaksanakan, malangnya penyelarasan pencen veteran pula telah diabaikan. Kenaikan pencen dua peratus pula, yang secara automatik bermula pada tahun 2013 juga telah membuat jurang perbezaan sangat ketara.

Oleh itu, mohon pihak kerajaan mengambil langkah-langkah yang wajar dalam menyelaraskan pencen lama dan yang baharu. Selain itu, kebanyakan veteran yang tidak berpencen juga harus diutamakan. Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa ada veteran yang tidak mempunyai pencen dan apa puncanya.

Kita mesti faham bahawa terma perkhidmatan semasa telah membenarkan anggota ATM menamatkan perkhidmatan antara 10 hingga 18 tahun. Berdasarkan data yang disediakan oleh Persatuan Veteran ATM, dinyatakan jumlah besar mereka ini adalah di kalangan antara umur 60 hingga 70 tahun. Maka, golongan ini tidak mampu bekerja kerana keuzuran dan ada di antara mereka menghidap penyakit kronik akibat berkhidmat dalam tentera. Ada juga sebahagian kecil veteran hidupnya amat daif dengan Elaun Sara Hidup bulanan sebanyak RM300 sebulan dan sudah tentu tidak mampu untuk menampung kos sara hidup mereka. Dengan itu saya mencadangkan pemberian Elaun Sara Hidup secara automatik apabila mereka berumur 60 tahun bermula Januari 2021 mengikut nisbah seperti berikut. Ini saya cadangkanlah. Berkhidmat selama 10 tahun sebanyak RM500 sebulan. Kedua, berkhidmat selama 11 tahun hingga 15 tahun RM800 sebulan. Berkhidmat selama 16 tahun hingga 18 tahun sebanyak RM1,000 sebulan.

Boleh Ketereh ya?

final • 1:20 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Boleh, boleh. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 1:20 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Saya berharap cadangan elaun ini dapat dipertimbangkan oleh pihak kerajaan dalam memastikan kebajikan golongan veteran tanpa pencen terus terbela dan ini boleh dijadikan satu cara dalam usaha kerajaan untuk menghargai pengorbanan pihak veteran yang telah berjuang sehingga terputus nyawa dalam mempertahankan negara.

final • 1:20 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Puan Yang di-Pertua...

final • 1:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Peraturan Mesyuarat 13(1), tidak cukup kuorum.

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Setiausaha...

final • 1:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Hanya 17, 18 orang sahaja.

final • 1:20 PM

Seorang Ahli

18...

final • 1:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

final • 1:20 PM

Seorang Ahli

final • 1:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Ahli Parlimen kerajaan cuma tujuh orang.

final • 1:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Ada taklimat di tingkat dua. Oleh itu kebanyakan Ahli Parlimen menghadiri taklimat yang diadakan oleh KPM.

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bunyikan loceng.

final • 1:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Bunyikan loceng, kalau tidak cukup juga kena tangguhlah.

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bunyikan loceng.

[Loceng dibunyikan] [Ahli-ahli dikira; 26 ahli hadir]

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuorum cukup.

final • 1:20 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Yang Berhormat Batu Pahat, minta laluan sedikit.

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Batu Pahat hendak bagi laluan?

final • 1:20 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Ya, saya bagi laluan kepada Ketereh.

final • 1:20 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Terima kasih Batu Pahat, terima kasih Puan Speaker. Saya menyanjung tinggi apa yang Batu Pahat perkatakan tadi iaitu berkenaan dengan pelarasan pencen. Cuma, saya hendak tambah, bukan tambah saya nak betulkan sedikit berkenaan pelarasan pencen ini yang tuntutan veteran ini adalah veteran yang bersara sebelum 1 Januari 2013. Jadi, seramai 78,546. Jadi, mereka ini juga termasuk pejuang-pejuang kita, yang askar, veteran yang bertugas semasa darurat dahulu. Jadi, cuma hendak betulkan tadi sedikit itulah yang pasal apa ini pelarasan pencen ini hanyalah untuk 2013 ke bawah yang mana pada masa itu dibuat pelarasan gaji tanpa dibuat pelarasan pencen menyebabkan jurang pencen itu, jurang gaji itu terlampau jauh, besar.

Sekian, terima kasih.

final • 1:30 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Ketereh kerana membetulkan fakta. Tolong masukkan ucapan Ketereh dalam ucapan saya.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, kita menyedari bahawa subsidi secara pukal banyak memberi keuntungan kepada golongan yang berkemampuan. Kita mengambil contoh tentang subsidi petroleum bahawa golongan yang berkemampuan ini menikmati subsidi bahan api sebanyak lebih antara RM300 hingga RM400 sebulan dengan menaiki satu atau dua kenderaan padahal golongan ini berkemampuan dan tidak perlu mendapat subsidi.

Berbeza dengan golongan B40 ke bawah, subsidi sebulan bahan api motor mereka mungkin anggaran bawah RM100. Oleh itu, saya menyokong penuh atas usaha

final • 1:30 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

kerajaan dalam menstrukturkan semula sistem subsidi yang sedia ada dalam memastikan memberi manfaat kepada rakyat yang terbanyak.

Tetapi, harus diingatkan juga dalam kita melaksanakan subsidi bersasar dengan secara berkesan, ada beberapa faktor yang perlu diambil kira oleh kerajaan iaitu sistem dan infrastruktur sokongan perlu bersedia untuk memastikan tiada berlakunya sebarang penyelewengan.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, mengenai Kaji selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2019 bahawa seorang daripada lima rakyat Malaysia berumur - berusia 18 tahun ke atas telah mengidap penyakit diabetes tahap dua dan dijangka meningkat dengan kadar angka 31.3 peratus menjelang 2025.

Dengan erti kata lain, seorang daripada tiga dewasa bakal menghidapi diabetes tahap dua. Untuk mengetahui impak penyakit diabetes ini terhadap kesihatan seseorang yang menghidapinya, kos kewangan pun perlu ditanggung dalam penjagaan kesihatan.

Pada 2010, Kementerian Kesihatan, KKM telah membelanjakan hampir RM2 bilion berkaitan pengurusan penyakit diabetes manakala pada 2019 jumlahnya telah meningkat kepada RM3.2 bilion.

Menurut kajian bersama KKM dan WHO mengenai penyakit tidak berjangkit dan faktor risikonya terhadap KDNK Malaysia, kos kehilangan produktiviti yang berpunca daripada kematian berkaitan penyakit ini dianggarkan mencecah RM1 bilion. Untuk makluman Timbalan Yang di-Pertua, diabetes merupakan penyumbang terbesar kepada ketidakhadiran sebanyak 7.9 juta hari bekerja.

Kehilangan monetary berpunca dengan ketidakhadiran ini bersamaan dengan RM1.35 bilion. Penyakit diabetes telah meletakkan beban kesihatan yang sangat serius kepada negara akibat hilang upaya, kehilangan tahun hidup sihat atau beban kos penyakit yang dianggarkan sekitar RM5.7 bilion.

Sebagai perbandingan beban kos penyakit diabetes ini jauh lebih tinggi berbanding penyakit kardiovaskular atau berkaitan jantung dan salur darah iaitu RM2.9 bilion dan kanser RM350 juta. Dianggarkan ketika ini, 3.9 juta rakyat dewasa menghidap penyakit berkenaan. Saya minta tambahan masa sedikit, Puan Timbalan Yang di-Pertua.

Angka 3.9 juta ini amat menggerunkan dan sekiranya ia tidak dihadapi dalam kerangka intervensi kesihatan yang baik, ia boleh mengganggu gugat usaha kerajaan dalam membangun ekonomi madani.

Tuan Timbalan Yang di-Pertua, apa yang telah membimbangkan sebahagian besar penyakit diabetes ini adalah mereka yang tidak didiagnosis terutamanya di kalangan mereka yang berusia di bawah 50 tahun. Dalam erti kata lain, mereka ini boleh jadi berumur dalam lingkungan 20 hingga 40-an. Situasi ini jika berterusan boleh membawa implikasi yang tidak baik kepada negara kerana produktiviti sesebuah negara apabila tidak didiagnosis, mereka adalah golongan yang paling berisiko tinggi.

Oleh itu, bagaimana dengan pihak kerajaan? Adakah untuk mengurangkan gula subsidi atau nak teruskan? Kerana kerajaan terpaksa menanggung lebih RM3 bilion setahun untuk menguruskan penyakit diabetes. Itu baru penyakit diabetes. Bagaimana dengan penyakit yang berkaitan merokok? Di mana kerajaan terpaksa menanggung hampir RM8 bilion setahun. Agaknya bilakah Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan kita bahaskan di dalam Dewan yang mulia ini?

Adakah kita sama-sama untuk luluskan? Wallahu’alam, bergantunglah pada pembentangan bacaan kedua.

Saya potong sikit, akan habiskan dalam satu, dua muka surat. Dalam keratan akhbar Berita Harian 14 Jun 2023 telah mengatakan, “KKM telah menerima sebanyak 17 kes penyakit paru-paru iaitu e-cigarettes ataupun vaping product use-associated lung injury ataupun EVALI yang berpunca daripada penggunaan rokok elektronik termasuk vape”. Dalam keratan akhbar ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, “Bahan dalam cecair rokok elektronik apabila dipanaskan akan

final • 1:30 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

menghasilkan bahan kimia yang boleh memberi kesan keradangan pada lapisan paru- paru dan menyebabkan penyakit EVALI”. Oleh itu, data-data yang dibentangkan di atas sangat mengejutkan. Jadi, Batu Pahat mewajarkan kita menekan butang kecemasan supaya tidak menoleh ke belakang lagi. Data yang diberikan oleh KKM ini perlu membuka mata kita bahawa apa sahaja bernama rokok sama ada ia rokok jenis tradisional, rokok elektronik ataupun vape adalah jelas tidak selamat kerana ia lebih membawa kemudaratan dan kesan buruk kepada kesihatan perokok mahupun kepada orang sekelilingnya.

Timbalan Yang di-Pertua, izinkan saya menyampaikan sedikit pantun.

*Waktu pagi ayam berkokok, Menandakan hari hendak siang, Elok berhenti menghisap rokok, Sebelum nyawa anda melayang.

[Tepuk]* Jadi, nampaknya saya berhenti di sini dan saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya jemput Yang Berhormat Serian.

final • 1:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, isu Peraturan 13 tadi cukup bilang. Saya cuma nak mohon penjelasan Timbalan Speaker, siapa yang memanggil kuorum tadi?

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Parit Buntar.

final • 1:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Siapa dia? Parit Buntar?

Untuk makluman Speaker...

final • 1:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Apa perlu tahu? Apa perlu tahu? Sesiapa ahli boleh bangkitkan 13(2).

final • 1:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Untuk makluman Timbalan Speaker. Yang Berhormat Kota Bharu, saya sedang meminta penjelasan daripada Timbalan Speaker. Bukan daripada Kota Bharu.

final • 1:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

You pun selalu buat macam itu.

final • 1:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No, saya tidak pernah.

Kami sedang mengikuti satu taklimat yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan. Jadi, saya minta maaf tetapi saya masih lagi tunggu penjelasan Parit Buntar kenapa hutang Harakah masih belum bayar lagi?

[Ketawa]

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

final • 1:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ini lawyer apa? Bodoh ini cakap.

final • 1:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Apa kena- mengenanya?

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Serian.

final • 1:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Peraturan Mesyuarat 35. Sekejap ya. 35, sorry 36(9). Apa yang dibangkitkan oleh Jelutong yang kerap kali membangkitkan isu ini, mengeluarkan perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati. Kami sakit hati terhadap kenyataan Jelutong.

Asyik bangkit isu yang tidak ada kaitan pun dengan bajet. Sudah-sudahlah.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya rasa itu bukan satu isulah.

final • 1:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Bukan satu isu apa? Tiap kali.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk, sila duduk.

final • 1:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Semalam pun dia bangkit juga, hari ini bangkit juga.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk. Amaran terakhir, sila duduk.

final • 1:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kami sakit hati, sebab kami sakit hati. 9(c) perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit- sakit hati.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukup, sila duduk.

Saya mahu YB Serian untuk teruskan perbahasan.

final • 1:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tidak, ini Peraturan Mesyuarat kena buat rolling. Tarik balik.

final • 1:30 PM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem - Serian

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

Izinkan Serian untuk berucap...

final • 1:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Puan Yang di- Pertua, saya tidak puas hati. Ini Peraturan Mesyuarat.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak puas hati buat usullah.

final • 1:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tidak, ini yang berlaku tadi sebab dia bangkitkan.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya sudah kata itu bukan satu isu.

final • 1:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sebab dia bangkitkan. Pertama dia persoal saya bangkitkan kuorum. Yang kedua, dia bangkitkan balik isu yang telah pun saya jawab semalam, saya akan buat kenyataan luar Dewan. Tak semesti hari ini, tak semesti esok. Bila-bilalah. Kami sakit hati, saya sakit hati pada Jelutong.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jumpa doktor lah kalau sakit hati.

final • 1:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya minta Jelutong tarik balik je. Minta Jelutong tarik balik, baru saya lembut hati.

final • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya sudah kata itu bukan satu isu. Sila duduk.

final • 1:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Isu. Saya marah, sakit hati.

final • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya sudah buat keputusan. Kalau tak puas hati, buat usul. Jadi, sila duduk. Kalau tidak duduk, keluar. Sila duduk.

final • 1:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Jelutong, bangkit balik saya...

[Pembesar suara ditutup] .

final • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Serian.

final • 1:40 PM

Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian

Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Salam perpaduan, Salam Segulai Sejalai. Puan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana diberi peluang dan ruang kepada Serian untuk turut sama membahaskan Belanjawan 2024. Serian ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah serta mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, Perdana Menteri, Yang Berhormat Tambun di atas pembentangan Belanjawan Negara 2024, Belanjawan Madani yang bertemakan ‘Memperkasakan Rakyat” yang bermatlamat untuk meningkatkan darjat hidup rakyat dan memperkasakan ekonomi negara.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, saya amat tertarik dengan peruntukan khas tambahan berterusan sebanyak RM12.4 bilion untuk Sarawak dan Sabah. Saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Perpaduan kerana terus memberi peruntukan khas sebanyak RM5.8 bilion untuk Sarawak dan RM6.6 bilion untuk Sabah. Ini adalah on top of the various allocations provided for and given by the various ministries. Begitu juga Puan Timbalan Yang di-Pertua, Sarawak diperuntukkan pemberian khas interim sebanyak RM300,000 iaitu pemberian yang tidak pernah dikaji semula sejak tahun 1969. Begitu juga dengan peruntukan RM1 bilion untuk pembangunan di sempadan Sarawak.

Puan Yang di-Pertua, semua ini jelas menunjukkan keprihatinan dan komitmen Kerajaan Perpaduan terhadap Sabah dan Sarawak agar Sabah dan Sarawak tidak lagi ketinggalan dari negeri-negeri di Semenanjung. Jumlah land mass atau luas kawasan wilayah Sabah dan Sarawak adalah amat luas kerana 60 peratus daripada jumlah keluasan di seluruh Malaysia adalah di Sabah dan Sarawak. Manakala yang selebihnya adalah di Semenanjung Malaysia. Umum tahu bahawa Sabah dan Sarawak ketinggalan jauh dari pelbagai aspek termasuk infrastruktur iaitu jalan raya, bekalan air dan bekalan elektrik.

Oleh itu, peruntukan-peruntukan tambahan ini amat diperlukan dan kalau boleh, saya mohon supaya peruntukan ini ditambah di tahun-tahun mendatang. Satu perkara yang disebut ialah penurunan kuasa kepada agensi-agensi pelaksana teknikal di Sabah dan Sarawak, dalam mana peruntukan pembangunan RM50 juta ke bawah diturun kuasa kepada agensi-agensi pelaksana di Sabah dan di Sarawak. Ini bagi saya adalah satu perubahan, ini adalah satu reformasi baru. Maka dengan itu, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih, setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada kerajaan di atas usaha yang baik ini.

Seterusnya saya ingin pergi ke ICQS (Immigration, Customs, Quarantine and Security Complex) di Tebedu. Mengenai peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk pembangunan di sempadan Sarawak dengan Indonesia. Saya ingin menyentuh tentang pembinaan baharu Kompleks CIQS Tebedu yang sebenarnya telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Baru-baru ini, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 telah pun diluluskan di Dewan yang mulia ini. Saya sedih.

Walaupun peruntukan untuk membina baru Kompleks CIQS Tebedu telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11, sehingga ke hari ini hanya peruntukan sebanyak RM100 juta sahaja diluluskan. Ini Puan Timbalan Yang di-Pertua, tidak mencukupi. Kita tahu sekarang dengan perpindahan ibu kota Indonesia dari Jakarta ke Nusantara iaitu di Kalimantan Timur, keperluan untuk membina baharu CIQS di Tebedu amat mendesak, amat diperlukan. Maka oleh itu, saya mohon supaya Kerajaan Perpaduan mengambil berat akan pentingnya pembinaan baru CIQS Tebedu ini dilaksanakan.

Seterusnya, masih dengan Tebedu. Saya ingin menyebut tentang Tebedu Inland Port. Tebedu Inland Port atas usaha kerajaan negeri. Operasinya diberi kepada sebuah syarikat yang dinamakan SM Inland Port. Tebedu Inland Port merupakan satu-satunya pintu masuk antarabangsa khasnya untuk perdagangan darat di Sarawak. The only inland port in Sarawak. Sejak ia beroperasi beberapa tahun yang sudah sehingga tahun 2013, aktiviti perdagangan melalui inland port ini vibrant dengan trade volume pada tahun 2013 mencecah hampir RM700 juta. Malangnya, shame, sejak tahun 2014, aktiviti perdagangan yang selama ini yang sebelum itu vibrant malangnya trade volume hampir kosong dan

final • 1:40 PM

Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian

saya boleh katakan di sini bahawa Tebedu Inland Port yang operasinya diberi kepada SM Inland Port, forgive me if I use the word, is a white elephant.

Mengapa saya berani menyatakan demikian? Sebab tidak ada aktiviti. Kalau adapun, sedikit sahaja. Mengapa? Kerana dengan sekatan bilateral trade, perdagangan dua hala yang kini dikenakan oleh negara jiran, seisi keluarga hanya dibenarkan membawa keluar dan masuk barangan bernilai tidak lebih dari RM600. Ini sudah tentu menjejaskan ekonomi. Sudah tentu menjejaskan perdagangan di border point Tebedu.

Ini juga bukan sahaja memberi tekanan kepada pedagang-pedagang tetapi rakyat setempat juga mendapat kesan negatif. Tuan Yang di-Pertua, itu tentang inland port. Saya tahu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sarawak bersama-sama dengan kerajaan jiran, negara jiran Indonesia telah mengadakan beberapa rundingan agar bilateral trade ini, perdagangan dua hala di antara Malaysia – Indonesia dapat, can be revived. Usaha telah dibuat, khasnya langkah-langkah, usaha-usaha yang diambil oleh BIMP-EAGA.

Setakat ini, sehingga hari ini, rundingan itu masih mendapat jalan yang buntu.

final • 1:40 PM

Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian

Oleh yang demikian, Timbalan Yang di-Pertua, saya mohon kepada kerajaan supaya mengambil berat akan rundingan ini, akan masalah ini agar bilateral trade, perdagangan dua hala ini di antara Malaysia dan Indonesia dapat dikembalikan.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh pendidikan. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Pendidikan kerana diperuntukkan peruntukan yang tertinggi iaitu sebanyak RM5.87 bilion dari RM393.8 bilion keseluruhan.

Ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk memperkasa tahap kualiti pendidikan demi masa depan anak kita generasi akan datang.

Terima kasih kerana diberi peruntukan sebanyak RM2.5 bilion untuk membina 26 buah sekolah baharu di seluruh negara. Akan tetapi, saya agak kecewa. Saya kecewa kerana dua buah sekolah di kawasan Parlimen Serian yang telah diluluskan— satu, 19 tahun yang lalu; dua, 14 tahun yang lalu— sehingga kini masih jadi impi-impian. Sekolah ini adalah projek pembinaan SMK Serian No 2 yang telah diluluskan pada tahun 2004 dan projek pembinaan sekolah baharu SK Sri Sadong yang telah diluluskan pada tahun 2008.

Saya ingin tahu, apa telah terjadi? Saya minta supaya kedua-dua sekolah ini dibina dan dimasukkan dalam rancangan Malaysia seterusnya.

Seterusnya, saya ingin pergi ke peruntukan bagi projek naik taraf dan penyelenggaraan kecil institusi pendidikan. Baru-baru ini, menyedihkan juga, dalam mana Kementerian Pendidikan telah menarik balik peruntukan yang telah diluluskan untuk kerja- kerja menyelenggara dan membaik pulih sekolah-sekolah di seluruh Sarawak. Projek telah diluluskan dan surat-surat telah pun diterima oleh guru besar dan pengetua. Sudah diterima tetapi ditarik balik. Saya pun tidak tahu apa sudah terjadi. Kerana, dari ratusan sekolah di seluruh Sarawak yang telah menerima surat kelulusan itu, lebih 50 buah sekolah adalah di kawasan Parlimen saya sendiri. Maka, saya minta supaya kementerian mengambil berat perkara ini dan saya minta supaya peruntukan yang telah ditarik balik ini diberikan semula kepada sekolah-sekolah yang terbabit.

Seterusnya, saya pergi ke PIBG. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan yang dimainkan oleh PIBG, persatuan ibu bapa dalam meningkatkan kecemerlangan akademik, sahsiah dan kurikulum murid di sekolah-sekolah adalah amat penting. Saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini, khasnya Kementerian Pendidikan, untuk melihat satu perkara dan perkara ini ialah PIBG-PIBG, lebih lagi di pedalaman Sarawak, mempunyai masalah tidak ada dana untuk mengadakan aktiviti-aktiviti termasuk kokurikulum. Untuk sukan tahunan, untuk sukan antara bahagian, kebanyakan daripada mereka, saya tidak tahu apa berlaku di Semenanjung tetapi di Sarawak, khasnya di kawasan Parlimen Serian, di manakah mereka mengadu nasib? Di manakah mereka meminta bantuan?

Jawapannya, kebanyakan adalah menumpu kepada bantuan dari wakil rakyat seperti wakil rakyat Serian iaitu saya sendiri.

Maka dengan ini, Dato’ Yang di-Pertua, saya mencadangkan oleh kerana Kementerian Pendidikan telah diberikan peruntukan yang tertinggi di negara kita, saya

final • 1:50 PM

Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian

minta mengapa tidak setiap PIBG, khasnya di Sarawak, lebih lagi di kawasan Parlimen di luar bandar, diberi peruntukan tidak kurang dari RM10,000 setiap tahun.

[Tepuk] Dato’ Yang di-Pertua...

final • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 1:50 PM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem - Serian

Sebenarnya saya, kalau boleh diberi peluang, saya ingin menyebut tentang perlunya Sarawak dan Sabah diberi satu pertiga atau 35 percent dari kerusi-kerusi Parlimen dalam sekurang-kurangnya lima tahun mendatang iaitu dalam PRU ke-16. Saya menyebut demikian kerana...

final • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan. Masa sudah tamat.

final • 1:50 PM

Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem - Serian

Just, just one minute. Please.

Kerana— I quote here. Mengikut IGC Report, Inter-Governmental Committee Report 1962 para 19(2), dengan izin, berbunyi “No single territory shall have more than two-thirds seat in Parliament”. I repeat, “No single territory shall have more than two-thirds seat in Parliament”. Ini bermakna, Puan Timbalan Yang di-Pertua, wilayah Sabah dan Sarawak iaitu territory hendaklah diperuntukkan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen dan bukan hanya 25 peratus seperti yang ada sekarang. Ini ditambah lagi dengan Cobbold Commission Report para 165 dan 199(g) yang menyebut, “Representation of the Borneo territories shall take into account not only of population but also of their size and potentialities”.

Timbalan Yang di-Pertua, ini bukan permintaan tetapi ini terkandung dalam IGC dan Cobbold Commission. Ini harapan saya, ini permintaan Serian.

Oleh kerana masa tidak mengizinkan, Serian dengan ini menyokong Belanjawan Negara 2024, Belanjawan Madani Memperkasa Rakyat. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

final • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Serian. Saya jemput Yang Berhormat Kepala Batas.

final • 1:50 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih diucapkan kepada Puan Timbalan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan untuk Kepala Batas turut serta dalam perbahasan kali ini.

Harta negara ditadbir dengan adil, Nabi Yusuf pemimpin yang terpilih, Jika berdiam Hospital Gaza dibedil, Bak kata Hamka gantilah bajumu berkapan putih. Kepada saudara kami semua daripada harakah al-muqawamah al-islamiah, para pejuang Palestin, para-para pejuang, semoga Allah memberikan bantuan, pertolongan kepada kalian semua dalam mencapai kebebasan dan kemenangan.

final • 1:59 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Kesengsaraan dan penindasan yang berlaku pada mereka bukanlah pilihan mereka tetapi di atas keterpaksaan dipaksa oleh tentera Zionis laknatullahiallaih. Dengan izin Timbalan Yang di-Pertua, [Membaca sepotong zikir] ‘Hasbunallahi wanikmal wakil, nikmal maula wanikman nasir’.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, peranan wanita dilihat penting dan telah membentuk separuh penduduk negara dan menyumbang kepada ekonomi negara dan kita menyaksikan wanita tidak lagi terhad menggalas tanggungjawab dan tugas di rumah semata-mata bahkan menceburi bidang kerjaya yang dikuasai dan dipelopori oleh lelaki.

Wanita telah berjaya meningkatkan potensi diri dan bantu mengukuhkan ekonomi keluarga serta negara. Justeru, kalau kita lihat laporan Kadar Kesuburan Jumlah (KKJ)

final • 2:00 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

bagi wanita di Malaysia telah menurun sejak lima dekad lepas. Jika trend ini berterusan, maka dijangka kadar pertumbuhan tahunan penduduk kekal menurun hingga mencecah paras 0.7 peratus pada 2050.

Jika kita lihat antara faktor penurunan KKJ ini adalah disebabkan kelewatan berkahwin yang menyebabkan reproduktif menjadi lebih pendek, kecenderungan untuk mempunyai saiz keluarga itu pendek dan kecil atas pelbagai punca-punca tertentu.

Antaranya adalah kemampuan kewangan serta masalah kesihatan.

Maka jika dilihat kepada perkara ini, kesan jangka masa panjang yang bakal dialami oleh Malaysia ialah negara akan semakin kekurangan tenaga pekerja tempatan yang akhirnya menyebabkan pemain industri tempatan terpaksa mengambil buruh asing lebih ramai untuk menampung kekurangan tenaga kerja dalam negara.

Kedua, saiz pasaran yang bergantung kepada kuasa membeli rakyat tempatan akan bertambah kecil. Saiz produktiviti negara juga akan mengecil malah Malaysia berkemungkinan akan berdepan dengan situasi populasi tua yang berisiko diabaikan kerana tiada ahli keluarga yang menjaga.

Justeru, Kepala Batas ingin membawakan beberapa perkara penting yang fokus untuk kita perhatikan terutama khusus untuk kesejahteraan rakyat, wanita, ibu muda, serta masa depan negara.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, perkara yang pertama adalah Dasar Perumahan Negara. Jika kita lihat kepada Dasar Perumahan Negara (DRN) yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perumahan Negara, di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebanyak 30 peratus pembinaan rumah kos rendah di dalam setiap pembangunan perumahan swasta mula diperkenalkan pada tahun 1981. Manakala, harga rumah kos rendah yang perlu dibina oleh pihak swasta pada ketika itu ditetapkan tidak melebihi RM25,000.

Maka Kepala Batas berpandangan fasa kedua Dasar Perumahan Negara yang bertemakan perumahan untuk mengatasi masalah kemiskinan dari tahun 1970 hingga 1985 adalah satu fasa yang boleh disemak semula untuk dijadikan modul dalam usaha mengatasi kemiskinan dan tekanan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat masa ini.

Terutamanya bagi kumpulan miskin bandar.

Tanggungjawab ini adalah untuk penyediaan rumah terutama untuk golongan berpendapatan rendah mestilah terletak di bawah Kerajaan Persekutuan dan juga negeri.

Jika dilihat di negeri Pulau Pinang, nilai rumah kos rendah terbahagi kepada dua. Rumah kos rendah jenis A bernilai RM42,000 manakala rumah kos rendah jenis B bernilai RM72,500.

Maka Kepala Batas menyarankan projek-projek perumahan masa ini mestilah menumpukan kepada pembinaan perumahan rakyat. Penumpuan mestilah diberikan kepada memperbanyakkan dan menyegerakan pembinaan PPR secara jualan atau pun rent to own, sewa dan beli ataupun rumah kos rendah jenis A dan B khususnya di negeri Pulau Pinang yang bernilai RM80,000 ke bawah kepada pasangan muda, ibu tunggal dan terutamanya kepada ibu-ibu muda yang baharu bekerja.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, Kepala Batas menyarankan agar nisbah perancangan bandar atau pun perumahan negara disemak semula dengan menjadikan pembinaan rumah kos rendah bernilai RM80,000 ke bawah dibina melebihi 30 peratus daripada jumlah dan kaedah yang telah diguna pakai sebelum ini.

Namun, janganlah perumahan ini bernilai kos rendah atau rendah sederhana maka saiz perseginya juga dikecilkan dan lot parking juga dijual secara berasingan untuk menampakkan murahnya harga rumah yang dijual. Mesralah kepada keperluan rakyat kerana rakyat kita berada di sini.

Kepala Batas sarankan agar penyelarasan projek perumahan rakyat dan awam mestilah dilaksanakan dengan tanggungjawab mengawal dan memantau diambil oleh syarikat milik kerajaan ataupun GLC terutamanya bagi projek perumahan kos rendah dan kos rumah sederhana.

final • 2:00 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Jabatan Perumahan Negara dan Kementerian KPKT mestilah menjadi tempat rakyat marhaen berpaut bukan tempat kaut mengaut. Jika perlu dimonopoli projek ini oleh pihak kerajaan, maka pastikan ianya adalah demi kepentingan dan keuntungan rakyat marhaen.

Kedua, kos sara hidup. Peningkatan kos sara hidup telah memaksa para ibu dan bapa untuk bekerja malah kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh telah meruntuhkan fabrik sosial dan juga institusi kekeluargaan terutamanya dalam industri kilang yang memerlukan mereka bekerja mengikut shift. Maka, kalau kita lihat bersama, masa untuk bersama keluarga makin berkurang. Isu sosial semakin meningkat dan keadaan anak dilihat terabai, kurang kasih sayang dan keseimbangan hidup juga berkurangan.

Secara purata, B40 di Malaysia akan bawa pulang kira-kira RM1,500 hingga RM2,000 sebulan untuk menyara keluarga. Bagi seorang ibu muda yang tinggal di bandar raya seperti Kuala Lumpur dan yang tinggal di luar bandar seperti di DUN Penaga, Kepala Batas kalau kita lihat secara rasionalnya perbelanjaan mereka bagi menampung kehidupan tidak jauh beza.

Walau bagaimanapun, yang membezakan mereka ialah tekanan hidup yang dilalui oleh ibu muda di bandar besar adalah lebih tinggi. Kebiasaannya seorang ibu muda akan mula bekerja bagi membantu suami kerana kos saraan anak mula meningkat.

Peningkatan kos seiring dengan pembesaran anak. Jumlah susu tin, susu paket, lampin pakai buang yang berbeza harga, kos mengasuh anak yang meningkat bukanlah dikatakan suami itu pemalas tetapi kerana kos sara hidup yang mendesak membuatkan ibu-ibu muda ini terpaksa bekerja.

Jika di bandar besar, pembiayaan sewa rumah bagi rumah flat bersaiz 650 kaki persegi boleh mencecah harga RM1,000. Belum lagi dikira pendapatan dengan kos-kos bil, kemudahan air, elektrik serta kos saraan sebulan. Bagaimana pula kos sara hidup selepas anak mula bersekolah ataupun jumlah anak bertambah?

Selain golongan B40 yang terkesan teruk, tekanan ini juga sebenarnya turut menghimpit golongan M40 dan T20 yang mempunyai anak yang ramai dan masih ada yang sedang bersekolah.

Kepala Batas ingin bertanya, adakah konsep dan insentif Dasar Gaji Progresif yang diumumkan oleh Menteri Ekonomi dapat membantu para ibu muda ini keluar dari garis kemiskinan dan tekanan kos sara hidup yang semakin membebankan. Bagaimana pula keputusan pelaksanaan dasar tersebut memandangkan hanya 18 peratus majikan dalam negara telah melaksanakan struktur gaji berdasarkan produktiviti pada tahun 2022.

Selain itu, Kepala Batas berpendapat jadual pembayaran balik PTPTN perlu disemak semula seperti tawaran pemberian diskaun sehingga 20 peratus bagi kaedah pembayaran balik semula penuh atau separuh dan pemotongan gaji.

Pertimbangan ini juga diberikan kepada PTPTN kerana kelangsungan dana mereka bergantung kepada komitmen bayaran balik daripada para peminjam. Mungkin dengan kaedah ini dapat menarik minat lebih ramai graduan untuk melangsaikan pinjaman mereka dengan segera.

Mahasiswa turut terkesan dengan kos sara hidup. Jika kos untuk menyewa sebuah rumah adalah RM1,200 sebulan, ianya bukanlah nilai yang besar bagi mereka yang berkemampuan tetapi kesannya kepada keluarga yang mempunyai tanggungan yang ramai dan mempunyai pendapatan yang kecil. Ditambah dengan makanan dan barangan asas yang mula menaik.

Maka, Kepala Batas memohon agar institusi-institusi pengajian awam IPTA diberi satu geran khas untuk membina dan menyegerakan pembinaan bagi menambah asrama di dalam kampus untuk memudahkan para mahasiswa. Jika dahulu harga mi segera RM4.50 tetapi kini boleh mencecah sehingga harga RM6 satu pek.

final • 2:00 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Makanan inilah makanan paling murah, paling sedap dan menjimatkan bagi seorang pelajar di asrama ataupun di rumah sewa. Belum lagi dikira dengan harga minuman three in one dan juga keperluan-keperluan asas yang lain.

final • 2:00 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Kepala Batas turut mencadangkan agar diskaun siswa diperkenalkan untuk pembelian peralatan belajar, barangan harian dan juga makanan. Malah, boleh dipanjangkan kepada kenderaan bermotor terpilih dan juga basikal untuk kegunaan pelajar berulang-alik menghadiri kelas.

Yang ketiga, taska. Pada 22 Ogos 2020 Rantau Panjang selaku Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika itu telah memperkenalkan Program Subsidi Taska bernilai RM35 juta bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa yang bekerja semasa tempoh PKP melalui pemberian subsidi bagi menjimatkan perbelanjaan perkhidmatan penjagaan anak. Maka program ini diberi dalam bentuk bantuan kewangan dan pelepasan cukai serta pemberian geran sehingga RM5,000 bagi pengendali taska yang berdaftar dengan JKM. Bolehkah inisiatif ini dipertimbangkan untuk dilaksanakan semula sebagai langkah jangka masa pendek hingga modul inisiatif yang lebih baik dapat diperkenalkan kerana jumlah ibu bapa yang perlu bekerja semakin bertambah bilangannya.

Program Subsidi Taska dilihat relevan pada masa ini dalam membantu para ibu bapa terutamanya golongan ibu muda dalam mengurangkan peningkatan kos sara hidup.

Malah, membantu para pengurusan taska yang layak dan memenuhi syarat untuk bertahan. Sudah tentu mereka turut terkesan dengan peningkatan kos sara hidup dan kos operasi dalam memastikan pusat asuhan yang diusahakan terus bertahan dan beroperasi.

Maka, Kepala Batas mencadangkan pusat jagaan harian seperti taska dapat dibina di setiap lokaliti.

Kepala Batas mencadangkan agar ianya dapat dibuka di jabatan-jabatan kerajaan seperti Bangunan Persekutuan yang mempunyai jumlah kakitangan yang ramai. Salah satu pusat jagaan yang telah lama beroperasi ialah Taska Pelangi di pusat pentadbiran negeri Sabah. Sudah pasti ia dilihat dapat membantu produktiviti para penjawat awam yang lebih tenang untuk bekerja dan mengetahui keselamatan anak-anak mereka lebih terjamin. Bagi ibu muda yang bekerja di sektor swasta sama ada lokasi bekerja atau tinggal di kawasan berdekatan dengan bangunan persekutuan tersebut, maka dibenarkan mereka untuk mendaftarkan anak-anak mereka di taska tersebut bagi memastikan inisiatif serampang dua mata iaitu menambah baik kesejahteraan sosial penjawat awam dan juga masyarakat.

Seterusnya, yang keempat. Pelancongan dan juga kemakmuran. Puan Timbalan Yang di-Pertua, pelancongan sebenarnya mampu menaik taraf ekonomi sesebuah kawasan. Perkara ini dapat dilihat seperti mana negeri Kedah sebelum ini contohnya membangunkan produk pelancongan seperti Pulau Songsong. Taraf kehidupan masyarakat setempat meningkat kerana kehadiran pelancong yang ramai dapat membantu para warga tempatan mencari sumber pendapatan melalui perniagaan kecil- kecilan seperti gerai makan dan juga inap desa. Maka Kepala Batas sebenarnya dilihat berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan terutamanya di sepanjang Lembangan Sungai Muda.

Ketika zaman Kementerian Alam Sekitar dan Asas Tani (KASA), dipimpin oleh Kubang Kerian, satu inisiatif Denai Sungai Kebangsaan telah diperkenalkan bagi menjaga kebersihan, keindahan dan kelestarian di sepanjang sungai tersebut. Maka, Kepala Batas berharap agar kerjasama daripada Kementerian Pelancongan dapat membantu Denai Sungai Kebangsaan ini dapat diteruskan dan dikomersialkan. Perkara ini dilihat disebabkan peningkatan taraf hidup ini dapat membantu para ibu muda, ibu tunggal dan juga anak muda menjana pendapatan sebagai pekerja di sektor pelancongan ataupun memulakan perniagaan sendiri bagi merancakkan lagi sektor pelancongan tempatan.

Kepala Batas kini mempunyai taman tema air yang dikenali sebagai Bertam Waterpark yang mampu menarik pengunjung seisi keluarga. Maka, taman tema ini adalah merupakan salah satu produk pelancongan yang membantu pengusaha tempatan di

final • 2:10 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

sekitarnya menikmati penjanaan ekonomi dengan kehadiran pelancong domestik malah berpotensi untuk menarik perhatian pengunjung di dalam dan juga luar negara. Maka, saya mohon pihak Kementerian Pelancongan dapat menyediakan peruntukan pembangunan dan peluang untuk meningkatkan potensi di Kepala Batas. Saya mohon satu minit untuk penggulungan.

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 2:10 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Puan Timbalan Yang di- Pertua, Kepala Batas melihat bahawa dasar gaji minimum ini mesti diselarikan dengan dasar perumahan negara ketika ini. Amatlah penting untuk kerajaan memperjelaskan strategi-strategi di bawah Dasar Perumahan Negara dengan membezakan antara housing needs dan juga housing wants, dengan izin. Apa yang rakyat inginkan sekarang bukanlah duit yang mampu membeli seisi dunia tetapi cukuplah dapat memastikan ada makanan dapat dihidangkan di atas meja dan perbelanjaan harian yang mencukupi.

Maka, Timbalan Puan Yang di-Pertua, saya akhiri dengan satu hadis Nabi SAW yang bermaksud, “Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seorang Raja ataupun pemimpin itu, nescaya dijadikan baginya pembantu menteri ataupun penasihat yang benar dan ikhlas. Jika pemimpin itu lupa ataupun leka, nescaya diberikan peringatan. Jika pemimpin itu mengingati, nescaya akan diberikan pertolongan kepadanya. Sebaliknya, jika Allah mengehendaki selain daripadanya itu keburukan kepada pemimpin itu, nescaya dijadikan baginya pembantu yang jahat. Jika pemimpin itu lupa dan lalai, nescaya tidak diberikan peringatan dan jika dia mengingati nescaya tidak diberikan pertolongan kepadanya.” Riwayat Abu Daud.

Dengan itu, sekian wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Saya jemput Yang Berhormat Stampin.

final • 2:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2024.

Perkara yang pertama yang saya ingin membangkitkan adalah berkenaan dengan penyalahgunaan dadah yang semakin meningkat dalam tempoh dua tahun ini di Kuching dan Sarawak. Ramai pemuda telah didapati terjebak dalam kegiatan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang. Pada minggu lepas, 15 Oktober 2023 malam, seorang mahasiswa perempuan berusia 22 tahun bernama ‘Edith Tiyandi’ ditemui mati di sekitar kawasan Petanak di Kuching. Laporan berita pertama berkenaan kematian mangsa dalam Sin Chew Daily melaporkan mangsa meninggal dunia di sebuah pusat hiburan di kawasan Petanak, Kuching.

Dua hari kemudian, iaitu pada 18 Oktober 2023 pihak polis mengeluarkan kenyataan menyatakan mayat mangsa dijumpai, ditemui di tepi jalan berhampiran sebuah pusat hiburan di kawasan itu. Dalam kenyataan pihak polis, ia juga menyatakan bahawa siasatan awam mendapati tiada unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut iaitu sudden death report. Ahli keluarga amat terkejut apabila mendapati pihak polis begitu cepat mengklasifikasikan kematian mangsa itu sebagai SDR. Menurut keluarga mangsa, ujian air kencing ke atas mendiang mengesan tiga jenis dadah termasuk methamphetamine iaitu biasa dipanggil ice, MDMA biasa dipanggil Ecstasy dan cotinine. Dua daripadanya iaitu methamphetamine dan MDMA adalah dadah terlarang dalam negara kita.

Puan Yang di-Pertua, saya ada satu salinan laporan ujian air kencing tersebut dan saya percaya bahawa pihak polis juga ada menerima salinan laporan ujian air kencing tersebut. Bagaimana seorang perempuan muda boleh mati secara tiba-tiba? Ini adalah satu soalan keluarga dan kawan mangsa yang amat menginginkan jawapan terutamanya memandangkan ujian air kencing mangsa positif bahan terlarang.

final • 2:16 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Apakah sebab kematian mangsa? Siapakah orang terakhir bersama mangsa sebelum beliau meninggal dunia? Adakah beliau didorong, dipaksa atau secara sukarela mengambil dadah memandangkan beliau masih pelajar universiti dan balik Kuching untuk bercuti? Dari manakah beliau mendapat dadah itu? Adakah beliau mati di pusat hiburan atau beliau mati di tepi jalan seperti yang dilaporkan oleh pihak polis?

Seorang gadis muda tak akan mati secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab dengan kesan dua bahan terlarang dalam ujian air kencing mangsa sama ada di pusat hiburan atau di tepi jalan.

final • 2:16 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Bagaimana siasatan polis boleh begitu cepat dan tergesa-gesa membuat kesimpulan bahawa tiada unsur jenayah dan dengan itu mengklasifikasikannya sebagai SDR dan adakah polis akan tutup kes sebegitu sahaja?

Jika kita serius dalam memerangi penyalahgunaan dadah, kes ini tidak sepatutnya ditutup dengan begitu mudah. Tambahan pula bagi mencari kebenaran kematian Edith. Saya menggesa pihak polis menjalankan siasatan rapi berhubung kejadian ini memandangkan siasatan pihak polis di Kuching telah menimbulkan kes ini secara SDR. Mungkin adalah lebih sesuai untuk ibu pejabat PDRM dari Bukit Aman menghantar satu lagi pasukan siasatan ke Kuching untuk menjalankan siasatan yang lebih mendalam dan menyeluruh seperti yang saya katakan tadi.

Penyalahgunaan dadah semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini di Kuching dan Sarawak. Kami sebagai rakyat biasa hanya boleh bergantung harap kepada pihak polis untuk melindungi kami dan anak-anak kami daripada penyalahgunaan dadah ini. Mungkin jika pihak polis lebih berhati-hati, berkesan dan lebih tegas terhadap penyalahgunaan dadah dalam beberapa tahun kebelakangan ini nyawa Edith akan diselamatkan.

Namun, apa-apa pun kita berharap tragedi sebegini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan. Justeru, saya menggesa agar PDRM mempertingkatkan usaha dalam memerangi isu penyalahgunaan dadah bukan sahaja di Kuching malah di seluruh Sarawak dan negara.

Isu keduanya adalah berkenaan - mengenai isu tenaga hijau dan promosi dasar pelepasan karbon rendah. Sudah tiba masanya untuk kerajaan melalui struktur percukaiannya memberi ganjaran kepada industri atau perniagaan yang menggunakan tenaga hijau atau tenaga boleh diperbaharui dengan rebat cukai atau kadar cukai yang lebih rendah daripada industri atau perniagaan yang menggunakan tenaga bahan api fossil fuel konvensional.

Oleh itu, saya bercadang agar kerajaan mengimplementasikan satu mekanisme carrot and stick. Di mana syarikat yang menggunakan tenaga boleh diperbaharui sebagai sumber tenaga mereka dan mempunyai pelepasan karbon rendah atau sifar diberikan insentif cukai atau membayar kadar cukai syarikat yang lebih rendah. Manakala, bagi syarikat yang menggunakan bahan tenaga bahan api fosil dan mempunyai perlepasan karbon yang lebih tinggi dikenakan kadar cukai yang lebih tinggi.

Ini akan membantu dalam menggerakkan ekonomi kita ke arah matlamat negara kita untuk mengurangkan CO2 intensity against GDP sebanyak 45 peratus menjelang 2030 dari paras 2005 dan menjadi negara bebas karbon menjelang tahun 2050.

Sehubungan itu, Sarawak sebagai wilayah pada masa ini menjana 75 peratus tenaga elektriknya daripada kuasa hydrogen dengan Empangan Batang Ai, Empangan Bakun dan Empangan Murum telah menyumbang banyak ke arah matlamat negara ini.

Lebih penting lagi kepada ekonomi Sarawak dengan mengekstrapolasikan ratio penjanaan tenaga elektrik itu di Sarawak. Dapatlah kita menempohkan bahawa sekurang- kurangnya lebih kurang 75 peratus daripada industri dan syarikat di Sarawak ini kini menggunakan tenaga boleh diperbaharui sebagai sumber tenaga mereka.

Oleh itu, satu mekanisme perlu ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengiktiraf perkara ini dengan betul dan sistematik dan memberi industrial dan perniagaan di Sarawak dengan ganjaran yang sesuai dengan - dalam bentuk kadar cukai yang lebih rendah atau geran tambahan atas sumbangan Sarawak terhadap kehijauan negara kita.

final • 2:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Tambah sistem sebegini - sedemikian terdapat negeri di Malaysia yang menyumbang sebahagian besar daripada pelepasan karbon negara tetapi menikmati pertubuhan ekonomi yang lebih pesat. Manakala, bagi negeri yang membantu negara mengurangkan intensiti CO2 mengalami pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan. In other words, the externality of the high polluting state is passed on to the low-polluting state that is not fair to state like Sarawak which is a low-polluting state, dengan izin.

Perkara ketiganya adalah berkenaan pembangunan wilayah yang lebih seimbang. Sudah diketahui bahawa tahun suku pertama pada 2023 Malaysia menarik RM71.4 bilion dalam pelaburan yang diluluskan dengan FDI menyumbang RM37.5 bilion dan domestic direct investment (DDI) menyumbang RM33.9 bilion.

Lima negeri teratas yang menarik sebahagian besar pelaburannya yang diluluskan untuk first quarter 2023 ialah Kuala Lumpur, Johor, Selangor, Perak dan Sabah.

Persoalan daripada saya, Stampin adalah apakah kedudukan Sarawak? Sudah wujud jurang perbezaannya besar yang dalam pembangunan perindustrian dan ekonomi antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Jika aliran pelaburan ini berterusan, jurang perbezaan akan semakin melebar dari semasa ke semasa dan bukannya apa yang disebutkan oleh Perdana Menteri iaitu memastikan pembangunan wilayah lebih seimbang. Sejak beberapa tahun dekad lalu ratusan ribu rakyat Sarawak telah tertarik ke Semenanjung terutamanya Lembah Klang kerana terdapat peluang ekonomi yang lebih baik di sini.

Untuk mencapai pembangunan wilayah yang lebih seimbang dan menterbalikkan pergerakan demografi kerajaan perlu membuat dasar yang menjadikan Sarawak lebih menarik bagi FDI dan DDI untuk melabur berbanding Semenanjung Malaysia.

Sehubungan ini, saya merayu kepada kerajaan untuk mengenal pastikan beberapa kawasan free-trade zone dan pioneer industrial tax incentive zone di Sarawak dan menyediakan insentif cukai dan geran kerajaan yang lebih baik agar menarik FDI dan DDI ke Sarawak.

Isu keempat, pada bulan Januari tahun ini, saya kemukakan 10 kes aduan ke Kementerian Kewangan berkenaan 10 orang pemegang akaun bank. Di mana simpanan mereka dalam bank telah dipinda ke akaun pihak ketiga tanpa kebenaran dan pengetahuan mereka. Sampai hari ini tiada seorang pun daripada mereka itu dapat apa- apa ganti rugi daripada bank.

Saya ingin tahu apakah Kementerian Kewangan telah berlaku atas kesemua 10 kes itu dan apakah status siasatan polis atau Bank Negara atas 10 kes itu? Adakah semua itu terbiar sahaja atau mangsa-mangsa itu dibiarkan begitu sahaja? Saya harap boleh dapat satu jawapan atau laporan daripada Kementerian Kewangan berkenaan tindakan lanjutan yang dibuat sama ada oleh polis atau Bank Negara atau Kementerian Kewangan atau apa-apa agensi kerajaan atas 10 kes aduan itu.

Pada masa itu, adalah dicadangkan oleh kerajaan untuk mengkaji undang- undang yang sedia ada supaya memberi perlindungan kepada pemegang akaun bank.

Saya ingin tahu, apakah status pengajian itu? Bilakah pindaan itu akan dibentangkan di Dewan ini?

Pada penelitian saya kerajaan hanya perlu buat pindaan terhadap had, Part VIII Financial Services Act. Di mana bank-bank diwajibkan membayar ganti rugi kepada pemegang akaun yang duit mereka dalam akaun dipinda ke akaun pihak ketiga tanpa kebenaran dan pengetahuan mereka kecualinya bank-bank boleh membuktikan bahawa pemegang akaun itu adalah terlibat dalam scam itu dan menerima manfaat daripada insiden itu. Oleh itu, saya menyeru kerajaan supaya secepat mungkin buat pindaan terhadap undang-undang itu.

final • 2:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Isu terakhir yang saya ingin bangkitkan adalah berkenaan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS). Saya menyambut baik skim COSS yang dilaksanakan oleh kerajaan di mana kerajaan memperuntukkan subsidi supaya minyak masak dalam paket satu kilogram dijual pada harga RM2.50. Di bawah skim COSS itu,

final • 2:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

kontraktor-kontraktor dilantik untuk memaketkan minyak masak dalam paket satu kilogram dan kontraktor-kontraktor itu akan dibayar oleh kerajaan atas usaha mereka itu. Kalau harga minyak masak dari kilang minyak itu adalah lebih daripada RM2.50, harga lebihan akan ditanggung oleh mereka dahulu dan selepas itu di-reimbursed oleh kerajaan. Pada tahun ini, peruntukan untuk skim COSS adalah RM500 juta. Ia akan dinaikkan kepada RM845.5 juta untuk tahun 2024.

Sebelum kita masuk ke tahun hadapan, saya dimaklumkan bahawa walaupun ada peruntukan dalam Bajet 2023, ramai kontraktor itu tidak dibayar oleh kerajaan sejak bulan Jun iaitu lebih kurang empat bulan tunggakan kerajaan hutang kepada mereka. Satu tahun RM500 juta, maka satu bulan lebih kurangnya RM42 juta. Tunggakan empat bulan itu bermakna RM160 juta yang dihutang oleh kerajaan kepada kontraktor-kontraktor itu. Ia bukan satu jumlah yang kecil. Apa sebabnya? Walaupun ada peruntukan tetapi kontraktor itu tidak dibayar sehingga sebegitu lama.

Ramai daripada kontraktor ini telah menghadapi masalah kewangan akibat daripada tunggakan kerajaan itu. Kalau mereka jadi muflis, progress COSS itu akan terjejas dan bekalan minyak masak subsidi itu akan terputus-putus. Maka saya menyeru kerajaan supaya segerakan pembayaran tunggakan itu supaya progress COSS itu boleh dijalankan dengan lancar. Sekian, terima kasih.

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Stampin. Dipersilakan Yang Berhormat Gerik.

final • 2:30 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan jutaan terima kasih kerana memberi laluan kepada Gerik untuk membahaskan Belanjawan Persekutuan 2024 ini. Sebelum saya memasuki teras perbahasan saya, mewakili rakyat Gerik saya ingin menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kami kepada perjuangan rakyat Palestin terutama di Semenanjung Gaza yang kini berhadapan dengan serangan dahsyat daripada penjajah Zionis Israel.

Gerik juga menyokong penuh supaya pihak Parlimen dan Kerajaan Malaysia secara rasmi mendesak agar kerajaan haram Zionis Israel diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas jenayah perang dan jenayah kemanusiaan ini. Gerik juga menyokong sebarang cadangan atau usul agar Kerajaan Malaysia mendesak OIC menubuhkan segera pasukan pengaman OIC ke Palestin bagi mengimbangi sokongan dunia barat kepada Israel dan meredakan ketegangan di sana.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh soal Belanjawan Kerajaan Persekutuan 2024, Gerik juga selaku Jawatankuasa Portfolio Luar Bandar Perikatan Nasional melihat perlunya beberapa tindakan segera pihak kerajaan dalam menangani kos sara hidup dan memulihkan ekonomi tempatan. Seiring dengan ketidaktentuan ekonomi global yang kita tiada kawalan ke atasnya, adalah lebih baik kerajaan merancang pemulihan ekonomi tempatan sebaik mungkin. Dengan belanjawan sebanyak RM393.8 bilion ini dan tertinggi dalam sejarah, Gerik berharap ianya mampu memulihkan ekonomi negara dan meningkatkan pendapatan rakyat secara keseluruhan.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya Gerik ingin menyentuh, soal isu pertanian dan keterjaminan makanan negara. Kerajaan perlu serius dan cermat dalam menangani isu ini kerana ianya berkait rapat dengan kos sara hidup rakyat. Sasaran negara perlu jelas.

Apakah sumber makanan atau tanaman yang kadar SSL-nya kurang atau di paras terendah? Apakah program terbaik untuk para petani dan nelayan kita?

Kita sudah tahu impak peperangan, sekatan eksport negara pengeluar dan diburukkan lagi dengan pelbagai bencana atas tangan manusia seperti tindakan pelepasan air sisa radioaktif nuklear Jepun ke laut semuanya bakal merencatkan rantaian makanan global. Untuk rekod, perang Rusia dan Ukraine telah menyebabkan kekurangan bekalan makanan, baja dan bijirin seperti gandum, jagung, barli dan kacang soya di pasaran global. Ia memberi kesan dan impak yang besar kepada Malaysia.

final • 2:32 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Contohnya baja. Rusia merupakan pengeksport nombor satu baja nitrogen di dunia di mana Malaysia pada tahun 2021 mengimport sebanyak 691 juta baja atau 12 peratus daripada keseluruhan import baja pertanian negara. Manakala, bagi gandum pula, Rusia pengeluar utama dunia dan Ukraine pengeluar kelima dunia. Malaysia mengimport 78.8 juta bijirin dan 67.9 juta makanan haiwan ternakan daripada Ukraine pada tahun 2021.

Oleh yang demikian, Gerik menggesa agar pihak kerajaan segera mengerahkan semua agensi tanah berkelompok luar bandar seperti FELDA, FELCRA, RISDA, KETENGAH, KESEDAR, PERDA, KEDA dan KEJORA untuk terlibat secara serius dalam membangunkan industri keterjaminan makanan negara. Malah rancangan tanah kelompok dan rancangan tanah pemuda milik kerajaan negeri seperti di Pahang juga boleh dilibatkan sekali. Agensi-agensi ini mempunyai kekuatan modal, kekuatan aset, kilang, pengangkutan, pengurusan korporat, pengalaman dan kepakaran, tenaga mahir, peneroka dan belia generasi kedua dan ketiga, tenaga buruh, rangkaian kedai dan para pelabur yang komited dan kita yakin dengan kemampuan mereka.

Gerik ingin mencadangkan Projek Gedung Makanan Negara FELDA dan Projek Edible Garden FELDA dikaji semula, ditambah baik dan seterusnya dijadikan model atau mekanisme bagi pembangunan industri keterjaminan makanan negara sekali gus mengurangkan kebergantungan import bahan makanan. Untuk rekod, projek GMN FELDA ini mula diwujudkan pada tahun 2009 dengan modal permulaan sebanyak RM750 juta sahaja. Satu jumlah yang sangat kecil jika dibandingkan dengan jumlah import makanan negara iaitu sebanyak RM75 bilion. Hanya satu peratus daripada jumlah ini.

Manakala Projek Edible Garden Felda pula merupakan sebuah pertanian sara diri yang menggalakkan peneroka menanam sayuran dan tanaman keperluan dapur seperti serai, cili dan lain-lain di sekeliling rumah peneroka secara fertigasi atau tradisional.

Lebihan tanaman ini akan dikutip dan dijual kepada restoran tempatan atau pasar borong secara mingguan atau bulanan.

Projek pembangunan industri keterjaminan makanan negara ini juga jika dijalankan secara serius, ianya bakal membuka pelbagai peluang pekerjaan, latihan industri, praktikal terutama kepada penuntut jurusan pertanian di IPT dan mewujudkan usahawan pertanian moden di kalangan generasi dan generasi kedua dan ketiga belia di tanah-tanah rancangan berkelompok di seluruh negara.

Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, Gerik ingin menyentuh berkenaan isu pembangunan ekonomi dan keselamatan di sempadan negara. Gerik melihat kerajaan seharusnya memanfaatkan sepenuhnya peluang ekonomi yang tersedia di seluruh sempadan antarabangsa.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 2:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya hendak biarkan Yang Berhormat bercakap telefon lebih dulu. Cakaplah. Sampai saya boleh mendengar daripada sini. Kalau mustahak Yang Berhormat, di luar lah. Kita hormat orang yang tengah bagi ucapan. Kalau saya tidak dengar itu tidak apa. Ini saya dengar.

Baik, teruskan Gerik.

final • 2:32 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Buat masa kini, tiada limpahan ekonomi sewajarnya di seluruh sempadan negara jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand. Jika kita hanya memandang kelebihan undang-undang atau corak Negara Gajah Putih tersebut menjadi alasan kenapa kita kurang membangun, kita juga punya kelebihan seperti banyaknya industri francais, factory outlet, produk pelancongan dan pelbagai produk halal yang boleh ditawarkan di sepanjang sempadan negara.

Jadi, Gerik ingin mencadangkan agar kerajaan menjadikan seluruh daerah kecil sempadan, contohnya Daerah Kecil Pangkalan Hulu di tempat saya dijadikan zon bebas cukai ataupun zon eksklusif sempadan dengan kadar cukai perniagaan yang rendah. Ini bakal merancakkan pelaburan perniagaan di kawasan ini dan akhirnya membawa kemakmuran ekonomi bagi penduduk tempatan dan luar bandar seperti kami. Ia juga akan meningkatkan nilai hartanah, pelancongan dan produk-produk keluaran tempatan. Untuk rekod, terdapat lebih 20 ICQS.

final • 2:32 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Gerik, minta laluan sedikit Gerik.

final • 2:32 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Boleh.

final • 2:32 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih. Saya tertarik dengan pandangan bahawa perlunya zon ekonomi dibangunkan di kawasan sempadan. Saya tengok apa yang berlaku sekarang ini ialah negara kita banyak sempadan dengan negara-negara lain khususnya di Utara tetapi gagal dimanfaatkan oleh negara kita.

Kebanyakan pembangunan ekonomi di sempadan diambil alih oleh kawasan negara jiran, bukan negara kita. Jadi, apa pandangan Gerik berhubung dengan cadangan tadi supaya kerajaan dapat memberi perhatian serius untuk mengangkat pembangunan ekonomi dalam negara kita, bukan diambil kesempatan oleh negara luar? Terima kasih.

final • 2:32 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Saya mohon masukkan ucapan YB Kubang Kerian tadi dalam perbahasan saya. Saya sangat bersetuju kerana saya bagi contoh, kalau di tempat saya tu dah hampir 50 tahun masih tak ada pembangunan yang sewajarnya jika dibandingkan dengan sempadan kita di sebelah sana itu, sebelah Thailand iaitu kawasan Betong, Thailand.

Yang ketiganya, Gerik juga ingin menyentuh berkenaan pembangunan infra sempadan seperti kem dan pos kawalan askar Rejimen Sempadan yang perlu dimodenkan memandangkan ianya adalah lokasi tetap. Untuk rekod, terdapat lima kem tentera Rejimen Sempadan di utara Semenanjung Malaysia iaitu Kem 1 RS di Tanah Merah, kemudian di Jeli, di Pengkalan Hulu, di Gerik dan di Kem Bukit Kayu Hitam.

Terdapat isu seperti bekalan air bersih terutama di pos dan kem kawalan yang bukan kem utama. Kalau di tempat saya tu sudah 20 tahun tentera berulang alik bawa lori-lori tangki air untuk kegunaan kem. Apa salahnya jika kita bina tangki air tetap di kawasan itu kerana lokasinya tidak berubah. Begitu juga bekalan elektrik dan keadaan bangunan pos yang uzur dan pagar-pagar sempadan yang rosak dan berlubang akibat dipotong oleh tonto atau PATI.

Selain infrastruktur asas, kerajaan juga diseru meneroka dan menggunakan kaedah moden berteraskan teknologi seperti dron, CCTV dan AI untuk memperkemaskan penugasan pihak berkuasa sempadan negara.

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga keadaan jalan raya persekutuan dan lampu- lampu jalan di sepanjang laluan sempadan perlu sentiasa dibaiki dan ditambah bagi mencegah aktiviti jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan dan aktiviti pemerdagangan manusia. Contohnya di kawasan saya, Jalan FT.77 Kroh-Betong dan Jalan Persekutuan FT.1157 laluan Kampung Alai, Felda Nenering dan Kampong Ayer Panas sangat kurang atau hampir tiada lampu jalan di kawasan tersebut, sedangkan ianya adalah jalan yang paling hampir dengan pagar sempadan Malaysia-Thailand.

Tuan Yang di-Pertua, Gerik ingin menyentuh isu yang ketiga iaitu isu penerokaan hasil bumi dan mineral baharu negara. Umum mengetahui Petronas merupakan satu- satunya syarikat yang paling bernilai buat negara kerana ia mandiri dan menyumbang hasil tertinggi, perkongsian dividen dan cukai kepada belanjawan negara setiap tahun.

Persoalannya, bagaimanakah mekanisme dan model penerokaan cari gali minyak ini dilakukan? Apakah kaedah perkongsian hasil, dividen dan cukai antara Khazanah, Petronas dan pihak kerajaan?

Gerik ingin cadangkan supaya mekanisme yang sama digunakan untuk penerokaan hasil bumi seperti nadir bumi (REE), bijih timah, emas dan pembalakan.

Wujudkan perjanjian menang-menang antara Kerajaan Persekutuan, negeri-negeri pengeluar, GLC terlibat dan kontraktor yang diupah supaya ianya lebih adil dan bersifat efisien dari segi kutipan cukai, hasil, dividen dan dividen keuntungan buat negara. Negara dan negeri tidak boleh hanya bergantung kepada peratus cukai rendah, royalti dan premium tanah sahaja sebagai hasil yang tidak seberapa untuk negeri dan negara.

final • 2:40 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Sebaliknya, hasil jualan nadir bumi, bijih timah dan balak tersebut sepatutnya menjadi hasil negara.

Untuk rekod, projek perintis unsur nadir bumi (REE) yang sedang dijalankan di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak berkeluasan 87 hektar tanah, menjana royalti – jangkaan royalti lebih kurang RM16 juta. Sedangkan hasilnya mungkin mencecah ratusan juta ataupun bilion. Sedangkan Petronas yang mengikut data 2022, mengeluarkan hasil kasar sebanyak RM375.3 bilion, untung sebelum cukai RM170.7 bilion dan mampu menyumbang kembali kepada negara dalam pelbagai bentuk.

Antaranya cukai langsung pendapatan petroleum (PITA) sebanyak RM16 bilion.

Kemudian sumbangan dividen, Cukai Korporat, royalti petroleum, Cukai Makmur, bayaran tunai petroleum dan bayaran duti eksport yang kesemuanya bernilai lebih RM50 bilion pada tahun 2022. Seolah-olah Kerajaan Persekutuan mendapat kembali 15 hingga 20 peratus daripada pendapatan kasar Petronas, diberi balik kepada negara.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, jika perlu wujudkan syarikat milik negara seperti Petronas yang bersifat khusus perniagaan untuk tujuan pengeluaran hasil bumi, Gerik amatlah menyokong supaya hasil negara jadi meningkat. Gerik yakin jika semua ini dilaksanakan dengan betul, hasil bumi negara akan bertambah tanpa perlu pihak kerajaan menaikkan cukai SST dua peratus yang jumlah pendapatannya mungkin sekitar RM1 bilion atau ralat terbaru sekitar RM3.4 bilion sahaja. Ianya mungkin tidak efisien malah harga barang dikhuatiri melambung dan kos sara hidup rakyat akan semakin menghimpit dan menekan.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, sedikit berkenaan isu tempatan. Gerik ingin menarik perhatian pihak Tuan Yang di-Pertua berkenaan klinik kesihatan primer bandar Gerik ataupun klinik kesihatan bandar Gerik yang kini wujud berasingan perkhidmatannya, menumpang bangunan dan tidak tersusun. Ia menyebabkan perkhidmatan KKM menjadi tidak lancar sejak sekian lama.

Jabatan Pesakit Luar contohnya, kini menumpang di bangunan kecemasan di bangunan Hospital Gerik (berdekatan dengan Jabatan Kecemasan dan Trauma) dan berkongsi pula peralatan seperti x-ray dan lain-lain mesin perubatan yang lain. Ruangnya agak sempit dan tidak selesa. Malah sangat hampir bertembung dengan urusan Jabatan Kecemasan dan Trauma. Manakala klinik kesihatan ibu dan anak pula menumpang agak jauh di Klinik Pergigian Gerik dalam jarak seberang jalan, dalam jarak lebih kurang 700 meter dari Hospital Gerik. Itu belum dikira ruangan parkir. Tiada parking awam yang terlalu sempit dan tiada ruang untuk membuat pelebaran tanah.

Jadi untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, bulan September lalu, KKM Hulu Perak telah menerima satu kelulusan tanah berstatus tukar guna sebahagian tanah milik Kerajaan Persekutuan seluas 24.65 ekar di Kampong Ayer Panas, Gerik. KKM menerima 19.65 ekar, manakala bakinya diberi pada RTM, Kementerian Komunikasi untuk KKM gunakan sebagai lokasi klinik kesihatan yang baru ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana tanah ini telah pun diluluskan, Gerik memohon supaya projek pembinaan klinik kesihatan yang baru ini dipercepatkan dalam RMKe-12 lah kerana mengikut mesyuarat KKM Hulu Perak di negeri dan daerah ini, KKM Hulu Perak dimaklumkan ia telah dicadangkan dalam RMKe-13, Rolling Plan 1 tahun 2026. Makna ada lagi tiga tahun lah.

Jadi kalau ikutkan – kalau boleh kita nak mohon jasa baik lah daripada pihak kementerian dan juga Kerajaan Persekutuan untuk segerakan projek ini ke RMKe-12 memandangkan bandar Gerik ini semakin hari semakin padat dengan 100,000 orang penduduk dan kami juga sering kali menerima pesakit dan mangsa kemalangan Jalan Raya Timur-Barat. Sepanjang laluan Jalan Raya Timur-Barat itu kamilah hospital atau klinik pesakit luar yang jadi tumpuan. Kemudian, kita juga ada dua kem tentera Rejimen Sempadan, 3 RS dan 4 RS dan kita juga ada banyak sekolah asrama penuh dan sebagainya.

Jadi dulu mantan Ahli Parlimen kami pernah mohon untuk hospital baru di Gerik, saya pun dah suarakan awal tahun hari itu, malangnya, tak pernah diluluskan atas pelbagai faktor. Jadi kami faham, kalau boleh, kami minta permohonan kami untuk klinik

final • 2:40 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

kesihatan baru ni janganlah diabaikan supaya mengubat duka yang lara untuk orang Gerik.

Sekian dulu Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Dipersilakan Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan bersyukur atas peluang yang diberikan untuk turut membahaskan Bajet 2024 yang telah dibentangkan pada 13 Oktober yang lepas.

Tahniah dan syabas kepada rakyat Malaysia yang telah berhimpun di Axiata Arena baru-baru ini, semalam. Puluhan ribu dengan penuh bersemangat tanpa rasa ragu- ragu untuk menyatakan bantahan kita terhadap tindakan kejam Zionis ke atas rakyat Palestin.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Belanjawan 2024 ini adalah Belanjawan Madani yang kedua untuk menyokong Rancangan Malaysia Kedua Belas, ekonomi madani yang bertujuan untuk menaikkan siling ekonomi negara melalui penstrukturan ekonomi negara dan menaikkan lantai ekonomi rakyat dengan menambah baik taraf hidup mereka.

Belanjawan 2024 juga ialah belanjawan tahunan yang pertama selepas pelancaran National Energy Transition Roadmap dan juga New Industrial Master Plan 2030. Kalau kita lihat daripada beberapa rumusan ataupun tumpuan kepada Belanjawan Madani ini dengan hasrat untuk mencapai pertumbuhan KDNK, diharapkan berkembang sehingga empat hingga lima peratus dalam tahun 2024.

final • 2:48 PM

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Belanjawan Madani juga berharap untuk meningkatkan pendapatan per kapita yang diunjurkan kepada 5.4 peratus kepada 56,920 juta. Takrif negara berpendapatan tinggi, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua ialah 59,271. Ini bererti bahawa kita masih lagi kekurangan sedikit sebanyak RM2,351 ribu untuk mendapat takrifan sebagai negara berpendapatan tinggi. Selain daripada pertumbuhan KDNK pendapatan per kapita, kita juga mengharapkan agar inflasi pada tahun 2024 diunjurkan antara 2.1 hingga 3.6 peratus dan kita tentunya berharap dengan inflasi yang dapat kita kawal tidak melebihi 3.6 peratus, pengangguran kita unjurkan berkurangan sebanyak 3.4 peratus. Tapi kalau kita kira daripada jumlah bilangan rakyat kita yang menganggur adalah seramai 569,000 orang.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Belanjawan 2024 juga adalah belanjawan yang berdepani pelbagai cabaran. Sebagaimana perbahasan Yang Berhormat Titiwangsa, antara cabaran adalah sebagai contoh, kaedah pemberian subsidi kita. Kita tengok semula, kata Yang Berhormat Titiwangsa. Contoh penternak ayam dan pengeluar telur ayam, pengimport daging termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan beras sama ada import mahupun tempatan. Subsidi yang kita sediakan sehingga 27 peratus daripada pendapatan negara kita perlulah kita berikan perhatian.

Malah, saya ingin menambah bahawa jika belanjawan kerajaan yang kita tahu pada tahun 2024 juga akan melihat meningkatnya perbelanjaan mengurus sebanyak 1.2 peratus bersamaan dengan RM303.8 bilion pada tahun hadapan. Maka ini bererti bahawa had fiskal negara akan mengecil. Kita dapat melihat bahawa debt services charges akan terus meningkat. Kita dapat melihat banyak juga peningkatan kepada supply dan services and kita jangka bertambah sebanyak 11.8 peratus. Ini semua akan menyumbang kepada meningkatnya perbelanjaan operating expenses.

Selain daripada itu, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, hampir keseluruhan bajet pembangunan adalah dibiayai melalui pinjaman kerajaan. Maka, dalam keadaan yang sedemikian, apakah yang perlu dilakukan oleh kerajaan? Saya ingin bertanya dengan peruntukan pembangunan sebanyak RM90 bilion itu yang hampir kesemuanya dibiayai

final • 2:50 PM

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

melalui pinjaman. Jadi, apakah langkah usaha kerajaan untuk memperbetulkan keadaan ini? Adakah kerajaan akan mengembangkan kek ekonomi negara supaya GDP pertumbuhan KDNK kita untuk tahun-tahun yang seterusnya itu tidak kurang daripada lima peratus dan lebih konsisten lagi?

Selain daripada itu, adakah kerajaan akan menambah sumber pendapatan negara dengan pendekatan yang lebih berinovatif dalam sumber-sumber ekonomi baharu seperti tenaga boleh baharu dan juga ekonomi hijau kerana kerajaan telah melancarkan the National Energy Transition Roadmap yang akan dilaksanakan, maka perlulah dan pastilah roadmap tersebut perlu dilaksanakan dengan baik supaya ianya dapat menjana hasil baharu yang boleh dikutip oleh kerajaan.

Di samping itu juga, saya ingin bertanya sama ada kerajaan akan melaksanakan pengurniaan agensi-agensi kerajaan di bawah beberapa kementerian kerana dengan meningkatnya operating expenditure ini yang antara penyumbang terbesar ialah emolumen yang lebih tinggi pada tahun 2024. Maka itu, adakah kerajaan bersedia untuk memurnikan agensi-agensi kerajaan di bawah beberapa kementerian, sebagai contoh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan?

Mungkin perlu wujudnya performance-based governance atau tadbir urus yang berasaskan pencapaian dalam kalangan agensi-agensi kerajaan agar setiap peruntukan yang diberikan kepada agensi dapat pulangan yang diharapkan dan dapat hasil yang memberi impak yang tinggi kerana saya— ada seorang kawan beritahu saya, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya tak sebutlah agensinya tetapi perbelanjaan agensi berkenaan mencecah RM1.46 bilion setahun, pungutan hasil RM1.5 bilion. Jadi, lebih kurang RM60 juta keuntungan berasaskan kepada RM1.46 bilion perbelanjaan. Itu antara perkara yang mungkin kerajaan perlu berikan perhatian sama ada jumlah pelaburan, perbelanjaan dapat memberikan hasil pulangan yang diharapkan.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan untuk menyatakan bahawa dengan bajet yang paling besar dalam sejarah, maka peruntukan yang besar pada pandangan Simpang Renggam perlu diberikan kepada pelaksanaan the National Energy Transition Roadmap. Pendanaan NETR ini yang memakan jumlah RM1.3 trilion menjangkaui durasi sekitar 20 tahun iaitu sehingga tahun 2050 amat memerlukan tumpuan yang serius daripada kerajaan. Peruntukan yang besar juga perlu diberikan untuk menjayakan road map tersebut kerana Belanjawan 2024 telah memperuntukkan RM2 bilion melalui Dana Mudah Cara Peralihan Tenaga Negara.

Namun Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, untuk tahun 2023 sehingga 2029, lima hingga enam tahun daripada sekarang, kerajaan memerlukan RM240 bilion untuk mendanai NETR ini dan separuh daripadanya iaitu RM120 bilion adalah mencakupi projek-projek yang dengan izin, marginally bankable atau yield below market return.

Separuh daripada perbelanjaan yang bakal kita laksanakan. Jadi persoalannya, adakah peruntukan RM2 bilion tersebut mencukupi cukup untuk menjadi catalyst dan mewujudkan excitement kepada dana swasta bagi membiayai NETR ini.

Mungkin kerajaan boleh menjelaskan program dan juga inisiatif yang spesifik yang dapat dilaksanakan yang menggunakan dana awalan tersebut secara terperinci.

Apakah rancangan kerajaan sebagai satu pelan jangka masa sederhana dan jangka masa panjang agar pendanaan yang lebih banyak dari pihak swasta dapat digunakan untuk membiayai NETR ini? Mungkin juga saya boleh bertanya kalau kerajaan ada inisiatif atau insentif khusus yang perlu ditawarkan kepada sektor swasta, venture capitalist dan juga capital market untuk turut kekal berminat untuk melabur dalam NETR.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Pokoknya Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, pelan ini baik, NETR ia akan menjadi kerugian jika kita hanya bergantung sepenuhnya kepada the mercy of the market forces, dengan izin, tanpa usaha berterusan yang serius dari kerajaan bagi mencari sumber pendanaan yang lebih berinovatif. We don’t want good plans to go to waste with not enough public funds injected for this initial stage, dengan izin. If we can allocate a lot for public infrastructure, tentu juga boleh kita menyediakan peruntukan yang lebih banyak untuk ekonomi yang future-proof like NETR.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan jaminan bekalan makanan tetapi sebelum itu, perlu sangat kita membicarakan hal tentang pembudayaan kehidupan lestari, sustainability, termasuklah perubahan iklim. Kita sedar bahawa daripada satu dapatan kajian berskala global daripada Yale University, Amerika Syarikat yang mengukur tahap kepekaan rakyat.

Daripada 192 buah negara terhadap isu berkait perubahan iklim, sebanyak 1,153 orang responden daripada Malaysia didapati bahawa 40 peratus rakyat negara kita yang know a little, tahu sedikit tentang perubahan iklim ini. Berbanding dengan negara jiran kita seperti Singapura, Australia, New Zealand yang rakyatnya jauh lebih mengetahui tentang hal-hal berkaitan dengan soal perubahan iklim ini. Kita hanya sekitar 40 peratus sahaja, Yang Berhormat.

Selain daripada itu, 16 peratus sahaja rakyat Malaysia yang terdedah kepada content media mengenai perubahan iklim ini, 16 peratus sahaja content, content yang sama ada televisyen, surat khabar, media sosial dan dengan kekerapan seminggu sekali yang bercakap, yang berceritakan tentang soal perubahan iklim. Jadi untuk itu, kesedaran kepada masyarakat umum, komuniti perniagaan, seperti perusahaan kecil sederhana terhadap peralihan kelestarian perlu digiatkan. Tanpa kesedaran PKS berhijrah kelestarian dan pematuhan ESG, dana tersebut mungkin tidak dapat diguna. Saya bercakap tentang dana Dato’ Timbalan kerana Bank Negara telah menyediakan peruntukan. Sebagai contoh, High Tech and Green Facility RM1.1bilion, SME Automation and Digitalisation Facility RM1.5 bilion, Low Carbon Transition Facility RM1 bilion. Jadi, ini semua adalah peruntukan-peruntukan yang disediakan untuk merancakkan ekonomi.

Tetapi kalau pengetahuan, kesedaran, knowledge kapasiti masyarakat itu tidak menyamai dengan peruntukan yang disediakan, maka ianya hanya tinggal di bank-bank sahaja peruntukan tersebut. Jadi, untuk itu Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mengatakan bahawa dengan meningkatnya perbelanjaan mengurus, tentu akan mengurangkan keupayaan kerajaan untuk melaksanakan a more productive spending plan. Belanjawan 2024 juga menyedarkan kita bahawa hampir keseluruhan perbelanjaan pembangunan ini adalah melalui pinjaman, ini perlu kita ambil perhatian. Kita terus mengukur pencapaian kita dengan angka empat, lima peratus. Tetapi peruntukan– tetapi Yang Berhormat Dato’ Timbalan, apa yang ada di luar sana, pendapat dan juga pandangan, rakyat akan rasa gembira apabila– mereka berpendapat rakyat akan merasa gembira apabila angka menunjukkan trend pertumbuhan yang positif. When the numbers is showing a positive trend, task conclusion, success. Tapi Dato’ Yang di-Pertua, sesungguhnya angka positif akan memberikan kelegaan hanya mungkin kepada kita, Ahli Parlimen. Mungkin kepada pentadbir dan para penasihat sememangnya. Tetapi dapatkah angka-angka tersebut– sebagai contoh, kita jangka dengan pertumbuhan yang positif...

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, satu minit.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Satu minit Dato’ Timbalan, terima kasih.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Gulung.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Ribuan pekerjaan adalah- dapat menyediakan ribuan pekerjaan adalah naratif yang baik, bagus.

Mampu menarik FDI, DDI adalah naratif yang hebat. Dapat menaikkan pendapatan dan kekayaan negara adalah naratif yang unggul. Realitinya Dato’ Timbalan, berdasarkan tabiat manusia, ia tidak sangat membawa sebarang makna. Naratif yang kita bina, ia tidak menyentuh tahap kedudukan rakyat biasa yang ada di luar sana. Hanya dalam keadaan yang amat terpencil sahaja naratif-naratif tersebut diterima rakyat tapi itu pun buat satu tempoh yang sangat singkat.

Kita beri seekor ikan hari ini, esok mereka mahukan dua. Jadi, tak lah boleh kita merancang nak beri dua ekor sebagai satu pertumbuhan atau pun peningkatan.

Sesungguhnya, memenuhi kehendak rakyat bukanlah mudah, maka janganlah kita mudah berpuas hati bahawa kita telah memenuhi kehendak rakyat kerana sesungguhnya

final • 3:00 PM

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

keperluan rakyat akan terus berkembang dan amat sukar untuk kita penuhi. Semacam kereta api laju, bullet train, no government can stop. Human needs are very difficult to fulfill. Persoalannya, bagaimana Belanjawan 2024 dapat menjadi belanjawan yang dihargai oleh rakyat biasa? Bagaimana pertumbuhan yang dirancangkan dapat aspirasi rakyat biasa yang inginkan keselesaan supaya mereka terus menghargai erti pertumbuhan ekonomi.

Dan akhirnya Dato’ Timbalan, Yang Berhormat Tambun, Perdana Menteri kita ada menyatakan bahawa 90 peratus daripada kekayaan negara ni disapu oleh satu peratus daripada kalangan rakyat, lebih kurang gitulah. Saya minta maaf Yang Berhormat Tambun kalau tersilap saya. Tapi begitulah maksudnya. Jadi, penggulungnya Yang Berhormat,saya katakan sebuah pantun daripada Allahyarham sasterawan negara kita - Usman Awang, kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan.

Rumah kecil, tiang seribu; Rumah besar, tiang sebatang; Dari kecil ditimang ibu; Sudah besar ditimang gelombang. Jadi, Dato’ Timbalan di-Pertua, itulah perbahasan saya pada petang ini. Sekian, terima kasih. *Assalamualaikum.

[Tepuk]*

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Pasir Puteh.

final • 3:00 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih kepada Dato’ Sri Timbalan Yang di-Pertua Dewan yang memberi ruang untuk Pasir Puteh turut berbahas dalam belanjawan kali ini. Mudah-mudahan ia akan memberi satu input yang baik untuk negara kita. Pertamanya, saya dahulukan satu ucapan untuk rakan-rakan daripada Palestin, ‘kalian diminta bersatu padu di antara satu sama lain. Jangan ada perbezaan parti politik, perbezaan kabilah-kabilah yang ada mampu memecahbelahkan kalian. Kalau kalian bersatu, kalian mampu menawan kota suci Baitulmaqdis’. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, dalam perbahasan ini, pertamanya saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Pertanian dan saya ingin menyentuh kementerian ini dalam perbincangan saya yang pertama. Bekalan makanan negara ini merupakan satu aspek yang paling asasi. Kita lihat di Palestin bila tercetusnya peperangan dan peperangan ini kita tak boleh duga. Walaupun negara kita aman, jangan sekali-kali kita rasa seronok dan kita rasa selesa sehingga kita terabai daripada menjaga hak-hak dan kepentingan negara serta rakyat.

final • 3:08 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Bekalan makanan asasi di dalam negara kita yang mencukupi hatta stok makanan negara ini sangat-sangat mustahak. Realiti yang berlaku pada hari ini stok padi kita ataupun beras, saya sangat yakin dia tidak mencukupi bahkan kemungkinan besar stok negara ini tidak ada di dalam negara kita, yang ada hanya barangkali di kedai-kedai supermarket dan sebagainya.

Lantaran itu suka saya sarankan kepada pihak kerajaan supaya merencanakan perkara ini dan supaya negara kita mempunyai stok makanan asasi yang mencukupi.

Program yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan di sesi yang lepas SMART SBB.

Sekarang ini, seolah-olah dia tidak diperkatakan dengan lantang. Walaupun saya tahu SMART SBB ini masih wujud tetapi sepatutnya pelan SMART SBB yang diperkenalkan oleh kerajaan yang lepas disambut baik kerana SMART SBB ini satu-satunya, saya ulang satu-satunya program yang terbaik dalam sejarah penanaman padi negara kita.

final • 3:10 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Sebagai contoh di Pendang. Rakyat di Pendang tanam padi sebelum daripada SMART SBB hanya mencatatkan 3.5 tan sahaja untuk satu musim per hektar. SMART SBB masuk di Pendang, alhamdulillah saya yang merasmikan di waktu itu. Alhamdulillah kita boleh capai 7.9 tan metrik per satu hektar. Maknanya, kawasan padi dalam negara kita ini kalau kita perkukuhkan lagi, perkemaskan lagi SMART SBB ini negara kita akan membekalkan bekalan padi yang mencukupi.

Cuma tugas dan tanggungjawab kerajaan untuk memperbaiki saliran yang belum ada. Memperbaiki tanah-tanah yang telah dirosakkan melalui baja-baja yang digunakan secara tidak sistematik sebelum daripada ini. Jadi, saya sarankan kepada kerajaan supaya jangan bekalan ataupun sistem yang baik ini diabaikan begitu sahaja kerana barangkali dianggap dahulu kerajaan lain, kita kerajaan lain. Kita hendak buat agenda lain. Kalau boleh buat satu agenda yang lebih baik, saya mengatakan selamat. Saya mengucapkan selamat.

final • 3:10 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Yang Berhormat Pasir Puteh, mencelah.

final • 3:10 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Sila,Pasir Gudang.

final • 3:10 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Sebentar sahaja. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya hanya nak memberi penjelasan. Ada disentuh tadi tentang stok bekalan makanan. Sebagai anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai pertanian. Saya telah menyaksikan dan melawat di Pasir Gudang iaitu stockpile kerajaan tentang bekalan beras, ada untuk lima enam bulan ada diuruskan oleh BERNAS di Pasir Gudang. Jadi, maknanya - itu di Pasir Gudang, ada. Saya rasa di Klang pun ada, di Pulau Pinang pun ada. Jadi, jangan bimbang, insya-Allah.

final • 3:10 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Ya, saya ucap ribuan terima kasih tetapi perlu dilihat secara detail kerana kawasan ini juga saya pernah pergi. Barangkali kalau saya jawab mengapa bekalan beras tempatan terputus baru-baru ini kalau kita ada stockpile beras. Mengapa terputus? Itu memberi satu gambaran kepada kita bahawa bukan stockpile kawasan-kawasan tersebut yang disebut oleh Yang Berhormat itu adalah kawasan yang disimpan bekalan ini untuk diagih kepada rakyat dalam negara kita. Dia tidak bertahan sampai enam bulan. Dia tak bertahan. Sebab baru- baru ini terputus bekalan beras tempatan. Di mana stockpile Mengapa tidak dikeluarkan?

final • 3:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Pasir Puteh, stockpile bukan ‘stock file’, Tuan Speaker. Hendak menolong, stockpile.

final • 3:10 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Ya, stockpile, saya tahu.

final • 3:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Baik, baik.

final • 3:10 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Saya tahu.

Kemudian, saya hendak menyentuh isu harga padi yang diturunkan oleh pihak kerajaan.

Saya bukan bercakap ini kerana saya duduk di blok yang lain tetapi penurunan harga padi ini tidak berpatutan.

Dalam situasi harga beras melambung tinggi mengapa harga padi kita rakyat terpaksa jual dengan harga yang murah? Di samping harga murah itu tidak masuk lagi pemotongan-pemotongan yang dikenakan kepada para petani. Jadi, saya minta kepada pihak kerajaan supaya dinilai semula harga siling - lantai padi ini kalau boleh dinaikkan kepada RM1,800 ataupun kepada RM1,800 untuk satu tan.

Keduanya, bekalan ayam dan telur. Bekalan ini kita telah bincang lumat dalam sesi yang lepas di mana perlu kita ingat bahawa isu bekalan makanan untuk rakyat ini merupakan kewajipan kerajaan yang disebut oleh para alim ulama di dalam kitab fikah dan ia adalah pentafsiran kepada hadis-hadis yang disebut oleh Nabi SAW. Saya tidak hendak sebut itu panjang tetapi saya hendak sebut belum ada di dalam negara kita ini reban ayam ataupun syarikat penternakan ayam yang diternak oleh pihak kerajaan.

final • 3:10 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Kalau sesi sebelum daripada ini kerajaan telah meluluskan sejumlah peruntukan yang besar tetapi kita tidak sempat hendak melaksanakan. Dengan cara peruntukan ini dikendalikan oleh agensi dan ada joint venture dengan syarikat-syarikat yang kecil, syarikat Bumiputera, syarikat siapa sahaja yang kecil-kecil ini kita janakan, kita kuatkan dan insya-Allah bekalan makanan ayam dan telur ini tidak akan menimbulkan masalah di dalam negara kita. Kalau kita lihat pada hari ini harga telur, harga ayam dan sebagainya bila diapung melambung naik kepada harga RM11.00. Dia tidak mampu dibeli oleh masyarakat kita terutamanya B40.

Kedua, saya ingin menyentuh berkenaan dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Pelancongan dan budaya ini membawa income yang sangat besar kepada negara. Ada negara yang mereka hidup dengan pelancongan seperti Mesir dan sebagainya. Hidup dengan pelancongan yang begitu banyak income yang dipungut oleh pihak kerajaan. Saya minta kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pertamanya mengenal pasti ekosistem pelancongan.

Negara kita kaya dengan seni budaya. Kelantan, kalau saya sebut apa yang ada di Kelantan yang tidak ada dalam dunia? Dengan dikir baratnya, dengan wayang kulitnya, dengan Makyungnya, dengan Menoranya, dengan makanannya semua sekali. Minta kementerian mengambil fokus perkara ini dan di highlight di dalam negara kita supaya dia menjadi salah satu daripada eko ataupun sistem pelancongan di dalam negara kita.

Begitu juga kawasan pelancongan. Allah anugerahkan kepada Malaysia ini. Kita ada pantai, kita ada hutan belantara. Di pantai saya tidak hendak komen. Kita sudah ada pusat-pusat peranginan yang begitu baik cuma di dalam hutan kita belum lagi buat. Kalau daripada Timur Tengah mereka datang ke Malaysia mereka lagi suka berada di dalam hutan sebab mereka padang pasir, mereka pun ada pantai. Jadi, sebab itu kita kena cari keunikan yang ada dalam negara kita untuk kita pamerkan di mata antarabangsa.

Yang seterusnya saya ingin terus sebut berkenaan dengan Kementerian Ekonomi. Kementerian Ekonomi kena bergiat cergas. Saya bukan hendak komen yang ada tetapi dia kena lebih pick up, lebih cergas untuk mencari pelabur-pelabur asing masuk dalam negara kita dan yang ada dalam negara kita ini dia mesti ada komitmen yang tinggi untuk memastikan pelabur yang masuk mereka tidak keluar.

Saya dapat tahu banyak lagi syarikat-syarikat yang disebut oleh Tambun. Syarikat daripada China gergasi masuk apa semua sekali akan melabur dalam negara kita. Kali ini, saya hendak tanya berapa syarikat yang telah menandatangani dan mereka telah pun membayar pelaburan mereka untuk masuk ke Malaysia? Syarikat mana yang telah melabur? Saya tidak nak cakap-cakap kosong begitu.

Begitu juga banyak lagi perkara-perkara yang lain yang memberi petanda kalau saya sebut. Kalaulah pelaburan ini masuk, dia tidak berlaku dalam negara kita.

Umpamanya Bank Dunia mencatatkan sasaran unjuran GDP Malaysia 3.9 peratus yang asalnya 4.3 peratus. Kalau pelabur ini masuk, dia tidak akan mengecut. Unjuran ini tidak akan menguncup.

final • 3:10 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Menunjukkan kepada kita bahawa apa yang disebut oleh Tambun ini dan oleh Menteri Ekonomi boleh dipertikaikan, dan banyak dipertikaikan. Saya minta supaya adanya kenyataan-kenyataan yang rasmi. Nilai ringgit kita menjunam. Hari ini, sangat- sangat mendukacitakan kita, RM4.76 untuk USD1. Ini semua memberi gambaran yang sangat-sangat mendukacitakan kita.

Akhirnya, saya hendak menyebut berkenaan dengan keamanan negara. Allah anugerahkan kepada bumi Malaysia ini masyarakat majmuk. Sahabat-sahabat kepimpinan dalam Parlimen ini, kita kena menghargai masyarakat majmuk. Kita ada rakan-rakan daripada bangsa Cina, daripada bangsa India, daripada bangsa Melayu.

Semua ini adalah makhluk Allah. Kita mesti menghormati dan perbezaan bangsa ini, setiap bangsa ada kekuatan. Orang Melayu ada kekuatan dia, orang India ada kekuatan, orang Cina ada kekuatan dalam semua aspek. Kekuatan ini kalau kita bertembung, dia akan hancur, tetapi kekuatan ini kalau kita gabung, dia akan menjadi sebuah negara yang kuat.

[Tepuk]

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Lantaran itu, saya mengajak kepada semua, terutama sekali pihak kerajaan, dalam isu yang seumpama ini, kerajaan mesti mengepalai perkara ini. Jangan sekali-kali pihak kerajaan ini dia yang menjadi jentera yang kuat untuk mencetuskan situasi yang tidak aman dalam negara kita.

Di sudut keadilan, sebagai contoh, kalau saya sebut. Keadilan. Kita bincang bajet. Bajet ini diambil daripada semua negeri. Diambil daripada Kelantan, diambil daripada Terengganu, daripada Sabah, daripada Sarawak. Mengapa bila pengagihan kepada negeri ini, tidak mereka berlaku adil? Royalti petroleum Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, jangan dipermainkan. Kekayaan yang ada di dalam negara kita ini, kita kena ingat dia adalah milik Allah. Allah boleh menarik kalau Dia hendak tarik.

Sebab itu dalam Al-Quranul Karim, untuk makluman semua, Allah menyebut perkataan ‘al-adl’...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] dan ayat-ayat yang seumpamanya.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Dalam Al-Quran, perkataan adil ada 18 tempat. 18 tempat. Kemudian, Allah susuli dengan perkataan ‘istaqim’ dan ‘mustaqim’.

Perkataan ‘istaqim’ yakni mesti tunduk, patuh kepada keadilan ini. Ini perintah daripada Allah yang mencipta langit dan bumi. Fastaqim, ada sembilan tempat, mustaqim ada 41 tempat di dalam Al-Quranul Karim. Menunjukkan kepada kita isu ini adalah isu yang penting.

Jadi, jangan sekali-kali kita melanggar perkara ini kerana kekuatan satu negara, dia adalah milik Allah SWT. Dengan maaf, kalau saya sebut, kerajaan yang ada pada hari ini dia jadi terumbang-ambing. Sebab apa? Sebab tidak ada nasrul minnallah. Tidak ada nusrah daripada Allah. Allah tidak melembutkan hati manusia untuk bersama-sama dengan kerajaan. Kerana apa? Kerajaan bersikap di luar daripada batas-batas kemanusiaan. Ahli-ahli Parlimen tidak diagihkan peruntukan. Harta siapa?

final • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker.

final • 3:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Pasir Puteh, boleh mencelah?

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Saya, kalau harta ini milik Tambun, saya tak kata apa. Tapi ini adalah harta rakyat, harta negara yang mesti diagihkan dengan baik.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, ini floor Pasir Puteh. Sila.

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Saya tidak bagi laluan kerana masa dah tamat. Saya nak gulungkan.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Satu minit lagi.

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Jadi, saya minta susulan daripada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Marang, satu peringatan, satu pengajaran. Isu agama, isu raja-raja dilanggar. Keadilan ini tidak tertegak di dalam negara kita.

final • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, saya minta maaf. Saya guna peraturan. Peraturan Dewan.

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Jangan sampai rakyat dalam negara kita ini sekali lagi membanjiri Kuala Lumpur sebagaimana perhimpunan ICERD yang boleh menjatuhkan kerajaan.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar, Pasir Puteh. Sebentar. Sebentar, Pasir Puteh.

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Saya kira tidak lama usianya.

final • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

36, 36(6).

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Kalau ini diteruskan, insya-Allah, kerajaan ini akan bertemu ajal dia. Insya-Allah.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar, Pasir Puteh.

final • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ajal? Saya minta kenyataan itu ditarik balik.

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Saya rasa sekadar itu sahaja. Sekian, wabillahi taufiq wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Jelutong?

final • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, saya gunakan peraturan 36(6) iaitu mengeluarkan sangkaan jahat. Kita ada murid-murid daripada sekolah-sekolah di sini sedang memerhatikan Yang Berhormat daripada Pasir Mas tadi membuat ucapan.

[Disampuk] Pasir Puteh.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Okey.

final • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan terakhir sekali, mengharapkan kerajaan ini akan menemui ajalnya, menyatakan bahawa kerajaan ini membuat perkara-perkara yang melanggar raja-raja dan melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan permusuhan di antara kaum.

Daripada tadi kita dengar. Semua kenyataan-kenyataan itu boleh memecahbelahkan rakyat negara kita. Sangkaan-sangkaan jahat.

Jadi, saya minta Timbalan Speaker, saya percaya Timbalan Speaker pun sedang tekun dengar.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya.

final • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kenyataan-kenyataan itu adalah kenyataan-kenyataan yang membuat sangkaan jahat terhadap kerajaan dan saya minta supaya Yang Berhormat tidak mengulangi kenyataan itu.

Mulanya bagus. Pada mulanya beliau mengatakan bahawa negara kita mempunyai rakyat berbilang kaum.

final • 3:20 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Bukan pada individu.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tetapi apabila beliau mengakhiri ucapan, kenyataan-kenyataan— saya tahu yang mendoakan Kerajaan Pakatan Harapan untuk jatuh itu Yang Berhormat. Kita tahu bila Yang Berhormat buat perkara itu.

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Ya, betul, dan kali ini pun saya nak doa.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, tolong.

final • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Adakah ini sifat seorang Yang Berhormat?

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Pasir Puteh, duduk kejap Yang Berhormat Pasir Puteh. Please spesifikkan bahagian mana.

final • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, saya dah spesifikkan tadi. Pertamanya, kenyataan Yang Berhormat bahawa kerajaan ini boleh menyebabkan perkara-perkara yang boleh mencetuskan masalah di antara beberapa kaum.

Keduanya, bahawa kerajaan ini adalah kerajaan yang...

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Itu saya tak pernah sebut. Itu saya tak pernah sebut. Sangkaan jahat.

final • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat sebut tadi.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Pasir Puteh, duduk. Ini saya dah bagi ruang kepada Yang Berhormat Jelutong. Kalau tidak, saya tak boleh come to conclusion, dengan izin.

final • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dan kenyataan-kenyataan retorik yang mengatakan bahawa kita melakukan perkara-perkara yang melanggar raja- raja. Yang Berhormat Timbalan Speaker sendiri dengar. Dan akhir sekali, mendoakan agar kerajaan ini akan menemui ajalnya. Come on-lah, Yang Berhormat. Kalau kita nak berbahas, bahaslah cara elok.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

So, saya minta Timbalan Speaker membuat ruling.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Jelutong! Jelutong! Itu pembangkang. Memang dia nak jatuhkan kerajaan kita ini. Itu kerja dia.

final • 3:20 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ya.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Hulu Langat, saya tak jemput Yang Berhormat. Saya tak benarkan Yang Berhormat bangun.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tahu. Saya tak benarkan. Bila saya tak benarkan, duduklah.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tapi Jelutong benarkan!

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ini kuorum antara saya dengan Jelutong. Bukan saya dengan Hulu Langat.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Jadi ini saya tak bolehlah, Speaker?

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tak bolehlah.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya akur keputusan Speaker.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, duduk.

Allahu Akbar.

final • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jadi, Timbalan Speaker, saya percaya saya dah menyatakan. Timbalan Speaker pun saya dengar tadi memang dengar dengan tekun apa yang telah dibahaskan.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker, saya minta sikit boleh, Speaker? Nak habiskan ayat saya. Boleh tak? Saya minta ini. Ini saya minta.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sikit je, sikit je.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya tak benarkan.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Jelutong, benarkan saya tak?

final • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, saya benarkan.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, Jelutong benarkan, Speaker.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ini bukan kuorum Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya nak sebut sikit je.

Sampaikan sana Kuala Kangsar pun bagi sokongan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang memimpin Kerajaan Perpaduan...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Kerajaan Madani ini. Terima kasih Jelutong.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya membenarkan Yang Berhormat Jelutong bercakap bukan bermakna saya benarkan Yang Berhormat Hulu Langat. Faham? Ataupun saya nak kena cakap Orang Asli baru faham?

final • 3:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Jangan, jangan, jangan. Jangan Speaker, jangan. Kawasan saya pun ada empat kampung Orang Asli. Saya faham Speaker, saya hormat Speaker. Tabik, Speaker.

final • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, satu lagi.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar, sebentar, sebentar. Okey, Yang Berhormat Jelutong.

final • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

36(7).

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sekejap lagi saya bagi Pasir Puteh bercakap. Jangan risau.

final • 3:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

[Bangun]

final • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tidak mahu menggunakan peraturan ini kerana Yang Berhormat daripada Pasir Puteh merupakan seorang yang alim, pandai agama, seorang ustaz. Jadi, saya tadi masuk Dewan dengar hujahan, perbahasan memang elok tetapi bila penghabisannya bukanlah mencerminkan sifat seorang ustaz daripada PAS. Kalau Yang Berhormat mempunyai hujah-hujah yang boleh membantu kerajaan melaksanakan tugas, kita hormati, kita terima tetapi janganlah menghentam tak tentu hala. Kalau nak saya sebut hutang Harakah belum bayar, nanti Yang Berhormat marah lagi.

final • 3:20 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Speaker, ini dah berucap. Ini tak berkait dengan point of order.

final • 3:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Peraturan Mesyuarat...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat Pengkalan Chepa...

final • 3:30 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Kalau Speaker bagi ruang dia, sudah viral kat luar ucapan dia ini. Sepatut...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat Pengkalan Chepa...

final • 3:30 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Very spesifik Speaker, kena point of order, very spesifik.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 3:30 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Jangan berucap.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Pengkalan Chepa, faham. Saya akan berlaku adil. Saya buat keputusan berpandukan apa yang dinyatakan. All right. Okey, Yang Berhormat Jelutong selesai?

final • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Selesai. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

final • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 3:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Ipoh Timur.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ipoh Timur. Ada peraturan yang hendak dibangkitkan?

final • 3:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Timbalan Speaker, 36(7) nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau nama Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh digunakan bagi mempengaruhi majlis mesyuarat. Tadi kita dengar secara jelas satu Dewan, Pasir Puteh kata Raja-raja pun dilanggar oleh kerajaan ini.

Itu mempengaruhi secara negatif membuat andaian, membuat tuduhan liar terhadap kerajaan dan juga sesiapa yang ada dalam Dewan ini. Maka saya mohonlah supaya Timbalan Speaker buat satu ruling yang tegas supaya 36(7) tidak digunakan lagi.

Nama Duli Yang Maha Mulia Raja-raja tidak akan diguna bagi mempengaruhi yang jelas dilakukan oleh Pasir Puteh. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, apabila sebelah pihak membangkitkan kena dengar jawapan, baharu boleh buat keputusan yang adil. All right. Isu dalam ini adalah atas isu-isu yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pasir Puteh.

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

[Bangun]

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar Yang Berhormat Pasir Puteh, duduk, duduk. Dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong spesifik benda ini, benda-benda ini, all right berkaitan dengan sebagaimana yang dinyatakan sangkaan menyakit-nyakit hati, sangkaan jahat. Dua aspek 36(6) dan 36(10).

Yang Berhormat Ipoh Timur membangkitkan isu berkaitan Raja-raja. Okey, sebelum saya buat ruling Yang Berhormat Pasir Puteh dengarkan, tiga perkara itu.

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Ya, Ya. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, tolong diri.

Okey kita ambilkan jangan merewang kepada peraturan-peraturan lain ya.

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Ya.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

All right. 36(6), 36(7), 36(10) tiga fakta ini. All right 36(6), bila dengar dan jawab pasal benda ini saya hendak rekod. Saya jenis saya hendak benda itu rekod.

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Terima kasih...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Nanti kejap.

Jawab soalan saya, sebelum saya buat keputusan, saya kena jawab dengan jawapan.

36(6), apa yang telah di utter dengan izin, dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi, adakah dengan tulus hati berniat sangka jahat ke sebelah sini?

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Tidak.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Sama sekali tidak.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, nanti kejap.

36(7). Yang Berhormat Ipoh Timur menyatakan, adakah Yang Berhormat menggunakan Raja-raja sebagai platform untuk menyatakan dalam Dewan ini. Apa untuk menyokong apa hujah-hujah Yang Berhormat?

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Juga tidak betul.

Saya sebut perkara lain.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, 36(10).

Adakah niat Yang Berhormat untuk sangkaan untuk sahaja-sahaja hendak melagakan perasaan sebelah sini?

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Tidak. Sekadar yang keikhlasan yang saya sebut...

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ucapan-ucapan Yang Berhormat ini...

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Saya hendak betulkan keadaan supaya sama-sama kita menghormati perkara ini. Itu sahaja.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat sebelah sini dengar nawaitu mensia, mensia tidak boleh dianggapkan hanya perbuatan seseorang itu daripada situ dengan izin baharu kita boleh deduce. Ini saya berpandu kepada pengalaman saya 18 tahun dalam mahkamah, yang saya bawa. Ini badan kerusi judicial yang diberi kuasa untuk saya untuk memutuskan dan yang boleh appeal kepada Speaker.

Ini keputusan saya, pasal benda ini berlaku depan mata saya. Kalau kaitkan benda luar, saya tidak mahu membuat keputusan unless I see what is all about, dengan izin. Okey, ini judgement saya. Jelas, kedua-dua pihak telah menyatakan niat nawaitu apa hendak dibangkitkan, saya zahirkan benda-benda yang dinyatakan tidak wujud pasal recorded. *All right.

[Tepuk]* Kalau katakan di sini dia menyatakan ya, saya menggunakan platform Tuanku Agong atau Tuanku Raja-raja that is different, it’s clear-cut. Ramai yang di dalam ini adalah peguam, pengamal undang-undang. Saya terikat memutuskan atas fakta. Fakta- fakta ini jelas. Okey, itu sahaja, habis.

Berikutan saya persilakan Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 3:30 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Bismillahi rahmani rahim, assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh, salam sejahtera, salam perpaduan, salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya memulakan perbahasan saya dengan menyentuh tentang ‘maha kaya’. Beberapa kali istilah ‘maha kaya’ disentuh dalam perbahasan di dalam Dewan ini. Hasil dari perbahasan tersebut menimbulkan pelbagai persoalan. Yang pastinya adalah tidak betul ataupun salah untuk kita merujukkan ‘maha kaya’ itu kepada semua golongan T20.

Para peniaga yang berjaya dari golongan T20 yang berhempas pulas berniaga sehingga telah membuka peluang pekerjaan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Golongan ini rata-rata merakamkan kesediaan mereka untuk berkongsi keuntungan perniagaan dengan membayar cukai.

Apa yang mereka harapkan agar kerajaan terus membuka peluang dan ruang untuk mengembangkan perniagaan melalui undang-undang dan polisi kerajaan yang mesra perniagaan dan seterusnya akan menyumbang kembali sebahagian keuntungan kepada negara. Kita semua sedia maklum pentakrifan, definisi T20 itu adalah isi rumah yang berpendapatan melebihi RM10,971 sebulan.

Kita semua di sini termasuk Yang Berhormat semua boleh menilai masing-masing punya isi rumah berapa banyak pendapatan kita dan kita boleh tentukan sama ada kita berada dalam golongan T20 ataupun tidak. Yang pentingnya di sini kita perlu memastikan bahawa semua golongan T20 ini tidak meninggalkan kawan-kawan kita dalam golongan M40 dan juga B40. Pada saya ‘maha kaya’ yang diertikan itu adalah mereka yang mengumpul kekayaan di atas kesengsaraan rakyat.

final • 3:35 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Subsidi rakyat mereka kaut untuk diri mereka sendiri. Dapat projek berbilion ringgit secara mudah melalui rundingan terus, kemudian mendapat keuntungan berlipat kali ganda di luar dari kebiasaan dalam industri berkenaan. Akibatnya, rakyat hanya dapat mengecapi sedikit sangat manfaat dari projek-projek yang dilaksanakan. Rakyat are being short-changed dengan izin. Sebagai contoh syarikat dapat projek berbilion ringgit, tetapi rakyat hanya dapat menikmati sebahagian kecil sahaja nilai projek tersebut.

Golongan ‘maha kaya’ ini menyimpan berbilion ringgit di luar negara. Di masa negara menanggung hutang besar tiada, terlintas dan tiada rasa bertanggungjawab untuk sama-sama menstabilkan kedudukan ekonomi negara dengan membawa balik wang di luar negara. Inilah di antara ciri-ciri mereka yang ‘maha kaya’.

Tuan Yang di-Pertua, kita ada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang berperanan untuk mengawal selia perkhidmatan air di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Water Services Industry Act (WSIA 2006) dengan izin. Di bawah akta ini ada dua bidang utama, selain daripada bekalan air, akta ini juga mengawal selia perkhidmatan pembetungan.

Saya sokong tanpa ragu semua usaha pembinaan dan pembangunan infrastruktur termasuk pembetungan yang moden bagi menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti. Perkhidmatan pembetungan juga telah menerima peruntukan yang besar. Walau bagaimanapun, projek-projek perkhidmatan pembetungan sering kali dilaksana di bawah radar. Kita hanya sedar apabila projek itu mengalami kelewatan tidak siap mengikut garis masa yang sepatutnya. Kita terpaksa melalui lencongan demi lencongan di jalan-jalan raya di Kuala Lumpur khususnya. Penyelenggaraan tapak amat minimal, kadangkalanya tiada langsung kelihatan.

final • 3:35 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Saya ingin tarik perhatian Ahli Dewan semua, kepada projek Pakej D44 melibatkan pembinaan Rangkaian Paip Pembetungan Bunus, Kuala Lumpur. Saya perlu sentuh tentang projek ini kerana projek ini melibatkan bukan sahaja kawasan Parlimen Wangsa Maju tetapi juga kawasan Parlimen Setiawangsa dan juga kawasan Parlimen Titiwangsa.

Projek ini telah mula pada tahun 2014, yang sepatutnya siap pada 2018. Akan tetapi projek berkenaan masih dalam pembinaan walaupun sudah beberapa kali menerima extension of time dengan izin, lima kali kelulusan lanjutan masa. Hakikatnya projek ini masih dalam pembinaan selepas sudah lebih daripada empat tahun kelewatan siapnya.

Malah, Yang Berhormat Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sendiri telah mengadakan lawatan tapak pada bulan Julai yang lalu. Projek ini adalah projek design and build ataupun reka dan bina yang telah menelan belanja kontrak asalnya RM394 juta dan kerajaan telah membayar setakat ini difahamkan RM330 juta.

Ia adalah merangkumi rangkaian paip sepanjang 55,168 meter dan ini telah– kelewatan siap projek ini telah menjejaskan tidak kurang daripada tiga buah projek pembangunan perumahan dalam kawasan Wangsa Maju sahaja menyebabkan certificate of completion and compliance (CCC) tidak dapat diperolehi walaupun bangunan telah pun siap. Kerana itu, ribuan pembeli dinafikan hak mendapat kunci rumah mereka, akses kepada unit kediaman masing-masing kerana pihak pemaju masih belum dapat CCC bagi projek mereka.

Sebagai contohnya, khusus satu development pembangunan Flora Residensi yang ada 550 unit, di mana pembelinya telah lihat setiap hari rumah sudah siap, bangunan sudah siap tetapi tidak dapat memasuki unit-unit mereka kerana tidak memperolehi CCC kerana tidak dapat perkhidmatan pembetungan tersebut.

Dato' Yang di-Pertua, Belanjawan Madani kedua ini turut memberi perhatian sewajarnya terhadap pendidikan TVET. Syabas dan terima kasih saya ucapkan. TVET bukanlah perkara baru. Namun apabila kita bincang isu TVET, masih ramai yang anggap pendidikan TVET ini sebagai kelas kedua disebabkan beberapa faktor. Antaranya pendidikan TVET untuk pelajar tercicir, gagal dalam akademik atau tidak layak ke

final • 3:40 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

universiti. Tanggapan ini perlu diperbetulkan supaya bidang TVET ini tidak dianggap bertaraf lebih rendah daripada aliran akademik.

Bidang TVET sebagai cabang ilmu perlu diangkat dan dimartabatkan setaraf dengan bidang akademik sedangkan sebenarnya melalui TVET, kita boleh lahirkan ramai individu berkemahiran kelas pertama bertaraf profesional. Apatah lagi bidang TVET ini juga turut diiktiraf oleh Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT).

Selaras dengan itu, gaji pekerja mahir juga perlu ditingkatkan untuk menarik lebih ramai pelajar menceburi bidang TVET. Dari sudut yang lain, saya berpendapat pendedahan terhadap pendidikan TVET perlu dimulakan lebih awal seperti yang diamalkan di beberapa negara maju. Di Malaysia, laluan aliran TVET ini hanya bermula di peringkat menengah atas iaitu bermula pada Tingkatan 4, dengan pendedahan awal pelajar dapat kenal pasti lebih awal kecenderungan minat dan bakat kemahiran mereka dan ini akan membantu mereka untuk buat pilihan arah tuju aliran pendidikan dan kerjaya mereka sendiri.

Isu-isu TVET yang saya sentuh ini, walaupun sudah banyak kali ditimbulkan, nampaknya masih sama. Oleh itu, bagi menarik lebih ramai pelajar memilih aliran TVET, kerajaan peru menjelaskan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan dalam memastikan aliran TVET diarusperdanakan dan sama ada pendedahan lebih awal kepada bidang TVET ini pernah dikaji ataupun dipertimbangkan.

Dato' Yang di-Pertua, saya ucapkan tahniah kepada pasukan task force bawah KPKT di atas pencapaian luar biasa yang menyelamatkan lebih 256 projek perumahan swasta lewat, sakit dan terbengkalai sehingga Ogos 2023. Usaha serius ini telah membawa harapan kepada ribuan individu yang terjejas oleh projek-projek yang sakit, apatah lagi yang terbengkalai ini.

Pasukan task force juga telah memberikan perhatian dan bantuan yang besar kepada salah satu projek yang berada dalam keadaan sakit yang kritikal dalam Parlimen Wangsa Maju iaitu perumahan Residensi Hektar yang juga merupakan projek RUMAWIP di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan. Malah, projek ini telah dikategorikan sebagai projek sakit.

Dato' Yang di-Pertua, Residensi Hektar mempunyai 2,400 unit dan kelewatan projek ini mengakibatkan para pembeli mengalami tekanan yang berterusan, terpaksa terus menerus bayar sewa rumah, dalam masa yang sama terpaksa terus mula membayar kepada pihak bank. Dalam masa yang sama juga, keadaan yang kelewatan ini juga telah melahirkan satu masalah sosial, sehinggakan ada kes-kes penceraian di kalangan pembeli Residensi Hektar ini. Ada juga, dengan sedih kita merakamkan pada mereka yang tidak sempat..

[Menahan sebak] .. tidak sempat masuk rumah telah meninggal dunia.

[Menangis] Jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri...

[Menangis]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat duduk kejap, duduk kejap.

final • 3:40 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Insya-Allah. Jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri pada soalan lisan saya semalam, Selasa, 24 Oktober 2023 telah memberikan cahaya kepada nasib projek ini. Berikanlah keadilan sewajarnya kepada pembeli-pembeli yang terjejas teruk disebabkan kelewatan projek. Dengan bantuan dan sokongan pihak kerajaan, kita harap projek ini dapat dipulihkan dan memberi kelegaan kepada semua yang terlibat.

Dato' Yang di-Pertua, akhir sekali isu bencana. Isu bencana tidak boleh dibincangkan secara bermusim. Isu bencana tidak boleh dibahaskan hanya apabila ada kejadian bencana berlaku. Ia perlu terus menjadi isu tumpuan arus perdana. Kenapa?

Kerana setiap kali bencana berlaku, ada kalanya mengakibatkan kehilangan nyawa, bermusuhan, kemusnahan harta benda, hilangnya punca pendapatan, aktiviti ekonomi terjejas, akses pendidikan menjadi terhad dan macam-macam lagi.

Ia pasti mengambil masa untuk build back better dengan izin. Benar, saban tahun memang ada penambahbaikan yang telah dilakukan dalam menghadapi bencana. Kita

final • 3:40 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

ada Arahan MKN 20, iaitu arahan berkaitan dasar dan mekanisme pengurusan bencana.

Walaupun begitu, saya harap isu bencana ini dapat dilihat secara dari sudut whole-of- society, whole-of-government approach dan juga whole-of-cycle approach. Sudah tiba masanya untuk kita tumpukan usaha untuk menghadapi bencana dalam keadaan yang lebih bersedia dengan meningkatkan daya kesiapsiagaan berdasarkan data dan sains. Dalam Laporan Mid-term Review of the Implementation of Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2025-2030 kepada Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu bulan Mei yang lalu, Malaysia komited akan memberi keutamaan untuk tindakan pengurusan data berkaitan dengan bencana, data berkenaan dengan risiko pelbagai bencana, penilaian dan daya tahan bandar dengan menitik beratkan pendekatan inter-sectoral dalam pemulihan data, pengurusan data analytic dan visualisasi.

Data berkualiti tinggi, tepat dan berorientasikan ruang boleh diterjemahkan dalam maklumat risiko yang menyokong kepada proses membuat keputusan, dasar dan perancangan strategik. Apa yang perlu dibuat telah jelas kepada kita. Ini adalah komitmen kita, ini mesti kita lakukan. Arahan 20, Perkara 11(b) menggariskan “Semua agensi kerajaan, badan berkanun, pihak swasta dan badan-badan sukarela hendaklah berkongsi maklumat mengenai risiko berlakunya kejadian bencana supaya tindakan segera dapat diambil”.

Satu aspek penting lagi adalah isu berkenaan dengan kewujudan sistem amaran awal, early warning system dengan izin, di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi untuk bencana banjir, tanah runtuh dan sebagainya.

final • 3:40 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Perkara 11 dalam Arahan 20 ini menuntut semua agensi kerajaan yang berkenaan hendaklah membangunkan, menyelenggara dan menilai dari masa ke semasa satu sistem amaran bencana. Kita rakyat Malaysia, pohon ia dilaksanakan. Dengan itu Wangsa Maju pohon menyokong, terima kasih.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Kadang-kadang wakil rakyat yang begitu berdedikasi untuk serve the constituency, saya faham Yang Berhormat Wangsa Maju, saya pun kadang- kadang macam itu juga, try to solve problem rakyat dengan izin, so much hindrance. Baik, kita persilakan Yang Berhormat Gua Musang.

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada Gua Musang untuk turut serta dalam sesi perbahasan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2024.

Dato’ Yang di-Pertua, terlebih dahulu Gua Musang ingin merakamkan ucapan tahniah di atas pembentangan Belanjawan 2024 dengan tema Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat oleh Yang Amat Berhormat Tambun merangkap Menteri Kewangan pada hari Jumaat, 13 Oktober 2023 yang lepas.

Belanjawan 2024 ini yang diungkapkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Belanjawan Madani Kedua menghamparkan tekad dan kesungguhan Kerajaan Perpaduan dalam memaknai sebuah cetusan nurani bagi mengangkat darjat harakat ekonomi negara dan rakyat. Walau berbelit lidah berbicara, jauh dari sudut hati, Gua Musang bersama-sama seluruh rakyat Malaysia menadah tangan memohon supaya Belanjawan 2024 ini memberi impak yang sangat positif kepada semua lapisan masyarakat di bumi bertuah Malaysia.

Dato’ Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita ketahui, Belanjawan 2024 yang juga Belanjawan Madani Kedua ini telah memperuntukkan sebanyak ataupun sejumlah RM303.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM90 bilion bagi perbelanjaan pembangunan serta RM2 bilion bagi perbelanjaan simpanan luar jangka. Sememangnya

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

belanjawan ini telah melibatkan penambahan siling RMKe-12 sebanyak RM15 bilion menjadikan jumlah keseluruhan RM415 bilion untuk tempoh lima tahun.

Ya, memang benar satu jumlah yang cukup besar dan cukup berani oleh seorang Menteri Kewangan di saat negara kita masih lagi bergelut dengan pelbagai isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan serta masih lagi negara kita dibelenggu oleh ketidaktentuan ekonomi, kejatuhan nilai ringgit dan peningkatan kadar inflasi.

Dato’ Yang di-Pertua, sebelum Gua Musang memfokuskan agenda utama perbahasan ini, suka untuk Gua Musang merujuk kepada mukadimah Yang Amat Berhormat Tambun pada sesi perbahasan tempoh hari yang menyentuh mengenai perkara tata kelola terbaik demi ketangkasan perkhidmatan. Dalam perkara ini, ikhtiar pertama iaitu komitmen reformasi fiskal. Semoga apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada Pembentangan Belanjawan 2024 tempoh hari akan dikotakan segera bagi memastikan semua lapisan masyarakat, terutama kaum bumiputera benar- benar ditingkatkan darjat hidup dan berdiri sama tinggi dengan kaum bumiputera dengan kaum lain yang sentiasa di depan yang menerajui martabat ekonomi negara.

Dato’ Yang di-Pertua, perbahasan Gua Musang akan memfokuskan kepada tiga kementerian utama iaitu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Kewangan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pertamanya, sebagai satu-satunya Parlimen yang terletak di kawasan luar bandar, sudah semestinya Gua Musang akan menarik perhatian Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk dijadikan kebergantungan utama. Merujuk kepada carta perbelanjaan sebenar 2020-2022 dan peruntukan 2023-2024 bagi mengurus dan pembangunan, adalah didapati Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mencatat peningkatan unjuran pembangunan sebanyak RM15 juta kepada RM7.439 bilion pada perbelanjaan pembangunan tahun 2024 berbanding dengan RM7.424 bilion pada tahun 2023.

Besar harapan Gua Musang agar sebahagian daripada peruntukan tahun 2024 ini diperuntukkan untuk melaksanakan projek-projek yang telah disenaraikan untuk pembinaan pada tahun 2023 tetapi tidak dapat dilaksanakan oleh beberapa faktor seperti kewangan dan juga teknikal. Sebagaimana yang diketahui, dua projek yang saya sebut.

Pertamanya ialah projek pembinaan jalan masuk dari Simpang Ladang Serasa ke Kampung Lulut, Mukim Kuala Sungai, Gua Musang dan juga keduanya, projek pembinaan jambatan merentasi Sungai Galas, Kampung Batu Enam, Gua Musang. Yang kita ketahui agensi pelaksana kepada kedua-dua projek tersebut ialah iaitu Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). KESEDAR dan – untuk makluman, KESEDAR adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan difahamkan, kesemua projek-projek tersebut telah pun diluluskan tetapi dalam proses tender ataupun sebaliknya.

Dato’ Yang di-Pertua, saya berharaplah projek yang saya sebut tadi diambil perhatian terus yang lebih untuk belanjawan tahun hadapan. Dato Yang di-Pertua, Gua Musang juga memohon Yang Berhormat Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menyemak dan membuat penambahbaikan demi menjaga kebajikan warga peneroka KESEDAR. Saban tahun, sebahagian besar peneroka KESEDAR disajikan dengan pelbagai masalah yang entah bila ada titik noktahnya.

Dari isu insentif penanaman semula, isu hak milik lot kediaman dan lot pertanian, isu hutang peneroka dan seterusnya isu generasi kedua, seakan-akan tiada jalan penyelesaian. Oleh yang demikian, Gua Musang amat berharap isu peneroka KESEDAR ini dapat ditangani secara sistematik dan dinamik.

Dato’ Yang di-Pertua, masih lagi mengenai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Gua Musang juga menarik perhatian Yang Berhormat Menteri dan agensi pelaksana iaitu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk segera melaksanakan projek pembinaan baru dan juga baik pulih jalan-jalan perhubungan desa di semua perkampungan Orang Asli Gua Musang. Untuk rekod, Yang Berhormat Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi pelaksanaan projek-projek tersebut, sebagaimana lawatan yang dimaklumkan sewaktu

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

lawatannya ke Gua Musang pada 23 Julai 2023 yang lepas, mewakili Orang Asli Gua Musang. Suka untuk diingatkan kepada Yang Berhormat Menteri, Orang Asli tidak pernah lupa janji-janji VIP, apalagi janji Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Yang di-Pertua, sebagai rumusan bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, adalah diharapkan lebih banyak pembinaan jalan baru dan naik taraf kemudahan infrastruktur asas seperti jalan perhubungan desa, lampu-lampu jalan dan perumahan generasi kedua diberi perhatian sewajarnya oleh Yang Berhormat Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Berbanyak terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri dan juga Timbalan Menteri kerana kerap berkunjung ke Gua Musang selepas saya menerajui Parlimen Gua Musang.

Dato’ Yang di-Pertua, keduanya Gua Musang ingin menyentuh mengenai Kementerian Kewangan Malaysia. Sebagaimana diketahui, salah satu daripada dua misi Kementerian Kewangan Malaysia ialah berbunyi, “Mengurus kewangan awam dengan cekap, telus, berintegriti dan efektif untuk mencapai matlamat pembangunan negara.” Misi ini cukup gah untuk didengar dan dihayati oleh kita semua. Namun, Gua Musang ingin mengutarakan dua isu utama berkenaan urus tadbir Kementerian Kewangan Malaysia.

Pertamanya ialah satu situasi di mana seorang warga Melayu bumiputera telah mendaftarkan syarikat mereka di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan status syarikat di dalam pendaftaran perniagaan (ROB) beliau ialah pemilik tunggal. Setelah selesai pendaftaran di SSM, beliau mohon untuk mendaftar syarikat beliau dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi maksud untuk menyertai tender-tender yang sekarang ini kebanyakan dilaksanakan melalui sistem ePerolehan Kementerian Kewangan Malaysia.

Kenapakah syarikat tersebut diluluskan pendaftaran tanpa diluluskan pendaftaran taraf bumiputera oleh Kementerian Kewangan, sedangkan status syarikatnya adalah pemilik tunggal dan syarikat itu milik seorang yang namanya Bumiputera? Soalan saya bolehkan pihak Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri sebab situasi ini berlaku pada tahun 2018 iaitu selepas Kerajaan Perpaduan mengambil alih Putrajaya.

Isu yang kedua ialah berkenaan isu Dasar Ekonomi Baru (DEB). Gua Musang ingin menarik perhatian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya melihat kepada agenda mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera sebagaimana yang disenaraikan di dalam rangka keenam di dalam Dasar Ekonomi Baharu. Apa yang penting, bila memperkatakan mengenai Dasar Ekonomi Baru ialah keperluan kerajaan untuk memperkasakan ekonomi kaum bumiputera.

Berhubung dengan perkara ini, Gua Musang dengan penuh hormat merayu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya memperbaharui semula kaedah perolehan kerajaan atau penilaian tender dengan tidak hanya semata-mata menjadikan faktor kewangan sebagai faktor utama dalam penilaian dan kelayakan tender oleh syarikat-syarikat bumiputera. Harus diingat, wang bukan segala-galanya, walau segala- galanya memerlukan wang.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Kontraktor Melayu yang cemerlang, tidak semuanya kontraktor yang memerlukan perniagaan mereka, yang memulakan dengan lambakan wang ringgit.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian yang ketiga ialah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebelumnya, Gua Musang ingin merakamkan ucapan tahniah dan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan di atas inisiatif memperuntukkan kewangan yang besar untuk kerja-kerja selenggara, baik pulih dan penggantian tandas- tandas sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

[Tepuk]

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Antara yang perlu diberi perhatian – Sehubungan dengan itu, Gua Musang memohon Yang Berhormat Menteri Pendidikan supaya sekali lagi mencipta kelainan yang terpuji dengan menyemak semula pengurusan dan pembayaran kepada kontraktor yang melaksanakan kontrak-kontrak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara yang perlu diberi perhatian ialah kontraktor yang melaksanakan kontrak jangka panjang seperti kontraktor bagi kontrak perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan sekolah- sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permasalahannya ialah apabila kerajaan telah melaksanakan Perintah Gaji Minimum yang baru, yang mana kenaikan gaji minimum dengan jumlah ataupun perbezaan jumlah yang banyak, kontraktor terpaksa mematuhi Perintah Gaji Minimum tersebut, walaupun terpaksa menanggung kerugian. Kenapa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia memaksa kontraktor menyediakan dokumen-dokumen yang menambahkan kerugian kontraktor sebagai syarat untuk review, dengan izin ataupun membuat penilaian semula penyelarasan harga kontrak asal yang dianugerahkan, sedangkan pihak kementerian sudah mengetahui kontrak asal dan juga gaji minimum yang terpaksa dituruti oleh kontraktor semasa?

Oleh yang demikian, dengan demi menjaga kemaslahatan dan tidak menjerumuskan kontraktor bumiputera ke kancah yang lebih menyulitkan, adalah wajar dan perlu Yang Berhormat Menteri Pendidikan mengambil tindakan segera dengan membuat bayaran tambahan kepada- sebagai pelarasan harga kontrak tanpa mengenakan sebarang syarat kepada kontraktor-kontraktor terlibat.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan dalam perbahasan ini, Gua Musang ingin mengambil kesempatan memohon ihsan kerajaan, terutamanya kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun untuk lebih mengutamakan rakyat marhaen yang semakin dihimpit kesukaran hidup, rentetan daripada ketidaktentuan politik dan ekonomi negara pada masa ini.

Marilah kita sama-sama menghayati hadis yang menyentuh berkenaan dengan pemimpin dan tanggungjawab yang sebagaimana berbunyi, dari Ibnu Umar radhiyallahuanhu, dari Nabi SAW Baginda bersabda, “*Ketahuilah setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang pemimpin yang memimpin rakyat akan bertanggungjawab atas rakyatnya. Seorang laki- laki adalah pemimpin atas keluarganya dan dia bertanggungjawab atas mereka semua.

Seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya dan dia bertanggungjawab atas apa semua mereka. Seorang hamba adalah pemimpin atas harta tuannya dan dia juga bertanggungjawab atas harta tersebut. Setiap kalian adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab atas kepimpinannya*”, (Hadis Riwayat Muslim 3408).

Akhir sekali, marilah kita semua pemimpin-pemimpin dari kawasan masing- masing berusaha untuk menjadi pemimpin yang berintegriti dan sejujur hati. Kepada Allah kita berserah, kerana rakyat kita mengalah, kerana rakyat kita di sini, berkhidmatlah kita sepenuh hati. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Gua Musang. Saya jemput Yang Berhormat Pulai.

final • 4:00 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam madani. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana mengizinkan untuk saya berbahas Belanjawan 2024. Ada sembilan perkara yang saya akan sebutkan pada petang ini.

Pertamanya, tentang Palestin. Perkembangan di Gaza sangat menyedihkan.

Mana-mana kezaliman di dunia ini akan sampai kepada puncaknya dan saya dapati, saya rasakan bahawa ini adalah puncak kezaliman Zionis Israel yang telah dilaksanakan di bumi Gaza dan saya yakin bahawa tidak lama lagi bahawa Palestin akan mendapat kemerdekaan yang sebenar. Insya-Allah, rakyat Malaysia akan sama-sama dapat masuk

final • 4:03 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

ke dalam Palestin. Umat Islam boleh bersolat di Masjid Al-Aqsa satu masa akan datang, insya-Allah.

Yang keduanya, saya ingin menyentuh berkenaan dengan masalah di Pulai.

Terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah membantu menaik taraf Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dengan peruntukan RM500 juta. Pulai adalah sebahagian daripada Johor Bahru. Pulai menghadapi kesesakan lalu lintas, khususnya di Lebuhraya Skudai, di kedua-dua belah sama ada menuju ke Johor Bahru ataupun menuju ke Skudai pada waktu-waktu puncak. Maka itu, Pulai memohon kepada pihak kerajaan untuk membuat kajian dan tindakan yang bersesuaian.

Seterusnya, negara akan menghadapi musim tengkujuh pada bulan November dan Disember setiap tahun. Di kawasan-kawasan rendah di Pulai seperti kolam air Kampung Mohd Amin, Taman Tampoi Indah, Kampung Pasir, Skudai Kiri dan juga Permatang sering dilanda banjir kilat. Peruntukan yang diperlukan adalah RM26 juta.

Saya mewakili rakyat di Pulai ini, memohon pihak kerajaan agar dapat mempertimbangkan peruntukan sejumlah itu.

Juga kawasan-kawasan di Pulai ada PPR yang banyak. PPR di Melana dan juga PPR di Kempas Permai yang selalu menghadapi masalah parking. Kalau di Kempas Permai itu, parking di sebelah malam bukan sahaja dua baris tetapi tiga hingga empat baris kenderaan dalam satu masa. So, kalau kenderaan di dalam itu tidak boleh keluar pada waktu malam kecuali di baris dua dan tiga itu dapat dikeluarkan. Inilah kesesakan yang ada di PPR Kempas Permai yang memohon bantuan daripada kerajaan.

Juga Masjid Al-Faizun Taman Kempas, Pulai juga memerlukan sebuah masjid yang lebih selesa untuk mereka bersolat. Kami telah memohon dengan Timbalan Perdana Menteri I untuk peruntukan ini, moga dipercepatkan urusan ini.

Perkara yang ketiga yang Pulai nak sentuh adalah berkenaan dengan pengurusan subsidi. Kerajaan telah berbelanja subsidi RM120.5 bilion dalam tempoh enam tahun 2018 hingga 2023 dan dijangka pada tahun depan, kita akan berdepan dengan subsidi sebanyak RM81 bilion. Subsidi ini melibatkan petrol, diesel LPG, minyak masak satu kilogram, bekalan elektrik, ayam, telur dan lain-lain lagi. Angka ini adalah sangat besar dan kerajaan perlu merangka pelbagai strategi untuk memastikan bahawa pelaburan yang berkesan besar ini dapat mencapai sasarannya.

Kerajaan juga telah menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang terdiri daripada tujuh kluster iaitu perumahan, pendidikan, pengangkutan, utiliti kesihatan, makanan dan e-dagang. Persoalan yang sering ditimbulkan adalah, adakah subsidi ini benar-benar sampai kepada sasarannya? Apakah 100 peratus gas LPG ini sampai ke sasarannya? Adakah 100 peratus minyak peket satu kilo ini sampai ke sasarannya? Adakah kita boleh mengeluarkan peratus pencapaian subsidi ini, jika kita sendiri pun tidak ada angka untuk disasarkan?

Untuk itu, saya mencadangkan pertamanya, melantik kementerian peneraju pengurusan subsidi ini, oleh kerana item subsidi ini banyak melibatkan KPDN dan KPDN mahir dalam proses subsidi ini. Adanya penguat kuasa dan KPDN adalah setiausaha kepada Sekretariat NACCOL. Saya mencadangkan kepada kerajaan, agar KPDN ini dijadikan kementerian peneraju pengurusan subsidi negara kita.

Yang kedua adalah semua transaksi pengurusan dan juga jual beli subsidi perlu dilaksanakan secara digital.

Yang ketiga adalah diperlukan maklum balas secara digital oleh penerima akhir seperti pembeli LPG di kawasan-kawasan pedalaman, tidak hanya laporan daripada syarikat-syarikat yang menerima kontrak ataupun point of sale yang ada hubungan dengan syarikat penerima kontrak ini sahaja.

final • 4:03 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Ketiga, pelaksanaan sistem ICT secara bersepadu dan bersinergi yang melibatkan pelbagai pihak termasuklah komuniti masyarakat, pihak polis, bank dan lain- lain. Penekanan kepada tindakan sinergi ini untuk menghasilkan maklumat yang bersepadu. Pembangunan sistem ICT mesti berteraskan kepada orientasi business,

final • 4:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

bukannya berorientasikan teknologi semata-mata. Pembangunan orientasi business ini perlu menggunakan kepakaran dalaman dalam kerajaan dalam jabatan yang melaksanakan kerja kerana mereka lebih mahir tentang bidang mereka.

Kelimanya adalah membangunkan AI untuk menguruskan subsidi. AI ini akan menggunakan big data dan dengan itu ia dapat mengesan paten-paten penyelewengan yang boleh dilakukan.

Keenamnya adalah mewujudkan dashboard pengurusan subsidi yang memaparkan peruntukan perbelanjaan output outcome pencapaian sebenar dan unjuran secara masa nyata dan semua pihak, sama ada pihak kerajaan ataupun rakyat boleh menyemak sama ada mereka telah menerima subsidi ataupun akan menerima subsidi ini.

Seterusnya, perkara keempat saya ingin sentuh adalah masalah gula.

Penyelesaian masalah gula tidak dinyatakan dalam Belanjawan 2024 ini. Harga gula di negara kita adalah yang terendah di Asia Tenggara, di mana harga gula rakyat di negara kita ini adalah RM2.85. Thailand RM3.76, Indonesia RM5.71 dan yang paling tinggi adalah Myanmar RM8.39 per kilo. Negara kita bergantung kepada bahan mentah untuk membuat gula ini. Kita tidak ada bekalan yang digunakan bahan mentah untuk digunakan untuk membuat gula ini. Maka, kita bergantung kepada negara luar untuk mendapatkan bekalan mentah gula ini.

Walau bagaimanapun, kenaikan gula ini kenaikan bahan mentah gula ini telah meningkat 130 peratus harganya daripada masa awal dahulu ya. Jadi, pihak syarikat gula MSM dan CSR telah berkali-kali memohon kenaikan harga gula daripada kerajaan tetapi setakat ini kerajaan tidak mengizinkan lagi.

Masalah kekurangan gula ini sampai sekarang sedikit sebanyak masih berlaku dan saya sangat khuatir jika tekanan harga bahan mentah antarabangsa ini meningkat dan ringgit kita merosot, saya khuatir bahawa masalah gula ini boleh menjadi satu bom jangka kepada Kerajaan Perpaduan, Kerajaan Madani yang kita sayangi ini. Oleh kerana itu, saya mencadangkan supaya kerajaan perlu mencari mekanisme bagi mengatasi masalah ini yang tidak membebankan rakyat.

Kelima, adalah berkenaan dengan kewangan Islam. Saya menyambut baik tindakan kerajaan untuk menyalurkan dana berjumlah RM20 juta bagi merancakkan kajian serta kreativiti dan inovasi ekonomi Islam. Saya mencadangkan dana tambahan tetapi bukan daripada kerajaan tetapi daripada institusi kewangan Islam sebanyak tambahan RM20 juta ini. Usaha ini boleh dilaksanakan oleh Association of Islamic Bank in Malaysia

(AIBIM) dan juga Malaysian Takaful Association (MTA). Jumlah keseluruhan 20 campur 20, 40 boleh digunakan untuk melahirkan solusi yang berimpak tinggi dalam sistem ekonomi Islam ini. Saya mencadangkan agar dana ini dimanfaatkan untuk tujuan berikut:

(i) mempercepatkan usaha pendigitalan kewangan Islam terutamanya bagi produk kewangan Islam runcit iaitu retail banking product;

(ii) merancakkan kajian-kajian syariah untuk menghasilkan solusi kewangan syariah yang lebih mampan; dan

(iii) menggandakan skala dan impak skim pembiayaan sosial Islam supaya dapat memberi manfaat kepada lebih ramai usahawan mikro dan nano yang sangat sukar mendapatkan bantuan modal dan latihan untuk perniagaan mereka.

Saya juga mencadangkan bahawa pihak kerajaan perlu menubuhkan satu badan yang dinamakan Majlis Kebangsaan bagi Kewangan dan Ekonomi Islam. Majlis ini berfungsi untuk merencana dan menyelaras perancangan dan pelaksanaan master plan ekonomi dan kewangan Islam untuk mengoptimumkan pembangunan dan sinergi, di antara industri kewangan halal kewangan Islam, halal dan juga wakaf.

Keenam, gred hakiki jawatan guru besar sekolah rendah. Saya membawa hasrat Persatuan Guru Besar Malaysia, cawangan Johor Bahru untuk memohon jasa baik Kementerian Pelajaran Malaysia membuat semakan semula bagi mempertimbangkan,

final • 4:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

meluluskan gred hakiki guru besar kepada hakiki DG48. Permohonan pertimbangan ini berasaskan kepada perkara berikut:

(i) Kementerian Pendidikan Malaysia telah menaik taraf profesion perguruan ke tahap Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kepada semua keluaran maktab perguruan;

(ii) gred hakiki bagi pengetua telah diwartakan kepada DG52 tetapi guru besar masih stay DG32. Dengan itu, walau bagaimanapun, pengetua dan guru besar ini mempunyai tugas dan pentadbiran yang sama; dan

(iii) terdapat guru-guru biasa, guru am yang lebih besar tahap gajinya dibandingkan dengan guru besar di tempat sesebuah sekolah itu ya. Guru-guru yang biasa lebih besar, lebih tinggi gajinya daripada guru besar di sekolah tersebut ya.

Jadi, ini menyebabkan masalah-masalah, khususnya dari segi pentadbiran ya.

Pengurusan dan pentadbiran sekolah pada hari ini semakin mencabar. Justeru, penambahbaikan gred hakiki DG48 kepada guru ini, merupakan satu dorongan sokongan yang baik dan memberikan semangat kepada guru-guru ini.

Ketujuh adalah pendekatan politik yang hikmah. Allah berfirman [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik bantahlah mereka dengan cara yang baik.” Surah Al-Nahl Ayat 125.

Seterusnya Allah juga menyebut [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “*Maka disebabkan rahmah dan Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka.

Sekiranya kamu bersikap keras lagi berbesar berhati keras tentu mereka akan menjauhkan diri daripada sekeliling kamu”.* Al-Imran ayat 159. Surah Al-Nahl ayat 125 ini memberi panduan kepada kita berkenaan dengan pendekatan yang hikmah dan tindakan kita memberi penerangan atau membantah. Surah Al-Imran ayat 159 pula memandu kita agar tidak bersikap keras sehingga menyebabkan orang lain menjauhi kita.

Pada 23 Oktober 2023, melalui pemasyhuran Yang di-Pertua telah menegur Ahli- ahli Dewan tidak membangkitkan perkara-perkara sensitif, mengeruhkan suasana dan label-melabel, kafir-mengkafir, Yahudi, Zionis dan lain-lain. Pendekatan yang keras tidak kena pada tempatnya ini akan menambah masalah yang lebih serius. Kita semua adalah pemimpin yang dipilih oleh rakyat untuk melaksanakan tanggungjawab membela nasib mereka. Perbezaan di sebelah sana dan di sebelah sini adalah perbezaan pendekatan politik sahaja bukannya perbezaan di antara Palestin dan juga Israel. Kita semua adalah bersaudara antara satu sama lain.

Pengkalan Chepa adalah saudara seakidah saya tetapi Jelutong, Ipoh Timur adalah saudara seinsan dengan saya. Saya teringat kepada satu nyanyian Faizal Tahir.

Izinkan untuk saya menyanyi dalam Dewan ini.

[Menyanyikan sebaris lagu] “Yang putih yang hitam semua dari Adam. Mengapa berperang kita dari-Nya seorang. Yang putih yang hitam semua dari Adam. Mengapa berperang kita dari-Nya seorang”.

final • 4:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Sekian, masa pun sudah habis. Wabillahi taufik wal hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

final • 4:20 PM

Seorang Ahli

Hebat Pulai.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Saya jemput Yang Berhormat Bangi.

final • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani. Saya nak mulakan perbahasan saya bukan dengan menyanyi sebab kalau saya menyanyi, mungkin kita hujan lagi lebat.

[Ketawa]

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah.

final • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tengah hujan tapi saya nak mulakan perbahasan saya dengan menyentuh tentang tandas, Tuan Yang di-Pertua. Tandas ini bila tandas itu selesa, tandas itu wangi, tandas itu baik. Kita tidak fikir pasal tandas itu.

Tapi bila tandas itu busuk, tidak selesa, buruk, rosak barulah kita fikir tentang tandas itu barulah kita fikir, “ah kenapa tandas ini buruk, kenapalah tandas ini busuk” dan sebagainya. Jadi, bila kita bercakap tentang tandas ini, apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah menzahirkan usaha untuk membaik pulih tandas sekolah ini, ada yang memperlekehkan usaha ini.

Saya tengok dekat TikTok ada yang kata dia inspektor tandas lah sebab pergi tengok tandas di sekolah dan sebagainya. Tapi sebenarnya Dato’ Puan Yang di-Pertua, RM 70,000 yang telah diumumkan dan disalurkan kepada sekolah-sekolah ini untuk baik pulih tandas, sebenarnya banyak membantu.

Saya sendiri telah melihat di satu sekolah di kawasan Parlimen saya, Sekolah Kebangsaan Sri Jelok. Kerja-kerja yang dilaksanakan mengguna pakai RM70,000 yang telah disalurkan dan RM70,000 ini bukannya untuk kita ubah tandas itu menjadi tandas macam hotel lima bintang, tidak. RM70,000 bagi kebanyakan sekolah adalah untuk baik pulih perkara-perkara asas, tukar pintu kubikel contohnya.

Baiki tandas tersebut yang mungkin bocor, tukar sesetengah kubikel daripada tandas cangkung, jadi tandas duduk sebab ada anak murid yang menghadapi masalah apabila menggunakan tandas cangkung dan kalau tidak ada RM70,000 ini Puan Yang di- Pertua, yang kena cari duit adalah PPD. Kalau PPD tak ada duit, yang selalunya memang macam itulah. Kalau tidak ada duit, PIBG kena cari duit.

Jadi RM70,000 yang diberikan ini, sebenarnya adalah satu peruntukan yang amat diperlukan oleh sekolah-sekolah ini. Kalau kita tidak berikan RM70,000 ini, maka teruslah anak-anak kita akan menggunakan tandas yang buruk, yang kotor dan tidak selesa dan untuk tahun hadapan kalau kita tengok dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerajaan akan memberi tumpuan pula kepada tandas-tandas awam di PBT.

RM150 juta untuk 150 PBT baik pulih tandas awam, supaya kita boleh jadikan tandas awam ini seperti apa yang dikatakan oleh Menteri KPKT, Bersih Menawan dan Wangi

(BMW).

Puan Yang di-Pertua, saya melihat Belanjawan 2024 ini sebenarnya banyak menumpukan kepada kemudahan-kemudahan asas, keperluan-keperluan asas untuk keselesaan dan kesejahteraan rakyat. Dalam erti kata lain, belanjawan ini adalah satu belanjawan back to basics bak kata orang putih.

Saya bagi beberapa contoh. Dalam ucapan belanjawan ini, Yang Amat Berhormat Tambun ada mengatakan RM100 juta untuk lampu jalan persekutuan, yang mana kami di Bangi, kami menggunakan peruntukan sebanyak RM140 juta lebih daripada bukan RM140 juta. RM140,000 untuk menukar beberapa lampu di kawasan Bangi dan Kajang.

Juga dalam ucapan belanjawan, RM20 juta untuk baiki longkang dan parit, RM50 juta untuk menaik taraf lampu isyarat, RM110 juta untuk baik pulih dan menaik taraf pasar awam dan pusat penjaja. Memang kalau kita tengok Puan Yang di-Pertua tak gah, tak besar tetapi inilah sebenarnya yang diperlukan untuk oleh rakyat.

Apa guna kita ada pencakar langit yang paling tinggi atau monumen-monumen besar untuk legasi kalau perkara asas yang diperlukan oleh rakyat kita tidak jaga dan sebab itu bila saya katakan tadi bila kita rungkai ucapan belanjawan Yang Amat Berhormat Tambun, jelas bahawa prinsipnya adalah kembali kepada asas, back to basics. Apabila kita sebut tentang back to basics ini dengan izin, kita tidak boleh lari daripada dokumen asas negara ini iaitu Perlembagaan Persekutuan. Kita tahu dalam Perlembagaan Persekutuan ada menyebut tentang kebebasan asasi manusia.

Kebebasan asasi individu dan rakyat yang ada di dalam negara kita ini.

Perkara 10(1)(a) contohnya memperuntukkan tentang kebebasan untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat dan terangkum dalam kebebasan ini adalah kebebasan

final • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

untuk mendapat maklumat atau dalam bahasa Inggeris freedom of information dan Akta Freedom of Information ini, Akta Kebebasan Maklumat adalah suatu akta yang telah lama disyorkan oleh masyarakat madani di luar sana ataupun civil society. Saya menyambut baik pengumuman baru-baru ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa Akta Kebebasan Maklumat ini akan digubal tetapi saya ingin cadangkan bahawa mana-mana akta kebebasan maklumat tidak akan lengkap dan menyeluruh selagi mana kita ada Akta Rahsia Rasmi atau OSA. Saya ingin mencadangkan di sini bahawa kita wajar memansuhkan Akta Rahsia Rasmi (OSA) ini dan menggantikannya dengan akta kebebasan maklumat ataupun Freedom of Information Act. Ini tidak bermakna saya nak mengatakan di sini bahawa semua maklumat itu boleh diakses. Kita akui bahawa ada maklumat yang memang harus dilindungi dan tidak boleh didedahkan kepada umum. Contohnya berkenaan dengan keselamatan negara, memang ada keperluan untuk merahsiakan maklumat tersebut.

Tetapi kita harus menjadikan sebagai titik permulaan atau starting point bahawa all information is free to access dengan izin, melainkan ia dikategorikan dengan khusus, dengan sebab-sebab khusus mengapa ianya tidak boleh diakses oleh orang ramai. Hanya dengan menggubal akta ini dan juga memansuhkan Akta Rahsia Rasmi, barulah kita benar-benar boleh memperkasakan rakyat dengan maklumat, knowledge and information is power dengan izin.

Saya juga ingin menyentuh apabila kita bercakap tentang back to basics, menyentuh tentang satu lagi perkara asas dalam negara kita. Kita tahu dalam negara kita ini kuasa diasingkan dalam tiga badan. Badan perundangan iaitu Dewan yang mulia ini.

Badan Eksekutif yakni kerajaan dan sudah tentu juga badan kehakiman. Badan kehakiman yang bebas, berintegriti dan efisien adalah penting untuk kita memastikan bahawa Perlembagaan Persekutuan itu terus dijunjung dan kita dapat mempertahankan hak rakyat.

Sesebuah negara Puan Yang di-Pertua, boleh diperintah oleh diktator, boleh diperintah oleh demagog tetapi jika hakim-hakim bebas, kehakiman bebas maka negara tersebut tidak akan terjerumus dalam kancah kehancuran.

Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ada diperuntukkan RM38 juta bagi produktiviti institusi kehakiman. Saya sebagai seorang peguam sudah tentang, amat mengalu-alukan peruntukan khusus untuk badan kehakiman ini. Cumanya saya berharap, sebab saya khuatir bahawa peruntukan ini mungkin tidak cukup kerana saya sendiri telah melihat bagaimana banyak sebenarnya bangunan-bangunan mahkamah yang ada di seluruh negara ini yang memerlukan naik taraf dan sebagainya. Jadi, harap boleh dipertimbangkan bahawa jumlah ini dinaikkan.

Bercakap tentang kehakiman, saya juga sambut baik pengumuman dalam Belanjawan 2024 untuk memperkasakan fungsi Jabatan Bantuan Guaman iaitu satu usaha untuk menyampaikan bantuan guaman atau legal aid dengan lebih efisien.

Selain daripada Jabatan Bantuan Guaman ini Puan Yang di-Pertua, bantuan guaman juga disediakan oleh Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan atau YBGK.

Namun, setiap tahun, cabaran terbesar YBGK adalah dana kerana mereka setiap tahun sebenarnya tidak cukup dana untuk menjalankan operasi mereka dengan terbaik.

final • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Oleh yang demikian, saya memohon satu jumlah dapat disalurkan kepada YBGK yang melebihi jumlah yang selalunya disalurkan setiap tahun supaya kita dapat pastikan YBGK ini dapat beroperasi dengan baik, sementara kita menunggu reformasi bantuan guaman yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

Sekali lagi, Puan Yang di-Pertua, back to basics, asas. Iaitu asasnya apa? Sistem kehakiman jenayah kita jelas memperuntukkan bahawa setiap orang itu tidak bersalah sehinggalah dihukum, disabitkan bersalah oleh mahkamah. Innocent until proven guitly, Puan Yang di-Pertua. Pada masa yang sama, setiap orang yang dihadapkan ke mahkamah juga berhak untuk mendapat perwakilan guaman atau legal representation.

final • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak kiralah orang itu kaya atau miskin, Menteri atau migrant, hak untuk mendapat perwakilan undang-undang ini kita kena pertahankan. Sebab itu bantuan guaman atau legal aid ini perlu diperkasakan lagi supaya kita boleh luaskan seluas-luasnya kepada seberapa ramai orang yang mungkin.

Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk menyentuh beberapa isu-isu kawasan dalam Parlimen Bangi. Pertamanya, berkenaan dengan Hospital Kajang.

Hospital Kajang memerlukan dana yang lebih untuk menampung kepadatan penduduk setempat.

Kedua, Parlimen Bangi memerlukan lebih banyak sekolah termasuklah prasekolah. Saya menyambut baik pengumuman bahawa akan ada satu prasekolah baharu di kawasan Parlimen Bangi. Tetapi tidak cukup. Kepadatan penduduk yang ada dalam kawasan Parlimen saya memerlukan lebih banyak sekolah. Jadi, saya harap bahawa ini dapat dipertimbangkan untuk membina sekurang-kurangnya satu atau dua sekolah lagi di kawasan Parlimen Bangi.

Ketiga, pembinaan Masjid As Syakirin. Pertamanya di Bandar Mahkota Cheras yang mana penduduk di kawasan tersebut sudah lama menunggu satu masjid dapat dibina di situ. Jadi, satu suntikan dana diperlukan untuk membina masjid tersebut di Bandar Mahkota Cheras. Juga di Sungai Ramal Dalam, Masjid Al-Falah, yang mana memerlukan suntikan dana daripada pihak Persekutuan untuk menyiapkan masjid tersebut.

Keempat, isu kesesakan lalu lintas di Bandar Mahkota Cheras dan Sungai Long juga perlu intervensi Kerajaan Persekutuan. Antaranya Puan Yang di-Pertua, untuk membina flyover dan sebagainya.

Kelima, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2 diharapkan dapat dipercepatkan supaya ianya dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya, Puan Yang di- Pertua.

Keenam, kawasan Parlimen Bangi memerlukan lebih banyak pusat pemulihan dalam komuniti bagi pembangunan komuniti orang kurang upaya.

Dan terakhir untuk kawasan Parlimen Bangi, terdapat keperluan, Puan Yang di- Pertua, untuk memberi penekanan kepada kesihatan mental bagi warga Parlimen Bangi dan ini juga perlu intervensi di peringkat Persekutuan.

Akhir sekali, Puan Yang di-Pertua, saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan menyatakan sokongan saya, seperti rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain, kepada rakyat Palestin yang telah lama dizalimi oleh rejim Israel. Episod terbaharu yang kita lihat sekali lagi, Puan Yang di-Pertua, telah mendedahkan dunia ini kepada sikap hipokrit pemimpin- pemimpin Barat dalam isu Palestin ini. Mereka sering berbicara tentang hak asasi manusia, tentang demokrasi, tentang kemanusiaan, tentang martabat atau human dignity tetapi mereka menghalalkan kezaliman ke atas rakyat Palestin. Apa yang kita lihat, Puan Yang di-Pertua, adalah the systemic dehumanization of the people of Palestine, dengan izin.

Maka jika mereka di Barat menutup mata terhadap kezaliman, kita di Malaysia tak kira bangsa mahupun agama, kita kena bangkit untuk perjuangkan hak asasi dan kemanusiaan warga Palestin.

[Tepuk] Jadi, saya menyeru kita sama-sama terus memberi sokongan kepada Palestin dan kita menyatakan bantahan kita terhadap rejim Israel ini atas dasar kemanusiaan sejagat, common humanity, dengan izin. We show the West what it means to uphold freedom, human dignity and respect for human rights, Puan Yang di-Pertua.

Saya akhiri ucapan saya dengan memetik kata-kata Yang Berhormat YB Bukit Mertajam di himpunan semalam. “Dari sungai ke segara, Palestin pasti merdeka”.

Puan Yang di-Pertua, Bangi mohon menyokong usul. Sekian, terima kasih.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya jemput Yang Berhormat Saratok.

final • 4:30 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua di atas ruang yang diberikan kepada saya untuk turut bersama mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan yang mulia ini.

Pertama, peruntukan bajet pembangunan Sabah, Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, saya terpanggil sekali lagi mengetengahkan isu bajet pembangunan untuk Sabah, Sarawak bagi tahun 2024 seperti yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada 13 Oktober 2023 yang lalu. Di dalam bajet keseluruhan yang berjumlah RM90 bilion, Sabah diperuntukkan sebanyak RM6.6 bilion, dibandingkan RM6.5 bilion pada tahun 2023. Bagi Sarawak pula untuk tahun 2024, sebanyak RM5.8 bilion diperuntukkan dibandingkan RM5.6 bilion pada tahun 2023.

Nilai pertambahan hanya RM100 juta untuk Sabah dan RM200 juta sahaja bagi Sarawak bersamaan dengan pertambahan 1.5 peratus untuk Sabah dan 3.5 peratus untuk Sarawak. Walaupun ada nampak sedikit peningkatan nilai tetapi pada hakikatnya berkurangan peratusan keseluruhan. Sekiranya diambil kira inflasi yang dijangka sebanyak 2.8 peratus bagi tahun 2024, maka nilai sebenarnya bajet pembangunan untuk Sabah adalah merosot.

Bagi Sabah, peratusan bajet pembangunan untuk tahun 2024 adalah hanya tujuh peratus, kalau dibandingkan dengan bajet 2023 sebanyak lapan peratus. Manakala bagi Sarawak pula, hanya enam peratus pada tahun 2023 dibandingkan tujuh peratus untuk tahun 2024. Ini bermakna peruntukan untuk pembangunan wilayah miskin semakin berkurangan peratusannya.

Kalau dilihat dari sudut lain pula, bajet pembangunan untuk Sabah, Sarawak hanya RM12.4 bilion bersamaan dengan 13.8 peratus saja. Padahal, Sabah, Sarawak adalah jauh lebih besar dan mempunyai kawasan seluas 198,000 kilometer persegi dibandingkan 132,000 kilometer persegi keluasan seluruh Semenanjung.

Tambahan itu, Sabah, Sarawak mempunyai infrastruktur asas yang jauh ketinggalan kemajuannya. Semua wakil rakyat Sabah, Sarawak menyuarakan suara rakyat yang masih tidak puas hati dengan keadaan infrastruktur asas yang sedia ada seperti jalan raya, bekalan air bersih, bekalan elektrik luar bandar, sekolah, klinik daif, sistem telekomunikasi yang teruk dan beberapa macam masalah lagi.

Yang anehnya, Sabah, Sarawak mempunyai sumber hasil bumi yang kaya.

Sekiranya hasil bumi Sabah, Sarawak sendiri diguna pakaikan oleh rakyatnya sendiri dengan cara optimum, adil dan saksama, sudah pasti keadaan sosioekonomi rakyatnya jauh lebih baik daripada sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, masalah utama ketidakseimbangan di antara wilayah di Malaysia adalah berpunca daripada ketidakadilan perbelanjaan pembangunan yang telah sekian lamanya berlaku. Kerajaan-kerajaan terdahulu nampak bersungguh-sungguh mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi di antara wilayah. Akan tetapi, lebih kepada retorik. Satu tindakan yang drastik mesti diambil sekarang dengan menambahkan bajet pembangunan untuk Sabah, Sarawak dengan jumlah yang jauh lebih besar.

Oleh yang demikian, amatlah merugikan Sabah, Sarawak apabila Kerajaan Madani tidak mengguna pakai sama sekali kerangka besar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) yang dibuat oleh kerajaan terdahulu, di mana PH juga pernah terlibat di dalam merangka dasarnya.

Di dalam kerangka besar WKB 2030, salah satu daripada matlamat utama yang diberi perhatian khusus adalah kebersamaan dan kesaksamaan di antara wilayah-wilayah dan kaum-kaum di Malaysia.

final • 4:36 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Melalui WKB 2030, keterangkuman semua wilayah di dalam arus pembangunan akan dapat direalisasikan dengan peruntukan pembangunan yang lebih kepada enam wilayah miskin, di mana Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada wilayah

final • 4:40 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

tersebut. Adalah disasarkan 50 peratus daripada keseluruhan bajet pembangunan akan diperuntukkan untuk enam negeri yang masih ketinggalan tersebut.

Sekiranya WKB 2030 masih diguna pakai, saya pasti Sabah dan Sarawak akan dapat peratusan bajet pembangunan yang jauh lebih besar daripada 13.8 peratus yang diberikan oleh Kerajaan Madani. Kalau diambil kira dari aspek kemunduran dan keluasannya, ada kemungkinan Sabah dan Sarawak boleh jauh menerima bajet yang besar daripada yang saya sebut tadi.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam usaha untuk memastikan keterangkuman di antara wilayah tercapai adalah penting untuk memastikan bajet pembangunan untuk Sabah dan Sarawak merupakan dalam bentuk geran bukan pinjaman, bukan loan. Adalah ironic sekali sekiranya wilayah miskin perlu bayar balik bajet pembangunannya.

Oleh yang demikian, saya menyeru Kerajaan Madani mengambil iktibar dari kerangka besar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dengan memperuntukkan 50 peratus bajet pembangunan untuk enam negeri termiskin itu. Saranan 50 peratus ini dibuat oleh Wakil Rakyat dulu termasuk dari PH, bukannya daripada World Bank. Kos sara hidup. Tuan Yang di-Pertua, Saratok ingin mengetengahkan kegusaran dan kebimbangan rakyat di luar bandar terhadap kos sara hidup yang sekian hari semakin meningkat. Kegelisahan ini bertambah lagi dengan pembentangan Bajet 2024 ini.

Kebiasaannya selepas ini rakyat gembira selepas pembentangan bajet, akan tetapi kali ini nampaknya keyakinan rakyat terutamanya di luar bandar makin berkurangan.

Ini adalah kerana banyak inisiatif-inisiatif yang akan dibuat oleh Kerajaan Madani tahun hadapan akan memberikan impak ekonomi negatif pada kos sara hidup rakyat di luar bandar di dalam kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Di dalam usaha Kerajaan Madani mengurang fiskal defisit negara, banyak bantuan subsidi akan dikurangkan pada tahun 2024 nanti.

Subsidi akan dikurangkan atau dimansuhkan, termasuklah subsidi bahan api diesel, petrol, elektrik, ayam, telur, minyak masak, beras dan lain-lain lagi. Ditambahkan lagi dengan kejatuhan Ringgit Malaysia berbanding dengan US Dollar akan memberi tekanan berganda. Harga barang import akan naik akibat kejatuhan nilai pasaran Ringgit Malaysia.

Kesemua faktor di atas berlaku secara serentak seperti satu fenomena yang dipanggil perfect storm, dengan izin dan kesannya menjadi compounding effect, dengan izin, di mana satu demi satu faktor negatif memudaratkan kos sara hidup yang sudah pun mudarat sekarang ini. Bayangkan apa akan terjadi pada tahun hadapan dua bulan daripada sekarang.

Banyak maklum balas daripada rakyat di pedalaman Sarawak diterima, menyuarakan kerunsingan mereka apabila subsidi disasarkan atau dimansuhkan pada tahun 2024. Mereka bertanya soalan seperti berikut:

(i) adakah harga diesel dan petrol akan naik tahun depan?;

(ii) adakah harga ayam turun, minyak masak dan beras akan naik?; dan

(iii) adakah harga barang lain juga akan naik di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak?

Sudah tentu jawapannya “Ya” kepada semuanya. Bayangkan apabila harga diesel dan petrol naik tahun depan, betapa mahalnya kos pengangkutan di pedalaman Sabah dan Sarawak. Banyak kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak menggunakan kenderaan empat roda dan perahu panjang untuk membawa barang keperluan pergi, balik.

Ini pasti akan menaikkan lagi harga barang di kawasan pedalaman. Ada juga yang membawa hasil pertanian seperti buah sawit menggunakan kenderaan empat roda, yang menggunakan diesel yang harganya tahun depannya akan naik juga. Harga sawit turun, harga diesel naik. Daripada pengalaman yang lepas, kenaikan harga diesel dan petrol secara langsung akan menaikkan harga barang keperluan di pasaran.

final • 4:40 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Madani belum ada formula yang mantap untuk melonjakkan ekonomi negara. Bergantung kepada pemansuhan subsidi yang akhirnya membebankan rakyat yang sudah terbeban.

Penjimatan daripada pemansuhan subsidi tidak semestinya dapat mengembangkan kek ekonomi negara. Malahan boleh merencatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan menjejaskan seluruh rantaian pengeluaran dan net result dengan izin, kemungkinan kerugian.

Oleh itu, Kerajaan Madani perlu berhati-hati melaksanakan pemansuhan subsidi pukal secara berperingkat melalui mekanisme yang tak membebankan golongan berpendapatan rendah dan di luar bandar terutamanya. Kerajaan perlu mengumumkan mekanisme subsidi bersasar seawal yang mungkin untuk mengurangkan kegelisahan di kalangan rakyat, terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak yang dijangka amat terkesan akibat kenaikan kos sara hidup.

Ketiga, bantuan tanam sawit. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan sebanyak RM100 juta dikenakan untuk Insentif Program Tanam Semula Sawit memang berpatutan, tetapi saya ingin menyeru dan menyarankan supaya kerajaan juga memperkenalkan semula Skim Bantuan Tanam Sawit untuk pekebun kecil yang baru melalui bantuan geran seperti yang pernah dibuat oleh kerajaan terdahulu.

Skim Bantuan Penanaman Sawit secara memberi geran amat diperlukan oleh pekebun-pekebun kecil yang baru terutamanya di Sarawak. Banyak pertanyaan daripada bakal pekebun kecil yang dibuat dan mereka sebenarnya merayu supaya skim ini diperkenalkan semula.

Skim bantuan melalui geran ini amat penting kerana telah terbukti berjaya mengurangkan kemiskinan di luar bandar Sarawak. Ramai pekebun yang pernah mendapat bantuan ini telah mengembangkan sendiri keluasan tanam sawitnya dengan menggunakan modal keuntungan. Meskipun bantuan ini sekali sahaja, one-off, akan tetapi kesan positif jangka panjangnya amat nyata.

Banyak impak positif dapat dinikmati oleh pekebun kecil selain daripada menjana pendapatan tambahan seperti mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pekerja asing memandangkan tuan punya tanah sendiri bekerja di tanah sendiri. Membuka tanah adat yang terbiar di Sarawak, mengurangkan migrasi ke bandar, merangsangkan ekonomi luar bandar dan mengurangkan jurang pendapatan di antara luar bandar dan kawasan bandar.

Tuan punya tanah yang terbiar anggaplah mereka ini sebagai orang yang lapar, sebab kerajaan yang bertanggungjawab seperti kata pepatah, “Berilah mereka kail, supaya mereka dapat memancing sendiri.” Jangan bagi ikan. Kail itu adalah bantuan tanam sawit melalui geran. Skim ini juga akhirnya dapat menyumbangkan kepada pengembangan kek ekonomi negara.

Keterjaminan makanan dan beras. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang amat mengejutkan rakyat adalah isu kenaikan harga beras import secara mendadak di pasaran dan kita terpaksa membeli beras import kerana bekalan beras tempatan tak mencukupi untuk seluruh negara.

Oleh itu, saya menyarankan Kementerian Keterjaminan Makanan mengambil langkah drastik untuk menambahkan keluaran beras tempatan dengan menambahkan keluasan kawasan tanaman dan pada masa yang sama meningkatkan hasil produktiviti.

Tuan Yang di-Pertua, Sarawak memiliki kawasan sesuai yang amat luas untuk tanaman padi. Kementerian Keterjaminan Makanan melalui kerjasama dengan Kerajaan Sarawak perlu mengaktifkan semula beberapa Skim Tanaman Padi yang besar di Sarawak seperti Skim Tanaman Padi di Batang Lupar, Sri Aman dan Skim Tanaman Padi di kawasan Jelupang, Roban, Saratok.

Tuan Yang di-Pertua, Skim Tanaman Padi di Jelupang, Roban ini dah lama terbiar.

Sistem pengairannya perlu dibaik pulih dan pintu airnya dibaiki. Setakat ini belum ada keputusan muktamad yang dibuat oleh kerajaan sama ada meneruskan atau

final • 4:40 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

menghentikan skim ini. Memandangkan kekurangan bekalan beras tempatan dan kenaikan harga beras import adalah wajar skim ini diteruskan tanpa berlengah.

Sesi libat urus dengan peserta perlu dibuat supaya kerjasama yang erat dicapai demi kejayaan bersama. Isu utama yang dihadapi oleh penduduk setempat seperti penduduk Rumah Panjang Anta dan Said di Jelupang ialah masalah banjir yang sering berlaku akibat daripada ketidaksesuaian tanah gambut untuk sistem pengairan yang dibuat.

Agensi kerajaan yang terlibat mesti menyelesaikan masalah banjir di rumah panjang tersebut dengan mengubah reka bentuk, membaik pulih reka bentuk sistem parit yang sedia ada. Penduduk Rumah Panjang Anta dan Said sudah lama menunggu penyelesaian banjir di kawasan rumah mereka ini yang pada mulanya adalah akibat daripada skim tanaman padi yang terbengkalai di kawasan Jelupang.

Akhirnya, pembinaan Jambatan Sungai Krian di Pagan, Saratok. Tuan Yang di- Pertua, satu projek yang lama telah diumumkan sejak RMKe-11 dulu adalah pembinaan Jambatan Sungai Krian yang menghubungkan Pagan-Kupang.

final • 4:40 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Saya difahamkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bahawa kos projek ini bernilai RM76 juta. Status terkini adalah menunggu kelulusan pertapakan dari SPA, Majlis Perancangan Negeri Sarawak dan menunggu maklum balas secara formal dari Lembaga Sungai-sungai Sarawak. Kemudian barulah dapat melalui proses tender yang kononnya akan dilakukan pada bulan Disember 2023 ini. Itu pun kalau dapat laporan berkenaan.

Persoalannya adalah, adakah peruntukan sebanyak RM76 juta ini mencukupi memandangkan anggaran kos dibuat sudah sekian lama pada RMK-11 dan kenaikan harga kos bahan binaan utama seperti besi dan konkrit telah berlaku. Apakah tindakan yang akan dibuat oleh kementerian sekiranya isu kos ini berlaku? Penduduk Kupang, Saratok sememangnya sudah lama menunggu perlaksanaan pembinaan jambatan Sungai Kerian di Kupang, Pagan ini.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya ingin menyudahi perbahasan saya dalam Bajet 2024 ini. Sekian, terima kasih.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Saratok. Saya jemput Yang Berhormat Kalabakan.

final • 4:50 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera kepada semua.

Saya terus kepada perbahasan saya. Setiap kali belanjawan, kami di Sabah akan sentiasa menanti Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu jurang wilayah yang sekian lama menjadi tuntutan. Belanjawan kali ini, Sabah diberikan dana pembangunan sebanyak 7.3 peratus daripada RM90 bilion keseluruhan dana pembangunan.

Jika dibandingkan dengan beberapa negeri lain di Semenanjung, nilai RM66 bilion untuk Sabah memang nampak tinggi tetapi persoalan yang lebih kritis, adakah nilai ini mengikut keperluan sebenar Sabah? Saya katakan tidak, kenapa? Sebab jumlah keseluruhan penduduk Sabah adalah sebanyak 3.4 juta iaitu 10.3 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Secara fitrah mengikut nisbah penduduk, sepatutnya Sabah diberikan 10.3 peratus dana pembangunan sesuai dengan nisbah penduduknya.

Realitinya Sabah diberi 7.3 peratus walhal penduduk 10.3 peratus. Sarawak diberi 6.4 peratus, walhal penduduknya 7.5 peratus, berlaku defisit.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan perbandingan ini. Pasti ada yang menyanggah negeri-negeri lain juga tidak mendapat peruntukan mengikut kapita, namun kita perlu menilai di atas neraca yang lebih logik. Dalam konteks Semenanjung, keadaan

final • 4:51 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

geografi dan sistem jaringan perhubungan membolehkan limpahan ekonomi dinikmati oleh semua. Limpahan ekonomi dan peluang kerja di Lembah Klang boleh diakses dengan mudah oleh penduduk di negeri lain. Begitu juga limpahan ekonomi di Pulau Pinang sebagai contoh, Johor Bahru, semua penduduk di Semenanjung dapat merasainya.

Senario berbeza di Sabah. Luasnya yang menyamai separuh Semenanjung, belum ada sebarang pertumbuhan yang setara dengan Lembah Klang yang boleh diakses oleh segenap komuniti marginal. Dari Kudat sampai ke Tenom sebagai contoh dari Kinabatangan juga ke Kalabakan. Benarlah yang sudah maju selalu diberi lebih, yang ketinggalan terus diberi kurang. Sebab itu jurang wilayah akan terus menjadi isu negara yang berpanjangan, padang Malaysia tidak akan rata sampai bila-bila.

Prinsip Dasar MADANI adalah keadilan dan kesaksamaan tapi adakah hanya slogan bersifat kata-kata bukan untuk dikota? “Tepuk dada tanya selera”. Justeru, saya memohon supaya peruntukan dana khusus untuk pembangunan Sabah dan Sarawak diperhalusi semula.

Puan Yang di-Pertua. Kedua, berkenaan isu prestasi dana pembangunan untuk Sabah. Bagi belanjawan tahun lalu, prestasi dana ini belum pun mencapai tahap 50 peratus walaupun tahun kewangan semakin hampir berakhir. Satu kerugian buat Sabah jika dana pembangunan ini tidak dapat dioptimumkan untuk pembangunan. Justeru, saya memohon beri peluang kepada Sabah memasukkan dana ini ke dalam tabung amanah khas Sabah. Penubuhan tabung amanah ini telah pun diluluskan di peringkat Dewan Undangan Negeri. Peruntukan ini boleh digunakan untuk mendanai projek yang belum sempurna hingga siap sepenuhnya. Janganlah peruntukan yang tidak terpakai itu dikitar semula berulang-ulang kali untuk bajet tahun berikutnya, biarlah bajet baru untuk projek dan program baharu.

Ketiga, bicara soal pembangunan industri untuk di Sabah. Saya juga ingin membangkitkan isu berkaitan permohonan Federal Manufacturing License melibatkan syarikat Esteel Enterprise Sdn Bhd. Untuk makluman, syarikat pembuatan besi Singapura ini telah pun bersetuju untuk melabur di Sabah dengan anggaran nilai pelaburan mencecah RM19.8 bilion. Dijangkakan pelaburan ini akan membuka 10,000 hingga 15,000 peluang pekerjaan bagi fasa pembinaan dan beribu lagi bagi fasa operasi.

Mendukacitakan apabila permohonan lesen pengilang Esteel Enterprise Sdn Bhd telah ditangguhkan selama dua tahun bermula Ogos lepas oleh pihak MITI walaupun permohonan dan perundingan telah dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Penangguhan lesen ini memberi implikasi yang buruk kepada Kerajaan Negeri Sabah, termasuklah berdepan tindakan undang-undang sekiranya perjanjian pajakan tanah yang telah dimeterai dibatalkan. Malah akan melibatkan proses kemajuan pembangunan industri di Sabah dengan sumbangan sektor industri hanya pada kadar 7.1 peratus. Kadar pengangguran di Sabah juga yang tertinggi setakat ini di Malaysia, pasti akan tergugat.

Kerugian pelaburan mencecah RM19.8 bilion dan pelaburan lain berkaitan dengan rantaian bekalan industri keluli juga akan terjejas dan yang lebih membimbangkan, tindakan ini akan mencemarkan imej Sabah khususnya dan Malaysia amnya sebagai sebuah negara yang tidak mesra pelabur. Jadi saya mohon pihak MITI memberikan perhatian sewajarnya kepada isu ini.

Puan Yang di-Pertua, keempat kita di Sabah ini sering berhadapan dengan empat sudah masalah, bekalan air bersih, jalan raya, bekalan elektrik dan Internet. Bekalan air bersih sebagai contoh masih menjadi mimpi ngeri yang menghantui. Rakyat Sabah masih memegang janji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu air melalui peruntukan sejumlah RM300 juta yang akan disalurkan kepada JKR Sabah.

Saya amati belanjawan yang dibentangkan tidak memperincikan secara lanjut penyelesaian terhadap isu air di Sabah ini dan saya mohon perkara ini dijelaskan supaya rakyat sedar akan keprihatinan Kerajaan Madani.

Kelima, menyentuh inisiatif FLYsiswa oleh Kementerian Pengangkutan. Saya menyambut baik inisiatif memberikan baucar tiket sebanyak RM300 kepada mahasiswa- mahasiswa Sabah dan Sarawak. Namun, alangkah baik kalau inisiatif ini juga diperluas kepada mahasiswa di IPTS dan bukannya di IPTA. Tidak semua yang berada di IPTS

final • 4:51 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

datangnya dari keluarga senang ditambah lagi dengan kos pengajian IPTS yang lebih tinggi dan mahal. Justeru, saya berharap belanjawan pada kali ini melihat untuk melibatkan semua mahasiswa di seluruh institut pengajian tinggi.

Puan Yang di-Pertua, keenam berkenaan projek Pan Borneo Sabah. Secara asasnya, kami warga Sabah agak sedih melihat perkembangan pembinaannya yang sangat lambat jika dibandingkan dengan Sarawak. Di Sabah, fasa 1A baru siap 85 peratus, dijangka siap sepenuhnya 2025. Fasa 1B pula sekarang sedang dimuktamadkan tender dan mengambil masa lima lagi tahun untuk disiapkan, belum lagi kira mengambil fasa 2 dari Tamparuli ke Kundasang dan fasa 3 dari Tawau-Kalabakan ke Kimanis, itu pun kita tidak tahu bila lagi ia akan dimulakan.

final • 4:51 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Justeru, saya menggesa pihak kerajaan memberikan tumpuan bagi menangani isu kelewatan, memandangkan Lebuhraya Pan Borneo ini bukan sahaja menyediakan akses jalan perhubungan yang cepat, selesa dan selamat untuk wilayah Sabah.

Puan Yang di-Pertua, ketujuh adalah isu pertanian dan keterjaminan makanan.

Belanjawan 2024 menunjukkan peningkatan 14.4 peratus. Justeru, diharapkan RM6.17 bilion ini boleh diperuntukkan untuk merancakkan penanaman padi di negeri Sabah.

Tanah-tanah Rizab Persekutuan dan negeri khususnya di kawasan pedalaman Sabah yang kurang terdedah kepada risiko banjir boleh kita usahakan. Diharapkan perancangan membangunkan 15 hingga 20,000 hektar tanah di Sabah dan Sarawak oleh FELCRA akan direalisasi dengan belanjawan ini.

Kelapan, saya tertarik dengan kenyataan Menteri Pengangkutan berkenaan kajian kebolehlaksanaan rangkaian rel di Borneo, khususnya di Sabah. Satu idea yang perlu disokong dan dilaksanakan. Justeru, saya mengharapkan penumpuan kajian ini boleh memfokuskan kawasan Pantai Timur Sabah melibatkan daerah dari Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Kalabakan dan seterusnya mungkin boleh disambung ke negara jiran. Bentuk muka yang landai dan ketersediaan pelabuhan-pelabuhan sedia ada memungkinkan projek rel kereta api untuk tujuan kargo dan domestik dilaksanakan untuk memudahkan lagi pemindahan kargo dan juga penumpang. Potensi ekonomi cukup besar sekiranya hasrat ini menjadi realiti dan Belanjawan 2024 boleh menjadi perintis kepada kajian terhadap perkara ini.

Puan Yang di-Pertua, kesembilan berkenaan dengan isu banjir yang berlaku di Parlimen Kalabakan. Masalah banjir ini telah memberikan kesan kepada beribu penduduk disebabkan oleh kekerapannya. Justeru itu, saya menggesa agar langkah mitigasi banjir melibatkan kawasan terjejas segera diambil menerusi pembinaan projek rancangan tebatan banjir Sungai Pasir Putih Bypass dan saya percaya langkah ini mampu mengurangkan impak banjir sekiranya berlaku hujan dan sebagainya.

Puan Yang di-Pertua, kesepuluh adalah berkenaan cadangan agar Lapangan Terbang Tawau yang merupakan lapangan terbang kedua terbesar selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dinaik taraf jadi lapangan terbang antarabangsa memandangkan perkara ini pun sudah disuarakan sejak beberapa tahun tetapi dipandang sepi oleh pihak kerajaan. Hasrat ini dibuat kerana ia berupaya merancakkan lagi sektor ekonomi di kawasan sekitar Pantai Timur Sabah, mengurangkan kesesakan trafik udara di KKIA serta memudahkan pelancong terbang terus ke kawasan pelancongan terkenal di Sabah misalnya di Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Maliau Basin dan Imbak Canyon dan Lembah Danum.

Saya beralih pula ke isu di kawasan saya iaitu di Parlimen Kalabakan. Puan Yang di-Pertua, untuk kawasan Parlimen Kalabakan, besarlah harapan saya supaya kerajaan memberikan perhatian yang khusus bagi menyegerakan pembinaan baharu SMK Kalabakan yang pada ketika ini, kondisinya sangat teruk dan sangat usang, tidak lagi sesuai digunakan oleh para pelajar. Pada masa yang sama, saya memohon agar pihak kerajaan memberikan perhatian agar kelas Tingkatan 6 dan kelas Pendidikan Khas dibuka di sekolah ini. Isunya murid-murid yang ramai hinggakan ada di antara mereka yang terpaksa berpindah, memandangkan sekolah ini terletak di kawasan pedalaman

final • 5:00 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

jauh daripada penempatan ya, untuk memudahkan lagi ibu bapa dan pelajar meneruskan pelajaran.

Kedua belas, saya juga ingin memohon KKDW agar menyegerakan pembinaan jalan Kampung Pasir Putih ke Tanjung Batu Logpond bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduk setempat yang berhadapan kesesakan aliran trafik setiap hari memandangkan hanya ada satu laluan akses.

Puan Yang di-Pertua, ketiga belas. Isu orang tanpa kerakyatan atau lebih dikenali sebagai Pala’u khususnya di Sabah. Jauh untuk menafikan hak asasi kehidupan mereka, namun tindakan yang tuntas perlu direncana dalam menguruskan aspek melibatkan status kerakyatan, kebajikan, pendidikan dan apa juga yang dirasakan perlu yang melibatkan golongan Pala’u ini. Ini adalah isu semasa yang membelenggu terutamanya di Pantai Timur Sabah dan tindakan menang-menang perlu kita ikhtiarkan agar masalah ini dapat kita selesaikan.

Keempat belas, saya juga ingin membangkitkan berkenaan tahap keselamatan sempadan darat dan laut di Parlimen Kalabakan yang mengurangkan aktiviti penyeludupan dadah dan pemerdagangan manusia. Kawalan sempadan berada di tahap yang lemah disebabkan oleh kekurangan pos kawalan, kekurangan aset persenjataan, teknologi pertahanan dan bot laju untuk tujuan rondaan. Justeru, diharapkan belanjawan pertahanan sejumlah RM19.7 bilion dapat menambah aset pertahanan selengkapnya di kawasan ini.

Diharapkan isu-isu yang saya telah bangkitkan dan suarakan yang mendapat perhatian daripada pihak kementerian demi untuk kepentingan warga Kalabakan dan orang Sabah. Puan Yang di-Pertua, saya sudahi ucapan saya dengan dua rangkap pantun:

Satu, dua, tiga, empat, Peruntukan Madani kasi turun lah bah cepat, Lima, enam, tujuh dan lapan, Orang Sabah tunggu dengan penuh harapan. Sekian, Kalabakan mohon menyokong.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Saya jemput Yang Berhormat Baling.

final • 5:00 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim.

[Membaca selawat]* Tuan Yang di-Pertua, saya mengucap terima kasih kerana memberi peluang untuk saya sama-sama berbahas dalam Belanjawan 2024. Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT yang masih memanjangkan umur kita sampai ke saat ini dan kita dikurnia dengan limpahan rezeki yang begitu banyak yang kita rasa bahawa kita tiada mampu untuk membalas apa yang telah diberikan oleh Allah SWT kecuali sekadar kemampuan kita.

Isu keganasan Israel ini sudah berlanjutan lebih daripada 70 tahun. Perdamaian demi perdamaian dibuat tetapi itulah yang berlaku sampai ke saat ini. Untuk pengetahuan kita bahawa sikap dan perangai wajah Zionis Israel ini memang sikap begitu selagi mana kita tidak mengikut langkah-langkahnya bahawa selama itulah dia akan memerangi kita sampai bila-bila. Jadi, kita berdoa kepada Allah SWT agar rakan-rakan kita yang ada di Palestin meneruskan semangat juang yang tinggi dan mereka akan mendapat syahid di sisi Allah SWT.

Belanjawan yang dibentangkan pada 13 hari bulan yang lalu oleh Yang Amat Berhormat Tambun, sebanyak RM393.8 bilion adalah diharapkan dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh rakyat. Lebih-lebih lagi dalam masa yang sama ini,

final • 5:05 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

kenaikan harga yang begitu melambung terutama keperluan rakyat di kawasan-kawasan miskin seperti kawasan saya di Baling. Sekiranya jumlah yang begini besar tidak dapat dimanfaatkan untuk membantu, maka dia tidak ada apa harapan lagi oleh rakyat di bawah.

Saya nak menyentuhkan beberapa perkara. Pertamanya ialah RTB (rancangan tebatan banjir).

final • 5:05 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Baling telah menjadi tempat yang begitu kerap dilanda banjir, sama ada banjir itu besar ataupun kecil. Cuaca dan iklim yang tidak menentu juga menjadi faktor utama Baling kerap terjadinya banjir, walaupun bukan dalam musim tengkujuh.

Setiap kali perbahasan di Parlimen, sering kali dibangkit dan memperingatkan kerajaan untuk menyegerakan projek tebatan banjir, terutama sekali di Baling fasa yang kedua. Hal ini bagi mengelak penduduk yang terjejas dengan banjir terutama sekali yang berada di tepi sungai. Persoalannya, setakat manakah hasrat kerajaan dalam mempercepatkan projek ini?

Seterusnya saya berharap kerajaan tidak prejudis terhadap penduduk di mana- mana tempat termasuklah Kedah dan Baling yang terkesan dengan musibah banjir. Turun dan lihatlah sendiri apa yang sedang berlaku di kawasan-kawasan kami. Penduduk Baling juga adalah rakyat Malaysia yang berhak mendapat layanan yang adil daripada pihak kerajaan, walaupun kawasan kami ini dimenangi oleh pembangkang.

Walaupun peruntukan bantuan tidak diturunkan melalui pusat khidmat, sekurang- kurangnya pihak kerajaan turun padang dan memberi bantuan kepada penduduk yang terkesan dengan banjir. Adakah pihak kerajaan hanya memberi bantuan kepada kawasan Parlimen yang dimenangi oleh kerajaan dan bagaimana saluran serta mekanisme bantuan daripada kerajaan bagi membantu penduduk yang terkesan dengan banjir ini?

Banjir baru-baru ini yang melanda Baling, kecil sikit daripada banjir yang berlaku pada bulan tujuh 2022. Walau bagaimanapun, jumlah rumah yang terlibat dengan banjir melebihi daripada banjir yang besar itu. Ini kerana, selain daripada banjir sungai, banjir air daripada bukit juga adalah besar sehinggakan lebih daripada 900 buah rumah terlibat, api saya amat kesal dengan kenyataan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri apabila berlakunya banjir. Kenyataan yang dibuat bahawa banjir di Kedah dan di Baling, serahlah kepada Menteri Besar Kedah untuk menguruskan. Suatu ucapan yang rasanya tidak bertanggungjawab kepada rakyat di bawah.

Jadi kami, terpaksa menghimpun duit daripada rakan-rakan untuk membeli barang-barang makanan dan juga keperluan sekadar kemampuan kami. Walaupun kami dinafikan untuk masuk ke sekolah-sekolah ketika ada program, tapi dalam banjir, kami tidak memilih mana-mana parti atau bangsa. Contohnya, kita menghantar Jabatan Amal Malaysia untuk mencuci Sekolah Kebangsaan Kupang yang ditenggelami air yang banyak, di mana dia masuk tanah-tanah, tapi kita hantar Jabatan Amal kita membersih kerana kita fikir bahawa sekolah adalah untuk anak-anak kita dan masyarakat kita.

Jadi, saya harap masa-masa yang akan datang, apa yang disuarakan oleh kepimpinan kerajaan, bahawa bersikap adillah kepada semua.

Yang kedua, ingin saya sebutkan tentang pendidikan. Bagi Belanjawan 2024, kerajaan telah memperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan sebanyak RM58.7 bilion berbanding dengan Belanjawan 2023. Peningkatan sebanyak RM3.5 bilion ini disediakan oleh kerajaan bagi kerja-kerja menaikkan taraf bangunan dan prasarana daif di 450 buah sekolah di seluruh negara dan Baling juga mengharapkan bahawa daripada jumlah itu terpaksa sekolah-sekolah di Baling.

Sekolah-sekolah agama serta pondok-pondok juga perlu diberi peruntukan dalam mendidik anak bangsa ke arah wawasan membina generasi beriman, beramal dan bertakwa. Golongan-golongan agamawan juga banyak berjasa kepada ummah. Adakah Kementerian Pendidikan berhasrat menaikkan taraf membantu sekolah-sekolah agama, pondok-pondok, maahad tahfiz seluruh negara termasuklah yang belum berdaftar?

Seterusnya, ingin saya tekankan adalah berkaitan usaha kerajaan dalam menterjemah karya-karya kitab turath dan kitab-kitab Arab ke dalam bahasa Melayu.

final • 5:10 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Kitab-kitab ini adalah nadi utama umat Islam Nusantara, khususnya di Malaysia.

Berapakah peruntukan yang ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha penterjemahan ini?

Adakah kerajaan berhasrat menaikkan kembali nilai-nilai pendidikan Islam lama kepada generasi moden masa kini?

Justeru itu, seterusnya ialah tulisan jawi yang merupakan satu identiti khusus bagi orang Melayu dan agama Islam di negara kita. Jawi telah diwariskan kepada kita sejak zaman berzaman. Khazanah berharga ini sepatutnya tidak diketepikan oleh pihak kerajaan dalam memartabatkan tulisan jawi. Khazanah agung yang diwarisi nenek moyang kita, tidak wajar dilenyapkan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Dalam Belanjawan 2024 kali ini, apakah usaha kerajaan dalam memartabatkan tulisan jawi warisan orang-orang tua kita dahulu? Jangan pula kerajaan hanya bermain retorik, dalam masa yang sama melenyapkan tulisan jawi di Malaysia ini.

Seterusnya, saya ingin menyampaikan beberapa perkara mengenai pendidikan.

Pertama sekali, sekarang ini, jumlah murid di kelas sekolah-sekolah daerah yang pedalaman seperti Baling adalah antara 35 hingga 45 orang. Jadi, minta Kementerian Pendidikan supaya dikurangkan jumlah ini antara 20 hingga 25 orang. Kerana jumlah yang ramai, sukar guru memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada pendidikan anak-anak.

Yang kedua, mohon pertimbangan elaun khas kepada guru-guru prasekolah dan juga pertimbangan elaun kepada penolong kanan. Kerja mereka bertambah, tetapi elaun hanya RM60 sahaja sebelum ini beberapa tahun. Sebab itulah ramai guru tak berminat memohon jawatan itu.

Yang ketiga, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di pagi– untuk mengelakkan pembaziran kerana ramai di kalangan yang layak, tidak makan. Mereka memilih untuk membeli makanan sendiri. Jadi, dicadangkan supaya sistem kupon digunakan kepada murid-murid bagi mengelak pembaziran pada setiap hari.

Yang seterusnya ialah masalah Internet, sampai hari ini pun belum diselesaikan.

Bagaimana pelajar luar bandar untuk meningkatkan prestasi pembelajaran mereka?

Seterusnya ialah kembalikanlah atau wujudkan semula peperiksaan UPSR sebagai satu ukuran standard yang lebih sistematik dan bersepadu supaya dapat mengukur kemampuan seseorang pelajar untuk memasuki ke sekolah menengah dan sebagainya.

final • 5:10 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Akhir sekali dimohonkan supaya— mengenai pasukan bomba dan penyelamat.

Di Baling hanya ada satu balai bomba sahaja, sedangkan penduduk Baling lebih daripada 180,000 orang. Kalau hendak dikira daripada Kampung Tanjong Pari sampai kepada Sedim, hampir-hampir boleh jamak solat tetapi balai bomba hanya ada satu. Bila berlaku kebakaran, susah pegawai bomba untuk menyelamatkan. Jadi, dimohonkan supaya menyegerakan pembinaan yang kedua balai bomba yang dicadangkan di kawasan Kuala Ketil.

Seterusnya ialah wujudkan segera Pusat Kesihatan Baling untuk keperluan rakyat Baling. Apabila Hospital Baling dinaikkan taraf, maka penduduk-penduduk perlu mendapatkan rawatan di klinik-klinik kecil. Jadi apabila memerlukan kepada rujukan doktor, mereka terpaksa ke Hospital Baling. Jadi, ulang-alik banyak kali menyebabkan susah kepada rakyat. Jadi, diminta supaya Pusat Kesihatan Baling ini disegerakan dengan cepat.

Akhir sekali ialah masalah air bersih seperti yang disebutkan oleh rakan-rakan lain. Sehingga kini masih belum siap lagi Loji Air Sungai Limau yang menyebabkan ramai rakyat di Baling putus bekalan air dan susah untuk menguruskan mandi, membasuh pakaian dan sebagainya. Adalah diharapkan bahawa belanjawan ini akan dapat memberi sesuatu yang sangat melegakan dan diharapkan oleh penduduk khususnya di kawasan Baling. Sekian, terima kasih.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Baling. Saya jemput Yang Berhormat Selayang.

final • 5:20 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih, Yang Berhormat Speaker. Perkara pertama yang saya hendak sentuh ialah tentang ekonomi kitaran dan insinerasi sisa kepada tenaga iaitu waste-to-energy incineration. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan Belanjawan 2024 telah menyatakan institusi kewangan telah menyediakan dana pembiayaan RM200 bilion untuk mendorong industri beralih ke arah ekonomi rendah karbon.

Kerajaan juga dalam Peta Jalan Tenaga Boleh Diperbaharui Malaysia (the Malaysia Renewable Energy Roadmap) menyatakan aspirasi untuk menyasarkan untuk mencapai bahagian RE sebanyak 31 peratus pada 2025 dan 40 peratus pada 2035 sehingga 70 peratus menjelang 2050. Yang Berhormat Menteri di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan telah menubuhkan Majlis Ekonomi Kitaran Bagi Sisa Pepejal dan majlis ini telah mengambil inisiatif untuk menggunakan waste-to-energy incineration bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap tapak pelupusan sampah iaitu menggunakan landfill.

Saya meminta kerajaan untuk mengkaji semula keputusan untuk menggunakan waste-to-energy incineration untuk membakar sisa pepejal kerana ada beberapa perkara yang perlu diambil kira. Antara cadangan ialah untuk membina dua loji waste-to-energy incinerator di kawasan saya, satu di bandar Rawang dan kedua di Batu Arang.

Pertamanya ialah ada teknologi yang lain yang boleh digunakan. Baru ini Menteri juga telah melawat Bukit Tagar EnviroParks yang membakar gas landfill iaitu methane yang antara terbesar sekali di Malaysia dan South East Asia dengan membakar methane dan bukan membakar sisa dengan secara langsung.

Kedua ialah sama ada tenaga waste-to-energy untuk membakar sisa adalah sebenar teknologi hijau atau pencucian hijau (green washing) kerana kita tahu tenaga yang boleh diperbaharui adalah daripada matahari (solar), air (hidro) ataupun tumbuhan

(biojisim) tetapi untuk membakar sisa itu bukan tenaga diperbaharui.

Kedua, adakah sebenarnya teknologi ini tenaga lestari kerana kalau menggunakan angin, air, matahari dan sebagainya dengan proses yang mempunyai kesan minimum terhadap alam sekitar semula jadi atau adalah tenaga lestari. Tetapi kita semua tahu membakar sisa akan melepaskan greenhouse gas bahan kimia dioxin dan furans. So, memang ini bukan tenaga lestari.

Perkara ketiga ialah incinerator waste-to-energy menggunakan dan menjanakan carbon dioxide dua kali ganda, berbanding dengan fossil fuel incinerator. Oleh sebab itu The European Parliament tidak lagi menggalakkan kegunaan waste-to-energy incinerator. Institusi kewangan Eropah tidak lagi memberikan financing kepada waste-to-energy incinerator. Oleh yang demikian, Denmark juga telah mengambil keputusan untuk mengurangkan kapasiti waste-to-energy incinerator sebanyak 30 peratus dan menutup tujuh waste-to-energy incinerator. CopenHill atau Amager Bakke yang dipromosi sebagai poster boy untuk teknologi waste-to-energy telah umumkan bahawa mereka tidak akan dapat mencapai sasaran untuk membantu Denmark menjadi karbon neutral pada tahun 2025. Ini adalah satu contoh bahawa teknologi baharu yang dijanjikan sentiasa tidak dapat direalisasikan pada akhirnya. So, kita juga tidak harus untuk percaya kepada janji-janji yang diberikan oleh pembekal teknologi ini.

Apa yang kita perlu buat ialah menggunakan pengalaman yang telah diadakan di Europe untuk melaksanakan zero waste program. Dengan izin, *we do not have to reinvent the will. Europe has shown that the will has been broken. We should made a quantum leap and go straight to what – where Europe is going which is zero waste.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)* **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 5:22 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Keempat ialah kita tidak ada undang-undang, there is no legal regime untuk mengawal, memantau dan menguatkuasakan pencemaran udara daripada waste-to- energy. Di negara yang sedang beroperasi mereka mengikut European Parliament Industrial Emissions Directive 2010 dan juga yang lain mengikut United States Environmental Protection Agency Method 23 dan USEPA Method 8290 tetapi kita tidak ada undang-undang seperti ini untuk mengawal pelepasan dioxin, furans, heavy metal dan ada pollutants.

final • 5:22 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Yang penting ialah undang-undang ini mewajibkan operator untuk melaksanakan penambahbaikan dengan menggunakan best available technology pada masa semasa.

Undang-undang juga memerlukan operator untuk memberikan maklumat dan laporan emission kepada penduduk dan penduduk terlibat dalam keputusan tentang pengurusan emission. Kita tidak ada undang-undang seperti ini. Malaysia juga pada waktu ini walaupun telah tandatangani Stokholm Convention pada 16 Mei 2002, belum meratifikasinya tentang standard untuk menjaga dan mengawal persistent organic pollutants. Dengan Akta 672 juga, iaitu Solid Waste and Public Cleansing Management Act, Selangor tidak setuju dan tidak tandatangan untuk mengikut akta ini.

Environmental Quality Act yang kita ada, tidak ada peruntukan tentang buffer zone dan di mana incinerator boleh ada. Lokasinya sama ada boleh atau tidak di kawasan kediaman atau di mana kilang-kilang yang berada? Kerana kajian yang telah ada menunjukkan ada kesan pencemaran udara dalam radius 10 kilometer. Oleh yang demikian, penduduk berhak untuk diberikan satu jaminan bahawa mereka ada selamat dan tidak terjejas dengan mengadakan waste-to-energy incinerator dalam kediaman mereka.

Perkara kedua ialah tentang meritokrasi dan persaingan. Dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 dan juga dalam ucapan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2024, dinyatakan hasrat untuk memperkukuhkan kemapanan pembangunan masyarakat sejahtera dan mencapai negara berpendapatan tinggi.

Antara perkara yang kerajaan akan memberikan perhatian ialah kekurangan daya saing oleh sektor ekonomi dan perindustrian kita yang menghalang momentum pertubuhan. Saya berpendapat bahawa kerajaan perlu memberikan perhatian kepada isu meritokrasi dengan lebih terperinci. Ada ramai yang berhujah membantah meritokrasi sebagai satu konsep yang memberikan legitimasi untuk meneruskan ketidaksamaan

(inequality).

Dengan perkataan bahawa meritocracy perpetuates inequality. Ini adalah atas sebab keluarga yang kaya, yang ada sumber dan kemampuan memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik dan oleh sebab itu, anak-anak daripada keluarga miskin tidak dapat bersaing dengan mereka dengan cara adil. Apa yang perlu ialah substantive equality of opportunity untuk memberikan peluang dan dorongan kepada anak-anak yang kecil. Masalah bukan tentang meritokrasi tetapi bantuan dan dorongan yang perlu diberikan kepada mereka supaya mereka dapat bersaing dengan cara yang adil.

Juga hujah ialah meritokrasi mewujudkan daya saing untuk credentials tetapi ini juga dapat ditangani. Apa yang kita perlu mengambil kira ialah apa sebenarnya masyarakat kita perlu memberikan ganjaran? Adakah seperti yang dahulu, memberikan ganjaran (reward) kepada mereka sebab mereka mengadakan perhubungan politik yang kuat dan mendapat kontrak besar atau harus kita memberikan kontrak ini kepada mereka yang ada innovation, dengan bakat, dengan kemampuan berusaha dengan rajin?

Kalau kita meneruskan untuk memberikan kontrak dan kejayaan kepada mereka sebab perhubungan politik, akhirnya ini adalah satu masyarakat yang memberikan sanjungan kepada rasuah. Ini masalah kita. Ini telah dikatakan oleh falsafah dan pakar ekonomi.

final • 5:30 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Tomas Mulligan berkata di dalam bukunya, “There is something amiss as a matter of justice when the industrious and the lazy are rewarded alike, when the undeserving thrive, while the deserving struggle”. So, kita perlu untuk ada perubahan bahawa masyarakat kita memberikan ganjaran kepada mereka yang berusaha, yang berbakat, yang berinovatif. Kalau tidak, apa yang jadi ialah meritokrasi masyarakat kita ialah untuk mereka yang tidak memberikan penambahan yang baik kepada masyarakat kita sendiri.

Oleh yang demikian, saya meminta kerajaan untuk mengkaji semula tentang pendekatan amalan meritokrasi.

Perkara yang ketiga ialah untuk kerajaan mengadakan keyakinan untuk menghapuskan monopoli dan kartel. Ini telah diberikan dalam beberapa hujah daripada Ahli kita di sini dan masa sudah sampai bahawa kita hendak mengambil tindakan yang tegas dan ada keyakinan kepada sistem bahawa the laws of demand and supply adalah cara yang terbaik dan bukan memberikan peluang kepada mereka yang menyalahgunakan dominant market position mereka dengan mengadakan kartel dan monopoli dan sebagainya. Dengan itu, saya menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Dipersilakan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 5:30 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik, terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Usul Belanjawan atau Bajet 2024 yang dibentangkan pada 13 Oktober 2023 yang lalu.

Semoga bajet ini dapat memberi manfaat kepada rakyat seluruhnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan perbahasan saya dengan ucapan solidariti kepada semua para pejuang kemerdekaan Palestin di bumi Gaza. Krisis kemanusiaan di Gaza semakin parah. Dalam kita menyatakan sokongan kita kepada Palestin, kita juga perlu tegas menyelar sekutu Israel yang secara terang menaja senjata untuk terus membunuh anak-anak dan wanita Palestin. Dalam hal ini, saya mahu kerajaan, terutamanya Perdana Menteri untuk lebih keras dan tegas mengutuk bukan sahaja Israel tetapi juga sekutu mereka.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang ditimbulkan oleh Harian Metro pada 10 September 2023 pada muka hadapan yang lalu iaitu masalah kesihatan mental, terutamanya dalam kalangan pelajar didapati semakin membimbangkan dengan bilangan pelajar yang mempunyai idea untuk membunuh diri didapati meningkat kepada 13.1 peratus pada tahun 2022, membabitkan lebih 4,300 orang berbanding 10 peratus pada lima tahun sebelumnya.

final • 5:37 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Ketua Pusat Kecemerlangan Mental Kebangsaan, Dr. Nurashikin Ibrahim berkata, kajian kesihatan remaja oleh Institut Kesihatan Umum Kementerian Kesihatan Malaysia

(KKM) ke atas 33,523 pelajar berusia 13 hingga 17 tahun pada tahun lalu turut mendedahkan peningkatan peratusan mereka yang mempunyai tingkah laku merancang untuk membunuh diri.

Hasil kajian ini memberi satu petunjuk kepada semua pihak bahawa perhatian serius perlu diberikan kepada isu kesihatan mental pelajar sekolah. Penyakit mental kini berada di ranking kedua masalah kesihatan utama Malaysia selepas penyakit jantung dan ianya ketara meningkat ketika negara bergelut dengan krisis pandemik COVID-19.

Saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan agar menjalinkan kerjasama yang lebih menyeluruh dalam menangani masalah ini. Justeru, saya ingin mencadangkan agar selain lawatan doktor gigi atau jururawat ke sekolah, hospital dan klinik psikiatri juga boleh ke sekolah dan memberi ceramah kesedaran dan pemeriksaan kesihatan mental dilakukan kepada pelajar-pelajar kita.

Lawatan berkala boleh dilakukan dengan kerjasama guru kaunselor dan ini boleh mengurangkan kadar masalah kesihatan mental di sekolah.

final • 5:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, kos sara hidup semakin meningkat dan ini memberi cabaran kepada golongan terjejas, khususnya B40. Bukan sahaja B40, malah di sesetengah kawasan khususnya di kawasan bandar, golongan M40 turut terkesan. Kos sara hidup di Malaysia dikatakan jauh lebih rendah dibandingkan dengan negara-negara lain. Walau bagaimanapun, kita perlu sedar bahawa nilai gaji yang diterima di Malaysia juga lebih rendah berbanding dengan negara-negara lain. Peningkatan pendapatan yang tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup menghimpit masyarakat pada hari ini.

Menteri Ekonomi ada menyatakan kerajaan akan melaksanakan dasar gaji progresif dengan memberi insentif kepada majikan. Namun, dasar gaji progresif tidak langsung disentuh oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam pembentangan Bajet 2024.

Ini menimbulkan tanda tanya adakah dasar ini dilaksanakan ataupun tidak. Jika ia mahu dilaksanakan, apakah komitmen kerajaan dan jelaskan bagaimanakah bentuk dan nilai insentif yang dinyatakan oleh Menteri Ekonomi sebelum ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita maklum bahawa kerajaan ini sedang bergerak ke arah mengurangkan subsidi. Apakah keputusan kerajaan— adakah satu inisiatif yang menyatakan bahawa subsidi tidak penting atau tidak perlu dalam ekonomi? Sedangkan, di antara tujuan utama pelaksanaan subsidi oleh banyak negara di dunia adalah untuk pengimbangan inflasi, peningkatan kuasa beli rakyat dan memastikan perniagaan dan industri kecil yang bergantung banyak kepada subsidi terus dapat beroperasi dan membantu dalam ekosistem ekonomi domestik. Apakah faedah jangka masa panjang kepada rakyat ke atas pengumuman ini? Kerajaan harus memastikan subsidi bersasar ini benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan.

Dalam hal ini, penguatkuasaan amatlah penting. Apakah persediaan kerajaan dalam isu penguatkuasaan? Adakah kerajaan sudah bersedia, sedangkan tindakan penguatkuasaan haruslah diperketatkan atau undang-undang yang berkesan haruslah diwujudkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik usaha kerajaan untuk meneruskan sumbangan tunai dalam bentuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Namun, di sebalik ini, saya juga melahirkan kebimbangan terhadap kemampuan kerajaan untuk mengawal kadar inflasi. Kesan akhirnya menyebabkan kerajaan kerugian akibat jumlah wang bantuan yang tinggi diberikan kepada rakyat melalui STR tidak mungkin mampu menyelesaikan harga barang pengguna yang meningkat naik. Malah perkara ini akan memberi kelebihan kepada peruncit dan pemborong yang menaikkan harga sesuka hati akibat tiada penguatkuasaan harga barang.

Sejauh manakah dan sekerap manakah pihak penguat kuasa mampu memeriksa harga-harga barang? Apakah mekanisme untuk orang kampung membuat aduan?

Terutamanya warga emas yang tidak tahu menggunakan aplikasi dan laman web KPDN.

Malah, adakah isu BR1M akan berulang di mana wakil rakyat kerajaan sahaja yang akan diberi hak mengedar atau melancarkan bantuan kepada rakyat dan dijadikan gula-gula untuk mendapatkan sokongan rakyat yang semakin merosot kepada kerajaan hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, isu rumah PPR diduduki oleh warga asing ini juga membarah dalam masyarakat kita. Ini amat menyedihkan kita semua kerana masih ramai orang yang berkelayakan sedangkan senarai menunggu untuk memohon rumah ini. Saya mahu kerajaan membanteras perkara ini hingga ke akar umbi agar tiada rakyat teraniaya akibat daripada penyelewengan kemudahan perumahan PPR ini. Tindakan tegas harus diambil.

Saya ingin mencadangkan agar kerajaan menaikkan denda sehingga seratus kali ganda sewaan PPR tersebut jika didapati pemilik rumah menyalahgunakan atau menyewa rumah PPR kepada warga asing.

Tuan Yang di-Pertua, masih dalam isu warga asing. Saya ingin mengingatkan kita semua, khususnya kerajaan, bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri telah menjawab di dalam Parlimen bahawa lebih 1.2 juta warga China dikesan tidak dikeluarkan dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh di antara 2018 hingga 2021. KDN turut memaklumkan rekod keluar masuk Jabatan Imigresen menunjukkan ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh berkenaan adalah melebihi tujuh juta orang.

final • 5:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Atas dasar ini, keselamatan negara wajib diutamakan. Seramai 1.2 juta warga China yang kini dianggap pendatang haram kerana terlebih had masa duduk di negara kita. Persoalannya, ke manakah pergi mereka ini?

Janganlah kita terlalu ghairah menyambut pelancong dari negara China ini dengan melonggarkan syarat visa dan kemasukan hanya atas nama menyemarakkan sektor pelancongan, sedangkan kita sudah ada data di hadapan kita sekarang bahawa mereka bukanlah masuk kerana melancong tetapi atas urusan lain yang akhirnya mengancam keselamatan negara kita.

Kerajaan haruslah bertegas dan mengetatkan lagi penguatkuasaan, khususnya kepada imigresen. Saya menggesa agar peruntukan lebih diberikan kepada Jabatan Imigresen supaya mereka dapat menambahkan jumlah penguatkuasaan bagi memastikan sempadan kita selamat.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru agar projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang menjadi sebahagian daripada Kedah Aerotropolis diberi layanan dan perhatian yang adil dan sewajarnya seperti titah Kebawah Duli Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. Saya mengulangi titah baginda bahawa perancangan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim di dalam kerangka pembangunan Kedah Aerotropolis akan memenuhi kehendak tersebut dan bertindak sebagai game changer, dengan izin, yang akan mengubah landskap ekonomi ke tahap yang lebih ampuh. Janganlah kerana perbedaan ideologi politik, projek yang boleh...

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, sebentar ya. Saya baca 36(7). “Nama Sri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong atau mana-mana Raja Melayu atau Tuan-tuan Yang Terutama Yang di- Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh digunakan bagi mempengaruhi Majlis.” Saya tafsirkan sedemikian. Jadi, bahagian itu, tolong tarik balik.

final • 5:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik, Yang di-Pertua, saya tarik balik bahagian yang disebutkan tadi.

final • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tarik balik!

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Langat decorum ya. Baik, teruskan.

final • 5:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik, terima kasih kepada Yang di-Pertua. Kalau Rompin hebat dengan udang galahnya yang sedap daripada tempat-tempat lain tetapi di bahagian saya iaitu di Kulim-Bandar Baharu, Daerah Bandar Baharu adalah diisytiharkan oleh Kerajaan Negeri Kedah sebagai pusat pengeluaran durian yang terbaik di Malaysia. Antaranya lebih baik daripada Raub dan juga Bentong.

Jadi, saya mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Kedah memberi perhatian yang sewajarnya supaya Daerah Bandar Baharu merupakan daerah yang boleh menjadi persinggahan para pelancong yang datang ke negara kita dan juga rakyat Malaysia di sini untuk mendapatkan satu durian yang terbaik di sini.

Dato' Yang di-Pertua, masa pun dah hampir. Berkaitan dengan isu-isu pendidikan juga saya ingin minta perhatian di sini daripada KPM. Adakah KPM ingin melihat kembali sekolah-sekolah yang masih belum cukup dari segi prasarananya bagi memastikan pelajar sekolah berjalan dengan lancar? Sebagai contoh, adakah sekolah di kawasan- kawasan saya yang masih belum mempunyai padang sekolah untuk pelajar menjalankan aktiviti sukan, aktiviti kokurikulum dan sebagainya, sedangkan sekolah-sekolah ini terpaksa pergi ke sekolah lain untuk menumpang padang-padang sekolah untuk menjalankan aktiviti yang hendak dijalankan.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin menarik satu isu iaitu mengenai komputer sebelah utara. Saya tidak ubah apa yang dilaporkan kepada saya, saya baca balik. Pagi dan petang orang guna tren ke pejabat. Isunya, tak bolehkah KTM tambah gerabak lebih, terutamanya waktu peak time 6 pagi sampai 8 pagi, 5 petang sampai 7 petang. Time ini ramai orang guna. Orang bayar tiket harga sama tetapi tidak boleh duduk.

final • 5:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Kedua, kalau tren boleh laju sikit, maka bolehlah jimat masa. KTM banyak duk tumpu bagi best servis di belah KL dan Ulu Klang, belah utara ini nampak macam third class punya servis. Menteri Pengangkutan cuba turun, naik senyap-senyap, jangan habaq then we will know. Yang saya kompelin ini komuter utara, laluan Padang Besar ke Penang dan Penang ke Padang Besar.

Tuan Yang di-Pertua, tidak lengkap rasanya perbahasan saya tidak menyentuh isu-isu di kawasan Parlimen saya iaitu...

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker, Speaker kena betulkan sikit. Komuter.

final • 5:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Komuter.

final • 5:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kemudian tadi itu Lembah Klang.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, peraturan sahaja saya benar bercakap. Kalau tidak melibatkan peraturan, jangan menyampuk ya. Duduk Yang Berhormat. Silakan, teruskan.

final • 5:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih Hulu Langat.

Sebenarnya saya sudah katakan tadi, saya tidak ubah apa yang diberikan kepada saya.

Terima kasih atas pembetulan tadi. Baik, di Parlimen Kulim saya iaitu Kulim-Bandar Baharu, Kulim agak membangun dari Bandar Baharu. Namun kedua-dua kawasan ini perlu mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak kerajaan. Selaku Ahli Parlimen, saya lebih teruja tumpuan yang lebih serius...

final • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, hendak tanya sedikit boleh?

final • 5:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Saya tidak ada masa ini.

final • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sedikit saja.

final • 5:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey, okey.

final • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya hendak tanya Yang Berhormat daripada perbahasan, rupa-rupanya kawasan Yang Berhormat memerlukan banyak sangat bantuan daripada Kerajaan Persekutuan. Itu apa yang saya amati daripada perbahasan. Minta tren, minta bas dan sebagainya.

Tetapi pada masa yang sama, Ahli-ahli Parlimen di sebelah sana juga mendoakan kerajaan ini, ajal kerajaan ini tiba dengan seberapa cepat yang mungkin. Apa yang sebenar yang diperlukan? Perlu bantuan kah atau nak kerajaan ini menemui ajalnya? Apa yang diperlukan sebenarnya? Saya tidak faham. Ada yang memuji, ada yang mendoakan agar kerajaan ini menemui ajalnya. Apa sebenarnya diperlukan di sebelah sana? Banyak sangat yang diminta juga, pada masa yang sama, saya tidak faham. Saya keliru. Apa pendirian Yang Berhormat sendiri?

final • 5:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey, terima kasih kepada Jelutong tetapi saya tidak benarkan masuk dalam teks ucapan saya.

[Ketawa] [Tepuk] Walau bagaimanapun, apa yang dijanjikan oleh...

final • 5:50 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat, minta pencelahan.

final • 5:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey, okey.

final • 5:50 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Setujukah Yang Berhormat maksud untuk tukar kerajaan itu bukan tukar nama Kerajaan Malaysia tetapi tukar parti yang memerintah Malaysia ini. Setuju tak Yang Berhormat?

[Tepuk]

final • 5:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang ini saya minta masuk dalam teks ucapan saya.

final • 5:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, kerajaan ini kerajaan yang diilhamkan oleh Tuanku Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat- Yang Berhormat, saya hanya benarkan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu untuk bercakap. Petang ini saya hendak tutup, last.

final • 5:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey, terima kasih Yang di- Pertua.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

37(2) ya peraturan. Teruskan. Sila landing Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 5:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey, terima kasih Yang di- Pertua. Terima kasih Jelutong dan terima kasih juga. Baik, Kulim-Bandar Baharu agak, dekat mana pun tidak tahu dah.

[Ketawa] Mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak kerajaan. Selaku Ahli Parlimen, saya lebih teruja tumpuan yang lebih serius ditumpukan di kawasan Bandar Baharu yang jauh lebih ketinggalan. Bandar Baharu terletak di antara sempadan tiga negeri...

final • 5:50 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya, Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

36(7). Baru tadi Yang di- Pertua buat ruling supaya Kulim-Bandar Baharu tarik. Tadi Jelutong sebut menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong.

final • 5:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tarik balik juga!

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya Kulim-Bandar Baharu secara spesifik menyebut nama Raja-raja Melayu. Itu sebab saya suruh tarik balik.

[Tepuk] Baik, teruskan dan tutup 10 saat. Kalau tidak tutup, saya tutup suara.

final • 5:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Bagi saya habis untuk kawasan saja.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, banyak masa saya beri kepada Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Gangguan, gangguan.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

30 saat, saya akan tutup mic.

final • 5:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Sempadan tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Perak dan Kedah. Malangnya Bandar Baharu bersempadan dengan Parit Buntar, Perak dan juga Nibong Tebal di Pulau Pinang amat ke terbelakang daripada arus pembangunan, tidak seiring dengan Parit Buntar dan Nibong Tebal. Yang mempunyai pelbagai kemudahan, antaranya bank-bank, MRSM, cawangan USM, pasar raya, mini stadium, hospital yang lengkap.

Oleh itu, saya memohon supaya pihak kerajaan cuba mengimbangi pembangunan ini di Daerah Bandar Baharu seperti mewujudkan cawangan IPTA, sekolah berasrama penuh, IKS, rumah PPR dan sebagainya bagi mengimbangi pembangunan di antara tiga sempadan negeri ini di samping...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Bandar Baharu duduk. Terima kasih. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Baram.

final • 5:50 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih juga kerana memberi peluang kepada saya untuk terlibat dalam bahas bajet yang kedua Kerajaan Perpaduan. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah membentangkan bajet yang terbesar sehingga kini.

Saya mulakan saya punya perbahasan dengan menyentuh semula satu topik yang sering diperbahaskan, khususnya dari wakil-wakil ataupun MP-MP, Yang Berhormat dari kawasan wilayah Sabah dan Sarawak iaitu berkenaan dengan bajet khas ataupun peruntukan khas, di mana pada tahun ini, RM5.8 bilion diperuntukkan untuk Sarawak dan RM6.6 bilion diperuntukkan untuk jiran kita, Sabah.

Kita juga maklum bahawa sejak saya ke Dewan ini 10 tahun yang lepas, setiap tahun ada sahaja peruntukan khas untuk negeri Sabah dan Sarawak. Kita bersyukur dan amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah pun meneruskan semangat yang kita rasa adalah sejajar dengan semangat MA63.

final • 5:58 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Namun Yang di-Pertua, saya nak tanya berkenaan dengan peruntukan ini yang saya percaya dalam beberapa tahun yang lepas berbilion-bilion, berpuluh-puluh bilion telah pun diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak untuk meningkatkan ataupun untuk merapatkan lagi jurang pembangunan di antara wilayah-wilayah ini. Sebab saya percaya seperti juga yang kita dengar dalam Dewan ini bahawa masalah jurang ini masih belum lagi dirapatkan ini.

Jadi saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan, kepada Yang Amat Berhormat Tambun ataupun Menteri-menteri yang berkenaan supaya memberi penjelasan sama ada peruntukan khas ini adalah on top of the kementerian punya allocation or if it is kalau dengan izin, dia adalah sebahagian daripada peruntukan-peruntukan yang diberi saban tahun kepada setiap kementerian untuk tujuan pembangunan.

Di samping itu, saya juga faham bahawa peruntukan ini pun memang telah pun diagihkan tetapi sampai hari ini, saya tidak mahu menafikan bahawa memang ada pembangunan. Tetapi pembangunan yang datang ini, dia mungkin kalau ikut saya punya pendirian, kalau ikut saya punya pandangan, pembangunan ini datang ini dengan begitu lambat. Peruntukan ini memang sudah ada tetapi projek-projek ini sudah pun diumum.

Namun apabila kita bertanya balik, apabila rakyat di kawasan pendalaman yang memerlukan pembangunan-pembangunan ini bertanya, jawapan yang kita memberi kepada mereka adalah satu jawapan yang mungkin tidak menyenangkan hati mereka.

Pendek kata pelaksanaan projek-projek ini agak begitu lambat sikit.

Saya rasa dengan delivery system ini yang kita ada dengan kakitangan kerajaan yang pakar yang kita ada. Saya percaya satu mekanisme yang berkesan perlu diambil dengan segera supaya apabila dalam tahun ini ataupun dalam bajet yang kita ada dalam tahun 2024 ini nanti, semua projek yang dilulus, yang disenaraikan, diterjemahkan on the ground. Speaker, ini yang kita mahu sebab kita mahu pembangunan yang cepat tanpa kita mengetepikan SOP-SOP yang ada.

Kedua Dato’ Speaker ialah berkenaan dengan satu topik ataupun satu isu yang saya rasa mungkin terlalu kerap saya sebutkan di Dewan ini. Namun oleh kerana tanggungjawab, namun oleh kerana kita percaya bahawa Kerajaan Perpaduan yang kita ada pada hari ini adalah satu-satunya saluran untuk kita menterjemahkan supaya kehendak kita di kawasan luar bandar, khususnya berkenaan dengan jalan balak ini dititik noktahkan pada masa yang terdekat ini.

Saya tahu dan saya juga percaya bahawa rakan-rakan kita di Dewan ini juga mengenali bahawa di kawasan Baram, khususnya di kawasan Baram ataupun di kawasan-kawasan luar bandar, di mana perhubungan itu adalah begitu sukar dan kita

final • 6:00 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

selama ini Dato’ Yang di-Pertua, bergantung sangat kepada jalan balak ini. Suatu ketika dahulu jalan balak ini beroperasi di kawasan ini. Syarikat-syarikat pembalakan memang beroperasi di kawasan ini, namun oleh kerana masa dan mungkin oleh kerana peraturan- peraturan yang ada maka syarikat pembalakan ini sudah pun berhenti untuk beroperasi di kawasan-kawasan ini. Namun, the main mode of communication, the main mode of transport dengan izin, adalah masih lagi dengan menggunakan jalan balak ini.

Bukan sahaja penduduk-penduduk tempatan, malahan agensi-agensi kerajaan seperti pendidikan, kesihatan dan sebagainya menggunakan jalan-jalan balak ini juga.

Jadi saya merayu sekali lagi supaya Kerajaan Perpaduan ini meluluskan ataupun memperuntukkan satu jumlah peruntukan yang mencukupi untuk kita membaik pulih ataupun untuk kita menyelenggarakan jalan balak-jalan balak di kawasan luar bandar ini.

Sebab sekarang ini syarikat pembalakan sudah tidak bekerja dekat situ.

Terima kasih kepada syarikat pembalakan sebab selama ini mereka memang membuat dia punya tanggungjawab tetapi apabila mereka keluar dari kawasan itu, mereka telah berhenti untuk buat CSR kepada penduduk-penduduk, khususnya untuk menyelenggarakan jalan, jalan tanah yang berlubang, jambatan balak yang runtuh dan hakisan jalan oleh kerana cuaca yang tidak baik. Saya mohon satu peruntukan yang khas diberi untuk penyelenggaraan bekas jalan balak yang ditinggalkan oleh syarikat pembalakan.

Ketiga ialah berkenaan dengan subsidi ini. Subsidi bersasar. Saya percaya kita sudah ada satu mekanisme dan mekanisme yang kita ada ini mungkin itu yang terbaik kita ada mungkin pada hari ini. Namun dalam yang terbaik itu iaitu Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa dan saya tahu bahawa ada di kalangan B40 ini yang diam nun di pedalaman tidak disenaraikan sebagai orang ataupun yang tidak disenaraikan dalam B40 ini. Sudah pasti apabila mereka tidak disenaraikan, mereka pun tercicir daripada bantuan-bantuan kerajaan yang diberi ini. Sebab dahulu saya rasa mungkin ini dibuat oleh melalui kita punya income tax kot, dari income tax jadi kita ambil rekod dekat situ.

Saya cadang supaya mekanisme ini boleh dipakai tetapi di samping itu untuk kawasan luar bandar, gunakanlah khidmat pejabat daerah. Gunakanlah pejabat-pejabat penghulu ataupun di Sarawak kita kata ketua masyarakat sebab mereka ini lebih arif, lebih tahu berkenaan dengan siapa penduduk-penduduk mereka ataupun anak buah-anak buah mereka di kawasan ataupun di kampung masing-masing.

Saya cukup yakin dengan mekanisme ini sebab semasa kita buat suntikan COVID dua tahun yang lepas, kerajaan negeri, kerajaan wilayah Sarawak menggunakan mekanisme ini sehingga pada masa itu Sarawak adalah antara wilayah yang banyak yang awal mencapai peratusan suntikan yang tertinggi pada masa itu.

final • 6:00 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Seterusnya, saya nak sebut juga berkenaan dengan saya punya kawasan. Kita tahu sekolah daif, klinik memang pun daif. Internet pun memang sudah sakit semua, tak stabil.

[Tepuk] . Jadi, saya ucapkan banyak terima kasih kepada kementerian sebab saya tahu memang ada dalam on paper as it is today. Semua ini sudah ada. Misal di kawasan saya, kawasan Baram ada 111 menara akan dibinakan. Ini memang satu pencapaian yang cukup membanggakan.

Namun, kita mahu sekolah yang daif ini, klinik yang terbakar ataupun yang kena hakisan tanah ini, seperti Klinik Long Lama dan Klinik Long Seridan yang terbakar hampir lima tahun yang lepas masih lagi kita– memang saya percaya dan saya difahamkan oleh pihak kementerian bahawa memang ada peruntukan untuk ini tetapi yang kita nak ini kita luluskan dia tahun ini, kita buat dia juga tahun dalam tahun ini. Ini saya rasa adalah sejajar dengan kehendak TI juga. So, mohon supaya semua projek ini dipercepatkan sebab kita mahu minta yang lebih lagi selepas ini.

Jadi, inilah kita – saya sebutkan ini, Dato’ Yang di-Pertua, oleh kerana kita tahu kita ini adalah di Kerajaan Perpaduan. Kita ini juga adalah kita – saya bercakap ini dengan semangat MA63 yang ada sebab sudah pasti semua tahu, semua tahu bahawa bersemangatkan MA63. Dengan berkeadaan yang tidak sama ini, saya percaya Kerajaan

final • 6:10 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Perpaduan ini pasti dapat memainkan peranan untuk menentukan supaya nasib kita di kawasan luar bandar dapat dijaga dan diselenggara.

Akhir sekali, sebab saya percaya kakitangan kerajaan ataupun delivery system ini adalah satu komponen kerajaan yang begitu penting. Saya mahu dengan rendah mohon daripada pihak JPA ataupun kementerian yang berkenaan supaya membuat satu kajian yang terperinci untuk kita memastikan kesamarataan dalam pemberian jawatan-jawatan penting dalam sektor utama perkhidmatan awam iaitu JUSA C ke atas, seperti yang termaktub ataupun yang tersirat dalam MA63 ini. Saya yakin bahawa bukan oleh kerana kita tak percayakan kepada kakitangan kerajaan yang lain, sebab saya anggap saya pun dulu kakitangan kerajaan. Sebab saya anggap itu adalah jawatan yang di mana kita perlu memainkan profesionalisme ini.

Namun, demi untuk kita membangunkan negara kita ini, mohon pihak JPA untuk menentukan supaya anak-anak Sarawak, anak-anak yang berpotensi ini dan Sabah ini dapat diserap ataupun dibangunkan dan diberi peluang untuk berkhidmat di negara kita untuk kebaikan kita bersama dalam negara kita. Jadi, dengan itu saya ingin mengatakan di sini juga bahawa satu pantun yang saya rasa memang membayangkan, memberi semangat kepada kita semua dan ini pantun dia dari Pehin Tok Nan dulu. Ini memang selalu– ini kali kedualah saya akan bacakan pantun ini di Dewan ini dan dia bunyi dia.

*Nyiur gading puncak mahligai, Sayang ketupat berisi inti, Hancur badan tulang berkecai, Belum dapat GPS belum berhenti.

[Tepuk]* Sekian, terima kasih.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Baram. Dipersilakan, Yang Berhormat Dungun.

final • 6:10 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Bismillahi Rahmani Rahim.

[Membaca selawat] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024.

Sebelum saya memulakan Perbahasan Belanjawan 2024 ini, saya dan juga rakyat Dungun memohon agar Allah SWT memberikan kemenangan kepada pejuang- pejuang di Palestin yang sedang berjuang mempertahankan tanah air dan hak mereka daripada terus dicabuli Zionis yang dilaknat Allah.

[Tepuk] Mudah-mudahan berakhir dengan kemenangan di pihak pejuang-pejuang ini.

Dato’ Yang di-Pertua, tegaknya dunia ini dengan empat perkara. Yang pertama ialah dengan keadilan pemerintah. Yang kedua ialah dengan ilmu para ulama dan cendekiawan. Yang ketiga ialah dengan dermawannya orang-orang kaya dan yang keempat ialah dengan doa orang-orang fakir.

Berasaskan kepada empat perkara ini, saya ingin untuk mengambil iktibar dari ayat 77, surah al-Qasas yang dibentangkan di dalam ucapan Belanjawan 2024 iaitu ada beberapa nasihat yang boleh diambil iktibar. Yang pertama ialah perintah supaya mencari bahagian di akhirat. Yang kedua ialah dengan tidak melupakan apa yang diperolehi di atas dunia ini. Yang ketiga ialah bersikap ihsan dan adil kepada orang lain dan yang keempat jangan melakukan kerosakan atau kefasalan.

Mengapa ditekankan dari ayat 77 surah al-Qasas ini mencari bahagian di akhirat?

Kerana sesuatu yang kita tidak dapat lihat dan capai dengan segera, ianya mestilah dituntut dan dicari. Oleh itu segala anugerah yang diperolehi dengan tujuan untuk melaksanakan kebaikan dan kebajikan mestilah diletakkan keutamaan iaitu sampai ke negeri akhirat. Apabila kita berbicara tentang satu hadis Rasulullah SAW, [Membaca

final • 6:15 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

hadis] sehingga akhir hadis iaitu tujuh golongan yang akan mendapat lindungan dan naungan Allah pada hari kiamat.

final • 6:15 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Di hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan Allah. Yang pertama ialah imam yang adil. Keadilan menjadi paksi yang utama dan penting kerana kekuatan pemerintah atau kerajaan ialah pada keadilannya. Kalau tidak adil, maka tidak ada bahagian di sisi Allah di hari Kiamat. Sebab itu perkara ini diberikan penekanan supaya imam yang adil mestilah menjadi keutamaan apabila seseorang mendapat kuasa pemerintahan.

Saya tertarik dengan satu kisah daripada nasihat Fudhail bin Iyadh kepada Khalifah Harun Ar-Rasyid ketika Khalifah Harun Ar-Rasyid menunaikan haji di Mekah.

Pada satu malam, dia tidak dapat tidur. Lalu dia merasakan keperluan untuk mendapatkan nasihat dari seorang alim. Lalu dia berjumpa dengan Fadhl bin Rabi’ pada keesokannya malamnya menyatakan untuk bertemu dengan orang alim untuk mendapatkan nasihat. Di antara nama-nama yang dicadangkan, maka Fudhail bin Iyadh termasuk di antara yang ketiga yang ditemui oleh Khalifah Harun Ar-Rasyid.

Ketika diberikan salam oleh Khalifah Harun Ar-Rasyid kepada Fudhail bin Iyadh di rumahnya, dia bertanya siapakah yang datang. Maka dijawab oleh Fadhl bin Rabi’, “Amirul Mukminin”. Maka dengan segera dipadamkan lampu, lalu dibenarkan masuk. Dan setelah Khalifah Harun Ar-Rasyid meraba tangan dan bertemu dengan tangan Fudhail bin Iyadh, maka Fudhail bin Iyadh telah berkata, “Duhai betapa lembutnya tangan ini. Jika di hari Kiamat mampu selamat dari azab Allah Taala kerana tangan yang lembut membawa maksud ialah memerintah dengan adil. Jika tidak adil, maka akan menerima azab daripada Allah SWT”. Menangis Khalifah Harun Ar-Rasyid mendengar nasihat ini.

Lalu, ditanya mengapa dipadamkan lampu. Maka dijawab oleh Fudhail bin Iyadh, “Tuan datang dari tempat yang penuh dengan cahaya. Ingatlah suatu hari akan masuk ke dalam tempat yang sangat gelap yakni kubur. Ingatlah, sediakan jawapan untuk hari tersebut”. Menangis pula Khalifah Harun Ar-Rasyid.

Setelah reda dari tangisannya, ia berkata, “Tambahkanlah nasihat kepada saya”.

Maka dijawab oleh Fudhail bin Iyadh, “Wahai yang berwajah bagus, tuan akan ditanya oleh Allah tentang hamba-hambanya pada hari Kiamat. Maka jika tuan mampu menjaga wajah tuan dari neraka, jangan sampai tuan memasuki waktu pagi dan petang dalam keadaan di hati tuan terdapat pengkhianatan terhadap seorang pun dari rakyat tuan” kerana Nabi SAW bersabda, [Membaca sepotong Hadis] . Hadis Riwayat Bukhari yang bermaksud, “Sesiapa sahaja yang mengkhianati rakyatnya, maka dia tidak akan mencium bau syurga”. Ini adalah peringatan kepada sesiapa sahaja yang menjadi pemerintah supaya adil.

Sebab itu isu federalisme fiskal adalah isu yang ingin untuk saya bangkitkan.

Dalam sebuah negara Persekutuan, keputusan kewangan yang diambil antaranya adalah pemberian sejumlah peruntukan kepada setiap negeri bagi menampung ketidakseimbangan fiskal dan keterhadan sumber hasil. Justeru, tindakan menafikan hak pemberian kewangan kepada kerajaan negeri ini boleh dianggap satu tindakan mensabotaj amalan dan semangat federalisme. Lebih teruk lagi, sekiranya tindakan tersebut didasari dengan dendam kebencian politik keterlaluan.

Bagi mengatasi perkara ini, saya menyeru reformasi federalisme fiskal dilaksanakan supaya kerajaan negeri mempunyai autonomi yang lebih luas untuk memperoleh sumber hasil baru. Reformasi ini juga termasuk inisiatif baru dalam amalan desentralisasi fiskal serta penambahbaikan pemberian geran kerana kalau kita melihat kepada Perlembagaan Persekutuan, kita mempunyai negeri-negeri yang ditadbir melalui pilihan raya-pilihan raya negeri setelah daripada pilihan raya di peringkat Parlimen.

Wilayah Persekutuan mengandungi Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan.

Selangor, dipimpin oleh PKR dari parti-parti gabungan dalam PH. Negeri Sembilan, PKR dari gabungan parti PKH. Daripada Penang, DAP. Daripada Perak, BN. Daripada Melaka, BN. Johor dan Pahang, BN. GRS Sabah, GPS Sarawak. PAS, Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

final • 6:20 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Saya bimbang apabila kita hanya memberi keutamaan kepada negeri-negeri yang ada dalam gabungan bersama dengan PH, maka kita tidak lagi menjalankan satu semangat federalisme kerana ketika cukai dikutip, ia dikutip dari semua rakyat-rakyat dalam negeri-negeri walaupun di bawah pimpinan PAS. Tetapi ketika pengagihan, mengapa tiada keadilan dalam pengagihan tersebut?

Saya bimbang kerajaan ini menjadi kerajaan cicak iaitu meninggalkan ekor di belakang. Hanya membawa kepala dan tubuh sahaja di hadapan. Ini adalah kerajaan cicak, kerajaan yang tidak mempunyai semangat untuk membawa keadilan kepada semua dalam pemerintahan. Sebab itu peringatan ini hendaklah kita mengambil ingatan supaya kita menjaga asas-asas yang penting.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin untuk membawa agenda beras negara. Kita harus mengambil iktibar masalah kekurangan beras tempatan yang sedang berlaku sekarang. Mungkin jika harga beras import tidak naik 36 peratus...

final • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dungun.

final • 6:20 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Kita sendiri tidak sedar masalah utama yang berlaku sebenarnya adalah ketiadaan bekalan stok beras putih tempatan di pasaran runcit.

final • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dungun. Minta penjelasan sikitlah, Dungun. Tadi Dungun ada menyebutkan soal hak kerajaan negeri dinafikan. Kalau boleh, kita nak tahu negeri mana yang haknya dinafikan oleh Kerajaan Persekutuan. Itu yang pertama.

Kemudian yang kedua,...

final • 6:20 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Cuba tengok daripada ucapan belanjawan. Kalau itu pun tidak faham, saya sangat tidak faham apa yang telah ditanya.

final • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Soal berkaitan– Itu saya tanya, itu saya tanya. Hendakkan kepastian.

final • 6:20 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Tengok sendiri, tengok sendiri. Jangan ganggu saya.

final • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Itu saya nak kepastian itu.

final • 6:20 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Kita harus ingat tentang masalah beras negara ini. Ramai ahli politik dan NGO yang telah menerjah ke kedai-kedai runcit untuk melihat sendiri bekalan stok beras putih tempatan. Mengapa beras putih tempatan tiada? Mengapa selama ini nisbah jualan beras putih import lebih banyak dijual berbanding beras putih tempatan? Walhal, beras import hanya 30 peratus sahaja berbanding beras tempatan, 70 peratus. Adakah masalahnya kerana margin keuntungan yang kecil atau berlaku eksploitasi di peringkat pemborong? Pihak kementerian harus dan mesti menyiasat dan membuat pemantauan secara tegas berhubung perkara ini.

Saya menyeru pihak kerajaan menjadikan beras sebagai agenda utama seperti yang dilakukan terhadap agenda perubahan iklim negara. Kita perlu menyasarkan tahap sara diri pengeluaran beras 85 peratus lebih awal daripada unjuran dan jangkaan awal yang dipersiapkan. Melihat kepada segelintir sikap negara pengeksport beras yang lebih mengutamakan permintaan dan bekalan domestik, maka tidak mustahil harga beras import terus mencatatkan kenaikan mendadak dan kita akan terus bergantung kepada pasaran dunia.

Justeru, saya minta supaya institusi lembaga padi dan beras negara diwujudkan semula bagi memastikan konflik kepentingan, kebajikan para pesawah dan kestabilan pasaran beras domestik boleh diurus dengan lebih baik lagi.

final • 6:20 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Tidak perlu meliberalisasi monopoli Bernas sebaliknya kita berusaha ke arah menasionalisasikan Bernas itu sendiri.

final • 6:30 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Dato’ Yang di-Pertua, sebagai akhirnya cukai regresif dan rasionalisasi subsidi.

Apa sahaja cukai dikenakan oleh kerajaan pasti akan menambah beban kewangan rakyat bezanya sama ada cukai itu ditanggung oleh individu atau firma secara langsung atau ia dipindahkan kepada pengguna akhir seperti yang dilaksanakan dalam rejim cukai regresif seperti cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Begitu juga perkara yang berkait dengan subsidi, saya mahu kerajaan bermula dengan rasionalisasi subsidi petrol dan diesel mengikut data kita menggunakan 1.2 bilion liter petrol dan 505 juta liter diesel sebulan memandangkan kita menuju ke arah negara bebas karbon 2050. Maka usaha ke arah ini harus dijalankan secara selari agar penggunaan bahan api boleh dikurangkan dan penjimatan fiskal boleh dilakukan secara efektif dan ia memberi pulangan yang baik kepada rakyat dalam menghadapi keadaan ekonomi semasa pada hari ini.

Terima kasih Dato’ Tuan Yang di-Pertua. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Dipersilakan Yang Berhormat Bentong.

final • 6:30 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh* dan salam sejahtera. Salam Malaysia Madani.

Kecil tapak tangan, Niru saya tadahkan, Belanjawan telah di bentang, Mari Bentong bahaskan. Dato’ Tuan Yang di-Pertua, sebelum meneruskan bicara Bentong ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh pasukan Kementerian Kewangan Malaysia yang telah berhempas pulas mempersiapkan Belanjawan Madani 2024. Saya percaya Belanjawan Madani 2024 ini selaras dengan falsafah kerajaan untuk memperkasa rakyat dan mengangkat martabat negara ke tahap yang lebih tinggi.

Pelaksanaan subsidi bersasar umpamanya adalah sejenis bentuk keadilan yang sebenar yakni memberi bantuan kepada mereka yang benar-benar layak dalam pada kita menuju pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam erti kata menaikkan siling, kerajaan juga tidak lupa untuk menaikkan lantai supaya manfaat ekonomi dapat dirasai oleh semua rakyat di setiap peringkat.

Dato’ Yang di-Pertua, Belanjawan 2024 ini adalah belanjawan manusiawi ia mengambil kira pandangan dan suara dari segenap lapisan dan rakyat terutamanya untuk sektor tegap, sektor tunggak dan penting seperti pendidikan, kesihatan dengan penambahan peruntukan yang tinggi. Untuk itu izinkan Bentong untuk turut menyampaikan hasrat rakyat supaya mendapat perhatian daripada Kerajaan Madani melalui peruntukan di dalam belanjawan.

Yang pertama, jalan di Bentong terutamanya jalan lama Kuala Lumpur – Bentong berada dalam keadaan yang teruk dipenuhi dengan kerosakan dan gelap kerana tiada lampu jalan. Walaupun jalan lama Kuala Lumpur ini adalah jalan alternatif yang diguna pakai oleh ramai pengguna jalan raya terutamanya pada waktu perayaan dan cuti sekolah.

Selain risiko kemalangan, risiko tanah runtuh juga amatlah tinggi di saat jika berlakunya cuaca buruk dan sebagainya. Melalui belanjawan kerajaan telah pun memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk selenggara lampu termasuk menggantikannya dengan kepada jenis LED dan RM563 juta untuk pembaikan cerun seluruh negara termasuk pemantauan dan amaran awal lebih 2,000 cerun yang berisiko tinggi.

final • 6:31 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Oleh itu Bentong berharap agar jalan lama Kuala Lumpur – Bentong ini turut dimasukkan dalam perancangan ini. Kalau kita lihat mengenai isu lampu jalan di Lebuh Raya Karak khususnya kita boleh lihat selepas terowong Genting Sempah kita melihat daripada Genting Sempah sehingga ke Bukit Tinggi laluannya sangat gelap dengan laluan tersebut gelap serta amat berbahaya dan kerap berlaku kemalangan di situ.

Jadi saya mohon kepada pihak kementerian, kepada pihak lebuh raya Malaysia juga supaya meminta kepada pihak yang menjaga lebuh raya Karak tersebut supaya memasang lampu-lampu jalan di sekitar daripada Genting Sempah hingga ke Bukit Tinggi dan kawasan-kawasan yang kerap berlaku kemalangan di kawasan lebuh raya Karak.

Dato’ Yang di-Pertua, selain itu juga saya ingin memohon supaya pembinaan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama Fasa 6 iaitu menghubungkan Bentong dan Simpang Pelangai dipercepatkan. Ini kerana keadaan jalan lama Kuala Pilah – Karak sudah semakin teruk, malah gelap serta berliku-liku sangat berisiko untuk kemalangan.

Saya percaya ramai Ahli-ahli Dewan dalam Dewan ini yang berkempen sewaktu pilihan raya di Pelangai tempoh hari telah melalui jalan tersebut dan mengalami keadaan apa yang saya katakan tadi.

Oleh itu saya mohon kepada Kerajaan Perpaduan ini supaya menyegerakan segera pembinaan lingkaran tengah lebuh raya ini supaya ia dapat menamatkan penderitaan warga Pelangai yang bagi memudahkan mereka supaya mudah mereka nak ke Bentong dalam masa tempoh yang singkat kalau tidak diambil masa sehingga satu hingga dua jam dari Pelangai ke Bentong.

Dato’ Yang di-Pertua, selain itu ingin saya ceritakan juga mengenai isu yang sedang hangat pada ketika ini iaitu isu pembinaan tol di Genting Highlands yang sedang dibuat di Gohtong Jaya di bawah Genting Berhad. Saya faham pada ketika ini ia telah dikeluarkan stop work order dengan izin oleh pihak kerajaan tempatan iaitu Majlis Perbandaran Bentong kerana ia tidak menghantar KM kepada pihak Majlis Perbandaran Bentong.

Namun saya inginkan penjelasan daripada pihak kementerian adakah sebarang permohonan daripada pihak Genting Berhad untuk mendirikan tol tersebut dan juga untuk mengutip tol kepada pengguna jalan raya. Isu ini adalah sangat penting untuk kita selesaikan kerana pada ketika ini saya sendiri tidak bersetuju apabila pembinaan tol dibuat di kawasan Genting Highlands kerana ia seperti menyusahkan kepada rakyat yang marhaen dengan izin yang mahu untuk naik ke Genting Highlands bercuti dan sebagainya, malah dikenakan tol pula.

Dato’ Yang di-Pertua, Bentong juga mempunyai kawasan pertanian yang berpotensi tinggi dengan sebahagian rakyatnya terlibat dalam sektor pertanian. Namun begitu pendapatan mereka masih rendah dengan penggunaan tanah yang tidak optimum.

Oleh itu usaha kerajaan yang menghargai para petani, pekebun dan peladang sangat lah dipuji.

Usaha ini kalau kita lihat dalam Belanjawan Madani 2024, kerajaan telah pun menaikkan sekali lagi paras harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada RM3 sekilogram dengan peruntukan RM400 juta. Kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM90 juta untuk RISDA dan FELCRA sebagai usaha menangani masalah keterjaminan makanan dengan meningkatkan produktiviti dengan hasil pertanian. Usaha- usaha ini dibantu dengan komitmen kerajaan untuk memberi fokus kepada automasi dan mengurangkan kebergantungan kepada warga asing.

Selain itu juga kalau kita lihat beberapa bulan yang lepas negara ini menghadapi berlakunya kekurangan bekalan beras tempatan dan sebagainya. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada warga kakitangan FAMA kerana ia telah berusaha keras siang dan malam untuk memastikan mereka dapat menghantar bekalan- bekalan beras ini kepada setiap kawasan-kawasan yang memerlukan.

Selain itu juga saya ingin memuji Program Jualan Agro Madani di serata tempat yang sedang berlaku di seluruh negara ini adalah satu program yang sangat berjaya yang dapat membantu masyarakat setempat iaitu program yang terus dari ladang dengan memberikan harga yang sangat baik.

final • 6:31 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Dato’ Yang di-Pertua, kalau kita lihat corak ekonomi global pada masa kini telah berubah. Malaysia telah mengalami gelombang di mana setiap gelombang gig menjadi gig ekonomi menjadi tren terbaru khususnya di kalangan anak muda. Minat terhadap gig ekonomi dipandu oleh budaya kerja yang fleksibel, pengurusan masa kendiri dan juga skill bakat dan bakat boleh dikembangkan merentasi sempadan geografi. Namun begitu kebajikan pekerja sektor gig ekonomi juga harus dijaga dasar, akta dan skim untuk melindungi pekerja-pekerja sektor ini harus diperincikan dengan lebih menyeluruh lagi dan kita lihat skim TEKUN Mobilepreneur yang juga diperuntukkan sebanyak RM10 juta oleh kerajaan melalui belanjawan kali turut menyumbang ke arah mendukung usaha ini.

Kalau kita lihat peranan belia di dalam pembangunan negara tidak mungkin disangkal lagi. Pembinaan jati diri dan keperibadian yang murni mungkin dititik beratkan untuk menghadapi cabaran ekonomi dan sosial yang semakin berat. Pengenalan seperti program Rakan Muda– dengan pengenalan semula seperti Program Rakan Muda dengan peruntukan sebanyak RM10 juta dapat menggalakkan minat dan penyertaan untuk aktiviti- aktiviti yang membentuk kerjasama, disiplin dan semangat kesukarelawan yang utuh.

Bentong juga mencadangkan ia turut melibatkan sekolah-sekolah sebagai salah satu aktiviti kokurikulum mereka. Ini selaras dengan pengenalan semula PLKN yang mungkin akan dikenalkan semula mewajibkan pelajar selepas SPM ataupun berumur 17 tahun untuk mengikuti modul kenegaraan dan asas ketenteraan bagi mengukuhkan asas rohani dan jasmani mereka.

final • 6:31 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Modul PLKN yang menghimpunkan anak-anak muda di sesuatu tempat bersusah payah dan bekerjasama, berjuang bersama dapat memupuk semula semangat perpaduan kaum serta semangat setia kawan sebagai sebuah rakyat yang patriotik. Dalam mengangkat martabat belia negara ini, Bentong juga turut memuji dan mendukung dasar kerajaan yang mengehadkan yuran pendaftaran masuk ke universiti awam supaya tidak melebihi RM1,500. Ini sudah pasti dapat meringankan beban para pelajar dan keluarga yang datang daripada keluarga susah dan yang mahu melanjutkan pelajaran ke IPTA kerana di Bentong acap kali juga kita menerima permohonan bantuan-bantuan untuk menyambung pelajaran dan ini ialah salah satu perkara yang sangat positif dan baik.

Dato’ Yang di-Pertua, lebih daripada 50 buah negara mempunyai sekurang- kurangnya satu badan khusus pemantauan hak asasi kanak-kanak. Populasi kanak-kanak di Malaysia adalah 9.19 juta iaitu hampir 30 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

Saya juga difahamkan kerajaan secara prinsip telah bersetuju untuk menubuhkan suruhanjaya kanak-kanak iaitu suatu badan yang bebas yang dapat memantau dan memelihara hak kanak-kanak di Malaysia. Justeru, adakah kerajaan sudah bersedia untuk menubuhkan suruhanjaya kanak-kanak tersebut dan adakah suatu akta khusus akan diperkenalkan bagi mewujudkan institusi ini?

Dato’ Yang di-Pertua, Bentong juga menyambut baik usaha kerajaan untuk memperkenalkan Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) yang bertanggungjawab memantau projek menyelenggara kuarters kerajaan bernilai RM2.4 bilion supaya dilaksanakan dengan cepat. Ini kerana di Bentong sendiri banyak kuarters guru dan polis yang memerlukan kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan yang segera, malah di kawasan klinik-klinik kesihatan. Pelbagai masalah seperti masalah tekanan air yang rendah, semak samun dan pokok tinggi yang perlu ditebang sehingga memberi kesan kepada bangunan-bangunan tersebut. Serta yang paling penting adalah pendawaian yang memerlukan pembaikan.

Malah, kalau kita lihat kuarters-kuarters lama pada ketika ini yang mempunyai hanya dua bilik sahaja dan juga dapur yang kecil dan sebagainya tidak sesuai dengan keadaan keluarga yang pada ketika ini. Jadi, ini satu pendekatan dan penyelesaian yang sangat baik daripada pihak kerajaan kerana memberikan dana sebanyak RM2.4 bilion ini.

Ini juga bagi memastikan keselesaan para guru, anggota dan serta petugas-petugas klinik ini supaya dapat berkhidmat dengan lebih baik lagi untuk negara kita.

Akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua, dengan izin from river to the sea Palestine will be free. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi misi delegasi

final • 6:40 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Malaysia pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke negara Islam untuk memperjuangkan isu Palestine ini. Dari Jeddah ke Istanbul, dari Istanbul ke Kaherah, pendirian Malaysia sangat jelas. Keganasan Israel terhadap Palestine mesti ditamatkan dengan segera. Kita menuntut genjatan senjata dan laluan kemanusiaan terhadap Gaza dibuka. Kerajaan Malaysia memainkan peranan yang sangat cemerlang dan kalau kita lihat dengan kita menggembleng kekuatan negara-negara ASEAN dan negara-negara teluk melalui Majlis Kerjasama Teluk iaitu GCC-ASEAN, kita merancang dengan membina kekuatan ekonomi, politik dan pembangunan teknologi. Dengan kekuatan diplomasi yang ada juga Malaysia berjaya memainkan peranannya dengan memperkukuhkan kerjasama dengan Turki dan Mesir agar dapat mempertingkatkan ekosistem pertahanan dan lebih tegas dalam isu kemanusiaan Palestine ini.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ucapkan tahniah juga kepada semua NGO-NGO seperti semalam yang berjaya menganjurkan satu program yang sangat baik di Axiata Bukit Jalil. Inilah kita lihat, kita tiada lagi isu politik dan sebagainya tetapi dalam isu Palestine ini adalah isu kemanusiaan iaitu melibatkan semua agama sama ada Muslim ataupun daripada Kristian Palestine. Jadi, isu ini adalah amat penting untuk kita semua bersuara untuk memastikan mereka di luar sana, lagi-lagi negara di Barat mendengar, melihat bahawa ia harus dihentikan segera perkara yang sedang berlaku di Gaza pada ketika ini.

Yang terakhir bagi saya Dato’ Yang di-Pertua, sekali lagi sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin membawa satu hasrat iaitu untuk menaik taraf Klinik Kesihatan Bentong yang terletak di Batu Satu, Bentong kerana pada ketika ini keadaan klinik itu agak padat, kecil dan telah memberikan perkhidmatan yang sangat sepenuhnya kepada warga Bentong. Dengan penaiktarafan klinik ini, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kesesakan di Hospital Bentong. Jadi, sekali gus dapat memberikan keselesaan kepada staf perubatan dan juga warga Bentong yang datang ke klinik tersebut. Pada ketika ini memang agak padat, kecil dan memerlukan ruang yang lebih selesa, bukan sahaja untuk orang ramai yang datang untuk mendapatkan rawatan tetapi kepada warga staf-staf perubatan di Klinik Bentong juga. Jadi saya mohon supaya dapat pihak kementerian melihat isu ini dengan lebih serius dan dapat membantu Klinik Kesihatan Bentong dinaik taraf, mungkin kepada bangunan bertingkat, insya-Allah.

Akhir sekali dengan itu sukacitanya Bentong merasa lega dan berpuas hati dengan Belanjawan Madani 2024 ini iaitu sebuah belanjawan yang benar-benar mendengar denyut nadi rakyat dan dalam masa yang sama berani membuat perubahan yang progresif. Mudah-mudahan perancangan belanjawan ini dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya untuk manfaat rakyat Malaysia. Bentong menyokong Belanjawan Madani 2024. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.

[Tepuk]

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Mungkin kita lebih ponder dengan izin strategi yang dipakai oleh Bentong. Isu kawasan dulu, last five minutes - international atau secara umum. Ada lebih, balik pada kawasan maybe kerana tanggungjawab itu sebagai Ahli Parlimen, kalau kawasan kita mempunyai kawasan, utama kawasan.

[Tepuk]

final • 6:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Lain macamlah Speaker puji.

[Ketawa]

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tak ada, satu benda yang main saya nak share dari segi perbahasan selama hampir dekat setahun yang saya jadi Timbalan. Kadang-kadang kita terbawa-bawa, tanggungjawab kawasan kita, kita lupa dan kita masa penghujung itu lima minit itu dah mengelepur, tanggungjawab. Maybe this is a point to ponder apa yang Bentong buat itu maybe to take into consideration. Ya.

Okey.

final • 6:40 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Good strategy.

Sampai kepada pembahas yang terakhir. Majlis mempersilakan Yang Berhormat Lawas.

final • 6:40 PM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahaskan bajet tahun hadapan 2024.

Pertama sekali, saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Malaysia telah memperuntukkan bajet sebanyak RM5.8 bilion untuk Sarawak tahun depan berbanding bajet untuk tahun lepas sebanyak RM5.6 bilion.

Sarawak dan rakyatnya mengharapkan peruntukan bajet yang lebih besar agar dapat merancakkan pembangunan khususnya di kawasan luar bandar yang masih ketinggalan dari segi pembangunan infrastruktur jalan, bekalan elektrik, air dan kemudahan awam yang lain. Sepanjang tempoh 60 tahun merdeka, kerajaan pusat dengan peruntukan yang sederhana besar telah membawa pembangunan ke Sarawak tetapi dengan keluasan atau saiz yang hampir sama dengan tanah Semenanjung Malaysia, pembangunan yang diperlukan Sarawak dan rakyatnya belum tercapai. Oleh itu, saya merayu agar kerajaan meneliti keperluan Sarawak dan memberi tumpuan terhadap pembangunan Sarawak agar dapat meningkat dan mencapai keseimbangan dari segi pembangunan dengan kawasan-kawasan lain.

Dato’ Yang di-Pertua, saya menyambut baik respons positif Kerajaan Madani terhadap tuntutan Sarawak ke atas hak-hak Sarawak yang termaktub di bawah Perjanjian Pembentukan Malaysia (MA63) dan IGC Report dengan izin. Saya di sini menyatakan sokongan penuh terhadap tuntutan hak Sarawak dan juga Sabah yang harus diberi perhatian penuh, dihormati dan dilaksanakan. Hari ini, kita Ahli-ahli Parlimen berada di Dewan yang mulia ini untuk berbincang dan membuat penetapan serta undang-undang untuk mengikuti generasi masa hadapan untuk tujuan yang sama Perjanjian Malaysia

(MA63) itu diwujudkan.

final • 6:47 PM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga menyokong cadangan dan hasrat kerajaan Sarawak untuk mengambil alih pengurusan Bintulu Port dari kerajaan pusat. Dengan termeterainya perkara ini, maka Kerajaan Sarawak dapat membuat tumpuan dan komitmen sepenuhnya terhadap pembangunan dan pengurusan yang akan dapat membawa manfaat kepada kerajaan dan rakyat. Perkara ini telah dipersetujui dan dijadikan salah satu usul dalam perhimpunan parti iaitu Konvensyen Parti PBB di Bintulu baru-baru ini.

Dato’ Yang di-Pertua, disebabkan kesuntukan masa, mungkin saya beralih kepada perkara-perkara yang ada hubung kait dengan kawasan Parlimen Lawas.

Dato’ Yang di-Pertua, Projek Jalan Raya Pan Borneo yang pesat dijalankan di kawasan-kawasan lain di Sabah dan juga Sarawak belum menampakkan tanda-tanda ia dimulakan di sebelah utara Sarawak iaitu dari Miri melalui Brunei, Limbang, Lawas dan terus ke Sabah. Projek penting ini, apabila dilaksanakan, akan memberi gambaran baik kepada Malaysia ke atas pembangunan yang setimpal dengan pembangunan yang terdapat di negara jiran Brunei Darussalam dan Kalimantan, Indonesia. Oleh itu, saya merayu agar kerajaan memberi keutamaan kepada projek ini.

Sementara itu, projek Sabah-Sarawak Link Road (SSLR) berserta dengan projek Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lawas yang sudah diluluskan perlu dilaksanakan secepat yang boleh.

Dato’ Yang di-Pertua, dalam jawapan Kementerian Pengangkutan terhadap soalan saya di sesi Parlimen kali ini, menyatakan bahawa projek lapangan terbang baru Lawas dan sebuah port laut dalam di Pulau Sari, Kuala Lawas merupakan projek Kerajaan Negeri Sarawak. Persoalannya, apakah tanggungjawab dari segi kewangan Kerajaan Persekutuan terhadap projek mega seperti ini termasuk pembinaan sekolah baharu dan kenaikan taraf sekolah daif yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang pada hakikatnya dikendalikan oleh Kerajaan Pusat? Adakah Kerajaan Persekutuan membayar balik atau reimburse kos pelaksanaan projek terbabit kepada Kerajaan Negeri Sarawak?

final • 6:50 PM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

Dato’ Yang di-Pertua, di Lawas, terdapat projek kerajaan yang lewat dan tergendala dilaksanakan. Ini menyebabkan rakyat tertunggu-tunggu mendapatkan manfaat daripada projek tersebut. Di antara projek ini adalah hospital baru daerah Lawas, CIQ di sempadan Indonesia dengan Ba’kelalan dan beberapa buah bangunan sekolah daif yang sedang menunggu giliran untuk disiapkan.

Sehubungan itu, saya merayu kepada Kementerian Pelajaran untuk memindahkan SRK Siang-Siang ke suatu tapak tanah yang lebih tinggi kerana kawasan sekolah yang ada sekarang sering dilanda banjir setiap kali hujan turun mengakibatkan prestasi dan tahap pendidikan pelajar terjejas.

Dato’ Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Desa dan Wilayah kerana meluluskan jalan dari Ba’kelalan menuju ke sempadan Indonesia di Long Midang dan jalan Murud Suang ke Long Tengoa, Trusan. Saya berharap pelaksanaan jalan tersebut berjalan lancar dan mengikut jadual. Bagi projek infrastruktur yang baharu, saya ingin mengemukakan permohonan jalan— pertama, jalan dari Awat- awat ke lapangan terbang baharu Lawas dan terus ke Punang dan Kuala Lawas merupakan jalan pantai dan pintas menuju ke Sipitang, Sabah; kedua, jalan dari Pengalih ke Paputi; dan ketiga, jalan Long Tengoa, Pak Ibau ke Long Sukang.

Dato’ Yang di-Pertua, saya tidak mendapat maklumat mengenai bantuan kewangan kerajaan bagi penyukatan tanah adat atau NCR penduduk luar bandar Sarawak seperti yang pernah disalurkan oleh kerajaan sebelum ini. Perkara ini penting, kerana tanpa geran tanah, sesebuah projek kerajaan tidak dapat dijalankan di kawasan luar bandar. Contoh, bangunan sekolah termasuk sekolah tadika KEMAS dan lain-lain.

Oleh itu, saya menyeru agar bantuan bagi tujuan tersebut diadakan.

Dato’ Yang di-Pertua, dengan perpindahan ibu kota negara Indonesia ke Pulau Borneo di Nusantara, dijangkakan pembangunan pesat akan berlaku di sebelah Indonesia. Oleh itu, kerajaan perlu meneliti perkembangan terbaru ini dan merancang pembangunan yang setimpal untuk dilaksanakan.

Selain pembinaan jalan dan pewujudan pusat-pusat perniagaan di kawasan sempadan termasuk juga di sempadan Indonesia dengan Sarawak di Ba’kelalan, saya mencadangkan agar rel kereta api menuju ke Indonesia diadakan. Saya difahamkan pihak Keretapi Sabah merancang untuk meluaskan perkhidmatan ke pusat-pusat bandar dan pekan di seluruh Sabah dan masuk ke Sipitang. Jika perancangan ini tercapai di suatu hari nanti, penduduk Lawas inginkan agar perkhidmatan Keretapi Sabah dilanjutkan ke Lawas selaku jiran tetangga Sipitang, Sabah.

Dato’ Yang di-Pertua, itu sahaja. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

[Tepuk]

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, kalau sebelum pukul 7.00, lagi tiga minit, saya terpaksa guna usul untuk menghentikan Majlis. Jadi, kita ada tiga minit. Kalau ada nak bercakap, tapi...

final • 6:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tidak ada masalah, Timbalan Speaker. Saya boleh mencelah ucapan Lawas. Tiga minit.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan.

final • 6:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Timbalan Speaker. Daripada perbahasan Yang Berhormat Lawas tadi, kita lihat bahawa Kerajaan Madani pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memang telah melaksanakan tugas dengan sebaiknya...

[Tepuk] Dan semua keluhan, rintihan, aduan yang dibuat Ahli- ahli Yang Berhormat di sebelah sana memang tak kena pada tempatnyalah.

Dan saya yakin dan percaya...

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, jangan sebut kami. Kami tak nak tahu hal depa.

final • 6:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dan saya yakin...

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jangan sebut kami. Kami dah meluat dengan mereka. Jangan sebut kami.

[Ketawa]

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat..

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jangan sebut kami. Okey?

final • 6:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Okey, okey.

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Nak cakap, cakap.

final • 6:50 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Belum lulus lagi, macam mana tahu bagus?

final • 6:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Cakap sorang-sorang. Cukuplah [Pembesar suara dimatikan]

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya beri ruang pada Jelutong, saya akan beri ruang pada sini. [Merujuk pada blok pembangkang] Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya punya perangai, saya akan cuba bagi seadilnya. Saya dah beri pada Jelutong, saya akan bagi ruang pada sini. Jangan risau.

Baik, teruskan. Satu minit.

final • 6:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya yakin dan percaya dalam masa yang diberikan dalam lima tahun ini, Timbalan Speaker, kita akan berjaya melaksanakan program-program, dasar-dasar yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

[Tepuk] Dan saya yakin bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama-sama dengan barisan pimpinan menteri-menteri yang hebat belaka akan juga berjaya melaksanakan semua program-program yang telah dijanjikan oleh kerajaan kita.

Dan saya bersyukur...

final • 6:50 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Mencelah.

final • 6:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya bersyukur...

final • 6:50 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Mencelah. Mencelah, Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tak bagi celahan.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Mencelah. Selama saya main politik...

final • 6:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tak bagi celahan.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

...35 tahun, saya tak pernah jumpa menteri main...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya akan bagi ruang. Yang Berhormat Dungun, duduk.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Pukul 7. Pukul 7 dah tu.

final • 6:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dan kita juga berterima kasih kerana kali ini kita betul-betul bersyukur kerana ada Timbalan-timbalan Speaker yang betul hebat-hebat.

[Tepuk]

final • 6:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bersama-sama dengan Speaker yang hebat yang dapat mengawal perbahasan Dewan kita dengan begitu baik.

final • 7:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Duduk, duduk.

final • 7:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Jelutong, Jelutong.

final • 7:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya bagi laluan.

final • 7:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Maknanya kerajaan Madani hari ini akan terus berjaya sehingga penggal...

final • 7:00 PM

Seorang Ahli

Ya.

final • 7:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Memang...

final • 7:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Dan satu lagi...

final • 7:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dengan...

final • 7:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Satu lagi yang akan menemui ajal...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat Arau, duduk. Saya akan bagi ruang sebelah sini, jangan risau. Satu minit, saya akan tutup, Jelutong.

final • 7:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dan saya yakin dan percaya bahawa pimpinan yang ada sekarang dengan restu tuhan dan juga dengan sokongan semua pihak yang ada, bersama-sama dengan kerjasama yang kita dapat lihat di antara pihak-pihak yang terlibat di antara kerajaan kita dan kerajaan-kerajaan antarabangsa, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita akan...

final • 7:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Jelutong, Shah Alam, Jelutong.

final • 7:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menjadi Perdana Menteri yang paling hebat, kerajaan yang paling hebat...

final • 7:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Jelutong, Shah Alam, Jelutong.

final • 7:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, okey, saya bagi laluan.

final • 7:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Saya nak ini, tadi Yang Berhormat Dungun ada sebut bahawa Kerajaan Perpaduan menganak tiri dan tidak adil kepada negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang.

Tetapi setujukah Yang Berhormat dengan saya bahawa polis, Kementerian Kesihatan ataupun klinik-klinik kesihatan, hospital, Kementerian Pertahanan, keselamatan, jalan raya, semua ini adalah di bawah oleh kuasa Federal dan tidak ada pun negeri-negeri yang di bawah pembangkang ini dianaktirikan.

final • 7:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, ya saya percaya.

Semua ini boleh diselesaikan oleh kerajaan kita. Akhir sekali Timbalan Speaker, bayangkan kalau hutang Harakah pun tak boleh dibayar, kalau hutang Harakah pun tak boleh dibayar macam mana mereka nak mentadbir? Saya mohon menyokong Timbalan Speaker. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey, sebentar.

Saya dah bagi tiga minit dan injury time. Saya akan bagi tiga minit then injury time, saya akan stop.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada [Tidak jelas] sebentar, sebentar. Sebenarnya nak bagi Arau bercakap?

final • 7:00 PM

Beberapa Ahli

Arau, Arau. Bagi Arau.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey, silakan.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Arau eh?

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tiga minit.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Walaupun tidak ada barang di hadapan saya, tetapi ianya dipancarkan terus untuk anak-anak muda, rakyat Malaysia yang mendengar.

[Tepuk] Saya nak bagi tahu, yang pertama yang ini ada orang – tak mahu sebut sebelah sana, tadi orang saya tengok. Saya tengok ucapan ni sampai habis, dok sebut kerajaan ini, Kerajaan Perpaduan kerana direstui oleh Agong. Saya nak tanya kepada mereka, apakah Agong merestui untuk mereka buat aniaya kepada kami?

[Tepuk] Agong restu kah? Agong kata Kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang. Ini Kerajaan Perpaduan bukan saja ada pembangkang, peruntukan tak dibagi? Ini menunjukkan bahawa...

final • 7:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bukankah Perikatan Nasional yang tak nak Kerajaan Perpaduan Arau?

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini ialah yang pertama.

final • 7:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

36(6) Speaker, 36.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Duduklah, duduk. Kita kena berlaku adil kepada semua dan bagi...

final • 7:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

36(7) Speaker.

final • 7:00 PM

Seorang Ahli

36(6) Speaker.

final • 7:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

36(6), 36(7).

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Nama Kerajaan Perpaduan ini boleh diteruskan...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar Arau, sebentar, sebentar. Okey, peraturan. Last ya, saya nak bagi sebelah sini.

final • 7:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

36(6) Speaker, 36(7). 36(6) sangka buruk, 36(7) menggunakan nama Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong untuk mempengaruhi ucapan.

final • 7:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Speaker, jelas bahawasanya apa yang disebutkan oleh Arau tadi, dia kata tidak ditawarkan kah apa? Sebenarnya telah ditawarkan kepada pihak sana, tak nak pembangkang, tapi *depa nak...

[Tidak jelas]*

final • 7:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Betul Ipoh Timur.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Salah guna, salah guna nama Duli Yang Maha Mulia pada kerusi Yang di-Pertuan Agong, 36(6), 36(7).

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Sila, sila pertimbangkan tindakan susulan Timbalan Speaker, terima kasih.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, sekejap, sekejap Arau. Yang Berhormat, bila peraturan saya jawab. 38(6) tak masuk pun, okey.

36(6), duduk. Diam. Sekejap. 36(7) dengan spesifik menyebut nama. Setakat ini saya rasa tak ada nama Agong ataupun nama raja-raja Melayu.

[Tepuk]

final • 7:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Menyalah guna nama Duli Yang Mulia...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ipoh Timur...

final • 7:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Pada Paduka Seri Yang di-Pertuan Agong, dia kata tak dapat restu.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Tapi...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Ipoh Timur, duduk.

final • 7:00 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Pandai, pandai pula Ipoh Timur.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Seminit.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, cuba tengok dia orang ganggu Yang Berhormat, kami tak ganggu. Kononnya Speaker yang terbaik menyokong, menyokong apa? Ganggu. Lepas tu, peraturan mesyuarat ini pi belajar sikit lagilah. Tak betul macam baru belajar, baru nak masuk sekolah.

Yang kedua, yang terakhir saya nak bagi tahu. Tadi ialah berhubung dengan peruntukan. Sekarang ni Yang Berhormat, saya dah sebut berkali-kali dan saya hantar usul harga beras lima kilo import RM22.50, kita nak bagi tahu. Harga tempatan sepatutnya RM12 ataupun RM13, tidak ada beras! Yang itu kerajaan ini tak payah cakap banyak, selesaikan beras!

final • 7:00 PM

Seorang Ahli

Selesaikan oh!

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Selesaikan yang janji-janji lain tak apa, memang akan dimungkiri tapi beras sekarang tidak ada di pasaran.

[Tepuk] Saya baru pergi...

final • 7:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat Arau, Arau, Arau, nak tanya...

final • 7:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Itu pun tak boleh settle.

final • 7:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Mohon penjelasan Arau.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat duduk. Saya nak tutup dah, last.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ni nak tutup dah, apa tak pergi sekolah. Yang Berhormat...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

30 saat.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kelmarin bila saya merajuk, saya pergi supermarket pi tengok harga barang. Yang Berhormat pi cari beras lima kilo tempatan tak ada. Beras lima kilo import ada. Beras 10 kilo tempatan tak ada. Beras 10 kilo import ada. Hak yang ini kerajaan tak dapat selesaikan masalah, hang nak cakap yang lain tak payahlah.

final • 7:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Arau, beras dekat mana yang tak ada Arau.

final • 7:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Yang itu pun tak boleh settle.

final • 7:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Arau, beras dekat mana tak ada?

[Pembesar suara dimatikan]

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat, Yang Berhormat. Saya kuasa saya mutlak 15 minit sahaja belum lagi dan saya telah memberhenti perbahasan pada hari ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan pada hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis 26 Oktober 2023.

[Tepuk]

final • 7:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.06 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026