Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] researcher
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kita mulakan Majlis pada pagi ini bagi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan. Dimulakan dengan Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj, Yang Berhormat Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih, Timbalan Speaker.
Segamat soalan nombor satu, Harap dapat Menteri membantu.
1. Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj [Segamat] minta Menteri Pertahanan menyatakan skop pemerkasaan yang sedang dilaksanakan secara menyeluruh terhadap kebajikan dan kelangsungan hidup veteran angkatan tentera sama ada yang berpencen atau tidak berpencen sejajar dengan penilaian semula yang dibuat terhadap golongan tersebut menerusi Skim Perkhidmatan dan Persaraan Negara.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Dato’ Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan— pertamanya, saya ucap terima kasih pada Yang Berhormat Segamat di atas soalan yang dikemukakan berhubung dengan kebajikan veteran angkatan tentera yang berpencen dan tidak berpencen.
Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) sentiasa berusaha untuk memastikan kebajikan warga veteran ATM sama ada berpencen atau tidak berpencen sentiasa terpelihara. Oleh yang demikian, khususnya di Kementerian Pertahanan, kita memberikan beberapa garis, sama ada dari segi bantuan kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan anak-anak dan juga veteran itu sendiri dan juga kita berusaha untuk memperkasakan ekonomi veteran itu sendiri.
Melalui pelan kebajikan kita, kita melihat kepada anggota yang berpencen dan tidak berpencen khususnya yang berada di bawah paras garis kemiskinan. Sebab itu kalau kita melihat Bantuan Sara Hidup di mana Kementerian Pertahanan melalui JHEV telah memperuntukkan sebanyak RM300 sebulan kepada anggota sama berpencen dan tidak berpencen. Setakat ini, 18,786 orang dengan jumlah yang dibelanjakan adalah sebanyak RM67.6 juta.
Kita juga menyediakan sumbangan khairat kepada anggota dan juga tanggungan yang bernilai RM3,000 bagi veteran dan RM1,500 bagi keluarga. Dan setakat ini, kita telah membelanjakan sebanyak RM455,000. Bagi aspek kesihatan, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM103 juta bagi tujuan rawatan dan juga ubat-ubatan serta alat-alat yang terkait dengan perubatan.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Bagi aspek perumahan juga, ada tiga inisiatif kita. Pertama adalah pembinaan rumah baru sebanyak 40 buah rumah, 170 bagi pembaikan dan juga Satu Anggota Satu Rumah, di mana kita memperuntukkan dari segi pembinaan rumah sasar ini, 15 peratus diperuntukkan kepada anggota veteran.
Dari segi pendidikan, kita memperuntukkan bantuan pendidikan kepada di peringkat rendah dan juga sekolah menengah sebanyak RM557,000. Dan kita juga menyediakan bantuan RM1,000 bagi di peringkat diploma dan RM1,500 kepada anggota veteran kepada di peringkat ijazah.
Itu antara perkara-perkara yang inisiatif yang kita kemukakan. Dan yang terakhir, di samping itu, sepertimana yang diumumkan dalam Bajet 2024, di mana kerajaan telah memutuskan supaya anggota ATM veteran berpencen dan tidak berpencen diberikan bantuan khas sebanyak RM1,000 yang melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM213 juta.
Itu saja jawapan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan tambahan.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Timbalan Speaker.
Terima kasih Menteri atas jawapan. Soalan tambahan saya ini. Baru-baru ini, Persatuan Veteran Segamat yang diketuai oleh Kapten (B) Tuan Ismail telah membuat kunjungan dan juga menyampaikan beberapa isu yang perlu dibangkitkan. Antaranya adalah— dan juga seperti yang dinyatakan oleh Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Datuk Shahruddin Omar.
93 peratus daripada pesara tentera hanya menerima pencen pada kadar 50 peratus iaitu 10 peratus lebih rendah berbanding pesara perkhidmatan awam yang lain.
Terdapat jurang perbezaan kadar bayaran pencen bagi pesara tentera sebelum dan selepas 2013 adalah antara 59.30 peratus. Contohnya, pesara yang bersara sebelum 2013 dan juga sekarang adalah sangat berbeza.
Dan ada dua soalan. Pertama adalah, apakah strategi monetari yang akan dilaksanakan oleh kementerian untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan jangka panjang yang boleh dimanfaatkan untuk melaksanakan kadar pencen seragam bagi pesara tentera sejajar dengan pembatalan kuat kuasa seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada Jun yang lalu?
Kedua, bagaimanakah MAMPAN25 yang direncanakan oleh LTAT dapat diwujudkan alternatif kewangan yang boleh disalurkan untuk pelaksanaan kenaikan kadar pencen tahunan khususnya pencen bagi pesara tentera yang bersara sebelum tahun 2013? Terima kasih Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih pada Yang Berhormat Segamat di atas soalan tambahan itu.
Sepertimana kita tahu ya, antara isu yang agak panjang dibicarakan adalah isu pencen yang terkait dengan tahun 2013 ya kerana penyelarasan mungkin terkait juga dengan jumlah pencen yang diterima oleh anggota veteran. Tapi, sepertimana yang saya sendiri sebelum ini dah maklumkan kepada Dewan dalam isu pencen 2013 itu, sebahagian daripada anggota veteran itu telah membawa kes pencen ini, penyelarasan pencen ini ke mahkamah.
Jadi, sebab itu, kalau kita di Kementerian Pertahanan, kita tak nafikan bahawa kita secara dasarnya menyerahkan kepada keputusan di peringkat mahkamah itu dan kerajaan memang mengambil tanggungjawab itu.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Adapun sedemikian, sepertimana yang disebut tentang strategi kita, bagaimana kita mahu menyelesaikan isu anggota kita sama ada berpencen tak berpencen. Ada dua perkara. Pertama adalah Bantuan Sara Hidup sepertimana yang saya sebutkan tadi. Jadi kita lihat kepada garis kemiskinan itu, semua, sama ada berpencen tak berpencen, garis kemiskinan itu adalah menjadi teras kita. Jadi, di bawah garis kemiskinan itu, kita tetap akan membantu melalui Bantuan Sara Hidup.
Yang kedua adalah kita melihat untuk jangka masa panjang, bagaimana kita menyusun kerjaya kedua veteran ini kerana kita tahu veteran akan terus, setiap tahun ada 5,000, sekitar 5000 veteran akan ada. Jadi, menyusun kerjaya kedua adalah satu persoalan yang cukup penting bagi kita kerana dengan cara ini sahaja kita dapat mengeluarkan mereka daripada apa yang kita sebut sebagai garis kemiskinan itu. Itu sahaja jawapan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Ketereh.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan daripada saya adalah berkenaan dengan JHEV iaitu Jabatan Hal Ehwal Veteran. Kalau kita tengok di setiap negeri, semua ada Jabatan Hal Ehwal Veteran. Cuma yang masalah di sini kalau saya ambil contoh di Kelantan, JHEV di Kelantan dia kena cover sampai ke Terengganu.
Jadi, menyebabkan tindakan dia tidak berapa efisien kerana tambah-tambah lagi sekarang ini bila kerajaan mengumumkan untuk bagi RM300 sebulan kepada veteran itu, saya ingat bukan setakat veteran pergi daftar tetapi JHEV juga kena mencari mereka ini.
Sebab kadang-kadang di kawasan pedalaman, dia orang tak tahu pasal benda-benda macam gini.
Jadi, ada tak perancangan daripada MINDEF untuk menambah keanggotaan JHEV ini. Maksud saya, di peringkat negeri bagi membantu menghadapi masalah ini dan saya cadangkan di sini, biarlah guna bekas-bekas veteran yang berhenti supaya mereka pun ada kerja secara kontrak. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih Yang Berhormat Ketereh di atas persoalan yang dikemukakan. Kita tahu bahawa antara cabaran kita adalah kita ada lebih 213,000 veteran dan memanglah kita tahu bahawa anggota di JHEV itu agak terhad untuk melihat keseluruhan daripada veteran angkatan tentera. Sebab itu memang kita sedang merancang untuk pastikan pertama, di setiap negeri itu tidak ada lagi gabungan, contohnya macam kalau kita tengok antara Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu. Jadi, kalau boleh setiap negeri itu dia mempunyai jawatankuasa di peringkat Jabatan Hal Ehwal Veteran itu sendiri. Ini mungkin salah satu daripada strategi kita.
Memang ini sedang kita usahakan.
Yang kedua adalah kita sedang menambah kakitangan melalui program MySTEP kita dan kita akan libatkan veteran angkatan tentera dan juga persatuan-persatuan veteran. Jadi dengan cara ini, kita fikir bahawa anggota veteran itu akan lebih dipedulikan dan program-program kita itu akan sampai ke akar umbi. Ini sahaja jawapannya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutannya dipersilakan Dato’ Rosol bin Wahid, Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Beras tiada, gula pun kurang, Nombor dua, perlu jawapang.*
2. Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan, perkembangan terkini terhadap perancangan mengadakan Kempen Beli Barangan Malaysia secara mega, sebagai usaha memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana terutama dalam situasi perniagaan berdepan cabaran kemelesetan ekonomi.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani.
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Terengganu di atas soalan tadi. Berkenaan dengan Kempen Beli Barang Malaysia, kita tahu bahawa ianya sudah bermula sekian lama. Ianya sudah pun bermula daripada tahun 1984 lagi dan sepanjang 39 tahun. Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini berkenaan dengan KBBM ini ada tiga objektif utama.
Iaitu yang pertama, merangsang pertumbuhan ekonomi domestik terutama selepas COVID-19 ini. Kedua, membudaya di kalangan pengguna Malaysia supaya mengutamakan produk Malaysia ketika membeli belah dan ketiga, memperkasa produk tempatan di dalam industri peruncitan tempatan.
Manakala dari sudut kategori pula, kita ada lapan kategori KBBM ini Tuan Yang
di-Pertua
(i) F&B iaitu makanan dan minuman;
(ii) kesihatan, produk kesihatan;
(iii) produk kosmetik;
(iv) fesyen dan gaya hidup;
(v) automatif;
(vi) perabot;
(vii) animasi digital, dan;
(viii) barang-barang elektronik Jadi, apabila kita ada objektif yang jelas dan juga produk-produk kategori yang jelas, kita harus membawa objektif ini ke dimensi yang lebih baru ke tahap yang lebih tinggi. Jadi, apa yang dilakukan oleh kementerian sekarang ialah untuk mengenal pasti pasaran baru, contohnya pasaran eksport untuk mengenal pasti khidmat nasihat yang boleh kita lakukan untuk memastikan bahawa kita boleh membawa ke tahap yang lebih tinggi, semua produk-produk tempatan ini.
Dan yang amat penting Datuk Yang di-Pertua, kita mengenal pasti bidang keberhasilan ataupun outcomes yang kita inginkan. Saya bagi contoh ya, bagaimana kita hendak buat business matching? Bagaimana kita hendak bawa produk-produk Malaysia ini ke luar negara? Saya bagi satu contoh, kita ada produk kosmetik. Namanya Cosmoderm. Kita sudah pun dalam rundingan untuk membawa melalui MATRADE ke satu online platform di India namanya JioMart untuk dipasarkan di luar negara, di India melalui platform di sana.
Jadi, ini contoh business matching, pasaran eksport yang kita sedang kembangkan. Jadi, bidang keberhasilan penting Datuk Yang di-Pertua. Jadi soalan Yang Berhormat Hulu Terengganu berkenaan dengan mega. Mega ini ialah kita lihat kepada skala, kepada skala dan benchmark yang diberikan oleh Hulu Terengganu, terima kasih Hulu Terengganu. Sewaktu Hulu Terengganu di kementerian dahulu ada mencadangkan supaya kita benchmark kepada program-program seperti MAHA. Kita showcase kan produk-produk Malaysia.
Ini adalah satu program yang kita sedang rancang, namun kita kena pastikan pada tahun ini dan tahun hadapan, kita fokus kepada keberhasilan. Sebab kalau kita berjaya pun buat di skala yang besar tetapi outcome dia itu tidak dapat kita ukur betul- betul dan pastikan ada hasilnya, maka ianya nanti takut, takut kita banyak nanti
di-Pertua
menghabiskan sumber kita untuk menganjurkan program. Ianya boleh, sedang kita lihat, teliti tetapi kita perlu perkemaskan dan kita telitikan lagi daripada sudut outcomes, selain daripada objektif tadi. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Jawapan yang begitu detailed kerana kita merasakan bahawa apa yang dibuat oleh MAHA contohnya, telah menghasilkan sesuatu yang terbaik. Jadi kita mohon supaya produk Malaysia ini juga dibuat kerana kita dah ada kereta Malaysia, kita ada ikon Malaysia, kita dah ada banyak untuk kita pamerkan kepada masyarakat bahawa barangan Malaysia ini hebat.
Cuma persoalan saya ialah, tahun depan kementerian mendapat lebihan RM2 juta berbanding pada tahun ini. Apakah perancangan kementerian untuk menambahkan lagi produk-produk PMKS selain daripada alat solek tadi untuk ditembus ke pasaran antarabangsa supaya ditambah lagi dengan memberi pendidikan dan nasihat kepada PMKS.
Di samping itu, adakah kerajaan mengadakan previu ataupun khidmat nasihat ataupun pemantauan kepada PMKS-PMKS kerana kita tahu sekarang dalam keadaan ekonomi yang serba teruk, currency yang semakin jatuh, ramai yang terkesan. Mungkin mereka perlu kepada khidmat nasihat untuk meneruskan kehidupan mereka dalam PMKS ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Saya nak maklumkan bahawa pada tahun ini, kita sudah pun mengadakan empat mini karnival dan pada hujung minggu ini akan mengadakan mini karnival yang kelima mengikut zon utara, selatan, Pantai Timur Sabah dan Sarawak dan di hujung tahun, kita akan adakan karnival yang lebih besar. Jadi di dalam karnival-karnival tersebut, terselit program khidmat nasihat dan juga business matching di situ.
Contoh agensi-agensi, kita kumpulkan untuk memberi khidmat nasihat termasuk TEKUN, SME Corp, KUSKOP, MARA dan sebagainya. MOSTI juga. Jadi dengan tambahan itu, kita juga memikirkan bahawa kita punya Bahagian Pembangunan Perniagaan boleh kita gabungkan kerjasama dengan pembangunan francais yang juga di bawah KPDN. Jadi, apabila ada misi ke luar negara, business mission, boleh juga dibuat bersekali. Dan lagi satu Hulu Terengganu, saya nak kongsi berkenaan satu produk yang menarik, yang baru iaitu automotif ataupun Camper van. Yang ini ada buatan Malaysia, Camperv. Jadi, mungkin sekarang ini sudah jadi gaya hidup keluarga pergi ber-camping dan itu satu cara juga kita nak promote buatan Malaysia iaitu van Camper ini untuk keluarga- keluarga pergi camping, bawa dan gunakan motorhomes ini. Terima kasih Datuk Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat, Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, menyaksikan pergolakan politik antarabangsa menyebabkan berlakunya gangguan rantaian ekonomi dunia akhir-akhir ini hingga menyebabkan peningkatan harga. Bolehkah Menteri jelaskan, apakah usaha oleh kerajaan dalam meningkatkan jumlah barangan tempatan, terutama bagi barangan keperluan yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran domestik?
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Okey, Batu Pahat. Terima kasih Batu Pahat.
Saya sebut tadi memang ini apabila kita– kita kadang-kadang, kita dengar ada masalah
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
untuk membantu industri PMKS ini, kadang-kadang ada permintaan tetapi mereka tak ada kapasiti.
Jadi, kita perlu bantu mereka untuk meningkatkan kapasiti. Contohnya, kalau ada order daripada luar negara untuk buat jaket daripada songket contohnya. Ada permintaan yang tinggi tetapi kapasiti itu tak cukup sebab susah nak buat satu-satu produk itu. Kita memikirkan, mungkin kita perlu buat networking, kita perlu wujudkan konsortium, di mana penenun songket dan pengeluar jaket daripada songket ini perlu bergabung empat, lima dan sebagainya untuk memenuhi permintaan daripada luar negara tersebut.
Begitu juga kalau ada pengusaha-pengusaha yang boleh buat sambal dan sebagainya tapi tak ada kapasiti untuk memenuhi keperluan permintaan. Jadi, perlu kita bantu. Jadi, itulah tadi agensi-agensi yang saya sebut dan agensi-agensi ini bagi coaching bukan sahaja untuk memasarkan di dalam negara tapi juga peluang-peluang untuk keluar negara. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Berikutnya dipersilakan Tuan Lee Chuan How Yang Berhormat Ipoh Timur.
3. Tuan Lee Chuan How [Ipoh Timor] minta Menteri Luar Negeri menyatakan gambaran keseluruhan keberkesanan Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCTT) daripada Januari 2018 sehingga Ogos 2023.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan juga terima kasih Yang Berhormat sahabat saya daripada Ipoh Timur yang telah mengemukakan soalan pada pagi ini.
Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan atau ringkasannya SEARCTT berfungsi sebagai sebuah pusat latihan dan penyelidikan dalam bidang pencegahan keganasan. Justeru, keberkesanan SEARCTT boleh dilihat menerusi peranannya dalam melaksanakan program-program latihan dan bina upaya di samping terlibat dengan aktiviti penyelidikan, kesedaran awam serta pencegahan radikalisasi secara dalam talian menerusi penghasilan dan penyebaran naratif balas atau dengan naratif positif dengan izin, digital counter messaging. Bagi tempoh Januari 2018 hingga Ogos 2023, SEARCTT telah melaksanakan 116 program yang memberi manfaat kepada 4,886 orang peserta daripada pelbagai kumpulan sasar. Seperti pegawai-pegawai kerajaan, penguat kuasa undang-undang dan masyarakat awam termasuklah ahli akademik, golongan belia, pelajar universiti dan organisasi masyarakat sivil dengan izin Civil Society Organization (CSO) dari dalam dan luar negara.
Daripada jumlah tersebut 4,425 orang adalah peserta tempatan dan selebihnya adalah peserta antarabangsa. Program-program ini berjaya meningkatkan pengetahuan dan keupayaan para peserta dalam bidang pencegahan keganasan dan telah dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai organisasi termasuklah agensi peneraju dalam bidang menentang keganasan, pihak swasta, institusi pendidikan pertubuhan pemikir dengan izin think tank dan CSO dari dalam dan luar negara.
SEARCTT juga telah memperkenalkan program syarahan bersiri University Lecture Series (ULS) yang bertujuan membina dengan izin mental firewall dalam kalangan pelajar IPTA dan IPTS agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan ideologi ekstremisme ganas.
Selain itu, bengkel-bengkel kursus turut dianjurkan dengan menggunakan pendekatan rentas bidang seperti sukan, bola keranjang, futsal, e-gaming dan seni sebagai wadah yang dapat memberi kesedaran dan membina kemahiran pencegahan ekstremisme ganas.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
SEARCTT juga telah melaksanakan kempen-kempen naratif positif yang memfokuskan nilai-nilai murni seperti perpaduan, belas kasihan, dan toleransi sekali gus meningkatkan daya tahan digital komuniti dalam media sosial terutamanya Facebook pada 2019 sehingga Disember 2022 dan diperluaskan kepada aplikasi Instagram, Twitter dan YouTube sejak 2019 dan TikTok dan Discord 2022.
Pada tahun ini, SEARCTT telah meraikan ulang tahun ke-20 penubuhannya dengan izin dengan penganjuran SEARCTT International Conference yang bertemakan dengan izin Building Digital Resilience in Preventing and Countering Violent Extremism serta satu program belia iaitu Bengkel Serantau, Sharing Together for Online Resilience Among Youth pada bulan Jun 2023.
SEARCTT akan terus menggiatkan usaha-usaha untuk merancang dan melaksanakan program-program yang sentiasa peka terhadap arus perkembangan agar menjadi sebuah pusat latihan dan penyelidikan dalam bidang pencegahan keganasan.
Usaha-usaha ini akan terus kita libatkan semua pihak atau pendekatan dengan whole-of- government and whole-of-society approaches, sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Terima kasih, Timbalan Speaker. Jawapan mantap, menyeluruh dan mendalam. Namun, saya mohon sedikit tambahan maklumatlah berkenaan dengan tadi disebutkan dan disenaraikan banyak program-program yang bersifat violent extremism. Saya nak mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memberi sedikit huraian tentang secara spesifik program-program apa yang memang untuk menangani dan mendalami isu-isu violent extremism dan juga sama ada pihak kementerian berhasrat untuk menambah perjawatan dan juga secara khususnya penyelidik dan researchers dengan izin berkenaan dengan non-violent extremism atau political extremism sebab isu ini non – NVE dengan political extremism semakin membiak dalam masyarakat kita.
Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur.
Memang banyak program-program yang telah pun dianjurkan oleh SEARCTT. Antaranya kalau saya boleh tambah lagi sebagaimana Yang Berhormat minta tadi ialah kita juga mengadakan:
(i) bengkel kimia;
(ii) biologi;
(iii) radiologi;
(iv) nuklear dan bahan letupan; dan
(v) Terrorism Awareness and Medical Emergency Consequence Management Workshop. Kenapa kita buat program ini Dato’ Speaker ialah kita ingin memberikan bimbingan, latihan kepada para pegawai kita bagaimana untuk mengendalikan on medical emergency yang berkaitan dengan bahan letupan, kimia dan sebagainya. Ini penting.
Kita juga telah mengadakan program-program lain seperti forum kenegaraan di mana kita sentiasa buat program ini setiap tahun pada bulan kemerdekaan dan kita libatkan secara holistik para pelajar IPTA, IPTS dan juga masyarakat sivil.
Selain daripada itu juga, kita juga mengadakan Sports for Enhancing Resilience and Amplifying Social Inclusion dan program Sports in Enhancing and Promoting Authentic Diversity for Unity. Ini juga program buat sentiasa – kita melihat dan keperluan dan penglibatan semua pihak termasuk juga Kementerian Belia dan Sukan, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan perwakilan diplomatik asing. Kita juga buat program secara bersama untuk yang ini.
Datuk Mohamad bin Alamin
Atas saranan Yang Berhormat tadi untuk kita menambah lagi beberapa research atau pegawai SEARCTT ini saya bersetuju. Memang ada keperluan untuk kita menambah penyelidik dan para pegawai untuk melancarkan lagi fungsi-fungsi, pelaksanaan fungsi- fungsi SEARCTT dalam Kementerian Luar Negeri.
Jadi Yang Berhormat Speaker sebahagian daripada program kita juga Yang Berhormat Ipoh Timur, kita juga menerbitkan beberapa jurnal, monograf, rencana dan komik mesra sebagai didikan kepada masyarakat kita. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
[Bangun]
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya nak tanya kepada Timbalan Menteri berkenaan dengan adakah pihak kerajaan ada hasrat untuk melihat beberapa undang-undang yang berkaitan dengan keganasan ini antaranya ialah undang-undang Akta Pencegahan Keganasan 2015
(POTA) dan juga Undang-undang Langkah Khas Menentang Keganasan, Akta Negara Asing (SMATA) 2015. Jadi, adakah pihak kerajaan berhasrat untuk menambah baik undang-undang keganasan yang ada dalam negara? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Yang Berhormat. Kita melihat jika ada keperluan itu dan Kementerian Luar Negeri akan sentiasa facilitate untuk memudahkan mana-mana agensi kerajaan yang terlibat. Dalam akta-akta yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi itu adalah akta di bawah agensi ataupun kementerian yang lain seperti MKN ataupun KDN. Tetapi jika ini diperlukan, kita sentiasa memberikan input, pandangan dan nasihat kepada mana-mana kementerian yang ingin menambah baik ataupun meminda barangkali tentang akta-akta yang sedia ada. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikutnya dipersilakan Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Yang Berhormat Tanah Merah.
Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pagi-pagi makan ubat, YDP dah makan ubat dah? YDP. Yang di-Pertua dah makan ubat dah? Vitamin kah?
Pagi-pagi makan ubat, Live TikTok dah tak boleh buat, Itu yang ramai MP melompat, Soalan saya nombor empat.
4. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Perdana Menteri menyatakan sejak awal tahun ini berapa jumlah kerugian dan berapa ramai yang menjadi mangsa scammer.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua menjawab soalan Tanah Merah ini bersama dengan beberapa soalan yang lain khususnya empat soalan yang lain dari Yang Berhormat Stampin bertarikh 30 Oktober 2023, Yang Berhormat Kuala Krai bertarikh 8 November 2023, Yang Berhormat Jempol bertarikh 15 November 2023 dan juga Yang Berhormat Rasah bertarikh 27 November 2023. Kesemuanya melibatkan isu yang sama Tuan Yang di-Pertua, iaitu berkenaan dengan scam.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, statistik jumlah kes scam, penipuan dan sebagainya dan amaun kerugian yang terlibat setiap tahun sejak tahun 2018 hingga 30 September 2023 adalah— kami telah pun membuat satu lampiran yang saya akan merumuskan di sini.
Sejak 2018 Tuan Yang di-Pertua, statistiknya pada tahun tersebut terdapat 25,609 kes sedemikian di mana jumlah kerugiannya pada masa itu mencecah lebih RM23 bilion, RM23.924 bilion pada masa itu. Walau bagaimanapun, angka tersebut telah pun jatuh sejak tahun 2018 tersebut dan angka yang terkini iaitu pada 2023 mencatatkan jumlah sebanyak 19, 220 kes di mana jumlah kerugian setakat 30 September tahun ini adalah sebanyak RM687 juta, RM689,147,1600. Six hundred and eighty-seven dengan izin, million as I have stated the amount in full earlier. Jadi, ini menunjukkan bahawa kes- kes ini dan jumlah kerugian ini telah pun menurun.
Berhubung pendakwaan dan hukuman dalam kes scam dari tahun 2021 hingga Julai 2023, sebanyak 183 pertuduhan telah dibuat di bawah seksyen 417 Kanun Keseksaan di mana sebanyak 617 orang yang telah pun dijatuhkan hukuman dan sebanyak 22,837 pertuduhan telah dibuat di bawah seksyen 420 iaitu dengan izin cheating Kanun Keseksaan dengan sebanyak 2,221 orang yang telah pun dijatuhkan hukuman.
Tindakan serta langkah yang telah dan bakal diambil oleh Kerajaan Perpaduan dalam menangani jenayah scam adalah seperti berikut.
Di bawah pertamanya, Pusat Anti Jenayah Kewangan Kebangsaan ataupun the National Anti-Financial Crime Centre (NFCC) telah menerajui penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan (National Scam Response Centre) ataupun NSRC yang telah mula beroperasi pada 12 Oktober 2022. Keberkesanan NSRC dapat dilihat di mana daripada Oktober 2022 hingga 30 September tahun ini, sebanyak 53,783 panggilan telah diterima oleh NSRC tersebut yang merangkumi laporan kes-kes penipuan dan khidmat nasihat kepada orang ramai.
Pada masa ini, kajian juga dilaksanakan bagi memperkukuhkan lagi pengoperasian NSRC agar struktur organisasi NSRC lengkap dan tersusun dengan perjawatan, kemudahan, peralatan yang mencukupi dan sistem yang terjamin keselamatannya termasuklah kesediaan untuk beroperasi selama 24 jam.
Berhubung hal ini, sepertimana yang diumumkan baru-baru ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, peruntukan kepada NSRC bagi tahun 2024 telah ditingkatkan daripada RM10 juta kepada RM20 juta, an increase of RM10 million dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Peningkatan dalam jumlah peruntukan ini mencerminkan sendiri pendirian yang teguh kerajaan dalam membanteras jenayah scam ini.
Selain itu, bagi memantapkan lagi usaha-usaha kerajaan dalam memerangi jenayah ini yang semakin kompleks, NSRC sedang meneliti beberapa peruntukan undang-undang yang sedia ada yang perlu dipinda termasuk Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, Kanun Keseksaan dan juga Kanun Tatacara Jenayah.
Berhubung dengan PDRM, PDRM telah mewujudkan laman web Semak Mule dengan izin Tuan Yang di-Pertua bagi kemudahan orang awam membuat semakan ke atas akaun bank dan nombor telefon yang pernah ada laporan polis atau terlibat dengan siasatan pihak polis. Dalam pada itu, menerusi NSRC, setakat ini sebanyak 5,924 kes siasatan telah dibuka oleh PDRM bagi kesalahan penipuan di bawah seksyen 420 tersebut. Manakala 54 kertas siasatan bagi kesalahan pengubahan wang haram telah dibuka melibatkan pembekuan akaun berjumlah RM63 juta.
Berkenaan dengan usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ataupun SKMM, SKMM telah berjaya mengambil tindakan dalam menyekat sebanyak 2.6 bilion panggilan yang disyaki terlibat dalam perlakuan jenayah atas talian. Jumlah tersebut adalah setakat September 2023.
Secara bersepadu dengan NSRC pula, SKMM telah mengambil tindakan sekatan nombor telefon yang digunakan oleh scammers. Dari Oktober 2022 hingga Ogos tahun ini sebanyak 1,732 kes telah pun diterima dan dirujuk kepada SKMM, 134 nombor talian telah
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
ditamatkan kerana terlibat dengan aktiviti penipuan dan 21 nombor talian yang meragukan telah pun disekat.
SKMM juga turut menyekat laman sesawang bagi menghentikan atau mencegah perlakuan kesalahan di bawah undang-undang negara termasuk aktiviti berkaitan penipuan dan scam. Sejak 1 Januari 2023 hingga 30 Ogos tahun ini, sejumlah 1,247 laman sesawang yang berkaitan penipuan dan scam untuk pemancingan maklumat ataupun phishing telah pun disekat oleh SKMM.
Berkenaan dengan usaha-usaha Bank Negara Malaysia, BNM turut memainkan peranan dalam memerangi jenayah scam dari segi langkah pencegahan dan inisiatif kesedaran awam. Dalam hal ini, pertamanya BNM telah menetapkan keperluan bank- bank memastikan kawalan dan standard keselamatan mereka sentiasa berada pada tahap tertinggi pada setiap masa terutamanya bagi perkhidmatan perbankan internet dan mudah alih. Antara tindakan tersebut termasuklah pengenalan dengan izin kill switch dan pendaftaran satu peranti sahaja untuk pengesahan transaksi perbankan dalam talian.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Keduanya Tuan Yang di-Pertua, selain itu BNM juga membangunkan Portal Fraud Kebangsaan ataupun dengan izin, National Fraud Portal (NFP) yang dijangka siap menjelang pertengahan tahun 2024. Melalui NFP ini, proses penjejakan dana akan di automasi bagi mempercepatkan tempoh pengesanan dan pembekuan dana yang ditipu.
Tuan Yang di-Pertua, akhir kata kerajaan sentiasa berkomited dalam memerangi jenayah scam dan akan mengambil semua tindakan serta langkah yang wajar dan perlu dalam membasmi jenayah ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan tambahan.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Hoi! Soalan panjang lebar. Nak tanya soalan pun dah tak boleh dah.
[Ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tanya.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Apa pun Yang Berhormat Timbalan Menteri daripada Bukit Gelugor, baguslah Yang Berhormat beritahu daripada 2018, dahulu RM23.9 bilion. Now 2023 dah turun RM687 juta kerugian yang dialami oleh mangsa-mangsa ini. Tetapi ia masih RM687 juta, ini masih angka yang tinggi.
Jadi dan malah pada Jun yang lalu, saya tahu ada Timbalan Menteri Kewangan ada maklum, seramai 22,000 pesara kerajaan telah menjadi mangsa yang melibatkan RM850 juta. Jadi, kesian kepada pesara-pesara ini. Mereka dah bertugas last, bila dah pencen kena tipu lagi.
Jadi, yang jadi mangsa ini bukan hanya pesara kerajaan, golongan profesional pun ada. Mungkin ada antara kita pun mungkin dah kena tipu dengan scammer. Jadi soalan saya ada tak kemungkinan Yang Berhormat Timbalan Menteri, kakitangan ataupun orang dalam (inside people) seperti daripada institusi kewangan yang membocorkan maklumat bank seseorang itu? Sebab bagaimana mereka boleh tahu mangsa ini mempunyai simpanan, berapa banyak duit yang mereka ada. Saya percaya ini merupakan satu kerja dalaman (inside job).
Dan akhir sekali, kita dok tangkap-tangkap, hari-hari orang jadi mangsa. Kita kena tolonglah usaha betul-betul. Kita hendak tangkap yang mastermind, yang belakang ini, yang bapak dia ini yang kita hendak tangkap. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Terima kasih. Saya mengucapkan soalan tambahan daripada Tanah Merah tersebut.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Sama ada terdapatnya kemungkinan bahawa terdapat kebocoran dalaman, ini semuanya akan bergantung kepada siasatan
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
yang dibuat Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang saya telah pun katakan tadi, banyak inisiatif telah pun dimulakan ataupun ditubuhkan oleh kerajaan untuk memerangi kesalahan scam ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
[Bangun]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Dan dalam usaha-usaha tersebut, sudah tentunya perlu adanya siasatan seperti yang statistik, yang telah pun saya memberi tadi. Ini merupakan kejadian scams ini merupakan kejadian yang amat kompleks di mana scammers ini memang agak berpengalaman dalam membuat scams tersebut.
Jadi, usaha-usaha yang telah pun dilakukan ini sama ada ianya melibatkan kebocoran dalaman, itu bergantung– jawapannya adalah itu akan bergantung kepada setiap kes yang disiasat secara case-by-case basis. Itu satu cara sahaja yang boleh kami mendapat untuk mendapat jawapan sama ada terdapatnya kebocoran dalaman ataupun apa-apa yang lain. Tetapi itu bergantung kepada the general state of investigation. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Timbalan Speaker. Saya telah mendengar dengan tekun jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri. Memang kita berpuas hati bahawa tindakan-tindakan sedang diambil dengan pantas. Bagaimana pula dengan kejadian-kejadian Macau Scam yang melibatkan pekerjaan-pekerjaan yang ditawarkan di luar negara?
Baru-baru ini, berlaku satu kejadian di Amerika Selatan, Peru. Di La Molina di mana 43 rakyat Malaysia terkandas di situ dengan tawaran jawatan atau kerja tetapi bila mereka sampai di situ, memang tidak ada apa-apa kerja ditawarkan malahan mereka telah pun diculik dan juga ada wang tebusan diminta.
Kejadian ini bukan pertama kalinya berlaku di South America, Amerika Selatan.
Tetapi sering kali berlaku di Cambodia, di Vietnam dan di negara-negara lain. Jadi, persoalan saya adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan one stop center, kerjasama di antara Jabatan Perdana Menteri Perundangan, BHEUU dan juga dengan kementerian-kementerian lain Kementerian Luar Negara umpamanya.
Untuk memastikan sebelum rakyat Malaysia meninggalkan negara ini, mereka boleh memeriksa sama ada syarikat yang menawarkan jawatan itu benar-benar wujud, sahih dan boleh menawarkan jawatan yang ditawarkan melalui portal-portal dan sebagainya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Terima kasih kepada Jelutong.
Berkenaan dengan kes Macau Scam dan kes-kes di Cambodia seperti yang telah pun dibangkitkan, ini lebih menjurus kepada scam di bawah scam human trafficking di mana juga terdapat beberapa undang-undang yang terpakai bagi tujuan membanteras kejadian- kejadian tersebut.
Saya mengambil maklum ,bahawa memang, you are right. Terdapat banyak kes terutamanya baru-baru ini di Cambodia di mana beberapa kes telah pun dilaporkan seperti kes yang dibangkitkan di Southern America tersebut.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
[Bangun]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Tetapi dari segi online, seperti yang saya katakan tadi of course dalam kerajaan akan selalunya akan mengambil tindakan berdasarkan precaution. Sekiranya terdapat apa-apa aduan untuk menyiasat sama ada jawatan yang ditawarkan tersebut itu tulen atau tidak.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
[Bangun]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh
Tetapi dari segi menyiasat kes-kes seperti ini, saya ingat kes PDRM juga akan terlibat oleh kerana seperti yang saya katakan tadi, ini lebih menjurus kepada human trafficking. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat, minta satu lagi.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Tuan Yang di-Pertua, boleh tambah soalan kerana soalan itu, jawapan lima...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Soalan bersama tadi. Kuala Krai dijawab bersama tadi.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Lima soalan.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Soalan Kuala Krai dijawab bersama dengan soalan Tanah Merah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk. Duduk. Yang Berhormat berikutnya dipersilakan Dato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli, Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan nombor lima.
5. Dato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli [Jempol] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah terdapat cadangan pindaan terhadap Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] supaya mengelakkan projek perumahan terbengkalai yang sering berlaku dan seterusnya meningkatkan kecekapan pengurusan industri pembinaan perumahan secara keseluruhan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Industri perumahan merupakan industri yang dinamik dan merupakan penyumbang kepada pembangunan negara seterusnya memberikan kesan limpahan kepada industri-industri berkaitan.
Namun, terdapat pelbagai cabaran dan isu termasuklah berkenaan projek perumahan yang sakit dan terbengkalai.
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sememangnya sedang memperhalusi dan untuk menambah baik Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966. Cadangan penambahbaikan ini bertujuan untuk memperkasa tadbir urus dan pengurusan pemajuan perumahan yang efisien, memastikan hak dan kepentingan pembeli rumah terpelihara selain memudah cara pemajuan perumahan swasta ke arah kelestarian sektor perumahan.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, kerajaan sedang mengkaji penambahbaikan Akta 118 ini daripada dua aspek. Aspek pertama adalah pindaan dan penambahbaikan Akta 118 iaitu memperkukuhkan definisi terbengkalai dalam menguruskan pemantauan projek perumahan. Pada masa ini, tafsiran projek terbengkalai yang diguna pakai adalah agak longgar. Maka, perkara itu kita sedang teliti.
Kedua, untuk mengkaji cadangan meningkatkan jumlah modal diterbitkan dan modal terkumpul secara tunai bagi syarikat pemaju yang hendak mengemukakan permohonan lesen pemajuan perumahan. Peningkatan jumlah ini semoga dapat memastikan pemaju yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan rekod pelaksanaan penyempurnaan projek yang baik sahaja dapat menjadi pemain industri.
Ketiga, untuk menyenarai hitam nama pengarah syarikat yang menyebabkan projek-projek terbengkalai dan projek sakit. Selain itu, pemaju yang gagal membayar kompaun, ingkar award tribunal pembeli rumah dan melaksanakan pemajuan perumahan
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
tanpa lesen juga disenarai hitam dan tidak boleh memohon lesen pemajuan perumahan dan permit iklan dan jualan.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Keempat, memperkenalkan contract option, dengan izin option to purchase. Pra perjanjian jual beli dengan syarat terperinci. Contract option ini menyediakan ruang keluar di pihak pemaju dan juga pembeli rumah dan tidak melibatkan implikasi kewangan yang tinggi sekiranya pemajuan perumahan tersebut tidak dapat diteruskan disebabkan pemaju gagal mendapatkan jumlah jualan yang disasarkan di dalam satu tempoh masa.
Aspek kedua adalah untuk kita meminda peraturan di bawah Akta 118. Buat ketika ini; pertama, memang kementerian telah pun menubuhkan task force projek perumahan swasta yang terbengkalai.
Kedua adalah untuk kita tingkatkan kawal selia melalui prosedur sedia ada di bawah akaun pemajuan perumahan ataupun dengan izin, housing development account
(HDA) yang wajib dibuka oleh setiap pemaju perumahan swasta berlesen di Semenanjung Malaysia. Tujuan akaun ini adalah untuk simpanan deposit bagi pemaju untuk mendapatkan lesen pemajuan dan pinjaman kewangan untuk pembinaan oleh pemaju.
Bagi memastikan pengurusan akaun pemajuan ini teratur dan dikawal selia, maka solusi terbaik perlu dikaji dan dilaksanakan melalui sesi libat urus dengan pihak pembiaya kewangan untuk mengkaji pelaksanaan dan penambahbaikan terhadap pengurusan akaun tersebut.
Setakat ini, perkara itu telah pun kita bangkitkan dalam sesi libat urus dengan pihak bank. Dan teguran serta perkara yang melibatkan ketidakpatuhan telah dibangkitkan dan kita masih menunggu maklum balas daripada pihak bank.
Sementara yang terakhir sekali, Dato’ Yang di-Pertua adalah untuk kita pemantauan yang lebih berkesan kepada pemaju perumahan swasta melalui penambahbaikan sistem Housing Integrated Management System atau singkatannya HIMS iaitu untuk integrasi dengan sistem pemaju bagi melicinkan pelaporan pemajuan.
Kedua, perkongsian data. Ketiga, data maklumat projek diurus secaranya near real-time, dengan izin. Keempat, pernyataan hasrat KPKT kepada industri perbankan bagi membenarkan segala prosedur, termasuk pinjaman secara atas talian secara end-to-end process, dengan izin. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan dan juga inisiatif-inisiatif yang dilakukan oleh pihak kementerian untuk menambah baik sistem yang sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana kita sedia maklum di bawah konsep jual beli, meletakkan risiko paling besar kepada pembeli iaitu melalui pinjaman perumahan. Pembeli perlu membayar pinjaman bank berdasarkan tempoh yang ditetapkan. Dan isunya sekarang, bila projek rumah ini terbengkalai jadi pembeli menghadapi bebanan hutang dan juga risiko pinjaman misalnya bayaran terpaksa dibuat pada bank, asetnya tidak ada. Jadi, usaha-usaha telah dibuat tadi.
Jadi, persoalan saya di sini ialah untuk membela pembeli. Adakah kerajaan boleh mempertimbangkan skim insurans jaminan rumah siap untuk mengatasi masalah projek perumahan terbengkalai? Contohnya tadi, kalau misalnya syarikat pemaju perumahan itu muflis bankrap. Jadi, apa nak jadi kepada orang yang telah pun membayar pinjaman kepada bank? Sebab, Jempol mencadangkan diwujudkan skim insurans jaminan rumah siap untuk menjamin mengatasi masalah projek perumahan terbengkalai dan juga memberi jaminan kepada pembeli rumah.
Soalan yang kedua iaitu berlawananlah yang lebih mudah yang menjamin pembeli dan juga kepada pemaju. Adakah kerajaan akan melaksanakan sistem konsep bina, kemudian jual untuk mengurangkan risiko rumah terbengkalai dan juga menjamin hak pembeli rumah? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Jempol atas dua soalan ataupun mungkin pandangan dan cadangan. Bagi perkara yang pertama, bagi saya Yang Berhormat Jempol memahami isu yang kita cuba atasi adalah risiko yang dihadapi sama ada daripada yang terpaksa ditanggung oleh pembeli ataupun risiko projek itu tidak dapat disiapkan.
Untuk makluman YB Jempol juga, bagi cadangan-cadangan penambahbaikan tadi sedikit sebanyak adalah untuk kita menguruskan risiko tersebut. Sebagai contoh yang disebut soal option to purchase, dengan izin. Kontrak untuk kita bagi pilihan pra perjanjian itu kalau sekiranya projek itu tidak dapat dijual dengan sepenuhnya ada masalah dari segi pengaliran wang tunai, sama ada kita bagi ruang untuk perkara itu dibatalkan lebih awal.
Cuma, cadangan Yang Berhormat Jempol untuk kita adakan skim perlindungan insurans itu, saya secara peribadi sebenarnya memang melihat. Berlatarkan, berlatar belakang actuarial science memang saya sebenarnya meneliti sama ada perkara ini kita boleh diangkat menjadikan satu kaedah dalam industri perumahan. Cuma, perkara ini sangat baru lagi.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
[Bangun]
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Maksudnya, memang saya terima cadangan daripada YB Jempol itu untuk kita meneliti sama ada perlindungan itu boleh diberikan dalam bentuk perlindungan insurans kepada projek-projek yang sedang dalam pembinaan supaya sekiranya berlaku sebarang permasalahan, maka ada jaminan ataupun jaringan perlindungan di situ.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan yang kedua berkaitan dengan bina, kemudian jual, itu merupakan macam Yang Berhormat sebut tadi perkara yang completely different, dengan izin yang berbeza dengan rancangan pertama. Sementara, hujah ataupun perbahasan mengenai antara build and sell and sell and build ini telah lama berlaku dalam industri perumahan.
Untuk ketika ini, kerajaan memangnya ada kaedah untuk menggalakkan bina kemudian jual iaitu bagi pemaju yang memilih kaedah ini ada beberapa insentif yang ditawarkan. Kalau Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua izinkan saya mungkin sebut satu dua insentif. Sebagai contoh iaitu untuk kita memberikan kemudahan pengurangan bayaran deposit kepada mereka. Kita juga memberi ruang untuk menggunakan laluan pantas ataupun fast track di peringkat PBT untuk kebenaran merancang. Dan ketiga juga untuk pertimbangan dalam soal syarat membina kos rumah mampu milik dan sebagainya.
Maka, saya menyambut baik pandangan YB Jempol dan perkara itu kita akan teliti dari masa ke semasa. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Menteri. Silakan Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Saya ucap tahniah Timbalan Menteri. Saya nampak rajin turun ke bawah, memantau projek-projek yang terbengkalai. Soalan saya ada sedikit kaitan dengan soalan yang diajukan tadi dari sudut yang berlainan iaitu berkenaan dengan projek perumahan yang gagal untuk dijual.
Setakat manakah kajian kerajaan, untuk memperkenalkan vacancy tax iaitu cukai apabila projek perumahan ini gagal dijual, kita kenakan vacancy tax yang saya fikir perkara ini telah dibincangkan agak lama di negara kita Malaysia pada hari ini. Setakat manakah kerajaan memperkenalkan nilai ataupun kita panggil satu ciri-ciri yang khusus untuk rumah yang dibina. Sebab hari ini banyak rumah yang dibina 700 kaki persegi pun ada dan hanya dua bilik. Itu tidak mesra dari sudut institusi kekeluargaan. Minta komen Yang Berhormat.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas atas soalan yang dikemukakan. Bagi isu yang pertama, soal rumah yang telah pun siap sebab dalam konteks kita bincang sekarang ini adalah projek yang sakit, terbengkalai ataupun yang gagal disiapkan. Bagi kaedah rumah yang telah siap, mungkin ada isu dari segi kekosongan rumah tersebut tidak diisi. Maka, perbincangan itu berbeza.
Cuma untuk bagi pandangan Yang Berhormat tadi, sama ada perkara ini dilaksanakan ataupun tidak, kita boleh rujuk kepada belanjawan yang baru diumumkan memang tidak adalah bagi jawapan kepada Yang Berhormat Pasir Mas dan perkara cukai ini melibatkan juga Kementerian Kewangan. Cuma perkara yang kedua, dari segi sama ada kesesuaian bina, pembinaan rumah tersebut memang antara cabaran yang kita kena pastikan adalah supaya rumah yang dibina itu adalah kondusif dan selesa mengikut keperluan dan permintaan daripada sama ada pasaran. Manakala, untuk pihak kerajaan memang kita tumpukan kepada pembinaan rumah mampu milik.
Bagi pandangan mengenai saiz, sama ada itu terlalu kecil ataupun besar, sama ada konsep SOHO ataupun tidak, itu sememangnya pihak pemaju perlu membuat dari segi analisa keperluan pasaran yang mereka kemukakan. Jadi, yang itu kalau hendak dikatakan sama ada itu adalah ketentuan di pihak kementerian, sama ada rumah saiz yang Yang Berhormat sebut tadi boleh dijual ataupun tidak, perkara ini sebenarnya tidak timbullah. Sebab, sama ada unit itu mendapat permintaan daripada pasaran, pemaju sememangnya perlu menjalankan kajian sebelum mereka memulakan projek tersebut.
Sebab, kalau tidak, perkara itu mungkin tidak boleh dijual. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikutannya, dipersilakan Tuan Hassan bin Saad, Yang Berhormat Baling.
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 6.
6. Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Perdana Menteri menyatakan usaha menaik taraf perkhidmatan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daripada segi jumlah anggota, logistik serta elaun anggota sukarelawan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat sahabat saya Baling.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah melaksanakan langkah- langkah bagi memperkasakan dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dengan lebih berkesan, terutamanya dari segi peningkatan bilangan anggota terlatih dan juga pertambahan aset dan logistik serta menjaga kebajikan anggota sukarela melalui kenaikan kadar elaun dan penyediaan kemudahan-kemudahan yang lain.
Yang Berhormat Baling, dalam perbelanjaan 2024 ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM194 juta. Kalau dibandingkan pada tahun sebelumnya ialah sebanyak RM174 juta. Penambahan sebanyak RM20 juta. Ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkasakan lagi APM di negara kita.
Bagi tujuan pengukuhan jawatan APM, APM telah mengemukakan permohonan penstrukturan semula perjawatan pada peringkat negeri dan daerah. Permohonan tersebut merangkumi cadangan kenaikan gred pengarah pertahanan awam negeri, pegawai pertahanan daerah bagi melaksanakan tugas-tugas pertahanan awam termasuk peranan sebagai sekretariat kepada jawatankuasa pengurusan bencana peringkat negeri dan daerah yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri atau pegawai daerah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Di samping itu, permohonan APM bagi pelantikan secara kontrak seramai 1,501 jawatan yang melibatkan gred 11 hingga gred 19 akan dibentangkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada Kementerian Kewangan Malaysia untuk dipertimbangkan untuk mendapat kelulusan, Yang Berhormat Baling.
Selain dari itu juga, berikutan perolehan aset ambulan pacuan empat roda, APM telah menerima waran perjawatan KP19 seramai 96 orang daripada keseluruhan kelulusan 192 perjawatan untuk fasa 1 dan APM telah mengemukakan permohonan pengisian perjawatan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Dari segi pemerkasaan logistik pula, perolehan kenderaan operasi jenis pacuan empat roda, four-wheel drive sebanyak 46 buah dan kenderaan medical jenis ambulan four-wheel drive sebanyak 100 buah telah berjaya dilaksanakan serta akan diagih kepada pejabat-pejabat APM di seluruh Malaysia. Bagi perkhidmatan penyelamat pantai (life guard) APM, perolehan sentry chair, all-terrain vehicle (ATV) dan cabin store sedang kita laksanakan.
Selain daripada itu, kerajaan dan APM telah menyediakan pelbagai bentuk kemudahan dan imbuhan terutama kepada Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam
(ASPA) yang aktif seperti berikut:
(i) menyediakan pakaian seragam percuma;
(ii) elaun kehadiran latihan tempatan;
(iii) bayaran rawatan terkurang di hospital kerajaan;
(iv) Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara;
(v) kemudahan caruman insurans berkelompok; dan
(vi) caruman PERKESO.
APM juga telah menaikkan kemudahan elaun kursus sedia ada kepada ASPA iaitu daripada RM5 sehari kepada RM49 bagi pegawai pasukan dan RM40 sehari bagi lain-lain pangkat mulai 1 Julai 2023, Yang Berhormat Baling.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan. Yang Berhormat Baling.
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah pun memberi jawapan yang sangat baik dan ada beberapa perkara ingin saya sebutkan.
Pertama sekali, waktu saya mengunjungi pejabat APM Baling, keadaan pejabat adalah sanggat tidak sesuai kerana kawasan yang sempit dan suasana yang tidak baik.
Yang kedua ialah peralatan. Bukan sahaja tidak mencukupi tetapi yang ada itu sudah pun uzur, yang perlu digantikan segera.
Yang ketiga, Menteri ada sebut untuk menyediakan kenderaan 4x4 dan saya harap Baling akan dapat satu.
Akhir sekali ialah bantuan khas kepada anggota-anggota sukarela perlu diberikan seperti mana anggota penjawat awam yang lain. Terima kasih, Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih sahabat saya Baling. Saya, di Sarawak, saya telah melawat seluruh pejabat penjawat APM dan keadaan juga begitu.
Jadi, kita telah angkatkan perkara itu kepada Kementerian Kewangan dalam Bajet 2024 ini dan supaya setiap pejabat-pejabat dinaiktaraf. Saya pun seorang manusia. Saya pun kesian dengan pegawai-pegawai.
Yang kedua, mengenai peralatan uzur itu. Baling, kita sentiasa dalam penyelenggaraan setiap kenderaan-kenderaan. Untuk Baling, saya ingat kenderaan lori
Datuk Ugak anak Kumbong
tiga tan ada dua, ambulan satu, four-wheel drive satu dan dalam semua anggota operasi, kita ada 21 orang untuk Balinglah.
Saya percaya kita ada 100 unit four-wheel drive ambulan itu akan dibagikan seluruh negara dan saya ambil maklum supaya KPA ataupun Ketua Pengarah kita akan ambil segala dengan apa yang telah dipohon oleh Baling. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya ialah berkenaan dengan kenyataan Bagan Datuk tempoh hari iaitu untuk mewujudkan rejimen APM di setiap kawasan Parlimen. Dan apakah status rancangan itu? Dan boleh saya tahu, adakah akan dilakukan pada tahun ini? Sebab, memandangkan bencana El Nino dan Monsun Timur Laut akan berlaku serentak.
Jadi, saya harap supaya rejimen itu dapat diwujudkan segera dan kami Ahli Parlimen memang bersedia untuk bekerjasama dengan APM. Terima kasih.
Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih, sahabat Balik Pulau. Jadi, semalam, Balik Pulau, kita telah— Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I telah melancarkan pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2023 di Markas SMART. Ini bermaknanya, kita menyediakan kesiapsiagaan di anggota kita dan kita juga melihat aset kita dan juga pelbagai peralatan dan juga pejabat di seluruh negara. Bermaknanya, kita memastikan organisasi kita, pengurusan bencana di semua peringkat— pusat, negeri— kesiapsiagaan menghadapi risiko bencana sama ada bencana semula jadi ataupun buatan manusia mahupun bencana baru yang muncul ini.
Jadi, kita tahu dan kita fahamkan bahawa Monsun Timur Laut ini akan bermula pada bulan November hingga Mac 2024. Jadi, itulah kesiapsiagaan kita di seluruh negara dan Yang Amat Berhormat Pengerusi Pengurusan Bencana Negara sudah mengambil tindakan.
Bagi rejimen ATM, saya ingat ini dalam, seperti mana yang telah dikatakan, dipertimbangkan oleh...
[Tidak jelas] Dan kita berharap semua Ahli-ahli Parlimen nanti kalau rejimen itu diserapkan untuk menyelaraskan bencana negara, bersama-samalah kita mengatasi dan menolong rakyat-rakyat dan penduduk kita jika bencana terjadi di negara kita.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan seterusnya. Dipersilakan Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi, Yang Berhormat Igan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 7.
7. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan sejauh manakah pelaksanaan projek Pelan Jalinan Digital Negara
(JENDELA) telah dilaksanakan di Sarawak dan bilakah projek ini akan siap sepenuhnya termasuk di kawasan Parlimen Igan.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Igan. Di bawah pelan JENDELA, setakat suku kedua 2023, di Sarawak, sebanyak 213 menara komunikasi baharu telah siap dibina dan beroperasi daripada 864 yang dirancang.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching
Selain itu, sejumlah 3,689 daripada 3,735 pemancar telah siap dinaik taraf serta 106,331 daripada 207,135 premis telah tersedia dengan capaian gentian optik. SKMM turut mengguna pakai teknologi satelit bagi memperluaskan liputan Internet, terutamanya di kawasan pendalaman. Sebanyak 523 lokasi telah menikmati perkhidmatan Internet melalui satelit yang dikenali sebagai broadband wireless access, dengan izin, BWA.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Puan Teo Nie Ching
Setakat suku kedua tahun 2023, peratusan liputan 4G di kawasan berpenduduk di Sarawak telah mencapai 87.52 peratus. Baki daripada setiap inisiatif tersebut dijangka siap secara berperingkat menjelang penghujung tahun 2025. Di kawasan Parlimen Igan pula, sebanyak tujuh daripada 14 menara baharu telah siap dan beroperasi.
Selain itu, kesemua 50 stesen pemancar yang dirancang untuk dinaik taraf telah siap sepenuhnya. Manakala bagi perkhidmatan jalur lebar, talian tetap sejumlah 619 daripada 2,791 premis yang dirancang telah tersedia dengan sambungan gentian optik dan kesemua dua lokasi perkhidmatan BWA yang dirancang juga telah siap dan beroperasi.
Di bawah sasaran JENDELA, SKMM sedang merangka solusi yang bersesuaian menggunakan pelbagai teknologi bagi penyediaan perkhidmatan Internet bagi baki di kawasan berpenduduk yang masih belum mendapat liputan. Terdapat pelbagai kekangan yang dihadapi oleh SKMM serta penyedia perkhidmatan komunikasi di dalam melaksanakan inisiatif perluasan liputan Internet di kawasan pendalaman. Antaranya adalah faktor taburan penduduk yang berselerak dengan kepadatan penduduk yang rendah, akses melalui sungai dan jalan yang tidak boleh dilalui jentera berat serta kawasan-kawasan di mana tiada bekalan elektrik tersedia bagi kegunaan menara komunikasi. Sekian, jawapan saya. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Igan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan terperinci yang telah diberikan terutama sekali untuk kawasan Parlimen Igan di mana disebut tadi tujuh daripada 14 menara baharu telah dilaksanakan dan kesemua 50 stesen pemancar telah dilaksanakan. Dan harap projek-projek lain dapat dilaksanakan seperti yang telah dijadualkan.
Yang Berhormat Timbalan Menteri soalan tambahan saya ialah mengenai Projek Point of Presence ataupun titik kehadiran di kawasan Parlimen Igan. Jadi, saya nak tanya bilakah Projek Point of Presence ini untuk kawasan Igan akan siap dilaksanakan? Berapa peratuskah telah siap setakat ini dan adakah ia akan disiapkan mengikut sasaran yang telah ditetapkan? Dan apakah masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan Projek PoP ini ataupun titik kehadiran ini? Dan adakah ia akan dilaksanakan mengikut yang telah dijadualkan? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Ahli Parlimen Yang Berhormat Igan. Untuk projek point of presence, untuk maklumat Dato’ Speaker dan juga Ahli Yang Berhormat, untuk point of presence fasa satu melibatkan 60 projek di seluruh Sarawak, dua projek di Kawasan Parlimen Igan dan semua itu sudah dilaksanakan. Sudah siap, sudah completed.
Bagi fasa 2, untuk 10 Sarawak, projek yang keseluruhannya adalah 681 sites dan setakat ini yang siap adalah enam. Yang bakinya tarikh siap pelaksanaan adalah 31 Oktober 2025 secara berperingkat.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
[Bangun]
Puan Teo Nie Ching
Untuk kawasan Parlimen Igan, 16 projek telah disenaraikan. Dan mengikut kontraktor, mereka percaya bahawa dalam tahun ini mereka dapatlah menyiapkan beberapa projek untuk kawasan Parlimen Igan, tetapi seperti yang sebut secara keseluruhan 681 sites untuklah Program PoP ia akan lah dilaksanakan secara berperingkat. Ada sebahagian akan lah dapat dilaksanakan lebih kurang 10 peratus- dapat disiapkan pada tahun ini, 50 peratus pada tahun yang akan datang dan baki 40 peratus dijangkalah dapat siap pada tahun 2025. Sekian jawapan saya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Soalan ini merupakan satu soalan yang menumpu kepada Sarawak dan kawasan Parlimen Igan, tetapi program ini merupakan program menyeluruh yang diperlukan di semua kawasan.
Saya ingin tahu sama ada kementerian boleh keluarkan senarai JENDELA yang telah dilaksanakan setakat ini di seluruh negara kepada seluruh kawasan Parlimen. Saya rasa akan membantu kita di kedua-dua belah pihak. Terima kasih, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat.
Tak ada masalah untuk KKD untuk menyediakan butiran-butiran untuk setiap kawasan Parlimen. Dan sebenarnya saya percaya bahawa pada selepaslah PRU Ke-15, sebenarnya satu dosir telah disediakan untuk setiap Kawasan Parlimen. Dan dosir itu sebenarnya sepatutlah diterima oleh lah setiap Ahli Parlimen. Dalam dosir tersebut memang mempunyai liputan 4G di kawasan Yang Berhormat, projek-projek JENDELA, berapa projek di bawah projek JENDELA dan juga PoP. Sekiranya Yang Berhormat belumlah terima salinan tersebut ataupun misplaced, saya tak ada masalah untuk membekal salinan lagi untuk Yang Berhormat- untuk kawasan Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Saya minta semua kawasan Yang Berhormat, not only specific for Beluran please.
Puan Teo Nie Ching
Memang, memang pada sidang pertama- Sidang Parlimen Pertama satu dosir telah disediakan untuk setiap Kawasan Parlimen, disediakan oleh SKMM kerana pada masa itu KKD juga menjemput SKMM untuk datang ke Parlimen untuk menerima aduan daripada setiap Ahli Yang Berhormat. Dan masa itu kami sudah sedia dosir untuk setiap Kawasan Parlimen supaya projek-projek yang telah dilaksanakan dan juga dirancangkan bolehlah kami lah bagi maklumat kepada setiap Ahli Parlimen. Jadi, tak ada masalah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutnya, dipersilakan Dato’ Ahmad bin Saad @ Yahaya, Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Assalamualaikum, salam sejahtera...
*Zionis Israel bertambah kejam, semoga pejuang Palestin terus bertahan.
Soalan saya nombor 8.*
8. Dato' Ahmad bin Saad @ Yahaya [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan, peranan JAKIM dalam melakukan usaha sama bersama kementerian lain khususnya Kementerian Kesihatan dalam membendung aktiviti songsang seperti gay dan lesbian yang semakin membarah dalam masyarakat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa berusaha untuk menangani isu LGBT daripada terus berleluasa. Melalui usaha-usaha berterusan demi mengekang isu ini dari terus menular dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Oleh itu, isu ini memerlukan perhatian dan kerjasama daripada semua pihak untuk saling bantu-membantu di antara satu sama lain. Justeru, Jabatan Kemajuan Islam
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Malaysia (JAKIM) sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha membendung aktiviti songsang seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender. Antara kolaborasi yang telah dilaksanakan oleh JAKIM dan KKM dalam membendung aktiviti songsang ini adalah seperti berikut:
(i) penglibatan JAKIM dalam program yang diurusetiakan oleh KKM iaitu Pelan Tindakan Mengakhiri AIDS 2030 disediakan pada tahun 2016 dan Kajian Separuh Penggal dilaksanakan pada September 2023; dan
(ii) Garis Panduan Pengendalian Masalah Kesihatan Gender di klinik kesihatan disediakan pada tahun 2017.
Program Training of Trainers (ToT) PROSTAR Program Sihat Tanpa AIDS Remaja 2.0 Peringkat Kebangsaan oleh KKM telah diadakan sebanyak dua kali bermula tahun 2023 dan semua negeri telah melaksanakan ToT bagi melatih peserta sepanjang tahun 2023. Dan akhir modul PROSTAR Program Sihat Tanpa AIDS Remaja 2.0 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia disediakan pada tahun 2023 dan JAKIM terlibat sebagai penggubal modul nilai-nilai murni dan spirituality. Seterusnya penglibatan KKM dalam program yang diurusetiakan oleh JAKIM iaitu Pelan Tindakan Sosial Islam 2019-2025.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Jawatankuasa khas berkenaan isu LGBT yang beragama Islam di Malaysia ditubuhkan pada 2020 dan yang terkini, telah bersidang pada April 2023. Manual ‘Ilaj Home disediakan pada tahun 2022 dan Program Mukhayyam anjuran JAKIM, di mana pakar kesihatan KKM menyampaikan slot ceramah kesedaran kesihatan berkenaan isu HIV/AIDS. Berdasarkan kerjasama di antara JAKIM dan KKM, sebanyak empat siri Program Mukhayyam bersama komuniti LGBT untuk diberikan bimbingan keagamaan dan kesedaran kesihatan, melibatkan seramai 220 orang peserta berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2023.
Selain itu, 14 siri TOT PRO STAR 2.0 telah berjaya dilaksanakan di semua negeri sebagai program advocacy pendidikan dan pencegahan berkenaan isu LGBT sepanjang tahun 2023. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat?
Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Terima kasih Yang di- Pertua. Terima kasih Menteri atas jawapan. Semoga usaha yang digerakkan, insya-Allah berjaya. Cuma berdasarkan laporan terkini, peningkatan jangkitan AIDS ini bukan lagi melalui jarum suntikan tetapi dikesan melalui hubungan sejenis iaitu luar tabi’i. Sudah tentu langkah yang kukuh, tegas perlu diambil.
Jadi, apa yang saya ingin kemukakan soalan ialah apakah komen JAKIM terhadap kenyataan Yang Amat Berhormat Tambun dalam sebuah portal berita antarabangsa yang menyebut hak mereka tidak wajar diganggu? Merujuk kepada LGBT.
Mungkin apa yang disebut ini ada pendirian terkini oleh JAKIM. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya rasa pendirian JAKIM agak konsisten berkaitan dengan isu LGBT ini. Dan kerajaan juga mempunyai pendirian yang jelas berkaitan dengan isu LGBT ini yang tidak boleh diterima, khususnya dalam masyarakat Islam ini. Seperti mana yang telah saya sebut sebentar tadi, dalam konteks yang sama dan apa yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Tambun ialah dalam konteks mengiktiraf sebab golongan ini mempunyai hak asasi tertentu di bawah perlembagaan.
Sebagai contoh, hak pendidikan dan sebagainya. Sebab itulah pendekatan yang diambil dalam konteks JAKIM ialah untuk bekerjasama seperti mana yang saya sebutkan tadi dengan agensi-agensi yang lain untuk memberikan kesedaran dan juga mengambil
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
tindakan-tindakan untuk memastikan agar golongan ini kembali kepada fitrah yang sebenar dan dapat disedarkan daripada perbuatan kesalahan yang dilakukan.
Jadi, saya simpulkan di sini Tuan Dato’ Yang di-Pertua iaitu apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Tambun, tidak bermakna menerima LGBT ini. Tetapi dalam konteks human rights ataupun hak-hak yang diperuntukkan, termasuk dalam perlembagaan, yang itu tidak boleh dinafikan kepada mereka. Yang itu pendirian yang JAKIM ambil.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Semasa kempen pilihan raya, ramai pihak-pihak yang berada di sebelah sana menuduh sekiranya PH menang, berleluasalah LGBT, kahwin sepasang dan sebagainya.
Persoalan saya...
[Dewan riuh]
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
ha, kan? Jadi soalan saya, adakah JAKIM ada maklumat perkahwinan sama jenis selepas Yang Berhormat Tambun jadi PM? Berapa pasangan yang melibatkan lelaki dan pasangan yang melibatkan perempuan? Apakah pasangan yang berdaftar ini dari golongan Melayu? Berapa bilangan dia? Dan apakah tindakan kesedaran dan penguatkuasaan telah diambil untuk membanteras gejala LGBT? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Daripada sudut perundangan, khususnya akta ataupun Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, jelas Dato’ Yang di- Pertua. Undang-undang yang sedia ada tidak mengiktiraf perkahwinan hanya di antara lelaki dan juga wanita. Dengan lain perkataan, mana-mana pihak yang terlibat dalam akad nikah, termasuklah pendaftar dan sebagainya, bila nak membenarkan sesuatu pernikahan, Akta Enakmen Undang-undang Keluarga Islam itu perlu dilaksanakan.
Jadi, dalam konteks tersebut, menjawab apa yang Sri Gading sebut tadi, dalam rekod JAKIM dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri tidak ada satu pun perkahwinan- perkahwinan yang melibatkan sama jenis yang didaftarkan.
[Tepuk] Yang itu memang jelas. Hatta, kalau katakan perkahwinan itu dilangsungkan juga dan apabila pihak-pihak ini ingin berhasrat untuk mendaftarkan, ini tidak mustahil, sebab undang-undang memang tidak membenarkan.
Berbeza dengan kalau katakan perkahwinan itu dilangsungkan, melibatkan pihak yang lelaki dan juga perempuan, berkahwin di Thailand, contohnya. Kemudian datang kembali ke negara untuk mendaftarkan pernikahan tersebut. Selama mana perkahwinan tersebut sah mengikut hukum syarak iaitu antara lelaki dan juga perempuan, maka perkahwinan itu boleh didaftarkan.
Jadi, terdapat perbezaan yang jelas, mana-mana peraturan yang perkahwinan yang bertentangan dengan undang-undang sedia ada yang melibatkan perkahwinan lelaki dengan perempuan dan lelaki sama lelaki ataupun perempuan dengan perempuan, sebab itu saya sebutkan di sini memang tidak ada dalam rekod kita, walau satu sekalipun. Terima kasih.
Seorang Ahli
Yang Berhormat, soalan tambahan boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, duduk. Dipersilakan soalan yang terakhir. Tuan Suhaizan bin Kaiat, Yang Berhormat Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Masalah LGBT dah selesai. So, soalan saya, Pulai nombor 9.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
9. Tuan Suhaizan bin Kaiat [Pulai] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah rancangan kementerian untuk membangunkan belia seluruh negara memandangkan sebahagian mereka mempunyai pandangan berbeza dengan Kerajaan Madani.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Yang Berhormat. Pulai minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah rancangan kementerian untuk membangunkan belia seluruh negara memandangkan sebahagian mereka mempunyai pandangan berbeza dengan Kerajaan Madani.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kementerian Belia dan Sukan, kita sentiasa memberikan perhatian, terutama kepada pandangan dan idea dalam kalangan anak muda walaupun jika ada perbezaan. Malah, kerencaman dan perbezaan pandangan, termasuklah dalam sektor politik bukanlah sesuatu yang mendatangkan masalah kerana kementerian, kami sentiasa berusaha untuk menguruskan perbezaan berkenaan melalui pendekatan yang matang dan terbuka.
Sebagai sebuah masyarakat yang demokratik, perbezaan pandangan berteraskan tanggungjawab dan kebenaran sentiasa kita alu-alukan untuk memastikan negara ini memiliki kelompok belia yang progresif dan peduli, selain kita ingin melahirkan masyarakat yang lebih kritis. Jadi, sebagai salah satu mekanisme dalam meraikan perbezaan pandangan berteraskan pada tanggungjawab dan kebenaran ini, Kementerian Belia dan Sukan pada 12 Julai 2023 telah pun melancarkan program yang kita kenali sebagai Sekolah Rukun Negara.
Program yang bersifat latihan dengan tiga fasa utama iaitu asas, pertengahan dan lanjutan ini kita laksanakan dengan tujuan untuk memberikan kefahaman berkaitan dengan sistem demokrasi dan kenegaraan melibatkan kumpulan sasar dalam kalangan belia berusia antara 15 hingga ke 30 tahun. Program ini memberikan penekanan terhadap perkara-perkara yang berikut:
(i) falsafah kenegaraan dan demokrasi;
(ii) Perlembagaan Persekutuan;
(iii) pilihan raya;
(iv) parti politik;
(v) institusi Parlimen;
(vi) pentadbiran awam;
(vii) kerajaan tempatan;
(viii) institusi kehakiman;
(ix) media dan akses kepada maklumat;
(x) masyarakat sivil;
(xi) seni dan budaya; serta
(xii) kesaksamaan gender.
Proses pembangunan modul ini dilaksanakan secara komprehensif dengan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan merangkumi ahli akademik, badan bukan kerajaan, agensi kerajaan, aktivis belia dan pemimpin parti politik dalam kalangan pihak kerajaan mahupun pembangkang. Sebagai bukti, Pasir Mas pernah hadir dalam salah satu sesi libat urus pembangunan modul Sekolah Rukun Negara ini.
Program ini melihatkan keseriusan Kementerian Belia dan Sukan untuk memastikan anak muda terus melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai perbahasan penting berkaitan dengan isu-isu demokrasi dan kenegaraan. Ia sekali gus membantu untuk membentuk pemikiran yang berteraskan kepada pengetahuan dengan sulaman kepada elemen-elemen nilai murni, kebertanggungjawaban dan mengutamakan kebenaran, selaras dengan prinsip-prinsip yang digariskan juga menerusi nilai-nilai Malaysia Madani.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Pada tahun ini, Kementerian Belia dan Sukan menyasarkan sebanyak 100,000 penyertaan ke dalam Sekolah Rukun Negara. Sehingga 17 Oktober 2023 semalam, Sekolah Rukun Negara fasa asas telah berjaya melibatkan penyertaan seramai 76,166 orang belia. Pelaksanaan fasa pertengahan dan lanjutan bagi program ini dirancang untuk dilaksanakan bermula pada tahun hadapan.
Selain daripada menggunakan pendekatan secara bersemuka, kementerian ini turut melaksanakan pendidikan demokrasi menggunakan pendekatan digital melalui media sosial dan jumlah tontonan terhadap bahan-bahan ini telah pun mencecah 6.8 juta tontonan setakat hari ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan, Yang Berhormat.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.
Terima kasih atas jawapan daripada Timbalan Menteri. Saya hendak tambah sikit soalan tambahan. Dari segi penyertaan, iaitu bagaimana ia dipilih peserta-peserta itu dan setakat mana dalam program yang dilaksanakan ini memberi— setakat mana keberkesanannya program tersebut yang telah dilaksanakan selama ini? Terima kasih.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Pemilihan kepada peserta-peserta adalah berdasarkan kepada capaian yang kita urus menerusi agensi. Agensi yang terlibat adalah i-LEAD. Manakala, kementerian-kementerian lain turut bekerjasama termasuklah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi. Kita laksanakan program ini, bukan sahaja di kem-kem wawasan, sebaliknya juga di institusi-institusi pengajian tinggi dan juga di sekolah-sekolah yang terpilih.
Manakala, dari segi impact atau pun keberkesanan pelaksanaan program ini, kita ukur menerusi, terutama sekali dapatan kajian awal dan juga kajian akhiran. Erti kata lain, setiap peserta kita akan beri sedikit borang kaji selidik, tahap pemahaman mereka terhadap isu-isu yang berkait dengan, terutama sekali yang kita beri tumpuan kenegaraan, sistem politik dan juga kerajaan.
Seterusnya, kita akan uji pengetahuan dan tahap penguasaan maklumat yang telah pun mereka kecapi sepanjang program itu dan alhamdulillah setakat sekarang, kita dapat melihat bahawa tahap— walaupun tidak ada angka di sini tapi tahap pencapaian ataupun tahap pemahaman setiap peserta yang melibatkan diri dalam Sekolah Rukun Negara ini boleh dikira sebagai sangat baik, memandangkan bahawa mereka ini adalah berusia terutama sekali dalam kalangan 15 hingga ke 30 tahun, daripada pelbagai latar.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Bagan Serai.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Baik. Terima kasih, Timbalan Speaker.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Yang di-Pertua. Menteri juga orang muda, dan saya juga pernah menjadi pimpinan pemuda. Jadi, pandangan orang muda ini selalunya dia memang agak anti-establishment. Itu biasa kerana Menteri pun pernah melalui proses itu.
Jadi, kalau program yang kita nak buat, nak paksa orang muda ini ikut apa yang kita buat, tak boleh. Macam pepatah Arab sebut, “kamu boleh paksa kuda pergi minum air, tetapi kamu tak boleh paksa kuda itu minum air”. Tempat minum air, boleh tapi nak paksa, dia tak boleh. Maka, dengan sebab itu, apa pandangan daripada Menteri berkenaan dengan perkara-perkara mutakhir yang berlaku pada hari ini?
Apabila sekatan-sekatan maklumat, seolah-olah macam suatu ugutan yang dikenakan kepada mereka di kalangan anak-anak muda ini yang memang mesra dengan IT ataupun dengan media sosial ini, yang mana ugutan-ugutan ini menyebabkan mereka
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
rasakan tidak selesa, sehinggakan mereka bertindak di luar daripada apa yang sepatutnya kita lihat.
Kita hendak orang muda ini, biar mereka kritis. Kami dalam parti pun sama. Sebab itu, saya selalu suka, orang muda biar trial and error. Salah tidak apa, tapi orang tua tidak boleh buat begitu. Apa pandangan daripada Menteri berkenaan dengan hal, trend yang berlaku pada hari ini? Sekatan-sekatan yang dibuat terhadap media sosial untuk memberikan kebebasan kepada anak muda untuk meluahkan pandangan-pandangan mereka, asalkan bukan fitnah. Terima kasih, Menteri.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Timbalan Menteri.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih, Bagan Serai. Saya yakin bahawa concern, dengan izin, yang dikemukakan oleh Bagan Serai ini adalah satu perbincangan ataupun conversation yang sedang berlaku sekarang. Saya percaya, yang pertama sekali, terutama sekali dalam segi agensi pelaksanaan atau penguat kuasa, dalam bidang mengawal selia platform media sosial.
Ini terutama sekali bukanlah di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Sebaliknya, di bawah SKMM, KKD. Tetapi, setiap langkah yang diambil oleh kerajaan, terutama sekali dalam menyelia kandungan-kandungan yang tersiar dalam media sosial, terutama sekali platform-platform yang banyak digunakan sekarang seperti TikTok, Twitter dan sebagainya tentu sekali, melibatkan perkara-perkara yang mengikut peruntukan undang- undang. Ia tidak boleh lebih daripada apa yang diperuntukkan oleh undang-undang, terutama dalam zaman pasca kebenaran. Yang Berhormat, kita tahu.
Tuan Yang di-Pertua, banyak maklumat-maklumat yang kita perlu tapis dan juga perlu pastikan bahawa ianya tidak tersasar daripada, terutama sekali fakta sebenar dan dalam menangkis isu fitnah, isu-isu misinformation dan juga penyongsangan maklumat- maklumat serta naratif-naratif, terutama yang berkait dengan politik.
Golongan belia ini perlu kita beri panduan dan sebab itu, langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan adalah untuk menitikberatkan kepada objektiviti dalam kita berfikir dan modul-modul yang dikeluarkan, terutama menerusi Sekolah Rukun Negara tadi turut menyentuh soal media dan juga akses maklumat. Kita bukannya bagi tahu, apa yang betul apa yang salah semata-mata. Sebaliknya kita pimpin dan kita didik supaya golongan belia ini boleh berfikir secara kritis, boleh membuat perbandingan dan boleh melakukan, orang kata, analisa sendiri. Bagaimana untuk mencari satu-satu kebenaran, dengan berfikir secara objektif dan lebih kritis.
Kita tidak menyokong mana-mana sekatan maklumat yang melampau, yang melampaui, terutama sekali peruntukan undang-undang. Namun, kita yakin dan kita pertahankan. Kerajaan pertahankan bahawa itu juga adalah satu keperluan, terutama dalam zaman yang kita sebut sebagai pasca kebenaran ini, di mana kita mahu misinformation, salah maklumat dan juga berita-berita palsu ini turut kita kekang, supaya masyarakat kita dapat jaga keharmoniannya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan pada hari ini. Terima kasih, Yang Berhormat.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya bangun di bawah peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Peraturan Mesyuarat berapa?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
18(1) dan (2).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya telah hantar usul pada 16 hari bulan. Hari ini 18. Saya belum mendapat jawapan berhubung dengan sekatan untuk
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
menggunakan peranti bagi penstriman ucapan daripada Ahli Parlimen. Sebab, kalau sekiranya kita ingin membuat peraturan demikian, Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Isytiharkan saja bahawa Parlimen tidak membenarkan penstriman TikTok. Jadi, lebih senang rakyat dunia tahu apa yang berlaku di Malaysia sekarang kerana selepas Parlimen, kita pergi kat luar, kita cakap juga.
Tapi, ini penting sebab orang nak tengok live, sebab kerajaan dulu memperjuangkan live. Semua live.
Kita dah bagi semua, tapi bila dia orang dapat jadi kerajaan, mereka telah sekat, sekat sana dan sini. Ini Yang Berhormat, sesuatu yang tidak wajar berlaku, dan Yang Berhormat sebut bahawa, kita boleh menggunakan YouTube dan juga RTM. Bila RTM nak buat coverage kepada kami? Muka— jari pun tak tunjuk dah sekarang.
Jadi, kita mengharapkan RTM berlaku adil. Dia tak boleh adil, dia akan bersama kerajaan. Jadi, ini harapan kami ialah melalui yang lain, yang dibenarkan kerajaan. Kalau tidak, kerajaan haramkan saja TikTok. No problem.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, pendekkan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ataupun isytiharkan negara ini, yang boleh sekat orang ini, negara sosialis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Pendekkan. Ini bukan ruang untuk berbahas.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bukan ruang untuk berbahas. Maklumkan apa yang dikaitkan dengan 18(1). Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan. Sekarang ini, saya masuk bawah 18(1), Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya dah faham.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Perbahasan saya terlampau panjang, jadi saya tak boleh masuk tajuk ini sebab saya nak fokus kepada bajet yang nampaknya ketidakadilan berlaku.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, saya ambil maklum dan saya faham soalan. Saya rasa, dah cukup dah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, apakah 18(1) saya, tidak akan dijawab lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya akan jawab ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey, okey. Terima kasih. Terima kasih Speaker yang masih lagi berjiwa demokrasi, democratic. Jangan jadi jiwa sosialis, tahan sana, tahan sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat. Yang Berhormat, apa Yang Berhormat Arau telah ungkapkan sebentar tadi, berkaitan 18(1). Saya telah mendapat pemakluman. Dua usul Yang Berhormat Arau di bawah Peraturan Mesyuarat 18 masih dalam pertimbangan Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Ada nota pada saya ini. Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya ini hormat Yang Berhormat, sebab misai Yang Berhormat yang cukup cantik, ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi saya hendak beritahu Yang Berhormat, Yang Berhormat menyebut di Parlimen ini semasa akhir Parlimen semalam, kerajaan ada 16 orang, kami 21. Kami
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
begitu prihatin tentang Parlimen. Yang Berhormat berkata, semua sekali makluman yang dihantar akan dijawab dalam masa 24 jam. Ini sudah lebih 24 jam Yang Berhormat, itu yang saya maksudkan. Saya bukan melawan, saya ni jenis orang baik, tidak melawan punya. Kalau orang baik macam ini hangpa halang apa lagi yang tinggal kepada Malaysia?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, [Ketawa] Yang Berhormat, saya faham tetapi ketetapan ini, semua usul-usul akan diputuskan oleh Speaker. Jadi, saya telah mendapat pemakluman Speaker, ia dalam pertimbangan Speaker. Insya-Allah sebentar lagi Speaker akan naik. Baik.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguh sehingga jam 7.00 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 19 Oktober 2023.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat- Yang Berhormat, pada petang semalam saya telah memohon dan menyatakan saya akan membuat ruling, petua atas apa yang telah diputus, kemelut di sebelah petang di antara Yang Berhormat Pengkalan Chepa dan Yang Berhormat Ipoh Timur. Dengan sedemikian, untuk menepati apa yang telah dinyatakan saya akan membaca ruling saya dan sebab- sebab saya meminta tempoh memutuskan keputusan ruling itu pada hari ini.
Ingin saya menarik perhatian kepada Ahli-ahli Dewan bahawa pada hari semalam, saya telah menangguh permohonan untuk membuat petua di bawah Peraturan Mesyuarat 36(6) yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur ke persidangan mesyuarat pada pagi ini, disebabkan ia melibatkan keterangan-keterangan yang berkait dengan kejadian lepas yang berlaku di luar Dewan.
Kedua, memandangkan ia melibatkan isu keagamaan yang begitu sensitif kepada masyarakat majmuk Malaysia, adalah wajar bagi saya untuk menimbangkan keputusan seadil-adilnya selepas mempertimbangkan segala keterangan yang wujud berkaitan isu dan peraturan yang telah dibangkitkan.
Ketiga, dengan sedemikian, saya memilih untuk mengkaji keterangan yang ada dan memberi petua pada pagi ini.
Keempat, berkemungkinan besar jika isu tersebut ia berlaku di depan mata saya dan tidak berkait dengan fakta luaran, saya dapat membuat petua serta-merta, malangnya tidak berlaku sedemikian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Peraturan 36(6) yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur. Yang Berhormat Ipoh Timur telah membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(6) iaitu sangkaan jahat kepada seorang Ahli. Yang Berhormat Ipoh Timur telah menyatakan bahawa Yang Berhormat Pengkalan Chepa telah memetik nama beliau dan mengaitkan sangkaan jahat kepada beliau di dalam ucapan perbahasannya.
Bagi mendapat penjelasan yang lebih tepat, apa yang dimaksudkan sangkaan jahat tersebut, saya telah meminta Yang Berhormat Ipoh Timur membangkitkan apa yang beliau maksudkan sedemikian dengan cara meminta Yang Berhormat Ipoh Timur mengemukakan hujah beliau.
Hujah-hujah Yang Berhormat Ipoh Timur. Yang Berhormat Ipoh Timur telah mengemukakan tiga persoalan kepada Yang Berhormat Pengkalan Chepa untuk menjelaskan maksud beliau. Pertama, adakah terjemahan oleh dinukilkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur di dalam video salah? Kedua, adakah terdapat ulama yang mengatakan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dalam konteks videonya salah? Ketiga, adakah Yang Berhormat Ipoh Timur perlu memohon maaf walaupun di luar Dewan beliau telah memohon maaf secara terbuka?
Rumusan pendapat saya. Yang Berhormat Ipoh Timur telah memberi keterangan dengan jelas apa yang dimaksudkan bahagian, maaf, Yang Berhormat Ipoh Timur tidak, tidak ya, memberi keterangan dengan jelas apa yang dimaksudkan bahagian atau frasa ucapan Yang Berhormat Pengkalan Chepa, yang dikaitkan dengan sangkaan jahat oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Berikutan itu saya telah meminta Yang Berhormat Pengkalan Chepa menjelaskan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur.
Penjelasan Yang Berhormat Pengkalan Chepa seperti berikut
(i) Yang Berhormat Pengkalan Chepa memberitahu bahawa beliau telah melihat video Yang Berhormat Ipoh Timur tersebut;
(ii) Yang Berhormat Pengkalan Chepa menyatakan bahawa mereka dituduh sebagai Khawarij;
(iii) Yang Berhormat Pengkalan Chepa juga telah menjelaskan tentang definisi Khawarij;
(iv) Yang Berhormat Pengkalan Chepa menyatakan bahawa Marang tidak membawa fahaman Khawarij;
(v) Yang Berhormat Pengkalan Chepa juga telah menyatakan bahawa beliau dan juga kepimpinan PAS tidak bersetuju apabila Mufti Pahang menyatakan bahawa DAP adalah kafir harbi;
(vi) Yang Berhormat Pengkalan Chepa menyatakan bahawa seorang Ahli Parlimen yang tahu undang-undang telah menuduh Marang sebagai golongan Khawarij yang membawa fahaman Khawarij;
(vii) Yang Berhormat Pengkalan Chepa juga telah mengajukan soalan kepada kerajaan iaitu apakah tindakan kerajaan dan apakah status siasatan terhadap Yang Berhormat Ipoh Timur?
Rumusan kedapatan saya. Saya dapati Yang Berhormat Pengkalan Chepa tidak langsung menyanggah atau menjelaskan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur. Prinsip-prinsip keadilan semula jadi (natural justice) dalam mempertimbangkan keterangan kedua-dua Yang Berhormat ini, saya mengambil pendekatan approach, dengan izin prinsip-prinsip keadilan semula jadi (natural justice) dengan izin.
Prinsip audi alteram partem, dengan izin. Prinsip memberi peluang kepada orang yang dituduh untuk membela diri. Kedua, prinsip tidak berat sebelah orang yang berkepentingan di dalam sesuatu isu, tidak boleh mengadili isu tersebut. Adalah jelas di dalam prosiding sebelum saya membuat petua ini, kedua prinsip keadilan semula jadi ini telah saya guna pakai dengan memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk menyuarakan ketidakpuasan hati dan membela diri. Manakala saya, tiada kepentingan
Penjelasan Yang Berhormat Pengkalan Chepa seperti berikut
diri dan bertindak atas kapasiti sebagai Pengerusi Majlis Mesyuarat, sebagaimana diperuntukkan di dalam Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Parlimen Malaysia.
Keputusan petua Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Apa-apa petua yang saya akan nyatakan di sini adalah berpandu selepas menimbangkan segala butiran keterangan yang saya perolehi dari kenyataan Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Pengkalan Chepa melalui rakaman video Majlis Persidangan Dewan Rakyat Parlimen Malaysia yang bertarikh 17 Oktober 2023 dan kenyataan Yang Berhormat Ipoh Timur di dalam video beliau yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Kedua-dua video yang berlaku pada petang itu saya telah teliti.
Petua ini berlandaskan kuasa yang diberikan kepada saya selaku Pengerusi Majlis Mesyuarat berpandu Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang telah diwartakan.
Isu utama kemelut ini terjadi apabila Yang Berhormat Ipoh Timur telah membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(6) seperti berikut.
Pertama, 36(6) berbunyi, “Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangka jahat ke atas siapa-siapa Ahli lain.” Kunci untuk menentukan sama ada seorang Ahli telah melanggar peraturan merujuk kepada senario ini ialah sama ada Yang Berhormat Pengkalan Chepa ada menimbulkan kenyataan sangka jahat terhadap Yang Berhormat Ipoh Timur.
Setelah mengkaji keterangan-keterangan yang ada, saya berpendapat pertama, kenyataan Yang Berhormat Pengkalan Chepa ditujukan kepada Yang Berhormat Ipoh Timur itu terbukti jelas. Yang Berhormat Ipoh Timur beranggapan Yang Berhormat Pengkalan Chepa bermaksud bahawa kenyataan yang dikeluarkan memang ditujukan kepada beliau yang menyebabkan beliau membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(6) dan ini terbukti jelas.
Penjelasan Yang Berhormat Pengkalan Chepa seperti berikut
Persoalan sekarang sebelum petua diakhiri, adakah perkara-perkara yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa sampai ke tahap melaung, menjangkau, sangkaan jahat ke atas sesiapa ahli lain? Setelah mengambil kira semua keterangan berpandukan keterangan ahli, rakaman video Parlimen Malaysia, rakaman video Yang Berhormat Ipoh Timur berkaitan isu ini dan Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat di dalam menentukan maxim, dengan izin sama ada telah berlaku sesuatu pelanggaran peraturan.
Prinsip utama yang saya pegang adalah prinsip pertama, beban bukti terletak pada orang yang membuat pertuduhan atau membangkitkan pelanggaran Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat Parlimen Malaysia. Beban bukti tersebut tidaklah ke tahap kehendak sebagaimana prinsip prosiding Mahkamah Jenayah - Beyond Reasonable Doubt dengan izin atau iaitu melampaui keraguan dan kemunasabahan atau mahkamah sivil atas balance of probabilities dengan izin, imbangan kebarangkalian. Cukuplah atas dasar pemikiran logik seorang manusia yang waras; Kedua, pelanggaran ini perlu jelas dan membuktikan butiran apa yang menjadi persoalan pokok dan ayat digunakan oleh ahli yang melanggar peraturan tersebut agar senang orang yang menghadapi pertuduhan itu memahami apa-apa yang dihadapinya.
Sepanjang hujah Yang Berhormat Ipoh Timur, tiada butiran yang menjangkau maksud beliau mendapat menjelaskan bahagian atau frasa yang membawa maksud sangkaan jahat di dalam penjelasan beliau, walaupun telah diberi peluang untuk berucap.
Adalah tidak adil bagi saya memutuskan wujud sangkaan jahat jika ianya sekadar anggapan minda saya sendiri dan tiada penjelasan atau frasa yang menjangkau kepada sangkaan jahat tersebut diutarakan oleh seorang ahli yang membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(6). Untuk seorang ahli yang ingin membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(6) pada masa akan datang adalah wajib pada ahli tersebut menjelaskan bahagian atau frasa mana yang membawa kepada sangkaan jahat tersebut.
Berdasarkan semakan rakaman video ucapan Yang Berhormat Ipoh Timur, ciri-ciri dan butir-butir ini tidak wujud. Saya menginterpretasikan bahawa sepanjang ucapan Yang Berhormat Pengkalan Chepa tiada menjangkau ke tahap “sangkaan jahat”
Penjelasan Yang Berhormat Pengkalan Chepa seperti berikut
memandangkan isu yang dikaitkan dengan sangkaan jahat ini memang sudah sedia ada berlaku dan berlegar di media masa di luar Dewan ini.
[Tepuk] Dengan itu, saya tafsirkan apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa adalah sebagai isu akademik yang dibangkitkan di dalam ucapan perbahasan Yang Berhormat Pengkalan Chepa di dalam Dewan. Dengan sedemikian, saya memutuskan tiada ciri-ciri dan butir-butir dalam bentuk ‘bahagian’ atau ‘frasa’ diketengahkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur yang menyokong dakwaan bahawa Yang Berhormat Pengkalan Chepa telah melanggar peraturan 36(6) seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur.
[Tepuk] Dengan itu, saya menzahirkan petua saya ini di atas isu tersebut.
Nota. Petua saya ini boleh diperolehi di pejabat saya. Jika tidak berpuas hati dengan petua ini, remedinya adalah sebagaimana dinyatakan di limb kedua Peraturan Mesyuarat 43 Dewan Rakyat atau membuat usul kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Selain itu, pohon Yang Berhormat-Yang Berhormat juga mengambil maklum Peraturan Mesyuarat 99, 99A dan 100. Sekian, terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat I.
[Tepuk]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Speaker, saya alu- alukan keputusan panjang lebar yang dibuat oleh Yang Berhormat Speaker. Sebenarnya peraturan mesyuarat ini, bukan sahaja 36(6), 36(4), 36(12). Ia perlu melangkaui satu tahap untuk decide. Kebanyakan waktu yang berlaku sekarang ini, peraturan-peraturan mesyuarat tersebut digunakan untuk memberhentikan perbahasan seseorang ahli yang sedang berbahas sewenang-wenangnya.
Jadi, dengan keputusan panjang lebar seperti ini, diharapkan agar Parlimen mempunyai satu threshold baharu untuk merujuk seseorang terhadap perkara-perkara yang termaktub di dalam Peraturan Mesyuarat terutama Perkara-perkara 36(6), 36(4), 36(12) tidak boleh sewenang-wenang digunakan untuk mengganggu perbahasan seseorang. Jadi, saya alu-alukan keputusan Yang Berhormat Speaker dan sememang Yang Berhormat Speaker memang layak duduk di atas sana dan rakaman ini akan menjadi satu panduan baharu kepada Parlimen Dewan Rakyat Malaysia ini. Terima kasih Yang Berhormat.
[Tepuk]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, saya mendengar petua yang diberikan oleh Timbalan Speaker dan saya berterima kasih di atas petua yang diberikan. Memang Timbalan Speaker telah memberi penjelasan berdasarkan peruntukan undang-undang dan kajian dan sebagainya. Terima kasih. Pada masa yang sama, saya ingin tanya kepada Timbalan Speaker, kelmarin Pengkalan Chepa telah melontarkan perkataan ‘kafir’ terhadap saya dan juga terhadap Ipoh Timur.
Persoalan saya adalah, adakah kenyataan itu perkataan kafir adalah sesuatu yang akan dinormalisasikan dalam Parlimen kita? Kita lihat bahawa perkara itu telah diberi liputan dalam semua media massa, termasuklah Singapura. Adakah Dewan Rakyat ini akan membenarkan pihak-pihak di sebelah sana untuk mengulangi kenyataan kafir.
Daripada pengetahuan saya Timbalan Speaker, Allahyarham Tok Guru Nik Aziz sendiri pun tidak pernah menggunakan kenyataan itu terhadap kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Isu khususnya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, saya minta supaya Timbalan Speaker membuat ruling, kerana di luar sana rakyat Malaysia berbilang kaum berbilang bangsa terguris hati dengan kenyataan itu. Saya sendiri hampa dengan kenyataan itu dan tidak ada mana-mana pihak di sebelah sana...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...bangun untuk...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Jelutong, duduk. Yang Berhormat Jelutong duduk. Duduk, duduk, please. Yang Berhormat
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ipoh Timur pun duduk. Mungkin dalam sesuatu keputusan ada yang suka dan ada yang tidak. Baik dalam apa senario sekalipun, dalam apa-apa isu sekalipun kita mempunyai peraturan baik di sebelah kanan atau di sebelah kiri gunakanlah dan saya berharap Yang Berhormat Jelutong telah membangkitkan isu berkaitan, usulkan perkara itu. Ya.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya cuma mengharapkan – saya terima arahan yang diberikan Timbalan Speaker. Cuma saya minta Timbalan Speaker lebih tegas lagi supaya tidak membenarkan kenyataan itu diulangi di Dewan ini kerana kenyataan itu adalah it’s a hate speech Timbalan Speaker. Semua telah menonton dan video itu telah menjadi viral.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Inilah standard pemimpin- pemimpin PAS.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Seorang Ahli
Ini sangkaan jahat.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Yang Berhormat, duduk. Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat. Sebelah sini pun duduk. Ya Yang Berhormat, saya beri ruang.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Terima kasih.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Jerlun, Jerlun.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang lain tolong diam.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Standing order, standing order Jerlun. Tuan Yang di-Pertua, 37(2).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk. Saya tengah melayan Yang Berhormat Ipoh Timur.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Okey. Sekejap lagi saya minta.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Terima kasih Timbalan Speaker atas keputusan dan petua yang telah diambil. Saya mohon ruang untuk merayu tetapi di sini saya ingin menjelaskan bahawasanya tiga soalan yang saya kemukakan sebagai my defense dengan izin defense of my case dengan izin tidak sebenarnya dijawab oleh pihak Pengkalan Chepa. Itulah sebabnya selepas itu saya mohon sekali lagi untuk dia jawab, kerana sekiranya dia jawab, sangkaan buruk itu akan menyerlah secara jelas, ia adalah sangkaan buruk. Tetapi saya mohon ini sekadar untuk sampaikan kepada Timbalan Speaker. Saya mohon ruang untuk...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
[Bangun]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Apa benda ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Saya mohon ruang untuk...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang lain duduk, bagi Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya berlaku adil, saya akan bagi kiri dan kanan. All right. Yang Berhormat, *finish your...
[Tidak jelas]* Yang Berhormat.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Saya mohon untuk merayu kerana dengan jawabnya soalan betul atau tidak apa yang dinukilkan oleh saya, jelas sekiranya jawapannya tidak salah, maksudnya apa yang disampaikan adalah sangkaan buruk.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Jadi, di situlah saya berhenti kat sini. Saya mohon ruang untuk merayu kemudian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua ...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di- Pertua,bagi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar, sebentar. Saya tidak habis bercakap lagi ini.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Dia tidak faham Islam Tuan Yang di- Pertua. Apabila orang terang, sudah jawab dah kelmarin dia masih lagi...
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat yang lain itu duduklah.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya ada rekod lima orang itu amaran pertama. Ada dalam buku saya ini.
[Ketawa] Yang Berhormat Ipoh Timur, saya persilakan sebagaimana saya nyatakan salinan keputusan saya boleh dapati dan apply peraturan 43 itu dan terus kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat ya. Baik.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tuan Yang di-Pertua, Point of order.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Point of order...
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Jerlun.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Point of order dahulu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya, dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jelutong tadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Point of order dahulu. Duduk, Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya Point of order 36…
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, yang point minta itu yang belakang dahulu itu Yang Berhormat Jerlun.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Okey, okey.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tuan Yang di-Pertua, saya dan semua kita yang berada di Dewan kelmarin telah mengikuti sesi percanggahan dan pertikaman lidah berkaitan dengan sangkaan jahat dan sebagainya. Yang di-Pertua mengambil masa yang panjang hari ini untuk membuat keputusan sedangkan seksyen 37(2) itu sudah pun memberi kuasa kepada Tuan Yang di-Pertua untuk membuat tindakan.
Maksud saya, apabila Tuan Yang di-Pertua sudah mempunyai tanggapan bahawa ahli yang bangun itu bercadang untuk mengganggu ahli yang lain sedang berucap, waktu itu Tuan Yang di-Pertua boleh memberhentikan ucapan itu supaya tidak berlarutan dan berpanjangan. Jadi, saya harap untuk di masa akan datang, Tuan Yang di-Pertua boleh mengawal keadaan dengan menggunakan 37(2) ini supaya tidak mengganggu Majlis Mesyuarat kita. Sekian.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya mengambil iktibar dan saya tahu 37(2) itu adalah senjata ya tetapi saya memilih tidak menggunanya kerana Tuan Yang di-Pertua mempunyai budi bicara. Saya tidak memilih perkara itu sebab apa yang dibangkitkan adalah isu sensitif. Saya tidak mahu membuat keputusan on the spot. Ia melibatkan agama dan sentimen di luar. Faham? Budi bicara, ya. Yang Berhormat Jerlun, silakan Yang Berhormat, last. Selepas ini saya tidak layan lagi.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih kepada...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Timbalan Yang di-Pertua, boleh saya bagi one statement saja?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, lepas ini saya tidak layan.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ruling yang dibuat oleh...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, saya telah beri laluan dahulu kepada Pengkalan Chepa. Yang Berhormat duduk dahulu.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Datuk Speaker, after this.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Dalam ruling yang dibuat tadi, saya mengamati apa yang dilaporkan oleh Yang Berhormat Speaker antara benda yang sama dibangkitkan oleh Ipoh Timur bahawa saya tidak menjawab pertanyaan- pertanyaan dia. Kalau kita rujuk balik kepada Hansard, saya sudah sebut soalan dia adakah dia menafsirkan salah? Saya kata salah, saya bawa kata-kata tafsiran yang betul daripada kitab Fii Dzilalil Quran. Ini ada dalam Hansard. Itu saya sudah jawab.
Kemudian...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kerana tafsiran salah itulah...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Sikit lagi, sikit lagi.
Kemudian, kalau dengan tafsiran salah itulah dia mengheret bahawa ketaatan kepada pemerintah itu adalah ketaatan yang mutlak, sama macam ketaatan kepada Allah dan rasul, itu yang membawa kepada tuduhan bahawa Presiden PAS, Marang bawa fahaman Khawarij. Ini yang telah saya jelaskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Yang Berhormat, duduk, duduk.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ini yang saya jelas- jelaskan. Jadi, apa lagi yang saya tidak jawab? Saya terima kasih kepada Speaker di atas ruling yang sangat adil.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat duduk, duduk, duduk. Yang Berhormat-Yang Berhormat, isunya adalah 36(2). Saya kena putuskan apa ada berlaku perlanggaran atau tidak. Bukan isu-isu lain. Jadi, pertimbangan saya adalah atas itu sahaja dan itu adalah bidang kuasa saya.
[Tepuk] Baik, putus atau tidak saya dokumen itu semua sudah ada. Jadi, cukup kita noktahkan perkara itu. Baik.
[Tepuk]
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Timbalan Yang di-Pertua, boleh saya mohon untuk membuat satu kenyataan?
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Untuk perpaduan rakyat Malaysia, kita mestilah ikut apa yang telah diputuskan oleh pertubuhan terbesar Islam di Indonesia iaitu...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat!
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Nahdatul Ulama sejak tahun...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya, maksud saya jangan gunakan perkataan kafir.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, peraturan saya layan! Peraturan saya layan, kalau benda lain jangan.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tentang apa itu menyakitkan hati Ahli Yang Berhormat yang lain itu pun peraturan tetap.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, saya sudah kata noktah. Kalau peraturan Yang Berhormat bawa, bagi saya peraturan, kalau tidak, duduk. Cukup.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2024 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari sembilan puluh dua bilion ringgit
(RM92,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2024, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau
(“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 34 Tahun 2023, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [17 Oktober 2023]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Di hadapan saya terdapat senarai seperti berikut. Saya mempersilakan ketua parti Yang Berhormat Bagan, 20 minit.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Boleh, ya? Baik, terima kasih Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2024. Tetapi, sebelum ini saya hendak mula dengan melahirkan perasaan gerun terhadap serangan udara ke atas sebuah hospital di Gaza semalam yang menyebabkan 500 pesakit dan orang awam Gaza maut.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Kejadian menyayat hati ini melampaui batas kemanusiaan dan harus dikecam oleh semua tanpa kira kaum dan agama. Lebih 3,000 rakyat Gaza sudah terbunuh berbanding dengan 1,300 rakyat Israel. Rejim Israel tidak boleh elak daripada tanggungjawab ke atas serangan maut ke atas sebuah hospital yang harus menjadi tempat perlindungan awam yang bebas daripada kezaliman peperangan.
Sekali lagi, gencatan senjata harus diadakan dengan segera tetapi kita tahu bahawa Israel enggan berbuat demikian selagi mendapat sokongan kuat daripada Amerika Syarikat dan ahli bersekutunya di Kesatuan Eropah.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu nampaknya tidak bermaya langsung dalam menghalang pembunuhan besar-besaran atau genocide yang berlaku ini. Saya nak syorkan agar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dihormati di peringkat antarabangsa mencadangkan kuasa besar lain seperti negara China dan Rusia untuk menganjurkan satu sidang kemuncak menuntut gencatan senjata dan menentang penglibatan Amerika Syarikat dan ahli bersekutunya dalam kemelut ini.
Oleh kerana Rusia terlibat dalam peperangan di Ukraine, mungkin negara China yang menyokong tuntutan Palestin untuk menubuhkan negara mereka sendiri lebih sesuai menjadi penganjur. Sekurang-kurangnya kehadiran sebilangan besar negara dalam sidang kemuncak ini akan memberikan petanda kepada Amerika Syarikat bahawa kali ini lain. Kali ini lain kerana Amerika Syarikat menentang satu dunia, melihat pembunuhan beramai-ramai di Gaza. Berbalik kepada...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat Bagan.
Minta pencelahan sedikit. Sedikit sahaja. Setengah minit.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Hendak sebut kafir mengkafir lagi?
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tak ada, tak ada. Tak payah sebut sebab memang sudah jelas. Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
He’s asking. Apa ini? Tarik baliklah. Inilah yang saya maksudkan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Macam ini saya tidak mahu bagi laluan. Jangan main-main perkara ini.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat.
Jelutong duduk diam. Duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pengkalan Chepa, jangan biadab.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Apa pandangan Yang Berhormat terhadap negara di rantau Asia ini? Ada yang menyatakan sokongan terbuka kepada Zionis Israel dalam pembantaian kepada orang Palestin dan setuju kah Yang Berhormat kalau parti Yang Berhormat sendiri selain daripada berbahas, menyokong, menyertai demo, parti DAP buat satu kenyataan bertulis untuk menentang kezaliman Zionis Israel ini.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya rasa itu Yang Berhormat Pengkalan Chepa ini tidak ikut apa yang berlaku.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Betul. [Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kerana Yang Berhormat Ipoh Timur sendiri seperti musuh kepada Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Telah berkali-kali mewakili parti untuk menyatakan pendirian.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Maksud saya, kenyataan rasmi. Kenyataan rasmi berbeza dengan ucapan begini. Jangan sangka jahat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Malahan dihadiri oleh Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di mana satu hadir press conference, dia pun hadir tetapi anda tidak ikut. Anda hanya lihat kafir mengkafir sahaja.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya ikut dan saya telah sebut mengiktiraf tetapi ada tak kenyataan rasmi? Kenyataan rasmi! Itu soalan saya! Stick kepada question!
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Di sini yang jadi masalah. Itu yang jadi masalah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pengkalan Chepa, sila duduk.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya boleh hantar itu klip lah. Kalau tidak tahu boleh hantar klip. Minta Yang Berhormat Ipoh Timur hantar klip kepada orang ini.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat ini faham soalan ka dak? Saya kata kenyataan rasmi.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya rasa janganlah main politik dalam isu kemanusiaan Gaza.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jangan bagi floor dekat dialah!
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kita mengambil pendirian mengecam apa yang berlaku. Itulah banyak buat kenyataan kenapa mainkan politik dalam perkara ini?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Jangan pertikaikan keikhlasan kita untuk menentang genocide ini berlaku...
[Tepuk] Inilah pemikiran kolot daripada parti lawan, bila kita menentang...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
36(6) Speaker.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Dia pun hendak mempertikaikan...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
36(6).
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ini sudah lebih ini, melampaui.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
36(6), peraturan mesyuarat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
36(6) apa?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Apa lagi?
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Sangkaan jahat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Sangkaan jahat apa? Ini pemikiran kolot!
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya tadi...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kita menentang, dia pun hendak pertikaikan.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat, bagi peluang. Bagi dia duduk dulu.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ini sudah lebih.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya bertanya dengan lunak, apa pandangan Yang Berhormat Bagan terhadap negara di rantau Asia ini ada
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
yang menyokong dengan statement terbuka terhadap Israel dan saya menyatakan setujukah Yang Berhormat untuk DAP juga buat kenyataan sebagaimana parti kami.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kita dah buat kenyataan...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Itu sahaja soalan saya.
Mengapa dia tuduh kita kolot dan sebagainya? Ini sangkaan jahat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Hanya anda tidak nampak sahaja, hanya nampak kafir mengkafir sahaja, itu yang jadi susah.
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya sila- Yang Berhormat Bagan. Sila teruskan perbahasan dan yang lain jangan kacau...
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ini banyak kacau punya.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Perintah tetap...
[Dewan riuh]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Bagan boleh bagi laluan, Perintah Tetap 36(10)(c). Mana-mana Ahli tidak boleh mengeluarkan perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara satu kaum dengan satu kaum yang lain di Malaysia. Dan untuk kita supaya semua rakyat Malaysia boleh bersatu padu menyokong isu Palestin, kita haruslah- janganlah panggil orang lain kafir supaya kita boleh bersatu dalam isu ini dan saya mintalah kita dapat nasihat daripada pertubuhan Islam terbesar Indonesia iaitu Nahdlatul Ulama sejak 2019...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Telah mohon supaya orang Islam jangan panggil orang bukan Islam kafir supaya kita dapat bersatu padu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Beruas, itu sudah Timbalan Speaker buat ruling sebentar tadi. Jangan bangkitkan sekarang. Saya minta Yang Berhormat Bagan teruskan yang lain sila duduk.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Dia tak buat ruling tentang kafir mengkafir.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Teruskan perbahasan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya kesallah, bila kita hendak menyokong Gaza dan juga menentang Israel pun ada pihak yang hendak kacau.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Betul.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tak lihat kenyataan yang kita keluarkan sebelum ini. Ini yang mereka yang hilang akal macam itu. Berbalik kepada Belanjawan 2024, dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu, pertumbuhan ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat merupakan cabaran utama. Dengan peperangan di Timur Tengah, ia telah meningkatkan kemungkinan pertumbuhan ekonomi sedunia akan jatuh merudum dan harga minyak dan komoditi naik melambung tinggi.
Pertumbuhan ekonomi tahun ini dijangka tidak dapat mencapai sasaran empat peratus untuk 2023 dan sasaran lima peratus untuk 2024. Oleh itu, Belanjawan 2024 telah berusaha untuk menangani cabaran ini dengan memberikan fokus kepada belanjawan yang meningkat kepada RM394 bilion berbanding dengan RM388 bilion pada Belanjawan 2023 dengan Perbelanjaan Pembangunan sebanyak RM90 bilion berbanding dengan RM99 bilion bagi Belanjawan 2023.
Saya ingin tahu, berapakah bayaran balik hutang daripada pinjaman skandal 1MDB? Pada tahun-tahun 2022, 2023 dan 2024 yang datangnya daripada Perbelanjaan Pembangunan. Peningkatan belanjawan ini penting untuk menjaminkan pertumbuhan ekonomi yang mapan termasuk menambahkan subsidi dan bantuan yang telah pun dilakukan oleh Belanjawan 2024.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Sebarang cadangan pelaksanaan cukai baharu harus ditangguhkan kerana cabaran-cabaran ekonomi yang tidak menentu ini khususnya Cukai Keuntungan Modal 10 peratus ke atas keuntungan daripada penjualan syarikat yang tidak disenaraikan dalam Bursa Malaysia. Ini akan menimbulkan keresahan bahawa cukai ini akan diperluaskan kepada semua syarikat Bursa Malaysia. Sekurang-kurangnya dalam perkiraan keuntungan hasil tetapkan nilai buku atau book value yang bukanlah berdasarkan kos sejarah atau historical cost.
Kenaikan cukai perkhidmatan daripada enam peratus ke lapan peratus dan perluasan skop kepada logistik pembukaan-pembukaan karaoke telah menimbulkan keresahan di kalangan industri besar khususnya tentang logistik akan menambahkan kos barangan asas dan juga menaikkan kos sara hidup.
Oleh itu, kita harap perkara ini boleh dipertimbangkan supaya tidak dikenakan untuk tahun ini ataupun dilambatkan. Ini kerana bila kita sebut tentang logistik ia ada kesan besar. Pada masa yang sama, kita harap bahawa kalau dinaikkan Cukai Perkhidmatan kepada lapan peratus, ini akan menambahkan pandangan bahawa mungkin GST akan lebih rendah kerana bukan lapan peratus tetapi enam peratus. Oleh sebab itu, kita memohon, merayu perkara ini dapat dipertimbangkan semula.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Bagan, boleh sikit.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kalau kafir mengkafir, tak bagi woo.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tak, tak, tak. Berkaitan dengan...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Jangan kafir mengkafir di sini woo.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tak, tak Bagan, belum, belum. Saya ingin menyentuh- terima kasih Yang Berhormat Bagan. Berkaitan dengan SST tadi ya, logistik.
Jadi, kalau kita lihat ramai yang di luar sana menganggap bahawa kenaikan dua peratus itu tidak memberi kesan kepada inflasi dan saya sentuh perkara ini dalam ucapan saya sebelum ini bahawa kerisauan kita adalah berkaitan dengan logistik daripada kosong, sekarang ini menjadi lapan peratus.
Dia akan mempunyai multiplier effect dalam ekonomi itu sendiri. Jadi, saya rasa satu point yang kita semua boleh bersetuju untuk kita lihat sekurang-kurangnya kerajaan kena jelaskan bagaimana kalau hendak teruskan juga, bagaimana hendak menangani perkara ini supaya rakyat tidak terkesan. Terima kasih.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Itulah sebabnya saya bangkit kerana ini adalah perkara yang menimbulkan keresahan di kalangan industri. Sungguhpun kita dalam kerajaan, kita hendak sampaikan pandangan mereka kepada kerajaan. Saya percaya kerajaan akan pertimbangkannya khususnya tentang logistik. Oleh sebab itu kita memohon, merayu bahawa perkara ini dipertimbangkan. Kalau hendak dikenakan saya rasa dalam keadaan di mana dunia ini menghadapi peperangan perkara ini boleh dilewatkan dan bukanlah dikenakan sekarang.
Kini banyak industri kecil dan sederhana perlukan bantuan segera kerana menghadapi masalah harga import tinggi kerana nilai Ringgit yang rendah berbanding Dolar Amerika Syarikat ekoran pergolakan dan peperangan di dunia. Juga kos sara hidup yang tinggi, tempahan pembelian di kilang yang menurun, indeks pengeluaran industri telah turun 0.3 peratus pada bulan Ogos berbanding peningkatan 0.7 peratus pada bulan Julai tahun ini. Oleh itu, adalah perlu kerana masalah aliran dana yang tidak mencukupi.
Kita harap bahawa bantuan sampai kepada mereka dengan cepat. Janganlah kerana kerenah birokrasi lambat akhirnya mereka terpaksa pergi cari Ah Long. Saya juga tanya, adakah cukai untuk industri IKS tetap pada lima peratus untuk keuntungan bercukai pertama RM150,000, adakah ia dikekalkan. Bolehkah pihak IKS dikenakan keuntungan bercukai pertama sebanyak RM1 juta pada tahap 15 peratus juga.
Bukan hanya kepada tahap RM150, untuk cukai keuntungan bercukai, tetapi untuk RM1 juta kerana sekarang IKS memang menghadapi cabaran yang amat tinggi dan kita harap bantuan segera diberikan termasuk juga penurunan cukai untuk IKS
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Sektor perkhidmatan adalah sebanyak RM82.4 bilion untuk enam bulan pertama tahun ini merupakan punca utama ataupun 62 peratus daripada keseluruhan pelaburan yang diluluskan sebanyak RM132.6 bilion untuk tahun 2023. Zon Kewangan Khas boleh memangkinkan perkembangan sektor perkhidmatan yang pesat. Di sini saya ingin meminta sekali agar Yang Amat Berhormat dapat mempertimbangkan satu Zon Kewangan Khas di Pulau Pinang sama seperti yang didirikan untuk Johor Bahru.
Kalau boleh, satu untuk Selatan, satu untuk Utara dan saya rasa ini penting kerana sekiranya Pulau Pinang yang sekarang membangun pesat dari segi industri pembuatan, tetapi perlunya ada satu industri sektor perkhidmatan yang dapat saya rasa menjadi pemangkin ekonomi untuk Pulau Pinang. Kalau tidak, saya bimbang pelaburan akan menurun kerana kekurangan tanah dan sebagainya.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
So, kalau sekiranya satu zon kewangan khas dapat diberikan ia bukan sahaja akan memberikan manfaat kepada Pulau Pinang tetapi juga negeri-negeri berjiran termasuk Perlis, Kedah dan juga negeri Perak dan dengan syarat-syarat yang ada Pulau Pinang memang dapat menyokong zon kewangan khas serupa ini yang akan memberikan manfaat kepada negara Malaysia.
Saya hendak merujuk balik sebelum masa habis kepada kawasan saya tentang keperluan-keperluan enam projek infrastruktur utama dalam kawasan Parlimen Bagan. Di antaranya ialah peruntukan RM2.63 juta untuk pembaikan berkala bukan pavement dalam Bagan juga peruntukan RM3.65 juta untuk pembaikan berkala pavement tadi bukan ialah bukan pavement. Ketiga, anggaran kos Rancangan Tebatan Banjir Sungai Nyior sebanyak RM54.5 juta. Keempat, Rancangan Tebatan Banjir Mak Mandin sebanyak RM7 juta. Kelima, anggaran kos Rancangan Tebatan Banjir Tok Sanik sebanyak RM20.2 juta. Keenam, anggaran kos Rancangan Tebatan Banjir Sungai Perai sebanyak RM5 juta. Saya tak mahu berikan butiran terperinci. Saya akan berikan secara bertulis kepada pihak kementerian dan harap bahawa perkara ini akan dapat diberikan perhatian yang sewajarnya.
Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengalu-alukan peruntukan sebanyak RM1.9 juta untuk sektor Kementerian Pendidikan. Sektor pendidikan, Kementerian Pendidikan mendapat peruntukan yang paling besar sebanyak RM59 bilion. Di sini saya ingin meminta bahawa sekolah-sekolah vernakular boleh diberikan perhatian.
Saya lihat sini geran RM22 diberikan kepada sekolah agama. Bolehkah satu julat yang sama diberikan kepada semua sekolah vernakular? Selain daripada itu sekolah— apa ini itu perbelanjaan pembangunan kerana geran dan itu perbelanjaan pembangunan adalah lain.
Dan juga harap bahawa perbelanjaan pembangunan kedua-dua sekolah vernakular boleh ditambah kerana saya perhatikan di sini apabila RM70,000 diberikan kepada sekolah-sekolah untuk menambah baik dan juga memperbaiki tandas, sekolah vernakular tidak diberikan wang untuk jumlah ini.
Saya harap pada tahun depan apabila RM150 juta diperuntukkan untuk memperbaiki tandas di sekolah-sekolah bahawa sekolah-sekolah vernakular boleh diberikan perhatian. Kalau bukan RM70,000 untuk tahun depan sekurang-kurangnya RM50,000 setiap sekolah vernakular di Malaysia. Saya harap perkara ini boleh diberikan perhatian.
Pada masa yang sama apabila kita lihat tentang jumlah RM1.9 bilion yang telah diberikan untuk JAKIM, Pembangunan Islam memang Parti DAP tidak menentangnya.
Kita harap bahawa jumlah untuk Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) pun boleh diberikan perhatian yang sewajarnya. Bolehkah kerajaan memberikan peruntukan sebanyak RM100 juta iaitu tidak sampai pun lima peratus daripada apa yang diberikan untuk pembangunan Islam. Sekarang RM50 juta, bolehkah ia ditambah kepada RM100 juta?
Saya rasa dalam aspek ini pihak pembangkang pun tidak akan menentang kerana inilah satu jumlah yang bukan besar tapi akan menunjukkan bahawa memang bukan
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
sahaja Islam adalah agama Persekutuan tapi negara-negara lain bebas beragama dan juga mempunyai hak yang dihormati oleh kerajaan Malaysia.
Saya harap perkara ini boleh dinaikkan RM100 juta yang tidak sampai lima peratus daripada apa yang diberikan untuk pembangunan Islam. Saya lihat itu Indera Mahkota pun mengangguk-angguk kepala setuju juga, okey baik.
Di sini saya harap bahawa ekonomi hijau atau carbon tax ini yang telah pun disyorkan. Saya harap bahawa pihak kerajaan boleh berikan tumpuan kepada circular ekonomi. Ini adalah lain daripada apa yang telah diberikan selama ini tapi kerana perkara ini agak besar bukan mudah untuk saya cakap dalam masa berapa minit. Tapi secara ringkas harap boleh diberikan perhatian untuk usaha ini.
Sebelum saya pergi kepada itu karbon tax, saya ingin bertanyakan tentang isu beras, ini satu isu yang agak besar. Sungguhpun ada banyak tindakan diambil ke atas pengedar dan juga pengusaha beras yang mencampuri beras tempatan dengan beras import. Adakah ini menjadi satu amalan untuk semua pengusaha termasuk BERNAS.
Saya difahamkan BERNAS pun ada melakukan perkara sebegini. Kalau ini benar, bolehkah saya dapat keterangan daripada pihak kerajaan? Adakah BERNAS juga terlibat dalam kegiatan sedemikian? Kerana kalau ini berlaku untuk semua dalam industri ini bukan hanya satu, dua tapi menjadi amalan sejagat daripada industri itu. Saya pun tidak tahu mengapa Yang Berhormat Arau mengangguk-mengangguk kepala tapi dia faham.
Okey.
Di sini saya juga ingin menimbulkan perkara tentang MYAirline. MYAirline ini satu masalah yang telah menjejaskan 120,000 pembeli tiket yang telah menempah tiket sebanyak RM20 juta. Saya harap, saya ingin memuji Yang Berhormat Menteri Pengangkutan kerana telah mengambil tindakan tegas. Kita harap bahawa keutamaan diberikan untuk membolehkan wang yang telah ditempah ini dikembalikan dengan segera supaya refund ini boleh sampai kepada mereka yang perlukannya bukan dah dilambat- lambatkan.
Saya harap MAVCOM dalam perkara ini boleh jelaskan mengapa lesen diberikan kepada MyAirline bila ia memang tidak ada satu asas kewangan yang kukuh macam mana boleh diluluskan oleh kerajaan lama. Ini saya harap boleh dapat satu penjelasan oleh pihak kerajaan. Satu lagi tentang tindakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ya, saya hendak landing.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya Yang Berhormat penjelasan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Satu lagi, saya tidak ada masa.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tidak ada masa.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Satu lagi ialah tentang tindakan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tidak ada masa sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Adakah Yang Berhormat bercadang nak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau! Sila duduk.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Satu lagi ialah tindakan polis ke atas satu guru Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope in New Malaysia bila penulis buku Kean Wong.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Telah pun ditahan. Bolehkah saya dapat tahu apakah sebab...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Duduk.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tentang tahanannya dijalankan ke atas beliau dan tindakan yang diambil ke atas buku ini yang telah pun diterbitkan tiga, empat tahun yang dulu kerana ini telah menimbulkan banyak perasaan tidak puas hati di kalangan NGO- NGO dan juga masyarakat Madani.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, point of order. Yang Berhormat pakai...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yien
Point of order mana?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
35(1).
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kenapa? Yang Berhormat pakai peranti itu, esok boleh tidak saya pakai ini untuk sebarkan ucapan saya kepada umum.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Itu bukan live streaming.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia pakai peranti.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya bukan live streaming, saya hanya baca daripada apa yang saya tulis.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya pun nak baca tapi kadang- kadang terjadi *live.
[Ketawa]* Okey terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Arau! Jangan kacau Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Baik, terima kasih. Yang Berhormat telah – saya dah ambil...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ini Yang Berhormat Arau nakallah, ini Yang Berhormat Arau nakallah. Saya tidak buat live streaming, saya baca dan apa yang saya tulis.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, ya ucapan Yang Berhormat ini ucapan, ini ucapan Yang Berhormat hari ini bagus sebab Yang Berhormat sebab Yang Berhormat tegur kerajaan. Itu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup-cukup Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Nak bagus tapi perkataan kafir mengkafir dan juga daripada Indonesia itu saya akan ulas nanti.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Apa live streaming jadi. [Pembesar suara dimatikan] Yang Berhormat–Yang Berhormat tidak sebut kafir mengkafir itu saya puji. Tapi nasihatkan kepada rakan-rakan lain jangan kafir mengkafir ini tidak baik, tidak betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Bagan masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
[Ketawa]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya hendak landing. Saya hendak landing terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat ini DAP bukannya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau jangan kacau lagi. Sila duduk!
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya hendak landing.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak, dia bagilah chance, dia Ketua Parti Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, jadi sila duduk Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
DAP sama DAP. Lagi pun dia bakal Ketua Menteri Pulau Pinang.
[Ketawa]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ya, tidak apalah kalau anda syok-syoklah. Syok sendiri tidak apa.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bagan, sila gulung.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Akhirnya Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyokong Belanjawan 2024 dengan harapan bahawa pihak kerajaan boleh memastikan bahawa semua program yang dijalankan dapatlah dilaksanakan dengan cepat supaya ia dapat sampai kepada rakyat kerana ini menjadi masalah utama apabila sebab rancangan ini lewat. Kita tahu bahawa dalam itu sistem itu kewangan perlunya untuk tutup akaun pada masa yang awal.
Nah saya bagi contoh kerana sebagai Ahli Parlimen kita terpaksa tutup akaun pada bulan sembilan akhirnya dilanjutkan kepada bulan 10. Tapi takkan bila kita terpaksa tutup akaun pada bulan 10. Dua bulan kita tidak boleh buat apa-apa rakyat tidak boleh tunggu.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
So, kita harap perkara ini boleh diberikan pertimbangan supaya yang penting ialah wang itu sampai kepada rakyat jangan ada sebarang kelewatan dan kelambatan.
Dan akhirnya kami percaya bahawa Belanjawan 2024 akan membolehkan Malaysia mencapai hasrat dan juga sasaran mereka menjadi di antara negara yang disanjungi di pentas dunia. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya baca senarai pembahas untuk hari ini. YB Pagoh, YB Kinabatangan, YB Padang Besar, YB Jelutong, YB Rantau Panjang, YB Julau, YB Pasir Mas, YB Puncak Borneo, YB Alor Setar, YB Segamat, YB Tangga Batu, YB Hulu Selangor, YB Kuala Selangor, YB Sungai Besar, YB Pasir Gudang, YB Padang Terap, YB Parit Sulong, YB Jerantut, YB Lubok Antu dan YB Kuantan.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pagoh.
[Tepuk]
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Pertamanya saya ingin menzahirkan di Dewan yang mulia ini solidariti dan sokongan Perikatan Nasional kepada saudara-saudara kita yang berada di Palestin.
[Tepuk] Yang sedang pun berjuang untuk membebaskan tanah air mereka daripada penjajahan rejim Zionis Israel.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita terima berita yang agak mengemparkan iaitu satu tindakan maha zalim kekejaman yang luar batas kemanusiaan genosid yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap mereka yang ada di sebuah hospital di Gaza. Ini kita tahu adalah satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan, melanggar batas-batas ketatasusilaan kemanusiaan, melanggar undang-undang antarabangsa dan sebab itu kita mengambil suatu pandangan, kita harus mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang telah pun diambil oleh pihak rejim Zionis Israel ini.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua pada hari Jumaat yang lalu Yang Amat Berhormat Tambun telah pun membentangkan Belanjawan 2024. Ini diuar-uarkan sebagai belanjawan yang terbesar dalam sejarah negara. Walau bagaimanapun, saya hendak mengingatkan bahawa sebenarnya adalah lebih rendah daripada perbelanjaan yang telah pun disemak semula untuk tahun 2023 iaitu sebanyak RM367.1 bilion. Persoalannya tidak apalah kalau besar ke kecil, yang agak penting ialah bagaimana peruntukan-peruntukan belanjawan ini hendak disalurkan secara yang agak berkesan kepada rakyat dan juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Bagi saya, cabaran semasa yang paling getir buat negara kita ialah untuk mengekalkan momentum ekonomi yang berdaya tahan dalam tempoh yang agak mencabar setahun ataupun dua tahun ke hadapan ini dan lebih baik daripada keadaan yang kita hadapi waktu zaman pandemik yang lalu. Menurut Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), pertumbuhan ekonomi global dijangka akan kekal lemah iaitu berkembang hanya sekitar 2.7 peratus pada tahun 2024 berbanding tiga peratus pada tahun 2023. Maka, baru-baru ini unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar juga yang telah disemak semula oleh Bank Dunia kepada 3.9 peratus berbanding empat peratus pada tahun 2023. Dan ini menunjukkan realiti sebenar ekonomi negara yang mana wujud tanda-tanda penguncupan ekonomi di sebalik senario pertumbuhan global yang agak mencabar ini.
Saya ingin menegaskan bahawa mengambil kira risiko penguncupan ekonomi, Belanjawan 2024 tidak menyatakan secara terperinci apakah langkah-langkah luar biasa yang hendak diambil oleh kerajaan untuk memastikan setiap aspek perbelanjaan ini dibuat secara berhemah di samping memperkukuhkan kemampuan kewangan negara untuk membiayai perbelanjaan pengurusan dan pembangunan serta membantu rakyat yang sedang pun menghadapi kesukaran hidup. Dan dalam hendak menjana sumber pendapatan kerajaan, Yang Amat Berhormat Tambun telah mengemukakan cadangan iaitu sebuah reformasi cukai yang dikatakan cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus iaitu peningkatan dua peratus dikecualikan ialah sektor makanan, minuman dan telekomunikasi.
Menurut unjuran Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2024, hasil cukai perkhidmatan unjuran yang diunjurkan tadi meningkat daripada 16.6 bilion kepada 17.5 bilion iaitu hanya lebih kurang RM900 million sahaja, tetapi kesan daripada kenaikan itu bagaimana ramai Ahli-ahli Yang Berhormat telah pun membincangkan adalah kesan pengganda, multiplier effect. Mungkin nominal sahaja RM900 million tetapi mungkin dua, tiga kali ganda membebankan kepada rakyat. Sebab itu bagaimana yang ramai menyuarakan walaupun kecil kesannya adalah agak besar kepada rakyat. Walaupun cukai perkhidmatan ini kita kecualikan tiga sektor disebutkan tadi. Oleh kerana ekonomi negara kita ini bergerak dalam rantaian bekalan yang saling berhubung kait, impaknya sudah tentu Tuan Yang di- Pertua memberikan kesan kepada sektor-sektor lain yang juga akan meningkatkan kos pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh pengguna. Dan ini bermakna kenaikan cukai itu pasti juga akan meningkatkan beban yang ditanggung oleh rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, soal kedua yang saya hendak bangkit di sini ialah rasionalisasi subsidi. Belanjawan 2024 telah menyentuh mengenai pelaksanaan rasionalisasi subsidi. Pada tahun hadapan, dikatakan sebanyak 52.8 bilion disediakan untuk subsidi dan bantuan sosial. Yakni berkurangan daripada 64.2 bilion yang telah pun diperuntukkan pada tahun ini.
Saya dok kira jumlahnya ialah lebih kurang RM11 bilion. Persoalannya, walaupun telah pun dipotong, ke manalah wang yang RM11 bilion itu hendak digunakan? Sama ada untuk diberikan dalam bentuk bantuan-bantuan kepada kumpulan yang terkesan ataupun untuk membayar hutang-hutang dan lain-lain lagi? Dan kemungkinan kalau itu dilakukan, kesan kepada pengguna tidak sampai ke mana.
Saya juga telah mendengar daripada awal sehingga akhir ucapan belanjawan Tambun agak malang tidak dijelaskan mekanisme ataupun rasionalisasi dan penyasaran subsidi dan bagaimana pula ia hendak dilaksanakan? Ini tidak disebutkan.
Misalnya Tuan Yang di-Pertua, ialah masalah subsidi petrol. Yakni disebutkan kuantum yang terbesar. Bagaimana kerajaan hendak menentukan golongan pendapatan manakah yang akan masih menikmati subsidi? Dan golongan mana pula yang tidak mendapat subsidi? Adakah kerajaan akan menggunakan kategori yang biasa kita sebutkan B40, M40 ataupun T20 sebagai asas penentuan? Ataupun ada formula baharu yang hendak digunakan untuk menentukan siapa yang dapat dan siapa yang tidak dapat?
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Ini mungkin akan menimbulkan banyak persoalan di kalangan rakyat di negara kita dan ini akan dilaksanakan padanya tahun hadapan. Penentuan ini begitu penting kerana tekanan kos sara hidup dirasai oleh semua rakyat tanpa mengira kelas pendapatan. Misalnya kumpulan isi rumah M40 juga yang tinggal di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan sebagainya, mereka juga akan menanggung beban kos sara hidup yang ditanggung oleh keluarga mereka mungkin sama dengan apa juga yang ditanggung oleh kumpulan M ataupun B40. Apakah terjadi sekiranya kerajaan memutuskan bahawa kumpulan ini juga tidak layak untuk menikmati subsidi petrol?
Selain itu, harga barang dan juga perkhidmatan yang juga pastinya akan meningkat sekiranya para pengusaha dalam industri pengangkutan dan logistik tidak juga menikmati subsidi bahan api ini. Jadi, kalau kos pengangkutan dan juga logistik itu meningkat, maka pastinya harga barang-barang yang menggunakan pengangkutan ini juga akan naik. Harga beras akan naik, harga ayam akan naik, ikan, telur, sayur, susu dan sebagainya. Pastinya akan meningkatkan kos pengangkutan.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Apa pun, perbelanjaan golongan M40 ini tidak boleh disifatkan sebagai golongan berada dan pastinya dia akan meningkat. Malahan, golongan miskin yang hendak dibantu oleh kerajaan melalui penjimatan subsidi juga akan terbeban dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Bantuan yang diberikan oleh kerajaan dalam pelbagai bentuk penjimatan subsidi juga akan habis dibelanjakan begitu sahaja untuk hendak menampung kenaikan harga barang tanpa mereka dapat menikmati apa-apa manfaat daripada tambahan tadi.
Persoalannya, bilakah masanya hasil penjimatan subsidi tadi dikatakan boleh diagihkan kepada rakyat yang berhak untuk menerimanya? Dan saya pasti dalam ucapannya, Yang Amat Berhormat Tambun mengatakan segala apa yang dapat dijimatkan akan diagihkan semula pada pengguna-pengguna. Saya ragu Tuan Yang di- Pertua, bahawa itu akan berlaku.
Sementara itu, dengan langkah-langkah kerajaan untuk menarik balik subsidi harga ayam, telur dan dikatakan diadakan pengapungan atas sebab sekarang ini dia sudah stabil. Adakah jaminan bahawa bila diangkat dan diapungkan tadi harganya akan kekal ataupun harganya akan turun ataupun harganya akan naik? Pastinya kalau dia naik dan biasa trendnya begitu. Maka, bebanan yang ditanggung oleh pengguna adalah berlipat kali ganda.
Saya hendak menyentuh soal kos sara hidup. Sebahagian besar kita tahu bahawa walaupun kadar inflasi di negara kita ini hanya lebih kurang dua peratus sahaja. Ini dikatakan terendah. Hakikatnya kita tahu bahawa di luar sana masih terbeban dengan peningkatan kos sara hidup yang tinggi. Indeks harga pengguna yang mewakili kadar inflasi juga hanyalah satu petunjuk pergerakan harganya. Realitinya di bawah tidak begitu.
Ada kawasan-kawasan yang terpaksa menanggung kenaikan kos jauh lebih tinggi daripada kadar dua peratus yang disebutkan tadi.
Jadi oleh sebab itu, faktor semasa seperti kejutan geopolitik. Sekarang ini kita tahu apa yang berlaku di Timur Tengah. Apa yang berlaku di Ukraine. Kedudukan Ringgit kita hari ini 4.75. Hebat, sudah naik. Bukan naik nilai tetapi turun dibandingkan nilai US Dollar dan ini pastinya akan membawa kesan tambahan kepada bebanan selain daripada SST yang hanya naik dua peratus tetapi dengan sebab penurunan nilai ini, kita akan menanggung beban yang besar.
Jadi, cadangan saya Tan Sri Yang di-Pertua ialah supaya diteliti dengan semasak-masaknya sebelum dilaksanakan itu. Apakah kajian menyeluruh telah dibuat untuk menilai? Apakah kesan implikasi daripada cadangan untuk mensasarkan semula subsidi? Siapa yang mendapat faedah? Impak pada yang lain dan kalau ada, apakah belanjawan yang telah disediakan ini mampu untuk menjadi orang kata, penimbal ataupun yang boleh menjadi kusyen pada kenaikan harga barang-barang pada masa-masa yang akan datang?
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh ialah soal keterjaminan makanan iaitu food security issue. Saya tidak melihat dalam belanjawan ini
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
satu perancangan yang agak terperinci dikemukakan. Saya tidak melihat tentang adanya peruntukan yang besar untuk menangani masalah bekalan bahan-bahan pengeluaran dalam negara. Ini telah pun kita bincang lama. Malahan, dikatakan Singapura statusnya daripada food security antara yang terbaik di dunia. Malaysia ke 32, ke 33. Ini satu perkara yang seharusnya harus diberikan perhatian.
Jadi oleh sebab itu, setiap tahun kita belanja 60 ke 70 bilion untuk membawa masuk bahan-bahan makanan. Kelapa pun kita import. Sayur-sayuran, ikan, daging, hampir sebahagian besar. Ramai di sini bekas Menteri-menteri Pertanian pun tahu masalah sampai hari ini tidak dapat diselesaikan. Sepatutnya belanjawan ini sedar situasi sekarang ini sudah pun krisis. Kita lihat krisis beras. Bekalan pengeluaran beras negara sepatutnya 70 peratus berbanding dengan 30 peratus import. Yang terkini saya diberitahu hanya sudah sampai 60 peratus sahaja. There is a shortage of–
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Pagoh, Pagoh. Pagoh, boleh minta laluan, Pagoh? Kota Melaka. Boleh minta laluan?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Machang minta laluan juga.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ya, terima kasih Yang Berhormat Pagoh. Saya teringat Yang Berhormat Pagoh, sewaktu Yang Berhormat Pagoh menjadi Menteri Pertanian. Yang Berhormat Pagoh memperkenalkan slogan pertanian adalah perniagaan dan setuju tidak Yang Berhormat Pagoh, pada kali ini saya menyeru kita juga membuat slogan yang lebih penting – Pertanian adalah keterjaminan masa hadapan. Apa pandangan Yang Berhormat Pagoh?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Pagoh, boleh bagi Kota Melaka laluan sedikit tentang beras? Ya. Terima kasih Pagoh. Apa pandangan Pagoh, semasa Pagoh menjadi Perdana Menteri, menandatangani perjanjian dengan BERNAS untuk biar BERNAS monopoli beras tersebut? 10 tahun bukan lah itu sesuatu keputusan yang membebankan rakyat. Sehingga hari ini, kita menghadapi masalah beras itu kerana Pagoh apabila menjadi Perdana Menteri, pergi tandatangan 10 tahun dengan BERNAS, biar mereka monopoli. Dan hari ini, kita terikat dengan perjanjian tersebut. Pagoh tadi ada kata tentang kita mesti apa nama, Pagoh ragu tentang subsidi yang kita dapat jimat itu dapat sampai kepada rakyat. Kenapa Pagoh rasa ragu? Adakah sewaktu Pagoh jadi Perdana Menteri itu, Pagoh tidak laku secara berhemah sehingga anak menantu pergi cabut keluar negara sebab–
Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Tarik balik! Tarik balik!
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya, Pagoh.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Apa kaitan?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Apa? Kenapa anak menantu tidak boleh balik untuk menghadapi siasatan daripada SPRM? Sampai hari ini tidak boleh balik lagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Suruh dia tarik!
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Melaka, itu sudah luar dari tajuk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Apa ini? Bangsat punya orang ini.
Biadap!
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang hujung akhir itu, berkenaan menantu saya itu, ada niat jahat. Fasal perkara ini yang kita bahas bukan soal itu. Saya minta supaya dia tarik balik kenyataan yang telah pun disebutkan tadi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini Yahudi punya ni!
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Melaka, tarik balik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, peraturan Dewan.
Sebelum itu, Timbalan Speaker. Saya guna Peraturan Dewan 36(4). Bahasa kurang sopan dan biadap. Saya minta Yang Berhormat Arau tarik balik perkataan ‘bangsat’ yang dihalakan terhadap Kota Melaka. Arau mengeluarkan perkataan ‘bangsat’ terhadap Kota Melaka. Saya minta perkataan itu ditarik balik.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat.
Seorang Ahli
Selesai satu, satu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya tidak menuju kepada sesiapa.
Yang Berhormat tadi benarkan perkataan ‘biadap’ diguna pakai di Parlimen. Saya sudah tengok Yang Berhormat. Yang Berhormat diam.
Seorang Ahli
Selesaikan satu, satu, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini kita menyebut secara umum.
Saya tidak sebut Kota Melaka. Saya sebut secara umum. Lepas perasaan geramnya saya pada mereka.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Kota Melaka, dalam Dewan ini- ketika saya dalam Dewan ini, dua kali bercakap yang melanggar Peraturan Mesyuarat 36(9). ‘Anak menantu Pagoh’, dua kali. Dan kerana pada ketika itu, pertama kali Kota Melaka merujuk Pagoh yang melanggar perkara-perkara 36(9), merujuk kepada sifat seseorang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Speaker tidak mengambil tindakan untuk memberi amaran dan juga menarik balik perkataan yang digunakan. Hari ini kali kedua dan saya setuju supaya perkara ini diselesaikan. Kota Melaka diminta untuk tarik balik perkataan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker.
Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya sudah arahkan Kota Melaka untuk tarik balik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Satu persatu. Duduk dulu.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tarik balik, tarik balik. Fokus kepada isu.
Puan Yang di-Pertua, Puan Yang di-Pertua, jangan ingat Jelutong ini...
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Tarik balik Arau. Tarik balik.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Jelutong, bukan dia tahu semua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pendang. Pendang pun duduk.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Jelutong ini dia–
[Dewan riuh]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jelutong. Sila duduk dahulu. Saya arahkan Kota Melaka untuk tarik balik tentang ‘menantu’. Apa-apa tentang ‘menantu’ kerana ini sudah keluar tajuk. Dan yang lain sila duduk dulu. Jangan kacau.
[Dewan riuh]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Timbalan Speaker, bawah peraturan apa kita tidak boleh cakap apa-apa...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kampar.
[Dewan riuh]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Timbalan Speaker, bawah peraturan mana kita tidak boleh keluar tajuk?
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Hei, duduklah! Duduk, duduk!
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tidak ada apa-apa yang tidak betul. Itu memang–
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ruling sudah buat!
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Peraturan mana yang benarkan Kampar berdiri berucap?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Timbalan Speaker, kalau hendak...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk. Kalau tidak, saya rehatkan Kampar.
[Dewan riuh]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Timbalan Speaker. Saya ingin tahu atas Peraturan yang mana satu meminta saya tarik balik apa yang saya sebut tadi?
[Dewan riuh]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Saya bantu Yang Berhormat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Atas Peraturan yang mana satu?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
36(6) dibaca bersama dengan 36(9).
Seorang Ahli
Terima kasih Beluran.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Beluran sudah kata 36(6) dan 36(9).
[Tepuk]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
36(6), saya baca Timbalan Speaker.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
36(5) sama 36(9).
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Seseorang 36(6) kan?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Lima, lima.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
36(6) kan? Seseorang Ahli tidak mengeluarkan sangkaan jahat terhadap sesiapa Ahli yang lain. Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya..
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Persidangan yang lepas, saya pernah bangkit tentang anak menantu Pagoh lari ke luar negara. Masa itu saya diminta untuk tarik balik oleh Timbalan Speaker. Tetapi pada waktu tersebut.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Duduk dulu.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Waktu tersebut masih belum lagi SPRM mengeluarkan kenyataan.
[Dewan riuh]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ini 36(5).
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tiada penjelasan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Hari ini. Waktu itu SPRM belum lagi mengeluarkan kenyataan bahawa...
[Pembesar suara dimatikan]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
36(5)
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, boleh satu persatu kah? Pendang pun mahu berucap. Kota Bharu pun mahu berucap. Kota Melaka pun mahu berucap. Arau pun mahu berucap. Sila duduk dulu.
Jangan bazir masa semua.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 37(2). Saya baca, Pengerusi boleh tidak membenarkan mana-mana Ahli meminta penjelasan sekiranya bahawa Majlis tidak boleh masa secukupnya. Masa dah habis.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kota Bharu tak perlu mengajar bagaimana Timbalan Speaker meng- chair-kan Mesyuarat ini.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kota Bharu...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Boleh. You boleh keluarlah Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kota Bharu, tak payah ajar Timbalan Speaker...
[Pembesar suara dimatikan]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ini Kota Melaka, you want to fight, go out- lah. 36(5), seorang Ahli tidak menyebutkan nama Ahli lain.
[Tidak jelas] [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Okey. Timbalan Speaker, sekarang merujuk kepada Peraturan yang mana satu?
Seorang Ahli
Tarik balik.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ini tak ada kena-mengena dengan anak menantu.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
36(6). 36(6), kan?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
36(5), 36(6), 36(12).
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Siapa Timbalan Speaker sekarang?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya tolong terang, You tak faham.
[Pembesar suara dimatikan]
Beberapa Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Awak sudah di– Awak sudah di...
[Pembesar suara dimatikan]
Seorang Ahli
Keluar.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Semua duduk dulu.
Seorang Ahli
Tarik balik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Apa lagi?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Biar saya habis peraturan ini. Apa yang dibangkit atas peraturan sama.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Puan Yang di-Pertua. Selesaikan masalah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tarik balik Kota Melaka. Jangan layan Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa yang dibangkitkan oleh Kota Melaka adalah tanya soalan. Beliau tanya soalan...
[Pembesar suara dimatikan]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara].. Beliau tak ada kaitan dengan anak menantu...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya sudah kata apa yang ditanya oleh Kota Melaka sudah keluar tajuk. Sudah keluar tajuk.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kita bincang tentang beras untuk minta penjelasan. Kenapa sentuh menantu pula?
[Tepuk] Jadi kalau semua Ahli Yang Berhormat hanya mahu buat kacau, saya tidak akan benarkan pencelahan selepas ini. Jadi saya harap Kota Melaka pun boleh tarik balik tentang menantu sahaja.
[Dewan riuh]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Timbalan Speaker, beri peluang kepada saya untuk berikan penjelasan.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tariklah.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
. Anak menantu tak ada kaitan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tariklah.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Fatwa sudah dibuat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Duduk.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Itu sudah melanggar arahan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Speaker.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Jangan mengikut perangai Zionis, Kota Melaka...
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pendang, itu sangkaan jahat.
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Duduk dulu, duduk dulu. Nanti, nanti. Saya minta Pendang untuk tarik balik dulu.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Itu sangkaan jahat. Saya sudah dengar.
Seorang Ahli
Tarik balik.
[Dewan riuh]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang di-Pertua. Puan Yang di-Pertua.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Pendang tarik balik Zionis. [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Semua duduk. Saya sudah arahkan Pendang untuk tarik balik tapi semua buat bising. Macam mana dia nak tarik balik?
[Dewan riuh]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua. Kita settle kes ini.
Minta Kota Melaka tarik balik yang itu. Saya akan tarik balik yang ini.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Cukuplah. Mana..
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Fatwa buat kat dia dulu...
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Tarik balik.
Seorang Ahli
Ini kurang ajar.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Speaker, Speaker. Saya pernah dihalau keluar Dewan kerana tidak mengikuti apa yang disebutkan oleh Speaker. Speaker dah buat fatwa tadi suruh tarik balik. Kalau tak nak tarik, keluarlah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tarik balik kenyataan Zionis.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Berilah ketetapan. Barulah nampak adil, Speaker. Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pendang. Timbalan Speaker. Kenyataan Zionis yang dihalakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya sudah dengar.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya sudah dengar.
Saya sudah arahkan Pendang untuk tarik balik. Itu sudah clear.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Minta tarik balik.
[Dewan riuh]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Kita settle, Puan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa settle? Tarik balik.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Dia tarik balik. Fatwa dekat dia dulu. Tarik balik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa settle?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Selepas itu saya akan tarik baliklah. Tak ada masalah. Sebab saya kata “Jangan”, bukan saya tuduh dia. Bila “Jangan”, tak semestinya dia Zionis. Jangan ikut perangai-perangai ada apa ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Itu sangkaan jahat, Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tak, “Jangan”, “Jangan”, “Jangan”. Bila “Jangan”. Minta dia tarik balik dulu. Saya akan settle benda ini. Tak ada masalah. Senang sahaja. Sebab saya sebut dia, tak, “Jangan menjadi ikut perangai Zionis”, maknanya dia bukan Zionis lagi. “Jangan”. Ada elemen-elemen yang ada perangai-perangai Zionis.
Satu, dua perkara itu. Bukan keseluruhan secara holistik dia Zionis.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ya. Tarik balik dulu
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dia ulangi perkataan itu.
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Berapa kali ulang, ulang, ulang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang dia menyebut secara khusus anak menantu tadi.
[Pembesar suara dimatikan] Dia sebut secara khusus anak menantu tadi.
Tarik balik benda itu. Saya sebut “Jangan Jadi macam Zionis”. Ada elemen-elemen yang sedikit sebanyak bukan holistik, dia Zionis, tidak. Tidak boleh settle kah ini? [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Satu persatu. Saya minta Kota Melaka untuk tarik balik dulu.
[Tepuk] Kemudian Pendang juga perlu tarik balik.
[Dewan riuh]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tak ada masalah. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dan Arau tarik balik kenyataan beliau juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, Arau. [Dewan riuh] Satu persatu. Ahli-ahli Yang Berhormat sedang bazir masa Dewan.
[Dewan riuh]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jadi Kota Melaka jangan buat penjelasan apa-apa lagi.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tak ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya sudah bagi petua untuk tarik balik itu tentang menantu. Tak ada kaitan dengan perbahasan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Timbalan Speaker. Timbalan Speaker, kalau nak saya tarik balik, mesti dengar penjelasan saya.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya tak mahu.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya, saya, saya, saya nak jelaskan, Timbalan Speaker.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tarik balik.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya meneliti perbahasan daripada.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tarik balik. Tiada penjelasan...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang lain jangan bising dulu.
Seorang Ahli
Tarik balik.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya mula dengar, saya meneliti. Saya dengar ucapan Pagoh daripada mula sampailah ke beras.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Speaker.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Waktu dia mula-mula kata. Dia kata dalam ucapan dia. Kita boleh tengok Hansard. Dia sebut tentang kerajaan perlu berhemah. Dia sebut.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Pagoh ada sebut tentang hemah.
[Dewan riuh]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Pagoh sebut tentang subsidi.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Peraturan-peraturan masa 43, Yang Berhormat. Keputusan Speaker.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Dia kata subsidi yang dijimat bolehkah sampai kerajaan pada rakyat. Dia ragu dia kata.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Dia tak, tak berbangkit tak.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Sebab. Lepas itu, dia kata tentang beras ya. Dia kata tentang beras. Sebab itu saya cantumkan semua yang disebut oleh Pagoh itu dalam satu ayat. Saya tanya kepada Pagoh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey, sudah.
[Pembesar suara dimatikan] Cukup, cukup penjelasan. Saya sudah kata.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya tahu. Sila duduk.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya minta Kota Melaka untuk tarik balik tentang menantu. Kalau tak mahu, Kota Melaka boleh rehat sampai after lunch balik.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kalau tidak selepas ini semua pencelahan, saya tidak akan beri kerana saya rasa ini buang masa sahaja.
[Dewan riuh]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Timbalan Speaker. Saya nak...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kampar, sila duduk.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kampar juga keluar.
Seorang Ahli
Keluar, keluar.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya guna Peraturan Mesyuarat 43. Keputusan saya adalah muktamad.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jadi kalau tak mahu tarik balik, saya minta keluar rehat selepas after lunch dan juga Pendang, sekarang giliran Pendang untuk tarik balik.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya akan tarik balik. Saya dah cakap kita boleh settle tapi dia tak. Fatwa bagi dekat dia dulu, tarik balik. Kalau dia tak mahu tarik, dia keluar. Saya akan selesaikan masalah ini juga.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ini ialah Dewan Rakyat tau, Pendang.
Ini adalah Dewan Rakyat. Ini bukan pasar tau...
[Pembesar suara dimatikan]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okeylah. Tuan Yang di-Pertua, okey saya setuju dengan apa yang dicakap Tuan Yang di-Pertua. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Apa you tarik balik, saya tarik balik.
Pendang, ini bukan pasar tawar menawar tau.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tak. Tak. You dulu...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya arahkan Kota Melaka untuk tarik balik sekarang.
[Dewan riuh]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey, saya tak degil. Puan Yang di- Pertua, saya setuju dengan arahan, dengan apa yang berkenaan dengan saya kata tadi ini. Ya, saya setuju. Saya tarik, menarik baliklah.
[Tepuk]
[Dewan riuh]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Seri...
[Tidak jelas]
Seorang Ahli
Dia pening.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya sebut. Saya sebut pasal anak menantu Pagoh.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tarik balik. Tarik...
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Keluar.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya rasa masa pun sudah tunjuk jam 1.00 tengah hari. Jadi, saya pun sudah arahkan Kota Melaka untuk keluar dan masuk balik selepas lunch. Jadi...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jadi, saya tak mahu bazir masa lagi. Kalau Kota Melaka tak mahu rehat pun, perlu rehatlah kerana sekarang Mesyuarat akan ditangguhkan, okey. Saya akan bagi Pagoh untuk gulung dan habiskan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Nanti kejap. Yang Berhormat Speaker. Bila, bila keputusan Speaker untuk tarik balik dan menghalau Yang Berhormat Kota Melaka, jam 1.00.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Maknanya keputusan itu redundant.
Tak ada penalti pun kerana sekarang jam 1.00. Dia akan balik 2.30.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, dia...
[Tidak jelas]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Jangan persoalkan...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Itu keputusan Speaker. Hari itu pun saya arahkan Pendang untuk keluar dan balik semula after lunch.
Jadi, ini pun saya buat keputusan sudah. Dia boleh tinggal sini sampai 2.30 kalau- tak apa. Jadi Beluran, sila duduk. Bagi Pagoh habiskan berucap perbahasan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Kota Melaka, jangan jadi Zionis-lah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pendang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa ni?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tarik balik. Tarik balik. Ini tuduhan, sangkaan jahat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, Pendang tak ikhlas. Pendang tidak ikhlas. Beliau mengulangi kenyataan Zionis. Beliau tak ikhlas.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pendang. Tarik balik.
Jangan ulang sekali lagi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta Pendang tarik balik. Beliau tak ikhlas.
[Pembesar suara dimatikan]
Seorang Ahli
Tarik balik.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya dah balik. Saya dah tarik balik.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tapi Pendang ulang sekali lagi.
[Dewan riuh]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Halau, halau, halau Pendang. Baru saja tarik balik. Ucap lagi.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Jangan jadi Zionis-lah.
[Tidak jelas] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Tarik balik. Tarik balik!
[Dewan riuh]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pendang. Pendang.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang lain sila duduk. Pendang. Arahkan Pendang untuk tarik balik lagi kerana...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dia tak tarik balik, saya sudah arahkan dia untuk keluar.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Melaka keluar sajalah.
[Dewan riuh]
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua, saya keluar awal, saya keluarlah. Halau saya keluar, saya tak akan tarik balik hal ini. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Timbalan Speaker. Saya akan keluar daripada Dewan. Saya mempertahankan hak saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey, keluar saja.
[Pembesar suara dimatikan]
Seorang Ahli
Keluar, keluar.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Untuk...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak perlu buat. Tak perlu buat penjelasan. Ahli-ahli Yang Berhormat sedang bazirkan masa. Sebenarnya Yang Berhormat Kinabatangan boleh berucap tapi sekarang mesti berucap selepas lunch break.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jadi, jangan buat apa-apa penjelasan lagi. Keluar sahaja.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Polis sudah serah permohonan notis...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya sudah kata, itu tak ada kaitan dengan perbahasan hari ini!
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Sila keluar.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Melaka, jangan bazir masa lagi. Saya bagi Pagoh untuk habiskan perbahasan. Pagoh.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Melaka keluar dulu.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Arau.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya minta Kota Melaka keluar dulu. Jangan tekan mic lagi. Keluar dulu. [Dewan riuh]
Seorang Ahli
Keluar.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya sudah kata, keputusan Pengerusi adalah muktamad.
[Dewan riuh]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Puan Pengerusi, Puan Pengerusi.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Melaka.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Peraturan mesyuarat.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Buat malu orang Melaka.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Peraturan Mesyuarat 44(2).
[Dewan riuh]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
44(2).
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukuplah, cukup.
Cukup semua, cukup.
[Dewan riuh]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Mengikut 44(2), “*Pengerusi hendaklah memerintah mana-mana ahli yang berkelakuan tidak senonoh atau melakukan perbuatan yang menghina Majlis Mesyuarat atau terus tidak mengendahkan kuasa Pengerusi keluar dan Majlis Mesyuarat bagi tempoh tidak melebihi sepuluh hari dan...
[Tidak jelas] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] [Pembesar suara dimatikan]*
Seorang Ahli
Keluar.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya sudah kata, saya arahkan Kota Melaka keluar untuk balik selepas.
[Dewan riuh]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...Saya bacakan point of order. Boleh di... Kalau dia tidak mengendahkan.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bentara, jalankan tugas bentara.
Seorang Ahli
Bentara jalankan tugas.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ha, baru boleh.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
[Berjalan keluar meninggalkan Dewan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sekarang saya arahkan Arau.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Patut tambah ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Arau.
[Tepuk]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Arau, keluarlah!
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya arahkan Arau untuk tarik balik perkataan “unparliamentary” tadi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya, saya kata perkataan apa Puan ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya tak mahu sebut.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya dah lupa.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Itu perkataan yang saya tak akan sebut.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya, saya cakap apa? Saya cakap apa? Jelutong?
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Arau telah mengeluarkan perkataan yang saya pun tak mahu sebut.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey. Saya nak bagi tahu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tapi kita semua telah dengar.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tadi, tadi Jelutong telah mengeluarkan perkataan “skandal” kepada pemimpin PAS dan perkataan “biadab”.
Speaker yang sama tak kata apa. Tapi saya, tadi saya kata apa yang saya nak tarik balik?
Nak tarik balik yang mana satu? Dan saya kata dekat sapa? Dekat sapa? Saya tak sebut.
Saya tak sebut Kota Melaka. Saya, apa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, arahan telah diberikan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, saya tak.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau perkataan itu “unparliamentary”.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Arau, tak tuju kepada sesiapa pun tak boleh sebut perkataan itu dalam Dewan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Apa dia? Dia sebut. Dia sebut, “skandal PAS”, dia sebut “biadab”.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya sebut tentang apa yang disebut oleh Arau, bukan siapa-siapa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya sebut apa? Saya pun tak tahu. Saya sebut perkataan mungkin “Penyamun” saya kata gitu kut.
[Ketawa]
Seorang Ahli
Hansard jelah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Boleh tak saya tengok Hansard esok?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kalau Arau tak mahu tarik balik, saya check Hansard atau live streaming, nanti saya akan kenakan peraturan guna untuk halau Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, tapi saya nak tarik perkataan apa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker.
Unquote, unquote. Beliau menyebut perkataan “bangsat”, disebut oleh Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey. Perkataan “bangsat” itu saya tak tuju pada sesiapa.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi kalau ianya menghiris...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Walaupun tak tuju kepada siapa, tak boleh disebut dalam Dewan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak, sebab dia, dia telah mengeluarkan perkataan-perkataan kepada Pagoh. Saya dengan geramnya, saya bangun. Saya bangun. Saya tak cakap.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jadi tarik balik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya menghadap kat Speaker.
Saya tak menghadap kat dia. Jadi, pasal apa Dato Speaker. Tapi kalau Speaker rasa terkecil hati, no problem, saya boleh tarik balik.
[Ketawa] [Tepuk] Tapi saya bukan tarik kat dia. Bukan tarik kat mana-mana penyamun. Saya tidak, saya tarik hanya perkataan ini untuk umum. Saya geram Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup, cukup. Tarik balik saja.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Untuk Speaker. Untuk Speaker, yes. Bukan untuk dia. Saya tak kata pada dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey, tarik balik sahaja.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya melepaskan perasaan pada umum, bukan kepada orang.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Speaker, tidak boleh. Sepatutnya tak boleh benarkan beliau buat penjelasan. Tadi Kota Bel..., Kota Melaka tak dibenarkan untuk penjelasan...
[Dewan riuh]
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya ada bagi masa untuk Kota Melaka buat penjelasan. Cukup. Saya bagi lima minit untuk Pagoh selesaikan perbahasan.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Banyak masa dah terbuang. Saya hanya mengambil masa dua, tiga minit sahaja iaitu pertama, respons pada Machang tadi. Saya setuju. Dulu waktu Menteri Pertanian, saya sebutkan, “Pertanian itu perniagaan”. Saya fikir masih boleh dipakai tapi kerana diubah “Pertanian adalah keterjaminan makanan”, kita harap Menteri Pertanian yang ada sekarang boleh menyambut cadangan itu. Terima kasih.
Yang soal Kota Melaka itu, saya fikir saya tak perlu nak respons, nak jawab.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Belanjawan ini, Tuan Yang di-Pertua. Tidak pun memberikan tumpuan untuk menyelesaikan isu sebenar keterjaminan bekalan makanan, termasuklah soal bekalan dan harga yang secara menyeluruh. Bagaimana hendak meningkatkan pengeluaran beras tempatan. Sebagai contoh, saya telah sebutkan tadi yang sekarang ini sudah pun turun daripada 70 peratus kepada 60 peratus pengeluaran negara. Satu jumlah peratusan yang besar. Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Tambun, tak ada menyentuh soal itu.
Sedangkan realiti sekarang ini, kita berhadapan dengan krisis beras dan krisis beras ialah beras tempatan.
Sewajarnya untuk respons pada situasi krisis itu, saya cadangkan fund for food yang pernah disebutkan dulu, disediakan satu jumlah yang besar, mungkin satu ke dua bilion untuk membolehkan pesawah kembali semula untuk mengusahakan tanaman padi.
Dan kenaikan yang telah disebutkan 1,300 se metrik tan itu agak rendah. Dia tidak merupakan satu yang agak insentif boleh menggalakkan.
Jadi oleh sebab itu, langkah seperti ini, saya fikir perlu diambil secara secepat mungkin kerana situasi global dari segi bekalan beras dunia sekarang ini agak terancam dan kita tahu banyak negara pengeluar pun hari ini menyekat pengeksportan beras dan kalau Malaysia yang mempunyai kemampuan untuk membekalkan beras tempatan secara sendiri, sewajarnya langkah ini diambil oleh pihak kerajaan.
Isu yang kita tahu sekarang ini ialah soal kekurangan beras tempatan dalam pasaran dan keputusan Menteri Pertanian untuk menyerahkan tugas ini kepada FAMA.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Dulu pun, bekas Menteri Pertanian pun ada di sini, menyatakan itu tak sewajarnya bercanggah dengan Akta Padi dan Beras Negara, Akta FAMA sebenarnya. Itu tak harus dilakukan. Sedangkan kita tahu sudah sekian lama wujud sistem pengedaran beras negara kita. Sampai ke mana ceruk pun, ada kedai boleh mengedar. Kenapa agensi seperti FAMA, yang tak boleh dipertanggungjawabkan tugas itu, diberikan tugas yang maha berat. Itu bagi saya, adalah satu perkara yang tidak seharusnya berlaku.
Jadi oleh sebab itu, mesti ada satu penyelesaian jangka panjang. Satu yang saya sebutkan tadi, pengeluaran mesti dipercepatkan. Keduanya berikan bantuan kepada pesawah-pesawah kita untuk tanam padi semula. Ketiganya, insentif-insentif tertentu mesti dibuat supaya kita tidak berhadapan isu kekurangan beras itu untuk satu tempoh yang panjang.
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Pagoh. Sedikit.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Belanjawan 2024 mengesahkan masalah kekangan fiskal yang dihadapi oleh kerajaan. Subsidi bakal dikurangkan. Kemudian, cukai dinaikkan dan kemampuan kerajaan untuk membantu rakyat menjadi semakin terhad. Jadi, tekanan kos sara hidup rakyat dijangka akan terus meningkat dan sebenarnya belanjawan ini tidak dilihat boleh menyelesaikan masalah yang saya bangkitkan tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih pada saudara saudari sekalian.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Pagoh, ada seminit lagi. Mungkin boleh sedikit tanya berkaitan padi tadi?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak perlu.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya guna Peraturan 37(2). Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang jam telah menunjukkan pukul 1.13 tengah hari, saya menangguhkan Mesyuarat dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.13 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Kinabatangan, 15 minit.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Oh, bukan 20 Yang di- Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
15, tidak apalah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertama sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini bahawa sebetulnya kita mewakili Dewan ini hanya 222 orang daripada 35 atau 36 juta rakyat Malaysia. Bermakna, kitalah orang-orang yang terpilih di kalangan 36 juta rakyat Malaysia itu.
Justeru itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk keharmonian, jangan mencetuskan provokasi perkauman lebih-lebih lagi keagamaan.
[Tepuk] Sebab ini akan
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
menghiris hati saudara-saudara kita yang lain. Perkataan kafir-mengkafir ini kita berhentikan di sini.
[Tepuk] Sebab saya ini sebetulnya tidak mendalami Islam banyak tetapi dalam Al-Quran ada menyatakan...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Ustaz banyak faham. Agamaku agamaku, agamamu agamamu. Kenapa mengkafirkan orang lain?
Keharmonian ini perlu kita jaga...
[Tepuk] Untuk kepentingan kita bersama sebab kita adalah antara 222 orang Ahli Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat dengan kehendak Allah SWT berada dalam Dewan ini. Maka, kita bersidang dengan cara yang baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bajet 2024 memperlihatkan satu bajet yang walaupun tidak mencukupi semua sektor, semua masyarakat, tetapi tidaklah seburuk seperti yang didakwa oleh rakan-rakan di sebelah sana. Sekurang-kurangnya kita melihat bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga kerajaan begitu berkomited dan berkomitmen tinggi untuk melihat negara ini kembali ke persada ekonomi yang baik dan juga melihat masyarakat khususnya masyarakat rakyat di bawah B40 mendapat limpahan daripada ekonomi tersebut.
Kita berbicara soal kos sara hidup. Kos sara hidup ini meningkat bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia disebabkan berbagai-bagai faktor. Faktor ekonomi, faktor peperangan dan sebagainya. Dan juga faktor utama mendorong kepada ekonomi merudum iaitu COVID menyerang seluruh dunia termasuk kita. Justeru itu, untuk pemulihan, memang sukar tetapi perlu ada mekanisme-mekanisme tertentu.
Sebab itu, saya melihat— saya baru menerima balasan daripada Kementerian Pertanian berhubung dengan keperluan import dan eksport kita dalam agromakanan. Kita lihat, Tuan Yang di-Pertua, tahun 2020, lebih kurang import makanan sahaja iaitu 50— 55.43 juta. Tahun 2021 meningkat kepada 63.59 bilion. Tahun 2022, 75.4 bilion.
Justeru itu, saya mahu minta Menteri Pertanian untuk mengemukakan satu pelan jangka panjang ke arah pertanian negara. Kerajaan perlu berani ke hadapan untuk merevolusikan industri pertanian. Kita beri keutamaan kepada dua bidang dahulu iaitu padi dan jagung sebab dua komoditi ini adalah penting bagi rakyat Malaysia.
Dan saya amat— rakyat di luar sana amat bimbang, Tuan Yang di-Pertua, apabila Menteri menyatakan bahawa sekiranya ada krisis berlaku, stockpile beras kita cuma bertahan untuk lima bulan. Bagaimana kalau negara-negara menjadi pembekal ini tidak membekal beras kepada Malaysia? Apa akan jadi kepada rakyat negara ini?
Saya juga kecewa sebab kementerian dan kerajaan tidak membuat mandatori mana-mana tanah pertanian, khususnya untuk padi, tidak boleh di-convert dengan pembangunan-pembangunan yang lain. Ini di Kedah, contohnya, jelapang padi di-convert kepada industri macam-macam, sehingga tutup.
Singapura tidak ada tanah, Tuan Yang di-Pertua, tetapi dia boleh mengeluarkan padi beras sebab dia berkolaborasi dengan negara-negara yang dia buat pelaburan seperti Vietnam, Thailand, Cambodia. Tapi Malaysia tidak ada usaha ke arah ini. Saya minta kerajaan, Menteri Pertanian gazetkan berapa puluh ratus hektar tanah pertanian reserve yang belum diguna pakai dan beri cadangan untuk apa tanah-tanah ini.
Kalau tidak cukup, saya mencadangkan kepada kerajaan supaya mengikuti langkah negara-negara jiran untuk membuka jelapang padi di negara-negara yang mengeluarkan padi. Buat kolaborasi. Mungkin 70 peratus beras itu dibawa balik, 30 peratus ditinggalkan kepada negara berkenaan. Kita tidak boleh lagi berhadapan dengan suasana sebegini sebab harga makanan ini meningkat dari semasa ke semasa. Tidak ada nonstop. Sayur naik, cili padi naik, terung naik. Pokoknya, asal makan, tetap naik.
Sebab itu, banyak pelabur-pelabur datang melabur, dia kata penglibatan dalam industri makanan tidak akan merugikan apa-apa bahkan menguntungkan. Tetapi, kita tidak fokus. Kenapa kita tidak membenarkan industri pertanian ini dijadikan enjin utama negara dan dengan ini boleh menampung keperluan negara kita sendiri? Tidak perlu kita terlalu bergantung.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Indonesia contohnya, Menteri Pertanian dia diberi tempoh tiga tahun oleh Presiden untuk membuat revolusi pertanian dan sekarang ini Indonesia sudah ada tujuh jenis makanan yang self-sufficiency, yang tidak lagi bergantung dengan negara luar.
Kita semua dari A sampai Z harap negara import kepada kita. Kenapa terjadi begini? Apakah kita tidak mempunyai planning jangka panjang untuk memastikan bahawa kita juga boleh merealisasikan impian supaya kawalan harga makanan ini tidak meningkat dari semasa ke semasa sebab kita menjadi pengeksport, bukan lagi pengimport.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Satu perkara lagi Tuan Yang di-Pertua, bahawa kita harus sedar produk makanan halal ini jumlah keperluannya hampir-hampir USD7 trilion, tiap-tiap tahun, tetapi negara kita cuma memperolehi keuntungan daripada USD7 trilion itu, 0.0001 peratus sahaja.
Sedangkan negara ini dikenali sebagai produk hasilan halal. Negara yang mengaut keuntungan Thailand, Singapore, Korea, Hong Kong dan Japan. Malaysia tidak ada nombor.
Jadi, sudah tiba masanya kerajaan memperkasakan HDC- Halal Development Corporation. Bekerjasama dengan JAKIM dan kedua-dua agensi ini tidak lagi boleh beroperasi macam business as usual, beroperasi di zaman gua batu. Staf JAKIM hanya berapa orang? HDC hanya berapa orang? Office pun tersorok.
Agensi seumpamanya ini harus di-empowered-kan. Harus diberi peruntukan yang banyak untuk melakukan promosi dan membuat berbagai-bagai industri pengeluaran halal di seluruh negara. Sebab penting- ini 27 hari bulan, ada halal exhibition di UK, dihos oleh HDC tetapi di negara kita HDC orang tak kenal pun. Sedangkan Logo Halal negara ini diidamkan-idamkan oleh seluruh dunia termasuk Jepun, termasuk Korea, Hong Kong, negara-negara lain, tetapi kita tidak boleh memanfaatkan isu seumpama ini. Saya minta kerajaan untuk melihat perkara ini sebagai satu perkara yang lebih dilihat sebagai satu prioriti untuk memastikan negara kita tidak ketinggalan dalam pengeluaran produk halal ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyentuh sedikit masa yang singkat ini. Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dan Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa peruntukan untuk pembangunan di Sabah khususnya pembangunan jajaran Lebuhraya Pan Borneo di Sabah. Saya memang amat sedih dan kecewa dari dulu saya berjuang untuk supaya Pan Borneo ini dapat direalisasikan, dan Sarawak- hujung tahun ini 100 peratus akan siap jajaran Pan Borneo, tetapi di Sabah amat malang sekali, fasa satu sahaja masih bergelut dengan peruntukan kewangan.
Saya harap-harap dua tahun ini, fasa satu jajaran Pan Borneo di Sabah yang ada 19 pakej dapat diselesaikan dan kita belum lagi berbicara tentang fasa 2. Fasa 2 ini iaitu daripada Tamparuli ke Kundasang. Ini pun saya mahu tanya kerajaan, bila peruntukan itu dapat diadakan? Demikian juga dengan Fasa 3 daripada Tawau ke Kalabakan ke Kimanis.
Bila fasa 3 ini pula, peruntukannya akan dibagi oleh kerajaan?
Sebab ini penting. Sabah ini sebetulnya sebuah negeri yang berpotensi untuk dibangunkan dengan ekonomi yang baik, tetapi sehingga pada hari ini, Sabah negeri kedua termiskin dalam Malaysia. Ini masalah yang dihadapi oleh kita. Belum lagi saya cerita soal air bersih di Sabah tetapi air ini adalah kerja kerajaan negeri sebab Kerajaan Negeri Sabah tidak mahu mengikuti SPAN di Semenanjung, tidak ada ikatan dia.
Jadi, apabila tidak ada ikatan, Kerajaan Persekutuan sukar untuk menyalurkan kewangan kepada kerajaan negeri untuk permohonan air sebab Sabah memilih untuk membangun airnya sendiri, tetapi bukan air dibangun, duit berjuta-juta ditemui dalam keretalah, dalam rumahlah, macam-macam. Ini masalah di Sabah dan tiga faktor utama asas di Sabah ini memang menjadi masalah iaitu jalan raya, air bersih dan api elektrik.
Kerajaan juga telah bersetuju untuk menyerahkan api elektrik di Sabah kepada Kerajaan Negeri Sabah.
Saya harap Kerajaan Negeri Sabah boleh merealisasikan api elektrik ini, jangan pula api elektrik yang ada pada hari ini dibekalkan selepas ini Sabah menjadi gelap-gelita.
Ini yang kerisauan saya. Sebetulnya apa yang berlaku, saya amat risau.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terakhir, isu terakhir iaitu terdapat beberapa banyak masalah development di kawasan Parlimen saya iaitu pertama ini kepada Kementerian Desa dan Luar Bandar iaitu bekalan elektrik luar bandar di Kampung Kulukulu dan Balat. Ini penting untuk dilihat.
Kedua, naik taraf bekalan air bersih Kampung Paris. Di Kampung Paris ini, paip ia sudah bertahun-tahun dibuat tapi air tidak ada. Ini yang menjadi malapetaka besar ini.
Main pipe ada, air tak ada jalan. Saya pun tidak tahu tetapi ini peruntukan daripada luar bandar.
Juga bekalan elektrik Kampung Litang. Ini pun bertahun-tahun sudah, masih ada ia punya enjin tetapi tak berfungsi, bertahun-tahun, jadi gajah putih. Projek menelan belanja RM12 juta tidak berfungsi. Juga jalan raya Kampung Kuamut. Sudah lama kita menunggu, sudah lama kita meminta tetapi akhirnya tidak juga tercapai.
Kementerian Belia dan Sukan pada musim KJ jadi Menteri ataupun KS- keluar sekejap. Ya, saya ingat bukan sekejap dia keluar, lama-lama dia keluar lagi baik, dunia ini selamat. Saya ingin bertanya dengan Kementerian Belia dan Sukan, apakah peruntukan itu masih ada ataupun sudah tiadakan? Sebab ketika itu Menteri itu memaklumkan bahawa peruntukan telah dimasukkan untuk kompleks sukan di Parlimen Kinabatangan.
Timbalan Menteri dia ada sini, saya ingat boleh lihat sama ada peruntukan itu masih ada atau tidak ada. Kalau tidak ada, tolonglah sebab ini kita ini berjanji, berjanji ini kena ditunaikan. Ini janji kerajaan, bukan janji sembarangan.
Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih keseluruhan kepada kerajaan sebab melihat bahawa ekonomi rakyat perlu kita pertingkatkan tetapi dengan hanya memberi subsidi. Rasa saya, perkara ini tidak akan dapat diselesaikan secara total. Subsidi ini sebetulnya di negara-negara luar hanya bersifat sementara untuk menunggu plan yang ada, rancangan yang ada untuk direalisasikan. Apabila rancangan itu sudah dapat ditemui maka subsidi itu sudah ditiadakan, tetapi kita ini subsidi beratus bilion tiap-tiap tahun nonstop. Jadi, apabila subsidi ini berterusan, maka beginilah ekonomi kita tidak akan mengucup. Saya menyokong Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Saya jemput Yang Berhormat Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera. Terima kasih terlebih dahulu saya ucapkan kepada Puan Yang di-Pertua ke atas masa dan ruang yang diberikan untuk saya berbahas di Dewan yang mulia ini.
Pertamanya, terima kasih dan tahniah kepada pegawai-pegawai yang bertungkus-lumus menyediakan laporan tersebut. Doa saya juga rakyat Palestin yang sedang teruk ditindas oleh Rejim Israel di Palestin, doa kami berterusan daripada Malaysia, *insya-Allah...
[Bercakap dalam bahasa Arab] Insya-Allah.* Pada hari ini saya akan membawa beberapa isu yang perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan dalam penambahbaikan belanjawan pada kali ini. Yang pertama, saya ingin menyentuh tentang keselamatan sempadan. Padang Besar adalah satu kawasan yang bersebelahan dengan sempadan seperti ucapan-ucapan saya sebelum ini. Saya ingin menegaskan sekali kali kerajaan perlu mengambil perhatian yang serius berkenaan keselamatan sempadan.
Setelah meneliti belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri tidak dinyatakan keperluan kerajaan untuk baik pulih ICQS yang ada di negeri-negeri Semenanjung. Saya dan sahabat- sahabat saya Ahli Parlimen dari Kubang Pasu, Padang Terap, Gerik, Jeli, Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat menghadapi masalah yang hampir sama.
Isu sistem pertahanan negara perlulah berada tahap yang baik bagi menghadapi apa juga kemungkinan yang akan terjadi. Terima kasih Timbalan Menteri KDN yang baru- baru ini memberi jaminan atas usaha tersebut. Saya berharap kerajaan mengambil serius
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
perkara ini kerana ia melibatkan kebajikan dan keselamatan kakitangan awam yang bertugas di sana untuk melindungi negara kita.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Saya juga mendoakan kesejahteraan sahabat-sahabat di Sabah, Sarawak juga.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang pendidikan. Pendidikan adalah satu elemen yang penting dalam pembangunan sosial sesebuah negara. Pengabaian dalam soal pendidikan bererti mengabaikan kebajikan masyarakat dan menjejaskan pembangunan sesebuah negara. Saya memetik semula ucapan Yang Berhormat Ketua Pembangkang, “Dasar pendidikan yang baik akan menghasilkan modal insan berkualiti dengan nilai kebolehpasaran yang tinggi, sekali gus meraih pengiktirafan terhadap kualiti pendidikan negara”.
Melihat kepada trend semasa, industri amat memerlukan tenaga mahir dan separa mahir. Pelabur ingin membuka kilang di negara kita, namun persediaan kita untuk membekalkan tenaga kerja masih di paras yang rendah sehinggakan pekerja warga asing menjadi pilihan kerana tahap pendidikan kita masih tidak selaras dengan permintaan semasa industri.
Melihat kepada peruntukan belanjawan kali ini, utk pendidikan TVET, saya mencadangkan kepada kerajaan supaya meneliti semula kemahiran-kemahiran TVET yang ada supaya diselaraskan dengan permintaan semasa industri. Saya pernah mencadangkan agar kerajaan memberi satu kementerian sahaja, fokus bagi pengurusan TVET supaya ia lebih terancang.
Berilah ruang dan modal yang cukup untuk bergerak. Contohnya, politeknik yang lebih fokus kepada TVET hanya menerima RM1.4 bilion, berbanding RM8 bilion kepada universiti. Tambahan pula, pada pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan ada menyebut berkenaan dengan syarikat GLC yang akan mengambil alih institusi TVET. Di manakah outputnya, atau masih dalam perkiraan sahaja?
Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh soal pelancongan. Bersempena Tahun Melawat Perlis pada tahun hadapan, seiring dengan ucapan Yang Berhormat Ketua Pembangkang, untuk memberi fokus kepada segmen pelancongan bernilai tinggi, saya ingin mencadangkan supaya diberi fokus edu-tourism, iaitu pelancongan berunsurkan pendidikan.
Pelancong datang bukan hanya datang hadir melihat keindahan negara kita, bahkan mereka juga belajar tentang kelebihan negara kita, kesenian dan budaya kita.
Contohnya di Padang Besar, terdapat pokok jati yang tertua di Semenanjung. Sekiranya pelancong hadir ke Padang Besar untuk melihat pokok jati tersebut, mereka juga dapat melihat – selain daripada dapat melihat pokok tersebut, mereka juga dapat belajar cara menanam pokok jati tersebut dan idea untuk produk-produk hiliran daripada jati. Boleh rujuk kepada FRIM Perlis dan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.
Tahniah juga kepada FRIM kerana telah diberikan penghargaan untuk mengesahkan entiti yang menaja berkaitan dengan penanaman pokok dan kesedaran pemuliharaan alam sekitar bagi potongan cukai. Selain itu juga, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada produksi filem, drama dan dokumentari yang turut mempromosikan keindahan Perlis. Baru-baru ini, saya ketemu dengan Tuan Haji Fadzil Teh, Zeel Production dan penerbit serta kru rancangan Panorama RTM yang cukup teruja mempromosikan keindahan Perlis. Semoga kalian dapat menerima manfaat daripada insentif dalam Belanjawan 2024 nanti.
Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan gaji progresif. Pelaksanaan dasar gaji progresif adalah usaha yang amat produktif membantu Malaysia muncul negara yang berdaya saing dan mencapai status negara berpendapatan tinggi. Gaji yang rendah dan tidak stabil secara konsisten membawa kepada produktiviti yang lemah dan mengurangkan mobiliti sosial.
Saya juga ingin mencadangkan, perlunya garis panduan yang jelas untuk menentukan tahap kemahiran pekerja di Malaysia. Di Malaysia, Kementerian Sumber Manusia menggariskan The Malaysia Standard Classification of Occupation (MASCO)
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
dengan izin, untuk menentukan jenis pekerjaan pekerja yang memaparkan lima peringkat pengelasan dalam MASCO 2020. Terdapat beberapa pekerjaan yang sukar untuk ditentukan ke tahap kemahirannya. Oleh itu, kerajaan harus bersedia untuk menentukan kemahiran tersebut kerana ia akan membawa kepada kenaikan gaji yang lebih progresif.
Puan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin menyentuh tentang kebajikan usahawan. Dengan pengumuman dalam belanjawan tempoh hari, saya boleh katakan golongan yang akan banyak terjejas adalah golongan usahawan. Dalam tempoh sebulan kebelakangan ini, banyak pemain industri gulung tikar kerana sudah tidak lagi mampu menampung kos yang dilihat meningkat secara mendadak. Pada Mac 2023, kementerian menyatakan 176,426 usahawan telah gulung tikar. Punca utama adalah kenaikan kos harga barang. Selepas pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, merangkap Perdana Menteri tempoh hari, tidak mustahil harga barang akan meningkat lebih tinggi.
Jadi, untuk belanjawan pada kali ini, saya mencadangkan agar kerajaan terus menilai semula geran-geran buat usahawan-usahawan yang telah gulung tikar tersebut.
Yang mana ada potensi untuk dimajukan, diberi insentif untuk mereka merancakkan semula bisnes usahawan di Malaysia. Saya menyokong penuh usaha KUSKOP untuk kempen environmental, social and governance (ESG) diperluaskan untuk cabaran global.
Puan Yang di-Pertua, Belanjawan 2024 perlu disasarkan pada semua pihak tanpa ada yang tercicir. Seperti mana dalam model Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 menetapkan konsep No One Left Behind, dengan izin, kerajaan perlu melihat semula adakah belanjawan tersebut dalam sejarah ini dapat memberi manfaat kepada semua, atau hanya pada pihak tertentu sahaja. Soalan akhir saya, apakah status 114,000 keluarga miskin tegar yang pernah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk dinoktahkan kemiskinan mereka? Berapa ramai kah yang sudah keluar daripada status tersebut?
Mengambil kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah kepada APPGM-SDG atau kajian dan usaha yang berterusan untuk tujuan solusi kepada masalah setempat dalam membasmi kemiskinan di Parlimen-parlimen Malaysia. Saya juga melihat, tiada inisiatif atau alternatif untuk M40 memiliki rumah seperti konsep yang saya pernah cadangkan sebelum ini, iaitu konsep musyarakah mutanaqisah, sewa beli atau council housing, dengan izin.
Akhir kalam, saya memetik daripada Surah al-Baqarah, ayat 42; “Dan, janganlah kamu campuradukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula, padahal kamu lebih mengetahui.” Dengan ini, saya mencadangkan kerajaan menilai semula Belanjawan 2014. Apa yang baik, saya sokong. Yang mana kurang, saya telah beri cadangan dan ulasan. Sekian, terima kasih. Saya sudahi dengan satu pantun lagi. Setakat itu sajalah. *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Ketawa]*
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Padang Besar. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Saya memulakan perbahasan saya dengan memetik satu perkataan daripada Thirukkural memandangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kali ini pertama kalinya telah merujuk kepada Thirukkural dalam menyediakan belanjawan untuk kali ini, untuk tahun depan. Bermaksud [Bercakap dalam bahasa Tamil] . Saya ulangi [Bercakap dalam bahasa Tamil] . Dalam Bahasa Malaysia bermaksud, “Belajarlah baik- baik apa yang perlu dibelajar dan selepas belajar, berdiri teguh menurut apa yang telah dipelajari.” Saya mendengar daripada hari Isnin, semua perbahasan-perbahasan yang telah pun berlangsung di Dewan yang mulia ini. Terutamanya, perbahasan-perbahasan daripada sahabat-sahabat saya di sebelah sana. Banyak sangat aduan yang diadu kononnya terdapat kekurangan dan sebagainya. Saya berdiri di sini untuk, pertamanya
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
menyokong belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Bagi saya, saya berpuas hati dan walaupun terdapat beberapa kekurangan, saya percaya dalam masa yang akan datang, maklumlah, kepada semua yang sedang menonton, kita tahu ini adalah kali kedua Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkeupayaan membentangkan belanjawan.
Tahun lalu, baru kita selesai pilihan raya. Tahun ini, beliau berkeupayaan membentangkan satu belanjawan yang boleh sedikit sebanyak menangani masalah- masalah yang sedang membelenggu negara kita dan saya yakin kalau diberi masa yang secukupnya sebelum kita sampai ke penggal keempat, kelima, keenam, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan membentangkan belanjawan yang boleh mengatasi semua masalah-masalah yang dihadapi oleh negara kita.
Saya percaya, Timbalan Speaker tahu, pada suatu masa yang dahulu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah dinyatakan sebagai salah seorang Menteri Kewangan yang paling hebat di Asia Tenggara.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi, saya yakin dan percaya kalau diberi peluang, ruang, masa tanpa diganggu dalam politik dan sebagainya beliau boleh membentangkan satu belanjawan yang boleh menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat dan negara kita. Saya di sini ingin tanya...
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Sedikit penjelasan Yang Berhormat. Yang Berhormat, ini pembentangan belanjawan. Saya hendak tahu Yang Berhormat ini adalah seorang ahli dalam MITRA. Nampaknya dalam mengagihkan wang kepada MITRA ini dalam tempoh ini beberapa dekad hanya RM100 juta. Ada banyak pertanyaan supaya ia ditingkatkan. Adakah Yang Berhormat berfikir bahawa ini boleh dibuat dalam tempoh masa yang terdekat dan juga TEKUN hanya di mana RM30 juta diagihkan untuk masyarakat India?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya menyokong saranan itu dan minta saranan itu juga dimasukkan. Rupa-rupanya Yang Berhormat Ipoh Barat yang merupakan lebih senior daripada saya, lebih bijak daripada saya telah pun mendapatkan satu idea bahawa peruntukan untuk MITRA ini boleh dinaikkan daripada RM100,000 ke RM200,000.
Malahan, peruntukan untuk...
[Disampuk] Maafkan saya. Daripada RM100 juta kepada RM200 juta dan juga peruntukan untuk TEKUN. Saya percaya boleh dinaikkan juga daripada RM30 juta sekurang-kurangnya kepada RM50 atau RM60 juta.
Cumanya, saya ingin...
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Nak minta laluan juga?
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Minta laluan boleh?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jelutong bahas, semua nak minta laluan.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih. Saya hendak tanya apa pandangan Yang Berhormat Jelutong berkenaan dengan SPUMI ataupun TEKUN yang di peruntukan untuk masyarakat India yang telah di peruntukan sebanyak RM30 juta.
Dan saya rasa kebanyakannya tidak dapat memperolehi ataupun mendapatkan RM30 juta ini melalui pinjaman dan apakah pandangan Yang Berhormat kalau kita mencadangkan supaya RM30 juta ini dan RM5 juta itu menjadikan sebagai geran terus untuk membantu masyarakat India. Saya hendak dengar juga pandangan daripada Yang Berhormat.
Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih. Saya mohon saranan itu juga dimasukkan dalam ucapan saya. Saya di sini berterima kasih kerana semua hujahan-hujahan ini adalah hujahan daripada hujahan yang begitu konstruktif, membina, memberi pendapat di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh dalam masa yang akan datang membentangkan belanjawan-belanjawan yang boleh sedikit sebanyak menambahkan peruntukan untuk MITRA dan juga TEKUN.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pada masa yang sama, saya juga melihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memang prihatin dengan keperluan untuk membina rumah PPR dan di kawasan Parlimen Jelutong melalui Menteri KPKT terdapat satu cadangan untuk membina rumah PPR di kawasan Kota Giam di Jelutong. Saya cuma menggunakan kesempatan ini untuk memohon Kerajaan Madani yang ada sekarang untuk mempercepatkan pembinaan rumah PPR di kawasan Jelutong.
Bukan sahaja itu, saya juga prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh anggota- anggota polis di Balai Polis Jelutong. Di mana mereka terpaksa menggunakan satu kuarters yang hanya ada satu bilik sahaja, Timbalan Speaker. Dan saya mendapat maklum balas daripada Menteri Dalam Negeri bahawa rolling plan dalam rancangan dan Kerajaan Madani akan mempercepatkan pembinaan kuarters yang baharu yang mempunyai kelengkapan-kelengkapan moden, yang mempunyai ruang yang selesa dan boleh digunakan oleh anggota-anggota.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Madani Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga kepada Menteri Dalam Negeri. Saya berharap bahawa kuarters-kuarters bukan sahaja di Jelutong tetapi kuarters-kuarters anggota tentera, kuarters-kuarters anggota polis juga diberi perhatian di mana mereka dibenarkan untuk tinggal selesa bersama-sama keluarga. Kerana mereka ini merupakan the frontliners. Anggota-anggota polis dan tentera merupakan frontliners, dengan izin Timbalan Speaker yang memberi bantuan untuk menjaga supaya negara kita kekal aman dan selamat selalu.
Pada masa yang sama, saya juga ingin memohon kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan supaya masalah banjir yang berlaku di kawasan Parlimen Jelutong, Jalan P. Ramlee memang terkenal, famous. Kalau hujan sedikit selalu banjir.
Saya lihat dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri projek-projek tebatan banjir telah disentuh di Negeri Sembilan, di Sarawak dan juga di Selangor dan di berapa negeri yang lain.
Saya difahamkan oleh menteri dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Pinang sekarang berada dalam rancangan, malahan telah pun mula dilaksanakan dan harapan saya adalah supaya projek tebatan banjir ini dapat dilaksanakan dan disempurnakan dengan seberapa cepat yang mungkin. Semoga dengan penyempurnaan projek ini maka rakyat di kawasan Jelutong di Parlimen Jelutong, di kawasan Datuk Keramat dan di Sungai Pinang dan di Batu Lanchang tidak payah lagi meredah banjir apabila berlakunya hujan bila-bila.
Timbalan Speaker, saya juga menarik perhatian Timbalan Speaker dan Dewan yang mulia ini kepada peruntukan RM50 juta yang telah diagihkan, yang akan diagihkan kepada rumah-rumah ibadat bukan Islam. Dan saya berterima kasih dan memohon supaya peruntukan ini untuk rumah-rumah ibadat bukan Islam ditambahkan. Kerana rumah-rumah ibadat bukan Islam terdiri daripada tokong-tokong Cina. Bukan sahaja di Jelutong tetapi di kawasan-kawasan semua kawasan lain. Rumah-rumah berhala dan juga jangan lupa kepada kuil-kuil ataupun gurdwara-gurdwara yang menjadi tempat tumpuan sembahyang oleh kaum Sikh atau Punjabi.
Saya di sini untuk makluman Timbalan Speaker, sekarang telah diangkat sebagai Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu dari Pulau Pinang dan saya berharap supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat memberi perhatian khusus kepada permintaan Lembaga Wakaf Hindu dan saya yakin dan percaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merupakan seorang yang begitu peka dengan keperluan-keperluan kuil, tokong- tokong Cina, kepada gurdwara dan saya berharap supaya dana yang lebih banyak dapat di peruntukan dan saya berpuas hati...
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Jelutong sikit tambah?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Alor Setar hendak minta juga?
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Ya. Idea yang bagus hendak sokong. Terima kasih sahabat saya Jelutong. Cakap tentang pelaksanaan wakaf.
Tadi disebut wakaf Hindu dalam Islam juga ada wakaf Islam. Adakah Jelutong bersetuju
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
supaya kerajaan mempertimbangkan pihak yang memberi wakaf ini diberi pelepasan cukai supaya menggalakkan mereka berwakaf dan membantu juga kerajaan dalam hal itu? Adakah Jelutong bersetuju? Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Ini adalah satu cadangan yang begitu baik. Pertama kalinya saya lihat seorang Ahli Parlimen dari sebelah sana melontarkan satu idea yang begitu bernas dan saya minta ucapan Yang Berhormat Alor Setar dimasukkan dalam ucapan saya sendiri.
[Tepuk] Walaupun saya— kami digelar macam-macam. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk bercakap tentang Masjid Jamek Jelutong. Salah sebuah masjid yang paling tua di Pulau Pinang. Kami memerlukan dana. Tuan Haji Shukor, Pengerusi Kariah Masjid memaklumkan pada saya bila saya berbual kelmarin bahawa RM9.8 juta diperlukan untuk membina masjid yang baharu. Saya berharap supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat juga memberi perhatian bila pembinaan masjid ini sempurna, saya akan mengambil kesempatan untuk menjemput bukan sahaja Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi semua Ahli-ahli Parlimen di sebelah sana datanglah lihat bagaimana megahnya Parlimen di kawasan masjid di kawasan Parlimen Jelutong.
Kerana Pulau Pinang terkenal dengan masjid-masjid yang besar. Ada juga masjid terapung. Jadi, di kawasan Parlimen Jelutong ada rancangan untuk membina masjid yang baharu. So, saya cuma menggunakan kesempatan ini untuk menyeru Yang Amat Berhormat Perdana Menteri peruntukan itu jangan lupa kepada Parlimen Jelutong. Saya minta juga diagihkan kepada Parlimen Jelutong.
Dalam masa yang sama Timbalan Speaker, saya minta juga supaya Pulau Pinang adalah tempat tarikan. Tarikan untuk pelancong. Saya menerima baik rancangan kerajaan untuk membina LRT daripada Pulau Pinang ke seberang untuk memperluaskan, menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Pada masa yang sama, saya cuma nak merayu— terima kasih juga untuk empat feri baharu yang telah dihantar ke Pulau Pinang oleh Menteri Pengangkutan. Pada masa yang sama, kalau boleh saya minta supaya feri itu ditambahkan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau boleh pada masa yang sama, Menteri Pengangkutan memberi perhatian kepada penambahan bas-bas untuk kita memberi perkhidmatan kepada rakyat di Pulau Pinang supaya kita dapat meningkatkan lagi tempat – meningkatkan...
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Jelutong...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Bas-bas untuk memberi perkhidmatan.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Jelutong menyebut berkaitan dengan isu feri dan saya merasakan kerajaan telah membeli ataupun memberikan empat feri baharu kepada negeri Pulau Pinang. Cuma persoalan dia sekarang ni adalah rungutan daripada rakyat negeri Pulau Pinang berkaitan dengan isu jadual dan juga ada feri yang rosak dan sebagainya. Mungkin pihak kerajaan boleh mengambil perhatian juga atas isu tersebut.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Pauh, satu cadangan yang begitu bijak sekali. Saya minta dimasukkan dalam ucapan saya. Rakan saya dari Pulau Pinang tapi malangnya di sebelah sana tetapi kita terima juga cadangan itu bagi kebaikan rakyat di Pulau Pinang. Ketereh nak minta juga?
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Minta. Sebagaimana yang kita tahu seramai 78,546 veteran tentera yang bertugas sebelum 1 Januari 2013. Jadi mengikut akta, mereka berhak untuk dibuat pelarasan pencen kerana jurang antara yang berpencen sebelum 2013 dan selepas 2013 adalah amat-amat jauh. Jadi setuju tak Jelutong, kerajaan menyelesaikan penyelarasan pencen ini? Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, saya setuju minta supaya ucapan Ketereh juga turut dimasukkan dalam ucapan Jelutong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tentang penjawat awam ini kita sokong. Cumanya Timbalan Speaker sebelum saya landing, mengenai...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Boleh landing sudah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Mengenai Kementerian Kesihatan. Saya lihat bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun membentangkan belanjawan RM41.2 bilion untuk Kementerian Kesihatan. Pada masa yang sama, saya baca satu berita yang agak mengkhuatirkan, merunsingkan saya bahawa berlakunya bullying iaitu membuli, doktor membuli seorang doktor yang menyebabkan banyak doktor-doktor meninggalkan perkhidmatan awam. Perkara ini dilaporkan berulang kali. Hasrat, usaha murni Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memastikan rakyat Malaysia mempunyai cukup doktor untuk memberi rawatan akan musnah kalau sikap membuli di antara doktor-doktor ini berterusan.
So, saya minta supaya ramai daripada doktor, saya simpati dengan mereka terpaksa berkhidmat dalam keadaan yang begitu tertekan. So, saya menggunakan kesempatan ini untuk menyeru Menteri berkenaan untuk mengambil langkah proaktif memberi kaunseling dan memastikan bahawa doktor-doktor baru, ramai yang belajar.
Kawan-kawan saya menghantar anak mereka belajar, belanja duit, selepas menjadi doktor kena buli. So, saya minta perkara ini diberi perhatian.
Akhir sekali, saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana menjadi Perdana Menteri kita. Saya risau kalaulah sebelah sana menjadi kerajaan, Singapura pun tak akan datang untuk membuat apa-apa pelaburan akibat...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tak payah provoke-lah bang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pendang nak minta juga?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Nak minta. Saya nak tanya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Masa dah tamat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Terima kasih Jelutong. Sila duduk.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pendang. Saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, saya mohon menyokong. Nanti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata saya tak sokong, tak dapat peruntukan. Saya mohon menyokong.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ini untuk kaum India kurang kali ni, dekat MITRA depa tengok banding dengan tahun lepas.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana turut memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Belanjawan 2024 yang bertemakan Reformasi Ekonomi Memperkasakan Rakyat.
Kita mengambil peringatan Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud dalam surah Al-Qasas, ayat yang ke 77 yang bermaksud, “Dan kejarlah ganjaran yang telah
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
dikurniakan Allah SWT kepada kamu di akhirat tapi jangan kamu lupa bahagian kamu di dunia dan berbuat ihsanlah sebagai mana Allah SWT berlaku ihsan kepada kamu dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan”.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman Zionis terhadap umat Islam di Palestin. Kezaliman mereka telah melampaui hak kemanusiaan. Mereka telah mencabul hak asasi manusia dan mereka telah merampas bumi Palestin, menghalau penduduk Aqsa dengan paksa dengan ganas dan membunuh tanpa batas dan merampas bangunan dan kawasan pertanian. Mereka pula bersekongkol dengan kuasa besar barat yang mana untuk meranapkan rakyat ataupun umat Islam di Palestin.
Jadi kita doakan semoga Allah beri ketabahan kepada rakyat Palestin dan saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia dan kepada seluruh pendukung-pendukung Islam dan juga rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan dan sumbangan untuk rakyat di Palestin, insya-Allah. Dalam berdepan dengan cabaran yang dihadapi oleh rakyat Palestin dengan keganasan yang dilakukan terhadap mereka, saya mengharap begitu juga semangat federalisme dihormati dalam negara kita. Kita lihat bagaimana dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Malaysia menyebutkan daripada segi hak agihan adil antara kuasa negeri dan Persekutuan. Jadi seharusnya kerajaan negeri walaupun di bawah pembangkang diberi hak yang sama termasuk juga hak Ahli Parlimen. Jadi seharusnya janganlah hak mereka ini diabaikan semata-mata kerana mereka pembangkang.
Saya mengambil kesempatan ini juga untuk melihat bagaimana belanjawan yang dibentangkan pada kali ini tidak memfokuskan kepada isu yang sedang menekan rakyat iaitu penurunan harga barang yang mana dalam keadaan kos hidup yang semakin tinggi, Belanjawan Madani menjanjikan satu belanjawan yang tidak menampakkan mesra rakyat.
Malah kita lihat subsidi dikurangkan dan cukai dinaikkan dalam keadaan rakyat terus tertekan.
Saya mengambil satu kisah bagaimana seorang anak kecil yang berumur sembilan tahun yang menangis di sisi ibunya kerana dia menangis kerana apa? Kerana maknya tak mampu beri wang saku ke sekolah, hanya bawa bekal makanan ke sekolah.
Apabila ditanya kenapa mak tak dapat bagi duit? Kerana duit barang mahal, mak hanya mampu beli, bagi barang bekal makanan. Bayangkan perkara itu berlaku setiap hari.
Apa lagi berlaku dalam keadaan musim sekarang, musim tengkujuh. Betapa ramai rakyat di luar sana terutama penoreh-penoreh getah yang dalam keadaan hidup tertekan, mereka tidak mendapat hasil daripada torehan getah kerana di musim hujan dan dalam keadaan yang sama, beras mahal, telur mahal, barang harian mahal walaupun kerajaan tidak menaikkan cukai terhadap makanan, minuman tetapi kita melihat apabila cukai SST dia naik kepada lapan peratus, jelas ia akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang dalam pasaran.
Jadi sebab itulah, saya mengharapkan supaya kerajaan menilai balik, melihat balik isu ini supaya rakyat tidak terus tertekan...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Rantau Panjang.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
...Walaupun kerajaan mendakwa dia...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Minta celahan.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
...Dia telah memberi kebaikan rakyat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Rantau Panjang.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya. Sekejap.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya rasa satu tricky berlaku di sini apabila tak disebut bahawa barang makanan tak naik. Tapi
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
dalam kaedah ekonomi, supply chain akan berlaku daripada awal. Raw material sampai kepada transport sampai ke – semua ini melibatkan SST, lapan percent.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Jadi kita dikelabui oleh bila disebut makanan tak naik tetapi kena ingat supply chain. Saya selalu sebut...
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...Daripada raw material, daripada peringkat proses...
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...Proses input, proses hingga ke output.
Ini kena juga tengok yang ni.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya, saya setuju.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Jangan kita kelirukan rakyat dengan kita tak sebut, tak menaikkan makanan, harga makanan.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya, saya setuju dengan pandangan Pendang dan inilah sebenarnya realiti yang berlaku. Rakyat rasa cukup tertekan dengan suasana yang ada walaupun didakwa tidak naikkan cukai SST untuk makanan dan minuman.
Saya ingin penjelasan juga berkaitan dengan projek tebatan banjir di Rantau Panjang dan begitu juga janji Timbalan Perdana Menteri untuk menyediakan pam berkuasa tinggi terutama dalam berdepan dengan banjir termenung di Rantau Panjang.
Apakah statusnya setakat ini? Apakah persiapan untuk berdepan dengan musim banjir yang mungkin dalam berdepan dengan risiko yang lebih tinggi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Saya ingin mencadangkan supaya NADMA melihat apa yang dibuat di negara jiran contohnya di Thailand. Mereka bukan semata-mata menyediakan peralatan, minuman ataupun kenderaan yang boleh memproses minuman secara segera terutama di pusat-pusat pindahan (PPS).
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Begitu juga tempat memasak dengan menggunakan truck yang memudahkan pengurusan pembekalan makanan kepada mangsa-mangsa terutama di PPS. Jadi, saya harap perkara itu dilaksanakan juga dalam negara kita. Setakat ini saya ingin tahu, berapakah buah pusat PPS tetap yang telah disediakan di seluruh negara untuk berdepan dengan musim banjir?
Saya ingin menyentuh juga berkaitan dengan subsidi diesel yang mana akan ditarik dan di mana subsidi bersasar akan dilaksanakan. Saya ingin tahu, apakah mekanismenya? Dan saya ingin tahu juga bagaimana berkaitan dengan isu memuktamadkan kemiskinan tegar, yang mana kita – saya mendapat jawapan di Dewan ini pada 16 Oktober 2023 di mana jumlah miskin tegar dalam negara kita sehingga 30 September 2023 adalah 110,663 orang keluarga isi rumah yang masih direkodkan dalam sistem eKasih. Kalau kita lihat bagaimana dalam data yang dikeluarkan, penerima- penerima Bantuan Rahmah masih lagi tinggi. Kalau tengok penerima Bantuan Rahmah yang tersenarai dalam eKasih iaitu pada bulan Julai 2023 berjumlah 210,000. Manakala September turun kepada 110,663. Dan kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan baru-baru ini mengatakan miskin tegar hanya tinggal 18,000 orang.
Saya ingin tahu, apakah mekanisme yang diguna pakai dalam memuktamadkan kemiskinan tegar ini dan apakah kategori had kemiskinan yang diguna pakai? Kalau kita lihat had kemiskinan biasa digunakan sebelum ini iaitu 2,589 ataupun kemiskinan tegar 11,098 di bawah kemiskinan makanan. Jadi, saya ingin penjelasan supaya tidak mengelirukan data yang ada dalam – yang telah diberi antara dua kementerian berbeza.
Antara Kementerian Ekonomi dan DOSM.
Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Mencelah sedikit Rantau Panjang?
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Jadi saya ingin penjelasan...
Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Tanjong Karang. Tanjong Karang.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Sekejap ya.
Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Terima kasih. Setujukah Tanjong Karang – kalau saya katakan di sini bahawa keadaan ekonomi kita sekarang ini tidak baik dan semua orang tahu bahawa T20 telah turun kepada B40 dan ramai B40 juga yang telah menjadi miskin tegar.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya, okey.
Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Jadi, adalah sangat mencurigakan yang miskin tegar itu dikatakan telah berkurang. Kita jangka dia makin bertambah. Terima kasih.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya, ya. Dengan keadaan barang makanan, barang kehidupan, kos hidup yang semakin tinggi, agak tak munasabah angka kemiskinan semakin berkurang sedangkan yang data yang diterima daripada jawapan Parlimen ini juga menyatakan lebih daripada 100,000 ketua isi rumah yang masih berada dalam kemiskinan. Jadi, masukkan juga ucapan Tanjong Karang dalam ucapan saya.
Seterusnya saya ingin menyentuh berkaitan dengan isu peruntukan yang diberi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang mana dengan mendapat peruntukan 3.52 bilion yang mana kita ingin penjelasan, apakah usaha yang telah dibuat oleh pihak kementerian dalam mengukuhkan Pelan Strategik Kementerian Pembangunan Wanita 2025? Terutama dalam memartabatkan kumpulan sasar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sejauh mana program pengukuhan jati diri, pengukuhan kerohanian untuk memartabatkan kumpulan sasar dijadikan keutamaan dalam program pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat?
Saya ingin juga penjelasan, apakah usaha-usaha pemulihan kepada kumpulan rentan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan? Dan saya ingin tahu, berapakah bajet yang diperuntukkan di bawah Jabatan Pembangunan Kanak-kanak yang telah dikemukakan, yang telah diumumkan dalam bajet tahun lepas oleh Perdana Menteri? Dan saya mendapat makluman bagaimana hanya diarah menggunakan peruntukan sedia ada.
Adakah peruntukan untuk penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak ini juga tidak ada dalam bajet kali ini? Jadi, adakah ini hanya retorik semata-mata?
Jadi, begitu juga saya ingin penjelasan tentang— berkaitan dengan pendidikan untuk kesedaran wanita. Sebab kita lihat hari ini ramai wanita menjadi mangsa scammer.
Apakah program yang telah dilaksanakan di bawah kementerian untuk memastikan supaya wanita tidak menjadi mangsa jenayah buli siber ini dan kesedaran ini sangat penting untuk memastikan ibu-ibu kita terselamat supaya mereka tidak menjadi mangsa buli siber.
Begitu juga saya ingin penjelasan berkaitan dengan program pembinaan keluarga. Sejauh mana program pemantapan keluarga dilaksanakan untuk memastikan peranan keluarga amat penting dalam pembinaan kesejahteraan negara? Dan saya ingin tahun, sejauh mana peningkatan terutama dari sudut komuniti itu sendiri untuk menjaga keluarga terutama keselamatan wanita? Sebelum ini kita ada Skuad Waja, saya ingin tahu apa status Skuad Waja setakat ini dan apakah program-program yang telah dilaksanakan untuk memperkasakan Skuad Waja?
Saya ingin tahu juga tentang apakah program-program yang dibuat untuk menangani isu gejala sosial yang semakin merebak yang melibatkan masalah remaja dan keluarga dalam negara kita yang sangat membimbangkan kita? Baru-baru ini kita dengar bagaimana kerajaan mengurangkan ataupun memberi pengurangan terhadap cukai
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
persembahan artis daripada luar negara. Dan saya ingin tahu, apakah manfaat yang kita dapat daripada program ini yang kita tidak mahu remaja kita semakin leka dengan hiburan? Dan apakah usaha sebenarnya yang telah diusahakan oleh kerajaan untuk menangani terutama isu-isu yang berkaitan dengan masalah penceraian dalam keluarga, masalah ketagihan dadah, masalah ketagihan seks dan sebagainya yang semakin membimbangkan dalam negara kita?
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
[Bangun]
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Jadi, pemantapan keluarga ini perlu diperkasakan terutama dalam membentuk keluarga yang sejahtera.
Saya ingin tahu juga tentang peruntukan 1.2 bilion yang dikhususkan untuk OKU. Yang mana saya ingin tahu tentang apabila dinaikkan elaun pelatih OKU, 150 hingga 300, apakah program-program peningkatan yang telah dilaksanakan di PDK? Apakah usaha kerajaan untuk memperkasakan kerohanian OKU itu sendiri?
Apakah yang telah dilaksanakan di bawah Pelan Strategik KPWKM untuk memastikan OKU ini boleh berperanan untuk memperkasakan potensi mereka dalam masyarakat? Apakah portfolio agama di JPM juga memainkan peranan dengan kerjasama KPWKM untuk memperkasakan OKU ini dan apakah status Pelan Tindakan OKU Muslim di bawah JAKIM? Sejauh mana peranan Jabatan Pembangunan OKU berjaya memperkasakan OKU dan berapakah bajet yang telah disediakan untuk melahirkan OKU berkemahiran terutama di sudut pendidikan, kemahiran, pelajaran dan sebagainya?
Sejauh mana penglibatan mereka terutama dalam sesi libat urus yang melibatkan kepentingan OKU termasuk juga iaitu untuk pelaksanaan satu peratus pekerja OKU di sektor awam. Sampai hari ini masih gagal. Apa usaha kementerian untuk memastikan sekurang-kurangnya satu peratus pekerja OKU berada di sektor awam? Jadi, sudah sampai masanya kementerian melihat isu ini dengan serius.
Saya ingin juga menyentuh berkenaan dengan penyertaan wanita di dalam tenaga buruh. Saya ucapkan tahniah dan menyambut baik di atas usaha kerajaan untuk menetapkan penanda aras kadar penyertaan 60 peratus wanita dalam sektor tenaga buruh. Dan saya ingin juga meminta penjelasan, sejauh mana kesediaan majikan agar tiada diskriminasi terhadap wanita? Sejauh mana tangga gaji yang telah diberi dan begitu juga usaha untuk membangunkan wanita?
Begitu juga dengan masalah kesihatan mental yang menjadi isu besar hari ini.
Kecelaruan mental yang semakin meningkat terutama di kalangan remaja. Apakah ada satu bajet khusus untuk memastikan supaya kesihatan mental ini dapat ditangani? Sebab kita menghendaki supaya kalau boleh diadakan saringan terhadap keluarga-keluarga yang mempunyai anak-anak yang ada potensi ataupun keluarga yang mempunyai potensi risiko kecelaruan mental ini. Dan perkara ini perlu kerjasama antara kementerian dan sejauh mana program ini dilaksanakan.
Begitu juga penghargaan kepada kaunselor-kaunselor. Saya ingin tahu, tanya terutama kepada Lembaga Kaunselor Malaysia yang mana banyak kaunselor-kaunselor sukarelawan ini membantu terutama dalam menangani isu aduan melalui Talian Kasih.
Apakah penghargaan yang telah diberi kepada mereka? Begitu juga pengiktirafan melalui i-Suri, tidak cukup hanya dengan sumbangan dengan maksimum RM3,000. Kenapa RM3,000 itu menjadi had dan sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang boleh kita laksanakan dalam mengiktiraf peranan terutama suri-suri rumah dan adakah kerajaan bercadang untuk mewajibkan ibu bapa mengikuti kursus keibubapaan dan keluarga?
Untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa, tanggungjawab mereka terhadap anak-anak termasuk juga menangani, membendung anak-anak yang terdedah dengan peranti ataupun gajet di dalam usia yang terlalu awal. Sebab ia mempunyai kesan yang sangat besar termasuk kepada kesihatan mental.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Jadi, sebab itulah kita mengharapkan banyak program-program dan dasar-dasar terutama pelan strategik kementerian itu mesti diperkasakan untuk melahirkan wanita, keluarga, masyarakat yang berjaya dan sudah tentulah wanita, keluarga, masyarakat yang berjaya inilah akan menyumbang kepada kesejahteraan negara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya jemput Yang Berhormat Julau.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Terima kasih Puan Yang di- Pertua kerana memberikan saya peluang untuk berbahas dalam menyokong RUU Perbekalan 2024. Belanjawan 2024 ini juga dilihat sebagai satu strategi serampang dua mata kerana ia diluncurkan setelah pembentangan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 di mana kerajaan mempunyai hala tuju yang jelas untuk berusaha kembali melonjakkan prestasi ekonomi negara setelah mengalami penguncupan yang dahsyat ketika di badai wabak COVID-19.
Belanjawan ini saya tafsirkan sebagai langkah untuk mengukuhkan lagi kesiapsiagaan negara dalam menghadapi geopolitical uncertainties, dengan izin, dan kebarangkalian berlakunya kekurangan dan keselamatan makanan bekalan bahan mentah atau limitasi import dan eksport secara global.
Puan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menyentuh mengenai usaha kerajaan dalam mengambil satu tindakan yang wajar dan tepat dengan mula untuk membuat subsidy reform. Mengambil contoh dengan merujuk kepada perincian butiran perbelanjaan mengurus dalam dokumen Belanjawan 2024, negara kita mengeluarkan dana yang begitu besar sekali hanya untuk menampung subsidi. Perbelanjaan menampung subsidi ini jika kita uruskan dengan lebih berhemah, sudah pastinya kita boleh kurangkan beban kantung kewangan kerajaan secara berfasa.
Kajian juga telah membuktikan bahawa saban tahun, walaupun setiap kali kita membelanjakan sebahagian besar hasil kerajaan hanya untuk menampung subsidi, kita mengalami tekanan fiskal yang meruncing kerana walaupun kita mengagihkan pendapatan negara yang besar, ketirisan, penyaluran subsidi ini adalah sangat ketara, tersasar dan tidak mendapati matlamatnya.
Buktinya di dalam jurnal International Monetary Fund (IMF) and Pacific Department pada Jun 2023. Artikel ini menyebut bahawa penyaluran subsidi di Malaysia selama ini adalah, dengan izin, regressive and only benefit the richer household. Puan Yang di-Pertua, umum mengetahui negara kita merupakan yang ketiga tertinggi di dunia untuk subsidi minyak petrol. Pandangan IMF ini adalah berasas kerana jika dilihat kepada analogi yang digambarkan oleh Menteri Kewangan, beliau memberi contoh harga petrol bersubsidi kita adalah lebih murah dibandingkan seperti negara Arab Saudi.
Namun, disebabkan kita mengamalkan sistem yang terlalu mesra dalam mengagihkan subsidi tanpa menyasarkan penerima yang betul, kita menanggung beban belanja berbilion-bilion sehinggakan kita hilang fokus untuk mengurus perbelanjaan lain seperti contoh agenda pembangunan atau membuat perancangan untuk melangsaikan bayaran hutang negara yang kini telah meningkat sehingga ke paras RM1.5 trilion.
Puan Yang di-Pertua, perkara seterusnya adalah mengenai topik cukai baharu yang akan diperkenalkan. Pertamanya, saya ingin menyentuh mengenai capital gains tax
(CGT) yang akan mula diperkenalkan pada Mac 2024. Mengenai CGT ini, banyak kumpulan korporat akan memegang pelaburan selama bertahun-tahun dan nilainya akan meningkat dengan ketara. Adalah tidak logik bahawa CGT harus menggunakan penghargaan ini dari tahun-tahun tersebut. Ini akan membawa kepada berapa penyusunan semula sebelum 1 Mac 2024 untuk mengatasi kesan cukai yang tidak memberikan nilai untuk perniagaan. Perlu ada berapa safe harbour rules, dengan izin, yang ditetapkan.
Kedua, adakah kerajaan akan meletakkan syarat buat foreign entities, dengan izin, untuk dikenakan CGT apabila melakukan disposal of shares, dengan izin, di syarikat- syarikat sendirian berhad? Dengan ini, saya meminta penjelasan.
Seterusnya adalah mengenai cukai barangan mewah secara ringkas. Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan. Apakah sudah ada senarai barang-barang yang
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
diklasifikasikan sebagai barang mewah? Dan berapakah jumlah nilai yang akan ditetapkan sebagai barangan mewah? Di sini kita memerlukan garis panduan yang jelas daripada kerajaan dan mohon dimasukkan sekali refund mechanism, dengan izin, untuk pelancong asing.
Dengan meningkatkan SST daripada enam peratus kepada lapan peratus, saya membuat pengiraan mudah, ia boleh membawa hasil tambahan kira-kira RM5 bilion. SST mungkin menimbulkan kebimbangan mengenai cukai terbenam yang boleh meningkatkan inflasi secara langsung, tidak seperti GST yang boleh membenarkan cukai input dan cukai output mengimbangi satu sama lain.
Dalam belanjawan ini, nampaknya begitu tertumpu pada meluaskan cukai tetapi tidak menyebut tentang cara mempercepatkan dalam menangani shadow economy. Saya teringat Menteri Kewangan pada tahun 2019 menyebut kira-kira RM300 bilion shadow economy yang belum diterokai. Jadi, sementara menunggu keberkesanan e-Invoice dan penggunaan penuh nombor cukai pendapatan, apakah itu plan segera daripada kementerian?
Puan Yang di-Pertua, perkara selanjutnya. Mengambil kira keluhan dan rungutan rakyat yang sengsara untuk mendapatkan beras di pasaran baru-baru ini, saya ingin mencadangkan agar kerajaan segera mengawal kebergantungan kepada BERNAS dan melaksanakan tindakan penambahbaikan ke arah pasaran yang lebih terbuka, pemberian permit import AP kepada syarikat-syarikat yang berkelayakan dalam menguruskan pasaran industri beras negara.
Hal ini kerana BERNAS sebagai satu-satunya syarikat yang menjadi pemain utama dalam industri beras negara telah gagal dalam menyampaikan khidmatnya. Oleh kerana aktiviti ini mereka monopoli, sambil lewa dan acuh tidak acuh kepada kesemua pemegang taruh khususnya pesawah-pesawah.
Di dalam laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara ataupun PAC, laporan KPI daripada KPKM, BERNAS telah menunaikan obligasi mereka sebagai sebuah syarikat konsesi. Walau bagaimanapun, Laporan Audit Negara mendapati bahawa BERNAS tidak menjalankan kesemua obligasi tersebut. Adakah percanggahan ini menunjukkan ada kemungkinan KPKM cenderung kepada BERNAS daripada melindungi kepentingan rakyat Malaysia?
Laporan PAC juga menyebut, sehingga hari ini, BERNAS masih gagal membayar baki RM25 juta daripada jumlah RM37 juta obligasi sosial perjanjian konsesi.
Mengapakah isu ini berlaku sehingga petani dan pesawah tertindas, tidak mendapat hak mereka yang sepatutnya? Jika ini menjadi punca petani terus miskin sehinggakan tiada sumber yang kukuh untuk melestarikan penanaman beras tempatan, maka wajar kita jadikan pasaran industri beras ini lebih meluas, tidak hanya dimonopoli oleh sebuah syarikat sahaja.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Jadikan ianya lebih bersifat kompetitif agar jaminan kelangsungan hidup petani dapat dijaga dengan sebaiknya. Sekali gus, boleh mendorong kepada sistem sekuriti makanan tempatan yang lebih mampan dan terjamin.
Puan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai isu gaji penjawat awam. Apakah status terkini cadangan yang pernah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan pada bulan Julai yang lalu untuk menyemak semula dan mengadakan penstrukturan gaji buat penjawat awam di Malaysia? Isu ini saya bangkitkan kerana melihat pada jadual gaji perkhidmatan awam, masih lagi ada pegawai penerima gaji kurang daripada paras gaji minimum. Jadi, saya memohon pihak kerajaan menyemak semula dan memastikan semua warga penjawat awam menerima gaji setara dan melebihi daripada paras gaji minimum.
Puan Yang di-Pertua, mengenai isu berkenaan minyak sawit, secara spesifik mengenai peruntukan dana sebanyak RM15 juta yang akan dibelanjakan untuk memperhebatkan kempen menangani anti minyak sawit. Adakah kempen ini diadakan di
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
peringkat domestik dan lokal sahaja atau turut dijalankan di pentas antarabangsa, khususnya di negara EU?
Sebelum ini kita pernah mengadakan kempen mengenai ini, anti minyak sawit, tetapi kita lebih fokuskan kepada kempen di dalam negara sahaja dan ini sebenarnya merugikan kerana cadangan boikot dan anti penggunaan minyak sawit dipelopori oleh negara luar di Eropah.
Kalau kita melihat daripada pengeluaran minyak sawit dari Malaysia, eksport kita dari tahun 2022 adalah sebanyak RM137.9 bilion. Dan bila kita kira berapa yang disalurkan, RM15 juta itu, itu adalah saya kira tak sampai 0.1 peratus sahaja. So, daripada pengeluaran. So, saya rasa kalau kementerian kita dan kerajaan kita amat serius, dengan izin, untuk lawan itu anti-palm oil campaign, kita mesti bagi lebih dana untuk khas kepada ini.
Dan saya rasa kalau kita fokus kepada EU, Ringgit Malaysia sekarang sudah jatuh. Dan kalau kita gunakan duit peruntukan RM15 juta, apakah servis yang kita dapat pun bukan tak sama bukan? Bila- berapa tahun yang lepas? So, saya rasa lebih strategik kalau kementerian boleh gunakan duit ini di Eropah, dan mungkin gunakan duit RM15 juta, boleh tackle satu, dua negara saja tetapi itu adalah step in the right direction, dengan izin.
Puan Yang di-Pertua, beberapa perkara khusus yang ingin saya bangkitkan berhubung fasiliti dan kemudahan asas di kawasan Parlimen Julau.
Untuk makluman, Parlimen Julau merangkumi keluasan 2,858 kilometer square dan lebih besar daripada gabungan negeri Melaka dan negeri Pulau Pinang. Keseluruhan panjang jalan raya adalah 603 kilometer yang merangkumi 165.7 kilometer jalan berturap dan 437.2 kilometer jalan tidak berturap. Setakat ini, keseluruhan kawasan Parlimen Julau cuma ada 95 lampu jalan sahaja dan ini sememangnya tidak mencukupi langsung. Justeru itu, saya ingin memohon kepada pihak Kementerian KKDW untuk membuat pemasangan lampu jalan sebanyak 300 unit lampu jalan di kawasan Julau dalam fasa pertama.
Saya juga ingin menarik perhatian pihak KPKT untuk memasang papan tanda jalan, dan cat’s eyes di kawasan Julau bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta mengelak daripada berlakunya kemalangan yang tidak diingini. Kedua, sistem jaringan dan telekomunikasi di kawasan luar bandar. Selepas Starlink diperkenalkan di Rumah Panjang Menyimbang, saya melihat peranti Starlink ini adalah opsyen yang terbaik berbanding dengan CONNECTMe, SarawakNet ataupun telcos yang sedia ada. Network Starlink adalah lebih cepat dan stabil. Di sini saya ingin memohon daripada KKDM untuk menambahkan lagi 30 unit peranti Starlink untuk kawasan Julau. Liputan rangkaian internet pada tahun 2022 adalah 43.78 peratus dan kawasan Julau merangkumi 500 lebih buah rumah panjang. Saya rasa permohonan sebanyak 30 unit ini adalah di tahap minimum dan saya pohonkan.
Ketiga, berhubung permohonan pembinaan balai bomba di kawasan Parlimen Julau. Apakah status terkini pembinaan balai bomba tersebut? Mengapa masih tiada apa- apa sebarang bentuk pembangunan oleh KPKT? Setiap tahun kawasan Julau akan menghadapi kebakaran rumah panjang. Tahun ini sahaja sudah mengalami tragedi kepada dua buah rumah, menjejaskan 50 keluarga. Rumah Panjang Selunsin terbakar sehari sebelum Hari Gawai dan baru-baru ini, bulan September di Rumah Panjang Micheal Marau, di ranap kebakaran, malah seorang mangsa OKU telah meninggal.
Takziah buat keluarga mendiang.
Pasukan bomba yang terdekat pula akan mengambil masa melebihi sejam untuk sampai ke tempat kejadian, tetapi malangnya sudah terlambat. Saya telah lama bangkitkan perkara ini dan berharap pihak kementerian boleh mencepatkan proses pembinaan balai bomba Kategori E di Julau.
Keempat, yang terakhir adalah mengenai penambahan pemasangan kemudahan mesin ATM di Pekan Julau dan Pakan. Walaupun sekarang ini ada inisiatif mobile ATM di pekan-pekan, namun ianya masih tidak memudahkan urusan ramai kerana kekerapannya hanyalah seminggu sekali. Orang ramai yang ingin membuat transaksi kewangan masih terpaksa merantau jauh sehingga ke Sibu Jaya ataupun Sarikei.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Jadi, saya mohon kementerian terlibat seperti MIDEC dan KPDN, apakah status dan usaha terkini untuk menambah jumlah bilangan fasiliti mesin ATM di kawasan Julau?
Bukan saja mesin ATM, KPDN juga sehingga hari ini masih tidak memberi apa-apa perkembangan berhubung pembinaan stesen minyak di Julau.
Saya pohon jawapan kementerian terlibat. Dan also adalah satu lagi di Pekan Julau. Walaupun masa sekarang kita ada satu mesin ATM daripada Bank Rakyat tetapi mesin itu selalu rosak. Mungkin orang selalu gunakan mesin. Oleh sebab itu, rosak mesin.
So, saya minta Bank Rakyat tambahkan satu lagi ATM di sana. So, dengan izin Puan Yang di-Pertua, sekian sahaja perbahasan saya kali ini dan saya memohon untuk menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Julau. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua di atas laluan yang diberikan kepada saya. Sebelum itu, saya mengalu- alukan kedatangan guru-guru serta pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai daripada Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur...
[Tepuk] Selamat datang ke badan perundangan kebangsaan Malaysia.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa perkara sampingan sebelum menyentuh topik utama dalam perbahasan bajet ini kerana jika tidak disentuh, ia akan dianggap sebagai perkara yang betul.
Pertamanya ialah berkenaan teks bajet ini. Walaupun ia perkara sampingan tapi saya rasa ia perlu untuk ditegur. Saya lihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri suka menggunakan perkataan-perkataan yang baharu, perkataan-perkataan yang kurang digunakan. Ya, itu baik untuk mendedahkan penguasaan bahasa. Jadi, jangan sampai menggunakan perkataan yang tidak ada di dalam kamus. Saya ambil contoh perkataan ‘ketimbang’, digunakan sebanyak 27 kali.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya semak dalam Kamus Dewan, tidak ada perkataan ‘ketimbang’. Yang ada ketimbung, ketimbung, ketimpung, ya tidak ada, ketimun, keting. Ketimbang tidak ada.
Saya tidak tahu dalam kamus mana yang dia rujuk perkataan ketimbang ini. Jadi, walaupun ucapan kita ini bukanlah dokumen bahasa tetapi kalau nak guna perkataan yang jarang digunakan, pastikan perkataan itu betul kerana dokumen bajet ini akan dirujuk.
Mungkin akan ada orang buat PhD, penyelidikan dan sebagainya.
Saya hendak tegur pada pembuat-pembuat teks ucapan supaya dapat cakna dan memberi perhatian tentang perkara-perkara seperti ini kerana saya tahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri suka menggunakan perkataan-perkataan yang bombastik, yang canggih, tiwikrama dan sebagainya.
Baik, yang kedua Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan kadang-kadang saya lihat berlakunya salah konteks dalam penggunaan angka yang disebut oleh Yang Berhormat Rantau Panjang dan juga Yang Berhormat Tanjong Karang. Tadi ialah berkenaan dengan jumlah isi rumah miskin tegar sehingga kita pelik bagaimana Perdana Menteri boleh menyebut bahawa tahun ini hanya 18,000 isi rumah sekarang yang merupakan miskin tegar.
Ini satu angka yang agak tidak munasabah berdasarkan jawapan tadi yang diberikan oleh Menteri Ekonomi sendiri yang disebut oleh Rantau Panjang tadi bahawa jawapan Menteri Ekonomi sendiri pada 16 Oktober iaitu dua hari lepas. Sehingga 31 September 2023, sejumlah 110,663 ketua isi rumah.
Saya syak bahawa yang nak disebut oleh Perdana Menteri ialah jumlah itu turun sebanyak 0.2 peratus iaitu turun sebanyak 18,000 isi rumah berbanding dengan jumlah sebelum ini. Mungkin itu yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri, tapi bila saya check
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
dalam teks ucapan, saya buat crosscheck dengan Hansard, benar-benar disebut sekarang tinggal 18,000. Saya fikir ini satu perkara yang misleading terhadap Dewan dan perkara ini perlu untuk diperbetulkan. Tidak munasabah angka yang disebut oleh Menteri Ekonomi berbeza dengan Perdana Menteri. Siapakah yang tak betul? Adakah Pandan tak betul atau Tambun yang tak betul? Mustahil kedua-duanya betul. Kalau keduanya tak betul, itu boleh jadi.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Pasir Mas, minta laluan sikit.
Padang Serai.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Minta maaf Padang Serai.
Saya ada beberapa perkara lagi. Baik, minta maaf ya. Kalau ada sempat, saya akan bagi laluan.
Yang ketiga, bajet ini saya sifatkan sebagai bajet business as usual atau bajet biasa. Maaf, kerana tiada suntikan yang benar-benar serius untuk merangsang perbelanjaan di peringkat bawah. Perbelanjaan pembangunan juga susut sebanyak RM7 bilion berbanding 2023 walaupun secara keseluruhannya bajet ini naik.
Ini kali pertama berlaku perbelanjaan pembangunan turun. Benar, ini berlaku kerana sebanyak RM13.17 bilion daripada perbelanjaan pembangunan 2023 diperuntukkan untuk membayar hutang 1MDB. Saya cadangkan selepas ini, bayaran hutang 1MDB diletakkan di dalam bakul mengurus supaya mudah untuk kita melihat bahawa yang diperuntukkan untuk pembangunan itu betul-betul pembangunan.
Yang keempat dari sudut pendapatan. Jelas sekali, kerajaan masih terkial-kial untuk mencari punca pendapatan apabila dilihat hasil tahun ini hanya bertambah RM4.4 bilion sahaja. Ini pertambahan yang paling rendah dalam lima tahun kebelakangan ini.
Saya ambil contoh, pada tahun 2021, dalam empat tahun kebelakangan ini, tahun 2021 kita bertambah hasil RM8.67 bilion. Tahun 2022, hasil kita bertambah RM60.61 bilion.
Tahun 2023, hasil kita bertambah RM8.84 bilion. Tahun ini hasil kita cuma bertambah RM4.4 bilion sahaja. Itu jumlah yang paling rendah dalam tiga empat tahun kebelakangan ini dalam pentadbiran seorang Menteri Kewangan yang paling baik di Asia Tenggara. Jadi, ini satu perkara yang saya rasa tidak munasabah boleh berlaku demikian.
Yang kelima, kita juga perlu akui bahawa kerajaan tidak boleh menangani isu nilai mata wang Ringgit. Ini perlu diakui. Sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan mengakulah bahawa mata wang Ringgit ini bukan di bawah kawalan kita sepenuhnya.
Semalam, sewaktu Perdana Menteri menjawab berhubung isu mata wang. Dikatakan mata wang negara lain juga jatuh, bukan sahaja Malaysia. Realitinya, ia kurang tepat.
Cuba bandingkan dengan Singapore Dollar. 17 Oktober 2022, tahun lepas, 1 US Dollar bersamaan dengan 1.42 Singapore Dollar. Tahun ini, 17 Oktober bersamaan dengan 1.37 Singapore Dollar. Ertinya semakin mengukuh. Baht Thailand, tahun lepas 17 Oktober, 1 US Dollar bersamaan dengan 38.09 Baht Thailand. Tahun ini, 36.36. Saya ambil tarikh betul-betul setahun. Ertinya semakin mengukuh. Ertinya tidak boleh digambarkan semudah itu.
Kesimpulannya, Yang Amat Berhormat Tambun pernah menyebut dahulu bahawa ringgit jatuh kerana kamu tak pandai jaga kerajaan. Sekarang, saya ingin bertanya balik. Adakah Ringgit jatuh kerana kamu tak pandai jaga kerajaan?
Begitu juga dalam isu pengurusan hutang. Tahun 2021, nisbah hutang dengan KDNK ialah 63.3 peratus. 2022, 60.4 peratus. Tiba-tiba tahun 2023, 62 peratus dan 2024 unjurannya ialah 64 peratus. Ertinya apa yang disebut oleh kerajaan ketika menjadi pembangkang, kononnya kerajaan yang menambah hutang ialah kerajaan yang gagal. Itu kurang tepat.
Ya, kerajaan kata ada perancangan nak turunkan ke 60 peratus dalam masa tiga tahun. Betullah, kerana ia hanyalah perancangan. Setakat ini, kerajaan telah berjaya iaitu berjaya menambah hutang dengan nisbah KDNK.
Yang berikutnya saya ingin menyentuh secara sepintas lalu berkenaan dengan isu mogok pemandu-pemandu lori. Abang-abang lori kita sekarang ini di seluruh Malaysia
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
sedang melakukan mogok dan sedikit tuntutan kepada kerajaan. Saya faham semalam saya dengar Menteri Pengangkutan telah mengeluarkan kenyataan bahawa isu penguatkuasaan undang-undang ini yang telah termaktub di dalam undang-undang JPJ, tapi dalam pelaksanaan undang-undang ini dia ada timbang rasa, ada perikemanusiaan.
Apa yang dituntut oleh pemandu-pemandu lori ini dalam memorandum yang saya baca, ada kewajaran dari sudut undang-undang untuk dipertimbangkan. Ya, mustahil semua orang di atas jalan raya ini boleh mematuhi 100 peratus undang-undang jalan raya dari mula dia mendapat lesen sehinggalah kepada dia meningkat, dia berpuluh-puluh tahun dia pegang lesen memandu. Saya fikir itu perkara mustahil. Jadi, saya minta supaya kerajaan dapat dengar tuntutan pemandu-pemandu lori ini, panggil wakil mereka, bincang elok-elok supaya ia tidak menjadi menjalar kepada masalah yang lebih besar.
Begitu juga perkara-perkara lain. Isu anak-anak kita di JKM Jabatan Kebajikan Malaysia. Anak-anak...
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Tanjong Karang tambah sikit, boleh? Setuju kah kalau kita katakan, isu cermin gelap sekarang terlalu menekan rakyat? Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya tidak boleh nak komen setuju atau tidak tapi sebagaimana yang disebut tadi bahawa undang-undang ialah undang-undang tetapi di sana ada timbang rasa dan juga perikemanusiaan yang perlu untuk kita letakkan sebagai keutamaan.
Jadi, saya minta kerajaan supaya dapat memberikan pertimbangan dalam isu elaun anak-anak kita. Saya nampak Timbalan Menteri ada. Anak-anak kita ada yang dikategorikan sebagai anak-anak istimewa. Apabila mereka diletakkan di pusat-pusat swasta dan sebagainya, kadang-kadang JKM memutuskan untuk tidak memberikan elaun yang sepatutnya diberikan, sepatutnya mereka berada di sekolah-sekolah pendidikan khas.
Kita perlu akui bahawa pendidikan di sekolah-sekolah pendidikan khas ini tidak memenuhi atau tidak sampai kepada piawaian sebenar untuk anak-anak yang menghidap syndrome down, autism, ADHD, dan sebagainya. Kalau diletakkan di sekolah-sekolah pendidikan khas ini ditambah pula dengan guru-guru yang mungkin kurang berpengalaman, mereka tidak mendapat terapi dan pendidikan yang sepatutnya. Jadi, ibu bapa mengambil sikap untuk diletakkan di pusat-pusat swasta.
Saya nak sebut dalam soalan tambahan semalam tapi tak sempat. Jadi, seboleh-bolehnya JKM cuba melihat isu ini, elaun RM150 yang diperuntukkan kepada mereka itu dapat diteruskan walaupun mereka berada di pusat-pusat swasta dengan kolaborasi bersama. JKM boleh mengiktiraf ini juga sebahagian daripada pendidikan yang perlu untuk diberikan.
Kepada Kementerian Pendidikan, saya ingin bertanya, adakah kerajaan bercadang nak naikkan elaun pelajar di IPG. Sekarang, RM450 kepada RM600. Misalnya RM450 sangat kecil untuk bakal-bakal guru menampung kos sara hidup hari ini. Sebab itulah, saya tahu bahawa hari ini kerajaan telah pun dalam keadaan yang agak sedikit terkial-kial untuk mencari hasil, diperkenalkan cukai baharu dan sebagainya.
Cukai perkhidmatan sebagai contoh. Saya sebut semalam dalam soalan tambahan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tapi Perdana Menteri kita tidak menjawab. Saya fikir soalan tersebut bagaimana cukai perkhidmatan yang naik pada lapan peratus pada perkhidmatan-perkhidmatan tertentu sahaja. Betul, tetapi apa yang disebut sebagai domino effect. Contoh harga makanan. Walaupun tak akan, tak naik dari sudut di atas kertasnya, tapi harga makanan itu lahir daripada packaging, daripada pembungkusan, daripada pembuatan, daripada pengangkutan.
Kalau cukai-cukai ini sebahagiannya terkesan dengan kenaikan SST ini, pada akhirnya ia akan memberikan efek atau kesan kepada harga barang itu sendiri. Apatah lagi, kalau harga barang ini merupakan harga barang yang menjadi keperluan. Sebab itulah kerajaan tidak boleh menyalahkan sesiapa. Dalam bab pengurusan ekonomi ini, dalam pengurusan ekonomi, jangan salahkan hutang negara dan sebagainya. Saya
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
melihat pembukaan ucapan bajet kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri cuba untuk melontarkan kesalahan-kesalahan ini kepada kerajaan terdahulu. Orang kata...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Ikan todak ikan tenggiri, di tepi pantai di tasik indah; Kaki tidak pandai menari, disalah lantai tinggi dan rendah. Kalau kita tidak boleh mengurus dengan baik, kita boleh bincang dan kita jangan cuba untuk menyalahkan pengurusan ataupun kerajaan-kerajaan yang terdahulu.
Dalam isu anak muda, saya juga ingin menyinggung keghairahan kita yang ingin menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab industri digital. Asyik-asyik Kuala Lumpur. Ya, Kuala Lumpur ini bandar paling sesuai tetapi berilah peluang kepada negeri lain untuk membangunkan industri digital. Yang industri digital ini tidak perlukan bangunan- bangunan yang tinggi-tinggi, ia cuma perlukan kepada liputan telekomunikasi yang baik untuk dibangunkan.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Sepatutnya kita cuba ambil daerah-daerah atau negeri-negeri di luar Kuala Lumpur berpotensi untuk dibangunkan sebagai, di mana-mana sahaja. Sebagai contoh, Bandar Shenzhen di China dan Bandar Bengaluru di India. Dua bandar ini berjaya dibangunkan sebagai hab digital walaupun ia bukan merupakan ibu negara kepada negara masing-masing.
Puan Yang di-Pertua, dalam tiga minit terakhir ini saya ingin menyentuh berkenaan dengan peruntukan Ahli Parlimen. Ya, saya mewakili Ahli-ahli Parlimen yang lain, kita rasa agak tersinggung dengan kenyataan Menteri Ekonomi apabila ia menyebut bahawa- saya petik dalam Berita Harian pada 13 Oktober 2023, “Kerajaan tidak mahu peruntukan wakil pembangkang diguna bayar TikTokers”. Ini kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Pandan. Beliau banyak hari tak hadir, saya tak tahu ke mana. Tetapi kita nak nyatakan bahawa apabila kenyataan ini keluar, satu perkara yang mengguris hati. Seolah-olah kita bila diberi peruntukan, nak bayar TikTokers dan ia nampak selari dengan kenyataan beliau juga pada 18 November 2022, sehari sebelum pilihan raya lepas- PRU tahun lepas. Katanya, “PN bayar sehingga RM50,000 dapatkan pengaruh TikTok.” Rupanya, perkara yang sama dibawa sampai ke hari ini. Maka, kita nak sebut bahawa peruntukan kalau diberikan kepada kita, ia melalui pelbagai proses, IPU dan sebagainya. Ada proses-proses penilaian dan bukan mudah- mudah nak bayar kepada TikTokers. Kalau tak nak bagi, janganlah disebut begini. Kita tidak ada masalah.
Saya nak sebut kepada Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional. Mulai hari ini, kita tak payah lagi mengharapkan peruntukkan kerana nampak sangat kerajaan rasanya kerajaan sudah pun putus memang tak nak bagi. So, tak payah. Sebab apa? Sebab kita dulu, saya sebagai Ahli Parlimen kerajaan, saya masih ingat di kerusi itu saya berada.
Ketika Perikatan Nasional mentadbir kerajaan, kita minta bagi peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang. Kita menulis, kita hantar surat. Alhamdulillah, walaupun tak banyak tetapi Pagoh memberikan RM300,000 – bakul makanan, tanpa perundingan.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tun Dr. Mahathir, ketika Kerajaan Pakatan Harapan bagi peruntukan tanpa perundingan. Tidak ada perundingan.
Baik, nak runding apa lagi? Tuan-tuan dah ada kerajaan yang kukuh pada hari ini. Lebih daripada, hampir dua pertiga. Apa lagi nak runding?
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
[Bangun]
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Ada perundingan, perundingan ada masa itu.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Kerajaan jemput untuk perundingan.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Tumpang tanya.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sila, sila.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Kerajaan jemput untuk runding, kenapa tak nak hadir?
Tuan Yang di-Pertua
Beruas, Beruas. Okey.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Kenapa tak nak hadir untuk runding? Kerajaan takut disalahgunakan, sebab itu ada syarat-syaratnya. Kenapa tak hadir untuk runding?
Itu soalan saya.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
[Bangun]
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya rasa sama sahaja, sama sahaja. Sama poin. Baik. Isunya, soal runding atau tak runding ini. Runding ini untuk apa?
Kalau ada syarat, bagi tahu dekat sinilah syarat supaya rakyat semua boleh melihat apa syaratnya. Kita bentangkan syarat satu, syarat dua, syarat tiga, sebut di dalam Dewan ini.
Kenapa perlu runding?
Kerajaan Kelantan umum peruntukan kepada pembangkang, tidak ada perundingan. Terus bagi kerana ADUN dipilih oleh rakyat. Kerajaan Negeri Terengganu- kerajaan Terengganu tak dapat bagi kepada pembangkang Tuan Yang di-Pertua sebab tak ada pembangkang. Kerajaan kedah bagi kepada pembangkang tanpa rundingan.
Perlis bagi pembangkang tanpa rundingan.
Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, tak ada lagi pengumuman nak bagi kepada pembangkang secara sama rata walaupun Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, Kerajaan PH-PN menang dua pertiga majoriti. Kita boleh melihat siapa yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat. Jadi, saya fikir bahawa hari ini kita putuskan bahawa soal peruntukan ini kalau mereka tak nak bagi, kita boleh stop sampai ke hari ini. Kita tak payah bagi kerana bila kita jadi kerajaan, kerajaan yang ada pada hari ini sebagai pembangkang, mereka tidak akan tuntut lagi peruntukan kepada mereka pada masa itu.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Pasir Mas, Pasir Mas. Pasir Mas, mohon mencelah.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sebab itu saya nak pesan, jangan berlaku zalim terhadap duit rakyat. Orang kata, Menteri Ekonomi kata, “Oh, kita bagi kepada rakyat, bagi terus kepada rakyat.” Mana bagi terus kepada rakyat?
Hakikatnya, Parlimen-parlimen kerajaan, mereka dapat peruntukan untuk pembangunan mereka itu satu, mereka mendapat tambahan untuk mereka agihkan sebanyak RM3.8 juta atau RM4 juta. Pada realitinya, mereka lebih daripada Ahli Parlimen pembangkang tetapi tidak ada masalah, rakyat sudah melihat dan saya pesan, jangan berlaku zalim kerana doa orang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah SWT.
Ikan keli di Tanjong Malim, dibawa angin ke Kampung Delima; Jangan sekali berlaku zalim, langit tak ingin, bumi tak terima.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Pasir Mas, Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Saya nak tanyalah, rundingan itu zalim kah? Kalau kita minta untuk datang berunding, itu kira zalim kah? Kenapa kena tuduh-tuduh macam itu? Datang sahajalah berunding, tak ada masalah. Rundingan itu satu platform yang baik untuk kita dapat kerjasama yang baik antara kedua-duanya.
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
[Bangun]
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Pasir Mas jawab lepas itu landing.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Jadi, itu pandangan saya.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Isu runding ini Yang Berhormat daripada Ampang, isu runding ini kita sudah tahu apa yang dikehendaki oleh kerajaan.
Kerajaan mahu supaya apa yang dibuat dalam MOU ketika zaman Bera jadi Perdana Menteri.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Ini sikap angkuh, tak pentingkan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua
Beruas, Beruas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Baik, itu jelas. Soalnya, situasi berlainan. Ketika Bera jadi Perdana Menteri, ia slight majority pada masa itu. Sekarang kerajaan telah ada majoriti yang selesa. Adakah kerajaan nak berunding kerana kerajaan sendiri tidak yakin dengan Ahli-ahli Parlimen daripada kerajaan ini? Itu isunya.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Pasir Mas. Bukan itu sikap...
Tuan Yang di-Pertua
Beruas, Beruas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Speaker nak bagi? Saya tidak ada masalah.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, masa dah habis dah.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Ya, sikap- kalau pentingkan rakyat, kita duduk berunding.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Jangan rasa sombong...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Beruas, Beruas. Okey saya jemput Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Okey. Selamat petang dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tan Sri Yang di-Pertua Speaker dan semua sahabat- sahabat Yang Berhormat sekalian dan saya amat berterima kasih kerana diberi peluang berbahas dalam Belanjawan 2024 ini. Secara keseluruhan, saya berpandangan belanjawan ini memuaskan dan saya puji kerajaan ini kerana berani memperkenalkan cukai baharu, menaikkan kadar cukai SST kepada lapan peratus terhadap sektor tertentu dan mengurangkan perbelanjaan bagi maksud pembangunan dan merasionalisasikan subsidi bersasar secara berfasa.
Namun, sejauh mana kejayaan rasionalisasi subsidi bersasar ini masih menjadi persoalan kerana mekanismenya belum dirungkai dengan terperinci dan juga secara jelas. Kerajaan harus mempunyai data yang tepat untuk melaksanakan subsidi bersasar ini kerana secara jujur, saya meragui ketepatan dan juga kebolehpercayaan ataupun reliability data yang kerajaan ada pada ketika ini. Oleh itu, saya menyarankan supaya kerajaan memutih dan juga memperbaiki data ini supaya lebih tepat dan reliable, dengan izin.
Demi untuk memartabatkan wadah pendidikan negara, saya juga memohon mencadang supaya satu kolej Tingkatan 6 di kawasan Bau-Lundu diwujudkan kerana ketika ini mereka masih menumpang di SMK Bau. Saya juga memohon supaya projek bina baharu Sekolah Kebangsaan Peruh Keru disegerakan dan saya juga ingin mengetahui status terkini cadangan pembinaan SMK Puncak Borneo dan juga SMK Serumbu. Saya juga menggesa kakitangan dan juga Menteri Kementerian Pendidikan turun padang dan melihat sendiri sekolah-sekolah daif di Parlimen Puncak Borneo dan melaksanakan kerja-kerja baik pulih dengan segera supaya anak-anak Puncak Borneo boleh menikmati alam dan juga suasana pembelajaran yang kondusif.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Saya juga ingin bertanya, kenapa tiada pecahan peruntukan sekolah daif seperti belanjawan sebelum ini? Adakah ia untuk gantian penuh ataupun untuk naik taraf? Oleh itu Tan Sri Yang di-Pertua, demi untuk kita mengangkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di Parlimen Puncak Borneo, saya juga ingin mengetahui status terkini cadangan pembinaan Hospital Puncak Borneo untuk menggantikan Hospital RCBM yang sesak dan kurang kondusif. Saya juga menyarankan supaya pengoperasian Klinik Siburan yang baharu disegerakan kerana klinik baru ini telah siap, namun belum beroperasi.
Klinik Kesihatan Krokong, Klinik Kesihatan Bunuk, Klinik Kesihatan Padawan perlu ditambah baik kerana sesak dan usang. Saya juga memohon supaya pihak KKM memperbanyakkan jerayawara tentang kesedaran kesihatan dan juga amalan hidup sihat dan saringan kesihatan kepada penduduk di sini demi meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Untuk makluman, kita di Parlimen Puncak Borneo dengan kerjasama Pejabat Pusat Khidmat Parlimen dan juga Sihat Sarawakku sedang giat menjalani Jelajah Saringan Kesihatan di seluruh pelosok Parlimen Puncak Borneo. Selain daripada itu, saya juga mohon mencadang kepada KKM untuk menubuhkan pasukan sukarela first aider di setiap kampung-kampung, khasnya kampung-kampung di luar bandar supaya pasukan ini dilatih dengan teknik first aid, CPR, dan juga AED untuk menyelamatkan nyawa sebab kebanyakannya kawasan luar bandar mendapat respons kecemasan terlalu lama. Jadi, dengan adanya first aider ini, ia boleh membantu dengan respons kecemasan awalan.
Tuan Yang di-Pertua, demi untuk membangun sektor pelancongan, untuk makluman semua, kawasan Parlimen Puncak Borneo yang merangkumi kawasan Dewan Undangan Negeri Tarat, Mambong dan Serembu mempunyai banyak tempat ekopelancongan yang berpotensi yang boleh dibangunkan. Di Parlimen Puncak Borneo, kita mempunyai lebih kurang 30 buah gua dan gua yang terbesar adalah Gua Raya ataupun dikenali sebagai Tang Raya. Dan juga kita mempunyai 32 air terjun dan antara air terjun yang terindah adalah terletak di Kampung Assum, Bengoh Dam, Kampung Sadir, Kampung Kiding.
Kita juga mempunyai tiga kolam air panas satu river cruise di Kampung Ampungan, satu rock maze di Paku, dua rafting dan kayaking safari, lebih kurang 25 hiking trail, empat buah rumah panjang, lebih daripada 23 homestay dan picnic spot termasuk De’Remin Sapit, Kiyau Sapit, Koloyan, Libiki, Pesang River Lodge dan juga Jangoi River Lodge. Malah terdapat juga pusat peranginan Borneo Highland Resort yang juga mempunyai padang golf yang telah ditutup buat ketika ini yang perlu di-revived ataupun dihidupkan semula.
Walaupun kawasan Parlimen Puncak Borneo merupakan salah satu tourism belt negara, namun usaha kerajaan dan Kementerian Pelancongan bagi menggilap potensi pelancongan di kawasan ini amat malap dan kurang memuaskan. Oleh itu, saya menggesa kakitangan MOTAC turun padang, bagi dana dan juga bantu penggiat industri pelancongan di Parlimen Puncak Borneo supaya produk-produk pelancongan ini boleh dibawa ke tahap yang lebih tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, demi untuk memajukan prasarana asas dan yang lebih makmur di kawasan luar bandar, saya memohon Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah membina Jalan Kampung Benuk ke Kampung Sorot yang dilengkapi dengan jambatan mengharungi Sungai Sawa. Sambungan naik taraf jajaran Jalan Padawan daripada Teng Bukap ke Annah Rais dan Jalan Sibekar ke Kampung Tepoi di bawah program Jalan Luar Bandar (JALB).
Saya juga memohon supaya Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan juga sistem retikulasi air bagi Kampung Sibanyis disegerakan kerana mereka telah menunggu begitu lama untuk bekalan air bersih terawat ke rumah-rumah mereka. Saya juga memohon supaya projek jambatan RC ataupun reinforced concrete bridge, dengan izin, di jajaran Jalan Dahan Estet (BRS) dan projek jambatan bailey ataupun bailey bridge di Kampung Tringgus Bong.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Mohon pihak JKR Daerah dan Negeri mengangkat perkara ini sebagai senarai keutamaan negeri Sarawak supaya permohonan ini boleh dihantar kepada Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah untuk kelulusan dan pelaksanaan. Saya juga memohon supaya program Jalan Perhubungan Desa (JPD), projek Lampu Jalan Kampung (LJK) dan program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) diperbanyakkan di Parlimen Puncak Borneo.
Untuk makluman, kami di Parlimen Puncak Borneo, kami masih menunggu pelaksanaan projek Bekalan Air Luar Bandar Puncak Borneo Fasa 2, projek Jambatan Kampung Sebemban Gedung dan juga projek Jalan Kampung Biak Jabir yang telah diluluskan. Saya amat berterima kasih kepada kerajaan kerja raya kerana telah meluluskan projek jejantas di SMK Siburan namun saya juga ingin memohon jejantas tambahan di Kampung Lintang Baru demi keselamatan anak-anak murid melintas jalan utama.
Saya berharap dengan adanya Kementerian Kerja Raya daripada Sarawak dapat mengangkat dan mempertimbangkan kelulusan terhadap jejantas ini. Saya juga memohon Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk memperuntukkan dana BP1 untuk memasang lampu jalan sepanjang jajaran Jalan Kampung Mambong-Kelingka dan juga Jalan Mambong-Sarig yang gelap gelita dan merbahaya ini.
Tuan Yang di-Pertua, untuk mengukuhkan jaringan pengangkutan awam demi meningkatkan kebolehcapaian dan ketersambungan untuk memudah cara pergerakan penumpang dan barangan yang lebih baik, saya menyambut baik hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan jaringan pengangkutan awam yang dicetuskan oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak.
Oleh itu, cadangan jaringan kereta api Borneo ataupun Trans-Borneo Railway cetusan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak Abang Jo perlu diberi perhatian sewajarnya kerana ini boleh menjadi pemangkin ekonomi Sabah dan Sarawak, malah akan merancakkan pembangunan di Wilayah Borneo. Trans-Borneo Railway jika direalisasikan bakal menjadi jaringan rel yang memacu pertumbuhan ekonomi Sarawak dan bakal menjadi tunjang pengangkutan barangan dan penumpang di Borneo dan mewujudkan consolidated hub di sepanjang Trans-Borneo. Nescaya ia bakal menjadi satu jaringan kereta api baharu yang menghubungkan pusat-pusat ekonomi, pelabuhan- pelabuhan serta lapangan-lapangan terbang di Sarawak seterusnya dapat merealisasikan hasrat dan cetusan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak.
Oleh dengan itu, saya juga ingin berbicara mengenai pembangunan sektor pertanian. Selain daripada pembangunan industri komoditi seperti sawit, lada dan koko yang sedia ada, saya juga menggesa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memperuntukkan peruntukan bagi Parlimen Puncak Borneo untuk membangunkan dan merancakkan aktiviti penanaman padi dan juga kopi secara meluas moden di Parlimen Puncak Borneo.
Di Parlimen Puncak Borneo kita mempunyai banyak kawasan sawah padi yang boleh dibangunkan dengan lebih tersusun seperti di kawasan sawah di Sungai Serin, Tawang Bak di Kampung Punau, Rabak Bun di Kampung Sikog, kawasan Kampung Peri, Rabak Beriang, Kampung Petag, Kampung Tabuan Rabak, Kampung Tijirak dan banyak lagi. Saya juga mencadangkan supaya kursus-kursus penanaman dan pemasaran padi dan kopi secara moden harus diberi dan diterapkan kepada penduduk di sini supaya mereka boleh mempunyai pengetahuan dan kepintaran.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan ini untuk memperingatkan hak Perjanjian Malaysia 1963. Saya juga mengingatkan bahawa segala komponen Perjanjian Malaysia 1963 harus dikotakan dan dilaksanakan sekarang, ia bukan untuk dirunding lagi. Perkara ini bukan sahaja dipersetujui oleh Yang Berhormat Tambun, malah beliau pernah mengatakan beliau setuju semasa sambutan Hari Malaysia 2023 di Kuching, Sarawak. Satu pertiga daripada jumlah kerusi Parlimen harus diagihkan kepada setiap wilayah iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak demi menghormati Perjanjian MA 63 dan juga laporan IGC.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Manakala untuk peruntukan dana untuk penyukatan tanah NCR di Sarawak, dalam belanjawan ini, saya amat kecewa dan terkilan kerana tidak ada peruntukan yang diperuntukkan untuk tujuan penyukatan tanah di Sarawak kerana seolah-olah kerajaan tidak mengambil peduli tentang permasalahan ini yang sudah berlarutan sekian lama.
Kerajaan sebelum ini ada memperuntukkan dana tetapi kenapa peruntukan ini langsung tidak ada dalam Belanjawan 2024. Ini yang kononnya bersifat adil dan ingin melihat Malaysia maju dan makmur.
Oleh itu, saya memohon syorkan supaya Kerajaan Perpaduan memperuntukkan dana khas penyukatan tanah NCR ini kepada setiap kawasan Parlimen di Sarawak yang ada kawasan tanah NCR secara berterusan melalui kerajaan negeri sehingga masalah tanah NCR ini selesai.
Dan selain daripada itu, saya juga ingin menyebut mengenai komposisi penjawat awam yang tidak setara.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Perkara ini berlaku dan ramai di antara penjawat-penjawat awam khasnya daripada Sabah dan Sarawak yang bukan Islam mengatakan mereka tidak diberi ruang dan peluang untuk kenaikan pangkat. Memang ada satu, dua isolated cases yang berlaku di mana baru-baru ini Dato Mancha Ata dilantik sebagai Ketua Polis Sarawak, tetapi itu kes yang satu, dua tetapi kebanyakannya berlaku. Daripada penghayatan dan pengalaman saya sebagai Mantan Timbalan Menteri, memang benar perkara ini berlaku.
Jadi saya ingin Kerajaan Perpaduan ini memperbaiki kerana kita ingin memberi peluang kepada anak India, anak Cina dan semua rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan dan pengalaman untuk sama-sama mentadbir negara ini. Selain daripada itu, kita juga ingin melihat Kerajaan Persekutuan supaya memberi tumpuan khusus kepada keselamatan di sepanjang sempadan Sarawak dan Kalimantan.
Pos-pos kawalan sempadan perlu dibina lebih banyak dan kerahan anggota- anggota keselamatan perlu diletakkan pada tahap yang optimum dari segi kesiapsiagaan.
Aset-aset penting Sarawak seperti Empangan Bakun, Murum, Batang Ai, empangan sumber air Bengoh dan yang telah beroperasi dan juga Empangan Baleh yang sedang dalam pembinaan memerlukan perhatian khusus dari sudut keselamatan.
Daripada itu, saya ingin landing Tuan Yang di-Pertua, satu minit. Selaras dengan keputusan Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Keempat negara di mana RM28 juta disediakan untuk platform MYStartup. Saya ingin berpesan kepada kerajaan kita supaya memberi ruang secukupnya kepada seluruh penggiat syarikat pemula ini kerana pernah berlaku diskriminasi sehinggakan syarikat-syarikat pemula ini keluar daripada negara kita.
Dan sudah banyak yang berlaku dan tuan-tuan dan puan-puan pun boleh melihat sendiri dan jangan kenakan perkara ini berlaku sekali lagi. Kita harus berlaku adil. Biarlah Kerajaan Perpaduan, Kerajaan Madani ini melakukan perkara yang saksama, asalkan business plan-nya boleh berjalan dan have a commercial value. Kita sokong tidak mengira bangsa ataupun agama.
Kesimpulannya saya landing, dengan ini saya mewakili para penduduk Parlimen Puncak Borneo memohon segala denyut nadi dan suara hati yang kami utarakan dipertimbangkan oleh Kerajaan Perpaduan ini demi untuk mencapai hasrat Malaysia Madani untuk mengukuhkan Malaysia menjadi negara yang lebih maju dan makmur.
Dengan ini Puncak Borneo mohon menyokong, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Puncak Borneo. Saya jemput Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saya mengambil kesempatan untuk berucap ataupun berbahas dalam ucapan perbahasan bajet ini dalam menyentuh empat perkara penting.
Yang pertama Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang disentuh oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan juga Yang Berhormat Pasir Mas sebentar tadi
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
tentang penggunaan istilah yang telah pun diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya hendak merujuk kepada istilah ‘maha kaya’ yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Berdasarkan kepada keilmuan istilah dalam Islam, ‘maha kaya’ ini Tuan Yang di-Pertua dikhususkan hanyalah kepada Allah SWT. Sebab itu diletakkan ‘maha kaya, maha pengasih, maha penyayang’ dan berbagai-bagai lagi maha yang lain yang menggambarkan kepada kekuatan dan kebesaran Allah.
Maksudnya, mereka yang digunakan istilah ‘maha kaya’ ini dia tidak berhajat kepada makhluk yang lain. Kalaulah Yang Amat Berhormat Tambun menggunakan istilah ‘maha kaya’ ini kepada manusia, adakah ada manusia yang tidak berhajat kepada manusia lain? Saya juga hendak merujuk kepada istilah ‘Kebawah Duli Yang Maha Mulia’, itu juga ditujukan kepada Allah. ‘Kebawah’ itu maksudnya Tuanku berada di bawah Allah yang maha mulia. Bermaksud perkataan ‘maha mulia, maha kaya’ ini hanya ditujukan kepada Tuhan, kepada Allah SWT dan tidak boleh dirujuk kepada manusia.
Saya hendak membantu Yang Amat Berhormat Tambun untuk menggunakan istilah yang lebih tepat iaitu ‘orang-orang kaya’. Itu lebih sesuai untuk kita gunakan dan dia menjadi sebutan istilah kita sejak sekian dalam bahasa komunikasi perbahasan kita.
Apabila disebut tentang kaya, kaya ini tidak salah. Naratif yang dibina ataupun disebut oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam ucapan, seolah-olah menggambarkan orang- orang kaya ini salah.
Ada harta yang banyak itu salah, sebenarnya kita semua orang yang waras tentulah mahu kepada kaya. Bekerja siang, malam, perniagaan, buat berbagai-bagai perkara untuk dapat harta untuk kaya. Islam tidak menghalang umatnya untuk kaya.
Bahkan kaya itu dituntut dalam istilah yang digunakan iaitu al-falah, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Al-falah ini merujuk kepada kaya, kaya jiwa, kaya ilmu, kaya harta, kaya di dunia, kaya di akhirat dan saya hendak merujuk juga kepada istilah kemiskinan.
Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Kerian sebelum ini juga, kemiskinan ini sebenarnya kita tidak dapat hapuskan, ia ada satu fitrah yang memang telah pun Allah jadikan kepada manusia. Ada orang yang kaya, kemudian dia berubah menjadi miskin setelah dia mengalami masalah dalam kehidupan dia. Mungkin dia silap menguruskan kewangan dia, bermaksud miskin ini akan sentiasa ada, yang perlu kita buat ialah bukannya menghapuskan kemiskinan, kita tidak boleh dan tidak mampu pun tetapi kita boleh menguruskan kemiskinan itu supaya dia dibantu oleh orang-orang kaya tadi.
Dibantu dengan cara sistem pengagihan kekayaan yang betul. Saya rasa itulah istilah yang lebih tepat atau naratifnya yang lebih sesuai kita gunakan ketika kita membicarakan soal miskin dan soal kaya. Miskin dan kaya ini Tuan Yang di-Pertua adalah merupakan kitaran sosial, yang kaya membantu yang miskin, yang miskin tumpang berteduh kepada yang kaya. Saya mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini supaya kita menuju ke arah naratif, negara Malaysia ini menjadi tempat orang miskin tumpang berteduh dan tempat orang kaya menabur bakti. Itulah istilah yang lebih tepat, lebih sesuai yang perlu digambarkan dalam Bajet 2024 yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun baru-baru ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah ukuran keutamaan pengagihan kekayaan yang digunakan? Kalau merujuk kepada kaedah pengagihan kekayaan berdasarkan kepada tasawur Islam. Saya petik daripada tulisan artikel Shamsiah Mohamad, Asma Abdul Rahman, Syarifah Hayaati Syed Ismail; Universiti Malaya. Agihan kekayaan ini mesti diagihkan berdasarkan kepada tiga tahap yang telah pun kita sedia maklum dalam Islam ada tahap yang namanya daruriyyat ada yang namanya hajiyat ada yang namanya tahsiniyat dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Daruriyyat bermaksud agihan itu merujuk kepada hal-hal yang menjaga agama, menjaga akal, menjaga nyawa, menjaga harta, menjaga keturunan. Inilah yang menjadi perbahasan sebahagian besar Ahli Dewan.
Kita bercakap tentang keterjaminan makanan, untuk apa? Untuk menjaga nyawa.
Kita bercakap tentang isu kesihatan untuk menjaga tubuh badan. Bercakap tentang pendidikan, untuk menjaga akal. Kesemua ini telah pun kita bincangkan. Namun mungkin pihak kerajaan perlu menyusun semula keutamaan pengagihan kekayaan itu perlu difokus kepada hal-hal yang doruri. Maksud doruri ialah keperluan asasi yang manusia perlukan
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
kalau tidak ada benda ini manusia akan mati. Itu yang dimaksudkan dengan daruriyyat.
Hajiyat pula perkara-perkara yang diperlukan oleh manusia yang mewujudkan kemudahan dan kelapangan dalam menjalankan tugas seharian dan melengkapi hal doruri yang pertama tadi. Manakala di peringkat tahsiniyat pula bertujuan untuk menjaga kehormatan hidup, melibatkan soal kemuliaan akhlak dan ketinggian budi pekerti.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua tentang isu federalisme. Saya ingin menegaskan dalam Dewan yang mulia ini dan saya percaya perkara ini di dokong oleh semua Ahli Dewan yang memahami dan mendukung prinsip Perlembagaan Persekutuan.
Mana-mana Kerajaan Persekutuan perlu menghormati kerajaan negeri dan mana-mana kerajaan negeri perlu menghormati Kerajaan Persekutuan. Itu prinsip yang kita dokong bersama. Namun ianya agak sedikit mengelirukan.
Dalam satu ucapan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika berkempen Pilihan Raya Kecil Pelangai yang menyebutkan satu ucapan hal pemberian persekutuan kepada negeri, ada benda yang dia kata dia akan bagi, ada benda yang dia kata dia tidak boleh bagi. Kerana ini negeri-negeri yang berbeda pandangan politik dengan beliau. Saya rasa ini ucapan yang tidak menggambarkan seorang negarawan ataupun seorang yang menjunjung prinsip ataupun semangat federalisme.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Mana mungkin kita katakan duit kerajaan ini macam kita sebut duit poket kita, “Aku nak bagi kat hang sebab hang kawan aku. Aku tidak mahu dekat hang sebab hang lawan aku.” Dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Tidak boleh. Ini harta kerajaan, ini duit rakyat yang kita bahas di sini. Sebab itulah kita luluskan untuk kita agih kerana ia duit rakyat, bukan duit kita peribadi yang kita boleh pilih siapa yang kita hendak bagi, siapa yang kita tidak mahu bagi.
Negeri juga membayar cukai kepada kerajaan, rakyat juga membayar cukai kepada kerajaan walaupun negeri itu tidak dimenangi oleh parti kerajaan ataupun parti pembangkang. Semua rakyat ada hak untuk mendapat pembangunan.
Agensi Kerajaan Persekutuan dan agensi kerajaan negeri bukanlah agensi parti politik. Kita perlu membezakan mana agensi parti politik, jentera parti, mana jentera kerajaan. Agensi kerajaan tidak boleh mengikut telunjuk arahan parti politik. Ini kita tegaskan dalam Dewan yang mulia ini. Mereka bekerja mengikut GO- general order yang telah pun ditetapkan. Tuan Yang di-Pertua pun pernah menjadi seorang pegawai tadbir diplomatik. Semua pegawai sudah ada garis panduan. Mereka sebenarnya tidak boleh mengikut arahan parti politik tetapi ini berbeza dengan apa yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Madani yang ada pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, difahamkan masih berlaku ada agensi persekutuan yang tidak dibenarkan hadir masuk ke mesyuarat yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan di daerah dalam negeri tersebut. Saya merujuk kepada negeri Kedah. Baru-baru ini dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Tindakan Daerah Peringkat Kota Setar, pegawai daripada ICU dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) diberitahu mereka tidak dibenarkan hadir dan arahan itu tidak bertulis.
Memanglah kalau tanya arahan bertulis, ia tidak ada arahan bertulis. Apabila ditanya, dia kata dia tidak dibenarkan hadir. Walau bagaimanapun, pegawai itu atas sifat tanggungjawab, dia tetap berikan jawapan bertulis terhadap perkara-perkara berbangkit dalam mesyuarat-mesyuarat sebelum.
Tuan Yang di-Pertua, tindakan ini undur ke belakang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Ya, Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya hendak tanya soalan.
Adakah kemungkinan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah yang selalu memanggil Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, mengulangi kenyataan
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membohong dan sebagainya, mungkin salah satu faktor yang menyumbang kepada perkara ini? Kalau Yang Berhormat sendiri yang begitu baik boleh berbahas dengan begitu baik, tanya soalan dengan begitu baik, boleh tunjuk ajar dan didik Yang Berhormat Menteri Besar Kedah...
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Lain macam Jelutong ini...
[Ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Supaya lebih bersopan apabila membuat ucapan dan tidak menghentam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sesuka hati.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Baik, baik. Faham.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Mungkin itu yang menjadi puncanya.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Faham. Terima kasih sahabat saya Jelutong. Saya hairan, Tuan Yang di-Pertua, macam mana Jelutong ini sokong saya tiga kali dah. Jadi, saya jemput Jelutong duduk sebelah sinilah...
[Ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak. Saya juga sokong Alor Setar kalau boleh jadi Menteri Besar Kedah.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih, terima kasih Jelutong. Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kerana budi bahasa yang begitu baik berbanding dengan Menteri Besar Kedah yang celupar mulutnya.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Ya, kita akan buat setelah kita ambil alih kerajaan nanti, insya-Allah. Apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Jelutong sahabat saya tadi, kita kena beza atas pentas politik, gelanggang politik, pilihan raya kecil, ada bahasa dia, tetapi ketika kita jalankan tugas sebagai kerajaan, ada tata urus, tata kelola wewenang yang hendak dicerakinkan dengan tiwikrama apa semua itu...
[Tepuk] Dia kena ada beza dua itu barulah kita boleh menggerakkan proses pengasingan kuasa itu dengan baik. Kalau kita pakai baju Perdana Menteri, cakap sebagai seorang Perdana Menteri. Kalau pakai baju Menteri Besar, cakap sebagai seorang Menteri Besar, tetapi ketika kita pakai baju parti politik, bertarung dalam gelanggang, sudah tentulah kita akan menewaskan lawan dan kita hendak kita menang. Kita akan pergi ke arah pertarungan. Jadi, saya rasa itulah yang kita kena faham perbezaan antara perkara tersebut.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Alor Setar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, sedikit.
Sedikit, Yang Berhormat. Sedikit sahaja.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Padang Serai, Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Saya bagi Padang Serai. Padang Serai dahulu.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Padang Serailah pula. Terima kasih Alor Setar. Jadi, apa yang diucapkan oleh Alor Setar tadi menggambarkan seolah-olah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tambun tidak dapat membezakan topi mana yang dia pakai. Adakah Alor Setar bersetuju?
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Ya, nampaknya begitulah. Bukan setakat topi, baju pun tidak boleh beza.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, sedikit sahaja, Yang Berhormat.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Saya tidak bagi kot Jelutong. Saya hendak sambung. Ada banyak lagi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Satu minit. Saya minta satu minit sahaja.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Satu minit panjang. Dua saat saja.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Okey, dua saat. Mungkin Yang Berhormat boleh nasihatkan Menteri Besar Kedah untuk lihat cara bagaimana Allahyarham Tok Guru Nik Aziz ketika beliau menjadi Menteri Besar Kedah untuk mendapat tunjuk ajar. Terima kasih.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih sahabat saya Jelutong. Tok Guru Nik Aziz juga ada ucapan-ucapan khusus yang dibuat ketika pentas pilihan raya dia juga pernah menyerang parti politik lain. Itu Jelutong juga kena tengok selain daripada tengok pandang sisi lain. Terima kasih Jelutong.
Saya juga hendak menyebutkan, Tuan Yang di-Pertua- saya menyambung- ada satu mesyuarat yang melibatkan Exco Pembangunan Luar Bandar Negeri-negeri yang baru berlaku. Dalam mesyuarat tersebut, ada ahli mesyuarat tanya kepada Exco Pembangunan Luar Bandar daripada Kedah. Dia tanya, “Yang Berhormat, berapa majoriti menang?” Yang Berhormat yang berkenaan pun sebut, “Saya menang sekian, sekian jumlah.” Kemudian, pihak berkenaan sebut, “Kalau begitu, kita tidak payah buat program di situ, kita buat tempat lain”.
Sejak bilakah pelaksanaan projek-projek pembangunan kerajaan mengambil kira jumlah undi majoriti, siapa kalah, siapa menang? Saya rasa ini tidak patut dicampur aduk.
Hal politik pilihan raya, hal politik pilihan raya. Hal pentadbiran negara, pengurusan, itu satu hal yang berbeza yang kena dibuat tanpa mengira warna bendera, siapa sokong, siapa kalah, siapa menang, siapa tewas.
Tuan Yang di-Pertua, itu berbeza dengan kami di Kedah. Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Daerah yang sama yang saya maksudkan tadi, ADUN DAP, pembangkang, dijemput masuk mesyuarat kerajaan negeri...
[Tepuk] Itu cara Kedah menunjukkan kematangan kita berpolitik, Jelutong. Walaupun kami diberikan tekanan, disekat dengan pelbagai-bagai sekatan, disusahkan dengan pelbagai-bagai kesusahan tetapi kita mengamalkan politik matang. Politik matang inilah yang menyebabkan pegawai-pegawai, penjawat awam kerajaan menyokong Perikatan Nasional dalam pilihan raya. Itu prinsip dan pilihan mereka. Kita tidak boleh campur aduk dua perkara tersebut, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan juga isu federalisme, saya juga rasa agak terkilan apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak langsung menyentuh tentang isu tuntutan bayaran air Kedah yang dituntut kepada Pulau Pinang yang telah pun dibuat sejak sekian lama. Bukan setakat zaman Kerajaan Kedah sekarang tetapi dulu- dulu pun dituntut.
Johor bekalkan air kepada Singapura 3 sen dapat bayaran setiap 1,000 gelen.
Johor juga bekalkan air kepada Melaka juga dapat 3 sen setiap 1,000 gelen bayaran oleh Kerajaan Persekutuan. Jadi, kenapakah tidak Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan bayaran sama untuk membantu Kedah mengekalkan kawasan Hutan Simpan Ulu Muda?
Begitu juga dengan isu tuntutan fiskal pengekalan kawasan sawah padi juga tidak disentuh dan begitu juga isu Projek Kedah Aerotropolis, KXP, KRC yang tidak disentuh.
Saya mohon penjelasan pihak kementerian tenteng perkara tersebut.
Point yang ketiga, Tuan Yang di-Pertua, yang kedua terakhir. Dalam mengangkat potensi anak muda, saya sambut baik peruntukan RM30 juta yang telah pun diumumkan untuk pelaburan berkaitan dengan pembangunan produk digital dan bakat tempatan. Saya cadangkan Alor Setar menjadi pilot project untuk dilaksanakan projek tersebut.
Namun, dalam masa yang sama, saya ingin juga penjelasan daripada pihak kerajaan tentang penurunan kadar duti hiburan yang diumumkan tempoh hari. Ruang ini ataupun penurunan ini satu perkara yang baik untuk para penggiat seni memulakan kembali membina semula kerjaya mereka setelah COVID-19 baru ini.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Namun, timbul pula kebimbangan bagaimana kerajaan hendak mengawal persembahan hiburan supaya insiden The 1975 yang promosi LGBT itu tidak berulang?
Itu satu perkara yang perlu kita lihat juga apabila kita buka ruang, kita juga kena mengawal dengan begitu baik.
Tuan Yang di-Pertua, yang kedua terakhir mengenai isu PTPTN. Saya juga menerima pandangan daripada mahasiswa. Tempoh bayaran balik yang diumumkan oleh Perdana Menteri selama lima bulan itu tidak memadai. Sebenarnya apakah boleh PTPTN ini dimansuhkan bayaran pinjamannya ataupun tidak boleh? Mohon penjelasan yang jelas daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Alor Setar. Alor Setar ini adalah ibu negeri yang tertua, berusia 288 tahun. Paling tua di Malaysia. Dibuka 1735.
Berdasarkan rekod Jabatan Muzium Negeri Kedah, ada 24 bangunan warisan yang terdapat dalam Bandar Raya Alor Setar. Namun, persoalan yang timbul, terdapat bangunan-bangunan warisan ini berada di atas tanah persendirian. Ia bukan milik kerajaan. Menyukarkan usaha pemulihan dan pemeliharaan.
Soalan saya ialah, apakah usaha pihak kerajaan untuk atasi isu ini? Kerana ia melibatkan kos yang tinggi, peruntukan yang terhad, kepakaran yang terhad, material yang terhad dan kerja baik pulih itu sangat sulit perlu direkodkan satu persatu. Namun, ianya tetap perlu dipelihara bagi mengangkat identiti negeri dan identiti negara serta memupuk semangat perpaduan.
Tuan Yang di-Pertua, penutup dengan pantun.
*Tegak tiang di singgahsana, Tegak berdiri di laman cindai; Bumi Palestin maruah kita, tidak gentar menempuh badai.
Ambil kapak, belah kekundur, baik terbelah si ibu kaki; Walau setapak kami tak undur, Palestin dipertahan sampai mati.* Alor Setar mohon mencadang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Tan Sri Speaker dan salam sejahtera serta salam Malaysia Madani. Saya ingin membahaskan Rang Undang- undang Perbekalan 2024 bagi peringkat dasar dan ada beberapa poin yang saya menekankan di sini.
Nilai kemajuan sesebuah negara terletak kepada kredibiliti dan juga ketulusan pemimpinnya. Kecekapan pengurusan dan ekonomi dan kebertanggungjawaban badan- badan penguasaan yang dimandatkan untuk menjaga keselamatan tanah air yang tercinta. Kita telah diumumkan dengan peningkatan SST. Itu adalah satu permulaan yang baik kerana untuk meningkatkan ataupun menambahkan keuntungan negara kita.
Sebagai inti pati pertama, saya bagi ucapan perbahasan Belanjawan 2024, Segamat. Saya ingin membangkitkan tentang reformasi institusi Polis Diraja Malaysia
(PDRM) yang selama ini menjadi antara fokus saya sebagai wakil rakyat. Sejak kebelakangan ini, berita-berita yang melaporkan tentang masalah-masalah yang melibatkan anggota polis menjadi paparan hangat di dada akhbar. Perkara-perkara tersebut sedikit sebanyak mengundang pelbagai persepsi awam terhadap mutu perkhidmatan institusi PDRM yang sepatutnya mempamerkan tauladan yang unggul kepada kita semua.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Realiti yang pahit dunia kepolisan negara yang didedahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman merupakan isyarat kepada Kementerian Dalam Negeri untuk melaksanakan dengan segera apa yang saya panggil sebagai pelan pemulihan, pemerkasaan PDRM. Yang antaranya meliputi aspek etika serta ketulusan dalam menjalankan tugas kecekapan unit dan juga kebajikan.
Bercakap tentang pemulihan dan pemerkasaan PDRM, saya berpendirian bahawa kredibiliti PDRM sebagai sebuah institusi penguatkuasaan terpenting negara perlu dimartabatkan sejajar dengan agenda reformasi mereformasikan sektor perkhidmatan awam yang dilaksanakan menerusi dukungan pasukan Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR). Secara prinsipnya, saya melihat bahawa penubuhan pasukan khas tersebut merupakan satu tindakan proaktif untuk memulihkan imej PDRM yang tanpa kita sedari turut berdepan dengan pelbagai bentuk kekangan yang selama ini melemahkan motivasi para anggota PDRM untuk berkhidmat dengan, “mesra, cepat dan betul”.
Selain menumpukan pembangunan semula bagi kemudahan asas seperti kuarters polis yang menjadi tempat yang parah anggota dan ahli-ahli keluarga mereka berlindung. Kementerian Dalam Negeri juga perlu melaksanakan penstrukturan semula penempatan anggota mengikut keperluan geografi di satu-satu daerah khususnya daerah yang kependudukan tinggi seperti di Segamat.
Di Daerah Segamat juga meliputi tiga buah Kawasan Parlimen, Segamat, Sekijang dan juga Labis. Para anggota polis yang ditempatkan untuk berkhidmat di IPD Segamat sentiasa berdepan dengan masalah kesuntukan sumber manusia untuk bertindak dengan responsif dalam waktu keadaan yang mendesak. Senario tersebut telah mengundang kerisauan rakyat di Segamat turut juga saya ingin membangkitkan dalam perbahasan saya pada hari ini.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, Ketua Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat telah menyatakan kepada saya beberapa keperluan IPD Segamat untuk menambah kira-kira seramai 263 orang anggota polis untuk bertugas di balai-balai di Daerah Segamat. Penambahan itu adalah signifikan untuk menampung kekuatan anggota polis sedia ada setakat ini adalah 430 orang anggota. Permintaan kepada penambahan anggota tersebut adalah wajar berdasarkan kepada kadar populasi Segamat yang telah mencecah 197,762 penduduk.
Penambahan anggota polis yang saya nyatakan tadi melibatkan kepada lapan balai polis termasuk Balai Polis Segamat, Balai Polis Labis, Balai Polis Tenang, Balai Polis Caah, Balai Polis Bekok, Balai Polis Buluh Kasap, Balai Polis Batu Anam dan Balai Polis Jementah. Seperti yang saya nyatakan tadi, kecukupan anggota polis yang ditempatkan bertugas di satu-satu daerah adalah penting bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan ibu pejabat daerah dalam mengendalikan apa jua pembanterasan jenayah sama ada yang melibatkan nyawa individu mahupun keselamatan awam.
Selain diduga dengan musibah banjir saban tahun, Daerah Segamat juga turut dibelenggu dengan kegiatan-kegiatan jenayah yang boleh memudaratkan kelangsungan rakyat di Segamat. Dan juga hakikatnya mengalami bermacam-macam bentuk kekurangan yang menjejaskan komitmen dedikasi anggota polis.
Selain daripada penambahan anggota, saya juga merasakan terpanggil untuk mengutarakan keprihatinan saya berkenaan penggajian anggota polis yang dikatakan tidak setimpal dengan cabaran komitmen tugas lebih-lebih lagi anggota yang berpangkat rendah termasuklah konstabel. Berkenaan perihal tersebut, saya ingin menggesa agar Kementerian Dalam Negeri dapat melaksanakan satu skim penggajian khas PDRM yang lebih konstruktif dan saksama kepada setiap anggota tanpa mengira pangkat dan unit.
Mekanisme tersebut merupakan salah satu daripada pelbagai strategi jangka panjang yang boleh direncanakan oleh KDN untuk mengurangkan jurang pendapatan antara polis, antara anggota yang berpangkat rendah dengan anggota yang berpangkat tinggi. Seperti yang diakui oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, konstabel baharu hanya menerima berpendapatan RM1,500 khususnya- lagi-lagi yang menyukarkan adalah apabila mereka duduk di bandar-bandar- Kuala Lumpur ataupun
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Lembah Klang termasuklah di Bandar Johor Bahru. Bukan mudah untuk mereka menyara hidup di pekan-pekan atau bandar-bandar yang besar begini.
Oleh itu, pihak PDRM seharusnya meneliti setiap aspek yang melibatkan sara hidup seseorang anggota baharu terutamanya yang ditempatkan bertugas di negeri- negeri lain yang jauh dari keluarga mereka. Penelitian tersebut juga perlu digarapkan dalam Ikhtiar 12 Belanjawan 2024 dengan tujuan untuk membina daya motivasi para anggota baharu dalam menjalankan rutin tugas tanpa dihantui dengan apa jua bentuk masalah kewangan peribadi.
Hakikat kekurangan yang dialami oleh seseorang anggota PDRM dalam aspek pendapatan boleh mendedahkannya dengan bisik-bisikan jahat yang mendorong kepada perlakuan-perlakuan yang tidak beretika dan berprinsip yang boleh membinasakan nama baik polis di mata rakyat.
Anggota polis juga merupakan manusia berfitrah yang mempunyai keinginan dan juga keperluan. Oleh sebab itu, setiap seorang daripada mereka tidak seharusnya dipinggirkan daripada menikmati kadar saraan yang bermaruah dan hal tersebut merupakan antara tanggungjawab besar yang harus digalas dengan lebih rasional oleh kerajaan pada hari ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, berbicara soal pendapatan, saya seterusnya ingin menyentuh tentang Ikhtiar 4, merombak struktur ekonomi yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan. Kenaikan harga barang keperluan asas seperti beras berlaku pada hari ini telah memberi impak langsung kepada kuasa membeli- purchasing power, dengan izin, khususnya mereka yang berkeluarga yang berada dalam segmen pendapatan B40 dan M40.
Apabila kuasa membeli seseorang pengguna berkurang, barangan atau perkhidmatan ditawarkan di pasaran akan juga mengalami penyusutan permintaan.
Kesannya perniagaan akan berdepan dengan masalah survival yang akan mengundang pelbagai implikasi kepada ekosistem ekonomi yang antaranya adalah tiga perkara pembuangan pekerjaan- retrenchment, pengurangan pulangan serta keuntungan- underperforming revenue, dan lambakan stok barangan yang tidak terjual.
Ketiga-tiga kesan tersebut akan mengundang kesan domino kepada pendapatan kerajaan dalam bentuk cukai bilamana banyak perniagaan tidak lagi beroperasi secara aktif. Kutipan cukai daripada jualan akan menyusut dan penyusutan tersebut akan menjejaskan perancangan pengurusan dan pembangunan kerajaan yang memerlukan sumber kewangan yang dijana daripada percukaian.
Jika ekosistem ekonomi negara berada pada tahap yang kritikal seperti mana berlaku waktu PKP, operasi perniagaan yang terjejas akibat pengurang permintaan dan juga kemerosotan pulangan, boleh memberi tekanan kepada golongan majikan untuk melakukan organizational downsizing, dengan izin, atau pengecutan sumber manusia.
Implikasinya adalah individu yang diberhentikan kerja, tidak lagi mempunyai pendapatan tetap dan seterusnya dia tidak lagi menyumbang kepada kewangan negara menerusi cukai pendapatan sama ada dalam bentuk potongan cukai berkala atau potongan cukai tahunan. Tambahan pula bebanan kos sara hidup yang semakin meruncing turut memberi impak kepada kemampuan kewangan mereka untuk membiayai perbelanjaan-perbelanjaan bulanan yang lain seperti pinjaman sewa beli, bil utiliti dan juga hutang rumah.
Oleh sebab itu, negara kita memerlukan dasar gaji progresif yang boleh merangsang sektor-sektor kerja tempatan dan juga multinasional untuk mewujudkan skim atau sistem penggajian yang boleh saya panggil future-proof salary scheme. Dengan adanya dasar sebegitu, rakyat yang merupakan golongan pekerja yang menikmati peningkatan pendapatan boleh guna disposable income yang boleh menyokong mereka untuk berbelanja mengikut rentak kenaikan kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Silakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih. Saya juga ingin juga menyumbang kepada perkara yang telah dibangkitkan. Gaji yang tidak mencukupi ini bukan sahaja berlaku di antara kalangan penjawat awam, tetapi juga berlaku kepada golongan profesional seperti peguam, seperti doktor dan juga jurutera. Di mana, pada satu ketika dahulu, 20 tahun yang dahulu, bila saya mula kerjaya saya sebagai seorang peguam, legal assistant saya hanya mendapat gaji lebih kurang RM2,000. Permulaannya RM1,800 atau RM2,000.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Di Kuala Lumpur tiada masalah, kerana firma-firma besar akan memberi gaji yang lumayan tetapi di tempat-tempat, negeri-negeri yang lain seperti Pulau Pinang, Kedah dan sebagainya, gajinya masih dalam lingkungan yang sama, RM2,000, RM2,500 dan sebagainya bagi peguam yang akan bermula.
Ini adalah disebabkan oleh masalah-masalah yang juga berpunca kepada masalah yang sama. Jadi, memang sekarang kos sara hidup telah naik, macam-macam telah naik. Jadi, saya minta Yang Berhormat juga, pandangan Yang Berhormat, apakah dalam Majlis Peguam, majlis perubatan dan juga persatuan-persatuan jurutera, harus juga menetapkan gaji minimum sekurang-kurangnya RM3,000 atau RM4,000 yang patut dibayar kepada jurutera, doktor atau peguam yang bermula kerjaya mereka? Terima kasih.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Jelutong. Saya sokong pandangan tersebut dan juga ingin memasukkan ucapan beliau dalam ucapan saya.
Memang benar, bukan sahaja perkhidmatan awam tapi juga golongan profesional ini juga harus dibela dengan gaji yang setimpal dengan kos sara hidup ataupun standard of living yang sekarang kita hadapi.
Dan juga berdasarkan satu— sebuah survey yang berpendapatan isi rumah 2020 dan juga 2014 yang diterbitkan oleh Jabatan Statistik Malaysia pada September lalu, 37.4 peratus daripada isi rumah Malaysia berpendapatan kurang daripada RM5,000. Pada tahun 2022, 35.2 peratus berpendapatan antara RM5,000 hingga RM9,900, manakala 27.4 peratus berpendapatan melebihi daripada 10 peratus.
Pada tahun 2014, ketika pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional, sebanyak 54.9 peratus rakyat berpendapatan kurang daripada RM5,000. Dan kita boleh lihat statistik dan angka ini semakin juga berubah mengikut skala dan juga timing ataupun masa dengan apa yang berlaku di persekitaran ekonomi. Secara berpandangan peratusan rakyat yang berpendapatan melebihi RM5,000, pada tahun 2022 mencatat peningkatan. Pembukaan semula sektor kerja pasca pandemik memberi kesan positif kepada kadar penyertaan tenaga kerja aktif yang berjaya keluar daripada kepompong pengangguran.
Buktinya, kadar pengangguran pada tahun 2022 telah menurun 3.9 peratus dan kita boleh lihat ada satu perkembangan yang positif. Di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan, angka individu yang bekerja semakin meningkat pada suku tahun kedua 2023. Kadar pengangguran nasional kekal 3.5 peratus, sama seperti suku tahun pertama dengan jumlah individu pengangguran mencatat pengurangan daripada 5,860 bagi suku pertama.
Jumlah individu bekerja pada tahun kedua pun juga telah meningkat kepada 16.15 juta berbanding 16.6 juta pada suku pertama 2023. Dan antaranya adalah 75 peratus adalah golongan pekerja, 3.6 adalah golongan majikan, 18 peratus adalah golongan kerja sendiri. Itu adalah angka-angka yang telah kita dapat daripada Jabatan Perangkaan.
Nilai ambang baru juga tersebut merupakan wake-up call kepada kerajaan untuk mempelbagaikan lagi aktiviti ekonomi mampan boleh merangsang produktiviti sektor.
Seperti Yang Berhormat Menteri sedia maklum, Daerah Segamat yang meliputi kawasan Parlimen Segamat yang tidak lama lagi akan dinobatkan secara rasmi sebagai Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Kemasukan Segamat sebagai wilayah ECER sudah tentu akan menarik lebih banyak lagi peluang pekerjaan kemahiran tinggi yang boleh disertai oleh graduan-graduan tempatan. Berdasarkan penekanan yang telah dizahirkan oleh Yang Berhormat Menteri
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Ekonomi dalam ucapan penggulungan Kajian Separuh Penggal RMKe-12, penciptaan bakat tempat kredibiliti tinggi amat penting untuk menarik pelaburan asing.
Penawaran tenaga kerja juga dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran industri makin merupakan antara perkara penting yang dinilai oleh setiap pelabur asing memuktamadkan keputusan mereka untuk melabur. Seterusnya, saya juga ingin menekankan perkara yang terakhir sebelum saya membuat penggulungan. Tan Sri Yang di-Pertua, dunia digital hari ini menyediakan kita dengan pelbagai jenis aplikasi dalam talian yang boleh dijadikan sebagai platform untuk mempromosikan apa jua barang atau perkhidmatan yang kita diniagakan.
Namun begitu, aplikasi seperti TikTok kini telah mengundang kegusaran banyak negara, termasuk Malaysia dalam soal keselamatan cyber. Kerajaan Belanda, India, Taiwan dan juga Norway merupakan antara kerajaan yang telah melaksanakan sekatan mutlak terhadap penggunaan aplikasi tersebut menerusi peranti milikan kerajaan sebagai langkah untuk melindungi ruang cyber mereka daripada dicerobohi.
Selain kerisauan terhadap ancaman pencerobohan cyber, aplikasi TikTok yang dibangunkan oleh syarikat China, ByteDance turut menggugat ekosistem perniagaan rakyat tempatan. Oleh itu, trend kenaikan trafik penggunaan di negara ini telah menjadi antara faktor yang menarik perhatian golongan peniaga dari luar negara Republik tersebut untuk mempromosikan produk-produk mereka niagakan secara bebas, tanpa sebarang pemantauan serius dan dari pihak TikTok Malaysia dan juga Pesuruhjaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
Bahawa suara golongan peniaga tempatan di Dewan yang mulia ini, saya dengan tegasnya ingin menggesa agar Kementerian Komunikasi Digital mendapat melaksanakan sekatan penuh berfasa terhadap akaun-akaun e-dagang TikTok, khususnya akaun yang dikendalikan oleh individu serta syarikat daripada China. Sebelum saya ingin akhirkan, sekatan penuh yang saya nyatakan tersebut bertujuan untuk melindungi kelangsungan golongan perniagaan tempatan— peniaga tempatan yang pada hari ini berdepan dengan persaingan ekonomi yang tidak setara dan tidak sihat dari mereka yang tidak bertanggungjawab, bersenang-senang mengaut keuntungan tanpa perlu membayar duti kepada kerajaan.
Persoalan besar yang saya ingin bangkitkan di sini, adakah pihak TikTok Shop membayar value-added tax atau cukai nilai tambah kepada kerajaan? Memandangkan ramai dari kalangan berpengaruh mengaut keuntungan besar daripada jualan-jualan mereka menerusi platform tersebut. Tanpa kita sedari, banyak kandungan yang dimuat naik serta dipaparkan sebagai bahan promosi menerusi aplikasi tersebut sedikit sebanyak telah mempengaruhi monopoli perdagangan dalam negeri yang boleh menjejaskan perniagaan-perniagaan diusahakan oleh rakyat Malaysia sendiri. Jika tidak, hairanlah mengapa negara jiran kita Indonesia telah melaksanakan pengharaman platform TikTok Shop yang pada hakikatnya telah menjejaskan banyak perniagaan fizikal yang berdepan dengan ketidakadilan dalam persaingan.
Memandangkan pengusaha perniagaan fizikal perlu membayar cukai perniagaan serta kos-kos lain, sedangkan pengaruh TikTok Shop tidak perlu menanggung apa-apa kos yang melibatkan promosi serta penjualan. Justeru, saya meletakkan harapan yang besar kepada kepimpinan rakan perjuangan saya, Yang Berhormat Lembah Pantai untuk meneliti dengan lebih serius langkah-langkah yang awal boleh dilaksanakan untuk menyekat platform TikTok Shop yang telah meracuni budaya pengguna rakyat Malaysia.
Rakyat di luar sana mengharapkan kewibawaan Yang Berhormat Menteri mengendalikan masalah deaf tone pihak TikTok Malaysia yang seolah-olah tidak peka ambil peduli tentang implikasi negatif terhadap kandungan-kandungan tanpa tapisan yang disiarkan juga yang boleh menggugat kedaulatan negara kita dan juga imej negara kita melalui aplikasi TikTok ini. Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri ucapan, izinkan saya membacakan serangkap pantun untuk renungan kita semua dalam Dewan yang mulia ini.
Pergi ke Muar mencari wang, Wang dilabur di ASB Kuala Kangsar,
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Kerajaan Madani terus berjuang, Berjuang demi rakyat dengan saksama dan bersasar. Sekian sahaja ucapan perbahasan peringkat dasar Segamat bagi Undang- undang Perbekalan 2024. Dengan ini, saya menyokong. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Tangga Batu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tan Sri Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Saya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
36(12). Sebentar tadi semasa perbahasan Alor Setar, Jelutong telah mengeluarkan kenyataan iaitu— ini saya pandang Yang Berhormat ya. Saya harap Yang Berhormat pandang saya, okey. Telah mengeluarkan kenyataan bahawa Menteri Besar Kedah telah menggunakan perkataan yang celopar. Dia mengelirukan Dewan. Jadi, saya minta supaya— kita menyebut seseorang yang tidak boleh mempertahankan diri di Dewan ini. Dia mengelirukan Dewan.
Perkataan ‘celopar’ kepada Menteri Besar Kedah, saya ingat tidak sesuai sebab dia Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Menteri Besar Kedah saya ingat tidak pernah celopar.
Dia cuma menyebut bahawa ‘buka mulut, bohong’. Contohnya, dia kata minyak nak turun, tidak turun. PTPTN nak hapus, tidak hapus. Itu yang dia kata tapi menggunakan perkataan ‘celopar’ kepada orang yang tidak boleh mempertahankan diri di Dewan ini, saya rasa tidak wajar. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya Tangga Batu ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk berbahas dan memberikan pandangan terhadap Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun.
Tuan Yang di-Pertua, tidak dinafikan bahawa industri sawit merupakan komoditi yang sangat berjasa kepada negara dan rakyat Malaysia, terutama mereka yang berada di luar bandar kerana industri ini telah berjaya mengurangkan jurang kemiskinan rakyat di luar bandar. Dan industri ini juga telah memainkan peranan dalam menyelamatkan ekonomi negara apabila berlaku krisis monetari pada tahun 1998.
Sehingga Jun 2023, sektor agrokomoditi telah menyumbang sebanyak RM36 bilion atau lima peratus kepada KDNK negara.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Pada tahun 2022 sahaja, industri sawit telah menyumbang sebanyak RM108 bilion atau 5.6 percent kepada KDNK negara. Jumlah yang besar ini bukan disebabkan bertambahnya hasil pengeluaran tetapi disebabkan harga komoditi minyak sawit yang naik mendadak sehingga mencapai RM7,000 hingga RM8,000 setan minyak sawit mentah disebabkan kekurangan supply vegetable fat dengan izin di pasaran dunia apabila berlakunya wabak COVID-19 dan perang Rusia dan Ukraine.
Realitinya, purata pengeluaran tandan buah segar ataupun FFB yield dengan izin berada pada tahap yang sangat rendah iaitu kalau kita lihat pada data 2021 sebanyak 15.47 tan per hektar sedangkan bajet pada tahun tersebut adalah 18.4 tan per hektar.
Pada tahun 2022, hanya 15.49 tan per hektar, walaupun meningkat sebanyak 0.2 tan dan angka ini di bawah anggaran bajet nasional sebanyak 21.6 peratus. Ketimbang purata nasional yang pernah dicapai pada tahap 19 tan per hektar TBF dengan jumlah minyak ataupun crude palm oil dengan izin sekitar 19 tan sebelum ini.
Kalau kita melihat kepada anggaran 2023, kerajaan menyasarkan bahawa yield adalah 18.5 tan tetapi negara hanya mencapai sekitar 15.47. Pada tahun 2024— minta maaf. Pada anggaran 2023, kerajaan menyasarkan 18.5 tetapi sehingga hari ini sehingga
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
data terakhir, tidak mungkin negara boleh mencapai 18.5 tan pada peringkat average national. Begitu juga pada tahun 2024. Anggaran 2024 bahawa kerajaan menyasarkan yield sebanyak 19 tan sehektar. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MPOA pada 2 Oktober yang lalu, terdapat seluas 660,000 hektar ataupun 11.1 peratus pokok sawit yang telah mencapai umur melebihi 25 tahun dan tidak produktif.
Menjelang 2027, jumlah ageing palm dengan izin ataupun kawasan sawit tua akan meningkat kepada 770,000 hektar sekiranya kadar penanaman semula berterusan di bawah dua peratus setahun. Jumlah ini, nilai ini akan memberikan kerugian kepada negara. Juga menjelang 2027, terdapat hampir dua juta hektar ataupun 33 peratus daripada jumlah kawasan tanaman sawit akan mencapai umur melebihi 20 tahun.
Sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah drastik dan berani, kerugian berterusan akan dialami oleh negara. Oleh itu, Tangga Batu menghargai iktikad kerajaan untuk membantu industri sawit bagi mengatasi masalah pokok tua dengan memberikan peruntukan RM100 juta untuk Program Penanaman Semula yang memberikan manfaat kepada 7,000 orang pekebun kecil. Tangga Batu ingin penjelasan daripada kerajaan daripada jumlah RM100 juta ini, berapakah yang diperuntukkan dalam bentuk geran dan berapakah yang diperuntukkan dalam bentuk pinjaman?
Jika diambil daripada kos penanaman semula yang sangat tinggi hari ini, jumlah RM100 juta hanya dapat menampung sekitar 7,000 hektar ataupun 1.06 peratus daripada 662 hektar pokok tua yang ada sekarang ini. Ini tidak termasuk kos pemeliharaan sekitar 20,000 hingga 25,000 lagi sehektar sehingga sawit boleh dituai. Kalau boleh saya berkongsi Dewan ini kalau kita melihat dengan kos yang sangat tinggi pada hari ini, kemungkinan besar cost to maturity untuk penanaman semula sawit akan berada sekitar RM30,000 hingga RM40,000 per hektar.
Oleh itu, insentif cukai sangat diperlukan untuk menyokong inisiatif penanaman semula berskala besar, mengiktiraf peranan kritikalnya dalam melindungi produktif masa depan sektor untuk menyokong rantaian bekalan dan mengekalkan daya saing.
Penanaman semula perlu dipercepatkan melibatkan sektor swasta di seluruh negara. Ini adalah penting untuk mencapai kawasan penanaman semula yang lebih luas bagi memastikan kemapanan sektor kelapa sawit dengan sokongan berterusan terhadap rantaian bekalannya sambil meningkatkan produktiviti dengan bahan tanaman baharu dan amalan pertanian yang lebih baik.
Oleh itu bagi memulihkan serta mempertingkatkan potensi industri sawit negara, langkah drastik dan berani perlu dilakukan oleh kerajaan. Antaranya Tangga Batu mencadangkan agar kerajaan melanjutkan insentif cukai elaun pelaburan ataupun RA, cukai elaun pelaburan semula ataupun RA secara khusus memasukkan penanaman semula kelapa sawit dan membenarkan penggunaan RA terhadap pendapatan berkanun syarikat. Langkah ini juga merupakan strategi yang tepat bagi menjamin peningkatan produktiviti kelapa sawit dengan ketara meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar serta mengukuhkan hasil cukai masa depan negara.
Memandangkan kos pengeluaran yang semakin meningkat di mana syarikat perladangan kecil mencatat kos pengeluaran minyak sawit sekitar 3,000 hingga 3,300 per tan CPO, Tangga Batu mencadangkan agar kerajaan dapat menyemak semula ke atas ambang harga windfall levy sebanyak 501 tan minyak sawit mentah kepada 3,500 di Semenanjung dan bagi Sabah dan Sarawak kepada 4,000 bagi satu tan minyak sawit Malaysia.
Mengembalikan kadar levi keuntungan luar biasa...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tangga Batu, boleh saya mencelah, untuk menyokong?
Tuan Yang di-Pertua
Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Sebenarnya...
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Silakan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Sebenarnya cukai yang dikenakan sekarang yang dikatakan cukai keuntungan berlebihan ini ini mestilah atas keuntungan tetapi formula yang digunakan sekarang adalah atas jualan.
Bagi saya, ini sudah keluar daripada yang dibenarkan oleh Akta Levi Keuntungan Luar Biasa. Saya sudah cadangkan agar kerajaan memansuhkan cukai ini dan adakah Tangga Batu juga bersetuju?
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Bagi saya habis. Terima kasih kepada Beruas. Kita melihat kos pengeluaran hari ini adalah sekitar 3,000 dan 3,200.
Kalau dikenakan windfall levy pada ambang ini, sebenarnya ia beri kesan yang tidak bagus kepada perkembangan industri ini. Jadi, kita seperti mana yang pernah diberitahu oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan waktu kita berbahas dalam sesi yang lalu, dia mengatakan bahawa duit windfall levy ini tidak kembali kepada industri tetapi digunakan oleh kerajaan untuk memberikan subsidi kepada minyak makan, minyak masak.
Jadi, saya minta supaya mencadangkan sebab MPOA pernah memohon supaya di Sabah dan Sarawak dikembalikan daripada tiga peratus kepada 1.5 peratus.
Kekurangan tenaga kerja di sektor perladangan sawit juga antara punca merudumnya hasil produksi sawit. Tangga Batu setuju negara perlu mempercepatkan proses mekanisasi di sektor perladangan sawit dengan tertubuhnya MACOP tetapi realitinya program subsidi telah pun berjalan seperti penggunaan dron untuk PNE spraying, pemetaan, penggunaan jentera ringan untuk FFB crop evacuation, pembajaan dan sebagainya.
Pun begitu, proses memetik buah sawit belum lagi dapat diselesaikan secara mekanisasi, masih bergantung kepada tenaga modal manusia dan belum dapat diselesaikan secara mekanisasi sehingga hari ini. Oleh itu, Tangga Batu menyeru agar kerajaan meninjau semula polisi bagi meningkatkan, memberikan kebenaran kepada sektor-sektor perladangan untuk dapat menambahkan lagi pengambilan pekerja-pekerja.
Tangga Batu juga ingin tahu berapakah jumlah kutipan windfall levy yang telah dikutip setakat ini? Walaupun kita diberitahu bahawa cukai ini digunakan untuk mensubsidi minyak masak tetapi berapa sebenarnya jumlah yang digunakan untuk menampung subsidi minyak masak dan selain itu kalau ada lebihnya, ke mana wang ini digunakan? Seperti dalam industri getah negara, di mana cukai sales getah itu dikembalikan semula kepada pekebun kecil melalui bantuan penanaman semula dan Tangga Batu berharap kalau boleh windfall levy ini dapat dikembalikan kepada industri supaya dapat membantu pekebun-pekebun kecil untuk melakukan penanaman semula.
Tuan Yang di-Pertua, Tangga Batu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah menaikkan IPG.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh dapatkan pencerahan? Sebenarnya windfall tax ini dikenakan atas estet sahaja. Jadi, kenapa dikatakan diberikan balik kepada pekebun kecil? Bagi saya, kerajaan sudah pun mencukai rakyat daripada keuntungan sesuatu syarikat itu. Windfall tax ini satu cukai tambahan kerana ada keuntungan luar biasa tetapi formula yang sekarang digunakan adalah atas sales, bukan atas keuntungan.
Jadi, kalau tadi dicadangkan diberikan kepada pekebun kecil, saya hendak dapat penjelasan kerana cukai ini hanya dikenakan atas estet iaitu melebih 100 ekar. Terima kasih.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Baik, saya – Ini cadangan daripada Tangga Batu, supaya syarikat-syarikat besar dapat membantu pekebun- pekebun kecil yang kita lihat hari ini kita ada jumlah lebih kurang 500,000 dan jumlah tanaman sawit pekebun kecil adalah hampir 39 peratus daripada jumlah keluasan tanaman sawit yang berada di negara kita. Jadi, kaya bantu miskin.
Baik, kita bersetuju kerajaan menaikkan IPG daripada RM2.70 kepada RM3 seperti mana yang telah dibahaskan oleh Perikatan Nasional dalam sesi bajet yang lalu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Kita ucapkan terima kasih. Cuma Tangga Batu hendak tahu, daripada RM2.70 dulu, berapa banyakkah yang telah digunakan dan di-claimed oleh pekebun kecil IPG ini?
Tan Sri Yang di-Pertua, kalau kita melihat bahawa industri getah kita ini seperti dikatakan sunset industri, di mana negara mempunyai 1.240 juta hektar, 73 peratus ataupun 900,000 hektar berada di Semenanjung, 190,000 di Sabah dan 165,000 berada di Sarawak. Dan kita tidak melihat walaupun diperkenalkan insentif latex sebanyak RM1 bagi 1kg latex tetapi kita tidak melihat satu lonjakan yang betul-betul mengangkat total produksi getah negara.
Dan kalau kita lihat dalam tiga tahun ke belakang hingga hari ini, kerajaan masih lagi menyasarkan jumlah pengeluaran getah negara pada paras 1,400 kilo sehektar setahun sedangkan di dalam Dasar Agrikomoditi Negara turut menyasarkan peningkatan produktiviti getah sebanyak 1,950 kilo sehektar setahun menjelang 2030.
Tan Sri Yang di-Pertua, apakah kerajaan mempunyai iktikad untuk membangunkan industri kayu getah di Sabah dan di Sarawak? Di mana kalau kita lihat hari ini di Sabah sendiri banyak pokok-pokok tua yang tidak dapat dipotong dan mereka mempunyai potensi nilai untuk menghasilkan nilai tambah seperti kayu log dengan harga RM133 per metrik tan. Sawn timber RM1,000 per metrik tan dan kalau diolah lagi jadi finger joint, harganya akan naik tiga kali ganda sebanyak RM2,400 per metrik tan.
Tan Sri Yang di-Pertua, berbalik kepada Parlimen Tangga Batu. Tangga Batu ini berada di suburban, dahulu kampung. Tetapi dengan berlakunya pembinaan banyak taman-taman perumahan, akhirnya penduduk Tangga Batu hari ini meningkat dengan drastik hampir 190,000 orang. Banyak kawasan-kawasan penempatan baharu dan akhirnya masjid-masjid yang berada di Tangga Batu tidak boleh menampung dengan jumlah penduduk yang meningkat dengan begitu banyak.
Di mana, dalam Tangga Batu memerlukan masjid-masjid baharu iaitu Masjid Bertam Hulu, Masjid Bukit Darat, Masjid Klebang dan Masjid Tampoi. Tangga Batu merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Perikatan Nasional yang lalu kerana telah memberi peruntukkan untuk membangunkan Masjid Cheng Perdana. Oleh itu, Tangga Batu memohon agar kementerian dapat memberikan perhatian kepada projek- projek infrastruktur yang berada di dalam Tangga Batu.
Tuan Yang di-Pertua, Tangga Batu minta sedikit lagi. Isu nelayan di kawasan Melaka Selatan yang berjumlah 560 orang nampaknya tidak dapat diselesaikan secara tuntas kerana berlaku konflik penambakan pantai di Klebang. Kemudian, pelabuhan menjadi laluan kapal sedangkan nelayan-nelayan di kawasan ini ialah nelayan-nelayan tradisional iaitu nelayan yang menangkap ikan di Zon A iaitu nelayan pesisir. Maka, apabila laluan kapal berlaku, akhirnya jaring akan rosak dan sebagainya.
Kerajaan negeri telah mewartakan tiga buah pulau dan kita tahu bahawa di kawasan diwartakan ini ikannya banyak. Cuma, kita minta supaya Menteri yang berkaitan dapat melihat secara serius agar keluhan nelayan ini dapat didengar. Di mana mereka sering masuk ke kawasan yang ikan banyak sedangkan itu kawasan yang diwartakan sebagai kawasan konservasi, akhirnya mereka ditangkap. Jadi, Tangga Batu minta supaya pihak yang bersangkutan dapat memasang boya, boya, boya pelampung supaya nelayan boleh tahu ini kawasan boleh, ini kawasan tidak boleh kerana kalau ditangkap dengan hasil tangkapan pun akan dirampas oleh kerajaan.
Oleh itu, kita tidak melihat walaupun kerajaan memberikan subsidi petrol, subsidi wang kepada nelayan tetapi kita harus lihat bahawa di Melaka statistik telah menunjukkan bahawa jumlah tangkapan ikan di Melaka telah berkurang hampir 43 persen daripada 400,000 kilo kepada 200,000 kilo. Jadi, dia tidak melibatkan nelayan sahaja tetapi dia melibatkan stakeholder, kami dan sebagainya.
Jadi, saya harap dalam bajet ini kementerian yang berkaitan dapat melihat secara dekat dan teliti supaya keluhan-keluhan nelayan ini dapat diselesaikan secara tuntas.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya saya jemput Tenom.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Assalamualaikum dan Kaansayan Ra Kamayon dan salam sejahtera diucapkan kepada sidang Dewan. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut serta di dalam perbahasan Bajet 2024 ini. Tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun di atas kejayaan membentangkan Bajet 2024 yang bersifat inklusif, merapatkan kesenjangan ekonomi rakyat dan membela martabat serta nasib rakyat.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah di atas kejayaan memacu ekonomi Sabah ke tahap yang amat memberangsangkan.
Tan Sri Yang di-Pertua, jika dilihat daripada struktur keluasan geografi, Sabah merupakan negeri kedua terbesar di negara kita selepas Sarawak dengan keluasan 73,620 kilometer persegi. Justeru itu, tidak mustahil Sabah mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan sebagai penyumbang utama dalam sektor pertanian negara sekali gus memperkasa aspek sekuriti makanan negara.
Perkara ini penting memandangkan– sungguhpun negara kita mempunyai tanah yang luas, namun ia tidak dioptimumkan dengan sebaik mungkin hinggakan kita berada di belakang Singapura dalam aspek keterjaminan makanan. Buktinya, berdasarkan statistik yang diterbitkan oleh Global Food Security Index pada tahun 2022 menunjukkan bahawa Singapura berada di kedudukan ke-28 berbanding Malaysia di kedudukan 41 daripada keseluruhan 113 negara.
Walaupun keluasan tanah yang dimiliki oleh Singapura adalah jauh lebih kecil berbanding Malaysia iaitu dengan saiz keluasannya 719 kilometer persegi iaitu lebih kecil saiznya berbanding negeri Perlis sekitar 819 kilometer persegi. Ini menunjukkan bahawa Singapura jauh ke hadapan berbanding Malaysia yang kaya dengan sumber namun tidak dieksplorasi secara optimum.
Malaysia masih lagi bergantung pada import makanan yang tinggi. Berdasarkan laporan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, nilai import makanan dalam tempoh sembilan tahun iaitu dari tahun 2013 sehingga 2022 menunjukkan trend peningkatan yang sangat ketara dengan mencatatkan nilai import sebanyak RM75.54 bilion pada tahun 2022 berbanding RM38.8 bilion pada 2013 iaitu peningkatan sebanyak 94.69 peratus.
Malah, berdasarkan laporan perangkaan perdagangan luar negeri bulan Ogos 2023 Jabatan Perangkaan Malaysia, menunjukkan import beras terus meningkat dalam tempoh tiga bulan iaitu Jun – 153 juta, Julai – 264 juta, Ogos – 349 juta. Justeru itu, usaha untuk menggerakkan kembali potensi negara terutamanya Sabah dalam sektor pertanian harus dilakukan sekarang.
Tan Sri Yang di-Pertua, justeru itu melihat kepentingan sektor pertanian ini, antara fokus yang penting yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan di dalam bajet ini adalah dengan memberikan tumpuan utama kepada usaha untuk membaik pulih dan menambah baik infrastruktur dan fasiliti pertanian, terutamanya negeri Sabah.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Misalnya, terdapat banyak sawah padi di Sabah yang rosak akibat sering kali dilanda banjir. Malah ada para petani yang terpaksa menanggung kerugian hampir tiga tahun kerana terpaksa menunggu lama untuk infrastruktur menangani banjir dibina di kawasan sawah mereka. Pelbagai langkah mitigasi telah dilakukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah bagi membendung bencana banjir ini menerusi peruntukan yang telah disediakan. Namun, hakikatnya ia masih lagi tidak mencukupi untuk mengatasi masalah ini.
Justeru itu, besarlah harapan agar pihak kerajaan memberikan tumpuan bagi membaik pulih dan membina infrastruktur dan fasiliti pertanian terutamanya di sawah- sawah padi. Selain itu juga, saya memohon agar kerajaan meluluskan peruntukan yang dimohon oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah terutamanya berkaitan permohonan bagi membaik pulih tebing-tebing sungai yang telah runtuh sejak sekian lama
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
akibat daripada hakisan yang telah mengakibatkan kerugian kepada rakyat dan negeri apabila tanah tersebut terhakis dan hilang dibawa arus sungai yang deras.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga mengambil peluang ini memohon kepada pihak kerajaan agar memberikan tumpuan kepada pemerkasaan industri koko negara yang merupakan komoditi ketiga penyumbang nilai eksport negara terbesar selepas kelapa sawit dan getah dengan jumlah pendapatan eksport koko negara telah mencecah RM5.058 bilion bagi tempoh Januari sehinggalah Ogos 2023.
Justeru itu, besarlah harapan Tenom agar pihak kerajaan menambahkan lagi insentif dan galakan kepada pekebun-pekebun kecil koko di seluruh negara khususnya pekebun kecil koko di Sabah yang mempunyai keluasan tanah berjumlah 3,280 hektar iaitu 62 peratus daripada jumlah keseluruhan 5,308 hektar tanaman koko negara berdasarkan Statistik Perangkaan Lembaga Koko Malaysia 2022.
Perkara ini penting memandangkan saiz keluasan tanaman koko saban tahun kian merosot. Pada tahun 1989, saiz tanaman koko negara adalah berjumlah 212,621 hektar. Namun, ianya merosot kepada 5,308 hektar sahaja pada tahun 2022. Kejadian ini berlaku apabila pekebun koko telah beralih daripada tanaman koko kepada tanaman lain yang lebih menguntungkan misalnya sawit dan Musang King. Kesannya, negara kini hanya mampu mengeluarkan 493 tan metrik biji koko sahaja hinggakan terpaksa mengimport 458,947 tan metrik biji koko dari luar negara, terutamanya daripada negara Afrika.
Biji koko ini diimport untuk diproses di negara ini bagi menampung keperluan negara sekali gus merugikan daripada segi tukaran mata wang asing. Saya bimbang sekiranya perkara ini tidak dapat ditangani dengan kadar segera, negara kita berisiko untuk terkeluar daripada senarai pengeluar koko dunia. Justeru itu, langkah intervensi diperlukan bagi memastikan tanaman koko kekal signifikan sebagai penyumbang ekonomi negara.
Tan Sri Yang di-Pertua, menyentuh berkenaan komoditi getah. Pada ketika ini, harga getah di Malaysia berdasarkan statistik pada 12 September 2023 yang dikeluarkan oleh Lembaga Getah Malaysia menunjukkan bahawa harga getah sekerap adalah pada purata RM2.69 di Semenanjung dan RM2.31 di Sabah. Sedangkan di Thailand, berdasarkan statistik pada 12 September 2023 yang dikeluarkan oleh The Thai Rubber Association menunjukkan bahawa harga getah sekerap di Thailand adalah pada harga 45.50 Baht bersamaan dengan RM5.95.
Berdasarkan statistik ini jelas menunjukkan bahawa harga jualan getah sekerap di Thailand adalah jauh lebih tinggi berbanding di Malaysia. Persoalan yang timbul adalah mengapa harga jualan getah sekerap di Thailand adalah lebih tinggi berbanding di Malaysia? Justeru itu, saya memohon agar pihak kerajaan memberikan perhatian serius bagi menstabilkan harga getah sekerap ini kepada suatu harga yang wajar bagi meringankan beban kewangan para penoreh getah.
Seterusnya, saya ingin bertanyakan mengenai status cadangan penggunaan teknologi getah beku yang menjalani proses menjadi bitumen terubah suai getah bekuan bagi membina jalan raya beraspal seperti yang dilaksanakan pada menerusi projek rintis pertama di Teluk Intan pada Oktober 2017. Mekanisme ini penting memandangkan kaedah penggunaan bitumen terubah suai getah bekuan telah dilaksanakan di Thailand secara meluas bagi meningkatkan penggunaan getah tempatan di samping menangani impak kejatuhan harga getah kepada para pekebun kecil di negara mereka.
Justeru itu, pada hemat saya adalah baik sekiranya mekanisme ini dijadikan contoh oleh pihak kerajaan bagi menstabilkan harga getah agar terus berkompetitif seterusnya membantu meringankan, meningkatkan pendapatan para pekebun kecil. Saya difahamkan walaupun pada peringkat awal, kerajaan akan menanggung kos pembinaan yang lebih mahal berbanding jalan konvensional.
Namun, ia akan memberikan penjimatan kos yang besar dalam tempoh jangka masa panjang disebabkan oleh kos penyelenggaraannya yang jauh lebih rendah. Malah jalan yang diperbuat daripada getah ini juga lebih berkualiti, tahan lama sehingga 10 tahun, lebih selamat dan selesa untuk digunakan. Besarlah harapan Tenom agar projek
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
rintis ini dapat diperluaskan penggunaannya di jalan-jalan raya di seluruh negara terutamanya di Sabah.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga memohon di dalam bajet ini agar pihak kerajaan meningkatkan nisbah bilangan katil-katil di Hospital Tenom dan membina baharu hospital di Tenom disebabkan oleh pelbagai aduan telah diterima daripada rakyat bahawa hospital sedia ada sempit, sesak dan tidak selesa untuk digunakan.
Tambahan pula, struktur bangunan hospital sedia ada yang terlalu usang kerana dibina pada tahun 1959 dan kini berusia hampir 64 tahun. Justeru itu, rakyat di Tenom berhak untuk mendapatkan akses perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, kondusif dan seimbang bagi menjamin mutu kualiti hidup. Adalah wajar kerajaan memberikan komitmen bagi memastikan sebuah hospital baharu dapat dibina di Tenom.
Menyentuh berkenaan aspek kerjasama, libat urus dan hubungan di antara kerajaan, kementerian dan agensi di peringkat negeri di dalam menjayakan sesuatu projek pembangunan di peringkat negeri agar tidak timbul isu-isu berbangkit terutamanya berkaitan dengan aspek perundangan yang akan menjejaskan pelaksanaannya.
Misalnya, dalam soal pembinaan jalan perhubungan ke kawasan sekolah bagi memudahkan pergerakan para murid dan guru, sejumlah peruntukan telah diluluskan di peringkat Persekutuan. Namun, ia tidak dapat dilaksanakan kerana status tanah yang ingin dibina jalan tersebut adalah dimiliki oleh Jabatan Perhutanan Negeri.
Kesannya, para murid dan guru tidak dapat menikmati kemudahan jalan tersebut hingga terpaksa menggunakan jalan alternatif lain seperti melintas sungai, jambatan gantung, titi kecil yang merisikokan keselamatan dan nyawa mereka. Antara kawasan yang terlibat di Zon Bukit Kemabong melibatkan Sekolah Kebangsaan Sumambu. Saya juga memohon agar pihak kerajaan mempercepatkan kelulusan permohonan membaik pulih bina baharu jambatan-jambatan gantung yang telah rosak di kawasan Tenom kerana pada ketika ini murid dan guru terpaksa bergadai nyawa menaiki perahu kecil untuk ke sekolah. Contohnya, di kawasan Pangi dan beberapa di Daerah Tenom dan Kemabong.
Tenom juga memohon agar pihak kerajaan memberikan tumpuan khusus untuk menaik taraf bangunan prasarana daif serta membina sekolah baharu di kawasan Tenom di dalam bajet ini termasuklah membina satu kolej komuniti atau TVET di Daerah Tenom demi meningkatkan lagi tenaga kemahiran di daerah ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya menggesa agar pihak kerajaan memberikan fokus untuk memperkasakan sumber industri pelancongan bagi memastikan peluang pekerjaan kepada tenaga muda Sabah dapat diperluaskan. Ini kerana berdasarkan statistik yang diperolehi menunjukkan bahawa dari Januari hingga Mei 2023, Sabah mencatatkan 988,680 ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara iaitu peningkatan sebanyak 77.1 peratus dalam tempoh yang sama dengan anggaran pendapatan berjumlah RM2.02 bilion berbanding 558,169 pelawat bagi tempoh yang sama pada tahun 2022.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Justeru itu, kepesatan pertumbuhan industri pelancongan di Sabah ini haruslah disokong oleh pihak kerajaan menerusi aspek promosi produk pelancongan, akses kemudahan dan rangkaian perhubungan yang baik, polisi dan dasar yang mesra pelancong, terutamanya daripada negara-negara Amerika dan Eropah, serta menambahkan akses penerbangan secara terus daripada luar negara ke Sabah. Malah, harga ringgit yang rendah pada masa kini juga harus digunakan secara positif bagi menarik pelancong ke dalam negara.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dato’ Yang di-Pertua, mengakhiri ucapan saya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun di atas reformasi Bajet 2024 yang memberikan perhatian khusus terhadap pembelaan nasib rakyat. Saya juga berharap agar isu-isu yang dibangkitkan oleh saya akan mendapat perhatian yang sewajarnya oleh pihak kerajaan.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Akhir kata, saya menyokong Bajet 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun selaku Menteri Kewangan Malaysia. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Tenom. Dipersilakan, Yang Berhormat Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.
Saya ingin mengambil kesempatan sebaik mungkin dalam perbahasan saya dan fokus perbahasan saya itu bersifat umum dan ada di antaranya khusus buat Parlimen Hulu Selangor. Sebelum itu, saya mohon tiada celahan semasa saya sedang berbahas kecuali sekiranya ada masa, saya boleh benarkan.
Dato' Yang di-Pertua...
[Ketawa] Dato' Yang di-Pertua, perkara pertama. Saya memulakan perbahasan dengan menyentuh berkaitan dengan isu FELDA. FELDA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan alasan Perdana Menteri sendiri yang akan memantau FELDA sehingga selesai semua masalah termasuk yang dihadapi oleh peneroka. Sejauh manakah pemantauan yang sudah dilaksanakan? Warga FELDA, khususnya peneroka, sudah pasti menanti pembaharuan yang mahu dilaksanakan.
Dalam perbahasan yang lepas KSP RMKe-12, saya ada bertanya mengenai hasil pendapatan peneroka. Saya mahukan jawapan daripada pengurusan FELDA HQ, dengan diteliti oleh Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggungjawabkan supaya kos operasi dapat dikurangkan dan, dalam masa yang sama, dapat meningkatkan hasil. Secara tidak langsung, ia membawa keuntungan kepada FELDA, seterusnya kepada Kerajaan Malaysia.
Hulu Selangor ingin mengambil perhatian Perdana Menteri atau Menteri yang bertanggungjawab untuk mempertimbangkan tiga perkara utama yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan.
Perkara pertama, saya menyentuh berkaitan dengan subsidi baja. Mohon subsidi baja diberikan kepada ladang-ladang. Ia sudah pasti dapat mengurangkan kos operasi dan, dalam masa yang sama, ianya salah satu usaha untuk mengembalikan semula peneroka yang menguruskan ladang secara sendiri untuk bersama semula dengan pengurusan FELDA.
Secara tidak langsung, ianya boleh mengelakkan masalah lopong. Apabila dalam proses pengambilan buah, masalah yang berlaku ketika ini ialah pembaziran masa dan tenaga disebabkan ada kawasan yang diuruskan sendiri oleh FELDA Plantation Management dan ada yang diuruskan sendiri oleh peneroka. Sekiranya ia boleh kembali disatukan kesemuanya di bawah pengurusan FELDA menerusi FPM, sudah pasti memberi manfaat kepada semua peneroka dan pihak FELDA itu sendiri apabila berlakunya peningkatan hasil.
Perkara yang kedua melibatkan subsidi teknologi. Pihak kerajaan dan FELDA perlu memikirkan teknologi terkini bagi mendapatkan hasil yang lebih banyak, terutama apabila nak kait buah di cerun-cerun atau di lereng-lereng bukit, teknologi moden diperlukan untuk membawa buah di ladang dan seterusnya menaikkan buah ke dalam lori.
Dato' Yang di-Pertua, kita di Malaysia ramai yang mempunyai kepakaran. Ramai jurutera-jurutera di luar sana yang sudah pasti mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi. Kita di Malaysia perlukan satu pembaharuan, bukan lagi berada di takuk yang lama. Zaman sudah berubah. Dengan adanya teknologi akan menambah minat, terutama anak-anak muda tempatan, untuk bersama-sama bekerja dalam menguruskan ladang, terutamanya anak-anak peneroka itu sendiri. Mohon pihak bertanggungjawab mengambil perhatian atas apa yang dicadangkan.
Yang ketiga, berkaitan dengan FELDA ini lagi, iaitu berkaitan dengan kuota buruh.
Mohon pihak kerajaan menambah atau membuka semula kuota pengambilan buruh bagi
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
industri perladangan, khususnya untuk FELDA. Difahamkan, kuota buruh yang ada tidak mencukupi untuk seluruh FELDA di Malaysia. Untuk mendapatkan hasil yang banyak, kita memerlukan tenaga buruh yang mencukupi. Kuota buruh untuk perladangan yang diberi bersekali dengan estet-estet dan ladang-ladang yang lain di Malaysia.
Mohon pihak kerajaan melihat akan perkara ini, atas keperluan yang mendesak untuk mendapatkan hasil yang tinggi dan seterusnya peningkatan hasil buat peneroka- peneroka. Kita tidak mahu menyasarkan RM120 per ekar ke RM150 per ekar, sepertimana jawapan yang diberi dalam perbahasan yang lalu.
Saya mohon supaya pendapatan peneroka ini dilihat dengan nilai yang lebih sesuai dengan keadaan semasa, memandangkan nilai barangan yang semakin tinggi.
Dato' Yang di-Pertua, saya mohon sangat agar kementerian yang terlibat untuk melihat perkara isu berkaitan dengan FELDA, yang jarang sekali kita bincangkan di dalam Dewan ini.
Dato' Yang di-Pertua, perkara yang kedua, kenaikan dua peratus cukai perkhidmatan meliputi perkhidmatan logistik yang dimiliki golongan T20 sudah pasti memberi kesan yang besar kepada peningkatan harga barang. Untuk syarikat mengekalkan keuntungan, ianya akan menaikkan kos perkhidmatan logistik dan akhirnya, ia akan membebankan rakyat.
Saya mohon Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk memperluaskan lagi penguatkuasaan harga barang di pasaran dan bekalan makanan yang mencukupi. Kalau sebelum ini, apabila kami pembangkang memaklumkan dalam Dewan yang mulia ini menyatakan harga barang tidak terkawal dan ada barangan yang tidak mencukupi, akan dijawab oleh Menteri menyatakan di mana, sedangkan ianya berlaku di seluruh tempat di Malaysia— Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Saya terima maklum balas ini dalam TikTok saya, ketika mana saya shopping membeli barang dapur yang telah ditonton seramai 686,000 orang...
[Tepuk] Dan FB saya, seramai 309,000 orang...
[Tepuk] Dalam komen tersebut, rata-rata melahirkan ketidakpuasan hati, kepayahan, kesusahan, keperitan yang ditanggung oleh mereka.
Dato' Yang di-Pertua, mohon kementerian yang terlibat untuk melihat semula berkaitan dengan kenaikan harga barang yang melampau. Rakyat tengah susah. Rakyat nak mengadu dengan siapa? Rakyat perlukan ketenangan hidup. Rakyat bukan nak rumah besar, bukan nak kereta mewah, bukan nak kaya tapi cukuplah sekadar untuk kehidupan mereka seharian. Rakyat boleh jadi gila apabila hidup terus tertekan. Yang tiada penyakit boleh jadi penyakit. Rumah tangga yang bahagia boleh porak-peranda dek kerana tertekan dengan kos sara hidup ini.
Dato' Yang di-Pertua, bagaimana yang dikatakan dengan kerajaan hendak menoktahkan kemiskinan, sedangkan saya belum melihat lagi apa yang kerajaan hendak lakukan? Yang saya nampak sekarang ini, yang jelas adalah Program Jualan Rahmah.
Ianya berbentuk program bersifat sementara, tidak menyeluruh di semua kawasan dan bukan sebagai penyelesaian untuk menoktahkan kemiskinan. Namun, untungnya, bila ada pilihan raya kecil di Pelangai baru-baru ini, di FELDA Kemahang, saya melihat sendiri di depan mata saya, dua kampit beras lima kilogram dihantar rumah ke rumah.
Dato' Yang di-Pertua, perkara ketiga. Saya ingin menyentuh dua perkara yang melibatkan dengan Kementerian Sumber Manusia.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Perkara yang pertama penyelarasan gaji untuk kakitangan awam dalam...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker isu peraturan. Saya tidak mahu mengganggu Yang Berhormat Hulu Selangor. 36(6), membuat sangkaan jahat.
Adakah yang Yang Berhormat Hulu Selangor tadi menyatakan semasa Pilihan Raya Pelangai melihat dua beg kampit beras dihantar rumah ke rumah. Oleh siapa?
Kerana itu membuat sangkaan jahat bahawa kita menghantar kampit beras rumah ke
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
rumah hanya untuk merai undi. Yang Berhormat adakah- Timbalan Speaker telah dengar tadikan?
Saya tidak mahu mengganggu. Cuma saya kalau kita benarkan kenyataan itu ditinggalkan begitu, ada yang menonton live, maka akan berlaku persepsi bahawa kita telah pun melakukan rasuah untuk menang di Pilihan Raya Pelangai.
Saya minta petua daripada Timbalan Speaker atas perkara ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Hulu Selangor saya perlu penjelasan...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Dato’ Yang di-Pertua,..
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar, sebentar. Bagi saya habis cakap. Selalu macam itu...
[Ketawa] Okey, Yang Berhormat, Jelutong telah membangkitkan peraturan 36(6) dan saya sendiri jelas mendengar. Jadi tidak perlulah saya refer, refer ke mana, ke apa...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Apa yang dimaksudkan yang dua kampit beras itu?
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Baik, Dato’ Yang di- Pertua, apa yang saya maksudkan saya berada- dalam tempoh kempen saya berada di Kemahal ketika itu, saya baru sampai dan saya nampak ada satu kereta, kereta Hilux yang membawa beras penuh dalam Hilux tersebut.
Jadi itu yang saya maksudkan. Saya tidak tuju sesiapa. Secara general. Saya secara general, saya menyatakan memang saya nampak dua kampit beras di bawa turun dan di hantar rumah ke rumah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Faham, sekarang jawab soalan saya. Bila anda menyebut sedemikian, apakah interpretasinya? Adakah sekadar orang hantar beras atau “pemberian rasuah”?
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Orang hantar beras, untungnya apabila berlakunya PRK. Saya tidak menyentuh mana-mana benda itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Faham. Jadi saya hendak yang jelas ya.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Itulah ia.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentarlah, saya tak habis lagi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Adakah anda menginterpretasikan bahawa itu rasuah beri kepada pengundi?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tidak- saya menyentuh pun berkaitan dengan rasuah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Yang Berhormat Jelutong benda itu jelas. So, tidak ada berkaitan. Beliau telah menjelaskannya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Timbalan Speaker, tapi saya bangun untuk mempertahankan Barisan Nasional.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
[Ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya- yang menang di sana bukan Pakatan Harapan. Saya bangun untuk mempertahankan Barisan Nasional.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat tadi telah mengatakan bahawa dibuat semasa PRK secara tersurat dan tersirat. Hulu Selangor mengatakan bahawa dua kampit beras diedarkan rumah ke rumah oleh Barisan Nasional.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Itu tuduhan Dato’.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya pertahankan Barisan Nasional. Saya minta Timbalan Speaker dari Barisan Nasional mempertahankan. Minta beliau tarik balik kenyataan itu.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tahniah, Jelutong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, sebentar.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Okey, okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Jelutong, bila saya duduk sini, bendera parti saya dah tak ada dengan saya.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tidak ada. Mana- mana saya akan cuba berlaku adil, dan saya akan berpandu kepada fakta. Jadi bila Yang Berhormat Jelutong bangkitkan, dan ada interpretasi seumpama diucapkan pemberian rasuah. Saya perlu penjelasan dulu. Kalau dia sendiri mengaku- tidak, it has not happened, right? Baik, teruskan.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Boleh saya teruskan Dato’?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Boleh.
Beberapa Ahli
...Boleh, boleh.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tahniah Jelutong.
Terima kasih. Kita jumpa dekat luar nanti...
[Ketawa] Baik, saya menyambung balik, saya harap bagilah masa sebab saya dah buat, siapkan benda, teks ini sebenarnya. Diganggu.
Sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan penyelarasan gaji semula. Mohon diambil perhatian oleh kementerian.
Kedua, yang mungkin jarang diceritakan iaitu saya mohon campur tangan pihak kementerian untuk melihat gaji pekerja-pekerja dari syarikat swasta. Saya telah berkecimpung dari institusi swasta lebih 30 tahun Dato’ Yang di-Pertua. Kalau kakitangan awam masih ada lagi kenaikan tahunan dan dibincangkan berkaitan dengan penyelarasan gaji, tetapi berapa banyak syarikat yang tidak ada kenaikan gaji tahunan yang lebih 10 tahun, inikan pula penyelarasan gaji.
Masih ramai lagi yang berpendapatan bermula dengan RM1,200 sebulan.
Bagaimana mereka ingin hidup dengan gaji sedemikian kalau yang bujang pun tidak cukup, inikan pula yang telah berkeluarga.
Dato’ Yang di-Pertua, masalah utama ialah dalam menguruskan sebuah syarikat dan apabila kenaikan harga barang mentah, peningkatan utiliti, kenaikan kos pengangkutan, kenaikan kos penyelenggaraan mesin dan jentera membuatkan kenaikan kos operasi sehingga syarikat tidak mampu memberikan kenaikan gaji.
Ianya berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam menguruskan syarikat.
Kenaikan kos operasi serta harga jualan masih lagi takuk yang sama. Dengan adanya kenaikan gaji, baik penjawat awam ataupun swasta secara tidak langsung kuasa membeli itu ada dan dapat membantu peniaga-peniaga kecil yang di tepi jalan mahupun besar dan seterusnya akan meningkatkan lagi pendapatan negara.
Saya mohon sangat-sangat supaya pihak kementerian ambil perhatian dan tindakan. Kasihanilah mereka ini. Sampai bila rakyat kita ingin menderita. Saya mengharapkan perbahasan ini tidak terhenti di sini sahaja. Pegawai-pegawai yang
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
mencatat tolonglah mainkan peranan, maklumkan kepada Menteri sekiranya Menteri terlepas pandang.
Dato’ Yang di-Pertua, perkara keempat saya mohon untuk kerajaan mempertimbangkan semula untuk berikan keizinan kepada pencarum KWSP untuk mengeluarkan caruman mereka dan ia hendaklah secara bersasar memandangkan ia amat-amat diperlukan ketika ini terutamanya bagi golongan pertengahan M40.
Dato’ Yang di-Pertua, perkara yang kelima mohon Kementerian Dalam Negeri menjelaskan bagaimana pemantauan yang dilakukan kepada warga asing yang masuk ke Malaysia termasuk yang mempunyai kad UNHCR. Saya menyambut baik usaha kerajaan dan UNHCR untuk melindungi dan membantu orang pelarian. Namun, dasar UNHCR yang dilihat terlalu longgar. Sejauh mana kerajaan memantau pemegang kad UNHCR ini dan selama manakah mereka boleh terus berada di negara kita?
Kita boleh lihat ada yang dah beranak-pinak dan kebanyakan kawasan telah dimonopoli oleh warga asing bukan sahaja yang melibatkan industri tetapi juga perniagaan. Apakah syarat-syarat yang dikenakan kepada tuan kedai bagi mengambil warga asing untuk berniaga dan bekerja? Di pasar raya-pasar raya, kebanyakan pasar raya dimonopoli oleh warga asing yang bekerja termasuk di kaunter-kaunter.
Sejauh manakah pula kawalan dijalankan oleh kerajaan melibatkan barang seperti beras, minyak paket, minyak botol bagi mengelakkan barangan tempatan dikuasai oleh warga asing berbanding warga tempatan. Bukan sahaja barangan tempatan malahan kemudahan dan perkhidmatan awam terus dikuasai oleh warga asing. Warga asing dilihat terlalu bebas dan berleluasa. Selain itu, kenderaan yang dibawa oleh warga asing.
Sekiranya berlakunya kemalangan ia menyusahkan. Siapa yang mahu bertanggungjawab dan tindakan apa yang diambil dalam situasi seperti ini?
Itu sebab banyak syarikat yang terpaksa mengambil pekerja tanpa permit. Terlalu banyak isu sekiranya nak diceritakan mengenai warga asing ini. Saya mohon kerajaan dapat memikirkan sesuatu bagi mengatasi masalah ini dan tindakan penguatkuasaan yang lebih serius dapat diambil.
Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon sedikit lagi masa ya. Perkara yang keenam, mohon perhatian teramat sangat buat Jabatan Perdana Menteri khususnya Menteri Agama, seawal tahun 1996 Bandar Baru Bukit Beruntung tempat saya sendiri, kebetulan saya Hulu Selangor, Bukit Beruntung telah dibangunkan dan kini usianya sudah mencecah 27 tahun.
Kalau di Lebuhraya Utara-Selatan akan tertulis, "Exit Bukit Beruntung”, tapi malangnya, sehingga sekarang tidak ada satu pun masjid yang berada di Bukit Beruntung.
Sehingga sekarang setiap hari Jumaat, masih lagi menggunakan “Surau Jumaat.” Usaha untuk membangunkan sebuah masjid di Bukit Beruntung telah bermula sejak tahun 2016 lagi dengan insentif Jawatankuasa Surau Al-Muhajirin Jalan Anggerik Bukit Beruntung, penduduk di Bukit Beruntung telah mencecah sekitar 60,000 orang dengan majoritinya penduduk beragama Islam.
Tapak pembangunan masjid telah sedia ada di Jalan Melur Bukit Beruntung. Reka bentuk bangunan masjid juga telah disiapkan oleh anak tempatan. Pelancaran tabung telah bermula dari tahun 2017 lagi. Saluran media TV dan radio tempatan telah digunakan.
Permohonan telah dibuat sebelum ini kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2020 namun telah ditolak.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Keseluruhan kos projek pembinaan dijangka RM16,371,011.40. Jumlah kutipan, saya ulang jumlah kutipan yang telah terkumpul sehingga 30 Ogos 2023 sebanyak RM4,965,413.55. Itu menunjukkan bahawa usaha tetap diteruskan oleh kami untuk mendapatkan dana. Jadi, berbaki RM11,405,597.85 diperlukan dan ianya mungkin lebih memandangkan kos pengiraan pembinaan dibuat pada tahun 2015.
Lagi sekali, saya mohon perhatian Jabatan Perdana Menteri menerusi Menteri Agama untuk mempertimbangkan semula. Dato’ Yang di-Pertua— Tuan Yang di-Pertua yang terakhirnya, perkara ketujuh perbahasan saya yang terakhir. Saya ingin menyentuh
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Kementerian Pendidikan. Kerajaan telah memperuntukkan RM70,000 kepada setiap sekolah di seluruh negara untuk kerja-kerja penyelenggaraan tandas.
Saya ingin bertanya kepada kementerian, bagaimanakah kaedah pemberian kepada kontraktor yang melaksanakan tugas tersebut? Saya difahamkan ada di antara sekolah di Hulu Selangor yang menyatakan pembaikan yang dilaksanakan tidak setimpal dengan nilai yang telah diperuntukkan. Saya juga ingin mahu penjelasan dari kementerian, siapakah yang menguruskan projek ini dan juga siapakah yang membuat bayaran kepada kontraktor? Sekadar itu, sekian. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih juga sekali lagi atas memberikan masa kepada saya untuk menghabiskan teks saya. Terima kasih. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Hulu Selangor. Dipersilakan Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Madani.
Timbalan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan merakamkan untuk ke sekian kalinya kita berdepan dengan sebuah belanjawan yang dibentangkan kali ini oleh PMX, Perdana Menteri ke-10, selaku Menteri Kewangan yang membentangkan belanjawan mengembang dan kata lain, belanjawan defisit dengan izin, expansionary budget. Yang mana kita berbelanja lebih daripada hasil dan untuk peringatan semua di Dewan ini, kali terakhir Kerajaan Persekutuan membentangkan sebuah belanjawan yang sifatnya surplus, belanjawan lebihan, ia adalah pada tahun 1994, 95, 96 dan akhir sekali 97 yang berkebetulan adalah dipimpin Kementerian Kewangan itu oleh PMX hari ini.
Timbalan Yang di-Pertua, apa pun Kuala Selangor bangun untuk bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain membahaskan secara bertanggungjawab sebuah belanjawan yang telah dirangka dan telah pun di bentang dan pastinya punya keberanian.
Ada yang kata kurang berani, ada yang kata retoris saja. Tetapi apa pun, kita semua bertanggungjawab untuk membahaskan lalu untuk mencari— ya, noktah-noktah dan perkara-perkara yang boleh kita perbaiki lagi akan apa pun kekurangan belanjawan ini. Penting bagi saya untuk merakamkan jutaan syabas dan tahniah kepada Menteri Kewangan dan tim Kementerian Kewangan yang saya kira gigih dan tidak pun berkompromi sementara mereka kekal untuk ya, mengamalkan dari sudut disiplin fiskal
(fiscal discipline), khasnya mengunjurkan satu defisit fiskal ya, yang dianggar dan diunjur sebagai 4.3 peratus dari KDNK untuk tahun 2024 ya.
Belanjawan ini masih mempunyai tanggungjawab ataupun sementara mereka mahu mengekalkan disiplin fiskal, masih boleh berbelanja besar. Dato’ Yang di-Pertua ya, bahkan dikatakan terbesar. Saya rasa terbesar, terbesar, terbesar ini memang no brainer- lah. Setiap tahun, memanglah, memang ditambah. Apa pun kita perhatikan bahawa sejumlah untuk Belanjawan 2024 ini, 393.8 bilion bererti 7.7 bilion lebih besar daripada 2023 ya.
Dan dengan itu juga ya, dengan mengunjurkan bahawa hasil atau income dan revenue sebanyak 307.6 ya. Dan perbelanjaan mengurus, operational expenditure (OE) pada paras dan sebanyak 303.8 bilion Dato’ Yang di-Pertua, kita hanya punya lebihan ataupun current balance, 3.8 bilion. Dan dengan keberanian untuk meletakkan 90 bilion sebagai pengurusan pembangunan (development expenditure) yang ada kata tak cukup sebab kena lebih daripada sepatutnya untuk memacu pembangunan.
Itu satu pertikaian yang kita boleh berbincang until “the cows come home” dalam bahasa Inggerisnya sebab kita sudah pun ya kerana keseluruhan perbelanjaan pembangunan kita adalah daripada pinjaman. Maka, kalau dengan kata lain, kalau, kalau kita bawa berbelanja besar, boleh. Pinjam sajalah. Isu bonds, isu Malaysian Government Investment Issue (MGII), isu segala apa yang boleh kita pinjam daripada pasaran modal dan Malaysian Goverment Securities (MGS) sebagainya. Ataupun kita, kita cannibalize our own savings, national savings daripada EPF dan sebagainya, maka boleh.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tetapi ia akan menjejaskan defisit fiskal pada akhirnya. Jadi, di sini yang saya maksudkan sebuah perangkaan ataupun cerakinan sebuah belanjawan yang sangat disiplin dari sudut fiskal tetapi masih lagi boleh berbelanja besar dan tidak terlalu besar pastinya. Yang pentingnya, kita perhatikan bagaimana dari segi pendekatan itu, ya, Menteri Kewangan dan timnya mengimbangi persoalan revenue, persoalan hasil dan kita punya hasil daripada cukai yang sangat rendah sebenarnya.
Daripada 19 peratus suatu masa dahulu, kita hanya tinggal 11.6 peratus KDNK.
Bermakna cukai kita itu memang mengharapkan dan berhajatkan untuk kita broaden, perluaskan tax base ya dan macam-macam yang telah kita bahaskan. Antara lain ada yang menyebutkan kita kurang berani untuk memperkenalkan kembali GST tetapi hanya berani untuk memperkenalkan kembali ataupun melaksanakan beberapa ciri-ciri GST.
Antara lainnya, e-Invoice dan tax identification number (TIN).
Dato’ Yang di-Pertua, lalu dalam hal ini, saya ingatkan juga Menteri Kewangan bahawa hanya dari sudut pembayaran ataupun dengan izin, pembayaran interest hutang ataupun debt service charges kita pun, kita akan menyaksikan 2024 ini peningkatan daripada 2023. Kita mengunjurkan ataupun telah tertera dalam pelaporan bahawa kita akan membayar 49.8 bilion pada 2024.
Dan kita bercakap bukan hanya penurunan fiskal defisit ini untuk setahun dua ini, kita bercakap tentang lima tahun untuk menurunkannya kepada paras tiga peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar dengan 2024 nanti, kita sudah akan— kita tahun depan kita membayar 49.8 bilion dan 2025 kita akan terus membayar dengan jumlah yang lebih ke paras 53 bilion. Dalam suasana itulah, saya kira sangat berani ya Menteri Kewangan dan tim untuk mengunjurkan ataupun untuk mengekalkan fiskal disiplin yang ketat dan gigih dengan menganjur– Dengan mengunjurkan tahun depan fiskal defisit kita hanya 4.3 Dato’ Yang di-Pertua.
Jadi, justeru kerana itu, perbahasan kita ini seharusnya berkisar, terkait dengan persoalan mampu kah ya, sebab kesemuanya perangkaan ini ada pada akhirnya adalah untuk mencapai tujuan, tujuan anggaran perbelanjaan itu atau bajet itu sendiri yang dengan kata lain adalah untuk— seperti mana menjadi tema belanjawan kita pada kali ini adalah membawa tema, [Merujuk kepada senaskhah dokumen] Ya, reformasi ekonomi ataupun dengan kata lain ya, diistilahkan sebagai “Belanjawan 2024: Reformasi Ekonomi, Memperkasakan Rakyat”.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Pertikaiannya adalah, apakah dengan perangkaan dan pencerakinan semua ini, mampu kah kita sampai ke situ? Jadi justeru itu Dato’ Yang di-Pertua, pertama yang saya menyebut ingin untuk teruskan adalah menyebutkan hal hasil. Hasil negara yang seperti mana yang saya sebutkan tadi, perlu dijana secara mampan dan konsisten untuk tiga, lima tahun ini sehinggalah, insya-Allah kita mencapai defisit— menurunkan defisit kita kepada tiga peratus KDNK.
Mungkin ramai yang tanya ataupun ada yang tanya, kenapa sibuk sangat tentang fiskal defisit ini, Dato’ Yang di-Pertua. Tetapi mungkin ada yang tahu bahawa ia terkait dengan persoalan sovereign rating kita oleh rating agencies. Kalau terus-terusan kita mempunyai unsustainable, tidak mampan defisit fiskal ini, mungkin kita akan dikenakan dan diturunkan sovereign rating kita. Lalu dengan kata lain, cost of funding, cost of lending, cost of pinjaman kita itu akan menjadi tinggi dan ini membawa kesan yang parah untuk negara.
Jadi Dato’ Yang di-Pertua, saya— tinggal lima minit lagi, Dato’ Yang di-Pertua.
Laju betul jalan bila kita— jam berjalan bila kita berucap. Dato’ Yang di-Pertua, apa yang saya hendak sebutkan adalah pendekatan Menteri Kewangan memperkenalkan beberapa cukai-cukai baharu yang dikatakan sebagai untuk menjana hasil ataupun revenue kita ini.
Dan yang pertama yang disebutkan adalah capital gains tax. Ini adalah satu— ini adalah dalam pendekatan increasing of— peningkatan revenue. Tetapi saya perhatikan di situ, saham tak tersenarai sahaja. Unlisted shares. Ya, Dato’ Yang di-Pertua. Saya seterusnya pastinya mahu bertanya, mengapa hanya terhad dengan saham-saham tidak tersenarai ataupun unlisted shares sahaja? Saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
lebih baik, apakah lebih wajar listed shares juga adalah tertakluk kepada capital gains tax ini dan tidak perlu saya bersyarah panjang-panjang. Saya tinggal hanya empat minit, Dato’ Yang di-Pertua.
Jadi, itu pertama yang saya kira adalah penting, cukai dengan kata lain juga kita memperkenalkan cukai mewah, luxury tax. Walaupun pada sifatnya kita tidak ada— ya, kita mahukan semua cukai-cukai ini mendapat penjelasan yang tuntas supaya ia tidak menimbulkan apa-apa anxiety ataupun dari sudut yang pembayar cukainya itu atau rakyat itu sendiri.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin bertanya, capital gains tax ini termasuk dalam hal cukai. Mengapa tidak kita perkenalkan Cukai Warisan 1991? Tidak silap saya.
Menterinya pun Menteri PMX hari ini. Kita ada cukai inheritance yang agak lumayan andainya kalau kita laksanakan dan negara-negara seperti negara-negara OECD, negara- negara maju Dato’ Yang di-Pertua, mereka laksanakan.
Contohnya baru ini, kalau di Korea Selatan, penerima ataupun pewaris syarikat Samsung ketika membarisi kekayaan ayahnya dari keluarganya dikenakan cukai iheritance agak lumayan, dibayar USD6 bilion. Apakah waktunya— sudah waktunya sebab apa, tidak semuanya— kalau kata nanti ada yang mengatakan lari lah semua orang-orang yang pandai niaga di tempat lain.
Tetapi bukan itu sahaja. Kekayaan ini bukan sahaja datangnya daripada usaha kita sendiri. Dan kalau usaha kita sendiri pun, dalam ekosistem dan dalam satu negara yang memberikan laluan, yang memberikan peluang untuk mereka menjana kekayaan itu.
Tidak ada masalah tetapi sistem cukai itu adalah untuk sebenar-benarnya satu pengagihan semula pendapatan dan kekayaan. It is actually a redistributive justice dan satu perspektif. Jadi, ia bukan hanya cukai for the cukai sahaja tetapi dalam Islam pun begitu dikatakan, ambil daripada yang kaya, diberikan... [Membaca sepotong ayat Al- Quran] Kata Allah. Dalam kekayaan kita itu ada hak orang lain. Maknanya, orang-orang yang berhak, asnaf dan sebagainya. Kalau zakat.
Jadi Dato’ Yang di-Pertua, saya mahu menyebutkan itu sebagai— Jadi, kalau saya lajukan sikit. Fast forward, Dato’ Yang di-Pertua. Kita juga— cukai pendapatan kita ini pun dikatakan tidak berapa progresif juga. Ada top tiers tidak dicukai dari sudut kadarnya. Tidak dicukai sewajarnya berbanding the lower tiers. Itu pun perlu kita tengok balik reformasi cukai dari sudut cukai pendapatan itu, Dato’ Yang di-Pertua.
Jadi, kalau boleh saya sebutkan- ringkas-ringkasnya kita disebutkan bahawa corporate tax kita itu adalah tinggi. Tetapi kalau kita— itu pun mahu saya komentar tetapi tidak punya waktu agaknya. Jadi, saya sebutkan tadi sebab apa? Saya sebutkan tentang regressive. 10 orang terkaya di negara kita ini tidak dicukai lebih tinggi kalau kita bandingkan cukai— lebih tinggi kekayaannya daripada 10 orang terkaya di Singapura. Itu pun terkait antara terbabit dengan persoalan bagaimana sistem cukai kita itu seharusnya lebih progresif.
Dato’ Yang di-Pertua, saya punya banyak sangat perkara yang hendak saya sebutkan. Antara lainnya mahukan- kita telah memperkenalkan beberapa dasar mutakhir ini, NETR, energy transition. Kita telah memperkenalkan NIMP.
Kesemuanya ini adalah baik untuk kita support dan saya tengok peruntukan- peruntukan dalam belanjawan sangat mewah. Kita berikan pada PMKS sebagai nadi kepada industri perniagaan kita. Tetapi saya perhatikan— khas ini saya rumus sekalilah.
Bagaimana semua dasar ini yang sangat baik dari sudut atas kertasnya, adalah dari sudut niatnya dan hajatnya tetapi saya perhatikan satu yang merupakan perkara yang hendak saya tanya semua Menteri-menteri yang terlibat ini sama ada Menteri yang bersabit dengan tenaga, alam sekitar dan apanya tadi, perubahan iklim. Juga begitu, Menteri yang bertanggungjawab tentang ekonomi.
Apa yang saya maksudkan adalah ketiadaan satu badan yang mampu ataupun yang dipertanggungjawabkan, a dedicated body yang bertanggungjawab dari sudut statutory ataupun tugasnya itu memantau implementasi polisi-polisi ini. Memantau, monitoring of targets, reporting of initiatives, progress, kemajuan. Ini tidak ada. Ini saya rasa amat kurang dari sudut Kerajaan Madani ini.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Dan saya tidak mahu sebut tentang apa yang lalu tetapi tidak salah kalau saya sebut, kalau dahulunya kita ada apa yang dikatakan sebagai PEMANDU like body. Di sini nampaknya saya mahu perkara— Menteri-menteri memberikan jawapan mereka bahawa banyak dasar-dasar dibentangkan dan program-program yang baik, polisi-polisi, dasar- dasar yang baik. Tetapi kita perlu ada— termasuklah FRA sendiri. Fiscal Responsibility Act dan sikit waktu lagi adalah Procurement Act. Semua ini memerlukan satu pemantauan yang cekal, yang gigih, yang mampu dan mahukan regular reporting supaya apa yang dikatakan sebagai ketirisan. Apa yang dikatakan sebagai dalam Procurement Act nanti, ketirisan ini adalah dapat ditangani. Dan ini antara lain akan sebagai perkara-perkara tadbir urus dan tata kelola yang dimaksudkan oleh Menteri Kewangan, itu tidak ada Dato’ Yang di-Pertua.
Dan saya mahukan perkara ini dipertanggungjawabkan kepada Menteri-menteri yang terlibat. Semua Menteri-menteri perlu ada implementation body, pemantauan supaya pelaksanaan-pelaksanaan dasar yang baik ini. Termasuklah saya maksudkan di sini kalau kita tengok PMKS contohnya, diberikan 44 bilion peruntukan dana tetapi— banyak, memang ini adalah nadi kita.
Tetapi pelaksanaan untuk mereka mendapat dana-dana dan daripada sama ada Bank Negara, dari TEKUN, daripada BSN, semua ini memerlukan pemantauan dan pertanggungjawaban dan reporting. Sebab apa? Mengisytiharkan dana satu hal tetapi apakah...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, gulung.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Last ayat. Apakah kumpulan sasar itu menerima habuan dan menerima kelayakan, menerima bantuan- bantuan, sama ada matching grant ataupun geran padanan dan sebagainya itu? Ataukah mereka terkial-kial kerana mereka tidak dapat bantuan dan tidak dapat disokong dalam pelaksanaan-pelaksanaan program-program yang baik ini.
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua atas kesempatan ini, sementara itu kalau boleh saya sebutkan sementara dalam detik dan saat kita berbicara dan berbahas ini.
Saya mengingatkan diri kita, dan kepada diri semua apa yang berlaku di Gaza, di bumi Gaza, rakyat Palestin yang berdepan dengan satu holocaust, satu genocide. Ya, kita semua mesti terus memberikan doa, sokongan- segalanya. Supaya utamanya Perdana Menteri dan Malaysia dapat mengambil peranan yang lebih center stage untuk kita bangkit menyatakan tentangan kita kepada genocide yang sedang berlaku, yang sangat zalim.
Datuk Yang di-Pertua, itu sahaja yang saya dapat sebutkan, terima kasih atas kesempatan ini. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Waalaikumusalam. Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Sungai Besar.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam sejahtera, selamat petang.
Terlebih dahulu Sungai Besar ingin merakamkan sokongan serta dukungan sepenuh jiwa raga terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam menuntut erti sebuah kebebasan dan nikmat kemerdekaan daripada kezaliman rejim Israel laknatullah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan untuk Sungai Besar mengambil bahagian dalam membahas dasar Belanjawan 2024. Saya kira Tuan Yang di- Pertua, ini belanjawan yang terbesar pernah dibentangkan bernilai RM393.8 bilion, lebih RM5.1 bilion berbanding Belanjawan 2023 yang bernilai pada waktu itu sebanyak RM388.1 bilion.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Tuan Yang di-Pertua, ini belanjawan yang terbesar pada waktu itu yang dibentang pada 24 Februari 2023. Belanjawan 2023 baru berusia lapan bulan yang lalu Tuan Yang di-Pertua. Belanjawan besar tetapi malangnya rakyat semakin sengsara, harga barang semakin meningkat, harga meningkat bukan sen-sen, bukan ringgit-ringgit tetapi puluh- puluh macam harga beras.
Mata wang pula semakin merudum. Hari ini sahaja Tuan Yang di-Pertua, mencecah RM4.75 bagi setiap 1 Dollar, paling rendah. Sangat teruk dan ini tidak termasuk gelombang naik turunnya Bursa Saham kita. Pernah direkodkan pada 4 Julai, pelabur asing jual RM4.19 bilion saham Bursa Malaysia. Kemudian pada 1 Jun, pelabur asing jual saham, lapan minggu berturut-turut.
Ini menunjukkan Tuan Yang di-Pertua, pelabur sudah hilang kepercayaan terdapat kekuatan ringgit dan kekuatan ekonomi negara. Dan kita juga hendak tahu sebagaimana dibincangkan, dibahaskan oleh rakan-rakan yang lain. Kita hendak tahu prestasi menokhtahkan kemiskinan dapat dilaksanakan dan sebagaimana yang didegar- degarkan dan kita hendak tahu setakat mana situasi itu sehingga hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, dalam ruang waktu yang sangat singkat ini, saya memulakan perbahasan ini dengan merujuk kepada harga komoditi sawit. Komoditi sawit sekarang Tuan Yang di-Pertua. Tentang bebanan pekebun sawit kesan daripada harga yang semakin menurun, sejak awal tahun 2023 hinggalah ke bulan ini. Harga komoditi sawit hanyalah tinggal sekitar RM500 hingga RM600 per tan, terlalu jauh daripada harga sawit sewaktu Kerajaan Perikatan Nasional dahulu. Tahun 2021 harga komoditi sawit pernah mencecah melebihi RM1,000 per tan. Pernah mencecah RM1,100, RM1,200, RM1,300 dan pernah mencecah RM1,400 per tan yang memberi kelegaan, senyuman kepada semua pekebun-pekebun sawit, sama ada yang duduk di kampung, di FELDA- FELDA, ataupun di FELCRA- gembira kerana memperolehi pendapatan yang sangat menggembirakan.
Walaupun mungkin ada sedikit limpahan kenaikan harga sawit pada waktu itu, upah jadi naik. Input baja, racun, termasuk benih sawit secara automatik meningkat berkali-kali ganda. Harga baja sawit ada yang naik sehingga 200 peratus. Bila harga sawit jatuh, upah pula tak turun. Baja dan racun serta benih sawit juga tak turun harganya. Ada satu persoalan saya ajukan kepada kerajaan. Apakah usaha kerajaan melalui Kementerian Komoditi untuk meningkatkan semula harga sawit ataupun sekurang- kurangnya ambil tindakan penguatkuasaan harga input baja dan racun supaya turun semula?
Ataupun adakah ada usaha kerajaan untuk memberi subsidi baja kepada pekebun-pekebun sawit lebih daripada 429,000 orang untuk meringankan beban mereka?
Ini sebagaimana yang dikatakan Hulu Selangor tadi. Hingga setakat ini, yang saya tahu Tuan Yang di-Pertua, pekebun sawit yang saya sebut seramai 429,000 orang tidak pernah atau tidak mendapat apa-apa bantuan baja dan racun sebagaimana pesawah dan petani.
Tuan Yang di-Pertua, Gerakan Koperasi harus melindungi dan memberi pulangan yang berbaloi kepada lebih tujuh juta orang ahlinya. Maka, sebab itu saya ingin bertanya kepada pihak kementerian. Berapakah setakat ini Coop Mart berjaya diwujudkan?
Masihkah ada kewujudan Coop Mart ini menawarkan harga 15 peratus lebih murah daripada pasaran untuk item-item tertentu seperti gula, minyak masak dan sebagainya?
Bagaimana pula usaha Koperasi dan ANGKASA untuk membuka beratus ekar ladang ruminan, jagung dan sebagainya bagi mengurangkan kebergantungan import input makanan ayam khususnya dan berjayakah unjuran 20 peratus kebergantungan import ini dapat dikurangkan dan dapat dilaksanakan?
Kalau ini dapat dilaksanakan, kita berkeyakinan harga pasaran ayam akan dapat dikurangkan sebagaimana harga semasa yang ada sekarang ini. Bagaimana pula dengan enam federasi yang telah diwujudkan? Adakah masih berada di landasan untuk mengurangkan kepelbagaian kos yang ditanggung oleh rakyat? Berapa banyak federasi koperasi berasaskan pemborongan dan peruncitan ditubuhkan? Berapa banyak pula federasi berasaskan pertanian dan industri asas tani ini diwujudkan? Kerana Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua federasi ini penting untuk membantu ahli-ahli koperasi dan rakyat
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
keseluruhannya untuk mendapat barang keperluan, harga bahan asas makanan pada harga yang agak murah.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ucap tahniah juga kepada Institut Koperasi yang berjaya menempa sejarah penubuhan secara rasmi Universiti Koperasi dan Keusahawanan dan saya dapat maklum pengambilan pertama telah dibuat. Ini sejarah hebat koperasi di Malaysia yang telah berusia lebih 100 tahun. Berapa ramai pengambilan graduan pertama yang dibuat? Apa kursus yang ditawarkan? Apa unjuran dan matlamat masa depan Universiti Koperasi dan Keusahawanan ini dan adakah operasi universiti ini 100 peratus sebagai mana institusi swasta dan apa jaminan kepada graduan-graduan yang bakal keluar nanti?
Tuan Yang di-Pertua, era pandemik yang panjang banyak memberi kesan langsung kepada lebih sejuta usahawan informal dan lebih 900,000 usahawan mikro. Kita tahu berpuluh ribu pernah gulung tikar. Sewaktu kerajaan terdahulu, kita banyak bantu dan permudahkan pinjaman di TEKUN dan beberapa agensi lain di bawah KUSKOP.
Persoalannya sekarang, apakah masih dipermudahkan segala dokumentasi permohonan pinjaman? Kedua, apakah syarat pengecualian CTOS dan CCRIS masih digunapakai?
Ketiga, apakah masih ada pinjaman tanpa faedah disediakan?
Kita tahu Tuan Yang di-Pertua, usahawan semakin terhimpit dengan kenaikan harga barang yang keterlaluan yang menghantui usahawan informal seperti Mak Cik Kiah ini, berapa nak jual pada pelanggan. Dulu kuih empat biji RM2, empat ketul RM2.
Sekarang hendak jual tiga ketul RM2, terasa mahal. Tak jual macam tu, makan pokok.
Naikkan harga, orang tak nak beli. Itulah dilema usahawan-usahawan kita pada hari ini.
Maka sebab itu saya ingin bertanya kepada KUSKOP, apa perancangan jangka pendek, apa perancangan jangka panjang untuk membangunkan semula usahawan-usahawan seumpama ini?
Tuan Yang di-Pertua, saya daripada kawasan Jelapang Padi IADA Barat Laut Selangor, Kawasan Sungai Besar-Sekinchan. Alhamdulillah, kami menyambut baik kenaikan siling padi daripada RM1,200 kepada RM1,300 per tan sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Namun Tuan Yang di-Pertua, dengan kenaikan harga input pertanian, baja dan racun yang sangat tinggi, kenaikan harga makanan ruji beras juga meningkat mendadak.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Kenaikan sewa yang tinggi ditambah pula kesengsaraan kepada petani dengan kenaikan dua peratus cukai SST yang baru diumumkan. Benih padi pula ada kadang- kadang sukar diperolehi, harga benih padi sah meningkat pula RM50 di pasaran gelap, harga biasa di pintu kilang hanyalah RM35 tetapi sukar sangat diperolehi.
Maka sebab itu, pesawah berkata harga per tan itu dikira masih tidak mampu memberi pulangan yang setimpal kepada pesawah, apa lagi potongan pemutuan yang tidak selaras, terlalu banyak merugikan pesawah. Kami pesawah mohon kerajaan mempertimbangkan semula harga padi per tan sebagaimana yang dikatakan oleh Beluran semalam, bukan RM1,300 per tan tetapi kenaikan RM1,500 per tan dan pemutuan ataupun potongan padi ditetapkan selaras kepada 17 peratus. Ini tuntutan kami mewakili 200,000 pesawah seluruh negara.
Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, penanaman kontan. Selalu saya sebut berkaitan dengan penanam kontan yang menjadi penyumbang juga kepada pembangunan ekonomi dan peningkatan pendapatan rakyat. Mereka ini Tuan Yang di- Pertua kumpulan yang tekun, usaha sendiri, kuat semangat. Mereka tak minta bantuan baja dan racun tetapi kalau ada lepas ini insya-Allah, alhamdulillah. Dan saya kira mereka perlu dibantu daripada manipulasi orang tengah yang memerah kudrat dan tenaga mereka, ambil harga murah. Selalu saya sebut perkara ini kerana tanaman kontan banyak di tempat saya di Sungai Besar, kadang-kadang harga langsung tak munasabah.
Saya sebut FAMA, bantulah mereka, dengarlah keluhan mereka. Bantulah mereka perangi orang tengah. Ini tugas FAMA yang sebenarnya, membantu memasarkan
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
penanaman penanam-penanam kontan ini. FAMA janganlah edar beras pula. Ini bukan kerja FAMA.
Tuan Yang di-Pertua, saya nak ambil kesempatan sedikit dalam masa yang singkat ini berkaitan dengan keperluan di kawasan saya, Parlimen Sungai Besar. Tuan Yang di-Pertua, apabila jalan persekutuan telah dijadikan sebagai penyambungan lebuh raya maka kampung telah terbelah dua. Ada dua tuntutan daripada Sungai Besar iaitu pembinaan dua jejantas, ini kesan daripada naik taraf, jalan persekutuan menjadi penyambung Lebuh Raya WCE.
Jejantas yang saya maksudkan adalah di Sungai Leman dan Batu 23 Sungai Nibong sebagai perlindungan kepada pejalan kaki dan pengguna motosikal setempat, kesan daripada trafik yang meningkat dan kebetulan pula Tuan Yang di-Pertua, ada dua sekolah di situ iaitu SK Sungai Leman dan SK Sungai Nibong.
Ketiadaan jejantas ini menyebabkan ada kalangan penduduk menongkah arus menghantar anak ke sekolah atau sewaktu pulang dari kebun dan sawah bendang menyebabkan menimbulkan isu keselamatan dan ada yang terkorban. Saya juga mohon kepada JKR menaik taraf longkang atau sistem perparitan sepanjang jajaran jalan persekutuan kanan dan kiri jalan sepanjang Sungai Besar ke Sekinchan. Penyambungan WCE tersebut yang saya kira sangat daif, sering berlaku aliran air yang bermasalah dan akhirnya menyebabkan air naik, sering berlaku banjir di kebanyakan rumah-rumah penempatan dan yang ini saya mohon kepada pihak JKR untuk mengambil tindakan sesegera mungkin.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga nak memanjangkan hasrat penduduk Binjai Jaya, Tanjung Medan, Belia 1, Belia 2, berkaitan naik taraf Sekolah Komprehensif K9, Binjai Jaya di naik taraf menjadi Sekolah Komprehensif K11 di SK Binjai Jaya. Maksudnya, Darjah Satu sampai Tingkatan Lima di sekolah yang sama dan dalam masa yang sama, prasarana dan keperluan K9 diberi perhatian penuh supaya pengajaran-pembelajaran sempurna dilaksanakan.
Untuk K11 ini, saya berkeyakinan permohonan telah dibuat, persoalannya apa perkembangan K11 ini kerana jika tidak dilaksanakan sesegera mungkin masalah lama akan berulang, keciciran, ponteng berterusan, masalah pengangkutan menyebabkan lebih ramai lagi anak-anak Binjai tidak dapat meneruskan persekolahan di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Saya mohon Kementerian Pendidikan mengambil perhatian yang sangat serius tuntutan penduduk Binjai di kawasan Sungai Panjang, kawasan Parlimen Sungai Besar.
Tuan Yang di-Pertua, kawasan Sungai Besar adalah kawasan tumpuan pelancongan berteraskan agro pelancongan dan homestay di sawah bendang serta syurga makanan eksotik yang tiada saya kira di tempat lain. Nak makan belangkas Tuan Yang di-Pertua, datang Sungai Besar. Nak makan landak, rusa, mentarang, belut mai datang Sungai Besar. Tanya Ahli Parlimen Shah Alam hah, itu pun orang Sungai besar...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Saya setuju.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Terima kasih, terima kasih Shah Alam. Datanglah ke kawasan Sungai Besar. Nak tengok kapal terbang Boeing 737 pun ada di Sekinchan saudara Shah Alam, ada di Sekinchan, setuju?
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Setuju kali kedua.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Terima kasih Shah Alam.
Termasuk kita nak tengok kelip-kelip juga ada Sungai Besar.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, limpahannya pasti pembangunan ekonomi dan peningkatan pendapatan setempat. Jadi, saya mohon kepada kementerian pelancongan beri perhatian yang serius kepada pembangunan prasarana dan bantuan sokongan kepada pemilik-pemilik homestay untuk menarik lagi tarikan orang luar datang ke Sungai Besar.
Jadi Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Petang-petang bunyi lesung, Orang menembak di lapangan sasar; Jangan susah cari tempat melancong, mai datang ke Sungai besar.
Itu sahaja, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Walaikumsalam.
Dipersilakan- terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya telah meneliti Belanjawan 2024 ini, dan saya mendapati belanjawan ini telah disusun dengan baik. Dengan hal yang demikian, saya menyokong belanjawan ini.
Soalannya atas asas apa sokongan saya itu? Saya melihat langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan melalui belanjawan ini adalah satu usaha mengurus supaya negara kita Malaysia tidak menjadi sebuah negara yang gagal. Kita cuba mengelakkan menjadi seperti negara-negara Greece umpamanya di Eropah, Sri Lanka di Asia dan beberapa negara Afrika yang muflis tak dapat bayar hutang luar negara mereka.
Jadi, saya melihat daripada pembentangan belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan, ada dua perkara yang saya lihat sangat jelas iaitu soal penjimatan perbelanjaan yang telah dilakukan oleh kerajaan sekarang ini dalam masa tempoh hampir setahun ini dan juga penambahan hasil.
Faktanya ialah pada tahun 2023 ini, hasil negara telah bertambah menjadi RM303.2 bilion dan dijangka hasil ini akan bertambah pada tahun hadapan menjadi sebanyak RM307.6 bilion. Ini fakta yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan.
Yang kedua, perkara yang penting dalam belanjawan sesebuah negara berkenaan defisit fiskal. Defisit fiskal ini kalau wujud menunjukkan sesebuah kerajaan itu berbelanja lebih besar dari pendapatan. Makin tinggi peratusan defisit fiskal bermakna makin banyaklah negara itu belanja lebih besar dari pendapatan sebenarnya.
Misalnya, Belanjawan Tahun 2022 defisit fiskal Malaysia sebanyak 5.6 peratus.
Kemudian, apabila ada peralihan kerajaan pada tahun 2023, kerajaan yang ada sekarang ni telah menurunkan defisit fiskal itu kepada lima peratus sahaja dan dijangka dalam Belanjawan Tahun 2024, tahun depan akan menurun lagi kepada 4.3 peratus. Ini juga fakta yang dipertanggungjawabkan.
Dan satu lagi yang saya amat menarik melihat belanjawan ini iaitu bagaimana kerajaan yang ada sekarang ini telah dengan penuh tanggungjawab membentangkan di Dewan Rakyat yang mulia ini suatu rang undang-undang yang bernama Rang Undang- undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Fiscal Responsibility Act (FRA).
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Dan kita sama-sama telah meluluskan rang undang-undang untuk menjadi satu akta. Ini penting sebenarnya bagi sebuah negara. FRA ini atau undang-undang ini tak ada sebelum ini. Ini adalah komitmen kerajaan yang ada sekarang. Pertama, untuk memperkukuhkan komitmen kerajaan, memperteguhkan tata kelola, dan menjamin ketelusan dan pertanggungjawaban. Saya bukan saja-saja untuk memuji belanjawan ini.
Di Dewan ini, saya pernah menegur dan mengkritik beberapa perkara tindakan yang diambil oleh pucuk pimpinan dan juga kerajaan ini dalam perkara-perkara yang lain.
Saya tidak apologetic dalam perkara itu. Tiada U-turn. Itu pendirian saya. Itu adalah hal lain. Boleh bincang di platform yang lain tetapi berkenaan dengan belanjawan ini,
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
maknanya satu belanjawan yang sangat baik. Memang ada kekurangannya tapi saya nyatakan perkara-perkara yang positif, yang fakta, yang dapat dilihat.
Semua telah maklum bahawa Belanjawan tahun 2024 ini, jumlahnya besar.
Sebanyak RM393.8 bilion dan kita lihat memang ada cukai yang akan dinaikkan, subsidi bersasar yang akan dilaksanakan tetapi itu perlu. Negara kita sebenarnya dari segi ekonomi dan kewangan, sakit, Dato' Timbalan Yang di-Pertua. Sakit negara kita ini. Jadi kalau kita sakit, terpaksa makan ubat, dan biasanya ubat tak manis. Ubat itu pahit.
Fakta menunjukkan masalah kewangan negara kita ini real ialah hutang negara dan liabiliti sebanyak bukan bilion tetapi RM1.5 trilion. Jumlah yang besar iaitu kalau kita hitung dari segi kadar hutang kepada keluaran dalam negara kasar tahun sekarang 2023, sebanyak 63.5 peratus kadar hutang negara kita. Ini yang kita perlu jaga dan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kena urus perkara ini. Kalau tidak, kita akan jadi Greece atau Sri Lanka. Tak mampu bayar hutang luar negara kita dan kita akan jadi negara yang bankrap, failed state. Ini nak dielakkan.
Jadi, kalau itu kita lihat, setakat ini pada tahun 2023 ini nampak kutipan hasil sudah meningkat berbanding tahun sebelumnya RM291.5 bilion. Tahun ini, kerana penjimatan, sudah naik kepada RM303.2 bilion hasil. Ini perkara yang baik. Benda yang baik perlu dipuji dan diberi pengiktirafan.
Kemudian, kita lihat- saya dengar juga apa teguran-teguran daripada sahabat- sahabat daripada blok pembangkang, tapi kita lihat juga pertumbuhan KDNK negara kita ini iaitu kerajaan percaya pada tahun hadapan, keluaran dalam negara kasar akan kita capai, insya-Allah, antara empat hingga lima peratus. Kalau gagal, maknanya kita boleh tegur kerajaan, “Kenapa gagal?” Bank Dunia dan IMF menyasarkan KDNK Malaysia sekitar 4.3 peratus. Jadi, ini unjuran kerajaan dan kita akan semak nanti dalam perbahasan-perbahasan yang akan datang sama ada kerajaan berjaya atau tidak mencapai pertumbuhan KDNK ini.
Jadi, dalam soal pengurusan subsidi misalnya, ini satu tanggungjawab yang berat.
Belanjawan 2023 pada asalnya subsidi ini berjumlah RM64 bilion tetapi telah naik menjadi RM81 bilion. Jadi, inilah kerajaan terpaksa urus perkara subsidi yang besar ini, RM81 bilion. Jadi, ini tanggungjawab kerajaan. Maknanya tak boleh nak elak, tak boleh nak salahkan kerajaan yang lalu. Siapa suruh jadi kerajaan? Bila dah jadi kerajaan, kena pikul tanggungjawab ini, amanah. Dan ini kesanggupan yang sedang dipikul oleh kerajaan sekarang, oleh Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Tambun. Okey.
Secara yang lebih turun ke bawah, saya melihat ada beberapa perkara yang baik yang terdapat dalam ucapan Menteri Kewangan yang menjadi satu aspek dari segi belanjawan ini berkenaan keterjaminan makanan iaitu beras dan padi. Saya bercakap bagi pihak- bukan bagi pihak. Sebagai anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkenaan kos sara hidup, perdagangan dalam negeri dan juga pertanian serta keusahawanan.
Saya lihat terdapat perkara disebut harga lantai padi. Harga lantai padi naik oleh belanjawan ini buat kali pertama sejak tahun 2014. Ertinya, 2014 harga padi sama sahaja, RM1,200 setan, tapi mulai belanjawan ini akan naik kepada RM1,300 setiap tan. Naik RM100. Dan saya mengharapkan kalau kita nak perkasakan, majukan industri penanaman padi, menolong pesawah-pesawah ini, tidak apalah, beransur-ansur tahun ini naik RM100 menjadi RM1,300, belanjawan tahun depan naik RM100 lagi sampailah kalau boleh sehingga satu tan sebanyak RM1,500 yang dituntut oleh pesawah-pesawah padi kita.
Saya bersetuju dengan ucapan perbahasan Yang Berhormat dari Sungai Besar tadi berkenaan dengan pesawah padi ini. Harga baja naik, racun rumpai pun dah tinggi, sewa mesin dan jentera juga mahal, begitu juga soal benih padi. Semuanya dah meningkat naik. Jadi, langkah kerajaan menaikkan beransur-ansur itu, saya rasa sangat bagus tetapi janganlah berhenti setakat RM1,300. Naikkanlah lagi.
Yang kedua, berkenaan monopoli beras import ini. Dalam Dewan ini, saya rasa sudah sampai masanya iaitu monopoli import beras ini tidak sustainable, tidak mampan untuk diteruskan. Eloklah kerajaan, Kementerian Pertanian tambahlah pemegang-
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
pemegang lesen untuk import beras ini supaya soal makanan ini terutama beras import ini tidak dimonopoli oleh satu-satu institusi, misalnya Syarikat Padiberas Nasional iaitu BERNAS. Ini swasta.
Jadi, biarlah rakyat mendapat faedah daripada persaingan seperti kalau kita lihat telco iaitu perkhidmatan telefon. Kita ada Telekom Malaysia, ada Celcom, ada Maxis, ada DiGi. Yang dapat faedahnya ialah para pengguna rakyat. Begitu jugalah dengan soal beras. Kita- Saya melihat bahawa patut dipuji juga, makna BERNAS ini, Padiberas Nasional ini. Dia melakukan perkara-perkara yang baik dalam perjanjian iaitu social obligation iaitu tanggungjawab masyarakat tetapi bolehlah dibuka monopoli ini kepada syarikat-syarikat yang lain juga yang kita kenakan syarat iaitu mesti patuh kepada social obligation dalam perjanjian itu untuk memelihara nasib petani-petani dan pesawah.
Satu lagi yang saya lihat baik dalam ucapan ini iaitu saya lihat ada sikap tanggungjawab Kerajaan Persekutuan iaitu kerajaan nak bagi RM3 bilion untuk pengairan Muda dalam projek pengairan sawah padi MADA di Kedah RM3 bilion.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Jadi soalnya sudah lama pengairan MADA ini sejak tahun, lebih 50 tahun yang lalu tidak dinaik taraf infrastrukturnya, jadi kerajaan pusat memberikan peruntukan yang banyak itu untuk membaiki keadaan jelapang padi di Kedah. Dan satu lagi yang saya ingin sebut dalam soal yang ada kaitan dengan select committee yang saya wakili ini iaitu berkenaan kos sara hidup ini, saya minta kepada Menteri Keusahawanan dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri supaya tingkatkan, perkasakan peranan koperasi di seluruh negara untuk sama-sama menangani isu kos sara hidup yang tinggi ini.
Jadi, pada akhirnya Dato’ Timbalan Pengerusi, Timbalan Yang di-Pertua izinkan saya, jarang saya berpantun, tapi kali ini saya tutup ucapan saya ini dengan sebuah pantun berbunyi begini.
Dari Pasir Gudang ke Pasir Mas, singgah di Rompin, singgah di Kemaman; Belanjawan 2024 disusun kemas, mohon semua Ahli Parlimen berikanlah sokongan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera. Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya bagi membahaskan Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada hari Jumaat yang lalu.
Saya ingin mengambil kesempatan pada perbahasan hari ini untuk mewakili seluruh penduduk Padang Terap khususnya menzahirkan solidariti kepada pejuang Hamas di Palestin yang telah memberikan tamparan hebat kepada rejim Zionis Israel dalam siri perjuangan membebaskan Palestin daripada penjajahan rejim Zionis Israel.
Hari ini berita yang amat menggemparkan kita apabila rejim Zionis Israel telah mengebom sebuah hospital yang dinamakan Hospital Al-Ahli Al-Arab atau Hospital Maemadani yang telah membunuh lebih 500 nyawa. Dan tadi saya ada menyaksikan satu video Tuan Yang di-Pertua, bagaimana Kementerian Kesihatan telah membuat sidang akhbar di hadapan jenazah para syuhada. Satu sejarah dalam peradaban manusia apabila rejim Zionis Israel ini telah mengebom sebuah hospital sehingga menyebabkan kematian. Ada di antara jururawat, doktor, petugas kesihatan dan sebagainya.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Hari ini Perikatan Nasional telah menggesa Kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya Persidangan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) bagi mendesak PBB menghantar segera pasukan pengaman bagi menghentikan kekejaman yang dahsyat ini.
Sebagai umat Islam, solidariti ini adalah solidariti yang berbentuk akidah kerana firman Allah SWT dalam Surah Al-Hajj ayat 32...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Demikianlah perintah Allah, dan barang siapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka sesungguhnya hal itu timbul daripada ketakwaan hati.” Semoga Allah memberikan kemenangan kepada perjuangan Hamas, dalam membebaskan Palestin.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Tambun telah mengumumkan bantuan RM100 juta kepada Palestin. Namun sebagai solidariti, tanda solidariti pemimpin utama Kerajaan Malaysia, saya ingin mencadangkan supaya gaji Menteri-menteri dan Timbalan Menteri dipotong sebanyak 10 peratus untuk disalurkan kepada rakyat Palestin di Gaza.
Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah- contoh yang dibuat oleh beberapa influencer di Malaysia. Antaranya saudara Khairul Aming, seorang influencer yang juga usahawan Sambal Nyet yang telah menyumbang untuk rakyat Palestin sebanyak RM100,000 melalui Tabung Cinta Gaza. Begitu juga saudara Hafiz Mahamad dari Ainaa Beauty, Ainaa Clinic yang juga telah menyumbang RM100,000 kepada Tabung Cinta Gaza. Semoga lebih ramai lagi influencer, orang kaya usahawan yang berkemampuan untuk menghulurkan jumlah sumbangan yang banyak untuk membantu perjuangan rakyat di Palestin.
Saya juga berharap supaya Malaysia terus mendesak pihak antarabangsa memberikan tekanan agar pintu sempadan Rafah di Selatan Gaza-Mesir dibuka bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan daripada negara luar Palestin.
Tuan Yang di-Pertua, perbahasan saya yang pertama yang saya ingin sentuh ialah tentang paras harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) daripada RM2.70 sekilogram kepada RM3 sekilogram seperti mana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri.
Saya ingin memetik laporan Utusan Malaysia bertarikh 16 Oktober 2023 yang bertajuk, ‘Kenaikan Harga Getah Tidak Menggembirakan’. Dalam laporan ini seorang penoreh daripada Baling mengatakan bahawa kenaikan harga getah kepada RM3 sekilogram yang diumumkan baru-baru ini tidak menggembirakan penoreh kerana tidak seimbang dengan kenaikan harga barangan keperluan pada ketika ini.
Inilah realiti para penoreh getah yang kebanyakan mereka terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi. Saya masih belum dapat membayangkan apa yang mereka akan alami dengan pengumuman kerajaan untuk mengapungkan harga ayam dan telur kerana masih sama mekanisme yang akan dipakai oleh kerajaan untuk menghapuskan subsidi dan mengapungkan harga kepada pasaran untuk dua makanan ruji.
Tuan Yang di-Pertua, tahun 2014 yang lalu Yang Berhormat yang hari ini sudah menjadi kerajaan telah menulis tindakan hapus subsidi petrol dan diesel adalah perbuatan terkutuk, tidak bertanggungjawab dan memangsakan rakyat. Tak pasti pula adakah dia masih ingat di mana dia menulis perkara ini. Tak sangka pula perbuatan terkutuk menurut beliau ini diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hari ini di mana beliau adalah anggota kerajaan.
Berbalik kepada IPG, insentif ini mula dilaksanakan sejak tahun 2015 sebagai satu bentuk bayaran insentif kepada pekebun kecil yang memiliki Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) yang dikeluarkan oleh LGM. Bayaran insentif ini ada syarat yang perlu dipatuhi, proses yang perlu diikuti oleh pekebun kecil jika mereka mahukan bayaran tersebut, tetapi bukan semua penoreh getah memperolehi manfaat IPG ini kerana hanya mereka yang memiliki kebun di bawah 100 ekar dan mendaftar dengan LGM sahaja yang layak menerima insentif ini. Dan permit PAT-G ini perlu diperbaharui selepas tiga tahun.
Untuk makluman Dewan ini, sehingga 31 Disember 2022, daripada 311,431 orang yang memegang permit PAT-G terdapat 51,263 orang ataupun 16 peratus yang telah tamat tempoh sah dan tidak aktif dalam urus niaga getah dan tidak boleh menuntut
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
bayaran insentif IPG. Itu baru angka pekebun kecil yang mendaftar dan ada permit PAT- G untuk mereka menuntut bayaran insentif IPG. Bagaimana pula dengan 63,345 pengusaha ataupun penoreh getah yang tidak memiliki kebun. Ini adalah data sehingga 31 Januari 2023 yang mana mereka perlu menandatangani surat perjanjian pembahagian tuntutan IPG dengan pemilik kebun untuk mereka turut sama menikmati faedah IPG.
Itu pun ada peratusan pembahagian yang perlu dipersetujui dengan pemilik kebun. Orang Kedah kata, “pawah”. Maksudnya boleh jadi pekebun kecil tidak membenarkan menerima manfaat IPG ini mengikut persetujuan yang ditandatangani.
Maksudnya sini Tuan Yang di-Pertua, manfaat IPG yang diumumkan oleh Perdana Menteri ini tidak menyeluruh dan tiada jaminan semua penoreh getah layak dan dapat manfaat IPG ini.
Oleh itu saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah langkah untuk memastikan semua penoreh ataupun pengusaha dapat manfaat IPG ini sama seperti kelayakan yang ada kepada pekebun kecil yang memiliki kad PAT-G? Namun begitu saya menyokong usaha kerajaan menaikkan paras pengaktifan harga IPG ini.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Namun, ada cadangan daripada saya tentang mekanisme pembayaran IPG ini di mana ketika ini pekebun kecil wajib menggunakan aplikasi RRIMniaga untuk memastikan bayaran IPG masuk ke dalam akaun mereka. Bayaran ini bukan masuk segera tetapi mengambil beberapa tempoh masa sekitar tujuh hingga 14 hari bekerja sedangkan mereka memerlukan wang segera. Oleh itu, saya mencadangkan supaya kaedah IPG ini diperolehi secara terus oleh penjual getah semasa proses jual beli dilaksanakan dan pihak pembeli menuntut bayaran IPG ini kepada LGN seperti mana kaedah yang dilakukan oleh kerajaan kepada pengilang beras yang diberikan subsidi, kilang yang menuntut bayaran kepada kerajaan.
Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang isu cukai ses getah. Ses adalah tabungan yang dipungut daripada pekebun kecil bagi tujuan tanaman semula serta kegunaan aktiviti penyelidikan dan pembangunan sektor getah negara. Setiap bulan dianggarkan RM80 juta dikutip menerusi cukai ses getah yang dikenakan oleh kerajaan terhadap pekebun kecil. Sejak tahun 1992, bagi membiayai dan melaksanakan rancangan tanaman semula getah, pekebun kecil kerajaan telah meluluskan Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah Penanaman Semula 1952 yang memperuntukkan kutipan cukai ses sebanyak 14 sen sekilogram getah.
Daripada kutipan ses ini, 10 sen dikumpulkan untuk dipulangkan sebagai bantuan tanaman semula getah manakala 4 sen lagi diperuntukkan untuk tujuan penyelidikan. Justeru, saya menyeru agar pihak kerajaan mengkaji semula pelaksanaan pemotongan cukai ses yang mengakibatkan pekebun hilang sebahagian daripada pendapatan mereka. Kos penyelidikan dan tanam semula getah ini tidak wajar dibebankan kepada pekebun kecil melalui cukai ses sebaliknya dana untuk tujuan ini diperuntukkan daripada sumber yang lain. Lima minit lagi.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang projek berimpak tinggi di Kedah iaitu Kedah Rubber City ataupun Bandaraya Getah di Padang Terap di tempat saya. Projek Bandaraya Getah ataupun Kedah Rubber City di Padang Terap tidak disebut di dalam belanjawan ini tetapi Pulau Pinang telah mendapat RM10 bilion untuk pembangunan LRT. Apakah pertimbangan yang diambil oleh kerajaan untuk menyeimbang pembangunan antara negeri maju dan negeri miskin? Bukankah sepatutnya Kedah Rubber City di Padang Terap diberikan perhatian kerana ini adalah projek nasional yang telah diluluskan oleh kementerian dan diberikan kepada NCIA Pihak Berkuasa Koridor Utara sebagai agensi pelaksana di bawah Kementerian Ekonomi.
Impak projek KRC ini adalah besar untuk industri komoditi getah negara. Selain dapat memberikan limpahan manfaat kepada masyarakat setempat khususnya pekebun kecil dan penoreh getah setempat yang mampu menyediakan peluang pekerjaan sebanyak 14,500 peluang pekerjaan. Kedah Rubber City di Padang Terap berada di landasan yang tepat. Hong Seng Industry Sdn. Bhd. sebagai pelabur utama KRC telah
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
menzahirkan komitmen besar pelaburan dengan membeli tanah seluas 102 ekar di KRC pada tahun 2020.
Pembelian tanah itu bertujuan untuk membina kilang, pembuatan nitrile butadiene latex (NBL) dengan izin, bernilai RM3 bilion sebagai bahan mentah untuk menghasilkan sarung tangan nitrile. Keputusan Hong Seng Industry Sdn. Bhd. baru-baru ini untuk membatalkan pembinaan kilang NBL di KRC adalah merupakan keputusan strategik perniagaan bagi menstrukturkan semula strategi dan pelan perniagaan syarikat berkenaan berikutan dengan pengucupan sektor produk getah dunia.
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) telah mengadakan perbincangan dengan Hong Seng Industry Sdn. Bhd. bagi menilai semula perancangan pelaburan untuk disesuaikan dengan persekitaran perniagaan semasa. Sehubungan dengan itu, komitmen Hong Seng Industry Sdn. Bhd. untuk merealisasikan pelaburan di KRC ini masih kekal sehingga hari ini.
Saya dimaklumkan bahawa ketika ini syarikat berkenaan sedang berunding dengan NCIA bagi merangka perancangan alternatif dalam penggunaan tanah di KRC.
Sehubungan dengan itu, sekali lagi saya ingin mengulangi supaya pihak kerajaan memberikan sentuhan khusus dan tumpuan besar kepada projek Kedah Rubber City ini untuk melonjakkan industri getah negara. Yang paling penting, saya harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengadakan segera mesyuarat NCIA kali yang ke-30 kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merupakan Pengerusi NCIA.
Seterusnya Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit tentang isu lambakan warga asing. Saya memetik laporan akhbar bertarikh 18 Oktober bertajuk, “Dah macam kampung warga asing.” Tajuk ini merujuk kepada luahan dan masalah penduduk tempatan mengenai isu lambakan dan monopoli perniagaan warga asing di Lembah Kelang terutamanya di Klang, Puchong, Petaling Jaya dan Selayang.
Rumah kedai dimonopoli oleh warga asing. Warga tempatan merasakan seolah- olah mereka berada di negara asing kerana jumlah mereka sangat banyak. Penduduk wanita tempatan pula rasa ketakutan kerana mereka merasakan sering diperhatikan oleh warga asing. Mereka menguasai kedai runcit, pasar malam. Begitu juga di tempat luar bandar seperti di tempat saya, ada di kalangan orang asing menguasai beberapa jenis perniagaan termasuklah dalam bidang pertanian. Apa yang saya nak bangkitkan ialah pihak berkuasa tempatan perlu lebih tegas dalam pemberian lesen perniagaan dalam memastikan agar lesen yang diberikan tidak dijual kepada pihak kedua terutamanya kepada warga asing dan lebihkan aktiviti penguatkuasaan terhadap pematuhan syarat perlesenan.
Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, ialah saya ingin menyentuh tentang pembangunan bandar pintu masuk sempadan negara Malaysia-Thailand iaitu Bandar Durian Burung di Padang Terap. Apakah langkah dan usaha pihak kerajaan untuk menjadikan Durian Burung sebagai bandar sempadan utama negara yang mampu melonjakkan nilai dagangan antara Malaysia dan Thailand. Juga saya ingin bertanya pihak kerajaan apakah status terkini proses naik taraf kemudahan Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin (CIQ) di Durian Burung.
Saya ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan membangunkan pusat pendidikan ataupun universiti ataupun kolej baharu di Durian Burung bagi melonjakkan aktiviti ekonomi di situ setanding dengan bandar-bandar sempadan utama di dalam negara kita. Sekadar itulah ucapan saya pada hari ini. Sekian, terima kasih. Saya memohon mencadang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Pembahas yang terakhir Yang Berhormat Parit Sulong.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kerana memberi saya ruang dan peluang untuk membahaskan perbahasan
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Belanjawan 2024 ini. Sebenarnya saya menyambut baik tumpuan kerajaan untuk terutama perkara pertama saya hendak perkatakan adalah mengenai PMKS.
Jadinya, saya menyambut baik tumpuan kerajaan untuk memperkasakan PMKS ini dengan nilai keseluruhan pinjaman dan jaminan pembiayaan yang tersedia untuk usahawan PMKS ini mencecah sehingga RM44 bilion bagi tahun hadapan dan pertumbuhan PMKS adalah aset yang paling penting dalam pembangunan ekonomi Malaysia.
Ada satu data yang dikeluarkan oleh DOSM pada tahun 2022 menunjukkan bahawa pertumbuhan PMKS telah mengatasi pertumbuhan KDNK keseluruhan negara dengan kadar pertumbuhan sebanyak 8.7 peratus pada tahun 2022 berbanding 3.3 peratus pada tahun 2021.
Sumbangan PMKS kepada ekonomi negara meningkat secara signifikan daripada RM520 bilion pada tahun 2021 kepada RM580.4 bilion pada tahun 2022.
Kerajaan, apa yang saya nak cadangkan adalah kerajaan perlu memaksimumkan potensi pertumbuhan ini dan memberikan sokongan yang sewajarnya kepada PMKS ini. Dan ada beberapa cadangan yang saya nak sebutkan.
Yang pertamanya adalah fokuskan usaha kepada industri yang kita dah menjadi pakar ataupun kita memang kekuatan kita di Malaysia ini sebagai contohnya industri halal.
Malaysia mempunyai reputasi sebagai pemain utama dalam industri makanan dan minuman halal. Jadi soalannya, apakah usaha yang telah dibuat oleh kementerian dalam memberikan peluang yang lebih besar kepada pemain industri untuk meluaskan lagi perniagaan mereka di luar negara? Dengan fokus yang lebih mendalam kepada industri halal ini, kita boleh terus memperkukuhkan kedudukan produk halal kita di peringkat global. Ini tidak hanya akan memberikan dorongan kepada ekonomi negara tetapi juga akan mencipta peluang pemasaran baharu, pekerjaan baharu serta pembiayaan untuk industri PMKS yang berkaitan.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Yang keduanya pula, saya ingin cadangkan pada pihak kerajaan supaya dibuat satu kajian menyeluruh ke atas industri negara secara keseluruhan dan mengutamakan bidang-bidang yang sangat tinggi permintaan ataupun high demand industry.
Dengan mengenal pasti industri yang berkembang pesat dan mempunyai potensi untuk memberikan pertumbuhan ekonomi yang baik, kita dapat mengalihkan pelan PMKS ke arah memastikan Malaysia mempunyai kompetensi yang diperlukan dalam industri supaya semakin mendapat permintaan di peringkat global dan saya rasakan bahawa cadangan ini mempunyai potensi yang boleh dikembangkan oleh pihak kementerian kepada PMKS. Sebab yang penting, adalah strategi itu perlu jelas dan berkesan untuk melaksanakan apa juga pelan PMKS.
Yang keduanya pula, saya rasa ramai usahawan yang berpotensi dan berhasrat untuk mengeksport barangan mereka ke luar negara. Mereka ini sangat mengharapkan bantuan dan bimbingan terutamanya daripada SME Corp untuk mengembangkan perniagaan mereka ke luar negara tetapi agak kecewa apabila kita mendengar bahawa peruntukan yang boleh membantu para usahawan itu tidak digunakan ke arah itu. Saya nak merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara mendapati bahawa SME Corp tidak membelanjakan baki geran yang diperuntukkan untuk Program GoEx berjumlah RM14.88 juta.
Untuk makluman semua juga, tujuan asal program ini adalah untuk memberikan akses kepada syarikat-syarikat tempatan menyediakan produk-produk mereka untuk dieksport ke luar negara. Saya percaya ramai usahawan di luar sana amat memerlukan bantuan berkenaan dan usahawan-usahawan memang mengeluh, kecewa apabila SME Corp pernah mengeluarkan satu infografik pengumuman bahawa mereka tidak akan lagi menerima sebarang permohonan berkuat kuasa serta-merta.
Namun akhirnya, kita tahu daripada laporan LKAN, terdapat pula baki geran yang disediakan untuk membantu usahawan ini yang tidak digunakan. Jadinya, saya ingin
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
meminta penjelasan kenapa peruntukan ini tidak digunakan sedangkan ramai usahawan di luar sana sangat memerlukan bantuan ini.
Saya ingin juga mencadangkan supaya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan perlulah sentiasa memantau prestasi perbelanjaan program yang telah diperuntukkan terutamanya geran bagi memastikan geran yang diberikan kepada agensi dibelanjakan sebaiknya supaya matlamat tujuan asal pemberian geran itu dapat dicapai. Kalau sekiranya tidak dapat dibelanjakan, pulangkan balik kepada Kementerian Kewangan bagi boleh digunakan untuk perkara-perkara lain yang lebih mendesak.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan satu data yang diterbitkan oleh DOSM juga, jumlah terkini PMKS yang berdaftar di Malaysia ini bagi tahun 2022 adalah seramai 1.1 juta orang. Ini anggaran. Sebenarnya, 1.173601 dan jumlah tersebut adalah lebih rendah kalau kita bandingkan dengan jumlah yang sebelum ini, tahun 2021. Terdapat penurunan sebanyak 52,893. Jadinya, saya nak memohon kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menyatakan apakah punca penurunan jumlah PMKS ini?
Dan daripada jumlah tersebut, berapakah milikan wanita? Dan peranan wanita di dalam PMKS ini memang sangat penting Pada 2018, Bank Negara ada membuat satu Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2018, membuat satu kaji selidik pembiayaan PMKS. Dan melalui kajian tersebut, Bank Negara dapati bahawa firma PMKS milik wanita melaporkan permintaan terhadap pembiayaan yang lebih tinggi tetapi mengalami kadar kelulusan yang lebih rendah. Jadi persoalannya, apakah langkah kementerian bagi membantu untuk memudah cara firma PKS wanita bagi mendapatkan pembiayaan? Dan apakah peranan kementerian dalam memperbanyakkan lagi penyertaan PMKS lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar terutamanya dalam sektor pertanian, pembinaan dan pembuatan?
Ini kerana, bila kita lihat sumbangan PMKS dalam sektor pembuatan, pembinaan, pertanian jauh lebih rendah kalau kita bandingkan dengan sumbangan PMKS dalam sektor perkhidmatan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas peruntukan sejumlah RM100 juta geran digital sehingga RM5,000 kepada lebih daripada 20,000 usahawan mikro, kecil dan sederhana.
Cuma saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah kriteria yang digunakan untuk menentukan usahawan yang betul-betul layak untuk menerima bantuan ini secara khusus. Adakah terdapat syarat-syarat tertentu seperti saiz perniagaan, sektor perniagaan ataupun pendapatan tahunan minimum yang perlu dipenuhi? Ini kerana saya ingin mencadangkan supaya keterangan lebih jelas mengenai semua kriteria ini dapat diberikan bagi memastikan bantuan betul-betul sampai ke sasaran.
Persoalan seterusnya adalah adakah pendaftaran SSM diperlukan untuk memohon bantuan ini? Sekiranya ya, adakah SSM akan memainkan peranan aktif untuk meningkatkan kesedaran usahawan terutamanya usahawan mikro tentang kepentingan pendaftaran perniagaan dan penggunaan teknologi digital? Apakah mekanisme pemantauan yang lebih menyeluruh untuk memastikan dana ini digunakan dengan berkesan bagi mengalih perniagaan penerima daripada tradisional ke digital? Sebab saya tak mahu dana ini nanti disalahgunakan.
Saya memang sambut baik Program Shop Malaysia Online tetapi kita perlu diberi pendedahan apa sebenarnya program ini. Sebab dahulu, untuk makluman Dewan juga, kita ada satu Program Get Malaysia Business Online, 1Wanita Online, MyIdeas@Women.
Setelah beberapa tahun pelaksanaan, program-program yang baik ini hilang sahaja macam itu. Jadinya, saya hendak pastikan bahawa kesinambungan setiap program itu ada sebab kesinambungan itu sangat penting supaya matlamat akhir untuk menggalakkan perkembangan usahawan di dalam talian ini dapat dicapai. Dan seterusnya soalan yang saya ingin tanya kepada kementerian adalah adakah kementerian akan menubuhkan laman web baharu khusus untuk program ini atau menggunakan platform yang sedia ada.
Kalau kita bercakap mengenai perniagaan dalam talian, ia memerlukan liputan internet dan kita akui, walaupun ada kemajuan dalam liputan internet, masih terdapat aduan capaian. Ada beberapa tempat, capaian internet yang tidak memuaskan
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
terutamanya di kawasan luar bandar. Oleh itu, perlu ada satu pelan yang jelas untuk meningkatkan infrastruktur capaian internet di kawasan luar bandar. Ini penting dalam memajukan ekonomi negara bagi memastikan kejayaan inisiatif. Apa juga inisiatif yang berkaitan dengan perniagaan terutamanya perniagaan dalam talian.
Mengenai pemerkasaan pendidikan pula. Saya ingin bercakap mengenai satu program yang di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu Program Pembangunan Siswa ataupun SULUNG. Pelaksanaan program ini diambil daripada kejayaan beberapa program yang hampir serupa di beberapa buah negara seperti Program First in Family di UK dan Australia, First-Generation College Student di US dan Program Support The Next Generation of Leaders di bawah Posse Foundation, USA.
Dekat Malaysia, Program SULUNG 1.0 ini diwujudkan bertujuan untuk memberi peluang kepada generasi pertama dalam kalangan keluarga B40 yang belum ada lagi ahli keluarga melanjutkan pengajian mereka ke peringkat ijazah dan yang lebih tinggi daripada itu. Apabila siswa itu dipilih, dia bukan hanya diberikan satu laluan khas kemasukan ke universiti awam tetapi turut diberi bantuan kewangan, yuran dan semuanya. Yang penting, pelajar itu tinggal belajar sahaja. Ini saya kira merupakan satu pelaburan jangka masa panjang kerajaan dalam melahirkan bukan sahaja tenaga kerja mahir tetapi juga meningkatkan ekonomi setempat dengan membawa keluarga mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.
Jadinya saya ingin bertanya kepada Kementerian Pendidikan Tinggi, apa perbezaan SULUNG 1.0 dengan Program SULUNG 2.0. Dan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak kementerian dalam mendapatkan sumbangan dan kerjasama daripada yang lain untuk pendanaan program supaya lebih ramai lagi anak-anak pelajar pintar tetapi tidak berkemampuan untuk menyertai program ini?
Dalam usaha kerajaan juga untuk menggalakkan pembangunan negara merangkumi pelbagai bidang berkaitan termasuk AI, data raya dan big data dan sebagainya, sudah semestinya negara memerlukan kepakaran daripada pelbagai bidang yang kita perlukan selari dengan zaman ini.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Saya pada Mac lalu, KPT memaklumkan akan mengemukakan permohonan bagi meneruskan semula Program MyBrain15 untuk membiayai pengajian para graduan yang layak untuk menyambung pengajian pada peringkat sarjana dan PhD. Saya hendak tanya status dia sama ada dapat kelulusan ataupun tidak? Dan agenda TVET ini memang sangat ditekankan oleh kerajaan dan langkah kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM6.8 bilion untuk memperkasakan TVET ini adalah suatu langkah yang positif.
Dan satu pendekatan yang penting adalah melalui penubuhan institusi khas yang telah dibuat pada Februari 2022 yang berperanan secara agresif untuk menyelaraskan program pendidikan, termasuk TVET ini. Badan itu dinamakan GITC ataupun Badan Koordinasi Teknikal Kerajaan-Industri. Ditubuhkan seperti saya sebut tadi, Februari 2022 dan diterajui oleh industri dan swasta. Dia diharapkan dapat membantu pembangunan modal insan, termasuk di dalam bidang TVET.
Jadinya, saya hendak bertanya kepada pihak KPT, apakah status GITC ini?
Adakah GITC masih memainkan peranan yang penting dalam menyelaraskan pendidikan dengan keperluan industri? Selain itu, adakah akan ada kerjasama dengan pihak industri yang telah dan akan dilakukan oleh pihak kementerian? Dan setakat ini, saya mohon supaya KPT menyatakan berapakah jumlah penglibatan daripada sektor swasta yang telah bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak kementerian? Bagaimanakah kementerian akan memastikan program pembelajaran di IPT ini selari dengan kehendak sebenar pasaran buruh?
Kita tahu Malaysia akan menjadi negara tua menjelang tahun 2030. Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah memperuntukkan satu million untuk PAWE. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah persiapan yang kementerian buat sebagai persiapan Malaysia menjadi negara tua? Apakah tumpuan dari segi sokongan ekonomi kepada warga ini yang masih lagi aktif dan mampu menyumbang kepada negara?
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Saya ingin memuji langkah yang dibuat oleh kerajaan dalam mewujudkan PAWE.
Paling tidak, PAWE ini boleh kita jadikan tempat di mana warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti dan sebagainya. Jadi, saya ingin cadangkan agar bantuan kewangan tahunan untuk mengendalikan PAWE ini dinaikkan selari dengan keaktifan aktiviti di PAWE dengan warga emas yang semakin produktif dan juga aktif. Terima kasih banyak, Datuk Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 19 Oktober 2023.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.13 malam]