Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebelum kita mulakan Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri, ada dua perkara yang saya hendak sebut hari ini.
Yang pertama, pelaksanaan pemeriksaan kesihatan. Setakat ini cuma 101 Ahli Dewan Rakyat dan tiga Senator bertaraf anggota pentadbiran telah menjalani pemeriksaan kesihatan. Untuk makluman, tarikh akhir untuk pemeriksaan kesihatan ialah 31 Oktober 2023. Yang Berhormat boleh menghubungi doktor di klinik Parlimen Malaysia berkenaan maklumat terperinci mengenai pemeriksaan kesihatan ini. Jadi, saya minta sangat-sangatlah ya, supaya melaksanakan tanggungjawab ini secepat mungkin, sebelum 31 Oktober.
Yang kedua, format kita hari ini kita gunakan format baru iaitu Perdana Menteri akan menjawab dua soalan sahaja. Namun pun begitu, dalam dua soalan ini masih lagi dalam ruang lingkup 30 minit. Jadi, setiap soalan saya akan memberikan tiga soalan tambahan ya–Sorry, dua soalan tambahan dan satu soalan asal. Silakan Setiausaha.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Parit Sulong.
1. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad [Parit Sulong] minta Perdana Menteri menyatakan rancangan terkini berkenaan pendekatan de-dolarisasi (de-dollarisation) bagi menggalakkan perdagangan antara negara lain menggunakan mata wang Ringgit Malaysia dan sejauh manakah inisiatif ini disambut oleh negara-negara serantau.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih kasih Parit Sulong. Malaysia sekarang di antara negara ASEAN yang paling agresif dalam menekankan keperluan, mengurangkan kebergantungan kepada dolar. Dan setakat ini, kita dapat sambutan tetapi puncanya kerana kalau kita lihat sejak awal 2022, rizab persekutuan Amerika Syarikat punya rizab telah meningkatkan kadar faedah sebanyak 525 mata asas kepada julat 5.25 peratus hingga 5.50 peratus.
Maknanya lima kali sejak Disember 2022. Padahal Malaysia hanya meningkat sebanyak 125 mata asas bagi tempoh yang sama. Dengan ini menyebabkan kesan dan tekanan kepada hampir semua mata wang di rantau dan sepertimana yang telah saya sebut di Dewan ini, paling parah ialah Jepun dan Malaysia juga terkesan.
Kaedah penyelesaiannya selain daripada memperkukuhkan economic fundamentals dari sudut pertumbuhan, pelaburan dan defisit ialah soal mengalih daripada
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
kebergantungan kepada dolar. Kejayaan kita hanya kepada beberapa negara setakat ini, yang besar ini. Umpamanya paling berhasil dengan negara China. Melalui apa yang disebut, dua. Satu, High Level Principles Local Currency Transactions ASEAN dan prinsip yang sama lebih kurang dengan negara China.
Jadi, kalau hendak jelaskan umpamanya dengan negara China ini dari segi Malaysia, jumlahnya agak tinggi. Jadi kalau— walaupun ia sekitar sekarang ini meningkat kepada 19.2 peratus daripada jumlah perdagangan keseluruhannya, secara penyelesaian dengan negara China, ini Thailand. Negara China ya. Penyelesaian sekarang ini daripada jumlah perdagangan ialah 25 peratus. Maknanya RM39.2 bilion itu dalam mata wang ringgit dan renminbi, daripada jumlah 157 bilion. Maknanya dengan negara China paling berjaya kerana peningkatan yang agak tinggi.
Dengan Indonesia, sekarang ini 16.7 peratus hingga Ogos 2023 iaitu RM10.7 bilion dari rupiah dan ringgit. Dengan Thailand, 19.6 peratus RM8.2 bilion. Ini kalau kita lihat ini, ada perkembangan yang menggalakkan walaupun masih jauh kerana belum ada tindakan dari negara-negara lain walaupun Vietnam, Cambodia telah memberi perakuan melalui Local Currency Settlement Framework yang dimeterai dalam Perjanjian Mesyuarat ASEAN di Jakarta baru-baru ini.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Parit Sulong.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong
Terima kasih di atas jawapan dan penerangan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi. Cuma saya hendak ada bertanya mengenai beberapa perkara tambahan. Selain daripada Thailand, China dan Indonesia, adakah kerajaan ada cadangan untuk memperluaskan penggunaan mata wang tempatan dengan negara-negara yang mempunyai nilai dagangan yang tinggi dengan Malaysia, khususnya di peringkat ASEAN, peringkat negara-negara BRICS- Brazil, Rusia, China, Afrika Selatan?
Dan bagaimanakah kerajaan dapat memastikan kemasukan pelaburan asing dan perdagangan antara negara, khususnya daripada United States, tidak terjejas dan dalam waktu yang sama, memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Kenyataannya ialah bahawa dolar masih merupakan kekuatan utama dalam perdagangan antarabangsa. Negara-negara memilih untuk menggunakan dolar, malah kita baru sahaja dapat meterai perjanjian di ASEAN tahun ini, supaya negara-negara lain seperti Vietnam, Cambodia saya sebut akan bersama. Dari segi perdagangan paling tinggi kita, adalah dengan Singapura 15 peratus tetapi sebagai negara perdagangan, Singapura tidak menunjukkan terlalu kuat minat untuk menggunakan wang tempatan, local currency.
Yang kedua tertinggi adalah China 13.8 peratus dan China di antara negara yang paling aktif menyambut dan ini kedua-duanya negara dan sektor swasta. Cuma permasalahannya bila syarikat itu terlibat dalam international trade yang lain. Jadi, mereka sukar untuk mengambil kira kepentingan dua negara sahaja. Kemudian, saya tidak lihat ada minat Jepun, Hong Kong, kita- berikut kalau ikut urutan kepentingan perdagangan ialah Thailand, Indonesia sudah masuk, Korea tidak, India masih menggunakan sekatan penggunaan rupee luar India, melainkan untuk warganegara India.
Jadi, rundingan itu mungkin mengambi masa. Yang tangga kesepuluh pasaran eksport Malaysia adalah Vietnam. Dan Vietnam, Presidennya atau Perdana Menterinya telah pun memberi arahan supaya dipercepat proses rundingan di antara dua negara ini.
Ada cadangan juga untuk melibatkan negara-negara BRICS. BRICS ini setakat ini, yang paling ketara adalah negara China tetapi belum ada usaha untuk meluaskan ke Afrika dan Latin Amerika, tetapi saya percaya dengan kejayaan ASEAN dengan China ini, menjadi tanda petunjuk untuk memungkinkan kerana ada keuntungan bagi memperkukuh kedua- dua mata wang tempatan.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tambun, pertama bagi saya, ini satu idea yang amat baik. Isu re-dollarization ini sebab kita ada masalah dengan exchange rate US begitu sekian lama.
Dulu pernah juga ada cadangan menggunakan dinar dan sebagainya. Dan kita tahu dulu ada cadangan berkenaan masa itu Tambun jadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ada juga cadangan untuk menubuhkan East Asian Economic Caucus
(EAEC) tetapi ia mendapat tentangan dan halangan dari kuasa besar. Adakah Tambun melihat ini satu idea yang akan mendapat tentangan dan halangan dari negara-negara lain, terutamanya negara di mana US Dolar diterbitkan, iaitu Amerika Syarikat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila. Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Kubang Pasu. Cadangan dinar bagi kita adalah cadangan yang baik kerana diberikan satu alternatif. Ia tidak merugikan negara, malah memperkukuh kekuatan dalaman domestik ekonomi negara masing- masing dan negara-negara Islam terutamanya, biasa dengan kedudukan dinar. Malahan dengan meningkatnya lebih daripada USD1 trilion industri halal itu, negara-negara lain itu sudah lebih-lebih maklum diberikan pendedahan tentang keperluan dinar, tetapi dari usaha sejak 90-an itu, sambutan serius itu belum ada.
Perbincangan diteruskan dan ini di antara tajuk yang akan kita rujuk semula dalam pertemuan mengenai ekonomi Islam, ekonomi dan kewangan Islam yang diadakan di Kuala Lumpur bulan Disember iaitu tajuk, “Mahu Memulakan”. Walaupun dalam keadaan terbatas, umpamanya kalau dengan negara China saya sebut tadi, sekitar 25 peratus itu tinggi. Kalau lima enam peratus permulaan penggunaan dinar dengan negara-negara Islam, itu satu permulaan yang baik kerana diberikan kekuatan tambahan daripada kebergantungan kepada dolar.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Terima kasih Tan Sri. Saya terima usaha yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat mengenai re-dollarization ini adalah bagus, tetapi saya nak tanya mengenai- apakah manfaat yang tertentu yang kita akan dapat, specific benefits yang kita akan dapat dengan proses ini? Dan pada kebelakangan ini, Dolar US berbanding dengan ringgit sangat jatuh. Ringgit sangat jatuh dan oleh sebab itu, harga barang naik. Masalahnya adalah, macam mana ia dapat diatasi? Dan adakah kerajaan berpendapat, ada sabotaj yang membuat perkara ini, di mana Ringgit jatuh dengan dahsyatnya?
Tuan Yang di-Pertua
Sila Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Ipoh Barat.
Kita akan jelaskan. Sebenarnya kita lihat kekuatan mata wang tempatan, sekali gus dengan kekuatan asas ekonomi yang lain. Kalau asas ekonomi lain, dari segi pelaburan, pertumbuhan, keyakinan itu jatuh, maknanya kesalahan itu harus dipikul semua. Tetapi dalam kes ini, dia melibatkan semua negara dan saya sebut kalau ikut dari segi peratusan, yang paling tercorot ialah Yen Jepun.
Saya jawab tadi, bagaimana di Amerika diadakan kebijakan kewangan, federal reserve yang menaik melambung dari segi kekuatan, memberikan kekuatan kepada dolar dan keputusan kita untuk tidak menggunakan semata-mata OPR untuk memperkuatkan ringgit. Jadi, kenaikan kita, basis point itu sangat rendah dan bila Amerika lakukan begitu, maka tarikan dana itu ke Amerika.
Cara kita menyelesaikan, tentunya tidak mudah kerana kebergantungan kepada dolar itu terlalu kukuh dalam financial infrastructure sekarang. Jadi, di antara cadangan itu yang disebutkan tadi, tentang de-dollarization, sepertimana berlaku dengan- saya ingat satu kejayaan yang agak baik kalau satu perempat atau 25 peratus nilai dagang import dengan negara China itu dalam ringgit dan renminbi, maknanya 25 peratus itu tidak bergantung langsung, tidak terkesan sama sekali dengan keputusan Amerika Syarikat.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Kalau kita gunakan dolar, apa yang berlaku di Amerika Syarikat dari segi kenaikan faedah, itu akan memberi kesan negatif, adversely kepada negara, tetapi kalau kita mula perkembangkan, kalaupun tidak dapat sampai 50 peratus, 30-40 peratus dengan tiap negara, dia kesan itu saya ingat lebih kurang. So, ada keperluan kita secara lebih agresif menekankan kepada negara-negara, terutamanya negara-negara berkembang yang tidak bergantung langsung- terlalu bergantung kepada ekonomi Amerika untuk lebih bebas dan merdeka daripada kebergantungan kepada Dolar Amerika.
Kerana keputusan Amerika itu tidak pedulikan sistem kewangan antarabangsa.
Dia tidak pedulikan persefahaman dalam apa-apa rundingan antarabangsa. Dia hanya fikir kepentingan memperkukuh ekonomi Amerika, walaupun kesannya itu tidak adil bagi negara-negara berkembang. Jadi, ini yang dikatakan ketempangan sistem ataupun prasarana, infrastruktur kewangan antarabangsa.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Satu lagi boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya, kita dah bagi tiga. Kita bergerak kepada Dato’ Rosol bin Wahid, Hulu Terengganu. Silakan.
Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Yang di-Pertua.
Sebelum itu saya ingin mengalu-alukan kehadiran anak-anak kita, iaitu mahasiswa UTHM yang datang ke Parlimen pada pagi ini. Selamat datang ke Parlimen.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
2. Dato' Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu] minta Perdana Menteri menyatakan apakah jaminan kerajaan bahawa langkah mengapungkan harga ayam dan telur tidak akan membebankan rakyat yang sedang berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, silakan Menteri.
Yang Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Hulu Terengganu. Saya hendak jelaskan pertama, berapa jumlah subsidi keseluruhan kerajaan untuk ayam dan telur sejak 2022. Itu mencecah RM3.7 bilion hanya untuk menampung kos ayam dan telur. Jadi, siapa yang dapat faedah?
Tentu rakyat. Saya setuju dengan Hulu Terengganu bahawa harus jaga kepentingan rakyat tetapi pendekatan yang ada sekarang ini, memberi keuntungan kepada 3.5 juta orang asing, itu pertama.
Keduanya, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat semalam, tentang apa yang saya kategorikan sebagai golongan maha kaya. Bukan soal anti maha kaya, bukan cukai tambahan daripada mereka, ialah maksud dia subsidi itu tidak kepada golongan maha kaya. Itu sahaja, macam Tabung Haji. Kita kenakan, bagi subsidi kepada rakyat. Tapi kalau pendapatan dia RM100,000 sebulan ke atas, subsidi itu tidak patut diberikan kepada dia.
Itu maksud saya.
Dalam konteks ini, bagaimana kita boleh elak RM3.7 bilion ini dimanfaatkan semata-mata di kalangan rakyat kita yang berhak menolak 10 peratus yang paling kaya dan 3.5 juta orang asing. Ini pendekatan yang kita buat ialah melihat keadaan harga pasaran sekarang.
Bila harga itu kurang daripada harga siling seperti sekarang dan harga ayam dan telur di Thailand itu lebih rendah daripada Malaysia, maka ini masa ketikanya kita apungkan. Yakni, kalau benar ada kekurangan dan saya setuju dengan apa yang kebimbangan Yang Berhormat. Maka, kita akan cambahkan daripada stok.
Kementerian pertanian punyai 30 peratus stok ayam dan telur dan bersedia. Saya telah beritahu, Menteri nya pun ada, untuk membeli dari Thailand, andai kata ada keperluan untuk mengelak daripada harga itu naik. Itu setakat jaminan yang kita boleh lakukan. Tetapi, mengapa kita lakukan sekarang, kerana harganya turun dan supply-nya besar. Stok 30 peratus, harga di Thailand jauh lebih rendah. Ini tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh lambakkan, seandainya ada perniagaan-perniagaan yang ambil kesempatan untuk menaikkan harga.
Yang Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Penguatkuasaan akan lebih keras, tetapi di samping itu kita harus pastikan ada adequate supply.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Seorang Ahli
Tambahan satu lagi.
Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan. Oh, maaf Hulu Terengganu. Silakan, silakan.
Silakan Hulu Terengganu, silakan.
Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Perdana Menteri. Apakah jaminan kerajaan bahawa tidak berlaku lagi flip-flop ataupun orang Terengganu kata keluk kelek kerana kita tahu sebelum ini diumumkan bahawa subsidi ini akan ditamatkan pada 1 Julai. Kemudian selepas dua minggu, ditarik balik dan persoalannya apakah perkara ini tidak berulang untuk kali yang kedua?
Yang keduanya, apakah dengan pengapungan ini akan menjejaskan kenaikan indeks harga pengguna, yang akhirnya memberi kesan terus kepada kehidupan dan inflasi rakyat, keadaan nilai ringgit yang semakin melemah, yang mana Ketua Pembangkang yang masa itu – Ketua Pembangkang mengatakan bahawa dolar ini lemah kerana kelemahan pengurusan Perdana Menteri pada ketika itu. Itu hal lain lah.
Jadi, persoalan yang ketiga, bilakah Menteri KPDNHEP ataupun Kos Sara Hidup akan dilantik? Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Soal keputusan ini, saya umumkan dalam belanjawan. Bila kita umumkan keputusan belanjawan, ia merupakan keputusan dasar. Perubahan yang lalu itu ialah kerana keputusan awal menghentikan subsidi telah dibuat. Jadi, kementerian pertanian hanya meneruskan.
Cuma, apabila sampai rayuan kepada saya, saya minta dilanjutkan kerana belum ada dasar yang jelas untuk menyelesaikan. Dalam kes sekarang, itu pegawai-pegawai di Kementerian Pertanian, KPDHEP juga telah bersidang bersama Kementerian Kewangan.
Berapa subsidi boleh dijimatkan, berapa bantuan tambahan untuk Rahmah boleh ditambah, berapa keupayaan LPP dan FAMA untuk membantu dari segi infrastruktur pemasaran. Setelah difikir itu semua, maka kita umumkan dasar. Menteri Pertanian akan umumkan secara terperinci tarikh pelaksanaan dalam masa terdekat.
Jadi, saya tidak fikir isu flip-flop itu berbangkit. Soal kelemahan Perdana Menteri itu tidak apa. Saya pun sanggup terima teguran kerana saya bukan sempurna saya sepertimana Yang Berhormat Hulu Terengganu. Jadi, saya terima teguran itu. Saya boleh perbaiki.
Dan soal apakah kemungkinan kesannya kepada indeks harga pengguna?
Setakat ini, harga pasaran termasuk pasar borong walaupun siling di Sabah, Sarawak itu lebih tinggi tetapi untuk kita, masih rendah dan harga di Thailand rendah.
Maknanya, seandainya ada usaha untuk meningkatkan, langkah mitigasi adalah dari pengeluaran stok dan pembelian dari Thailand, ringgit ini dapat mengekang dan juga penguatkuasaan. Itu langkah-langlah yang kita ambil dan insya-Allah, keputusan ini keputusan tegas dan muktamad.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun. Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana sentiasa memikirkan tentang kebajikan rakyat. Tetapi, ada dua persoalan Yang Amat Berhormat Tambun.
Yang pertamanya, kalaulah kita beri subsidi ini kepada syarikat, apa pandangan Yang Berhormat Tambun? Kita terus beri kepada rakyat, daripada kita bagi kepada syarikat, ada ketirisan berlaku, ada kita punya kemampuan untuk pengedaran dari segi
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
FAMA, dari segi agensi-agensi. Kita terus tambahkan cash transfer kepada rakyat supaya rakyat dapat terus dan rakyat dapat membuat keputusan. Itu yang pertama.
Yang keduanya, Yang Berhormat Tambun ada sebut tadi pasal 3.5 juta orang warga asing. Jadi, apakah dasar kita?Adakah dasar kita ini akan memberi implikasi terhadap negara-negara luar? Negara-negara sumber untuk menghantar pekerja ke Malaysia. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih.
[Batuk] Maaf. Cadangan Pekan tentang bayaran tunai itu satu cadangan baik kerana telah diperkenalkan dulu tetapi cuma tidak boleh untuk semua. Itu sedang difikirkan dalam beberapa langkah yang lain yang lebih kompleks. Tetapi, dalam kes ayam dan telur ini tidak perlu begitu, kerana harganya sudah menurun dan kita ada - saya katakan plan contingency dari segi stok dan juga pasaran, bukan sahaja di Thailand yang murah, di negara China juga murah.
Jadi, oleh itu langkah sekarang itu dianggap munasabah. Dia tidak kepada syarikat, tidak kepada seperti yang dicadangkan. Cadangan untuk cash transfer itu sedang ditimbangkan untuk beberapa urusan lain dan mungkin akan diumumkan.
Jadi, saya ingat itu yang diminta penjelasan daripada Yang Berhormat soal pendekatan, sama ada secara langsung kepada rakyat melalui cash transfer, yang memang difikirkan dalam beberapa isu lain yang kita akan umumkan, yang lebih besar untuk mengelakkan ketirisan dan manfaat kepada asing.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Yang dibangkitkan sekali lagi ialah soal kesan kepada pekerja asing ataupun orang asing. Saya fikir dia datang di sini untuk mendapat gaji, bukan untuk dapat subsidi dan kita pun ada dasar supaya beri yang munasabah dan adil kepada semua, termasuk yang bukan warganegara tetapi tidak pula harus mana-mana negara beri subsidi kepada warga asing.
Jadi, prinsip ini Yang Berhormat adalah untuk mengelak daripada subsidi yang sepatutnya dipulangkan kepada rakyat. Namanya pun subsidi, yang mana sebahagiannya sedekahlah. Jadi tidak munasabah kita hendak beri sedekah kepada orang asing dan sedekah kepada orang kaya. Itu prinsip mengapa kita harus adakan penyasaran subsidi yang kita sebut sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun. Cuma menyebut, barangkali saya boleh menyebut tentang currency mata wang ringgit apabila Yang Amat Berhormat Tambun menyebut tentang yen tadi. Yen dengan Ringgit Malaysia masih nilai yang sama jika dikira tanpa US Dollar, 17 Oktober 2022 dan 17 Oktober 2023.
Jadi, mungkin di sana masih ada penerangan lanjut yang boleh dikemukakan, cuma berkenaan dengan harga barang ini Yang Amat Berhormat Tambun, apa yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen kita ialah apabila SST dinaikkan kepada lapan peratus. Kita tahu supply chain ini harga makanan untuk end user ini tidak lahir daripada makanan itu sendiri, ia lahir daripada sektor pembuatan, pembungkusan dan perkhidmatan yang lain. Pada akhirnya akan melahirkan harga barang yang dikhuatiri akan meningkat.
Betul, kita bukan check-in hotel hari-hari tetapi apa yang dibimbangi ialah kesan domino effect ke atas supply chain. Itu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen yang akhirnya akan menyebabkan harga-harga barangan yang nak dibeli oleh pengguna itu tinggi. Bagaimana Yang Amat Berhormat Tambun boleh menjelaskan situasi ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian.
Tuan Yang di-Pertua
Pasir Mas.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Sorry, Pasir Mas minta maaf. Saya ingat sangat Kubang Kerian. Pasir Mas, soal penyelesaian mana-mana masalah, saya setuju cuma ia tidak dalam rangka jawapan tadi, iaitu mana-mana masalah itu tidak hanya dilihat dari segi harga pasaran. Ia harus dilihat juga dari segi production, apakah ada langkah-langkah yang lebih serius sama ada melalui pelaburan tempatan untuk meningkatkan produktiviti ataupun untuk menggalakkan pelaburan asing untuk datang.
Di antara sebab syarikat-syarikat tempatan tidak bersedia melabur dalam soal ayam, telur dan keengganan syarikat-syarikat besar termasuk Thailand itu masuk ialah kerana tidak menentu harga, campur tangan kerajaan dari segi harga itu menyebabkan mereka tidak bersedia. Jadi, sekarang ini kalau kita serah kepada pasaran dan kalau rakyat susah itu kita beri suntikan asing, itu saya ingat akan memberikan ruang kepada syarikat-syarikat melabur.
Jadi ini soal penyediaan, soal supply dan memang kita ada, harus jaga perimbangan ini. Kalau kita terus dengan dasar sekarang, sudah berapa tahun dah ini dan tidak ada investment ataupun pelaburan baru kerana dia kata kita tidak boleh melabur kerana kita tidak tahu, harga sejauh mana kerajaan boleh campur. Kita tidak boleh gunakan unjuran kita sendiri.
Oleh itu, kita buat sedikit penyesuaian menyatakan bahawa untuk ini, kita beri market forces. Ada kebimbangan bagaimana tentang kenaikan harga. Kita tangani melalui kalaupun terdesak, cash transfer langsung kepada rakyat kerana kita sudah ada STR yang boleh kita tingkatkan. Itu di antara sebab mengapa untuk bulan November dan tahun depan saya tingkatkan jumlah bantuan STR dari RM8 bilion hingga RM10 bilion. Itu mengambil kira kepayahan, kesempitan hidup rakyat.
Jadi, tidak benar kalau kita katakan kita tidak mempedulikan. Dalam keadaan kekangan kewangan yang ada sekarang, kita tambah besar dan kita jimatkan perbelanjaan kerajaan dan kita tambah peruntukan itu kepada rakyat.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya mulakan dengan menjemput Tuan Roy Angau anak Gingkoi, Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Tuan Speaker, Tan Sri Speaker. Soalan saya nombor 1.
1. Tuan Roy Angau anak Gingkoi [Lubok Antu] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan usaha dalam mempromosi dan menyebar luas maklumat berkenaan skim dan bantuan yang disediakan di bawah kementerian terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak di mana penduduk bergantung sepenuhnya kepada aktiviti penanaman komoditi seperti sawit, getah dan lada sebagai sumber pendapatan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kementerian Perladangan dan Komoditi sentiasa prihatin dan berusaha untuk membantu pekebun kecil sawit persendirian termasuk di Sarawak untuk jangka masa panjang. Selaras dengan itu, dalam pembentangan bajet atau Belanjawan 2024 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, peruntukan sebanyak RM100 juta telah disediakan di bawah Insentif Program Tanam Semula Sawit yang akan
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
ditawarkan secara geran dan juga pinjaman kepada 7,000 pekebun kecil sawit persendirian.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat semua, pekebun kecil ini ada dua kategori.
Satu persendirian, satu lagi di bawah kawalan, sama ada FELDA, FELCRA dan juga yang lain-lain, RISDA. Jadi yang dijaga oleh Kementerian Perladangan hanyalah pekebun kecil sawit persendirian.
Jadi, ini bagi meningkatkan kadar penanaman semula sawit dan seterusnya menaikkan purata hasil buah tandan segar ataupun BTS nasional dan pengeluaran minyak sawit mentah, crude palm oil ataupun CPO. Untuk memastikan skim dan bantuan yang disediakan dalam sektor agrikomoditi dapat difahami dan dimanfaatkan secara optimum, makluman berkenaan skim dan bantuan yang disediakan di bawah kementerian bagi sektor sawit disebarkan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia ataupun MPOB dengan kaedah berikut:
(i) promosi dan penyimpanan ataupun penyampaian taklimat di lapangan yang disampaikan secara langsung oleh Pegawai Tunjuk Ajar dan Khidmat Nasihat Sawit, khususnya di 12 pejabat MPOB di seluruh Sarawak;
(ii) penyebaran maklumat melalui program khusus sama ada program anjuran kementerian seperti Trek Komoditi dan juga program anjuran Koperasi Penanam Sawit Mampan;
(iii) promosi secara konvensional iaitu meletakkan poster di pusat- pusat jualan sawit di 18 pusat timbang KPSM di Sarawak; dan
(iv) penyebaran maklumat melalui sistem atas talian dan media sosial termasuk laman sesawang MPOB, aplikasi Facebook dan juga WhatsApp.
Bagi sektor getah pula, kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2024 telah bersetuju untuk menaikkan kadar paras harga pengaktifan bagi Insentif Pengeluaran Getah dari RM2.70 ke RM3.00 sekilogram dengan peruntukan sebanyak RM400 juta.
Selain itu, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk melaksanakan projek rintis, penggunaan gas stimulan yang berupaya untuk meningkatkan pengeluaran getah sehingga tiga kali ganda.
Inisiatif ini dijangka dapat meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah dan pengeluaran getah negara. Di samping itu, kementerian melalui Jabatan Pertanian Sarawak juga telah mengambil pendekatan seperti berikut:
(i) menganjurkan Agriculture Outreach Programme atau AgriCOP dengan izin, yang bertujuan untuk memberi pendedahan secara langsung mengenai pengembangan dalam bidang pertanian, sekali gus untuk meningkatkan hasil pengeluaran golongan sasar;
(ii) menjalinkan aktiviti pengembangan yang melibatkan kursus, latihan, bengkel dan lawatan belajar; dan
(iii) membuat hebahan berkaitan skim dan bantuan yang disediakan apabila terlibat dalam program-program anjuran jabatan dan agensi.
Untuk sektor lada, Lembaga Lada Malaysia membuat program seperti berikut:
(i) aktiviti seperti pemindahan teknologi (ToT) dan latihan in-situ;
(ii) pendigitalan maklumat perkhidmatan yang ditawarkan kepada orang ramai melalui talian yang boleh dilayari melalui laman sesawang; dan
(iii) perkongsian di platform media sosial, Facebook dan termasuk juga TikTok.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Jadi, untuk itu kementerian akan sentiasa mengambil komitmen untuk memastikan segala maklumat disampaikan kepada semua pemegang taruh kita. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Soalan saya kedua Yang Berhormat Menteri, apakah langkah serta bantuan yang disediakan oleh kementerian bagi menggalakkan dan mempromosi kaedah pertanian moden dan perladangan pintar seperti penggunaan Internet of Things dalam mengusahakan ladang sawit, getah, lada, terutama bagi pekebun-pekebun kecil di kawasan luar bandar Sarawak dan Sabah yang masih terhad dari segi infrastruktur, teknologi, jaringan telekomunikasi, agar mereka sentiasa dapat meningkatkan produktiviti dan bersaing dengan pemain industri yang besar.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Seperti yang saya katakan tadi, di samping program-program di mana pegawai turun ke lapangan, kita juga mengadakan program melalui sama ada media sosial mahupun media elektronik untuk menyampaikan maklumat-maklumat ini kepada semua pemegang taruh kita, khususnya pekebun kecil.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Sebab itu di peringkat kementerian, kita menganjurkan apa yang dipanggil Trek Komoditi, di mana semua pegawai dibawa turun ke lapangan dan berjumpa serta berinteraksi dengan pekebun-pekebun kecil. Di sinilah kita bertukar pandangan sama ada bukan sahaja untuk menyampaikan maklumat, tetapi lebih penting mendengar pandangan daripada pekebun-pekebun kecil. Di sini jugalah kita akan menyebarkan maklumat berhubung kait dengan penggunaan teknologi baru.
Yang saya bagi contoh tadi ialah menggunakan stimulant untuk meningkatkan hasilan getah, yang mana 10 juta yang diberikan oleh Kementerian Kewangan itu untuk menggunakan, menyampaikan, mengembangkan pilot project ini supaya ianya dapat diterima pakai dan digunakan oleh pekebun-pekebun kecil. Banyak lagilah program- program lain yang kita anjurkan untuk menambah pendapatan pekebun kecil kita. Terima kasih.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih atas jawapan yang diberi. Saya ingin bertanya soalan tambahan ialah isu yang berlaku di kawasan perkampungan ialah isu harga. Ketidakseimbangan harga di antara apa yang diumum oleh pihak kerajaan dengan apa yang diperoleh oleh rakyat di bawah.
Contohnya, harga siling getah. Walaupun kita letak RM2.30, tetapi di kampung dapat harga dalam RM1.70, RM1.80 dan ada yang RM2.00 sebagainya. Sama juga isu komoditi sawit. Harga beza di antara kampung dengan FELDA, RM100 satu tan. Ini yang realiti yang berlaku di bawah.
Jadi, apakah mekanisme yang boleh dibuat oleh pihak kerajaan supaya harga dapat dipastikan rakyat mendapat harga yang standard, sama ada di kampung atau di kawasan industri, kawasan FELDA dan sebagainya? Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Cabarannya, melalui Trek Komoditi, bila kita berhubung dengan pekebun-pekebun kecil getah terutamanya, ialah kebanyakan pemilik kebun akan mengupah orang untuk membuat torehan. Kemudian sama ada mereka akan menjual kepada pemungut, pemungut nanti akan menghantar ke pusat pengumpulan.
Kalau mereka dapat menghantar terus ke pusat pengumpulan, maka harga yang ditetapkan adalah harga yang dikatakan tadi. Ini yang kadang-kadang perbedaan disebabkan amalan di lapangan.
Di sinilah kalau yang kita hendak buat secara pilot untuk getah sahaja, ialah untuk menggalakkan supaya mereka boleh menjual ke pusat pungutan, tidak melalui orang tengah lagi. Yang amalan yang sekarang ini bila mereka melalui orang tengah, di situlah ada perbezaan. Sebab, orang tengah sudah pasti bila dia mengambil di ladang-ladang ataupun dengan pekebun-pekebun kecil, ada kos pengangkutan dan sebagainya. Di
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
situlah mereka akan menolak. Kadang-kadang ada juga perjanjian dengan penoreh getah, sebab pemilik kebun akan berkongsi pula dengan penoreh getah dan sebagainya.
Amalan inilah yang perlu kita lihat bagaimana kita hendak pastikan ianya dapat berurusan secara terus dengan pusat pungutan ataupun boleh menjual dengan syarikat- syarikat di kilang-kilang dan sebagainya. Kalau kita dapat uruskan perkara itu, saya kira ianya dapat diperbaiki. Pada masa ini, yang digunakan secara online dan sebenarnya mereka tidak perlu lagi menuntut. Kalau dia menjual, memadai masukkan secara online, mereka akan dibayar terus ke dalam akaun mereka. Ini yang sedang kita— sudah pun dilaksanakan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin, Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pagi-pagi pakai mafla Untuk sokongan kepada saudara di Gaza, Soalan saya nombor dua, Harap YB Menteri beri jawapannya.
2. Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah yang diambil oleh pihak kementerian bagi mengatasi isu kesesakan banduan di dalam penjara dan apakah program-program ataupun latihan- latihan yang dikenal pasti untuk membantu bekas banduan untuk meneruskan kehidupan mereka supaya tidak terjejak kembali dalam dunia jenayah.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan Menteri.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih rakan saya dari Masjid Tanah. Jumlah penjara di negara kita 40, ruang kapasitinya 71,476. Tetapi, jumlah penghuni sekarang 75,629. Bererti ada lebihan 4,153 atau 5.8 peratus. 5.8 peratus lebihan. Kalau ikut standard antarabangsa, lebihan diletak tidak boleh melampaui 20 peratus. 20 peratus dianggap, dengan izin, tolerable rate. Kita, 5.8.
Ada 13 penjara sekarang di negara kita yang kita anggap overcapacity. 13. Itu termasuk Kota Kinabalu, Pengkalan Chepa dan Marang. Undercapacity, kita ada 15.
Yang paling, apa namanya, rendah ini adalah Lahad Datu sebab baru siap. Jadi, belum lagi dipenuhi dengan penghuni dalam keupayaan kapasiti dia. Yang within capacity ada 12. Baik.
Biar pun begitu, kerajaan terus berusaha untuk mengurangkan insiden kesesakan penjara. Apa ikhtiar kita? Yang pertama, kita wujudkan admission prison. Bagi setiap kemasukan penghuni baharu, setelah mahkamah jatuhkan hukuman sabitan pemenjaraan, mereka tak terus masuk ke ruang penjara, mereka diletakkan dulu ke admission prison. Di situ dilakukan profiling. Profiling, misalnya latar belakang kes ataupun tahap risiko, high risk ataupun low risk. Setelah itu, barulah mereka ditempatkan. Jadi, mereka akan berada di admission prison dalam tempoh sekitar empat, lima minggu. Itu secara fizikal tidak berada dalam ruang penjara. Bermaksud kesesakan dapat dikurangkan walaupun tempoh dia singkat.
Kedua, Jabatan Penjara kita invoke seksyen tertentu dalam Akta Penjara seumpama seksyen 43, seksyen 46. Maka, lahirlah inisiatif seperti parol, pembebasan berlesen, perintah kehadiran wajib dan segala macam. Ada lima atau enam inisiatif lain.
Hasilnya ialah, parol misalnya, sejak dilaksanakan tahun 2008, itu lebih 40,000 telah dikeluarkan. Kemudian, pembebasan berlesen sejak tahun 2020 pula, itu sudah 23,000.
Perintah kehadiran wajib sejak dilaksanakan 2010, itu memberi manfaat kepada 6,000.
Bermaksud, parol, pembebasan berlesen atau perintah kehadiran wajib secara fizikalnya mereka yang dijatuhi hukuman tak berada dalam tembok, mereka berada di luar. Jadi, penjara jadi kurang sesak.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Kita juga laksanakan hukuman alternatif. Misalnya, kita sedang meneroka idea untuk melaksanakan home detention. Mereka tak berada dalam tembok penjara, mereka berada di luar, tetapi dengan pemasangan gadget. Belum berlangsung, tetapi kita sedang di fasa akhir untuk menguruskan sedikit dari sudut tafsiran undang-undang seumpama alat belenggu. Alat belenggu maknanya gari. Boleh tak alat EMD ini yang nak dipakaikan kepada home detention masuk dalam tarif itu juga. Jadi, ada sedikit yang kami kena selaraskan dengan Peguam Negara.
Kita juga akan pinda Akta Penagih Dadah. Yang menjadi punca kemasukan penghuni paling ramai selalunya terkait kes dadah. Jadi, kalau kita pinda Akta Penagih Dadah terutama bagi kesalahan memasukkan dadah dalam badan— mereka bukan penagih tegar. Jadi, caranya adalah mereka akan terus dihantar ke pusat pemulihan di bawah AADK, Agensi Antidadah, bukan ke penjara. Dengannya, penjara akan jadi kurang sesak ya.
Begitu juga kita sekarang terus mengadakan perbincangan. Dalam penjara sekarang ini, 35 peratus adalah tahanan reman. 35 peratus daripada 75,000 tadi tahanan reman dan kadang-kadang tempoh tahanan reman itu lebih lama daripada charge yang mereka kena akibat daripada, misalnya kes dadah, lambat terima laporan Jabatan Kimia.
Jadi, satu kezaliman buat mereka.
Kadang-kadang mereka bila mereka dituduh di mahkamah, hukuman tentang charge itu barangkali kurang daripada tempoh mereka lama dalam penjara. Jadi, sekarang Jabatan Penjara, Peguam Negara dan juga Jabatan Kehakiman, para hakim mereka bincangkan apakah boleh kes ini diklasifikasikan sebagai NFA. Itu satu lagi ikhtiar.
Yang lain, Yang Berhormat bertanyakan tentang apakah skill, kemahiran hendak sediakan mereka bila keluar nanti jangan masuk balik. Kita kadar recidivism kita untuk inisiatif yang saya sebut tadi parol, pembebasan berlesen, perintah kehadiran wajib, 800 bebas, satu saja masuk balik. Ertinya, 0.26 peratus. Berbanding tanpa melalui kaedah ini, makna kesalahan lain, kadar residivisnya adalah 18.6 peratus.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tapi sepanjang penghuni dalam penjara, satu, kita ada asuhan tentang kemahiran CIDB, sijil di bawah Kementerian Sumber. Sijil TVET ini yang membolehkan mereka develop the skills. Sejak 2012 hingga sekarang ada 16,000 penghuni penjara yang keluar dengan kemahiran bersijil ini. Itu ada jaminan peluang kerja kepada mereka.
Tapi sementara kalau mereka masuk di bawah parol dan pembebasan berlesen, Jabatan Penjara ada kolaborasi dengan 325 syarikat. Maknanya mereka ini diletakkan di community correction center bukan dalam tembok penjara, mereka pergi kerja Panasonic, SWCorp, MRT dan segala macam. Pertama, mereka dapat pendapatan bulanan dan mereka tidak berada dalam tembok penjara. Jadi ini antara ikhtiar yang kita buat untuk mengurangkan kesesakan penjara dan melatih kemahiran untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri apa kalau keluar. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Masjid Tanah.
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan yang begitu baik dan mudah difahami. Saya ingin bertanya melalui program dalam komuniti yang dilihat dilakukan oleh Jabatan Penjara dilihat memberikan kesan yang cukup baik sekali di kalangan pesalah-pesalah ini.
Saya ingin bertanya, apakah perancangan pihak kerajaan dalam menambah baik dasar hukuman dalam komuniti ini kerana ia nya memberikan impak yang sangat positif dan yang keduanya sebagai mana yang telah pun dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, maksudnya ada kolaborasi dengan syarikat-syarikat di luar.
Saya ingin bertanya selain daripada insentif yang diberikan oleh kerajaan sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri RM600 selama tiga bulan dan juga potongan cukai tambahan. Ada tidak insentif-insentif lain yang diberikan kepada majikan yang ingin mengajikan mereka?
Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Dan yang ketiga, saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat ada ataupun tidak buat masa ini, kalau dapat berikan kepada saya data pesalah yang berulang masuk ke dalam penjara semula dalam tempoh lima tahun ini mungkin boleh berikan secara bertulis itu sahaja terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Baik dalam ucapan bajet baru ini khusus untuk inisiatif yang saya sebutkan, Perdana Menteri peruntukkan RM10 juta. Baik, Yang Berhormat dalam soalan asal sebut apakah ikhtiar kita untuk memastikan mereka tidak kembali mengulangi kesalahan lampau.
Baru semalam saya berada di Tuaran kerana ada sebuah yayasan namanya Yayasan Kebajikan Suria yang menyerahkan premis dia, kompleks dia lengkap kepada Jabatan Penjara untuk kita jadikan rumah pengantara. Apa maksud rumah pengantara?
Kerja Jabatan Penjara tidak selesai dengan pintu penjara dibuka dan seorang penghuni itu bebas. Bebas itu pun kita tempatkan dia lagi di rumah pengantara. Ini bagi kes di mana bebas keluarga tidak terima, bebas komuniti cemuh, jadi dekat mana mereka nak bawa diri. Akhirnya Jabatan Penjara dengan tugas hakiki sepatutnya pemulihan dalam tembok sahaja, tidak, kita ikhtiarkan rumah pengantara. Di seluruh Malaysia kita ada 14 rumah pengantara. RM10 juta bajet yang di umum Perdana Menteri, kita nak manfaatkan dekat sini.
Ia bukan premis kerajaan. Ia adalah beberapa pihak di luar sana yang memerhatikan peri pentingnya sokongan diberikan dan alhamdulillah pengusahanya, Datuk Raya Erom.
[Tepuk] Kebetulan dia ialah isteri kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Salleh Tun Said Keruak. Kawasan seluas empat ekar itu diserah begitu, itu akan kami tempatkan penghuni di situ. Pada masa yang sama mereka diberikan pelbagai latihan kemahiran.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Yang Berhormat tentang lima tahun yang ke belakang dari segi data, saya minta notis untuk memberikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Yang paling penting saya nak tekankan adalah komitmen jabatan penjara yang berterusan adalah kita nak kurangkan jumlah penghuni penjara sekarang 191 bagi setiap 100,000 penduduk.
Jadi kita ada 30.4 juta. Sekarang 191 bermaksud kita berada dalam lingkungan tujuh puluhan ribu, itu tinggi. Kalau mengikut World Prison Brief idealnya, bukan ideal lah, munasabahnya mestilah lingkungan 145 bagi setiap 100,000. Jadi tumpuan kami sekarang adalah mengurangkan. Saya bukan kerana Tambun ada depan saya, maka saya hendak sebut jawapan saya ke situ. Tidak.
Tetapi yang selalu kami diasak adalah, kalau penghuni penjara sekarang terdiri daripada warga asing, warga asing. Selepas tempoh mereka menjalani hukuman, mereka ke mana? Kita deport, sebelum deport, letak dekat imigresen dulu. Tapi semua ini menyebabkan kita membelanjakan puluhan juta ringgit untuk menguruskan kerana makannya sahaja sebulan sudah RM450 per head per month. Itu jumlah yang sangat tinggi ya.
Kerana itu yang kita hendak uruskan sekarang adalah sementara mereka berada di dalam, tidak ada beza. Yang saya sebut tadi parol, pembebasan berlesen dan segala macam itu ialah kita profil kan 75,000 penghuni yang menerima hukuman tiga tahun ke bawah, ada 18,000. Kita profiling lagi siapa di kalangan mereka yang first offender, maknanya risiko rendah. Jadi mereka antara diberi pertimbangan oleh panel ataupun melalui keputusan mahkamah untuk dimasukkan dalam program ini.
Saya yakin satu polisi yang kita buat kalau kita berasaskan kepada data, analisis, we can never go wrong, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Tan Sri Speaker, sebelum ini, satu program pemulihan pemasyarakatan terhadap banduan dan
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
menjadikannya sebahagian daripada rancangan Strategi Lautan Biru Kebangsaan
(NBOS) dengan melibatkan kerjasama di antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.
Kaedah pelaksanaan program tersebut adalah dengan menempatkan Orang Dalam Seliaan (ODS) di kem tentera seperti di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Tampin yang memberi banyak faedah kepada pelbagai pihak termasuklah mengurangkan kesesakan penjara. Sehubungan dengan itu, apakah status terkini pelaksanaan program tersebut sama ada ia nya masih diteruskan dan diperluaskan di kem-kem tentera yang lain atau sebaliknya.
Dan apakah pembaharuan yang bakal dibawa oleh kementerian terhadap program sebegini supaya ia nya selaras dengan aspirasi Malaysia Madani pada masa ini.
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tan Sri Speaker soalan Tampin sangat spesifik. Saya mohon notis untuk memberikan jawapan secara bertulis. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik terima kasih. Baik saya jemput Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
YB Pontian sudah bersiap siaga, Sila jawab soalan nombor tiga.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
3. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam] minta Menteri Kewangan menyatakan maklum balas dan input terkini dari pihak berkepentingan dalam usaha pemindaan Akta Akauntan 1967. Sejauh manakah pindaan akta ini akan memberikan kesan terhadap kelayakan graduan universiti tempatan untuk menjadi akauntan di negara ini?
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
*Bawa bekalan dalam raga, Ikan kelah buat sarapan, Untuk soalan nombor tiga, Dengarkanlah ini jawapan.
[Tepuk]* Untuk makluman YB Ayer Hitam, Tan Sri Speaker, cadangan untuk meminda Akta Akauntan 1967 masih lagi di peringkat kajian dan belum dibuat sebarang keputusan dasar, sama ada di peringkat Kementerian Kewangan atau di peringkat Jemaah Menteri.
Dalam Persidangan Akauntan Antarabangsa pada Jun 2023 di KLCC yang saya rasmikan, ada mencadangkan kemungkinan pindaan boleh dibuat pada tahun hadapan.
Kerajaan kini sedang meneliti cadangan pindaan perundangan yang di perlukan bagi menangani isu-isu yang dihadapi dalam profesion perakaunan dan sudah, serta akan mengadakan libat urus dengan pihak-pihak yang berkepentingan.
Kerajaan memberi komitmen untuk memastikan supaya sebarang cadangan pindaan dan kesannya kepada pihak-pihak yang berkepentingan diperhalusi melalui proses libat urus dengan pemegang taruh stakeholders yang terlibat.
Ini amat penting dalam memastikan sebarang cadangan dasar baharu yang dikemukakan bersifat inklusif, meningkatkan tahap ke boleh pasaran graduan, mengambil kira kehendak serta keperluan untuk profesion perakaunan berkembang.
Saya juga ingin memaklumkan bahawa kelayakan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan bagi universiti-universiti tempatan yang telah diakreditasi dan mendapat pengiktirafan di bawah Jadual Pertama, Bahagian I, Akta Akauntan 1997, merupakan salah satu saluran yang disediakan untuk graduan yang telah memenuhi pengalaman
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
praktikal yang ditetapkan selama tiga tahun untuk mendaftar sebagai akauntan di Malaysia melalui Institut Akauntan Malaysia (MIA).
Berdasarkan statistik pendaftaran keahlian dalam Institut Akauntan Malaysia sehingga September 2023, daripada 39,087 ahli berdaftar seramai 15,510 orang atau 39.68 peratus merupakan akauntan bertauliah (charted accountant) yang masuk melalui kelayakan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kemudian keahlian melalui peperiksaan kelayakan atau qualifying examination telah dilaksanakan Institut Akauntan Malaysia sejak tahun 2003. Sehingga kini, seramai 457 orang, 1.17 peratus akauntan bertauliah telah diterima masuk melalui saluran ini.
Terdapat seramai 22,996 orang atau 58.83 peratus akauntan bertauliah didaftar melalui saluran keahlian penuh dalam badan profesional. Manakala, ahli bersekutu adalah seramai 124 orang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Timbalan Menteri. Gelaran Chartered Accountant Malaysia tidak mencapai pengiktirafan di peringkat global kerana MIA tidak mempunyai kelayakan perakaunan profesional tempatan tersendiri.
Justeru, soalan saya, adakah dengan cadangan pindaan ini akan memberi ruang kepada MIA dan juga universiti tempatan untuk kita mematuhi kehendak piawaian antarabangsa, agar para pelajar tidak terbeban lagi membayar RM15,000 dan RM30,000 untuk perbelanjaan mendapatkan, menduduki peperiksaan profesional ACCA dan CIMA?
Dan, apakah pendirian kerajaan untuk memisahkan peranan MIA yang bertentangan, yang dikatakan oleh tiga badan AMCAF, MAFA dan juga MyAA di mana MIA itu dianggap sebagai pengawal selia dalam perakaunan dan sebagai badan perakaunan profesional supaya ia bebas dari pengaruh luar? Apa pendirian kerajaan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Pada saat dan ketika ini, MIA mengiktiraf 17 universiti untuk diiktiraf sebagai chartered accountant. Universitinya ada dalam senarai. Tak perlulah saya sebut tetapi itu universiti di Malaysia.
Tetapi, daripada universiti luar negara misalnya, MIA mengiktiraf 11 badan profesional:
(i) MICPA;
(ii) Institute of Chartered Accountants Scotland;
(iii) Institute Chartered Accountants England and Wales;
(iv) Association of Chartered Certified Accountants (ACCA);
(v) Institute of Chartered Accountants Ireland;
(vi) Chartered Institute of Management Accountants (CIMA);
(vii) CPA Australia;
(viii) ICA Australia;
(ix) New Zealand Institute of Chartered Accountants;
(x) Canada Institute of Chartered Accountants; dan
(xi) Institute of Chartered Accountants of India.
Itu 11 badan profesional yang diiktiraf oleh MIA. Sebenarnya apabila kita bercadang untuk meminda akta ini, ada pelbagai isu selain daripada yang ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Ayer Hitam. Pelbagai cadangan. Contohnya ya, baru cadangan, akauntan itu dibahagi kepada tiga. Yang pertama, advanced level accountant
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
ataupun akauntan tahap lanjutan. Kedua, intermediate level atau akauntan tahap pertengahan. Yang ketiga, accounting technician.
Jadi, ini semua antara isu-isu yang sedang kita teliti dan isu-isu lain, peraturan dan pengawasan yang disebut tadi ya, dari segi kualiti pendidikan. Satu lagi isu kebimbangan, etika kerana MIA hanya boleh mengambil tindakan tatatertib ke atas ahli sahaja. Yang bukan ahli, tidak boleh ya piawaian perakaunan global.
Mengenai IFRS (Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa) misalnya, sama ada perusahaan kecil dan sederhana mampu untuk mengambil akauntan teknologi inovasi, pengekalan bakat, kualiti audit, pembangunan profesional, trend ekonomi global.
Antara isu-isu kenapa kita nak pinda akta ini, selain daripada yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat. Terima kasih.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya sebelum ini ada didatangi oleh beberapa pihak berkepentingan berkaitan dengan hal ini.
Dan mengambil kira pengalaman sebagai pensyarah perakaunan di tiga buah universiti di Australia dan juga sebagai seorang akauntan bertauliah, saya faham hasrat atau semangat MIA untuk dalam cadangannya adalah untuk mewajibkan graduan perakaunan ini menduduki peperiksaan perakaunan profesional, sebelum diiktiraf sebagai akauntan bertauliah.
Pada masa yang sama, dekan-dekan perakaunan juga memberi gambaran atau input mereka bahawa sekiranya sepertimana disebut oleh Ayer Hitam tadi, sekiranya mereka ini terpaksa mengikut model di negara luar ini, mereka khuatir kerana selama ini graduan perakaunan diiktiraf sebagai akauntan. Jadi kalau graduan perakaunan ini nak diiktiraf sebagai akauntan bertauliah dan mereka perlu menduduki peperiksaan, ada perkara-perkara berkaitan dengan kos sebagai contoh. Itu yang disebut oleh Ayer Hitam.
Dan ini dibangkitkan oleh dekan-dekan perakaunan.
Jadi, perkara ini saya ingin penjelasan Yang Berhormat Menteri. Setakat mana perbincangan berkaitan dengan hal ini telah selesai, kerana ini merupakan kekangan utama. Kekangan utama dalam perbincangan ini, sangkut di bahagian sama ada nak diiktiraf sebagai akauntan bertauliah ini perlu menjadi anggota mana-mana badan perakaunan. Sebab nanti nak buat exam satu hal, nak jadi ahli ini yuran tahunan ini, bayar dalam US Dollar, bayar dalam Australian Dollar.
Itu antara apa yang disentuh oleh dekan-dekan perakaunan. Jadi, kalau dapat diselesaikan perkara ini dengan cadangan penyelesaian, saya rasa ianya akan membawa kesan yang baik, terutamanya pada akauntan bumiputera. Ini yang dirisaukan, takut nanti jumlah akauntan bumiputera itu secara purata atau peratusnya akan berkurangan. Terima kasih Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ya, pada ketika ini sebagai mana saya sebut tadi, Institut Akauntan Malaysia mengiktiraf keluaran Bachelor of Accounting with Honours:
(i) Universiti Malaya;
(ii) UKM;
(iii) UiTM;
(iv) UUM;
(v) UPM;
(vi) Universiti Islam;
(vii) USM;
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
(viii) Universiti Tenaga;
(ix) Multimedia;
(x) UMT;
(xi) Universiti Malaysia Sabah;
(xii) UNISEL;
(xiii) Universiti Sultan Zainal Abidin;
(xiv) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM);
(xv) Universiti Tunku Abdul Rahman;
(xvi) INTI International University; dan
(xvii) MSU.
Apa yang dibangkitkan ini ialah akan kita teliti dan tentunya kita mencari penyelesaian kepada kebimbangan itu, selain daripada Institut Akauntan. Saya telah baca tadi 11 badan profesional. Yang lebih ingin kita capai ialah dari segi jumlah akauntan bumiputera, chartered accountant bumiputera.
Tan Sri, saya ingin maklumkan di sini bahawa bumiputera Melayu 11,275 29.13 peratus, bumiputera asli 111 orang 0.29 peratus, bumiputera Sabah, Sarawak 637 atau 1.65 peratus, masyarakat Cina akauntannya 24,469 atau 63.22 peratus, masyarakat India 1,815 4.69 peratus. Lain-lain bangsa 199 0.51 peratus. Asing 197 atau 0.51 peratus.
Jumlah yang ada di tangan saya ini, 38,703 100 peratus. Jadi, apa yang dimaklum oleh Putrajaya itu kita ambil ingatan. Dan apa juga yang kita ingin pinda atau ada akta baru, tentunya kita akan libatkan libat urus dengan semua pihak. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Tuan Roslan bin Hashim, Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik, terima kasih kepada Tan Sri Speaker. Yang Berhormat Menteri, Sarapan pagi makan ketupat, Soalan saya nombor empat.
4. Tuan Roslan bin Hashim [Kulim Bandar Baharu] minta Menteri Pendidikan menyatakan mengapa 5 hadis digugurkan daripada hadis 40.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tan Sri Speaker bijak laksana, Wahai Kulim-Bandar Baharu, ini jawapannya. Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum saya mula, saya ingin memohon izin Tan Sri Speaker untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan tujuh pertanyaan lain, oleh Yang Berhormat Kuala Krau bertarikh 23 Oktober 2023, Yang Berhormat Temerloh bertarikh 26 Oktober 2023, Yang Berhormat Bukit Bintang bertarikh 1 November 2023, YB Kuala Krai, YB Sri Gading dan YB Tumpat bertarikh 7 November 2023 serta YB Parit Buntar bertarikh 29 November 2023 pada Aturan Urusan Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua Parlimen Kelima Belas Tahun 2023 kerana membincangkan perkara yang sama.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Tan Sri Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan aktiviti penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah menengah kebangsaan agama dan sekolah agama bantuan kerajaan.
Inisiatif ini berupaya mengangkat kemuliaan insan, karamah insaniah, dengan izin bertepatan dengan Teras Kedua KPM yang merangkumi tiga elemen utama penghayatan nilai, adab, akhlak dan integriti. Usaha ini juga bertujuan membentuk sahsiah dan nilai
Puan Fadhlina binti Sidek
yang baik selain memupuk semangat kasih sayang dan menerapkan kefahaman agama dalam kalangan murid Islam, ke arah melahirkan generasi anak yang baik lagi cerdik.
Selain itu, aktiviti penghayatan ini juga menyokong elemen dalam Rukun Malaysia MADANI, khususnya yang berkaitan dengan hormat dan ihsan. KPM memberi jaminan bahawa Program Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi ini hanya akan melibatkan semua murid Islam sahaja tanpa penglibatan murid bukan Islam, dalam semua aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.
Puan Fadhlina binti Sidek
Pada tahun 2023, KPM melaksanakan aktiviti Penghayatan Hadis 40 secara rintis di SMKA dan SABK dengan menggunakan modul yang mengandungi kesemua 42 hadis yang terkandung dalam buku Hadis 40, Imam Nawawi. Modul ini dibangunkan oleh KPM dan diselaraskan dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan Yang Berhormat, syarah ataupun kupasan hadis dalam modul tersebut sesuai dengan tahap pemahaman murid dan konteks Malaysia. Modul penghayatan ini bukan lah mata pelajaran baharu kerana modul tersebut merupakan bahan pengayaan bagi Mata Pelajaran Pendidikan Islam. Oleh yang demikian, modul yang digunakan tiada pertindanan dengan mata pelajaran Pendidikan Islam sedia ada.
KPM merancang untuk melaksanakan peluasan aktiviti penghayatan ini ke semua sekolah KPM yang hanya akan melibatkan murid beragama Islam sahaja mulai tahun 2024.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah mengeluarkan surat siaran pelaksanaan aktiviti Penghayatan Hadis 40, Imam Nawawi di sekolah menengah kebangsaan agama dan sekolah agama bantuan kerajaan bertarikh 4 Oktober 2023.
Tan Sri Speaker, sedikit lagi. Sehubungan dengan itu, semua Pengetua dan Guru Besar SMKA dan SABK perlu melaksanakan aktiviti Penghayatan Hadis 40, Imam Nawawi yang disesuaikan dengan tahap pemahaman murid dan konteks Malaysia. Sebab itu saya tekankan sekali lagi bahawa, syarah yang dibuat bersama JAKIM ini sangat penting untuk memastikan konteksnya itu dan pemahaman itu sampai kepada para pelajar ini. Aktiviti tersebut boleh dilaksanakan sama ada dalam atau luar bilik darjah.
Pihak sekolah boleh merujuk model ataupun Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi dengan memuat turun modul tersebut menerusi pelantar pembelajaran Digital Educational Learning Initiative Malaysia, dengan izin, atau DELIMA bagi memastikan aktiviti Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi dilaksanakan dengan baik. Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik, terima kasih kepada YB Menteri atas jawapan yang cukup panjang. Rasa-rasanya perlu jawapan bertulis juga sebab saya tidak ingat. Panjang sangat, tetapi apa pun terima kasih kerana warna baju YB Menteri sama dengan warna tie saya ini...
[Tepuk] Tak berjanji tetapi secara kebetulan hari ini...
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Soalan dia apa dia, soalan, soalan dia?
Puan Fadhlina binti Sidek
Soalan dia, Tan Sri Speaker.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Okey, okey. Saya hendak tengok YB Menteri kah, hendak tengok Speaker? Baik. Terima kasih kepada Tan Sri Speaker.
Baik, sebelum saya bertanya soalan, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada KPM yang telah menarik diri daripada Pesta Buku Frankfurt 2023.
[Tepuk] Tanda solidarity kepada Palestin seperti yang diusulkan oleh YB Indera Mahkota.
Tan Sri Speaker, cadangan KPM melaksanakan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi dibenarkan di bawah seksyen 50(1) Akta Pendidikan 1996, di 289 buah sekolah. Di SMKA, 61 dan 228 di SABK.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Tan Sri Speaker, soalan saya setakat ini, apakah hasil pertemuan Yang Berhormat Menteri bersama 16 NGO tempatan dan sejauh manakah pengenalan modul ini nanti menangani gejala radikalisme dan ekstremisme dalam masyarakat?
Dan yang kedua, apakah pandangan KPM terhadap Majlis Perundingan Agama Buddha (MCCBCHST) dalam isu Hadis 40 ini? Sekian, terima kasih. Sila jawab, Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat. Tan Sri Speaker, izinkan saya memulakan jawapan saya dengan respons kepada pertemuan bersama 16 NGO tersebut.
Saya ingin mengucapkan- rakaman dan ribuan terima kasih kepada semua 16 NGO tersebut kerana bersifat berlapang dada dan menerima penjelasan-penjelasan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, khususnya yang terkait rapat dengan concern, dengan izin, Tan Sri Speaker. Apakah keprihatinan dan juga kebimbangan mereka apabila modul ini dilaksanakan. Alhamdulillah pertemuan berjalan dengan sangat baik dan penjelasan telah pun diberikan.
Yang kedua Yang Berhormat, berkaitan dengan pelaksanaan Yang Berhormat tanya tadi?
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Betul.
Puan Fadhlina binti Sidek
Pelaksanaan ini setakat ini berjalan dengan baik dengan pemantauan yang ketat daripada PPD dan juga daripada guru-guru, khususnya yang sentiasa kita berikan penegasan dan penjelasan bagaimanakah modul ini akan dibimbing oleh para guru ini dalam melaksanakan khususnya pengayaan modul Hadis 40 ini di sekolah.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
[Bangun]
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
[Bangun]
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Tan Sri Speaker, saya rasa kut saya terlepas, saya terdengar tadi, tetapi saya rasa soalan asas saya yang nombor empat tadi tak dijawab. Saya mohon jawapan agar beri jelas lah.
Puan Fadhlina binti Sidek
Soalan yang mana.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Jawapan asas saya ini tak dijawab.
Puan Fadhlina binti Sidek
Banyak sangat soalan Yang Berhormat. Soalan yang mana?
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Soalan asal, soalan dalam, dalam...
Puan Fadhlina binti Sidek
Saya dah jawab Yang Berhormat. Saya kata 42 hadis ini dikekalkan dan akan dilaksanakan di semua sekolah. Saya sudah jawab dalam soalan utama.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Maksud lima yang itu tak digugurkan lah?
Puan Fadhlina binti Sidek
Tak pernah digugurkan. Tak pernah Yang Berhormat . Saya sudah jawab dari awal lagi Tan Sri Speaker.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Okey, terima kasih YB Menteri. Pakai baju merah, cenge pula hari ini.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kulim, semalam hari jadi Menteri.
Beli hadiah untuk Menteri.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Insya-Allah. YB sat lagi saya hantar kek.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Bodek dia, bodek dia.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Pertama sekali, tahniah KPM dan Kerajaan Malaysia Madani kerana telah mengembalikan, dan telah memasukkan Hadis 40 ini dalam modul kerana addinu nasihah. Pertanyaan saya adalah, kerisauan kita bagaimana KPM ingin memantau pelaksanaan modul ini supaya tidak disalah tafsir dan tidak disalah ertikan kepada anak- anak murid kita yang masih kecil. Dan bagaimanakah atau bilakah modul ini akan siap dengan selengkapnya dan akan diberikan penjelasan secara menyeluruh kepada semua tenaga pengajar dan sekolah-sekolah? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Yang Berhormat. Pertamanya, saya ingin jelaskan bahawa dari segi pemantauan, keberkesanan penyampaian modul ini- Hadis 40 ini akan dilaksanakan melalui pegawai-pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri secara berkala. Juga melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di sekolah bagi memastikan Yang Berhormat- sebagaimana concern, dengan izin Tan Sri Speaker, Yang Berhormat tadi soal kefahaman, soal yang dibangkitkan oleh Kulim-Bandar Baharu juga sebentar tadi, radikalisme.
Dan inilah yang saya tegaskan bahawa kita melaksanakan syarah ataupun kupasan hadis ini bersekali dengan JAKIM supaya tidak timbul isu-isu kemudian hari ataupun salah faham konsep, khususnya dalam konteks Malaysia, bagi memastikan bahawa hadis ini benar-benar dihayati mengikut konteksnya Yang Berhormat. Jadi untuk itu juga, peranan penting akan dimainkan oleh PPD dan JPN. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya bergerak ke nombor 5. Tuan Prabakaran, Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Soalan Batu nombor 5.
5. Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran [Batu] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, selain daripada bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, apakah jenis bantuan yang disediakan oleh pihak JKM untuk membantu kanak-kanak yang berhadapan masalah autisme, dan ADHD.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Allahumasolli ala Sayidina Muhammad wa’ala alihi Sayidina Muhammad. Tuan Yang di-Pertua, orang kurang upaya ataupun OKU adalah merupakan kumpulan sasar, salah satu kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang sentiasa diberi perhatian untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan sebagaimana yang telah termaktub dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008, Dasar Orang Kurang Upaya dan juga Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya.
Perancangan dan program berkaitan OKU di Malaysia mengambil kira semua kategori OKU termasuklah autisme ataupun autism spectrum disorder dan juga attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) yang merupakan sub kategori kurang upaya pembelajaran. Kerajaan memberikan beberapa bantuan ataupun program bagi membantu meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak autisme dan juga ADHD.
Antara program khusus yang telah dilaksanakan untuk kanak-kanak autisme adalah pertama, melaksanakan kempen pendaftaran orang kurang upaya- OKU di mana
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
sehingga Ogos 2023, seramai 48,781 OKU autisme dan 14,938 OKU ADHD telah berdaftar dengan JKM. Ini membolehkan mereka menikmati hampir 30 kemudahan dan juga keistimewaan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan dan juga swasta.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, untuk itu kita menggalakkan, kita ingin menggalakkan semua ibu bapa untuk segera mendaftarkan kanak-kanak yang merupakan OKU supaya mereka ini berhak untuk menikmati hampir 30 kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.
Keduanya, menyediakan perkhidmatan taska OKU. Kerajaan dengan kerjasama Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) telah menubuhkan enam buah taska OKU pada tahun 2013 sebagai projek rintis dan kemudian menambah lagi lima buah taska OKU pada tahun 2020. Sehingga kini, terdapat sebanyak 11 buah taska OKU bagi enam kategori kanak-kanak orang kurang upaya yang merangkumi sindrom down, autisme, penglihatan, pendengaran, fizikal dan juga pembelajaran, di mana taska bagi kanak-kanak OKU, autisme yang khususnya iaitu taska autisme diadakan di Sibu, Sarawak.
Dalam pada masa yang sama, kerajaan turut menyediakan program kepada OKU yang turut memberi manfaat kepada kanak-kanak autisme dan ADHD seperti, pertamanya adalah Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di mana seramai 18,957 OKU telah menerima perkhidmatan di semua 564 PDK yang berada di seluruh negara sehingga Ogos 2023. KPWKM ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Menteri Kewangan melalui Belanjawan 2024, kerana telah mengumumkan kenaikan kadar elaun pelatih PDK, daripada RM150 kepada RM300 sebulan dengan kadar RM3,600 setahun.
Yang keduanya adalah perkhidmatan institusi. Terdapat tujuh buah institusi OKU iaitu Taman Sinar Harapan (TSH) yang diadakan di seluruh negara yang memberikan penjagaan dan perlindungan serta pemulihan kepada kanak-kanak OKU kategori pembelajaran termasuklah autisme dan juga ADHD.
Yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga sentiasa bekerjasama dengan pihak penyiaran, sepertimana televisyen dan juga radio dalam penyebaran maklumat berkaitan autisme, untuk kesedaran semua pihak berhubung dengan cabaran, keperluan dan sokongan yang diperlukan oleh kanak-kanak autisme dan juga ADHD.
Selain daripada itu, terdapat juga pelbagai inisiatif dan insentif yang telah disediakan oleh kerajaan, yang telah disalurkan melalui agensi-agensi lain termasuklah Kementerian Pendidikan misalnya, yang menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas dan Program Genius Kurnia dan Kementerian Pendidikan Tinggi pula telah menyediakan bantuan kewangan pelajar OKU di institusi pengajian tinggi. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, kerjasama semua pihak kementerian termasuk NGO dan semua pihaklah, adalah sangat penting dalam kita memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anak-anak OKU kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Tan Sri dan terima kasih YB Timbalan Menteri. Tan Sri, saya ingin mengalu-alukan mengenai kehadiran pelajar-pelajar STPM dari SMK Ketari Bentong, Pahang.
[Tepuk] Dan kepada soalan tambahan dan saya rasa jawapan yang panjang dan banyak kemudahan yang kerajaan telah diberikan dan dengan ucapan Belanjawan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Jumaat lepas, beliau mengatakan Bajet RM2.6 bilion kepada Jabatan Kebajikan Malaysia.
Dan soalan saya, adakah peruntukan ataupun bantuan kepada golongan ini ditambah?
Hal ini kerana saya rasa pendidikan kepada golongan OKU ini, terutamanya kanak-kanak autisme ataupun ADHD adalah limited. Kenapa saya cakap daripada fakta yang diberikan tadi pun, taska hanya 11 kepada beribu-ribu kanak-kanak dan juga waiting list saban hari terlalu lama apabila ibu bapa daftar anak-anak mereka pada Permata Kurnia dan NASUM. Dan mereka ini yang tunggu lama dalam waiting list ini, terpaksa
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
hantar anak-anak mereka ke kelas swasta. Dengan adanya Menteri Pendidikan dalam ni, boleh ambil tahu jugalah. So saya, apakah pandangan ataupun jawapan daripada pihak Timbalan Menteri? Adakah peruntukan kepada bantuan golongan ini dinaikkan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman, peruntukan yang telah ditingkatkan sehingga ke RM2.5 bilion untuk bantuan kebajikan itu adalah telah mempunyai – kita telahpun mempunyai senarai sebenarnya untuk siapa yang selayaknya diterima. Dan kalau ikut apa yang saya sebutkan tadi, di peringkat PDK sahaja pun kita telah naikkan. Kerajaan telah berjanji kalau – itu sebabnya belanjawan yang baru dibentangkan hari itu, perlulah mendapat sokongan daripada semua pihak kerana ada beberapa kelebihan tambahan yang telah diberikan sepertimana yang telah ditanyakan Yang Berhormat Batu sebentar tadi.
Adapun yang disebutkan tentang pendidikan khas, berkaitan dengan Permata Kurnia NASUM itu adalah sebenarnya terletak di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan. Jadi, saya mencadangkan kepada Yang Berhormat supaya mungkin boleh membangkitkannya dalam perbahasan belanjawan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Tumpat.
Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Persoalan saya, adakah pihak Kementerian Wanita akan mengadakan kerjasama dengan kementerian lain, khususnya Kementerian Kesihatan dan juga Kementerian Pendidikan kerana didapati hari ini, kesedaran di kalangan ibu bapa yang menghadapi anak-anak autisme sangat rendah dan keperluan untuk intervensi awal perlu dijadikan suatu kewajipan kepada ibu bapa dan ini memerlukan kerjasama daripada ketiga-tiga kementerian, pertama.
Yang kedua, adakah kementerian akan juga mempertimbangkan penubuhan Jabatan OKU secara berasingan di bawah kementerian kerana keperluan OKU ini dilihat sangat besar kerana mewakili 15 percent daripada penduduk Malaysia? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Puan Hajah Raj Munni binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, saya jawab yang soalan kedua dulu. Berkaitan dengan Jabatan OKU, adalah saya sukacita memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia, bahawa Jabatan OKU telah pun diwujudkan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Tetapi buat masa ini, dia masih duduk di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, due to kekangan yang banyak, khususnya di sudut keperluan bajet contohnya. Kita pun dalam proses untuk mewujudkan, mengasingkan satu Jabatan Pembangunan Kanak-kanak.
Tetapi walau bagaimanapun, perkara ini telah pun diberi perhatian dan berada di dalam pipeline tindakan gerak kerja kementerian.
Yang soalan pertama tadi tentang kerjasama. Insya-Allah, kementerian kita sebagai satu kerajaan yang bersama, sama ada di peringkat Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Kesihatan dan kita ada satu majlis sosial negara, Tuan Yang di-Pertua, yang di mana kita sentiasa berbincang untuk kepentingan anak-anak.
Dan untuk makluman Yang Berhormat Tumpat juga, kita dalam perancangan untuk membangunkan satu modul intervensi awal kanak-kanak OKU, yang mana supaya kalau keperluan ini berkaitan anak-anak, kanak-kanak OKU ini dapat dilihat dan dapat diterapkan kepada semua taska dan juga kepada semua pendidikan awal kanak-kanak, insya-Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tuan Wan Razali bin Wan Nor, Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 6.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
6. Tuan Wan Razali bin Wan Nor [Kuantan] minta Menteri Pengangkutan menyatakan status terkini perkembangan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL):
(a) bilangan syarikat tempatan dan syarikat luar yang terlibat dalam projek ECRL; dan
(b) adakah terdapat implikasi kewangan tambahan yang terkini bagi projek ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga bulan Ogos 2023, pembinaan keseluruhan projek ini telah mencapai kemajuan sebanyak 50.29 peratus dan tahun 2023 ini merupakan tahun puncak pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur melibatkan kerja- kerja struktur utama seperti pemasangan rasuk dengan izin, beam launching, pembinaan stesen dan pemasangan landasan dengan izin, track lane. Pada masa ini, kerja-kerja pembinaan seperti pembinaan jambatan yang menggunakan jentera beam launcher, kerja-kerja pengorekan, kerja-kerja struktur dan pembinaan terowong sedang giat dijalankan di sepanjang jajaran ECRL.
Kerja-kerja pengorekan terowong menggunakan kaedah tunnel boring machine untuk terowong genting pertama telah mencapai 3.1 kilometer, manakala terowong genting kedua telah mencapai 4.29 kilometer. Jumlah panjang bagi setiap terowong genting ialah 16.39 kilometer dan ianya merupakan satu-satunya terowong berkembar bagi projek ECRL.
Selain itu, sejumlah 25 terowong telah berjaya ditembusi setakat 25 Ogos 2023, termasuk 21 terowong di seksyen A iaitu Kota Bharu ke Dungun dan seksyen B, Dungun ke Temerloh, manakala baki empat terowong adalah di bawah seksyen C iaitu Temerloh ke Pelabuhan Klang. Kerja-kerja pelancaran rasuk (beam launching) juga telah bermula di tujuh lokasi iaitu Kota Bharu di negeri Kelantan, Bandar Permaisuri, Kuala Terengganu, Dungun, Kemasik di negeri Terengganu serta Kuantan dan Paya Besar di negeri Pahang, dengan sejumlah 1,100 dari 4,328 rentang jambatan telah siap dipasang.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Ahli-ahli Yang Berhormat, kontraktor utama projek ECRL adalah China Communications Construction Sdn. Bhd. (CCCECRL) yang juga merupakan kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan dengan izin, engineering, procurement, construction and commissioning (EPCC). Sehingga 31 Ogos 2023, pihak kontraktor utama telah melantik pelbagai syarikat tempatan yang secara keseluruhannya berjumlah 2,785 syarikat terdiri daripada subkontraktor, konsultan, pembekal serta pemberi perkhidmatan.
Berdasarkan Perjanjian Tambahan No. 6 iaitu dengan izin, Supplementary Agreement No. 6 yang telah ditandatangani pada 2 Jun 2022, kos bagi pembinaan ECRL dari Kota Bharu, Kelantan hingga ke Pelabuhan Klang di Selangor dengan jajaran sepanjang 665 kilometer serta 20 buah stesen iaitu untuk penumpang dan kargo di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor masih kekal dengan jumlah RM50.27 bilion. Pihak Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. sentiasa memberikan perhatian terhadap sebarang perubahan yang telah mengakibatkan peningkatan kos bagi keseluruhan projek ECRL. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Panjang lebar jawapan yang diberikan. Cuma, kita mengharapkan ianya berjalan seperti mana yang jadual yang ditetapkan. Soalan tambahan saya, apakah usaha yang dilakukan kementerian bagi memastikan limpahan ekonomi terjamin misalnya melalui pengukuhan,
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
penyediaan pengangkutan awam di Kuantan khususnya serta wilayah Pantai Timur daripada ECRL ini. Terima kasih.
Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
Terima kasih Yang Berhormat. Tentang limpahan kepada kontraktor tempatan dan juga bidang-bidang lain. Tadi pecahan ya untuk kontraktor-kontraktor, yang ini limpahan dalam pembinaan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, bumiputera, sepanjang laluan ini. Subkontraktor – 166, konsultan – 31, pembekal dan perkhidmatan – 239, berjumlah 436 ya. Semuanya yang mendapat limpahan daripada bidang construction. Dan yang non— yang bukan bumiputera pula, subkontraktornya 357...
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
[Bangun]
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Bangun]
Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
...Konsultan – 90, pembekal dan perkhidmatan – 1,902, berjumlah 2,349. Dan jumlah keseluruhannya 2,785 ya yang mendapat limpahan...
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
[Bangun]
Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
...Dalam semasa pembinaan ini. Dan sudah pasti sepanjang pembinaan ini dari segi penyediaan makanan, logistik, semuanya memang melibatkan penduduk-penduduk di sepanjang laluan ini. Dan kita yakin ya dengan apa namanya ini— banyak lagi yang lain mendapat limpahan daripada pembinaan ini. Salah satunya ialah sebagaimana yang kita ketahui, kalau kita melihat dalam the New Industrial Master Plan, kita boleh melihat juga di sepanjang laluan ini, banyak perkara, banyak pertumbuhan-pertumbuhan TOD dan sebagainya akan dilaksanakan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Puan Speaker, YB Timbalan Menteri, baru-baru ini pada 25 Julai 2023, di kilometer 66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak berlaku mendapan dan menyebabkan berlubang di tengah-tengah highway Karak tersebut oleh sebab kerja-kerja pembinaan terowong oleh pihak ECRL. Jadi, apakah jaminan daripada pihak kerajaan dan juga pihak ECRL sendiri, bahawa pembinaan ECRL itu tidak menyebabkan tidak berulang lagi perkara-perkara seperti itu?
Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
Terima kasih YB Bentong. Dalam pembinaan yang mega ini— this is a mega construction ya, dengan izin dan ia apa nama iaitu seperti pengorekan terowong dan sebagainya. Jadi, kita dalam melaksanakan ini sudah pastinya keselamatan semasa construction dan selepas itu semua akan diambil kira, sudah pasti.
Sebab ini membabitkan prestasi, membabitkan keselamatan orang awam, keselamatan pengguna jalan ya, semuanya akan diambil kira.
Sudah pastinya apa yang berlaku saya tahu, sudah pun diambil tindakan dan memastikan di tempat-tempat lain juga. Tapi, possibility, possibility ini kadang-kadang tidak dijangka juga semasa construction. Tapi, saya yakin kita meminimakan semampu mungkin supaya pembinaan ini tidak menjejaskan our everyday punya activity. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Kesavan a/l Subramaniam, Sungai Siput.
7. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan berapa jumlah yang telah dibelanjakan setakat ini daripada RM200 juta yang diperuntukkan kepada TEKUN dan RM30 juta yang diperuntukkan kepada SPUMI dalam Belanjawan 2023.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Puan Saraswathy a/p Kandasami
Terima kasih Sungai Siput atas persoalan yang dikemukakan. Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, TEKUN Nasional telah diperuntukkan sebanyak RM330 juta di bawah Belanjawan 2023 yang merangkumi peruntukan sebanyak RM300 juta untuk usahawan bumiputera dan RM30 juta kepada usahawan India bagi
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Puan Saraswathy a/p Kandasami
Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) dan peruntukan tambahan di bawah ekonomi MADANI sebanyak RM100 juta. Jadi, menjadikan keseluruhan dana yang diperuntukkan untuk TEKUN pada tahun 2023 adalah RM430 juta.
Selain peruntukan di bawah belanjawan, TEKUN Nasional juga menggunakan peruntukan dalaman agensi sendiri bagi menampung keperluan permohonan yang tinggi dalam kalangan usahawan terhadap skim-skim pembiayaan TEKUN. Sehingga 30 September 2023, secara keseluruhannya TEKUN Nasional telah menyalurkan bantuan pembiayaan kepada seramai 36,333 orang usahawan bumiputera dengan nilai pembiayaan berjumlah RM764.97 juta. Manakala 1,630 orang usahawan India pula telah menerima pembiayaan SPUMI melibatkan nilai pembiayaan sebanyak RM30.98 juta.
Sekian, terima kasih Puan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Jadi, soalan tambahan berkaitan dengan soalan asal. Saya nak ingin tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapakah jumlah dana yang diterima daripada kerajaan untuk SPUMI semenjak ia diterima hingga tahun 2023? Dan berapakah jumlah yang diagihkan dan yang telah dikutip balik daripada peminjam dan adakah jumlah tersebut yang dikutip itu diagihkan semula kepada rakyat sebagai dana pusingan? Terima kasih.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Puan Speaker, SPUMI telah mula menerima dana daripada kerajaan semenjak tahun 2007. Semenjak tahun 2007 sehingga 2022, jumlah dana yang diterima adalah RM361,500,000 dan pengeluaran pembiayaan adalah sebanyak RM399,177,400. Dan kutipan setakat 2023 adalah RM2,044,034,942.
Berkenaan dengan perincian dana yang diterima dan juga pengeluaran pembiayaan dan kutipan akan diberikan kepada Yang Berhormat...
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
[Bangun]
Puan Saraswathy a/p Kandasami
...Secara bertulis. Ini adalah jumlah besar yang diterima. Berkenaan dengan penggunaan kutipan sebagai dana pusingan, ia dilakukan oleh pihak pengurusan TEKUN dan segala perincian berkenaan bagi kutipan yang digunakan semula akan diberikan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih, YB Speaker. Memandangkan Belanjawan 2024 memperuntukkan sebanyak RM720 juta bagi menggalakkan golongan wanita dan golongan belia menceburi bidang perniagaan, soalan saya, apakah perancangan kementerian bagi memastikan golongan wanita dan golongan belia memanfaatkan dan bagi menceburi bidang perniagaan? Soalan kedua, berapakah bilangan sasaran kementerian daripada penerima peruntukan ini? Terima kasih.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Puan Speaker, soalan tambahan dikemukakan adalah di luar daripada soalan asal iaitu berkenaan khusus kepada TEKUN.
Walau bagaimanapun, saya akan menjawab soalan yang dikemukakan.
Pertamanya, Puan Speaker, berkenaan dengan galakan kepada golongan wanita dan belia. Di bawah Kementerian KUSKOP, kita mempunyai banyak program yang khusus kepada belia dan juga untuk golongan wanita. Setiap satu daripada program yang dilakukan adalah di bawah agensi-agensi di bawah KUSKOP seperti INSKEN, TEKUN, Bank Rakyat dan sebagainya.
Selain daripada program-program khusus untuk wanita dan belia, golongan wanita dan belia juga boleh mengambil bahagian setiap satu program yang dilaksanakan oleh semua agensi di bawah KUSKOP.
Jadi kesimpulannya, golongan belia dan wanita tidak dipinggirkan dalam percubaan untuk menggalakkan usahawan-usahawan mengambil bahagian ataupun menceburi dalam bidang perniagaan.
Puan Saraswathy a/p Kandasami
Secara tambahan, satu jawatankuasa khas untuk membangunkan suasana yang baik untuk golongan wanita menceburi dalam bidang perniagaan telah ditubuhkan yang mana adalah dipengerusikan oleh saya. Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan Wanita ini mempunyai Kementerian Pembangunan Wanita sebagai ahli tetap dalam jawatankuasa dan kami mempunyai satu forum untuk membincangkan semua cabaran yang dihadapi oleh golongan wanita dalam suasana perniagaan supaya kita boleh membantu mereka untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut dan mereka kekal dan juga maju dalam bidang perniagaan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Kubang Kerian.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya kemuka soalan no. 8.
8. Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk membina sebuah Pusat Konservasi Artifak (Conservation Centre) yang berfungsi seperti di Heritage Conservation Centre (HCC), Singapura bagi menjaga warisan ketara negara dan artifak.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia
(JMM) bertanggungjawab atas kerja-kerja pengumpulan, pemuliharaan dan pengekalan warisan sejarah, budaya dan alam semula jadi negara.
Jabatan Muzium Malaysia telah mempunyai sebuah pusat konservasi di ibu pejabat yang mempunyai satu makmal konservasi sahaja untuk menampung keperluan bagi melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan artifak.
Sehubungan itu, terdapat keperluan untuk penambahan ruang makmal yang dikhususkan kepada koleksi tekstil, seramik organik dan bukan organik. Penambahan ruang juga diperlukan untuk ruang rawatan artifak, ruang humidifikasi, ruang fumigasi, ruang pembersihan artifak menggunakan air dan ruang pewarnaan untuk tujuan sokongan artifak.
Jabatan Muzium Malaysia pernah memohon penubuhan sebuah pusat konservasi artifak ataupun conservation center yang berfungsi seperti di Heritage Conservation Center Singapura menerusi cadangan pelan pembangunan kompleks perpaduan atau integrated conservation center bagi Jabatan Muzium Malaysia di bawah permohonan rolling plan ketiga Rancangan Malaysia Ke-12, tetapi sekarang ini kita belum dapat jawapan yang positif. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kubang Kerian.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih. Negara kita mempunyai pelbagai keindahan warisan ketara dan tidak ketara dan kita menjangkakan bahawa warisan ini sangat bernilai tinggi dan mampu menjadi daya tarikan pelancongan.
Persoalan saya ialah, yang pertama, apakah pihak kerajaan tidak bercadang untuk menjadikan conservator kita sebagai satu profesion yang dapat diberi peluang kenaikan pangkat dan sebagainya pada masa depan untuk jangka panjang?
Kedua, dengan jawapan tadi, kita dapati bahawa peruntukan kepada muzium kita sangat terhad sedangkan muzium ini salah satu daya tarikan kepada pelancong- pelancong untuk hadir. Persoalan saya ialah apakah langkah-langkah yang perlu dibuat oleh pihak kementerian untuk naik taraf? Beberapa muzium ini sangat ketinggalanlah negara kita ini dan gagal menjadi daya tarikan kepada pelancong. Terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat. Sangat terima kasih atas prihatin dan sokongan Yang Berhormat ke atas muzium-muzium kita yang begitu banyak di seluruh negara dan ia sebagai tourist attraction sekarang dan juga pada masa-masa depan.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Kalau kita melihat di seluruh negara, kita mempunyai 200 lebih muzium. Kalau dibandingkan dengan Singapura baru 10. Dan dari segi artifak pun kita lebih jauh lebih banyak, mungkin dua ke tiga juta kalau dibandingkan dengan apa yang ada di Singapura.
Tapi, walaupun begitu, saya amat menyokong seruan Yang Berhormat. Atas sebab itu, kita pun telah memohon untuk mengadakan satu integrated conservation center di mana apabila ini diluluskan, semua kenaikan pangkat, semua staf dan sebagainya akan dapat kita uruskan sebab kita ada pusat yang besar dan ber-*integrated.
Integrated* di sini bermakna kita akan gabungkan ke semua artifak-artifak daripada muzium, Arkib Negara, perpustakaan, balai seni dan warisan sekali. Warisan sekarang ini di bawah MOTAC. Kita telah proposed ianya di-integrated ke satu conservation center yang memelihara khazanah warisan kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Puan Timbalan Speaker. Terima kasih atas jawapan dari Timbalan Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Menteri.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Tetapi, ada satu soalan yang penting iaitu selain daripada artifak, kita juga mendapati ada banyak tempat tapak warisan yang sangat penting bagi sejarah negara kita.
Contohnya, baru-baru ini archeologist mendapati ada tapak di Bukit Choras, Kedah terdapat ada candi yang cantik yang menunjukkan bahawa negara kita memang bersejarah lama dan 1,000 tahun lebih. Juga di Lembah Bujang dan banyak tempat lagi khasnya yang menunjukkan sejarah lama di Kedah Tua.
Bagaimana dan berapa belanjawan yang kita ada untuk konservasi semua tapak ini? Kerana kita dapati bahawa banyak tempat ini sebenarnya ataupun bangunan lama ini di bawah tanah persendirian dan ada kemungkinan dibangunkan dengan pemajuan yang baharu.
Jadi, bagaimana Kerajaan Persekutuan boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri supaya semua tapak warisan ini dapat di— ada kerja konservasi yang baik supaya tidak dimusnahkan dan anak muda dan generasi yang akan datang terus lupa bahawa negara kita sebenarnya mempunyai sejarah yang memang bermakna. Terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat. Begitulah program ataupun rancangan kita di Kementerian Perpaduan sekarang ini sebab muzium, archive, di bawah kementerian kita. Kita dengan sedaya upayanya untuk menguruskan dan pastikan apa yang kita perlu buat untuk warisan-warisan kita seperti tapak yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi.
Kita memang faham dan sebab itu kita amat cuba sedaya upaya untuk memohon bajet. Masalah di sini adalah peruntukan kita yang memang tidak mencukupi tiap-tiap tahun. Kita ingin mengadakan semua program untuk memelihara tempat-tempat bersejarah. Memang banyak tempat bersejarah yang kita ada.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Ada 11 arkib di seluruh negara dan juga kalau muzium, kita ada 436 muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia dan juga di negeri. Di bawah agensi-agensi ada 65. Di bawah individu pun ada, ada 10. Dan memang dari segi kekayaan khazanah, kita memang ada tetapi peruntukan untuk mengembangkan pegawai dan staffing di bawah arkib dan muzium ini adalah jadi satu masalah. Thank you.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dr. Kelvin Yii Lee Wuen, Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Puan Speaker.
Lepas makan mi kolok, banyak senyuman, Soalan saya, nombor sembilan.
9. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching] minta Menteri Kesihatan menyatakan perancangan kementerian untuk membeli vaksin HPV, jenis vaksin yang dibeli dan jangka masa untuk memastikan mereka yang tercicir terutamanya pada zaman COVID-19 mendapat vaksin yang diperlukan.
Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih sahabat saya, Bandar Kuching.
Makan laksa, ini jawapan saya.
Tuan Yang di-Pertua, pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah menyebabkan gangguan bekalan vaksin HPV peringkat global. Dan ini turut telah mengganggu pelaksanaan pemberian imunisasi HPV di Malaysia, khususnya kepada murid perempuan Tingkatan 1 atau remaja perempuan 13 tahun bermula tahun 2021. Oleh itu, bagi memastikan murid yang tercicir ini akan terus mendapat imunisasi HPV, Kementerian Kesihatan sedang dalam proses perolehan vaksin bagi meneruskan pelaksanaan pemberian imunisasi HPV kepada kumpulan sasaran. Proses perolehan vaksin ini telah mengambil kira proses perolehan kerajaan selaras dengan pelaksanaan Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP).
Kementerian Kesihatan komited untuk memastikan semua murid perempuan Kohort 2021, Kohort 2022 Dan Kohort 2023 yang tercicir, menerima vaksin HPV sebelum mereka tamat persekolahan. Keutamaan pemberian vaksin HPV adalah kepada murid perempuan Tingkatan 1 bagi Kohort 2021 terlebih dahulu, diikuti kepada murid Kohort 2022 dan seterusnya kepada murid Kohort 2023.
Jangka masa pemberian ini adalah bergantung kepada jumlah vaksin yang akan diperolehi kelak. Dan juga, apakah jenis vaksin yang akan diberikan adalah- vaksin ini perlulah mempunyai HPV jenis 18 dan juga– 18, ya dan itu adalah jawapan daripada pihak KKM.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih atas jawapan tersebut Timbalan Menteri. Saya membawa isu ini kerana satu isu yang penting, di mana banyak ibu bapa membangkitkan kebimbangan mereka apabila anak perempuan mereka terlepas disebabkan COVID-19. Saya difahamkan hampir 800,000 pelajar perempuan yang masih perlu disuntik, dicampurkan dengan Kohort ini. Jadikah, apakah perancangan Kementerian Kesihatan untuk mempercepatkan proses, untuk kita catch up supaya anak perempuan kita terlindung daripada isu ini? Sekian, terima kasih.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih kepada Bandar Kuching.
Satu soalan yang baik. Dan juga, kita menghargai keresahan ibu bapa yang ingin memastikan anak-anak mereka mendapat imunisasi HPV. Dan juga, seperti yang kita ketahui, kesan daripada COVID-19, kita telah mengalami permasalahan untuk mendapatkan bekalan vaksinasi vaksin HPV ini. Dan juga, untuk makluman Yang Berhormat Bandar Kuching, bagi tujuan untuk memulakan proses vaksinasi, sekiranya kita telah mendapatkan bekalan vaksin HPV tersebut, kami telah menyediakan pasukan imunisasi.
Sebanyak 600 pasukan yang telah bersedia untuk membuat vaksinasi di setiap sekolah. Dan juga, mobilisasi anggota kesihatan ini akan disegerakan, sekiranya perolehan telah dipersetujui oleh kementerian. Dan juga ketika ini, kita telah membuka kepada petender-petender untuk memberikan jenis-jenis vaksin yang bersesuaian untuk dibeli. Dan juga, kita menunggu pihak MOF untuk bersetuju, untuk membenarkan proses perolehan ini dilakukan dengan segera. Itu saja jawapan daripada saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Yang di-Pertua. Kapar nak tahu, kerana sasaran itu tadi agak besar ya jumlahnya. Jadi, adakah semua klinik kesihatan di desa– semualah, di dalam negara kita ini akan terlibat untuk mencapai sasaran itu? Yang keduanya, adakah vaksin yang digunakan, 9-valen yang terbaik? Maknanya, satu dos
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
sahaja. Kalau tak, dia kena berkali-kali. Satu dos saja tapi dia, efikasinya dijaminkan. Dan saya bimbang tadi, seolah-olah Timbalan Menteri rasa macam bajet tidak ada pula. Tidak mencukupi untuk mencapai kat target tadi.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Kapar. Berkenaan tentang usaha untuk mendapatkan vaksinasi ini. Kita akan memastikan kesemua yang telah disebut oleh Yang Berhormat Bandar Kuching tadi, sekitar 800,000– kalau the exact figure, dengan izin, adalah 820,000 bermula daripada Kohort 2021 hingga Kohort 2023. Insya- Allah, kita akan mendapatkan vaksin tersebut.
Dan juga, berkenaan tentang dos, ketika ini sememangnya kita menggunakan pemberian vaksin quadrivalent sebanyak dua dos. Dan juga, sememangnya perancangan kami adalah untuk perolehan yang akan datang, untuk memberikan vaksin satu dos. Dan juga, kita akan memberikan jaminan keberkesanan dengan penggunaan satu dos tersebut.
Dan juga, berkenaan tentang penggunaan– apa itu? Adakah sampai ke kawasan luar bandar atau pun pedalaman? Sudah pasti kami akan menjalankan satu kerjasama dengan pihak Kementerian Pendidikan. Memandangkan target group, dengan izin, adalah dalam lingkungan berumur 13 tahun. Remaja perempuan berumur 13 tahun. Dan juga, 600 pasukan ini adalah meliputi pasukan-pasukan yang berada di luar bandar dan juga di pinggir bandar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Tuan Speaker, yang tentang 13 tahun ke atas, bukan semua pelajar di sekolah menengah 13 tahun ke atas masih berada di sekolah menengah sebab undang-undang kita hanya primary school.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sabar, Kapar.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Yang Berhormat, jangan bimbang Yang Berhormat. Kita mempunyai kaedah untuk mengenal pasti. Walaupun terdapat pelajar- pelajar wanita yang tercicir, kami mempunyai kaedah khusus. Memandangkan kami mempunyai komuniti-komuniti kesihatan yang berada di rumah panjang, di perkampungan Orang Asli. Di situlah kaedah kami mengesan remaja-remaja berusia 13 tahun yang tercicir. Dan kami akan pastikan dan cuba sedaya upaya untuk memvaksinkan remaja- remaja perempuan ini. Sekian, terima kasih. Terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas, Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Terima kasih Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 10.
10. Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan pendekatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia
(JIM) dalam menambah baik mutu perkhidmatan dan operasi pusat pemeriksaan sempadan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Yang di- Pertua, terima kasih rakan saya dari Mersing. Kesesakan tambak Johor ini sememangnya dalam perhatian kerajaan, bukan sahaja yang sekarang, bahkan terdahulu.
Tuan Yang di-Pertua, dari segi governance, di sana wujud Jawatankuasa Kabinet menangani kesesakan tambak Johor. Kali ini, dipengerusikan oleh TPM II. Tambak Johor ini, setahun- untuk tahun ini, dia merupakan laluan yang dilalui hampir 136 juta travellers atau pengguna. Dengan unjuran peningkatan sebesar 15 peratus setahun, itu bermaksud menjelang 2025, angka itu akan meningkat sehingga 150-an juta. Demikianlah gambaran tentang angka travellers yang melalui laluan tersebut.
Dari segi logistik bangunan Sultan Iskandar ini, kapasiti dewan penumpangnya cuma boleh menampung 3,000 orang dan dia ada 284 kaunter dan diurus kendali oleh hampir 20 agensi. Baik. Soalan Mersing ingin beritahu, apakah ikhtiar yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen untuk menambah baik mutu perkhidmatan? Yang pertama ialah
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
dilakukan gabungan kaunter. Gabungan kaunter ini maknanya, sebelum ini orang yang melalui tambak Johor, khususnya di Singapura atau– dia kena cop pasport dulu.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Lepas itu, dia kena pergi ke satu lagi kaunter di depan, untuk dia bayar ataupun dia Touch ‘n Go dan juga dia bayar JPJ. Dua hentian ini, makan masa 20 saat untuk diselesaikan urusan. Kita gabungkan kaunter, sekarang jadi penjimatan sebanyak lima hingga lapan saat. Pada kita kecik tetapi kalau kita berada di lapangan, di tempat itu, dia memberikan impak yang sangat besar. Jadi, sekarang, 38 kaunter gabungan siap pada Julai tahun ini. Daripada dua, kita satukan.
Yang kedua adalah terdapat sebanyak 100 laluan MBIKE. Maknanya, penunggang motosikal dari Malaysia, dari Johor khususnya, ulang-alik hari-hari ke Singapura, dia cuma perlu sentuh MBIKE. Tiga seconds, tiga saat, palang terbuka. Dia terus pergi ke Singapore. Dulu, Singapore bila penunggang motosikal kita menghampiri Kompleks Imigresen Singapura, Singapura kenakan tiga perkara.
Yang pertama, kena buka helmet. Kedua, kena matikan enjin, ketiga kena tolak dan itu menyebabkan kesesakan. Kita sampaikan perkara itu kepada Kerajaan Singapura dan hari ini Singapura tak buat lagi tiga syarat itu. Bahkan Singapura mulai Januari ini, dia akan guna pula sistem barcode. Baik laluan BSI ataupun laluan Tuas. Jadi, itu antara yang akan melegakan. Itu yang kedua.
Yang ketiga, minggu lepas, saya dan Menteri Besar Johor turun ke Kompleks Sultan Iskandar, kita luncurkan pula laluan kontra. Pada masa sibuk, laluan kontra bermaksud macam kita buat dekat gate Parlimen kita awal pagi. Kita boleh masuk laluan keluar itu. Begitulah kita buat laluan kontra di Johor, terutama Jumaat, Sabtu, Ahad hujung minggu yang memang pengembara itu lebih tinggi bilangannya.
Yang keempat, hari ini di Bangunan Sultan Iskandar, prinsip kita adalah 284 kaunter itu jangan tak ada orang. Oleh itu, isu perjawatan. Jabatan Imigresen, dua bulan sekali kita keluarkan graduate di pusat latihan di Port Dickson. Segera kita turunkan mereka bertugas di BSI.
Kita juga sekarang sedang memuktamadkan single entry point dan juga single border agency. Single entry point, KDN sedang memperhalusi terma-terma. Bermaksud, persefahaman antara Malaysia dan Singapura akan membawa nanti kaedah single entry point yang akan diumumkan tetapi Perdana Menteri baru ini umumkan single border agency. Saya sebut tadi, di BSI ada 20 agensi. Jabatan Imigresen, polis, MAQIS, Kastam dan segala macam. Single border agency bermaksud kita ke arah mempunyai satu agensi tunggal. Dengan cara itu, dari segi governance, pengurusan, koordinasi, perbelanjaan dan kecekapan akan dapat dicapai. Saya sebutkan bahawa kesemua ikhtiar ini adalah merupakan ikhtiar yang berterusan dan dia tak boleh terhenti but setakat ini, yang Jawatankuasa Kabinet mengenai kesesakan yang dibuat pada tahun 2019 kelmarin sampai sekarang, kita telah membelanjakan dan akan membelanjakan sehingga RM264 juta. Satu jumlah yang besar, sebagai tanda bahawa kita punya komitmen berterusan untuk membantu melegakan isu kesesakan di Tambak Johor. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut berkaitan dengan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan Tambak Johor.
Jadi, soalan tambahan saya yang pertama, apakah tindakan susulan termasuk langkah yang diambil, ekoran penutupan laluan tikus yang digunakan pejalan kaki untuk memasuki kompleks CIQ dan kedua, mungkin terkeluar sikit daripada KDN, iaitu adakah jawatankuasa khas ini juga ada berbincang mengenai pembinaan semula jambatan bengkok ataupun apa-apa jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. Terima kasih.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Laluan tikus, saya bincang dengan Menteri Besar Johor baru ini. Keputusan dia, kita tutup. Isunya, keselamatan. Laluan tikus bermaksud pejalan kaki menghampiri kompleks, dia akan naik pengangkutan awam tetapi kerana jumlahnya ramai, rekod polis menunjukkan berlaku kemalangan.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi, isunya adalah menjaga nyawa.
Keputusan yang kita buat adalah tutup. Baik, idea yang sedang kita bincangkan adalah untuk mengadakan feeder bus lah, bas. Daripada benarkan mereka jalan kaki walaupun jaraknya pendek, kita nak usahakan perkhidmatan bas untuk laluan yang pendek itu, asal mereka boleh sampai ke Kompleks Bangunan Sultan Iskandar dengan selamat. Daripada situ, mereka akan berbaris untuk melalui proses imigresen seperti biasa.
Jambatan bengkok. Di peringkat Jawatankuasa Kabinet ini, belum pernah masuk dalam jadual perbincangan. Jadi, selamat untuk saya katakan idea untuk mengembalikan semula pembinaan jambatan bengkok itu, buat masa sekarang tidak berbangkit. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih, Yang Berhormat.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih Puan Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.00 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 18 Oktober 2023”.
Terima kasih.
Timbalan Menteri Kesihatan - Tuan Lukanisman bin Awang Sauni
Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, saya bangun bawah peraturan mesyuarat. Saya berbuat demikian ialah untuk meneruskan kesinambungan yang dibuat oleh PH dulu. Dulu masa DAP jadi pembangkang, hari-hari bawa 18(1) dan dilayan dengan baik tetapi sekarang saya tak pernah dilayan dengan baik.
Jadi, saya hairan macam mana reformasi Parlimen boleh dibawa? 18(1) yang saya bawa hari ini ialah telah pun saya hantar semalam, iaitu berhubung dengan 35(1), arahan Speaker bahawa tidak boleh dibawa masuk peranti. Perkataan peranti itu apa dia?
Adakah ini peranti?
[Menunjukkan pemegang telefon bimbit] Ataupun apakah ini peranti?
[Menunjukkan telefon bimbit] Apakah peranti? Ataupun kertas ini peranti? Sebab apa, dia
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
orang baca, dia tak tengok Speaker. Saya seorang sahaja, saya baca, saya tengok Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebab apa? Saya baca, tengok Speaker. Orang yang paling banyak tengok Speaker, saya. Terutama Speaker ini, lagi banyak saya tengok.
[Ketawa] Jadi, kenapa kita dilarang? Pelarangan ini, larangan ini tidak sesuai dibuat dengan peraturan 31.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau.
Dato’ SeriDr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, 31 juga tengok, saya sebut ya. 35(1), “Seorang ahli yang hendak bercakap hendaklah bangun di tempatnya dan apabila dipanggil oleh Pengerusi, maka hendaklah ia berdiri mengarahkan ucapannya kepada Pengerusi”. Saya arahkan ucapan kepada Pengerusi. Apa kena mengena dengan 35(1) dengan peranti? Jadi, Yang Berhormat, saya bawa 18(1) ini sebab rakyat tertanya-tanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sudahlah mereka dihalang untuk masuk dalam berita-berita utama tetapi nak gunakan ini pun tak boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini hanya untuk TikTok dan Yang Berhormat suruh pakai apa ini, YouTube.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk dahulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
YouTube juga aplikasi social media.
Jadi, Yang Berhormat, saya minta supaya dibenarkan guna peranti tetapi menghadap kepada Speaker. Sebab kalau tidak...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
31 ini merupakan satu peraturan yang pertama sekali dalam dunia dipakai di Parlimen ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup, cukup. Sini ada nota Speaker untuk Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua telah menerima dua usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) daripada Yang Berhormat Arau pada hari Isnin, 16 Oktober 2023. Kedua-dua usul tersebut telah diterima selepas jam 10 pagi semalam dan tidak cukup 24 jam untuk diputuskan pada hari ini, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 18(2). Maka, ia masih dalam pertimbangan Tuan Yang di-Pertua dan akan diputuskan esok. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sementara menunggu Speaker itu, saya nak kena berucap dan saya terpaksa pakai. Kalau Yang Berhormat tak bagi, saya akan pakai iPad, apa itu saya akan pakai yang Parlimen punya pun boleh.
Keduanya, saya hendak tanya. Ini cameraman ini, yang banyak ini, boleh pula cameraman masuk ambil gambar? Kita tengah tidur sikit pun nak ambil gambar. Jadi, ini macam mana, Yang Berhormat? Arahan siapa? Dan sebenarnya daripada Kementerian Penerangan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukuplah Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dan sebenarnya daripada JPM.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dulu tidak pernah larang ambil gambar.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Arau, sila duduk.
Jangan bazir masa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bukan, Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bukan, Arau sedang bazir masa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau, cukuplah. Tunggu keputusan Tuan Speaker.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, boleh saya ulas sedikit tak? Seminit Yang Berhormat, tak rugi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jangan bazir masa.
Seminit pun jangan bazir.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Setengah minit. Dunia tidak kiamat kalau saya pergi setengah minit, Yang Berhormat. Yang Berhormat, kehadiran mereka...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukuplah Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, untuk apa, saya tanya mereka masuk ambil gambar? Saya sudah pening kepala memikirkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya pun pening kepala tengok Arau macam ini...
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey Yang Berhormat, jadi 18(1) itu sementara menunggu keputusan Speaker, saya dibenarkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sementara menunggu, sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Untuk buat pada hari ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Okey.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2024 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari sembilan puluh dua bilion ringgit
(RM92,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2024, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau
(“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 34 Tahun 2023, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [16 Oktober 2023]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya akan baca senarai pembahas untuk hari ini. YB Ayer Hitam, YB Beluran, YB Semporna, YB Besut, YB Kota Marudu, YB Pengkalan Chepa, YB Ipoh Barat, YB Muar, YB Ledang, YB Bachok, YB Kota Melaka, YB Rompin, YB Sri Aman, YB Machang, YB Tawau, YB Parit, YB Tuaran, YB Labuan, YB Bentong, YB Padang Besar.
Jadi, saya jemput Yang Berhormat Ayer Hitam sebagai Ketua Parti mempunyai 20 minit.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana berjaya membentangkan Belanjawan 2024.
Saya telah menelaah dan juga meneliti belanjawan ini dan merumuskan Belanjawan 2024 ini ada tiga kategori yang boleh saya kelaskan:
(i) cadangan yang saya sangat bersetuju;
(ii) ada cadangan yang saya setuju tetapi perlu penambahbaikan; dan
(iii) cadangan yang saya kurang bersetuju dan justifikasinya dan diharapkan kerajaan dapat mempertimbangkan saranan saya dengan sewajarnya.
Saya mulakan dengan perkara yang saya sangat bersetuju di dalam Belanjawan 2024. Pelan Liberalisasi Visa Malaysia umpamanya. Dalam usaha kita hendak menarik sasaran 26.1 juta pelancong untuk datang ke Malaysia yang berpotensi menjana pendapatan RM89 bilion buat negara, pelan seperti ini sangat penting. Itu satu keputusan yang sangat tepat bagi merancakkan ekonomi negara.
Saya memuji langkah kerajaan memperkenalkan tiga inisiatif baharu di bawah pelan ini yang secara langsung akan memberi sumbangan besar kepada ekonomi khususnya pelancongan dan pembuatan kepada pembangunan negara.
Pertamanya, pengenalan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang untuk pelajar antarabangsa yang telah tamat pengajian bagi menampung keperluan tenaga mahir industri di Malaysia. Itu sangat tepat.
Kedua, menambah baik kemudahan visa on arrival, pas lawatan sosial dan tawaran multiple entry visa, terutamanya dari negara India dan China kerana merupakan pasaran terbesar.
Ketiga, memudahkan cara kelulusan Pas Penggajian bagi pelabur strategik dalam sektor utama. Itu sangat penting kerana pelabur bawa duit masuk ke Malaysia.
Di samping itu, saya amat menyokong langkah kerajaan melonggarkan syarat- syarat seperti permohonan Malaysia My Second Home (MM2H) bagi meningkatkan kedatangan pelancong dan pelabur asing ke Malaysia. Penambahbaikan MM2H ini pasti akan dapat meningkatkan aktiviti pelaburan dalam pasaran kewangan Malaysia dan
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
industri hartanah negara kita. Saya berharap MM2H ini diuruskan oleh MOTAC, bukannya KDN.
Kriteria permohonan tidak boleh terlalu tinggi, rigid, seperti jumlah simpanan tetap di bank dan kurang fleksibiliti dari segi penggunaannya dan bukti pendapatan bulanan lebih RM40,000 sebulan yang tidak realistik dan kurang berdaya saing berbanding dengan negara jiran.
Seterusnya, untuk perkara yang saya setuju tapi memerlukan penambahbaikan seperti inisiatif pelepasan cukai sehingga RM2,000 bagi yuran kursus peningkatan kemahiran dan kemajuan diri. Saya sokong keputusan ini untuk...
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Ayer Hitam...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
...Perluaskan skop bagi pelepasan gaya hidup, meliputi yuran untuk menyertai kursus tersebut.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Ayer Hitam...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Jadi- sekejap ya, sekejap. Beralih kepada perkara yang terkandung dalam belanjawan yang saya setuju tetapi ada ruang untuk penambahbaikan. Saya ingin menyarankan lagi agar kerajaan turut memberi pertimbangan untuk meningkatkan amaun perlepasan diri dan tanggungan bagi pembayar cukai pendapatan individu yang setakat ini kekal pada RM9,000 setahun sebab amaun tersebut tidak lagi realistik dan tidak disemak sejak tahun 2010.
Setelah 13 tahun berlalu, inflasi telah meningkat dengan ketara sekali. Saya rasa wajar kerajaan menaikkan amaun perlepasan diri dan tanggungan kepada RM12,000 yang bersamaan dengan RM1,000 setiap bulan bagi menggambarkan senario kehidupan rakyat yang sebenarnya pada hari ini. Saya yakin, peningkatan amaun perlepasan diri ini akan membantu golongan B40 dan M40 yang amat tertekan dengan inflasi.
Dan seterusnya saya ingin menyentuh tentang cadangan yang terkandung di dalam belanjawan yang saya kurang bersetuju dan saya menyertakan justifikasi saya.
Pertamanya, Cukai Keuntungan Modal (CGT). Pelaksanaan CGT bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus berkuat kuasa pada 1 Mac 2024. Ini tidak terpakai kepada syarikat yang tersenarai di Bursa, kenapa? Kerana kita khuatir pasaran saham kita akan merudum. Akan tetapi bila unlisted shares dikenakan CGT, pasti ramai pengusaha SME tempatan akan mengeluh dan rasa tidak adil, kenapa terdapat perbezaan layanan dua darjat atau double standard oleh kerajaan.
Public listed companies tidak dikenakan CGT. Baik pelabur domestik ataupun asing tetapi untuk syarikat tempatan yang berkorban, bekerja keras, membayar cukai kepada negara, mereka pula tertakluk kepada CGT ini. On top of that, terpaksa lagi membayar cukai korporat setiap tahun seperti syarikat tersenarai di Bursa.
Saya ingin mengemukakan satu persoalan yang sangat relevan. Adakah CGT dikenakan ke atas unlisted shares syarikat oleh individu ataupun adakah CGT hanya dikenakan ke atas perolehan unlisted shares oleh sebuah syarikat sendirian berhad ke atas syarikat sendirian berhad yang lain? Perkara ini perlu diberi pencerahan. Cabaran untuk melaksanakan CGT ini ialah bagaimana kita hendak menilai kos asas kepada unlisted shares sebagai 10 peratus CGT yang dicadang dikenakan kepada keuntungan bersih.
Dalam keadaan di mana saham yang telah diperolehi sejak bertahun-tahun yang lalu ataupun sebuah syarikat telah diperbadankan sejak bertahun-tahun yang lalu dengan modal asas yang begitu rendah, keuntungan bersih tentulah akan menjadi besar.
Nampaknya tidak adil untuk mengenakan 10 peratus CGT pada perbezaan antara hasil jualan dan kos.
Di Australia, kos asas berdasarkan pelarasan inflasi dipertimbangkan dalam perkiraan CGT. Persoalannya adakah Malaysia akan mengambil contoh Australia untuk menerima pakai kos asas berdasarkan pelarasan inflasi?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya turut ingin bertanya tentang pengenaan cukai ke atas kerugian yang tertimbul daripada pelupusan tersebut. Adakah kerugian dibenarkan untuk dibawa ke hadapan dan menolak keuntungan bercukai daripada normal cost of business atau ring fence terhadap urus niaga berkaitan pelupusan unlisted shares?
Adakah selepas ini akan ditetapkan satu had tertentu untuk jumlah tahun yang rugi yang boleh dibenarkan dibawa ke hadapan? Nasib baik kali ini kerajaan mempertimbangkan pengecualian CGT dalam beberapa aktiviti seperti initial public offering (IPO) dan penstrukturan dalaman syarikat tertakluk kepada syarat. Kalau tidak, kebanyakan syarikat tempatan tidak akan membuat IPO di Malaysia, sebaliknya akan berhijrah ke Singapura dan juga Hong Kong.
Satu lagi situasi yang menarik ialah CGT akan dilaksanakan pada 1 Mac 2024.
Pada waktu yang sama, kita sedang melaksanakan Cukai Keuntungan Harta Tanah
(RPGT). Ini boleh dilihat sebagai redundant. Pakar-pakar percukaian seperti Deloitte, Ernst & Young juga berpendapat bahawa tidak boleh ada double taxation. Kalau syarikat yang menguruskan hartanah, dia akan kena cukai 10 sehingga 30 peratus untuk RPGT.
Maka, adakah pindaan undang-undang terhadap akta RPGT akan dilakukan dalam tempoh terdekat? Sebelum ini pernah berlaku beberapa kes. Terdapat individu yang telah membayar RPGT sebanyak 10 peratus selepas menjual tanah tetapi LHDN telah membawa kes ini ke mahkamah, akhirnya apa yang berlaku ialah individu tersebut tidak boleh membayar RPGT tetapi ia dikenakan income tax dengan kadar lebih tinggi kerana dikira sebagai sumber pendapatan individu.
Ini adalah antara contoh, atau precedent yang berlaku. Kecelaruan apabila kita melaksanakan double taxation. CGT dan RPGT adalah antara pertindihan cukai yang tidak sepatutnya wujud. Kita perlu mengambil iktibar daripada insiden ini.
Mengenai e-Invoicing. Saya sedia maklum bahawa kerajaan bercadang menguatkuasakan e-Invoicing secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan dan jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024. Sementara pembayar cukai yang lain mengikut fasa mulai 1 Julai 2025.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Walaupun Kerajaan Madani tidak pernah secara terbuka mengakui mahu memperkenalkan semula GST, tetapi komponen-komponen dalam GST seperti e- Invoicing telah mula kelihatan dan diperkenalkan secara piecemeal. Indikatornya sangat jelas dan tidak dapat kita nafikan.
Bagi saya, e-Invoicing ini sememangnya tidak diperlukan kerana sistem GST merangkumi e-Invoicing. Kenapa e-Invoicing dilaksanakan? Ini merupakan satu subset kepada GST. Sekarang kita berbelanja untuk pembelian software pelaksanaan e- Invoicing, tetapi sekiranya satu hari nanti kita terpaksa balik kepada GST, kita terpaksa berbelanja kali kedua untuk perkara yang sama. Ini satu pembaziran.
Pada tahun 2015, kita pernah melaksanakan GST. Ketika itu...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
...Kita tidak perlu e-Invoicing…
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Puncak Borneo minta celahan sikit.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Ini kerana di bawah GST, semuanya jelas dan transparent. Sekarang kita buat SST dan untuk mengelakkan syarikat membuat invoicing yang palsu, kita terpaksa pakai software lain untuk e-Invoicing. Kenapa perlu berlaku pertindihan ini? Just go straight to GST, semua masalah beres.
Di sini saya ingin bertanya, sistem online LHDN dan SSM boleh diintegrasi atau tidak? Adakah, apakah jaminan sistem ini tidak akan tergendala akibat daripada isu teknikal yang akhirnya akan menyusahkan para peniaga? “Tepuk dada tanya selera”. Are we ready? Ini melibatkan soal transaksi duit yang banyak dan tidak boleh berlakunya
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
server down kerana satu unit sahaja keluar satu invoice, tengah malam kalau server down, akan membawa malapetaka.
Jika kita mengimbas kembali panduan invois cukai dan penyimpan rekod yang masih boleh dirujuk dari laman web rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia, jelas mengatakan bahawa invois cukai mesti dikeluarkan dalam masa 21 hari dari tempoh pembekalan. Pembekal mestilah menyimpan salinan invois cukai dan yang asal hendaklah disimpan oleh penerima. Hanya orang berdaftar GST boleh mengeluarkan invois cukai, sama ada dalam bentuk elektronik ataupun bercetak. Jadi, rumusannya ialah boleh bawa balik GST. Tak perlu lagi e-Invoicing. Ini satu pembaziran. Kalau tidak suka nama GST, sudah ada ura-ura komponen GST telah dibawa balik.
[Tepuk] Jadi, saya rasa tak perlu kita buat pembaziran sebegitu.
Mengenai cukai barangan bernilai tinggi. Ini, apa definisi barang bernilai tinggi ini?
Dulu disebut cukai barangan mewah dan dulu juga secara spesifik kita sebut jam tangan dan juga handbag akan dicukai. Sekarang saya dengar perkataan handbag itu, kali ini saya tak dengar dengan jelas dan ditambah pula, diganti dengan jewelry iaitu barang kemas. Saya ingin minta penjelasan mengenai takrifan sebenar barang bernilai tinggi ini.
Apa definisi barangan bernilai tinggi? Masih lagi jam tangan dan handbag yang pernah diumumkan sebelum ini dan kini ditambah dengan barang kemas ataupun ada lagi barangan lain yang akan ditakrifkan sebagai barang bernilai tinggi?
Bagaimana kerajaan akan menentukan barangan bernilai tinggi berdasarkan nilai ambang? Macam mana tentukan nilai ambang atau berdasarkan jenama? Dulu, saya memang— Sebelum ini saya dengar, nilai ambang RM10,000 telah dicadangkan untuk jam tangan, RM20,000 untuk barang kemas dan RM200,000 untuk kereta. Adakah nilai ambang ini telah dimuktamadkan? Adakah benar kertas cadangan yang pernah diedarkan oleh MOF kepada para pemegang taruh kira-kira dua bulan yang lalu, termasuk dewan- dewan perniagaan?
Satu lagi persoalan yang penting mengenai high-value goods tax ialah adakah ianya hanya dikenakan kepada barang baru ataupun termasuk juga barang terpakai, secondhand? Saya nak tanya juga, HVGT ini dikenakan ke atas kenderaan. Bagaimana dengan pembelian EV bernilai lebih daripada 200,000? Jadi, jangan sampai layanan dua darjat. Demi menggalakkan sektor pelancongan, kerajaan bersetuju iaitu HVGT tidak dikenakan ke atas pelancong dan terdapat kaunter refund HVGT seperti zaman GST.
Sudah tentu pegawai-pegawai kastam perlu ditempatkan di tempat pelepasan pelancong.
Kalau begitu, terus sahaja laksana GST kerana kaunter refund yang sama akan diwujudkan pada tahun hadapan.
Mengenai kenaikan cukai perkhidmatan SST. Bagi memperluaskan asas cukai, kerajaan telah mencadangkan kadar, naikkan daripada enam peratus kepada lapan peratus dengan perluasan skop termasuk logistik, pembrokeran dan juga underwriting dan karaoke. Ini dijangka membawa hasil tambahan 900 juta pada dua tahun hadapan.
Tapi, impaknya serta merta sangat besar. Saya memberi contoh mengenai perkhidmatan logistik yang dikenakan SST lapan peratus. Jika perkhidmatan logistik dikenakan SST, saya rasa harga barang pasti akan naik. Misalnya, syarikat logistik akan dikenakan lapan peratus SST, sebelum ini tidak ada. Barangan yang dibawa daripada pelabuhan sampai ke kedai dan peningkatan kos akibat dari SST ini, siapa yang akan tanggung?
Walaupun kerajaan umum syarikat logistik layak mendapat diesel bersubsidi, tetapi SST lapan peratus itu tetap kena ditanggung oleh satu pihak, tidak lain tidak bukan ialah pengguna. Kita tahu dalam zaman ini, e-commerce adalah satu perkara yang popular pasca COVID-19. Sudah tentunya penghantaran barangan melalui syarikat logistik, kalau perluasan SST lapan peratus ini untuk juga merangkumi perkhidmatan logistik, kesannya akan mengakibatkan harga barang naik. Dari sudut yang lain, meskipun kerajaan telah mengumumkan diesel bersubsidi akan diteruskan dinikmati oleh syarikat logistik, tetapi ini tidak menyelesaikan masalah, kerana ianya merupakan dua perkara yang berasingan.
Jadi, mula-mula SST lapan peratus telah pun dikenakan semasa syarikat logistik menghantar barang ke kedai semasa shipping. Kemudian, pengangkutan dan
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
penghantaran barangan dari kedai ke tempat pelanggan, biasanya menggunakan lori kecil berkuasa diesel. Perbezaan setiap liter diesel bersubsidi dan tanpa subsidi adalah sebanyak RM1.60 dengan harga bersubsidi semasa RM2.15 berbanding dengan harga pasaran RM3.75. Maka, sekali lagi kepada peniaga, mereka terpaksa menaikkan harga sedikit kerana kos pengoperasian perniagaan sudah meningkat akibat daripada SST lapan peratus dan penggunaan diesel oleh lori semasa pengangkutan barang dari kedainya.
Jadi dalam perkara ini, siapa berani kata inflasi tidak akan naik? Saya pasti inflasi akan naik.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Implikasi terhadap rakyat jelata ini perlu diselidiki oleh Kerajaan Madani. Sekejap lagi ya.
Satu lagi persoalan saya tentang SST. Memandangkan perluasan skop juga lapan peratus dikenakan ke atas brokerage, saya ingin mendapatkan pengesahan sama ada perluasan skop ini meliputi aktiviti brokerage atau perkhidmatan remisier dalam pembelian saham syarikat tersenarai di Bursa? Apa reaksi pasaran?
Persoalan lazim di kalangan pembuat dasar, cabaran pertama yang perlu diatasi oleh kerajaan ialah mampukah kerajaan mengutip SST dengan secara berkesan?
Sebagaimana yang telah diketahui, pelaksanaan SST ini didakwa tidak secekap GST dalam menangani masalah ketirisan dan pengelakan bayaran cukai oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.
Saya ingin beralih kepada satu lagi cukai korporat. Cukai korporat Malaysia sehingga hari ini antara yang tertinggi dalam rantau ini. Kedudukan ketujuh dan kelapan.
Sebanyak 24 peratus lebih tinggi berbanding jiran-jiran kita. Singapura 17 peratus, Brunei 18.5 peratus, Cambodia 20 peratus dan Vietnam 20 peratus, Thailand 20 peratus, Indonesia pun baru 21 peratus.
Apa yang menyebabkan kita ketinggalan dalam perkara ini? GST. Ketiadaan GST menyebabkan kadar cukai korporat kita antara yang paling tinggi. Syarikat asing yang hendak membuka perniagaan akan lari ke negara jiran, yang kadar cukai korporatnya jauh lebih rendah. Malaysia akan menjadi negara yang kurang daya tarikan untuk syarikat gergasi antarabangsa menubuhkan ibu pejabat serantau di sini.
Saya nak bagi contoh. Pada tahun 2016, US mempunyai cukai korporat 35 peratus. Kini, cukai korporat US pun hanya 21 peratus, rendah daripada Malaysia dan Malaysia kekal pada 24 peratus cukai korporat. Dulu kita laksanakan GST supaya kita dapat turunkan lagi cukai korporat untuk menghampiri Singapura dan mampu bersaing dengan negara jiran untuk mendapatkan lebih banyak pelaburan asing. Dan kita lihat ianya dapat mengelakkan transfer mispricing yang sering berlaku oleh syarikat-syarikat yang ingin lari atau mengurangkan cukai dengan memindahkan keuntungan mereka dari negara yang cukai korporatnya tinggi kepada negara yang cukai korporatnya rendah.
Rumusannya ialah hanya dengan pelaksanaan semula GST, barulah cukai korporat dapat diturunkan dan Malaysia perlu berdaya maju. Kepada Kerajaan Madani, saya konsisten GST adalah cukai yang efisien. Kalau tidak suka nama, tukarlah nama.
Pakailah apa nama. Lupakan kisah lama. Lima perkara yang telah saya cakap dulu, kita masih boleh bagi pemberian tunai, kita boleh zero rated, kita boleh bagi exemption list, kita turunkan daripada enam peratus kepada empat peratus, kita memperbaiki mechanism untuk refund input tax. Saya rasa kita boleh buat dan demi kepentingan negara, move on.
Bawa balik GST.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Mengenai sektor pendidikan, saya mengalu-alukan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memberi peruntukan RM1 bilion untuk penyelenggaraan sekolah. Saya mohon agar KPM memberi pecahan peruntukan berdasarkan jenis sekolah- SJK(C), SJK(T), SABK, SK, SMK, SMJK...
[Tidak jelas] school, dan sekolah mubaligh. Lazimnya, pecahan peruntukan ini dapat diperolehi sejak 2008
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
hingga 2022. Akan tetapi, data ini tidak dapat diperolehi pada tahun ini. Saya yakin, KPM yang mengamalkan prinsip ketelusan pasti mempunyai data tentang ini sebagai rujukan.
Pada waktu yang sama juga, saya berharap Kerajaan Madani dapat merealisasikan projek pembinaan baharu 10 buah SJK(C) dan perpindahan enam buah SJK(C) yang telah diluluskan oleh mantan Menteri Pendidikan pada 26 Oktober 2017.
Dua buah SJK(C) baharu seperti SJK(C) Kuek Ho Yao, SJK(C) Sim Mow Yu harus diberi kelulusan pembinaan dengan segera kerana duit sudah ada. Keperluan mendesak dan majlis pecah tanah kedua-dua buah sekolah SJK(C) ini telah pun berlangsung pada tahun 2018. Mantan Menteri Pendidikan zaman PH, Maszlee Malik pada 28 Jun 2018 juga memperakui perkara ini. Selain daripada itu, beberapa buah sekolah SJK(C) Sunsuria Dengkil, SJK(C) Lee Loy Seng Kuala Selangor, SJK(C) Tun H S Lee Ulu Tiram juga harus dipercepatkan proses pembinaannya kerana LPS dan jawatankuasa pembinaan sekolah ini sudah menunjukkan dana yang cukup.
Sebagai kesimpulan, Puan Yang di-Pertua, saya ingin minta kerajaan supaya membuat penepian secara berkekalan tentang caj MDR yang telah saya bawa sebelum ini kerana penggunaan DuitNow QR ini tidak melibatkan kos pun. Malahan, kita tak payah papar pun masuk dalam handphone peniaga- dia boleh.
Dan saya rasa justifikasi oleh bank yang mengatakan khusus cyber security perlukan pelaburan, itu merupakan tanggungjawab bank. Kalau kita gunakan tunai pun dia kena sediakan cashier. Kalau dia tak sediakan ATM machine pun, kena sediakan wang ringgit. Kalau nak mencetak currency note pun kena kos dan syiling apatah. Itu adalah satu perbelanjaan yang sangat besar. Jadi jangan gunakan justifikasi yang tidak masuk akal. Yang penting, pertahankan pengguna.
Kita sebagai jurucakap rakyat dan kita minta penepian- waiver secara berkekalan, dan Bank Negara Malaysia merupakan pemegang saham terbesar dalam syarikat ini. Dan pada waktu yang sama, 11 bank tempatan mereka sudah untung banyak. Tak perlu lagi mendapat keuntungan yang berlebihan.
Akhir sekali, pelebaran PLUS highway dari Sedenak sampai ke Simpang Renggam,...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
...Saya sokong kerana RM900 juta telah diperuntukkan. Ini fasa kedua. Dulu daripada Kulai sampai ke Sedenak, Sedenak sampai ke Simpang Renggam, tetapi jangan lupa, ada 45 kilometer lagi dari Simpang Renggam sampailah ke Ayer Hitam. Saya minta kita sempurnakan ini sebagai fasa terakhir bagi membolehkan pelebaran kepada tiga lorong untuk satu arah. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Saya jemput Yang Berhormat Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Pesawah mengharapkan agar harga lantai padi dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,500. Malah, Ketua Pengarah Bahagian Padi Beras di kementerian juga menulis statement mengatakan bahawa, kuantum yang sesuai pada ketika ini adalah dinaikkan daripada RM1,200 setan kepada RM1,500 satu tan. Ini mengambil kira kuantum yang dibenarkan oleh kerajaan kepada BERNAS untuk menaikkan 25 ke 30 peratus harga runcit beras putih import yang ada di pasaran sekarang.
Matlamatnya adalah untuk menjaga industri padi beras, untuk memastikan bahawa beras putih tempatan tidak dimanipulasi seperti apa yang berlaku ketika ini, dan untuk masa depan negara berkaitan dengan sekuriti makanan negara, tetapi apa yang dimaklumkan, diumumkan oleh Menteri Kewangan melalui bajet, harga lantai padi ini dinaikkan sekadar RM100 kepada RM1,300 satu tan pada ketika ini.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Jadi soalan saya, adakah kerajaan mengambil satu dasar pendekatan baharu pengumuman harga lantai ini dengan mengambil kira industri beras keseluruhan, industri padi beras keseluruhannya, mengambil kira tendency bahawa beras putih tempatan ini akan dimanipulasi lagi seperti apa yang berlaku sekarang ini. Kerajaan tidak boleh membuat dasar secara ad hoc. Tidak boleh membuat dasar secara knee-jerk kerana dia akan memberi kesan kepada sekuriti makanan negara dalam jangka masa panjang.
Yang Berhormat Speaker, dalam menangani sekuriti makanan ini, kita tidak boleh melihat dari sudut pandangan pengguna sahaja, tetapi melihat dari sudut pandangan dan kebajikan pengeluar. Jika kita tindas pengeluar padi dengan harga lantai yang murah, dia akan mengganggu-gugat pengeluaran padi dan beras negara. Kita tindas industri ternakan ayam, pengeluar telur juga akan akhirnya mengancam dan memberi kesan kepada industri keseluruhannya.
Apa yang berlaku, jika keadaan ini berlaku di atas penindasan atas dasar kerajaan? Kita akan bergantung kepada import bahan makanan yang berterusan daripada luar. Kita boleh mengeluarkan padi beras dengan harga yang murah tetapi disebabkan oleh harga import yang mahal, kita berhadapan dengan kekurangan beras putih tempatan.
Kita dulu adalah pengeluar telur, pengeluar ayam tetapi disebabkan oleh dasar yang menghalang pertumbuhan industri, kita akhirnya menjadi pengimport ayam, pengimport telur. Menteri sampai ke India untuk cari telur daripada India.
Jadi Yang Berhormat Speaker, kita perlu melihat soal menangani kos sara hidup ini sebagai satu soal yang merangkumi keseluruhan- semua pengeluar dan juga pengguna. Kita cukup dengan janji dan tindakan knee-jerk daripada kerajaan. Bila kita kurang jagung, pelbagai agensi kerajaan, GLC yang tampil untuk kononnya nak tanam jagung dan menampung kekurangan jagung untuk ternakan haiwan negara kita. Bila kita kurang telur, dah banyak GLC yang datang dengan proposal untuk ternak ayam telur.
Ayam, begitu juga, tetapi akhirnya, kita masih berhadapan dengan pengeluaran yang tidak mencukupi. That knee-jerk policy, knee-jerk participation yang harus dikurangkan oleh jabatan, agensi, GLC yang ada di negara kita.
Jadi, itu merupakan perkara penting. Saya mahu lihat bahawa kerajaan harus melihat semula kuantum kenaikan harga lantai padi daripada RM1,300 yang diumumkan melalui bajet kepada satu kuantum yang munasabah untuk mengelakkan manipulasi dan juga untuk membangunkan industri padi beras tempatan ke arah yang lebih baik. Itu penting, Yang Berhormat Speaker.
Meskipun Belanjawan 2024 tertinggi dalam sejarah, RM393.8 bilion. Namun, seperti tahun lalu, kita nampak belanjawan ini sebagai business as usual. Ada lah kelainan dengan pelbagai istilah dan ungkapan yang digunakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Misalnya, bajet pembangunan kepada Sabah dalam Belanjawan 2024 adalah sebanyak RM6.6 bilion, tetapi jika dinilai secara timbang tara, peruntukan ini sebenarnya hanya sekadar 7.3 peratus daripada jumlah belanjawan pembangunan iaitu sebanyak RM90 bilion. Soalan saya Yang Berhormat Speaker, adakah ini mencerminkan keperluan pembangunan yang diperlukan oleh Sabah, yang diperlukan oleh Sarawak? Dua negeri yang juga Speaker datang daripada Sarawak.
Walaupun saya menyambut baik hasrat kerajaan menaikkan kadar Pemberian Khas Interim kepada RM300 juta untuk Sabah berbanding dengan RM260 juta pada tahun 2023, RM125.6 juta pada tahun 2022, namun, belanjawan ini tidak menjawab secara terperinci tentang tuntutan hak hasil Sabah sebanyak 40 peratus seperti yang termaktub dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan. Komitmen kerajaan untuk melunaskan perkara 112C dan D ini masih tidak jelas sehingga kini.
Rakyat meletakkan harapan yang tinggi apabila kerajaan membuat banyak pengumuman dan menjanjikan tata kelola. Akan tetapi pelaksanaannya masih bersifat ad hoc. Kerajaan juga nampak masih tidak mempunyai langkah konkrit dalam soal menangani kos sara hidup dan kenaikan harga barang. Masih sama usaha kerajaan untuk mengukuhkan nilai ringgit.
Menurut pakar ekonomi daripada University of Science Technology, belanjawan ini tidak memberi penekanan menyeluruh terhadap masalah struktur pencen dan bantuan
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
perlindungan sosial. Begitu juga dengan perincian tentang struktur model dasar gaji progresif yang dijanjikan sebelum ini.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Seharusnya, hala tuju jangka pendek, sederhana dan panjang kerajaan bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara perlu jelas dan telus, lebih-lebih lagi di sebalik ketidaktentuan ekonomi global, dengan menyediakan rangka kerja institusi yang mampu meletakkan ekonomi negara di landasan yang tepat. Soal dasar flip-flop harus dikurangkan kerana ia ini akan melambatkan confidence pelabur ke atas negara kita.
Yang di-Pertua Speaker, Laporan Pemantauan Ekonomi Bank Dunia 2023 menekankan pentingnya pendekatan menyeluruh kerajaan dalam memperkukuhkan kedudukan fiskal negara dan meningkatkan kemapanan fiskal negara dengan mengambil kira ruang fiskal yang terhad.
Dalam pada kerajaan ingin meluaskan asas hasil cukai, seharusnya fokus juga diberikan untuk membesarkan saiz kek ekonomi kepada rakyat. Tiada gunanya kerajaan meningkatkan cukai di negara ini jika hasilnya yang dijana dibelanjakan tidak berhemah atau tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat.
Apakah perincian serta implikasi secara terperinci berhubung kenaikan kadar cukai perkhidmatan lapan peratus kepada rakyat? Secara realistiknya, ini akan menyebabkan berlaku rantaian kenaikan harga barangan apabila kos pengangkutan, logistik dan kos bahan mentah meningkat seperti yang dikatakan oleh Ayer Hitam tadi. Ini bermakna walaupun terdapat pengecualian cukai untuk sektor makanan, minuman serta telekomunikasi, namun rangkaian barangan yang mengalami kenaikan harga secara keseluruhannya tetap akan membebankan rakyat.
Adakah sasaran kerajaan untuk mengurangkan defisit cukai, defisit fiskal kepada tiga peratus daripada KDNK akan dapat dicapai dalam tempoh dua tahun? Mengambil kira sasaran lima tahun, tahun ini. Saya ingin bertanya, sama ada kerajaan bersedia untuk menyemak semula sasaran ini sekiranya diperlukan?
Pada masa yang sama, dasar ekonomi negara perlu disokong dengan pengukuhan ekosistem R&D bagi menjamin pertumbuhan ekonomi. Hal ini kerana kekurangan peruntukan dalam bidang R&D terus menjadi antara cabaran Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2030. Contohnya, R&D negara hanya mewakili lebih kurang satu peratus daripada KDNK dan perlu ditingkatkan. Sebab itu saya menyambut baik dana RM510 juta untuk permohonan R&D di bawah MOSTI dan KPT, tetapi, apakah ini mencukupi? Dan berapa sebenarnya kesan, manfaat yang akan didapati oleh negeri-negeri sepanjang tahun hadapan ini?
Yang Berhormat Yang di-Pertua, walaupun pada dasarnya rasionalisasi subsidi dapat membantu meringankan beban fiskal negara, keberkesanan pelaksanaannya perlu dipastikan supaya benar-benar efektif dapat disalurkan kepada setiap golongan yang memerlukan dan tidak menambah beban rakyat.
Berhubung cadangan pengapungan harga telur dan ayam, saya khuatir sama ada kerajaan mempunyai pelan khusus terutama dari segi mekanisme pelaksanaannya supaya tidak timbul U-turn. Kita dibagi assurance tidak akan ada U-turn seperti U-turn yang dibuat sebelum ini.
Justeru, saya berharap agar kerajaan dapat memberikan perincian tentang tindakan susulan yang akan diambil terhadap isu ini supaya langkah ini tidak akan memberi kesan yang terlalu mendadak kepada rakyat. Perlu ada soft landing bila kita tarik subsidi ayam dengan telur, walaupun pada dasarnya saya bersetuju kerana penarikan subsidi ayam dan telur dan pengapungan harga ayam dan telur akan membangunkan industri ternakan ayam dan juga ternakan pengeluaran telur di negara kita.
Sebagai satu pusat yang dipertanggungjawabkan ke atas kelulusan projek pembangunan, Kementerian Ekonomi perlu memastikan segala sasaran outcome projek dicapai supaya rakyat dapat menikmati manfaat daripada pelaksanaan projek di bawah Rolling Plan Kedua Belas. Ini merupakan penstrukturan baharu. Dahulu EPU memantau projek tetapi sekarang apabila ada Kementerian Ekonomi, EPU akan- Kementerian
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ekonomi bukan sahaja memantau projek tetapi menjadi pelaksana projek. Sebab itu perlu memastikan bahawa sasaran outcome projek dapat dicapai, as the other kementerian dan juga agensi yang tertakluk kepada penggunaan wang kerajaan yang disalurkan melalui Kementerian Ekonomi.
Mengenai status pembasmian kemiskinan tegar, menurut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, data terkini menunjukkan kadar kemiskinan tegar telah menurun daripada anggaran satu peratus tahun 2020 kepada dua peratus atau hanya 18,000 isi rumah KIR yang miskin tegar ketika ini. Soalnya, Dato’ Yang Berhormat Speaker, adakah angka ini menerangkan situasi sebenar? Memandangkan sehingga 30 September 2023, sebanyak 110,665 KIR miskin tegar masih direkodkan dalam sistem eKasih. Menteri Kewangan kata sekarang ini tinggal 18,000 KIR miskin tegar, tetapi daripada rekod KIR miskin tegar eKasih, kita masih ada 110,663.
Perlu dijelaskan mana satu data yang betul. Sama ada data Menteri Kewangan ataupun data Menteri Ekonomi, kerana ini akan memberi kesan hasrat dan niat kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan sebelum hujung tahun ini. Satu kata 18,000, kementerian ini kata 110,663. So, ini perlu diperjelaskan oleh kerajaan.
Sejauh mana pula mekanisme pemantauan dan kejayaan program seperti Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)? Awalnya disasarkan untuk meningkatkan pendapatan bulanan 100,000 KIR miskin tegar B40 dan dikecilkan sekarang ini, disasarkan untuk membantu 12,000 KIR. Jadi, itu perlu dilaksanakan, perlu diperjelaskan oleh kerajaan.
Isu fragmentasi harus ditangani bagi mengelakkan pertindihan fungsi agensi ataupun penyampai mesej berbeza kepada kerajaan. Untuk itu, kerajaan wajar meneliti cadangan menginstitusikan pemantauan pelaksanaan Ekonomi Madani seperti yang dilaksanakan dalam kerajaan terdahulu di bawah Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2023. Dengan adanya usaha sedemikian, pemantauan terhadap pelaksanaan projek- projek dapat dijalankan secara lebih berkesan selaras dengan matlamat yang disasarkan oleh kerajaan.
Jadi, Yang Berhormat Speaker, satu perkara di bawah kementerian- lazimnya pengauditan abatoir luar negara ini, abatoir luar negara dilaksanakan melalui tiga agensi kerajaan- Kementerian Pertanian, JAKIM dan juga Kementerian Kesihatan.
Ini merupakan tim pengaudit yang mengaudit abatoir luar negara bagi pengimportan daging daripada luar negara, tetapi saya difahamkan, dimaklumkan baru sekarang ini kementerian telah menggugurkan Kementerian Kesihatan sebagai salah satu daripada pengaudit abatoir luar negara ini. Apa rasional dibuat ini? Adakah kepentingan rakyat Malaysia dari segi biosafety makanan, kesihatan makanan terjamin? Dan kenapa tindakan dibuat sedemikian rupa? Apa masalah penglibatan Kementerian Kesihatan sebagai team pengaudit abatoir luar negara?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Jadi, saya harapkan agar komen- komen yang saya berikan ini dapat diambil, diterima baik bagi menentukan perjalanan Bajet 2024 ini akan dilaksanakan sebaiknya. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Saya jemput Yang Berhormat Semporna- 20 minit.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Terima kasih Yang di-Pertua.
Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Tuan Speaker, saya hendak Peraturan Mesyuarat 13.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Peraturan Mesyuarat 13.
Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Cukup bilang. Saya bukan hendak tanya cukup bilang.
Saya hendak dapat pengesahan, betulkah sekarang tak seorang Menteri dan tak seorang Timbalan Menteri berada dalam Dewan?
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Teruskan, Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Terima kasih Timbalan Speaker. Sebelum saya menyentuh tentang belanjawan pada kali ini, cuma saya ingin...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Teruskan.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Tak apa.
Yang ini kita rekodkan bahawa inilah Kabinet Madani...
[Tepuk] Timbalan Speaker, saya menyentuh terlebih dahulu tentang seharusnya kita selaku sebuah negara telah bincang tentang pendirian dan kedudukan keadaan yang berlaku di Palestin. Cuma, kebimbangan saya, saya berharap kerajaan harus mengambil tindakan yang tegas, pendirian tegas tentang apa yang berlaku di Palestin itu.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Kerana kalau kita mengimbau sejarah panjang, mereka tidak mempunyai negara.
Dahulu, pada tahun 1948 masa British memerintah menakluki Egypt, tetapi pada hari ini, mereka sudah pun mempunyai keluasan yang dinamakan negara jauh besar daripada Gaza. Jauh besar daripada Palestin tetapi saya berharap kerajaan tegas. Bukan hanya pendiriannya tentang Amerika Syarikat telah berpihak dengan pihak Palestin bahkan juga saya harap cadangan supaya mengambil Netanyahu sebagai seorang criminal di peringkat antarabangsa dan dihukum di mahkamah antarabangsa kerana membinasakan umat yang tidak berdosa di Palestin itu ya...
[Tepuk] Dan di samping itu, seperti apa yang telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun akan ada Persidangan OIC dan saya harap penegasan tentang masyarakat Arab, pemerintah negara-negara Arab, bukan hanya rantau seperti Asia berpendirian tegas tetapi negara-negara yang ada kuasa, ada kewangan mereka harus ada kesatuan mereka untuk membela masyarakat Palestin di negara Arab itu. Kalau mereka sebahagian daripada bangsa Arab tidak mempunyai pendirian yang tegas bukan hanya bicara, melaungkan ucapan, ungkapan kita sokong Palestin tetapi apa langkah yang mereka harus lakukan. Itu mukadimah yang saya nak sebutkan.
Menyentuh tentang belanjawan pada hari ini, saya akui bahawa ada kebaikan, ada kepincangannya yang perlu kita terima hakikatnya dan ini merupakan satu belanjawan yang agak begitu besar, RM393 bilion. Dan kalau kita melihat, pembangunan hampir RM92 bilion dan saya nak nyatakan di sini bahawa betapa pentingnya bagi kita untuk memastikan walaupun tidak ada Menteri dan Timbalan Menteri...
[Tepuk] Mengambil maklum tentang delivery system di negara ini ya.
Kita juga dah lama dalam Parlimen dan pemerintahan negara ini. Banyak pelaksanaan projek-projek dah berapa Perdana Menteri yang ada. Kadang-kadang kita dapati tidak sampai pun berapa peratus. Saya yakin pembentangan peruntukan 2013, berapa daripada peruntukan yang kita belanjakan, begitu besar yang telah berupaya dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Dan saya harap RM393 bilion duit ini dapat dibelanjakan begitu- bukan hanya cekap dan selaras dengan apa yang dikehendaki oleh rakyat.
Dan saya ingin menyentuh focus into Sabah oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya nak nyatakan bahawa dalam belanjawan ini tidak ada langkah untuk memastikan nak membasmi kemiskinan umat rakyat Malaysia di Sabah. Saya ada sebut banyak kali daripada 10 daerah yang ada di negara ini, dari 10, lapan daerah yang termiskin. Apa
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
inisiatif kerajaan pada hari ini untuk membasmi kemiskinan di lapan daerah di Sabah ini?
Ini tidak kelihatan tentang perkara ini.
Menyentuh tentang belanjawan, peruntukan Pan Borneo, kalau kita dengar dah berapa Perdana Menteri mengumumkan. Dato’ Sri Najib dahulu tahun 2014, mengumumkan peruntukan 700 kilometer, RM13 bilion. Berapa peratus yang telah dicapai? Bawa pengumuman itu sampai ke hari ini. Baru-baru ini dinyatakan bahawa ada peruntukan untuk Pan Borneo. Berapa bilion yang ada?
Saya berharap pelaksanaan projek ini bukan hanya berdasarkan cadangan daripada kerajaan negeri, syarikat-syarikat. Go down deeper. Companies that can really deliver to ensure that we can implement Pan Borneo. Money is where – leakages is there.
Itu yang saya harap. Bukan hanya mereka menggunakan landasan yang baharu, bahkan juga ada di antara pemilik syarikat-syarikat yang dulu gagal. Berapa syarikat yang kita nak kan supaya memuaskan hati kehendak pihak-pihak tertentu? Rakyat di peringkat bawah.
Bayangkan Agong pun baru buat lawatan. Menunggu kedatangan Agong sampai jam 2 pagi, jam 1 pagi.
Jadi, Dato’ Speaker, menyentuh tentang apa yang berhubung kait dengan belanjawan. Kalau saya lihat, hasil yang diperolehi sebahagian besar daripada cukai ya, bukannya sektor-sektor yang lain, tetapi saya melihat bahawa cukai ini merupakan satu kaedah yang boleh diguna pakai oleh pemerintah untuk mendapatkan hasil, tetapi kalau kita bijaksana juga, cukai ini boleh digunakan to flourish ekonomi yang ada. Boleh menyuburkan keadaan ekonomi di mana-mana negara.
Dan saya dapati bahawa kalau kita lihat cukai yang telah dikenakan, saya nak bagi contoh macam sektor kelapa sawit di antara sektor yang memberi sumbangan yang begitu besar. Dan di antara tempat yang mengeluarkan kelapa sawit terbesar bukan hanya Sarawak, Sabah tetapi kalau kita lihat dari segi keadaan yang ada, kementerian saja.
Kementerian Perladangan Komoditi diperuntukkan RM730 juta ya. Dan sektor ini merupakan di antara menyumbang yang cukup besar kepada negara kita. Dan sektor ini, saya tidak lihat ada inisiatif untuk menyuburkannya. Bayangkan sektor ini berhadapan dengan berbagai-bagai tekanan, income tax sahaja. Cukai yang dikenakan kepada syarikat 24 peratus kepada syarikat. Windfall tax tiga peratus. SST bagi Sabah 7.5 peratus. Bagi Sarawak lima peratus.
Lepas itu MPOB Ses mengenakan RM16 metrik tan for CPO production. Lepas itu imigresen pula buru yang ada. Dikenakan cukai untuk satu orang RM2,200 per person levy extension of workers working above 10 years yang ada. Dan kalau kita melihat bagaimana sektor ini kita nak suburkan. Ini yang kita dengar bahawa sebahagian besar daripada ladang-ladang besar pun, ada yang kecil dah jual dah.
Saya bimbang kalau tidak ada inisiatif kerajaan untuk nak menyuburkan melihat supaya disusun atur keadaan ini, buruh hari ini tidak cukup. Hampir 20 peratus daripada hasil sektor kelapa sawit di negara ini, 20 peratus tidak dapat dituai, kenapa? Buruh. Kita berhadapan dengan masalah buruh yang ada dan saya harap perkara ini dapat diatasi sebaik mungkin.
Saya menyentuh tentang sektor-sektor yang contohnya selain daripada kelapa sawit, saya berharap ianya akan dapat ditambah baik dan dapat dikurangkan, mengambil perhatian tentang cukai yang dikenakan. Begitu juga dengan sektor pendidikan, sektor kesihatan. Ini sektor saya gembira mendengar bahawa peruntukan untuk pendidikan iaitu RM58.7 bilion dan kita kena terima baik. Ini merupakan satu langkah untuk melahirkan human capital yang ada di negara ini berkeupayaan untuk menjana ekonomi dan mentadbir di negara ini sebaik mungkin.
Cuma saya berharap kewangan yang begitu besar harus disalurkan kepada sektor-sektor yang amat memerlukannya. Contohnya diumumkan sekolah-sekolah menengah, sekolah-sekolah rendah ada tetapi apabila saya melihat sebahagian besar berada di Semenanjung sahaja. Minta maaf, tetapi di Sabah- mana? Yang ada pun saya nampak sekolah-sekolah yang masih dalam keadaan sekolah rendah berpapan. Kalau pergi Kota Belud tak jauh daripada Kota Kinabalu.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Dan dilahirkan sekolah-sekolah ini, saya berharap berdasarkan dengan keperluan, bukan hanya rekomendasi daripada Yang Berhormat kah atau mana-mana pihak tertentu. Ministry of Education go down deeper based on needs yang ada. Di mana sekolah menengah contohnya di kampung saya pun, satu pulau yang besar, sekolah menengah satu sahaja. Bayangkan berapa jumlah penduduknya? Dan itu yang saya berharap perlu dilahirkan sebaik mungkin dan saya Beluran pun dah sebut tentang peruntukan Sabah yang begitu kurang. Saya akui. Saya setuju. Bukan hanya dari segi institusi pendidikan yang ada.
Saya juga berharap dari segi penambahan ilmu yang ada, guru-guru. Banyakkan latih guru-guru bukan hanya di bidang maths and science. Di luar bandar peratusan kegagalan anak-anak menguasai sains dan matematik. Dan kita nak kan supaya anak- anak kita, negara kita berhadapan dengan artificial intelligence (AI) or the use of new technology, tetapi malangnya fokus yang ada sebahagian guru yang ada kita ketandusan di wilayah Sabah yang ada.
Dan saya juga berharap sekolah-sekolah yang kita nak wujudkan, belanjalah duit sebanyak mungkin. Bukan hanya untuk menyediakan prasarana yang lengkap. Bukan hanya tandas, tablet yang ada...
[Tepuk] Komputer yang ada, tetapi saya juga berharap agar penyediaan bekalan elektrik. Kita bagi tablet, kita bagi komputer kepada anak-anak kita tetapi lampu tidak ada, elektrik tidak ada. Sudahlah elektrik tidak ada, accessibility, jangan cerita G4, jangan cerita G5, tidak ada. Jadi, saya berharap kalau sekiranya kita nak mengimbangi pembangunan di negara ini di antara bandar dan luar bandar, fokus pendidikan is one of the sectors. Kesihatan, panjang sebenarnya. Banyak perkara saya nak sentuh tentang kesihatan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Semporna. Mungkin sambung semula.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Saya nak habiskan kalau boleh kerana- ya. Ada sedikit masa lagi kalau boleh ‘Datuk’ Speaker. Itu yang sembilan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tepat masa.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Yang Berhormat Speaker.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
10 minit boleh tak?
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Saya ingat kita benarkanlah 10 minit.
Lagipun bukan ada Menteri yang dengar. Jadi...
[Tepuk] Biarkanlah.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Boleh tak?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Boleh tunggu sampai Menteri datang.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Ya lah. Kalau petang pun dia Menteri tak ada juga, sama je. So, biarkanlah. Kami sanggup tunggu. Kami sanggup tunggu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya benarkan.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Ya Yang Berhormat Speaker tak apa.
Kita dengar ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jangan bazir masa.
Saya benarkan Semporna untuk habiskan dalam masa yang tinggal.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kita dengar. Kita dengar, setia mendengar.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Jadi, saya berharap dari segi sektor pendidikan ini di antara masalah yang kita sedang hadapi bukan
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
hanya dari sudut universiti. Kita kena banyak belanja Datuk Speaker sebenarnya nak menaja anak-anak daripada luar bandar khususnya wilayah Sabah pasal universiti satu sahaja, UMS. Bayangkan ada yang swasta tetapi harganya mahal. Kadang-kadang kita hantar sampai ke Sarawak ke universiti yang ada tetapi belanjanya banyak. Saya ingat rakan-rakan Yang Berhormat daripada Sabah pun tahu perkara ini dan saya berharap akan ditambah baik. Saya tahu belanjanya cukup banyak tetapi bayangkan di situ sektor pendidikan yang ada amat terbatas.
Saya apabila buat lawatan ke luar bandar, saya dapati di Long Pasia contohnya tidak ada bilik guru pun. Masa saya Ketua Menteri, saya belanja untuk nak supaya buat tandas sahaja dengan berbagai-bagai kemudahan yang ada, 70,000 satu sekolah rendah yang ada. Bilik guru tak ada. Jadi, saya tannya macam mana nak bincang? Datuk Seri kami kena balik pergi rumah. Balik rumah, bayangkan. Saya berharap harus dilihat secara lengkap kemudahan, bekalan elektrik. Kalau kita nak kan anak-anak kita accessible. Kita tak mahu belanja tablet, komputer beratus juta tetapi is not usable. Tak boleh digunakan sebaik mungkin oleh anak-anak kita. Dan untuk sektor...
Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Semporna, kalau boleh. Terima kasih Tuan.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Masa singkat sangatlah.
Dato' Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Sedikit sahaja. Sebab semalam masa saya berucap, saya minta supaya Kementerian Pendidikan dan KPT, saya tengok betul unjuran dia itu, kalau bajet yang diperlukan untuk pendidikan itu, percentage dia sekolah rendah, sekolah menengah, IPT dan sebagainya. Mungkin dalam konteks Sabah dan Sarawak juga, dia kena ada framework dia. Berapa persen untuk ini, berapa persen itu. Kalau tidak, dia jadi piecemeal. Itu yang buat sana, sini tak cukup. Buat sini, sana tak cukup.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Ya. Saya ambil perhatian daripada apa yang telah diungkapkan oleh Yang Berhormat.
Sektor pendidikan juga saya berharap. Kadang-kadang saya dapati sistem yang ada, anak-anak terpaksa jalan kaki berbatu. Bukan hanya di Sabah, di Kelantan. Masa saya Menteri Luar Bandar pun, Gua Musang dan mengambil masa. Kadang-kadang kalau kita lihat ada di antara anak-anak ini jalan sampai berjam, sampai ke sekolah dah letih dah, balik gelap dah. Ada kes kejadian berbagai, rogollah, macam-macam. Ini- no, I am not talking about just fabricating story. This is facts, it’s happened in Sabah. Dan apabila saya lihat ada anak-anak pun lalu titi jambatan yang ada dan saya berharap apabila kita wujudkan sekolah, sesuaikan sekolah itu diwujudkan oleh kerana ada keperluan dia. Tidak ada keperluan dia, mungkin di antara Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pendidikan, kerjasama. Sediakan bas sekolah. Peruntukan RM58 bilion ini supaya anak-anak selamat sampai ke destinasi mereka untuk mendapat ilmu dalam jangka masa yang ditetapkan. Kita tak mahu anak-anak sampai jalan kaki begitu lama sangat.
Sektor kesihatan. Ini di antara sektor yg juga saya alu-alukan. Saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi peruntukan RM41 bilion kepada sektor kesihatan yang ada dan ini perkara yang cukup penting. Tidak ada ertinya orang ada ilmu, ada pendidikan, doktor, PhD tetapi kalau tidak sihat tidak ada guna dia.
Tidak ada guna dia manusia mempunyai kekayaan yang begitu besar tetapi darah tinggi, kencing manis, berbagai-bagai penyakit. Sektor ini cukup penting kepada umat dan saya berharap seperti yang saya nyatakan berulang kali tetapi malangnya saya nampak tidak ada dalam belanjawan. Penambahbaikan dari segi hospital yang ada. Pakar pun diumumkan.
Apabila saya suarakan, cuma saya nyatakan satu pakar jantung di Sabah sahaja.
Tambah dua. Satu di Tawau, satu di Sandakan. Bayangkan di Sandakan, 700,000 orang.
Di Tawau, lagi banyak penduduk dia tetapi satu pakar jantung sahaja. 900,000 people to serve one – served by one pakar doktor jantung.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Itu yang saya minta, saya cadangkan peruntukan besar daripada kerajaan haruslah dilihat dari segi melahirkan pakar-pakar. Go deeper, analyze district area yang ada. Penyakit apa yang diperlukan. Kencing manis, orang Kelantan kuat makan gula, mungkin kencing manis. Dan lahirkan pakar-pakar yang bersesuaian dengan penyakit di kawasan yang dihadapi oleh rakyat yang ada. Begitu juga di Sabah.
Saya melihat ini perkara yang cukup penting untuk membolehkan supaya pakar- pakar jantung ini dan di Kota Kinabalu, saya ada nyatakan Queen Elizabeth I tidak ada dapur. No kitchen. They have to buy food from Queen II, a distance away. Jaraknya jauh.
Sampai makanan- 700 katil di Queen Elizabeth 1. Sampai makanan ke situ, dah sejuk dah. Ini orang sakit dan saya berharap keadaan ini dapat ditangani dengan baik.
Ada kejadian satu dahulu, di mana di Kota Kinabalu ini, ini bukan luar bandar, di bandar. Bekalan elektrik tidak ada. Yang Berhormat pun tahu. Bayangkan. Itu yang saya minta supaya lengkapkan kemudahan-kemudahan. Sektor pendidikannya, kesihatannya, bekalan elektrik untuk mencukupi supaya bila mana keperluan rakyat dalam keadaan berhadapan dengan nak di-operate dapat diatasi masalah mereka.
Bilik operation pun, bedah tidak banyak. My own area, bilik bedah tidak ada.
Bayangkan kalau nak hantar insya-Allah akan mungkin ada satu pakar di Tawau.
Sekarang tidak ada pakar tetapi saya difahamkan ada satu pakar jantung. Hantar pergi Tawau. Di Keningau langsung tidak ada pakar jantung. Berapa district di Keningau?
Nabawan, Pensiangan, Tenom, Tambunan. Nak pergi Kota Kinabalu. Tiga empat jam.
Bayangkan keadaan ini dah 60 tahun kita bersama pembentukan Malaysia 63. Ke mana kita nak bawa umat, they are Malaysians. They need help. Jangan lah bagi peruntukan banyak sangat ke Pahang kah, ke Bera kah, ni ke Klang, bagi lah dekat Sabah yang memerlukan juga. Imbangi kerana mereka menyantuni umat. Cinta negara ini akan ada. Jangan langsung dalam hati kita, kita sayang negara kita. Bukan tak sayang. Apabila kita suarakan ini untuk kepentingan rakyat yang ada.
Timbalan Datuk Speaker, dan saya melihat dari segi membasmi kemiskinan saya dah sentuh. Kementerian Perpaduan. Apabila saya melihat, Menteri dia ada sini, kawan lama saya. peruntukan RM600 juta saja. RM600 juta sepatutnya ditambah kerana kita nakkan keadaan negara ini yang memerlukan, disatukan umat yang ada. Kegiatan. Saya dulu Menteri Perpaduan, Menteri Kebudayaan dahulu dan saya tahu bahawa this kind of outfit can be of use to the nation on how can we unite Malaysians? Not only using jirannya, tetangga berbagai-bagai.
There are a lot of instruments yang kita guna pakai dan saya yakin kalau melihat dari segi belanjawan, saya tak nampak dari segi bagaimana pimpinan kerajaan menuju ke arah how do you unite people? You can’t unite people to using all sorts of things yang kita katakan *political means. How do you unite Malaysians? Bond them with the interest.
This is our country. This is Malaysian, irrespective of race, irrespective of religion* tetapi kalau kita selaku umat, penyatuan dia untuk ingin berkhidmat kepada negara ini bukan oleh kerana bangsa saya, bukan oleh kerana Sabah, bukan oleh kerana Sarawak, bukan oleh kerana Perlis, bukan oleh kerana Kelantan, saya yakin kalau itu dapat ditanam menerusi berbagai program yang ada di Kementerian Perpaduan ini akan dapat menyelesaikan masalah ini.
Datuk Yang di-Pertua, saya juga ingin melihat dari segi bantuan subsidi yang ada.
There is no clarity dari segi subsidi. And then, that’s why I said, one of the areas dalam belanjawan, it doesn’t seem to be very transparent. Kerana it should be spelled out dengan izin, what sort of the subsidy that’s going to be cut off, float the market, but at least as a businessman, saya juga bekas pengerusi *listed company, you have to have ample time.
At least* dalam beberapa bulan supaya you can position yourself dari segi subsidi yang akan ditarik, using a critical subsidy ini. Jadi, kita dapat menguruskan keadaan yang ada untuk membolehkan supaya dapat ditekankan.
Dan saya melihat bahawa subsidi contoh bantuan kepada Ladang Getah. Saya harap kerajaan, Kementerian Komoditi dan Perladangan, sebahagian bantuan kepada ladang-ladang, saya nampak ada alhamdulillah, peningkatan dia. Cuma, apabila sampai ke bawah, banyak sangat agensi. Persatuan Peladang ambil, jabatan itu ambil, tidak
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
sampai kepada peneroka getah. Dan it must be addressed the issue dari segi ketirisan.
Ini merupakan salah satu perkara yang cukup penting.
Begitu juga dengan padi dan kita berhadapan dengan beras. Ini satu perkara yang amat penting kepada kita dan saya dapati banyak negara yang makan nasi. Jepun, di antaranya, Vietnam di antaranya tetapi tidak ada masalah tentang apa yang ada yang dihadapi oleh rakyat di negara itu. Apa yang penting kepada kita, look into deeper. Itu yang saya cadangkan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri supaya ladang-ladang yang ada di Sabah, di Kota Belud, dah ada 10,000 hektar.
Di Terusan Sapi dah ada, di Papar dah ada, di Keningau dah ada. Tambah baik kepincangan masalah yang dihadapi di Kota Belud, di daerah-daerah yang ada. Jangan buat, libatkan FELDA, FELCRA, new initiative, belanja banyak sedang kewangan kita amat terbatas...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
...Dan saya berharap, banyak lagi perkara yang saya nak sentuhkan. Datuk Speaker, terima kasih banyak atas ruang yang telah diberikan. Saya berharap usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan, saya tekankan kembali delivery system. Belanja banyak dan bukan kita tidak menerima baik. Ada kebaikan dia, ada kepincangan dia.
Dan saya harap beberapa cadangan yang kita kemukakan dalam perkara ini.
Pelancongan satu sebenarnya dengan keselamatan. Kawasan saya masih lagi. Baru sahaja diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri. Bayangkan negara ini selamat tetapi ada perintah berkurung di kawasan saya. Macam mana selamat dia? Tambah baik dengan peralatan ya...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Bukan hanya dengan sistemnya. Begitu juga pelancongan. Di Semporna, di antara sektor pelancong. Last month, saya mempunyai pelancong datang dari China 1,900. From China alone. Tidak masuk lagi daripada local tourist yang ada. Hampir 3,000 pelancong tetapi kemudahan asas. Kita kutip hasil dari sektor pelancongan. Kembalikanlah. Nak buat jeti pun kita kena belanja. Nak bantu sektor pelancongan, kita kena belanja.
Saya berharap Kementerian Pelancongan juga melihat keadaan ini supaya bantuan kepada sektor pelancongan ini dapat kita lihat secara serius. Terima kasih banyak atas apa yang- terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Semporna...
[Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang jam telah menunjukkan pukul 1.11 tengah hari, saya menangguhkan mesyuarat sekarang, dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.12 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bismillahi Rahmani Rahim. Tak ada apa-apa nak cakap kah, cukup? Saya kalau tak ada halangan, saya teruskan aje.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff. - Rantau Panjang
Cukup kuorum Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih.
Bentara, kira tengok, cukup tak, 26? Bentara, kira- 26 minimum.
Seorang Ahli
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
20?
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Ada PAC meeting sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya, Yang Berhormat PAC, ya? Ya Yang Berhormat, ada yang PAC. Kalau tak cukup tu, is quorum still tak cukup. Kalau tak ada Yang Berhormat bangkitkan, saya tak jadi masalah. Ni dah ada- Yang Berhormat Rantau Panjang bangkitkan.
Seorang Ahli
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
25? Lagi seorang.
Cukup, alhamdulillah. Lagi seorang. Seorang lagi, cukup? Bentara cukup? Baik.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum. Kita mulakan sesi petang ini dengan sambungan perbahasan. Dipersilakan Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Yang di-Pertua.
Kosong lagi nampak...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Cukup kuorum.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sebentar tadi kosong, ini kosong lagi. Tak, Menteri-menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Cukup Besut, teruskan Besut, teruskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, kuorumnya 26.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya. Okey, mengenai dengan Belanjawan 2024, masalah ekonomi rakyat sebenarnya terutama isu kos sara hidup, ini yang paling penting sebenarnya- akan menjadi lebih serius kerana belanjawan kali ini dilihat gagal memperkasa pendapatan rakyat. Belanjawan sepatutnya hanyalah mengumumkan dana yang diberikan bagi tujuan melaksanakan strategi dan matlamat kerajaan. Sebelum ini kita mendengar banyak polisi dan strategi yang diumumkan untuk meningkatkan pendapatan rakyat, anehnya dasar gaji progresif, langsung tidak disebut dalam belanjawan kali ini.
Apatah lagi dalam keadaan kerajaan tidak pun bersedia untuk menaikkan gaji rakyat, pengumuman peningkatan cukai SST dan subsidi bersasar telah dibuat. Saya melihat ini, inisiatif yang ada dalam belanjawan ini, gagal membawa ke arah memperkasa pendapatan rakyat kerana polisi mismatch ini di peringkat kerajaan, yang akan menjadikan masalah ekonomi rakyat, terutama isu kos sara hidup akan menjadi lebih serius tahun hadapan.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta pandangan, Yang Berhormat?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Belum lagi nanti, last, saya bagi.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sahabat pun tak bagi kah?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Lima minit last saya bagi.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
[Ketawa]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kemudian, kita lihat kepada isu pekerjaan. Isu pekerjaan dan reformasi perlindungan sosial juga tidak menyeluruh dan membimbangkan terutama kepada golongan muda. Golongan muda sangat penting.
Golongan rentan dan golongan miskin baharu, terutama yang muncul pasca pandemik.
Jadi, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan kejatuhan nilai ringgit, apa yang diperlukan rakyat adalah peningkatan kuasa beli. Peningkatan cukai perkhidmatan, walaupun ada pengecualian, dikhuatiri akan memberikan kesan kenaikan harga barang sama seperti cukai sebelum ini. Jadi, persoalan saya adalah apakah strategi atau mekanisme yang dirangka kerajaan, bagi memastikan peningkatan cukai yang diumumkan itu tidak memberi kesan domino kepada barang yang tidak ada kaitan.
Saya berpandangan bahawa langkah awal sepatutnya perlu dilakukan, sebelum pengumuman bagi membendung masalah isu pendapatan rendah dan sederhana berkenaan kos sara hidup, terutamanya bagi rakyat yang tinggal di bandar-bandar yang besar.
Kemudian, ada lagi isu ialah berkenaan dengan subsidi bersasar. Kalau kita lihat, belanjawan kali ini turut mengumumkan pengurangan subsidi, yang katanya penjimatan itu akan digunakan kembali bagi membantu rakyat yang lebih memerlukan melalui Skim Tunai Rahmah. Namun begitu, Belanjawan 2024 ini hanya memperuntukkan RM58.1 bilion untuk subsidi. Namun perbelanjaan subsidi tahun ini sahaja telah mencecah RM77.7 bilion setakat Khamis lalu.
Jadi, soalan saya, adakah berbaloi membuat pengurangan subsidi elektrik dan diesel yang dilihat sangat minimum dan tidak mencukupi bagi mewujudkan ruang fiskal untuk dilaburkan bagi tujuan pembangunan jangka masa panjang tapi kesannya akan membawa kepada peningkatan kos sara hidup rakyat. Jadi, pemberian subsidi sepatutnya difokuskan kepada barangan asas, beras, ayam, telur, minyak masak dan lain-lain.
Jadi, konsep bersasar boleh diubah sebenarnya iaitu dengan mengurangkan subsidi petrol, diesel dan tenaga elektrik dan menyasarkannya lebih kepada makanan untuk memastikan harga makanan paling rendah.
Dan seterusnya, kita lihat golongan miskin baru daripada M40. Jadi, apabila bantuan dan subsidi disalurkan mengikut kategori yang bukan mengikut pendapatan, ramai akan tercicir kerana dari segi perbezaan gaji, pendapatan golongan M40 jatuh ke kategori B40 tetapi tidak tersenarai dalam 40 peratus terbawah kerana ada lebih ramai terjejas. Bermakna golongan ini tercicir mendapat bantuan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jadi, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan kejatuhan nilai ringgit, apa yang diperlukan rakyat adalah peningkatan kuasa beli. Apabila subsidi ditarik, apa strategi kerajaan– Persoalan saya, apa strategi kerajaan untuk meningkatkan kuasa membeli agar permintaan dan penawaran dapat diselaraskan demi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara?
Walaupun belanjawan kali ini mencatatkan jumlah terbesar setakat ini, namun masih belum lagi mampu meringankan beban rakyat. Sepatutnya belanjawan harus bertumpu untuk menurunkan dan mengawal kos sara hidup rakyat yang kian meningkat.
Dan berfokus untuk meningkatkan pendapatan rakyat, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Dan ditambah dengan saya sebut tadi, kenaikan cukai perkhidmatan enam peratus kepada lapan peratus. Secara realistiknya, akan berlaku rantaian kenaikan cukai kerana kos pengangkutan, kos logistik, kos bahan mentah akan meningkat menyebabkan kos makanan, minuman akan meningkat.
Dan saya akan sentuh hal kawasan saya sedikit. Projek membina jambatan kedua merentasi Sungai Besut dan lain-lain kerja yang berkaitan di laluan FT003 Jerteh, Besut, Terengganu. Sebenar tujuan untuk diadakan jambatan ini ialah untuk mengatasi kesesakan lalu lintas disebabkan oleh aliran trafik yang tinggi semasa waktu puncak dan musim perayaan dan juga hari-hari biasa. Ia juga melibatkan pembinaan jambatan dua lorong jenis T2 sepanjang 200 meter dan pelebaran jalan- jalan tuju dia panggil, sepanjang 1,450 meter di kedua-dua arah, termasuk laluan terus. Jadi, jambatan asal dikekalkan. Ini
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
jambatan kedua di sebelahnya. Yang sedia ada iaitu FT003 dikekalkan. Umurnya dah lebih 50 tahun. Agak uzur dan perlu juga dibaik pulih.
Jadi, dengan terbinanya jambatan kedua ini, dapat memberi aliran yang lebih lancar dan terkawal dan meningkatkan aspek keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya, meningkat perkembangan sosioekonomi dan industri tempatan. Kos lebih kurang 124.8 juta. Ini sebenarnya untuk menggantikan flyover yang kami minta tapi tak dilulus kerana belanjanya begitu besar iaitu 500 juta lebih.
Cadangan kedua adalah membina jalan baharu daripada Felda Keruak, Besut, Terengganu ke Chuchoh Puteri, Kuala Krai, Kelantan. Kuala Krai tak ada ya? Jadi, fasa Felda Keruak ke sempadan negeri Terengganu. Jadi, tujuan untuk sambung Jalan T05 Keruak ke Jalan D227 Chuchoh Puteri sebagai jalan alternatif untuk menghubungkan Daerah Besut ke jajahan Kuala Krai, tiada jalan lain. Jadi sebenarnya, untuk memesatkan pembangunan sedia ada, hubungan keluarga di antara dua daerah ini, hubungan keluarga yang rapat dan biasanya mereka menggunakan jalan yang tidak berturap iaitu jalan yang sering digunakan oleh lori balak. Jadi, ia akan menyelamatkan perjalanan lebih kurang 100 kilometer dan kadar sosioekonomi di kawasan sekitar juga akan meningkat.
Saya dalam portfolio keselamatan. Jadi, saya akan bincang sedikit, bahas sedikit berkenaan isu keselamatan. Isu LCS sebenarnya dan tata kelola kerajaan. Dalam belanjawan ini juga, kerajaan turut menekankan mengenai dengan tata kelola, ketelusan dan kebertanggungjawaban.
Jika benar kerajaan serius ingin membawa agenda ini, saya mendesak untuk kerajaan mulakan dengan pembentangan Kertas Putih LCS, banyak disebut. Memetik kata-kata Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi sekarang. Sekurang-kurangnya 890 juta dana rakyat hangus kerana penyelewengan Projek LCS. Dia ada tiga orang sebelum ini bising pasal LCS tapi sekarang diam membisu. Antaranya PM, Menteri Komunikasi dengan Menteri Ekonomi. Sebelum jadi kerajaan, begitu bising, macam nak pecah, macam nak runtuh langit tapi sekarang diam membisu tanpa berita.
Jadi, sebagai kerajaan yang melaungkan prinsip tata kelola, tak kan penyelewengan ini ingin disenyapkan begitu sahaja. Terkini, Projek LCS hanya dijangka siap sehingga 2029. Jadi, sampai bila duit rakyat dan pembayar cukai mahu dibazirkan tetapi pengkhianat negara yang menjadi dalang projek ini dilepas, bebas, begitu sahaja?
Lima kapal, 19 tahun baru siap. Daripada 6 bilion, sekarang dah jadi 11.2 bilion. Daripada enam kapal, tinggal hanya lima kapal dan siap 2017.
Sekarang mungkin siap 2029. Jadi, kalau kita imbau balik rumusan PAC Parlimen berkenaan dengan perolehan LCS sebelum ini, kontrak LCS diberikan oleh kerajaan kepada syarikat BNS secara rundingan terus. Kerajaan telah membayar sejumlah 6.83 bilion untuk Projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS pun yang disiapkan. Jadi, menurut jadual asal setakat Ogos 2022, sepatutnya lima buah kapal LCS harus disiap dan diserahkan.
Jadi dalam perkara ini, siapa yang akan beri jawapan dan bertanggungjawab terhadap perkara ini? Rakyat tidak perlu ucapan nak lawan rasuah. Nak lawan penyamun tapi janji untuk melakukan pendakwaan LCS hanya tinggal janji. Ini barangkali mereka- mereka yang terlibat barangkali ada dalam kerajaan. Inilah tidak diteruskan barangkali, tapi kalau kes-kes yang sebelah sini, cepat siasat, cepat tuduh, tapi sebelah sana– begitulah hidup manusia.
Satu lagi, isu pelancongan. Pasca pembukaan sempadan selepas penurunan pandemik COVID-19. Terengganu merekodkan penerimaan pelancong domestik sebanyak 10.23 juta pada tahun 2022 berbanding 3.72 juta pada tahun sebelumnya iaitu peningkatan 175.2 peratus, manakala bilangan pelancong juga meningkat sebanyak 223.6 peratus.
Saya ingin membangkitkan berkenaan Terengganu sebagai negeri yang menumpukan kepada potensi pelancongan kerana Terengganu dianugerahkan dengan demografi yang menarik. Antaranya memiliki banyak pulau yang indah iaitu Pulau Perhentian yang berada di Besut, Pulau Redang berada di Setiu, Pulau Kapas, Pulau Gemia di Kuala Terengganu, Pulau Lang Tengah dan Pulau Tenggol di Dungun dan Pulau
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Bidong juga di Setiu. Jadi, pulau-pulau ini bukan sahaja terkenal dalam kalangan pelancong tempatan, namun ia dikenali di peringkat antarabangsa sebagai destinasi percutian untuk pencinta aktiviti-aktiviti marin.
Selain itu, ia turut disokong oleh pelbagai seni bina yang berpotensi menjadi daya tarikan pelancongan domestik dan luar negara. Antaranya seni bina masjid yang unik seperti Masjid Kristal dan Masjid Putih di Daerah Kuala Terengganu, Masjid Tujuh Kubah, Masjid Hadhari dan Masjid Kayu di Daerah Besut. Pada masa yang sama, saya juga berpandangan bahawa Terengganu amat sesuai dijadikan hab pelancongan mesra Muslim di negara ini. Namun begitu, tarikan pelancongan ini tidak begitu disokong oleh infrastruktur pelancongan yang strategik. Umpamanya, hotel atau resort yang bertaraf antarabangsa bagi memenuhi keperluan pelancongan tempatan dan luar negara.
Jadi, Belanjawan 2024 memperuntukkan 350 juta untuk tujuan merancakkan promosi dan aktiviti pelancongan. Antaranya termasuklah peruntukan dana kepada Pusat Pelancongan Islam (ITC) untuk membangunkan industri pelancongan mesra Muslim di Malaysia. Sejauh mana negeri Terengganu dilibatkan dalam pemerkasaan industri pelancongan mesra Muslim ini?
Adakah kerajaan akan mewujudkan projek-projek penyediaan infrastruktur yang menyokong Terengganu ke arah menjadi hab pelancongan mesra Muslim?... [Loceng tamat giliran berbahas berbunyi] Saya ambil sikit-sikit je. Berkenaan dengan kos sara hidup dan kenaikan barang.
Bila kos sara hidup tinggi, barang naik, duit turun. Ramailah Menteri-menteri sebelum ini, yang sebelum menjadi Menteri bercakap macam-macam, “Menteri dahulu tak buat kerja”.
Macam-macam, tapi sekarang macam tak buat juga.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Bermakna, samalah barangkali yang mengata sebelum ini, samalah mereka juga tak buat kerja rupanya sehingga barang jadi naik, kos sara hidup naik dan harga wang turun. Inilah yang ingin diberitahu. Akhir kata, assalamualaikum warahmatullahi taala
wabarakatuh. Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Besut. Ada satu perkara saya nak tegur Yang Berhormat Besut. Tengok 36(5), “Jika di dalam Dewan tidak dibenarkan menyebut nama-nama Ahli. Sebut kawasan”- 36(5) untuk pengetahuan.
Berikutannya, dipersilakan Yang Berhormat Kota Marudu.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Yang di-Pertua, pertamanya saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya berbahas mengenai Rang Undang- undang Perbekalan 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada Jumaat yang lepas.
Dalam kesempatan ini juga, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tambun. Yang Amat Berhormat Tambun yang telah membentangkan Belanjawan 2024 yang menumpukan dalam reformasi ekonomi serta memperkasakan rakyat. Belanjawan yang begitu menyeluruh serta memperuntukkan sejumlah wang besar iaitu RM90 bilion untuk belanja pembangunan, yang mana RM6.6 bilion daripadanya diperuntukkan bagi pembangunan negeri Sabah.
Dato’ Yang di-Pertua, bagi kami di negeri Sabah, khususnya kawasan Kota Marudu, kadang kita gembira bila mendengar bajet yang dibacakan begitu besar. Namun, kerajaan silih berganti, begitu juga pemimpin silih berganti. Setiap tahun bajet dibentang, keadaan kami tidak jauh berubah. Kami masih antara daerah yang termiskin di Malaysia.
Masih lagi ada kawasan yang belum pun mempunyai jaringan jalan raya yang sempurna.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Jauh sekali mengimpikan lampu yang menerangi kawasan kampung. Masih ada rakyat yang hanya bergantung hidup kepada tanaman ubi kayu.
Saya mohon Dewan yang mulia ini, agar peruntukan yang telah diumumkan dan telah dibentang ini benar-benar menepati sasaran. Sudah tiba masanya kita menggembleng usaha, merentasi fahaman politik agar perancangan Yang Amat Berhormat Tambun dalam memperkasakan rakyat dapat dilaksanakan, bagi mengurangkan jurang perbezaan pembangunan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Perpaduan kita, adakah jumlah belanjawan yang begitu besar ini, kenapa tidak ada usaha spesifik untuk mengatasi masalah 10 daerah termiskin? Lapan daerah di Sabah adalah yang termiskin di Malaysia, termasuk Kota Marudu.
Saya risau kalau tidak ada usaha kerajaan yang lebih tertumpu pada daerah- daerah ini. Makin lama makin tertinggal dari semua sudut. Saya mohon kepada Dewan yang mulia ini agar kerajaan lebih serius dalam menumpukan serta melipat gandakan usaha dalam mengatasi masalah daerah-daerah yang termiskin ini.
Kalau boleh, saya mencadangkan agar daerah-daerah ini diberikan peruntukan khas, terutama pembangunan infrastruktur serta ekonomi rakyat, supaya jurang pembangunan dan tali pinggang daerah kemiskinan ini dapat dinoktahkan dengan kadar yang segera. Rakyat kami tidak boleh menunggu lagi. Sebagai pemimpin mereka, kadang keluar air mata kita, melihat sendiri kesengsaraan rakyat. Bayangkan, sudahlah makanan pun tidak ada, anak-anak tidak ke sekolah. Mereka sakit pun tidak dapat pula hantar ke hospital.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun yang telah memberikan peruntukan bagi Projek Pan Borneo Fasa 1B dengan kos RM15.7 bilion, yang sepatutnya telah lama dilaksanakan. Projek ini amat diharapkan oleh rakyat negeri Sabah. Dalam masa yang sama juga, selaku pemimpin di kawasan, kami melihat dengan keprihatinan Tambun dalam membangunkan Sabah banyak lagi keperluan jalan-jalan utama, jalan perhubungan antara desa dan pekan yang perlu dibina demi kesejahteraan rakyat negeri Sabah.
Selaku pemimpin yang telah diangkat oleh rakyat, saya bertanggungjawab untuk menyampaikan hasrat rakyat di Dewan yang mulia ini. Seperti yang saya nyatakan dalam ucapan saya di Dewan yang mulia ini sebelum ini, saya mohon Kerajaan Madani kita agar bantu kami dalam membina dan menaik taraf jalan-jalan yang teruk. Ada antara jalan yang langsung yang tidak boleh dilalui sebarang kenderaan. Sebelum ini pun saya telah sebut nama-nama jalan tersebut untuk tindakan dengan kadar yang segera.
Dalam peruntukan berbilion yang telah diumumkan, saya minta pihak kementerian yang terlibat seperti Kementerian KKDW, JKR dan pihak ICU sendiri tolong ambil tindakan.
Mustahil sentiasa buat kajian. Buatlah pelaksanaan. Bukan senang untuk melaksanakan kerja dengan kadar yang serentak tapi bermulalah dari sekarang. Sekurang-kurangnya ada tindakan yang dilihat dan diyakini oleh rakyat.
Dato’ Yang di-Pertua, rakyat saya di Kota Marudu tidak mengimpikan untuk membina bangunan seperti PETRONAS Twin Tower. Biarpun hasil petroleum Sabah antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Namun, cukup bagi kami sekiranya keperluan pembangunan asas dapat dinikmati oleh rakyat dan antara yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha untuk menoktahkan kemiskinan tegar adalah menyediakan keperluan asas iaitu jaringan jalan raya yang baik, kemudahan bekalan air dan elektrik yang sempurna.
Dalam belanjawan disebut untuk menoktahkan isu bekalan, masalah bekalan air bersih termasuklah di negeri Sabah. Bagi pihak rakyat Kota Marudu, saya mohon kepada kerajaan agar masalah bekalan air Kota Marudu dapat diberikan perhatian dan peruntukan melalui RM1.1 bilion yang telah diperuntukkan untuk tahun depan.
Dato’ Yang di-Pertua, rakyat Kota Marudu yang tinggal di kawasan pendalaman, kehidupan mereka seperti tahun 60-an. Mungkin kita tidak terbayang ada lagi rumah rakyat kita yang dibina daripada kayu hutan, yang beratapkan daun nipah dan juga rumbia, tapi di Kota Marudu, perkara ini masih berlaku. Di manakah mereka ini mohon
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
pertolongan? Kita wakil rakyat pun kadang terfikir. Apa peranan kita bila perkara seumpama ini, kita hantar kepada kementerian yang berkaitan, pun tidak ada tindakan dan juga makluman. Melalui Dewan yang mulia ini, saya berharap masalah seumpama ini dapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya. Kalau tidak, sampai bila rakyat kita akan menderita?
Dalam bajet yang telah dibentangkan, tahun depan telah diperuntukkan RM460 juta untuk 60,000 rakyat susah di desa bagi bantuan membina rumah baharu dan juga membaik pulih. Untuk tujuan itu, saya mohon Dewan yang mulia ini kepada pihak KKDW dan juga kepada Yang Amat Berhormat Tambun, supaya dapat memperuntukkan sekurang-kurangnya 1,000 buah bina rumah baru rakyat miskin tegar yang masih berjumlah 1,179 miskin tegar dan juga 3,029 kategori miskin untuk Daerah Kota Marudu.
Ini juga termasuk bagi mangsa-mangsa rumah terbakar, juga mangsa rumah runtuh ketika musim tengkujuh, yang semuanya tidak dapat membuat rumah sendiri kerana ketidakmampuan mereka.
Dato’ Yang di-Pertua, untuk program kesihatan. Saya mohon agar keperluan pembinaan Hospital Kota Marudu yang baru dapat dipertimbangkan oleh kerajaan. Saya melihat dalam perancangan Kementerian Kesihatan, tidak adapun disebut sebarang perubahan di Kota Marudu. Saya mohon agar perkara ini merupakan keutamaan dalam memperkasakan kesihatan rakyat Kota Marudu. Bangunan hospital yang sekarang ini tidak lagi boleh menampung keperluan rakyat Kota Marudu masa kini.
Selain daripada itu, saya juga mohon pihak Kementerian Kesihatan supaya dapat dimasukkan dalam bajet RM300 juta peruntukan bagi tahun depan, lapan buah Klinik Kesihatan Kota Marudu yang berstatus beyond economic repair (BER), dengan izin.
Saya juga sekali lagi merayu agar cadangan pembinaan klinik untuk kawasan Sonsogon Magandai yang saya sering kali ulang dalam Dewan yang mulia ini, agar mendapat perhatian dan dapat dipertimbangkan untuk pembinaan klinik baru ini kerana ianya jauh daripada klinik yang sedia ada. Dan saya telah ceritakan pada masa yang lepas, bahawa ada rakyat kita yang sampai cacat kerana ketidakmampuan keluarga untuk menghantar anak ini ke klinik. Jadi, Dewan yang mulia ini sebagai saksi, saya mohon sebagai pemimpin mereka, agar perkara ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya.
Dato’ Yang di-Pertua, Kota Marudu merupakan kawasan bencana banjir setiap kali musim tengkujuh. Masalah utama pula ialah ketiadaan pusat pemindahan khas bagi mangsa-mangsa banjir. Ada juga pusat pemindahan yang menggunakan bangunan sekolah yang boleh mengganggu masa persekolahan. Untuk itu, saya mohon kepada pihak NADMA agar mempertimbangkan pembinaan beberapa pusat pemindahan banjir untuk Daerah Kota Marudu di bawah RM200 juta peruntukan Belanjawan 2024 untuk tujuan tersebut.
Selain daripada pusat-pusat pemindahan banjir, saya juga mohon kepada kerajaan, mengambil kira keperluan aset logistik bagi menangani situasi banjir di Kota Marudu. Aset-aset logistik seperti bot, ambulans serta keperluan perubatan dan kit bantuan awal mangsa banjir perlu ditambah serta diperkasakan untuk memudahkan para petugas melaksanakan atau memindahkan mangsa banjir.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Dato’ Yang di-Pertua, dalam sektor ekonomi dalam Belanjawan 2024 banyak insentif dan peruntukan serta geran khas tersedia yang telah diumum dan boleh diceburi oleh rakyat termasuklah golongan belia. Berhubung perkara ini kita juga mengingatkan pada pihak-pihak yang terlibat iaitu agensi-agensi kerajaan yang terlibat ataupun mana- mana institusi kewangan supaya mempermudahkan setiap permohonan yang layak bagi menyokong usaha kerajaan dalam memperkasa ekonomi rakyat. Telah disebut dalam belanjawan, sejumlah RM44 bilion tersedia untuk manfaat usahawan mikro, kecil dan sederhana yang dikendalikan oleh agensi Bank Negara Malaysia, Bank Simpanan Nasional dan juga TEKUN. Saya mohon agar Kota Marudu tidak akan tertinggal daripada peruntukan-peruntukan yang telah dibacakan ini.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam krisis makanan yang melanda dunia, masing-masing negara mengatur langkah untuk meningkatkan hasil bekalan makanan sendiri. Saya telah
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
terbaca artikel menyatakan negara Singapore yang begitu kecil pun berusaha menanam padi melalui konsep greenhouse yang bertingkat untuk kajian dan untuk menampung bekalan beras bagi rakyatnya. Apakah negara kita juga mempunyai usaha-usaha yang sedemikian?
Alhamdulillah, dalam kita mengatur langkah untuk memperkasa penghasilan bekalan makanan negara, kerajaan memperuntukkan dalam belanjawan RM26 bilion bagi pelbagai subsidi dan juga insentif lain. Kota Marudu mempunyai kawasan seluas 3,500 hektar yang sesuai bagi tanaman padi. Untuk itu saya mohon kepada pihak kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan agar memberikan peruntukan Kota Marudu untuk menaik taraf sistem pengairan dan juga keperluan yang lain supaya Kota Marudu juga boleh menyumbang kepada pengeluaran bekalan makanan negara, seterusnya boleh melengkapkan ekonomi rakyat kita.
Dato’ Yang di-Pertua, bagi menyahut seruan Yang Berhormat Tambun yang telah mengumumkan Tahun Melawat Malaysia 2026, saya mohon agar peruntukan yang telah diberikan, peruntukan juga diberikan kepada kawasan Kota Marudu bagi membangunkan beberapa kawasan yang amat berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat pelancongan seperti Marudu Bay, Pantai Teringai, Walai Tobilung, tapak bekas kubur Syarif Osman, Sungai Sorinsim, Sungai Kanarom dan juga Tegudon Ecotourism. Saya mengharapkan agar Kota Marudu mendapat sebahagian kecil daripada peruntukan yang telah diumumkan dalam belanjawan iaitu sebanyak RM350 juta yang telah diperuntukkan bagi tujuan tersebut tahun hadapan. Untuk itu, juga merupakan salah satu cara kita untuk meningkatkan ekonomi rakyat sekiranya rakyat kita terlibat secara langsung dalam industri pelancongan.
Dato’ Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Tambun yang berusaha untuk mengurangkan ketirisan subsidi bahan api diesel. Merujuk kepada ucapan belanjawan Yang Berhormat Tambun bahawa subsidi diesel hanya akan diberikan kepada pengguna terpilih seperti syarikat pengangkutan barangan. Subsidi bersasar ini mungkin perlu dikaji semula untuk kawasan luar bandar seperti kawasan Sabah dan Sarawak khususnya Kota Marudu sebab majoriti kenderaan rakyat luar bandar menggunakan bahan api diesel yang sesuai dengan bentuk geografi dan keadaan jalan luar bandar.
Sekiranya bahan api ini ataupun diesel ini dinaikkan harga, akan memberikan kesan yang teruk, kesan yang besar kepada ekonomi dan juga kehidupan rakyat.
Bagi menangani masalah ini, saya mohon kepada pihak kerajaan agar mencari mekanisme agar tiada ketirisan yang berlaku tetapi tidak pula mengurangkan subsidi bagi pengguna kawasan luar bandar yang lebih bergantung penuh kepada bahan api diesel khususnya di kawasan saya di Kota Marudu. Dato’ Yang di-Pertua, akhirnya belanjawan yang dibacakan ini kita mahu supaya sampai kepada sasaran di peringkat akar umbi.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Kota Marudu, boleh saya celah sikit, Batang Lupar, Sarawak. Sarawak, okey?
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
...Sarawak? Silakan, tapi mahu habis sudah ni, tinggal beberapa minit.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Okey, terima kasih kepada Kota Marudu. Saya melihat daerah termiskin yang dikatakan oleh Kota Marudu tadi termasuk satu daerah di kawasan saya, Batang Lupar.
Adakah Kota Marudu bersetuju supaya kita memohon kepada kerajaan untuk mewujudkan satu task force khas untuk kita melihat daerah termiskin ini, setidak-tidaknya kita membuat kemudahan asas di kesemua daerah termiskin ini, jalan raya, elektrik dan sebagainya?
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Terima kasih Batang Lupar. Sebab itu dari awal tadi, saya telah minta pada kerajaan agar kalau boleh kawasan-kawasan yang miskin ini mempunyai peruntukan yang lebih spesifik untuk melihat supaya daerah- daerah ini terkeluar daripada kadar kemiskinan. Kalau tidak, lima tahun, 10 tahun akan datang, 20 tahun akan datang, 60 tahun lebih kita merdeka, kawasan kita masih lagi antara daerah yang termiskin. Terima kasih Batang Lupar.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Dengan belanjawan yang begitu baik yang dibacakan kita minta daripada daerah- daerah yang termiskin ini, daripada negeri Sabah dan Sarawak akan diberikan tumpuan oleh kerajaan supaya segala yang kita suarakan di Dewan yang mulia ini akan mendapat perhatian dan bukan sahaja- apa ini? Ucapan kita ini tidak setakat didengar oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat tapi mempunyai tindakan daripada kerajaan. Saya tidak ingin berulang kali dalam Dewan yang mulia ini untuk ucapan yang sama, memperkenalkan Kota Marudu antara daerah yang termiskin di Malaysia.
Saya minta kepada Kerajaan Madani yang begitu prihatin kepada rakyat untuk membuat kajian dan buat tindakan dalam masa yang terdekat ini. Kalau boleh seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Tambun, agar masalah kemiskinan ini dapat dinoktahkan dalam tahun ini juga. Dato’ Yang di-Pertua, Kota Marudu mohon menyokong.
Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kota Marudu. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Firman Allah SWT...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Mereka berkata kalau sekiranya kami mengikut kebenaran, petunjuk dan hidayah bersama kamu, kami akan dikeluarkan daripada negeri kami. Apakah mereka tidak mengetahui bahawa kamilah kata Allah yang menempatkan mereka di Tanah Haram yang diberikan keamanan dan dilimpahi dengan nikmat tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, rezeki yang melimpah-ruah daripada kami, tetapi sayangnya, ramai di kalangan mereka tidak bersyukur akan nikmat tersebut.” Saya mulakan bicara petang ini Tuan di-Pertua untuk menyatakan sokongan dan dukungan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan Hamas dan rakyat Palestin yang menuntut kemerdekaan dan juga yang menuntut untuk dihalau keluar Yahudi Zionis daripada terus menjajah bumi Palestin.
Kita merasa dukacita apabila negara-negara sekitar Palestin itu tidak memberi kerjasama kerana bimbang dan takut kepada ancaman Yahudi Zionis yang didukung oleh Amerika Syarikat di belakangnya. Tidak kurang juga di rantau Asia ini ada negara yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada Yahudi Zionis untuk terus membantai orang Islam, membunuh dan mencencang jasad-jasad umat Islam yang terbunuh di bumi Palestin.
Tuan di-Pertua, belanjawan adalah satu pengumuman yang penting yang ditunggu-tunggu oleh pelbagai lapisan masyarakat dan juga pelabur. Fungsi bajet ialah untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti ekonomi negara selain mengurangkan kesenjangan antara peniaga, syarikat dan juga pekerja bawahan. Pertembungan dua golongan ini melahirkan teori ekonomi bernama ekonomi kapitalis yang melahirkan masyarakat liberal kapitalis, ekonomi sosialis yang melahirkan masyarakat yang berpegang kepada prinsip komunisme.
Kedua-dua mazhab ekonomi ini bersifat ananiyah, individualistik dan materialistik di mana ia berobjektif untuk melahirkan rakyat yang bertanggungjawab menjadi pembayar cukai semata-mata mengikut undang-undang dengan memisahkan konsep ekonomi yang ada dalam agama Islam itu sendiri. Firman Allah SWT... [Membaca sepotong ayat Al- Quran] Maksudnya, “Orang-orang yang jika diberikan kuasa kedudukan memerintah di atas muka bumi, nescaya mereka perlu mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berekonomi, menyuruh berbuat perkara yang makruf, kebajikan dan mencegah daripada perbuatan mungkar, amanah, kedaulatan undang-undang dan kepada Allah jua kembali segala urusan dan wawasan akhirat.” Natijah Belanjawan 2024 dilihat tidak inklusif dan bersifat jangka pendek.
Mekanisme mengurangkan kemiskinan tidak jelas dan dasar yang lemah dalam
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
pengagihan subsidi yang tidak seimbang di antara yang mungkin melahirkan satu natijah dan kelompangan yang besar selepas daripada ini.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Subsidi yang disebut oleh Perdana Menteri dihirup oleh golongan kaya dan 3.5 golongan ekspatriat, orang luar dan juga pelabur. Lebihan tersebut akan balik kepada B40.
Ini yang berusaha dibatalkan oleh kerajaan pada hari ini. Kita bimbang Belanjawan 2024 ini, bagi saya, hanya indah khabar dari rupa. Pengagihan kekayaan yang dicanang hanyalah ilusi semata-mata. Agihan kepada satu kelompok atas dasar populis rupanya diambil dan diperas dari satu kelompok lain tanpa rela, semuanya atas nama agihan kekayaan yang sama rata ala madani.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Tambun ini bolehlah kita namakan sebagai ekonomi Robin Hood yang berkemungkinan besar akan mewujudkan Robin Hood effect, dengan izin, apabila ianya dilakukan secara tergesa-gesa tanpa membuat kajian yang mendalam akan kesannya kepada ekonomi dan sosial.
Banyak kajian ilmiah telah dibuat di peringkat antarabangsa seperti IMF, OECD yang telah mengutarakan kebimbangan wujudnya ada apa yang dinamakan sebagai Robin Hood effect.
Pengagihan kekayaan kepada golongan miskin dengan mengambil sebahagian dan memeras harta daripada golongan kaya yang dibuat tidak selari dengan apa yang digariskan oleh Islam tentunya akan menzalimi golongan tersebut. Polisi-polisi yang dibuat Tambun ini dibimbangi akan membuatkan negara kita ketandusan bijak pandai, brain drain yang majoritinya di dalam kelompok T20. Tidak mustahil satu masa nanti golongan ini akan berhijrah mencari peluang yang lebih baik di negara lain.
Seperti yang kita maklum, golongan ini telah membayar cukai pendapatan yang sangat tinggi setiap tahun. Tuan Yang di-Pertua, sementelah selepas ini golongan ini akan dibebankan lagi dengan penarikan subsidi-subsidi. Cadangan Yang Amat Berhormat Tambun ini juga dibimbangi akan menggalakkan rakyat untuk kekal selesa mengharapkan subsidi tanpa berusaha untuk meningkatkan pendapatan mereka. Bimbang jika subsidi selama ini yang dinikmati akan ditarik, malah dikenakan cukai yang tinggi pula.
Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Tambun berkenaan subsidi bersasar. Adakah data-data sosioekonomi negara yang menguruskan soal sosioekonomi rakyat dimiliki oleh agensi-agensi kerajaan ini adalah data yang tepat bagi memastikan pengagihan kekayaan dan subsidi dapat dibuat seadil- adilnya?
Tuan Yang di-Pertua, kemudian, ekonomi dirangka perlulah menggalakkan rakyat supaya menjadi orang kaya. Ekonomi Islam tidak melarang umatnya untuk terlibat dalam urusan jual beli, malah lebihan kekayaan itu dipulangkan kepada golongan fakir miskin melalui pembayar zakat. Saya tidak ada masalah untuk menjadikan golongan sasar dan subsidi itu bersasar, tetapi pada masa yang sama, tidak menekan golongan pertengahan yang dikatakan dipinggirkan dalam bajet pada kali ini.
Kita mengambil contoh Khalifah Umar Abdul Aziz, yang dipetik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, di zaman pentadbiran dan pemerintahannya berjaya mengeluarkan golongan miskin ini daripada kepompong kemiskinan sehingga tidak ada lagi orang yang layak menerima bantuan kerajaan. Pada musim-musim sejuk, untuk memudahkan binatang-binatang liar ini makan, lalu diambil harta dan gandum daripada baitulmal, bahan makanan ditabur di atas-atas bukit untuk menjaga kebajikan bukan sahaja manusia, tetapi untuk juga binatang-binatang liar ini. Inilah kemakmuran apabila ekonomi beralakan prinsip yang diajar oleh agama Islam.
Perdana Menteri Britain, Liz Truss bertahan hanya enam minggu sahaja kerana mini bajet yang disaran gagal dan ditentang daripada Ahli Parlimen pemerintah sendiri.
Akibatnya, Liz Truss terpaksa membuat pusingan U-turn apabila mata wang negara jatuh dan ekonomi bergolak dengan dahsyat. Beliau mengakui rancangan kerajaan terdahulu jauh lebih mampan dan melindungi ekonomi rakyat.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kerajaan pula membawa konsep ekonomi Islam- perlu membawa konsep ekonomi Islam. Kerajaan perlu berbuat demikian. Mengangkat keadilan dan kebajikan selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) yang digarapkan sebelum daripada ini sebagai tema utama dalam memacu ekonomi negara yang lebih mesra kepada pelabur, yang meningkatkan mobiliti rakyat untuk menjadi golongan kaya dan instrumen mekanisme kutipan hasil yang jelas dan cekap yang disebutkan dalam wawasan WKB itu.
Dulu Tambun pernah berkata bahawa Tambun bersedia menjadi Menteri Kewangan yang flip-flop semata-mata demi untuk rakyat. Mengapa Tambun tidak sanggup mengakui bahawa WKB ini sebuah wawasan yang baik dan mampu menjaga kepentingan rakyat?
Saya menyentuh juga, Tuan Yang di-Pertua, dengan masa yang terbatas ini, tentang agihan royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak ini.
Saya amat berterima kasih kepada JKOM bawah Jabatan Perdana Menteri yang menjawab secara langsung melalui media sosial. Apa yang saya bangkitkan di sini bahawa pernah berlaku pendaratan melarikan minyak yang berada hampir dengan perairan Kelantan ke Songkhla, Thailand. Yang kita kata hendak mengangkat martabat Islam Melayu, Melayu mana yang ada di Songkhla, Thailand? Lalu, dia katakan itu bukan zaman Tambun, itu zaman Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri. Bermakna, kesalahan itu benar-benar berlaku, benar-benar wujud.
Itu yang saya nak sebutkan di sini dan kalau itu kesilapan lampau, tak kiralah Perdana Menteri kah, Timbalan Perdana Menteri kah, Menteri Kewangan pada waktu itu, maka inilah masanya Tambun yang telah diangkat sebagai Perdana Menteri untuk menebus balik dosa tersebut supaya diberikan keadilan dan limpahan kekayaan itu biarlah dapat dikecapi oleh rakyat di negeri Kelantan yang selama ini telah pun dipinggirkan sekian lama.
Tuan Yang di-Pertua, kalaulah Tambun bersikap lunak dengan negeri-negeri pembangkang ini, dia tidak akan rugi. Saya pun tidak tahu siapa penasihat Tambun dalam soal berurusan dengan kami di sebelah sini. Kalaulah dibuat baik kepada kami, Tuan Yang di-Pertua, maka kami habis modal Nak lawan kerana apa lagi? Kalau diberi royalti, kalau diberi peruntukan, habis modal kami, tapi Tambun, saya dukacita kerana ingin bersikap berkonfrontasi dengan kita yang berada di sini dan, insya-Allah, dengan sebab ini, kerajaan ini akan bertukar tidak lama lagi, Tuan Yang di-Pertua...
[Tepuk] Saya ingatkan Tambun kepada pesanan yang disebut Allah dalam Al-Quran, yang disebutkan kepada Nabi Daud AS...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Wahai Nabi Daud, apabila kamu dilantik sebagai pemimpin, ketua kerajaan, kamu hendaklah berlaku adil. Jangan kamu turut kehendak hawa nafsu kamu kerana kamu akan disesatkan daripada jalan Allah SWT.” Tegur sikit dalam Parlimen pun, esok SPRM sudah datang ke depan rumah. Kritik dalam TikTok pun, kereta polis peronda akan tunggu depan rumah.
Ini politik apa seperti ini? Kalau baca cerita Nabi Yusuf, baca juga cerita pesanan Allah kepada Nabi Daud AS.
Tuan Yang di-Pertua, kemudian tentang pendidikan yang holistik. Semalam bising Hulu Langat kata Kerajaan PH tidak pernah menjanjikan tentang penghapusan PTPTN.
Saya hafal, Tuan Yang di-Pertua, ucapan...
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya tidak ada masa.
Saya hafal ucapan Yang Amat Berhormat Tambun satu ketika dan banyak kali saya follow dia punya media sosial ini. Dia kata, zaman Najib bila kita minta hapuskan PTPTN dengan hanya boleh menggunakan dana keuntungan daripada Petronas 80 bilion, untuk belanja PTPTN 5 bilion. Dia kata Najib, 80 tolak 5, negara muflis. Sedangkan, dia kata, yang ada di bawah itu...
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Pengkalan Chepa.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Dia tanya, “80 tolak 5 jadi berapa?” “75.” Layak jadi Menteri Kewangan.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Pengkalan Chepa.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Dan dia sebut bahawa muka dia malu kalau sekiranya anak-anak miskin, anak Cina, anak India, anak Murut, anak Kadazan, anak Dayak masuk universiti terpaksa kena membayar sedangkan mereka berada dalam kemiskinan.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Pengkalan Chepa, boleh bagi laluan? Pengkalan Chepa.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya tak bagi laluan.
Nanti Yang Berhormat boleh bercakap.
Kemudian, Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang terbatas, saya hendak sebutkan juga apa yang disebut oleh Ipoh Timur satu ketika dulu, yang viral, bising satu Malaysia. Ipoh Timur yang membacakan Al-Quran, isinya bukan semata-mata dibaca Al- Quran dan menterjemahkan, tapi lebih daripada itu. Apa yang berlaku adalah beliau menggunakan ayat itu sebagai dalil untuk menghukum pembangkang sebagai khawarij. Dalam disiplin ilmu Islam, ini bukan sekadar menterjemah atau mentafsir, bahkan cubaan mengistinbatkan, mengeluarkan hukum daripada Al-Quran atau nas syarak.
Dalam ilmu Islam, perbuatan seperti ini hanya boleh dilakukan oleh seorang yang berkeahlian seperti ulama mujtahid.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya nak tanya, Ipoh Timur belajar mana sehingga boleh jadi ulama mujtahid ini?
Mufti atau institusi fatwa. Orang awam Islam pun tidak dibenarkan melakukannya.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Pengkalan Chepa, Pengkalan Chepa.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya akan bagi kepada- saya akan bagi.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Pengkalan Chepa, nama saya dipetik.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Nanti saya habis dulu.
Saya akan bagi...
[Disampuk] Tak! Tunggu saya habis dulu.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Dan apa yang disampaikan...
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Ipoh Timur. Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Ipoh Timur, ini floor…
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya akan bagi kepada Ipoh Timur.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Perintah tetap, 36(6).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kalau katakan bangkitkan isu peraturan, saya benarkan. Sebentar Yang Berhormat. Apa dia Ipoh Timur, dan bawah peraturan mana?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Perkara 36(6). Sangkaan buruk dilontarkan kepada saya. Memetik nama saya secara tidak betul dengan sangkaan buruk yang dikatakan tafsir atau terjemah. Apa salah atas penterjemahan yang saya nukilkan?
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya, boleh saya jelaskan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Apa salahnya?
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Okey, saya jelaskan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Salah atau tidak?
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Nanti saya...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Tanya dulu...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kedua-dua Yang Berhormat, kedua-dua Yang Berhormat, saya selesaikan satu per satu.
Sekarang ini saya nak dengar bila Yang Berhormat Ipoh Timur bangkitkan peraturan, Yang Berhormat sebentar ya. Sebentar, saya akan bagi ruang. Masa yang luang pun saya akan tambahkan. No issue. Baik, teruskan Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Adakah penterjemahan yang dinukilkan oleh saya itu salah? Soalan nombor satu.
Keduanya, mengapakah di luar sana, ada ramai orang yang alim, orang yang berpengetahuan, bukan sahaja berpengetahuan secara nak cakap, yang punya kelulusan masing-masing yang menyatakan, “Sebenarnya Yang Berhormat Ipoh Timur, apa yang dinukilkan itu tak salah.” Adakah Yang Berhormat lagi alim daripada mereka?
Ketiganya, sehingganya saya rasa saya terpaksa memohon maaf- atas kerana sudah memohon maaf.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua, ini tak ada kaitan dengan 36(6). Ini soal...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk, duduk. Duduk sebentar. Saya faham dan saya akan olahkan. Jangan risau. Saya berlaku adil. Teruskan.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Jadi, Timbalan Speaker, itulah tiga perkara yang saya bangkitkan berdasarkan 36(6). Saya mohon ditarik balik apa yang Pengkalan Chepa sebut tadi, “yang salah”.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Selesai ya Yang Berhormat Ipoh Timur? Baik.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua, saya boleh jawab satu per satu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar, saya belum habis cakap lagi Yang Berhormat...
[Ketawa] Bagi saya habis cakap ya. Saya berlaku adil ini. Left and right. Kiri dengan kanan, dengan izin ya.
Baik, Yang Berhormat Ipoh Timur telah membangkitkan peraturan 36- sangkaan jahat, dan beliau telah memberi tiga perkara. Satu, dua, tiga tadi. Yang Berhormat ada dengar tadi kan?...
[Bertanya kepada Yang Berhormat Pengkalan Chepa] Baik ya.
Okey, sekarang untuk berlaku adil, saya nak dengar apa- kita jangan pergi kepada ucapan Yang Berhormat lagi.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya, ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya akan bagi masa untuk itu. Silakan Yang Berhormat.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua, saya minta sewaktu saya bercakap ini, tidak lagi ada provokasi supaya dia faham betul- betul.
Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar sendiri video yang dia viralkan itu yang menggemparkan satu negara. Saya mengamati satu per satu, dia membaca ayat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Sebentar, sebentar Yang Berhormat sebelum Yang Berhormat teruskan.
Ada catatan tadi? Ada ingat apa yang dia- Yang Berhormat Ipoh Timur sebutkan tadi, yang dia bandingkan...?
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya, saya ingat dan saya hafal apa dia. Saya dah tahu dah ini yang dia akan sebut.
Tuan Yang di-Pertua, dia membaca...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Ipoh Timur, duduk.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Ipoh Timur, duduk...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Ipoh Timur. Yang Berhormat Ipoh Timur, duduk.
Okey, ini ruang- tak masuk waktu perbahasan ya. Jelaskan tiga perkara yang dibangkitkan...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Okey. Tuan Yang di- Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
...Kerana apa?
Untuk makluman, baru saya boleh buat keputusan. Kalau tidak, saya berat sebelah.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya nak explain apa yang dia tanyakan tadi.
Okey, tafsiran ayat kepada...
[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Hendaklah kamu taat kepada Allah.” “Ati’u...”, “...Wa’ati’ur Rasul.”, “Dan kena taat kepada Rasul.” Dan tidak ada perkataan “Ati’u.” kepada ulil amri, tetapi apa yang diistinbatkan oleh Ipoh Timur dalam video tersebut, seolah-olah apabila kita berusaha untuk...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Bukan seolah-olah. Nukilan saya- penterjemah...
[Dewan riuh]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk. Yang Berhormat, Yang Berhormat...
[Dewan sangat riuh]
Beberapa Ahli
[Bangun] [Menjerit-jerit] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Seorang Ahli
Kurang ajar...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya minta- dan decorum dan Yang Berhormat, saya dah bagi arahan ya. Dengar sini. Saya dah minta Yang Berhormat untuk menjelaskan dan menjawab. Tak habis lagi, dah terjerit-jerit.
Dengan itu, dengar di sini, amaran pertama kepada Ipoh Timur. Saya rekodkan dalam catatan saya.
Amaran pertama kepada Yang Berhormat juga. Yang Berhormat, sila tekan. Saya nak rekodkan. Jangan tengok belakang, Yang Berhormat.
Yang Berhormat, tekan.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
[Menekan mikrofon]
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya teruskan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kuala Terengganu.
Sebentar, saya tak selesai lagi. Yang Berhormat, ini cara saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, tadi yang bangun tadi siapa lagi? Dengan rela hati sebagai...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, sebentar.
Belum lagi sampai tahap itu. Saya bertanya sekarang.
Yang Berhormat Pendang pun amaran pertama- saya ingat tadi...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya nak ingatkan ya. Saya ini- saya akan buat keputusan. Saya kalau jatuh hukum, bukan ringan. Ini amaran ya. Ini amaran saya. Dia bagi maksimum 10 hari. Saya- hak saya untuk bagi 10 hari. Baik.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya tak selesai lagi. Nanti dulu Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya tak, saya tak boleh- bab ini, bukan setakat 10 hari. Dua bulan pun kita memang...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Memang tahu.
Lebih daripada itu...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Kami tak boleh...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
...44(2) pun saya ingat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Kami tak akan takut diugut. Nak beritahu kat Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Pendang ugut saya ker...?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya diugut tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk Yang Berhormat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Jadi, saya tak rasa apa-apa.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Bab ini saya akan pertahan, saya akan lawan habis-habisan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tahu, tahu. Saya tahu Yang Berhormat berani. Akan tetapi dalam Dewan ini kita ada peraturan. Kita ada peraturan. Saya dah bagi sebutan “...Duduk, duduk, duduk.” Dah lebih lima kali. Beberapa Yang Berhormat masih berdegil.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Okey. Okey, semua dah duduk, saya boleh teruskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Nanti dulu Yang Berhormat. Saya tak selesai lagi.
Saya dah rekod Ipoh Timur amaran pertama, Kuala Terengganu amaran pertama, Pendang amaran pertama, lagi dua orang tadi ada nak mengaku ataupun tidak? Video ada.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tahu, nanti kejap.
Nanti dulu saya dengar. Okey, Yang Berhormat.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Tangga Batu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tangga Batu. Lagi sorang. Saya senyum, saya senyum ya. Lagi sorang. Video ada, video ada. Sebentar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, jika tidak mahu mengaku, saya akan replay video, saya akan rekodkan- kerana kita ini dua bulan, bukan sebulan. Saya dah menyatakan- bila saya Pengerusikan, saya akan rekodkan amaran saya. Walaupun Pendang cakap, tak takut ke, tak apa. Tak jadi masalah, tetapi saya berpegang kepada ini ya.
Baik, dua lagi atau satu lagi, saya akan tengok video.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar, sebentar.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tak lagi?... Allah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Belum lagi.
Jangan risau Yang Berhormat. Waktu Yang Berhormat tadi saya akan gantikan, all right.
Okey, Yang Berhormat telah..., silakan bangun. Yang Berhormat, tadi telah menjelaskan.
Saya perlu dengar ini semua kerana sebelum saya membuat keputusan. Bila Yang Berhormat Ipoh Timur, ‘Ipoh Barat’ tadi bangunkan peraturan...
[Disampuk] Ipoh Timur, maaf. Ipoh Timur bangkitkan peraturan, saya nak berlaku adil ya. Saya boleh buat keputusan on the spot tetapi conscience saya, conscience saya dalam ini. Okey, Yang Berhormat dah jelaskan yang pertama tadi. Dia bangkitkan tiga perkara. Walaupun kita buang masa, saya tak apa. Saya nak berlaku adil. Yang pertama dibangkitkan, dah jawab belum?
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua, saya nak sebutkan maksud dan tafsiran ayat ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Cuba pendekkan Yang Berhormat kena...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Sebagaimana dijelaskan oleh Sayyid Qutb Rahimahullah dalam Fi Zilalil Quran. Bahawa ketaatan kepada Allah itu mutlak. Tidak boleh dikompromi. Ketaatan kepada Rasul itu mutlak, tidak boleh dikompromi, tetapi, ketaatan kepada pemerintah itu, ketaatan yang bersyarat. Dalam kerangka negara Malaysia yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat pendekkan.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Boleh tukar dan boleh berubah kerajaan bila-bila masa.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Direct to the point.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tiba-tiba boleh dituduh, kami sebelah Pembangkang ini sebagai Khawarij. Itu satu tuduhan yang berat.
Consequence-nya sangat besar Tuan Yang di-Pertua. Halal darah dan hartanya.
Sebagaimana yang disebutkan oleh Mufti Wilayah...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ini juga seorang tokoh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, pendekkan. Direct to the point.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya, saya nak pendekkan ini. Kalau pendek lagi tak faham Tuan Yang di-Pertua. Kena jelaskan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya faham. Yang nak buat keputusan itu saya.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Secara detailed. Okey.
Tuan Yang di-Pertua pun nak buat keputusan, kena tahu maklumat yang jelas.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya lah, itu sebabnya.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya, okey. Tuan Yang di- Pertua, definisi Khawarij itu...
[Bercakap dalam bahasa Arab] “Sesungguhnya golongan Khawarij, apabila mereka menghukum kafir kepada orang yang berbeza dengan mereka, lalu mereka menghalalkan darah orang yang berbeza dengan mereka”.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kami tidak buat begini, dituduh Marang membawa fahaman Khawarij. Ini satu tuduhan yang sangat biadab...
[Tepuk] Consequence-nya sangat besar.
Suatu ketika dulu Tuan Yang di-Pertua, kena ingat, apabila Mufti Pahang mengatakan bahawa DAP adalah kafir harbi, saya keluar dalam TV bersama dengan kepimpinan PAS, kita tidak bersetuju walaupun kita dah berbeza gabungan pada waktu itu.
Kerana juga kafir harbi, consequence-nya besar. Kesannya sangat besar. Boleh dibunuh, boleh diambil harta mereka.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Jadi, bagaimana seorang yang tahu undang-undang, seorang Ahli Parlimen...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Boleh menuduh bahawa Marang...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Guru yang diiktiraf alim ilmunya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Sebagai golongan Khawarij, yang membawa fahaman Khawarij.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, poin satu dah jawab.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Poin dua yang dibangkitkan oleh...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Poin yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, satu dua pun tak penting dah. Sekarang ini kita nak tanya, apa tindakan kerajaan? Tuduhan yang consequence-nya sangat besar. Boleh menggugat dan menghuru-harakan umat Islam. Kalau dibiarkan terus berbicara sedemikian, bagaimana Menteri Besar Kedah, jam 3 pagi boleh ditangkap, didakwa. Apa status...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
...Siasatan kepada Ipoh Timur.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
[Pembesar suara dimatikan] Yang Berhormat, stick to, dengan izin, apa yang telah dinyatakan oleh Ipoh Timur.
Tiga perkara itu saja. Jangan meleret dan melereng. Kalau tidak saya invoke 37(2) pula.
Ya?
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua, jangan tutup mic tengah ini, nanti tak faham.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya kena, saya kena tutup...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bila saya kata...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
...Fasal Yang Berhormat...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kalau saya kata “kafir”, tapi tak sebut...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
...”Kafir zimmi” kepada Ipoh Timur, nanti orang faham dia kafir harbi. Jangan tutup tengah-tengah mic itu...
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya kena tutup kerana saya nak pendekkan. Direct to the point. Saya- Yang Berhormat...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya pun orang Islam. Saya faham...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya pun menelaah juga.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Dato’ Yang di-Pertua...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua, sahabat lama saya. Dia kena belajar dengan Ayer Hitam. Ayer Hitam, dia kata dia ini, kafir zimmi, bukan kafir harbi. Dan kita setuju. Kita tak setuju orang kata, DAP ini kafir harbi, walaupun memang kafir.
Tuan Yang di-Pertua, yang saya hormati...
Seorang Ahli
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tapi sekarang, nak balik kepada ucapan ataupun...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
...Nak balik kepada ucapan ataupun tidak?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
36(6) sekali lagi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Timbalan Speaker...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Ipoh Timur, saya tak selesai lagi, ya.
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Janganlah.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
...Tapi, dengan izin Timbalan Speaker, tapi tadi apa- dalam dia punya penjelasan yang menyatakan DAP itu...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk. Saya tak selesai lagi. Lagi kamu, Yang Berhormat masuk, jadi lagi susah saya nak selesaikan ini ya. Silakan. Last.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua, dengan hanya kita berada di belah Pembangkang, membangkang pemerintah dalam kerangka demokrasi yang diizinkan oleh Perlembagaan Persekutuan, maka kalau kita dilabelkan sebagai Khawarij...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tidak ada siapa pun yang tak pernah jadi Khawarij...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Go to...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Termasuk Tambun.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Termasuk Yang Berhormat yang belah sana, sebab pernah jadi Pembangkang...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Stick to apa yang dibangkitkan...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Dah memang stick dah itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Habis. Itu saja?
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Itu yang ada dalam video dia.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya rasa untuk jawab, jadi saya ingat kepada Ipoh Timur, supaya berhati-hati dan waspada sebagaimana disebutkan tadi I’m willing to die untuk mempertahankan agama kita. Sekian, Tuan Yang di-Pertua...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. All right. Saya telah mendengar...
[Disampuk] Sebentar, saya tengah bercakap. Ya Allah. *Haih....
[Ketawa]* Saya tengah bercakap ini tak habis lagi ini ya, isu pertama saja- ada lagi.
Okey, Yang Berhormat Ipoh Timur telah bangkitkan 36, dan isu-isu poin yang hendak dinyatakan. Yang Berhormat telah menjawab poin dia. Bagi saya, saya tidak boleh buat keputusan sekarang, saya akan buat keputusan esok. Sebentar, dengar ya. Saya akan buat keputusan sama ada ia melibatkan 36(2), kerana saya nak tengok balik. Ini pendirian saya. Baik, sekarang saya catitkan keputusan ini, saya naik besok, saya akan buat keputusan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
I want to see, dengan izin, I want to see the facts of it. Apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, dan apa yang telah dibangkitkan Yang Berhormat. Okey?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker... [Merujuk kepada Buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Peraturan?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan 36(4).
Menggunakan bahasa kurang sopan dan biadab. Tadi sebelum Yang Berhormat duduk selesai perbahasan, Yang Berhormat daripada...
Seorang Ahli
...Pengkalan Chepa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pengkalan Chepa. Beliau telah mengeluarkan kenyataan kita semua telah dengar bahawa “DAP adalah kafir”. Kita ada, Ahli-ahli Parlimen daripada Bentong, daripada Bangi, daripada Bukit Bendera yang beragama Islam. Saya minta Yang Berhormat, kalau nak mengkafirkan kami tak ada masalah, tapi mengapa menyatakan DAP kafir...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sedangkan, walhal Yang Berhormat daripada Bangi, Yang Berhormat daripada Bukit Bendera, Yang Berhormat daripada Bentong merupakan Ahli-ahli Parlimen yang beragama Islam. Sama agama.
Tolonglah jangan biadab macam ini Yang Berhormat...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta- Speaker, saya minta beliau tarik balik kenyataan itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sebab kenyataan yang dibuat oleh beliau- DAP adalah kafir itu adalah kurang sopan dan memang biadab. Kalau saya tak bangun mempertahankan Ahli-ahli Parlimen daripada Bentong, Bangi, daripada Bukit Bendera yang sama agama Islam dengan Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat. I got the point. Terima kasih. Duduk.
Yang Berhormat, atas perkara 36(4) tadi, ya saya pun mendengar perkara itu, dan saya ambil nota, sudah ambil pengetahuan bahawa DAP semuanya bukannya kafir.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
...Itu satu kenyataan. Saya arahkan, tarik balik Yang Berhormat.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Okey Tuan Yang di- Pertua, saya setuju dengan Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya sebut, Mufti Pahang kata, “DAP kafir harbi.”...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak Yang Berhormat, tidak. Itu penipuan. Itu penipuan. Tolonglah...
Seorang Ahli
Tidak, tidak.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Dan- saya kata, saya dengan kepimpinan PAS pada waktu itu...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu adalah penipuan. Itu penipuan.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Sampai keluar TV menyatakan tidak setuju...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau ada maruah, tarik diri.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Dengan dakwaan Mufti Pahang itu...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tarik kenyataan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat, benda ini...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tolonglah.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Dan Tuan Yang di- Pertua, dalam bahasa percakapan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk Yang Berhormat Jelutong, duduk Yang Berhormat Ipoh Timur...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bagi saya dulu.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
[Bangun]
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Dalam bahasa percakapan, dalam ilmu seni percakapan...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
...Bahasa Arab disebut [Bercakap dalam bahasa Arab] “Kita sebut secara menyeluruh tapi yang kita maksudkan hanya yang tertentu saja.” Jadi yang saya sebutkan tadi ialah Jelutong- kafir, Ipoh Timur- kafir. Jadi, saya sebut umum tapi yang dikehendaki ialah khusus kepada yang tertentu.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Oh...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Rupanya begitu.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kalau itu disalah tafsir, saya tarik balik, tapi saya sebut, “DAP kafir harbi” yang didakwa oleh Mufti Pahang, kita tidak setuju kerana consequence-nya sangat besar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua, saya setuju...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Dan saya akur dengan arahan Yang di-Pertua, itulah antara yang saya telah pun jelaskan tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Tarik balik atau tak?
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat. Okey baik. Yang itu, perspektif itu saya ambil maklum Yang Berhormat telah tarik- untuk rekod.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, all right. Selesai ya?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No. Because...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Ipoh Timur, saya akan buat keputusan besok. Yang Berhormat Jelutong...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, saya hormati Timbalan Speaker dan ketegasan. Saya memang menghormati ketegasan Timbalan Speaker, tetapi kenyataan yang dibuat tadi bukanlah kenyataan begitu. Beliau memutarbelitkan kenyataan. Kenyataan yang dibuat oleh beliau adalah menghalakannya semua kepada DAP...
[Menuding jari ke arah Yang Berhormat Pengkalan Chepa] Kita dengar...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Duduk Yang Berhormat. Duduk, duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kita dengar, kita dengar tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Duduk.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kena belajar... [Tidak jelas]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya malu, dukacita kerana beliau menghalakan kenyataan itu kepada Ahli-ahli Parlimen dari DAP, yang sama-sama beragama Islam.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya dah jelaskan tadi.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Jelutong duduk. Saya dah buat keputusan dan Yang Berhormat telah menarik balik. Itu telah on record ya. Jadi, selesaikan perkara itu.
Kita beralih kepada atur cara Majlis pula. All right. Okey. Yang Berhormat. Silakan sambungkan. Tempoh. Yang Berhormat sila sambungkan perbahasan.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
[Bangun]
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ya, Tuan Yang di- Pertua, salah satu isu yang berbangkit juga, saya pohon supaya kerajaan untuk menjelaskan fungsi dan peranan agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri, supaya salah faham tentang agama tidak akan terus berulang.
Dan Tuan Yang di-Pertua, saya nak sebutkan bagaimana sebuah parti politik yang berdaftar, bernaung dengan Pendaftar Pertubuhan boleh menjadikan matlamat penubuhan parti tersebut dan cita-citanya bertentangan, bercanggah dengan Perlembagaan.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
DAP nak wujudkan sebuah negara sekular, nak menghapuskan keistimewaan Melayu, dan banyak lagi dasar-dasar yang menyimpang daripada perkara yang sepatutnya selari...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, Speaker.
Speaker, saya bangkitkan peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat, Speaker.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Pengkalan Chepa. Bila dia bangkitkan peraturan saya layan, saya dah nyatakan. Silakan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Timbalan Speaker. Kenyataan tadi, walhal waktu dah pun tamat tapi saya- memandangkan saya membangkitkan Peraturan Mesyuarat, saya gunakan Peraturan Mesyuarat 36, mengeluarkan sangkaan jahat, mengatakan bahawa DAP ingin menghapuskan keistimewaan orang-orang Melayu. Kenyataan kita dengar tadi. Pengkalan Chepa dah terlanjur. Saya minta beliau tarik balik kenyataan itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Jelutong. Saya nak tanya satu soalan sebelum saya buat keputusan. Adakah DAP berhajat sedemikian?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, memang tidak. Kita lihat Pulau Pinang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bagus, saya nak benda itu direkod, itu sahaja- sebelum saya membuat keputusan. So, that apa pendirian DAP. Jadi, Yang Berhormat telah nyatakan, “Tidak.”
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Betul?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Okey. Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Eh, Yang Berhormat. Yang Berhormat, tekan. Yang Berhormat, tekan. Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Bercakap tidak menggunakan pembesar suara] Tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar, Yang Berhormat.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua, di tangan saya ini ada...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat nanti saya tidak habis cakap lagi.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Dah, suruh bercakap- tak habis bercakap lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
[Ketawa] Yang Berhormat Pengkalan Chepa, atas apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong 36(4) atas ayat itu, dan saya telah bertanya kepada beliau, dan beliau telah menjawab itu bukan pendirian DAP. Tarik balik.
Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
[Bercakap tidak menggunakan pembesar suara] Dia suruh tarik balik.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua,...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Tarik balik.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Macam mana saya nak tarik balik. Ini di tangan saya Perlembagaan DAP, disebut dalam fasal 2, mengesahkan lagi, memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal, iaitu sebagai sistem undang-undang tertinggi negara yang menghormati nilai demokrasi, dan hak manusia dengan memberi hak saksama kepada setiap rakyat Malaysia. Disebut jelas, “sekular.”
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat. Saya punya keputusan- tarik balik. Perkara Yang Berhormat sebut itu jika tidak puas hati, usulkan kepada Dewan.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua, kalau saya tarik balik, ia bercanggah dengan benda yang bertulis di sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Saya boleh bagi salinan kepada Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya faham apa Yang Berhormat niat itu dan bercakap itu nak disampaikan, tapi dalam senario kita tengah
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
berbahas ini, saya telah mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Jelutong, dan berpandu daripada itu saya memutuskan- tarik balik, dan jika tidak puas hati atas keputusan saya, 43 itu jelas, ‘link’ kedua. Tarik balik Yang Berhormat.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua, Jelutong seorang tidak berautoriti. Ini Perlembagaan parti.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ya, Yang Berhormat, jika sedemikian...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Dia bukan mewakili parti. Jawatan dia apa pun dalam parti. Ini Perlembagaan bertulis- parti yang berdaftar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya tahap kesabaran...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ada lagi Tuan Yang di- Pertua, bukan itu sahaja. Bagaimana Deklarasi Setapak mempertegaskan untuk memberi equality dan tidak ada lagi bumiputera dan bukan bumiputera.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat duduk.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ini jelas dalam Perlembagaan DAP.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Jelutong, saya selesaikan yang ini pula. Hai, hari ini...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Baca Deklarasi Shah Alam-lah. Cakap Deklarasi Setapak- baca dulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Dah, kenapa tak ubah yang ini?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ubah apa?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Sedangkan pemimpin UMNO sendiri minta...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Bangi duduk. Yang Berhormat Jelutong duduk. Bagi saya selesaikan satu persatu ya.
Kalau tidak jadi pasar borong ini. Ya, Yang Berhormat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Dato’ Yang di-Pertua, 37(1), seseorang Ahli tidak boleh mengganggu Ahli yang sedang bercakap kecuali...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat duduk, saya tak selesai lagi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bercakap tidak menggunakan pembesar suara] [Tidak jelas] ...Hang tahu apa?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya tak selesai lagi.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Pandai-lah lu.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sudah-lah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Duduk, duduk.
Saya belum selesai lagi benda ini.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Itulah, bila dia orang cakap ganggu Islam, kita boleh terima.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, bagi saya- saya tengah bercakap ini, kalau ditambah-tambah lagi, meleret-leret. Bagi selesai satu dulu, satu-satu dululah Yang Berhormat. Hari ini sesi menyelesaikan masalah...
[Ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bercakap tidak menggunakan pembesar suara]...bahas tak pandai buat, malas nak jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Jelutong, please, dengan izin.
Yang Berhormat Pengkalan Chepa, saya telah membuat keputusan- tarik balik, dan jika Yang Berhormat- saya nyata lagi sekali, saya hendak benda ini semua direkodkan. Itu sahaja niat saya. Jika tidak puas hati atas perlembagaan DAP itu, usulkan supaya Yang di-Pertua boleh putuskan, ya.
Saya, kalau you bangkitkan juga, saya nak kena kaji duduk. Saya boleh buat keputusan on the spot. Saya tidak mahu tidak berlaku adil. Bila anda bawa dokumen, saya nak kena tengok, barulah adil, ya. Jadi Yang Berhormat, saya minta ditarik balik.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan cadangan Yang di-Pertua tadi- ialah untuk tidak bersetuju dengan ruling Yang di-Pertua untuk saya tarik balik, dan saya akan kemukakan bukti-bukti ini kepada Yang di-Pertua Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Barulah betul.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Jadi, kalau Yang di- Pertua sedang berada di Kerusi Yang di-Pertua sekarang, nak menghukum saya tidak adil, sebelum decision dibuat berdasarkan kepada apa yang disebutkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Haa, Yang Berhormat tahu pun. Kalau boleh- duduk sebagai hakim ini tak boleh ikut perasan. Kalau ikut perasaan, hei*...
[Ketawa]* Sakit jantung.
Baik, Yang Berhormat. Saya dah bagi ruang tadi. Saya bagi tiga minit, gulung dan tutup. Baik.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, kekalutan yang berlaku di sini kita mengharapkan daripada bajet ini mesti memastikan supaya kerajaan ini benar-benar berlaku adil kepada negeri-negeri yang disebut sebagai negeri-negeri pengeluar minyak Tuan Yang di-Pertua, Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak. Ini negeri pengeluar minyak. Brunei yang ciput, kecil macam itu menjadi kaya raya. Duitnya kukuh kerana agihan kekayaan yang betul, tetapi apa yang berlaku di negeri Kelantan sampai hari ini walaupun dah ada perjanjian, tidak diberikan royalti.
Kemudian dimomokkan Kelantan negeri miskin, begitu, begini, airnya keruh dan sebagainya. Ini satu ketidakadilan. Allah Taala marah kepada orang Yahudi bukan kerana bangsa Yahudi itu tapi kerana perangai dia. Dia menjanjikan untuk buat two-state solution, nak berdamai pada masa yang sama dia menghentam orang-orang Palestin di Gaza. Dia menekan orang Palestin di Gaza, sekat sempadan tak boleh masuk untuk sampaikan bantuan.
Perangai Yahudi seperti itu kalau ada kepada orang Melayu pun Allah Taala marah juga kepada Orang Melayu. Kalau ada kepada kepimpinan Melayu pun Allah Taala tetap murka kepada orang seperti ini. Sebab itu mestilah berlaku adil... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Jangan disebabkan kamu bermusuh dengan sesuatu kaum, sesuatu kumpulan, kamu berlaku tidak adil kepada mereka. Berlaku adillah kerana adil itu lebih hampir kepada takwa.’’
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tuan Yang di-Pertua, sahabat-sahabat tak ada nak mencelah? Kalau tidak ada mencelah Tuan Yang di-Pertua, saya berhenti setakat itu. Mudah-mudahan bajet pada kali ini yang tak baik itu dipinda, yang baik itu diteruskan. Sekian. *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
[Tepuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Waalaikumsalam. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Terima kasih Yang di-Pertua.
Pengagihan dana awam RM388.1 bilion dalam bajet negara memerlukan saluran maklumat yang telus untuk membina kepercayaan orang ramai terhadap berkesanan peruntukan belanjawan dan memastikan orang yang memerlukannya mendapat dana tersebut.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan I, satu Jawatankuasa Pemantau Belanjawan akan ditubuhkan bagi memastikan peruntukan di bawah Bajet 2024 diagihkan dengan baik untuk kepentingan rakyat. Objektif Jawatankuasa tersebut ditubuhkan adalah untuk melaporkan pencapaian Bajet 2024 bagi tempoh Januari hingga Jun sebelum laporan itu dibentangkan di Parlimen pada September tahun depan. Persoalan yang penting ialah bagaimana kerajaan dapat memastikan Bajet 2024 diagihkan dengan baik apabila Akta Rahsia Rasmi yang mengikat aliran bebas serta memelihara kerahsiaan maklumat?
Pada pandangan saya, Jawatankuasa Pemantau Belanjawan tersebut tidak dapat memantau peruntukan secara berkesan dan memastikan peruntukan diagihkan dengan baik sekiranya tidak ada mekanisme yang bersesuaian untuk memastikan ketelusan kewangan dan kontrak kerajaan dan kerajaan tempatan. Ia juga melibatkan bagaimana kontrak dirundingkan dan latar belakang pihak yang dianugerahkan untuk memastikan projek bukan sahaja diberikan kepada pihak yang paling kompeten tetapi juga untuk memastikan akauntabiliti kontrak melalui kriteria yang ketat.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Sebagai contoh, apabila Kerajaan Negeri Perak tertentu menganugerahkan projek membaiki jalan dan longkang kepada kontraktor tunggal, maka persoalan adalah atas apa kriteria dan kelayakan kontraktor tersebut dipilih? Serta sama ada proses tender yang betul telah dilakukan? Apabila Kerajaan Negeri Perak enggan mendedahkan kontrak sedemikian secara umum dengan menggunakan Akta Rahsia Rasmi, ia jelas melanggar prinsip akauntabiliti dan ketelusan awam.
Saya meminta agar perjanjian konsesi antara Kerajaan Negeri Perak dan Puncak Emas didedahkan secara awam. Namun, saya telah diberitahu melalui surat yang bertarikh 3 April 2023 bahawa perjanjian yang dimeterai antara pihak Kerajaan Negeri Perak dan pihak Puncak Emas adalah dokumen sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi, kerana mengandungi maklumat yang mengikat pihak-pihak dalam menjalankan tanggungjawab berkaitannya. Oleh yang demikian, ia tidak dapat memberi terma-terma tersebut.
Maka, kita perlukan Freedom of Information Act supaya perkara-perkara ini dapat di- semua diketahui oleh rakyat. Saya hairan, bila wang dana kerajaan adalah wang rakyat diguna pakai tetapi there is a cover-up dan menggunakan Official Secrets Act untuk tidak memberitahu apakah terma-terma itu adalah untuk kebaikan rakyat dan sebagainya.
Saya percaya bahawa ini kalau dibenarkan dilanjutkan, lebih teruk suatu hari, macam 1MDB dan sebagainya. Saya pohon agar Freedom of Information Act ini digubal dengan seberapa awal yang boleh, tindakan diambil supaya semua kontrak-kontrak kerajaan, terutamanya bila tidak ada sensitivitinya, patut- rakyat patut tahu kenapa no open tender dan sebagainya.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah mengumumkan beberapa peruntukan dan inisiatif dalam Belanjawan 2024 yang akan membantu majikan dan pekerja di Malaysia pada tahun-tahun yang akan datang.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Namun, saya agak bimbang dengan pengumuman bahawa Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) akan memperuntukkan satu dana khas dengan menggunakan 50 peratus daripada kutipan levi bagi melaksanakan Program Latihan Madani yang merangkumi program latihan semula dan peningkatan kemahiran untuk usahawan SME dan golongan rentan seperti bekas banduan, orang kurang upaya, warga emas dan pesara. Kutipan levi sekarang melebihi lebih RM2.2 bilion setahun pada masa sekarang. Ini bermakna, pembiayaan yang diberikan kepada Program Latihan Madani akan melebihi RM300 juta setiap tahun.
Program atau dana sebegini bukanlah sesuatu yang baru bagi PSMB. Pada tahun 2016, dana tersebut telah diumumkan dalam perbelanjaan dan dirujuk sebagai pooled fund. Matlamat dana itu adalah sama dengan matlamat Program Latihan Madani.
Malangnya, ia tidak dicapai kerana korupsi yang berleluasa, kerana akibat ketiadaan semak dan imbang bagi meningkatkan pengurusan. Pada tahun 2018, saya semasa itu Menteri untuk Kementerian Sumber Manusia, telah mengarahkan semua akaun-akaun ini di-freeze dan tidak lagi membenarkan pooled fund digunakan sewenang-wenangnya.
Selepas itu, Governance Oversight Committee telah ditubuhkan di mana mereka- di antara rekomendasi-rekomendasi yang dibuat, satu adalah di mana mereka sendiri, dari selepas perbincangan dengan stakeholders dan sebagainya, membuat satu keputusan bahawa pool fund ini tidak patut diadakan.
Berdasarkan maklum balas daripada majikan berdaftar yang membayar levi, mereka telah menolak konsep pooled fund. Mereka berpendapat bahawa ia melanggar surat dan semangat Akta PSMB 2001, yang memperuntukkan bahawa levi yang dikutip oleh PSMB adalah untuk latihan dan pembangunan pekerja, perantis dan pelatih yang bekerja di premis majikan yang membayar levi sahaja.
Apabila Kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada tahun 2020, masih terdapat sebanyak RM300 juta dalam pool fund tetapi kesemua dana tersebut lenyap, telah habis dalam tempoh dua tahun tanpa sebarang laporan. Jadi, saya nak tahu, bilakah laporan terperinci akan diberitahu? Macam mana wang sebanyak RM300 juta itu diguna pakai untuk skilling, upskilling, reskilling dalam negara ini.?
Di samping itu, bagi membantu PMKS yang tidak mempunyai baki levi yang mencukupi dan orang lain yang memerlukan bantuan, PSMB sudah mempunyai dana yang bernama unutilized levy yang berpotensi membawa masuk RM50 juta ke RM100 juta setiap tahun.
Oleh itu, saya berpendapat- ini adalah selepas perbincangan dengan stakeholders di negara ini. Saya berpendapat bahawa peruntukan dana khas dengan menggunakan bayaran levi adalah tidak wajar tanpa perlindungan semak dan imbangan bagi pihak ketiga. Saya khuatir dana itu akan disalahgunakan dan tidak akan mencapai matlamat murni Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan sekarang.
Saya amat berharap bahawa kerajaan akan melaksanakan satu mekanisme yang berkesan untuk memantau penggunaan dana dalam Tabung Latihan Madani agar salah laku dan salah guna dana tidak berulang pada masa yang akan datang.
Soalan saya yang wujud adalah di mana Governance Oversight Committee telah pun yang membuat penyiasatan dengan stakeholder, dengan dalam pelantikan mereka, kenapa arahan-arahan yang dibuat oleh Governance Oversight Committee pada 2019 tidak diikuti? Saya nak tahu mengenai feedback tersebut.
Lagi satu adalah- Dato’ Yang di-Pertua, bahawa kita perlu ingat, dalam misi dan visi kementerian di mana sebanyak RM41 bilion diagihkan untuk Kementerian Kesihatan.
Ini di Anggaran Perbelanjaan Persekutuan dinyatakan... [menunjukkan Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024] Dan kalau kita tengok visi dan misi dia, tidak ada mana- mana mengatakan bahawa prioritinya adalah mencegah lebih baik dari mengubati.
Prevention is better than cure.
Kenapa saya mengatakan sedemikian? Saya difahamkan bahawa noncommunicable diseases di negara ini, kita kekurangan prihatin dalam perkara tersebut. Dan, saya percaya, perkara-perkara itu boleh dikawal jika seseorang itu ada
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
kawal selia mengenai apa dia makan dan tubuh badan dia. Kita, obesiti sekarang adalah satu yang di antara yang tertinggi di serantau ini, dan diabetes adalah lebih kurang 19 peratus dan ini adalah terlampau tinggi.
Noncommunicable disease dapat diatasi. Saya dapat arahan dari Datuk Dr.
Murugesu dari doktor Parlimen, lebih kurang tiga, empat tahun dulu di mana, pandangan beliau, dia kata, kalau seseorang mengikut intermittent fasting- saya adalah seorang diabetic, Dato’ Yang di-Pertua, untuk lebih 20 tahun, tetapi, selepas saya mengikuti intermittent fasting ini, tidak ada diabetes langsung, dan saya punya reading adalah excellent, lebih excellent dari orang biasa. Dan kalau kita boleh mengatasi dan kita boleh jimatkan juta-juta wang, saya rasa ini adalah satu di antara kerajaan perlu mempromosi di seluruh negara.
Kalau saya dan ramai di antara kawan-kawan saya yang mengikuti program ini, senang saja, all the problems start with what we eat, and if we eat less, we become better and stronger, and no health problems, and noncommunicable diseases can be overcome. Jadi, ini adalah doktor Parlimen sendiri tahu mengenai perkara itu. Dia arif dalam perkara itu. Saya harap bukan sahaja Ahli Parlimen-Ahli Parlimen akan ambil tunjuk ajar, kerana saya tengok setiap tahun, kita meningkatkan apa yang diagihkan untuk kementerian- kementerian ini. Tak cukup tahun ini RM41 bilion.
Kementerian ini, kalau tidak ada tindakan, kita berapa bilion pun tak cukup. Yang lebih mustahak adalah kita punya, sendiri punya inisiatif yang kita perlu buat.
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
Dato’ Yang di-Pertua, selain dari itu adalah masalah TVET di negara ini di mana kita perlu ambil tindakan yang tulus. Kita perlu open dalam perkara ini, di mana kerajaan mengagihkan sebanyak lebih dari 6.9 bilion tahun ini untuk TVET untuk skilling, reskilling, upskilling and cross-skilling. Itu mustahak kerana memberi semua pekerja di negara ini satu cara untuk mendapat training supaya mereka boleh mendapat pendapatan yang tinggi dan juga mobiliti. Ini adalah yang diikut di Singapore. Lama dahulu. Kalau mereka boleh berjaya, kenapa Malaysia tidak boleh berjaya? Sekarang semasa saya berucap, hanya 26 peratus sahaja pekerja di negara ini yang mendapat macam-macam training tetapi tidak lain-lain. Lebih kurang bermakna 75 peratus pekerja di negara ini telah diabaikan dan ramai di antara mereka adalah yang mendapat pendapatan 1,500 dan sebagainya.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya harap gaji minimum dalam perkara ini akan dinaikkan, diberi keutamaan supaya mereka juga akan mendapat kesenangan. Dan kalau kita tengok Yang di-Pertua, dasar pelaksanaan gaji minimum perlu disegerakan. Komitmen Malaysia terhadap amalan buruh yang beretika dan hak asasi manusia. Ini lagi satu di mana forced labour menjadi satu perkara yang sangat rumit. Kalau kita tidak mengambil tindakan, kita ambil tindakan, tetapi tak cukup untuk mengatasi forced labour di negara ini. Pekerja paksa. Kita ada situasi sedemikian berlarutan di seluruh sektor dalam di palm oil. Isu-isu palm oil. Isu-isu di syarikat-syarikat pun terlibat dalam perkara ini.
Maka, kita perlu satu inisiatif yang baharu di mana kita perlu terlibat dengan stakeholders. Saya difahamkan National Labour Advisory Council tidak berfungsi. Ia perlu mengadakan mesyuarat untuk membincangkan pandangan semua stakeholders di negara ini yang ada berkaitan, yang boleh memberi pandangan mereka. Dahulu sebelum ini, kerajaan selalunya mengadakan perjumpaan dengan stakeholders sekurang- kurangnya sekali sebulan, tetapi ini tidak dibuat. Saya harap tindakan diambil.
Akhir sekali Yang di-Pertua, kekurangan pekerja penguat kuasa di Kementerian Sumber Manusia menjadi rumit. Ini bukan perkara baharu. International Labour Organization sendiri telah menyuarakan perkara itu lebih kurang empat, lima tahun dulu.
Saya harap kerajaan akan memberi sedikit kelonggaran, mengambil lebih pekerja-pekerja dalam arena ini supaya penguatkuasaan dapat dijalankan supaya semua there will be a
Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat
win-win position dalam negara ini. Kalau tidak, kita akan ada masalah yang rumit, di mana banyak atau ramai di antara pekerja dan majikan-majikan akan rugi dalam hal ini. Ramai di antara majikan pun tidak tahu mengenai hak mereka. Lebih-lebih lagi apakah pekerja- pekerja di negara ini.
Saya harap ini yang akan diambil kira supaya there will be a win-win position dalam negara ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya jemput Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas pembentangan belanjawan pada baru-baru ini.
Dengan izin, I want to go straight to the point. Kerisauan utama saya adalah belanjawan yang diumumkan ini akan menghimpit, mencekik dan menekan golongan pertengahan yang merupakan majoriti rakyat Malaysia. Siapa yang tergolong dalam kumpulan pertengahan ini? Ini adalah Makcik Kiah yang merupakan usahawan kecil, majoriti penjawat awam, golongan mahasiswa, pemandu lori, Grab dan segala pekerja dalam sektor gig dan ramai lagi yang lain. Ini adalah golongan keramaian di Malaysia.
Saya meneliti ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan para penyokongnya yang mengatakan bahawa kenaikan cukai dan pengurangan subsidi ini hanya akan memberikan impak kepada golongan maha kaya kerana akhirnya, kita dapat berikan bantuan tambahan kepada golongan M40 dan B40. Sejujurnya Puan Yang di- Pertua, saya rasa ini adalah pembohongan yang begitu jelas sekali.
Mengapa saya katakan ini adalah pembohongan? Kerana daripada sudut subsidi yang dikurangkan. Kita lihat satu persatu. Harga ayam, diesel dan telur. Persoalan saya mudah. Siapa yang makan ayam? Siapa yang makan telur dan siapa yang menggunakan diesel? Puan Yang di-Pertua, ramainya orang biasa.
Kalau kita lihat paling banyak belanja harian Puan Yang di-Pertua, jika hendak dibandingkan dengan pendapatan bulanan, peratusannya itu pergi kepada mereka pada golongan M40 dan B40 kerana expenditure mereka jauh lebih tinggi jika hendak dibandingkan dengan pendapatan bulanan. Bukan golongan maha kaya, yang boleh melabur, simpan dan banyak lagi perkara lain. Kita lihat apa impak pengurangan subsidi ini. Harga ayam, telur dianggarkan akan ada kenaikan sampai 35 peratus. Kenaikan yang mendadak dan jikalau kita pergi ke beberapa musim perayaan, kenaikan itu jauh lebih tinggi.
Kita beri contoh. Kita tidak payah pergi ke musim perayaan. Apa yang dianggarkan oleh pakar-pakar, harga ayam daripada RM9.40 boleh mencecah RM12.00.
Telur daripada RM14.00 naik ke RM18.30. Kalau kita lihat, di Malaysia ini rakyat kita begitu unik kerana makanan ruji kita tidak lain dan tidak bukan adalah telur dan ayam. Kalau kita lihat kajian yang mendalam menunjukkan bahawa rakyat Malaysia seorang makan 320 telur bagi tempoh masa setahun.
Kalau keluarga itu ada enam orang, ibu, ayah dan empat anak-beranak, setiap bulan boleh cecah lima papan telur. Mungkin kita terkejut, tetapi apa yang kita makan di dalam rumah dan di luar rumah digabungkan bersama. Pagi kita makan telur. Kalau lunch berada di luar. Mi goreng, nasi lemak, apa-apa mesti ada telur. Dengan itu, ini adalah makanan ruji. Sama juga dengan ayam. Dengan itu, apabila harga diapungkan, kenaikan kos sara hidup rakyat itu sangat membebankan. Ini secara khusus akan membebankan golongan pertengahan dan juga B40.
Kita masuk pula ke subjek diesel. Dianggarkan Puan Yang di-Pertua, bukan setakat diesel tetapi petrol juga, subsidi bulanan bagi setiap satu isi rumah boleh mencecah RM500 sebulan. Kita lihat siapa pengguna diesel yang terbesar di Malaysia.
Ini bukan golongan maha kaya lagi sekali.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Rakan-rakan daripada Sabah dan Sarawak akan tahu kerana malangnya jalan- jalan mereka ada seperti bulan. Yang bila pergi, kita semua tahu rasanya bagaimana.
Mereka terpaksa beli 4x4 yang menggunakan diesel. Pengusaha-pengusaha kecil di pasar malam yang menggunakan genset powered by diesel. Golongan nelayan, pekebun dan petani dan juga pemandu bas dan van. Rata-rata golongan ini adalah golongan pertengahan dan mereka akan teruk terkesan.
Saya mendengar dengan teliti ucapan kerajaan. Mereka katakan, mereka akan salurkan subsidi ini kepada syarikat, tetapi bagaimana golongan Makcik Kiah yang merupakan pengusaha di pasar malam ingin dapatkan subsidi ini? Bagaimana pula pengusaha van, mini bas, ya yang mengangkut anak-anak kita pergi ke sekolah. Ini persendirian, ingin mendapatkan subsidi ini. Mereka akan dikeluarkan dan apabila harga diesel diapungkan, kini kita subsidize RM1.60 bagi setiap liter. That is a really big amount, Puan Yang di-Pertua. Akhirnya, yang terjejas bukan sahaja perniagaan mereka tetapi kos sara hidup rakyat akan meningkat kerana ibu bapa yang kini menghantar anak-anak mereka naik van ke sekolah turut perlu membayar kos yang lebih tinggi...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Muar. Boleh?
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Tidak apa. Itu nanti. Minta maaf. Ahli Parlimen saya- daripada Pulai. Nanti lepas ini ya. Beri sedikit masa. Biar saya landing point ini dulu.
Bukan itu sahaja. Perkara yang lebih membebankan adalah apabila kenaikan tiga barang ini, diesel, ayam dan telur digabungkan dengan sekali isu triple threat yang ada pada hari ini. Apa triple threat? Di mana tiga barang kawalan harga di pasaran masih tiada.
Iaitu gula Prai, beras tempatan dan juga minyak paket.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya tahu kerana setiap minggu saya turun. Walaupun beras bertimbun-timbun, tetapi beras kawalan harga tiada. Gula Prai kawalan harga, tiada. Minyak paket juga tiada.
Kalau kita buat a simple summary, jumlah kenaikan kos sara hidup bagi setiap satu isi rumah, empat anak-beranak dan ibu bapa, enam orang, boleh meningkat RM600 sebulan apabila kita ambil kira keenam-enam faktor ini- diesel, ayam, telur, minyak paket, beras dan Gula Prai.
Maksudnya, isi rumah kumpulan pertengahan dan B40 akan paling teruk terkesan, tetapi golongan pertengahan ini lazimnya tidak dapat bantuan-bantuan tambahan. Kalau ada pun, penambahan tunai itu tidak mencukupi. Dengan itu, walaupun kerajaan mengumumkan tambahan bantuan RM600 setahun contohnya, ‘tangan kiri’ memberikan RM600 setahun, ‘tangan kanan’ mengambil RM7,200 setahun dengan kenaikan kos sara hidup yang menjerat, mencekik dan menekan golongan pertengahan.
Sebab itu, bukan saya yang katakan tetapi boleh tanya rakyat di bawah sana bila kita pergi berjumpa, mereka tidak lagi panggil ‘MADANI’, mereka panggil ‘mahal dah ni’...
[Tepuk] Saya ingin mencadangkan tiga perkara jalan tengah. Pertama sekali, jikalau apungan harga barang asas ini ingin dilakukan, ia perlu dilakukan secara berkala dalam tempoh masa lima tahun dengan signal yang jelas setiap tahun berapa yang akan ditingkatkan. Jangan sekadar katakan akan dibuatkan secara berkala tetapi tidak ada perincian. Saya ingin tanya, apa perinciannya?
Kedua, isu diesel yang saya sudah tekankan. Jangan kita lupa golongan bas, van persendirian yang tidak dapat subsidi, yang pergi kepada syarikat ataupun badan tengah ini. Jangan lupa makcik kiah yang tidak akan dapat subsidi ini. Dan persoalan saya, sampai hari ini kita belum dapat lagi perincian. Kalau hendak diapungkan, what is the strategy? Adakah kita akan terus naikkan following market price, RM1.60 subsidi ditarik serta-merta atau adakah setiap tahun akan naik 20 sen ke 30 sen? Kita masih menunggu penjelasan.
Dan yang ketiga, kalau kita serius ingin membuat jalan cash handout ataupun sumbangan tunai terus seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa yang saya sokong dan dokong, jelas jumlahnya perlu lebih tinggi. Tidak mencukupi kalau memberikan RM600 tetapi kos harga barang tahunan naik RM7,200.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Wah! Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Bukankah kerajaan sedang berusaha untuk memberikan subsidi bersasar berdasarkan kepada Sistem PADU yang akan dilaksanakan selepas ini? Dan dengan itu, sebenarnya dia akan mengurangkan subsidi yang terlalu besar dalam negara kita.
Saya rasa pagi tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada sebut bagaimana kita hendak mulakan subsidi dalam konteks ayam dan telur. So, maksudnya di situ adalah sasaran subsidi itu tersasar kepada mereka yang sepatutnya itu.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Dua perkara yang saya hendak tekankan. Saya ingat apabila saya pertama kali masuk politik, Puan Yang di- Pertua, kerajaan yang paling kerap menggunakan definisi subsidi bersasar atau rasionalisasi subsidi adalah Kerajaan Barisan Nasional dan kumpulan yang paling kuat menghentam, mengherdik jawapan subsidi bersasar ini adalah mereka pada peringkat tersebut pembangkang dan kini duduk di dalam kerajaan. Kerana mereka katakan walaupun bersasar, realitinya ramai rakyat yang tersasar ketinggalan.
Kos sara hidup masih meningkat. Inflasi masih meningkat. Kerana, kita lihat pada hari ini, kawalan harga barang, akhirnya barang itu tiada di pasaran. Saya ada beri contoh sebentar tadi. Bagaimana kamu hendak berikan subsidi bersasar ataupun kawalan harga bersasar ini apabila rata-rata ramai rakyat Malaysia makan telur, makan ayam? Diesel, saya ada berikan beberapa contoh sebentar tadi.
Ini bukan hujah baharu yang Muar bangkitkan. Saya bangkitkan hujah- Menteri- menteri dahulu apabila mereka duduk di kerusi pembangkang, lawan Kerajaan Barisan Nasional pada masa itu. Sebab itu, dalam bab ini, jangan hipokrit. Kita- our honour is our words. Dan dalam bab ini, jikalau berjaya dilakukan, saya tiada masalah, tetapi seperti saya kongsikan sebentar tadi, jelas melalui apa yang telah diteliti dalam belanjawan, RM7,200 peningkatan setiap tahun, mana hendak dibandingkan dengan RM600 sumbangan tunai semata-mata. Itu tidak mencukupi.
Yang kedua, cukai dinaikkan. Tadi saya bincangkan soal subsidi diturunkan. Cukai dinaikkan. Kita lihat SST dinaikkan khususnya dalam sektor perkhidmatan. Bagi yang sedia ada, enam ke lapan peratus. Bagi sektor baharu seperti logistik, daripada kosong ke lapan peratus. Lagi sekali, saya dengar hujah-hujah mereka kata, “Oh, kenaikan cukai ini hanya mengenakan golongan maha kaya”. Mana ada? Jangan tipu kepada rakyat.
Siapa yang gunakan Pos Laju? Rata-rata orang biasa. Siapa gunakan J&T- TheLorry? Rakyat biasa. Bukan orang kaya. Siapa yang membeli tiket penerbangan Malaysia Airlines dan AirAsia? Siapa yang beli insurans? Siapa yang menggunakan khidmat bas dan van sekolah? Siapa yang sewa kereta? Contohnya, Syarikat Carsome.
Syarikat mana? Kecil-kecilan, SME ataupun syarikat kecil ya yang menggunakan Facebook Ads, TikTok Ads. Ini semua akan naik daripada enam ke lapan peratus.
Maksudnya, Puan Yang di-Pertua, apabila kerajaan katakan “Oh, hanya maha kaya akan dikenakan kenaikan ini” is not being sincere and genuine. Kerana, akhirnya rakyat di luar sana tahu bahawa mereka akan kena. Bukan itu sahaja- saya faham kerajaan katakan, “Tidak apa, kita akan berikan pengecualian bagi sektor F&B”. Saya merupakan pengusaha F&B. Let me give you an example, contoh, di mana mereka akan ditekan juga. Ingat, ini bagi perkhidmatan secara total.
Kalau kamu hendak tubuhkan sebuah restoran, kadangkala kamu perlu menandatangani perjanjian, kamu perlu mendapat khidmat guaman lawyer. Itu naik 25 peratus cukai perkhidmatan. Kamu- you want to get your books in order, akauntan naik 25 peratus. Kamu perlu dapatkan khidmat jurutera dan arkitek to design your restaurant, naik 25 peratus. Dan lebih penting dalam sektor F&B ini, logistic is part and parcel, at times every single day. Ini adalah aktiviti harian dan itu akan naik lapan peratus. Jelas, Puan Yang di-Pertua.
Dengan itu, siapa yang akan dapat beban ini? Akhirnya, pembeli, pengguna. Kita semua yang akan terbeban kerana pemilik itu akan menurunkan harga, akan menurunkan kos itu kepada pembeli. Siapa pembeli? Majoritinya golongan kelas pertengahan M40 lagi sekali.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Sebab itu, dalam bab ini, messaging kita perlu jujur. Saya lihat bila saya bangkitkan isu-isu ini, kata, “Oh, Saddiq ingin mempertahankan golongan maha kaya.” Eh, siapa yang beli makanan? Siapa yang menggunakan khidmat guaman- Akauntan, Jurutera? Siapa yang akhirnya perlu beli perkara ini? Golongan pertengahan, Puan Yang di-Pertua.
Dengan itu, cadangan pertambahan saya dalam bab ini khususnya bagi sektor baharu yang dikenakan lapan peratus ini yang sebelum ini tidak dimasukkan, buat secara berfasa. Jangan terus kenakan kenaikan lapan peratus ini.
Dan yang terakhir, Puan Yang di-Pertua- tadi saya sudah ulas isu subsidi diturunkan, cukai dinaikkan. Subject matter ketiga, pembaziran diteruskan. Puan Yang di- Pertua, saya rasa rata-rata rakyat faham, termasuk diri saya, bahawa mana-mana kerajaan ada keperluan untuk naikkan cukai, kurangkan subsidi jikalau end goal dia adalah supaya pelaburan masa depan negara dapat dilakukan dengan baik, tetapi rakyat rasa dikhianati apabila cukai naik, subsidi turun, tetapi terang-terang mereka lihat masih duit rakyat, duit cukai mereka dibazirkan sambil mereka ditekan kiri, kanan, atas, bawah dengan kenaikan kos sara hidup.
Saya beri contoh yang mudah. Kita dah dengar dalam Dewan ini, “Tidak apa, kita apungkan harga minyak, apungkan harga diesel...” Minta maaf, bukan minyak. Diesel, ayam dan yang lain kita boleh menyelamatkan RM2 bilion ke RM3 bilion, tetapi baru-baru ini, kita dengar bahawa kerajaan perlu bail out berjumlah RM2 bilion Boustead Plantations yang merupakan milik LTAT. Was anyone held accountable? Saya tanya. Tidak ada. Ada yang kena pecat? Ada yang diheret ke muka pengadilan? Tiada. Realitinya, kerana masalah, akhirnya apabila ada masalah daripada sudut pelaksanaan, ataupun the running of a company, kalau ada masalah siapa perlu bayar? Duit cukai rakyat biasa di luar sana.
Bukan itu sahaja, lihat isu LCS. Saya baca Laporan PAC yang diletakkan di atas meja baru-baru ini. Daripada RM6 bilion, RM9 bilion dan kini naik ke RM11 bilion.
Daripada enam kapal, turun ke lima kapal. Lewat dah hendak 10 tahun. Hanya akan siap pada tahun 2029. Dan dalam tempoh masa tiga tahun, basic design masih belum 100 percent completed, dengan izin, dan sudah tertangguh berkali-kali.
Lagi sekali saya tanyakan. Who is held accountable? Ada orang yang dipenjarakan? Dahulu dimainkan sebagai kempen utama sebelum pilihan raya, tetapi bila sudah menang, seperti ia tidak wujud lagi. Ia tidak wujud...
[Tepuk] So, mana rakyat tak marah?
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Tadi saya sudah kongsikan diesel naik, harga gula, beras, semua yang lain.
Mereka rasa seperti tertekan tetapi hampir tertekan duit kena ambil poket kanan, bukan masuk poket kiri mereka, masuk untuk bailout, selamatkan golongan-golongan ini. Itu golongan maha kaya yang perlu kita lawan, bukan rakyat biasa dan golongan pertengahan.
Puan Yang di-Pertua, akhir sekali, saya ada tiga minit lagi. Adalah beberapa isu lain. Saya hendak tekankan beberapa isu hipokrasi di dalam Dewan ini. Saya ingat, apabila saya duduk di kerusi Pembangkang Puan Yang di-Pertua, apabila isu pembelian kereta mewah dibangkitkan. Pada masa tersebut, pada tahun 2020 ke 2021- oh bukan main dalam Dewan ini hentam kiri, kanan, atas, bawah, bumbung hendak jatuh. Apabila Kerajaan Negeri Kelantan beli kereta Mercedes, oh macam- masalah air dekat Kelantan ini adalah kerana beli kereta Mercedes.
Tetapi Puan Yang di-Pertua, orang yang mengkritik apabila tak sampai dua tahun daripada kereta Vellfire yang baru tukar beli kereta EV mewah. Diam, bisu, complete silence...
[Tepuk] I mean itu menunjukkan hipokrasi. Lagi sekali, rakyat tengok mereka tertekan, “Oh, si penguasa dapat kereta-kereta mewah yang baru, no accountability.” JASA yang kini dilabelkan sebagai J-KOM. Dahulu saya ingat dalam Dewan ini, kita tolak belanjawan, tak nak undi belanjawan kerana masih ada pembaziran, beri duit puluhan juta kepada cybertroopers. Kini, apabila tukar kerajaan, kekalkan, tambah emolumen 30 peratus. Diam, bisu lagi sekali.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Sebab itu Puan Yang di-Pertua, saya hendak rumuskan. Saya rasa rakyat rata- rata faham keperluan untuk kita menjaga kantung negara. Kalau mendengar ucapan Yang Berhormat Titiwangsa, saya ikut dan saya faham. Cuma masalahnya Puan Yang di- Pertua, apabila cukai naik, subsidi turun, rakyat marhaen paling teruk terkesan, tetapi setiap hari apabila mereka buka televisyen, mereka lihat masih ada golongan yang boleh mewah, bailout gunakan duit mereka, isu tata kelola yang masih berterusan, reforms yang tertangguh bertahun-tahun. Dengan itulah, naiklah marah mereka dan di situlah rumusan mereka adalah daripada Kerajaan Madani jadi kerajaan “mahaldahni”. Ingat!...
[Tepuk] Puan Yang di-Pertua, saya hendak maklumkan kepada rakan-rakan dalam kerajaan...
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Muar. Muar, boleh?
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Politik ini- selepas ini saya akan beri masa. Jangan risau. Politik ini ada naik dan turun. Saya rasa dalam tempoh masa singkat saya dalam politik, ada menang, ada jadi Menteri, keluar jadi Menteri jadi pembangkang, pembangkang jadi kerajaan, kini jadi third force. Semualah dalam tempoh masa singkat, tetapi satu perkara yang saya ingat, apabila saya duduk dalam kerajaan, saya perlu layan pembangkang seperti mereka akan ambil alih kerajaan pada bila-bila masa.
Dengan itu, saya hendak ingatkan lagi sekali, peruntukan bagi kawasan Parlimen pembangkang masih kosong ringgit. Parlimen kerajaan RM4 juta. Saya mendengar ucapan Yang Berhormat Menteri Ekonomi kata, “Oh, kita perlu buat benda ini, kalau tidak kita belanja tip-top.” That is an insult to the voters!*...
[Tepuk]* Apa tip-top-nya? Kita kena isi, pergi ke ICU, ICU buat open tender, pejabat daerah uruskan, dibuat dengan baik.
Pusat khidmat itu diaudit. Semua perkara perlu diteliti dengan baik.
Akhirnya, ingat, saya tengok belanjawan ada peruntukan pembangunan ini daripada tahun ini ke tahun depan tetapi mana pergi peruntukan pembangunan tersebut?
Kita di pembangkang ini hendak baiki sekolah, hendak bina jambatan, hendak beri bantuan kerusi roda kepada orang-orang susah, bakul makanan. Kini mereka semua didera oleh mereka yang tidak ada sikap yang ingin membantu kerana dilihat, “Ah, kamu rakyat, kamu dilihat melalui kaca mata politik”. Yang akhirnya, mereka dihukum. This is not right. Kalau tidak, bila kamu dalam pembangkang nanti baru hendak sedar, itu sudah terlalu lambat. Dengan izin.
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Sedikitlah itu...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Boleh ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Baik. Dengan ini Puan Yang di-Pertua, itu tiga perkara. Saya rumuskan lagi sekali, kerisauan utama saya dalam golongan pertengahan yang akan ditekan dengan pengurangan subsidi, kenaikan cukai dan pembaziran diteruskan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya jemput Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua di atas peluang Ledang untuk membahaskan Belanjawan 2024 bagi peringkat dasar ini.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Sebelum saya pergi lebih jauh, izinkan saya untuk tetap mengangkat pandangan berkenaan dengan isu krisis kezaliman rejim Zionis di Israel sekarang. Saya mengulangi komitmen saya dalam mendukung pendirian kerajaan terhadap isu ini. Namun, saya ingin mencadangkan beberapa pendekatan yang saya sebutkan dalam sidang media semalam berkenaan dengan- sidang media Kaukus Palestin Parlimen Malaysia. Iaitu pertama, untuk kita meneruskan pendekatan diplomacy aggressive ataupun aktif dalam mendepani krisis ini.
Justeru, saya sambut baik hasrat kerajaan untuk pergi ke sidang-sidang yang berkenaan iaitu Mesyuarat Luar Biasa Jawatankuasa Eksekutif OIC yang akan dihadiri oleh Menteri Luar dan juga ASEAN GCC ataupun Gulf Cooperation Council yang akan dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya rasa ini tindakan yang betul dan saya harap perkara ini boleh membuahkan hasil.
Kedua ialah untuk kita mendesak supaya negara-negara yang ada hubungan normalisasi dengan Israel untuk menggantung hubungan ataupun menarik balik hubungan tersebut. Dan yang ketiga, adalah untuk kita menekankan dan terus tekankan bahawa sifat aparteid oleh rejim Zionis Israel harus dihentikan oleh semua.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin terus masuk kepada topik perbincangan iaitu berkenaan dengan Belanjawan 2024. Saya percaya sebenarnya banyak perkara yang ada dalam belanjawan ini mementingkan berkenaan dengan agenda rakyat. Bukan untuk membebankan, bukan untuk menyeksa, bukan untuk menindas. Saya tak percaya bahawa Muar boleh cadangkan supaya perkara ini, belanjawan ini sebenarnya menindas rakyat. Tidak ada daripada kalangan mana-mana Ahli Parlimen kerajaan yang berfikiran begitu. Dan jika berlaku, kita akan tentang juga habis-habisan...
[Tepuk] Puan Yang di-Pertua, melihat iklim ekonomi...
Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Ledang, boleh saya menyampuk sedikit, Ledang?
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
...Dan sosial negara. Melihat kepada iklim ekonomi dan sosial negara, kerajaan hari ini berdepan dengan tugas getir dalam memastikan perbelanjaan dan pengurusan kewangan negara yang seimbang dan komprehensif. Seperti meniup api dalam air, dilihat sukar bahkan hampir mustahil. Namun, derap langkah wajar terus kedengaran. Dan kita membawa bentuk tata kewangan negara ini bermula dengan analisis keperluan pergerakan matlamat membiayai negara. Dan ia kelak menjadi sanggar ataupun sandaran kepada penetapan fokus dan arah keluar masuk wang negara.
Jadi, saya kira analisis kewangan belanjawan ini dilakar kemas dengan penetapan sektor-sektor tradisional dan baharu yang digariskan sebagai tumpuan ke hadapan. Sektor tradisional seperti sektor pendidikan, sosial, kesihatan dan keselamatan terus menjadi tunjang. Pemilihan sektor baharu yang selari dengan keperluan pasaran tempatan dan global seperti sektor digital dan tenaga turut disinggung. Ini juga memberikan pandangan bahawa kerajaan berfikiran ia bukan hanya berkenaan dengan keadaan semasa tetapi berkenaan dengan keadaan masa hadapan.
Puan Yang di-Pertua, peruntukan hampir RM60 bilion untuk Kementerian Pendidikan adalah selari dengan pilar pembinaan negara madani dalam memperkasa infrastruktur pendidikan akan terus kukuh. Namun ada bernasnya, andai peruntukan ini juga kita dapat manfaatkan dalam memperkasa pelan pendidikan negara. Reformasi pelan pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan pelan seterusnya harus segera digariskan bagi memastikan trajektori darat naratif pendidikan kita terus maju.
Saya berpendapat dengan kerangka pembangunan pendidikan yang komprehensif ia mampu untuk menterjemahkan penyelesaian kepada isu-isu seperti isu keciciran pelajar, isu penerapan karamah insaniah dalam kalangan pelajar kita.
Selain itu, saya juga mohon untuk pihak kementerian menjelaskan perancangan dalam mengintegrasi Dasar Pendidikan Digital untuk sektor STEM. Perancangan ini harus dirangka dengan teliti melihat kepada fakta kemerosotan minat pelajar terhadap bidang
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
ini yang menurun kepada hanya 40 peratus berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Tambahan kepada topik digital pendidikan ini, saya juga ingin bertanya perkembangan ketersambungan digital di sekolah-sekolah.
Saya bangkitkan persoalan ini kerana ada sesetengah sekolah termasuk- tidak, banyak ya, 27 buah sekolah di Parlimen Ledang yang sudah ada infrastruktur tersedia, ada menara tetapi terbengkalai. Jadi, apakah status infrastruktur ini, menara ini yang sudah tersedia tetapi terbengkalai sedangkan ia patutnya boleh dimanfaatkan untuk dipasang supaya adanya kemudahan internet di sekolah-sekolah.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Puan Yang di-Pertua, saya melihat belanjawan kali ini juga memperuntukkan lebih RM2 bilion untuk penambahbaikan infrastruktur desa. Ini berita positif dalam usaha kita untuk merapatkan kesenjangan antara wilayah mana yang ada penindasan. Saya maklum dengan pangkalan data asas KPLB yang dikemas kini secara tahunan. Namun, saya ingin mencadangkan agar kementerian melihat kaedah untuk mewujudkan sebuah platform pangkalan data. Data masa nyata- real-time data untuk inisiatif ataupun projek-projek luar bandar yang telah, sedang dan akan dilaksanakan.
Sebab saya lihat memang benar ada peruntukan diberi untuk lampu jalan, untuk jambatan, pelbagai, tetapi saya percaya bahawa perkara ini mesti ada satu pangkalan data yang sepadu dan kita tahu di manakah projek itu sedang, telah pun berjalan, sedang berjalan ataupun akan dilaksanakan dalam satu pangkalan data. Jadi, inisiatif dan projek ini juga merangkumi aspek-aspek kebajikan dan sosial luar bandar supaya akhirnya ianya dapat dinilai dan ditaksirkan oleh pihak kerajaan, mahupun oleh wakil-wakil rakyat.
Puan Yang di-Pertua, walaupun ada pihak yang mempersoalkan keazaman kerajaan hari ini dalam usaha tajdid tata kelola tadbir urus dan sistem pemisahan kuasa, saya tetap yakin bahawa reformasi tata kelola ini akan terus terpasak dengan tekad dan inisiatif yang dizahirkan kerajaan hari ini. Asasnya seperti yang termaktub sebagai tumpuan belanjawan ini dengan tata kelola yang kemas, belanjawan akan lebih kukuh berdiri menafikan ketirisan dan kecelaruan sektor struktur ekonomi.
Atas keyakinan ini, saya terpanggil untuk memohon pencerahan daripada pihak kerajaan berkenaan garis masa ataupun timeline dengan izin, berkenaan dengan perancangan penambahbaikan aspek tata kelola. Saya raikan hasrat kerajaan dalam transformasi ini, namun saya mohon penjelasan pihak kerajaan berkenaan dengan garis masa perencanaan isu pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya, berkenaan dengan Akta Pelindung Pemberi Maklumat, Akta Kebebasan Maklumat, pindaan Akta Rahsia Rasmi, Akta Perolehan Kerajaan dan juga Akta Perkhidmatan Parlimen serta juga pelaporan-pelaporan institusi bebas seperti SPRM, SPR dan SUHAKAM ke Parlimen.
Patutnya perkara ini kita terus sentuh sama ada sebagai pembangkang ataupun sebagai pihak kerajaan. Kita tidak hipokrit dalam hal ini. Saya yakin dengan pencerahan yang terkait berkenaan dengan garis masa praktikal reformasi tata kelola ini akan membawa impak yang baik sebenarnya. Mungkin kita kata tak ada kena mengena dengan belanjawan, tetapi sebenarnya ianya memberikan keyakinan kepada rakyat, kepada pasaran dan juga kepada pelabur-pelabur.
Puan Yang di-Pertua, melihat iklim geopolitik kini, penambahan RM2 bilion untuk Kementerian Pertahanan dan RM500 juta untuk Kementerian Dalam Negeri adalah wajar.
Namun, melihat kepada polemik berkaitan dengan perbelanjaan dan perolehan yang terkait dengan keselamatan ini, saya mohon kerajaan untuk meneliti dan menjelaskan perbelanjaan ini untuk keperluan yang strategik dan berkeutamaan serta lebih telus.
Maksud saya dalam hal ini, banyak perkara kita tahu banyak aduan-aduan yang dibuat oleh terutamanya daripada anggota polis, berkenaan dengan kuarters, berkenaan dengan perolehan balai, IPD dan sebagainya. Saya percaya apa yang berlaku ini ialah kebanyakannya kerana masalah dari segi birokrasi. Masalah dari segi kelewatan projek- projek yang menyebabkan akhirnya, projek ini tidak dilaksanakan. Sehingga hari ini, saya percaya dan yakin ramai daripada wakil-wakil rakyat yang akan membuat aduan yang
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
sama berkenaan dengan keadaan kuarters dan juga balai-balai polis dan sebagainya.
Jadi, perkara ini harus juga diangkat.
Kita penting untuk mengangkat skop strategik dalam keselamatan ini kerana Sun Tzu berkata, dengan izin, “The supreme art of war is to subdue the enemy without fighting.” Kalau boleh kita buat ini untuk krisis di Palestin, mungkin boleh berjaya. Apakah langkah yang digerakkan oleh pihak Kementerian Pertahanan dan KDN, untuk kita memperkasakan dan juga untuk merangka strategi diplomasi dan rundingan pra krisis?
Ini penting mengambil kira keadaan geopolitik dan krisis sempadan kini, terutamanya berkenaan dengan sempadan Malaysia dan negara-negara lain, begitu juga dengan sempadan laut kita, terutama di Laut China Selatan.
Menyinggung isu ketelusan, saya juga ingin mengesyorkan supaya pihak Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri untuk memanfaatkan peranan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Keselamatan. Jawatankuasa ini bersifat sebagai ruang untuk elemen semak dan imbang, begitu juga sebagai ruang untuk hubungan dua hala, yang juga ada dalamnya adalah Ahli-ahli Parlimen, wakil-wakil rakyat daripada kedua-dua belah pihak. Jadi, sewajarnya ianya dimanfaatkan sepenuhnya supaya dengan itu, kita dapat memberikan penglibatan yang sebaiknya daripada semua pihak.
Puan Yang di-Pertua, saya juga mendukung usaha kerajaan dalam merancakkan sektor digital, terutamanya dari aspek ketersambungan digital dan pengukuhan platform serta inisiatif digital. Saya faham dan saya sedar banyak usaha-usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan. Begitu juga dengan di kalangan rakyat, di kalangan anak-anak muda.
Nampak ada suatu kesungguhan untuk meletakkan terutamanya ekonomi digital itu sebagai teras kepada penumbuhan pertumbuhan ekonomi kita di masa hadapan.
Cuma saya mohon kerajaan untuk mempertimbangkan untuk meletakkan kayu ukur, terutamanya dalam elemen ketersambungan ini bukan hanya pada kadar liputan ataupun coverage, tetapi juga turut mengambil kira kadar kegunaan ya, kepenggunaan, kegunaan dalam manfaatkan rangkaian kepada pengguna. Ia melibatkan kegunaan dan manfaat, terutamanya untuk kita menilai terhadap pulangan inisiatif besar kita dalam rollout untuk 5G. Sebab itu saya rasa kerana nilai pelaburannya besar, projeknya besar, maka oleh kerana itu, wajar ada satu kayu ukur yang memberi gambaran sebenar berkenaan dengan kegunaan 5G di kalangan rakyat.
Selain itu, terkait niat kerajaan untuk memacu sektor digital melalui pelbagai usaha yang sudah dan akan digerakkan, saya juga mohon untuk Menteri Komunikasi dan Digital untuk menjelaskan perancangan teliti dalam memperkasa dan memanfaatkan Pusat Ekonomi Digital ataupun PEDI. Baru-baru ini saya hadir dalam satu program di Melaka. Saya agak teruja melihat bahawa di Melaka, mereka telah meletakkan beberapa sasaran supaya PEDI ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya iaitu contohnya satu sasaran ialah supaya setiap PEDI mengeluarkan lima orang usahawan daripada kalangan rakyat.
Ini satu kayu ukur yang baik dan sewajarnya juga boleh diamalkan di semua tempat, supaya ada hasil baik yang keluar daripada PEDI dan tidak hanya sebagai satu tempat menunggu sahaja untuk rakyat datang dan belajar berkenaan dengan teknologi dan Internet.
Saya berasa perkara ini wajar untuk dilaksanakan di semua tempat. Dan saya syorkan untuk diambil kira oleh pihak Kementerian Komunikasi dan Digital. Ia mestilah ada perancangan yang strategik, kemas untuk mengambil kira kekhuatiran akan inisiatif ini. Jadi kesimpulannya Puan Yang di-Pertua, saya yakin bahawa Belanjawan Madani ini, kita ada satu peluang yang baik untuk membetulkan landasan kita.
Kita ada satu peluang yang baik untuk melihat kepada cara-cara kaedah baru untuk kita mendapatkan hasil. Kita ada peluang yang baik untuk cara baru melaksanakan perkara-perkara, projek-projek besar, yang pastinya mesti disemak dari segi berlaku ketirisan ataupun tidak. Kita juga ada peluang untuk memastikan supaya agenda rakyat tetap ditegakkan dan rakyat itu tidak ditindas ataupun tidak diketepikan.
Sekian, terima kasih. Saya menyokong Usul Belanjawan 2024...
[Tepuk] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Saya jemput Yang Berhormat Bachok.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada Bachok untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2024.
Terlebih dahulu dalam kesempatan ini, Bachok ingin merakamkan solidariti seluruh warga Bachok tidak kira tua, muda, kaya, miskin terhadap perjuangan warga Palestin, khususnya di wilayah Gaza yang terkepung. Perjuangan menuntut kemerdekaan, perjuangan menentang penindasan, pembunuhan dan penyisihan serta perjuangan menuntut hak untuk hidup di tanah air sendiri.
Meskipun berjauhan dari sudut jarak dan senggang waktu, kami di Bachok khususnya dan Malaysia amnya, sentiasa mengikuti perkembangan kalian setiap minit dan jam. Malah tidak putus-putus mengirimkan doa, solat hajat, Qunut Nazilah juga sumbangan wang ringgit. Di samping penerangan dan kesedaran kepada anak-anak kami, tentang kemuliaan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa serta kehebatan perjuangan kalian yang didasari dengan keimanan dan pengorbanan yang tinggi.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Kepada saudara-saudara kita di Palestin, jangan berputus asa menentang kezaliman. Setiap kezaliman pasti akan dikalahkan, setiap penindasan pasti akan ditewaskan, setiap kepungan pasti akan dirobohkan. Semoga Allah memberikan pertolongan kepada kalian bagi mencapai kemenangan yang dijanjikan oleh Allah dan Rasulullah, insya-Allah.
Dalam hal ini Puan Yang di-Pertua, Bachok menyeru kita di Malaysia menginsafi nasib yang menimpa saudara-saudara kita di Palestin serta perjuangan panjang mereka menentang kezaliman, penindasan dan penyisihan supaya kita kekal mendukung prinsip keadilan, kesaksamaan dan kemerdekaan yang wajar dipelihara dan dinikmati oleh setiap anak watan.
Puan Yang di-Pertua, di samping nilai keadilan yang perlu diterapkan dalam sesebuah belanjawan, Bachok ingin menarik perhatian terhadap nilai keseimbangan yang perlu dicari, dirundingi dan diletakkan pada kedudukan yang teliti, khususnya berhubung dengan sumber hasil, agihan perbelanjaan serta komitmen hutang dan pinjaman.
Meletakkan nilai keseimbangan ini adalah ukuran kejayaan sesebuah belanjawan bagi mengimbangi kehendak dan keperluan semua pihak terutamanya kerajaan, rakyat, peniaga dan majikan.
Sebagai contoh, ada masanya belanjawan ini selesa bagi kerajaan. Misalnya, naikkan cukai tetapi sulit bagi rakyat seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Muar sebentar tadi. Ada masanya belanjawan itu selesa bagi rakyat. Misalnya, naikkan subsidi tetapi sulit pula kepada pihak kerajaan, disebut oleh Yang Berhormat Titiwangsa. Malah, ada masanya belanjawan itu selesa bagi kerajaan dan rakyat. Misalnya, gaji minimum tetapi sulit kepada peniaga dan majikan.
Persoalannya, bagaimana untuk mencapai keseimbangan dalam belanjawan?
Bachok berpandangan, keseimbangan dapat dicapai apabila jurang yang semakin melebar dalam negara iaitu jurang ekonomi, jurang sosial, jurang digital dan jurang wilayah dapat dirapatkan atau dikurangkan dan ini akan menjadi fokus kepada perbahasan Bachok hari ini.
Bagi merapatkan jurang dan jurang ekonomi yang ada dalam negara, kerancakan ekonomi domestik, pendapatan boleh guna, perlu diutamakan. Margin keuntungan peniaga perlu ditingkatkan supaya mereka mampu membayar gaji yang lebih tinggi dan masih mendapat keuntungan.
Bak kata pepatah, “Ada padi semua jadi, ada beras semua deras”. Dengan gaji yang lebih dan keuntungan yang bertambah, mereka akan mempunyai kuasa membeli
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
dalam negeri yang lebih tinggi, maka permintaan akan meningkat. Kitaran ekonomi yang sihat ini perlu diteruskan.
Umpamanya kerajaan menawarkan kontrak. Kontraktor, belanja wang, beli barang, beli simen. Maka orang lain yang akan buat untung dan akhirnya keuntungan itu akan dirasai oleh peringkat pekerja dan akan dibelanjakan untuk membeli contohnya nasi lemak, pisang goreng dan sebagainya. Apabila air pasang, semua sampan akan turut naik ke paras yang lebih tinggi, begitulah pengamatan Bachok.
Puan Yang di-Pertua, disiplin fiskal. Kita sedia maklum Belanjawan 2024 ini memperuntukkan RM393.8 bilion, hampir satu perlima daripada unjuran KDNK tahun hadapan. Daripada jumlah ini, OE nya 77 peratus. Jika dibandingkan perbelanjaan mengurus OE dengan jumlah hasil, hampir mencecah 98.7 peratus. Maknanya, RM1 kita dapat- kerajaan dapat hasil, hampir RM1 dibelanjakan untuk belanja mengurus.
Inilah bagi saya- bagi Bachok, keseriusan kerajaan terhadap pengurusan kewangan ini amat dituntut dan Bachok mengulangi gesaan ketika membahaskan RUU Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal tempoh hari berkenaan dengan keadilan cukai, penjimatan- savings yang dijangka diperolehi daripada pelaksanaan program subsidi bersasar ini.
Rakyat berhak tahu ke mana penjimatan ini akan disalurkan demi kemaslahatan rakyat dan yang penting ialah prioriti keutamaan perbelanjaan supaya yang dahulu didahulukan. Dan apakah mekanisme kerajaan bagi memastikan projek yang dilaksanakan itu mempunyai impak yang tinggi dan kesan pengganda kepada ekonomi khususnya sebagai alat untuk menstabilkan ekonomi?
Puan Yang di-Pertua, berbalik kepada contoh nasi lemak dan pisang goreng tadi, saya mengajak kita menyelusuri ekosistem ekonomi jalanan iaitu suatu pasaran ekonomi tidak formal dalam kalangan peniaga kecil yang berniaga di tepi jalan, warung dan pasar malam. Kita akan menyedari kepayahan yang dihadapi segmen ini serta potensi besar yang tersingkap di sebaliknya.
Segmen ini sangat terdedah kepada kehilangan punca pendapatan, kerugian perniagaan, kesempitan hutang di samping terdedah kepada perubahan cuaca yang tidak menentu. Ini kerana sifatnya yang sangat rapuh. Namun, jika diurus dengan baik, kluster ekonomi jalanan ini boleh menghasilkan impak yang sangat positif kepada ekonomi tempatan, dengan izin, reach the bottom. Justeru, potensi besar ekonomi jalanan perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan. Di sinilah peranan Kementerian Usahawan dan KPKT di samping agensi Lembaga Zakat supaya aspek penyediaan tapak, bantuan kewangan, bimbingan perniagaan dan pengawalan yang bersifat memperkasakan, terus dipergiatkan. Dalam aspek ini, Bachok dan Kelantan khususnya sangat mengharapkan penerusan bantuan kepada usahawan PMKS khususnya dalam kalangan usahawan belia, usahawan tani dan usahawan wanita.
Puan Yang di-Pertua, pembangunan luar bandar. Dalam Laporan Tinjauan Ekonomi 2024, digariskan empat teras yang perlu diambil bagi memerangi isu ketidaksamaan iaitu menangani kos sara hidup, pembangunan wilayah yang seimbang, sistem perlindungan sosial dan infrastruktur yang berkualiti.
Bachok ingin menarik perhatian terhadap penyediaan infrastruktur berkualiti yang merupakan asas kepada aktiviti ekonomi yang seimbang di antara bandar dan luar bandar.
Malah, Bachok ingin mengucapkan terima kasih atas peruntukan yang turut dinyatakan, dimasukkan daerah Bachok di dalamnya berjumlah RM1.63 bilion untuk menaik taraf jalan di kampung dan desa.
Saya melihat senarai projek yang dimasukkan dalam Rolling Plan RMK-12.
Diharapkan bukan sahaja di Bachok, malah di daerah-daerah luar bandar yang lain, biarlah projeknya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kelewatan. Kerana sebarang kelewatan bukan sahaja boleh menyebabkan kenaikan kos, malah turut menyulitkan rakyat.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Kualiti jalan kampung dan desa amat penting. Bukan sahaja di bandar, di kampung-kampung macam saya di Bachok ini di Pantai Irama, Jelawat dan Tawang kerana dapat meningkatkan hubungan aktiviti pertanian, perikanan, produk desa kepada pasaran yang lebih meluas dengan lebih cepat. “Kecil tapak tangan, pelosok Bachok kami tadahkan”.
Puan Yang di-Pertua, satu perkara lagi tentang luar bandar ini ialah akses perkhidmatan perbankan. Saya tertarik apabila terbaca laporan berita sempena Pilihan Raya Kecil Pelangai tempoh hari. Antara perkara yang dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Bagan Datuk dan calon BN yang bertanding ialah untuk mewujudkan sebuah bank komersial di Pelangai.
Bagi kita yang berada di bandar atau pinggir bandar mungkin hairan apabila janji ini diutarakan. Maklumlah bank dan mesin ATM ini amat mudah untuk kita dapatkan di kawasan rumah, di pejabat, malah di stesen minyak. Tiada masalah, tetapi, bagi penduduk di kawasan luar bandar, negeri Semenanjung, Sabah dan Sarawak, perkhidmatan ini masih sukar untuk didapatkan.
Bachok, sebagai contoh. Dahulu ketika industri tembakau amat rancak, semasa saya kecil, sudah ada cawangan Maybank di samping bank-bank komuniti seperti BSN, Bank Pertanian, Bank Rakyat dan Tabung Haji. Namun, setelah industri tembakau tidak lagi diteruskan di Bachok, kitaran tunai dalam kalangan penduduk jatuh, maka bank komersial menamatkan operasinya. Ini pasti ada penilaian untung rugi di situ.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bachok.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Cuma persoalannya...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bab Tabung Haji sikit.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Sila.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Minta pandangan Bachok, kalau ikut carian SSM 14 Jun, Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJSB), syarikat yang diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan, telah menerima transferring asset daripada Tabung Haji bernilai RM10 bilion pada zaman pemerintahan PH 1.0 dengan alasan untuk memulihkan aset-aset Tabung Haji tersebut, tetapi, kalau ikut carian semasa, daripada RM10 bilion aset yang kononnya yang nak dipulihkan itu, sudah tinggal RM8.1 bilion.
Kemudian, Perdana Menteri mengumumkan pula untuk menghantar balik aset- aset tersebut. Jadi, adakah ini salah satu perkara yang sangat merugikan kepada pendeposit Tabung Haji?
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih kanda Pengkalan Chepa. Bagi saya, inilah satu flip-flop di pihak sebelah sana dan mohon pihak Menteri menjawab persoalan yang ada hubung kait terhadap kepentingan aset dan pemilikan umat Islam di bawah institusi yang sangat penting iaitu Tabung Haji.
Cuma persoalannya, dalam aspek akses perkhidmatan perbankan di luar bandar ini, apakah peranan MOF, KKDW dan Bank Negara (BNM) untuk memastikan penduduk di luar bandar mempunyai akses perbankan dan kewangan yang selamat? Jadi, saya mohon perhatian pihak berwajib untuk melihat permasalahan ini secara menyeluruh supaya akses kepada perkhidmatan kewangan di luar bandar sama ada secara fizikal cawangan banknya, mesin ATM-nya, mesin CDM-nya mahupun digital dapat ditingkatkan.
Puan Yang di-Pertua, Pelan Induk Perindustrian Baharu. Bachok telah meneliti dokumen NIMP 2023 yang merangkumi pelbagai matlamat dan Bachok amat tertarik terhadap agenda untuk memperluaskan keterangkuman industri.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Maka dalam aspek ini, Bachok menyeru supaya aktiviti industri dan pembukaan sektor ekonomi baharu perlu inklusif dan seimbang di antara bandar dan luar bandar, tidak berpusat di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor sahaja. Perlu ada sasaran penyaluran dan pemudah cara untuk menarik industri baharu beroperasi di negeri-negeri Pantai
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Timur, Sabah dan Sarawak. Malah, kalau boleh saya minta perhatian di pihak MITI dan juga MIDA disediakan satu unit khusus ataupun seorang desk officer yang bertindak sebagai liaison kepada kami, dengan izin, kepada Ahli-ahli Parlimen. Jika ada pelabur dalam dan luar negara yang berminat ke negeri kami, boleh kami berhubung terus dengan pihak MITI atau MIDA, sekali gus dapat mengurangkan kerenah birokrasi.
Yang keduanya, pembudayaan industri. Jika dahulu di era 80-an, semua drama dan filem menggambarkan anak-anak muda ini kena berhijrah ke bandar, belajar di bandar, bekerja di bandar. Maka, berlaku satu pembudayaan penghijrahan ke bandar.
Maka, perkara ini perlu diberikan perhatian dalam NIMP supaya ada hubungan dengan aspek sumber manusia, bukan sahaja dalam aspek pendidikan dan kemahiran tetapi pembudayaan. Yakni wujud satu budaya dalam masyarakat dan generasi muda untuk terlibat dan memajukan diri dalam bidang teknologi sains, TVET dan industri kreatif secara lebih tinggi. Jaguh-jaguh tempatan yang berjaya dalam bidang ini perlu diangkat dan penyaluran minat serta bakat dalam bidang ini perlu dimulakan pada usia yang awal.
Puan Yang di-Pertua, penggunaan statistik. Bachok merakamkan ucapan tahniah kepada pihak DOSM, Jabatan Perangkaan Malaysia kerana saya menyaksikan pembaharuan yang begitu banyak di pihak DOSM untuk memasyarakatkan segala statistik yang ada kepada pihak awam, khususnya pelajar, penyelidik dan agensi di semua peringkat.
Justeru, Bachok syorkan peranan Jabatan Perangkaan ini diperkasakan, bukan sekadar untuk menghasilkan angka-angka ekonomi, tetapi diperluaskan dalam bidang pendidikan, kesihatan, sains dan teknologi supaya benar-benar polisi dan program itu mempunyai impak berdasarkan keperluan dan unjuran di sesebuah kawasan. Malah turut dicadangkan supaya kerajaan meletakkan satu syarat dalam setiap kelulusan projek dan program ada satu piagam statistik yang perlu dipatuhi agar setiap kertas cadangan yang diangkat adalah berdasarkan data dan kajian. Bukan rekaan dan permintaan yang diada- adakan tetapi benar-benar berdasarkan keperluan mengikut data dan kajian.
Puan Yang di-Pertua, baki masa yang ada ini saya ingin berkongsi nasihat Buya Hamka dalam bukunya berjudul Bohong di Dunia. Bahawa bohong itu boleh menumbangkan masyarakat, dengan izin. Saudagar yang berbohong hanya beruntung sedikit. Pedagang yang suka ingkar pada janji akan ditinggalkan pelanggannya. Majikan yang berbohong akan diboikot oleh pekerjanya. Guru yang berbohong akan ditinggalkan oleh muridnya. Hakim yang berbohong akan menyukarkan perbicaraannya. Tertuduh yang berdusta akan menyukarkan dirinya sendiri. Saksi yang berdusta lebih mengacaukan lagi. Keadilan tidak terlaksana. Orang yang tidak bersalah teraniaya, orang yang bersalah terlepas daripada hukuman. Bangsa yang pembohong akan membawa seluruh negaranya tercoreng.
Puan Yang di-Pertua, di hadapan kita begitu banyak janji yang telah dilanggar seolah-olah menepati janji adalah luar biasa dan memungkiri menjadi lumrah yang biasa.
Janji manifesto tak disebut lagi, perjanjian royalti petroleum pada negeri janganlah dipandang sepi. Malah, hadapan kita begitu banyak garis merah yang telah dilanggar seolah-olah berpegang kepada prinsip adalah luar biasa dan menggadai prinsip menjadi lumrah biasa. Saya berikan pujian kepada Muar di atas keberanian berprinsip, berpegang kepadanya...
[Tepuk] Semoga kita terselamat daripada melakukan kezaliman politik dan ekonomi, malah turut terselamat daripada tergolong sebagai penyokong kepada kezaliman. Firman Allah yang terakhir, Puan Speaker, yang maksudnya, “Jangan sesekali kamu cenderung menyokong orang yang zalim, kelak kamu akan dibakar oleh api neraka. Pada ketika itu kamu tidak akan dapati, selain Allah, sebagai penyelamat dan kamu juga tidak akan mendapat sebarang pertolongan.” Surah Hud ayat 113.
Puan Yang di-Pertua, semoga Belanjawan 2024 memberikan perhatian kepada jurang-jurang ketidaksamaan yang telah Bachok gariskan hari ini. Terima kasih Puan Yang di-Pertua...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Timbalan Speaker memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Timbalan Speaker, kalau kita lihat pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun ini adalah sekitar 2.1 peratus sahaja. Kalau berbanding dengan tahun lepas, pertumbuhan ekonomi dunia ialah 3.1 peratus. Daripada angka ini, jelas menunjukkan kepada kita bahawa ekonomi dunia memang menghadapi cabaran yang besar. Jadi, sudah pasti negara kita Malaysia tidak terlepas daripada kita perlu menghadapi cabaran untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kita Malaysia ini dapat stabil.
Jadi, di Malaysia ya, kita menghadapi pelbagai cabaran. Contohnya, kita perlu bayar hutang yang tinggi, kita perlu menanggung subsidi yang tinggi. Satu tahun lebih kurang RM80 bilion. Kalau kita lihat kepada bajet yang dibentangkan, perbelanjaan untuk pembangunan ialah RM90 bilion dan kita boleh bandingkan subsidi sahaja kita perlu tanggung RM80 bilion.
Jadi, kita juga menghadapi masalah mata wang ringgit yang lemah. Jadi, bagaimana kerajaan hendak menjana pendapatan yang secukupnya untuk menampung perbelanjaan satu tahun? Itu adalah satu cabaran yang amat besar.
Jadi, kita lihat belanjawan tahun depan dengan slogannya, “Reformasi Ekonomi Memperkasakan Rakyat” adalah amat tepat. Jadi, saya lihat bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat adalah satu bajet yang berhati-hati, di mana dalam masa ingin meningkatkan pendapatan negara untuk memastikan pembangunan, pada masa yang sama beliau juga perlu memastikan perbelanjaan dapat dikawal. Kalau boleh, hendak mengurangkan perbelanjaan untuk memastikan satu kedudukan kewangan yang seimbang supaya kita dapat mengatasi masalah defisit yang sering dihadapi oleh negara kita. Jadi, dalam masa yang sama, Yang Amat Berhormat juga perlu memastikan kebajikan rakyat perlu dijaga.
Jadi, hari ini tumpuan sebenarnya dunia, seluruh dunia menumpukan kepada Malaysia. Selepas ‘Sheraton Move 2020’, negara kita kucar kacir dari segi politik, ramai tidak pandang negara kita, tetapi selepas pilihan raya umum yang lepas, PRU yang ke- 15, selepas Yang Amat Berhormat Tambun menjadi Perdana Menteri, hari ini rata-rata seluruh dunia telah menumpukan perhatian kepada Malaysia dan mereka ada keyakinan terhadap kita. Dan mereka menjangkakan bahawa Malaysia akan menjadi satu arus perdana yang utama dalam masa akan datang, bukan sahaja di benua Asia Tenggara tetapi di Benua Asia dan bahkan barangkali di benua antarabangsa. Malaysia akan muncul sebagai satu negara yang utama.
Jadi, untuk memastikan Malaysia akan memainkan peranan yang penting sekali lagi dalam arena antarabangsa ini, sudah pasti belanjawan kali ini adalah penting untuk memastikan kita akan terus maju tanpa gagal.
Jadi dalam hal ini, banyak yang bangkit tentang GST. Tadi ada Ahli Parlimen, baik daripada kerajaan ataupun pembangkang, yang bangkitkan kononnya perlu memperkenalkan semula GST. Saya hendak ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat yang juga selaku Yang Berhormat Menteri Kewangan begitu tegas telah membuat keputusan tiada GST dalam masa sekarang ini. Saya hendak ucapkan tahniah kepada beliau. Sebab, kita semua tahu GST itu membebankan rakyat.
Sebab itu saya hendak ingatkan Muar, jangan kata kerajaan hari ini tidak mengambil berat tentang rakyat...
[Tepuk] Kita tidak ingin memperkenalkan semula GST.
Itulah adalah bukti yang terbaik bahawa kita Kerajaan Madani ini mengambil berat tentang rakyat. Sebab itu kita tidak ingin melaksanakan GST.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
GST itu bukan masa sekarang untuk kita laksanakan sebab rata-rata kita lihat banyak lagi ya golongan pekerja lebih daripada 50 peratus gaji mereka kurang daripada RM2,400 lebih. Jadi, golongan ini bukan lagi mencapai tahap untuk mereka bayar cukai, yang kena bayar cukai itu pendapatan mereka perlu lebih daripada RM4,000. Sebab itu,
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
ini bukan masanya untuk kita kenakan GST. Dan kita tahu rakyat susah, tak boleh kenakan GST dan kita perkenalkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Itu adalah cara kita nak bantu rakyat.
Ya hari ini, rata-rata mereka akan tanya kalau tak ada GST, bagaimana kita nak menampung perbelanjaan negara kita? Sebab itu kita perkenalkan SST. Kita naikkan service tax itu dua peratus. Dua peratus bukannya banyak sangat berbanding dengan GST. Dan telah diumumkan satu kenyataan dengan kenaikan dua peratus SST ini, kerajaan akan mendapat lebihan hasil RM3 bilion saja ya, berbanding dengan kalau kita laksanakan GST.
Pada tahun 2018, kita laksanakan GST, enam peratus GST. Kutipan daripada GST pada masa itu ialah RM44 bilion. Jadi, kita lihat SST kita naik sikit dua peratus itu pun terhadap sesetengah produk saja, servis bukannya semua. Dan kalau kita lihat item yang kena SST itu 50,000 lebih item kena. Sedangkan GST lebih daripada 100,000 item yang kena GST. Daripada angka ini sudah ada- kita boleh buat satu perbandingan. Hari ini, kerajaan ini adalah mengambil berat tentang rakyat sebab itu hanya kita naikkan SST dua peratus kepada sesetengah produk saja, servis saja, bukannya semua.
Saya nak sebut tentang GST lagi ya. Kita tidak harus lagi perlu tumpu kepada debate tentang kita nak laksanakan GST lagi iaitu membuangkan masa saja. PM, Perdana Menteri sudah buat keputusan kita harus menuju ke hadapan untuk memastikan ia supaya kita dapat melihat secara keseluruhan tentang percukaian dan juga hasil negara. Kita jangan lagi sebut tentang GST. Sepatutnya perlu lihat dengan lebih menyeluruh tax reform untuk masa akan datang.
Jadi, ada yang tanya ya, tadi saya sebut ada tanya kalau tak ada GST macam mana kerajaan nak survive. Sebab itu kerajaan hari ini akan laksanakan e-invois. E-invois ini adalah diperkenalkan untuk memastikan kecekapan pengurusan, pentadbiran cukai di Malaysia supaya dapat mengurangkan ketirisan cukai, pembayaran cukai. Ini sudah pasti dapat meningkatkan pendapatan negara. Kita menggunakan cara ini untuk kita menaikkan pendapatan dan saya percaya ini adalah satu transisi untuk tax reform, satu yang baik.
Seterusnya topik yang saya nak bangkit ialah tentang subsidi bersasar. Ya subsidi bersasar secara beransur-ansur, saya lihat daripada teks ucapan Perdana Menteri, dia melakukan secara beransur-ansur. Kita lihat subsidi bersasar ini dia akan dapat penjimatan seperti yang saya sebut tadi. Subsidi sekarang ialah secara universal. Satu tahun kita belanja RM80 bilion dan ada yang bangkit kata mereka pergi ke pasaran tak dapat nak beli barangan yang telah disubsidikan. Beras tak ada nampak, gula tak ada nampak, minyak tak ada nampak, kenapa? Sebab ada segelintir golongan kecil yang tidak bertanggungjawab, mereka menyeludup keluar barang subsidi ini. Minyak masak kita subsidi satu kilo RM2.50.
Timbalan Speaker, tahu tak berapa apabila mereka seludup pergi ke Thailand, berapa mereka jual dekat sana? Selatan Thai, pergi sana tengok. Bungkusan satu kilo minyak masak daripada Malaysia jual dengan harga RM6.50. Sini kita subsidi, bagi subsidi hanya RM2.50. Kita subsidi RM4 tetapi wang yang disubsidi itu tidak dapat dinikmati oleh golongan B40 yang sepatutnya dapat menikmati subsidi ini. Jadi, apakah formula baharu yang kita perlu lakukan? Sebab itu, kita nak lakukan subsidi bersasar ini adalah satu keputusan yang berani, yang susah nak buat keputusan sedemikian tetapi ini satu keputusan yang berani yang memikirkan tentang masa depan negara kita. Sebab itu kita perlu laksanakan ini.
Dan penjimatan daripada subsidi ini akan disalurkan semula kepada rakyat seperti yang saya sebut tadi Sumbangan Tunai Rahmah. Tahun depan ini Muar tak mahu cakap. Dia Cuma kata kita ambil subsidi, adakan subsidi bersasar, rakyat susah tetapi dia tak cakap seterusnya. Kita bagi Sumbangan Tunai Rahmah. Kita meningkatkan jumlahnya. Tahun ini Sumbangan Tunai Rahmah RM8 bilion, tahun depan kita akan naik kepada RM10 bilion, kenaikan sebanyak RM2 bilion. RM2 bilion itu ialah kita jimat daripada subsidi bersasar dan kita pulangkan semula kepada rakyat. Itu yang kita buat.
Dan dia kata kononnya satu keluarga makan lima papan telur satu bulan. Angka dia banyak, lima papan tetapi kalau kira-kira, kalau sebiji telur itu naik harga 10 sen, kalau
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
lima papan satu bulan akan belanja lebih RM15, satu tahun RM180, tapi kerajaan tahu tentang masalah ini. Awal-awal lagi Perdana Menteri sudah umumkan bahawa STR yang berikan maksimum kepada keluarga isi rumah keluarga RM3,100 tahun ini, tahun depan mereka akan dapat RM3,700, tambah RM600. RM600 ini adalah untuk menampung kenaikan harga daripada barang-barang yang tidak ada lagi subsidi ataupun subsidi bersasar.
Contohnya Muar bagi telur naik harga 10 sen kalau kata. Satu tahun lebih belanja RM180 tetapi kerajaan siang-siang sudah kasi RM600 untuk menampung kenaikan harga.
Jadi, bila kita nak berhujah dalam Dewan, biar berhujah dengan keseluruhan, bagi fakta, jangan menipu. Jangan menipu untuk kononnya menuduh lain orang bohong tetapi sendiri bohong dengan memberikan hujah yang bohong. Itu bukannya contoh seorang pemimpin muda dalam negara kita.
Timbalan Speaker, saya nak sambung lagi tentang subsidi ini. Subsidi ini kita perlu ialah sebagai social safety network. Ia untuk kawal harga yang asas untuk mendapat kita memastikan perkhidmatan sosial dapat diberikan. Ia untuk memastikan yang miskin dapat dibantu, yang kaya- hari ini apa yang berlaku ialah universal subsidi ini orang kaya juga menikmati dan ini juga akan menyebabkan jurang perbezaan antara orang yang kaya dengan miskin. Jadi, dalam kita nak melaksanakan subsidi bersasar ini yang penting ialah pelaksanaan. Itu saya perlu tekankan.
Jadi, kerajaan hari ini kata nak ada PADU. Ia satu sistem pangkalan data utama dan kita perlu pastikan agihan subsidi bersasar ini mesti adil dan juga untuk memastikan kumpulan yang berisiko jangan tercicir dalam sistem ini. Ini dua perkara kita perlu ambil berat, ambil tahu supaya kita dapat menjalankan subsidi bersasar ini secara berkesan.
Jadi, reform subsidi ini akan membentuk satu- membentuk semula kontrak sosial untuk memastikan yang miskin dapat menikmati faedah, yang kaya mereka boleh uruskan mereka sendiri tetapi yang golongan- saya minta sedikit masa ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya, yang penting sekarang kita perlu tumpukan kepada golongan pertengahan yang akan terkesan, yang mereka akan dapat impaknya. Jadi, bagaimana kita nak memastikan penjimatan subsidi ini dapat juga membantu kelas pertengahan? Itu adalah penting. Jadi, apa yang saya lihat hari ini subsidi diesel bersasar, penjimatan itu akan digunakan— kalau digunakan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam, maka itu adalah satu yang baik, yang boleh dinikmati oleh golongan pertengahan.
Jadi yang penting ini, yang penting sekali hari ini apabila kita nak laksanakan subsidi bersasar ini, kita perlu memastikan mesej itu perlu sampai kepada rakyat supaya mereka faham. Jangan termakan dengan hujah-hujah daripada pihak pembangkang yang mengelirukan.
Jadi saya harap supaya— saya kemukakan tiga cara supaya kerajaan memberikan mesej yang jelas kepada rakyat. Yang pertama ialah consultation. Perlu ada consultation, dengan izin. Kita perlu communication yang baik, dengan izin, dan juga compensate...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Kepada golongan pertengahan supaya mereka faham...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Mereka dimaklum dan juga mereka dibantu. Dengan itu, sekian, terima kasih, Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Rompin.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua yang telah memberi ruang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Bajet 2024 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada Jumaat lalu.
Puan Yang di-Pertua, kadar keuntungan atau faedah pinjaman untuk perniagaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) dan mikro sederhana perlu dilihat semula. Terdapat bank yang menyediakan pinjaman kepada usahawan ini mengenakan kadar faedah sehingga lima peratus setahun.
Saya ingin mencadangkan agar had kadar keuntungan atau faedah bagi pinjaman kepada usahawan mikro ini dapat dihadkan kepada tidak lebih daripada empat peratus sahaja dan kemudiannya kepada peminjam kali kedua yang mempunyai rekod pembayaran semula yang baik diberikan kadar faedah istimewa yang lebih rendah berbanding pinjaman kali pertama. Ini dapat menggalakkan kredit sihat di kalangan pengusaha PMKS kita dan merancakkan ekonomi PMKS negara.
Selain daripada itu, kerajaan juga perlu lebih giat mempromosikan PMKS kita di luar negara. Kerajaan melalui Wisma Putra serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya perlu lebih giat memperkenalkan PMKS kita ini ke serata dunia. Kita mempunyai banyak perusahaan yang boleh diketengahkan seperti batik, songket, makanan tradisional Malaysia, filem pendek dan sebagainya dan saya yakin dan percaya ini lebih penting untuk kita perjuangkan dari memperkenalkan bak kut teh halal.
Puan Yang di-Pertua, menurut laporan media bertarikh 16 April 2023, Kementerian Pembangunan, Usahawan dan Koperasi mendedahkan masih ramai usahawan di negara ini belum cekap dalam pengurusan kewangan sehingga memberi risiko kepada perniagaan yang diceburi. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, keadaan ini berlaku berpunca daripada kegagalan usahawan, terutama yang baru menceburkan diri, mendapatkan khidmat nasihat pengurusan yang betul.
Menurut beliau, berdasarkan laporan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), didapati hampir setiap usahawan berdepan kekangan dana. Namun, apabila diselidiki, perkara ini berpunca daripada ketidakcekapan mereka menguruskan wang perniagaan.
Hal ini amat serius jika usahawan kita tidak mendapat bimbingan latihan yang betul, mereka akan mengalami kerugian dan kerajaan akan turut mengalami kerugian kerana telah berbelanja jutaan ringgit bagi membantu usahawan termasuk menyediakan dana, geran dan pembiayaan kepada mereka.
Justeru itu, saya ingin mencadangkan bahawa kerajaan mewajibkan latihan dan bimbingan kepada usahawan yang memohon sebarang bantuan daripada pihak kerajaan ini bagi memastikan mereka mendapat bimbingan yang betul dari sudut selok-belok perniagaan, pengurusan kewangan serta strategi perniagaan.
Puan Yang di-Pertua, saya tertarik kepada saranan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Tambun bahawa institusi pendidikan di bawah MARA termasuklah UiTM hendaklah menumpukan kepada latihan dan peningkatan kemahiran bakat-bakat baharu tempatan bumiputera dalam bidang pertumbuhan tinggi seperti ekonomi Islam, aeroangkasa dan industri kreatif.
Saya ingin menarik perhatian Yang Amat Berhormat Tambun kepada kejayaan universiti tempatan kita melancarkan satelit sendiri. UiTM merupakan antara pemain utama dalam bidang aeroangkasa di Malaysia. Malah, satu-satu universiti dalam Malaysia yang mempunyai satelit sendiri bernama UiTMSAT-1. Pada 29 Jun 2018, UiTMSAT-1 dilancarkan di Stesen Tentera Udara Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat menerusi SpaceX Falcon 9. Pada 10 Ogos 2018, UiTMSAT-1 dilancarkan ke orbit dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).
Kejayaan pelancaran satelit ini adalah hasil usaha keras UiTM khususnya dua pencipta satelit tersebut iaitu Syazana Basyirah Mohammad Zaki dan Muhammad Hasif Azami yang merupakan penuntut dari Fakulti Kejuruteraan Elektrikal UiTM.
[Tepuk] Ini
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
membuktikan bahawa kita mempunyai kepakaran dan kemampuan tempatan untuk menerokai dan mempelajari teknologi masa hadapan, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pembangkang dalam ucapan beliau, sekiranya kita terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada anak-anak kita.
Puan Yang di-Pertua, bagi kawasan saya, Pulau Tioman adalah destinasi percutian pulau yang telah lama terkenal. Bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Ia pernah menjadi lokasi filem Hollywood, South Pacific di sekitar tahun 1959.
Pulau Tioman juga pernah dinobatkan sebagai pulau tercantik dunia oleh Time Magazine pada sekitar tahun 70-an.
[Tepuk] Pulau Tioman juga pernah menjadi tumpuan pelancong dari luar negara terutama dari Eropah. Ini kerana Pulau Tioman terkenal dengan kecantikan semula jadi seperti pantai yang berpasir halus dan bersih, air laut yang jernih dan hutannya yang belum tercemar.
Saya ingin menarik perhatian kepada peruntukan sejumlah RM47 juta yang telah diumumkan dalam Bajet 2024 oleh Yang Amat Berhormat Tambun bagi menambah baik fasiliti penumpang di Terminal Lapangan Terbang Pulau Tioman dan memanjangkan landasan sedia ada kepada 1,300 meter merupakan satu usaha yang dilihat boleh menarik lebih ramai pelancong ke pulau ini.
Walau bagaimanapun, Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada 9 Ogos 2023 yang dilaporkan oleh The Star telah menyatakan projek pembinaan lapangan terbang baharu di Pulau Tioman tidak diteruskan. Terdapat beberapa persoalan di sini dan saya ingin mengetengahkan kebimbangan penduduk Pulau Tioman. Menurut fahaman saya, kedua-dua projek ini adalah projek yang berbeza. Saya ingin mendapat kepastian daripada Yang Berhormat Menteri dan Yang Amat Berhormat Tambun mengenai hal ini.
Kedua, adakah kerajaan sudah menjalankan perbincangan atau sesi libat urus dengan penduduk Pulau Tioman mengenai projek untuk memanjangkan landasan kapal terbang Pulau Tioman ini? Adakah ia akan melibatkan rumah-rumah dan kampung di dalam Pulau Tioman? Sedangkan di Pulau Tioman sendiri kekurangan rumah. Adakah lapangan terbang sedia ada boleh dinaik taraf statusnya untuk merangkumi penerbangan antarabangsa tanpa keperluan untuk membina satu lagi lapangan terbang yang baharu?
Perkara ini perlu penjelasan tuntas daripada kerajaan.
Dalam usaha kita untuk memajukan sektor pelancongan di Pulau Tioman, kita tidak boleh mengorbankan ekosistem dan kebajikan kewujudan serta keberadaan penghuni Pulau Tioman yang sudah menetap di Pulau Tioman untuk sekian lamanya.
Puan Yang di-Pertua, Rompin juga terkenal dengan jolokan Bandar Udang Galah.
Udang galah di Rompin rasanya lebih manis, kepalanya lebih berlemak, adoi...
[Ketawa] Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan agar lebih banyak skim latihan dan bimbingan perniagaan khususnya dalam ternakan udang galah dapat difokuskan di Rompin sebagai salah sebuah bandar pengeluar udang galah terbesar di Malaysia.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Ini kerana kita sudah mempunyai pengalaman dan ekosistem yang kondusif untuk menjayakan usaha ini.
Puan Yang di-Pertua, pada tahun lalu Taman Negara Johor Endau-Rompin berjaya mendapat pengiktirafan sebagai ASEAN Heritage Parks (AHP) ke-51 seperti yang diumumkan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli pada masa itu, Kota Bharu. Taman Endau-Rompin adalah AHP keempat di Malaysia selepas Taman Negara Gunung Mulu, Taman Negara Kinabalu di Sabah dan Taman Negara Pahang, Kelantan dan Terengganu pada 1984. Apakah usaha yang akan dilakukan oleh kerajaan agar status Taman Negara ini kekal? Rompin memiliki banyak tempat pelancongan yang menarik untuk diterokai.
Moh ke Rompin.
Puan Yang di-Pertua...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat...
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
...mewakili penduduk...
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
...minta pencelahan.
Tadi udang galah itu memang rasa dia lain?
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Rasa Rompin punya.
Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Kalau boleh bawa minggu ini.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Insya-Allah tahun depan. Puan Yang di-Pertua, mewakili penduduk daerah Rompin, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli-ahli Lembaga Pengarah TNB serta pengurusan tertinggi TNB dan termasuk juga Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis yang sangat komited dan memberi sokongan dan bantuan yang berlanjutan bagi memastikan kesinambungan UNITEN Kampus Muadzam Shah meskipun melibatkan pelaburan kewangan yang besar. Kesan berganda terhadap pembangunan ekonomi Bandar Muadzam Shah dan daerah Rompin begitu jelas dilihat dari sebuah bandar baharu yang terpencil, telah berkembang pesat seiring dengan keperluan semasa.
Puan Yang di-Pertua, kesan sosial dan keberadaan UNITEN Kampus Muadzam Shah juga telah memberi impak yang sangat besar kepada penduduk setempat. Pelajar- pelajar UNITEN sama ada dalam negara atau antarabangsa sering kali terlibat dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan, sukan, sukarelawan dan lain-lain lagi yang membanggakan bukan sahaja UNITEN tapi pemimpin setempat, terutamanya daerah Rompin. Melalui pencapaian bilangan pelajar UNITEN Kampus Muadzam Shah melebihi kapasiti penempatan penginapan pada tahun-tahun kegemilangan sebelum pandemik COVID-19 melanda. Membuktikan keupayaan UNITEN Kampus Muadzam Shah mampu mendapatkan bilangan pelajar yang ramai.
Namun, sejak Januari 2023 satu kejutan telah berlaku dengan penyebaran di media sosial. Surat dari bekas Pengerusi TNB kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi yang telah merancang untuk memindahkan hampir keseluruhan program yang berada di Kampus Muadzam Shah ke Kampus Putrajaya dengan alasan kerugian dan bilangan pelajar yang semakin berkurangan.
Beliau juga telah memperkecilkan kemampuan UNITEN Kampus Muadzam Shah serta keupayaan pengurusan terdahulu untuk menerajui UNITEN. Malah, beliau mengakui membuat pembubaran pengurusan dengan melantik pengurusan tertinggi UNITEN yang baharu dari pihak luar dari UNITEN. Malah, skop jawatan Kampus Sultan Ahmad Shah juga telah di perkecilkan dengan pembubaran jawatan Timbalan Naib Canselor. Bidang kuasa juga telah di perkecilkan dan seolah-olah menidakkan penglibatan Kampus Muadzam Shah dalam sebarang keputusan yang dibuat di peringkat tertinggi UNITEN.
Saya yakin beliau tidak menilai prestasi serta...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat Rompin.
Boleh celah?
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Saya banyak lagi ini. Saya minta maaf, walaupun geng saya, sila duduk.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Nak bantu membangunkan Rompin.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Saya yakin beliau tidak menilai prestasi serta pencapaian UNITEN Kampus Muadzam Shah sejak tempoh 21 tahun yang lalu serta penilaian yang menyeluruh situasi semasa, terutamanya pola kemasukan ke institut pengajian tinggi selepas fasa pemulihan pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak tahun 2020.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Rompin, boleh sikit saja?
Setengah minit saja.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Saya amat yakin tindakan ini amat bertentangan dengan semangat yang ditunjukkan oleh Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan TNB yang bersetuju untuk membelanjakan ratusan juta ringgit untuk
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
pembangunan fizikal di Muadzam Shah, semata-mata memikir keperluan dan potensi pengembangan UNITEN Kampus Muadzam Shah yang begitu besar.
Sewajarnya pihak UNITEN Kampus Muadzam Shah berusaha untuk mempelbagaikan lebih banyak lagi program-program diploma, bachelor dan pasca- siswazah yang bersesuai dengan kehendak dan keperluan permintaan pasaran. UNITEN perlu ada market intelligence, dengan izin, business development yang berfikiran luar dari kotak pemikiran biasa melalui inovasi bidang-bidang pendidikan baharu serta pengurusan strategik yang berupaya menangani persaingan dalam industri pendidikan, khususnya di Kampus Muadzam Shah.
Tindakan memindahkan program ataupun mengurangkan saiz kakitangan di Kampus Muadzam Shah dengan penempatan ke kampus Putrajaya bukanlah satu langkah yang bijak kerana hanya memindahkan lokasi bukannya menghapuskan kos yang sebenarnya. Sebaliknya, pengoptimumkan sumber dengan penggunaan teknologi dan pembelajaran melalui alam maya (virtual learning) seharusnya di fikir di samping mengukuhkan keupayaan pensyarah yang ada.
Saya sebenarnya telah membawa isu ini di sesi Parlimen yang lepas dan alhamdulillah, Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi telah mempertimbangkan untuk tidak meluluskan usaha perpindahan kampus dari Muadzam Shah ke Putrajaya. Namun, mutakhir ini saya dimaklumkan usaha mengurangkan staf akademik di Kampus Muadzam Shah masih berterusan. Sikit lagi, Puan Yang di-Pertua. Nak landing, landing. Nak landing.
Saya difahamkan lebih 60 peratus staf akademik telah dipindahkan dan kebanyakan mereka adalah staf-staf yang mempunyai kelayakan PhD. Mereka ditempatkan di kampus Putrajaya dalam satu unit jabatan yang belum lagi ditubuhkan.
Malah, unit jabatan berkenaan dikatakan masih tiada lagi program-program akademik yang akan ditawarkan. Saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi supaya meneliti perkara ini dan menangani masalah UNITEN Kampus Muadzam Shah ini dengan sebaik mungkin. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Saya jemput Yang Berhormat Sri Aman.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada Jumaat lepas yang bertemakan Reformasi Ekonomi Memperkasakan Rakyat berjumlah RM393.8 bilion merupakan bajet sebenar pertama ataupun first real budget, dengan izin, Kerajaan Perpaduan yang saya lihat berpandukan prinsip madani.
Ianya juga merupakan rancangan perbelanjaan yang terbesar, yang pernah dibentangkan atau disediakan oleh kerajaan selama ini. Di mana RM303.8 bilion adalah belanja mengurus, RM90 bilion bagi belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.
Puan Yang di-Pertua, saya rasa saya boleh terimalah bajet ini kerana pada pandangan saya, ianya agak menyeluruh kerana mengambil kira hampir semua sudut.
Termasuk juga pembangunan ekonomi, infrastruktur dan langkah maju ke hadapan kerajaan. Walaupun secara peribadi, saya amat mengharapkan peruntukan yang lebih untuk Sarawak. Setidak-tidaknya setimpal dengan jiran kita Sabah. Memandangkan kawasan wilayah Sarawak ini lebih besar iaitu 124.5 ribu kilometer persegi.
Oleh yang demikian, saya ingin bertanya. Adakah pengagihan peruntukan untuk Sarawak dan juga Sabah bergantung kepada kutipan cukai yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan dari kedua wilayah tersebut sepanjang tahun atau semuanya atas budi bicara Kerajaan Persekutuan? Mohon penerangan dan penjelasan pihak kementerian.
Puan Yang di-Pertua, seperti yang saya katakan tadi, saya boleh terima belanjawan ini.
Akan tetapi masih juga ada ruang dan perkara-perkara yang perlu ditambah baik dan dipertimbangkan.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Pertamanya, saya ingin menyentuh Lebuhraya Pan-Borneo. Terlebih dulu, saya ingin menyatakan di sini betapa bersyukurnya rakyat Sarawak dan Sabah apabila niat Tuanku Yang di-Pertuan Agong yang ingin menelusuri Lebuhraya Pan-Borneo termakbul melalui Kembara Kenali Borneo. Hingga ke saat ini, masih terasa rindu di dalam hati rakyat Sarawak dan juga Sabah kehadiran Yang di-Pertuan Agong serta keluarga diraja semasa kembara tersebut.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Walaupun hajat tuanku untuk turut hadir ke Sri Aman tidak kesampaian, dan kami rakyat Sri Aman juga amat kecewa. Namun begitu, kami amat memahami yang jadual tuanku ketika itu begitu ketat. Maka, kami panjatkan doa, semoga hajat tuanku untuk ke Sri Aman akan kesampaian suatu hari nanti.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, sehubungan itu, saya juga ingin memetik titah tuanku pada 13 September di Kuching, di mana tuanku telah menyatakan semasa menerusi Lebuhraya Pan Borneo, ada kalanya terasa seperti di Dubai dan ada kalanya seperti menaik roller coaster. Puan Yang di-Pertua, oleh yang demikian, saya amat mengharapkan agar sektor- sektor jalan yang seperti roller coaster itu, di dalam titah tuanku itu, dapat diperbaiki dengan segera atas faktor keselamatan dan juga bagi memudahkan pengguna-pengguna Lebuhraya Pan Borneo tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, setulus-tulusnya, kami rakyat Sarawak amat bersyukur dengan adanya Lebuhraya Pan Borneo. Dan bagi kawasan saya, Sri Aman, laluan lebuh raya ini juga memendekkan masa dari bandar Semanggang ke Kuching hampir satu jam, jika menaiki kereta. Dulu, sebelum Lebuhraya Pan Borneo dibina, masa perjalanan mengambil masa tiga jam dari Bandar Kuching ke Sri Aman ataupun bandar Semanggang. Tapi sekarang, hanya dua jam.
Namun begitu, Puan Yang di-Pertua, saya masih juga menerima rungutan ataupun aduan dari segelintir masyarakat di kawasan saya, Sri Aman berkenaan dengan P-turn di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo yang tidak begitu mesra atau friendly, dengan izin.
Pertamanya, P-turn ke Simpang Batu Lintang yang melibatkan 44 buah rumah panjang dan hampir 2,000 penduduk, di mana mereka yang memandu terpaksa menelusuri 11 kilometer, sebelum boleh masuk ke simpang tersebut.
Begitu juga dengan P-turn Pantu yang melibatkan, kurang lebih 70 buah rumah panjang dan kampung dan P-turn di Selepong dan sebagainya. Dengan P-turn yang tidak begitu strategik, menyukarkan penduduk-penduduk yang menggunakan sektor lebuh raya tersebut, terpaksa mengambil masa yang lebih panjang dan berbelanja lebih untuk minyak kereta dan sebagainya.
Oleh yang demikian, ramai juga yang mengambil jalan pintas ataupun illegal shortcuts, dan ini amat bahaya kerana boleh menyebabkan kemalangan, Puan Yang di- Pertua.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian, bagi menangani isu ini, saya mencadangkan P-turn yang baharu dan yang lebih strategik dibuat, ataupun di-construct, dengan izin, semula demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat setempat. Mohon pandangan dan pertimbangan pihak kementerian dalam perkara ini.
Mengikut laporan atau penyata daripada Kementerian Kewangan mengenai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan, di mana sebanyak RM11.55 bilion telah diperuntukkan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, di mana RM4.12 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM7.44 bilion bagi peruntukan pembangunan.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Tuan Yang di-Pertua, Sarawak adalah sebuah wilayah yang mempunyai keluasan 124,450 kilometer persegi, hampir sebesar Semenanjung Malaysia yang seluas 132,490 kilometer persegi. Dengan keluasan sebesar itu dan geographical landscape yang agak mencabar, maka komitmen serta azam politik yang kuat dan kukuh amat diperlukan untuk membangunkan wilayah tersebut.
Kawasan saya, P.202 Sri Aman pula seluas 2,678 kilometer persegi dan mempunyai bilangan penduduk, kini hampir 90,000 orang, di mana separuh adalah penduduk yang jauh di pedalaman. Kawasan saya sebenarnya kaya dengan produk pelancongan. Begitu juga dengan hasil tanaman dan ternakan. Namun begitu, masih ketinggalan dari segi infrastruktur asas seperti Internet, jalan perhubungan desa, termasuk infrastruktur asas dan mengambil kira juga jalan-jalan ke kebun, ladang dan sebagainya.
Tanpa kemudahan tersebut, Tuan Yang di-Pertua, mana mungkin penumbuhan ekonomi di kawasan saya, Sri Aman, boleh menjadi nyata. Tuan Yang di-Pertua, in fact, dengan izin, sebagai langkah-langkah proaktif dan ongoing initiatives, saya juga telah mengemukakan kepada pihak kementerian beberapa buah permohonan untuk jalan perhubungan desa, termasuk juga lampu-lampu jalan dan sebagainya disegerakan di kawasan saya.
Oleh yang demikian, mohon agar permohonan tersebut diberi pertimbangan sewajarnya oleh pihak kementerian. Saya juga ingin bertanya, apakah perancangan pembangunan Kementerian KKDW bagi kawasan saya, Sri Aman, dalam masa terdekat?
Kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia, saya juga ingin bertanya, apakah langkah atau rancangan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah tiada liputan Internet di banyak tempat di Sarawak, termasuk di kawasan saya, Sri Aman.
Masalah tiada liputan Internet ini bukan perkara baru, Tuan Yang di-Pertua.
Bahkan telah sering dibangkitkan oleh rakan-rakan MP dari Sarawak dan anehnya, ketiadaan liputan ini bukan sahaja melibatkan penduduk-penduduk yang tinggal jauh di pedalaman, akan tetapi juga sepanjang Lebuhraya Pan Borneo.
Contohnya, kalau di Sri Aman, dari Simpang Jaong ke Sungai Tenggang, dari Engkramut ke Kampung Tagil juga tiada liputan Internet. Begitu juga dengan jalan masuk dari Simpang Pantu ke Pekan Pantu dan sebagainya. Jadi, apakah perancangan atau langkah segera pihak kementerian dalam masa terdekat, dalam menangani masalah ini?
Mohon penerangan ataupun penjelasan dari pihak kementerian.
Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, baja dan racun rumpai mahal. Inilah antara masalah yang dihadapi pekebun kecil sawit dan para petani kita. Di kawasan saya, di Sri Aman, mengikut data yang ada pada saya, sebanyak 4,512 hektar tanah adalah kawasan yang diusahakan oleh 1,082 orang pekebun kecil bersawit yang bersijil MSPO.
Memandangkan harga sawit yang tidak menentu, maka sukar untuk para pekebun tersebut mendapat keuntungan bersih disebabkan kos harga baja dan racun yang mahal.
Masalah ini juga dihadapi para petani yang menanam padi dan buah-buahan dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, hal ini juga merisaukan saya. Merisaukan saya kerana selain menghadapi masalah inflasi dan kos sara hidup yang tinggi, para pekebun dan petani tersebut juga dibebankan dengan harga racun rumpai yang mencecah RM500 hingga RM600 pada setiap liter dan itu pun hanya dapat digunakan untuk kawasan seluas lima atau enam ekar sahaja. Begitu juga dengan harga baja yang telah naik harganya. Ini amat membebankan mereka, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga difahamkan untuk satu kitaran membaja lima ekar kebun sawit, ianya memerlukan, kurang lebih 12 beg baja seberat 50kg yang berharga di antara RM250 hingga RM280 satu beg. Saya juga difahamkan, kitaran membaja ataupun pusingan membaja mesti diadakan empat kali dalam setahun. Jika dibayangkan, ianya amat membebankan apatah lagi kos-kos tersebut belum termasuk kos pengangkutan dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, maka saya ingin bertanya, apakah langkah jangka pendek dan langkah seterusnya pihak kerajaan bagi menangani masalah tersebut.
Kedua, memandangkan RM72 juta telah pun diperuntukkan bagi meningkatkan tahap kemapanan industri sawit serta memperhebatkan kempen menangani anti minyak
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
sawit, adakah peruntukan tersebut juga mengambil kira kekangan yang dihadapi pekebun-pekebun kecil sawit, seperti harga baja dan racun yang mahal?
Peruntukan untuk kerja parameter, survey tanah-tanah adat di Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, perkara ini telah saya bangkitkan sebenarnya semasa membahaskan Belanjawan 2023 lepas. Saya amat-amat kecewa kerana dalam pembentangan bajet kali ini, ianya masih tidak diperuntukkan.
Kerajaan terdahulu memang ada memberi peruntukan untuk kerja mengukur parameter tanah-tanah adat di Sarawak dan memandangkan kerja mengukur tersebut masih diperlukan, maka saya mohonlah, mohon pertimbangan dari pihak kerajaan agar kerja mengukur parameter tanah-tanah adat ini diberi peruntukan sewajarnya agar ianya dapat terus dilaksanakan. Mohon respons dan pertimbangan yang positif dari pihak kerajaan dalam hal ini.
Berkenaan dengan pembinaan bangunan mahkamah baru untuk Sri Aman. Tuan Yang di-Pertua, dalam pembentangan Bajet 2024 Jumaat lepas, sebanyak RM38 juta telah pun diperuntukkan bagi meningkatkan produktiviti institusi kehakiman di negara ini.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Oleh hal yang demikian dan memandangkan pembinaan bangunan baharu Mahkamah Sri Aman telah dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2024. Maka, saya amat mengharapkan peruntukan sebanyak RM38 juta tersebut akan mengambil kira pembinaan mahkamah di Sri Aman.
Keadaannya sekarang Tuan Yang di-Pertua, mahkamah di Sri Aman terpaksa menumpang di bangunan Persekutuan. Dari aspek security dan keselamatan dan integriti perbicaraan, memang ia tidak kondusif apatah lagi mahkamah di Sri Aman juga perlu mengendali kes-kes dua bahagian iaitu Bahagian Sri Aman, dan juga Bahagian Betong.
Maka sudah tentu banyak dokumen-dokumen yang perlu disimpan dengan rapi dan selamat. Ini sudah tentu memerlukan ruang yang besar dan sempurna.
Namun, dalam keadaan sekarang memang agak sukarlah Tuan Yang di-Pertua untuk berbuat begitu. Oleh hal yang demikian, saya mohon pihak kementerian memperincikan peruntukan RM38 juta tersebut dan sekali gus menentukan peruntukan untuk membina Mahkamah Sri Aman pada tahun 2024 diadakan atau dilaksanakan.
Mohon jawapan dan penerangan daripada pihak kementerian.
Pemulihan Kerusi Parlimen atau restoration of Kerusi Parlimen. Tuan Yang di- Pertua, akhir sekali berkenan dengan perkara mengenai pemulihan ataupun restoration 35 peratus Kerusi Parlimen kepada Sarawak dan Sabah, konsisten dengan semangat MA63 di mana tatkala Malaysia ditubuh dalam tahun 1963 Tuan Yang di-Pertua, Sarawak, Sabah dan Singapura diperuntukkan 35 peratus dari 159 Kerusi Parlimen ketika itu.
Ini ialah seperti yang disyorkan di dalam IGC Report, perenggan 19(2), sekejap lagi Tuan Yang di-Pertua, 19(2), 1962 yang bermaksud tiada wilayah akan mempunyai lebih dari dua pertiga kerusi di dalam Parlimen. Namun, apabila Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965, 15 Kerusi yang diperuntukkan kepada Singapura tidak dibahagikan kepada Sarawak dan Sabah akan tetapi diedarkan di Semenanjung Malaysia.
Walau begitu Tuan Yang di-Pertua, perkara ini telah pun dibincangkan dan disahkan oleh Special Council berkenan MA63, atau MKMA63 pada mesyuarat kelima Special Council yang dipengerusikan oleh Bera selaku Perdana Menteri ketika itu.
Jadi soalannya, apakah langkah susulan kerajaan dipimpin oleh Tambun dalam perkara ini memandangkan Tambun semasa Hari Malaysia yang diraikan di Kuching tempoh hari memberi jaminan akan melaksanakan segala perjanjian yang telah termeterai dalam MA63 dan disusuli dengan ucapan Tambun semasa pembentangan Bajet 2024 lepas, di mana beliau berkata, “Sarawak dan Sabah memang diberikan perhatian kerana kerajaan ketinggalan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963”. Dengan harapan kata-kata itu dikotakan, saya mohon menyokong. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat, Sri Aman. Dipersilakan Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada perwakilan pemuda Perikatan Nasional daripada Machang yang ada di dalam Dewan pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan perbahasan saya pada petang ini. Dalam pembentangan Belanjawan 2024 tempoh hari Perdana Menteri menyebut banyak perkataan jargon seperti, “marcapada”, “arakian”, “intiha”, “sementelahan”, “walhasil”, “mahakaya”, “kendatipun.” Rakyat langsung tak berminat fasal istilah kosong dan mengelirukan ini. Rakyat hanya berminat berkenaan inti pati yang memberi kesan kepada hidup mereka.
Majoriti rakyat berpendapat Belanjawan 2024 hanyalah business as usual, pi mai pi mai tang tu juga. Mereka tidak mengesan pembaharuan daripada segi dasar ekonomi.
Sebab itulah kita memerlukan islah yakni pembaharuan besar ke arah kebaikan.
Menteri Kewangan petik perkataan “kesenjangan”. Pasti beliau tahu maksudnya ialah jurang ketidaksamaan. Orang kaya terlalu kaya, yang lain hidup makin susah.
Kesenjangan tak dapat diatasi melalui retorik populis sebaliknya hanya boleh di atasi keberanian politik, dengan izin, political will dan pemikiran yang kritis. Inilah islah.
Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi sering merungut dan merengek fasal kekangan fiskal dan hutang negara sampai pernah kata akan mempertimbangkan GST yang mereka selalu buruk-buruk dulu, tapi selepas beberapa hari kena hentam oleh rakyat mereka buat pusingan U.
Dalam Belanjawan 2024, GST tiada tapi cukai perkhidmatan dinaikkan ke lapan peratus. Jika kita berjiwa islah kita tidak taksub memburukkan atau mengagungkan mana- mana sistem cukai GST atau SST. Ahli politik berjiwa islah tidak jumud sebaliknya dia berani menyelami masalah di...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ya, silakan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Machang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Masa yang menjadi kerajaan sekarang duduk di sebelah sana sebagai pembangkang. Mereka mengkritik habis-habisan terutamanya wakil-wakil daripada DAP, GST ini apa, semua ini menekan rakyat, apa semua minta diturun. Tiba-tiba bila mereka menjadi kerajaan apa yang mereka tentang dulu sekarang mereka naikkan lagi menjadi lapan persen. Tak kesahlah GST, SST tapi increase of the tax.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ya, saya masih ingat Bagan, Kulai, menyanyikan lagu, “ABCD-GST”, ajar kepada anak-anak kita, menghasut rakyat membenci GST, tapi kalau ini mereka terpaksa menelan buah pahit itu.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, sistem fiskal di mana kerajaan bergantung kepada peraturan fiskal. Menurut Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 yang kita amalkan sejak puluhan tahun, kita menggunakan dua jenis peraturan fiskal iaitu yang pertama balanced budget rule atau belanjawan berimbang. Perbelanjaan Mengurus tak boleh melebihi pendapatan kerajaan.
Kedua, kita gunakan debt rule atau peraturan hutang. Kerajaan Malaysia hanya boleh berhutang untuk perbelanjaan pembangunan yang meningkatkan hutang negara.
Hutang negara dikawal oleh had siling hutang iaitu peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Dalam Rang Undang-undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal yang baharu diluluskan telah berlaku penambah peraturan baharu- expenditure rule iaitu belanja pembangunan mesti pada peratus tertentu daripada KDNK dan peraturan defisit
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
yang mesti rendah daripada kadar tertentu dalam tempoh tiga hingga lima tahun. Pendek kata, pelbagai peraturan fiskal ditambah yang kesannya antara sama lain.
Ini semua kerana beria-ria nak menurunkan hutang negara. Saya teringat Yang Berhormat Bagan masa dia menjadi Menteri Kewangan dulu. Beliau pun menggunakan retorik yang sama sampai kata paksa batalkan pembinaan stesen LRT3 yang pada hari ini yang diumumkan oleh Tambun menelan belanja satu stesen hampir RM1 bilion, untuk lima stesen. Ini merugikan negara akibat terlampau ghairah ingin mengurangkan defisit tanpa mengambil kira manfaat kepada rakyat.
Kerajaan Madani tidak akan beria begini kalau mereka tidak berpegang kepada sesuatu doktrin. Misalnya, doktrin neoliberalism yang bermati-matian nak hapuskan hutang negara. Dalam islah, kita berpaksikan ilmu dan akal, bukan doktrin.
Dalam perbincangan fiskal antarabangsa ada pengurusan fiskal yang bagus dan tidak bagus. Yang bagus ialah di mana cukai dan belanja kerajaan tidak menjerut rakyat ketika ekonomi suram. Sekarang, semua tahu ekonomi negara suram dalam keadaan kos sara hidup tinggi tapi kerajaan nak naikkan cukai dan ada ura-ura nak kurangkan belanja subsidi.
Sebelum menaikkan cukai atau gubal cukai baharu kita mesti terlebih dahulu memahami konsep peraturan fiskal yang bagus. Berapa kadar cukai dan apa cukai baharu nak dicipta, semua itu perkara kedua. Tidak guna buat peraturan tambahan dalam belanja pembangunan yang dah sedia ada. Kalau betul-betul islah, kita misalnya boleh memecahkan belanja pembangunan dan pengurusan pada bentuk kategori perbelanjaan baharu. Lepas itu barulah kita kenakan peraturan belanja supaya sistem fiskal kita menjadi lebih baik dan seterusnya merancakkan semula ekonomi rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, umum di...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Machang, sikit lagi. Satu lagi.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Silakan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tadi disebut fasal subsidi tadi. Saya dapati disebut oleh- masa pembentangan bajet bahawa subsidi diesel akan ditarik balik.
Ini akan memberi kesan kepada ekonomi yang mana pengangkutan, kilang-kilang menggunakan diesel ini akan terpaksa membayar dengan servis perkhidmatan yang, yang dinaikkan pada lapan persen. Akhirnya, adakah rakyat yang akan menanggung semua kos-kos pengangkutan termasuk kilang-kilang ini akibat daripada penarikan balik subsidi diesel ini?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ya, sudah pasti Pendang. Ada knock-on effect yang jelas walaupun tidak dikenakan contohnya SST lapan peratus ini kepada dalam sektor dan bidang pemakanan, tapi dalam contohnya pengangkutan. Kita tahun banyak PMKS kita menggunakan pickup four by four untuk bawa barang-barang dia. Jadi, semua ini akan menambahkan kos bila masa subsidi diesel ditarik.
Dalam rantaian nilai ekonomi yang ada pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, negara kita adalah negara dagang. Selain daripada kita meningkatkan...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Machang, sikit Sik.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Kadar perolehan negara...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Boleh Sik minta sikit penjelasan?
Machang, sekejap ya. Ringkas. Adakah Yang Berhormat Machang ingat bahawa ketika pembentangan bajet ini, ada dua perkara besar yang mungkin tidak disebut ataupun terlepas pandang di pihak kerajaan iaitu bantuan musim tengkujuh kepada penoreh getah dan bantuan menunggu musim menuai untuk para petani kita? Tidak disebut dalam bajet untuk 2024. Adakah kerajaan ini sudah lupa jasa petani-petani kita dan penoreh-penoreh getah? Mungkin kerana mereka hari itu penyokong kuat PN, kerajaan sudah lupa jasa
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
mereka dan sepatutnya diletakkan suatu tanda bahawa kita menghargai pengorbanan mereka ini. Terima kasih.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ya, terima kasih Sik atas peringatan yang penting ini buat pihak kerajaan untuk jelaskan kepada kami.
Jangan ada sebarang penindasan kepada pengundi-pengundi Perikatan Nasional di kalangan petani, pesawah, nelayan yang menyokong kita baru-baru ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya lihat dalam statistik dagangan utama kita, di antara kita dengan rakan dagang dunia, ada banyak lagi ruang-ruang yang boleh kita tambah baik selain daripada jumlah eksport yang kita dapat dengan ASEAN, China, Amerika Syarikat, EU dan Jepun. Saya nampak peluang-peluang perdagangan kita dengan negara OIC boleh dipertingkatkan. Malah, kadar dagang bilateral kita dengan negara-negara Afrika masih jauh lebih rendah. Sekitar pada tahun 2020, USD4.69 bilion sahaja. Lebih malang, negara-negara Asia Tengah (Central Asia) di kalangan negara Islam, Turkmenistan, Kazakhstan dan sebagainya, dagang kita, nilai dagangan kita masih rendah.
Saya baru pulang daripada Rusia baru-baru ini di Kazan, berdekatan dengan Central Asia. Ada 20 juta umat Islam di Rusia. Ini pasaran cukup besar. Tapi, cara kita mempromosi perdagangan kita dengan Rusia khususnya dalam sektor halal, amat-amat mengecewakan. Jadi, saya rasa ini peluang yang boleh kita gunakan untuk membantu negara menambah pendapatan, seterusnya membantu rakyat dalam hal-hal subsidi dan lain-lain.
Tuan Yang di-Pertua, antara pemacu ekonomi penting yang kita perlu ambil kira ialah bagaimana nak menyelamatkan syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana kita. Banyak SME atau PMKS kita terpaksa gulung tikar sebab tiada dasar affirmative untuk membantu kelangsungan mereka. Bahkan, mereka ditindas atas kelewatan pembayaran LHDN, KWSP, SOCSO dan HRD punya levi, levi. Program Peluang Kedua PMKS susah nak lulus sebab masalah akaun PMKS kita untuk dua tahun kebelakangan ini belum pulih sepenuhnya selepas COVID. Malah, kita tahu dalam belanjawan baru-baru ini, sektor PMKS dikejutkan dengan cukai keuntungan modal, modal, capital gains tax. Saya harap kerajaan pertimbangkan seperti mana di UK. Di UK, PMKS ada Entrepreneurs’ Relief ataupun Business Asset Disposal Relief untuk membantu mana- mana SME kita, PMKS kita yang terkesan teruk akibat cukai seperti ini. Ini kerana 80 peratus PMKS kita tidak disenaraikan dalam Bursa. Jadi, mereka terdedah kepada CGT ini yang, yang akan merugikan mereka dalam membaik pulih syarikat.
Pada masa yang sama, kita lihat banyak perolehan-perolehan kerajaan dan juga projek-projek mega ECRL, MRT, perolehan MINDEF, Huawei, Starlink tidak melalui ataupun belum dijelaskan kepada rakyat bagaimana peranan Technology Depository Agency (TDA) di bawah Kementerian Kewangan untuk membantu PMKS kita terlibat secara langsung dalam perkongsian teknologi dan kepakaran ini. Kalau kita sudah ada perancangan ini, barulah PMKS kita boleh berdaya saing.
Tuan Yang di-Pertua, saya nak bawa suara PMKS bumiputera kita yang tertekan.
Pembabitan syarikat perusahaan kecil bumiputera dalam perniagaan eksport masih agak rendah, sekitar 20 peratus daripada jumlah kira-kira sejuta usahawan PMKS di Malaysia pada 2019. Banyak lagi peluang-peluang eksport yang tidak dapat diperolehi akibat mungkin kurang sokongan dan panduan daripada pihak kerajaan untuk membantu PMKS kita.
Ada dua cabaran utama PMKS yang saya nampak terkesan kepada sektor bumiputera. Yang pertama, mereka perlu besarkan kilang bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran untuk memenuhi permintaan baharu. Yang kedua, mempelbagaikan pasaran terutamanya pasaran eksport bagi mendapatkan harga dan syarat penjualan lebih baik.
Untuk pembesaran kilang PMKS, mereka memerlukan modal baharu supaya modal dalaman sedia ada boleh diguna sebagai modal pusingan. Bagi tujuan ini adalah dicadangkan supaya kerajaan melalui institusi kewangan yang berlandaskan pembangunan menyediakan satu dana khas bagi pembesaran kilang PMKS dengan memberi pinjaman sehingga RM5 juta bagi sesebuah PMKS, berbentuk dana mudah
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
dengan kadar faedah yang rendah dan syarat pinjaman yang juga lebih mudah dengan mengambil kira purchase order yang telah diperolehi.
Begitu juga dengan cadangan kepada MATRADE melalui Bahagian Pembangunan Eksportnya diberi tambahan bajet bagi membangun PMKS utama bumiputera memasuki pasaran global. Melalui pasaran eksport, pembelian barangan oleh pengimport lazimnya dibuat secara tunai atau letter of credit yang mana boleh banyak membantu aliran tunai modal pusingan PMKS dibanding pembayaran secara consignment atau credit term di antara 30 hari hingga tiga bulan oleh pembeli tempatan.
Jumlah bajet untuk PMKS besar Tuan Yang di-Pertua, RM44 bilion. Tapi, syarat pinjaman adalah terlalu ketat dan masa yang lama untuk diluluskan, purata tiga bulan daripada EXIM Bank, SME Bank dan Bank Pembangunan. Mereka perlu membawa semangat developmental, bukan seperti bank-bank komersial yang lain yang menyusahkan dan menyukarkan PMKS kita. Saya menyokong penuh usaha kerajaan untuk consolidate DFI kita, gabungan Bank Pembangunan, SME Bank dan EXIM Bank agar ada satu pusat sehenti untuk PMKS kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyokong usaha kerajaan untuk menaikkan cukai gula untuk, untuk minuman bergula dan ianya selain daripada disalurkan untuk rawatan diabetes ataupun dialisis, saya ingin cadangkan semula kepada kerajaan untuk salurkan pendapatan cukai ini membantu membiayai Rancangan Makanan Tambahan untuk anak-anak kita di peringkat sekolah rendah yang boleh memanfaatkan 500,000 anak-anak di seluruh negara.
Kenapa Tuan Yang di-Pertua? Laporan dalam Kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menjelaskan di ibu kota kita, di Kuala Lumpur, 100 kanak-kanak yang ada, 97 hidup dalam kemiskinan. Mereka bukan sahaja miskin dari segi pendapatan, miskin juga kesihatan. Jadi, malnourishment ini dengan izin, perlu ditangani, lebih teruk lepas COVID. Jadi, gunakanlah cukai ini untuk bantu anak- anak kita yang terkesan akibat kurangnya zat dan gizi yang seimbang.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyeru kerajaan mempercepatkan apa saja akta dan undang-undang untuk membantu pekerja-pekerja gig. Di Singapura, mereka telah dan akan putuskan, laksanakan undang-undang ini pada tahun hadapan. Di Malaysia, saya dengar Menteri kata belum habis buat kajian lagi sebab ramai yang terkesan akibat kesan pandemik dan peluang pekerjaan. Skim Keselamatan Sosial Pekerja sendiri yang ada oleh kerajaan bagus, tapi kita perlu undang-undang untuk membantu pekerja mendapat hak daripada majikan-majikan platform gig ekonomi ini.
Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya landing. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan sebab tidak disebut dalam belanjawan baru-baru ini untuk menggunakan kekuatan dan ini apa yang Ketua Pembangkang cadangkan pada tempoh hari, jadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global untuk menarik pelajar- pelajar asing dan juga melahirkan sebagai satu soft power kita bila mana ramai bekas- bekas pelajar kita kini Tuan Yang di-Pertua, menjadi Menteri di Tanzania, di South Africa, di negara-negara, negara-negara Timur Tengah. Jadi, ini perkara-perkara yang dapat membantu untuk kita meluaskan rakan dagang pada masa akan datang. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya nampak belanjawan ini banyak kekurangan, tetapi boleh diperbaiki dengan pandangan-pandangan yang diberikan oleh rakan-rakan Ahli Parlimen di kedua- dua belah pihak. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Dipersilakan Yang Berhormat Tawau.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera.
Salam Sabah Maju Jaya kepada rakan-rakan saya di Dewan yang mulia ini.
Saya bersyukur dan berterima kasih atas pelantikan secara pentadbiran perwakilan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak sebagai anggota, diperkukuhkan dengan
Tuan Lo Su Fui - Tawau
pelantikan keanggotaan tetap melalui kuat kuasa Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023.
Namun, ingin saya zahirkan kekecewaan saya terhadap layanan Belanjawan 2024. Peruntukan yang diterima oleh Sabah hanya 7.3 peratus dan Sarawak 4.4 peratus daripada sejumlah RM90 bilion. Bermakna, sebanyak 86.3 peratus dinikmati oleh kawan- kawan di Semenanjung.
Menurut badan pemikir negeri Sabah, Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) dalam Kajian Pemantauan Dinamika Negeri Sabah pada April 2023, mendapati tiga isu utama yang menjadi rungutan dan cabaran pembangunan di Sabah iaitu yang pertama, isu air. Kedua, jalan raya dan ketiga, elektrik. Oleh demikian, saya akan terus bersuara berkenaan isu-isu ini sehingga perkara ini selesai.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Perdana Menteri, bilakah projek bantuan yang bernilai RM320.25 juta bagi menyelesaikan isu air Tawau dan Sabah diturunkan dan dapat dilaksanakan? Ada projek-projek bekalan air terbengkalai kerana masalah pentadbiran seperti kelewatan penurunan dana dan pelantikan kontraktor daripada kementerian. Sebagai contoh, Loji Rawatan Air Cinta Mata dan Loji Cinta 2 Tawau dan beberapa projek di Sabah. Kelewatan ini menyebabkan kenaikan kos pembinaan dan perlu kembali dibincangkan di peringkat Kementerian Kewangan. Harap kerajaan menangani masalah pengurusan pentadbiran ini.
Sementara menunggu penyelesaian pembinaan loji air yang memakan masa lima ke 10 tahun, tetapi rakyat memerlukan air segera. Kerajaan Madani perlu mengambil satu tindakan drastik dan proaktif jangka pendek seperti membina telaga tiub dengan sistem penapisan ultra sumber air, tube well dengan izin di Tawau dan Sabah bagi mengatasi isu air. Tube well ini dapat memenuhi keperluan air bagi sekitar 200 hingga 300 orang dengan hanya kos sekitar RM1 juta.
Di Sabah setiap hari, apabila memandu di jalan raya, pasti akan timbul perasaan takut terhadap keselamatan nyawa diri. Keadaan Jalan Persekutuan berlubang dan rosak menyebabkan pemandu hilang kawalan apabila terlanggar lubang yang besar. Hal ini bertambah bahaya pada waktu malam apabila keadaan jalan amat gelap disebabkan lampu jalan rosak. Kereta terbabas, tayar meletup, terlanggar pembahagi jalan, sudah menjadi perkara biasa. Ahli-ahli Dewan boleh datang ke Sabah untuk merasai pengalaman ini sendiri. Disebabkan itu, saya berfikir, adakah nyawa rakyat Sabah tidak bernilai?
Saya ingin menarik perhatian Menteri Kerja Raya untuk segera menangani isu jalan berlubang dan kerosakan lampu Jalan Persekutuan di Tawau dan Sabah. Tawau dan Sabah memerlukan sekurang-kurangnya 50 juta untuk menyelenggara lampu jalan sepanjang 1,289.14 kilometer. Saya juga tegaskan supaya peruntukan ini dimasukkan di peringkat jawatankuasa.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mohon KeTSA mempercepatkan proses kelulusan dan penyaluran dana bagi penambahan stesen penjana elektrik di Tawau dan Sabah bagi mengatasi masalah bekalan elektrik. Saya tumpang gembira melihat kawan- kawan di Semenanjung menikmati kemajuan yang pesat. Sampai ada projek ke angkasa, penggunaan kereta elektrik electronic vehicle (EV), dengan izin, gaya hidup smart dan digital, dengan izin. Macam naik langit sudah.
Tetapi, kita di Sabah masih berpijak di tanah bumi dan masih sengsara dengan masalah keperluan asas...
[Tepuk] Seperti air, elektrik dan jalan raya. Saya menuntut kawan-kawan di Semenanjung, jangan lupa kawan-kawan di Sabah, Sarawak. Salurkan peruntukan kepada kami agar masalah ini dapat diselesaikan.
Tuan Yang di-Pertua, saya berharap dengan penyelesaian proses tender untuk 19 pakej Projek Pan Borneo Sabah Fasa 1B melibatkan 366 kilometer yang bernilai RM15.7 bilion akan dilaksanakan pada bulan November ini. Jika projek ini dapat direalisasikan segera, ianya mampu menghubungkan potensi pasaran sebanyak 30 juta orang merangkumi Brunei, Kalimantan Indonesia, Sabah dan Sarawak. Seterusnya mencipta spillover, dengan izin, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Saya ingin menegur Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
(KeTSA) yang memberikan jawapan lisan bahawa hanya 8,000 orang sahaja yang terkesan akibat banjir di Bandar Tawau disebabkan kelewatan Projek Rancangan Tebatan Banjir Fasa 1B di Sungai Tawau. Sedangkan, sebenarnya lebih kurang 500,000 orang penduduk di Tawau terjejas dalam tahun ini sahaja akibat mengalami 10 kali bencana banjir. Yang 8,000 itu ialah mereka yang tinggal di kawasan yang terkena banjir tetapi 500,000 ini adalah penduduk Tawau yang terjejas secara tidak langsung disebabkan bencana banjir ini.
Saya ingin menekankan kepada KeTSA untuk segera mempercepatkan projek rancangan tebatan banjir ini. Ini kali keempat saya bersuara di Dewan yang mulia ini mengenai isu banjir ini. Saya kecewa apabila Tawau tidak disenaraikan dalam projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi dalam Bajet 2024. Bahkan selama ini, suara Sabah dan Tawau tidak dipedulikan di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberikan jaminan bagi menyiapkan pembinaan bangunan baharu Hospital Besar Tawau yang dijanjikan siap pada Disember 2023. Ketika ini, rakyat Tawau terpaksa ke Kota Kinabalu yang jaraknya 500 kilometer dan menanggung kos yang besar disebabkan fasiliti Hospital Tawau yang tidak lengkap untuk kes-kes kritikal seperti MRI, Burns Unit, mesin dialisis dan bilangan doktor pakar.
Kita berterima kasih kepada Menteri Pengangkutan kerana telah memberikan subsidi penerbangan kepada anak Sabah Sarawak yang belajar di Semenanjung Malaysia. Saya mohon agar kementerian memperluaskan pemberian subsidi ini kepada pelajar yang menuntut di institusi swasta.
Tuan Yang di-Pertua, konsep madani sebenarnya menekankan mengenai keadilan kepada semua wilayah di Malaysia tetapi hakikatnya, harga barang di Sabah Sarawak lebih mahal berbanding Semenanjung Malaysia. Ini kerana kami terpaksa menanggung kos pengangkutan barangan dari Semenanjung. Ketika ini, harga beras naik, gula naik, tepung naik yang menyebabkan rakyat menderita ditambah lagi dengan rakyat Sabah Sarawak yang terpaksa menanggung kos pengangkutan barang. Bikin hairan juga barang-barang keperluan yang dihantar ke negeri lain di Semenanjung tidak melibatkan kos pengangkutan. Tetapi, di Sabah Sarawak dikenakan kos pengangkutan.
Kenapa satu negara dibahagi dua pasaran? Pasaran Semenanjung lebih murah berbanding pasaran Sabah dan Sarawak. Inilah ibarat mulut cakap satu negara tetapi pelaksanaan tidak. Rakyat Sabah Sarawak...
[Tepuk] Sakit dua kali kerana terpaksa menanggung kos pengangkutan dari Semenanjung. Satu harga madani Malaysia perlu dilaksanakan selaras dengan salah satu usaha bagi mencapai hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi menoktahkan masalah kemiskinan.
Saya amat kecewa Lapangan Terbang Tawau tidak disenaraikan dalam belanjawan untuk dinaik taraf. Pada tahun 2019, Lapang Terbang Tawau mencatat 1.83 juta penumpang iaitu 22 peratus melebihi kapasiti dan dijangka pada tahun ini akan kembali dengan kapasiti ini. Hal ini menyebabkan kesesakan dan menjejaskan usaha untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara. Saya menuntut agar naik taraf Lapangan Tawau diletakkan sebagai projek utama dalam belanjawan kali ini.
Tuan Lo Su Fui - Tawau
Tuan Yang di-Pertua, saya juga pohon Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia bagi menerima penubuhan Majlis Kelapa Sawit Sabah dan Sarawak untuk mengawal selia program berkaitan industri sawit di Sabah dan Sarawak.
Selain itu, saya juga menyokong saranan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof untuk kaji semula cukai windfall tax, dengan izin, terhadap industri sawit dan berharap agar isu ini dapat diselesaikan segera bagi memastikan industri sawit lebih berdaya saing di Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, salah satu faktor projek kemudahan asas di Sabah tidak dapat disiapkan dan tergendala ialah dana pembangunan persekutuan yang tidak sempat digunakan. Setiap tahun, sekurang-kurangnya Sabah rugi RM1 bilion dana persekutuan
Tuan Lo Su Fui - Tawau
kerana tidak sempat digunakan dan perlu dikembalikan kepada persekutuan. Kalau 10 tahun, Sabah rugi RM10 bilion. Berbeza dengan negeri-negeri di Semenanjung yang berjaya mengoptimumkan penggunaan dana pembangunan yang diberikan.
Jurang pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung akan semakin besar jika perkara ini terus berlaku. Ada peruntukan berbilion diperuntukkan tetapi buka permohonan bulan April, tutup permohonan bulan Disember. Sempatkah guna semua peruntukan? Memanglah tidak sempat.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telah meluluskan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan) 2023 untuk menubuhkan Tabung Amanah Khas Kerajaan Negeri Sabah, trust fund, dengan izin. Mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan Madani meluluskan dan menyokong penubuhan tabung amanah bagi menunjukkan tekad membangunkan Sabah.
Biar kami urus lebihan dana ini melalui Tabung Amanah Negeri Sabah dan Sarawak. Minta agar saluran sebahagian peruntukan pembangunan daripada Belanjawan 2024 untuk Wilayah Sabah dan Sarawak masuk ke dalam trust fund. Jika tabung amanah ini berjaya ditubuhkan, sekali gus dapat menyelesaikan isu kemudahan asas di Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, saya faham Kerajaan Madani dan Kerajaan Negeri Sabah sekarang mewarisi masalah kerajaan terdahulu tetapi rakyat sekarang amat berharap agar kerajaan kini memperbaiki kerosakan yang ada ini. Isu-isu yang saya bangkitkan seperti air, elektrik, jalan raya merupakan isu utama yang telah menyumbang kepada isu kemiskinan dan peningkatan kos sara hidup di Sabah.
Saya tegaskan di Dewan yang mulia ini, saya bukan merayu tetapi menuntut kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63. Ini bukanlah hanya isu Tawau ataupun isu Sabah tetapi ini adalah isu Malaysia. Jika isu ini dapat diselesaikan, ia seterusnya akan mampu menyumbang bukan sahaja kepada rakyat di Sabah, tetapi juga kepada kemajuan negara.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya akhiri, saya ingin sampaikan sebuah sajak bertajuk *Sabah Kecewa Lagi– “Sabah kecewa lagi, Sabah kecewa lagi, Sabah kecewa lagi, Semenanjung bajet besar, Sabah bajet kecil.
Sabah kecewa lagi, Semenanjung cerita angkasa, Sabah cerita tiada air, Semenanjung cerita rumah pintar, Sabah cerita tiada elektrik.
Semenanjung cerita kereta elektrik, Sabah cerita jalan lubang.
Sabah kecewa lagi, Satu harga Madani Malaysia, Kurang beban Sabah, Sarawak, Tabung Amanah wajib dilulus, Sabah, Sarawak terus maju.
Sabah kecewa lagi, Sabah, Sarawak menuntut, bukan merayu, Jangan kecewakan Sabah dan Sarawak.”* Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tawau. Dipersilakan Yang Berhormat Parit.
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk berbahas pada kali ini selaku penggubal undang-undang mewakili rakyat Parit.
Firman Allah Ta’ala...
*[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.
Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa jua, kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam apa juga yang kamu lakukan”. Sadaqallahul azim.* Berdasarkan ayat ini, Allah memerintahkan kita supaya berlaku adil. Definisi adil menurut Islam ialah meletakkan sesuatu kepada tempatnya. Lawan bagi adil ialah zalim.
Adil melakukan sesuatu dengan sewajarnya, manakala zalim melakukan sesuatu perkara dengan tidak wajar, berlaku cuai dan sebagainya. Kita dituntut untuk berlaku adil dalam semua perkara, apatah lagi dalam hal berkait dengan perbelanjaan dan pengurusan kewangan.
Pada minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri mengumumkan sumbangan untuk Palestin sebanyak RM1 juta sahaja, pada Isnin lalu. Ini mendukacitakan Parit dan kita semua. Namun, kita berasa lega apabila Perdana Menteri mengumumkan pula sumbangan sebanyak RM10 juta kepada Palestin.
Walau bagaimanapun, RM10 juta ini bukanlah angka yang wajar. Sedangkan dalam projek-projek yang lain atau peruntukan-peruntukan yang lain, dengan mudah sahaja kerajaan mengumumkan peruntukan. Umpamanya, pada PRK Pulai yang lalu, Perdana Menteri mengumumkan RM500 juta untuk menaik taraf bangunan parkir bagi Hospital Pulai. RM500 juta. Hospital di kawasan saya di Seri Iskandar RM140 juta sahaja, hospital. Tetapi di Pulai, ketika pilihan raya kecil, diumumkan RM500 juta untuk menaik taraf bangunan parkir di Hospital Pulai. Jadi, ini tidak wajar, tidak adil. Begitu juga diumumkan untuk Pulau Pinang, LRT sebanyak RM10 bilion. Ini angka yang bagi saya tidak wajar.
Untuk itu, berlaku adillah. Lakukanlah sesuatu perkara dengan sewajarnya. Hari ini lebih sejuta rakyat Palestin di Gaza berdepan dengan malapetaka baharu apabila serangan demi serangan menyebabkan mereka tidak dapat melarikan diri untuk menyelamatkan diri daripada zon pertempuran di antara Israel dan Hamas.
Saya berharap kerajaan lebih bersikap adil dan rasional seperti pengertian adil yang memberi makna meletakkan sesuatu pada tempatnya. Saya menyeru rakyat Malaysia merealisasikan sasaran kutipan sumbangan sebanyak sekurang-kurangnya RM100 juta untuk membuktikan solidariti kita kepada rakyat Palestin.
Soalan saya, adakah kerajaan akan mewujudkan satu dana khas yang melibatkan gabungan banyak pihak bagi tujuan membantu Palestin dalam bentuk kewangan secara berterusan? Yang kedua, adakah kerajaan mempunyai cadangan menghantar tentera pengaman ke Palestin bagi mengurangkan suhu ketegangan peperangan melawan rejim Israel di sana?
Tan Sri Yang di-Pertua, berdasarkan ayat Al-Quran yang saya bacakan tadi juga, Allah memerintahkan kita supaya berlaku adil walaupun kepada mereka yang kita benci atau yang tidak sehaluan dengan kita.
Justeru, saya menyeru kepada Kerajaan Persekutuan untuk berlaku adil, bahkan menjadi tanggungjawab seorang Perdana Menteri dan Jemaah Menteri bagi memastikan peruntukan pembangunan kepada Ahli Parlimen, khususnya Ahli Parlimen pembangkang
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
perlu diberikan sama rata seperti mana diberikan Ahli Parlimen kerajaan. Semua ini demi rakyat kita.
Bahkan jika merujuk kepada demografi kawasan Parlimen mengikut keputusan PRU15 baru-baru ini, kebanyakan rakyat miskin tegar Melayu di Semenanjung Malaysia berada di kawasan Parlimen yang dimenangi oleh Perikatan Nasional. Oleh itu, jika peruntukan pembangunan kepada rakyat miskin tegar Melayu ini dinafikan, kita telah menzalimi hak mereka untuk mendapat bantuan seperti saudara mara mereka di tempat yang lain.
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Sebelum saya pergi lebih jauh lagi, ingin saya mengungkapkan satu rangkap pantun untuk renungan bersama.
*Bila todak melanda Singapura, Habis dikerat dicincang lumat, Bila khianat kepada manusia, Dunia akhirat takkan selamat.
[Tepuk]* Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan telah membentangkan Belanjawan 2024 dan kami sebagai Ahli Parlimen pembangkang yang merupakan sebahagian daripada proses semak dan imbang akan memastikan setiap peruntukan disalurkan dalam etika manusiawi yang sepatutnya.
Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan telah membentang Belanjawan 2024 membabitkan peruntukan RM393.8 bilion iaitu satu lagi belanjawan tertinggi direkodkan iaitu sebanyak RM300 bilion untuk pengurusan dan RM90 bilion untuk pembangunan.
Soalan saya, bagaimanakah mekanisme tata kelola kerajaan direncanakan bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan ketirisan berkenaan peruntukan dana awam ini? Kedua, soalan saya, bagaimanakah peranan Jabatan Audit Negara dilibatkan dalam memantau peruntukan dana awam ini dibahagikan?
Ketiga, saya dapati bahawa tiada unjuran dan jangkaan berapa jumlah hasil cukai baharu dijangka diperoleh? Cuma disebutkan cukai-cukai baharu yang dirancang untuk dilaksanakan, inisiatif-inisiatif cukai yang dibentangkan dalam belanjawan baru-baru ini.
Namun tidak ada unjuran berapa jumlah hasil yang bakal diperoleh. Saya mohon pencerahan dalam isu ini.
Dato’ Yang di-Pertua, saya berpendapat dalam pembentangan belanjawan baru- baru ini, langkah memperkenalkan cukai mewah dan menaikkan SST memberi dua maksud iaitu memberi keuntungan kepada pendapatan negara dan dalam masa yang sama, memberi kesan buruk kepada perniagaan dan pengguna. Ia mungkin membawa kepada harga yang lebih tinggi untuk barangan dan perkhidmatan yang berpotensi memberi kesan kepada individu berpendapatan rendah.
Walaupun cukai mewah mengekang golongan kaya, SST yang ditingkatkan juga bakal mempengaruhi kenaikan harga pelbagai produk. Pengguna berpendapatan rendah yang menghabiskan sebahagian besar daripada peratusan pendapatan mereka pada barangan dan perkhidmatan pasti akan menghadapi kesukaran akibat daripada kenaikan harga ini.
Seharusnya— seterusnya harga yang lebih tinggi boleh mengakibatkan pengurangan perbelanjaan pengguna yang memberikan implikasi ekonomi yang lebih luas. Apabila pengguna mempunyai pendapatan yang kurang untuk dibelanjakan kerana cukai yang meningkat dan harga yang lebih tinggi, perniagaan mungkin akan mengalami penurunan jualan yang boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan dan ketidakstabilan ekonomi. Soalan saya, apakah bentuk program sosial atau subsidi untuk menyokong isi rumah berpendapatan rendah dan menentang sifat regresif SST pada ketika ini? Apakah bentuk penilaian secara berkala bagi mengesan perubahan cukai ini dan memastikan pendapatan tambahan yang dihasilkan diagihkan secara efektif, memberi manfaat kepada penduduk secara meluas?
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Dato’ Yang di-Pertua, Belanjawan 2024 diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyoroti pelbagai inisiatif kesejahteraan yang bertujuan untuk menyokong rakyat penduduk negara tercinta ini. Walaupun program-program ini sangat baik adalah sama pentingnya untuk memastikan bahawa inisiatif ini diuruskan secara efektif sampai kepada segmen-segmen yang paling rentan dalam masyarakat kita. Soalan saya, bagaimanakah penilaian keperluan yang menyeluruh dilakukan untuk mengenal pasti keperluan khusus dalam populasi rentan? Kedua, sejauh manakah pengagihan sumber yang telus dan bertanggungjawab dilakukan bagi memastikan bahawa bantuan sampai kepada penerima yang dimaksudkan? Ketiga, soalan saya, apakah bentuk penilaian berterusan terhadap kesan dan keberkesanan Program Inisiatif Kesejahteraan ini?
Dato’ Yang di-Pertua, saya berpandangan bahawa pengajian tinggi sangat berpotensi menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan negara. Malaysia mempunyai banyak IPT, institut pengajian tinggi tempatan mahupun IPT hasil kolaborasi dengan universiti terkemuka dunia yang lain. Adalah satu yang amat-amat merugikan jika kelebihan ini gagal dimanfaatkan sepenuhnya. Banyak pemimpin-pemimpin dunia di Turki, di Afrika, di negara-negara Arab, di Indonesia, pemimpin-pemimpin negara mereka pernah menuntut di negara Malaysia ini.
Seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Larut yang juga Ketua Pembangkang yang menyatakan bahawa kita harus belajar daripada pengalaman United Kingdom dan Australia yang berjaya memartabatkan pendidikan tinggi yang bertaraf dunia dan seterusnya menjadikan sektor pendidikan tinggi tersebut sebagai salah satu daripada enjin pertumbuhan ekonomi yang penting dalam negara. Di Australia tahun 2022, sektor pendidikan tinggi menjana pendapatan 86.3 bilion dengan pelajar asing sahaja menyumbang 75.8 bilion. Manakala United Kingdom segmen pengajian tinggi menyumbang 665 bilion kepada ekonomi negara tersebut.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin juga menyebut tentang beberapa perkara permasalahan penting di kawasan saya untuk tindakan beberapa kementerian. Saya menyeru untuk memohon tindakan segera diambil oleh kementerian bagi melegakan kekhuatiran hati rakyat di kawasan saya.
Pertamanya, untuk melebarkan laluan jalan raya bagi kawasan Bota Kanan ke Pekan Parit. Keduanya, dibina sebuah dewan serba guna di Dataran Jagung Titi Gantung dan di perkarangan masjid di Bandar Universiti Seri Iskandar bagi memudahkan komuniti setempat menggunakan bagi pelbagai aktiviti masyarakat setempat, memandangkan kedua-dua tempat ini mengalami pertambahan penduduk yang sangat ketara. Ketiga, dibina sebuah taman awam di Dataran Sungai Seluang yang mempunyai keluasan 19 hektar sebagai lokasi untuk beriadah kerana taman rekreasi ini sangat penting. Begitu juga di kawasan-kawasan yang lain.
Yang keempat, saya mohon supaya dibina Kompleks Sukan Komuniti yang dilengkapkan dengan fasiliti untuk kegunaan awam. Tempatnya atau tapaknya telah sedia ada di Seri Iskandar. Yang kelima, dengan siapnya hospital baharu Seri Iskandar nanti, saya mencadangkan hospital sedia ada iaitu Hospital Changkat Melintang ditukar kepada pusat rehabilitasi bagi membantu pesakit kembali pulih selepas kecederaan, pembedahan dan penyakit-penyakit yang dihinggapi oleh mereka atau boleh juga diteruskan sebagai pusat rawatan komuniti bagi kegunaan masyarakat setempat.
Dato’ Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih atas pengumuman Perdana Menteri bahawa SMK Bandar Universiti akan dibina. Namun, saya mohon supaya sekolah rendah juga dapat dibina kerana kepadatan penduduk yang bersangatan di kawasan tersebut. Ketujuh, saya mohon menaik taraf Dataran Tuntong di Bota Kanan sebagai tarikan pelancongan di daerah saya di Daerah Perak Tengah.
Kelapan, saya mohon untuk mempertimbangkan menjadikan Daerah Perak Tengah sebagai satu daripada lokasi untuk Program Pembangunan Integrasi Akuakultur di sepanjang Sungai Perak. Ada Bota Kanan, Bota Kiri, Layang Kanan, Layang Kiri, cuping kanan, cuping kiri, belanja kanan, belanja kiri. Semua ini kawasan yang sangat berpotensi untuk ikan sangkar dan kebanyakan ikan-ikan ini dihantar ke Temerloh ya.
[Ketawa]
Tuan Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Untuk makluman Menteri, yang kesembilan bagi pembinaan Masjid Al- Ghufraniah, Titi Gantung dan Masjid Latifiah di Sungai Korok. Saya mohon supaya masjid ini dapat dibina dengan segera kerana telah pun terlalu uzur. Pembinaan semula ini sangat diperlukan. Dalam masa yang sama, pihak AJK masjid telah pun menyediakan kutipan lebih daripada 10 peratus nilai projek sebagaimana dimahukan oleh pihak kementerian.
Tan Sri Yang di-Pertua, akhir sekali saya mohon supaya diaktifkan Taman Teknologi Seri Iskandar. Isunya banyak tanah untuk kawasan industri ini disediakan tetapi kurang mendapat minat pelabur-pelabur asing yang datang atau pelabur-pelabur tempatan. Hanya terdapat dua kilang sahaja beroperasi di kawasan taman teknologi ini.
Saya mohon untuk pihak berkenaan mengambil tindakan yang sewajarnya memanfaatkan kawasan yang telah pun disediakan.
Dato’ Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih atas kesempatan diberikan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumsalam.
Terima kasih Yang Berhormat Parit. Dipersilakan Yang Berhormat Tuaran, 20 minit sebagai ketua parti.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut membahaskan Bajet 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada Jumaat lepas.
Tuaran memulakan perbahasan ini dengan mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana memberi peruntukan untuk membina bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Laya-laya di Tuaran.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Pembinaan SMK Laya-Laya ini pastinya akan menyelesaikan masalah kesesakan pelajar di SMK Badin, SMK St John dan SMK Sri Nangka berikutan pertumbuhan pesat penduduk susulan peningkatan pembinaan perumahan di sekitar kawasan Tuaran.
Walau bagaimanapun, Tuaran terpanggil untuk mengingatkan agar bangunan SMK Laya-Laya itu nanti perlu direka bentuk dengan teliti yang mengelakkan daripada terdedah daripada musibah banjir sepertimana yang dialami oleh Sekolah Kebangsaan Laya-Laya pada masa kini.
Berhubung perkara ini, Tuaran juga meminta supaya pihak kerajaan mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah banjir di sekolah tersebut. Tuaran juga berharap agar pembinaan sekolah-sekolah yang telah diumumkan sebelum ini, khususnya pembinaan bangunan SMK Nabalu dengan kos RM100 juta, dibina dan disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.
Terkait dengan peruntukan RM100 juta, Tuaran meminta agar peruntukan itu harus ditumpukan sepenuhnya dalam pembinaan bangunan sekolah dan infra yang berkaitan. Jangan pula peruntukan itu diagih-agihkan untuk perkara-perkara lain seperti menaik taraf jalan raya Pekan Nabalu-Giuk, menaik taraf bekalan air bersih dan sebagainya. Peruntukan untuk menaik taraf jalan Pekan Nabalu-Giuk itu sesuatu yang berbeza dan peruntukan hendaklah diberikan secara berasingan.
Dalam hal ini, Tuaran meminta saya pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memasukkan peruntukan naik taraf jalan ini ke dalam Bajet 2024. Begitu juga dengan hal bekalan air bersih, pihak KKDW hendaklah memberi peruntukan yang diselaraskan dan kerjasama Kementerian Pendidikan.
Seterusnya Tuaran juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana turut mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus memberi sokongan subsidi kepada SESB sehingga tahun 2030, sejajar dengan Pelan Transformasi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB). Komitmen Kerajaan Persekutuan ini sudah tentu memberi tanggungjawab besar kepada seluruh warga SESB supaya
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
melaksanakan strategik khususnya meningkatkan kapasiti penjanaan dengan kos di bawah paras harga jualan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Tuaran dan rakan-rakan daripada Sabah sudah sekian lama berhujah di Dewan yang mulia ini bahawa Sabah adalah satu-satunya wilayah di Malaysia yang masih mengalami load shedding ataupun catuan bekalan elektrik. Keadaan ini berlaku kerana kapasiti penjanaan yang rendah iaitu dengan rizab margin di bawah paras 12 peratus.
Sehubungan dengan itu Tuaran mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada Suruhanjaya Tenaga Malaysia di atas keputusan meneruskan installation of 100 megawatts capacity battery storage yang akan menyimpan off-peak load from resistance power generation. Bekalan tenaga yang disimpan dalam bateri ini akan menjadi backup untuk menampung keperluan pengguna sekali gus mengelakkan berlakunya load shedding pada ketika sistem breakdown atau pada ketika penggunaan permintaan tenaga yang tinggi ataupun packing load terutamanya pada musim cuaca panas atau atas faktor- faktor lain yang berkaitan.
Kami di SESB berharap mesyuarat JPPPET akan pertimbangan keputusan Suruhanjaya Tenaga tersebut secara positif demi kebaikan dan kesejahteraan bersama.
Namun demikian langkah ini adalah bersifat sementara dan tentunya tidak dapat menyelesaikan masalah rizab margin yang rendah. Justeru langkah seterusnya ialah SESB hendak merancang untuk membina jana kuasa berkapasiti 700 megawatts yang akan dimiliki penuh oleh SESB. Untuk memastikan rancangan ini menjadi satu realiti, SESB sangat memerlukan bantuan dan sokongan daripada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah ke arah SESB yang mampu menyelesaikan masalah load shedding secara tuntas.
SESB bercadang untuk membina penjana kuasa combined-cycle gas turbine dengan financing melalui Belt and Road Initiative dengan kerjasama negara China.
Berhubung perkara ini Tuaran memohon sokongan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya memasukkan rancangan ini dalam agenda perbincangan dengan Presiden China Xi Jinping dalam seri lawatan Xi Jinping ke Malaysia pada tahun hadapan iaitu sempena 50 tahun persahabatan China dengan Malaysia. Saya akan memastikan seluruh warga SESB melakukan persiapan sebaik-baiknya dan memberikan komitmen yang tinggi untuk menjayakan rancangan ini dengan jayanya.
Yang Amat Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Sabah ini dengan masalah bekalan elektrik sudah sekian lama. Kalau tidak ada peruntukan atau oleh kerana dengan dasar- dasar tidak membolehkan untuk membuat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, maka kita perlu berinovasi untuk mencari kewangan dan inilah cara kita untuk menyelesaikan masalah ini.
Janaan 700 megawatts bekalan tenaga elektrik milik penuh SESB ini akan beroperasi menggunakan gas. Oleh yang demikian Tuaran meminta supaya pihak kerajaan memberi arahan kepada Petronas untuk membekalkan gas pada kadar RM15 per MBtU kepada SESB untuk tujuan ini. Dengan sokongan penuh daripada semua pihak kita berharap penjana kuasa berkenaan dapat di-installed dalam masa kurang daripada dua tahun daripada kelulusan diperolehi. Saya ulangi langkah ini adalah sangat penting untuk menstabilkan bekalan elektrik di Sabah.
Yang Amat Berhormat Dato’ Yang di-Pertua isu pembangunan utama di wilayah Sabah seperti mana disebut oleh rakan saya daripada Tawau sebentar tadi ialah bekalan elektrik yang stabil dan bekalan air bersih yang mencukupi. Kedua-dua utiliti inilah yang telah menghantui rakyat Sabah sejak sekian lama dan membantutkan pertumbuhan ekonomi di bumi di bawah bayu selama ini. Oleh sebab itu apabila urus tadbir bekalan elektrik diserahkan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun hadapan kepada Kerajaan Sabah, kita minta supaya governance ataupun tata kelola tenaga akan bertambah baik daripada apa yang ada sekarang.
Kerajaan Sabah harus mencontohi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak, di mana terdapat tiga komponen utama dalam tata kelola tenaga. Sebagai contoh di peringkat Persekutuan adalah pembuat dasar yakni Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan regulator, yakni Suruhanjaya Tenaga dan syarikat utiliti
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
yakni Tenaga Nasional Berhad. Ketiga-tiga komponen ini bekerjasama secara pasukan, berpasukan ataupun a seamless governance dan bukannya bekerja in silos, trying to outdo one another.
Kerajaan Sabah perlu diperingatkan bahawa walaupun dalam Perjanjian Malaysia 1963 hal bekalan elektrik adalah hal Persekutuan, namun hal ehwal bekalan elektrik ini telah di-assigned-kan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sabah sejak dari pembentukan Malaysia pada 1963. Namun pada tahun 1982 Kerajaan Sabah sendiri menyerahkan urus tadbir bekalan elektrik kepada Kerajaan Persekutuan kerana tekanan bebanan isu financial sustainability. Pada hari ini di atas sebab financial sustainability jugalah atas kelestarian kewangan ini jugalah maka Kerajaan Persekutuan reassigned balik kepada Sabah untuk mengurus tadbir hal ehwal bekalan elektrik di Sabah. Tuaran berharap reassignment ini akan berkekalan sampai bila-bila dan bukan sebaliknya.
Yang Amat Berhormat Dato’ Yang di-Pertua sebuah lagi masalah utiliti yang menghantui Sabah ialah masalah bekalan air bersih. Perkara ini pun sudah sekian lama dibahaskan di Dewan yang mulia ini. Sudah berkali-kali dibahaskan. Ada juga pengumuman khusus tentang intervensi pihak Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.
Namun sehingga kini rakyat masih tertunggu-tunggu bilakah rancangan itu menjadi realiti.
Masih belum kelihatan ada sinar di hujung terowong.
Hakikatnya rakyat mengharungi kepayahan menghadapi berhari-hari catuan bekalan air. Sudah lah rizab margin pada paras negatif, lori yang menghantar bekalan air pun pula tidak cukup. Kalau di Tuaran hanya satu yang dibekalkan oleh Jabatan Air.
Umpama, “sudah jatuh lagi ditimpa tangga”.
Kita faham dan memang sudah berkali-kali kita disebut di Dewan in bahawa hal ehwal air ini adalah hal negeri. Tetapi tentunya peranan Kerajaan Persekutuan bukan setakat memberi pinjaman kepada Kerajaan Negeri Sabah sahaja semata-mata. Kepada Tuaran, tata kelola bekalan air di Sabah harus mengikuti langkah seperti apa yang telah dilakukan di peringkat Persekutuan iaitu ada pembuat dasar iaitu kementerian.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Kemudian juga ada regulator iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Sebab itu saya beberapa kali mencadangkan agar Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara ini ditukar namanya. Dipanggil sahaja dengan nama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Semenanjung, sebab memang dia tidak regulate pun. Dia tidak wujud di Sabah, tidak wujud di Sarawak. Supaya janganlah nanti apabila diberi peruntukan, diagih-agihkan peruntukan, kerana namanya negara, semua peruntukan datang ke sana dan tidak ada dibagi kepada Sarawak, tidak ada dibagi kepada Sabah. Apa yang diluahkan, rintihan diluahkan oleh Yang Berhormat daripada Tawau sebentar tadi, itulah kan berkali-kali kita nyatakan.
Kemudian ada syarikat utiliti untuk menjalankan operasi rawatan dan pengagihan bekalan air. Di Sabah masih lagi Jabatan Air. Dan apabila dia jabatan, dari segi bajetnya tentulah mengikut bajet yang ada. Apabila ada kerosakan dan kerosakan itu tidak dibajetkan, maka tidak boleh berbuat apa-apa sebab memang begitulah cara jabatan beroperasi. Sebab itu barangkali perkara ini sahabat saya Yang Berhormat daripada Putatan, Menteri yang menjaga air di Sabah ini barangkali ini yang perlu difikir-fikirkanlah.
Kita tidak boleh lagi berbalik-balik mengatakan bahawa oleh sebab ini hal air ini hal negeri, maka kita cuma layak mendapat pinjaman daripada Persekutuan sahaja. Tetapi kita di peringkat Sabah juga perlu juga perbaiki diri kita sendirilah supaya kita dapat menangani perkara ini dengan baik.
Tuaran juga mengakui bahawa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dari dahulu sampai sekarang telah banyak memberi peruntukan untuk mempertingkatkan bekalan air bersih, khususnya di kawasan luar bandar di Sabah oleh Program Bekalan Air Luar Bandar. Saya tidak tahu di Sabah ini, tanpa peruntukan daripada kementerian ini, saya fikir payahlah, tidak ada lah loji rawatan yang terbina. Itu sahaja yang ada. Namun, sekali lagi tata kelola kewangan peruntukan bekalan air luar bandar yang sangat lemah dan sangat-sangat penting perlu ditingkatkan.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Tuan Yang di-Pertua, di Sabah ini bayangkanlah dari segi urus tadbir Jabatan Air.
Dia punya Pengarah, Pengarahnya masih lagi pada peringkat DG52. Bukan pun DG54.
Kemudian, jurutera daerah dia, baru DG41. Dia baru fresh graduate. Bagaimana dia boleh buat keputusan?
Oleh sebab itu, sangat-sangat perlu dirombaklah. Apabila kita bertanya, kenapa tiada perubahan selama ini? Dahulu kita tidak faham tetapi setelah kita mendengar kes salah guna kuasa di Jabatan Air Sabah yang sudah bertahun-tahun dibicarakan tanpa kesudahan, baru kita tahu yang mereka tidak mahu buat apa-apa perubahan sebab rupanya ada sumber lain selain daripada gaji. Hari ini rakyat tertanya-tanya, bilakah kes ini selesai? Kita mahu supaya kes Jabatan Air ini benar-benar membongkar dan melihat siapa yang salah guna kuasa ini. Tidak kira siapa. Menteri kah, kakitangan kah dan jabatan kah mesti dipertanggungjawabkan sebab inilah yang menyebabkan masalah yang kita hadapi sekarang.
Apabila kita melihat ya hari ini, saya sudah beberapa kali sebut di Dewan yang mulia ini, bayangkanlah kalau saya berada duduk di sini. Ada orang meninggal di kawasan, bayangkanlah. Kalau yang tinggal di flat itu, dia meninggal di flat, untuk kasi mandi jenazah pun bermasalah. Bayangkan itu. Begitulah keadaan kita.
Sehubungan dengan ini, Tuaran memohon agar satu Projek Bekalan Air Luar Bandar bertajuk Projek Sistem Bekalan Air Luar Bandar di Kampung Kapak, Kampung Sinalapak, Tamparuli, Sabah dan sekitarnya. Projek ini sudah tertangguh menghampiri lebih tujuh tahun. Kos dia pun sudah bertambah dari semasa ke semasa dan saya telah— saya meminta supaya projek ini dapat dilaksanakan pada tahun hadapan.
Tuaran difahamkan bahawa projek ini mungkin akan dibatalkan akibat bantahan bertulis daripada beberapa individu daripada Kampung Bundu Paka, Kadamaian, Kota Belud di mana paip daripada water intake di Kampung Tambatuon akan melalui kampung tersebut. Pusat Khidmat Parlimen Tuaran bersama-sama dengan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tamparuli sedang berusaha untuk memberi kefahaman kepada penduduk yang terlibat tentang bantahan mereka.
Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, mereka ini membantah kerana mereka terkeliru dengan satu cadangan kerajaan suatu ketika dahulu iaitu mahu membina Empangan Tambatuon dengan kos RM2 bilion untuk pengairan jelapang padi Kota Belud. Projek itu memang telah dibatalkan dan memang kalau dahulu kalau projek ini diteruskan, dia akan melibatkan pengambilan tanah melebihi 2,000 ekar sebab dia satu empangan. Tetapi dia sudah dibatalkan. Sudah dibatalkan.
Hari ini, apa yang kita cadangkan cumalah satu water intake. Water intake untuk satu loji rawatan air yang melibatkan rawatan merawat air sampai 20 juta liter sehari yang kita akan agih-agihkan 10 juta liter ke daerah Kota Belud, 10 juta liter ke daerah Tuaran.
Dia melibatkan hanya lima ekar tanah sahaja dan bukan beribu-ribu ekar. Dalam hal ini, saya mohon sekali lagi supaya agensi-agensi yang berkaitan di kedua-dua daerah mengambil langkah-langkah untuk memberi penjelasan, memberi maklumat terperinci supaya projek ini dapat dijalankan. Sebab projek ini memberikan bantuan kepada banyak, bukan sahaja banyak kampung-kampung tetapi juga dia akan membantu mempertingkatkan lagi perekonomian di kawasan Daerah Kota Belud dan juga di Daerah Tuaran.
Loji rawatan yang saya sebutkan ini merangkumi banyak kampung-kampung dan saya mahu sebut kampung-kampung ini. Mudah-mudahan kalau ada kawan-kawan daripada Kota Belud, terutama sekali daripada Kampung Sinalapak, dari Kampung Bundu Paka yang membantah ini, dapat sedikit kasihanlah dengan kampung-kampung atau sekolah-sekolah yang begitu banyak, yang akan menerima daripada bekalan air ini iaitu Kampung Bongol, Kampung Parad, Kampung Kelawat, Kampung Sinalapak, Kampung Hamad, Kampung Togop, Kampung Kitapol, Kampung Minangkob, Kampung Koporingan, Kampung Kapak, Kampung Laputong, Kampung Gayaratau, dan Kampung Bundu Tohuri.
Pada masa yang sama, dia juga melibatkan SK Bongol, SK Kelawat, SK Togop, SK Kitapol, SK Koporingan, SK Kapak, SK Laputong, SK Gayaratau dan SK Bundu Tohuri.
Banyak sekolah-sekolah yang terlibat. Hanya dengan bantahan dua tiga orang yang tidak
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
faham dengan projek ini, semua akan terjejas. Jadi, memandangkan projek ini melibatkan banyak kampung dan melibatkan dua daerah, saya telah mengambil inisiatif untuk berbincang perkara ini dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah supaya meneruskan projek ini pada tahun hadapan.
Pada prinsipnya, memang Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri bersetuju diteruskan tetapi kita mohonlah supaya beberapa pemimpin di Kampung Bundu Paka itu menarik balik bantahan mereka sebab memang itu juga akan menguntungkan mereka juga.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga tertarik dengan cadangan untuk mengurangkan subsidi daripada RM81 bilion kepada RM34.4 bilion bermula tahun hadapan. Bagi saya, tentunya ini satu langkah yang berani dan ambitious. Tuaran berharap penjimatan sebanyak RM46.57 bilion akan digunakan untuk menyelesaikan masalah asas seperti catuan bekalan air bersih, catuan bekalan elektrik, kewujudan kemiskinan tegar, sekolah- sekolah daif dan klinik-klinik daif serta meningkatkan infra pertanian, penternakan untuk menaikkan produktiviti hasil pertanian padi, khususnya pertanian padi.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Tuan Yang di-Pertua, Tuaran juga diberi pemakluman oleh Kementerian Ekonomi bahawa jambatan Pekan Tuaran-Sungai Damit baru-baru ini akan di roboh kerana kajian yang dibuat mendapati jambatan itu tidak selamat untuk digunakan. Ini merupakan satu kerugian besar kerana peruntukan yang digunakan untuk tujuan pembinaan jabatan ini adalah sebanyak RM18 juta yang merupakan satu pembaziran besar. Bagi mengelakkan perkara yang sama berulang, Tuaran berharap pihak kerajaan akan membina jambatan Pekan Tuaran-Sungai Damit dengan memastikan pelaksanaannya dilakukan, dijalankan oleh kontraktor yang lebih berwibawa dan kompeten.
Tuaran juga meminta kerajaan untuk mempertimbangkan semula pengoperasian Kolej Komuniti Tuaran. Tuaran dimaklumkan kolej komuniti ini dalam status ditangguhkan dan kebarangkalian yang tinggi untuk dibatalkan. Untuk makluman ahli Dewan yang mulia ini sebanyak 14 waran perjawatan telah pun diluluskan pada tahun 2014. Untuk tujuan pengambilan kitaran di kolej komuniti ini.
Kemudian, pada tahun 2018 kolej komuniti ini telah dilancarkan di bangunan kedai Bukit Giling, Tuaran. Malangnya selepas dirasmikan tidak ada kemajuan dari segi pengoperasian sehingga kini. Malah 14 waran perjawatan yang telah diluluskan itu pula telah dipindahkan dengan sewenang-wenangnya Kolej Komuniti Kota Kinabalu. Oleh yang demikian, Tuaran mohon agar kolej komuniti yang sudah pun diluluskan sebelum ini dipertimbangkan untuk terus dilaksanakan.
Tuan Yang di-Pertua, tinggal beberapa hari lagi kita akan masuki bulan November.
Ini bermakna sudah hampir 11 bulan misteri kehilangan kapal kargo MV Dai Cat 06 masih belum terungkai. Bersama-sama dengan kapal ini ada lima orang anak kapal yang terdiri daripada tiga orang warga Malaysia dan warga...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Tinggal sedikit lagi. Waris dan ahli keluarga anak-anak kapal masih tertanya-tanya apakah status semasa perkembangan siasatan dijalankan. Sehubungan itu, Tuaran minta agar kerajaan maklumkan apakah tindakan yang telah dibuat, yang sedang dilaksanakan dan tindakan susulan berhubung kes ini.
Saya gulung, Datuk Yang di-Pertua. Pada masa yang sama komitmen kerajaan untuk menunaikan pemberian khas kepada Sabah di bawah Artikel 112C dan juga Artikel 112D iaitu 40 berapa peratus jumlah pungutan hasil Persekutuan kepada Sabah belum ditunaikan seperti yang dijanjikan iaitu menjelang Julai 2024.
Ahli-ahli Parlimen serta Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah daripada Pakatan Harapan telah bersetuju untuk menarik balik saman terhadap Kerajaan Persekutuan tentang perkara ini dan we reserve the rights to file a summon if the Federal
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Government does not deliver matters that we have requested for within the specified period, dengan izin.
Tuaran sebenarnya terkilan kerana apa pemberian hasil itu masih lagi RM300 juta? Sedangkan Kerajaan Persekutuan mampu memberi lebih daripada itu. Apa pun kita tunggu bulan Julai 2024. Apakah nanti Kerajaan Persekutuan bersedia untuk menunaikan keputusan Sabah untuk mendapatkan 40 peratus daripada jumlah pungutan hasil Persekutuan daripada Sabah? Harus diingat bahawa pelaksanaan tuntutan hak ini adalah sebahagian daripada komitmen dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan turut terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan semasa PRU-15 yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, saya akhiri dengan dua rangkap pantun, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Boleh.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
*Berdua tidak semestinya bercinta, Bernikah tidak semestinya bahagia, Yang kecewa pastinya mahu berpisah, Sabah, Sarawak masih bersumpah setia.
Intai padi antara nampak, Esok jangan layu-layuan, PRU tiba dicari Sabah dan Sarawak, PRU habis janji dilupakan.
[Tepuk]* Tuan Yang di-Pertua, Jatuh cinta tidak seindah jatuh di tangga, Lebih baik sakit gigi daripada sakit makan hati, Ingatlah, tanpa Sabah dan Sarawak, Malaysia hanya sekadar kenang-kenangan. Terima kasih, saya mohon menyokong.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order. Point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya, ya,Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, 35(1), Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
35(1).
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya di antara orang yang tidak tenteram dibuatnya sebab bila Speaker telah mengeluarkan apa itu peraturan tidak boleh bawa masuk peranti. Ini dia contoh peranti, ya.
[Menunjukkan pemegang telefon bimbit] Tetapi banyak kawan-kawan tadi yang membawa iPad. Jadi, apa dia maksud peranti di situ? Ini saya rasa, maksudnya ini.
[Menunjukkan pemegang telefon bimbit] .
Tetapi yang bawa iPad juga boleh menyiarkan TikTok. Jadi, apakah Parlimen ini mengharamkan TikTok untuk disebarkan maklumat? Jadi, saya ingin bertanya pada Yang Berhormat apa yang dimaksudkan peranti? Adakah peranti ini benda ini? [Menunjukkan pemegang telefon bimbit] Ataupun telefon ini?
[Menunjukkan telefon bimbit] Ataupun yang mana satu? Kalau sekiranya yang dimaksudkan peranti benda ini. [Menunjukkan pemegang telefon bimbit] Okey, tetapi kita boleh menggunakan telefon dan lain-lain lagi kecuali Parlimen mengharamkan TikTok. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Arau. Keputusan telah dibuat oleh Yang di-Pertua. Apa yang telah dinyatakan oleh Yang
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berhormat itu saya rasa untuk mengkaji balik atau sebagainya, usulkanlah. 18, 19 atau pun 35(1).
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Speaker, saya telah bawa usul ini kelmarin. Saya dah hantar dan saya belum dapat jawapan sampai hari ini apa yang di maksud dengan peranti itu? Sebab kalau tidak kawan-kawan saya dalam TikTok yang saya akan bawa secara live kejap lagi pukul 8 juga tertanya-tanya apa Parlimen maksudkan dengan peranti? Dan kenapa TikTok tidak boleh disiarkan? Kami wakil rakyat.
Jadi, macam mana rakyat tak tahu tentang kami? Kalau mengharapkan RTM, RTM tentulah berpihak kepada pihak kerajaan. Jadi, tak adillah. Diamlah pakcik semua.
Jadi, tak adillah kalau dibuat begitu sebab inilah medium yang kami ada untuk disebarkan kepada rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Kegusaran Yang Berhormat Arau saya ambil maklum dan saya cadangkan sebagaimana saya nyatakan dan juga menanti keputusan Yang di-Pertua Dewan. Baik, ya? Okey, sebelum saya teruskan kepada pembahas yang terakhir, untuk makluman, waktu diusulkan pukul 7 di bawah peraturan 12(3), saya hanya boleh menjangkau 15 minit sahaja.
Jadi, saya lontarkan persoalan kepada Yang Berhormat Labuan dan Yang Berhormat Jelutong. Adakah yang pertamanya Yang Berhormat Labuan, adakah anda nak meneruskan? Because kalau kata 7.15, saya tidak ada option. Itu sebagaimana termaktub sini 12(3) .
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Teruskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Teruskan? Ya,jadi, Yang Berhormat Jelutong your time, dengan izin will be very short.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, saya boleh mulakan esok. Tiada masalah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Terima kasih atas kerjasama.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sebab saya pun mengetahui bahawa rakan-rakan saya yang beragama Islam perlu menunaikan solat nanti.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Walaupun saya dilabelkan sebagai kafir, saya tetap menghormati, tetap menghormati umat yang beragama Islam untuk solat. Terima kasih.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Datuk Yang di-Pertua. Memang – kita bukan setakat hari ini ja. Hari lain pun kita dok sembahyang juga.
[Ketawa]
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Datuk speaker, saya pun setuju esok. Saya tidak perasan 18.57 itu dah dekat pukul 7.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya, itulah.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Saya setuju.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Jadi, saya nak tanya yang Yang Berhormat Labuan ini. Saya bagi option ini. Nak terus tetapi tepat 7.15, saya tutup. Boleh? Boleh?
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Okey silakan, Yang Berhormat.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Datuk Yang di- Pertua kerana memberikan saya ruang untuk turut serta membahaskan Belanjawan 2024 pada sesi perbahasan belanjawan pada petang ini. Memandangkan masa yang diberi agak singkat, maka saya akan terus kepada topik perbahasan saya.
Datuk Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan kerana telah menyebut dalam ucapan Belanjawan 2024 bahawa bagi menyokong pembangunan Pusat Perniagaan Kewangan Antarabangsa Labuan ataupun Labuan International Business Financial Centre atau pun Labuan IBFC sebagai hab kewangan Islam dan patuh syariah.
Maka, kerajaan bercadang untuk mengecualikan cukai pendapatan sepenuhnya selama lima tahun kepada entiti Labuan yang menjalankan aktiviti perdagangan berkaitan kewangan Islam seperti perbankan digital Islam, Bursa Digital Islam, pengeluar token digital Islam dan syarikat berkaitan ummah.
Saya sokong cadangan kerajaan malah kerajaan patut lebih banyak bantu Labuan IBFC ini untuk menjadikannya lebih menarik kepada pelanggan dan pelabur mereka. Labuan IBFC bertanggungjawab memartabatkan nama negara Malaysia di persada kewangan antarabangsa. Bukan sahaja Labuan. Oleh itu, kerajaan harus bagikan pelbagai insentif kepada Labuan IBFC supaya menjadi lebih menarik.
Saya sedar melalui perhubungan pelepasan cukai penuh atau 100 peratus untuk tempoh lima tahun ini tidak menguntungkan warga tempatan. Ini adalah disebabkan pelepasan cukai tersebut hanya merangkumi aktiviti perdagangan berkaitan kewangan Islam di antaranya perbankan digital Islam, bursa digital, pengeluar token dan juga syarikat berkaitan ummah yang mana urusan perniagaan mereka dikelola oleh Labuan IBFC bukan bawah SSM ataupun PBT mengeluarkan lesen mereka.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Dalam erti kata lain, ini bukan perniagaan orang biasa Dato’ Yang di-Pertua, ini perniagaan orang-orang yang luar biasa. Untuk menjadikan Labuan sebagai destinasi menarik kepada kakitangan kerajaan yang dipindahkan bertugas ke Labuan, kakitangan swasta seperti PETRONAS dan peniaga-peniaga tempatan, saya mencadangkan supaya cukai import kereta dikaji semula.
Labuan duty-free Yang Berhormat Dato’ Speaker tetapi bila mana Yang Berhormat Speaker membawa kereta keluar dan berhasrat membayar cukai setelah habis tempoh berkhidmat di Labuan, sama seperti Langkawi, cukai yang dikenakan walaupun kenderaan tersebut sudah berumur 10 tahun, nauzubillahi min zalik, tak masuk akal. Saya bagi contoh baru-baru ini saya hendak membayar cukai kereta saya yang berumur 21 tahun. Masa beli harga RM112,000. Pegawai kastam kira punya kira, oh, ini formula daripada Kementerian Kewangan, saya kena bayar RM39,000 nilai semasa kereta, tak sampai pun RM50,000. Jadi, bagaimana Labuan hendak membangun kalau insentif tidak diberikan kepada Labuan?
Kita mengharapkan IBFC ini melonjak tetapi tidak ada bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Saya bagi contoh, saya diminta untuk mengemukakan di antaranya ialah undang-undang, pindaan undang-undang berkaitan Labuan IBFC, agak lambat dan ini memperlahankan Labuan IBFC daripada melonjak seperti mana negara-negara yang lain.
Jadi Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon supaya jika Kerajaan Pusat serius untuk memajukan Labuan, kerana kami sudah berumur 39 tahun sebagai Wilayah Persekutuan Labuan. Kalau Dato’ Yang di-Pertua datang, saya akan jemput ke Labuan, tengok Dato’ Yang di-Pertua, memang kesian melihat keadaan Labuan. Tidak setaraf dengan title Wilayah Persekutuan. Itu makanya dalam ucapan saya sebelum ini, saya pernah mencadangkan jika sekiranya Kerajaan Pusat tidak berhasrat dan tidak berkemampuan lagi atau sudah habis fikir untuk memajukan Labuan, balikkan kami ke Sabah. Insya-Allah Sabah boleh majukan Labuan. Betul tak YB Tuaran?
[Tepuk]
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan terima kasihlah, Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tambun mengumumkan peruntukan RM1.1 bilion untuk menyelesaikan masalah air bukan sahaja di Labuan tetapi juga Sabah dan Kelantan.
Soalan saya, daripada RM1.1 bilion ini berapa untuk Labuan? Kerana Dato’ Yang di- Pertua, semasa lawatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Agong ke Labuan pada bulan Mac, Kebawah Duli Tuanku ada mengemukakan permohonan RM300 juta setelah melihat dengan sendiri bagaimana susahnya rakyat Labuan yang ditemu ramah oleh Kebawah Duli Tuanku, membawa baldi berjalan beratus-ratus meter daripada rumah mereka ke tangki statik dan bila melihat keadaan tersebut— bukan satu tempat. Kebawah Duli Tuanku pusing satu Labuan dan hampir satu pulau mengalami masalah air pada ketika itu.
Jadi, bila saya tengok dan saya semak perbelanjaan yang dibentangkan pada 2023, ternyata RM300 juta yang kononnya telah diluluskan tidak termasuk dalam apa yang diumumkan dalam RM1.1 juta. Jika RM202 juta itu dikatakan adalah peruntukan untuk Labuan, ini telah diluluskan di zaman Kerajaan Perikatan Nasional lagi. Mantan Menteri pernah memaklumkan saya bahawa telah diluluskan sekitar RM500 juta untuk Labuan pada ketika itu.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menyampaikan kepada kerajaan, semua perancangan baik Dato’ Yang di-Pertua. Semua, tidak kira kerajaan sekarang atau kerajaan sebelumnya tetapi semuanya akan menjadi gagal bila mana perlaksanaan tidak dipantau. Jika sekiranya karenah birokrasi agensi pelaksana dibiarkan. Saya maklumkan kepada Yang di-Pertua, kita sudah menjadi wilayah 39 tahun, sepatutnya perkara ini tidak patut dibincangkan di Dewan Rakyat. Putrajaya yang baru dijadikan Wilayah Persekutuan, sahabat saya MP dia sekarang, jauh lebih ke depan. Tak timbul masalah paip bocor, air tak ada tetapi Labuan yang diserahkan percuma oleh Kerajaan Negeri Sabah dilayan sedemikian rupa. Jadi, saya mohon Dato’ Yang di-Pertua, supaya Yang Amat Berhormat Tambun melihat masalah Labuan ini dengan serius.
Saya juga tadi berhasrat untuk menyentuh soal bekalan elektrik yang memang kronik di Labuan. Tetapi oleh kerana sahabat saya daripada Tuaran yang juga Pengerusi SESB telah menjelaskan, jadi saya rasa saya akan ubah sedikit. Cuma saya ingin bertanya kepada kerajaan ataupun kepada SESB, bilakah masalah elektrik ini boleh diselesaikan. Saya bersyukur bila mana Yang Berhormat Tuaran selaku Chairman SESB memaklumkan akan ada usaha untuk membangunkan 700 megawatt jana kuasa di Sabah. Alhamdulillah, jika ini dapat dilaksanakan, saya yakin masalah elektrik di Sabah dan juga Labuan mungkin diselesaikan. Soalannya bila? Perlukah kami menunggu lima tahun lagi? Perlukah kami menunggu tiga tahun lagi?
Jadi ini nanti saya minta Menteri berkenaan menjawab Dato’ Yang di-Pertua kerana inilah soalan harian bila saya balik kawasan yang ditanya. Load shedding ini jangan cakaplah Dato’ Yang di-Pertua, untuk Labuan every week kerana kita bergantung kepada SESB di negeri Sabah. Jadi kalau sekiranya berlaku load shedding di Sabah, Labuan 100 percent terlibat.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga tertarik tentang masalah jalan raya kerana Labuan dan Kota Kinabalu atau Sabah tidak dapat dipisahkan, hampir sebahagian besar warga Labuan ada urusan setiap hari sepanjang tahun dengan main land, tanah besar negeri Sabah. Soalannya sekarang ialah tentang jalan Beaufort-Kota Kinabalu yang sedang dalam pembinaan. Minta izin Yang di-Pertua.
[Minum air] Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya Sabah kerana memberi saya peluang turut serta dalam satu majlis taklimat kerana semasa lawatan Kebawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong juga melihat sendiri bagaimana teruknya jalan-jalan, bukan sahaja di Sabah mungkin juga di Sarawak tetapi saya akan bercakap tentang yang di Sabah terutamanya Beaufort dan Kota Kinabalu yang mana saya sendiri lalui setiap minggu untuk balik ke kawasan.
Semasa taklimat, hampir tiga jam, saya mendengar dengan jelas penjelasan daripada kontraktor dan juga pihak konsultan. Apa yang saya nampak kerajaan membuat sedikit kesilapan ataupun kesilapan besar, bila mana kerajaan baharu mengambil alih pucuk pimpinan di Sabah pada ketika itu, kerajaan telah menamatkan sistem Project
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Delivery Partner ataupun PDP dan melantik konsultan dan PMC untuk menyelia, mengurus projek berskala mega seperti Pan Borneo, di mana konsultan dan PMC yang dilantik tidak berkemampuan untuk memikul, apatah lagi melaksanakan amanah besar kerajaan seperti projek Pan Borneo yang setiap pakej bernilai ratusan juta.
Untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua, PDP adalah berfungsi sebagai single point of accountability dengan izin, dalam perlaksanaan dan pengurusan projek Lebuhraya Pan Borneo. Saya dimaklumkan prestasi syarikat PDP yang dilantik ada diukur melalui dua indeks pencapaian iaitu melaksanakan projek tersebut dengan jangka masa yang telah dipersetujui, jumlah kos projek yang telah dipersetujui.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Dengan adanya dua indeks prestasi tersebut, maka diharapkan PDP dapat mengurus pelaksanaan projek dengan dapat mengawal pencapaian projek siap mengikut tempoh kos yang terkawal. Tapi, sistem ini dibatalkan, ditamatkan. Dilantik, contohnya, konsultan dan PMC.
Dato' Yang di-Pertua, semasa taklimat, saya mendengar keluhan kontraktor tidak dibayar RM300 juta untuk Pakej 1 dan Pakej 2 daripada sempadan Lawas hinggalah ke Beaufort. Mana ada kontraktor boleh tahan jika sekiranya kerajaan tidak bayar? Jadi kalau perkara ini berterusan, kita akan menyalahkan kontraktor.
Dato' Yang di-Pertua, saya pernah jadi Pengerusi Perbadanan Labuan yang juga pengerusi tender. Waktu saya menjadi pengerusi, saya tak benarkan konsultan meletakkan kesalahan atas kontraktor kerana kontraktor banyak kekangan. Contohnya, dalam projek Jalan Pan Borneo, pengambilan tanah bukan urusan kontraktor.
Pemindahan utiliti, tiang-tiang elektrik, paip air dan segala macam, bukan tugas kontraktor.
Ini adalah tugas agensi dan jabatan berkaitan untuk melakukan. Jika mereka lambat melakukan apa yang patut dilakukan, maka kerja-kerja kontraktor tertangguh. Wajarkah mereka ini, hanya kerana ada kelewatan di pihak kerajaan, jabatan atau agensi, bayaran mereka ditangguh? Inilah yang saya dengar semasa taklimat. Jadi, saya ingin memaklumkan, Dato’ Yang di-Pertua, kepada Kementerian Kewangan supaya melantik konsultan yang betul-betul berwibawa supaya tidak berlaku kelewatan seperti ini.
Dato' Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh soal SST. Sebagai pulau, saya terputus, sama seperti Langkawi. Barang-barang harian daripada tong gas, sayur, ikan, sebahagiannya datang daripada tanah besar negeri Sabah menggunakan pengangkutan lori dan segala macam. Bila mana berlaku kenaikan SST dan disebut di antaranya akan dilebarkan kepada logistik, maka harga barang di Labuan tetap akan tinggi.
Sekarang pun, Dato' Yang di-Pertua, jika sahabat saya daripada Tawau tadi mengatakan, “Oh, barang di Sabah dan Sarawak mahal berbanding di Semenanjung”, kalau dibandingkan dengan Labuan, saya rasa Labuan lah harga barang makan yang paling mahal. Sangat mahal dan memang tidak wajar.
Jadi, inilah saya minta kepada Dato' Yang di-Pertua supaya dipertimbangkan supaya kos pengangkutan daripada Labuan, daripada Kota Kinabalu ke Labuan, kalau boleh, betul, boleh dituntut oleh logistik operator, maka barangan tidak sepatutnya naik.
Jika tidak, SST ini akan membebankan negara. Saya menyokong kerajaan untuk mencari sumber pendapatan lain melalui pelbagai cukai, tetapi jangan menganiaya rakyat marhaen, Dato' Yang di-Pertua.
Dato' Yang di-Pertua, saya minta sikit saja lagi. Saya ingin juga menyentuh sikit, Dato' Yang di-Pertua, ini tentang memperkenalkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dua minit.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Dato' Yang di-Pertua, lima minit pasal Dato' Yang di-Pertua sudah silap tadi. Tuaran bukan ketua parti. Status dia sama seperti saya, Ahli Parlimen biasa. Lima minit.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya tak boleh, Yang Berhormat.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Saya tak pernah— first time, first time.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, tepat 7.15, saya tutup.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Okey, okey, sure. Okey, Dato' Yang di-Pertua...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, Timbalan Speaker.
Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Inisiatif baru di bawah Liberalisasi Visa Malaysia. Saya ingin bagi tahu di sini, kita nak tawarkan multiple visa dan visa on arrival kepada warga India dan warga China. Bolehkah saya cadangkan ataupun bolehkah saya bertanya kepada kerajaan, sebelum perkara ini dilaksanakan, jawab dahulu pertanyaan saya. Bagaimana dengan isu 1.2 juta warga China yang masuk ke Malaysia yang keluar tanpa rekod— yang keluar dengan rekod hanya sekitar 700,000, yang masih berkeliaran tidak keluar daripada Malaysia sekitar 500,000. Ini ancaman kepada negara, Dato' Yang di-Pertua. Kalau kita tak dapat kesan mereka, now kita nak buka lagi pintu kita, floodgate daripada negara China akan masuk, apa jadi? Mereka tetap akan hilang.
Percayalah, Dato' Yang di-Pertua.
[Tepuk] Jadi, saya mohon Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kerana bagi saya masa.
Insya-Allah, patutnya saya ambil esok, panjang masa saya. Saya mohon, Dato' Yang di- Pertua, apa pun yang saya katakan tadi, datangnya daripada rakyat di bawah.
[Tepuk] Saya juga seperti teman-teman saya yang lain, minta Yang Amat Berhormat Tambun pertimbangkanlah peruntukan untuk kami. Bukan untuk kami, untuk rakyat. Ini kali kedua saya menyebut. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat Speaker.
Penjelasan untuk Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, dah 7.15.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dak. Kerajaan ini 16 orang, kami 21 di saat penghabisan. Kami— Demikianlah kehebatan kami berbahas di Parlimen.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 18 Oktober.
[Mengetuk tukul]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.16 malam]