Oct232023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM
PEMASYHURAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA
LARANGAN HUJAH DAN KENYATAAN MENYENTUH SENSITIVITI KEHARMONIAN

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Ahli Yang Berhormat. Kita telah mengharungi empat hari perbahasan Belanjawan 2024 sepanjang minggu lalu. Dalam perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat, pelbagai hujah dan pendirian telah dilontarkan. Antaranya saya dapati ada hujah dan kenyataan yang mendorong ke arah perkara-perkara sensitif yang mengguris hati.

Kenyataan-kenyataan yang mengeruhkan suasana dan menyentuh sensitiviti keharmonian, bersifat label-melabel antara kita. Ini termasuklah kenyataan seperti kafir, Zionis dan Yahudi di antara Ahli-ahli Yang Berhormat.

Di sini, saya mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menghayati sabda Nabi SAW, “Tidak akan sesekali amalan seseorang itu dapat memasukkannya ke syurga.” Para sahabat pun bertanya, “Termasuk engkau juga wahai Rasulullah?” Baginda bersabda, “Tidak. Tidak juga diriku melainkan Allah SWT menganugerahkan kelebihan dan rahmatNya kepadaku. Maka hendaklah engkau bersederhana dalam melakukan amalan kebaikan dan beramallah dengan apa yang dalam kemampuan dirimu dan janganlah salah seorang dari kamu mengharapkan kematian jika dia seorang yang membuat kebaikan, maka semoga dia bertambah kebaikan dan jika dia seorang berbuat kejahatan, maka semoga dia kembali bertaubat,” riwayat Al-Bukhari, dalam Sahih nombor 5673.

Ahli Yang Berhormat, dalam pada itu, Peraturan Mesyuarat 36(10)(c) menyatakan bahawa adalah salah kepada peraturan menggunakan perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara satu kaum dengan satu kaum dalam Malaysia. Oleh itu, saya menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat menghentikan isu dan penyataan kafir, Zionis, Yahudi, apatah sekarang ini dalam suasana yang tidak kondusif langsung dan lain-lain perkataan yang sama maksudnya antara Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengeruhkan suasana dan menyentuh sensitiviti keharmonian.

Yang Berhormat hendaklah menunjukkan tingkah laku yang terpuji semasa mengetengahkan isu-isu rakyat dan negara. Ahli Yang Berhormat hendaklah menjadikan kepentingan negara sebagai matlamat utama dan tidak menggunakan Dewan ini sebagai medan politik kumpulan, mahupun individu. Tugas Yang di-Pertua dan timbalan-timbalan saya pula adalah mengawal selia Mesyuarat dan memastikan kelancaran Mesyuarat dengan peraturan-peraturan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat seperti yang jelas termaktub dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Pada hari ini saya mengajak Ahli Yang Berhormat untuk membuka lembaran baru.

Padamkanlah isu panas tersebut yang berlaku pada minggu lalu. Biarlah perbahasan Ahli Yang Berhormat adalah berlandaskan isu-isu demi membela nasib rakyat di luar di sana.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tegaskan bahawa saya tidak akan bertolak ansur lagi dan akan mengambil tindakan sekiranya isu dan perkataan yang saya maksudkan tadi dibangkitkan lagi.

Akhir sekali, saya memberi peringatan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa isu- isu peribadi yang dibangkitkan dan dilaporkan di luar Dewan hendaklah jangan dibawa dan diungkit dalam Dewan. Peraturan 23(1)(i) menyatakan bahawa suatu pertanyaan itu tidak boleh dikeluarkan berkenaan dengan betul atau tidaknya penerangan-penerangan dalam surat-surat khabar atau penerangan-penerangan yang dikeluarkan oleh seseorang bagi dirinya sendiri.

Manakala Peraturan 36(9) menyatakan bahawa dalam apa-apa perbahasan, tidak boleh disebutkan kelakuan atau sifat siapa-siapa Ahli Parlimen atau siapa-siapa pegawai kerajaan selain daripada kelakuan pada menjalankan urusannya sebagai Ahli Parlimen atau pegawai kerajaan. Oleh itu, isu-isu peribadi yang dibangkitkan dan dilaporkan di luar Dewan hendaklah diselesaikan di luar Dewan. Terima kasih Yang Berhormat. Setiausaha.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, nak minta clarification sahaja. Saya faham maksud. Tapi tadi saya dengar perkataan Zionis, tak boleh guna Zionis ke dalam Dewan ini?

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jangan merujuk seseorang itu sebagai Zionis.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Ha, okey, okey. Faham.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jangan merujuk seseorang itu sebagai Zionis.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Apatah lagi dalam keadaan sekarang ini, cukup-cukup sensitif ya. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Tapi boleh gunalah Zionis, Israel?

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Untuk nak kutuk, itu cerita lain. Tetapi jangan associate anybody dengan Zionism. Terima kasih. Silakan.

final • 10:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Penjelasan Tan Sri Speaker. Kota Melaka.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

final • 10:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya. Terima kasih Tan Sri Speaker.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Last ya, sebab saya nak teruskan. Ya.

final • 10:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tan Sri Speaker, terima kasih atas nasihat yang diberikan oleh Tan Sri Speaker. Tapi apa yang berlaku pada 18 hari bulan yang lepas, apa nama, Arau telah mengatakan saya ini adalah Yahudi. Saya merujuk kepada Hansard muka surat 54 pada hari 18 hari bulan. Arau kata, ini Yahudi punya ini.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 10:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Dia kata saya Yahudi dan dia tidak tarik balik. Lepas itu Pendang pula. Saya lihat kepada Hansard, dia kata saya ini ialah Zionis.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kali pertama dia sebut, lepas itu dia tarik balik, lepas itu dia sebut lagi. Saya merujuk kepada Hansard pada hari itu, dia sebut empat kali kata saya ialah Zionis. Apakah, apakah...

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, oleh kerana pemasyhuran saya ini effective today.

final • 10:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, apa yang terjadi pada minggu lepas, sila Yang Berhormat kemukakan bukti dan masukkan apa usul, supaya saya perhatikan apa yang saya boleh buat tindakan kemudian. As far as I quote hari ini ialah- Kita bermula hari ni, saya mintalah sebab di luar, di sana ramai yang memerhati. Amat sensitif apa yang berlaku di Timur Tengah sana. Jadi, kalau kita sebut benda-benda itu, tak cantiklah ya. Jadi, saya haraplah, saya harap sangat mulai hari ini jangan sebut lagi. Apa yang berlaku sebelum hari ini, masukkan usul supaya kita mengikut peraturan seadanyalah ya.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

[Bangun]

final • 10:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, ya. Saya hendak tegaskan di sini bahawa saya bukan Zionis, saya bukan penyokong Yahudi sebab apabila Pendang kata begitu, saya rasa keselamatan saya tergugat ya.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 10:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Untuk makluman Tan Sri...

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya faham.

final • 10:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Minggu lepas apabila pegawai daripada jabatan negara...

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya faham.

final • 10:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Amerika Syarikat datang ke Dewan ini, saya ada mesyuarat dengan mereka dalam Jawatankuasa Khas Hak Asasi. Saya tanya soalan kepada mereka, kenapa US- USA, pendirian Amerika Syarikat dalam isu di Gaza tersebut. Lepas itu dia kata, saya sudah tanya satu soalan yang menyakitkan hati dia sebab saya mempertahankan mereka yang dianiayai di Gaza. Jadi, tak patut Pendang dia tuduh saya sedemikian.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tan Sri.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya faham, saya faham, Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tan Sri, Tan Sri, Bangi, Tan Sri. Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya, saya. Ya.

final • 10:10 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tadi Tan Sri Yang di-Pertua ada maklumkan berkenaan masukkan usul dan sebagainya. Minggu lepas saya ada masukkan satu usul dan juga mohon satu petua berkenaan dengan ungkapan-ungkapan yang Tan Sri Yang di-Pertua rujuk tadi. Jadi, saya percaya buat masa ini belum ada keputusan lagi tapi saya berharap satu keputusan dapat diberikan bagi kedua-dua surat saya tu. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Insya-Allah, saya telah pun terima surat Yang Berhormat dan jawapan daripada pihak tertentu juga saya telah terima. Saya sedang meneliti mengikut peraturan-peraturan mesyuarat. Itu yang telah berlalu ya, Yang Berhormat.

Tindakan akan diambil mengikut peraturanlah. Namun pun begitu, seperti yang saya katakan hari ini, janganlah- saya minta sangat-sangat dan saya telah pun minta supaya Timbalan-timbalan saya juga mengambil tindakan. Sesiapa juga yang menyebut dan associate-kan perkataan itu dengan mana-mana Ahli Yang Berhormat, jadi kita akan ambil tindakanlah sebab harus diingat, di luar sana kita bukan hendak main game.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Tan Sri...

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Orang mati, anak-anak yang...

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Boleh sikit ya, Tan Sri.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sebab itu– silakan, Maran dahulu.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tan Sri, Parit Buntar.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Saya, Tan Sri– terima kasih banyak. Saya appreciate, hargai pemikiran Tan Sri pada pagi hari ini. Dia masalahnya Tan Sri, kadang-kadang saya mengata pada si “A” benda-benda yang tak baik. Sebenarnya si “A” pun perangai sama. Saya tengok macam Kota Melaka, sorry-lah bos, ya.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maran, Maran. Kalau kesian, begini cara. Saya akan ada 300 soalan masing-masing.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Okey, okey. Tak apa, tak apa.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Malah, hari ini Maran,...

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Okey, okey.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Mulai sekarang, saat ini, pukul 10.13, saat ini cukup, cukup.

Enough. Enough is enough.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Okey, terima kasih. Terima kasih Tan Sri.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Okey, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tadi Tan Sri ada sebut tentang istilah kafir. Saya setuju kalau perkataan kafir tidak ditujukan kepada orang Islam, tuduh kafir. Tetapi kalau istilah itu digunakan untuk memang orang bukan Islam, itu sememangnya istilah yang dikhususkan oleh Allah ke atas orang bukan Islam, namanya kafir. Tapi kalau ditujukan kepada orang Islam, kita pun tak setuju.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat seorang yang ada agama. Saya hormat Yang Berhormat. Tapi kalau Yang Berhormat ungkapkan kepada kawan-kawan kita, yang dia merasa sedih diri dia, soal agama soal lain. Cuba sebut “orang-orang bukan Islam” contohnya. Jadi, lebih nyaman, lebih enak didengar daripada kita sebut kafir.

[Tepuk] Saya faham, saya faham. Yang Berhormat seorang yang beragama, saya faham. Tetapi kalau saya kena lagu itu, dia berkawan baik dengan kita, tiba-tiba perkataan itu bagi mereka sensitif. Kita faham maksud kafir itu, kita faham tapi tidak semua orang merasakan selesa dengan perkataan itu.

Jadi, saya minta, saya mohon, saya rayu sangat YB, jangan gunakan perkataan- perkataan yang boleh membuatkan mereka rasa sensitif. Itu sahaja. Boleh ke?

final • 10:10 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Dia tidak timbul isu sensitif.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau kita hendak debate, sampai petang pun tidak habis YB. Saya minta janganlah.

final • 10:10 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tan Sri, sedikit menjawab Parit Buntar. Dr. Yusuf Al-Qardhawi pernah menyebut bahawa perkataan kafir tidak wajar lagi digunakan. Sebaliknya perkataan yang paling sesuai adalah “muatinun” atau rakan senegara. Jadi, itu lebih harmoni khususnya.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, apa pun jua- Sungai Petani, terima kasih. Saya mintalah Yang Berhormat, saya minta. Saya tahu YB lebih hebat daripada saya. Cuma saya minta...

final • 10:10 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tak, kita– Tuan Yang di-Pertua, kita keluarkan istilah tersebut bukan bermakna kita hendak menghina.

Tapi kalau misalnya dalam ayat al-Quran- jelas disebut seperti ayat al-Quran yang berkaitan dengan sifat orang kafir dan sebagainya yang terpaksa kita baca ayat tersebut, adakah itu termasuk dilarang?

[Membaca sepotong ayat al-Quran] , contohnya. Takkanlah itu pun tidak boleh. Tengoklah penggunaan ayat, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak menyebut tidak boleh. Jangan associate-kan, jangan associate-kan.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Bergantung kepada penggunaan ayat. Kalau ayat itu memang ditafsirkan begitu, kita hendak kata apa lagi.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, kalau saya hendak buka medan ini, akan ada 70 orang akan bagi pandangan berbeza. Kalau hendak buka medan ini.

final • 10:10 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Betul, betul.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, cukuplah. Cukuplah Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya faham.

Tetapi tengok keadaanlah. Cuma Tuan Yang di-Pertua, tengok keadaan.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat. Baik.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kalau memang ayat itu diterjemahkan begitu, tidak bermaksud untuk nak menghina.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, cukuplah.

final • 10:10 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dahlah, cukup, cukup.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Memang itu yang digunakan.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Cukuplah, cukup Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tidak bermaksud untuk menghina tetapi memang itulah istilahnya.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, apa lagi yang hendak buktikan? Saya kata cukuplah, cukuplah.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik, oleh kerana Puchong tidak hadir hari ini, saya jemput Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Haji Md. Yassin, Pagoh. Nombor satu, silakan. Nombor dua.

final • 10:10 AM

[Soalan No. 1 -YB Puan Yeo Bee Yin (Puchong) tidak hadir]

Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md. Yassin - Pagoh

Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya soalan yang kedua.

final • 10:10 AM

2. Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md. Yassin [Pagoh] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah pendirian kerajaan khususnya berhubung isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R) serta apakah asas perundangan yang diguna pakai untuk melarang rakyat Malaysia daripada menyentuh perkara 3R tersebut.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:10 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih rakan saya dari Pagoh. Apakah pendirian kerajaan? Pendirian kerajaan ialah apa juga perbuatan, kenyataan, hantaran, ucapan, penerbitan dan seumpamanya yang bertentangan dengan undang-undang, nanti saya akan sebut undang-undang yang menjadi asas perundangan untuk perkara dari hal 3R ini tidak dibenarkan.

Baik, apakah asas perundangannya? Yang pertama, Perlembagaan Persekutuan.

Yang kedua, Kanun Keseksaan. Yang ketiga, Akta Komunikasi dan Multimedia. Akta

final • 10:10 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Hasutan 1948. Menyentuh tentang asas perundangan Akta Hasutan 1948, Jemaah Menteri pada 8 September membuat keputusan berikut. Provokasi atau hasutan melibatkan raja, melibatkan raja boleh diambil tindakan di bawah Akta Hasutan 1948. Bagi isu berkait hasutan yang lain-lain selain daripada raja, Akta Hasutan 1948, pendirian Jemaah Menteri ialah untuk tidak mengguna pakai. Sebaliknya boleh sahaja guna pakai Kanun Keseksaan atau Akta Komunikasi dan Multimedia.

Dari segi Perlembagaan Persekutuan, kebebasan bersuara terjamin tetapi ada limitnya. Di sana ada Perkara 10(2). Begitu, Perlembagaan Persekutuan turut menekankan tentang kebebasan beragama dan aspek keharmonian dalam agama melalui Perkara 3(1) dan Perkara 11. Tapi selama kuasa agama terletak di bawah bidang kuasa negeri misalnya, maka di sana ada enakmen negeri yang menghalang atau tidak membolehkan dan tidak membenarkan, bahkan satu kesalahan jika berlaku penyebaran agama lain terhadap orang Islam.

Kedaulatan institusi raja pula telah diangkat tinggi melalui Perkara 32, Perlembagaan Persekutuan. Perkara tentang isu-isu mengenai hak keistimewaan dan prerogatif institusi raja turut ditekankan di bawah Perkara 152, 153 dan 181, Perlembagaan Persekutuan.

Baik, Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan juga antara yang diguna pakai oleh pihak pasukan polis dalam menjalankan siasatan. Di bawah Akta Hasutan 1948, sebarang perbuatan atau kenyataan yang mempunyai kecenderungan menghasut, merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 4 dan seksyen 3(1) akta yang sama. Saya tak baca panjang, because Pagoh pernah duduk kerusi saya, arif tentang perkara ini.

Kanun Keseksaan pula, kita– dalam perkara yang tidak dinyatakan secara khusus, maka perbuatan atau perkataan yang boleh mencetuskan ketidakharmonian agama ini akan disiasat dalam seksyen 298 dan 298A Kanun Keseksaan.

final • 10:10 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Selain itu, seksyen 505 Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan bagi kenyataan yang mendatangkan khianat awam, dalam bahasa Inggeris, public mischief, dengan izin. Secara spesifik seksyen 505(c) Kanun Keseksaan adalah berkaitan kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat mengapikan atau mungkin mengapikan.

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Pagoh.

final • 10:20 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ya, saya pernah duduk di sana tapi saya tidak pernah dengar dalam sejarahnya Ketua Polis Negara mengatakan tak boleh sebut soal 3R. Boleh sebut tetapi jangan menyebut tentang perkara-perkara yang boleh menyentuh sensitiviti ataupun perasaan perkauman dan sebagainya itu.

Jadi, bila mana Ketua Polis Negara baru-baru ini mengatakan jangan sebut langsung— saya faham memang ada Akta Hasutan dan lain-lain lagi. Saya fikir kenyataan itu tidak tepat. Jadi, saya minta supaya Yang Berhormat Menteri boleh tak beritahu kepada Ketua Polis Negara, jelaskan? Boleh, fasal kita ada hak dan kebebasan untuk bersuara.

Semua kita boleh cakap, cara yang baik.

Jadi, kalau tidak ada— macam soal memperjuangkan nasib kaum orang Melayu, takkan itu bercanggah? Atau nak mendukung perlembagaan negara, menegakkan sistem beraja, takkan itu bercanggah? Jadi, kalau kita nak cakap sekarang ini, takut. Fasal pihak polis, yang saya diberitahu, tidak ada SOP. Jadi siapa sebut, kita panggil. Saya dah lima kali kena panggil. Padahal saya tidak mengacu sesiapa. Jadi, boleh tak Yang Berhormat Menteri minta supaya Ketua Polis tarik balik kenyataan itu dan beri kami penjelasan secara terperinci?

Keduanya, saya nak tahu tentang status kalimah ‘Allah’. Di manalah kedudukannya dan bagaimanalah cara kerajaan nak menyelesaikan masalah itu? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih, rakan saya dari Pagoh.

Kalimah ‘Allah’. Ekoran keputusan hakim Mahkamah Tinggi dalam kes Jill Ireland lawan Kerajaan Persekutuan, Tan Sri sedia maklum bahawa keputusan itu memenangkan Jill Ireland atas asas bahawa Jemaah Menteri pada mesyuarat 1986 dulu, terhadap empat istilah telah diberikan keputusan yang dianggap sebagai partially ban. Empat istilah. KDN sebagai kementerian yang mengawal selia, melalui Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, mengeluarkan arahan pentadbiran beberapa bulan selepas keputusan Jemaah Menteri.

Arahan pentadbiran di bawah KDN melalui Bahagian PK ialah totally ban. Jadi, hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi, dia sebut mahkamah ini mahkamah sivil, dia bukan nak buat keputusan mengenai teologi. Isu ini isu administratif, ada percanggahan antara keputusan Jemaah Menteri dengan arahan pentadbiran yang dikeluarkan oleh KDN. Dia buat keputusan berasaskan kepada percanggahan itu.

Mahkamah Tinggi.

Peguam Negara kemudian menasihati bahawa kita tidak meneruskan rayuan.

Sebaliknya, arahan pentadbiran itu tidak lagi boleh diguna pakai kerana keputusan Mahkamah Tinggi. Maka, kita mengadakan arahan pentadbiran yang baru.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Bagaimana arahan pentadbiran yang baharu? Kita telah mengadakan sesi libat urus lima kali dan kemudian hasil libat urus itu telah pun kita bentangkan pada MKI yang dipengerusikan oleh tuanku Sultan Selangor.

Saya difahamkan agenda tentang hasil libat urus itu sebagai satu cadangan ke arah membina arahan pentadbiran baru dijadualkan akan dibentangkan kepada Mesyuarat Raja-Raja yang akan bersidang di antara 25 hingga 27.

Itu hasil sekarang ini ya. Hasil perbincangan dah ada, dah dibentangkan pada MKI, dipengerusikan Sultan Selangor dan dijadualkan dibentangkan oleh Sekretariat MKI kepada Majlis Raja-raja. KDN akan mengambil panduan daripada situ untuk mengadakan garis panduan yang baru bagi isu penggunaan kalimah ‘Allah’.

Baik, Ketua Polis Negara dikatakan mengeluarkan kenyataan tak boleh bercakap tentang 3R. Tan Sri, nak cakap tentang bangsa kita, kasih sayang kepada bangsa, bangsa mesti rajin, bangsa mesti terus maju, tingkatkan martabat dan kemuliaan, takde siapa halang, takde salah apa-apa pun. Teruslah bercakap. Takde isu apa. Okey? takde.

Yang tak boleh apa? Yang tak boleh kalimah macam ini. “Mengundi Pakatan Harapan adalah bahaya kerana Pakatan Harapan menaja kumpulan Yahudi.” Itu tak bolehlah, ya. 17 November 2022, 5.00 petang, aduan telah dibuat di atas ucapan Pagoh dalam Ceramah Mega PN Best 16 November 2022 di Padang Bukit Mor, Parit Jawa.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Sri Gading.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ini yang disebut. Jadi, polis terpaksa buka siasatanlah sebab ada aduan. Apakah kalimahnya? Nak cakap tentang bangsa Melayu, Islam agama yang suci, murni, silakan. Tapi bila sampai kepada “Bahaya Pakatan Harapan kerana menaja kumpulan Yahudi dan menyebabkan Kristianisasi di Malaysia”, polis siasatlah ya. Kalau polis siasat atas ini, Tan Sri dipanggillah. Tak adalah hina dipanggil ke balai polis. Tak ada apa. Bagi kenyataan satu, satu, dua, habis. Itu sahaja.

Kenyataan macam ini. Contoh. Kenyataan bagaimana yang polis siasat? Saya bagi contoh ya.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

final • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik, saya ambil contoh. Baik, ini yang dibuat oleh Marang, 30 Julai 2022.

final • 10:20 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ada aduan dibuat. “Sepanjang 22 bulan memerintah, Pakatan Harapan telah merungkai Perlembagaan Persekutuan, buang Islam, cabar hak istimewa orang Melayu.” 22 bulan, saya dengan Pagoh sama-sama

final • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

dalam kerajaan. Pernahkah Pagoh— cuba kita recall balik. Pernah tak 22 bulan itu, ada sebarang kertas Jemaah Menteri atau sebarang keputusan di peringkat Majlis Tertinggi Pakatan Harapan, kita sebut nak rungkai perlembagaan dan nak buang Islam? Tak ada.

final • 10:20 AM

Seorang Ahli

Fitnah.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tapi ini diungkap. Oleh kerana itu, aduan dibuat. Aduan dibuat ya. Baik, semalam pun sebut lagi...

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Nanti sekejap. Saya belum habis lagi.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya belum habis lagi. Saya tengah jawab Pagoh. Saya tengah jawab Pagoh.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jawapan ini bersambung.

Bagaimana dengan kenyataan Bagan?

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Arau, Arau. Nanti kejap, Arau. Arau duduk dulu Arau.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Semalam, penutup muktamar, Marang sebut lagi. 3R ini patut dikenakan kepada perkara yang mengancam agama Islam dan undang-undangnya ya. Bukan nak ambil tindakan kepada orang yang menasihati kerajaan, menasihati orang Melayu tentang 3R. Nasihat, tak ada masalah. Tak ada masalah.

Tapi bila disebut, “Perbuatan ini telah mencabar Islam, mencabar Allah, mencabar raja-raja”, tapi tak disebut siapa cabar. Ungkapan di mana? Kat mana disebut? Tak ada.

Lontar macam itu sahaja. “Cabar undang-undang syariah ini mencabar agama umat Islam, mencabar Allah, Tuhan kita, mencabar nabi kita.” Kat mana dalam negara kita hari ini yang Allah itu, yang Islam itu dicabar dan segala macam ini?

Jadi, kalau umpamanya aduan dibuat terhadap perkataan-perkataan macam ini— saya nak sebut. “Kenapa kita PAS menolak PH? Kerana dalam PH ada DAP.” Okey, tidak apalah, walaupun hakikatnya 1999, PAS duduk dengan DAP, 2004 dengan DAP, 2008 di mana DAP bertanding, PAS jangan bertanding, di mana PAS bertanding, DAP tak bertanding. Tak ada masalah waktu itu. 2013 di Selangor, memerintah sama ya. Baik.

Tapi bila disebut, “PH menolak Islam, menyokong komunis, puak yang khianat dan puak yang menolak raja”, bila pula kita tolak raja? Ini diungkap bila? Diungkap dalam perutusan video dalam kuliah Dhuha Masjid Rusila, 14 Oktober 2022.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jadi, terpaksa aduan dibuat dan disiasat. Jadi, ini Pagoh dan rakan-rakan Ahli Parlimen, dalam konteks inilah Tan Sri IGP memberikan nasihat. Ini konteks dan latar belakang. Saya ada berpuluh lagi. Kes yang disiasat ini Tan Sri ni sekarang ni 104 kertas siasatan dibuka, 104. Di sebelah sana pun ada, di sebelah sini pun ada.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ha sama.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Kita buat, semua siasatan 104 yang saya diberikan, apa namanya, bahan untuk memaklumkan. Saya boleh sebut lagi perkataan-perkataan yang saya katakan bahawa Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi, Perlembagaan Persekutuan. Ini hal-hal yang menjadi panduan kepada kerajaan dalam menangani isu 3R.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan sikit, Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Yang tak dihalang terus apa dia?

Silakanlah nak cakap tentang agama, tentang bangsa, silakan ya. Sebab kita pun seperti mana sebelah sana, kita pun beriman dengan Al-Quran yang sama. Kita baca ayat [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Kita baca. Saya pun dulu usrah belah sana, dengan Kota Bharu. Naqib yang sama bacalah, kita tahu. “Wahai manusia, sesungguhnya Allah

final • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

mencipta kamu daripada lelaki dan perempuan; dan kemudian, Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa, bersuku-suku,” – untuk apa? Untuk [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “saling kenal-mengenal.”

final • 10:30 AM

Seorang Ahli

Relevan ke itu?

final • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Relevanlah sebab ada Melayu, ada Cina, ada India. Bukan gelar kafir, Zionis. Itu bukan lita’arofu.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan, Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kuala Selangor, silakan.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan Yang Berhormat.

Sambungan pada ucapan tadi.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Arau, dia tidak ada penjelasan dah. Arau, ini soal pertanyaan. Kuala Selangor.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia tergantung kut yang...

final • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Please, Arau. Please.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri KDN yang sangat jelas dan tuntas jawapan semua seluruhnya yang dibentangkan sebentar tadi. Soalan saya terkait dengan bagaimana kita semua sebagai Ahli Parlimen, ahli pembikin undang-undang, penggubal undang-undang mesti bertanggungjawab.

Pada akhirnya, sepertimana yang dijelaskan oleh Menteri, 3R itu tidak ada masalah untuk kita gunakan dengan sebaiknya, tetapi apabila ia telah terkait dengan persoalan kepentingan dan kepartian parti, ataupun kepentingan kepartian, ia menjadi rosak Tan Sri Yang di-Pertua.

Lalu, persoalan saya di sini adalah untuk kembali kita semua diingatkan, siasah adilah. Siasah yang adil, mengikut kata Imam Ibnu ‘Aqil al-Hambali, menyebutkan bahawa, mudahnya adalah siasah itu siasah yang adil yang diiktiraf oleh Islam itu adalah apa pun public policy, polisi-polisi dan dasar-dasar kerajaan yang akhirnya mesti [Berucap dalam Bahasa Arab], “Mendekatkan yang baik dan menjauhkan yang buruk”.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kuala Selangor...

final • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Soalan saya, Tan Sri Yang di-Pertua, dalam keadaan kita berdepan dengan cabaran ini, ya yang akhirnya digunakan syurga dan neraka ini, dan perkara yang pertama yang hendak saya bangkitkan adalah sejauh mana kerajaan, Menteri KDN, sejauh mana kerajaan dalam menangani perkara ini serius dalam mewujudkan satu rang undang-undang akta kebencian kaum dan especially, melalui ucapan dengan mewujudkan satu anti-hate speech dengan izin, ataupun akta ucapan kebencian yang sekali gus mesti dimasukkan juga dengan akta anti diskriminasi kerana inilah antara punca yang membawa kepada keberantakan yang sedang kita lihat dan akan terus kita lihat andainya rang undang- undang ini tidak dapat kita gubal. Baik, terima kasih Tan Sri. Terima kasih Menteri.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat. Dipersilakan, Menteri.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tan Sri, saya sambut baik syor dan cadangan sahabat saya dari Kuala Selangor. Apa sahaja ikhtiar yang boleh kita buat, termasuk menggunakan platform ini, tempat di mana kita menggubal undang-undang bagi menjamin keamanan dan keadilan. Itu satu syor yang sangat baik.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tan Sri, undang-undang satu bab. Pokok pangkalnya adalah kita yang bergelar politician yang memegang amanah sebagai pemerintah. Di sana, di luar sana ada 30 juta rakyat yang mengharapkan negara ini ditadbir urus dengan baik. Rakyat nak pergi kerja selamat, hantar anak sekolah selamat. Kita nak yang itu, suasana ini.

Kerana itulah, cara yang paling baik adalah kita mulakan dulu dengan diri kita menganggap bahawa kita masuk politik ini pun sebahagian daripada ibadah. Seru buat baik dan larang buat jahat. Sebab itu, dalam kefahaman saya tentang manusia ini, Tan Sri Yang di-Pertua, dalam Al-Quran ada cerita, di dunia ini, klasifikasi manusia itu ada tiga.

Muslim, yang mengucap syahadah. Yang tak mengucap syahadah, disebut non Muslim. Kategori ketiga adalah the aggressor. Hereafter, akhirat nanti ada dua saja kategori manusia. Pengakhiran yang baik, atau pengakhiran yang tidak baik. Dua saja.

Sebab itu, yang bergelar Muslim dalam dunia ini pun, ada lagi lima klasifikasinya. Ada auliya’, ada solihin, solihun, ada fasiqun, ada zolimun, ada munafiqun. Di kalangan kita, yang Muslim itu pun yang mengucap syahadah, ada lagi klasifikasinya. Mudah-mudahan, kita nak tergolong yang baik-baik. Jadi, don’t simply kita accuse. Ini kafir, ini munafik, ini tak. Itu urusan Allah Taala. Allah Taala bagi panduan supaya kita tengok.

[Tepuk]

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan.

final • 10:30 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri...

final • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Allah Taala ceritakan tentang kriteria itu supaya kita rasa kriteria itu nampaknya kena dekat aku. Bukan tengok kat orang lain.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...

final • 10:30 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri...

final • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Di kalangan Non Muslim pula, Al- Quran pun membahagikan kepada ateis, kepada musyrik, kepada kafir, kepada rejector dan kepada ahli kitab.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan – Ini bukan syarahan agama, Yang Berhormat. Ini bukan syarahan agama. Tadi, hal kafir telah selesai. Yang Berhormat, bagi saya tanya soalan.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Menteri.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Kerana itu...

[Disampuk]

final • 10:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

[Bangun]

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bagi saya tanya soalan.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Soalan tambahan yang kedua.

final • 10:30 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini hal kafir dah selesai, ungkit balik.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Bila Allah Taala cerita dalam Al- Quran tentang characteristic, siapa zolimun, siapa fasiqun.

final • 10:30 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Kalau hendak debat, kita debat.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Kita cuba jauh dan kemudian, kita cuba tengok, barangkali sifat itu ada pada aku. Barulah betul. Ini bila nampak yang itu, ha ini sikap ini tak ada pada aku. Ada pada orang lain.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini jawapan apa? Masa dah habis, Speaker.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Soalan tambahan kedua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya menjemput Tuan Haji Azli bin Yusof, Shah Alam.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jom kita berceramah dekat luar.

Saya cabar Menteri Dalam Negeri beri ceramah pada saya dekat luar.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya menjemput Tuan Haji Azli bin Yusof, Shah Alam.

Silakan.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

Soalan saya, nombor tiga.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Silakan, Menteri.

final • 10:30 AM

3. Tuan Azli bin Yusof [Shah Alam] minta Menteri Pendidikan menyatakan perancangan Kementerian dalam mengetengahkan literasi politik dan kenegaraan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah memandangkan mereka akan layak untuk mengundi pada umur 18 tahun sebaik sahaja meninggalkan alam persekolahan.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha dalam mengetengahkan literasi politik dan kenegaraan kepada murid sekolah rendah dan menengah, memandangkan mereka akan layak untuk mengundi pada umur 18 tahun, sebaik sahaja meninggalkan alam persekolahan.

Kurikulum sejarah memberi fokus kepada pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berkaitan dengan pendidikan politik dan kenegaraan. Ini bertujuan untuk membina karakter yang positif supaya murid boleh berfikir dan bertindak bijak dalam mentafsir sesuatu isu dan peristiwa, serta membuat keputusan yang rasional. Selain itu, murid dapat memahami dan menghayati kepentingan pendidikan politik serta tanggungjawab sebagai warganegara yang cinta akan negara. Komponen tersebut disusun berdasarkan tema dan tajuk khusus serta sisipan secara kronologi yang berkaitan dengan pendidikan politik.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pada peringkat sekolah rendah, pendidikan politik dipelajari secara sisipan melalui tema Sejarah Awal Negara, Kedaulatan Negara dan Kemakmuran Negara Kita yang menerangkan tentang latar belakang, perkembangan dan peristiwa yang berkaitan dengan pendidikan politik dalam mata pelajaran Sejarah.

Pada peringkat sekolah menengah pula, pendidikan politik dihuraikan secara sisipan di bawah tema Sejarah Kita dan Dunia, Warisan Negara, Kedatangan Kuasa Asing, Pembinaan Negara Malaysia dan Masa Hadapan. Melalui tema ini, murid memahami kepentingan memperkukuhkan pengetahuan dan kefahaman tentang pendidikan politik bagi mempersiapkan murid untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab sebagai pengundi.

Bagi murid Tingkatan 6, pendidikan politik dipelajari melalui mata pelajaran Pengajian Am dan Sejarah. Selain pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, pemerkasaan pendidikan politik juga disokong dengan aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah. Seiring dengan penguatkuasaan Undi 18, KPM bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Penerangan Malaysia, Akademi Pilihan Raya serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dalam memantapkan pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan Undi 18.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

KPM percaya penerapan kemahiran insaniah perlu dilaksanakan secara berterusan dalam membantu perkembangan potensi diri individu secara menyeluruh dan bersepadu. Pembangunan diri secara holistik ini mampu membantu seseorang individu menerajui perubahan dan pembangunan dunia global pada masa kini.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Melalui inisiatif ini, KPM telah melaksanakan program Kem Pembinaan Karakter Bangsa Malaysia yang melibatkan murid lepas menengah. Kem Pembinaan Karakter ini diadakan bertujuan membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berdaya saing tinggi serta dapat menyuntik semangat dan keyakinan diri murid untuk merealisasikan matlamat KPM bagi melahirkan anak yang baik lagi cerdik (ABC).

KPM yakin kandungan kurikulum dan kokurikulum berkaitan literasi politik dan kenegaraan dapat mempersiapkan murid untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Shah Alam.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya kira soalan saya ini ada hubung kait yang sangat rapat dengan soalan dari Yang Berhormat Pagoh tadi kerana kita lihat di dalam Dewan ini sendiri pun yang terlibat, ramai cerdik pandai. Pembuat ataupun penggubal dasar ini pun masing-masing belum lagi dapat mencerakinkan atau mendapatkan satu persefahaman yang baik tentang diversity yang berlaku dalam negara kita ini.

Sebab itu saya sangat meyakini bahawa usaha kita untuk nak mempastikan bahawa slogan yang sentiasa kita ucapkan iaitu “unity in diversity” dalam negara kita ini, dapat dicapai dengan baik, dengan tuntas ialah melalui pendidikan di peringkat awal.

Anak-anak ini harus dididik dengan kurikulum yang tepat dan supaya mereka memahami tentang identiti bangsa dan juga tentang kepelbagaian kaum, agama yang ada dalam negara kita ini.

Oleh sebab itu, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah Kementerian Pendidikan khususnya di samping pendidikan sivik dan sejarah itu berhasrat untuk memperkenalkan juga kurikulum diversity dan juga anti-perkauman dalam negara kita ini?

Contohnya, di United Kingdom dua tahun lepas. Begitu banyak sekolah. Lebih daripada 600 buah sekolah telah pun...

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, ringkaskan Yang Berhormat. Panjang sangat.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ya. Sekolah di United Kingdom itu telah pun mengadaptasi kurikulum yang baru untuk memahami diversity dan juga anti-rasisme yang secara jelas telah berlaku dalam negara mereka dan tidak terkecuali dalam negara kita juga. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:40 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pendekatan homeschool approach, dengan izin, digunakan untuk menerima, menghormati dan meraikan kepelbagaian. Pendekatan ini membentuk ekosistem pengalaman pembelajaran murid yang mendorong kepada amalan tingkah laku yang terpuji di dalam dan di luar bilik darjah. Pemupukan nilai-nilai universal dapat membentuk murid yang mempunyai semangat sayang dan cinta akan negara. Melalui pelaksanaan kurikulum, aspek karamah insaniah diintegrasikan dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik.

KPM menerapkan kesedaran sivik dan nilai murni dalam kalangan murid di semua sekolah KPM dengan menyediakan manual kesedaran sivik dan amalan nilai murni.

Manual ini menekankan kepada pembangunan sahsiah, perpaduan, toleransi, dan lain- lain yang menjurus kepada amalan kehidupan dan nilai murni secara universal. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya nak berbalik kepada soalan asal dan ada dua bahagian soalan tambahan saya.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Yang pertama ialah kurikulum sejarah yang ada sekarang ini di-review antara lain selepas tahun 2000, yakni selepas siri, beberapa siri seminar dan program-program yang pada masa itu berkaitan dengan patriotisme. Saya tahu sebab saya antara penganjurnya.

Saya cadangkan kurikulum sejarah itu kena review baliklah. Sebab itu dah lama dan review balik kerana untuk bersesuaian dengan Undi18. Specific reason Tuan Yang di- Pertua.

Kedua, kena ada praktikal juga. KPT dah tunjukkan jalan supaya mahasiswa sekarang menganjur sendiri pilihan raya kampus. Saya taklah cadang pelajar anjur sendiri tapi saya nak cadangkan, cuba kaji mungkin ada kesesuaian. Pengawas ini di peringkat sekolah menengah dulu, pengawas bukan dipilih oleh guru, tapi ada pilihan raya. Dulu, setengah-setengah sekolah- Convent ada election untuk school prefects. Jadi kita boleh lihat pengalaman. Jadi tidaklah tiba-tiba je umur 18 tahun, baru nak jumpa peti undi. Ini kita dah latih dia dulu. Jadi kalau dia tak betul, silap, kita perbetulkan semasa dia di bangku sekolah. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 10:40 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Cadangan Ahli Yang Berhormat kita akan mengambil kira. Kita akan mempertimbangkan dan yang itu, itu satu cadangan yang juga sangat baik tentang pemilihan pengawas. Kami akan- KPM akan mengkaji dan terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tuan Kalam bin Salan, Sabak Bernam.

final • 10:40 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih Tan Sri Dato’ Yang di- Pertua, soalan saya nombor 4.

final • 10:40 AM

4. Tuan Kalam bin Salan [Sabak Bernam] minta Menteri Kewangan menyatakan, adakah kerajaan bercadang untuk meningkatkan pelaburan tempatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada 70 peratus berbanding 64 peratus pada tahun 2022 yang disyorkan oleh Perdana Menteri pada bulan Mei lalu. Jika ya, bagaimanakah ia dapat dilaksanakan?

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tan Sri Yang di-Pertua, setakat Jun 2023, jumlah keseluruhan pelaburan KWSP dalam pasaran domestik adalah sebanyak RM665 bilion. Jumlah pelaburan ini dijangka akan meningkat kepada RM700 bilion pada akhir tahun 2023, iaitu peningkatan sebanyak sembilan peratus berbanding pada tahun 2022.

Untuk makluman Yang Berhormat, pelaburan KWSP adalah berpandukan alokasi dana yang ditetapkan oleh Panel Pelaburan KWSP pada setiap tahun. Untuk tempoh 2018 hingga 2022, KWSP telah memperuntukkan purata melebihi 80 peratus daripada jumlah alokasi dana tahunan untuk dilaburkan dalam pasaran domestik. Bagi tahun 2023, sebanyak RM97 bilion atau 83 peratus daripada jumlah alokasi dana tahunan telah diperuntukkan.

KWSP akan terus memberi keutamaan kepada pelaburan domestik dengan membahagikan sebahagian besar daripada dana tahunannya kepada pasaran tempatan untuk pelaburan domestik, termasuk dalam bentuk pasaran wang di bank-bank tempatan.

Bagi memastikan KWSP dapat mengoptimumkan pelaburannya dengan mampan, Panel Pelaburan KWSP sentiasa berpandukan alokasi aset strategik (SAA) yang mengalokasikan aset pelaburan KWSP dalam pelbagai kelas aset, geografi, mandat dan strategi selaras dengan objektif pelaburan KWSP sebagai sebuah dana persaraan.

Untuk dimaklumkan di sini bahawa antara yang kita labur dalam 2022 hingga 2024, instrumen berpendapatan tetap 45.5 peratus, ekuiti tersenarai 42.5 peratus, ekuiti persendirian tiga peratus, aset nyata enam peratus, instrumen pasaran wang tiga peratus, jumlah 100 peratus. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Sabak Bernam.

final • 10:40 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Dengan keuntungan sembilan peratus tersebut, adakah kerajaan akan memberikan pertimbangan kepada pengeluaran bersasar

final • 10:40 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

kepada pencarum, berbanding sekarang ini diperkenalkan cagaran caruman mereka di institusi perbankan untuk tujuan pembiayaan peribadi. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Mulai tahun depan Tan Sri Yang di- Pertua, telah diumumkan dalam Belanjawan 2024, kita akan membuka satu lagi akaun untuk pencarum KWSP. Sekarang ini ada Akaun 1 dan Akaun 2. Apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Menteri Kewangan, diumumkan Akaun Fleksibel. Kita akan mengumumkan tentang apa maksud Akaun Fleksibel ini yang- akaun ketiga yang boleh diakses oleh semua ahli tanpa mengira mereka B40, M40, T20, khususnya ketika kecemasan.

Ini adalah untuk manfaatkan atau meringankan beban kewangan ketika menghadapi keperluan di luar jangkaan. Sekarang ini sedang dimuktamadkan.

final • 10:40 AM

Pengeluaran seperti dulu kita tak buat lagi Tan Sri

i-Lestari - RM20.8 bilion; i-Citra - RM21.4 bilion; i-Sinar - RM58.7 bilion; pengeluaran khas - RM44.6 bilion.

final • 10:40 AM

Pengeluaran seperti dulu kita tak buat lagi Tan Sri

Sebelum ni kita bagi pengeluaran sebanyak RM145 bilion. Lepas ini mulai tahun depan, Akaun Fleksibel. Bagaimana kaedahnya, berapa percent daripada simpanan itu boleh masuk dalam Akaun Fleksibel, tu semua belum lagi diputuskan tapi tujuannya adalah untuk membantu pengeluaran ketika kecemasan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

[Disampuk] Ya.

final • 10:50 AM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Terima kasih Yang di-Pertua.

Tanpa dokumen anak merana, Belajar bekerja tidak terima, Wahai kerajaan tolong mereka, Soalan saya nombor lima.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ah, Yang Berhormat. Saya kira Yang Berhormat nak tanya soalan tambahan tadi. Tidak ada?

final • 10:50 AM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Lima.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okay, duduk dulu Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Kalau tak ada soalan, saya jemput Tuan Lo Su Fui, Tawau. Ha, baru jemput sekarang.

final • 10:50 AM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Jadi saya ulang lagi ya Tuan Speaker. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tanpa dokumen anak merana, Belajar bekerja tidak terima, Wahai kerajaan tolong mereka, Soalan saya nombor lima.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, boleh ulang, pantun tu boleh ulang.

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:50 AM

5. Tuan Lo Su Fui [Tawau] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) usaha untuk memperbaiki prosedur mendapatkan taraf kewarganegaraan di Tawau dan Sabah melalui seksyen 15A; dan

(b) usaha penyelesaian isu penduduk undocumented atau penduduk yang tidak mempunyai dokumen disebabkan oleh pendaftaran lewat, kematian bapa dan ibu warganegara, kehilangan sijil nikah dan perkara-perkara lain.

final • 10:50 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Tawau. Perkara memohon untuk menjadi warganegara Malaysia di bawah Perkara 15A ini, keadaannya adalah pertama, bagi seorang anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah, istilahnya anak tidak sah taraf.

final • 10:50 AM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Kedua, anak angkat yang telah dilakukan proses pengangkatan mengikut undang-undang. Ada bapa dan ibu angkatnya dan mereka memohon. Yang ketiga, anak penjaga. Dia tak ada anak. Dia bukannya anak angkat pada ibu bapa angkat tapi dia mungkin dijaga oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jadi anak tidak sah taraf, anak angkat, anak penjaga dan tertakluk kepada syarat dan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, mereka boleh mohon selama mereka lengkapkan beberapa dokumen yang diperlukan mengikut peraturan dan undang-undang.

Tan Sri Yang di-Pertua, fakta dan dokumen bukti yang dikemukakan itu sejurus sampai kepada KDN, dia akan melalui beberapa proses verifikasi dan jawatankuasa yang akan kemudiannya mengangkat syor kepada Yang Berhormat Menteri.

Baik, dalam konteks sekarang Tan Sri Yang di-Pertua, KDN, kita kemaskinikan, soalan ini bertanya tentang prosedur. Kita ada mengemas kini prosedur pengendalian standard ini. Sebagai satu semacam candidate client charter begitu, piagam pelanggan yang menjadi panduan. Kalaupun kita tak dapat capai tapi sekurang-kurangnya kita menghampiri kepada piagam yang kita letak, ya. Jadi, proses itu sentiasa proses yang dikemas kini.

Tan Sri Yang di-Pertua, bahagian kedua soalan Tawau ialah bagaimana menyelesaikan masalah orang yang tanpa dokumen. Ya, ikhtiar kami ialah pertama, melalui Jabatan Pendaftaran Negara, kita adakan satu inisiatif yang kita panggil sebagai Menyemai Kasih Rakyat, singkatannya MEKAR. Melalui inisiatif ini, dia adalah satu program outreach di mana Jabatan Pendaftaran Negara pergi ke kawasan pedalaman, termasuk di Sabah Sarawak.

Dua minggu lepas, saya berada di Kuala Mu dalam Parlimen Sungai Siput, di perkampungan Orang Asli. Jabatan Pendaftaran pergi ke sana, kemudian menjalankan khidmat nasihat, menguruskan soal pendaftaran kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil kematian serta permohonan kewarganegaraan. Ini inisiatifnya.

Di peringkat governance, di negeri Sabah, KDN kita dan negeri Sabah, kita tubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing khusus untuk masalah rakyat tanpa dokumen. Dengan Sarawak, kita wujudkan Jawatankuasa Khas Warganegara Negeri Sarawak dan kita ada pasukan petugas khas. Jadi, ini antara inisiatif yang kita buat untuk membantu mereka yang mempunyai masalah dari segi ketidakcukupan dokumen dan kemudiannya timbul masalah soal warganegara dan sebagainya. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Tawau.

final • 10:50 AM

Tuan Lo Su Fui - Tawau

Terima kasih Yang di-Pertua. Lebih satu juta penduduk di Sabah tidak berdokumen direkodkan oleh KDN. Mereka tidak berpeluang belajar dan bekerja, tidak diterima oleh mana-mana negara, terus menimbulkan masalah sosioekonomi. KDN dilihat tidak serius bagi menyelesaikan isu selama ini. Walaupun pemohon dengan dokumen yang lengkap dan ada menang kes mahkamah pun tidak mendapat kewarganegaraan. Apakah jaminan KDN dengan penyelesaian Madani?

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Tawau. Pertama, angka yang Tawau sebut, satu juta penduduk Sabah tiada dokumen direkodkan. Saya mohon bantu saya selepas ini ya, sebab sepanjang 10 bulan saya duduk di KDN, saya belum pernah jumpa data ini lagi. Barangkali Tawau ada maklumat, boleh salur ya, pertama.

Yang kedua ialah kalau dokumen itu lengkap ya dan ada dalam pengetahuan Yang Berhormat Tawau, biar kita cari penyelesaian ya. Ada dalam pengetahuan Tawau, pemohon itu lengkap dokumennya, apa maksud lengkap dokumen? Ada sijil pengangkatan, ada sijil kelahiran, ada permohonan daripada penjaganya, ya, ada bukti keberadaan dia, semua. Dia ada lebih kurang 11 weightage yang kami guna pakai.

Lengkap yang ini masih ada masalah, beritahu secara spesifik kes itu.

Yang ketiga, kalau ada kes menang di mahkamah, biasanya kes pengangkatan, dia mohon untuk jadi anak angkat, mahkamah buat ruling, selesai. Ada masalah di

final • 10:50 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

peringkat JPN, salur terus kepada saya. Okey, yang saya nak sebut ialah saya telah pun membuat keputusan terhadap permohonan dalam tempoh 10 bulan saya berada di sini, 10,381 permohonan telah saya buat keputusan. Tawau boleh tunjuk bila paling akhir jumlah ini dibuat, dicapai.

Kebanyakan kesnya adalah kes anak angkat. Kebanyakannya kes kanak-kanak tidak sah taraf. Saya tahu mereka tak boleh ke sekolah. Kalau ke hospital bila sakit, terpaksa bayar bil yang tinggi. Saya tahu, sebab itu saya minta pegawai-pegawai saya di KDN selesaikan yang ini dulu, ya. Sebaliknya kita ditohmah, luluskan puluhan ribu warganegara kepada rakyat China. Ini jahat! Ya, kalau mereka tahu bagaimana berhempas-pulas pegawai di KDN menguruskan perkara ini, 10,381 dalam tempoh 10 bulan Tawau, kalau itu juga Tawau anggap sebagai KDN tidak serius, saya ucap terima kasih. Majulah sukan untuk negara.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan. Baik.

final • 10:50 AM

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Sini, sini, Tan Sri, Tan Sri.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

final • 10:50 AM

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Okey.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tanjong Piai.

final • 10:50 AM

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, tadi kata yang lengkap akan diberi peluang untuk kelulusan tapi memang saya nampak pada kebiasaannya, ia memakan masa tiga, empat tahun, kadangkala kita tanya tak ada jawapan. Biasa jawapannya adalah dalam proses.

Saya rasa dua penggal yang lepas ataupun tak lama dulu, saya pernah jumpa dengan Menteri. Warga emas yang saya kemukakan sokongan tu, saya terima kasih, Yang Berhormat kata lebih 10 lebih ribu tapi saya nampak tak mencukupi. Kalau boleh, lebihkan. Tapi permohonan yang saya kemukakan tu, yang telah tiga, empat tahun warga emas tu, sampai hari ini, tak ada jawapan. Saya mohon jasa, kalau boleh apa salah ya, luluskan untuk warga emas yang memerlukan keinginan mereka untuk dapatkan kewarganegaraan ini. Terima kasih, Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tan Sri, terima kasih. Sahabat saya dari Tanjong Piai. Warga emas ni Tan Sri, kebanyakannya adalah gagal melepasi ujian penguasaan bahasa Melayu. Kebanyakan ya, kebanyakan. Harap-harap tak termasuk kes yang Tanjong Piai maksudkan. Penguasaan bahasa ini di negara-negara luar best practicesnya pun kita teliti. Mereka menghendaki yang nak mohon warganegara tu boleh berbahasa rasmi, bahasa pertuturan negara berkenaan. Ini kebanyakannya.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Dia markah tak lulus satu, markah lulus lapan. Dia ada rating dia. Sekarang ini, yang dua pun kadang-kadang saya luluskan. Dua ini maknanya, “Terima kasih”, dia jawab “Sama-sama”. Itu pun lulus. “Apa khabar”, “Khabar baik”. Itu lulus. Dia tidak boleh buat ayat macam Tan Sri – macam Tanjong Piai buat. Tak apalah. Sampai kita turunkan kayu ukur sampai ke situ. Ada yang warga usia lama ini Tan Sri, mereka terlalu fasih dengan bahasa asing. Jadi, sampai tidak boleh langsung. Jadi, yang itu antara kekangan yang kita hadapi. Itu pun kita cuba bantu. Tanjong Piai tolong ingatkan saya balik kes yang spesifik, yang lengkap dokumen dan sebagainya. Saya akan bantu mudah carakan.

Terima kasih.

final • 11:00 AM

[Soalan No. 6 -YB Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor (Temerloh) tidak hadir]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya difahamkan Temerloh tidak ada dalam Dewan.

Saya jemput Datuk Matbali bin Musah, Sipitang.

final • 11:00 AM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Terima kasih Tan Sri Speaker, soalan saya nombor tujuh.

final • 11:00 AM

7. Datuk Matbali bin Musah [Sipitang] minta Menteri Kesihatan menyatakan untuk menaik taraf klinik kesihatan luar bandar Padas Damit, Beaufort kerana ianya padat dengan penduduk di sekitar kawasan/kampung berhampiran.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Terima kasih kepada MP Sipitang yang bertanyakan berkenaan tentang menaik taraf Klinik Kesihatan Luar Bandar Padas Damit dan juga ini adalah jawapan daripada KKM.

Kementerian Kesihatan sememangnya bercadang untuk menaik taraf Klinik Kesihatan Padas Damit sedia ada dengan membina sebuah blok tambahan baharu. Ini bagi menyediakan ruang rawatan yang lebih luas untuk unit pesakit luar, kesihatan ibu dan anak termasuk sebuah kerusi pergigian untuk penduduk di sana. Projek ini dijangka bermula pada pertengahan tahun 2024. Pada masa ini, Kementerian Kesihatan juga sedang menaik taraf pendawaian elektrik termasuk penggantian komponen elektrik di Klinik Kesihatan Padas Damit. Kerja-kerja pendawaian ini dijangka selesai pada hujung tahun ini. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Sipitang.

final • 11:00 AM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan dan penjelasan yang diberikan sebentar tadi. Tentunya penjelasan tersebut merungkai persoalan yang telah kita dibangkitkan ini.

Sesungguhnya isu berkaitan kesihatan ini sesuatu yang amat penting untuk ditangani serta diberi perhatian kerana ianya adalah isu masyarakat yang dekat dan melekat di hati rakyat. Untuk itu, saya ada dua soalan tambahan dan kita mohon untuk mendapatkan pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri di Dewan yang mulia ini.

Pertamanya, bagaimanakah status pembinaan semula klinik-klinik desa atau luar bandar yang terpaksa dirobohkan disebabkan ianya terlibat dengan pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan-Borneo di Sabah. Salah satu klinik desa yang terlibat, letaknya di Kampung Bukau dalam kawasan Parlimen P.178 Sipitang. Kita mohon dan berharap agar Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mempercepatkan pembinaan semula klinik tersebut, memandangkan ia satu keperluan yang maha penting bagi penduduk di kawasan tersebut dan sekitarnya.

Soalan tambahan kedua berkaitan isu kesihatan juga. Berapa ramaikah jumlah doktor dan doktor pakar di Hospital Sipitang dan juga Hospital Beaufort ketika ini dan apakah ada perancangan untuk menambahkan bilangannya bagi meningkatkan nisbah doktor dan penduduk di kedua-dua daerah ini?

Selain Hospital Sipitang, saya turut membangkitkan peluang bagi Hospital Beaufort memandangkan kawasan Parlimen Sipitang merangkumi sebahagian kampung dalam Daerah Beaufort, di mana hospital terdekat penduduknya berurusan adalah di Daerah Beaufort dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebahagian pekan Beaufort itu sendiri, sebenarnya terletak dalam DUN Lumadan di dalam Parlimen Sipitang. Sekian, mohon pencerahan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

final • 11:00 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Sipitang.

Satu persoalan yang baik. Berkenaan tentang klinik-klinik yang terlibat di dalam pembinaan Pan-Borneo, kami memberikan komitmen untuk membina klinik statik untuk menggantikan klinik-klinik yang akan dirobohkan akibat pembinaan Pan-Borneo. Dan juga berkenaan tentang klinik yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat berkenaan tentang Klinik Bukau.

Klinik berkenaan tentang Klinik Bukau, kami memberikan komitmen untuk pembinaan klinik tersebut dan juga ketika ini klinik telah ditempatkan di Balai Raya Kampung Lumadan dan juga kami sedang mengenal pasti Yang Berhormat, tanah bagi pembinaan klinik seluas lima ekar. Dan juga saya berharap agar Yang Berhormat Sipitang

final • 11:00 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

dapat membantu kami untuk mempercepatkan perolehan tanah itu dan juga bagi membolehkan kami membinakan klinik yang lebih komprehensif bagi menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, terutama sekali di Parlimen Sipitang.

final • 11:00 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

[Bangun]

final • 11:00 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Dan juga berkenaan tentang – saya juga ingin menambah sedikit Yang Berhormat, berkenaan tentang insentif Skim Perubatan MADANI. Walaupun jarak klinik-klinik yang mempunyai Skim Perubatan MADANI dalam jarak 20 kilometer, kami sedang berusaha untuk mendapatkan lebih ramai lagi klinik-klinik swasta to subscribe our scheme dan ketika ini dalam tempoh beberapa bulan sahaja, kami mempunyai hampir 1,000 lebih lawatan ke klinik-klinik swasta.

Dan juga berkenaan tentang soalan berkenaan tentang doktor-doktor pakar di Hospital Beaufort dan juga Sipitang, saya tidak mempunyai data yang terperinci. Saya akan memberikan satu jawapan bertulis. Walaupun demikian bagi perancangan sedia ada untuk Hospital Sipitang, sememangnya ketika ini dan Hospital Beaufort, sememangnya kita mempunyai projek Rancangan Malaysia yang sedang berjalan.

final • 11:00 AM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

[Bangun]

final • 11:00 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Walaupun kita sedang menghadapi sedikit masalah berkenaan tentang projek tersebut. Walaupun demikian, kita akan selesaikan sebaik mungkin. Terima kasih, Tan Sri Speaker.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Jerantut.

final • 11:00 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Tan Sri Speaker. Walaupun kita faham soalan ini soalan yang very specific kepada Sipitang tetapi ia berkongsi dengan semua Ahli Parlimen yang mempunyai kawasan luar bandar.

Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak Menteri, bagaimana dengan status klinik kesihatan bergerak? Berapa jumlah klinik kesihatan bergerak yang ada di dalam negara kita dan bagaimana tindakan kerajaan untuk memperluaskan fasiliti ini, terutama kepada kawasan luar bandar dan pendalaman contohnya di Jerantut bagi meningkatkan akses kesihatan kepada golongan asnaf dan juga B40?

final • 11:00 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Berkenaan tentang insentif kerajaan tentang klinik-klinik terutama sekali di kawasan luar bandar. Di peringkat perancangan dan pembangunan, Yang Berhormat Menteri telah mengarahkan untuk kami memperhaluskan reka bentuk dan juga perancangan dan juga mengenal pasti klinik-klinik statik yang bersesuaian dan juga kami telah memperkenalkan Skim Perubatan MADANI untuk membolehkan pesakit-pesakit untuk pergi ke klinik kesihatan swasta dan juga ketika ini kerajaan telah memberikan komitmen untuk meneruskan Skim Perubatan MADANI sekiranya Belanjawan 2024 akan diteruskan dan juga berhubung berkenaan tentang klinik bergerak. Saya tidak mempunyai data yang terperinci. Kami akan ajukan jawapan secara bertulis tetapi komitmen kerajaan berkenaan tentang klinik-klinik yang bergerak.

Contohnya di Sarawak dan juga di Sabah, flying doctors. Kita akan meneruskan untuk membolehkan penduduk-penduduk di luar bandar ataupun pendalaman untuk dapat mencapai skim kesihatan yang bermaruah ataupun membolehkan mereka mendapatkan perkhidmatan dan juga kami memberikan komitmen untuk memastikan semua pesakit- pesakit ataupun klien-klien daripada KKM akan mendapatkan rawatan walaupun perkhidmatan bergerak tersebut tidaklah mencukupi tetapi kami akan pastikan klinik-klinik desa dan klinik-klinik berdekatan kita berfungsi. Itu saja jawapan saya, Tan Sri Speaker.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

YB Sipitang saya belum bagi soalan tambahan tadi, ya?

Dah kan?

final • 11:00 AM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Putatan boleh minta tanya?

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak boleh. Tak boleh. Tak boleh. Baik, sekarang jemput Tuan Haji Khairil Nizam bin Khirudin, Jerantut.

final • 11:00 AM

Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Tan Sri yang di- Pertua, soalan saya nombor 8.

final • 11:00 AM

8. Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah syarat yang perlu dipenuhi sekiranya pemasangan Mesin Pengeluaran Wang Automatik (ATM) hendak dilakukan di Batu Balai, FELDA Lepar, Kampung Mat Daling, Kuala Tahan yang terletak jauh dari Bandar Jerantut dan mempunyai penduduk yang padat.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tan Sri Yang di-Pertua, pihak kerajaan dan Bank Negara Malaysia peka terhadap keperluan mendapatkan akses kewangan di kawasan luar bandar. Secara umumnya keputusan sesebuah institusi kewangan untuk membuka cawangan bank atau menempatkan mesin terminal layan diri (self-service terminal atau ATM) dalam sesuatu kawasan adalah bergantung faktor-faktor seperti kesesuaian lokasi, infrastruktur dan persekitaran, keperluan serta permintaan perkhidmatan kewangan seiring dengan pembangunan setempat.

Selain daripada cawangan bank dan mesin ATM, institusi kewangan juga menyediakan ejen bank yang menawarkan perkhidmatan perbankan asas seperti penyimpanan dan pengeluaran deposit, khidmat pemindahan dana, pembukaan akaun, pembayaran balik pembiayaan dan pembayaran bil utiliti.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ejen bank terdiri daripada entiti perniagaan seperti kedai runcit, stesen minyak, pejabat pos dan koperasi yang dilantik oleh pihak institusi perbankan untuk memberikan perkhidmatan perbankan asas terutamanya di kawasan pedalaman yang jauh dari cawangan bank. Di Batu Balai misalnya, terletak di dalam mukim Ulu Cheka terdapat empat ejen bank yang beroperasi. Di FELDA Lepar terletak di mukim Pulau Tawar, tujuh ejen bank dan satu lokasi bank bergerak, di Kampung Mat Daling terdapat satu ejen bank, Kuala Tahan terdapat tiga ejen bank yang beroperasi.

Seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua, pihak bank bersama Kementerian Kewangan terus berusaha untuk memperluaskan inisiatif perkhidmatan bank bergerak. Penumpuan kawasan bagi menempatkan bank bergerak ini mengikut kesesuaian lokasi, infrastruktur dan persekitaran. Selain daripada itu, pihak kerajaan juga menggalakkan rakyat untuk melakukan urusan perbankan secara digital di mana transaksi perbankan boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa secara selamat. Perbankan digital juga diharap akan dapat meluaskan jangkauan perkhidmatan kewangan kepada kawasan-kawasan luar bandar agar pengguna di seluruh Malaysia boleh mendapat manfaat daripada akses dan penggunaan perkhidmatan kewangan.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Jerantut.

final • 11:10 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sepertimana yang dimaklumkan tadi tentang cashless society ataupun kita buat perbankan secara dalam talian. Sepertimana yang kita tahu, di kawasan pedalaman ini sepertimana dengan kawan-kawan Ahli Parlimen yang lain, kita ada masalah dari sudut capaian Internet yang sekarang ini dalam proses kita bekerjasama dengan pihak Kementerian Komunikasi untuk improvise dan juga improve masalah Internet di kawasan masing-masing dengan kerjasama MCMC.

Cuma saya nak maklumkan ialah saya tertarik dengan jawapan daripada Menteri tadi, berkenaan dengan bank bergerak dan ini di antara jawapan untuk sementara yang sepatutnya yang boleh kita buat di kawasan pedalaman. Saya ingin bertanya, apakah boleh diperbanyakkan lagi facilities ini terutamanya pada kawasan pedalaman, bank bergerak ini sebab sebelum kita menyelesaikan masalah internet banking ataupun capaian Internet di kawasan pedalaman ini?

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kita mengambil perhatian terhadap cadangan Jerantut mengenai membanyakkan lagi bank bergerak. Ada satu lagi perkara yang saya ingin maklumkan kepada YB Jerantut selain daripada perbankan digital, bank bergerak, ejen bank. Tiga perkara untuk membantu rakyat luar bandar. Bank Negara

final • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Malaysia pergi ke kawasan-kawasan yang tertentu. Ada pasukan mereka. Contohnya, mereka telah pergi ke Pulau Redang, ke Tioman, ke Daro, Sarawak. Apa yang mereka lakukan iaitu satu Program e-Duit Desa, e-Duit Desa. Ini untuk mengajar cashless society dan ini juga mungkin boleh dibuat di mana-mana.

Kita maklum tentang keperluan bank ini di mana-manalah. Jadi, bank yang di bawah Kementerian Kewangan secara terus misalnya ialah Bank Simpanan Nasional.

Ada 390 cawangan Bank Simpanan Nasional dan kita ingin maklumkan bahawa Bank Simpanan Nasional ini ada ejen bank, 2,513 ejen bank. Semua mukim di Malaysia kecuali satu mukim sahaja lagi yang tidak ada ejen bank, yang lain semua dah ada. Satu mukim itu di satu tempat di Sarawak. Jika tempat itu ada ejen bank, maka 100 peratus mukim ada ejen bank. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng, Tanjong Piai.

final • 11:10 AM

9. Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng [Tanjong Piai] minta Menteri Kesihatan menyatakan komitmen terhadap penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bagi meningkatkan jumlah perjawatan serta elaun pekerja tanpa perlu melalui proses penyelarasan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Sebelum itu saya ingin mohon izin untuk mengalu-alukan kehadiran Persatuan Ketua Kaum Masyarakat Cina Bahagian Miri. Kapitan, Temenggong, Penghulu, selamat datang.

[Tepuk] Mereka ini datang daripada Parlimen Sibuti dan juga Parlimen Miri.

Untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Tanjong Piai berkenaan tentang komitmen KKM untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan dan juga berkenaan tentang bagaimana untuk meningkatkan jumlah perjawatan serta elaun pekerja tanpa perlu melalui proses, ini adalah jawapan kami. Terlebih dahulu saya ingin menjawab persoalan ini bersama dengan soalan Yang Berhormat Kuala Kangsar bertarikh 26 Oktober 2023 kerana berkaitan dengan perkara yang sama.

Buat masa ini, Kementerian Kesihatan sedang merangka pelaksanaan reformasi sistem kesihatan yang digariskan dalam Kertas Putih Kesihatan yang telah dibentangkan sebelum ini. Pelaksanaannya memfokuskan kepada penubuhan satu badan penyelaras atau kawalan selia bagi memantau pelaksanaan strategi dan inisiatif-inisiatif melibatkan sektor kesihatan.

Badan penyelaras tersebut bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan strategi dan inisiatif mengikut jadual yang ditetapkan, menangani isu pelaksanaan yang berbangkit dan melaporkan kemajuan pelaksanaan kerja kepada kerajaan.

Justeru itu, Kementerian Kesihatan sedang melaksanakan struktur tadbir urus dan juga pembentukan pelbagai jawatankuasa yang kita namakan kumpulan kerja teknikal atau dengan izin, technical working group. Kementerian Kesihatan sedang memperinci dan mengadakan sesi libat urus bersama pakar-pakar dan juga daripada Kementerian Kesihatan, tetapi juga pakar-pakar luar daripada kementerian. Kementerian Kesihatan akan meneliti secara terperinci akan penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan atau badan penyelaras berkenaan mengikut kesesuaian di mana fungsi suruhanjaya tersebut masih dikekalkan seperti perancangan.

Juga selain daripada itu, berhubung dengan berkenaan tentang pengambilan sumber manusia. Buat masa ini, urusan pengambilan sumber manusia untuk kesihatan dibuat menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam selaras dengan skop fungsi menurut Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, menurut Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan, fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan hanya merangkumi perkara berikut iaitu kuasa untuk melantik, mengesahkan dalam perkhidmatan, menentukan taraf berpencen dan menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan ini terpakai bagi Suruhanjaya Perkhidmatan seperti Suruhanjaya Pasukan Polis, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan serta Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman. Juga segala pelantikan ini, peranan masih dimainkan dan dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan, menerusi Jawatankuasa-jawatankuasa Khas Kabinet, Jawatankuasa Khas Akta dan Peraturan Kewangan yang berkuat kuasa.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tanjong Piai.

final • 11:10 AM

Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan tambahan. Sejauh manakah KKM komited dalam memperjuang elaun- elaun inklusif seperti elaun on call atau lain-lain yang boleh diberikan secara saksama tidak kira status perjawatan tetap atau kontrak bagi memberi sedikit kelegaan kepada kakitangan kontrak yang sama penat bertugas tanpa mengira status perjawatan? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:10 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Yang pertama sekali Tan Sri Yang di- Pertua, kami sangat-sangat menghargai komitmen tenaga kerja kesihatan yang rela berkorban untuk melaksanakan segala tugas yang diamanahkan. Juga berkenaan tentang komitmen Kementerian Kesihatan, kementerian melalui Yang Berhormat Menteri dan saya sendiri kini sedang mendengar dan juga mengadakan sesi libat urus yang terperinci.

Ketika ini kami kerap mengadakan perjumpaan dengan pihak JPA untuk membincangkan berkenaan tentang isu-isu yang berbangkit seperti isu berkenaan tentang elaun on call yang diperjuangkan oleh pegawai-pegawai perubatan.

Selain daripada pegawai-pegawai perubatan, kami juga turut menerima aduan dan juga keluhan daripada rakan-rakan seperti juru audiologist, radiologist, dan juga nurses, dan juga pegawai-pegawai pembantu perubatan yang menginginkan satu elaun yang bersesuaian dengan tahap pekerjaan yang mereka lakukan. Dengan ini, saya berharap agar pihak-pihak yang berkepentingan bersabar dan juga komitmen kami untuk mengadakan libat urus bersama JPA akan membuahkan hasil.

Tidak lama lagi kami turut akan mengadakan sesi high-level committee bersama dengan JPA pada minggu ini untuk membincangkan berkenaan tentang isu-isu perjawatan, pertambahan jawatan tetap dan juga kontrak akan dibincangkan dan bersekali dengan isu-isu berkenaan tentang allowances. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Kuala Langat.

final • 11:20 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Berkaitan dengan perjawatan, saya hendak dapatkan maklumat daripada Yang Berhormat Menteri, adakah benar jururawat di dalam negara kita ini dalam keadaan yang terlalu kurang? Kalau betul ia terlalu kurang, apakah strategi, dan juga perancangan kerajaan bagi meningkatkan lagi jumlah jururawat di dalam negara kita? Ini juga berikutan dengan- kita dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan telah meluluskan kemasukan jururawat daripada luar negara yang tidak mempunyai post basic bermula daripada 1 Oktober 2023. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:20 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Berkenaan tentang isu kekurangan jururawat di Malaysia, kita akui bahawa berlaku brain drain di kalangan jururawat-jururawat yang untuk memilih tawaran yang lebih baik sama ada di luar negara seperti Singapura ataupun di Middle East, dengan izin. Kami tidak dapat menghalang ataupun mengenakan satu tindakan untuk menghalang jururawat ini untuk mendapatkan gaji yang lebih baik.

Walaupun demikian, kami tetap komited untuk menghasilkan jururawat-jururawat melalui institusi-institusi dan juga untuk memberikan satu kelegaan, beberapa bulan yang lepas kami juga telah melaksanakan penetapan jawatan Jururawat Kontrak bukan hasil

final • 11:20 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

daripada institut kesihatan. Hampir 2,000 yang telah kita tetapkan, dan juga kita sedang berusaha untuk mendapatkan perjawatan memandangkan facilities, facilities baharu banyak telah siap, dan kami memerlukan tenaga kerja yang mencukupi.

Selain daripada itu, sememangnya keputusan kerajaan untuk membenarkan jururawat daripada luar negara untuk memenuhi keperluan jururawat di hospital ataupun pusat perubatan swasta adalah bersifat interim. Memandangkan kami tidak mampu untuk kehilangan jururawat-jururawat yang berada di hospital-hospital umum, maka kami membenarkan keputusan tersebut. Walaupun demikian, kami akan cuba untuk melihat keperluan jururawat tempatan untuk memasuki institut latihan dengan peruntukan yang telah diberikan kepada kami.

Kami berharap agar Yang Amat Berhormat dapat mempertimbangkan agar meningkatkan lagi bantuan ataupun dana bagi kami pengambilan jururawat di institut kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Kapten Azahari bin Hasan, Padang Rengas.

final • 11:20 AM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 10.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 11:20 AM

10. Kapten Azahari bin Hasan [Padang Rengas] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, langkah yang perlu diambil bagi membantu meningkatkan kualiti hidup warga emas, dan adakah pihak kementerian bercadang untuk menambah baik kriteria pemberian bantuan warga emas agar dapat dinikmati golongan sasar.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

*Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

[Membaca sepotong doa]* Tan Sri Yang di-Pertua, dalam pada menjalankan tugas dan tanggungjawab kementerian ini kita sentiasa berpendirian bahawa tempat penjagaan terbaik kepada warga emas adalah bersama dengan keluarga. Oleh itu, KPWKM sentiasa memberikan penekanan kepada prinsip penjagaan berasaskan keluarga ataupun family based care, dengan izin, dan satu lagi konsep penting yang ditekankan adalah penuaan setempat, ataupun dengan izin, ageing in place iaitu staying in your own home as you get older.

KPWKM Tuan Yang di-Pertua, sentiasa prihatin bagi membantu meningkatkan kualiti warga emas dan menjadikan warga emas sihat, aktif, positif, produktif dan menyokong. Antara program yang telah dilaksanakan bagi membantu meningkatkan kualiti hidup warga emas adalah penubuhan pertamanya, Pusat Warga Emas, aktiviti warga emas ataupun PAWE. Keduanya, adalah mewujudkan pasukan khidmat bantu di rumah. Ketiganya adalah bantuan warga emas.

Sehingga kini, terdapat 161 buah PAWE telah diwujudkan di seluruh negara dan daripada jumlah tersebut, empat buah PAWE dijadikan hab perkhidmatan warga emas.

Sebagai contohnya, projek rintis pada tahun 2021, PAWE di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan juga PAWE di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah pun diperkasakan fungsinya menjadi hab pembelajaran sepanjang hayat.

PAWE UKM misalnya, memfokuskan kepada kesihatan warga emas dan manakala PAWE di UIA memfokuskan kepada pengajian Islam. Pada tahun 2022, PAWE@MyAgeing di Negeri Sembilan telah dipilih sebagai hab penjagaan warga emas, dan PAWE di Putrajaya telah dipilih sebagai hab digital warga emas. Tan Sri Yang di- Pertua, penubuhan PAWE adalah berdasarkan keperluan populasi warga emas di sesuatu kawasan serta melihat juga kepada populasi yang bakal menjadi warga emas dalam tempoh lima tahun akan datang.

Bagi warga emas yang hidup bersendirian di rumah contohnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat turut melaksanakan Program Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR).

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Sukarelawan KBDR akan melawat dan membantu warga emas seperti mana mengemas rumah, membeli barang keperluan, dan menemani warga emas dalam urusan temu janji di hospital. Pada masa ini, terdapat seramai 2,225 orang sukarelawan KBDR memberikan perkhidmatan ini yang memberi manfaat kepada kurang lebih 8,900 klien iaitu 6,950 orang adalah terdiri daripada warga emas, 1,950 daripada kalangan orang kurang upaya di seluruh negara.

Bagi membantu golongan warga emas agar mereka dapat meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup, JKM turut menyediakan skim bantuan khusus untuk golongan warga emas mengikut kelayakan yang ditetapkan seperti mana pertama, bantuan warga emas dengan kadar RM500 sebulan. Bantuan penjagaan OKU terlantar ataupun pesakit terlantar juga RM500 sebulan. Yang boleh dipertimbangkan kepada penjaga warga emas dengan kadar RM500, dan bantuan am mengikut kadar berdasarkan kepada negeri masing-masing.

Tan Sri Yang di-Pertua, berdasarkan statistik JKM sehingga Julai 2023, terdapat 142,958 penerima bantuan warga emas di seluruh negara dengan jumlah peruntukan yang telah disalurkan adalah sebanyak RM493 juta. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Padang Rengas.

final • 11:20 AM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Soalan tambahan saya, berapa jumlah penerima, dan berapa nilai keseluruhan bantuan JKM yang diterima oleh penduduk Parlimen Padang Rengas pada tahun 2023 berbanding jumlah dan nilai yang diterima pada tahun 2022?

Lagi satu, komitmen kerajaan terhadap penggubalan akta khusus seperti Akta Warga Emas dan Akta Profesion Kerja Sosial untuk memastikan perlindungan menyeluruh kepada golongan rentan, terutama demi menjamin kelangsungan warga emas. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan dengan dua rang undang-undang yang disebutkan tadi sama ada Rang Undang-undang Warga Emas dan Profesion Kerja Sosial seperti mana juga yang telah kita jawab beberapa kali di Dewan yang mulia ini, komitmen kerajaan adalah untuk membawa rang undang-undang ini ke Dewan yang mulia, insya-Allah pada tahun hadapan. Itu yang pertama.

Kedua, berkaitan dengan perbandingan yang telah diterima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diterima di Padang Rengas, Yang Berhormat Ahli Parlimen punya kawasan. Pada tahun 2022, penerima bantuan JKM adalah sejumlah 1,368 orang dengan peruntukan sejumlah RM6,404,500 juta. Pada tahun 2023, sejumlah 1,386 orang penerima dengan peruntukan RM5.4 juta. Ia adalah berbeza barangkali disebabkan peruntukan yang berbeza yang telah menerima berdasarkan kepada peruntukan-peruntukanlah. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

[Bangun]

final • 11:20 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bangun]

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Kota Melaka.

final • 11:20 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya kepada Timbalan Menteri ialah berkaitan dengan pusat jagaan warga emas swasta.

Di mana kita lihat rata-rata sekarang pusat jagaan mereka ini menghadapi satu masalah iaitu kekurangan kakitangan di pusat mereka. Jadi, dalam hal ini saya ingin tanya kepada kementerian, adakah mereka dibenarkan untuk upah pekerja asing sebagai pembantu di pusat jagaan warga emas swasta ini?

Kenapa saya hendak bangkit isu ini ialah kerana ada berlaku satu insiden di negeri Melaka, di satu pusat jagaan warga emas swasta ini telah berlaku satu kes di mana pekerja asing itu mencabuli penghuni di pusat warga emas tersebut, dan warga emas itu adalah wanita. Umurnya sudah 80 tahun terlantar di katil, telah dicabuli oleh pekerja asing tersebut.

Sungguhpun polis telah ambil tindakan, setelah hukum pekerja asing tersebut, tetapi soalannya, kenapa pusat tersebut masih dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa

final • 11:20 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

tanpa diambil apa-apa tindakan? Saya harap supayalah kementerian dapat ambil berat tentang hal ini, dan buat satu guidelines yang lebih jelas untuk menjaga kepentingan warga emas. Terima kasih Tan Sri Speaker.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Menteri.

final • 11:20 AM

Datuk Hajah Raj Munni binti Sabu

Tan Sri Yang di-Pertua, saya kira ini adalah spesifik dan saya sendiri pun baru mendapatkan maklumat ini. Saya mohon kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada kita, tetapi di sudut sama ada kita boleh mengambil pekerja asing atau tidak, saya kira itu akan tertakluk balik kepada akta sedia ada. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

11. Tuan Wong Chen [Subang] minta Menteri Pendidikan menyatakan proses aduan semasa untuk memaklumkan kenaikan harga makanan oleh pengusaha kantin sekolah awam.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa peka dan komited terhadap kebajikan dan kesihatan murid meliputi pelbagai aspek termasuk perkhidmatan kantin sekolah.

KPM melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Murid di Sekolah bertanggungjawab memantau pengoperasian kantin sekolah dalam memastikan makanan yang dijual di kantin sekolah sentiasa bersih, bermutu, berkhasiat, selamat dan mencukupi bagi membantu proses tumbesaran murid dan pada harga yang berpatutan seperti yang dipersetujui dalam perjanjian penyewaan kantin sekolah. Jawatankuasa ini sentiasa mengadakan perbincangan dengan pengusaha kantin bagi memastikan peraturan yang terkandung dalam Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat 2011 dan perjanjian penyewaan dan pengurusan kantin sekolah dipatuhi.

Sekiranya terdapat sebarang aduan tentang pengurusan kantin sekolah termasuk kenaikan harga barang, boleh dibuat terus secara lisan atau bertulis kepada pihak sekolah atau melalui medium aduan KPM. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Subang.

final • 11:30 AM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan tambahan saya. Di sekolah-sekolah di Subang, PPD akan menentukan pengusaha kantin.

Kadangkala dia bercanggah dengan guru besar dan juga PIBG ya.

Jadi, soalan saya, bolehkah kita decentralize, you know, pengusaha kantin ini?

Kuasa untuk menentukannya diberi terus kepada guru besar dan PIBG yang represent ibu bapa. Localize itu lebih penting, kenapakah PPD kena buat penentuan yang muktamad pada dalam isu ini, sebab banyak yang gaduh tentang isu kantin ya. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

final • 11:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Yang Berhormat. Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemilihan pengusaha kantin sekolah adalah melalui Jawatankuasa Sebut Harga yang dipengerusikan oleh pengetua atau guru besar dan bukan keputusan individu. Bagi sekolah rendah, wakil pejabat pendidikan daerah (PPD) merupakan ahli dalam jawatankuasa tersebut yang berperanan untuk membimbing dan memberi khidmat nasihat kepada sekolah dalam proses pemilihan sebut harga. Bagi sekolah menengah pula, PPD tidak terlibat langsung dalam jawatankuasa tersebut.

Mungkin bagi sekolah yang disebut oleh Yang Berhormat, mungkin saya akan semak bagaimana keadaannya. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya jemput Kulim-Bandar Baharu.

final • 11:30 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik, terima kasih kepada Tan Sri Speaker. Soalan tambahan saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu, bagaimanakah sesuatu perubahan dalam perjanjian penyewaan dan pengurusan kantin sekolah boleh dibuat? Yang kedua, bagaimanakah kementerian memantau harga dan

final • 11:30 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

kualiti makanan di kantin sekolah? Seterusnya, yang ketiga, iaitu apakah inisiatif dan bantuan yang telah disalurkan kerajaan untuk meringankan beban pengusaha kantin sekolah khususnya apabila berdepan dengan isu kekurangan stok beras serta kenaikan harga bahan mentah sejak kebelakangan ini? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

final • 11:30 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih. Untuk soalan pertama, salah satu pihak iaitu sekolah atau pengusaha kantin boleh secara bertulis meminta supaya suatu pindaan tambahan atau perubahan pada keseluruhan atau sebahagian daripada perjanjian ini dibuat bila-bila masa dengan persetujuan kedua-dua pihak melalui satu perjanjian tambahan.

Bagi soalan kedua tentang harga dan kualiti makanan di kantin, KPM sentiasa peka akan kebajikan dan kesihatan murid. Untuk memastikan kebajikan murid terjaga, KPM sentiasa memantau rapi pengurusan kantin melalui inisiatif yang telah dilaksanakan seperti berikut iaitu:

(i) menyediakan Buku Panduan Pengurusan Kantin;

(ii) perjanjian penyewaan dan pengurusan kantin sekolah;

(iii) mengeluarkan surat pekeliling ikhtisas dan surat arahan yang berkaitan dari masa ke semasa;

(iv) menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Kantin di bawah Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid di Sekolah; dan

(v) membentuk struktur pengurusan hal ehwal murid di peringkat KPM, jabatan pendidikan negeri dan PPD.

KPM melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Murid di Sekolah bertanggungjawab memantau pengoperasian kantin sekolah dalam memastikan makanan yang dijual di kantin sekolah sentiasa bersih, bermutu, berkhasiat, selamat dan mencukupi bagi membantu proses tumbesaran murid pada harga yang berpatutan.

Kita juga mendapat sokongan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan perkhidmatan kantin sekolah berada pada tahap yang memuaskan. Pihak KKM mengadakan pemantauan secara berkala bagi memastikan makanan yang dijual di kantin sekolah sentiasa bersih, bermutu, berkhasiat dan selamat.

Bagi soalan terakhir tentang kenaikan harga seperti baru-baru ini tentang beras, kita akan balik kepada perjanjian itu iaitu pengusaha kantin boleh berbincang dengan pihak sekolah bagaimana kita boleh mengubah atau memantau keadaan dari masa ke semasa. Sekian, terima kasih.

[****Soalan No. 12** – YB. Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman (Labuan) tidak hadir]

final • 11:30 AM

13. Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [Balik Pulau] minta Menteri Kewangan menyatakan komitmen terkini pihak kerajaan untuk mengawal kadar pertukaran wang asing yang memberi kesan kepada barangan import.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan peka bahawa pergerakan ringgit akan mempunyai kesan ke atas harga barangan terutama yang diimport. Namun, pergerakan kadar pertukaran hanyalah salah satu daripada faktor yang menyumbang kepada harga barangan yang diimport. Faktor lain seperti faktor bekalan termasuk harga komoditi global dan permintaan dalam negeri juga boleh mempengaruhi harga barangan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Dalam tempoh kebelakangan ini, inflasi telah menjadi sederhana didorong oleh faktor-faktor kos yang semakin berkurangan. Inflasi yang terkini ialah 1.9 peratus. Oleh itu, perkembangan ini sebahagiannya membantu membendung kesan pergerakan ringgit terhadap harga barangan. Selain itu, kerajaan telah mengambil langkah yang lebih holistik seperti mengawal harga barangan keperluan bagi membantu rakyat menangani kos sara hidup yang meningkat dan mengambil usaha untuk memastikan bekalan harga barangan kekal mampan.

Kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia bertanggungjawab memastikan pelarasan ringgit sentiasa berada dalam keadaan teratur. Bagi menangani kemeruapan dalam pasaran pertukaran asing, Bank Negara akan terus menguruskan risiko daripada perkembangan domestik dan luaran serta bersedia untuk menggunakan instrumen dasar operasinya bagi memastikan keadaan pasaran yang teratur. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan, Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Kejatuhan teruk nilai mata wang ringgit— kerana hari ini pun rekod low— mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, tetapi terutama sekali ialah widening rate differential dengan Amerika Syarikat, dengan izin. Adakah pihak kerajaan dan Bank Negara akan mengambil langkah terutama sekali menaikkan kadar dasar semalaman iaitu OPR? Adakah pihak kerajaan akan menasihati dan mempengaruhi GLC ataupun GLIC dapat membawa balik masuk dana daripada luar negara seperti apa yang dibuat oleh Korea Selatan apabila won di jatuh teruk? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Prestasi ringgit dan mata wang serantau lain terus didorong oleh faktor luaran. Saya kena berhati-hati menjawab soalan ini. Faktor-faktor yang mendorong penurunan nilai ringgit pada tahun ini adalah, yang pertama, jangkaan federal funds rate (FFR)— di Malaysia dipanggil OPR, di US dipanggil FFR— Amerika Syarikat akan kekal lebih tinggi untuk tempoh yang lebih lama.

FFR berada pada 5.5 peratus, Malaysia OPR 3.0 peratus. Di US, 5.5 peratus, dalam keadaan Fed sedang berusaha mengawal inflasi. Malaysia, inflasi 1.9 peratus.

Inflasi di Amerika 3.7 peratus. Walaupun mereka sudah menaikkan FFR kepada 5.5 tetapi inflasinya masih 3.7. Kita, OPR kita 3.0. Itu terpulang kepada Bank Negara untuk melaksanakan urusan seterusnya mengenai OPR. Tetapi, inflasi kita daripada 2.0 peratus semakin turun pada 1.9 peratus.

final • 11:30 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

[Bangun]

final • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Jadi, untuk menaikkan OPR itu sudah tidak lagi relevan.

Kedua, kenapa? Kerana prestasi ekonomi China yang lebih lemah daripada jangkaan serta pelonggaran dasar monetari oleh People’s Bank of China yang menyebabkan sentimen pelabur yang negatif terutamanya di rantau ini. Itu di antara dua perkara.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Perkara yang terkini, kebimbangan yang meningkat berhubung dengan kemungkinan ketegangan geopolitik di Timur Tengah yang semakin meruncing juga telah menyumbang pada nilai USD yang semakin kukuh. Itu tiga perkara. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Kuala Krai.

final • 11:40 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya ialah, apakah sebenarnya hala tuju dan pendirian kerajaan dalam memulihkan semula mata wang tempatan memandangkan negara banyak mengharapkan barangan import seperti makanan lalu mengakibatkan perbelanjaan yang besar terpaksa dilaburkan dan akhirnya rakyat di bawah yang menjadi mangsa keadaan?

final • 11:40 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Sejauh mana kah keseriusan kerajaan untuk melaksanakan perdagangan menggunakan mata wang tempatan di peringkat global?

Kedua ialah sejauh manakah inisiatif serta galakan pembelian dan penggunaan produk barangan tempatan dapat membantu usaha memulihkan ekonomi domestik, mengambil kira faktor luaran seperti Dolar Amerika Syarikat yang masih menjadi antara pilihan utama kepada syarikat-syarikat antarabangsa dalam transaksi perdagangan antarabangsa buat masa ini? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kita telah menjawab persoalan ini.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menjawab persoalan ini bahawa apa yang dipanggil sebagai penyelesaian mata wang tempatan, dalam bahasa Inggeris, Local Currency Settlement Framework (LCSF), dengan izin.

Antara yang telah dicapai ialah perdagangan Malaysia dengan Thailand pada 2016 – 12.8 peratus menggunakan Baht ya. Kemudian sekarang ini jumlahnya sehingga Ogos 2023, perdagangan Malaysia dengan Thailand menggunakan Baht RM42 bilion atau 19.6 peratus. Ini dia meningkat.

Seterusnya dengan Malaysia dan Indonesia, daripada 12.5 peratus pada tahun 2017 meningkat kepada Ogos 2023 – RM10.7 bilion, 16. 7 peratus. Yang paling besar ialah dengan Renmimbi. Renmimbi dan Ringgit, Malaysia dan China pada tahun 2012 hanya tiga peratus tetapi sehingga Ogos 2023 meningkat kepada 25 peratus iaitu RM39.2 bilion antara perdagangan Malaysia dan China.

Saya ingin menyatakan di sini bahawa prestasi sejak awal tahun sehingga kini, Ringgit dan juga USD merosot 7.67 peratus dan usaha untuk menambah lagi barangan tempatan supaya rakyat membeli barangan tempatan itu perlu terus dilaksanakan oleh pelbagai kementerian termasuklah Kementerian Keterjaminan Makanan dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kos Sara Hidup. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dato’ Yang di-Pertua, soalan berkenaan dengan wang ringgit ini.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat. Cukup waktu.

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Menteri.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:40 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadang bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga jam 7.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 24 Oktober 2023”.

final • 11:43 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada yang menyokong?

final • 11:43 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Dato’, saya mohon menyokong.

final • 11:43 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:43 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2024 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2024

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2024 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari sembilan puluh dua bilion ringgit

(RM92,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2024, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau

(“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 34 Tahun 2023, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [19 Oktober 2023]

final • 11:43 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat senarai sejumlah 30 orang yang akan berbahas. Saya akan bacakan mengikut aturan.

Dimulakan oleh Yang Berhormat Kuching, 15 minit. Yang Berhormat Kota Bharu sebagai Ketua WHIP, 20 minit, Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Sungai Buloh, Yang Berhormat Keningau.

final • 11:43 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, dimulakan dengan Yang Berhormat Bandar Kuching, dipersilakan.

final • 11:43 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Bandar Kuching untuk berbahas untuk Belanjawan 2024 ini.

Saya menyambut baik hala tuju yang ingin dicapai oleh belanjawan ini terutamanya untuk menangani isu-isu ketirisan rasuah, merasionalisasikan subsidi, mengawal perbelanjaan supaya lebih bersasar, mengetengahkan reformasi institusi dan juga menyelesaikan isu-isu sistemik lain dalam negara kita. Ini adalah penting untuk meletakkan negara kita atas landasan fiskal yang betul, mewujudkan satu pentadbiran yang cekap, berintegriti, amanah, rahmah dan juga mampan.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menyentuh tentang sistem kesihatan negara kita. Sistem penjagaan kesihatan sedia ada telah berjalan jauh sejak kemerdekaan dan kami telah mencapai kemajuan yang sangat besar dalam keputusan dan hasil tour talk yang baik pada banyak petunjuk dan indikator kesihatan terutamanya dalam menyediakan perlindungan kesihatan sejagat atau universal healthcare coverage. Malah, pengalaman kami dalam meningkatkan indikator kesihatan penduduk dengan menyediakan perkhidmatan dan akses kesihatan yang berkualiti tinggi telah diiktiraf oleh program pembangunan WHO sebagai satu model untuk diikuti oleh negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Namun Tuan Yang di-Pertua, model dan struktur kesihatan yang kita telah warisi, mungkin tidak begitu mampan untuk memenuhi segala keperluan dan cabaran yang kita ada sekarang ini, bukan sahaja dari segi hardware iaitu infrastruktur, peralatan dan sebagainya tetapi lagi penting dari segi software ataupun tenaga kerja atau sumber manusia kita. Kerajaan Madani sebenarnya sangat peka terhadap isu pandemik ini.

Malah, Kertas Putih Kesihatan Kementerian Kesihatan telah diluluskan di Parlimen beberapa bulan lalu. Malah, telah memasukkan pembiayaan penjagaan kesihatan sebagai salah satu daripada empat tonggak tumpuan utamanya di samping akses saksama dan kesinambungan penjagaan, peralihan kepada model penjagaan baru dan juga penambahbaikan struktur seluruh sistem.

Oleh itu dalam Bajet 2024 baru-baru ini, saya menyambut baik usaha dan juga komitmen kerajaan untuk melabur dalam kesihatan dalam tahun akan datang dengan peruntukan yang kedua terbesar selepas pendidikan. Ini menunjukkan kerajaan mengiktiraf bahawa penjagaan kesihatan adalah sektor utama yang akan memberikan kesan kepada produktiviti, kualiti hidup, landskap sosioekonomi negara. Justeru, perlu ada dasar dan strategi yang baik untuk memastikan kemapanan sistem pembiayaan di negara ini.

Secara sejarahnya, penjagaan sistem kesihatan awam, belanja adalah di kalangan 2.5 peratus daripada KDNK untuk sektor awam. Namun saya melihat atas bajet ini, kerajaan telah mengambil langkah pertama untuk meningkatkan peruntukan bajet kepada target yang kita telah sasarkan iaitu lima peratus daripada KDNK secara progresif.

Kita tahu peningkatan pada tahun ini, ada peningkatan yang terbesar 15 peratus. Malah adalah belanjawan yang terbesar untuk sistem kesihatan dan saya mengucapkan terima kasih dan syabas.

Walaupun ada pertambahan, tapi kita tahu ia tidak akan mencukupi terutamanya jika kita mahu mengendalikan atau menangani isu atau continuum penjagaan atau ekosistem penjagaan dari segi predictive, preventive, promotive, curative, rehabilitative, palliative dengan izin. Jadi, fokus sistem kesihatan mungkin tidak cukup untuk menangani dan membetulkan masalah asas tanpa mengambil atau menangani indikator kesihatan seperti faktor persekitaran sosial dan ekonomi dan tingkah laku.

final • 11:45 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, terdapat peningkatan penyakit kronik sejak 2011. Tahun 2019 menunjukkan satu daripada lima orang dewasa menghidap diabetes, tiga daripada 10 orang dewasa menghidap hipertensi, empat daripada 10 mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Kadar ini adalah yang paling tinggi di ASEAN, menjadikan Malaysia antara negara paling tidak sihat di rantau ini. Kita menghadapi akibat buruk daripada gaya hidup kita yang tidak sihat.

Satu daripada dua orang dewasa mengalami berat badan yang berlebihan ataupun obesiti ataupun satu daripada empat orang dewasa Malaysia tidak aktif secara fizikal. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, prevalence merokok di Malaysia berumur 15 tahun ke atas adalah 21.3 peratus ataupun 4.9 juta. Trend peningkatan produk nikotin menunjukkan peningkatan mendadak berikutan kemunculan rokok alaf baharu seperti rokok elektronik ataupun vape Ini terbukti dengan tinjauan NHMS 2022 yang mendedahkan peningkatan ketara dalam penggunaan e-rokok dan vape terutamanya di kalangan remaja Malaysia. Statistik menunjukkan remaja berumur 13 hingga 17 tahun, penggunaan rokok ataupun vape meningkat daripada 9.8 peratus pada 2011 kepada 14.9 peratus ataupun 300,000 orang pada tahun 2022. Ini sangat membimbangkan kerana ia lebih tinggi daripada Amerika Syarikat yang sendiri pakar kesihatan di Amerika Syarikat mengakui bahawa mereka sedang bergelut dengan epidemik vape di kalangan belia di negara mereka.

Semua faktor risiko ini mendorong kepada apa yang dipanggil wabak diabetes dan juga penyakit kardiovaskular. Sehingga 2017, kos kesihatan langsung dan kehilangan produktiviti akibat penyakit kronik dianggarkan menelan belanja RM22.53 bilion dan ini adalah hampir 40 peratus daripada jumlah perbelanjaan kesihatan kami.

Kita juga negara yang menua. Diunjurkan menjelang 2040, mereka yang berumur 65 tahun ke atas akan meningkat kepada 14.5 peratus daripada jumlah penduduk.

Dengan peningkatan yang ketara dalam sistem kesihatan kita, rakyat kita memang hidup lebih lama tetapi semestinya kesihatan mereka lebih baik. Jika bilangan orang tua menaik, bilangan penyakit kronik juga akan meningkat.

Jadi, dengan trajektori sistem kesihatan kita, jika kita tidak bersedia untuk menghadapi kerumitan dan menyediakan penjagaan yang mencukupi untuk warga tua dan masalah uniknya, kita akan ada cabaran yang sangat besar pada masa depan terutamanya untuk membiayai kos-kos rawatan tersebut. Oleh itu Yang di-Pertua, saya tahu banyak orang kita selalu pergi ke hospital atau klinik dan kita pun bayar pun RM1 pun ada, kadang-kadang percuma.

Tetapi, kos rawatan bukan percuma. Malah, sangat-sangat tinggi. Oleh itu bagi saya, pelbagai mekanisme pembiayaan penjagaan kesihatan di negara kita perlu menjalani transformasi. Ini termasuk insurans kesihatan swasta, faedah kesihatan berasaskan pekerjaan dan juga pembiayaan kerajaan untuk penjagaan kesihatan dan sosial.

Kita perlu mempertimbangkan penyelesaian jangka panjang untuk pembiayaan penjagaan kesihatan di mana semua pihak berkongsi bersama, berkongsi tanggungjawab untuk keperluan kesihatan penduduk. Walaupun saya tahu ini bukan satu topik yang sangat popular, malah jika diimplementasi tanpa komunikasi yang baik, mana-mana kerajaan mungkin boleh kalah dalam pilihan raya.

Tetapi saya rasa sebagai pemimpin negara dan pembuat dasar, kita haruslah berfikiran panjang untuk membina sebuah negara yang mampan dan tidak hanya melihat lima tahun ke depan. Oleh itu Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menambah kepada perbincangan bagaimana kita hendak mereformasikan dan mempelbagaikan sumber pembiayaan sistem kesihatan.

Saya mencadangkan bahawa ada keperluan untuk kita menukar pemahaman ataupun falsafah pembiayaan kesihatan di mana ia beralih daripada tanggungjawab kerajaan kepada tanggungjawab kita bersama, individu, keluarga, majikan dan juga sistem-sistem yang lain.

final • 11:50 AM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Yang Berhormat, minta laluan sedikit?

final • 11:50 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Ya. Saya tidak ada banyak masa.

Minta maaf. Banyak isu yang lain.

final • 11:50 AM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sedikit sahaja. Saya hendak menyokong idea ini.

final • 11:50 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Okey, silakan.

final • 11:50 AM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih. Saya melihat bahawa pandangan Yang Berhormat berhubung dengan isu pembiayaan dan kos rawatan yang sangat kritikal sebenarnya. Suatu masa dahulu kita pernah disediakan program Klinik 1Malaysia. Ya, Klinik 1Malaysia.

Saya fikir apa pandangan Yang Berhormat berhubung dengan usaha untuk kita meneruskan agenda atau menyemak kembali tentang Gagasan Klinik 1 Malaysia bagi kemudahan kepada rakyat kita. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Terima kasih. Sebenarnya topiknya berlainan. Klinik 1Malaysia disediakan untuk kebaikan penduduk tetapi isu yang saya bawa adalah bagaimana kita membiayai contohnya Klinik 1Malaysia ini. Seperti yang saya katakan tadi, saya menyokong apa yang baik untuk rakyat tetapi isu yang saya ketengahkan adalah bagaimana kita membiayai isu ini.

Jadi saya akan teruskan Yang di-Pertua. Kita kena lihat sumber pembayaran yang lebih banyak juga. Contoh model yang boleh dipertimbangkan adalah seperti yang diimplementasi di negara Thailand, South Korea, Taiwan yang memperkenalkan dengan izin, satu Social Health Insurance (SHI) atau National Health Insurance. Saya tahu ini bukan satu keputusan yang popular, malah sangat sukar kerana tiada siapa yang suka jika ada sumbangan daripada gaji sendiri ataupun pendapatan atau kena membayar lebih banyak cukai.

Tetapi ini penting untuk penjagaan sistem kesihatan untuk terus mampan, bukan sahaja untuk 10-15 tahun tetapi untuk jangka masa yang sangat panjang. Saya hendak tegaskan, ini tidak bermaksud privatization of medical services, dengan izin, ataupun model yang digunakan di Amerika Syarikat. Sebenarnya model yang di USA adalah satu teladan yang kita harus lihat, satu teladan yang kita tidak harus ikut di negara kita.

Tetapi model National Health Insurance adalah satu model di mana kerajaan mengendalikan sistem insurans tersebut dan bukan pihak swasta. Maka, filosofinya adalah bukan profit-driven tetapi untuk pastikan ia mampan dan untuk mendatangkan kebaikan untuk rakyat kita. Jika diimplementasi, ia haruslah diimplementasikan secara progresif supaya tidak menyebabkan kejutan mendadak kepada pasaran ataupun terlalu membebankan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberikan satu contoh dan bayangan kutipan pembayaran jika kita melaksanakan sistem ini berdasarkan kutipan KWSP (EPF) dan EIS di negara kita.

Berdasarkan kiraan KWSP (EPF) dan EIS, pengamal skim insurans kesihatan boleh menambah secara anggaran RM31.1 bilion untuk membiayai perbelanjaan penjagaan kesihatan sebagai tambahan kepada peruntukan Kementerian Kesihatan daripada bajet Persekutuan. Jika kita melihat purata, dari segi EIS. Purata gaji kalau RM2,000 untuk 6.5 juta orang pekerja dan kita ambil 0.25 peratus setiap bulan, ini boleh diterjemahkan kira-kira RM5 setiap orang.

Jika kita kutip dalam setahun, kita boleh mengumpul sebanyak RM780 juta dan ini tidak termasuk caruman daripada majikan. Jumlah RM780 juta itu boleh membina dua buah hospital kecil. Jika purata gaji RM4,000, 0.25 peratus, orang menyumbang kira-kira RM10 sebulan, kita boleh melihat pertambahan RM1.56 bilion. Ini sistem EIS. Kalau kita lihat KWSP, kita tahu sistemnya 11 peratus pekerja, lima peratus pencaruman majikan. Pada tahun 2019, peruntukan yang dapat daripada KWSP adalah

final • 11:50 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

RM31.1 bilion. Kalau kita campur kedua-dua ini, kita melihat hampir RM32 bilion.

Bayangkan bajet terbesar kesihatan pada tahun ini adalah RM41 bilion.

Jika kita ada tambahan RM32 bilion, bayangkan kita boleh melabur membeli peralatan kesihatan baharu, membaiki klinik dan hospital daif, membantu menjaga pekerja kesihatan kita, menaikkan elaun gaji mereka untuk mengekalkan dalam sistem, untuk reduce brain drain dengan izin, memperkasakan sistem digitalisation dan juga sistem kesihatan dan banyak lagi.

Tetapi seperti saya katakan tadi, ini haruslah diimplementasikan secara berfasa dan tidak untuk memotong pendapatan terlalu tinggi. Jika kita mula dengan contohnya lima peratus daripada sumbangan penduduk dan tambahan padanan lima peratus daripada majikan, kita boleh mendapat RM15 hingga RM17 bilion dalam setahun. Ini hampir separuh daripada belanjawan kesihatan.

Sebenarnya kalau HSI ini dilakukan dengan betul, ia dapat dimulakan terlebih dahulu secara berperingkat dengan pekerja-pekerja GLC kerajaan. sebenarnya pekerja GLC mereka sudah ada satu sistem insurans swasta di mana mereka memberikan perlindungan kepada pekerja mereka. Jadi kita sebenarnya tidak perlu reinvent the wheel.

final • 11:50 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Kita cuma haruslah just transfer them dan jika boleh, kita mengembangkan kepada orang lain. Jika ia dapat diimplementasikan dengan baik terutamanya jika kita lihat indicator kesihatan bertambah baik, servis kesihatan di hospital bertambah baik, kita tak perlu tunggu begitu lama, kita mendapat ubat yang berkualiti, saya yakin semakin banyak orang akan turut serta dalam skim ini.

Jadi, ini satu isu yang sangat penting. Selain itu, jika kita memperkenalkan SHI ini, syarikat swasta atau insurans swasta pun ada persaingan. Oleh sebab ada persaingan, mereka juga mungkin akan menurunkan premium mereka. Jadi, ini sebenarnya baik untuk ekosistem kesihatan dan juga pembiayaan kesihatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya tak ada banyak. Saya nak akhiri dengan isu ini.

Memang kita lihat, saya sentuh tadi tentang isu masyarakat menua. Kita ada satu silver tsunami yang akan melanda. Maka kita perlu dana dan fokus yang lebih banyak untuk menjaga orang tua di masyarakat kita. Oleh itu, saya hendak bertanya kepada kementerian dan juga untuk menekan supaya mereka memberikan fokus kepada contohnya bukan sahaja kesihatan fizikal tetapi juga kesihatan mental.

Contohnya National Dementia Action Plan dan bagaimana kita dapat melebihkan inisiatif untuk menjaga masyarakat menua di negara kita. Ini penting bukan sahaja untuk rakyat kita tetapi kita dapat memposisikan diri kita di rantau ini sebagai peneraju k- ekonomi dan kita boleh mendapat lebihan sama ada dana daripada penduduk-penduduk rantau ini daripada segi health e-tourism ataupun k-tourism. Banyak lagi sebenarnya tetapi saya tahu masa tak mengizinkan. Dengan itu, sekian terima kasih dan saya mohon menyokong.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Baru. Dipersilakan Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Bajet 2024 ini. Pada dasarnya, saya akan menyentuh tiga isu sahaja iaitu isu jenayah dan pasukan keselamatan. Yang keduanya, kuasa Peguam Negara, yang ketiganya, 3R.

Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak pembangkang, kami mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk memberikan peruntukan yang di antara yang agak tinggi kepada kementerian yang menjaga keselamatan dan kedaulatan negara kita iaitu Kementerian Dalam Negeri selain daripada yang lainnya. Tuan Yang di-Pertua,

final • 12:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

berdasarkan kepada beberapa kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara baru-baru ini, beliau telah menunjukkan, menjelaskan bahawa jenayah indeks di negara ini telah menurun sebanyak 1.1 peratus dengan 25,482 kes bagi tempoh Januari sehingga Jun tahun ini berbanding 25,775 bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Menurut Ketua Polis Negara juga, sebanyak 16,518 kes daripada 25,482 kes jenayah indeks telah berjaya diselesaikan dalam tempoh tersebut dengan kadar penyelesaian sebanyak 64.8 peratus. Ini merupakan satu pencapaian yang cukup baik dan saya amat-amat menghargai kecekapan pasukan polis kita yang telah menjalankan tugas dengan penuh profesional dalam menjaga keselamatan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, sebagai institusi keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang utama negara, tidak dapat dinafikan bahawa pasukan polis merupakan harapan dan tempat pergantungan terpenting rakyat bagi menjalani kehidupan yang amat, selamat dan sejahtera berdasarkan kepada undang-undang serta nilai dan budaya lazim masyarakat.

Bagi memperkukuhkan malah meningkatkan mutu dan pencapaian fungsi hakiki pasukan polis, banyak disenaraikan langkah-langkah yang diambil, yang melibatkan meningkatkan keperluan teknologi dan inovasi, kecekapan keberkesanan dan juga memperluaskan kepolisian komuniti dan sebagainya. Adalah juga tidak dapat dinafikan bahawa selain daripada faktor-faktor itu, ada faktor-faktor selain daripada faktor lazim perkhidmatan seperti latihan profesionalisme, kelengkapan peralatan dan sebagainya ini, ada faktor lain yang perlu dititikberatkan oleh pasukan polis untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka iaitu satunya, faktor integriti dan yang keduanya, faktor imej yang sangat penting mempengaruhi tahap kepercayaan daripada rakyat jelata sekalian.

Dalam hal ini, saya tadi berharap Menteri KDN mendengar apa yang hendak saya bangkitkan. Kita tahu bahawa boleh dikatakan semua badan-badan penguat kuasa undang-undang di negara kita ini masih lagi bergelut dengan isu integriti dan kebolehpercayaan menyebabkan bukan sahaja rakyat tidak berasa terlindung dan selamat malah potensi pasukan dan anggota juga tidak tercapai. Baru-baru ini, tular satu video pegawai kanan pasukan polis yang menasihati malah memberi amaran kepada pegawai dan anggotanya berhubung salah laku dan perbuatan rasuah yang dikatakan tersebar baru-baru ini mengesahkan lagi rahsia umum yang telah pun diketahui oleh masyarakat.

Malah tidak keterlaluan untuk dikatakan isu ini terus menghantui institusi penguatkuasaan kita walaupun banyak langkah, dana dan masa telah diperuntukkan untuk penambahbaikannya termasuk daripada segi tahap integriti dan kebolehpercayaan.

Maka dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian juga bahawa antara faktor-faktor yang boleh mengurangkan mutu perkhidmatan dan juga profesionalisme pasukan polis selain daripada integriti tadi adalah dari sudut imej ataupun self-image yang merupakan faktor penting yang boleh mempengaruhi mutu kesejahteraan fizikal, mental, sosial, emosi dan juga kerohanian seseorang ataupun kumpulan dalam perkhidmatan polis ini.

Saya ingin menyebutkan bahawa dalam konteks perbahasan ini juga, usaha penambahbaikan badan keselamatan khususnya polis agar muncul sebagai institusi yang benar-benar berwibawa, terpercaya, cekap dan berkesan, semestinyalah dibebaskan sepenuhnya daripada campur tangan politik. Ini yang saya hendak sebut kepada Yang Berhormat Menteri KDN kalau beliau berada di sini.

Umum mengetahui bahawa agensi-agensi penguat kuasa termasuk pasukan polis kerap berdepan dengan arahan dan wahyu politik yang bercanggah dengan tugas sah mereka tetapi terpaksa dilakukan kerana ia merupakan arahan daripada pasukan.

[Tepuk] Amalan penyalahgunaan pasukan untuk tujuan-tujuan tidak sah malah berlawanan dengan peraturan dan undang-undang selain menghilangkan rasa hormat diri malah membentuk imej diri buruk yang seterusnya mempengaruhi tabiat dan kelakuan, akhirnya menjadi budaya yang sukar dihapuskan.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini di dalam satu pilihan raya kecil yang berlaku di negeri Yang Berhormat juga iaitu di Pelangai, N36. Saya sendiri berada di satu kawasan

final • 12:01 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

yang bernama Kampung Mancis. Di sebelah rumah yang saya sewa terdapat sebuah rumah yang saya percaya diduduki oleh pasukan keselamatan. Daripada pengamatan saya, kalaupun tidak lebih, hampir-hampir 20 buah motosikal outrider polis yang duduk menginap di situ daripada awal sehinggalah kepada akhir. Persoalannya, apa perlunya polis dalam kawasan pilihan raya yang hanya mempunyai pengundi 16,000 sahaja?

Apa perlunya pasukan polis? Dikatakan negara kita aman, dikatakan politik kita juga tidak ada huru-hara. Kenapa diletakkan di situ? Tidak lain dan tidak bukan ianya sudah tentulah untuk memberikan satu tanggapan kepada umum bahawa sesuatu yang tidak baik berlaku. Mungkin boleh menjejaskan minat mereka untuk keluar mengundi.

Ramai yang tidak keluar mengundi. Di rata-rata tempat ada pasukan polis, selain daripada pasukan-pasukan yang lain.

Yang beras itu tak usah kiralah. Menteri-menteri pun melelong beras dalam pilihan raya kecil di Pelangai itu. Jadi, ini satu rahsia umum yang diketahui oleh rakyat. Jadi dalam hal ini, rakan saya Menteri KDN bukan baru, lama dengan saya. Di peringkat universiti lagi. Masihkah kau ingat semasa Reformasi dahulu engkaulah yang lari daripada polis pergi ke seberang? Kami yang pergi menziarahi beliau. Itulah beliau tidak berani berada di sini dan itu merupakan suatu sikap beliau pada masa itu yang...

final • 12:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB...

final • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Baharu

...menentang ketidakadilan penyalahgunaan kuasa...

final • 12:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Kota Baharu...

final • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Baharu

Tak apa, Bangi tak apa. Saya tidak bagi laluan, Peraturan Mesyuarat 37. Tak mahu diganggu. Saya hendak menyatakan bahawa...

final • 12:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

...hendak tanya soalan sedikit, tidak boleh ya?

final • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Baharu

...inilah sepatutnya sikap...

final • 12:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Lawyer to lawyer, tidak boleh?

final • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Baharu

..yang diambil oleh Yang Berhormat rakan saya Menteri Dalam Negeri apabila beliau menjadi Menteri Dalam Negeri. Jangan menyalahgunakan kuasa dalam sesuatu yang tidak benar, bercanggah dengan undang-undang. Pasukan polis menjaga keselamatan, menjaga ketenteraman.

Bukan menjaga kepentingan politik pihak kerajaan sendiri pun.

[Tepuk] Saya hairan kenapa beliau bersikap begitu, saya yakin kami di sebelah sini, kalau kami berada di sana kita tidak akan melakukan tindakan yang sedemikian itu.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, point yang saya kedua ialah mengenai fungsi dan juga kuasa Peguam Negara. Berdasarkan kepada Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan berbunyi, izinkan saya untuk membaca; “Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri dan Mahkamah Tentera”.

Berdasarkan kepada Peruntukan 145(3) Perlembagaan ini Tuan Yang di-Pertua, jelaslah bahawa mengikut Perlembagaan, Peguam Negara merupakan orang yang paling tinggi kuasanya dan juga paling besar budi bicaranya. Namun demikian, saya ingin menyebutkan dalam Dewan ini mohon dengan izin apabila kita menyebutkan ‘budi bicara’, undang-undang menetapkan bahawa dengan izin judicial discretion must be exercised judicially and not in arbitrary manner. Discretion being judicial must be exercised judicially and judiciously on sufficient grounds. Jadi apabila Perlembagaan memberi kuasa kepada Peguam Negara, bukanlah ia mempunyai kuasa mutlak yang boleh digunakan secara arbitrary atau sewenang-wenangnya.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Baharu

Saya ingin menyentuh mengenai satu kes yang mungkin tidak ramai lagi rakyat lupa, kes DNAA yang telah diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 3 November 2023 yang melibatkan seorang tokoh nombor dua negara. Kes ini menjadi bualan rakyat dan rakyat masih menunggu lagi apakah kesudahan pada kes ini. Mengikut undang-undang, satu kes yang diputuskan DNAA, ianya adalah di peringkat sama ada ianya akan charge kembali ataupun Peguam Negara akan meminta supaya dilakukan acquitted and discharge. Sekarang dilepas tanpa dibebaskan. Tidak apalah, itu saya serah kepada Menteri Undang-undang menjelaskan apa status kes DNAA Bagan Datok.

Saya hendak menyebut bahawa akibat daripada kes ini saya melihat berlakunya seolah-olah double standard, perkiraan yang tidak sama antara orang yang berada di atas dengan rakyat jelata. Saya menghargai pandangan Peguam Negara yang baharu dalam kenyataan media Jabatan Peguam Negara pada 8 September yang mengatakan bahawa berdasarkan kepada representasi yang dikemukakan perkara ini menjadi tugas bagi Peguam Negara untuk mempertimbangkan setiap alasan dan perincian yang diberikan oleh pihak tertuduh.

Dalam erti kata lain Peguam Negara serta jabatan ini tidak boleh secara semberono menolak representasi yang dikemukakan oleh mana-mana tertuduh sebaliknya perlu meneliti setiap butiran yang diberikan demi menegakkan proses undang- undang. Saya menghargai kalau ini merupakan dasar baharu mungkin Jabatan Peguam Negara. Tetapi janganlah ia kerana hendak justify-kan kes DNAA itu.

Saya hendak membangkitkan satu kes yang saya Yang Berhormat Dato Yang di- Pertua, saya mengisytiharkan kepentingan, saya sebagai peguam dalam kes ini. Anak guam saya ini adalah rakyat saya di Kota Baharu, seorang perempuan. Saya tidak perlu sebut namanya berusia 39 tahun. Seorang pekerja di syarikat swasta, gaji dia RM4,000 lebih, tetapi satu hari pada 6 Oktober 2022 tahun lepas, beliau telah ditangkap di satu pasar raya di bandar Kota Baharu kerana dikatakan sengaja mencuri barangan-barangan seperti dalam senarai yang jumlahnya RM291.67. Saya boleh kemukakan senarai kalau hendak antaranya satu botol budu yang harganya RM2.00. Saya ꟷ Firma saya telah membuat representasi kepada Peguam Negara bertarikh 23 Februari. Dia dituduh pada bulan satu, bulan Februari kami telah membuat representasi menceritakan bagaimana wanita ini dia pergi untuk membeli barangan keperluan hariannya yang bernilai RM200 lebih ini.

Tiba-tiba sampai di kaunter hendak bayar, dia tertinggal kad bank dia. Dia beritahu kepada kaunter itu, saya hendak pergi ambil kad bank di dalam kereta dan dia tolak barang di dalam troli nak pergi letak kepada seorang pegawai keselamatan. Semasa ini tu beliau telah ditangkap oleh seorang lagi pegawai keselamatan yang melihat CCTV kononnya, ditangkap. Jadi tanpa dia diberikan peluang walaupun dalam statement 112 kepada polis, dia menyatakan dia hendak pergi ambil kad, tidak diberi peluang apabila polis dipanggil ke supermarket itu ꟷ Tak diberikan peluang membuktikan bahawa dia ini innocent, orang yang jujur yang ikhlas nak pergi ambil. Tak diberikan peluang untuk pergi membuktikan beliau ini innocent ditangkap, dituduh di mahkamah. Dibuat representasi kepada Peguam Negara. Peguam Negara ditolak kepada Peguam Cara Negara, ditolak kepada Ketua Pendakwaan Negeri akhirnya representasi ini ditolak menyebabkan pada 21 September baharu ini, pada hari perbicaraan saya minta kepada Majistret untuk beri penangguhan kes ini saya hendak buat representasi kedua sebagaimana Bagan Datok beberapa representasi, insya-Allah kalau tidak sampai dua ratus muka surat pun, hampir- hampir saya akan buat. Saya akan kepilkan, orang ini bukan orang yang tidak ada duit, tidak mampu bayar.

[Tepuk] Dia ada statement bank, dalam bank dia ada berbelas-belas ribu ringgit. Tak munasabah seorang ibu muda hendak mencuri dua ratus ringgit. Itu sepatutnya diberikan budi bicara, inilah discretion yang perlu dilaksanakan judiciously secara bijaksana oleh Peguam Negara.

[Tepuk] Bukan sahaja kes-kes yang besar-besar yang jerung-jerung, tetapi bilis ditinggalkan begini. Saya tidak hendak cakap banyak, tetapi saya hendak menunjukkan dalam Dewan ini bahawa pelaksanaan undang-undang mestilah tidak berlaku double standard. Tidak berlaku perbezaan antara orang besar dengan orang kecil.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Baharu

Kalau orang besar di sebelah sini jangan haraplah. Kalau orang besar di sebelah kerajaan ini juga prinsip yang dipegang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang berpengalaman dengan pasukan polis dan pasukan Jabatan Peguam Negara yang sepatutnya diterapkan di dalam pentadbiran beliau. Jadi dalam hal ini saya minta supaya Menteri Undang-undang menjelaskan perkara ini supaya pelaksanaan budi bicara ini dilaksanakan secara judicially and judiciously dalam menghadapi kes-kes yang melibatkan rakyat jelata.

Isu saya yang ketiga Tuan Yang di-Pertua perkara yang sebenarnya dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pagoh dalam soalan nombor dua pada hari ini iaitu mengenai 3R, religion, royal and race. Isu yang telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang mengatakan bahawa isu 3R ini asasnya Perlembagaan Persekutuan, Penal Code, Akta SKMM dan juga Akta Hasutan dan sebaginya.

Pada hal Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita sebenarnya tidak jelas apa kesalahan yang dikaitkan atau dimaksudkan dengan 3R ini ꟷ what type of offences yang boleh di-classified dalam perkara yang tergolong dalam 3R ini. Anything about religion, anything about royal, anything about race or what ꟷ tahap mana? Kalau hendak buat undang-undang saya setuju dengan Kuala Selangor tadi.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Baharu

Buat undang-undang, biar telitikan perkara yang tidak boleh disebut dan sebagainya. Saya hendak menyebut satu kes yang juga disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, kenyataan di luar Dewan oleh Yang Berhormat Marang mengenai isu 3R ini.

Yang Berhormat Marang mempersoalkan kenapa tindakan-tindakan mencabar undang- undang syariah yang secara terang-terangan dibuat oleh rakyat Malaysia termasuk bawa kes ke mahkamah tidak diambil tindakan sedangkan berpuluh-puluh report telah dibuat?

[Tepuk] Berhubung dengan cabaran terhadap Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 2019 yang sekarang ini pending untuk decision di Federal Court. Orang itu telah - bagi kita telah melakukan tindakan yang bercanggah dengan 3R, menyentuh agama, menyentuh sensitiviti, menyentuh raja yang menjadi ketua agama di negeri-negeri. Sultan Kelantan telah bertitah baru-baru ini mengenai cabaran ini. Sultan Selangor yang merupakan Pengerusi Majlis Kebangsaan Islam telah memberi amaran supaya tindakan diambil termasuk meminda undang-undang, membendung perkara ini.

Bayangkanlah tuan-tuan, saya juga dukacita dengan Yang Berhormat Menteri Agama, satu-satu Menteri yang tak ada timbalan ini. Dia berjanji dengan saya pada 18 September untuk memberi jawapan bertulis kepada saya. Kenapa kerajaan tidak membuat pencelahan ataupun intervene di dalam kes Nik Elin melawan Kerajaan Negeri Kelantan untuk mempertahankan enakmen, bukan sahaja Kelantan, 14 buah negeri- negeri di Malaysia ini? Apabila kes ini diputuskan membenarkan permohonan ini, bermakna semua Enakmen Jenayah Syariah 14 buah negeri ini dianggap terbatal dan DUN-DUN di semua negeri tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat Undang- undang Enakmen-enakmen Syariah.

Cukup berat tetapi Yang Berhormat Menteri Agama ini sampai sekarang ini tidak memberi jawapan kepada saya. Saya menuntut perkara ini kerana saya tidak anggap beliau seorang yang mungkir janji. Jadi itu.

Jadi dalam hal ini Dato’ Yang di-Pertua, kita mengharapkan demi untuk kesejahteraan kita, secara terbuka saya mengatakan kepada rakan-rakan di sebelah sana, kami juga berpandangan tidak boleh orang Islam menghina agama lain, tidak boleh!

[Tepuk] Itu ajaran kami. Apabila kita menyakiti orang bukan Islam, kata Allah, “Mungkin satu masa mereka akan menyakiti kamu. Kamu tidak boleh menceroboh rumah-rumah ibadat mereka kerana satu masa mungkin mereka menceroboh rumah ibadat kamu”. Itu ajaran dan itulah yang dipraktikkan oleh pihak kita.

Oleh itu, mana-mana rumah ibadat orang bukan Islam yang cuba diganggu, kami pihak yang pertama akan menentangnya [Tepuk] sebagaimana yang berlaku di negeri Kelantan dan negeri yang ditadbir oleh kami. Bukan sebagaimana yang disebut oleh sebahagian daripada sini, apabila naik gelombang hijau ini semua rumah ibadat orang

final • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Baharu

bukan Islam akan dihancurkan. Itu 3R juga itu. Dah ada report, Tuan Yang di-Pertua tetapi inilah kita harap Kerajaan Madani yang ada pada hari ini melaksanakan ketamadunan.

Jangan melaksana, meneruskan undang-undang yang dahulu dikatakan drakonian, undang-undang hutan rimba. Dahulu, sebelah sanalah kata undang-undang ada ini hutan rimba ...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Baharu

Termasuklah Akta Hasutan bila hendak dihapuskan? Ini ada dalam manifesto Pakatan Harapan. Jadi, setakat itu dahululah, Tuan Yang di-Pertua. Boleh, ya?

[Tepuk] Walaupun Dato’ Yang di-Pertua masih lagi teruja tetapi saya mematuhi.

[Ketawa] I’m a legal man, I follow the instruction, insya- Allah. Terima kasih banyak. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Tanjong Piai.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan ucapan Belanjawan 2024 tempoh hari.

Dato’ Yang di-Pertua, saya menyambut baik komitmen kerajaan dalam usaha ingin terus menoktahkan kadar kemiskinan tegar di negara ini. Ini merupakan satu perkara yang amat baik kerana saya pasti semua bersetuju bahawa tidak ada seorang pun rakyat negara ini malah di dunia ini yang layak untuk hidup dalam kemiskinan.

Kerajaan mengumumkan bahawa kadar inflasi negara telah menguncup sebanyak dua peratus berbanding tahun lalu. Namun, meskipun petunjuk kadar inflasi ini mencatat penurunan, ia dilihat tidak semestinya memberi kesan kepada harga barang dan perkhidmatan bagi rakyat Malaysia.

Ini kerana, penurunan inflasi tidak selalunya bermaksud penurunan harga barang.

Ia juga didorong oleh faktor-faktor lain seperti penurunan trend kuasa pembelian dan perbelanjaan rakyat Malaysia. Apabila tidak terdapat penurunan harga barang malah berlaku peningkatan harga akibat pelbagai faktor terutama pada harga barangan keperluan harian seperti beras, telur, ayam dan lain-lain yang telah saya bangkitkan di Dewan yang mulia ini pada sidang yang lalu. Akhirnya, ia diterjemahkan menjadi satu faktor penyumbang kepada peningkatan kadar kemiskinan di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil perhatian Dewan yang mulia ini kepada isu kemiskinan bandar terutamanya kepada golongan anak muda. Dalam pembentangan Belanjawan 2024 tempoh hari, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut menyebut tentang kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan tahun 2023 iaitu sebanyak RM1,198 sebulan. PGK makanan mentakrifkan keperluan harian kalori setiap individu, mengambil kira makanan seimbang dan berkhasiat.

Justeru, jika congak angka ini secara kasarnya, kos yang diperlukan untuk mendapatkan makanan seimbang dan sihat bagi isi rumah adalah sangat tinggi. Malahan jika kita ukur dengan gaji minimum seperti yang telah ditetapkan sebanyak RM1,500, semestinya jumlah ini adalah tidak mencukupi.

Kita ambil contoh golongan muda yang baru berhijrah ke ibu kota bagi mendapatkan pekerjaan semestinya beban kos bukan makanan juga seperti pengangkutan, tempat tinggal dan perbelanjaan keperluan lain juga amat tinggi.

Jadi, persoalan di sini, apakah tindakan segera oleh kerajaan bagi membantu golongan muda yang baru memulakan hidup terutamanya di ibu kota. Elemen yang diambil kira dalam keperluan makanan dan bukan makanan perlu ditambah baik untuk menggambarkan peningkatan kualiti dalam kehidupan.

final • 12:24 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Saya ingin mencadangkan agar kerajaan merangka satu sistem bagi membolehkan golongan muda yang baru memulakan kerja dan berhijrah dalam tempoh 12 bulan pertama mendaftar bagi menerima bantuan asas tidak hanya termaktub pada pemberian STR semata-mata. Namun juga meliputi semua aspek kesejahteraan dalam hidup di bandar.

Sektor ini akan membolehkan bantuan diberikan secara bersasar dan sampai kepada pemohon dengan melihat keperluan mereka bagi meneruskan kehidupan terutamanya dalam tempoh kritikal ketika baru mendapat pekerjaan.

Tuan Yang di-Pertua, apabila kita berbincang mengenai isu kemiskinan ini, ia merupakan satu isu rakyat merentasi mana-mana kumpulan etnik atau kaum di negara ini. Saya pasti kerajaan hari ini mendahului inisiatif-inisiatif yang telah diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2024 amat cakna mengenai nasib terutama kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

Laporan Kajian Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia telah memberikan gambaran yang membimbangkan mengenai trend kemiskinan bandar yang meningkat tahun lalu yakni naik dari 3.9 peratus pada tahun 2019 kepada 4.5 peratus pada tahun 2022.

Berdasarkan laporan tersebut, Bumiputera mencatat insiden kemiskinan tertinggi pada kadar 7.9 peratus, diikuti dengan kumpulan etnik India pada 5.4 peratus dan kumpulan etnik Cina pada 1.9 peratus. Trend yang membimbangkan ini dikhuatiri akan meningkatkan risiko dan bilangan kumpulan rentan yang kini berada di tepi jurang garis kemiskinan tergelincir sebagai golongan miskin baharu.

Sebagai cadangan, mungkin sudah tiba masanya untuk kerajaan menubuh agensi-agensi khusus yang boleh memfokuskan ke arah menangani isu kemiskinan bandar seperti peranan yang dimainkan oleh MARA bagi membantu sosioekonomi masyarakat luar bandar.

final • 12:24 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Agensi-agensi khusus tersebut kemudiannya boleh dimanfaatkan sebagai agensi yang membina dan menawarkan peluang pekerjaan termasuk bidang perniagaan. Jika di luar bandar lazimnya banyak dibuka peluang perniagaan berasaskan produk, di bandar pula agak baik untuk kita mengetengahkan bakat dalam perniagaan berasaskan servis atau kemahiran. Saya berharap kerajaan boleh mempertimbangkan cadangan-cadangan ini kerana ia bukan sahaja bertindak sebagai alternatif penjanaan pendapatan untuk rakyat, malah jika diurus dengan baik, pastinya ia akan bertindak sebagai satu modul asas peningkatan modal insan dan menjana lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia di bandar.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya ingin bangkitkan berkaitan isu naik taraf tandas. Kita semua mengambil maklum dan berbesar hati dengan keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam menjayakan pembaikan tandas sebanyak 8,354 buah sekolah di seluruh negara seperti diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2024 tempoh hari. Malah, segala usaha pembaikan tandas di sekolah dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini. Kerajaan juga telah mengumumkan akan meneruskan usaha ini dengan memberi peruntukan sebanyak RM150 juta bagi penyelenggaraan dan pembaikan tandas awam melibatkan 150 PBT seluruh negara.

Saya ingin mencadangkan agar usaha baik ini dapat turut dipanjangkan kepada pembaikan tandas-tandas di fasiliti kesihatan di seluruh negara seperti di klinik-klinik komuniti atau klinik desa, klinik kesihatan dan hospital awam milik kerajaan yang jumlah hanya sekitar 2,800 buah seluruh negara. Jauh lebih kecil daripada jumlah sekolah yang telah dijayakan. Malah jika dilihat tempoh hari, Kementerian Kesihatan merupakan kementerian yang mendapat peruntukan yang besar. Jika peruntukan tersebut benar- benar diurus dengan baik, saya pasti ia turut mencukupi untuk memenuhi cadangan saya ini. Amatlah baik jika kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan saya ini dan agar dapat memupuk sifat senang hati di kalangan pesakit, pekerja atau mana-mana pengunjung fasiliti kesihatan awam negara kita. Seterusnya dapat mempengaruhi peningkatan kualiti servis perkhidmatan pusat kesihatan di negara ini.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin sentuh sedikit berkaitan pekerja asing. Saya juga ingin mengambil peluang ini kerana saya terima berkaitan permasalahan yang dihadapi oleh industri perabot di negara kita. Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP), industri telah terkesan agak teruk. Lanjutan daripada ini, kesan terhadap pengeluaran dan kini masalah yang perlu dihadapi akibat keadaan ekonomi yang tidak menentu terus menjejaskan nilai eksport perabot. Berdasarkan data dari Januari hingga Julai 2023, nilai eksport perabot berjumlah RM6.287 bilion menurun sebanyak 26 peratus berbanding RM8.499 bilion dalam tempoh sama pada tahun 2022.

Kini dalam usaha meningkatkan kembali eksport perabot, Majlis Perabot Malaysia

(MFC) telah menganjurkan beberapa misi peragaan ke negara seperti Jepun, India dan China untuk meneroka pasaran baharu. Namun, permintaan masih belum sampai tahap yang minimum. Jika kemasukan pekerja asing mengikut levi kemasukan pekerja asing sedia ada yang telah diluluskan, dibimbangi akan mengakibatkan lambakan dan lebihan pekerja asing yang tidak bekerja dan menjadi bebanan kepada syarikat atau majikan.

Justeru, bagi mengatasi masalah ini, MFC ingin memohon kerajaan agar dapat melanjutkan tempoh kepada majikan untuk membawa masuk pekerja asing baharu di bawah kelulusan bersyarat pekerja asing kepada 18 bulan lagi bagi memenuhi keperluan pengeluaran perabot pada masa yang sesuai yakni seiring dengan kadar permintaan pasaran. Permohonan ini pastinya dapat membantu menyelesaikan masalah industri perabot negara ini.

Selain daripada itu, saya ingin bawa satu dua perkara di kawasan saya Tanjong Piai. Tuan Yang di-Pertua, seiring dengan pembangunan pesat sektor ekonomi di Pekan Nanas telah menyebabkan taman-taman perumahan baharu juga turut berkembang.

Pertambahan penduduk yang pesat memerlukan juga sekolah-sekolah agama bagi keperluan anak-anak. Untuk makluman Dewan yang mulia, Sekolah Agama Batu 24 ini dioperasikan dengan menumpang sementara di bangunan Sekolah Kebangsaan Batu 24 sejak tahun 2005. Hingga hari ini, satu tapak telah dirizabkan untuk Sekolah Agama Batu 24 iaitu di Lot 7376 di Taman Utama Pekan Nanas.

Tambahan pada ketika ini, sekolah agama ini mempunyai murid seramai 386 orang dan menggunakan sembilan bilik darjah dan satu bilik guru di tingkat empat Sekolah Kebangsaan Batu 24. Keselamatan pelajar kurang terjamin dengan kedudukan bangunan sekolah agama yang terletak di tingkat empat. Kawasan dan bilik yang terhad juga kurang memberi keselesaan dan agak sukar untuk pihak sekolah menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah.

Pejabat Pendidikan Agama Daerah Pontian telah membuat cadangan kepada Bahagian Pendidikan Agama Negeri Johor untuk pembinaan Sekolah Agama Batu 24 di atas tapak untuk dirizabkan untuk memerlukan kos pembinaan sebanyak RM20 juta sahaja, namun masih tertangguh. Sehubungan dengan itu, saya selaku Ahli Parlimen Tanjong Piai menyokong penuh dan pohon kepada kerajaan supaya memberi peruntukan sebanyak RM20 juta untuk membantu merealisasikan pembinaan Sekolah Agama Batu 24 untuk keselesaan pembelajaran anak-anak rakyat di Tanjong Piai.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang saya ingin bangkitkan ialah berkaitan dengan pencemaran najis burung merpati di sekolah terutama di kawasan luar bandar termasuk di Parlimen Tanjong Piai. Di sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, sekolah-sekolah telah ditutup dalam tempoh yang panjang dan telah berlaku kejadian di mana burung-burung merpati telah menghuni bangunan sekolah dan telah menyebabkan masalah najis burung merpati yang sangat mencemarkan hingga ke tahap bilik-bilik darjah tidak dapat digunakan. Masalah ini masih tidak dapat diatasi kerana koloni merpati telah bertahan untuk bersarang dan membiak.

Sebagaimana maklumat Dewan yang mulia ini, najis burung boleh membawa kepada gangguan kesihatan.

Di Parlimen Tanjong Piai, sebanyak 25 buah sekolah dikenal pasti menghadapi masalah pencemaran najis burung merpati ini. Sekolah rendah, sekolah menengah, sebanyak 25 buah sekolah. Difahamkan pihak sekolah juga telah mengambil inisiatif membuat tindakan yang perlu, tetapi berhadapan dengan kekangan peruntukan menyebabkan tidak banyak dapat dilakukan dan masalah ini masih berterusan. Ini

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

disebabkan kos menangani dan membaik pulih bilik-bilik tercemar akibat pencemaran najis burung merpati ini memerlukan kos yang besar.

Difahamkan Pejabat Pendidikan Daerah Pontian telah membuat anggaran kos sebanyak RM30,000 setiap sekolah yang terlibat dan memerlukan jumlah peruntukan sebanyak RM750,000 keseluruhannya untuk menangani masalah pencemaran najis burung merpati di 25 buah sekolah yang berada dalam kawasan Parlimen Tanjong Piai.

Dengan peruntukan sebanyak RM1.9 bilion yang disediakan untuk menaik taraf dan menyelenggara sekolah-sekolah di seluruh negara, saya pohon Kementerian Pendidikan memberikan peruntukan sebanyak RM750,000 seperti anggaran Pejabat Pendidikan Daerah Pontian dan perhatian khas berkaitan isu ini kerana jika tidak diatasi segera, kekhuatiran terhadap ancaman masalah kesihatan yang berterusan akan menggagu keselesaan anak-anak yang bersekolah, selain daripada kerugian tidak dapat menggunakan bilik-bilik darjah yang tercemar dan najis burung ini.

Jadi, saya berharap ini satu isu yang amat penting, saya mungkin bukan sahaja di kawasan saya, mungkin di kawasan-kawasan lain. Saya harap peruntukan yang dikemukakan dapat direalisasikan oleh kerajaan. Itu sahaja perbahasan saya. Sekian, saya menyokong.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Piai. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Kubang Pasu.

final • 12:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam ucapan perbahasan Belanjawan 2024, saya berhasrat untuk mengutarakan mengenai beberapa perkara. Pertamanya, mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan RM92 bilion. Ini adalah lebih rendah berbanding dengan tahun 2023 iaitu RM99 bilion, RM7 bilion lebih rendah.

final • 12:39 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Berdasarkan kepada anggaran perbelanjaan yang besar iaitu RM395.8 bilion pada 2024, tahun 2023 hanya RM388 bilion. Sepatutnya peruntukan pembangunan lebih besar daripada tahun 2023 mungkin sehingga RM100 bilion sebab belanja pembangunan pada tahun 2023 ialah 25.5 peratus. Manakala 2024 menurun kepada 23.2 peratus.

Sebenarnya, belanja pembangunan merupakan pelaburan masa depan negara.

Seterusnya...

[Menyelak dokumen] Keduanya, berhubung dengan sumber kewangan bagi perbelanjaan pembangunan. Pengalaman lepas menunjukkan ia nya tidak diperolehi dari hasil kerajaan seperti cukai dan sebagainya. Saya mohon Menteri Kewangan untuk maklum dan perincikan sumber berkenaan, umpamanya dari jualan bon jangka panjang (10 tahun) seperti Malaysian Government Investment Issue atau *Malaysian Government Security

(MGS)* untuk jangka pendek, conventional borrowing, contohnya jual bon kepada KWSP dan sebagainya ataupun Treasury Bill short-term seperti *Malaysia Islamic Treasury Bills

(MITB)* atau bail bond Perbendaharaan. Seterusnya Tuan Speaker...

final • 12:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Kubang Pasu, boleh saya celah berkenaan dengan...

final • 12:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta maaf, saya tidak boleh bagi pasal timing saya elok-elok ini.

[Ketawa] Kecuali Dato’ Speaker kata tambah lima minit, okey. Minta maaf banyak-banyak.

Seterusnya Tuan Speaker, mengenai kos sara hidup. Tuan Yang di-Pertua, akhir- akhir ini negara kita dilanda dengan pelbagai masalah, masalah tidak ada beras, harga beras tempatan naik, sebelum ini masalah bekalan ayam, harga ayam naik dan berita akhbar hari ini mengatakan beras tempatan masih kurang di pasaran dan harganya masih tinggi.

final • 12:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kenaikan harga barangan menjadi lebih teruk lagi bila Ringgit Malaysia jatuh ke paras yang paling rendah semenjak lebih daripada 25 tahun yang lalu iaitu USD1 bersamaan dengan RM4.78 pada 20 hari bulan Jumaat yang lalu. Kalau kita ambil perbezaan, tahun 2022 kita import barang makanan RM75 bilion bersamaan dengan USD18 bilion dengan rate RM4.17 tetapi tahun 2023 ini kalau kita ambil USD18 bilion juga. Maka, jumlah import kita akan menjangkau RM86 bilion iaitu peningkatan 14.6 peratus. Perlu diingat, harga barang yang dihadapi oleh rakyat adalah dalam keadaan situasi pendapatan yang tidak meningkat.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kekurangan ataupun kurang bekalan dan kenaikan harga, saya dimaklumkan oleh ramai juga yang kenalan saya adalah disebabkan permainan harga oleh pemborong dan juga pembekal. Ini kerajaan mesti perhatikan.

Isunya ialah kemampuan dan keupayaan kerajaan, khususnya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Menteri pun tidak dilantik lagi, supaya beliau dapat menangani masalah ini dengan lebih berkesan. Isu kos sara hidup merupakan antara masalah utama yang perlu ditangani kerajaan menerusi kerangka Ekonomi Madani bagi membolehkan rakyat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.

Seterusnya, rasionalisasi subsidi penyasaran dan kenaikan SST dari enam peratus ke lapan peratus. Tuan Yang di-Pertua, tidak cukup dengan kos sara hidup yang membebani rakyat, kini Belanjawan 2024 akan menambahkan lagi beban kepada rakyat.

Jumlah subsidi bagi tahun 2024 akan dikurangkan kepada RM58 bilion daripada RM64 bilion pada tahun 2023. Rasionalisasi subsidi ini akan membawa kesan secara langsung kepada industri pengangkutan dan sudah pasti peningkatan kos ini akan dipindahkan kepada pengguna.

Sepatutnya kajian komprehensif harus dibuat terlebih dahulu sebelum di laksanakan program ini bagi menentukan siapa yang layak menerima dan siapa yang tidak layak menerima subsidi. Ertinya, perlu ada mekanisme yang jelas dalam perkara ini. Jika tidak, ada golongan rakyat yang akan teraniayai nanti, golongan M40 di Kedah mungkin di Kuala Lumpur, dia dah jatuh B40, golongan T20 di Kelantan mungkin di Kuala Lumpur dia jatuh kepada M40. Mungkin salah satu strategi yang boleh digunakan ialah mengurangkan subsidi secara gradual, sedikit demi sedikit misalnya, kenaikan RM0.10, RM0.30 dan membenarkan pasaran membuat pelarasan ataupun adjustment. Subsidi bersasar perlu hadir bersama skim perlindungan sosial menyeluruh bagi semua golongan rakyat. Skim perlindungan tertumpu kepada B40 sahaja tetapi M40 juga sebenarnya terkesan dalam hubungan ini.

Kenaikan SST dari enam peratus kepada lapan peratus adalah 33 peratus kenaikan. Sungguhpun dua peratus tetapi kenaikan 33 peratus akan meningkatkan kos perniagaan ataupun cost of doing business dengan signifikan. Rejim SST memberi kesan terhadap ‘tax on tax’ atau cukai ke atas cukai atau ripple effect dan hasilnya, harga barang akan lebih naik tinggi. Saya berharap agar kerajaan dapat memberi pengecualian kepada business to ‘business’ yang diguna pakai sekarang ini terhadap ‘taxable services’ tertentu.

Kerajaan seolah-olah nampaknya membuat keputusan dalam perkara ini secara tergesa- gesa, semata-mata untuk mengurangkan fiskal defisit bagi Belanjawan tahun 2024 semata-mata.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai pelaburan dan industri. Pertamanya, saya nak maklumkan di sini bahawa bagi separuh tahun pertama 2023, Kedah sekali lagi mencatatkan prestasi cemerlang, mencatat pelaburan RM14.6 bilion, menduduki top tiga di Malaysia.

[Tepuk] Dan jika diambil kira hanya industri pembuatan sahaja, Kedah sebenarnya menduduki tempat yang kedua. Alhamdulillah. Saya juga nak ucap tahniah kepada kerajaan, khususnya Menteri MITI kerana berjaya melancarkan New Industry Master Plan 2030. Saya ingin mencadangkan beberapa perkara untuk menambah baik NIMP ini. Pertamanya saya cadangkan agar kerajaan membangunkan kawasan industri di luar bandar. Kelebihannya ialah seperti berikut; pertamanya mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Belia tempatan sendiri sanggup bekerja di kilang- kilang berkenaan kerana berdekatan dengan kampung halaman mereka. Contohnya, kilang-kilang di Kedah seperti syarikat Jerman di Kuala Ketil, Continental Tyre berdekatan dengan Alor Setar, ACM di Bukit Kayu Hitam. Kesemuanya mengambil pekerja tempatan

final • 12:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

lebih daripada 95 peratus. Ertinya, kita dapat menghindarkan daripada masalah mengambil pekerja asing. Seterusnya, ia juga akan memberikan pekerjaan kepada anak tempatan supaya mengurangkan penghijrahan ke bandar, meningkatkan penjanaan ekonomi di luar bandar dan insentif dari MIDA bagi less developed area. Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2024, peruntukan untuk naik taraf infrastruktur dan baik pulih infrastruktur hanyalah RM20 juta. Dulu pun saya pernah sebutkan bahawa ini tidak mencukupi. Jumlah ini terlalu kecil untuk kita ini kerana sepatutnya projek yang begitu penting sebegini harus diberikan peruntukan yang lebih besar, sekurang-kurangnya RM100 juta setahun. Ia melibatkan semua negeri di seluruh negara. Ia penting supaya kawasan industri berfungsi dengan cara sebaik-baiknya dan mempamerkan imej setaraf dengan negara-negara maju.

Seterusnya, sains dan teknologi, sains, teknologi, engineering dan matematik

(STEM). Tuan Yang di-Pertua, untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi, negara memerlukan lebih ramai jurutera dan saintis. Mereka yang di perlukan ini ialah untuk tenaga kerja (talents) ataupun talents di syarikat-syarikat yang menggunakan teknologi tinggi dan sebagainya. Mereka juga diperlukan untuk melaksanakan R&D dalam bidang teknikal. Bagi negara kita Malaysia, R&D amat penting kerana ia adalah satu-satu jalan ataupun route untuk menjadi sebuah negara pencipta teknologi dan bukannya kita hanya menjadi pengguna dan pemasang seperti yang berlaku sekarang ini semata-mata.

final • 12:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Jadi, pelajar-pelajar sekolah menengah, khususnya di Tingkatan 4 kena memilih STEM. STEM ini terbahagi kepada tiga kategori. STEM A— Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Biologi, STEM B— Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan subjek lain yang menggantikan Biologi. C— aliran sastera.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, negara kita perlu pastikan bahawa pelajar-pelajar kita mengambil STEM A dan STEM B, bukan STEM C. Kita mensasarkan iaitu menjelang tahun 2025, 60 peratus sains, 40 peratus sastera. Tetapi malangnya— (ini daripada reliable source)— kedudukan sekarang ialah yang memilih sains hanya 16 peratus, ada 84 peratus daripada aliran sastera. Ertinya, kita banyak kerja yang perlu dilakukan. Ini satu cabaran yang amat besar bagi negara. Political will yang bersungguh-sungguh amat diperlukan.

Baru Menteri Pendidikan menyatakan bahawa pelajar-pelajar STEM meningkat 40 peratus kepada 45 peratus amat mengelirukan. TVET secara umumnya bukan STEM kecuali pelajar mengambil kursus kejuruteraan di peringkat diploma dan ijazah.

Jadi, apa yang perlu ialah, daripada kajian dibuat Kementerian Pendidikan, salah satu sebab murid-murid tidak mahu buat sains kerana susah, takut dapat keputusan yang tidak bagus. Juga, disebabkan guru-guru yang tidak ada kemahiran untuk mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik supaya ia lebih menarik pelajar-pelajar ini dan juga lebih difahami. Seterusnya— ini juga kajian daripada Kementerian Pendidikan— kita perlu mengubah sikap pengetua sekolah-sekolah menengah yang tidak menggalakkan anak- anak murid mereka mengambil sains takut prestasi sekolah turun.

Mengenai membaik pulih dan menaik taraf tandas sekolah dan juga membaik pulih jalan-jalan berlubang. Yang ini, saya ucap tahniah dan nak puji Kementerian Pendidikan dan kerajaan. Cuma, kita— termasuk juga jalan ya— kita perlu buat audit.

Laksanakan audit sebelum kita buat keputusan jalan mana hendak buat. Di banyak tempat, kita ada masalah jalan berlubang. Seperti di kawasan saya Kubang Pasu, terdapat banyak jalan berlubang dan membahayakan. Antaranya ialah jalan Kampung Tanjung Mukim Binjai, Jitra di bawah penyelenggaraan JKR dan jalan Kampung Teluk Malek di bawah penyelenggaraan KDW.

Satu lagi saya hendak sebutkan, Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai IPD Kubang Pasu. Semua IPD yang bersempadan dengan negara luar, umpamanya Thailand khususnya, dia punya ketua polis daerah berpangkat ACP. Tumpat ACP, Padang Besar, Perlis ACP tetapi Kubang Pasu berpangkat superintenden, Tuan Yang di-Pertua. Yang ini, saya minta Yang Berhormat Menteri KDN untuk mengambil maklum dan mengambil

final • 12:50 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

tindakan yang sewajarnya supaya pangkat Ketua Polis Kubang Pasu dinaikkan kepada pangkat ACP sepertimana ketua-ketua polis Daerah Tumpat dan Padang Besar, Perlis.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang istilah ‘maha kaya’ yang kerap disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Maha kaya sebenarnya bukan sahaja boleh diguna pakai kepada individu sahaja tetapi boleh juga digunakan kepada negeri-negeri. Di negara kita, terdapat negeri-negeri yang maha kaya seperti Pulau Pinang dan Selangor dan negeri yang lebih mundur seperti Kedah dan Kelantan. Yang menjadi persoalan ialah negeri-negeri maha kaya mendapat perhatian dan layanan yang lebih baik daripada negeri yang mundur seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Terdapat negeri maha kaya minta pembesaran lapangan terbang mereka dapat, minta LRT kos RM10 bilion pun dapat, minta tambah pulau melalui penambakan laut yang diluluskan dan ini tidak diluluskan oleh kerajaan sebelum ini kerana kajian EIA yang tidak lulus. Untunglah negeri maha kaya dan meranalah negeri yang tidak maha kaya ini.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya bangun di bawah 18(1).

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Ya, Yang Berhormat Arau?

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, 18(1). Saya terima— kita semua terima ini ralat daripada Timbalan Menteri Kewangan. [Sambil menunjukkan sekeping kertas] Kita lihat perubahannya ialah sebanyak RM4 bilion iaitu tentang tambahan hasil cukai.

Saya minta supaya Yang Berhormat Menteri bagi penerangan di Parlimen sebab— jangan letak. Kalau ralat itu RM1 juta, RM2 juta, tidak apa. Ini RM4 bilion. Saya minta dia bagi penerangan tentang ralat ini sebab kami tidak ada peluang untuk membahaskan perkara ini. Sebabnya, ucapan telah disediakan, tiba-tiba dia hantar ralat RM4 bilion berbeza. Tambahan hasil bersih RM480 juta tetapi yang telah dipinda jadi 4 bilion, 559 dan seterusnya.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, saya minta Timbalan Menteri Kewangan sebab ini atas nama dia...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Yang selalu berpantun ini supaya bagi penerangan. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat. Benda itu direkod. Saya percaya Menteri ambil maklum dan akan menjawab perkara tersebut.

Berikutannya, dipersilakan Yang Berhormat Gopeng.

final • 12:50 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk berbahas tentang ucapan Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada minggu yang lepas.

final • 12:55 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Saya ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah pun berjaya membentangkan belanjawan tahun 2024. Dalam kesempatan ini, saya ingin menyatakan sokongan yang sepenuhnya ke atas Belanjawan 2024. Saya yakin dan percaya belanjawan ini akan memberikan manfaat kepada rakyat keseluruhannya.

Mengambil kira Belanjawan 2023, Kajian Separuh Penggal RMKe-12, Belanjawan 2024, saya berpandangan bahawa Kerajaan Madani telah memastikan keseimbangan dalam menjaga kesejahteraan rakyat dengan terus menampung subsidi bersasar yang diunjurkan sebanyak RM81 bilion dan menerokai sektor ekonomi yang baharu, dan pada masa yang sama, turut memastikan kedudukan fiskal negara yang kukuh serta mampan.

Maka, saya boleh katakan Belanjawan 2024 yang dibentangkan adalah belanjawan yang bertanggungjawab dan realistik setelah mengambil kira beberapa sudut.

Timbalan Yang di-Pertua, kesemua program dan inisiatif kerajaan telah pun dibentangkan dalam bentuk angka-angka dalam Buku Belanjawan 2024 seperti tahun- tahun sebelum ini. Namun, dalam era teknologi maklumat dan memudahcarakan pemerolehan maklumat, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan segala perancangannya dapat dinikmati dan diperoleh maklumat oleh rakyat.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan tiga perkara yang berprinsipkan kepada sistem pentadbiran yang berasaskan kepada data, pelaporan dan maklumat yang menyeluruh.

Pertama, big data analytics. Data is new currency and data is gold, dengan izin.

Data dalam dunia terkini adalah sesuatu yang membantu kerajaan dalam proses membuat keputusan dan menentukan dasar dan polisi. Data-driven decision-making, dengan izin. Ia membantu dalam memastikan keberkesanan polisi, kerja yang efisien dan efektif dan sekali gus meminimumkan perbelanjaan dan pembaziran berlaku.

Data yang memaparkan tiga komponen utama iaitu rekod yang dulu (history), terkini (real-time) dan ramalan (predictive) adalah penting untuk kita merancangkan pembangunan sesebuah bandar dan pekan, sistem pengangkutan awam, pembiayaan subsidi rakyat, penentuan perumahan awam dan polisi-polisi yang sebagainya dengan perlunya kerajaan membangunkan satu sistem big data analytics yang berkesan dan boleh dipercayai.

Seawal tahun 2013, pernah dikatakan public sector big data analytics dan kemudiannya disambung dengan National Big Data Analytics dan disambung dengan Pangkalan Data Perlindungan Sosial (PDPS), Dasar Perkongsian Data Nasional, National Data Sharing Policy dan yang terkini Pangkalan Data Utama (PADU).

Saya menyambut baik usaha kementerian dalam membangunkan open data portal data.gov.my oleh OpenDOSM. Namun ,saya lihat data yang terpapar masih belum lagi dioptimumkan melalui perkongsian data-data oleh sektor awam dan dengan rakyat.

Justeru, saya ingin bertanya kepada kerajaan, di manakah kedudukan negara kita dalam mempersiapkan dasar big data setakat ini? Apakah kedudukan talent pool pakar- pakar data yang ada pada ekosistem terkini dalam negara kita? Kita harus pastikan ekosistem perkongsian data harus terus diperkasakan dalam bab perkongsian data dalaman antara sektor awam dan perkongsian data antara sektor awam dan rakyat.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 12:55 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Keduanya adalah pelaporan prestasi inisiatif dalam belanjawan. Adalah penting parameter dan KPI perlu ditetapkan bagi mengukur keberkesanan pelaksanaan semua inisiatif kerajaan mengikut rancangan dalam belanjawan negara. Saya sedia maklum bahawa Laporan Prestasi Perbelanjaan Pertengahan Tahun 2023 telah pun diterbitkan dan pernah dibentangkan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bawah Kewangan dan Ekonomi.

final • 1:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Namun angka-angka yang dibentangkan dalam laporan tersebut bagi saya terlalu umum dan hanya memaparkan angka-angka dan peratusan tetapi tidak dapat diukurkan keberkesanan dan pelaksanaannya. Oleh itu, saya ingin memohon kepada kerajaan supaya memastikan setiap inisiatif yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024, harus disertakan dengan sistem pelaporan prestasi keberkesanan pelaksanaan inisiatif dan program mengikut kementerian masing-masing.

Sebagai contohnya, dalam laporan tersebut mengesahkan setakat Jun 2023, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan hanya membelanjakan 38 peratus daripada jumlah peruntukannya. Manakala Kementerian Perladangan dan Komoditi hanya membelanjakan 27 peratusan peruntukannya daripada jumlah keseluruhannya. Maka, apakah sebab adanya isu yang berlaku berbezanya peratusan perbelanjaan antara dua kementerian ini dengan kementerian-kementerian lain yang telah pun mencecah lepas 50 peratus dari segi perbelanjaannya?

Keduanya, contoh adalah laporan mengesahkan Kementerian Sumber Manusia telah pun membelanjakan 47 peratus peruntukannya. Tetapi saya kurang pasti melihat kepada angka itu, sejauh manakah keberkesanan program-program TVET yang telah pun dijalankan oleh kementerian secara efektif? Berapakah pakar-pakar yang telah pun dilatihkan di bawah bidang core business Kementerian Sumber Manusia?

Ketiga adalah tentang kebebasan maklumat. Saya sedia maklum bahawanya usaha kerajaan dalam proses untuk penggubalan Akta Kebebasan Maklumat bagi menggantikan Akta Rahsia Rasmi. Ini adalah satu langkah yang baik dan signifikan seiring dengan prinsip tata kelola yang baik. Usaha ini akan memberikan akses kepada rakyat dalam memperoleh maklumat daripada badan awam dan kerajaan. Sekali gus boleh melibatkan rakyat dalam proses pembentukan dasar negara dan penggubalan akta ini pernah dijalankan pada tahun 2018 tetapi tertangguh seketika.

Sudah tentu beberapa sudut perlu kita ambil kira, termasuk keselamatan dan pertahanan negara perlu ada pengecualiannya. Namun, saya berpandangan bahawa banyak aspek lain maklumat-maklumat awam perlu diberikan akses kepada rakyat, termasuk juga deklarasi harta ahli-ahli pentadbiran tertinggi dalam negara daripada jawatan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan pegawai-pegawai tertinggi dalam anggota pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Untuk maklumat, sementara ini laman web mydeclaration.sprm.gov.my yang pernah diwujudkan untuk memaparkan deklarasi harta anggota pentadbiran masih lagi tertangguh tutup. Dalam status, tutup sementara.

Timbalan yang-dipertua, izinkan saya membawa dua isu yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pertama, adalah tentang institut pendidikan guru.

Sejak kebelakangan ini, peranan IPG sering dibincangkan malah pernah dikatakan ditutup ataupun digantikan peranan dan fungsinya. Tetapi kita tidak boleh menafikan peranan dan pencapaian IPG dalam melahirkan ramai insan dan pendidik yang banyak berjasa dalam sistem pendidikan negara kita. Oleh itu, saya ingin membangkitkan dua isu yang berkaitan dengan IPG.

Pertamanya, adalah tentang kadar pembayaran elaun bulanan untuk siswa dan siswi guru IPG. Setelah meneliti kadar yang sedia ada, kadar pembayaran elaun hanya pada kadar RM430 sebulan. Bagi saya, jumlah tersebut perlu dikaji semula selaras dengan perkembangan ekonomi dan kos sara hidup semasa dan mengambil kira kos perbelanjaan bulanan mereka, bayaran elaun ini wajar diberikan perhatian dan dikajikan semula dasar yang sedia ada.

Keduanya adalah tentang pelaksanaan inisiatif rumah siswa dan siswi. Inisiatif rumah siswa dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) yang telah pun mendapat sambutan yang baik sejak tahun 2019 kalau tak silap saya. Namun saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya memperluaskan inisiatif ini kepada siswa dan siswi guru di bawah IPG yang dikelolai oleh KPM merupakan kementerian berbeza.

Ramai di kalangan siswa siswi guru IPG terpaksa menyewa rumah di luar kampus. Malah ada di kalangan mereka yang terpaksa menghuni dalam satu rumah, dalam lebih kurang lima hingga sepuluh orang dalam keadaan yang kurang kondusif.

final • 1:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Salah satu sebab bagi mereka memilih menyewa di luar kampus adalah kolej— keadaan kolej kediaman yang kurang kondusif, kurang fasiliti dan kemudahan dalam kolej kediaman. Maka saya ingin mencadangkan kepada kementerian supaya mempertimbangkan, memperluaskan inisiatif dan rumah siswa kepada 27 IPG di bawah KPM, demi manfaat kepada semua siswa dan siswi guru.

Satu lagi isu yang di bawah KPM. Selain isu IPG, saya turut ingin menarik perhatian kementerian tentang isu pengawal keselamatan sekolah dan pekerja pembersihan di bawah kontrak kerajaan di sekolah-sekolah seluruh negara. Sudah tentu isu tunggakan gaji, tiada caruman SOCSO dan KWSP bukan sesuatu yang baharu di kalangan kumpulan pekerja tersebut. Saya yakin dan percaya Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada dalam Dewan ini peka dan memahami isu ini. Memang isu ini benar-benar berlaku dan kita sedia maklum perkara ini sentiasa berlaku dan malah sebahagian kontraktor yang tidak bertanggungjawab ini telah pun berkali-kali menafikan hak pekerja sehingga hari ini. Ada di kalangan mereka sewaktu pandemik tidak dibayarkan gaji tiga bulan, berbulan-bulan, ada yang dipotongkan caruman SOCSO dan EPF tetapi sebenarnya mereka tak membayar pun ada juga.

Baru-baru ini berlaku satu kes pembunuhan di kawasan saya, yang mangsanya seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah. Akhirnya beliau telah pun meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak. Anak sulung 21 tahun, anak kedua 20 tahun. Anak ini kerja juga sekuriti dalam syarikat kontrak yang sama, tiga lagi anak yang masih Tingkatan 4, Darjah 6 dan Darjah 3. Apabila pasukan kita ziarah kepada keluarga mangsa, kami dimaklumkan bahawanya mangsa walaupun telah pun kerja dalam syarikat tersebut tetapi tidak dicarumkan SOCSO dan KWSP tiga bulan dan selalu berlakunya tunggakan gaji dalam soal pembayaran gaji.

Kita tidak boleh membenarkan perkara ini terus berlaku dan saya ingin mencadangkan kepada KPM supaya semak semula semua syarikat-syarikat kontrak yang ada rekod tunggakan gaji, tiada caruman EPF dan SOCSO, selesaikan masalah tunggakan gaji dan masalah-masalah yang berbangkit. Jika gagal berbuat demikian dengan segera kena senarai hitamkan syarikat-syarikat tersebut yang menafikan hak pekerja.

Keduanya, kaji semula keberkesanan pelaksanaan dasar kontrak kerja untuk pengawal keselamatan dan pembersihan. Pertimbangkan serap balik tanggungjawab itu kepada sekolah ataupun PPD bagi mengelakkan masalah-masalah yang seumpama itu terus berlaku yang menindas hak pekerja. Dua isu yang saya ingin bawa berkenaan dengan kawasan.

Yang pertama, berkenaan dengan Projek Perancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kinta Fasa 2 di negeri Perak. Salah satu perkara yang berkaitan adalah masalah banjir yang sering berlaku di kawasan penempatan sepanjang Sungai Pinji, termasuk Taman Pekan Razaki, Sungai Rokam, Ampang Baru dan sebagainya. Sebelum ini pernah dicadangkan pembinaan kolam tadahan di bahagian hulu Sungai Pinji bagi mengatasi masalah banjir yang berlaku di bahagian hilir Sungai Pinji iaitu penempatan-penempatan yang saya sebutkan tadi. Oleh itu saya memohon penjelasan kerajaan dalam status pelaksanaan Projek Tebatan Banjir tersebut, khususnya boleh memberikan penerangan dalam projek-projek naik taraf di kawasan sepanjang Sungai Pinji.

Keduanya adalah tentang jalan persekutuan. Untuk menaik taraf Jalan Persekutuan FT001 seksyen 587 hingga 589 bagi mengatasi masalah banjir kilat di bahagian jalan tersebut. Sistem saliran dan aras jalan yang rendah berbanding dengan kawasan persekitaran telah pun menjadi faktor kejadian banjir kilat. Namun penyelenggaraan berkala telah pun tidak dapat mengatasi masalah dan projek naik taraf diperlukan untuk mengatasi masalahnya secara holistik.

final • 1:00 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Saya memohon kerajaan merangkumkan permohonan saya yang telah pun dipanjangkan melalui negeri dan memerlukan anggaran kos lebih kurang 40 juta untuk menjalankan projek naik taraf ini dan saya mohon kerajaan untuk merangkumkan perkara ini, angka ini, 40 juta dalam Belanjawan 2024 nanti.

final • 1:10 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Dengan kata-kata itu, saya ingin sekali lagi menyatakan sokongan yang tidak belah bahagi atas pembentangan Belanjawan 2024. Mudah-mudahan kita dapat sama- sama membuat sesuatu yang terbaik kepada rakyat Malaysia pada masa yang akan datang. Sekian sahaja, terima kasih.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

final • 1:10 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Gopeng, mohon menyokong. Terima kasih.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar.

final • 1:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan tahniah Yang Amat Berhormat Tambun atas pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 yang pasti akan menjadi instrumen yang penting bagi tahun 2024 bagi kesinambungan berterusan ke atas economy recovery at post-COVID-19 crisis, menangani global supply chain disruptions, pendekatan countercyclical kepada ekonomi yang slow down, adaptasi climate change dan pertumbuhan kalis terhadap geopolitical tension. Tuan Yang di-Pertua, pada peringkat dasar kali ini, saya akan menyentuh beberapa perkara yang bersifat menyeluruh dan ia mendasari perkara asas yang perlu disokong, ditambah baik dan ada keperluan untuk dihentikan dan insya-Allah perkara- perkara tertentu saya akan menyentuh di peringkat jawatankuasa nanti.

Tuan Yang di-Pertua, kemapanan pengurusan hutang negara adalah perkara yang perlu ditambah baik bagi memastikan aliran hutang yang diterbitkan seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan ia mampu meningkatkan daya cipta asas eksplorasi ekonomi baru yang kalis kejutan. Jumlah hutang negara 2022 sebanyak 60.4 peratus kepada KDNK setakat Ogos 2023, ia telah mencatat 62 peratus kepada KDNK. Perbezaan yang amat ketara kalau kita bandingkan di antara tahun 2018-2022, sepanjang empat tahun ada peningkatan jumlah hutang sebanyak 383.2 bilion iaitu 21.5 peratus daripada KDNK.

Debt service charges juga meningkat dan kalau kita lihat Belanjawan 2023 semasa dibentangkan, menjangkakan had statutori berada pada kadar 62.2 peratus kepada KDNK, di mana tahun ini akan diterbitkan RM71 bilion. Setakat lapan bulan, kita telah terbitkan hutang sebanyak 68 bilion dan kita ada lagi lebih kurang ruang tiga bilion.

Adakah ruang pinjaman ini mencukupi? Bagi saya, ia tidak mencukupi kerana jangkaan awal bajet untuk subsidi 63 bilion tetapi Yang Amat Berhormat Tambun telah umumkan ia akan mencecah 81 bilion.

Oleh hal yang demikian, saya kira Tuan Yang di-Pertua, isu hutang negara usahlah dijadikan modal politik untuk menarik sokongan. Semua parti dalam Dewan ini telah mempunyai pengalaman menjadi kerajaan dan kita tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku dan apa tindakan kita telah laksanakan semasa menjadi kerajaan untuk mengatasi segala ketirisan, krisis dan ketidaktentuan ekonomi global pada ketika itu.

Kaedah tuding-menuding, finger pointing bukanlah jalan keluar, tetapi ia mendorong negara kita ke arah jalan permasalahan tanpa penghujung.

Jadi, saya cadangkan Tuan Yang di-Pertua agar kita semua lakukan political reconciliation on economy. Kita pernah lakukan dahulu semasa meningkatkan had statutori hutang, dari 55 peratus ke-60 dan kemudian ke-65 peratus semasa kita menghadapi krisis COVID-19 dan peperangan di antara Ukraine dan Rusia yang berpanjangan.

Saya mohon agar pihak Kementerian Kewangan untuk mengadakan segera perbincangan dengan semua parti agar kerajaan, mahupun pembangkang dapat bersama-sama memulihkan ekonomi kita kerana kebersamaan kita adalah teras kejayaan pemulihan.

final • 1:11 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, semenjak empat dekad yang lalu, kita telah mengharungi empat buah krisis. Krisis Komoditi 85-86, Krisis Kewangan Asia 97-98, Krisis Kewangan Global 2008-2009 dan yang terbaru Krisis COVID-19 2020-2022. Semasa Krisis Komoditi, tahap hutang negara kita telah mencecah dan melepasi 100 peratus daripada KDNK atau yang lebih tepat 103.4 peratus pada tahun 1986.

Namun sepanjang 10 tahun berikutnya, KDNK negara kita bertumbuh baik pada kadar enam ke-10 peratus. Saiz ekonomi membesar 3.5 kali ganda, di mana saiz GDP nominal pada tahun 1986, pada kadar USD28 bilion dan meningkat pada tahun 1996, USD101 bilion dan ia telah menurunkan jumlah nisbah hutang statutori di paras bawah 40 peratus kepada KDNK. Timbang tara di sini Tuan Yang di-Pertua adalah saiz ekonomi besar, menjadikan KDNK tinggi. Maka peratusan hutang kepada KDNK menjadi rendah dan begitulah sebaliknya.

Persoalan saya kepada pihak kementerian, bagaimana ekonomi kita mahu dipulihkan dan menggerakkan pertumbuhan KDNK dengan lebih baik? Dalam masa yang sama, IMF dan World Bank telah mengunjurkan ekonomi global bertumbuh pada kadar tiga peratus pada tahun 2023 dan tahun hadapan pada kadar 2.9 peratus ke tiga peratus.

Empat persoalan yang saya ingin kemukakan kepada pihak kerajaan:

(i) apakah cara yang paling tepat untuk kita lakukan terbitan hutang?;

(ii) waktu apa yang bersesuaian untuk kita lakukan terbitan hutang?;

(iii) adakah kos yang ditanggung bersesuaian dengan kadar lonjakan ekonomi yang akan datang?;

(iv) adakah terbitan hutang ini memberi impak positif atau negatif dari sudut peratusan KDNK?

Saya ingin mendapat penjelasan bagaimana objektif pinjaman dibuat oleh kerajaan. Apakah nisbah pinjaman kepada pertumbuhan KDNK. RM1 pinjaman Tuan Yang di-Pertua, berapa peratusan peningkatan kepada pertumbuhan ekonomi? Negara kita sentiasa dinilai, bagaimana kita memenuhi kewajipan hutang dengan cara yang tepat, dan masa segera secara cost-effective bagi mengurangkan risiko krisis kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, kepercayaan kredit. Penarafan kredit berdaulat. Kredit sesebuah negara yang dijalankan oleh tiga agensi penarafan antarabangsa- Moody’s, Fitch dan S&P amat penting kewajarannya dalam penarafan kredit berdaulat dan pandangan bebas mereka mencerminkan kewibawaan negara kita sebagai destinasi pelaburan yang mampan dan berkualiti. Kita ada pengalaman kita, Tuan Yang di-Pertua.

Pada tahun 1991, kita berada pada kadar A3 atau A- dan kita mula meningkat baik penarafan kredit sehingga tahun 1995 hingga 1998 selama empat tahun pada A1 ataupun A+.

Krisis kewangan Asia, penarafan kredit kita daripada investment credit, investment grade turun kepada kedudukan BB dan speculative grade pada tahun 1999 dan selepas enam tahun kemudian, berlaku pemulihan. Meningkat ke tahap A3, A- pada 2024 dan setakat 2021, kita berada selama 17 tahun terperangkap pada kadar yang sama.

Ironinya pada 2022, Moody’s dan S&P masih mengekalkan penarafan kita tetapi Fitch telah menurunkan negara kita kepada kedudukan BBB+ dengan outlook negative dan kemudiannya Jun 2022 semakan outlook ditambah baik kepada stable. Persoalannya Tuan Yang di-Pertua, apakah kesan penurunan kredit ini dan outlook kepada ekonomi negara kerana ia meningkatkan pengurusan premium risiko yang akhirnya meningkatkan kesan kepada kos menjalankan perniagaan sebanyak 50 basis point. Ini meningkatkan kos pinjaman, dan ia menyebabkan juga aliran modal kerana sentimen pelabur yang lemah sebanyak USD6 ke USD8 bilion telah mengalir keluar pada negara kita, dan ini mengurangkan pelaburan baharu.

Persoalannya, bagaimana kita hendak mengatasinya? Mengapa kita tidak mampu meningkatkan kembali penarafan kita kepada A1 ataupun A+? Bilakah FRA akan

final • 1:11 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

dikuatkuasakan, dan bilakah kerajaan hendak membentangkan Procurement Act di Dewan Rakyat bagi memastikan pematuhan tata kelola dapat ditambah baik.

Tuan Yang di-Pertua, hasil negara berdaya mampan. Saya menyokong 34 langkah cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan walaupun bagi saya, memperkenalkan GST adalah langkah yang terbaik. Amalan ini telah dilaksanakan oleh 160 buah negara di dunia. Namun, saya agak menyokong jika ketika ini kerajaan pertimbangkan ia belum sampai masanya lagi kerana masih ada kaedah yang lain untuk menambah hasil negara.

Saya sedar bahawa RM1 hasil negara, lebih 95 sen telah mempunyai komitmen untuk dibelanjakan seperti emolumen pencen, subsidi, bayaran khidmat hutang dan sebagainya dalam tanggungan.

Saya menyokong langkah kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar.

Subsidi bersasar adalah satu langkah yang dominan ketika mengimbangi jumlah kutipan hasil yang tidak setara dengan negara-negara OECD dan perbelanjaan yang mengembang- expansionary expenditure, dalam menyerap hentakan dan kejutan external sector.

final • 1:11 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Puan Yang di-Pertua, sebagai negara perdagangan (trading country), kita sentiasa terdedah kepada external exposure. US dan China adalah destinasi perdagangan terbesar Malaysia. Ekonomi kita amat sensitif dengan sebarang perubahan kepada pertumbuhan ekonomi US dan China. Kajian yang dibuat oleh World Bank, perubahan satu percentage point in US growth, impaknya perubahan 0.82 peratus kepada Malaysia GDP Growth manakala perubahan satu percentage point in China growth, impaknya 0.45 peratus kepada Malaysia GDP Growth.

Tahun 2024, kerajaan menyasarkan peruntukan subsidi dan bantuan sosial sebanyak RM52.8 bilion. Tahun 2023, tahun ini RM64.2 bilion dan saya lihat ada penurunan lebih kurang RM11.4 bilion iaitu 17.8 peratus. Saya kira subsidi yang dibuat secara bersasar ini adalah satu langkah yang dominan dan sekiranya kita dapat lakukan secara lebih efisien, kita dapat menjimatkan wang negara.

Saya ambil contoh Puan Yang di-Pertua, subsidi elektrik tidak bersasar telah meningkatkan ketirisan kepada golongan tinggi penggunaan. Jumlah subsidi pada tahun 2023 telah dimaklumkan oleh kerajaan penggunaan sebanyak RM14.9 bilion. Namun, subsidi yang dinikmati oleh peniaga bukan PKS yang melibatkan 100,000 akaun syarikat perniagaan bukan PKS telah menikmati lebih kurang 43 peratus daripada RM14.9 bilion iaitu lebih kurang RM6.5 bilion.

Apabila kerajaan melakukan secara bersasar melalui pelaksanaan subsidi ICPT, kita dapat kurangkan subsidi dan perniagaan bukan PKS masih menerima subsidi tapi pada jumlah hanya RM2.3 bilion. Kita jimatkan RM4.2 bilion. Penjimatan ini boleh disalurkan kepada perbelanjaan yang boleh merangsang ekonomi yang lebih efektif.

Tata kelola pengurusan GLC dan GLIC. Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyinggung agar pengurusan GLC dan GLIC mesti memahami konsep penubuhan GLC dan GLIC sebagai kemapanan penggerak ekonomi Malaysia. Mereka harus melakukan pengurusan strategik menembusi pasaran dalam negara. Mereka juga perlu melaporkan khusus kecekapan pengurusan GLC dan GLIC.

Saya mencadangkan supaya annual report oleh GLC dan GLIC dapat dibentangkan di Dewan Rakyat agar semak dan imbang dapat kita lakukan di sini kerana kita juga perlu memastikan penerapan kawal selia peringkat antarabangsa bagi membuka prospek ekonomi. Kajian pengurusan strategik dan pengurusan pemusatan kawalan selia juga mesti kita lakukan. Kerana apa? Kita nak memastikan kita mempunyai portfolio yang lebih baik di Bursa Saham.

Puan Yang di-Pertua, kita hari ini hadapi masalah dari segi equity market.

Portfolio investment sedang mengalami ketidaktentuan dan kita sudah kehilangan lebih kurang 450 indeks. Perkara yang penting untuk kita nilai semula adalah bagaimana main companies yang diletakkan dalam bursa seperti Maybank, seperti PETRONAS, seperti Khazanah, adakah mereka betul-betul merupakan true private sector dan adakah mereka

final • 1:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

menggunakan new economy stock, bukan lagi berasaskan kepada old economy stock seperti plantations, bank, telco yang akhirnya syarikat-syarikat yang sunset inilah yang dominated dalam largest listed firm in bursa dan akhirnya ialah yang menyebabkan tidak ada daya tarikan yang dibuat oleh pelabur-pelabur di luar negara.

Puan Yang di-Pertua, saya harap sangat supaya kita sentiasa memikirkan tentang masa depan. Apabila kita bercakap tentang ringgit performance, kita juga kita memahami bagaimana penentuan nilai ringgit ini bukan hanya ditentukan dari segi kenaikan harga minyak ataupun differential interest di antara US dan Malaysia sepertimana yang disebutkan pagi tadi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan.

Saya mengharapkan sangat supaya Kementerian Kewangan juga menambah baik nilai IIP (International Investment Position) yang kadang-kadang kita terlupa untuk memberi penekanan terhadap penunjuk the indicator economy ini kerana ini sebenarnya memberi gambaran kepada pelabur sama ada negara kita ini berada sebagai creditor nation ataupun debtor nation. Dahulu negara kita berada dalam creditor nation tapi slightly sekarang ni Puan Yang di-Pertua, kita sudah berada dalam debtor nation.

Untuk meningkatkan IIP ini, kita mesti mempunyai pegangan financial asset di luar negara berbanding foreigns memegang financial asset dalam negara kita. Jadi, saya perlukan penjelasan daripada pihak kerajaan bagaimana untuk meningkatkan kadar International Investment Position kerana Puan Yang di-Pertua, nisbah dia kalau kita naikkan satu peratus, kenaikan IIP (International Investment Position) bermakna nilai ringgit akan berlaku kenaikan sebanyak 0.8 peratus.

Puan Yang di-Pertua, saya harap sangat supaya nilai ringgit ini kita jadikan sebagai nilai yang bersama kerana apa, kalau kita lihat pada tahun 2020, 2 Mac 2020, kita berada pada RM4.17, kemudian pada 16 Mac dia meningkat RM4.39. Pada Disember 2020, dia menurun RM4.02 sen. Pada 23 Ogos 2021, dia kembali kepada RM4.19. Pada Oktober 2022, dia meningkat RM4.75, jumlah ringgit kita RM4.75 dan kemudian kita lihat pada Januari 2023, dia turun RM4.24 dan hari ini RM4.78. Apa yang saya cuba maksudkan Puan Yang di-Pertua, adalah nilai ringgit ini kerana kita ini negara perdagangan. Kita terdedah kepada external sector dan sudah pasti external sector ini salah satunya adalah bagaimana kita nak meningkatkan IMP.

Kalau kita dapat juga meramalkan apa yang sedang berlaku di negara sekitar kita, Puan Yang di-Pertua, yang terakhirnya saya nak minta kerajaan untuk bagi penjelasan bagaimana persediaan pihak kerajaan apabila Kerajaan Thailand melaksanakan sebuah projek yang kita panggil sebagai land bridge untuk menghubungkan di antara Gulf of Thailand Sea dengan Andaman Sea. Land bridge tersebut panjangnya, Puan Yang di-Pertua 90 kilometer menggabungkan dua port, Ranong Port dan Chumphon Port.

Kita ada Puan Yang di-Pertua, menghubungkan Pelabuhan Kuantan dengan Pelabuhan Klang yang pastinya jaraknya 700 kilometer. Investment yang kita buat RM45 bilion, USD4.5 bilion. Tetapi apa yang saya cuba sampaikan Puan Yang di-Pertua, mereka memulakan projek ini pada tahun 2025 dan sudah pasti, negara-negara seperti India untuk membawa barang-barang sebelah ke China, ia akan menyebabkan Port Klang dan Port PTP kita akan hilang daya tarikan sekiranya pada tahun 2030, nilai TEU yang beroperasi di antara dua port ini ialah 10 juta TEU akan meningkat sehingga 40 juta TEU pada 10 tahun berikutnya.

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 1:20 PM

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Kalau kita tidak bersiap sedia Puan Yang di-Pertua, sudah pasti jumlah pinjaman yang kita buat untuk membina ECRL ini, kita juga akan mempunyai bebanan contingent liability yang kita perlu bayar pada masa hadapan kerana projek tersebut tidak memberi jumlah keuntungan sepertimana yang kita rancang pada kali ini. Saya fikir Puan Yang di-Pertua, perkara ini harus kita ambil kira seperti mana pembangunan di Nusantara, kerajaan juga perlu mengambil kira kerana ini juga akan membebankan negara pada masa yang akan datang. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Saya jemput Yang Berhormat Jeli.

final • 1:20 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pertamanya, Jeli ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun yang telah membentangkan Belanjawan 2024 dan meneliti dan memperhalusi keseluruhan inti pati bajet tersebut, sebagai pembangkang yang ber- credible, berprinsip dan berorientasikan kepentingan rakyat.

final • 1:29 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Jeli di sini mengambil sikap dan berpendirian, “Mana yang baik dan bermanfaat untuk rakyat, Jeli menyokong. Mana yang tidak baik dan mudarat untuk rakyat, Jeli tidak akan menyokong dan kerajaan harus memperbaikinya”.

Pertama kalinya dalam sejarah pentadbiran negara, ayat keterjaminan makanan diletakkan di bawah nama kementerian. Ini membuktikan betapa penting dan vital isu keterjaminan makanan dan harus kerajaan menangani. Persoalannya dengan adanya kementerian ini, apakah kini rakyat dan negara sudah berasa lega dan tidak risau lagi tentang keterjaminan makanan. Suka atau tidak, kita harus menerima hakikat bahawa hari ini ketidakjaminan makanan memang berlaku dan tidak boleh disangka lagi. Kata P.Ramlee, “Ini bukan lagi cubaan. Ini betul-betul”.

Yang di-Pertua, semua sedia maklum tentang isu kekurangan beras tempatan dalam pasaran dan kalau adapun harga pula melambung tinggi. Di pasaran raya pula atau di kedai runcit adalah sukar untuk mendapat gula kasar yang bersubsidi, yang ada hanyalah gula premium yang harganya hampir RM5 per kilogram. Rakyat seolah-olah dipaksa untuk membeli gula premium yang lebih mahal untuk mendapatkan gula kasar yang bersubsidi. Sekiranya trend ini tidak dinoktahkan, banyak industri makanan dan minuman yang berasaskan gula akan terjejas.

Permasalahan ini tidak terhenti di situ. Ianya akan berantai dan akhirnya dengan izin, “at the bottom of it”, rakyat marhaenlah yang akan menanggung beban. Jeli ingin melontarkan pertanyaan, apakah solusi kerajaan, terutamanya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam menyelesaikan isu ini. Rakyat tertunggu-tunggu tindakan pantas dan proaktif kerajaan dalam menangani isu ini dan rakyat ingin lihat Menteri berkenaan segera tampil dengan satu pelan yang komprehensif agar ianya tidak menjadi seperti kata Ketua Pembangkang, YB Larut, “Ada Menteri serupa tiada”.

Jeli melihat kemelut ini adalah kerana negara terlalu bergantung kepada makanan yang diimport. Kebergantungan negara terhadap makanan import adalah tinggi dengan yang diimport sudah mencecah sehingga RM62 bilion setahun. Ini akan secara tidak langsung memberi tekanan kenaikan harga kepada makanan-makanan yang lain dan lebih parah lagi dengan kejatuhan nilai mata wang ringgit kita sekarang ini.

Jeli dengan rendah diri mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, kerajaan perlu membuat persediaan dari sekarang untuk satu jangka masa pendek dan masa jangka panjang bagi negara agar tidak terlalu bergantung kepada pengimportan makanan untuk menyelesaikan masalah ketidakcukupan makanan. Kita perlu sedar, apabila sesebuah negara pengeksport mengubah polisi akibat faktor pengeluaran, krisis mata wang, krisis iklim, wabak penyakit atau peperangan, keterjaminan makanan dalam negara akan terjejas teruk dan ini sudah tentu memberi mudarat besar kepada rakyat dan negara.

Tuan Yang di-Pertua, Jeli ingin menyingkap kembali kepada sejarah Dasar Pertanian Negara di era tahun 70-an dulu. Perdana Menteri pada masa itu, Allahyarham Tun Razak pada 20 Disember 1974 telah memperkenalkan dan meluncurkan pelan pertanian melalui rancangan Buku Hijau atas ikhtiarnya untuk memastikan jaminan bekalan makanan pada masa itu. Ini kerana pada masa itu dunia berhadapan dengan peperangan Arab-Israel.

final • 1:30 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Pada masa ini dunia bergantung pada eksport minyak di negara Arab, inflasi dan penganggurannya meningkat dan kesannya boleh dirasai oleh negara pada masa itu sehingga tercetusnya peristiwa Demonstrasi Baling yang Jeli percaya Yang Amat Berhormat Tambun maklum dan lebih arif daripada kita yang ada di sini.

Rancangan Buku Hijau itu mempunyai objektif iaitu memaksimumkan pembangunan tanah secara menyeluruh, menggalakkan aktiviti tanaman jangka pendek, perkebunan, ternakan ayam dan itik serta ternakan ikan air tawar. Peningkatan makanan, keluaran makanan boleh dicapai dengan menyalurkan terus bantuan seperti benih padi, ternakan, sayuran dan sebagainya. Penanaman boleh dibuat secara konsep backyard farming, community farming dan kitchen garden. Meskipun dalam Rancangan Buku Hijau ini telah hampir 49 tahun yang lalu, apalah salahnya mana yang baik dan bermanfaat di sini, kerajaan mengambil iktibar dan panduan asas untuk kita mulakan rancangan kita mengikut acuan terkini kita. Dalam hal ini, FAMA, Lembaga Pertubuhan Peladang, RISDA, FELCRA boleh memainkan peranan secara proaktif. Rakyat begitu skeptikal dengan kerajaan dalam belanjawan kali ini yang menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada lapan peratus ke timbang enam peratus sebelum ini.

Meskipun kenaikan ini diuar-uarkan tidak akan membebani rakyat, lantaran ianya tidak melibatkan perkhidmatan makanan, minuman dan telekomunikasi, Jeli ingin menyoal dan inginkan penjelasan kerajaan, apakah langkah ini tidak akan menyumbang kepada kenaikan harga barang keseluruhannya?

Tuan Yang di-Pertua, rakyat juga ingin tahu dan mohon penjelasan kerajaan, berapakah penjimatan akan diperolehi oleh kerajaan melalui langkah-langkah ke arah subsidi bersasar seperti pengapungan, harga kawalan telur dan ayam, caj bil elektrik, subsidi berdiesel. Jeli juga mahu ketulusan kerajaan menyatakan, apakah mekanisme kerajaan dalam memastikan yang ianya benar-benar bersasar. Jeli bimbang jika isu ini tidak ditangani secara telus dan baik, subsidi bersasar akan menjadi subsidi tersasar.

Jangan kerana ghairah nak tembak gajah, pelanduk yang kena.

Pada tahun 2019, industri pelancongan telah menyumbang sebanyak RM86.14 bilion kepada keluaran negara kasar dengan jumlah pelancong antarabangsa yang mencapai 26.1 orang. Melihat kepada ucapan Yang Amat Berhormat Tambun dalam menjadikan pelancongan sebagai antara lonjakan utama dalam pertumbuhan ekonomi dengan meletakkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2026, dengan sasaran ketibaan 26.1 juta pelancong. Saya menyokong apa yang diterjemahkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun memperuntukkan hampir RM470 juta bagi merancakkan kembali sektor pelancongan, terutamanya Kempen Melawat Malaysia.

Sementara Jeli berharap kerajaan akan lebih fokus kepada sektor pelancongan domestik dengan memberi galakan spot, spot pelancongan diberi inisiatif agar ianya pulih dan hidup kembali. Setiap negeri mempunyai daya tarikan keunikannya tersendiri dalam kepelbagaian adat resam, kesenian dan budaya, dialek harian, muzik, kraf tangan, makanan dan banyak lagi.

Misalnya di Kota Bharu, sebut sahaja Pasar Siti Khadijah, tergambar lah kepada kita di Kelantan, Pasar Siti Khadijah diistilahkan sebagai tempat syurga membeli-belah.

Serba-serbi ada di situ. Sebut sahaja makanan, nasi kerabu, nasi berlauk, ayam kampung, ayam bandar, itik serati, nasi dagang, nasi tumpang dan nasi kapit. Laksa, laksam, pelbagai kuih-muih, akok, apom, tahi itik, jala emas, kepit hidung dan buah kekacang.

Untuk Pasar Siti Khadijah ini dan pasar-pasar awam yang lain, terutamanya di bandar Jeli, saya memohon kerajaan dapat mempertimbangkan sejumlah peruntukan untuk memperelok dan menaik taraf agar ianya lebih selesa kepada pengunjung, lebih- lebih lagi pada peniaga di situ.

Selain daripada itu Jeli, Kelantan juga kaya dengan keindahan alam semula jadi.

Gunung, kita ada Gunung Reng di Jeli dan Gunung Stong di Dabong. Terdapat beberapa buah pantai yang cantik dan bersih seperti Pantai Geting, Pantai Senok, Pantai Irama, Pantai Melawi. Sungai yang mengalir jernih seperti Lata Janggut, Lata Renyuk, Lata Kashmir, Lata Telaga Bijih di Jeli. Maka sewajarnya, MOTAC menumpukan spot, spot ini

final • 1:30 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

untuk meningkatkan industri pelancongan dan sekali gus merancakkan kegiatan ekonomi setempat.

Ke arah itu kerajaan dimohon supaya memperbaiki kualiti perkhidmatan pelancongan, meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti jalan masuk tandas awam, musolla dan gerai-gerai jualan, memperkukuhkan kerjasama di antara Persekutuan dan negeri dalam meningkatkan industri ini, mengembangkan strategi pemasaran dan promosi yang lebih efektif.

Di bumi Kelantan jugalah terpancar dan terserlah kesepaduan yang jitu di antara rakyat pelbagai etnik. Kalau kita melihat rakyat Kelantan, payah kita nak bezakan di antara mereka adakah mereka itu Melayu ataupun Tionghoa kalau dilihat dari segi dialek percakapan dan pemakaian di antara mereka. Ada di antara mereka, terutamanya kaum Tionghoa di Kelantan, mahu mereka lebih dikenali dalam nama-nama Melayu walaupun mereka Tionghoa.

final • 1:30 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Contohnya ialah seorang gadis Tionghoa yang bernama Wee Yun Nee yang popular di TikTok dengan pengikutnya hampir satu juta orang lebih rela hendak namanya dipanggil sebagai “Mek Yun.” Rakan sekolah saya dahulu yang bernama Chua, minta dipanggil nama “Cik Ali.” Ada satu kedai runcit di tempat saya, di mana pak cik ini berbangsa Tionghoa menamakan kedainya ialah “Kedai Runcit Cik Awang.” Ada juga yang baiki basikal daripada keturunan Hui lebih suka kedai basikalnya dinamakan “Kedai Basikal Dollah.” Di bidang kebudayaan, Kelantan mempunyai beberapa aktivis daripadanya bukan berketurunan Melayu. Antaranya Eyo Hock Seng yang suka dipanggil dengan nama Melayu sebagai “Pak Cu Teck Inn” Yang tinggal menetap di Kampung Pasir Parit Chetok, Pasir Mas. Pak Cu ini boleh menjadi tok dalang wayang kulit, tukang karut dan tok juara dikir barat.

Seorang lagi Kang Boon Ann yang lebih mahu dikenali sebagai “Che Ann” merupakan tok dalang wayang kulit, dan mahir mengukir dan membuat patung watak wayang kulit, menubuhkan Persatuan Wayang Kulit dinamakan Sri Cindayu. “Cindayu” ini ialah singkatan daripada ‘Cina, Melayu dan India’ di mana dalam persatuan ini ia dikendalikan oleh ketiga kaum termasuk juga kaum Siam.

Demikianlah Yang di-Pertua, peri hebatnya penyatuan kami di Kelantan, dan mohon kerajaan melalui Kementerian Perpaduan mengambil maklum fakta ini dan kalau boleh ambillah nama-nama yang disebutkan tadi sebagai Ikon Perpaduan Nasional.

Jeli berterima kasih kepada Tambun kerana mengumumkan RM10 juta bagi membantu dan mengurangkan beban kerugian yang ditanggung oleh rakyat yang terlibat dengan konflik binatang liar. Namun Jeli melihat peruntukan ini datang setelah bencana berlaku. Alangkah moleknya jika kerajaan memperuntukkan juga sejumlah wang untuk menghalang, dan meredakan dari bencana ini berlaku umpamanya memasang pagar elektrik di kawasan-kawasan yang selalu terjadi sasaran konflik itu.

Tuan Yang di-Pertua, jalan berlubang. Rakyat Jeli dan seluruh rakyat Malaysia, saya yakin cukup seronok dan bergembira apabila Yang Amat Berhormat Tambun umumkan bahawa akan ada tindakan segera. Bukan dua bulan, bukan dua minggu, bukan dua hari tetapi dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima, jalan-jalan berlubang seluruh negara akan diperbaik.

Tuan Yang di-Pertua, di Jeli, jalan-jalan yang perlu diselenggara serta jalan-jalan yang berlubang cukup banyak. Sekadar yang saya sebutkan di sini seperti Jalan Batu Gajah, Lawang, Air Chanal dan Legeh, Jalan Bandar Jeli Kuala Balah, Jalan Kampung Gunung, Batu Melintang dan Kampung Pendok. Jeli juga menghargai respons kerajaan terhadap suara kami iaitu suara Jeli, dan sahabat saya Gerik yang berterusan membangkitkan isu Jalan Timur Barat ini. Namun, ia perlu diubah, ditambah baik lagi dengan dipasang lampu-lampu di tempat selekoh-selekoh yang berbahaya.

ICQS, di Jeli kita ada satu ICQS di Jalan Bukit Bunga, dan isu yang masih tertunggak ialah kenapa sampai sekarang isu had muatan atas jambatan dan jalan tuju

final • 1:40 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

tidak dapat diselesaikan sehingga kini? Jeli juga ingin mengetahui dan mohon penjelasan kerajaan tentang Projek Membina Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Balah yang telah diluluskan dalam RMKe-12, dan tapak sudah sedia, sampai sekarang belum lagi dibina.

Oleh sebab masa tidak mencukupi, Jeli ingin merumuskan. Belanjawan ini ialah belanjawan yang terbesar setakat ini iaitu sebanyak RM393 bilion, dengan peruntukan pembangunan sebanyak RM90 bilion. Dengan peruntukan sebanyak ini, Jeli berharap agar setiap sen yang dibelanja ini akan sampai, dan akan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. Jangan lupa, perbelanjaan mestilah dengan tata kelola dan tadbir urus yang baik demi memuaskan semua.

Kami di barisan pembangkang ini, meskipun tanpa sesen peruntukan atas nama Ahli Parlimen, kami akan tetap istiqamah berkhidmat untuk rakyat...

[Tepuk] Cubaan untuk mendera kami tidak sedikit melemahkan kami untuk berhadapan dengan rakyat kerana kami yakin rakyat bersama dengan kami dan kami yakin rakyat akan faham tentang masalah ini. Kerajaan boleh lakukan apa sahaja untuk mendera kami, dan selagi rakyat bersama kami, walau seinci kami tidak akan berganjak daripada perjuangan ini.

*Anak lebah bergayut-gayut, jatuh ke pulau terlayang-layang; Sedangkan bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang...

[Tepuk]* Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Saya jemput Yang Berhormat Betong.

final • 1:40 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Salam perpaduan. Pada petang ini saya akan mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Perbekalan 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada 13 Oktober yang lepas.

Belanjawan Madani bagi tahun 2024 ini adalah sebagai kesinambungan dasar yang menelusuri kerangka Ekonomi Madani yang mempunyai 12 ikhtiar di bawah tiga tumpuan utama iaitu:

(i) tata kelola yang baik demi ketangkasan perkhidmatan;

(ii) penstrukturan semula ekonomi bagi melonjak pertumbuhan; dan

(iii) peningkatan darjat hidup rakyat.

Betong melihat Belanjawan 2024 ini sebagai medan baharu ke hadapan dan pada waktu yang sama untuk menyelesaikan himpitan kos sara hidup untuk kelangsungan hidup seharian rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara 2022 di mana Kerajaan Persekutuan terus berada dalam kedudukan defisit iaitu berjumlah RM99.482 bilion dengan nisbah defisit kepada KDNK sebanyak 56 peratus.

Manakala hutang Persekutuan meningkat sebanyak RM99.777 bilion atau 10.2 peratus kepada RM1.08 trilion berbanding tahun 2021 yang berjumlah RM979.814 bilion dan nisbah hutang Persekutuan kepada KDNK sebanyak 60.3 peratus.

Timbalan Yang di-Pertua, persoalannya ialah, apakah langkah-langkah dan usaha oleh kerajaan untuk memastikan semua peringkat pusat, tanggungjawab dan jabatan untuk mempertingkatkan disiplin perbelanjaan mengurus, memperkasakan usaha perjalanan hasil dan pemantauan komitmen terhadap bayaran balik pinjaman? Ini penting bagi membolehkan segala lebihan hasil dapat dipertingkatkan untuk membiayai perbelanjaan pembangunan dan mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman baharu.

final • 1:45 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Apakah usaha kerajaan bagi menjamin segala tadbir urus dipertingkatkan dalam menguruskan perbelanjaan awam selain mempergiatkan usaha ke arah keberkesanan pengurusan perbelanjaan? Apakah tindakan oleh kerajaan untuk menambah baik segala pengurusan hutang awam dari segi kemampuan keberhutangan, dan kemapanan hutang termasuk pengurusan jaminan kerajaan? Ini amat penting juga bagi mengurangkan risiko fiskal terutamanya dalam situasi ketidaktentuan pada masa hadapan.

Maka, harapan Betong agar Belanjawan 2024 dapat dilaksanakan sebaik-baiknya bagi mengangkat darjat rakyat untuk menikmati kehidupan yang berkualiti terutamanya masyarakat di luar bandar yang terlibat dengan sektor pertanian, komoditi dan juga perusahaan mikro, kecil dan sederhana iaitu PMKS.

Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya dalam masa yang amat singkat ini saya akan membangkitkan beberapa isu. Pertamanya, saya mula dengan pendidikan. Betong menyambut baik agihan belanjawan untuk Kementerian Pendidikan, khususnya dengan peruntukan RM58.7 bilion berbanding RM55.2 bilion tahun 2023 di mana sejumlah RM1.9 bilion disediakan untuk menaik taraf dan menyelenggara sekolah-sekolah di seluruh negara.

Betong ingin bertanya, mengapakah tidak ada pecahan peruntukan untuk sekolah-sekolah daif sama ada untuk gantian penuh atau menaik taraf? Mohon pencerahan daripada Menteri. Berkaitan dengan dana sekolah daif di Sarawak sebanyak RM1 bilion matching grant dari kerajaan Sarawak, dan Betong ingin minta penjelasan tentang status RM1 bilion daripada Kerajaan Pusat. Mengenai bina baharu sekolah daif di Sarawak, Betong ingin bertanya, kenapakah skop projek di sesetengah sekolah tidak termasuk komponen untuk perabot seperti kerusi dan meja untuk murid-murid sekolah?

Seterusnya, isu kekurangan guru. Betong juga senada dengan rakan saya Igan di mana masalah yang sama juga berlaku di Betong. Bagi sekolah rendah di Betong mengikut data pada 30 September 2023, sebanyak 115 kekosongan manakala 834 telah diisi. Mengikut maklumat terkini, Sarawak mengalami kekurangan dalam lebih 3,000 guru.

final • 1:45 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Kekurangan guru ini akan menyebabkan pertambahan waktu mengajar guru sedia ada di sekolah berkenaan. Di samping itu, akan ada beban tambahan apabila waktu mengajar akan menambahkan waktu sedia ada guru apabila terdapat guru yang menjalankan tugas rasmi di luar sekolah, cuti rehat khas dan sebagainya. Maka, untuk mengatasi masalah ini dalam jangka masa yang terdekat, Betong mencadangkan dan menggesa kementerian menambah bilangan pengambilan guru sementara ataupun contract of service secara one-off dengan izin memandangkan bekalan guru keluaran IPG tidak dapat menampung keperluan sedia ada.

Cadangan kedua ialah kementerian menambah peruntukan bagi membolehkan lebih ramai Personel MySTEP ataupun guru ganti diambil bagi mengisi keperluan di sekolah. Untuk jangka masa panjang pula, Betong menyokong saranan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak agar maktab dan universiti di Sarawak harus dibenar menawarkan kursus perguruan untuk melatih guru dari kalangan anak tempatan dan iktiraf oleh KPM. Sekali gus dapat mengatasi segala masalah kekurangan guru di Sarawak.

Melihat keperluan untuk ramai graduan dalam bidang STEM dalam industri dan ekonomi baru berasaskan digital dan tenaga hijau, maka penurunan minat terhadap sains dan matematik amat membimbangkan. Oleh itu, apakah KPM sudah mempunyai kerangka pendekatan baharu dan langkah proaktif bagi menarik minat pelajar terhadap STEM?

Bagi perspektif Sarawak di bawah Perjanjian MA63, Betong minta disegerakan penyerahan kuasa autonomi dalam bidang pendidikan kepada Sarawak. Ini penting bagi membolehkan Sarawak mempunyai kuasa sendiri untuk merancang keperluan pendidikan seperti menyediakan sekolah-sekolah di luar bandar, dilengkapkan dengan segala makmal sains dan melatih lebih ramai lagi guru dalam subjek STEM.

Isu seterusnya ialah mengenai dana pembangunan kepada sekolah yang mana sumber dana adalah daripada pihak selain daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

final • 1:50 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Merujuk kepada seksyen 83 Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang memperuntukkan seksyen 86 di mana perubahan berkenaan dengan premis institusi pendidikan. Perkara tersebut perlu mohon kebenaran daripada ketua pendaftar iaitu Ketua Pengarah KPM sebelum boleh digunakan di sekolah.

Tuan Yang di-Pertua, proses ini kadang-kadang mengambil masa yang lama sama ada melibatkan permohonan bina baharu atau tukar fungsi bangunan dan ruang.

Oleh itu, Betong ingin mencadangkan agar kelulusan bagi perkara-perkara merujuk seksyen 86 ini dapat dilakukan oleh Pengarah Pendidikan Negeri sekiranya Pegawai Pendidikan diarahkan tidak layak untuk memberikan kelulusan.

Seterusnya, saya juga ingin menyentuh peruntukan dari Bahagian Pengurusan Aset KPM kepada Sekolah-sekolah Bantuan Kerajaan. Bagi perkara ini, skop yang dibenarkan hanya untuk kerja baik pulih, selenggara dan ubah suai naik taraf. Apa yang berlaku di lapangan bahawa terdapat bangunan-bangunan di Sekolah-sekolah Bantuan Kerajaan terutama di luar bandar Sarawak tidak lagi economic untuk dibaik pulih, diselenggara, atau ubah suai naik taraf tanpa mengubah struktur asal bangunan.

Maka oleh itu, Betong ingin mencadangkan agar skop untuk penggunaan sumbangan bantuan kepada Sekolah-sekolah Bantuan Kerajaan ini ditambah kepada gantian atau bina baharu bagi membantu sekolah-sekolah ini menambah baik infrastruktur mereka.

Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya mengenai perkhidmatan kesihatan. Betong menyambut baik belanjawan yang besar yang telah diumumkan. Betong mengharapkan segala strategi reformasi kesihatan yang digariskan dalam Kertas Putih Kesihatan yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada bulan Jun yang lalu dapat dilaksanakan sebaik-baiknya.

Daripada pengalaman Malaysia mengharungi krisis pandemik COVID-19 dua tahun lalu, kerajaan mesti melihat keperluan yang amat mendesak untuk menambah baik segala sistem kesihatan awam terutamanya menaik taraf peralatan perubatan yang telah usang dan keperluan untuk melatih lebih ramai lagi pakar-pakar kesihatan dalam negara.

Oleh itu, sudah tiba masanya kerajaan melabur atau invest dalam sistem kesihatan negara kita dan bukan menunggu pandemik yang baru melanda negara.

Ini bagi membetulkan keadaan perkhidmatan kesihatan negara yang kekurangan dana, kekurangan kakitangan, staf overworked, facilities overstretched, over congested dengan izin. Maka, bagi kami di luar bandar, berapa lama lagi kah kami harus menunggu untuk menikmati kemudahan kesihatan yang baik setaraf dengan orang di bandar? Maka, dengan peningkatan kualiti hidup rakyat dan pertambahan penduduk maka perkhidmatan kesihatan yang moden mesti disediakan bersama. Maka oleh itu, Betong sekali lagi ingin membangkitkan isu perkhidmatan kesihatan di Betong.

Satu-satunya hospital di Betong yang bertaraf hospital daerah tanpa doktor pakar dan peralatan diagnostik yang moden dan canggih. Setiap kali saya bangkitkan perkara ini, jawapan daripada KKM menyatakan bahawa kadar penggunaan katil 50 peratus ataupun BOR yang rendah. Itu sahaja alasan dia. Maka, bagi pihak rakyat saya merayu agar kerajaan mengambil perkara ini dengan serius dan mempertimbangkan dengan segera-segeranya untuk Hospital Betong dinaiktarafkan kepada Hospital Pakar Minor.

Kalaulah tidak ada peruntukan untuk bina baharu atau naik taraf bangunan, tolonglah sediakan segala peralatan perubatan yang moden dan canggih serta penambahan doktor yang berpengalaman dan doktor pakar.

Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya beralih kepada sektor perladangan dan komoditi. Setakat Jun 2023, sektor agrikomoditi telah menyumbang RM38 bilion atau sekadar lima peratus kepada KDNK dan RM77.4 bilion atau 11 peratus kepada eksport negara. Pencapaian membanggakan ini tetap tidak terlepas daripada pelbagai tentangan dan kemeruapan ekonomi global.

Ini termasuklah kesan pelaksanaan non-tariff barrier oleh negara pengimport seperti European Union Deforestation-Free Regulation (EUDR), isu kebergantungan tenaga asing dan adaptasi teknologi moden. Timbalan Yang di-Pertua, pertamanya saya

final • 1:50 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

ingin membangkitkan isu mengenai EUDR ini yang ada implikasi dan kaitan terhadap pembangunan tanah adat (NCR) di Sarawak.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, cutoff date untuk mana-mana pembukaan tanah baharu untuk aktiviti pertanian yang dikategorikan sebagai deforested area oleh pihak persatuan Eropah iaitu pada 31 Disember 2020. Ini bermakna, produk pertanian yang diusahakan di tanah pertanian yang dibangunkan selepas 31 Disember 2020 untuk dieksport ke negara-negara EU adalah tertakluk di bawah peraturan EUDR ini. Perkara- perkara ini sesungguhnya telah menimbulkan kebimbangan terhadap usaha untuk membangunkan tanah NCR di Sarawak terutamanya bagi penanaman kelapa sawit, koko, kopi, kayu, getah dan ternakan ruminan.

Pelaksanaan peraturan produk bebas, penebangan hutan kesatuan Eropah EUDR ini juga telah membantutkan hasrat kerajaan Sarawak untuk membantu masyarakat di luar bandar bagi membangunkan tanah NCR dengan pelbagai aktiviti ekonomi yang dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

Di samping itu, pelaksanaan peraturan yang dikenakan oleh EU ini juga seolah- olah menidakkan hak pemilik tanah NCR untuk memajukan tanah mereka. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, dianggarkan lebih kurang 1.5 juta hektar tanah keluasan tanah di Sarawak telah dikenal pasti sebagai tanah NCR di mana lebih kurang 765 hektar telah dimajukan dengan pelbagai aktiviti pembangunan pertanian.

Timbalan Yang di-Pertua, oleh yang demikian dan demi masa depan masyarakat Bumiputera di Sarawak, Betong menyampaikan harapan Kerajaan Sarawak agar Kerajaan Persekutuan terutamanya Kementerian Perladangan dan Komoditi Malaysia dapat menyampaikan rayuan kepada Kesatuan Eropah agar pelaksanaan EDUR ini dikecualikan di atas tanah NCR bagi membolehkan para pemilik tanah NCR di Sarawak dapat membangunkan tanah mereka.

Timbalan Yang di-Pertua, Betong menyambut baik inisiatif kerajaan yang akan menyediakan Insentif Program Tanam Semula Sawit dan peruntukkan RM100 juta.

Insentif ini akan ditawarkan secara geran dan pinjaman kepada 7,000 pekebun kecil sawit persendirian. Walau bagaimanapun, saya tidak melihat agihan belanja untuk program tanam baru sawit kebun kecil. Oleh itu, Betong minta kerajaan mempertimbangkan program yang amat popular ini yang telah diperkenalkan lebih 10 tahun yang lalu bagi membantu pekebun kecil sawit di luar bandar.

Seterusnya bagi komoditi getah, kerajaan bersetuju untuk menaikkan paras harga pengaktifan IPG kepada RM3 sekilogram dengan peruntukan RM400 juta. Betong berterima kasih dan menyambut baik agihan belanja ini bagi menaikkan IPG. Mudah- mudahan ianya akan menarik minat pekebun kecil untuk menoreh getah mereka memandangkan banyak pekebun-pekebun getah yang tidak ditoreh. Persoalannya ialah, apakah mekanisme yang efektif supaya IPG ini nanti dapat dituntut dengan segera dan mudah oleh pekebun kecil?Bagi menentukan pembangunan industri hiliran getah dapat dibangunkan di Sarawak, Betong juga mohon kerajaan mempertimbangkan pembangunan fasiliti untuk latex concentrate di Sarawak.

Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya beralih kepada keterjaminan makanan.

Gangguan rantaian bekalan makanan global telah memberi impak langsung kepada pasaran barangan asas tempatan. Kenaikan harga beras yang tidak hanya berlaku di Malaysia disebabkan oleh keputusan 19 negara yang mengehadkan eksport beras untuk kegunaan sendiri.

Apakah usaha dan langkah kerajaan bagi meredakan kebimbangan rakyat berhubung kenaikan harga beras putih import dan peningkatan permintaan beras putih tempatan? Apakah program dan inisiatif kerajaan untuk terus menghebatkan usaha menjamin kelangsungan industri agromakanan negara yang lebih mandiri?

final • 1:50 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menyatukan petak-petak sawah kecil, memastikan infrastruktur pengairan dan saliran yang mencukupi serta memperkenalkan variety baharu yang berhasil tinggi dan subsidi berasaskan prestasi?

final • 2:00 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Adakah kerajaan mempunyai satu model pengeluaran padi yang merangkumi sistem infrastruktur saliran moden, pengeluaran benih berhasil tinggi, dana dan sistem tanaman padi yang boleh dilaksanakan di kawasan baharu di Sabah dan Sarawak?

Akhirnya, matlamat kita adalah untuk mewujudkan subsektor agromakanan yang berdaya tahan, inklusif, berdaya saing dan mampan bagi menangani sebarang krisis keterjaminan makanan pada masa hadapan. Persoalannya adalah adakah kerajaan sudah bersedia dengan segala pelan tindakan untuk penyusunan semula subsektor agromakanan yang menuntut bukan hanya perubahan amalan pertanian, penerima gunaan teknologi termaju dan peningkatan produktiviti tetapi juga pengukuhan ekosistem bagi memudahcara transformasi ini?

Timbalan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin kemukakan beberapa permohonan dan pertanyaan mengenai isu spesifik seperti berikut. Saya minta Perdana Menteri mempertimbangkan agihan belanja untuk kerja-kerja penyukatan tanah NCR bumiputera Sarawak dan peruntukan untuk pinjaman rumah panjang di Sarawak. Saya juga minta Menteri Kesihatan menyatakan status cadangan Klinik Kesihatan Jenis 3 di Betong dan status cadangan bina baru pejabat kesihatan di Betong, status cadangan Klinik Kesihatan Jenis 4 di Spaoh.

Bagi memartabatkan ekonomi rakyat di luar bandar, Betong menyambut baik agihan belanja untuk bina baru, naik taraf dan baik pulih pusat penjaja dan prasarana pasar awam yang uzur di bawah PBT. Oleh itu, saya mohon kerajaan mempertimbangkan agihan belanjawan untuk pusat penjaja di Pekan Betong, Pekan Spaoh dan Pekan Debak.

Betong juga berterima kasih dia atas agihan belanja untuk Projek Ameniti Sosial (PAMS) sebanyak RM100 juta bagi kawasan luar bandar di Betong yang amat memerlukan kerja- kerja untuk membaik pulih dan kemudahan asas seperti dewan, balai raya, dataran kejat, laluan berbumbung.

Amaun ini amat kecil dan maka Betong melihat peruntukan PAMS ini perlu ditambah sekurang-kurangnya kepada RM500 juta untuk negara Malaysia. Maka Betong juga ingin mengemukakan permohonan untuk kerajaan menaik taraf Politeknik Metro Betong ke Politeknik Konvensional bagi mengatasi keperluan yang amat tinggi untuk asrama pelajar dan juga kuarters untuk kakitangan dan pensyarah. Betong juga ingin mendapatkan pencerahan dari Menteri Pendidikan mengenai cadangan baru sekolah SK Supa Spaoh bagi mengganti sekolah yang agak daif di mana tapak telah dikenal pasti.

Maka bagi penutup, Betong mendoakanlah agar Belanjawan 2024 ini dapat diurus tadbir dengan baik supaya niat Kerajaan Perpaduan untuk rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik dan bermakna akan dicapai. Terima kasih, sekian Betong mohon menyokong.

final • 2:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 2:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sabak Bernam mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberikan kesempatan untuk turut serta dalam sesi berbahas Rang Undang- undang Perbekalan 2024 kali ini. Sabak Bernam ingin membangkitkan permasalahan dalam kawasan terlebih dahulu.

Yang pertama, cadangan membina flyover ataupun jejambat yang merentasi persimpangan jalan persekutuan FT05 dan jalan negeri B53 yang akan menghubungkan Pekan Sabak ke Jalan Kampung Sepintas, Kampung Kemboja, Kampung Batu 4 Sepintas, Tanjung Ketum, Bagan Terap, Lubuk Pusing, Tok Khalifah, Parit 10, 11, 12, 13, 14 dan 15 serta 16.

Membina jambatan ini adalah bagi meningkatkan aspek keselamatan pengguna jalan dan memberi keselesaan kepada pengguna, khasnya penduduk kampung yang sekarang ini terpaksa melalui U-turn dan telah banyak berlaku kemalangan, sama ada

final • 2:03 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

daripada penunggang motosikal, kereta, lori dan sebagainya. Ada yang cedera ringan, cedera parah menyebabkan kematian pun ada.

Untuk makluman Puan Yang di-Pertua, U-turn ini sebenarnya terletak di hujung satu selekoh yang sangat panjang. Jadi, sama ada pengguna jalan raya yang menggunakan U-turn itu ataupun menggunakan lencongan yang panjang itu, masing- masing tidak nampak antara satu sama lain. Jadi, apabila mereka melintas, maka berlakulah kemalangan yang kerap. Boleh kata setiap tahun berlaku beberapa kali di situ.

Laluan ini juga merupakan kemudahan kepada penduduk kampung membawa hasil mereka ke Pekan Sabak.

Tuan Yang di-Pertua, bajet kali ini mensasarkan RM90 bilion untuk pembangunan.

Sabak Bernam mohon mencadangkan supaya impian penduduk di Mukim Sabak ini untuk mendapatkan kemudahan jejambat tersebut dapat diluluskan. Saya tolong kira anggarannya. Kerja-kerja ukur RM0.2 juta, reka bentuk RM1 juta, PBT RM0.5 juta, pembinaan jalan RM10 juta, pembinaan jejambat RM15 juta, alih utiliti RM1.5 juta, perabot jalan RM1.3 juta, pro-cost projek ini dianggarkan sebanyak RM29.5 juta sahaja, sangat murah.

Pelebaran jalan daripada Jambatan Sungai Air Tawar yang sekarang sedang dalam pembinaan ke persimpangan FT05 98888888berhampiran JPJ sepanjang 25 kilometer bagi menampung keperluan pertambahan jumlah kenderaan yang bakal diterima daripada Utara Semenanjung ke Daerah Sabak Bernam dan negeri Selangor.

Pelebaran ini ditambah daripada R36 meter ke R57 meter untuk lebih selesa lagi. Menaik taraf longkang konkrit jalan FT05 sepanjang jalan laluan tersebut, bagi memastikan pengairan air parit yang berterusan dapat dialirkan dan tidak akan menyebabkan risiko banjir sekiranya hujan lebat.

Sekarang ini apa yang berlaku, oleh sebab parit itu tidak ada konkrit, tumbuhan parit banyak tumbuh subur di situ, menyebabkan apabila hujan lebat, air tak dapat lalu dan buang ke laut. Akhirnya melimpah masuk ke kebun dan memusnahkan tanam- tanaman terutamanya pisang. Banyak yang mati apabila musim hujan.

Perbanyakkan lampu solar di jalan-jalan negeri dan persekutuan, terutamanya di simpang jalan kampung untuk keselamatan kemudahan pengguna jalan raya pada waktu malam kerana nak berurusan ke kedai dan sebagainya, solat di masjid dan juga urusan kenduri-kendara.

Sabak Bernam juga minta Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan menyatakan secara terperinci, apakah impak positif langkah meningkatkan harga lantai padi pada RM1,300 per metrik tan terhadap pendapatan pesawah? Berapa peratus pendapatan sawah dijangka akan meningkat dengan tindakan ini? Apakah terdapat unjuran pendapatan pesawah yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan? Adakah dengan adanya harga lantai yang baru ini, dapat mengurangkan jurang dengan harga belian oleh pengilang dengan banyak? Ketimbang sekarang ini, yang mana dalam keadaan tiada harga lantai tersebut. Apakah harga belian oleh pengilang buat masa sekarang ini yang sebenarnya?

Sabak Bernam sekali lagi ingin Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan menyatakan apakah justifikasi kerajaan meningkatkan harga lantai belian padi kepada RM1,300 sahaja per metrik tan. Dengan mengambil kira bajet keperluan dalam mengurus kelola sawah, kos ketimbang, kos barangan import seperti baja, racun serangga perosak, rumput yang sekarang ini semakin meningkat, ditambah pula dengan harga minyak untuk kegunaan jentera pertanian yang tidak ada tanda-tanda menunjukkan akan turun harganya. Apakah harga lantai tersebut sangat memadai? Mengapa tidak RM1,500 misalnya?

Puan Yang di-Pertua, Sabak Bernam mendapat aduan daripada penanam padi, harga benih padi ada masalah ketika ini, sehingga ada petani yang tidak dapat membeli selagi harga dari kilang pengeluar benih padi sah tidak dipantau oleh Jabatan Pertanian bagi memastikan bekalan padi daripada Program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) benar- benar berkuat kuasa dengan harga RM40 per kampit 20 kilogram. Ketimbang sebelum ini RM31 sahaja per kampit.

final • 2:03 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Masalahnya sekarang ialah pelesen-pelesen ini membeli daripada kilang ya, dengan harga RM40 tetapi pekilang minta pelesen-pelesen ini membayar lebih kerana anggap mereka tidak ada keuntungan, jadi minta dipantau. Malah ada pelesen yang tidak mahu membekalkan padi tersebut kerana harga di kilang sudah RM40. Jadi, nak jual berapa pula pada petani? Akhirnya, petani juga yang tidak dapat benih.

Puan Yang di-Pertua, Sabak Bernam mengulangi sekali lagi hasrat penduduk Sabak Bernam yang bukan beragama Islam untuk mendapatkan alat bakar mayat. Dari Kuala Selangor, Tanjong Karang, Sekinchan, Sungai Besar, Sabak tiada kemudahan ini disediakan. Mereka terpaksa bawa mayat ke Teluk Intan dan Klang untuk tujuan tersebut.

Mohon dapat diadakan kemudahan ini.

final • 2:03 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Rang Undang-undang Perbekalan 2024, kerajaan memperuntukkan 160 juta untuk melaksanakan pelbagai insentif untuk manfaat penggiat seni. Daripada jumlah itu, kerajaan memperuntukkan Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai 60 juta. Sejumlah 90 juta diperuntukkan di bawah Insentif Filem Malaysia- insentif untuk menggalakkan penghasilan filem ke peringkat antarabangsa. RM10 juta bagi Skim Dana Padanan MyCreative. Kerajaan juga bercadang menetapkan kadar cukai berpendapatan khas kosong peratus hingga 10 peratus.

Sabak Bernam dengan besar hati menjemput penggiat seni khususnya produksi filem untuk membuat penggambaran filem, drama dan sebagainya di Sabak Bernam, kerana kami ada banyak tempat menarik untuk dijadikan lokasi penggambaran filem dan drama. Sawah padi ada, kampung tradisional ada, pantai ada, danau ada, rumah Melayu tradisional berusia ratusan tahun pun masih ada di Sabak Bernam. Di Sabak Bernam juga ada menyediakan homestay untuk penginapan yang selesa dengan kadar sewa yang amat berpatutan, di samping kos makanan juga dianggap murah, tetapi tetap halal, lazat dan menyelerakan seperti hasil daripada laut yang fresh seperti ikan, siput, bentarang, belangkas, belut dan lain-lain.

Produk IKS, makanan tradisional seperti nasi ambeng, ompok, ikan wadik, martabak, serabi, nogosari, bukis selujur, lempir, lemet, donat gendel, apok kelenteng, ongol-ongol, kelepek, getuk, dadar gulung, cakoi, onde-onde, bubur candil, ketiwol, pecel, bolu kukus loyang, rengginang, awok awok. Panjang.

Sebenarnya hendak menyebut nama makanan tradisional jawa ini ada lagunya, Puan Yang di-Pertua ya. “Martabak merabi, nogosari, pukit lencur, lemper, lemet, donat gendel, apok kelenteng, ongol-ongol, kelepek, getuk, dadar gulung, cakoi, onde-onde, bubur candil, ketiwol, pecel, bolu kukus loyang, rengginang, awok awok, wooooooo”.

[Nada menyanyi]

final • 2:10 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ini bahasa apa ini?

final • 2:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Jadi, datanglah ke Sabak Bernam dan menikmati hidangan-hidangan yang saya sebutkan tadi.

Puan Yang di-Pertua, Sabak Bernam mohon kerajaan menyediakan tapak kenderaan dan rekreasi motorhome di Sabak Bernam supaya pemilik kenderaan jenis tersebut dapat tapak yang sesuai dan tidak mengganggu kenderaan lain. Di samping itu, dapat bekalan air bersih, cas bateri dan buang sisa kumbahan dan lain-lain.

Puan Yang di-Pertua, kita hargailah usaha kerajaan dalam mempertingkatkan industri ini, tetapi janganlah dilupakan penggiat seni. Contoh seperti pelakon veteran.

Tahukah kerajaan, selama ini tiada satu akta yang jelas untuk dijadikan pedoman, yang dapat menjamin atau melindungi kebajikan pemain industri ini dari segi bayaran lakonan mereka? Apa yang berlaku, sering kali mereka dibayar dengan harga yang rendah ketimbang pelakon yang baharu yang masih muda walaupun watak yang dipegang juga agak penting dalam sesebuah filem.

Apa yang boleh dibuat, mereka tetap menerima tawaran itu walaupun mereka terpaksa berlakon dengan usia yang sudah tua kerana untuk menanggung kos kesihatan, ubat-ubatan dan lainnya. Sabak Bernam mencadangkan bidang ini diberi satu akta yang

final • 2:10 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

jelas mengenai fi bayaran kepada penggiat seni di tanah air, bukan sekadar menganjurkan Anugerah Seni Negara dan sebagainya.

Puan Yang di-Pertua, mereka juga tidak ada hak royalti yang dinikmati seperti penyanyi, komposer dan dengan adanya Akta Hak Cipta 1987. Ini kerana pelakon hanya dibayar sekali sahaja waktu mereka menerima bayaran berlakon. Jika filem mereka ditayang dan diulang sebanyak 100 kali pun, tidak ada bayaran royalti diberikan kepada mereka ya.

Puan Yang di-Pertua, Sabak Bernam ingin bertanya isu perjawatan dan bayaran elaun kepada beribu-ribu guru Program Khas Al-Quran dan Fardu Ain di seluruh negara ini kerana mereka telah menjalankan tugas dengan baik mengikut Jabatan Agama Islam negeri masing-masing. Kebanyakannya telah lulus diploma, ijazah pertama dan master dalam bidang pendidikan setelah mengikuti pengajian di peringkat sambil bekerja. Adakah Kerajaan Persekutuan akan menyerapkan status penjawatan mereka yang layak ke jawatan tetap dan berpencen?

Puan Yang di-Pertua, Sabak Bernam berharap Belanjawan 2024 ini benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat. Harap selepas ini ungkapan nilai ringgit ketimbang dolar itu adalah benar, harga minyak turun itu adalah benar, menghapuskan hutang PTPTN itu adalah benar, pendidikan percuma itu adalah benar dan ingatlah, selepas ini akan datang kepada kamu rakyat di kawasan masing-masing. Tetapi janganlah kamu terkejut, takut ataupun gentar kerana mereka juga adalah makhluk. Makhluk Allah seperti kamu juga.

Apabila mereka bertanya, maka jawablah dengan jelas dan lancar. Sudahkah kamu kukuhkan nilai ringgit? Jawablah sudah. Sudahkah kamu turunkan harga minyak?

Jawablah sudah. Sudahkan kamu menghapuskan hutang PTPTN sepertimana kamu berkempen? Jawablah sudah. Sudahkan kamu beri pendidikan percuma? Jawablah sudah.

Merujuk harga minyak ini janganlah bagi alasan, “Oh, itu saya cakap 2018”. Saya bukan kira tahun ya. Kalau cakap tahun 1511 pun saya akan tuntut. Kalau Alfonso de Albuquerque itu dia cakap menang lawan Melaka kita turunkan harga minyak, kalau sekarang ini dia masih hidup saya akan jumpa dia. Saya akan tanya dia. “So, So, bila kau hendak turunkan harga minyak?” Ya lah nama dia Alfonso, nama singkatan dia So je.

[Ketawa] Puan Yang di-Pertua, janganlah Bajet 2024 ini dijadikan macam lagu, “Misteri Mimpi Syakila” nyanyian kumpulan Wings. Lagu ini Puan Yang di-Pertua, liriknya menceritakan kisah seorang lelaki yang memuji, berjanji dan taat setia pada kekasihnya bernama Syakila. Masa belum dapat bukan main lagi.

[Sambil menyanyi] “Biarpun engkau menjelma, di sini aku berdiri, ku menanti. Walau hilang cerita mu, di hati tetap abadi, sentuhan mu”. Itu sebelum dapat. Tetapi apabila sudah dapat, orang datang, rakyat pun datang tanya, “Mana Syakila? Siapa Syakila?” Sekali dia jawab, “Aku pun tak tahu”.

[Tepuk] Sekian, terima kasih.

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Saya jemput Yang Berhormat Kepong.

final • 2:10 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Puan Speaker. Susulan daripada laporan forensik peristiwa tanah runtuh Batang Kali yang telah diterbitkan oleh kerajaan pada minggu lalu, seorang doktor nama dia Dr. Muhammad Rafiq Abdul Rahman, beliau seorang pengerusi dari Victim Malaysia sebuah NGO telah mengemukakan satu kenyataan yang mempersoalkan keabsahan dan kelengkapan laporan forensik kerajaan itu. Laporan tersebut menurut Dr. Muhammad Rafiq, tidak lengkap dan boleh mengelirukan. Beliau menimbulkan beberapa perkara yang amat penting. Beliau menyatakan bahawa gambar-gambar lama dari Google Earth menunjukkan tanda-tanda aktiviti land clearing dengan izin, berlaku di kawasan sekitar tempat kejadian tanah runtuh.

final • 2:17 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Ini menunjukkan kemungkinan adanya aktiviti antropogenik. Maksudnya perbuatan manusia yang tidak diakui dalam laporan kerajaan tersebut. Pertikaian itu juga termasuk dengan longkang-longkang dan jalan-jalan yang dibina oleh Jabatan Kerja Raya di kawasan tersebut berada dalam keadaan yang tidak baik sebelum hari kejadian tanah runtuh. Kenyataan-kenyataan Dr. Muhammad Rafiq haruslah diambil kira, demi menjamin penuntut yang adil kepada mangsa dan keluarga-keluarga mangsa tragedi itu.

Puan Speaker, dalam laporan forensik kerajaan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) menyiasat JKR sendiri. Selepas itu, JKR melepaskan JKR. Saya anggap laporan forensik kerajaan itu tidak profesional, tidak neutral sebab JKR siasat JKR sendiri. Ini jelasnya satu conflict of interest. Ada kemungkinan laporan forensik ini satu laporan yang cover-up dengan izin.

final • 2:17 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Oleh itu, saya mencadangkan bajet tahun 2024 ini memperuntukkan satu dana agar satu siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diadakan untuk menyiasat dengan teliti tragedi ini. Ini adalah satu langkah penting untuk memastikan bahawa kita memahami punca sebenar tanah runtuh ini dan bagaimana kita boleh mencegahnya pada masa depan. Ini adalah satu tindakan yang akan membawa keadilan kepada mangsa-mangsa dan keluarga mereka dan pada masa yang sama akan memastikan keselamatan rakyat dalam masa jangka panjang.

Seterusnya, saya ingin mengambil perhatian kerajaan kepada penipuan kewangan dan scam pelaburan melalui syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah SSM, Akta Syarikat 2016. Saya berikan dua contoh yang baru berlaku. Contoh yang pertama MYAirline di mana pemegang saham dan pengarah utama syarikat, Datuk Allan Goh menjalankan aktiviti pengambilan deposit haram melalui i-Serve dan syarikat-syarikat sekutu beliau yang lain. Akibatnya, Bank Negara hanya mengenakan kompaun RM50 juta sahaja ke atas syarikat beliau.

Contoh yang kedua, syarikat East West One Group telah menyebabkan kerugian hampir RM1 bilion kepada lebih 8,000 pelabur. SSM juga hanya mengenakan kompaun sebanyak RM1 juta sahaja terhadap pengarah-pengarah dan syarikat tersebut. Denda yang dikenakan langsung tidak selaras dengan berbilion wang rakyat yang telah ditipu dan ada banyak lagi contoh syarikat yang tiada akhirnya. Dalang-dalang penipuan atau scammer patut wajib dikenakan hukuman penjara tetapi tiada.

Modus operandi scammer ini adalah bersembunyi di belakang syarikat-syarikat sendirian berhad dan syarikat amanah, trustee companies dengan izin untuk menjalankan pelbagai aktiviti pelaburan dan pengambilan deposit haram daripada rakyat.

Aliran wang yang dikutip tidak didedahkan, syarikat kemudian dikatakan gagal dan digulung. Duit rakyat lesap, manakala dalang utama sindiket scammer itu, pemegang- pemegang saham syarikat, pengarah-pengarah, ejen-ejen menjadi kaya-raya. Mereka dibantu oleh penasihat profesional seperti peguam, pegawai bank, setiausaha syarikat, juruaudit yang bersubahat dan sengaja tidak melaporkan aktiviti jenayah syarikat-syarikat kepada pihak berkuasa.

Mereka menyalahgunakan entiti undang-undang berasingan dan liabiliti terhad syarikat supaya tidak perlu bertanggungjawab membayar balik wang rakyat yang mereka tipu. Mereka juga mengamalkan budaya rasuah supaya berjaya melarikan diri tanpa sebarang hukuman penjara atau hanya dikenakan hukuman yang sangat ringan. Ini menyebabkan scammer berani kembali berulang kali menipu lebih ramai orang dengan taktik yang lebih ganas dan advanced. Lopong undang-undang dan penguatkuasaan yang lemah telah menggalakkan budaya rasuah dan budaya scamming yang jahat dan zalim ini untuk berterusan selama berdekad-dekad di Malaysia. Saya menyeru kerajaan bertindak dengan tegas dengan menjejak aliran wang yang dikutip oleh syarikat-syarikat scammer sedemikian dan mengesan di mana wang pelabur telah disalurkan.

final • 2:20 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Saya juga minta hukuman penjara jenayah yang maksimum dan denda yang tinggi hendaklah diwajibkan supaya budaya scammer dan rasuah di Malaysia yang berleluasa ini dapat dibanteraskan dengan awal.

Puan Speaker, isu yang ketiga adalah isu mengenai warga emas yang ditinggalkan oleh keluarga mereka dan golongan emas bujang yang tinggal bersendirian adalah sesuatu yang semakin meningkat dalam masyarakat kita terutamanya di ibu kota Kuala Lumpur. Sering kali golongan-golongan ini tidak mempunyai pendapatan tetap dan mungkin juga tidak mempunyai keupayaan fizikal untuk bekerja, bukan tempat kita untuk mengambil tahu sebab-sebab mereka diperlakukan begitu, yang pentingnya adalah kebajikan mereka sebagai ahli masyarakat mesti dijaga oleh kerajaan.

Saya ingin mencadangkan agar kerajaan menubuhkan dua pusat penjagaan warga emas yang percuma di dua lokasi. Satunya di bahagian utara Kuala Lumpur dan satu lagi di bahagian selatan Kuala Lumpur. Pusat-pusat ini haruslah dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap dan penjaga yang berkelayakan. Selain itu, lokasi bagi rumah jagaan tersebut haruslah berhampiran dengan pengangkutan awam seperti MRT dan LRT untuk memudahkan akses warga emas untuk mereka bergerak.

Isu yang seterusnya ialah golongan gelandangan yang mengalami masalah mental. Sering kali pejabat saya telah didatangi oleh orang awam yang berasa sulit untuk mendapatkan bantuan untuk golongan ini. Acap kali mereka ditolak ke pelbagai agensi kerajaan yang kekurangan sumber atau tidak mempunyai amalan yang baik dalam mengendalikan isu ini.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan penambahan peruntukan dalam bajet tahun depan untuk JKM, Kementerian Kesihatan atau agensi kerajaan lain yang berkaitan agar mereka dapat memberikan perhatian yang sewajarnya kepada golongan gelandangan pesakit mental yang memerlukan tempat tinggal, makanan dan perkhidmatan kesihatan.

Kerajaan perlu mengambil tanggungjawab dalam menjaga kebajikan mereka, memastikan mereka tidak terpinggir dan mencegah situasi ini daripada menjadi lebih buruk.

Akhir sekali, ingin saya bangkitkan keperluan untuk membangunkan kolam renang yang baru di Kuala Lumpur, swimming pool dengan izin. Adalah masanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Kerja Raya atau jabatan kerajaan yang lain untuk menyediakan peruntukan dana bagi membina kolam renang bersaiz Olimpik yang baru di Kuala Lumpur terutamanya di bahagian utara Kuala Lumpur. Kolam renang yang sedia ada sudah uzur dan tidak dapat menampung keperluan warga Kuala Lumpur dan terletak jauh daripada penduduk terutamanya di bahagian utara Kuala Lumpur seperti Segambut, Kepong, Batu dan Setapak.

Fasiliti sukan ini adalah penting bukan sahaja sebagai tempat untuk beriadah bersama keluarga tetapi juga sebagai tempat bagi kanak-kanak mempelajari kemahiran berenang pada usia yang muda. Ini penting untuk mengurangkan insiden kanak-kanak lemas yang berlaku terlalu kerap daripada yang sepatutnya dan memberi peluang kepada kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah untuk belajar berenang. Tidak seharusnya kemahiran hidup seperti berenang dihadkan kepada golongan yang berkemampuan sahaja.

Puan Speaker, saya harap agar lima isu saya ini akan diberikan perhatian dan tindakan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan yang berkenaan agar kita dapat membina masyarakat yang lebih selamat, sihat dan sejahtera. Sekian, terima kasih.

final • 2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Gantang.

final • 2:20 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

*Bismillahi Rahmani Rahim.

[Berselawat] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera Puan Speaker.

final • 2:27 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberikan peluang kepada Bukit Gantang untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 peringkat dasar yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun, Menteri Kewangan dan juga Perdana Menteri Malaysia Ke-10 pada 13 Oktober 2023 baru-baru ini.

Apa yang hendak saya rakamkan pada hari ini ialah, setelah meneliti Belanjawan 2023 dan mengikuti dengan detil perbelanjaan 2024 yang terbesar dalam sejarah kerana yang membentangkannya adalah seorang tokoh saya kenali dan mengikuti beliau dari zaman kampus lagi. Yang Amat Berhormat Tambun adalah seorang pejuang reformasi yang hebat, pejuang isu kemiskinan rakyat, pejuang pergerakan Islam, membela bangsa Melayu dan rakyat Malaysia untuk menjadikan sebuah masyarakat madani.

Setelah sekian lama melalui sejarah perjuangan yang manis dan pahit, setelah beliau berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Kemudian disumbat, meringkuk dalam penjara dan akhirnya hari ini telah ditabalkan menjadi Perdana Menteri Ke-10 dan Menteri Kewangan. Bersesuaianlah sebagaimana pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 yang lalu, Yang Amat Berhormat PMX mengambil ibrah Nabi Yusuf a.s. dalam merencana ekonomi negara.

final • 2:27 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Namun, hampir setahun saya mengikuti dan meneliti pelaksanaan pembekalan 2023, dan menyemak pembekalan 2024, apakah sebenar ibrah Nabi Yusof as., yang dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat PMX? Nabi Yusof a.s. telah berjaya membawa Negara Mesir yang akan berhadapan dengan kemarau panjang tujuh tahun.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Sebelum kemarau panjang, cuaca yang baik, tanah yang subur akan didahului tujuh tahun yang pertama. Maka, sebagai penjaga Perbendaharaan, Nabi Yusof as. telah mengatur semua jenteranya untuk menyediakan makanan, dibuat stok penyimpanan untuk digunakan tujuh tahun yang akan datang.

Timbalan Puan Speaker, kaedah stok yang diketahui sejarah dalam dunia inilah yang dibuat pertama kali oleh Nabi Yusof a.s., telah dapat menyelamatkan rakyat daripada kesusahan, mengelak rakyat daripada kebuluran, menyelamat rakyat daripada tidak mempunyai makanan, menyelamat rakyat daripada menanggung kos yang tinggi, dapat pastikan bekalan makanan yang cukup di pasaran untuk kegunaan rakyat.

Malangnya, apabila Yang Amat Berhormat PMX menjadi Perdana Menteri, indeks ekonomi menurun, inflasi meningkat, harga barangan terus menggila naik sehinggakan kerajaan tidak dapat menyelesaikan masalah ketidakcukupan barang makanan asas.

Contohnya, telur, ayam, gula, minyak, beras, dan lain-lain lagi.

Pada hari Jumaat yang lepas, yang lalu, 13 Oktober, semasa pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan, PMX- Yang Amat Berhormat PMX menyebutkan harga ayam stabil tetapi malangnya Ahli-ahli Yang Berhormat, Puan Speaker, pada hari Isnin 15 Oktober, harga ayam dari ladang naik 30 sen. Pada hari Selasa, naik lagi 30 sen. Macam mana tu?

Musim tengkujuh akan bermula pada November ini. Nelayan tak dapat ke laut, ikan akan shortage, dengan izin. Saban tahun, musim tengkujuh ini akan berlaku kenaikan harga ikan. Apakah perancangan dibuat oleh Kerajaan Madani untuk menangani kenaikan harga ikan kali ini? Saya dapati dalam peruntukan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah ditambah sebanyak RM135 juta, 2024. Adalah dicadangkan sebahagiannya bolehlah digunakan untuk memulakan penyimpanan stok untuk food security. Kerajaan Yang Amat Berhormat PMX patut dalam Bajet 2023 dan 2024 membuat overall reform, structural change, revise economic policy, improve delivery system, dan bukan hanya didapati seolah-olah copy and paste daripada bajet-bajet yang lalu. Tidak

final • 2:30 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

ada genuine idea dan formula atau model penyelesaian yang jelas, yang dapat kita ikuti dalam perbelanjaan.

Puan Timbalan Speaker, berkenaan kenaikan harga barang makanan asas, saya melihat Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan seolah-olah tidak memahami situasi sebenar dan tidak dapat selesaikan permasalahan yang dihadapi negara. Yang Berhormat Menteri seolah-olah tidak faham subject matter. Ayam di bawah kementerian yang sama, telur, daging import, padi, beras, sayur-sayuran, semuanya berada di bawah satu kementerian, di bawah tanggungjawab satu Menteri agak berat.

Saya mencadangkan structural reform Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan supaya lebih khusus kepada dua bahagian seperti mana Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan.

Pertama, tanggungjawab kepada kelompok petani, pesawah dan pekebun dalam aktiviti pertanian, kita boleh namakan kementerian pertanian.

Kedua, tanggungjawab kepada penternak dan nelayan dalam aktiviti unggas, ruminan dan perikanan, kita namakan kementerian penternakan dan perikanan. Maka, lebih fokus. Pilih mereka yang lebih expert untuk bertanggungjawab menyelesaikan isu makanan negara.

Puan Timbalan Speaker, dalam pembentangan Bajet 2024, Yang Amat Berhormat PMX telah meneruskan tindakan drastik yang terbaik bagi saya iaitu mahu menoktahkan kemiskinan tegar. Jumlah dan bilangan mereka yang susah dan fakir ini hanyalah diambil daripada senarai daftar eKasih tetapi masih ramai lagi mereka yang miskin tegar ini tidak mendaftar. Jika kerajaan hanya mengharapkan pegawai di daerah-daerah dan penghulu, mereka tidak mampu turun ke segenap pelosok kampung dan ceruk untuk mendaftar miskin tegar ini. Jadi, bagaimanakah kerajaan nak menoktahkan kemiskinan tegar ini?

Tambahan pula, kerajaan tidak menggemblengkan seluruh tenaga yang berada di persada kepimpinan dan penglibatan Ahli-ahli Parlimen, ADUN-ADUN di kawasan masing-masing, tidak kira kerajaan ataupun pembangkang. Apabila berlaku kematian, bencana ribut dan banjir, kemalangan jiwa dan kebakaran, sakit kronik, anak masuk universiti, buka sekolah, program-program kemasyarakatan, mengimarahkan masjid dan surau, sumbangan ibu tunggal, asnaf dan lain-lain, anak-anak yatim, Ahli Parlimen lah orang pertama yang akan dicari oleh rakyat.

Political reform yang dilaung-laungkan oleh Yang Amat Berhormat PMX yakni memperuntukkan sama rata kepada semua Ahli-ahli Parlimen telah mati. Amat-amat mendukacitakan apabila ada kuasa di tangan, Yang Amat Berhormat PMX tidak melaksanakannya sebagaimana yang dilaung-laungkan. Tindakan PMX ini bukan menghukum kami Ahli Parlimen tetapi Kerajaan Madani dan Yang Amat Berhormat PMX telah menghukum rakyat di kawasan kami! Menganaktirikan mereka! Kenapa mahu menghukum rakyat di kawasan kami? Di manakah belas kasihan Yang Amat Berhormat PMX yang pernah melalui liku-liku derita sengsara? Wahai Yang Amat Berhormat PMX, ‘ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya.’ Soal peruntukan Ahli Parlimen janganlah dipolitikkan...

[Tepuk] Rakyat jangan dizalimi. Hari ini rakyat semakin bijak dan pandai. Pasti rakyat akan bangkit, bangkit dan terus bangkit melawan ketidakadilan yang berlaku!

Tan Sri Yang di-Pertua, sahabat saya. Mengambil ibrah Nabi Yusof as., memakmurkan ekonomi negara, Baginda sangat adil dan saksama. Menghulurkan bantuan kepada seluruh rakyat tanpa terkecuali seorang pun, termasuk saudara- saudaranya yang memusuhi Baginda, dan pernah merancang untuk membunuhnya. Tidak ada sekelumit pun rasa dendam di hati Baginda. Inilah ibrah yang patut Yang Amat Berhormat PMX mencontohi dalam mengagihkan peruntukan.

Tan Sri Yang di-Pertua seterusnya, rejim subsidi yang ada sekarang terbukti gagal memberi manfaat kepada rakyat termiskin, kehidupan makin terhimpit. Contohnya, subsidi dan kawalan harga beras tempatan berbanding beras import. Apa yang berlaku sekarang?

Harga beras tetap naik walaupun ada subsidi dan ada kawalan harga siling. Apakah punca utama? Punca utama kerana kerajaan telah menetapkan dua darjat harga beras. Beras

final • 2:30 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

tempatan dikawal, harga beras import bebas. Beras tempatan dan beras import tidak dapat dibezakan di pasaran. Maka dalam supply chain, berlakulah peranan kartel, menukar label kampit beras. Setelah saya meneliti dan memahami dan berbincang dengan pesawah, pengilang, pemborong, peruncit dan pembeli, saya ingin mencadangkan kaedah penyelesaian di Dewan yang mulia ini.

final • 2:30 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Yang pertama, hapuskan dua darjat harga beras. Hanya namakan beras putih sahaja. Sebabnya, kualiti beras tempatan dan beras import lebih kurang sama sahaja.

Kedua, hapuskan subsidi benih yang sekarang ini hanya beberapa syarikat sahaja monopoli bekal benih padi, menyebabkan padi tidak cukup di pasaran sebagaimana yang disebut Sabak Bernam tadi.

Cadangan ketiga, hapuskan subsidi baja dan racun yang diberikan kepada tuan tanah. Ada tanah sawah yang tidak ditanam padi lagi pun masih dapat subsidi baja dan racun. Tan Sri Yang di-Pertua, ada tanah sawah yang disewa kepada pendatang asing.

Juga masih dapat subsidi baja dan racun. Jadi, ini merugikan kerajaan.

Cadangan yang keempat, saya cadangkan subsidi ini ditukar kepada pemberian insentif pada output. Sesiapa yang menghasilkan padi, dia akan dapat insentif ini. Terus ke akaun petani. Dengan kaedah ini, dapat menggalakkan produktiviti dan output akan bertambah.

Tan Sri Yang di-Pertua, selain daripada subsidi, apa yang patut kerajaan lihat semula adalah perjalanan supply chain. Ada faktor orang tengah atau kartel yang akan mengawal supply chain dalam menaikkan harga barang dan kerajaan tidak dapat kawal.

Sebelum ini, kerajaan pernah melancarkan kempen memerangi orang tengah. Kerajaan juga memujuk FAMA, dan pasar tani supaya petani sendiri dapat menjual hasil pertanian terus kepada pelanggan.

Kaedah ini juga telah berjaya dilaksanakan di Bukit Gantang. Model jualan murah Bukit Gantang telah berjaya saya laksanakan. Saya pintas supply chain, jual murah iaitu ikan, ayam, daging, minyak, sayur, buah-buahan dan beras. Berjaya diadakan setelah sebanyak 397 siri yang berjumlah 136,950 kilogram barangan. Penjimatan yang telah dinikmati oleh rakyat Bukit Gantang berjumlah RM694,750. Seramai 3,000 ketua isi rumah telah mendapat manfaat. Jualan ini dibuat setiap minggu.

Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mendapat maklumat melalui FB dan TikTok saya Dato’ Syed Abu Hussin. Insya-Allah, esok ada jualan murah lagi di kawasan saya. Insya- Allah, di setiap rumah-rumah di Parlimen Bukit Gantang, mereka akan makan ikan, ayam, daging, sayur-sayuran, buah-buahan dan beras yang disediakan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Komitmen yang tinggi dan serius penting dalam memintas supply chain ini kerana ada game dalam kartel yang sekian lama bertapak di pasaran yang mengawal harga barang-barang ini. Pihak kerajaan perlu menyediakan alternatif untuk mengatasi kawalan kartel dan supply chain. Tan Sri Yang di-Pertua, masa habis. Boleh teruskan?

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh, boleh. Last point.

final • 2:40 PM

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Last point. Dalam menjana kemakmuran ekonomi negara, tambahan pula di saat ekonomi negara merudum, barangan buatan Malaysia dan produk-produk IKS seharusnya terus diangkat, diutamakan menjadi pilihan rakyat dan dilindungi daripada saingan barang- barang import dan produk keluaran negara luar.

Namun, apa yang terjadi hari ini, kita boleh lihat di Nilai 3, menjadi lambakan produk-produk makanan dan minuman daripada negara luar seperti Thailand, Vietnam, Bangladesh, India dan Pakistan. Harga yang dijual adalah lebih rendah. Jika ini dibiarkan berlarutan, pengusaha tempatan akan gulung tikar, produk tempatan tidak dapat dipasarkan di negara sendiri. Bukit Gantang mencadangkan kerajaan mengenakan cukai

final • 2:40 PM

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

yang lebih tinggi sebagaimana negara-negara luar kenakan kepada produk IKS tempatan kita.

Akhirnya, semua cadangan ini, jika pihak kerajaan hendak melihat, saya bersedia untuk membantu. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Bukit Gantang. Saya jemput Jelebu.

Silakan.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana beri saya peluang, beri Jelebu peluang untuk membahaskan Rang Undang- undang Perbekalan 2024 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun.

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas terutamanya kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah membentangkan satu belanjawan yang pada kali ni adalah belanjawan yang terbesar.

Yang Amat Berhormat Tambun berani membentangkan belanjawan terbesar dalam keadaan ekonomi negara yang kita semua tahu, tetapi oleh kerana semata-mata untuk memastikan pembelaan dan kesejahteraan kepada rakyat diberikan keutamaan, maka pembentangan yang sedemikian rupa diharapkan dapat memberikan manfaat seratus peratus kepada rakyat.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah juga kepada Kementerian Kewangan ini kerana telah mewujudkan Portal Manfaat yang boleh digunakan oleh rakyat untuk menyemak segala bentuk bantuan dan inisiatif belanjawan yang terbabit dan terkait dengan mereka.

Saya pernah sebut tentang perkara ini suatu ketika dahulu, Tan Sri Yang di- Pertua, kerana rakyat tidak faham dan tidak maklum bentuk bantuan dan juga subsidi atau apa perkara berkaitan belanjawan jika tidak dipermudahkan urusan akses information ataupun informasi kepada rakyat. Kerana itu, saya cuba ini, Tan Sri. Sebagai Ahli Parlimen, saya cuba portal ini dan apabila saya masukkan maklumat ringkas tentang diri saya, maka semua perkara yang terkait dan juga bentuk inisiatif yang terkait dengan saya, terus kita dapat maklumat.

Saya ingin menguar-uarkan supaya semua Ahli Parlimen cuba portal ini dan apatah lagi rakyat dan Timbalan Menteri Luar juga boleh mengusahakan kempen yang sedemikian rupa. Kerana itu, Tan Sri Yang di-Pertua, ini adalah merupakan satu tambah baik yang diambil oleh Kerajaan Madani ini untuk kepentingan rakyat.

Saya ingin mulakan perbahasan saya dengan menyentuh soal pengundian di Malaysia, Tan Sri. Pilihanraya Umum Ke-15 adalah merupakan PRU yang pertama selepas kita meluluskan RUU undi automatik ataupun Undi18 pada 16 Julai 2019 di dalam Dewan yang mulia ini.

Namun begitu, saya ucapkan- kerana proses ataupun kelulusan Undi18 ini telah memberikan pelbagai reaksi dan juga manfaat kepada proses pengundian dan juga kepada proses kebebasan hak memilih seawal 18 tahun. Yang penting kepada kita ialah pengundi muda tidak boleh kita hendak tentukan mengundi di satu-satu lokaliti tertentu. Ia mengikut keputusan ataupun mengikut IC alamat kad pengenalan yang termaktub, dan juga yang telah didaftarkan.

Sebelum saya sebut soal ini, Tan Sri, saya hendak ucapkan tahniah dan syabas kepada polis dan tentera. Polis dan tentera ini mempunyai jasa dan peranan yang sangat tinggi dalam menjaga keamanan negara dan ini tidak boleh tidak kita pertikai. Kita harus terjemahkan rasa penghargaan dan terima kasih kita kepada polis dan tentera ini.

Cumanya, Tan Sri, buat ketika ini, pelatih-pelatih polis dan juga mereka yang berada di kem-kem askar ini, Tan Sri Yang di-Pertua, akan mengundi di mana lokasi dan lokaliti pusat latihan atau kem mereka berada. Saya ambil contoh di beberapa kawasan

final • 2:44 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Parlimen. Kalau di Negeri Sembilan, kita ada kem tentera di beberapa daerah, dan DUN.

Di Jelebu, kita ada Pusat Latihan Polis Air Hitam.

Saya hendak beritahu kepada Dewan yang Mulia ini, kalau contoh di Pusat Latihan Polis Air Hitam ini, kita ada beberapa kategori. Ada pelatih regular, akan menjalani latihan di sini dalam tempoh enam bulan dan bagi pelatih sokongan pula akan menjalani latihan bagi tempoh empat bulan.

Di sesetengah kawasan kem latihan ini, Tan Sri, jumlah pelatih sama ada tentera atau polis mempunyai jumlah pengundi ataupun jumlah peserta pelatih yang agak signifikan yang menjadi pengundi di dalam DUN dan kawasan yang berkenaan yang boleh menjadi penentu kepada kemenangan mana-mana parti yang bertanding. Maknanya kalau jumlah dia seribu, seribu itu boleh menentukan dan mengatasi jumlah pengundi yang berada di dalam DUN yang berkenaan.

Saya beranggapan situasi ini adalah tidak adil kepada rakyat yang tinggal di kawasan tersebut kerana pelatih-pelatih ataupun askar yang berada di kem ini, mereka bukan sahaja menetap di situ tetapi mereka berada bagi tempoh-tempoh yang sangat singkat dan tidak berada di kawasan DUN dan Parlimen yang berkenaan buat selama- lamanya. Selepas selesai latihan mereka, mereka ini akan berpindah kem dan mereka tidak lagi berada di situ dan hal ehwal kebajikan dan pembangunan di kawasan tersebut juga bukan lagi menjadi urusan mereka.

final • 2:44 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Bukankah itu pada saya tidak adil kerana orang yang hanya tinggal sementara dan menjadi penduduk di situ tetapi telah mendapat hak untuk menjadi penentu kepada siapa yang akan berkhidmat kepada penduduk di kawasan yang berkenaan. Di dalam proses pengundian di Malaysia, kita semua sedia maklum, kita ada tiga jenis pengundi yakni pengundi awal, pengundi pos dan juga pengundi biasa. Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan agar pengundi askar dan polis ini boleh mengundi di kawasan seperti mana alamat ataupun seperti mana yang tercatat di dalam kad pengenalan mereka melalui kaedah undi pos.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua saya hendak sebut ialah terdapat beberapa perkara yang ingin saya sentuh berkenaan dengan isu FELDA. Untuk rekod Dewan, di kawasan Parlimen Jelebu, kita ada 11 tanah rancangan FELDA. Di Negeri Sembilan ada 49, dan ada beberapa puluh lagi kawasan rancangan FELDA di seluruh negara. Sebab itu banyak isu FELDA yang berkaitan dengan FELDA harus kita capai dan juga baik pulih ataupun untuk kita tambah value ataupun tambah kebaikan bagi kebaikan peneroka dan untuk generasi-generasi FELDA yang akan datang.

Antara perkara yang ingin saya sebutkan pada hari ini adalah berkenaan dengan Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960, Tan Sri. Akta ini telah digubal pada tahun 1960, Akta 13 selaras dengan peruntukan di bawah Artikel 76, Perlembagaan Persekutuan pada 27 April 1960 dan telah berkuat kuasa pada 30 Mei 1960. Tujuan penggubalan akta ini seperti kita semua sedia maklum, adalah untuk menyeragamkan undang-undang serta dasar dan penubuhan kawasan penempatan berkelompok dengan syarat pemberi milikan dan penghunian di kawasan itu bagi perkara yang berkesampingan dengannya dan pelaksanaannya bagi semua negeri di Semenanjung ini iaitu daripada segi polisi, dasar serta kuasa eksekutif yang diberikan oleh pihak berkuasa negeri.

Akta ini juga sewaktu diwujudkan adalah sangat baik bagi mengurus dan mengawal tanah-tanah FELDA di seluruh negara. Cumanya isunya Tan Sri, akta ini telah berusia lebih daripada 63 tahun tanpa sebarang kajian dan juga pembaharuan. Banyak perkara dan klausa dan seksyen yang ada dalam akta ini yang mungkin relevan waktu itu dan tidak relevan lagi ketika sekarang. Setelah lebih 60 tahun penubuhan FELDA, kini rata-rata peneroka generasi pertama semakin hari semakin berkurangan kerana telah sampai umur dan sebagainya.

Bagi peneroka yang telah meninggal dunia, Tan Sri, lot-lot tanah dan ladang mereka diuruskan oleh waris yang dikelaskan sebagai pentadbir sahaja. Beza antara pemilik dan pentadbir, pemilik ialah individu yang berkuasa sepenuhnya dalam soal harta

final • 2:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

yang dimiliki yakni lot rumah dan juga lot ladang. Pentadbir pula tidak berkuasa sepenuhnya ke atas harta yang ditadbir sama ada rumah atau ladang dan hasil ladang mestilah dibahagikan sesama waris-waris mengikut perintah pusaka.

Kerana itu sejak akhir-akhir ini, isu pembahagian tanah pusaka FELDA semakin mendapat perhatian masyarakat dan yang disebabkan kegagalan menyelesaikan masalah pusaka ini. Pembahagian harta pusaka yang sememangnya telah bermasalah kini menjadi lebih rumit apabila berlaku salah faham di kalangan waris yang melibatkan hak milik berkelompok yang terikat dengan akta ini. Peruntukan yang sedia ada di dalam Akta GSA pada ketika ini dilihat tidak mampu untuk dijadikan asas kepada penyelesaian masalah ini. Sekatan yang diperuntukkan dalam akta ini juga tidak memungkinkan ahli waris mendaftarkan nama mereka dalam geran tersebut dan dalam masa yang sama, tanah tersebut tidak boleh dipecah sempadan dan sebagainya.

Kerana itu keadaan ini tanpa fahaman yang jelas telah menimbulkan kesangsian kepada waris yang merasakan seolah-olah mereka hilang hak dan dinafikan hak mereka oleh undang-undang. Oleh sebab itu, saya ingin mencadangkan agar Akta GSA ini dipinda dan dikaji semula bagi mengambil kira kepentingan pewaris serta sebagaimana pembangunan masa depan FELDA. Saya ingin mencadangkan supaya satu rundingan meja bulat perlu dibuat yang melibatkan pihak kementerian, FELDA, peneroka, badan bukan kerajaan serta pakar perundangan dan hartanah untuk mencari penyelesaian sebagaimana untuk menyelesaikan segala isu-isu yang berkaitan dan sekali gus untuk merangka pembangunan FELDA untuk masa depan yang lebih baik.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang saya ingin bawakan pada hari ini adalah isu yang berkaitan dengan penanaman.

final • 2:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Jelebu, Jelebu. Boleh sikit? Boleh sikit mencelah?

final • 2:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Sekejap, okey.

final • 2:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh?

final • 2:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ya, sila.

final • 2:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Saya tertarik Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan pindaan Akta GSA 1960. Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Jelebu, adakah Yang Berhormat Jelebu sedar bahawasanya di Dewan yang mulia ini juga telah dibentangkan Kertas Putih FELDA dan dalam Kertas Putih FELDA termaktub pelbagai intervensi yang perlu dibuat bagi memastikan masa depan peneroka FELDA, generasi kedua FELDA terjamin dan boleh Yang Berhormat Jelebu nyatakan bagaimana harus kita dapatkan progress terhadap Kertas Putih FELDA yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat tempoh hari?

final • 2:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tan Sri, saya sokong Paya Besar.

Harap dapat masukkan dalam teks saya, harap dapat kerajaan mengemukakan laporan terkini tentang perkembangan Kertas Putih yang telah pernah dibentangkan di Dewan Rakyat ini, Tan Sri.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tan Sri, saya sambung semula. Isu yang berkaitan dengan Geran Penanaman Semula Sawit. Isu ini bukanlah hanya berfokus kepada peneroka sahaja tetapi melibatkan lebih kurang 446,000 Tan Sri, pekebun kecil dalam sektor sawit yang tak kira di bawah seliaan agensi ataupun persendirian, in total, dengan izin. Geran ini bukanlah satu tabung yang baru. Ianya pernah diwujudkan ketika zaman Kerajaan Barisan Nasional dahulu Tan Sri tetapi geran ini telah ditukarkan kepada konsep pinjaman dengan kadar faedah dua peratus bagi tahun 2020.

Dalam pembentangan Belanjawan Yang Amat Berhormat Tambun tempoh hari, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menyediakan insentif program tanam semula sawit dengan peruntukan RM100 juta.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun. Insentif ini akan ditawarkan secara geran

final • 2:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

dan pinjaman kepada 7,000 pekebun kerja sawit persendirian. Mewakili para pekebun kecil yang ada sekarang ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih. Namun, beberapa persoalan dan juga cadangan ingin saya timbulkan supaya pihak kementerian dapat mengambil kira tentang perkara kebaikan tentang inisiatif ini.

Yang pertamanya Tan Sri, daripada RM100 juta ini, berapa yang akan diberikan dalam bentuk geran dan berapa dalam bentuk pinjaman? Pertama.

Apakah kaedah pembahagian yang diguna pakai oleh pihak kementerian nanti?

Kedua.

Yang ketiganya Tan Sri, saya harap supaya pemberian geran penanaman semula ini dapat diberikan kepada pekebun kecil yang benar-benar memerlukan dan tidak diberi kepada pihak yang berkemampuan. Ini adalah kerana kos penanaman semula sawit semakin hari semakin meningkat. Sekarang ini dia makan jumlah RM20,000 ke RM25,000 untuk sehektar.

Saya ambil kira RM25,000 Tan Sri, kalau peruntukan RM100 juta, peruntukan ini hanya boleh membiayai kos penanaman semula untuk lebih kurang 4,000 hektar sahaja.

Sebab itu kaedah pemberian geran ini perlu diteliti supaya semua ataupun seramai mungkin pekebun kecil mendapat manfaat. Saya ingin memberikan cadangan dan pandangan kepada pihak kerajaan supaya kerajaan memberikan keutamaan untuk kepada pekebun yang membuat penanaman semula di bawah tiga hektar diberikan dalam bentuk geran. Bagi penanaman semula yang melebihi tiga hektar, pekebun kecil ini boleh dialihkan untuk menerima dalam bentuk pinjaman.

Selain itu juga, saya ingin juga mencadangkan kepada pihak kerajaan agar tabung ini tidak bergantung harap sepenuhnya dengan dana kerajaan. Ini adalah kerana keadaan ekonomi dan juga bentuk bantuan kepada pekebun kecil yang semakin sedikit.

Berdasarkan kepada statistik Tan Sri, untuk rekod Dewan Rakyat ini, Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2022, sebanyak 3.78 juta tan minyak sawit mentah dengan nilai RM19.77 bilion telah dieksport ke luar negara. Selain daripada itu, produk berasaskan sawit yang terdiri daripada minyak sawit, isirung sawit, oleokimia, produk sawit yang lain ataupun hampas isirung sawit adalah sebanyak 22.75 juta tan dengan nilai RM118.12 bilion juga telah dieksport ke luar negara bagi tempoh yang sama yakni bagi tahun 2022.

Saya minta sambung sedikit, Tan Sri ya.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Jika semua, jika dicampurkan Tan Sri, kedua-dua eksport ini, nilainya adalah RM137.89 bilion. Kalau semua syarikat mengeksport minyak sawit mentah dan hasil sawit ini menyumbang 0.01, bukan 0.1, bukan 10 percent, tidak- 0.001 peratus sahaja ke dalam tabung tanam semula ini, sebanyak RM137 juta dapat kita kumpulkan bagi tempoh tahun berkenaan yakni bagi tahun 2022.

final • 2:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya anggap pendekatan ini adalah merupakan pendekatan win-win situation dengan izin di antara semua pihak, sama ada pihak kerajaan, swasta, mahupun pekebun kecil. Semua main peranan supaya mendapat manfaat daripada pewujudan tabung ini kerana kita harus terima hakikat yang bertungkus-lumus mengusahakan sawit ini adalah pekebun-pekebun kecil dan yang urus niaga berbilion-bilion ringgit ini adalah pihak swasta dan agensi. Jadi kerana itu memadai ataupun apa salahnya kita ambil sedikit daripada nilaian tersebut untuk beri semula bantuan kepada pekebun kecil.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai poin yang akhir, saya hendak minta izin sedikit kerana ini adalah perkara penting berkaitan dengan keterjaminan makanan. Bermula daripada minyak, telur, ayam dan kini kita berhadapan dengan masalah beras dan kita faham isu kekurangan beras ini adalah berasaskan kepada beberapa faktor cuaca, bencana, wabak, sekatan eksport dan sebagainya. Ini adalah merupakan bukan sahaja merupakan isu di Malaysia,malah di peringkat global. Sebab itu suka atau tidak suka Tan Sri, kita perlu ambil serius soal keterjaminan makanan ini.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Kerajaan perlu melihat dan juga apakah bahan asas makanan yang mana kebergantungan negara kepada hasil import adalah tinggi dan merangka satu pelan jangka panjang supaya kebergantungan kita terhadap bahan makanan import ini dapat kita kurangkan dari tahun ke tahun.

Saya mengharapkan supaya kerajaan kali ini Tuan Yang di-Pertua, bersedia untuk berbelanja dalam jumlah kewangan yang agak besar dalam soal keterjaminan makanan ini kerana ini adalah merupakan satu time bomb dengan izin jika tidak dapat kita selesaikan, maka pada waktu dan tahun yang akan datang masalah yang sama akan kita hadapi.

Saya hendak sebut Kerajaan Negeri Sembilan Tan Sri, kita mohon RM20 juta tambahan, khusus daripada Kerajaan Persekutuan, menerusi Belanjawan 2024 bagi memperkukuhkan projek keterjaminan makanan dan keselamatan bagi Negeri Sembilan.

Peruntukan yang dimohon ini adalah untuk membantu industri pertanian, penternakan, dan perikanan serta tanah terbiar dan mengikut sumber agro makanan Negeri Sembilan Tan Sri, kita tidak dapat hendak tampung keperluan negeri-negeri lain, tetapi sekurang- kurangnya cukup untuk menampung dan menjamin bekalan makanan di Negeri Sembilan mencukupi.

Satu perkara Tan Sri, kenapa peruntukan ini penting, saya sudah sebut kepada Yang Berhormat Menteri, saya beri contoh berkenaan dengan soal beras. Kerajaan negeri sekarang ini Tan Sri, kita tidak ada apa-apa kilang beras. Mini kilang beras pun tidak ada, pusat pemprosesan beras pun tidak ada. Malah pembekal beras 1,200 hektar di seluruh Negeri Sembilan hantar ke Melaka, Muar dan juga negeri-negeri sekitar. Apabila kita hantar beras ke Muar kita hantar beras ke Melaka, beras itu tidak balik semula ke Negeri Sembilan. Orang Negeri Sembilan beli beras dari luar.

Oleh kerana itu saya harapkan, Negeri Sembilan ini adalah negeri luar jelapang dan kawasan penanaman padi Negeri Sembilan seperti saya sebut hampir 1,200 hektar bagi seluruh Negeri Sembilan.

Apa yang kita harapkan apabila bentuk peruntukan dan bajet yang sedemikian rupa, maka pada tahun-tahun yang akan datang Negeri Sembilan boleh mendirikan kilang memproses padi ini untuk menampung bekalan beras bagi Kerajaan Negeri Sembilan.

Tan Sri, saya ucapkan terima kasih. Jelebu menyokong.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Jelebu, saya menjemput Merbok.

final • 3:00 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan kepada saya untuk sama berbahas berkaitan Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada minggu yang lalu. Sebagai memainkan peranan wakil rakyat dan juga pembangkang yg berkesan dalam Dewan yang mulia ini, tidak lain tidak bukan ia bertujuan untuk menjadi mekanisme semak dan imbang segala keputusan pihak kerajaan agar perkara yang baik akan terus di dokong dan kekurangan dapat dibetulkan demi untuk kepentingan rakyat.

Bajet pada kali ini adalah bajet terbesar yang pernah dirangka oleh kerajaan iaitu sebanyak RM395.8 bilion dan ini bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan sebab memang setiap tahun bajet atau belanjawan ini tidak pernah menurun sebaliknya meningkat. Apa yang boleh dibanggakan kelak ialah pelaksanaannya yang bakal memberikan manfaat kepada rakyat. Jika bajet meningkat demi untuk kesejahteraan rakyat, saya sepenuh hati menyokongnya, tetapi jika bajet yang disediakan tidak ada hala tuju dan juga kosong ia haruslah diperbetulkan agar semua lapisan masyarakat daripada golongan B40. M40 dan T20 dapat menikmati hasil daripada bajet ini. Dalam konteks ini, kerajaan seharusnya mempunyai tekad untuk mengurangkan bahkan mengelakkan pembaziran dari terus berlaku saban tahun dengan meningkatkan tahap kecekapan dan ketelusan menguruskan wang negara.

final • 3:04 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mulakan berbahas mengenai perkara yang melibatkan kawasan saya. Pembangunan Lembah Bujang. Parlimen Merbok merupakan kawasan yang cukup istimewa di hati saya. Oleh yang demikian, saya berhasrat untuk menambah baik serta menaik taraf Parlimen Merbok menjadi wilayah yang berkemampuan dari segi pembangunan warisan sejarah, sosioekonomi dan juga budaya.

Saya juga ingin menjurus kepada poin percakapan saya pada hari ini iaitu Lembah Bujang. Jika disoroti sejarah, dan kajian ilmiah yang telah dijalankan, telah mendedahkan Lembah Bujang yang berada dalam daerah Kuala Muda mempunyai produk geo pelancongan sebanyak 12 tapak. Ekopelancongan Bakau di mana melalui ekspedisi saintifik yang telah dijalankan pada tahun 2013 telah berjaya merekodkan 39 spesies sebenar dan 25 spesies bersekutu bakau dalam hutan paya bakau Sungai Merbok. Ini bermakna 78 peratus daripada spesies bakau sebenar dunia terdapat di hutan paya bakau Sungai Merbok.

Melalui Arkeopelancongan telah ditemui juga bengkel peleburan besi yang wujud sejak tahun 788 sebelum Masihi lagi. Jeti dan pengurusan pelabuhan yang ditemui sejak- yang berusia 487 tahun dan 582 sebelum Masihi di mana kesan-kesan ritual Buddha sejak kurun ke dua hingga ke lapan Masihi lagi yang merupakan tapak arkeologi yang bertaraf dunia yang mana gabungan ketiga-tiga elemen dan segmen yang telah saya sebutkan tadi hanyalah terdapat di kawasan Lembah Bujang dalam daerah Kuala Muda dan tidak terdapat di mana-mana tempat lain di dalam negara dan juga dunia. Jadi saya memohon kerajaan memandang serius untuk memberikan peruntukan yang mencukupi, membangunkan kawasan ini supaya ia berupaya menjadi tempat tarikan pelancongan yang bertaraf dunia.

Menerusi pembentangan Yang Amat Berhormat Tambun minggu lalu, bajet kali ini memperuntukkan kira-kira RM80 juta untuk beberapa tempat menjadi mercu tanda pelancongan di seluruh negara termasuklah Gua Niah di Sarawak, Royal Belum di Perak dan Lembah Bujang di Merbok, Kedah. Saya memohon penjelasan mendapatkan maklumat mengenai berapakah peruntukan khusus disediakan untuk membangunkan Lembah Bujang sebagai ikon pelancongan di dalam negara ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, yang kedua, isu kesesakan Jambatan Semeling yang dialami oleh pengguna pada setiap hari waktu puncak dan lebih parah pada setiap hujung minggu dan setiap kali musim perayaan tidak akan berkesudahan dan akan terus menghantui penduduk jika ia tidak ada penyelesaian untuk menaik taraf jalan dan jambatan tersebut. Setiap kali berpeluang untuk berbahas dalam Dewan yang mulia ini, saya akan utarakan isu jambatan ini dan setiap kali saya tanyakan, maka setiap kali tempoh untuk melaksanakannya juga berubah.

Sebelum saya bertanya dalam Dewan yang mulia ini, projek ini berada dalam prioriti nombor satu dalam pelaksanaan projek KKR Negeri Kedah, tetapi selepas itu ia terus hilang daripada senarai keutamaan tersebut dan dimaklumkan akan dilaksanakan pada RP3 RMKe-12. Baharu-baharu ini ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal RMKe-12, ketika ditanya lagi oleh saya, ia berubah lagi tempoh pelaksanaan ke RP4 RMKe-12. Itu pun akan dimaklumkan selepas pembentangan bajet dan berdasarkan keutamaan dan kedudukan kewangan kerajaan. Sehubungan dengan itu, saya memohon sangat kepada Kementerian Kewangan agar memperuntukkan untuk menaikkan taraf Jambatan Semeling ini perlu disegerakan dan dilaksanakan.

Tan Sri Yang di-Pertua, berkenaan dengan rare earth (RE). Unsur nadir bumi bukan sahaja penting dalam peralihan daripada industri dan tenaga berasaskan karbon kepada tenaga hijau...

[Tidak jelas] Menangani krisis perubahan iklim bahkan menjadi kunci kepada ekonomi masa hadapan sehingga menjadi buruan termasuk negara kuasa besar China dan Amerika Syarikat. Sebelum ini Yang Berhormat Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim melalui mesyuarat pertama Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Industri Mineral (JKPPIM) telah membuat keputusan yang membenarkan kerajaan negeri melaksanakan penerokaan awal RE berdasarkan prosedur operasi standard yang sedia ada.

final • 3:04 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Walau bagaimanapun, Yang Amat Berhormat Tambun pada pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas yang lalu telah menegaskan bahawa kerajaan akan membangunkan dasar larangan eksport bahan berkenaan bagi mengelak eksploitasi dan kehilangan sumber sekali gus menjamin pulangan maksimum pada negara.

Kontradiksinya, apa yang kita mahukan adalah unsur nadir bumi ini menjadi antara daya tarikan utama daripada pelabur asing ke negara ini sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan peluang untuk pemindahan teknologi.

Ahli-ahli Dewan yang mulia dan kepada Tan Sri Yang di-Pertua, namun begitu kekayaan khazanah negara yang baru ditemui ini perlu diusahakan bukan sahaja untuk menitikberatkan kelestarian dan kemapanan alam sekitar atau dengan pendekatan kaedah perlombongan yang tidak menyebabkan pencemaran air, udara dan kehilangan biodiversiti serta masalah kesihatan kepada rakyat. Bahkan memberi lonjakan ekonomi kepada negara dan negeri dengan membangunkan industri teknologi tinggi di negara ini.

Sekali gus mencambahkan perusahaan pada peringkat huluan, pertengahan dan hiliran.

Kita perlu belajar daripada kesilapan kita pada masa lalu. Kita jangan sekadar menjadi negara pengeksport bahan mentah seperti bijih timah manakala negara lain termasuk Singapura memprosesnya dan mengeksport kembali ke Malaysia lalu dijual dengan harga lebih tinggi untuk pasaran domestik kita.

Oleh yang demikian, saya menyarankan Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri yang bercadang mengusahakan unsur nadir bumi ini supaya bekerjasama dalam memastikan semua pihak mendapat manfaat daripada hasil bumi yang dikurniakan oleh Allah SWT ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, menyentuh kawasan Ulu Muda dan sumber airnya, dalam ucapan belanjawan Yang Amat Berhormat Tambun, kerajaan berikrar bahawa isu bekalan air bersih harus dinoktahkan terutamanya di Kelantan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Sejumlah RM1.1 bilion disediakan bagi melaksanakan penyelesaian isu bekalan air ini.

Oleh itu, saya juga ingin menyentuh isu kawasan tadahan air Ulu Muda di mana air mentah yang berasal dari Ulu Muda ini penting untuk tanaman padi dua kali setahun di kawasan jelapang padi di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Paling penting, Ulu Muda juga merupakan kawasan tadahan air terbesar di wilayah utara. Air hujan ditadah dalam alam semula jadi di kawasan Ulu Muda yang mengisi tiga empangan utama di negeri Kedah iaitu Empangan Muda, Empangan Ahning dan juga Empangan Pedu.

Air mentah dari Ulu Muda juga mengalir melalui Sungai Muda yang sepanjang 178 kilometer di mana 95 peratus mengalir dalam negeri Kedah dan hanya 5 peratus mengalir melalui Pulau Pinang tetapi ia membekalkan sekitar 80 peratus daripada keseluruhan bekalan air di Pulau Pinang. Air sungai ini mengalir ke Sungai Dua sebelum di pam ke seluruh negeri Pulau Pinang untuk diproses.

Mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006, Akta 655 yang disambut dengan Enakmen Sumber Bekalan Air Negeri Kedah 2008, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) ditubuhkan untuk mengawal selia semua sumber air yang ada di dalam negeri Kedah. LSANK berhak untuk mendapat bayaran daripada mana-mana pihak yang menggunakan air mentah daripada segala sumber yang ada di dalam negeri Kedah atas tanggungjawab memastikan kelestarian sumber air terus terjaga dan dipelihara.

Bayaran ini juga sebagai kos melepas oleh kerajaan negeri dan rakyat negeri Kedah atas kehilangan pendapatan demi mengekalkan kawasan tadahan. Malah Syarikat Air Darul Aman (SADA) juga membayar kepada LSANK atas setiap titis air mentah yang diambil dari sumber-sumber yang ada di dalam negeri Kedah.

Apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah kos untuk menjaga dan memastikan kawasan Ulu Muda ini tidak dikacau ganggu adalah berada di bawah Kerajaan Negeri Kedah dalam memastikan sumber bekalan air yang terjamin untuk semua negeri yang menggunakan sumber airnya. Jika Kerajaan Persekutuan dapat memberikan berbilion

final • 3:10 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membesarkan lapangan terbang dan membina laluan LRT, maka saya juga ingin memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberikan bayaran khas yang setimpal kepada negeri Kedah untuk menjaga dan memelihara kawasan Ulu Muda ini.

Tuan Yang di-Pertua, hasrat kerajaan untuk memperkasakan tenaga boleh baharu amatlah disokong untuk memelihara kelestarian alam sekitar. Salah satu sumber selain daripada tenaga solar ialah sumber tenaga wind turbine, dengan izin, tenaga turbin angin. Saya ingin mencadangkan supaya Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim meninjau potensi penggunaan turbin angin pada masa depan bagi mengembangkan portfolio tenaga boleh diperbaharui di negara ini.

Ini adalah sejajar hala tuju kelestarian untuk mencapai sasaran pelepasan karbon sifar menjelang 2050. Ada orang katakan di Malaysia ini angin tidak cukup untuk membuat wind turbine. Betul kah tanggapan ini? Izinkan saya mengupas sedikit tentang perkara ini.

Di Malaysia, terdapat beberapa kawasan yang sesuai untuk projek tenaga angin seperti di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan di lokasi-lokasi terpilih di Pantai Barat di Semenanjung Malaysia. Pembangunan turbin angin pertama di Malaysia telah dilaksanakan di Bukit Cerakah, Selangor pada tahun 2014. Turbin angin ini berkapasiti 2.75 megawatt dan dapat menghasilkan bekalan elektrik yang mencukupi keperluan tenaga kepada lebih daripada 1,000 buah rumah.

Tan Sri Yang di-Pertua, ingin saya memetik juga daripada NewsHub Universiti Teknologi Malaysia. Sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia telah berjaya membangunkan sebuah turbin angin yang mampu menjana kuasa elektrik secara efisien pada tahap kelajuan angin yang rendah berdasarkan kadar purata kelajuan angin di Malaysia, melalui revolusi teknologi bilah turbin angin sekali gus muncul sebagai kumpulan penyelidik pertama di Malaysia yang telah berjaya membangunkan teknologi penghasilan tenaga berasaskan sumber angin tempatan.

Walau bagaimanapun, projek ini adalah pembangunan prototype di bawah dana Kementerian Pengajian Tinggi yang bermula pada tahun 2020 dan dibangunkan bagi menghasilkan Minimum Viable Product (MVP) wind turbine dengan Tahap Ketersediaan Teknologi (TRL) 7. Projek ini di antara lainnya menyokong aspirasi dan komitmen kerajaan dalam meningkatkan sumbangan renewable energy dalam penghasilan tenaga negara.

Ia selari dengan polisi RE negara yang dinyatakan di dalam Malaysia RE Roadmap (MyRER) iaitu bagi mencapai mix installed capacity RE negara sehingga 35 peratus menjelang 2030. Penghasilan tenaga elektrik melalui sistem wind turbine di kawasan angin rendah adalah possible dan masih boleh dimanfaatkan potensinya.

Justeru, sistem teknologi berteraskan high energy efficiency yang dibangunkan tersebut memberi penelitian kepada komponen sistem dan komponen pengeluaran tenaga yang boleh menjadi elemen kritikal kepada penghasilan tenaga yang efisien dan reliable. Saya memohon supaya Yang Berhormat Setiawangsa mengambil cakna dan memasukkan teknologi yang menggunakan kepakaran tempatan ini yang juga diyakini mampu dibangunkan dengan kos yang sangat efektif di dalam anggaran perbelanjaan kementerian Yang Berhormat Setiawangsa.

Sebagai penutup Tan Sri Yang di-Pertua dan Yang Berhormat semua, saya bersetuju dengan Ketua Pembangkang. Beliau berkata, “Belanjawan negara sepatutnya memberi peluang pekerjaan kepada rakyat terutama anak-anak muda selain perlu meringankan beban rakyat dalam kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ini.” Sebelum saya mengundurkan diri, ingin saya mengajak Ahli-ahli Dewan ini untuk renungkan bersama walaupun bajet yang telah dibentangkan dengan jumlah kewangan yang besar dan janji-janji yang banyak, di tangan Ahli-ahli Dewan pula diberikan satu kuasa yang boleh menzahirkan segala yang termaktub di dalam Belanjawan 2024 ini.

Sementara itu, di luar sana jutaan rakyat Malaysia yang saban hari menunggu dan menanti bilakah kesan limpahan daripada belanjawan ini akan diterima oleh mereka.

Sekian, terima kasih. Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumussalam. Terima kasih Merbok. Saya jemput Ipoh Timur.

final • 3:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Terima kasih Tan Sri Speaker yang segak, tampan, adil dan hebat.

final • 3:18 PM

Tuan Yang di-Pertua

15 minit...

[Ketawa]

final • 3:18 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Salam sejahtera, salam Malaysia Madani, salam Kerajaan Perpaduan saya ucapkan. Terima kasih Tuan Speaker. Ipoh Timur amat berbesar hati diberikan peluang untuk ikut serta dalam perbahasan Belanjawan 2024.

Sebuah belanjawan yang penting dalam merangka hala tuju kerajaan dan negara termasuk tahun kedua pentadbiran kerajaan His Royal Majesty Government, Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Kerajaan Perpaduan, kerajaan campuran yang kali pertama kita saksikan.

Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas kejayaan merangka sebuah belanjawan yang holistik dan manusiawi.

Menyentuh kepentingan rakyat yang sedang bergelut dengan isu-isu kos sara hidup pasca pandemik yang masih belum mereda-reda.

Ekonomi dunia setelah tercetusnya perang pencerobohan Ukraine oleh Rusia dan ketidaktentuan geopolitik yang memberi kesan langsung kepada pasaran global yang naik turun harga barang keperluan. Ini semua sedang menghimpit rakyat terbanyak. Ini sebelum masuk implikasi tambahan yang belum tampak kesannya lagi ekoran perang di Gaza yang penuh jenayah kemanusiaan dan jenayah perang dilakukan oleh rejim pengganas Israel.

Kita telah ambil pendirian bersama dalam Dewan yang mulia ini. Ketegasan dan solidariti saya dan parti saya jelas dan menyerlah. Maka saya tidak mengulangi lagi. From river to the sea, Palestine will be free. Tuan Speaker, kejayaan Kerajaan Madani dalam menangani gejolak naik turun harga barang ini termasuk krisis bekalan beras yang baru beransur selesai adalah indikator terbaik dan penting kepada potensi kestabilan politik dan tadbir urus serta tata kelola yang baik.

final • 3:18 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Kestabilan politik adalah kunci kepada ekonomi yang dipacu cemerlang serta asas kepada kemakmuran yang berpanjangan bagi seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar kaum, agama, wilayah, perbezaan politik dan kelas pendapatan di samping merapatkan kesenjangan ekonomi yang masih melebar. Sekali lagi, tahniah kepada Tambun dan pasukan Kementerian Kewangan, kepada TMK I, TMK II, KSP dan seluruh jentera MOF atas dasar perbelanjaan yang berhemah dan adil, tepat pada tempat dan waktunya.

Tan Sri Speaker, dalam menyokong belanjawan ini, ada beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan supaya hal-hal ini tak tersorok di sebalik blind spot atau titik buta, dengan izin dan mendapat perhatian kerajaan. Dengan bertemakan kedaulatan sumber asli negara, izinkan saya untuk memulakan bab ini degan sedikit penceritaan latar sejarah konflik The Gulf War- Perang Teluk.

Pada 2 Ogos 1990, Iraq serang dan takluk Kuwait itulah permulaan Operation Desert Storm sebuah peperangan yang berlanjutan selama enam bulan, tiga minggu dan lima hari di kepalai oleh Amerika Syarikat. Latar dan puncanya termasuklah tuduhan Iraq bahawasanya Kuwait telah melampaui kuota pengeluaran minyak OPEC. Memang lebih pun. Bekalan kurang, harga naik, bekalan naik, harga turun. Kedua-dua UAE dengan Kuwait masing-masing menghasilkan bekalan minyak secara berlebihan. Harga minyak jatuh merudum sehingga 10 Dolar setong ketimbang 18 Dolar setong yang diinginkan, dihendak-hendakan oleh kartel petrol Timur Tengah.

final • 3:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Tujuh bilion setahun Iraq rugi. Ikut Iraq ini ibarat isytihar perang ekonomi. Maka, Iraq serang Kuwait. Iraq pikio Amerika tak akan masuk campur namun, rupa-rupanya deme ni ingker tak sabo-sabolah. Amerika ini nak masuk campur. Siap buat kesepakatan dengan Arab Saudi sebagai selaku pembekal minyak utama yang menjadikan rakan geopolitik yang strategik sampai la ni lah. Deme ni sama-sama lawan Iraq. Kemudiannya, US kerah kawan-kawan, guna UN Security Council, Majlis Keselamatan PBB mengenakan sekatan ekonomi ke atas Iraq akibatkan hyperinflation dengan kemiskinan.

Susulannya cetusnya, munculnya Al-Qaeda, Daish, ISIS, 9/11 dan as they say, the rest is history. Ini belum ambil kira kesan panjang peperangan terhadap negara-negara yang terlibat. Semua ini kerana apa? Petroleum, minyak, sumber asli atau pengurusan sumber asli serta kekayaan hasil bumi yang tak tersusun. Malah lebih teruk lagi salah susun.

Tan Sri Speaker, bak kata kumpulan New Boyz, saya tak begitu tua, tetapi tahulah lagu Sejarah Mungkin Berulang. Petroleum dan hasil minyak sudah menjadi kisah lampau di zaman teknologi tinggi dan kereta guna bateri litium. The next big thing dengan izin, is rare earth elements (REE)- 17 rare earth elements, lanthanides 15, tambah scandium, dengan yttrium.

Senarai produk dan penggunaan daripada REE ini boleh tahan panjang dia. AI, quantum computing, teknologi tenaga baharu, teknologi hijau, 5G sampai 6G telefon bimbit yang tiap-tiap tahun ada tambah canggihnya industri aeroangkasa, masuk kereta pandu diri, lori pandu diri. Semua ini boleh jadi kerana adanya REE dan tak adanya REE semua henti di situ, di sini sahaja.

REE ni kome, yang tinggi signifikan geopolitiknya. Perang boleh tercetus kerana minyak dulu dan sekarang. Masa depan pula rujuk sejarah terdekat. Ketegangan Jepun dan US dengan China dan pegangan US di Taiwan yang buat China dengan bertentangan begitu teruknya. Semuanya berpunca daripada sekatan pembekalan REE kepada Jepun oleh China. Kita boleh tengok sejarah lebih jauh lagi tapi secara simpulannya inilah yang kita panggil E&E microchip war atau cip war. Google sahaja TSMC tau lah cerita di sebaliknya. Potensi REE ini ternyata sangat luas dan pihak kerajaan tak boleh membiarkan kekayaan ini dieksploitasi sewenang-wenangnya macam jual sayur, ikan bilis kat pasor kita.

Kerajaan justeru dicadangkan supaya menggubal sebuah rang undang-undang atau menubuhkan, mewujudkan agensi Kerajaan Persekutuan bagi kawal selia, urus dan bangunkan keseluruhan end-to-end, dengan izin, rantaian nilai REE. Kerajaan negeri tak kose, tak mampu dan tak akan mampu untuk buat sendiri. Kalau petroleum kita ada PETRONAS, REE kita juga perlukan sebuah agensi atau GLC yang akan kemudi hasilnya berteraskan dasar dan undang-undang yang sewajarnya. Maka, timbul soalan. Adakah kita ada hasil kekayaan REE yang betul-betul signifikan? Sudah kah ada pihak yang sedang cuba nak merintih jalan untuk menjarah kekayaan ini tanpa beri pulangan kepada rakyat negeri dan negara secara wajar?

PETRONAS ada ratusan peguam, financial commodity analyst, ekonomis dan dengan kepakaran undang-undang khusus dalam bidang O&G. Dalam perundingan dia, dalam trading modelnya. Kerajaan negeri mananya mampu nak upah semua pakar-pakar ni? Itulah antara sebabnya kita saksikan ramainya Ali Baba dan tukang sakau mencuri REE belah-belah utara ni.

Maka, sekali lagi saya ingin cadang supaya rang undang-undang digubal untuk ambil kira kesan jangka panjang penghasilan REE kepada negara agar hasil dan kekayaan ni tidak dijarah sewenang-wenangnya. Bunyi macam nasionalis sikit tetapi itulah hakikatnya. Kita kena pertahankan dan perjuangkan juga.

Tan Sri Speaker, lanjutan perbahasan tentang REE ini dan perkembangan teknologi. Negara juga perlu dipersiapkan dengan merangkul satu lagi takdir kemajuan teknologi yang kita tak boleh dan tak akan elak nama dia, kecerdasan buatan, atau artificial intelligence (AI). AI dan pembelajaran machine learning adalah salah satu kemajuan saintifik yang berikan akai kepada benda dan pemberian ilmu dan maklumat kepada komputer sampailah boleh kaji, boleh telaah, boleh faham, dengan konsep dan

final • 3:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

permasalahan. Siap bagi penyelesaian dan solusi dalam bahasa yang sempurna dan beberapa saat sahaja.

AI sedang mengganti manusia dalam pelbagai bidang, kojer yang dulunya perlukan manusia cerdik pandai, berpendidikan tinggi macam Sungai Petani, tinggi-tinggi- yang hanya depe yang boleh mampu buat tulisan laporan analitikal, rekaan grafik, penggambaran, sekarang AI dah boleh buat dah. Ater pandu kereta pun tak perlu manusia kita hendak pandu dah. Dah boleh buat dah AI.

Industri AI bagi ruang kita beri tumpuan kepada hal-hal yang lebih penting. Ater produktiviti manusia dan buruh naik melambung kemain. Urusan kerja manusia dipermudah dan pertindihan tugas dielakkan. Ia menjadi mangkin automasi dan menghasilkan teknologi baharu.

Dari sudut pandangan ekonominya kita ada. Malaysia ada syarikat-syarikat AI yang berada di garis hadapan industri AI terutamanya dalam bidang grafik dan reka cipta.

Salah satunya, yang paling hebat sekali, yang telah terbukti berjaya di persada dunia adalah Pixlr atau syarikatnya Inmagine- 130 juta download. Puluhan juta pengguna bulanan atau subscriber. Harga subscription yang 90 percent lagi berpatutan daripada Adobe disenaraikan oleh Andreessen Horowitz iaitu satu venture capital company dengan pengkhususan dalam sektor generatif AI sebagai platform tangga ke-13 paling hebat di dunia dengan ChatGPT tempat pertama. Bard milik Google di tangga ketiga. QuillBot kelima, dan sebagainya.

Satu-satunya yang tersenarai dari Pixlr. Tuan milik syarikat ini bukan dari US, bukan dari Eropah, bukan dari China. Syarikat ini bertapak, berpangkalan kat Kelana Jaya kome. Kelana Jaya, Malaysia tu. Pengasasnya anak jati Ipoh, co-founder nya, pengundi Ipoh Timur. Dia undi siapa tak tahulah, tetapi dia punya CTO, dia punya co-CEO seorang lagi semua bersekolah, membesar, orang anak jati Ipoh.

Keupayaan anak bangsa untuk ikut serta dan menjadi watak utama dalam perkembangan teknologi AI tak boleh dipandang rendah. Malah, perlu diberi galakan yang sewajarnya. Dari sudut dasar undang-undang dan insentif kewangan supaya industri ini tak dibio meninggalkan pesisir negara dan bergerak ke seberang tambak yang la ni agresif sangat nak tarik syarikat watan kita ke seberang.

final • 3:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Kita kena elak benda ini. Kita kena pastikan demo kekal di Malaysia. Kerajaan perlu institusikan pembangunan dalam latihan berteraskan AI sebagai persediaan persiapan mendepani segala kemungkinan perkembangan teknologi bertepatan dengan kemasukan Tesla sebuah syarikat gergasi yang bukan sahaja mandiri dengan kepakaran pembuatan kereta elektrik bahkan juga turut berkedepan dalam pembangunan AI.

Syabas dan tahniah kepada Tambun dan Kerajaan Persekutuan kerana telah mengumumkan tubuhnya sebuah fakulti AI di UTM dengan RM20 juta, syabas dan tahniah, tetapi soalan dia, cepumas sedikit. Adakah Inmagine pemilik Pixlr selaku pelopor dan pemimpin sektor pimpinan milik anak watan, anak jati Ipoh Perak dan seluruh jenteranya akan dibawa, dijemput, dikerah, diminta untuk sama-sama membangunkan pendidikan dan industri dalam AI yang bernilai USD480 bilion menjelang 2027? Ini hanya sektor created economy sahaja tau USD480 bilion.

Lihat sahaja bagaimana Elon Musk mengambil alih Twitter jadikannya tukar nama jadi X. Meski nampak- dia macam nampak kelakar sikit la, tapi Elon barangkali sedang membangunkan AI berasaskan setiap tweet yang kita buat, daripada kita ini. X bakal memiliki rangkaian saraf buatan yang memuatkan kecerdasan semua orang yang tweet tentang kehidupan kita. Pasal nasi kandar mana yang kita suka, filem mana yang kita menyampah, kafe mana yang kita suka beromen-romen. Semua ini akan menjadi satu network of AI yang akan membangunkan X. Naik takut kita buatnya tiba-tiba, tetapi itulah dia masa depan kita, inilah masa depan kita. Malaysia mesti segera bersedia.

Bukan sahaja dari segi ekonomi perihal pengurusan dan tata kelola AI, kebijakan pembangunan atau development policy, dasar pengurusan risiko, undang-undang responsible AI, AI ethics, pelindungan pengguna, AI related cyber securities. Semua ini

final • 3:30 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

kita sebagai wakil rakyat dan kerajaan tidak boleh tunggu. Kerjanya kena mula sekarang Tan Sri Speaker.

Walau bagaimanapun, bak kata pakcik Spiderman bukan Superman, "With great power comes great responsibility". Bukan Spiderman ya, Spiderman punya pakcik. Kuasa AI ini sudah tentu menuntut kita untuk memastikan kebaikannya diagih sama rata.

Komitmen kita kena sentiasa mengangkat nilai manusiawi.

Saya mencadangkan, sebuah majlis perundingan kecerdasan buatan di bentuk dengan penglibatan lagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang minat. Pemain-pemain AI seperti Inmagine dan anggota fakulti AI di UTM serta MOSTI, sama-sama pacu dan lonjakan tanah air ke suatu yang lebih hebat.

Akhir kata, sebelum saya undur saya nak sampaikan tiga rangkap- tidak tahu lah dia syair kah, dia pantun.

*Sumber asli Tuhan kurnia, Nampak Malaysia di peta dunia, Kerajaan dan pelombong kaya sahaja tiadalah makna, Jika rakyat tidak rasa manfaatnya.

Nadir bumi kunci perubahan nasib negara, Tapi janganlah sampai raban teben macam nak gila, Negeri ada kuasa tapi kemampuannya nun di Putrajaya, Bila tidak sepadan, aniaya kita semua.

Jika silap langkah keamanan tergadai, Matlamat negeri hancur agenda rakyat tidak tercapai, Alang-alang menyeluk pekasam biar rendam satu badan, Bab REE bincanglah semula bidang kuasa negeri dan Persekutuan.* Sekian terima kasih Tan Sri Speaker. Ipoh Timur sokong sepenuh-penuhnya.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ipoh Timur. Saya jemput Kangar.

final • 3:30 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera Tan Sri Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, jadi saya tengok Speaker noh. Jadi Kangar mengambil peluang untuk membahaskan Bajet 2024.

Pertama sekali, tahniah kepada YB Tambun kerana telah berjaya membentang Bajet 2024. Semoga bajet ini memberi kebaikan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Tan Sri Yang di-Pertua, Kangar ada beberapa tajuk yang ingin dibahaskan. Antaranya berkaitannya dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Lagi sekali, tahniah kepada Kementerian Pendidikan kerana mendapat bajet tertinggi berbanding dengan kementerian-kementerian lain dengan bajet sebanyak RM58.7 bilion pada tahun 2024. Bermakna banyak tugasan oleh Kementerian Pendidikan bagi memajukan industri pendidikan di negara ini.

Pertama sekali, Kangar ingin berbincang ataupun membincangkan berkaitannya dengan program tingkatan enam. KPM telah menjanakan semula tingkatan enam kepada Kolej Tingkatan Enam. Penjenamaan semula tingkatan enam menjadi salah satu inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

Jadi adalah diharapkan agar KPM menyegerakan penubuhan Kolej Tingkatan Enam di negeri Perlis. Ini bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru di dalam program untuk tingkatan enam. Apatah lagi guru-guru yang mengajar tingkatan enam adalah guru- guru lama dan kadar guru tingkatan enam yang berpencen begitu tinggi berbanding dengan arus perdana.

final • 3:34 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan dengan program tingkatan enam juga, KPM perlu menaik taraf kemudahan-kemudahan asas bagi tingkatan enam. Ini bagi menarik minat pelajar lepasan SPM untuk berada di dalam program yang berkenaan. Jadikan tingkatan enam sebagai setanding dengan kolej matrikulasi ataupun politeknik ataupun universiti-universiti awam dari segi kemudahan asas.

Masalah utama untuk tingkatan enam adalah berkaitannya dengan bilik-bilik kuliah ataupun bilik-bilik yang kurang selesa supaya KPM perlu menanganinya.

Semestinya bilik kuliah mempunyai LCD dan bekalan kerusi dan meja mencukupi bagi menampung bilangan pelajar yang begitu ramai. Ini masalah yang sering berlakulah untuk tingkatan enam ya.

Bagi menarik minat para lepasan SPM untuk memasuki tingkatan enam, KPM diharap dapat mengubah sedikit dari segi wajaran peperiksaan. Maksud saya, markah untuk kerja kursus dan peperiksaan diperbaiki. Untuk sekarang dikatakan untuk peperiksaan adalah 70 peratus manakala wajaran untuk kerja kursus adalah 30. Ini agak berbeza dengan kalau kita lihat di politeknik ataupun di matrikulasi, wajaran dia agak seimbang dan membolehkan mereka mendapat markah yang tinggi. Berbanding dengan pelajar-pelajar STPM yang agak sukar untuk mendapatkan markah tiga poin ke atas dalam peperiksaan akhir. Jadi, dengan- dengan apa wajaran yang mungkin 50, 50 akan membolehkan para pelajar STPM dapat bersaing dan mendapat peluang yang lebih baik untuk memasuki program-program ijazah di universiti-universiti awam.

Untuk pengetahuan Tan Sri Yang di-Pertua, di Perlis ada tiga buah sekolah sahaja untuk mod dua tingkatan enam iaitu di Kangar adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, di kawasan Padang Besar, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sulaiman manakala di kawasan Arau adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin.

Tan Sri Yang di-Pertua, isi kedua dalam perbincangan berkaitannya dengan Kementerian Pendidikan adalah berkaitannya dengan sekolah sukan negeri. Ini saya masuk dalam bidang kokurikulum sekolah sukan negeri dan jika di Perlis yang merujuk kepada sekolah sukan negeri ataupun SMK Said Hassan.

Jadi, sejak 2008 SMK Said Hassan tidak digazetkan sebagai sekolah sukan negeri. Saya pasti juga, di negeri-negeri lain juga menghadapi masalah yang sama

final • 3:34 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Malah, kedudukannya adalah sama seperti sekolah harian biasa. Peruntukan, makanan asrama seperti sekolah biasa di bawah seliaan JPN. Ianya adalah tidak sama seperti Sekolah Sukan Malaysia sedangkan dari segi latihan, dari segi pemilihan pemain, semuanya menjurus kepada untuk membina atlet negara di masa depan. Kemudahan dan prasarana tiada peruntukan penyelenggaraan. Padang bola SMK Syed Hassan sudah mula rosak, malah ada sesetengah trek balapan di negeri-negeri lain yang bukan Perlis dah ini. Trek balapan juga sudah mula rosak. Ini saya dapat maklumat daripada rakan- rakan di sekolah yang berkenaan. Malah, asrama sukan juga tidak kondusif sebagai sebuah sekolah yang terlibat dengan atlet-atlet untuk negara.

Jadi untuk pengetahuan Tan Sri Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, Sekolah Sukan Negeri SMK Syed Hassan sebenarnya merupakan sekolah sukan yang agak kuat walaupun negeri kecil, walaupun kami tidak ada team liga super, kami hanya team peringkat sekolah sahaja. Untuk pengetahuan semua, pada hari Sabtu yang lepas, SMK Syed Hassan berjaya menumbangkan Akademi JDT bagi kategori B14 tahun dan B17 tahun.

Dua-dua kategori SMK Syed Hassan menumbangkan dengan agregat 1-0 dan 1- 0. Walaupun begitu, tahniah kepada Akademi JDT kerana memberi persembahan yang baik bagi membantu menaikkan moral dan semangat anak-anak di Perlis. Oleh itu, Sekolah Sukan Negeri memerlukan kemudahan-kemudahan yang lebih baik bagi melahirkan pemain-pemain negara suatu hari nanti. Jadi, mohon pihak KPM untuk memberi perhatian yang sewajarnya kepada Sekolah Sukan Negeri sama ada di negeri Perlis dan di seluruh negeri seluruh negara yang terlibat dengan Sekolah Sukan Negeri.

final • 3:40 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Tan Sri Yang di-Pertua, masih lagi dalam skop Kementerian Pendidikan. Dalam bidang kokurikulum, KPM perlu memberi nilai tambah dalam program pengantarabangsaan ataupun dengan izin, international program. Dalam program pengantarabangsaan, pelajar-pelajar akan dapat kemahiran-kemahiran berhubung dengan hubungan antarabangsa. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap sekolah- sekolah di Thailand, terutamanya di sempadan Perlis-Thailand, kebanyakan sekolah di sana memang banyak melibatkan dengan program antarabangsa. Susah hendak cari sekolah yang tidak ada program antarabangsa. Kebanyakan sekolah memang terlibat dengan program antarabangsa sebab itu yang ditekankan oleh Kementerian Pendidikan Thailand. Jadi, kita harap kita dapat input yang baik ataupun kita boleh tiru benda yang baik daripada negara jiran.

Tan Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, masih lagi dalam skop Kementerian Pendidikan. Dalam bidang pendidikan, peranan guru amat besar. Merekalah yang mencorakkan pendidikan murid ataupun pelajar. Pekerjaan guru tidak berakhir di sekolah sahaja, malah pada sebelah petang mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

Malahan, pada sebelah malam pun terlibat ada kelas online, ada latihan untuk perbahasan, ada kuiz dan sebagainya.

Jadi, Kangar memohon kepada KPM agar terus menjaga kebajikan guru-guru.

Guru-guru bukanlah merupakan golongan yang maha kaya. Mereka adalah golongan yang mempunyai pendapatan serba sederhana. Ada serba sedikit sahaja macam ahli-ahli masyarakat yang lain. Tak kaya, tapi tak juga miskin sangat, tengah-tengah.

Jadi untuk itu, mohon KPM memudahkan permohonan Ganti Cuti Rehat (GCR) kepada guru-guru yang memohon. Apa yang berlaku sekarang ini, ada yang dapat, ada yang tak dapat. Ada yang tak dapat, walaupun memenuhi syarat masih tidak dapat. Jadi, mohon KPM agar jangan menyulitkan keadaan kerana negara sekarang berada dalam situasi yang amat keras. Permudahkan urusan guru-guru dan kalau boleh, pertimbangkanlah kenaikan pangkat guru-guru kerana guru-guru berhabis-habisan dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar.

Tan Sri Yang di-Pertua, SMK Dato’ Ali Ahmad tergolong dalam Bajet 2024 dengan peruntukan infrastruktur dan peralatan sokongan murid berkeperluan khas. Terima kasih KPM. Kangar berharap SMK Dato’ Ali Ahmad akan menjadi sebuah sekolah yang hebat dalam melahirkan murid-murid yang berjaya. Mohon KPM menghantar guru-guru juga yang hebat dalam bidang akademik dan sukan bagi melonjakkan nama sekolah itu sebab saya orang sukan. Saya banyak bincang hal berkaitan dengan sukan.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya masuk tajuk lain pula. Kali ini berkaitannya dengan lambakan peniaga-peniaga asing di Kuala Lumpur, Nilai dan bandar-bandar lain di seluruh Malaysia. Cuba Ahli-ahli Dewan perhatikan di Kuala Lumpur atau di bandar-bandar lain, kebanjiran warga asing dan mereka senang-senang menjalankan perniagaan. Mereka begitu mudah membuka premis-premis perniagaan. Kalau kita, hendak makan apa pun semua ada. Hendak makan masakan apa? Masakan Punjab ada, kita hendak makan masakan Thailand tom yam pun ada, kita hendak makan masakan Cina pun ada. Hendak makan masakan apa? Semua ada. Arab? Semua ada. Tapi kita sedih tengoklah, sedih.

Saya duk tengok tiap-tiap malam, adoi, letih kita macam ini sebab warga asing. Warga asing ramai tak pe sebab mereka mendatangkan pulangan kepada kita, tapi peniaga- peniaga asing ini. Yang ini yang kita sedih. Kalau tengok dua tiga hari lepas ada askar kena pukul di Nilai, kita tengok pun sedih. Sudahlah kawan itu askar, askar kena pukul.

Patutnya askar yang pukul orang. Minta maaf noh, tapi itu yang berlaku.

Jadi, kita mintalah. Saya bukan hendak salahkan sesiapa. Sebenarnya berlaku sejak daripada dahulu lagi sebab Tanah Melayu dikenali sebagai suvarnabhumi- bumi emas. Sehingga hari ini pun masih lagi bumi emas, syurga emas kepada warga-warga asing. Jadi, kita mohon KPKT, KDN, Kementerian Sumber Manusia dan lain-lainlah, kita sama-sama. Sama-sama kita bertindak sebab kita tak tahu apa akan berlaku 20 tahun akan datang. Sekarang 2023, tak lama 2043, silap-silap hari bulan negara kita habis dikuasai oleh warga asing. Jadi, saya minta yang itulah, minta kementerian-kementerian yang berkaitan menjawablah apa yang saya sebutkan. Ada lagi seminit lebih, banyak lagi ini.

final • 3:40 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Seterusnya bahagian pelancongan. Ini cerita tentang Perlis sedikit. Perlis ada lorong seni dibina ataupun dibuat oleh guru-guru seni ataupun ahli-ahli seni dikenali juga sebagai Street Art of Kangar. Jadi kita minta MOTAC, tapi sebelum ini MOTAC pun tolong dah. Cuma nak minta tolong lagilah, tolong lagi supaya dapat dipermajukan lagi, diangkat sebagai kawasan pelancongan memandangkan Perlis tahun 2024-2025 adalah Tahun Melawat Perlis.

Seterusnya untuk Kementerian Belia dan Sukan. Ini pun saya tak marah Menteri, saya tak marah Timbalan Menteri. Hari itu Menteri tak mahu jawab, tengok saya semacam, tak pa. Saya nak sebut lagi kes rumput. Rumput Zeon Zoysia di Stadium Bukit Jalil. Hairan, saya hairan sungguh rumput tak dan naik dah nak main dah. Rumput tak sempat nak tumbuh dah nak main.

Jadi, lawan salah antara Perbadanan Stadium dan juga FAM. Ini hendak main pula ini pada bulan November, Malaysia lawan Kazakhstan nak main lagi. Jadi, minta tengok-tengoklah kadang-kadang kena tengok bagi masuk akal sedikit. Tengok macam TMJ buat untuk team Johor ya. TMJ dah perkenal rumput lain dah, hibrid. Rumput hibrid di stadium-stadium di Johor. Kalau nak tengok, nak belajar, nak ambil penanda aras, tengoklah TMJ. Dia buat dia nampak. Saya sokong TMJ pula na sebab dari segi sukan...

final • 3:40 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Nak pindah Johor kah? Nak pindah ke Johor, Kangar?

final • 3:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Insya-Allah, insya-Allah tengah cari lain. Akhir sekali nak cerita sedikitlah, tak landing lagi- sikit ada lagi.

Lagi satu untuk rumput zoysia ini saya minta kementerian bantulah Perlis.

Stadium Tuanku Syed Putra sudah 26 tahun tidak dibuat pertukaran rumput. 26 tahun last sekali World Cup 1997 main di Perlis antara padang tercantik masa itu tetapi masa sekarang 26 tahun anak saya pun sudah besar, sudah kahwin dah masih tak tukar lagi, anak kahwin bapak tidak tahu [ketawa] , Okey minta Kementerian Belia dan Sukan, dan yang terakhir Tan Sri Speaker untuk kawasan tak tanya tak cerita pun tak boleh.

Saya ingin mohon agar kerajaan membantu menyelesaikan masalah penduduk antaranya jambatan-jambatan kecil- orang Perlis kata titi yang sudah lama tidak diselenggara antaranya di Kampung Kechor dan Kampung Nisam. Ini berikutan lori-lori yang bawa padi telah dengan muatan yang berat telah menyebabkan jambatan tersebut rosak.

Seterusnya, berkaitan lampu-lampu jalan di jalan IPG ke kolej kejururawatan yang agak gelap- ini geng nurse, geng jururawat depa dok lalu kot tu malam-malam, kesian juga. Boleh menyebabkan kemalangan. Begitu juga di jalan wang hulu. Di Jalan Wang Ulu menuju ke kediaman pelajar UNIMAP sering berlaku kemalangan yang melibatkan pelajar.

Jadi, saya landing di situ. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Kangar. Saya jemput Kampar.

final • 3:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana membenarkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2024.

Bajet 2024 merupakan bajet reformist di mana Kerajaan Perpaduan mengambil jalan yang sukar untuk melaksanakan subsidi bersasar untuk membuat reformasi kepada kewangan negara meskipun ini akan mengundang pembangkang untuk memesongkan fakta bahawa Kerajaan Perpaduan sedang menarik balik subsidi dan ini merupakan satu belanjawan yang mencekik, mencengkam, menindas rakyat. Padahal pihak pembangkang sengaja tidak membangkitkan isu subsidi yang telah dijimatkan oleh kerajaan dan akan dipulangkan kepada rakyat B40 dan juga M40 melalui cash transfer dan cash handout.

Tan Sri Yang di-Pertua, jumlah subsidi petrol dan diesel yang dibelanjakan oleh kerajaan setiap tahun adalah 50 bilion dan subsidi petrol dan diesel secara pukal ini akan dinikmati oleh semua lapisan masyarakat termasuk juga warga asing termasuk T20 dan

final • 3:52 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

juga golongan maha kaya. Bukan sahaja itu, subsidi petrol dan diesel yang dinikmati oleh golongan maha kaya ini jauh lebih tinggi berbanding dengan subsidi petrol dan diesel yang dinikmati oleh golongan B40 dan M40. Untuk setiap RM1 subsidi petrol yang dibayar oleh kerajaan, 53 sen dibayar kepada golongan T20 golongan maha kaya. Manakala hanya 15 sen diterima oleh golongan B40, dan yang baki 32 sen diterima oleh M40.

Maka, persoalan di sini ialah adakah ini merupakan keadilan sosial ataupun social justice yang kita mahu. Bahawa subsidi pukal ini dibagi kepada semua lapisan masyarakat dan juga golongan yang paling berpendapatan tinggi akan terima subsidi yang paling banyak. Ingin saya ingatkan pihak pembangkang dan juga pihak yang bergelar sebagai third force apabila mereka mempertahankan pemberian subsidi secara pukal, mereka sedang mempertahankan golongan maha kaya daripada merompak subsidi yang sepatutnya diberikan kepada golongan B40 dan juga golongan pertengahan M40.

Jadi, persoalan hari ini adakah kerajaan harus beralih daripada pemberian subsidi secara pukal kepada subsidi bersasar? Saya rasa tidak ada pertikaian dalam hal ini, kita perlu ada satu peralihan dari subsidi pukal kepada subsidi bersasar kerana subsidi bersasar adalah lebih efektif dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang kita nak sasarkan dan juga ia boleh menghentikan ketirisan dan kebocoran dalam sistem pemberian subsidi secara pukal.

Persoalan hari ini sepatutnya, apakah mekanisme untuk beralih kepada pemberian subsidi bersasar. Adakah ia secara berperingkat dan apakah magnitudnya?

Kerana subsidi yang dijimatkan akan disalurkan kepada B40 M40 secara cash transfer dan bagaimanakah kerajaan akan membelanjakan subsidi baki yang dijimatkan daripada golongan maha kaya untuk membangunkan negara dan juga untuk mengurangkan impak rantaian- chain effect, selepas harga petrol dan harga diesel diapungkan?

Subsidi bersasar ini merupakan satu gamechanger kepada ekonomi Malaysia dan juga merupakan satu pembaharuan kewangan ataupun reformist budget yang long overdue yang lama kita tunggu. Peralihan kepada subsidi bersasar ini akan menjadi pemangkin kepada Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2025 dan juga mengembangkan ekonomi Malaysia kepada trillion dollar economy menjelang tahun 2036 seperti yang diuar-uarkan oleh S&P Global Market Intelligence Chief Economy for Asia Pacific, Rajiv Biswas. Menurut Biswas, Malaysia mempunyai infrastruktur yang stabil, komunikasi yang boleh digantungkan- reliable, pengangkutan yang baik serta risiko bencana alam yang rendah.

Dari segi mencapai status ekonomi trilion dolar ini akan menjadi pencapaian yang bermakna bagi Malaysia kerana S&P meramal apabila Malaysia mencapai GDP USD1 trilion pada 2036, GDP per kapita Malaysia akan berada di USD26,300. Ini merupakan satu pencapaian amat bermakna kerana tidak banyak negara membangun mampu mencapai ekonomi trilion dolar ini dan di ASEAN hanya negara Indonesia yang mampu mencapai dan ini juga bergantung kepada populasi negara Indonesia yang tinggi iaitu 273.8 juta orang berbanding dengan Malaysia hanya 32 juta orang.

Seterusnya saya ingin beralih kepada pengumuman Yang Amat Berhormat Tambun bahawa SST akan ditingkatkan daripada enam peratus kepada lapan peratus dan skop SST juga akan diperluaskan kepada empat industri iaitu logistik, brokerage, underwriting dan juga karaoke. Saya faham akan keputusan kerajaan agar memperluaskan skop SST kerana ini untuk memperluaskan asas cukai- tax base. Namun apa yang lebih penting ialah untuk menjalankan pembaharuan dalam cukai tidak langsung ataupun kita hendak jalankan reform dalam indirect tax.

SST merupakan dua cukai yang berbeza, sales and services tax. Walaupun nama dia SST, ini merupakan dua cukai yang berbeza. Yang pertama sales tax, ataupun cukai jualan yang dikutip pada pengeluar barangan di permulaan rantaian bekalan pada kadar lima peratus, dan juga sepuluh peratus, dan yang kedua services tax iaitu cukai perkhidmatan yang dikutip pada end consumer pada kadar enam peratus, dan kini ditingkatkan kepada lapan peratus. Ini merupakan satu sistem cukai yang lebih rumit dan kurang efektif berbanding kepada GST yang merupakan satu consumption tax ataupun value-added tax yang dikutip pada kadar standard terdapat mekanisme input tax dan

final • 3:52 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

output tax untuk memastikan tidak berlakunya double taxation dan mana-mana rantai bekalan mahupun end consumer.

Saya mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk tidak melaksanakan GST dalam jangka masa terdekat. Namun, pembaharuan harus dilakukan kepada SST supaya tidak berlaku double taxation dan cukai yang dikutip seharusnya boleh di-claim balik kepada pembekal sekiranya mereka bukan merupakan end consumer. Ini penting kerana terdapat banyak rungutan daripada pihak peniaga mahupun tax consultant. Walaupun terdapat system claim back dalam SST, ia tidak begitu efektif dan banyak senario peniaga-peniaga sebenarnya tidak dapat kembali cukai SST yang telah mereka bayar. Ini berbeza dengan GST yang lebih straightforward, dan lebih efektif untuk mengelakkan double taxation di mana kesemua barangan di cukai pada kadar standard dan jika peniaga mempunyai output tax yang lebih daripada input tax, mereka perlu membayar cukai GST dan juga jika input tax melebihi output tax maka mereka boleh claim kembali GST yang telah dibayar.

final • 3:52 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dengan ini, saya juga ingin menanya kepada pihak Kementerian Kewangan.

Apakah jumlah GST claim yang belum selesai dibayar kepada peniaga? Kerana GST kita sudah berhenti sejak tahun 2018. Sampai hari ini sudah lima tahun dan sidang lalu saya difahamkan ada jumlah GST claim yang belum dibayar. Jadi sehingga hari ini, apakah jumlah yang belum dibayar dan bilakah akan dianggarkan kesemua GST refund ini akan habis dibayar kepada kesemua peniaga-peniaga? Kerana ini sebenarnya bukan merupakan duit kerajaan. Ini sebenarnya merupakan duit peniaga-peniaga yang mereka boleh claim back ini GST refund.

Saya teruskan dengan e-Invoice. E-Invoice akan dilaksanakan tahun depan Ogos bermula dengan pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta. Namun sehingga hari ini, belum ada apa-apa maklumat terperinci tentang apa yang perlu dimasukkan ke dalam e-Invoice dan juga apa mekanismenya.

e-Invoice juga akan dilaksanakan kepada semua pembayar cukai bermula 1 Julai 2025 dan ini mungkin menjadi satu bebanan kepada SME dan juga peniaga-peniaga kecil terutamanya, kerana mereka tidak mempunyai apa-apa kepakaran ataupun kapasiti untuk mengeluarkan e-Invoice. Saya pohon pihak kementerian memperincikan, apakah bantuan yang akan diberikan kepada peniaga-peniaga kecil, terutamanya untuk membantu mereka dalam mengeluarkan e-Invoice ini? Kerana kita tidak mahu ada perniagaan yang gulung tikar seperti semasa pelaksanaan GST kerana mereka tidak mampu untuk mematuhi GST untuk mengeluarkan tax invoice dan mereka terpaksa menutup perniagaan mereka.

Pandangan umum oleh pakar percukaian dan akauntan ialah bahawa e-Invoice akan lebih berkesan jika ia dilaksanakan bersama dengan GST berbanding dengan SST.

Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian. Apakah pandangan pihak kementerian ataupun apakah keputusan terhadap e-Invoice ini, sama ada ia akan dilaksanakan bersama dengan SST untuk jangka masa panjang ataupun tidak?

Timbalan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada isu sukan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan kerana telah memasukkan acara ping pong ke dalam acara SUKMA tahun depan di Sarawak 2024. Namun, saya telah menerima maklumat. Maklumat ini daripada Peraturan Am Sukan Malaysia oleh Mesyuarat Jawatankuasa Khas Teknikal Bilangan 1 2024 pada 3 Mei lalu. Dalam Peraturan Am SUKMA ini, ia telah ditetapkan di sini bahawa terdapat had umur minimum untuk setiap acara sukan.

Saya faham untuk SUKMA, kita mesti ada had maksimum 21 tahun. Ini untuk kita nak membawa lebih banyak bakat-bakat, mencungkil lebih banyak bakat-bakat muda.

final • 4:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tapi mengapakah ada had minimum? Saya bagi contoh untuk acara ping pong, had umurnya- untuk acara ping pong, had umur adalah pada 15 tahun sehingga 21 tahun.

Mengapa kita nak hadkan pemain hanya 15 tahun ke atas untuk bermain?

Semalam di Ipoh, telah berlangsung satu kejohanan ping pong untuk negeri Perak, terbuka, Perak Open dan seorang pemain daripada Keriang, Muhammad Al-Fateh yang berumur hanya 13 tahun telah memenangi tempat kedua dalam acara Perak Open.

Dia telah berjaya mengalahkan pemain-pemain dewasa dan dia akan mewakili negeri Perak dalam Malaysia Open Ping Pong pada akhir tahun ini. Jadi, pemain 13 tahun ini boleh mewakili Perak dalam Malaysia Open tapi dia tidak layak untuk bermain dalam acara SUKMA. Adakah ini adil? Dan saya ingin mendapat satu penjelasan daripada pihak kementerian. Pada saya, ini tidak perlukan. Kita tak perlu hadkan umur minimum. Jika pemain 13 tahun boleh menang terhadap pemain dewasa, mereka patut diberikan peluang untuk bertanding dalam acara SUKMA.

Sama juga dengan bola sepak. Bola sepak saya nampak di sini, bola sepak dan futsal had minimum 16 tahun sehingga 21 tahun. Tapi di English Premier League, pemain yang paling muda Ethan Nwaneri dari Arsenal hanya berumur 15 tahun 181 hari. Tapi dia boleh mewakili Arsenal untuk bermain di EPL. Tapi kalau dia di Malaysia, dia tak layak untuk bermain di SUKMA. Jadi, saya harap pihak kementerian boleh tengok kembali had minimum ini kerana pada saya tidak ada perlu had minimum. Kita hanya hadkan had maksimum umur pada 21 tahun. Jika ada pemain muda yang berbakat dan mereka boleh mengalahkan pemain yang lebih besar daripada mereka, mereka sepatutnya diberi peluang untuk bertanding dalam acara SUKMA kerana mereka akan merupakan pemain bintang bagi negara Malaysia pada masa akan datang. Jadi, sekian sahaja perbahasan saya. Sekian, terima kasih.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena

final • 4:00 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut menyampaikan beberapa pandangan berkenaan Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada hari Jumaat yang lepas. Tuan Yang di-Pertua, unjuran ekonomi Malaysia pada tahun ini adalah sekitar 3.9 peratus sebagaimana jangkaan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia baru-baru ini. Pada tahun hadapan, KDNK diunjurkan berkembang perlahan dengan sasaran empat hingga lima peratus.

Isunya di sini ialah pertama, apakah Belanjawan 2024 yang menyerlahkan strategi dan hala tuju kewangan negara dalam tempoh setahun akan datang, akan memberikan kesan jangka pendek yang efektif bagi mengukuhkan semula pertumbuhan ekonomi negara?

Yang kedua, apakah kesan pencetus yang boleh melantunkan semula KDNK berdepan dengan cabaran ekonomi global yang tidak menentu?

Yang ketiga bagaimana kuasa, dengan kuasa beli rakyat yang hari demi hari semakin menurun disebabkan faktor kos sara hidup yang meningkat.

Ini adalah sebahagian daripada persoalan-persoalan asas rakyat di bawah menanggapi perbelanjaan pembentangan belanjawan baru-baru ini. Jelas Tuan Yang di- Pertua, belanjawan bukan sekadar angka, bukan sekadar tawaran dan janji tetapi apa yang dapat diselesaikan. Itulah yang utama.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengumumkan peningkatan peruntukan kepada Pemindahan Fiskal Ekologi (EFT) iaitu 200 juta. Kedah menggesa agar perhatian diberikan juga secara khusus terhadap usaha pemeliharaan dan pemuliharaan Hutan Ulu Muda. Baru-baru ini ada Ahli Parlimen mencadangkan penubuhan Lembaga Lembangan Ulu Muda dan dikatakan telah berlaku aktiviti pembalakan serta menjejaskan seolah-olah

final • 4:06 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

kegagalan Kerajaan Negeri Kedah memelihara Hutan Ulu Muda. Bahkan, didakwa Kedah tak boleh diharap untuk menjaganya.

Saya ingin jelaskan kekeliruan yang sengaja dibangkitkan itu. Pertama, kawasan seluas lebih 100,000 hektar yang digazetkan sebagai hutan simpan tidak akan langsung disentuh oleh aktiviti pembalakan. Ini jelas, bahkan keluasan sepenuhnya 160,000 hektar yang ada itu sebenarnya mengatasi dua kali ganda saiz negeri Perlis.

Yang kedua, tidak ada kelulusan pembalakan baru di kawasan Hutan Ulu Muda.

Keluasan kelulusan di 25,000 hektar terhadap kawasan pembalakan di Ulu Muda dilakukan oleh kerajaan yang sebelum ini. Bukan kerajaan yang sedia ada sekarang.

final • 4:06 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Yang ketiga, jika diikutkan jumlah kelulusan serta catuan tebangan tahunan (CTT) negeri Kedah iaitu 4,200 hektar setahun, maka kesemua aktiviti pembalakan yang diluluskan dulu hanya akan selesai dalam tempoh 18 tahun yang akan datang.

Isunya di sini adalah Kedah memohon supaya dipertimbangkan pampasan terhadap EFT ini dapat ditingkatkan memandangkan cabaran yang diterima oleh Kedah juga tinggi. Setidak-tidaknya ada satu pengiraan yang lebih adil diberikan kepada Kedah mempertimbangkan kos melepas terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan Hutan Ulu Muda yang juga menjadi nadi kepada penggunaan air harian industri dan domestik kepada negeri Kedah dan juga negeri-negeri berjiran.

Tuan Yang di-Pertua, saya berpandangan bahawa perlu ada satu mekanisme pembayaran fi penyelengaraan bagi menyelesaikan polemik air yang digunakan oleh Kerajaan Pulau Pinang melalui Sungai Ulu Muda. Tadi dah disentuh oleh rakan saya, Merbok. Saya menyokong apa yang disebut. Dalam ekonomi, ia disebut sebagai kos melepas yang terpaksa ditanggung oleh sebelah pihak sahaja. Adilkah satu pihak sahaja yang berkorban sementara pihak lain pula mengambil kesempatan? Lebih malang, diselar pula kerajaan Kedah sebagai gagal.

Tuan di-Pertua, berkenaan isu keselamatan makanan iaitu padi dan beras— Yang Berhormat Menterinya pun ada di sini— yang menjadi makanan ruji kepada rakyat Malaysia dan Kedah pula merupakan negeri pengeluar utama padi di negara ini. Keluhan rakyat di bawah mengenai ketidakcukupan beras putih tempatan memerlukan tindakan segera oleh pihak kerajaan. Apa yang saya perhatikan, langkah mengatasi masalah sorok beras oleh sesetengah pengilang merupakan tindakan segera yang memerlukan intervensi yang menyeluruh.

Namun, apa yang mendukacitakan kita adalah beras tempatan boleh dijual secara meluas di DUN Pelangai baru-baru ini. Adakah semata-mata kerana berlaku pilihan raya kecil di sana? Sedangkan, di kebanyakan tempat lain masih berlaku masalah tidak cukup bekalan. Jadi, persoalan, apakah nanti akan berlaku lagi lambakan beras akan dijual secara meluas di Kemaman? Jadi kalau itu berulang, saya bimbang ada rakyat yang mendoakan agar wakil rakyatnya cepat meninggal kerana akan berlaku jualan beras yang banyak di tempatnya.

Soalannya, apakah semudah itu rakyat di bawah dimain-mainkan oleh kerajaan?

Apakah rakyat tidak boleh memahami bahawa tindakan kerajaan tersebut sangat tidak bemaruah menggunakan kuasa dan jentera untuk berhadapan dengan pilihan raya?

Tuan Yang di-Pertua, kita bercakap soal keselamatan makanan dan kebajikan pesawah. Itu satu perkara penting. Namun, dari sudut yang lain sering dilupakan adalah pengorbanan kerajaan negeri yang berusaha mempertahankan tanah sawahnya daripada dijadikan tanah komersial. Tanpa pengorbanan ini, nescaya sukar untuk kita meningkatkan tahap sara diri ke suatu tahap yang lebih selamat. Kerajaan negeri terpaksa mengutip hasil tanah yang sangat rendah disebabkan mengekalkan tanah pertanian di negeri.

Justeru, sekali lagi, permohonan Kedah untuk mendapatkan pampasan sekurang- kurangnya RM170 juta iaitu hanya 10 peratus daripada kos melepas RM1.7 bilion jika tanah ini ditukar kepada tanah komersial secara asasnya berpatutan dan wajar dipertimbangkan.

[Tepuk]

final • 4:10 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, dalam pembentangan belanjawan tempoh hari, ada disebutkan reformasi undang-undang. Namun, tidak disentuh secara khusus usaha kerajaan bagi memelihara kepentingan perundangan syariah selepas dicabar oleh Nik Elin Zurina dan Tengku Yasmin Nastasha diikuti dengan beberapa kes yang lain yang berlaku sebelum daripada ini. Apakah usaha yang sedang diusahakan oleh pihak berkepentingan termasuklah perbincangan bersama pihak majlis agama negeri-negeri bagi memastikan kepentingan mahkamah syariah di negara ini terus terpelihara? Saya menyokong penuh apa yang disebut oleh Kota Bharu di awal pagi tadi berkaitan dengan isu ini agar diambil perhatian oleh pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya berpandangan kebelakangan ini terlalu kerap timbul isu melibatkan status halal di kedai-kedai makan. Kebanyakan kedai yang diragui status ini dikunjungi oleh masyarakat yang beragama Islam dan perkara ini sudah tentu menimbulkan kegusaran dalam masyarakat terhadap status makanan yang dihidangkan oleh kedai berkenaan. Kita mempunyai Pelan Induk Industri Halal 2030 yang dibentangkan dalam ucapan belanjawan tempoh hari. Namun, saya ingin bertanya, apakah langkah yang telah dirangka bagi menyelesaikan isu pensijilan halal khususnya di kedai-kedai makan?

Kita seolah-olah mahu bergerak lebih maju ke hadapan dalam soal penyediaan makanan yang halal ini dengan pelbagai dasar dan inisiatif yang diperkenalkan. Namun, semakin kita menginjak ke hadapan, semakin meruncing isu status halal dalam kalangan masyarakat pada hari ini sehingga perkara yang paling asas mengenai status halal di kedai makan pun masih sukar untuk ditangani secara menyeluruh.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga menerima aduan yang dibangkitkan tentang isu benih padi yang berlaku hampir setiap kali masuknya musim baharu. Saya dimaklumkan oleh pihak Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di mana kilang pengeluar benih padi langsung tidak mahu berurusan dengan pihak PPK di musim ini. Ini laporan yang sampai.

Harap Yang Berhormat Menteri boleh ambil tindakan segeralah. Kemungkinan harga benih padi akan melambung tinggi atau lebih buruk, langsung tidak ada di pasaran. Beras tak ada dah satu pasai dah. Benih padi pula takdak, satu pasai yang lain. Jadi, harap kementerian tolong pantau segera apa sebenarnya yang berlaku terhadap masalah ini.

Tuan Yang di-Pertua, sedikit mengenai Parlimen saya di Pokok Sena. Saya ingin memohon supaya Kementerian Kesihatan secara khusus dapat mempertimbangkan alternatif terhadap tempat meletak kenderaan di Hospital Sultanah Bahiyah yang terlalu sesak dan padat. Jadi, kalau nak pergi ziarah ada keluarga yang terlibat di kalangan rakyat dan sebagainya, memang perkara pertama yang kita akan fikir ialah di mana kita nak letakkan kenderaan.

Ada cadangan supaya dibangunkan sebuah bangunan meletakkan kenderaan secara bertingkat. Namun, sudah tentulah bergantung kepada kesediaan tapak, kemampuan dan sebagainya. Perkara ini sudah berlarutan sejak sekian lama. Saya mohon respons kementerian supaya ia dapat berbincang mencari jalan keluar daripada kemelut tentang tempat meletakkan kenderaan yang sangat terhad di Hospital Sultanah Bahiyah.

Seterusnya adalah berkenaan cadangan tentang dinaik taraf klinik kesihatan di Pokok Sena dan seharusnya dinaik taraf kepada sebuah hospital daerah di Pokok Sena disebabkan peningkatan penduduk yang datang untuk menerima rawatan di sini.

Soalannya, apakah kementerian bersedia untuk mempertimbangkan cadangan penaiktarafan ini sebagai langkah untuk mengatasi kesesakan yang berlaku di Hospital Sultanah Bahiyah yang juga mungkin ada kaitan di antara kedua-dua itu?

Terima kasih Yang di-Pertua. Sekadar itu perbahasan saya. Wallahualam.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 4:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Tuan di-Pertua kerana telah memberikan peluang kepada Sungai Petani untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2024.

Sebelum memulakan perbahasan, suka Sungai Petani ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak Ahli-ahli Dewan yang mulia ini untuk bersama-sama kita bersatu padu bersolidariti tanpa mengira bangsa, kaum, agama dan fahaman ideologi politik untuk kita mengutuk sekeras-kerasnya apa yang dilakukan oleh Zionis Israel pada hari ini yang telah pun mencabuli hak asasi manusia rakyat Palestin khususnya, yang mana ini merupakan pencabulan paling jijik dalam sejarah dunia.

final • 4:19 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Maka dengan itu saya ingin juga menjemput seluruh sahabat-sahabat, Ahli Dewan yang mulia ini untuk bersama-sama kita dalam anjuran satu himpunan solidariti bersama rakyat Palestin yang akan berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada 24 Oktober dari jam 7.00 malam iaitu hari esok.

Tuan Yang di-Pertua, perbahasan Belanjawan Madani pada hari ini, saya bersetuju dengan sahabat saya Yang Berhormat Subang yang mengatakan bahawa belanjawan ini adalah satu belanjawan yang berani dan saya ingin menambah, bukan sahaja berani tetapi ini adalah belanjawan manusiawi.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Tambun memetik satu – seorang philosopher, Malik Bennabi yang mana beliau ini merupakan satu civilization thinker. Di dalam nukilannya, ‘ , beliau telah mencerakinkan yang mana merupakan satu musibah buat sesebuah negara jika kerajaan tidak menyelami hati nurani rakyatnya.

Tuan Yang di-Pertua, komponen utama terbinanya sebuah negara bangsa yang berjaya ialah bagaimana kita melayan golongan yang paling rentan dalam negara tersebut dan dalam aspek ini saya ingin mengatakan bahawa golongan yang rentan adalah golongan Orang Kurang Upaya dan dari perhatian saya di kawasan saya di Sungai Petani, pendidikan khas sebenarnya masih memerlukan banyak penambahbaikan. Pendidikan khas juga hanya dapat dijayakan jika diberikan satu alat bantuan pengajaran serta penambahbaikan dari segi teknik mahupun silibus khusus.

Sedikit sebanyak peruntukan sebanyak RM30 juta dalam belanjawan kali ini akan dapat membantu ke arah ini dan saya berterima kasih atas pertimbangan ini. Pendidikan dan latihan kemahiran menurut kaedah yang tepat adalah satu-satunya jaminan untuk anak-anak istimewa ini supaya dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan-rakan mereka. Jika tidak, saban tahun kita akan lihat bagaimana keciciran anak- anak OKU ini di dalam pembelajaran mereka.

Tuan Yang di-Pertua, di kampus-kampus universiti saya melihat accessibility dengan izin atau laluan untuk golongan Orang Kurang Upaya ini masih tidak begitu hebat dan kalau kita lihat bagaimana Orang Kurang Upaya dan golongan rentan, ibu hamil atau warga emas yang inginkan accessibility yang baik, itu tidak ada di kampus-kampus. Kita lihat dengan penambahan bajet yang dikeluarkan oleh kerajaan, diharapkan supaya akan lebih teliti lagi mengenai accessibility, dengan izin terhadap golongan rentan ini dan adanya penambahan ramp yang lebih baik di kampus-kampus supaya golongan ini juga dapat menikmati aktiviti-aktiviti yang lebih baik dan lebih kondusif. Tugas kita sebagai Ahli Parlimen adalah untuk empower komuniti rentan ini. Saya yakin dengan RM300 juta untuk tambah baik fasiliti di kampus-kampus ini akan digunakan sebaiknya untuk golongan rentan ini.

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya menyentuh isu kesihatan. Kesihatan adalah antara elemen penting yang menentukan jatuh naiknya sesebuah negara dan saya mengambil positif dan memuji pihak kerajaan kerana memberikan antara pertambahan yang terbanyak kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan mutu kesihatan di negara kita ini ditambah baik lagi. Namun begitu kita perlu melihat bagaimana kesihatan ini mencegah lebih baik daripada mengubati.

final • 4:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya ingin menyentuh noncommunicable diseases di Malaysia. Top three adalah diabetes, hypertension dan high cholestrol yang mana semua ini akan mengarah ke arah obesity, cardiovascular system akan rosak dan pelbagai lagi dan ini memberikan kerugian yang besar kepada kerajaan untuk menanggung kos perubatan-perubatan ini sehingga lebih daripada RM22 bilion tanggungan kerajaan.

Saya harap usaha sama antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertanian, Keterjaminan Makanan supaya dapat satu formula baharu bagaimana untuk kita mengolah nasi atau beras pada hari ini kita lihat terlalu tinggi dia punya kuantiti, dia punya karbohidrat dan juga glukos di dalamnya. Kalau boleh kita mengolah beras tersebut supaya menjadi lebih sihat, yang menjadi makan ruji untuk rakyat Malaysia. Itu adalah lebih baik.

Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 yang lalu saya menyentuh bahawa pentingnya untuk kita tingkatkan penjagaan primary health care dan ini saya puji kerajaan kerana telah memperkenalkan Skim Perubatan MADANI dan PeKa B40 yang telah pun mengurangkan kesesakan di hospital. Namun begitu, kita lihat banyak Ahli-ahli Yang Berhormat masih mengeluhkan bahawa hospital-hospital masih sesak termasuklah di kawasan saya sendiri di Sungai Petani, Hospital Sultan Abdul Halim yang cukup padat dan sesak saban hari. Oleh itu saya percaya bahawa tiba masanya untuk kita mempercepatkan pacuan, rombakan sistem kesihatan dengan melaksanakan syor-syor Kertas Putih Kesihatan bermula dengan Belanjawan 2024.

Izinkan saya untuk mencadangkan beberapa langkah tambahan seperti beberapa langkah yang akan saya sebutkan ini. Pertamanya, terdapat banyak klinik kesihatan, klinik desa, banyak klinik kesihatan dan klinik desa tapi kelengkapan itu masih belum lengkap.

Kalau kita boleh menambah baik kelengkapan klinik kesihatan, klinik desa supaya kalau ada berlaku hal-hal yang kecil bukan hal-hal kemalangan yang besar, maka perkara ini dapat ditangani oleh klinik kesihatan dan klinik desa dan perlu adanya lebih banyak alat- alat supaya ini akan mengurangkan beban di emergency department di hospital-hospital besar.

Jadi, rakyat juga akan mencari atau akan pergi ke klinik-klinik supaya mendapatkan rawatan kerana klinik kesihatan ini sudah pun dilengkapi dengan perkara- perkara yang dapat dilakukan untuk penanganan awal pesakit tersebut. Seperti x-ray, OPDMCH dan makmal perlu dibekalkan di dalam klinik-klinik kesihatan kita.

Keduanya, perlunya penerangan oleh pihak kerajaan. Sekarang ini kita lihat banyak patient, patient yang pergi ke hospital-hospital dengan sakit yang ringan. Mungkin hanya flu, batuk dan sebagainya, padahal rawatan-rawatan awal ini boleh didapatkan di klinik-klinik kesihatan. Inilah tugasan kementerian-kementerian contohnya Kementerian Komunikasi untuk memberikan penerangan kepada rakyat bahawa apa yang boleh didapatkan di hospital dan apa sebenarnya yang boleh di dapatkan di klinik-klinik kesihatan dan klinik desa. Jadi, kerjasama antara kementerian ini amat-amatlah penting.

Ketiga yang ingin saya tekankan ialah berkenaan pendigitalan rekod kesihatan yang saya sangat berterima kasih kepada Menteri Kesihatan dan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan kerana telah memperuntukkan RM150 juta khusus untuk menyelenggara sistem IT untuk proses pendigitalan ini. Sudah pasti dengan rekod digital ini, tahap kecekapan institusi kesihatan kita akan meningkat dan perkongsian maklumat antara institusi ini akan memudahkan servis kepada rakyat.

Saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan mengenai Pusat Kanser Wilayah Utara yang akan dibentuk. Apakah proses terkini? Sekali lagi dengan kepadatan penduduk khususnya di kawasan Sungai Petani ini, alangkah baiknya jika adanya satu kompleks kesihatan awam yang di dalamnya itu ada pejabat kesihatan daerah, ada segala wellness hub dan sektor-sektor lain di dalamnya yang dapat membantu mengurangi beban di hospital nanti, insya-Allah.

final • 4:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, saya sebutkan di awal tadi bahawa ini merupakan satu belanjawan yang berani dan manusiawi. Belanjawan ini adalah menekankan pembelaan terhadap mereka yang paling rentan antara kita. Penyasaran semula subsidi yang

final • 4:30 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun ini adalah satu langkah berani dan sesetengah pihak mungkin menganggap ini adalah radikal. Namun, kita perlukan, inilah yang kita perlukan sekarang ini. Subsidi ini adalah tujuannya untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang kurang berkemampuan. Namun, sejak sekian lamanya subsidi ini turut dinikmati oleh golongan yang berkemampuan.

Saya meneliti ucapan beberapa Ahli Yang Berhormat yang agak skeptikal dengan apa yang cuba dibawa oleh kerajaan pada hari ini. Saya merasakan bahawa kita sepatutnya sambut baik langkah ini. Kita nak membantu orang yang susah. Kita tengok, contohnya, penyelarasan, penyasaran semula subsidi elektrik. Top 10 percent menikmati sehingga 50 peratus subsidi elektrik ini bila kita laksanakan secara pukal. Malah dengan penjimatan RM4 bilion ini akan diberikan semula, akan disalurkan secara langsung kepada golongan yang rentan, khususnya golongan-golongan yang kurang berkemampuan.

Bukankah ini lebih baik dibanding dengan subsidi pukal? Saya tahu ada yang kurang berpuas hati seolah-olah kerajaan menganaktirikan golongan ‘Maha Kaya’ yang menyumbang kepada negara. Tetapi percayalah government intervention seperti ini adalah satu kewajipan terutamanya bila kita sedang cuba keluar dari kegawatan ekonomi.

Untuk membidas hujah mengatakan kita tidak memberi perhatian kepada golongan- golongan kaya ini terutamanya bila kerajaan mengumumkan Capital Gains Tax dan penarikan subsidi pukal. Kita perlu ingat berapa peratus kah rakyat kita yang susah dan selama ini kekayaan itu diambil daripada hasil jerih keringat warga golongan miskin di negara kita yang tercinta ini.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam ikhtiar 5 bajet yang lepas, untuk kerajaan memperkasakan PMKS. Kerajaan telah memperuntukkan RM44 bilion untuk usahawan PMKS, RM1.4 bilion untuk peralatan dan premis penjaja, RM720 juta untuk wanita dan golongan belia. Ingin saya ingin menekankan dan ingin saya berkongsi di sini bahawa di Sungai Petani sekarang ini sudah pun menjadi satu hab anak muda. Anak muda di Sungai Petani telah mula kreatif dan telah mengadakan scene kopi-kopi jalanan dan ada jualan- jualan bundle, jualan-jualan kraf tangan dan sebagainya.

Ini adalah kreativiti anak muda dan kreativiti ini kita perlu mengangkat dan memberikan ruang dan peluang untuk mereka terus berkarya dan memajukan diri mereka.

Pada akhirnya, golongan anak muda ini tidak hanya semata-mata mengharapkan kepada subsidi kerajaan tetapi golongan dan generasi anak muda inilah yang nantinya akan menjadi pemacu atau yang akan memberikan pulangan lumayan untuk negara kita. Insya- Allah, saya harapkan anak-anak muda di Sungai Petani akan memulakan perkara ini dan akan menjadi contoh di tempat-tempat lain.

Tuan Yang di-Pertua, di kawasan Sungai Petani juga tidak kurang aktiviti pertanian dan perikanan bilamana Perdana Menteri mengumumkan bahawa harga lantai belian padi akan dinaikkan kepada RM1300 per metrik tan. Itu sudah tentu menjadi berita gembira buat para pesawah. Saya harap dengan semua subsidi ini akan menjadikan negara kita lebih mantap, lebih hebat, dan semua golongan akan terpelihara dan pada akhirnya belanjawan yang berani dan manusiawi ini akan dinikmati oleh golongan yang benar-benar disasarkan. Inilah yang kita inginkan demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih. Sungai Petani menyokong penuh Belanjawan MADANI 2024. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya jemput Yang Berhormat Batang Sadong.

final • 4:30 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.

Puan Yang di-Pertua, dalam perbahasan Belanjawan 2024 ini saya akan menyentuh isu-isu nasional termasuklah perihal Sarawak yang kita tidak boleh pandang mudah. Saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap

final • 4:34 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Menteri Kewangan terhadap penambahan peruntukan sebanyak RM200 juta, peningkatan pemberian khas interim, juga peruntukan-peruntukan khas yang lain khusus untuk pembangunan Sarawak. Langkah ini adalah bertepatan kerana Sarawak kekal sebagai salah sebuah negeri yang menyumbang kepada kadar GDP tertinggi negara untuk sekian lama.

Isu-isu mustahak yang ingin saya bangkitkan, yang pertama adalah rasionalisasi dan penyasaran semula subsidi. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil maklum akan hasrat kerajaan untuk rasionalisasi subsidi pukal yang menyenaraikan ayam serta telur, minyak masak, bil elektrik, diesel sebagai komoditi subsidi bersasar kepada golongan yang lebih layak serta memerlukan dan akan digantikan dengan bantuan yang lain.

Terdapat juga ura-ura rasionalisasi subsidi petrol RON95 sebelum ini yang belum disebut dalam Belanjawan 2024.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyebut tentang langkah penyasaran subsidi bersasar mengikut fasa. Selain yang telah disebutkan, suka untuk saya mendengar rancangan dan pelan kerajaan melibatkan subsidi petrol RON95 kelak.

Saya berharap kerajaan perhalusi mekanisme pelaksanaan bagi memastikan golongan miskin dan kelas menengah yang merupakan majoriti rakyat negara tidak akan terkesan.

Yang membawa kita kepada isu kedua seterusnya iaitu isu kemiskinan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, garis kemiskinan Malaysia berada pada RM2,208. Namun, mengambil kira agregat inflasi, gaji yang diperlukan untuk mempunyai kehidupan yang baik adalah melebihi RM2,700. Sarawak adalah negeri ketiga termiskin selepas Sabah dan Kelantan. Terdapat 97,000 isi rumah miskin di Sarawak yang mana 40,000 adalah miskin tegar berdasarkan data eKasih 2022. Daerah Simunjan di Batang Sadong adalah salah satu daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tertinggi di Sarawak. Untuk membanteras masalah kemiskinan, saya menggesa kerajaan mengguna pakai kaedah yang lebih komprehensif seperti Multidimensional Poverty Index (MPI) yang mengambil kira komponen pendidikan, kesihatan, standard of living atau keadaan hidup, accessibility, sistem sokongan dan bukan semata-mata pendapatan bulanan.

Puan Yang di-Pertua, isu kemiskinan tidak dapat dipisahkan dengan isu ketiga yang akan saya bawa seterusnya. Gaji rendah, kuasa pembeli lemah dan inflasi tinggi.

Satu kajian menunjukkan majikan di Malaysia hanya memperuntukkan 35 peratus daripada pendapatan bersih mereka sebagai gaji berbanding Eropah, 60 peratus diperuntukkan untuk gaji bagi nilai input ekonomi yang sama. Bank Negara juga menyatakan bahawa jika seseorang pekerja Malaysia menghasilkan output bernilai USD1000, pekerja tersebut akan dibayar dengan nilai USD340, jauh lebih rendah berbanding dengan ekonomi negara lain seperti Singapura dan Australia yang membayar USD510.

KWSP menyatakan bahawa kira-kira 81 peratus pekerja semasa sektor formal mendapat gaji bulanan RM5,000 atau kurang dan daripada jumlah tersebut 44 peratus mendapat pendapatan kurang daripada RM2,000 yang dianggap terlalu rendah. Oleh sebab itu, saya mengalu-alukan sistem gaji progresif ataupun yang telah dibentangkan.

Namun, kerajaan hanya menyarankan majikan swasta untuk mengkaji kesesuaian saraan serta ganjaran pekerja dalam belanjawan ini dan tidak menetapkan kadar gaji sektorial yang perlu dipatuhi oleh majikan yang akan memberi manfaat kepada seluruh pekerja di Malaysia. Kerajaan perlu memberi perhatian khusus kepada indikator-indikator tersebut kerana gaji yang rendah tentu sekali menyebabkan rakyat hidup melarat.

Puan Yang di-Pertua, perkara keempat dan seterusnya dalam perbahasan kedua, saya akan memberi penekanan isu-isu di Sarawak. Keutuhan infrastruktur awam sebagai keselamatan sosial rakyat. Konotasi pembangunan tidak sama rata di Semenanjung dan Sabah, Sarawak bukanlah sesuatu yang baru diperdebatkan.

final • 4:34 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Merujuk kepada Indeks Modal Insan Bank Dunia, untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju, Malaysia perlukan langkah proaktif dalam sektor pendidikan, sektor kesihatan dan sektor perlindungan sosial yang mencukupi bagi pembentukan modal insan yang berkualiti. Oleh itu, peruntukan belanjawan RM930 juta

final • 4:40 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

bagi menaik taraf bangunan dan prasarana daif di 450 buah sekolah, merangkumi 185 projek di Sarawak dan 155 di Sabah adalah bertepatan.

Saya menggesa kerajaan menyegerakan penaiktarafan lima sekolah di Batang Sadong yang telah tersenarai dalam projek RM1 bilion fasa 3 yang statusnya masih dalam semakan semula skop kerja iaitu SK Sungai Apin, Simunjan, SK Jemukan Sadong Jaya, SK Haji Bujang Rangawan Putin Simunjan, SK Semalatong Gedong dan SMK Simunjan No 1. Saya juga mengalu-alukan pembinaan prasekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Abang Kadir Gedong, Sarawak.

Isu bangunan klinik daif dengan peruntukkan RM300 juta bagi tujuan ini, saya menggesa KKM segerakan penambahbaikan. Pertamanya, pembinaan blok baru Hospital Simunjan termasuk kuarters yang usang dan memerlukan penggantian. Saya difahamkan KKM mempunyai perancangan untuk membina blok tambahan dalam Rolling Plan Keempat di bawah RMKe-12. Saya mohon kerja awalan projek ini disegerakan dan direalisasikan pada tahun 2024 dan menjadi keutamaan pihak kementerian.

Saya juga banyak mendapat aduan daripada penduduk kawasan saya tentang keperluan penambahbaikan perkhidmatan rehabilitasi, x-ray, hemodialisis dan lain-lain.

Hasil tinjauan saya, saya percaya ia adalah munasabah untuk dipenuhi dan kita mohon agar tindakan segera untuk penyiapan tempat operasi sementara Klinik Kesihatan Semera yang sekarang ini difahamkan status penyiapannya yang agak lambat. Tempat sementara ini adalah amat penting sementara menunggu kerajaan merancang lokasi dan pembinaan klinik baru.

Selain itu, saya juga meminta komitmen KKM untuk menyegerakan naik taraf Klinik Kesihatan Sadong Jaya, KK Jemukan, KK Simunjan dan Klinik Kesihatan Gedong.

Puan Yang di-Pertua, perkara ke-5 adalah isu kerusi Borneo. Berdasarkan semangat MA63, semasa pertubuhan Malaysia 1963, 35 peratus daripada 159 kerusi Malaysia dibahagikan kepada Sabah, Sarawak dan Singapura. Ini adalah berdasarkan saranan Malaysia Report of Inter-Governmental Committee ataupun IGC Report 1962. Setelah Singapura memilih untuk keluar Malaysia, 15 kerusi yang diperuntukkan kepada Singapura telah dibahagikan dan ditambah di Semenanjung dan tidak di Sabah dan Sarawak. Namun begitu, Sabah dan Sarawak mempunyai hak ke atas 1/3 kerusi Parlimen Malaysia seperti yang dicadangkan oleh Cobbold Commission Report yang menyebut bahawa perwakilan wilayah Borneo mestilah mengambil kira bukan sahaja populasi penduduk malah saiz dan juga potensi tanah tersebut yang kaya dengan sumber dan khazanah.

Dengan pindaan itu, semua dokumen pra perlembagaan seperti Perjanjian Malaysia, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan iaitu IGC, Suruhanjaya Cobbold malah Perkara 20 dan Perkara 18 kini boleh terus disebut sebagai undang-undang dan Perlembagaan kerana ini semua asas akta Malaysia dan MA63. Oleh itu, saya merayu kerajaan untuk menunaikan komitmen seperti yang termaktub dalam MA63 yang menggariskan Sabah dan Sarawak setara dengan Semenanjung Malaysia.

Puan Yang di-Pertua, perkara yang keenam adalah jelapang padi Sarawak.

Menjunjung aspirasi Malaysia Madani bagi meningkatkan kadar keselamatan makanan, Premier Sarawak mengaspirasikan Sarawak sebagai negeri jelapang padi menjelang 2030 selepas projek rintis penanaman benih hibrid di kawasan Lubok Punggor, Gedong membuahkan hasil. Ia dijangka dapat mengeluarkan sebanyak 200,000 tan per 10,000 hektar dalam tempoh satu tahun dan akan dapat memenuhi 80 peratus mandiri keperluan penggunaan rakyat Sarawak ataupun SSL.

Sehingga kini terdapat empat kawasan yang telah dikenal pasti untuk dijadikan jelapang padi iaitu Tanjung Bijat di Sri Aman, kawasan Spaoh di Betong, Tanjung Purun di Lundu dan Kampung Lubok Punggor di Gedong. Namun, ianya memerlukan kos yang tinggi kerana melibatkan pembinaan sistem pengairan dan saliran. Sarawak memerlukan peruntukan RM1 bilion daripada Kerajaan Persekutuan untuk membina tali air bagi membangunkan kawasan skim penanaman padi seperti yang saya sebutkan. Kerajaan telah memperuntukkan RM2.6 bilion bagi pesawah dan nelayan.

final • 4:40 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Sebanyak RM3 bilion diperuntukkan untuk menaik taraf infrastruktur pengairan kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda Perlis dan Kedah bagi meningkatkan pengeluaran padi dengan pelaburan bernilai RM3 bilion. Saya percaya, Sarawak juga layak mendapat infrastruktur yang mempunyai nilai yang sama untuk kapasiti penghasilan dengan trajectory yang lebih besar. Ini kerana Sarawak adalah salah satu penyumbang terbesar beras di Malaysia pada kadar 9 peratus, sama seperti Perlis selepas Kedah, Kelantan dan Perak. Misi ini juga bakal meletakkan Sarawak sebagai sebuah negeri eksport beras pada masa hadapan.

Saya ingin bawa perhatian Dewan kepada perkara yang terakhir seterusnya, Ibu Pejabat Polis Daerah Simunjan. Dalam satu lawatan kerja Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak pada awal tahun ini, Timbalan Perdana Menteri II berkata, “Kekurangan kemudahan serta keadaan fizikal bangunan polis yang usang khususnya di kawasan luar bandar Sarawak dan Sabah akan diberi tumpuan segera.” Malah Timbalan Perdana Menteri I dalam satu lawatannya ke Sarawak pada tahun 2018 iaitu lima tahun yang lalu juga meninjau keadaan IPD Simunjan yang daif serta kerap ditenggelami air. YAB ataupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyenaraikan RM2.4 bilion bagi membina, selenggara dan baik pulih infrastruktur bagi penjawat awam termasuklah polis. Pada 14 Mac 2023 yang lalu, KDN telah memberi jawapan bertulis kepada Batang Sadong bahawa IPD Simunjan dan Balai Polis Sadong Jaya telah disenaraikan sebagai projek pembinaan baharu dalam Pelan Tindakan Pembangunan Strategik PDRM tahun 2021 hingga 2025.

Oleh itu, saya pohon kesepaduan komitmen kementerian dan PDRM untuk merealisasikan dan mengutamakan projek ini untuk dilaksanakan dalam kadar segera.

Tuan Yang di-Pertua, isu-isu yang saya bawa pada hari ini adalah perihal periuk nasi rakyat, kesejahteraan batang tubuh mereka, bertepatan dengan prinsip Karamah Insaniah yang dijunjung Malaysia Madani. Besarlah harapan saya agar belanjawan ini sampai kepada rakyat terbawah di peringkat akar umbi termasuklah Parlimen Batang Sadong supaya kita tidak menjadi...

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan.

final • 4:40 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Sebuah negara yang kaya, makin kaya, yang miskin makin melarat. Akhir kata, besar harapan saya supaya isu-isu berkaitan yang dinyatakan diberi perhatian segera. Agihan bajet yang diperuntukkan perlu sampai terus kepada rakyat untuk menikmatinya. Dengan ini...

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sikit.

final • 4:40 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Batang Sadong mohon untuk menyokong pembentangan Belanjawan 2024.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan.

final • 4:40 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Okey, saya bagi Arau untuk lalu.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, dia bagi. Saya minta, cuma mengharapkan rupanya Batang Sadong hebat ya. Daripada ucapan yang hebat yang telah dibawa tadi, Yang Berhormat telah tidak menyentuh tentang Beting Patinggi Ali.

Beting Patinggi Ali letaknya 80 kilometer daripada Sarawak iaitu jauh kawasan sempadan EEZ kita 200 kilometer. Sekarang ini ianya sedang di ronda oleh kapal China ya, kapal pengawal pantai China.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi saya ingin bertanya oleh kerana Sarawak di antara penyumbang besar kepada ekonomi negara, apakah Sarawak berhak mendapat keselamatan yang hebat daripada Kerajaan Persekutuan dengan mempastikan supaya tidak ada mana-mana pihak asing yang menceroboh di kawasan perairan Malaysia yang sekarang ni termasuknya ialah Sarawak.

Apakah Yang Berhormat ingin nak bagi penjelasan ataupun nak masuk sebahagian ucapan bahawa Kerajaan Pusat harus memberi pelindungan kepada Sarawak dengan mempastikan supaya tidak ada kapal-kapal asing ataupun pihak aset

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

asing yang berada dalam kawasan Sarawak sepanjang masa seolahnya mereka menuntut kawasan yang berkenaan.

final • 4:50 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Arau. Saya masukkan petikan Arau ke dalam perbahasan saya dan kementerian yang berkenaan akan menjawab nanti.

Jadi Puan Yang di-Pertua, kalau dibenarkan saya ingin mohon membahaskan satu perkara tambahan sebagai salah seorang ahli Kumpulan Rentas Parti Parlimen berkenaan dengan SPRM.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

final • 4:50 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Ringkas, tiga minit boleh?

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Satu minit.

final • 4:50 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Satu minit, okey. Kita amat menyambut baik cadangan untuk reformasi-reformasi perundangan dan institusi dilaksanakan sebagai sebuah komitmen kerajaan ini kepada rakyat. Setelah komitmen ini kita perolehi daripada kerajaan, adalah menjadi keutamaan kita untuk memastikan perlaksanaannya juga dijalankan melalui tata kelola yang telus dan berakauntabiliti. Ini termasuklah mengambil kira pemegang taruh yang terlibat, garis masa yang perlu ditetapkan, sumber dana bagi pelaksanaan dan keutamaannya berdasarkan desakan semasa.

Defisit kepercayaan rakyat juga harus ditangani dengan bijaksana. Maka langkah menjadikan sistem keadilan lebih telus melalui cadangan pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya adalah permulaan yang baik oleh kerajaan. Namun, dalam memastikan kebebasan institusi ini, tentunya tidak terkecuali agensi penguat kuasa antirasuah negara iaitu SPRM, untuk itu kita tidak harus lupa untuk melihat kembali cadangan pindaan kepada Akta SPRM 2009 dan tuntutan pernah dibangkitkan di Parlimen dan turut dibawakan oleh Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia - Integriti, Governans dan Antirasuah yang mana cadangan-cadangan telah dikemukakan sebagai langkah untuk memperkukuhkan keyakinan rakyat kepada badan berkredibiliti tersebut melalui proses lantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang tidak dipengaruhi sebarang pengaruh Eksekutif.

Melalui pindaan berkaitan juga, fungsi SPRM dalam menangani isu rasuah dan salah guna kuasa dapat dilaksanakan secara komprehensif. Penjajaran semula melalui pindaan seksyen 13, 14 dan 15 Akta SPRM yang dicadangkan adalah demi menjamin lantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM akan datang dapat dibuat secara telus dan bertanggungjawab oleh majikan atas jawatankuasa khas. Nak landing sekejap.

Justeru, saya menyatakan bahawa dalam kita ghairah menggerakkan agenda reformasi, strategi yang berkesan juga perlu digembleng oleh semua pihak berkepentingan kerana yang lebih penting bagi rakyat adalah keadilan itu dilihat dilaksanakan dengan berkesan dan tidak ada pilih kasih sekali gus reformasi perundangan yang menjamin kewibawaan SPRM ini juga terkecuali untuk dipastikan tata kelolanya yang tinggi. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus.

final • 4:50 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

*Pulau Redang Pulau Perhentian, Tarikan pelancong seluruh negara, Izinkan Kuala Nerus mengambil bahagian, Membahas bajet melontar bicara.

[Tepuk]*

final • 4:54 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

*Bismillahi Rahmani Rahim.

[Membaca selawat]* Syukur kepada Allah SWT di atas kesempatan saya dapat berdiri di sini pada ketika ini dan terima kasih kepada Yang di- Pertua Dewan, Yang Berhormat, Puan Yang di-Pertua Dewan atas keizinan untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Perbekalan 2024 yang telah dibentang oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan.

Di kesempatan ini juga, saya seperti rakan-rakan yang lain juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Zionis Israel yang mengebom antaranya sebuah hospital awam di Gaza baru-baru ini. Bagi seorang pengamal perubatan, saya amat sedih di mana hospital yang sepatutnya menjadi tempat menyelamatkan nyawa sebaliknya menjadi tempat kematian mereka. Apa yang sangat menyedihkan kita semua bukan sahaja pesakit yang terkorban tetapi doktor, jururawat dan kakitangan hospital juga turut terkorban.

Puan Yang di-Pertua, umum mengetahui negara sekarang berada dalam masalah ekonomi yang sangat kritikal. Sebagaimana yang dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri, pertumbuhan ekonomi kita sangat menyederhana berbanding tahun-tahun lalu walaupun pandemik COVID-19 telah lama berlalu. Bahkan trend pertumbuhan ekonomi kita semakin merudum jika dibandingkan prestasi ekonomi sejak suku tahun. Saya ulang sekali lagi sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan bajet baru-baru ini bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku kedua 2023 mencatat pertumbuhan lebih sederhana iaitu sebanyak 2.9 peratus berbanding 5.6 peratus pada suku pertama 2023.

KDNK merupakan garis penentu utama prestasi ekonomi di mana-mana negara.

Sudah tentu kejadian ini sangat membimbangkan kita semua sebagai rakyat Malaysia yang prihatin. Kita memahami bahawa perkara ini banyak disumbang oleh fenomena global yang tidak menentu. Perang Rusia-Ukraine, polisi negara luar, konflik politik dalaman, kuasa besar seperti US dan terbaru perang antara Palestin dan Zionis Israel yang turut mengheret kuasa dunia seperti Rusia, China dan US serta kuasa serantau seperti Iran, Lubnan dan Mesir.

Semua perkara ini menyebabkan foreign direct investment (FDI) dengan izin atau pelaburan-pelaburan langsung asing ke negara kita menjadi lemah. Tentu sekali tidak banyak kita boleh lakukan kerana ia berkait dengan situasi semasa global. Namun apa yang boleh kita bincangkan, bila kita fikirkan pada hari ini adalah soal domestic direct investment (DDI) dengan izin atau pelaburan langsung domestik.

Sebelum kita bincang mengenai perbelanjaan pengurusan dan pembangunan bagi tahun 2024, kita seharusnya melihat dahulu pendapatan yang boleh kita jana pada tahun hadapan supaya jurang defisit fiskal yang diunjurkan dapat dikurangkan dan tidak membawa negara menambah hutang yang sudah semakin menggunung.

Puan Yang di-Pertua, Kuala Nerus juga menyambut baik hasrat kerajaan melalui tema memperkasa rakyat kerana itulah salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada peningkatan DDI dan sekali gus menambah pendapatan negara. Tetapi pengisiannya haruslah diperhalusi supaya tiada ketirisan yang berlaku. Juga supaya ianya dirasai oleh semua lapisan rakyat tidak kira kaum, agama mahupun perbezaan fahaman politik.

Jangan ianya hanya berlegar di negeri-negeri yang dikuasai oleh parti yang sama dengan pemerintahan pusat sahaja tetapi mengabaikan kebajikan dan keperluan rakyat Malaysia yang berada di negeri-negeri pembangkang.

Melalui tumpuan utama yang dinyatakan oleh Perdana Menteri iaitu tata kelola terbaik demi ketangkasan perkhidmatan, Kuala Nerus melihat tata kelola utama yang perlu dijaga oleh Kerajaan Pusat adalah keadilan terhadap semua. Negara kita mengamalkan sistem Federalism yang mengiktiraf hak dan kedudukan negeri-negeri di bawah Persekutuan. Kerajaan Madani seharusnya mengambil tanggungjawab mereka dengan menunaikan kepada negeri-negeri dengan adil tanpa melihat perbezaan parti politik.

Khusus mewakili Terengganu, Kerajaan Persekutuan perlu sedar bahawa industri petroleum yang menjadi antara penyumbang terbesar pendapatan negara juga antaranya datang dari negeri Terengganu sejak sekian lama. Menara Berkembar Petronas yang dibanggakan, KLCC juga menjadi ikonik negara, ini juga merupakan antaranya sumbangan dari petroleum negeri Terengganu.

final • 4:54 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Oleh itu, Kuala Nerus mengharapkan agar bajet kali in mengambil kira pembangunan di negeri ini dan negeri-negeri pembangkang yang lain. Royalti yang sepatutnya Terengganu terima walau atas apa juga nama yang Menteri Kewangan hendak berikan, harapnya peruntukan tidak dilengahkan apatah lagi dipotong. Belanja-belanja pembangunan juga perlu diberikan untuk dinikmati oleh rakyat Terengganu yang telah mengorbankan tanah dan alam sekitarnya serta kawasan tangkapan ikan bagi nelayan miskin demi kemakmuran seluruh negara akibat industri petroleum yang disebutkan itu.

final • 4:54 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Saya kira ucapan Perdana Menteri semasa kempen di Pelangai tempoh hari yang mana tidak mahu berikan peruntukkan selain bayaran emolumen, amat-amat tidak selari dengan semangat federalisme, dan patriotisme. Juga tidak berpegang pada semangat perpaduan yang saban hari dilaung-laungkan.

Perahu kolek, perahu payang, punca rezeki kaum nelayan; Jangan dianiaya negeri pembangkang, jangan perpaduan hanya tinggal slogan. Puan Yang di-Pertua, Kuala Nerus juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyentuh soal perumahan menerusi bajet yang dibentangkan. Kerajaan bakal membelanjakan RM2.7 bilion bagi projek perumahan pada tahun hadapan. Umum mengetahui bahawa isu perumahan adalah isu yang kritikal yang bukan sahaja berlaku di negara kita malah ia juga turut melanda negara-negara maju seperti US, UK dan China.

Oleh itu, Kuala Nerus menyambut baik hasrat kerajaan bagi meneruskan projek- projek yang menjadi keperluan asas manusia ini. Namun, beberapa isu yang melibatkan perumahan yang memerlukan perhatian Kerajaan Pusat wajar diambil berat. Antaranya adalah projek-projek terbengkalai yang berlaku di seluruh negara.

Apa yang menyedihkan terdapat beberapa projek termasuk di Terengganu yang mana pembeli sudah mula membayar pada pihak bank tetapi masih belum dapat menduduki rumah mereka. Walaupun sebahagiannya ialah projek perumahan swasta tetapi Kerajaan Pusat boleh memainkan peranan untuk berhubung dengan pemaju dan kontraktor terbabit bagi menyelesaikan masalah-masalah yang terbabit.

Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) difahamkan telah mengenal pasti projek-projek terbengkalai seluruh negara. Namun, saya lihat perkara ini perlu didukung oleh, dengan izin, political will daripada pemerintah pusat untuk menyelesaikan masalah yang begitu meruncing sekarang.

Kedua, dari sudut kos bahan binaan yang semakin mencanak naik. Kerajaan Pusat seharusnya meneliti perkara ini supaya pembangunan yang mampan berlaku di seluruh negara secara sekata. Selain melihat kembali pengurusan import bahan binaan, Kerajaan Pusat juga perlu memiliki mekanisme supaya tidak berlaku perbezaan ketara kos bahan binaan di setiap negeri yang akhirnya membawa kepada lambungan harga rumah yang tidak lagi mampu ditanggung oleh pemaju, kontraktor, mahupun pembeli itu sendiri.

Ketiganya, dari sudut pinjaman perumahan. Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyebutkan tentang jaminan sehingga RM10 bilion bagi manfaat peminjam yang diusahakan melalui syarikat kredit perumahan SJKP. Kerajaan Pusat harus menyedari terdapat ramai rakyat yang diistilahkan sebagai unbankable, dengan izin, ataupun yang tidak layak membuat pinjaman dengan institusi kewangan.

Bukan semata-mata kerana mereka tidak mampu membayar. Bahkan ada mereka yang lebih berpendapatan berbanding dengan yang diluluskan oleh pihak bank.

Malangnya, mereka ini yakni biasanya orang-orang kampung yang tinggal di pedalaman yang bekerja sendiri. Tidak mempunyai akaun bank pun kerana mereka tidak perlu melakukan transaksi melibatkan bank. Mereka ini dianggap tidak layak meminjam.

final • 5:00 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Perkara ini perlu diperhalusi dengan mewujudkan satu skim pinjaman khusus untuk melonggarkan syarat ataupun memperkenalkan mekanisme baharu bagi mengukur kelayakan khusus bagi golongan yang disebutkan.

Keropok lekor, ketupat sotong, juadah marhaen sebagai kudapan; Beban rakyat harap ditolong, perumahan bukan isu sembarangan.

Puan Yang di-Pertua, Kuala Nerus juga ingin beralih kepada isu kesihatan. Terima kasih kerana dalam bajet baru-baru ini kerajaan telah memperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan sehingga RM41.2 bilion berbanding RM36.3 bilion pada tahun yang lalu. Kami di Terengganu mengharapkan agar peruntukkan tersebut mencakupi projek pembinaan, penyiapan dan penaipan taraf hospital dan juga pusat-pusat kesihatan di negeri ini. Buat masa ini, di Terengganu hanya memiliki satu hospital sahaja yang menyediakan cukup kelengkapan untuk kes-kes kritikal. Itu pun tidak selengkap negeri jiran iaitu Kelantan dan Pahang.

Apa yang menyedihkan, sebarang komplikasi kritikal di hospital-hospital daerah seluruh Terengganu terpaksa dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu yang merupakan satu-satunya hospital yang lengkap di negeri ini. Ada juga yang terpaksa dipindahkan ke negeri luar sama ada ke Kota Bharu mahupun ke Kuantan. Jarak perjalanan pindahan itu tentunya memperjudikan nasib pesakit yang boleh menyebabkan berlaku apa-apa jua kemungkinan dalam perjalanan yang jauh tersebut.

Selain daripada terpaksa menanggung kos perpindahan, dan menyulitkan, dan juga membebankan waris-waris mereka yang datang membantu.

Seterusnya, kerajaan juga harus lihat dari segi fasiliti rawatan pesakit mental.

Kesihatan mental menjadi tajuk yang kian membimbangkan di zaman moden ini kerana ia melanda pelbagai pihak termasuk kanak-kanak, pelajar universiti, malahan warga emas. Permintaan yang semakin tinggi terhadap khidmat pakar psikiatri menyebabkan seorang pesakit terpaksa menunggu berbulan-bulan lamanya hanya untuk satu sesi yang kurang daripada setengah jam. Sedangkan pesakit sebegini memerlukan pemantauan berterusan dan rapi sepanjang saat kritikal mereka.

Selain daripada fasiliti kesihatan, bebanan tugas kepada doktor dan pegawai perubatan juga harus diteliti. Ini merupakan kali kedua saya menyatakan perkara ini di Parlimen sejak Kerajaan Madani terbentuk. Namun, sehingga kini tidak menunjukkan sebarang tanda tekanan kerja ke atas kakitangan kesihatan kita bakal berakhir. Apa yang peliknya, kita tidak kekurangan sumber manusia.

Ribuan graduan perubatan dalam dan luar negara kita berjaya hasilkan setiap tahun. Kerajaan menanggung jutaan ringgit bagi kos pengajian mereka saban tahun, tetapi apabila mereka menamatkan pengajian, ruang untuk mereka diserapkan ke institusi kesihatan amat kecil. Ada yang terpaksa menunggu hingga berbulan. Malah, bertahun sebelum dipanggil melaporkan diri di saat doktor sedia ada tidak mencukupi. Kenapakah masih ramai doktor yang tidak diserapkan ke jawatan tetap? Apakah pula sebab graduan perubatan masih tidak mendapat kerja?

Puan Yang di-Pertua, petang ini juga saya ingin membangkitkan isu berkenaan jururawat terlatih warga asing (JTWA) yang hangat diperkatakan baru-baru ini. Dikatakan fasiliti kesihatan swasta dibenarkan mengambil jururawat asing sehingga 40 peratus daripada kapasiti keseluruhan jururawat di premis kesihatan masing-masing. Saya mohon penjelasan kerajaan.

Apakah justifikasi kepada pengambilan jururawat luar negara ini? Berapakah jumlah pelajar tempatan lepasan kolej-kolej kejururawatan awam dan swasta yang dihasilkan setiap tahun? Sehingga kini, berapa ramaikah dalam kalangan graduan kejururawatan yang masih belum mendapat penempatan? Meskipun pengambilan jururawat asing ini tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan kerajaan.

final • 5:00 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Namun, saya berpandangan bahawa KKM seharusnya memberi keutamaan pada anak-anak tempatan lepasan kursus berkaitan untuk mengisi kekosongan yang ada terlebih dahulu sebelum membuka ruang pada warga asing untuk bekerja dalam sektor kesihatan negara.

Kain songket, kain batik, seni halus penuh bergaya; Pengurusan doktor biarlah sistematik, jangan diperlakukan sambil lewa. Terakhir, Puan Yang di-Pertua, Kuala Nerus juga ingin menyentuh soal alam sekitar melalui bajet yang dibentangkan. Kuala Nerus menyambut baik inisiatif kerajaan membenarkan peruntukkan berjumlah RM200 bilion bagi peralihan ke arah ekonomi rendah karbon melalui dana pembiayaan institusi kewangan. Sudah tiba masanya Malaysia memikirkan bagaimana untuk menjadikan karbon kredit sebagai sumber pendapatan negara.

Awal tahun lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan sebanyak RM10 juta kredit karbon dijana oleh negara sebagai permulaan pasaran. Ini suatu permulaan yang baik disaat negara lain semakin hilang khazanah alam sekitar mereka ditelan oleh arus pembangunan. Mereka sebenarnya berhutang dengan negara kita yang memiliki ribuan hektar hutang simpan yang menjadi paru-paru dunia buat masa ini.

Kuala Nerus mengharapkan kerajaan dapat membentangkan secara telus di Parlimen ini tentang pengurusan operasi skim kredit karbon. Kami mohon penjelasan pihak kerajaan tentang instrumen dan kaedah pengukuran kredit karbon yang diguna pakai supaya ia benar-benar berkesan dan setimpal dalam urusan transaksi dengan negara luar...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 5:00 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Akhirnya, satu paragraf lagi. Untuk kawasan saya Kuala Nerus. Kuala Nerus mohon pencerahan, apakah status Projek Tebatan Banjir Tepoh-Banggol Air Lilih Kuala Nerus kerana saya dapati dalam buku peruntukan Belanjawan 2024, tiada peruntukan untuk Rancangan Tebatan Banjir Tepoh- Banggol Air Lilih walhal ia telah pun diluluskan sebelum ini. Mohon penjelasan pihak kerajaan.

Wau burung wau bulan, permainan tradisi bertaraf dunia; Alam sekitar amanah Tuhan, tidak dijaga rosak binasa. Saya kira sekadar itu Puan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya. Wallahualam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Saya jemput Yang Berhormat Sik.

final • 5:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya bersama-sama membahaskan dan pembentangan Belanjawan 2024 ini.

Yang pertama saya ingin menekankan bertapa pentingnya penerapan prinsip amanah

final • 5:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

dalam segala aspek kehidupan termasuk dalam soal kepimpinan, soal memimpin, soal mengurus negara termasuk soal menjaga hak-hak rakyat.

Jika ditelusuri sejarah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, kepimpinan umat Islam diteruskan oleh Khulafa al-Rasyidin yang terkenal dengan kehebatan dan keteguhan mereka dalam memimpin masyarakat. Khulafa al-Rasyidin sama ada yang terawal Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khatab, Uthman bin Affan dan Sayidina Ali. Mereka adalah sahabat-sahabat yang dihormati kerana ketakwaan mereka kepada Allah SWT serta pengorbanan besar yang memberikan mereka kekuatan mempertahan dan menyebarkan keadilan dan amanah yang diajar dalam Islam.

Salah satu ciri utama kepimpinan adalah perhatian yang besar terhadap kesejahteraan rakyat jelata. Mereka mengambil tugas sebagai pemimpin dengan penuh serius dan menjalankannya berdasarkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam al-Quran dan sunah. Contoh yang terkenal khalifah Islam kedua Sayidina Umar al-Khattab yang sering melakukan rondaan di waktu malam untuk memahami kehidupan rakyat jelata dan menangani masalah mereka dengan langsung.

Sabda Nabi SAW...

[Membaca sepotong hadis] “Tidak sempurna iman seseorang yang tidak amanah dan tidak sempurna agama seseorang yang tidak menunaikan janji...”. Tuan Yang di-Pertua, saya meneruskan perbahasan dengan serangkap pantun.

Dari Sik pergi ke Tambun, naik helikopter pergi berkempen, Di canang hebat namun hutang negara semakin menimbun, Ringgit terus jatuh, mana dia orang yang hebat memimpin? Kita sangat bersimpati dengan nasib nilai ringgit kita berbanding Dolar Amerika, dan saya juga bersimpati dengan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan kerana kesibukan beliau bergerak bersama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke mana sahaja pergi, beliau tidak sempat untuk melihat dengan lebih teliti, dengan lebih serius bagaimana untuk memastikan nilai ringgit kita akan terus jatuh berbanding RM4.78 pada hari ini.

Apabila kita melihat keseluruhan pandangan, saya ingin menegaskan bahawa Belanjawan 2024 yang dibentangkan belum mencapai tahap keseluruhan dan masih belum memberikan manfaat yang holistik kepada semua rakyat. Keadaan ini menjadi lebih jelas bahawa kerajaan masih terlibat dalam banyak permainan politik tanpa mempertimbangkan kepentingan rakyat sejagat yang terus menghadapi tekanan kewangan akibat daripada pengurusan ekonomi negara yang masih belum cukup untuk memastikan ekonomi diurus dengan baik. Malah terdapat kesan menutup mata terhadap isu-isu rasuah yang sangat serius walaupun rakyat bawahan terjejas secara mendalam.

Tuan Yang di-Pertua, sudah hampir 12 bulan kerajaan memerintah hari ini. Namun dalam aspek kemiskinan masih lagi terus menjadi suatu keadaan yang sangat parah di kalangan rakyat kita. Rakyat makin resah, dan bertanya-tanya, apakah tindakan kerajaan yang lebih serius menangani kemiskinan khususnya ketika disebut dengan begitu lunaknya akan mensifarkan kemiskinan tegar pada akhir tahun ini.

Namun demikian, kita melihat masih belum ada lagi langkah yang lebih konkrit termasuk saya melihat sendiri bagaimana apa yang akan dilakukan, yang belum dilakukan termasuk di daerah saya di daerah Sik, kadar kemiskinan khususnya kemiskinan tegar masih lagi tinggi termasuklah mereka-mereka yang memerlukan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain agensi.

Laporan daripada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) baru-baru ini terdapat kira- kira 118,000 orang miskin tegar di negara kita. Jadi saya ingin bertanya apakah cadangan jangka panjang yang sedang digerakkan ataupun yang belum digerakkan oleh kerajaan dalam soal menganalisa dan menyelidiki isu ini supaya ia tidak lagi menjadi barah dalam masyarakat kita.

final • 5:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Seterusnya Kerajaan Persekutuan menjadi pemandu kepada segala gerak kerja kerajaan negeri dan bukannya mencampur tangan dalam hal hasil dan cukai kerajaan negeri. Saya berharap isu federalisme dalam bahagian hasil antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri ini dapat dibuat satu sama ada diubah menjadi lebih banyak atau dipinda kepada peruntukan-peruntukan yang menguntungkan rakyat itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua saya melihat kerajaan tidak serius dalam usaha meningkatkan gaji rakyat. Tiada sebarang maklumat yang diberikan tentang pelaksanaan inisiatif tunai berkaitan model gaji progresif seperti yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Pandan selaku Menteri Ekonomi. Ini menunjukkan ketidakjelasan dan ketidakcekapan dalam menjalankan tanggungjawab mereka terhadap isu gaji rakyat yang merupakan satu keperluan asas dalam memperbaiki kesejahteraan ekonomi negara.

Saya ingin bertanya tentang relevansi menarik semula subsidi diesel secara total seperti mana yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen yang lain. Bagaimana pihak kerajaan ingin memastikan tidak berlaku peningkatan harga barangan apabila kos-kos berkaitan logistik yang pastinya akan meningkat seperti mana kos pengangkutan lori dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, saya berbangkit juga berkaitan isu keselamatan makanan negara, jika ketika Yang Berhormat Menteri bersama kita petang ini. Yang pertama, saya ingin bertanya bagaimanakah pelan selepas pelan intervensi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam tempoh dua minggu ini. Adakah isu bekalan beras tempatan, beras putih tempatan telah selesai untuk kita beri kepada rakyat di pasaran-pasaran secara terbuka dengan harga yang munasabah.

Namun saya melihat isu perbekalan beras putih tempatan ini masih belum selesai walaupun langkah-langkah intervensi yang telah dilakukan. Saya ingin bertanya bagaimanakah peruntukan subsidi yang di umum oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebanyak RM400 juta yang akan diberikan kepada pihak industri kepada pihak pengeluar beras yang mereka memberi ataupun membekalkan keperluan beras kepada premis-premis kerajaan, di asrama-asrama sekolah, di hospital, di penjara dan sebagainya.

Adakah RM400 juta itu telah pun diberikan dan bagaimanakah agihan subsidi tersebut dilaksanakan secara telus. Kita sangat risau jika subsidi ini hanya habis di tengah jalan namun bekalan beras putih tempatan kita untuk seluruh rakyat, untuk isi-isi rumah ini tidak dapat kita selesaikan.

Saya juga ingin membangkitkan berkaitan dengan harga lantai padi yang diumumkan pada Belanjawan 2024 naik daripada RM1,200 kepada RM1,300. Kenaikan harga lantai ini saya melihat tidak ada komitmen daripada kerajaan namun ia bergantung kepada pihak pengilang-pengilang yang membeli beras, membeli padi daripada petani- petani. Para petani khususnya di daerah, di Kawasan Muda Kedah di Perlis, mereka merasakan RM1,300 ini masih belum mencukupi untuk mereka menampung kos penanaman padi yang terus meningkat harga-harga input racun, harga baja yang sangat tidak terkawal di pasaran hari ini.

final • 5:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Mereka memohon untuk disemak kembali harga lantai padi ini sehinggalah mereka boleh melihat jumlahnya ataupun nilainya sangat munasabah berbanding dengan kos yang mereka terpaksa hadapi iaitulah mereka menuntut sebanyak RM1,600 untuk satu tan metrik.

Seterusnya, saya ingin bertanya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Hal yang disebut juga oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi berkaitan harga benih padi yang juga terus menjadi isu yang tidak lagi ada kesudahannya. Diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa harga di pintu kilang ataupun harga lantai benih padi sebanyak RM40 untuk satu beg 20kg dan dinaikkan daripada yang diumumkan sebelum ini RM32 dan harga runcit sebanyak RM45.

Kita ingin memastikan bahawa jumlah ataupun harga benih padi ini tidak mengganggu proses penanaman padi khususnya bermulanya fasa 1 di seluruh kawasan

final • 5:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

MADA pada ketika ini. Para petani merungut jumlah ini walaupun ditetapkan oleh kerajaan harga yang ada namun di pihak pengilang bahkan peruncit itu sendiri, mereka sewenang- wenangnya menaikkan harga benih padi ini sehingga mencecah RM55 untuk satu beg.

Jadi, saya ingin menyarankan supaya bahagian penguatkuasaan, Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras perlu memastikan dari segi proses ataupun penguatkuasaan untuk memastikan tidak ada kilang-kilang ataupun peruncit-peruncit ini menjual harga benih padi secara sewenang-wenangnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin terus membangkitkan berkaitan dengan yang terakhir, hal keselamatan makanan ini. Saya mencadangkan Yang Berhormat Menteri, Bahagian Kawal Selia Padi ini diangkat menjadi sebuah Jabatan Kawal Selia Padi dilihat dari segi komitmen dan juga kebertanggungjawaban kerja yang ditanggung oleh unit ini sangat besar. Termasuk perlu menambah keanggotaan daripada segi penguatkuasaan bajet dan sebagainya.

Dalam soal benih padi ataupun beras putih tempatan dan beras putih import ini, kita boleh melihat model negara Jepun yang mensyaratkan setiap pengeluaran benih padi ataupun pengeluaran beras putih tempatan, begnya dikeluarkan oleh pihak kerajaan sendiri dan kerajaan boleh menyelia berapa ratus ribu beg yang dikeluarkan oleh pengilang-pengilang.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membangkitkan yang berkaitan dengan isu yang telah lama kita bangkit di Dewan ini. Berkaitan dengan perolehan kapal LCS- littoral combat ship yang masih belum lagi ada kesudahannya. Saya ingin bertanya, bagaimana pandangan dan juga komitmen yang dilontar oleh pelbagai pihak termasuk di sebelah sana ketika mereka berada di sebelah sini?

Mereka dengan begitu lantang menyuarakan bagaimana perolehan kapal LCS ini telah menyebabkan kerugian besar pada negara. Pada hari ini, kita melihat suara-suara mereka telah pun sunyi dan ketika ini, kita sangat-sangat berasa sedih apabila perolehan kapal ini dilanjutkan lagi ke tarikh yang belum ditetapkan dan perolehan daripada enam biji kapal kepada lima biji dengan kos yang telah meningkat sehingga RM11 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, perkara ini sangat serius dalam soal kita nak memastikan bahawa aset pertahanan negara kita ini tidak boleh dipandang rendah dan tidak boleh dibiarkan ia menjadi barah kepada masyarakat dan negara kita.

Seterusnya, saya juga ingin membangkitkan berkaitan dengan- di daerah saya iaitu di daerah Sik. Berkaitan dengan Jabatan Parit dan Pengairan. Isu banjir yang terus berlaku. Semalam, lebih 118 buah rumah ditenggelami banjir. Puncanya ialah bagaimana sungai-sungai yang semakin cetek dan berlaku projek-projek pengambilan pasir dan menyebabkan banjir yang tidak pernah berlaku seteruk ini, sebelum ini dan saya ingin memohon untuk pihak kementerian yang menyelia hal tebatan banjir ini dengan serius supaya tidak berlaku lagi isu-isu yang menyebabkan kerugian di pihak rakyat.

Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bersama membangkitkan hal ehwal negara kita khususnya konflik yang sedang berlaku di Gaza sendiri. Kita ingin memastikan bahawa negara kita Malaysia akan terus kekal menjadi negara yang menjadi suara yang terbesar untuk seluruh dunia bersama dan kita tidak mahu memastikan berlaku lagi kezaliman, pembunuhan oleh rejim Zionis Israel. Ketika hari ini, dilaporkan sudah mencecah 4,695 rakyat di Gaza yang terkorban termasuk 1,873 kanak-kanak, termasuk 1,023 orang wanita dan lebih 14,000 yang telah tercedera.

Saya ingin bertanya di Kementerian Luar, bagaimana? Ketika mana kita Perdana Menteri kita sendiri menghadiri Persidangan GCC dan ASEAN di Riyadh pada baru-baru ini. Apakah hasil dalam perbincangan tersebut? Adakah dunia hari ini akan terus hanya melihat pengeboman, kemusnahan kepada Gaza itu yang kita tidak dapat berbuat apa- apa?

Apakah kita akan hanya terus melihat bagaimana sempadan di Rafah yang sepatutnya menjadi koridor kemanusiaan itu perlu diambil perhatian oleh seluruh dunia?

Bagaimana rejim Israel ini dengan begitu angkuh tidak mempedulikan resolusi yang dibawa oleh negara Brazil? Ditolak mentah-mentah oleh kuasa veto US sehingga

final • 5:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

menyebabkan kita tidak lagi sanggup melihat kanak-kanak yang terbujur kaku yang disembelih, yang dibunuh dengan tidak ada lagi seolah-olah harga nilai mereka sebagai manusia.

Saya yakin Tuan Yang di-Pertua, kita di Dewan ini dengan satu suara untuk memastikan bahawa kemerdekaan bumi Palestin itu adalah kemerdekaan yang sebenar dan kerajaan kita memberi peringatan supaya tidak sedikit pun membuka ruang untuk proses normalisasi yang sedang dibuat oleh beberapa pihak, oleh pelobi-pelobi daripada Israel termasuk mereka sedang menuju ke negara kita, menuju ke Indonesia supaya kita menormalisasikan Israel.

Kita menyatakan tidak untuk negara haram Israel! Tidak untuk pembunuhan umat Islam di Gaza! Kita menyatakan bahawa apa yang disebut oleh pejuang-pejuang di Gaza; “Khaibar, khaibar! khaibar ya Yahud! Jaisyu Muhammad saufa Ya'*ud! Bir ruuh, bid damm!

Naqdi ka ya Aqsa! Bid ruuh, bid damm! Naqdi ya Philistine!”* Tuan Yang di-Pertua, saya bersama hari ini. Sekian, terima kasih.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Sik. Saya jemput Yang Berhormat Miri.

final • 5:20 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan Belanjawan 2024.

Saya ingin menyentuh tentang kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang meneliti keperluan semua skim perkhidmatan yang dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

Saya amat menyokong usaha murni kerajaan dalam menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012.

Sesungguhnya kebanyakan elaun tetap sudah tidak setimpal dengan keadaan semasa selepas lebih daripada 10 tahun. Umpamanya, elaun perumahan diberikan kepada penjawat awam amatlah tidak mencukupi memandangkan secara umumnya harga rumah akan meningkat sebanyak 50 peratus malah hingga 100 peratus dalam masa 10 tahun.

Untuk membantu penjawat awam dalam memiliki rumah, adakah kerajaan dapat mempertimbangkan bahawa faedah pinjaman perumahan kerajaan yang lebih rendah berbanding sekarang dapat diberikan kepada penjawat awam seperti pekerja bank boleh mendapat faedah pinjaman yang lebih rendah daripada bank yang mereka kerja?

Berkenaan dengan bayaran emolumen lain dan juga keistimewaan seperti pencen kerajaan, saya berasa amat kecewa dengan kenyataan-kenyataan mereka di luar sana sejak kebelakangan ini yang mempertikaikan pencen dan emolumen yang diterima oleh penjawat awam.

Tidak dapat dinafikan bahawa daripada segi angka, bayaran emolumen penjawat awam merupakan salah satu perbelanjaan utama bagi kerajaan kita. Namun, persepsi di luar sana perlu diperbetulkan. Sesungguhnya kakitangan awam adalah aset negara kita.

Sumbangan penjawat awam dalam bidang masing-masing terhadap negara sememangnya tiada tandingnya. Contohnya, tanpa pegawai pendidikan dan guru-guru di sekolah, kita semua tidak mampu berada di sini.

final • 5:27 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Kita juga ada pegawai-pegawai perubatan seperti tok penghulu yang menjaga kesihatan kita. Kita ada pasukan keselamatan seperti polis, tentera, bomba yang telah memberi pengorbanan yang lebih besar berbanding kita semua di sini. Demi menjaga keselamatan dan keamanan negara, demi menyelamatkan nyawa mereka perlu mengambil risiko sehinggalah kehilangan nyawa diri dalam menjalankan tugas mereka.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 5:30 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Adalah amat zalim terhadap mereka jika kita terus membiarkan mereka untuk menerima gaji dan elaun yang tidak sepadan dengan jasa mereka kepada negara.

Janganlah kita take it for granted. Mana keadilannya jika dalam waktu pasukan bomba sedang menyelamatkan nyawa, ketika pasukan keselamatan sedang beroperasi menjaga keamanan tetapi pada masa yang sama, mereka masih perlu bimbang bagaimana gaji mereka dapat menyara anak-anak kecil atau ibu-bapa yang semakin berusia.

Berikutan dengan transformasi teknologi yang semakin cepat, ditambah lagi dengan dasar-dasar reformasi yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai agenda Malaysia Madani, peranan penjawat awam adalah amat penting untuk memastikan dasar-dasar kerajaan kita dapat laksanakan dengan berjaya di seluruh negara.

Saya ingin mengutip satu Kertas Kerja yang disediakan di bawah United Nations Development Program dengan tajuk, “Motivating Civil Servants for Reform and Performance.” Dalam Kertas Kerja program ini, pelbagai kajian kes di merata dunia terutamanya negara-negara membangun tentang, bagaimana kita boleh tingkatkan pencapaian penjawat awam di negara-negara ini.

Antara kesimpulannya adalah- insentif kepada penjawat awam merupakan kunci utama untuk kita meningkatkan produktiviti di sektor awam. Saya quote, dengan izin, “Incentives are a critical factor for the success of reforms and the performance of the public organizations. After a general overview of the major lessons from the literature on incentives, major incentive issues that should be taken into account in designing appropriate institutions, facilitating reform processes and capacity development in developing countries”. Ini juga terbukti apabila turut disahkan bahawa kajian sistem saraan perkhidmatan awam tidak hanya memfokuskan berkenaan soal kenaikan gaji dan elaun di sektor awam, tetapi juga bagaimana kita dapat meningkatkan produktiviti penjawat awam. Oleh itu, saya amat menyokong usaha kerajaan untuk menjaga kebajikan penjawat awam. Saya amat berharap kajian tersebut dapat disiapkan dan hasil kajian dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin.

Timbalan Yang di-Pertua, terdapat dua projek yang terdesak dan harus diberi keutamaan sepenuhnya di kawasan Miri. Sudah hampir 10 tahun rancangan demi rancangan, permohonan demi permohonan, tetapi amat mengecewakan bahawa apabila masih tidak dapat direalisasikan dalam Belanjawan 2024. Di mana setiap kali Sesi Soal Jawab Menteri berkenaan tentang status dua projek ini jawapannya tetaplah sama iaitu masih dalam pertimbangan.

Pertama sekali ialah Lapangan Terbang Miri. Bangunan terminal yang hanya mampu menampung dua juta penumpang setiap tahun dan telah beroperasi melebihi kapasiti asalnya sejak tahun 2012. Kementerian Pengangkutan sejak tahun 2016 sudah mengesahkan keperluan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Miri. Namun sehingga kini projek ini masih tidak dapat dilaksanakan dan tahun demi tahun projek ini masih berada dalam pertimbangan. Sejak tahun 2016 kita nampak terdapat projek naik taraf lapangan terbang di Kota Bharu dalam Belanjawan 2016, tahun 2018 projek naik taraf Lapangan Terbang Langkawi, tahun 2020 di Ipoh, tahun 2023 Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, dan Subang. Dalam Belanjawan 2024 pula, kita nampak penaik taraf untuk lapangan terbang di Tioman, Pahang.

Menurut Annual Report Malaysia Airports Holdings Berhad tahun 2022, selepas KLIA, Lapangan Terbang Penang, Kota Kinabalu, Kuching dan Langkawi, Lapangan Terbang Miri adalah yang keenam paling ramai pengguna dan paling sibuk. Kita dapat lihat sejak lapan tahun yang lalu, lapangan terbang yang penggunanya melebihi Lapangan Terbang Miri iaitu Pulau Pinang dan Langkawi telah mendapat penaiktarafan. Begitu juga dengan lapangan-lapangan terbang lain yang kurang sibuk berbanding dengan Miri turut mendapat penaiktarafan. Persoalan yang ditanya-tanya oleh rakyat bukan sahaja dari Miri tetapi seluruh Wilayah Utara Sarawak ialah, bilakah Lapangan Terbang Miri dapat memperoleh penaiktarafan?

final • 5:30 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Saya memetik satu kes yang ditularkan dalam media tempatan kebelakangan ini, disebabkan oleh kekurangan air bridge, maka ada penumpang yang mendapat penyakit jantung terpaksa menurun tangga dari kapal terbang dan menaiki tangga untuk sampai ke balai ketibaan. Persiapan awal tidak dapat disusun kerana dia sangka bahawa air bridge yang sedia ada telah dipenuhi dengan pesawat lain. Ini telah mendatangkan kesukaran kepada para penumpang terutama mereka yang sakit. Sesungguhnya kesesakan di Lapangan Terbang Miri telah mendatangkan banyak kesukaran dan keadaan yang amat tidak selesa kepada para penumpang. Ini bukan sahaja akan menjejaskan imej negara tetapi juga akan menghimpitkan usaha untuk memajukan industri pelancongan tempatan.

Ini telah menunjukkan betapa desaknya projek penaiktarafan Lapangan Terbang Miri. Projek ini harus diberi keutamaan dan dilaksanakan dengan secepat mungkin. Projek kedua adalah di Jalan Pujut, Miri yang merupakan jalan utama menyambung kawasan Utara Miri ke Bandaraya Miri.

Namun, sebahagian jalan ini terutama di jalan Roundabout GK, Pujut Tiga Miri telah mengalami masalah kesesakan lalu lintas yang sangat teruk disebabkan oleh bulatan yang kecil tersebut yang menyambung jalan raya utama ini. Cadangan untuk menaik taraf bahagian jalan raya ini telah diangkat hampir 10 tahun yang lalu.

Kementerian Kerja Raya telah bertahun-tahun mengadakan cadangan projek menaik taraf jalan raya ini bagi menyelesaikan kesesakan lalu lintas, tetapi jawapan yang sama tetap diberikan iaitu masih dalam proses pertimbangan. Saya ingin menarik perhatian kepada kerajaan atas betapa desaknya projek penaiktarafan jalan raya ini disebabkan oleh pertambahan bilangan penduduk di Bandaraya Miri yang turut membawa kepada peningkatan pengguna jalan raya. Keperluan untuk projek penaiktarafan ini menjadi semakin terdesak bukan sahaja untuk mengatasi masalah kesesakan malah untuk keselamatan pengguna jalan raya.

Menurut statistik yang saya dapati, pada tahun 2022 sahaja terdapat sebanyak 61 kes kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Pujut. Pada tahun 2023, tahun ini, baru sembilan bulan sahaja bilangan ini telah menaik ke satu jumlah sebanyak 119 kes kemalangan. Kenaikan hampir seratus peratus. Hampir satu kes dalam setiap dua, tiga hari.

Bulatan Pujut 3 sahaja atau dikenali sebagai Pujut GK Roundabout, terdapat 15 kes kemalangan yang telah berlaku di bulatan tersebut dalam tahun ini. Kebetulan pejabat saya juga berhadapan dengan bulatan tersebut. Sememangnya hampir setiap dua minggu sekali saya ataupun pegawai saya akan nampak satu kes kemalangan berlaku di bulatan tersebut. Oleh itu, saya amat menyeru kepada kerajaan supaya dapat meluluskan peruntukan untuk dua projek ini yang betul-betul mendesak untuk kebaikan seluruh rakyat di utara Sarawak.

Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menangkis sangkaan-sangkaan buruk terhadap Belanjawan 2024 bahawa ia akan memangsakan golongan pertengahan. Seperti yang terdapat dalam Ucapan Belanjawan 2024, pertimbangan kerajaan sangat sukar. Kerajaan perlu meningkatkan hasil, mengurangkan subsidi tetapi tidak membebankan rakyat.

Syabas dan tahniah kepada Kerajaan Madani kerana telah mencapai satu keseimbangan untuk merasionalisasikan perbelanjaan kerajaan dan tidak membebankan rakyat. Kita sedia maklum bahawa kerajaan cukup memberi fokus dalam memberi bantuan untuk meringankan beban golongan miskin dan golongan kurang berkemampuan. Bagaimana pula dengan M40? Kita memang nampak satu usaha yang serius daripada pihak kerajaan dalam mewujudkan satu persekitaran yang dapat merangsang pembangunan ekonomi negara.

Antaranya, Belanjawan 2024 telah menggalakkan cukai pelaburan semula bagi aktiviti bernilai tinggi dengan pemberian insentif yakni telah menunjukkan kerajaan akan memberi keutamaan kepada pelaburan masa depan dalam bidang high growth, high value, dengan izin.

Dengan ini kerajaan dapat menarik lebih banyak pelaburan dan perusahaan ke kawasan tersebut. Ini akan membantu untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di

final • 5:30 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

kawasan tersebut dan menggalakkan usahawan-usahawan menceburi bidang high growth, high value, dengan izin, seperti accumulate digital, teknologi angkasa serta electronic dan electrical.

final • 5:30 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Seiring dengan pertumbuhan ekonomi, banyak peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi akan tersedia di kawasan tersebut. Ini dapat membantu komuniti M40 untuk mendapatkan pekerjaan yang membayar dengan lebih baik dan seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

Timbalan Yang di-Pertua, golongan pertengahan sememangnya mempunyai ekspektasi ataupun keperluan yang berlainan dengan golongan-golongan lain. Golongan pertengahan seperti saya dari keluarga yang di golongan pertengahan, kawan-kawan saya pun kebanyakan M40, mereka lebih mementingkan dasar kerajaan yang dapat membawa kepada pertumbuhan ekonomi, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang berkualiti, kualiti pendidikan, peningkatan gaji setimpal dengan inflasi dan persekitaran yang lebih baik.

Apa yang kerajaan harus lakukan untuk membantu golongan M40 adalah memperkasakan golongan pertengahan ini sehingga mereka dapat meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Pelaburan-pelaburan dan segala usaha kerajaan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi negara sememangnya adalah seperkara yang dinanti-nantikan oleh golongan menengah.

Saya yakin bahawa belanjawan ini telah memenuhi ekspektasi ini dan sekiranya dapat dilaksanakan dengan lebih baik, kita dapat membawa kehidupan yang lebih baik kepada seluruh rakyat Malaysia di seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang. Dengan ini, saya menyokong sepenuhnya Belanjawan 2024. Sekian, terima kasih.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Miri. Dipersilakan Yang Berhormat Shah Alam.

final • 5:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia Madani.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2024 Malaysia Madani yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada 13 Oktober yang lalu.

Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, dan semua agensi kerajaan yang terlibat menyediakan Belanjawan 2024 ini yang beriltizam- mereformasikan ekonomi Malaysia Madani, dan memperkasakan rakyat.

Saya tertarik dengan mukadimah yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Tambun ketika beliau memetik surah Al-Qasas, ayat 77... *[Membaca sepotong ayat daripada Surah Al-Qasas: Ayat 77] “Dan kejarlah ganjaran yang telah dikurniakan Allah kepada mu di akhirat kelak, akan tetapi janganlah engkau melupakan bahagian mu di dunia ini (yakni keperluan dan bekalan); dan berbuat ihsanlah (yakni berbuat baiklah) sebagaimana Allah berlaku ihsan kepada mu; dan janganlah engkau melakukan fasad

(yakni kerosakan) di muka bumi ini. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.”* Ada dua kalimah dan hubung kait yang penting yang terkandung dalam ayat yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam Belanjawan 2024 ini. Pertama...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Perintah utk melaksanakan ihsan- yakni berbuat baik sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada kita manusia di atas dunia ini. Keduanya...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Yakni tegahan daripada Allah SWT agar kita tidak melakukan kerosakan ataupun fasad di atas muka bumi ini.

final • 5:42 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Melalui Belanjawan 2024, saya lihat kerajaan bersungguh-sungguh menterjemahkan gesaan Allah SWT agar tidak melakukan kefasadan, agar tidak melakukan kerosakan ini melalui ikhtiar-ikhtiar reformasi fiskal, merombak struktur ekonomi, melakukan agenda reformasi institusi, melakukan agenda mampan dan peralihan tenaga serta memperkukuh perpaduan dan keselamatan.

Saya juga berpandangan Belanjawan 2024 ini berjaya menterjemahkan perintah untuk berlaku ihsan, melakukan kebaikan melalui ikhtiar-ikhtiar, mengutamakan perkhidmatan dan projek rakyat, memperkasa PMKS, melindungi kebajikan rakyat ya, menyokong pemerkasaan golongan tumpuan, menyediakan kemudahan asas yang terbaik dan memastikan kesejahteraan penjawat awam.

Saya ingin ucapkan tahniah dan syabas atas usaha kerajaan mengurangkan fiskal defisit sebagai langkah mengimbangi ekonomi Madani dan mengurangkan beban hutang negara yang menjangkau RM1.5 trilion. Saya percaya jika kerajaan konsisten dengan penurunan defisit sebanyak 0.5 sehingga 0.6 peratus secara konsisten setiap tahun, kerajaan boleh mencapai bajet berimbang dalam tempoh 10 tahun daripada sekarang.

Dato’ Yang di-Pertua bayangkan, tahun 2032, kita boleh mempunyai bajet yang berimbang sekiranya Kerajaan Perpaduan ini kekal terus memerintah untuk dua penggal akan datang lagi...

[Tepuk] Ini tidak mustahil dilakukan kerana Yang Amat Berhormat Tambun pernah melaksanakan bajet surplus selama enam tahun berturut-turut ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan dari tahun 1992 sehingga tahun 1998 yang lalu.

Berhubung dengan reformasi fiskal, saya berpandangan kerajaan terlepas peluang untuk memperkenalkan reformasi struktur dalam sistem percukaian negara. Agak sensitif untuk dibicarakan, tetapi umum mengetahui bahawa sistem percukaian VAT- Value Added Tax, ataupun GST adalah sistem percukaian terbaik untuk menaikkan perolehan negara. Malah terlebih penting, ia juga berupaya untuk menangani ketirisan pungutan cukai dan black economy.

Kalau nama “GST” itu menimbulkan rasa tidak selesa, kita boleh namakan ia sebagai VAT ataupun apa sahaja sebagaimana yang dinamakan oleh banyak negeri- negeri di atas dunia ini, 170 buah negara ya, mengguna pakai kaedah VAT ini untuk memastikan perolehan negara yang terbaik, memastikan tidak berlakunya ketirisan, dan menghapuskan black economy ini.

Walau bagaimanapun, kita harus terus move forward, kita harus menyedari bahawa kita sekarang menerima sistem SST sebagai sistem percukaian yang ada dalam negara ini. Lalu saya ingin menimbulkan persoalan, apakah langkah kerajaan untuk memastikan perolehan maksimum dari sistem percukaian yang sedia ada, membendung ketirisan dan mencegah berlakunya black economy dalam negara kita ini?

Dato’ Yang di-Pertua, saya memahami usaha kerajaan memperkenalkan capital gains tax, cukai barang mewah dan cukai jualan dan perkhidmatan daripada enam peratus hingga kepada lapan peratus, tetapi sebenarnya kenaikan dua peratus itu hanya berlaku kepada cukai perkhidmatan. Cukai jualan kita kekal 10 peratus sebagaimana yang dikeluar daripada perkhidmatan manufacturing ataupun punca kepada sesebuah perniagaan itu dilakukan.

Selain cukai perkhidmatan melibatkan makanan dan minuman serta telekomunikasi yang dikecualikan daripada kenaikan ini, saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan cukai SST lapan peratus ini juga mengecualikan perkhidmatan logistik kerana ia memberi impak langsung kepada harga barangan dalam ekosistem rantaian bekalan.

Dato’ Yang di-Pertua, satu lagi berkenaan dengan sistem percukaian dalam negara kita ini, saya juga merasakan dan mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan cukai property gains tax yang telah pun dilupuskan, dibatalkan sebelum ini apabila seseorang itu melepaskan hartanahnya yang melebihi daripada tempoh lima tahun. Ini bukan bertujuan untuk menghukum mereka yang meraih laba dari jualan harta, tetapi lebih untuk membanteras spekulasi hartanah. Harga rumah pernah naik mendadak sehingga 100 peratus dari tahun 2012 sehingga tahun 2015.

final • 5:42 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ini sangat membebankan rakyat terutama mereka yang ingin memiliki rumah yang pertama. Apa salahnya, kerana dalam Islam sendiri, sistem percukaian dalam Islam menetapkan 2.5 peratus ke atas keuntungan hasil daripada perolehan jualan ataupun pendapatan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada inisiatif-inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan, ikhtiar-ikhtiar yang membantu rakyat. Yang pertamanya saya mengalu- alukan rancangan kerajaan untuk meneruskan lima stesen LRT3 yang telah dibatalkan pembinaannya sebelum ini, dua daripada terletak di bawah Parlimen Shah Alam iaitu Stesen Raja Muda dan Stesen Bukit Raja. Ini menjadikan enam stesen LRT ke semuanya untuk jajaran LRT3 di bawah Parlimen Shah Alam. Sudah pasti ia menggembirakan saya, ia menggembirakan hampir 400,000 orang penduduk di Parlimen Shah Alam yang boleh memanfaatkan pengangkutan awam ini.

Persoalan saya Dato’ Yang di-Pertua, wajarkah peruntukan RM4.7 bilion untuk lima buah stesen LRT. Kenapakah kos pembinaannya begitu tinggi? Apakah pecahan kos bagi setiap buah stesen tambahan ini? Berapakah kenaikan kos pembinaan, berbanding dengan harga asal stesen ini jika sekiranya ia dibina lebih awal lagi?

Dato’ Yang di-Pertua, a developed country is not a place where a poor has cars.

It is where the rich use public transportation, dengan izin. Negara maju bukannya tempat di mana orang-orang miskin mampu memiliki kereta, tetapi ia adalah tempat di mana orang-orang kaya menggunakan pengangkutan awam. Ini diucapkan oleh Gustavo Petro mantan Datuk Bandar Bogota, Columbia. Penggunaan LRT3 ini nantinya akan bergantung banyak kepada kecekapan, ketersambungan perbatuan pertama dan terakhir yang akan menghubungkan kediaman dengan stesen dan juga destinasi yang ingin dituju. It is the first and the last mile that matters. Saya juga mengalu-alukan rancangan kerajaan menyokong keperluan LRT3 ini iaitu Prasarana Malaysia Berhad bersetuju untuk memperolehi 150 buah bas elektrik dan membina tiga depot bas dengan kos RM600 juta. Sudah pasti ia merupakan satu langkah yang baik bagi menyahut saranan daripada kerajaan sendiri untuk memastikan carbon emission dalam negara ini dapat dikurangkan secara beransur-ansur.

Baru-baru ini, kerajaan telah memperkenalkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Sasaran net zero adalah pada tahun 2050. Pelan ini kelihatannya sangat ambitious, satu cita-cita yang sangat tinggi. Lalu saya ingin bertanya, apakah milestone ke arah objektif net zero bagi negara kita?

Apakah ukuran jangka pendek yang akan dilaksanakan supaya rancangan ini boleh dipertanggungjawabkan kepada kerajaan semasa? Kepada menteri dan juga kementerian, mungkin untuk tempoh lima tahun supaya kerajaan semasa itu boleh bertanggungjawab ke atas pelan yang direncanakan oleh kerajaan ini. Saya juga ingin tahu, apakah program hala tuju dan kesediaan kerajaan memacu tenaga boleh baharu terutama dalam menggalakkan mikrogrid secara terancang dan bersasar.

Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Tambun telah mengumumkan lawatan ke Abu Dhabi dan Masdar City. Masdar City adalah ibu pejabat agensi tenaga boleh baharu antarabangsa yang menghubung organisasi kerajaan di Timur Tengah. Masdar City diumumkan bersedia melabur sebanyak RM37 bilion dalam industri tenaga negara kita ini.

Persoalan saya, apakah bentuk jana kuasa tenaga yang terkait dengan cadangan pelaburan itu? Masdar City mempunyai solar farm yang sangat luas, sesuai dengan ketersediaan mereka yang mempunyai kawasan tanah lapang dan terdedah dengan sinaran matahari sepanjang tahun.

Namun UAE, Kerajaan UAE sedang membina empat loji nuklear sebagai sumber tenaga alternatif mereka. Memandangkan iklim negara kita yang mengehadkan kesediaan sumber solar sepanjang tahun, adakah kerajaan juga akan mempertimbangkan di suatu masa nanti tenaga nuklear sebagai sumber tenaga di masa akan datang?

Dato’ Yang di-Pertua, kita melihat begitu banyak ikhtiar-ikhtiar yang dilakukan oleh kerajaan bagi meningkatkan ataupun mengangkat syiar Islam dalam negara kita ini.

final • 5:50 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

RM1.9 bilion bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam yang merangkumi pembinaan institusi pendidikan Islam dan tahfiz; RM150 juta untuk menyelenggarakan dan menaik taraf prasarana sekolah agama rakyat, institusi pondok berdaftar dan sekolah tahfiz; dan bantuan-bantuan lain kepada guru-guru KAFA, Imam, Siak, Noja dan sebagainya; dan RM20,000 kepada semua sekolah agama rakyat yang berdaftar di bawah JAKIM.

Namun Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa ikhtiar-ikhtiar yang dilakukan oleh kerajaan ini sudah pasti mungkin boleh menimbulkan suasana yang tidak selesa apabila adanya anasir-anasir yang sering mempertikaikan tentang gagasan Malaysia Madani.

Hasrat Kerajaan Malaysia Madani ini untuk meningkatkan dan mengangkat syiar Islam ini apabila mereka sering menimbulkan, pihak-pihak yang tertentu ini sering menimbulkan bahawa Malaysia ini Islam terancam, Melayu terpinggir dan sebagainya.

Lalu saya ingin bertanya kepada Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, apakah program-program dan hala tuju rancangan daripada Bahagian Hal Ehwal Agama untuk memastikan bahawa gagasan Malaysia Madani ini dapat dihayati dan diterjemahkan dan difahami oleh segenap lapisan masyarakat. Di peringkat kementerian, di peringkat jabatan-jabatan, di peringkat negeri-negeri dan seluruh lapisan masyarakat agar kita sama-sama menghayati apa yang dihasratkan oleh kerajaan dalam membina negara Malaysia Madani ini.

Akhirnya, Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mengalu-alukan keputusan kerajaan memberikan sumbangan RM10 juta Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin yang terlibat dengan bencana perang, dan berhadapan dengan isu kemanusiaan.

Saya kira jumlah sumbangan sudah melebihi RM80 juta. Tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyumbang...

[Tepuk] Saya percaya banyak lagi tabung-tabung dibuka untuk rakyat Palestin yang sedang berperang dengan Zionis Israel, 75 tahun pengusiran, 75 tahun penjajahan, 75 tahun penindasan, 75 tahun hak mereka dinafikan. Cukup-cukuplah dengan apa yang kita saksikan selama ini. Oleh kerana itu saya menyeru agar kerajaan terus menyatakan pendirian yang tegas agar menyokong kerajaan Palestin pimpinan Hamas yang sah mentadbir bumi Gaza ini agar terus kita sama-sama memberikan tekanan kepada Zionis Israel dan sekutunya supaya memberikan hak rakyat Palestin untuk kembali mendiami tanah air mereka secara bebas dan berdaulat.

Dato’ Yang di-Pertua, Shah Alam menyokong Belanjawan 2024 Malaysia Madani, terima kasih...

[Tepuk]

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Silakan Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 5:50 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua memberikan ruangan kepada saya untuk turut berbahas dalam perbahasan belanjawan di Dewan Rakyat pada kali ini.

Pertamanya, saya nak mengambil kesempatan selaku wakil kepada warga Kuala Langat yang cinta akan keamanan untuk menyampaikan mesej membantah sekeras- kerasnya dan mengutuk di atas kekejaman rejim Israel Zionis dan sokongan negara- negara sekutunya yang melancarkan serangan secara membabi buta kepada orang awam, rumah-rumah ibadat termasuk masjid-masjid dan yang paling teruk mereka juga mengebom hospital yang menjadi tempat perlindungan kepada ribuan rakyat Palestin yang mengorbankan ratusan rakyat yang tidak berdosa.

final • 5:59 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sesingkat ini ada beberapa perkara yang saya kira ingin saya sentuh dalam perbahasan ini. Pertamanya adalah berkaitan dengan kenaikan kadar cukai perkhidmatan 6 hingga 8 peratus. Tahniah kepada kerajaan yang

final • 6:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

mana anggaran Belanjawan 2024 ini adalah belanjawan tertinggi, RM393.8 bilion. Belanja mengurus RM303.8 bilion dan belanja pembangunan RM90 bilion dan saya kira ini adalah perbelanjaan yang sangat tinggi.

Jadi Tuan Timbalan Yang di-Pertua, kenaikan cukai perkhidmatan sehingga 8 peratus, tidak termasuk makanan, minuman dan telekomunikasi tetapi meluaskan kepada skop perkhidmatan logistik. Di sini saya juga ingin mendapat jaminan daripada kerajaan.

Dengan kenaikan cukai perkhidmatan ini, apakah jaminan kerajaan bahawa kos perkhidmatan kesihatan di dalam negara kita ini tidak akan meningkat?

Saya kira sudah tentunya secara tidak langsungnya akan meningkat kerana sebahagian besar daripada perolehan kesihatan di dalam negara kita ini masih lagi bergantung kepada sumber daripada luar negara. Sebagai contoh, mungkin boleh saya katakan anggaran peruntukan RM5.8 bilion untuk perolehan bekalan ubatan, bahan guna habis, dan regional vaccine sudah tentu ia akan menyebabkan dalam ekosistem ekonomi itu akan meningkatkan kos harga dan secara tidak langsungnya ia akan meningkatkan perkhidmatan kesihatan dan ia akan menjadi sangat membebani kepada rakyat.

Walaupun mungkin ada beberapa program kepada B40 seperti Skim Perubatan Madani dan bantuan terus tetapi saya kira ini masih lagi akan memberikan bebanan kepada rakyat secara keseluruhannya.

Yang kedua adalah dalam isu membendung risiko kesihatan, duti eksais minuman bergula 40 sen kepada 50 sen seliter dan dimaklumkan bahawa hasil daripada ini adalah untuk mengatasi penyakit-penyakit diabetes dan juga perawatan dialisis yang saya kira sepatutnya peruntukan atau pun lebihan dapatan perolehan ini sepatutnya digunakan sebagai untuk memberikan soal pencegahan ataupun pendidikan kesihatan kepada rakyat. Kerana saya melihat sehingga pada hari ini pun apabila kita lihat jumlah pesakit- pesakit diabetes, pesakit-pesakit dialisis, saya kira adalah akibat daripada kesedaran ataupun kurangnya pendidikan kesihatan sampai kepada mereka.

Di sini juga saya hendak bertanya kepada kerajaan berkaitan dengan tajaan oleh PERKESO kepada pesakit-pesakit dialisis, pencarum-pencarum yang terpaksa menerima rawatan dialisis. Adakah kerajaan ataupun PERKESO sendiri ada bercadang untuk meningkatkan kos rawatan yang daripada dahulu sehingga pada hari ini pada kadar RM150 setiap rawatan? Begitu juga untuk suntikan EPO hanya sekadar RM80 untuk tiga kali dalam masa sebulan.

Saya kira ini sangat tidak mencukupi dalam keadaan suasana ekonomi kita pada kali ini. Saya cukup tertarik apabila kerajaan juga mengatakan bahawa akan mengenakan duti eksais kepada produk tembakau kunyah. Saya pun tidak pasti bagaimana kesan akhirnya tembakau kunyah ini tetapi apa yang saya sangat concerned adalah berkaitan dengan RUU Kawalan Produk Merokok demi kesihatan awam.

Saya kira ini menjadi bahan cerita, bualan, perbincangan, perdebatan di luar sana.

Ramai yang tidak setuju pada peringkat awalnya apabila nikotin dikeluarkan daripada Akta Racun, daripada persatuan-persatuan, NGO-NGO dan sebagainya, persatuan perubatan- perubatan farmasi, persatuan pengguna. Sehinggalah apabila kertas RUU dibacakan pada kali pertama, diserahkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan untuk meneliti supaya akhirnya ia akan dibentangkan di dalam Dewan ini, tetapi apabila kita dapat maklumat, walaupun sudah berada dalam Aturan Mesyuarat, dibatalkan taklimat kepada Ahli-ahli Parlimen pada 9 Oktober 2023.

Ia menjadi satu manifestasi bahawa rang undang-undang ini tidak akan dibentangkan di dalam Dewan pada kali ini. Saya tidak pasti. Saya ingat usaha di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas bermesyuarat- 11 kali kita bermesyuarat selepas sahaja dirujukkan paper ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas dan daripada 11 kali itu, sebahagian besarnya ataupun sekurang-kurangnya 11 kali kita membincangkan sehinggalah kita keluarkan penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan berkaitan dengan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam.

Kita melihat sekiranya tidak diluluskan pada kali ini, satu lacuna yang besar akan berlaku di luar sana. Akan lebih ramai lagi remaja-remaja, anak-anak kita sama ada di peringkat sekolah, seawal peringkat usia di sekolah seperti mana statistik yang

final • 6:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

menunjukkan begitu, akan bertambah dengan lebih banyak lagi. Siapakah yang akan bertanggungjawab di atas perkara ini apabila berlaku ketagihan-ketagihan? Cukup mudah, hanya beberapa kali sedutan ataupun hisapan akan menyebabkan ketagihan nikotin daripada produk merokok itu sendiri. Sebab itu saya mahu jawapan daripada pihak kerajaan.

Perkara yang seterusnya adalah berkaitan dengan Skim Perubatan Madani yang saya kira sebagai pilot- perintis pada tahun ini ya. Dimulakan dengan jumlah 120 juta untuk Program Skim Perubatan Madani dan akan ditambah lagi 100 juta untuk Skim Perubatan Madani pada tahun hadapan. Saya juga mahu apakah statusnya pada di setiap daerah yang telah diputuskan? Cuma saya juga hendak tahu sama ada di negeri Selangor ini yang memang sudah ada skim perubatan seperti ini, Sihat Selangor. Adakah berlaku tindanan penerima-penerima skim ini? Adakah kerajaan negeri akan meningkatkan jumlah RM250 bagi setiap keluarga ataupun RM125 bagi seorang warga emas dan RM75 bagi setiap orang bujang ataupun dalam apa yang disebutkan dalam kriteria itu?

Kemudian saya juga hendak bertanya kepada pihak kerajaan berkaitan dengan kesesakan Hospital Tengku Ampuan Rahimah yang menjadi projek perintis kepada Klinik Kesihatan Bandar Botani dan ada beberapa lagi klinik yang lain yang dijadikan sebagai projek perintis yang kita dimaklumkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah ini dapat mengurangkan sehingga 54 peratus bebanan ataupun kesesakan itu dan sama ada bagaimana statusnya pada hari ini? Adakah di kawasan-kawasan lain juga projek ini memberikan impak yang cukup baik?

Kemudian berkaitan dengan reformasi kesihatan negara. Kertas Putih telah dibentangkan dalam- Kertas Putih Perkhidmatan Kesihatan, dan kita juga dimaklumkan akan ada satu jawatankuasa, kalaupun tidak namanya “Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan” tetapi itu adalah satu ahli jawatankuasa yang akan membantu kepada reformasi perkhidmatan kesihatan di negara kita. Saya mahu dapat juga timeline bilakah jawatankuasa ini dapat dibentuk dan apakah tumpuan-tumpuan yang sangat penting dalam perkhidmatan kesihatan yang akan dibincangkan secara tuntas untuk membantu perkhidmatan kesihatan di dalam negara kita?

Kemudian berkaitan dengan penjawat kesihatan tempoh hari. Disebutkan juga kerajaan pada hari ini kita dimaklumkan bahawa kita masih lagi dalam nisbah seorang doktor, 420 begitu dan dijangkakan kita akan sampai kepada target kita satu Doktor kepada 400 penduduk. Saya juga mahu mendapat pandangan daripada kerajaan, bagaimana keperluan perkhidmatan penjawat-penjawat Doktor, Farmasi, dan Dentist pada masa ini? Kerana tempoh hari pun berlaku apabila- menjadi bualan di luar apabila tajaan JPA kepada pelajar-pelajar perubatan, farmasi dan dentist ini dihentikan yang kita lihat keputusan pada hujung minggu, pada 9 hari bulan, Menteri Tugas-tugas Khas menyebutkan bahawa dihentikan Sehari selepas itu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyebutkan dalam kajian dan sehari selepas itu, 11 hari bulan, Perdana Menteri menyebutkan bahawa ianya diteruskan. Apakah sebenarnya pendirian kerajaan dalam tajaan JPA kepada pelajar- pelajar kita ini?

final • 6:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Saya terus kepada isu yang berkaitan dengan Kuala Langat. Seperti mana kita sedia maklum, Kuala Langat adalah Lembah Klang yang kedua, membangun daripada struktur perindustrian, membangun daripada struktur perumahan dan saya kira ini antara daerah yang sangat pesat membangun. Belum lagi, seperti mana tuan-tuan sedia maklum, pembangunan IDRISS, pembangunan Pelabuhan Pulau Carey yang ketiga.

Sudah tentulah saya kira perkara-perkara yang berkaitan dengan infrastruktur adalah menjadi perkara yang paling pokok, terutamanya jalan raya-jalan raya yang ada di Kuala Langat.

Saya mengharapkan dengan peruntukan-peruntukan yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun berkaitan yang secara langsungnya kepada Kementerian Kerja Raya dan juga melalui pembangunan desa, peruntukan-peruntukan untuk jalan dan sebaginya, saya mengharapkan peruntukan itu akan sampai ke Kuala Langat sebab saya

final • 6:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

melihat di Kuala Langat, jalan-jalan persekutuan termasuklah FT5, FT31, FT32, jalan yang sangat teruk. Kita malu kepada pelabur-pelabur yang akan melabur di Kuala Langat terutamanyalah kepada sektor perindustrian ini. Saya mengharapkan jalan-jalan ini akan dapat dinaik taraf.

Selain daripada itu, saya mengharapkan juga perabot-perabot jalan termasuklah pencahayaan lampu-lampu. Kalau saya katakan FT5 dari Morib ke Tanjung Sepat, tidak ada lampu. Yang malangnya, garis jalan juga telah pudar dan ini memberikan risiko untuk kemalangan terutamanya di waktu malam. Sebab itu, saya kira peruntukan yang secukupnya, yang sewajarnya harus diturunkan kepada kawasan Kuala Langat yang kita sebutkan sebagai Lembah Klang yang kedua.

Selain daripada itu juga, saya mengharapkan pembangunan Pulau Carey yang saya kira mungkin tidak begitu lama mengambil masa akan dibangunkan, perlunya juga pelebaran jalan menuju ke Pulau Carey. Yang penting, seperti mana ada dibincangkan di peringkat daerah juga, keperluan jejambat- flyover bulatan Pulay Carey. Pada hari ini, sebelum ada pembangunan yang pesat di Pulau Carey pun jalan terlalu sesak.

Saya juga mengharapkan ada naik taraf-naik taraf jalan-jalan yang tertentu terutamanya, walaupun ia bersifat jalan negeri, seperti B129, B126, B60 yang mana jalan inilah yang digunakan oleh pengguna-pengguna kenderaan yang saya kira terlalu sesak.

Kalau B129 Jalan Garuda Batu 9, Kebun Baru ini dan juga B60 Seri Cheeding yang mana jalannya terlalu kecil dan kenderaan-kenderaannya mempunyai muatan yang besar dan jumlah waktu puncak kenderaan yang begitu banyak, kenderaan-kenderaan motor terutamanya yang terdedah kepada kemalangan, saya kira kalau tersilap sedikit pun kalau tuan-tuan lalu di jalan-jalan ini, dapat melihat di tengah-tengah jalan itulah laluan-laluan motor yang bergerak terlalu laju untuk pergi kerja dan juga balik kerja. Saya harapkan kalau tidak dapat ditambahkan jumlah jalan, pelebaran jalan itu, sekurang-kurangnya ada laluan sikal khusus untuk penunggang-penunggang motosikal ini menggunakan jalan sebagai laluan yang utama.

Kemudian, saya juga hendak menyebutkan, hari ini menjadi satu isu apabila kenderaan-kenderaan bermuatan yang tinggi melalui jalan-jalan kampung kerana itu menjadi salah satu akses kepada kawasan perindustrian yang saya kira sebelum ini tidak disusun dengan baik. Akhirnya, disebabkan oleh laluan kenderaan-kenderaan yang mempunyai muatan yang tinggi ini melebihi lapan tan, jalan menjadi teruk. Baru sahaja lepas diturap, kenderaan besar lalu, jalan akan teruk. Juga, disebabkan kenderaan- kenderaan besar ini, maka pendawaian ataupun rantaian pendawaian elektrik dan juga telekom daripada TNB dan juga daripada telekom menyebabkan dia dilanggar dan mengganggu juga urusan-urusan rakyat sehingga menyebabkan pergaduhan dan sebagainya.

Saya harapkan- saya sangat berterima kasih kepada JPJ yang memberikan dan juga pasukan polis yang membantu, tetapi sejauh manakah mereka akan sentiasa- sudah tentulah saya kira kerajaan mempunyai jalan penyelesaian yang terbaik untuk menguruskan keadaan seperti ini.

Untuk akhirnya, saya ingin menyentuh soal berkaitan dengan TVET. Saya ingat Ahli Parlimen sebelum ini mahu menjadikan Kuala Langat ini sebagai salah satu hab pendidikan dan sudah tentulah banyak dibangunkan sekolah-sekolah berasrama penuh, matrikulasi dan sebagainya. Begitulah juga dengan pusat-pusat TVET termasuklah kolej komuniti, ILP, politeknik dan juga GIATMARA yang ada.

Cuma, saya dapat maklumat pada hari ini, respons kemasukan bilangan yang tidak memuaskan. Saya tidak tahu apa sebabnya. Mungkin disebabkan kursus-kursus yang ditawarkan. Saya harap kerajaan boleh melihat. Khususnya GIATMARA. Sudah tentu apabila ada pembangunan, kita mempunyai ruangan yang terbaik kepada anak- anak tempatan untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan sudah tentulah latihan harus diberikan kepada mereka.

Saya melihat GIATMARA ini kedudukan yang sangat- tapak yang sangat kecil, mungkin kosnya pun tidak menarik kepada anak-anak kita yang akhirnya mungkin ini boleh dilihat semula bagaimana kita boleh memperkasakan GIATMARA di Kuala Langat

final • 6:10 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

itu sebagai satu alternatif kepada anak-anak kita yang mungkin mempunyai keupayaan daripada sudut TVETnya walaupun akademiknya mereka tidak sebaik mungkin.

Jadi, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, terima kasih kerana memberikan sedikit ruangan masa kepada saya walaupun waktu telah tamat. Dengan itu, inilah perbahasan saya, terima kasih.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 6:10 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Salam Malaysia Madani, salam mutiara. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada Bukit Bendera untuk menyertai perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2024.

Secara sepintas lalu, saya ingin memberikan cadangan juga mengenai beberapa perkara dasar dalam bidang kuasa beberapa kementerian. Saya mula dengan Kementerian Pertahanan. Sebanyak RM19.7 bilion telah diperuntukkan untuk dibelanjakan untuk menambahkan aset-aset baharu dan juga mengutamakan kebajikan anggota dan veteran tentera. Pembinaan lebih banyak unit-unit rumah melalui Projek Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera serta jumlah elaun yang lebih baik menunjukkan yang Kerajaan Madani cakna dan jujur dalam menunjukkan penghargaan kepada anggota-anggota kita. Pada masa yang sama, pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan yang berhampiran dengan Sabah dan Sarawak akan memerlukan pembangunan sistem kawalan sempadan yang kuat dan berdaya tahan.

Saya juga ingin menyentuh mengenai usaha meningkatkan pengambilan dalam kalangan Angkatan Tentera Malaysia. Semestinya terdapat keperluan untuk menarik lebih ramai individu untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia. Di sini, saya juga ingin cadangkan strategi seperti berikut: tambahkan baik imej ATM dengan melancarkan kempen yang menunjukkan imej yang moden dan juga inklusif. Pada masa yang sama, anjurkan lebih banyak program yang melibatkan masyarakat untuk meningkatkan interaksi di antara pihak tentera dan juga orang ramai bagi memupuk kepercayaan dan juga persefahaman.

Jadi, di sini kita juga boleh mempamerkan kemodenan ATM dengan menunjukkan teknologi alat-alat dan juga cara latihan terkini yang bukan rahsia yang sedang digunakan oleh pihak ATM. Pada masa yang sama, raikan kepelbagaian dalam ATM dengan menonjolkan latar belakang yang majmuk terutamanya golongan wanita dan minoriti.

Saya juga ingin membangkitkan beberapa persoalan yang berkaitan dengan isu- isu wanita dalam badan pertahanan negara seperti, minta maaf, kepada pihak kementerian. Soalannya adalah seperti berikut: apakah inisiatif yang telah diambilkan oleh Kementerian Pertahanan untuk meningkatkan penyertaan golongan wanita dalam Angkatan Tentera?

Kemudian, bagaimanakah kementerian memastikan keselamatan dan juga kebajikan golongan wanita yang berkhidmat dalam pasukan tentera?

Ketiga, apakah langkah-langkah yang ada untuk mengatasi sebarang kemungkinan diskriminasi ataupun gangguan berasaskan jantina dalam Angkatan Tentera?

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya juga ingin menyentuh isu pelancongan di bawah bidang kuasa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Kita tahu sektor pelancongan adalah satu sektor yang amat penting untuk ekonomi Malaysia dan juga sektor ini berhadapan dengan pelbagai cabaran.

final • 6:17 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Jadi, kita juga tahu ketika negara-negara seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam sedang menyaksikan peningkatan ketibaan pelancong. Malaysia masih lagi bergelut dengan kesan dari pandemik. Jadi, dengan penutupan sempadan antarabangsa untuk

final • 6:20 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

tempoh yang agak lama. Kita tahu industri di Malaysia bergantung banyak kepada pelancongan domestik. Bagaimanapun pelancongan domestik tidak memadai untuk mengimbangi kerugian yang disebabkan oleh ketiadaan pelancong antarabangsa.

Jadi, selepas sempadan kita dibuka semula, Malaysia masih lagi gagal untuk menandingi tarikan-tarikan kalau kita bandingkan dengan Thailand, Vietnam ataupun Indonesia. Jadi, di sini saya harapkan bahawa cabaran kita dapat dihadapi iaitu kita perlu melabur dalam usaha pemasaran digital dan platform atas talian untuk mencapai pasaran global dan juga memberi akses mudah terhadap maklumat dan juga kemudahan tempahan untuk para pelancong.

Juga, selain daripada itu saya juga ingin mencadangkan beberapa lagi perkara untuk dipertimbangkan oleh pihak kementerian iaitu saya cadangkan untuk kita beralih kepada industri pelancongan yang lebih mampan dalam era pasca pandemik. Jadi, peralihan ini merangkumi langkah-langkah seperti mempromosikan amalan mesra alam, memeliharakan warisan, dan juga alam sekitar, dan sambil itu memastikan aktiviti pelancongan membawa manfaat kepada komuniti setempat.

Selain daripada perkenalkan dan juga membangunkan industri pelancongan niche seperti pelancongan filem, pelancongan muzik dan juga pelancongan sukan air khususnya kapal layar ataupun, dengan izin, yachting yang jauh lebih established, dengan izin, di Thailand. Sini saya juga ingin mengambilkan kesempatan untuk bertanya beberapa soalan kepada Menteri, dengan peruntukan sebanyak RM350 juta untuk meningkatkan promosi dan juga aktiviti pelancongan, bagaimanakah kerajaan merancangkan untuk memastikan dana ini digunakan dengan lebih efektif untuk merancakkan semula sektor pelancongan.

Jadi kesimpulannya, walaupun cabaran terus ada dengan strategi yang tepat dan usaha bersama sektor pelancongan Malaysia mampu untuk bangkit semula dengan lebih kuat dan juga lebih berdaya tahan berbanding dengan sebelum ini.

Dato’ Tuan Yang di-Pertua, industri seni kreatif memainkan peranan yang sangat penting dalam membangunkan budaya dan juga ekonomi negara. KKD telah memperuntukkan RM2.8 bilion untuk meningkatkan ekonomi digital dan juga industri kreatif. Jadi, usaha dalam Belanjawan 2024 untuk meningkatkan sektor ini sepatutnya memang dipuji. Namun masih ada juga perkara dan bidang yang perlu perhatian lanjut.

Filem-filem keluaran tempatan kini semakin maju dengan banyak filem-filem tempatan yang telah menerima pengiktirafan antarabangsa seperti Tiger Stripes, Stone Turtle, Abang Adik, Walid dan juga Maryam Dari Pagi Ke Malam. Malangnya filem-filem ini tidak mendapat perhatian yang sama dalam pasaran tempatan sendiri. Sebelum filem- filem keluaran Malaysia dapat meraih pengiktirafan antarabangsa, penting untuk setiap rakyat sendiri menyokong dan juga menghargai tayangan wayang kita.

Sokongan ini patut ditunjukkan dengan menonton filem-filem ini secara sah dan bukannya secara muat turun filem-filem secara haram. Buat masa ini pasaran filem di Malaysia didominasi oleh filem-filem Hollywood, Korea dan juga filem-filem asing. Jadi, untuk industri pawagam Malaysia berkembang di peringkat antarabangsa, mereka perlu ada sokongan kuat dalam pasaran domestik terlebih dahulu.

Buat masa kini masih terdapat beberapa kelemahan dalam segi pengedaran dan juga usaha mempromosi filem tempatan yang memerlukan perhatian segera. Walaupun kita ada skim wajib tayang dari FINAS yang dikuatkuasakan oleh pada tahun 2005 yang sepatutnya dapat memastikan bahawa filem-filem tempatan ditayangkan di pawagam untuk sekurang-kurangnya dua minggu. Skim ini ada kekurangan yang menunjukkan regresif terhadap pembangunan industri filem tempatan.

Jadi pemerhatian saya menunjukkan bahawa pawagam-pawagam tempatan biasanya memperuntukkan waktu tayangan yang tidak masuk akal bagi filem-filem tempatan seperti awal pagi ataupun lewat malam pada hari bekerja. Lebih buruk lagi setengah waktu tayangan untuk filem tempatan dijadualkan terlalu dekat dengan waktu sembahyang. Seakan-akan mereka ingin menghalang penonton dari datang untuk menyokong filem-filem ini. Contoh terdekat baru-baru ini adalah filem Walid, dan juga Pagari Bulan di mana hanya satu minggu selepas mula ditayangkan filem ini hanya ada

final • 6:20 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

satu tayangan di setiap pawagam dan tidak ada sebarang tayangan dijadualkan pada waktu malam kecuali di satu pawagam sahaja iaitu tayangan ini dijadualkan pada waktu 7.30 malam berdekatan dengan waktu sembahyang maghrib. Jadi, apakah yang sedang berlaku?

Jadi, di sini kita harus teliti semula. Kalau kita tengokkan ada negara-negara luar seperti Korea saya bagi contoh. Mereka mengehadkan tayangan filem sebagai contoh lapan dari 10 filem yang ditayangkan adalah filem tempatan. Jadi, saya faham bahawa perkara ini akan meningkatkan persaingan dalam kalangan pembuat filem tempatan dan seterusnya meningkatkan kualiti filem-filem tempatan. Jadi, tindakan ini mungkin dapat tentangan sesetengah pihak tetapi ia merupakan satu langkah yang boleh memajukan industri filem tempatan.

Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh kan beberapa perkara mengenai hak dan juga keadilan untuk anak-anak yang berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Wanita Kanak-kanak dan Pembangunan Sosial dan juga Kementerian Dalam Negeri.

Kita tahu bahawa pandemik COVID-19 telah mendedahkan kelompangan yang besar dalam sistem penjagaan dan pelindungan kanak-kanak di Malaysia. Jadi, pelindungan kanak-kanak hak mereka dan juga kebajikan mereka adalah satu topik yang penting. Di Malaysia sudah ada seruan untuk yang semakin kuat supaya sebuah Suruhanjaya Kanak-kanak yang bebas ditubuhkan untuk mengatasi pelbagai masalah dan juga isu yang berkenaan dengan kanak-kanak.

Jadi, suruhanjaya yang dicadangkan perlu diperkasakan untuk memberikan laporan secara terus kepada Parlimen menjamin juga hak dan kemajuan kanak-kanak diteliti rapi dan yang pentingnya suruhanjaya ini diberikan peruntukan yang mencukupi dan juga mempunyai kakitangan yang kompeten untuk membantu pelbagai kementerian dalam hal ehwal yang berkenaan dengan kanak-kanak. Jadi, tumpuan suruhanjaya ini juga perlulah merangkumi perkara yang penting seperti keselamatan kanak-kanak, menghapuskan kemiskinan kanak-kanak dan juga menambah baik perkhidmatan dan seterusnya.

Jadi, di sini saya juga ingin tahu lebih lanjut mengenai status Suruhanjaya Kanak- kanak. Kerajaan secara berprinsip kita tahu telah bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Kanak-kanak iaitu satu badan bebas yang dapat memantau dan juga memelihara hak kanak-kanak di Malaysia. Kita juga tahu bahawa lebih daripada 50 buah negara mempunyai sekurang-kurangnya satu badan khusus pemantauan hak asasi kanak-kanak.

Jadi, populasi kanak-kanak di Malaysia adalah 9.19 juta iaitu hampir 30 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Jadi, adakah kerajaan juga merancangkan untuk menubuhkan Suruhanjaya Kanak-kanak Malaysia dan juga adakah akta khusus akan diperkenalkan? Ia adalah untuk menjaminkan bahawa sistem tersebut mesra kanak-kanak demi kepentingan terbaik kanak-kanak kita.

Jadi Dato’ Yang di-Pertua, kanak-kanak tanpa status kewarganegaraan juga adalah salah satu masalah yang membimbangkan dan juga ia memerlukan perhatian segera kerajaan. Kanak-kanak kini dilahirkan dan juga dibesarkan di Malaysia. Jadi, kebiasaannya mendapati diri Malaysia tersekat di luar sistem undang-undang tanpa sebarang hak asasi dan juga keistimewaan yang dinikmati melalui kerakyatan. Kita tahu juga bahawa mereka mempunyai beberapa kekangan.

Jadi di sini, Menteri Dalam Negeri dan juga KDN telah melaksanakan usaha yang sepatutnya dipuji untuk memproseskan jumlah besar permohonan kerakyatan yang tertunggak. Namun ketelusan juga amat penting. Jadi, penerbitan perincian kes permohonan yang telah diproses tanpa nama pemohon boleh ditingkatkan ataupun meningkatkan kepercayaan dan pada masa yang sama mengetepikan sebarang keraguan mengenai bias dan juga layanan istimewa.

Jadi, cabaran yang sering kali dihadapi oleh kanak-kanak tanpa status kewarganegaraan datang dalam pelbagai bentuk dari syarat-syarat prosedur yang rumit hinggalah kepada beban pembuktian yang terlalu berat. Kanak-kanak tanpa status

final • 6:20 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

kewarganegaraan sering berhadapan dengan sekatan untuk mengakses hak-hak asasi seperti pendidikan dan juga kesihatan.

Jadi, keadaan mereka di luar sistem kewarganegaraan boleh juga membawa kepada tekanan psikologi dan juga pengasingan sosial. Jadi, tanpa kerakyatan kanak- kanak ini dinafikan peluang untuk pendidikan tinggi dan juga pekerjaan yang menyekat potensi sumbangan mereka terhadap masyarakat.

final • 6:20 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Jadi, usaha untuk mengatasi cabaran ini memerlukan pendekatan yang menyeluruh dan bukannya setakat menyelesaikan kes-kes tunggakan. Cadangan pindaan-pindaan perlembagaan yang berkenaan kerakyatan yang bersifat regresif yang juga membimbangkan dan kita sepatutnya berbincang dengan lebih lanjut.

Jadi Dato Yang di-Pertua, saya juga ingin mengetengahkan beberapa persoalan iaitu, apakah rancangan kerajaan untuk mengatasi naratif yang mengelirukan, yang menyebabkan label kanak-kanak tanpa status kewarganegaraan sebagai ancaman keselamatan dan juga pada masa yang sama, apakah langkah-langkah untuk memastikan ketulusan dalam proses permohonan kerakyatan dan juga apakah perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh kategori-kategori tertentu kanak-kanak tanpa status warganegara seperti mereka dilahirkan di luar perkahwinan sah ataupun anak angkat.

Jadi, saya mengakhiri perbahasan saya dengan cadangan tersebut tetapi saya juga ingin memohon kerajaan untuk melaksanakan prosedur yang telus dan juga memohonkan kerakyatan, permohonan kerakyatan, minta maaf, untuk menjamin keadilan dan juga menghapuskan sebarang kemungkinan bias. Jadi, oleh itu Dato Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin memohon kerjasama kepada semua pihak kerajaan. Pada masa yang sama saya juga ingin akhiri perbahasan saya dan menyokong usul Belanjawan 2024. Sekian, terima kasih.

final • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Dipersilakan Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 6:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih atas peluang yang diberi untuk turut mengambil bahagian membahaskan Bajet 2024. Sebelum saya teruskan perbahasan, saya juga bersama dengan rakan yang lain, turut mengutuk tindakan biadab, jahat Zionis Israel laknatullah yang membantai umat Islam setiap hari, umat Islam Palestin di Gaza setiap hari dan sepatutnya Parlimen juga mengambil kira untuk menerima apa sahaja usul yang dibawa oleh pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang untuk sentiasa membahaskan usul mengutuk tindakan biadab Israel laknatullah.

Tuan Yang di-Pertua, firman Allah SWT dalam Al-Quran [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Surah At-Talaq 2 hingga 3. “Sesiapa yang bertakwa kepada Allah dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangannya nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkan serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan ingatlah sesiapa berserah diri kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya untuk menolong dan menyelamatkannya”.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini alhamdulillah perbahasan di Parlimen agak dingin, aman, harmoni kerana hanya ada Kuala Langat seorang sahaja, seorang Langat lagi tidak hadir, mungkin dia uzur. Kita doakan supaya dia sihat, supaya kembali ke Parlimen semula.

Yang Amat Berhormat Tambun dalam pembentangan bajet yang lalu, ada menukil kisah Umar Abdul Aziz. Saya juga ingin menukil pandangan Al-Qaradawi dalam kitabnya bahawa Ibn Abdul Hakam dalam kitabnya sirah Umar Abdul Aziz meriwayatkan Yahya bin Saib, seorang petugas zakat masa itu berkata, “Saya pernah diutus Umar Abdul Aziz untuk

final • 6:31 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

memungut zakat ke Afrika. Setelah memungutnya saya bermaksud memberikannya kepada orang-orang miskin. Namun saya tidak berjumpai seorang pun. Umar bin Abdul Aziz telah menjadikan semua rakyat pada waktu itu bercukupan. Akhirnya saya memutuskan untuk membeli seorang budak ataupun hamba, lalu memerdekakannya”.

Al-Qaradawi juga menukilkan bahawa Khalifah Umar Abdul Aziz mengirim surat kepada seorang Gabenor di Iraq. Namanya Abdul Hamid bin Abdul Rahman agar membayar semua gaji dan apa sahaja yang menjadi hak kepada pegawai-pegawai di wilayahnya itu. Dalam surat balasannya, Abdul Hamid berkata, “Saya sudah membayarkan semua gaji dan hak mereka tetapi di Baitulmal masih terdapat banyak wang”. Umar memerintahkannya carilah orang yang dibebani hutang, tetapi tidak boros dan bantu untuk melunasinya. Abdul Hamid kembali menjawab, “Saya sudah membayarkan hutang mereka tetapi di Baitulmal masih banyak wang”.

Umar memerintahkan lagi kalau ada orang bujang yang tidak memiliki harta, lalu dia ingin menikah, nikahkan dia dan bayarkanlah maharnya. Abdul Hamid sekali lagi menjawab, “Saya sudah menikahkan semua yang ingin menikah tetapi daripada Baitulmal ternyata banyak juga wang”. Akhirnya Umar memberi pengarahan carilah orang yang tidak cukup wang untuk membayar jizyah iaitu cukai kepada orang bukan Islam dan kharaj iaitu cukai pertanian yang diusahakan oleh bukan Islam. Berilah pinjaman modal kepada mereka agar mampu mengolah tanahnya. Kita tidak menuntut pembeliannya kecuali setelah dua tahun atau lebih.

Sepatutnya kalau kita, dah orang bujang pun sudah ditanggung oleh kerajaan, bagi peluang pula untuk kita yang ada isteri, tambah dua tiga lagi ditanggung oleh kerajaan. Setuju Tuan Speaker? Inilah prinsip adil dan ihsan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz. Bagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz mengurus negara? Inilah yang kita nak ambil iktibar ataupun pengajaran, bagaimana Umar Abdul Aziz mengurus negara sehingga tidak ada seorang pun menjadi fakir ataupun miskin walaupun berada di Benua Afrika yang sekarang rata-rata rakyat di benua Afrika miskin dan fakir.

Pertama, melindungi dan meningkatkan taraf hidup masyarakat keseluruhan caranya meningkatkan upah kaum buruh setara dengan gaji para pegawai kerajaan atau istana. Yang kedua, menetapkan gaji kepada pegawai kerajaan sebesar 300 dinar dan dilarang melakukan kerja sampingan. 300 dinar itu gaji yang cukup besar pada waktu itu.

Jadi, kerajaan hari ini, untuk supaya rakyat diberi peluang hidup dengan mampu menanggung kos hidup yang tinggi dengan menaikkan gaji minimum dari RM1,500 kepada RM2,500. Cadanganlah, insya-Allah, kalau Kerajaan BN-PH tak boleh buat, insya- Allah kalau PN ambil alih, kita akan buat insya-Allah.

final • 6:31 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Mengusaha dan mengurus tanah pertanian, menggali telaga untuk mendapatkan air, pembangunan jalan- jalan, menyediakan penginapan kepada para musafir dan menyantuni fakir miskin.

Menurut hadis nabi [Membaca sepotong hadis] Maksudnya, “Muslim berkongsi dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api”. Ini tiga perkara asas yang kita wajib berkongsi. Atas dasar itu, kerajaan kena berfikir supaya rakyat tidak terbeban dengan bayaran bil yang tinggi untuk membayar kadar tarif air, elektrik dan sebagainya. Saya mencadangkan juga supaya kadar bayaran bil air dan elektrik di rumah-rumah kediaman, termasuk rumah ibadah orang Islam seperti masjid dan surau..

final • 6:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat...

final • 6:31 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

...dan juga rumah- rumah ibadah bukan Islam, diberi subsidi supaya rakyat tidak tertanggung dengan beban yang berat sebab...

final • 6:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Parit Buntar, nak tanya boleh?

final • 6:31 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Boleh, silakan.

final • 6:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang Berhormat. Saya teruja dengan perbahasan Yang Berhormat, yang menyarankan bagaimana kita boleh mengambil langkah-langkah untuk meringankan beban kakitangan kerajaan. Bagaimana pula dengan saranan Yang Berhormat, permintaan daripada

final • 6:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

pencetak majalah Harakah yang mengadu tidak membayar hutang dan mengadu bahawa pemimpin-pemimpin PAS suka berbelanja dengan tak tentu hala tapi hutang Harakah tidak dibayar? Apa penjelasan Yang Berhormat? Saya tanya soalan dengan elok, saya minta Yang Berhormat balas dengan elok terima kasih.

final • 6:31 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya akan jawab di luar Dewan. Tak ada kena-mengena dengan tajuk. Saya ingat Hulu Langat tak ada, aman sentosa. Eh! Jelutong ada rupanya, ya Allah.

final • 6:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 6:31 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Cukup, cukup, cukup.

final • 6:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tanya soalan dalam Dewan, Yang Berhormat.

final • 6:31 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya jawab luar Dewan.

final • 6:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya nak membela PAS.

final • 6:31 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Itu isu di luar Dewan, nak bawa dalam Dewan buat apa?

final • 6:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No, saya membela PAS.

final • 6:31 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Luar Dewan.

final • 6:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Mempertahankan PAS.

final • 6:31 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Ah! tak ada. Saya tak bagi. Duduk. Tak ada kaitan.

final • 6:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Mempertahankan pekerja- pekerja, pencetak Harakah.

final • 6:31 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tuan Yang di- Pertua saya tak bagi, dah. Rupanya ada lagi tukang kacau. Bagi peluang, tanyalah elok- elok yang ada kaitan dengan tajuk, Jelutong. Tak reti nak bertanya jangan bertanya.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut portal rasmi Jabatan Pertanian, seluas 103,563 hektar tanah terbiar yang melibatkan 46,382 lot di Semenanjung Malaysia termasuk di Wilayah Persekutuan Labuan dan tanah terbiar yang dikenal pasti adalah seperti berikut.

Tak perlu saya bacakan satu-satu di Johor pun ada, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan jumlahnya 103,563 hektar dengan bilangan lot 46,382. Dalam usaha untuk membasmi atau menoktahkan kemiskinan, yang sekarang ini difahamkan oleh Timbalan Menteri Ekonomi sebanyak 110,663 isi rumah miskin tegar direkodkan sehingga 30 September berbanding 130,000 lebih yang dicatatkan pada Februari 2023.

Persoalan saya, apakah usaha-usaha kerajaan bagi memajukan dan mengusahakan 103,000 lebih hektar tanah yang terbiar tersebut supaya bermanfaat kepada golongan miskin tegar?

Yang kedua. Yang kedua apa ini, tindakan Umar Abdul Aziz dalam mengurus negara. Mengutamakan pembangunan dalam negeri dibanding dengan perluasan wilayah. Dalam satu kaedah fiqh namanya al-aulawiyyat. Memberi keutamaan pembangunan dalam negeri berbanding meluaskan wilayah.

Persoalannya, menukar kereta sedia ada yang digunakan oleh Menteri-menteri sekarang ini kepada kereta baharu EV, adakah satu keutamaan di ketika rakyat dijerut dengan kos sara hidup yang tinggi? Apa manfaat yang rakyat dapat apabila kerajaan tukar kereta baru yang belum sampai pun lima tahun digunakan?

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Bayar hutang dahulu...

[Tidak jelas]

final • 6:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Jangan sibuklah Jelutong. Tidakkah ini membazir? Sedangkan pembaziran adalah saudara syaitan.

[Berucap dalam bahasa Arab] “Sesungguhnya perbuatan membazir adalah saudara- saudara syaitan”.

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Bayar hutang-hutang dahulu.

final • 6:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Begitu juga kerajaan memberi rebat RM2,400 kepada rakyat yang pendapatannya RM120,000 setahun makna sebulan RM10,000. Tak apalah kalau hendak bagi pada rakyat yang kaya untuk mereka membeli motosikal EV.

Bagaimana dengan rakyat yang mampu beli kereta biasa menggunakan petrol?

Harga motor pun mahal? Harga minyak masih lagi tidak turun, kos sara hidup tinggi, beras tempatan tidak ada, kalau ada di pasaran pun mahal, beras import pula mahal. Ini sudah tentu menjadi beban kepada rakyat.

Sepatutnya kerajaan turun memberi subsidi minyak ataupun mengurangkan cukai kenderaan biasa kerana majoriti rakyat hanya mampu membeli kereta menggunakan petrol ataupun diesel, berbanding dengan rakyat yang berpendapatannya RM120,000 setahun. Jelutong bolehlah beli, orang lain mana boleh beli.

Tuan Yang di-Pertua, antaranya lagi melarang para gabenor dan juga pembesar negara. Gabenor ini Menteri Besar dan juga Menteri-menteri menggunakan wang umat sebagai modal usaha peribadinya.

Yang seterusnya, ini menarik. Memutuskan bahawa negara sepatutnya menanggung hutang seseorang jika memang orang tersebut benar-benar terbukti tidak mampu membayar hutang, selama hutangnya bukan untuk membuat maksiat dan juga pemborosan seperti membantu orang bujang yang tidak punya wang untuk pihak kerajaan membayar maharnya kalau ingin bernikah. Itu contoh.

Yang kedua, nak menghapuskan fakir miskin mungkin agak payah, mengurangkan mungkin boleh tetapi sebagaimana yang pernah saya sebut dalam janji manifesto PH yang akan menghapuskan hutang PTPTN dan berikan biasiswa kepada golongan B40, inilah peluang terbaik untuk kerajaan menghapuskan hutang PTPTN dan juga memberi biasiswa kepada golongan B40 supaya mereka tidak terbeban dengan bermacam-macam pinjaman.

Ingat, fuqora walmasakin bukan sahaja mereka yang ada pendapatan tetapi tak cukup atau mereka yang tak ada pendapatan dan juga tak ada harta tetapi pelajar-pelajar yang baru keluar universiti yang tak mampu nak bayar hutang pun dalam kategori wajib dibantu dan untuk meringankan beban mereka. Apa salah kiranya untuk dihapuskan sahaja PTPTN secara bersasar.

Yang kedua seterusnya, memerintahkan penghematan.

[Disampuk] Umar Abdul Aziz pernah menyatakan, “Jika suratku ini tiba di tanganmu, maka pertajam pena dan perkecil tulisan. Gabungkan keperluan yang banyak hanya dalam satu lembar sahaja kerana kaum Muslimin tidak memerlukan kata yang panjang yang merugikan Baitulmal.” Itu contoh penghematan dalam membelanjakan duit rakyat di Baitulmal.

Jadi hari ini, sebagai mana yang saya maklumkan tadi, tidakkah membazir?

Kereta masih elok lagi digunakan oleh Menteri-menteri, tiba-tiba ditukar kereta yang baru menggunakan kenderaan elektrik sebagai kenderaan rasmi. Itu tidak memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Akhir sekali, menurut Al-Qaradawi juga, kejayaan ekonomi Islam di era Umar Abdul Aziz tercipta bukan kerana sistem ekonomi sahaja yang Islamik melainkan kerana Khalifah menegakkan syariah dengan tegas dan menyeluruh dalam pemerintahannya.

Ekonomi Islam hanya akan mungkin berhasil jika diterapkan dalam masyarakat Islam secara menyeluruh yakni khafjah, baik dalam bidang ekonomi mahupun bidang-bidang lainnya seperti politik, sosial, pendidikan, budaya dan lain-lain.

final • 6:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Allah berfirman dalam Al-Quran [Membaca sepotong ayat Al-Quran] ayat 21, “Orang-orang yang jika Kami beri kedudukan di muka bumi, mereka melaksanakan solat, menunaikan zakat dan menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan kepada Allah lah kembali segala urusan.” Hari ini Allah bagi kuasa pemerintahan kepada Kerajaan PH-BN, maka antara tanggungjawab ialah melaksanakan solat, menunaikan zakat dalam erti kata melaksanakan apa yang Allah perintahkan, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah kemungkaran.

Sebagai mana yang saya pernah sebut hari itu kerana apa sahaja perkara yang baik yang kita laksanakan, kalau kita masih dibebani dengan kegiatan-kegiatan yang tidak makruf, kegiatan yang mungkar, menyebabkan rahmat dan berkat Allah SWT tidak akan sampai kepada kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh sedikit sahaja isu tempatan. Boleh ya?

Sebab hari ini kita aman, damai, tak ada masalah.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya dah bagi dua minit. Satu minit dan berhenti.

final • 6:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Okey, sedikit lagi.

Isu Parit Buntar. Saya hendak ulang balik, sehingga sekarang Parit Buntar masih belum ada IPTA atau cawangannya ditubuhkan di Parlimen Parit Buntar.

Parit Buntar juga tidak mempunyai sekolah berasrama penuh, walaupun satu.

Parit Buntar adalah pintu keluar masuk tiga negeri, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Parit Buntar bersempadan dengan Pulau Pinang dan Kedah, namun Parit Buntar agak ketinggalan dalam aspek pembangunan fizikal.

Parit Buntar tidak dimajukan dalam sektor pelancongan, sedangkan tempatnya menarik. Ada ban pecah yang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai dari luar Parit Buntar setiap hujung minggu. Parit Buntar terkenal dengan ikan sembilang, bulan Ramadan sepanjang malam selepas tarawih, gerai-gerai menyajikan pelbagai makanan laut.

Hanya musim Ramadan sahaja juadah-juadah tradisional yang sangat popular dari Parit Buntar seperti wadai kipeng, kalakatar, balungan hayam, wadai banjar kalakatar, gegantas, dadar gulung, nasi gaul dan macam-macam, ratusan lagi pelbagai juadah yang macam tadi Yang Berhormat Sabak pun sebut makanan kuih muih orang Jawa. Ini orang Banjar.

Sebab itu, Parit Buntar juga perlu dimajukan dalam sektor pelancongan dan mintalah Menteri Pelancongan fikir-fikir dan tengok, tinjau-tinjau apa peluang pelancongan sebab kalau sektor ini dimajukan membantu rakyat untuk menambah pendapatan.

Masalah pesawah, sebagaimana yang saya sebutkan, masih lagi tidak dibela oleh Menteri yang berwajib sebab pesawah mengalami kerugian akibat tanah jerlus. Saya dah tanya hari itu soalan tambahan tetapi sampai sekarang kata hendak jawab bertulis, sampai sekarang saya tak terima lagi jawapan bertulis berkaitan dengan isu yang saya bangkitkan.

Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih. Saya biasa menasihati Yang Berhormat-Yang Berhormat dalam Dewan, 20 minit itu kalau hentam 20 minit isu luar, last, last sekali isu kawasan sendiri tertinggal ya. Jadi, plan, plan lah ya.

Baik, saya sekarang ini akan memanggil pembahas yang terakhir iaitu Yang Berhormat Keningau, ketua parti, 20 minit.

final • 6:40 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi saya peluang untuk berucap membahas Belanjawan 2024.

Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2024 yang terbesar iaitu RM393.8 bilion atau RM5.8 bilion lagi tinggi berbanding dengan bajet tahun 2023 termasuk RM90.1 bilion bajet untuk pembangunan.

Dato’ Speaker, saya ingin berfokus kepada beberapa perkara termasuk isu agihan peruntukan pembangunan yang berat sebelah. Sepertimana yang kita tahu, bajet RM90.1 bilion, sebahagian besarnya atau 86.24 peratus diagihkan kepada Malaya, manakala Sabah hanya mendapatkan RM6.6 bilion dan Sarawak RM5.8 bilion berjumlah kurang lebih 13.76 peratus. Maknanya, 86.24 peratus masih lagi di Semenanjung. Ini menunjukkan bahawa dasar dan amalan kerajaan yang ada sekarang ini terhadap Sabah dan Sarawak masih sama sahaja dengan kerajaan-kerajaan yang lalu. Tiada perubahan.

Bolehkah asas agihan ini diubah dengan lebih adil lagi? Kenapa bukan 50 peratus untuk Semenanjung, 25 untuk Sarawak, 25 peratus untuk Sabah? Malaysia ada tiga wilayah besar. Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Tapi janganlah lihat wilayah Sabah, Sarawak hanya sebagai satu unit negeri berbanding sebelas di Semenanjung. Dengan izin, we have residencies, divisions and districts much larger than states in Semenanjung.

Sabah dan Sarawak masih mundur daripada pelbagai aspek seperti aduan dan keluhan rakyat Sabah dan Sarawak yang disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong atau dicatit oleh tuanku Permaisuri sendiri semasa lawatan Kembara Borneo baru-baru ini.

Aduan dan keluhan tersebut dikumpulkan dalam buku yang begitu tebal, tiga empat inci dan diserahkan oleh tuanku kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Ini pun melalui jalan raya yang diturap sebahagian besar sebelum lawatan tuanku dan Permaisuri. Jika laluan adalah melalui sebahagian jalan gravel, mungkin aduan dan keluhan akan mencapai hingga lima naskhah buku. Setebal tiga empat inci setiap buku.

Pengagihan peruntukan pembangunan RM12.4 bilion atau hanya 13.76 peratus menunjukkan layanan Kerajaan Madani sama seperti kerajaan-kerajaan yang lalu, meminggirkan Sabah dan Sarawak dan ini tidak akan membantu untuk mengurangkan jurang pembangunan di antara Borneo dan Semenanjung. Rakyat Malaysia di Sabah minta agar asas agihan ini diubah supaya lebih adil dan bermakna kepada Sabah dan Sarawak yang mundur masih miskin tetapi mempunyai potensi yang besar.

Tuan Speaker, Perdana Menteri Kesepuluh telah memberi jaminan supaya melaksanakan MA63 dengan penuh tetapi sehingga hari ini, 40 peratus hasil bersih belum lagi dikembalikan kepada Sabah. Pengembalian hasil bersih 40 peratus dari segala hasil yang dikutip oleh Persekutuan dari Sabah termaktub dalam perlembagaan dan perlembagaan harus dihormati kerana setiap wakil rakyat, setiap Menteri telah bersumpah untuk mempertahankan Perlembagaan.

Hasil 40 peratus ini bukan berjumlah ratusan, bukan RM26.7 juta, bukan RM125 juta dan bukan RM300 juta tetapi berbilion. Izinkan saya untuk memberi contoh. Tahun lalu, PETRONAS mengaut keuntungan dari Sabah RM30 bilion. Cukai kutipan dari Sabah RM6.5 bilion, kastam RM2.6 bilion. Ada lagi dua bilion merupakan lima peratus yang kerajaan terima daripada minyak daripada Sabah. Ini belum lagi termasuk hasil-hasil daripada agensi-agensi yang lain seperti JPJ dan syarikat-syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur tetapi menjalankan perniagaan di Sabah.

Hasil 40 peratus ini sebenarnya tidak kurang dari RM16.8 billion setahun.

Berasaskan kepada yang saya kira tadi. RM41 bilion. Ini hanya separuh. Jadi, peruntukan RM300 juta untuk Sabah dan Sarawak masing-masing dalam Belanjawan 2024 ini memang mengecewakan warga Sabah dan Sarawak. Ini ꟷ is the least that we can say.

Walau bagaimanapun, pembayaran RM300 juta Belanjawan 2024 ini bolehlah diterima sebagai bayaran interim tetapi masalah dan tuntutan 40 peratus ini haruslah diselesaikan secepat mungkin kerana Sabah telah menunggu begitu lama, 60 tahun untuk selesaikan hasil ini.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Hasil 40 peratus adalah duit Sabah, bukan duit Persekutuan ataupun daripada negeri-negeri yang lain. Maka, rakyat Sabah ingin tahu, apa sebab Kerajaan Pusat tidak menghormati perlembagaan dan Perjanjian Malaysia selama ini. Kegagalan Kuala Lumpur untuk mengembalikan hasil 40 peratus hanya menambahkan kemarahan dan keazaman rakyat Sabah untuk lari dari Malaysia. Dulu 60 peratus nak berpisah tetapi mengikut mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Haris Salleh, dia kata mungkin 80 peratus sekarang, sekiranya ada pungutan suara.

Seperti yang kita maklum, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pakatan Harapan dan juga Sabah Law Society telah mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan mengenai hasil 40 peratus ini. Juga kes mahkamah oleh NGO (SABAR) Sabah Action Body Advocating Rights mengenai pengisytiharan Akta Pelantar Benua 1966 yang mengehadkan sempadan Sabah dan Sarawak kepada tiga batu nautika.

Kedua-dua kes ini dan tindakan aktivis-aktivis hanya membuktikan tahap kekecewaan atau frustration warga Sabah sehingga perlu mengambil tindakan mahkamah seperti ini. Kita perlu menerima hakikat bahawa rakyat Sabah tidak akan menerima lagi sekiranya hasil bersih 40 peratus ini dilengah-lengahkan lagi dan tidak dibayar.

Maka satu cadangan untuk memudahkan proses pembayaran balik hak kewangan 40 peratus ini dicadangkan dengan izin, collect at source. Mungkin setiap tiga bulankah begitu, ataupun create any mechanism for the collection based on 40 percent formula as per Perlembagaan Malaysia.

Dato’ Speaker, kerajaan telah memperuntukkan dana am RM100 juta untuk membantu kaum India dan RM30 juta daripada RM330 juta untuk TEKUN bagi usahawan kecil dikhaskan untuk komuniti India. Sabah, Sarawak dan Kelantan adalah tiga negeri yang termiskin di Malaysia dengan lapan daerah termiskin di Sabah, satu di Sarawak dan satu di Kelantan. Kenapa tidak memberikan bantuan untuk membasmikan kemiskinan di tiga-tiga negeri ini?

Tan Sri Speaker ꟷ Dato Sri Speaker, terima kasih. Mudah-mudahan Kerajaan Madani menyumbang peruntukan untuk perkhidmatan penerbangan pedalaman Sabah dan Sarawak sebanyak RM209 juta dan RM96 juta untuk perkhidmatan shuttle bas di kawasan pedalaman.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 6:50 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Tetapi Keningau ingin tahu, bagaimanakah ini akan dilaksanakan? Agensi manakah yang akan menguruskan pelaksanaannya? Saya ingin menambah di sini bahawa kerajaan harus juga memperuntukkan perbelanjaan untuk menaik taraf dan menyelenggarakan fasiliti-fasiliti lapangan terbang pedalaman seperti Long Pasia, Pensiangan di Sabah sambil membiayai penyelenggaraan dan penaiktarafan jalan gravel ke lokasi-lokasi di pedalaman seperti Long Pasia, Kuamut dan lain-lain.

Misalnya Lapangan Terbang Long Pasia perlu diselenggarakan dan jalan raya yang menghubungi Long Pasia adalah jalan gravel lebih kurang 80 kilometer, mengambil tujuh atau lapan jam untuk sampai ke kawasan itu. Lapangan terbang tersebut harus diselenggarakan dan dinaik taraf. Jalan raya harus juga diasfaltkan sebab pada masa yang kini jika hujan, memang tidak boleh dilalui dan jika kemarau, terlalu berhabuk.

Telah diumumkan bahawa RM1.83 bilion, RM1.63 bilion diperuntukkan untuk membina dan menaik taraf jalan luar bandar di Kelantan, Perlis, Negeri Sembilan. Kenapa tiada peruntukan untuk jalan luar bandar di Sabah, di mana kebanyakannya adalah jalan gravel dan dianggarkan Sabah memerlukan RM3 bilion untuk menaik taraf jalan-jalan luar bandar gravel ke asfalt di Sabah.

Dalam Belanjawan 2024, dinyatakan kerajaan akan membantu Kerajaan Sabah dengan subsidi untuk Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) hingga 2030. Walaupun kuasa kawal selia industri elektrik akan disara balik hanya pada Januari 2024. Saya difahamkan subsidi RM2 bilion diperuntukkan sebagai subsidi untuk tujuh tahun sehingga 2030.

Jumlah tersebut nampaknya tidak mencukupi dan tidak adil sebab saya difahamkan

final • 7:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

subsidi yang diberikan pada masa kini adalah RM600 hingga RM700 juta setahun. Jadi, subsidi untuk tujuh tahun haruslah berjumlah RM4.2 sehingga RM4.9 bilion dan bukan setakat RM2 bilion sahaja.

Tambah pula, subsidi SESB tidak harus dihentikan pada tahun 2030 sebab kerajaan membayar pampasan kos recovery kepada Tenaga Nasional Berhad atau TNB melalui mekanisme ICPT dan subsidi kepada SESB melalui mekanisme ICPT wajarlah diteruskan selepas 2030.

final • 7:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Keningau, minta pencelahan sikit.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Ya.

final • 7:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Yang Berhormat Keningau, kawan baik saya. Duduk sebelah juga. Berbicara mengenai penarikan subsidi untuk tarif elektrik bagi T10. Saya melihat perkara ini bisa menggalakkan tapping atau kecurian tenaga elektrik kalau tidak ada penguat kuasa yang kita empower untuk mereka melakukan kerja enforcement dengan lebih agresif. Sebab sekarang ini kilang-kilang yang membayar tarif yang besar dan juga golongan-golongan tertentu, kita bukan menuduh tetapi ia mungkin berlaku. Jadi, haruskah kita memperkasakan enforcement kita untuk memastikan tidak ada kecurian tenaga elektrik di masa hadapan? Terima kasih.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Ya, saya setuju dengan cadangan, saranan daripada kawan saya di sebelah dan saya akan masukkan ini dalam ucapan saya.

Bekalan beras Sabah adalah yang terendah di Sabah – di Malaysia iaitu 22.8 peratus dan bakinya diimport berjumlah 320,000 metrik tan setahun. Maka, mengenai RM400 juta yang diperuntukkan untuk keterjaminan makanan, sebahagian besar haruslah juga untuk Sabah supaya membantu meningkatkan tahap SSL beras ke tahap baharu iaitu 60 peratus memandangkan tahap SSL beras Sabah adalah terendah.

Adalah hairan kenapa RM3 bilion diperuntukkan untuk projek perintis pilot untuk meningkatkan hasil padi di Perak, Perlis dan Kedah tetapi tiada apa-apa jumlah untuk Sabah. Jadi, saya memohon kerajaan meneliti peruntukan RM3 bilion ini dan mengagihkan sebahagian setimpal dengan keperluan di Sabah.

Dato’ Speaker, dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, Sabah tidak diberi peruntukan baharu untuk perancangan tebatan banjir melainkan RM2.5 juta hanya untuk satu kajian sungai di Kudat. Atas rayuan Sabah, Kerajaan Keluarga Malaysia pada waktu itu, YB Bera telah meluluskan RM914 juta sebagai projek off-budget untuk tebatan banjir di Sabah tetapi ini telah ditangguhkan oleh Kerajaan Madani selepas PRU 15.

Memandangkan RM11.5 bilion diperuntukkan dalam Belanjawan 2024, saya berharap peruntukan yang mencukupi termasuk pengambilan kelulusan projek pengambilan projek off budget yang diluluskan dahulu juga akan diluluskan sekarang.

Dato’ Speaker, satu rancangan tebatan banjir yang amat diperlukan untuk menyelesaikan isu banjir di Kota Kinabalu ialah pembinaan Likas Barrage di muara Sungai Likas yang merupakan penyelesaian keseluruhan bagi Sungai Likas, Sungai Inanam dan Sungai Darau dan bertemu di muara Sungai Likas. Anggaran kos pembinaan ini adalah RM1 bilion dan Likas Barrage ini boleh berfungsi sebagai baraj-baraj yang lain di Singapore dan di London.

Dato’ Speaker, kos sara hidup dan harga barang semakin naik setiap masa dan membebankan rakyat. Sebahagian penyebabnya adalah barangan import yang naik harga dan sebahagian disebabkan oleh kemerosotan kadar pertukaran wang ringgit yang mana sekarang mencecah RM4.75 berbanding USD1. Tidak dinafikan ada justifikasi untuk mengapungkan harga ayam dan telur dengan penghentian subsidi. Ditambah pula, kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari enam peratus sehingga lapan peratus yang akan mengakibatkan pengguna membayar lebih disebabkan oleh kenaikan kadar cukai.

Ditambah lagi dengan rasionalisasi subsidi diesel pada 2024 kepada subsidi bersasar. Walaupun tindakan ini mungkin perlu dibuat jangka panjang, ianya akan mengakibatkan kenaikan harga diesel secara mendadak didorong oleh kenaikan harga

final • 7:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

minyak dunia akibat konflik dan peperangan di kawasan-kawasan tertentu. Jadi, ketiga- tiga langkah tersebut, harga ayam dan telur, cukai perkhidmatan dan harga diesel akan mengakibatkan kenaikan kadar inflasi dan harga barangan dan akan membebankan rakyat. Mungkin langkah-langkah tersebut tidak tepat dengan masanya.

Jadi, oleh yang demikian, saya meminta mencadangkan kerajaan mengkaji semula langkah-langkah tersebut dan menangguh pelaksanaannya sehingga satu tarikh yang lebih sesuai. Dato’ Speaker, ada beberapa lagi yang saya ingin sampaikan tetapi tidak apa. Saya ingin sampaikan dua rangkap pantun.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

*Banyak kali bajet dibentang, Masih lagi tidak adil dan seimbang, Harap kali ini lebih matang, Malangnya bajet masih kimpang.

[Tepuk] Bajet sudah dibentang, Sabah berharap boleh diubah, Bukan menolak bukan membangkang, Pulangkan 40 peratus sebagai penambah.* Sekian, terima kasih. Keningau menyokong.

[Tepuk]

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Keningau.

final • 7:10 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Terima kasih Puan Yang di- Pertua.

“Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), tanpa menghiraukan usul terdahulu, saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan sekarang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 24 Oktober 2023.” Terima kasih.

final • 7:11 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Saya mohon menyokong.

final • 7:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

final • 7:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah dimaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri masih berada di luar negara untuk urusan rasmi. Sehubungan dengan itu, bagi sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) esok, tiga soalan akan dijawab oleh Menteri-menteri yang berkenaan seperti yang tertera dalam kertas Aturan Urusan Mesyuarat esok yang telah diedarkan dalam Dewan.

final • 7:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 24 Oktober 2023.

final • 7:11 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.12 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026