Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Jimmy Puah Wee Tse (Tebrau).
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
1. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengurangkan kes-kes dera kanak-kanak yang semakin meningkat di Malaysia dan apakah bantuan yang akan diberi kepada kanak-kanak yang didera selepas ditemui?
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Puan Yang di-Pertua, terdapat pelbagai faktor yang mendorong berlakunya penderaan. Antaranya ialah penyalahgunaan dadah, pengaruh alkohol, masalah hubungan dalam keluarga, kesihatan mental atau emosi dan lain-lain lagi.
Secara amnya, kes penderaan kanak-kanak boleh terjadi ketika kanak-kanak berada dalam jagaan ahli keluarga sendiri dan juga ketika kanak-kanak berada dalam jagaan orang lain, seperti pengasuh sama ada di rumah, pusat jagaan mahupun taska.
Sebagai langkah untuk mengurangkan risiko penderaan kanak-kanak ketika dalam penjagaan orang lain, terutamanya di taska, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menggariskan beberapa penambahbaikan untuk melaksanakan, antaranya perkara- perkara seperti berikut:
(i) kita memperkemaskan pasukan penguatkuasaan kita dan di bawah inisiatif ini penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak- kanak baru saya umumkan sebelum itu. Kita akan menyusun semula penempatan pegawai di setiap daerah dengan menempatkan pegawai yang akan memberi fokus untuk melaksanakan tugas pemantauan dan tindakan penguatkuasaan, khususnya untuk pusat jagaan kanak-kanak dan taska sahaja. Ini akan dimulakan di 43 daerah yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko dan kita akan laksanakannya pada tahun ini juga;
(ii) kita memperketatkan peraturan dan garis panduan pemasangan CCTV di taska. Ketiga, kita juga. Selain daripada itu juga, kita juga, pengusaha perlu memastikan tiada titik buta ataupun dengan izin, blind spot dalam liputan CCTV kecuali tempat- tempat privacy seperti bilik air dan tempat persalinan pakaian;
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
(iii) memperketatkan proses saringan untuk pengambilan pengasuh di taska dan juga pusat jagaan. JKM akan berbincang bersama dengan Kementerian Dalam Negeri dan juga PDRM untuk meneroka cadangan mewajibkan saringan tapisan keselamatan terhadap calon-calon yang ingin bekerja sebagai pengasuh.
Seterusnya, kita juga akan melihat calon pengasuh ini sama ada bersama-sama pengusaha taska akan dikehendaki menjalani ujian psikometrik.
Sementara itu, usaha untuk mengurangkan risiko penderaan kanak-kanak ketika dalam penjagaan keluarga memerlukan pendekatan yang berbeza. Ini kerana KPWKM dan JKM mempunyai kawalan langsung terhadap pusat jagaan dan taska melalui peruntukan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Manakala penderaan di dalam komuniti ataupun keluarga sendiri meliputi pelbagai faktor yang lebih luas, melangkaui bidang kuasa dan kemampuan KPWKM dan JKM semata-mata.
Namun antara usaha yang telah dirancang untuk dilaksanakan adalah Program Kesedaran Terhadap Hukuman ke atas Pendera Kanak-kanak, Program Memperkasakan Kanak-kanak dan juga Memperkasakan Komuniti. Seterusnya dalam hal ini pendekatan KPWKM telah melindungi dan membantu kanak-kanak mangsa penderaan adalah dengan mengutamakan pemeliharaan.
Jadi ianya berasaskan keluarga. Bagi kami, pembesaran di institusi adalah pilihan terakhir. Sebenarnya panjang lagi jawapan saya Yang Berhormat. Mungkin saya akan bagi jawapan yang lebih lengkap bertulis kerana ianya mengambil masa yang telah diberikan kepada kita. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tebrau. Jerlun duduk dahulu.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
[Ketawa]
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Belum sampai lagi sekejap. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Dua bulan lepas kita telah dikejut dengan kes seorang budak umur tujuh tahun, yang didera oleh ibu kandung sendiri di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang yang terletak di bawah Parlimen Tebrau. Saya rasa kita semua ini ibu bapa cukup bimbang dan takut apa sudah jadi kepada negara kita ni. Ada ibu bapa yang sanggup buat sedemikian. Dan ini bukan satu kes isolation, saya rasa ada banyak kes sebegini yang tengah berlaku.
Maka, soalan tambahan saya kepada Menteri ialah adakah kerajaan ada cadangan untuk mengkaji semula undang-undang yang sedia ada ataupun hukuman yang sedia ada, agar menjadi satu pencegah untuk kenaikan kes dera ini. Dan juga apakah usaha kerajaan untuk guna ataupun berhubung dengan komuniti tempatan, khususnya NGO untuk kita menaikkan lagi kesedaran ini supaya kes ini boleh dikurangkan. Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Sebenarnya dalam hal ini pendekatan kita dalam KPWKM dalam melindungi dan membantu kanak-kanak mangsa penderaan adalah dengan mengutamakan pemeliharaan berasaskan keluarga. Jadi bagi kami pembesaran di institusi adalah pilihan terakhir.
Namun sehubungan dengan itu, keutamaan penempatan pertama adalah bersama ibu bapa kandung dan sekiranya ibu bapa adalah pendera, kita akan mencari keluarga luas ataupun extended families, dengan izin. Jadi, kerana itulah JKM telah menambah baik kriteria pemilihan penjaga atau Orang Yang Layak dan Sesuai yang kita sebut OYLS bagi mengurangkan risiko kanak-kanak mangsa tersebut.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Tadi Yang Berhormat bertanya mengenai komuniti, kita memang menggalakkan penglibatan komuniti untuk terlibat malah kami baru sahaja beberapa bulan yang lalu telah melancarkan satu direktori untuk komuniti kita yang setempat itu. Untuk mereka diperkasakan dan mereka akan tahu di mana untuk berhubung apabila berlakunya
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
sesuatu perkara seperti ini, terutama sekali penderaan kepada kanak-kanak, malah masyarakat yang terlibat dalam komuniti mereka.
Jadi komuniti ini akan membantu juga dan advokasi akan sentiasa kita teruskan.
Malah untuk kanak-kanak juga, kita adakan advokasi di sekolah. Kita dah mula dua sekolah, satu di Sabah dan satu baru sahaja ini di Kuala Lumpur dan insya-Allah akan berterusan di setiap sekolah. Ini melibatkan kanak-kanak sendiri.
Jadi, kita beritahu dia macam mana, bagaimana nombor yang nak di, nak dipanggil ataupun nak WhatsApp, kita ada nombornya- 15999 dengan izin, iaitu untuk nombor yang boleh dipanggil dan...
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Kita galakkan kanak-kanak. Kita kerjasama dengan Kementerian Pendidikan especially, dengan izin. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jerlun.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tuan Yang di-Pertua, Akta Kanak-kanak 2001 digubal bertujuan untuk mencegah kejadian penderaan kepada kanak-kanak.
Namun begitu kejadian penderaan kanak-kanak ini semakin menjadi-jadi, semakin bertambah dari sehari ke sehari dan sehingga membawa kepada kematian dan pihak yang mendera ada yang dihukum dan juga terlepas daripada hukuman...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan...
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Baik, kalau ikut dari segi seksyen 28 Akta Kanak-kanak ini, ahli keluarga dikenakan hukuman RM5,000 kalau tidak melaporkan kejadian penderaan. Orang awam dikenakan caj, dengan kadar yang sama. Baik, soalan saya, peruntukan itu memberi kuasa kepada keluarga dan orang awam untuk melaporkan.
Kalau tak lapor, dikenakan hukuman denda. Baik, saya tanya, berapakah ahli keluarga dan orang awam yang dikenakan hukuman atas kesalahan tidak melaporkan penderaan kanak-kanak kepada polis dan juga JKM?
Kedua, berapakah kes penderaan kanak-kanak yang berjaya diselamatkan daripada penderaan selepas dilaporkan, sama ada oleh ahli keluarga ataupun orang awam? Dan berkait dengan penguatkuasaan yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan suatu polisi penguatkuasaan seperti audit berjadual, audit berkala, kepada pegawai-pegawai penguat kuasa untuk turun ke lapangan, sama ada kanak-kanak itu ditempatkan di pusat asuhan kanak-kanak ataupun di taska.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup, cukup.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Adakah pengasuh-pengasuh di pusat asuhan kanak-kanak ini ataupun di taska...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jerlun duduk, sudah.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Di taska, diwajibkan menghadiri kursus parenting skill kepada anak-anak yang dijaga itu? Sekian.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih, Yang Berhormat. Panjang soalan Yang Berhormat, banyak. Yang mana kalau saya tidak sentuh, nanti saya bagi bertulis ya...
[Ketawa] Pertama sekali, dari segi pengasuh itu memang ada kursus. Kita beri kursus kemahiran asas, KAP kursus untuk dia. Selepas itu oleh kerana statistik yang diminta diajukan adalah spesifik, maka saya akan beri secara bertulis.
Dan tadi bertanya mengenai hukuman itu, sebenarnya kita ada tiga undang- undang. Satu, Akta Kanak-kanak yang tadi sebut fasal RM5 ribu tadi itu. Eh, RM50,000 sebenarnya. Lepas itu kedua ialah, kita ada Sexual Offences Against Children Act yang boleh juga digunakan.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Yang ketiga ialah Penal Code yang boleh digunakan juga. Namun begitu, kita menyerahkan kepada mahkamah, sama ada dikenakan hukuman atau tidak.
Oleh kerana kadang-kadang mungkin kes banyak, ada yang melibatkan ibu bapa yang apa nama mungkin dalam pada kes yang kita baca, tertinggal anak dalam kereta.
Mungkin dia terlupa kah apa, tidak tahu kita macam mana kes itu akan dipertimbangkan, tetapi kes yang masih berada dalam mahkamah ini, memang sudah banyak. Memang betul Yang Berhormat kata tadi. Maka sebab itu dari segi pelindung kita dan juga masyarakat, sebab itu masyarakat kita beri nombor-nombor yang boleh dicontact, dihubungi apabila berlaku yang mereka tahulah.
Sebab kita tahu selama ini memang ramai juga jiran yang memaklumkan kepada pihak yang berwajib. Dan bagi kita apabila kita dimaklumkan kepada kita, pelindung kita mempunyai authority ataupun kuasa, dengan izin, untuk pergi mengambil anak itu daripada rumah itu kalau didapati memang tidak sesuai lagi ditinggalkan di situ, sementara kes polis menyiasat dan lepas itu, sementara itu polis akan memberi kita maklum balas.
Kita akan melakukan tindakan yang bergantung kepada kuasa kita. Ada juga kita diperlukan membawa pergi ke mahkamah lagi untuk mendapatkan kuasa dari mahkamah, perintah daripada mahkamah untuk membenarkan kita sama ada kita boleh membawa anak itu kepada institusi kita.
Dan pelbagai lagi sebenarnya sokongan-sokongan dan juga cara-cara untuk kita.
Namun, saya hendak nyatakan di sini lebih banyak kes yang berlaku ini adalah dalam keluarga sendiri, daripada di taska. Kalau taska, mudah untuk kita mengambil tindakan undang-undang tetapi kalau dalam keluarga sendiri, kalau sudah ada tindakan undang- undang, itu terserah juga kepada mahkamah ya. Jadi, spesifik statistik akan saya bagi, insya-Allah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, saya jemput Tuan Haji Kamal bin Ashaari, Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya baca ini, saya juga pertamanya mengalu-alukan daripada rombongan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Kuantan...
[Tepuk] dan juga bersama kita ialah pemenang-pemenang pingat bagi Sukan Asia, Hangzhou baru-baru ini...
[Tepuk]
2. Tuan Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Pendidikan menyatakan, langkah kementerian dalam menangani isu peratusan murid menengah atas yang menyertai aliran STEM dari tahun 2017 hingga 2022 yang mencatatkan penurunan 45.2 peratus kepada 40.94 peratus termasuk peranan Jawatankuasa STEM yang ditubuhkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan Menteri.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha untuk membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menyertai aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Sehingga Ogos 2023, data KPM menunjukkan bahawa peratusan enrollment murid STEM telah menunjukkan peningkatan, daripada 40.95 peratus pada tahun 2021 kepada 45.73 peratus pada tahun 2023.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah melaksanakan pelbagai langkah proaktif. Antaranya termasuk dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang memberikan penekanan kepada meningkatkan minat murid melalui pendekatan pembelajaran yang baru dan pemantapan kurikulum. Meningkatkan kemahiran dan kebolehan guru bidang STEM serta meningkatkan kesedaran ibu bapa, orang awam terhadap STEM dan meningkatkan kesedaran mereka.
Usaha meningkatkan kompetensi guru dalam pemantapan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah juga merupakan antara langkah yang dilaksanakan bagi meningkatkan minat murid, seterusnya mendorong mereka memilih aliran STEM di peringkat pengajian yang lebih tinggi.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Untuk makluman Yang Berhormat, KPM sentiasa memberi perhatian kepada kesediaan infrastruktur bagi menyokong pendidikan STEM, seperti yang diumumkan.
Dalam Belanjawan 2024 misalnya sejumlah RM100 juta disediakan untuk pemerkasaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik khusus untuk tujuan menyelenggara dan menaik taraf makmal komputer serta perolehan peralatan baru.
Selain itu, peruntukan lain sebanyak RM254 juta telah diluluskan untuk pembekalan peralatan pelajaran reka bentuk sekolah rendah dan tujuan bagi ubah suai naik taraf bilik reka bentuk teknologi sekolah rendah dalam Rolling Plan Ketiga dan semua peruntukan ini menunjukkan keseriusan kerajaan untuk menyokong pendidikan STEM.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, sinergi antara kementerian juga diperkukuhkan termasuk dengan Kementerian Sains, Teknologi, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia bagi memperkukuhkan ekosistem pendidikan STEM. Yang Berhormat, KPM juga bekerjasama dengan Yayasan PETRONAS untuk melaksanakan Program Duta Guru bagi memperkasakan 4,500 orang guru STEM dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi melalui pendidikan STEM.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Program ini dijangka dalam konteksnya adalah program jangka panjang bersama industri, bagi mengukuhkan keupayaan guru STEM di sekolah dan program ini berhasrat untuk melahirkan generasi penyelesai masalah kalis masa hadapan. Yang Berhormat, saya juga ingin menekankan bahawa kita juga terlibat dalam penandaarasan antarabangsa seperti Programme for International Student Assessment (PISA) dengan izin, Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS), dengan izin dan Southeast Asia Primary Learning Metrics. Penyertaan dalam kajian penandaarasan antarabangsa amat penting untuk membantu menilai sejauh mana sistem pendidikan di Malaysia berbanding dengan sistem pendidikan negara berpencapaian tinggi. Selain itu, penyertaan ini adalah selari dengan hasrat Malaysia MADANI khususnya nilai kemapanan, kesejahteraan dan daya cipta.
Yang terakhir, Yang Berhormat bertanya tentang berkaitan dengan peranan Jawatankuasa STEM yang ditubuhkan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Jawatankuasa Pendidikan STEM yang terdiri daripada Jawatankuasa Pemandu Pendidikan STEM dan Jawatankuasa Teknikal Pendidikan STEM bagi menyelaras sebarang usaha pengukuhan pendidikan STEM melalui pemerkasaan kerjasama strategik merentasi kementerian, bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah.
Jawatankuasa ini merupakan suatu platform bagi membincangkan isu-isu kritikal pendidikan STEM yang memerlukan keputusan dan penyelesaian yang segera bagi memastikan matlamat pendidikan STEM tercapai. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Yang di-Pertua, soalan melalui jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, adakah kementerian juga bersedia ya untuk meneroka satu inisiatif negara-negara luar dalam memupuk pendidikan STEM ini, melalui kerangka kurikulum STEM baharu yang inovatif, sekali gus menarik minat pelajar kepada bidang tersebut?
Misalnya ya, di Jepun, mereka melaksanakan pembaharuan menyeluruh sistem pendidikan melalui program sekolah GIGA untuk meningkatkan literasi digital dan kreativiti pelajar-pelajar. Manakala Kanada pula mengambil pendekatan untuk menyampaikan program pendidikan ini dengan menyasarkan individu yang kurang mendapat perhatian seperti kanak-kanak kurang berkemampuan, belia luar bandar untuk mendapat pendedahan kerjaya STEM seperti pengekodan, robotik, kejuruteraan sains dan alam sekitar. Terima kasih Yang di-Pertua.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, pemantapan kurikulum STEM ini sentiasa kita laksanakan dari semasa ke semasa. Sebab itu Yang Berhormat, dalam belanjawan yang baru ini juga ditekankan
Puan Fadhlina binti Sidek
tentang satu program penting, besar dan signifikan untuk pendidikan negara iaitu Jelajah Pendidikan Masa Depan.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
[Bangun]
Puan Fadhlina binti Sidek
Jadi, saya harap keterlibatan dan libat urus yang melibatkan seluruh komuniti akan dapat membantu kita memacu STEM ini dengan lebih baik. Saya bersetuju Yang Berhormat...
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
[Tidak jelas]
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
[Bangun]
Puan Fadhlina binti Sidek
...Pandangan Yang Berhormat tentang melihat kepada inisiatif negara lain juga. Sebab itu Yang Berhormat, kita cukup komited dengan memastikan bahawa penandaarasan kita di peringkat antarabangsa juga harus kita siapkan dari segi persiapan-persiapannya dengan tiga konteks tadi, TIMSS, PISA dan juga SEA-PLM ini bagi memastikan dari segi pencapaian dan kebolehan anak-anak kita ini dapat diiktiraf di peringkat antarabangsa. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Okey, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Pengalaman dalam pendidikan, di mana kalau kita lihat di awal tahun 80- an, 70-an di mana kerahan kepada anak-anak luar bandar yang terpaksa masuk ke aliran sains walaupun keputusan di peringkat pada waktu itu, PMR ataupun SRP tidak begitu baik. Tapi oleh kerana kerajaan meletakkan dasar sains ke depan, maka dia ada program dia.
Jadi, apa yang saya cadangkan di sini ataupun dapatan Sri Gading bahawa kebanyakan pelajar-pelajar yang tak nak masuk ke aliran sains ini ataupun STEM ini, dia takut dengan matematik tambahan, takut dengan fizik ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Subjek-subjek sains. Jadi, apakah langkah awal kepada pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 3, langkah awal kepada sekolah rendah, supaya pelajar-pelajar luar bandar berminat? Itu yang pertama.
Yang kedua, apakah langkah kaunseling di peringkat sekolah untuk membawa ataupun mengetengahkan tentang kerjaya-kerjaya yang boleh mereka dapat, hasil daripada keputusan yang baik dalam STEM ini? Terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat di atas keprihatinan Yang Berhormat dan observasi Yang Berhormat terhadap para pelajar berkaitan dengan STEM. Yang Berhormat, izinkan saya menegaskan semula Yang Berhormat, bahawa dalam pendidikan STEM ini apa yang kita lakukan, pertamanya adalah dalam konteks pemantapan kurikulum ini adalah murid digalakkan melaksanakan pembelajaran berasaskan inquiry, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran berasaskan masalah dalam konteks dunia sebenar.
Kemudian guru juga kita mantapkan dari segi dengan menyarankan untuk menggunakan pelbagai pendekatan pembelajaran berpusatkan murid, memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi, di samping mengoptimumkan penggunaan teknologi. Sebab itu Yang Berhormat, kita juga telah memperkenalkan semula ujian amali sains pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia mulai tahun 2021, untuk memastikan mereka ini merasai sebenar bagaimana proses dan juga pembelajaran yang berasaskan projek dan juga amali sains ini dan juga dengan concern, dengan izin, Yang Berhormat tentang matematik tambahan dan sebagainya itu, kita akan mantapkan lagi Yang Berhormat dari segi pedagogi dan juga pembelajaran, kompetensi guru.
Semasa jelajah ini nanti, saya mohon untuk semua melibatkan diri dan memberikan pandangan-pandangan tersebut. Di mana ruang yang kita boleh mantapkan lagi STEM ini? Yang Berhormat membawa pandangan tentang matematik tambahan.
Jadi, pandangan-pandangan ini Yang Berhormat, perlu dimasukkan dalam siri jelajah dan
Puan Fadhlina binti Sidek
jerayawara pendidikan masa depan ini supaya kami dapat input untuk persiapan kurikulum 2027. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih. Saya jemput...
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Boleh soalan satu lagi? Tambahan.
Pasir Salak.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk. Saya jemput Tuan Khoo Poay Tiong, Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Selamat pagi Timbalan Speaker.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Senyum sikitlah Timbalan Speaker.
[Ketawa] Takutlah bila Speaker...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Timbalan Speaker, pencapaian kontinjen negara ke Sukan Asia sungguh membanggakan [Tepuk] dan pada hari ini, Dewan Rakyat yang mulia ini, dikunjungi tidak lain tidak bukan adalah atlet, jurulatih dan juga pegawai daripada kontinjen negara ke Sukan Asia.
[Tepuk] Kita mengalu-alukan kehadiran mereka.
[Tepuk]
3. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan pencapaian atlet Malaysia dalam Sukan Asia 2023 di Hangzhou baru-baru ini dan apakah perancangan kementerian untuk persediaan atlet dan pembangunan sukan bagi sukan peringkat antarabangsa yang akan datang.
Menteri Belia dan Sukan - Puan Yeoh Tseow Suan
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Pada Sukan Asia Hangzhou baru-baru ini, kontinjen Malaysia yang terdiri daripada 288 orang atlet telah berjaya meraih sebanyak enam pingat emas, lapan pingat perak dan 18 pingat gangsa menjadikan jumlah keseluruhan 32 pingat dan telah mencapai sasaran yang diberikan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Olimpik Malaysia.
Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Chef de Mission, Dato' Chong, Deputy Chef de Mission, Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara dan Majlis Olimpik Malaysia atas usaha dan titik peluh anda dalam menjadikan Sukan Asia kali ini satu kejayaan untuk Malaysia. 13 jenis sukan penyumbang pingat menunjukkan kemajuan yang baik berbanding Sukan Asia 2018 di Jakarta–Palembang, Indonesia dan Sukan Asia 2014, Incheon, Korea Selatan.
Kita tetap mencapai lebih daripada sasaran pingat walaupun dua jenis sukan iaitu tenpin boling dan silat tidak dipertandingkan dalam Sukan Asia Hangzhou kali ini. Ini kerana dua jenis sukan tenpin boling dan silat pernah menyumbang sebanyak 12 pingat di Sukan Asia 2018.
Bagi perancangan selanjutnya, Majlis Sukan Negara akan mengadakan Bengkel Kajian Semula Prestasi Sukan Asia bersama pemegang taruh berkaitan dalam masa terdekat dan akan melibatkan expert daripada Nippon Sport Science University pada 8 November ini. Untuk Sukan SEA Cambodia juga, bengkel post-mortem yang sama telah diadakan untuk menambah baik program sedia ada.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, atlet negara telah mempamerkan prestasi yang luar biasa pada kali ini dalam acara masing-masing dan kejayaan ini yang telah diatur telah membuahkan hasil. Saya juga bagi pihak Kementerian Belia dan Sukan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana baru-baru ini minggu lepas mengumumkan peruntukan sebanyak 72 juta dalam Bajet 2024 dan ini merupakan satu peningkatan 31 peratus, berbanding 55 juta pada tahun yang lepas.
Saya percaya dengan dorongan Kabinet dan peruntukan yang akan diluluskan oleh Dewan Rakyat ini, atlet-atlet kita akan mendapat sokongan yang padu untuk menghadapi pertandingan yang akan datang.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya, terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Menteri. Menteri, kita harus berikan kredit ya kepada atlet negara atas usaha mereka mengorbankan masa, tenaga dan juga usia muda mereka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Juga harus kita ingin berterima kasih kepada jurulatih, pegawai dan juga anggota keluarga atlet. Jadi soalan saya ialah dalam 264 atlet, berapakah atlet yang kali pertama mewakili Malaysia ataupun pergi ke Sukan Asia ini dan antara mereka ini berapa ramai yang telah dapat pingat?
Selain daripada itu, adakah kementerian sudah buat kajian ataupun analisis, apakah faktor utama ke atas kejayaan pencapaian kontinjen Malaysia pada kali ini? Dan juga ada orang tertanya-tanya kenapa hanya hantar atlet pada kedudukan lapan teratas pergi bertanding. Itu sahaja, terima kasih.
Puan Yeoh Tseow Suan
Ini dah melebihi satu soalan tambahan Tuan Yang di- Pertua tapi saya cuba ya. Untuk statistik berapa atlet kali pertama, 39 orang berbanding daripada jumlah 288 orang ya, membuat penampilan kali pertama. Untuk faktor kemenangan, saya tak ada senarai nama atlet yang lengkap tetapi ada beberapa atlet yang telah menunjukkan prestasi luar biasa dan cemerlang. Antaranya kejayaan atlet negara Sivasangari, memenangi dua pingat emas dalam acara berpasukan wanita dan perseorangan wanita dan ini menunjukkan kekosongan yang telah ditinggalkan oleh Datuk Nicol Ann David sudah terisi. Ng Eain Yow juga telah lawan habis-habisan untuk memenangi pingat emas acara perseorangan lelaki.
Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil telah mencipta sejarah memenangi pingat emas pertama bagi sukan ekuestrian negara dan beliau hadir di sini [Tepuk] . Nur Shazrin Mohamad Latif acara pelayaran pingat emas dan melayakkan diri secara merit ke temasya Sukan Olimpik Paris pada tahun ini. Kejayaan Mohd Arif Afifuddin Malik telah menamatkan penantian sukan karate memenangi pingat emas mengetepikan lawan beliau dari Kazakhstan dalam cara bawah 84 kilo lelaki.
Shereen Samson Vallabouy memenangi pingat gangsa sukan olahraga acara 400 meter dan ini mengakhiri penantian 45 tahun atlet negara menang pingat di Sukan Asia Bangkok 1978. Muhammad Azeem bin Mohd Fahmi menang pingat gangsa dan ini juga kali terakhir atlet negara memenangi pingat adalah melalui Datuk Rabuan Pit di Sukan Asia Delhi 1982.
Kemenangan pingat gangsa kuartet 4x100 meter wanita mengakhiri penantian 57 tahun pasukan olahraga dan Muhammad Sharul Aimy mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi pingat gangsa dalam acara melombol di Sukan Asia Hangzhou. Pasukan pecut wanita berbasikal juga hadir mereka kali pertama mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali memenangi pingat gangsa dalam acara pecut berpasukan di temasya sukan Asia.
Untuk merumuskan faktor kemenangan ini, saya lihat beberapa faktor. Satu adalah pendedahan pertandingan dan pendedahan latihan yang telah diperuntukkan oleh Majlis Sukan Negara melibatkan perbelanjaan RM9.4 juta, 119 pendedahan pertandingan luar negara dan 41 pendedahan latihan telah diberikan kepada atlet.
Geran Padanan Sukan juga memainkan peranan apabila kita lihat khasnya untuk pertandingan karate, bila mereka ada tournament seperti ini yang dianjurkan di Malaysia telah membantu mereka memperbaiki prestasi mereka di Sukan Asia.
Tetapi akhir sekali faktor kemenangan ini, saya beri kepada atlet mereka kerana saya lihat atlet sendiri dengan kemampuan masing-masing dan saya percaya pemenang pingat ini yang telah saya bacakan nama-nama mereka, mereka menjadi pemenang pingat kerana mereka menang dalam minda mereka dulu sebelum mereka masuk gelanggang. Itu adalah faktor kemenangan dan berkait rapat juga dengan usaha-usaha persatuan sukan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih YB Menteri. Pertama sekali tahniah kepada semua atlet Malaysia yang terlibat dalam Sukan Asia...
[Tepuk] terutamanya orang lama Mohd Qabil Ambak, orang lama Mohd Qabil Ambak.
Okey, persoalan saya ialah dua hari yang lepas pasukan Harimau Malaya tewas kepada pasukan Tajikistan dalam perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka. Apa pun tahniah kepada skuad Kim Pan Gon, kalah sekali biasalah, kalah sekali biasa dan apa yang kita perlu buat ialah kita perlu ada konsistensi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Okey, soalan saya berkaitan dengan rumput Zeon Zoysia, twist sikit soalan ya. Berkaitan rumput Zeon Zoysia, kenapa begitu cepat Perbadanan Stadium menggunakan stadium sedangkan rumput tersebut baharu sahaja ditanam. Kerana ini sebenarnya mengganggu pace pasukan negara yang ketika ini bermain dengan pace yang agak laju dan semestinya semua stadium di Malaysia perlu atau wajib menggunakan rumput Zeon Zoysia seperti saranan daripada TMJ. Terima kasih.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Ya jawapan bertulis.
Puan Yeoh Tseow Suan
Soalan ini tidak berkaitan dengan prestasi Sukan Asia Hangzhou tetapi saya meminta Yang Berhormat baca kenyataan-kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Perbadanan Stadium Malaysia dan FAM sendiri juga mengenai soalan tersebut telah dijawab dalam media sosial dan melalui kenyataan media. Terima kasih.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Boleh tambah Yang Berhormat? Yang Berhormat boleh tambah, tadi tidak berkaitan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Lim Lip Eng, Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih. Soalan saya nombor satu.
1. Tuan Lim Lip Eng [Kepong] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan sebab-sebab Kerajaan tidak memansuhkan keperluan permit import (AP), mengecualikan segala cukai termasuk duti eksais dan import terhadap semua jenis kenderaan elektrik (EV) termasuk kenderaan komersial dan motosikal untuk menangani pencemaran udara. Nyatakan bilangan EV yang telah berdaftar di Malaysia setakat bulan September tahun 2023.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Kepong dan juga Yang di- Pertua. Tujuan utama lesen import ataupun Approved Permit (AP) dikenakan ke atas kenderaan bermotor yang diimport termasuklah kenderaan elektrik adalah untuk memantau dan menyokong perkembangan industri automatif tempatan supaya selaras dengan hala tuju Dasar Automatif Nasional (NAP 2020) untuk menjadikan Malaysia sebagai hab automatif serantau bagi pengeluaran cekap tenaga ataupun energy efficient vehicle (EEV).
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Secara umumnya dasar mengenakan AP ke atas kenderaan CBU import masih relevan dan perlu dikekalkan berdasarkan kepada justifikasi-justifikasi tambahan seperti berikut.
AP merupakan satu mekanisme pengumpulan data dan maklumat bagi tujuan pengawalseliaan dan penambahbaikan ke atas dasar dan garis panduan semasa berkaitan pembangunan sektor automatif di Malaysia. Kenderaan CBU baharu atau terpakai boleh diimport melalui mekanisme AP sedia ada tetapi hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan oleh MITI seperti syarat ekuiti bumiputera, modal berbayar minimum dan lain-lain.
Pemansuhan AP boleh mendorong kepada pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna kenderaan di jalan raya dan mekanisme AP adalah bertujuan untuk membangunkan industri automatif secara inklusif yang merangkumi agenda meningkatkan penglibatan usahawan bumiputera dalam rantaian bekalan industri automatif.
Sepertimana yang telah diumumkan dalam Bajet 2023, pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais yang disediakan oleh kerajaan adalah terpakai untuk semua jenis EV termasuk kenderaan komersial elektrik dan juga motosikal elektrik.
Bagi EV yang diimport dalam bentuk CBU, insentif ini adalah terpakai sehingga tahun 2025. Manakala bagi EV yang dipasang secara tempatan adalah sehingga tahun 2027. Selain itu, pengecualian sepenuhnya cukai jualan turut diberikan kepada EV yang dipasang secara tempatan sehingga tahun 2027.
Selaras dengan hasrat untuk mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersih, Carbon Net Zero seawal tahun 2050, salah satu misi di bawah New Industrial Master Plan 2030 iaitu Push for Net Zero telah menggariskan EV sebagai pemacu pertumbuhan utama ekonomi hijau. Bilangan EV yang telah berdaftar di Malaysia sejak tahun 2011 sehingga September 2023 secara khususnya jenis battery electric vehicle untuk kesemua jenis kenderaan termasuk komersial dan motosikal telah mencecah 12,000 unit.
Bilangan EV berdaftar telah mencecah 3,400 unit pada tahun 2022 dan 7,500 unit pada 2023. Ini sehingga September. Berbanding purata 300 unit pada tahun-tahun sebelumnya. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih Menteri dan Timbalan Speaker.
Industri EV ini penuh dengan birokrasi dan red tape untuk membawa kenderaan EV kena approval MITI. Untuk berjalan di jalan raya kena approval daripada MOT. Charging station melibatkan approval daripada Kementerian Kerajaan Tempatan dan kerajaan negeri masing-masing. Kemungkinan juga bateri EV melibatkan Kementerian Alam Sekitar.
Jadi saya minta Menteri mencadangkan di Kabinet untuk mewujudkan satu agensi tunggal di bawah Jabatan Perdana Menteri segala polisi, peraturan diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Kubang pasu pun nak juga.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Semua kementerian-kementerian wajib mematuhi, no-questions-asked. Saya minta pandangan Menteri. Terima kasih.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Memang isu ni pernah dibangkitkan sebelum ini. Ini berdasarkan nombor pengecasan yang ada di Malaysia. Memang sasaran kita memang agresif 10,000 pengecasan EV pada sehingga tahun 2025. Dan memang kemudahan awam ini memerlukan tahap komitmen di semua peringkat kementerian, semua peringkat agensi dan juga pemain industri That means semua pemegang taruh memang terlibat di dalam proses ekosistem EV ini.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Kita di MITI ada memainkan peranan sebagai peneraju dan juga penyelaras. Ada dua peringkat, satu ialah di pasukan Pasukan Petugas EV Kebangsaan ataupun National EV Task Force. Yang keduanya di peringkat Kabinet pun ada sebenarnya yang diwakili oleh Menteri-menteri yang berkenaan. Satunya yang dipanggil Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan. Dan baru-baru ini, contohnya kita telah melihat bagaimana proses ini telah ditambah baik apabila Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan atau KPKT.
KPKT atas usahanya seperti diumumkan oleh Menteri KPKT pada 12 Oktober lepas, isu-isu tempoh pemprosesan dan keselamatan telah diselesaikan dan EV di peringkat PBT yang dulunya 33 hari, sekarang dah jadi tujuh hingga 14 hari untuk membantu pengecasan EV. Tetapi Yang Berhormat Kepong, kita perlu menyelaraskan dengan kementerian-kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan kerana dari segi undang-undang dan garis panduan masih lagi terletak di sana. Tetapi Alhamdulillah, dengan Kabinet ataupun Jemaah Menteri telah memastikan, memantau dengan penglibatan Menteri-menteri yang berkenaan dalam mesyuarat National EV Steering Committee. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri MITI, kemajuan teknologi bagi kenderaan elektrik menggunakan bateri bergerak begitu pantas. Dua, tiga tahun yang akan datang, jarak perjalanan kenderaan EV akan lebih jauh. Bateri akan menjadi lebih kecil, sekarang ni begitu besar. Motor lebih berkuasa, more powerful. Soalan saya Yang Berhormat Menteri, sila nyatakan apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan dalam mempersiapkan tenaga kerja yang mahir dan mampu menguasai teknologi berhubung dengan EV ini? Terima kasih.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Jumlah, bilangan VEV yang saya sebut hari tadi, ada hampir 12,000 tetapi dalam masa yang sama, bilangan VEV jenis penumpang yang telah berdaftar mulai tahun 2011 hinggalah September ini sebanyak 1,045 unit. Dan oleh itu, memang diperlukan sekurang-kurangnya 1,131 unit pengecas EV. Dan oleh itu, secara kasarnya jumlah pengecasan EV yang sedia ada iaitu sebanyak 1,246 unit, mencukupi untuk menyokong permintaan sedia ada.
Tetapi yang dibangkitkan tadi adalah penting kerana walaupun dengan intervensi kerajaan untuk merancakkan penggunaan EV, banyak lagi rantaian bekalan untuk EV yang masih lagi kita boleh terokai terutamanya apabila kita lihat bahawa industri E&E amat terlibat dalam ekosistem EV. Dan kadar pengecas EV adalah salah satu contohnya, tetapi juga dari segi semikonduktor, cip dan sebagainya dan memang banyak di kawasan Pulau Pinang dan juga Kulim Hi-Tech Park.
Dan oleh itu, faktor-faktor yang telah dibangkitkan mengenai bakat pun adalah satu isu yang kita perlu atasi dari segi keperluan untuk memastikan ada bakat ataupun supply of talent Tuan Yang di-Pertua. Dan faktor-faktor utama yang mengakibatkan pembangunan pengecasan EV ini mula-mula agak perlahan adalah kerana tempoh pemprosesan mengikut prosedur sedia ada yang memakan masa.
Tetapi Insya-Allah Yang Berhormat Kubang Pasu, dengan terlibatnya agensi- agensi yang berkaitan dan kementerian berkaitan, dan juga yang paling penting industri dan pemain-pemain yang berkaitan, kita akan mempercepatkan lagi industri EV. Ini kerana industri EV ini bukan sahaja melibatkan industri automotif tetapi seluruh ekosistem E&E yang memang Malaysia agak terkedepanlah buat pada masa ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Kapten Azahari bin Hasan, Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Terima kasih Puan Yang di- Pertua, soalan saya soalan nombor 2.
2. Kapten Azahari bin Hasan [Padang Rengas] minta Menteri Kerja Raya menyatakan:
(a) mempercepat proses agihan peruntukan kerja-kerja penyelenggaraan (baik pulih jalan raya/garisan jalan semakin pudar dan jalan berlubang) dengan kadar segera supaya dapat dijalankan segera dalam masa yang terdekat; dan
(b) inisiatif atau alternatif penambahbaikan menambah bilangan lorong atau membina laluan ringan juga boleh membantu dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas highway PLUS Utara - Selatan pada setiap kali hujung minggu dan terutamanya pada musim perayaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila Menteri.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanya, Padang Rengas. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Padang Rengas, melalui semakan kementerian ini terdapat tiga laluan Persekutuan di Parlimen Padang Rengas iaitu di FT 001 Jalan Ipoh-Butterworth di seksyen 640.2 ke 661, FT 076 Jalan Kuala Kangsar –Gerik di seksyen ataupun di 24.43 dan FT 3147 Jalan Perindustrian Kuala Kangsar di seksyen 1.6 iaitu merangkumi panjang jalan sepanjang 43.93 kilometer yang di senggara oleh syarikat konsesi penyelenggaraan Jalan Persekutuan.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2021 hingga 2022, kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM1.89 juta dan RM3 juta di bawah Program Penyelenggaraan Rutin Berkala Pavemen dan Berkala Bukan Pavemen yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi melalui arahan kerja di laluan-laluan yang dimaklumkan di atas. Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut melibatkan dua bilangan kerja berkala pavemen dan empat bilangan kerja berkala bukan pavemen. Bagi tahun 2023 Yang Berhormat, kementerian ini telah meluluskan kerja-kerja penyelenggaraan jalan di Parlimen Padang Rengas melalui Program Penyelenggaraan Rutin Berkala Pavemen dan Berkala Bukan Pavemen dengan kos sebanyak RM627,000 dan keseluruhan kerja-kerja ini telah siap sepenuhnya dan telah selesai pembayaran.
Dan bagi cadangan supaya kementerian ini mempercepatkan proses agihan peruntukan kerja-kerja penyelenggaraan, kementerian ini sentiasa komited untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dengan segera berdasarkan proses kerja dan mengikut peraturan tatacara kewangan atau Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
Dan bagi lokasi aduan iaitu keadaan jalan yang berlubang seperti mana yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat, beberapa tindakan segera telah diambil oleh konsesi Jalan Persekutuan sebagai langkah penyelesaian jangka masa pendek menangani masalah jalan berlubang dengan melaksanakan penampalan jalan berlubang ataupun pothole patching. Di bawah kerja-kerja penyelenggaraan rutin, kuantiti kerja tampalan lubang bagi tempoh Januari hingga Ogos 2023 yang telah dilaksanakan di laluan tersebut adalah sebanyak 27 bilangan. Selain itu, bagi cadangan Ahli Yang Berhormat untuk membaik pulih jalan raya atau garisan jalan semakin pudar di laluan Persekutuan di kawasan Parlimen Padang Rengas, kementerian ini telah mengenal pasti kerosakan di laluan lokasi yang dinyatakan dan merancang sebanyak 10 bilangan kerja berkala pavemen yang bernilai RM6.54 juta dan tiga bilangan kerja berkala bukan pavemen iaitu mengecat semula garisan jalan yang bernilai RM1.42 juta.
Namun begitu, kelulusan kerja ini masih tertakluk kepada nilai kelulusan peruntukan dari Kementerian Kewangan serta senarai keutamaan yang telah disediakan oleh Jabatan Kerja Raya berdasarkan penilaian tahap kritikal kerosakan jalan bagi keseluruhan jaringan jalan persekutuan di bawah seliaan kementerian ini. Dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Raya sentiasa komitedlah dalam memastikan jalan sentiasa dalam keadaan yang selamat dan selesa dengan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan rutin sepanjang tahun.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sentiasa memantau keadaan jalan ataupun lebuh raya di negara ini serta inisiatif-inisiatif berikut telah dilaksanakan untuk mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan iaitu menggalakkan pengguna untuk mendapatkan maklumat keadaan trafik semasa melalui laman sesawang atau media sosial pihak LLM atau melalui aplikasi telefon pintar sebelum memulakan perjalanan bagi membolehkan pengguna mendapatkan maklumat dari masa ke semasa.
Dan juga bekerjasama dengan pelbagai saluran radio dan televisyen utama bagi tujuan penyaluran maklumat keadaan trafik semasa untuk kemudahan perancangan perjalanan para pengguna dan banyak lagi inisiatif-inisiatif— Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Boleh bagi jawapan bertulis.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Mungkin saya boleh bagi kepada Yang Berhormat secara bertulis sebab ini panjang dan satu lagi saya tak nak tinggal. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan ini memberikan tumpuan untuk menyiapkan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE), West Coast Expressway daripada Banting ke Taiping yang akan menjadi laluan alternatif kepada Lebuhraya Utara-Selatan untuk pengguna menuju ke utara.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Pada masa ini, laluan WCE yang telah beroperasi di Selangor adalah dari persimpangan Bandar Bukit Raja (Selatan) sehingga ke persimpangan Bukit Raja (Utara) di Kapar. Manakala jajaran di Perak adalah dari persimpangan Hutan Melintang sehingga persimpangan Teluk Intan dan persimpangan Lekir sehingga persimpangan Beruas.
Di samping itu, kerja naik taraf jalan persekutuan di Tanjung Karang ke Sabak Bernam dan Teluk Intan ke Lekir juga telah disiapkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya. Baki jajaran WCE yang masih dalam pembinaan oleh syarikat konsesi dijangka siap dan dibuka secara berperingkat pada awal tahun 2024 dan keseluruhannya pada tahun 2025 nanti.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kos pembinaan projek Lebuhraya WCE ini adalah berjumlah 5.044 bilion. Ini sedikit sebanyak membantu kita mengurangkan kesesakan di jalan Lebuhraya Utara Selatan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan. Selain masalah baik pulih jalan raya, garisan putih dan jalan berlubang, lampu jalan juga kerap tidak berfungsi di jalan-jalan persekutuan dalam Parlimen Padang Rengas. Adakah pihak kementerian bercadang menggunakan lampu solar untuk mengatasi masalah lampu jalan ini?
Berapakah aduan yang telah berjaya diselesaikan melalui aplikasi MyJalan berhubung aduan kerosakan jalan sehingga kini serta jaminan kerajaan untuk memastikan tindakan diambil dalam tempoh 24 jam setelah menerima aduan jalan berlubang di jalan persekutuan berdasarkan pengumuman Belanjawan 2024? Terima kasih.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Yang di-Pertua, ada dua soalan. Tapi, jawapannya kalau saya diizinkan, boleh saya jawab satu sebab agak panjang sikit dan yang satu itu saya akan hantar secara bertulis ya. Okey. Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cuba ringkaskan jawapan. Cuba ringkaskan jawapan.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ya, tapi tak adil kepada Yang Berhormat bertanya nantilah.
[Ketawa] Yang Berhormat ya, bagi berkenaan dengan isu lampu jalan solar ini yang dicadangkan, jadi bagi aduan berhubung lampu jalan yang kerap tidak berfungsi di jalan persekutuan dalam— Okey, Parlimen Padang Rengas ya khususnya,
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
kementerian ini telah mengenal pasti kerosakan dengan anggaran kos penambahbaikan sebanyak RM830,000.
Kementerian ini mengambil perhatian dan tindakan untuk melaksanakan kerja- kerja penyelenggaraan lampu jalan di kawasan Parlimen Padang Rengas pada tahun 2024. Namun begitu, kelulusan kerja ini adalah masih tertakluk kepada nilai peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan serta senarai keutamaan yang telah disediakan oleh Jabatan Kerja Raya. Sebab itu Yang Berhormat, saya merayulah supaya Yang Berhormat ini apa, sokonglah bajet ini nanti kerana tanpa kita dapat meluluskan bajet ini, sudah semestinya kita...
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
[Ketawa]
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tak adakan dana untuk kita melaksanakan projek-projek yang akan bakal kita apa, laksanakan di kawasan Padang Rengas. Jadi, berkenaan dengan lampu LED ini untuk makluman Yang Berhormat, KKR melalui Jabatan Kerja Raya Malaysia telah melaksanakan inisiatif hijau bagi jalan-jalan persekutuan melalui penggunaan lampu cekap tenaga ataupun LED ya, sejak tahun 2018.
Penggunaan tenaga solar bagi lampu jalan LED sebagai projek perintis telah dilaksanakan untuk projek jambatan di jalan persekutuan.
Jadi kesimpulan, kementerian ini sentiasa mengalu-alukan dan menyokong inisiatif pemasangan lampu jalan solar LED ya, berdasarkan kelebihan tersenarai di atas.
Jadi walau bagaimanapun, teknologi lampu jalan solar LED yang berada di pasaran kini sedang menuju ke arah kematangan produk yang didorong oleh penglibatan pemain industri dan agensi kerajaan yang mengambil kira keperluan reka bentuk teknikal dan penyelenggaraan.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2024, pihak kementerian juga telah membuat perancangan dan permohonan peruntukan kepada Kementerian Kewangan bagi membuat pemasangan baharu lampu jalan jenis solar ya. Jadi, pemasangan lampu jalan solar di Padang Rengas boleh dipertimbangkan sekiranya lokasi berkaitan menepati kriteria ditetapkan. Namun, pelaksanaan inisiatif ini adalah sekali lagi tertakluk kepada kelulusan peruntukan daripada pihak Kementerian Kewangan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ipoh Barat. Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Ya. Terima kasih Yang di- Pertua. Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa kerja-kerja penyelenggaraan dan juga untuk menutup lubang-lubang ini bukan sahaja di Padang Rengas, di seluruh negeri Perak. Di kawasan saya lagi teruk dan aduan-aduan telah dibuat. Jadi, apa yang dibuat oleh concessionaire? Concessionaire dia mengambil masa. Bila dia ambil masa, rakyat jumpa dengan kita, taruk sama kita. Kata kenapalah ini kerajaan unity yang membuatnya.
Sebenarnya bukan sedemikian. Kerajaan dulu yang buat perjanjian tersebut. Macam di Perak itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan, soalan.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
...Puncak Emas Sdn Bhd.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Jadi, dengan Puncak Emas Sdn Bhd dan juga dengan PJD Link dan sebagainya. Jadi soalan saya, untuk mengatasi masalah-masalah ini, bolehkah concessionaire agreement itu di-declassify supaya bukan di-sweep under the carpet di mana kita tak tahu apa dia punya terma-terma. Ada kerajaan rela? Kalau tidak, kenapa?
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Soalannya, bolehkah itu declassify ya. Itu buat masa kini kita belum dipertimbangkan untuk declassify-kan apa, dokumen-dokumen yang tersebut. Satu jawapannya. Jadi untuk menangani masalah, memang kita akui masalah lubang-lubang jalan ini di seluruh negara. Sebab itu pernah beberapa kali saya menyatakan berapa ribu lubang jalan kita kenal pasti dan berapa ribu juga telah kita
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
berjayalah untuk membuat kerja-kerja perbaiki, penampalan jalan. Saya ada data-data, tapi nanti saya akan bagi secara bertulislah ya, sebab masa kita terhad sangat.
Tapi Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat ya, kita dah ada program yang kita kata apps ya, aplikasi kempen yang telah kita lancarkan oleh Yang Amat Berhormat sendiri, Perdana Menteri, pada 24 Ogos ini. Kempen MyJalan di mana dengan apa, keseluruhannya kempen MyJalan ini adalah khusus untuk membantu KKR dan JKR mengenal pasti dan memudahkan kepada pengguna, rakyat sana mengajukan aduan kepada pihak kami supaya kami dapat lebih bergerak ataupun dengan bertindak dengan segera. Ini panjang, sebab itulah yang saya nak kata saya akan bagi secara bertulis kepada YB Padang Rengas.
Jadi, mungkin saya akan secara bertulis lagi menjelaskan apa sebenarnya objektif kempen MyJalan ini. Saya berharaplah Yang Berhormat sendiri akan menyokong kempen ini sebab ini akan memberi penambahbaikan kepada kita mengenai masalah maklumat jalan. Sekian, terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Declassify-lah. Declassify the agreement.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Hassan bin Abdul Karim, Pasir Gudang.
3. Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan bilakah projek menaik taraf Pengairan Muda (MADA) yang dijanjikan peruntukan RM3 bilion oleh Perdana Menteri di Parlimen untuk membantu pesawah-pesawah di kawasan pengairan MADA itu akan dapat disiapkan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah meluluskan peruntukan projek pengairan sebanyak 3 bilion bagi menjayakan projek penanam padi lima musim dalam dua tahun berskala besar dengan menyediakan infrastruktur seperti sistem pengairan dan jalan di kawasan sawah lembaga— Di kawasan MADA seluas 231,000 hektar kawasan bertanam bagi tempoh sekurang-kurangnya dua tahun. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran padi seterusnya Kadar Sara Diri (SSR) beras negara.
Skop yang terlibat di bawah inisiatif ini adalah seperti pembangunan dan penyelenggaraan 100 blok sistem pengairan tersier di kawasan MADA, pembangunan projek pemulihan menyeluruh Empangan Pedu, dan pembangunan dan penyelenggaraan Skim Pemindahan Sumber Air Jeniang Fasa 2. Projek ini akan dilaksanakan berkonsepkan kerjasama awam-swasta di mana pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur penanaman padi di Kawasan Muda ini akan dibiayai sepenuhnya terlebih dahulu oleh pihak swasta. Pembidanya sedang berjalan sekarang, yang akan dibayar semula oleh kerajaan kepada syarikat terlibat selepas projek siap.
Sehingga 30 September 2023, pelaksanaan inisiatif ini sedang dalam peringkat penilaian perolehan melalui kaedah request for proposal yang diuruskan bersama di antara Unit Kerjasama Awam Swasta. Jabatan Perdana Menteri, MOF, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, MADA dan jabatan- jabatan lain yang berkaitan juga terlibat.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Inisiatif ini dijangka akan mula dilaksanakan pada tahun 2024 sehingga 2023.
Tertakluk kepada tempoh pelaksanaan projek yang akan dimuktamadkan bersama di antara kerajaan dan pembida yang berjaya nanti. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah bagaimana pula dengan pengairan di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu iaitu KADA di Kelantan, kawasan sawah
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
di utara Perak dan Selangor? Adakah peruntukan bantuan yang sama akan diberikan pada belanjawan tahun-tahun yang akan datang?
Dari Seri Haji Mohamad bin Sabu: Terima kasih kepada Pasir Gudang. Dalam satu ucapan Perdana Menteri, dia panggil saya Mat lah. Dia kata, “Mat ini kerja dia minta duit. Nak cari duit itu, aku”. Ertinya, kita nak dapat peruntukan RM3 bilion ini bukanlah satu perkara yang mudah. Kita berulang kali bersama dengan pegawai berjumpa dengan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri dan akhirnya Menteri Kewangan dan Perdana Menteri bersetuju supaya dibiayai RM3 bilion di MADA ini. Begitulah juga di Kelantan, di Perak, di Selangor. Kita sedang berusaha dan saya akan berulang untuk menyatakan bahawa perlu peruntukan untuk pengairan terutama sekali khasnya di Sabah dan Sarawak.
Datuk Seri Panglima Gapari bin Katingan @ Geofrey Kitingan - Keningau
[Bangun] Dari Seri Haji Mohamad bin Sabu: Perlu kita jadikan Sabah dan Sarawak ini jelapang padi yang kedua setelah kita melihat negeri-negeri utara ini banjirnya berlaku serentak. Selalunya dalam bulan Disember dan Januari. Oleh itu, usaha kita untuk mendapatkan peruntukan pada masa yang akan datang akan diteruskan.
Saya dibesarkan di sawah padi dan kita tahu kepentingan padi dan beras ini.
[Tepuk] Sebab itu kita akan berusaha terus untuk menjadikan jelapang padi, termasuklah di Sabah dan Sarawak dan perlu peruntukan yang besar pada masa yang akan datang.
Ini kita akan terus usahakan kalau kekal Menteri lagilah. Itu hak Perdana Menteri. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Okey. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Menteri. Dana RM3 bilion ini sebenarnya tidak banyak sebagai sebuah kerajaan untuk memastikan food security, dengan izin. Maka, persoalan saya ialah adakah ianya juga akan diperluaskan terutamanya di daerah Kerian yang merupakan salah satu daripada jelapang padi Perak dan juga negara kita kerana saya dimaklumkan hanyalah RM28 juta sahaja untuk seluruh Perak untuk pengairan air.
Pengalaman saya, kita dapat lihat bagaimana tentang soal berkenaan dengan saliran air di daerah Kerian amat kritikal. Maka, dengan sebab itu saya mengharapkan supaya ianya juga dipertimbangkan. Bukan sahaja RM3 bilion, RM30 bilion pun tak apa kerana ini ialah soal untuk masa depan kita dan juga soal keselamatan makanan kita sendiri.
Yang keduanya ialah, mohon mungkin tidak dapat diberikan. Saya dah harapkan mohon senarai negeri-negeri dan Parlimen yang menerima peruntukan berkenaan dengan menaikkan soal pengairan di negeri ataupun Parlimen masing-masing. Terima kasih.
Dari Seri Haji Mohamad bin Sabu: Peruntukan untuk Parlimen masing-masing itu, itu saya perlu notislah tetapi daripada segi pengairan ini, kita memang sekarang kita tumpu di MADA dahulu sebab kemampuan kewangan yang ada setakat ini. Tetapi, janganlah menganggap saya mendiamkan diri soal misalnya, di Kelantan termasuk di utara Perak. Semua ini perlu kita pertingkatkan pengairan dan sebagainya sebab untuk menaikkan hasil, mesti pengairan dan jadual pengairannya itu mesti mengikut masa dan keadaan.
Oleh itu, peruntukan saya kata tadi setakat ini kita tumpu MADA dan IADA di tempat-tempat lain sebab penambahan peruntukan kepada Kementerian Pertanian yang disebut oleh Menteri Kewangan pada hari itu lebih RM700 juta.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
[Bangun] Dari Seri Haji Mohamad bin Sabu: Sebab itulah kita akan lihat di mana keadaan yang perlu kita perbaiki dan kita memang kita kena anggap, kita kena sanction hal beras ini katalah lima tahun lagi, siapa pun tak mahu jual beras kepada kita. Semua kena berusaha supaya kita cukupkan beras. Ini adalah tanggungjawab semua. Kerajaan
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Federal, kerajaan negeri, Ahli Parlimen yang menyoal hari ini bukan daripada pembangkang, ini wakil rakyat. Ertinya, dia tahu denyut nadi rakyat di kawasannya. Hal padi dan sebagainya.
Jadi, terima kasih di atas pandangan dan soalan.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Tuan Speaker, minta soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan, Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Assalamualaikum.
Pat pat siku lipat, Soalan saya nombor empat.
4. Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [Merbok] minta Menteri Ekonomi menyatakan ketercapaian sasaran kementerian dengan kerjasama Pihak Berkuasa Koridor, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan pejabat daerah dalam usaha membasmi isi rumah miskin tegar bagi golongan B40.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, Program Pembasmian Kemiskinan Bandar merupakan agenda yang terus digerakkan oleh kerajaan merentas semua pihak berkepentingan selaras dengan pendekatan keseluruhan negara dalam usaha menoktahkan kemiskinan. Usaha ini dilaksanakan melalui kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Pihak Berkuasa Koridor, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan pejabat daerah.
Agensi kerajaan serta jabatan kerajaan negeri tersebut mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam menyediakan dan melaksanakan program kemiskinan yang bersesuaian di peringkat akar umbi. Pejabat daerah melalui sokongan Unit Perancangan Ekonomi Negeri menjadi focal point dengan izin, dan pemudah cara bagi melaksanakan program kemiskinan tegar. Sesi libat urus dengan peserta diadakan terlebih dahulu bagi mendapatkan cadangan projek yang bersesuaian dan seterusnya melaksanakannya.
Manakala, Pihak Berkuasa Koridor dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri pula bertindak sebagai agensi penyelaras dan pemantau serta mencadangkan tindakan penambahbaikan sekiranya program yang dilaksanakan berhadapan dengan cabaran.
Berdasarkan data eKasih sebanyak 110,663 isi rumah miskin tegar direkodkan sehingga 30 September 2023 iaitu penurunan sebanyak lebih 19,000 isi rumah jika dibandingkan dengan kira-kira 130,000 yang dicatatkan pada Februari 2023.
Keberkesanan Program Pembasmian Kemiskinan ini juga boleh dilihat dari aspek penurunan dalam kadar pengangguran nasional. Ini adalah kerana peserta-peserta program yang telah menyertai pasaran buruh telah turun menyumbang kepada penurunan kadar pengangguran nasional kepada 3.4 peratus pada suku kedua tahun 2023 berbanding 3.9 peratus pada suku kedua tahun 2022.
Dalam usaha berterusan untuk menoktahkan kemiskinan, adalah penting untuk semua pihak di segenap peringkat menggembleng segala sumber yang ada bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus ditingkatkan. Usaha untuk membantu isi rumah miskin tegar untuk keluar daripada kemiskinan akan terus dipergiat melalui pewujudan pelbagai peluang pekerjaan dan pengukuhan perlindungan sosial. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Kita tahu dalam pelbagai usaha kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan ini despite mohon izin, banyak agensi dan kementerian yang telah menggunakan data eKasih ini untuk menyalurkan program bantuan masing-masing dan daripada sejak tahun 2007 lagi yang telah diperkenalkan sistem ini. Sejauh manakah sistem ini berkesan hendak membantu? Dan daripada kementerian-kementerian yang ada itu untuk melihat dan memantau mereka yang telah
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
keluar daripada sistem ini supaya tidak kembali masuk ke dalam sistem seterusnya menjadi sebahagian daripada penerima bantuan kembali.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Yang Berhormat, kita seharusnya berusaha bersama.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
[Bangun]
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
[Bangun]
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Jadi, reformasi kita adalah melaksanakan satu ekosistem program untuk memastikan pembasmian kemiskinan ini dengan cara memberi keperluan bagi melaksanakan pembasmian ini adalah mencapai sasaran yang ditetapkan.
Okey, terdapat empat reformasi ekosistem yang perlu diberikan penekanan iaitu pelaksanaan intervensi berbentuk pengajian iaitu employment, dengan izin.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Pengurusan pelaksanaan program secara berkumpulan, pengurangan risiko operasi dan perniagaan ke atas golongan sasar, serta pelaksanaan program berdasarkan template yang dirangka bagi meningkatkan momentum pelaksanaan program. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Terima kasih Speaker. Soalan saya adalah berapakah jumlah perbelanjaan bagi program basmi miskin tegar ini yang telah digunakan setakat ia mula diperkenalkan? Keduanya adalah berkaitan dengan penglibatan IPTA dan GLC dalam program pembasmian miskin ini. Terima kasih.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Pada masa ini saya tidak mempunyai maklumat di hadapan saya yang lengkap berkenaan soalan tambahan yang diajukan oleh Yang Berhormat. Walau bagaimanapun saya akan memberikan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Wong Chen, Subang.
5. Tuan Wong Chen [Subang] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan anggaran pengurangan jangkaan pelepasan gas rumah hijau apabila mencapai sasaran Malaysia untuk 1.5 juta kenderaan elektrik.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Subang.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jemaah Menteri pada 29 Oktober 2021 telah meluluskan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 oleh NRECC bagi mengurangkan penggunaan tenaga dan juga pelepasan gas rumah kaca (GHG) dalam sektor pengangkutan darat, selaras dengan komitmen negara untuk kita mengurangkan intensiti pelepasan GHG berdasarkan KDNK menjelang 2030 dan juga aspirasi sifar bersih GHG menjelang tahun 2050.
Berdasarkan bidang Fokus B, pengurangan penggunaan tenaga dan pelepasan karbon melalui penggunaan mobiliti elektrik telah menetapkan sasaran sebanyak 15 peratus kenderaan elektrik persendirian dan 15 peratus motosikal elektrik berdasarkan total industry volume. Di samping itu, dianggarkan potensi pengurangan penggunaan tenaga adalah sebanyak 2,000.58 kilo tonne of oil equivalent dan pengurangan pelepasan GHG sebanyak 2.83 juta tan CO2 pada tahun 2030 bagi sektor pengangkutan darat.
Untuk makluman, Malaysia mempunyai kadar pemilikan kereta yang tertinggi berbanding dengan negara-negara jiran. Sebab itu pendekatan kita ialah kita melihat isu ini secara keseluruhan, bukan EV semata-mata. Kita lihat daripada segi pengangkutan awam, kita lihat daripada segi micromobility. Tetapi kita juga tahu bahawa bila kita bercakap tentang soal logistik, kita bercakap tentang soal ekosistem dan juga masih ada banyak tempat di luar Lembah Klang misalnya yang memerlukan kereta. Jadi, atas sebab
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
itu kita melihat bahawa EV akan menjadi satu alternatif untuk memastikan kita dapat mengurangkan pelepasan GHG di dalam negara kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Subang.
Tuan Wong Chen - Subang
Terima kasih Tuan Speaker dan juga Menteri.
Target 1.5 juta ini saya dapat daripada researcher saya ya. Jadi, kalau benar, kita ada 23 juta kenderaan aktif di jalan raya. Maknanya 1.5 juta ini tujuh peratus sahaja. Saya hendak tanya, bolehkah kita – ya lah sekarang Kerajaan Madani lebih fokus kepada isu mampan.
Bolehkah kita increase target ini ke 20 peratus ataupun sebaiknya 30 peratus lah?
Soalan tambahan ialah tentang isu insentif-insentif kerajaan untuk menggalakkan rakyat untuk menggunakan EV. Bulan lalu saya melawat negara China, di sana dia ada green number plate untuk kenderaan EV dan green number plate ini boleh masuk ke bandar, central business district semua tanpa had dan juga bayar tol yang kurang. Terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Subang. Saya setuju bahawa kita mungkin perlu melihat semula angka-angka yang telah kita rangka.
Perkara ini banyak berubah dan mungkin kita perlu letak satu sasaran yang lebih tinggi untuk kita dapat capai matlamat kita secara bermakna. Saya rasa betul, cabaran yang kita hadapi dalam bidang sektor EV ini, ia ada pelbagai kementerian dan agensi. Tetapi the lead agency ialah MITI dan sekarang di bawah kerajaan baharu, MITI juga telah baik taraf the EV task force, dengan izin.
Sekarang Menteri-menteri yang terlibat semuanya adalah anggota mesyuarat.
Kalau dahulu di peringkat working level sahaja, itu membantu kita. Ada beberapa keputusan – macam di bawah NRECC di peringkat Suruhanjaya Tenaga, misalnya. Kita mempercepatkan kelulusan untuk charging station dan sebagainya.
Jadi, saya setuju bahawa kita perlu lihat semula. Ada beberapa perkara lagi yang perlu kita lihat. Pertama ialah bila sebagaimana diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk kita beralih kepada subsidi bersasar. Ya, kalau antara perkara besar it will be petrol. Bila ada subsidi bersasar untuk petrol, maka mungkin sekarang kita tahu banyak orang yang dulu dia beli Porsche, nak pakai RON97. Bila dah sampai RM4, dia pun pakai RON95 juga, kan?
Jadi, bila kita ada subsidi bersasar berdasarkan pendapatan isi rumah, dia terpaksa bayar the real cost. Kemungkinan ramai di antara mereka akan berhijrah kepada EV. Itu juga akan menjadi satu faktor penting di mana kenapa negara-negara lain seperti negara China, EV ini berkembang dengan sangat cepat apabila mereka terpaksa bayar harga sebenar untuk minyak, bahan api.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apakah strategi kerajaan untuk meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga boleh diperbaharui
(TBB), penyepaduan stor tenaga dan infrastruktur grid bagi memastikan sasaran kapasiti TBB daripada 40 peratus pada 2035 kepada 70 peratus menjelang 2050 dapat dicapai?
Bagaimanakah kementerian bercadang untuk meningkatkan prestasi amalan ESG, mengambil kira kesedaran dan tahap pemahaman terhadap ESG masih rendah dalam kalangan syarikat dan PMKS. Memandangkan pelaksanaan dan pelaporan amalan ESG oleh syarikat Malaysia buat masa ini adalah bersifat sukarela. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini pendekatan yang sangat kreatif dalam bertanya soalan. Daripada EV, tenaga boleh baharu dan juga ESG, tetapi saya cuba jawab apa yang relevan. Pertama sekali ialah antara perkara penting di peringkat kerajaan yang kita cuba lakukan – sebab itu juga soal kecekapan tenaga, pensasaran subsidi bagi elektrik. Itu juga penting supaya kita dapat kembangkan untuk tingkatkan kapasiti tenaga boleh baharu.
Dan kita juga kena bezakan antara kapasiti dengan energy mix. Sekarang kapasiti kita 25 peratus, okey lah. Bukan bilangan yang teruk sangat tetapi kerana sifat tenaga solar itu intermittent, hanya empat, lima jam sehari. Dan kita tidak ada kemudahan
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
storage. Maka, sebenarnya dalam mix kita hanya enam peratus tenaga boleh baharu dan itu termasuk hidro.
Jadi sebab itu, bila kita hendak bercakap hendak capai 70 peratus kapasiti menjelang tahun 2050, antara perkara besar juga yang diambil oleh kerajaan, kita membenarkan perdagangan tenaga boleh baharu merentas sempadan untuk dua aspek.
Pertama ialah kita memerlukan premium untuk kita laburkan semula di dalam grid. Grid memerlukan lebih RM180 bilion untuk kita upgrade supaya bersedia dengan tenaga boleh baharu yang intermittent. Jadi, bila kita jual ke negara lain kita boleh labur dengan tanpa membebankan terlalu banyak untuk rakyat Malaysia. Kedua, begitu juga untuk storage yang disebut oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Itu juga kos yang tinggi. Di Singapura pun buat masa ini mereka masih subsidize untuk storage. Itu Singapura yang banyak bayar ikut harga pasaran.
Akhir sekali, bila kita ada grid, ia ada satu sistem yang lebih besar kita boleh – Laos misalnya, banyak hasilkan tenaga hidro. Kita boleh beli, dah pun dibuat di negara kita dan Singapura dan sebagainya. Itu akan membantu kestabilan grid kita.
Tentang ESG itu, mungkin saya akan jawab secara bertulis.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Datuk Muslimin bin Yahaya, Sungai Besar.
6. Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan jumlah bantuan sara hidup yang disalurkan kepada nelayan di setiap negeri dari tahun 2018 sehingga 2022. Perincikan juga insentif-insentif yang telah diberikan dan juga dalam perancangan sehingga tahun 2023.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Memang Sungai Besar ini padi ada, nelayan pun ada. Program Elaun Sara Hidup Nelayan mula dilaksanakan sejak 2008 bertujuan untuk membantu meringankan bebanan golongan nelayan menghadapi tekanan ekonomi akibat kenaikan kos sara hidup. Para nelayan menerima Elaun Sara Hidup Nelayan pada kadar RM300 sebulan bagi nelayan laut dan darat, nelayan darat RM250 sebulan. Sepanjang tempoh 2018 hingga 2022, jumlah keseluruhan bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan adalah berjumlah 622.88 juta.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Pada tahun 2023, sebanyak RM147.3 juta telah diperuntukkan untuk program ini yang merangkumi nelayan laut dan juga nelayan darat. Antara insentif yang diberikan oleh kementerian kepada golongan nelayan adalah seperti berikut.
Skim Subsidi Diesel, ini nelayan boleh mendapatkan dengan harga RM1.65 seliter dan bagi tempoh 2018 hingga 2022, nilai subsidi yang ditanggung oleh kerajaan sebanyak RM3.61 bilion. Satu angka yang agak besar.
Insentif Hasil Tangkapan, program ini diberi kepada bot A, bot B dan bot C.
Daripada program hasil tangkapan ini merupakan insentif yang diberikan sejak 2008 sampai sekarang iaitu setiap tangkapan sekilo dibayar tambahan 10 sen oleh LKIM. Jadi, bot A RM150, bot B sehingga RM750, bot C hingga RM1,000. Sejumlah RM74 juta telah dibayar kepada 29,529 nelayan bagi tempoh 2018 hingga 2022.
Skim Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan yang mula dilaksanakan daripada 2009 sehingga sekarang. Bertujuan untuk memberi bantuan dan sumbangan segera dalam bentuk kewangan atau barangan atau sebarang bentuk yang bersesuaian kepada nelayan yang terlibat. Kemusnahan atau kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa bagi meringankan beban mangsa dan juga keluarga. Sebanyak RM7.5 juta telah dibelanjakan bagi tahun 2018 hingga tahun 2022 telah memberi manfaat kepada 5,990 nelayan. Bagi tahun 2023, RM2 juta telah diperuntukkan untuk pelaksanaan program ini.
Yang Berhormat, agak panjang. Saya bagi jawapan inilah kepada Yang Berhormat dan balik bagi tahu orang kampung tahu. [Sambil menunjukkan dokumen yang dipegang] Okey, baik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sungai Besar.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
[Ketawa] Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Menteri. Yang Berhormat Menteri, kita tahu memang insentif kepada nelayan memang sangat banyak seperti mana Yang Berhormat tadi nyatakanlah, sara hidup, peningkatan hasil, bahan api, prasarana. Tetapi sebenarnya Yang Berhormat, pembeli hasil laut iaitu rakyat terpaksa membayar harga yang tinggi.
Contohnya, ikan kembung pernah mencecah antara RM15 hingga RM20 sekilo.
Jadi persoalan saya, bagaimana rasanya kerajaan nak membantu persatuan nelayan khususnya, sebagai usaha meningkatkan keupayaan pasaran termasuk dari segi kos penyelenggaraan, peralatan asas nelayan atau kita meningkatkan lagi insentif yang lebih baik. Dalam masa yang sama rakyat dapat bekalan protein iaitu hasil ikan ini dijual di pasaran dengan harga lebih murah lagi. Bagaimana Yang Berhormat? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Itu LKIM memainkan peranan. Mereka kadangkalanya membeli dan mereka ada bilik sejuk yang banyak untuk stok bahan-bahan ini. Tetapi nak mengawal harga misalnya ikan kembung, kalau musim tangkapannya kurang itu maka harga basahnya itu, harga ikan basah itu agak tinggi. Tetapi kita ada, LKIM menyediakan ikan beku, ikan kembung yang besar itu, yang dijual kalau di pasar- pasar FAMA atau persatuan peladang atau pasar LKIM, ia dengan harga RM10 sahaja dengan ikan kembung yang diimportlah yang begitu besar yang dibekukan.
Jadi ini untuk menyeimbangi keadaan sebab itulah intervensi sentiasa dilakukan.
Apabila berlaku kenaikan harga ikan begitu tinggi, kita tahu nelayan kadang-kadang sebahagiannya dia makan tapi dia jual. Kadang-kadang dia dapat, memanglah permainan orang tengah, kita nak panggil orang tengah ke, broker ke. Mereka ini kadangkalanya kalau kita beli di tepi laut dengan berada di pasar begitu tinggi sekali. Jadi LKIM intervene sebanyak mana yang mereka mampu untuk menyeimbangi harga ikan ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih Menteri. Sebenarnya dalam keadaan iklim yang tidak menentu sekarang ini, kadang-kadang para nelayan tidak dapat ke laut untuk mencari atau menangkap ikan dan ini akan menyebabkan pendapatan mereka jatuh. Apakah ada strategi tertentu untuk membantu para nelayan dari segi meningkatkan pendapatan dan juga menguruskan kewangan mereka?
Contohnya, apabila ada insurans untuk bantu mereka apabila kes-kes seperti bencana ataupun kebakaran. Sebab baru ini di Balik Pulau ada lima bot terbakar dan dia tidak dapat langsung bantuan daripada LKIM dan Ahli Parlimen terpaksa mengeluarkan peruntukan untuk membantu nelayan tersebut. Jadi, adakah pihak kementerian mempunyai, ada strategi tertentu untuk membantu nelayan? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Balik Pulau, bila keadaan cemas itu, wakil rakyat menggunakan peruntukan wakil rakyat. Itulah bagus.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Yang tak ada, kita ada agensi-agensi lain, badan kebajikan.
[Ketawa] Kita boleh mengadu kepada kerajaan negeri dan berbagai-bagai inisiatif boleh dibantu dengan pelbagai termasuk ICU dan kita semua tahu tempat-tempat kita mengadu dalam keadaan kecemasan itu. Jadi, inilah yang kita...
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Dulu bang Mat pun tak dapat, sebab itu dia jawab macam itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sri Gading, tidak boleh macam tu. Sila duduk.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Saya tak dapat tapi majoriti cukup besar.
[Ketawa] [Tepuk] Tapi kita kata tu badan-badan yang lain...
[Tidak jelas] Kementerian Kebajikan, kementerian – ada berbagai-bagai insentif yang ada. Cuma pihak pengadu atau pihak wakil rakyat hendaklah rajin mencari di mana ruang untuk membantu jikalau berlaku soal-soal cemas seperti itu dan kita menjamin bahawa kita tidak mahu dalam apa keadaan pun, rakyat Malaysia ini lapar. Kita tidak mahu lagi bendera putih dinaikkan, kalau berlaku apa-apa sekalipun seperti yang berlaku tiga tahun dulu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dr.
Richard Rapu @ Aman anak Begri, Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua.
Oktober bulan kesepuluh, Soalan saya yang ketujuh.
7. Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri [Betong] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan apakah langkah-langkah dan usaha oleh kementerian untuk membantu Politeknik Metro yang bertempat di luar bandar yang tidak ada menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar-pelajar mereka.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya soalan, saudara Rapu.
Merujuk kepada dasar penubuhan Politeknik Metro dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh, penubuhan Politeknik Metro menggunakan pendekatan doing more with less dan tidak memerlukan capital expenditure yang tinggi kerana ia akan dilaksanakan di bangunan komersial sedia ada di bandar- bandar tanpa sebarang kemudahan asrama.
Kewujudan Politeknik Metro merupakan kaedah yang baik dalam menghasilkan pekerja berkemahiran tinggi yang menepati keperluan industri dan dalam masa yang sama menjimatkan perbelanjaan kerajaan kerana tidak perlu menyediakan infrastruktur yang menelan kos yang terlalu tinggi. Sasaran pelajar Politeknik Metro adalah daripada kalangan penduduk tempatan atau pelajar harian (commuting students) dengan izin, yang mempunyai penginapan sendiri dalam jarak yang berdekatan.
Justeru, isu kemudahan asrama di Politeknik Metro akan dikaji dan diperhalusi keperluannya dan dalam masa yang sama, pihak Politeknik Metro berperanan menjadi pemudah cara hal-hal berkaitan penginapan kepada pelajar-pelajarnya dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada pihak berkepentingan tidak terjejas.
Walau bagaimanapun, inisiatif yang telah diambil oleh Politeknik Metro sebelum pendaftaran pelajar adalah dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar mengumpul maklumat pengusaha rumah sewa di kawasan sekitar dan maklumat ini akan diberikan kepada pelajar yang memerlukan penginapan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Betong.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan tadi.
Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, Betong, sekejap ya, hilang pula.
Hasrat asal kita dulu adalah untuk kerajaan membina sebuah politeknik konvensional tapi pada masa itu disebabkan oleh kekangan bajet maka tawaran daripada kementerian masa itu ialah Politeknik Metro, maka kita terima sajalah.
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Jadi, bagi kawasan luar bandar dan pekan kecil macam Betong, ia mempunyai kekurangan dari segi infrastruktur seperti yang dinyatakan oleh menteri tadi dalam dasar penubuhan Politeknik METrO dan kekurangan rumah-rumah untuk disewa. Maka di samping itu, kebanyakan pelajar adalah terdiri daripada golongan B40 yang datang daripada rumah panjang dan kampung yang jauh dari Betong. Politeknik METrO ini memang lebih sesuai untuk bandar raya dan bandar-bandar. Maka oleh itu, ia mendatangkan banyak masalah kepada pelajar yang mencari tempat penginapan semasa belajar.
Saya difahamkan pada sesi yang ini, 2024, 292 pelajar yang ditawarkan. Namun hanya 77 yang setuju terima sebab mereka terpaksa menolak atas faktor ketiadaan asrama. Jadi, yang setuju terima tadi mengambil kos dalam RM200, RM300 sebulan untuk
Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
belanja sewa rumah dan satu semester dalam RM1,000 hingga RM1,500 untuk menyewa bilik tidak termasuk makan dan kos-kos lain.
Oleh itu, soalan saya kepada Menteri ialah adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menaik taraf Politeknik METrO Betong kepada satu Politeknik Konvensional yang dilengkapi oleh segala kemudahan asrama dan kuarters untuk kakitangan? Apakah keperluan dan syarat-syarat yang membolehkan sesebuah Politeknik METrO dinaik taraf kepada sebuah Politeknik Konvensional dan berapakah anggaran kos penubuhan sebuah Politeknik Konvensional memandangkan Betong amatlah strategik untuk tujuan tersebut? Sekian, terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Betong atas soalan tambahan.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
[Bangun]
Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Pertamanya, saya nak sentuh bahawa kementerian sedia maklum tentang masalah yang dihadapi oleh Politeknik METrO berhubung kait dengan penginapan pelajar ini. Akan tetapi, oleh kerana perancangan asal kita mengikut apa yang kita telah putuskan ialah bahawa sesebuah Politeknik itu kita membina atas dasar beberapa kajian yang kita buat.
Antaranya sememangnyalah di atas kemampuan kita atau keupayaan kita baik dari segi bajet yang ada, kesesuaian program di tempat yang kita nak laksana, tenaga pengajar yang tersedia dan berbagailah pertimbangan yang kita ambil kira untuk membolehkan kita melaksanakan sesuatu pembinaan dan kewujudan sebuah Politeknik.
Maka itu kita melihat kepada keperluan di Betong pada ketika itu seperti mana yang Yang Berhormat Betong faham bahawa kekangan belanjawan itu, bajet itu menjadi satu daripada masalah, tetapi oleh kerana keprihatinan kita kerajaan, ingin memastikan kita boleh menyampaikan pendidikan yang terbaik mungkin makanya, atas dasar alasan itu kita mewujudkan sebuah Politeknik METrO yang mana kita sedia maklum bahawa Politeknik METrO ini tidak punya asrama yang disediakan bersama.
Akan tetapi seperti mana yang disarankan oleh Yang Berhormat Betong kita akan mengambil maklum tentang pandangan tersebut.
Pertamanya, kita akan lihat bagaimana mungkin kita boleh atasi masalah penginapan kepada pelajar yang tidak dapat meneruskan kerana tiada penginapan. Dan juga pandangan dan cadangan Yang Berhormat Betong untuk menaik taraf METrO itu kepada konvensional. Saya akan angkat ke pihak kementerian, dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik ya. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, Dato’ Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya untuk soalan 7,adakah pihak kementerian telah mengkaji keperluan untuk memperluaskan skop program pengajian sepenuh masa atau kursus- kursus yang berasaskan perkhidmatan serta kursus pendek di bawah program pengajian sepanjang hayat? Sebagai contoh Yang Berhormat Menteri, Politeknik METrO Kuantan kini menawarkan dua program. Satu iaitu Program Perkhidmatan Makanan Amalan Halal, dan juga yang kedua, Diploma Pengurusan Pelancongan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal
Terima Kasih Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kulim.
Program pembelajaran sepanjang hayat yang kita laksanakan terutamanya di kolej komuniti sedia ada, kita menawarkan berbagai program yang mana juga kita melihat kepada kesesuaian tempat di mana kita letak kolej komuniti. Kita ada pelbagai program yang berdasarkan objektif seperti berikut:
(i) pembangunan komuniti berpengetahuan;
(ii) pusat latihan untuk meningkatkan kemahiran dan melatih semula untuk keperluan tenaga kerja setempat;
(iii) menyediakan rangkaian strategik untuk pengukuhan aktiviti sosioekonomi dalam kalangan pelanggan setempat dan pemegang taruh; dan
(iv) menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang berpusatkan komuniti.
Atas saranan Yang Berhormat tadi, pihak kementerian akan mengambil perhatian dan akan melihat kepada kesesuaian program itu. Andainya boleh, kita akan laksanakan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan nombor 8 tidak hadir. Saya terus ke soalan yang nombor 9, Datuk Wetrom bin Bahanda, Yang Berhormat Kota Marudu.
[****Soalan No. 8** – YB. Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya (Pokok Sena) tidak hadir]
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 9.
9. Datuk Wetrom bin Bahanda [Kota Marudu] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, adakah pihak kementerian mempunyai pelan jangka panjang dan jangka pendek, menaik taraf pusat-pusat pelancongan di daerah Kota Marudu seperti Sungai Kanarom, Serinsim, Pantai Teringai, dan juga Tegudon Eco Tourism yang mampu menjana pendapatan penduduk kawasan-kawasan
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Bismillahi Rahmani Rahim. Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menggubal Pelan Ekopelancongan Kebangsaan 2.0 sebagai panduan kepada setiap kerajaan negeri untuk membangun dan menguruskan produk pelancongan berteraskan alam sekitar atau ekopelancongan termasuk konservasi, pemuliharaan alam semula jadi serta promosi dan pemasaran.
Pelan Ekopelancongan Kebangsaan ini telah mengenal pasti kluster eko pelancongan Kota Kinabalu, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat sebagai salah satu daripada 60 kluster eko pelancongan di Malaysia yang berpotensi dibangunkan bagi merangsang ekonomi setempat. Pelbagai aktiviti rekreasi dan eko pelancongan boleh dipromosikan di kluster ini seperti diving, snorkeling, kembara hutan, hiking, beriadah, dan sebagainya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kota Marudu yang disayangi, pelan jangka pendek dan pelan jangka panjang pembangunan di daerah Kota Marudu adalah di bawah perancangan dan pelaksanaan Kerajaan Negeri Sabah. Oleh yang demikian, MOTAC sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah dan bersedia untuk mempertimbangkan sebarang permohonan projek baharu asalkan ia selaras dengan hala
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
tuju dan keutamaan Kerajaan Negeri Sabah bagi menaik taraf infrastruktur kemudahan pelancongan di daerah Kota Marudu khususnya dan di negeri Sabah amnya.
Sehubungan dengan itu, MOTAC melalui Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RP3 RMKe-12) juga telah meluluskan sebanyak empat projek penyelenggaraan dan naik taraf di Parlimen Kota Marudu dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1,050,000 seperti berikut:
(i) penyelenggaraan kemudahan pondok rehat dan kawasan rekreasi di sub stesen Serinsim, Kota Marudu;
(ii) menaik taraf jalan pelancongan dari gravel ke konkrit ke perumahan Tobilung;
(iii) menaik taraf jalan pelancongan dari gravel ke konkrit di Borneo di panggung; dan
(iv) menaik taraf jalan pelancongan dari gravel ke konkrit di Pusat Rekreasi Kampung Tangkol, Pantai Ria.
Jangan risau Yang Berhormat, Sabah sentiasa di hatiku. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih atas jawapan Menteri yang begitu menyeluruh.
Soalan tambahan saya, bolehkah saya mencadangkan kepada pihak kementerian untuk peruntukan khas beberapa keperluan utama untuk beberapa tempat yang amat berpotensi untuk tujuan pelancongan yang mempunyai impak ekonomi kepada rakyat Kota Marudu? Terima kasih.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih di atas soalan tambahan Yang Berhormat Kota Marudu. Apa jua yang diperlukan ataupun permohonan yang mahu diutarakan, pihak MOTAC sentiasa mengalu-alukannya. Apatah lagi Yang Berhormat Kota Marudu senegeri dengan saya. Jadi ia menjadi kewajipan saya untuk melihat perkara ini dengan secara serius, tetapi setiap permohonan mestilah dibincangkan dan dibawa ke peringkat kerajaan negeri melalui Unit Penilaian Ekonomi Negeri ataupun Perancangan Ekonomi Negeri serta Pejabat MOTAC di negeri Sabah. Insya-Allah apa jua permohonan yang membawa kebaikan kepada industri setempat, kita akan bantu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tekan Yang Berhormat.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Baik, terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Timbalan Menteri. Mungkin soalan saya ini agak umum sikitlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Baik. Kalau kita tengok ada beberapa negara dalam dunia ini mereka memiliki tapak arkeologi yang dijadikan sebagai pusat pelancongan ini secara umum sedikitlah. Jadi apa perancangan daripada pihak MOTAC khususnya dalam menjadikan tapak-tapak arkeologi yang ada di negara kita ini, menjadi sebahagian daripada tempat pelancongan, tarikan pelancong dan juga mungkin dijadikan sebagai satu sumber pendapatan negara. Baik, terima kasih. Ia agak umum sedikitlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih Permatang Pauh.
Walaupun soalan diajukan luar daripada topik yang kita bincangkan, tetapi saya cuba jawab sedikit-sedikit apa yang bolehlah. Di bawah Jabatan Warisan Negara ianya menjadi
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
tanggungjawab mereka untuk melihat pusat arkeologi ataupun pusat warisan ataupun tapak arkeologi ataupun tapak warisan yang ada di negara kita.
Untuk makluman Yang Berhormat Permatang Pauh, pada tahun ini sahaja kita telah menandatangani persefahaman ataupun MoU dengan beberapa buah universiti spesifik untuk melihat bagaimana kita boleh satu memastikan tapak warisan itu dipelihara dengan baik. Keduanya juga seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh ianya juga berkaitan bagaimana kita boleh mengangkat tapak warisan ini sebagai salah satu tempat pelancongan, kalau bukan utama tetapi menjadi salah satu tempat yang penting.
Insya-Allah perancangan itu memang di bawah kelolaan Jabatan Warisan Negara dan saya percaya ianya akan dipastikan setiap tindakan memang akan melibatkan bukan sahaja pihak kementerian, tetapi juga pihak kerajaan negeri untuk kita mengangkat tapak warisan. Ini sebagai salah satu sumber utama pelancongan kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan yang kesepuluh, dipersilakan Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh, Yang Berhormat Pasir Puteh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, soalan saya yang kesepuluh.
10. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan perancangan pihak Kementerian untuk memperkasa fungsi FAMA sebagai pengedar sayur-sayuran tempatan berbanding ketika ini FAMA bergantung kepada pemborong yang memonopoli rantaian bekalan makanan negara.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh, ini bekas Timbalan Menteri Pertanian.
Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 telah memperuntukkan peranan dan bidang kuasa FAMA dalam menyelia, menyelaras, mengawal dan mempertingkatkan pemasaran hasil pertanian di Malaysia. Ini merangkumi sayur-sayuran, buah-buahan termasuk ternakan ruminan dan unggas.
Peranan dan fungsi FAMA terus diperkasa melalui pelaksanaan pelbagai strategi.
Yang paling utama pembangunan outlet peruncitan. FAMA telah membangunkan outlet peruncitan di seluruh negara bertujuan untuk meningkatkan kecekapan aktiviti pengedaran produk agromakanan terus kepada pengguna. Menerusi outlet ini, pengguna mudah untuk mendapatkan akses kepada bekalan makanan pada harga yang berpatutan.
Bagi memastikan sayur-sayuran tempatan dapat dipasarkan terus kepada pengguna, FAMA telah membangunkan 818 buah outlet peruncitan di seluruh negara sebagai alternatif pasaran kepada pengeluar dan telah menjana nilai jualan keseluruhannya RM1.2 bilion. Saya ucap terima kasih, FAMA ini outletnya paling tinggi jualannya di Kelantan lebih pada RM1 juta satu hari. Dalam pengendalian FAMA ini, pasar Kelantan ini saya sudah pergi dua kali kerana saya tertarik dengan jualan yang begitu tinggi dan sokongan masyarakat dan keadaan harganya yang agak berpatutan bagi pendapatan rakyat Kelantan.
Maka harga yang dijual di situ memang mereka mampu. Pembangunan infrastruktur pemasaran sehingga kini FAMA mempunyai 40 pusat operasi di seluruh negara yang giat menjalankan aktiviti secara terus dari ladang untuk diedar ke pasaran kepada pengguna. Sehingga 30 September 2023, FAMA melalui pusat operasi telah membuat belian sebanyak 4,553 tan metrik bernilai RM10 juta dan telah mencatatkan nilai jualan RM9.2 juta. Pasal FAMA ini Kubang Kerian ya?
Pada masa yang sama, FAMA turut menyediakan fasiliti seperti sewaan bilik sejuk dan logistik bagi menyimpan produk segar pertanian dan seterusnya memudahkan aktiviti pengedaran dan pemasaran dijalankan di pusat operasi tersebut. FAMA turut membangunkan usahawan pemasar bertujuan untuk meningkatkan jaringan pengedaran dan daya saing yang sihat dan dalam pasaran. Untuk itu FAMA telah melaksanakan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Program Rakan Pemasar Kontrak iaitu Program Kerjasama Strategik antara usahawan pemasar, bimbingan FAMA dengan peserta ladang kontrak sehingga 30 September 2023.
FAMA telah membangunkan seramai 45 usahawan pemasar yang mendapat bekalan daripada 450 orang pengeluar dengan kuantiti jualan sebanyak 556 tan metrik yang bernilai RM1.9 juta. Jadi ini adalah peranan FAMA yang utama. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Datuk Seri Menteri. Pertamanya saya rakamkan jutaan terima kasih khusus kepada FAMA yang telah menyediakan kemudahan kepada rakyat di dalam negara kita. Cuma di sini saya ada sedikit kemusykilan berkenaan dengan food security yang ada dalam negara kita. Kadang-kadang kita bercakap dia tidak cukup. Soalan saya, adakah pihak kerajaan bersedia untuk mewujudkan sebuah syarikat yang khusus bahagian sayur-sayuran, bahagian padi dan beras, ikan dan seumpamanya.
Syarikat yang khusus yang mengendalikan urusan ini, sekarang ini FAMA LPP dia menyelia sahaja yang dibuat oleh petani. Tetapi kita hendak sebagaimana sesetengah daripada negara pengeluar food security ini mereka ada syarikat milik negara yang mengusahakan ladang dan seumpamanya sebagaimana kita wujudkan SMART SBB yang ada kerjasama dengan PETRONAS dan seumpamanya. Adakah kerajaan bersedia membesarkan agenda ini? Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat dan bekas Timbalan Menteri Pertanian. Memang sekarang ini FAMA lebih bersifat intervensi dan juga cuba menyelamatkan sayur-sayur apabila berlaku terlalu murah yang ada kontrak farming dengan FAMA, maka kita beli dengan harga lantai.
Ataupun FAMA hendak menjadikan sayuran hal makanan ini seperti BERNAS, menjaga ikan - LKM dan juga yang lain-lain itu, itu satu pandangan dan kita mengambil perhatian untuk bincang hal ini.
Sebab food security ini sudah menjadi satu agenda di seluruh dunia dan sebarang pandangan untuk kita menjaga soal keterjaminan makanan ini memang satu perkara yang cukup menjadi keutamaan. Macamnya sekarang, apa akibat perang yang berlaku di Palestin kalau berlanjutan? Bagaimana dengan harga minyak dan sebagainya?
Bagaimana dengan supply chain?
Oleh itu kita kena bincang secara serius dan kita ada pelbagai jawatankuasa sekarang termasuk di peringkat kementerian untuk melihat perlu kepada peranan shift perubahan ke arah yang lebih baik untuk menjaga food security ini. Terima kasih atas pandangan Pasir Puteh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kuala Pilah.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Timbalan Speaker.
Soalan tambahan saya, apakah usaha kementerian untuk mengatasi isu ketidakseimbangan bekalan sayur tempatan di seluruh negara yang menyebabkan harga sayur-sayuran ini tidak stabil. Dan apakah usaha kementerian untuk memastikan tidak berlakunya isu lambakan sayur. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Isu lambakan sayur ini berlaku dari semasa ke semasa. Misalnya kalau harga cili, misalnya harga timun berada dalam begitu tinggi maka ramai yang terlibat menanam timun.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Maka hasil diperolehinya satu waktu, satu masa. Maka dia menjadi terlalu murah dan di sinilah kita lihat FAMA memainkan peranan membeli dengan harga lantai. Harga lantai yang ditetapkan misalnya timun misalnya RM7 sekilo, maka dibeli dengan harga lantai itu. Nak menentukan supaya ianya stabil sepanjang masa, memang ianya agak bermasalah kerana keadaan cuaca yang berlainan. Kadangkalanya misalnya berlaku— kalau kita kata cili misalnya, tidak pernah berlaku harganya di bawah harga lantai. Sebab cili ini kita tahu sekarang ini hendak tanam di Malaysia, petani merungut ianya
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
memerlukan baja dan sebagainya yang lebih tinggi dan lebih murah kalau import daripada Thailand dan Vietnam.
Walau bagaimanapun, kita janganlah jadi seperti beras iaitu kita import maka ianya murah maka kita sentiasa import. Cili misalnya kita mesti cari jalan supaya ia ditanam dan cukup di Malaysia ini. Sekarang kalau kita pergi ke negeri sebelah utara termasuklah Kedah, Kelantan, Perlis cilinya sudah tentulah yang paling dekat daripada Thailand kerana ianya lebih murah tetapi kita tidak boleh bergantung selama-lamanya sebegitu rupa.
Oleh itu, pandangan Ahli Parlimen tadi amat-amat baik untuk kita fikir bersama, mengusahakan bersama, bukan fikir sahaja supaya barang-barang makanan yang boleh diusahakan di tanah air kita dapat disediakan oleh para petani kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutannya soalan yang ke-11 Tuan Haji Yusuf bin Abd. Wahab, Yang Berhormat Tanjong Manis.
11. Tuan Haji Yusuf bin Abd. Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan berapa jumlah pekerja binaan asing yang tertunggak untuk sektor pembinaan di Malaysia. Bagaimanakah kementerian merancang untuk menyelesaikan masalah tunggakan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedia maklum mengenai kekurangan pekerja asing bagi sektor pembinaan. Atas keprihatinan ini, kerajaan telah membenarkan pengambilan pekerja asing baharu pada 15 Februari 2022. Kerajaan juga telah memperkenalkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing pada 17 Januari 2023 hingga 18 Mac 2023 bagi menyegerakan kelulusan untuk sektor-sektor yang mempunyai tahap kebergantungan tinggi kepada pekerja asing. Antaranya seperti sektor pembinaan, perkilangan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan.
Sehingga 18 Mac 2023, sebanyak 1,136,022 kuota penggajian pekerja asing telah diluluskan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 359,989 kuota yang melibatkan 2,449 majikan atau 31.68 peratus daripada keseluruhan kuota yang diluluskan adalah bagi sektor pembinaan. Unjuran keperluan pekerja asing bagi sektor pembinaan oleh agensi kawal selia semasa pelaksanaan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing adalah sebanyak 301,000. Dalam hal ini, sehingga 9 Oktober 2023 data kemasukan pekerja asing bagi sektor pembinaan yang diperolehi daripada Kementerian Dalam Negeri adalah seramai 222,230 orang.
Untuk makluman Dewan yang mulia, peranan Kementerian Sumber Manusia dalam proses penggajian pekerja asing ini adalah dari aspek menerima permohonan, memproses permohonan dan kelulusan kuota. Manakala aspek kemasukan pekerja asing adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri. Pihak majikan hendaklah membuat persediaan dan mengambil langkah proaktif dalam mematuhi segala syarat supaya pengeluaran visa dengan rujukan dapat disegerakan. Majikan yang telah menerima surat kelulusan bersyarat dan telah membayar levi diberi tempoh 18 bulan untuk membawa masuk pekerja asing. Oleh itu, pihak majikan hendaklah merancang dengan baik kemasukan pekerja asing sesuai dengan keperluan projek-projek yang dilaksanakan.
Bagi sektor pembinaan, kebanyakan majikan melaksanakan urusan pengambilan kemasukan pekerja asing binaan dari negara sumber secara berperingkat mengikut kemajuan projek di tapak bina. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan tadi.
Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, jumlah pekerja asing yang diperlukan oleh industri pembinaan sekarang berdasarkan unjuran projek-projek mega yang akan dijalankan dan juga berdasarkan bajet pada tahun hadapan dianggarkan lebih kurang 200,000 jumlah pekerja asing binaan diperlukan oleh negara kita.
Saya ingin bertanya lanjut kepada Yang Berhormat Menteri, apakah langkah- langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan proses kelulusan permohonan permit pekerja asing binaan atau PAB ini dapat diluluskan dengan lebih cepat lagi untuk mengelakkan kekurangan pekerja asing dalam industri pembinaan dan menyebabkan projek-projek pembinaan mungkin tergendala?
Dan soalan kedua saya, bukan soalanlah berupa satu cadangan kepada pihak kementerian. Untuk pekerja asing binaan dalam industri pembinaan sahaja, bolehkah kementerian memberi kelulusan kepada CLAB iaitu sebuah anak syarikat CIDB untuk mengurus kemasukan pekerja asing binaan ini? Supaya latihan, penguatkuasaan, pemantauan, penjejakan, pengesanan, tracking-lah pekerja-pekerja asing binaan ini daripada satu projek ke satu projek yang lain dapat dijalankan dengan lebih berkesan lagi.
Jadi kita tidak adalah ketirisan dari segi kehilangan pekerja-pekerja setelah mereka terlibat dalam bidang pembinaan. Itu satu cadangan saya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih soalan tambahan Yang Berhormat Tanjong Manis. Seperti yang saya sebut tadi, mengikut unjuran yang telah dibuat pada awal tahun ini sebanyak 301,000 yang diperlukan. Jadi, angka 200,000 yang disebut tadi itu mungkin angka yang agak baharu kita fikirkan bersama bagaimana kita dapat menyelesaikan masalah 200,000 ini.
Seperti yang saya sedia maklumkan tadi bahawa antara peranan pentingnya Kementerian Sumber adalah memastikan kemasukan, permohonan kuota, proses permohonan dan Kementerian Dalam Negeri akan mengurus kemasukan pekerja-pekerja asing. Dan kita minta supaya majikan-majikan supaya dapat memastikan bahawa pekerja asing yang di bawa masuk itu mesti dalam tempoh 18 bulan. Kalau tidak, ia akan luput.
Jadi itu akan menjejaskan sektor pembinaan kita.
Dan berkaitan dengan cadangan daripada Tanjong Manis tentang CLAB ataupun CIDB untuk mengurus, sebenarnya polisi sudah membenarkan untuk CLAB mengurus pekerja asing yang melebihi 100 orang. Sebelum ini memang polisi juga membenarkan supaya CIDB mengurus yang kurang daripada 100 orang. Melebihi 100 orang pun dibenarkan tetapi itu sebagai suatu pilihan kepada pihak majikan.
Jadi, saya fikir Kementerian Sumber Manusia sedia berbincang dengan— bersama Kementerian Kerja Raya berhubung mekanisme yang perlu dilaksanakan tentang cadangan tersebut dan kita sentiasa terbuka untuk Kementerian Kerja Raya untuk berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia dan Menterinya ada di sini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya maklum bahawasanya kerajaan— kita tidak mahu lebih ramai pekerja asing dalam sektor pembinaan ini berterusan. Sebab itulah saya yakin dengan Menteri Kerja Raya ada maklum tentang perancangan CIDB untuk menggalakkan penggunaan teknologi IBS supaya produktiviti kita meningkat dan kurang bergantung kepada pekerja asing.
Jadi, bagaimana perancangan manpower planning antara kedua kementerian untuk memastikan kita ada bilangan pekerja asing dalam sektor bidang-bidang optimum sahaja, bukan berterusan kita mengambil pekerja asing sehingga membuatkan gaji pekerja tempatan rendah dan sebagainya? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Memang untuk makluman semua, setakat ini melalui rekod yang kita ada mengikut unjuran yang dibuat oleh Kementerian Ekonomi, kita akan pastikan bahawa hanya 15 peratus daripada pekerja asing di negara ini berbanding dengan keseluruhan tenaga kerja kita, 15 peratus.
Dan sekarang ini yang telah diumumkan semalam oleh Yang Berhormat Menteri Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Sumber Manusia, kita sudah melangkaui pekerja asing di negara ini. Ada sudah terdapat lambakan. Sekarang ini sepatutnya unjuran kita 2.4 juta tetapi sekarang ini dengan program yang kita telah buat, pelan kelonggaran.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Setakat ini sudah 2.7 juta orang pekerja asing yang terdapat di dalam negara ini secara fizikal dan ini sudah melebihi.
Jadi, memang ada satu – kita perlukan kerjasama semua untuk pastikan bahawa kita dapat melahirkan satu penggunaan teknologi baru automasi dan juga kaedah pembinaan yang baharu dan juga kita mahu melahirkan bakat-bakat tempatan kita. Sudah agak kritikal untuk kita melahirkan bakat tempatan kita supaya kita dapat memenuhi keperluan-keperluan yang diperlukan oleh industri, so itu yang terkini, okey. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan pada hari ini. Terima kasih, Yang Berhormat.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga jam 7.00 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 23 Oktober 2023”.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul sepertimana yang nyatakan oleh Menteri dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat, point of order.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tuan Yang di-Pertua. Dato’ Yang di- Pertua, Bangi. Saya hendak membangkit satu perkara Dato’ Yang di-Pertua jika dibenarkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Bangi berkaitan dengan peraturan kah apa kah ni?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Berkaitan dengan aturan 36(12)...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
36(12).
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
...Berkenaan dengan satu usul yang telah saya failkan semalam. Usul tersebut adalah untuk merujuk Yang Berhormat Pengkalan Chepa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana ungkapan yang telah dikatakan oleh YB Pengkalan Chepa bahawa DAP itu adalah kafir.
Saya sedar bahawa YB Pengkalan Chepa...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
To the point, ya...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya, jadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tak payahlah membahaskan benda tu.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
...Saya dah failkan usul, saya dah failkan usul. Usul ini saya failkan kerana pada saya ungkapan ini menghina mahkamah– maaf, menghina Dewan ini, mahkamah pula. Menghina Dewan ini dan saya percaya kita sebagai Ahli-ahli Dewan harus meletakkan satu noktah kepada ungkapan-ungkapan seperti ini, apatah lagi apabila dia ditujukan juga kepada saya sebagai Ahli Parlimen yang beragama Islam.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ini mislead, bila saya tuju kepada Bangi? Jangan cuba hendak mislead Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, baik.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tidak ada misleading di sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bangun 36(12) tetapi menggunakan– melanggar peraturan yang sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik-baik.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Jadi, saya dah failkan usul, saya hendak tahu apakah status usul saya.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya sebut dan Speaker sebut semalam, Mufti Pahang kata DAP...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Beberapa Ahli
[Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat yang lain itu, tolong. Saya sedang berinteraksi dengan Bangi. Saya tak– akan pastikan saya rekod amaran-amaran saya. Jadi, jangan kita ganggukan, biar benda itu, flow itu elok dan perjalanan Dewan elok, okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Bangi ada apa lagi, itu sahaja?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Jadi, saya hendak tahu status dan saya juga ada menulis surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Yang di-Pertua memohon satu petua daripada Yang di-Pertua berkenaan dengan satu ungkapan yang dikeluarkan oleh YB Pendang terhadap YB Kota Melaka yang memanggil YB Kota Melaka sebagai Zionis. Jadi saya– yang itu saya nak mohon petua daripada Yang di-Pertua. Jadi, saya pun nak tahu tentang status surat saya itu, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat Bangi. Saya baru dapat nota daripada Setiausaha Dewan, kedua-dua isu tersebut dalam pertimbangan Tan Sri Yang di-Pertua Dewan. Saya percaya– saya dalam desas-desus pun tadi benda ini akan dipercepatkan, insya-Allah.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Okey Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Standing order.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Standing order, Tan Sri Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Machang dulu, standing order mana pula.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
18(1) dan (2).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar. 18(1) dan (2)
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Usul tergempar Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Machang, nukilkan.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ya, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya telah menghantar semalam usul tergempar berhubung dengan krisis yang semakin meruncing di Gaza. Dewan ini tidak sempat membincangkan tentang pelanggaran, pencabulan hak asasi manusia dan jenayah perang yang dilakukan oleh Israel bila mereka mengebom Hospital Al-Ahli Kristian yang duduki oleh ramai orang tidak bersalah.
Jadi, dalam usul ini Tuan Yang di-Pertua, saya menyeru Dewan mengizinkan perbahasan iaitu membincangkan supaya kita boleh mendesak Kerajaan Malaysia mengusulkan tindakan ke dalam Majlis Keselamatan PBB untuk mengheret Benjamin Netanyahu dan Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Pada masa yang sama, mereka telah melanggar Geneva Konvensyen. Jadi, perkara ini tidak akan berhenti Tuan Yang di-Pertua kalau mana tidak ada desakan daripada Parlimen-parlimen satu dunia. Spain sudah buat, Columbia sudah buat, Ireland sudah buat, kita mahukan Malaysia juga melakukan langkah pertama memastikan Israel ini dibenamkan kerana jenayah perang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Arau, nanti dulu.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua, saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bagi saya selesaikan satu-satu, kalau tidak jadi pasar borong. Sebentar ya. Okey, Yang Berhormat Machang, saya baru mendapat pemakluman usul Yang Berhormat Machang mengenai resolusi Majlis Keselamatan PBB ke atas Israel yang diterima oleh Tan Sri Speaker pada 18 Oktober jam 4.25 petang semalam kan?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, nota di sini memaklumkan usul Yang Berhormat dalam pertimbangan juga oleh Tan Sri Speaker.
Baik?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Okey.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Harap diterima Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Insya-Allah.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Insya-Allah, terima kasih, demi Palestin.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya percaya pertimbangan Tan Sri adalah yang terbaik.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, tadi ada dua – nanti dulu, bagi Arau, dia bangun dulu, saya perasan tadi. Yang Berhormat Arau apa dia? Peraturan saya layan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Peraturan 18(1) Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
16?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya telah- ha?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Berapa?
Peraturan berapa?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
18(1) dan (2).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Okey, baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat tahu, Yang Berhormat tanya, saya tahu, tak apa. Terima kasih. Saya hantar usul semalam iaitu mencadangkan tentang keperluan Malaysia menghantar pasukan pengaman ke Palestin.
Jadi, saya belum dapat jawapan, apa– benda ini mudah sahaja, sekarang ini sudah menjadi perbincangan umum supaya kalau tidak boleh dibawa sini, dibawa ke Kamar Khas. Sebab, benda ini makin serius dan hari ini saya akan hantar lagi satu usul berhubung dengan negara jiran yang menyokong Israel. Jadi, apakah tindakan Malaysia kepada negara yang menyokong Israel dalam keadaan Israel sedang membunuh rakyat Palestin dengan begitu kejam Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik Yang Berhormat Arau. Nota yang saya terima juga bersekali dengan Yang Berhormat Machang tadi. Yang di-Pertua telah menerima usul oleh Yang Berhormat Arau pada 18 Oktober, jam 5.28 petang dan benda itu pun dalam pertimbangan Tan Sri dan saya percaya kedua- dua usul ini akan diselesaikan secepatnya. Baik, telah diambil maklum oleh pihak Dewan.
Okey, Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kan cantik satu persatu, taklah carca merja.
[Tepuk] Cubalah Yang Berhormat semua kan...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ikut arahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya dua tiga hari ini saya tengok kadang, terasa ya Allah apa nak jadi Dewan kita ini.
[Disampuk] Cuba– this is the best. Okey, baik kita balik kepada aturan mesyuarat, okey silakan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Dato’ Yang di-Pertua, saya pun baru balik daripada IJN, check takutlah dua tiga hari ini panas semacam.
[Ketawa] Jadi ini saya hendak sebut baliklah apa yang disebut dalam 36(6) yang disebut oleh Bangi itu. Dia kata saya telah...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat nak bangkit– nanti dulu. Saya hendak rekod Yang Berhormat nak bangkit ini peraturan nombor berapa?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
36(6), saya sebut 36(6).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Saya suka sebenarnya kenapa? Benda itu ada kaitan ya. Baik 36(6), silakan Yang Berhormat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Bila disebut Bangi tadi, saya telah menuduh Kota Melaka Zionis. Saya tak kata begitu, bahasa Malaysia ini dia sangat seni.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya mengatakan ‘Jangan jadi seperti Zionis’ maknanya kita menasihat, memperingatkan– kalau tak buat, tak apalah, bukan jadi lagi, itulah persoalan saya yang saya sebut. Jangan jadi– ayat saya boleh tengok dalam Hansard.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Jadi, bila hari ini disebut kata, saya kata tuduh Kota Melaka Zionis. Itu satu tuduhan. Saya menasihat supaya kalau kamu tidak buat kelaku macam Zionis sehingga hospital pun kamu bunuh, orang yang sedang sakit, ratusan orang itu perangai Yahudi, perangai Zionis. Jadi, kalau kamu tidak buat macam itu, tidak perlulah nak terasa.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Baik Yang Berhormat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ini yang saya bangkit. Tidak mahulah dituduh saya kata Zionis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, baik.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tetapi kalau rasa Zionis, saya hendak buat macam mana?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Kalau dia rasa dia macam Zionis – [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk. Duduk. Yang Berhormat, duduk. Duduk. Yang Berhormat, duduk. Saya dah beri ruang. Jadi, Yang Berhormat cut short lah.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey, okey, baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Apa Yang Berhormat Bangi telah membangkitkan. Dia telah membangkitkan usul, sudah submitted usul.
Yang Berhormat saya beri ruang kerana membangkitkan peraturan 36(6). Jadi, apa Yang Berhormat bercakap itu telah diambil maklum. Sebelum ini pun, semalam saya tengok juga dalam itu Yang Berhormat cuba jelaskan dalam kekecohan Dewan itu. Okey.
Yang akan memutuskan ini adalah Speaker dan sebagai panduan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain, bila membangkitkan peraturan 36(6) itu, tolonglah sebut bahagian mana. Kerana kalau tidak, kalau tak tahulah yang Timbalan Speaker atau
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Speaker yang memutuskan. Saya akan tekankan perkara itu sahaja. Kalau tidak ada, saya buang sahaja.
Ambil maklum, ya. Okey, faham Yang Berhormat? Benda itu dalam pertimbangan Yang Berhormat Speaker.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat Speaker.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat
Speaker. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar. Yang Maran bangun dahulu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Alright
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
PM, Peraturan Mesyuarat, saya layan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih. Saya setuju apa yang disebut oleh Tuan Speaker. Cuma, kadang-kadang kita merasa kecewa apa yang berlaku dalam Dewan ini. Sehingga kadang-kadang kita lihat Ahli-ahli Parlimen tidak hormat pada Speaker yang ada di hadapan. Speaker suruh duduk, tidak duduk. Suruh keluar, tidak keluar. Jadi, ini memalukan kita. Bukan memalukan yang lain. Yang bertekak- tekak ini lantaklah Yang Berhormat Speaker. Tetapi, kita yang ada disiplin ini malu kita.
Sebab itu saya minta Speaker, Timbalan Speaker, tegas! Keluar, keluarkan. Panggil Bentara keluarkan.
[Tepuk] Terima kasih Speaker. Sebab itu saya malas bertengkar sebab kita hendak – rakyat lihat kita bahawa inilah pimpinan di negara kita yang cukup berhemah, perjuangkan untuk rakyat bukan untuk peribadi sendiri. Bukan dendam mendendam. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Kalau nawaitu saya, bagi sayalah memang itu yang saya hendak. Fasal apa yang berlaku di dalam ini sampai budak-budak pun bertanya. “Oh macam itu”. “YB ini dahsyat”. YB - I mean, yang penting utamanya kita perbincangkan kepentingan rakyat.
Bukan kepentingan individu atas kelompok, ya.
Okey, baik. Saya ambil maklum itu. Saya dalam mesyuarat dengan Yang Berhormat Speaker, saya akan pertekankan itu. Hanya tindak tanduk berkaitan terpulanglah pada tindak tanduk Speaker.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
36(12).
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Oh, banyak betullah pagi ini. Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Peraturan Mesyuaran 36(12).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
36?
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tadi - saya kena baca ke Speaker? Ke Speaker dah hafal?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sila. Tetapi, untuk makluman ya, ini last ya. Fasal saya terpaksa balik kepada aturan mesyuarat. Masa - nanti dahulu. Bagi selesai Pengkalan Chepa dahulu.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat Speaker, masa saya bangkitkan peraturan ini, saya tidak mahu ada gangguan. Kalau dak nanti dia tidak faham. Macam yang berlaku beberapa hari lepas.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat Speaker, saya ingat semalam Yang Berhormat Timbalan Speaker sudah buat ruling tentang keseluruhan perkara tersebut. Jadi, saya ingat benda itu habis di situ. Kalau hendak ungkitkan balik, saya pun ada benda yang hendak diungkitkan balik. Tetapi, – diam! Saya fokuskan kepada apa yang disebut oleh Bangi tadi.
Dia kata, saya kata kepada dia “kafir”.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, kalau hendak bangkitkan isu yang telah diputuskan, 43 itu nyata.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tak. Ini, ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya tidak benarkan Yang Berhormat nak bangkitkan perkara itu lagi.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tidak, bukan ini intro. Yang saya hendak bangkitkan baharu tadi. 36(12) bukan 43.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tidak, maksud saya remedi dia. Ubat dia kepada itu 43.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yes. Faham, Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Jadi, kalau hendak isu yang sama juga Yang Berhormat Pengkalan Chepa, duduk.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tidak. Saya hendak jelaskan. Tadi, dia mengelirukan Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, saya sudah putuskan duduk. Duduk, Yang Berhormat Arau.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tadi dia kata saya kata ke dia kafir.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, saya sudah putuskan, duduk. Kalau tidak...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ruling dia, ruling Speaker kepada apa yang baharu disebut oleh Bangi tadi apa?
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Maran baru cakap...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya tidak ada ruling pun. Saya tidak membuat ruling pun pada Bangi.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tidak, bila ada peraturan mesyuarat, Speaker kena ada ruling.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, bila...
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Maran baru sebut, Maran. Saya setuju dengan Maran tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bila sesuatu isu itu yang Speaker boleh memutuskan on the spot atau memilihkan untuk menjawab secara bertulis atau di dalam Dewan. Jika Yang Berhormat Pengkalan Chepa hendak pusing- pusing balik cerita yang sama, saya tidak benarkan. Buat usul.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Okey, Speaker satu lagi.
Dalam...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ada kaitan dengan peraturan?
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tidak. Rentetan daripada apa yang berbangkit ini. Speaker ada buat satu ruling sewaktu perdebatan hangat dua hari lepas. Untuk saya menarik balik dakwaan saya bahawa...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya dan benda itu sudah di record.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tetapi tidak termasuk di dalam ruling semalam. Saya tengok ada satu loophole dekat situ.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat. Jika ada Yang Berhormat tidak puas hati atau hendak memanggilkan, kita ada peraturan. Bangkitkan secara usul ataupun...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya sudah menghantar satu surat kepada Yang Berhormat Speaker merujuk kepada apa yang saya hendak sebut kalau saya tidak ada ruang di sini. Jadi, saya hendak tahu apa ruling yang terbaharu?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ruling saya, saya telah putuskan pada hari berkenaan. Dan Yang Berhormat pun sudah tarik benda itu. Jika ada yang tidak puas hati, kita masih ada peraturan-peraturan sebagaimana dalam aturan peraturan mesyuarat. Laksanakan. Baik.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih, Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato Ramli bin Dato Mohd Nor
Baik.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Semalam cara Speaker buat ruling itu saya nampak kalau apa pun bertukar kerajaan selepas daripada ini, Speaker memang kekal sebagai Speaker lah*.
[Tepuk] [Ketawa]*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, ini semua Allah Taala punya kerja.
[Dewan riuh, ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya hanya akan melaksanakan tugas saya seadil-adilnya. Saya duduk sini, saya sudah bercakap. Jelutong pun cakap.
Bendera ke apa mata saya sudah jadi hitam. Itu sahaja yang saya nampak. Saya tidak nampak hijau, saya tidak nampak biru, saya tidak nampak merah. Saya laksanakan sebaik mungkin. Baik. Yang Berhormat, last. Last ya. Tolong. Saya hendak teruskan aturan mesyuarat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Satu ja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Peraturan saya layan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebab Yang Berhormat berjanji nak keluar ruling hari ini. Saya ingin bertanya iaitu 35(1). Yang Berhormat kata akan bagitahu.
Saya kata, “Apa dia peranti yang tidak dibenarkan disebut dalam Dewan?” [Ketawa] Jadi, Yang Berhormat, sekarang ini saya rasa macam saya terkena. Saya mungkin dua, tiga orang terkena. Dan kenapakah digunakan peraturan 35(1) yang tidak ada kena mengena dengan peranti? Kalau Yang Berhormat kata orang tidak pandang Yang Berhormat. Orang yang dok baca itu tidak pandang Yang Berhormat. Saya tidak pernah baca. Saya tengok terus.
Jadi, kenapa saya mendapat hukuman tidak boleh menyiarkan terus ucapan saya melalui TikTok dan juga lain-lain itu? Sekarang ini Yang Berhormat, kena kata peranti itu apa dia? Saya hendak tahu.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Speaker, Arau ini sudah gaharu kata cendana, sudah tahu bertanya pula.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
[ketawa] Semua peranti tidak boleh!
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Mengadu pula.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini datang daripada mana?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak tahu ini. Datang... [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tolong Yang Berhormat Arau, ya. Tolong Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Arau, isu Yang Berhormat Arau ini dah semalam dah bangkitkan dan benda itu telah diusulkan pada Yang di-Pertua. Yang di-Pertua telah membuat keputusan kalau tidak silap saya. Kalau tidak puas hati, bangkitkan usul baharu, ya? Tolong.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Usul baharu semua dibuat. Saya ingin bertanya apa itu peranti? Kalau tidak Parlimen sudah menjadi seperti Menteri Komunikasi. Bagi tahu amaran polis akan datang. Ini pula – ini negara demokrasi. Perkara 10 Perlembagaan. Kita sendiri yang melanggar Perkara 10 Perlembagaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sekarang bukan sahaja tidak boleh ini. Sekarang ini disekat tidak boleh buat TikTok.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sudah. Sudah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Itu hantu TikTok tu.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Tuan Speaker, peraturan tetap Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sudah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Duduk. Cukup, cukup.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Peraturan tetap Speaker. Ampang.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Minta Tuan di-Pertua, supaya apa yang peranti yang dimaksudkan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau tidak bagi pun jangan pakai 35(1). 35(1) tidak sesuai dipakai untuk menghalang orang bawa masuk peranti. Ini tidak betul! Sebab alasannya tidak pandang Speaker. Tak kan – alamak, apa dia peranti pun...
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Yang Berhormat Speaker, saya mohon peraturan tetap. Ada kena mengena itu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, perkataan ‘peranti’...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk. Duduk, Yang Berhormat Arau. Duduk. Okey, saya sudah kata last. Last. Baik, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat tekan.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Ampang, saya nak bangkit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat tekan, Yang Berhormat Ampang saya sudah kata tadi last, lepas ini siapa bangun saya bagi amaran. Saya lebih baik daripada referee dekat padang bola. Dia bagi dua amaran, saya bagi tiga amaran, saya akan buang, baik.
[Tepuk]
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Speaker, saya nak hanya minta petua aja...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
...minta petua tentang peraturan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya dah katakan last, saya nak teruskan kepada Aturan Mesyuarat, baik. *Ya Allah.
[Ketawa]*
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2024 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari sembilan puluh dua bilion ringgit
(RM92,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2024, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau
(“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 34 Tahun 2023, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [18 Oktober 2023]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kita meneruskan agenda perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan. Di sini saya ada senarai nama sebanyak 36 orang. Walau bagaimanapun, saya akan baca sampai ke nombor 26. Masa diberi 15 minit untuk seorang pembahas.
Saya akan baca dahulu – Yang Berhormat Bakri standby ya. Saya akan baca dahulu. Mereka yang akan berbahas, bermula dengan Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Lubuk Antu, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Kudat, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Kubang Pasu.
Kita mulakan perbahasan untuk kali pada sesi ini pada hari ini Yang Berhormat Bakri silakan.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Tuan Yang di- Pertua. Pertama sekali, saya ingat ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah berjaya membentangkan Belanjawan tahun 2024 yang bertemakan Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat.
Yang Berhormat Dato’ Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya lihat tadi sebelum perbahasan, kita telah banyak membazir masa selama 20 minit. Sebaiknya masa itu diperuntukkan untuk perbahasan. Alangkah baiknya banyak lagi isu dan banyak lagi Ahli- ahli Yang Berhormat boleh mengambil bahagian dan ada ruang yang lebih banyak untuk memperbahaskan isu-isu yang penting dalam Dewan yang mulia ini.
Bagaimanapun saya harap lagi Ahli-ahli Yang Berhormat dapatlah berhemah dan sentiasa mengikut arahan daripada Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Dato’ Yang di- Pertua, saya ingin membangkitkan beberapa isu berkenaan dengan Hospital Pakar Sultanah Fatimah ataupun dikenali sebagai Hospital Muar.
Saya harap saya ada peluang untuk habiskan isu-isu yang saya bangkitkan, walaupun ada isu-isu yang telah beberapa kali dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini.
Tapi nampaknya isu itu belum dapat perhatian secukupnya daripada pihak kementerian dan isu itu - isu-isu yang saya sebut nanti masih lagi berlaku dan masih lagi menghantui pelawat-pelawat ke hospital dan pengguna-pengguna hospital.
Yang pertama Yang Berhormat Dato’ Tuan Yang di-Pertua, isu ketidakcukupan tempat letak kereta di Hospital Muar. Ianya bukan sahaja menimbulkan ketidakselesaan orang awam, malah telah menimbulkan kemarahan di kalangan orang Muar.
Bayangkanlah Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya sendiri apabila saya buat lawatan ke Hospital Muar, saya perlu berpusing-pusing banyak kali sampai kadang-kadang sampai satu jam 30 minit sekurang-kurangnya untuk hanya untuk mencari satu tempat parkir, tempat untuk meletak kereta sahaja.
Jadi ini merupakan satu, saya rasa satu perkara yang sangat-sangat membuang masa pengunjung hospital. Isu ini telah saya bangkitkan banyak kali dalam Dewan yang mulia ini walaupun hanya dalam tempoh kurang daripada setahun saya dipilih sebagai Ahli Parlimen.
Namun isu itu tidak selesai lagi dan tiada respons, tiada apa-apa respons positif daripada pihak kementerian. Saya lihat, di sini saya lihat ada satu contoh yang baik ataupun inisiatif yang baik yang telah dijalankan atau dibuat di Hospital Selayang, di mana adanya menara parkir untuk meletakkan pada satu kali, enam kereta secara horizon, secara vertical ya, secara vertical. Maknanya dengan - saya lihat dan saya cari statistik itu, di Hospital Selayang ya sistem parking itu sekarang ini ada lima menara dan minta maaf, satu menara itu 12, 12 kenderaan. Maka sekali satu ruang yang sama sekarang ini boleh menampung lebih kurang 60 kenderaan pada masa yang sama.
Maka saya lihat sekiranya perkara ini telah berjaya ataupun apakah penilaian daripada pelaksanaan dasar ini ataupun inisiatif ini. Adakah ia nya sesuai untuk diperluaskan ke hospital-hospital lain seperti di Muar? Sekiranya tidak sesuai ya, tidak sesuai pada waktu sekarang ataupun ada lagi kajian-kajian lain ataupun inisiatif-inisiatif lain yang perlu diambil kira ataupun dipertimbangkan buat masa sekarang, apakah usaha pihak kementerian untuk menangani isu kekurangan tempat letak kereta di Hospital Muar.
Sebenarnya saya telah banyak kali berbincang dengan Menteri berkenaan isu ini dan saya telah cadangkan kepada Menteri supaya pihak KKM mengambil kira cadangan saya luangkan ataupun kosongkan tempat letak kereta yang khas untuk kakitangan hospital supaya ruang-ruang tersebut dibuka untuk orang awam.
Kakitangan-kakitangan hospital boleh meletakkan kenderaan mereka di satu tempat lain yang berdekatan dengan hospital dan disediakan perkhidmatan shuttle bus supaya mereka boleh pergi bekerja dengan lebih efisien. Isu ataupun cadangan ini saya buat disebabkan kakitangan hospital mereka meletakkan kereta mereka di ruang letak kereta untuk satu tempoh yang panjang.
Ianya adalah satu pembaziran sekiranya ruang tersebut di-occupied dengan izin di occupied untuk masa yang panjang padahal ruang tersebut boleh digunakan oleh orang awam yang biasanya tidak lebih daripada dua jam. Secara tidak langsung kita boleh
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
menggunakan empat kali ruang yang sama sekiranya ruang tersebut dibuka untuk orang awam supaya mereka meletakkan kenderaan mereka. Ini pada jangka pendek dapat mengurangkan rintihan ataupun rungutan orang awam apabila mereka tidak dapat menjumpai ruang ataupun satu tempat letak kereta di Hospital Muar.
Apa yang berlaku sekarang ada juga ruang-ruang yang kosong tetapi dikhaskan untuk kakitangan hospital. Maka orang awam akan buat aduan ataupun akan bising sebab ada tempat letak kereta tetapi tidak boleh dimanfaatkan. Maka sekali lagi saya dalam Dewan yang mulia ini. Saya berharap pihak kementerian mengambil kira mempertimbangkan cadangan saya ini supaya merangka satu penyelesaian jangka pendek untuk menangani isu ini. Isu yang kedua Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Bakri, Bakri boleh.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Sila.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Saya dapat satu berita berkenaan dengan parking mekanikal di Hospital Selayang. So apakah itu satu cadangan yang bersesuaian dengan Hospital Muar.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Itu sebenarnya tadi saya ada sebut, sekiranya cara itu sesuai dilaksanakan atau diperluaskan di hospital-hospital lain. Kita perlu segerakanlah pelaksanaan apa itu inisiatif ini lah.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang kedua Yang Berhormat Dato’ Speaker. Di Hospital Muar, kami memerlukan 10, sekurang-kurangnya 10 buah ambulan tetapi untuk satu tempoh yang begitu lama, Hospital Muar tinggal hanya lima buah ambulans. Lima buah ambulan ini ada dua buah ambulan yang bukan sahaja ambulan-ambulan ini membawa pesakit ke ICU tetapi ambulan itu sendiri sentiasa masuk ICU.
[Ketawa] Maknanya, terpaksa hantar ke bengkel atau workshop dengan begitu kerap sekali. Dengan kata lain, hanya tiga buah ambulan sahaja yang boleh beroperasi secara normal dan saya dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa sebenarnya isu ini, masalah ini telah dilaporkan untuk perhatian pihak kementerian.
Jadi, apakah langkah-langkah ataupun tindakan yang telah diambil untuk menangani isu ini? Memandangkan isu ini sebenarnya dah berlaku dah kian lama tapi sampai hari ini isu ini belum selesai. Maka apakah yang telah berlaku? Apakah masalah sebenarnya dari segi delivery system kita dengan izin, Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Kita perlu faham bahawa Hospital Muar ini dia bukan sahaja, bukan sahaja perlu menampung keperluan di sekitar Daerah Muar tetapi Hospital Muar ini juga merupakan satu hospital kluster yang perlu merawat pesakit-pesakit dari daerah-daerah lain di Johor Utara.
Jadi, penggunaan ataupun permintaan kepada ambulan ini sebenarnya sangat tinggi. Itu sebab perlukan sekurang-kurang 10 unit ambulan tapi sekarang hanya tinggal tiga unit yang boleh beroperasi secara normal. Maknanya telah menyusut sebanyak 70 peratus, 70 persen kapasitinya. Jadi, apakah usaha pihak, pihak kementerian untuk kita menambah baik ataupun keadaan kekurangan ambulan di Hospital Muar ini?
Dan isu yang ketiga Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya nak tanya Dewan yang mulia ini, perancangan kita dibuat berdasarkan keperluan ataupun berdasarkan siapa Menteri? Saya bagi satu contoh, di Hospital Muar, pada 20 tahun lalu telah dirancangkan dan pelan, saya dimaklumkan pelan bangunan pun telah siap dilakar iaitu sebuah bangunan pakar di Hospital Muar sempena penaiktarafan Hospital Muar kepada Hospital Pakar. Itu yang datang namanya Hospital Pakar Sultanah Fatimah.
Tetapi selepas dekat 20 tahun sampai ke hari ini, tak nampak pun bayang bangunan pakar tersebut. Ada, ada ura-ura kata disebabkan tukar Menteri Kesihatan daripada sebelum ini Ahli Parlimen Bakri iaitu Yang Berbahagia Chua Jui Meng kepada Yang Berbahagia Chua Soi Lek, Datuk Chua Soi Lek yang di mana tapaknya ataupun kampungnya di Batu Pahat. Maka bangunan itu ataupun peruntukan itu telah dibawa daripada Muar, Hospital Muar di bawah kawasan Bakri dibawa ke Hospital Batu Pahat.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Saya tak ada masalah sebenarnya Yang Berhormat Dato’ Speaker. Sekiranya ada keperluan di Batu Pahat, kita buatlah di Batu Pahat tetapi rancangan yang asal, yang mana perlu sebuah bangunan pakar di Hospital Muar perlu diteruskan juga. Maka saya nak tanya kepada Kementerian Kesihatan, adakah ura-ura ini benar? Jadi sekiranya benar, maknanya perancangan kita, perancangan pembangunan di negara kita, dia bergantung sangat kepada di mana letaknya Menteri kita. Jadi rugilah. Makna, tempat yang ada keperluan itu, dia sebenarnya perlu diutamakan dan sekiranya sesuatu rancangan itu dirancang perlulah kita laksanakannya.
Jadi, saya lihat ada sesuatu kekurangan yang perlu diperhalusi oleh pentadbiran sekarang sebab sekarang ini kita adalah berada pada rejim baharu, kerajaan baharu iaitu di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun. Saya harap sesuatu pembaharuan dapat dibawa supaya bukan sahaja pentadbiran kita akan menjadi lebih lancar tetapi perancangan kita adalah untuk jangka masa pendek, minta maaf, untuk jangka masa panjang. Bukannya hanya mengikut suka hati Menteri.
Saya harap perkara-perkara ini Yang Berhormat Dato’ Speaker, perlu diambil perhatian oleh bukan sahaja Kementerian Kesihatan tetapi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri supaya semua ini, kelemahan-kelemahan ini dapat diperbetulkan.
Saya lihat Yang Berhormat Dato’ Speaker, tahun ini ada peningkatan yang begitu tinggi untuk Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu pada tahun ini tahun 2023, RM36.3 bilion diperuntukkan untuk KKM tetapi Hospital Muar nampaknya tak dapat apa-apa.
Nampaknya apa yang isu-isu yang saya telah bawa terutamanya isu tempat letak kereta tidak diselesaikan. Tapi tak apa. Tahun hadapan 2024 ada pertambahan lebih kurang RM5 bilion iaitu telah ditambahkan kepada RM41.2 bilion, satu peningkatan yang saya nampak terbesar berbanding dengan kementerian-kementerian lain.
Jadi, saya harap daripada pertambahan ini adalah peruntukan untuk menyelesaikan isu-isu yang telah saya sebut dalam ucapan saya tadi dan juga beberapa isu lain yang telah saya bangkitkan dalam perbahasan saya sebelum ini. Jadi, Yang Berhormat Dato’ Speaker...
Sampai di Melaka menggali perigi, Turun temurun menjadi kampung halaman, Menteri datang, Menteri pergi, Perancangan rapi pembangunan mampan. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Kubang Kerian.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Kubang Kerian untuk mengambil bahagian dalam persidangan dan membahaskan belanjawan pada pagi ini. Memulakan perbahasan, saya mulakan dengan pantun.
*Kalau Tuan pergi memancing, Jangan lupa membawa umpan, Walaupun ramai dah kena kencing, Perbahasan belanjawan perlu diteruskan.
[Ketawa]* Firman Allah SWT...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya “Sekiranya penduduk negara itu beriman serta bertakwa kepada Allah, tentulah kami akan membuka kepada mereka pintu-pintu pengurniaan dan yang melimpah keberkatan daripada langit dan bumi tapi mereka mendustakan rasul-rasul kami lalu kami timpakan pada mereka azab seksaan disebabkan apa yang mereka telah usahakan”.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Ayat ini jelas menunjukkan pada kita bahawa nilai ekonomi bukan hanya bergantung kepada nilai fizikal, kewangan, data dan hanya semata-mata aspek-aspek fizikal, namun soal keberkatan merupakan salah satu di antara elemen penting dalam kita berusaha mencari dan menggarap kemampuan ekonomi negara kita.
Oleh kerana itu, soal keberkatan ini mestilah diberi perhatian sama ada dalam soal pembangunan, kemanusiaan, diperuntukkan suatu dana bagi memastikan bahawa nilai-nilai manusiawi dapat diperkasakan dan diperkukuhkan. Manusia bukan hanya ada aspek fizikal, dia punya roh dan Nabi SAW menegaskan bahawa bila jiwa manusia selamat, baik, nasib baiklah seluruh anggota yang lain maka bertolak kepada situlah kita melihat bahawa aspek pembangunan kemanusiaan mestilah diberi perhatian yang agak serius.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil perhatian soal perlunya kita memperkasakan golongan kaya atau golongan maha kaya dan kita tidak blame golongan mereka.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Kalau kita lihat pada Hadis Nabi SAW, Nabi SAW menyebut, [Membaca sepotong Hadis], “Orang mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah SWT berbanding golongan yang mukmin yang lemah walaupun pada mereka ada kebaikan”. Ayat ini menunjukkan dalil ini, hadis ini menunjukkan pada kita bahawa Islam sangat menekankan soal perlunya kita menggarap kekuatan ekonomi, kekuatan kemampuan dan kekuatan nilai-nilai yang ada yang dikurnia Allah Taala kepada manusia.
Maka kerana itu kita lihat dalam hadis-hadis yang lain, Nabi sebut, [Membaca sepotong Hadis] , “Tangan yang memberi ini lebih baik daripada tangan yang meminta”. Maka nilai-nilai kemanusiaan inilah di mana golongan kaya bertanggungjawab bukan hanya dalam soal zakat bahkan juga sumbangan-sumbangan yang lain termasuk sedekah, CSR dan sebagainya.
Apa yang penting pada kita ialah bagaimana kita mengendalikan kekayaan golongan kaya supaya dapat dimanfaatkan kepada golongan-golongan yang lain yang ada dalam negara. Allah Taala menjadikan manusia tidak sama kemampuan untuk pemilikan harta dan demikian juga keilmuan dan kedudukan sebagaimana nabi-nabi pun tidak sama.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] , “Demikianlah rasul-rasul, sebahagiannya kami lebihkan berbanding sebahagian yang lain”. Maka lantaran itu, kita melihat perlunya kita memperkasakan golongan kaya ini supaya bertanggungjawab terhadap golongan-golongan miskin, golongan yang tidak berada ya, tidak hanya membolot dan memperkayakan hingga mewujudkan jurang yang tidak adil atau jurang yang sangat besar di antara golongan kaya dengan golongan miskin.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh soal Dasar Ekonomi Bumiputera, ya. Kalau kita lihat dalam pembentangan Belanjawan yang dibuat, fokus kepada pelan pembangunan ekonomi bumiputera ini tidak menjadi satu fokus yang agak spesifik yang agak khusus sebagaimana yang kita pernah laksanakan dasar polisi Dasar Ekonomi Baru dan disambut dengan Wawasan Kemakmuran Bersama.
Saya melihat perlunya satu agenda yang jelas yang tegas berhubung dengan pelan pembangunan ekonomi bumiputera supaya kita tidak hanya tinggal sebagai satu agenda yang berada dalam pelbagai kementerian tapi ia mesti menjadi agenda yang boleh diukur pencapaian, prestasi dan untuk mencapai target yang telah diletakkan. Jurang ini perlu kita atasi sebab ia akan menimbulkan suasana yang tidak harmoni dalam negara sekiranya jurang kaum yang wujud sama ada dalam ekonomi, dalam kehidupan akan tak dapat dikawal suatu masa nanti. Kita harapkan usaha-usaha ke arah itu dapat diperkasakan.
Kalau kita lihat dalam pada tahun 2022, kerajaan meluluskan peruntukan keseluruhan sebanyak 6.6 bilion untuk kemudahan pendidikan anak-anak bumiputera.
Namun bajet kali ini kita lihat hanya menyatakan agar institusi pendidikan di bawah MARA untuk menumpukan kepada latihan dan peningkatan kemahiran dalam bidang seperti ekonomi Islam, aeroangkasa dan industri kreatif. Saya ingin bertanya apakah mekanisme
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
kerajaan dalam menumpukan pelatihan dan peningkatan kemahiran seperti mana yang disebut dalam ucapan Belanjawan 2024?
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat setiap kali pembentangan Belanjawan dan pernyataan ekonomi sejak berpuluh tahun, beberapa buah negeri ini diletakkan sebagai negeri miskin. Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak. Persoalan saya, apakah mekanisme yang perlu kita buat? Setiap tahun kita hanya meletakkan mereka ini, negeri- negeri ini sebagai negeri miskin tapi tanpa peruntukan yang khusus ya, perancangan yang rapi. Maka, tentulah kita tak boleh menyelesaikan dan mengangkat, mengeluarkan negeri- negeri ini daripada negeri yang miskin.
Lantaran itu, satu peruntukan khas perlu dibuat supaya kita letakkan sasaran, tahun bila negeri-negeri ini perlu diselesaikan? Dengan kata lain bahawa pelan pembangunan di peringkat Persekutuan seumpama pembangunan wilayah yang lebih adil dapat ditegakkan. Kalau kita lihat dalam Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB), di antara aspek diberi perhatian dalam WKB ialah supaya kemakmuran bersama daripada hasil kek negara itu dapat dikecapi oleh semua rakyat. Sebagai contoh, kita ada Perjanjian Petroleum dengan negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan seumpamanya. Namun kita lihat ya, berlakunya pengabaian, pelanggaran kepada perjanjian tersebut yang menyebabkan negeri-negeri itu tidak dapat hasil sebagaimana yang sepatutnya diperolehi dalam Perjanjian Petroleum.
Maka saya lihat kerajaan banyak menggunakan tiga batu nautika sebagai asas dalam untuk menunaikan Perjanjian Petroleum. Namun apa yang jelas, waktu perjanjian dibuat, faktor ini tak ada pun masuk dalam perjanjian tersebut dan saya melihat bahawa perlunya keadilan diberikan pada negeri-negeri yang kita kategorikan sebagai negeri yang miskin ini. Tuan Yang di-Pertua, di samping aspek tersebut, saya juga ingin menyentuh soal...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kubang Kerian, minta laluan sikit.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Ya, sila.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Kubang Kerian. Berkaitan dengan negeri-negeri Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis dan sebagainya, ada satu lagi program yang telah dirancang sejak dulu yang dinamakan East Coast Economic Region (ECER) dan saya difahamkan sehingga sekarang – apakah status ECER kerana ianya merancakkan lagi pembangunan ekonomi di negeri-negeri yang terlibat? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Ya, saya setuju supaya dimasukkan dalam sebahagian pengucapan saya. Cuma saya ingin jelaskan bahawa bila pelan yang telah dibuat satu masa – ECER ini sangat baik untuk memastikan semua koridor-koridor yang ada ini dapat membangun dengan pesat dan saya harapkan jangan bila bertukar kerajaan, kita batal apa yang telah disusun, yang telah diatur sebelum ini.
Ini juga telah diutarakan oleh wakil Ahli Yang Berhormat sebelum saya tadi. Saya nak balik pada isu tentang hasil negara. Dalam pembentangan Belanjawan, kita lihat pergantungan kepada sumber-sumber sedia ada ini sangat kuat ya terutama isu-isu sumber percukaian dan sebagainya. Saya lihat bahawa negara kita punya potensi besar terhadap sumber-sumber baru yang perlu dibangunkan. Sebagai contoh, isu REE, carbon capture dan beberapa elemen-elemen lain dalam tenaga hijau dan sebagainya.
Ini sumber-sumber yang perlu digarap dan diteroka. Saya menyambut baik dan mengalu-alukan pengharaman eksport REE sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri ya. Walau bagaimanapun saya terkejut bila dalam Dewan Negeri Perak, dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak telah pun mendapat royalti sebanyak 16 juta hasil lombong NR-REE setakat Julai lalu di mana 10 kali ya REE ini telah pun dieksport ke negara China.
Saya ingin dapat penjelasan apakah dasar yang telah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan tidak dipatuhi oleh kerajaan negeri dan sekiranya benar dia berlaku, ini satu benda yang sangat malang bagi negara kita. Bila Perdana Menteri mengumumkan tidak ada lagi eksport keluar bermakna kita sepatutnya semua negeri bertanggungjawab
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
memastikan bahawa tidak ada lagi perlanggaran kepada arahan yang dibuat di peringkat Persekutuan.
Kita akui bahawa kita memiliki simpanan REE yang sangat besar, 809.6 bilion atau mencecah hampir 1 trilion hasil simpanan yang ada dalam setiap negara. Saya fikir kita mempunyai lebih kurang dalam tujuh negeri yang telah dikenal pasti mempunyai sumber REE yang sangat berpotensi besar. Persoalan saya ialah oleh kerana REE ini satu elemen yang sangat mudah untuk dihasilkan, satu Hilux, kos dia lebih - khas mendapat menjana pendapatan lebih kurang RM500,000. Satu Hilux, bayangkan dua sejuta dan dia sangat mudah untuk dikeluarkan dicuri.
Dia ada 15 elemen dalam REE ini. Apa yang penting pada kita, negara perlu menyediakan kepakaran segera supaya negeri-negeri yang punyai stok simpanan REE ini dapat manfaatkan. Tanpa kepakaran yang ada, saya bimbang ia akan diceroboh, dicuri, dibawa keluar. Sebab dia sangat mudah. Oleh kerana itu, kalau kita boleh memastikan bahawa arahan Perdana Menteri dipatuhi, di mana 15 elemen dalam REE dapat kita pecahkan, saya menjangka negara mencapai hasil yang jauh lebih besar daripada apa yang kita anggarkan sekarang. Namun, kalau sekiranya kepakaran tidak ada, maka kita akan berdepan dengan kerugian yang sangat besar bukan sahaja di peringkat negeri yang memiliki stok simpanan REE bahkan negara secara keseluruhannya.
Tuan Yang di-Pertua, di samping itu saya juga ingin menyentuh soal yang dibangkitkan dalam perbahasan sebahagian besar tentang EV di mana kerajaan telah pun menggalakkan usaha dan pagi tadi kita telah mendengar dalam sesi jawapan menteri ya di mana ada berbagai-bagai usaha yang telah dibuat. Saya ucapkan tahniah di atas usaha-usaha tersebut. Namun, kebanyakan yang dibangkitkan oleh orang ramai ialah tentang mekanisme bagi memenuhi keperluan EV tersebut dan perkara itu telah pun disentuh soal, sebagai contoh soal kemudahan charging station dan sebagainya.
Saya melihat bahawa perlunya suatu mekanisme dibuat supaya EV ini tidak hanya terbuka ya. Pertama, isu kita ialah kos yang sangat tinggi. Kenderaan yang EV ini sangat tinggi, sangat mahal yang menyebabkan sebahagian golongan yang kaya saja boleh miliki sedangkan kita beri pelepasan cukai dan sebagainya. Jadi, pelepasan cukai yang kita beri gagal dimanfaatkan kepada golongan-golongan yang kurang berkemampuan. Saya minta supaya kenderaan elektrik ini juga diambil kira soal kos supaya dia ini tidaklah hanya tertumpu pada kenderaan-kenderaan yang mahal saja.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Kedua, menjadikan beberapa tempat atau wilayah sebagai pelan jangka panjang ataupun pelan pemulihan penggunaan EV. Sebagai contoh, Pulau Langkawi, Pulau Tioman boleh kita jadikan pilot project memastikan bahawa semua charging station diadakan di semua fasiliti yang ada. Sebagai contoh, kita timbul – kita banyak menerima aduan daripada pengguna kekurangan charging station di LPT (Lebuh Raya Pantai Timur) yang menyebabkan mereka terkadang yang memiliki EV juga tak dapat manfaatkan sepenuhnya.
Saya mencadangkan supaya perkara ini diberikan perhatian serius terutamanya dalam procurement kerajaan supaya sekurang-kurangnya 30 peratus kenderaan yang dibeli oleh pihak kerajaan memastikan bahawa dia kenderaan yang EV, elektrik.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh soal perlunya suatu keutamaan diberi kepada subsidi pengangkutan awam dan program transformasi bas henti-henti bagi manfaatkan lebih ramai pengguna-pengguna sama ada di bandar atau di luar bandar.
Penggunaan pengangkutan awam secara maksimum ini dapat mengurangkan penggunaan tenaga serta pelepasan Gas Rumah Kaca (GHG) dan ia selari dengan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2023.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin menyentuh soal beberapa perkara dibangkitkan di dalam kawasan Parlimen Kubang Kerian. Isu kesesakan hospital, hampir semua berlaku di mana-mana hospital. Saya melihat bahawa isu kesesakan di Hospital Kubang Kerian ini sangat serius. Maka, perlu disediakan suatu parking bertingkat ataupun kaedah yang lebih selamat supaya kesesakan dapat kita elakkan.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Demikian juga satu jejambat baru perlu dibina di dua jalan utama bagi mengelakkan kesesakan demi keselesaan penduduk sekitar di antara di hadapan Hospital Universiti Kubang Kerian. Jalan-jalan utama yang saya maksudkan ialah Jalan Sultanah Zainab, jalan utama ke bandar Kubang Kerian daripada persimpangan Kubang Kerian ke Hospital Universiti Kubang Kerian, Jalan Tok Kenali daripada jalan Wakaf Stan ke persimpangan Binjai iaitu jalan utama yang menghubungkan Kota Bharu dan Bachok. Dan jalan-jalan ini sangat sesak pada waktu biasa, bukan waktu-waktu kritikal. Maka, saya mohon supaya pihak kerajaan dapat mengusahakan pembinaan jejambat baru bagi mengatasi kesesakan tersebut.
Akhirnya, beberapa kawasan yang libatkan banjir bertakung dan saya telah pun senaraikan kampung-kampung tersebut. Dan insya-Allah, saya secara peribadi akan menghubungi pihak-pihak kerajaan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit di kawasan tersebut.
Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Kubang Kerian. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Pekan.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertama-tama terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang dan ruang untuk saya sama-sama membahaskan usul – untuk membahaskan pembentangan Bajet 2024 ini. Ini merupakan belanjawan terbesar negara sebanyak RM393.8 bilion berlandaskan anggaran KDNK empat hingga lima peratus dan deposit fizikal pada unjuran 4.3 peratus bagi tahun 2024.
Dato’ Yang di-Pertua, salah satu masalah kita ialah dari segi kerajaan ialah menanggung kos pembiayaan setiap tahun begitu tinggi. Pekan mohon mencadangkan ke arah mengurangkan yuran pengajian institusi pengajian tinggi awam khusus untuk golongan B40 iaitu untuk memberikan fokus kepada sistem wakaf bagi membolehkan institusi-institusi pengajian tinggi awam khususnya, bagi mendapatkan pulangan dari pelaburan dana wakaf untuk membolehkan membantu membiayai kos operasi dan pembangunan universiti-universiti dan tidak bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan.
Di samping itu, yuran pengajian boleh diturunkan dan dapat dimanfaatkan oleh golongan pelajar khususnya dari golongan B40. Itu sebab baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Tambun memaklumkan bahawa pendaftaran masuk mestilah tidak melebihi RM1,500 setiap orang. Ini adalah merupakan satu konsep yang terbaik kerana ianya dilakukan di negara luar seperti contohnya untuk Harvard University, dana wakaf sebesar USD49.5 bilion manakala MIT, dananya sebesar USD24.6 bilion.
Konsep wakaf dalam skala yang lebih besar perlu dijalankan di negara ini. Oleh sebab itu, Pekan menyarankan agar pihak kerajaan boleh membantu dengan menganjurkan donation matching atau tax exemption bagi semua penderma wakaf.
Inisiatif ini akan memerlukan peruntukan kerajaan pada peringkat awal sahaja tetapi ianya akan menjimatkan wang kerajaan pada masa depan apabila pulangan dana wakaf ini bertambah dan berkembang. Secara tidak langsung, tanggungan kerajaan turut berkurangan.
Dato’ Yang di-Pertua, golongan termiskin yang telah berkeluarga yang belum memiliki rumah dan mempunyai tanggungan serta langsung tidak berkemampuan dari segi kewangan adalah kumpulan sasar yang sewajarnya diberikan keutamaan bagi memiliki perumahan rakyat.
Pembinaan rumah PPRT mestilah diteruskan sama ada bina baru atau baik pulih di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Pekan mohon mencadangkan agar kos bina baru perlu dinaikkan dari RM66,000 sekarang kepada RM80,000 seunit bagi keluasan lantai 660 kaki persegi. Sementara itu, Pekan juga mohon mencadangkan agar
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
kos baik pulih rumah perlu juga dinaikkan daripada RM15,000 kepada RM20,000 mengikut pasaran sekarang.
Bagi kawasan operasi di bawah pihak berkuasa tempatan, pembinaan rumah baru juga berjumlah RM80,000 iaitu peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hendaklah diteruskan. Usaha-usaha ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama erat dengan kerajaan negeri terutamanya dari segi penyediaan tapak atau tanah.
Mengambil contoh Kerajaan Negeri Pahang, telah berjaya memungut hasil melebihi RM1 bilion dan dapat menyalurkan peruntukan bagi pembinaan rumah rakyat Pahang sebanyak lapan unit setiap kawasan Dewan Undangan Negeri Pahang dengan kos RM75,000 setiap unit dan diberikan secara percuma.
Oleh sebab itu, kerajaan yang stabil dapat menguntungkan rakyat. Kita tidak mahu ada kerajaan yang tidak stabil yang akan mengganggu gugat kepentingan rakyat dan perjuangan untuk kita menoktahkan kemiskinan, terhalang.
Dato’ Yang di-Pertua, Pekan mengalu-alukan hasrat kerajaan bagi mewujudkan akaun KWSP fleksibel yang baru, yang akan diperkenalkan kepada pencarum. Pekan mencadangkan agar penstrukturan semula dividen KWSP untuk memberi fokus kepada pendeposit dengan baki rendah serta memberi lebih peluang bagi KWSP menjana keuntungan. Kadar dividen bagi mereka yang mempunyai baki yang rendah, akan lebih tinggi berbanding pendeposit dengan baki yang tinggi.
Untuk membantu mereka yang telah mengeluarkan wang melalui skim i-Citra sebelum ini, agar simpanan mereka dapat dipulihkan dalam masa yang lebih singkat.
Manakala golongan belia yang mula bekerja dan mula menyimpan dalam KWSP, turut menerima manfaat agar simpanan mereka boleh mencapai tahap yang mencukupi dalam masa yang lebih singkat bagi membuat pengeluaran pertama bagi membeli rumah pertama. Inisiatif ini tidak memerlukan dana tambahan kerajaan. Sebaliknya, ianya cuma melakukan penstrukturan semula struktur dividen sahaja. Namun, ianya memerlukan komitmen tinggi kerajaan bagi memastikan pelaburan yang dimiliki oleh KWSP dapat menjana pulangan pelaburan yang terbaik khususnya di dalam pelaburan-pelaburan strategiknya.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Tuan Yang di-Pertua, menyedari bahawa masyarakat Orang Asli perlu duduk sama tinggi, berdiri sama rendah maka Kerajaan Madani mementingkan kebajikan khususnya untuk masyarakat Orang Asli. Peruntukan RM333 juta diperuntukkan termasuk program keusahawanan dan penanaman semula getah atau kelapa sawit.
Usaha untuk memperkasakan masyarakat Orang Asli adalah usaha kerajaan terdahulu hingga ke hari ini bagi memastikan bahawa masyakat Orang Asli, nasib mereka dari segi sosioekonomi terbela dengan jayanya.
Pekan mohon mencadangkan perkara-perkara berikut bagi memastikan bahawa taraf sosioekonomi masyakat Orang Asli dapat dipertingkatkan bagi memberikan suntikan kemahiran tinggi bagi menghasilkan kraf tangan bermutu dan bernilai tinggi seperti anyaman mengkuang, buluh, rotan dan ukiran.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Ada mesyuarat kah? Kalau rasa penting, tolong keluar. Hormatlah orang yang berucap tu.
Teruskan Yang Berhormat.
[Tepuk]
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Ya, terima kasih. Tan Sri Yang di-Pertua, saya teruskan ini.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali - Pekan
Untuk memberi suntikan kemahiran tinggi bagi menghasilkan kraf tangan bermutu dan bernilai tinggi seperti anyaman mengkuang, buluh, rotan dan ukiran.
Apa yang kita perlukan ialah tenaga mahir ini perlu melatih dalam sesuatu kampung seorang ataupun berdua mereka yang mahir dalam bidang ini dan kita mesti memastikan bahawa produk yang dihasilkan ini betul-betul bermutu dan boleh dipasarkan di pasaran antarabangsa. Hasrat untuk mengeluarkan satu produk bagi satu kampung juga dapat kita capai.
Selain pada itu, suntikan ilmu keusahawanan untuk menjadikan masyarakat Orang Asli ini berjaya perlu juga kita usahakan. Bagi mereka-mereka yang berminat di dalam bidang keusahawanan kecil, kita kena pastikan bahawa mereka mampu berkembang dan berdaya maju. Manakala penanaman semula getah ataupun sawit yang sudah tua dan kekurangan hasil dapat kita gantikan dengan spesies pokok yang baru yang mempunyai produktiviti tinggi.
Tan Sri Yang di-Pertua, akhir kalam saya coretkan serangkap pantun.
Sorong papan tarik papan, Buah manggis buah dokong, Hujah diberi untuk tatapan, Pekan mohon menyokong.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasihlah seorang Timbalan Menteri ada seorang, satu saja, oh ada dua, ada tiga, ada Menteri.
Dari Tanah Merah pergi ke Kluang, Kereta dipandu berhati-hati, Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, Beri saya peluang, berilah saya bahas apa yang di hati. Tan Sri Yang di-Pertua, pada sesi perbahasan ini, saya akan menyentuh mengenai beberapa perkara penting merangkumi isu pertahanan dan keselamatan negara.
Tan Sri Yang di-Pertua, sebagaimana ucapan saya di Dewan yang mulia ini sejak setahun yang lepas adalah penting supaya rakyat Malaysia untuk sentiasa diingatkan mengenai perihal skandal kecurangan berkaitan pembinaan kapal littoral combat ship yang sudah diketahui oleh masyarakat umum di seluruh dunia.
Bukan sahaja kerja-kerja pembinaan kapal tempur pesisir ini sudah menjadi kerja pembinaan yang paling lama dan termahal di dunia, malah seakan wujud satu usaha terancang oleh pihak-pihak tertentu supaya rakyat Malaysia segera melupakan kecurangan yang berlaku berkaitan projek LCS ini serta memaafkan pihak-pihak yang terlibat khususnya syarikat kontraktor utama Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd.
ringkasnya BNSSB yang gagal menyiapkan kapal kita dalam tempoh kontrak sebagaimana terma yang dipersetujui.
Lebih malang lagi, syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. ini masih kekal diberikan kepercayaan oleh kerajaan pada hari ini untuk meneruskan projek pembinaan kapal LCS dengan kos tambahan berjumlah RM2.1 bilion daripada kontrak asal bernilai RM9.1 bilion iaitu pertambahan kos yang sebenarnya mampu membina sebuah lagi kapal LCS untuk TLDM. Namun peliknya, projek kapal LCS negara kita walaupun dengan pertambahan kos peruntukan yang besar, ia telah dikurangkan daripada asal enam buah kepada lima buah kapal sahaja sedangkan jumlah RM11.2 bilion keseluruhan ini mampu membina tujuh buah kapal LCS untuk TLDM.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Saya juga ingin merujuk penjelasan Yang Berhormat Menteri Pertahanan pada bulan September bulan lepas sewaktu menggulung Laporan Kajian Separuh RMKe-12 bagi perkara melibatkan MINDEF di mana beliau telah menjelaskan bahawa peningkatan kos berjumlah RM2.1 bilion ke atas projek LCS negara adalah disebabkan perubahan kerja-kerja spesifikasi bagi sistem utama yang akan dimuatkan di atas kapal-kapal ini iaitu Surface-to-Surface Missile, Decoy Launching System dan Integrated Platform Management Systems. Menurut Yang Berhormat Menteri lagi, peningkatan kos RM2.1 bilion ini tidak melibatkan kos non-recurring kerja-kerja pembinaan kapal. Oleh itu, Yang Berhormat Menteri Pertahanan – oleh itu, saya mohon Yang Berhormat Menteri Pertahanan menjelas dengan lebih terperinci apakah maksud pernyataan beliau itu.
Bukankah perolehan enam buah kapal LCS untuk TLDM yang telah dimeterai antara MINDEF dengan syarikat BNS sejak tahun 2014 lagi telah merangkumi segala keperluan persenjataan kapal canggih ini. Agak ralat bagi saya, sebuah kontrak perolehan paling canggih dan paling besar dalam sejarah negara tidak diperhalusi dengan teliti. Saya juga ingin rujuk perjanjian tambahan keempat yang dimeterai pada 24 November 2017 antara MINDEF dan syarikat BNS yang telah jelas merubah sistem persenjataan daripada MBDA kepada Kongsberg system sebagaimana yang tertulis dalam laporan PAC terkini yang dikeluarkan 9 Oktober 2023 yang lalu.
Apakah rasional perjanjian terbaru keenam yang juga perkara yang sama dengan perjanjian tambahan yang keempat dulu yang dimeterai pada tahun 2017. Kenapa hanya selepas projek kapal LCS ini gagal dijayakan oleh pihak kontraktor berdasarkan kepada garis waktu termaktub di dalam kontrak iaitu kapal LCS yang pertama patutnya siap pada bulan April 2019. MINDEF perlu menyemak semula keperluan Surface-to-Surface Missile, Decoy Launching System dan Integrated Platform Management Systems pada tahun ini 2023. Dalam perjanjian tambahan keenam iaitu empat tahun selepas syarikat gagal memenuhi garis waktu untuk menyiapkan kapal LCS yang pertama.
Sekali lagi, saya ingin bertanya apa perbezaan perjanjian tambahan keempat dengan perjanjian tambahan keenam yang menyentuh butiran yang sama? Saya sebenarnya khuatir Tan Sri Yang di-Pertua bahawa terma dan syarikat perjanjian tambahan keenam antara MINDEF dan syarikat BNS hanya tindakan licik bertujuan untuk mengaburi atau merasionalkan peruntukan tambahan berjumlah RM2.1 bilion ke atas projek kapal LCS ini dengan menggunakan alasan perubahan skop sistem persenjataan yang sepatutnya sudah selesai pada 2017 lagi.
Saya juga ingin rujuk Laporan PAC tahun 2022 yang jelas menyatakan syarikat BNS ini telah menggunakan alasan peluasan skop kerja terhadap perkara yang sama yang melibatkan Surface-to-Surface Missile, Decoy Launching System dan Integrated Platform Management Systems sebagai alasan utama. Kenapa kelewatan projek ini berlaku? Taktik peluasan skop terhadap butiran yang sama seakan seperti pisang berbuah berkali-kali. Soalan saya, apakah MINDEF telah mengenakan tindakan LAD atau ganti rugi kepada syarikat BNS yang telah gagal memenuhi komitmen menyiapkan kapal LCS kita mengikut tarikh yang ditetapkan.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Sekiranya MINDEF tidak mengenakan tindakan penalti LAD ini, malah bertindak menyokong peruntukan tambahan berjumlah 2.1 bilion kepada syarikat yang gagal, perkara ini sudah menjadi sesuatu yang di luar tabii dan sangat janggal dalam peranan MINDEF menjaga kepentingan end user, TLDM yang telah menjadi mangsa dalam penyelewengan yang begitu dahsyat ini.
Soalan lain yang harus kita tanya, apakah rasional dan logik bagi sebuah kapal canggih yang sudah dibuktikan dengan kejayaan pembinaan kapal LCS yang mengguna pakai reka bentuk Gowind yang sama dengan kita iaitu dari pemilik harta intelek Syarikat Naval Group Perancis untuk negara UAE dan negara Mesir? Di mana kedua-dua negara itu tidak memerlukan sehingga enam perjanjian tambahan untuk dimeterai bagi menyiapkan kapal-kapal LCS jenis reka bentuk yang sama dan hanya siap dalam masa
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
tiga tahun pembinaan sahaja dengan kos yang jauh lebih rendah dan lebih murah dari Malaysia.
Apakah perjanjian tambahan keempat projek LCS untuk Tentera Laut Diraja Malaysia yang telah dimeterai pada tahun 2017 tidak melihat dengan teliti aspek keperluan Surface-to-Surface Missile, Decoy Launching System dan Integrated Platform Management System ini? Atau, adakah ini hanya tindakan atau strategi untuk sekali lagi mengelirukan kerajaan bagi menguatkan alasan untuk menambah peruntukan kepada Syarikat BNS yang sudah kali gagal berkali-kali dalam memenuhi garis waktu supaya kapal LCS 1 disiapkan seawal April tahun 2019?
Saya tidak bermaksud untuk mempersoalkan keterbukaan Yang Berhormat Menteri sewaktu beliau menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 berkaitan MINDEF pada bulan lalu. Malah saya bersimpati kepada beliau kerana terpaksa menanggung beban permasalahan kegagalan legasi, kecurangan pentadbiran kerajaan yang lalu.
Namun, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihati Yang Berhormat Menteri agar beliau berhati-hati untuk menasihati Yang Berhormat Menteri agar beliau berhati-hati mendengar cadangan dan syor daripada pihak-pihak yang berkepentingan terutamanya daripada pihak kontraktor yang jelas terbukti gagal dan tidak menyiapkan kapal LCS ini sejak tahun 2019 lagi. Sudahlah kos peruntukan bertambah sebanyak 2.1 bilion dan kapal pula, kapal kita pula berkurang daripada enam kepada lima buah.
Syarikat yang sama tetap diberi kepercayaan untuk menyelesaikan masalah yang mereka sendiri cipta. Pertambahan kos peruntukan ini disandarkan ke atas alasan yang tidak rasional dan tidak masuk akal. Inilah sebenarnya strategi Syarikat BNS sejak mula lagi supaya kerajaan menambah peruntukan bagi menyelesaikan masalah wang yang sudah tiris berjumlah 1.4 bilion sebagaimana yang dilaporkan oleh laporan audit Tan Sri Ambrin Buang dan juga laporan audit forensik Syarikat Alliance IFA ke atas pelan perniagaan Syarikat BNS yang bersifat samar-samar atau dubious, dengan izin yang boleh dibaca di laman web Parlimen.
Tindakan mempercayai dan menerima bulat-bulat syor yang diberikan oleh pihak kontraktor iaitu Syarikat BNS tak ubah seperti peribahasa, “Tikus membaiki labu”.
Kerajaan sepatutnya lebih prihatin dan cenderung mendengar pandangan TLDM selaku end user untuk menyelesaikan masalah ini kerana kesan buruk kegagalan projek LCS ini telah mengakibatkan kelompangan keupayaan kombatan kepada TLDM yang serius bagi mereka menghadapi cabaran operasi kawalan keselamatan maritim Malaysia.
Hakikatnya, skandal kapal LCS ini telah menjejaskan barisan hadapan pertahanan utama Angkatan Tentera Malaysia. Tambahan lagi, kita sedang berdepan dengan cabaran keselamatan di Laut China Selatan. Namun malangnya, sehingga hari ini kita tidak cakna terhadap keperluan mendesak dan kritikal TLDM untuk membantu mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Malangnya...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Sekejap. Malangnya, kerajaan lebih memilih untuk mendengar syor dan cadangan daripada syarikat yang sudah gagal sejak tahun 2019. Lebih buruk lagi, tiada sebarang tindakan diambil ke atas penyelewengan dan salah guna kuasa yang bersifat khianat terhadap keupayaan TLDM untuk mempertahankan kedaulatan negara. Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Tanah Merah, sahabat saya. Isu LCS ini isu-isu yang telah lama dibincangkan, masih belum selesai-selesai. Dan kita telah merasa orang Terengganu kata, serabut dengar apa yang diceritakan itu ditambah pula dah gagal, tambah pula 2 bilion diberi kepada syarikat yang sama. Ini suatu sikap yang saya rasa tidak cerdik. Apa yang dilakukan ini ialah suatu yang tidak sepatutnya dan tidak sewajarnya berlaku kerana ini mempertahankan negara.
Ada konsep mengkompromi, dan juga memandang enteng terhadap pertahanan negara.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Bersetuju tak bahawa, apa yang dibuat itu adalah tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku? Terima kasih Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Saya setuju, sebab itulah saya kata, kenapa kepada syarikat yang gagal? Kita dah tahu gagal, tetapi masih kita layan cadangan mereka dan bagi lagi duit lagi tambahan. Memang bagi saya tak masuk akal dan tak logik.
Jadi, sebab itulah saya ingin bertanya kepada Kementerian Pertahanan, apakah jaminan kerajaan bahawa wang peruntukan tambahan berjumlah 2.1 bilion ini tidak ada satu sen pun akan sampai kepada Syarikat Contraves Advanced Devices Sdn. Bhd. (CAD) dan Syarikat Contraves Electrodynamics Sdn. Bhd. (CED) sama ada dalam bentuk bayaran pampasan apa jua bayaran kerja kepada dua syarikat ini di dalam penyelesaian perjanjian antarabangsa supaya mereka menarik diri sepenuhnya daripada terlibat lagi dalam pelaksanaan projek pada masa hadapan?
Atau, adakah apa-apa bentuk keperluan bayaran bagi kerja-kerja mobilisasi dan pembinaan kapal LCS pada masa hadapan kepada kedua-dua syarikat? Ini kerana CAD dan CED ini memegang hak kontrak dengan vendor-vendor ataupun pembekal syarikat antarabangsa untuk menyiapkan kapal LCS negara kita.
Suka saya ingatkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa lembaga hitam rakus bernama CAD dan CED adalah syarikat yang dicipta oleh Syarikat Boustead Naval Shipyard sendiri dan bukan orang lain. Selama ini mereka hanya bertindak sebagai orang tengah semata-mata tanpa kepakaran yang jelas dalam bidang kejuruteraan pembinaan kapal.
Saya amat khuatir sekiranya kaedah pelaksanaan yang sama dibuat dalam fasa baru pembinaan kapal LCS pada masa akan datang, tidak akan ada perubahan signifikan terhadap kemajuan pembinaan kapal LCS kita. Dan lebih buruk lagi, kerajaan terpaksa menambahkan lagi kos-kos lain dengan alasan-alasan baru, variation order (VO) yang tidak masuk akal untuk menjustifikasikan tambahan kos bagi menampung jumlah wang yang telah hilang berjumlah 1.4 bilion sebagaimana yang dilaporkan Laporan PAC 2022.
Saya juga- kita juga ingin jaminan...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tanah Merah. Tanah Merah, sikit.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Okey.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Berkaitan dengan CA, Contraves tadi, CAD, itu perkara ini saya juga telah bangkitkan sebelum ini bahawa kerajaan perlu memastikan CAD tidak ada lagi dalam gambaran pelaksanaan LCS ini. Kerana kita lihat, bagaimana markup CAD ini melibatkan ratusan juta Ringgit, kalau tidak bilion.
Satu lagi saya nak tekankan di sini bahawa saya ucapkan tahniah kepada Tanah Merah, menghabiskan hampir 15 minit untuk bercakap tentang LCS, memperjuangkan tentang LCS. Jika dahulu sahabat-sahabat kita yang sekarang ini berada di sebelah kerajaan, sewaktu di sebelah sini banyak bercakap tentang LCS. Sekarang mereka senyap, tetapi kita di sebelah pembangkang akan terus memperjuangkan supaya pelaksanaannya akan dapat memberi impak yang positif kepada rakyat. Terima kasih.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Okey, terima kasih.
Terima kasih Putrajaya. Inilah kebimbangan kita, sebab itu kita minta sahabat sana biar turut sama memperjuangkan bersama-sama kita.
Saya ingin mengajak semua Ahli Dewan yang mulia ini dan juga seluruh rakyat Malaysia untuk kita berhenti sejenak dan berfikir dan bermuhasabah diri, ke mana hala tuju sebenarnya pembangunan keupayaan TLDM yang ingin kita capai dengan seolah- olah mempermainkan kecerdasan akal fikiran kita sendiri dengan memberikan janji kosong bahawa kapal LCS akan siap pada tarikh-tarikh tertentu. Tiang gol sudah banyak kali beralih berkaitan hal-hal ini. Mula-mula kata akan siap pada April 2019, kemudian berubah kepada 2024, kemudian ubah lagi 2026. Dan terbaru dalam laporan PAC terkini yang dikeluarkan pada minggu lalu menyatakan kapal LCS kita hanya akan siap pada tahun 2029 pula. Kita perlu hentikan tindakan main-main ini dan tidak harus...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tanah Merah, sekali lagi.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Mengambil mudah terhadap permasalahan kapal LCS yang berlaku. Sudahlah mereka yang terlibat dalam skandal ini masih belum dibicarakan. Sekarang peruntukan tambahan diluluskan kepada syarikat yang sama, yang terbukti gagal dalam menjayakan program ini dengan jumlah peruntukan tambahan yang begitu banyak. Bukankah ini tindakan seperti duri dalam daging yang secara tidak langsung mensabotaj keupayaan TLDM menjaga kedaulatan negara.
Sebab itulah seperti Putrajaya kata, saya menyerulah rakan-rakan di sebelah sana untuk sama-sama memperjuang ya, memastikan mereka yang bertanggungjawab menyeleweng wang projek kapal LCS ini untuk dibawa ke muka pengadilan. Di manakah prinsip kita pada hari ini? Ke manakah hala tuju negara yang ingin kita bawa untuk kita menutup sebelah mata terhadap kecurangan ini? Ya, silakan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih. Minta maaf sekali lagi Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan isu penyiapan LCS ini daripada 2019 sehingga 2026. Apa kebimbangan saya dan bersetuju tak Tanah Merah bahawa siap sahaja LCS ini, benda itu dah tidak boleh dipakai ataupun dah tidak authentic dengan keadaan semasa. Dah obsolete. Apa pandangan Tanah Merah?
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Saya setuju.
Sebenarnya banyak kapal ini, kapal ini kalau kita pergi tengok, kapal ini dia letak di- dia tak letak atas laut. Dia letak dekat tepi. Dan bila tepi ini, bila dah lama ini dia akan berlaku macam-macam kerosakan. Karat, corrosion. Kemudian begitu juga dengan wayar yang begitu panjang, berkilo-kilo jauhnya dan wayar ini saya dah bangkitkan. Walaupun bunyi macam kelakar, saya kata wayar ini terdedah dengan apa? Kerosakan, makan kena gigit dengan tikus, ya. Ia akan menyebabkan kos akan bertambah-tambah lagi.
Sebab itulah, sebab itulah- akhir sekali Tan Sri saya nak landing dah ya. Sewaktu saya menjadi Timbalan Menteri Pertahanan yang lalu pada penggal lepas, saya telah menjawab satu soalan lisan di dalam Dewan yang mulia ini pada Oktober tahun lalu yang menyatakan bahawa kertas siasatan mengenai perkara ini sudah hampir siap. Kini, dah setahun dah, ya.
Apakah status siasatan berkenaan hal ini? Sepatutnya tindakan sudah diambil untuk mendakwa mereka yang terlibat dan bukan hanya melaporkan perkara ini masih lagi dalam siasatan. Apakah ada perkara ya, apakah ada perkara yang cuba disorokkan oleh kerajaan yang memerintah berkenaan isu LCS ini walaupun skandal projek LCS ini sudah menjadi isu penyelewengan terbesar dan terburuk dalam sejarah negara kita yang dicintai ini. Jadi, oleh sebab- okey Tan Sri, saya ada sikit saja ini. Ini poin yang kedua, saya nak move.
MITI. Saya nak sentuh tentang MITI. MITI tadi...
Tuan Yang di-Pertua
YB, YB dah 15 minit lebih pasal LCS tadi ini.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Ha, itulah. Memang sebab itu skandal lah.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi, ya.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Baiklah Tan Sri. Kalau Tan Sri tak izinkan saya berhentilah.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih Tan Sri...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua kerana memberi ruang untuk Lubok Antu turut serta dalam perbahasan peringkat dasar ke atas Belanjawan 2024 yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat pada 13 Oktober yang lalu. Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan pada hari ini di atas pembentangan Belanjawan MADANI yang kedua semenjak mengambil alih teraju pentadbiran negara.
Semoga dengan peruntukan sebanyak RM393.8 bilion di mana sebanyak RM90 bilion dikhususkan untuk tujuan pembangunan, Belanjawan 2024 kali ini dapat menjadi pemangkin kepada usaha untuk meneruskan agenda pembangunan negara dan menyejahterakan rakyat Malaysia amnya.
Besarlah harapan saya agar RM5.8 bilion yang diperuntukkan untuk tujuan pembangunan bagi tahun 2024 di Sarawak dapat disalurkan dan dimanfaatkan kepada rakyatnya kerana terutama penduduk di kawasan luar bandar dalam bentuk infrastruktur asas seperti pembinaan jalan, penyambungan bekalan air dan elektrik, pembinaan hospital dan sekolah serta pelbagai lagi kemudahan asas yang lain ke arah mengurang jurang pendapatan dan meningkatkan kualiti hidup.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mendengar dengan teliti pembentangan Belanjawan 2024 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan jelas terdapat kesungguhan dan komitmen Kerajaan Pusat dalam mengembalikan hak Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dalam pembentukan negara Malaysia seperti mana yang telah termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Antara berkenaan dengan pelantikan wakil yang dinamakan oleh Premier Sarawak ke dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri dan juga pemberian khas interim sebanyak RM300 juta di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan. Saya yakin dan percaya usaha ke arah memaknai dan menghormati semangat perjanjian asal 1963, Perjanjian Malaysia 1963 ini akan dapat dijayakan dan adanya keterbukaan dan kerjasama berterusan di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sarawak.
Tan Sri Yang di-Pertua, menyentuh mengenai hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963, di sini saya ingin membangkitkan mengenai kuasa dan hak Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dalam pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sabah, dan Sarawak Judicial Commissioner seperti mana yang digariskan di dalam dokumen IGC Report 1962 sewaktu pembentukan Malaysia. Jelas dinyatakan di dalam IGC Report 1962 di bawah Perkara 26(15)(a) berkaitan dengan judiciary, dengan izin. *There should be two methods of appointment of Judicial Commissioner:
(i) by the Yang di-Pertuan Agong on the advice of the Chief Justice of Malaysia; and
(ii) by the Head of State of North Borneo or Sarawak on the advice of the Chief Justice of the High Court* Manakala di bawah Perkara 122AB, Perlembagaan Persekutuan, pada ketika ini dinyatakan, dengan izin.
(1) For the dispatch of business of the High Court in Malaya and the High Court in Sabah and Sarawak, the Yang di-Pertuan Agong acting on the advice of the Prime Minister, after consulting the Chief Justice of the Federal Court, may by order appoint to be judicial commissioner for such period or for such purposes as may be specified in the order any person qualified for appointment as a judge of High Court. Amat jelas bahawa dokumen IGC Report 1962 dan Perlembagaan Persekutuan tidak seiring dalam soal kuasa TYT dalam pelantikan Pesuruhjaya.
Untuk makluman Tan Sri Yang di-Pertua, dari segi sejarahnya Sarawak telah mempunyai sistem kehakiman dan mahkamah tersendiri yang telah di tubuh sejak zaman pemerintahan Brooke pada tahun 1847 di Kuching dan diteruskan sehingga pemerintahan
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
British di mana kuasa pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman adalah menjadi hak kepada Gabenor Sarawak.
Akan tetapi setelah pembentukan Malaysia pada 1963, Mahkamah Tinggi Borneo menjadi sebahagian daripada Mahkamah Tinggi Malaysia setaraf dengan Mahkamah Tinggi Malaya. Mahkamah Tinggi Borneo ini kemudiannya telah ditukar kepada Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pada tahun 1994.
Oleh yang demikian, mengambil kira kepentingan Perjanjian Malaysia 1963 sebagai sebuah perjanjian bersejarah, penting yang menjadi batu asas pembentukan negara pada hari ini. Saya ingin menyarankan kepada kerajaan pada hari ini supaya kuasa pelantikan Judicial Commissioner, I mean Pesuruhjaya Kehakiman dapat dikembalikan kepada TYT Sabah dan Sarawak seperti yang dipersetujui semasa pembentukan Malaysia di dalam dokumen IGC Report 1962. Tan Sri Yang di-Pertua, isu kuasa TYT dalam pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman juga pernah dibangkitkan oleh mendiang Datuk Liew Vui Keong yang merupakan mantan Menteri Undang-undang pada ketika itu di Jawatankuasa Kabinet Khas untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963. Oleh itu, saya ingin mendapat maklumat mengenai apakah perkembangan terbaru usaha ke arah mengembalikan kuasa TYT Sabah dan Sarawak dalam soal pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.
Saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Perpaduan dapat melihat kepada keperluan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman bagi mengembalikan kuasa tersebut kepada TYT Sarawak dan Sabah selaras dengan matlamat dan hasrat kerajaan untuk mempercekap dan memperkasakan fungsi badan kehakiman dan mengembalikan hak Sabah dan Sarawak dengan berlandaskan semangat asal Perjanjian Malaysia 1963 dan IGC Report itu sendiri.
Tan Sri Yang di-Pertua, selaras dengan pemindahan kota Indonesia ke Nusantara Kalimantan, sudah tiba masanya untuk Kerajaan Malaysia menumpukan usaha yang lebih intensif bagi membangun Wilayah Sabah dan Sarawak secara menyeluruh terutamanya dari segi infrastruktur dan jaringan pengangkutan.
Di bawah Belanjawan 2024, sejumlah RM2.15 bilion diperuntukkan untuk pelbagai projek pembangunan rel dan kereta api di Malaysia yang rata-ratanya tertumpu di Semenanjung Malaysia. Alangkah eloknya sekiranya kerajaan pusat juga dapat melihat kepada pembangunan sebuah jaringan kereta api di Sarawak dan Sabah sebagai pelaburan jangka masa panjang yang bakal memberi pulangan yang amat besar kepada negara.
Ini kerana pada masa ini Kementerian Perhubungan Republik Indonesia sedang giat melaksanakan pembinaan secara berfasa laluan kereta api sepanjang 2,428 kilometer bagi menghubungkan bandar-bandar dan kawasan pelabuhan utama di sekitar wilayah Kalimantan. Melihat kepada perkembangan tersebut, Yang Amat Berhormat Premier Sarawak dan Ahli-ahli GPS yang lain juga pernah menyuarakan pembinaan jaringan Kereta Api Borneo-Trans Borneo Railway, dengan izin, kerana ia boleh menjadi pemangkin ekonomi di Sabah Sarawak malah akan merancakkan pembangunan di Wilayah Borneo.
Trans Borneo Railway merupakan jaringan rel yang berpotensi memacukan pertumbuhan ekonomi Sarawak dan Sabah dan juga bakal menjadi tunjang pengangkutan barangan dan penumpang di Borneo sekali gus mewujudkan consolidation hub selain menghubungkan bandar-bandar utama seperti mana yang telah dinyatakan oleh rakan saya Puncak Borneo semalam.
Saya difahamkan buat masa ini Kementerian Pengangkutan sedang melaksanakan kajian kebolehlaksanaan laluan kereta api Trans Borneo serta impaknya kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat. Besarlah harapan saya dan seluruh rakyat Sarawak dan Sabah agar kajian ini dapat dilaksanakan segera ke arah merealisasikan pembinaan Trans-Borneo Railway yang bakal merentas tiga sempadan iaitu Malaysia, Indonesia dan juga Brunei.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Menyentuh mengenai soal pergerakan rentas sempadan Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyambut baik juga pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2024 yang memperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk tujuan menyelenggara, membaiki serta memperoleh harta modal di pintu-pintu masuk antarabangsa seluruh negara.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Soalan saya adalah, adakah ianya merupakan sebahagian atau penambahan kepada peruntukan 1 bilion yang telah diperuntukkan untuk membangun infrastruktur asas termasuk pembinaan ICQS di kawasan sempadan Sarawak-Kalimantan yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada awal tahun ini.
Seperti yang telah saya bangkitkan, pembinaan ibu negara Republik Indonesia ke Kalimantan pastinya akan meningkatkan jumlah pelawat yang keluar masuk ke ICQ sempadan Malaysia-Indonesia di Sabah dan Sarawak. Dalam hal ini, saya berharap agar ICQ Lubok Antu juga dapat dinaiktaraf dari segi infrastruktur, kemudahan dan kelengkapan keselamatan sejajar dengan anggaran peningkatan pelawat dari kedua-dua negara.
Untuk makluman Tan Sri Yang di-Pertua, di pekan Lubok Antu menerima jumlah kemasukan pelawat dan peniaga yang tinggi dari Badau, Indonesia terutamanya pada hujung minggu. Kebanyakan daripada peniaga daripada Indonesia ini masuk ke Malaysia setiap minggu untuk menjual hasil-hasil kraf tangan di pekan Lubok Antu.
Namun demikian, saya masih menerima aduan bahawa Kompleks ICQS Lubok Antu ini tidak dilengkapi dengan kelengkapan CCTV dan juga akses kepada Internet. Bagi saya, kelengkapan seperti Internet dan CCTV ini merupakan perkara asas yang wajar dibekalkan di kesemua ICQS di kawasan sempadan negara bagi menjaga keselamatan persempadanan. Tanpa kemudahan seperti CCTV dan Internet ini pastinya amat menyukarkan Pegawai Imigresen yang bertugas di kompleks ini...
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Yang Berhormat
Tan Sri Speaker, Peraturan Mesyuarat 13(1)
“Cukup bilang bagi Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa sebuah Majlis Mesyuarat hendaklah mengandungi 26 orang Ahli tidak termasuk Pengerusi.” Saya kira kat sini kurang daripada 26 Ahli, Yang Berhormat Tan Sri?
Tuan Yang di-Pertua
Setiausaha, tolong kira jap.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Saya punya time itu tak stop tadi, Tan Sri...
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Kita short. Setiausaha, sila bunyikan loceng. Terima kasih.
[Loceng dibunyikan] [Ahli-ahli dikira – 26 Ahli hadir]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Lubok Antu, teruskan.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Tiada penambahan masa, Tan Sri? Satu minit?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, teruskan. Saya akan bagi tambahan masa.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Baik. Terima kasih, Tan Sri. Tanpa kemudahan asas seperti CCTV dan Internet ini pastinya akan menyukarkan Pegawai Imigresen yang bertugas di kompleks ini menjalankan tugas mereka dengan baik, dari segi kawalan keselamatan mahupun dalam menyelesaikan urusan kerja harian mereka.
Justeru itu, saya berharap agar Kementerian Dalam Negeri dapat melihat kepada perkara ini ke arah memperkasakan kawasan persempadanan negara.
Selain itu Tan Sri Speaker, demi memperkasakan kawalan keselamatan di kawasan Sarawak-Kalimantan, saya juga ingin mencadangkan pembinaan sebuah jajaran
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
jalan raya yang baharu di sepanjang sempadan Sarawak-Kalimantan iaitu bermula daripada Telok Melano di selatan hingga ke Lawas di utara.
Untuk makluman, Republik Indonesia telah pun memulakan pembinaan jajaran jalan di sempadan negara Indonesia-Malaysia melalui pembinaan jalan nasional Badau- Empanang terletak di kawasan Kapuas Hulu, Kalimantan Barat dengan melibatkan kos sebanyak 191 bilion Rupiah, bersamaan dengan 54 juta.
Sekiranya ia dapat direalisasikan, jajaran jalan raya di Sarawak-Kalimantan ini bukan sahaja akan memudahkan pergerakan penduduk dan barangan di kawasan pedalaman Sarawak malah ianya dapat memperkasakan lagi kerja-kerja kawalan keselamatan di sekitar sempada Malaysia-Indonesia. Oleh itu, saya memohon pembinaan jajaran jalan sempadan Sarawak-Kalimantan ini dapat diberikan pertimbangan sewajarnya supaya kita tidak terus ketinggalan berbanding Republik Indonesia yang kini dilihat amat serius dan komited dalam membangun Ibu Kota Nusantara mereka.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin menggunakan peluang ini mengucapkan tahniah kepada Dato' Mancha Ata, seorang anak jati Sarawak yang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis berkuat kuasa pada 13 November 2023. Realitinya mungkin pahit untuk didengar namun jujur saya katakan amat jarang bagi kita untuk mendengar pelantikan penjawat awam dari kalangan Bumiputera Sabah dan Sarawak untuk menjawat jawatan yang tinggi dalam perkhidmatan awam di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Setakat tahun 2022, peratusan pegawai tertinggi kerajaan di kalangan Bumiputera Sabah dan Sarawak hanya pada sekitar 11 peratus. Setakat tahun lalu, 90 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam adalah terdiri daripada Bumiputera. Daripada jumlah tersebut, hanya lima peratus masing-masing adalah dari kalangan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Jelas wujudnya ketidakseimbangan dalam komposisi Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam perkhidmatan awam. Saya berharap agar peratusan penjawat awam Bumiputera Sabah Sarawak ini dapat ditingkatkan kepada 10 dan 20 peratus di masa yang akan datang agar lebih inklusif demi menjamin pencapaian perkhidmatan yang baik kepada rakyat.
Maka, saya juga ingin mendapat perkembangan terkini daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mengenai komposisi kaum dalam perkhidmatan awam bagi tahun 2023. Berapa ramai kah pegawai Bumiputera Sabah Sarawak yang menjawat jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam Persekutuan terutama bagi pangkat JUSA C, ke atas?
Antara alasan yang sering didengar adalah lantikan ke jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam adalah berdasarkan merit. Saya ingin bertanya kepada JPA dan SPA, dari manakah ketelusan merit dinilai? Dan adakah ia dari segi kuota kenegerian, pencapaian seseorang atau faktor lain? Saya percaya ramai anak-anak Sabah dan Sarawak yang berkelayakan untuk memegang jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam ini masih lagi tidak diberi peluang untuk menggalas tugas di peringkat tertinggi.
Saya juga terkilan mendengar isu yang dibangkitkan oleh sahabat saya YB Igan mengenai masalah kekurangan guru di Sarawak seperti tiada jalan penyelesaian. Justeru itu, saya berharap agar lebih ramai anak-anak Sabah Sarawak terutama graduan yang sedang mencari pekerjaan dapat dilantik sebagai guru untuk berkhidmat di negeri mereka.
Oleh yang demikian, saya berharap agar Kerajaan Perpaduan pada hari ini dapat melihat kepada keperluan ini untuk menilai semula pelantikan perkhidmatan awam di peringkat Persekutuan agar ia tidak terlalu mengutamakan atau menyisihkan kaum atau negeri tertentu.
Tan Sri Yang di-Pertua, sekian sahaja ucapan saya pada peringkat dasar pada kali ini. Hujahan saya yang lebih spesifik akan saya utarakan pada Peringkat Jawatankuasa kelak. Oleh itu, sekian terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Lubok Antu. Saya jemput Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera. Hari ini kita kian hampir ke penghujung tahun 2023.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Melihat situasi ekonomi global, geopolitik semasa dan krisis bekalan makanan dunia, tahun 2024 tentunya akan menjadi tahun yang jauh lebih mencabar dan penuh dengan ketidaktentuan. Apatah lagi hari ini kita mencatatkan sejarah apabila nilai ringgit jatuh ke paras terendah sejak 25 tahun yang lalu...
[Tepuk] Saya baca tajuk Bloomberg hari ini yang melaporkan, “Ringgit falls to 25 years low, the worst performer in Asia after Yen, this year”. Ini bukan soal lagi kerajaan, ini bukan soal pembangkang tetapi soal cabaran untuk negara kita.
Cabaran global dan ketidaktentuan persekitaran dunia, tentunya memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara. IMF dan Bank Dunia menjangka pertumbuhan ekonomi Malaysia berada pada kadar 4.3 peratus bagi tahun 2024. Sementara itu, kerajaan menjangka ekonomi akan bertumbuh sekitar empat peratus hingga lima peratus tetapi saya quote. “Kerajaan yakin untuk mencapai pertumbuhan menghampiri lima peratus”. Di dalam Kajian Separuh Penggal atau KSP RMKe-12 yang dibentangkan pada 11 September 2023, sasaran kadar pertumbuhan tahunan terkompaun atau CAGR bagi nilai KDNK Malaysia untuk tempoh RMKe-12 2021-2025 adalah di antara lima hingga ke enam peratus. Pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2021, 2022, 2023 masing-masing adalah 3.1 peratus, 8.7 peratus dan empat peratus. Katakan kita mengambil pendekatan konservatif dengan jangkaan pertumbuhan ekonomi bagi 2024 adalah empat peratus, maka kita memerlukan pertumbuhan lebih lima peratus bagi tahun 2025 untuk memastikan sasaran pertumbuhan ekonomi sekurang-kurangnya lima peratus bagi RMKe-12 menjadi kenyataan.
Walaupun fokus pembentangan belanjawan pada hari Jumaat lalu adalah kepada langkah-langkah yang akan dilaksanakan pada tahun 2024, kesan pelaksanaan langkah tersebut tentunya tidak akan berakhir pada tahun 2024. Sebaliknya, kita tahu bahawa kesan pengganda, sama ada baik atau buruk daripada langkah Belanjawan 2024 akan berterusan untuk tahun-tahun berikutnya. Oleh yang demikian, adalah amat penting untuk langkah Belanjawan 2024 memberi gambaran jelas tentang hala tuju dasar yang ingin dibawa oleh kerajaan.
Sebarang kecelaruan dasar akan menimbulkan ketidaktentuan dalam kalangan rakyat, pemain industri, penganalisis pasaran serta peserta pasaran modal. Sebagai contoh, Dasar Gaji Progresif. Perkara ini banyak diulas oleh Yang Berhormat Menteri Ekonomi. Namun sampai ke hari ini, kita tidak jelas tentang apakah model yang akan digunakan. Awalnya ramai yang menjangka kerajaan akan menggunakan pendekatan yang mirip model gaji progresif di negara jiran Singapura. Di negara tersebut, model gaji progresif dilaksanakan secara mandatori iaitu diwajibkan untuk subsektor yang telah ditetapkan.
Namun pada 7 Ogos 2023, kerajaan menyatakan bahawa Dasar Gaji Progresif yang akan dilaksanakan adalah bersifat sukarela, berteraskan insentif dan terkait dengan produktiviti. Penjelasan ini adalah mirip kepada Productivity Linked-Wage System atau PLWS atau Sistem Gaji Terkait dengan Produktiviti yang sememangnya telah ada dan telah lama dilaksanakan secara sukarela.
Pada 24 Ogos 2023 pula, Menteri Ekonomi menyatakan, saya petik, “Perdana Menteri telah pun memberi anggaran awal tentang jumlah dana kerajaan tetapi itu akan kita umumkan dalam Belanjawan 2024 pada bulan Oktober ini. Pelaksanaan gaji progresif ini dijangka pada bulan April atau Mei. Jadi anggaran perbelanjaan itu harus dilakukan melalui belanjawan”. Ini yang disebut oleh Menteri Ekonomi pada 24 Ogos 2023.
Kemudian pada 26 September, Menteri Ekonomi menyatakan bahawa majikan akan menerima insentif tunai daripada kerajaan setelah mengemukakan dokumen
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
berkaitan sebagai bukti. Beliau berkata, saya petik. “Insentif berbentuk tunai ini penting bagi menggalakkan majikan untuk menyertai dasar ini”. Berdasarkan penjelasan ini, gambaran yang diberikan adalah majikan yang melaksanakan Dasar Gaji Progresif akan diberikan subsidi oleh kerajaan.
Jadi apabila Belanjawan 2024 dibentangkan, tidak kedengaran sepatah pun disebut tentang Dasar Gaji Progresif. Apatah lagi tentang model dan tarikh pelaksanaannya, langsung tidak disebut. Kecelaruan dasar ini menghantar isyarat yang tidak baik kepada kumpulan pekerja dan komuniti perniagaan. Apakah sebenarnya yang hendak dilakukan oleh kerajaan berkaitan Dasar Gaji Progresif ini? Adakah benar ianya akan melibatkan subsidi? Jika benar, berapakah jumlahnya? Apakah pemberian subsidi untuk tujuan Dasar Gaji Progresif ini akan memberikan satu komitmen baru kepada perbelanjaan mengurus kerajaan?
Sekiranya model gaji progresif ini masih belum diperincikan, tidak perlulah kerajaan terburu-buru dan terlalu awal umumkan bahawa komitmen kewangan berkaitan gaji progresif akan dimasukkan dalam Belanjawan 2024. Oleh itu...
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Ya.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Masjid Tanah. Saya hendak bertanya pada Putrajayalah sebab kita banyak kali melihat dan juga membaca statement, kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Ekonomi, saudara Rafizi Ramli berkenaan dengan gaji progresif ini. Dan beliau begitu confident sekali, yakin, saya pun tak tahu macam mana dia boleh dapat keyakinan begitu untuk gaji progresif ini dimasukkan dalam bajet tetapi tiba-tiba tidak ada. Jadi, bagaimana kita nak berhadapan dengan rakyat untuk menjawab kerana terlalu banyak pertanyaan di luar?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Itu sebab saya kata tadi kita mungkin nampak perkara ini simple, ringkas ya tetapi kesannya kepada pasaran di luar sana, penganalisa pasaran, pelabur-pelabur melihat bahawa kerajaan umumkan sesuatu yang masih belum jelas, yang masih belum tahu di mana.
Sebab itu saya ingin nasihatkan agar kerajaan berbincanglah dahulu dengan lebih terperinci berkaitan dengan cadangan Dasar Gaji Progresif ini sebelum membuat sebarang kenyataan lanjut mengenainya. Buat kerja elok-elok dahulu, bila dah ada kerangka jelas, barulah sembang kat luar sana. Kami di sebelah pembangkang bersedia untuk menyokong apa jua pendekatan yang baik untuk rakyat Malaysia...
[Tepuk] Selain daripada kecelaruan...
Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Putrajaya, laluan.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Berkaitan Dasar Gaji Progresif. Sekejap saya habiskan. Selain daripada kecelaruan berkaitan Dasar Gaji Progresif, tidak ada kerangka dan mekanisme yang jelas tentang beberapa langkah yang diumumkan dalam Belanjawan 2024.
Perkara ini telah disentuh oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat. Antaranya
(i) mekanisme berkaitan pengapungan harga ayam dan telur, adakah ia pengapungan terkawal atau ia memang pengapungan sepenuhnya?;
(ii) mekanisme berkaitan penyasaran subsidi diesel, apakah mekanismenya?;
(iii) mekanisme pelaksanaan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan; dan
(iv) mekanisme pelaksanaan cukai barangan bernilai tinggi.
Adalah penting untuk kerajaan memberi penjelasan berkaitan perkara ini supaya semua pihak yang terlibat mendapat gambaran yang jelas dan menyeluruh termasuk rakyat yang pastinya menerima kesan langsung akibat pelaksanaan langkah-langkah ini.
Perkara ini telah disentuh oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat. Antaranya
Tuan Yang di-Pertua, dalam persaingan ekonomi global, setiap negara mencari pendekatan baharu yang dapat memberikan impak positif paling optimum serta mampu meletakkan negara mereka jauh ke hadapan berbanding dengan negara lain. Apatah lagi apabila pandemik COVID-19 telah sedikit sebanyak mewujudkan padang persaingan yang hampir sama rata untuk sesetengah negara dalam sektor tertentu kerana sektor tersebut telah seolah-olah di reset semula, dengan izin.
Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
[Bangun]
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Ya.
Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Putrajaya. Apa yang ingin saya bertanya, setuju atau tidak Putrajaya berkaitan dengan currency yang disebutkan pada mula-mula ucapan tadi bahawa hari ini 4.76 yang terburuk dalam sejarah. Dan kita dikatakan negara Asia yang kedua terburuk kejatuhan ringgit berbanding dolar, berbanding yang pertama Jepun.
Persoalan saya, saya ada ceramah dan ucapan daripada Tambun suatu ketika dulu mengatakan bahawa kegagalan dalam menjaga currency ini adalah kegagalan pimpinan ketika itu yang padahal ketika itu tak jatuh seteruk ini. Apa pandangan Yang Berhormat Putrajaya?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih Hulu Terengganu. Apabila kita bercakap tentang mata wang ini, tentunya kita tahu banyak faktor yang mempengaruhinya dan pada waktu itu dikatakan kepimpinan pada waktu itu yang menjadi punca, tetapi kalaulah kita pakai teori yang sama pada hari ini, dan itulah jawapan yang tentunya jelas bagi Yang Berhormat Hulu Terengganu..
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Namun begitu, yang saya hendak sentuh di sini merupakan satu komponen penting yang boleh dikaitkan juga dengan pengukuhan nilai ringgit. Apabila saya sebut bahawa COVID menyebabkan sektor-sektor tertentu di reset semula, antara sektor yang boleh dikatakan telah di reset semula akibat pandemik COVID-19 adalah sektor pelancongan. Setiap negara berlumba-lumba bukan sahaja untuk mendapatkan jumlah kehadiran pelancong yang lebih tinggi tetapi juga memastikan pelancong tersebut berbelanja bagi Malaysia.
Di dalam Belanjawan 2024, dinyatakan bahawa saya petik, “Malaysia juga kekal sebagai destinasi tumpuan pelancong. Setakat Ogos 2023 menyaksikan ketibaan pelancong asing hampir 13 juta pelancong iaitu lebih tiga kali ganda ketimbang tahun lalu.” Itu saya petik daripada Ucapan Belanjawan.
Bunyinya, kedengaran seolah-olah menggambarkan ketibaan pelancong hampir 13 juta orang itu adalah satu pencapaian yang hebat kerana melibatkan peningkatan tiga kali ganda daripada tahun sebelumnya. Suka saya ingatkan di sini bahawa sempadan negara mula dibuka semula pada bulan April 2022. Jadi, perbandingan yang dibuat tersebut tidak memberi gambaran sebenar. Kalau hendak melihat jumlah gandaan yang jauh lebih tinggi, bolehlah dibandingkan dengan tahun 2021.
Di dalam ucapan Belanjawan 2024 juga dinyatakan bahawa sasaran ketibaan bagi Tahun Melawat Malaysia 2026 adalah seramai 26.1 juta pelancong asing. Melihat sasaran ketibaan pelancong bagi tahun 2026 ini, saya terkejut. Kerana apa? Kita perlu lihat data kehadiran pelancong ke negara kita sejak 10 tahun yang lalu. Data jelas menunjukkan bahawa kehadiran pelancong ke Malaysia telah mencecah hampir 26 juta orang bermula tahun 2013 lagi. Bahkan pada tahun 2014, kehadiran pelancong adalah seramai lebih 27 juta orang. Pada tahun 2016 pula, ketibaan pelancong adalah hampir 26 juta orang.
Saya lihat sasaran ketibaan 26.1 juta orang pelancong bagi Tahun Melawat Malaysia 2026 adalah sama dengan jumlah ketibaan pada tahun 2019 iaitu sebelum datangnya pandemik COVID-19. Melihat sasaran tersebut, maknanya nothing new, business as usual. Jika inilah pendekatannya, sukar untuk sektor pelancongan menjadi enjin pertumbuhan ekonomi negara.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Sayang sekali, sektor yang amat berpotensi ini berpusing pada paksi yang sama tanpa sebarang perubahan setelah di reset semula akibat pandemik COVID-19. Low- hanging fruit yang turut boleh menyumbang kepada pengukuhan nilai ringgit ini tidak dioptimumkan potensinya. Sedarkah kita sepertimana yang saya sebut tadi, nilai ringgit telah mencecah kadar terendah sejak 25 tahun yang lalu. Kita perlu buat sesuatu dengan segera terutamanya low-hanging fruit yang dapat meningkatkan permintaan terhadap ringgit.
Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan mewujudkan satu task force melibatkan kementerian dan agensi berkaitan bagi memastikan sektor pelancongan dapat dilonjakkan segera sebagai enjin penting pertumbuhan ekonomi negara. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pembangkang, fokus perlu diberikan kepada pelancongan bernilai tinggi selain daripada usaha untuk memastikan pelancong asing berbelanja sewaktu di negara ini. Kerajaan boleh mempertimbangkan insentif khas untuk segmen tertentu pelancong seperti pelancongan kesihatan, pelancongan alam semula jadi serta meetings, incentives, conferences and exhibitions atau MICE.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan sektor pelancongan juga. Saya ingin menyentuh tentang Pelan Liberalisasi Visa khususnya Visa On Arrival bagi menggalakkan kehadiran pelancong. Dalam kita mengejar jumlah ketibaan pelancong yang lebih tinggi, adalah amat penting untuk kita pastikan pintu sempadan negara terus dikawal dengan ketat. Banyak negara yang mempunyai sistem visa yang ketat tetapi masih mampu menarik ketibaan pelancong yang tinggi. Kita tidak mahu ada pihak yang mengambil peluang kelonggaran sistem visa ini untuk masuk ke Malaysia bagi tujuan selain pelancongan kerana tindakan ini akan mempunyai kesan jangka panjang yang besar kepada negara.
Tuan Yang di-Pertua, kalau saya boleh minta sedikit masa lagi. Menguruskan negara dalam menghadapi COVID-19 telah memberi ruang kepada Kerajaan Perikatan Nasional pada waktu itu untuk melihat penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap sistem penyampaian kerajaan khususnya berkaitan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Dalam konteks perlindungan sosial rakyat, kita dapati maklumat dan data berkaitan bantuan yang diterima oleh rakyat disimpan di kementerian dan agensi pusat serta kerajaan negeri. Tidak ada satu sistem yang mengintegrasikan maklumat dan data yang ada. Ini menyebabkan bantuan kerajaan tidak dapat disalurkan kepada rakyat yang memerlukan dengan cekap dan berkesan.
Untuk mewujudkan pangkalan data berpusat bagi menyelaras maklumat dan data berkaitan bantuan kerajaan kepada rakyat yang memerlukan, usaha untuk mewujudkan pangkalan data berpusat bagi menyelaras maklumat dan data berkaitan bantuan kerajaan kepada rakyat yang memerlukan telah dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada 22 Februari 2021 yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pagoh.
Perkara berkaitan pewujudan pangkalan data perlindungan sosial rakyat ini dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 27 September 2021. Membangun pangkalan data ini bukanlah sesuatu yang mudah. Terdapat lebih 150 jenis bantuan yang disalurkan kepada rakyat melalui pelbagai kementerian dan agensi. Itu belum termasuk bantuan yang disalurkan oleh kerajaan negeri dan badan-badan lain seperti pusat zakat.
Ketika usaha dimulakan untuk mengintegrasikan data, ada bantuan yang disalurkan oleh kerajaan dan agensi pada waktu itu masih direkodkan secara manual.
Oleh itu, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada sahabat- sahabat penjawat awam di kementerian dan agensi yang ketika itu terlibat dalam usaha mengumpulkan maklumat dan data yang berkaitan.
Tahniah dan terima kasih juga kepada Jabatan Perangkaan Malaysia yang telah terlibat secara langsung membina pangkalan data tersebut. Akhirnya pada 23 Mac 2022, Pangkalan Data Perlindungan Sosial, Fasa 1: Bantuan Sosial (Persekutuan) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Yang Berhormat Bera. Pangkalan Data Perlindungan Sosial turut ditambah baik dan kini dikenali sebagai Pangkalan Data Utama
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
atau PADU. Itulah sejarah pembinaan pangkalan data tersebut dan saya rekodkan sejarahnya di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi. Hampir selesai topik, Tan Sri. Tuan Yang di- Pertua, mewujudkan pangkalan data sahaja belum mencukupi dalam membentuk satu sistem perlindungan sosial yang menyeluruh, cekap dan berkesan. Sebab itu di dalam tawaran Perikatan Nasional untuk PRU ke-15, kita nyatakan bahawa sekiranya Perikatan Nasional dapat membentuk kerajaan, Perikatan Nasional akan, saya petik, “Menubuhkan MyPrihatin, sebuah pusat sehenti baharu dan pangkalan data tunggal untuk semua penyampaian bantuan kepada rakyat yang memerlukan”. Oleh itu, langkah seterusnya yang perlu diambil oleh kerajaan adalah untuk mewujudkan sebuah agensi tunggal yang akan berfungsi sebagai pusat sehenti bagi menyelaraskan bantuan kepada rakyat yang memerlukan. Saya telah acap kali menyentuh tentang keperluan untuk menubuhkan agensi ini. Pewujudan agensi tunggal ini sebenarnya tidak memerlukan perjawatan baharu sebaliknya pendekatan ini hanya memerlukan penjajaran anggota perkhidmatan awam yang terlibat dalam pelbagai program bantuan rakyat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Selepas penjajaran dibuat, kerajaan boleh melihat sekiranya terdapat keperluan untuk menambah case officers dengan izin, bagi meneliti kes-kes tertentu perlindungan sosial yang memerlukan perhatian khusus. Dalam hal ini, model Centrelink di Australia boleh dijadikan rujukan. Berdasarkan model ini, kementerian dan agensi boleh merangka program dan inisiatif bantuan rakyat tetapi agensi tunggal akan membuat penilaian untuk melihat siapakah yang layak menerima bantuan dan berapakah bantuan yang layak diterima mereka. Penilaian dibuat berpandukan maklumat di dalam pangkalan data bagi memastikan tiada pertindihan bantuan dan tidak ada seorang pun yang layak tertinggal daripada menerima bantuan.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Oleh itu saya mencadangkan agar kerajaan menyegerakan penubuhan agensi tunggal ini. Barang diingat cadangan pelaksanaan subsidi bersasar yang dibuat tanpa perwujudan satu jaringan keselamatan sosial yang ampuh akan menyebabkan ramai rakyat yang memerlukan tidak akan termasuk dalam kumpulan sasar khususnya mereka yang ketika ini ditakrifkan sebagai kumpulan M40. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua...
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Sama-sama. Saya jemput Kudat.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk turut sama dalam perbahasan Belanjawan 2024. Ini adalah kali kedua saya mengambil bahagian dalam perbahasan dasar Belanjawan sejak dipilih sebagai Ahli Dewan Rakyat.
Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2024 dan juga kepada Kerajaan Madani di mana Belanjawan ini merupakan Belanjawan terbesar pernah dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Sebagai Ahli Parlimen yang celik ekonomi, saya faham keadaan ekonomi dunia dan keadaan ekonomi negara, tetapi dalam awal pentadbiran saya sebagai Wakil Rakyat Parlimen Kudat, saya hanya akan fokus kepada masalah kawasan Kudat dalam perbahasan saya.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang menarik perhatian saya adalah usaha kerajaan dalam menurunkan unjuran defisit fiskal negara pada kadar 4.3 peratus daripada lima peratus pada tahun 2023. Kerajaan membelanjakan sebahagian besar bajet untuk memberikan subsidi kepada rakyat iaitu dijangkakan sebanyak RM81 bilion pada tahun 2024 dan mulai tahun hadapan kerajaan akan membuat pendekatan penyasaran semula subsidi secara berfasa.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Saya percaya penyasaran semula subsidi ataupun apa sahaja istilah yang tujuannya sama ada untuk mengurangkan ataupun memansuhkan subsidi ini akan menambahkan lagi kenaikan harga barangan terutama sekali kepada kami di Sabah.
Sebagai Wakil Rakyat, saya faham niat kerajaan betapa perlunya penyasaran semula subsidi ini untuk mengurangkan ketirisan dan lebihan pendapatan daripada penjimatan subsidi ini akhirnya boleh digunakan untuk pembangunan dan bantuan yang lebih fokus kepada golongan daif terutamanya sistem penyampaian segala bantuan ini benar-benar menepati sasaran.
Bagaimanapun usaha penyasaran semula subsidi ini harus mempertimbangkan semua perkara yang akan memberikan impak negatif yang besar khususnya golongan B40 dan M40. Kami di Sabah sudah biasa dengan harga barang yang mahal. Harga beras tempatan sudah lama diapungkan, hendak dapat harga beras yang bawah RM30 untuk sepuluh kilo mungkin hanya dalam mimpi untuk kami di Sabah. Harga ayam lebih tinggi.
Apa lagi bahan-bahan binaan yang memang sangat tinggi berbanding dengan harga di Semenanjung.
Oleh itu penerangan yang terperinci sebelum penyasaran ataupun pemansuhan subsidi, bagaimana Kerajaan Madani ini dapat mengawal dan menangani kenaikan harga barang yang lebih teruk mesti dibuat untuk mengelakkan sumpahan dan cercaan daripada rakyat bukan sahaja kepada kerajaan tetapi termasuklah kepada semua wakil rakyat kerajaan terutama sekali kami yang daripada Sabah ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya sangat menghargai usaha Kerajaan Madani yang mengusahakan Jualan Rahmah di kedai-kedai terpilih termasuklah Market Tokow milik isteri saya sebuah supermarket di luar bandar Kudat. Namun saya harap Jualan Rahmah ini dipertingkatkan lagi dengan memberikan liputan jualan yang lebih luas di pelosok- pelosok kampung. Melalui hasil penyasaran ataupun hasil penjimatan penyasaran subsidi tersebut, kerajaan akan meningkatkan peruntukan melalui Sumbangan Tunai Rahmah.
Bagi saya yang mewakili Parlimen Kudat kawasan yang mempunyai kadar kemiskinan lebih 50 peratus, saya berharap agar penjimatan daripada penyasaran semula subsidi dapat digunakan untuk usaha menoktahkan kemiskinan dan merapatkan jurang pembangunan untuk rakyat. Saya berpendapat kaedah pemberian tunai kepada golongan daif bukanlah penyelesaian untuk menoktahkan kemiskinan secara total untuk jangka masa yang panjang, tetapi usaha kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan harus bermula dengan membina asas pendapatan rakyat yang lebih tinggi dan lebih kukuh.
Banyak cadangan yang pernah saya utarakan di Dewan yang mulia ini tidak diambil perhatian oleh Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Sabah setakat ini. Antara cadangan-cadangan yang pernah saya kemukakan dalam Dewan yang mulia ini adalah untuk menjadikan Kudat dan Pulau Banggi sebagai transit hab, mengembalikan perdagangan barter trade di Pulau Banggi dan beberapa cadangan lain tetapi sehingga kini tidak mendapat jawapan daripada mana-mana pihak. Saya mohon sekurang- kurangnya cadangan yang telah saya utarakan dalam Dewan yang mulia ini dimasukkan dalam perancangan kerajaan dan diberikan peruntukan kajian kebolehlaksanaan.
Setakat ini apa yang saya nampak, sebagai Ahli Parlimen selama berpuluh-puluh tahun, pihak kerajaan hanya berminat untuk mengeksploitasi sumber alam khususnya di Parlimen Kudat. Contohnya sumber minyak dan gas, tanah-tanah yang diambil oleh syarikat besar sewenang-wenangnya, pasir silika dan banyak lagi hasil bumi yang lain yang mana jika hasil ini dituai dan dikembalikan kepada rakyat di Parlimen Kudat, pada perkiraan saya Tuan Yang di-Pertua, rakyat di Parlimen Kudat boleh memiliki sekurang- kurangnya sejuta ringgit setiap keluarga disebabkan hasil sumber alam ini berbilion nilainya.
Sudah tiba masanya untuk sebuah kerajaan mengembalikan hasil bumi utara Sabah ini kepada penduduk di kawasan ini. Kampung-kampung, pekan-pekan serta bandar di Parlimen Kudat. Bandar dan pekan seperti bandar mati kerana ketiadaan pekerjaan dan rantaian ekonomi yang tersedia menyebabkan penghijrahan, golongan muda ke bandar-bandar besar sebab ketiadaan peluang pekerjaan dan mencari rezeki di bumi sendiri. Oleh itu, saya mencadangkan kepada kerajaan agar mengaktifkan semula
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Kudat sebagai pusat perdagangan barter dan juga CIQS dibina sama ada di Kudat atau di Banggi bagi merancakkan kembali perniagaan dan aktiviti perniagaan di Kudat.
Sebagai rekod dalam Dewan yang mulia ini, pedagang-pedagang daripada selatan Filipina hanya dapat melakukan aktiviti transshipment di pelabuhan Labuan dan Kota Kinabalu. Ini akan menyebabkan masalah kawalan keselamatan kepada negara tidak terjamin.
Baru-baru ini saya telah berbincang dengan Pengarah MKN Sabah dan Ketua Polis Sabah mengenai masalah kawalan keselamatan yang terlalu sukar dilakukan apabila kapal-kapal kecil ataupun kumpit memasuki perairan negara yang hanya beberapa batu nautika dari pantai selama berjam-jam sebelum mereka sampai di CIQS Kota Kinabalu dan Labuan. Ini menyebabkan masalah penyeludupan yang berleluasa dan masalah keselamatan sukar dikawal apabila tiada CIQS di Kudat dan Banggi.
Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada jawapan Menteri Ekonomi kepada soalan saya di Dewan yang mulia ini pada sidang yang lalu, Kudat diperuntukkan sebanyak RM1bilion dalam RMKe-12 untuk Program Pembasmian Kemiskinan. Saya mohon penjelasan mengenai status peruntukan tersebut dalam Bajet 2024. Saya mohon kepada kerajaan untuk mengekalkan peruntukan RM1 bilion ini dikekalkan dan mesti dilaksanakan dalam RMKe-12 melalui perancangan pembangunan ekonomi di Parlimen Kudat.
Tuan Yang di-Pertua, tidak mungkin kita dapat menoktahkan kemiskinan di kawasan saya tanpa jaringan jalan raya yang baik bagi mengeluarkan hasil-hasil tanaman daripada pelosok-pelosok kampung. Saya mohon kepada KKDW agar melaksanakan pembinaan jalan-jalan utama di kawasan Parlimen Kudat disegerakan- Daerah Kudat, Jalan Andap Korina, Jalan Mesej Tampakan, Jalan Mesej Perpaduan Ria, Jalan Simpang Mengayau, Jalan Gumandang, Jalan Loro di Daerah Pitas, Jalan Narandang, Jalan Mangkapon, Jalan Mapan-Mapan, Jalan Pantai Kampung Mapat, Jalan Lok Dakkaan, Jalan Pancuran, Jalan Mandamai Piniapat, Jalan Beribi, Jalan Kiambalang, Jalan Rukom- Kibulu, dan di Daerah Banggi saya mohon supaya Jalan Limbuak Maliu iaitu trans Banggi dibina.
Jalan-jalan pertanian juga harus dinaik taraf. Tanpa jalan pertanian yang baik tidak mungkin kerajaan dapat meningkatkan produktiviti kepada tanah-tanah yang terbiar. Saya suka cita buat satu cabaran kepada semua Ahli Dewan Rakyat mungkin termasuklah yang saya hormati Tan Sri Yang di-Pertua.
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
Saya janji, saya akan bagi satu bulan gaji saya kalau ada di antara Ahli Dewan Rakyat ini yang boleh pikul dua buah tandan kelapa sawit, berjalan kaki melalui jalan babi hutan sepanjang satu kilometer. Saya bagi cabaran. Ada yang sanggup?
Dan saya sekali lagi tekankan, masyarakat di dalam Parlimen Kudat bukan malas tapi dengan keadaan kemudahan asas kami, tidak mungkin usaha untuk meningkatkan pendapatan kepada penduduk di kawasan saya dalam keadaan kemudahan asas yang ada sekarang. Titian-titian pejalan kaki bagi perumahan pesisir pantai, jambatan gantung bagi laluan alternatif, perlu dinaiktarafkan.
Bagi menjamin keperluan asas air bersih untuk kampung-kampung yang jauh daripada paip utama, pembinaan 100 unit telaga tiub di kampung-kampung untuk tahun 2024 perlu dilaksanakan. Di Kudat, ramai warganegara yang tinggal di rumah usang.
Bahkan lebih teruk daripada penduduk setinggan.
Untuk menjamin keselamatan dan keselesaan rakyat di Kudat, saya mohon supaya PPRT dan pembaikan rumah di Parlimen Kudat disegerakan.
Bagi memberikan peluang kepada pelajar-pelajar di utara Sabah tidak ketinggalan dalam aspek pendidikan, saya mohon KKDW melalui MARA untuk mewujudkan satu sekolah MRSM di Parlimen Kudat.
Banyak Tabika KEMAS yang berada dalam keadaan daif. Ada yang langsung tidak mempunyai tandas seperti Tabika KEMAS di Tanjong Kapor dan saya mohon agar
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
kementerian memberikan penekanan terhadap penambahbaikan keselesaan tabika di Parlimen Kudat yang berjumlah 84 buah.
Tan Sri Yang di-Pertua, Parlimen Kudat mempunyai pantai-pantai, pulau-pulau dan kebudayaan lebih 10 etnik yang boleh menjadi produk pelancongan yang mampu memberikan sumbangan besar kepada masyarakat setempat. Saya mohon kepada Kementerian Pelancongan untuk memberikan peruntukan secukupnya bagi menaiktarafkan kemudahan asas pelancongan dan peruntukan untuk mempromosi Kudat sebagai destinasi pelancongan utama.
Dalam aspek pembangunan belia, pembangunan fasiliti riadah kecil-kecil di kampung diberikan seperti gelanggang futsal, takraw, pembaikan padang bola sepak dan sebuah kompleks sukan di Daerah Pitas sangat diperlukan bagi menggilap bakat-bakat sukan yang begitu banyak di kawasan saya.
Selain daripada sukan, untuk belia, saya mohon peluang-peluang perniagaan dan keusahawanan dipermudahkan untuk belia di luar bandar kepada semua kementerian yang terlibat.
Tan Sri Yang di-Pertua, kesihatan dan kesejahteraan rakyat di Kudat perlu mendapat perhatian sebaiknya. 10 buah klinik kayu yang sangat daif di Parlimen Kudat perlu dinaiktaraf dengan segera. Masa menunggu untuk dapatkan rawatan yang terlalu lama di Hospital Kudat dan Pitas mesti diselesaikan. Pesakit yang mendapatkan rawatan dari kampung-kampung hanya menumpang kereta penumpang yang tidak boleh menunggu sehingga lewat petang. Dan ini sangat menyukarkan pesakit untuk mendapatkan rawatan yang terpaksa menunggu berjam-jam.
Tuan Yang di-Pertua, sekolah-sekolah bangunan daif di Kudat perlu dinaiktaraf dengan segera. Dan sekali lagi saya merayu kepada Kementerian Pendidikan untuk meluluskan satu pembinaan sekolah menengah agama di Kudat bagi membolehkan pelajar-pelajar daripada lima buah daerah di utara Sabah dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang agama.
Saya sangat menghargai usaha kerajaan yang membekalkan Starlink ke sekolah- sekolah yang belum ada rangkaian internet tapi kawasan liputan Starlink ini sangat kecil dan bukan semua pelajar mempunyai peranti. Ini menyebabkan sebahagian besar pelajar luar bandar akan ketinggalan dalam usaha kerajaan untuk memberikan pendidikan digital jika pembinaan menara-menara telekomunikasi tidak dibina dengan segera.
Untuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula, saya mohon agar pembinaan PPRT yang baru di Kudat dimasukkan dalam Belanjawan 2024 atau dalam RMKe-12.
Tan Sri Yang di-Pertua, kawasan Parlimen Kudat ini salah satu pemegang tali pinggang bencana di Sabah. Tinggal salji sahaja yang tidak turun di kawasan saya, Tan Sri Yang di-Pertua. Kalau salji turun di kawasan saya, mungkin tidak lama memang kiamat lah. Saban tahun, Parlimen Kudat dilanda bencana ombak besar dan hakisan pantai. Saya menggesa NADMA untuk menaik taraf fasiliti asas PPS di semua pusat- pusat pemindahan sementara di Kudat dan Pitas dinaiktaraf khususnya tandas, bilik mandi dan dapur yang mencukupi demi untuk keselesaan mangsa yang terkesan.
Sekali lagi saya mohon agar bantuan bencana yang berlaku di kawasan saya dipercepatkan seperti mangsa bencana di Pitas awal tahun ini dan mangsa kebakaran di Tanjong Kapor tahun lepas yang kini masih tinggal di khemah-khemah di tepi longkang.
Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai penutup, janganlah jadikan kewujudan utara Sabah, khususnya Parlimen Kudat hanya dalam peta Malaysia semata-mata dan hanya sebagai lubuk untuk menuai isi perut bumi kami seperti mana yang berlaku sebelum ini.
Tapi berilah kami hak seimbang seperti mana pembangunan yang diberikan di kawasan yang lain.
Saya mohon kepada Kerajaan Madani ini agar melaksanakan satu program pembangunan besar sebagai game changer dalam Parlimen Kudat dengan segera.
Keluarkan Parlimen Kudat daripada kepompong kemiskinan. Beri kami pembelaan yang
Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat
sebaiknya seperti mana kawasan-kawasan yang lain. Kami juga manusia dan rakyat Malaysia yang mahu menikmati kehidupan yang lebih baik.
Yang di-Pertua, sekian, terima kasih. Kudat mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Kudat. Saya jemput Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, rakyat berhadapan dengan permasalahan kos sara hidup yang tinggi. Beberapa leading indicators, dengan izin dalam laporan perkembangan ekonomi dan kewangan Malaysia pada suku kedua tahun 2023 menunjukkan kondisi ekonomi negara berada pada tahap yang membimbangkan.
Penyusutan ketara jumlah perdagangan negara sebanyak 14.4 peratus dan kemeruduman jumlah eksport sebanyak 13.1 peratus pada Julai 2023 adalah red flag kepada kerajaan. Lebih parah lagi, kedudukan ringgit yang telah jatuh pada taraf terendah dijangka akan terus berlegar sekitar RM4.68 hingga RM4.69 pada awal Oktober dan sehingga kini, pada hari ini, jumlah ringgit adalah pada RM4.76 berbanding dengan USD1.
Mutakhir, World Trade Organization (WTO) menjangkakan pertumbuhan perdagangan global akan terus perlahan ekoran daripada dasar protectionism dan ketegangan geopolitik semakin kritikal. Sikap geoeconomic fragmentation ini akan mengheret aktiviti perdagangan negara ke paras yang lebih buruk. Oleh yang demikian Tan Sri Yang di-Pertua, Belanjawan 2024 ini adalah jelas kritikal dalam merencana hala tuju dan merajah polisi yang lebih jelas dalam pembangunan ekonomi negara.
Tan Sri Yang di-Pertua, ketersambungan mobiliti melalui pengangkutan awam.
Saya amat bersetuju dengan ucapan perbahasan Ketua Pembangkang berkaitan ketersambungan mobiliti melalui pengangkutan awam. Ia adalah selari dengan Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030. Belanjawan 2024 menyentuh berkenaan diwujudkan kembali lima stesen LRT3 yang dibatalkan sebelum ini pada 2018 iaitu Stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik.
Status pembinaan projek LRT3 untuk pengetahuan semua setakat suku ketiga tahun 2023 ini, sudah pun mencapai 86.5 peratus dan dianggarkan akan siap pada Mac 2025. Jadi persoalan saya ialah adakah pembinaan kembali lima stesen ini akan memberikan impak kepada kemajuan garis masa pembinaan dan apakah projek ini dapat disiapkan seperti mana anggarannya serta berapakah cost implication, dengan izin, kepada kos keseluruhan projek ini? Sekiranya kos ini akan disunting dengan bajet tambahan dari kerajaan, kenapa kos ini tidak dinyatakan di dalam pembentangan Belanjawan 2024?
Saya ingin mencadangkan supaya peruntukan perbelanjaan pembangunan khususnya kepada Sabah dan Sarawak dinaikkan supaya dapat menambah baik pembangunan infrastruktur terutamanya jalan darat dan jalan air bagi menyambut limpahan ekonomi yang bakal berlaku kerana dua faktor besar iaitu pembangunan ibu kota Indonesia yang baharu di Kalimantan dan kedua, pengumuman Timbalan Perdana Menteri berkaitan dengan 50,000 hektar tanah yang akan diberikan oleh Kerajaan Sabah dan Sarawak untuk kawasan pertanian padi bagi menyambut Dasar Keselamatan Makanan.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Jerantut juga ingin bertanya kepada kerajaan, berkenaan dengan status projek MRT3 yang tidak disebut dalam Belanjawan 2024. Untuk pengetahuan Tan Sri Yang di- Pertua, seramai 20,000 pekerja yang terlibat dalam projek MRT2 yang lepas. Oleh yang demikian, status projek MRT3 adalah amat kritikal dalam keterjaminan pekerjaan mereka.
Pada Belanjawan 2023, saya telah mencadangkan agar projek high-speed rail
(HSR) Kuala Lumpur – Singapore diteruskan. Alhamdulillah, kita telah dimaklumkan oleh pihak MOT yang ianya akan diteruskan melalui PFI. Jadi, saya ingin bertanya, bagaimana
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
pula cadangan saya bagi projek HSR Kuala Lumpur ke Bangkok. Projek ini dijangka menjadi pemangkin kepada pemacuan ekonomi di negeri-negeri utara yang kini semakin mendapat perhatian pelaburan antarabangsa, melalui Wilayah Ekonomi Koridor Utara
(NCER) Malaysia dan negeri-negeri Selatan Thailand. Hubungan Malaysia dan Thailand juga semestinya dapat dieratkan dan diperkukuhkan dengan adanya projek kerjasama ini.
Namun begitu, saya berasa amat terkilan, kecewa kerana projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) tercicir dari senarai projek di dalam Bajet 2024. Projek KXP adalah keperluan masa hadapan negara dan akan menjadi economic game changer yang terpenting. Saya berharap pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan akan dapat menimbangkan kembali cadangan ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, kedaulatan dan keterjaminan makanan. Saya turut ingin menyinggung krisis beras yang sedang ditanggung oleh rakyat hari ini. Kita faham, kenaikan harga sehingga 36 peratus beras putih import menyebabkan permintaan beras tempatan lebih tinggi. Namun, ketersediaan beras tempatan di pasaran tidak banyak, malah menurut sebahagian peruncit, bekalan telah pun terputus lama. Hari ini, stok bekalan makanan ruji negara hanya bertahan 45 hari sahaja. Bilangan import makanan kita telah mencecah RM63 bilion berbanding RM50 bilion pada tahun 2020. Persoalannya, sampai bila kita boleh bertahan? Menteri mendakwa stok penimbal mencukupi, namun hakikatnya di lapangan ia tidak mencukupi.
Saya mengutuk dengan sekeras-kerasnya sekiranya terdapat pembekal beras yang menyorok, menipu dan menukar paket beras bagi mendapat keuntungan yang lebih tinggi. Begitu juga sikap segelintir pihak, termasuk warga asing yang memborong beras tempatan sehingga menyebabkan panic buying. Saya menggesa kerajaan mengkaji semula pengambilan peranan dan fungsi Lembaga Padi dan Beras Negara.
Kita kurangkan pergantungan kepada beras import, kita bela hak pesawah dan kita realisasikan agenda beras nasional sebagai misi nombor satu dalam sektor pertanian.
Kita mahu sasaran 80 peratus tahap sara diri bebas, tahap sara diri beras dapat dicapai lima tahun lagi insya-Allah. Mengambil pengajaran daripada Surah Yusuf, ayat 43 hingga 49 yang juga diungkapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Maka saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri untuk memperkenalkan dan menubuhkan bank makanan di peringkat pusat dan negeri.
Kita boleh mengambil pelajaran dan pengalaman dari negara Finland, Ireland, Norway dan Jepun yang mendominasi Global Food Security Index dalam menangani isu keselamatan makanan. Saya mohon pihak kementerian untuk respond terhadap cadangan ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, memangkin pertumbuhan melalui ekonomi hijau. Saya juga ingin menyentuh perihal Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Tahniah dan terima kasih kepada barisan anggota kerajaan dan para penjawat awam yang terdahulu dan terkini, yang telah merintis dan meneruskan usaha serta berani meletakkan sasaran Malaysia ke arah negara bebas karbon 2050.
Titik tolak keberhasilan NETR ini adalah komitmen jitu kesediaan negara ke arah agenda transformasi dan upaya menawarkan good investment pitch dengan izin kepada pelabur asing. Tan Sri Yang di-Pertua, good investment pitch ini, dengan izin adalah termasuk peluang pekerjaan pekerja mahir dan pakar dalam kilang pemasangan kereta elektrik. Kehadiran syarikat gergasi seperti Tesla dan BYD yang hanya memfokuskan 3S sahaja iaitu 3S service center iaitu sales, service and spare part adalah tidak memenuhi aspirasi negara di dalam menuju status negara maju.
Kita mengalu-alukan strategi expansion Tesla ataupun syarikat lain ke pasaran negara Malaysia dengan memperkenalkan model-model terbaharu pembinaan charging infrastructure dan pembukaan pusat servis serta pejabat di Malaysia. Namun, apa yang lebih kita mahukan ialah pelaburan bernilai tinggi, hak pembuatan syarikat EV. Ia akan memangkinkan teknologi transfer, pemerkasaan TVET dan seterusnya memanfaatkan industri REE yang bakal menjadi game changer terhadap ekonomi negara.
Oleh yang demikian, saya menggesa kerajaan mempercepatkan pembentangan Long-Term Low Emissions Development Strategy (LT-LEDS) bagi memastikan usaha ke
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
arah Aspirasi Rendah Karbon 2050 boleh dilihat secara praktikal termasuk pembentangan peluang-peluang baharu dalam pelbagai sektor agar ekosistem business dan institusi kewangan lebih terarah.
Memandangkan negeri-negeri seperti Kelantan, Sabah, Sarawak dan Johor telah memulakan langkah inisiatif perdagangan karbon, maka saya juga minta, memohon kepada pihak kerajaan segera memperincikan carbon pricing and carbon accounting framework dengan izin terutamanya daripada skop indirect emissions termasuk sistem pelaporan kredit karbon yang lebih jelas, bagi melengkapi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC).
Berkenaan dengan tenaga baru, apakah perancangan peringkat kementerian untuk melaksanakan projek mini hidro, khususnya di sungai-sungai yang berpotensi tinggi.
Khususnya juga di negeri-negeri yang kaya dengan sumber sungai seperti Terengganu, Pahang dan Kelantan. Dan bagaimana pula dengan teknologi terbaru iaitu tenaga melalui angin dan juga ombak. Kita tak bercakap tentang hidrogen mahupun nuklear, kita bercakap tentang angin dan ombak yang sebelum ini teknologinya tidak durable di negara ini. Namun dengan teknologi yang terbaharu, ia sesuai dan boleh dilaksanakan di negara kita.
Saya mendapat maklum, teknologi angin ini akan diaplikasikan di Terengganu dan juga di Pulau Pinang, dimaklumkan sebegitu. Mungkin kita boleh check selepas ini.
Akhirnya saya ingin bertanya kepada pihak MOSTI tentang maklumat terkini berkenaan dengan pembangunan dan pengkomersialan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim.
Tuan Yang di-Pertua, mencari titik damai dengan pemandu lori. Saya difahamkan, pihak JPJ sedang meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan kemalangan maut ini dapat dikurangkan. Saya ingin memuji dan menyokong JPJ dalam usaha ini yang menepati salah satu daripada kehendak maqasid syariah iaitu menjaga nyawa (hifz al- nafs). Saya juga mengambil maklum bahawa terdapat beberapa luahan tidak puas hati oleh para pemandu lori yang kini sedang melancarkan protes di seluruh negara.
Saya mohon, saya merayu kepada pihak Menteri untuk melihat dan menyantuni dan mendengar keluhan pemandu-pemandu lori ini. Dalam masa yang sama, saya juga menggesa Yang Berhormat Menteri dapat tegas dalam menangani isu lori lebih muatan.
Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan agar memperbanyak penggunaan teknologi kamera weigh-in-motion yang boleh mengesan lori lebih muatan yang lalu di atas jalan raya dan saman boleh dikeluarkan secara automatik sekiranya lori tersebut membawa lebih muatan daripada kapasitinya. Teknologi ini sudah pun digunakan di negara-negara lain seperti di UK dan Netherland.
Dengan itu, penguatkuasaan akan menjadi lebih cekap ini kerana rakyat menyuarakan kebimbangan kepada saya mengenai kemalangan maut yang semakin meningkat dan membimbangkan ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, penyelarasan pencen veteran tentera. Sebagai anak kepada pesara tentera Tan Sri, peruntukan RM400 juta yang disediakan untuk menyelenggara dan membaik pulih semua rumah keluarga angkatan tentera adalah sesuatu berita yang amat-amat menyegarkan. Penyelenggaraan ini juga sewajarnya diteruskan untuk menambah baik berek-berek prebet tentera kita. Saya cadangkan mana- mana Ahli Parlimen yang mampu, ada peluang boleh cek dan boleh pergi tengok berek- berek tentera prebet kita, amat menyedihkan.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Jadi, dengan adanya bajet dan di-extend-kan kepada berek-berek ini, maka prebet-prebet tentera kita akan mendapat tempat penginapan yang lebih sempurna.
Cuma, ada satu perkara yang saya terkilan berkenaan dengan isu pencen. Isu ini telah pun 10 tahun lamanya diperjuangkan oleh para veteran pencen. Dan ia juga dengan konsistennya, disebut dan diperjuangkan oleh sahabat kita semua iaitu Yang Berhormat Ketereh, yang sebenarnya telah berada 40 tahun di dalam servis angkatan tentera ini.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Pastinya beliau lebih tahu kesusahan yang dialami oleh pencen-pencen ataupun veteran- veteran kita ini.
Jadi, saya ingin bertanya pada pihak kerajaan. Apakah status terkini isu penyelarasan pencen anggota veteran kita? Kalau kita throwback kepada jawapan Menteri Pertahanan sewaktu penggulungan Bajet 2023, pihak kementerian sedang mencari formula dan sedang meneliti.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dan pada hujung bulan Julai 2023, difahamkan adanya perbincangan dengan JPA mengenai penyelarasan pencen tentera ini. Jadi, saya mohon apakah yang sudah dibincangkan? Dan apakah perkara yang menjadi kekangan dari pihak MINDEF dan JPA dalam merealisasikan impian para veteran pencen ini?
Tan Sri Yang di-Pertua, kepentingan kebajikan jurutera dan teknologi sebagai peneraju pembangunan infrastruktur dan teknologi negara. Yang Amat Berhormat Tambun dalam pembentangan bajet pada Jumaat lalu, telah memperuntukkan pelbagai inisiatif bagi pembangunan infrastruktur dan teknologi negara yang berkaitan dengan jurutera dan teknologis, khususnya dalam NETR, HGHV, Artificial Intelligence, sektor angkasa dan pelbagai lagi.
Kita tidak boleh sama sekali. Saya ulang, kita tidak boleh sama sekali mengabaikan kebajikan para teknokrat, khususnya jurutera dan teknologis yang membina dan menyelenggara aset-aset tersebut untuk manfaat pertumbuhan ekonomi negara, keselesaan dan juga keselamatan rakyat. Oleh yang demikian, saya ingin mendapat maklum balas kerajaan dan Lembaga Jurutera terhadap isu gaji permulaan jurutera yang lama, yang berada di bawah paras kemiskinan, yang di mana isu ini telah lama diperjuangkan oleh para jurutera sejak Mac 2022 lagi. Isu yuran perunding kejuruteraan yang rendah juga masih menghantui para jurutera. Begitu juga dengan isu penguatkuasaan berkaitan pendaftaran jurutera.
Merujuk artikel media Free Malaysia Today bertarikh 16 Oktober 2023, Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia menggalakkan syarikat membayar gaji permulaan jurutera daripada RM2,500 ke RM3,500. Saya mohon kerajaan menjelaskan, apakah inisiatif tuntas oleh kerajaan bagi memastikan ia dilaksanakan oleh majikan?
Akhirnya Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai landing-nya mengorkestra reformasi legislatif. Penerapan Karamah Insaniah dan hasrat Perdana Menteri menyasarkan kedudukan Malaysia di tangga 25 dunia dalam Indeks Persepsi Rasuah menjelang 10 tahun akan datang, seharusnya disokong dan usaha ini harus digembleng oleh semua pihak. Kedudukan rasuah yang diperbaiki akan sekali gus memperbaiki tahap ekonomi negara. Reformasi legislatif perlu diorkestra bagi melalui penggubalan ataupun pindaan undang-undang seperti berikut. Dan kita mohon pihak kementerian untuk respons dari sudut penggubalan dan juga pindaan kepada akta-akta ini.
Pertama, pindaan kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Kedua, penggubalan Akta Perolehan. Ketiga, reformasi Parlimen. Keempat, pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan pendakwa raya. Kelima, penggubalan Akta Pendanaan Politik. Keenam, pelaksanaan penuh NACP. Ketujuh, reformasi SPRM dan terakhir, pindaan kepada Suruhan Jaya Pelantikan Kehakiman. Justeru, selain daripada pemerkasaan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (JKPK), saya menggesa agar PSSC yang sebahagian besarnya dikuasai oleh kerajaan mengambil peranan serius bagi memastikan penggubalan undang-undang yang dicadangkan bagi menepati garis masa tertentu dan laporan berkala harus dikemukakan kepada Dewan ini.
Kami, di blok pembangkang insya-Allah, akan terus memberikan pandangan dan analisa konstruktif yang akan dikemukakan daripada semasa ke semasa dengan saksama. Kita tidak akan bertoleransi kepada sebarang bentuk reformasi yang berteraskan kepentingan politik semata-mata. Kami juga berharap agar kerajaan turut kira, mengambil kira pengambilan masyarakat sivil agar akauntabiliti kerajaan dapat
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
dipantau, disemak imbang dan advokasi rakyat dapat berlangsung dalam suasana demokrasi yang sihat.
Kalau hendak membeli cermin, Belilah cermin tembus cahaya, Kalau awak menjadi pemimpin, Jadilah pemimpin lurus bicara. Sekian, Assalamualaikum warahmatullah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Waalaikummussalam. Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Dipersilakan Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya dalam perbahasan peringkat dasar ini. Terlebih dahulu saya hendak merakamkan terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana ini kali pertama dalam masa tiga tahun, Ahli-ahli Dewan diberikan masa 15 minit untuk berbahas di peringkat dasar. Sejak tahun 2021, ini kali pertama dan saya berharap pendekatan ini boleh diteruskan pada tahun-tahun akan datang.
Saya mengambil kesempatan pada petang ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Malaysia Madani di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Ke-10 yang juga Menteri Kewangan kerana telah berjaya membentangkan satu belanjawan yang paling besar iaitu RM393.8 bilion pada hari Jumaat yang lepas dan ia lebih tinggi daripada Belanjawan 2023.
Cuma, satu persoalan yang saya hendak timbulkan di sini adalah perbelanjaan mengurus meningkat daripada 289.14 bilion kepada 303.8 bilion. Tetapi perbelanjaan pembangunan kurang daripada sembilan. Asalnya pada Belanjawan 2023, 97 bilion jatuh kepada 90 bilion. Saya hendak tanya kerajaan, kenapa boleh berlaku pengurangan ini?
Sebab tadi segi fiskal kewangan, peruntukan pembangunan sebenarnya membawa impak positif kalau kita tanya pakar-pakar ekonomi. Jadi, kenapa ada pengurangan?
Walau bagaimanapun, kalau kita banding dengan Belanjawan tahun 2022 ataupun Belanjawan tahun 2021, 90 bilion ini tetap jauh lebih tinggi sebab pada ketika Belanjawan 2021, hanya 64 bilion sahaja dan Belanjawan 2022 hanya 71 bilion sahaja.
Tetapi kita sepatutnya memberikan tumpuan yang lebih kepada peruntukan pembangunan supaya fiskal kewangan kita sentiasa di tahap yang baik dan membolehkan negara Malaysia mendapat rating yang lebih tinggi di kalangan masyarakat dunia.
Dato’ Yang di-Pertua, saya hendak sebutkan berkenaan dengan satu perkara yang telah dibentangkan ketika Belanjawan 2023. Bukan belanjawan ini. Iaitu berkenaan dengan kerajaan ataupun kerajaan memberikan RM500 kepada semua pencarum yang berusia 40 hingga 54 tahun RM500 ke dalam akuan KWSP, sekiranya baki dalam akaun tersebut kurang daripada RM10,000. Saya hendak tanya status tersebut. Ketika Belanjawan 2023 ketika itu, dikatakan satu bilion diperuntukkan. Saya yakin selepas beberapa bulan, sepatutnya kesemua mereka yang layak diberikan bantuan ini telah menerimanya. Saya hendak tanya, jumlah pencarum yang berhak ataupun telah menerima bantuan ini berapa orang dan jumlah keseluruhan peruntukannya berapa.
Dato’ Yang di-Pertua, pada Ogos 2023, inflasi kita setakat 20 peratus antara yang terendah dalam masa dua tahun ini. Saya ucapkan syabas kepada pihak kerajaan. Cuma, saya hendak tanya, pada Belanjawan 2024 pada kali ini dengan inisiatif ataupun pendekatan untuk merasionalisasikan subsidi. Maknanya, ada subsidi tertentu yang kita ubah pendekatan dengan menggunakan subsidi bersasar. Saya hendak tanya, sama ada pendekatan ini akan menyebabkan inflasi kita meningkat? Jadi, apakah unjuran daripada pihak kerajaan untuk inflasi pada tahun depan selepas kita melaksanakan subsidi bersasar ini?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Berkenaan dengan subsidi bersasar ini, perkara yang pernah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari Jumaat lepas, adalah berkenaan dengan subsidi untuk diesel. Ya, isu ketirisan memang sesuatu yang perlu ditangani.
Semua pihak perlu berikan kerjasama. Bukan setakat agensi penguat kuasa sahaja.
Sebab kita tak boleh hendak mengiakan ataupun membiarkan ketirisan ini bertambah serius.
Saya hendak tanya. Dengan adanya harga ataupun subsidi bersasar terhadap diesel yang bakal dilaksanakan sedikit masa lagi, apakah jumlah subsidi kepada diesel ini pada tahun hadapan? Saya difahamkan, tahun lepas sahaja tahun 2022, sepanjang tahun, sebanyak 42 bilion diberikan untuk bahan api. Jadi, macam mana unjuran kerajaan? Berapakah jumlah subsidi? Saya yakin subsidi tetap ada. Cuma kita merasionalisasikan yang menyebabkan tanggungan kerajaan berkurangan. Jadi berapakah unjuran kerajaan terhadap perkara ini?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Dato’ Yang di-Pertua, saya rasa pertanian menjadi topik yang dikemukakan oleh hampir semua Ahli Dewan. Saya nak sebut yang pertama, berkenaan dengan keputusan kerajaan untuk mengapungkan semula harga runcit ayam dan telur. Saya rasa sudah tiba masanya sebab bekalan di pasaran dan juga harganya dalam keadaan yang agak stabil.
Kita tak boleh benarkan perkara ini dibiarkan berterusan. Sejak Februari tahun lepas sehingga yang terkini, RM3.8 bilion telah diberikan sebagai subsidi. Ini adalah- ini sudah tiba masanya untuk kita lakukan sesuatu.
Jadi, saya sokong pendekatan daripada kerajaan. Cuma saya nak tanya, apakah KPKM, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan boleh membentangkan sesuatu yang lebih konkrit dalam masa dua minggu, sepertimana yang dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika membentangkan belanjawan untuk memastikan bahawa harga runcit ayam dan telur ini stabil dan tidak menjejaskan, membebankan pengguna. Sebab saya rasa yang akhirnya adalah kita kena pastikan bekalan cukup, yang keduanya, harga tidak membebankan. Itu sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan.
Jadi saya mohon apabila Menteri KPKM menggulung nanti, tolong memberikan pendekatannya untuk memastikan keadaan ini berlaku.
Berkenaan dengan beras dan padi. Saya tahu, hampir semua Ahli Dewan Rakyat dan rakyat Malaysia cukup prihatin dengan masalah yang berlaku di negara kita sejak bulan lepas. Saya tak mahu nak kupas lagi sebab ramai dah sebut. Cuma saya nak sebutkan dua perkara. Yang pertama, saya menyanjung tinggi ataupun mengucapkan syabas dan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan yang mengerahkan FAMA dan LPP turut membantu dalam mengedarkan beras putih tempatan kepada pengguna. Cuma apa langkah jangka panjang kita?
Selain daripada RM3 bilion yang kita berikan kepada ya, pertanian di MADA Kedah untuk memastikan penghasilan lima musim dalam dua tahun. Itu satu inisiatif yang baik untuk kita meningkatkan produktiviti tapi apakah kita boleh belajar sesuatu daripada apa yang dilaksanakan di negara Jepun. Jawatankuasa Pilihan Khas Pertanian baru ke Jepun tiga minggu dulu. Dan saya sendiri dapat melihat apa yang orang Jepun buat, yang saya rasa pendekatan yang digunakan di negara mereka boleh kita kaji, kita pertimbangkan untuk dilaksanakan di negara ini.
Saya berikan contoh, Jepun mempunyai sale supply, mempunyai kemampuan untuk membekalkan beras 100 peratus malahan lebih 100 peratus kepada penduduknya yang berjumlah 125 juta orang dengan lebih 50 peratus daripada petaninya sudah berusia 60 tahun ke atas. Jadi, usia dah yang semakin meningkat, petani tidak menjadikan alasan, yang mana produktivitinya tetap tinggi sebab mereka menggunakan smart agriculture, teknologi dengan gunakan- teknologi diaplikasikan dalam pertanian untuk memastikan produktiviti dan yield hasil pertanian tetap tinggi. Jadi apakah kita boleh lakukan sesuatu.
Di Jepun untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua, yang padi dan beras dia bukan setakat cukup, malah digunakan R&D untuk digantikan gandum sebab gandum diimport daripada US untuk diproses dan dijadikan bahan mentah untuk roti, untuk mengurangkan
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
kebergantungan kepada bahan import. Kita boleh belajar dengan apa yang Jepun lakukan. Jadi, saya mohon apakah pihak kementerian KPKM khususnya, dengan kerjasama kementerian yang lain boleh melakukan sesuatu yang sama.
Saya mohon supaya kita bukan setakat meletakkan sasaran 80 peratus beras tempatan menjelang tahun 2030, malahan kita sepatutnya meletakkan sasaran menjelang tahun 2035, 100 peratus beras tempatan adalah hasil tempatan. Itu yang kita nak, sebab itulah sasaran yang kita kena tuju untuk kita gerakkan semua usaha yang kita ada.
Kita kena kurangkan kebergantungan kepada import sebab kita kena ingat, walaupun kita ada duit nak beli, negara asing tak kira di mana-mana negara, apabila mereka menghadapi kekurangan hasil, mereka akan melarang eksport ke negara lain dan kita akan jadi mangsa. Jadi untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, caranya, jalannya satu sahaja iaitu memastikan kita tak bergantung kepada luar tapi kita hasilkan produk yang secukupnya untuk rakyat Malaysia.
Berkenaan dengan isu ini juga, saya nak menarik perhatian Dewan yang mulia ini dan mohon tindakan daripada KPKM, apakah peranan BERNAS? BERNAS sebagai badan yang mendapat konsesi untuk 10 tahun lagi sehingga Januari 2031, sepatutnya lebih proaktif, sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan obligasinya. Kalau setakat mendapat konsesi untuk monopoli saja, tidak membawa makna.
Saya tahu BERNAS ada obligasi sosial dia, tapi saya rasa tak cukup. Saya tak nampak peranan yang secukupnya daripada BERNAS. Jadi apakah KPKM bersetuju?
Saya dengar dua hari dulu pun ada cadangan daripada Ahli Parlimen untuk membuka sebahagian monopoli tersebut kepada orang lain. Bukan tidak- bukan menafikan hak monopoli BERNAS tetapi melakukan satu pendekatan yang lebih holistik untuk memastikan isu yang berlaku pada ketika ini tidak berulang pada masa akan datang.
Saya juga ingin menarik perhatian berkenaan dengan kawal selia padi dan beras.
Peranan badan ini. Saya nampak badan ini sebagai badan pembuat dasar dan badan yang buat penguatkuasaan. Mana boleh buat dasar dengan pelaksanaan penguatkuasaan serentak. Mana check and balance, semak dan imbang dia. Jadi, saya mohon KPKM memberikan penjelasan tentang perkara ini. Saya tahu, ini bukan KPKM sekarang yang buat, dulu tapi mohon KPKM supaya lakukan sesuatu.
Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan dengan pertanian juga. Saya nampak RM400 juta diperuntukkan untuk Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan. Saya nak tanya, RM400 juta ini untuk jenis makanan apa? Sudah pasti ia bukan untuk beras tapi untuk jenis makanan apa yang boleh kita hasilkan di tempatan untuk kurangkan import daripada asing.
Dato’ Yang di-Pertua, di peluang yang ada ini saya nak sebut juga berkenaan dengan Kementerian Pendidikan. Saya ucapkan terima kasih dan syabas dan tahniah kepada kerajaan, walaupun ketika membentangkan Belanjawan 2024, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tak menyebut secara spesifik berkenaan dengan bantuan awal persekolahan tapi saya nampak dalam buku belanjawan, ada. Malahan peruntukan pada tahun sebelumnya RM450 juta, dinaikkan kepada RM780 juta. Syabas dan tahniah, rakyat menghargai ini. Cuma saya nak tanya, apakah bantuan awal persekolahan ini kekal pada RM150 ataupun kita naik lebih lagi.
Seorang Ahli
RM150 saja.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tak mahu tambah?
[Disampuk] [Ketawa] Kalau boleh minta, minta tambahlah untuk rakyat. Dan berkenaan dengan pendidikan juga.
Terima kasih kepada Timbalan Menteri Kewangan yang memberikan jawapan tadi. Ini dah.
[Ketawa] Berkenaan dengan pendidikan juga, isu kekurangan guru, Dato’ Yang di-Pertua.
Isu ini dari dulu sampai sekarang, kerajaan tukar, Perdana Menteri tukar, Menteri tukar tapi isu ini tetap sama. Saya difahamkan ketika ini kita menghadapi masalah kekurangan 21,000 orang guru di sekolah menengah dan rendah, tak kira aliran apa. Jadi, apa pendekatan kita? Menteri ada sebut, bulan depan akan ada pengambilan 9,500. Ya lah untuk sementara ini kita boleh redakan keadaan. Jadi, macam mana pendekatan masa akan datang, jangka panjang kita.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jadi, saya mohon pihak Kementerian Pendidikan mengadakan libat urus dengan semua pihak, termasuk IPTA. Graduan-graduan daripada IPTA terutamanya, kita libatkan dalam profesion perguruan ini supaya satu langkah jangka komprehensif, jangka panjang dapat dilaksanakan, dapat diaplikasikan di bawah suruhanjaya perkhidmatan perguruan untuk memastikan satu hari nanti, mungkin 10 tahun dari sekarang ataupun lima tahun dari sekarang, kita tak payah sebut lagi masalah kekurangan guru.
Kita tak mahu bidang pendidikan ini, kita ini dibelenggui oleh masalah kekurangan guru. Kalau kita nak anak-anak kita maju, pendidikan kena diperkasakan. Macam mana pendidikan nak diperkasakan, kalau guru-gurunya tak cukup dan memberikan tekanan kepada guru-guru yang sedang berkhidmat ketika ini.
Dato’ Yang di-Pertua, saya nampak juga ada RM2.5 bilion diperuntukkan untuk pembinaan 26 buah sekolah baharu. Syabas kepada kerajaan. Memang kita tahu, di tempat-tempat yang kepadatannya tinggi perlu bina sekolah. Saya nak tanya cuma satu.
Adakah di bawah Parlimen Rasah, Sekolah Kebangsaan ‘S. Duhai’ dan SMK ‘S. Duhai’ yang pernah disebutkan beberapa tahun dulu terlibat dalam pembinaan 26 buah sekolah baru ini. Sebab beberapa sekolah di sekitar kawasan tersebut telah menghadapi kepadatan yang tinggi, sesak, satu kelas lebih 40 orang murid. Jadi, mohon jawapan daripada KPM.
Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan dengan peruntukan MITRA. Saya tahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tak sebutkan, tapi saya difahamkan RM100 juta tetap disalurkan untuk MITRA untuk membantu masyarakat India dalam menaik taraf ataupun meningkatkan sosioekonomi. Saya mohon cadangkan.
Saya pernah cadangkan tiga tahun dulu ketika MITRA diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan. Hari ini MITRA di bawah JPM. Boleh tak yang RM100 juta ini, kita gandakan kepada RM200 juta. Sebab ada keperluan untuk berbuat demikian untuk memastikan golongan masyarakat India dari segi terutamanya B40 diangkat ke satu tahap yang selaras dengan arus pembangunan negara kita supaya mereka tidak tercicir daripada limpahan pembangunan yang kita ada hari ini.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Dato’ Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang saya nak kupas pada petang adalah berkenaan MYAirline. Saya tahu pemegang share utamanya telah ditangkap polis dua hari dulu. Satu tindakan yang cepat daripada polis. Cuma, saya mohon pada kerajaan bukan setakat MOT ataupun Suruhanjaya Penerbangan Malaysia sahaja, malah kepada semua agensi yang terlibat termasuk SPRM.
Kenapa syarikat sebegini, yang mana pemegang share 98 peratus adalah seorang yang mempunyai rekod sindiket boleh diluluskan ketika itu? Saya tidak mahu buat tuduhan siapa betul siapa salah. Kenapa dia boleh diluluskan ketika itu? Dan apakah sebabnya? Kita nak cari sebab hari ini yang terkesan adalah 125,000 penumpang, sesuatu yang sangat tidak bertanggungjawab dan memalukan industri penerbangan kita.
Jadi, satu tindakan yang tegas, rentas kementerian perlu dilakukan.
Dato’ Tuan Yang di-Pertua, saya juga nak menyinggung sedikit berkenaan dengan KDN iaitu berkenaan dengan isu kewarganegaraan. Saya menyambut baik komitmen daripada Menteri KDN pada awal tahun ini bahawa selagi beliau menjawat jawatan Menteri KDN beliau akan mempertimbangkan tak kiralah lulus ataupun tak lulus 10,000 permohonan kewarganegaraan setiap tahun.
Saya nak tanya, apakah statusnya setakat tahun ini? Dan boleh tak saya mohon cadangkan kepada KDN, Menteri KDN terutamanya, dibentuk satu jawatankuasa khas untuk membantu Menteri supaya kalau boleh bukan 10,000 tetapi tambah kepada 15 ataupun 12 ataupun 20,000 pada tahun hadapan.
Sebab kita tahu kes yang tertangguh lebih 150,000 kes. Kalau 150,000 kes setiap tahun 10,000 maknanya, kita kena tunggu 15 tahun untuk selesaikan. Jadi, untuk mereka yang layak sebenarnya sesuatu yang bagi saya sangat-sangat apa menyeksakan untuk menanti dan berkenaan bagaimana pula dengan pindaan perlembagaan yang pernah
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
disebutkan berkenaan memberikan hak yang sama rata kepada anak kepada wanita warga Malaysia yang dilahirkan di negara asing?
Dato’ Tuan Yang di-Pertua, saya juga nak ambil kesempatan pada hari ini berkenaan dengan Kementerian Kerja Raya. Saya nampak Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM5.4 bilion kepada kerajaan-kerajaan negeri di bawah MARRIS. Itu satu yang baik tetapi kenapa hanya diberikan RM2.8 bilion sahaja kepada Kementerian Kerja Raya untuk jalan-jalan persekutuan? Sebab di banyak kes jalan negeri dalam keadaan yang elok. Jalan persekutuan yang selalunya gagal diselenggarakan bukan sebab JKR tidak bagus, bukan sebab JKR tidak buat kerja tetapi peruntukan yang diperuntukkannya tidak cukup.
Jadi, saya mohon kerajaan supaya pertimbangkan perkara ini sebab kalau jalan rosak, ia boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya. Dan perkara terakhir yang saya nak sebutkan Dato’ Tuan Yang di-Pertua, adalah berkenaan dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Saya nampak ada 24 projek akan menerima surat setuju terima (SST) pada tahun ini yang dijangka dalam bulan ini. Saya nak tanya, daripada 24 projek tersebut, ada tak projek pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi Fasa 5? Sebab projek itu di bawah kawasan saya, Parlimen Rasah dan pernah berlaku beberapa kali banjir besar yang menjejaskan, yang mendatangkan musibah kepada lebih 1,000 isi rumah.
Jadi, saya harap ia terlibat, ya. Yang Fasa 5 Sungai Linggi ini antara 24 projek yang terima SST. Kalau tidak ada, bila SST akan diberikan kepada kontraktor? Saya mohon supaya projek ini boleh disegerakan untuk memberikan kepentingan ataupun kebajikan kepada penduduk yang tinggal di sekitar tebing sungai ini.
Jadi, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Tuan Yang di-Pertua atas sedikit masa tambahan yang diberikan kepada saya pada petang ini. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Dipersilakan Yang Berhormat Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Bismillahi Rahmani Rahim. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat baginda Nabi Muhamad SAW dan seluruh ahli keluarga baginda.
Terima kasih Dato’ Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Kuantan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan dasar Belanjawan 2024. Sebelum membahaskan dengan lebih lanjut, Kuantan ingin mengambil kesempatan menyatakan sokongan penuh dan solidarity bersama perjuangan rakyat Palestin.
Sekian lama rakyat Palestin, bukan sahaja dinafikan hak mereka, bahkan berterusan ditekan dan dizalimi rejim Zionis Israel. Terkini, insiden pengeboman ke atas sebuah hospital di Gaza mengorbankan lebih 500 nyawa dan 900 orang tercedera merupakan satu jenayah pembunuhan kejam yang dilakukan oleh rejim haram, apatah Israel.
Jenayah perang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan di Palestin telah membunuh lebih 800 nyawa manusia dan menjadikan angka kepada 1,000 pembunuhan Israel. Mutakhir ini meningkat kepada hampir 4,000 nyawa manusia termasuk kanak- kanak, warga emas, para doktor, jururawat serta petugas kesihatan yang tidak berdosa.
Kita menyeru agar Kerajaan Malaysia memainkan peranan pada sidang kemuncak ASEAN GCC yang akan berlangsung pada hari esok untuk memulakan langkah menggerakkan pasukan bantuan kecemasan dan perubatan ke Gaza dengan mendukung negara OIC yang lain. Dan seterusnya, negara perlu mendesak agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat ketetapan dan menghantar pasukan pengaman ke Gaza bagi menghentikan keganasan rejim Israel.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Dato’ Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan takziah di atas kematian seorang rakyat Malaysia di Pusat Tahanan Imigresen Myanmar iaitu arwah Muhamad Izzat bin Abdul Wahab. Saya menghubungi keluarga arwah yang tinggal di Kuantan pada pagi Isnin baru-baru ini untuk mendapatkan beberapa maklumat dan juga mengambil kesempatan untuk bertemu dengan Yang Berhormat Senator Menteri Luar bagi memaklumkan berkenaan perkara ini.
Berdasarkan maklumat yang di-viral-kan di media sosial, ianya berkaitan dengan scammer berkaitan peluang pekerjaan di luar negara. Saya memohon pihak kerajaan membantu keluarga yang terlibat dan juga menyiasat tentang apa yang berlaku ini serta mengharapkan penguatkuasaan yang lebih ketat di masa akan datang, agar ianya tidak berulang lagi kepada orang lain.
Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Pahang yang telah memberi sumbangan berjumlah RM25,000 bagi membantu membawa pulang jenazah allahyarham ke tanah air. Semoga urusan berkaitan ini dipermudahkan oleh Allah SWT. Insya-Allah.
Dato’ Tuan Yang di-Pertua, Islam datang kepada kita dengan prinsip yang sangat jelas. Allah SWT mempertegaskan tujuan penciptaan manusia dengan firmannya dalam Surah Hud, Ayat 61.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bermaksud, “Dia, Allah telah menciptakan mu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu sebagai pemakmur di dalamnya”. Memakmurkan bumi telah menjadi tujuan penciptaan manusia selain beberapa tujuan yang turut disebutkan oleh Al-Quran seperti mengabdikan diri kepada Allah, menjadi khalifah melaksanakan amanah dan menerima ibtila' iaitu ujian.
Saya menyokong apa yang dinyatakan oleh Ketua Pembangkang, YB Larut di mana pemimpin perlu mempunyai sifat qawiyyul amin dalam menjalankan amanah untuk memakmurkan bumi.
Oleh yang demikian khazanah dan hasil bumi perlu diuruskan dengan teratur serta seimbang dan kekayaan negara perlu diagihkan kepada semua yang berhak dengan prinsip keadilan. Dalam menggalas amanah rakyat, sikap jujur dan integriti perlu ada pada pemimpin negara, para Menteri, para pegawai kerajaan dan seluruh kakitangan kerajaan.
Dato’ Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2024 menyaksikan pertambahan sebanyak RM7.66 bilion bajet berbanding Bajet 2023. Perbelanjaan mengurus ditambah sebanyak RM14.6 bilion. Manakala, perbelanjaan pembangunan diturunkan sebanyak RM7 bilion.
Kita menyedari usaha kerajaan dalam struktur semula subsidi agar lebih bersasar seterusnya memberi penjimatan kepada perbelanjaan negara. Namun, dari sisi yang lain keputusan kerajaan untuk menaikkan cukai SST daripada enam peratus kepada lapan peratus akan memberi kesan berantai kepada banyak pihak termasuk pembekal, peniaga dan akhirnya kepada pengguna dan rakyat.
Kuantan menyokong perbahasan Yang Berhormat Larut yang menekankan agar kerajaan perlu berusaha untuk memujuk majikan dan syarikat untuk berkongsi limpahan ekonomi dengan lebih adil dan saksama kepada pekerja seperti yang diamalkan di beberapa buah negara lain.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Dato’ Tuan Yang di-Pertua, antara perkara asasi dalam kehidupan manusia adalah berkaitan makanan. Setiap hari kita makan sebagai sumber tenaga untuk badan.
Oleh itu, makanan asasi rakyat di negara ini seperti beras, telur, ayam perlu mencukupi dan mampu dibeli. Sehingga ke hari ini, kita menghadapi masalah bekalan beras putih tempatan, sedangkan perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Harganya pula naik mendadak.
Dalam pembentangan bajet, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan kawalan harga telur dan ayam akan dilepaskan. Keputusan tersebut dilihat seolah-olah kerajaan mahu pasaran yang menentukan harga. Kuantan bimbang dengan situasi ini tidak seperti yang dijangka. Dibimbangi yang menentukan harga bukanlah pasaran tetapi persatuan-persatuan atau pengusaha-pengusaha yang
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
memonopoli harga. Persoalannya, apakah langkah serta kawalan daripada pihak kerajaan dalam menghadapi kemungkinan situasi ini?
Dato’ Yang di-Pertua, krisis ini sebenarnya mempunyai hikmah jika ia diteliti dengan mendalam. Selama ini mungkin kita beranggapan bahawa syarikat atau pengusaha yang sedia ada mampu untuk membekalkan barang keperluan walaupun di kala kecemasan. Namun, inilah yang terjadi tatkala bekalan beras tiada di pasaran, pengusaha tidak mahu membungkus kerana katanya kadar untung yang rendah ataupun tidak untung. Maka, kerajaan perlu akur agar pengusaha tidak menarik diri dari membekalkan makanan asas ini.
Dalam jangka panjang, Kuantan ingin mencadangkan agar kerajaan melalui syarikat GLC negeri-negeri dilibatkan dalam sektor makanan asas agar ia dapat membantu menyediakan keperluan asas serta menambah pemain industri packing ataupun bungkus beras sebagai makanan asas ini. Insentif daripada kerajaan berbentuk pengurangan cukai juga boleh diberikan kepada mana-mana GLC yang turut serta dalam industri seperti telur, ayam dan beras ini. Contohnya, seperti di negeri Terengganu. Baru- baru ini dikeluarkan Beras Ganu.
Dato’ Yang di-Pertua, terdapat banyak kampung Melayu tradisional dalam bandar- bandar seluruh negara. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, di bawah jabatan atau kementerian manakah yang bertanggungjawab terhadapnya? Mereka juga perlu dibantu dari segi penyediaan infrastruktur seperti penyelenggaraan dewan atau padang permainan serta masjid dan surau.
Saya dimaklumkan dan saya kongsikan satu contoh, di mana hampir 30 tahun jalan tar tidak diturap baru di kawasan kampung Melayu di dalam bandar berbanding perumahan Kampung Baru yang telah diturap tar sebanyak tiga kali sedangkan lokasinya sangat berdekatan. Ini berlaku di kawasan saya iaitu Lorong Seri Teruntum, Kuantan. Di sini saya ingin mencadangkan agar kampung Melayu tradisional yang berada di bandar- bandar ini diberi peruntukan khusus sama seperti yang dinikmati oleh perumahan Kampung Baru agar komuniti ini juga terbela.
Dato’ Yang di-Pertua, isu warga asing berniaga secara haram atau menggunakan lesen warga tempatan untuk berniaga hangat dibincangkan seluruh negara. Apakah langkah serta tindakan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan tentang perkara ini? Jika Yang Berhormat Menteri turun ke lapangan, banyak premis perniagaan di beberapa lokasi dikuasai oleh peniaga warga asing dan keadaan ini telah menjejaskan pendapatan peniaga tempatan.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkaitan masalah perkhidmatan bekalan air yang banyak berlaku di tempat termasuk di negeri Pahang, yang bukan sahaja berlaku di kawasan Felda, luar bandar, bahkan juga dialami di bandar, termasuk Parlimen saya, Parlimen Kuantan.
Dalam perbahasan RUU Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, banyak perkara telah dibangkitkan oleh Ahli Dewan. Dalam tinjauan kami di Parlimen Kuantan, didapati banyak tangki air yang terbiar yang tidak digunakan. Sekiranya tangki air tersebut digunakan, sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan penduduk dan mengurangkan isu bekalan air. Apakah alasan pihak operator air tidak menggunakan tangki air tersebut?
Kuantan juga amat berharap agar peruntukan yang diterima perlu diberi keutamaan untuk dibelanjakan bagi menukar paip-paip lama di seluruh negara, khususnya di Parlimen Kuantan. Selain itu, proses penguatkuasaan berkaitan penyambungan paip bagi projek perumahan baharu perlu mengikut prosedur agar apabila tekanan air dinaikkan, ia tidak memberi kesan kepada paip-paip lama yang disediakan.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit berkaitan penurunan cukai hiburan artis antarabangsa dari 25 peratus kepada 10 peratus juga perlukan pemantauan.
Saya ingin berpesan kepada pihak kerajaan, dalam keghairahan kerajaan menarik artis luar negara masuk ke negara kita, perlu ada kawalan. Dibimbangi artis yang dibawa masuk ke negara kita membawa budaya bertentangan dengan norma masyarakat
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
beragama Islam serta tidak selari dengan budaya masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai ketimuran yang tinggi.
Dato’ Yang di-Pertua, kebimbangan subsidi bersasar diesel dan petrol tahun hadapan amat menggusarkan rakyat. Keadaan ini akan menyebabkan kenaikan kos operasi dan berpotensi menjadi penyebab kenaikan harga barang. Contohnya, kepada petani yang menggunakan genset untuk menjana elektrik bagi mengepam air, siraman tanamannya, penggunaan lori serta 4x4 untuk mengangkut benih, baja serta hasil tanaman. Ini adalah sebahagian daripada kesan jika berlaku kenaikan harga diesel. Jadi, saya bersetuju dengan keresahan rakyat dalam isu subsidi diesel bersasar ini.
Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan merupakan kementerian yang memperoleh peruntukan yang besar. Kuantan ingin merakamkan penghargaan di atas peruntukan bagi prasekolah untuk Sekolah Kebangsaan Bunut Rendang, Kuantan. Juga Kuantan ingin menyentuh berkaitan program kokurikulum yang dijalankan di sekolah- sekolah seluruh negara. Apabila ada pertandingan antara sekolah, daerah serta negeri, kos perjalanan daripada lokasi bagi tujuan tersebut perlu ditanggung oleh PIBG atau guru- guru yang terlibat.
Kuantan ingin mencadangkan agar kerajaan menyediakan peruntukan khusus kepada setiap sekolah atau PIBG bagi tujuan tersebut. Contohnya, seperti dalam Manifesto Perikatan Nasional Negeri Selangor iaitu RM6,000 bagi setiap sekolah di Selangor. Dengan adanya sumber kewangan ini, guru-guru tidak perlu lagi tercari bagaimana untuk mencari sumber. Kuantan juga ingin mencadangkan setiap pergerakan ke mana-mana program dilindungi oleh takaful yang ditanggung penuh oleh pihak kerajaan.
Kuantan juga ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri dan Ahli Dewan berkenaan sistem pendidikan negara yang tidak selari dengan keperluan masa depan.
Menurut pensyarah UKM, Dr. Anuar Ahmad, silibus sekolah kita padat, panjang masanya.
Namun, tidak relevan dengan keperluan masa hadapan. Keperluan pasaran tidak lagi tertumpu pada industri pembuatan, sebaliknya ke arah teknologi perisian dan digitalisasi.
Dalam tempoh 10 hingga 15 tahun hadapan, negara akan ketinggalan jika sistem pendidikan negara tidak responsif kepada perubahan semasa. Saya mohon pandangan Yang Berhormat Menteri berkenaan perkara ini.
Dato’ Yang di-Pertua, kita sedia maklum peruntukan yang paling besar diberikan kepada Kementerian Kesihatan. Namun, antara aduan yang sering diterima berkaitan perkhidmatan kesihatan ialah kesesakan di hospital dan klinik kesihatan awam. Antara langkah yang diambil bagi mengawal kesesakan di hospital kerajaan yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah kerjasama dengan hospital swasta dengan peruntukan sebanyak RM200 juta. Saya memohon penjelasan lanjut daripada Yang Berhormat Menteri. Apakah kaedah kerjasama tersebut?
Dato’ Yang di-Pertua, pada sidang awal tahun ini, saya ada membangkitkan berkenaan keperluan pembinaan jejantas di Kampung Derhaka, Kuantan bagi memudahkan ibu bapa dan para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Lumpur melintas jalan. Susulan dengan pihak JKR Kuantan dimaklumkan bahawa permohonan tersebut telah dibuat dan diangkat ke UPEN Pahang. Namun, saya memohon Yang Berhormat Menteri menyatakan, adakah permohonan tersebut dimasukkan di dalam Bajet 2024 ini?
Dato’ Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan, saya ingin menegaskan bahawa Malaysia dibina dengan gabungan dan peranan dari semua negeri. Setiap rakyat membayar cukai, sama ada cukai SST, cukai pendapatan dan apa-apa juga cukai. Hasil pendapatan kerajaan negeri adalah terhad dan tidak seimbang antara setiap negeri jika dibandingkan dengan pendapatan Persekutuan. Walhal, sebahagian besar hasil yang dikutip oleh Kerajaan Pusat adalah diperoleh dari semua rakyat dan semua negeri.
Saya menyokong gesaan Yang Berhormat Larut agar kerajaan mesti berani untuk mengambil tindakan yang tegas bagi mengatasi jurang pendapatan ekonomi antara etnik dan wilayah. Oleh itu, kemakmuran negara perlu diuruskan dengan saksama agar tiada yang tertinggal. Kita mahu kemakmuran negara di kecapi oleh semua rakyat sama ada di
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Semenanjung atau Sabah dan Sarawak. Sama ada warga bandar atau desa, pekerja sektor awam dan sektor swasta.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Akhirnya, saya akhiri perbahasan saya dengan satu rangkap pantun bagi menyambung pantun daripada Jerantut tadi.
Jadilah pemimpin lurus bicara, Hasil negara diagih bersama, Jika banyak sangat cengkadaknya, Kita tunggu dan lihat saat kejatuhannya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Berikutannya, dipersilakan Yang Berhormat Libaran.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih diucapkan, Tuan Yang di-Pertua, atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024. Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas kejayaan membentang Belanjawan 2024.
Tuan Yang di-Pertua, menerusi Belanjawan 2024 ini, kerajaan telah memperlihatkan komitmen yang tinggi dalam usaha memperkasa Perjanjian Malaysia 1963 iaitu MA63. Hal ini dapat dilihat menerusi peningkatan peruntukan pembangunan negeri Sabah daripada RM6.5 bilion pada tahun 2023 kepada RM6.6 bilion pada tahun 2024. Harapan saya, menyelesaikan masalah air, jalan raya dan juga elektrik di Sabah daripada peruntukan ini, kerajaan negeri dapat melaksanakan sepenuhnya.
Di samping itu, kerajaan juga turut mengumumkan peningkatan kadar pemberian khas interim untuk Sabah kepada RM300 juta pada tahun 2024 berbanding RM125.6 juta sebelum ini. Peningkatan peruntukan kepada Sabah ini secara jelas membuktikan usaha berterusan Kerajaan Perpaduan dalam memperkasa pembangunan infrastruktur di Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik usaha kerajaan dalam menyerahkan kuasa kawal selia bekalan elektrik kepada Sabah yang bakal berkuat kuasa pada 3 Januari 2024. Saya turut mengalu-alukan pemberian subsidi kepada Sabah Electricity Sdn Bhd sehinggalah Pelan Transformasi SESB berjaya dilaksanakan dalam tempoh tujuh tahun iaitu sehingga 2030 yang juga akan mengukuhkan lagi industri bekalan elektrik di Sabah.
Saya melihat pengumuman kerajaan bagi menyokong inisiatif penjanaan tenaga secara solar hibrid serta pembinaan jaringan talian penghantar elektrik di selatan Sabah akan dapat menyelesaikan isu gangguan bekalan elektrik di kawasan timur Sabah.
Namun, solar hibrid ini masih banyak yang tertangguh. Hampir empat lima tahun yang lalu sehingga pada hari ini, tidak juga menyala, Tan Sri Yang di-Pertua. Seperti di Pulau Libaran, Pulau Sanghai dan banyak lagi pulau-pulau di negeri Sabah menggunakan solar hibrid ini, sampai hari ini tidak boleh digunakan.
Saya juga melihat— turut berpandangan pada pemberian rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar dengan peruntukan RM55 juta membantu mengurangkan beban isi rumah miskin tegar di seluruh negara.
Tuan Yang di-Pertua, peningkatan cukai perkhidmatan. Saya merasa bimbang sekiranya peningkatan cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus ini nanti akan tetap memberikan impak beban kepada rakyat secara keseluruhannya.
Kesan segera kepada peningkatan cukai, ia akan meningkatkan kos perniagaan dan kos ini juga tentu akan ditanggung oleh pengguna.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Saya ingin mengetahui, apakah terdapat sebarang jaminan kerajaan bahawa peningkatan cukai perkhidmatan ini nanti tidak akan memberikan beban kepada rakyat B40? Bagaimanakah mekanisme kawalan yang akan dilaksanakan oleh kementerian bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati susulan daripada peningkatan kadar cukai perkhidmatan ini?
Tan Sri Dato’ Yang di-Pertua, Perintah Gaji Minimum pada 2022 telah dikuatkuasakan kepada semua majikan pada 1 Mei 2022. Manakala penguatkuasaan gaji minimum kepada majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bermula 1 Julai 2023. Sebagai pelengkap kepada dasar gaji minimum ini, kerajaan memperkenalkan Dasar Gaji Progresif yang merupakan peralihan daripada model pemberian upah minimum kepada kenaikan gaji secara berperingkat dan berfasa.
Namun begitu, saya mendapat keluhan daripada rakyat, terutamanya di kawasan Parlimen Libaran, masih terdapat pihak majikan yang tidak mematuhi dan mengikuti dasar gaji minimum ini. Lebih memburuk kepada keadaan ini, apabila belum selesai lagi isu ketidakpatuhan majikan terhadap kadar gaji minimum yang ditetapkan di bawah Perintah Gaji Minimum pada 2022, rakyat terpaksa pula menghadapi peningkatan cukai perkhidmatan. Sudah tentu rakyat akan merasa tertekan kerana kadar gaji yang diperolehi tidak seimbang dengan kos sara hidup.
Saya ingin mengetahui, sejauh manakah pemantauan penguatkuasaan Perintah Gaji Minimum ini dapat dilaksanakan terutamanya di negeri Sabah? Serta berapakah jumlah laporan yang diterima oleh kementerian terhadap majikan yang gagal membuat bayaran gaji minimum mengikut Perintah Gaji Minimum 2022 serta apakah punca ketidakpatuhan ini berlaku?
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik peruntukan sejumlah RM5.4 bilion kepada MARRIS yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi memastikan jalan raya negeri dalam keadaan terbaik untuk kegunaan rakyat.
Saya ingin menyentuh berkenaan isu tular berkenaan jalan raya di sebahagian tempat di Sabah yang kembali rosak selepas kira-kira tiga minggu Kembara Kenali Borneo oleh Yang di-Pertuan Agong berakhir. Saya mendapati sebahagian jalan raya yang kembali rosak ini disebabkan oleh penyelenggaraan dilakukan tidak menggunakan bahan berkualiti. Sudah sampai masanya pihak kementerian melakukan pemantauan terhadap setiap projek penyelenggaraan jalan raya agar ianya tidak dilakukan secara sambil lewa bagi memastikan ketahanan jalan raya yang diselenggarakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil baik peruntukan sebanyak RM2.47 bilion untuk melaksanakan projek perumahan rakyat bagi tahun 2024. Menerusi peruntukan yang sebegitu besar ini, saya berharap agar kerajaan turut mempertimbangkan untuk memperbanyakkan skim sewa untuk beli program perumahan rakyat khususnya di Parlimen Libaran. Terdapat permintaan yang mendesak diwujudkan lebih banyak projek PPR ini bagi memenuhi keperluan rakyat. Saya yakin dan percaya, melalui skim ini, impian rakyat B40 terutamanya di Libaran untuk memiliki kediaman sendiri dapat diwujudkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik langkah kerajaan dalam memastikan ketidaksampaian perkhidmatan rakyat melalui Program Menyemai Kasih Rakyat
(MEKAR) yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Saya melihat inisiatif Program MEKAR ini membantu mempermudahkan urusan pendaftaran dokumen pengenalan diri individu yang berkelayakan terutamanya penduduk di kawasan pedalaman. Saya yakin dan percaya, menerusi inisiatif ini, isu-isu berkaitan pendaftaran kelahiran di kawasan Parlimen Libaran seperti yang pernah saya bangkitkan sebelum ini akan dapat diselesaikan.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai subsidi pengangkutan udara, saya menyambut baik peruntukan sebanyak RM209 juta bagi mensubsidi pengangkutan udara yang akan memberikan manfaat kepada penduduk desa serta pedalaman Sabah dan Sarawak. Saya ingin mengetahui, bagaimanakah pemberian subsidi ini akan dilaksanakan? Adakah ia diberikan terus kepada syarikat penerbangan atau melalui tiket penerbangan yang akan dibeli?
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Sungguhpun, kerajaan telah memberikan peruntukan subsidi ini, perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan adalah bagaimana mekanisme kawalan harga tiket penerbangan oleh kerajaan bagi memastikan tidak berlakunya peningkatan harga tiket yang melampau mendadak terutamanya sewaktu musim perayaan.
Tuan Yang di-Pertua, isu MYAirline. Saya ingin menyentuh berkenaan isu syarikat penerbangan tambang murah MYAirline Sendirian Berhad yang menggantung operasinya disebabkan oleh kekangan kewangan serta menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat. Saya dimaklumkan bahawa terdapat ramai penumpang yang terjejas akibat daripada penggantungan operasi syarikat penerbangan ini. terdapat juga penumpang yang telah membeli tiket penerbangan awal bagi menyambut perayaan pada tahun hadapan.
Rentetan daripada isu ini, saya ingin mengetahui apakah langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu penumpang yang terjejas susulan daripada penggantungan operasi syarikat penerbangan ini. Dan juga adakah kerajaan akan mengambil syarat yang lebih ketat sebelum meluluskan sebuah syarikat penerbangan untuk memiliki sijil pengendalian udara dan lesen perkhidmatan udara bagi mengelakkan isu syarikat penerbangan menggantung operasi secara tiba-tiba tidak akan berulang pada masa hadapan?
Dato’ Yang di-Pertua, baru-baru ini Kementerian Sumber Asli China telah menerbitkan Peta Standard China Edisi 2023 yang meliputi sebahagian besar perairan Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak. Justeru itu, saya ingin mengetahui apakah tindakan tegas kementerian terhadap penerbitan Peta Standard China Edisi 2023 ini yang dilibatkan secara jelas menunjukkan tuntutan maritim negara China sehingga melangkaui kawasan maritim Sabah dan juga Sarawak. Adakah terdapat sebarang bentuk usaha politik oleh pihak kerajaan bersama negara yang menjadi mangsa pencerobohan terutama negara jiran serantau bagi mencabar serta menyangkal China ini?
Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan Hospital Duchess of Kent, Sandakan sudah tidak dapat lagi menampung jumlah pesakit yang semakin ramai. Pada masa kini hospital ini telah menampung jumlah pesakit daripada tiga buah kawasan Parlimen dalam daerah Sandakan. Ada kalanya hospital ini juga turut terpaksa menampung pesakit daripada daerah seperti Kinabatangan, Beluran dan juga Telupid. Lebih memburukkan keadaan lagi, hospital ini turut kekurangan tenaga doktor pakar seperti doktor pakar jantung, pakar bius dan juga pakar bedah seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Semporna kelmarin.
Justeru itu, saya merasakan terdapat keperluan mendesak untuk dibina sebuah hospital baharu di kawasan Parlimen Libaran bagi mengurangkan kesesakan hospital yang sedia ada. Saya yakin dan percaya dengan adanya pembinaan hospital baharu ini yang akan turut memberi manfaat kepada rakyat di Parlimen Libaran khususnya yang tinggal di kawasan kepulauan serta pedalaman dapat mengakses perkhidmatan kesihatan yang lebih dekat. Justeru itu, saya berharap agar permohonan pembinaan hospital baharu ini akan mendapat pertimbangan oleh pihak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik peruntukan sebanyak RM17 juta bagi melaksanakan Program Tahfiz TVET yang akan memberikan nilai tambah kepada pelajar tahfiz di samping meneruskan pengajian hafazan. Menerusi Tahfiz TVET ini juga, secara tidak langsung akan meningkatkan kebolehan pasaran graduan tahfiz dalam pelbagai bidang TVET seiring dengan kehendak industri mengikut peredaran zaman. Namun begitu, saya merasakan kerajaan perlu memperkemaskan lagi inisiatif Tahfiz TVET ini dengan memastikan lepasan pelajar tahfiz turut dapat menikmati peluang yang sama dengan pelajar pendidikan arus perdana dalam laluan kerjaya.
Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan bimbang sekiranya realisasi subsidi diesel ini akan membebankan rakyat yang memiliki kenderaan diesel. Hal ini kerana di negeri Sabah terutamanya penduduk di kawasan pedalaman, rata-ratanya memiliki dan menggunakan minyak diesel. Saya juga ingin mengetahui adakah individu warganegara
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Malaysia yang memiliki kenderaan diesel masih lagi layak untuk menerima manfaat diesel subsidi ini.
Justeru itu, saya berharap kerajaan meneliti dan memperincikan jenis-jenis kenderaan individu yang layak menerima subsidi diesel ini. Saya mengharapkan segala perkara yang telah dibangkitkan oleh saya di dalam ucapan sebentar tadi, saya akan mendapat perhatian serta tindakan yang sewajarnya. Sebelum saya mengakhiri ucapan, izinkan saya membaca serangkap pantun.
Belayar saudagar tujuh samudera, Perdagangan songket darilah timur, Belanjawan 2024 rakyat sejahtera, Perpaduan dilakar Malaysia makmur. Sekian. Saya menyokong Rang Undang-undang Perbekalan 2024. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahhi rabbi alamin wabihi nasta’in. Terima kasih Speaker Tuan Yang di-Pertua memberi peluang dan kesempatan kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Perdana Menteri dan juga Menteri Wilayah Persekutuan beberapa hari yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, malangnya pada hari ini ketika kita membincangkan Belanjawan 2024, kita telah mendapat satu berita yang kurang memberangsangkan yang mana duit kita telah menjunam sehingga RM4.76 per Dolar Amerika. Dan ini lebih dikatakan akan terus menjunam dalam masa 25 tahun. Inilah kadar yang terburuk yang berlaku dan ia lebih walaupun Jepun jatuh teruk tetapi kita yang kedua teruk pada Jepun.
Tuan Yang di-Pertua, bajet yang dibentangkan baru-baru ini berjumlah RM393.8 bilion yang mana dia mempunyai tema Belanjawan Reformasi, Ekonomi Memperkasakan Rakyat. Saya melihat tema ini begitu besar dan saya memikirkan adakah inti pati belanjawan ini mampu mencapai matlamat reformasi yang dijanjikan dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia pada kadar yang serba serbi tidak menentu hari ini, peperangan Gaza dan sebagainya dalam hal tata kelola dan pembangunan insan menjadi teras kemajuan negara.
Yang Berhormat di-Pertua, saya memulakan perbahasan maqasah seterusnya dengan membaca satu hadis Nabi SAW yang berbunyi, [Membaca sepotong hadis] Maksudnya setiap kita ini ketua dan setiap kita ini dipertanggungjawabkan atas apa yang kita jaga. Pada 17 hari bulan yang lalu, seorang bekas asnaf telah membuka pondok sedekah. Ini laporan daripada Kosmo, membantu keluarga miskin.
Apa yang menyentuh hati saya dalam berita ini adalah seorang bekas asnaf membuka satu pondok sedekah dan ramai masyarakat sekitar kampungnya di Pengkalan Maras datang untuk mendapatkan beras, makanan dan keperluan harian secara percuma.
Dan dikatakan di sini bahawa ada yang mengadu pada beliau. Nama hamba Allah ini ialah Haslinda Wahab yang tidak menanak nasi selama tiga hari. Ada yang seminggu dan ini amat menyentuh kita, Yang di-Pertua.
Selain daripada itu, saya juga menerima bantahan memorandum daripada Persatuan Pengusaha Kecil Kenderaan Perdagangan Pantai Timur yang telah berkumpul di hadapan pejabat JPJ pada 15 hari bulan yang lalu yang memohon supaya diringankan apa-apa sahaja tindakan yang seolah-olah menekan kehidupan mereka. Di mana aduan mereka, mereka menyatakan keadaan hari ini tayar meningkat harga, bateri meningkat harga, minyak meningkat harga dan keadaan yang sama mereka juga dikenakan tindakan yang melampau, denda dan sebagainya. Jadi, dia minta suatu linearisasi. Suatu
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
pertimbangan agar mereka ini dipertimbangkan dalam keadaan rakyat hari ini berada dalam keadaan serba susah, serba payah untuk meneruskan kehidupan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, kita juga, beberapa hari yang lalu masih lagi melihat ada mereka atau rakyat yang berkumpul dan berbaris untuk mendapatkan beras.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Semalam saya berjumpa dengan pengusaha-pengusaha kantin dan juga asrama mengatakan bahawa hari ini beras tempatan masih berkurangan. Telur dulu harganya RM13, hari ini dah meningkat menjadi RM17. Begitu juga dengan minyak masak. Satu lagi masalah yang berlaku sekarang ialah masalah kekurangan gula subsidi. Syarat untuk nak membeli gula subsidi dikenakan, mereka terpaksa membeli gula premium. Jika tak beli gula premium harganya RM4.50 sekilo, maka mereka tidak dibenarkan untuk membeli RM2.85 sekilo.
Sebab ini Yang di-Pertua, menjadi suatu runtunan, suatu masalah kepada masyarakat negara kita dan suatu yang amat mengaibkan seperti saya katakan berulang kali. Negara yang dah merdeka 66 tahun, tak pernah berlaku dalam sejarah kemerdekaan negara yang kita cintai ini, masyarakat umat kita berbaris untuk mendapatkan beras. Ini suatu perkara yang memalukan, suatu perkara yang mengaibkan. Di dalam pembentangan bajet baru-baru ini, tidak kelihatan usaha-usaha untuk pastikan keselamatan makanan ini diberi keutamaan.
Selain daripada itu Yang Berhormat Yang di-Pertua, berkaitan dengan JPJ juga ataupun Jabatan Pengangkutan Jalan ataupun Kementerian Pengangkutan. Sekiranya pengguna melakukan kesalahan, maka mereka wajar dikenakan hukuman, punishment.
Mereka didenda, mereka masuk mahkamah dan sebagainya. Saya mencadangkan di Dewan yang mulai ini, diberi juga reward kepada pemandu-pemandu, pengguna jalan raya yang tak pernah melakukan kesalahan.
Contohnya, dalam sepanjang setahun daripada 1 Januari sehingga 31 Disember, mereka ini tak pernah melakukan apa-apa kesalahan. Tak pernah langgar lampu merah, tak pernah kena speed trap, tak pernah kena AES dan sebagainya, mereka ini perlu di- reward untuk nak mewujudkan masyarakat kita ini masyarakat yang menghargai dan me- reward kepada mereka yang menghormati undang-undang. Sebagai contoh, mungkin mereka ini dikenakan bayaran pembaharuan lesen itu dikenakan potongan 50 peratus ataupun tak dihapuskan sepenuhnya. Itu cadangan untuk nak menggalakkan rakyat Malaysia supaya mereka ini mematuhi undang-undang.
Selain daripada itu Yang di-Pertua, berkaitan dengan pengangkutan juga.
Persoalan saya kepada KP, Kementerian Pengangkutan. Aerotrain kita di KLIA dah lama rosak. Tahun depan, tahun 2026 nak dijadikan Tahun Melawat Malaysia. Pelancong yang tiba di terminal antarabangsa, mereka terpaksa diangkut menggunakan bas untuk pergi ke terminal, main terminal. Jadi, ini saya rasa dah lebih setahun.
Apakah tindakan yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan oleh kementerian untuk nak pastikan perkara ini dapat dilaksanakan? Apakah ianya dah nak di write-off sepenuhnya dengan izin, ataupun nak dibina baru ataupun nak dibaiki? Kerana ianya terlalu lama kerosakan ini berlaku.
Kemudian, saya berkesempatan untuk ke TBS, terminal bersepadu di Kuala Lumpur, terminal bas bersepadu. Di tepi terminal bas tersebut ada satu tasik. Yang malangnya kepada saya apabila melihat tasik tersebut penuh dengan sampah. Ianya suatu perkara yang amat memalukan kerana TBS boleh dianggap suatu tempat yang high- class, yang kelas A, hebat. Tapi bila kita pandang ke bawah, tasik yang cantik dipenuhi dengan aerofoam dan sebagainya, yang putih-putih dan sebagainya. Jadi kita minta supaya kementerian, PBT dan sebagainya untuk ambil tindakan untuk pastikan negara kita yang kita cintai ini, pelancong tiba, mereka meng-appreciate ataupun menghargai keindahan tersebut.
Begitu juga dengan KTM Komuter KL Sentul – KL Sentral ke Tampin/ Pulau Sebang. Ini isu yang dimaklumkan kepada saya, isu lif yang dah lama rosak yang mana
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
ianya amat menyusahkan, terutamanya kepada golongan OKU yang nak menggunakan KTM tersebut dan ianya perlu diberi pertimbangan sewajarnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan berkaitan dengan beberapa cadangan kerana masa dah begitu suntuk, berkenaan dengan pelepasan cukai yang mana dicadangkan supaya diberi pelepasan cukai sehingga RM300 kepada M40 untuk pembaikian kereta. Juga, satu cadangan yang bagus juga ialah untuk mereka yang memasang CCTV di rumah masing-masing kerana CCTV ini harganya dah tak terlalu mahal dan mudah untuk nak di-installation. Bagi mereka yang berbelanja untuk baiki kereta kerana kereta adalah suatu kenderaan keperluan untuk ulang-alik ke tempat kerja dan juga CCTV ini untuk mereka dikecualikan cukai sehingga RM3,000.
Begitu juga halnya dengan masalah peningkatan cukai. Persoalan saya – cadangan saya adalah lebih baik kerajaan memperkenalkan balik GST dengan kadar yang lebih rendah untuk nak menampung pendapatan negara yang berkurangan di samping kita dah akan menarik bajet ataupun subsidi kepada rakyat berkaitan dengan telur, beras dan juga ayam.
Yang di-Pertua, berkaitan dengan beras. Apa yang diarahkan oleh kerajaan kepada pesawah ialah untuk meningkatkan pengeluaran beras sehingga 20 peratus dan terutamanya di kawasan MADA. Tetapi apa yang berlaku sehingga hari ini, saya dimaklumkan bahawa tidak ada benih padi, tidak ada benih padi yang akan ditanam pada musim ini iaitu pada — yang sepatutnya ditanam pada September yang lalu. Dia dah masuk Oktober, tapi ini dah September, masih belum dapat lagi — Oktober masih belum dapat benih padi.
Jika sekarang pun pesawah ini masih belum dapat bekalan benih padi itu, mereka tidak dapat memenuhi jadual pengeluaran padi sebagaimana yang ditentukan oleh kerajaan. Ini menunjukkan suatu perkara something wrong somewhere yang mana ianya dimaklumkan bahawa pembekal enggan mengeluarkan padi benih berikutan kerajaan tidak dapat menentukan harga sebenar.
Sebab tak mampu mengeluarkan benih padi ini kerana kerajaan tidak mampu untuk menentukan harga sebenar benih padi untuk petani. Kegagalan kerajaan ini untuk bekal padi kepada pesawah adalah suatu benda yang perlu diatasi segera kerana ini dibimbangi akan memberi risiko kepada negara, akan mengalami masalah kekurangan beras pada masa...
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
...Di pasaran pada masa hadapan.
Di samping juga dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Sila Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Hulu Terengganu, saya Masjid Tanah nak mencelah. Yang Berhormat, saya nak tanya, selalu saya dengar banyak apa, Ahli Parlimen bercakap tentang soal beras tak cukup dan sebagainya. Ini telah berlarutan saya kira agak lama juga dan kasihan dengan masyarakat kita, orang kampung di luar sana disebabkan oleh ketiadaan beras ini.
Tidakkah ini Yang Berhormat rasakan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri harus memberikan fokus sebenarnya, untuk melihat tentang permasalahan yang sangat meruncing ini dan terutama sekali tentang cadangan daripada pihak pembangkang untuk dilantik segera apa, dia lantiklah Menteri Kewangan yang baru supaya dia dapat memberikan fokus sebaik dan sepenuhnya bagi mengatasi permasalahan yang sangat meruncing ini. Apa pandangan Yang Berhormat?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Saya setuju dengan pandangan Masjid Tanah ya. Di samping melepaskan jawatan Menteri Kewangan, juga lantik segeralah Menteri KPDN Kos Sara Hidup. Kerana saya nampak pening Kota Raja pikul sorang masalah yang dialami dalam keadaan kritikal sekarang. Jadi, jangan dibiarkan terlalu lama kerana rasa kekosongan KPDN Kos Sara Hidup ini dah dua bulan.
Ini satu tempoh dalam keadaan rakyat tertekan, kos sara hidup meningkat, masalah bermacam-macam hari ini, ringgit menjunam lagi, jadi apa yang dilakukan? Jadi, kalau Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan tidak merasakan sesuatu yang
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
menekan atau tak merasa apa-apa dengan apa yang berlaku, saya rasa something wrong- lah dengan Perdana Menteri. Terima kasih Yang di-Pertua.
Seterusnya Yang di-Pertua, masa ada dua minit lagi. Berkaitan dengan ini ada sahabat saya daripada OKU untuk mengadu kepada saya untuk dibawa ke dalam Dewan ini untuk nak memenuhi kuota pekerjaan satu peratus OKU di dalam kerajaan. Itu harapan mereka supaya disegerakan pencapaian tersebut. Juga, dia mencadangkan kepada kerajaan supaya memberi konsesi, concession di setiap bangunan yang dimiliki oleh kerajaan untuk melatih golongan OKU dalam sektor keusahawanan, seterusnya menjadi usahawan dan peniaga yang berjaya. Sekiranya kerajaan boleh memberi peluang sewaan premis kepada golongan OKU, sedikit sebanyak dapat mengurangkan jurang peluang pekerjaan di antara golongan OKU dengan golongan biasa.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, pada masa yang singkat ini saya ingin bercakap sedikit berkenaan dengan kawasan saya. Isu yang tak pernah putus daripada mula kita bersidang dulu sampai sekarang ialah isu gajah. Isu gajah. Hari ini dah 43, 47...
Seorang Ahli
4.77.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Saya rasa mungkin mencapai nilai Rahmah barangkali, RM5. Yang di-Pertua, isu gajah ini isu yang semakin teruk. Baru ini masa sidang yang dulu, saya sebut tiga kampung saja. Hari ini saya dimaklumkan oleh ADUN di Telemong, dah 15 kampung diserang oleh gajah. Sehingga hari ini, tidak ada satu penyelesaian tuntas untuk menyelesaikan masalah ini.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kebunnya habis jahanam. Pokok ditanam kelapa sawit rosak. Pokok durian habis.
Jadi, saya mahu satu tindakan segera diambil untuk mengatasi masalah ini. Di samping itu, saya suka mencadangkan kepada kerajaan untuk menyediakan sedikit pampasan kepada golongan petani dan juga penanam-penanam di kampung-kampung ini untuk sekurang-kurangnya meringankan beban yang dihadapi oleh mereka.
Selain itu, Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyebut berkaitan dengan hal pelancongan di kawasan saya supaya diperkasakan. Di Hulu Terengganu ada Tasik Kenyir dan saya minta infrastruktur yang telah dibina 20 tahun yang lalu dibaiki. Kerana masalah kita di negara kita ini, kita banyak menyediakan peruntukan untuk membuat sesuatu yang baru tapi kita tak sediakan satu peruntukan untuk maintenance. Sebab itu, apabila satu masa dah lima tahun bangunan tersebut dah dibina, banyak perkara di-maintenance. Jadi, maintenance terbiar. Jadi bangunan tersebut menjadi semakin lusuh dan semakin buruk.
Jadi sebab itu, saya perhatikan di kawasan Tasik Kenyir, dia ada kawasan bebas cukai dan dia minta kerajaan memperkasakan kawasan bebas cukai tersebut, di samping membaiki bangunan-bangunan usang yang perlu maintenance yang banyak di kawasan tersebut. Begitu juga halnya dengan Sekayu, Belukar Bukit, Bukit Kapal dan sebagainya.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, oleh kerana masa tidak mengizinkan saya untuk terus berucap, jadi saya suka mencadangkan supaya apa yang dirancang, apa yang diperkatakan ini supaya diberi perhatian sepenuhnya. Apa yang diterangkan oleh Menteri Kewangan, saya bukan tak percaya tapi agak waswas kerana apa yang dibuat tersebut, berbeza dengan apa yang diucapkan.
Berkaitan dengan perundangan, kami di pembangkang berapa orang diberi tekanan dan intimidasi dengan apa yang berlaku, ditangkap dan berbagai-bagai dan saya berharaplah kepada pihak SPRM kah, polis kah, masa pakai baju lokap itu, jangan diuar- uarkan lagilah kerana belum tentu dia bersalah. Makna, satu etika bahawa bila dia pakai baju lokap itu, masyarakat memandang bahawa dia bersalah. Sedangkan, belum tentu sebab belum diputuskan oleh mahkamah.
Jadi, apa yang berlaku, bila dia pakai baju lokap, masuk surat khabar walaupun dikaburkan muka tapi orang dah tuduh dah kata bahawa orang ini jahat. Macam berlaku kepada pegawai kepada Putrajaya yang dikatakan mengsonglap duit sebanyak RM30 juta daripada percetakan buku KAFA prasekolah. Bila disiasat, bila dikaji bahawa buku tersebut tak wujud pun. Subjek tersebut tak wujud pun di prasekolah, praKAFA. Tetapi dia telah ditahan selama empat hari, kemudian macam-macam dipersoal dan hari ini,
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
memang tak ada kes. Tapi, namanya dah tercemar. Oleh sebab itu, kita harap wartawan di sana dan pihak berkuasa juga beri pertimbangan sewajarnya sebagai seorang manusia.
Terima kasih Yang di-Pertua. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya tertarik untuk mengulas lah dua perkara. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu berkaitan sampah di Bandar Tasik Selatan, pandangan di TBS itu, saya berharap Datuk Bandar, JPM ambil tindakan segera lah. Ia melibatkan imej negara.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Satu lagi perkara tentang bab gajah. Ya tentang bab gajah itu Yang Berhormat, kawasan Yang Berhormat dan kawasan saya, dua kali lima. Saya berharap Menteri yang berkaitan, ambil maklum.
Baik, sebelum saya meneruskan perbahasan ini, saya mengambil ruang ini untuk Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita memaklumkan bahawa hadir bersama-sama kita di dalam Dewan yang mulia ini ialah delegasi dari The Hadong-Gun Council, Republic of Korea yang diketuai oleh Puan Lee Ha-Ok.
[Tepuk] Kepada Puan Lee Ha-Ok dan delegasi, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran puan dan delegasi ke Dewan yang mulia ini. Semoga dengan kehadiran Puan Lee Ha-Ok dan delegasinya ini akan mengukuhkan lagi talian persahabatan dan perhubungan Malaysia dan Republik Korea.
*Honourable Members, it is with great pleasure that I would like to inform that together with us in the August House is the delegation from the Hadong-Gun Council, Republic of Korea headed by Madam Lee Ha-Ok, the Chairperson of the Hadong-Gun Council Republic of Korea.
To Madam Lee Ha-Ok and the delegation, we welcome your visit to the House.
We hope that the visit by Madam Lee Ha-Ok and the delegation will further strengthen the ties and relations between Malaysia and the Republic of Korea.* Untuk meneruskan perbahasan, saya mempersilakan Yang Berhormat Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih, Dato’ Speaker untuk bagi peluang kepada Batu untuk mengambil bahagian dan Batu juga ingin ucapkan selamat datang ke Parlimen Malaysia kepada Republic of Korea. Welcome to Parliament of Malaysia. Pertamanya, Batu ingin menzahirkan rasa syukur kerana belanjawan kali ini kita sama-sama dapat melihat bahawa kerajaan benar-benar ingin mengangkat semula darjat dan martabat negara dengan membentangkan belanjawan yang cukup bagus dan ia berteraskan pemerkasaan ekonomi madani. Syabas dan tahniah buat Kementerian Kewangan dan seluruh anggota majlis libat urus Belanjawan 2024.
Perkara pertama yang saya ingin bangkit adalah berkaitan dengan isytihar harta, Dato’ Speaker. Saya rasa perkara ini penting dan sepertimana Perdana Menteri juga mengumumkan tiga bulan lalu, anggota pentadbiran kerajaan perlu isytihar harta. Kalau tanya saya pandangan saya, sebelum nak jadi calon, kita perlu isytihar harta dalam parti saya sendiri untuk pastikan ada transparency. Saya tak tahu parti DAP macam mana dengan AMANAH. Perlu isytihar harta? Kalau tidak, perlulah saya bagi pandangan, perlulah kita isytihar harta supaya ketelusan, kecekapan itu berada.
Juga saya sangat-sangat setuju dengan Perdana Menteri supaya anggota pentadbiran perlu isytihar harta sebab apabila kita— soal berkaitan dengan RM400 bilion
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
peruntukan dalam Belanjawan 2024 ini, kita perlu ada pengurusan yang baik. Dan kenapa saya memberi berat kepada pengisytiharan harta? Untuk mempertingkatkan ketelusan, kecekapan dan keberkesanan sistem pentadbiran. Dengan adanya pengurusan yang baik, good delivery for the people, dengan izin.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Batu, Masjid Tanah.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Saya ada banyak ni saya nak cakap. Minta maaf.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Sikit je, sikit je.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Last, last, last, masa akhir nanti.
Batu melihat Belanjawan 2024 telah mengambil pendekatan lebih progresif di mana kerajaan akan memperkenalkan langkah cukai baru bagi meluaskan asas cukai dan secara tidak langsung ia akan mengakibatkan beberapa pindaan polisi yang melibatkan golongan sasaran M40 dan T20.
Dengan cara ini, secara tidak langsung, kerajaan sedang mengangkat ekonomi rakyat agar mereka bergerak sejajar dengan pendekatan, “Berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah”. Bagi penilaian Batu, kaedah yang diambil oleh Menteri Kewangan, mampu mengurangkan nilai kesenjangan di antara kumpulan pendapatan isi rumah.
Batu juga ingin mengambil perhatian di mana nilai kutipan cukai dilihat tidak sejajar dan penubuhan ekonomi negara. Nilai cukai yang dikutip dilihat jauh lebih rendah daripada peningkatan ekonomi. Adakah perkara ini berlaku oleh kerana pembayar cukai telah mengisytiharkan satu nilaian yang lebih rendah daripada jumlah nilaian pengisytiharan sebenarnya dengan izin, underdeclared? Jika, ya, Batu mencadangkan kerajaan agar mensyaratkan kepada seluruh firma audit bebas yang memberi perkhidmatan perakaunan untuk mempunyai satu lesen tambahan yang melibatkan kesefahaman berintegriti dan tata kelola yang baik agar mereka tidak mengikuti kehendak client, dengan izin untuk merendahkan nilai pengisytiharan cukai sebenar. Manakala, suatu tindakan harus diambil kepada seluruh syarikat-syarikat termasuk badan yang memberi perkhidmatan perakaunan yang telah menurun nilaian pengisytiharan mengikut kehendak dan selera mereka.
Dato’ Speaker, Malaysia telah berusaha untuk meningkatkan kekuatan dalam pembangunan infrastruktur negara digital. Ini termasuk peningkatan liputan internet, memperkenalkan teknologi 5G dan mewujudkan bandar-bandar pintar.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak kerajaan dan agensi kerajaan.
Antaranya yang ingin dibangkitkan adalah sistem aplikasi MyJPJ dan mySIKAP. Dengan kehadiran sistem aplikasi MyJPJ dan termasuk laman website mySIKAP, ia banyak meringankan bebanan pengguna termasuk pegawai di kaunter khidmat pelanggan.
Pun begitu, MyJPJ adalah sebuah aplikasi terhad. Ia tidak mampu digunakan sepenuhnya seperti website dan adalah mustahak dan perlu diberi perhatian oleh kementerian. Batu juga mencadangkan agar sistem JPJ diperluaskan bagi penggunanya.
Seharusnya kemudahan ini bukan sahaja terhad untuk pengguna paparan lesen memandu dan cukai jalan malahan pengguna boleh menggunakannya melalui peranti untuk urusan-urusan JPJ yang lain seperti pembelian nombor pendaftaran kenderaan, pembayaran saman JPJ, pindahan hak milik, pindaan nombor pendaftaran ke kenderaan baru dan sebagainya.
Inilah satu-satu contoh aplikasi ataupun website yang diadakan oleh kerajaan agensi yang mengurangkan bebanan rakyat. Kalau kita tengok berapa ramai penduduk yang beratur di kaunter JPJ ataupun kaunter-kaunter agensi lain. So, saya mencadangkan Kerajaan Perpaduan ambil satu contoh dari segi app ataupun website ini dan melahirkan apps ataupun website di seluruh agensi kerajaan terutamanya KKM di hospital-hospital kerajaan. Sebab saya dapat tahu Hospital HKL tidak menggunakan sistem digital tetapi menggunakan sistem manual untuk tulis semua perkara berkaitan dengan pesakit- pesakit.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Jika pesakit itu pergi ke hospital lain tak ada pula dia mempunyai data dekat situ.
Jika masukkan ataupun digitalkan perkara ini, urusan pesakit ataupun urusan doktor lebih senang dan tidak akan membazir masa. Inilah cadangan saya. Dan juga apabila Malaysia mampu dipandu ke arah pendigitalan, mutlak di sektor-sektor awam secara tidak langsung ia akan merangsang peningkatan dalam produksi perkhidmatan dan peningkatan kecekapan perkhidmatan. Selain itu, ia juga akan mengurangkan libat urus para pegawai dan mengurangkan birokrasi seperti selama ini berlaku. Kecekapan perkhidmatan akan menjadi tunjang utama apabila sistem pendigitalan dapat dilaksanakan secara keseluruhan.
Dato’ Speaker, Batu juga ingin menarik perhatian berkaitan dengan apakah mekanisme subsidi tersasar yang akan dilaksanakan oleh kementerian dan agensi berkaitan. Sebagai contoh subsidi petrol RON95. Bagaimana pendekatan dan kaedah yang akan diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan sesuatu subsidi itu diterima oleh individu yang sepatutnya? Hal ini adalah penting kerana kebanyakan kenderaan luar boleh membeli petrol subsidi. Apakah kementerian akan mempergiatkan lagi penguatkuasaan terhadap salah guna subsidi kerajaan dan berapa banyak tindakan telah diambil sepanjang tahun 2022?
Persoalan ini sering kali menjadi persoalan apabila kita disajikan dengan video- video viral di mana kenderaan luar mencuri subsidi rakyat Malaysia. Ramai rakyat terasa marah dengan kelakuan orang luar terutamanya di border Singapura dan Thailand. Tetapi sebenarnya kesempatan tersebut wujud adalah di atas kegagalan kita sendiri. Kita gagal melaksanakan penguatkuasaan dan undang-undang negara yang ada kelihatan begitu lemah sehingga orang luar dengan senang hati mempermainkan undang-undang negara.
Jadi Batu melihat adalah penting untuk mewujudkan sebuah mekanisme yang lebih jelas dan bersifat holistik agar segala rancangan dan tumpuan kerajaan dapat dicapai.
Dato’ Speaker, berkaitan isu penipuan atas talian atau scam yang semakin membara saban hari. Jutaan ringgit wang rakyat hilang sekelip mata. Tiada tindakan dapat diambil kerana pergerakan mereka sungguh licik. Batu melihat adalah harus untuk kerajaan mempergiatkan dan menyemai kesedaran kepada rakyat. Modus operandi kumpulan scammer ini akan berubah saban hari. Rakyat seharusnya sering menjaga-jaga sebelum membuat sesuatu keputusan dan mungkin sebelum sesuatu keputusan itu dibuat rakyat harus berkongsi depan orang yang paling rapat dengannya untuk bertanya pendapat.
Selain itu, kerajaan harus mempergiatkan dalam penyampaian kesedaran kepada rakyat umum dengan adanya iklan-iklan di setiap slot media sama ada di akhbar, televisyen dan radio. Tidak kurangnya dengan slot-slot iklan di laman media sosial seperti Facebook, YouTube, TikTok dan sebagainya.
Dato’ Speaker, Batu juga ingin tertarik dengan pengumuman peruntukan sejumlah RM170 juta untuk penyelenggaraan lif. Saya ucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan dengan pengumuman ini kerana di kawasan Batu sendiri kebanyakan rumah PPR dan flat tidak mempunyai fasiliti yang baik. Rata-rata penduduk di perumahan awam seperti PPR dan flat kos rendah mempunyai lif yang sungguh daif dan lif-lif tersebut bukan sahaja harus diselenggara malahan ia harus ditukar bagi memastikan penduduk di kawasan tersebut mempunyai nilai keselamatan yang tinggi ketika menggunakan lif tersebut.
Dato’ Speaker, saya juga terdengar ucapan-ucapan daripada rakan-rakan saya berkaitan dengan TEKUN. Saya setuju dan saya juga ingin membangkitkan berkaitan dengan TEKUN yang bernilai RM100 juta. Batu positif untuk mengatakan nilai peruntukan tersebut boleh dilipatgandakan agar bantuan pinjaman perniagaan dapat dibesarkan skop pinjaman mereka. Secara logiknya Dato’ Speaker, pinjaman tersebut akan dibayar kembali oleh peminjam dengan penambahan nilai sebanyak RM400 setahun sepertimana di dalam akad pinjaman antara pinjaman dalam TEKUN.
Jadi wang kerajaan yang dikeluarkan akan kembali kepada kerajaan dalam tempoh masa pinjaman lima tahun. Batu mohon agar kerajaan memperhalusi dan mempertimbangkan cadangan ini supaya peruntukan nilai RM100 juta tersebut dapat dibesarkan peruntukannya rata-rata usahawan dari kumpulan B40 yang ingin membesarkan perniagaan, mereka layak untuk menerima pinjaman tersebut.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Menarik isu cukai kenderaan. Batu melihat adalah harus untuk kerajaan mempertimbangkan rebat cukai kepada pembeli kereta tempatan terutamanya kepada kumpulan sasaran B40 yang membeli kereta tersebut bagi kegunaan e-hailing. Perkara ini dilihat wajar kerana rata-rata mereka daripada kumpulan sasaran B40 yang ingin mencari pendapatan lebih buat keluarga. Dengan menggalakkan pembelian kereta sendiri buat pemandu e-hailing, mereka mampu mengurangkan kos sewaan yang bernilai lebih kurang RM800 daripada pihak ketiga.
Dan Dato’ Speaker, selain daripada itu, saya juga ingin membangkitkan isu kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur ini adalah ibu kota Malaysia dan juga nadi kepada negara ini. Dan apabila kita bezakan negara-negara jiran seperti Philippines, Indonesia, Singapore, Thailand, negara Malaysia, ibu kota ini ada pengangkutan awam yang banyak dan luas kalau kita bezakan dengan negara jiran. Tapi penggunanya adalah paling kurang daripada negara-negara berjiranan.
Di sini kalau kita tengok statistik 416 kereta daripada 1,000 orang di Malaysia.
Kalau kita tengok di negara Thailand, hanya 100 lebih kereta daripada 1,000 kalangan orang. So, angka kereta di negara ini terutamanya di ibu kota adalah sangat banyak dan dia puncanya trafik, kesesakan lalu lintas yang terlalu teruk.
Dan saya mohon kerajaan yang telah memberi peruntukan yang berbilion-bilion untuk jalan dan selaginya untuk cari penyelesaian jika mahu membina highway tambahan.
Jika mahu membina flyover lagi, silakan dan kawasan saya Parlimen Batu antara kesesakan lalu lintas yang paling teruk terutamanya di Jalan Sentul. Saya mohon kerajaan datang siasat balik ataupun gunakan jawatankuasa yang sedia ada untuk pastikan kesesakan lalu lintas ini ada solution. Kalau tiada solution nanti macam mana kita nak mengatasi masalah ini.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Dan juga perkara berkaitan pembangunan semula yang saya sering kali membangkitkan dalam Dewan ini. Mungkin ini adalah kali ketiga saya bangkitkan. Pembangunan semula di Kuala Lumpur ini perlu diutamakan sebab saya tengok flat, flat ataupun PPR-PPR yang dah daif dah hampir umur 40, 50 tahun. Rumah, saiz rumah yang kecil, 500 hingga 600 square feet tidak sesuai lagi untuk penduduk ataupun masyarakat dihuni.
Dan saya mencadangkan kerajaan ataupun Jabatan Wilayah untuk mencari satu mekanisme macam mana pembangunan semula ini boleh menjadi di kawasan-kawasan tersebut. Contoh, di kawasan saya, flat empat tingkat...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Saya nak landing. Flat empat tingkat yang merangkumi hampir 500 rumah di tanah luas 10 ekar. Tetapi kalau kita memberi fokus untuk pembangunan semula, kita boleh ada banyak lagi rumah di kawasan 10 ekar. Itu yang saya minta kerajaan supaya memberi fokus kepada pembangunan semula. Dan saya nak sangat bagi peluang kepada Masjid Tanah tadi tetapi masa tidak cukup. Dengan ini, Batu menyokong penuh Belanjawan 2024. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebelum saya meneruskan perbahasan, saya mengalu-alukanlah kehadiran anak-anak daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra, Gua Musang, Kelantan.
[Tepuk] Jauh dia orang datang untuk melihat
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
perbahasan. Mudah-mudahan dia menjadi bekalan dan pelajaran untuk pimpinan ataupun warisan pimpinan negara kita ini.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas kesempatan ini. Melihat kepada bajet secara keseluruhannya yang berjumlah 393.9 bilion yang menyasarkan pembangunan sebanyak 90 bilion juga unjuran pendapatan 307 berbanding dengan 2023, 291 lebih kurang 16.1 bilion. Walaupun kelihatannya besar, namun menjadi perkara biasa peruntukan belanjawan saban tahun akan meningkat.
Namun yang paling penting adalah bagaimana kita menguruskan kewangan itu bukan sekadar jumlah yang diperuntukkan. Kerana kita menyedari bahawa manusia ini dia perlu dibangunkan, sebelum dibangunkan apa yang berada di persekitaran manusia itu. Hebat mana pun persekitaran, apabila manusia tidak dibangunkan, maka persekitaran itu akan rosak dengan sebab rosaknya manusia yang berada di situ.
Islam adalah agama dan cara hidup yang lengkap ya. Termasuklah dalam pengurusan ekonomi. Kerana itu, di dalam maqasid syariah juga, Islam memperuntukkan ya perkara-perkara yang perlu didahulukan daripada perkara yang utama, daripada perkara yang tidak utama. Ini adalah dasar kerana apa yang perlu didahulukan itu adalah perkara utama. Mudah-mudahan, kita melihat keseluruhan kerajaan menimbangkan apa- apa yang tidak menjadi keutamaan dengan mendahulukan keutamaan.
Contoh dengan kenaikan dua peratus enam– enam peratus kepada lapan peratus cukai ini, apakah ia berketepatan dengan maqasid syariah yang mendahulukan manusia yang kelaparan daripada membangunkan infrastruktur yang terkadang tidak mewarisi kegunaan majoriti masyarakat? Merujuk kepada Ucapan Pembentangan Bajet 137 iaitu kerajaan menyediakan RM2.4 bilion kepada FELDA, FELCRA dan RISDA untuk terus merancakkan aktiviti agrikomoditi dan meningkatkan sosioekonomi pekebun kecil.
Terima kasih di atas peruntukan ini, namun saya memohon perincian, apakah tanaman yang akan difokuskan dalam aktiviti agrikomoditi yang dimaksudkan? Apakah ia adalah kesinambungan dari Belanjawan 2023 iaitu menyuburkan tanah-tanah terbiar milik FELDA, FELCRA dan RISDA seluas 800 hektar untuk projek-projek tanaman bagi melahirkan keterjaminan makanan yang sedang dihadapi oleh negara?
Tuan Yang di-Pertua, kita juga harus mengambil iktibar dari pengalaman lampau yang membenarkan keterlanjuran dan kecuaian berlaku hingga akhirnya merugikan agensi-agensi kerajaan sama ada yang bersifat GLC ataupun sebagainya. Institusi negara tidak boleh lari daripada matlamat asal penubuhan. Salah tadbir urus lampau memaksa kerajaan menanggung kerugian Tabung Haji lebih kurang 20 bilion, FELDA 10 bilion dan LTAT sebanyak dua bilion.
Mudah-mudahan perbelanjaan yang dianjurkan, yang dicadangkan dalam perbelanjaan ini tidak mengulangi kesilapan yang sama yang kerana akhirnya kesilapan yang dilakukan oleh dua, tiga manusia akibatnya ditanggung oleh rakyat jelata yang menjadi manusia yang setia membayar cukai apa juga yang dikenakan oleh kerajaan kepada mereka. Tuan Yang di-Pertua, masih berkisar kepada pengumuman...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Kuala Krau, Sik sikit minta penjelasan. Tadi di– Yang Berhormat Kuala Krau menyebut berkaitan dengan tambahan untuk RISDA khususnya pekebun kecil FELDA ya.
Sebenarnya Yang Berhormat, dalam bajet kita baru-baru ini, tidak pun disebut atau disentuh berkaitan dengan bantuan musim tengkujuh yang sebelum ini telah pun kita beri kepada lebih 232,000 pekebun kecil kita sebanyak RM800. Jadi, nampak kerajaan dia dah nampak tak peduli dah dengan pekebun kecil kita yang masih dibelenggu dengan kos sara hidup yang tinggi, dengan masalah musim tengkujuh dan sebagainya. Mohon pandangan Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Mohon ianya diambil perhatian kerana inilah golongan-golongan menjadi sasaran utama oleh kerajaan kerana merekalah sebenarnya penyumbang kepada apa itu perut masyarakat di dalam negara dan juga pembangunan negara.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Mengenai tentang FELDA lagi, saya menyambung perbahasan saya pada 2023 yang lalu, menyentuh tentang Perumahan Generasi Kedua FELDA yang sejak 2014 melibatkan 1,840 unit rumah di seluruh negeri Pahang. Apa yang saya ingin kemukakan di sini, baru ini diperkenalkan pula satu Skim Tanah Rakyat bagi membantu generasi FELDA, generasi kedua FELDA bagi memiliki rumah ini. 10 STR yang sekarang ini yang di Bentong, empat di Kuantan dan empat lagi di Jengka yang saya mohon mudah- mudahan ia termasuk dalam Parlimen saya juga.
Cuma, apa yang saya nak panjangkan sampai, bilakah generasi kedua FELDA dan peneroka ini dibuaikan dengan projek-projek yang diumumkan namun mekanisme dan syarat-syarat pemilikan rumah ini terus tidak berpihak kepada benar-benar generasi kedua peneroka untuk memiliki rumah yang sepatutnya mereka miliki? Masih berkait dengan FELDA. FELDA tidak akan sampai ke tahap sekarang tanpa komitmen dan kesungguhan para kakitangannya.
Justeru, saya ingin menarik perhatian FELDA untuk melihat kepada kebajikan terutama berkaitan dengan penginapan pegawai-pegawai FELDA yang sehingga ini, masih digunakan sekalipun usia rumah tersebut berusia puluhan tahun. Khususnya di Jengka 21, 22, 23, 25 yang mungkin juga berlaku di Parlimen lain yang sepatutnya tidak lagi dihuni oleh kakitangan FELDA yang menjadi ejen utama pembangunan masa depan FELDA.
Begitu juga saya menarik perhatian dengan rumah-rumah kakitangan-kakitangan kilang sawit di kebanyakan FELDA-FELDA yang masih lagi dilihat tidak sepatutnya didiami di era milenium ini. Berkaitan dengan kediaman juga, pengumuman dibuat kepada kuarters-kuarters PDRM dan ATM. Terima kasih dan saya berbesar hati dengan pengumuman ini kerana sesungguhnya agensi-agensi penguat kuasa ini merupakan suatu— satu golongan yang perlu dititik berat dan diambil kebajikan mereka.
Namun, saya juga ingin merujuk kepada perkara yang sering dibangkitkan tentang kuarters-kuarters di agensi-agensi lain yang hingga hari ini kosong dan tidak dihuni.
Sejauh manakah pelaksanaannya yang disebut dalam perbahasan belanjawan ataupun bajet yang dahulu terhadap kuarters-kuarters perguruan, kuarters-kuarters Kementerian Pendidikan yang sehingga hari ini terutama di kawasan saya masih kosong dan tidak di penghuni dan sikit masa lagi, menjadi rumah hantu, silap hari bulan?
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Tuan Yang di-Pertua, maka pembinaan kuarters ini perlu dilihat secara keseluruhan, ya agar ia benar-benar menepati bagi menyelesaikan masalah perumahan dan kebajikan mereka yang menjadi tumpuan kepada pembangunan pembinaan kuarters ini. Justeru itu juga, bila menyebut tentang PDRM saya juga ingin memanjangkan pertanyaan untuk status projek Balai Polis Kuala Krau, sehingga kini berapa peratus dan bilakah ia dijangka di siap dan boleh digunakan.
Tuan Yang di-Pertua, Islam adalah agama dan cara hidup yang maha lengkap termasuklah dalam pengurusan kewangan dan ekonomi. Dalam Islam, kita meyakini bahawa setiap makhluk khususnya manusia telah ditentukan dan ditetapkan rezekinya di azali. Namun kekalutan yang berlaku adalah berpunca apabila manusia menolak elemen agama dalam unsur ataupun dalam menjalankan kehidupan mereka. Justeru, meletakkan dan menghukum golongan kaya sebagai golongan yang menjadi tempat dihukum adalah tidak adil kerana Islam tidak menghalang sesiapapun untuk mencari harta.
Namun, Islam telah menekankan bahawa harta yang dicari mestilah bersumber daripada wang yang halal dan digunakan untuk bukan sahaja kehidupan di dunia tetapi juga hidup selepas daripada manusia yang akan dimatikan oleh Allah SWT. Justeru itu, jangan salahkan golongan kaya tetapi yang salah ialah mereka yang menguruskan kekayaan dan menguruskan orang-orang kaya.
Tuan Yang di-Pertua, dalam Dasar Kemakmuran Bersama pembahagian kekayaan yang seimbang perlulah dilakukan. Justeru, saya memohon agar peruntukan untuk negeri-negeri miskin seperti Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Kedah adalah mengikut keperluan bukanlah mengikut apa yang mereka hendak berikan.
Mengikut apa yang kita dapati dalam Belanjawan 2023, bagaimana program
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
mengurangkan kemiskinan, libat urus Kerajaan Pusat dengan negeri yang dinamakan di Sabah melalui sebahagian bayaran hasil petroleum dan di Kelantan dan Terengganu pula disebut melalui wang ihsan.
Saya ingin menimbulkan persoalan kenapakah status ini sedangkan kedua- duanya negeri ini merupakan pengeluar petroleum sedangkan bantuan yang diberikan dinamakan wang ihsan sedangkan projek yang nak dibangunkan ialah kerjasama untuk mengurangkan kemiskinan. Namun, saya ingin bertanya berapakah bayaran yang telah dibuat kepada kedua-dua kelompok ini iaitu Sabah, Sarawak dan juga negeri Kelantan dan Terengganu yang dibuat untuk sepadan bagaimana program ini untuk dapat dilaksanakan sekiranya pemberian yang diberikan tidak berketepatan dengan apa yang sepatutnya.
Tuan Yang di-Pertua, dari pihak pembangkang kami sentiasa memegang mandat rakyat untuk memastikan kerajaan berada di jalur yang benar dan kritis dengan setiap keutamaan reformasi. Oleh itu, Kuala Krau ingin membawa kerajaan meninjau kembali pindaan kepada JAC yang pernah dikemukakan oleh Majlis Peguam dan Kumpulan Rentas Parlimen Malaysia berakhir 2022 yang lalu.
Tuntutan ini juga selaras dengan cadangan yang pernah dikemukakan oleh Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 iaitu Tuanku Muhriz Tuanku Munawwir yang mencadangkan pelantikan lima daripada sembilan Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman tidak lagi dilakukan oleh Perdana Menteri. Selain reformasi institusi yang telah diberikan komitmen oleh Perdana Menteri, pindaan tersebut juga harus diberi perhatian segera agar institusi kehakiman tidak tercemar dengan sebarang campur tangan eksekutif serta pengawasan terhadap institusi ini kekal telus dan tepat.
Dan yang paling akhir, dalam pembangunan sebuah negara maka guru adalah menjadi ejen utama dalam memberikan pendidikan kepada generasi pemimpin masa akan datang. Justeru, saya mencadangkan agar guru-guru ini dapat diberikan skill kerja, skill diri non-academic bahkan sepatutnya mereka diberikan keutamaan untuk mendapat pembantu guru ataupun kerani bagi menguruskan urusan yang tidak berkaitan mereka agar mereka lebih telus ataupun fokus kepada kerja mereka mendidik generasi yang akan datang.
Sebagai akhirnya, kalau lembu dipegang kepada talinya, manusia pula dipegang kepada janji. Begitu juga dengan parti atau organisasi. Maka untuk menghilangkan kekeliruan yang sering diperbalahkan, maka saya memanjangkan perbahasan tentang sekiranya mana-mana parti merasakan mereka sudah tidak lagi menjadikan dasar perjuangan mereka adalah dasar yang mereka gerakkan, maka mereka hendaklah gugurkan apa-apa yang mereka mengelirukan masyarakat daripada dasar mereka supaya tidak lagi dikelirukan oleh mereka. Seumpama disebut pagi tadi oleh DAP tentang sekular, kalau sekiranya itu bukan dasar mereka lagi, mohon digugurkan daripada dasar supaya masyarakat jelas.
Dan yang paling akhir saya ingin bertanya sejauh manakah hasil ataupun hasil siasatan terhadap laporan polis yang dibuat kepada Ipoh Timur? Sekian, Tuan Yang di- Pertua, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Saya jemput Yang Berhormat Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
*Bismillahi Rahmani Rahim.
[Membaca selawat] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Batang Lupar pada petang ini untuk menyertai perbahasan peringkat dasar bagi Belanjawan 2024.
Puan Yang di-Pertua, poin yang pertama saya nak sentuh di sini ialah berkenaan dengan peruntukan sekolah daif di bawah Belanjawan 2024. Suka saya melihat bahawa sektor pendidikan terus diberikan keutamaan di bawah Belanjawan 2024. Sepertimana
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
tahun-tahun sebelum ini, Kementerian Pendidikan menjadi kementerian yang menerima peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM58.7 bilion daripada peruntukan keseluruhan Belanjawan 2024.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1.9 bilion disediakan untuk menaik taraf dan menyelenggara sekolah-sekolah di seluruh negara yang turut merangkum RM930 juta bagi kerja-kerja naik taraf bangunan dan prasarana daif di 450 buah sekolah di mana 185 projek adalah di Sarawak. Selain itu, sebanyak RM2.5 bilion telah diperuntukkan untuk pembinaan 26 sekolah baharu.
Puan Yang di-Pertua, secara teorinya kesemua peruntukan ini sama ada untuk naik taraf, baik pulih, mahupun bina baharu sekolah adalah satu usaha yang murni untuk bagi kerajaan pada hari ini dalam usaha menyediakan pendidikan berkualiti dan persekitaran sekolah yang selesa dan kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Tetapi, realitinya dari segi pelaksanaan masih banyak yang perlu diperbaiki kerana banyak projek-projek yang melibatkan sekolah daif di Sarawak yang tertangguh sejak sekian lama.
Saya pernah mengemukakan soalan lisan berkenaan pembinaan gantian baharu SMK Sebuyau yang telah lama tertangguh dan jawapan yang saya terima pada ketika itu adalah ia tergendala akibat terdapat keperluan untuk mengubah reka bentuk asal kepada reka bentuk seismik. Dan projek ini dijangka untuk di tender semula pada Jun 2023 setelah mendapat kelulusan Kementerian Ekonomi.
Isu SMK Sebuyau ini saya bangkitkan semula semasa membahaskan Kajian Separuh Penggal bulan lalu dan saya seterusnya dimaklumkan bahawa terdapat keperluan penyesuaian reka bentuk kepada reka bentuk seismik.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Penyesuaian reka bentuk ini melibatkan peningkatan kos yang seterusnya memerlukan kelulusan agensi pusat di mana ianya dijangka akan ditender semula awal tahun hadapan. Maka, apa yang ingin saya bangkit dan mohon di sini ialah penjelasan kementerian. Adakah peruntukan bagi pembinaan sekolah gantian baharu SMK Sebuyau ini termasuk kos tambahan yang terlibat untuk penyesuaian semula reka bentuk turut tersenarai dalam peruntukan kementerian bagi sekolah daif dan pembinaan sekolah baharu dalam Belanjawan 2024? Jika ya, alhamdulillah diucapkan. Jika tidak, saya mohon mendapatkan pencerahan mengenai apakah faktor yang masih menjadi penghalang kepada projek ini untuk dibina sedangkan tapak telah pun tersedia?
Untuk makluman Puan Yang di-Pertua, projek ini telah diluluskan sejak Rancangan Malaysia Ke-11 di bawah Rolling Plan 1 Tahun 2016. SMK Sebuyau ini yang telah ditubuhkan sejak tahun 1975 berada dalam keadaan terlalu uzur dan tidak lagi selamat untuk diduduki. Para pelajar dan guru terpaksa menggunakan bilik kelas dalam keadaan yang tidak selesa. Maka, bagaimana kita hendak mengangkat martabat pendidikan negara seandainya tempat untuk anak-anak kita menuntut ilmu pun berada dalam keadaan yang sedemikian rupa? Bagi kebanyakan guru-guru yang ditugaskan di sekolah-sekolah di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak, rata-ratanya terpaksa berdepan masalah seperti kuarters yang usang dan serba kekurangan.
Jadi, bagaimana guru-guru ini dapat fokus dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelajar mereka? Maka, tidak hairan kenapa ramai yang memilih untuk menolak tawaran berkhidmat ke Sarawak, terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman. Sudahlah terpaksa berkhidmat jauh dari bandar, ada yang berjauhan dari anak dan keluarga, tempat tinggal pula tidak selesa.
Justeru, saya berharap agar Kementerian Pendidikan dan juga Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara dapat meneliti isu kuarters guru di kawasan luar bandar ini demi menghargai pengorbanan mereka yang terpaksa berkhidmat jauh di sekolah luar bandar dan pedalaman Sarawak.
Pada masa yang sama Puan Yang di-Pertua, peruntukan berterusan harus disalurkan kepada kerajaan Sarawak untuk tujuan menyelenggara sekolah-sekolah yang memerlukan agar jumlah sekolah daif di Sarawak dapat dikurangkan secara konsisten
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
dari tahun ke tahun. Saya amat yakin langkah Kerajaan Pusat untuk membenarkan kerajaan Sarawak meluluskan projek bernilai di bawah 50 juta akan dapat melancarkan lagi kerja-kerja pelaksanaan projek pembangunan termasuklah projek baik pulih, naik taraf sekolah-sekolah daif yang rata-ratanya kos tidaklah mencecah jumlah tersebut.
Justeru, saya berharap agar kerajaan pusat dapat terus membantu dan menyokong usaha ini dengan menyalurkan peruntukan berterusan seperti yang diperlukan. Tidak lengkap sekiranya kita hanya memberikan sekadar kuasa untuk melulus tetapi dalam soal peruntukan, kita masih dipenuhi pelbagai kerenah birokrasi.
Menyentuh mengenai isu pendidikan, seperti sahabat saya Yang Berhormat Igan, saya juga ingin menggesa supaya isu kekurangan guru di Sarawak dapat segera ditangani. Saya khuatir isu kekurangan guru yang telah berlarutan ini akan mendatangkan kesan kepada kualiti pendidikan di mana para guru sedia ada terbeban dengan tugasan dan subjek yang bukan bidang kepakaran mereka.
Saya percaya ramai anak-anak Sarawak di luar sana terutamanya para graduan yang masih mencari pekerjaan yang berminat untuk menggalas tugas sebagai guru.
Mungkin tiba masanya untuk kementerian memberi keutamaan dan kelonggaran kepada anak-anak Sarawak untuk mengisi jawatan guru di Sarawak supaya masalah ini dapat diselesaikan segera.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Batang Lupar, pencelahan Pasir Salak?
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Sila.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Batang Lupar, Puan Speaker.
Setujukah Batang Lupar tentang masalah pengganti guru yang bergerak keluar dapat diselesaikan? Maknanya, guru yang bertukar dapat digantikan segera supaya masalah yang disebutkan oleh Batang Lupar tadi dapat diselesaikan. Ada saja guru – dan sekarang ini menyebabkan guru yang ditukar itu tiada pengganti. Terima kasih. Setujukah?
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Saya berpandangan bahawasanya kalau kekosongan guru disesuatu sekolah atau institut itu terjadi, pihak kementerian harus mengambil langkah segera bagi mengelakkan keadaan kekurangan guru yang melibatkan pembelajaran kepada murid-murid terganggu.
Jadi, saya berharap pihak kementerian dapat melihat isu kekurangan guru ini secara serius supaya isu ini tidak meleret dan seterusnya impaknya kepada anak-anak kita yang di sekolah terutamanya di kawasan luar bandar.
Puan Yang di-Pertua, saya pergi ke poin kedua iaitu berkenaan dengan harga beras dan spesifik kepada IADA Batang Lupar. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini negara terpaksa berdepan dengan krisis kenaikan harga beras akibat peningkatan harga beras di peringkat global. Dan kesannya amat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia yang bergantung kepada beras sebagai makanan ruji.
Di Sarawak sebagai contoh, peningkatan harga beras import mencecah sehingga hampir RM60 untuk paket 10 kilogram di sekitar Kuching. Begitu juga situasinya di kawasan pedalaman di mana harga beras putih import juga meningkat secara mendadak dan lebih mahal daripada harga beras di bandar berikutan kos pengangkutan dan sebagainya. Akibatnya, rakyat terpaksa beralih kepada beras tempatan yang juga terhad bekalannya berikutan kadar pengeluaran beras tempatan yang rendah di Sarawak.
Dalam hal ini, saya menyambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri berkenaan rancangan jangka panjang untuk mengkhususkan kawasan seluas 50 ribu hektar di Sabah dan Sarawak untuk penanaman padi. Di mana antara kawasan tumpuan buat masa ini adalah di Batang Lupar, dengan keluasan sebanyak 2,680 hektar. Pada masa yang sama, saya juga ingin meminta penjelasan dari pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan mengenai usaha dan status pembangunan kawasan IADA Batang Lupar dan rancangan SMART SBB di kawasan Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Hal ini kerana, saya difahamkan sehingga kini masih terdapat kekurangan dari segi infrastructure terutamanya sistem pengairan dan saliran, kos jentera dan input pertanian tinggi, isu hak milik tanah serta masalah di peringkat pemasaran seperti harga padi yang rendah dan ketidakmampuan pengilang untuk membeli padi dalam kuantiti besar akibat kapasiti pengoperasian kilang yang terhad. Justeru, saya mohon kepada kementerian melihat kepada kekangan ini dengan bekerjasama bersama dengan Kerajaan Negeri Sarawak.
Poin yang ketiga adalah peruntukan untuk pembinaan balai bomba di Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan Belanjawan 2023 sebelum ini saya pernah membangkitkan mengenai isu peruntukan bagi membina balai bomba di Sarawak.
Alhamdulillah terdapat sedikit peningkatan di bawah Belanjawan 2024 iaitu dengan peruntukan sebanyak 1.85 juta berbanding 490 ribu pada tahun sebelumnya. Diharap agar peruntukan ini mencukupi untuk membina sekurang-kurangnya sebuah balai bomba kategori D di daerah-daerah kecil yang terletak jauh di bandar besar seperti di Daerah Sebuyau, Daerah Pusa dan Daerah Lingga.
Seperti yang pernah saya bangkitkan sebelum ini, setiap kalinya berlaku kebakaran di kawasan ini pihak bomba mengambil masa sekurang-kurangnya sejam untuk tiba ke lokasi berikutan keadaan jalan dan geografi kawasan ini yang ada kalanya memerlukan penggunaan feri untuk menyeberangi sungai. Saya faham pihak kementerian terikat dengan kriteria-kriteria tertentu dalam menentukan keperluan pembinaan balai bomba di sesebuah kawasan.
Walau bagaimanapun, kriteria tersebut mungkin tidak sesuai di Sarawak yang amat luas di mana kita lihat saiz sebuah bahagian sahaja hampir sebesar sebuah negeri di Semenanjung Malaysia.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Manakala dalam setiap bahagian, akan ada dua hingga empat daerah dan daerah kecil. Di mana daerah tersebut pastinya mempunyai banyak penempatan dan penduduk yang memerlukan khidmat bomba. Buat masa ini, Sarawak mempunyai kira-kira 40 buah daerah.
Oleh itu Puan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini dan pihak kementerian untuk menyediakan peruntukan bagi pembinaan sekurang-kurangnya sebuah balai bomba kategori D untuk setiap belanjawan yang dibentangkan bagi menyelesaikan isu ini. Paling kurang pun, saya mohon agar peruntukan dapat disediakan untuk membina Balai Bomba dan Penyelamat baru setiap dua tahun sekali di Sarawak. Dengan cara ini, diharap dalam tempoh 10 tahun, Sarawak akan ada lima hingga 10 balai bomba penyelamat yang baru.
Yang terakhir Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai soal hak Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 iaitu berkenaan dengan agihan kerusi Parlimen. Jika dilihat pada sejarah, Singapura, Sabah dan Sarawak pada asalnya memiliki 35 peratus daripada kerusi Parlimen dan ianya berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang dalam pembentukan negara baharu Malaysia pada ketika itu.
Seperti mana yang dinyatakan di bawah perenggan 19(2) dalam dokumen IGC Report 1962, dengan izin. Walau bagaimanapun, sejak Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965, komposisi tersebut telah berubah. Buat masa ini, dua pertiga atau 75 peratus daripada kerusi Parlimen adalah di Semenanjung Malaysia. Manakala Sabah dan Sarawak hanya 25 peratus atau 56 kerusi. Ini bermakna apa-apa perkara yang memerlukan dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat seperti dalam meminda Perlembagaan Persekutuan, sebenarnya boleh sahaja diluluskan tanpa perlu mengambil kira suara Sabah dan Sarawak.
Maka, wujud imbalance of power, dengan izin, di Dewan Rakyat yang mulia ini ketika ini.
[Tepuk] Jelas ianya bercanggah dengan semangat asal sebagai rakan sekutu dalam Perjanjian Malaysia 1963. Maka, kami amat berharap agar Suruhanjaya Pilihan Raya dapat melihat kepada perkara ini.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
*Baju batik cantik dipakai, Telah dibasuh harum baunya, SMK Sebuyau harap di selesai; 2024 mohon pelaksanaannya.
Terubuk Sarawak memang ternama, Mi kolok dan laksa apa kurangnya, Smart SBB Batang Lupar wujudnya lama, Mohon Menteri tengok jenguk dan speed up-kan pelaksanaannya.* Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Sekian, saya mohon menyokong.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Saya jemput Yang Berhormat Maran.
Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua kerana izinkan saya untuk terus membahaskan pembentangan Anggaran Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2024 yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan pada 13 Oktober yang lepas.
Di kesempatan ini, saya juga nak mengambil peluang untuk mengucapkan takziah kepada rakyat Palestin yang telah pun dikhianati, dizalimi oleh Israel. Di mana mereka bukan saja dinafikan dari segi hak kebebasan mereka tetapi mereka diancam dan dibunuh. Kita doakan kemusnahan terhadap kumpulan Zionis Israel ini. “Ya Allah, hancurkanlah mereka kerana kejahatan yang mereka lakukan”. Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Yang di-Pertua, berpuluh-puluh tahun rakyat Palestin dizalimi oleh Israel ini. Dalam masa yang sama, kita mendesak negara- negara dunia yang cintakan keamanan bukan saja mengutuk tindakan zalim Zionis Israel ini, malah perlu tekanan, termasuk ketenteraan terhadap mereka. Negara dunia wajar mengutuk tindakan zalim Israel ini dan perlu dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, boleh dikatakan setiap tahun Anggaran Perbelanjaan Tahunan Negara terdapat peningkatan akibat daripada meningkatnya keperluan hidup masyarakat negara kita. Bagi tahun 2024, sejumlah RM39.8 bilion peruntukan tertinggi telah dicadangkan dan RM90 bilion adalah untuk pembangunan.
Apakah peningkatan peruntukan bajet tahun ini sebenarnya menambahkan faedah dan meningkatkan pulangan kepada rakyat umum? Atau adakah faktor-faktor lain yang memaksa peruntukan ini ditambah?
Saya ingin tahu daripada kerajaan, apakah terdapat faktor-faktor negatif yang tidak seharusnya berlaku yang menyebabkan setiap tahun banyak peruntukan terpaksa ditambah? Apakah penilaian telah dibuat oleh kerajaan dalam menilai perbelanjaan yang dibuat oleh kementerian dan agensi-agensi terlibat dalam beberapa aspek? Apakah terdapat kejadian tadbir urus yang tidak sihat dikesan di mana-mana?
Berapakah kes penyelewengan, salah laku, rasuah yang terlibat dalam menguruskan peruntukan kerajaan dan termasuk dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan? Sejauh manakah peratus prestasi perbelanjaan sejajar atau seimbang dengan peratus pencapaian dan faedah yang dimiliki oleh rakyat? Berapakah jumlah ketirisan yang berlaku akibat daripada kelemahan tadbir urus dan kelemahan-kelemahan yang lain yang berlaku dalam kerajaan?
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa banyak jumlah wang yang hilang akibat daripada ketirisan yang saya sebutkan tadi yang bukan sahaja merugikan kerajaan tetapi tidak mendatangkan apa-apa pulangan kepada rakyat. Saya juga minta agar kerajaan berhemah dalam membelanjakan wang rakyat. Saya juga terkilan dengan perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan semasa menghadapi pilihan raya atau pilihan raya kecil. Kerana
Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
inginkan kemenangan, kerajaan sanggup berbuat apa sahaja walaupun terpaksa membelanjakan duit di satu-satu kawasan pilihan raya.
Agensi-agensi kerajaan dilibatkan dalam kempen-kempen, wang-wang ditabur di kawasan pilihan raya, sedangkan kawasan lain yang tidak ada pilihan raya, tidak mendapat apa-apa. Sebagai contoh, FELDA Chemomoi, Kemasul umpamanya. Dalam pilihan raya Pelangai baru-baru ini ditambun berbagai-bagai bentuk pemberian wang, beras dan lain-lain. Agensi kerajaan turut terlibat dalam melaksanakan, dalam menjalankan kempen di kawasan berkenaan. Sebaliknya di Jengka 7 di kawasan saya yang juga sepatutnya mereka mendapat peruntukan-peruntukan seperti ini tetapi dinafikan.
Dato’ Yang di-Pertua, rakyat telah bijak dan pandai menilai. Mereka akan ambil apa saja yang diberi tetapi mereka tidak akan memberikan kepercayaan kepada kerajaan.
Sebab itulah saya minta supaya kerajaan dalam melaksanakan, membelanjakan wang ini mestilah berhati-hati dan pastikan supaya pulangan dan faedah ini kembali terus kepada seluruh rakyat di negara kita tanpa mengira di mana mereka dan semasa ketika mana mereka berada.
Dato’ Yang di-Pertua, menyorot inti pati ucapan Ketua Pembangkang, Larut meletakkan bahawa memilih pemimpin adalah antara faktor penting dalam memikul amanah dan tanggungjawab memimpin sebuah negara dan rakyat. Kebijaksanaan, bijak dan pandai dan amanah diletakkan sebagai asas dalam melantik pemimpin yang semestinya boleh memberikan kesejahteraan rakyat dan menjamin masa depan negara dan rakyat keseluruhannya.
Saya berasa juga agak kecewa di atas tanggapan yang diletakkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan yang mengatakan bahawa terdapat sebahagian rakyat negara ini yang di cap sebagai golongan maha kaya. Saya ingin tahu Dato’ Yang di-Pertua, siapakah mereka ini? Bolehkah Yang Berhormat, kerajaan beritahu ataupun siapakah mereka yang terlibat ini dan mengapakah mereka dicap seperti ini? Saya merasa kecewa juga, apakah mereka ini bukan rakyat Malaysia?
Ataupun apakah mereka ini tidak pernah berjasa kepada negara dan tidak memberikan apa-apa sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara? Golongan maha kaya ini, mereka juga bayar wang, banyak wang, juga mereka mempunyai wang yang dilaburkan, disimpan di bank-bank dan wang mereka ini dilaburkan untuk kepentingan dan pembangunan ekonomi negara.
Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Dato’ Yang di-Pertua, kalau mereka ada perniagaan dan kilang, mereka juga menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Jadi, sepatutnya kita menghargai sedikit sebanyak peranan yang dimainkan oleh golongan kaya ini dan tidak menghina mereka seperti mana yang sering disebutkan. Saya berharap peluang-peluang ekonomi, peluang-peluang kekayaan, peluang-peluang kemudahan di negara ini akan dinikmati bukan sahaja oleh golongan miskin tetapi juga golongan yang memberikan sumbangan kepada negara kita.
Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut beberapa perkara yang penting selepas ini iaitu, yang pertamanya, tentang perkhidmatan kesihatan yang merupakan di antara peruntukan yang diberikan jumlah besar iaitu RM41.22 bilion.
Perkhidmatan kesihatan di antara perkhidmatan yang penting kepada masyarakat bahkan manusia keseluruhannya.
Saya ulangi untuk ke berapa kalinya berhubung dengan cadangan pembinaan Hospital Maran yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas yang awalnya melibatkan kos berjumlah lebih kurang RM150 juta. Cadangan pembinaan Hospital Maran ini telah melalui hampir 10 tahun. Daripada RM150 juta meningkat kepada RM200 juta. Kemudian pada Bajet 2023 yang dibentangkan oleh bekas Perdana Menteri kesembilan, bajet telah meningkat kepada RM350 juta. Kerja-kerja tanah telah dibuat.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya kerajaan memberikan perhatian yang serius dalam membina segera hospital ini. Dan untuk makluman Dewan, seramai kurang
Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
lebih 140,000 penduduk di Maran. Janganlah dinafikan hak mereka untuk mereka mendapat kemudahan kesihatan ini. Jadi, saya sekali lagi mendesak supaya Kementerian Kesihatan dan kerajaan memastikan supaya dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas ini dan bagi bajet tahun ini yang dinafikan tajuknya, saya harap supaya Hospital Maran ini dapat dilaksanakan segera.
Tuan Yang di-Pertua, agen pembangunan wilayah. Seperti mana yang kita tahu, bahawa terdapat lima lembaga kemajuan wilayah yang masih ada di negara kita ini.
Lembaga Kemajuan Johor (KEJORA), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan
(KESEDAR), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
(PERDA). Saya ingin tahu, apakah sebenarnya prestasi yang dicapai oleh kelima-lima lembaga kemajuan wilayah ini? Apakah benar mereka memberikan sumbangan kepada pembangunan di kawasan wilayah-wilayah berkenaan?
Seperti mana yang kita tahu, dahulu ada satu lembaga pembangunan wilayah di Pahang iaitu DARA tetapi telah pun dibatalkan. Saya ingin bertanya kepada kerajaan, oleh kerana peranan lembaga pembangunan wilayah, lembaga kemajuan wilayah ini cukup besar dan memberikan kesan kepada pembangunan di kampung-kampung di sekitaran, apakah kerajaan bercadang untuk menghidupkan semula DARA ini bagi memastikan supaya perkhidmatan kemasyarakatan termasuk pembangunan di kawasan-kawasan berkenaan dapat dipercepatkan seperti mana di kawasan-kawasan yang lain di lima kawasan kemajuan wilayah yang lain?
Puan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang saya hendak sebutkan di sini ialah perlindungan khazanah alam dan hidupan liar. Usaha memberikan perlindungan kepada khazanah alam dan hidupan liar amat dibanggakan. Saya tak tahu, apakah falsafah yang dibawa oleh kerajaan dalam bidang ini. Khazanah alam dipelihara, hidupan liar dilindungi tetapi kadang-kadang banyak peristiwa yang berlaku di mana masyarakat mendapat kesan yang cukup besar daripada haiwan-haiwan liar di negara kita.
Bagi tempoh 2018 hingga 2022, lebih 46,000 aduan dilaporkan melibatkan konflik hidupan liar seperti gajah, harimau dan tapir yang merosakkan harta benda dan tanaman pertanian dengan nilai kerugian dianggarkan RM43 juta. Sejumlah RM10 juta disediakan bagi membantu meringankan beban kerugian yang ditanggung oleh rakyat yang terlibat dengan konflik ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberikan pandangan kepada kerajaan supaya apa yang- kalau kita lihat di kawasan saya umpamanya dan kawasan-kawasan yang lain, banyak binatang seperti kera umpamanya, dia pun pindah di pinggir bandar, dialih ke kampung-kampung dan binatang-binatang ini telah membuat kerosakan banyak tanaman, makanan dan sebagainya di kampung-kampung tradisional. Sedangkan, rakyat perlu hidup dengan hasil tanaman yang mereka tanam tetapi dimusnahkan oleh hidupan- hidupan liar seperti ini.
Begitu juga, Dato’ Yang di-Pertua, saya melihat peristiwa yang berlaku di Sabah dan Sarawak di mana beberapa kes yang berlaku melibatkan haiwan buaya yang telah menjadikan manusia sebagai mangsa mereka. Jadi, apakah kita lebih sayang kepada binatang-binatang liar ataupun haiwan ini daripada kita menyayangi masyarakat ataupun penduduk di negara kita?
Tuan Yang di-Pertua, saya melihat bahawa andai kata kita tidak membuat perancangan yang baik dalam perkara ini, sudah tentulah kesan yang amat dirasai oleh penduduk dalam beberapa perkara akan dapat kita kenal pasti.
Yang pertama, negara kehilangan rakyat apabila sebahagian mereka dimakan oleh buaya, walaupun tidak banyak. Enam kes mungkin di Sabah dan Sarawak.
Yang kedua, kehilangan satu keluarga. Keluarga hilang satu keluarga, paling tidak.
Yang ketiga, isteri akan kehilangan suami dan sebaliknya, ataupun suami akan kehilangan isteri. Dan anak-anak akan kehilangan ibu bapa apabila ibu dan bapa mereka
Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
menjadi mangsa. Yang paling malang, kejadian seperti ini memberikan perubahan hidup yang lebih gelap kepada keluarga yang terlibat dengan insiden ini.
Saya ingin tahu, apakah terdapat langkah kerajaan yang lebih praktikal dalam menghadapi ancaman binatang ataupun haiwan liar dan juga haiwan-haiwan yang lain?
Saya tidak mahu melihat kita lebih sayang kepada binatang dan haiwan. Bak kata orang, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Jadi, itulah saya minta supaya kementerian yang terlibat memberikan perhatian, menentukan atau memastikan apakah langkah-langkah tindakan yang lebih positif yang dapat diambil bagi menangani isu ini.
Puan Yang di-Pertua, yang berikutnya ialah program TVET dan penyediaan tenaga kerja negara. Program pendidikan vokasional dan teknikal (TVET) adalah di antara pendekatan yang diambil oleh kerajaan bagi menangani, meningkatkan lagi, menambahkan lagi peluang tenaga kerja negara kita daripada penduduk tempatan.
Dalam masa yang sama, setakat ini lebih kurang lebih daripada 12 kementerian ataupun agensi yang terlibat dalam mengendalikan program TVET. Pada waktu PM keenam, pihak kerajaan telah mengenal pasti sembilan kementerian atau agensi yang terlibat mengendalikan program TVET ini. Cuba kita renungkan, mesti terdapat ketidakseragaman dan kepelbagaian pendekatan yang dilakukan oleh agensi-agensi ini dalam melaksanakan program TVET ini.
Saya berharap kepada Kementerian Sumber Manusia supaya melihat dapat diselaraskan program ini dan, dalam masa yang sama, kita memastikan supaya anak- anak tempatan kita dapat diberikan latihan teknikal dan vokasional ini dan, dalam masa yang sama, kita dapat mengurangkan kehadiran pekerja-pekerja asing di negara kita bagi memastikan supaya tidaklah berbilion-bilion Ringgit akan keluar wang negara kita ke negara lain akibat daripada kehadiran pekerja asing di negara kita ini.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Saya jemput Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam perpaduan dan salam Malaysia Madani.
Saya ingin mengambil bahagian di sini dan mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Speaker kerana perkara ini amat penting kali ini tetapi saya ingin buka bicara, dengan izin, Ampang juga ingin merakamkan dan mengutuk sekeras-kerasnya terhadap perbuatan rejim aparteid Zionis terhadap rakyat Palestin, apatah lagi dengan serangan ke atas Hospital Al-Ahli Al-Arabi di Bandaraya Gaza yang telah pun berlaku pada 17 Oktober lepas.
Terkini, sejak peperangan bermula dan kali ini tercetus sekali lagi, 7 Oktober 2023, pembunuhan beramai-ramai oleh Zionis telah melibatkan ramai jiwa yang telah terkorban.
Dengan ini, saya ingin merakamkan di sini bahawa genosid dan jenayah perang yang berlaku sekarang ini yang sememangnya melanggar semua undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia sejagat dan lebih-lebih lagi nilai kemanusiaan.
Masalah yang kita lihat adalah kemuncak kepada kezaliman.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Oleh itu, bukan sahaja kezaliman, keganasan, penindasan dan sebagainya. Ya, memang kita tahu. Kita mahu dunia menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengutuk sekeras-kerasnya. Namun, penjajahan dan penaklukan serta pembataian penghapusan manusia secara terancam oleh rejim Zionis sejak 1948 perlu kita tuntut untuk dinoktahkan, dengan izin, once and for all. Oleh itu, PBB perlu tegas dalam memastikan keamanan dunia mesti dipastikan tanpa takut kuasa-kuasa tertentu.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Timbalan Speaker, Ampang ingat sematkan setinggi-tinggi tahniah juga dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Tambun yang telah pun berjaya bukan sahaja menerajui Kerajaan Perpaduan secara cemerlang selama 11 bulan, malah kita lihat pembentangan rang undang-undang pembekalan tahunan yang saya sifatkan berani dan penuh tekad bagi Malaysia menerima hakikat walaupun kita tahu bahawa kita mewarisi banyak hutang ataupun hutang yang tinggi tetapi kita nampak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dengan izin, bite the bullet, selanjutnya merencana dan melaksanakan transformasi menyeluruh dalam semua aspek demi mengembalikan status Malaysia sebagai jaguh Asia dan mengangkat darjat rakyat terbanyak.
Oleh itu, perbekalan peruntukkan sebanyak RM393.8 bilion tertinggi dalam sejarah Malaysia jelas dasar fiskal negara kekal dalam mod pengembangan. Expansion mode. Demi kemakmuran negara dan kemaslahatan rakyat namun pada masa yang sama belanjawan ini berhemah dan terkawal kerana mengambil tanggungjawab mengurangkan defisit secara berperingkat. Syabas saya ucapkan. Jadi, selaku penerus kesinambungan bagi kerangka ekonomi madani, saya lihat di sini walaupun ada 12 ikhtiar, tiga teras yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, tata kelola yang baik demi ketangkasan perkhidmatan, penstrukturan semula ekonomi. Jadi, memandangkan masa yang tidak cukup. Saya hanya menyentuh tiga perkara.
Pertama, ingin saya sebut di sini isu sejak akhir ini penstabilan dan pengukuhan Ringgit yang kita lihat menjadi kerisauan banyak di antara kita. Setelah menunjukkan trend pengukuhan sejak November 2022, sehingga ditutup pada kadar serendah RM4.24 berbanding US Dolar pada 30 Januari 2023, Ringgit mula mengalami penyusutan sejak Februari 2023 sehingga semalam ditutup sebanyak RM4.74.
Meskipun kita faham semua dan akur bahawa prestasi tidak memberangsangkan ringgit berbanding USD ini sejajar dengan mata wang utama dan serantau lain banyak dipenuhi oleh faktor global terutama pengetatan pelarasan kaedah faedah Amerika Syarikat yang begitu pantas dan berskala besar, tetapi bagi ini, saya merasakan kelesuan dan perkara-perkara yang berlaku ini saya mencadangkan supaya demi kita memastikan ia tidak memberikan kesan yang tinggi kepada rakyat.
Saya mengharap demi mengekalkan pendekatan oleh Bank Negara Malaysia yang begitu berhemah dan beransur-ansur dalam tindakan normalisasikan pada dasarnya overnight policy rate, atau OPR kita pada paras tiga peratus yang saya yakin kini semua sokong agar rakyat banyak tidak terbeban dengan kenaikan kadar faedah pinjaman institusi perbankan sekiranya OPR melonjak mendadak. Jadi, Ampang mencadangkan kita pertimbangkan untuk dikaji dengan teliti beberapa perkara.
Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan supaya berlakunya tiga atau beberapa perkara yang boleh kemungkinan mengawal masalah yang kita hadapi tentang pengukuhan ringgit ini.
Pertama, saya ingin mencadangkan supaya mewajibkan kepada semua pengeksport dan pelabur berwarganegara Malaysia bermula dengan GLIC dan GLC untuk membawa pulang repatriat sebaiknya sepenuhnya ASEAN export dan pelaburan mereka di luar negara serta menukar kepada Ringgit dalam tempoh tiga bulan selepas tempoh penerimaan bayaran. Yang kita lihat sekarang ini rata-rata kebanyakannya ada di kalangan GLIC dan GLC ini menyimpan duit di luar negara. Ini tidak membantu negara kita. Jadi, untuk itu cadangan ini saya kemukakan.
Keduanya saya mencadangkan supaya memeterai lebih banyak perjanjian didolarisasi ia ini mengguna pakai Ringgit, dan mata wang tempatan lain untuk menyempurnakan transaksi dagangan. Malah, pelaburan dengan rakan ekonomi utama seperti mana yang telah dipersetujui setakat ini dengan China, Indonesia dan Thailand, kita tidak mahu ia tersekat. Kalau boleh kita perpanjangkan lagi di seluruh negara, seluruh dunia bermula dengan ASEAN dan Asia.
Yang ketiganya memastikan kestabilan politik sosioekonomi monetari dan kewangan domestik agar Malaysia kekal sebagai antara destinasi pelaburan asing utama sama ada untuk pelaburan benar ataupun portfolio.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Yang keempat, saya mencadangkan supaya mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai antara destinasi pelancongan pilihan utama dunia dalam kalangan atau, dengan izin, long-staying and high spending foreign tourist terutama bagi segmen-segmen khusus seperti ekopelancongan, pelancongan kesihatan, pelancongan gastronomi, pelancongan sukan, pelancongan sejarah dan warisan, pelancongan seni dan budaya termasuk perfileman dan juga industri kreatif dan sebagainya yang patut kita lihat dan saya menyokong ataupun saya memuji usaha untuk kita menghidupkan semula tahun melawat contohnya Melaka, Perak, Perlis tahun depan tetapi kita juga mengharapkan ia bukan sahaja mempelopori lagi banyak kejayaan dan membawa masuk tourists ini atau pelancong ini. Saya mencadangkan supaya diberikan peruntukan yang cukup orang kata sesuai ataupun memadai untuk diberikan tumpuan pada negeri-negeri yang telah pun memberi komitmen termasuk Selangor pada 2025 akan datang.
Kelimanya, saya mencadangkan supaya menyemak semula dengan dasar segera Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2021–2025 dan Dasar Agromakanan Negara 2021–2030 supaya salah satu objektifnya dapat mengurangkan kebergantungan kepada importasi bahan makanan sekali gus mengurangkan tekanan terhadap ringgit.
Saya harap lima perkara yang saya cadang ini dapat diambil kira oleh pihak kerajaan dan insya-Allah akhirnya boleh membantu supaya ringgit kita kembali mengukuh.
Yang keduanya, saya ingin menyentuh isu-isu berkaitan dengan mitigasi dan pengurusan bencana alam. Ampang begitu teruja dengan tekad dan komitmen kerajaan madani menangani risiko ini. Kebarangkalian kita lihat banyak berlaku bila kita lihat apa yang berlaku krisis perubahan iklim ini. Jadi, sememangnya dari awal mewakili rakyat Ampang dalam Dewan yang mulia ini saya konsisten memberi tumpuan khusus terhadap isu-isu keselamatan, keutuhan dan juga kemapanan cerun apatah lagi untuk masalah keselamatan orang ramai.
Jadi, alhamdulillah jika sebelum ini dijawab oleh pihak Menteri bahawa tiada peruntukkan tetapi akhir-akhir ini alhamdulillah Belanjawan 2024 menongkah arus dengan peruntukkan sebanyak RM563 juta telah dikhususkan buat pengurusan cerun termasuk aktiviti-aktiviti pemantauan, pencegahan, pelaporan, amaran awal melibatkan lebih 2,000 cerun berisiko tinggi. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada kerajaan, tetapi ingin saya kongsi maklumat.
Kenapa saya begitu passionate Timbalan Yang di-Pertua, sebab di Ampang sahaja terdapat 95 cerun di bawah kategori sangat bahaya dan juga bahaya ia ini 56 berada di DUN Bukit Antarabangsa dan 39 berada di DUN Lembah Jaya. Jadi, di Parlimen Ampang insiden runtuhan cerun ini boleh dikatakan agak kerap berlaku. Jadi, ia memberikan nafas lega bila saya melihat ada peruntukkan yang telah pun ada bukan sahaja untuk Ampang tetapi Insya-Allah Malaysia berada di atas orang kata berada di landasan yang betul bagi memberikan penumpuan pada perkara ini, tetapi itu tidak memadai. Bagi peruntukan tidak memadai.
Jadi, dengan itu saya hendak mencadangkan kepada Kerajaan Perpaduan dalam masa terdekat agar perkara ini ditadbir oleh satu akta dan ataupun dirujuk kepada Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyelenggaraan terbitan Perbendaharaan Malaysia berpandukan Akta 61 iaitu Akta Tatacara Kewangan 1957 semakan 1972, atau mana-mana enakmen yang berkenaan.
Saya selalu sebut. Kita kena buat perkara ini sebagaimana kita buat MARRIS.
Kita buat rekod-rekod jalan raya Malaysia kerana ia tidak nanti berupa one-off. Tahun depan kita dapat RM563 juta. Tahun akan datang kita tidak pasti lagi, tetapi bila kita adanya tatacara ataupun akta lebih baiknya, maka ia akan diperuntukkan secara khusus mana-mana cerun yang ada. Itu mungkin boleh dikaji lagi di peringkat PBT. Mungkin rumah-rumah berada di tahap ataupun berada di cerun-cerun mungkin cukai-cukainya agak sedikit berbeza kalau dibandingkan dengan rumah yang berada di tempat yang lebih landai dan rata.
Jadi, sekian kalinya Ampang juga menggesa bukan itu sahaja. Yang keduanya kita hendak mencadangkan satu Jawatankuasa Kabinet dibentuk antara lain akan dipertanggungjawabkan membentang satu Kertas Putih ke atas penubuhan Majlis
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Pengurusan Cerun Negara berteraskan Pelan Induk Cerun Negara bagi tujuan pengurusan, pemeliharaan dan pemulihan kawasan cerun dan lereng bukit.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Jadi banyaklah saya boleh cadangkan lagi iaitu tentang beberapa perkara. Ini termasuklah pula tentang isu dalam jawatankuasa itu nanti boleh melihat isu tebatan banjir, pembaikan parit, longkang, persiapan menghadapi banjir yang akan diuruskan oleh NADMA.
Seterusnya saya ingin membangkitkan Tuan Timbalan Speaker bahawa pendidikan awal ini penting. Kita gembira dengan pengumuman Perdana Menteri berkaitan dengan peruntukan RM31 juta untuk Tabika KEMAS, RM20 juta untuk KEMAS, RM20 juta untuk program pra tahfiz tetapi saya ingin memberikan satu pandangan.
Program ini penting tetapi saya rasa sudah sampai masanya kita menangani aspek pendidikan pra sekolah ini cara berbeza kerana saya ingat walaupun ianya di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah pun membuat satu kawal selia atas Akta Pendidikan Pra Sekolah ini tetapi saya yakin entiti-entiti yang berbeza yang mengendalikan perkara ini iaitu kita ada pra sekolah di bawah KPM, kita ada Tabika KEMAS, kita ada juga Taska Genius Perpaduan dan Tabika Perpaduan. Ini perlu diuruskan dengan sebaik mungkin.
Jadi timbul kecurigaan saya apakah dengan hanya memberikan peruntukan ini akan membantu pendidikan pra sekolah anak-anak? Saya mengambil contoh di Ampang sekali lagi ya. Setiap- Ampang ada KEMAS 28 institusi KEMAS ataupun kelas-kelas KEMAS ini- 28 unit kelas ini hanya boleh menampung setiap kelas dalam 25 orang, tetapi kemasukan orang hendak masukkan anak mereka ke dalam KEMAS ini 1,500 tak fail tiap- tiap tahun. Jadi 28 unit ini, kelas ini kalau 25 orang sahaja yang dapat ataupun 25 satu unit kelas itu hanya boleh menampung 700. Mana pergi 700, 800 lagi? Ada dua kemungkinan sama ada anak-anak ini tidak pergi bersekolah pra sekolah kerana mereka tidak ada duit untuk bayar. Satu lagi kemungkinan besar selain mereka ini akan tercicir ataupun perlulah buat apa-apa yang boleh menampung kehidupan atau mengambil duit lain.
Jadi saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya buat pendekatan yang sedikit berbeza. Kawasan pedalaman mungkin sesuai untuk buat bina baru KEMAS ini tetapi kawasan bandar, kawasan di dalam pinggir bandar yang memerlukan perkhidmatan tadika pra sekolah ini, saya mencadangkan sementara hendak menguruskan ataupun menyelaraskan semua tabika-tabika ini saya mencadangkan supaya peruntukan yang ada itu jangan semata-mata fikir tentang peruntukan infrastruktur ya sebab ia lebih besar bajetnya. Kita hendak buat berapa biji KEMAS itu bukan- itu tidak masuk lagi operational expenditurenya. Tiap-tiap tahunnya dengan gurunya, dengan latihan dan sebagainya.
Oleh itu saya mencadangkan kalau boleh kerajaan supaya kawasan-kawasan bandar yang macam tadi, macam di Ampang, saya yakin di tempat lain juga yang tidak dapat menampung 800 kanak-kanak ini untuk kita berikan subsidi bantuan yuran kepada tadika-tadika swasta. Supaya mereka boleh pergi ke tadika swasta yang banyak di sekitar ini tetapi dengan kos yang lebih kurang sama ke KEMAS itu dapat memberi sedikit kelegaan kepada anak-anak.
Jadi itu di antara dua perkara yang sempat saya sentuh. Saya ingat tadi macam bila tengok orang berucap macam panjang sangatkan tetapi apabila berucap sekejap sahaja 15 minit. Jadi untuk itu Timbalan Speaker, saya ingin akhiri ucapan saya. Mungkin yang lain itu saya masuk dalam jawatankuasa iaitu saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada kementerian, kepada Perdana Menteri kerana telah pun mengambil kira membangkitkan- isu yang saya bangkitkan iaitu untuk isu-isu anak-anak kita masuk ke IPT.
Saya bersyukur kerana ada tiga perkara yang disentuh oleh Perdana Menteri iaitu kemasukan anak-anak ini, yuran kemasukan, siling yang diletakkan hanya RM1,500 dan bila mereka tidak mampu hanya perlu menyatakan masalah mereka kepada kementerian.
Ini banyak sangat membantu dan juga isu untuk tidak- isu untuk memastikan anak-anak ini ataupun mereka yang duduk di IPT ini boleh menduduki peperiksaan. Itu pertama.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Keduanya, sebelum saya akhiri saya mohon hala tuju ini dah nampak betul tetapi akan datang untuk 2025 nanti saya mengharapkan belanjawan gender responsif ataupun dalam bahasa Inggerisnya gender responsive budgeting pada 2025 ke atas nanti yang telah dinyatakan komitmen oleh kerajaan semenjak 2004. Nyatakan supaya ianya boleh diguna pakai dan menjadi kewajipan kepada semua kementerian untuk melaksanakan perkara ini kerana saya yakin dengan GRB ini, gender responsive budgeting ini insya- Allah, ianya akan dapat, membolehkan peluang kepada semua golongan baik lelaki perempuan, kanak-kanak dan sebagainya menikmati belanjawan yang kita berikan.
Jadi untuk situ, itu sahaja daripada saya. Terima kasih Timbalan Speaker.
Ampang mohon menyokong penuh Belanjawan 2024. Terima kasih...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengalu-alukan kehadiran Ketua dan pimpinan Dewan Pemuda PAS Kuala Krai ke Dewan yang mulia ini pada petang ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkan Kuala Krai memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberi peluang untuk turut serta dalam perbahasan Perbelanjaan Persekutuan 2024 pada kali ini, pada hari ini 19 Oktober 2023 di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan ucapan tahniah dan syabas kepada Briged Izzuddin Al-Qassam yang begitu berani berdepan serangan rejim haram Israel dengan membuat serangan balas dalam operasi yang dikenali sebagai Operasi Taufan Al-Aqsa kerana mereka telah menjarah tanah Palestin selama 75 tahun. Dalam Surah Al-Anfal, ayat 60 yang bermaksud, “Dan sediakanlah untuk menentang mereka yakni musuh yang menceroboh, segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan, dengan persediaan itu, musuh Allah dan musuh kamu serta musuh- musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya.” Serangan besar-besaran dan berterusan tentera haram Israel yang cuak dan koyak ke atas Gaza yang berlaku pada hari ini dan sebelumnya adalah sebuah cerminan kepada keangkuhan dan kesombongan tentera Zionis Israel yang tidak pernah bertepi kerana mendapat sokongan kuasa besar dunia khususnya Amerika Syarikat. Insya-Allah perkembangan ini salah satu petanda tentang kematian mereka yang akan berlaku tidak berapa lama lagi.
Firasat As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin Rahimahullahuta’ala pada akhir tahun 1990-an dulu ialah pada tahun 2027 nanti, rejim laknat Israel ini akan lenyap di bumi Palestin. Katanya, “Aku berpandangan Israel hanya akan bertahan sehingga suku pertama abad yang akan datang iaitu abad ini dengan izin Allah. Secara spesifiknya dan pada pandangan aku pada tahun 2027, Israel sudah tidak wujud lagi insya-Allah.” Pernyataan ini tentunya memberikan satu azimat dan semangat kepada kita dan seluruh dunia yang sedang menantikan keajaiban tersebut berlaku. Seluruh dunia telah dan sedang menyaksikan bagaimana keserakahan hawa nafsu jahat Zionis yang telah dirasuk syaitan dengan memangsakan seluruh penduduk Gaza siang dan malam tanpa henti. Dunia tentu tidak akan melupakan peristiwa kematian Muhammad al-Durrah pada 30 September tahun 2000 yang dibunuh secara kejam, dan tidak beretika bersama ayahnya Jamal al-Durrah ketika mereka terperangkap dalam pertempuran antara tentera Israel dan pasukan keselamatan Palestin.
Rakaman itu menunjukkan mereka berdua membongkok di belakang silinder konkrit. Budak lelaki itu menangis, dan bapanya melambai. Kemudian letusan tembakan dan debu. Muhammad ditunjukkan rebah ketika itu. Dia cedera parah akibat tembakan, meninggal dunia tidak lama kemudian.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Hari ini pengulangan peristiwa yang sama di mana anak-anak kecil serta wanita dan seluruh rakyat Palestin yang tidak berdosa dijadikan sasaran bedilan peluru dan bom oleh rejim Zionis ini. Lebih memeritkan, mereka juga dibiarkan tanpa makanan, elektrik dan air yang menjadikan rakyat Palestin kini berada di sebuah penjara terbuka dan terbesar yang penuh dengan kekejaman yang tidak bernoktah.
Ya Allah, hancurkanlah rejim Zionis dan konco-konconya, ya Allah pecahkan pakatan mereka, ya Allah leburkan perancangan mereka, ya Allah musnahkanlah langkah mereka. Amin ya rabbal alamain. Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2024 merupakan belanjawan terbesar yang pernah dicatatkan oleh Malaysia. Namun begitu, pada pandangan saya belanjawan ini boleh diumpamakan sebagai belanjawan pengurangan subsidi kepada seluruh rakyat Malaysia. Kerajaan seakan mendabik dada dengan belanjawan terbesar namun sasarannya tidak merata. Saiz belanjawan akan sentiasa naik seiring dengan pertambahan penduduk dan keperluan semasa. Oleh itu, walaupun ianya bersaiz besar, namun ianya amat lemah.
Ianya seakan belanjawan yang bertentangan dengan apa yang pernah diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun sewaktu sebelum menduduki kerajaan pada hari ini.
Impian rakyat yang mengharapkan Yang Amat Berhormat Tambun sebagai hero sebelum ini hanya menjadi zero. Tiada apa yang dapat diharapkan. Kenaikan harga barang yang mendadak serta ketidakcukupan bekalan makanan seperti beras, gula, minyak masak, telur dan sebagainya menjadi igauan ngeri kepada seluruh rakyat di bawah.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Lebih memeritkan, ianya disangkal oleh Jemaah Menteri dengan mengatakan segala barangan keperluan mencukupi dan harga pula tidak naik. Rakyat di bawah susah, wahai pak Menteri. Turunlah, selaminya. Bukan hanya berada di kerusi empuk dan mengarahkan kepada pegawai untuk menyelesaikannya.
Belanjawan kali ini juga merupakan belanjawan yang tidak cukup berani dan tentunya tidak banyak membantu masyarakat yang susah. Tentunya rakyat Malaysia tidak melupakan ungkapan Yang Berhormat Tambun bila Ringgit Malaysia jatuh di zaman pemerintahan lalu. “Sebab apa Ringgit jatuh? Sebab hang tak pandai perintah negeri ini”. Nah! Hari ini Ringgit Malaysia 4.76. Ini pagi tadi. Petang ini, 4.77 berbanding USD. Jatuh, hampir tidak mahu bangun. Ianya paling rendah sejak 25 tahun dan merupakan prestasi terburuk di Asia selepas Yen pada tahun ini. Seakan ungkapan Yang Berhormat Tambun tersebut terpercik ke muka sendiri.
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, kerajaan boleh pula umum untuk membeli kereta EV, sedangkan rakyat hanya mendapat Bantuan Tunai Rahmah ataupun BTR. Walhal, kereta Vellfire yang sedia ada, baru berusia setahun lebih.
Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2024 juga tidak menunjukkan secara jelas apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan hasil dan berapakah anggaran pendapatan cukai baru. Ianya masih berlegar dalam kerangka yang sama, hanya mengharapkan cukai dan pelabur asing.
Apakah usaha kerajaan dalam menaikkan hasil pendapatan negara dengan menggunakan sumber dalaman seperti bahan mineral daripada hasil bumi? Kerajaan seakan tidak menyedari akan nilai bahan ini, walaupun dunia telah berbicara perihalnya dengan begitu dahsyat. Saya inginkan kepastian daripada pihak kerajaan, apakah perancangan pihak kerajaan dalam melaksanakan rangka kerja kebangsaan bagi pembangunan industri mineral, antaranya pengekstrakan rare earth elements, ataupun REE?
Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya merakamkan terima kasih atas bantuan melalui JKM kepada yang memerlukan, tetapi bantuan tersebut adalah untuk orang susah yang tak cukup makan. Sedangkan terdapat ramai lagi di luar sana, orang miskin yang tiada duit untuk mengisi minyak motosikal untuk ke tempat kerja, duit poket anak sekolah dan lain-lain lagi.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menanyakan pihak kerajaan, adakah benar Bantuan Musim Tengkujuh sudah tiada dalam Belanjawan 2024 kali ini? Penoreh getah berada sangat hampir di hati saya kerana Kuala Krai merupakan antara kawasan penanaman getah di Kelantan. Setiap penghujung tahun, BMT adalah penyambung sesuap nasi bagi pekebun getah, kerana biasanya ketika ini musim hujan yang menyebabkan penoreh tidak dapat menoreh getah.
Kalaulah benar BMT tidak lagi diberikan kepada penoreh getah pada tahun depan, bagaimana mereka akan berdepan dengan musim tengkujuh dalam keadaan tiada pendapatan? Dan saya harap, agar pihak kerajaan dapat mengkaji kembali untuk mengembalikan BMT ini. Saya yakin ia mampu memberi sedikit sinar atas kepayahan dan kesusahan mereka.
Penoreh getah lama merana, hanya dijeling sebelah mata, sudahlah pendapatan tidak seberapa, BMT janganlah ditarik pula. Tuan Yang di-Pertua, kenaikan cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus hanya memberi pulangan tidak sampai RM1 bilion kepada kantung kerajaan. Sungguhpun kenaikan ini tidak melibatkan bahan makanan, minuman dan juga telekomunikasi, namun semua pihak meyakini kenaikan ini akan berantaian, yang mana akhirnya ia akan lebih menjerut rakyat di bawah sana- “Bak sungai yang sedang mengalir, bak lautan yang sedang bergelombang.” Saya memohon kerajaan mengkaji semula dan carilah sumber baru yang tidak membebankan rakyat kerana rakyat pada hari ini sudah cukup terbeban.
Tuan Yang di-Pertua, dalam analisis kewangan Kerajaan Persekutuan tahun 2022, dikatakan kerajaan membelanjakan sejumlah RM45 bilion untuk subsidi RON95, diesel dan juga LPG. Jadi, ada Menteri mengambil pakai nilai ini untuk mengatakan subsidi bahan api dalam negara sangat membebankan. Malah Menteri Ekonomi mengatakan kerajaan dijangka menanggung kos subsidi melebihi RM100 bilion jika harga petrol, diesel dan elektrik terus dikekalkan.
Saya ingin mengajukan beberapa soalan berkaitan perkara ini. Yang pertama, kenapa figure subsidi minyak berjumlah RM45 bilion tidak dilaporkan dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan tahun 2022 (PKKP)? Dalam PKKP tahun 2020 dinyatakan, terdapat pembayaran 2022 sebanyak RM46 bilion dibuat bagi item subsidi dan bantuan tunai. Tiada tertera di mana-mana berkenaan subsidi petrol. Manakala subsidi-subsidi lain seperti subsidi beras, subsidi gandum dan subsidi nelayan, jelas tertera. Jika dilihat anggaran asal bagi subsidi dan bantuan tunai yang diperuntukkan adalah berjumlah RM5.27 bilion sahaja, tetapi amaun sebenar yang dibayar, berjumlah RM46.5 bilion. Sangat jauh tersasar daripada amaun asal yang diperuntukkan.
Yang kedua ialah adakah kerajaan menggunakan jumlah bantuan tunai dan bantuan wang COVID yang juga merupakan subsidi itu sebagai menggambarkan subsidi petrol dan diesel?
Yang ketiga, adakah kerajaan menggunakan definisi subsidi oleh IMF dan Bank Dunia untuk menggambarkan jumlah subsidi petrol begitu tinggi iaitu dengan kerajaan memasukkan kos lepas- opportunity cost ke dalam jumlah perbelanjaan subsidi?
Contohnya, kerajaan mungkin hanya membuat pembayaran sebenar yang sedikit sahaja ataupun tiada langsung pembayaran dibuat kepada syarikat minyak, tetapi perbelanjaan subsidi dikira dengan memasukkan anggaran perbelanjaan harga petrol dalam pasaran tempatan, dengan harga petrol di pasaran antarabangsa. Kalau ikut IMF, walaupun tiada apa-apa pembayaran dibuat oleh kerajaan, perbezaan harga kos lepas- opportunity cost itu juga harus dimasukkan dalam perbelanjaan subsidi.
Yang keempat ialah sekiranya kerajaan menggunakan definisi subsidi IMF untuk memasukkan kos lepas dalam perbelanjaan subsidi, maka persoalannya, berapakah pembayaran sebenar yang kerajaan buat kepada syarikat-syarikat minyak bagi menstabilkan harga petrol, diesel, gas dalam pasaran tempatan?
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan pada hari ini akan menyerahkan kembali aset Lembaga Tabung Haji yang telah dipindahkan asetnya kepada Syarikat Tujuan Khas ataupun SPV milik Kementerian Kewangan pada tahun 2018. Saya ingin bertanya, berapakah nilai harga semasa aset-aset tersebut berbanding harga aset-aset semasa syarikat ini apabila diserahkan?
Dalam masa yang sama, saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan dapat mengkaji supaya Tabung Haji pada hari ini ditukar sebagai pengawal selia dan pembuat dasar sebagaimana kewujudan Bank Negara dan tidak lagi sebagai badan pelaksana apalagi jika terlibat dengan urusan perniagaan untuk urusan haji. Ianya bagi mengelakkan Tabung Haji terpaksa menanggung bebanan akibat kenaikan kos pengurusan untuk menunaikan haji yang semakin meningkat dalam masa yang sama.
Tabung Haji perlu terus membantu golongan miskin dengan memberi subsidi sebagaimana hari ini bagi menampung kos pengurusan. Tabung Haji boleh mendapatkannya melalui bayaran lesen-lesen dikeluarkan kepada pengendali ataupun operator.
Tuan Yang di-Pertua, peningkatan hutang isi rumah dianggarkan kini bernilai 89 peratus. Ini bermakna jika pendapatan seseorang RM1,000, maka hutangnya ialah RM890. Dalam keadaan ekonomi semasa, harga bekalan makanan meningkat, tentunya ia memberikan kesan yang menghimpit kepada rakyat. Apakah kerajaan bersedia mewujudkan polisi khas agar hutang ini boleh dikawal dan tidak menjerut mereka, akhirnya akan menyebabkan si penghutang ini terpaksa berhutang untuk membayar hutangnya?
Kini saya difahamkan pihak bank menawarkan sehingga RM400,000 untuk pinjaman peribadi yang sudah tentu boleh mengundang peminjam akan terjerut dengan hutang yang tidak berkesudahan. Ini belum lagi dikira mereka yang terlibat dengan along yang mencekik darah. Saya bimbang, peningkatan hutang isi rumah ini akan menyebabkan berlakunya kes rasuah dan kualiti kerja yang menurun terutama kepada penjawat awam. Oleh itu, saya mencadangkan agar pihak kerajaan dapat mewujudkan satu polisi bagi mengawal rakyat daripada terjerumus dengan hutang demi hutang.
Tuan Yang di-Pertua, penyelarasan gaji penjawat awam yang dijanjikan akan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam belanjawan kali ini tidak tercapai.
Jangan nanti janji tinggal janji, sebagaimana janji-janji yang senarainya panjang untuk disebutkan di sini. Misalnya, gaji minimum pegawai rendah polis wajar dinaikkan mengikut keperluan ekonomi semasa. Contoh, gaji permulaan Konstabel (YA1) PDRM bermula daripada RM1,441 sahaja. Ianya lebih rendah daripada gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM1,500. Saya yakin di luar sana, masih terdapat banyak gaji-gaji penjawat awam yang juga rendah dan perlu dinaikkan kerana bebanan kenaikan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung.
Tuan Yang di-Pertua, laporan Harian Metro bertarikh 3 Oktober 2023, menyatakan seramai 636 JPKKP akan dilantik untuk mewakili Kerajaan Persekutuan di Kelantan pada bulan November nanti. Soalan saya, apa tujuan pelantikan ini dibuat, di mana reformasinya? Sudah pasti ianya pengulangan kepada kerajaan terdahulu yang ditentang habis-habisan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dan ia jelas menyalahi federalisme antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat.
Saya sangat bimbang dan khuatir, pelantikan ini akan membawa lebih banyak perpecahan berbanding perpaduan dan menambahkan lagi birokrasi kerana sudah terdapat lantikan penghulu ataupun ketua kampung oleh kerajaan negeri. Di mana perpaduan yang dilaungkan? Ataupun ini adalah langkah awal ke arah mewujudkan penyelaras Parlimen dan peruntukan Ahli Parlimen Perikatan Nasional yang dinafikan akan disalurkan kepada mereka.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen membangkang, saya ingin menyanggah dakwaan Menteri Ekonomi bahawa peruntukan tersebut tidak diberikan kepada Ahli Parlimen Pembangkang kerana kononnya tidak sampai kepada rakyat dan akhirnya digunakan untuk program sendiri. Bahkan lebih dahsyat lagi tuduhan beliau ialah
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
bahawa digunakan untuk membayar TikTokers. Ini adalah dakwaan yang berat sebelah serta tuduhan yang amat berat dan dalam masa yang sama tidak yakin dengan agensi pengawal khususnya Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Tanah atau Pejabat Daerah kerana laporan dan perincian perbelanjaan mesti dilaporkan kepada agensi berkenaan bahkan mesti mendapat kelulusan mereka.
Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, poin terakhir...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan pada 6 Oktober 2023 yang lalu, telah mengumumkan pemandu atau pemilik berdaftar kenderaan yang melanggar peraturan cermin gelap boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan bagi kesalahan yang pertama, dan bagi sabitan berikutannya pula denda tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali. Tentunya ia mengundang persoalan kepada rakyat terbanyak tentang betapa beratnya hukuman untuk kesalahan ini sehinggakan nilainya dinaikkan begitu mendadak, dan boleh dipenjarakan.
Saya ingin mencadangkan kepada Menteri Pengangkutan, hukuman ini perlu ditarik balik dan dikaji dengan lebih teliti agar kedua-dua pihak menang dalam isu ini.
Janganlah tekan rakyat dengan sebegini rupa. Banyak lagi kesalahan lain seperti nombor plat yang disambung sehingga dibaca menjadi nama pemilik ataupun sebagainya, tetapi kenapa cermin gelap pula menjadi keutamaannya. Adakah kerana kerajaan mendapat hasil yang besar dari proses bidaan nombor siri kenderaan ini? Kita bukan membantah hukuman yang dikenakan, tetapi janganlah terlalu melampau.
Beberapa hari lalu pula Persatuan Pengusaha Kecil Kenderaan Perdagangan Pantai Timur dan telah merebak ke seluruh negara telah mengadakan mogok dan tidak akan bekerja selama seminggu kerana tidak tahan dengan sikap tidak bertimbang rasa pihak penguat kuasa ke atas mereka. Janganlah layan mereka seperti penjenayah dan dikenakan tindakan yang melampau seperti kompaun malah ada yang ditahan dilokap.
Pemandu lori juga manusia seperti kita, mereka manusia dan harus dilayan sebagai manusia dengan penuh kasih sayang serta adakan libat urus dan pertemuan bagi mencari jalan keluar.
Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, saya ingin akhiri ucapan ini dengan sebuah peringatan kepada kita semua bahawa ada masa kita di atas ataupun kita berkuasa menjadi pemerintah dan ada masa kita di bawah atau menjadi pembangkang.
Allah menyatakan kepada kita dalam cerita berkaitan dengan Badar dalam Surah Al- Imran...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Jika kamu dalam peperangan Uhud mendapat luka yakni tercedera, maka sesungguhnya kaum musyrik yang mencerobohi kamu itu telah tercedera juga dan mendapat luka yang sama dalam peperangan Badar.
Dan demikian itulah keadaan hari-hari dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan kami gilirkan dia antara sesama manusia supaya menjadi pengajaran dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman dan di sebaliknya dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati syahid. Dan ingatlah Allah tidak suka kepada orang yang zalim.
Surah Al-Imran, ayat 140. Oleh itu berlaku adillah kepada semua.
Sekian, terima kasih wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Puan Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2024. Pertama sekali Puchong ingin memberi maklum balas kepada Dewan yang mulia ini tentang salah satu inisiatif kerajaan di peringkat akar umbi.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Puan Speaker, dalam beberapa bulan ini setiap kali saya melawat ke sekolah di Parlimen Puchong satu topik yang sudah tentu akan dibangkitkan oleh pihak sekolah ialah tentang peruntukan kerajaan sebanyak RM70,000 untuk setiap sekolah bagi membaik pulih tandas.
Semua respons adalah sangat positif, banyak sekolah ini telah pun mendapat kerjasama yang baik dari kontraktor yang menerima cadangan-cadangan atau wish list mereka bukan sahaja dari segi reka bentuk tetapi pemilihan tile pun mereka ikut cadangan atau wish list dari sekolah dan lain-lain lagi. Hasilnya ialah tandas-tandas ini bukan sahaja menjadi sudah berfungsi, tetapi sangat cantik. Melalui inisiatif ini jutaan pelajar di seluruh Malaysia dapat sentuh dan rasa peruntukan daripada kerajaan.
Ini adalah satu contoh yang baik di mana Malaysia ataupun kerajaan bukan hanya projek-projek mega yang boleh memberi impak yang besar dalam memperbaiki nasib rakyat. Cuma sekarang guru-guru juga telah meminta peruntukan untuk memperbaiki tandas mereka. Dengan itu Puchong ingin cadangkan untuk memperuntukkan RM25,000 kepada setiap sekolah dengan format yang sama supaya lebih daripada 400,000 orang guru juga boleh bermanfaat daripada ini. Ini adalah simple dan senang untuk dilaksanakan di peringkat akar umbi.
Puan Speaker, selepas pujian, Puchong ada teguran dan juga cadangan. Kerana kesuntukan masa, saya hanya fokus perbahasan hari ini untuk satu topik sahaja iaitu pembangunan industri Kenderaan Elektrik (EV) dan perluasan penggunaan EV di Malaysia. Dalam belanjawan ini, kerajaan telah pun mengumumkan tiga inisiatif baharu iaitu galakan penggunaan motosikal elektrik, perolehan 150 bas elektrik serta insentif cukai ke atas perbelanjaan pengecasan EV dan kos sewaan EV. Ini adalah tambahan dari insentif cukai yang sedia ada kepada EV dan pengeluar stesen pengecasan. Walau bagaimanapun Puchong berpendapat masih ada banyak lagi jurang dalam pembangunan industri EV dan penggunaannya.
Pertama, adalah kekurangan EV mampu milik. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, menurut Persatuan Automatif Malaysia, hanya sebanyak 2,631 EV dijual di Malaysia pada tahun 2022. Kalau kita bandingkan dengan penjualan kenderaan konvensional, ia telah pun mencecah lebih daripada 720,000 buah kenderaan iaitu kenderaan EV yang dijual adalah kurang daripada 0.5 peratus kalau dibandingkan dengan kenderaan konvensional. Walaupun dengan insentif duti dan cukai, EV di pasaran Malaysia masih lagi mahal berbanding dengan kenderaan konvensional.
Jika kita hendak tengok penggunaan EV yang meluas, kita perlu memperluas pilihan EV mampu milik di price point yang sama dengan Axia, Myvi, Bezza, Saga dan Iriz.
Puchong ingin cadangkan kerajaan untuk memberi insentif dari segi pelaburan dan pinjaman berfaedah rendah melalui GLIC dan Bank Pembangunan ataupun geran dan insentif cukai kepada pemain-pemain di rantaian bekalan pengeluaran kenderaan tempatan, supply chain, EV supply chain dalam pengeluaran komponen dan EV mampu milik.
Di samping itu, dari segi pengimportan EV, EV mampu milik CKD dan CBU sepatutnya menikmati insentif yang lebih baik daripada EV mewah. There must be differentiation in policies, dengan izin. Dengan ini kita boleh menggalakkan pengimport kereta untuk membawa lebih banyak opsyen ataupun jenis EV mampu milik ke Malaysia.
Jumlah EV dan stesen pengecasan adalah ibarat di situasi ‘chicken and egg’, dengan izin.
Kalau tiada cukup stesen pengecasan, tiada orang hendak beli EV.
Kalau tidak cukup EV, tiada feasible dari segi ekonomi untuk pelaburan swasta dalam pemasangan stesen pengecasan kerana pendapatan stesen pengecasan adalah bergantung kepada jumlah EV yang discharge setiap hari. Apabila kenderaan EV masih kurang, Puchong berpendapat bahawa kerajaan perlu memainkan peranan yang proaktif untuk meningkatkan jumlah stesen pengecasan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, setakat bulan lepas jumlah stesen pengecasan masih kurang daripada 2,000. Ini adalah jauh lebih rendah daripada sasaran yang diumumkan oleh kerajaan iaitu 10,000 stesen pengecasan menjelang 2025.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Ini jelas menunjukkan bahawa inisiatif-inisiatif yang sedia ada tidak mencukupi untuk mencapai sasaran 10,000. Apa yang diumumkan dalam ucapan belanjawan ini di mana 180 stesen pengecasan EV akan dipasang oleh syarikat seperti TNB, Gentari dan Tesla Malaysia juga jauh daripada apa yang diperlukan untuk mencapai sasaran yang diumumkan. Persoalan sekarang ialah dalam masa dua tahun ini, bagaimana negara kita boleh mencapai meningkatkan stesen pengecasan dari 2,000 ke 10,000.
Saya ingin cadangkan kerajaan untuk meneroka kebolehlaksanaan, look at the feasibility cadangan yang berikutnya dalam meningkatkan stesen pengecasan dengan signifikan iaitu sama ada kita boleh masukkan sejumlah contohnya 5,000 ataupun 3,000 stesen pengecasan sebagai aset Grid Kebangsaan di bawah pengendalian TNB melalui mekanisme Incentive Based Regulation (IBR) yang sedia ada sebagai initial push dalam peningkatan jumlah stesen pengecasan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, semua perbelanjaan- CapEx untuk infrastruktur Grid Kebangsaan adalah dikira di bawah IBR dan ia adalah salah satu komponen yang digunakan untuk menentukan tarif asas di Semenanjung Malaysia.
Sebagai contoh bagi Regulatory Period 3 (RP3) pelaksanaan IBR perbelanjaan- CapEx untuk tahun 2022 hingga 2024 adalah sebanyak RM20 bilion.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Melalui IBR, kita boleh memastikan bahawa infrastruktur pembekalan elektrik adalah sentiasa mencukupi dan sempurna untuk menampung permintaan dan mengurangkan gangguan. Jika kita boleh masukkan pemasangan pengecasan di bawah IBR, maka terdapatnya satu pelaksana pusat yang boleh merancang dan memasang stesen pengecasan dan cepat dan efisien di tempat-tempat awam. Selain itu, kos per unit stesen pengecasan adalah lebih rendah dengan adanya economies of scale.
Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, kaedah ini bukan baru, TNB telah pun memasang 367,000 lampu jalan LED dengan CapEx di bawah IBR regulatory period 2
(RP2). Selepas ini initial push di tempat-tempat awam dan apabila jumlah kenderaan EV meningkat, maka pemain-pemain swasta boleh membuat pelaburan swasta untuk premis- premis yang lain kerana pada masa itu, there is economic feasibility dan bankability dalam pemasangan stesen pengecasan.
Tan Sri Speaker, seterusnya Puchong ingin memberi pandangan tentang pengumuman PMX berkenaan dengan prasarana akan memperoleh 150 bas elektrik dan membina tiga depot bas dengan kos 600 juta. Langkah untuk mengelektrifikasi pengangkutan awam adalah baik kerana ia bukan sahaja boleh menurunkan pelepasan karbon, memperbaiki kualiti udara tetapi juga boleh menjadi economically feasible jika merancang dan melaksana dengan betul.
Walau bagaimanapun, Puchong ingin menggesa kerajaan untuk kaji semula tentang perbelanjaan 600 juta itu. Itu boleh dikurangkan. Dengan harga pasaran sekarang, satu juta hingga 1.5 juta per bas elektrik hanya 150 juta hingga 225 juta iaitu 25 peratus hingga 37.5 peratus daripada 600 juta ini digunakan untuk membeli bas. Saya anggap perbelanjaan yang lain daripada 600 juta ini adalah untuk iaitu 375 juta ataupun lebih daripada itu adalah untuk depot bas. Adakah tiga depot bas perlu memakan kos yang begitu tinggi? Apakah kita boleh retrofit depot bas yang sedia ada seperti beberapa bandar yang lain di luar negara?
Selain itu, Puchong juga ingin tahu sama ada anggaran kos ini termasuk harga tanah? Jika pengambilan tanah dilibat sudah tentunya kos meningkat. Depot bas tidak seperti jajaran MRT, ada lebih fleksibiliti untuk menentukan lokasi bus depot. Oleh itu, Puchong cadangkan kerajaan untuk mencari tanah-tanah milik kerajaan yang sesuai dan tukar guna tanah kepada depot bas awam. Dengan ini kita boleh membuat penjimatan yang sangat besar dan tidak- tidak akan melibatkan, tidak perlu melibatkan pengambilan tanah yang begitu mahal.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Tan Sri Speaker, Puchong telah pun membaca satu laporan oleh World Bank yang bertajuk, “Electrification of Public Transport, A Case Study of the Shenzhen Bus Group”. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, Bandar Shenzhen di China ada populasi yang sebanyak 12.6 juta. Sistem bas awam mereka telah pun bermula transisi ke bas elektrik pada tahun 2013.
Menjelang tahun 2019, 100 peratus bas awam di Shenzhen adalah bas elektrik.
Antara pengajaran yang paling penting daripada pengalaman Shenzhen dari laporan itu, yang saya rasa kita patut contohi ialah the financing model dalam perolehan bas.
Shenzhen menggunakan leasing model iaitu agensi pengangkutan awam tidak membeli dan memiliki bas serta tidak membuat penyelenggaraan. Mereka memasuki perjanjian leasing dengan syarikat operasi bas dan membayar tahunan bagi bayaran tahunan setiap tahun dalam satu tempoh leasing tertentu. Dengan leasing model dan tender terbuka, prasarana boleh menjadi lebih asset light, dengan izin.
Tan Sri Speaker, kita sedia tahu bahawa antara halangan yang terbesar dalam transisi ke bas elektrik ialah kos perolehan bas elektrik yang sangat tinggi. Harga bas elektrik adalah lebih kurang tiga kali ganda daripada harga bas diesel.
Walau bagaimanapun, bas elektrik dari segi kos operasi dan maintenance adalah lebih rendah daripada bas diesel. Dengan teknologi EV yang semakin matang dan perancangan yang baik adalah mungkin total cost of ownership (TCO) bas elektrik boleh menjadi sama ataupun kita kata pariti ataupun lebih rendah daripada bas diesel, but the keyword is efficient implementation, dengan izin.
Oleh itu, Puchong berpendapat bahawa dengan leasing model dan perancangan yang baik, prasarana boleh transisi ke 100 peratus bas elektrik tanpa memakan peruntukan dan subsidi yang terlalu tinggi dari kerajaan sama ada dari segi CapEx ataupun OpEx.
Tan Sir Speaker, akhirnya ingin saya membincangkan EV secara keseluruhannya.
Puchong berpendapat bahawa Malaysia perlu ada satu national EV roadmap, pelan hala tuju EV kebangsaan yang komprehensif dan bukannya salah satu komponen dalam pelan hala tuju lain seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR) ataupun Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030). Walaupun Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan telah pun ditubuhkan pada Jun tahun ini, dari pandangan saya, dan juga observation saya, pengumuman polisi oleh kementerian-kementerian yang berbeza nampaknya masih lagi secara piecemeal. Kita perlukan satu roadmap 10 tahun yang senaraikan apa yang kerajaan akan buat, apakah polisi yang kita akan start dan bukannya ada piecemeal policy di setiap pengumuman belanjawan. Sebagai contoh, elektrifikasi pengangkutan awam dan kenderaan kerajaan boleh menjadi projek pemangkin perkembangan rantaian bekalan EV di Malaysia, kalau kita boleh meletakkan syarat peratusan local content dalam tender perolehan.
Dalam konteks ini, industri perlu tahu ada satu garis masa elektrifikasi iaitu berapa bas elektrik ataupun EV kerajaan perolehan setiap tahun dalam masa 10 tahun. Selain itu, insentif cukai, dan duti juga perlu ditetapkan untuk tempoh masa yang lebih panjang.
Sekarang setiap pengumuman adalah dua hingga tiga tahun dan lepas itu industri perlu menunggu pengumuman bajet untuk tahu sama ada terdapatnya extension, dengan izin.
Tan Sri Speaker, secara keseluruhannya industri EV, dan ekosistemnya perlu ada satu isyarat pasaran yang jelas daripada kerajaan untuk pertumbuhan, dan polisi jangka masa panjang yang tidak berubah-ubah iaitu policy certainty untuk membuat mereka perlukan ini supaya mereka boleh membuat keputusan sama ada mereka akan melabur di Malaysia ataupun tidak. Oleh itu, national EV roadmap adalah kunci dalam merancak pembangunan industri kenderaan, dan perluasan penggunaan EV di Malaysia.
Tan Sri Speaker, industri EV adalah industri baharu yang boleh mewujudkan peluang pekerjaan yang baik untuk anak-anak kita ataupun untuk rakyat di Malaysia.
Maka, Puchong sangat berharap bahawa kerajaan boleh bertindak dengan lebih strategik, dan juga proaktif dalam memangkin pertumbuhan industri ini. Itu sahaja yang Puchong
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
ingin bangkitkan. Isu-isu lain saya akan bangkitkan dalam perbahasan jawatankuasa.
Puchong ingin menyokong belanjawan ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Puchong. Saya jemput Jerlun.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumsalam.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mulakan dengan ucapan perbahasan Bajet 2024 ini dengan memetik firman Allah SWT dalam Surah Az-Zariyat ayat 19...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “...Dan pada harta-harta mereka ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi hak orang-orang miskin yang meminta dan orang-orang miskin yang tidak meminta daripada mereka.” Menurut tafsir Al- Qurtubi, ayat ini berkaitan kewajipan mengeluarkan zakat.
Oleh itu, saya menyeru kerajaan hendaklah mengagihkan sumber perolehan negara berasaskan cukai-cukai, dan zakat oleh golongan kaya, diberikan kepada rakyat bawahan khususnya golongan miskin sama ada mereka meminta ataupun tidak. Segala hasil mahsul dan khazanah negara merupakan milik semua orang. Oleh itu, menjadi tugas kita bersama di Dewan yang mulia ini membuat keputusan yang adil dan saksama tentang hak-hak rakyat.
Saya juga menzahirkan solidariti perjuangan Palestin dalam merakamkan takziah kepada rakyat Palestin yang diserang oleh rejim Zionis Israel pada 7 Oktober 2023 yang lalu. Sehingga kini angka kematian mencecah hampir 4,000 orang. Penghargaan juga kepada PAS dan Perikatan Nasional yang telah mengumumkan sumbangan derma sebanyak RM10 juta untuk tabung Palestin.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh reformasi perundangan. Kerajaan memperuntukkan RM20 juta untuk memperkasa Akademi Kehakiman Malaysia dan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia dalam melatih hakim-hakim mahkamah atasan secara lebih terancang dan berkesan.
Merujuk Akademi Kehakiman Syariah Malaysia, saya ingin tahu, di manakah lokasinya. Yang kedua, siapakah yang menganggotai organisasinya. Yang ketiga, adakah peranannya menyamai Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP). Yang keempat adakah ia membuka ruang kepada peguam syarie seluruh negara terlibat dengan kursus, latihan, seminar dan sebagainya ke arah meningkatkan kompetensi dan profesionalisme mereka.
Saya mencadangkan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia perlu melibatkan pegawai syariah di seluruh negeri-negeri yang tidak terlibat dengan guna sama pegawai syariah di bawah JKSM seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor termasuk peguam syarie di seluruh negeri.
Menyentuh bantuan guaman bagi kes sivil dan syariah, saya bersetuju dengan kenaikan had kelayakan mendapatkan bantuan guaman sebanyak RM50,000 dan dapat mengendalikan 8,500 kes untuk tahun 2024. Saya juga mencadangkan agar bilangan hakim dan pegawai kanan mahkamah ditambah.
Peruntukan diberikan juga kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia yang wujud di seluruh negeri kerana PGSM juga menyediakan khidmat bantuan guaman BAGUS kepada golongan B40 yang sukar untuk mendapat khidmat guaman disebabkan kos guaman yang tinggi serta kos mahkamah yang bertambah. Setakat ini seramai 390 panel peguam syarie yang melaksanakan BAGUS. Tanpa sokongan dana kerajaan, BAGUS tidak dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Selain itu berlaku pertindihan peranan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dengan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) terutamanya dalam kes jenayah sivil dan
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
syariah. Saya mencadangkan JBG memfokuskan kes-kes sivil dan syariah manakala YBGK kekal mengendalikan kes-kes jenayah.
Menyentuh reformasi institusi Parlimen, pada 13 September 2023 yang lalu Ahli- ahli Parlimen diberikan taklimat berkaitan cadangan kerajaan untuk memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen dan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa).
Melalui akta tersebut peruntukan setiap Ahli Parlimen diletakkan di bawah Parlimen dan tidak lagi di bawah JPM. Soalan saya bilakah RUU akta tersebut akan dibentangkan di Parlimen? Saya percaya semua Ahli Parlimen akan menyokong RUU tersebut tanpa bahas, saya pohon disegerakan.
Tan Sri Yang di-Pertua, menyentuh agensi penguatkuasaan. Jerlun tidak membantah hasrat kerajaan mahu memberikan ganjaran kepada agensi penguat kuasa yang benar-benar menunjukkan komitmen berterusan dan prestasi kerja yang cemerlang melalui Anugerah Khidmat Cemerlang (APC). Yang baik Jerlun sokong, yang tidak baik Jerlun bantah.
Mutakhir ini masyarakat awam memandang serong terhadap agensi penguat kuasa sama ada PDRM, SPRM, JKDM dan sebagainya. Padahal tugas agensi tersebut untuk menjaga keselamatan negara dan rakyat serta membanteras ketirisan hasil negara.
Namun begitu terdapat segelintir agensi penguat kuasa yang mencalarkan tugas murni agensi penguat kuasa. Ada di kalangan mereka yang mengamalkan rasuah, menjadi pelindung kepada kegiatan-kegiatan penyeludupan barang-barang terlarang di pintu sempadan negara, bahkan bersubahat dengan kartel-kartel dalam perniagaan yang ada hubung kait dengan keperluan rakyat.
Isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang iaitu ketiadaan beras tempatan di pasaran, rakyat susah hendak dapat beras, dihadkan jumlah tertentu untuk beli dan berlaku sorokan beras di kilang-kilang tanpa lesen. Di manakah agensi penguat kuasa berkenaan? Adakah apabila berlaku kejadian sorokan beras baru kerajaan nak mewujudkan task force sedangkan isu sorokan barang-barang keperluan makanan harian seperti gula, minyak masak, beras, bawang, tepung dan sebagainya sudah lama berlaku dan tiada penyelesaian yang berkesan. Tentunya kerajaan banyak menghabiskan wang untuk perbelanjaan mengurus bagi agensi penguat kuasa tetapi aspek penguatkuasaan dilihat gagal dan ini merugikan rakyat dan negara.
Bagi agensi penguat kuasa KPDNKSH pula, cabaran besar mereka adalah usaha untuk memastikan harga barang sentiasa terkawal dan sentiasa peka dengan isu-isu yang menjadi rungutan rakyat. Pelaksanaan penguatkuasaan perlu dipantau dengan kehadiran Menteri turun padang. Soalnya bilakah Menteri KPDNKSH akan dilantik oleh PMX?
Hampir empat bulan tiada Menteri KPDNKSH ini.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh subsidi bersasar. Belanjawan 2024 memperuntukkan RM81 bilion bagi mengekalkan harga barangan bersubsidi untuk meminimumkan kos sara hidup rakyat. Jerlun setuju subsidi bersasar dilaksanakan secara berfasa hanya untuk rakyat yang layak menerima subsidi bukan untuk golongan kaya dan bukan juga untuk golongan warga asing.
Isunya jika dilakukan secara berfasa, pertama apakah mekanisme yang akan dilakukan oleh kerajaan demi memastikan subsidi bersasar tidak mengalir juga kepada golongan kaya dan warga asing?
Yang kedua apakah langkah segera oleh kerajaan jika berlaku ketirisan subsidi kepada golongan tersebut. Contoh, subsidi untuk bahan import pertanian seperti baja, racun dan benih padi sepatutnya dipertimbangkan oleh kerajaan.
Saya telah membangkitkan subsidi input pertanian dalam Bajet 2023 yang lalu tetapi tidak dipertimbangkan oleh kerajaan kecuali menaikkan subsidi padi sebanyak RM140 per tan metrik. Subsidi padi itu pun diambil juga oleh golongan kaya yang menyewa atau memajak tanah bendang di kampung-kampung. Siapa yang rugi? Tentulah pesawah padi itu sendiri.
Di kawasan MADA khasnya di Jerlun sekarang ini musim menanam padi tetapi pesawah tidak boleh menanam padi disebabkan ketiadaan benih padi. Pengilang pula
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
telah membeli padi dengan harga RM1,700 per tan metrik sebelum harga padi itu turun kepada RM1,200 per tan metrik yang dulunya menjadi kecoh di kalangan pesawah padi, tidak boleh jual benih padi dengan harga yang murah kerana pengilang telah membeli padi pada awalnya dengan harga yang tinggi. Mustahil pengilang boleh jual padi dengan harga yang murah sedangkan padi dibeli dengan harga yang mahal.
Selain itu berlaku persaingan antara pengilang yang menghasilkan benih padi.
Oleh itu pesawah mempunyai pilihan benih padi yang berkualiti dari pengilang. Soalnya mengapa pengilang sahaja yang diberikan peluang dan mendapat subsidi benih padi?
Yang kedua bagaimana pula dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengeluarkan benih padi seperti Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)? Adakah agensi tersebut juga mendapat kuota tertentu untuk mengeluarkan benih padi setanding dengan pengilang-pengilang? Jika ada, adakah agensi tersebut menjual benih padi yang berkualiti dengan harga yang murah sedangkan subsidi benih padi diperuntukkan oleh kerajaan kepada agensi tersebut.
Akhbar Kosmo pada 18 Oktober 2023 semalam, melaporkan pesawah terpaksa membeli benih padi di pasaran gelap dengan harga yang mahal iaitu RM50 sekampit berbanding harga biasa iaitu RM35 sekampit. Sekarang PPK mendakwa tidak mendapat bekalan benih padi.
Pengilang-pengilang pula mendakwa benih padi belum diluluskan oleh Jabatan Pertanian- pi mai, pi mai tang tu. Yang terkesannya adalah pesawah bukan jabatan, bukan PPK, bukan pengilang. Saya mencadangkan agar kerajaan memberikan subsidi benih padi terus kepada pesawah bukan kepada pengilang. Jika diberikan kepada pengilang, pengilang terus kaya sedangkan pesawah kekal miskin dan miskin tegar.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Jerlun mungkin sikit.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Saya habis sikit lagi, sikit. Jika subsidi benih padi diberikan kepada pesawah, pesawah boleh menarik nafas lega dan merasai keuntungan daripada mengusahakan sawah. Sila.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun.
Ya, berkaitan dengan harga benih padi yang nampak sudah tidak dapat dikawal oleh kerajaan. Diberitahu oleh petani-petani kita, mereka membeli sehingga RM55 untuk satu beg 20 kilo, padahal sudah pun ada satu surat arahan oleh Kementerian Pertanian bahawa harga silingnya adalah RM35. Jadi, isu sekarang ialah dari segi penguatkuasaan kementerian sendiri untuk pastikan kilang-kilang ini tidak menjual melebihi harga siling yang telah ditetapkan RM35.
Jadi, apa pandangan Jerlun untuk memastikan kena perlu juga task force khusus untuk pastikan khususnya penanaman padi fasa satu yang sedang berjalan di kawasan MADA ini dapat dilakukan oleh petani dengan baik. Terima kasih.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Saya bersetuju dengan pandangan Sik bahawa perlunya task force lagi. Sebelum ini, task force berkaitan dengan sorokan beras, sekarang nak kena wujud lagi task force berkaitan dengan benih padi. Sebab sudah pun wujud pasaran gelap yang menjual benih padi dengan harga yang tinggi dan petani tak dapat tidak, mesti membeli juga kerana musim penanaman padi sedang berlaku.
Sekarang ini musim pesawah menabur padi tapi benih padi tidak ada lagi.
Pesawah mengeluh sebab tak boleh tanam padi walaupun dah masuk musim menabur benih. Jika lewat tanam padi, daripada jadual penanaman padi yang ditetapkan oleh MADA, ia berhadapan dengan risiko air yang berlebihan dalam sawah. Apabila tiba musim menuai padi, padi tak dapat diambil sepenuhnya oleh mesin padi disebabkan tanah lembut. Hasil padi berkurangan dan pesawah mengalami kerugian.
Selain itu ia memberi kesan jangka panjang iaitu tanah jerlus dan ini membebankan lagi kerajaan yang terpaksa mengeluarkan peruntukan segera bagi mengatasi tanah jerlus.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tan Sri Yang di-Pertua, menyentuh isu nelayan. Kerajaan memperuntukkan elaun sara hidup sehingga RM300 sebulan dan intensif hasil tangkapan nelayan sehingga RM1,000 sebulan. Dalam majlis dialog saya bersama nelayan pantai Kuala Jerlun pada 2 Oktober 2023 yang lalu, nelayan pantai memohon kepada kerajaan agar menaikkan elaun sara hidup sehingga RM400 sebulan, memandangkan hasil tangkapan ikan semakin berkurangan.
Menurut portal rasmi Jabatan Perikanan Malaysia, permohonan lesen vessel dan peralatan menangkap ikan bagi sampan Zon A, Zon B dan Zon C kepada nelayan telah dibekukan. Mengapa lesen dibekukan? Bagaimana nasib nelayan yang terpaksa turun ke laut mahu mencari rezeki, jika mereka ditangkap oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)? Selain itu, untuk melayakkan elaun sara diri dan subsidi diesel perlu ada lesen, adakah nelayan berhak mendapat elaun sara diri, jika mereka tidak mempunyai lesen?
Tan Sri Yang di-Pertua, menyentuh reformasi percukaian. Kerajaan bercadang menggubal akta baru bagi melaksanakan cukai barang bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang kemas dan jam tangan. Saya ambil satu contoh, barang kemas. Saya bersetuju kalau cukai barang kemas itu dikenakan kepada golongan M40 dan T20 sahaja tetapi tidak perlu dikenakan kepada golongan B40.
Golongan B40 dan T20 beli barang kemas untuk dipakai, untuk perhiasan diri.
Bagi golongan B40, khasnya di kalangan wanita yang bekerja atau golongan wanita suri rumah sepenuh masa, tujuan mereka membeli barang kemas bukan untuk perhiasan diri tetapi digunakan ketika kesempitan wang. Katakanlah anak mereka akan masuk universiti, mereka tidak mempunyai wang yang cukup. Pilihan terakhir mereka ialah menggadaikan barang kemas itu, sama ada di kedai Ar-Rahnu ataupun pajak gadai.
Apabila barang kemas digadai, mereka akan dikenakan caj oleh Ar-Rahnu ataupun bunga oleh kedai pajak gadai. Jika dikenakan pula cukai oleh kerajaan, golongan B40 ini akan menjadi mangsa, dikenakan cukai dua kali. Satu kena bayar caj kepada Ar- Rahnu ataupun bunga kepada kedai pajak gadai. Yang kedua, cukai lima ke 10 peratus, yang kerajaan cadang nak dikenakan melalui bajet pada tahun ini.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh aspek pelancongan. Tasik Timah Tasoh di Perlis, Kenong Rimba Park di Pahang dan Pantai Teluk Kemang di Negeri Sembilan sebagai lokasi pelancongan yang menarik dengan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi menyelenggara dan memulihara lokasi tersebut.
Saya mencadangkan juga Gua Kerbau dan Gua Putih di Kodiang dalam Parlimen Jerlun dimasukkan dalam senarai lokasi pelancongan tersebut. Ia terdiri daripada bukit batu kapur yang dikelilingi sawah padi dan terdapat lukisan-lukisan yang menarik berbentuk manusia dan binatang yang dilukis oleh Orang Asli. Orang Asli pun ada satu ketika dahulu yang pernah duduk di dalam gua tersebut. Kini keadaannya tidak diselenggara dengan baik dan perlu diberikan perhatian oleh kerajaan.
Selain itu, Sungai Batu di Merbok, Kedah merupakan satu tapak arkeologi yang tertua di dunia, yang diiktiraf sebagai pusat pelaburan bijih besi tertua, oleh ilmuan arkeologi berdasarkan bukti yang ditemui sekurang-kurangnya, Sungai Batu telah menjadi hub mengeksport besi kuno sejak kurun ke lima sebelum Masihi. Saya mencadangkan agar Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Warisan Negara untuk membangunkan tapak arkeologi Sungai Batu, Merbok, Kedah sebagai salah satu destinasi pelancongan seperti Borobudur di Indonesia, Angkor Wat di Cambodia.
Menyentuh Sumbangan Tunai Rahmah, ini yang terakhir Tuan Yang di-Pertua dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan memanfaatkan sembilan juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia dengan peruntukan RM10 bilion bagi tahun 2024. Sumbangan Asas Rahmah
(SARA) pula diberikan kepada 700,000 penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.
Dapat difahami di sini, syarat penerima SARA mestilah penerima STR. Sebagai contoh, seorang belia yang belum berkahwin mendapat STR. Seorang belia yang sudah
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
berkahwin juga mendapat STR. Tinggal di dalam satu rumah dinaungi ataupun di rumah ketua isi rumah (KIR) juga penerima STR. Ini menunjukkan dalam satu rumah, akan mendapat SARA sebanyak RM300 sebulan. Kalau 12 bulan dia akan dapat RM3,600.
Saya dapati ia tidak wajar dilaksanakan dan perlu dikaji semula.
Saya cadangkan bantuan SARA hanya diberikan kepada KIR, bukan STR. Jika ikut KIR, setiap rumah akan dapat RM100 sebulan. Kalau 12 bulan, RM1,200 berbanding RM300 sebulan, ia akan dapat RM3,600. Ini dapat menambahkan bilangan penerima SARA kepada setiap ketua isi rumah, bukan setiap Sumbangan Tunai Rahmah. Akhirnya dalam ucapan ini saya sampaikan dua rangkap pantun, *Dari Jerlun datang ke mari, Perbahasan bajet jadual saya hari ini, Selalu berdoa kepada Ilahi, Supaya negara aman harmoni.
Daun sirih dalam dulang, Menjadi hantaran majlis beradat, Rakyat dibela, pemimpin dijulang, Malaysia sejahtera kekal berdaulat.* Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Walaikumsalam. Saya jemput Tenggara.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
*Aauzubillahi minashaitanir rajeem.
Bismillahi Rahmani Rahim*. Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya ambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada PMX dan juga Kerajaan Malaysia yang telah berjaya mengumpul RM81 juta bagi urusan Palestin. Sedikit lagi nak sampai RM100 juta dengan penglibatan Khazanah, yayasan-yayasan dan pihak swasta, saya ucapkan tahniah.
Assalamualaikum, Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Saya untuk urusan Bajet 2024 ini, tertarik untuk menyentuh beberapa hal berkaitan orang muda negara, belia atau suka saya sebut sebagai insan muda Malaysia (IMM) kita.
Pertama berkaitan dengan pembangunan belia, Tan Sri Speaker. Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan bahawa populasi belia Malaysia berumur antara 15 hingga 30 tahun pada 2022 adalah seramai 9.6 juta orang iaitu hampir 30 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia yang berjumlah 32.6 juta. Jika mengambil kelompok 40 tahun dan ke bawah, angkanya mungkin mencecah 40 peratus.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Statistik ini menunjukkan populasi belia perlu diberi perhatian sewajarnya dalam usaha pembangunan negara. Merekalah yang perlu dibangun, yang perlu dibimbing, yang perlukan pelaburan modal insan ke atasnya, yang perlu digalaskan tugas produktiviti, yang mengisi industri yang penting dan perlu untuk pembangunan negara. Penting untuk pemulihan negara, kelompok ini adalah nadi kepada kebangkitan nusa. Intervensi kerajaan amat ditagih bagi mewujudkan ekosistem yang lebih baik demi membangunkan insan muda Malaysia (IMM), terutama di kala negara bergelut untuk bangkit pulih dari COVID-19.
Ringkasnya, peluang yang lebih luas perlu dicipta dan direkayasa merentasi pelbagai skop termasuk pekerjaan, kewangan, jaminan keselamatan, industri teknologi, akademik dan perdagangan dalam usaha untuk memastikan insan muda Malaysia terus dibela dan berkembang demi masa depan negara yang lebih berdaya saing. Sokongan kerajaan dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada dari segi mencipta pekerjaan, pendidikan mahupun ketersambungan Internet serta peluang yang adil dan sama rata di semua kawasan harus menjadi antara fokus utama pihak kerajaan.
Misalnya, usaha merapat jurang ekonomi penduduk luar bandar dan bandar mesti dikecilkan. Jurang digital juga mesti ditangani. Usaha dalam Bajet Madani 2024 ini perlu
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
juga kepada ikhtiar digitalisasi yang menyeluruh agar hasrat ‘E’ dan ‘I’ ekonomi juga boleh dimanfaatkan oleh insan muda Malaysia di luar bandar termasuk di pedalaman Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Selain itu, walaupun kadar pengangguran dalam kalangan belia yang berumur 15 hingga 24 tahun menyusut bagi tempoh empat bulan berturut-turut— walaupun kadar pengangguran dalam kalangan belia yang berumur 15 hingga 24 tahun menyusut bagi tempoh empat bulan berturut-turut kepada 11.3 peratus pada Februari 2023 berbanding 11.5 peratus pada Januari 2023, namun ianya masih melepasi paras sebelum pandemik COVID-19 iaitu 9.9 peratus yang dicatatkan pada Disember 2019.
Sebagai perbandingan, situasi berbeza pula dengan negara jiran kita apabila kadar pengangguran bagi rakyat Singapura misalnya, individu berusia 15 hingga 24 tahun turun mendadak kepada 5.9 peratus, berbanding 10.6 peratus pada 2020 dan ini membuktikan perancangan pihak Kerajaan Singapura berhasil. Kita mungkin boleh meneliti dan belajar sesuatu dengan penyesuaian konteks negara kita.
Di Malaysia, pendidikan serta peluang pekerjaan yang lebih berkualiti dan kalis masa hadapan perlu terus diwujudkan. Ikhtiar melalui Bajet Madani 2024 ini, wajar diperhalus dan memperinci pandangan, pendapat dan idea pemegang taruh, NGO, pakar dan institusi. Idea yang hendak digerak berdasarkan peruntukan yang telah digariskan, perlulah mengambil kira suara akar umbi agar Bajet Madani 2024 berkaitan penciptaan peluang kepada insan muda Malaysia dimilik oleh, owned by rakyat.
Golongan belia, insan muda Malaysia perlu dipersiap dengan kemahiran baharu dalam mengharungi transformasi landskap teknologi dan digital supaya mampu beradaptasi dengan pasaran kerja dinamik dengan lebih baik pada masa kini dan hadapan. Kita ada cabaran melahir tenaga pekerja mahir, modal insan berkualiti yang sesuai dengan zaman.
Dalam Bajet 2024 ini, Tenggara amat berharap agar ada satu ikhtiar konstruktif menyatukan TVET. Bajet 2024 mestilah mempertimbang revolusi TVET negara kita. Majlis TVET negara kini mestilah dipertuntaskan dengan fokus menyelaras sepadu-padunya TVET yang kini berada di bawah 12 kementerian.
Saya sebut ketika menyampaikan ucaptama di Changsha, China, International Education Plus untuk TVET bahawa cabaran negara kita berhubung TVET yang paling utama adalah menyelaras 12 kementerian, yang melibatkan pusat tauliah sekitar 1,096 untuk institusi awam dan 426 institusi swasta. Ini tidak termasuk yang di bawah kendalian kerajaan-kerajaan negeri. Kita jauh berbanding China, terlalu jauh berbanding Jerman dalam merekayasa dan adaptasi TVET massa.
Insan muda Malaysia yang hendak kita berikan peluang, pastilah peluang yang terbaik dan sesuai zamannya. TVET adalah mandatori untuk belia dan orang muda.
Melaluinya akan memungkinkan pekerjaan. Pekerjaan memungkinkan pendapatan.
Melalui semua itu, belia dan orang muda mampu meraih keselamatan, kesejahteraan dan jaminan. Insya-Allah.
Bajet Madani 2024 yang bakal dilaksanakan mestilah menjadi tipping point kepada hal ini. Tidak boleh tidak, peruntukan berjumlah RM6.8 bilion terkait TVET dalam bajet ini mestilah didorong dan dipandu ke arah memadani TVET secara holistik, strategik dan bersungguh-sungguh.
Menyokong semua ini, kerajaan turut digesa untuk menyediakan insentif-insentif baru bagi menarik minat para pelabur luar ke negara kita untuk melabur dan secara tidak langsung akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta membantu menurunkan kadar pengangguran dalam kalangan anak muda.
Pelaksanaan NIMP 2030 amat signifikan. Kawasan industri yang tersedia seperti Bandar Tenggara di tempat saya, misalnya, mestilah direkayasa semula. Bakat TVET yang tersedia, juga tenaga profesional muda yang dilahirkan melengkapkan sosioekonomi madani itu sendiri dengan terwujud peluang dari pelaburan-pelaburan dan semestinyalah memacu pemulihan negara dan keperluan insan muda Malaysia.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Tenggara sokong penglibatan GLC swasta. Tenggara sokong merekayasa IKBN Bandar Penawar. Tenggara sokong Program Latihan Madani. Tenggara sokong penerapan Academy in Industry dan menyokong tambahan peruntukan untuk kolej komuniti. Dan sewajarnyalah juga mengambil kira untuk pembangunan TVET ini, faedah langsung yang boleh diambil dari inisiatif belt and road (BRI) negara China yang boleh diintegrasi dengan perancangan-perancangan TVET negara.
Tan Sri Yang di-Pertua, di Malaysia, sektor pekerjaan tidak formal mencecah paras tertinggi baharu dengan mereka yang bekerja sendiri berjumlah 2.97 juta orang pada Ogos 2023. Lebih tinggi berbanding rekod dicatat pada Oktober 2018 adalah seramai 2.95 juta orang. Pekerjaan tidak formal ini merujuk kepada komuniti prekariat atau lebih dikenali sebagai pekerja akaun sendiri, adalah mereka yang berpendapatan harian, bekerja sebagai peniaga kecil, penjaja, pengusaha gerai makanan, pekebun kecil dan juga pekerja gig.
Kecenderungan insan muda Malaysia memilih untuk bekerja dalam sektor gig, berbanding menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi disebabkan oleh jadual kerjanya yang lebih fleksibel serta tiada sebarang tekanan daripada pihak majikan.
Namun, kita tidak pasti sampai bila ekonomi gig ini mampu bertahan.
Jika dilihat sekarang, ini permintaan terhadap penghantaran barang, e-hailing umpamanya, semakin berkurangan tetapi jumlah pekerja bagi industri ini semakin bertambah ke semasa. Kementerian Sumber Manusia telah merekodkan hampir sejuta orang yang terlibat dalam komuniti gig di Malaysia. Ketiadaan identiti pekerjaan ekoran daripada status pekerja gig yang tidak diiktiraf sebagai pekerja di bawah Akta Kerja 1955 menjadi golongan prekariat dan komuniti gig adalah sesuatu yang mencabar dari segi realiti kehidupan sosial.
Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan menyatakan seramai 112 penunggang p-hailing maut daripada 1,242 kemalangan. Ini data 2018 hingga Mei 2022. Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) pula mendedahkan bahawa 77 peratus pekerja komuniti gig pernah mengalami kemalangan.
Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana memandang serius terhadap kesejahteraan dan keharmonian hidup komuniti gig dengan mewujudkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) yang dijangkakan akan memanfaat pekerja komuniti gig, demi memastikan kesinambungan dalam mengangkat martabat sektor gig di Malaysia.
Apakah usaha lain pihak kerajaan bagi melindungi pekerja gig? Serta adakah terdapat sebarang kerangka kawal selia sektor ekonomi gig dibuat bagi menjamin industri tersebut menjadi prospek kerjaya yang lebih stabil kelak, terutama untuk golongan belia di negara kita?
Ketiga, peluang kedua dan belia niaga. Tan Sri Yang di-Pertua, Tenggara memuji Bajet Madani 2024 berhubung keseriusan kerajaan membantu rakyat yang terlibat dengan urusan insolvensi. Kita sedar bahawa ramai kalangan insan muda Malaysia terjerumus dengan masalah pengurusan kewangan dan godaan cepat kaya.
Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia setakat Ogos 2023 merekodkan seramai sembilan individu di bawah umur 25 tahun muflis, manakala seramai 419 belia berumur antara 25 hingga 34 tahun muflis. Penurunan ketara jumlah insan muda yang terjerumus dalam masalah insolvensi ini dapat dilihat apabila 14,000 kes muflis dengan hutang kecil di bawah RM50,000 dilepaskan daripada kebankrapan.
Namun, kita tidak boleh berasa selesa walaupun dasar peluang kedua bakal diperluas kepada golongan muda berusia 40 tahun ke bawah yang mempunyai hutang tidak melebihi RM200,000 sepertimana yang digariskan dalam Bajet Madani 2024.
Oleh yang demikian, bagi memastikan penurunan jumlah muflis dalam kalangan insan muda Malaysia ini terus konsisten, saya melihat pendedahan berterusan berhubung dengan tahap kesedaran kewangan harus diperkasakan. Melalui intervensi pihak kerajaan, kita berjaya membawa keluar kumpulan ini keluar dari kepompong kebankrapan, tetapi sampai bila kita perlu menaikkan had hutang ini tanpa ada sebarang langkah penyelesaian holistik?
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Wajar diwujudkan one stop center, mungkin di bawah Bank Negara, untuk memudah rakyat menyemak status satu-satu skim syarikat tawaran pelaburan sahih atau scam dalam situasi mencengkam, semua jadi bijak ambil kesempatan dan mangsa yang terdesak akan mudah terpedaya termasuk golongan muda.
Tan Sri Yang di-Pertua, menyongsongi melankolia insolvensi dan peluang kedua ini, Bajet Madani 2024 juga membuka peluang niaga dan keusahawanan untuk insan muda Malaysia adalah suatu yang amat tepat. Antara inisiatif yang digariskan melalui bajet ini seperti dana kewangan sosial iTEKAD yang menerima dana tambahan hingga RM25 juta serta kemudahan pinjaman kecil melalui Bank Negara Malaysia, BSN, serta TEKUN yang memperuntukkan sebanyak RM2.4 bilion secara keseluruhan dapat diperluas juga dengan strategik dan spesifik kepada insan muda Malaysia.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Penglibatan insan muda Malaysia dalam bidang perniagaan, keusahawanan merupakan salah satu pendekatan yang mampu mengheret mereka keluar dari terus dibelenggu hutang, di samping dapat menjana pendapatan seharian mereka melalui bidang perniagaan. Usaha ini disokong dengan usaha yang dilaksana oleh kerajaan melalui Bajet Madani 2024 untuk mengangkat martabat ekonomi rakyat dengan memelihara ekosistem persekitaran kawasan perniagaan, khususnya di pasar-pasar awam serta membina lebih banyak ruang niaga demi keselesaan peniaga dan pengunjung.
Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya adalah berkaitan dengan hal FELDA. Untuk Bajet 2024 ini, saya harap sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri ke-10 dalam perasmian Hari Peneroka 2023, semua-semua yang dijanjikan itu dapatlah ditunaikan. Dan saya ingin menambah untuk mempertimbangkan pewujudan elemen PAWE di tanah-tanah rancangan FELDA atau tidak di 40 gugusan FELDA atau tidak di 11 wilayah yang ada kerana kita tahu dan sedia maklum bahawa di kawasan-kawasan tanah rancangan FELDA, jumlah warga emasnya pun memang dah bertambahlah. Untuk RM8.25 juta yang diperuntukkan untuk PAWE itu dah tentulah tetapi bagi keseluruhan peruntukan untuk warga emas ada RM1 bilion. Mudah-mudahan boleh juga dalam Bajet Madani 2024 ini diagihkan untuk memikirkan elemen PAWE dalam kawasan-kawasan FELDA.
Akhirnya, penstrukturan semula cukai yang baharu amat penting untuk negara pada ketika ini demi menjamin pendapatan yang stabil buat negara, sekali gus membela rakyat bukan untuk membebankan rakyat. Ramai di kalangan Ahli-ahli Parlimen juga menyentuh tentang hal ini dan saya suka hendak berkongsi di sini Tan Sri, dua peratus yang telah dinaikkan pada cukai perkhidmatan walaupun ada pengecualian-pengecualian disambut dengan agak resah daripada kalangan orang di tempat saya lah. Mereka menyebut bahawa dahulu pun kita pernah ada satu jenis cukai, cukai berasaskan produk.
Katanya enam peratus, sekarang ini dah jadi lapan peratus. Boleh tetap juga dilaksanakan tetapi perlu kepada program penerangan, penjelasan kepada rakyat di bawah supaya benda ini tidak mendapat penolakan.
Tetapi, jika merujuk kepada cukai berasaskan produk ini, orang kampung saya kata, orang FELDA Pengeli Timur kata tahun 2017, kutipan enam peratus itu berjaya kutip RM60 bilion. Daripada RM60 bilion itu setelah tolak refund, bersih kita ada RM44 bilion.
Agaknya kalau kita buat sekarang, pada situasi sekarang boleh dapat RM60 bilion. Lebih banyak kutipan cukai yang berstruktur seperti ini boleh banyak membantu rakyat terutamanya golongan-golongan B40 dan memerlukan. Konsepnya, daripada rakyat kita ambil cukai, kepada rakyat juga kita berikan dan ditambah cukai jenis guna produk dan barangan ini sudah dibuat pun oleh 173 daripada 194 negara di dunia ini. Jadi, tinggal seminit ini.
Akhirnya saya menyentuh tentang pengurusan subsidi yang lain. Adalah mungkin untuk kita menggunakan MyKad Yang Berhormat Tan Sri, supaya kalau contohnya kita hendak beli barang itu, kita bolehlah empower MyKad kita ini. Sebab kadang-kadang barang-barang yang telah disubsidi gula, minyak, beras dan sebagainya ini digunakan juga oleh kita punya pekerja-pekerja asing yang berizin dan juga pendatang-pendatang asing tidak berizin.
Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara
Kalau di Johor Bahru itu kita boleh tengok orang-orang Singapura isi minyak kadang-kadang RON95 itu, dia sentak juga dekat dalam tangki dia. Jadi, kalau cucuk kad dahulu, kad IC baru boleh cucuk kad untuk isi minyak, mungkin kita boleh kurangkan sikit penyeludupan ataupun penyasaran bajet melibatkan minyak inilah, terutamanya di Johor, di sempadan Singapura dan juga di sebelah Perlis, Kelantan.
Seterusnya, yang terakhir untuk tata kelola ini daripada keseluruhan Bajet 2024 ini Tenggara berpandangan amat baik Yang Berhormat Tan Sri, cumanya perlulah dicipta ataupun diwujudkan semula satu badan. Kalau boleh kita katakan untuk memastikan tidak dapat sebarang ketirisan yang berlaku pada Bajet 2024 ini. Saya menyarankan, Tenggara menyarankan agar pihak kerajaan dapat menubuhkan sebuah agensi ataupun Jawatankuasa Pemantau Bajet 2024 dalam masa terdekat, bagi menjalankan fungsi menyemak dan memastikan peruntukan yang disediakan dapat disalurkan dengan sebaik mungkin seperti mana yang pernah dilaksanakan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan pencapaian PEMANDU sebelum ini. Peranan utamanya adalah untuk memastikan segala perancangan digariskan dengan baik dan ada key result area (KRA) dan KPI setiap kementerian dan agensi supaya ia benar-benar dapat dilaksanakan.
Jadi, sebagai pengakhiran Tan Sri, Tenggara mendoakan tiga teras utama dalam Bajet Madani 2024 ini iaitu tata kelola terbaik demi ketangkasan perkhidmatan, penstrukturan semula ekonomi bagi melonjak pertumbuhan dan peningkatan darjat hidup rakyat akan dapat dicapai. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Tenggara mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Tenggara. Sekarang saya jemput Padang Serai.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
*Bismillahi Rahmani Rahim.
[Berselawat] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua Dewan. Tuan Yang di-Pertua Dewan, saya ingin memulakan ucapan saya ini ingin merakamkan untuk mengutuk sekeras-kerasnya, mengkeji sekeras- kerasnya Israel Yahudi laknatullah yang telah pun membuat keganasan terhadap Gaza dan yang terbaru apabila mereka menyerang hospital yang menjadi tempat untuk rakyat berlindung. Itu adalah satu lagi keganasan yang tidak boleh kita maafkan.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, Padang Serai ingin memohon kepada kerajaan yang ada pada hari ini, untuk melihat kepada negara jiran kita di selatan yang telah pun mengeluarkan kenyataan menyokong Israel ini untuk menghantar nota bantahan ataupun memberikan apa-apa kenyataan yang sepatutnya, kalaupun tidak mahu menyokong Palestin tetapi baiklah lebih baik berdiam daripada menyokong pihak yang melakukan kezaliman.
Tuan Yang di-Pertua, peratusan besar hasil subsidi adalah dari cukai yang diperkenalkan dan ditetapkan. Subsidi adalah penghargaan kepada pembayar cukai, bukan sahaja kebajikan kepada golongan miskin. Adakah adil kerajaan mengutip cukai dari mereka yang bergaji besar dan berpendapatan besar, hasil usaha mereka sendiri sama ada perniagaan dan berpendidikan tinggi? Kemudian, menafikan hak mereka dan melabel mereka sebagai golongan maha kaya, seolah-olah mereka adalah pesalah kerana mempunyai gedung besar ataupun berpendidikan tinggi.
Dalam belanjawan yang dibentangkan oleh Tambun pada Jumaat lalu, apabila berlaku tambahan-tambahan cukai subsidi yang baru, SST daripada enam ke lapan peratus, golongan yang akan terkesan teruk dengan keadaan ini adalah golongan M40, yang mana ramai golongan M40 ini sudah pun tergolong ke dalam golongan B40. Mereka ini hampir 60 ke 70 peratus rakyat Malaysia, Tuan Yang di-Pertua. Dengan penyasaran semula subsidi, adakah akan memberikan multiplier effect kepada golongan ini?
Pada Jun 2023, Presiden Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai mengatakan, industri pembuatan dan pengeluaran sedang berhadapan dengan lonjakan ketara kos tenaga sehingga memaksa mereka memindahkan semula kos yang ditanggung itu kepada pengguna. Ini adalah kesan penarikan subsidi kepada
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
syarikat MMC. Dato’ Yang di-Pertua, berdasarkan belanjawan yang dibentangkan, saya melihat bukan sahaja tenaga, kerajaan juga merancang bagi menarik semula subsidi makanan seperti ayam dan telur serta diesel, minyak diesel yang akan memberikan kesan kepada peningkatan kos.
Akhirnya, apa yang saya maksudkan dengan multiplier effect ini akan ditanggung oleh pengguna dan lebih malangnya apabila mereka itu terlepas daripada bantuan kerajaan. Adakah kerajaan sedar apa sahaja peningkatan kos yang dikenakan akan menyebabkan kepada peningkatan harga di peringkat pengguna? Nominal inflasi yang dikira oleh kerajaan adalah anggaran sahaja. Ia tidak menggambarkan realiti inflasi yang dihadapi oleh rakyat di bawah. Kita boleh berbangga dengan inflasi yang menurun, dari empat peratus pada tahun 2022 kepada dua peratus pada tahun 2023, tetapi angka tersebut tidak menggambarkan kesan yang dihadapi oleh rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, Dasar Gaji Progresif yang dibangga-banggakan sebelum ini langsung tidak disentuh dalam belanjawan kali ini. Walaupun diumumkan sebelum ini oleh Yang Berhormat Pandan pada 24 Ogos 2023, bahawa ia telah pun diluluskan di peringkat Kabinet. Rakyat sedang menunggu gaji minima RM2,000 yang mungkin sebagai langkah permulaan sebelum mendapat kereta Myvi harga RM22,000 seperti yang dijanjikan oleh Yang Berhormat Pandan seperti sebelum ini.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam kenyataan Yang Berhormat Pandan sebelum ini menyebut bahawa kerajaan sedang berusaha mencari dana untuk menampung sedikit bayaran bagi penyelarasan gaji pekerja sektor swasta. Ini satu perkara yang boleh dikatakan kelakar kerana kerajaan hanya menukar kaedah dari subsidi item kepada pemberian dana kepada pihak swasta, akan tetapi konsepnya tetap sama, di mana golongan maha kaya menerima manfaat ini.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Kenapa perlu – kenapa kerajaan perlu mencari dana untuk dianugerahkan kepada golongan maha kaya ini untuk membayar pekerja mereka? Ini kerana kerajaan sendiri akui bahawa dengan peningkatan cukai dan penarikan subsidi, akan memberikan kesan domino kepada peningkatan kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak swasta.
Begitu juga Dasar Gaji Progresif.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan hari ini terasnya adalah demokrasi sosial yang berasal, yang berasal dari asas pemikiran komunisme yang kita boleh dapati di dalam Manifesto Komunis yang ditulis oleh Karl Marx seperti cukai progresif, campur tangan kerajaan terhadap perniagaan dan kerajaan mengawal semua harta dan kekayaan.
Sistem yang model ekonomi Madani ini akan memberikan kesan buruk ke atas ekonomi masyarakat di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, itu sebagai mukadimah kepada pembentangan ekonomi dan situasi ekonomi pada hari ini.
Bahagian kedua saya ialah saya ingin menyebut tentang perkara-perkara yang berkaitan dalam kawasan saya, kawasan Parlimen Padang Serai. Yang pertama, pekan Padang Serai. Pekan Padang Serai sendiri memerlukan sebuah balai bomba yang baru.
Dengan kepesatan pembangunan yang cukup hebat, cukup besar, penambahan premis- premis perniagaan yang kini sudah pun mencecah hampir 1,000 premis perniagaan dan 5,000 premis perumahan, pekan Padang Serai memerlukan sebuah balai bomba at least kategori, balai bomba kategori D.
Keduanya, saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Kewangan, Menteri Kewangan untuk mencadangkan supaya diadakan sebuah bank BSN ataupun mesin ATM di Pekan Labu Besar yang mempunyai penduduk kira-kira 5,000 ke 7,000 orang, yang mana pekan ini agak jauh daripada pekan Padang Serai untuk memudahkan penduduk untuk mengeluarkan duit, urusan bank dan sebagainya.
Yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, isu Hospital Kulim. Saya telah dimaklumkan, Ahli Parlimen yang lalu telah pun membangkitkan tentang, tentang perlunya pembesaran Hospital Kulim ini. Hospital Kulim ini terletak di dalam kawasan perindustrian, Taman Perindustrian Kulim Hi-Tech. Taman Perindustrian Kulim Hi-Tech memberikan pendapatan KDNK yang besar kepada negara. Saya harap dengan peningkatan
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
penduduk di Daerah Kulim yang sudah pun mencecah hampir 350,000, hospital yang ada hari ini perlu ditingkatkan, dibesarkan untuk keselesaan penduduk di kawasan itu.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, program baik pulih rumah. Ini saya nak sebut sikit untuk memberikan teguran. Saya mendapat maklumat peruntukan pembaikan rumah yang disalurkan oleh ICU kepada pejabat daerah. Yang menjadi masalahnya adalah ada pihak-pihak yang menghantar senarai lain untuk dibaik pulih. Padahal di pejabat daerah, pihak penghulu telah pun ada senarai yang telah pun menunggu lama untuk dibaik pulih.
Saya harap perkara-perkara ini dapat disiasat supaya tidak berlaku lagi sebab keluarga- keluarga yang menunggu untuk pembaikan rumah ini agak terkesan apabila mereka tidak diberikan peluang untuk membaiki rumah mereka.
Yang kelima Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyebut tentang kerosakan jalan di Taman Lagenda dan Taman Puteri. Ini adalah jalan di bawah kendalian PBT. Saya ingin menyeru kepada KPKT, jalan ini telah pun diserahkan oleh pihak pemaju kepada pihak PBT Kulim. Tetapi kerosakannya sangat teruk, berlubang di sana, sini dan memerlukan pembaikan. Jalan itu perlu dikorek dan perlu diturap semula supaya ia akan berada dalam keadaan sempurna. Ini lima perkara yang berkaitan dengan kawasan.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga mendapat cadangan, pandangan daripada warga pendidik yang seramai lebih kurang 350,000 warga pendidik daripada Padang Serai untuk kerajaan mempertimbangkan elaun kepada guru-guru untuk diberikan elaun Internet. Membayar Internet sebab guru-guru hari ini, kita faham tak seperti saya 18 tahun, 10 tahun yang lalu, agak berbeza tahun pada ketika ini.
Guru-guru mengisi data, membuat kerja-kerja semuanya menggunakan talian online dan sebagainya. Kadang-kadang tak boleh selesai di sekolah, kena buat di rumah.
Jadi, mereka merayu supaya dipertimbangkan sedikit elaun Internet dan sebagainya.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah, terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah menganugerahkan projek menaik taraf tandas lebih kurang 8,500 buah sekolah di seluruh negara. Sehingga tahun 2020, kita mempunyai 10,220 sekolah. Tahniah kepada sekolah yang menerima. Cuma pandangan saya, adakah perlu hampir 8,500 sekolah ini dianugerahkan projek menaik taraf tandas? Bukan ini sudah– kalau dari segi peratusannya 85 peratus, adakah semua sekolah memerlukan naik taraf tandas?
Sudah tentu ada sekolah yang memerlukan naik taraf tandas ini tapi adakah pemilihan dibuat secara semberono ataupun hanya untuk memberikan projek kepada kawan-kawan sahaja? Ini yang saya nak sebut bahawa pembaikan tandas ini baik tapi perlulah disasarkan kepada sekolah-sekolah yang perlu sebab saya juga mendapat maklum ,banyak sekolah yang memerlukan alat-alat telekomunikasi seperti smart TV di setiap kelas tetapi tidak mampu untuk membeli sebab PIBG tidak ada duit dan wakil rakyat juga tidak ada duit untuk memberikan peruntukan, membelikan smart TV dan sebagainya.
Saya dapat permohonan banyak daripada sekolah-sekolah di Kedah untuk membeli smart TV ini. Inilah yang perlu diperhatikan. Perbelanjaan untuk naik taraf tandas itu baik tetapi perlulah diberikan keperluannya, mengikut keperluan sekolah yang memerlukan.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyebut tentang...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Padang Serai, saya nak minta penjelasan sikit. Boleh tak?
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Tiga minit lagi, saya ada banyak lagi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sikit ja, sikit ja. Boleh?
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Tak apa, tak apa. Duduk dulu, duduk.
Tuan Yang di-Pertua
Tak nak bagi kah?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak bagi? Okey, terima kasih.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Tak bagi. Duduk, duduk. Tiga minit tak banyak dah. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyebut beberapa perkara dalam masa tiga minit ini tentang isu-isu berkaitan dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi dan sebagainya.
Dato’ Yang di-Pertua, industri getah kini berhadapan dengan isu pengurangan jumlah keluasan pengeluaran, di mana jumlah keluasan dalam kawasan penanaman getah telah berkurang tahun demi tahun di mana tahun 2000, dalam tahun 2000, kawasan penanaman getah kita adalah 1.43 juta hektar. Manakala sekarang menurun kepada 1.107 juta hektar.
Mengikut Laporan RISDA, hampir 500,000 hektar dari jumlah ini adalah kebun getah tidak bertoreh. Berlaku pengurangan ketara dalam sektor estet dan penurunan kawasan tanaman oleh pekebun kecil. Hal ini berlaku kerana hasil dari penorehan getah yang lebih rendah. Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan dapat menyediakan peruntukan bukan sahaja kepada kebajikan penoreh getah tetapi dalam menghasilkan benih getah yang lebih bermutu dan meningkatkan penggunaan teknologi serta penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan pokok getah yang lebih berkualiti tinggi.
Saya juga ingin menyebut – menyentuh tentang isu sawit. Tuan Yang di-Pertua, kelapa sawit merupakan sebahagian daripada komoditi. Pelaburan dalam sektor kelapa sawit merupakan sebahagian daripada sektor ekonomi dan ianya membantu negara meningkatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) seterusnya membantu negara meningkatkan eksport. Berdasarkan Laporan Malaysian Palm Oil Board (MPOB), eksport minyak sawit negara menurun sebanyak 30 peratus daripada 15 juta tan pada 2021 kepada 10 juta plus, plus tan pada tahun 2023 yang menyebabkan kerugian eksport sebanyak RM23.25 bilion.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat****] Kerajaan perlu mengambil pendekatan “serampang dua mata” dalam memperkukuhkan pasaran eksport minyak sawit di rantau Asia selain menangani isu sentimen kempen anti-minyak sawit oleh Kesatuan Eropah. Kerajaan juga perlu fokus untuk meneroka pasaran baharu dan lebih besar untuk memastikan Malaysia mampu menjadi peneraju negara pengeksport di Asia.
Kerajaan perlu berhenti daripada claim usaha kerajaan terdahulu semata-mata, semata-mata termasuk penghapusan hutang peneroka FELDA yang lebih berusaha keras untuk membantu peneroka pada kerajaan yang dulu. Saya nak landing dah Dato’ Yang di-Pertua.
Saya nak sebut juga isu REE ini. Dato’ Yang di-Pertua, unsur nadir bumi telah melonjak ketara apabila minat terhadap penggunaan elektronik, kenderaan elektrik, green energy dan peralatan ketenteraan terus meningkat. Selain itu, REE juga digunakan sebagai komponen yang diperlukan untuk produk merentasi pelbagai aplikasi terutamanya produk dan peranti pengguna berteknologi tinggi termasuk telefon pintar, kamera digital, kamera, cakera keras komputer, pendarfluor dan diod pemancar cahaya
(LED), televisyen skrin rata dan sebagainya.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Mengikut laporan MIDA, pasaran nadir bumi global bernilai AS$7.69 million pada 2020 dan dijangka mencecah AS$11.61 bilion menjelang akhir 2026. Mewakili kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak enam peratus daripada tahun 2022 hingga 2026. Seminit lagi Tuan Yang di-Pertua.
Pada 12 September 2023, Yang Berhormat Setiawangsa, Menteri, telah mengumumkan Kabinet telah meluluskan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan dasar mineral termasuk unsur nadir bumi (REE). Saya mencadangkan agar kerajaan
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
menyediakan peruntukan khusus bagi melahirkan lebih banyak tenaga pakar yang berkemahiran dalam sektor ini ataupun kerajaan juga boleh bekerjasama dengan Lynas Advanced Materials Plant bagi memberikan latihan teknikal dan kemahiran kepada graduan tempatan dalam bidang REE ini.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai akhir ucapan saya, saya ingin menyebut untuk menyentuh juga tentang graf perbandingan Dolar Amerika dan Ringgit Malaysia. Pada Januari 1998, Menteri Kewangan yang sama dengan Menteri Kewangan yang ada pada hari ini, Januari 1998, USD1 RM4.88. Hari ini Oktober 2023, USD1 RM4.77 pada hari ini.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebagai akhir, saya ingin menyampaikan serangkap pantun.
KPKT merancang pembinaan rumah, Bina rumah di tanah pamah, Ringgit Malaysia menghampiri nilai rahmah, Menunjukkan Kerajaan Madani semakin lemah dan tiada arah. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Untuk makluman, tepat 7.15 saya akan berhentikan. Kalau ikut senarai ini, ada empat. Saya pasti hanya tiga yang boleh lepas ini. Jadi Yang Berhormat Kubang Pasu, saya rasa esok. Saya persilakan Yang Berhormat Kluang.
[Disampuk] Hari Isnin.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Terima kasih Timbalan Speaker atas peluang perbahasan pada petang ini. Kerajaan Perpaduan akan menyambut ulang tahun pertama dalam tiga minggu lagi. Kini tiba masa kita meneliti pencapaian kerajaan dan hala tuju negara kita dalam tempoh 11 bulan yang lepas.
Tuan Yang di-Pertua, hakikatnya, Malaysia bukan satu-satunya negara di dunia yang berdepan masalah inflasi dan peningkatan kos sara hidup. Dalam keadaan dunia berdepan pelbagai krisis geopolitik dan ekonomi, banyak negara lain juga sedang bergelut untuk mengatasi masalah yang sama. Kita perlu mengaku bahawa ada lagi ruang untuk kerajaan melakukan penambahbaikan. Namun, kita juga tidak boleh menafikan bahawa dalam masa tak sampai setahun, kerajaan ini, berkat perpaduan pelbagai parti politik telah menampakkan sedikit pencapaian.
Dalam ekonomi dunia yang agak perlahan, Malaysia tetap mencatat pertumbuhan 4.2 peratus dalam separuh tahun pertama tahun ini. Kadar inflasi berada pada dua peratus, manakala kadar pengangguran berada pada 3.4 peratus. Pencapaian ini bukan mudah, memandang kepada faktor luaran yang begitu mencabar ketika ini. Namun, angka semata tidak bermakna jika kita tidak memberi manfaat hakiki kepada kehidupan harian rakyat.
Harapan rakyat adalah jelas, sebuah negara yang aman dengan ekonomi yang makmur dan masa depan mereka terjamin. Untuk warga emas, mereka inginkan perkhidmatan perubatan yang baik. Untuk golongan ibu bapa, mereka mahu pendidikan berkualiti buat anak-anak tersayang. Untuk golongan dewasa yang sedang bekerja, mereka mahu kerjaya yang mampu memenuhi aspirasi hidup masing-masing. Untuk adik- adik yang masih menimba ilmu, mereka mahu kita mendengar suara mereka dan melakukan apa jua sahaja supaya masa depan mereka terjamin. Inilah kerangka saya meneliti belanjawan kali ini.
Pertama, perbelanjaan bagi Kementerian Kesihatan meningkat sebanyak RM4.89 bilion dan peratusan peruntukan untuk kesihatan berbanding jumlah belanjawan juga meningkat daripada 9.36 peratus ke 10.41 peratus. Syabas saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun.
Kedua, pendidikan kekal sebagai tumpuan utama dalam belanjawan tahun hadapan dengan kejayaan pembaikan tandas di 8,354 buah sekolah tahun ini. RM1.9
Puan Wong Shu Qi - Kluang
bilion telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2024 untuk naik taraf dan kerja selenggara sekolah di seluruh negara lagi. Paling penting sekali, kita akan membina 26 buah sekolah baharu dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.5 bilion.
Dalam kata lain, kos pembinaan sebuah sekolah baharu hampir mencecah RM100 juta sekarang. Yang Amat Berhormat Tambun hanya sempat sebut lima buah sekolah baharu tersebut sahaja dalam ucapan beliau minggu yang lepas. Saya meminta Yang Berhormat Menteri Pendidikan bagi senarai penuh 26 buah sekolah ini dalam ucapan penggulungan nanti supaya penduduk kawasan tersebut tahu keprihatinan Kerajaan Perpaduan terhadap permintaan keperluan pendidikan rakyat.
Ketiga, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 menyasarkan jumlah pelaburan keseluruhan RM95 bilion serta melibatkan 3.3 juta peluang pekerjaan dengan gaji penengah sehingga RM4,510 sebulan menjelang 2030. Ini adalah hala tuju Malaysia Madani dalam jangka masa sederhana. Untuk mencapai sasaran ini, Kerajaan Perpaduan juga telah memperuntukkan RM6.8 bilion untuk pelbagai program TVET dan RM20 juta bagi penubuhan sebuah Fakulti AI di Universiti Teknologi Malaysia.
Keempat, pengecualian dan pengurangan duti hiburan Wilayah Persekutuan bagi artis tempatan dan artis antarabangsa yang akan menggalakkan perkembangan sektor kreatif negara kita. Sebenarnya, Akta Duti Hiburan ialah perundangan sebelum merdeka tahun 1953 dan amat wajar diteliti semula supaya hiburan berciri keluarga seperti taman tema, teater dan filem tidak dirangkumkan dalam kategori yang sama seperti hiburan kabaret era 50-an. Dengan sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14 peratus kepada KDNK negara, wajarlah kadar duti hiburan di seluruh negara kita dikaji semula.
Tuan Yang di-Pertua, Korea Selatan berjaya bangkit sebagai negara yang mempunyai soft power dengan izin, lalu mengeksport budaya mereka ke seluruh dunia kerana kerajaan mereka ambil langkah, ambil berat dalam sektor kreatif yang menghasilkan lagu, drama dan filem. Sebenarnya pada tahun ini sahaja, banyak filem Malaysia telah menang anugerah atau tersenarai dalam anugerah filem di luar negara.
Antaranya Tiger Stripes yang diarahkan oleh Amanda Nell Eu, menang hadiah utama Minggu Kritik Antarabangsa Cannes Ke-62. Saya baru mendapati bahawa filem ini akan ditayangkan bermula malam ini. Jadi, saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat kalau sempat, pergilah menonton filem tersebut. Kedua, Barbarian Invasion yang diarahkan oleh Tan Chui Mui menang trofi filem terbaik dalam Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN. Abang Adik diarahkan oleh Ong Lay Jin menang tiga trofi di Far East Film Festival Ke-25 di Itali dan filem ini bersama filem Snow in Midsummer juga tersenarai dalam Anugerah Golden Horse yang akan diadakan bulan depan.
Semua ini adalah bukti bahawa sektor pembuatan filem negara kita mampu berkembang secara pesat. Kita perlu menggalakkan bakat-bakat tempatan kita menghasilkan cereka filem yang lagi baik dan lebih menarik. Justeru, saya amat mengalu- alukan keputusan Yang Amat Berhormat Tambun untuk menggalakkan sektor kreatif negara kita.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Saya juga berharap kesemua kerajaan negeri mengikut langkah pengurangan Duti Hiburan. Saya yakin bahawa satu hari nanti, filem Malaysia akan jadi filem yang mendapat sambutan penonton antarabangsa seperti filem Korea, malah Hollywood dan Bollywood. Tuan Yang di-Pertua, sumber kewangan yang kita ada bukan tidak terhad ataupun unlimited dengan izin. Kita perlu membuat keputusan dasar yang sukar dalam belanjawan setiap tahun. Contohnya subsidi bersasar untuk diesel secara berfasa. Ramai pengguna diesel di luar sana khususnya syarikat logistik sudah bersuara. Namun demikian, kita perlu menjelaskan kepada seluruh rakyat.
Pelan rasionalisasi subsidi bahan api perlu dilakukan untuk manfaat semua.
Kerajaan terpaksa belanja RM95.8 bilion untuk subsidi pada tahun 2022 dan RM81 bilion pada tahun 2023, tahun ini. This is clearly unsustainable dengan izin. Melalui rasionalisasi subsidi diesel dan bil elektrik, adalah dianggarkan bahawa perbelanjaan subsidi akan
Puan Wong Shu Qi - Kluang
diturunkan kepada RM58.1 bilion, penjimatan lebih kurang RM20 bilion akan dijemaahkan kepada lebih banyak perbelanjaan dalam sektor ekonomi, pendidikan dan pertahanan.
Peningkatan perbelanjaan dalam 24 kementerian kali ini adalah bukti khususnya Kementerian Kesihatan, RM4.89 bilion. Kementerian Pendidikan, RM3.5 bilion.
Kementerian Pertahanan, RM1.98 bilion. Kementerian Kerja Raya, RM1.07 bilion.
Kementerian Pendidikan Tinggi, RM1.04 bilion. Ini adalah bukti dan ini juga bermakna bahawa rakyat boleh mendapat perkhidmatan perubatan yang lebih baik, pendidikan lebih berkualiti dan pertahanan negara yang lebih selamat. Manakala SME kita boleh menerima sokongan yang lebih bersasar dengan pelaksanaan subsidi bersasar.
Dalam aspek kenaikan dua peratus cukai perkhidmatan pula walaupun tidak popular, namun amat diperlukan. Memang sebarang pengumuman kenaikan cukai tidak akan sedap didengar tetapi pihak pembangkang, tidak perlulah memutar belit isu ini.
Kenaikan dua peratus cukai perkhidmatan bukan kenaikan SST. Cukai perkhidmatan hanya satu komponen SST, satu lagi komponen iaitu cukai jualan tidak dinaikkan. Cukai perkhidmatan ini merangkumi sembilan kategori perkhidmatan sahaja. Perkhidmatan lain seperti pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam, sewaan, rumah kediaman dan banyak lagi merupakan non-taxable services atau perkhidmatan tidak dikenakan cukai.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Dengan izin.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Pendek ya.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Boleh, pendek sahaja.
Cuma saya mahukan penjelasan kerana walaupun kenaikan itu hanya dua peratus tetapi sebelum ini sektor logistik diberikan pengecualian daripada cukai perkhidmatan dan sekarang telah dinaikkan terus kepada lapan peratus dan sektor logistik ini melibatkan semua food and beverages, pertanian dan yang lain. Bukankah kenaikan lapan peratus ini akan menjejaskan kos sara hidup rakyat? Terima kasih.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Muar. Memang saya nak masuk topik ini juga. Jadi saya sambung dahulu. Jadi sebenarnya kerajaan telah mengecualikan kenaikan dua peratus ke atas perkhidmatan berkaitan makanan dan minuman, telco dan parking kereta. Jadi sebenarnya kenaikan dua peratus ini tidak menjejaskan semua sektor tapi saya setuju dengan apa yang Muar sebut tadi.
Perkara yang saya juga nak mohon kerajaan kaji semula adalah perlaksanaan cukai perkhidmatan untuk sektor logistik. Ini kerana cukai enam peratus ke atas sektor ini akan memberi kesan kepada harga barang akibat kesan berganda rantaian logistik yang mengguna pakai pelbagai pemberi perkhidmatan yang berbeza. Oleh itu, saya mohon kerajaan kekalkan logistik sebagai sektor perkhidmatan tidak dicukai.
Tuan Yang di-Pertua, saya tahu ada Ahli-ahli Yang Berhormat tidak senang hati setiap kali negara jiran kita diguna sebagai kayu ukur dengan negara kita dalam pelbagai isu. Walau bagaimanapun, kita tidak dapat nafikan satu fakta bahawa gaji yang mereka tawarkan jauh lebih tinggi berbanding dengan pasaran buruh kita di sini.
Buku Tinjauan Ekonomi 2024 telah pun melaporkan bahawa gaji kerani di Singapura adalah SGD2,000 sebulan. Gaji kerani di Malaysia adalah RM2,065 sebulan dengan kadar penukaran mata wang yang tinggi, gaji kerani di sana adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada kerani yang bekerja di Malaysia.
Dalam subsektor penginapan, makanan dan minuman, gaji dibayar oleh pasaran Singapura hampir lima kali ganda lebih tinggi daripada pasaran Malaysia. Jururawat di hospital swasta kita tertarik untuk kerja di sana. Kapten bas kita juga pergi ke sana. Semua mahu cari– tak kiralah mereka yang mempunyai kemahiran atau tidak, semua mereka mahu cari rezeki dekat sana. Malah sanggup ambil kerja 3D lagi. Ini bermakna rakyat Malaysia boleh tahan kerja 3D. Syarat satu sahaja, gaji mereka cukup tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan Dasar Gaji Minimum telah berjaya meningkatkan gaji golongan pekerja bergaji terendah. Kini sampai masa untuk kita memberi tumpuan kepada gaji golongan pekerja bergaji pertengahan untuk meningkatkan gaji mereka sambil meningkatkan produktiviti negara kita. Kita tak boleh sahaja meningkatkan gaji tanpa meningkatkan produktiviti.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Tuan Yang di-Pertua, rakyat Malaysia mahu kerja gaji tinggi malah sanggup ambil risiko ke luar negara. Baru-baru ini, seorang lagi mangsa sindiket pekerjaan palsu meninggal dunia di Myanmar selepas diselamatkan dan berada di tahanan imigresen negara tersebut. Ahli Parlimen Kuantan pun baru bangkitkan kes ini.
Sindiket scam ini berasal dari mana? Takkan tiada satu negara pun yang boleh ambil tindakan terhadap mereka? Sekiranya negara-negara yang sindiket ini bersarang, langsung tidak ambil tindakan, kita perlulah ambil tindakan yang lebih keras untuk melindungi harta dan nyawa rakyat Malaysia. Kita tidak boleh hanya cuba menyelamatkan satu demi satu mangsa apabila kita terima aduan. Kita perlu ambil langkah proaktif untuk membanteras sindiket scam ini. Bawalah agenda ini ke platform ASEAN, negara-negara yang secara langsung atau tidak langsung mengizinkan sindiket scam ini bersarang di tempat mereka telah memberi ancaman kepada nyawa dan harta rakyat Malaysia.
Sama juga dengan sindiket judi atas talian ataupun judi online yang memancing rakyat kita di platform media sosial – Satu minit ya Tuan Yang di-Pertua, isu yang sangat penting. Mangsa terjebak dari lubuk judi ke dakapan Ah Long. Dari penipuan data peribadi kepada skim yang sapu bersih simpanan hasil keringat mangsa. Kita tidak boleh bertolak ansur lagi.
Tuan Yang di-Pertua, paling ironic sekali walaupun seksyen 4(1)(g), Akta Rumah Judi Terbuka 1953, undang-undang yang digubal sebelum merdeka juga tidak mengizinkan sebarang promosi ataupun pengiklanan rumah judi. Iklan judi online berleluasa di platform media sosial seperti Facebook, seakan-akan tiada undang-undang pun. Saya tahu Menteri kita ambil berat isu ini dan saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada Menteri kerana beliau ambil tindakan, sebaik sahaja terima maklumat daripada saya.
Saya hantar satu senarai iklan judi online kepada Yang Berhormat Menteri Komunikasi minggu lepas, ketika Yang Amat Berhormat Tambun membentangkan belanjawan dan semua iklan tersebut telah diturunkan segera. Namun demikian, saya buat pencarian di Facebook ads library. Saya menjemput semua Ahli Parlimen buat pencarian yang sama juga. Saya buat pencarian semalam dengan keyword syarikat judi online yang sama. Muncul lagi 10 iklan baharu. Malah sudah ada page agensi pengiklanan, perkhidmatan iklan yang menawarkan perkhidmatan, khususnya kepada sektor haram.
Jelas di sini kita tidak boleh respons secara pasif. Terima maklumat baru maklumkan kepada Meta untuk turunkan iklan tersebut dan paling ironic-nya, Meta juga memperoleh keuntungan iklan dalam kesemua promosi judi online ini. Kita perlu berunding dengan Meta dan juga platform media sosial lain supaya mereka tidak menerima sebarang iklan judi yang menyasarkan pengguna di Malaysia.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Jangan terlupa mereka untung untuk terima iklan ini. Bayangkan kita ahli politik dan parti-parti politik diminta kemukakan maklumat peribadi dan buat verifikasi identiti dengan Meta sekiranya kita mahu buat iklan atau promosi isu sosial dekat Facebook ya. Kita diminta kemukakan ID kita, IC kita, alamat kita, nombor telefon kita. Ahli politik diminta buat sebegitu. Tetapi takkan mereka yang buat iklan judi online tidak diminta untuk mendedahkan identiti, nombor telefon atau alamat sendiri. Apakah piawaian ini?
Kita perlu minta Meta teliti semula dan sesiapa nak buat iklan judi sebaik kita haramkan tetapi kalau tak boleh haramkan, minta mereka dedahkan identiti semua orang ini.
Dengan ini, saya cadangkan supaya kita buat pindaan kepada Akta Rumah Judi Terbuka atau menggubal satu akta baharu dengan kadar segera untuk mengawalkan aktiviti judi haram, judi online ini serta mengharamkan kesemua aktiviti promosi judi.
Kerajaan perlu ambil tindakan terhadap mana-mana pihak termasuk platform media sosial yang turut membenarkan iklan judi yang menyasarkan penduduk dan juga rakyat Malaysia. Sekian terima kasih, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Ketereh.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2024.
Petang ini saya akan sentuh tentang tiga perkara sahaja yang melibatkan moral veteran Angkatan Tentera Malaysia. Perkara pertama, pada 13 Oktober 2023, sebagaimana yang tuan-tuan semua sedia maklum, belanjawan telah dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan. Semua rakyat Malaysia termasuk seramai 78,546 orang veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 mendengar dengan penuh teliti dan sangat mengharapkan khabar yang gembira dari kerajaan.
Setelah berakhirnya pembentangan belanjawan ini, mereka begitu kecewa dan marah kerana apa yang mereka tunggu rupanya tiada langsung disentuh oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan. Sudah 10 tahun mereka menunggu kerajaan melaksanakan kenaikan pencen mereka atau pelarasan pencen mereka tetapi malangnya kerajaan tidak pernah menghargai jasa-jasa golongan veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, di sini saya ingin menjelaskan bahawa tuntutan hak pelarasan pencen ini adalah mengikut undang-undang dan bukannya atas dasar kebajikan. Isu pelarasan pencen kepada veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 melibatkan 78,546 pesara tentera termasuk balu dan waris. Saya yakin jumlah angka ini telah berkurang kerana ramai yang sudah meninggal dunia dalam tempoh 10 tahun tuntutan mereka.
Majoriti mereka ini adalah anggota yang berkhidmat di zaman darurat satu konfrontasi dan darurat dua iaitu daripada 1946 hingga 1960. Itu darurat dua. Purata usia mereka hari ini adalah antara 51 tahun ke 99 tahun. Perbezaan kadar pencen antara pesara sebelum dan selepas 1 Januari 2013 adalah amat jauh antara 26 percent hingga ke 45 percent mengikut pangkat yang disandang ketika itu.
Seramai 90 peratus veteran menerima pencen pada kadar 50 peratus sahaja dari gaji akhir kerana tidak memenuhi khidmat 25 tahun tiga bulan untuk layak pencen 60 tahun kerana mereka terpaksa berhenti selepas 21 tahun. Apakah pengorbanan veteran ATM yang bermandi peluh dan bermandi darah, bertugas siang dan malam untuk menjaga keselamatan negara ini dianggap tiada keutamaan langsung kepada kerajaan hari ini?
Para pejuang veteran ATM ini telah dilupakan oleh kerajaan dan dinafikan hak mereka sehingga ke hari ini. Apakah perjuangan veteran ATM ini dianggap hina oleh kerajaan? Lihatlah keadaan mereka hari ini di mana terdapat seramai 1,798 orang veteran ATM yang cedera semasa bertugas termasuklah semasa pertempuran dengan pengganas komunis, Parti Komunis Malaya. Mereka ini hidup sengsara selama puluhan tahun akibat daripada cacat kekal kerana hilang anggota badan semasa mempertahankan negara.
Adalah diingatkan kepada kerajaan bahawa rata-rata umur veteran ini dah sampai ke penghujung usia ditambah dengan kesihatan mereka yang tidak menentu. Kalau mengikut adabnya mereka ini dah tidak lama lagi akan meninggalkan kita semua. Dari tahun 2013 sehingga sekarang sudah ramai yang telah meninggal dunia di mana kerajaan telah berhutang dengan mereka dan dalam masa yang sama, mereka tidak dapat merasai hasil daripada pelarasan pencen yang sepatutnya dijelaskan kepada mereka. Saya harap Yang Berhormat Menteri Pertahanan berusaha untuk selesaikan pembayaran ini secepat mungkin agar kehidupan mereka veteran ATM ini terbela.
Di sini juga saya ingin mengulangi alasan-alasan yang diberikan oleh Menteri- menteri Pertahanan yang terdahulu yang menyebabkan tidak menyokong tuntutan penyelarasan pencen veteran ATM yang bersara sebelum 2013 adalah seperti berikut.
Yang pertama, alasannya ia akan melibatkan perbelanjaan yang besar di mana kerajaan tidak mempunyai cukup wang untuk melunaskannya, untuk menjelaskannya. Yang kedua,
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
kakitangan awam yang lain akan turut sama menuntut kenaikan pencen mereka sekiranya dibuat pelarasan pencen kepada veteran ini.
Kedua-dua alasan ini tidak boleh diterima langsung oleh veteran kerana ini hak mereka berdasarkan undang-undang dan kerajaan boleh melakukan pelbagai cara untuk menyelesaikannya. Misalnya, pembayaran dibuat secara beransur-ansur dan sebagainya.
Pelarasan pencen veteran ATM ini tidak akan sama sekali melibatkan kenaikan pencen kakitangan awam yang lain kerana kedua-duanya mempunyai akta yang berbeza. Sekali lagi saya nak ingatkan di sini, bahawa pelarasan pencen ATM yang bertugas sebelum 1 Januari 2013 adalah hak mereka mengikut undang-undang bukannya mereka memohon ihsan daripada kerajaan.
Saya ingin memaklumkan betapa susahnya veteran angkatan tentera. Seperti contoh hari ini, saya mengambil contoh seorang sarjan yang bersara pada tahun 1979.
Sekarang sarjan tersebut berumur 85 tahun yang mana hanya menerima pencen sebanyak RM1,198.59 sebulan. Saya ingat pencen tersebut nak beli ubat untuk kesihatan dia pun tidak cukup. Cuba bayangkan mereka yang berpangkat koperal, lans koperal, prebet lagi rendah pencen mereka. Beginilah nasib veteran yang dulunya berjuang menentang pengganas komunis tanpa mengira penat lelah dan bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air yang tercinta.
Apa yang dituntut oleh veteran ini adalah hak mereka sebagai mana termaktub dalam Perkara 5, Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-faedah Lain) 1982. Mengikut akta ini, setiap kali berlaku pelarasan gaji anggota ATM maka pelarasan pencen juga perlu dibuat. Pada tahun 2013, telah berlaku kenaikan gaji anggota ATM tetapi malangnya tidak ada pelarasan pencen dibuat. Selain daripada itu, Majlis Veteran Kebangsaan juga bermesyuarat kesembilan telah bersidang pada 29 September 2022 yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan pada masa tersebut juga telah meluluskan cadangan pelarasan pencen ATM yang bersara sebelum Januari 2013.
Veteran ini bukan meminta atau menagih atau merayu pencen mereka dinaikkan tetapi menuntut hak untuk pencen mereka diselaraskan mengikut Undang-undang Perlembagaan Persekutuan. Pelarasan pencen yang tertangguh sekarang adalah satu pelanggaran Undang-undang Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-peraturan Angkatan Tetap ATM 1982.
[Batuk]
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Ia satu tindakan berbentuk penindasan terhadap veteran-veteran ATM di mana hak mereka dinafikan dengan penuh kezaliman dan tidak berperikemanusiaan.
Bayangkan 10 tahun mereka menunggu pelarasan pencen tersebut. Ditambah pula kebanyakan veteran ini hidup dalam keadaan amat daif dan ramai yang menghidap penyakit. Hinakah veteran-veteran ini di mata kerajaan? Itu persoalan saya. Kalau tidak, kenapa tidak diselesaikan pelarasan pencen ini dengan segera.
Timbalan Yang di-Pertua, perkara yang kedua yang saya ingin bangkitkan di sini ialah tentang kadar pencen hilang upaya dan elaun layanan sentiasa kepada veteran yang cedera semasa bertugas dalam operasi. Masih lagi menggunakan kadar lama yang diguna pakai sejak tahun 2000.
[Meneguk sedikit air]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Minta izin.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Minta izin Yang di-Pertua. Bayangkan, kadar tersebut digunakan tahun 2000, bermaknanya sudah 23 tahun tidak disemak. Ketika ini jumlah penerima faedah pencen hilang upaya ini adalah seramai 1,790 orang anggota veteran yang cedera semasa bertugas dan sebilangan besar mereka cedera dalam operasi menentang pengganas komunis di zaman darurat.
Mereka adalah veteran yang cedera di tahap 21 peratus ke 100 peratus semasa bertugas. Daripada jumlah tersebut, seramai 14 orang veteran pencen hilang upaya 100 peratus dan layak menerima elaun layanan semasa.
Sebagai contoh, seorang veteran daripada kawasan saya Ketereh, putus kaki dari buku lali ke bawah.
[Meneguk sedikit air] Terpijak jerangkap samar di Gubir Sik, Kedah pada tahun 1976. Veteran ini hanya dibayar pencen hilang upaya sebanyak RM114.20
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
sebulan. Sebab apa, Sebab 20 tahun dah tak direview pencen hilang upaya, sekarang ini RM114.20 boleh buat apa.
Bayangkan kecederaan berlaku pada tahun 1976 di mana 47 tahun beliau menderita dan apakah kerajaan berlaku adil kepada veteran ini. Dan banyak lagi kalau saya nak sebut. Putus tangan, putus kaki, buta mata.
[Tepuk] Banyak lagi. Tuan Yang di- Pertua, polis pun sama. Polis hutan dulu.
[Disampuk] Adakah ini adil kepada veteran? Di sini, saya minta Yang Berhormat Menteri Pertahanan mengkaji baliklah kadar pencen hilang upaya yang dah lapuk ini agar veteran yang terlibat mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua, perkara yang ketiga, perkara akhir yang saya hendak bentangkan di sini adalah tentang bantuan sara hidup sebanyak RM300 sebulan kepada veteran yang tidak berpencen dan juga veteran pencen yang dalam keadaan daif yang berumur 60 tahun ke atas sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan. Di sini saya bagi pihak veteran mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, di atas keprihatinan tersebut.
Tetapi, di sini saya banyak mendapat kompelin daripada ramai veteran seluruh negara, ada yang hantar video kepada saya. Macam mana susahnya mereka hendak mendaftar di tempat yang telah ditetapkan oleh pihak JHEV. Di sini saya nampak pihak JHEV banyak menyusahkan mereka terutama semasa proses mendaftar kerana mereka itu sakit. Ada yang kena bawa dengan kereta, dengan kerusi roda dan lain-lain lagi.
Sepatutnya JHEV memudahkan proses pendaftaran bagi veteran yang layak menerima Bantuan Sara Hidup kerana rekod veteran yang tak berpencen ini ada dalam pegangan mereka. Mereka pergi sahaja cari. Kenapa hendak menyusahkan mereka pergi ke kawasan sana, ke tempat tersebut, cari dia. Buat satu hari.
Di sini saya mohon Yang Berhormat Menteri Pertahanan dan juga Timbalan Menteri Pertahanan melihat balik perkara ini kerana ramai veteran yang terlibat sudah mengalami kesihatan yang tidak memuaskan.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua, akhir kata saya— seminit lagi.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Ada masa sedikit. Boleh?
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Ya.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Muar.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Ha, boleh, boleh.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Yang Berhormat. Super senior saya di Maktab Tentera Diraja. Veteran rugi RM4 bilion kerana ketirisan rasuah dan ketidakcekapan. RM2 bilion melalui bailout Boustead Plantation dan tambahan lagi RM2 bilion apabila projek LCS yang tertangguh daripada RM9 bilion jadi RM11 bilion dengan pengurangan enam ke lima kapal. Bukankah lebih baik jikalau RM4 bilion ini didedikasikan untuk pelarasan gaji veteran yang telah kerap sekali dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketereh. Bukankah lebih baik RM4 bilion ini dibelanjakan sebegitu.
Terima kasih.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Saya sangat setuju dengan apa yang diucapkan oleh Ahli Parlimen Muar dan masukkan dalam ucapan saya. It is more than enough. Akhir kata, saya mewakili seluruh veteran ATM meminta Yang Berhormat Menteri Pertahanan, Timbalan Menteri Pertahanan dan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan agar menyelesaikan hutang kerajaan kepada veteran yang berpencen sebelum 1 Januari 2013 dengan segera. Saya juga ingin mengingatkan kerajaan bahawa kami veteran bukan pengemis jalanan. Kami juga ada maruah diri dan jangan layan kami seperti peminta sedekah.
Baru-baru ini saya bangkitkan isu peruntukan kepada Ahli Parlimen Pembangkang kepada Yang Amat Berhormat Tambun demi keadilan kepada semua Ahli Parlimen Pembangkang. Tetapi apa yang berlaku selepas itu adalah saya dihina, dicaci, dicela oleh pihak yang pelbagai pihak.
[Tepuk]
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Saya terima WhatsApp macam-macam. Kalau tak ada duit, jangan jadi Ahli Parlimen. Adakah ini betul? Adakah perbuatan ini salah hingga mengundang pelbagai cacian? Saya tidak pernah menyalahgunakan harta rakyat dan tidak juga mencuri duit rakyat. Saya hanya menjadi tentera 40 tahun, ambil pencen sahaja.
[Tepuk] Tetapi sekadar memohon daripada kerajaan agar berlaku adil kepada wakil rakyat pembangkang.
Mulai hari ini, saya bertekad dan akan memfokuskan perjuangan saya kepada hak veteran ATM dan rakyat sahaja terutama di Parlimen Ketereh. Saya juga berikrar akan taat setia kepada pimpinan Perikatan Nasional demi memperjuangkan isu-isu veteran dan permasalahan yang dihadapi.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Bagi saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Gulung, gulung.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Landing. Sebagai bekas tentera yang telah berkhidmat selama 40 tahun sudah tentu banyak perkara-perkara yang diajar kepada saya terutama bidang disiplin, kepimpinan, taat setia kepada Raja dan negara dan cinta pada tanah air. Saya dilatih dalam pelbagai bidang terutama strategi dan pertahanan, hubungan antarabangsa dan penugasan-penugasan perisikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat gulung.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Saya akan menggunakan segala pengalaman selama 40 tahun dalam tentera ini bagi meneruskan perjuangan demi negara dan seluruh rakyat Malaysia yang saya cintai, insya-Allah. Gagah Setia, itu lambang Tentera Darat. Sekian *wabillahi taufiq walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan saya...
[Tepuk]*
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat duduk, Yang Berhormat kerana...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dak, saya nak minta Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kalau sebelum 7.15 saya tak panggil Yang Berhormat Seputeh, sangkut dia. Yang Berhormat Seputeh, silakan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
sebagai permulaan, saya ingin mengatakan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan pegawai-pegawai Kementerian Kewangan yang telah bertungkus-lumus menyediakan Bajet 2024 yang holistik, komprehensif dan teliti. Saya ingin membangkitkan beberapa isu berkenaan dengan Bajet 2024 dalam tempoh 15 minit.
Jadi, Arau jangan kacau saya, okey.
Dalam ucapan bajet Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, beliau berkata kerajaan telah menggerakkan pasukan khas di bawah KPKT untuk menyelesaikan isu projek perumahan swasta lewat, sakit dan terbengkalai yang menghimpit pembeli rumah.
Secara keseluruhan, RM2.47 bilion disediakan untuk melaksanakan projek perumahan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Dana jaminan khas berjumlah RM1 bilion bagi menggalakkan pemaju yang berwibawa memulihkan projek terbengkalai yang telah dikenal pasti. Saya mengucapkan tahniah kepada KPKT yang telah berjaya memulihkan 256 projek sakit dan memulihkan lebih 28,000 unit rumah yang melibatkan nilai pembangunan kasar RM23.37 bilion. Ini adalah satu pencapaian yang amat menggalakkan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Walau bagaimanapun, soalan saya ialah sekiranya anggota dalam pasukan khas KPKT juga adalah pegawai yang diberi tanggungjawab untuk mengeluarkan lesen, mengawal selia, menguatkuasakan Housing Development (Control and Licensing) Act— kalau mereka telah gagal menjalankan tugas sehingga banyak projek perumahan bermasalah, macam manakah orang yang sama mampu memulihkan projek sakit dan terbengkalai?
Selain itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga berkata dalam ucapannya, “Bagi memudahkan pembangunan semula skim strata, ambang persetujuan penduduk untuk jualan en-bloc akan dikurangkan daripada 100 peratus kepada tahap yang konsisten berdasarkan amalan antarabangsa seperti di Singapura. Ini akan menggalakkan pembaharuan semula bandar dan menggalakkan pembangunan semula bangunan usang di bandar.” Saya memang ada reservation tentang kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini.
Saya difahamkan Persatuan-persatuan Penduduk Kuala Lumpur + (KLRA+) yang mewakili 57 persatuan penduduk dari 10 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tiga NGO dan satu institusi pengajian tinggi telah menghantar satu memorandum kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 18 Oktober. Dalam memorandum ini, mereka membantah dasar kerajaan yang ingin mengurangkan jualan en bloc daripada 100 peratus untuk tujuan pembangunan semula. Saya amat setuju dengan kenyataan National House Buyers Association (HBA) di mana penetapan ambang persetujuan ataupun consent threshold yang kurang daripada 100 peratus sebenarnya telah menjejaskan hak pemilikan hartanah di bawah Perlembagaan Persekutuan. Setiap rancangan untuk pembaharuan mesti mendapat persetujuan daripada setiap pemilik rumah ataupun unit dalam satu kawasan perumahan ataupun dalam satu rumah pangsa.
Dato' Yang di-Pertua, saya difahamkan KPKT akan membentangkan undang- undang pembangunan semula di Parlimen. Saya berharap undang-undang ini bukan satu lagi penjualan en bloc strata secara paksaan. Lebih 10 tahun yang lepas, sesetengah pemaju pernah meminta kerajaan rampas ataupun confiscate tanah daripada pemilik rumah untuk tujuan pembangunan semula. Saya menyeru KPKT berhati-hati dan mengadakan konsultasi yang menyeluruh sekiranya ingin membentangkan apa-apa undang-undang berkenaan dengan pembangunan semula. Di bawah kerajaan yang mengamalkan konsep Madani ini, sebarang pembangunan semula tidak boleh dijalankan secara paksaan kerana ia pasti akan mencetuskan pergaduhan dan ketidakharmonian di kalangan pemilik rumah di bawah skim strata ataupun skim perumahan yang lain.
Di kawasan Parlimen Seputeh, cadangan untuk membangunkan semula 689 unit rumah pangsa kos menengah bertingkat yang bernama Taman Sri Endah di Sri Petaling telah menjadi satu isu yang amat kontroversial dan menggoncangkan masyarakat seluruh Sri Petaling. Di bawah cadangan ini, pemaju akan membina 3,605 unit rumah di empat blok bangunan kondominium yang mempunyai 54 tingkat di tapak yang berkeluasan 4.6 hektar di bawah projek pembangunan semula.
Cadangan pembangunan semula tersebut yang mendapat kebenaran awal daripada Jabatan Wilayah Persekutuan telah mendatangkan bantahan kuat daripada 29 peratus pemilik rumah yang tidak setuju dengan tawaran daripada pemaju dan juga 100 persatuan di Sri Petaling. Protes beramai-ramai telah diadakan oleh penduduk di Sri Petaling. Mereka membantah projek raksasa ini kerana ia sudah tentu akan menjadikan kesesakan jalan raya di Sri Petaling dan persekitaran bertambah serius. Sebenarnya, projek raksasa ini langsung tidak sesuai didirikan di tapak berkenaan tetapi pemaju telah pun diberi kebenaran awal daripada pihak kerajaan.
Dato' Yang di-Pertua, pembangunan semula juga bermaksud pertambahan penduduk yang ramai di tempat yang terlibat. KPKT dan PBT haruslah menjalankan kajian yang menyeluruh terhadap kesesuaian lokasi projek, isu-isu seperti trafik, perkhidmatan perubatan, sekolah dan juga kawasan lapang haruslah diambil kira oleh kerajaan sekiranya kerajaan ingin menjalankan pembangunan semula di tapak berkenaan. Dengan kata lain, pembangunan semula haruslah membawa peningkatan kualiti kehidupan ataupun quality of life bagi masyarakat setempat dan bukannya menyumbang kepada kejatuhan kualiti hidup.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Populasi negara kita hanyalah 33 juta. Kita mempunyai tanah yang luas yang boleh digunakan untuk membina perumahan baharu. Kawasan Lembah Klang telah dijejaskan oleh pembangunan yang tidak terkawal dan pengangkutan awam yang tidak memuaskan. Keadaan adalah tidak sama dengan Singapura dan Hong Kong yang mempunyai saiz tanah yang terhad. Jadi, undang-undang di Hong Kong dan Singapura tidak semestinya sesuai untuk diguna pakai di negara kita.
Dato' Yang di-Pertua, saya nak pergi ke isu berkenaan dengan TVET. Saya...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
35(1).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Apa dia, Yang Berhormat?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ketika bercakap, pandang Speaker.
Sebab dia baca.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jangan kacau saya Arau.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Duduk Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Dengar sampai habis, okey Arau? Dato' Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan hala tuju kerajaan yang ingin menjadikan Malaysia sebagai negara yang berpendapatan tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang tinggi iaitu high income, high growth. New Industry Master Plan 2030 juga adalah inisiatif yang baik bagi masa depan negara kita. Akan tetapi sekiranya kita ingin menarik masuk pelaburan yang berteknologi tinggi dan menaikkan gaji warga Malaysia, kita mesti mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja yang mahir dalam sains dan teknologi.
Mengikut kenyataan daripada Small and Medium Enterprises Association of Malaysia (SAMENTA) yang disiarkan di akhbar The Edge pada tahun lepas, negeri Pulau Pinang sahaja sudah menghadapi kekurangan 50,000 jurutera untuk memenuhi keperluan industri semikonduktor. Pada waktu yang sama, pekerja yang mahir di negara kita juga ditarik oleh pengilang di negara jiran. Kerajaan mesti memandang serius tentang kekurangan jurutera yang begitu serius di negara kita dan mengambil langkah yang wajar untuk mengatasi masalah ini. Supaya kita boleh menjayakan New Industry Master Plan 2030 dan impian kita untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang high income, high growth. Saya cadang Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi bekerjasama untuk menggalakkan dan memupuk minat pelajar kita untuk belajar dalam aliran sains. Saya juga cadang Kementerian Pendidikan mengadakan latihan khas ataupun special training bagi guru-guru kita tentang cara pengajaran subjek Sains dan Matematik dengan lebih efektif. Kementerian Komunikasi dan Digital juga haruslah memainkan peranan untuk menguar-uarkan kelebihan dan kepentingan pembelajaran sains dan matematik dan menggalakkan orang muda kita belajar dalam aliran sains.
Saya amat setuju dengan cadangan kerajaan untuk mengadakan latihan TVET yang diketuai oleh industry or TVET led by industry supaya peserta latihan vokasional boleh memenuhi keperluan industri-industri tertentu. Walau bagaimanapun, the devil is in the details. Saya ingin tanya kementerian ataupun agensi manakah yang mengkoordinasi projek TVET led by industry ini dan berapa latihan TVET jenis ini telah pun ataupun akan dirancangkan kerana TVET sekarang diletakkan di bawah agensi kerajaan dan kementerian.
Dato' Yang di-Pertua, saya rasa kita juga haruslah memberi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan anggota-anggota Kabinet kita yang telah bertungkus-lumus cuba membawa masuk pelaburan asing daripada China, Amerika
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Syarikat, Eropah dan negara-negara Arab dan lain. Saya ingin beri beberapa cadangan kepada kerajaan berkenaan penarikan masuk pelaburan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Satu, menempatkan penjawat awam yang fasih dalam pelbagai bahasa
(multilingual) di bawah kementerian dan agensi kerajaan yang berhadapan dengan pelabur dan peniaga asing khususnya MITI, Kementerian Pelancongan dan Kementerian Luar Negeri supaya kita boleh berkomunikasi dengan baik dengan pelabur secara berkesan dan memudahkan segala urusan dengan mereka.
Yang kedua, menubuhkan unit seperti PEMANDU ataupun task force untuk membantu pelabur asing dan membantu mereka untuk menangani masalah yang dihadapi oleh mereka di negara kita.
Yang ketiga, MITI juga boleh mengadakan sesi khas tentang dasar dan insentif pelaburan kepada wakil rakyat di Dewan Rakyat, macam Arau, khususnya mereka yang fasih dalam beberapa bahasa untuk membantu MITI ataupun Kementerian Pelancongan untuk socialize, bergaul dengan pelabur dan peniaga asing.
Sehubungan dengan itu, saya juga menyeru Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menggalakkan universiti dan kolej awam kita untuk mengadakan kursus bahasa asing sama ada bahasa Tionghoa, bahasa Arab, bahasa Jepun, bahasa Korea, bahasa Inggeris supaya graduan kita ini boleh lebih mudah mencari kerja di syarikat pelabur asing di negara kita.
Saya masih ingat pada tahun 80-an, bila kerajaan melancarkan Dasar Pandang Timur, ramai pelajar mengambil kursus bahasa Jepun dan bahasa Korea sebagai subjek elektif ataupun opsyen di universiti tempatan. Sesetengah pelajar Malaysia juga meneruskan pengajian universiti mereka di Jepun dan juga Korea dan ramai pelajar yang fasih dalam bahasa Jepun dan Korea sekarang bekerja di syarikat besar Jepun dan Korea dan ada pula yang mengadakan business dengan syarikat Asia Timur berkenaan.
Saya berpendapat sekiranya kerajaan ingin menarik lebih syarikat besar dari negara asing ke negara kita, sekolah dan universiti dan kolej tempatan juga haruslah menawarkan kursus bahasa asing supaya orang muda kita boleh dapat pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi di syarikat-syarikat asing di negara kita.
Pada minggu lepas, terdapat satu laporan akhbar berkata seorang jurutera yang mendapat first class honours degree dari universiti tempatan mengadu dia tidak dapat cari kerja kerana dia tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan dia berasa sangat kecewa. Dunia kita sekarang adalah sudah menjadi global village. Sekiranya kita ingin menarik lebih pelabur dan malah pelancong asing ke Malaysia, kita haruslah menggalakkan pelajar dan orang muda kita menguasai bahasa lebih daripada bahasa Malaysia supaya mereka jadi lebih employable.
Dato’ Yang di-Pertua, saya hanya bangkit dua isu lagi. Satu ialah berkenaan dengan renovation scam. Saya telah bangkitkan masalah scam pengubahsuaian ataupun renovation scam beberapa kali di dalam dan di luar Dewan Rakyat. Saya juga pernah tulis surat aduan kepada Jabatan Peguam Negara, Bahagian Jenayah Komersial PDRM, CIDB, Menteri Komunikasi dan Digital, Menteri Kerja Raya dan lain, kerana nampaknya kita tidak mempunyai undang-undang ataupun apa-apa regulation peraturan untuk menangani jenayah komersial jenis ini sehingga ramai pembeli rumah ditipu.
Soalan saya kepada PDRM dan Jabatan Peguam Negara ialah berapa kes renovation scam telah pun didakwa ke mahkamah sehingga hari ini? Saya difahamkan CIDB telah panggil beberapa agensi kerajaan membincangkan jenayah jenis ini. Apakah rancangan kerajaan untuk menangani kes scam pengubahsuaian ini?
Yang kedua ialah, bajet kita telah menunjukkan negara kita— menunjukkan hala tuju ke arah penjagaan alam sekitar dan menangani perubahan iklim. Semasa saya pegang jawatan Menteri Industri Utama, saya telah melancarkan kempen biodiesel B20.
Pada tahun 2020, Kementerian Kewangan telah setuju untuk memberi RM300 juta untuk menaik taraf fasiliti depoh di beberapa tempat di seluruh Malaysia supaya B20 biodiesel
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
boleh digunakan di seluruh negara. Penggunaan biodiesel akan mengurangkan karbon di udara dan juga menyumbang kepada peningkatan harga minyak sawit kita.
Saya ingin tanya Kementerian Perladangan dan Komoditi. Apa berlaku pada projek B20 ini sekarang? Saya tak baca ini dalam ucapan bajet dan juga dalam buku bajet. Kenapakah kementerian tidak meneruskan program B20 ini? Memandangkan ia adalah ada bermanfaat kepada industri sawit dan baik juga untuk alam sekitar kita.
Saya terima kasih kepada Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya sebagai penceramah yang, Ahli Parlimen yang berucap last sekali pada hari ini. Saya berharap yang semua persoalan ini dapat dijawab dengan baik oleh kementerian.
Sekian, terima kasih.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tuan Yang di-Pertua.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Arau, kita boleh balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya, Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sedikit cadangan kepada 12(3), pelanjutan masa. Sebab, sekejap tadi bahas yang dibuat oleh Seputeh dah melebihi 15 minit. Jadi, saya cadangkan supaya hari Isnin nanti dibuat sehingga selesai urusan. Jangan buat time pukul 7. Lebih baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kalau tidak, dah melepasi 15 minit, sepatut dah tak sah dah perbahasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Faham, Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, kalau ikut Peraturan 12(3), ya, boleh saya lanjutkan 15 minit.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Daripada pukul 7.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Daripada pukul 7, saya boleh lanjutkan 15 minit.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya. Ini dah lebih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Faham. Bagi saya jelaskan lagi. Mengikut Peraturan 99, 99A dan 100 dan 43, apa-apa keputusan saya tidak— diakhirnya tidak melanggar apa-apa syarat. Yang Berhormat Besut pun dulu bekas yang melaksanakan undang-undang dan mengadili. Ada save clause-nya.
Faham? Baik.
[Ketawa]
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Apakah Speaker...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Duduk, Yang Berhormat.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Speaker adakah mempunyai kuasa mutlak yang begitu hebat sehingga tidak boleh ditanya, Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini bukan untuk Yang Berhormat.
Yang lain. Yang Berhormat okey, Yang Berhormat very good.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, bila saya duduk, segala kuasa Speaker ada di tangan saya.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kuasa mutlaklah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kuasa mutlak.
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih. Nak ambil tau ja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tetapi walau bagaimanapun, saya ada opsyen untuk menyerahkan final say kepada Speaker. Itu sebab bila saya buat ruling hari tu, saya bagi opsyen. Dalam mahkamah pun, appeal, appeal. Tetapi dalam Parlimen, appeal akhirnya dengan Speaker. Baik.
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 23 Oktober 2023.
[Mengetuk tukul]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.27 malam]