Oct242023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya jemput Tuan Wan Ahmad Faysal bin Wan Ahmad Kamal, Machang.

final • 10:00 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor satu.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri. Bacakan soalan.

final • 10:00 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak apa ambil masa, ambil masa, tak apa. Relaks.

final • 10:00 AM

1. Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah kerajaan ada mengeluarkan apa-apa garis panduan tentang perkara-perkara yang boleh diucapkan atau tidak boleh diucapkan dalam sesuatu demonstrasi aman.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:00 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih rakan saya dari Machang. Dalam satu perhimpunan awam, akta yang mengawalnya adalah Akta Perhimpunan Awam 2012. Dalam akta itu ada tiga komponen penting.

(i) tanggungjawab penganjur;

(ii) tanggungjawab peserta perhimpunan; dan

(iii) tanggungjawab pasukan polis.

Dari segi Perlembagaan Persekutuan, jaminan berhimpun dan jaminan bersuara itu ada dalam Perkara 10. Kebebasan bersuara itu ada pula hadnya, selama tidak mempersoal tentang hak, tentang taraf, tentang kedudukan, tentang keistimewaan, kedaulatan, prerogatif, keselamatan Persekutuan, penghinaan mahkamah, fitnah atau pengapian.

Dari segi undang-undang lain seperti saya sebut semalam dalam jawapan saya pada Pagoh, Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 48, Akta Komunikasi dan Multimedia.

Bermaksud, perlembagaan dan akta-akta tersebut dianggap sudah memadai dalam perkara menguruskan sesuatu perjalanan perhimpunan awam. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:00 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, kita maklum minggu lalu ada satu perhimpunan aman dianjurkan oleh Viva Palestina, yang mana ada sedikit kontroversi yang ditimbulkan oleh penganjur.

Pengerusinya Dr. Musa Nordin ya, yang beliau mengatakan bahawasanya siapa yang bertakbir itu cenderung untuk menjadi orang yang konservatif dan ekstremis. Alasan kenapa beliau mengatakan tidak boleh diturunkan sepanduk mengecam Benjamin Netanyahu kerana— ini saya petik daripada Twitter beliau ya. Arahan daripada PDRM yang memastikan perhimpunan tersebut dalam boundaries of humanitarian rally, dengan izin dan PDRM memberi arahan untuk menjaga keselamatan daripada sebarang ucapan yang berbaur hasutan dan provokatif supaya tidak lari daripada keamanan perhimpunan tersebut.

Jadi, adakah ini satu panduan baru dari PDRM untuk protes Palestin yang Menteri Komunikasi pun hadir atau bagaimana? Adakah kita tidak boleh pada malam ini berhimpun dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melaungkan takbir dan juga untuk mengecam Benjamin Netanyahu sebagai penjenayah perang? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Machang.

Tanggungjawab penganjur yang saya sebut tadi, syarahnya adalah Perkara 6(1)(b).

Memastikan bahawa dia yakni penganjur atau mana-mana orang lain yang berada dalam perhimpunan itu tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa penyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan di kalangan orang awam misalnya.

Kemudian— dia adalah panjang dia punya ini ya, baik. Machang merujuk khusus kepada penganjuran Perhimpunan Solidariti Palestin yang dianjurkan oleh Viva Palestina oleh rakan kita, Dr. Musa Nordin. Seperti disebut Machang tadi, saya juga pagi ini buat sedikit homework, tengok balik dalam Twitter beliau, Dr. Musa.

Saya quote ya, “Isu takbir is a non-issue”. Katanya, “Nurul izzah dan Presiden IKRAM, Badlishah said the takbir during their speeches. Many in the crowd did say takbir which we did not stop. The emcee just reminded that this is a multireligious gathering and we ought to do chants which everyone can join in.” Dia sambung, “We were hoping to be inclusive in our humanitarian gathering. The chants led by our two performances were very well-received and was the most accelerating time of the rally.” So, panjang. Jadi, gambarannya adalah himpunan itu yang dihadiri kurang lebih 300, 400 orang pelbagai agama, pelbagai bangsa, pelbagai latar belakang kecenderungan politik dan sebagainya.

Jadi, dia hendak tunjukkan semangat solidariti. Jadi, dalam mewujudkan suasana yang kondusif, dia kemudiannya menyebut bahawa ya penganjur ada memaklumkan.

Tetapi kalau soalan asal, apakah pihak kerajaan ada itu, saya sebutkan berdasarkan itu sahaja.

Machang, isu pokoknya apa? Solidariti kepada rakyat Palestin, diiktiraf oleh negara yang bersimpati sebagai negara berdaulat tetapi tak ada tanah air, baik di Gaza atau Tebing Barat yang asalnya Jordan, Gaza asalnya Mesir.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Buminya itu adalah bumi yang dijajah, itu isu pokok. Isu pokok sekarang apa?

Nyawa dua juta rakyat dia terancam. Tentera Israel sudah berada di sempadan. I think- isu pokoknya itu. Isu pokoknya apa? Isu pokoknya mengeluarkan rakyatnya daripada tanah Gaza sekarang ini yang sedang terkepung. Ini yang dibuat oleh Perdana Menteri, bertemu Sisi, bertemu Erdogan, bertemu Salman, menjadi koordinator bagi pihak ASEAN.

Saya fikir itu.

Himpunan Solidariti kita galakkan, malam ini pun ada juga. Machang elok juga hadir sama malam ini.

final • 10:10 AM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

[Bangun]

final • 10:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

final • 10:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jadi, soal dibenarkan tidak dibenarkan, takbir dan sebagainya, saya tak fikir itu isu utamanya, ya.

final • 10:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Ketawa] Yang

final • 10:10 AM

Berhormat Menteri. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya Muslim. “Takbir” ertinya melaungkan tentang kebesaran Allah Taala.

final • 10:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri, adakah ada khilaf di antara kita?

final • 10:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Hal ini adalah bagaimana penganjur itu ya- mengikut budi bicara mereka dan kefahaman mereka, itu aja. Machang boleh anjurkan 10, 20 ribu besok, takbirlah ya. Kalau saya ada masa, saya akan ikut serta. Saya akan takbir sekuat-kuatnya. Itu saya ingat konteks. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang

final • 10:10 AM

Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua

Okey silakan Machang.

final • 10:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya lagi?

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 10:10 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri, cuma saya khuatir tentang- takbir okey, alhamdulillah jelas. Cuma isu kita mengecam Benjamin Netanyahu sebagai penjenayah perang. Apakah ada undang- undang antisemitism di Malaysia sehinggakan penganjur Viva Palestina ini tidak- yang menghalang sepanduk kecaman yang jelas ke atas Benjamin Netanyahu dan Israel?

Jadi, ini yang saya- sebab dia salahkan PDRM. Again, SOP terbaharu PDRM dalam kes ini, atau bagaimana? Atau pun dia khilaf di situ? Saya percaya PDRM tidaklah sebegitu tegas dalam hal ini. Silakan.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik seperti yang saya sebut tadi ya Machang, di Parlimen ini kita tegaskan. Bila saya berdiri, perkara tentang pendirian kerajaan itu saya sampaikan dengan penuh tanggungjawab.

Pengiktirafan kita terhadap Palestin, simpati kita terhadap mereka itu tidak ada siapa boleh pertikai. Saya percaya Machang dan rakan-rakan sebelah sana memegang pendirian yang sama ya.

Soal kemudiannya, apakah boleh atau tidak mengecam Benjamin Netanyahu?

Pendirian kita juga jelas ya. Hakikat bahawa kita mengiktiraf perjuangan rakyat Palestin hingga sendiri kita menidakkan sokongan, tetapi kalau di sana himpunan 300, 400 orang dianjurkan oleh satu pertubuhan ya. Kemudiannya kalau dikatakan mengenakan apa-apa sekatan, the do’s and the don’ts itu harus dilihat secara fakta kejadian pada momen itu.

Dia tidak mencerminkan pendirian sepenuhnya kerajaan hari ini, dan sebahagian besar umat Islam yang cinta akan keamanan dan perdamaian. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:10 AM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Tuan Yang di-Pertua, mohon.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya belah sini pula. Tadi sudah habis belah sini sudah.

Sekarang belah sini pula.

final • 10:10 AM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Mohon sedikit sahaja.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Belah sini duduk.

final • 10:10 AM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Mohon sikit sahaja saya hendak cakap, sedikit sahaja.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, belah sini pula.

final • 10:10 AM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Sedikit?

final • 10:10 AM

Seorang Ahli

Tak boleh, tak boleh.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tolong. Tak payahlah bergaduh macam ini.

final • 10:10 AM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Tidak, bukan saya- dak. Saya hendak betulkan sedikit. Ada kesilapan Menteri.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat saya- bagi belah sini pula. Tolong.

final • 10:10 AM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Menteri, bagi saya sedikit.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:10 AM

Seorang Ahli

Duduklah.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Kan sini belajar, kita ada standing order, Speaker of the House yang akan benar atau tidak.

final • 10:10 AM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Menteri pun kena belajar.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Itu aja. Sekarang giliran sini, hormatlah.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tak susah pun memberi hormat pada Peraturan Dewan, itu aja.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan.

final • 10:10 AM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Bila berkaitan dengan isu agama, Menteri pun kena belajar.

final • 10:10 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya kepada Menteri ialah, sekarang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, penganjur perlu berikan notis lima hari kepada pihak polis bila hendak menganjur satu perhimpunan aman.

Soalan saya, memandangkan situasi seperti yang kita nampak hari ini dengan kita perlu buatkan perhimpunan aman seperti solidariti bersama dengan Palestin dengan agak cepat ini, adakah lima hari ini masih sesuai dalam konteks hari ini, ataupun kerajaan ada hasrat tak untuk kita turunkan daripada lima hari mungkin kepada 48 jam?

Ataupun mungkin ada tak Ketua Polis ada kelonggaran untuk kita waive keperluan lima hari ini kalau ada situasi yang perlukan? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Menteri.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Akta Perhimpunan Awam 2012, notis tujuh hari dipinda 2019, notis dipendekkan kepada lima hari. Akta Perhimpunan Awam 2012 tak benarkan perarakan, tak benarkan marching. Pindaan 2019 terhadap akta yang sama dibenarkan marching, okey.

Keadaan ini sebenarnya jauh lebih baik daripada seksyen 27, Akta Polis zaman dahululah- zaman kita dahulu. Yang itu kena 14 hari, kena minta kebenaran pihak polis.

Akta Perhimpunan Awam, cuma perlu notify pihak polis- maklumkan.

Secara spesifik tadi Tebrau bangkitkan, apakah pihak polis bersedia mengurangkan daripada lima kepada 48 jam? Saya percaya pihak pasukan polis, kepimpinan polis hari ini mereka akan gunakan kuasa budi bicara yang sesuai dengan keadaan semasa sekarang yang mungkin diamalkan secara case-by-case- tidak pada sepanjang masa.

Sekarang ini, permohonan untuk mengadakan perhimpunan solidariti ini berlangsung dengan begitu banyak sekali. Saya percaya pihak polis akan mengambil spirit to facilitate rather than to stop ya. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj, Segamat.

final • 10:10 AM

2. Tuan Yuneswaran A/L Ramaraj [Segamat] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, strategi pengkomersialan dan inovasi (C&I) yang akan digarap dalam penyampaian perkhidmatan awam yang berupaya mendukung Malaysia untuk menjadi antara 30 negara terunggul dalam Indeks Inovasi Global menjelang tahun 2025.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 10:10 AM

Menteri Sains dan Teknologi - Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Segamat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kedudukan Malaysia kekal pada kedudukan ke-36 daripada 132 buah negara dalam Laporan Global Innovation Index (GII) 2023. Walaupun begitu, skor GII negara telah meningkat kepada 40.9 pada tahun ini berbanding dengan 38.7 pada tahun sebelumnya.

Malaysia juga telah melonjak ke kedudukan kedua negara paling berinovatif selepas China dalam kalangan 36 negara kumpulan berpendapatan sederhana atasan, mengatasi Bulgaria pada kedudukan ketiga. Dalam kalangan negara ASEAN pula, Malaysia kekal berada di tempat kedua selepas Singapura.

Peningkatan prestasi Malaysia dari segi skor didorong oleh pelbagai inisiatif antaranya penubuhan Jawatankuasa Inter-Agensi Pemantauan Daya Saing- Global Innovation Index sejak tahun 2021, dan juga Bengkel Penyelarasan Input Inisiatif GII telah diadakan pada bulan September yang lalu, yang melibatkan semua kementerian dengan objektif untuk mengumpul data yang dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi GII.

Dalam pada itu, Sistem Model Data- Global Innovation Index juga telah dibangunkan bagi menyediakan analisis terperinci mengenai metodologi GII, pembangunan senario bagi memperbaiki kedudukan negara serta akan bertindak sebagai kaedah pemantauan yang bersesuaian untuk digunakan dalam proses membuat keputusan berdasarkan fakta.

Selain itu, bagi memastikan Malaysia berada di kedudukan 30 negara teratas dalam GII menjelang tahun 2025 sejajar dengan sasaran yang ditetapkan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, MOSTI akan melaksanakan inisiatif berikut:

(i) mempergiatkan usaha-usaha pengkomersialan dengan pengukuhan dan pelaksanaan dasar pengkomersialan harta intelek dan reka cipta dibiayai kerajaan 2021 hingga 2025 supaya kementerian ataupun agensi kerajaan akan menguruskan harta intelek (IP) dengan sistematik bagi tujuan pengkomersialan dan seterusnya menjana pendapatan dan pertumbuhan ekonomi negara;

(ii) penggubalan Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara bagi memastikan Malaysia selangkah di hadapan dalam menangani isu kesihatan manusia dan hubung kait dengan alam semula jadi, biodiversiti dan perubahan iklim yang turut diukur dalam GII;

(iii) penyediaan maklumat pasaran ekonomi sistem start-up tempatan untuk membantu Bursa Malaysia dalam mengenal pasti start-up yang berpotensi untuk disenaraikan di Bursa Malaysia; dan

(iv) menggalakkan lagi banyak penglibatan pihak swasta dalam RDICE (R&D dan innovation, commercialization dan juga ekosistem) bagi meningkatkan business expenditure on R&D

(BERD) melalui pelaksanaan Malaysia Science Endowment

(MSE).

final • 10:10 AM

Menteri Sains dan Teknologi - Tuan Chang Lih Kang

MSE merupakan satu platform pendanaan alternatif daripada pelbagai sumber seperti industri, dana antarabangsa, wakaf dan penderma. Akademi Sains Malaysia

(ASM) selaku agensi pelaksana MSE sedang giat melaksanakan jelajah di dalam dan luar negara bagi menarik minat pihak berkepentingan seperti syarikat industri besar, persatuan-persatuan antarabangsa serta institusi penyelidikan bagi menjalinkan kerjasama dengan MSE. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Segamat.

final • 10:20 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Satu jawapan yang cukup komprehensif kerana – dan saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan juga MOSTI atas sebuah Program Innovathon yang telah memberi peluang dan platform kepada usahawan ataupun golongan profesional untuk membentangkan idea-idea yang berteknologi dan sebab itu satu program yang cukup bagus.

Berturut dengan itu, saya nak tanya soalannya. Bagaimanakah rancangan realiti TV tersebut berupaya dijadikan sebagai medium pengkomersilan jangka pendek yang boleh disuaipadankan dengan keperluan-keperluan semasa khususnya yang melibatkan kemaslahatan rakyat dan minoriti seperti OKU, warga emas, ibu mengandung dan lain- lain dan apakah pendekatan-pendekatan lain yang akan ditumpukan ke arah menterjemahkan ilham atau modal inovasi dalam bentuk praktikal yang boleh diperluas dalam sektor-sektor kritikal khususnya sektor kesihatan, pendidikan dan juga pengangkutan awam, terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 10:20 AM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Sebenarnya MOSTI sangat berbangga dengan hasil ciptaan teknologi serta inovasi yang telah dipamerkan dalam Innovathon ini dan pelaksanaan Program Innovathon adalah selaras dengan tema MOSTI iaitu “Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi dan juga Daya Cipta Madani”.

MOSTI ini sentiasa komited untuk menjayakan aktiviti R&D&C&I&E yang merangkumi segenap lapisan masyakat dan Program Innovathon ini bukan sahaja melibatkan teknologi tinggi yang dibangunkan oleh industri tetapi juga meliputi inovasi akar umbi yang lahir dari komuniti. Berkenan dengan cadangan Yang Berhormat, MOSTI setuju dan akan menambah baik slot pengisian pada masa depan, mudah-mudahan musim kedua dengan membawa inovasi-inovasi yang menarik daripada pelbagai agensi kerajaan melalui platform inisiatif seperti MCY, Tahun Pengkomersialan Malaysia, National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) dan juga program MySTI.

Untuk makluman Yang Berhormat, sekarang dalam Innovathon ini juga terdapat ramai peserta yang merupakan OKU, yang merupakan warga emas dan juga merupakan kanak-kanak. Tetapi kita akan mempergiatkan lagi penyertaan golongan ini. Susulan itu, MOSTI dengan kerjasama pelbagai agensi telah meneliti hasil ciptaan teknologi dan inovasi yang menjadi pemenang dalam innovation itu untuk supaya kita mengenal pasti sama ada, ada keperluan untuk kerajaan, facilitate ataupun intervene, intervensi dalam proses pengkomersialan produk-produk mereka itu. itu sahaja. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kuala Terengganu.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Kuala Terengganu.

final • 10:20 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Terima kasih di atas penjelasan yang begitu baik sekali daripada Menteri MOSTI. Kalau kita lihat kedudukan negara di dalam Indeks Inovasi Global, kedudukan kita sentiasa berkisar antara 33 hingga 37 sejak enam tahun yang lalu. Kita pernah naik pada tahun 2022, kepada kedudukan ke-33 dan masih kekal ke-36.

Jadi soalan saya, sasaran kita pada tahun 2025 untuk dapat kedudukan ke-30, saya agak khuatir sebab saya tengok dari segi belanjawan yang diperuntukkan, masih

final • 10:20 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

kecil misalnya untuk MIMOS bersekali dengan MYSA bersekali dengan dron, bersekali dengan robotik, RM10 juta. Sedangkan ini adalah sektor yang besar di dalam sektor pembuatan yang terbesar.

Jadi, bagaimana pula dengan sumbangan R&D kepada GERD dan BERD yang masih rendah dalam negara. Saya mohon pihak kementerian memberikan penjelasan bagaimana kita nak meningkatkan peranan sektor swasta, industri untuk meningkatkan sumbangan mereka dalam R&D dalam negara sekali gus dapat membantu meningkatkan kedudukan Malaysia di dalam industri inovasi. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 10:20 AM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Sebenarnya negara sebelum ini memang di antara 33 hingga 36 dan boleh kata satu tugasan yang amat beratlah untuk kita mencapai kedudukan 30 ke atas menjelang tahun 2025. Tetapi terdapat banyak usaha-usaha kerajaan untuk menuju ke arah itu.

Yang pertamanya, untuk makluman Yang Berhormat dengan Dewan yang mulia ini, untuk dana R&D, tahun ini 2023 diperuntukkan sebanyak RM428 juta untuk R&D dan tahun depan 2024, kerajaan telah pun memperuntukkan sebanyak RM510 juta iaitu lonjakan lebih kurang 20 peratus. Ini adalah salah satu usaha.

Yang keduanya, usaha kedua kita adalah dengan mempergiatkan lagi BERD, business expenditure dalam R&D ini dengan membuat matching grant dengan izin melalui Malaysia Science Endowment (MSE). Malaysia Science Endowment, Akademi Sains Malaysia iaitu pelaksana MSE ini sedang pun mengadakan jelajah di dalam dan luar negara untuk membantu ataupun menarik pelabur-pelabur untuk masuk ataupun menceburi dalam bidang R&D ini supaya boleh membantu kita naikkan BERD ini, sebab dalam tiga tahun yang lepas kebanyakan business kita tidak melibatkan diri dalam R&D.

Mereka lebih melihat pada survivor dengan izin, tetapi sekarang kita sudah pasca pandemik akan ada lebih industri yang akan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti R&D ini dengan fasilitasi kerajaan seperti MSE dan lain-lain. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sekarang saya jemput Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas, Mersing.

final • 10:20 AM

3. Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan adakah kementerian akan mengguna pakai padang jenis Zeon Zoysia di stadium lain selain Stadium Nasional Bukit Jalil memandangkan kualiti padang tersebut terbukti berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 10:20 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Yeoh Tseow Suan

Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu izinkan saya mengucapkan selamat datang kepada pasukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, bahagian Segambut atas kehadiran ke Dewan Rakyat pada pagi ini.

Saya ingin membawa Dewan yang mulia ini untuk kenang kembali keprihatinan Duli Yang Amat Mulia, Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim yang telah sudi mencemar duli ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada Mac tahun lepas. Duli Yang Amat Mulia Tunku juga telah berkenan untuk mengurniakan rumput Zeon Zoysia sebagai penambahbaikan padang Stadium Nasional Bukit Jalil berikutan keadaan padang pada ketika itu sangat teruk kerana ditakungi air.

Salah satu sebabnya adalah kerana kali terakhir sistem perparitan dan pengairan ditukar adalah pada tahun 2013. Manakala kali terakhir rumput ditukar cow grass dengan izin adalah pada tahun 2015. Penukaran kepada rumput Zeon Zoysia ini juga adalah berdasarkan amalan terbaik negara-negara di Asia Tenggara, antaranya seperti Singapura, Thailand dan Indonesia yang telah pun menggunakan rumput Zeon Zoysia. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, rumput Zeon Zoysia adalah antara rumput yang berkualiti tinggi dan tahan lasak untuk ditanam di padang bola sepak.

final • 10:20 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Yeoh Tseow Suan

Kementerian Belia dan Sukan telah mencadangkan supaya stadium di semua negeri mempertimbangkan penggunaan rumput Zeon Zoysia atau yang setaraf dengannya. Walau bagaimanapun, ianya adalah tertakluk kepada kerajaan negeri kerana mereka perlu mengkaji dan meneliti dahulu dari segi kos dan penyelenggaraan jangka panjang bagi penanaman rumput tersebut.

Sehingga kini, hanya negeri Sarawak sahaja yang telah menyatakan persetujuan untuk menggunakan rumput Zeon Zoysia ini. Negeri-negeri yang tidak bersetuju adalah Terengganu, Wilayah Persekutuan dan Pahang yang mahu mengekalkan penggunaan rumput sedia ada. Manakala negeri-negeri lain pula masih memerlukan lanjutan masa untuk membuat keputusan sehingga mereka betul-betul yakin bahawa kos dan penyelenggaraan rumput tersebut tidak membebankan untuk jangka masa panjang.

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Mersing.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selain pembiayaan kos rumput, apakah bentuk sokongan kerajaan untuk menampung kos penyelenggaraan padang secara keseluruhan seperti penaiktarafan sistem perparitan atau pembelian mesin sebagaimana yang di cakap oleh Menteri tadi dan peralatan-peralatan lain memandangkan kos ini perlu ditanggung oleh negeri-negeri yang berminat untuk menukar rumput kepada Zeon Zoysia, terima kasih.

final • 10:20 AM

Puan Yeoh Tseow Suan

Terima kasih. Tawaran yang kita berikan kepada setiap kerajaan negeri adalah untuk memilih satu stadium dahulu untuk menerima sumbangan rumput Zeon Zoysia daripada Kementerian Belia dan Sukan.

final • 10:20 AM

Puan Yeoh Tseow Suan

Tawaran ini hadnya untuk rumput tetapi naik taraf stadium tersebut, masing- masing kerajaan negeri kena usahakan kerana setiap stadium yang dipilih oleh mereka mempunyai keadaan status yang berbeza. Saya bagi contoh mungkin satu negeri A, mereka hanya perlu naik taraf sistem saliran. Untuk B, mungkin mereka hanya perlu naik taraf soil dekat situ. Oleh sebab itu, tawaran yang kita berikan adalah untuk kos rumput sahaja dan mereka tidak kata mereka tidak berminat. Kebanyakan negeri kata mereka hendak tunggu dahulu untuk kaji dari segi kos penyelenggaraan setiap bulan, sama ada kerajaan negeri itu mampu atau tidak untuk teruskan projek tersebut. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Kalau tak ada soalan, Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Silakan Setiausaha.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:30 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tuan Zahir bin Hasan, Wangsa Maju.

final • 10:30 AM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor satu.

final • 10:30 AM

1. Tuan Zahir bin Hassan [Wangsa Maju] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) sejauh mana penggunaan Akaun Pembangunan Perumahan

(HDA) dapat mengawal masalah projek-projek perumahan sakit dan terbengkalai; dan

final • 10:30 AM

(b) sejauh mana kepatuhan/keingkaran penggunaan akaun HDA dalam kalangan pemaju.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan merujuk kepada beberapa peruntukan dalam Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1996 dan Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Akaun Pemajuan Perumahan) 1991 berkaitan akaun pemajuan perumahan seperti berikut.

Seksyen 7A(1) memperuntukkan supaya pemaju perumahan berlesen membuka suatu Akaun Pemajuan Perumahan dengan izin, Housing Development Account (HDA).

Seksyen 7(c) memperuntukkan supaya pemaju menyimpan apa-apa rekod perakaunan dan rekod-rekod lain yang menjelaskan transaksi dan kedudukan kewangan pemaju.

Seksyen 7(e) memperuntukkan pemaju dalam tempoh enam bulan selepas berakhir tahun kewangan untuk menghantar dan menyiarkan dalam warta suatu salinan laporan juruaudit salinan kunci kira-kira dan akaun untung ruginya kepada pengawal perumahan.

Seksyen 7(c) memperuntukkan pengawal perumahan boleh secara bertulis meminta bank atau syarikat kewangan membekukan HDA sekiranya pemaju perumahan berlesen tersebut dipercayai menjalankan perniagaan dengan cara memudaratkan kepentingan pembeli atau menyalahi mana-mana peruntukan akta ini.

Peraturan 4 Pemajuan Perumahan 1991 telah memperuntukkan semua pemaju perumahan yang berlesen memasukkan kesemua wang yang dibayar oleh pembeli dan pinjaman wajib ke dalam akaun HDA.

Peraturan 7 adalah untuk mengawal pengeluaran wang oleh pemaju dengan kebenaran pihak bank bagi tujuan tertentu sahaja mengikut peraturan ini seperti yang ditetapkan. Oleh itu, Akta 118 dan peraturan-peraturannya telah menggariskan dengan jelas berkaitan HDA dan laporan kewangan yang bertujuan untuk mengurangkan risiko projek menjadi sakit dan terbengkalai.

Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat sebentar tadi, KPKT telah mengambil tindakan membekukan sebanyak 20 akaun HDA bagi projek dalam kategori sakit.

Tindakan pembekuan ini adalah berdasarkan kepada siasatan yang menunjukkan pemaju mengabaikan tanggungjawabnya dan boleh menjejaskan kepentingan pembeli. Selain itu, pemaju juga boleh di kompaun sehingga maksimum RM50,000 sekiranya gagal melaksanakan kewajipan sebagaimana peruntukan di dalam Akta 118 dan peraturan- peraturannya. Sebanyak 284 kompaun telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah seksyen 7(e) pada tahun 2022 dan 2023.

Seterusnya, KPKT melalui Jabatan perumahan sentiasa memastikan pemaju perumahan berlesen patuh terhadap peruntukan yang telah ditetapkan berkaitan HDA.

Antara tindakan yang diambil dengan izin Tan Sri, ada empat lima ini. Pertama, menjalankan audit naziran bagi memantau pengurusan HDA oleh pemaju perumahan berlesen adalah teratur dan sistematik seperti menyemak dokumen pinjaman bank dan tuntutan bayaran pemaju kepada pembeli supaya selaras dengan jadual pembayaran dalam perjanjian jual beli.

Kedua, pemantauan melalui semakan Laporan Kemajuan Kewangan yang dikemukakan oleh pemaju perumahan secara suku tahunan dan teguran tindakan pembetulan akan dikeluarkan kepada pemaju perumahan untuk penambahbaikan.

Ketiga, menyekat mana-mana permohonan pengeluaran wang daripada HDA sekiranya tidak mematuhi Akta 118 dan peraturan-peraturannya.

Keempat, menjalankan sesi libat urus dari semasa ke semasa bersama Bank Negara, persatuan bank serta institusi kewangan yang lain untuk meneliti prosedur pengurusan HDA seperti yang dibuat oleh task force baru-baru ini.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terakhir sekali, menambah baik Housing Integrated Management System ataupun HIMS bagi memastikan pengurusan pemantauan kendiri boleh dilaksanakan oleh pemaju perumahan berlesen iaitu self-monitoring. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Wangsa Maju.

final • 10:30 AM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan yang begitu baik. Saya ingin membawa perhatian kita kepada hakikat di hadapan kita semua bahawa dengan adanya HDA pun masih ada projek-projek yang sakit. Masih ada projek-projek yang terbengkalai. Malah dalam Bajet 2024 ini pun diperuntukkan RM1 bilion peruntukan untuk pemulihan projek-projek yang terbengkalai.

Saya ada kegusaran mengenai projek di Wangsa Maju. Projek Residensi Hektar di mana ia telah dikategorikan sebagai projek sakit. Kalau keadaan ini berlarutan, ia akan dikategorikan sebagai projek terbengkalai. Berdasarkan kepada pemerhatian saya, tidak ada pergerakan, movement di projek berkenaan dan ini antara sebabnya adalah kekangan kewangan pihak pemaju.

Soalan saya, adakah langkah konkrit lain yang sedang dirancang oleh kerajaan untuk memastikan projek-projek seperti Residensi Hektar ini dapat disiapkan dalam masa yang terdekat? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Ahli Parlimen Wangsa Maju yang konsisten dalam membawa isu yang berkaitan dengan Residensi Hektar, yang mana pendirian daripada kerajaan adalah pemaju wajib untuk menyelesaikan atau pun menyiapkan sebarang pemajuan perumahan. Dalam kes ini, di Residensi Hektar memang di pihak task force kita telah pun memanggil perbincangan mengadakan pertemuan dengan sama ada pemaju, pihak pembeli, memanggil pihak institusi kewangan dan juga turun ke tapak projek.

Namun, seperti yang Yang Berhormat sebutkan sebentar tadi, memang terdapat kekangan yang agak jelas bahawa dari segi kekuatan kewangan di pihak pemaju ada keterbatasan. Maka, sebab itu kalau dilihat sementara sudut yang kedua, Yang Berhormat juga sebut soal bagaimana Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan telah mengemukakan dalam Belanjawan 2024 iaitu Dana Jaminan Khas.

Sementara saya sendiri secara daripada KPKT mengharapkan agar Dewan ini dapat meluluskan belanjawan supaya kami di pihak task force ini boleh membantu untuk menilai projek-projek sakit atau pun terbengkalai. Keutamaan atau pun cadangan bagaimana jaminan khas ini dapat diguna pakai, kita akan kemukakan kepada kementerian Kewangan. Antaranya adalah supaya projek yang kita nak bantu melalui Dana Jaminan Khas kerajaan ini, rumah tersebut adalah rumah mampu milik di bawah harga RM300,000.

Kita juga cadangkan supaya pemajuan projek itu pun telah melepasi sekurang- kurangnya 80 peratus tahap pemajuan dan juga kita perlu melihat program perumahan yang terletak di bawah kerajaan atau pun pihak berkuasa negeri yang sebenarnya lebih kepada tujuan menyediakan rumah mampu milik tetapi juga menghadapi risiko projek sakit. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Silakan Kubang Kerian.

final • 10:30 AM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih. Saya ingin menarik perhatian sebahagian projek yang gagal ini ialah agensi kerajaan sendiri.

Sebagai contoh, rumah FELDA dibina oleh agensi FELDA. Jadi, SPNB dan sebagainya.

Banyak projek-projek yang kerajaan sendiri memilih kontraktor. Kontraktor itu gagal. Apa yang berlaku ialah blacklist nama. Tukar syarikat lain. Bubuh nama lain. Dapat projek lain.

Persoalan saya ialah apakah mekanisme supaya kita dapat beri at least pembeli kita dapat satu maklum balas terhadap syarikat pemaju yang mereka ingin membeli. At

final • 10:30 AM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

least sebagai contoh, ada star atau pun ada yang dipamerkan supaya pembeli tidak tertipu dengan projek-projek begini. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri

final • 10:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Seperti mana yang saya jelaskan tadi, untuk di peringkat KPKT, kita bertindak mengikut Akta 118 yang mana akta itu terguna pakai bagi pemaju-pemaju yang mendapatkan lesen pemajuan yang dipanggil APDL.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Sementara mungkin Yang Berhormat juga pernah berada dalam posisi kerajaan, projek-projek kerajaan yang di bawah agensi kementerian tertentu itu adalah memang terletak di bawah kementerian tersebut. Sementara untuk kami mengawal dari segi pelaksanaan mengelakkan projek sakit dan terbengkalai itu terikat dengan Akta 118 yang mana pemaju itu mendapatkan lesen ataupun pemajuan yang dipanggil AP dan DL tersebut.

Tetapi kalau untuk agensi kerajaan yang mungkin saya boleh bantu menjelaskan, ada juga agensi kerajaan yang diminta untuk membina rumah. Ini antaranya adalah PR1MA, yang kedua adalah SPNB. Maka yang itu sememangnya mereka melakukan penjualan di luar, maka mereka perlu mendapatkan Permit Pengiklanan APDL tadi.

Jadi, sebab itu saya bersetuju bahawa untuk kita mengurangkan masalah projek sakit dan terbengkalai ini, bebanan ataupun tanggungjawab kepada pemaju itu perlu ada perincian. Maka, sebab itu di peringkat task force ini memang kami sedang menilai bagaimana, bukan sahaja soal untuk kita meminda akta yang sedia ada tapi penguatkuasaan itu bagaimana? Macam mana kita kawal akta tersebut?

Maka, sebab itu yang disebut contoh tadi pengawalan melalui akaun HDA. Akaun bank untuk pemajuan walaupun ada akaun tersebut tetapi kawalan itu yang kita kena tingkatkan supaya tidak berlaku ketirisan ataupun sikap yang tidak bertanggungjawab di pihak pemaju. Harap menjawab persoalan daripada Yang Berhormat. Terima kasih,Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih. Saya jemput Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan, Permatang Pauh.

final • 10:40 AM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Baik, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor dua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Menteri.

final • 10:40 AM

2. Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan keberkesanan dan impak terhadap industri sukan tanah air hasil pelaksanaan Geran Padanan Sukan (GPS).

final • 10:40 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Yeoh Tseow Suan

Tan Sri Yang di-Pertua, saya minta masa tambahan kerana soalan adalah mengenai impak terhadap industri sukan tanah air dan saya telah sediakan data-data untuk Yang Berhormat.

Pada tahun ini, buat pertama kalinya, kerajaan telah memperuntukkan Geran Padanan Sukan sebanyak RM40 juta untuk penganjuran program sukan tempatan dan antarabangsa terutamanya program sukan berprestasi tinggi yang boleh menambah mata dan menaikkan ranking atlet negara.

Bantuan dana kepada penggiat industri sukan menerusi GPS ini diharap akan meningkatkan jumlah penganjuran acara sukan di negara ini supaya boleh dimanfaatkan oleh atlet negara dalam usaha untuk membaiki prestasi ataupun ranking mereka. Di samping itu, peruntukan GPS ini juga membuktikan bahawa kerajaan amat komited dalam merangsang dan mengaktifkan semula sektor sukan yang amat terkesan selepas pandemik COVID-19.

final • 10:40 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Yeoh Tseow Suan

Kaedah pemberian dana GPS ini, Geran Padanan Sukan merupakan bantuan kewangan program sukan sehingga 50 peratus daripada kos penganjuran program. Para penganjur boleh mendapatkan bantuan sehingga nilai maksima RM1 juta. Walau bagaimanapun, bantuan kewangan ini adalah melalui kaedah tuntutan bayaran balik setelah program selesai. Jadi, Kementerian Belia dan Sukan memang akan meneliti setiap kos yang diberikan kepada kita dan pastikan tiada pembaziran.

Untuk makluman Tan Sri Yang di-Pertua, jumlah permohonan setakat ini untuk Geran Padanan Sukan adalah 925 permohonan dan ini bermakna peruntukan sebanyak 40 juta ini telah menyumbang sebanyak 18 peratus daripada jumlah keseluruhan kos penganjuran program sukan yang berkenaan. Berdasarkan permohonan yang telah dihantar, anggaran adalah kos melibatkan RM222.1 juta untuk semua kos penganjuran ini. Impaknya:

(i) merancakkan semula aktiviti sukan dan rekreasi menerusi penganjuran acara sukan. Seperti yang saya jawab, 925 permohonan acara sukan telah diterima;

(ii) meningkatkan prestasi dan ranking atlet negara. Yang ini sangat jelas dalam karate khasnya baru-baru ini, Sukan Asia seperti yang saya telah nyatakan bagaimana ia telah membantu tiga pemenang pingat kita mendapatkan pingat yang lebih baik daripada yang sebelumnya;

(iii) meningkatkan jumlah penyertaan rakyat Malaysia dalam aktiviti sukan. Saya bagi contoh, Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2023 telah menerima Geran Padanan Sukan, 1 juta.

Mereka telah berjaya menarik penyertaan seramai lebih 38,000 rakyat Malaysia dan juga peserta luar negara yang datang ke Kuala Lumpur dan ini semua berusia enam tahun ke atas;

(iv) meningkatkan peluang perniagaan yang terhasil daripada penganjuran program sukan. Pesta Bola baru-baru ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, peniaga di sekitar tersebut telah mendapat pendapatan 3,000 hingga 20,000 sehari segelintir daripada mereka dan sebanyak 102 buah gerai telah beroperasi di sana dengan anggaran jumlah keseluruhan nilai jualan sebanyak RM900,000;

(v) meningkatkan peluang pekerjaan secara sepenuh masa ataupun sambilan. Untuk KL Standard Chartered Marathon 2023, mereka telah melibatkan jumlah guna tenaga, 4,835 orang termasuk petugas, sukarelawan, vendor dan pembantu teknikal, yang lain saya tak ada masa tetapi;

(vi) meningkatkan imej negara sebagai destinasi pelancongan;

(vii) yang ketujuh adalah meningkatkan ekonomi negara khasnya sektor sukan; dan

(viii) akhir sekali adalah membantu Kementerian Pelancongan untuk menguar-uarkan Malaysia sebagai satu destinasi yang sesuai untuk acara sukan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Permatang Pauh.

final • 10:40 AM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Baik, terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang sangat baik. Soalan tambahan saya –Minta maaf, Timbalan Menteri.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri penuh.

final • 10:40 AM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Menteri, minta maaf. Menteri Belia dan Sukan, mohon maaf. Soalan tambahan saya, pencapaian sports electronic (Esports) di Malaysia ini nampak gayanya semakin hari semakin berkembang. Tambahan baru-baru ini, ada seorang anak muda daripada Malaysia berusia

final • 10:40 AM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

baru 20 tahun menjadi sebahagian daripada pasukan yang memenangi tempat kedua dalam program The International Defense of the Ancients ataupun DotA 2, ataupun DOTA 2, yang meraih wang tunai hampir RM21.7 juta bagi pasukan tersebut.

Jadi, soalan saya adakah Kementerian Belia dan Sukan bercadang untuk menjadikan beberapa permainan sukan elektronik yang utama ini juga mendapat peruntukan Geran Padanan Sukan ini? Baik, terima kasih.

final • 10:40 AM

Puan Yeoh Tseow Suan

Geran Padanan Sukan memang telah diberikan untuk acara Esports pada tahun ini dan melihat perkembangan sukan Esports di seluruh dunia, itu sebab Perdana Menteri telah memperuntukkan Bajet 2024 ada dana 30 juta untuk membantu perkembangan sukan Esports di Malaysia. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan.

final • 10:40 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Tan Sri Speaker. Menteri, saya rasa Menteri juga kongsi impian semua rakyat Malaysia untuk Malaysia mendapat pingat emas pertama di Sukan Olimpik ya dan saya rasa GPS, sistem ini yang kita ada ini juga adalah untuk kita menuju ke impian tersebut.

Maka, soalan dan cadangan saya, adakah kementerian lebih fokus, boleh dak lebih fokus kepada acara Sukan Olimpik yang kita ada peluang untuk menang emas dan –belum habis. Sikit lagi. Especially, kita tengok physique kita. Contohnya mungkin bola keranjang, kita susah sikit. Mungkin kita boleh fokus kepada sukan seperti archery, air pistol yang lebih adil kepada semua negara dan juga physique peserta-peserta. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, dipersilakan menteri.

final • 10:40 AM

Puan Yeoh Tseow Suan

Soalan jauh berbeza daripada Geran Padanan Sukan tapi saya boleh jawab. Mengenai Road To Gold ini, kita ada memorandum of understanding dengan Nippon Sport Science University di mana universiti tersebut telah berjaya mendapat – satu universiti dapat 40 pingat emas Olimpik. Itu sebab melalui usaha sama dengan Nippon Sport Science University, mereka datang dengan kerap ke Majlis Sukan Negara untuk meneliti setiap prestasi kita Sukan SEA.

Sekarang ini 8 November nanti, kita akan bertemu sekali lagi untuk review prestasi Sukan Asia dan expert di sana akan memberikan nasihat kepada kita, sukan apa yang kita mempunyai peluang besar untuk menang pingat emas kerana Road to Gold ini bukan sahaja untuk Paris tahun depan tetapi juga untuk Los Angeles 2028. Dengan pengumuman bahawa skuasy akan ditambah masuk dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028, saya percaya Geran Padanan Sukan ini kita akan gunakan kepada untuk membantu persatuan-persatuan sukan, membaiki prestasi atlet kita yang akan layak ke Sukan Olimpik.

Cuma, masalah tahun ini adalah Geran Padanan Sukan 40 juta yang kita umumkan pada bulan April, kan bajet lambat tahun ini kerana pilihan raya. Jadi, persatuan sukan susah untuk dapatkan sanction daripada international body untuk penganjuran acara antarabangsa. Tetapi dengan adanya Belanjawan 2024, 50 juta diperuntukkan untuk Geran Padanan Sukan, saya percaya persatuan sukan akan lebih bersedia untuk menganjurkan tournament, tournament ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Dato Henry Sum Agong, Lawas.

final • 10:40 AM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya yang ketiga.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

final • 10:50 AM

3. Dato Henry Sum Agong [Lawas] minta Perdana Menteri menyatakan bilakah kerajaan akan mengambil langkah untuk mendirikan sebuah bangunan pejabat persekutuan yang baharu bagi menggantikan bangunan lama yang uzur dan tidak mempunyai ruang pejabat yang mencukupi untuk pegawai-pegawai dan kakitangan.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua, dan terima kasih kepada Yang Berhormat Lawas. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 20 buah wisma atau bangunan gunasama persekutuan di seluruh Sarawak, yang menempatkan jabatan dan agensi persekutuan yang memberikan perkhidmatan langsung, mahu pun secara tidak langsung kepada rakyat dan seluruh penduduk di negeri Sarawak.

Lokasi bagi BGP ini terletak di bandar-bandar utama seluruh Sarawak di setiap bahagian dan penempatan BGP ini di bandar-bandar supaya memudahkan orang awam dan orang ramai setelah mengambil kira kemudahan asas dan infrastruktur yang semestinya lebih tersedia berbanding di luar-luar bandar, yang agak jauh dari pusat bandar, selain faktor pusat bandar yang menjadi tumpuan orang ramai.

Di Lawas, di daerah Lawas, Yang Berhormat, BGP sedia ada setakat ini adalah di Wisma Persekutuan Lawas yang terletak di Jalan Gaya, kalau tak silap saya. Setakat ini, terdapat 10 buah jabatan ataupun agensi persekutuan yang menduduki BGP ini dan ruang pejabat yang terhad. BGP berkenaan sememangnya, Yang Berhormat, tidak dapat menampung untuk menempatkan kesemua jabatan ataupun agensi persekutuan yang terdapat di Lawas.

Saya mengambil maklum bahawa memang masih terdapat jabatan atau agensi persekutuan di bahagian atau daerah di Sarawak, termasuk Daerah Lawas yang masih menyewa di premis swasta mahupun menumpang bangunan pejabat di bawah Kerajaan Negeri Sarawak.

Namun, keutamaan perancangan ini, pembangunan BGP di seluruh Sarawak adalah dan setelah mengambil kira keperluan penempatan jabatan atau agensi yang lebih mendesak. Bagi maksud ini, Yang Berhormat, Pejabat SUP Sarawak sedang melaksanakan tinjauan keperluan BGP di setiap bahagian, bagi mendapatkan keperluan atau ruang, atau schedule of accommodation (SOA) jabatan atau agensi sebelum perancangan pembinaan BGP di satu-satu atau di setiap bahagian dan daerah di negeri Sarawak. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Lawas.

final • 10:50 AM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri yang menjawab. Di Lawas sekarang, ada sebuah bangunan pejabat persekutuan yang dikenali seperti mana yang disebutkan oleh Timbalan Menteri tadi, Wisma Persekutuan. Dibina pada tahun 1978, 45 tahun dulu, tidak mempunyai ruang pejabat untuk menempatkan kesemua jabatan Kerajaan Persekutuan sehingga terpaksa menyewa ruang pejabat yang berselerak di bandar Lawas.

Soalan saya, apakah langkah proaktif Kerajaan Persekutuan dalam memastikan bangunan gunasama persekutuan mencukupi untuk semua jabatan dan agensi persekutuan? Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Ugak anak Kumbong

Terima kasih, Yang Berhormat Lawas. Buat masa ini, pejabat ini sedang melaksanakan tinjauan, seperti yang saya kata tadi, Yang Berhormat Lawas. Keperluan ruang pejabat di setiap bahagian di Sarawak bagi mendapatkan keperluan ruang, iaitu schedLCSule of accommodation (SOA) jabatan dan agensi sebelum perancangan pembinaan bangunan gunasama persekutuan di satu-satu atau di semua bahagian atau daerah.

Hasil tinjauan dijangka diperoleh pada penghujung bulan Oktober ini, Yang Berhormat dan gunakan tinjauan perancangan pembangunan bangunan guna sama persekutuan ini nanti di sesuatu daerah atau bahagian tertakluk kepada keperluan berdasarkan hasil tinjauan Pejabat SUP yang dilaksanakan, selain daripada kelulusan

final • 10:50 AM

Datuk Ugak anak Kumbong

pihak kerajaan berkenaan ini, Yang Berhormat. Ini juga kita mengambil kira peruntukan Kementerian Kewangan juga, Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:50 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Banyak pejabat kerajaan di Kuala Lumpur menyewa bangunan persendirian untuk beroperasi. Saya ingin tanya, apakah ada usaha untuk menempatkan pejabat-pejabat itu dalam satu tempat dan bangunan bagi memudahkan orang ramai yang berurusan? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Ugak anak Kumbong

Sepertimana saya kata dengan Sarawak tadi, ini spesifik untuk Sarawak, Yang Berhormat tetapi saya akan mengambil maklum daripada rintihan Yang Berhormat tadi dan saya berharap kerajaan akan mengambil perkara ini dengan begitu serius supaya semua jabatan kerajaan ini, kita tempatkan seperti di Putrajaya, Yang Berhormat. Saya ingat, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tuan Jamaludin bin Yahya. Pasir Salak.

final • 10:50 AM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, Naik perahu membawa kayu, Dari Temasik ke Pantai Sepat, Pasir Salak ingin nak tahu, Jawapan soalan nombor empat.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

final • 10:50 AM

4. Tuan Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Perdana Menteri menyatakan adakah bantuan kewangan kos bayaran haji secara bersasar bagi kategori B40, M40 dan T20 seperti yang telah dilaksanakan pada musim haji tahun ini iaitu 2023, akan diteruskan pada tahun hadapan dan adakah sistem ini adil bagi pendeposit Tabung Haji.

final • 10:50 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumsalam.

final • 10:50 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Sebagai makluman Dewan yang mulia ini, pada tahun 2022 lepas, Lembaga Tabung Haji telah melaksanakan pemberian bantuan kewangan haji secara bersasar mengikut kategori jemaah haji muassasah dalam kumpulan B40 dan bukan kumpulan B40.

Bantuan ini dibiayai sepenuhnya Lembaga Tabung Haji melalui pendapatan pelaburannya. Pada tahun 2023, Lembaga Tabung Haji mula melaksanakan klasifikasi jemaah haji mengikut kategori B40, M40 dan T20 bayaran penuh. Tabung Haji akan meneruskan bantuan kewangan haji bagi membantu jemaah haji muassasah yang menunaikan haji buat kali pertama dan kurang pendapatan untuk mencukupkan perbelanjaan tunai haji mereka.

Ini adalah bersesuaian dengan peranan Lembaga Tabung Haji, mentadbir semua urusan berkaitan pengendalian dan kebajikan jemaah haji Malaysia. Oleh itu, dasar penetapan kadar bayaran haji secara bersasar yang diperkenalkan pada musim haji 1444 Hijrah lepas akan diteruskan untuk musim haji 1445 Hijrah, 2024 Masihi.

Tabung Haji juga akan meneruskan inisiatif bantuan kewangan haji secara bersasar ini dari tahun ke tahun kepada golongan yang paling memerlukan, selaras dengan hasrat kerajaan untuk menstruktur semula subsidi secara bersasar. TH juga telah dan bersedia berusaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat melalui media-media sosial dan sesi libat urus tentang kepentingan konsep kemampuan atau istito’ah.

final • 10:50 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Syukur, alhamdulillah seramai 67 jemaah B40 dan M40 telah menolak bantuan kewangan haji yang layak diperolehi sebagai Duyufur Rahman pada musim haji yang lepas. Sebaliknya, membayar kos penuh haji kerana berpegang kepada syarat istito’ah atau kemampuan dalam kewajipan menunaikan ibadah itu.

Manakala, seramai 396 jemaah B40 dan M40 pula mengambil inisiatif mengurangkan kebergantungan mereka terhadap bantuan kewangan haji, dengan membuat bayaran tambahan antara RM1,000 hingga RM12,000 berbanding bayaran haji minima yang dikenakan.

Pada musim haji lepas, pecahan peratusan jemaah haji yang terpilih ke Tanah Suci memilih secara muassasah bagi kategori kumpulan B40 dan M40 masing-masing adalah 45.7 peratus dan 52.3 peratus, manakala hanya dua peratus sahaja terdiri daripada kumpulan jemaah haji T20. Bantuan kewangan haji dan agihan keuntungan sebagai pulangan kepada pendeposit mempunyai hubungan yang bertentangan.

Agihan keuntungan tertakluk kepada pendapatan, pulangan pelaburan serta kedudukan ekonomi semasa. Apabila perbelanjaan disalurkan untuk bantuan kewangan haji dapat dikurangkan, maka kos operasi akan menurun dan hasil daripada pelaburan untuk diagihkan kepada pendeposit akan meningkat.

Sekian, terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Pasir Salak.

final • 10:50 AM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, apakah respons kerajaan ekoran Lembaga Tabung Haji yang menganggarkan kenaikan kos menunaikan ibadah haji sehingga 11 persen pada tahun 2024. Bagaimanakah ia akan memberi implikasi kewangan terutama mereka yang memerlukan?

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

final • 10:50 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Peningkatan kos haji terdedah kepada faktor-faktor di luar kawalan Lembaga Tabung Haji, termasuk kadar inflasi dan percukaian di Arab Saudi, kadar tukaran mata wang Ringgit berbanding Saudi Riyal dan Dolar Amerika, projek pembesaran yang berterusan di Mekah dan Madinah, yang menyebabkan banyak bangunan penginapan jemaah haji dirobohkan dan memberi tekanan kepada pasaran harga sewaan.

final • 10:50 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

TH telah berusaha untuk mengawal peningkatan kos ini dengan memeterai beberapa perjanjian kontrak jangka panjang untuk penerbangan, penginapan, sajian makan dan beberapa perkhidmatan di Arab Saudi. Dengan cara ini harga dapat ditetapkan untuk satu tempoh masa dan tiak dinaikkan setiap tahun. TH telah memberikan bantuan kewangan haji kepada jemaah haji negara sejak tahun 2001 lagi dan telah menambah baik mekanisme bantuan ini secara bersasar bermula tahun 2022. Memahami keadaan persekitaran yang semakin mencabar termasuk suasana inflasi seluruh dunia, TH akan meneruskan bantuan kewangan haji kepada jemaah haji yang benar-benar memerlukan bagi menunaikan hukum Islam yang kelima ini. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Tenggara.

final • 11:00 AM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih Tan Sri, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, adakah dengan semua yang disebutkan ini tadi akan naikkan kos saban tahun. Apakah Tabung Haji akan menyemak semula kriteria yang- pertimbangan kepada jemaah haji ini untuk kategori terutamanya B40, M40 untuk tambah baik proses atau mekanisme subsidi bantuan kewangan haji? Sebab itu saya hendak ucap terima kasih urusan Tabung Haji pengalaman saya tahun ini amat baiklah urusan TH. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:00 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Kadar bantuan kewangan haji yang ditetapkan bagi setiap jemaah haji adalah berdasarkan kategori pendapatan individu masing-masing dan bukannya berdasarkan kepada pendapatan isi rumah. Dasar klasifikasi pendapatan bagi jemaah haji yang terpilih mengikut kategori B40, M40 dan T20.

Ini adalah berasaskan kerjasama dengan agensi kerajaan untuk menyemak silang maklumat bakal haji dengan pangkalan data penerima bantuan kerajaan sedia ada, seperti tahun 2022 dan 2023.

TH juga mengambil maklum akan usaha kerajaan untuk membina pangkalan data utama, yakni PADU yang akan menggabungkan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah dalam usaha untuk menyalurkan subsidi secara adil dan bersasar. Untuk tujuan tersebut, sekiranya diberikan ruang dan peluang, Tabung Haji akan mempertimbangkan cara baharu untuk menambah baik proses mengklasifikasikan bakal jemaah haji bagi tujuan pemberian bantuan kewangan haji bersasar selari dengan hasrat kerajaan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tenggara.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Puan Rodziah binti Ismail, Ampang.

final • 11:00 AM

5. Puan Hajah Rodziah binti Ismail [Ampang] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan kemungkinan menetapkan dasar membatalkan terus nombor kitar semula demi menjamin keselamatan dan ketenteraman pengguna pra-bayar dan pasca- bayar yang diberi nombor talian lama dikitar semula tetapi selalu menerima gangguan malah intimidasi terhadap ruang privasi mereka kerana butiran pengguna lama kekal.

final • 11:00 AM

Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Kementerian Komunikasi dan Digital mengambil maklum dan memahami permasalahan yang dihadapi oleh pengguna perkhidmatan mudah alih di mana nombor yang sedang digunakan merupakan nombor kitar semula yang pernah digunakan oleh pengguna lain.

Sehubungan itu, KKD melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ataupun MCMC dari semasa ke semasa sentiasa menambah baik prosedur sedia ada untuk memastikan keselesaan pengguna perkhidmatan. Penggunaan semula nombor ataupun nombor kitar semula ini merupakan satu dasar sedia ada di bawah Rancangan Pengurusan Penomboran dan Pengalamatan Elektronik (NEAP) 2023 di mana amalan ini adalah untuk memastikan setiap nombor yang diuntukkan dengan izin assigned diguna pakai dengan berhemat, cermat dan dapat mengelakkan pembaziran.

Selain daripada sumber asli seperti petroleum dan emas, nombor telefon juga merupakan sejenis sumber ataupun resource yang perlu diurus dengan baik. Bagi menangani masalah dan mengurangkan risiko berkaitan panggilan kepada pengguna nombor lama, nombor-nombor yang telah tidak aktif ini akan dimasukkan dalam satu tempoh kuarantin atau dengan izin cooling-off period selama sekurang-kurangnya enam bulan sebelum boleh digunakan semula oleh pengguna baharu.

Untuk makluman Dewan yang mulia, setakat tahun ini di awal tahun, pihak kami dimaklumkan melalui MCMC bahawa terdapat 8.15 juta nombor yang berada dalam cooling-off period yakni yang dikitar semula daripada sejumlah hampir 49.4 juta akaun yang aktif dalam negara kita.

Amalan mengguna semula nombor telefon lama dan tempoh kuarantin ini juga digunakan di negara-negara lain seperti di Amerika Syarikat di mana cooling-off period ini adalah 45 hari, Australia enam bulan dan Singapura 90 hari. Walaupun langkah-langlah mengurangkan masalah dan risiko telah dilakukan, MCMC tidak dapat menegah bank atau sebarang perkhidmatan daripada menyimpan data peribadi pelanggannya untuk tempoh yang lama.

Oleh itu dalam menangani perkara ini, pengguna baharu harus cakna untuk menyekat nombor telefon dengan menggunakan fungsi sedia ada yang terdapat di dalam telefon mudah alih. Pengguna juga hendaklah sentiasa mengemas kini maklumat nombor

final • 11:00 AM

Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

telefon mereka dengan pihak penyedia perkhidmatan perbankan bagi menjamin keselamatan akaun perbankan masing-masing.

Jika terdapat panggilan yang mengancam keselamatan pengguna baharu, disarankan supaya laporan polis dibuat dengan segera. Sekiranya pengguna berhadapan dengan jenayah penipuan, pengguna hendaklah melaporkan perkara tersebut ke talian bantuan Pusat Respons Scam Kebangsaan atau NSRC pada nombor talian 997. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Ampang.

final • 11:00 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya nampak isu ini walaupun saya bangkitkan ia nampak kecil, tetapi ia sebenarnya isu nombor-nombor yang digunakan semula ini amat- amat mengganggu pengguna-pengguna. Lebih-lebih lagi apabila nombor ini kita tidak pasti siapa pengguna sebelumnya, tetapi kita mewarisi nombor tersebut.

Jadi, kadang-kadang gangguan, interminasi, masalah yang ada walaupun kita faham Menteri jawab tadi ada cooling-off period yang telah pun dilaksanakan selama enam bulan, tetapi soalan saya apakah enam bulan ini mencukupi ataupun saya bertanya apakah ada dasar yang lebih baik untuk kita laksanakan terutamanya contohnya tidak menggunakan langsung nombor-nombor yang telah pun tidak diguna pakai. Jadi, ia lebih mengurangkan stress ataupun masalah tekanan kepada pengguna-pengguna. Jadi, itu soalan saya. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:00 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat daripada 49.4 juta nombor pengguna atau pengguna perkhidmatan mudah alih di Malaysia setakat suku kedua 2023, terdapat 34.98 juta adalah pengguna prabayar ataupun prepaid, manakala baki 14.45 juta adalah pasca bayar (postpaid). Jadi kebanyakannya, kebiasaannya adalah di kalangan prepaid jumlah yang agak besar.

Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat dan juga Tuan Yang di- Pertua dan Dewan, berdasarkan statistik aduan yang diterima oleh pihak MCMC setakat ini sejak tahun 2021, hanya 80 aduan yang diterima berkaitan nombor yang dikitar semula.

Ini adalah bersamaan dengan 0.00016 peratus daripada jumlah langganan nombor mudah alih di Malaysia. Jadi, dia angka yang agak kecil. Tempoh cooling-off period yang saya sebutkan tadi, kalau dibandingkan Malaysia enam bulan, kalau di negara-negara lain yang saya sebutkan tadi seperti di Amerika Syarikat 45 hari, Australia enam bulan, Singapura 90 hari.

Manakala saya difahamkan bagi Singapura sebagai contoh, sekiranya seseorang pengguna itu tahu dan dimaklumkan bahawa itu adalah nombor kitar semula, tetapi mereka ingin keluar dari cooling-off period itu, mereka boleh mohon dan boleh dilepaskan.

Jadi pada waktu ini, kita belum— pihak kementerian dan MCMC belum mempunyai cadangan untuk berubah, tetapi kita akan ambil maklum pandangan Yang Berhormat dan akan teliti semula dari semasa ke semasa untuk tambah baik perkhidmatan ini. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kulim-Bandar Baharu.

final • 11:00 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan tambahan untuk soalan lima. Yang Berhormat Menteri, apakah keberkesanan ciri keselamatan [Tidak jelas] setakat ini untuk membantu pelanggan segera menyahaktif akses akaun mereka serta usaha penambahbaikan lain yang sedang diteliti oleh pihak kerajaan.

Soalan seterusnya, adakah waktu operasi Pusat Respons Scam Kebangsaan

(NSRC) juga akan dilanjutkan ke 24 jam untuk membantu kepada mangsa penipuan setiap masa? Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat

final • 11:00 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

bahawa untuk makluman semua, MCMC ada membuka kaunter dari semalam hingga esok untuk menerima sebarang aduan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat serta menyediakan dossier untuk kawasan Yang Berhormat. Jadi, semua isu-isu yang pernah dibangkitkan yang boleh mendapatkan maklumat terkini dengan kaunter MCMC.

Setakat ini, hanya 24 Ahli Parlimen yang telah hadir untuk mengambil dossier dan setakat ini setakat semalam zero complain. Belum ada yang mengadu. Tetapi menjawab soalan pertama untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya mana-mana pengguna boleh berhubung dengan penyedia perkhidmatan atau mobile network operator (MNO) dengan izin, untuk sekiranya mereka berhadapan ataupun menghadapi sebarang masalah berkaitan dengan perkhidmatan yang mereka alami.

final • 11:00 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Masa yang sama, sekiranya mereka merasakan aduan yang mereka panjangkan untuk menyahaktif ataupun mengambil tindakan tidak dapat dicapai ataupun tidak dapat diselesaikan oleh pihak telco mereka juga boleh berhubung dengan pihak MCMC untuk tindakan lanjut dengan membuat aduan secara dalam talian ataupun menghantar e-mel kepada pihak MCMC. Insya-Allah akan diselesaikan.

Berkenaan dengan NSRC ia sebenarnya pada waktu ini dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam. Walau bagaimanapun, NSRC seperti yang di umum oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 13 Oktober lalu telah menerima suntikan tambahan dana.

Jadi, semestinya pihak NSRC akan meneliti cara-cara untuk menambah baik akses kepada- daripada orang awam untuk mereka menyalurkan aduan dan juga membuat laporan tentang kegiatan ataupun masalah scam yang mereka hadapi.

Jadi, sedang dalam dipertimbangkan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Komander Nordin bin Ahmad Ismail, Lumut.

final • 11:10 AM

6. Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (Bersara) [Lumut] minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah kementerian akan menilai semula keputusan yang telah dibuat untuk menangguhkan membeli kapal Multi Role Support Ship (MRSS).

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Yang Berhormat Lumut atas soalan yang dikemukakan.

Tan Sri Yang di-Pertua, dokumen strategi Program Transformasi Armada TLDM 15 to 5telah memperincikan perancangan perolehan tiga buah kapal multi-role support ship (MRSS) dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas dan Ketiga Belas.

Keperluan MRSS ini adalah amat penting dalam melengkapkan aset Armada TLDM bagi memenuhi keperluan operasi ATM melalui kemampuan strategik sealift antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Di samping bantuan logistik dan kemanusiaan di peringkat antarabangsa apabila diperlukan.

Walau bagaimanapun, fokus TLDM masa kini lebih tertumpu kepada program peningkatan keupayaan aset combatant yang lebih kritikal seperti meneruskan perolehan kapal littoral combat ship (LCS) dan perolehan kapal littoral mission ship batch kedua dan perolehan kapal MRSS ini akan dirancang dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang akan bermula pada tahun 2026.

Itu sahaja jawapan.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Lumut.

final • 11:10 AM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Soalan tambahan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Kalau menunggu Rancangan Malaysia Ketiga belas maknanya kapal yang sedia ada yang telah berusia hampir 40 tahun akan berkhidmat lagi tiga tahun itu pun

final • 11:10 AM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

bergantung kepada bajet pada RMKe-13. Saya pun pernah berkhidmat di kapal tersebut, kapal KD Sri Indera Sakti. Walaupun kelasnya tetapi ia telah dikategorikan sebagai multi- role support ship.

Soalan saya, apalah langkah kementerian untuk meningkatkan keupayaan kapal MRSS ini yang sedia ada yang telah berusia serta kos penyelenggaraan untuk pelbagai penugasan logistik?

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman seperti mana yang saya sebut tadi. Memang kita tidak nafikan bahawa MRSS yang sedia ada ini kita- saya fikir ada dua. Satu sudah berusia 40 tahun dan satu lagi berusia 43 tahun, itu kita tidak nafikan.

Tetapi, sepertimana yang kita sebut tadi dalam kita merancang dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, dalam tempoh itu di samping saya sebut tentang LCS, saya sebut tentang LMS sebenarnya penumpuan kita juga adalah untuk meningkatkan keupayaan combatant di samping MRSS yang sedia ada juga.

Jadi, sebab itu kalau kita lihat dua faktor yang menjadi faktor penting. Pertama, teknikal dan juga kewangan itu. So, penyusunan kita di TLDM itu mengambil kira semua faktor-faktor ini. Itu sahaja.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Sri Gading.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Soalan tambahan saya adalah berkaitan dengan keselamatan. Oleh kerana MRSS ini adalah sebagai bantuan untuk hantar bekalan dan sebagainya. Sedangkan kita punya laut ini luas terutamanya Laut China Selatan yang panjangnya pun 568.42 kilometer dengan bukan sahaja di Laut China Selatan, bahkan di sebelah Selat Melaka juga kita ada masalah lanun dan sebagainya.

Sedangkan kalau kita lihat bahagian untuk ketenteraan bagi Indonesia ada RM37 bilion, Singapura RM65 bilion. Singapura yang kecil pun bajet ketenteraannya besar. Jadi, apakah perancangan kementerian untuk memastikan keselamatan negara itu betul-betul dapat dijaga dengan usaha yang sepatutnya bagaimana? Apakah perancangan seterusnya untuk memastikan kapal-kapal keperluan negara ini ada pada negara kita?

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih, Yang Berhormat Sri Gading di atas persoalan yang dikemukakan. Tan Sri Yang di-Pertua, seperti mana kita tahu bahawa kita telah menggariskan Kertas Putih Pertahanan kita dan kita tahu Malaysia sebuah negara maritim. Kita tahu bahawa dalam Kertas Putih Pertahanan itu gabungan kita sama ada kekuatan kita di laut, di darat mahupun di udara termasuk yang terbaru kita letakkan antara elemen penting adalah kekuatan siber kita.

Sebab itu kalau kita lihat kemampuan kita di kala ini, itu tidak perlu kita pertikaikan.

Tugas dan tanggungjawab kita di Kementerian Pertahanan adalah untuk pastikan kedaulatan dan sempadan kita sentiasa terjaga. Sebab itu kita mengambil kira semua aspek-aspek ini.

Memang saya akui bahawa bajet kita walaupun tahun ini ditingkatkan RM2 bilion tidak cukup bagi kita. Tetapi, kerana keperluan-keperluan pertahanan ini memang perlu kita pertingkatkan demi masa depan pertahanan negara kita dan juga sebenarnya kalau kita lihat dalam negara maritim pertahanan itu juga akan merangsang juga kemampuan ekonomi kita.

Kerana kita tahu bahawa kekayaan kita ada di laut itu sama ada hasil minyak dan pelancongannya dan dari segi perdagangannya. Sebab itu kalau kita lihat investment kita kepada pertahanan itu sebenarnya adalah sebahagian daripada keperluan untuk memastikan ekonomi negara juga. Itu sahaja jawapan.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya difahamkan Yang Berhormat Tenom tidak berada dalam Dewan. Sekarang saya jemput Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim,Kuala Terengganu. Silakan.

final • 11:10 AM

[Soalan No. 7 – YB. Tuan Riduan bin Rubin (Tenom) tidak hadir]

8. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan sejauh mana perancangan kementerian untuk menggalakkan perolehan kerajaan agar memberikan keutamaan kepada homegrown technology iaitu teknologi-teknologi yang dibina di sini atau yang telah menerima dana-dana daripada pihak Kerajaan dan berjaya dikomersialkan.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Arthur Joseph Kurup

Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sentiasa komited untuk menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara melalui- menerusi aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan ataupun R&D&C tempatan.

Bagi memperkasakan lagi usaha mengkomersialkan hasil R&D tempatan, MOSTI dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia telah memperkenalkan Program Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Hasil R&D Tempatan atau dikenali sebagai MySTI dalam perolehan kerajaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MySTI merupakan salah satu inisiatif untuk memperkasa aktiviti pengkomersialan teknologi dan inovasi tempatan. Kini, barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan melalui aktiviti R&D tempatan boleh dikenal pasti melalui penandaan logo MySTI dan diberi keutamaan dalam perolehan kerajaan.

Pemerolehan kerajaan memberi keyakinan kepada bakal pembeli terhadap barangan dan perkhidmatan hasil R&D tempatan serta seterusnya boleh dipasarkan dengan lebih strategik dan sistematik di pasaran terbuka tempatan dan juga luar negara.

MySTI menyediakan platform yang merangkumi program penandaan logo serta inventori barangan dan perkhidmatan hasil R&D tempatan yang boleh diakses di portal www.mysti.gov.my dan barangan dan perkhidmatan yang ditandakan dengan logo MySTI layak diberi keutamaan dalam perolehan kerajaan.

Sehubungan dengan itu, selaras dengan pembentangan Bajet 2024, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM27 juta bagi pelaksanaan dua program iaitu Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dan Program Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Hasil R&D Tempatan (MySTI). Daripada jumlah ini, sebanyak RM13 juta dikhususkan untuk MySTI.

Program ini akan dilaksanakan secara rintis selama dua tahun bermula daripada 26 Jun 2023 sehingga 25 Mei 2025 dan sehingga 18 Oktober 2023 MOSTI telah menerima 112 permohonan penandaan logo MySTI. Daripada jumlah tersebut 50 barangan dan perkhidmatan telah diluluskan logo MySTI dan sedang giat dipromosikan kepada 10 kementerian rintis untuk dibuat perolehan. Sekian dan terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Kuala Terengganu.

final • 11:10 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat. Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan melalui pelbagai dana R&D telah membiayai banyak penyelidikan yang menghasilkan pelbagai produk yang begitu bagus dan telah kebanyakannya ada yang beritahu telah berjaya dipasarkan di peringkat antarabangsa dan ada dijual kepada kerajaan-kerajaan luar pun. Tetapi masih ramai yang mengadu bahawa mengapa susah sangat produk-produk ini boleh diterima oleh kerajaan kita dari segi pembelian.

final • 11:20 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Jadi antara lain yang saya pernah mendengar, antara lain produk tulang sintetik yang telah dicipta oleh anak tempatan mendapat kelulusan sijil halal dan sebagainya, yang sangat memerlukan kepada bantuan kerajaan daripada segi penerimaan. Sebenarnya, selain daripada memerlukan dasar perolehan yang disebut tadi, kita telah mendengar sebelum ini “Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia” sejak dahulu lagi. Apakah MOSTI mengenal pasti faktor-faktor lain yang sebenarnya menyebabkan kesukaran untuk penerimaan produk-produk teknologi tempatan ini? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:20 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu.

Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya cabaran untuk kita mencapai pengkomersialan itu sentiasa merupakan satu cabaran yang agak besar untuk kedua-dua pihak, kerajaan dan juga pihak swasta. Tetapi pada masa yang sama, kita telah memulakan usaha ini sejak beberapa tahun yang lalu. Ada satu program yang dikenali sebagai MCY. MCY itu adalah singkatan bagi Tahun Pengkomersialan Malaysia, di mana kita melipatgandakan usaha untuk mengkomersialkan teknologi dan juga inovasi tempatan. Sejak daripada tahun 2016, nilai keseluruhan produk yang telah kita mengkomersialkan adalah sebanyak RM625 juta lebih daripada 546 produk.

Bagi separuh penggal RMKe-12, MOSTI telah berjaya mengenal pasti dan membantu untuk mengkomersialkan 160 produk dan teknologi perkhidmatan dengan nilai pengkomersialan yang berjumlah RM224 juta. Pada masa yang sama, saya nampak bahawa YB Kuala Terengganu ini dia sentiasa prihatin dan juga mengikuti perkembangan teknologi dan inovasi tempatan.

Saya tertarik tentang apa yang disebut oleh YB Kuala Terengganu sebentar tadi tentang tetulang sintetik. Mungkin saya pun hairan macam mana YB Kuala Terengganu boleh dapat info seperti ini. Menunjukkan bahawa YB Kuala Terengganu ini banyak maklumat sebenarnya dan sentiasa ikut perkembangan terkini.

[Tepuk] Sebenarnya produk tetulang sintetik ini, dia telah diinovasikan oleh satu syarikat yang dinamakan Leonix Trauma Bone Plate and Screw Systems. Untuk maklumat Yang Berhormat Kuala Terengganu, sebenarnya ini maklumat terkini. Syarikat ini telah berjaya, dia telah memohon dan telah berjaya untuk mendapat penandaan MySTI, baru-baru sahaja. Jadi untuk kita bantu syarikat tempatan seperti ini, seperti mana yang kita umumkan tadi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memperuntukkan RM27 juta dan RM13 juta daripada itu akan diperuntukkan untuk program MySTI.

Maka kita boleh bantu syarikat ini dengan membuat perolehan barangan daripada syarikat ini yang telah menerima penandaan MySTI untuk digunakan oleh kementerian rintis. Dalam kes ini adalah KKM sebagai percubaan bagi menambah keyakinan kementerian. Sekiranya berjaya, bolehlah syarikat itu berkembang luas daripada sana.

Sekian dan terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

[Bangun]

final • 11:20 AM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

[Bangun]

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan Paya Besar.

final • 11:20 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya fikir Dasar Beli Barangan Buatan Malaysia ini sudah lama. Cumanya bagaimana kementerian MOSTI bekerjasama dengan MITI? Kerana saya faham MOF akan merujuk kepada MITI terlebih dahulu untuk menentukan sama ada adakah dalam negara kita mempunyai item-item atau produk-produk yang memenuhi keperluan kerajaan? Itu yang pertama.

Yang keduanya, Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi Tan Sri Yang di-Pertua, RM27 juta dan program rintis selama dua tahun. Berapa banyak contribution kepada GDP selepas dua tahun? Saya harap produk buatan Malaysia ini mendapat pasaran bukan sahaja tempatan tetapi luar negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:20 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Untuk makluman program MySTI yang disebutkan tadi, dia masih lagi program rintis yang baru dimulakan pada bulan Jun tahun ini sehingga ke bulan Mei 2025. Jadi, selepas itu kita akan buat kajian dan akan melipatgandakan usaha untuk memastikan bahawa lebih banyak produk dan juga inovasi buatan tempatan bolehlah diberi keutamaan dalam proses perolehan kerajaan.

Untuk soalan juga daripada YB Paya Besar tentang Barangan Buatan Malaysia.

Sebenarnya Program “Beli Barangan Buatan Malaysia” ini sebenarnya di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri tetapi bagi MOSTI, kita ada beberapa program sub daripada itu untuk membantu produk dan juga teknologi tempatan untuk kita bantu untuk mengkomersialkan produk tersebut supaya dia boleh mencapai potensinya sepenuhnya.

Usaha seperti itu dia ada juga usaha di peringkat pasaran tempatan dan juga peringkat pasaran global. Untuk angka-angka seperti sumbangan kepada GDP dan sebagainya, saya akan bagi kepada YB Paya Besar secara bertulis. Sekian dan terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Tuan Chiew Choon Man, Miri.

final • 11:20 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan nombor 9.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 11:20 AM

9. Tuan Chiew Choon Man [Miri] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan bilangan projek sakit swasta yang berjaya diselamatkan sejak Januari 2023 berserta nilaian GDV.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara menjalankan pemantauan dan pemulihan ke atas projek perumahan swasta yang bermasalah dan berlesen di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966. Mesyuarat Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai atau singkatannya TFST Bilangan 9 2023 telah mengesahkan sehingga 31 Ogos 2023, sebanyak 90 projek perumahan swasta lewat iaitu 9,376 unit rumah dan 485 projek perumahan swasta dalam kategori sakit iaitu 78,626 unit rumah.

Statistik Projek Perumahan Swasta Lewat dan Sakit merupakan statistik yang dinamik di mana setiap bulan terdapat perubahan projek baharu yang disahkan lewat dan sakit, manakala terdapat juga projek yang telah dipulihkan. Perkara ini kita pantau melalui TFST dan pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh kementerian dalam memulihkan projek sakit swasta ini. Selain itu, hasil maklum balas daripada industri, hasil maklum balas daripada pihak media dan sebagainya, kita juga menambah baik pelaporan untuk memasukkan ataupun mengenal pasti nilai pembangunan kasar ataupun singkatannya GDV bagi semua projek perumahan swasta semasa bermula pada bulan lima yang lalu.

Alhamdulillah, terbukti setakat ini kita telah berjaya menyelamatkan sebanyak 256 projek perumahan sakit swasta di mana ianya melibatkan kejayaan menyiapkan pemajuan sehingga mendapat Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) dan juga mengubah status projek menjadi lancar. Jumlah ini meliputi sebanyak 28,363 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar ataupun GDV sebanyak RM23.37 bilion.

Secara pecahannya, pemajuan yang berjaya menerima CCC adalah sebanyak 225 projek atau 19,945 unit dengan GDV bernilai RM18.9 bilion. Manakala sebanyak 31 projek atau 8,418 unit rumah projek sakit telah bertukar menjadi lancar mengikut tempoh penyiapan yang ditetapkan dengan melibatkan GDV bernilai RM5.28 bilion. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Miri.

final • 11:20 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih jawapan daripada Timbalan Menteri. Syabas tahniah kepada KPKT kerana berjaya menyelamatkan begitu banyak projek yang akhirnya akan membawa manfaat kepada rakyat. Terima kasih atas usaha yang berterusan ini.

Soalan saya ialah mohon Timbalan Menteri menyatakan cadangan strategi kerajaan untuk turut mengintegrasikan penjejakan projek perumahan sakit di Sarawak dan Sabah.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Pada masa ini, KPKT hanya mengawal selia pemajuan perumahan swasta di Semenanjung Malaysia mengikut Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dan Peraturan-peraturan.

Manakala bagi pemajuan perumahan swasta di Sabah dikawal selia di bawah Enakmen Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1978 Sabah dan pemajuan perumahan swasta di Sarawak adalah di bawah Ordinan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 2013 Sarawak.

KPKT sedia maklum bahawa projek perumahan swasta di Sabah dan Sarawak di luar bidang kuasa KPKT. Walau bagaimanapun, kita menyambut baik baru-baru ini Kerajaan Negeri Sarawak telah menyampaikan hasrat untuk menjalankan integrasi sistem perumahan di Sarawak dengan KPKT melalui Housing Integrated Management System iaitu kita punya sistem HIMS dan hasrat ini kita sambut dengan baik.

Tujuan integrasi ini adalah supaya penjejakan ataupun tracking itu berkaitan projek perumahan swasta di antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak boleh dilaksanakan dengan sistematik. Ini sebagai contoh– jika berlaku pemaju itu telah membuat projek itu sakit di Semenanjung, maka perkara itu juga boleh, maklumat itu boleh sampai kepada Sarawak dan pada masa yang sama juga ada pemaju yang sebenarnya telah menghadapi masalah dari segi menyiapkan projek di Sarawak. Maka perkara itu juga boleh dikongsikan dengan sistem di KPKT ini.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan mesyuarat****] Maka dengan itu juga, kita juga menyeru dan juga mengalu-alukan sekiranya Kerajaan Negeri Sabah untuk mengintegrasikan juga sistem perumahan di Sabah supaya pada akhirnya kita ada satu platform yang kita boleh integrasi antara ketiga-tiga wilayah ini untuk memastikan tidak berlaku keculasan di peringkat pemaju, menyebabkan wilayah lain juga terjejas. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuantan.

final • 11:30 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih, Timbalan Speaker.

Soalan saya, sejauh manakah keberhasilan langkah pencegahan yang diambil oleh Task Force Projek Perumahan Swasta dan Terbengkalai sehingga kini. Sebagai contoh, pelaporan berkala melalui Housing Integrated Management System (HIMS). Selain itu, aspek forward modeling seperti penganjuran forum hartanah swasta dengan penglibatan pemegang taruh dalam sektor perumahan serta sesi libat urus awam bersama bakal pembeli rumah melalui sesi forum. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Sepertimana yang saya jelaskan daripada awal lagi daripada sidang Parlimen daripada yang pertama lagi bahawa pada ketika ini memang tumpuan itu diberikan kepada menyelesaikan projek-projek legasi ataupun projek-projek yang sedia ada sakit mahupun terbengkalai.

final • 11:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Tetapi, Yang Berhormat juga menyebut bahawa bagaimana pula untuk kita mengelakkan perkara ini berulang. Maka sebab itu dari segi penambahbaikan, sama ada yang disebut tadi melalui platform HIMS iaitu sistem kita untuk kita integrasikan segala maklumat data sama ada daripada pihak pemaju ataupun juga daripada pihak kementerian supaya tidak berlaku kesenjangan dari segi pelaporan dan sebagainya.

Cuma, kalau saya boleh sebut dari segi penambahbaikan yang kita sedang kita teliti dan kita sedang tengok— awal pagi tadi saya menjawab persoalan mengenai HDA.

Apabila kita menyebut kita nak tambah baik melalui sistem HIMS tadi, kita telah berjaya menjejaki ada 12 jenis pelanggaran akaun HDA ini.

Sebagai contoh, saya dah baca seksyen-seksyen yang perlu diikuti oleh pihak pemaju. Pelanggaran ini termasuk sebagai contoh mereka tidak menggunakan akaun HDA itu untuk memasukkan segala kutipan bayaran ataupun ada juga yang berlaku mereka menggunakan akaun tersebut untuk membayar perkara yang lain.

Maka sebab itu, bila kita nak tambah baik melalui HIMS itu, maka perlu ada integrasi yang jelas supaya tidak berlaku kesenjangan data tadi. Jadi, sedangkan akaun itu mungkin terletak di pihak bank, dibuka di institusi kewangan tetapi pemantauan itu perlu dilakukan oleh KPKT.

Maka sebab itu, untuk meyakinkan industri sama ada di pihak pemaju, pihak perbankan. Maka kita perlu ada libat urus sama ada yang disebut tadi kita akan buat forum perbincangan di kalangan pihak pemegang taruh mahupun dari segi forward modeling itu bagaimana kita nak meminda dari segi akta sedia ada dan juga bagaimana kita nak tambah baik peraturan yang ada bagi mengurangkan risiko berlakunya projek sakit dan terbengkalai.

Akhir sekali sebagai contoh hendak memberi keyakinan tersebut. Contohnya projek terbengkalai ini kebanyakannya yang ada pada hari ini bermula sebelum tahun 2015. Maka, itulah kesan yang kita ada pada hari ini yang terpaksa kita cuba mencari jalan penyelesaian kerana apa yang kita nak cuba tambah baik kesannya adalah untuk pada masa akan datang. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Kalam bin Salan, Sabak Bernam.

final • 11:30 AM

10. Tuan Kalam bin Salan [Sabak Bernam] minta Perdana Menteri menyatakan penjelasan status terkini Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) dan apakah langkah lanjut bagi memastikan National Anti-Corruption Strategies (NACS) adalah usaha komprehensif yang dilaksanakan bersama rakyat dan pemegang taruh negara untuk mencapai kedudukan terbaik dalam Corruption Perspective Index.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, inisiatif-inisiatif yang digariskan dalam Pelan Anti Rasuah Nasional 2019 hingga 2023 atau NACP adalah dalam parameter tata kelola integriti dan anti rasuah yang mencakupi enam sektor yang menjadi keutamaan negara.

Enam sektor tersebut adalah;

(i) pentadbiran awam;

(ii) politik;

(iii) perolehan;

(iv) penguatkuasaan undang-undang;

(v) institusi korporat; dan

(vi) kehakiman dan perundangan.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Sehingga suku tahun kedua tahun 2023, sebanyak 68 inisiatif dari 111 inisiatif NACP telah siap dilaksanakan. Jumlah ini bersamaan dengan 61 peratus penyiapan keseluruhan setakat minggu lepas. Penyiapan ini adalah di peringkat output oleh ketua- ketua agensi peneraju yang telah ditetapkan dalam dokumen NACP.

Buat masa ini SPRM kekal memantau pelaksanaan inisiatif NACP sehingga tamat pelaksanaannya menjelang Disember 2023, sebagaimana yang telah ditetapkan dalam arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri No.1 Tahun 2018 Siri Dua, No.2 pada tahun 2019, berkaitan pelaksanaan NACP.

Kerajaan melalui SPRM, optimis penyiapan inisiatif NACP yang berbaki dapat dilaksanakan oleh ketua agensi peneraju dan menjangkakan 91 peratus penyiapan inisiatif menjelang Disember 2023.

SPRM kekal komited dalam memastikan agenda pembanterasan rasuah dan pemantapan tata kelola baik serta penginstitusian integriti menjadi paksi dan asas utama dalam menuju sebuah negara yang harmoni dan bersatu padu.

Jawatankuasa Khas Kabinet Tata Kelola Nasional (JKKKTN) pada 6 Julai 2023 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju dengan pembangunan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional ataupun The National Anti- Corruption Strategies (NACS) sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan NACP yang akan berakhir pada tahun 2023 ini.

Justeru, sebanyak 10 inisiatif khususnya berkaitan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan pengenalan kepada perundangan baharu akan dinilai semula untuk pertimbangan dalam dokumen baharu NACS kelak mengikut kesesuaian selaras dengan dasar semasa kerajaan.

NACS yang kini sedang dibangunkan mengambil kira pelbagai aspek untuk dipertimbangkan dalam usaha untuk memerangi rasuah secara komprehensif.

Pembangunan NACS akan mengambil kira dapatan penyelidikan dalam negara dan antarabangsa serta pandangan pelbagai pihak serta pemegang taruh bagi mendapatkan pandangan yang lebih menyeluruh.

Usaha ini penting bagi memastikan pencapaian kedudukan terbaik dalam ataupun Corruption Perception Index ataupun CPI iaitu sasaran dalam kalangan tangga 25 terbaik CPI dalam tempoh 10 tahun yang akan datang melalui kebersamaan dan membanteras rasuah oleh semua pihak dan tidak tertumpu kepada entiti penguatkuasaan sahaja.

Ini adalah kerana CPI bukan sekadar melibatkan tangkapan dan pendakwaan rasuah. Dalam sembilan surveys CPI ia turut melibatkan berkenaan pengukuhan demokrasi, keazaman politik, hak asasi manusia, daya saing ekonomi, penguatkuasaan serta amalan tata kelola terbaik yang mana ini memerlukan komitmen semua pihak termasuk Ahli-ahli Dewan Rakyat. Sekian terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sabak Bernam.

final • 11:40 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Laporan Jawatankuasa NACP 2019-2023 bagi tahun 2020 dan 2021 telah menekankan enam bidang keutamaan yang sangat berisiko tinggi rasuah, iaitu:

(i) tadbir urus politik;

(ii) pentadbiran sektor awam;

(iii) perolehan awam;

(iv) perundangan dan kehakiman;

(v) penguatkuasaan undang-undang; dan

(vi) tadbir urus korporat.

final • 11:40 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Apakah langkah-langkah kerajaan ke atas pengamal enam bidang tersebut supaya bidang tersebut, indeks rasuah yang dapat diturunkan dan seterusnya bebas rasuah?

Puan Yang di-Pertua, sebagai ahli politik saya, perhatikan di situ tadbir urus politik adalah ranking yang pertama berisiko tinggi rasuah. Bagi saya, saya tidak bimbang kalau saya ditahan oleh SPRM atas tuduhan rasuah tetapi saya bimbang jika saya terlibat rasuah tetapi SPRM tidak tahan saya.

Soalan saya, apakah kerajaan bersetuju penubuhan mahkamah khas bimbang berhubung anti rasuah seperti yang pernah disyorkan oleh jawatankuasa khas mengenai rasuah. Mahkamah khas berhubung anti rasuah.

final • 11:40 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih Yang Berhormat.

Berkenaan dengan Mahkamah Khas Anti Rasuah, pada tahap ini memang terdapat mahkamah khas iaitu di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen yang mengendalikan kes-kes rasuah secara khas di mana hakim-hakim yang terpelajar di dalam bidang rasuah ditugaskan untuk mendengar kes-kes rasuah dan mahkamah-mahkamah khas itu terdapatnya di keseluruhan negara.

Jadi itu merupakan satu amalan yang telah pun dilaksanakan dan dijalankan setakat ini dan tiada apa-apa indikasi bahawa itu akan berhenti. Jadi pihak kerajaan memang akan meneruskan dengan inisiatif tersebut. Khususnya terdapat 18 mahkamah khas rasuah di keseluruhan negara seperti yang saya katakan tadi semuanya merupakan Mahkamah-mahkamah Sesyen.

Berkenaan dengan langkah-langkah untuk melaksanakan enam bidang yang telah pun saya menyebut tadi iaitu enam sektor yang menjadi keutamaan negara. Seperti yang saya katakan tadi Puan Yang di-Pertua, sehingga suku tahun kedua 2023, sebanyak 68 inisiatif dari 111 inisiatif NACP telah siap dan kami berharap- in fact kami telah menjangkakan bahawa setakat 90 persen ataupun 91 persen penyiapan inisiatif tersebut akan disiapkan dalam bulan Disember 2023. Jadi ini merupakan satu angka yang agak banyak dan kerajaan memang komited Puan Yang di-Pertua untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif tersebut. Sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Segamat.

final • 11:40 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Terima kasih juga Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya dan juga pandangan, adakah Yang Berhormat setuju bahawa pengurusan ataupun penglibatan dalam rasuah ini adalah kebanyakan daripada transaksi fizikal dan juga apakah langkah-langkah pemantauan digital currency yang mungkin kita tidak dapat mengawal. Sebenarnya itu yang antara punca yang kita tidak dapat mengawal kewangan yang keluar daripada negara kita.

Bagaimanakah NACS berperanan dalam mewujudkan pemantauan serta mencegah bersepadu terhadap sebarang unsur rasuah yang boleh berlaku dalam perkhidmatan awam menerusi aktiviti penggubahan wang haram yang melibatkan platform dalam talian seperti blockchain? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Terima kasih Yang Berhormat.

Berkenaan dengan usaha-usaha yang diambil untuk membanteras ataupun memerangi berlakunya rasuah secara online seperti telah pun yang ditanyakan tadi, memang ini merupakan satu perkara yang serius, yang menjadi- terdapat banyak insiden berkenaan.

Ini adalah seperti yang saya katakan tadi merupakan perkara yang perlu, yang bergantung kepada siasatan yang akan diambil oleh pihak penguasa, pihak penyiasat dan sebagainya dan berdasarkan juga kepada pemberitahu aduan, ataupun complainant. Ini merupakan satu aspek yang penting di dalam proses penyiasatan di mana complainant tersebut mempunyai peranan yang penting. Jadi isu, inisiatif-inisiatif kerajaan seperti kerajaan memperkenalkan ataupun mengukuhkan Whistleblower Act dan sebagainya, ini juga akan memberi kesan ataupun impak yang positif terhadap isu ini.

final • 11:40 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Akhir kata, NACS juga akan melihat semula isu-isu yang menjadi trend di negara dan akan mengambil tindakan untuk dimasukkan di dalam NACP sebagai inisiatif seterusnya. Itu sahaja Puan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan seterusnya saya dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Bentong tiada dalam Dewan.

Jadi saya jemput Datuk Ali anak Biju, Saratok.

final • 11:40 AM

[Soalan No. 11 – YB. Puan Young Syefura binti Othman (Bentong) tidak hadir]

12. Datuk Ali anak Biju [Saratok] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, perancangan komprehensif untuk menjadikan Sarawak sebagai antara pemangkin pengeluar utama tenaga hidrogen hijau di rantau ini ke arah mengoptimumkan potensi sumber penghasilan sumber tenaga bersih di Malaysia.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih. Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan sentiasa peka dengan usaha Kerajaan Sarawak dalam menerajui inisiatif penjanaan dan pelaksanaan hidrogen hijau di dalam negara. Pelancaran Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen ataupun singkatannya HETR adalah landasan strategik bagi pembangunan ekonomi hidrogen di seluruh negara.

HETR akan memacu sektor tenaga dalam mewujudkan ekonomi hidrogen di Malaysia dengan menjana pendapatan sehingga RM12.1 bilion dan memastikan sektor hidrogen menyumbang antara RM49 bilion sehingga RM61 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK negara menjelang tahun 2030.

Matlamat negara adalah untuk menjadikan hidrogen sebagai salah satu sumber tenaga alternatif ke arah mencapai kemandirian teknologi dan menjamin keterjaminan tenaga. Kerajaan Sarawak komited untuk membangunkan keupayaan bagi menghasilkan 130 kilogram hidrogen hijau setiap hari. Negara kita pula mampu untuk menghasilkan sejumlah 123,000 gigawatt sejam tenaga setahun daripada jana kuasa hidro.

Daripada jumlah ini, empangan hidro yang sedia ada di Sarawak berupaya untuk menjana 87,000 gigawatt jam, atau sebanyak 70 peratus daripada kapasiti negara berbanding 20,000 gigawatt jam daripada Sabah dan 16,000 gigawatt jam daripada Semenanjung Malaysia. Bererti bahawa Sarawak dapat memanfaatkan kelebihan infrastruktur jana kuasa hidro untuk menerajui penghasilan hidrogen hijau bukan sahaja di Malaysia tetapi malah di rantau ASEAN Sasaran Fasa Jangka Masa Pendek HETR ialah tumpuan khusus terhadap projek-projek demonstrasi hidrogen bagi memacu permintaan domestik dan pasaran eksport. Pelaksanaan dimulakan dengan projek domestik yang praktikal dan berskala kecil bagi membuktikan kebolehlaksanaan ke peringkat komersial.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Arthur Joseph Kurup

Kita mempunyai pendekatan ‘bina sebahagian, beli sebahagian’ ataupun dengan izin ‘buy some, build some’ secara bersepadu yang akan dijayakan ke arah pemacuan teknologi tinggi secara menyeluruh di sepanjang rantaian nilai ekonomi dan ekosistem hidrogen di samping membangunkan bakat tempatan. Projek-projek ini akan diterajui melalui kerjasama dan usaha sama antara Kerajaan Persekutuan, kementerian, kerajaan negeri dan industri. MOSTI sentiasa terbuka untuk meneroka peluang kerjasama dengan kerajaan negeri dan pemegang taruh di Sarawak dalam sumber tenaga boleh diperbaharui yang berasaskan hidrogen. Sekian dan terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saratok.

final • 11:50 AM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan yang komprehensif tadi. Sememangnya Sarawak lebih ke hadapan di dalam

final • 11:50 AM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

pembangunan pengeluaran tenaga hidrogen hijau di Malaysia ini. Sarawak sendiri menanggung kos-kos R&D selama ini.

Soalan saya ialah adakah Kerajaan Persekutuan ataupun MOSTI ada bercadang untuk menyediakan dana khas membantu Sarawak membangunkan tenaga hidrogen hijau memandangkan potensinya yang amat besar di pasaran dunia? Apakah kekangan- kekangan utama yang dihadapi di dalam pembangunan hidrogen hijau ini?

final • 11:50 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Yang Berhormat Saratok. Untuk makluman YB, Kementerian MOSTI, kita berniat untuk meningkatkan lagi kerjasama dan juga kolaborasi dengan Kerajaan Negeri Sarawak. Sebagai contoh, di bawah MOSTI ada satu agensi yang dinamakan NanoMalaysia Berhad yang sekarang sudah mula bekerjasama dengan SEDC Energy Sarawak dan juga satu syarikat yang dinamakan H2X Malaysia untuk membangunkan unit kuasa darat dan ground power units yang berkuasa hidrogen untuk sektor aeroangkasa. GPU unit ini akan ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk menggantikan GPU diesel yang sedia ada serta penggunaan kenderaan berkuasa hidrogen untuk perkhidmatan sokongan darat.

Pada masa yang sama, kita juga mempunyai beberapa inisiatif projek demonstrasi daripada peringkat Kerajaan Persekutuan seperti contoh, mobile hydrogen refueling station iaitu kerjasama yang melibatkan empat agensi, MOSTI, PETRONAS, UMW Corporation dan juga Malaysia Green Technology dan Climate Change Corporation yang akan menyaksikan satu unit stesen pengisian hidrogen mudah alih dibangunkan di sekitar Cyberjaya untuk kita membekalkan ataupun memacu pembangunan ekosistem mobiliti berasaskan sel bahan api hidrogen di Semenanjung Malaysia. Ada lagi beberapa contoh yang lain dan itu juga saya boleh membekalkan kepada YB Saratok secara bertulis.

Sekian dan terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran, Batu.

final • 11:50 AM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Timbalan Dato’ Speaker. Soalan nombor 13.

final • 11:50 AM

13. Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran [Batu] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah perancangan kementerian dalam tempoh masa 10 tahun dari sekarang untuk pembangunan sukan dan kebajikan paralimpik dan pesara.

final • 11:50 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Yeoh Tseow Suan

Puan Yang di-Pertua, populasi OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat setakat 31 Januari 2023 adalah sebanyak 637,537 orang ataupun 1.85 peratus daripada populasi Malaysia.

Statistik ini belum lagi ditolak had umur dan bilangan mereka yang berminat dan melepasi klasifikasi sukan para.

Pada tahun ini, penyertaan atlet para dalam kejohanan sukan prestasi tinggi sekurang-kurangnya peringkat Para SUKMA adalah seramai 1,781 orang. Jadi, untuk menjawab soalan Yang Berhormat mengenai perancangan kementerian dalam tempoh masa 10 tahun ini, langkah pertama yang saya lihat adalah pencarian bakat, yang itu sangat penting. Tetapi untuk mencari bakat atlet para ini, kita kena perbanyakan lagi OKU yang berdaftar di Malaysia kerana klasifikasi untuk mereka masuk berdasarkan kepada kad OKU mereka.

Oleh sebab itu, kita kena bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk pastikan rata-rata di luar sana mereka tidak lihat OKU ini sebagai satu masalah stigma tetapi mereka akan perbanyakan lagi pendaftaran.

Itu langkah pertama.

Dalam menjawab soalan mengenai 10 tahun dari sekarang, perancangan.

Kementerian Belia dan Sukan, agensi yang terlibat untuk menjaga atlet para, kita ada tiga agensi. Satu adalah Jabatan Belia dan Sukan Negara. Jabatan Belia dan Sukan Negara bertanggungjawab untuk pencarian bakat dan menganjurkan sukan masa, sukan rekreasi untuk pencarian bakat ini. Dalam usaha yang mereka telah laksanakan, satu adalah melaksanakan program pencarian bakat dalam kalangan OKU di setiap negeri melalui:

final • 11:50 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Yeoh Tseow Suan

(i) program INSPIRE iTALENT and iTRAIN; dan

(ii) peningkatan kapasiti secara berterusan bagi mempersiapkan kumpulan sokongan iaitu penggerak, jurulatih dan sukarelawan yang bakal terlibat dalam mengendalikan latihan, keperluan serta hal ehwal yang berkaitan dengan atlet OKU.

Agensi kedua adalah Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negara ini, mereka menjaga sukan prestasi tinggi dan bertanggungjawab untuk prestasi atlet-atlet para kita.

Yang ketiganya, agensi ketiga adalah YAKEB atau Yayasan Kebajikan Bekas Atlet. Yang ini juga usaha berterusan sedang dilaksanakan untuk menambah baik lagi kebajikan atlet-atlet para kita. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Batu.

final • 11:50 AM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Menteri atas jawapan tadi yang sungguh meyakini pembangunan dan kebajikan terutamanya Paralimpik. Soalan saya berkaitan dengan infrastruktur. Kadang-kadang kita tengok di kompleks-kompleks sukan persendirian ataupun private, mereka tak memberi kepentingan terhadap golongan-golongan OKU untuk melibatkan sukan di sana. Apakah pandangan ataupun soalan saya, adakah kementerian perlu tegas memberitahu ataupun letak garis panduan supaya sports complex yang terdiri daripada swasta ini perlu mengikuti garis panduan kementerian tersebut? Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Puan Yeoh Tseow Suan

Mengenai infrastruktur untuk golongan OKU ini, saya lihat bukan sahaja fasiliti sukan yang mempunyai masalah tetapi secara amnya semua fasiliti di luar sana seharusnya lebih peka kepada keperluan OKU.

Mengenai infrastruktur ini, saya lihat ada keperluan untuk dan saya tahu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memang sedang meneliti Akta Orang Kurang Upaya supaya mereka nak tengok bagaimana lagi boleh memperkasakan hak-hak OKU. Tetapi dari segi fasiliti, saya akui memang ada kelemahan dan ini perlu diperbaiki dan kita kena mulakan dengan langkah kesedaran dulu.

Untuk memperbaiki kesedaran ini, seperti yang saya nyatakan, kita kena pastikan pertumbuhan golongan percentage ya, peratusan atlet para ini kena naik supaya lebih ramai lagi di luar sana yang dilihat sebagai ikon sukan dan dengan itu infrastruktur sokongan itu akan wujud untuk mereka. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan seterusnya, Rantau Panjang.

final • 11:50 AM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tahniah di atas usaha yang telah dibuat oleh pihak kementerian untuk memberi galakan terutama kepada atlet golongan OKU ini.

Setakat ini, sejauh manakah program kesedaran kepada ibu bapa sebab kadang- kadang ibu bapa tidak yakin anak mereka mempunyai kebolehan dalam keadaan fizikal ataupun kekurangan yang ada pada mereka. Apakah insentif yang disediakan kepada mereka yang terlibat supaya memberi galakan mereka dapat menyumbang kepada aktiviti sukan dan untuk negara? Terima kasih.

final • 11:50 AM

Puan Yeoh Tseow Suan

Yang pentingnya kita sekarang, Kementerian Belia dan Sukan bila kita raikan kejayaan atlet kita, kita pastikan kita tidak utamakan just able-bodied athletes tetapi kita jaga juga kumpulan atlet para. Jadi, bila dalam promosi kejayaan, bila mereka dapat pingat itu, saya dan Timbalan Menteri sendiri pastikan kita bagi usaha yang sama untuk menyokong mereka. Yang itu satu.

Yang keduanya, bila kita melihat atlet para ini, bukan sahaja atlet para daripada segi fizikal tetapi kita juga ada sukan Deaflympics untuk golongan OKU pekak. Dan satu lagi adalah Special Lympics, Special Olympics. Special Olympics itu adalah untuk kanak- kanak khas seperti children with autism. Mereka banyak terlibat dalam Special Lympics. Sekarang ini usaha kita dalam Majlis Sukan Negara adalah untuk pastikan kita bawa masuk empat kategori ini untuk kita bangunkan bersama.

final • 11:50 AM

Puan Yeoh Tseow Suan

Dalam board member Majlis Sukan Negara juga kita telah masukkan Dato’ Subra daripada Majlis Paralimpik Malaysia untuk sama-sama membuat dasar di peringkat Majlis Sukan Negara. Saya percaya dengan adanya wujudnya sekarang geran pentadbiran yang diberikan oleh kita kepada Majlis Paralimpik Malaysia, kita boleh sama-sama bersama mereka untuk bangunkan sukan khas untuk atlet para ya. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawapan Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Point of order.

final • 12:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Point of order.

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Mana satu? Usul Mesyuarat dulu ataupun Point of order?

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Usul dulu.

final • 12:00 PM

Datuk Ugak anak Kumbong

Usul dulu Yang Berhormat, okey, terima kasih.

final • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga jam 7.00 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 25 Oktober 2023”.

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Saya mohon menyokong.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 12:00 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Arau.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya dulu? Saya ingin membawa 18(1) Yang Berhormat iaitu berhubung dengan isu Palestin yang sepatutnya dibincang di Dewan ini. Saya tidak patut bawa usul ini, usul ini mesti datang daripada kerajaan. Jadi, dengan itu saya mengesyorkan kepada kerajaan – saya telah pun membawa usul supaya kerajaan sendiri yang bawa usul berhubung dengan Palestin terutamanya merujuk Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanannya ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, saya minta kerajaan yang bawa. Kami dah bawa usul, tetapi kalau usul datang daripada kami, kurang manis. Kerajaan sendiri kena bawa usul. Jadi, kalau tidak kita banyak perkara yang berlaku di luar sana yang kita tak dapat dan selesaikan dan kita menjawab dalam keadaan yang tidak tentu arah. Macam Menteri Komunikasi, dia hadir pada majlis yang tidak dibenarkan orang menyebut ‘Allahuakbar’ sebagai contoh.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukup-cukup.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, saya minta supaya kerajaan sendiri yang bawa.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Arau, Arau sila duduk.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat nak suruh menteri jawab ke?

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Arau sila duduk.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, sila.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Machang pun Peraturan 18(1)?

final • 12:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

18(1).

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya pun telah menerima keputusan di sini. Saya rasa Ahli-ahli Yang Berhormat pun sudah terimakan?

final • 12:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jadi, Speaker sudah buat keputusan bahawa isu ini telah dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa Sesi Penerangan Menteri pada 16 Oktober dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, semasa sesi penerangan Menteri pada 9 Oktober. Dalam pada itu, Yang Berhormat masih boleh membangkitkan perkara ini semasa sesi perbahasan Belanjawan 2024. Kalau Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Machang tidak berpuas hati, sila buat usul lagi, itu keputusan Tuan Speaker.

final • 12:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya nak menjelaskan, merekodkan dalam Dewan pada hari ini, sebenarnya 2010, Perdana Menteri ketika itu Dato' Sri Najib Razak, Mantan Ahli Parlimen Pekan, juga telah membuat usul yang sama untuk mengecam dan mengheret Israel ke ICC atas jenayah perang. Dewan Rakyat telah sebulat suara, dua- dua pihak bersetuju. Jadi, kenapa pada hari ini, tiada ketegasan yang boleh kita bawa dan angkat dalam Dewan Rakyat [Tepuk] .

Di luar, di luar berbeza, di luar itu demonstrasi. Dalam Dewan Rakyat ada kekuatan legislatif seperti mana di Sepanyol, di Columbia, di Ireland...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya sudah kata, kalau Yang Berhormat Machang dan Arau tidak puas hati, boleh buat usul.

final • 12:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Kalau dia tolak lagi sekali, tolak, tolak.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Itu keputusan Speaker.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat sering kali usul di tolak...

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jadi, sila duduk.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, ini kita nak buat cadangan ini selepas dia bom hospital.

final • 12:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, masa Menteri, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri bagi penerangan, hospital belum dibom. Ini dibom hospital. Yang Berhormat, ini adalah Majlis Penerangan dan bukan pendirian kerajaan.

final • 12:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya betul.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kita nak pendirian Kerajaan Malaysia, rakyat Malaysia berhubung dengan Palestin.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya sudah kata, kalau Arau tak puas hati buat usul.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan saya nak cakap jadi saya nak minta supaya kerajaan buat usul.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Buat usul kepada Yang Berhormat Tan Sri Speaker.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penerangan daripada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri hanya penerangan, tapi tidak minta kami memberi apa-apa pandangan ataupun membawa usul.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau, Machang sila duduk.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, jadi terima kasih Speaker.

final • 12:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Speaker.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya minta Speaker tolong sampaikan maklumat yang hebat dan dahsyat ini daripada kami, kepada kerajaan, terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih.

final • 12:00 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2024 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2024

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2024 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari sembilan puluh dua bilion ringgit

(RM92,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2024, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 34

final • 12:00 PM

Tahun 2023, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [23 Oktober 2023]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya akan baca senarai pembahas. YB Bera, YB Marang, YB Sungai Buloh, YB Lumut, YB Raub, YB Putatan, YB Kapar, YB Balik Pulau, YB Mersing, YB Tanjong Manis, YB Kuala Kedah, YB Kota Belud, YB Sibu, YB Arau, YB Tebrau, YB Temerloh, YB Selangau, YB Pematang Pauh, YB Tampin, YB Klang, YB Masjid Tanah, YB Sungai Siput, YB Jerai, YB Sri Gading, YB Setiu, YB Sandakan, dan YB Mas Gading.

Saya menjemput Yang Berhormat Bera.

[Tepuk]

final • 12:00 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Belah sini. [Menuding jari ke blok pembangkang] Sana tak ada.

[Menuding jari ke blok Kerajaan]

final • 12:05 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sana tak sokong, sana tak sokong.

final • 12:05 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Sana tak sokong.

final • 12:05 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Terima kasih.

final • 12:05 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Kami sokong Beralah.

final • 12:05 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2024 pada kali ini. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana berjaya membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lalu.

Terlebih dahulu, saya ingin mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat untuk sama-sama mendoakan keselamatan saudara-saudara kita di Palestin dan mengutuk sekeras- kerasnya rejim apartheid Israel yang tanpa berperikemanusiaan membunuh serta melakukan penghapusan etnik di Gaza [Tepuk] .

Konflik Palestin dan Israel ini perlu dinoktahkan segera. Sehingga hari ini, saya melihat kuasa-kuasa besar tidak jujur dalam menyelesaikan isu Palestin. Tindakan Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto menolak resolusi Majlis Keselamatan PBB agar pembantaian terhadap Palestin dihentikan bagi memberi ruang kepada bantuan kemanusiaan tidak dapat diterima akal sama sekali. Malah sokongan daripada negara- negara Eropah seperti United Kingdom dan Perancis terhadap Israel menjadikan Zionis semakin mengganas.

Buktinya Israel telah hilang kewarasan dan tanpa rasa belas ihsan mengebom Hospital Al-Ahli Al-Arab di tengah Gaza sehingga menyebabkan lebih 500 nyawa yang tidak berdosa dan menjadikan kira-kira 1.6 juta penduduk Gaza sebagai tawanan yang menunggu masa untuk dibunuh. Ini adalah jenayah perang yang terang-terang dilakukan oleh Israel dan disokong oleh negara-negara yang bersubahat. Mereka semua sepatutnya diheret ke Mahkamah Antarabangsa untuk diadili.

Sebab itulah ketika saya berucap kepada Perhimpunan Agung PBB tahun lalu, saya menegaskan supaya isu Palestin dimuktamadkan dan kuasa veto mesti dihapuskan [Tepuk] kerana tindak-tanduk seperti Amerika Syarikat inilah yang menyebabkan dunia semakin huru-hara [Tepuk] . Saya senada dengan negara-negara Islam yang lain dan juga negara-negara seperti Ireland, Sepanyol, Norway, Brazil, Columbia dan Venezuela yang mendesak supaya kegilaan Israel ini dihentikan. Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab perlu mengambil tindakan tegas terhadap kekejaman rejim apartheid Israel yang berterusan melakukan pembunuhan dan juga penghapusan etnik ini.

final • 12:05 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Namun, kita kesal kerana sehingga hari ini kita tidak nampak tindakan tegas yang diambil oleh OIC dan Liga Arab kecuali hanya bercakap kosong semata-mata. Sepatutnya OIC, dan Liga Arab mesti menunjukkan pada dunia bahawa, semua negara Islam bersatu, bersama-sama, dan satu tindakan tegas perlu diambil oleh OIC dan juga Liga Arab ini.

Tuan Yang di-Pertua saya mahu membuka perbahasan Belanjawan 2024 dengan menyentuh situasi dan perkembangan terkini ekonomi negara. Selepas negara dihambat pandemik COVID-19, ekonomi negara merekodkan prestasi yang positif terutamanya pada tahun 2022 di bawah Kerajaan Keluarga Malaysia, sehingga mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang tertinggi di rantau ini.

Walau bagaimanapun, keadaan pada hari ini sangat membimbangkan. Kadar mata Wang Ringgit terus menjunam, merudum sehingga mencatatkan prestasi terburuk dalam tempoh 25 tahun. Indeks Bursa Malaysia kekal berada sekitar 1,400 mata. Kedua- dua petunjuk ini memberikan gambaran bahawa Malaysia berhadapan dengan krisis keyakinan pelabur yang amat serius...

[Tepuk] Saya berharap kerajaan bertindak segera bagi memulihkan keadaan untuk memastikan ekonomi negara bergerak pada landasan yang tepat.

Saya menyambut baik Reformasi Pengurusan Kewangan yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri termasuk Akta Tanggungjawab Fiskal 2023.

Bagaimanapun saya bimbang penekanan yang agresif untuk mengurangkan defisit fiskal ini akan memberikan kesan kepada rakyat dan ekosistem perniagaan.

Kerajaan harus memastikan setiap keputusan yang dibuat mesti mendorong kepada kecekapan ekonomi, mesra peniaga, dan mesra rakyat. Sebagai contoh, salah satu langkah kerajaan untuk mengawal defisit fiskal ialah memperkenalkan rasionalisasi subsidi untuk mengelakkan ketirisan. Ini sekali gus membantu kerajaan untuk mengurangkan beban peruntukan yang terlalu besar untuk subsidi hingga mencecah RM80 bilion setahun.

Rancangan subsidi bersasar ini bukan perkara baru, ia telah dirancang sejak pentadbiran Perdana Menteri Keenam, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak. Malah sewaktu PH menerajui kerajaan ini di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir iaitu Perdana Menteri Malaysia ’Keenam’. Menteri KPDNKK ketika itu, saya ingat ketika itu Yang Berhormat Senator Saifuddin Nasution menjadi Menteri KPDNKK telah mengumumkan kerajaan ingin memperkenalkan subsidi bersasar ketika itu, tetapi sehingga hari ini subsidi bersasar masih belum boleh diperkenalkan kerana ia memerlukan satu mekanisme yang telus dan cekap untuk memastikan tidak ada sesiapapun yang tercicir dan terkesan daripada keputusan ini. Mekanisme ini penting untuk diperhalusi kerana subsidi telah melekat dalam ekonomi sebagai komponen struktur.

Subsidi kerajaan tidak hanya tertumpu pada sektor dan segmen tertentu sahaja, malah merentasi keseluruhan sektor, dan pasaran termasuk pasaran buruh. Justeru saya ingin bertanya, apakah mekanisme yang akan digunakan kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar pada tahun hadapan, kerana ia tidak disentuh secara detil dalam pembentangan Belanjawan 2024.

Saya difahamkan kerajaan telah membangunkan Sistem Pangkalan Data Utama

(PADU) yang akan digunakan pada Januari tahun hadapan. PADU akan menjadi pangkalan data untuk memastikan subsidi ini diberi pada golongan yang layak sahaja.

Persoalannya, apakah sistem ini sudah bersedia? Apakah sistem ini telah diuji keberkesanannya kerana kita hanya mempunyai tempoh dua bulan sahaja sebelum ia dilancarkan.

Persoalan seterusnya, siapakah yang dianggap layak untuk diberikan subsidi bersasar ini? Sebagai contoh jika dilaksanakan subsidi bersasar untuk petrol, bagaimanakah kerajaan akan menentukan ciri-ciri mereka yang layak ini? Apakah melalui jumlah pendapatan bulanan, ataupun kapasiti enjin kenderaan?

Sewaktu saya menjadi Menteri KPDNKK, perkara ini telah cuba kita laksanakan, tetapi pelbagai masalah yang timbul ketika itu- kita mencadangkan berdasarkan kuasa

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

kuda, ataupun kapasiti enjin kenderaan. Kita cadangkan kereta yang mempunyai 2000 CC ke bawah. Kita kata 2000 CC ke bawah boleh dapat subsidi, tetapi akhirnya pelbagai cadangan, dan juga pandangan yang diberikan oleh rakyat ketika itu. 2000 CC ke bawah.

Banyak kereta-kereta yang berjenama besar CC-nya, ataupun kuasa kudanya 2000 CC ke bawah, boleh mendapat subsidi tetapi harga kereta beratus-ratus ribu.

Orang kampung sebagai contoh- beli kereta murah Volvo. Volvo harga mungkin RM10 ribu sahaja Volvo untuk pergi ke masjid, ke surau malam-malam pakai Volvo tetapi CC nya- kuasanya enjinnya 3000. Jadi berdasarkan kuasa ataupun CC enjin yang kereta Volvo yang harga RM10 ribu tadi tak boleh dapat minyak subsidi. Jadi akhirnya banyak perkara-perkara detail seperti ini yang tidak dapat kita selesaikan dan akhirnya kita tangguhkan dari segi subsidi bersasar.

Jadi seperti ini juga kita nak bertanya kalau petrol subsidi petrol ditarik balik dan diberi kepada mereka yang layak. Siapa yang layak yang dimaksudkan tersebut?

Pelaksanaan subsidi bersasar tanpa mekanisme yang tepat akan menyebabkan rakyat terus terbeban apatah lagi kos sara hidup yang makin meningkat. Ketika kerajaan Keluarga Malaysia kita mempertahankan subsidi termasuk memperluaskan lagi kepada ayam dan telur kerana fokus utama kita adalah untuk kesejahteraan rakyat walaupun kita tahu kita terpaksa berbelanja besar. Kerajaan memahami rantaian subsidi dalam pasaran yang kita mengambil langkah bertahan sehingga ekonomi dan pendapatan rakyat mengukuh sebagai langkah rasionalisasi subsidi boleh dilaksanakan.

Namun, belum pun harga ayam diapungkan, dua hari lepas di dalam akhbar harian di Malaysia melaporkan, harga ayam telah mencecah harga RM11 sekilo.

Bayangkan. Bayangkan apa yang akan jadi pada tahun depan jika harga ayam diapungkan? Ia pasti akan menjadi lebih tidak terkawal kerana sebanyak 70 peratus – saya nak beri contoh. Ayam kenapa harganya tinggi? 70 peratus daripada keseluruhan kos pengeluaran untuk ayam disumbangkan oleh makanan ayam. Makanan ayam ini menyumbangkan kepada 70 peratus daripada segi kos pengeluaran satu ekor ayam, bayangkan.

final • 12:10 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Bayangkan kalau tidak ada subsidi dengan tukaran mata wang kita yang begitu lemah, harga makanan ayam pastinya akan meningkat lebih tinggi dan saya yakin harga ayam jika diapungkan dan tidak ada subsidi, harga ayam mungkin RM12, RM13 atau RM15.

Begitu juga, begitu juga rasionalisasi subsidi diesel. Diesel. Minyak diesel. Kalau kita tarik minyak diesel kepada pengangkutan, pengangkutan. Pengangkutan lori transport sebagai contoh. Kalau harga tidak disubsidikan, harga barang kesannya akan meningkat kerana kos transportation, kos pengangkutan tidak akan ditanggung oleh syarikat. Mereka akan serah, kita akan alihkan kepada, akan diberikan kepada pengguna. Cost pass- through mesti akan dikenakan kepada pengguna. Beban itu akan diserahkan kepada pengguna. Jadi sebab itulah, sebab itulah subsidi bersasar ini bukan satu perkara yang mudah dan saya berharap perkara ini dapat diteliti dengan baik oleh kerajaan.

Ini tidak termasuk kartel, kartel. Baru-baru ini sewaktu kita jadi kerajaan, kita telah menyerahkan lima syarikat yang bersekongkol untuk menentukan harga makanan ayam.

Kartel menentukan harga makanan ayam dan kita telah serahkan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia untuk diambil tindakan tetapi sehingga hari ini kita tidak tahu apa tindakan. Jadi saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah keputusan yang dicapai terhadap lima kartel yang bersekongkol untuk menentukan harga makanan ayam itu yang menyebabkan harga ayam meningkat begitu tinggi di negara kita.

Saya juga agak terkejut dengan kes yang melibatkan beras yang tidak cukup di pasaran. Setahu saya, di negara kita untuk beras untuk memastikan beras mencukupi, kita mempunyai stok penimbal. Kita mempunyai stok penimbal yang mana stok penimbal ini boleh, boleh digunakan dan tempoh masanya adalah enam bulan. Bermakna tak mungkin akan timbul masalah kekurangan beras kerana stok penimbal boleh bertahan selama enam bulan. Saya tak tahu adakah stok penimbal masih ada ataupun tidak ada,

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

kerana seperti kita tahu rata-rata rakyat di luar sana bercakap soal tidak cukup beras tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan pertumbuhan ekonomi global...

[Meneguk air] berkembang perlahan sekitar tiga peratus tahun ini dan akan kekal pada paras itu pada tahun 2024. Ini kerana pertumbuhan lemah dalam kalangan negara ekonomi maju seperti China dan Amerika Syarikat. Kita harus bersedia untuk menghadapi keadaan ini supaya rakyat tidak terkesan dan kita mampu menyediakan ekosistem yang kondusif untuk ekonomi terus berkembang. Dalam memastikan rakyat mendapat manfaat secara berterusan, kerajaan perlu mengambil langkah untuk menambah hasil negara.

Justeru, sistem percukaian negara perlu ditambah baik bagi memastikan hasil diperolehi semaksimum mungkin untuk memangkin pembangunan negara. Laporan tinjauan ekonomi Malaysia oleh bank dunia menyatakan Malaysia mencatatkan pendapatan cukai yang rendah iaitu sebanyak 12 peratus daripada KDNK. Peratusan ini jauh lebih rendah berbanding purata yang dicatatkan oleh negara berpendapatan sederhana iaitu sebanyak 18 peratus daripada KDNK dan berbanding negara pertubuhan kerjasama dan pembangunan ekonomi.

Cadangan kerajaan untuk menaikkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada enam peratus kepada lapan peratus dianggap tindakan yang kurang tepat berbanding dengan sistem percukaian lain yang lebih efisien.

[Tepuk] Meskipun kenaikan ini tidak melibatkan makanan dan minuman, namun harus difahami bahawa kenaikan ini akan memberi kesan berantai kepada semua aspek yang akan turut mendorong kenaikan kepada barang-barang lain.

[Tepuk] Ini kerana peniaga tidak akan menyerap kenaikan cukai dan kos pengeluaran mereka.

Justeru, saya sekali lagi berpendirian bahawa sudah masanya pihak kerajaan melihat kembali Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang telah dimansuhkan pada tahun 2018 oleh Kerajaan Pakatan Harapan [Tepuk] . GST terbukti jauh lebih cekap, telus dan adil berbanding SST. Ketika GST dihapuskan, negara kita kehilangan 20 hingga 30 bilion setahun akibat daripada black economy ini yang tidak dapat kita pantau dari segi pembayaran cukai itu dan ramai kita jangka yang tidak membayar cukai seperti yang sepatutnya dilakukan.

Kenaikan cukai SST sebanyak dua peratus ini juga memberikan tambahan sebanyak 3 bilion kepada negara. Malah, firma audit antarabangsa Deloitte meramalkan kenaikan dua peratus SST hanya mampu menambah pendapatan sekitar RM900 juta sahaja. Adakah ini berbaloi dengan kesan yang akan dihadapi oleh rakyat?

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Dalam masa yang sama.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung. Masa sudah tamat.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Saya nak cari yang mana yang para yang. Berapa minit saya tadi?

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada lagi.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Tak ada dah?

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Saya nak landing nanti.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, sila landing.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Saya landing ya tapi landing panjang sikitlah pasal landasan dia [Ketawa] . Landasan panjang. Jadi, saya landing slow.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana, saya difahamkan Inisiatif Pendapatan Rakyat ataupun IPR adalah kaedah yang dilaksanakan oleh kerajaan hari ini bagi menggantikan Program Basmi Miskin Tegar Keluarga Malaysia ataupun BMTKM yang

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

merupakan sebahagian daripada RMKe-12. Ketika Program BMTKM dilaksanakan terdapat hampir 130,000 isi rumah yang dikategorikan miskin tegar dalam senarai eKasih pada Oktober 2022 berbanding 260,000 isi rumah dalam tempoh yang sama 2021.

Penurunan hampir separuh jumlah miskin tegar ini adalah kerana pendekatan agresif oleh kerajaan ketika itu membuka semua sektor ekonomi dan sempadan dengan pantas serta, dengan pantas sewaktu pandemik COVID-19, COVID-19 sedang dipulihkan.

Maka disebabkan itu, kita menetapkan sasaran untuk menghapuskan miskin tegar pada penghujung RMKe-12 iaitu tahun 2025. Sasaran ini kita anggap sebagai realistik kerana ia memerlukan pendekatan holistik yang melibatkan kerajaan, agensi swasta, pertubuhan masyarakat sivil dan individu menghapuskan miskin tegar memerlukan tekad yang tinggi daripada semua pihak terutamanya isi rumah itu sendiri untuk berubah.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Kementerian Ekonomi dalam jawapan di Parlimen pada 19 Oktober 2023 menyatakan jumlah miskin tegar adalah sebanyak 110,693 isi rumah pada September 2023. Ini berbeza dengan kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan belanjawan baru-baru ini yang menyatakan jumlah miskin tegar adalah 18,000 isi rumah.

final • 12:30 PM

Seorang Ahli

Oh, jauhnya.

final • 12:30 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Persoalan, kenapa wujud perbezaan data yang terlalu besar dalam tempoh yang sangat singkat. Data-data ini mengelirukan dan saya memohon penjelasan sewaktu penggulungan nanti – Boleh lagi ya? Sedikit lagi.

Adakah jumlah yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri diambil daripada Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022 atau pun HIES 2022.

HIES 2022 yang diumumkan oleh Menteri Ekonomi pada Julai lalu mengatakan bilangan isi rumah yang di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan iaitu PGK sebanyak RM1,198 menurun kepada 0.2 peratus iaitu 18,445 isi rumah berbanding 0.4 peratus atau 27,158 isi rumah pada tahun 2019. Data daripada HIES adalah kurang tepat kerana ia berdasarkan tinjauan berasaskan sampel, tidak seperti data e-kasih yang hampir real-time dan mempunyai maklumat lengkap setiap isi rumah yang terlibat.

Usaha untuk membasmi kemiskinan tegar ini perlu ada ketelusan supaya setiap program benar-benar memberikan kesan kepada kumpulan sasar. Saya juga mencadangkan supaya PGK dibuat berdasarkan lokaliti kerana taraf hidup di satu-satu kawasan amat berbeza seperti yang ditekankan di dalam BMTKM. Pembasmian kemiskinan harus dilakukan secara berterusan kerana kitaran kemiskinan berkait rapat dengan kitaran perniagaan.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya –

final • 12:30 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Bera, minta pencelahan sedikit.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya tidak beri laluan.

final • 12:30 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Bera bagi laluan.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya tidak bagi laluan. Sila gulung.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Okey, saya gulung. Saya gulung. Ini saya gulung ya. Ini gulung betul-betul ni.

Saya mewakili pengundi saya di Bera, penoreh getah, mengucapkan terima kasih kepada pengumuman kerajaan kerana menaikkan paras harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah ataupun IPG daripada RM2.70 seperti yang saya suarakan ketika membahas Belanjawan 2023 kepada RM3 sekilo. Jadi, harga lantai dinaikkan daripada RM2.70 kepada RM3. Itu saya ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada kerajaan.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Mengikut Arau dia hendak RM5. Jadi, saya nampak yang perkara ini boleh membantu meningkatkan pendapatan penoreh getah.

Cuma, saya tidak nampak insentif musim tengkujuh. Waktu dahulu kita ada insentif untuk musim tengkujuh RM600 atau pun RM800. RM800 untuk diberikan kepada penoreh getah sewaktu musim tengkujuh kerana kita tahu sewaktu musim tengkujuh, penoreh getah tidak boleh menoreh getah dan tidak ada hasil langsung pun. Jadi, walaupun LPG dinaikkan kepada RM3, tetapi kerana langsung tidak ada hasil jadi tidak ada pendapatan.

Jadi, saya amat berharap supaya BMT ataupun Bantuan Musim Tengkujuh ini dapat dikaji semula dan diteruskan demi kepentingan penoreh-penoreh getah. Jadi, terima kasih.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Sebelah sini sokong ramai.

Sebelah sana tiada.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Marang.

final • 12:30 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, pertama-tama saya ingin merujuk ayat Al-Quran yang dibaca oleh Tambun dalam membentangkan belanjawan baru-baru ini. Ayat 77 Surah Al-Qasas. Sepatutnya ditambah dengan ayat 78 terlebih dahulu supaya dilengkapkan. Kalau tidak, jadi tidak lengkap macam pakai kasut sebelah tidak cukup pasangan dia.

Saya sempurnakan. Firman Allah Taala, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] .

Maksudnya “Sesungguhnya Qarun daripada kaum bangsa Nabi Musa AS, dia telah berlaku zalim terhadap rakyat. Padahal kami beri kepadanya harta yang melimpah ruah sehingga anak-anak kunci gedung simpanan hartanya dipikul oleh orang-orang yang gagah perkasa. Kaumnya berkata jangan terlalu gelojoh gembira, bertakabur gembira dengan kekayaan. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang-orang yang melampau kegembiraannya. Tuntutlah apa yang Allah kurniakan kepadamu dunia akhirat dan jangan lupa bahagianmu di dunia yang diberi oleh Allah. Lakukan kebajikan, kebaikan sebagaimana Allah lakukan pada kamu. Jangan melakukan kejahatan. Allah tidak mengasihi orang-orang yang melakukan kejahatan”.

Ayat diturunkan ini mempunyai empat bahagian yang penting. Yang pertama, mesti menuntut kurnia Allah di akhirat. Disebut dahulu walaupun belum tiba masanya kerana ini adalah bahagian yang kekal abadi. Baru diikuti dengan jangan lupa bahagian yang Allah beri di dunia. Gunakan kebaikan Allah beri di dunia kepada kamu dan ikut contoh teladan yang ditunjuk oleh Allah sendiri bagaimana rahmat adil dan baik terhadap hamba-hambaNya. Jangan melakukan kejahatan. Allah sangat benci terhadap mereka yang lakukan kejahatan.

Ini menafsirkan ayat yang lebih dahulu daripadanya terdapat kalangan manusia dua golongan.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] . Maka di kalangan manusia itu ada orang yang meminta. Wahai Tuhan, beri pada kami habuan dunianya sahaja sebanyak- banyaknya. Tidak ada bahagian untuknya di akhirat. Sebahagian lagi berdoa. Wahai Tuhan kami berilah pada kami dunia ini baik dan akhirat juga baik dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Seterusnya, Allah menyebut. Contoh teladan yang banyak di dalam Al-Quran Nul Karim. Mereka yang diberi kurnia Allah di atas dunia ini, ada kurnia rezeki harta yang melimpah ruah, ilmu yang bijak, kuasa pemerintahan negara.

final • 12:35 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Ini kurniaan Allah. Gunakan kurnia ini untuk melakukan kebajikan, seperti Allah buat terhadap hamba-hamba Nya yang penuh kebajikan. Namun, terdapat kalangan manusia yang lupa daratan seperti Qarun, mengumpulkan kekayaan yang sangat kaya.

Bukan maha kaya, maha kaya ini tuhan sahaja. Dia kaya sahaja. Kaya banyaklah.

Dikumpulkan harta dengan cara yang salah, membelanjakan dengan cara yang salah. Dikumpulkan harta melalui riba, melalui penipuan, melalui hasil-hasil rasuah terhadap orang-orang yang memerintah. Dalam masa yang sama, melakukan kezaliman terhadap rakyat. Menaikkan harga-harga keperluan rakyat. Menjadi kartel, macam sekarang ini kartel beras, kartel daging, kartel macam-macam, menyebabkan berlakunya inflasi yang membebankan rakyat. Orang yang macam Qarun ini masih ramai dan kerajaan mesti bertindak terhadap mereka yang macam Qarun ini. Jangan takut, ataupun kerajaan rasa malu kerana jadi penyumbang kepada kerajaan. Ini sangat memalukan.

Seterusnya ialah mereka yang bijak berilmu, jangan menipu dengan ilmunya. Bela rakyat dengan ilmunya. Mereka yang berkuasa, itu kurnia Allah juga. Gunakan kekuasaan itu tegakkan keadilan untuk semua. Bukan untuk puak-puak kita sahaja, di kalangan tertentu sahaja. Allah Taala telah melaknat mereka yang berkuasa pada zaman dahulu yang sangat hebat tamadun dan madaninya.

Kaum ‘Ad, kaum Thamud, kaum Firaun, yang punya bangunan-bangunan yang tinggi, kekayaan yang melimpah ruah, yang hebat kekayaannya... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Tetapi, melakukan kejahatan di muka bumi. Melakukan kezaliman terhadap rakyat. Hanya rakyat yang sokong dia sahaja diberi, dia tolong. Rakyat yang tak sokong dia, tak ditolong banyak...

[Tepuk] Bertindak terhadap orang yang menentang dia. Kalau menentang dia, geledah office, geledah rumah, geledah macam-macam. Jadi kes. Kalau yang kawan sebelah, terlalu dekat, macam-macam. DNAA, yang dah kena hukuman, diampunkan, dibebaskan.

Mungkin DNA dia sama...

[Tepuk] Kepada pembangkang tidak diperuntukkan. Kepada yang menyokong dia, diberi peruntukan. Ini bukan cara yang diajar oleh Allah Taala. Saya akan terangkan kemudian.

Allah Taala telah menurunkan garis panduan kepada yang memerintah, bagaimana membuat kebajikan itu.

Firman Allah Taala...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Surah Al-Hajj. Mereka yang Kami berikan kepada mereka kuasa memerintah di muka bumi, mereka menegakkan solat, menunaikan zakat (ekonomi yang adil), menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan berwas-was hal akhirat. Yang ditekan ialah pelaksanaannya, bukan bangunan-bangunan yang didirikan. Disebut aqomus solah, mendirikan sembahyang.

Bukan mendirikan masjid. Kalau mendirikan sembahyang, dengan sendirinya buat masjid.

Kalau kerajaan tak bagi pun, dia buat masjid. Ini penting dengan bangunan-bangunan, dapat mengerahkan rakyat untuk bersolat.

Kelantan telah memainkan peranan ini, ada kempen solat di Kelantan. Ini yang kita lakukan di negeri yang kita perintah. Penting juga bantu masjid. Bangunan-bangunan kerajaan penting, bukan tak penting. Naik gaji, penting peruntukannya tetapi pelaksanaan itu yang penting. Besar peruntukan untuk syiar Islam yang disebut oleh kerajaan. Berapa bilion? Saya tak ingat.

Peruntukan ini bukan untuk dirikan bangunan tetapi ke arah melaksanakan konsep yang baik, yang adil, yang kebajikan, macam Allah Taala lakukan... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Buat baik macam Allah buat baik kepada kamu.” Allah Taala, Dia beri rezeki umur panjang, sihat pada hamba Dia yang beriman, yang tak beriman, yang lawan Dia, yang buat maksiat, Allah Taala tak hukum selalu di atas dunia ini. Allah Taala bagi semua kepada hamba-hamba yang taat, yang tak taat, Dia bagi semua. Punya adilnya Allah Taala itu. Bukan macam kita, pilih-pilih. Ini tak betul.

Keadilan melalui kehakiman. Ini satu hal, termasuk kebajikan itu ialah menegakkan adil. Adil untuk semua. Ini sangat penting. Konsep adil untuk semua. Allah Taala mengajar...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Wahai orang-orang yang beriman,

final • 12:40 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

*tegakkanlah keadilan kerana Allah, menjadi model kepada manusia dan berlaku adillah; Jangan disebabkan bermusuh dengan sesuatu kaum, kamu tidak berlaku adil.”...

[Tepuk]* Termasuk terhadap musuh, berlaku adil.

Ini kita, kerajaan pembangkang, bukan musuh. Bukan musuh. Dengan musuh pun kena berlaku adil. Diwajibkan adil. Kita menyaksikan apa yang berlaku di Palestin sebagai satu model yang teladan kepada kita. Apabila Amerika yang menyokong Israel dan sekutu-sekutu Barat menyokong Israel, melakukan jenayah perang di Gaza dan lain- lainnya. Membunuh perempuan, membunuh kanak-kanak, membunuh orang tua, bom hospital, bom masjid, bom gereja, bom sekolah.

Sedangkan, Allah Taala sebut dalam Al-Quran... [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “Perangilah orang yang memerangi kamu, jangan melampau. Allah Taala tidak suka pada orang yang melampau.” Maka, Nabi melarang tentera Islam melampau. Maka, bila ada tentera Islam yang melampau, dalam kisah Bani Judzaimah yang terkenal. Bila Khalid ibnu Walid RA, panglima mengarahkan membunuh tawanan perang, termasuk merosakkan barang-barang, termasuk bekas makanan anjing yang haram mengikut Islam lalu diadu pada Nabi, Nabi mengarahkan sahabatnya, Ali supaya hendak pergi ke Bani Judzaimah bayar ganti rugi.

Masa itu, belum ada mahkamah antarabangsa. Bayar ganti rugi. Sekarang ini, ada mahkamah antarabangsa. Adapun tak jadi apa. Undang-undang antarabangsa pun tak jadi apa. Macam sarang labah-labah. Binatang yang besar pun dia rempuh, serangga kecil sedia melekat. Ini undang-undang berlaku di rimba. Dengan sebab itu, kita tidak boleh samakan Hamas, Tanzim al-Jihad dan Hizbullah yang berperang di Palestin sekarang menentang Israel, menentang Yahudi. Mereka hanya memerangi sasaran- sasaran tentera. Tak memerangi sasaran awam. Ini yang mereka buat...

[Tepuk] Mereka terima tawanan perang, dilayan dengan baik. Ada yang dibebaskan.

Dengan sebab itu, tak boleh samakan Hamas, Tanzim al-Jihad, Hizbullah ini dengan Daesh. Yang sama dengan Daesh ini ialah Israel, Amerika dan sekutu-sekutunya...

[Tepuk] Sama dengan Daesh, bunuh kanak-kanak. Media Amerika tunjuk seolah-olah Hamas sembelih kanak-kanak. Kemudian, dinafikan. Dinafikan balik. Media dinafi kerana tak ada maklumat yang betul. Dia mengaku ini.

Dengan sebab itu, saya minta Kerajaan Malaysia kita mesti ke hadapan. Tegas dan bertindak. Berani, jangan takut walau mereka kata kecil...

[Tepuk] Berani kerana benar. Desakkan supaya mereka yang terlibat di Israel dan sekutu-sekutunya itu dibawa ke mahkamah antarabangsa. Ini sangat penting.

final • 12:40 PM

Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Seterusnya, Allah Taala menyuruh kita banyak... [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “Buat baik macam Allah Taala buat baik kepada kamu.” Ini mesti kita laksanakan dengan sungguh-sungguh. Mesti kita lakukan. Saya dah sebut tadi kepada kerajaan diberi bukan kerana rakyat minta diberi. Baiklah itu petroleum. Kelantan, Terengganu dinafikan.

Pada hari ini, ada perjanjian petroleum yang terkenal. Itu masalah Abbas. Almarhum yang menulis draf di hari ini memaklum kepada saya draf ini yang dia tulis dengan tangan dia sendiri supaya diberi royalti lima peratus kepada negeri yang ada petroleum sama ada di darat atau di laut. Itu perjanjiannya tetapi bila Terengganu menang tahun 1999, tahun 2000 dibatalkan. Dibatalkan melalui Perhimpunan Agung UMNO. Saya pun ingat UMNO yang sokong Pakatan Harapan lah pula, bukan UMNO yang sokong kami sekarang ini.

[Tepuk] Yang sama dengan Pakatan Harapan. Yang jadi macam ini.

final • 12:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Arau sebahagian lah?

final • 12:50 PM

Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Ya. Sila. Sila. Sila.

Saya bagi peluang. Ha sila. Kalau tak ada, saya sambung ya. Saya mesti buat baik macam Allah buat baik pada kita. Kemudian, mesti berani dalam mencegah kemungkaran. Ini mesti berani. Sekarang berlaku satu kemungkaran yang sangat hebat. Yang sangat dahsyat. Arau kata. Bukan hebat, dahsyat. Mencabar undang-undang syariat. Mencabar hukum Islam. Kepada kita, hukum Islam syariat adalah imuniti. Kekebalan. Tidak boleh dicabar.

[Tepuk] Macam Raja tidak boleh dicabar. Apa lagi disebut dalam Perlembagaan.

Islam adalah agama Persekutuan. Islam di bawah Tuanku Raja-raja. Islam kepunyaan

final • 12:50 PM

Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

majoriti rakyat ini. Ini bermakna mencabar firman Allah Taala. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Tidak harus bagi seseorang bila mana lelaki dan perempuan bila Allah memutuskan sesuatu perkara, lalu dia membuat pilihan yang lain. Tidak harus sekali-kali”. Syariat itu kebal. Mula yang ada nas, tidak boleh dibantah. Tidak boleh dipinda.

Saya tertarik dengan hakim-hakim veteran di zaman Tengku, zaman Tun Razak dulu. Zaman Tun Hussein Onn. Bukan zaman Tun Mahathir. Saya tertarik macam Tun Suffian, Tun Harun Hashim, Tun Salleh Abbas termasuk Tun Fairuz yang masih hidup.

Bila dicabar undang-undang syariat ini, mereka ambil kes ini, mereka tolak. Ini kuasa negeri. Mereka tolak. Ini kuasa negeri. Sekarang ini pandai-pandai dicabar Islam. Cabar Mahkamah Syariah. Ini satu kerja yang orang Islam tidak boleh biarkan sekali-kali.

Dengan sebab itu saya memberi amaran pada kalian, Pakatan Harapan oleh kerana ini menyentuh umat Islam. Menyentuh Allah Taala. Menyentuh Raja-raja.

Menyentuh umat Islam. Kalau Pakatan Harapan tidak mahu bertindak, kami akan bertindak.

[Tepuk] Bagaimana kami bertindak? Tunggu dan lihat.

[Tepuk] Keadaan yang munasabah kerana dibawa ke mahkamah, kita pergi ke mahkamah. Hendak bawa ke mana, kita pergi ke mana. Insya-Allah sehingga kita berjaya mempertahankan kedaulatan syariat ini. Bukan bermakna kita menafikan hak orang bukan Islam.

Dalam Perlembagaan disebut kebebasan agama lain dijamin. Ini dipersetujui oleh parti-parti yang terlibat dalam kemerdekaan. PAS terlibat dalam kemerdekaan dulu.

UMNO terlibat. Parti Negara ada masa itu. DAP kemudian. PKR kemudian. Kemudian.

Terlibat dalam menggubal Perlembagaan. Ini kita terlibat dan sebab itu tidak menjadi masalah. Kita orang Islam dilarang memaki Tuhan-tuhan orang bukan Islam. Disebut dalam Surah Al-An'am, 108.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Jangan kamu memaki Tuhan-tuhan dipuja oleh kaum lain.” Nanti dimaki Allah. Ini ayat Al-Quran. Ayat Al-Quran.

[Tepuk] Ini Al-Quran marah dekat kita. Jangan maki orang lain.

Sekarang ini siapa Mahkamah Syariah? Lebih kepada maki.

[Tepuk] Ini bukan maki dan saya memberi peringatan kepada kerajaan supaya mengambil perhatian dalam perkara ni. Saya menghormati masa Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]*

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Marang. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Buloh.

final • 12:50 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua dalam mengizinkan saya menyambut dan berbahas Belanjawan 2024.

Sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun dan juga kepada pegawai-pegawai Kementerian Kewangan (MOF) atas kesungguhan menyusun Belanjawan 2024 bagi memperkasakan rakyat.

Puan Yang di-Pertua, secara dasar kita dapat menghormati bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tambun memberi keutamaan kepada reformasi ekonomi memperkasakan rakyat dalam penambahbaikan dan penstrukturan sistem ekonomi untuk memberi manfaat bagi seluruh rakyat Malaysia. Maka, perbahasan saya akan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi negara yang perlu seiring bagi semua lapisan masyarakat. Ini penting bagi memastikan kemakmuran negara di kecapi tanpa prejudis.

Puan Yang di-Pertua, sebelum saya melangkah lebih jauh, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun.

Bunga Anggerik bermekar di halaman yang subur, Di Sungai Buloh kami menantikan dengan gembira, Tambun datang dengan reformasi ekonomi yang pasti, Kesejahteraan rakyat impian yang kami junjung tinggi.

final • 12:55 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

Setelah meneliti Belanjawan 2024, saya ingin menyentuh beberapa perkara serta berkongsi maklum balas yang diterima. Terkait dengan peningkatan taraf sosioekonomi masyarakat India Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk 2024. Peruntukan ini akan disalurkan melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA). Saya ingin mengucapkan terima kasih yang sebesar-besarnya kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas kepercayaan penuh dan peluang yang diberikan kepada saya untuk berkhidmat bagi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA). Saya juga ingin mengucapkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana meluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk meneruskan program pembangunan sosioekonomi masyarakat India.

Peruntukan sejumlah RM100 juta untuk masyarakat India Malaysia yang akan digunakan secara optimum dengan telus melalui pelbagai inisiatif strategik yang akan memberi keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah dan pertengahan melalui pembangunan keusahawanan dan kerjaya modal insan dan kesejahteraan sosial. Ini adalah antara inisiatif yang sedang dalam proses pelaksanaan untuk tahun 2023. Dana yang diperuntukkan untuk usaha-usaha keusahawanan dan program pendidikan adalah langkah penting usaha meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India.

Program-program seperti Program Bantuan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang mendapatkan peruntukan sebanyak RM5.2 juta untuk bantuan 1,000 penjaja kecil. Program Teknikal Drone Operations and Data Services yang menerima peruntukan sebanyak RM1.48 juta untuk melatih 150 peserta dan program Electrified Automation Advancement...

final • 12:55 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Sungai Buloh.

final • 12:55 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

...Yang mendapat peruntukan sebanyak...

final • 12:55 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Sungai Buloh.

final • 12:55 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

...RM2.87 juta.

final • 12:55 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Mohon mencelah. Saya tadi terdengar Sungai Buloh kata beliau juga seorang Pengerusi Jawatankuasa MITRA dan saya di sini dah hampir seminggu. Saya terdengar pandangan-pandangan wakil rakyat yang lain untuk berpandangan untuk menaikkan peruntukan MITRA daripada RM100 juta ke RM200 juta. Apakah pandangan Pengerusi MITRA?

final • 12:55 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

Saya berpandangan bahawa untuk kenaikan peruntukan memang saya mengalu-alukan apa yang ditujukan kepada saya oleh Yang Berhormat Batu tetapi saya memberikan peruntukan tambahan ini bagi keputusan untuk yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 12:55 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

Dengan izin, I think we should trust in his wisdom and the direction that he’s heading in. Biar saya sambung. Dana yang diperuntukkan untuk usaha-usaha tersebut juga termasuk ke dalam Program Electrified Automation Advancement yang mendapatkan peruntukan sebanyak 2.8 juta untuk 250 peserta adalah bukti komitmen yang kukuh terhadap pembangunan ekonomi dan pendidikan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Inisiatif-inisiatif ini memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat India mencapai kesejahteraan yang lebih baik. Selain itu, kita boleh melupakan– tidak boleh melupakan inisiatif penting yang lain yang memberi manfaat seperti subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda di universiti awam dan juga di universiti swasta yang membantu meringankan beban pelajar dalam mengejar pendidikan tinggi.

final • 1:00 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

Sebanyak 10,000 pelajar dari universiti awam dan swasta yang layak akan menerima bantuan subsidi sebanyak RM2,000 seorang dalam satu kali pembayaran.

Sehingga kini, sebanyak 5,500 pelajar telah menerima bayaran sebanyak 12 juta. Proses pengesahan status bagi 4,500 pelajar masih lagi di dalam proses dan bayaran akan diselesaikan selepas proses tersebut selesai.

Dana sebanyak 10.8 juta diperlukan, diperuntukkan untuk Program Subsidi Pendidikan Awal Tadika Swasta Tamil yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan

(KPM). Juga, adalah langkah yang berharga dalam menyokong pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak India. Pemberian subsidi bernilai RM200 sebulan itu untuk tahun ini merangkumi yuran tadika dan sarapan pagi untuk seramai 167 buah tadika dengan 4,441 kanak-kanak daripada golongan B40 yang akan manfaat daripada program ini.

Program Bantuan Komputer Riba untuk makmal komputer sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) adalah satu kerjasama yang dijalankan bersama Google for Education Malaysia. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan sokongan kepada 527 sekolah SJKT dengan penyediaan sebanyak 6,000 laptop yang telah dipulihkan bernilai RM2.99 juta dan proses edaran kepada sekolah-sekolah SJKT masih dalam proses pelaksanaan.

Dengan ini, kami berusaha untuk memastikan bahawa pelajar di sekolah-sekolah SJKT dapat mengakses teknologi dan sumber pendidikan secara lebih berkesan. Program ini akan memberi akses dan peluang yang lebih terbuka kepada semua murid dalam penyertaan menjayakan aspirasi kerajaan dalam bidang ICT. Di samping itu, program [Tidak jelas] , pemeriksaan literasi science, technology, engineering dan mathematics

(STEM) juga akan dilaksanakan bagi murid SJKT.

Program ini adalah secara kerjasama dengan Malaysian Biotechnology Information Centre (MABIC) dengan kos sebanyak RM698,000. Melalui program ini, semua SJKT akan menerima Petri dish, buletin sains dalam bahasa Tamil dan bahasa Inggeris sebanyak 11 terbitan setiap dua bulan. Dua pertandingan, ‘Who Wants to Be a Scientist?’ akan mensasarkan 1,000 murid-murid SJKT Darjah 4, 5 dan 6 akan dianjurkan.

Program ini adalah bersifat jangka panjang selama dua tahun. Melalui pelaksanaan program tersebut, MITRA menjangkakan pelajar-pelajar SJKT akan didedahkan dengan lebih banyak aktiviti yang berkaitan dengan STEM. Selain itu, dana sebanyak RM7.2 juta diperuntukkan kepada 72 pusat khidmat Ahli Parlimen untuk melaksanakan pelbagai program yang membabitkan tiga skop utama iaitu pembangunan modal insan, pembangunan keusahawanan dan kerjaya serta pembangunan sosial dan kebajikan, kerohanian dan kesejahteraan.

Program-program ini direka khas untuk memberi manfaat kepada penduduk tempatan di kawasan itu. Pemilihan 72 Parlimen di 30 daerah ini adalah berasaskan kepada fakta bahawa kawasan-kawasan ini mempunyai kepadatan penduduk India tertinggi. Ahli-ahli Yang Berhormat yang mewakili kawasan ini adalah individu yang sangat peka terhadap isu-isu yang secara langsung mempengaruhi komuniti tempatan. Oleh itu, tambahan peruntukan ini diberikan dengan niat khusus untuk membantu menangani keperluan masyarakat India di kawasan-kawasan ini secara lebih efektif.

Ini adalah contoh nyata bagaimana kerajaan berusaha untuk memastikan bahawa sokongan dan bantuan yang diberikan sentiasa berada di tempat yang paling memerlukan dalam masyarakat. Program pembangunan sosioekonomi berasaskan– bersasar merupakan satu langkah yang sangat berkesan dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat India. Program pembasmian miskin tegar akan dilaksanakan secara berfasa untuk ahli isi rumah (AIR) masyarakat India miskin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Langkah ini adalah contoh yang sangat prihatin kepada kebajikan rakyat dan saya berharap inisiatif ini dapat diperluaskan ke seluruh negara dalam masa terdekat memberikan manfaat kepada lebih ramai golongan yang memerlukan.

Seramai 1,800 Ahli Isi Rumah telah dikenal pasti melalui sistem eKasih, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di mana pendapatan per kapita mereka adalah kurang daripada RM339.

final • 1:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

[Bangun]

final • 1:00 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

Pendapatan per kapita tersebut perlu ditingkatkan untuk membantu Ahli Isi Rumah tersebut keluar daripada kategori miskin tegar.

final • 1:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Sungai Buloh, boleh celah tak? Kapar...

final • 1:00 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

Saya ada banyak lagi. Bagi saya habis dulu.

final • 1:00 PM

Hajah Halimah Ali - Kapar

Sikit saja. Kapar ramai orang India, jadi, saya boleh tak dimasukkan?

final • 1:00 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

Bagi saya habis dulu. Bagi program tersebut, sebanyak RM8.24 juta diperuntukkan. Program tersebut juga adalah selaras dengan arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menoktahkan miskin tegar pada tahun ini. Bagi mereka yang menghadapi masalah kesihatan buah pinggang, program Bantuan Subsidi Dialisis MITRA adalah inisiatif yang amat penting.

Program ini memberikan bantuan kewangan yang besar kepada pesakit buah pinggang berbangsa India dengan menyediakan sumbangan sebanyak 9,600 setiap tahun untuk kos rawatan. Sehingga kini, program ini telah berjaya membantu 164 pusat dialisis dan 896 pesakit dengan jumlah bayaran sebanyak RM6.91 juta.

Selain itu, sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih komprehensif untuk membantu golongan B40 dalam masyarakat India, kami telah memperkenalkan program Permohonan Geran Kewangan kepada organisasi yang memenuhi syarat dengan peruntukan sebanyak RM30 juta.

Sesi penyerahan surat pemakluman kelulusan geran akan diadakan pada 26 Oktober 2023. Ini adalah langkah proaktif dalam memastikan bahawa sokongan dan bantuan yang diberikan benar-benar menyentuh individu dan kumpulan yang memerlukan. Keseluruhan rangkaian inisiatif ini adalah bukti nyata komitmen dan usaha yang luar biasa dalam meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India di Malaysia.

Kami telah berusaha keras untuk memastikan bahawa setiap lapisan masyarakat India mendapat manfaat daripada pelbagai program yang telah diperkenalkan. Saya ingin menyatakan penghargaan dalam mendalam terhadap langkah-langkah ini yang semakin memperkuatkan hubungan antara kerajaan dan masyarakat India di negara ini.

Matlamat saya adalah agar masyarakat India terutamanya golongan berpendapatan rendah dan terkesan dengan kemiskinan bandar dapat ditingkatkan kepada taraf yang seiring dan kemajuan negara kita.

Harapan saya supaya tidak ada sesiapa dikesampingkan daripada manfaat pembangunan negara. Saya yakin dengan peruntukan yang diberikan untuk tahun 2024 lebih banyak inisiatif boleh diperkenalkan dan ini akan membantu merapatkan jurang pendapatan antara setiap lapisan masyarakat.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga menerima maklum balas terhadap pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Sungai Buloh amat bersyukur atas budi bicara pihak-pihak Kementerian Kewangan kerana telah memutuskan untuk tetap terus memberi diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN mulai dari 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024. Keputusan ini menunjukkan kerjasama yang baik antara Kementerian Kewangan dan pelajar yang telah mengambil pinjaman PTPTN.

Ini memberikan kelonggaran kepada mereka yang telah menjalani pendidikan tinggi.Dengan adanya diskaun ini, diharapkan beban kewangan pelajar dapat dikurangkan sementara mencari peluang pekerjaan dan mengukuhkan ekonomi mereka.

final • 1:00 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

Menurut pendapat Alina Adina Abdullah, seorang pelajar semester empat, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sastera di Universiti Sains Malaysia, inisiatif ini merupakan satu langkah positif yang patut digalakkan. Ia bertujuan untuk mendorong graduan supaya lebih komited dalam membayar semula pinjaman mereka. Selain itu, inisiatif ini juga

final • 1:10 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

memberikan bantuan yang berkesan dalam meringankan beban tanggungan kewangan terutamanya kepada golongan yang mungkin menghadapi kesukaran dalam membayar balik pinjaman mereka.

Saya sedar bahawa jumlah potongan kali ini mungkin lebih rendah berbanding dalam peruntukan dalam Belanjawan 2023. Namun begitu, inisiatif ini masih memainkan peranan penting dalam membantu rakyat meringankan kos hidup mereka. Ia memberikan manfaat yang signifikan kepada mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan termasuk juga yang menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan dan mengambil kira cabaran kewangan yang mungkin dihadapi oleh golongan tersebut.

Tambahan pula, yuran pendaftaran di universiti awam juga telah dihadkan agar tidak melebihi RM1,500. Inisiatif ini merupakan suatu langkah yang sangat positif dan amat saya hargai terutamanya kerana kami di Sungai Buloh sering menerima aduan daripada penduduk setempat yang menghadapi kesulitan dalam membayar yuran pendaftaran sepenuhnya. Keadaan ini tanpa sebarang keraguan telah mencipta cabaran besar bagi pelajar yang mungkin merasa terhalang daripada mengejar pendidikan tinggi.

Saya juga ingin menekankan bahawa inisiatif yang membenarkan pelajar sedia ada yang menghadapi kesulitan kewangan untuk mendaftar subjek pada setiap semester dan membayar yuran selepas pendaftaran subjek merupakan langkah prihatin. Ia memastikan bahawa pelajar ini akan tidak tersekat daripada mengejar pendidikan mereka dan menguruskan yuran dengan lebih fleksibel.

Sungai Buloh berharap dengan tulus bahawa inisiatif ini akan diteruskan dan diperkemas. Kami percaya bahawa kerjasama antara Bahagian Hal Ehwal Pelajar, universiti, PTPTN, serta badan lain yang berkaitan adalah sangat penting untuk memudahkan proses ini dan memberi lebih banyak bantuan kepada mahasiswa dan bakal pelajar yang menghadapi cabaran dalam pembayaran yuran.

Dengan cara ini, kita dapat memastikan bahawa pendidikan yang berkualiti dan berpatutan tetap boleh diakses oleh semua golongan masyakat tanpa mengira halangan kewangan yang mereka menghadapi. Dalam keseluruhan, saya menyokong usaha kerajaan dalam menyokong graduan dan membantu meringankan beban kewangan mereka.

Saya ingin menarik perhatian semua. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana peruntukan PMR, Projek Mesra Rakyat bagi semua Ahli Parlimen kerajaan. RM2 juta yang diperuntukkan digunakan bagi membangunkan kawasan Parlimen kita sendiri. Dengan rasa syukur, Parlimen Sungai Buloh telah berjaya melaksanakan perbelanjaan sebanyak RM2 juta yang telah diperuntukkan di bawah Pemantauan Unit Penyelarasan Pembangunan ICU Negeri Selangor.

Untuk Parlimen Sungai Buloh, kami telah memperuntukkan enam projek untuk menaik taraf kemudahan awam. Lapan projek untuk menaik taraf pembangunan masjid dan surau, empat projek menaik taraf rumah ibadat bukan Islam, 12 projek menaik taraf dan pembangunan untuk sekolah kebangsaan, lima projek menaikkan taraf dan pembangunan untuk sekolah menengah, dan dua projek menaik taraf dan pembangunan untuk sekolah vernakular. Jumlah keseluruhan projek untuk rakyat Parlimen Sungai Buloh pada tahun 2023 adalah sebanyak 37 projek yang digunakan melalui peruntukan PMR- Projek Mesra Rakyat.

Isu fundamental dan paparan realiti kemiskinan di Malaysia memerlukan semua pemegang stakeholder untuk merapatkan jurang perbezaan kemiskinan yang masih wujud. Peranan setiap insan supaya bersifat ihsan agar berkeupayaan dan berkemampuan meletakkan diri pada tempat orang lain. Kerjasama setiap pemegang taruh sehinggalah Ahli Parlimen kerajaan dalam membahaskan persoalan melibatkan kelangsungan rakyat di kawasan masing-masing mampu mengakhiri kitaran ganas kemiskinan, the vicious poverty cycle, dengan izin.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Sungai Buloh, sila gulung.

final • 1:10 PM

Dato’ Ramanan Ramakrishnan - Sungai Buloh

Landing dah Dato’ Speaker.

Semua ini tidak boleh berlaku sekelip mata tetapi keazaman dalam setiap insan untuk bersifat ihsan sebagai sebuah masyarakat Madani mampu melakar semula kisah negara kita. Pendidikan adalah kunci utama bagi memartabatkan sebuah tamadun. Sebahagian daripada usaha di Sungai Buloh untuk memupuk minat pelajar dalam subjek STEM di kalangan pelajar.

Harapan Sungai Buloh melalui inisiatif sebegini, supaya tidak muslihat suatu hari nanti, kita bakal melahirkan bakat baru yang mampu membantu negara menyaingi Tesla.

Pada masa itu kelak, fokus bajet negara yang lebih kepada pelaburan modal insan.

Sehingga itu, menjadi tanggungjawab kerajaan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terjamin bersama-sama mereka yang mampu memainkan peranan lebih dan membantu bantuan lemah.

Dengan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Speaker yang memberikan saya peluang berbahas pada hari ini. Dalam rangka ini, Sungai Buloh ingin menyatakan sokongan penuh terhadap belanjawan ini. Hoo-ha! Terima kasih.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Dipersilakan Yang Berhormat Lumut.

final • 1:10 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang terlibat dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024.

Perkara pertama yang saya ingin sentuh adalah mengenai Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera iaitu PERHEBAT. Saya mengikuti rapat perkembangan PERHEBAT dalam menyediakan latihan kepada anggota ATM yang akan bersara sebagai persiapan kerjaya kedua mereka. Dalam tempoh kebelakangan ini, saya lihat konsep latihan yang disediakan oleh PERHEBAT adalah menyediakan bakal pesara dan veteran ATM menjurus kepada pasaran pekerjaan dan keusahawanan.

PERHEBAT juga telah menyediakan banyak pusat-pusat latihan di hampir setiap negeri. Ini satu perkembangan yang baik di mana memberi pilihan kepada bakal-bakal pesara ATM untuk mengikuti latihan peralihan di PERHEBAT yang lebih berstruktur dan berhampiran dengan tempat tinggal mereka yang membolehkan mereka berulang alik dari rumah. Berbanding sebelum ini di mana bakal pesara perlu hadir ke PERHEBAT di Sungai Buloh sahaja untuk mengikuti kursus.

Persoalan saya, adakah PERHEBAT ini benar-benar dibantu dari segi tambahan peruntukan kewangan oleh kerajaan supaya PERHEBAT dapat menyediakan kemudahan latihan ataupun peralatan latihan yang lebih baik kepada bakal-bakal pesara dan veteran ATM. Ini adalah kerana saya mendapat maklumat daripada bekas-bekas pelatih PERHEBAT bahawa peralatan dan mesin-mesin yang digunakan sudah usang. Saya percaya pusat latihan kerajaan seperti IKM, ILP, IKBN dibekalkan dengan mesin-mesin dan peralatan latihan yang terkini dengan peruntukan kewangan yang mencukupi.

Jadi, saya mohon Kementerian Pertahanan melihat perkara ini dengan lebih serius bagi menaik taraf peralatan latihan yang ada di PERHEBAT demi kepentingan perwira negara. Kita mahukan bakal-bakal pesara kita dilatih dengan penggunaan peralatan dan mesin-mesin yang terkini yang juga digunakan di pasaran pekerjaan sekarang. Saya mohon Kementerian Pertahanan juga perlu melihat semula peruntukan yang disalurkan kepada PERHEBAT yang tidak bertambah sejak sekian lama. Sejak dua, tiga tahun lepas majoriti bakal pesara memilih mengikuti latihan di PERHEBAT berbanding kategori latihan peralihan yang lain.

Kerajaan boleh menyediakan puluhan jutaan Ringgit untuk memberi latihan kemahiran kepada banduan. Ratusan jutaan ringgit untuk membangun dan menaikkan taraf penempatan pendatang asing tanpa izin ataupun PATI yang kita tahu PATI ini kalau

final • 1:15 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

dalam bahasa keselamatan negara, mereka adalah penceroboh di negara yang berdaulat, itu pun kerajaan beri keutamaan.

Bakal pesara ATM dan veteran ATM yang menjaga keselamatan dan kedaulatan negara sepatutnya diberi keutamaan dan tidak sepatutnya dipinggirkan berbanding golongan yang saya sebut tadi. Kerajaan perlu pastikan mereka mendapat latihan sesuai dengan perancangan persaraan mereka dengan peruntukan kewangan yang mencukupi.

RM32 juta setahun yang diperuntukkan kepada PERHEBAT pada pandangan saya tidak cukup untuk PERHEBAT menambah baik program latihan bagi memenuhi keperluan latihan bakal pesara dan veteran ATM.

Seterusnya, perkara yang ingin disentuh adalah mengenai hak veteran ATM.

Baru-baru ini, persatuan veteran ATM telah mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan Negara ke-97, dan menyatakan rasa kekecewaan dalam pengumuman Bajet 2024, dalam pengumuman Belanjawan 2024. Mereka menuntut untuk diselaraskan pencen sebelum tahun 2013 kerana selepas tahun 2013 ke atas yang mempunyai skim perkhidmatan atau gaji yang berbeza tetapi pencen sebelum tahun 2013 yang melibatkan lebih 78,000 orang veteran ATM tidak dinaikkan.

Maka, keputusan yang telah diambil dalam perhimpunan tersebut ialah satu memorandum memohon pelarasan pencen veteran ATM akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah tertinggi ATM. Ini amat mendukacitakan kerana melibatkan Duli Yang Maha Mulia.

final • 1:15 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Persatuan Veteran ATM juga menuntut agar bantuan sara hidup RM300 sebulan yang diumumkan bagi veteran ATM tidak berpencen yang berumur lebih 60 tahun dilaksanakan tanpa sebarang syarat.

Saya juga ingin merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun 2023 yang telah memutuskan bahawa tindakan kerajaan terdahulu meminda seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 adalah tidak sah sekali gus membatalkan kenaikan dua peratus setahun kepada pesara yang telah bersara selepas tahun 2013.

Lanjutan daripada itu, kerajaan juga memutuskan untuk menyemak semula dan memperkenalkan skim gaji dan persaraan baharu dalam masa lapan bulan untuk memperbaiki kesilapan lalu berkenaan pindaan terhadap seksyen 3 dan 7 Akta Pelarasan Pencen tersebut telah melanggar Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan khususnya.

Soalan saya kepada kerajaan, apakah impak terhadap keputusan ini kepada skim gaji dan pencen sedia ada serta tindakan kerajaan untuk kekal membayar kenaikan dua peratus setahun dengan menjenamakannya sebagai bayaran penghargaan khas kepada pesara sehingga Disember 2023.

Bukankah tindakan meneruskan pembayaran ini merupakan satu tindakan tidak adil khususnya kepada pesara kerajaan yang bersara sebelum tahun 2013 yang tidak mendapat apa-apa bayaran. Apakah kerajaan akan turut membuat bayaran penghargaan khas kepada semua pesara kerajaan telah bersara sebelum tahun 2013 yang tidak mendapat sebarang bayaran kenaikan pencen dua peratus setahun sebelum Mahkamah Persekutuan memutuskan bayaran ini bertentangan dengan Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan?

Saya juga ingin bertanya kepada Kementerian Pertahanan dalam usaha serta tindakan bagi menjaga kebajikan veteran ATM yang telah bersara sebelum tahun 2013.

Apakah tawaran baharu skim gaji dan persaraan yang bakal diperkenalkan dalam masa lapan bulan ini akan turut mengambil kira segala kepentingan anggota veteran ATM yang telah bersara sebelum tahun 2013 dengan mengambil kira mereka tidak mendapat apa- apa bayaran kenaikan dua peratus sejak tahun 2013?

Apakah MINDEF telah membawa kegusaran veteran ATM mengenai isu ini kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam khususnya mengenai tuntutan pelarasan pencen yang telah mengetepikan veteran ATM terutama mereka yang telah pencen sebelum tahun 2013? Apakah usaha Kementerian Pertahanan untuk membayar

final • 1:20 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

pampasan kepada veteran ATM yang telah dinafikan hak kenaikan dua peratus setahun sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pindaan seksyen 37 Akta Pelarasan Pencen 2013 adalah tidak sah? Apakah kuasa Majlis Angkatan Tentera tidak diperakui dalam menyelesaikan isu pelaksanaan pencen ini?

Seterusnya, perkara yang saya ingin sentuh adalah mengenai isu sosioekonomi veteran ATM. Seperti Ahli Dewan yang mulia ini sedia maklum isu sosioekonomi veteran ATM telah acap kali diperkatakan dalam pelbagai aspirasi diutarakan. Namun masih tiada tindakan tuntas yang berjaya dizahirkan. Ia jelas apabila tiada ataupun kurang kisah kejayaan yang boleh dikongsikan terutamanya daripada usahawan-usahawan veteran yang dilihat masih terkapai-kapai untuk membina mahu mengekalkan perniagaan masing- masing.

Justeru, izinkan saya menyusul tiga cadangan yang boleh dipertimbangkan dan dilaksanakan dengan segera. Apatah lagi ketiga-tiga cadangan ini adalah menambah baik apa yang telah pun sedia ada — bahan masakan telah tersedia hanya menunggu untuk dimasak sahaja.

Pertama, saya mencadangkan agar pihak kerajaan memastikan kemudahan pinjaman mikro khususnya kepada veteran ATM ditambah oleh institusi kewangan mahupun organisasi kerajaan berkaitan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kemudahan pinjaman mikro ini adalah amat-amat terhad untuk veteran ATM. Ada dua sahaja yang dikenal pasti iaitu Bank Simpanan Nasional yang cakna menawarkan Skim BSN Micro/i Kasih-Veteran. Tawaran pinjaman di antara RM5,000 ke RM50,000 pada kadar empat peratus setahun dengan enam bulan moratorium.

Manakala TEKUN adalah satu-satunya organisasi yang mewakili organisasi kerajaan melalui Skim Pembiayaan Bekas Penjawat Keselamatan. Satu tawaran pinjaman antara RM1,000 ke RM100,000 pada kadar empat peratus setahun. Itu pun terpaksa berkongsi dengan bekas penjawat keselamatan yang lain.

Justeru, intervensi kerajaan adalah perlu di dalam menggalakkan lebih banyak lagi agensi berkaitan untuk menawarkan kemudahan ini demi menaikkan sosioekonomi usahawan veteran ATM. Sekurang-kurangnya ia perlu disambut segera oleh Affin Bank yang merupakan salah satu syarikat pelaburan berkaitan kerajaan atau GLIC Kementerian Pertahanan di bawah payung LTAT.

Cadangan kedua adalah menambah baik peranan LTAT sebagai platform memperkasakan sosioekonomi veteran ATM. Ingin saya menzahirkan sedikit kekecewaan apabila YB Rembau semasa sidang media di Parlimen pada 9 Oktober 2023 lalu telah menyatakan bahawa LTAT tidak ada kena mengena dengan veteran. Hal ini terjadi mungkin kerana YB Rembau melalui kementerian beliau hanya melihat peranan LTAT dari luar untuk caruman semata-mata. Natijahnya, sehingga kini tiada sebarang inisiatif mapan dari LTAT bagi meningkatkan sosioekonomi veteran walaupun LTAT mempunyai pelbagai GLIC berkepentingan di bawahnya.

Sesuai aspirasi from cradle to grave dengan izin, veteran ATM tidak seharusnya diketepikan terutamanya daripada aset strategik GLIC MINDEF. Sekiranya cadangan ini diambil secara positif saya yakin dan pasti bahawa ia akan membentuk satu ekosistem ekonomi yang mandiri, mencakupi semua pihak berkepentingan Kementerian Pertahanan.

Sebagai contoh, BHP Petrol seharusnya menawarkan kadar istimewa untuk veteran ATM untuk membuka premis stesen minyak BHP dengan pembiayaan pemula pula dibantu oleh Affin Bank sesuai kedudukan kedua-dua entiti ini sama ada BHP ataupun Affin Bank adalah di bawah LTAT.

Sekiranya pendekatan secara kreatif ini dimulakan dengan semua GLIC di bawah MINDEF berjaya dilaksanakan maka lebih banyak inisiatif sosioekonomi yang dapat dijana dan dinikmati oleh usahawan veteran ATM tanpa bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan.

Cadangan ketiga, saya menyarankan agar semua koperasi yang melibatkan veteran ATM diangkat sebagai platform memperkasakan sosioekonomi veteran ATM.

final • 1:20 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Ingin saya menarik perhatian Ahli-ahli Dewan yang mulia ini bahawa YB Alor Gajah semasa sesi wacana Sinar pada 13 Jun 2023 ada menyatakan bahawa salah satu untuk meningkatkan sosioekonomi veteran ATM adalah dengan memberi peluang kepada koperasi-koperasi veteran.

Saya secara peribadi amat bersetuju dengan pandangan beliau terhadap fungsi- fungsi persatuan veteran ini sedia ada adalah terhad kepada isu-isu veteran semata-mata.

Justeru, adalah amat wajar koperasi-koperasi veteran ATM ini disantuni dengan kadar dengan segera agar pihak kementerian mempunyai rekod dan data serta dapat memastikan libat urus yang holistik dan sistematik. Sudah pasti kejayaan koperasi- koperasi veteran akan turut memberi peluang menjana pendapatan kepada persatuan- persatuan veteran. Maka disyorkan agar Koperasi Tentera turut dapat menjadi payung serta melaksanakan kerjasama strategik bersama Koperasi-koperasi Tentera ATM yang berkenaan.

Seterusnya adalah mengenai kapal LMS Batch 2. Adalah menjadi aspirasi sebuah negara yang merdeka mempunyai keupayaan industri pertahanan sendiri. Ini sangat penting dalam memastikan industri pertahanan tempatan kekal berdaya maju dan mampu membekalkan perkhidmatan membina dan menyelenggara aset-aset pertahanan tempatan tanpa bergantung pada pihak luar.

Namun sejak berlakunya skandal penyelewengan pembinaan kapal LCS, perkara ini sedikit sebanyak telah melemahkan kepercayaan terhadap keupayaan industri pertahanan tempatan khususnya yang melibatkan industri pembuatan kapal. Walaupun limbungan-limbungan pembuatan kapal tempatan sama ada di Lumut mahupun di Labuan berupaya membina dan menyelenggarakan kapal-kapal TLDM namun selepas berlakunya skandal LCS oleh syarikat Boustead, kerajaan sendiri telah bersifat curiga dan memutuskan projek perolehan kapal littoral LMS, kapal Littoral Mission Ship Batch 2 secara pembelian terus dari luar.

Soalan saya kepada pihak Kementerian Pertahanan, apakah rasional pembangunan keupayaan industri pertahanan tempatan ini selama ini dengan penubuhan bahagian industri pertahanan di MINDEF serta usaha penggubalan dasar industri pertahanan dan juga keselamatan negara.

final • 1:20 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Sekiranya perolehan kapal LMS Batch 2 ini hendak dilakukan dengan membeli terus ataupun membeli siap dari negara luar. Bilakah dasar industri pertahanan keselamatan ini akan diumumkan dan perancangan awalnya supaya ia diumumkan pada pelaksanaan LIMA 2023 yang lalu? Apakah kesan negatif melibatkan skandal LCS oleh Syarikat BNS telah menyebabkan MINDEF membatalkan cadangan untuk pengumuman dokumen Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara tersebut kerana tindakan kerajaan khususnya melibatkan perolehan terus dari luar untuk projek kapal LMS Batch 2 bertentangan dengan dasar pembangunan keupayaan termaktub di dalam Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara tersebut.

Apakah Malaysia ingin berundur ke belakang daripada membentuk kekuatan dan keupayaan industri pertahanan tempatan kepada hanya membeli aset siap dari negara luar? Saya bertanyakan soalan ini kerana saya memikirkan nasib pemain-pemain industri pertahanan dalam negara khususnya melibatkan veteran ATM sendiri yang banyak beroperasi di limbungan-limbungan dalam negara khususnya di Lumut dan di Labuan.

Nasihat saya MINDEF, janganlah kerana “marahkan nyamuk, kelambu dibakar”.

Pihak yang seharusnya dihukum hanya mereka yang terlibat dalam skandal LCS yang sehingga kini masih tiada pendakwaan dilakukan. Jangan dihukum pengamal industri pertahanan tempatan yang langsung tidak bersangkut paut dengan kegiatan penyelewengan wang dari projek LCS.

Saya percaya ramai pemain industri tempatan khususnya syarikat perkapalan yang beroperasi di Lumut mampu menyiapkan LMS. Sekurang-kurangnya satu daripada tiga buah kapal ini perlu dibina di dalam negara bagi meneruskan usaha pemindahan teknologi serta pembangunan industri perkapalan di dalam negara. Saya mohon sama

final • 1:30 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

ada MINDEF ataupun Kementerian Kewangan untuk merenung sejenak penyelesaian terbaik yang mampu memberikan pendekatan menang dan menang dalam usaha ini.

Saya akhiri dengan serangkap pantun Tuan Yang di-Pertua izinkan, Seragam disarung dengan megah; Kesetiaan tidak berbelah bahagi; Banyak cadangan diusul sudah; Laksanakan segera apa tunggu lagi. Sekian, *wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]*

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Dipersilakan Yang Berhormat Raub.

final • 1:30 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih Tuan Speaker. Saya mulakan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dengan isu LYNAS. Berdasarkan laporan media, LYNAS telah umumkan rancangan untuk tamatkan sebuah operasi di Malaysia kecuali kilang proses nadir bumi karbonat pada suku akhir Disember. Namun hingga kini, kerajaan belum mengesahkan pengumuman oleh LYNAS ini.

Sekiranya berita ini benar kerajaan mesti menjelaskan bagaimana LYNAS akan menguruskan bahan sisa-sisa radioaktif yang mencecah lebih daripada 1 juta metrik tan.

Adakah permanent disposal facility (PDF) masih diteruskan dan juga sama ada operasi kilang Campuran Nadir Bumi Karbonat (MREC) akan dijejaskan akibat penutupan tersebut. Sekiranya berita ini tidak benar, apakah langkah kerajaan selepas ini dalam isu LYNAS? Adakah LYNAS akan diberi lesen untuk meneruskan operasinya? Penjelasan kerajaan penting untuk memastikan prinsip ketelusan dan juga memastikan pelaburan asing dalam negara ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan iaitu SDG.

Tuan Speaker yang kedua, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024 memberi tumpuan yang besar terhadap matlamat pembangunan mampan. Saya merujuk kepada muka surat 15 dan 16 buku anggaran tersebut dan mengalu-alukan komitmen kerajaan untuk memastikan keamanan, keadilan dan integriti institusi iaitu SDG ke-16. Lebih lanjut SDG ke-16.1 pula menjamin kebebasan asasi. Walau bagaimanapun, usaha negara kita dalam mencapai SDG ke-16 kelihatan bergerak dengan perlahan.

Tuan Speaker, aktivis dan bekas presiden UMANY, Wong Yan Ke telah melakukan protes di atas pentas konvokesyen UM. Beliau mengangkat placard dan membantah ucapan bekas Naib Canselor yang bersifat rasis dalam Kongres MARA Melayu. Akibatnya beliau dikenakan denda sebanyak RM5,000 oleh Majistret Kuala Lumpur. Kean Wong penyunting buku Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope in New Malaysia juga telah ditangkap oleh pihak polis apabila beliau pulang ke Malaysia untuk renew pasportnya.

Bagi memperbaiki keadaan ini saya menyeru kerajaan terutamanya Jabatan Peguam Negara agar tidak membuat pertuduhan terhadap Kean Wong. Saya juga menyeru Jabatan Peguam Negara supaya tidak membuat rayuan atas hukuman denda Wong Yan Ke dengan tujuan menambah berat denda yang telah dikenakan.

Tuan Speaker, bagi melahirkan modal insan yang dapat menyumbang kepada negara pihak kerajaan perlulah mengatasi masalah penghijrahan bakat ke luar negara.

Seperti yang ditunjukkan oleh Menteri Sumber Manusia pada 7 Mac 2023, kadar penghijrahan bakat ke luar negara di Malaysia adalah 5.5 peratus. Kadar ini agak membimbangkan padahal kadar purata penghijrahan bakat ke luar negara di seluruh dunia hanyalah sebanyak 3.3 percent.

Saya berpandangan bahawa masalah penghijrahan bakat ke luar negara bukan sahaja tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia. Maka, Kementerian Pengajian Tinggi ada peranan yang perlu dimainkan untuk kekalkan pelajar yang cemerlang supaya

final • 1:32 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

mereka dapat lanjutkan pelajaran di sini dan bekerja di sini. Oleh itu, saya cadangkan menambah baik direct intake system yang sedia ada di IPTA. Secara amnya, universiti rekrut pelajar mengikut tiga saluran.

Pertamanya, saluran Unit Pusat Universiti (UPU) di mana pelajar tempatan seperti lepasan STPM, STAM, Asasi dan Matrikulasi memohon untuk masuk universiti awam.

Yuran pengajian bagi saluran UPU adalah dibiayai subsidi kerajaan.

Kedua, pelajar yang tidak berpeluang masuk ke universiti awam melalui UPU boleh masuk ke kursus degree di universiti melalui sistem direct intake. Yuran pengajian bagi direct intake adalah lebih kurang sepuluh kali ganda berbanding yuran saluran UPU kerana ia tidak dibiayai subsidi kerajaan.

Ketiga, pelajar antarabangsa juga boleh masuk ke universiti awam ikut syarat dan terma yang ditetapkan oleh universiti masing-masing. Nama sistem direct intake ini berbeza ikut universiti. Dalam UM ia diperkenalkan sebagai UM Open Channel. Di USM, nama dia Saluran Alternatif.

Tuan Speaker, sistem direct intake ini bukan sahaja menerima pelajar lepasan STPM tetapi juga menerima pelajar lepasan A-Level, Australian Matriculation (AUSMAT), The International Baccalaureate (IB), kelayakan asing seperti Higher Examination China

(Gaokao) juga diiktirafkan dalam kursus yang tertentu.

Saya menyambut baik dasar kerajaan dan universiti yang mengiktirafkan kelayakan yang pelbagai dan mencungkil bakat daripada latar belakang yang diverse.

Namun demikian, dalam membincang isu brain drain terdapat sekumpulan talent pool yang sentiasa diabaikan oleh kita. Setiap tahun sekitar 11,000 orang bakat dalam talent pool ini berhijrah ke negara luar untuk lanjutkan pelajaran dan menyumbang ke ekonomi negara asing.

Hari ini saya cadangkan kerajaan memanfaatkan talent pool ini dengan menambah baik sistem kemasukan universiti awam terutamanya sistem saluran direct intake dengan mengiktiraf pelajar lepasan Unified Examination Certificate (UEC) ataupun Tong Kao dalam bahasa Cina yang dianjurkan oleh sekolah menengah persendirian Cina sebagai kelayakan direct intake universiti awam.

Tuan Speaker, UEC sudah bersejarah 48 tahun dan menunjukkan kualiti akademik yang setaraf dengan kelayakan antarabangsa. Ia diiktiraf oleh lebih daripada 200 universiti di seluruh dunia serta universiti-universiti ternama di antarabangsa seperti The London School of Economics and Political Science (LSE) dari England, New York University di Amerika Syarikat, University of Toronto di Kanada, The Australian National University, The University of Tokyo di Jepun, National University of Singapore dan Peking University di China. Universiti-universiti tersebut mempunyai ranking QS ataupun ranking The Times yang lebih tinggi berbanding dengan universiti awam kita.

Tuan Speaker, di sini saya menyambut baik dasar kerajaan Sarawak yang berpandangan jauh. Kerajaan Sarawak telah mengiktiraf UEC sejak tahun 2014.

Membenarkan pemegang sijil UEC bekerja dalam perkhidmatan awam negeri. Mereka dibenarkan untuk memohon biasiswa Yayasan Sarawak serta memohon untuk masuk ke Universiti Teknologi Sarawak yang dimiliki oleh negeri. Saya mengambil maklum bahawa terdapat...

final • 1:32 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Raub..

final • 1:32 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Silakan.

final • 1:32 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya lihat isu UEC ini, dia lebih kepada isu politik kalau berbanding dengan isu akademik. Sekiranya IPTA-IPTA boleh menerima sijil-sijil daripada negara luar, maka saya lihat apakah kekangan ataupun limitasi yang membuatkan pihak kementerian ataupun kerajaan sampai hari ini masih belum bersedia untuk menerima sijil UEC sebagai satu syarat kemasukan ke IPTA khasnya? Jadi, saya harap pihak kementerian boleh bagi penerangan

final • 1:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

daripada segi akademik, daripada segi akademik dan kepakaran. Mengapakah sijil-sijil luaran boleh diterima tetapi sijil-sijil UEC tidak boleh diterima?

final • 1:40 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Terima kasih Bakri. Saya akan terangkan lebih details. Saya mengambil maklum bahawa terdapat stereotaip terhadap UEC kerana dikatakan silibus sejarah UEC adalah sejarah negara asing dan UEC tidak belajar bahasa Melayu. Namun, stereotaip ini adalah salah. Silibus UEC merangkumi bahasa Malaysia dan bagi memperkasakan bahasa Malaysia, sekolah menengah persendirian Cina sering bekerjasama dengan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) dengan menganjurkan forum bahasa Melayu, pertandingan puisi dan aktiviti-aktiviti akademik bahasa Melayu yang berkaitan.

Selain itu, silibus sejarahnya holistik dan komprehensif. Pelajar akan belajar sejarah Malaysia, sejarah Asia Tenggara, sejarah Asia Timur dan sejarah dunia. Saya nak tegaskan di sini, sebanyak 60 percent dalam silibus sejarah UEC adalah sejarah Malaysia.

Tambahan pula, banyak sekolah menengah persendirian Cina mengamalkan sistem dua jalur, selain daripada mengambil UEC di Tingkatan Senior 3, pelajar-pelajar juga ambil SPM semasa Tingkatan Senior 2. Lebih daripada 10,000 orang pelajar sekolah menengah persendirian Cina telah menduduki SPM dan kadar kelulusannya adalah setinggi 95 peratus pada tahun ini.

Kelulusan dalam subjek Bahasa Melayu juga adalah 95 peratus. Hal ini amat membanggakan. Antaranya, 170 orang pelajar Chong Hwa Independent High School Kuala Lumpur mendapat keputusan SPM yang amat cemerlang. Mereka dapat 8A dan ke atas dalam peperiksaan SPM.

Tuan Speaker, saya ingin tegaskan bahawa sistem direct intake IPTA pada ketika ini boleh menerima pelajar lepasan Australian Matriculation, A-Level dan IB di mana silibusnya tidak mengandungi bahasa Melayu dan juga sejarah Malaysia. Saya tidak faham kenapa kita menutup pintu universiti awam daripada pelajar UEC, padahal silibus UEC mengandungi subjek BM dan Sejarah yang komprehensif. Sebahagian daripada mereka malah mendapat keputusan yang cemerlang sekali dalam SPM.

Tuan Speaker, kenapa UM, UPM, USM boleh iktiraf Australian Matriculation, IB, A-Level dan juga China High School Exam iaitu Gaokao tetapi kita menolak pelajar anak Malaysia jati yang mengambil UEC. Tambahan pula, mereka ada ambil peperiksaan SPM.

Akhirnya, anak-anak kita yang berbakat ini akan diserap oleh sistem negara-negara luar yang mengiktiraf UEC seperti negara Singapura, China, Australia, UK dan sebagainya.

Oleh itu, saya cadangkan kerajaan atau IPTA iktirafkan UEC melalui saluran direct intake dan bukan saluran UPU yang disubsidi oleh kerajaan.

Hal ini bukan sahaja mampu mengekalkan lebih banyak bakat dalam negara tetapi juga tidak menjejaskan kepentingan pelajar STPM ataupun matrikulasi yang masuk universiti awam melalui saluran UPU. Saya harap kita bincang isu UEC dengan sudut pandangan akademik bukan daripada sudut perkauman. Pelajar lepasan UEC adalah anak-anak Malaysia. Jangan kita membiarkan talent pool ini berhijrah ke negara asing tanpa melakukan apa-apa usaha.

Tuan Speaker, isu yang akhir saya nak bangkitkan adalah isu mengenai gimnastik, sukan gimnastik yang berlaku di Kerajaan Negeri Terengganu. Saya ingin berbincang mengenai Bekalan Pembangunan 45, Kementerian Belia dan Sukan. Untuk mencapai outcome belia yang progresif dan ekosistem sukan yang mampan, Kerajaan Persekutuan perlu bekerjasama dengan sokongan daripada kerajaan negeri. Namun, Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan bahawa ahli gimnastik wanita Islam tidak akan dibenarkan bertanding dalam Sukan Malaysia atau SUKMA kerana pakaian mereka tidak mematuhi ajaran Islam.

Walaupun badan sukan tempatan seperti Persatuan Gimnastik Negeri Terengganu telah berulang kali berunding dengan Kerajaan Negeri Terengganu termasuk mencadangkan pakaian lebih konservatif, Kerajaan Negeri Terengganu tetap kukuh dalam keputusannya. Keputusan ini menimbulkan keraguan dalam komitmen Kerajaan Negeri Terengganu untuk membangunkan sukan serta menunjukkan ketidakfahaman Kerajaan Negeri Terengganu mengenai bidang sukan.

final • 1:40 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Saya ingin menekankan bahawa Uzbekistan, sebuah negara dengan 96 percent penduduk beragama Islam baru menang pingat emas dalam Rhythmic Gymnastics di Asian Games Hangzhou dalam acara pasukan dan juga acara perseorangan. Tokoh gimnastik Uzbekistan yang bernama Oksana Chusovitina yang masih bertanding walaupun berusia 48 tahun. Dia seorang tokoh, dia tidak pernah dipanggil oleh kerajaan beliau bahawa pakaian gimnastik tidak sesuai dan minta beliau tukar acara sukan.

Tambahan pula, sekiranya alasan yang diberikan oleh Kerajaan Terengganu bahawa pakaian gimnastik ini tidak mematuhi ajaran Islam, oleh itu atlet Muslim tidak boleh mengambil bahagian dalam acara gimnastik ini, saya nak tanya, mengapa dalam Islamic Solidarity Games yang diadakan oleh Islamic Solidarity Sports Federation, acara gimnastik dimasukkan? Ini telah membukti isu pakaian gimnastik tidak mematuhi ajaran Islam hanya pandangan Kerajaan Negeri Terengganu sahaja. Negara-negara Islam lain tidak menganggap dan melaksanakan sekatan yang tidak munasabah ini. Ia adalah tidak adil bagi Kerajaan Negeri Terengganu membuat keputusan sepihak untuk mengalihkan ahli gimnastik ke acara wushu tanpa mengambil kira usaha dan masa yang telah dilaburkan oleh para ahli gimnastik dalam latihan dan sumbangan mereka kepada negara.

Sukan adalah satu bidang yang mulia dan atlet-atlet adalah wira negara. Prestasi dan semangat sukan mereka serta sumbangan mereka kepada negara harus diberi tumpuan, bukannya pakaian yang mereka pakai. Jika isu ini dibiarkan, saya bimbang ada beberapa kesan kepada kerajaan negeri dan beberapa kerajaan negeri kemungkinan akan mengikut jejak Kerajaan Terengganu dan menghalang atlet gimnastik untuk ambil bahagian.

Saya meminta Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara untuk campur tangan dan mengambil tindakan serius dalam menangani isu ini untuk menjamin kepentingan atlet gimnastik Terengganu dan juga memberi impak negatif kepada pelapis- pelapis acara gimnastik dari seluruh negara.

Tuan Speaker, saya memohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Raub. Dipersilakan Yang Berhormat Putatan.

final • 1:40 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertamanya, saya ingin menyatakan sokongan saya kepada solidariti rakyat Malaysia terhadap Palestin yang secara berterusan ditindas oleh rejim Zionis Israel. Semoga ada penyelesaian keamanan kepada suasana konflik yang sedang dihadapi sekarang dan selama ini.

Datuk Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan kerana telah membentang Bajet 2024 pada 13 Oktober yang lepas. Dalam konteks negeri Sabah, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan telah menaikkan peruntukan pembangunan negeri Sabah kepada RM6.6 bilion berbanding RM6.5 bilion pada tahun 2023.

Sesungguhnya tambahan peruntukan ini adalah gambaran tentang keperluan pembangunan di Sabah yang masih banyak diberi perhatian. Saya percaya peruntukan ini dapat digandakan lagi pada tahun-tahun hadapan sesuai dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 dan juga pertumbuhan ekonomi negara yang cuba dipacu oleh Kerajaan Perpaduan yang ada sekarang.

Datuk Yang di-Pertua, di kesempatan menyertai perbahasan dasar Bajet 2024 kali ini, saya ingin menyentuh beberapa perkara untuk diberi perhatian dalam pelaksanaan Bajet 2024 kelak. Perkara pertama adalah berkaitan dengan pelaksanaan baki fasa 1B Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah. Rakyat Sabah memang tertunggu-tunggu dan berharap ianya dapat dilaksanakan dengan pelantikan semua kontraktor pelaksana dapat dilengkapkan menjelang akhir tahun ini dan pada awal suku pertama tahun hadapan. Saya berasa lega mendengar bahawa sejumlah RM15.7 bilion telah diperuntukkan bagi projek yang sudah lama dinantikan ini.

final • 1:47 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Lebuhraya Pan Borneo ini begitu penting bagi Sabah kerana ianya merupakan game changer bagi negeri Sabah bila ianya siap kelak. Besarlah juga harapan kami agar pemilihan kontraktor-kontraktor kerja nanti adalah berdasarkan kepada kriteria kelayakan yang telah diteliti sepenuhnya. Selain daripada projek Lebuhraya Pan Borneo adalah juga diharapkan peruntukan untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan dan cerun-cerun dapat ditingkatkan bagi memberi keadaan jalan dan cerun yang lebih selamat dan selesa disediakan di Sabah.

[Dato Sri Alexander Nanta Linggi berjalan masuk ke dalam Dewan] Boleh ya, Yang Berhormat Menteri? Sudah 60 tahun Sabah menjadi rakan kongsi pembentukan Malaysia dan sudah banyak jalan raya di Sabah yang telah melebihi jangka hayat reka bentuk dan memerlukan untuk dinaiktaraf.

Beralih kepada isu air pula, saya memohon agar Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dapat melaksanakan banyak cadangan projek bekalan air luar bandar yang telah lama tertangguh. Dengan pelaksanaan ini, ianya sudah tentu dapat membantu mengurangkan masalah bekalan air luar bandar di negeri Sabah kelak.

Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan juga ada menyebut tentang peruntukan bagi menyelesaikan masalah bekalan air bagi negeri Sabah dalam ucapan Belanjawan 2024 baru-baru ini. Semoga peruntukan itu dapat diperincikan dan diselaras bersama Jabatan Air Negeri Sabah. Semoga juga ia dapat dilaksanakan dalam tahun hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan isu peruntukan penyelenggaraan bagi sekolah-sekolah rendah dan menegah serta klinik- klinik kesihatan di Sabah. Memandangkan saiz negeri Sabah yang besar, adalah dipinta agar jumlah peruntukan untuk penyelenggaraan bangunan-bangunan sekolah dan klinik- klinik kesihatan diberi lebih tinggi berdasarkan keadaan yang memerlukan.

Di kesempatan ini juga saya ingin memohon perhatian Menteri Pendidikan Malaysia untuk membantu mempercepatkan urusan pembinaan semula SMK Pulau Gaya dan SK Pulau Gaya yang rosak teruk akibat bencana angin kencang pada November 2022 lalu. Kedua-dua buah sekolah tersebut adalah terletak dalam Parlimen Putatan dan sekarang kita sudah menghampiri November 2023, hampir setahun tidak ada perkembangan tentang pembaikan sekolah menengah dan sekolah rendah Pulau Gaya yang telah rosak tersebut.

Masih lagi berkenaan dengan isu pendidikan di Putatan. Saya juga ingin mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mula mempertimbangkan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Lok Kawi. Dengan adanya Sekolah Menengah Lok Kawi kelak, ianya akan dapat membantu mengatasi masalah kesesakan pelajar di sekitar Putatan. Untuk makluman, pada masa sekarang terdapat tiga buah sekolah menengah di Daerah Putatan. Dua daripada tiga sekolah menengah tersebut mempunyai jumlah pelajar mencecah 2,000 orang dan setiap sekolah terpaksa mengadakan dua sesi persekolahan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta Kementerian Pendidikan Malaysia mempertimbangkan bagi menaik taraf Pusat Tingkatan 6 SMK Putatan kepada Kolej Pra Universiti KPM Kampus Putatan. Dengan itu maka keperluan masa hadapan yang kian bertambah akan dapat dipenuhi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada isu perumahan pula. Di dalam Parlimen Putatan, ada terdapat dua buah Program Perumahan Rakyat (PPR) iaitu PPR Keramat dan PPR Serigai. Kewujudan dua buah PPR ini banyak membantu dalam isu perumahan bagi golongan B40. Namun demikian, keadaan kemudahan awam penduduk adalah dalam keadaan yang kurang memuaskan terutamanya khidmat mesin pengangkat ataupun lif.

Mengikut tinjauan saya, banyak lif yang rosak dan tidak berfungsi. Terdapat juga kebocoran paip serta lantai yang mendedahkan bahaya kepada penghuni. Adalah dipohon agar Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan atau KPKT untuk menyediakan peruntukan penyelenggaraan secukupnya bagi tujuan penyelenggaraan

final • 1:50 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

fasiliti awam bukan sahaja di dua buah PPR dalam Parlimen Putatan, tetapi juga di PPR yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, Parlimen Putatan adalah terletak bersebelahan dengan bandar raya Kota Kinabalu. Keperluan perumahan juga saban tahun semakin meningkat, melihat kepada peningkatan kos pembelian rumah yang semakin meningkat naik dan keberadaan tanah yang semakin terhad.

Saya agak risau tentang cabaran kemiskinan bandar terutama tentang isu pemilikan rumah atau adanya tempat tinggal. Dengan keadaan sekarang dapat dilihat di rumah-rumah yang kecil dan usang didiami oleh ahli-ahli keluarga yang ramai. Kadang- kadang ada terdapat dalam sebuah rumah yang usang tiga generasi tinggal di dalam sebuah rumah usang tersebut.

Sekiranya usaha menyediakan tempat tinggal untuk mereka tidak diusahakan dari sekarang, kita mungkin berhadapan dengan isu-isu setinggan haram dan berisiko kepada situasi ketidakmampuan memiliki rumah yang kekal bagi golongan yang berpendapatan rendah. Maka dengan itu, saya menggesa KPKT untuk melihat perkara ini khususnya di kawasan seperti Putatan atau mana-mana kawasan yang terletak di pinggir bandar.

Gesaan ini adalah berdasarkan senario semasa, yang mana di Parlimen Putatan ada dua buah PPR yang sudah penuh diisi. Saya selaku wakil rakyat sentiasa menerima permohonan baharu daripada rakyat yang sentiasa memerlukan rumah-rumah PPR.

Tuan Yang di-Pertua, daerah Putatan telah pun diwujudkan lebih daripada sepuluh tahun yang lalu. Populasinya adalah seramai lebih dari 85,000 orang. Dengan jumlah populasi yang sedemikian, ada keperluan untuk sebuah bangunan balai polis baharu diwujudkan. Buat masa ini memang ada terdapat sebuah balai polis di Daerah Putatan yang merupakan sebuah rumah yang disewa sejak tahun 2009 untuk memberi perkhidmatan kepolisan kepada masyarakat yang lebih lengkap, maka dicadangkan sementara menanti sebuah IPD diwujudkan agar sebuah bangunan balai polis yang standard dibina di Putatan. Tapak cadangan juga sudah dikenal pasti. Mohon Kementerian Dalam Negeri mengambil perhatian terhadap cadangan ini.

Selain daripada balai polis Putatan, saya juga meminta Kementerian Dalam Negeri melihat isu berhubung Balai Polis Pulau Gaya yang sekarang terletak atau dibina di atas tanah SMK Pulau Gaya. Mungkin disebabkan oleh adanya Balai Polis Pulau Gaya pada masa sekarang yang melewatkan sedikit progress terhadap pembinaan SMK Pulau Gaya. Jadi kita pohon kepada KDN untuk melihat perkara ini bersama juga dengan kerajaan negeri dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia.

Di samping itu saya juga menyampaikan hasrat daripada anggota Balai Polis Pulau Gaya meminta KDN melihat untuk menyediakan bot untuk Balai Polis Pulau Gaya.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada perkara seterusnya yang ingin saya menyampaikan permohonan daripada Persatuan Jurutera Perunding Malaysia cawangan Sabah, ACEM Sabah berkaitan kajian semula segala yuran khidmat perunding . Kali terakhir ianya dikaji semula adalah pada tahun 2003. Sekarang kita hampir memasuki tahun 2024. Sudah 20 tahun the scale of fees tidak dikaji semula. Selari dengan perubahan masa dan keadaan ekonomi adalah dicadangkan agar kerajaan mengkaji semula skala yuran tersebut bagi memberi keadaan yang lebih baik kepada jurutera- jurutera perunding.

Tuan Yang di-Pertua, setiap tahun peruntukan pembangunan bagi negeri Sabah ada disediakan dalam bajet tahunan. Namun demikian, lazimnya setiap tahun bajet pembangunan yang diperuntukkan itu tidak habis digunakan. Bagi tahun 2023, setakat 30 September baharu 39.4 peratus atau sekitar RM2.6 bilion daripada RM6.5 bilion yang telah dibelanjakan.

Oleh yang demikian, peruntukan yang tidak habis digunakan itu dipohon agar dimasukkan ke dalam Tabung Amanah Negeri yang telah pun diluluskan oleh Dewan Undang Negeri Sabah baru-baru ini. Dengan demikian maka pengumuman bajet pembangunan tahunan akan dapat diterima sepenuhnya untuk projek-projek yang telah dirancang pada tahun tersebut. Maka dengan itu, pengumuman peruntukan persekutuan bagi tahun-tahun berikutnya juga akan berupa bajet bagi projek-projek yang baharu.

final • 1:50 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Cabaran dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan yang telah dikenal pasti adalah dipengaruhi oleh beberapa perkara seperti berikut.

(i) masalah kewangan oleh pihak kontraktor;

(ii) isu tanah ataupun tapak projek;

(iii) keupayaan agensi pelaksana;

(iv) pengalihan utiliti, bencana alam ataupun kejadian luar jangka; dan

(v) kelemahan perancangan projek.

Jadi jika dilihat setiap tahun kerajaan mengumumkan satu bajet yang substantial tetapi pada hakikatnya di penghujung tahun, bajet tersebut tidak habis digunakan. Jadi, saya mencadangkan agar unit pengurusan projek dan pengurusan risiko ataupun risk management diberi peranan yang utama di dalam kementerian kerajaan bagi memastikan bahawa setiap projek-projek pembangunan yang dicadangkan atau dirancangkan dapat dilaksanakan dengan keadaan yang lebih efisien dan efektif.

Dato’ Yang di-Pertua, sekianlah perbahasan saya untuk kali ini. Putatan mohon menyokong.

final • 2:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Satu perbahasan yang baik bagi saya bertumpu dalam kawasan, alhamdulillah. Bagi yang kemelut-kemelut politik luar, biarlah yang senior-senior sahaja. Seterusnya kita mempersilakan Yang Berhormat Kapar.

final • 2:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Auzdubillahisami’il ‘alim, minassayaitanirrajim, bismillahi rahmani rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Speaker yang memberi peluang kepada Kapar membahas Rang Undang-undang Perbekalan Persekutuan 2024.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya masuk kepada belanjawan ini, ini solidariti Palestin. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin berkongsi pengalaman saya melihat sendiri 2006 ketika Lubnan atau Lebanon diserang oleh Israel. Saya bersama dengan NGO Yayasan Amal Malaysia dalam satu misi kemanusiaan pergi bersama-sama dengan NGO naik ambulans ke sana, ke beberapa tempat termasuk Yang di-Pertua, hospital di Lubnan selatan.

Saya tengok Yang di-Pertua di mana lubang-lubang peluru ini di keliling hospital itu. Ini hospital dan saya masuk dalam hospital itu, wayar-wayar ini memang berjurai, dangling dan saya masuk lagi ke dalam itu tempat operation theater dan sebagainya.

Nurses’ notes, di tempat yang lain itu nota-nota jururawat semuanya bersepah di lantai.

Saya tanya kenapa ini. Ini adalah pelajar-pelajar jururawat. Jadi Yang di-Pertua, saya melihat kesendiri bagaimana jahat kejahatan yang dilakukan oleh Zionis Israel ini.

Kapar mulakan perbahasan dengan merakamkan takziah kepada saudara kita di Palestin. Itu saya sebut itu Lubnan, ini Palestin. Palestin yang menjadi bangsa apartheid yang sudah berlarutan hingga 70 tahun. Rejim Zionis Israel telah jelas membuktikan kejahatan, kezaliman, kekejaman yang tidak berperikemanusiaan dengan serangan sengaja ke Hospital Al-Ahli Arab di Gaza baru-baru ini yang telah membunuhkan orang awam termasuk jururawat dan doktor.

Ini jenayah perang. Malaysia perlu menggesa pemimpin Zionis ini diheret ke mahkamah jenayah [Tidak jelas] . Saya melihat sendiri natijah kekejaman mereka dan saya tidak akan boleh lupakan sampai bila-bila. Kerajaan wajib menghantar mesej tegas kepada pengganas terrorist Zionis dan PBB, negara OIC dan semua insan yang celik dan prihatin perlu mengecam sekeras-kerasnya apartheid dan serangan ganas serta pencerobohan Zionis.

final • 2:01 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, sebab saya banyak nak cover ini, saya rujuk Standing Order 37(1)(b) tidak mahu dicelah ya Yang di-Pertua.

Mengimpikan belanjawan yang diberkati, Dato’ Yang di-Pertua, Menteri Kewangan telah membentangkan anggaran perbelanjaan berjumlah RM395.8 bilion di mana RM303.8 bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus dan RM90 bilion adalah untuk perbelanjaan pembangunan termasuk RM2 bilion untuk simpanan luar jangka. Maknanya hanya RM90 bilion sahaja yang boleh digunakan untuk pembangunan sebenarnya bertujuan untuk mengurus tadbir negara yang mempunyai 34 juta warga Malaysia agar mampu hidup sihat, bahagia, sejahtera dan sebagainya. Pantun.

Nabi Yusuf orangnya tampan, Hingga wanita tergila-gila, Tugas kita bahas belanjawan, Mengangkat suara rakyat ditimpa sengsara. Tadi saya rasa kita sudah dengar semuanya apa yang disebut oleh Bera yang menjiwai apa masalah kos sara hidup yang mencanak naik, subsidi kurang, natijah domino effect, kenaikan SST cukai dua peratus. Kasihan mak cik, pak cik, semua kaum, semua bangsa seluruh negara sama ada di Pantai Barat mahupun di Borneo. Termasuk juga orang-orang muda, ibu bapa yang muda yang macam main tarik tali. Tarik sini tidak cukup, tarik sana tidak cukup. Bagaimana hendak menyara keluarga? Cukup makan, cukup pakai, sihat, gembira dan sebagainya.

Jadi saya merujukkan kepada kerajaan Surah Al-‘Asr. Kita ini hendak nasihat- menasihati agar sentiasa berada di atas kebenaran dan...

final • 2:01 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kapar, Kapar boleh bagi laluan sedikit Kapar?

final • 2:01 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tidak, tidak. Saya sudah sebut kepada Speaker tadi 37(1)(b).

final • 2:01 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tidak bagi? Saya minta.

final • 2:01 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Maka kerajaan harus sabar mendengar check and balance semua pihak terutama daripada pembangkang.

final • 2:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Kapar sudah tidak membenarkan. Duduk.

final • 2:01 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia tidak benar Speaker. Jadi, saya kena duduklah.

final • 2:01 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Belanjawan 2024 diberi tema Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat. Walaupun angka yang diutarakan dikatakan besar, yang penting bukan yang besar tetapi mencukupi bagi menjaga maslahat dan mencegah mafsadat agar mendapat keampunan dan keredaan Allah SWT. Ingatlah, bagi pembuat dasar [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bagi mereka, sekiranya akhirat itu menjadi tumpuan kerangka, insya-Allah mereka tidak akan tersasar.

Point saya, idealnya belanjawan yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia adalah needs-based belanjawan atau belanjawan yang berdasarkan keperluan. Kita mahu belanjawan yang memenuhi keperluan semua golongan rakyat. Rakyat miskin, rakyat kaya di kota mahupun di desa, selatan mahupun utara, Pantai Barat mahupun Pantai Timur Semenanjung termasuk juga Sabah dan Sarawak, kawan mahupun lawan termasuk golongan perbezaan fahaman politik barulah boleh dikatakan Kerajaan Madani.

Bukankah di antara slogan masyhur yang sering dilaungkan, no one left behind dengan izin khususnya saya quote, “The United Nations development system’s support to Malaysia’s strong commitment to achieve the 2030 agenda for SDGs, Sustainable Development Goals and its aspirations to become a high-income, inclusive, environmentally sustainable and advanced democratic nation especially the United Nations system approach, support to strengthen an effective whole-of-nation approach to achieve the SDGs. So, strategy priority area one, people leaving no one behind. Jadi, saya

final • 2:01 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

hendak minta kepada semua ada di sebelah sana, jangan lupa orang sebelah sini walaupun macam-macam tadi kita dengar memang kita tidak nafikan benda baik kita alu- alukan.

Tuan Yang di-Pertua, memaksimumkan hasil mengorak langkah ke arah negara yang self-sufficient atau berdikari. Soalan saya, sudahkah kerajaan melaksanakan eksploitasi optimum segala sumber kekayaan sedia ada sama ada di laut mahupun di darat, di permukaan dan dalam perut bumi digunakan sebaik mungkin bagi manfaat manusia, semua makhluk hingga melahirkan tamadun unggul negara tercinta.

Saya mengucapkan tahniah kepada DOSM yang telah pun menghasilkan buku ini, buku statistik ini. Ini tahun 2023, jadi saya minta mereka buatkan setiap tahun untuk bantu kita sebagai wakil rakyat ini. Saya merujukkan Speaker di mana Kapar menurutkan DOSM ini ada 316,000 penduduk. Mungkin sekarang, itu 2022, sekarang mungkin lebih.

Saya merujuk Jadual 11, akses kepada kemudahan asas, kepada isi rumah Parlimen Kapar, Selangor 2019.

final • 2:01 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Kemudahan asas, kemudahan kutipan sampah ikut peratus. Tempat kediaman 65.2 peratus di Kapar, Sementa hanya 55.4 peratus, Selat Klang 57.8 peratus. Kawasan ataupun kutipan sampah di tempat pengumpulan yang jaraknya melebihi 100 meter dari tempat kediaman. Kapar 34.6 peratus. Kapar ni Yang Berhormat Speaker ialah Lembah Klang yang di mana Klang dikatakan jadi Majlis Bandaraya Klang. Okey, Meru 17.3 peratus, Sementa 44.6 peratus, 46.1 peratus Selat Klang. Jadi, saya minta kepada KPKT tolonglah, bantu lah berikan peruntukan kepada MPK supaya boleh membantu daripada segi angka itu.

Kedua, Menteri Pelancongan dan Menteri Alam Sekitar. Kapar menarik perhatian kementerian yang berkenaan di mana wujudnya potensi pelancongan eksklusif iaitu di Sementa. Tempah singgah beribu-ribu burung migrasi (migratory birds) di kawasan Kapar bakal menjadi tarikan bangsa terutama peminat burung migrasi atau birds watcher. Ini perkara unik Menteri bukan ada di semua tempat di dalam negara. Saya kongsi maklumat yang saya petik dari Kapar Energy Ventures. Tak sempat pula ya. “Kapar 1987, the Kapar plant manages to also be the most dynamic power plant. It is the first and only power station in Malaysia. First with triple fuel firing capabilities, gas, oil and coal and is also the largest power plant in Malaysia. Ia cakap Malaysia ini, “with an impressive generating capacity from its two 300 megawatt units and two 500 MW units”. Ini saya tak nak sebut lagi.

Okey, Kapar Energy Ventures plant was commenced construction on 240 hectares of reclaimed mangrove swampland and was then the first coal-fired power plant in Malaysia and has grown into sub-critical power plant today processing MFO and bituminous coal. It is now the top producer of electricity in Malaysia and its ash pond is endearingly a popular haunt for thousands of migratory water birds travelling between Siberia and Australia, bayangkan jauh.

Soalan Kapar, apakah kerajaan mempunyai sebarang perancangan untuk memanfaatkan fenomena unik ini sebagai satu daripada produk pelancongan negara yakni birds watching?

Kedua, sebagai pengeluar tenaga terbesar di Malaysia, Kapar mahu tahu apakah kerajaan untuk mengurangkan penggunaan bituminous coal sebagai fuel utama dalam penjanaan elektrik selari dengan polisi negara untuk mengurangkan ambisi karbon dioksida?

Apakah implikasi kepada penduduk tempatan bila ada perubahan sumber bahan api terutamanya renewal energy dan apakah implikasi kos bil elektrik kepada rakyat bila bertukar nanti sumber fuel ini? Apakah kesan natijahnya kepada migratory birds itu tadi?

Kementerian Kerja Raya dan semualah tentang infrastruktur dan sebagainya.

Saya sudah sebut stop the bangau phenomena. Saya minta kepada kerajaan semua yang terlibat. Saya mengesyorkan one stop center fizikal dan online tempat aduan awam

final • 2:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

diproseskan, disalurkan kepada pihak pengadu. Dah pening dah rakyat. Sini kata, “Bukan, ini pergi kepada JPS”. Ini kata “Bukan. Oh ini sebenarnya longkang JKR”. Tolong hentikan.

Apakah perancangan mengenai aset negara khususnya pulau-pulau yang berdekatan dengan Pelabuhan Klang? Di mana kita tak mahu dibiarkan tanpa manfaat kekayaan biodiversiti negara top 12 in the world, Dato’ Yang di-Pertua. Kita tidak mahu ia dicerobohkan. Kita tidak mahu dalam keadaan geopolitical dynamics kita tidak mahu orang asing menceroboh dan mengaut manfaat yang dilakukan secara halus dan kecil- kecilan, last, last hilang, habis pulau kita.

So what’s our grand plan? Saya minta segala IPT, kementerian-kementerian tolonglah pergi lihat apa yang ada di dalam negara kita ini. Kita penuh dengan kekayaan.

Kapar mahu melihat R&D yang mempunyai return on investment (ROI) setiap pelaburan masa, wang, modal insan penyelidikan, adalah berbaloi insya-Allah. Kapar mahu melihat job creation juga sebagai kesan positif dengan kerancakan aktiviti penerokaan, sumber kekayaan alam dan negara flora fauna serta biodiversiti. Minta sedikit lebih lah, Yang di-Pertua. Banyak lagi. Air juga kita banyak, tak cukup air. Dah itu kadang terlebih air jadi banjir dan sebagainya. Kita ada 189 lembangan sungai Sabah dan Sarawak semuanya ada. Okey,apa yang dirancangkan oleh kerajaan supaya air kita ini disimpan bila kita tidak ada dan jangan lebih sampai masuk dalam rumah orang dan banjir.

Kementerian Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (KPKT).

Pencemaran alam sekitar disebabkan sampah, sampah domestik, industrial waste di Kapar khususnya. Contoh di Batu 14, Jalan Kapar. Merujuk kepada jawapan Menteri soalan nombor 32 tarikh 16 Oktober. “Timbunan sampah di pelupusan sampah haram setinggi 20 kaki tujuh meter”. Bayangkan Menteri, sudah tujuh meter. Maknanya, dah lama dah. Saya difahamkan - saya nak ringkaskan ini, Tuan Yang di-Pertua. 400 tan sampah itu, 20 kaki.

Jadi, saya nak minta, saya difahamkan dah ada tindakan, ya? Empat operasi dan sebagainya. Saya merujuk Akta 672 bagi negeri-negeri menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007. Pengurusan sisa pepejal di sektor Komersial, Industri dan Institusi (CII) adalah tertakluk di bawah peratusan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Mana penghasil sisa dari sektor CII yang gagal mematuhi peraturan ini dan menyebabkan berlakunya pembuangan dan pelupusan secara haram, pihak berkenaan bolehlah didenda tidak lebih RM10,000. Please lah, Tuan Yang di-Pertua, This is nothing to them. Tolonglah lihatkan. Sebab itu mereka tidak peduli pun.

Jadi, Kapar mengesyorkan Menteri lihat semula akta ini. Mana lagi dollarization – minta sedikit lagi. Peruntukan Kementerian Perpaduan hanya RM19.06 bilion ini tak cukup ini. Bagaimana nak jagakan -apa ini - perpaduan di dalam negara kita?

Last sekali ini kebakaran tragis di Bagan Teochew, di Pulau Ketam Kapar menjilat empat buah rumah dan seorang ibu tunggal dijumpai rentung dalam rumahnya.

Ini saya nak sebut di sini ini. Di Pulau Ketam ini semuanya keliling air. Biasanya ada air di bawah tetapi bila air surut maka kalau ada kejadian kebakaran bomba, tidak ada jabatan bomba di Pulau Ketam. Hanya bomba sukarela dan ketika hari itu pukul 12 tengah hari kebakaran berlaku dalam masa 15 minit tidak sampai setengah jam, Speaker.

Mereka nak angkat, nak tarikan hos ini nak padam tak boleh, Speaker. Jadi, mereka naik bot. Bot pula – ini tanah. Jadi, bot tak boleh masuk. Mereka kena jalan dekat selut ini, ambil daripada air laut untuk siram. Senang ceritanya empat - termasuklah pusat pemprosesan ikan dah habis hangus, termasuk yang meninggal.

Jadi, saya mengharapkan nanti ada peruntukan sebenarnya Kampung Baru, Bagan ini Pulau Ketam dan upgrade-lah bomba di Pulau Ketam supaya ia berkesan. Satu lagi, yang saya difahamkan oleh mereka ialah mereka ini air - tangki air. Saya kata.

“Kenapa tak pakai tangki air?” Dia kata, “Terlalu rendah”. Jadi, ini juga saya minta kerajaan tolong lihatkan.

final • 2:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Last sekali, Menteri Pendidikan telah memberikan saya jawapan tetapi tidak meyakinkan sangat di mana Sekolah Kebangsaan Teluk Kapas yang saya dah bangkit banyak kali di sini masih tergantung-gantung lagi jawapannya ini. Dia kata, “Projek ini dijangka tender pada Januari 2024 tertakluk kepada kelulusan peningkatan kos oleh Kementerian Ekonomi dan kelulusan penuh pelan bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan”. Jadi, saya minta apa pun tadi yang saya kata yang bangau-bangau tadi, saya minta rakyat Kapar mahu sekolah ini dibina secepat mungkin. Please do your best untuk cepatkan. Last sekali pantunlah Speaker, ya. Dah habis dah ini. Saya tak pandai nyanyi - tak jumpa pula itu, ya.

Jadi, tak apalah saya telah ambil masa itu sikit. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Speaker yang telah pun memberikan saya masa. Akhir sekali, saya nak ingatkan kepada kerajaan di mana kita nak buat belanjawan ini adalah...

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat dah jumpa pantun?

final • 2:10 PM

Dr. Hajjah Halimah Ali - Kapar

Ingatkan akhirat, insya-Allah. Last sekali, Speaker.

Laporan Ketua Audit Negara. Saya nak tanya...

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 2:10 PM

Dr. Hajjah Halimah Ali - Kapar

...RAC.

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat

final • 2:10 PM

Dr. Hajjah Halimah Ali - Kapar

Keretapi Tanah Melayu, RM24.45 juta ini.

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 2:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker.

final • 2:10 PM

Dr. Hajjah Halimah Ali - Kapar

Tidak dikutip.

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 2:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker, panjang sangat ini, Speaker.

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 2:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Macam kerajaan pula belah sana.

Macam kami ini pembangkang.

final • 2:10 PM

Dr. Hajjah Halimah Ali - Kapar

Bila balik daripada Mesir, Yang Berhormat Hulu Langat?

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, itu yang selalu saya nasihatkan, strategiklah dalam perbahasan. Kalau tidak, huru-hara.

Baik, ingin mengusik sikitlah tadikan, apa Yang Berhormat Kapar cakap tentang fine RM10,000 itu, maybe consideration by the government-lah. RM10,000 sekarang dia petik jer, maybe RM100,000 punya fine.

Baik, berikutannya saya mempersilakan Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 2:10 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada Balik Pulau untuk menyertai perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan yang mulia ini.

Saya terus kepada topik kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, tanggungjawab Kerajaan Madani ialah mengutamakan kepentingan rakyat memastikan sistem penjagaan

final • 2:21 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

kesihatan adil dan boleh diakses seluruh masyarakat terutama golongan rentan dan terpinggir. Kerajaan memperuntukkan RM41.2 bilion untuk Kementerian Kesihatan, merupakan antara kementerian yang menerima pertambahan cukup besar dalam belanjawan ini dan angka yang cukup meyakinkan menunjukkan kerajaan memandang serius peningkatan kos sektor tersebut.

Apa yang saya ingin bangkitkan ialah kepada ujian stres ataupun stress testing iaitu merupakan satu bentuk ujian secara menyeluruh yang digunakan untuk menentukan kestabilan sistem infrastruktur kritikal ataupun entiti tertentu. Ia melibatkan ujian melebihi kapasiti operasi biasa. Selalunya ke breaking point untuk – dengan izin untuk melihat hasilnya. Dalam menentukan peruntukan untuk KKM adalah perlu KKM melakukan stress testing system kesihatan kita untuk menilai keupayaan kita menghadapi krisis-krisis berbilang senario pada masa hadapan.

Jika ia sudah dilakukan ujian stres ini, saya ingin mengetahui, apakah kelemahan- kelemahan yang telah dikenal pasti dan bagaimanakah peruntukan belanjawan akan digunakan untuk mengatasi kelemahan ini. Tambahan pula, stress test turut melibatkan spike stress test, kalau ini penting untuk memastikan sistem kesihatan kita dapat bertahan dalam worst-case scenario.

Selain daripada wabak pandemik, worst-case scenario juga boleh juga disebabkan oleh bencana alam dan kemalangan industri. Selain daripada spike stress test, latihan dan simulasi dengan industri serta Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi seperti bomba, APM, PDRM dan CEM perlu diperbanyakkan.

Seterusnya, isu buli yang sering dialami doktor-doktor baharu housemen sudah lama berlarutan. Sudah tiba masanya diwujudkan peta laluan ataupun road map tindakan untuk mengatasi masalah ini. Hal ini perlu disusuli dengan komitmen semua pentadbir hospital dan sasaran pembaikan untuk mengatasi masalah ini perlu ditetapkan sebagai KPI para pentadbir hospital. Pemantauan juga harus dilakukan melalui tinjauan iklim organisasi yang dilakukan pihak ketiga secara berkala di semua hospital.

Saya terus kepada industri kreatif. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usaha kerajaan dalam merancakkan industri kreatif negara kita. Industri kreatif merupakan salah satu sumber penting dalam pertumbuhan ekonomi dan percambahan budaya bagi negara-negara maju. Kerajaan Madani menyedari bahawa rakyat negara ini mampu menjadikan industri kreatif sebagai sumber pekerjaan dan mampu menjana pendapatan negara. Penggiat seni dan industri kreatif perlu mendapat sokongan sepenuhnya daripada kerajaan untuk meneruskan agenda seni dan kreatif negara bagi memelihara industri kreatif dan tradisi kesenian yang pelbagai di negara kita ini.

Industri ini dapat membuka ruang dan peluang kepada kelompok masyarakat yang berbakat terutama generasi muda untuk berkarya sama ada dalam aspek multimedia, seni budaya dan warisan budaya dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif.

Pelbagai inisiatif untuk manfaat penggiat seni dapat dilaksanakan dengan peruntukkan RM160 juta menerusi Belanjawan 2024. Peruntukan sebanyak RM10 juta kepada Skim Dana Padanan MyCreative turut dapat menyokong anak-anak seni dalam penghasilan projek kreatif. Saya percaya Kerajaan Madani komited untuk merangsang pertumbuhan industri kreatif untuk berkembang dengan lebih pesat.

MyCreative Ventures ataupun MyCV merupakan agensi di bawah kawalan MOF dan KKD. Bantuan pinjaman yang diberikan kepada pemain-pemain industri kreatif adalah untuk merancakkan ekonomi kreatif dan menyokong pertumbuhan industri kreatif negara. Sejak penubuhan MyCV pada tahun 2012, jumlah pinjaman yang diberi semakin meningkat. Namun, ramai juga peminjam ataupun beneficiaries yang tidak membayar pinjaman dan jumlah NPL telah pun mencecah RM100 juta. Oleh itu, saya menyeru mereka kalau ada apa-apa masalah dengan kewangan mereka, MyCV sedia berjumpa dengan mereka come and talk to us, we are here to help without prejudice to MyCV legal rights. Tahukah anda, disebabkan tidak membayar balik ia menjadi sukar untuk MyCV beroperasi dan menghalang MyCV daripada menyalurkan bantuan kepada pengusaha- pengusaha baharu. Seharusnya, pemain-pemain industri yang berjaya patut membantu

final • 2:21 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

dan membimbing pemain industri seni kreatif bagi memperkukuhkan ekonomi jingga negara Malaysia.

Saya menyentuh kepada naik taraf Lapangan Terbang Pulau Tioman. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tambun mengumumkan peruntukan sebanyak RM47 juta bagi menambah baik fasiliti penumpang di terminal Lapangan Terbang Tioman dan memanjangkan landasan sedia ada kepada 1,300 meter. Saya ucap tahniah dan menyokong inisiatif ini kerana pemanjangan landasan ini apabila siap dapat menambah bilangan penerbangan ke pulau berkenaan untuk syarikat penerbangan yang menggunakan pesawat ATR.

Perkara ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kehadiran pelancong serta meningkatkan pendapatan penduduk di sana. Pemanjangan landasan juga dapat meminimumkan impak kepada alam sekitar di mana secara tidak langsung pendekatan ini mencerminkan usaha kerajaan dalam mengimbangi kepesatan pembangunan dengan kelestarian alam sekitar demi mencapai kemapanan dan menjamin kesejahteraan negara.

Di mana sebelum ini ada ura-ura sebuah syarikat ternama yang mahu membina lapangan terbang yang bakal memberi impak negatif kepada alam sekitar.

Topik seterusnya ialah kemasukan pelancong ke negara Malaysia. Pelancongan merupakan salah satu cara yang cukup senang, mudah untuk menstabilkan mata wang negara. Kerana pelancong asing yang datang membawa mata wang asing dan akan menambah permintaan mata wang tempatan seterusnya menaikkan nilai mata wang tempatan.

Menurut data daripada Emidius pada 2023 tahun ini, number of available seats dengan izin iaitu bilangan tempat duduk yang tersedia mencecah 26.3 juta. Angka ini sudah melebihi 24 juta dari tahun 2019. Ini bermakna, industri pelancongan Malaysia, sudah boleh kembali ke pre-COVID level sebelum pandemik iaitu 2019. Seharusnya, boleh melebihi unjuran Kementerian Pelancongan dan saya jangka mata wang kita yang rendah walaupun kita tak mahu, tetapi secara tidak langsung dapat menjadi faktor destinasi pilihan para pelancong asing. Pada tahun ini Januari hingga Jun, jumlah pelancong kita hanya sekitar 9.1 juta orang sahaja. Sebaiknya kita boleh dapat lebih daripada jumlah tersebut.

Saya juga menyeru kerajaan memberi perhatian kepada workcation ataupun digital nomad supaya urusan Visa dapat dipermudahkan. Sementahlah itu, PM telah mengumumkan Visa on Arrival dan Multiple Entry Visa yang akan menarik lebih ramai pelancong dari negara China dan India. Pada tahun 2019, saya telah beberapa kali ke India untuk menggalakkan pelancong dari India ke Malaysia khususnya wedding planners yang mahu memilih Malaysia sebagai destination wedding dan tempat yang terkenal destination wedding ialah seperti Pulau Pinang, Langkawi, Port Dickson dan Sabah.

Selanjutnya, saya juga ingin memohon supaya Kementerian Pengangkutan membuka laluan untuk chartered flight ke Malaysia, menteri ada sini, dari India untuk menjadikan pakej destinasi perkahwinan ini lebih menarik. Jika hendak datang ke Malaysia, mereka terpaksa melalui dua, tiga lapangan terbang untuk ke Malaysia. Jadi, kalau ada chartered flight ia akan memudahkan lagi kemasukan pelancong daripada India untuk ke Malaysia.

Saya juga menyokong usaha kerajaan untuk memberi fokus kepada pelancongan budaya dan warisan. Secara tidak langsung memberi peluang kepada aktivis budaya dan warisan memperkenalkan Malaysia yang memang kaya dengan budaya pelbagai etnik.

Saya sambut baik sejumlah RM80 juta untuk usaha pemuliharaan dan pemeliharaan tapak-tapak warisan yang berpotensi untuk disenaraikan oleh UNESCO iaitu Lembah Bujang, Gua Niah dan Royal Belum di Perak.

Sebenarnya yang saya tahu, Lembah Bujang belum dimasukkan dalam senarai tentatif UNESCO iaitu yang terdiri daripada Niah, Royal Belum, FRIM, Leprosy Centre di Sungai Buloh, Taman Negara di Semenanjung dan Permatang Kuarza di Gombak.

final • 2:21 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya rasa Lembah Bujang tidak dapat dimasukkan dalam senarai tentatif adalah kerana penyelidikan belum sempurna disebabkan 97 petak ekskavasi ataupun pembukitan kecil di Lembah Bujang belum sempurna di ekskavasi, hanya 54 yang sudah diekskavasi dan yang lain belum dapat dikaji. Oleh itu, peruntukan untuk PPAG ataupun Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM di bawah Profesor Steven Chia hendaklah diteruskan kerana ada beberapa penyelidikan yang perlu diselesaikan sebelum dimasukkan dalam tentative list UNESCO. Secara keseluruhannya, pelaburan ini berpotensi memajukan pembangunan dan pemeliharaan tapak-tapak warisan sebagai punca ekonomi berasaskan budaya utama.

Bandar-bandar adalah inkubator penting untuk mencetus inovasi dan kerjasama, menarik individu yang pelbagai untuk bertukar idea dan pandangan. Tetapi potensi mereka bergantung pada fungsi bandar tersebut. Pengurusan sisa yang tidak mencukupi, pengangkutan terhad dan isu lalu lintas boleh membantutkan kemajuan sesebuah bandar itu. Memandangkan 75 peratus rakyat Malaysia tinggal di kawasan bandar, kita boleh melihat kepada contoh seperti Barcelona di mana kejayaannya terhasil daripada kepimpinan bandar berwawasan yang melabur dalam budaya, ruang awam, perumahan rakyat berkualiti dan pengangkutan awam.

Daerah Kreatif dan Kebudayaan KL (KLCCD) berpotensi mempamerkan sejarah kita bersama dan budaya mempelbagaikan memupuk sektor budaya yang berkembang maju. Untuk menarik aktiviti kebudayaan yang kreatif, kita mesti wujudkan persekitaran yang membolehkan dan produktif, bertenaga, kaya dengan budaya dan sosial yang dapat mengukuhkan ikatan komuniti. Kerajaan memainkan peranan penting sebagai pemangkin dan pemboleh, menarik pelaburan, memupuk kecintaan pekerjaan dan industri baru.

Think City yang dimiliki oleh Khazanah Nasional Berhad telah berjaya mentransformasikan Georgetown dan kini aktif di pusat bandar Kuala Lumpur. Bertujuan untuk mewujudkan ruang inklusif yang mengharmonikan dan mempromosikan warisan, budaya dan inovasi. Penggunaan semula bangunan warisan secara adaptive ataupun adaptive reuse melindungi warisan budaya, memacu kemakmuran sosioekonomi adalah antara strategi untuk merealisasikan wawasan KLCCD ini dan juga telah diumumkan dalam Belanjawan 2024 dan juga Kerangka Ekonomi Madani. Pendekatan yang tersusun dan komprehensif adalah penting bagi membuahkan hasil, inovasi dan kerjasama pelbagai sektor. Industri budaya dan kreatif kita adalah kunci untuk menghidupkan semula bandar kita dan mercu tanda kebanggaan negara.

Saya hendak sentuh kepada Batik Malaysia, Tuan Yang di-Pertua. Saya mengalu- alukan pengumuman Perdana Menteri dalam ucapan belanjawan mengenai kemudahan Bantuan Bayaran Batik Malaysia untuk penjawat-penjawat awam yang layak. Perkara ini secara tidak langsung akan meningkatkan penghasilan Batik Malaysia oleh pengusaha- pengusaha Batik Malaysia. Saya juga alu-alukan usaha Menteri NRECC dalam usaha mengurangkan penggunaan tenaga dalam pejabat-pejabat kerajaan yang membolehkan penjawat-penjawat awam memakai Batik Malaysia setiap hari, bukan hanya pada hari Khamis. Cuma saya terkilan kerana Dewan yang mulia ini tidak memperakui pakaian Batik Malaysia setiap hari semasa persidangan. Penjawat awam masih tidak dibenarkan memakai Batik Malaysia apabila berada di dalam Dewan. Saya berharap selepas ini dibenarkan mereka untuk memakai Batik Malaysia dalam Dewan termasuklah bentara- bentara kita yang ada pada hari ini.

[Tepuk] Yang di-Pertua, saya ingin juga memohon, jadi saya masuk kepada isu kawasan.

Saya ingin memohon kerajaan dapat memberi pertimbangan kepada pembesaran Jalan FT006 iaitu jalan yang menghubungkan Teluk Kumbar hingga ke Balik Pulau. Oleh itu, kita amat berharap, Menteri pun ada sini, Menteri Kerja Raya, ia dapat dilaksanakan secepat mungkin agar pembesaran jalan ini memberi banyak keselesaan kepada

final • 2:30 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

penduduk yang terpaksa mengalami kesesakan berjam-jam setiap hari. Bayangkan mereka nak ke sekolah, kena bangun pukul lima sehingga baru sampai sekolah, dua tiga jam baru sampai ke sekolah. Jadi saya berharap supaya kementerian dapat memberi perhatian dengan permintaan saya mengenai pembesaran Jalan FT006. Tiap-tiap kali bahas, saya akan bangkitkan isu ini selagi tidak dapat saya akan bangkitkan.

Jadi Yang di-Pertua, sebelum saya akhiri perbahasan, saya akhiri dengan serangkap pantun. Saya ikut time, bukan dengan orang lain.

Betulkan hala bersiku sani, Halus sutera membalut si dara, Perkasa segala ekonomi Madani, Rakyat sejahtera makmur negara. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Saya jemput Yang Berhormat Mersing.

final • 2:30 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 peringkat dasar di Dewan yang mulia ini. Perbahasan saya akan menyentuh berkaitan dengan soal keterjaminan makanan, pertanian pintar, electric vehicle, ekonomi karbon, pelancongan arkeologi, isu guru-guru KAFA dan di akhir ucapan saya nanti akan menyentuh beberapa isu di kawasan saya di Mersing.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan perlu memastikan sektor pengeluaran makanan menjadi agenda mampan negara. Industri beras merupakan salah satu segmen pertanian yang terpenting dan perlu dibangunkan secara sistematik supaya isu keterjaminan bekalan beras tidak terus menerus membebankan rakyat. Sudah tiba masanya kerajaan menambah baik rancangan infrastruktur, membangunkan kawasan pertanian baharu dan memanfaatkan penggunaan teknologi masa kini dalam usaha meningkatkan hasil pertanian negara.

Saya menyambut baik cadangan daripada kerajaan untuk membuka kawasan baharu penanaman padi. Tanah-tanah yang luas di Sabah dan Sarawak dilihat berpotensi untuk pembangunan Projek Jelapang Padi Negara. Di samping itu, kerajaan juga perlu mempertimbangkan secara serius cadangan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor untuk menggunakan tanah-tanah di negeri Johor bagi projek penanaman padi. Secara langsung dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran padi dan beras tempatan.

Johor memiliki 10 kawasan penanaman sawah padi yang luas sekitar 2,254.39 hektar. Dalam Parlimen Mersing juga terdapat dua kawasan sawah padi iaitu di Kampung Semaloi, Endau dan di Kampung Air Papan Tenglu dengan keluasan 449 hektar sawah padi dan digelar ‘periuk nasi selatan’. Walau bagaimanapun, kedua-dua kawasan sawah di Mersing ini mempunyai permasalahan sistem perairan untuk membekalkan air ke sawah padi. Kawasan sawah padi di Air Papan tidak dapat diusahakan di luar musim memandangkan Air Papan hanya bergantung pada air hujan ketika musim monsun pantai timur.

Kawasan sawah padi di Semaloi pula terpaksa berkongsi sumber air daripada Empangan Labong dengan pengguna domestik. Justeru, saya memohon pihak kerajaan untuk melihat isu pengairan di kedua-dua kawasan ini untuk meningkatkan produktiviti.

Walaupun Johor telah digazetkan sebagai kawasan pembangunan sawah padi luar jelapang, produktiviti beras mencatatkan hasil pengeluaran yang memberangsangkan.

Dalam tempoh tahun 2021 hingga 2022, sebanyak 6,255 tan metrik padi dihasilkan iaitu peningkatan sebanyak 30 peratus daripada jumlah pengeluaran padi berbanding tahun- tahun sebelumnya.

final • 2:35 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Tuan Yang di-Pertua, seiring dengan pencapaian hasil pengeluaran beras di Johor, saya menggesa Kerajaan Persekutuan membuat perancangan rapi dan bersedia untuk membiayai projek flagship yang berimpak tinggi melalui projek rintis di beberapa kawasan pertanian strategik di Johor. Sementara itu, saya mencadangkan agar jumlah peruntukan pembangunan juga ditambah kepada Agensi-agensi Pusat dan negeri bagi meningkatkan keberhasilan pertanian. Kerajaan juga perlu mengukuhkan Pelan Transformasi Pertanian Muda bagi merangsang minat generasi baharu berkecimpung dalam pertanian pintar selain melibatkan diri dalam pertanian konvensional.

Dalam hal ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak APPGMSDG yang telah memberikan peruntukan untuk Parlimen Mersing menganjurkan Program Pensijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah amali pengiktirafan kemahiran terdahulu operasi pengeluaran tanaman melibatkan petani-petani muda untuk memperoleh SKM tahap tiga. Selain itu, saya juga mencadangkan kepada kerajaan memperkasa dan menaik taraf penggunaan Sistem Teknologi Bersepadu seperti big data, blockchain dan kecerdasan buatan (AI) diperluas dalam sektor pertanian pintar negara. Implementasi teknologi moden begitu signifikan bagi meningkatkan keberkesanan, kecekapan pengurusan pertanian seterusnya dapat mengurangkan kos operasi dan jumlah tenaga bekerja.

Tuan Yang di-Pertua, tindakan adaptasi perubahan iklim merupakan agenda yang penting bagi negara-negara maju di dunia. Di Malaysia, usaha menangani impak keterancaman iklim memerlukan collective responsibility daripada semua pihak.

final • 2:35 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Saya ingin mengulas perkara yang diungkapkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang tentang Low Carbon Mobility Blueprint 2021-2030. LCMB disifatkan sebagai suatu rangka kerja atau pelan tindakan mengurangkan penggunaan tenaga dan pelepasan gas rumah kaca greenhouse gas, menggalakkan mobiliti cekap tenaga seiring dengan matlamat pembangunan mampan. Saya menyambut baik insentif skim rebat tunai sehingga RM2,400 untuk pembelian motosikal elektrik dan menambah infrastruktur charging station di 180 stesen baharu pengecasan EV tahun hadapan.

Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan agar kerajaan boleh mempertimbang pengecualian cukai jalan kepada kenderaan EV. Pada pandangan saya, pemberian insentif atau potongan cukai daripada kerajaan dapat menggalakkan pengguna EV secara meluas selain berupaya mengurangkan tahap kebergantungan bahan api fosil Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang pemerangkapan dan penyimpanan karbon yang kurang diperincikan dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2024. Saya mendapat maklum bahawa pelaburan yang berimpak tinggi dalam industri CCS pasaran domestik dijangka berkembang kira-kira USD200 bilion bagi tempoh 30 tahun. Dalam tempoh 2023 hingga 2026, difahamkan PETRONAS bercadang untuk membelanjakan USD450 juta bagi projek penyerapan dan penyimpanan karbon. PETRONAS juga sedang dalam usaha memperkukuh kedudukannya di rantau Asia Tenggara sebagai hab peneraju CCS.

Justeru, saya ingin mengemukakan beberapa persoalan yang perlu diberikan penjelasan.

(i) sejauh mana pencapaian PETRONAS dalam bidang penangkapan dan penyimpanan karbon?;

(ii) status kemudahan fasiliti-fasiliti CCS tahap kesediaan dan kepakaran pemain industri tempatan dalam penguasaan teknologi CCS?;

(iii) sejauh mana memorandum persefahaman antara pihak Persekutuan dengan kerajaan negeri bagi menentukan polisi penyimpanan karbon di peringkat domestik?; dan

(iv) apakah garis panduan syarat kelayakan permohonan bagi mendapatkan lesen atau permit karbon?

final • 2:40 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2026, pelancongan arkeologi di dalam negara perlu diberi nafas baharu. Ia memainkan peranan penting bagi meningkatkan nilai ekonomi, mengangkat martabat warisan dan budaya tempatan secara sistematik. Saya difahamkan terdapat 21 kawasan tapak arkeologi di seluruh negara telah diwartakan sebagai warisan kebangsaan dan tapak warisan dunia.

World heritage site yang berada di seluruh negara, antaranya bangunan dan monumen bersejarah diberi pengiktirafan daripada badan antarabangsa seperti UNESCO sejak berpuluh tahun yang lalu. Saya ingin bertanya, apakah usaha terkini kerajaan untuk mempromosikan pelancongan arkeologi? Sejauh mana usaha kementerian bagi memajukan pembangunan tapak-tapak arkeologi di seluruh negara? dan berapakah peruntukan yang diberikan kepada Jabatan Warisan Negara pada setiap tahun?

Selain itu, saya ingin mengetahui berapakah jumlah kes pencerobohan tapak arkeologi yang di ekskavasi secara haram dan tindakan mengatasi insiden pencerobohan tersebut? Saya juga ingin mengetahui berkenaan memorandum persefahaman antara Jabatan Warisan Negara dan universiti awam khasnya dalam membangunkan penyelidikan dan pendidikan arkeologi?

Pada kesempatan ini, saya ingin mengusulkan beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak kerajaan.

Pertamanya, kerajaan perlu melihat semula garis panduan dan rancangan baharu mempromosikan pelancongan arkeologi seiring dengan peredaran masa dan zaman.

Kedua, kerajaan perlu memperuntukkan dana khusus kepada institut pendidikan untuk menjalankan kerja-kerja ekskavasi arkeologi.

Ketiga, saya mencadangkan agar geran pendidikan dan lesen ekskavasi diberikan secara eksklusif kepada universiti awam yang mempunyai pengurusan kepakaran interpretasi artifak arkeologi di lapangan.

Keempat, saya mencadangkan agar kerajaan menaik taraf kemudahan muzium arkeologi, galeri dan mewujudkan pengurusan perjawatan conservator.

Kelima, kerajaan juga perlu mewujudkan pusat konservasi kebangsaan bagi tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan-bangunan bersejarah di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) mengajar pendidikan agama kepada anak-anak yang berumur antara tujuh hingga 12 tahun sejak ditubuhkan pada 1990 oleh JAKIM. Seramai 35,000 orang guru KAFA yang bertugas di 6,415 buah premis di seluruh negara masih berharap isu jawatan kontrak dan elaun bulanan yang rendah diselesaikan. Mereka mengharapkan skim sistem gaji munasabah dan diberi jawatan tetap. Terdahulu JAKIM memperuntukkan elaun bulanan kepada guru KAFA sebanyak RM1,100 sebulan. Namun, terdapat negeri yang memberi penambah elaun seperti negeri Johor.

Dalam Belanjawan 2024, kerajaan memperuntukkan RM700 diberi secara one-off kepada guru-guru KAFA. Bantuan sagu hati yang diterima tahun hadapan langsung tidak menyelesaikan permintaan asas yang dibangkitkan. Hal ini kerana kadar elaun semasa RM1,100 yang diterima tidak cukup. Guru-guru KAFA terpaksa melakukan kerja tambahan untuk meneruskan kehidupan. Ditambah pula terbeban dengan kos sara hidup yang semakin menghimpit. Selaras dengan itu, mereka perlu memperoleh pendapatan yang lebih setimpal bersesuaian dengan peranan dan tanggungjawab mendidik anak bangsa, menguasai ilmu asas al-Quran dan fardu ain. Kerajaan perlu merangka dasar yang lebih konkrit bagi mengangkat profesional guru KAFA setaraf dengan guru-guru ikhtisas lantikan KPM. Saya menyeru supaya kerajaan jangan ambil masa terlalu lama mengkaji pemberian jawatan tetap dan bergaji RM1,500 kepada guru KAFA yang sedang berkhidmat secara kontrak ini.

Di samping itu juga, saya juga ingin menyuarakan hasrat guru-guru KAFA yang minta diberikan kelonggaran cuti bersalin sekurang-kurangnya dua bulan dengan gaji penuh. Mereka juga memohon sekiranya boleh diselaraskan jadual hari bekerja daripada tiga hari kepada lima hari seminggu sebagaimana yang dibuat di negeri Johor. Saya juga mencadangkan sekiranya ada keperluan kerajaan boleh mempertimbangkan untuk

final • 2:40 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

mendirikan premis khas KAFA yang akan memudahkan proses pembelajaran dan tidak menumpang fasiliti dalam bilik darjah sekolah kebangsaan khasnya di negeri-negeri yang tidak mempunyai sekolah agama sesi petang.

Tuan Yang di-Pertua, Mersing merupakan sebuah kawasan yang terkenal dengan pelancongan pantai dan kepulauan. Pengusaha bot berlesen JMS dalam kawasan Parlimen Mersing berhadapan masalah kerana pihak Jabatan Laut Malaysia telah mengenakan syarat tidak membenarkan aktiviti penerokaan laut melebihi 10 batu nautika daripada had pelabuhan pantai Mersing ke pulau-pulau sekitar perairan Mersing. Dalam hal ini, saya berpandangan bahawa syarat yang ditetapkan perlu dikaji semula bagi memberi peluang kepada pengusaha bot berlesen JMS untuk dapat beroperasi dan menawarkan perkhidmatan membawa penumpang melebihi 10 batu nautika khasnya bagi aktiviti rekreasi laut dan pelancongan di perairan Mersing.

Izinkan saya merujuk tiga jenis lesen bot melibatkan taraf Mate of less than 500GT Domestic Trade Voyages iaitu JMS (Johor Mersing), KLW (Kedah Langkawi) dan CTM

(Pahang Tioman). Sekiranya dilihat pada syarat-syarat lesen, ketiga-tiga lesen ada ditulis, dibenarkan beroperasi pada siang hari ketika cuaca baik. Namun, hanya JMS sahaja yang mempunyai syarat dibenarkan beroperasi 10 batu nautika dari jeti penumpang Mersing.

Justeru, saya membawa suara penduduk Mersing daripada Persatuan Bot-Bot Sewa Pelancongan Daerah Mersing memohon supaya dikaji semula syarat ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan, saya ingin mendapatkan pencerahan berkenaan dengan status rancangan pembangunan RMKe-12 di kawasan saya Mersing.

Pertama, projek membina jalan dan jambatan menghubungkan Jalan Felda Nitar, Mersing FT1425 ke Jalan Ayer Merah J85 dan jalan Johor Bharu Kuantan FT003 Mersing.

Apakah status terkini projek tersebut? Saya difahamkan akan di tender pada pertengahan tahun ini. Namun, sehingga kini masih belum ada khabar berita berkenaan projek ini. Saya mewakili seluruh penduduk Mersing memohon agar pihak kerajaan menyegerakan pembinaan projek bypass ini untuk memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya yang melalui bandar Mersing.

Kedua, saya ingin bertanyakan projek pembangunan tapak sisa pepejal di Mersing dan ketiga, projek perbekalan air luar bandar di kepulauan Mersing.

Selain itu, saya juga menyambut baik projek-projek di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) seperti projek Lembah Tenusu Jemaluang, Mersing dan projek Taman Negara Endau Rompin, Mersing. Saya ingin bertanyakan juga cadangan daripada pihak ECER untuk membina projek pedalaman sungai di Kuala Sungai Mersing. Bilakah projek tersebut akan dilaksanakan untuk memudahkan operasi-operasi nelayan dan juga bot-bot pelancongan? Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Manis.

final • 2:40 PM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama berbahas anggaran Belanjawan 2024.

final • 2:49 PM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Tambun selaku Menteri Kewangan dan juga Perdana Menteri Malaysia kerana telah berjaya membentangkan satu belanjawan yang merangkumi semua lapisan rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah yang bertemakan Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat.

Terima kasih juga kepada kerajaan kerana memperuntukkan dana pembangunan berjumlah RM5.8 bilion kepada Sarawak untuk tahun 2024. Satu peningkatan berjumlah

final • 2:50 PM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

200 juta daripada Belanjawan 2023. Umum mengetahui bahawa jumlah ini sememangnya tidaklah mencukupi untuk negeri sebesar Sarawak. Tetapi kita tetap bersyukur kerana jumlah peruntukan pembangunan sentiasa meningkat setiap tahun.

Terima kasih juga kepada kerajaan kerana meluluskan pindaan kepada Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri, Akta 533 baru-baru ini dengan memasukkan wakil-wakil dari Sarawak dan juga Sabah sebagai anggota dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Puan Yang di-Pertua, satu perkara yang sangat penting yang saya rasa terpanggil untuk diutarakan kepada Kementerian Pendidikan adalah mengenai sebuah sekolah di kampung halaman saya iaitu Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Muda Pakeri ataupun OKMP, Paloh di bahagian Mukah. Baru-baru ini, semasa membuat lawatan ke Kampung Paloh, saya telah dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan OKMP Paloh ini sudah diisytiharkan tidak selamat untuk digunakan lagi oleh Bahagian Forensik Jabatan Kerja Raya.

Menurut laporan tersebut, sekolah ini telah mengalami kerosakan struktur utama seperti beam dengan izin, yang mengalami kerosakan keretakan, shear crack dan ia adalah sangat berbahaya dan boleh runtuh pada bila-bila masa. Lantai-lantai blok darjah juga mengalami kerosakan seperti keretakan konkrit dan besi-besi tetulang yang berkarat.

Pihak sekolah sudah mula membuat perancangan untuk mengosongkan bangunan sekolah dan menggunakan blok-blok asrama untuk menggantikan blok-blok bilik darjah yang tidak dapat digunakan lagi. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Pada bulan Mei tahun 2022, sebahagian daripada blok asrama sekolah ini telah terbakar dan belum dibaiki sehingga sekarang. Jadi, sudahlah terbakar, sekarang sekolah pula diisytiharkan tidak selamat. Jadi, sudah tentu kekangan blok-blok asrama yang sedia ada tidak dapat menampung semua pelajar yang terpaksa berpindah daripada kelas kepada asrama.

Jadi, peruntukan pembangunan untuk Kementerian Pendidikan dalam Bajet 2024, peruntukan pembangunan berjumlah 5.9 bilion. Jadi, saya memohon kepada Kementerian Pendidikan supaya mengambil tindakan segera untuk memperuntukkan sebahagian daripada peruntukan pembangunan ini dan membina sekolah baharu di Kampung Paloh untuk menggantikan sekolah yang telah diisytiharkan tidak selamat. Jumlah tersebut 5.9 bilion adalah satu jumlah yang besar. Jadi, untuk membina sekolah baharu mungkin kecil sahaja. Kacang potet sahaja itu kata orang Sarawak.

Saya juga senada dengan rakan-rakan dari GPS yang menuntut supaya peruntukan untuk baik pulih sekolah-sekolah daif di Sarawak digunakan untuk membaiki sekolah-sekolah di seluruh negeri Sarawak termasuklah sekolah-sekolah di kawasan Parlimen Tanjong Manis. Kalau saya hendak senaraikan nama-nama sekolah tersebut, jumlahnya terlalu banyak. Tetapi pihak kementerian hendaklah bertanya kepada pejabat pendidikan daerah atau pun Kementerian Pendidikan Sarawak dan mengambil maklum juga daripada perbahasan saya yang lepas-lepas tentang keadaan sekolah-sekolah di kawasan saya yang sememangnya perlu diperbaiki segera.

Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini tentang nasib dua orang warga Parlimen Tanjong Manis yang terperangkap di sebuah negara jiran ASEAN iaitu di Myanmar kerana ditipu oleh agen pekerjaan sejak bulan September yang lalu. Laporan polis sudah dibuat oleh pihak keluarga mangsa yang berasal daripada Kampung Jerijeh dan juga daripada Kampung Belawai di Tanjong Manis.

Saya tidak berhasrat untuk menyebut nama mangsa tersebut atas sebab-sebab peribadi dan juga pihak pejabat Timbalan Perdana Menteri, pihak kementerian luar dan juga pihak Kedutaan Malaysia di Myanmar juga telah dimaklumkan mengenai perkara ini.

Bagi pihak keluarga mangsa yang setiap hari menangis dan mendoakan kepulangan mereka, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat yang telah berusaha sebaik mungkin dalam membantu mereka untuk kembali ke tanah air. Hampir setiap hari ada maklumat ataupun ada update dari pihak kementerian, pihak kedutaan yang kita terima dan kita maklumkan kepada pihak keluarga untuk memberi sedikit harapan kepada mereka.

Tetapi kita berharap meskipun masih belum dapat dijejaki keberadaan mereka sebenar ketika ini, kita berharap dan kita percaya pihak kerajaan melalui jabatan

final • 2:50 PM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

kementerian ataupun kedutaan akan terus berusaha untuk membawa mereka semua balik ke Malaysia dengan selamat nanti. Insya-Allah. Saya difahamkan bahawa sebenarnya bukan hanya dua. Mungkin lebih daripada itu. Jumlahnya mungkin agak 30 orang rakyat Malaysia yang mungkin terperangkap bersama-sama dengan rakyat warga Tanjong Manis ini.

Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengutarakan masalah di kawasan luar bandar seperti di Parlimen Tajong Manis yang kekurangan infrastruktur asas. Bagi saya, yang paling penting adalah jalan raya. Jalan raya merupakan komponen paling penting untuk pembangunan sesebuah kawasan. Tanpa jalan raya adalah sukar untuk penduduk di kawasan tersebut untuk meningkatkan kegiatan ekonomi mereka. Untuk bergerak pun susah. Semua hasil usaha seperti tanaman, tangkapan ikan, ternakan, perniagaan dan sebagainya tidak dapat dijalankan dengan sebaik mungkin. Maka, ekonomi dan pendapatan penduduk-penduduk di kawasan tersebut akan sentiasa tersekat oleh kekurangan infrastruktur yang sangat penting ini.

Bagaimanakah kerajaan hendak menoktahkan kemiskinan sekiranya penduduk tidak dapat meningkatkan hasil ekonomi mereka? Jika tidak ada usaha untuk membawa pembangunan kepada mereka ataupun membantu mereka menjual dan memasarkan hasil usaha mereka. Dengan keadaan harga barang-barang keperluan asas yang semakin meningkat setiap hari, jangankan hendak menoktahkan kemiskinan, malah mungkin menambah kemiskinan kepada mereka ataupun mengekalkan kemiskinan kepada mereka.

Saya berharap kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah atau Kementerian Kerja Raya atau mana-mana kementerian harus mencari jalan penyelesaian secara holistik untuk menyediakan kemudahan infrastruktur jalan ini kepada setiap kawasan di seluruh pelosok negara. Tidak kira di rumah kampung, di rumah panjang, di rumah kampung Orang Asli, di mana-mana sahaja. Di semenanjung, di Sabah, di Sarawak termasuk juga di Parlimen Tanjong Manis.

Kalau hendak disebut di kawasan Parlimen Tanjong Manis, saya hendak bagi bayangan. Sebagai contoh di Kampung Paloh, Kampung Kedang, Kampung Berangan, Kampung Stalon belum ada jalan lagi. Mungkin sudah ada perancangan untuk membuat jalan. Tetapi sehingga kini belum ada lagi jalan. Bukan sahaja di Kampung Stalon, di Mupong Muara, di Mupong Ulin, di Bukit Kinyau, di Telok Gelam, di Semareng, di Muara Payang, di Parit Bugis pun tidak ada jalan lagi. Bukan sedikit kawasan saya yang belum dihubungi oleh jalan. Jadi, sebab itulah saya selalu berulang-ulang kali dalam Dewan yang mulia ini menyebut berkenaan dengan kemudahan keperluan jalan raya di kawasan saya di Tanjong Manis.

Puan Yang di-Pertua, saya juga terpanggil untuk menyentuh tentang isu hakisan pantai dan kerosakan ban pertanian dalam perbahasan pada kali ini. Kawasan Tanjong Manis terdedah kepada Laut China Selatan dan terdedah kepada ombak setiap tahun.

Hakisan pantai dan kerosakan ban pertanian yang berhampiran pantai adalah satu fenomena yang semakin serius yang terjadi pada masyarakat yang terdedah atau tinggal di kawasan tepi laut ditambah dengan perubahan iklim dunia dan kenaikan paras air laut disebabkan oleh pemanasan global. Keadaan ini semakin serius saban tahun dan semakin ramai yang terkesan oleh hakisan pantai sebegini.

Tanah yang dahulunya milik orang kampung dengan rumah dan kebun tanaman, kini sudah hilang ditelan laut. Sawah padi atau kebun yang dahulunya subur dan penuh dengan tanaman padi dan tanaman lain sudah tidak dapat ditanam lagi kerana ban pertanian sudah rosak atau terhakis akibat dipukul gelombang.

final • 2:50 PM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Saya mohon kepada pihak Kementerian Sumber Asli dan Perubahan Iklim memaklumkan apakah langkah-langkah jangka panjang yang dibuat oleh kerajaan atau jabatan di bawah kementerian tentang masalah hakisan pantai yang berterusan seperti yang berlaku di kawasan Tanjong Manis, di Kampung Paloh, Kampung Kedang, di Sembako, di Rajang, di Belawai. Kadang-kadang kita perlu memikirkan untuk membina struktur-struktur seperti struktur-struktur batuan, seperti benteng, seperti breakwater

final • 3:00 PM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

dengan izin, seperti groin dan sebagainya untuk melindungi kawasan pantai supaya pantai ini tidak akan hilang suatu hari nanti.

Begitu juga saya ingin memohon kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan apakah langkah yang dirancang untuk membaiki keadaan ban- ban pertanian yang sudah rosak ataupun dimasuki air laut yang merosakkan tanaman padi sehinggakan petani dan pesawah tidak dapat lagi bertanam padi.

Harga beras import pun sudah naik. Beras pun tidak dapat ditanam. Beras tempatan pun tidak dapat ditanam. Mungkin sukar bagi orang kampung untuk membeli harga beras import. Jadi maka semakin sempitlah kehidupan mereka yang sentiasa mengharapkan bantuan ataupun subsidi daripada kerajaan sampai bila-bila.

Sebagai penutup, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini apa yang kita rancang pada hari ini adalah untuk generasi yang akan datang. Jangan sampai kita yang berada di Dewan yang mulia ini suatu hari nanti dipersalahkan, dibangkitkan oleh generasi selepas kita kerana meninggalkan keadaan ataupun kawasan yang bukannya memberikan kesenangan ataupun kemudahan kepada mereka tetapi malah kita mewariskan kepada mereka suatu keadaan yang penuh dengan kesusahan, penuh dengan kerosakan, penuh dengan kepayahan.

Jadi, kita haraplah kita sama-sama merancang dengan peruntukan bajet pada tahun 2024 pihak kementerian, pihak jabatan dan sebagainya merancang untuk masa depan generasi yang akan datang. Sama-samalah kita fikirkan. Maka, sekian sahaja perbahasan saya. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 3:00 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan Kuala Kedah untuk turut sama membahas Penyata Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024 beralaskan tiga pilar utama iaitu Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.

Pada kesempatan terbatas ini, Kuala Kedah bersama populasi 175,000 penduduknya mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di bumi Palestin oleh rejim aparteid Zionis tanpa berperikemanusiaan. Kuala Kedah berpendirian bahawa Kerajaan Madani hendaklah tegas menyelar tindakan zalim rejim Zionis Israel serta berani mengheret mereka ke muka pengadilan Mahkamah Jenayah Antarabangsa menerusi perundangan yang ada.

Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada perbahasan, Kuala Kedah menyambut baik usaha kerajaan yang komited untuk mensasarkan defisit fiskal pada skala tiga peratus daripada KDNK dalam jangka masa sederhana. Namun begitu, sasaran ini bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan iklim geopolitik kelihatan amat menggusarkan.

Seperti risiko perlebaran medan pertempuran berdarah di Palestin serta perang antara Rusia dan Ukraine yang masih belum lagi menampakkan titik noktahnya.

Senario ini ditokok pula dengan ketidakstabilan kedudukan ekonomi serantau yang tidak menentu pasca COVID-19. Justeru, pihak kerajaan hendaklah mengambil kira keseluruhan dimensi strategi ekonomi dalam merangka Belanjawan 2024 yang begitu mencabar. Takkanlah kedudukan ringgit yang begitu lemah melepasi paras nilai RM4.70 berbanding USD1. Hal ini lebih parah apabila hampir 52.3 peratus daripada keperluan makanan negara bergantung kepada import luar.

Oleh itu, kenaikan enam ke lapan peratus kadar cukai SST amat merunsingkan rakyat kerana akhirnya bebanan semua kos berkenaan akan ditanggung oleh mereka.

Meskipun Yang Amat Berhormat Menteri menyatakan bahawa kenaikan cukai berkenaan hanya meliputi skop perkhidmatan logistik tetapi hakikatnya peratus cukai sektor tersebut

final • 3:02 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

merupakan asbab rantaian kenaikan harga keperluan harian yang membebankan terutamanya bagi B40 dan sebahagian M40.

Sehubungan dengan itu Kuala kedah ingin mengetahui sejauh manakah dasar monetari negara yang dilaksanakan pada hari ini berkesan. Apakah strategi mampan yang diambil oleh kerajaan dalam menangani kejatuhan nilai ringgit secara signifikan serta apakah indikator penstabilan nilai Ringgit berbanding US Dollar dalam pasaran mata wang.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam Kajian Separuh Penggal RMKe-12 yang bertemakan “Malaysia MADANI: Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi”, satu daripada strategi utama bagi memenuhi bidang keutamaan adalah mengoptimumkan potensi wilayah, potensi ekonomi wilayah. Dalam hal ini Kuala Kedah ingin menarik perhatian Dewan bahawa Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024 telah menyatakan bahawa anggaran pemberian Kerajaan Persekutuan kepada keseluruhan negeri adalah berjumlah RM8.62 bilion. Daripada anggaran berkenaan, negeri Kedah telah diperuntukkan sejumlah RM523 juta bersamaan dengan 6.1 peratus. Meskipun ada kenaikan jumlah anggaran pemberian berbanding RM512 juta pada tahun 2023, walau bagaimanapun secara spesifiknya peratusan pemberian adalah tidak berubah iaitu 6.1 peratus.

Soalannya apakah bentuk penyaluran pemberian berkenaan dilaksanakan di semua negeri sekiranya pemberian berkenaan dalam bentuk nilai projek Persekutuan.

Pihak manakah yang bertanggungjawab bagi memantau dan memastikan projek tersebut berjalan mengikut garis masa yang ditetapkan terutama di negeri Kedah. Apakah tindakan komprehensif ke atas kontraktor yang gagal memenuhi ketetapan garis masa supaya kategori projek sakit ini dapat dielakkan. Selain itu, Kuala Kedah ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan dapat menyemak semula kadar pemberian mengikut bilangan orang iaitu geran per kapita seperti yang termaktub dalam Bahagian I, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Jabatan Perangkaan Negeri, populasi negeri Kedah tahun 2021 ialah 2.19 juta dengan kepadatan penduduk 231 orang setiap kilometer persegi. Semakan dan kenaikan pemberian berkenaan diharap dapat mempertingkatkan kemapanan ekonomi dan pembangunan negeri secara lestari. Sudah sampai masa kadar pemberian ini disemak semula.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang diketahui bahawa Kedah adalah sebuah negeri yang berada pada kedudukan dua ke bawah selepas negeri Kelantan KDNK per kapita iaitu RM23,119 pada tahun 2021. Menurut sumber Jabatan Perangkaan Negeri secara keseluruhannya KDNK bagi tahun yang sama adalah RM47.47 bilion dengan kadar pertumbuhannya sebanyak 3.2 peratus.

Tentunya pentadbiran negeri Kedah pada hari ini berikhtiar dengan bersungguh- sungguh dan berusaha untuk keluar dari belenggu yang melemaskan ini dengan pelbagai perancangan ekonomi yang berimpak tinggi. Untuk itu Kuala Kedah tetap berpendirian bahawa satu daripada projek yang menjurus ke arah kemakmuran wilayah adalah pembinaan KXP Aerotropolis yang memfokuskan aktiviti pusat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih MRO.

Projek berkenaan sebenarnya merupakan game changer bagi wilayah utara selaras dengan strategi menarik pelaburan berkualiti yang mempunyai nilai tambah, teknologi termaju dan berinsentif pengetahuan. Hal ini juga tidak terkeluar daripada sempadan Pelan Pembangunan Wilayah yang terkandung dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang bernilai RM65.2 bilion. KXP Aerotropolis ini akan menjana peluang pekerjaan seramai antara 15,000 sehingga 18,000 sekali gus bakal menjadi pemangkin dalam mengubah landskap ekonomi negeri Kedah dan wilayah utara.

Justeru itu Kuala Kedah ingin mengetahui apakah strategi menidakkan pembangunan KXP Aerotropolis ini dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi sedangkan akal pembangunan projek berimpak tinggi tersebut adalah selaras dengan teras dasar dua iaitu mengoptimum, membina dan menyelenggara infrastruktur

final • 3:02 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

perkhidmatan dan rangkaian pengangkutan untuk memaksimum kecekapan sebagaimana yang termaktub dalam Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030.

final • 3:02 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Selain itu apakah inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kemapanan atau pengukuhan baharu sektor ekonomi bagi meningkatkan pendapatan rakyat di wilayah utara yang mencakupi Negeri Perlis, Kedah serta negeri yang berada dalam lingkungan Wilayah Ekonomi Koridor Utara. Berapakah jumlah projek serta syarikat baharu berimpak tinggi yang masuk ke wilayah utara dalam tempoh lima tahun kebelakangan.

Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada sektor pendidikan. Jumlah anggaran perbelanjaan bagi Kementerian Pendidikan adalah sejumlah RM52,790 juta iaitu 17.4 peratus daripada anggaran perbelanjaan mengurus 2024 . Manakala RM43,511 juta pula merupakan bayaran emolumen dan bakinya adalah bayaran untuk program merangkumi program pendidikan awal, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan lepas menengah. Kuala Kedah mengandaikan bahawa anggaran perbelanjaan ini mengambil kira pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Pelan berkenaan meletakkan sasaran garapan enam ciri utama untuk setiap murid yang berkemampuan bersaing di peringkat global sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ciri-ciri tersebut adalah:

(i) pengetahuan;

(ii) kemahiran berfikir;

(iii) kemahiran memimpin;

(iv) kemahiran dwibahasa;

(v) etika dan kerohanian; dan

(vi) identiti nasional.

Dalam usaha membina generasi berilmu, berakhlak, tahan dan berdaya saing, apakah perancangan dasar yang dimainkan oleh pihak kementerian bagi merealisasikan kelahiran generasi yang memiliki ciri-ciri insan tersebut dan sejauh manakah Pelan Pembangunan Pendidikan ini telah mencapai objektif? Bagaimana pula hal dengan penyediaan tenaga guru-guru yang menerima kursus pendidikan di IPG? Berapakah jumlah mereka serta skim-skim galakan yang ditawarkan kepada semua guru?

Tuan Yang di-Pertua, seiring dengan teknologi serta pendigilitasi dalam bidang pendidikan, Kuala Kedah menyarankan supaya keupayaan liputan 4G di semua kawasan dan kini rangkaian 5G hendaklah diperhebatkan terutamanya di kawasan luar bandar.

Kerja-kerja meluaskan capaian jalur lebar gentian optik atau kesalinghubungan digital ini sewajarnya dipercepatkan menerusi inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) supaya jurang penggunaan antara kedudukan bandar dan luar bandar dapat ditangani sebaik-baiknya. Peningkatan keupayaan jaringan digital hari ini penting kerana kemudahan sedia ada belum memadai bagi menyempurnakan kebanyakan operasi pendidikan di sesuatu kawasan atau daerah.

Tuan Yang di-Pertua, terkait dengan sektor pendidikan juga, Kuala Kedah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat kerana memilih SMK Kubang Rotan sebagai salah sebuah daripada sekolah pilihan untuk pembinaan blok baharu pendidikan khas. Begitu juga Kota Sarang Semut, Kedah sebagai destinasi rintis program penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun. Hal yang demikian selari dengan penambahbaikan infrastruktur pengairan di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dengan nilai pelaburan RM3 bilion. Selari dengan usaha menjamin kemapanan industri agromakanan negara.

Tuan Yang di-Pertua, meskipun kerajaan mengumumkan syor kenaikan harga lantai belian padi kepada RM1,300 per tan metrik, namun hakikatnya peningkatan harga berkenaan tetapi tidak dapat menampung kos penanaman padi yang ditanggung oleh pesawah. Justeru Kuala Kedah menggesa supaya pihak kerajaan menilai semula

final • 3:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

kenaikan berkenaan dan tegas mencadangkan penetapan harga lantai belian padi adalah RM1,600 per tan.

Selain itu pada pesawah pada ketika ini menghadapi masalah ketiadaan padi benih untuk musim penanaman padi di beberapa wilayah dalam blok MADA sedangkan tempoh sekarang merupakan masa penanaman padi itu berlaku. Keadaan ini sebenarnya bakal mengundang shortage atau kekurangan hasil padi jika isu pengeluaran dan penjualan padi benih ini tidak ditangani secara berkesan. Oleh itu, apakah pelan komprehensif bagi menyelesaikan permasalahan yang bersangkutan dengan sektor penanaman padi seperti harga padi, harga penjualan padi benih, subsidi, sistem rangkaian pengeluaran padi, infrastruktur, kartel dan hal-hal yang berkaitan supaya ia dapat diselesaikan secara holistik?

Tuan Yang di-Pertua, pada kesempatan ini Kuala Kedah ingin menarik perhatian pihak kerajaan bagi memfokuskan beberapa permasalahan yang perlu menjadi keutamaan di kawasan Parlimen Kuala Kedah. Antaranya ialah pertama penyelesaian masalah banjir kilat yang sering melanda penduduk taman-taman perumahan dan kampung sekitar jalan utama Kuala Kedah, Alor Setar.

Dalam permasalahan ini Kuala Kedah ingin mencadangkan supaya struktur perparitan berkenaan diperluas atau diperdalam supaya aliran air dapat melaluinya tanpa sekatan atau pihak berkenaan menyelaras dan menambah pusingan penyelenggaraan cuci perparitan dengan lebih kerap agar kerugian harta benda serta keselamatan rakyat di sana terselamat.

Kedua, Kuala Kedah juga ingin memohon pihak Kementerian Kerja Raya berserta JPS menambahbaikkan struktur jalan dan terusan dari Kampung Selarong Panjang ke Kampung Permatang Ibus yang kerap runtuh. Begitu juga pemasangan lampu jalan bersasar di sekitar jalan Kota Sarang Semut dari arah Pendang.

Ketiga, Kuala Kedah juga memohon agar pihak JPS dan kontraktor yang dilantik dapat menyatakan status terkini pembinaan RTB dan menggesa agar pihak tersebut dapat mempercepatkan pembinaan jaluran projek berkenaan yang merentasi dua kawasan dewan negeri iaitu DUN Anak Bukit dan DUN Kubang Rotan supaya kejadian banjir yang menenggelam dan berbahaya kepada penduduk di sekitarnya tidak berulang.

Demikianlah perbahasan Kuala Kedah, sekian terima kasih.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya jemput Yang Berhormat Kota Belud.

final • 3:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Bismillahi Rahmani Rahim. Sebelum meneruskan perbahasan dengan lebih lanjut, saya ingin mengambil kesempatan menyatakan sokongan penuh dan solidariti saya bersama rakyat dan bumi Palestin.

Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks perbelanjaan untuk Malaysia secara keseluruhan mengambil kira status kewangan negara dan situasi ekonomi global yang berlaku hari ini, saya menyokong usaha kerajaan mengecilkan defisit perbelanjaan negara. Tahun 2023 lebih daripada pendapatan iaitu RM93.2 bilion manakala tahun hadapan pula dijangka berkurang kepada RM83.6 bilion. Kalau dibandingkan dengan tahun 2023, pendapatan tahun 2024 dijangka naik kepada RM312 bilion, iaitu peningkatan 2.8 peratus.

Namun saya perhatikan non-tax revenue seperti dividen daripada Petronas dan sumbangan daripada KWAP dijangka lebih rendah tahun hadapan. Menyentuh pula mengenai cukai perkhidmatan yang dinaikkan kepada lapan peratus, saya rasa perlunya kerajaan menjelaskan kelebihan kenaikan ini berbanding pengenalan semula GST pada kadar empat atau lima peratus seperti yang dicadangkan oleh beberapa pakar ekonomi sama ada dari sudut pendapatan tambahan, tambahan kos kepada pengguna dan juga kesan ke atas pelabur dalam dan luar negara.

final • 3:17 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Seterusnya mengenai hutang khususnya mengenai debt service charges (DSC), tahun ini kita membayar sejumlah RM46 bilion. Untuk tahun 2023 pula dijangka ia akan meningkat kepada RM49.8 bilion iaitu peningkatan lapan peratus. Ia meliputi 16 peratus daripada perbelanjaan mengurus dan lebih separuh daripada perbelanjaan pembangunan. Bayangkan jika duit sebanyak ini dibelanjakan bagi merapatkan jurang antara wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Menyentuh mengenai isu subsidi dan social assistance, walaupun telah dimaklumkan mengenai penstrukturan semula subsidi seperti subsidi ayam, telur, elektrik dan diesel yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan tetapi perinciannya masih belum jelas. Saya juga khuatir dengan peruntukan tambahan bagi tujuan penguatkuasaan.

Hanya tambahan RM10 juta berbanding pengurangan berbilion subsidi untuk rakyat sedangkan isu ketirisan menjadi antara punca mengapa subsidi dikurangkan.

Berkenaan dengan penstrukturan semula subsidi diesel, saya mohon agar kerajaan mempertimbangkan semula cadangan ini khususnya di wilayah Sabah dan Sarawak. Majoriti rakyat Sabah menggunakan diesel secara harian untuk meneruskan kehidupan. Semua peringkat menggunakan komoditi ini. Yang paling terkesan adalah kami di Sabah. Cash handout pula adalah penambahan sebanyak RM2 bilion iaitu penambahan 25 peratus yang akan memberi manfaat kepada sembilan juta penerima merangkumi 60 peratus populasi dewasa.

final • 3:17 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Namun, sejauh mana bantuan ini dapat cover peningkatan kos sara hidup akibat pengurangan subsidi, ini belum kita ketahui. Jika kerajaan ada pengiraannya, mohon dibentangkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya rujuk tajuk akhbar The Straits Times, 19 Oktober lalu, “Ringgit falls to 25-year low, the worst performer in Asia after Yen in 2023”. Manakala ada ahli ekonomi yang menjangkakan tidak mustahil Ringgit Malaysia akan mencecah RM5 bagi 1 US Dolar. Jika Ringgit berterusan jatuh, kos sara hidup rakyat akan meningkat kerana sebahagian besar perbelanjaan rakyat marhaen melibatkan makanan yang majoritinya diimport.

Justeru, saya gesa kerajaan, dan Bank Negara Malaysia mencari jalan. Carilah kaedah apa pun untuk meredakan situasi ini. Kita tidak mahu kita dilabelkan sebagai kerajaan yang satu-satunya tidak bimbang dengan kejatuhan nilai mata wang negara.

Tuan Yang di-Pertua, saban tahun apabila setiap daripada kita membicarakan mengenai belanjawan, tidak dapat tidak kita- semua menyuarakan mengenai penyampaian, delivery system. Berbilion-bilion kita belanjakan. Adakah objektif kita tercapai? Adakah ia dibelanjakan sepenuhnya? Adakah golongan sasaran benar-benar dibantu? Adakah rantaian pelaksanaan dari yang bawah hingga ke atas benar-benar memahami dan melaksanakan sepenuhnya hasrat kerajaan semasa?

Perdana Menteri dan kerajaan bersilih ganti. Namun, apa yang kita lihat ia tetap berterusan. Sebut saja kerajaan Barisan Nasional, PH 1.0, Perikatan Nasional, BN-PN dan hari ini Kerajaan Perpaduan. Adakah masih salah ahli politik yang memangku jawatan Menteri ataupun ada yang tidak kena dengan sistem perlaksanaan kita, atau mereka yang melaksanakan apa yang diamanahkan?

Baru-baru ini, kita telah meluluskan Rang Undang-undang Tanggungjawab Fiskal yang bagi saya cukup penting sebagai langkah tepat pembaharuan pengurusan kewangan negara. Antara fasal saya sokong penuh iaitu mengenai kebertanggungjawaban kerajaan untuk membentangkan prestasi perbelanjaan semasa bagi tempoh separuh tahun di Parlimen. Ini cukup penting bila mana kita mencari jalan untuk menambah baik sistem penyampaian kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sabah, dan juga Ahli Parlimen Sabah yang menyokong cadangan saya awal Januari lalu even sebelum pembentangan Belanjawan 2023 untuk perlunya mewujudkan Akaun Amanah Sabah bagi menyimpan lebihan Peruntukan Pembangunan yang tidak dapat dibelanjakan setiap tahun, ianya telah pun diluluskan di

final • 3:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

peringkat negeri tinggal sahaja sama ada Kerajaan Persekutuan bersetuju menyalurkan peruntukan ini atau tidak?

Tuan Yang di-Pertua, tiga masalah utama kami di Sabah iaitu EJA- elektrik, jalan raya dan air. Berdasarkan daripada tiga- sumber iaitu teks ucapan belanjawan, Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan dan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan. Saya ingin sebut beberapa butiran penting yang menarik perhatian saya.

Pertama, kita pergi kepada butiran bekalan air- rancangan bekalan air Sabah diumumkan sejumlah RM226 juta, perbelanjaan sebenar RM190 juta.

Kedua, butiran bekalan elektrik. Bekalan elektrik luar bandar Sabah diumumkan sejumlah RM300 juta, namun perbelanjaan sebenar hanya RM170 juta. Sabah Electricity Sdn. Bhd. diumumkan sejumlah RM308 juta, namun perbelanjaan sebenar RM178 juta.

Ketiga, butiran jalan raya. Butiran jalan raya dan jambatan Sabah diumumkan RM129 juta, perbelanjaan sebenar RM104.6 juta. Lebuhraya Pan Borneo diumumkan RM2 bilion, perbelanjaan sebenar hanyalah RM1.36 bilion. Untuk Sabah kita tidak tahu berapa banyak sebenarnya kerana ia melibatkan Sabah dan Sarawak.

Keempat, pendidikan. Program pembangunan luar bandar Sabah dan Sarawak diumumkan RM912 juta, namun hanya RM439 juta dibelanjakan pada tahun semasa.

What is this? Kalau kamu tidak tahu mana mahu taruk ataupun mana tempat mahu dibelanjakan duit yang tidak sempat digunakan ini, saya bagi list jalan-jalan ini. Jalan Gaur-Pinolobuh-Mangkulat, Jalan Podos-Gansurai-Tinata, Jalan Kaung, Jalan Puhus, Jalan Pomotodon-Tiong Kamburaon, Jalan Lasau Tintapon, Jalan Tuguson.

Ini belum mengambil kira peruntukan yang tidak dinyatakan secara spesifik pada Sabah. Antaranya butiran keselamatan, perumahan dan jaringan jalur lebar Internet.

Bagaimanakah pula dengan perbelanjaan sebenar bagi setiap butiran ini?

Tuan Yang di-Pertua, saya lihat kerajaan masih belum mengambil cadangan saya pada belanjawan lalu iaitu membutirkan perbelanjaan untuk Sabah dan Sarawak dengan lebih jelas di dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan. Saya ambil contoh butiran sekolah daif. Tidak ada pun pengkhususan butiran pembaikan sekolah daif sedangkan kami di Sabah, juaralah bah! Jadi, macam mana kita mahu pantau pembaikan sekolah daif ini?

Tuan Yang di-Pertua, dinyatakan 155 projek naik taraf bangunan dan prasarana sekolah daif. Soalan, adakah ini merupakan projek baharu atau projek sambungan?

Belanjawan 2023 disebutkan 400 buah klinik, dan 380 buah sekolah daif terlibat dengan peruntukan sejumlah RM1.2 bilion. Berapakah daripada jumlah tersebut sekolah daif di Sabah dan berapakah jumlah dan nilai projek yang telah dilaksanakan pada tahun ini?

Saya kadang-kadang hairan bagaimana kita buat assessment berkenaan sekolah-sekolah daif di Sabah. Saya difahamkan projek-projek sekolah daif yang diluluskan sebelum ini hanya merangkumi bilik-bilik darjah sahaja tanpa ada kemudahan seperti bilik pentadbiran, kantin sekolah, tandas, bilik khas, pagar sekolah dan rumah guru.

Saya boleh bagi contoh sekarang, SK Kiau yang bilik guru dia hanya pakai khemah saja walaupun pada tahun ini saya tahu dia sudah mendapat peruntukan untuk bina bilik guru, tapi bolehkah lain kali, kita buat assessment itu secara logik, dan kena dengan punca masalah dia? Selebihnya saya akan berbahas di Peringkat Jawatankuasa.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, begitu juga Yang Berhormat Menteri Kesihatan kerana akhirnya setelah diperjuangkan begitu lama, Klinik Kesihatan Pulau Mantanani akan mula dibina pada tahun hadapan. Saya berharap peringkat perlaksanaannya nanti tidak lagi tertangguh kerana sudah lama kami impikan klinik ini. Saya juga minta jangan lupa Klinik Kesihatan Taginambur untuk dinaik taraf.

Saya juga ingin sentuh projek politeknik di tempat saya, in fact sudah pecah tanah bah sebelum PRU14. PRU 14 ah, sudah lulus kena tarik balik. Lepas itu rayu, kemudian kena lawat. Bila ditanya kena suruh tangguh lagi, apa bah ni? Tai chi sana, tai chi sini.

Jadi, sekarang mahu bagi kah, tidak?

final • 3:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai pemberian khas interim untuk Sabah yang ditingkatkan daripada RM125.6 juta kepada RM300 juta. Soalan saya, bilakah ia akan dibentangkan di Parlimen seperti yang berlaku pada tahun 2022?

Kedua, adakah dalam warta baru nanti, perkataan ‘interim’ akan dinyatakan?

Saya masih menunggu-nunggu jawapan daripada Kementerian Kewangan berkenaan hasil cukai bersih di Sabah ke Persekutuan. Adakah ia berdasarkan Artikel 112C, Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, as much as saya welcome pengembalian SESB kepada kerajaan Sabah, saya berharap kelangsungan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu diteruskan bagi memastikan SESB boleh berdiri dengan sendirinya menjelang tahun 2031 apabila SESB mencapai kemapanan kewangan menurut pelan transformasi.

Kenapakah tidak SESB ini dinaungi oleh satu kementerian khusus di peringkat Kerajaan Sabah? Kementerian inilah yang akan menjaga sektor tenaga dan kawal selia gas untuk Sabah dan SESB supaya polisi, dan governance lebih telus, objektif dan aspire. Saya cakap siap-siap ah, saya tidak dapat terima kalau negeri yang pengeluar gas dan minyak tapi tidak dapat supply gas untuk kegunaan sektor tenaga dia sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai projek tebatan banjir yang melibatkan kos RM11.8 bilion. Di Sabah ada dinyatakan Sungai Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Saya ingin tahu, status terkini rancangan tebatan banjir Sungai Kadamaian, Sungai Tempasuk, Sungai Abai dan Sungai Kawang Kawang, Kota Belud. Adakah ia termasuk dalam 33 projek tebatan banjir yang diumumkan?

Tuan Yang di-Pertua, sebanyak RM1.1 bilion disediakan bagi menangani isu bekalan air bersih di Kelantan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Namun, tidak dinyatakan pecahan peruntukan berapa? Jika dilihat di dalam touch point belanjawan bagi Sabah, projek yang terlibat dalam memulihkan, dan menggantikan infrastruktur serta peralatan bagi meningkatkan kapasiti loji rawatan air.

Justeru, persoalan saya, pertama, adakah bantuan segera RM320 juta seperti yang diumumkan pada bulan Jun lalu telah disalurkan kepada kerajaan negeri? Jika telah disalurkan, adakah ia telah mula dilaksanakan?

Kedua, daripada sejumlah RM1.1 bilion, berapakah untuk Sabah, dan daerah manakah yang terlibat? Masalah air di Sabah ini bukan benda yang main-main ah. Teruk, teruk! Jangan bilang Sabah, di Kota Belud sendiri pun loji rawatan air perlu.

Tuan Yang di-Pertua, saya rujuk tinjauan fiskal 2024 iaitu mengenai komitmen jaminan kerajaan bagi tahun 2022 dan 2023.

final • 3:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Hanya 0.1 peratus sahaja peningkatan di bawah entiti DanaInfra Nasional Berhad yang sepatutnya membiayai projek Pan-Borneo pakej Sabah. Soalan saya, sejak dari 2018 hingga Belanjawan 2024, saya lihat peruntukan yang disediakan bagi Pan-Borneo Sabah dan Sarawak hanya RM2 bilion.

Jika mengambil kira, hanya ini saja peruntukan yang disediakan setiap tahun, jika dibahagi dua dengan Sarawak, 19 pakej di Sabah yang disebutkan akan mengambil masa 15 tahun untuk disiapkan. Justeru, adakah hanya RM2 bilion setiap tahun ini, atau ada pembiayaan yang lain? Jika ada, nyatakan entiti yang akan membiayai projek ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mahu tanya. Bilakah agaknya Kerajaan Persekutuan akan menyelesaikan isu-isu perundangan mengenai empat perkara berkaitan petroleum iaitu royalti minyak dan bayaran tunai petroleum, mineral minyak dan medan minyak, Akta Laut Wilayah, Akta 750 dan hak negeri ke atas pelantar benua?

Walaupun kebersamaan Sabah membentuk Persekutuan Malaysia didorong oleh keyakinan berasaskan documented agreement dengan terma-terma yang kukuh dan sahih adalah mengecewakan bila mana terma-terma tersebut tidak dipatuhi dan tidak dilaksanakan. Here we are, after 60 years. Sabah adalah wilayah yang luas dan memerlukan dana yang besar untuk pembangunan. Itu harus difahami.

final • 3:30 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Apa yang harus difahami juga adalah hak Sabah mendapatkan bahagian dari hasil yang diperolehi dari tanah Sabah itu sendiri. Dear Sabahan, begitu sekalipun bukan bermakna segala kepincangan yang membelenggu Sabah is totally Malaya made. Kita tidak boleh terus-terus salahkan Malaya. Kita cakap mahu jadi macam Sarawak tapi kita tidak fikir macam orang Sarawak, kita tidak bertindak macam orang Sarawak...

[Tepuk] Kita Sabahan juga harus lihat diri sendiri. Jangan bah kita menjadi hamba kepada ketamakan sehingga menggadai Sabah. Pun begitu, masih kita bilang ‘Demi Rakyat’.

Tanggungjawab kita adalah juga Sabah, untuk jaga Sabah dan bukan kasi kaya diri. Pada akhirnya, kita akan dikenang atas tindakan baik buruk kita.

Saya cakap ini berkali-kali, dan saya mahu cakap lagi sekali. No Sabahan is bigger than Sabah itself. Terima kasih...

[Tepuk]

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kota Belud. Saya menjemput Yang Berhormat Sibu.

final • 3:30 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Saya ingin bagikan masalah jalan raya di Sibu. Operasi Lapangan Terbang Sibu secara rasminya bermula pada tahun 1994, dan terletak 23 kilometer daripada Bandar Sibu.

Disebabkan lapangan terbang tersebut agak jauh dari pusat bandar, keadaan jalan raya menuju ke Lapangan Terbang Sibu amat penting supaya ianya selamat.

Keadaan jalan sentiasa merupakan citra kepada kemajuan negara kita dan jalan yang baik akan memberikan kesan positif kepada pelancong asing dan keselesaan kepada rakyat. Namun, jalan menuju ke Lapangan Terbang Sibu sudah mengalami kerosakan dan mengancam keselamatan pengguna jalan tersebut. Selain itu, ia akan merencat pembangunan Sibu kerana minat pelabur asing akan berkurangan dan menyebabkan penurunan ekonomi di kawasan Sibu.

Pada sesi Parlimen yang lalu, saya telah membangkitkan masalah tersebut dan dalam soalan Parlimen tetapi pihak JKR memberikan alasan bahawa JKR perlu mengikut cadangan kerajaan negeri untuk melaksanakan kerja naik taraf. Jadi, saya memohon kepada Kementerian Kerja Raya menjelaskan perkembangan terkini dalam isu ini. Adakah peruntukan akan disediakan dan diluluskan dalam bulan Belanjawan 2024 untuk menaik taraf jalan tersebut?

Tuan Yang di-Pertua, untuk memastikan rakyat kita produktif, kita perlu melengkapi rakyat kita dengan ilmu adalah sangat penting. Jadi, kita memerlukan lebih banyak universiti awam supaya anak-anak kita mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran mereka ke universiti.

Saya di sini ingin mencadangkan bahawa dua buah lagi universiti awam dibina.

Satu di Sarawak dan satu di Sabah supaya ini boleh memberikan satu gambaran bahawa Sabah dan Sarawak adalah rakan sama kongsi di dalam penubuhan Malaysia. Saya berharap, perancangan ini boleh dipertimbangkan dan diluluskan dalam Kerajaan Madani ini.

Selain itu, dengan adanya universiti awam juga akan membantu pembangunan ekonomi sesuatu tempat itu dan menarik lebih banyak pelajar-pelajar dari negeri-negeri lain, dan juga memberikan peluang dan memberikan ekonomi kepada kawasan tersebut.

Ini juga selari dengan hasrat kerajaan negeri Sarawak, bahawa kami di Sarawak sedang membangun dengan pesat dalam industri berteknologi tinggi seperti hydrogen bus, fuel from our guy. Ini semua, dan green energy. Ini semua merupakan industri berteknologi tinggi. Kita memerlukan - kami memerlukan lebih banyak engineers dan scientist supaya boleh merealisasikan kejayaan dalam industri ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengetahui sama ada Kerajaan Persekutuan sekarang masih berhasrat untuk menubuh lebih banyak lagi Urban Transformation Centre (UTC) di kawasan-kawasan yang mempunyai penduduk yang ramai ataupun yang hanya dikekalkan pada jumlah yang sedia ada pada masa kini sahaja.

final • 3:32 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Saya bangkitkan isu ini kerana di Sarawak, UTC hanya terdapat di Kuching, Sibu dan Miri. Jadi, Bintulu merupakan satu pekan yang agak besar dan juga sangat besar juga. Memerlukan UTC ini untuk memudahkan penduduk-penduduk di pekan Bintulu.

Jadi, saya difahamkan, sudah ada tempat ditentukan tetapi tiada tindakan dari pihak kerajaan. Jadi, saya minta kerajaan untuk memberikan penjelasan terhadap masalah ini.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi, saya ingin membangkitkan masalah harga barang Sabah dan Sarawak yang tidak selari dengan harga barangan di Semenanjung Malaysia. Masalah ini sudah lama dihadapi oleh rakyat Sabah dan Sarawak. Kami berasa terpinggir kerana sebagai rakyat Malaysia, kami seolah-olah dilayan dengan layanan kelas kedua.

Kami harus diberikan layanan yang sama, bukan harus bayar harga barang yang lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung Malaysia. Saya berharap masalah ini dapat diselesaikan oleh Kerajaan Madani dan menunjukkan bahawa sesuatu yang tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan terdahulu, boleh diselesaikan oleh kerajaan sekarang, dan mempamerkan bahawa Kerajaan Madani memang memandang serius terhadap kedudukan istimewa Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, tentang autonomi Sarawak yang sering dibangkitkan, dibincangkan di dalam Dewan yang mulia ini dan juga jawatankuasa teknikal atau khas sudah didirikan daripada wakil Kerajaan Persekutuan dan wakil dari kerajaan Sarawak.

Juga, ditubuhkan untuk menerajui perkara ini jadi saya ingin bertanya kepada Kerajaan Persekutuan. Apakah perkembangan terkini perbincangan ini?

Kita sering mendengar tentang tuntutan autonomi kesihatan dan juga autonomi pendidikan oleh kerajaan Sarawak. Jadi saya ingin tahu, adakah perbincangan ini juga dibawa ke dalam jawatankuasa teknikal atau khas itu? Apakah pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap tuntutan ini?

Saya berasa amat perlunya kita memisahkan kedua-dua bidang ini kepada negeri Sabah dan Sarawak, adalah sebab latar belakang sejarah, warisan dan komposisi kaum yang berbeza di Sabah dan Sarawak berbanding dengan Semenanjung Malaysia.

Selalunya, ada perbincangan di kalangan penduduk Sarawak bahawa buku Sejarah Malaysia di sekolah terlalu tertumpu kepada Sejarah Tanah Melayu. Kita baru belajar sejarah Sarawak bermula dari Darjah 4.

Jadi, ini menunjukkan bahawa kita perlu satu autonomi di dalam pendidikan.

Sebenarnya, sejarah Sabah dan Sarawak harus melibatkan sekurang-kurangnya satu pertiga atau separuh dalam kandungan buku sejarah sekolah kita, supaya identiti kami orang Sarawak dapat dikekalkan dan harus diingatkan bahawa, identiti Malaysia ini bukan identiti Tanah Melayu, tetapi juga adalah value, atau nilai identiti Sarawak dan Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, saya meneliti banyak perbincangan di dalam Dewan yang mulia ini, terutamanya tentang identiti Malaysia ini. Memang sudah jauh lari daripada asas pertubuhan Malaysia terutamanya ideologi ketuanan Melayu ini memang menyakiti hati orang Sarawak. Sampai sekarang, Orang Asli Sarawak masih digelar lain-lain. Walaupun bumiputera, tetapi seolah-olah, second class bumiputera dipinggirkan.

final • 3:32 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada Kerajaan MADANI untuk membetulkan masalah ini. Sama ada mengiktirafkan nama asal kaum-kaum Orang Asli ini ataupun hapuskan sama sekali perbezaan kaum ini ataupun sebenarnya hanya Bumiputera dan bukan Bumiputera sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa juga bahawa Sarawak bersetuju untuk menyertai menubuhkan Malaysia kerana kita adalah negara sekular.

Maksudnya kita adalah Ahli Commonwealth dan berdasarkan sistem pentadbiran British, memang tiada pertikaian-pertikaian dalam perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua saya memang mengalu-alukan dasar subsidi bersasar oleh Kerajaan Madani. Ini memang akan mengurangkan ketirisan yang berlaku selama ini.

Saya difahamkan dasar subsidi bersasar ini akan bermula dari minyak diesel dan secara berfasa-fasa. Saya ingin tahu apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk

final • 3:40 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

membantu mereka terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak yang amat bergantung kepada kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang menggunakan minyak diesel ini.

Mungkin kerajaan akan bermula dasar ini di Semenanjung Malaysia terdahulu, tetapi kalau dasar ini sudah dilaksanakan di Sarawak, apakah mekanisme untuk membantu mereka yang menggunakan kenderaan pacuan empat roda ini supaya memang kehidupan mereka tidak akan di jejas atau ditambahkan. Saya juga ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai perancangan untuk mengurangkan cukai jalan kepada kenderaan yang menggunakan minyak diesel.

Kerana selama ini, cukai jalan bagi kenderaan diesel adalah tinggi terutamanya kenderaan diesel yang berkapasiti tinggi. Sebab kenderaan ini menggunakan lebih banyak diesel bersubsidi. Itu sebab dulu kerajaan mengenakan lebih tinggi cukai jalan kepada kenderaan tersebut. Jadi, apakah, jadi apakah akan berlaku apabila subsidi diesel sudah dihapuskan? Adakah cukai jalan ini juga akan dikurangkan? Ini juga boleh digunakan sebagai satu langkah untuk mengurangkan beban rakyat yang sedia ada memiliki kenderaan diesel itu.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin mengulang lagi tentang Hospital Sibu memang memerlukan, memerlukan satu Invasive Cardiac Unit dengan secepat mungkin untuk mengatasi masalah kekurangan fasiliti akibat lebih banyak pesakit jantung meninggal kerana tidak ada fasiliti ini. Selain itu, hasrat untuk menubuhkan Cancer Center di Sibu adalah hasrat orang Sibu, dan bukan semuanya fasiliti-fasiliti yang penting ini kita tumpukan di Kuching. Jadi, minta kementerian untuk mempertimbangkan keputusan ini untuk mendirikan Cancer Center itu di Sibu. Itu saja. Sekian, terima kasih...

[Tepuk]

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Ahli-ahli Yang Berhormat sebagaimana pemasyhuran Tan Sri Yang di- Pertua Dewan Rakyat pada Isnin, 16 Oktober 2023 berkenaan meningkatnya trend Ahli- ahli Yang Berhormat memasang peranti seperti telefon bimbit di meja untuk membuat live streaming di media sosial, semasa ucapan Yang Berhormat ketika Sesi Persidangan Dewan Rakyat berlangsung, Tan Sri Yang di-Pertua telah menetapkan bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak lagi dibenarkan untuk memasang sebarang peranti bagi membuat live streaming dalam Dewan Rakyat.

Peranti yang tidak dibenarkan adalah peranti yang digunakan untuk membuat live streaming dalam Dewan Rakyat manakala peranti lain seperti komputer riba atau tablet yang digunakan untuk membantu ucapan Yang berhormat adalah dibenarkan. Diharap agar Ahli-ahli Yang Berhormat dapat memberi kerjasama dalam perkara ini. Sekian, terima kasih.

Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Arau untuk berbahas saya minta bentara untuk semak sama ada peranti di atas meja Yang Berhormat Arau adalah untuk membuat live streaming atau untuk membantu ucapan Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya membawa perkara 36(6) kepada Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Seorang Ahli

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat bersangkaan jahat. Kenapa dibawa tajuk itu masa saya berucap? Ini sangkaan jahat Speaker pada saya. Mari Bentara, meh mari, mari saya nak, mari kejap, mari! Ini saya nak bagi semangat saya berucap. Saya letak barang, mana ada apa. Ini saya akan bawa perkara 36(6)...

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Ada lah. Mana?

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Speaker...

final • 3:40 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Arau ada kat meja atas itu. Nampak itu.

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Speaker, Speaker kata dengan jelas. Speaker minta Bentara semak...

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Eh, biadab, duduklah biadab!

final • 3:40 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Sangkaan jahat.

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Siapa biadab, siapa biadab?

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak, sekarang ini Speaker...

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Siapa biadab?

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bawa perkara ini...

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Eh, kamu guna perintah tetap untuk go against Speaker, itu biadab tak biadab?

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, kenapa saya disemak? Yang Berhormat akan tengok nanti sama ada...

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Speaker sudah minta bentara untuk semak.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya buat livestreaming ataupun tidak.

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Apa salahnya?

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini sangkaan jahat.

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Chair of the House. Apa salah Speaker?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang lain sila duduk.

Yang lain sila duduk. Tidak apa.

final • 3:40 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Duduklah, duduk. Orang tengah berucap saja berdiri.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Shut up! You duduk! Sekarang masa saya!

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Apa shut up, apa shut up?

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Duduk! Duduk!

final • 3:40 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Duduklah Gopeng.

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Speaker panggil, saya baru duduk.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Duduk!

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk. Yang Berhormat Gopeng, sila duduk.

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Speaker panggil, saya baru duduk. Okey, saya dengar, saya akur kepada arahan Speaker.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Padan muka kamu.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, saya jemput Yang Berhormat Arau.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, ini...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Arau nak berucap atau tidak?

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini adalah cara saya. Tak bagi live, saya letak telefon, bagi semangat.

final • 3:40 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Arau, sila duduk. Arau, sila duduk.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Seolah-olahnya macam saya live dengan rakyat Malaysia.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh, boleh. Ya, ya.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tapi, sekarang ini saya sedang live dengan rakyat Malaysia kerana menggunakan apa itu...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak boleh. Okey.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Menggunakan apa itu kamera daripada Parlimen...

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Melalui, melalui YouTube dan kita sedang live sekarang.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Rakyat Malaysia, orang muda yang dikasihi sekalian.

Tolong betul gambar saya supaya...

[Ketawa] Bertentangan dengan ini, tetapi Speaker, saya sebenarnya tak- walaupun saya bercakap tadi agak keras, saya tak sampai hati.

Orang lain saya tak peduli, tapi Speaker, saya tak sanggup mengguna 36(6). Cuma, saya akan gunakan Peraturan 35(1) untuk Speaker mencabar Speaker, kenapa gunakan peruntukan itu di sama dengan peranti.

Peruntukan itu memandang Speaker tetapi peranti ini apa kena mengena? Peranti dengan Speaker. Jadi, kita akan cabar kemudian Yang Berhormat.

final • 3:45 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Arau, dah diputus itu...

final • 3:45 PM

Datuk Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, yang pertamanya ingin saya Tuan Yang di-Pertua, yang dikasihi. Saya ingin bercakap tentang tabung sumbangan ya. Saya amat bersimpati dengan kesengsaraan rakyat Palestin akibat kekejaman rejim Zionis.

Rakyat Malaysia tidak henti-henti berdoa, bacaan Qunut Nazilah, Perhimpunan Solidariti Malaysia terhadap perjuangan Palestin, dan ramai yang berusaha mengutip derma dalam usaha menunjukkan keprihatinan.

Selain daripada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin yang dikendalikan oleh Kementerian Luar, saya mencadangkan kerajaan membuat pemantauan ketat ke atas tabung-tabung lain dan wakil, menghantar wakil kepada- kepada penderma yang membuat salurkan bantuan. Dan jika sebahagian dana yang akan dikumpul tersebut, perlu digunakan untuk tujuan lain. Contohnya, logistik, penghantaran barang ataupun sebagainya, tetapkan hanya 10 peratus ataupun kurang lagi daripada kutipan dana dan 90 peratus atau lebih digunakan sepenuhnya untuk membantu rakyat Palestin.

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran dalam Surah Al-Anfal, Ayat 27 yang bermaksud, “Wahai orang yang telah beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah SWT dan Rasul dan mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui.” Yang keduanya ialah berhubung dengan keadilan Palestin. Saya menyeru kepada Parlimen Malaysia membincangkan perkara ini. Penjelasan daripada Speaker dan juga daripada Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri, tidak mencukupi.

Yang perlunya ialah kita membuat apa itu stand, dengan izin, berhubung dengan Palestin. Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanannya perlu diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas kezaliman yang gila mengebom Hospital Al-Ahli di Gaza yang telah mengorbankan ramai anak kecil, warga emas dan kaum wanita yang cedera, sakit dan tidak bersalah. Sewajarnya, dibincang di Parlimen seperti yang saya sebutkan tadi.

Kita juga mengecam, mengecam keras wakil kongres Amerika Syarikat yang secara terang-terang mengeluarkan kenyataan memberi sokong.

Semasa mereka berucap di Israel, masa yang sama pengeboman sedang berlaku di Gaza. Malaysia juga perlu terus menyeru negara-negara yang mempunyai kuasa veto untuk terus mengecam. Kita wajib dan terus-menerus berani bersuara dan membantah

final • 3:45 PM

Datuk Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

dalam apa jua kapasiti demi menyelamatkan Palestin daripada menjadi satu kubur genosid. Mungkin percaturan politik di antara China dan Amerika sekarang perlu diambil kira dengan sebaik-baiknya dan kita perlu menetapkan sokongan kita.

Cuma kita berharap China tidak membuli kita tentang perkara-perkara yang lain.

Tetapi, daripada sokongan besar antarabangsa, sewajarnya kita berubah kerana Amerika tidak berhenti untuk menyokong Israel dan Biden mengatakan bahawa pengeboman di hospital itu bukan dibuat oleh Israel. Jadi, kalau begitu saya pun boleh kata apa itu, serangan yang dibuat ke atas Israel itu, bukan dibuat oleh Hamas. Mungkin mereka buat sendiri untuk membolehkan mereka hentam apa itu orang Palestin dengan lebih teruknya.

Yang berikutnya ialah yang saya tak pernah berucap, saya hanya bercakap fasal negara. Jadi, saya nak cakap sikit fasal negeri Perlis. Saya ingin memohon pertimbangan antaranya projek-projek yang telah dikemukakan surat permohonan oleh SUK negeri di bawah Rolling Plan Rancangan Malaysia Ke-12 kepada Kementerian Ekonomi. Antara yang menjadi keutamaan, kerja-kerja menaik taraf pos kawalan dan pembinaan baharu blok pembangunan pejabat pentadbiran serta laluan kerja berkaitan dengan berkaitan di Kompleks ICQS Wang Kelian.

final • 3:45 PM

Datuk Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Pembinaan baharu Kompleks Ambulatory Care Center serta blok pentadbiran Hospital Tengku Fauziah. Projek menaik taraf kawasan parkir dan pembangunan view point Wang Kelian Fasa 2 di Wang Kelian serta lain-lain kerja berkaitan. Projek pembangunan Kompleks Rakan Muda Beseri, menaik taraf laluan Jalan Wawasan.

Penilaian potensi pembangunan Perlis Geopark untuk pangkalan dan pemulihan sumber semula jadi. Pembinaan sekolah berasrama penuh di Arau.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apa itu Perdana Menteri. Apakah status Pelabuhan Kuala Sanglang yang telah- kenapakah Pelabuhan Kuala Sanglang tidak dimasukkan dalam RMKe-12? Padahal sebelum ini PMX telah mengumumkannya.

Saya juga memohon supaya elaun sara hidup petani RM200 sebulan dan juga bantuan kepada penoreh getah diberikan sekurang-kurangnya enam bulan setahun untuk menampung masalah yang dihadapi. Pada masa sekarang, nelayan diberi peruntukan bulanan sebanyak RM300. Saya juga ingin mengucap terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah meluluskan pembinaan jalan dari Lomboh Behor-Mempelam yang berada di Tambun Tulang dalam pembentangan bajet baru-baru ini, tetapi Perdana Menteri telah menyebut perkataan “Tualang”. Tualang maknanya pokok. Tulang maknanya bone. Itu dengan izin, Yang Berhormat.

Walau bagaimanapun terima kasih dalam banyak-banyak tempat di dunia ini disebut nama Tambun Tulang. Jadi, kena ucapan terima kasih. Walaupun bajet ini saya hanya menyokong dari segi pengurusan tetapi dari segi pembangunan hendak lah dibuat beberapa pindaan yang kita akan sebutkan. Kita ada masalah berhubung dengan warga asing. Kita ada masalah yang perlu ditangani dengan kadar segera bagi meredakan keresahan dalam kalangan rakyat memandangkan sehingga kini belum ada penjelasan terperinci berkaitan Laporan Audit Negara 2018 yang mendedahkan lebih kepada 100,000 pelancong dari pelbagai negara termasuk China yang tiada rekod keluar daripada negara ini.

Kita menggalakkan pelancong China datang tetapi kenalah pastikan supaya mereka balik pada waktunya. Kita tahu China sekarang adalah sebuah negeri maju yang telah merobotikkan pekerjaan. Ramai daripada mereka yang mencari pekerjaan dan kita harap mereka yang datang sini balik pada tempohnya dan apakah angka RM1.2 juta itu sebenarnya kenyataan dan saya minta Menteri Dalam Negeri untuk menjawabnya.

Kalau menteri gagal menjawabnya, menteri boleh ganti dengan Menteri Pertanian. Bertukar tempat ya sebab untuk membolehkan. Kita nak jawapan yang tegas dan tindakan yang tegas diambil. Kemudian, saya minta juga kepada pihak kementerian supaya Timbalan Menteri Dalam Negeri ada sini tadi? Saya minta di samping menyambut pelancong daripada China, sambutlah juga daripada India. Sambutlah daripada Bangladesh. Sambutlah daripada negeri-negeri lain sebab mereka merupakan pelancong yang memberi sumbangan ekonomi kepada negara.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Berhubung dengan kos sara hidup dan subsidi. Selepas mendengar ucapan 2024 pada Jumaat yang lalu, saya yakin perasaan kami semua rakyat Malaysia bercampur baur dan ada yang gembira dan ada yang kecewa. Rata-rata rakyat Malaysia saya tanya amat gusar dengan cadangan mengapungkan ayam dan telur. Belum masuk 2024, harga ayam kini sudah tidak menentu dan tiada kawalan. Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Bera tadi, harganya sesetengah sampai RM11.00 dan maklumat yang saya terima adalah di antara RM10.50 sehingga ke RM11.00. Ini adalah sesuatu yang harus difikirkan oleh kerajaan. Belum apung mereka dah apung dulu. Saya ingat kalau kita dah apung nanti, dia akan menjadi lebih banyak masalah. Rakyat sudah tidak dapat perlindungan.

Pegawai-pegawai kerajaan pun mungkin letih sebab tentang apa yang berlaku. Saya cadangkan supaya tindakan segera diambil.

Kalau kerajaan hendak apungkan semua barang- apung. Saya sokong Yang Berhormat. Apungkan juga sosial. Sosial dah apung dah. Kerajaan telah turunkan kos cukai hiburan untuk konsert yang akan diadakan di wilayah. Sekarang apungkan.

Apungkan politik Yang Berhormat. Benar, Akta Lompat Parti ketepikan dan semua orang yang nak menyertai kami boleh menyertai.

Kuala Kangsar, dia tak tukar parti. Dia hanya sokong. Banyak daripada sana yang akan menyokong dan tidak perlu tukar parti termasuk Speaker kalau sudi bersama dengan saya. Jemput datang bersama dengan kami...

[Tepuk]

final • 3:50 PM

Seorang Ahli

Termasuk Hulu Langat.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hulu Langat dia baru balik Mesir, dia bercakap apa pun saya tak tahu tetapi kalau dia cakap macam cakap di Parlimen tak bagus lah. Bercakap dengan student. Dengan student ini kita kena lembut-lembut sedikit.

Kemiskinan tegar dan juga miskin. Semasa. jangan kacau lagi. Kejap lagi saya bagi.

Semasa pembentangan Belanjawan 2024...

final • 3:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Arau

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Perdana Menteri telah memberi maklum bahawa sejumlah RM500 disediakan untuk meningkatkan penyertaan lebih ramai miskin tegar untuk mengikuti Program Inisiatif Pendapatan Rakyat. Bagi meningkatkan pendapatan jumlah isi rumah miskin tegar. Pada 24 Februari 2023, Februari Yang Berhormat ya. dalam pembentangan Bajet 2023 dimaklumkan ada 300,000 keluarga.

Bulan Julai pula diumumkan ada 110,000 zakat miskin tegar yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah, tetapi pada 15 April telah dimaklumkan 130,000 dan baru-baru ini bajet 18,000 seperti yang disebut oleh Bera. Bagaimana kehebatan menyelesaikan masalah daripada 300,000 tinggal 18,000. Jadi, untuk nak selesaikan masalah miskin tegar dan menoktahkannya, tidak perlu tunggu tahun depan. Buat sekarang. Saya dapati sebulan 18,000 boleh dibuat dan saya nak minta formula ini untuk membolehkan. Siapa buat formula, saya tak tahu. Untuk membolehkan kita laksana perkara-perkara yang lain dengan lebih hebat dan dahsyat.

Banyak yang keduanya saya nak cakap tentang miskin mutlak. Miskin mutlak ini Yang Berhormat, mereka tidak dapat bantuan kebajikan. Mereka ini ialah yang berpendapatan RM2,589. Ini adalah orang yang miskin tidak cukup bayar installment, elektrik dan sebagainya. Yang ini mereka kena bagi perhatian dengan hebatnya. Yang Berhormat, saya harap tidak menghukum saya. Bagi masa lebih sedikit. Yang berikutnya adalah tentang pengangguran. Fokus bukan sahaja kepada lepasan graduan tetapi golongan B40 dan M40 yang kehilangan pekerjaan pada masa yang lepas. Tetapi tiap- tiap kali kita kekurangan pekerja, kita tidak pernah bagi perhatian perkara ini dan kita hanya bagi perhatian untuk mengambil lebih ramai orang asing termasuk kita ambil nurse dan juga tukang gunting.

Yang Berhormat, kehebatan seorang menteri bukan kerana import orang asing.

Kehebatan seorang menteri ialah memberi pekerjaan kepada orang tempatan. Jadi, kalau kami memerintah sudah pasti ini tidak akan berlaku lagi. Kita akan pastikan golongan ini mendapat bantuan. Golongan M40, pekerja swasta, pekerja sendiri agak hampa. Ini kerana banyak daripada mereka berharap pembentangan Belanjawan 2024 sekurang- kurangnya memberi berita gembira terutamanya kepada golongan M40. Yang kedua

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

terakhir Yang Berhormat, isu Ambalat. Ambalat seluas 15,000. Hulu Langat dengar sini.

15,000 kilometer per segi di tengah wilayah yang telah dipertikaikan.

Di bawah Sabah, saya menyokong Kota Belud. Orang Sabah. Ini kena perjuangkan tetapi kita lihat seperti yang kita sebutkan bahawa ianya Menteri Luar telah ada tandatangan yang menyebabkan Indonesia bergembira tetapi kita tak tahu. Saya mencadangkan Kerajaan Persekutuan supaya menyahklasifikasikan dokumen perjanjian untuk kami mengetahui. Sebab ini merupakan sumber alam di antara yang terkaya di dunia ini Yang Berhormat.

Jadi, jangan buat begitu. 18 tahun ada masalah? Tidak ada masalah. Boleh terus 100 tahun lagi tetapi kawasan Ambalat tidak boleh dicampur aduk oleh mana-mana pihak.

Ini hak Malaysia. Betul tak Hulu Langat? Ini hak Malaysia yang harus kita pertahankan.

Jadi, yang berikut ialah Yang Berhormat, sebagai penutup Yang Berhormat. Orang tutup dengan pantun. Saya tutup dengan baca hadis. Jadi, oleh saya baca hadis, jangan ganggu saya ya.

Pertama sekali ialah Hadis Riwayat At-Tirmidzi dan Ahmad. “Di antara kelebihannya di dunia, pertama doa pemimpin yang adil tidak ditolak oleh Allah Taala.” Pemimpin yang adil tidak ditolak kerana hampa pemimpin yang adil bagi peruntukan dekat kami, Allah tak tolak. Abu Hurairah r.a berkata. Rasulullah SAW bersabda, “Tiga orang yang doa mereka tidak akan ditolak iaitu orang yang berpuasa hingga berbuka”. Saya akan berpuasa hari Khamis ini dan saya akan berdoa. “Seorang imam yang adil dan doa orang yang kena zalim”. Saya sebenarnya telah menyediakan doa sebagai orang yang kena zalim tetapi saya tak sampai hati untuk baca doa itu. Saya akan baca doa ini di peringkat Jawatankuasa sebab memang saya sediakan doa ini. Doa ini adalah doa yang tidak boleh kita baca sembarangan. Kita berdoa bila kita betul-betul dizalimi. Kita berdoa dan tak baguslah kepada orang yang telah di doa. Yang keduanya ialah Hadis Riwayat At- Tirmidzi. Ini Hasan Gharib. Yang Berhormat Menteri Agama. Bakal Menteri Agama.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya manusia yang paling dicintai Allah di hari Kiamat dan paling tempat duduknya adalah imam yang adil sedangkan manusia yang paling dibenci oleh Allah Taala dan paling jauh tempat duduknya adalah imam yang zalim”. Pemimpin yang berintegriti layak mendapat doa mustajab dari Allah SWT.

Tentang doa ini ialah akhirnya Aisyah r.a berkata, “Aku mendengar Rasulullah berdoa ketika berada dalam rumah ku. Ya Allah, sesiapa yang menjawat sesuatu jawatan dalam urusan umat ku lalu dia mempersulitkan urusan mereka maka persulitkanlah dia, dan sesiapa yang menjawat sesuatu jawatan dalam urusan umat ku lalu dia berbuat baik dengan mereka maka berbuat baiklah dengannya.” Ini hadis Rasulullah SAW.

final • 3:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akhir sekali Yang Berhormat...

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Arau sebut Hulu Langat banyak kali tadi.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebut Hulu Langat banyak kali tadi, rindukah?

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sabar-sabar, satgi saya bagi, saya bagi.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Rindukah macam Parit Buntar?

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Duduk dulu Yang Berhormat, ini hadis satu lagi Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Parit Buntar dia rindu.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Langat sila duduk.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya ingin mencadangkan rakyat Malaysia tap- tap screen guys anak muda supaya Yang Amat Berhormat saudara Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya lunakkanlah dengan rakyat. Kita kena berlunak. Ini cara yang diajar oleh agama kita. Bila kita berlunak dengan orang maka orang berlunak dengan kita.

Jangan cakap kasar dengan Sanusi. Sanusi pak orang. Kalau cakap dengan saya, dia balas balik.

Sekarang ini mereka mencadangkan SG4, sokong SG4 sebab ia merupakan satu cara pendekatan pertumbuhan ekonomi yang harus diberi perhatian oleh semua pihak.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Arau, Arau dah habis masa dah Arau tak bagi langsunglah. Arau ini macam mana kita bersahabat ini Arau. Arau kata sahabat...

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya juga menyokong supaya KWSP...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Langat.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Tapi tak bagi langsung.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Nak landing.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebut Hulu Langat banyak kali tadi itu.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Langat, sila duduk.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Aku sebut sebab aku sayang sebab kamu pergi Mesir bercakap apa pun tak tahu. Nantilah kejap lagi.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh, cakap fasal negara, sayang negara, cinta negara, kasih negara. Takkan itu salah?

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukup. Sila duduk.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Takkan itu salah Arau? Kasih negara, sayang negara, kita harus berpakat, berpadu, ini negara kita, tanggungjawab kita bersama. Saya cakap itu kepada para pelajar.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat tutup lampu dia.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker, saya sebut itu kepada para pelajar kita di Mesir.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tak buat fitnah. Saya tidak sebut macam Sanusi sebut. Benda dalam seluar pun Sanusi sebut.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Nak menang pilihan raya ini Arau benda dalam seluar tak payah sebut. Banyak lagi benda kita boleh sebut, buah betik, buah manggis, buah jambu, buah durian, banyak benda kita boleh sebut. Ini benda...

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan

final • 4:00 PM

Mesyuarat] Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Eh, semalam Hulu Langat tak ada, elok sahaja.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh, Parit Buntar duduk.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Semalam Hulu Langat tak ada, elok sahaja.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tapi, ini benda- benda dalam seluar pun sebut nak menang dalam pilihan raya.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Datang Hulu Langat kecoh. Duduklah Hulu Langat.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab itu...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Pasar borong kah atau Parlimen Malaysia ini? Kalau nak berterusan macam ini kedua-dua Yang Berhormat nanti akan berlayar.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Fasal apa saya dihukum... [Tidak jelas]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat masa telah cukup, duduk.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker, dia kata saya bawa cerita...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Di Mesir. Saya nak betulkan.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya akan bagi ruang untuk bercakap. Yang Berhormat Arau, masa telah cukup.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia memfitnah, dia mengelirukan Dewan.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia kacau.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat masa dah cukup, saya invoke 37(2) Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat... [Dewan riuh]

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sangkaan jahat.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia kacau, saya nak landing dah ini.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya telah tetapkan masa telah cukup. Yang Berhormat punya masa dah cukup. Duduk Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tetapi, saya nak landing tadi dia kacau.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya hormat Yang Berhormat sebagai a very senior Ahli Parlimen.

final • 4:00 PM

Seorang Ahli

Duduklah.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya hayyu, ya qayum. Ya Allah, mereka telah menunjukkan kuasanya kepada saya. Ya Allah, kau tunjukkanlah kuasa kepada mereka.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Amin. Yang Berhormat, Kuala Langat, saya kata akan bagi peluang. Cakap yang logik dan teratur.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker, bukan Kuala Langat.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ah, Hulu Langat kuala.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hulu Langat, sama macam Parit Buntar.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Apa dia?

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia sebut kepada saya, saya baru balik daripada Mesir ikut lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

[Bangun]

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dalam perjumpaan dengan para pelajar. Para pelajar itu minta saya bercakap. Bukan saya nak bercakap. Dia minta, ada rekod, dia minta. Kami nak dengar suara Hulu Langat. Kalau saya nak menyanyi saya boleh menyanyi. Macam Sabak Bernam tapi suara Sabak Bernam itu saya ingat tone-nya itu macam tak berapa nak kena itu, kan.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya dah bagi ruang.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Misteri mimpi Syakila. Kena belajar lagi, kena belajar lagi.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ia begini, tadi Arau bagi tahu dengan saya, dia kata, saya cakap benda-benda yang tak betul.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya dah beri ruang. Saya rasa cukup, duduk Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Seminit lagi Speaker.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Seminit. Saya cakap...

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Seorang Ahli

Duduk.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya Allah, selamatkanlah Dewan ini...

[Ketawa]

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,..

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Peraturan?

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

37(1).

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya sepanjang Arau berbahas untuk membahaskan rang undang-undang bajet ini tadi, saya ada di dalam dan beliau hanya menyebut sahaja, Kuala Langat, Hulu Langat- dalam ucapan dia tetapi belum lagi selesai Arau bercakap, dia bangun tanpa ada izin daripada Speaker. Jadi ini yang sepatutnya tidak boleh berlaku seperti ini. Sepatutnya dia tahu.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Saya Yang Berhormat Yang di-Pertua, bila balik sahaja Hulu Langat memang kelam kabutlah Parlimen kita ini. Jadi saya malu Tuan Speaker. Terima kasih Speaker.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, baik, terima kasih Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak, nak malu apa dia cakap benda tak betul, Maran.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia cakap benda tak betul. Ini jadi masalah...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Langat, jangan berdiri kalau saya tak benarkan. Baik, Yang Berhormat belum ada lagi rekod amaran pertama ya. Baik, kita teruskan dengan urusan Majlis.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Speaker, isu peraturan. Saya tunggu sehingga Timbalan Speaker kembali. Kelmarin, semasa ini peraturan 36(12), “Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis”.

Ketika Timbalan Speaker mempengerusikan persidangan Dewan, Yang Berhormat Parit Buntar sedang berbahas dan saya telah minta laluan dan beliau telah membenarkan laluan dan saya telah melontarkan satu soalan iaitu kenapa PAS belum membayar Harakah bayaran yang dikenakan untuk caj pembayaran. Ketika itu Yang Berhormat Parit Buntar mengatakan akan menjawab soalan saya di Dewan, di luar Dewan, tapi, di luar Dewan beliau tak jawab, dalam Dewan pun tak jawab. Jadi saya menuntut penjelasan. Ini mengelirukan Dewan, menghina Dewan.

Saya bangun dan tanya kenapa PAS tidak bayar Harakah, caj yang dikenakan untuk penerbitan majalah Harakah. Jadi mohon petua daripada Yang Berhormat. Saya nak menuntut penjelasan membela Harakah. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Jelutong, peraturan kita jelas, ini satu isu baharu usulkan untuk keputusan Speaker.

final • 4:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Timbalan Speaker.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tuan Speaker, nak respons sikit boleh? Saya nak jawab luar Dewan tak semestinya hari yang sama.

Saya tak kata bila. Tunggulah dengan sabar. Jelutong yang...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Parit Buntar, saya anggap benda ini dah tamat ya. Saya anggap benda ini dah tamat...

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Isunya sebab Jelutong bangkitkan.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Jelutong yang tak faham.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, kita teruskan balik kepada urusan Majlis dengan perbahasan. Saya persilakan Yang Berhormat Tebrau.

final • 4:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Dato’ Speaker. Tebrau ingin mula dengan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah membentangkan satu belanjawan yang holistik, prihatin dan mantap.

Memang ada banyak pihak yang ada pertikaikan pelbagai perkara dalam bajet ini. Bagi saya itu adalah hak mereka dan saya rasa kerajaan kena dengar dan pertimbangkan pandangan konstruktif baik dari sebelah sini ataupun dari sebelah sana.

Bagi saya dalam satu dunia yang ideal, memang semua orang harap negara kita ada pendapatan yang tidak ada batasan, ada subsidi untuk semua barang, tentu semua orang gembira, semua beres. Siapa yang tak nak, tapi hakikatnya kita kena akui dalam dunia sebenar, the real world, dengan izin, pendapatan negara adalah berkait rapat dengan pengutipan cukai dan bantuan subsidi adalah tertakluk juga kepada kemampuan kewangan kerajaan.

Belanjawan OE kita sudah mencecah RM303 bilion. Setiap tahun kerajaan kena habiskan berpuluh-puluh bilion dalam pembayaran subsidi. Bagi tahun ini sahaja, bayaran subsidi sudah hampir RM80 bilion iaitu lebih RM10 bilion daripada anggaran awal disebabkan keadaan geopolitik yang mengakibatkan harga minyak yang melambung.

Bukan itu sahaja Tuan Speaker, setiap tahun kerajaan kena bayar hampir 16 peratus daripada kutipan pendapatan kerajaan hanya untuk bayar faedah- interest sahaja kepada pinjaman kerajaan yang kini telah mencecah lebih RM1 trilion dan jika tambah dengan jaminan kerajaan hampir RM1.5 trilion.

Disebabkan bajet kami adalah bajet defisit, maka setiap tahun hutang kita akan bertambah. Kita pinjam untuk hari ini tapi saya kesian anak-anak kitalah yang akan perlu bayar dan tanggung hutang ini pada masa depan.

final • 4:08 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Maka bagi Tebrau, sangat tepat masa kerajaan memulakan usaha rasionalisasi subsidi ini. Kalau sebagai satu perbandingan, OE kita ini sudah agak kembang sedikit.

Kita ini kerajaan kena masuk gim, dan mulakan program diet supaya perbelanjaan tahunan kerajaan boleh dikurangkan ataupun dalam satu keadaan yang lebih selesa untuk diurus dan kalaulah kita hendak pergi diet pun bukan diet macam itu sahaja. Diet kena ada rujukan, ada cara yang betul baru ada result. Buat kali pertama saya nampak ada Kerajaan di Malaysia yang ada keazaman politik untuk reform Dasar Fiskal Negara dengan meluluskan baru-baru ini Fiscal Responsibility Act, dengan izin, di Dewan yang mulia ini.

Bukan senang Dato’ Speaker untuk seorang Menteri Kewangan mengikat tangan sendiri dalam menjalankan tugasannya tetapi demi reformasi dan demi untuk mengetatkan disiplin fiskal negara, kerajaan telah membawa dan meluluskan FRA ini dan memaktubkan dalam FRA dalam lima tahun yang akan datang defisit belanjawan tidak boleh melebihi tiga peratus kini adalah 4.3 peratus. Ini bukan satu perkara yang senang dicapai. Sekiranya kita tidak memulakan rasionalisasi subsidi dan menghasilkan satu sistem percukaian yang lebih cekap dan efisien.

Sistem subsidi pukal yang kini diamalkan adalah simply unsustainable, dengan izin. Setiap tahun negara habiskan hampir RM80 bilion dalam subsidi di mana hampir RM50 bilion daripadanya adalah untuk petrol dan diesel sahaja. Kebanyakan subsidi ini dinikmati oleh semua golongan rakyat tidak kira T20 atau yang maha kaya. Subsidi ini yang sepatutnya diberikan kepada golongan yang perlukan bantuan akhirnya dinikmati oleh semua termasuk juga mereka yang tidak perlu, termasuk juga mereka yang tidak patut, termasuk juga mereka yang bukan rakyat Malaysia, termasuklah hampir tiga juta pekerja asing di Malaysia dan juga pelawat dari negara-negara jiran sebelah.

Contohnya subsidi diesel, Perdana Menteri pernah sebut penggunaan diesel meningkat 37.7 peratus daripada 6.1 bilion liter pada 2019 kepada 8.4 bilion liter pada tahun 2022. Padahal pada masa yang sama kenderaan berdaftar diesel baru naik 2.4 peratus sahaja. Maka jelas something is wrong dalam sistem subsidi diesel sekarang.

final • 4:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Jika kita benarkan harga diesel diapungkan, maka saya cukup yakin banyak ketirisan boleh kita hapuskan.

Ramai tahu salah satu isu di pasaran adalah rasuah dan penyeludupan diesel ke negara lain dan oleh kilang-kilang komersial kita. Saya pernah dimaklumkan ada kilang yang beli diesel subsidi sampai 500 liter sehari. Perkara ini bukan terjadi di satu dua negeri sahaja, malah saya yakin di seluruh Malaysia transaksi sebegini dijalankan setiap hari. Sekiranya harga diesel diapung maka tiada insentif lagi untuk pihak-pihak yang tidak patut dapat subsidi ini untuk menyeludup.

Sebaliknya kerajaan boleh mengembalikan subsidi ini kepada golongan bersasar termasuklah golongan yang betul-betul layak dan juga kepada syarikat logistik melalui fleet card agar inflasi dan harga barang dapat dikawal. Bukan itu sahaja Dato’ Speaker kerajaan boleh jimatkan berjuta-juta ringgit dalam penguatkuasaan ataupun kita boleh memindahkan tim penguatkuasaan ini kepada urusan lain yang lagi penting.

Bagi golongan maha kaya dan T20 pun saya rasa mereka akan faham ada keperluan untuk kita berhijrah ke sistem subsidi bersasar. Saya percaya bagi golongan ini keutamaan mereka adalah untuk kerajaan mewujudkan satu ekosistem kewangan ekonomi yang lebih mantap dan maju agar mereka ada lebih banyak peluang perniagaan melalui penambahan DDI dan FDI. Pada masa yang sama, ekonomi yang membangun dan dinamik juga akan menaikkan pendapatan atau gaji mereka.

Di sini saya amat sokong usaha kerajaan untuk menambah STR tahunan daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion. Pemberian tunai kepada golongan sasaran yang betul-betul perlu bantuan adalah lebih membantu dan bermakna berbanding sistem subsidi pukal sekarang. Saya hanya hendak memberi cadangan bagi pemberian subsidi bersasar adalah lebih sesuai jumlah bayaran di pecah kepada nilai yang lebih rendah tetapi lebih kerap. Mungkin setiap dua tiga bulan supaya rakyat tidak habiskan sekali gus.

Saya juga cadangkan kita guna e-Wallet, ataupun app MySejahtera untuk kita salurkan e-Voucher yang hanya boleh digunakan di pasar raya tertentu sahaja agar kita boleh pastikan bantuan makanan ataupun barang dapur kerajaan boleh terus dimanfaatkan dengan betul. Mungkin e-Voucher ini boleh dinamakan sebagai e-Voucher Rahmah dan sekiranya e-Wallet atau MySejahtera tidak sesuai apa kata kerajaan boleh develop satu super app nasional untuk diguna oleh semua rakyat Malaysia dan sebarang bantuan subsidi atau voucher boleh disampaikan kepada rakyat yang layak melalui apps ini.

Saya teruskan dengan tema Rahmah. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memuji dan mengucapkan syabas kepada KPDNHEP atas usaha mereka yang mengadakan Program Jualan Rahmah yang telah dijalankan sepanjang tahun ini yang telah mendapat sambutan luar biasa oleh rakyat Malaysia di merata-rata tempat. Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri dan Timbalan Menteri yang telah menganjurkan beberapa Jualan Rahmah di Parlimen Tebrau yang telah secara terusnya membantu warga Parlimen saya meringankan sedikit beban kos sara hidup. Diharap Jualan Rahmah ini boleh ditambah lagi apa lagi bila Yang Berhormat Tambun pun sendiri mengakui keberkesanan Jualan Rahmah ini dengan menambah peruntukan Jualan Rahmah kepada RM200 juta.

Maka saya pasti lebih banyak Jualan Rahmah boleh diadakan khususnya di Parlimen di mana Ahli Parlimennya ada memuji program ini. Menteri tidak ada pula, tetapi saya ingin memberi satu cadangan kepada kementerian. Satu, pastikan barang cukup.

Kadang-kadang saya sendiri bimbang bila nampak ramai rakyat beratur di bawah matahari yang terik dan akhirnya bila sampai turn mereka dimaklumkan pula barang sudah habis.

Harap kerajaan boleh mengurus ini dengan lebih cekap.

Kedua, bila saya sendiri nampak potongan harga contohlah barang yang RM2.00 jadi RM1.50. Ramai tanya mengapa di luar boleh jual mahal tetapi di sini di Jualan Rahmah boleh turunkan harga. Mereka rupanya tidak tahu harga itu turun sebab harga disubsidi oleh kerajaan. Ramai ingat syarikat pasar raya yang beri diskaun, maka saya harap kementerian kena pastikan jumlah subsidi yang diberi oleh kerajaan ditulis dengan

final • 4:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

terang di papan harga. Contoh harga di subsidi RM1.00 oleh kerajaan, kena tulis dengan jelas.

Dato’ Speaker, saya menyambut baik pengumuman RM38 juta kerajaan untuk menaikkan produktiviti badan kehakiman. Seperti maklum, mahkamah kini dibanjiri dengan pelbagai kes jenayah dan sivil. Seperti yang dikatakan oleh Menteri KDN minggu lepas ada orang yang kena reman dan ditahan. Bila kes naik hukumannya rupa-rupanya lebih pendek daripada tahanan reman di dalam penjara. Bukan sahaja situasi ini tidak adil kepada orang tersebut, malah kerajaan juga perlu menghabiskan lebih banyak sumber untuk menahan beliau.

Dato’ Speaker, justice delayed is justice denied, dengan izin. Tahap efficiency yang lebih tinggi dengan penggunaan ICT amat dialu-alukan oleh pengamal undang- undang dan orang awam. Kita pun tidak mahu dengar cerita di luar sana satu kes boleh ambil berpuluh-puluh tahun untuk selesai.

Begitu juga Dato’ Speaker saya harap dan saya berpendapat semua orang patut ada akses kepada keadilan tidak kira orang kaya ataupun orang miskin. Maka adalah tepat masa untuk kerajaan memperkasakan lagi Jabatan Bantuan Guaman dengan memberi bantuan guaman kepada lebih banyak lapisan masyarakat terutamanya mereka yang terlibat dalam kes matrimony dan penjagaan kanak-kanak.

Sering kali saya sendiri mendengar kes di mana isteri yang dibuli oleh suami tidak dapat apa-apa dalam penceraian hanya kerana dia tidak ada wang untuk dapatkan perkhidmatan peguam. Juga ada dengar cerita anak berpisah dengan ibu kerana sebab yang sama padahal kes ibu itu sebenarnya ada merit tetapi sebab tidak ada peguam maka dia terus surrender sahaja.

Dato’ Speaker, dalam usaha menjadikan Malaysia karbon sifar menjelang 2050 dan demi menjaga alam sekitar sahaja, bajet ini juga ada sentuh beberapa usaha yang ingin saya komen.

final • 4:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Pertama, rebat RM2,400 kepada mereka yang berpendapatan RM120,000 setahun ke bawah untuk pembelian e-bike. Harap kementerian atau kerajaan boleh beri sedikit pencerahan kaedah rebat itu diberi dan juga jumlah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan.

Selain daripada itu, demi menggalakkan lebih ramai pengguna motosikal berhijrah tukar ke e-bike yang lebih mesra alam, saya cadangkan di Kompleks CIQ BSI dan BSA di Johor Bahru, kerajaan boleh wujudkan satu lane khas untuk e-bike. Sedia maklum, Johor mempunyai jumlah motosikal berdaftar yang paling banyak di Malaysia, dan salah satu faktor utama tentulah sebab ramai di Johor yang guna motosikal untuk bekerja ke Singapura. Justeru, jumlah karbon yang dilepaskan di Tambak Johor adalah sangat tinggi, dan saya yakin dengan pembukaan satu lane yang khas ini tentu akan membantu keadaan yang sangat tidak sihat.

Selain daripada itu, saya juga ambil pendirian kerajaan, tukar kereta EV adalah tepat. Sekarang, kita tengah bicarakan tukar kereta EV bukan tukar kereta mewah Mercedes S500. Apa masalahnya? Kalau banding dengan kereta Vellfire yang diguna oleh Menteri, mungkin lebih mewah daripada EV yang ada di pasaran. Selain daripada itu, maintenance EV hampir sifar. Dia tidak perlu tukar minyak ke, gearbox ke. Maka, dia sebenarnya lebih menjimat pada jangka masa panjang.

Kita tukar juga sebab kita nak kurangkan pelepasan karbon ke udara. Untuk memberi keyakinan kepada rakyat, kerajaan kena mulakan dan take the lead, dengan izin.

Selain daripada aspek pemulihan alam sekitar, penggunaan EV oleh kerajaan juga akan memberi keyakinan kepada industri EV khususnya pelabur asing dalam industri ini di mana keseriusan kerajaan ini untuk promote dan membangunkan industri EV yang cukup kompetitif di mana semua negara tengah merebut FDI daripada sektor EV ini.

Akhir sekali, saya juga menyambut baik usaha kerajaan menyusun semula undang-undang jualan en bloc. Diharap dengan pembaharuan undang-undang ini, usaha untuk rejuvenasikan kawasan bandar boleh dilakukan dengan lebih cekap. Buat masa kini,

final • 4:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

ada banyak bangunan pemilikan strata yang uzur, daif atau terbiar. Di Johor Bahru sahaja ada Lot 1 Waterfront City, dan Danga City Mall dan lain-lain lagi yang telah terbiar berpuluh-puluh tahun dan tidak dapat dipulihkan sebab pemilik-pemilik strata susah dikesan atau ada pihak yang sengaja tidak mahu jual untuk mengambil kesempatan situasi.

Maka saya cadangkan demi keadilan kepada semua pihak, jualan en bloc ini hanya boleh diguna untuk bangunan yang lebih 10 tahun dan kita set kan jumlah persetujuan pemilik di antara 80 hingga 90 peratus sahaja. Dengan itu Datuk Yang di- Pertua, Tebrau mohon untuk sokong. Sekian, terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Temerloh.

final • 4:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Timbalan Speaker.

Sebelum saya membahaskan RUU Perbekalan Belanjawan 2024, saya mewakili warga Temerloh bersolidariti memahami penderitaan rakyat Palestin. Ketika kita berada di bilik dingin dengan selesa, rakyat Gaza berhadapan dengan himpitan perasaan cemas, risau dan takut kerana dizalimi oleh Yahudi Zionis dengan tembakan senjata dan bom tak berhenti-henti yang meragut nyawa mereka dan juga keluarga.

Marilah kita doakan semoga Allah memberi pertolongan kepada penduduk Palestin. Saya mengikuti solidariti Palestin yang dibuat Sabtu lepas di Dataran Merdeka dan mendengar komen-komen netizen yang sangat tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan melaungkan Allahu Akbar. Mengapakah ada yang takut dengan laungan Allahu Akbar yang membesarkan Allah? Allah yang Maha Besar.

Timbalan Speaker, Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, merangkap Menteri Wilayah dan merangkap Pengerusi Khazanah. Meneliti Belanjawan 2024 menunjukkan Kementerian Kewangan berfokus kepada belanjawan pengurusan defisit fizikal. Pastinya memberi kesan dengan pengurangan perbelanjaan pembangunan daripada RM99 bilion 2023 kepada RM92 bilion 2024. Secara tidak langsung sebenarnya, ekonomi negara ke arah menguncup bukan mengembang kerana tiada projek baharu pembangunan. Bermakna peluang pekerjaan yang difokuskan seramai 1.34 juta dalam RMKe-12 tidak dapat tercapai.

Berlaku pengurangan perbelanjaan RM7 juta. Apakah yang berlaku? Kesannya kontraktor tiada projek baharu selepas tamat satu projek. Kesannya, kita juga melihat pengangguran akan meningkat, perbelanjaan rakyat akan berkurang, tekanan hidup akan meningkat. Bukankah semua ini tidak akan dapat membawa kesejahteraan kepada rakyat?

Timbalan Speaker, dalam masa yang sama kerajaan menaikkan cukai SST daripada enam peratus kepada lapan peratus. Walaupun kenaikan harga barang tertentu sahaja tetapi kita kena faham harga yang berkaitan antara satu dengan yang lain, ia sebenarnya mendorong kepada peningkatan kos hidup yang sedia tinggi dan meningkatkan lagi inflasi. Adakah ini langkah kerajaan mendengar rintihan rakyat yang selama ini sangat terhimpit dengan harga barang yang tinggi?

Timbalan Speaker, Belanjawan 2024 juga menunjukkan subsidi diesel dihapuskan menyebabkan kos pengangkutan meningkat dan pastinya semua ini akan dialihkan kepada pengguna dan harga barang akan meningkat lagi. Persoalannya, adakah langkah ini menjadi mesra perniagaan? Temerloh mendapat respons daripada warga Temerloh berkaitan penghapusan subsidi diesel kerana ramai penduduk Temerloh menggunakan 4x4 persendirian untuk kegunaan ladang sawit, pengusaha patin, pekebun sayur, kontraktor kecil.

final • 4:33 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Mereka menyatakan kebimbangan kerana kos pengangkutan pasti meningkat.

Rata-rata mereka bukanlah orang senang dan orang yang kaya tetapi kenderaan 4x4 sangat diperlukan kerana berkaitan dengan urusan kerja mereka. Tambahan, Temerloh kerap juga dilanda banjir. Sudah pasti kenderaan ini digunakan mengangkut barang untuk diselamatkan dan juga untuk menghantar bantuan makanan dan sebagainya kepada mangsa banjir. Oleh itu, Temerloh menegaskan tindakan menghapuskan subsidi diesel menyusahkan rakyat, bukan untuk kesejahteraan rakyat.

Begitu juga cadangan kerajaan menurunkan kadar cukai hiburan daripada 25 peratus hingga lima peratus termasuk persembahan pentas artis antarabangsa. Sungguh mengejutkan. Ini bermakna akan bertambah program hiburan yang selalunya mengundang kepada kelalaian dan pergaulan bebas. Adakah ini caranya Kerajaan Madani menyelesaikan masalah sosial yang kritikal? Apakah tindakan ini memberi kesejahteraan hidup kepada rakyat?

Temerloh mengingatkan supaya dinilai semula keputusan ini kerana sejauh mana ia memberi keuntungan untuk pembentukan generasi yang berakhlak mulia dan memiliki jati diri yang tinggi. Tindakan ini juga bertentangan dengan hasrat KPM- Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan masyarakat dan generasi yang berakhlak mulia melalui pengajaran, penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah. Jangan sampai tangan kanan memberi madu, tangan kiri memberi racun.

Timbalan Yang di-Pertua, belanjawan turut menyediakan RM24 bilion untuk FELDA, FELCRA dan RISDA untuk merancakkan aktiviti agrikomoditi. Temerloh ingin penjelasan berapa orang yang mendapat manfaat. Temerloh juga mohon penjelasan sejauh mana usaha Kerajaan Madani menyelesaikan hak milik tanah FELDA kepada generasi kedua mengikut syariat. Generasi kedua FELDA juga menghadapi masalah untuk mendapat bekalan elektrik dan juga air apabila membina rumah baharu di kawasan rumah sedia ada. Apakah usaha Kerajaan Madani untuk membolehkan generasi baharu FELDA lebih berdikari dan tidak menanggung hutang FELDA yang berterusan.

Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya Temerloh ingin penjelasan peruntukan RM90 juta kepada RISDA an FELCRA. Sejauh mana sampai kepada sasaran kerana banyak masalah kebocoran, ketirisan serta pembaziran dalam pengurusan.

final • 4:33 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Temerloh juga mencadangkan sistem pemberian saham dikaji semula kerana peserta diberi hasil yang tidak memadai. Temerloh menyuarakan hasrat penduduk Kampung Sungai Leleh yang diberi pulangan hasil saham yang minimum dan mengharapkan kebun yang mereka usahakan dikembalikan semula oleh FELDA, RISDA.

Begitu juga RM40 juta, RM400 juta disediakan bagi melaksanakan program pengukuhan keterjaminan makanan.

Adakah kerajaan berhasrat memberikan insentif kepada pemilik tanah paya terbiar yang bersedia untuk mengusahakan dan memajukan tanah paya mereka dengan tanaman padi serta tanaman makanan yang lain? Langkah ini juga memberi peluang pekerjaan dan dapat mengurangkan import makanan serta meningkatkan produk makanan domestik. Seterusnya, peruntukan RM33.3 juta untuk komoditi Orang Asli.

Di Temerloh terdapat 10 buah perkampungan Orang Asli iaitu Kampung Kuala Gandah, Kampung Enggang, Kampung Bukit Gabang, Kampung Bukit Licin, Kampung Selembar, Kampung Bukit Ngeri, Kampung Sungai Leleh, Kampung Paya Mengkuang, Kampung Paya Badak dan Kampung Jalan Chenor Lama.

Masalahnya, penduduk hidup dalam keadaan serba kekurangan termasuk kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalan yang masih ketinggalan. Situasi mereka juga tinggal bersama dua atau tiga keluarga dalam sebuah rumah. Selain itu, apakah perancangan kerajaan menyelesaikan masalah ini? Ada di kalangan mereka yang menganut Islam mereka tidak mendapat bimbingan sewajarnya. Temerloh mencadangkan ditambah bilangan tenaga pengajar untuk membimbing golongan ini.

Temerloh mengharapkan situasi ini dapat diberi perhatian khususnya oleh JAKOA.

final • 4:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Ikhtiar 12: Kesejahteraan Penjawat Awam. Temerloh menyokong penuh kajian sistem saraan perkhidmatan awam disemak semula termasuk gaji jururawat dan polis.

Sebelum ini, kerajaan melalui Belanjawan 2023 telah bersetuju kenaikan kadar maksimum Gantian Cuti Rehat (GCR) dari 160 hari kepada 180 hari. Pemberian awal award wang GCR sebanyak 90 hari. Namun, hingga sekarang tiada penjawat awam yang boleh membuat tuntutan ini. Temerloh ingin penjelasan status isu ini yang turut melibatkan hak dan kebajikan penjawat awam. Temerloh juga ingin penjelasan tentang bidang kuasa SPRM. dan pihak manakah sebenarnya yang berautoriti menyiasat pegawai SPRM?

Timbalan Yang di-Pertua, peruntukan yang besar diberikan RM100 juta bagi memenuhi kemudahan infrastruktur asas Kampung Baru (Cina). Temerloh berpandangan Kampung Baru (Cina) biasanya berada di sekitar bandar dan sudah dilengkapi dengan kemudahan asas yang sempurna. Berbeza dengan kedudukan kampung yang terletak jauh di pedalaman seperti Sabah dan Sarawak yang serba kekurangan. Apakah keperluan infrastruktur asas yang diperlukan setiap tahun di Kampung Baru (Cina)? Temerloh mencadangkan peruntukan RM100 juta juga diberikan kepada rumah panjang Sabah dan Sarawak untuk infrastruktur mereka bagi memastikan kesejahteraan mereka dipenuhi.

Seterusnya, Temerloh mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kewangan kerana memperuntukkan RM50 juta kepada 70,000 orang guru takmir, guru KAFA, imam, bilal dan kakitangan masjid. Kerajaan Madani turut memberikan RM50 juta untuk rumah ibadah bukan Islam. Dalam Belanjawan 2024, Temerloh ingin tahu...

final • 4:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Temerloh...

final • 4:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

...Berapakah jumlah rumah ibadah bukan Islam dan kakitangan yang terlibat?

final • 4:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Temerloh, boleh minta laluan?

final • 4:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Begitu juga peruntukan...

final • 4:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Temerloh...

final • 4:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

RM38 juta meningkatkan produktiviti kehakiman negara...

final • 4:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Temerloh...

final • 4:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Saya hendak habiskan, tidak siap lagi.

final • 4:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Boleh bagi laluan? Tentang peruntukan kepada Kampung Baru itu? Boleh bagi peruntukan?

final • 4:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Saya rasa saya hendak habiskan. Daripada bajet ini RM20 juta...

final • 4:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Boleh bagi laluan?

final • 4:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Tidak, tidak, saya hendak habiskan.

final • 4:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Temerloh, saya juga ingin tanya juga.

final • 4:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Daripada bajet ini, RM20 juta bagi memperkasa Akademi Kehakiman Malaysia dan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia. Sejauh manakah usaha kerajaan untuk memperkasa dan memastikan pelaksanaan Undang-undang Syariah di negara ini demi meletakkan Islam sebagai agama yang syumul serta adil dan menjamin kesejahteraan masyarakat. Temerloh ingin bertanya peruntukan RM460 juta...

final • 4:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Temerloh, cuma hendak penjelasan sahaja.

final • 4:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Saya punya banyak lagi.

final • 4:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Penjelasan sahaja tentang peruntukan kepada Kampung Baru. Adakah Temerloh...

final • 4:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Temerloh....

final • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Puan Wong Shu Qi - Kluang

[Pembesar suara dimatikan]

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat laluan adalah- Yang Berhormat, sebentar. Yang Berhormat Temerloh bercakap, kalau tidak diberi laluan tidaklah. Baik, teruskan.

final • 4:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, minta maaf. Saya tidak dapat beri laluan sebab saya punya banyak lagi.

Okey, Temerloh ingin bertanya peruntukan RM460 juta untuk membantu rakyat membina rumah baharu. Adakah diberi sebagai pinjaman? Berapa jumlah yang layak untuk penduduk Temerloh daripada 65,000 rakyat yang disasarkan?

Untuk isu Temerloh, bajet RM134 juta melibatkan pemasangan lampu dalam belanjawan. Temerloh telah membuat permohonan lampu isyarat di Sekolah Kebangsaan Paya Pulai dan telah diangkat untuk menunggu kelulusan daripada JKR Malaysia. Surat ulangan kedua telah dihantar pada 9 Oktober. Harap disegerakan pembinaannya.

Temerloh juga ingin supaya dibina lampu isyarat di simpang keluar Tol Lanchang.

Temerloh mengharapkan kedua-dua permohonan ini diberi tindakan segera demi keselamatan pengguna jalan raya.

Berkenaan isu tanah runtuh di Taman Temerloh Makmur sejak 2017, masih belum selesai. Sebelum ini, MPT telah memperuntukkan RM500 ribu untuk membaikinya tetapi akibat paip bocor menyebabkan tanah mendap. MPT memaklumkan MPT tiada mempunyai memperuntukkan untuk kerja-kerja berkenaan. Oleh itu, Indah Water Konsortium telah memohon peruntukan sebanyak RM6 juta bagi membaik pulih. Namun, hingga hari ini, tiada sebarang maklumat. Temerloh mohon KPKT, Kementerian Perumahan menyelesaikan dengan segera kerana penduduk Taman Temerloh Makmur sudah menghadapi situasi ini selama enam tahun.

Seterusnya, belanjawan memperuntukkan RM1.63 bilion menaik taraf jalan kampung dan desa. Kerosakan jalan laluan dari Pekan Lanchang ke Pekan Lakum ke Felda Lakum, permohonan peruntukan bagi membaiki jalan ini telah dibawa ke JKR Malaysia pada 8 Mac 2023. Namun, hingga sekarang tiada respons. Temerloh mohon pertimbangan supaya permohonan ini diluluskan dan diberikan perhatian sewajarnya.

Bajet RM1.1 bilion penyelesaian isu bekalan air. Temerloh mohon pembinaan loji baharu di Mempateh diteruskan dan dibina sebelum ini dan diluluskan sebelum ini RM100 juta pada zaman Perdana Menteri terdahulu.

Masalah bekalan air sentiasa dihadapi oleh sebahagian penduduk Temerloh kerana Loji Rawatan Air Lubuk Kawah sedia ada hanya mampu menampung 50 peratus bekalan air di Lanchang. Penambahan taman perumahan baharu di Temerloh sangat memerlukan bekalan air yang cukup. Selagi tidak dibina loji baharu di Temerloh, selagi itulah masalah air tidak akan selesai. Temerloh mohon pertimbangan untuk loji air yang baharu.

Akhirnya, Temerloh mengharapkan Belanjawan 2024 sampai kepada sasaran dan juga semoga rakyat memperoleh kesejahteraan yang sewajarnya. Sebelum menutup perbahasan saya.

*Makan patin setiap hari, air limau letak selasih; Temerloh mengundur diri, Dengan ucapan terima kasih..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Temerloh, dipersilakan Yang Berhormat Selangau.

final • 4:30 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua dan salam sejahtera Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan yang telah membentangkan Belanjawan Madani yang boleh dianggap sensible dan people-centric, dengan izin, bertujuan memperkasakan ekonomi dan memberi kesejahteraan hidup kepada rakyat.

final • 4:39 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Saya amat setuju dengan rancangan kerajaan tetapi perancangan dan tata kelola perlu dipermantapkan lagi.

Dato’ Yang di-Pertua, mengapa saya berhujah demikian? Ini kerana banyak projek kemudahan asas rakyat yang telah dirancang, di umum di Selangau tidak dapat bermula;

(i) Loji Air Stapang;

(ii) Loji Air Selangau;

(iii) Loji Air Sangan;

(iv) penurapan Jalan Sungai Kelebu ke Rumah Ado Kakus;

(v) solar panel untuk lima buah rumah panjang;

(vi) SK Sungai Arau di Ulu Mukah; dan

(vii) pusat hemodialisis dah siap tetapi peralatan tidak sampai-sampai dua, tiga tahun sudah.

Kesemua projek ini diumumkan pada tahun 2016 dan 2020 tetapi tiada khabar berita. Dato’ Yang di-Pertua, saya amat teruja apabila ada cadangan hendak menyerahkan projek-projek bernilai RM50 juta ke bawah penjagaan pejabat daerah dan jurutera akan attach, atau dengan izin, di peringkat daerah. Bukan hendak cynical atau sinis, tetapi eloklah kalau jurutera ini orang tempatan agar dapat menyesuaikan diri dan tidak timbul salah faham akan keadaan setempat. Ini saya ambil contoh kepada cerita yang bakal guru dari Semenanjung yang sepatutnya mengajar di Sarawak dahulu tetapi tidak mahu ditempatkan di Sarawak. Ini deprived, dengan izin, peluang orang tempatan untuk mendapat pekerjaan.

Dato' Yang di-Pertua, Selangau telah dinobatkan sebagai salah satu daerah termiskin di Malaysia. Pernah kah atau terfikir kah kerajaan untuk menubuhkan task force untuk mengenal pasti punca-punca kemiskinan ini? Apakah tindakan untuk memperbaiki keadaan ini? Selangau adalah kawasan yang ada peluang untuk memperkasakan agroekonomi selain lain daripada memperhebatkan lagi industri kelapa sawit. Selangau berpotensi menjadi food basket, dengan izin, untuk penanaman padi di Ulu Sungai Arip dan Penyarai berskala komersial. Kawasan ini amat-amat sesuai.

Begitu juga kawasan terbiar yang luas boleh diterokai dengan penanaman kopi untuk meningkatkan sosioekonomi rakyat. Kerajaan hanya perlu memberi bantuan dari segi subsidi, benih, baja dan mencari pasaran antarabangsa dan pasaran tempatan untuk memasarkan kopi.

Dato' Yang di-Pertua, untuk kesejahteraan hidup rakyat saya syorkan kerajaan menambahkan lagi geran bantuan kepada kerajaan negeri Sarawak untuk Skim Pinjaman Pembinaan Rumah Panjang. Buat masa ini, pinjaman terhad kepada RM30,000 sepintu dan harus dinaikkan kepada RM50,000 sepintu kerana harga-harga barang binaan sudah meningkat. Begitu juga dengan kos labour dengan izin sudah meningkat.

final • 4:40 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Memberi geran kepada kerajaan negeri juga diperlukan untuk menyukat tanah adat asal bumiputera atau NCR agar dapat dikeluarkan sijil hak miliknya dan jalur lebar harus dipercepatkan pembinaan menara dan perkhidmatannya.

Begitu juga bantuan kepada pelajar yang baru hendak melanjutkan pelajaran ke Semenanjung Malaysia. Ini akan membantu mereka untuk membeli komputer, buku, peralatan dan juga tambang murah pelajar harus diperkenalkan semula untuk pelajar Sabah dan Sarawak.

Dato' Yang di-Pertua, menaikkan SST daripada 6 ke 8 peratus adalah satu tindakan yang tidak wajar yang akan menyusahkan kumpulan middle dan lower income group khasnya di kawasan luar bandar macam di Selangau. Kos barang akan menaik.

Begitu juga dengan ketirisan. Ianya hanya dapat dibanteras kalau agensi penguatkuasaan bekerja keras dan agensi ini harus melaksanakan tugas mereka dengan tegas, berintegriti dan jauh dari rasuah. Subsidi diesel harus diperhalusi di mana syarikat minyak yang selalu menutup mata terhadap penyalahgunaan subsidi diesel yang seharusnya dihantar ke stesen minyak tetapi telah di siphoned, dipindahkan ke kilang, ke ladang dan juga ke tapak pembinaan melalui flying tanker iaitu pengangkutan direct dari depoh pergi ke kawasan di mana diesel itu tidak sepatutnya ada.

Dato' Yang di-Pertua, Selangau berpendapat tibalah masanya untuk autonomi pendidikan dan kesihatan direalisasikan kepada penjagaan kerajaan negeri. Ini akan mempermudahkan pelaksanaan program-program dan pembangunan sektor-sektor tersebut secara efektif. 33 percent perwakilan Parlimen Sabah, Sarawak termaktub dalam MA63 juga harus dipercepatkan.

Akhir sekali, saya memohon klinik kesihatan di Selangau dinaiktarafkan kepada status hospital atau dinaik taraf ke hospital. Ini disebabkan Selangau sekarang mempunyai penduduk seramai 40,000 orang. Begitu juga dengan doktor yang ada sekarang hanya lima orang dan harus ditambahkan lagi. Dengan ini, saya mengucapkan terima kasih, thank you.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Selangau. Silakan Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 4:40 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kerana telah memberi peluang kepada Permatang Pauh untuk turut sama menyertai perbahasan belanjawan pada kali ini.

Saya mewakili rakyat Permatang Pauh merakamkan ucapan takziah kepada seluruh syuhada’ Palestin dan mendoakan agar Allah mengurniakan mereka dengan sebaik-baik balasan. Kita mendoakan kepada Allah Taala agar Allah Taala menurunkan bantuan kepada seluruh rakyat Palestin dan Allah Taala menurunkan seburuk-buruk azab kepada Zionis Israel laknatullah ini, amin.

Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah membentangkan Belanjawan 2024 ini. Namun, ada beberapa perkara yang mahu saya bangkitkan. Saya merasakan kerajaan sebenarnya tidak serius untuk membantu rakyat susah yang ada dalam negara ini. Ini boleh dibuktikan melalui beberapa perkara. Antaranya bantuan JKM sekarang ini tidak diberikan kepada semua keluarga miskin sedangkan kita diberikan makluman bahawa kita memiliki hampir 18,000 keluarga miskin tegar tetapi kita juga memiliki hampir 470,000 isi rumah yang miskin yang jumlahnya jauh lebih banyak.

Sepatutnya, kerajaan juga perlu menumpukan juga kepada isi rumah yang miskin dan jumlahnya jauh lebih ramai. Kemudian, bilakah kerajaan mahu mengkaji semula had penilaian bantuan kepada rakyat? Saya bagi contoh, untuk bantuan JKM had garis miskin yang ditetapkan adalah RM1,198 tetapi untuk Bantuan Kecil Persekutuan pula had garis keseluruhan adalah RM2,569. Kenapa tidak diselaraskan sahaja agar lebih ramai rakyat mendapat bantuan dalam keadaan rakyat yang sedang tertekan ini ataupun perkara

final • 4:46 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

tersebut dibuat secara lokaliti seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Bera sebentar tadi.

Dato' Yang di-Pertua, kerajaan dalam belanjawan membuat pengumuman untuk melepaskan kawalan ke atas harga ayam dan juga telur. Keputusan ini pasti akan menjadikan harga ayam dan telur menjadi tidak terkawal dan akan menjadi semakin mahal selepas daripada ini sedangkan ayam dan telur ini merupakan sumber protein kepada rakyat. Saya bimbang harga ayam dan telur selepas ini akan menjadi seumpama harga beras import selepas berlalu setahun atau pun dua tahun. Kalau boleh tangguhkanlah dahulu pelepasan kawalan ini. Bantulah rakyat di bawah ini dahulu.

Dato' Yang di-Pertua, penyasaran subsidi diesel juga dilakukan pada tahun ini.

Walaupun ada pengecualian tetapi pasti akan memberikan kesan yang besar khususnya kepada pengguna diesel secara umumnya. Kita ambil contoh, sebelum ini jika kerajaan mengumumkan minyak petrol dinaikkan 10 sen sahaja seliter, kita melihat harga barang naik belaka, semua naik sehingga rakyat ada yang buat gurauan dalam Malaysia ini hanya hujan sahaja yang turun.

final • 4:46 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Walaupun kerajaan sekarang mengatakan ada pengecualian tapi pasti selepas ini naik habis harga barang di Malaysia. Ini yang dibimbangkan oleh rakyat sekarang. Bila naik saja harga minyak, kerajaan selalu akan mengatakan rakyat tidak akan terkesan, harga barang tak naik tapi bila berubah saja harga minyak, semua jadi naik. Takkan kita nak kenakan rakyat sekali lagi. Rakyat sudah letih kena scam.

Berkaitan isu harga padi. Permatang Pauh juga memiliki kawasan sawah padi.

Bila harga padi diturunkan sebelum ini kepada RM1,200 satu tan, ia bagi kesan kepada petani dan pesawah. Sekarang ini diumumkan naik RM100 kepada RM1,300. Kalau boleh kerajaan pertimbangkanlah semula harganya kembali kepada RM1,700. Carilah jalan yang lain agar pesawah kita tidak ditindas dalam keadaan baja, benih, racun, jentera, semuanya sekarang naik harga. Kesianlah kepada pesawah-pesawah di negara kita ini.

Dato’ Yang di-Pertua, seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Pembangkang pada minggu yang lalu dalam ucapannya, kerajaan tidak menyentuh langsung isu dasar gaji progresif sedangkan kenaikan gaji ini sangat diperlukan oleh rakyat Malaysia. Tidak ada maklumat langsung berkaitan dengan insentif tunai berkait model gaji progresif seperti yang disebutkan oleh Menteri Ekonomi baru-baru ini. Jadi saya mohon respons berkaitan dengan isu tersebut.

Kerajaan memaklumkan juga berkaitan dengan penambahan cukai baru.

Persoalannya sekarang, cukai perkhidmatan ditambah dua persen. Akan tetapi pulangan cukai ini hanya sekitar RM3 bilion lebih sahaja kepada kerajaan sedangkan kesan kenaikan ini pasti akan meningkatkan kos hidup rakyat. Adakah kenaikan ini tidak memberi kesan kepada harga makanan juga? Ini yang perlu untuk kita perhatikan dan kerajaan boleh memberikan jawapan.

Cukai keuntungan modal diumumkan kepada 10 persen. Yang menjadi tanda tanya, tidak dinyatakan pula berapa jumlah kutipan yang akan diperolehi oleh kerajaan kesan daripada pengenalan cukai ini. Begitu juga dengan cukai barang bernilai tinggi.

Berapa jumlah hasil yang akan diperoleh oleh kerajaan dan yang lebih penting lagi, ke mana ia akan disalurkan? Saya mohon semua persoalan tersebut untuk diberikan penjelasan. Insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berkongsi satu cadangan kepada kerajaan.

Walaupun saya mengharapkan ia akan direkodkan di Dewan ini, insya-Allah. Rakyat sekarang sedang ditekan dengan kos sara hidup yang sangat mencengkam. Apabila semakin berusia, dengan keadaan pencen tiada, simpanan tiada, kos sara hidup juga semakin tinggi, gaji sekarang ini juga hanya cukup untuk membayar dan menyelesaikan keperluan hidup sahaja. Tidak ada lagi kemampuan untuk berbelanja lebih. Peniaga juga sudah kekurangan pelanggan, penghasilan berkurangan dan akhirnya hari ini ekonomi kita menjadi suram.

final • 4:50 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Jika Perdana Menteri sebelum inilah yang merupakan Ketua Pembangkang sebelum ini selalu menyebutkan berkaitan dengan isu kos sara hidup, ekonomi rakyat, PTPTN dan juga yang lain-lainlah. Saya juga bersetuju tentang isu tersebut. Permatang Pauh pada hari ini akan cuba memberikan solusi, mudah-mudahan ia dapat dimanfaatkan untuk meringankan beban rakyat. Permatang Pauh merasakan sudah sampai masanya Kerajaan Madani pada hari ini mengambil roh sistem ekonomi Islam iaitu zakat yang dilaksanakan di negara kita yang dilihat semakin berkembang setiap tahun.

Tuan Yang di-Pertua, saya sebelum ini merupakan eksekutif zakat di Zakat Negeri Pulau Pinang. Jadi konsep tersebut akan kita kongsikan pada hari ini. Saya juga ingin menyahut saranan daripada Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Larut yang mengatakan bahawa kekayaan perlu dikongsi antara kaya dan juga miskin. Ini bertepatan dengan firman Allah Taala. Saya ambil di tengah sahaja... [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “Supaya harta ini tidak berlegar di kalangan orang kaya di kalangan kamu.” Suratul Hajj, ayat yang ketujuh.

Saya ingin menghuraikan dalam bahasa yang mudah agar ia senang difahami.

Negara kita mengutip cukai daripada pelbagai sumber. Cuma sekarang ia seolah-olah tidak mengikuti sepenuhnya apa yang telah disarankan oleh Rasulullah SAW yang mana Baginda berpesan supaya mengambil harta daripada orang kaya di kalangan kamu dan diberikan kepada orang-orang miskin di kalangan kamu...

[Membaca sepotong hadis] Seperti yang diulas baru-baru ini oleh Kuala Selangor.

Tuan Yang di-Pertua, setiap tahun masyarakat Muslim membayar zakat pendapatan. Sebahagian Muslim dan juga non-Muslims membayar cukai pendapatan.

Jadi ia selaras, zakat dan juga cukai pendapatan. Setiap tahun, individu dan syarikat Muslim membayar zakat simpanan apabila sampai masa dan juga nisabnya yakni hadnya.

Akan tetapi di Malaysia, kita tiada langsung cukai atas simpanan. Simpanan yang jumlahnya mungkin juta, puluh juta, ratus juta, bahkan mungkin bilion tapi tiada langsung simpanan dikenakan cukai apabila ia genap satu tahun. Maka yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin.

Jika GST membebankan rakyat, SST pula melemahkan kutipan kerajaan. Dan kedua-dua ini GST dan SST, kedua-dua ini akan menaikkan kos pembelian seterusnya akan melemahkan kuasa membeli rakyat. Jadi Permatang Pauh merasakan kerajaan perlu mempertimbangkan cukai simpanan korporat yang dirasakan kerajaan akan memperoleh sejumlah hasil yang agak besar. Ini bertepatan dengan Firman Allah Taala yang menyatakan...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Di dalam harta mereka, ada hak- hak orang-orang yang memerlukan dan orang-orang yang meminta.” Jumlah cukai yang dikenakan juga tidak perlu banyak kerana golongan kaya juga perlu dijaga hak dan hasil mereka dan supaya mereka tak dizalimi. Cukai hanya perlu dikenakan hanya 2.5 percent, 2.5 percent sahaja setahun dengan mengambil kira jumlah minimum setahun yang dimiliki oleh pihak syarikat dan korporat sekalipun berada dalam akaun yang berbeza. Ini tidak akan membebankan golongan kaya tersebut. Kadar 2.5 peratus ini juga dicadangkan di sini sebagai kadar maksimum, sesuai dengan kadar zakat harta yang dikenakan oleh Islam. Pihak kerajaan juga boleh mengenakan kadar yang lebih rendah jika dibimbangi menimbulkan sentimen negatif di kalangan pelabur.

Tuan Yang di-Pertua, 30 peratus daripada cukai ini, simpanan korporat ini mesti ditumpukan khusus untuk menaikkan kuasa beli rakyat bawahan dengan memberikan bantuan tunai terus kepada mereka berdasarkan kaedah Quutu Sanah yakni keperluan untuk sara hidup setahun yang dianjurkan oleh Islam. Ini ikut mazhab kita ya, Mazhab Syafie. Kerajaan boleh memberikan bantuan terus kepada akaun ataupun poket rakyat, golongan miskin tegar, orang miskin, orang tua, OKU, belia, pesawah, nelayan, petani, keseluruhan B40 dan juga golongan yang memerlukan seperti mana kaedah yang kerajaan gunakan sewaktu COVID-19 hari itu.

Waktu COVID-19, ekonomi juga bermasalah tapi rakyat boleh berbelanja sebab mereka memiliki duit. Cuba bayangkan, majoriti rakyat yang berada dalam keadaan tertekan sekarang ini, apabila mendapat duit seumpama ini, mereka tidak akan menyimpan duit tersebut. Mereka akan mengambil dan membelanjakan untuk keperluan harian, keperluan bulanan bahkan digunakan untuk meningkatkan tahap ekonomi mereka.

final • 4:50 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, apabila rakyat Malaysia berbelanja dan menyertai kitaran ekonomi, ekonomi Malaysia akan bergerak dengan rancak. Cuba bayangkan jika cukai ini dilaksanakan setiap tahun, ada sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaun rakyat berdasarkan kelayakan yang kita sebutkan tadi Quutu Sanah di samping dengan bantuan- bantuan lain. Maka ringanlah sebahagian besar beban majoriti rakyat kita.

Baru-baru ini pun kalau kita tengok dalam surat khabar Sinar, ada golongan pesawah daripada Selangor mencadangkan pesawah seluruh negara diberikan pencen dalam Belanjawan 2024. Permintaan ini kalau kita faham menunjukkan rakyat sedang berada dalam tekanan yang bersengatan. Isu kenaikan kos akan tetap berlaku setiap tahun tetapi rakyat sekiranya cukai ini dilaksanakan, akan mempunyai tambahan duit tunai yang agak besar untuk berbelanja di samping pendapatan mereka yang sedia ada.

Barulah rakyat tidak terlalu stressed dengan tekanan kos hidup yang dahsyat ini. Ini pun belum lagi dikira jika rakyat itu ditimpa musibah, banjir, hilang kerja, kemalangan dan lain- lain lagi.

Dato’ Yang di-Pertua, hanya orang yang biasa susah sahaja tahu kesusahan orang susah. Dato’ Yang di-Pertua, orang kaya takkan mengetahuinya.

final • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Permatang Pauh, ada nak tanya sikit boleh? Isu kenaikan harga barang ini ada satu kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh seorang EXCO daripada negeri Perak, pimpinan PAS yang menyatakan selagi adanya bumi ini, selagi hidup ini dia kata, masalah kenaikan harga ini tidak boleh selesai.

Apa pandangan daripada Permatang Pauh? Terima kasih Speaker.

final • 4:50 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Saya nak sebut isu berkaitan dengan kenaikan harga barang ini adalah satu perkara yang akan berlaku setiap tahun tetapi bagaimana kita menjadikan rakyat mampu untuk menghadapi masalah ini. Itu yang sepatutnya kita bincangkan. Saya sambung balik. Mohon tambah masa.

final • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Permatang Pauh, sikit lagi Permatang Pauh. Ada kenyataan juga yang dikeluarkan oleh seorang pimpinan...

final • 4:50 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Saya tak bagi dah kot Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Seorang pimpinan PAS yang menyatakan bahawa...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Permatang Pauh tak bagi.

final • 5:00 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Tak apa Hulu Langat, nanti kita sembang di luar, insya-Allah. Baik, sikit lagi Tuan Yang di-Pertua.

12.5 peratus daripada cukai simpanan korporat tadi juga dicadangkan kalau boleh diberikan kepada penghutang PTPTN yang bermasalah sehingga menyusahkan hidup, pergerakan dan juga business mereka.

Penghutang-penghutang PTPTN ini terdiri daripada golongan belia. Jadi, kutipan cukai ini jika boleh diberikan terus kepada PTPTN bagi pihak penghutang. Jadi, bagi pihak belia, hutang mereka kepada PTPTN akan semakin berkurang daripada tahun ke tahun dan yang lebih penting lagi pihak PTPTN akan mendapat semula sebahagian bayaran pinjaman tersebut dan boleh membantu mahasiswa-mahasiswa lain di tahun-tahun yang mendatang dan baki daripada kutipan cukai itu, barulah digunakan oleh kerajaan untuk perkara lain seperti perumahan rakyat dan sebagainya. Saya mengharapkan respons daripada pihak kerajaan kerana ini kali kedua saya membangkitkan isu ini.

Dato’ Yang di-Pertua, sedikit untuk kawasan Permatang Pauh, saya telah menyuarakan berkaitan dengan kesesakan lalu lintas di Permatang Pauh dan saya ucapkan terima kasih pada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya kerana telah memberikan respons. Isu tebatan banjir dan juga permintaan diwujudkan UTC di Permatang Pauh, yang ini saya belum dapat lagi jawapan sehingga hari ini.

final • 5:00 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Jadi, untuk belanjawan kali ini, saya ingin memohon kerajaan memperuntukkan khusus sejumlah dana bagi merancang, menyusun, menyelia dan membina serta menyelenggara sistem perparitan secara menyeluruh di kawasan Parlimen Permatang Pauh kerana Parlimen Permatang Pauh ini di antara Parlimen yang selalu berlaku banjir, terutamanya banjir kilat.

Rakyat Permatang Pauh hanya mahukan kehidupan yang sejahtera. Jadi, saya mohon kerajaan memperuntukkan sejumlah dana khas khususnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri peruntukanlah dana khas ini kepada agensi-agensi berkaitan dengan projek ini agar isu perparitan di Parlimen Permatang Pauh dapat disusun semula secara menyeluruh dan bukan dibuat sedikit-sedikit dan saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kerana Yang Amat Berhormat telah memberikan sumbangan RM1.9 juta pada Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu yang terbakar pada bulan lalu. Terima kasih pada Yang Amat Berhormat.

Yang terakhir, sebahagian besar rakyat Malaysia masih bertanya dan masih mengharapkan sehingga sekarang ini adakah kerajaan mahu melaksanakan pengeluaran KWSP secara bersasar kepada rakyat yang layak. Rakyat masih setia menunggu jawapan daripada kerajaan kerana tekanan hidup rakyat yang ketika ini sangat-sangat mendesak. Mohon pertimbangan tentang isu ini daripada pihak kerajaan.

Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, saya tidak pandai berpantun, saya tidak pandai bersajak, saya juga tidak pandai membaca talkin seperti Sabak Bernam, saya juga tidak pandai untuk menyanyi seperti beliau dan juga saya tidak pandai untuk meninggikan suara. Tetapi, saya merayu kepada pihak kerajaan pertimbangkanlah perkara-perkara yang telah saya sebutkan sebentar tadi semata-mata untuk kehidupan majoriti rakyat kita di bawah.

Sekali lagi saya ulang, hanya orang yang biasa susah sahaja tahu kesusahan orang susah. Orang kaya tak akan mengetahuinya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Permatang Pauh mohon mencadang.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Dipersilakan Yang Berhormat Tampin.

final • 5:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan yang diberikan.

Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan syarikat-syarikat yang telah menyalurkan lebih RM100 juta ke Tabung Kemanusiaan dan Perubatan Palestin untuk membantu saudara- saudara kita di sana.

[Tepuk] Saya di kesempatan ini juga syabas diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun dan Yang Berhormat Menteri Luar Negeri kerana telah menyuarakan dengan tegas pendirian kita berhubung perkembangan konflik Palestin-Israel mutakhir ini dalam Sidang Kemuncak ASEAN Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh dan mesyuarat luar biasa tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah.

Yang Amat Berhormat Tambun merupakan pemimpin negara Islam yang paling ke hadapan mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama pemimpin negara Islam yang lain berhubung konflik Palestin-Israel [Tepuk] . Perjumpaan yang telah dibuat bersama Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman Al Saud, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi dan beberapa orang tokoh ilmuwan Islam. Meskipun menyedari dan menjangka akan ada tindak balas daripada negara barat berhubung kelantangan Malaysia dalam menyuarakan Palestin, namun isu-isu berkaitan kemanusiaan ini melangkaui kesemuanya.

Politik perampasan yang berterusan penuh dendam dengan mengambil hak rakyat Palestin dan tindakan Israel yang secara jelas mencabuli undang-undang

final • 5:03 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

antarabangsa dan melakukan jenayah perang harus dihentikan dan ditentang habis- habisan. Semoga segala usaha kita ini dapat menyelamatkan keadaan saudara-saudara kita di bumi Palestin, mengembalikan maruah mereka dan menghentikan konflik yang berlaku, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada topik perbahasan kita pada hari ini iaitu Belanjawan Madani kedua dengan nilai peruntukan keseluruhan berjumlah RM393.8 bilion. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana memperuntukkan sebahagian kepada RM31 juta untuk membina sebuah lagi premis pendidikan awal kanak-kanak KEMAS baharu di FELDA Jelai 1, Tampin. Sehubungan itu, saya berharap agar lebih banyak lagi pembangunan dapat dilaksanakan di Tampin kerana Tampin mempunyai potensi besar untuk dimajukan dan dijadikan sebagai kawasan perindustrian baharu negara. Hal ini, termasuklah menjadikan kawasan Tampin sebagai Taman Ilmu Islam seperti yang pernah saya cadangkan sebelum ini semasa membahaskan KSP RMKe-12 yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2024 yang dibentangkan dengan defisit fiskal diunjurkan lebih kecil iaitu kepada 4.3 peratus telah menunjukkan komitmen kerajaan untuk mengurangkan beban hutang negara dan menunjukkan sikap berhemah kerajaan dalam menguruskan perbelanjaan negara. Meskipun kerajaan memberi tumpuan untuk mengurangkan defisit fiskal negara kepada 3.5 peratus menjelang 2025, perkara tersebut bukanlah satu petanda bahawa kerajaan bakal mengurangkan pelbagai bentuk bantuan kepada golongan rentan berpendapatan rendah. Hakikatnya, salah satu bentuk bantuan iaitu STR bagi tahun depan telah ditingkatkan kepada RM3,700 berbanding RM3,000.

Begitu juga bantuan STR kepada golongan belia daripada RM350 kepada RM500.

final • 5:03 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Tampin minta mencelah, Tampin.

final • 5:03 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Dipersilakan Batu Pahat.

final • 5:03 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Mohon pencerahan Tampin.

Benarkah Yang Amat Berhormat Tambun tak cukup kuat untuk membela Palestin seperti tuduhan beberapa pihak sebelum ini.

final • 5:03 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Pelbagai usaha yang telah dilakukan Batu Pahat. Kalau kita hendak mengharapkan duta yang dilantik ke Timur Tengah, memang tak ada harapan lah [Ketawa] . Belanjawan 2024— kan dah hilang dah. Justeru itu, saya yakin bahawa trend fiskal yang diturunkan secara berperingkat ini berupaya meningkatkan keyakinan para pelabur serta memacu pertumbuhan ekonomi negara dengan lebih baik dan rakyat bakal mendapat limpahannya pada tahun mendatang.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik dan amat mengalu-alukan langkah berani kerajaan berhubung agenda rasionalisasi subsidi yang lebih berkesan dan bersasar bermula tahun depan. Namun, seperti rakan-rakan yang lain, saya juga ingin mengetahui bagaimanakah keadaan pelaksanaannya. Apakah mekanisme yang bakal digunakan oleh kerajaan khususnya terhadap bahan api petrol dan diesel.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019 sebelum ini, kerajaan pada ketika itu telah memutuskan untuk memperkenalkan Program Subsidi Petrol (PSP) pada suku kedua 2019. Namun terpaksa ditangguhkan dan dibawa semula pada pembentangan Belanjawan 2020 untuk dilaksanakan bermula Januari 2020. Kemudian ditangguhkan lagi dan akhirnya terpaksa dihentikan pada Julai 2020 walaupun telah dibelanjakan sejumlah wang untuk tujuan tersebut.

Saya berpendapat, rasionalisasi subsidi ini sememangnya perlu dilaksanakan dengan secepat mungkin bagi menghentikan ketirisan dan mengimbangi fiskal negara.

Namun, sekiranya kerajaan belum menemui kaedah pelaksanaan yang tepat, berkesan dan tidak membebankan. Saya fikir sebagai langkah pertama adalah lebih baik kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya untuk mencari mekanisme terbaik bagi menyekat subsidi yang turut dihirup oleh lebih 35 juta orang asing.

final • 5:03 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Langkah kedua adalah mencari titik penyelesaian untuk menangani isu penyeludupan barang subsidi dan bahan api ke luar negara. Hal ini kerana kedua-dua masalah ini bakal menjadi cabaran utama negara dan bakal membebankan pihak penguat kuasa sekiranya tidak diuruskan dengan cekap terlebih dahulu sebelum rasionalisasi subsidi dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita sedia maklum, belanjawan kali ini telah di memperuntukkan sejumlah RM1.9 bilion bagi tujuan pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam iaitu peningkatan sebanyak RM400 juta berbanding tahun lalu dan yang tertinggi setakat ini. Geran bantuan sebanyak RM20,000 kepada semua sekolah agama rakyat yang berdaftar di bawah JAKIM juga turut dikembalikan untuk menyokong fungsi sekolah berkenaan dalam melahirkan generasi baharu Islam yang seimbang ilmu duniawi dan ukhrawi.

final • 5:03 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Peningkatan peruntukan dan langkah tersebut jelas membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Tambun begitu serius untuk menegakkan syiar Islam supaya dapat dihayati dan seluruh umat Islam di Malaysia.

[Tepuk] Di mana Islam terancamnya di bawah Kerajaan Madani ini? Itu semua politik murahan yang acap kali didendangkan.

Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih buat kerajaan kerana meluluskan peruntukan Masjid Jamek di kawasan Tampin tahun lepas. Saya juga berharap kerajaan dapat membina sebuah masjid baru di Pekan Gemas untuk tahun depan. Jadi semuanya selari dengan Perkara 31 dalam perlembagaan. Tak adalah Islam itu selancang itu Hulu Langat ya.

Tuan Yang di-Pertua, langkah kerajaan yang meningkatkan lagi paras harga pengaktifan IPG kepada RM3 sekilogram dengan peruntukan sebanyak RM400 juta telah memberi kelegaan buat para pekebun kecil di seluruh negara termasuk kawasan saya Tampin, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan yang terus mendengar keluh kesah pekebun kecil berhubung kenaikan kos pengeluaran dan penurunan harga getah yang sememangnya membebankan kehidupan mereka.

Pada kesempatan ini, saya turut berharap supaya kerajaan meningkatkan lagi paras harga pengaktifan tersebut pada tahun-tahun mendatang mungkin sebanyak RM3.50 sekilogram menerusi belanjawan bagi memberikan galakan dan suntikan motivasi kepada pekebun kecil getah dan terus untuk mengusahakan tanaman.

Seterusnya, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk menyuarakan isi hati peserta FELCRA Bukit Jelai Tampin berkenaan isu perumahan. Untuk makluman, isu ini telah berlarutan sejak sekian lama sehinggakan separuh daripada peserta yang memperjuangkan juga telah meninggal dunia. Saya berharap agar kerajaan memberikan perhatian terhadap perkara ini supaya matlamat kita untuk melaksanakan proses urbanisasi di kawasan luar bandar dapat direalisasikan. Sehubungan itu, saya ingin mengetahui apa adakah terdapat sebarang perancangan daripada kerajaan untuk membina sebuah perkampungan atau perumahan baru buat peserta FELCRA di Bukit Jelai Tampin? Apakah status semasa perancangan tersebut dan bilakah peserta FELCRA Bukit Jelai, Tampin boleh mendiaminya?

Seterusnya, berhubung projek perumahan generasi baru FELDA. Saya ingin mendapatkan kepastian apakah langkah yang bakal diambil oleh kerajaan untuk menyiapkan projek tersebut. Di Tampin masih terdapat dua buah projek perumahan yang masih terbengkalai walaupun dah melebihi 80 peratus kemajuannya iaitu di FELDA Bukit Jalor dan Bukit Rokan Utara yang memerlukan perhatian daripada kerajaan. Adakah kerajaan bercadang untuk bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri khususnya yang sealiran dengan Persekutuan supaya turut membantu menyiapkan atau bagaimana?

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini, hubungan yang kukuh antara kerajaan negeri dan persekutuan dalam pelbagai aspek amat penting dalam pelaksanaan sebarang projek pembangunan untuk rakyat. Merujuk Perkara 83(2) pengambilan tanah bagi maksud Persekutuan ada menyatakan bahawa Persekutuan “Hendaklah membayar kepada negeri itu suatu premium yang sama banyak dengan nilai

final • 5:10 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

pasaran bagi pemberian itu”. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan berkenaan pengambilan tanah di Kem Syed Sirajuddin Gemas. Saya difahamkan sekitar RM1 bilion masih belum dijelaskan oleh kerajaan kepada Kerajaan Negeri Sembilan berhubung perkara ini.

Sehubungan itu, saya ingin mengetahui apakah status semasa pembayaran premium tersebut supaya ianya dapat digunakan untuk tujuan pembangunan rakyat di Negeri Sembilan. Tuan Yang di-Pertua..

[Meneguk air] .

final • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Tampin, minta laluan sedikit boleh?

final • 5:10 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Silakan Jelutong.

final • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih. Saya teruja dengan perbahasan Yang Berhormat berkenaan dengan perhubungan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan. Satu saranan yang begitu baik. Saya berpendapat kalau ketua-ketua kerajaan-kerajaan negeri maksudnya Menteri Besar dapat menjalinkan perhubungan yang begitu erat dengan Perdana Menteri maka perkara-perkara yang diperlukan oleh kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan segera. Bagaimana pula – apa pandangan Yang Berhormat berkenaan dengan kerajaan-kerajaan negeri, negeri- negeri tertentu di mana Menteri Besar-Menteri Besarnya sering kali membuat ucapan- ucapan yang menghentam Perdana Menteri tetapi pada masa yang sama meminta bantuan kerajaan negeri? Pandangan Yang Berhormat?

final • 5:10 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Jelutong. Kadang- kadang kita ini ada hati dan perasaan sentiasa nak minta tolong, kita tolong. Tetapi hari- hari kita ditekan macam mana kita nak tolong? Ibarat melepaskan anjing. Saya menyambut baik hasrat kerajaan untuk terus menyokong.

final • 5:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tampin, Tampin.

final • 5:10 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Silakan.

final • 5:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia kata Perdana Menteri ini bila cakap je muhong, bohong, menipulah, menipu. Tetapi bila Perdana Menteri panggil mesyuarat dengan Menteri Besar, datang pula. Kalau sudah tahu Perdana Menteri itu pembohong, muhong, muhong, janganlah datang. Tetapi bila Perdana Menteri arah datang, dia datang pula. Ini yang kadang-kadang kita pun jadi peninglah Tampin.

final • 5:10 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Betul Hulu Langat, kadang-kadang saya sendiri pun tengok pening. Hari-hari bercakap benda yang tak betul. Saya menyambut baik hasrat kerajaan untuk terus menyokong bakat-bakat kreatif tempatan supaya para penggiat seni tanah air dapat menghasilkan lebih banyak karya seni yang mereka mahukan. Sebanyak RM167 juta telah diperuntukkan...

final • 5:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tampin, minta laluan.

final • 5:10 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

...Bagi tujuan dan menerusi dana kandungan digital inisiatif, filem Malaysia inisiatif skim dana pendanaan MyCreative. Sikit lagi Hulu Terengganu sekejap, sekejap. Saya percaya menerusi galakan-galakan ini para penerbit pelakon dan pengarah filem tempatan mampu menghasilkan lebih banyak filem bertaraf antarabangsa. Sehubungan itu, saya ingin mengetahui berapakah bilangan filem tempatan yang pernah mewakili Malaysia ke Oscar setakat ini dan apakah langkah yang sedang diambil oleh kerajaan untuk memastikan lebih banyak filem tempatan menembusi pasaran antarabangsa?

Pada kesempatan ini saya selaku anak jati Gemencheh dan mantan ADUN Gemencheh ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Astro Show, penerbit, pengarah filem, produksi, dan barisan pelakon kerana telah menghasilkan filem Gemencheh Boy. Nanti Hulu Terengganu mesti tengok filem ini.

[Tepuk] Filem yang diinspirasikan daripada kisah benar iaitu sekumpulan budak kampung yang berasal dari tanah rancangan FELDA Bukit Rokan Utara yang telah berjaya menempuh sejarah dalam dunia sukan kriket mampu memberikan inspirasi kepada

final • 5:10 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

semua penonton. Sehubungan dengan itu, sukacitanya saya mengajak semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk terus menyokong filem tempatan dan meluangkan masa untuk menonton filem berkenaan yang bakal ditayang di pawagam bermula pada 26 Oktober iaitu pada hari Khamis ini.

final • 5:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tampin boleh?

final • 5:10 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Akhir sekali..

final • 5:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tampin, Hulu Terengganu

final • 5:10 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

...Sekejap, sekejap, tak banyak. Sikit lagi, sikit lagi. Jangan risau nanti Speaker bagi tambah masa. Keegoan politik tidak memberi sebarang makna dan manfaat kepada rakyat lebih-lebih lagi Perdana Menteri kita Yang Amat Berhormat Tambun sudah lama bertimbang rasa dan membuka pintu seluas-luasnya kepada pihak pembangkang untuk membuat rundingan bersama Yang Amat Berhormat Petrajaya.

Perkara berkaitan perundingan ini bukanlah satu perkara yang baru. Kaedah ini sudah lama kita pakai di negara maju khususnya apabila tiada parti politik yang berjaya memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. Malah Pakatan Harapan sendiri juga pernah berbuat demikian dengan menandatangani perjanjian persefahaman bersama kerajaan yang dipimpin oleh Yang Berhormat Bera sebelum ini. Kesemuanya ini perlu dibuat bagi memikirkan kepentingan dan nasib rakyat di kawasan Parlimen masing- masing.

Kepada Ahli Yang Berhormat kepada sahabat-sahabat saya di sebelah sana tempoh berkempen sudah lama tamat dan lantikan Perdana Menteri juga sudah dibuat.

Sekarang ini adalah masa untuk kita berkhidmat. Marilah sahabat-sahabat sebelah sana bersama dengan kerajaan hari ini untuk kuatkan lagi Kerajaan Perpaduan ini. Saya yakin dan percaya bahawa Kerajaan Madani di bawah Yang Amat Berhormat Tambun akan kekal disokong dan dipercayai untuk mengembalikan negara kepada landasan yang tepat [Tepuk] . Akhir sekali, sekian sahaja daripada saya setakat ini saya berharap agar segala persoalan dan cadangan yang telah diutarakan sebentar tadi mendapat perhatian untuk tindakan selanjutnya daripada kerajaan sebelum saya mengundurkan diri.

final • 5:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Hulu Terengganu, Hulu Terengganu.

final • 5:10 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

...Izinkan saya sudahi ucapan saya dengan menyampaikan serangkap pantun.

final • 5:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Hulu Terengganu

final • 5:10 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Kalau Tuan Speaker benarkan.

final • 5:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ringkas.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat benarkan atau tidak itu?

final • 5:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Saya terpulang kepada Dato’ Speaker. Rasa saya nak habis kan jelah.

final • 5:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey.

final • 5:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Sebelum saya mengundurkan diri.

final • 5:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey.

final • 5:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Izinkan saya sudahi ucapan dengan menyampaikan serangkap pantun.

final • 5:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tampin. Tampin.

[Ketawa] Tampin.

final • 5:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Turun ke laut, memasang pukat, Keluarnya pagi, pulangnya lewat, Semoga belanjawan mendapat berkat, Rakyatnya tenang, negaranya selamat.

Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

*Ceneke.

[Ketawa]* Orang Negeri Sembilan je yang tahu ceneke itu.

[Ketawa] Masjid Tanah faham kah?

[Ketawa] Berikutannya saya mempersilakan Yang Berhormat Klang.

final • 5:20 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberi untuk membahas rang undang-undang berkaitan Belanjawan 2024.

Terdapat beberapa perkara saya ingin kemukakan mengenai Belanjawan 2024 dalam Dewan yang mulia ini.

Dato’ Yang di-Pertua, perkara yang pertama pembinaan semula lima stesen LRT3. Keputusan kerajaan untuk meneruskan semula cadangan pembinaan LRT3 tindakan yang sangat bermanfaat kepada rakyat khususnya masyarakat di sekitar kawasan Klang. Jadi mewakili rakyat Klang, saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Walau bagaimanapun, saya ingin menekankan kepada agensi-agensi yang berkait, berkuasa seperti JKR, JPS, MPK dan syarikat Prasarana untuk memantau dan mengawal selia projek-projek pembangunan ini dengan lebih teliti selepas ini.

Hal ini kerana pada musim hujan, kawasan sekitar projek-projek pembangunan ini selalu dibanjiri air. Jika agensi-agensi berkuasa ini tidak memantau keadaan dan bersiap sedia untuk menghadapi banjir kilat, situasi seperti ini seperti pada tahun 2021 akan berulang lagi di mana apabila kawasan Bukit Tinggi, Klang dinaiki banjir, rakyat mengalami kesusahan yang lebih teruk kerana ada jalan-jalan yang ditutup dan juga longkang-longkang yang telah ditutup dengan lumpur. Jalan-jalan yang ditutupkan ini memburukkan keadaan yang mana memburukkan kesesakan lalu lintas dan juga menyusahkan rakyat di sana. Maka saya harap pihak berkuasa akan memantau kawasan- kawasan pembangunan LRT3 dan mempunyai pelan untuk menguruskan situasi banjir di sekitar pembangunan pada masa akan datang.

Dato’ Yang di-Pertua, perkara kedua berkenaan RM50 juta yang disediakan secara geran padanan bersama Lembaga Pelabuhan Klang untuk menyelenggara jalan Pelabuhan Klang dan juga menguatkuasakan had bebanan lebih muatan ke atas kenderaan berat. Ini adalah suatu pendekatan yang sangat diperlukan. Kita harus ingat bahawa tindakan ini mungkin juga meningkatkan bilangan kenderaan berat atau bilangan pejalan yang diambil oleh tiap-tiap kenderaan berat akan ditambah disebabkan penguatkuasaan.

Memang penguatkuasaanlah sangat penting tapi yang paling penting adalah berkenaan dengan jalan, lebih-lebih lagi tanah di sekitar kawasan Pelabuhan Klang adalah jenis marine clay yang rendah kekuatan ricih (shear strength) dengan kebolehmampatan (compressibility). Memandangkan situasi ini, kita harus terima hakikat bahawa insiden kerosakan jalan raya di sekitar Pelabuhan Klang adalah tidak dapat dielakkan. Akibat ini, rakyat Klang terpaksa melalui kesesakan dan juga menghadapi risiko kemalangan di jalan raya yang diisi oleh kenderaan-kenderaan berat.

Pada masa yang sama, saya harap Ahli-ahli Dewan tahu bahawa hasil kutipan dari Pelabuhan Klang dan juga sekitar industri-industri yang terlibat berkaitan rapat dengan pelabuhan adalah berpuluh-puluh bilion setiap tahun. Namun begitu, apa yang kami dapat sebagai warga Klang adalah jalan yang tidak berkualiti. Peruntukan yang diperuntukkan adalah sangat kecil berbanding dengan keuntungan negara daripada

final • 5:20 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

kawasan Pelabuhan Klang begitu tinggi tapi apabila peruntukan kembalikan kepada rakyat warga Klang itu adalah sangat rendah.

Ini bukan hanya jalan utama, malahan jalan yang pergi kepada kawasan komersial, jalan ke kawasan perumahan sebab warga di situ yang memiliki atau yang memandu kenderaan-kenderaan adalah menduduki kawasan perumahan di situ. Maka jalan-jalan kami sentiasa rosak. Saya harap pihak berkuasa dapat menangani masalah ini dengan jalan yang berkualiti dan jalan yang benar-benar dapat menampung dengan keadaan tanah yang dikatakan sebagai tanah marine clay.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga tertarik dengan 33 projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi yang telah diumumkan. Kerajaan telah memutuskan bahawa pada tahun hadapan sejumlah 33 projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi akan mula dilaksanakan. Ini adalah suatu langkah yang sungguh penting demi memastikan keselamatan dan keselesaan rakyat semasa musim banjir. Masalahnya projek-projek tebatan banjir ini sering diumumkan tanpa tarikh mula dan tarikh siap. Saya dari kawasan Klang yang sering dilanda banjir. Ramai penduduk Klang telah menghubungi pejabat saya untuk bertanya tentang tarikh siap atau tarikh mula mengenai projek-projek tebatan banjir yang telah diumumkan sebelum ini.

Pada tahun yang lalu, memang ada projek- projek yang telah diumumkan bagi kawasan negeri Selangor yang khasnya dekat Lembah Klang, khasnya di kawasan Parlimen kawasan saya. Tapi setakat hari ini, saya tak nampak papan tanda kerja-kerja mula tak dapat di dah nampak. Apatah lagi nak tahu bila pula projek akan disiapkan. Maka, saya harap pihak kerajaan dapat memberi, membawa satu tindakan yang begitu tegas dalam memastikan perkara ini dapat diberi keutamaan dalam mengumumkan. Perkara yang paling penting, bila projek akan dimulakan dan bila projek akan disiapkan dalam belanjawan-belanjawan yang akan datang. Memang tarikh ini patut diumumkan.

Dato’ Yang di-Pertua, peruntukan yang dinyatakan perkara adalah dalam kepada sekolah-sekolah di seluruh negara. Sebanyak melebihi RM1 bilion telah diperuntukkan untuk penyelenggaraan semua sekolah jenis, yang kini sekolah kebangsaan, sekolah agama, sekolah Tamil, sekolah Cina dan juga sekolah mubaligh dan juga sekolah pendidikan khas. Memang suatu jumlah yang sangat besar. Tindakan ini menunjukkan komitmen Kerajaan Madani terhadap pembangunan infrastruktur sekolah demi keselesaan anak-anak kita.

Persoalannya, berapakah jumlah di antara peruntukan tersebut akan diberi kepada setiap jenis sekolah di negara kita? Ini kerana Dato’ Yang di-Pertua, dalam era pentadbiran Dato' Sri Najib, sebagai Perdana Menteri yang pada awalnya telah memperuntukkan satu jumlah khas 50 juta kepada sekolah Tamil, 50 juta kepada sekolah Cina dan sebagainya dan era ini telah diteruskan dalam kerajaan pemerintahan Pakatan Harapan dan hari ini kita nampak semakin lama, semakin mengecil peruntukan yang disalurkan khasnya kepada sekolah Tamil. Pada tahun ini, saya tak dapat jumlah yang sebenar yang telah disalurkan kepada sekolah Tamil. Saya risau sekiranya jumlah tidak dinyatakan kepada sekolah jenis-jenis yang berkaitan pada masa akan datang, ia terus mengecil sehingga hilang terus.

Dato’ Yang di-Pertua, saya harap Yang Amat Berhormat yang saya sangat menghormati Perdana Menteri kita akan menetapkan jumlah yang pasti kepada sekolah jenis kebangsaan. SJKT merangkumi lebih kurang enam peratus daripada jumlah sekolah di negara kita ini. Namun begitu, apa yang kita lihat SJKT terus ditekan dan dikurangkan peruntukan saban hari.

Dalam pada itu juga, Dato’ Yang di-Pertua, dalam kes pendidikan, saya juga difahamkan banyak juga sekolah-sekolah telah diarahkan apabila perbekalan kepada sekolah-sekolah tersebut, mereka perlu memilih pembekal perolehan sesuatu barang itu daripada pusat. Ia telah menyebabkan kenaikan harga barang itu kepada satu taraf yang tahap yang berbeza. Apakah ia telah membuka satu ruang untuk salah guna kuasa atau rasuah ataupun perkara yang kita tak nak inginkan iaitu kita bayar sesuatu perkara itu yang kita beli dengan harga yang tidak berpatutan? Ini memang berlaku kepada kalau kita siasat kepada sekolah-sekolah dalam kawasan saya sendiri, memang ini adalah perkara

final • 5:20 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

yang benar. Kita memang dengar saban hari, setiap kali mereka perlu dapatkan daripada quotation daripada pusat, ia agak tinggi. Ini berlaku Yang di-Pertua.

final • 5:20 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Dalam pada itu, peruntukkan kepada rumah ibadah bukan Islam. Selain daripada itu, saya ingin menzahirkan penghargaan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita atas peruntukkan RM50 juta kepada rumah-rumah ibadat bukan Islam bagi kerja-kerja membaik pulih menyelenggara rumah ibadat.

Pada masa yang sama, kita boleh nampak bahawa peruntukkan ini tidak selaras dengan keperluan golongan bukan Islam. Mengikut statistik, lebih kurang 39 peratus penduduk negara kita terdiri daripada penganut agama Buddha, Kristian, Hindu dan sebagainya. Terdapat hampir ataupun melepasi 500,000 lebih rumah ibadat bukan Islam di seluruh negara. Maka, nampak sangat bahawa peruntukkan sebanyak 50 juta ini tidak memenuhi keperluan dana bagi rumah ibadah bukan Islam untuk melakukan penyelenggaraan. Jadi, pengagihan peruntukkan ini pada tahun 2024 harus dilakukan dengan lebih teliti supaya kita dapat memaksimumkan manfaatnya.

Apa yang ingin saya kemukakan adalah bahawa kita perlukan suatu mekanisme penapisan yang lebih ketat untuk memilih penerima peruntukkan ini. Pada masa yang sama, saya juga ingin cadangkan untuk memudahkan cara proses permohonan peruntukkan ini supaya pihak yang memerlukannya tidak perlu tunggu untuk masa yang lama.

Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan MITRA. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukkan sebanyak RM100 juta MITRA bagi tujuan pembangunan masyarakat India. Ini adalah suatu tindakan yang saya sangat alu-alukan.

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang prihatin terhadap masyarakat India. Saya sebelum ini telah menyatakan peruntukkan ini adalah sebenarnya 0.001 peratus daripada peruntukkan yang diperuntukkan untuk pembangunan.

**[****Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Namun begitu, kita tahu. Saya harap Ahli-ahli Dewan ini faham betapa pentingnya MITRA untuk pengundi-pengundi berbangsa India di negara ini. Kemiskinan adalah salah satu isu besar antara kaum India. MITRA adalah satu-satunya platform yang khas untuk pembangunan masyarakat India di negara kita. Misalnya, untuk membantu kaum bumiputera, terdapat banyak agensi seperti MARA, TEKUN, TERAJU, PNB dan sebagainya. Tetapi untuk kaum India ada satu sahaja platform iaitu MITRA. This is the only one hope. Jadi, saya harap pada tahun 2024, MITRA akan diuruskan dengan visi dan misi yang lebih telus dan jelas.

Tan Sri Yang di-Pertua, baru-baru ini negara kita telah dikejutkan dengan kekurangan barangan keperluan harian seperti minyak masak, gula dan telur. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan memandangkan berbilion wang pembayar cukai telah disalurkan kepada subsidi terutamanya barangan keperluan harian. Apa yang sangat memudaratkan keadaan adalah apabila didapati orang asing pula dapat membeli barangan subsidi tanpa apa-apa sekatan mahupun pemantauan. Perkara ini harus dipandang serius kerana ini melibatkan berbilion wang rakyat harus dimanfaatkan demi kepentingan rakyat tempatan sahaja.

Ingin saya cadangkan agar kementerian dapat mewujudkan suatu mekanisme di mana satu sistem diwujudkan setiap hypermarket, supermarket mahupun mana-mana kedai jualan barang harian supaya adakan kaunter tertentu bagi warga asing dan rakyat tempatan. Di mana barangan bersubsidi ini hanya boleh dibeli apabila ditunjukkan kad pengenalan supaya barangan seperti ini tidak terjual kepada warga asing. Justeru itu, wang subsidi tersebut boleh dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia khususnya.

final • 5:30 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang isu SOSMA. Sebelum ini kita sama-sama sebagai wakil rakyat dan juga Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini berdiri teguh bahawa penahanan tanpa bicara adalah salah di sisi undang-undang. Tan Sri sebelum ini memang dinyatakan akan ada ura-ura dalam membawa pembaharuan dalam Akta SOSMA supaya akan ada bailable offence. Kita akan ada orang yang boleh dapat dijamin. Tetapi perkara ini lama telah dinantikan.

Saya juga difahamkan baru-baru ini tahanan SOSMA ini diminta paksa untuk supaya mengaku bersalah untuk dilepaskan ataupun dikatakan sebagai tahanan mereka, tempoh tahanan itu sebagai tempoh jatuh hukum untuk dikeluarkan. Tan Sri, saya percaya kita sama-sama memperjuangkan tahanan tanpa bicara ini perlu dijelaskan oleh Kerajaan Madani supaya kita perlu ada satu penjelasan yang lebih baik kepada rakyat di luar sana.

Segala penjenayah patut dihukum tetapi jangan sampai sesiapa yang hukum itu perlu dibuktikan kesalahannya.

Akhir kata Tan Sri, dalam perkara pendidikan. Memang saya mengalu-alukan apabila ada reformasi dalam Tingkatan 6 yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Saya masih lagi tidak dapat faham kenapa untuk masuk universiti awam perlu ada matrikulasi, asasi, Form 6 dan sebagainya. Kalau kita benar-benar percaya kepada kualiti pendidikan. Kalau benar-benar kita percaya kepada keadilan.

Kalau kita benar-benar percaya kepada yang benar-benar layak sahaja dapat diterima di universiti dalam kursus tertentu, kita tidak patut ada sebarang jenis kuota mahupun sebarang jenis ketidakadilan based on race and religion dengan izin, Tan Sri. Saya percaya tibanya masa Kerajaan Madani untuk menyelaraskan perkara ini supaya satu exam sahaja yang mana yang membawa kepada kelayakan yang sama kepada semua pihak untuk masuk sebagai pelajar di universiti awam.

Tan Sri, ini adalah antara yang mana sebagai rakyat Klang sebelum mengakhiri perkara yang paling last saya hendak menyatakan ialah Tan Sri, tapak sekolah banyak diperuntukkan di kawasan-kawasan seperti bandar. Dalam kawasan saya, tapak sekolah masih lagi ada. Saya tidak faham. Ada tapak sekolah kini telah diberi kepada – saya tidak tahu bagaimana ada bangunan sementara telah dibina. Tapak sekolah tengah-tengah bandar sekarang dimiliki bangunan untuk dewan perkahwinan. Ada yang dibina di kawasan Bukit Tinggi. Rakyat di sana menanti untuk sekolah baharu tetapi ada pula pihak hendak mengaut untung dengan tapak-tapak yang telah diberi.

Saya percaya Kementerian Pendidikan perlu bertindak tegas. Dalam pada itu juga, Pesuruh Jaya Tanah Persekutuan juga perlu bertindak. Bukan mereka sendiri menjadi dalang dalam memberi tanah ini kepada pihak swasta untuk menghapuskan harapan rakyat yang inginkan sekolah di situ. Dengan itu, saya menyokong belanjawan.

Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya menjemput Masjid Tanah.

final • 5:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Salam ‘mahaldani’. Terima kasih saya ucapkan kepada Tan Sri Speaker di atas peluang untuk saya sama-sama berbahas pada petang ini.

Pertamanya saya ingin menyentuh tentang ralat belanjawan yang telah pun kita terima suratnya semalam. Tidak sepatutnya berlaku ralat belanjawan sebagaimana kita terima semalam dan ini adalah merupakan perkara besar dan bukannya perkara kecil, Tan Sri. Angka anggaran hasil Kerajaan Persekutuan yang naik RM4.69 bilion bagi cukai tidak langsung berbanding dengan angka asal RM623 juta. Kalau angka besar pun boleh silap, bayangkan angka-angka kecil bagaimana pula keadaannya.

Saya ingin bertanya kepada Menteri Kewangan. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku? Tidakkah ini akan memberikan satu cerminan yang tidak positif terutama sekali kepada negara luar untuk melihat kita dalam kita membentangkan satu dokumen penting kerajaan iaitu dokumen penting belanjawan negara yang mana boleh tersilap. Bagaimana

final • 5:37 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

mereka hendak mendapat keyakinan dengan negara kita kalau benda sebesar ini pun boleh dilakukan kesilapan. Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mengambil tindakan di atas ralat yang berlaku dan ambil tindakan kepada Menteri Kewangan ke atas ralat yang berlaku kerana perkara besar ralat yang dilakukan itu adalah sangat besar, Tan Sri Speaker.

Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang lawatan kerja luar yang telah pun dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Syabas dan tahniah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun kembali ke tanah air. Saya lihat dalam gambar ada juga Yang Berhormat Hulu Langat pun bersama. Padan lah dalam Parlimen ini sehari dua ini senyap sahaja kan. Rupanya dia tidak ada. Dia ikut PM senyap-senyap je Tan Sri Speaker. Dia tidak bawa kita ya.

final • 5:37 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Minta laluan.

final • 5:37 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya tidak ada banyak masa. Hulu Terengganu, silakan.

final • 5:37 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ringkas. Terima kasih Tan Sri Speaker. Berkenaan dengan ralat tadi itu. Ya dalam keadaan ekonomi yang semakin meruncing, kadar currency sudah mencecah RM4.79 satu dolar. Kemudian, minyak masaknya, dengan beras dan sebagainya. Cadangan daripada Masjid Tanah tadi untuk diambil tindakan kepada Menteri Kewangan. Apakah saya rasa bukan sahaja ambil tindakan, dipecat atau dibuang terus Menteri Kewangan yang tidak kompeten ini. Apa pandangan Yang Berhormat?

final • 5:37 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Ya, saya rasa kita konsisten. Pihak pembangkang konsisten dengan hendak bagi syor kepada Perdana Menteri ini tukar sahaja Menteri Kewangan supaya lebih berfokus dan lebih memberi perhatian kepada ekonomi negara kita ini.

Seterusnya saya hendak sentuh tentang lawatan kerja luar negara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Banyak hal utama yang tidak selesai-selesai lagi tetapi sepatutnya perkara itu boleh dilakukan oleh pihak Menteri tetapi Yang Amat Berhormat terpaksa juga pergi. Yang Berhormat Tambun telah pun pergi ke Arab Saudi, difahamkan ini kali kedua. Kali pertama dia tidak dapat berjumpa dengan Putera Mahkota. Tetapi, alhamdulillah kali ini syabas dan tahniah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat pun berjumpa dengan Putera Mahkota Arab Saudi.

Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Tambun, berjaya bertemu dengan Putera Mahkota Arab Saudi, dan berapakah pelaburan yang dibawa? Berapakah pengumuman pelaburan yang telah pun berjaya di dapati? Setakat laksanakan pertemuan rasmi, jika hendak dibandingkan dengan Singapura yang telah pun berjaya dengan izin elevated kerjasama strategik Indonesia siap bincang lagi bagaimana hendak memperluaskan kerjasama strategik. Philippines pula perluaskan dengan adanya sesi bilateral talk dengan pihak Arab Saudi, Malaysia hanya ada official talk yang mana yang patut boleh dilakukan oleh pihak menteri sahaja. Tidak perlu pun Perdana Menteri lakukan tetapi terpaksa dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Ingat dulu sewaktu Najib...

final • 5:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat Masjid tanah, Masjid Tanah boleh tanya sikit? Minta penjelasan.

final • 5:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya tidak ada masa, saya hendak - saya ada lapan perkara lagi.

final • 5:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Sebab ada sedikit pertuduhan bahawasanya Perdana Menteri tak perlu pergi.

final • 5:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Lawatan Najib ke Arab Saudi dulu – saya tidak bagi. Tan Sri Speaker, saya tidak beri, saya tak beri laluan.

final • 5:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

GCC ke OIC wajar kah kita tuduh bahawasanya Perdana Menteri tidak patut pergi?

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur. Ipoh Timur.

final • 5:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Ingat dulu sewaktu Najib ke Arab Saudi dia dapat bawa balik projek Pengerang.

final • 5:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

GCC, OIC ini hendak semak – nak bincang tentang Israel dan Palestin ini.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 5:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat, tolong patuhi peraturan Dewan! Tidak payah hendak geleng-geleng kepala sangat.

Mahiaddin Yassin sewaktu menjadi Perdana Menteri ada hubungan yang baik dengan Arab Saudi sehinggakan Arab Saudi menjadi penyumbang utama sewaktu pandemik dan dapat menyelesaikan masalah projek Pengerang dan juga PETRONAS pada ketika itu.

Kita Malaysia hanya official talk sahaja. Perdana Menteri bersama dengan Putera Mahkota Arab Saudi sebagaimana dilaporkan oleh headline utama media-media kita.

Kesian, Perdana Menteri kita. Saya hendak beritahu kita kesian dengan Perdana Menteri kita ini terlalu banyak beza nak fikir. Nak fikir beras tidak ada, telur tidak ada, minyak tidak cukup dan sebagainya. Tolonglah Kabinet! Hari ini, tengok saya bercakap di depan Dewan kerusi yang kosong seorang Menteri pun tidak ada!

[Tepuk] Bukan sahaja – yang ini kah yang kita hendak tunjukkan? Kalau dulu saya jaga Parlimen, kita ada gilir-gilir. Tidak ada buat sistem giliran ke ini? Saya musykil betul dengan Kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional ini.

Jadi, untuk itu saya hendak pergi, saya hendak pergi kepada...

final • 5:40 PM

Datuk Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Kita ada Timbalan, Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Perkara yang ketiga berkaitan dengan penyelarasan pencen. Melalui keputusan kes mahkamah Persekutuan pada 26 Jun 2023. Sebulat suara lima hakim menyatakan pindaan terhadap Akta Penyelarasan Pencen 1980 pada tahun 2012...

final • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Menggantikan peruntukan penyelarasan pencen dengan kenaikan pencen atas kadar dua peratus tiap- tiap tahun adalah salah dan tidak sah di sisi undang-undang.

Jadi, keputusan mahkamah Persekutuan ini memerlukan kerajaan mengambil tindakan menyelaraskan semua pencen yang diberi dan dibayar di bawah mana-mana undang-undang bertulis berasaskan gaji semasa.

Bersama dengan kita pada hari ini dalam Dewan yang mulia saya hendak memperkenalkan Puan Aminah Ahmad ada di belakang sana, Mejar Jeneral Dato’ Profesor Mohammad Tarmizi, Dr. Profesor - Dr. Halijah Hashim dan mereka ini merupakan orang yang terkilan, orang-orang yang terkesan disebabkan oleh perkara yang berlaku.

Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan apakah perancangan way forward kerajaan dalam hal ini supaya ada situasi menang-menang dengan melibatkan mereka.

Kerana kalau kita tengok macam saya sebut tadi, Puan Aminah pencen yang diperolehi hanya RM1,700. Mejar Jeneral Dato’ Profesor Mohammad Tarmizi ini dah berkhidmat di ATM. Dia adalah merupakan doktor gigi. Bayangkan kalau doktor kena tembak – eh, doktor kena tembak pula. Tentera kena tembak, bayangkan hendak betulkan gigi itu dia betulkan. Tan Sri, Tan Sri tahu gaji pencen dapat berapa? Hanya RM3,000 lebih sahaja Tan Sri. Doktor gigi, Tan Sri. Jadi, ini amat kesian buat mereka terutama sekali dalam kos yang menghimpit sara hidup yang terhimpit pada masa ini. Jadi, harap kerajaan dapat memperlihatkan situasi menang-menang yang melibatkan mereka ini semua.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin sentuh seterusnya kepada golongan pertengahan iaitu M40. Rata-rata berpendapatan M40 ini melambangkan kemajuan sesebuah negara. Banyak usaha yang dibuat oleh golongan B40 untuk mereka upgrade

final • 5:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

diri mereka sebagai golongan M40. Kalau kita tengok disebabkan oleh jurang yang berlaku, ramai anak muda berhijrah ke luar negara. Harian Metro, Februari 2023 melaporkan “Keadaan membimbangkan. Lebih 90,000 graduan berhadapan dengan masalah pengangguran disebabkan kekurangan peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan mereka”. Dahlah kita perlu beri perhatian juga kepada M40 ini. Dahlah dalam kehidupan yang sangat menghimpit, kos sara hidup yang meningkat dan mereka juga perlu membayar cukai pendapatan yang tinggi. Jadi, dulu mereka kata mereka boleh makan beras import. Hari ini mereka pun berebut-rebut nak beli beras tempatan, Tan Sri Speaker.

Jadi, seterusnya saya ingin menyentuh tentang perkara pelancongan negara. Saya masih ingat lagi sewaktu Dato’ Sri Nazri Aziz menjadi Menteri Pelancongan, banyak syarikat travel agent yang diberikan insentif pengecualian cukai dan ianya diberikan sekiranya mereka dapat bawa konon dalam 700 orang pelancong ke dalam negara, pelancong daripada luar datang dalam negara maka mereka akan dapat diberikan insentif pengecualian cukai.

Sekurang-kurangnya dia dapat memberikan impak yang positif supaya mereka dapat lebih mempromosikan lagi negara kita di mata luar dan dapat membawa lebih ramai lagi pelancong. Jadi, dengan itu saya mencadangkan dapat diberikan pengecualian cukai selama lima tahun bagi agensi pelancongan dalam sektor imbau sebagaimana ini dapat memberikan impak yang positif lagi untuk pelancongan negara.

Seterusnya, saya juga ingin bertanyakan RM370 juta bagi Kempen Tahun Melawat Malaysia ini adakah ianya hanya untuk Kempen Melawat Malaysia semata-mata ataupun ianya termasuk juga dengan belanja pengurusan? Sebab kalau kita hendak tengokkan tak cukup Tan Sri. Sebab kita nak tengok kalau kita nak dibezakan dengan Malaysia, dengan Thailand, dengan Indonesia bagai langit dan bumi. Bayangkan tak payah hendak banding Malaysia dengan Thailand. Malaysia dengan Phuket sahaja pun langit dengan bumi.

Bayangkan dalam tempoh lapan bulan sahaja Phuket berjaya membawa pulangan RM48 bilion ke dalam negara mereka disebabkan oleh impact pelancongan yang sangat positif.

final • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Masjid Tanah.

final • 5:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya tidak ada masa. Saya ada banyak lagi perkara ini. Siapa yang bercakap itu? Saya tidak ada masa.

Minta maaf. Jelutong, you are my friend but I’m so sorry, next time, insya-Allah.

Jadi, seterusnya saya ingin melihat kepada perkara yang kedua berkenaan dengan pelancongan juga. Kalau dapat kita minta kerajaan tengok semula SOP berkaitan dengan insentif gamelan iaitu insentif yang diberikan kepada travel agent kalau mereka nak pergi travel luar untuk membuat promosi di luar negara. Maka, mereka diberikan potongan 50 peratus untuk tiket kapal terbang, dan juga untuk hotel yang mereka duduki.

Tetapi, bila hendak claim, dia ambil masa. Jadi, saya harap kerajaan dapat tengok balik semula dalam tempoh setahun ini dan saya dimaklumkan bahawa terlalu banyak, lama sangat nak dapat claim tersebut. Ini merencatkan terutama sekali untuk syarikat- syarikat yang kecil. Itu kita lihat adakah kerajaan – yang ketiganya, adakah kerajaan akan memperlihatkan semula tentang soal untuk mempromosikan atas talian dengan lebih cekap lagi?

Sebab hari ini kita melihat bahawa promosi atas talian sangat berlaku dengan begitu ligat sekali. Jadi, adakah dengan promosi yang diberikan ini terutama sekali kita hendak meraikan Tahun Melawat Malaysia 2026 ini maka peruntukan itu dapat diberikan kerana kalau kita tengok pejabat Tourism Malaysia di luar negara contoh, kita ada di US sewa yang cukup besar, mahal yang perlu dibayar.

Di Singapore saya difahamkan SGD100,000 kita harus bayar untuk pejabat TM kita di sana. Kalau dekat UK, kita dapat free je duduk di sana, pejabat tersebut tetapi yang harus kita beri perhatian adalah maintenance-nya pula. Walaupun ada dekat tengah- tengah bandar pekan London.

Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang KWSP. Tan Sri, permohonan untuk pencarum, untuk pengeluaran bersasar telah pun digantikan sebagaimana yang telah

final • 5:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk akaun fleksibel pada tahun depan. Ini bermakna, hanya mereka yang ada pekerjaan dan potongan KWSP sahaja yang layak jika simpanannya nanti mencukupi. Sedangkan rakyat perlukan sekarang.

Sekarang ini yang rakyat perlukan. Jika akaun flexible ini dilancarkan, maka pencarum kena tunggu. Hendak kena tunggu cukup simpanannya yang diperlukan barulah boleh ianya dikeluarkan.

Ini akan mengambil masa yang bertahun. Untuk akaun flexible ini, untuk jangka masa panjang yes, bagus. Tetapi, untuk yang sekarang ini masa jangka masa pendek yang diperlukan rakyat ini ianya tidak membantu terutama sekali di luar sana suri rumah, kita ada ibu tunggal, bapa tinggal, peniaga kecil yang tiada pekerjaan tetap dan mereka tiada potongan KWSP. Bagaimanakah nasib mereka sekiranya mereka tidak diberikan pengeluaran KWSP secara bersasar? Harap ada mekanisme yang terbaik yang boleh menyantuni dan juga membantu golongan yang tercicir oleh akaun fleksibel KWSP ini.

final • 5:40 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Seterusnya Tan Sri, saya ingin menyentuh tentang reformasi Parlimen. Yang Amat Berhormat Tambun sering melaungkan reformasi. Saya ulang, reformasi Parlimen melalui pengenalan Akta Perkhidmatan Parlimen. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah kerajaan hari ini benar-benar ada political will bagi menjadikan Parlimen sebagai badan legislatif yang bebas dari cengkaman eksekutif.

Malah kenyataan Tan Sri Yang di-Pertua, Speaker Dewan Negara menyatakan akan bentangkan rang undang-undang berkaitan dengan akta ini dalam sidang ini.

Adakah ianya dapat dilaksanakan dan sekiranya benar, pasti ada implikasi kewangan yang berlaku pada tahun hadapan. Jadi apakah perancangan kerajaan berkaitan dengan hala tuju berkaitan Akta Perkhidmatan Parlimen ini.

Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang last sekali Tan Sri Yang di-Pertua, sektor pendidikan adalah sektor yang sangat rapat dengan rakyat, dengan pemegang taruh sehingga lebih dari 15 juta orang di seluruh negara. Saya menyambut baik RM100 juta untuk membantu sebilangan murid yang masih tercicir dan memerlukan bimbingan lanjut sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Namun demikian, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa belanjawan yang lepas yang diumumkan pada 2023, peruntukan yang tujuan yang sama telah diumumkan RM15 juta untuk menyokong usaha NGO mengadakan kelas pemulihan untuk anak-anak yang tercicir dalam pembelajaran.

Oleh yang demikian, saya hendak bertanya kepada pihak kementerian mahupun Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan mengenai keberhasilan peruntukan ini terutama berapa ramai anak-anak tercicir pembelajaran yang telah pun mendapat manfaat daripadanya? Ini penting kerana seperti mana yang telah pun Dewan yang mulia ini maklum, negara berhadapan dengan isu keciciran pembelajaran yang serius sebagaimana yang telah pun diumumkan oleh pihak KPM ketika pengumuman keputusan SPM yang lepas.

Seramai 63,596 anak-anak kita yang bersekolah sejak daripada Tahun 1 hingga Tingkatan 5 gagal untuk mendapatkan sijil SPM pada tahun 2022 dengan 29,663 daripadanya tidak hadir dan peratusan anak-anak yang gagal mendapatkan sijil SPM ini statik setiap tahun tanpa ada sebarang penurunan. YB-YB cuba check dekat kawasan masing-masing. Pergi tanya PPD, berapakah sebenarnya jumlah angka murid yang keciciran di dalam Parlimen kita. Pasti ianya tidak akan lari banyak jauh. Dia setiap tahun memang ada sahaja. Begitu sahaja angkanya.

Jadi saya suka nak mengajak kalau Yang Berhormat Ahli Parlimen dapat semak juga di pihak PPD masing-masing. Ini semua berlaku walaupun KPM mendapat peruntukan terbesar setiap kali belanjawan diumumkan, atau bolehlah kita katakan peruntukan yang besar tetapi keberhasilannya agak meragukan. Saya rasa itu sahaja Tan Sri Speaker. Kali ini saya kagum dengan diri saya sebab saya on time. Terima kasih Tan Sri Speaker.

[Ketawa] [Tepuk]

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Sungai Siput.

final • 5:50 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua kerana mengizinkan Sungai Siput turut serta perbahasan negara. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan kerana telah mengungkapkan ayat Tirukkural yang ke-385 yang amat bersesuaian dengan pembentangan bajet negara di mana membawa maksud, “Hasil negara haruslah diurus dan dibelanja dengan penuh hemah.” Itulah maksud Tirukkural yang telah diungkapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Dato’ Yang di-Pertua, bajet yang telah dibentangkan 2024 yang bertemakan, ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’, Belanjawan 2024 kemudi negara hadapi dunia galau. Tan Sri Yang di-Pertua, fokus belanjawan kali ini meningkatkan hasil negara termasuk melalui pelaksanaan subsidi bersasar di mana hasil jimatan daripada subsidi bersasar lebihan dikembalikan kepada rakyat.

Belanjawan 2024 telah berjaya mengetengahkan pembaharuan yang diperlukan iaitu meletakkan negara di landasan tepat ke arah pelaksanaan subsidi bersasar.

Pembaharuan yang diperlukan iaitu meletakkan negara ke arah mempromosi pertumbuhan ekonomi, meningkatkan daya saingan global dan mengukur iklim perubahan kondusif serta memberi fokus kesejahteraan rakyat.

Tan Sri Yang di-Pertua, falsafah penting bagi sesebuah negara sebagai kerajaan dalam membelanjakan hasilnya tentulah memastikan setiap isi rumah mendapat manfaat atau lebihan pendapatan bagi perbelanjaan harian. Keperluan makanan, rakyat mahukan bekalan makanan sentiasa tersedia dengan harga berpatutan. Justeru itu, kerajaan telah memperuntukkan RM81 bilion bagi menampung subsidi meringankan beban rakyat khususnya kepada golongan B40.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan ketegasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memastikan subsidi diberikan sepenuhnya kepada golongan yang amat memerlukan. Keputusan kerajaan untuk meningkatkan cukai SST daripada enam peratus kepada lapan peratus tentunya sesuatu yang sukar namun kerajaan akan memperolehi kutipan tambahan sebanyak RM28 bilion setahun.

Reformasi cukai SST yang dicadangkan lapan peratus antara langkah kerajaan untuk memastikan kutipan hasil meningkat secara berperingkat, setanding negara maju iaitu daripada 14 peratus kepada 15 peratus berbanding 11.8 peratus ketika ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, Bajet 2024 Dasar Peluang Kedua. Hasil pelaksanaan Dasar Peluang Kedua, Akta Insolvensi (Pindaan) 2003 hampir 14,000 orang muflis telah dilepaskan daripada status ‘bankrap’. Individu yang bebas daripada status ‘bankrap’ boleh mula berniaga dan menyumbang kepada tenaga kerja dan pertumbuhan ekonomi negara.

Kadar tanggungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri dengan peruntukan RM100 juta caruman i-Suri KWSP yang akan memanfaatkan 40,000 suri rumah yang berdaftar dengan eKasih. Rakyat memerlukan pendidikan berkualiti. Justeru, kerajaan bertanggungjawab memberikan akses pendidikan asas secara percuma kepada rakyat. Apabila sudah ada pendidikan, rakyat mahukan pula pekerjaan dengan gaji bermaruah. Apabila sudah ada pekerjaan, rakyat perlu pula tempat tinggal yang selesa.

Inilah fokus utama Belanjawan Kerajaan Perpaduan dalam memulihkan ekonomi negara.

Peruntukan sejumlah RM393.8 bilion menandakan satu komitmen yang mendalam terhadap kemajuan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diperuntukkan sebanyak RM58 bilion. Rungutan pelajar-pelajar India yang tidak mendapat tempat di kolej matrikulasi meskipun meraih keputusan cemerlang harus ada jalan penyelesaian.

Penyediaan peluang pendidikan sebegini akan menyediakan lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar India memasuki program matrikulasi serta TVET bagi menjamin masa depan mereka di negara ini.

Cadangan Perdana Menteri yang meminta Menteri Pendidikan untuk membentuk jawatankuasa khas menilai kaedah penawaran penempatan pelajar India ke matrikulasi

final • 5:53 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

dan program prauniversiti kepada pelajar cemerlang harus membuka peluang yang lebih baik kepada pelajar-pelajar ini.

final • 5:53 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Tan Sri Yang di-Pertua, masyarakat India masih menghadapi beberapa cabaran di bidang pendidikan. Di peringkat Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil masih terdapat kekurangan guru. Usaha memperluaskan program prasekolah secara sistematik, kekurangan wang untuk penyelenggaraan sekolah dan masalah kemudahan persekolahan. Peruntukan untuk sekolah Tamil dalam Belanjawan 2024 masih kurang jelas.

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat. Sekolah Tamil.

final • 6:00 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Silakan.

final • 6:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya nak tanya pendapat Yang Berhormat dan saya ingin turut memuji langkah-langkah yang diambil oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan di dalam memberi peruntukan untuk menjaga kebajikan dan urusan sekolah-sekolah Tamil. Apakah komen Yang Berhormat mengenai pihak-pihak – ada pihak-pihak yang tertentu yang tak habis-habis ingin memansuhkan sekolah-sekolah vernakular.

Pandangan Yang Berhormat tentang perkara itu? Saya juga ingin di sini berterima kasih kepada Kerajaan Madani yang sentiasa mempertahankan aliran sekolah-sekolah Tamil dan sekolah-sekolah Cina.

Pandangan Yang Berhormat berkenaan dengan saranan pihak-pihak tertentu untuk memansuhkan sekolah-sekolah ataupun memberhentikan operasinya sekolah- sekolah Tamil dan sekolah-sekolah Cina. Pandangan Yang Berhormat tentang perkara itu?

final • 6:00 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Ya. Tan Sri Yang di-Pertua, ada pihak-pihak tertentu terus mempersoalkan kewujudan Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan saya sebagai Ahli Parlimen dan rakan saya sebagai Ahli Parlimen Jelutong, di mana Perlembagaan Malaysia telah menjamin hak semua masyarakat untuk memilih sekolah termasuk sekolah kebangsaan mahupun sekolah Tamil kerana ia telah terjamin dalam Perlembagaan Malaysia. Jadi, kita tidak perlu hiraukan pihak-pihak tertentu yang sengaja cuba menggangu-gugat keharmonian kaum di negara ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, ketidaksamaan sosioekonomi dan kos menyara kelangsungan hidup masih menjadi soal asas komuniti luar bandar. Apakah sasaran kerajaan yang sebenar untuk menyediakan peluang pekerjaan di sektor berimpak tinggi dan sederhana? Peluang memiliki perniagaan dan peluang peningkatan pendapatan khasnya untuk kawasan luar bandar.

Inisiatif untuk meningkatkan potensi penjanaan pendapatan isi rumah B40 belum sampai ke akar umbi dan membawa mereka menjana pendapatan lebih dari RM4,000.

Ramai pekebun dan petani sayur-sayuran masih menghadapi kerumitan untuk mendapat tanah pajakan, status TOL. Ramai peniaga menghadapi kerumitan untuk mendapatkan lesen dan tapak perniagaan daripada majlis tempatan. Kalau kekangan-kekangan ini tidak dapat di lerai di peringkat desa dan pekan, bagaimanakah penduduk luar bandar akan memperolehi pendapatan atau menjana pendapatan baharu untuk menanggung kos sara hidup mereka akibat kenaikan harga barang?

Penciptaan pekerjaan melalui program Pendapatan Rakyat (IPR) dan inisiatif- inisiatif kementerian yang lain harus ada kesinambungan sampai ke peringkat pejabat desa dan daerah. Kita memerlukan rangka pelan yang memperincikan butiran-butiran untuk memperkasa pendapatan rakyat di pelbagai sektor.

Tan Sri Yang di-Pertua, TEKUN telah diperuntukkan sebanyak RM330 juta.

Berdasarkan jawapan Timbalan Menteri Kementerian Keusahawanan dan Koperasi di mana KUSKOP menyebut bahawa hanya 1,630 permohonan yang telah diluluskan untuk

final • 6:00 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

peniaga kecil India dari TEKUN, SPUMI berapa peratus kah kelulusan ini berbanding dengan jumlah keseluruhan peniaga India yang berdaftar di Malaysia?

Dengan peratus kelulusan yang rendah, bagaimanakah kita hendak menggalakkan penyertaan masyarakat India menceburi diri dalam bidang perniagaan di samping merangsang bidang usahawan di Malaysia? Bagaimanakah kementerian boleh memastikan supaya lebih ramai masyarakat peniaga India memohon kemudahan yang ditawarkan oleh TEKUN dan juga SPUMI?

Dato’ Yang di-Pertua, Belanjawan 2024 ini juga berhasrat untuk membantu penggiat seni dengan memperuntukkan sebanyak RM60 juta bagi mempromosikan karya tempatan dan menyokong kandungan berteraskan nilai kenegaraan. Selain itu, kerajaan juga telah memperuntukkan RM90 juta bagi filem tempatan yang bertaraf antarabangsa.

Berbicara tentang karya dan filem tempatan, saya berharap kerajaan memastikan peluang ini merangkumi karya tempatan masyarakat Cina, India dan Kadazan, Dusun.

Meneruskan usaha yang bermula tahun ini, kerajaan juga telah membuat beberapa peruntukan di dalam Bajet 2024 untuk membanteras kemiskinan seperti program Payung Rahmah, Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah.

RM200 juga telah disediakan untuk meneruskan pelaksanaan Payung Rahmah, Program Pasar Rahmah yang menawarkan inisiatif kepada pengusaha pasar borong, pasar malam dan pasar tani. Dianggarkan akan membawa manfaat kepada 1.2 juta pengusaha.

Manakala STR pula dijangka akan memanfaatkan hampir 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia dan telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion.

Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong penuh hasrat kerajaan untuk menyediakan sebanyak RM1.2 bilion untuk menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada golongan orang kurang upaya. Kadar elaun pelatih OKU yang mengikuti program pemulihan dalam komuniti akan ditingkatkan kepada RM300 sebulan. Bagi memberikan manfaat kepada usahawan OKU mikro pula kemudahan pembiayaan khas oleh BSN akan disediakan.

Tan Sri Yang di-Pertua, sudah sampai masa daerah Sungai Siput yang mempunyai penduduk seramai hampir 90,000 orang memerlukan sebuah kolej TVET supaya rakyat mendapat akses pendidikan teknikal berkualiti yang merangkumi teknologi kecerdasan buatan, robotik, EV, solar, kejuruteraan dan sains komputer.

Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya ingin menarik perhatian Dewan untuk memaklumkan di mana saya telah menerima satu e-mel daripada Gabungan Persatuan- persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Tamil Malaysia dalam surat mereka mewakili sekolah-sekolah Tamil merayu kepada kerajaan supaya suatu peruntukan yang menyeluruh bagi menjamin kelestarian Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan penerusan pendidikan ibunda di negara ini.

Luahan mereka adalah di mana dalam Bajet 2024 sebanyak RM1.9 bilion telah diperuntukkan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan sekolah-sekolah di seluruh negara. Jadi, mereka memohon pencerahan diperlukan jumlah wang penyelenggaraan yang akan diperuntukkan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Tan Sri Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong pembentangan Bajet 2024.

Sekian, terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Jerai.

final • 6:00 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta berbahas Rang Undang-undang Perbekalan 2024 yang telah pun dibentangkan oleh PMX Tambun.

Saya akan membahaskan beberapa perkara penting yang berkait dengan kepentingan rakyat keseluruhannya. Sebelum itu, saya mulakan ucapan perbahasan belanjawan ini dengan menzahirkan rasa kesal dan dukacita atas nasib mangsa serangan

final • 6:08 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

kejam lagi zalim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin khususnya di Gaza. Kita masih menanti tindakan tegas pihak PBB, OIC dan pemimpin kuasa besar dunia agar segera bertindak untuk menamatkan penderitaan yang sedang ditanggung oleh rakyat Gaza.

Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya dalam - saya akan bahaskan berkenaan dengan isu pendidikan.

final • 6:08 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Baru-baru ini Menteri Pendidikan telah menerangkan Hadis 40 kepada pelajar Muslim di sekolah arus perdana akan diperkenalkan. Saya mengucapkan tahniah atas inisiatif bagi mengukuhkan akidah, akhlak dan seterusnya dapat menguasai ketakwaan sesuai dengan jati Muslim yang dihasratkan. Hadis 40 untuk pelajar Islam di seluruh negara ini, saya ingin mohon penjelasan, adakah dibuat dalam versi rumi sahaja atau pun dirancang dengan versi jawi sekali. Saya amat berharap pendekatan Hadis 40 ini dapat mencapai hasrat yang digariskan.

Seterusnya dalam isu pendidikan juga, saya ingin sekali lagi membangkitkan isu tulisan jawi di sekolah menengah atas. Sejak penggal yang lepas lagi, saya sering menyuarakan keperluan tulisan jawi dimasukkan semula dalam peperiksaan SPM khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Soalan berkaitan tulisan jawi di peringkat sekolah sebenarnya telah dipraktikkan sekian lama dalam arus perdana pendidikan khususnya di tingkatan 4 dan 5. Pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 mempunyai sukatan tertentu bagi membolehkan mereka menguasai tulisan jawi agar markah tulisan jawi mampu membantu para pelajar mendapat A Plus dalam Pendidikan Islam SPM.

Namun, kini Tan Sri Yang di-Pertua, soalan jawi dalam peperiksaan SPM telah dikeluarkan. Sudah tidak ada lagi peluang pelajar untuk menjawab dalam tulisan jawi.

Saya dimaklumkan bahawa pengajaran dan pembelajaran jawi sudah memadai di peringkat rendah dan menengah rendah. Tidak perlu lagi di menengah atas. Alasannya juga semua pelajar telah menguasai jawi.

Saya yang mempunyai sedikit pengalaman turun ke lapangan cukup memahami.

Alasan pihak berkenaan yang disebutkan sebagai sudah memadai dan sudah menguasai sebenarnya tidak benar sama sekali. Kehilangan jawi di menengah atas menyebabkan pelajar semakin jauh dengan tulisan jawi. Mereka hanya celik jawi sekejap kemudian di peringkat atas terus kabur dan hilang aura jawi.

Tan Sri Yang di-Pertua, dulu di peringkat menengah atas dimeriahkan dengan suasana Semarak Jawi SPM. Program Pengkaedahan Tulisan Jawi. Para guru Pendidikan Islam sentiasa cakna jadual dan aktiviti jawi. Hal ini disebabkan dalam SPM terkandung soalan jawi yang mendukung pemarkahan 10 markah sahaja. Kesan dikeluarkan soalan jawi kini senyap sunyi. Tiada lagi aktiviti pelajar untuk bersaing menguasai jawi sekali gus jawi tidak lagi dimartabatkan di arus perdana.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dewan Bahasa dan Pustaka atas persiapan penerbitan buku Pedoman Jawi. Bagi menyelaraskan tulisan jawi standard dan berautoriti, pihak Kementerian Pendidikan tidak mempunyai masalah untuk mengabdikan Soalan Jawi SPM dan ini sebagai satu cara untuk memartabatkan tulisan jawi supaya tidak hilang. Pengupayaan DBP dengan penerbitan Pedoman Jawi berserta dengan penerbitan Kamus Dewan Perdana yang memuatkan Kamus Jawi yang sangat berharga untuk digunakan oleh generasi muda hari ini.

Saya turut rasa kagum dengan Bahagian Akademi DBP kerana saban tahun memilih dengan teliti bagi mentauliahkan Munsyi Dewan Jawi bagi menyebar luaskan tulisan jawi. Saya sebutkan peranan DBP dalam usaha peranannya bagi memartabatkan tulisan jawi bagi menyedarkan semua pihak bahawa tulisan jawi kini diseragamkan bagi kegunaan semua institusi terlibat. Semoga dengan persiapan yang mencukupi dan telah selesai disempurnakan oleh pihak DBP mencelikkan semua pihak betapa berharganya khazanah warisan negara untuk kita sambungkan dari satu generasi ke satu generasi seterusnya. Seterusnya, Speaker...

final • 6:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Jerai, sedikit soalan daripada Sik berkaitan tulisan jawi tadi. Adakah Yang Berhormat Jerai setuju satu usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri Perlis yang menggalakkan para pekedai-pekedai

final • 6:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

ataupun pihak berkuasa tempatan sendiri meletakkan tulisan jawi di papan-papan iklan supaya tulisan jawi ini terus menjadi warisan yang dapat diperkenalkan kepada generasi kita yang akan datang dan pada Menteri Besar Perlis mengatakan, kalau tak mahu tulis sendiri seolah-olah tidak menggalakkan usaha yang dibuat oleh kerajaan itu sendiri.

Bagaimana pandangan Yang Berhormat Jerai?

final • 6:10 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih Yang Berhormat Sik, sahabat saya.

Saya setuju dan bukan sahaja di Perlis malahan di Pahang. Semua kedai-kedai, gedung- gedung telah diwajibkan untuk menulis tulisan jawi. Terima kasih atas peringatan yang dibuat oleh Sik, sahabat saya.

final • 6:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Jerai. Jerai, minta pencelahan sedikit. Setujukah Jerai kalau saya cadangkan supaya kerajaan memperluaskan Program JKOF ke peringkat sekolah menengah yang sekarang ini hanya dilaksanakan di peringkat sekolah menengah untuk membolehkan para pelajar di peringkat menengah memahami al-Quran, jawi dan lain-lain?

final • 6:10 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Masukkan dalam teks ucapan saya untuk menteri menjawab. Terima kasih Setiu. Seterusnya, bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KEMAS). Saya hendak bangkitkan berkenaan dengan guru-guru di Tadika KEMAS, 80 peratus masih lagi bertaraf kontrak. Untuk mendapat taraf tetap memerlukan masa 15 tahun berbanding dengan agensi lain. Tempoh tetap hanya mengambil tempoh had masa hanya antara satu dan tiga tahun. Saya mohon penjelasan Yang Amat Berhormat Menteri dalam hal ini agar jasa dan khidmat bakti para guru pendidikan awal kanak-kanak dapat diberikan setaraf dengan mutu kerja mereka.

Dalam hal ini, Jawatankuasa Sementara Kontrak Tetap (JSKT) perlu dinilai semula kerana yang terjejas dengan pelaksanaan ini ialah mereka yang berkhidmat dengan KEMAS sejak tahun 1985 tetapi akan dikira pada tahun 2008. Apa yang menyedihkan, guru-guru KEMAS yang berhenti pada tahun 2015. Saya difahamkan tiada pencen. Hanya diberi ganjaran bulanan sebanyak RM300 sahaja. Tan Sri Yang di-Pertua, sekiranya kita anggarkan jumlah guru-guru KEMAS seluruh negara 1,769. Sedikit sahaja dengan jumlah murid seramai 215,000 dengan peruntukan yang sedikit penambahannya untuk guru-guru KEMAS bersara eloklah ditingkatkan bagi menangani kos hidup yang semakin tinggi.

Tan Sri Yang di-Pertua, bagi isu yang seterusnya, saya juga menerima aduan guru pemeriksaan kertas SPM yang tidak disemak elaun sekian lama. Saya mohon penjelasan dalam Dewan yang mulia ini, sejak bilakah bayaran pemeriksa kertas SPM ini telah disemak? Adakah perancangan pihak kementerian untuk menyemak semula bayaran tersebut? Sebabnya ialah semua guru cukup memahami bahawa kertas yang disemak perlukan kebertanggungjawaban yang tinggi dan memerlukan masa yang mencukupi dan berbagai-bagai cabaran keselamatan kertas yang disemak. Sesuai dengan peredaran masa, pihak kementerian dapat lah memberi tambahan bagi memberikan semangat dan daya semakan yang lebih efisien lagi.

Saya juga terpanggil untuk menyebut di sini dengan isu penjaga atau pengawas peperiksaan yang dahulunya hanya guru-guru sekolah sahaja yang terlibat. Namun, berita yang terbaharu terbuka pula untuk orang awam untuk menjaga peperiksaan ataupun mengawas peperiksaan. Saya melihat isu ini atas asas isu yang sama seperti pemeriksa kertas peperiksaan iaitu berkurangnya minat guru kerana komitmen kerja hakiki yang semakin bertambah. Arahan untuk menjaga atau mengawas peperiksaan diterima dengan hatinya agak terluka. Ini juga berkaitan dengan elaun dan claim perbantuan yang tidak sepadan dengan mengawas peperiksaan. Oleh itu sekali lagi, semakan elaun untuk para pengawas peperiksaan perlu dilakukan. Saya mohon pencerahan.

Seterusnya, saya juga diminta untuk menyuarakan Elaun Tanggung Tugas. Kadar bayaran bulanan yang sama rata dalam kalangan Penolong Kanan I, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Petang dan semua guru kanan mata pelajaran iaitu sebanyak RM120. Manakala Pengetua, jaraknya cukup jauh iaitu sebanyak RM300. Saya mohon penjelasan rasionalkan kadar sama rata tersebut dan adakah setiap kategori boleh dikaji bayaran berbeza di bawah elaun yang diperoleh oleh Pengetua.

final • 6:10 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga mohon penjelasan sejauh manakah langkah yang diambil oleh kementerian untuk menangani guru duka lara khususnya yang berjauhan dengan keluarga dan saya difahamkan ada di kalangan sahabat saya setiap hari berulang alik lebih 200 kilometer.

final • 6:10 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Isu seterusnya ialah saya juga mendengar keluhan para ibu bapa tentang kelewatan bayaran PTPTN dan biasanya pendaftaran dibuat bayaran sendiri oleh waris baik di semester pertama mahupun di semester kedua. Dalam keadaan ekonomi sekarang, ramai para ibu bapa dalam kategori bawahan terpaksa berhutang, bergadai- golok bagi melunaskan bayaran pendaftaran. Keluhan dari ibu bapa M40 juga tentang wang PTPTN yang diterima bukan 100 peratus tetapi diluluskan dalam kadar 70 hingga 80 peratus sahaja. Saya mohon penjelasan.

Seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, sekali lagi saya ketengahkan isu Kastam Diraja Malaysia yang saya suarakan dalam penggal yang lepas agar kerajaan menjaga kebajikan seluruh warga kastam. Ini berikutan cadangan agar ditubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kastam (SPK) dapat direalisasikan dalam waktu yang terdekat. Dengan penubuhan ini mampu untuk menambahbaikkan mutu pengurusan dan pentadbiran, meningkatkan mutu penyampaian yang lebih berkesan, mengurangkan kerenah birokrasi serta dapat membangunkan dan memajukan kerjaya sekali gus menjamin integriti dalam kalangan pegawai-pegawai kastam di seluruh negara.

Seterusnya, saya juga ingin menyuarakan dengan nada yang sama dengan Ahli Parlimen yang lain, yang sebelum ini termasuklah daripada Sik, Pokok Sena tentang kehilangan beras tempatan. Di Kedah, kawasan sawah yang berada dalam naungan MADA hasil mahsul padinya yang tidak ditimpa bencana, penyakit mahupun ditenggelami banjir, pengeluarannya dengan kata lain tidak terjejas. Namun begitu, tidak nampak di pasaran seperti yang disebut oleh YB Kota Belud yang pengeluaran gas di Sabah tetapi hasil tidak nampak.

Begitu juga di Kedah, Negeri Jelapang Padi, tetapi beras untuk makanan rakyatnya tiada, terpaksa membeli beras import. Begitu juga dengan benih padi. Menteri umumkan harga maksimum padi di pintu gudang RM40 untuk 20 kilo. Manakala bagi peruncit benih padi sah, RM45 untuk 20 kilo. Namun begitu, bila kita turun ke lapangan, saya ditunjukkan dengan resit 20 kilo dibeli dengan harga RM54. Kenapa hal ini masih berlaku? Pesawah terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membeli padi sah.

Apakah tindakan drastik pihak kementerian dalam menangani pasaran gelap yang amat berleluasa?

Tan Sri Yang di-Pertua, baru-baru ini saya sempat meninjau projek penyelenggaraan cerun di Gunung Jerai. Projek yang telah dan sedang dilaksanakan giat dilakukan. Berhubung dengan projek penyelenggaraan yang telah dilakukan, berapakah kos keseluruhan projek tersebut? Yang keduanya adakah pemeriksaan berkala telah dibuat untuk melihat cerun-cerun yang agak kritikal di Gunung Jerai? Sekarang Gunung Jerai menjadi tumpuan pelancong setelah bencana kepala air pada Ogos 2021.

Saya minta supaya pihak pelancongan supaya dapat membina jambatan jalan masuk ke Gunung Jerai dan Tan Sri Speaker pun mengetahui bahawa setiap cuti, kali cuti, kesesakan akan berlaku. Orang Titi Teras nak keluaq beremba-remba masuk dengan orang yang nak naik ke Gunung Jerai di jambatan yang sama. Oleh itu, saya minta supaya jambatan ini dibina dengan sesegera yang boleh.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingat cukup sekadar itu. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Sri Gading.

final • 6:20 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua. Saya memulakan ucapan menyokong Belanjawan 2024 YB Tambun dengan kata-kata Saidina

final • 6:24 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Ali R.A, [Berucap dalam Bahasa Arab] “Lihat kepada apa yang dikata. Jangan lihat kepada siapa yang berkata”. Di Dewan yang mulia ini adalah tempat pemimpin-pemimpin politik negara berbahas, berhujah dan memberikan pandangan serta pendapat untuk kebaikan negara khasnya kepada rakyat Malaysia yang berjumlah lebih daripada 30 juta. Kita maklum pembangkang akan berperanan sebagai check and balance, memberikan pandangan yang mungkin kritikan. Begitu juga di pihak kerajaan, backbenchers, cadangan dan teguran tetap kami berikan. Itulah namanya demokrasi.

Berkaitan dengan isu Palestin, lawatan Perdana Menteri kita ke negara-negara Arab. Ada pandangan yang menyatakan seolah-olahnya tidak perlu tetapi kalau Perdana Menteri tak pergi, lain pula ceritanya. Jadi, di sinilah sebenarnya pada kita sebagai rakyat Malaysia sewajarnya kalau isu Palestin kita menyokong, kepada rakyat Palestin yang ditindas, mengapa kita tidak bersama dengan Perdana Menteri yang telah mengadakan pertemuan-pertemuan khas dengan pemimpin-pemimpin Arab di negara teluk di sana?

Tan Sri Speaker yang dikasihi, berkaitan dengan Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah, di mana menerusi amalan subsidi menyeluruh, kerajaan telah mengalami ketirisan dan kerugian yang banyak di mana terdapat kebocoran ke luar negara atau ke pasaran gelap seperti diesel. Dengan adanya sistem padu, pelaksanaan subsidi bersasar dan cash transfer dapat dilaksanakan dengan data yang lebih baik dan komprehensif. Langkah kerajaan melaksanakan subsidi bersasar amat baik dalam memastikan subsidi diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan di samping kerajaan dapat mengurangkan bebanan fiskal.

Kerajaan perlu melihat kelebihan menggunakan cash transfer berbanding mekanisme lain seperti penggunaan baik voucher ataupun kad di mana rakyat lebih tahu keadaan kewangan mereka dan bagaimana mereka untuk berbelanja pada bulan berkenaan. Melalui pengurangan dan juga rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan oleh kerajaan, langkah ini adalah sangat baik demi meningkatkan peruntukan dan juga kepada 22 bilion untuk peruntukan STR iaitu 25 peratus lebih daripada yang lepas.

Daripada lapan kepada 10 bilion.

Sumbangan Tunai Rahmah untuk isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan terima maksimum 3,700 setahun berbanding 3,100 pada tahun 2023. Kadar STR untuk belia juga dinaikkan kepada 500 daripada 350. Ini memberikan satu pencapaian dan juga rakyat akan menerimanya dengan lebih baik. Mekanisme cash transfer juga sangat baik kerana lebih fleksibel, lebih mudah dan kos pengurusan yang kurang dan tidak membebankan rakyat.

Tan Sri Speaker, berkaitan dengan penubuhan pusat pengajian kecergasan buatan pertama negara iaitu Fakulti AI di UTM. Sri Gading mencadangkan supaya penubuhan fakulti ini yang merupakan pertama kali di Malaysia. Satu inisiatif yang baik dan perlu diberikan perhatian yang lebih kerana industri AI ini merupakan sebuah industri yang sangat relevan dengan arus pemodenan teknologi. Kelangsungan dan kebersamaan institusi pendidikan dan peranan industri dalam membangunkan modul dan juga silibus pendidikan yang selari dengan kehendak industri dalam menjamin kebolehpasaran graduan.

Sri Gading mencadangkan sesi libat urus dengan pemain industri supaya silibus yang bakal diketengahkan dapat disinergikan dengan kehendak industri dan dapat menjamin kebolehpasaran graduan. Kerjasama dengan universiti-universiti dan syarikat- syarikat terkemuka dunia seperti Huawei, Alibaba, Microsoft dan juga Amazon perlu diadakan untuk pelajar mendapatkan sijil profesional yang diiktiraf di seluruh dunia. Fakulti ini juga perlu memberi tumpuan ke arah memanusiakan AI supaya ia tidak mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat tanpa terlalu bergantung kepada garis panduan konvensional dari badan-badan dunia seperti IEEE, ACM dan sebagainya.

final • 6:24 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Semua kokurikulum, program akademik dan penyelidikan AI mesti melibatkan konsep memanusiakan AI kerana akhirnya, kita menuju kepada kesejahteraan manusia.

final • 6:30 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Tan Sri Speaker, projek pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan empat lorong kepada enam lorong di mana kalau kita lihat dalam Belanjawan 2023, projek pelebaran lebuh raya PLUS dari Yong Peng Utara ke Senai Utara Fasa 1 telah diumumkan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM525 juta.

Manakala, dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri mengumumkan bahawa projek menaik taraf Lebuh raya PLUS ini dilanjutkan dari Sedenak ke Simpang Renggam, sekitar 20 kilometer dengan kos sebanyak RM931 juta. Isunya, ingin penjelasan, daripada Sri Gading, berkenaan kos sebenar projek dan status projek yang diumumkan pada pembentangan KSP RMKe-12. Mohon penjelasan daripada pihak Menteri Kewangan berkenaan status perkembangan semasa projek Fasa 1. Adakah penambahan kos ini merupakan kesan daripada lanjutan projek sedia ada?

Tan Sri Speaker, seterusnya pangkalan data bersepadu dan kemas kini, di mana sistem pangkalan data utama (PADU) yang diperkenalkan oleh Kementerian Ekonomi adalah satu langkah yang amat baik dan patut disokong penuh oleh semua pihak. PADU ditubuhkan dengan hasrat kerajaan menggabungkan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah di negara ini bagi memperkemaskan pelaksanaan subsidi sebenar.

Perkongsian data dalam kerajaan tidak seharusnya terhad kepada pelaksanaan subsidi bersasar sahaja, tetapi perlu bersifat proaktif dan ke arah pembinaan asas-asas untuk manfaat menyeluruh masa hadapan melalui satu bentuk data berintegrasi, berpacukan nilaian secara proaktif berterusan dan bersifat jangka panjang.

Pada masa ini, rakyat mengharapkan perkhidmatan kerajaan yang pantas dan berkesan. Ini mempunyai kaitan yang rapat dengan bagaimana data diintegrasikan antara pelbagai agensi kementerian dan dianalisa untuk memberi nilai tambah yang menguntungkan rakyat dan negara. Integrasi data juga boleh menjadi komoditi baru yang boleh menjana pendapatan lumayan kepada negara, dapat membantu menyelesaikan pelbagai masalah. Termasuk krisis dan ketidaktentuan kesihatan, persekitaran, ekonomi dan geopolitik. Intitipati perkongsian data adalah kemampuan kita mengintegrasikan pelbagai data dan pelbagai sumber untuk membolehkan analisa rentas pelbagai domain kerajaan yang menjana nilai tambah.

Kita boleh menyelamatkan wang kerajaan, mengesan kehilangan kanak-kanak, mengesan pelbagai jenayah dan memberikan pelbagai maklumat yang dapat menarik pelabur ke negara kita, seperti pertikaian antara syarikat dan peneraju syarikat dengan kes mahkamah ataupun kes jenayah.

Sebagai contoh, sumbangan dari sebuah agensi Kerajaan Persekutuan seperti JAKIM dan agensi negeri seperti Majlis Agama Islam dalam maklumat yang sama boleh disatukan dan dapat menyelamatkan banyak pihak. Inisiatif seperti dasar perkongsian data sektor awam menggunakan platform MyGDX, data terbuka di bawah MAMPU dan lain-lain perlu dipantau dan dinilai semula sama ada ia benar-benar menyediakan integrasi data proaktif seperti ini.

Tan Sri Speaker, berkaitan dengan program latihan negara. Di mana kita sedia maklum, daripada awal persekolahan, bagi kita semua yang telah bersekolah lama dulu, Rukun Negara Malaysia:

(i) Kepercayaan kepada Tuhan;

(ii) Kesetiaan kepada Raja dan negara;

(iii) Keluhuran Perlembagaan;

(iv) Kedaulatan undang-undang;

(v) Kesopanan dan kesusilaan.

Di mana, kalau kita lihat dalam pasca pilihan raya 15, menunjukkan signal yang jelas terhadap isu perpaduan di Malaysia, di mana sebuah tinjauan daripada badan pemikir di Malaysia memperlihatkan 6/10 daripada rakyat Malaysia adalah mangsa diskriminasi, terutama diskriminasi melalui bangsa etnik. 43 peratus daripada kes diskriminasi bangsa adalah datang daripada belia berumur 18 sehingga 24 tahun. Bagi Sri Gading, peningkatan isu racism, rasis dan sentimen kaum dalam kalangan anak muda

final • 6:30 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

ini menunjukkan lemahnya mereka dalam memahami identiti Malaysia dan kurangnya literasi kenegaraan dalam diri mereka.

Pada beberapa minggu yang lepas, Menteri Pertahanan telah mengumumkan untuk mengadakan semula PLKN 3.0 dengan mekanisme dan cara yang baru. PLKN bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme, kecemerlangan diri dan keperibadian dalam kalangan belia Malaysia. Program ini juga memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran kepimpinan dan pemahaman mengenai nilai-nilai kerja berpasukan.

Dengan memperkenalkan tiga fasa bermula di peringkat sekolah menengah hingga selepas SPM, Sri Gading pasti PLKN ini lebih menyeluruh dalam memastikan nilai perpaduan dan jati diri dalam kalangan belia lebih utuh. Tambahan pula, Sri Gading menyambut cadangan Timbalan Menteri Pertahanan bagi membuka peluang kepada veteran ATM menjadi sebahagian jurulatih sebagai, sekali gus memberi peluang pekerjaan dan platform yang terbaik kepada veteran ATM untuk memberi implikasi kepada anak-anak muda.

Tan Sri Speaker, berkaitan dengan isu pengangkutan awam di Kuala Lumpur, di mana penggunaan bas Rapid KL di Greater Klang Valley, jumlah penumpang bas di Lembah Klang pada tahun 2022 juga meningkat sebanyak 46.2 peratus kepada 57 juta lebih, berbanding tahun 2021. Bilangan tertinggi adalah pada tahun 2019, 146 juta lebih penumpang yang menggunakan bas Rapid KL. Isu dan cadangan daripada Sri Gading, ridership— sebagai perbandingan, perjalanan bas di London mempunyai purata pengguna harian sebanyak lima juta, manakala hanya kira-kira 200 ribu pengguna harian bagi Kuala Lumpur. London dan Lembah Klang, kedua-duanya mempunyai populasi kasar sekitar sembilan juta orang.

Cadangan daripada Sri Gading iaitu laluan khas bas dan time interval. Pelaksanaan laluan kontra koridor Ampang menunjukkan keberkesanan dalam meningkatkan kecekapan servis bas dari sudut frekuensi masa. Minta kerajaan untuk memperbanyakkan laluan khas bas seperti ini di sekitar ibu kota untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan awam, sekali gus menarik lebih ramai pengguna untuk menggunakan bas. Langkah ini juga boleh mengurangkan penggunaan kereta persendirian dan mengurangkan kesesakan, jika berlaku.

Tan Sri Speaker, isu tempatan. Permohonan pembinaan masjid baharu Nurul Huda, Kampung Parit Lapis Sri Dalam. Mohon supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat meluluskan permohonan pembinaan masjid baru yang amat diharapkan, di mana pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Batu Pahat telah memperakukan bangunan Masjid Nurul Huda, Kampung Parit Lapis Sri Dalam yang beralamat di Mukim 10, Senggarang, Batu Pahat, Johor perlu diganti dengan baharu kerana premis tersebut berada dalam keadaan yang kurang selamat. Selain itu juga, permohonan untuk pembinaan masjid baru ini turut mendapat kelulusan sokongan daripada Majlis Agama Islam Johor.

Yang kedua, balai polis baharu Pekan Parit Raja. Jumlah penduduk Pekan Parit Raja semakin hari semakin meningkat. Jumlah penduduk terkini sekitar 95,000 orang.

final • 6:30 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Kawasan pekan ini semakin pesat membangun dengan adanya UTHM, Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan kilang-kilang sekitar Parit Raja. Keadaan trafik yang sesak dan sering berlaku kemalangan maut di jalan utama iaitu Jalan Kluang, Batu Pahat. Sudah pasti memerlukan pengawalan dan pengawasan daripada polis dengan lebih baik bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin. Melihatkan balai polis sekarang yang kecil dan sempit kerana kawasan hadapan selepas pelebaran jalan utama Batu Pahat, Kluang sudah tiba masanya balai polis baru amat diperlukan. Justeru itu, Sri Gading mohon cadangan balai polis baru bersama Unit Trafik di Balai Polis Pekan Parit Raja.

Permohonan yang ketiga pembinaan trek sintetik di Sekolah Tunku Putra Batu Pahat. Tujuan permohonan tersebut adalah kerana kemudahan tersebut tidak tersedia untuk kegunaan pelajar-pelajar di Daerah Batu Pahat. Hal ini telah menyebabkan para

final • 6:40 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

pelajar terpaksa menjalani pertandingan di atas padang rumput yang tidak menepati piawaian majlis kejohanan pada kejohanan MSSD yang lalu.

Yang keempat, penyelenggaraan bangunan Kuil Sri Muthu Mariamman Ladang Sri Gading. Kuil ini berusia lebih 87 tahun, masih menjadi tempat ibadat utama bagi penduduk kaum India di kawasan Parlimen Sri Gading, menjadi tumpuan kepada pelajar- pelajar India UTHM. Jadi, jawatankuasa telah mengambil beberapa inisiatif dalam memohon bantuan kewangan bagi membaik pulih dan penyelenggaraan. Mohon kelulusan daripada pihak yang berkenaan.

Yang terakhirnya, pembinaan stadium Daerah Batu Pahat, di mana tanah telah ada digazetkan di Taman Putra Kencana dan kami mengharapkan supaya permohonan stadium Daerah Batu Pahat, satu-satunya daerah yang tidak ada stadium untuk digunakan oleh rakyat. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumsalam, sekarang saya jemput Setiu.

final • 6:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Berucap dalam bahasa Arab]* Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua kerana beri ruang kepada Setiu untuk turut sama membahaskan Belanjawan 2024 yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh sekalian rakyat.

Sebelum saya memulakan perbahasan belanjawan saya pada kali ini, saya ingin membawa Ahli Dewan sekalian untuk terus bermunajat dan berdoa agar Allah memberi perlindungan kepada rakyat Palestin yang terus menerus dihujani serangan bom, peluru berpandu dan sebagainya. Hari ini telah masuk hari ke-17 dan mengikut sumber daripada Kementerian Kesihatan Palestin, sehingga kini angka kematian telah meningkat kepada 5,300 orang termasuk bayi, kanak-kanak dan warga emas dan 18,000 orang cedera.

Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya membaca potongan ayat Al-Quran dari Surah Al-Hasyr, ayat 14.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “*Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik dengan keadaan mereka bersatu padu sekali pun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama mereka amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu sedangkan hati mereka berpecah belah

(disebabkan berlainan kepercayaan di kalangan mereka). Jadi demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak mengetahui dan tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).*” Ayat tersebut jelas membuktikan kepada kita bahawa kaum Yahudi sangat takut kepada golongan mukminin. Disebabkan ketakutan mereka yang melampau terhadap orang mukmin, mereka mula bertindak di luar norma peperangan dengan mengebom sekolah, hospital dan baru-baru ini bom dijatuhkan di Hospital Al-Ahli Ma’madani yang telah mengorbankan 500 orang rakyat Palestin. Tindakan biadab dan melampau sedemikian rupa patut dikecam habis-habisan.

Tan Sri Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin menarik perhatian Ahli Dewan kepada peringatan Allah di dalam Al-Quran agar setiap pelan dan aktiviti ekonomi yang dijalankan di negara kita mengambil kira persoalan halal, haram, amar makruf nahi mungkar, persoalan adil atau zalim, haq ataupun batil. Allah berfirman dalam Surah Al- A’raf, ayat 96.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “Jika sekiranya sesuatu penduduk negeri beriman dan bertakwa kepada Allah, nescaya Kami kurniakan kepada mereka keberkatan rezeki yang melimpah ruah. Tetapi mereka mendustakan, lalu Kami timpakan kepada mereka azab disebabkan apa yang mereka kerjakan.” Firman Allah SWT di dalam Surah Al-An’am, ayat 44. [Membaca sepotong ayat Al-Quran]. Maksudnya, “*Tatkala mereka merupakan apa yang mereka diperingatkan dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu kemewahan dan kesenangan.

Apabila mereka bergembira dan bersuka ria dengan apa yang diberikan kepada mereka,*

final • 6:42 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

*Kami timpakan kepada mereka azab dalam keadaan mengejut dan mereka berputus asa

(daripada mendapat sebarang pertolongan).*” Tan Sri Yang di-Pertua, perbahasan saya hari ini akan berkisar kepada beberapa isu yang penting. Pertamanya, pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini lebih perlahan daripada yang dijangka. Ini menyebabkan suku keempat pada ketika ini, KDNK negara masih pada paras 3.9 peratus dan ianya agak mustahil untuk dicapai berbanding unjuran asal adalah paras 4.5 peratus. Ditambah pula dengan krisis global yang memberi impak yang sangat signifikan serta permintaan global terhadap barangan tempatan turut merudum.

Secara keseluruhannya, saya kira Bajet 2024 langsung tidak mempunyai banyak perubahan. Ia merupakan bajet yang tidak lain seperti bajet-bajet yang lalu. Rakyat mengharapkan pembaharuan daripada Kerajaan Madani. Lebih-lebih lagi sehingga kini peluncuran ekonomi Madani sebelum ini masih belum nampak impak yang signifikan.

Buktinya, mata wang Ringgit Malaysia semakin merudum. Hari ini 4.79 sekali gus bebanan kos sara hidup juga akan semakin meningkat. Oleh itu, dalam keadaan rakyat yang sangat terhimpit ini, saya menzahirkan rasa kekecewaan apabila kerajaan menaikkan lagi kadar SST daripada enam peratus kepada lapan peratus.

Peningkatan ini menambahkan lagi beban sedia ada. Contohnya harga barangan keperluan seperti pampers, ubat-ubatan, perkhidmatan lain seperti courier, pengangkutan awam dan sebagainya yang kebanyakannya diguna pakai oleh golongan B40 dan M40.

Pada masa yang sama, tidak mustahil peniaga akan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang dengan pengumuman ini.

Oleh itu, apakah pelan kerajaan dalam memastikan kenaikan cukai sememangnya tidak memberi kesan kepada rakyat dan orang yang kurang kemampuan.

Pada masa yang sama, golongan kaya mampu menyumbang kepada golongan miskin sepertimana prinsip Islam yang dinyatakan oleh Nabi SAW dalam satu hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas RA, [Membaca sepotong hadis] . “Sesungguhnya Allah telah memfardhukan ke atas mereka sedekah pada harta-harta mereka, diambil harta daripada orang yang kaya dan dipulangkan balik kepada golongan fuqara.” Diriwayatkan oleh Yahya bin Sa'eed yang juga salah seorang gabenor ketika zaman Umar bin Abdul Aziz. Katanya “*Saya pernah diutus Umar bin Abdul Aziz untuk memungut zakat ke negara Afrika. Selepas memungutnya saya berniat untuk memberikannya kepada orang-orang fakir. Namun, saya tidak menjumpai seorang pun.

Umar bin Abdul Aziz telah menjadikan semua rakyat pada waktu itu kaya.*”

final • 6:42 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Tan Sri Yang di-Pertua, jika kita lihat sektor kesihatan tidak diberi penekanan yang holistik di mana bajet bagi kesihatan mental langsung tidak disentuh. Peningkatan masalah mental dan kecelaruan mental terutamanya dalam kalangan remaja amat kritikal.

Saringan kesihatan mental dan kesejahteraan keluarga perlu dijalankan secara meluas dan serentak ke seluruh negara tanpa mengira bandar dan luar bandar.

Sebagai contoh Program Head Start bagi mengenal pasti keluarga yang berisiko tinggi boleh melahirkan atau menyebabkan ahli keluarganya menghadapi masalah mental. Pada masa yang sama, kerajaan perlu segera meningkatkan jumlah kaunselor terlatih, khususnya kepada kaunseling keluarga.

Tan Sri Yang di-Pertua, isu kemiskinan tegar sering kali saya bahaskan di Dewan yang mulia ini. Pada perbahasan lalu, saya membangkitkan berkenaan data miskin tegar yang telah berjaya diselamatkan melalui peruntukan RM1.5 bilion yang telah disalurkan.

Pembentangan PMX baru-baru ini menyatakan bahawa bilangan miskin tegar kini hanya tinggal 18,000 orang sahaja namun data dari Kementerian Kewangan pada bulan Julai, rakyat miskin tegar berjumlah 210,000 orang. September 110,663 orang. Di mana rasionalnya daripada 110,000 lebih rakyat pada bulan September kepada hanya 18,000 orang. Penurunan sebanyak 92,663 orang hanya dalam tempoh sebulan lebih. Saya mohon penjelasan segera dan data yang tepat dan terperinci.

final • 6:50 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Tan Sri Yang di-Pertua, berdasarkan laporan sosioekonomi negeri Terengganu tahun 2022 yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Terengganu telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan mutlak daripada 6.8 peratus pada tahun 2016 kepada 6.2 peratus pada tahun 2022. Dalam tempoh yang sama, kadar kemiskinan relatif juga menurun daripada 10.2 peratus kepada 6.9 peratus. Ini membuktikan segala usaha dan strategi Kerajaan Negeri Terengganu dalam menurunkan kemiskinan di negeri ini telah berjaya dilaksanakan dengan pelbagai inisiatif sama ada dalam bentuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Tan Sri Yang di-Pertua, impak COVID-19 tidak ditangani dengan serius, menyebabkan sehingga kini pertumbuhan sektor pelancongan masih lagi lemah. Buktinya Bajet 2023 kerajaan hanya memperuntukkan RM350 juta sahaja untuk membina sektor pelancongan sedangkan win-win solution dengan izin, Tan Sri Yang di-Pertua perlu dijalankan segera.

Negara jiran melaburkan peruntukan pada sektor pelancongan yang amat tinggi dan saya memohon agar pembangunan sektor pelancongan turut meliputi Daerah Setiu yang amat sesuai untuk dijadikan hab pelancongan di negeri disebabkan daerah ini dikelilingi dengan pulau-pulau yang cantik seperti Pulau Redang, Pulang Lang Tengah, Pulau Kapas dan sebagainya.

Selain itu Terengganu mencatat bilangan penerimaan pelancong sebanyak 7.8 juta pelancong yang merupakan bilangan tertinggi di seluruh Malaysia pada tahun 2022.

Tambahan pula pada tahun 2022 juga, pelancong domestik di Terengganu mengalami kenaikan yang signifikan dari segi bilangan ketibaan pelawat domestik dan jumlah terimaan itu meningkat sehingga 175.2 peratus berbanding 2021, seiring dengan peningkatan perjalanan residen Malaysia selepas bergelut dengan krisis pandemik COVID-19.

Namun begitu sehingga kini aspek perhotelan tidak diberi penekanan.

Terengganu walaupun dikelilingi pulau-pulau yang cantik, namun tidak ada satu pun hotel bertaraf lima bintang yang dibina di Terengganu. Oleh itu dengan peningkatan peruntukan untuk sektor pelancongan yang mencecah RM1 juta, apakah usaha kementerian bagi memastikan negeri Terengganu khususnya, mampu menjadi antara negeri yang boleh menyumbang kepada sektor pelancongan, terutama dalam membangunkan hotel-hotel berprestij tinggi.

Tan Sri Yang di-Pertua, isu seterusnya berkenaan bayaran penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) 90 hari yang diumumkan sebelum ini. Saya mendapat maklumat bahawa ramai di kalangan guru yang memohon pembayaran awal GCR..

final • 6:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Namun akibat kekurangan peruntukan...

final • 6:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ada soalan?

final • 6:50 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Hanyalah pegawai-pegawai di kementerian dan JPN sahaja. Saya mohon penjelasan dan jika benar ia berlaku saya mohon agar pihak kementerian segera menambah peruntukan tersebut.

Untuk yang akhir Tan Sri Yang di-Pertua, isu berkaitan dengan kawasan saya, Setiu. Di Daerah Setiu terdapat 33 rancangan tanah berkelompok tapak rumah dan 30 rancangan tanah berkelompok pertanian dan sebahagian besarnya telah diisi peserta namun mereka tidak dapat membina rumah dan menjalankan aktiviti pertanian disebabkan kekurangan infrastruktur kawasan tersebut seperti longkang, jalan masuk dan sebagainya. Keseluruhan kos untuk menaikkan kos infrastruktur kawasan tersebut melibatkan RM7.2 juta untuk RTB tapak rumah dan RM6 juta untuk RTB pertanian.

Perkara ini penting kerana sebahagian besar peserta rancangan tanah berkelompok tersebut adalah anak-anak muda yang masih menumpang ibu bapa mereka dan masih belum mempunyai rumah.

Seterusnya isu pasar awam, Pasar Bandar Permaisuri Setiu. Di mana Pasar Bandar Permaisuri telah dibina pada tahun 90-an lagi. Ia merupakan pusat jualan di

final • 6:50 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

daerah tersebut. Pasar tersebut memerlukan penyelenggaraan dengan kadar segera disebabkan oleh pelbagai kerosakan. Di samping itu, pasar tersebut memerlukan penambahan kepada unit gerai jualan, naik taraf surau dan tandas, pencahayaan kawasan sekitar dan juga mewujudkan persekitaran landskap bagi mewujudkan persekitaran yang lebih ceria.

Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya berkait dengan peralatan bomba yang tidak mencukupi di Daerah Setiu. Satu jentera, satu daerah amatlah tidak selojik untuk diguna pakai untuk seluruh Daerah Setiu yang berkeluasan 130,436.3 hektar. Jarak yang jauh antara satu tempat ke satu tempat yang lain membataskan pergerakan pasukan bomba.

Saya mencadangkan agar pihak kerajaan dapat menyediakan sekurang-kurang dua jentera untuk satu daerah seperti Setiu. Di samping itu, isu keanggotaan anggota terlatih amat terhad kerana disebabkan berlaku pertukaran anggota ke daerah lain. Anggota baru yang diganti adalah anggota bomba bantuan yang tidak mempunyai kepakaran.

Tan Sri Yang di-Pertua, yang akhir sekali Yang di-Pertua berkaitan dengan IPG, institut perguruan. Sesuai dengan teknologi semasa yang memerlukan teknologi baru, saya memohon agar makmal sains, makmal reka bentuk dan teknologi maklumat kejuruteraan di IPG yang khususnya mempunyai kebitaraan STEM, segera dinaik taraf sekali gus meningkatkan kualiti latihan guru seiring dengan teknologi semasa. Saya juga memohon agar dibina sebuah IPG di Daerah Setiu untuk merancakkan lagi perkembangan ekonomi Daerah Setiu.

Akhir sekali saya ingin membangkitkan isu yang saya pernah sebut dalam Perbahasan Kajian Separuh Penggal yang lalu iaitu status terkini Terminal Bersepadu Gombak untuk penumpang daripada Pantai Timur. Sekian, Tan Sri Yang di-Pertua*.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*

final • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, saya jemput Sandakan.

final • 6:50 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih Tan Sri Speaker kerana memberi peluang kepada Sandakan untuk membahas Belanjawan 2024 ini, di mana setiap fokus dan harapan tertumpu kepada Kerajaan Perpaduan dalam memimpin negara keluar daripada cabaran semasa berkenaan dengan peningkatan kos sara hidup dan pertumbuhan ekonomi yang rendah.

Jadi Tan Sri Speaker, pertama sekali peruntukan belanjawan pembangunan untuk Sabah telah meningkat sedikit daripada RM6.5 bilion pada tahun 2023 kepada RM6.6 bilion untuk tahun 2024. Jadi, sama seperti apa yang telah saya bangkitkan semasa perbahasan RMKe-12 sebelum ini, saya percaya bahawa Sabah perlukan peruntukan kira-kira 15 peratus daripada jumlah belanjawan pembangunan untuk perkembangan yang lebih saksama dan seimbang.

Ini juga seharusnya diterjemahkan kepada kira-kira RM12 bilion setiap tahun untuk membangunkan Sabah. Jadi Tan Sri Speaker, saya sangat terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri kepada soalan saya pada minggu lepas, di mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Papar menyatakan bahawa setakat 30 September tahun ini, hanya 39.4 peratus daripada jumlah peruntukan pembangunan untuk Sabah bagi tahun 2023 telah digunakan. Berdasarkan jawapan ini, tidak sampai separuh daripada peruntukan berkenaan telah digunakan untuk projek pembangunan yang dihasratkan.

final • 6:58 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Jadi, kita juga hanya mempunyai masa kurang daripada dua bulan sebelum semua dana yang tidak digunakan ini perlu dikembalikan semula kepada Perbendaharaan. Jadi, soalan saya adalah apakah sebabnya setiap tahun Menteri Kewangan mengumumkan bajet untuk Sabah yang bertambah tetapi akhirnya tidak dapat digunakan sepenuhnya dan saya risau akibat ini Sabah tidak akan mencapai 50 peratus untuk penggunaannya.

final • 7:00 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Jadi, Sandakan ingin mendapatkan dat,a berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan dan juga tidak digunakan pada tahun-tahun lepas dari tahun 2019. Jadi, saya mendesak kepada Kerajaan Negeri Sabah bagi mengkaji semula penggunaan pembiayaan pembangunan yang rendah dan juga syorkan cara penyelesaian untuk memastikan semua belanjawan yang diperuntukkan dapat digunakan dengan berkesan dan cekap di Sabah.

Jadi seterusnya Tan Sri Speaker, saya ingin mengetengahkan mengenai cabaran yang dihadapi berkenaan dengan pemindahan ibu negara baharu Indonesia ke Kalimantan Timur. Jadi, Kerajaan Indonesia sedang bergerak ke Pulau Borneo secara besar-besaran. Ibu negaranya yang baharu, Nusantara yang terletak di Kalimantan Timur telah dijadualkan akan siap sedia pada tahun 2024. Ekonomi terbesar Asia Tenggara sedang memindahkan ibu kota mereka ke Borneo dan ini akan sangat memberikan cabaran kepada cita-cita Malaysia sebagai pusat ekonomi terkemuka di Pulau Borneo.

Jadi, dengan kemunculan Nusantara, ia pasti akan menjadi satu magnet atau tarikan bagi pekerja mahir dan profesional kerana peluang melimpah ke ibu kota baru ini.

Bersama-sama dengan infrastruktur dan kemudahan yang mereka baru dibangunkan, ia berkemungkinan akan menjadi pusat tumpuan baharu di seluruh Pulau Borneo. Oleh itu, Malaysia khususnya negeri-negeri Borneo di Sabah dan Sarawak, berisiko untuk rugi jika kita bersifat hanya tunggu dan duduk sahaja. Jadi Tan Sri Speaker, melihat dengan cabaran-cabaran ini, kita perlu membuat langkah berkaitan sebagai kelebihan penggerak utama atau the first mover advantage, dengan izin. Untuk itu, saya mencadangkan kepada Perdana Menteri untuk mengisytiharkan Sandakan sebagai zon ekonomi khas atau special economic zone dengan izin, bagi bersaing dengan kewujudan Nusantara.

Sandakan juga amat bertuah kerana mempunyai sumber semula jadi yang banyak, terletak secara strategik di tengah-tengah wilayah kawasan pertumbuhan ASEAN Timur melibatkan negara seperti Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Filipina, BIMB-EAGA serta di sepanjang Selat Makassar, laluan perkapalan global penting yang melayari Oceana dan rantau Asia Utara.

Jadi, kerajaan boleh mengambil peluang ini untuk membangunkan lagi infrastruktur di Sabah, di Sandakan bagi mengelak Malaysia daripada ketinggalan dari manfaat pembangunan menerusi pewujudan ibu negara baru Indonesia. Jadi sebagai gambaran yang lebih lanjut, Daerah Sandakan telah menjadi satu pengeluar minyak sawit mentah atau CPO utama di Sabah dan Sarawak dengan pelabuhan Sandakan juga menjadi salah satu pelabuhan eksport CPO yang terbesar di negeri Sabah.

Oleh itu, Zon Ekonomi Khas Sandakan boleh dijadikan sebagai satu hab pengeksport produk hiliran CPO dan minyak sawit utama untuk wilayah BIMB-EAGA.

Dengan dasar yang menarik dan pelaburan yang diperlukan dengan kemudahan perkakasan, Sandakan boleh menjadikan satu hab CPO bagi rantau ini, di mana CPO boleh dihasilkan di Malaysia ataupun Mindanao, Palawan, Kalimantan atau Sulawesi.

Ia boleh juga dihantar ke hab Sandakan untuk diproses selanjutnya produk hiliran ataupun downstream production di Daerah Sandakan. Jadi, sebelum ia dieksport, bergerak ke hadapan dalam proses hiliran minyak sawit, ini juga sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang diumumkan baru-baru ini, yang bertujuan untuk membawa peningkatan kepada Malaysia menerusi rantaian nilai perindustrian.

Jadi yang kedua, selari dengan dunia yang sedang meningkatkan usahanya untuk menjadi neutral carbon ataupun sifar bersih, net zero menjelang 2050, industri yang berbeza berlumba-lumba untuk menerima pakai kemapanan dalam operasi mereka. Jadi, industri perkapalan juga tidak terkecuali. Semakin banyak syarikat perkapalan beralih daripada minyak bahan bakar berat (HFO) yang kotor, konvensional kepada gas asli cecair (LNG) dan metanol dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon mereka.

Jadi pada awal tahun lepas, PETRONAS telah memulakan operasi penampungan LNG ataupun LNG bunkering pertamanya di Sabah, di luar pantai Sandakan dan menjadikannya Sandakan sebagai satu pelabuhan penting untuk melayani kapal yang

final • 7:00 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

belayar antara Australia dan Asia Tenggara. Bersama-sama dengan PETRONAS dan pihak kepentingan industri lain, kerajaan boleh terus membangunkan Sandakan menjadi satu hab bunker bahan api hijau utama untuk Selat Makassar, seterusnya juga meningkatkan reputasi Malaysia sebagai negara perdagangan maritim utama.

Jadi yang ketiga Tan Sri Speaker, dengan penambahbaikan terhadap pelabuhan Sandakan dan dasar mesra import eksport di bawah status zon ekonomi khas kita yang hampir dengan China dan Asia Utara, bermakna pelabuhan Sandakan berpotensi untuk menjadi satu hab pemindahan penghantaran bagi wilayah BIMP-EAGA serta Sulawesi dan Papua New Guinea. Ini boleh mendorong Sandakan untuk menjadi satu pusat maritim utama di sepanjang Selat Makassar dan pemindahan kargo, pembaikan kapal dan perkhidmatan yang lain, yang berkaitan seperti logistik, perdagangan dan juga membangun ekonomi setempat.

Ini sekali lagi akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih baik untuk rakyat Malaysia. Oleh itu, kita perlu bergerak pantas untuk menikmati kelebihan penggerak pertama sebelum jiran kita, Indonesia mengejar kita dan meninggalkan kita jauh di belakang dalam persaingan ekonomi global ini.

Jadi Tan Sri Speaker, poin yang seterusnya adalah mengenai tenaga boleh diperbaharui. Bekalan elektrik yang tidak stabil merupakan satu penghalang besar untuk pertumbuhan masa depan Sabah. Buat masa ini, kami terpaksa menghadapi catuan bekalan kuasa yang berterusan kerana kapasiti loji kuasa kini tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan tinggi kami.

Jadi, kami juga mempunyai satu margin result yang rendah. Saya mengalu-alukan peruntukan kerajaan di bawah Belanjawan 2024, bagi membina satu garis grid Selatan Sabah dan juga solar skala besar (LSS) untuk mengatasi masalah bekalan elektrik di Sabah. Masalah utama Sabah ialah kekurangan penjanaan bekalan yang pada dasarnya tidak mempunyai cukup loji jana kuasa untuk menjana tenaga elektrik.

Jadi, satu-satunya cara ialah dengan mula membina loji jana kuasa baharu bagi memenuhi permintaan elektrik semasa di negeri ini dan saya berharap tiada lagi perbincangan mengenai arang batu atau loji jana kuasa arang batu bersih untuk Sabah.

Menurut kajian, Sabah terutamanya di Pantai Timur, mempunyai potensi kuasa fotovoltan tertinggi di Malaysia, menjadikannya ia sangat sesuai untuk projek LSS.

Justeru, saya menggesa kepada kementerian untuk melakukan lebih lagi terhadap LSS yang telah dirancang. Jika jiran kita Singapura, dengan keluasan tanah yang terhad, pada masa ini boleh menjana lebih daripada 700 megawatt tenaga elektrik melalui solar, saya percaya kita juga boleh menjana 50 peratus untuk Sabah dengan mudah bagi tenaga solar.

Jadi seterusnya Tan Sri Speaker, selain daripada lokasi yang strategik dan sumber semula jadi Sabah, Sabah juga amat bertuah kerana memiliki keindahan alam semula jadi, yang menjadikannya destinasi pelancongan yang popular. Dari gunung yang tertinggi ke lautan dalam, daripada hidupan liar eksotik sehingga makanan laut yang sangat indah. Jadi oleh itu, bidang pelancongan memainkan satu peranan yang penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi Sabah dan mewujudkan lebih lagi banyak peluang pekerjaan yang diperlukan bagi menurunkan kadar pengangguran semasa Sabah yang masih kekal tertinggi di negara ini.

Satu-satunya faktor terpenting yang mempengaruhi ketibaan pelancong di Sabah ialah kekurangan penerbangan langsung, sama ada dari luar negara atau dalam Malaysia.

Jadi justeru itu, kami meminta sambungan udara adalah sangat penting kepada industri pelancongan Sabah dan Sandakan. Lapangan Terbang Sandakan telah dinaik taraf dan landasannya juga telah dipanjangkan.

Kami bersedia untuk lebih banyak penerbangan termasuk penerbangan antarabangsa. Saya berharap kedua-dua Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dapat bekerjasama untuk membawa lebih banyak penerbangan terus ke Sandakan. Beberapa destinasi yang telah dikenal pasti untuk penerbangan terus ke Sandakan termasuk Singapura, Hong Kong dan Guangzhou.

Dengan sambungan udara yang lebih baik, ia akan memudahkan pergerakan barangan

final • 7:00 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

dan orang ramai di peringkat nasional dan juga antarabangsa melalui Lapangan Terbang Sandakan.

final • 7:00 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Perjalanan ke dan dari Sandakan akan menjadi lebih pantas dan lebih murah untuk rakyat Sabah. Jadi seterusnya, saya ada tiga minit lagi, okey. Tan Sri Speaker saya faham dengan langkah kerajaan memperkenalkan subsidi bersasar bagi menggantikan dasar subsidi menyeluruh semasa, tetapi dalam masa yang sama, kita perlu menguruskannya dengan lebih betul supaya pemansuhan skim subsidi menyeluruh ini tidak akan menghasilkan apa-apa tindak balas yang mendadak kepada ekonomi.

Pemansuhan subsidi diesel yang baharu diumumkan seperti yang telah dikatakan oleh Perdana Menteri tidak dinafikan bahawa sejumlah besar diesel bersubsidi telah diseludup keluar dari negara. Menghapuskan subsidi akan membantu memerangi penyeludupan diesel. Walau bagaimanapun, di Sabah banyak perniagaan, terutamanya perniagaan kecil bergantung kepada diesel untuk kenderaan pacauan empat roda, four- wheel drive dengan izin yang digunakan untuk operasi pengangkutan yang lain.

Oleh itu saya menyeru kepada kerajaan untuk mengambil pendekatan yang sesuai dalam menangani masalah subsidi diesel supaya sekurang-kurangnya mereka yang terjejas boleh mempunyai sedikit ruang untuk bertenang atau soft learning approach dengan izin dalam tempoh peralihan pemansuhan ini. Oleh itu saya mencadangkan Tan Sri Speaker, daripada memansuhkan 100 peratus subsidi sekali gus, kementerian perlu mempertimbangkan untuk memansuhkan subsidi ini secara beransur-ansuran mungkin dalam tempoh 12 bulan atau lebih, menambah baik mekanisme penguat kuasa untuk mengesan dan menghalang penyeludupan diesel ke luar negara dan memperkenalkan insentif untuk pengendali dan pihak kepentingan lain yang beralih kepada kenderaan bukan diesel seperti lori EV untuk operasi mereka dan mengurangkan kebergantungan kepada diesel bersubsidi.

Tan Sri Speaker, point saya seterusnya adalah mengenai kesihatan. Hospital Duchess of Kent merupakan hospital pakar major dengan kapasiti 400 buah katil yang berkhidmat meliputi kawasan Parlimen Sandakan, Batu Sapi, Libaran, Kinabatangan, Beluran dan Tongod serta sekitar dengan populasi penduduk melebihi 800 ribu orang.

Jadi, isu kesesakan dan kekurangan katil di wad dan doktor pakar Hospital Duchess of Kent adalah sangat serius dan sehingga kini, ada kejadian di mana para pesakit perlu menunggu di Jabatan Kecemasan dan Trauma antara satu atau dua hari bagi mendapatkan rawatan lanjut di wad.

Jadi, saya amat mengalu-alukan pengumuman Kementerian Kesihatan pada tahun lalu bahawa Hospital Duchess of Kent akan dinaiktaraf status kepada hospital bertaraf negeri, sama seperti Hospital QE, Hospital Queen Elizebeth di Kota Kinabalu. Di bawah Kertas Putih Kesihatan yang diumumkan, Hospital Duchess of Kent akan dinaiktaraf menjadi hospital utama pakar dengan bilangan perkhidmatan pakar yang disediakan ditambah daripada 18 kepada 49.

Jadi, saya ingin menggesa kementerian untuk memperuntukkan dana yang mencukupi bagi melaksanakan perkara di atas. Saya juga ingin menambah bahawa sekurang-kurangnya mengutamakan penubuhan Jabatan Kardiologi di Hospital Duchess of Kent buat masa ini sebab di Sabah hanya satu pusat jantung yang terletak di QE 2 iaitu di Kota Kinabalu. Dari Sandakan ke Kota Kinabalu melalui darat, kami memerlukan tujuh jam ataupun daripada flight adalah lebih kurang 50 minit. Bukan setiap hari ataupun setiap masa ada flight daripada Sandakan ke Kota Kinabalu.

Point terakhir saya adalah menambah baik kemudahan sekolah untuk Kementerian Pendidikan. Jadi Tan Sri Speaker, beberapa kemudahan sekolah awam di Sandakan juga amat memerlukan kerja menaik taraf dengan segera. Sebagai contoh, bangunan Kolej Tingkatan Enam Datuk Pangiran Galpam Sandakan yang digunakan ketika ini berusia hampir 50 tahun, yang di mana telah dibuka pada 1974 dan sebelum ini merupakan satu Maktab Perguruan Sandakan dan sekolah menengah kerajaan.

Jadi pelbagai kemudahan sedia seperti makmal STEM, makmal ICT, dewan terbuka sudah lama dan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan 700 pelajar di kolej

final • 7:10 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

berkenaan. Jadi saya berharap kementerian dapat memperuntukkan belanjawan yang mencukupi bagi melaksanakan semua kerja naik taraf yang diperlukan. Jadi ,saya akan landing sudah Tan Sri.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tak boleh Sandakan, saya ada 15 minit over.

final • 7:10 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Oh, okey.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

20 second sahaja.

final • 7:10 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Okey 20 seconds all right.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 7:10 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Jadi, saya pada masa ini, ngam-ngam saya punya point akhir juga. Jadi, saya berharap semua kementerian dapat memberikan kerjasama untuk membangunkan Sandakan dan Sabah bersama. Jadi Tan Sri Speaker, saya mohon menyokong bajet yang telah dicadangkan. Sekian dan terima kasih.

final • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Sandakan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 25 Oktober 2023. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 7:10 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.15 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026