Oct162023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
PEMASYHURAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA
• Pertanyaan Tambahan Di Kamar Khas • Dua Pertanyaan MQT Pada hari Selasa • Larangan Memasang Peranti bagi Live Streaming

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Ahli Yang Berhormat. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, Kamar Khas bagi membincangkan Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan di Bawah Peraturan Mesyuarat 17 membolehkan tidak lebih daripada dua orang Ahli dalam satu hari untuk merundingkan dua usul daripada setiap ahli.

Dalam hal ini, bagi memperkasa urusan Kamar Khas di bawah Peraturan Mesyuarat 17 ini, pindaan peraturan mesyuarat, pindaan peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat telah diluluskan oleh Dewan ini pada Rabu, 11 Oktober 2023.

Sehubungan dengan itu, bermula pada hari ini, selepas Menteri menjawab Usul Peraturan Mesyuarat 17, maka ahli dibenarkan untuk mengemukakan satu pertanyaan tambahan untuk setiap usul bagi maksud menerangkan apa-apa butir yang telah dijawab.

Di samping itu, sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) pada hari Selasa, sepanjang tempoh mesyuarat ini dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebanyak tiga pertanyaan. Bagi memberi lebih ruang dan peluang kepada lebih ramai Yang Berhormat untuk mengutarakan soalan pada setiap pertanyaan MQT, saya telah mengambil keputusan untuk membuat petua di bawah Peraturan Mesyuarat 100 dan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 24(5A) dan 24A(7) untuk membenarkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjawab dua pertanyaan MQT pada hari Selasa dengan diperuntukkan 15 minit bagi setiap pertanyaan.

Peruntukan masa setiap pertanyaan ini membolehkan lebih soalan tambahan diajukan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk setiap pertanyaan.

Pemasyhuran ini berkuat kuasa pada esok, Selasa, 17 Oktober 2023.

Baik, yang terakhir. Selain itu, sejak kebelakangan ini telah meningkatnya trend Ahli-ahli Yang Berhormat memasang peranti untuk telefon seperti telefon bimbit di meja untuk buat live streaming di media sosial semasa ucapan Yang Berhormat ketika sesi persidangan Dewan Rakyat berlangsung.

Untuk makluman, Peraturan Mesyuarat 35(1) menghendaki Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengarahkan sebarang ucapan kepada Pengerusi. Tindakan beberapa Ahli Yang Berhormat berucap dengan tidak mengarahkan ucapan tersebut kepada Pengerusi dan memandang peranti yang dipasang, jelas tidak mematuhi peraturan mesyuarat tersebut.

Untuk memastikan Yang Berhormat mematuhi Peraturan Mesyuarat 35(1), saya dengan ini menetapkan bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat tidak lagi dibenarkan untuk memasang sebarang peranti bagi membuat live streaming dalam Dewan Rakyat.

[Tepuk]

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Untuk makluman, ucapan Yang Berhormat boleh ditonton melalui siaran langsung sidang Dewan Rakyat di YouTube rasmi Parlimen Malaysia, di RTM dan media massa yang lain. Diharap agar Ahli Yang Berhormat dapat memberi kerjasama dalam perkara ini.

Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat, 35(1) berkenaan dengan peranti Yang Berhormat Speaker. Alasan yang digunakan oleh Speaker adalah kerana ahli yang bercakap itu tidak memandang kepada Speaker. Saya rasa itu alasan yang di-simplified semata-mata untuk menghalang Ahli Parlimen dari menggunakan peranti-peranti. Jadi, saya rasa ini tidak munasabah Yang Berhormat, kalau digunakan Peraturan 35(1) sebagai alasan.

Kita dah berada dalam zaman, era, media yang sofistikated. Saya rasa Parlimen ini harus bergerak ke arah itu.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

...Dan bukan bergerak ke belakang.

Jadi penggunaan peranti, saya rasa patut digalakkan oleh Speaker dan tidak menjadikan Perkara 35(1), memandang Speaker sebagai alasan.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

...Untuk menghalang Ahli Parlimen dari menggunakan peranti. Saya harap keputusan Speaker ini boleh dirujuk semula untuk memberi, mengangkat martabat Parlimen dalam penggunaan alat, peralatan yang lebih sofistikated.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

...Daripada yang ada.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Sebagai contoh Yang Berhormat, di dalam peraturan mesyuarat ini ada peraturan mesyuarat yang mengatakan tidak boleh membaca surat khabar dalam Dewan. Itu merupakan dulu, kerana orang membaca surat khabar dalam Dewan tetapi sekarang ini, peraturan mesyuarat itu redundant kerana nobody will read newspaper, everybody akan melihat melalui peranti-peranti. Jadi kita harus bergerak ke arah itu Yang Berhormat Speaker. Harap Yang Berhormat Speaker boleh pertimbangkan yang itu. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tuan Speaker.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti.

final • 10:00 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Perkara yang sama.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti kejap, duduk. Saya jawab dulu Beluran sebab Beluran ini mentor saya, semasa jadi Timbalan Speaker. Selalu saya jumpa dia. Duduk Yang Berhormat.

Yang pertama, apa-apa juga yang kita tidak puas hati, kita ada jawatankuasa.

Jadi, bolehlah Yang Berhormat tulis kepada jawatankuasa, akhirnya kita ubah pindaan Mesyuarat. Tak ada masalah sebab Peraturan Mesyuarat ni bukan saya yang buat, peraturan mesyuarat ni kita yang buat semua melalui satu jawatankuasa.

Baik, isu yang kedua ialah saya tahu live streaming ini benda yang bagus, moden teknologi, IT tetapi kita juga ada dua. Kita telah pun mulakan RTM Live dan juga kita ada YouTube Live. Cukup.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau Yang Berhormat nak gunakan sebagai apa-apa juga tujuan, pick up from there, then you can modify, because ini Yang Berhormat, the moment you speak to your audience, your concentration is no more in the Dewan. Saya perhati, saya dok atas, saya nampak. Ia akan adjust, setengah jam dok adjust tentang itu... [Menunjukkan isyarat

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

tangan] The moment dia speak, dia akan cakap itu. Jadi, dia tidak berterus berbincang masalah rakyat dalam Dewan tetapi dia communicate dengan audience dia. This is bad, this is very bad. Sebab itu saya minta, bila datang sini, Yang Berhormat-Yang Berhormat harus menyelesaikan masalah dengan meletakkan keutamaan untuk rakyat. Audience satu hal.

Jadi, untuk audience, ambillah YouTube ataupun RTM. You modify lah apa yang you nak. Saya ingat itu tidak ada masalah. Namun pun begitu Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat rasa harus ada perubahan, saya mengalu-alukan pandangan Yang Berhormat melalui satu apa nama, perbincangan dengan select- bukan Select Committee, dengan jawatankuasa yang kita adakan supaya kita ubah peraturan mesyuarat ini ya.

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Saya faham tentang keputusan Speaker adalah keputusan yang muktamad, tetapi...

final • 10:10 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

[Bangun]

final • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

...Pandangan seperti ini harus diambil kira. Sebab itu saya katakan bahawa, perbincangan yang menyeluruh harus dibuat. Saya rasa terlalu ekstrem untuk mengatakan ketika seseorang Ahli Parlimen yang menggunakan peranti berbahas kepada audiens di luar sana. It is too extreme lah, Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya perhati dari sini Yang Berhormat...

final • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tidak, tidak...

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

I, I can quote you...

final • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Even kita berucap dalam- walau kita ada peraturan mesyuarat, harus pandang kepada Speaker tetapi Menteri pun, dia terpandang sana, terpandang sana, terpandang ke belakang... [Menunjukkan isyarat tangan] So, sebab itu, saya katakan, dia terlalu di-simplified, oversimplified dan ekstrem.

Contoh, yang diambil untuk menghalang peranti- peranti digunakan dalam Dewan ini.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya tidak menghalang RTM dan YouTube. Carry on. Saya tidak menghalang itu. Jadi, mungkin itu boleh diteruskan, tidak ada masalah, tapi personalize- baik, hari ini kita ada YouTube. Mungkin enam bulan lagi, Yang Berhormat bawa mai gadget yang lebih besar lagi. What do I do then?... [Menunjukkan beberapa dokumen] Jadi, itu yang saya kata, sebelum ianya merebak kepada yang besar, saya nak stop kat sini. Sebab kita sendiri Parlimen- provide those facilities yang Yang Berhormat nak, semua ada.

Jadi, kalau Yang Berhormat perlukan gadget yang lebih sofistikated, boleh bincang dengan saya, but bukan secara individu, tapi, biarlah kita merasai, semua orang dapat merasai kenikmatan IT yang kita perkenalkan di Parlimen ini. Terima kasih.

Saya nak proceed. Kalau Yang Berhormat tak setuju, kita boleh bincang di luar sebentar lagi ya.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

[Bangun]

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, kalau isu yang sama...

final • 10:10 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Okey. Perkara yang sama, tapi...

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sama, tak payahlah...

final • 10:10 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Dak. Alasan yang Tuan Speaker beritahu tadi sebab tidak memandang muka Speaker, pandang muka gadget. Bagaimana pula orang yang baca teks? Pun tidak pandang muka Speaker. Baca daripada mula sampai habis.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, dalam, dalam, dalam peraturan mesyuarat, yang tidak boleh, baca surat khabar. Baca teks dia tak sebut ya, kecuali apa nama, saya tidak boleh

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

halang dia, mungkin dia pun tidak sepetah, hebat- sehebat Yang Berhormat. Dia perlukan panduan. Saya benarkanlah yang itu.

Ya, baik. Teruskan Setiausaha.

final • 10:10 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal [Semporna] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan secara terperinci, lokasi dan peruntukan yang terlibat bagi projek penanaman padi di kawasan seluas 50,000 hektar di Sabah dan Sarawak.

final • 10:10 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Speaker, sebelum saya menjawab, saya ingin mohon keizinan untuk mengalu-alukan tetamu daripada Universiti Malaysia Perlis...

[Tepuk] Yang diketuai oleh Dr. Khairul Anwar Abdul Halim dan seramai lima orang– 15 orang- 15 orang yang ada di sini, sembilan pelajar dan enam pegawai. Selamat datang.

Tan Sri Yang di-Pertua, pertanggungjawaban untuk keterjaminan makan bukan suatu tanggungjawab hakiki KKDW, tetapi di bawah KKDW, mempunyai sebuah agensi yang dikenali sebagai FELCRA. Kejayaan FELCRA untuk mewujudkan estet padi di Seberang Perak adalah merupakan satu contoh yang memperlihatkan keberhasilan sumbangan FELCRA, sumbangan KKDW di dalam keterjaminan makanan.

Lantas dari itu, KKDW telah mengadakan perbincangan dengan Premier Sarawak dan juga Ketua Menteri Sabah agar menggunakan modaliti yang telah memberikan keberhasilan yang cukup baik bagi mewujudkan dan mempertingkatkan tahap sara diri- SSL beras negara untuk Sabah dan Sarawak. Dari apa yang dipelajari, FELCRA telah meminjam sebanyak USD50 juta ketika membangunkan estet padi Seberang Perak ini daripada Bank Dunia- World Bank dan semuanya telah dibayar sekarang. Dan seluas 4,500 hektar telah dibangunkan, penghasilannya adalah sebanyak lima metrik tan per hektar dan ini melibatkan kira-kira 22,500 metrik tan semusim.

Pada hemah saya, Sabah dan Sarawak amat-amat memerlukan modaliti yang sama untuk dilakukan, maka saya ingin mengesahkan bahawa 50,000 hektar yang dimaksudkan itu adalah satu perancangan jangka panjang, tetapi setakat ini, seluas 4,839 hektar telah disahkan untuk dibangunkan, di mana 2,159 hektar di Sabah iaitu di Beluran dan Kota Belud, dan 2,680 hektar di Sarawak, terutamanya tumpuan di kawasan Batang Lupar.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Semporna.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Yang Amat Berhormat yang telah menjelaskan sedikit sebanyak tentang rancangan pihak KKDW menggunakan landasan FELCRA dan RISDA untuk terlibat secara langsung dalam penanaman padi. Dan saya ingin bukan hanya bertanya, bahkan juga mencadangkan sebolehnya, kerana kita sedar dan tahu di Sabah dan Sarawak, khususnya di Sabah, kita sudah mempunyai ladang kelapa sawit di Kota Belud.

Saya ingat dalam 10,000 hektar yang ada. Di Terusan Sapi, waktu saya jadi Ketua Menteri, saya sudah alienate dalam lingkungan 10,000. Cuma mungkin 3,000 ekar yang sesuai. Di Papar pun ada tanah-tanah yang terbiar. Waima di Kota Belud, kita mempunyai ladang yang dahulu beratus juta, duit kita belanjakan dalam keadaan ekonomi- dalam keadaan kewangan negara kita yang begini terbatas, mengapa tidak- saya cadangkan kalau boleh pihak Kerajaan Persekutuan, memperbaiki sistem yang ada, sedang berlaku di Kota Belud, di Papar, di Keningau, tanam padi bukit dan juga di Terusan Sapi, yang mana mempunyai masalah dari segi irrigation system yang ada. Saluran.

Cuma, saya nak sebut, contohnya macam di Sabah. Ada empat jabatan mengendalikan bagi baja, bagi fertilizer, bagi air. JPS nya, Persatuan Peladangnya, BERNAS nya. Bayangkan, so many agencies yang coordinate benda-benda macam ini.

Tanah yang ada di FELDA- saya juga bekas Menteri KKLW dahulu, saya tahu tentang

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

tanah-tanah ini. Sebahagian besar tanah yang ada di Sarawak ini gambut. Dan gambut, situ yang kadang-kadang bila kita nampak kelapa sawit dia serong sikit, bukan lurus. Fasal dia, you have to treat the ini, the land. Mengapa tidak saya cadangkan kalau boleh- kerjasama begitu rapat, komprehensif, perbaiki ladang-ladang yang ada sama ada di Kota Belud, di Terusan Sapi, di Keningau, di Papar dan di samping itu di Sarawak di Bario, Ba'kelalan, tanam bukit padi yang ada, kualiti dia.

Kalau itu kerjasama yang baik di antara Persekutuan kita, satu, kita dapat tingkatkan food security, penjimatan wang yang ada dan perlu penyelarasan. Kerana contohnya, BERNAS bagi subsidi, dia bagi subsidi apa? Persatuan Peladang dia bagi fertilizer, BERNAS bagi padi punya. So, a lot of subsidies. Empat badan...

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

...So, saya satu persoalan dia, saya nak tanya pada Yang Amat Berhormat. Di samping itu, saya cadangkan sebolehnya pihak Persekutuan dengan kerajaan kedua-dua negeri, halusi keadaan ini supaya kita dapat buat penjimatan kewangan yang terbatas. Di samping itu, dapat menjamin food security untuk tanam padi. Kerana Jepun tidak ada masalah padi pun. 70 million population. Kita baru 30 juta saja...

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

...Orang Jepun makan padi, makan beras banyak. Terima kasih banyak.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Menteri silakan.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Semporna memang cukup sempurnalah di dalam maklumat-maklumat terperinci kerana beliau pernah berada di sini.

Beliau pernah jadi Ketua Menteri ya.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Apa yang dilakukan oleh FELCRA melalui usaha sama yang dilakukan. Saya ambil contoh umpama di seberang Perak. Yang dilakukan ialah setiap peserta diberikan tiga ekar untuk sewah padi dan tiga ekar lagi untuk kelapa sawit. Ertinya, di luar musim padi mereka ada pendapatan kelapa sawit. Hasil daripada projek yang begitu, setiap peserta memperolehi kira-kira purata RM1,800 sebulan.

Maka, kerjasama yang disebutkan oleh Yang Berhormat Semporna tentang pelbagai kolaborasi yang dilakukan untuk agensi dan sebagainya. Inilah yang sedang dilakukan dan saya sendiri mengkoordinasikan kerjasama ini dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di sini dan juga beberapa agensi yang lain bersama dengan kerajaan negeri dan kementerian-kementerian di kerajaan negeri.

Kita tidak lagi bekerja secara silo. Soal irrigation dengan izin perairan, soal baja, soal bagaimana maintenance dan kita gunakan teknologi baharu. Umpamanya, dari segi pembajaan, kita tidak lagi menggunakan pembajaan melalui kaedah biasa. Kita gunakan dron. Dari segi penanaman benih-benih pun, kita melalui pembajakan, melalui teknologi baharu. Begitu juga soal penuaian sebagaimana Yang Berhormat Semporna tahu.

Saya ingin menyatakan bahawa untuk Sarawak umpamanya, kawasan yang dikenal pasti setakat ini 5,000 hektar. Yang bersesuaian– tadi masalah tanah gambut.

Cuma 2,680 saya sebutkan tadi. Di Sabah, kita telah kenal pasti antara 5,000 sehingga 10,000 hektar. Yang bersesuaian setakat ini 1,600. Ertinya, untuk dengan izin, economies of scale kita perlukan kawasan yang luas. Soal irrigation, peruntukan datangnya daripada IADA, daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Tan Sri Yang di-Pertua, zaman kita bekerja secara silo telah berlalu. Zaman kerajaan tahu semua telah juga berlalu. Zaman kerajaan benar semua telah berlalu. Oleh sebab itu, pendekatan yang dilakukan sekarang ini ialah kerjasama dengan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi. Apatah lagi kerjasama dengan kerajaan negeri.

Walaupun ini tidak termasuk dalam MA63, tetapi kita mengambil langkah supaya keterjaminan makanan dapat kita bawa untuk Sabah dan Sarawak. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maran.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat-Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tahniah kepada Sabah dan Sarawak kerana kurang lebih 50,000 hektar akan dibangunkan untuk tanaman padi.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya di Semenanjung, tidak kurang juga beribu, berpuluh-puluh ribu hektar tanah dan juga paya yang terbiar yang tidak dibangun. Saya menjangkakan tadi jawapan ini diberikan jawapan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan tapi dijawab oleh Timbalan Perdana Menteri. Jadi, saya nak tahu, apakah tindakan kerajaan termasuk terutama Kementerian Pertanian dalam mengenal pasti dan mengesan tanah-tanah terbiar dan paya terbiar di negara kita ini, di Semenanjung ini dan berapa peruntukkan yang disalurkan?

Saya nampak apa yang disebutkan oleh Semporna tadi betul. Kita dah lama dengan kerajaan. Nampaknya, sekarang ini berlapis-lapis peranan dimainkan oleh pelbagai agensi. Bahkan kalau Yang Berhormat turun ke bawah, banyak usahawan- usahawan kita kadang-kadang mendapat empat, lima bantuan daripada agensi sedangkan tak ke mana pun keuntungan yang mereka perolehi. Ini pengalaman saya sendiri, Yang Berhormat Dato’ Seri. Jadi, berapakah– apakah usaha yang diambil oleh kerajaan? Terima kasih banyak.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan, Menteri.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Maran membawa banyak kawasan-kawasan paya, kawasan-kawasan tanah yang terbiar. Saya menjawab soalan ini kerana FELCRA diberikan kebertanggungjawaban untuk melaksanakan estet padi di Sabah dan Sarawak sebagaimana yang dilakukan di seberang Perak. Di Maran, saya tidak pasti ada kawasan yang ada berpotensi atau tidak untuk sawah padi. Kalau itu kita boleh berunding sebentar lagi tetapi dengan syarat mesti luaslah. Kalau tidak luas, tidak ada economies of scale. Apa yang dilakukan sekarang oleh FELCRA ialah melihat beberapa potensi keterjaminan makanan yang lain selain daripada padi, umpamanya apabila ketidakcukupan ayam umpamanya atau telur ataupun daging umpamanya. Terdapat kategori tanah-tanah di bawah FELCRA dengan izin underutilized ataupun unutilized land. Ini kita majukan.

Ertinya, kita akan menjadi agensi yang complement terhadap ketidakcukupan makanan dan ini akan memberikan keberhasilan. Bukan hanya kepada peneroka, tetapi kepada negara keseluruhannya kerana kita akan membantu pengurangan import bahan- bahan makanan daripada luar negara yang kosnya dengan izin production cost-nya semakin meningkat dan ini akan memberikan exchange rate yang agak tidak memihak kepada kita.

Dan untuk Maran dan Ahli-ahli Parlimen yang lain, saya fikir game changers yang dilakukan sekarang ini ialah kita bekerjasama interministerial dan inter-agencies agar kita tidak lagi bekerja secara silo dengan berhajat untuk complement antara satu sama lain bagi memberikan keterjaminan makanan ini dipenuhi oleh negara kita.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Dato' Dr. Haji Alias bin Razak.

Kuala Nerus.

final • 10:20 AM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

Burung helang burung tempua, Soalan saya nombor dua.

final • 10:20 AM

2. Dato' Dr. Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan usaha kerajaan bagi memastikan negeri Pantai Timur khususnya Terengganu turut menerima dana pembiayaan daripada Global Environmental Facility (GEF) dan Green Climate Fund (GCF).

final • 10:20 AM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus, Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia telah banyak menerima manfaat daripada peruntukan yang diterima daripada Global Environment Facility (GEF). Sejak Malaysia menyertai GEF pada tahun 1994, sebanyak 21 projek di peringkat nasional telah dilaksanakan dengan jumlah pembiayaan sebanyak USD76.951 juta.

Selain itu, Malaysia sebagai negara pemerhati kepada Perjanjian Paris 2015 turut layak untuk menerima pembiayaan di bawah Green Climate Fund (GCF) bagi melaksanakan tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim. Sehingga kini, kementerian telah melaksanakan empat projek GCF di peringkat nasional dengan jumlah pembiayaan sebanyak 1.398 juta Dolar Amerika dan turut terlibat dalam satu projek serantau dengan pembiayaan berjumlah 300 juta Dolar Amerika.

Wakil-wakil daripada semua negeri termasuk dari Pantai Timur telah menghadiri sesi libat urus bagi mendapatkan input daripada pelbagai pemegang taruh bagi mengenal pasti program ataupun projek yang berpotensi untuk dilaksanakan melalui pembiayaan GEF ataupun GCF. Negeri-negeri Pantai Timur juga akan turut dilibatkan dalam program pembangunan kapasiti dan perkongsian pengetahuan semasa pelaksanaan projek-projek lain berdasarkan kesesuaian. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Dato’.

final • 10:20 AM

Dato' Dr. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang telah diberikan. Cuma di sini suka saya nak tanya, terutamanya Kerajaan Terengganu telah banyak berkorban untuk menjaga hutan bagi mengelakkan hakisan tanah, menjaga biodiversiti, juga menjaga sumber air dengan mengawal pembalakan dan pembukaan hutan untuk pertanian.

Terengganu merupakan antara negeri yang masih mengekalkan kawasan hutan yang tinggi iaitu sekitar 52.2 peratus. Antara yang tertinggi dalam negara. Manakala, baru- baru ini, sebahagian hutan di Taman Negeri Kenyir di Kenyir telah diisytiharkan sebagai Taman Negeri serta menambah keluasan tadahan air tersebut ke 30,000 hektar, Taman Negeri yang baru diisytiharkan.

Oleh itu, ingin saya tahu dari sudut konservasi hutan dan habitat hutan. Adakah Terengganu layak menerima apa-apa lagi bantuan daripada Kerajaan Persekutuan, selain daripada yang disebutkan di bawah GCF tadi?

final • 10:20 AM

Dato' Dr. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Semoga harap perkara ini dipertimbangkan kerana ialah negeri Terengganu sumbernya tidak banyak. Kalau kita hendak menjaga hutan ini ada bantuan yang tertentu, yang spesifik daripada Kerajaan Persekutuan memastikan terus dapat menjaga kelestarian hutan kita. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:30 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus.

Sebenarnya kita tengok komitmen daripada Kerajaan Persekutuan dalam perkara ini memang jelas di bawah belanjawan pertama yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun ini, untuk Belanjawan 2023.

Ecological Fiscal Transfer, yang mana wang yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan-kerajaan negeri berdasarkan keluasan hutan, berdasarkan inisiatif-inisiatif pemuliharaan biodiversiti dan sebagainya yang diambil oleh negeri-negeri telah ditingkatkan daripada RM70 juta setahun kepada RM150 juta setahun.

Jadi, ini dapat kepada semua negeri mengikut inisiatif-inisiatif yang mereka ambil dan antara negeri yang banyak terima Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Perak. Negeri-negeri yang ada banyak keluasan hutan. Seterusnya, untuk tahun ini, untuk Belanjawan 2024 yang baharu dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, EFT ini telah dinaikkan lagi menjadi RM200 juta. Jadi, kalau daripada sebelum ini tahun 2022 RM70 juta, hampir tiga kali ganda kenaikan untuk Belanjawan 2024. Satu kenaikan yang sangat besar dan ini akan membantu kerajaan-kerajaan negeri untuk memulihara kawasan hutan mereka termasuk tadahan air dan sebagainya.

final • 10:30 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Begitu juga inisiatif baharu yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam Belanjawan 2024 ialah sukuk biodiversiti berjumlah RM1 bilion dan sebagaimana kita tahu soal hutan, soal tanah ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan-kerajaan negeri lah yang akan banyak memperoleh manfaat daripada inisiatif-inisiatif seperti ini. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Petaling Jaya.

final • 10:30 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih kepada Tan Sri Yang di- Pertua. Kita sedar bahawa kerajaan meletakkan satu sasaran yang tinggi untuk mencapai kadar karbon sifar. Namun, kerjasama ataupun sokongan daripada masyarakat antarabangsa masih terhad.

Persoalan saya adalah, apakah tindakan kerajaan agar dapat menerima lebih banyak dana antarabangsa dan mempelbagaikan sumber kewangan untuk melaksanakan projek-projek perubahan iklim dan alam sekitar?

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:30 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya.

Sememangnya kalau nak berharapkan sumber daripada kerajaan semata-mata, kita ada kekangan di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Jadi, di peringkat kerajaan, kita cuba mempelbagaikan sumber kewangan dan ini termasuklah projek-projek di peringkat pertimbangan oleh dana-dana antarabangsa seperti Pelan Adaptasi Kebangsaan (National Adaptation Plan), banyak dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Kita kurang bercakap tentang adaptasi.

Sebenarnya National Adaptation Plan (NAP) ini sedang dibangunkan dengan peruntukan tiga juta Dolar Amerika di bawah Green Climate Fund. Seterusnya, ada tiga projek negara berkaitan inisiatif rendah karbon di peringkat sub nasional iaitu hidrogen hijau dan pemuliharaan ekosistem biodiversiti di infrastruktur pelabuhan berjumlah USD16.314 juta yang telah disenarai pendek di bawah GEF dan projek serantau oleh Malaysia dan Filipina bagi meningkatkan pengeluaran makanan padi 13.799 juta Dolar Amerika di bawah pembiayaan Adaptation Fund. Dan kementerian kini juga sedang menyediakan dokumen Country Programme dengan izin, yang mengandungi senarai projek mitigasi dan adaptasi yang berpotensi untuk menerima pembiayaan daripada dana-dana ini.

Selain mendapatkan pembiayaan menerusi dana-dana antarabangsa, bantuan teknikal dan pembangunan kapasiti, turut kita terima melalui kerjasama bilateral di peringkat serantau di bawah kumpulan kerja ASEAN. Dan akhir sekali, kementerian juga bekerjasama dengan sektor kewangan untuk mengenal pasti keperluan pembiayaan mampan dan pembiayaan berkaitan iklim yang boleh ditawarkan oleh institusi kewangan.

Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim yang dipengerusikan oleh Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti juga sedang mengkaji program-program perintis yang bersesuaian seperti pembiayaan gabungan ataupun blended finance, dengan izin untuk menyokong pembangunan projek-projek mesra iklim. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Datuk Shahelmey bin Yahya, Putatan.

final • 10:30 AM

3. Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya [Putatan] minta Menteri Kerja Raya menyatakan menjelaskan tentang langkah yang akan diambil bagi menyelesaikan masalah penyelenggaraan jalan raya dan lampu jalan raya di jalan-jalan persekutuan di Sabah agar rakyat dapat menggunakannya dengan baik dan selamat.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:30 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang bertanya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini sentiasa komited dalam melaksanakan program penyelenggaraan jalan persekutuan di Sabah bersama agensi pelaksana iaitu JKR Sabah.

final • 10:30 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Bagi memastikan jalan-jalan persekutuan di Sabah selamat dan selesa, pelaksanaan program penyelenggaraan tahunan adalah tertakluk kepada kelulusan peruntukan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan senarai keutamaan yang disusun oleh JKR negeri Sabah. Kementerian ini sentiasa akan memastikan aset jalan raya persekutuan berada dalam tahap yang berkualiti untuk kegunaan bersama bagi menjamin keselamatan orang awam. Juga untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kos penyelenggaraan jalan yang telah diperuntukkan untuk jalan persekutuan pada tahun 2022 adalah RM114.19 juta.

Walau bagaimanapun, jumlah peruntukan ini tidak dapat menampung kos pembaikan kerosakan jalan persekutuan di seluruh negeri Sabah seperti yang telah disenaraikan di dalam senarai kerosakan jalan yang tertunggak ataupun dikatakan backlog. Namun, bagi tahun 2023, RM157.8 juta telah diperuntukkan untuk negeri Sabah bagi kerja membaik pulih permukaan jalan dan perabot jalan di bawah skop kerja berkala pavement dan berkala bukan pavement. Sebahagian jalan-jalan persekutuan di Sabah yang dahulu mengalami kerosakan kritikal telah dapat dibaik pulih pada tahun ini kerana telah mendapat peruntukan yang lebih banyak berbanding tahun 2022.

Juga untuk makluman, sebagai langkah pencegahan, jalan persekutuan sepanjang 1,289.14 kilometer yang diselenggara oleh konsesi penyelenggaraan jalan persekutuan Sabah iaitu Lintasan Resources Sdn. Bhd. telah melaksanakan penyelenggaraan rutin secara bulanan dengan anggaran kos RM4 juta sebulan oleh pihak konsesi yang dilantik untuk memastikan keadaan jalan tersebut selamat dan selesa.

Kementerian ini turut berpandangan bahawa terdapat jalan raya yang perlu dibina semula memandangkan jalan-jalan ini sudah dibina lebih daripada 20 tahun. Ini bermakna jangka hayat jalan tersebut juga telah melebihi tempoh sepatutnya dari segi reka bentuk.

Dalam usaha ke arah keselesaan jalan raya di Sabah, kementerian ini sudah ataupun sedang berusaha menaik taraf jalan-jalan utama di Sabah melalui projek Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 210.294 kilometer yang sedang dalam pembinaan. Dan untuk makluman tambahan Ahli Yang Berhormat, selain struktur jalan persekutuan yang sudah uzur, isu kurang kawalan terhadap pengangkutan melebihi had muatan juga antara faktor yang menyumbangkan kepada kerosakan jalan raya yang mempercepatkan lagi kemerosotan jangka hayat jalan.

Dan kementerian ini juga sentiasa berusaha untuk melaksanakan penyelenggaraan jalan persekutuan pada tahap yang terbaik bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya khususnya di jalan persekutuan negeri Sabah. Juga untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi penyelenggaraan lampu jalan, sebanyak RM3.7 juta daripada peruntukan khas di bawah kod P10 iaitu baik pulih lampu jalan dan pemasangan lampu jalan di jalan gelap telah dimanfaatkan untuk membaik pulih lampu jalan sedia ada yang rosak di jalan persekutuan seluruh negeri Sabah.

Dan selain itu, sebanyak RM700 ribu daripada kelulusan peruntukan fasa 2 di bawah kod B27 juga telah dimanfaatkan untuk membaik pulih lampu isyarat dan lampu jalan di jalan persekutuan Sabah dan agihan peruntukan di daerah-daerah di Sabah adalah ditentukan oleh JKR Sabah, bergantung kepada senarai keutamaan yang disusun.

Dan selain daripada penyelenggaraan lampu jalan, kementerian ini juga harus menanggung bil elektrik sekurangnya RM1.1 juta, di mana kos ini merupakan komitmen kewangan yang perlu ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Putatan. Silakan.

final • 10:30 AM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang agak menyeluruh.

final • 10:30 AM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Soalan tambahan saya adalah anggaran kasar keperluan penyelenggaraan jalan persekutuan di Sabah pada tahun 2024 adalah dianggarkan berjumlah sebanyak RM313 juta yang meliputi cadangan penyelenggaraan kerja berkala pavement dan juga bukan pavement yang meliputi lebih kurang 150 kilometer panjang jalan. Bolehkah Yang Berhormat Menteri menerangkan tentang faktor-faktor yang akan mempengaruhi nilai kelulusan peruntukan yang dipohon pada tahun 2024 kelak?

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 10:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Baik, soalannya ringkas itu. Tuan Yang di- Pertua, jawapan diberikan. KKR ya, Kementerian Kerja Raya sentiasa berusaha memastikan jalan-jalan persekutuan di Sabah dalam keadaan selamat dan selesa sepertimana telah saya tekankan tadi.

final • 10:40 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

[Bangun]

final • 10:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Walau bagaimanapun, yang ditanya ini nilai kelulusan peruntukan adalah bergantung kepada kelulusan belanjawan dan agihan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Sekian Yang Berhormat, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Alor Setar.

final • 10:40 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, mengenai penyelenggaraan jalan raya, saya dapati ada banyak agensi yang terlibat dalam satu-satu penyelenggaraan jalan raya. JKR, PBT, ada di kawasan perumahan itu, pemaju dan kalau di Kedah tu, MADA. Jadi, dia apabila berlaku satu-satu aduan ataupun isu masalah, tindakan itu lambat diambil sebab masing-masing menuding jari satu sama lain. Jadi, adakah kementerian bercadang untuk menyelaraskan supaya ada satu agensi sahaja yang urus semua jalan ini?

Yang kedua, Tan Sri Speaker, lampu jalan tadi. Ada kes di mana lampu jalan itu tak boleh bernyala lama sebab pemaju tak hand over kepada pihak JKR ataupun tak hand over kepada pihak PBT. Jalan itu orang dah guna dah 10 tahun, 15 tahun tapi masih tak hand over dan masih bergelap. Tiang ada, tapi lampu tak menyala. Apa pandangan kementerian tentang isu ini? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun soalan asalnya Sabah, tapi saya jawab jugalah. Ini dari Alor Setar ya, di Kedah.

Soalannya yang pertama tadi— dia ada dua soalan tambahan ini— iaitu apa kaedah? Sudah semestinya kita ada. Pada 24 Ogos lalu, Kementerian Kerja Raya Malaysia telah melancarkan satu kempen yang ini ya...

[Merujuk kepada pin di baju] Saya pakai Kempen MYJalan, jalan kitalah, iaitu supaya kita ada satu kaedah di mana aduan boleh disalurkan. Ini untuk menambahkan saluran-saluran yang dah sedia ada. Ini tambahan ya.

Semasa saya mengetuai kementerian inilah, kita buat lagi satu untuk memudahkan aduan-aduan dibuat dan diajukan kepada kementerian. Yang ini kita buat sampai no wrong door policy. Mengapa? Kerana kita ada beberapa tahap jalan ini. Jalan persekutuan, jalan negeri, jalan PBT ya. Jadi, memang kalau aduan ini dibuat— pengguna ini dia tak tahu manalah, asalkan ada rosak, kan? Jadi, kita buat, kita bangunkan apps ini.

Dari aduan kita boleh terima, selepas itu kita tengok mana yang di bawah kementerian ataupun jalan persekutuan, kita ambil tindakan. Kita dah jaminkan juga kalau ada aduan, kita buat satu yang kita dah katakan kita akan buat penampalan, kalau pothole, lubang jalan dalam masa 24 jam. Ini memang kita bergantung kepada syarikat konsesi juga untuk mereka menjalankan tugas mereka. Ini arahan daripada kementerian.

Bagi jalan-jalan di bawah kerajaan negeri dan PBT yang lain, kita dah mohon mereka juga come on board bersama KKR supaya kita boleh menangani masalah ini. Tapi itu bergantung sangat kepada mereka juga di peringkat kerajaan negeri, di peringkat PBT.

Tapi saya sudah merayu kepada mereka lah, saya merayu, I appeal to them supaya bersama. Ini demi pengguna.

Yang kedua, jawapan yang kedua tadi berkenaan dengan isu kerosakan lampu, lampu jalan. Jadi, memang seperti mana semua sedia maklum, selama ini kerosakan itu banyak dan kewangan kita sangat terhad. Sebab itu baru-baru ini apabila dibentang bajet ya, saya banggalah kerana yang kita mohon untuk kegunaan repair ataupun baiki lampu jalan ataupun pemasangan lampu jalan di tempat-tempat yang sepatutnya ada lampu, yang gelap telah kita dapat peruntukan bertambahlah daripada Kementerian Kewangan.

Jadi, Yang Berhormat, sepertimana dalam beberapa bulan sudah, saya buka kepada Ahli-ahli Yang Berhormat lah tulis surat kepada kementerian, sesiapa juga yang telah memohon, kita tak mengecewakan mereka. Jadi, untuk tahun depan, dengan

final • 10:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

peruntukan yang bertambah ini, bolehlah kita bantu. Mungkin tak boleh sempurna semuanya, tapi sekurang-kurangnya ada juga. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Datuk Muslimin bin Yahaya, Sungai Besar.

final • 10:40 AM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Bismillahi Rahmani Rahim.

*Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua, siji loro telu papat, Soalan saya nombor empat.*

final • 10:40 AM

4. Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan jumlah graduan bidang TVET dari tahun 2018 sehingga 2023 mengikut bidang latihan yang telah mereka lalui. Berapakah bilangan graduan ini sudah memperolehi pekerjaan dalam bidang latihan tersebut.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 10:40 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin menjelaskan bahawa berdasarkan laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2020, hanya 42 peratus pelajar dan program TVET di negara kita dikendalikan dan berada di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

Dari sudut bilangan program diploma bagi bidang TVET di bawah KPT, terdapat sebanyak 299 program mewakili 37 peratus daripada keseluruhan program diploma TVET yang ditawarkan oleh 12 kementerian atau agensi di seluruh negara.

Oleh yang demikian, sebagai penjelasan, segala maklumat mengenai kebolehpasaran graduan yang saya nyatakan di sini adalah terhad kepada pengajian TVET di bawah institusi-institusi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

Secara keseluruhannya, bagi tempoh 2018 sehingga 2023, jumlah graduan bidang TVET yang dilahirkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi adalah seramai 256,901 orang. Pecahan graduan ini adalah seperti berikut— Pertama, graduan universiti awam atau MTUN adalah seramai 71,825 orang.

Manakala graduan politeknik dan kolej komuniti adalah seramai 185,076 orang. Jumlah ini merangkumi 139,579 orang graduan politeknik dan 45,497 orang graduan kolej komuniti.

Sebelum menjawab mengenai peratusan kebolehpasaran graduan, saya ingin terlebih dahulu menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan kebolehpasaran graduan.

Secara umumnya, ia merujuk kepada empat kelompok graduan iaitu:

(i) mereka yang telah bekerja termasuklah mereka yang memilih sebagai usahawan;

(ii) mereka yang sedang melanjutkan pengajian;

(iii) mereka yang sedang mengikuti kursus atau latihan peningkatan kemahiran atau sijil profesional; dan

(iv) mereka yang sedang menunggu penempatan pekerjaan semasa kajian pengesanan graduan dijalankan.

Dengan menggunakan definisi tersebut, kajian pengesanan graduan yang dilakukan oleh KPT yang merekodkan kadar respons melebihi 90 peratus menunjukkan purata kebolehpasaran graduan TVET dari universiti awam MTUN pada tahun 2018 sehingga 2022 adalah sebanyak 91.8 peratus. Daripada jumlah ini, 69.4 peratus graduan telah bekerja dan dari jumlah responden yang telah bekerja ini, sebanyak 60.9 peratus bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan pengajian di universiti awam ataupun MTUN. Manakala baki 14.9 peratus adalah graduan yang sedang melanjutkan pengajian, 3.1 peratus lagi sedang mengikuti kursus atau latihan meningkatkan kemahiran dan 4.3 peratus lagi sedang menunggu penempatan pekerjaan.

Purata kebolehpasaran graduan politeknik pada tahun 2018 sehingga 2022 pula adalah sebanyak 94.8 peratus dengan peratus graduan yang telah bekerja adalah sebanyak 76.2 peratus. Daripada jumlah responden yang telah bekerja ini, sebanyak 50

final • 10:40 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

peratus bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan pengajian di politeknik. Manakala baki 19.1 peratus adalah sedang melanjutkan pengajian, 0.4 peratus lagi sedang mengikuti kursus atau latihan meningkatkan kemahiran dan 1.5 peratus lagi sedang menunggu penempatan pekerjaan.

final • 10:40 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Seterusnya, bagi kebolehpasaran graduan kolej komuniti pada tahun 2018 sehingga 2022 pula menunjukkan purata sebanyak 96.2 peratus dengan peratus graduan yang telah bekerja adalah sebanyak 74.8 peratus. Daripada jumlah responden yang bekerja ini, sebanyak 53.4 peratus graduan telah bekerja dalam bidang yang dipelajari di kolej komuniti. Manakala baki 22.3 peratus adalah graduan yang memilih untuk melanjutkan pengajian, 0.2 peratus lagi mengikuti kursus atau latihan meningkatkan kemahiran dan 0.4 peratus menunggu penempatan pekerjaan.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Sungai Besar.

final • 10:50 AM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Jadi persoalan kita pada Yang Berhormat Menteri, adakah statistik ini benar-benar menggambarkan keberhasilan pasaran buruh di kalangan graduan TVET. Persoalan kita yang pertama adalah soal gaji dan upah yang sangat menghambat, sangat rendah dan ini sangat menghantui graduan-graduan TVET kita dalam memburu peluang pekerjaan. Jadi mungkin adakah ketidaksepadanan kemahiran dan ketidaksesuaian kelayakan dengan keperluan industri.

Jadi persoalan saya, apa usaha kolaborasi kementerian dalam memartabatkan graduan TVET ini dari segi upah dan gaji dan ia dijadikan sebagai bidang kemahiran yang diisi oleh graduan TVET dan bukan di isi oleh warga asing di sektor-sektor tertentu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah saya berikan jawapan, jawapan-jawapan saya merangkumi perkara-perkara yang kita lakukan dan berkaitan dengan pekerja ataupun pelajar-pelajar yang dilahirkan melalui KPT dan seperti yang telah dikatakan pelajar-pelajar daripada program TVET di bawah KPT, meliputi dalam 42 peratus sahaja pelajar-pelajar.

final • 10:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Bangun]

final • 10:50 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Jadi, apa yang kita lakukan mungkin ada yang berlaku di luar kepada pelajar-pelajar yang tidak dikendalikan oleh institusi bawah KPT. Tetapi bagi KPT, apa yang kita sedang berikan perhatian sekarang, bukan sahaja kepada soal kebolehpasaran graduan tapi pada kali ini kita juga melihat kepada soal gaji yang diterima oleh graduan-graduan TVET yang dilahirkan oleh pihak KPT.

Jadi dalam soal ini, kita telah menetapkan dan memastikan supaya dilakukan sasaran peratusan graduan yang menerima gaji seboleh-bolehnya mendapat gaji premium dan kita definisikan gaji premium ini iaitu RM4,000 ke atas sebulan. Jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi graduan lepasan MTUN, mereka yang sudah menerima gaji premium adalah dalam lingkungan 10 peratus. Walau bagaimanapun, graduan lepasan universiti awam dengan gaji RM2,500 ke atas adalah seramai 38 peratus. Maknanya mereka yang mempunyai ijazah.

Bagi graduan lepasan politeknik, mereka yang sudah menerima gaji premium walaupun diploma, 0.9 peratus. Tetapi yang RM2,500 ke atas adalah sebanyak 6.1 peratus. Jadi bagi kementerian, sekarang sasaran kita bukan lagi kebolehpasaran graduan tetapi sasaran kita ialah gaji premium. Sepertimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi dan untuk kita pastikan ini dapat dilakukan, antaranya kita akan melakukan reformasi, terutamanya kepada politeknik. Di mana antaranya kita akan menjalin dan mempunyai hubungan kerjasama yang aktif dengan pihak industri.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Kita akan menyediakan program-program baru yang menepati kehendak dan keperluan negara dan juga industri. Jadi, itu antara usaha-usaha itu tidak mungkin akan dapat keputusan yang segera dan cepat tetapi akan dilakukan secara berterusan, insya- Allah.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Parit Sulong.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Parit Sulong, saya bangun dulu Parit Sulong.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Tan Sri Speaker. Tak dinafikan bahawa GE seperti Yang Berhormat nyatakan di bawah KPT ini adalah sangat tinggi. Yang Berhormat menyatakan bahawa GE adalah berdasarkan mereka yang jadi usahawan bekerja dan menunggu pekerjaan dan sebagainya. Cuma saya hendak bertanya kepada pihak Yang Berhormat, adakah kementerian ada membuat kajian mengenai apakah GE yang dinyatakan itu berdasarkan kepada bidang pengajian graduan tersebut dan berapa peratuskah graduan TVET yang mendapat pekerjaan mengikut bidang pengajian masing-masing.

Sebab saya maklum bahawa di bawah KPT, ada GITC bekerjasama bersama dengan pemain industri. Minta Yang Berhormat menyatakan status terkini kolaborasi strategik yang dilaksanakan bersama pemain industri untuk memastikan graduan TVET di bawah KPT ini mendapat latihan dan penempatan yang tepat. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Mengenai soal penempatan yang cepat, saya ingat tadi panjang lebar saya sudah jawab peratus-peratus. Mungkin baru masuk tak agaknya...

[Ketawa]

final • 10:50 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Soalan ini sudah jawab, biar soalan Tampin Dato’ Speaker.

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Dan oleh kerana yang bertanya itu bekas Menteri Pendidikan, saya ingat benda yang dia sudah tahu, dia tanya pula.

final • 10:50 AM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Jadi, soalnya memang antara pihak kementerian dan institusi TVET di bawah kementerian, kita memang mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak industri. Malah untuk makluman, ketika ini sebanyak 18,000 pihak industri mempunyai kolaborasi dengan pihak KPT terutamanya politeknik-politeknik.

Memang kita ada wujudkan satu badan yang kita menginstitusikan kerjasama tersebut dan insya-Allah semasa kita melancarkan transformasi program politeknik ini, kita akan turut melancarkan badan tersebut.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Jelebu.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua soalan saya nombor lima.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:50 AM

5. Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Alias [Jelebu] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan berapa jangkaan pelaburan asing masuk pada tahun 2024, dan bagaimana pihak kementerian menyeimbangkan pelaburan masuk ini di semua negeri bukan hanya tertumpu di Lembah Klang sahaja.

final • 10:50 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih juga Yang Berhormat Jelebu. Setakat 31 Ogos 2023, terdapat 984 projek dalam peringkat rundingan ataupun pipeline dengan jumlah jangkaan pelaburan baharu sebanyak RM105.3 bilion di bawah seliaan MIDA.

Daripada jumlah tersebut, jangkaan pelaburan asing adalah sebanyak RM89.5 bilion, manakala pelaburan langsung domestik adalah sebanyak RM15.8 bilion. Jumlah

final • 10:50 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

pelaburan ini merangkumi projek-projek daripada sektor perkilangan dengan cadangan pelaburan sebanyak RM73.6 bilion yang melibatkan 53 cadangan projek serta 931 cadangan projek dalam sektor perkhidmatan di bawah seliaan MIDA dengan cadangan pelaburan sebanyak RM31.7 bilion.

Tan Sri Yang di-Pertua, pelaburan yang masuk ke semua negeri dapat dilihat melalui projek pelaburan yang telah berjaya diluluskan dalam sektor perkhidmatan, perkilangan dan utama berjumlah RM267.8 bilion sepanjang tahun 2022. Ini melibatkan 4,517 projek dan dijangka mewujudkan 140,440 pekerjaan ataupun peluang pekerjaan di negara ini. Dari jumlah ini, DDI ialah sebanyak 39 peratus dan FDI ialah lebih kurang 61 peratus.

Lima negeri utama yang diluluskan pelaburan pada tahun 2022 ialah Johor, Selangor, Sarawak, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Pelaburan yang diluluskan di Lembah Klang iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor hanyalah merangkumi 31.9 peratus. Ini menunjukkan bahawa pelaburan yang diluluskan di Malaysia tidak hanya tertumpu di Lembah Klang. Pada dasarnya, pemilihan lokasi pelaburan oleh pelabur adalah atas keputusan perniagaan ataupun business decision pelabur itu sendiri dan banyak bergantung kepada ekosistem dan kekuatan kluster industri di sesebuah negeri.

final • 10:50 AM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Selain itu Kerajaan Malaysia melalui MIDA menyediakan pakej insentif cukai kepada pelabur domestik dan asing, bagi menggalakkan pelabur-pelabur ini mengeluarkan keluaran atau menjalankan aktiviti bernilai bertambah tinggi ataupun nilai tambah tinggi dan juga berteknologi tinggi di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986.

Bagi mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah, Dasar Pelaburan Baru berteraskan Aspirasi Pelaburan Nasional ataupun NIP dan NIA turut menggariskan kepentingan keseimbangan wilayah. Malah, Pelan Induk Perindustrian Baru ataupun NIMP juga turut menetapkan misi menjamin sekuriti ekonomi dan keterangkuman sebagai salah satu misi di dalam NIMP.

Kekuatan kluster industri di setiap negeri boleh melengkapi antara satu sama lain dan mendapat manfaat limpahan ekonomi daripada kluster sedia ada. Sebagai contoh, Kedah dan Perak mendapat manfaat limpahan ekonomi dari kluster elektrikal dan elektronik di Bayan Lepas dan juga Batu Kawan. Limpahan ekonomi ini akan dapat mewujudkan kluster industri baru dan industri sokongan seperti perkilangan berteknologi tinggi dan aktiviti penyelidikan dan pembangunan di Hi-Tech Park di Kulim dan Perak yang boleh menyokong kluster E&E di Pulau Pinang, contohnya lah. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Jelebu.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Semporna, soalan saya.

[Ketawa] Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak ucapkan terima kasih kepada jawapan dan juga penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Cumanya Tan Sri Yang di-Pertua, saya telah teliti tadi tentang keputusan untuk melakukan investment atau pelaburan ini adalah bergantung kepada keputusan perniagaan ataupun business decision. Kita tahu bahawa banyak Agensi Penggalakan Pelaburan ataupun Investment Promotion Agency yang banyak terdapat dalam negara kita.

Dan tadi Yang Berhormat Menteri sebut pada tahun 2022 ya, pelaburan yang

final • 11:00 AM

diluluskan RM264.6 bilion. Cumanya Yang Berhormat Menteri sebut lima negeri

Johor; Selangor; Sarawak; Wilayah Persekutuan; dan Pulau Pinang. Tak sebut pun Negeri Sembilan kerana kita tahu Negeri Sembilan berada di tangga yang kelapan. Lapan.

Soalan saya nombor lima. Kalau boleh naikkan Negeri Sembilan ke nombor lima, Tan Sri.

Jumlah pelaburan RM8.9 bilion.

Saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, Negeri Sembilan ini dulu Yang Berhormat Menteri sebut, Negeri Sembilan ini second Klang Valley in the making dan berhampiran, next to the Klang Valley. Saya cuma nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah perancangan kerajaan untuk memastikan IPA ini ataupun Investment

final • 11:00 AM

diluluskan RM264.6 bilion. Cumanya Yang Berhormat Menteri sebut lima negeri

Promotion Agency ini dapat membantu untuk mempromosikan semua lokasi, termasuk yang penting sekali Negeri Sembilan secara adil dan saksama?

Kemudian Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga nak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai FDI yang memasuki Malaysia dan menyumbang terhadap limpahan ekonomi. Kita tahu bahawa satu komitmen pelaburan FDI ini mengambil masa untuk direalisasikan, untuk diterjemahkan.

Dalam hal ini, saya nak minta penjelasan daripada kerajaan...

final • 11:00 AM

Seorang Ahli

Ini soalan ke penerangan ini?

final • 11:00 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Janganlah ganggu saya. Ini penting.

Dalam hal ini, saya ingin bertanya untuk penjelasan daripada pihak kerajaan, peratusan komitmen FDI yang telah direalisasikan dalam lima tahun yang kebelakangan ini.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Ini bukan live streaming Tan Sri. Ini cuma catitan saya untuk rujukan saya.

[Ketawa] Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Faham, faham, faham. Silakan Menteri.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Tan Sri Yang di-Pertua, soalan itu panjang. Jadi, saya akan cuba rumuskan jawapan.

Mengenai Negeri Sembilan, ya betul ia di tangga yang kelapan pada tahun 2022.

Kalau berdasarkan data ini, Negeri Sembilan mencatatkan pelaburan sebanyak RM8.9 bilion dalam sektor perkhidmatan, perkilangan dan juga utama yang melibatkan 166 projek dan dijangka mewujudkan 3,597 peluang pekerjaan.

Tetapi saya ada data yang baharu, yang mungkin saya boleh kongsikan dengan Yang Berhormat Jelebu. Bagi tempoh separuh pertama 2023, Negeri Sembilan mencatatkan pelaburan sejumlah RM1.9 bilion juga dalam sektor perkhidmatan, perkilangan dan utama melibatkan 89 projek dan mewujudkan 1,110 peluang pekerjaan.

Daripada jumlah ini, pelaburan langsung domestik (DDI) yang diluluskan adalah sebanyak RM1.6 bilion, manakala FDI lebih kurang RM378.8 juta.

Kalau kita lihat memang betul, ada peluang kita nak memberi lebih banyak fokus kepada sektor-sektor perkilangan di Negeri Sembilan. Contohnya Samsung, FDI energy. Malaysia merupakan salah satu projek utama yang diluluskan di Negeri Sembilan pada tahun 2022 bagi mengeluarkan sel bateri EV di Seremban, Negeri Sembilan.

Jadi dalam usaha kita untuk menyelaraskan aktiviti penggalakan pelaburan dengan lebih berkesan, terdapat keperluan untuk juga menyusun semula landskap IPA kita ataupun Investment Promotion Agency kita dengan, dimulai dengan penyelarasan fungsi dan peranan koridor ekonomi wilayah, terutamanya bila berkaitan dengan pelaburan dan juga berkaitan dengan perdagangan.

Majlis Pelaburan Negara yang telah membuat keputusan, kita nak susun semula ekosistem IPA kita yang akan dimulakan dengan pelan penyelarasan fungsi dan peranan IPA ini secara berfasa. MIDA selaku IPA utama negara akan terus mempromosi koridor ekonomi wilayah berdasarkan kekuatan ekosistem industri di setiap wilayah dan kita akan kaji di manakah kekuatan di Negeri Terengganu...

final • 11:00 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

[Bangun]

final • 11:00 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Eh, Terengganu pula.

Negeri Sembilan.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Negeri Sembilan.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

[Ketawa] Di Negeri Sembilan. Di Terengganu itu petrokimia, contohnya. Dan elektrikal dan elektronik di Pulau Pinang, produk getah juga di Kedah pun kuat, hydro economy of course in Sarawak dan sebagainya. Dan of course Sabah berasaskan sumber. So, kita akan realise – merealisasikan targets ini dan sasaran-sasaran ini kita akan kongsikan dengan semua negeri, insya-Allah.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Indera Mahkota.

final • 11:00 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tan Sri Yang di- Pertua.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah Menteri, Presiden BAM yang baru.

Soal keseimbangan kawasan, ada juga mungkin kaitannya dengan pelaburan dalam bidang-bidang baru yang nak diketengahkan oleh pihak kerajaan. Sebagai contohnya dalam ekonomi digital. Saya nak tahu sama ada understanding yang asal dulu, kerajaan sebelum ini dalam bidang ekonomi digital, MIDA bekerjasama dengan MDEC.

Adakah itu masih diteruskan?

Dan bahagian keduanya ialah bagaimana dengan kawasan-kawasan yang dulunya memang dikhususkan, koridor-koridor dikhususkan untuk produk tertentu atau bidang tertentu? Adakah kemungkinan ia dikaji semula sebab koridor itu nampak tak bergerak? Saya bagi contoh, saya sebutlah kawasan saya, Indera Mahkota. Malaysia- China Kuantan Industrial Park. Itu asalnya untuk heavy industry tapi dia tak bergerak sedangkan China ada kemungkinan untuk melabur dalam bidang ekonomi digital.

Jadi, itu yang saya nak kaitkan antara MIDA dengan MDEC dan kemungkinan ada penyusunan baru untuk sesetengah koridor wilayah itu dalam sektor-sektor yang baru seperti ekonomi digital. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Soalan pertama, mengenai kerjasama di antara MDEC dan juga MIDA itu berterusan. Actually dengan izin, it was during his time Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

[Bangun]

final • 11:00 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Di mana kita ada fungsi yang dipanggil DIO dan itu diteruskan. Sebenarnya baru-baru ini pun bersama- sama dengan MDEC dan MIDA, banyak mencapai kejayaan membawa pelaburan dalam data centre, terutamanya di Cyberjaya dan juga di Johor.

Dan soalan kedua mengenai fungsi-fungsi wilayah ini daripada segi fokus kepada sektor-sektor, itu masih lagi diteruskan. Memanglah ada cabaran di setengah-setengah wilayah, di mana kita dalam in our dengan izin, attempt to close the gap, oleh itu kita bersama-sama dengan kerajaan negeri, perlu memberi lebih fokus kepada sektor-sektor yang baru, yang berteknologi tinggi.

final • 11:00 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tan Sri Yang di- Pertua, boleh saya soalan tambahan?

final • 11:00 AM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Dalam MCKIP contohnya. Sebenarnya MCKIP ini di Pahang ini agak berjaya sebenarnya. Kalau dari segi tanah itu dah habis, dia nak lagi tanah tetapi fokus kita dalam NIP adalah untuk memastikan industri yang dibawa masuk itu ada limpahan yang positif kepada masyarakat setempat, kepada syarikat-syarikat kita juga. Dan oleh itu kita nak increase the economic complexity. Dan insya-Allah, saya akan berhubung juga dengan YB Indera Mahkota bagaimana kita nak relook and fokus balik kepada industri-industri yang berteknologi tinggi untuk MCKIP. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki, Parit Buntar. Sorry.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Terima kasih Tuan Speaker. Saya nak bagi pantun.

*Naik lembu naik kuda, Ingatkan Menteri ada rupanya tiada.

Soalan enam saya kemuka, Harap Timbalan Menteri jawapannya.*

final • 11:10 AM

6. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, mengapa para petani di Perak belum mendapat sumbangan RM250 daripada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari sedangkan sumbangan tersebut sudah pun disalurkan kepada kerajaan.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Tuan Chan Foong Hin

Ya terima kasih kepada Parit Buntar. Saya tak pandai untuk balas pantun, okey.

Cuma untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada 5 Disember 2022 yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) telah bersetuju memberi sumbangan sebanyak RM250 kepada pesawah dengan memberi implikasi kewangan sebanyak RM60 juta. Sumbangan ini diberikan secara berperingkat kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang mana penyaluran pertama adalah berjumlah RM10 juta, dan penyaluran kedua adalah berjumlah RM20 juta.

Penyaluran pertama sebanyak RM10 juta telah disalurkan kepada KPKM untuk diagihkan kepada tiga buah negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang manakala penyaluran kedua sebanyak RM20 juta adalah untuk diagihkan kepada pesawah di lima buah negeri iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Penyaluran bantuan bagi pesawah-pesawah di negeri Perak dan negeri-negeri lain pula akan dilaksanakan pada peringkat yang seterusnya.

Kerajaan komited untuk memastikan bantuan khas tersebut akan sampai kepada kesemua pesawah yang layak menerima bantuan daripada BERNAS. Sekian.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Parit Buntar.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Terima kasih Timbalan Menteri. Saya harap janji PM untuk bagi RM250 kepada pesawah dapat disegerakan terutamanya di negeri Perak.

Soalan kedua, untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, masalah petani di Daerah Kerian, dan saya percaya daerah yang lain mengalami beberapa kerugian dalam musim menuai baru-baru ini akibat tanah jerlus. Di Daerah Kerian sahaja, terutamanya Parit Buntar sebanyak lebih kurang 500 hektar tanah jerlus menyebabkan hampir 452 petani mengalami kerugian yang anggaran purata kerugian setiap seorang petani ialah lebih kurang RM5,000 hingga RM6,000. Jadi, apakah tindakan kerajaan untuk membantu para petani yang mengalami kerugian akibat tanah jerlus di Daerah Kerian?

Yang kedua, untuk makluman YB, harga benih padi yang disilingkan oleh kementerian ialah RM35 satu beg, tapi berlaku di kebanyakan tempat, harga benih padi dijual dengan kadar RM55 hingga RM60 satu beg yang menyebabkan para petani merasa tak mampu untuk membeli harga benih padi yang begitu tinggi. Jadi, apakah langkah kerajaan untuk memastikan supaya harga benih padi dijual mengikut harga siling yang ditetapkan? Sekian terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Timbalan Menteri.

final • 11:10 AM

Tuan Chan Foong Hin

Ya. Untuk makluman Parit Buntar, yang pertama sekali saya ingin menjawab kepada yang untuk negeri-negeri lain yang belum mendapat yang RM250 daripada sumbangan ini. Saya nak tekankan cara penyaluran sumbangan kepada petani adalah berdasarkan kepada perbincangan di antara pihak kementerian, agensi- agensi berkaitan seperti MADA dan KADA serta fasa penyaluran dana oleh BERNAS.

Kementerian akan memastikan kesemua pesawah yang berkelayakan akan menerima bantuan tersebut pada masa yang sesuai. Dan yang selebihnya untuk soalan- soalan yang lebih spesifik untuk kawasan ini lari daripada soalan asal, dan KPKM akan memberikan jawapan yang bertulis, dan seterusnya. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Tampin.

final • 11:10 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Saya difahamkan kerajaan hari ini telah terikat dengan perjanjian bersama BERNAS untuk tempoh 10 tahun yang bermula pada 11 Januari 2021 hingga 10 Januari 2031.

Rentetan daripada isu beras yang timbul baru-baru ini, telah wujud desakan supaya monopoli tersebut ditamatkan atau dibuka sekurang-kurangnya 30 peratus hak lesen import kepada pengilang dan pemborong lain. Justeru itu, adakah kajian telah dilakukan oleh kementerian terhadap cadangan-cadangan tersebut bagi memastikan keterjaminan bekalan beras import dalam negara pada harga yang berpatutan? Dan sejauh manakah kaedah monopoli beras ini membawa nilai positif kepada rakyat untuk menangani cabaran yang bakal mendatang? Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Chan Foong Hin

Yang soalan untuk macam mana kita sama ada nak pecahkan monopoli BERNAS atau nak teruskan adalah soalan yang popular di kalangan Ahli-ahli Parlimen.

Saya nak memberitahu kepada Dewan ini bahawa kita ada Jawatankuasa Pemantauan- Monitoring Committee untuk perjanjian konsesi penswastaan di antara kerajaan dan juga BERNAS. Dan Ahli Tetap Jawatankuasa Pemantauan KPI untuk BERNAS ini dipengerusikan oleh KSU. Ketua Setiausaha untuk KPKM dan juga Ahli-ahli Jawatankuasa termasuk juga Ketua Pengarah Kawalan Padi dan Beras KPKM, wakil daripada Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri dan wakil daripada syarikat pelaburan kerajaan (GIC), Kementerian Kewangan Malaysia, wakil Bahagian Pertanian Kementerian Ekonomi dan juga wakil tetap industri padi dan juga BERNAS.

Untuk sebarang review kah, yang untuk atau untuk kaji semula kah, untuk yang konsesi ini akan selalu dipantau dengan memastikan KPI daripada BERNAS ini memenuhi apa yang telah ditetapkan. Kalau KPI itu tak dapat memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan, baru kita akan masuk kepada peringkat- sama ada nak kaji semula untuk yang konsesi ini atau tidak. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tuan William Leong Jee Keen, Selayang.

final • 11:10 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Yang di-Pertua Speaker. Soalan saya soalan nombor 7.

final • 11:10 AM

7. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, bahawa sejajar dengan semangat Madani yang ingin membangunkan sebuah bangsa yang inklusif, adakah kerajaan bercadang untuk merangka satu legislatif khas berhubung dengan diskriminasi di tempat kerja khususnya bagi melindungi mereka yang mempunyai ketidakupayaan sama ada secara fizikal ataupun mental.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 11:10 AM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia mengambil berat tentang diskriminasi di tempat kerja khususnya bagi mereka yang mempunyai ketidakupayaan sama ada secara fizikal ataupun mental.

Sebagai salah satu langkah bagi membanteras diskriminasi di tempat kerja, pindaan telah dibuat ke atas Akta Kerja 1955 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023.

Satu peruntukan baharu iaitu seksyen 69F telah dimasukkan ke dalam akta tersebut di mana Ketua Pengarah Tenaga Kerja diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa pertikaian berkaitan isu diskriminasi berkaitan pekerjaan.

Berdasarkan peruntukan baharu tersebut, adalah satu kesalahan sekiranya majikan gagal mematuhi keputusan Ketua Pengarah Tenaga Kerja berkaitan diskriminasi di tempat kerja dan jika sabit kesalahan, majikan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 dan sekiranya kesalahan masih berterusan, boleh dikenakan denda lanjutan tidak melebihi RM1,000 bagi tiap satu kesalahan.

Selain itu, isu diskriminasi juga boleh dibangkitkan sebagai pertikaian perusahaan dan aduan boleh dibuat di bawah seksyen 18, Akta Perhubungan Perusahaan 1997 oleh

final • 11:10 AM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Kesatuan Sekerja. Manakala bagi pekerja yang tidak mempunyai Kesatuan Sekerja, mereka boleh memfailkan aduan berkenaan perlanggaran terma dan syarat perkhidmatan atau apa-apa isu lain yang berkaitan pekerjaan termasuk diskriminasi melalui pelbagai kaedah termasuk melalui surat, e-mel, Sistem Pengurusan Aduan Awam, aplikasi, dengan izin, Working for Workers atau hadir sendiri ke Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia, setakat 30 September 2023, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah menerima lapan aduan berkaitan isu diskriminasi iaitu dua aduan diskriminasi berkaitan bayaran tunai, dan enam aduan diskriminasi berkaitan selain bayaran tunai. Semua aduan berkenaan telah disiasat dan diselesaikan. Aduan yang diterima tidak berkaitan dengan ketidakupayaan, sama ada secara fizikal ataupun mental.

Justeru, kementerian ini berpandangan bahawa tiada keperluan mendesak untuk merangka satu legislatif khas berhubung diskriminasi di tempat kerja khususnya bagi melindungi mereka yang mempunyai ketidakupayaan sama ada secara fizikal ataupun mental. Peruntukan perundangan sedia ada adalah memadai untuk mengatasi masalah berkenaan dengan syarat pemantauan dan penguatkuasaan perlu dipertingkatkan agar semua pihak iaitu pekerja dan majikan arif tentang hak dan tanggungjawab masing- masing dalam memastikan persekitaran kerja yang bebas diskriminasi.

Sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia juga menerusi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah mengambil langkah-langkah pencegahan dan melaksanakan program berhubung isu kesihatan mental di tempat kerja dengan menguatkuasakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 secara menyeluruh di tempat kerja, bertujuan untuk menggalakkan persekitaran kerja yang sesuai dengan keperluan fisiologi dan psikologi pekerja.

final • 11:10 AM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Jabatan akan menyiasat sebarang kes berkaitan isu kesihatan mental di tempat kerja yang dilaporkan oleh majikan, pengamal perubatan atau pekerja. Di samping itu, Garis Panduan Bagi Mencegah Tekanan dan Keganasan di Tempat Kerja 2001 turut diterbitkan bagi menggariskan tindakan bersepadu terhadap permasalahan tekanan dan keganasan yang wujud di tempat kerja. Untuk makluman Dewan yang mulia, kementerian juga bekerjasama dengan Universiti Teknologi Mara, merangka satu garis panduan berkaitan penaksiran dan pengurusan risiko kesihatan mental di tempat kerja yang dijangka akan diterbitkan pada Januari 2024. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya nak jemput Selayang.

final • 11:20 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang lengkap. Soalan tambahan saya ialah mengikut data yang saya ada, pada 2008, 4,500 OKU bekerja dengan perkhidmatan awam dan pihak swasta. Ini adalah 1.4 peratus OKU dewasa yang didaftarkan dengan pejabat kebajikan. Saya juga mendapat maklumat bahawa hanya 0.35 peratus bekerja dengan perkhidmatan awam. Ini adalah kurang daripada sasaran dasar yang dipanggil Satu Peratus Peluang Bekerja Dalam Perkhidmatan Awam Kepada Orang Kurang Upaya. Ini adalah Bilangan 16, Tahun 2010.

Adakah, apakah status kejayaan dasar ini dan langkah-langkah untuk mencapai sasaran bahawa orang kurang keupayaan dapat bekerja dengan perkhidmatan awam?

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:20 AM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan asal yang dikemukakan oleh Yang Berhormat adalah berkaitan dengan diskriminasi terhadap mereka yang mengalami ketidakupayaan dan juga mereka yang menghadapi masalah dari segi mental tetapi soalan kedua pula telah beralih kepada berkaitan dengan pengambilan pekerja OKU, terutamanya OKU ke sektor swasta dan juga sektor awam.

Untuk makluman Yang Berhormat, saya tidak dapat memberi apa-apa jawapan secara statistik sebab ini bukan hanya melibatkan Kementerian Sumber Manusia, ia juga melibatkan JPA sebab soalan Yang Berhormat adalah untuk sektor awam. Jadi,

final • 11:20 AM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Kementerian Sumber Manusia tidak mempunyai data untuk memberi jawapan yang terperinci kepada Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, saya juga berharap bahawa sama ada pihak-pihak swasta mahupun pihak awam, memberi peluang yang baik kepada sesiapa sahaja terutamanya kepada golongan OKU. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Boleh berikan jawapan tulislah.

final • 11:20 AM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

[Bangun]

final • 11:20 AM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Masjid Tanah.

final • 11:20 AM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Saya akan usahakan. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Kajian IPSOS pada awal tahun ini menunjukkan bahawa 23 peratus lelaki dan 26 peratus wanita di Malaysia mengakui melihat situasi ataupun contoh diskriminasi jantina yang berlaku di tempat kerja, termasuklah mungkin mereka mengalami masalah mental ataupun ketidakupayaan fizikal.

Dan soalan saya, apakah langkah kerajaan untuk menjamin hak dan juga peluang kepada golongan wanita khususnya, termasuk meningkatkan kecaknaan serta kepedulian organisasi ataupun majikan ataupun masyarakat tentang impak diskriminasi ini? Sebab saya dengar tadi, Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa setakat 30 September 2023, hanya lapan sahaja aduan. Ini adalah cukup kecil berbanding dengan diskriminasi yang berlaku di luar sana dan kenapa ianya tidak dilaporkan. Dan adakah ini kurangnya pengetahuan ataupun mereka khuatir untuk mengambil sebarang aduan diberikan kepada majikan? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 11:20 AM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini adalah satu soalan yang baik dan kementerian juga sangat memandang serius mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Di antara langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian bagi memastikan diskriminasi gender tidak berlaku adalah melalui pemeriksaan berkanun yang dilaksanakan oleh Jabatan Tenaga Kerja. Melalui pemeriksaan berkanun ini, pegawai-pegawai JTKSM akan hadir ke premis majikan bagi membuat pemeriksaan terhadap pemantauan undang-undang perburuhan, termasuk berkaitan dengan diskriminasi dalam pekerjaan.

Setakat September 2023 Yang Berhormat, sebanyak 20,828 tempat pekerjaan telah diperiksa. Di samping itu, JTKSM juga telah melaksanakan Program Pendidikan Perburuhan bagi memberi kesedaran kepada majikan mengenai pematuhan terhadap undang-undang perburuhan yang dikuatkuasakan oleh JTKSM. Program Pendidikan Perburuhan ini dilaksanakan dalam bentuk ceramah, dialog dan seminar. Setakat September 2023 juga, JTKSM telah melaksanakan 157 Program Pendidikan Perburuhan.

Jadi, pihak kementerian telah mengambil usaha-usaha yang patut.

Walau bagaimanapun, mungkin sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, masih belum ada kesedaran dari kalangan pekerja dan majikan yang menyebabkan mungkin ada banyak kes-kes yang tidak dilaporkan. So, saya minta kepada pihak majikan mahupun pihak pekerja atau sesiapa sahaja, untuk memberitahu kepada pihak kementerian, jika sekiranya ada apa-apa penindasan ataupun diskriminasi gender, maka ia boleh juga dilaporkan melalui satu sistem aplikasi Working for Workers. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya saya jemput Tuan Muhammad Islahuddin bin Abas, Mersing.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor lapan.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

final • 11:20 AM

8. Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan secara terperinci sejauh mana fungsi dan bidang Pusat Bencana Geologi Negara bagi menangani impak keterancaman perubahan iklim di Malaysia.

final • 11:20 AM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, bencana geologi terdiri daripada bencana-bencana seperti aliran puing, gempa bumi, lubang benam, tanah runtuh, tanah mendap, hakisan, aliran lumpur dan sebagainya. Pusat Bencana Geologi Negara (PBGN) ditubuhkan bagi menjalankan fungsi-fungsi berikut:

(i) penyelidikan berimpak tinggi menggunakan sains dan teknologi terkini dan berkepakaran tinggi berkaitan penilaian bahaya dan risiko bencana geologi;

(ii) pembangunan sistem amaran awal bencana geologi dan pemantauan berkala di kawasan-kawasan hotspot bencana geologi; dan

(iii) pembangunan modul ramalan, amaran awal dan kesedaran awam berhubung ancaman bencana geologi.

PBGN menyediakan khidmat kepakaran teknikal yang khusus dan berkompeten tinggi dalam bidang penilaian dan forensik bencana, geologi kejuruteraan, aplikasi teknologi satelit serta penderiaan jauh, analisis permodelan serta rangkaian sistem amaran awal (early warning) dengan izin, data raya dan bidang-bidang berkaitan.

Kerajaan dijangka akan mengalami kerugian yang dianggarkan sebanyak RM17 bilion dalam tempoh 25 tahun akan datang, sekiranya langkah-langkah mitigasi dan kesiapsiagaan pengurangan risiko bencana tidak dilaksanakan. Dengan penubuhan PBGN ini, pengurusan bencana geologi negara dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan bagi meningkatkan kesiapsiagaan dalam menangani impak keterancaman perubahan iklim global, mengurangkan impak bencana dan meningkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Mersing.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebagaimana yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, penubuhan Pusat Bencana Geologi sangat mustahak sebagai sistem amaran awal bencana banjir, tanah runtuh, tsunami berikutan penambahan pembangunan, bandar baru dan juga perumahan baru di Malaysia.

Soalan tambahan saya, sejauh manakah keberkesanan pengemaskinian Dasar Pengurusan Risiko Bencana dalam membantu meningkatkan daya tahan negara terhadap perubahan iklim dan bencana seperti yang digariskan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas? Ini termasuk meningkatkan keupayaan pasukan tindak balas komuniti untuk membantu proses pasca pemulihan bencana. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat. Tentang soalan yang telah dibangkitkan, tentang sejauh mana keberkesanan pelan dan rancangan yang telah kita adakan ini, izinkan saya beri secara bertulis kepada Yang Berhormat kerana dia agak detail supaya untuk menjadi rujukan Yang Berhormat Mersing.

final • 11:20 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

[Bangun]

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan, Bentong.

final • 11:20 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, kalau di – kita lihat kembali pada tahun 2007, November 2007 sehinggalah Mei 2008, berlaku beberapa kesan gegaran dan, di sekitar Bentong iaitu di Bukit Tinggi dan Janda Baik dan ia menyebabkan pengaktifan semula Garis Sesar Bukit Tinggi sejak 2007 tersebut.

final • 11:20 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah perkembangan terkini penubuhan Pusat Bencana Geologi Negara ini? Apakah juga daripada kajian di sekitar Bukit Tinggi tersebut?

final • 11:20 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih, kalau secara keseluruhan rekod dalam tempoh 100 tahun, 1923 sehingga tahun 2023, ada empat kali gempa tahap kuat, satu tahap sederhana dan 87 gempa tahap lemah yang telah berlaku dalam negara.

Tahap kuat berlaku di Sabah sebanyak empat kali. Sarawak tahap lemah dan tahap sederhana dan Semenanjung semuanya kalau untuk rekod ialah tahap lemah, ada 70 kali dalam tempoh 32 tahun, 1984 sehingga 2016.

Untuk makluman Yang Berhormat, gerak kerja penubuhan Pusat Bencana Geologi Negara kini sedang giat dilaksanakan, yang mana penyediaan kertas penubuhan PBGN sedang dimuktamadkan di peringkat Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dan ia akan diangkat untuk persetujuan Jemaah Menteri dan dirujuk ke JPA untuk urusan selanjutnya.

Seiring dengan gerak kerja penubuhan PBGN, Pelan Pengurusan Bencana Geologi Negara yang sedang dirangka juga bagi menggariskan perancangan strategik dan pelan tindakan bagi mencapai matlamat dan objektif PBGN akan disiapkan. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Menteri. Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:20 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya memohon mencadangkan bahawa Mesyuarat hari ini tidak akan ditangguh sehingga jam 7.00 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa, 17 Oktober 2023”.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

final • 11:32 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong

Saya menyokong Yang Berhormat.

final • 11:32 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang di-Pertua,..

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat – sekejap, selesaikan usul ini. Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:32 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

USUL PERKARA TERTENTU BERKENAAN KEPENTINGAN ORANG RAMAI YANG BERKEHENDAK DISEGERAKAN DI BAWAH P.M. 18(1): ISU SYARIKAT MYAIRLINE MENGGANTUNG OPERASI

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon supaya dirundingkan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) mengenai isu syarikat penerbangan MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) yang menggantung operasinya bermula pada 12 Oktober 2023 yang menjejaskan 125,000 penumpang yang sudah membuat tempahan tiket awal hingga ke Mac tahun depan.

Usul ini adalah perkara tertentu kerana syarikat MYAirline sudah pun menjual tiket penerbangan sehingga ke Mac tahun depan yang dianggarkan akan memberi kerugian sebanyak RM20 juta sekiranya tidak diganti.

Melihat kepada situasi semasa, Jerantut berpendapat perlunya ada penjelasan daripada Menteri, terutamanya dari sudut bagaimana syarikat penerbangan tambang murah ini boleh menghadapi tekanan kewangan yang ketara sehinggakan terpaksa menggantung operasinya agar dapat melaksanakan penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.

Usul ini berkehendak disegerakan memandangkan ia melibatkan imej baik negara sebagai destinasi pelancongan dunia. Lebih-lebih lagi penjualan tiket penerbangan tempahan awal ini juga telah dijual kepada penumpang antarabangsa yang ingin ke Malaysia bagi tujuan pelancongan.

Usul ini juga berkehendak disegerakan kerana seramai 125,000 penumpang telah terkesan dan menanti bayaran balik dari pihak MYAirline. Usul ini juga melibatkan kepentingan orang ramai kerana pergantungan operasi tanpa notis yang dilakukan oleh MYAirline ini bukan sahaja menjejaskan 125,000 penumpang, namun perlu kita lihat yang di dalam jumlah ini, adanya pelancong daripada dalam dan juga luar negara.

Penumpang domestik yang telah membeli tiket kapal terbang untuk ke destinasi domestik dan juga pelanggan tetap yang menggunakan khidmat MYAirline secara konsisten bagi bergerak daripada satu destinasi kepada destinasi yang lain. Sekian.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu pemberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh Yang Berhormat Jerantut pada hari Jumaat 16 Oktober 2023. Teks usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Yang Berhormat Jerantut sebentar tadi.

Bagi membolehkan perkara ini dipertimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, saya sebagai Yang di-Pertua, hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat. Syarat yang pertama ialah bahawa perkara itu tertentu. Syarat kedua ialah bagi kepentingan orang ramai dan syarat yang ketiga ialah ia berkehendak disegerakan.

Saya telah meneliti perkara ini dan mendapati:

(a) Tertentu. Perkara ini adalah perkara yang tertentu;

(b) Berkepentingan orang ramai. Ia ada bagi kepentingan orang ramai; dan

(c) Berkehendakkan disegerakan. Perkara ini juga perlu disegerakan.

Oleh yang demikian, saya membenarkan usul ini untuk dirunding pada hari ini di Kamar Khas pada jam 2.30 petang hari ini. Terima kasih.

final • 11:33 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Yang di- Pertua, terima kasih.

final • 11:33 AM
PENERANGAN DARIPADA PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 14(1)(i)
PERKEMBANGAN TERAKHIR KRISIS PALESTIN–ISRAEL

Tuan Yang di-Pertua

Penerangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan memberi penerangan berkenaan perkembangan terakhir krisis Palestin-Israel.

final • 11:33 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Lepas itu boleh tak saya 18(1).

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dijemput dengan segala hormatnya Yang Berhormat silakan.

final • 11:33 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Speaker, selepas itu boleh saya bawa 18(1)?

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Satgi, kita sambung balik 18(1). Silakan.

final • 11:33 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Alhamdulillah.

final • 11:33 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk memberikan sedikit perkembangan terakhir setelah Ahli-ahli Yang Berhormat membahaskan usul yang dibentangkan oleh TPM I, Bagan Datuk baru-baru ini. Saya ucapkan terima kasih bagi pihak kerajaan atas kesediaan keseluruhan Ahli-ahli Yang Berhormat menyatakan penegasan kita terhadap kezaliman, penindasan, pemerasan Israel terhadap Palestin, khususnya di Gaza.

Mutakhir, dengan angka yang belum penuh, hampir 3,000 kematian di pihak Palestin dan lebih 10,000 yang tercedera. Israel tidak memberikan liputan terakhir setelah beberapa hari dan kekal 1,500 terkorban dan 3,400 cedera.

Masalah ini telah merebak ke wilayah Arab, bukan sahaja Gaza yang dihentam dengan bom bertubi-tubi tanpa henti yang mengorbankan nyawa setiap minit tapi serangan Israel telah lepas ke Lebanon dan Syria.

Tentera Israel mengebom selatan Lubnan selepas serangan peluru berpandu ke atas perkampungan sempadan...

[Tidak jelas] berhadapan dengan bandar Lubnan, Aita ech Shab. Syria, Israel melancarkan serangan udara terhadap Lapangan Terbang Aleppo, Syria lewat pada hari Sabtu yang menyebabkan ia tidak dapat beroperasi.

Menteri Luar telah menghubungi negara Arab, Turkiye yang terlibat dan saya sendiri sepanjang Sabtu dan Ahad telah menghubungi ketua-ketua negara menyatakan bahawa langkah harus lebih tegas dan keras untuk menyekat kepungan menyeluruh ke atas Gaza dan arahan keras Israel memaksa rakyat Gaza meninggalkan tanah air mereka.

Pendirian kita Tan Sri Yang di-Pertua adalah jelas. Politik di Palestin ialah politics of dispossession. Tanah, harta benda mereka telah dirampas dan kita mesti kembalikan hak mereka orang Palestin ke atas tanah air mereka.

final • 11:37 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Jadi, apa yang akan berlaku ialah pada malam ini, Menteri Luar akan berlepas ke Jeddah atas undangan Putera Mohammed bin Salman, Perdana Menteri dan OIC untuk mengadakan sidang. Saya akan berlepas pada hari Khamis. Pertama, ke Riyadh untuk persidangan yang tetap di antara GCC dan ASEAN. Dan Putera Perdana Menteri Mohammed bin Salman menelefon saya beberapa hari yang lalu meminta saya sambung satu hari, 21 hari bulan supaya diadakan perbincangan dan acara rasmi di Arab Saudi.

Saya akan berbincang dengan beberapa teman lain, UAE, Qatar, Mesir dan Turkiye sama ada perlu untuk mengadakan beberapa pertemuan lain dengan pemimpin- pemimpin negara lain. Walau bagaimanapun, saya ingin menjelaskan di sini bahawa sesuatu yang lebih segera harus dilakukan. Barat, Eropah mengambil sikap kepura- puraan (hypocritical), keras terhadap Rusia dalam isu Ukraine dan mengizinkan kezaliman berterusan.

final • 11:40 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Setiap persoalan dalam pertemuan, dalam perbincangan yang mereka mahu tahu daripada kita ialah tindakan Malaysia harus mengecam Hamas. Saya beritahu bahawa kita dari segi dasar, memang ada hubungan dengan Hamas dari dulu dan ini diteruskan.

Kita tidak- oleh yang demikian, bersetuju dengan sikap mereka untuk menekan kerana Hamas juga menang di Gaza melalui pilihan raya bebas dan rakyat Gaza memilih mereka untuk memimpin.

Saya telah umumkan bantuan sepuluh dan insya-Allah, pada hari Khamis ini lengkap sebelum saya berangkat ke Arab Saudi. 100 juta yang akan disalurkan, khusus ke Gaza untuk tabung perikemanusiaan dan perubatan. Masalahnya ialah dalam perbincangan kita dengan beberapa negara, termasuk Turkiye dan maklumat daripada Mesir, apa yang dilakukan Israel adalah keengganan mereka membuka sempadan.

Jadi, ada tiga pesawat Turkiye sudah sampai ke pelabuhan dekat sempadan Gaza tetapi sempadan Rafah, Gaza itu tidak dibuka. Beberapa negara lain, Arab Saudi, UAE dan Qatar juga mengirim bantuan perubatan dan makanan tetapi tersangkut.

Kerajaan pemerintah zalim Israel telah menghalang pembukaannya. Maka, dimaklum kepada Mesir, sekiranya dibuka, akan dibenarkan- akan dipaksa rakyat Palestin, Gaza untuk keluar daripada Gaza, menyeberang.

Pihak kita mahu dibuka untuk mengirim makanan dan perubatan. Jadi, ini tidak dilakukan dan apa yang berlaku ialah disekat dan dibom kemasukan di Salah al-Din. Jadi, bantuan kemanusiaan harus disegerakan. Ini satu yang saya kata hypocritical kerana negara Amerika Syarikat dan Barat seperti tidak boleh menyatakan persetujuan untuk memberikan makanan, minuman bagi orang yang sudah cedera parah dan kehilangan semuanya. Dan beberapa kawasan Gaza telah hilang keperluan minuman, air bersih dan juga makanan. Pilihan diberikan kepada mereka, majoriti tidak diterima.

Majoriti rakyat Gaza tidak sedia meninggalkan negara mereka sendiri, tanah air, rumah mereka sendiri semata-mata untuk memenuhi selera rejim Israel. Saya telah bagi mandat penuh kepada Menteri Luar untuk berbincang dan mengambil keputusan. Apa sahaja yang mungkin untuk menyegerakan bantuan kemanusiaan dan apa juga tindakan yang disepakati oleh negara-negara jiran supaya dapat dilaksanakan tindakan ini dengan lebih berkesan.

Saya jua telah diberi perakuan kepada ketua-ketua negara yang telah mengundang kita untuk bersama. Seandainya perlu, bahawa Malaysia akan bersama dengan rakan-rakan kita, jiran-jiran dan negara Arab dan juga negara-negara lain yang lebih menunjukkan simpati mereka, kefahaman mereka, termasuk Rusia dan China. Bila ditanya, apakah kita bersetuju dengan tindakan bagi mana-mana pihak untuk mencederakan wanita atau kanak-kanak? Pendirian kita jelas, tanpa mengira siapa, kita tidak bersetuju dengan apa-apa langkah yang mengenai orang-orang yang tidak berdosa.

Tetapi dalam hal ini Tan Sri Yang di-Pertua, jika tidak ada tindakan tegas, ia akan jadi satu genocide war. Kalau di Asia Tenggara, kita faham dengan killing fields. Apa yang akan berlaku di Gaza dalam beberapa hari ini, kalau dunia tidak berupaya ialah dunia mengizinkan pembunuhan ramai-ramai ke atas rakyat Gaza dan Palestin.

Saya ingin hanya menyatakan bahawa sudah sampai ketikanya di mana Kerajaan Malaysia dengan dukungan yang diberikan, akan bersama dengan rakan-rakan untuk melakukan apa sahaja yang perlu. Saya harap Tan Sri Yang di-Pertua faham apa yang dimaksudkan dalam perbincangan-perbincangan kita ini dengan wakil-wakil negara itu, nampak keresahan itu sudah meluap dan nampak sudah ada jalan buntu, terutama kerana Israel diberi dukungan penuh oleh Amerika Syarikat dan Eropah.

Ada di Malaysia juga yang menyatakan suara bahawa kita enggan menghantarkan pasukan tentera. Pimpinan tentera minta saya sampaikan, adalah tidak adil untuk mana-mana kalangan dalam penyampaian mesej mereka, di dalam tazkirah mereka untuk menyinggung hal ini. Ini bukan keputusan kita boleh hantar dengan mudah.

Mahu hantar tentera, termasuk pendamai atau keamanan ataupun koridor kemanusiaan, itu mesti disepakati oleh negara-negara jiran. Kalau tidak, pesawat kita tidak boleh land.

Jadi, saya minta supaya ada kefahaman, jangan dikelirukan rakyat. Kalau apakah dikatakan perlu, kita sepakat sebagai suatu komuniti ummah bersama dengan rakan-

final • 11:40 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

rakan kita dan jiran untuk memutuskan apa sahaja yang perlu untuk menyelamatkan rakyat daripada terus dizalimi dan jadi mangsa kepada kekejaman rejim Israel.

Saya ingin sekali lagi mengulangi penghargaan saya kepada Tan Sri dan rakan- rakan. Dan peringkat awal ini, Menteri Luar akan mewakili kita untuk menyampaikan pandangan kita dengan satu matlamat iaitu menyelamatkan keadaan sekarang. Dan keduanya, mengambil langkah-langkah apa sahaja yang perlu dan saya akan susuli di Riyadh. Dan sekiranya perlu, saya akan bantu rakan-rakan di sana untuk membantu mereka mencari penyelesaian yang baik. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 11:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat...

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya meneruskan apa yang saya hendak cakapkan, saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri. Dan saya tidak akan membenarkan untuk dibahaskan kerana kita telah pun bahas isu ini. Dan dari masa ke semasa, insya-Allah kita mengharapkan Perdana Menteri akan memberikan penerangan apa yang mutakhir terjadi di sekitar kita. Dan insya-Allah mungkin selepas kembalinya beliau daripada mesyuarat nanti.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baiklah Yang Berhormat...

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya bangun di bawah 18(1).

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, saya hantar beberapa usul.

Saya ucap terima kasih. Speaker dah jawab dua iaitu yang pertamanya ialah tentang kejatuhan nilai wang ringgit, nilai Ringgit Malaysia telah pun dijawab. Kemudian, usul membincangkan penyalahgunaan kuasa universiti awam dalam kempen politik pilihan raya negeri baru-baru ini.

Kemudian, ada dua lagi usul yang tidak dijawab ialah iaitu berhubung dengan pengambilan jururawat dan juga tukang gunting daripada luar dan lagi satu ialah usul membincangkan kebanjiran warga asing yang telah tamat tempoh pas lawatan. Sebab ini, Laporan Audit 2018 menunjukkan 100,000 orang tidak keluar. Tidak tahu ke mana. Ini 2018. Sekarang 2022.

Saya rasa ini perlu disegerakan dan yang ketiga, saya akan bawa usul besok 18(1) berhubung dengan keputusan Yang Berhormat Speaker, perkara 35(1) iaitu tidak membenarkan menggunakan gadget, dengan izin. Padahal, kalau Yang Berhormat tidak tengok Speaker, saya boleh pasang gadget itu menghadap Speaker. Sebab apabila Perdana Menteri bentangkan bajet baru-baru ini, dia baca prompter. Dia tengok benda itu sahaja. Kalau setengah orang kita pakai iPad, dia akan tengok benda itu.

Jadi, tidak pernah sekali masa saya memandang Speaker. Malah, saya orang paling banyak pandang Speaker, daripada orang-orang lain. Orang lain dia kurang sikit.

Jadi, saya paling banyak. Jadi, tidak wajar dibawa peraturan demikian rupa, Yang Berhormat. Kami tidak ada sumber medium lain. RTM tentu tak masuk ke muka kami.

Mungkin tidak berapa handsome macam mereka. Macam Menteri Ekonomi.

final • 11:50 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya, okey saya faham. Saya faham.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tapi, kalau Yang Berhormat kata YouTube? Bererti Yang Berhormat telah kempen. Itu aplikasi...

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita. Baik.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, sekarang ini TikTok, saya nak kena bawa usul ini sebab Menteri Ekonomi kata, “Kalau bagi peruntukan, nanti bayar kepada TikTokers.” Ini ialah sesuatu merupakan reform Parlimen yang undur ke belakang, bukan ke depan Yang Berhormat. Saya minta maaf Yang Berhormat. Saya cakap benda ini sebab Yang Berhormat seorang yang baik. Tapi, saya minta tolong pertimbangkan

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

balik. Kalau tidak benarkan buh sini, kita bubuh dekat sini. Sebab, kita menghadap Speaker. Orang lain tidak pandang. Saya akan pandang Speaker sampai habis. Orang lain, macam Hulu Langat pandang kiri kanan, rata satu Malaysia. Saya akan pandang Speaker sahaja.

Jadi, oleh kerana yang ini saya minta, saya akan bawa besok 18(1).

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tapi, kalau Yang Berhormat boleh bawa perubahan dalam jawatankuasa yang akan dibincangkan besok, termasuk Muar di antara mangsa yang akan menghadapi perkara ini.

[Ketawa] Jadi, saya minta supaya dipertimbangkan.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya bukan, kami ada apa? Inilah yang ada pada kami. Yang lain, peruntukan tidak dapat. Semua tidak dapat. Inilah yang ada Yang Berhormat. Jadi, kalau yang ini juga nak dihalang bererti bukan lagi ada reform Parlimen. Tak madani lah kita.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, saya minta dipertimbangkan.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya...

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih. Sebab saya tidak mahu ganggu masa Ketua Pembangkang untuk berucap.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Tan Sri Speaker. Boleh?

Susulan. Satu tambahan. Cadangan. Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya faham sekatan baharu yang telah pun dimaklumkan pagi tadi. Tetapi, jikalau saya boleh beri cadangan iaitu sebelum sekatan itu dikenakan, mungkin kita tangguhkan dahulu keputusan itu sampai perkara ini dibincangkan dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Janji ada unsur dwipartisan dan supaya perkara ini dapat dirundingkan juga wakil- wakil pembangkang dan kerajaan dengan pejabat Tan Sri Speaker. Kerana kalau lihat peraturan yang diguna pakai, ia peraturan berkaitan perlu pandang dan address, dengan izin Tan Sri Speaker yang selama ini saya rasa kita memang pandang dan address Tan Sri Speaker apabila berucap.

Saya berharap ini dapat dipertimbangkan. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Insya-Allah. Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di depan Majlis...

final • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tuan Speaker, Tuan Speaker.

Satu lagi.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oh, ya.

final • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tuan Speaker, ini berkenaan dengan satu usul yang saya buat pada 9 Oktober tempoh hari.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya telah hantar kepada Tuan Speaker dan pada hari yang sama, saya menerima satu salinan surat daripada Tuan Speaker kepada Yang Amat Berhormat Ahli Parlimen Tambun dan minta penjelasan di atas usul saya, 36(6) dan 36(12) untuk rujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

final • 11:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, saya penjelasan. Saya minta sama ada ianya telah memberi jawapan sebelum 13 hari bulan tempoh hari. Dah ada jawapan atau pun belum?

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya akan check balik ya. Saya akan check. Baik, terima kasih. Silakan Setiausaha.

final • 11:50 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2024 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2024

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2024 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari sembilan puluh dua bilion ringgit

(RM92,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2024, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 34 Tahun 2023, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [13 Oktober 2023]

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ahli Yang Berhormat, masalah di depan Majlis ialah bahawa rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada sebuah Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibacakan kali yang kedua sekarang dan masalah bahawa usul di atas nama Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis sekarang. Kedua-dua masalah tersebut terbuka untuk dibahas.

Ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bermulanya perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2024. Sebelum saya memanggil Yang Berhormat untuk berucap, saya ingin memaklumkan bahawa Yang Berhormat Ketua Pembangkang diperuntukkan selama 90 minit untuk perbahasan, diikuti Ahli daripada penyokong kerajaan selama juga 60 minit diperuntukkan dan seterusnya, 15 minit bagi pembahas-pembahas yang lain. Ketua-ketua parti pula, akan diberikan masa 20 minit.

Baik, dengan segala hormatnya saya menjemput Ketua Pembangkang Larut, 90 minit. Silakan.

final • 11:50 AM

Seorang Ahli

Ahli biasa?

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kerana diberikan masa yang agak baik untuk kita membahaskan usul belanjawan pada tahun ini. Alhamdulillah, [Membaca sepotong ayat al-Quran] seawal dan seafdalnya marilah kita merafakkan rasa syukur setulusnya kepada Allah SWT pemilik zat yang berkuasa ke atas seluruh alam ini.

Demikian juga limpahan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, Rasul

final • 11:57 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

pilihan yang menjadi penyuluh kepada sekalian umat, agar kita semua teguh menolak kebatilan dan gagah mempertahankan kebenaran.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, selepas saya mendengar apa yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Tambun sebentar tadi, saya juga ingin mengambil kesempatan ini bagi mewakili Perikatan Nasional, sekali lagi ingin merakamkan sokongan serta dokongan sepenuh jiwa raga terhadap perjuangan suci rakyat Palestin dalam menuntut erti sebuah kebebasan dan juga nikmat kemerdekaan.

[Tepuk] Setelah sekian lama mereka dizalimi, dianiayai serta ditindas rejim haram aparteid Israel.

Konflik terbaru ini seperti yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Tambun tadi akar puncanya adalah Zionis. Siri pengeboman ke atas Gaza sejak dua minggu lalu meragut hampir lebih atau meragut hampir 3,000 nyawa. Manakala, lebih 9,000 lagi cedera. Ini adalah perbuatan genocide ke atas rakyat Palestin yang wajib ke atas kita semua menentangnya dengan sekuat-kuat iman dan atas nilai kemanusiaan sejagat.

[Tepuk]

final • 11:57 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

[Bangun]

final • 11:57 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan melalui Yang Amat Berhormat Tambun tadi yang akan menentukan supaya Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang akan sentiasa menyokong apa sahaja yang diperlukan oleh rakyat Palestin. Tahniah dan syabas sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Tambun.

final • 11:57 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Larut, Palestin. Tuan Yang di-Pertua, sementara Perdana Menteri berada di dalam Dewan, saya senada dengan Yang Berhormat Ketua Pembangkang, kalau boleh pihak kerajaan juga lihat beberapa perkara yang mungkin tidak sebesar yang dibayangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi, keputusan segera mungkin perlu diambil.

Contohnya, kebetulan Yang Berhormat Menteri Pendidikan pun ada dalam Dewan, penyertaan Malaysia dalam Frankfurt Book Fair, ada dua masalah. Pertama, mereka membatalkan majlis anugerah kepada seorang novelis wanita Palestin Adania Shibli dan yang kedua Pengarah Frankfurt Book Fair membuat kenyataan yang berbaur sokongan solidariti kepada Israel.

Kalau belum ada keputusan, saya cadangkan tarik penyertaan, boikot Frankfurt Book Fair. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, saya benarkan sahabat saya Tok Guru Yang Berhormat Marang.

final • 12:00 PM

Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang - Marang

Assalamualaikum, saya ingin memberi sedikit pencelahan, peringatan. Di sana ada beberapa tindakan Israel yang mempermain-mainkan isu Asia Barat. Kononnya untuk penyelesaian damai tetapi menangguhkan damai seperti penyelesaian dua negara (two-state solution). Satu, untuk Arab Palestin dan untuk Israel.

Yang kedua ialah berusaha supaya negara Arab dan Islam melakukan normalisasi mengiktiraf Israel. Dalam keadaan Israel sendiri tidak menerima semua perkara-perkara ini, two-state solution, walaupun sudah dipersetujui. Perundingan acap kali dibuat namun penghijrahan orang-orang Yahudi terus dilakukan ke Palestin.

Dalam keadaan mereka merampas rumah orang Palestin, kebun, kedai dan sebagainya, merompak. Bila mana tentera Israel, dalam masa yang sama juga memujuk negeri Islam supaya – [Tidak jelas] ...Israel, sekarang negara Barat membantu bertali arus hantar senjata, Amerika hantar kapal perang, kapal induk untuk berperang sama. Ini satu sikap berpura-pura yang saya hendak peringatkan kita jangan terjebak dengan permainan ini.

final • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, ini membuktikan bahawa kami di sebelah sini akan sentiasa menyokong apa yang diambil, pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk membantu rakyat Palestin dalam perjuangan ini.

[Tepuk]

final • 12:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Sedikit sahaja, seminit. Muar di belakang.

final • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sila. Sila.

final • 12:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih. Yang Berhormat Ketua Pembangkang, apabila Rusia menyerang Ukraine dengan adanya laporan bahawa Rusia menyekat pembekalan makanan, minuman dan elektrik.

Ukraine sebagai sebuah negara walaupun bukan negara a member state of the ICC, (Mahkamah Jenayah Dunia) telah pun merujuk Rusia kepada Mahkamah Jenayah Dunia dan selepas itu ada tindakan susulan di mana Presiden Putin jikalau dia jelajah ke beberapa negara, dengan izin, member state ICC, boleh ditangkap dan diheret ke Mahkamah Jenayah Dunia.

Cadangan saya di sini jikalau perkara yang sama dapat dilakukan kepada Rusia, adakah Kerajaan Malaysia bercadang apabila berjumpa dengan negara-negara OIC kerana negara-negara OIC ini juga dan negara-negara majoriti Islam, banyak juga yang merupakan ahli Mahkamah Jenayah Dunia seperti Tunisia dan Jordan.

Wajarkah kita mencadangkan supaya Mahkamah Jenayah Dunia mengenakan sekatan tindakan ke atas Presiden Benjamin Netanyahu dan juga Menteri Pertahanan Israel yang jelas mengatakan bahawa mereka akan menyebabkan kebuluran rakyat Palestin dengan sekatan ke atas elektrik, makanan dan minuman. Ini adalah jenayah dunia. Negara-negara Islam perlu bersatu untuk merujuk jenayah Israel ini supaya tindakan diambil melalui the rule of law. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Muar. Tuan Yang di- Pertua, masukkan semua yang dikatakan oleh ketiga-tiga Ahli Parlimen tadi untuk dipersoalkan dan juga cadangan-cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan bahawa kami sentiasa menyokong atas pendekatan yang baik yang dibuat oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada firman Allah dalam Surah Yusuf, Ayat 43 hingga 49, Allah SWT mengingatkan kita supaya menyediakan payung sebelum hujan.

Dalam konteks sebuah negara, siapa jua yang dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin, wajib ke atasnya melakukan perancangan dan persiapan agar rakyat serta negara yang dipimpin mampu terus sejahtera dalam mendepani cabaran dari semasa ke semasa baik dari dalam dan dari luar negara.

Dalam soal memilih pemimpin, Allah SWT berfirman menerusi Surah An-Nisa Ayat 58 yang mafhumnya tanggungjawab untuk memikul sesuatu amanah itu mestilah diberikan kepada mereka yang benar-benar layak. Jatuh bangun sesebuah negara bangsa itu terletak pada pemimpinnya yang mempunyai sifat Al-Qawiyyul Amin. Pemimpin yang bijaksana dan amanah, inilah yang akan menjamin masa hadapan negara dan anak bangsa.

Di Malaysia, alhamdulillah rakyat hidup rukun damai tanpa sengketa. Janganlah sesekali ada pemimpin yang merosakkan perpaduan dan keharmonian di antara rakyat.

*Anak kecil riang tertawa, Main bersama di tepi titi, Ikatan kasih bersulam jiwa, Ibarat rambut bersimpul mati.

[Tepuk]* Hari ini saya membahaskan Belanjawan 2024 dalam kerangka dan sudut pandang Perikatan Nasional yang membawa bersama denyut nadi serta suara keluh kesah majoriti rakyat. Sementelah Perikatan Nasional sendiri mempunyai pengalaman mentadbir dengan rekod perkhidmatan sebagai kerajaan yang prihatin.

[Tepuk] Perikatan Nasional mengharapkan unjuran KDNK antara empat hingga lima peratus yang disasarkan kerajaan dalam Belanjawan 2024 ini merupakan sesuatu yang

final • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

boleh dicapai. Beberapa langkah yang dibentangkan adalah merupakan inisiatif yang baik.

Sebagai pembangkang bertanggungjawab, Perikatan Nasional akan sentiasa menyokong mana-mana inisiatif yang baik demi masa hadapan rakyat dan negara.

Walaupun begitu, kerajaan perlu sentiasa meningkatkan usaha dalam menstrukturkan semula ekonomi ke arah yang lebih progresif dengan penyertaan masyarakat secara menyeluruh di semua peringkat. Tuan Yang di-Pertua, kita sedar umumnya belanjawan akan sentiasa meningkat dari setahun ke setahun.

Belanjawan 2024 yang memperuntukkan sejumlah RM393.8 bilion adalah belanjawan yang tertinggi setakat ini. Tahniah! Malangnya, hanya RM90 bilion sahaja yang diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan. Apabila dilihat dengan lebih teliti, peratus peruntukan pembangunan bagi Belanjawan 2024 adalah sebanyak 23 peratus dan peratusan ini adalah hampir sama dengan peratus perbelanjaan pembangunan bagi belanjawan tahun 2023.

Melalui Belanjawan 2024 ini, Kerajaan Madani dilihat lebih bersungguh mahu mengejar kadar defisit fiskal yang lebih rendah berbanding menyediakan satu belanjawan yang membantu rakyat dan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. Apa guna berbangga dengan penurunan kadar defisit fiskal, penurunan kadar inflasi dan penurunan kadar pengangguran tetapi realiti sebenar yang dialami oleh rakyat di bawah sana adalah amat berbeza sekali.

final • 12:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Strategi pengurusan defisit fiskal dalam belanjawan ini pastinya mempunyai hubung kait dengan pengurusan hutang serta liabiliti yang ditanggung kerajaan. Ini pastinya yang mendorong kerajaan untuk mengurangkan peruntukan bagi pemberian subsidi dan perbelanjaan pembangunan. Persoalannya, apakah pendekatan ini merupakan sesuatu yang baik kepada sebuah negara kecil yang sedang membangun, dan juga mahu keluar daripada perangkap negara berpendapatan menengah, atau middle-income trap?

Apakah strategi ini boleh menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran ekonomi negara?

Belanjawan 2024 seharusnya dirangka dengan mengambil kira strategi pengurusan hutang yang bertanggungjawab, bukannya hanya ghairah mengejar angka makroekonomi defisit fiskal semata-mata.

Adakah penting untuk mewujudkan perasaan- adalah penting. Adalah penting untuk mewujudkan perasaan- feel good dalam kalangan rakyat bahawa mereka mempunyai wang yang cukup untuk dibelanjakan kerana ini boleh meningkatkan pasaran domestik dan merancakkan ekonomi negara. Jangan kita lupakan kisah sebuah keluarga yang terpaksa tinggal dalam kereta akibat kesempitan hidup. Adalah amat menyedihkan, membayangkan bagaimana perasaan mereka apabila didendang secara berlebihan- naratif bahawa subsidi yang sepatutnya mereka nikmati, bantuan terpaksa dicatur demi untuk menurunkan angka defisit fiskal negara. Pengurusan fiskal yang bijaksana mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. Memastikan rakyat dapat menikmati limpahan ‘kek ekonomi’ dengan lebih adil melalui pengurusan subsidi dan bantuan kerajaan yang lebih efisien.

Tuan Yang di-Pertua, Perikatan Nasional bimbang dengan intonasi dan naratif Yang Amat Berhormat Tambun dalam pembentangan Belanjawan 2024 yang memberikan gambaran negatif kepada golongan kaya. Saya hairan, sudah acap kali Yang Amat Berhormat Tambun melabelkan mereka sebagai ‘golongan maha kaya’ yang seolah-olah melakukan banyak kesalahan.

Apa salahnya kerajaan merangkul dan menggarap penyertaan semua pihak termasuk golongan ahli perniagaan yang berjaya dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara...

[Tepuk] Terutamanya dalam usaha menarik pelaburan luar dan mencipta peluang pekerjaan kepada rakyat...

final • 12:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Er, Larut...

final • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Realiti hari ini menyaksikan bahawa pembahagian ‘kek ekonomi’ antara pekerja dan syarikat di Malaysia adalah pada tahap yang rendah di mana pekerja hanya menikmati 32 peratus ‘kek ekonomi’ berbanding pihak syarikat yang menikmati 67 peratus daripada ‘kek ekonomi’.

final • 12:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Larut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan isu maha kaya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membentang bajet sebanyak dua kali. Yang pertama pun disebut perkataan ‘maha kaya’. Baru ini pun ‘maha kaya’ juga. Jadi, seolah-olah masyarakat memahami bahawa maha kaya di Malaysia ini adalah satu dosa.

Jadi dalam masa yang sama, kerajaan memohon bantuan daripada golongan maha kaya ini untuk membantu masyarakat. Apa pandangan Larut? Apakah, berapa sisi kah Yang Amat Berhormat Tambun ini? Dalam masa yang sama menghentam golongan maha kaya, dalam masa yang sama juga memohon bantuan, menadah tangan untuk bantuan daripada maha kaya. Apa pandangan Larut? Terima kasih

final • 12:10 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Alor Setar sambung, Larut? Terima kasih Yang Berhormat Larut.

Memetik tentang naratif maha kaya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyebut- memberi naratif yang agak negatif kepada maha kaya. Sebelum ini juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyebut nak menoktahkan kemiskinan. Setelah kita noktahkan kemiskinan, orang itu akan ada pendapatan dan akan jadi kaya. Jadi, kemiskinan pun kita nak noktahkan. Maha kaya pun tak boleh. Jadi, sebenarnya kita nak capai apa? Miskin tak boleh. Kaya tak boleh. Ini kita nak apa sebenarnya?...

[Tepuk] Mohon penjelasan Yang Berhormat Larut. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Pertambahan sedikit. Setujukah Yang Berhormat Larut supaya Yang Amat Berhormat Tambun menyenaraikan golongan maha kaya yang disebutkan supaya nanti kalau kita perintah, kita boikot terus...

[Ketawa]

final • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, di atas apa yang dibangkitkan oleh rakan-rakan saya tadi. Saya kira “maha kaya” yang dimaksudkan adalah mereka yang mungkin melanggar perkara-perkara yang tidak perlu saya sebutkan di sini, tetapi mendapat hasil yang boleh menyebabkan perasaan tidak senang rakyat di seluruh negara. Itu saya mengharapkan yang sedemikian rupa. Siapa yang saya sebutkan tadi dalam realiti menyaksikan bahawa pembahagian kek ini...

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Larut.

final • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Peratusan bahagian pampasan pekerja kepada KDNK sebagai contoh, atau CEGDP ini adalah amat membimbangkan jika dibandingkan dengan peratusan pembahagian ‘kek ekonomi’ negara yang lebih. Jadi, ini saya mahu kerajaan melihat ini semua kerana di Korea Selatan sebagai contoh, ‘kek ekonomi’ ini atau CEGDP ini ratio-nya 48 peratus pekerja, 42 peratus syarikat. Afrika Selatan, 47 peratus pekerja, 46 peratus syarikat.

Justeru, kerajaan seharusnya memujuk para pemilik atau pengusaha perniagaan atau maha kaya untuk membahagikan ‘kek ekonomi’ hasil perniagaan mereka dengan adil, bukannya mewujudkan perasan tidak senang antara pekerja dan syarikat.

Walau bagaimanapun, Perikatan Nasional tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang memperoleh kekayaan hasil daripada kegiatan ekonomi gelap seperti rasuah...

[Tepuk] Judi, dadah dan mana-mana aktiviti yang tidak bermoral dan merugikan negara...

[Tepuk]

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Yang Berhormat Larut.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak tambah sedikit. Bajet ini macam bajet drama Tamil. Berlakon hentam orang kaya, tapi kawan dengan orang kaya. Dalam masa yang sama, seolah-olah membela golongan orang susah yang ada dalam negara ini, tapi dalam bajet ini, daripada cukai enam persen, naik lapan persen. Dua persen ini unjurannya berapa tak habaq. Kita nak tahu, berapa perolehannya? Kalau takat 1 bilion pada sebuah negara, supply chain dia menekan rakyat. Akhirnya, rakyat yang terpaksa membayar

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

semua kos daripada dua persen kenaikan cukai ini. Jadi, saya nampak macam drama Tamillah bajet ini. Macam mana pandangan apa ini- Larut?

final • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang Berhormat Pendang, kita tak payahlah begitu sekali anggapan kita sebab saya yakin daripada ucapan Yang Amat Berhormat Tambun, saya nampak akhir-akhir itu memohon supaya kita dapat kerjasama untuk menentukan negara ini dibangun dengan lebih baik dan adil...

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sekejap, sedikit Larut.

final • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi...

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Larut. Larut. Larut, tadi tak habis itu sebab itu...

final • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tak apa. Tak apa.

final • 12:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sebenarnya macam ini...

final • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tak apa. Tak apa. Duduk dulu. Duduk dululah.

final • 12:10 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Biar saya ulas sedikit.

final • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi- nak pula. It’s okay.

final • 12:10 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya lihat- kalau kita lihat zaman Nabi SAW, ada beberapa tokoh yang kita kategorikan maha kayalah. Abdul Rahman bin Auf. Sekali meniaga dengan 700 ekor unta. Bayangkan 700 kontena sekali pergi business. Sayidina Uthman bin Affan. Persoalannya ialah kalau kita lihat dari segi data yang ada, golongan maha kaya atau golongan kaya ini dia menyumbang kepada- sumbangan besar kepada pembangunan negara. Persoalan kita ialah, berapa persen sumbangan golongan maha kaya, atau T20 kepada ekonomi negara? Mungkin boleh.

final • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih. Saya minta supaya kerajaan dapat menjawab berapa peratus daripada sumbangan T10 cukup, untuk menunjukkan bahawa mereka dapat membantu dari segi pembangunan ekonomi negara.

final • 12:10 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah negara perdagangan yang sedang membangun, Belanjawan 2024 seharusnya bersifat mesra pertumbuhan atau pro-growth, mesra perniagaan atau pro-business, dan mesra rakyat atau pro-people. Kerajaan harus terus melaksanakan perancangan yang teliti dan penambahbaikan bagi memudahkan para pelabur, pelabur asing terutamanya, untuk memperoleh akses kepada insentif dan kemudahan-kemudahan tertentu agar mereka dapat meningkatkan pelaburan mereka dari semasa ke semasa.

Pendekatan seperti ini merupakan pendekatan ekonomi yang telah pun dan akan terus dibawa oleh Perikatan Nasional. Ianya penting bagi merancakkan pertumbuhan negara, sekali gus mencipta lebih banyak peluang, lebih banyak peluang perniagaan dan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat.

Alhamdulillah, pendekatan mesra pelabur dan perniagaan semasa Perikatan Nasional menjadi kerajaan telah terbukti membuahkan hasil yang lebih baik, di mana jumlah pelaburan asing atau foreign investment dalam tempoh separuh tahun 2022 berjumlah RM90.6 bilion adalah jauh lebih tinggi daripada tempoh yang sama pada tahun 2023, iaitu sebanyak RM63.3 bilion.

final • 12:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

final • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Selain itu, jumlah modal pelaburan atau total capital investment yang diluluskan bagi tempoh separuh pertama tahun 2022,...

final • 12:20 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

[Bangun]

final • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Januari hingga Jun iaitu sebanyak RM134.4 bilion juga mencatatkan penurunan berbanding RM132.6 bilion yang direkodkan bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.

final • 12:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Mohon mencelah, Yang Berhormat Larut.

final • 12:20 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Minta celah. Petaling Jaya.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Angka-angka ekonomi ini adalah amat membimbangkan apabila data Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA – Ini adalah angka-angka yang dipetik daripada MIDA sendiri yang menunjukkan ekonomi negara sedang berdepan dengan masalah penyusutan nilai pelaburan asing sebanyak 30.1 peratus.

final • 12:20 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Petaling Jaya.

final • 12:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Larut.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sekejap.

final • 12:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya. Terima kasih, Yang Berhormat Larut.

Saya agak curiga dan juga ingin mengetahui sebenarnya daripada Yang Amat Berhormat Tambun, beberapa pengumuman pelaburan yang diumumkan seperti Tesla contohnya...

[Menunjukkan sekeping artikel] “July 14th: Tesla will bring tens of thousands of skilled job opportunities”, tapi bila kita lihat di New York baru-baru ini, Perdana Menteri Thailand yang baru, Thavisin, yang mengumumkan Tesla akan membawa, membuka kilang gigafactory-nya. Jadi, di mana sebenarnya pelaburan yang akan menghasilkan puluhan ribu peluang pekerjaan berkualiti di bawah Ekonomi Madani?

Dan saya tengok laporan daripada South China Morning Post- ini penjelasan daripada Timbalan Menteri Pelaburan Indonesia, Septian Hario Seto. Mereka tidak merisaukan tentang Tesla di Malaysia kerana bagi Indonesia, mereka kata, ianya hanyalah untuk sales dan distribution. Bukan manufacturing battery, seperti yang dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Tambun.

Jadi, Yang Berhormat Larut, apakah ini satu janji overhyped daripada Kerajaan Madani tentang pelaburan yang berkualiti tinggi?...

final • 12:20 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Petaling Jaya sambung, mencelah.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sebab itulah saya merasakan bahawa apa yang kita ingin lakukan adalah satu pendekatan yang agak berbeza. Bila kita sebut tentang foreign investment yang ingin dibawa masuk itu, jangan kita cerita sesuatu yang sedap didengar tapi akhirnya tidak menguntungkan kita sama sekali.

final • 12:20 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Okey, terima kasih. Tadi, disebut bahawa di pihak Perikatan Nasional tidak akan sama sekali bersetujui dengan kegiatan yang tidak bermoral untuk membangunkan ekonomi.

Soalan saya adalah, adakah cara pembangunan ekonomi Perikatan Nasional dibuat melalui dengan penambahan cabutan khas perjudian yang berlangsung, yang dinaikkan daripada lapan kali kepada 22 kali semasa pemerintahan Perikatan Nasional?

final • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih, Petaling Jaya. Mungkin sebab itu menyebabkan Yang Berhormat Senator Zafrul diambil, dan ditukarkan ke Kementerian MITI...

[Tepuk]

final • 12:20 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Collective responsibility. Yang Berhormat Larut, Kabinet ada collective responsibility, dengan izin. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, sudah lama negara ini dibelenggu perangkap negara berpendapatan menengah...

final • 12:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan, Larut. Minta laluan, Larut. Tuan Yang di-Pertua, minta laluan daripada Larut.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Iaitu middle-income trap. Malaysia memerlukan enjin pertumbuhan ekonomi yang baru serta perubahan dalam kerangka dan hala tuju ekonomi untuk membolehkan potensi sebenar ekonomi dioptimumkan. Adalah

final • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

menjadi harapan Perikatan Nasional untuk melihat ekonomi negara ini membangun sehingga diiktiraf sebagai paksi ekonomi dalam rantau ini sebelum tahun 2030.

Sehubungan itu, Perikatan Nasional menyeru kerajaan. Kita seru kerajaan untuk memberikan perhatian khusus kepada sektor-sektor ekonomi yang berpotensi untuk dijadikan enjin baru pertumbuhan negara. Ini termasuklah ekonomi masa hadapan, ekonomi digital, pendidikan, pelancongan, pertanian moden dan industri bernilai tinggi.

Ya.

final • 12:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih, Yang Berhormat Larut. Yang Berhormat Larut tadi sebut figures pelaburan yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Banyak sekali.

Pengalaman saya dalam pelaburan dan industri ini, kadang-kadang syarikat- syarikat yang nak melabur, dia akan pledge. Dia kata nak melabur RM20 bilion, RM10 bilion tapi akhirnya, sebenarnya, figure itu tak sepertinya figure yang sebenar. Jadi, yang penting ialah Yang Berhormat Larut ialah, kita perlu lihat kepada figures yang terakhir yang diumumkan oleh MIDA setiap tiga bulan- quarterly sehingga satu tahun. Barulah kita tahu apakah sebenar jumlah pelaburan yang diterima, Larut. Itu amat penting sebab kalau kita dengar dari segi apa Yang Amat Berhormat Tambun sebut, kita memang *shocked.

Figures*-nya amat tinggi.

Lagi satu, Yang Berhormat Larut, cerita tentang nak meningkatkan ekonomi negara, GDP dan sebagainya. Saya kurang faham kenapa kerajaan hanya menumpukan terhadap industri pembuatan semata. Sebenarnya, kalau kita nak menjadi sebuah negara yang maju, sumbangan daripada sektor perkhidmatan mestilah tinggi juga lebih daripada 60 peratus.

Semua negara maju dalam dunia, sektor perkhidmatan mesti tinggi 60 peratus, 70 peratus manakala pembuatan- 30, 40 peratus tapi tak disebut dalam bajet ini dan juga dalam Rancangan Malaysia yang Kedua Belas yang dikaji semula tentang sektor perkhidmatan. Boleh Larut berikan respons kepada ini?

final • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Okey. Akan kita sebut nanti dalam hujah-hujah yang akan dibangkitkan oleh semua Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sambung. Kerajaan harus berpandangan jauh dengan memberikan tumpuan khas kepada ekonomi karbon sebagai contoh, yang merupakan komoditi baru dalam rantaian ekonomi global. Industri ekonomi masa hadapan berkaitan karbon ini mempunyai potensi luar biasa dengan keupayaan untuk mewujudkan hampir 50,000 peluang pekerjaan baru dalam bidang berkaitan.

Justeru itu, Perikatan Nasional menyeru agar kerajaan memberikan tumpuan khusus Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB) 2021-2030 yang dirangka oleh Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini agar Malaysia boleh muncul sebagai peneraju industri karbon dan tidak hanya menjadi sekadar pengguna semata-mata.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Komitmen serius kerajaan dalam melaksanakan pelan tindakan ini mampu mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 51,000 kilo tan minyak setara bersamaan dengan potensi pengurangan pelepasan karbon sebanyak 165 juta tan menjelang 2030.

Industri ini menawarkan peluang yang cukup besar untuk direbut terutamanya dalam aspek carbon credit yang sememangnya dikenal pasti sebagai salah satu enjin pertumbuhan baharu ekonomi negara pada masa hadapan. Selain itu, Malaysia juga dilimpahi dengan kekayaan sumber asli baharu seperti sumber nadir bumi bukan radioaktif

(NR-REE) yang bernilai melebihi RM800 bilion...

final • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Larut.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

REE merupakan komponen terpenting dalam penghasilan semikonduktor berteknologi tinggi yang bahagian penting dalam menghasilkan penghasil super charger, super battery dan super magnet.

final • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih, Larut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

[Bangun]

final • 12:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya tertarik bila disebut berkenaan dengan REE ini. Pendapatan negara pada tahun lepas, RM303.2 bilion. Unjuran pada tahun ini, RM307.6 bilion. Maknanya ada disparity di situ, appreciate dia lebih kurang RM4.4 bilion. Dan RM4.4 bilion ini juga termasuk dua percent yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam kenaikan untuk cukai SST baru-baru ini.

Jadi, apalah masalah? Adakah Larut bersetuju- rakyat yang menanggung sekarang ini. Dua persen ini rakyat yang menanggung berdasarkan supply chain yang berlaku. Adakah Larut bersetuju apabila saya katakan REE ini khususnya di Kedah, kerajaan sepatutnya mengambil pendekatan untuk mendapat penghasilan revenue negara yang baharu. Tidak perlu kepada kenaikan cukai bagi menekan rakyat apabila REE ini menjadi permintaan dunia yang utama. Satu, tenaga baharu yang utama dunia.

Oleh sebab itu, bahkan hasil tersebut menjadi jalan keluar daripada mengenakan cukai kepada rakyat. Bukankah- kita ketepikan dahulu masalah politik, kita tumpu kepada pembangunan negara dengan kita ada tata kelola yang baik ataupun urus tadbir yang baik antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri untuk kita eksploitasi, exploit, dengan izin, REE yang menjadi permintaan dunia ini. Macam mana pandangan Larut?

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kota Bharu.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya minta supaya apa yang dikatakan oleh Pendang itu tentang NR-REE ini, terutamanya di Kedah itu dimasukkan sebagai teks ucapan saya. Kota Bharu.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Larut. Saya berminat apa yang disebut oleh Yang Berhormat Larut tadi mengenai sumber-sumber baharu untuk ekonomi negara.

Salah satu daripada penekanan oleh Kerajaan Perikatan Nasional dahulu di bawah Yang Berhormat Pagoh dan juga Yang Berhormat Bera dahulu, itu mengenai tenaga boleh baharu ataupun renewable energy. Pada zaman itu kita membuat polisi tidak membenarkan RE ini- bukan REE. RE dieksport ke luar negara kerana RE yang kita punyai ini boleh menjadi tarikan kepada pelaburan asing terutamanya syarikat-syarikat yang disebut Renewable Energy 100

(RE100). Dia menggunakan 100 peratus renewable energy, tetapi kerajaan yang ada sekarang ini telah mengubah dasar ini di mana dibenarkan RE ini dieksport, menyebabkan pelabur-pelabur yang telah mengesahkan pelaburan mereka di dalam negara telah menarik balik pelaburan ini. Apa pandangan Larut?

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota Bharu bahawa kadang-kadang strategi untuk kita meningkatkan pelaburan dalam negara ini kita kena lihat dari segi keseluruhannya. Jangan kita guna short-term gain semata-mata dengan hanya menjual renewable energy ini dan akhirnya menyebabkan kurang pelabur untuk membuka dan membesarkan industri mereka dalam negara kita.

Sepatutnya kerajaan melihat strategi yang mana yang boleh menguntungkan dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat seperti apa yang telah dilakukan oleh Perikatan Nasional sebelum ini. Jadi saya bersetuju dengan pandangan Kota Bharu untuk kerajaan melihat semula akan perkara ini. Pada masa yang sama...

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Larut, sedikit. Saya hendak kait.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Pada masa yang sama, Malaysia harus bersedia untuk melonjakkan sektor pembuatan elektrik dan elektronik negara ke tahap yang lebih canggih, berteknologi dan bernilai tinggi bagi memenuhi permintaan global yang lebih rumit dan kompleks.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Apa dibangkitkan oleh Kota Bharu dan apa yang diucap oleh Larut ialah kita negara mempunyai polisi untuk capai net zero 2050. Tindakan pihak kerajaan menjual RE ke negara luar, dia akan

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

mengganggu target kita, pencapaian kita ataupun fokus kita untuk mencapai net zero 2050. Dan saya bimbang bahawa tindakan tersebut bukan sahaja merugikan sasaran tersebut, bahkan peluang-peluang pekerjaan yang akan diambil.

Contoh yang ada, negara jiran kita Singapura, sanggup ambil RE daripada Laos.

Dia sanggup. Kenapa? Kerana polisi pada waktu itu kita tidak jual melainkan kita akan jual tenaga biasa dan ini saya fikir dia akan menjejaskan capaian negara dan dia akan impak kepada semua sistem yang kita bangunkan. Minta pandangan.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Saya mengharapkan supaya kerajaan sekali lagi menilai semula kerana kalau dibeli daripada jauh, contohnya Laos, segala infrastruktur, kos itu diambil kira oleh Singapura kerana mereka tidak boleh dapat daripada Malaysia pada awalnya.

Maka, sebab itu kita mempunyai strategi long-term untuk menentukan negara Malaysia adalah sebuah negara yang bukan hanya dapat mengeluarkan renewable energy tetapi menarik minat pelabur-pelabur yang besar-besar untuk datang ke Malaysia dan melabur, membuka kilang-kilang yang boleh mendapat harga yang lebih premium apabila penggunaan energy itu diuar-uarkan kepada dunia.

final • 12:30 PM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Mohon pencelahan.

final • 12:30 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Mohon penjelasan, Larut.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, ekonomi digital menyediakan peluang yang besar untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi dan dunia kini semakin dipengaruhi digital baik dari aspek interaksi masyarakat, operasi perniagaan sehinggalah kepada kaedah penyampaian perkhidmatan oleh kerajaan.

Mengambil kira rantau Asia Tenggara yang memiliki pasaran internet keempat terbesar di dunia dan pasaran e-dagang yang sedang berkembang begitu cepat sebagai komoditi masa hadapan, negara mesti menguasai pendigitalan dan meraih peluang untuk kekal relevan serta berdaya saing. Justeru, Malaysia harus mempunyai dasar yang jelas dalam memberikan kesedaran, mengadaptasi, seterusnya menguasai ekonomi masa depan dan bukan hanya menjadi pengguna.

Kegagalan mengadaptasi ekonomi masa hadapan akan menyebabkan antaranya Data Raya Negara akan dikuasai masyarakat global menerusi platform digital merentas sempadan.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Ya, ekonomi digital merupakan ekonomi baharu yang perlu diterokai oleh kerajaan. Semua kerajaan berlumba-lumba untuk menguasai ekonomi digital dan tentu sekali ini perlu dilakukan oleh kerajaan. Dewan ini merupakan Dewan yang boleh mempertunjukkan, memperlihatkan keterhadapan kita dari segi penguasaan peranti, penguasaan teknologi moden tetapi kita kecewa pagi ini apabila di-ruled-kan dibuat ruling oleh Yang di-Pertua peranti dan live telecasting daripada Dewan kini tidak boleh dilakukan.

Adakah Yang Berhormat Ketua Pembangkang melihat ini sebagai suatu tindakan regresif yang tidak mencerminkan kehendak dan cabaran pengadaptasian teknologi bukan sahaja sebagai ekonomi, tetapi Dewan mulia, Ahli Parlimen dan semua lapisan masyarakat terhadap teknologi baharu ini. Adakah Yang Berhormat melihat ini satu tindakan regresif yang dibuat oleh Parlimen?

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, saya tiba-tiba dimaklumkan oleh beberapa orang Ahli Parlimen seperti apa yang dibangkitkan oleh Beluran, sehingga menyebabkan kadang-kadang kita timbul perasaan mungkin salah sangka, mungkin sangkaan yang saya hendak sebutkan ini tidak betul, tetapi mungkin kerana perbahasan yang kita akan bawa ini kalau dibenarkan untuk kita buat secara online, live ke seluruh negara akan membuktikan bahawa Pembangkang melalui Perikatan Nasional adalah sesuatu perbahasan yang hebat, dan boleh membantu kepentingan rakyat. Jadi kalau tidak betul, apa salah kita benarkan?

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sebab, contohnya baru-baru ini kita buat live, dan meningkat dalam waktu untuk saya bentangkan itu sahaja telah menunjukkan bahawa followers seluruh negara meningkat begitu ketara sekali.

Jadi hari ini kita ucapkan takziah kepada semua Ahli-ahli Parlimen termasuklah rakan-rakan di sebelah sana- terutamanya Arau yang menjadi raja TikTok Malaysia pada hari ini*...

[Tepuk]* Tuan Yang di-Pertua, sewaktu mempersiapkan rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, pendekatan keseluruhan ekosistem negara adalah dipacu melalui kerjasama antara rakyat, pemain perniagaan dan juga kerajaan. Ia bagi membolehkan digital economy antaranya menyediakan kira-kira 500,000 peluang pekerjaan baharu, 30 peratus peningkatan produktiviti dalam semua sektor menjelang 2030 menyumbang 22.6 peratus kepada KDNK serta 100 peratus penjawat awam cilik digital.

Di bawah blueprint ini, rakyat akan menikmati penambahbaikan literasi digital, pertambahan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, peningkatan kesejahteraan sosial dan kelestarian alam sekitar. Sektor perniagaan termasuk PMKS yang menjadi tulang belakang kepada ekonomi Malaysia pula akan menikmati peluang yang lebih besar untuk membangun dan berkembang di peringkat domestik, serantau dan juga global melalui pulangan daripada pendigitalan ini.

Keupayaan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) beradaptasi dalam ekosistem ekonomi digital mesti dibangunkan bagi memastikan mereka mengambil bahagian secara kompetitif dalam persaingan global dalam pengeluaran produk perkhidmatan dan latihan kemahiran digital.

Tuan Yang di-Pertua, pendidikan adalah salah satu aspek terpenting dalam negara. Saya yakin mana-mana kerajaan pun akan melihat keperluan pembangunan pendidikan sebagai keutamaan demi kesinambungan dan jaminan masa depan. Dasar pendidikan yang baik akan menghasilkan modal insan berkualiti dengan nilai kebolehpasaran yang tinggi, sekali gus meraih pengiktirafan terhadap kualiti pendidikan negara.

Selain melahirkan modal insan berkualiti tinggi, kerajaan wajar memulakan kajian untuk mentransformasikan sektor pendidikan tinggi sebagai salah satu enjin pertumbuhan utama ekonomi negara. Apatah lagi Malaysia mempunyai banyak institusi pengajian tinggi mahu pun IPT hasil kolaborasi dengan universiti terkemuka dunia yang lain. Adalah sesuatu yang amat-amat merugikan jika kelebihan ini gagal dimanfaatkan sepenuhnya.

Kita harus belajar dari pengalaman negara United Kingdom, Australia dan banyak lagi yang berjaya memartabatkan pendidikan tinggi mereka yang bertaraf dunia dan seterusnya menjadikan sektor pendidikan tinggi tersebut sebagai salah satu enjin pertumbuhan ekonomi yang penting dalam negara masing-masing.

Di Australia...

final • 12:40 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Larut.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Bagi tahun 2022, sektor pendidikan menjana RM86.3 bilion kepada pendapatan negara mereka, dengan pelajar asing sahaja menyumbang RM75.8 bilion daripada nilai tersebut. Manakala di United Kingdom, segmen pengajian tinggi menyumbang RM665.6 bilion kepada ekonomi negara tersebut.

Jika model sama dapat dijadikan pedoman dan beberapa pendekatan dasar yang lebih mesra graduan asing, Malaysia juga berpotensi cerah untuk menjadi hab pendidikan serantau sekiranya berjaya memastikan graduan luar ini dapat berbelanja dalam negara seterusnya menyumbang kepada kitaran ekonomi.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Larut.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Silakan.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada dua perkara. Yang pertama, kita memang sangat mudah meningkatkan kemesraan kita terhadap pelajar asing kerana kita ada kekuatan tersendiri. Contohnya, penguasaan bahasa Inggeris yang relatif baik berbanding negara-negara serantau dan juga kos hidup yang relatif rendah.

final • 12:40 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Cuma, Yang Berhormat Larut, kita juga harus mengatasi isu-isu seperti isu-isu imigresen. Sesetengah pelajar, contohnya dari negara-negara Arab, kalau dia datang ke sini, tidak kiralah untuk ijazah pertama atau ijazah lanjutan, dia nak bawa ahli keluarga.

Itu tradisi mereka, tetapi kita ada masanya, tidak benarkan.

Yang kedua, keterbukaan ini bukan hanya seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Larut, tetapi ada kesan jangka panjang, kesan jangka sederhana yang menguntungkan. Satu, interaksi antara pelajar yang ramai dari pelbagai negara ini boleh menjana pertukaran idea yang membawa kepada inovasi. Contoh lama ialah yang berlaku di Silicon Valley. Kita boleh ada contoh-contoh yang baharu dan, yang keduanya, mereka akan jadi duta-duta kecil Malaysia apabila mereka pulang ke negara mereka dan memegang jawatan-jawatan penting dan berniaga menjadi peniaga di negara mereka.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Benar apa yang dikatakan oleh Indera Mahkota kerana ramai juga pemimpin di negara-negara seperti Turki, Indonesia, di negara-negara Afrika, banyak pemimpin-pemimpin besar mereka ini pernah belajar di Malaysia dan akhirnya menjadi pemimpin di negara tersebut dan mereka melihat Malaysia sebagai rakan, bukan hanya rakan tetapi dapat menentukan kerjasama bilateral relation, dengan izin, antara kedua-dua buah negara ini dimajukan dan dipertingkatkan kerana kepercayaan mereka terhadap negara kita di mana ilmu itu mereka perolehi dari Malaysia sendiri. Silakan.

final • 12:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Larut, saya nampak apa yang dicadangkan tadi oleh Indera Mahkota merupakan satu pencetus kepada pendidikan tinggi sebagai dasar luar kita. Higher education as a foreign policy, dengan izin. Kerana kalau kita lihat pada tahun 90an, Tun Dr. Mahathir Perdana Menteri pada ketika itu banyak melakukan seperti Langkawi Dialogue yang menjemput pemimpin-pemimpin dunia ketiga datang ke Malaysia untuk belajar tentang negara kita.

Saya ingat saya pergi ke Khazan baharu-baharu ini, e-government mereka diperolehi daripada kita, tetapi mereka yang berjaya lakukannya kerana banyak alumni- alumni IUM yang mendapat manfaat daripada sistem kita ini. Jadi, Yang Berhormat Larut, saya yakin pengalaman Yang Berhormat Larut sebagai Timbalan Menteri Luar dahulu mampu merangka perkara yang baharu di bawah pentadbiran kita, insya-Allah.

final • 12:40 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Larut, saya melihat banyak kajian-kajian yang dibuat di universiti terutamanya daripada IPTA kita yang mendapat pembiayaan daripada kadang-kadang daripada MOSTI, daripada geran IRPA, daripada GLC-GLC untuk membuat kajian-kajian yang memang amat menarik, tetapi malangnya outcome yang dihasilkan oleh pengkaji- pengkaji kita di universiti, perkara itu tidak dikomersialkan. Ia hanyalah untuk kenaikan pangkat daripada Profesor Madya kepada Profesor ataupun daripada Profesor Gred C kepada Gred B, dan sebagainya.

Kita minta supaya apa yang dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji ataupun daripada pensyarah-pensyarah kita di universiti ini dijadikan sebagai satu bahan komoditi ataupun bahan yang boleh kita niagakan dan juga boleh menjadikan sebagai kelestarian kepada universiti untuk kita jualkan produk ini dan penghasilannya akan dapat pendapatan kepada universiti. Apa pandangan Larut? Terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih kepada kedua-dua Yang Berhormat ini. Saya ingin Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Larut.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Masukkan ucapan mereka ini sebagai ucapan saya juga. Silakan.

final • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Larut, terima kasih Speaker. Setuju kah Larut kerana Malaysia adalah di antara negara Komanwel dan juga Malaysia juga adalah di antara negara yang dipandang tinggi dalam OIC. Jadi, kita punya market atau kumpulan sasar kita banyak sebenarnya ada di sana.

final • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Jadi kalau negara kita ini mempromosi dan menaiktarafkan pendidikan tinggi kita, jadi setuju tak Larut dengan kita ada REE, sumber-sumber yang begitu kaya di dalam negara kita, ini adalah potensi untuk menjadi hab pendidikan global yang begitu cerah masa depan. Terima kasih Larut.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Memang saya setuju semua sekali Yang Berhormat Kapar. Idea yang baik seperti ini juga saya minta supaya kerajaan melihat semula akan apa yang kita sampaikan ini bahawa education, atau pendidikan menjadi salah satu punca atau sumber ekonomi yang boleh kita pertingkatkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin melihat kepada pelancongan, sektor pelancongan. Kepelbagaian dan keharmonian negara ini ditambah dengan kecantikan alam semula jadinya menjadikan Malaysia sebenarnya destinasi pelancongan yang amat menarik dan mesti dilawati. Apabila tahun – Tuan Yang di-Pertua senyum, kenapa?...

[Ketawa] Apabila Tahun Melawat Malaysia ditetapkan pada tahun 2026, kerajaan tidak boleh semata-mata menunggu sehingga tahun 2026 untuk melonjak industri pelancongan.

Sebaliknya kerajaan perlu mengambil peluang daripada trend pemulihan ekonomi sektor pelancongan di seluruh dunia dan juga kejatuhan nilai ringgit untuk melonjakkan industri pelancongan ke tahap yang jauh lebih tinggi.

Oleh itu, Perikatan Nasional mencadangkan agar perbelanjaan berkaitan dengan Tahun Melawat Malaysia ini dipercepatkan bagi meningkatkan promosi, memperkasa infrastruktur dan prasarana yang sekarang ini mungkin agak daif.

final • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Masjid Tanah.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Okey, Masjid Tanah.

final • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Yang Berhormat Larut, Ketua Pembangkang. Tahun Melawat Malaysia sebagaimana melawat Malaysia sebagaimana yang telah pun disebut oleh Larut sebentar tadi ada pada tahun 2026. Memang masa tidak sempat. Kita ada masa lebih kurang dua tahun, dua bulan dan 15 hari lagi untuk kita sampai ke 2026. Malaysia- tagline kita Malaysia Truly Asia ini sangat mahal. Negara-negara lain sebenarnya mencemburui dengan tagline Malaysia Truly Asia ini dan kerana ia dengan mempamerkan budaya dan juga warisan Malaysia yang penuh kesopanan dan kelembutan.

Kalau Menteri Pelancongan dahulu dia sambut dengan caranya sendiri tetapi saya hendak bertanya, adakah Menteri yang jaga MOTAC hari ini juga ada cuba memperkenalkan Malaysia dengan cara tersendiri iaitu dengan cara mabuk dan menari di khalayak ramai. Adakah ini cara Kerajaan Madani yang hendak dipertunjukkan kepada orang luar? Saya hendak tanya, adakah ini adalah cara yang tepat bukannya sekali tetapi banyak kali? Terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Larut, larut.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahulah apa yang sebenarnya maksud Masjid Tanah tentang kongkalikung yang dikatakan tadi.

final • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya tidak sebut kongkalikung.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Oh, tidak sebut ya?

final • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya tidak sebut.

Orang lain yang sebut ya.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Orang lain sebut. Ini apa ini?

final • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya tidak sebut.

Mohon Larut tarik balik.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Okey, okey. Saya ...

[Ketawa]

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Oleh kerana itu, saya tarik balik Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ketua Pembangkang.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Negara baru dibuka, dunia baru dibuka selepas COVID-19 Yang Berhormat Ketua Pembangkang, dan setiap negara berlumba-lumba untuk mempromosikan negara melalui sektor pelancongan- to revive back the economy tetapi kita mengambil keputusan untuk delay Tahun Melawat Malaysia ke another two and the half years. Jadi, merupakan satu keputusan yang tidak mencerminkan kehendak negara, tetapi kita melihat sekian lama industri pelancongan ini dikira daripada bilangan pelancong yang datang dan bukan dari segi berapa banyak investment, berapa banyak ruang pertukaran ekonomi, pembangunan ekonomi yang dibawa sekali. Pelaporan pun bilangan apatah lagi Menteri yang ada sekarang ini menumpukan kepada satu negara yang dilayannya dengan baik, pelancong daripada satu negara, in particular. Dan apabila pelancong-pelancong daripada negara Islam yang tidak sempat datang kerana kurangnya promosi di-blamed, dikatakannya negeri yang dipimpin oleh Pembangkang, Perikatan Nasional ini sebagai the hindrance, yang penghalang kerana dasar kerajaan negeri. Yang ini perlu dibetulkan. Kalau hendak membuat pelancongan, promosi pelancongan ia harus dilihat dalam konteks yang besar, Malaysia sebagai sebuah negara, bukan disegmenkan negeri Pembangkang, negeri Kerajaan, negeri Pembangkang, tidak boleh...

[Tepuk] Kerajaan Perikatan Nasional nanti harus perbaiki ketidakbetulan terhadap pendekatan ini.

final • 12:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Saya hendak tambah sedikit apa dibangkitkan oleh Beluran. Kita tengok kalau beberapa kawasan yang telah di- declare sebagai kawasan bebas cukai, kawasan bebas cukai, contoh Tioman, Kenyir. Kita lihat tidak ada sebarang promosi, sebarang peruntukan diberi untuk mengesahkan kawasan bebas cukai itu dapat jadi tarikan pelancong. Jadi, minta sambungan apa yang disebut oleh Beluran tadi. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya lah, insya-Allah.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Larut sebentar ya. Lagi ada dua minit.

Sebelum saya tangguh mesyuarat pada pukul 1, Yang Berhormat Masjid Tanah sila bangun. Tolong, buku Peraturan ada kan? Baik, sila dengar apa yang saya hendak baca ini.

Dalam apa-apa perbahasan, tidak boleh disebut kelakuan- jelas ya, atau sifat-sifat sesiapa Ahli-ahli Parlimen atau siapa-siapa pegawai kerajaan selain daripada kelakuan dalam menjalankan urusannya sebagai Ahli Parlimen atau pegawai kerajaan.

Sebelum saya buat ruling, apa yang dimaksudkan tadi? Kalau pada pandangan saya, ia kelakuan Menteri. Saya rasa, saya nasihatkan tariklah balik. Adalah menjadi tanggungjawab saya jika melanggar peraturan. Jelas atau tidak Yang Berhormat menyebut, “seseorang Menteri menari-nari dan dalam keadaan mabuk?” Recorded. Saya minta Yang Berhormat Masjid Tanah tarik balik.

final • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Tuan Speaker tetapi saya faham apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Speaker, cuma saya hendak memberitahu kerana ianya ada kena mengena dengan maksudnya bidang kuasa beliau sebagai Menteri, tetapi...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Adakah beliau melakukannya?

final • 12:50 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

...Saya tidak ada masalah untuk menarik balik kerana ianya pun telah diketahui umum. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tahu, walaupun sedemikian peraturan menyebut di dalam Dewan kelakuan selain daripada tugasnya tidak boleh sebut. Baik, tarik balik ya. Baik.

Yang Berhormat, saya rasa kita sambung selepas dalam pukul 2.30. Baik, sebelum saya menangguh sesi ini dan Yang Berhormat Larut akan menyambung perbahasannya pada 2.30, saya akan menyebut mereka-mereka yang akan berbahas ya.

Jadi, persiapan selepas 2.30 nanti dengan jelas ya.

Selepas Yang Berhormat Larut tamat perbahasannya nanti berbaki tadi akan diteruskan oleh Yang Berhormat Titiwangsa pembahas utama 60 minit, sedemikian selepas itu Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Damansara, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Igan, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Kota Marudu, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Ipoh Barat yang diberi masa 19 minit. Dengan sedemikian, waktu telah tepat pukul 1. Saya menangguhkan Majlis.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, sedikit saja Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Jika peraturan, saya layan Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan, penjelasan sedikit tentang kenyataan Yang Berhormat. Saya sering kali bawa 18...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, peraturan mana?

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hendak tanya Speaker, tak kan tidak boleh? Awat, jangan keras sangat Yang Berhormat. Saya hendak bertanya elok-elok ini. Saya tanya 18(1).

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Bukan tidak boleh.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

18(1). Saya sering kali bawa 18(1) selepas soalan lisan. Apakah boleh saya bawa 18(1) pada bila-bila masa sahaja sebab dalam peraturan ini tidak sebut bila yang patut disampaikan?

Jadi, saya ingin bertanya Yang Berhormat, apakah boleh bawa pada bila-bila masa 18(1)? Itu sahaja Yang Berhormat. Tidak boleh, cakap tidak boleh. Kalau boleh, cakap boleh. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

[Ketawa] Bukan gitu Yang Berhormat Arau.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya pandang Yang Berhormat, saya tidak pandang orang lain lagi dah.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Apa yang saya hendak habaq ini kan, bukan apa. Apa yang saya hendak habaq ini, meleret cakap utara.

Yang Berhormat, apa Yang Berhormat bangkitkan itu dalam perkara 18(1)... [Telefon berbunyi] [Ketawa] Yang Berhormat Arau, apa yang saya hendak katakan di sini Peraturan 18(1) ini pada bila-bila masa Yang Berhormat boleh bangkitkan...

[Tepuk] Hanya kata putus itu rujuklah 43, 99, 99A, 100. Itu adalah prerogative Speaker.

Baik, dengan sedemikian saya tangguhkan Mesyuarat ini kepada jam 2.30 petang nanti.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Larut, teruskan perbahasan.

final • 2:30 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih...

[Senyum]

final • 2:32 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat Larut, saya ingatkan untuk memandang Speaker mulai daripada sekarang dan sampai habis perbahasan...

[Ketawa]

final • 2:32 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Puan Speaker, Yang Berhormat. Seronok tengok...

final • 2:32 PM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tengok!

Tengok salah, tak tengok salah, senyum sikit...

[Ketawa] Saya ingin sambungkan tentang langkah-langkah segera bagi melonjakkan sektor pelancongan yang saya sebutkan tadi.

final • 2:32 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

[Bangun]

final • 2:32 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Akan secara tidak langsung membantu memperkukuh nilai Ringgit yang berada melebihi RM4.70 akhir-akhir ini. Selain daripada meningkatkan kehadiran pelancong, kerajaan seharusnya memberi fokus kepada segmen pelancongan bernilai tinggi. Sebagai contoh, pelancongan kapal mewah di Langkawi, pelancongan alam semula jadi seperi di Danum Valley di Sabah dan Taman Negara Gua Niah di Sarawak. Speaker ada pergi?

final • 2:32 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Tanjong Karang.

final • 2:32 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Gua Niah Speaker ada pergi? Itulah dia. Siapa?

final • 2:32 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Tanjong Karang, mencelah sikit. Menyentuh tentang pelaburan pelancongan bernilai tinggi, Tanjong Karang ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan health tourism. Setujukah Larut untuk kita mempromosikan health tourism sebagai nilai tambah bagi mendorong lebih ramai pelancong-pelancong asing datang melancong ke Malaysia sambil membuat rawatan- rawatan perubatan yang bernilai tinggi, bukan sekadar membuat medical checkup sahaja.

Sebagaimana Thailand dan Korea memang cukup terkenal dengan health tourism-nya.

Terima kasih.

final • 2:32 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih. Tanjong Karang mencadangkan sesuatu yang baik dan kita bersetuju supaya kerajaan melihat semula health tourism ini dipertingkatkan, bukan tak ada, ada, tetapi dipertingkatkan dengan lebih hebat dan dahsyatnya seperti Arau selalu sebut.

Tuan Yang di-Pertua, isu kekurangan bekalan makanan merupakan loceng amaran untuk kerajaan bangun dan segera bertindak kerana berdasarkan Indeks Keselamatan Makanan Global 2022, Malaysia berada di tangga 41 daripada 113 buah negara. Keadaan ini membimbangkan kita.

Oleh itu, sektor pertanian dan industri makanan negara mesti dibangunkan dengan lebih rancak dan tersusun. Pengeluaran makanan perlu menjadi salah-satu agenda utama negara. Pertanian sebagai perniagaan perlu dijenamakan semula melalui pelbagai insentif. Antaranya, penyediaan infrastruktur dan kawasan pertanian serta insentif berkaitan penggunaan teknologi termasuk smart farming management dan precision agriculture. Ini boleh menarik lebih ramai anak muda termasuk generasi kedua dan ketiga FELDA untuk bergiat aktif dan menyumbang kepada pertumbuhan sektor pertanian.

final • 2:32 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Institusi pendidikan tinggi, agensi milik kerajaan dan sektor perbankan juga perlu memainkan peranan penting bagi mendedahkan golongan usahawan tani muda kepada R&D terbaharu, menyediakan latihan dan pemasaran serta kemudahan pinjaman.

final • 2:32 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Mohon laluan.

final • 2:32 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Gerik ya.

final • 2:32 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Terima kasih Yang Berhormat Larut selaku Ketua Pembangkang. Saya tertarik bila Yang Berhormat Larut ada sebut berkenaan dengan FELDA tadi. Jadi saya sebagai anak peneroka FELDA melihat bahawa kerajaan sebenarnya, seharusnya serius untuk membangunkan industri keterjaminan makanan negara ini. Antaranya, kita ada banyak agensi, agensi tanah berkelompok seperti FELDA, kita ada FELCRA, kemudian kita ada RISDA, KETENGAH kalau di Terengganu kemudian di Kelantan kita ada KESEDAR, KEDA di Kedah dan juga KEJORA di Johor.

Jadi, setujukah Yang Berhormat Larut agar kita – agar kerajaan mengerahkan semua agensi-agensi ini untuk terlibat secara serius dalam pembangunan industri pemakanan negara. Terima kasih.

final • 2:32 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Yang Berhormat Gerik.

Ini adalah cadangan yang baik dan sepatutnya kita melihat semula supaya semua agensi- agensi ini kita libatkan dan pertingkatkan peranan mereka untuk membantu bagi menangani masalah yang saya sebutkan tadi.

Langkah ini penting bagi membantu mencapai sasaran yang digerakkan oleh kerajaan iaitu meningkatkan tahap sara diri ataupun self-sufficiency level (SSL), dan mengurangkan kebergantungan negara kepada import makanan yang mana ketika ini berjumlah melebih RM60 bilion setahun. Insentif kerajaan perlu fokus kepada peningkatan hasil pertanian. Pihak berwajib mesti memastikan monopoli rantaian bekalan dapat dihapuskan bagi mewujudkan situasi menang-menang antara usahawan tani dan rakyat.

Dalam hal ini, industri pertanian beras merupakan salah satu segmen pertanian yang perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan. Sebagai sebuah negara Jelapang Padi, adalah tidak sepatutnya Malaysia berdepan isu kekurangan bekalan sehingga rakyat terpaksa berebut. Kalau dulu, saya dengar cerita orang lama-lama, masa selepas- masa Zaman Jepun ada lah, tetapi sekarang bila berbaris macam ini, nanti orang kata zaman Kerajaan Madani tak eloklah.

final • 2:32 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Larut, Hulu Terengganu.

final • 2:32 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Silakan.

final • 2:32 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Larut, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ya, isu rakyat berebut beras adalah sesuatu yang memalukan negara dan tidak pernah berlaku sejak 66 tahun kita Merdeka. Ini satu perkara yang mengaibkan, di samping itu kegagalan kerajaan menangani isu gula masih belum selesai, isu minyak masak dan juga currency yang semakin lemah sekarang. Bersetujukah Larut bahawa kerajaan hari ini dikategorikan sebagai kerajaan gagal kerana tak mampu menangani isu kos sara hidup.

Keduanya Larut, menunjukkan ketidakseriusan kerajaan hari ini kerana sehingga hari ini Menteri KPDN Kos Sara Hidup tidak lagi dilantik. Setujukah Larut dengan pandangan tersebut.

final • 2:32 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jangan tanya saya setuju atau pun tidak. Minta kerajaan perbetul dan perbaiki segala apa kelemahan yang ada hari ini.

final • 2:32 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Puan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, setelah meneliti dokumen rasmi berkaitan Belanjawan 2024, termasuk ucapan Yang Amat Berhormat Tambun pada hari Jumaat lalu, pakar-pakar ekonomi dan rakyat masih kabur kerana terdapat banyak perkara yang tidak dijelaskan secara terperinci. Seharusnya kerajaan memperincikan- berapakah anggaran kutipan hasil melalui pelaksanaan.

Pertama, cukai keuntungan modal sebanyak 10 peratus, cukai barang bernilai tinggi antara 5 hingga 10 peratus, dan peningkatan duti eksais bagi minuman bergula

final • 2:40 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

sebanyak 10 sen per liter. Kerana ini kalau dapat diperincikan, barulah kita tahu anggaran kutipan hasil negara untuk kita laksanakan perkara-perkara yang lebih baik. Rakyat juga ingin tahu, berapakah penjimatan yang diperolehi kerajaan melalui langkah-langkah penyasaran subsidi? Seperti pertama, pengapungan kawalan harga ayam dan telur. Ini nak mengapungkan kawalan harga ayam dan telur. Kedua, melaksanakan penggunaan elektrik bersasar dan penyasaran subsidi diesel.

Selain itu, definisi dan mekanisme pelaksanaan cukai barang bernilai tinggi juga tidak diperincikan dalam mana-mana dokumen rasmi Belanjawan 2024. Sehinggakan memberi gambaran seolah-olah kerajaan ini melaksanakan dasar umum lah dulu, nanti kemudian kita fikirlah. Kita tidak mahu itu, kerana penjelasan-penjelasan serta perincian terhadap nilai anggaran hasil dan penjimatan kerajaan ini adalah amat penting bagi membolehkan rakyat menilai kewajaran kerajaan melaksanakan langkah-langkah tersebut yang pastinya memberikan kesan terhadap kehidupan seharian mereka.

Tadi ramai kawan-kawan saya telah pun bertanya, kerana peningkatan cukai perkhidmatan SST kepada lapan peratus sebagai contoh, hanya dianggarkan dapat meningkatkan hasil sekitar RM1 bilion sahaja yang bersamaan perpuluhan 25 peratus daripada Belanjawan 2024. Manakala, langkah ini boleh menyumbang kepada kenaikan harga barang keseluruhan dalam rantaian bekalan. Jadi, jangan sebut naik lapan peratus tapi tidak fikir masalah yang lebih besar. Adakah kerajaan- dengan sebab itu saya nak tanya, adakah kerajaan sudah membuat perbandingan cost-benefit analysis antara pelaksanaan GST pada kadar yang lebih rendah sebagai contoh. Daripada enam peratus berbanding dengan kita hendak meningkatkan SST kepada lapan peratus.

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Larut, sedikit ya. Tadi disebut ramai, betul. Ramai tanya di luar sana, tidak ada penjelasan apabila dikurangkan itu. Apakah kesannya apabila ditarik subsidi ini, berapa banyak menyebabkan kekurangan subsidi dan sebagainya? Dan apabila kita lihat- saya lihat daripada anggaran pendapatan, disebut SST peningkatan dua peratus ini, secara keseluruhannya peningkatan hasil kalau kita- tidak disebut ya, tapi kita tengok dalam jadual tersebut, sekitar lebih sedikit daripada RM1 bilion, tetapi apakah kerajaan telah melihat kesan tindakan ini kepada inflasi secara keseluruhannya?

Jadi, itu penting kerana apabila terdapat segmen-segmen yang terkesan dengan kenaikan ini secara keseluruhan, kita bimbang kenaikan inflasi dan tekanan pada rakyat pada tahun hadapan. Dan apakah persediaan kerajaan untuk menyediakan rakyat dalam menghadapi situasi sebegini? Jadi, itu perlu dijelaskan oleh kerajaan. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang Berhormat Speaker, saya minta supaya kerajaan menjawab apa yang dibangkitkan oleh Putrajaya ini. Kita juga mempersoalkan tentang flip-flop decision yang telah pun, dengan izin Yang Berhormat, seperti Menteri kata lain, Perdana Menteri cakap lain.

Soal pekerja asing, contohnya. Ketika pelancaran Ekonomi Madani pada 27 Julai, Yang Amat Berhormat Tambun melaungkan komitmen kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dalam sektor kurang mahir, tapi beberapa bulan kemudian, Kementerian Sumber Manusia pula mengumumkan kerajaan membuka kemasukan pekerja asing bagi subsektor tukang gunting rambut, pekerja tekstil, tukang emas, bermula 10 Oktober.

Begitu juga dalam soal mengambil jururawat asing. Awalnya, YB Menteri menafikan tetapi akhirnya 9,200 jururawat Filipina dan India dibenarkan dibawa masuk bermula 1 Oktober lalu. Jadi, tindakan flip-flop ini, pengumuman-pengumuman begini kadang-kadang menyebabkan rakyat merasakan penyelesaian ini hanya di mulut semata- mata..

final • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat Larut.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jadi, sebab itu... ya.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Pendekatan flip-flop atau istilah di Kelantan dipanggil klok-klek, klok-klek...

[Ketawa]

final • 2:40 PM

Seorang Ahli

Klok-klek, klok-klek,

final • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

*Klok-klek, klok-klek, flip-flop...

[Ketawa]* Yang ini akan mengganggu pertumbuhan ekonomi dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan ini. Bukan sahaja dalam sektor pengambilan buruh asing, gunting rambut, nurses, jururawat tetapi pengumuman Menteri pun klok-klek. Menteri Pertanian kata, akan dihapuskan subsidi ayam dan telur. Dua hari selepas itu, Perdana Menteri kata dilanjutkan subsidi ayam dan telur dalam pembentangan bajet. Sekarang ini dikatakan dalam masa dua minggu ini akan dihapuskan subsidi ayam dan telur, yang ini mengganggu pertumbuhan industri dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Yang Berhormat Larut, jadikan ini sebagai iktibar. Besok nanti PN jadi kerajaan, yang ini kita elakkan sama sekali, ya...

[Tepuk]

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Itu Yang Berhormat Speaker, saya nak masuk bab yang lain. Tentang satu perkara yang agak tertekan pada hari ini iaitu untuk meringankan beban mereka melalui beban kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat.

Saya atau Perikatan Nasional mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan, menubuhkan satu agensi khas bagi menyelaras pemberian bantuan kerajaan seperti agensi Center Link di Australia. Agensi khas ini merupakan pelengkap kepada sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang telah dimulakan oleh Perikan Nasional bagi menyediakan gabungan maklumat sosioekonomi isi rumah dalam negara untuk menyelaras dan melakukan sesuatu yang lebih efisien di masa hadapan. Saya...

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Larut, kalau boleh saya tambah sedikit ya.

Apabila kerajaan bercakap tentang penyusunan semula subsidi- apa yang paling penting adalah kita kena pastikan bahawa bantuan yang nak disampaikan kepada rakyat itu sampai kepada kumpulan yang betul-betul memerlukan. Kita tidak nak nanti yang ada, yang patut dapat, tidak dapat, yang tidak patut dapat, dapat lebih. Sebab itu seperti mana dalam tawaran Perikatan Nasional untuk PRU Ke-15, kita maklumkan bahawa kalau kita menang pada waktu itu, which is kita menang ya- kita akan tubuhkan satu agensi berpusat- one stop center bermodel kan seperti mana Central Link di Australia ini. Kerana apa? Kita ingin memastikan supaya pemberian bantuan ini...

final • 2:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Putrajaya.

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

...Dengan adanya pangkalan data itu...

final • 2:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Putrajaya, menang kah tebuk atap?

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Langat.

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

...Dapat kita susun, dan kita pastikan.

final • 2:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Putrajaya, menang atau tebuk atap?

final • 2:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

...Supaya pemberian bantuan itu dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dengan lebih efisien. Jadi, agensi ini penting sebab ada yang kata seolah-olah agensi baharu, tidak perlu. Kita perlu susun. Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan beberapa komponen lain dalam kerajaan, susun sahaja, bentuk satu agensi baharu, kita tingkatkan kecekapan pemberian bantuan. Terima kasih Larut.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih ya. Itulah yang ingin kita cadangkan supaya ia nya dapat melakukan sesuatu yang lebih baik di masa hadapan.

Saya nak masuk tentang dasar gaji progresif dan productivity-linked wage system. Pada 24 Ogos lalu, Menteri Ekonomi mengumumkan bahawa dasar gaji progresif telah diluluskan di peringkat Kabinet, dan butirannya akan dibentangkan dalam Belanjawan 2024. Kita tunggu-tunggu tetapi tiada langsung pengumuman berkenaan pelaksanaan dasar tersebut dalam ucapan baru-baru ini. Realitinya, konsep struktur gaji berdasarkan produktiviti ini bukanlah sesuatu yang baru.

Pada tahun 2022, ada majikan dalam negara telah melaksanakan productivity- linked wage system (PLWS) yang lebih kurang sama dengan yang diumumkan oleh Menteri Ekonomi.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Dan saya nak maklumkan, hanya 18 peratus sahaja yang lakukan secara sukarela. Angka tersebut tidak meningkat dan ia nya daripada tahun 2016, sebelum itu lagi, sehingga tahun 2017- angkanya tidak meningkat kerana tidak ada sesuatu yang boleh menentukan ada satu pengumuman yang lebih baik- seperti melakukannya sebagai satu mandatori kepada semua syarikat-syarikat.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak masuk tentang projek infrastruktur dan pengangkutan- Berjaya...

final • 2:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Larut, minta pencelahan.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya.

final • 2:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Larut, Ketua Pembangkang. Saya nak minta pandangan daripada Larut.

final • 2:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Adakah Larut bersetuju apabila saya katakan reform dalam bajet kali ini tidaklah satu langkah yang cukup berani. Berani bila kita umum tapi perlaksanaannya, enforcement-nya entah ke mana. Berkaitan dasar gaji progresif sampai sekarang tidak ada lagi maklumat terperinci tentang perlaksanaannya. Yang Berhormat Menteri ada umum akan bagi bantuan kepada majikan yang mana bagus tapi bagaimana dan apakah mekanismenya?

Sepatutnya sebagai usaha untuk merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, kerajaan perlu memberi perhatian terhadap productivity-linked wage system ataupun PWS, dengan izin, dan Industrial Harmony Index (IHI) yang menggalakkan keharmonian perusahaan serta menyuburkan perkongsian perniagaan secara tidak langsung produktiviti syarikat serta pendapatan pekerja akan meningkat dan seterusnya menjana pendapatan negara.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Itu terpulanglah apakah cara Yang Amat Berhormat Tambun ambil kira sebab baru-baru ini dia umumkan perlaksanaan Dasar Gaji Progresif tapi ianya hanyalah secara sukarela dan tidak mandatori.

Saya nak sambung tentang projek infrastruktur. Projek infrastruktur pengangkutan yang berjaya pasti memberi kesan yang positif kepada urbanisasi sesebuah kawasan. Ini membawa maksud urbanisasi boleh dipercepatkan melalui ketersambungan atau connectivity mobiliti setempat.

Kerajaan Madani melalui Belanjawan 2024 gagal untuk menzahirkan kesungguhan untuk mentransformasikan sektor pengangkutan awam negara. Belanjawan ini dilihat hanya memberikan fokus kepada perbelanjaan pembangunan bagi sektor pengangkutan di bandar-bandar metropolitan sahaja dan tidak dilihat keseluruhannya di seluruh negara termasuklah di negeri-negeri yang jauh daripada bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur ini.

final • 2:50 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Ketua Pembangkang, Jerantut.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Okey.

final • 2:50 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih kepada Ketua Pembangkang dan juga Tuan Speaker. Saya amat bersetuju dengan pendapat Ketua Pembangkang berkaitan dengan ketersambungan mobiliti setempat melalui pengangkutan awam dan ia adalah selari dengan Dasar Pengangkutan Negara Tahun 2019-2030.

Saya juga melihat peruntukan perbelanjaan bagi sektor pengangkutan yang dilihat fokus kepada bandar-bandar metropolitan seperti projek-projek puluhan bilion ringgit seperti projek MRT3, LRT3, LRT Pulau Pinang upgrade and expansion of Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dan Pulau Pinang.

Oleh yang demikian, setuju tak Ketua Pembangkang kalau kita cadangkan kepada Kerajaan Pusat, pertama, kita pertingkatkan peruntukan perbelanjaan Persekutuan bagi Sarawak dan Sabah yang currently RM5.8 bilion dan RM6.6 bilion bagi

final • 2:50 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Sabah dan Sarawak bagi mempersiapkan sektor pengangkutan bagi berdepan dengan limpahan kegiatan ekonomi yang akan berlaku kerana pembangunan ibu negara yang baru Indonesia di Kalimantan dan persetujuan 50,000 hektar tanah di Sabah dan Sarawak untuk penanaman padi.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang Berhormat Speaker, saya nak supaya ianya dimasukkan sebagai ucapan saya.

Yang Berhormat Speaker, dalam membangunkan negara ini, Perikatan Nasional mempunyai tekad dan iltizam untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati kemakmuran ekonomi melalui taraf hidup yang wajar atau decent standard of living. As we move forward, no one left behind, dengan izin.

Sehubungan itu, kerajaan seharusnya mengambil langkah yang lebih tegas dan berani dalam menangani jurang ekonomi antara kumpulan pendapatan etnik dan wilayah.

Seperti apa yang Jerantut sebut tadi Yang Berhormat Tambun mengumumkan bahawa peruntukan pembangunan bagi Sarawak. Sebagai contoh, meningkat kepada RM5.8 bilion bagi tahun 2024 berbanding RM5.6 bilion bagi tahun 2023. Nampak ada penambahan tetapi manakala negeri Sabah juga sama ditingkatkan kepada RM6.6 bilion berbanding RM6.5 bilion pada tahun 2023.

final • 2:50 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Minta celahan Larut dari Saratok.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Okey, Saratok.

final • 2:50 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Sememangnya rakyat Sabah, Sarawak sudah sekian lamanya menunggu akan pertambahan bajet pembangunan yang drastik untuk membangunkan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air terawat, elektrik, sekolah daif, klinik dan sebagainya.

Kalau dikira dari jumlah keseluruhan bajet pembangunan sebanyak RM90 bilion.

Maka, peratusan bajet pembangunan untuk Sabah, Sarawak yang dibentangkan oleh Kerajaan Madani adalah hanya 13.8 peratus saja. Kalau dibandingkan dengan kerangka besar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dirancang oleh PN dulu di mana sebanyak 50 peratus bajet pembangunan akan diperuntukkan kepada enam negeri iaitu Sabah, Sarawak, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Maka, dapat kita unjurkan bahawa jumlah bajet yang jauh lebih besar akan diperuntukkan kepada Sabah, Sarawak kalau kita masih menggunakan Wawasan Kemakmuran Bersama. Mungkin bajetnya berjumlah lebih sekali ganda lagi.

Oleh yang demikian, rakyat Sabah, Sarawaklah yang rugi dalam bajet madani ini kalau dibandingkan dengan bajet di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama. Yang menyedihkan lagi adalah Kerajaan Madani langsung membuang Wawasan Kemakmuran Bersama yang bercadangkan membuat peratusan peruntukan yang jauh lebih besar kepada Sabah, Sarawak.

Adakah Larut bersetuju dengan cadangan Saratok bahawa apabila Perikatan Nasional menjadi kerajaan nanti, Perikatan Nasional akan menambahkan bajet pembangunan Sabah, Sarawak selaras dengan prinsip Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 nanti. Setuju tak Larut?

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya. Kalau cadangan Saratok sebegitu rupa, insya-Allah kita akan bantu Sabah dan Sarawak.

final • 2:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Ketua Pembangkang.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, oh Muar okey.

final • 2:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih...

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Jangan- saya tinggal empat minit, boleh sambung sikit saja lagi, ya.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Mahu gulung sudah.

final • 2:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Ini ucapan Ketua Pembangkang, mesti boleh. Terima kasih. Saya meneliti ucapan Yang Amat Berhormat

final • 2:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Perdana Menteri dan kritikannya terhadap Wawasan Kemakmuran Bersama. Cuma ia agak pelik kerana dengan kritikan tersebut, walhal pada tahun 2018, 2019, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut merupakan Ahli Parlimen kerajaan yang turut mendukung dalam ucapannya Wawasan Kemakmuran Bersama ini.

Bukan itu saja, perkara ini dibentangkan di Kabinet dan diputuskan bersama di mana Timbalan Perdana Menteri turut merupakan Ahli Parlimen daripada Keadilan. Ada ramai lagi Menteri-Menteri lain yang turut merupakan Menteri pada hari ini walhal boleh dikatakan “Oh, ini hanya ciptaan Barat- World Bank”. Saya rasa itu tidak jujur.

Cuma persoalan tambahan saya, kalau nak kritik Wawasan Kemakmuran Bersama, persoalan yang diajukan oleh rakyat di luar sana, bagaimana pula belanjawan pada hari ini ataupun yang telah diguna pakai pada tahun ini? Dulu kita berikan bantuan terus kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu. Terengganu, RM1.2 bilion, Kelantan RM400 juta.

Kini, kita dimaklumkan oleh kenyataan Menteri Besar Terengganu di mana hanya RM400 juta sahaja yang disalurkan. Dan dalam ucapan-ucapan semasa kempen katakan seperti perlu merayu dulu kerana seperti ini adalah duit milik, hak milik peribadi bukan duit milik rakyat. Mana kemakmuran bersama dalam bab ini? Dan sampai ke hari ini, dengan izin, yang belum terjawab lagi- mengapa Parlimen kerajaan diberikan setiap satu dapat RM4 juta? Pembangkang dapat RM0. Jangan hukum rakyat. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Yang Berhormat Muar.

Oleh kerana dah bangkitkan tentang isu WKB atau Wawasan Kemakmuran Bersama ni.

Memang betul Yang Amat Berhormat Tambun kata ini idea barat dan Bank Dunia, – WKB ini tidak menekankan soal nilai, soal tata kelola, masalah semasa tempatan.

Saya nak maklumkan ketika itu, salah seorang yang membincangkan dalam Kabinet ini adalah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan isteri Yang Amat Berhormat Tambun. Yang Berhormat Bandar Tun Razak merupakan Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Jadi, soal-soal seperti ini sepatutnya janganlah diperlekehkan kerana nak menimbulkan satu wawasan itu adalah sesuatu yang besar yang telah pun diterima, ramai daripada mereka yang sekarang ni masih lagi di sebelah sana itu adalah mereka yang telah pun meluluskan seperti Seremban, Kota Raja, semua adalah kumpulan-kumpulan yang telah pun meluluskan wawasan ketika itu. Ramai lagi.

Jadi, Yang Berhormat Speaker, saya nak landing kerana tinggal satu minit ini.

Saya risau nanti walaupun saya tengok, saya takut. Kalau tengok janganlah terlampau jeling, saya terpaksa tunduk. Jadi...

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat...

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya takut nak tengok begitu Yang Berhormat. Jadi...

final • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Yang berhormat sikit ja.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya nak maklumkan sedikit tentang kedaulatan...

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Larut, Larut, Arau.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Undang-undang, asas keyakinan rakyat dan pelabur. Segala pelan perancangan ekonomi, walau sebaik mana pun dirangka...

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia nak, dia nak...

final • 3:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ianya masih tidak memadai jika aspek tadbir urus ke atas kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan gagal dipatuhi dengan baik oleh kerajaan. Kedaulatan undang-undang perlu ditegakkan secara adil. Jangan hanya kerana dendam politik, kita menyalahgunakan kuasa dan kedudukan

final • 3:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

yang ada dengan melakukan intimidasi serta ugutan ke atas, through politics, sebaliknya mereka yang sekapal dengan kita dilepaskan begitu saja...

[Tepuk] Saya mengamati ucapan Yang Amat Berhormat Tambun...

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

final • 3:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang mengajak kita semua kembali kepada politik membina. Inilah pendekatan yang selama ini dibawa oleh Perikatan Nasional. Sebelum berkuasa, berjanji kononnya akan memberi kebebasan bersuara kepada rakyat, tetapi setelah memegang tampuk kuasa, kritikan rakyat pun dibalas dengan ugutan, kereta peronda polis di depan rumah...

[Tepuk] Jadi, saya akhirnya...

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Arau, Arau, sikit. Arau...

final • 3:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Akhirnya...

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak cukup masa, Arau. Sila duduk.

final • 3:00 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak bagi laluan.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sikit.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sikit, saya nak gulung tapi...

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sebab tadi Speaker...

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

...Jangan bagi Arau.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia habiskan dua...

final • 3:00 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Biarlah, sikitlah. Okey, sikit, sikit.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sikit saja. Ini, ini penting sebab Yang Berhormat Larut telah membentangkan ucapannya dalam bajet yang lepas.

Kemudian, bajet pada hari ini. Saya nampaknya, ianya jatuh ke tong kosong. Tidak ada tindakan. Jadi, apakah Yang Berhormat nak bertanya- apa, kepada kerajaan, apakah tindakan yang telah diambil berhubung dengan cadangan-cadangan yang dibawa tempoh hari?

Contohnya, kerajaan minta untuk menyaman surat khabar Agenzia Nova. Kemudian, banyak lagi yang telah dicadangkan. Yang Berhormat, pembentangan hari ini menunjukkan Yang Berhormat layak untuk jadi Menteri Kewangan, tak layak Menteri Dalam Negeri. Menteri Dalam Negeri bagi pada saya...

[Ketawa] Jadi, saya nak tanya, yang keduanya Yang Berhormat ialah...

final • 3:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ini Yang Berhormat Speaker, marah ini.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya nak bertanya, nak tanya, ini last sekali.

final • 3:00 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Nova itu, fake news.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah menyebut bahawa orang-orang kaya melampau. Apakah Yang Berhormat bertanya kepada Yang Berhormat Tambun, siapakah orang-orang kaya melampau di negara ini? Berapa orang? Dan apakah sekarang ini, apa ini bila kita mengutip cukai, berapa cukai yang telah didapatkan daripada orang-orang kaya melampau? Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Arau, kaya melampau, Arau.

final • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker, masa dah habislah Speaker. Speaker, masa dah habis. Tamatkan segera, masa dah habis.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Dah, dah, dah. Jadi...

final • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kita bagi sini pula, BBC pula.

Masa sudah habis.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Langat...

final • 3:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang Berhormat Speaker... [Dewan riuh]

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 3:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang Berhormat Speaker, saya ingin menutup. Kata Plato, “The measure of a man is what he does with power”. Kerajaan ini sudah menghampiri setahun tapi masih banyak janji yang perlu ditunaikan...

[Tepuk] Sebab itu saya ingin berpesan kepada diri saya dan kepada kita semua agar mengambil pedoman dan iktibar daripada sabda Rasulullah SAW, senyum Speaker dengar. Mafhumnya, “Akan datang pada hari akhir zaman, para pemimpin yang zalim, Menteri-menteri yang fasik, para hakim yang melakukan pengkhianatan dan fuqaha yang berbohong. Sesiapa yang sempat berada di zaman tersebut, jangan kalian menjadi pengutip cukai, penyelia dan penguasa bagi mereka”. Itu pesanan.

Saya berdoa supaya kita semua rakyat Malaysia dijauhkan daripada pemimpin yang mempunyai sifat yang diperingatkan oleh Nabi SAW. Maka, sesungguhnya kita mahukan Malaysia yang tersanjung di persada antarabangsa. Malaysia yang makmur dan aman, Malaysia yang menjadi cahaya dan oasis di tengah-tengah ketidaktentuan global...

[Tepuk] Sebab itu, sudah beberapa kali saya katakan di dalam Dewan ini, sebagai Pembangkang, kita akan menjadi Pembangkang yang credible dan bertanggungjawab...

[Tepuk] Dan kita mahu kerajaan menyelesaikan masalah rakyat, tetapi mengapa kerajaan tidak mendengar?...

final • 3:00 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Mengapa bekalan beras tiada dalam pasaran?...

[Tepuk] Mengapa kos sara hidup tidak ditangani dengan betul?...

[Tepuk] Dan semua masalah ini dan banyak lagi tidak selesai-selesai sehingga hari ini...

final • 3:00 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:00 PM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Patutlah rakyat berkata-kata.

*Ada ayam telur tiada, Ada padi beras tiada, Ada sawit minyak tiada, Ada tebu gula tiada, Ada Menteri serupa tiada...

[Tepuk]* Akhirnya saya memetik pantun Pak Hamka.

*Setali pembeli kemenyan, sekupang pembeli ketaya; Sekali lancung keujian, seumur hidup tidak percaya...

[Tepuk]* Maaf, jika ada yang terasa dalam Dewan ini. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Speaker...

[Tepuk]

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Larut. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Titiwangsa...

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, peraturan mesyuarat.

final • 3:00 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Peraturan...

final • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker jangan layan. Peraturan apa itu? Peraturan TikTok.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Langat, sila duduk. Peraturan mana?

final • 3:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jangan membabi buta.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

18(1), dan (2).

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Apa itu?

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

18(1), dan (2).

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

18(1) dan (2). Sila...

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, Menteri Ekonomi berkata peruntukan tak dibagi...

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Arau, Usul 18(1) itu perlu ditujukan kepada Speaker bukan dalam Dewan.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak, dia sebut Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak faham kah?

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Boleh bangun pada bila-bila masa...

final • 3:00 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Arau, sila duduklah.

Jangan bazir masa.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, saya dah hantar pada Speaker.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, tunggu keputusan Speaker.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tunggu keputusan Speaker? Yang Berhormat, jangan garang sangat ya. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey. Sila duduk...

final • 3:00 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Titiwangsa sebagai pembahas utama, diberi masa 60 minit.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada Dewan ini kerana memberi saya peluang untuk berbahas bajet yang telah dibentangkan pada hari Jumaat yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Laporan World Economic Outlook October 2023, oleh International Monetary Fund (IMF), yang baru diterbitkan minggu lepas. IMF meramalkan ekonomi dunia akan bertumbuh lebih perlahan tahun 2024 iaitu hanya 2.9 peratus berbanding tahun ini yang dijangka berkembang hanya 33 peratus. Ianya disebabkan kesan daripada tightening monetary policy oleh bank-bank pusat seluruh dunia dalam usaha mengekang kenaikan inflasi sepanjang dua tahun lepas, selepas krisis pandemic COVID-19.

Kelembapan ekonomi global yang sudah dirasai bahangnya sejak awal tahun ini juga memberi kesan kepada ekonomi Malaysia yang juga dijangka akan mencatat pertumbuhan ekonomi lebih rendah tahun ini iaitu seperti ramalan IMF, pertumbuhan KDNK Malaysia tahun ini asalnya diunjurkan berkembang sebanyak 4.5 peratus tapi telah di revised berkembang hanya empat peratus.

final • 3:07 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Kita ada lagi, dua, tiga quarter lagi. Begitu juga World Bank yang awal tahun ini meramalkan ekonomi Malaysia pada 2023, akan berkembang 4.3 peratus. Kini, meramalkan hanya berkembang pada kadar 3.9 peratus. Sebagai negara yang mempunyai jumlah dagangan eksport dan import lebih besar daripada saiz KDNK negara, dengan nisbah jumlah dagangan kepada KDNK setinggi 160 peratus. Tempias kelembapan ekonomi global yang juga dirasai oleh negara kita apabila eksport negara pada tahun ini menguncup enam bulan berturut-turut sejak Mac awal tahun ini yang disebabkan oleh juga kelembapan ekonomi rakan dagangan negara kita seperti China dan Amerika.

final • 3:07 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

IMF dan World Bank meramalkan pertumbuhan ekonomi China akan lebih perlahan tahun depan kepada 4.2 peratus daripada lima peratus. China juga akan turun dan ekonomi Amerika Syarikat juga akan berkembang lebih perlahan daripada 2.1 peratus kepada 1.5 peratus sahaja.

Kedua-dua ekonomi terbesar dunia ini merupakan rakan dagangan Malaysia yang pertama dan kedua terbesar dengan jumlah dagangan kita dengan China mencecah 487 bilion dan Amerika Syarikat mencecah 267 bilion. Kedua-dua negara ekonomi terbesar ini mewakili hampir 26 peratus daripada jumlah dagangan negara kita iaitu 17.1 peratus daripada jumlah dagangan dengan China dan 9.4 peratus dengan Amerika.

Walau bagaimanapun, IMF dan World Bank meramalkan ekonomi Malaysia akan berkembang sedikit pantas berbanding tahun ini dengan IMF meramalkan KDNK negara hanya akan berkembang 4.3 peratus dan juga World Bank juga 4.2 peratus, sejajar dengan ekonomi ASEAN yang dijangka berkembang kepada 4.6 peratus. Kita bawah sedikit daripada general ASEAN.

Saya bawa kepada Dewan ini mengenai isu global ini kerana Malaysia ini adalah merupakan satu negara yang mempunyai ekonomi terbuka. Kita berdagang— kalau kita tengok dari segi trade kita, kita mewakili hampir 160 peratus daripada kita punya GDP.

Sudah tentu apa yang berlaku dalam dunia ini, kita tidak boleh lari daripada terkesan.

Tuan Yang di-Pertua, cabaran ekonomi global yang berada di luar kawalan kita tidak menampakkan tanda-tanda penghujungnya dengan beberapa kejutan ekonomi berterusan yang dijangka akan berlarutan seperti kadar faedah dunia yang tinggi ekoran kenaikan kadar faedah oleh bank-bank pusat seluruh dunia untuk melawan kadar inflasi yang tinggi. Krisis iklim dengan persekitaran cuaca yang tidak menentu yang akan mengurangkan pengeluaran makanan di seluruh dunia seterusnya meningkatkan harga makanan seperti yang kita hadapi hari ini iaitu harga beras yang melonjak akibat negara- negara pengeksport tidak lagi mahu mengeksport kepada negara lain kerana mereka lebih menumpukan kepada negara mereka sendiri.

Krisis geopolitik dengan perang Rusia-Ukraine yang tidak berpenghujung dan krisis Timur Tengah yang baru-baru ini kita berdepan dengan serangan rejim penjajah Zionis ke atas penduduk Gaza juga meningkatkan lagi ketidaktentuan global ekonomi pada masa akan datang.

Dalam keadaan ekonomi negara kita yang masih dalam fasa pemulihan daripada krisis pandemik COVID-19 ini yang mencengkam kita selama dua tahun, kerajaan perlu bersedia untuk negara kita menghadapi global stagflation iaitu keadaan pertumbuhan ekonomi yang perlahan, inflasi yang tinggi dan kadar pengangguran yang tinggi.

Kadar inflasi Malaysia yang semakin perlahan dan lebih rendah berbanding negara-negara lain dan juga kadar pengangguran yang sudah semakin pulih kepada sebelum pra-pandemik berisiko meningkat semula jika ekonomi global terus terjerumus dan terperangkap dalam situasi ini.

Tuan Yang di-Pertua, kadar inflasi negara kita mencecah hanya dua peratus pada Ogos 2023 iaitu lebih rendah berbanding negara-negara maju dan juga serantau, negara serantau ataupun neighbouring countries kita. Tetapi, perlu kita akui bahawa kadar inflasi negara kita ini rendah bukanlah kerana harga barang sudah turun tetapi dasar kerajaan mengawal harga dan memberi subsidi kepada barangan asas. That means apa yang kita lihat inflation ini, is not a real inflation sebab kita memberi subsidi yang begitu banyak

final • 3:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

sehingga mencecah 27 peratus daripada kita punya income. Kerajaan punya income, kita bagi 27 peratus untuk subsidized barang-barang ini yang menyebabkan inflation itu terkontrol, hanya dua peratus kalau kita tengok bulan Ogos baru-baru ini.

Dasar kawalan harga dan subsidi pukal memberi tekanan kepada kewangan kerajaan apabila harga komoditi dunia terus melambung seperti yang kita alami sepanjang tiga tahun yang lepas apabila harga komoditi seperti jagung, soya, hari ini kita berdepan dengan beras, meningkat berkali-kali ganda. Ekoran itu, kerajaan membelanjakan hampir RM38 bilion hanya semata-mata untuk memastikan mengawal harga ayam dan telur.

Dahulu, kita tidak pernah subsidized sebab ayam dan telur dalam negara kita ini, kita self-sustained. Ayam lebih daripada 100 peratus kita punya production. Telur 110 peratus. Kita tidak pernah rasa short tapi oleh kerana komoditi-komoditi telah meningkatkan begitu tinggi, corn, soya bean milk, maka akhirnya kita berdepan dalam masalah di mana kerajaan menetapkan harga ayam dan telur ini, menyebabkan banyak penternak-penternak dan pemain-pemain industri tidak lagi mahu masuk anak-anak ayam ini untuk dibela kerana apabila sudah sampai umur 40 atau 42 hari, dia jual, dia rugi kerana harga makanan ayam telah meningkat dua, tiga kali ganda.

Tuan Yang di-Pertua, di sebalik kadar pengangguran yang menurun dan kini berada pada paras 3.4 peratus iaitu kadar terendah sejak sebelum COVID-19, skill-related underemployment rate pula meningkat kepada 37.4 peratus berbanding 36.2 peratus tahun lepas dengan jumlah mereka yang underemployed mencecah 1.9 juta. Di samping kita suka tengok kadar pengangguran ini telah balik daripada lima peratus, jatuh kepada 3.4 peratus, tetapi kita juga jangan terlupa pandang underemployment yang telah mencecah 1.9 juta dibandingkan pre-COVID-19, dia hanya lebih kurang dalam 1.3 juta.

Makna, tak begitu tinggi.

Ini menunjukkan bahawa keadaan sebenar pasaran buruh kita masih tidak pulih sepenuhnya apabila semakin ramai mereka yang bekerja dalam pekerjaan yang lebih rendah daripada kelayakan akademik dan kemahiran mereka. Inilah realiti keadaan ekonomi sebenar yang sedang kita hadapi di tengah-tengah kelembapan ekonomi global yang kita harap tidak akan berlarutan terlalu lama pada tahun-tahun yang mendatang.

Kesan ketidaktentuan ini akan menyebabkan pendapatan kerajaan berkurang, pekerjaan berkurang, kuasa membeli rakyat juga jatuh, eksport juga jatuh yang telah terbukti enam bulan yang lepas ini berturut-turut enam bulan kita jatuh.

Tuan Yang di-Pertua, saya agak tertarik perbincangan yang telah dibawa oleh Larut soal food security. Jadi, saya nak tambah soal food security ini untuk kita sama- sama lihat dalam kegawatan global ekonomi ini termasuk kita juga. Maka kita kena pastikan bahawa apa saja yang kita lakukan, kita mesti pastikan food security dalam negara kita ini sentiasa terjaga dengan begitu baik.

Dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 bulan lepas, saya menyentuh perkara berkaitan food security yang sangat penting, terutamanya dalam keadaan negara kita berdepan dengan masalah kekurangan beras dalam pasaran. Import makanan negara kita sekarang ini meningkat setiap tahun, iaitu pada tahun 2018, kita hanya mengimport makanan sekitar RM50 bilion. Tahun lepas, kita mengimport RM75 bilion. Saya jangkakan pada tahun 2023, kadar import makanan ini juga akan terus meningkat kerana kalau ikut bacaan saya, baru sampai bulan lapan, dia sudah mencecah lebih daripada RM50 bilion. Jadi saya tak terperanjat bahawa tahun 2023 ini juga akan terus meningkat.

Selain daripada disebabkan harga komoditi makanan yang mahal, kadar tukaran mata wang Ringgit juga menjadi penyumbang kepada kenaikan nilai import makanan negara di mana tukaran mata wang US Dolar berbanding Ringgit pada tahun 2018, kita sekitar RM3.85 sen, RM3.85 to USD1 dan kini mencecah RM4.70 iaitu penurunan kadar kekuatan ringgit kita sebanyak 22 peratus.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Ini juga terus memberi tekanan kepada kewangan negara, malah meningkatkan lagi aliran keluar mata wang negara kita apabila import makanan kita meningkat setiap tahun. The more we import, the more kita nak US dollar, the more demand of US dollar dalam country kita akan meningkat, maka dia akan memberi tekanan kepada ringgit.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik keputusan kerajaan melepaskan harga ayam dan telur daripada dasar kawalan harga sementara yang dilaksanakan sejak tahun lepas. Seperti yang saya sebut tadi, ayam dan telur merupakan sumber protein penting dalam negara. Ayam, kita self-sustained lebih daripada 100 peratus. Sekarang kita lebih kurang 102 sebelum kita berdepan dengan masalah ini. Telur 110 peratus. Dasar yang memberi pasaran tempatan untuk berfungsi dengan bebas akan membantu kedudukan food security. Kita tidak boleh lagi buat benda macam dulu sebab dunia bertukar. Kita dulu tak pernah tengok negara-negara pengeluar-pengeluar beras, corn, soybean meal dan banyak lagi, gula, tepung.

Mereka hari ini, dia lebih kepada konsep protectionism. Jadi, kalau dia buat protectionism dan kita dalam negara kita barang tak cukup, kemudian kita sekat dan kita put the ceiling price yang tidak munasabah, akhirnya peniaga-peniaga dan juga mereka yang terlibat dalam industri-industri ini tidak akan mahu meneruskan perniagaan mereka kerana merasakan setiap kali dia buat, dia rugi. Walaupun kita bagi subsidi sebahagian daripada mereka, tetapi subsidi ini kadang-kadang tidak sampai kepada pengusaha- pengusaha dan pemain industri kerana ada leakages.

Jadi, sebab itu dalam keadaan ini kita kena pastikan bahawa– saya nak rekomen bahawa hari ini kalau kita nak buat apa-apa pun, kita kena pastikan bahawa kita mempunyai data yang tepat. Kalau kita cerita soal household, kita mesti ada maklumat household itu dengan tepat. Barulah kita sasarkan kita punya subsidi ini melalui cash transfer kerana dengan cash transfer saja, tidak ada orang boleh manipulate macam- macam. Jadi harga di pasaran, kita adjust. Siling kita adjust mengikut harga pasaran.

Contohnya kalau hari ini kita tengok corn harga USD400 per tan, tetapi bila dia meningkat jadi USD800, macam mana kita adjust ceiling price? Begitu juga soybean meal. Kalau dia meningkat daripada USD800 per tan, dia sekarang sudah jadi USD1,900 per tan, kita adjust dia punya ceiling price. Kemudian lepas enam bulan, harga itu jatuh balik kepada harga asal, maka ceiling price juga kita adjust.

Tetapi masa kita meningkatkan itu apabila kita bagi kepada household yang terjejas B40 dan sebagainya, maka kita bagi the cash transfer. Dengan kita bagi the cash transfer, kita punya industri akan terus berkembang kerana dia mempunyai keuntungan dalam perniagaan mereka.

final • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Titiwangsa.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik mohon sikit pencerahan...

final • 3:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Sekejap, saya nak habis jap.

Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Dewan ini, harga ayam dan telur ini kembali stabil hari ini. Apabila harga makanan ayam seperti jagung dan kacang soya dunia kini kembali menurun. Ia turun balik. Dia dah balik, balik. Dulu dah naik sampai USD827 per tan, sekarang dia dah turun balik. Close to what we used to see USD400, sekarang USD494. Sebab itu dia turun balik. Soya dia naik sampai 1,700-1,800 per tan, hari ini dia turun balik 1,200.

Jadi apa yang saya nak tekankan, selalunya kita punya reaction ini menyebabkan industri tergugat. Kalaulah dua komoditi ini meningkat begitu mendadak, apa yang perlu kita adjust ialah kerajaan akan menyukat peningkatan siling itu. Kalau kita increase-kan siling ini untuk supaya peniaga-peniaga ini boleh membeli corn, soybean meal dan menternak ayam dan mengeluarkan telur dan dia boleh untung, maka kita raise-kan siling.

Tapi kepada mereka yang terjejas akibat peningkatan harga ini, maka kita bagi dia cash transfer. Kemudian cash transfer ini boleh ditarik balik apabila ceiling price ini dah kembali normal, kita reduce balik the ceiling price, maka duit cash transfer ini pun kita ambil balik.

final • 3:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

[Bangun]

final • 3:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Jadi, konsep ini kita boleh dapat dua kebaikan. Satu ialah kita pastikan bahawa rakyat-rakyat B40, miskin tegar, miskin, dia tidak terjejas kerana kerajaan membantu dia melalui cash transfer.

final • 3:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Titiwangsa.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Manakala industri yang terlibat dalam perniagaan-perniagaan ini tidak terjejas, dia tidak tutup. Kemudian dia terus untung, kerajaan dapat cukai, kemudian pekerja-pekerja tak diberhentikan. Maka, impak kerajaan akan lebih besar kalau dibandingkan kita cuba nak control price dan kita bagi subsidi pukal, tapi tidak sampai kepada sasaran.

final • 3:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Titiwangsa. Belakang.

final • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik dulu kut.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Bagi dia oranglah, nanti kita bagi.

final • 3:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Bagi kawan dulu.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Okey.

final • 3:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Terima kasih Titiwangsa. Beberapa senario yang dibawa oleh Titiwangsa tadi, kebanyakan kalau tidak semuanya berkenaan dengan kebergantungan Malaysia kepada perdagangan dalam USD. Apabila dasar yang dibuat oleh ‘Fed’ peringkat Amerika Syarikat, memang mengenakan atau bawa naya kepada kita dekat Malaysia. Apakah pandangan Titiwangsa dengan Malaysia mengambil pendekatan untuk kita mula, mungkin istilah de-dollarization itu berat sikit tetapi kita nak mengurangkan risiko kebergantungan kepada Amerika Syarikat. Itu satu langkah yang perlu kita ambil dan telah pun kita mula ambil walaupun sebahagian kecil.

Tetapi waktu yang sama, bagaimana kita nak meredakan suara-suara di luar sana khususnya daripada Amerika Syarikat sendiri dan juga sekutu-sekutunya bahawasanya kononnya Malaysia ini mula nak menyendeng ke belah sana. Sebelah sana itu siapa, tak tahulah. Tapi tidak menyendeng kepada Amerika Syarikat untuk kita kekal kukuh berdagang dengan Amerika Syarikat. How do we square that circle, dengan izin?

final • 3:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Kalau tanya saya punya personal opinion, sebagai sebuah negara yang kecil, penduduk hanya ada 33 juta dan kita ini merupakan satu negara yang berdagang dengan semua orang. Maka, lebih elok kita jangan ada apa-apa pendirian. Kita jaga negara kita. Kita kawan dengan semua orang.

Tuan Yang di-Pertua, industri ayam dan telur ini, dia adalah merupakan satu signifikan dari segi dalam negara kita. Nilai dia hampir lebih 13 bilion. Industri ini lebih daripada 13 bilion. Jadi, kalau di industri yang kita build self-sufficient lebih daripada 13 bilion, kalau kita tak jaga, saya takut industri ini makin lama makin turun. Daripada kita self-sustained, jadi tak self-sustained. Kita dah tengok macam mana nak pergi import ayam ini, macam mana nak import telur. It doesn’t work, sebab ini adalah barang-barang yang biasa kita buat dan kita boleh menghasilkan production yang lebih daripada cukup.

Malah pada satu ketika dulu, kita boleh eksport some of this ayam di Singapura.

Jadi, apabila kita adjust perkara-perkara ini tanpa melihat isu yang sebenar, maka kita silap buat polisi, akhirnya orang lain yang untung. Sekarang ini Singapura dah tak beli lagi ayam kita. Kalau kita lebih, dia pun tak beli dah. Orang dia dah pergi cari tempat lain sebab dia takut Malaysia ini kejap ada kejap tak ada.

final • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

[Bangun]

final • 3:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Dulu, dia tak pernah tak ada.

final • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Titiwangsa.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Jadi, saya berharap...

final • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Boleh sikit Titiwangsa?

final • 3:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Apa yang kita perlu melihat— Sekejap. Saya banyak ini, takut terlepas nanti jap. Apa yang perlu kita lihat hari ini, seperti yang saya sebut tadi, kita adjust ceiling price, kita help the affected families ataupun household. That is the concept. Kalau tidak, kita akan berdepan dengan banyak perkara.

Contoh, dalam laporan mengenai subsidi ini, saya dimaklumkan kerajaan bayar 3.8 bilion untuk subsidize sebahagian daripada penternak-penternak yang diternak terpaksa jual harga siling, dia rugi, dia dapat subsidi. Tapi subsidi ini kebanyakan daripada mereka ini

final • 3:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

tak dapat on time. Sampai empat, lima, enam bulan, tujuh bulan tak dapat subsidi. Macam mana dia nak masukkan the new input? Jadi, bila dia tak masuk a new input, maka lama, lama, lama, lama, lama production yang kita biasa buat 110 persen, 120 persen, maka dia orang stop, dia tunggu the subsidi sampai. Subsidi tak dapat, dia tak boleh masuk, modal tak ada, modal pusingan tak ada. Akhirnya, kita semua akan terjejas.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Tuan Yang di-Pertua, saya ada mencadangkan perkara yang sama, berkait dengan masalah beras putih tempatan yang sedang dihadapi negara kita hari ini. Kita produce lebih kurang dalam 1.6 juta metrik tan. Kita paksa orang jual RM26 - 10kg iaitu RM2.60 - 1kg. Kita ada cuma 1.6 juta metrik tan. Negara perlukan beras 2.5 juta satu tahun. Kita hanya produce 1.6 juta. Kemudian, kita terpaksa import.

Sebelum-sebelum ini, sebelum ada concept of protectionism dalam mana-mana negara pengeksport, jadi kita boleh import banyak tempat. India, Thailand, Vietnam, Cambodia and kita allowed them to compete, kita beli mana yang murah masuk. Tapi hari ini, semua harga beras putih import ini, dia telah meningkat begitu tinggi dan bukan sahaja kita tak boleh beli – Kalau kita ada duit nak beli pun, dia tak mahu eksport. Some of the countries.

Jadi, ini adalah satu perkara yang sangat, sangat merbahaya. Kerana apa?

Beras ini, orang Malaysia ni, kalau tiga hari dia tak makan nasi, saya tak tau apa nak jadi.

Tiga hari ja. Tak percaya cuba try. Cuba try, dah cuba try lagi. Cuba, cuba, cuba. Tiga empat hari tak makan. Majoriti tak boleh tahan. Sebab itulah beras ini sangat penting.

Sekarang ini kita ada 62 peratus. Subsidi yang kita bagi kepada penternak- penternak begitu banyak. RM3 bilion. Lepas tu harga jualan padi, baru ni naik lagi.

Kemudian, bagi lagi RM500 subsidi. Banyak subsidi yang kita bagi ini tetapi every penternak kita ini adalah penternak yang dia panggil penternak subkontraktor. Dia sub.

Ini sub ni, cerita pasal sub ni, saya nak berkongsi sikit ini. Saya pun ada buat research ini. Kenapa banyak subsidi yang dapat kepada penternak ini tapi dia tak – dia panggil kenapa dia tak successful-lah untuk buat benda ini. Rupanya, daripada mula tanam, lepas tu nak jaga, lepas tu nak tuai, lepas tu nak hantar ke kilang, semua orang, sama ada Bangla buat, Nepalese buat, Myanmar buat.

final • 3:30 PM

Seorang Ahli

Tauke lah.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Tauke tak ada. Tauke kerja tempat lain, some of them. Tapi because ini benda yang bersubsidi, jadi subsidi akan pergi kepada mereka. Saya tak ada masalah.

Tetapi apa yang saya nak tekan hari ini ialah saya nak kerajaan melihat balik semula ini harga beras putih tempatan. Apabila beras ini masih kekal dalam keadaan RM26, you bagi subsidi macam mana sekalipun, banyak industri rantaian ini, dia tidak boleh untung. Sebab apa dia tak boleh untung? Subsidi go to the pesawah, kilang tak dapat, jadi pengilang, dia tak boleh jual harga ini yang RM26. Sedangkan beras putih daripada luar negara masuk, dulu dia boleh jual RM21, RM22, sekarang ini dia orang jual RM35, RM36, sampai RM40 pun ada.

Jadi peniaga-peniaga restoran dalam negara kita ini, beribu-ribu restoran kedai makan, kita biasa memang makan luar. Tapi apa yang saya nak tekankan, mereka ini dulu beli beras import yang murah. Kalau dia beli basmati semua ini, semua tak apa. Sebab itu different target market.

Tapi beras putih ini, adalah untuk rakyat kebanyakan yang di luar sana. Jadi, dia beli beras murah, jadi beras murah ini dah tak ada. Nak beli beras import tu dah jadi mahal, maka, dia orang akan menumpukan untuk beli beras putih tempatan ini. Sebab itulah berlakunya kekurangan beras.

Jadi, bila berlaku kekurangan beras ini, kita nak cuba buat *enforcement.

Impossible you* nak buat enforcement. Begitu satu negara you nak buat enforcement macam mana? Akhirnya, you jumpa pengilang-pengilang, kalau buat enforcement, dia tengok padi ada tapi dia tak proses. Dia tak pack lagi, pasal dia tahu harga RM26. Jadi dia tak proses. Kalau dia proses, dia nak kena pack. Dah packed dia tak boleh simpan, dia kena jual. Jual RM26, dia tak boleh untung.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Akhirnya, sama ada dia cari jalan campurkan beras putih tempatan dengan beras import, campur, then dia declare sama ada import, supaya harga lebih dapat dia boleh jual tinggi ataupun kalau harga import kurang, yang putih tempatan dia declare putih tempatan. Dua-dua dia boleh untung. Kalau harga import jatuh, dia declare itu tempatan.

Kalau harga import naik, dia declare itu import. Akhirnya, pesawah-pesawah kita kena tekan, kita bagi subsidi, dia tahu pesawah dapat subsidi, dia tekan harga padi lagi bawah sebab dia pun nak untung.

Jadi, dia tak boleh dalam rantaian, dia tak boleh seorang untung, seorang rugi.

Jadi konsep ini, saya rasa kalau kita semua boleh melihat ini, saya percaya, beras ini boleh jadi lebih daripada 100 peratus self-sufficient. Sebab, hari ini kita buat 700,000 hektar. Kita punya setiap hektar, pesawah-pesawah kita produce melalui kita punya pekerja-pekerja asing ini, 3.1, 3 perpuluhan metrik tan satu hektar. 3.1. Sedangkan di Indonesia, satu hektar, tujuh. Paling rendah pun enam. Cuba bayangkan, kalau tanah keluasan yang sama, kalau kita boleh meningkatkan hasil ini daripada 3.1 metrik tan satu hektar kepada enam atau tujuh, we are self-sufficient. Ini memerlukan satu pengkhususan untuk kerajaan melihat supaya apa? Supaya mana- mana pesawah-pesawah yang dapat subsidi ini, kita kena panggil pergi jumpa mereka, bincang dan kalau boleh, kita bawalah syarikat-syarikat besar-besar ini, kita ada banyak syarikat-syarikat GLC ini. Kena pergi sana, duduk dengan mereka ini, bincang bagaimana kita boleh meningkatkan ini dengan menggunakan macam-macam teknologi yang ada hari ini.

Dalam soal hari ini...

final • 3:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Titiwangsa, boleh, boleh saya minta sikit pasal beras tadi. Boleh sikit ya?

final • 3:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Ya, one minute lah. Jangan lama-lama.

final • 3:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya boleh. Terima kasih Titiwangsa.

Ya, kita lihat Titiwangsa mungkin nak minta pandangan bagaimana kerajaan memperuntukkan subsidi yang besar untuk industri padi sendiri. Namun, hasil kita memang semakin menurun ketika mana nilai import kita...

final • 3:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Ya, macam saya tadi...

final • 3:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Maksud saya, adakah kerajaan melihat subsidi output itu mungkin lebih efisien untuk kita nak meningkatkan hasil, ketika mana ada negara yang tadi disebut seperti Indonesia. Mereka memberi subsidi yang sangat kecil kepada petani termasuk kalau di Vietnam, zero subsidised.

Jadi, adakah juga kita kata subsidi yang ada ini perlu direalisasikan kembali supaya ia langsung diperolehi petani dan tidak tercicir di tengah jalan dan akhirnya, petani pun tak dapat sepenuhnya dan kerajaan pun akan mengalami kerugian besar dalam pemberian subsidi ini? Terima kasih.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Saya setuju bahawa subsidi ini kita kena tengok. Sebab itu kalau kita boleh double the output, tanah keluasan yang sama tapi kita boleh double the output, sebenarnya dia akan memberi satu keuntungan besar dalam industri ini. Industri ini bukan kecil. Dalam kita buat 1.6 ini, dalam tak efisien kita ini, industri ini sudah mencecah hampir 5-6 bilion punya industri. Jadi, kalau kita buat betul-betul ini, ini adalah satu industri yang saya cukup yakin kita boleh buat sebab kita short lebih kurang 37 peratus saja and I think we can do this. Apa yang saya nak tekan ialah, saya selalu apabila cerita soal beras ini, saya cukup tertarik bila melihat status sebuah negara yang tak berapa maju kalau dibandingkan dengan kita dulu iaitu Vietnam. Vietnam ini pada satu ketika, dia adalah merupakan sebuah negara macam kita. Dia produce rice tapi tak cukup. Dia import rice tetapi selepas itu, apabila ada krisis komoditi, maka kerajaan membuat keputusan menumpukan sepenuh perhatian kepada rice ini. Hari ini, Vietnam – Vietnam hari ini merupakan pengeksport beras yang ketiga terbesar hingga mencecah 40-45 million metrik tan.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Why? Sebab ada pengkhususan melihat itu. Syarikat-syarikat yang terlibat dalam ini adalah syarikat-syarikat yang besar dan dia menjaga semua farmers. Kalau hari ini farmers buat dua kali tanaman, lepas itu on average tiap-tiap bulan dapatlah lebih kurang dalam 700-800. Dia jaga tu. 700-800 dia bagi every month. Tak payah tunggu enam bulan lepas itu enam bulan. Tak payah, dia bagi tetapi tanah-tanah dia, dia tak ambil.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Tanah atas itu masih milik pesawah tetapi dia cuma dapat manage-kan semua ini and then dia ambil semua apa yang kerajaan bagi dari segi bantuan, infrastruktur, teknologi, everything dalam masa yang begitu dahsyat, singkat, dia dapat menjadi pengeluar terbesar beras yang ketiga di dunia.

Saya, Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak menyentuh sikit saya sudah cerita sikit pasal ayam, beras sebab saya rasa penting food security ini. Begitu juga saya hendak bawa soal isu daging lembu.

Selain daripada beras, negara kita juga bergantung kepada import daging lembu yang mana Nisbah Kebergantungan Import atau Import Dependency Ratio untuk daging ini melebihi 85 peratus. Yang bermakna pengeluaran daging lembu di negara kita hanya mencukupi untuk menampung 15 peratus daripada keperluan tempatan. Selebihnya, semua kita import. Pada tahun 2022, kita mengimport 250,000 tan daging lembu dengan nilai RM3 bilion, di mana 80 peratus dari ini ialah datang daripada negara India dan selebihnya dari Australia, Brazil dan beberapa buah negara lain.

Yang paling besar sekali kita import dekat India. Yang India ini dia bukan daging lembu, dia daging kerbau. Masuk dekat kedai mamak ini kita makan semua daging kerbaulah, kalau daging lembu dia expensive. Tetapi apa yang saya hendak tekankan, dia merupakan satu benda yang sangat penting dalam sistem pemakanan kita. Kalau kita tak lihat benda ini, satu ketika nanti apabila perkara negara-negara ini tidak mahu mengeksport kepada kita ataupun negara-negara ini ada masalah dengan kita dari segi isu, jadi sudah tentu ia akan menyekat kita. Jadi, maka kita tidak ada *food security.

So,* sebab itu saya hendak tekankan bahawa kita kena melihat food security ini dengan begitu-begitu rapi dan kita tak boleh main agak-agaklah. Kalau kita ikut agak-agak ini tak jadi ini. Sebab ini adalah perkara yang kita kena lihat bukan hanya dua, tiga tahun.

Kita kena tengok dari segi lima, 10 tahun. Dari segi macam mana kita menyusun strategi kita membangunkan ladang-ladang kelapa sawit dalam negara kita sehingga kita menjadi pengeksport kelapa sawit kedua terbesar di dunia selepas Indonesia.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh soal subsidi bersasar. Tadi Larut ada sebut subsidi bersasar dan jadi saya pun nak masuk subsidi bersasar ini kerana penting. Tahun lepas, kerajaan membelanjakan sebahagian besar daripada subsidi bahan api iaitu termasuk petrol, diesel, LPG dan juga sehingga mencecah hampir RM62 bilion.

Jika kita bandingkan dengan jumlah peruntukan cash transfer yang kita bagi kepada Sumbangan Tunai Rahmah iaitu lebih kurang saya anggar lebih kurang RM10 bilion.

Rahmah kita bagi RM10 bilion, tetapi subsidi yang kita bagi yang tidak bersasar ini hampir empat kali ganda daripada apa yang kita bagi kepada bantuan cash transfer Rahmah ini.

Empat kali ganda tapi yang itu tak bersasar, yang ini bersasar. Yang ini tak bersasar tapi empat kali ganda. Dengan menjimatkan separuh daripada subsidi bahan yang tidak bersasar ini, katakan kita jimatkan RM20 bilion. Kerajaan boleh meningkatkan peruntukan kepada bantuan Sumbangan Tunai Rahmah ini. Kalau kita tak mahu saving kita nak bagi dekat dia orang. Sebanyak tiga kali kita boleh, tiga kali ganda kita boleh meningkatkan dengan menyusun balik subsidi yang tidak bersasar ini kepada bersasar.

Kuantum bayaran ini, kerajaan boleh *decide.

Consumption,* apa kebaikannya? Apabila kita bagi itu cash transfer itu, cash transfer itu kita jangan bagi sekali, kita bagi tiap-tiap bulan. Dia akan membuatkan satu pusingan ekonomi through consumption. Consumption akan meningkat, berpusing dan akhirnya industri-industri akan membangun. Dia punya multiplier effect, kalau kita betul- betul susun strategi ini dia akan memberikan kesan yang sangat baik, bagus dan cekap kepada putaran ekonomi negara.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Ini bermakna, isi rumah berpendapatan rendah boleh menerima STR sekitar RM900 sebulan kalau bandingkan apa yang kita buat tak bersasar ini, jika rasionalisasi subsidi bahan api ini dapat dilaksanakan, tapi hendak buat ini bukan senang. Kita kalau buat sekali one shot, dia tak boleh jadi. Kita hendak pastikan kalau kita hendak buat, kita ambil jangka masa katakan lima tahun ataupun 10 tahun. Makna every year kita reduce kita punya subsidi 10 peratus, kemudian second year 10 peratus, third year 10 peratus, fourth year 10 peratus. Maka apabila harga minyak jatuh balik dia tidak lagi mencecah itu dan kita stop, jangan reduce. Sebab harga minyak ini turun, naik. Sekarang ini kita berdasarkan USD100 per barrel. Sekarang kalau harga minyak jatuh balik 40 dan kita stop. Jadi, ini adalah sangat dinamik kita menyusun targeted subsidi. Tapi kalau kita potong sekali one shot dan kita akan dapat lihat bahawa inflation akan naik begitu tinggi. Kemudian ada kelompok- kelompok masyarakat yang kita panggil underserved tidak akan dapat manfaat ini maka mereka ini akan tertinggal. Sebab itu, dengan adanya sistem ini dan kita sebagai wakil rakyat, 222 Ahli Parlimen, kita ada semua kawasan yang kita jaga.

Kemudian dalam negeri-negeri juga ada Dewan Undangan Negeri. Juga ada 500 lebih wakil rakyat maka mereka inilah yang memainkan peranan untuk memastikan mana- mana keluarga yang tertinggal. Dan akhirnya, selepas 5 atau 10 tahun kita boleh menyelesaikan DNA Malaysian economy yang bergantung kepada subsidi. Apabila kita bagi subsidi dia bersasar. Tidak ada orang dapat kepentingan daripada ini kerana tidak ada leakages ataupun kalau ada dia tidak sebanyak apa yang hari ini kita berdepan.

Dato’ Yang di-Pertua, bahan sistem cash transfer ini adalah sistem terbaik untuk memberi bantuan terus kepada kumpulan yang memerlukan berbanding sistem subsidi pukalan ini, yang bukan sahaja bersifat regresif dengan memberi manfaat kepada yang bukan sahaja kumpulan berpendapatan tinggi tetapi juga mendedahkan kepada ketirisan melalui penyelewengan dan penyeludupan bahan api ini ke luar negara. Banyak kita punya subsidi diesel pun pergi ke luar negara.

Saya menyambut baik komitmen Yang Amat Berhormat Tambun dalam ucapan Bajet 2024, beliau akan menyasarkan subsidi ini berfasa dengan menambahkan sumbangan tunai untuk mengurangkan kesan kenaikan harga bahan api tersebut kepada mereka yang tidak berkemampuan.

Saya juga ingin menyentuh soal minyak masak. Contoh subsidi yang kita bagi kepada rakyat kita tetapi kita tak bagi cash transfer, tapi kita bagi dia dalam bentuk minyak paket. Kerajaan mengeluarkan 60,000 metric ton sebulan minyak paket. 60 juta paket sebulan untuk bagi kepada rakyat tapi akhirnya ada rakyat dapat, rakyat tak dapat. Yang dapat foreign workers banyak beli, pekerja-pekerja asing. Ini rakyat tak dapat. Pergi mana- mana pasar raya, datangnya 10 kotak, 50 kotak minyak paket ini, dalam sekelip mata hilang, habis.

Jadi saya hendak sarankan, kerajaan melihat balik semula pengedaran minyak masak ini kerana dia banyak ketirisan. Kalau kerajaan betul-betul hendak bantu rakyat di luar sana iaitu mereka yang terdiri daripada B40 atau pertengahan M40, kita jangkakan lebih kurang 5kg lah minyak masak diguna pakai oleh mereka. Jadi, kita bagi cash transfer sahaja. Jadi kita save berbilion-bilion ringgit untuk kita beli harga ini.

final • 3:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Titiwangsa, Puncak Borneo minta penjelasan sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa kerana bagi ruang.

Saya amat bersetuju dengan pandangan dan saranan Yang Berhormat Titiwangsa untuk memberi cash secara terus kepada golongan miskin tegar dan juga B40 ini untuk menikmati subsidi minyak masak, tetapi saya juga ingin bertanya pendapat Yang Berhormat Titiwangsa sebab kita selalu mendengar harga minyak masak ini ataupun minyak sawit ini dulu harganya mendadak naik.

final • 3:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Pernah fresh fruit bunch harga dia sampai ke RM1,500 dan CPO mencecah harga RM5,000 ke RM6,000 satu tan. Tetapi masalahnya walaupun pada ketika itu harga minyak masak ini naik, semua pengusaha menaikkan harga. Tetapi sekarang ini harga telah

final • 3:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

menurun. Masalahnya walaupun harga menurun, tetapi the retail price dengan izin di market-market masih harga yang masih tinggi. Mungkin kita perlu melihat di mana kerajaan harus penalise ataupun menghukum mereka yang mengambil kesempatan untuk mendapat keuntungan ini sebab apabila harga turun, mereka tidak menurunkan harga.

Begitu juga dengan ayam dan telur.

Sebab hari ini kita punya makanan ayam semua sudah turun tapi harga ayam tidak turun. Harga telur tidak turun. Jadi, ada di dalam rangkaian pemakanan itu ataupun the value chain, ada pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk mengambil keuntungan. Apa pendapat Yang Berhormat Titiwangsa?

final • 3:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Saya sebenarnya bersetuju lah. Sebab itu saya cakap, ini adalah satu isu yang sangat kompleks. Kompleks maksud saya ialah perkara ini sebenarnya dia memerlukan pendetilan. Selalunya yang kita nampak apabila polisi kita tidak berjaya ini kerana ada dalam rantaian itu dia rugi. Dia tidak dapat dia punya subsidi, tidak dapat dia punya keuntungan, sebab itu dia tertinggal.

Macam minyak masak ini, kita semua tahu. Saya hendak fokus balik kepada minyak masak ini. 60 juta paket kita bagi kepada orang, selepas itu tidak sampai kepada orang, kepada rakyat. Kemudian kita pula kena bagi subsidi. Waktu harga CPO naik sampai 6,000 lebih per metrik tan, kita punya subsidi bagi 60 juta paket ini tiap-tiap bulan combine hampir empat bilion. Kalau empat bilion kita habis, dapat kepada dia orang ini tidak apa. Tidak dapat.

Jadi, saya merasakan bahawa let’s change kita punya stail of bagi subsidi ini supaya mereka boleh dapat benda itu dengan cara kita suruh dia pergi beli dengan harga pasaran tetapi kita sudah subsidised dia, cash transfer. Kalau dia pakai satu bulan lima kg, kemudian dia pakai dalam masa tiga bulan, itu pandai dialah. Tetapi kalau kita start hendak feed dia fasal minyak paket ini, akhirnya minyak paket ini fall into a wrong person, wrong family, wrong industry.

Dia orang datang buat ini kadang-kadang some of this leakage pergi jadi eksport.

Jadi kita rugi. Jadi saya...

final • 3:50 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Petaling Jaya minta celah sedikit.

Sebelah kiri.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Okey.

final • 3:50 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Tuan Speaker. Saya tertarik dengan cadangan yang kita sebaiknya berikan tunai secara langsung berbanding dengan kita bagi subsidi tetapi terdapat ketirisan.

Namun kalau kita berikan satu kuantum yang sekali gus kepada mereka, adakah rakyat juga akan mudah lupa bahawa, “Oh saya dapat itu tetapi tidak guna untuk beli,” dan lupa sebenarnya kerajaan berikan bantuan untuk menyelesaikan keperluan asas.

Maka saya ingin tanya cadangannya adakah kita boleh memberikan subsidi, masukkan dalam akaun dan kita boleh itemised-kan apa jenis subsidi yang kita berikan dalam bentuk tunai kepada mereka, masuk dalam akaun mereka supaya mereka tahu ini adalah jasa kerajaan. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Dia sebenarnya kalau macam kita hendak bagi, kalau penggunaan itu untuk setahun, kita bagi awal-awal belanja dia orang ini, memang habislah duit itu. Kita kena bagi tiap-tiap bulan untuk dia punya subsistence untuk beli barang-barang yang sudah naik. Tetapi barang-barang ini nanti dia akan naik, turun, naik, turun, naik, turun, tetapi industri secara keseluruhan dia tidak terjejas.

Yang paling penting kita kena protect industri ini kerana industri ini akan boleh bagi kita self-sufficient in terms of supply. Kalau kita tidak ada supply, tetapi ada demand, kita akan berdepan dengan masalah yang sangat besar dan lebih besar daripada soal kita hendak cerita pasal hendak bagi cash transfer ini. Cash transfer ini kita bagi bulan-bulan.

Saya hendak sebut figures ini ya. Pada tahun 2022, jumlah subsidi yang kita bagi RM77.3 bilion mewakili 26.3 peratus daripada government revenue. Dalam masa yang sama, PETRONAS bagi kita dividen RM50 bilion, kita collect daripada PETRONAS RM19

final • 3:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

bilion untuk PITA Tax, kemudian kita dapat RM6 bilion royalty tax, jumlah dia RM75 bilion.

Cuba bayangkan PETRONAS bagi kita RM75 bilion setahun, ini yang figures saya sebut ini, habis kita bagi kepada subsidi, kepada yang kita spent RM77 bilion untuk subsidi.

Bermakna hasil PETRONAS yang kita dapat tiap-tiap tahun ini sebenarnya habis ke subsidi.

Kalau habis ke subsidi, dia sampai kepada targeted, then tidak apa. Saya nak beri sebut, sovereign wealth fund from petroleum revenue. Kita wujudkan satu kita panggil Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) yang datang daripada royalti ini. 1988 kita tubuhkan fund ini untuk simpan duit PETRONAS ini, kita cuma ada hari ini USD4.7 bilion hari ini. Norway, also pengeluar minyak petroleum. 1990, dia wujudkan fund ini. Hari ini dia USD1.15 trilion dia punya cash reserve, fund punya reserve. Timor Leste, dia baru wujud fund ini 2005, hari ini dia ada USD 17.7 bilion.

Apa yang saya hendak tekankan, kita sebenarnya negara kaya tetapi duit yang kita dapat ini sebenarnya kita menstrukturkan kita punya subsidi ini, banyak yang tidak kena. Akhirnya kalau kita continue buat benda ini, kita akan berdepan dalam satu keadaan, kita sudah tidak ada solution lain. Harap-harap PETRONAS ini continue-lah bagi kita duit banyak itu. Ya? Okey.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh pasal FDI ya. Pelaburan adalah komponen penting dalam ekonomi negara dengan ianya menyumbang hampir 20 peratus daripada saiz KDNK negara. Pelaburan mencipta pekerjaan untuk rakyat, membina kapasiti untuk kita mengeksport barangan kita ke luar negara dan meningkatkan eksport kita. Menjana pendapat kepada negara dan kerajaan. That is how important foreign direct investment.

Kemasukan pelaburan dalam negara juga menyokong kadar tukaran mata wang ringgit. Apabila mereka datang ke negara kita ini, dia bawa duit dia, dia tukar kepada ringgit, demand ringgit naik, duit dia kita simpan jadi kita punya international reserve.

Walau bagaimanapun, pelaburan yang diumumkan mestilah direalisasikan, mestilah kita realise-kan untuk benar-benar negara kita mendapat manfaat kepada pelaburan tersebut. We must get that to realise it. Di sini peranan agensi seperti MIDA, untuk memastikan segala bentuk kelulusan yang diperlukan di setiap peringkat untuk merealisasikan pelaburan tersebut, dikemas kini dan disemak pada kadar yang secepat mungkin.

Setakat separuh tahun ini, MIDA telah mengumpulkan RM63.3 bilion pelaburan asing yang telah diluluskan, bukan realised ya, diluluskan. Tetapi mengikut DOSM, setakat enam bulan pertama ini, pelaburan langsung asing yang masuk hanya RM15.1 bilion iaitu USD3.2 bilion. Berbanding dengan Indonesia, enam bulan pertama ini, realised sahaja USD45.2 bilion. Vietnam, USD13.4 bilion. Kita, USD3.2 bilion. Ini data adalah UNCTAD.

Ini data yang dikeluarkan oleh agensi yang diiktiraf sebagai satu reference point.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada pelaburan langsung asing ini atau FDI, komponen pelaburan yang lain yang tidak kurang penting adalah pelaburan portfolio yang melibatkan pelaburan dalam pasaran kewangan kita seperti saham dan bon dalam negara kita. Tahun lepas, aliran pelaburan portfolio negara kita menyaksikan aliran keluar bernilai RM50 bilion dan setakat enam bulan pertama tahun ini aliran keluar pelaburan portfolio mencecah RM25.2 bilion. Sejak 2018 hingga ke Jun 2023 berlaku aliran keluar pelaburan portfolio bernilai RM188.4 bilion daripada pasaran kewangan negara kita.

Pada tahun 2017, market capitalisation pasaran ekuiti di Bursa Malaysia mencecah RM1.9 trilion. Hari ini sekitar RM1.7 trilion, konsisten dengan aliran keluar hampir RM200 bilion pelaburan portfolio keluar daripada negara kita. Kesannya dia secara tidak langsung, dia memberi kesan kepada kita punya kedudukan mata wang kita.

final • 3:50 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

[Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor] **mempengerusikan Mesyuarat****] Indeks FBMKLCI pada suatu masa memegang rekod the longest bull run in the world— memegang rekod kenaikan nilai pasaran saham 12 tahun berturut-turut sejak

final • 4:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

2008 hingga 2018. 1,836 indeks akhirnya jatuh kepada 1,290 tahun lepas dan ini naik balik 1,440.

Aliran keluar wang ini dari pelaburan portfolio. Ini juga menyumbang kepada prestasi ringgit yang tidak begitu memberangsangkan. Prestasi pasaran kewangan negara kita juga akan mempengaruhi pulangan pelaburan kepada institusi pelaburan seperti KWSP, PNB, Tabung Haji, LTAT. Ini adalah sangat penting kita memastikan bahawa pasaran saham kita sentiasa dinamik untuk mereka ini mendapat keuntungan dan juga pelabur-pelabur datang bawa duit...

[Tidak jelas] dalam capital market kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh soal government linked companies. Petikan Bajet 2024 kalau saya boleh bacakan di sini. Petikan bajet yang telah dibaca oleh Yang Amat Berhormat Tambun saya agak tertarik dengan perenggan ini, “Institusi utama negara kita tidak boleh lari daripada matlamat asal penubuhan. Salah tadbir urus lampau juga memaksa kerajaan menanggung kerugian Tabung Haji RM20 bilion, FELDA RM10 bilion, LTAT RM2 bilion. Dalam berdepan masalah, amatlah tidak wajar institusi utama membuat penyelesaian membuat aset strategik. Maka, institusi utama harus mempunyai pertanggungjawaban mengurus secara hemah dan profesional serta merealisasikan potensi pelaburan jangka panjang demi kepentingan pemegang taruh.” Tuan Yang di-Pertua, bila kita sebut fasal GLC ini ataupun dana-dana ini, saya ingin menekankan semula soal apa yang telah saya sebut di dalam Dewan ini sewaktu pernyataan Menteri. Kita ada tiga kategori dana. Pertama yang menguruskan social security iaitu dana persaraan pencarum dengan membuat pelaburan untuk memberi pulangan kepada pencarum seperti KWSP, KWAP, LTAT. Dia datang, dia melabur, kita contribute, dia mesti dapat maximize return. Dia mesti maximize dia punya return. Kalau dia loss, dia mesti be able to cut loss untuk cari pelaburan lain. Kalau tidak, kita bukan bersifat sebagai dana pelaburan untuk social security ataupun persaraan.

Type kedua atau jenis yang kedua ialah sovereign wealth fund yang memegang ekuiti strategik dalam syarikat-syarikat berkaitan selain daripada memberi pulangan kepada kerajaan seperti Khazanah Nasional dan KWAN. Ini dana-dana wealth fund yang kita bila melabur, kita melabur because of a strategic reason. Ketiga ialah syarikat pengurusan dana untuk tujuan spesifik seperti PNB. Dia ditubuhkan asalnya ialah untuk mengumpul bumiputera punya capital untuk dilabur dan untuk memberi maximum return kepada pelabur-pelabur termasuk juga Tabung Haji yang menguruskan pelaburan untuk meningkatkan ekonomi ummah selain menjadi operator tunggal ibadah haji dan juga jemaah haji.

Yang saya nak tekankan dekat sini ialah kerajaan kena melihat balik semua.

Mereka yang mengendalikan ketiga-tiga jenis fund ini, mereka mestilah bertanggungjawab sepenuhnya daripada pengurusan hingga kepada lembaga pengarah untuk memastikan bahawa semua ini tidak berbalik balik kepada kerajaan. Kalau dia berbalik balik kepada kerajaan bermakna kerajaan ini bukan sahaja mentadbir negara, menjaga kerajaan, nak kena tadbir business. Banyak syarikat ini akhirnya apabila dia ada masalah, dia akan pergi balik kepada kerajaan melalui funds ini untuk keluar modal lagi besar. Sebab kita tidak reti nak faham dari segi konsep pelaburan dana.

Bila kita melabur dana ini, kita lihat banyak negara dunia ini, bila dia melabur dana, dia melabur dia tidak lebih daripada lima ke 10 peratus. Dia melabur lima ke 10 peratus dalam mana-mana industri, syarikat kemudian tengok pengurusan bagus, dia meningkatkan dia punya pelaburan. Daripada lima peratus ke enam peratus, tujuh peratus, lapan peratus ataupun 10 peratus. Maksimum. Dan dia tak payah participate dalam dia punya management. Sebab dia fund, dia dana. Kemudian kalau dia rugi jadi dia tengok management tak bagus, cut.

final • 4:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Dengan izin.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Just jual.

final • 4:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih. Sejujurnya saya rasa misi dan visi Yang Berhormat Titiwangsa berkenaan ekonomi agenda itu sangat jelas. Banyak baiknya juga. Saya dengar daripada isu rasionalisasi subsidi, penggantian kepada bantuan tunai, cuma saya perlu ingatkan bahawa perkara ini ditentang dengan

final • 4:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

begitu jelas dan oleh pimpinan yang kini berada dalam kerajaan. I cut it short at that lah.

Cuma masalahnya timbul Yang Berhormat adalah apabila rakyat merasai subsidi dikurangkan tetapi pada masa yang sama pembaziran diteruskan.

Tadi Yang Berhormat Titiwangsa kongsikan strategi pelaburan sebagai contohnya Boustead Plantations apabila bermasalah kini kerajaan perlu bail out RM2 bilion bersertakan Government Guarantee (GG). Sebelum ini boleh divest tetapi akhirnya kerajaan mengambil alih terus. Almost a 100 percent share. Ini merupakan pegangan LTAT. So, bagaimana rakyat nak mengikat perut merasai pengurangan subsidi tetapi pada masa yang sama bailout, bailout masih berlaku dan pembaziran masih diteruskan.

Terima kasih.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Saya dalam konteks ini saya ingin melihat ada dua perkara yang berbeza. Sebenarnya kita melalui pengalaman baharu hari ini sebab dunia perniagaan di luar sana mencabar. Kita bukan lagi hanya cerita soal Malaysia. Apabila sesebuah syarikat itu telah disenaraikan di BURSA Saham Malaysia, dia sudah menjadi syarikat public. Bila public ini dia bukan sahaja orang Melayu sahaja invest, ada orang bukan Melayu dan juga ada dana-dana asing datang dalam negara kita dia membeli saham-saham di BURSA saham. Jadi apabila dia membeli saham-saham di BURSA saham, sudah tentu dia expect pengurusan itu menjaga syarikat-syarikat ini jangan sampai rugi sebab dia public listed company. Kalau rugi syarikat kerajaan dah tak boleh nak jual.

Sebab itu saya nak sarankan pada kerajaan, mana-mana syarikat yang kerajaan merasakan strategik, jangan dibawa ke pasaran saham BURSA saham. Tak payah pergi listing. Kalau dia strategik. Tak payah pergi listing. Macam FELDA, kita listing FGV.

Baguslah intention. Tetapi kita tidak ada pengurusan yang boleh mengawal selia FGV ini sehinggakan rugi. Bila rugi kita pula nak ambil balik, nak jadi dia private. Lepas itu bila kita nak beli saham tak dapat pula 100 peratus. Masih lagi listed, duit dah keluar.

Jadi akhirnya neither here nor there. Jadi apa yang saya nak tekankan, kalau kita konsisten dengan kita punya approach, mana-mana yang nak pergi listing ini kita dah anggap sebagai pelaburan yang kita nak maximize kita punya return. Kalau kita tak ready for that, then kita keep dalam mana-mana agensi kerajaan kita supaya pastikan dia jangan ada pergi go for listing. Sebab kalau tidak, ada masalah di luar. Kita nak bawa dana-dana yang luar datang ini menguatkan kita punya pasaran saham. Menguatkan kita punya kedudukan ringgit. Tapi kalau kita dah confused dari segi macam mana nak menyelesaikan masalah ini, akhirnya yang [Tidak jelas] kita cakap sekarang ini bahawa kerajaan has no choice except to bail out.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala fasal

Titiwangsa, walaupun dah habis waktu dah.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Ya.

final • 4:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh Titiwangsa. Sikit.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadfasalSelangor]

Kalau boleh diizinkan Datuk Yang di-Pertua, saya mendengar sejam, tekun mendengar Titiwangsa. Pada saya pokok pangkal the gist of this debate yang dibawa oleh Titiwangsa, saya terpaksa merakamkan di sini satu kelompangan dari segi pentadbiran dan tadbir urus (governance) Kerajaan Madani dan banyak perkara yang dibangkitkan oleh Titiwangsa.

Apa yang dikatakan sebagai dengan izin the non-existent of a monitoring body sama ada dari sudut subsidi, sama ada dari sudut pasaran modal, sama ada dari sudut implementasi and ETR, energy transition Dan sebagainya.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadfasalSelangor]

Kalau dulu— minta maaf, kalau saya terpaksa menggunakannya. I wouldn’t want to refer to this. Kita ada PEMANDU. Maybe, that’s a bad word now tetapi dengan tidak adanya daripada kerajaan satu badan yang memantau sama ada implementation strategy, monitoring targets and achievement dan semuanya ini, yang sebab itu pelaksanaan-pelaksanaan polisi-polisi ini, termasuklah dari segi membuat keputusan, sama ada tentang fund flow yang keluar, contohnya, itu pun tidak ada siapa yang memantau. Sovereign wealth fund contohnya, tak ada siapa yang memantau. Titiwangsa,

final • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadfasalSelangor]

bersetujukah kalau perkara ini kita tanya kepada Menteri, tentang kepentingan wujudnya satu badan yang seperti ini? Terima kasih Titiwangsa.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Titiwangsa, boleh sedikit mencelah?

final • 4:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Maran, okey.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih, Titiwangsa.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Speaker, Speaker baru duduk tadi. Dia ada bagi masa sikit.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Speaker, saya tertarik apa pandangan diberikan oleh Titiwangsa dan saya bersetuju. Banyak pandangan- pandangan yang diberi ialah ke arah membina agensi-agensi ataupun badan-badan di bawah kerajaan.

Cuma satu, Titiwangsa, saya hendak bertanya. Kebanyakan kegagalan agensi, Tabung Haji ke, FELDA ke dan lain-lain, adalah akibat daripada pengurusan yang tidak jujur. Menjalankan kerja— biasanya berlaku penyelewengan, rasuah, penipuan dan sebagainya, dan menyalahgunakan agensi ini. Jadi akhirnya, banyak mereka yang diambil tindakan undang-undang. Pergi mahkamah, kena kes.

Saya nak minta pandangan Titiwangsa. Mereka ini biasanya dilantik oleh pihak kerajaan, tak kiralah siapa kerajaan. Hari ini pun begitu juga keadaannya. Dan akhirnya, bila mereka melakukan kesilapan, kesalahan, berlaku rasuah, penyelewengan dan sebagainya, kerajaan akan cari jalan membela mereka ini. Patutnya, apa yang diperjuangkan oleh PMX, Perdana Menteri kita, bahawa penyelewengan, rasuah, kita hapuskan habis-habisan tetapi sebaliknya tidak. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Titiwangsa? Terima kasih banyak.

final • 4:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Nak bela yang mana? Kan bawa ke mahkamah? Benda ini bawa mahkamah. Jangan cakap macam itu.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Okey, okey.

final • 4:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Cakap bela, cakap bela, kan?

Bawa ke mahkamah. Itu...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Yang Berhormat...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang’di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, ikut aturan.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Yang Berhormat, sabarlah.

Saya punya pandangan. Kalau kita betul ikhlas hendak membina kerajaan— sebab, banyak dah peristiwa. Tak kira kerajaan mana, kerajaan sekarang ke, kerajaan dahulu ke.

Yang penting, apabila melakukan kesalahan, ambil tindakan melalui mahkamah dan sebagainya. Jangan cari jalan untuk membela mereka ini. Buang mereka. Tukar yang baru. Cari yang betul-betul ikhlas, yang jujur menjalankan kerja. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang’di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat, floor Yang Berhormat Titiwangsa. Jika Yang Berhormat Titiwangsa benarkan, barulah bercakap.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Saya tak benar, saya tak benar.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang’di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya bermaksud kepada ini.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Saya nak gulung ini. Dato’ Speaker, saya nak gulung. Jadi, balik-balik pada cerita ini...

final • 4:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Satu geng.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Dengar. Cukup. Duduk dulu.

Lepas ini, kita duduk kat belakang. Okey.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga nak bawa ada satu perkara ini, soal pelaburan ini. Saya dapat lihat bahawa banyak syarikat-syarikat yang dipunyai oleh kerajaan ini, dia adalah merupakan syarikat-syarikat yang juga disenaraikan di bursa saham dan dana- dana ini control syarikat-syarikat ini. Kemudian, apabila syarikat-syarikat ini memang dah disenaraikan di bursa saham— dulu masa disenaraikan di bursa saham, dana-dana ini cuma melabur saja 10, 15 peratus. Paling tinggi saya tengok 20 fasal tapi oleh kerana dana-dana ini terlampau banyak sangat duit, diafasalpayah nak fikir-fikir pasal pinjam duit.

Jadi, gunakan duit ini, pergi acquire syarikat-syarikat ini sehingga ia menjadikan dia lebih daripada 50, 60 peratus dia punya pegangan saham terhadap syarikat-syarikat tersebut.

Sedangkan, syarikat-syarikat itu bukan syarikat-syarikat bumiputera, contoh.

Tetapi isu dia yang saya nak bangkitkan ini. Kalau saya bagi contoh, satu syarikat yang bernama SP Setia Berhad. Awal dia itu bukan syarikat bumiputera tetapi apabila PNB ambil alih, buat GO dan dia control tapi syarikat itu masih listed, kemudian jalan macam biasa. Apabila dia nak berdepan dalam keadaan membangunkan tanah dia, jadi dia buat— katakan satu master plan, nak membangunkan kawasan perumahan. Dalam kawasan perumahan itu adalah mixed development. Ada shopping mall, ada pejabat dan sebagainya. So, jadi banyak benda dia nak buat. Maka, dia ambil sebahagian daripada tanah itu, dia jual kepada satu syarikat lain untuk buat ofis supaya dia create a mixed development punya environment. Dia tak buat bangunan itu tapi dia jual tanah itu, portion of the land untuk build. Kemudian, dia orang sign agreement dengan SP Setia, dengan syarikat— another syarikat, public listed company buat, pergi dapatkan kelulusan daripada kerajaan, dan kerajaan tak bagi kelulusan.

Jadi, kita tanya, kenapa kerajaan tak bagi kelulusan? Ini dia orang mengadu dengan saya ini. Saya ingat kenapa tak masuk. Oh, pasal yang nak beli ini bukan bumiputera.

Saya dah cakap. Saya cakap, ini adalah satu sistem yang merosakkan kedudukan syarikat yang kita control ataupun dana itu control. Akhirnya, dia tak boleh jual sebab yang nak jual ini bukan bumiputera. Sedangkan, tanah itu bukan bumiputera.

Kalau tanah itu bumiputera, tak apa. Tanah itu bukan bumiputera.

Lepas itu— tak apalah. Nak konsisten ini. Kemudian, bila Boustead jual hotel di Bukit Bintang, boleh pula. Jadi, tak konsisten. Yang ini yang saya cakap, pelabur-pelabur confused. Dia tak konsisten. Dia bukan sebab saya tak setuju nak jaga tanah ini tetapi kalau tanah itu memang untuk dibangunkan, jadi kalau ada orang datang nak beli tanah, nak bangun dan dia provide a strategic punya collaboration dalam masa dia membangunkan perumahan itu, ada orang lain bangunkan pejabat, ada orang bangunkan komersial, *why not?

So,* tak boleh. Jadi, akhirnya, apa yang berlaku? Terbengkalai, tak boleh buat.

Dia pula, kalau dia nak buat— SP Setia nak buat bangunan itu, dia nak sewa kepada siapa?

Jadi, inilah yang sebenarnya— Muar, saya nak cakap dengan Muar tadi.

Sebenarnya, bukan ada salah kerajaan ke apa. Sebenarnya, kita kena put back to basics. Pemahaman ini sangat penting. Kalau kerajaan melaburkan strategic reason, then you keep that strategic reason, jangan pergi ke public listed company. Strategic reason. All right? Kemudian, you tak boleh sekejap private, sekejap public. Lepas itu, tak puas hati, public tak boleh buat apa, nak take over. Nak take over pula, tak dapat 100 peratus.

Masih lagi public. Duit dah keluar banyak. Tak boleh. *You can’t do that.

So,* apa yang saya nak tekankan, dah tiba masanya, we— kita tak payah tengoklah yang kat belakang-belakang ini. Kita *go, move forward. Forget about the past.

Let’s move forward, start a new one* dan orang nampak benda ini baru.

[Tepuk] Kalau nak cerita siapa salah ini, toksah ceritalah. Banyak, kalau kita boleh ungkit benda ini. So, I have already said, enough on this. Saya rasa let’s move forward.

Kita tengok kalau benda-benda yang kita rasa dulu syarikat ini listed company di- controlled oleh LTAT, satu lagi syarikat listed company di-controlled oleh PNB. PNB tak boleh tapi yang ini boleh. Yang itu boleh, yang itu tak boleh. Tak boleh. Dia kena ada standard. Jadi, orang faham. Kalau tak boleh, jangan pergi listing. That’s it.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa

Jadi, kita— pelabur pun confident dengan kita dan kemudian, lagi banyak lagi fund akan masuk. Bila dana-dana ini semua datang dalam negara kita, apa berlaku? Maka, kita punya currency juga akan improved sebab dia datang dia bukan bawa ringgit. Dia bawa US Dolar, dia bawa Euro, dia bawa Renminbi. Dia bawa macam-macam currency.

Tukar dengan Ringgit, the Ringgit punya demand naik*.

So, I think* kita kena tengok benda ini secara holistik. Tak boleh bila ada satu benda kita ada masalah, fire fighting, fire fighting. You cannot. So, I nak minta and I believe, both sides-lah, sama ada Backbencher ke, belah sana ke, I believe kalau satu- satu idea yang kita nak buat merubah sistem kita yang kita dah stucked 66 tahun, kalau it’s good for the future generation, let’s do it. Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih dan saya mohon menyokong Rang Undang-undang Perbekalan 2023. Sekian.

[Tepuk]

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Berikutnya, dipersilakan Yang Berhormat Indera Mahkota.

final • 4:10 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya nak ambil beberapa saat mengucapkan syabas kepada Titiwangsa. Ucapan yang sangat bernas. Saya tadi nak bangun bertanya tetapi saya tahu dia dah nak landing.

Cuma, Titiwangsa, pada waktu lain, kalau ada masa berbahas, mungkin boleh disorot tentang jumlah GLC kita yang mungkin terlalu banyak, sampai ada macam-macam tier. First tier, second tier. Itu pun menyebabkan pelabur-pelabur pening. Dia tengok dekat sini A, dia tengok dekat itu A minus, dia pergi sana Z. Tapi, Z itu rupanya ada A plus-plus dalam Z. Jadi, semua orang jadi kelam-kabut.

final • 4:19 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri sebagai Ketua Portfolio Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Perikatan Nasional. Saya ingin memulakan dengan mengulangi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang bahawa kita perlu ada kejelasan dari segi dasar, termasuklah matlamat-matlamat, objektif-objektif dan program-program yang dilaksanakan sama ada oleh central agencies ataupun oleh kementerian- kementerian dan agensi-agensi yang khusus.

Sebagai contoh, saya ingin bertanya kerajaan pada hari ini apakah sebenarnya enjin-enjin pertumbuhan ekonomi? Saya fikir harus ada clarity apa? Kalau tiga, tiga. Kalau lima, lima enjin pertumbuhan ekonomi. Kami di Perikatan Nasional menyatakan, dan ini disebut Larut tadi, bahawa satu daripada enjin pertumbuhan yang harus diberikan fokus ialah soal ekonomi digital, yang diungkapkan Larut tadi dalam konteks industri masa depan.

Barulah nanti dari segi dasar, dari segi matlamat dan objektifnya dan programnya ada cohesiveness. Kalau kita sudah tentukan ekonomi digital itu satu enjin pertumbuhan ekonomi yang besar, maka soal-soal yang berkaitan pendidikan, latihan, sumber manusia akan berpandu kepada yang dikatakan sebagai ekonomi digital menjadi enjin pertumbuhan ekonomi itu. Kalau tidak, kita berterabur di peringkat kementerian, di peringkat agensi dan kita akan membuat piecemeal solutions kepada sesuatu isu dan cabaran di hadapan kita.

Rakyat Malaysia dalam hubungannya dengan ekonomi dan kehidupan serta teknologi digital ini terbahagi kepada tiga kelompok. Kelompok yang pertama ialah mereka yang sudah mahir dan selesa. Yang ini harus difasilitasi untuk, sebagai contohnya, melahirkan ikon-ikon ekonomi digital. Kelompok yang kedua ialah mereka yang mahir dan selesa tetapi belum sampai boleh melahirkan ikon-ikon tersebut. Ketiga, mereka yang belum selesa, yang belum mahir.

Di sini timbul relevannya isu seperti pendidikan digital sama ada di Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, di bawah Kementerian Sumber Manusia, di bawah PEDi dan sebagainya.

final • 4:20 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Ekonomi digital, kita tidak boleh elak. Saya ingin menambah beberapa perkara yang dicatat di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12. Apakah kedudukan ekonomi digital Malaysia hari ini? Bersaing dengan serantau dan bersaing dengan pentas global? Saya tak nak guna ranking yang serantau. Saya nak ambil empat ranking di peringkat yang lebih luas.

Dari segi Network Readiness Index (NRI) kita di tempat ke-36. Singapura tempat kedua. Dari segi World Digital Competitiveness Index oleh IMD, kita di tempat 31.

Singapura di tempat keempat. Dari segi E-Government Development Index kita di tempat 53. Singapura di tempat ke 12. Global Innovation Index kita di tempat ke-36, Singapura di tempat ke tujuh. Saya membandingkan kedudukan kita dengan Singapura kerana itu benchmark yang patut dikejar. Sambil kita harus ambil kira, Thailand di belakang kita cepat menghambat kita.

Dari segi teras-teras teknologi, sama ada dalam bentuk tariff mobile, dalam bentuk harga telefon bimbit, perbelanjaan untuk software. Dari segi hal-hal ini, kita agak terkebelakang. Mujurlah dari segi ketersambungan termasuk soal rollout 5G kita sudah mula ke hadapan.

Dari segi teras-teras kemanusiaan, termasuk soal kemahiran ICT dan jurang di antara golongan-golongan masyarakat, juga kita ada masalah. Dan kita ada kelemahan- kelemahan yang utama, misalnya dari segi bakat digital, fokus saintifik, undang-undang dan peraturan atau regulation berkaitan dengan digital, modal dan keanjalan atau agility perniagaan dan keusahawanan.

Sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua kita regress, kita undur ke belakang kalau ikut angka-angkanya berbanding daripada tahun contoh 2018. Jadi, ini perkara-perkara daya saing, posisi kedudukan Malaysia dalam pertembungan dan perlumbaan ekonomi digital yang mesti kita tangani secepat mungkin dan sayangnya saya tak nampak dengan jelas disebutkan dalam Belanjawan 2024.

Kerana itu, kita harus memastikan pendekatan-pendekatan yang tepat.

Contohnya, dari segi open data, dari segi perkongsian data, membangun bakat digital, intervensi-intervensi untuk PKS, pelaburan dalaman dan luar negara, kerjasama lebih erat yang saya sebut pagi tadi antara MIDA dan MDEC juga dari segi regulatory yang ada standard antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, MDEC mempunyai sasaran, dan sasaran ini adalah juga sasaran kerajaan, saya percaya. Bahawa dari segi ekonomi digital kita ingin pada tahun 2030 meraih pendapatan sebanyak RM200 bilion. Mendapat pelaburan sebanyak RM170 bilion. Menghasilkan eksport sebanyak RM90 bilion. Menyediakan pekerjaan untuk lebih kurang 500,000 rakyat Malaysia. Sekarang, kita mungkin 200,000. Pekerja dalam industri digital mendapat gaji purata RM10,000 sebulan. Sekarang, kita mungkin RM6,500 sebulan. Soalnya, apakah kaedah kita untuk sampai ke tahap tersebut?

Dan saya katakan tadi pendidikan memainkan peranan yang penting. Cuma, soalan saya ialah apakah peratus pendidikan kita untuk sekolah rendah berbanding sekolah menengah berbanding dengan universiti? Dan harus dibandingkan dengan negara-negara maju. Misalnya, negara-negara OECD. Kalau tidak, setiap tahun kita tambah. RM56 bilion sana, RM16 bilion. Tapi kedudukannya, kerangka sepenuhnya, berapa sebenarnya peratusan yang diperlukan, yang sesuai dengan keperluan hari ini?

Saya, soal RM56 bilion untuk KPM dan RM16 bilion — itu tak ada masalah, boleh ditambah Tuan Yang di-Pertua. Setiap tahun. Ada masa turun. Tetapi, dia punya unjuran dia dari segi percentage dalam tahap-tahap pendidikan itu. Dan di situ pula saya akan bertanya pendidikan digitalnya berapa percent? Baru kita boleh bincang apakah dia pendidikan digital itu? Melibatkan kurikulum, tahap kompetensi digital guru, peralatan PDB, ekosistem dan sebagainya.

Diumumkan dalam bajet ialah sejumlah wang untuk mengemas kini dan memperbaiki makmal ICT di sekolah-sekolah. Yang itu saya tidak ada masalah, saya bersetuju. Tetapi, bagaimana dengan kurikulumnya? Bagaimana coding diajar? Daripada darjah berapa? Tahun berapa? Sejauh manakah murid-murid kita di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah fasih digital? Sejauh manakah keberkesanan program- program yang dikenali sebagai Reka Bentuk Teknologi (RBT) di sekolah rendah dan

final • 4:20 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

sekolah menengah? Dan Asas Sains Komputer dan Sains Komputer di sekolah menengah? Berapa peratuskah daripada jumlah guru kita yang mempunyai tahap kompetensi digital guru yang tinggi?

Sebab saya difahamkan dia ada tiga. Peringkat asas, peringkat pertengahan dan peringkat lanjutan. Saya difahamkan yang di peringkat pertengahan itu besar peratusannya. Kira-kira 75 peratus. Tetapi di peringkat lanjutan atau advanced, itu tak sampai lima peratus.

Tuan Yang di-Pertua, ini penting kerana kita nak melahirkan murid-murid ataupun mahasiswa yang mempunyai kelayakan minimum untuk jenis-jenis pekerjaan baharu yang lahir daripada ekonomi digital, yang lahir daripada industri masa depan.

Sebagai contoh, adakah kita masih ingin menggunakan — saya dah sebut sebelum ini adakah kita masih ingin menggunakan kumpulan-kumpulan utama pekerjaan yang dikenali sebagai pengurus, profesional, juruteknik dan profesional bersekutu, pekerja sokongan dan sampai ke bawah?

final • 4:20 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Ada sembilan kumpulan utama yang di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Atau ada kumpulan baru di sebelahnya itu? Di sebelah jadual itu ada kumpulan baru, ada lima kumpulan baru yang lain? Kumpulan yang sembilan ini, tahap pendidikannya yang dari segi kelayakan minimumnya perlu ditingkatkan. Kemudian, apa pula kelayakan minimum untuk mungkin tiga atau lima kumpulan utama yang dikatakan dalam industri masa depan atau dalam ekonomi digital.

Tuan Yang di-Pertua, kehidupan dalam dunia digital ini mesti dipastikan ia bersifat manusiawi. Bersesuaian dengan agama, budaya dan adat kita. Saya tahu di bawah Kementerian Pendidikan, begitu juga di KPT, ada program-program sahsiah. Soalnya ialah satu, kita harus insaf bahawa dalam kita mengejar teknologi digital yang memang ada banyak kesan positifnya dari segi apps nya dalam pelbagai bidang termasuk autopilot, dalam bidang kesihatan dan sebagainya. Itu inevitable. Itu mesti kita kejar dan kita mesti berdaya saing.

Akan tetapi, pada waktu yang sama, ia juga ada kesan yang tidak dirancang, unintended consequences, yang negatif. Sama ada dari segi kandungan dan produk yang berbahaya, ada istilah ‘deepfake’, bagaimana orang boleh menyamar menjadi orang lain.

Ada maklumat yang salah, soal privasi, soal keselamatan, bahkan ada kerisauan tentang AI boleh mengawal minda.

Jadi, saya bersetuju apabila Perdana Menteri mengumumkan bajet untuk menubuhkan pusat pengajian AI di UTM supaya dikaji semuanya, yang positif, di mana kita harus meraih kemahirannya sebaik mungkin sehingga boleh berdaya saing, dan mengelakkan segala yang negatif itu.

Tetapi yang kedua, dari segi sahsiah, ialah juga sejauh mana di Kementerian Pendidikan dan di Kementerian Pengajian Tinggi memperkasa kokurikulum? Kita belum ada ukuran yang jelas tentang kokurikulum ini. Sudah ada akreditasi, bentuk-bentuk akreditasi untuk kegiatan kokurikulum di sesetengah tempat termasuk di sesetengah atau mungkin di semua IPTA pada hari ini.

Namun kalau kita melihat secara umumnya, nisbah antara apa yang dipanggil adalah akademik dan apa yang dipanggil kokurikulum itu ialah 90 nisbah 10. Ini Tuan Yang di-Pertua bila kita mengisi borang UPU untuk anak-anak kita, kita tahulah ada 10 markah atau 10 peratus markah untuk kokurikulum. Pada saya, kalau mengambil pengalaman negara-negara maju, mereka memberikan penekanan kepada kokurikulum itu lebih daripada apa yang kita laksanakan.

Saya harus underline bahawa isunya bukan 10 persen atau berapa persen, tetapi pemberatannya itu. Jadi, kalau sekadar meminjam angka yang sedia ada, nisbah 90:10 itu, saya mencadangkan nisbah itu ditukar kepada 70 nisbah 30. Kita lihat kembali kalau di sekolah sebagai contoh, anak-anak kita dia kena ikuti tiga, dia kena ikuti sukan, badan uniform dan apa namanya, kepimpinan. dah bincang dengan dia, dia pun setuju apa yang saya hendak sebutkan ini.

final • 4:30 PM

Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Tetapi kita tak boleh terlalu rigid, sebab ada anak kita ini yang memang, misalnya dia betul-betul seorang atlet, seorang ahli sukan. Tidak bermakna kalau dia tidak masuk badan uniform dan tidak bermakna kalau dia tidak masuk persatuan-persatuan, dia tidak boleh dapat nilai-nilai yang boleh diraih daripada badan uniform dan persatuan-persatuan itu. Ada cara untuk dilaksanakan.

Sebagai contoh mudah, kalau di sesebuah sekolah itu ada pasukan-pasukan sukan ditubuhkan, persatuan-persatuan untuk sukan itu. Jadi, ramai anak kita yang mungkin tidak boleh mewakili sekolah dalam sukan-sukan tertentu tetapi boleh sangat aktif dalam persatuan tentang sukan itu. Dia tak bermain untuk sekolah, tetapi dia organize untuk perlawanan antara rumah, antara bilik darjah, antara asrama dan sebagainya, dan dia meraih, dia masih mendapat ciri-ciri kepimpinan walaupun dia tidak memasuki apa namanya, persatuan-persatuan dua lagi sektor itu.

Sebabnya Tuan Yang di-Pertua, ibu bapa merungut, sebab bila masuk banyak sangat kegiatan kokurikulum dan kaedah supaya soal sahsiah itu sudah ada platformnya di sekolah.

Pada satu pihak, teknologi itu dijaga, supaya ia bersifat manusiawi. Pada pihak yang lain, pemberatan untuk kegiatan luar bilik darjah, kalau bahasa zaman saya kanak- kanak dulu atau sekarang ini kokurikulum itu diberikan pemberatan yang bersesuaian dengan matlamat dan falsafah pendidikan yang kita inginkan, kesepaduan dari segi kerohanian, dari segi fizikal, dari segi psikologi dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya, dasar kita mesti benar-benar jelas, ada clarity. Sebut betul ekonomi digital sebagai enjin pertumbuhan dan dianya letaknya di mana, nombor satu, nombor dua, nombor tiga? Dia satu dari lima, satu dari tiga.

Kemudian, pendidikan digital itu untuk jangka masa lima, 10 tahun, berapa persen perbelanjaan dan pemberatan untuk atau penekanan untuk pendidikan digital ini dalam konteks sekolah rendah, sekolah menengah, IPTA, IPTS dan sebagainya. TVET juga termasuk di situ.

Kita mesti menguasai teknologi digital untuk kita bersaing dengan negara asing dalam konteks ekonomi digital dan teknologi digital, tetapi pada waktu yang sama, kita pastikan kehidupan digital kita berada dalam framework yang manusiawi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Dipersilakan Yang Berhormat Damansara.

final • 4:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Terima kasih Tuan Speaker kerana benarkan saya juga mengambil bahagian di dalam perbahasan rang undang-undang berkaitan dengan belanjawan.

Tuan Speaker, kita semua dengar hari Jumaat yang lalu, ucapan pembentangan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tambun dan saya rasa cukup jelas bahawa apa yang dibentangkan itu adalah satu belanjawan yang jelas rancangannya.

Untuk kita mengangkat balik ekonomi negara dan untuk kita pastikan bahawa dalam tahun yang akan datang ini kita dapat lihat sebenarnya apakah rancangan kerajaan berkenaan dengan beberapa perkara-perkara tertentu.

Jadi, sahabat saya Yang Berhormat daripada Indera Mahkota sebut berkenaan dengan ekonomi digital. Saya rasa tidak ada masalah negara kita dan kerajaan menerima bahawa ekonomi digital itu sangat penting. Ia menjadi satu daripada apa yang kita sebut sebagai jentera untuk kita memajukan ekonomi. Tetapi Tuan Speaker apa yang penting daripada semua ini adalah untuk kita pastikan bahawa kita mewujudkan satu jawatankuasa yang boleh menyemak keberkesanan rancangan yang dikemukakan melalui belanjawan yang telah pun dibentangkan.

Ini kerana Tuan Speaker apa yang kita lihat kerap kali banyak rancangan dikemukakan melalui satu belanjawan tetapi selepas satu tahun kita lihat kembali, adakah atau tidak semuanya kena pada tempat dia, kita semua tahu. Realistiknya tidak semua yang dapat kita capai tetapi saya rasa perlu ada, kita ada satu cara bagaimana kita boleh

final • 4:37 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

sukat sejauh mana kita berjaya untuk kita melaksanakan apa yang kita telah pun sebut sebagai rancangan dalam belanjawan tersebut.

Tuan Speaker, masa tidak mengizinkan saya akan fokus kepada beberapa perkara yang tertentu sebelum saya ini teruskan dengan soalan-soalan spesifik berkenaan dengan belanjawan ini.

Tuan Speaker, saya dengar ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan perlunya kita menggalakkan pihak polis dan sebagainya melaksanakan tugas mereka. Bajet ini adalah satu bajet yang cukup besar, almost RM400 billion di mana kita dapat lihat peruntukan dibuat untuk kita perbaiki aset-aset PDRM dan juga kita dapat naik taraf aset-aset yang lama dan sebagainya.

Tetapi Tuan Speaker, saya rasa penting untuk kita sebagai Ahli Parlimen untuk mendengar suara daripada anggota-anggota polis di luar sana berkenaan dengan masalah mereka. Dan apakah sebenarnya yang kita harus laksanakan untuk kita memberikan mereka yang disebut sebagai keyakinan bahawa kerajaan faham masalah mereka dan akan mengambil langkah untuk memperbaiki masalah-masalah yang lama.

final • 4:37 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Tuan Speaker, kalau saya diizinkan untuk membaca satu rencana yang dihasilkan susulan daripada satu video yang telah pun dipaparkan dalam Facebook beberapa hari yang lalu yang berkaitan dengan gaji anggota polis. Ini adalah apa yang disebut oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Ini apa yang disebut. Saya baca daripada artikel ini bertarikh 10 Oktober tahun ini, tajuk dia, “Macam mana anggota polis hendak hidup di Kuala Lumpur dengan gaji RM1500 sebulan? Anak isteri pula sakit.” Ini apa yang disebut. Setiap anggota baharu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia boleh dikategorikan Tuan Speaker, sebagai kumpulan miskin apabila menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441 sebulan. Paling menyedihkan Tuan Speaker, apabila anggota dalam kategori terbabit ditugaskan di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur yang menjadikan mereka miskin bandar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, anggota-anggota terbabit menandatangani jawatan terekrut konstabel dengan tangga gaji RM1,441 dan selepas tamat latihan Tuan Speaker, diberikan gaji dan elaun berjumlah — Ini termasuk apa yang mereka boleh claim sebanyak 1,800 sebulan.

Mereka ini akan membawa balik gaji bersih berjumlah 1,500 dan bolehkah anda hidup di Kuala Lumpur dengan gaji sebegitu? Itu tidak lagi mengira atau mengambil kira lagi kos membiayai untuk penyakit, anak istimewa, biaya hospital dan sebagainya.

Tuan Speaker, ini adalah suara-suara yang kita dengar daripada PDRM yang saya rasa perlu kita memberikan tumpuan. Kita semua tahu apabila berlaku satu masalah, mereka yang boleh sebut di hadapan untuk mereka, untuk mengatasi masalah itu adalah anggota polis. Tuan Speaker pun bekas anggota polis. Saya tahu. Then, we must appreciate masalah yang mereka hadapi. Apakah sebenarnya langkah-langkah yang kita akan ambil untuk pastikan bahawa masalah ini dapat kita perbetulkan?

Kita lihat jumlah-jumlah yang sangat besar ditumpukan untuk masalah-masalah tertentu, tetapi, saya hendak tanya kerajaan untuk memberikan kepada Dewan yang mulia ini satu jawapan, apakah rancangan kerajaan untuk kita menyelesaikan masalah ini?

Bukan sahaja untuk anggota-anggota polis, tentera juga. Bagaimana kita boleh pastikan bahawa mereka yang melaksanakan tugas ini kita berikan fokus? Saya lihat Yang Amat Berhormat daripada Tambun memberikan fokus kepada kuarters dan sebagainya. Itu satu langkah yang baik, tetapi itu juga tidak mencukupi. Kemudian, soal berkaitan dengan kalau tidak cukup wang itu, bagaimana mereka hendak menyara hidup?

Tuan Speaker, kita ada masalah-masalah yang cukup besar apabila kita sebut berkenaan dengan pegawai-pegawai awam yang ditawarkan macam-macam dalam hidup mereka dan itu adalah perkara-perkara yang boleh membawa kepada kesalahan. Kita tidak mahu satu keadaan di mana keadaan terdesak akan menyebabkan perkara-perkara itu berlaku. Jadi di situ Tuan Speaker, kita lihat kembali kepada apa sebenarnya yang kita boleh buat untuk membantu golongan ini. Saya minta kerajaan untuk memberikan respons.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Tuan Speaker, dalam keadaan...

final • 4:40 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Dalam masa yang sama Tuan Speaker...

final • 4:40 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang Berhormat, boleh saya sikit sahaja mengenai polis tadi?

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Sila, sahabat saya Tasek Gelugor.

final • 4:40 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, saya ucap terima kasih banyak-banyak kepada atas isu yang ditimbulkan tadi dan saya amat menyokong bahawa bayaran ataupun emolumen yang diberikan kepada anggota polis perlu disemak semula.

Saya hendak minta supaya Yang Berhormat juga kalau boleh mencadangkan supaya selain daripada gaji, maka elaun-elaun juga dipertimbangkan semula. Kadang- kadang menjadi tidak logik. Elaun motosikalnya, elaun petrolnya, elaun rumahnya, semua rendah berbanding kos sara hidup sebenar sedangkan mereka-mereka berada di frontline dalam memastikan keselamatan kita. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

[Bangun]

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Terima kasih sahabat saya daripada Tasek Gelugor. Tuan Speaker, saya masukkan itu dalam ucapan saya. Tambah daripada itu, saya juga dalam video itu saya dengar bila naik pangkat pun, gaji yang ditingkatkan itu kadang-kadang sebanyak RM80 sahaja. So, itu pun perlu kita lihat bagaimana kita boleh perbaiki Tuan Speaker.

final • 4:40 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Yang Berhormat Damansara, sedikit sahaja. Tenggara. Kiri. Okey.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Sila Tenggara.

final • 4:40 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Saya juga ingin menambah. Saya bersetujulah dengan pandangan Damansara bahawa sebenarnya keperluan anggota kita Dato’ Speaker, berkaitan dengan macam polis dan tentera ini, memang sangat meruncinglah. Kadang-kadang di tempat saya itu ada aduan, mereka buat rondaan pun menggunakan kenderaan sendiri dan kadang-kadang isi minyak pun guna peruntukan gaji mereka yang disebut oleh Damansara, sedikit. Untuk tentera tadi ada disebut, di tempat saya ada satu kem 6 Renjer Diraja. Mereka pun sebenarnya berhadapan juga dengan situasi selain daripada gaji mereka yang disebut tadi itu, mereka juga kurang faedah daripada segi penempatan ini. Sebab 60 peratus daripada mereka ini terpaksa duduk di luar dan itu menambah lagi kos-kos tentera ini. Jadi, saya mohonlah pandangan daripada Damansara. Lepas itu selain daripada gaji, kemudahan-kemudahan lain itu selain daripada pandangan Gelugor tadi ada tentang elaun, juga tentang kemudahan- kemudahan yang mereka boleh dapat sebenarnya. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Terima kasih Tenggara. Betul apa yang disebut. Perlu kita untuk lihat secara holistik bagaimana kita boleh mengatasi masalah ini.

Tuan Speaker, saya juga dengar kadang-kadang di balai perlu dibawa kertas A4 untuk digunakan untuk mesin cetak kerana tidak cukup kertas dan laporan polis yang dibuat tidak boleh dicetak. Ini masalah yang kita hadapi. Saya rasa masalah yang cukup serius. Kita kena tengok bagaimana kita boleh selesaikan dan saya rasa kerajaan harus memberikan perhatian kepada perkara ini.

Tuan Speaker, perkara yang kedua ingin saya bangkitkan adalah berkenaan dengan SPRM. Tuan Speaker, saya telah pun kerap kali bangun dalam Dewan yang mulia ini untuk minta supaya kita wujudkan satu jawatankuasa di mana kita boleh pantau apa yang dilaksanakan dan dibuat oleh SPRM. Kerana banyak aduan yang dibawa Tuan Speaker, berkenaan dengan salah guna kuasa dan sebagainya. Itu saya telah bangkitkan beberapa kali.

Tuan Speaker, saya apabila bangkitkan perkara ini, diberikan jawapan bahawa wujudnya pihak polis punya laporan boleh dibuat. Kemudian, ada badan-badan lain dan

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

sebagainya yang boleh bantu dan kerajaan telah memberikan komitmen bahawa akan mereka menghalusi perkara ini dan mungkin membawa satu mekanisme yang baharu bagaimana kita boleh melihat masalah-masalah yang diadukan dan selesaikannya, tapi Tuan Speaker, dalam satu aspek yang tersendirinya, ini adalah aspek berkaitan dengan Ahli-ahli Parlimen.

Tuan Speaker, beberapa hari yang lalu saya baca surat khabar di mana ada dinyatakan bahawa seorang Ahli dalam Dewan yang mulia ini memberikan sokongan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri kita iaitu Yang Berhormat daripada Kuala Kangsar. Apa yang disebut di situ adalah beliau hendak memberikan sokongan kerana beliau hendak peruntukan dan sebagainya untuk kawasan dia dan diberikan alasan sebegitu dalam surat khabar.

Dalam pada masa yang sama Tuan Speaker, saya lihat ada kenyataan dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang. Ketua Pembangkang mengatakan bahawa sebenarnya apa yang berlaku adalah Ahli Yang Berhormat daripada Kuala Kangsar telah pun menerima kunjungan daripada SPRM, pegawai di mana telah pun dinyatakan bahawa ada masalah masa tertentu kalau sokongan tidak diberikan, maka mungkin akan diambil tindakan dan sebagainya. I won’t go into detail because we do not want to go into that in this Dewan.

Soal yang saya ingin bangkitkan Tuan Speaker dan ini bukan kali pertama kita dengar masalah sebegini. Tuan Speaker masih ingat lagi kita ada aduan yang sama yang dibangkitkan oleh bekas Ahli Parlimen daripada Labuan di mana beliau mengatakan bahawa apabila beliau dituduh di mahkamah, beliau juga mengatakan bahawa beliau telah pun didatangi SPRM. Mereka telah pun memberitahu kepada dia, kalau tidak menyokong kerajaan masa itu, maka tindakan akan diambil dan beliau akan dituduh.

Beliau membuat keputusan tidak akan menerima ugutan daripada SPRM itu, kemudian beliau dituduh.

Tuan Speaker, kita sebagai Ahli Parlimen, kita melalui satu proses di mana kita ini menggubalkan satu undang-undang untuk mengelakkan lompat parti dan sebagainya.

Kenapa? Itu kerana kita mahu pastikan kita boleh mewujudkan kerajaan yang stabil untuk lima tahun supaya kita boleh buat kerja dan membawa kepada apa yang perlu untuk kita menjayakan negara ini. Begitu juga bila kita kemukakan belanjawan. Belanjawan itu untuk setahun. Kemudian, ada belanjawan yang lain dan sebagainya, tapi, kerajaan masih wujud dan kita pastikan rancangan kita dalam lima tahun itu dapat membantu negara ini dan masalah-masalah yang ada.

Jadi, kita ada undang-undang anti lompat parti, tapi dalam masa yang sama, kita dengar rungutan sebegitu rupa di mana ada Ahli-ahli Parlimen yang kata tekanan dibawa oleh pihak-pihak tertentu dan sebagaimana. Bukan sahaja SPRM Tuan Speaker, tapi apa yang disebut adalah tekanan dibawa. Dalam kes ini, SPRM. Tuan Speaker, kita ada undang-undang dan undang-undang yang tertentu untuk Dewan yang mulia ini. Saya rujuk kepada apa yang bernama atau judul sebagai Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952. Dalam bahasa Inggeris, Houses of Parliament (Privileges and Powers) Act of 1952.

Dalam undang-undang ini, dalam peruntukan ini and I read section 4, Tuan Speaker. Ini apa yang sebut. Saya minta maaf dalam bahasa Inggeris.

final • 4:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

“For the purposes of this Act, the House is hereby declared to possess all such powers and jurisdiction as may be necessary for enquiring into, judging, and pronouncing upon the commission of any such acts, matters, or things as are made punishable as contempts under section 29 and awarding and carrying into execution the punishment therefore provided by this Act”. Maksudnya, di dalam undang-undang ini, kuasa ada terletak di dalam Dewan yang mulia ini untuk ambil tindakan kepada sesiapa yang melanggar peruntukan seksyen 29 undang-undang ini yang membawa kepada penghinaan Dewan.

Tuan Speaker, kalau kita lihat kepada peruntukan undang-undang ini, ianya juga termasuk keadaan di mana seseorang ahli daripada Dewan yang mulia ini diberikan

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

sebarang ganjaran. Saya baca apa yang disebut di dalam seksyen 29(d), “Kalau diberikan sebarang penawaran kepada ataupun penyetujuterimaan oleh seorang ahli sesuatu sogokan untuk mempengaruhinya dalam kelakunya sebagai ahli, jadi tindakan boleh diambil”. Tuan Speaker, saya dengar rungutan ataupun aduan berkenaan dengan wujudnya ugutan dan sebagainya. Soal yang berbangkit adalah kenapa kita sebagai Ahli Parlimen tidak ambil tindakan? Bukankah kita sebagai Parlimen berkuasa untuk minta supaya ahli yang buat aduan itu datang ke hadapan, bagi kepada kita maklumat apa yang berlaku. Kemudian, kalau ada pihak yang dinamakan di situ, kita panggil ke Dewan ini, tanya kepada mereka apa yang berlaku sebenarnya. Kalau benar-benar kita dapati aduan itu memang itu bernas, kita ambil tindakan. We have to find the way to stop this. Tuan Speaker, tidak kiralah ugutan itu datang daripada pihak mana. Dulu kerajaan di bawah pimpinan PN, kita dengar masalah yang sama tetapi sekarang dalam kerajaan ini juga, saya dengar masalah yang sama.

Tuan Speaker, saya minta supaya kerajaan dalam belanjawan ini juga lihat mekanisme yang saya sebut di mana kita patut mewujudkan satu jawatankuasa atau satu mekanisme di mana kita boleh pastikan bahawa kita atau tingkah laku kita sebagai Ahli Parlimen...

final • 4:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Damansara.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Tidak tergugat. Kita bebas selepas kita ini dipilih oleh rakyat untuk mewakili parti-parti tertentu, kita bebas untuk laksanakan tugas kita. Tidak setakat apabila kita berbahas di Parlimen, keluar, selepas itu ada ugutan dan tekanan di bawah. We cannot have that. We are Members of Parliament, Tuan Speaker.

Ada wujudnya undang-undang, saya rasa kita perlu mengambil tindakan supaya kita dapat elakkan perkara ini daripada berlaku dalam masa yang depan.

final • 4:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Damansara.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Sila Pendang.

final • 4:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ya. Saya setuju dengan pandangan Damansara supaya kita bawa ke Parlimen. Kita ada hak berdasarkan 29 yang disebut tadi, Akta 29. Kita ada precedent case, dengan izin, pada ketika empat orang Ahli Parlimen daripada Sabah dan kita bawa ke sini. Jadi tak ada dijawab begitulah. Jadi, kita nak benda ini dilaksanakan masa ketika bermulanya empat orang Ahli Parlimen daripada Sabah melompat masuk menyokong kerajaan.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Terima kasih Pendang. Pendang, itu perkara yang telah pun berbangkit dalam Dewan ini. Saya pun sedar berkenaan dengan perkara itu tetapi perkara itu tidak menghubung kait ugutan atau tekanan yang dibawa oleh mana-mana pihak daripada luar. So, ianya berbeza sedikit. Tetapi Tuan Speaker, saya harap bahawa tindakan dapat diambil dalam aspek-aspek ini.

Apabila kita sebut berkenaan dengan belanjawan, kita nak perkukuhkan apa yang disebut sebagai kredibiliti kita sebagai satu negara, di mana kita ini ada Parlimen berdemokrasi, semua Ahli Parlimen berhak untuk bersuara dan sebagainya. Saya rasa kita perlu ada mekanisme di mana sekiranya seseorang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri dibawa sebarang tekanan, maka kita sebagai Dewan yang mulia ini dapat ambil tindakan.

Tuan Speaker, akhirnya Tuan Speaker, masa tidak mengizinkan. Saya juga ingin membawa kepada Dewan ini satu masalah berkenaan dengan kesan aduan-aduan yang dibuat berkenaan dengan salah guna kuasa pihak SPRM kepada pihak polis. Tuan Speaker, banyak kes di mana aduan polis dibuat. Aduan polis dibuat melibatkan salah guna kuasa pegawai SPRM tetapi tindakan tidak diambil.

Jadi, saya nak minta kepada Dewan yang mulia ini, Menteri yang berkaitan untuk menjawab beberapa soalan. Saya bagi satu contoh, Tuan Speaker. Saya ada laporan polis, laporan polis yang dibuat pada 10 Disember 2021. Ini adalah laporan polis yang dibuat di Balai Jalan Dang Wangi dan ianya dibuat oleh seorang warganegara China.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

The complaint is this Tan Sri Speaker. Beliau berkata—beliau bagi masa dan sebagainya, butir-butir ada bersama dengan saya. Untuk rekod, Dang Wangi Report 028219/21. Itu adalah nombor repot ini. Tarikh yang dilaporkan 10 Disember 2021.

Laporan ini menyatakan tarikh—dia berkata pada 10 Disember 2021 – ini Bahasa Inggeris, saya terjemahkan.

Tarikh diberikan, masa diberikan 12 noon. Tempat diberikan rumah beliau di Ritz- Carlton Residences, Jalan Ampang. Apa yang berlaku? Beliau telah pun “Ambushed by three men suspiciously and bust into my house and stating that they’re MACC personnel and currently investigating an anti-money laundering case against me”. Kemudian, di dalam laporan yang sama, beliau mengatakan ketiga-tiga pegawai itu telah pun membuat apa yang disebut sebagai search dalam rumah tersebut. Selepas membuat search tersebut, mereka berjaya mengambil jumlah wang sebanyak dekat RM600,000 daripada rumah beliau dan mereka ambil wang itu dan keluar daripada rumah beliau.

Dia buat laporan polis, dia kata dia tak ada siasatan, tak ada mana-mana siasatan terhadap beliau. Beliau buat laporan polis, confirm tidak ada siasatan. Kemudian, polis pergi cari pegawai-pegawai SPRM ini, dapat wang itu dan disahkan tidak ada sebarang siasatan terhadap beliau.

Sebenarnya apa yang berlaku, mereka masuk ke situ, salah guna kuasa dan ambil wang itu tetapi tidak ada tindakan. Jadi, Tuan Speaker, bagaimana kita hendak mengembalikan keyakinan kalau kita nak minta supaya pelabur-pelabur asing dan sebagainya datang ke negara ini, kita lihat kejadian berlaku. Laporan polis dibuat, siasatan siap.

Saya nak tanya kepada Menteri untuk jawab, apa yang telah pun berlaku kepada tiga pegawai SPRM ini? Saya telah tulis surat tetapi tidak ada sebarang jawapan. Mereka kata akan diambil tindakan tetapi tidak ada tindakan. Tetapi, Tuan Speaker, it comes back to what I said before. Kita perlu ada satu mekanisme di mana kalau ada sebarang aduan, tempat ditetapkan untuk kita bawa aduan itu dan kita dapat lihat masalah itu diselesaikan.

Itu bukan sahaja untuk orang awam di luar sana tetapi juga Ahli-ahli Parlimen.

Dan saya harap bahawa apabila kita lihat kepada bagaimana kita nak untuk lima tahun kembalikan keyakinan pelabur-pelabur daripada luar negara dan sebagainya, kita nak tarik FDI dan sebagainya, kita kena mula dengan memperbaiki masalah-masalah yang kita ada di sini.

Kalau mereka datang ke sini, mereka buat laporan polis wang mereka diambil dan sebagainya dan tidak ada tindakan, saya rasa mereka akan fikir kembali sekiranya atau tidak mereka nak membuat pelaburan di Malaysia. Itu satu perkara yang harus kita elakkan.

Tuan Speaker, saya harap perkara-perkara yang saya bangkitkan ini dapat diberikan jawapan oleh menteri-menteri semasa jawapan nanti.

Terima kasih Tuan Speaker.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Damansara...

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Tuan Speaker.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Boleh Yang Berhormat Damansara komen sedikit tak? Kalau kita lihat ya, di negara-negara maju ya, kita lihat pendapatan seorang anggota polis adalah lebih daripada pengkhidmat- pengkhidmat kerajaan awam yang lain. Kuasa di tangan mereka adalah begitu tinggi. Isu integriti menjadi persoalan terutama bagi mereka yang duduk di bandar-bandar. Apa pendapat Yang Berhormat?

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Maaf Tuan Speaker. The last part I didn’t get it. I cannot hear.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dengan izin, what I’m trying to say...

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Yes.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Public servant in other developed countries...

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Baik.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

The police force are being paid at least ten percent more than the other civil servants. It is in fact the integrity especially those living in urban areas like Kuala Lumpur?

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Yup.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

What is your opinion on that? Should the government consider this in the budget?

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Tuan Speaker, saya rasa ada dua perkara yang berasingan yang perlu kita lihat. Satu, aduan yang saya bawa, suara yang saya telah pun bacakan di dalam Dewan yang mulia ini, berkenaan dengan masalah seseorang anggota polis, pegawai polis yang gajinya begitu rendah.

Cost of living di Kuala Lumpur, di kawasan bandar, beliau menghadapi masalah.

Dan kalau beliau berumah tangga, ada anak dan sebagainya, soal yang dibangkitkan, adakah jumlah itu mencukupi? So, kita nak satu keadaan di mana kita dapat mengkaji sebenarnya apakah masalah? Apakah tanggungan mereka?

Bagaimana kita sebagai satu negara boleh pastikan bahawa mereka diberikan apa yang wajar, tidak dalam keadaan di mana mereka rasa tertekan kerana jumlah gaji yang mereka dapat itu terlalu rendah. Saya rasa kita semua menghargai peranan yang dimainkan oleh pihak polis, anggota tentera dan sebagainya.

Kita tidak boleh ketepikan begitu sahaja. Kita dengar suara-suara sebegini. Sehari dua kita kata, “Yes, betul ini masalah. Kita harus buat sesuatu”, tetapi tidak dibawa ke peringkat Parlimen. Oleh sebab itu, sekarang saya memudahkan floor ini untuk saya membawa suara itu ke sini, *so we have to look at that.

Do we need to reconsider? Revise the wage that we have, the pay that we have for the police officers even the forces* yang ada Tuan Speaker.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Kemudian, soal yang kedua berkaitan dengan apabila sudah dikatakan jumlah yang mereka dibayar itu adalah lumayan. Soal sama ada betul ataupun tidak integriti in all that is still maintained. That of course is also a major issue. Tetapi itu perkara lain.

Bagaimana kita boleh juga mungkin mengkaji sama ada struktur yang kita ada mencukupi ataupun tidak. Di dalam rencana yang sama disebut juga berkaitan dengan perlunya untuk kita ada ahli-ahli— anggota polis membuat apa yang disebut sebagai asset declaration kalau mereka nak membuat permohonan untuk diberi tugas dalam beberapa agensi yang tertentu di dalam PDRM. *Also, suggested if you make an application and you have a declaration there, then we will consider you.

So*, saya rasa di dalam pihak PDRM juga mungkin perkara ini sudah pun dibangkit. Mereka telah pun bincang dan sebagainya. Hari ini saya minta Tuan Speaker supaya kita sebagai Dewan, kita jangan kita lupa bahawa perkara ini serius. We cannot overlook this problem. We have to focus on how it is we can help these officers and to make sure dengan izin, Tuan Speaker bahawa masalah ini tidak berterusan supaya kita dapat lihat mereka ini terus bertugas dengan apa yang saya sebut sebagai dengan gaji yang lumayan khususnya berkenaan dengan jenis tugas yang mereka lakukan. Tuan Speaker, itu pandangan saya.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Damansara.

final • 5:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Saya nak beri pandangan.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Ada sedikit, Damansara.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 5:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Sila, Tuan Speaker.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Damansara, do you— adakah anda setuju gaji-gaji polis sepatut dinaikkan?

final • 5:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

[Ketawa]

final • 5:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Yes, of course. Terlalu rendah.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

final • 5:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

So, the other side patut ditingkat sedikit tinggi.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Terima kasih Datuk Speaker.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Damansara, sedikit?

final • 5:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Ada Sri Gading.

final • 5:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Sri Gading.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang lain Yang Berhormat?

final • 5:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Boleh, Temerloh?

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, satu sedikit sahaja.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya guna kuasa saya, duduk.

final • 5:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Minta maaf...

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk.

final • 5:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Sedikit sahaja.

final • 5:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Damansara

Terima kasih Tuan Speaker.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Damansara. Berikutannya, kita persilakan Yang Berhormat Pendang.

final • 5:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang saya untuk berbahas dalam isu yang bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada hari yang lalu. Saya mulakan dengan Surah Al-Falaq.

[Membaca surah Al-Quran] “Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Allah, Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk dari bencana makhluk-makhluk yang ia ciptakan dan dari bahaya gelap apabila ia masuk dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang hembus pada simpulan-simpulan ataupun ikatan-ikatan. Daripada kejahatan yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”. Sebab Allah Taala lah tempat kami mengadu. Yang mana yang jahat pun Allah Taala cipta, yang baik pun Allah Taala cipta.

Jadi, bila kita rasa kita dizalimi, kita mengadu kepada Allah Taala. Allah yang menciptakan semua yang jahat dan juga yang baik ini. Jadi, alhamdulillah. Saya mulakan.

Menerusi pembentangan terbabit ini, saya telah membuat satu run-through, dengan izin terhadap pembentangan Bajet 2024 dan mendapati bajet sebanyak RM393.8 bilion adalah terbesar dalam sejarah iaitu meningkat RM7.4 bilion lebih daripada bajet yang lepas. Jadi, saya melihat, namun tidak menyeluruh dengan izin dari segi agihan secara holistik apabila terdapat golongan sasar yang tercicir daripada mendapat bantuan hasil daripada bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun ini.

Menerusi pembentangan terbabit, saya telah membuat— saya akan sentuh juga berkenaan dengan gaji polis dan saya akan cadang gaji polis perlu dinaikkan dalam perenggan terakhir sekejap lagi. Sebagai contoh, golongan yang mendapat bantuan

final • 5:02 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, kebanyakan yang mendapat bantuan adalah golongan yang miskin, yang miskin makanan walhal sepatutnya harus dikembangkan lagi dalam usaha untuk menoktahkan kemiskinan ini dalam negara ini.

Dalam Islam, memang tak boleh noktah sebab dia kena ada orang miskin untuk orang kaya membayar zakat dan zakat ini diberi kepada orang miskin. Kita hanya boleh reduce-kan atau kurangkan apa ini orang-orang miskin. Yang paling teruk orang fakir yang ada. Orang miskin ini boleh lagi tetapi orang fakir memang tak boleh sebab mereka perlukan makanan. Dan zakat inilah salah satunya unjuran daripada Islam untuk membantu mereka dalam fakir dan miskin ini. Dikembangkan lagi, kita harap seandainya ada reform seperti yang diuar-uarkan, saya merasakan bajet kali ini tidaklah seperti satu bajet yang baik sangat untuk rakyat.

Dato’ Yang di-Pertua, syariah juga harus diberi perhatian. Syariah ini undang- undanglah. Hukum. Harus juga diberi perhatian sewajarnya. Bukan syiar sahaja. Sebagai contoh, hari ini kita bina banyak masjid untuk kegunaan orang ramai tetapi oleh kerana peraturan yang ketat menyebabkan masjid semakin sunyi. Hanya digunakan untuk solat lima waktu sahaja. Itu pun tak penuh.

final • 5:02 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Pendang. Laluan sekejap, boleh?

final • 5:02 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya ada 15 sahaja.

final • 5:02 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sekejaplah.

Sekejap.

final • 5:02 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya panjang ini.

final • 5:02 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tadi Ketua Pembangkang banyak kacau. Okey, kalau tadi Pendang sebut yang golongan miskin atau pun fakir tidak boleh dihapuskan kerana itu sengaja diwujudkan oleh Allah supaya orang kaya boleh membantu orang miskin. Soalnya, golongan asnaf banyak. Bukan fakir, bukan miskin. Antara golongan asnaf yang perlu dibantu ialah orang yang banyak hutang dan juga orang yang fisabilillah.

Jadi, kalau golongan miskin, fakir tak boleh dihapuskan, setuju ataupun tidak Pendang supaya orang yang berhutang terutamanya pelajar-pelajar PTPTN yang berhutang dengan PTPTN dihapuskan supaya mereka tidak terbeban dengan hutang tersebut kerana itu juga antara janji oleh PH sebelum pilihan raya.

final • 5:02 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih. Itu yang saya maksudkan.

Sebenarnya bukan yang tak ada makan sahaja. Yang hendak hantar anak ke sekolah pun dikira miskin. Yang tak ada duit hendak bubuh minyak motor, yang tak boleh bayar yuran...

final • 5:02 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pendang.

final • 5:02 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

...Yang tak perlu...

final • 5:02 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pendang. Boleh sedikit Pendang?

Nak betulkan tadi itu. Biasa saya salah sebut. Bagan Datuk. Bukan Bagan Datuk. Bukit Gantang.

final • 5:02 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ini cepat sikit. Saya...

final • 5:02 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Okey. Okey. Yang sebut nak hapuskan PTPTN itu, Kubang Kerian. Kubang Kerian pernah sebut dulu. Kalau kami menang dia kata, kita akan hapuskan PTPTN. Jadi, kena tanya dengan Kubang Kerian.

Terima kasih Pendang, sahabatku dunia akhirat.

final • 5:02 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bila dia bagi itu? Bagi tarikh satu di mana dia bercakap. Saya tak nak...

final • 5:02 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Pendang.

final • 5:02 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bila di bercakap? Di mana? Sebab kita ada fakta. Kena ada fakta sebab kita hendak counter balik. Bila kalau tak ada fakta, bila buat tuduhan macam itu, saya pun boleh tuduh juga.

final • 5:02 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Pendang

final • 5:02 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Nanti saya cari daripada video.

Saya cari dia punya video nanti saya bagi kepada Pendang. Terima kasih Pendang.

final • 5:02 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Pendang, saya nak betulkan Hulu Langat. Sebut pun tak betul. Tadi sebut Bagan Datuk, ini Bukit Gantang pula. Parit Buntar bukan Bukit Gantang. Apalah punya Hulu Langat. Nak kacau pun tak betul.

final • 5:02 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Nanti, nanti. Okey, okey.

final • 5:02 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Minta maaf, minta maaf. Minta maaf. Cukuplah saya panggil...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Floor adalah Pendang. Floor adalah Pendang. Sebentar Pendang. Floor adalah Pendang. Pendang benar baru boleh bercakap. Silakan Pendang.

final • 5:02 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dato’ Yang di-Pertua, saya nak bagi contoh lagi. Kita tengok. Kita hanya banyak bina mahkamah syariah tetapi pada masa yang sama, kita kena martabatkan juga dan mengangkat undang-undang syariah. Apabila Yang Amat Berhormat Tambun sering bercerita kisah kita yang semua yang boleh mendapat teladan yang baik, saya cukup kagumi lah. Kalau betul seperti mana yang diucapkan pada hari pembentangan itu.

Begitu juga kisah Khalifah Umar Abdul Aziz. Disebut juga dalam bentang bajet itu sebagai mana kita tidak boleh gopoh dalam melaksanakan sebarang tindakan. Harus ditekankan dan kena ingat juga bahawa Khalifah Umar Abdul Aziz tegas. Ambil tindakan bila ada pengaduan terhadap keluarga. Tidak ada pilih kasih dan tidak ada DNAA. DNAA.

Itu Khalifah Abdul Aziz. Kalau nak ambil, ambil sampai yang betul-betul sungguh apa yang dilaksanakan. Jangan ambil separuh-separuh lepas itu kita gulakan bagi orang dengar.

Syok. Sebenarnya tak sampai ke matlamat seperti mana kita sudah tak betul dengan Khalifah Umar Abdul Aziz yang sangat takut kepada Allah ini. Tetapi, kita ambil dia sekerat-sekerat. Separuh-separuh dan kita cerita dekat rakyat. Sebenarnya tak betul.

Dato’ Yang di-Pertua, rakyat pada hari ini sangat tertekan dengan kos sara hidup dan juga harga barangan seharian. Dalam hal ini, kerajaan dilihat gagal memainkan peranan dengan berkesan dan mengawal harga barangan. Saya nak terus-terang masa bercakap. PM memimpin satu Kabinet yang gagal. Tidak nampak satu tindakan bagaimana keresahan yang ada dalam negara ini diambil tindakan secara holistik bagi mengawal. Tak ada lagi. Malah perbelanjaan yang dinaikkan sehingga hampir RM400 bilion ini, saya jangka akan pergi kepada PMO lebih kurang yang RM7 bilion perbezaan daripada tahun lepas dengan tahun ini. Lebih kurang RM7 bilion lebih. Mungkin setengah pindah kepada PMO office untuk perbelanjaan yang kita pun tak tahu. Tak diperincikan.

Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, rakyat pada hari ini rasa sangat tertekan. Sampai hari ini, kita tengok kerajaan lihat gagal memainkan peranan dengan berkesan dan dalam mengawal harga barangan. Saya nak cerita daripada enam percent ke lapan percent ini, dia akan melibatkan supply chain. Akhirnya kos yang ditanggung oleh rakyat yang akan membayar perbezaan dua percent kalau kita kira unjuran keuntungan lebih kurang RM1 bilion daripada enam percent ke lapan percent. Kerajaan akan dapat revenue RM1 billion more or less approximately, dengan izin.

final • 5:02 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Sampai hari ini, umpama tiada penyelesaian dalam menangani kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang tinggi. Perlu saya ingatkan bahawa solusi segera amatlah diperlukan. Buat masa ini, apa yang saya lihat, kerajaan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Tambun ini dibarisi Kabinet yang tidak berkebolehan, tiada pengalaman dan tidak ada kemampuan menyelesaikan masalah rakyat yang sedang dihadapi.

Saya bersetuju apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dikerahkan untuk menjalankan siasatan membongkar ketirisan pengedaran beras, penipuan pemberian subsidi kepada petani yang menjual beras tempatan ke kilang berlesen dan ketiadaan beras di pasaran. Cumanya, operasi ini haruslah dijalankan secara konsisten.

final • 5:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kita tak mahu apabila bertembung dengan pihak-pihak tertentu yang ada berkepentingan, siasatan dihentikan. Nak buat kerja, buat kerja bagi betul sampai ke rapat. Apa yang perkara yang sedang berlaku dihadapi oleh, yang saya sebut, sepertinya pengedaran beras ke kilang-kilang yang menjadi ejen pengedaran dan juga mendapat lesen daripada kerajaan untuk mereka menjadi pembekal beras ke seluruh negara sama ada beras import dan juga beras tempatan.

Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini harus dibawa ke muka pengadilan.

Bagaimanapun, harga beras tidak turun lagi. Masih naik sampai RM40 lebih walaupun kita bercakap macam-macam. Daripada RM26 beras tempatan sekarang dah tak ada dalam pasaran. Ada beras tetapi harga RM40 ke atas. Rakyat tanggung! Rakyat yang terpaksa membayar dengan kenaikan kos sara hidup ini. Mohon tindakan segera. Secara terperinci, mengawal secara terperinci bagi mengelak kerugian yang lebih— yang akan membebankan bahu rakyat.

Dato’ Yang di-Pertua, sebagai usaha merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, kerajaan perlu memberi perhatian terhadap Productivity Linked-Wage System (PLWS) dengan izin, dan Industrial Harmony Index bagi menggalakkan keharmonian perusahaan serta menyuburkan perkongsian perniagaan. Bila majikan dan employees-employers ini selesai, dengan izin, maka produktiviti akan meningkat sebab pekerja pun puas hati, majikan akan mendapat outcome yang tinggi dan akan bayar cukai kepada negara. Negara akan mendapat perolehan daripada hasil cukai produktiviti yang tinggi. Ini kena perlu kita lihat.

Sebab itu kita bangkitkan beberapa kali berkenaan dengan gaji termasuk untuk gaji polis. Saya ingat gaji polis ini, Dato’ Yang di-Pertua, paling kurang kita kena letak gaji permulaan RM2,000. Mereka kerja shift siang dan malam ikut dipanggil. Kelulusan mereka pun dah tinggi sekarang, bukan macam dahulu Darjah 6 boleh jadi polis. Sekarang dah tak boleh. Paling kurang saya ingat, SPM. Jadi, mereka tak ada shift, tak boleh nak berniaga jual goreng pisang macam kumpulan sokongan yang lain. Polis, dipanggil bila- bila masa. Dia ada shift. Jadi, macam mana dia nak kena tidur, nak kena rehat yang cukup? Dia nak pergi berniaga macam mana? Jadi, saya cadangkan paling kurang gaji permulaan mesti RM2,000 tidak termasuk elaun-elaun yang lain terutamanya yang duduk di Kuala Lumpur.

Ini pandangan, cadangan saya. Saya harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi perhatian kepada pasukan keselamatan yang bekerja siang dan malam.

Lepas itu, dari segi integriti, bila mereka tak cukup makanan, gaji tak cukup, mereka akan terlibatlah benda-benda macam ini. This one, satu cadangan untuk mengelakkan daripada kita hendak mengurangkan rasuah dalam negara.

Saya nak sentuh sedikit keharmonian kaum. Seterusnya, saya ingin mendapatkan penjelasan berhubung Kementerian Pertahanan. Kenapa ada pertentangan dalam isu LCS apabila PAC tegur MINDEF kerana tidak melibatkan AGC, Pejabat Peguam Negara lah? Bagaimanapun, MINDEF pula menafikan tidak melibatkan AGC. Kenapa ada percanggahan sampai begitu rupa? Takkan PAC ini tak reti sangat? PAC ini dilantik oleh Parlimen untuk membuat semak. Semakan perbelanjaan yang ada kepada projek-projek termasuk di bawah Kementerian Pertahanan. Tiba-tiba dinafikan oleh MINDEF.

Kementerian Pertahananlah MINDEF ini. Ini, sepatutnya kita kena tengok balik kenapa begini.

Tan Sri Yang di-Pertua, untuk semua konsep federalisme mestilah difahami secara mendalam agar dapat dijiwai, meskipun pemerintahan— supaya tidak boleh dipengaruhi oleh dendam kesumat politik dan ia dilaksanakan dengan adil tanpa prejudis meskipun pemerintahan kerajaan tidak sama dengan Kerajaan Pusat— macam contoh di negeri Kedah adalah kerajaan daripada Perikatan Nasional, kerajaan peringkat pusat adalah daripada Pakatan Harapan. Tentulah berbeda tetapi atas sikap federalisme, kita tak boleh ambil sikap dendam ini.

Sebab itu saya pernah menegur Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dia lebih dendam. Lebih kuat daripada Perdana Menteri yang dahulu. Dia marah saya, dia saman saya. Dia saman saya di mahkamah. Ini kerana tindakan sekarang ini, bagaimana layanan terhadap Kerajaan Negeri Kedah, itu adalah sifat dendam. Jadi, tak apalah, kita

final • 5:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

bertemulah di mahkamah. Biarlah hakim yang menentukan siapa dendam, siapa salah, siapa yang betul. Saya tak akan tarik balik kes ini.

Meskipun kita tengok keadaan kerajaan negeri tidak sama dengan Kerajaan Pusat, depa pun ada hak untuk menikmati pembangunan sebagaimana negeri jiran iaitu Pulau Pinang. Kedah juga ada hak sebab kami bayar cukai sama sahaja. Sila dedahkan setiap negeri yang bayar cukai. Dalam 14 negeri ini, semua bayar cukai kepada federal.

Bahkan hasil tersebut boleh menjadi jalan keluar daripada mengenakan cukai kepada rakyat. Bila kita ada satu— macam contohnya macam mana kita tak mengenakan cukai menekan rakyat? Di Kedah, ada rare earth elements (REE), dengan izin, atau nadir bumi. Ia menjadi isu besar. Adakah ia sudah— adakah kerana ia berada di Kedah?

Adakah kerana ia diperintah oleh Perikatan Nasional?

Kerajaan sepatutnya mengoptimumkan nadir bumi ini dengan melaksanakan SOP yang bersesuaian agar ia mampu menjadi sumber pendapatan baru negara. Bahkan, kita tak perlu— kita tengok penilaian permintaan REE ini, permintaan dunia. Kegunaan seluruh dunia sekarang ini. Jadi kita manipulate, kita eksploitasi sepenuhnya REE ini untuk menjana pendapatan negara yang baru dan kita tak perlu menekan rakyat dengan kenaikan cukai seperti yang saya sebut tadi, memberi impak, kesan yang besar kepada inflasi negara hasil daripada supply chain yang berlaku akibat kenaikan dua percent daripada enam percent ke lapan percent yang rakyat akan menanggung, bukan hat besar- besar tauke ini.

Saya ada banyak lagi, Tan Sri Yang di-Pertua. Sikit bagi dekat saya. Saya memohon agar perhatian diberikan dengan segera terhadap pembangunan masjid baru Bandar Baru di kawasan saya iaitu di Pendang. Dirancang sejak tahun 2020. Pembinaan jambatan bagi tujuan untuk membesarkan jalan utama ke Tanah Merah melibatkan sebahagian besar Masjid Jamek Tuan Guru Haji Abdul Aziz. Oleh yang demikian, saya memohon agar pembinaan masjid baharu seperti dirancang dapat diteruskan, dapat memberi kemudahan kepada penduduk di sekitar Pendang.

Dato’ Yang di-Pertua, teguran dan kritikan sepatutnya perlu diterima dengan hati terbuka dan berlapang dada kerana ia menunjukkan betapa kerajaan berjiwa besar bukan mengharapkan pujian, tidak gentar dengan cacian atau cercaan. Kita tinggal masalah peribadi, kita lihat kepada masalah negara untuk kita membangunkan bagaimana kita boleh eksploitasi atau mendapat hasil baru negara. Kalau REE menjadi hasil negara, apa salahnya hantar pegawai-pegawai untuk berunding dengan elok supaya negara akan mendapat perolehan.

Pesanan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, berlaku adillah kepada semua. Sentiasa berlapang dada, bersedia menerima teguran membina untuk demi kebaikan negara kita, rakyat kita yang berbilang kaum ini.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, ingin saya mengajak semua Ahli-ahli Dewan yang mulia ini serta seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama bersolidariti mengecam tindakan rejim Israel laknatullah dan mendoakan keselamatan warga Palestin yang terlibat dalam serangan itu. Khaybar Khaybar, Khaybar Ya Yahud. Sekian, terima kasih. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Dipersilakan Yang Berhormat Subang.

final • 5:10 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2024.

Memandangkan ini adalah perbahasan peringkat dasar, saya akan memberi tumpuan kepada perkara dasar sahaja iaitu hasil, prinsip-prinsip OPEX dan DEVEX dan juga isu tentang subsidi. Item-item spesifik OPEX, DEVEX, kita boleh bincang masa perbahasan jawatankuasa nantilah ya.

Tuan Speaker, selain menjadi Ahli Parlimen Subang, saya juga mempunyai pelbagai tanggungjawab pada masa ini. Pengerusi PSSC Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan, Pengerusi APPGM bagi kewangan politik, Pengerusi Malaysian

final • 5:19 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Chapter of APHR, wakil Asia Pasifik bagi IPU Working Group on Science Technology dan terakhir, Pengerusi Malaysia Debt Venture (MDV). Dalam ucapan ini, saya akan pakai kaca matalah kerja saya iaitu di IPU dan MDV dan saya juga akan menyentuh sedikit tentang renewable energy dan juga space technology.

final • 5:19 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Akhir sekali sebagai Ahli Parlimen Subang, saya juga ingin mengemukakan soalan mengenai status projek Klinik Kesihatan USJ 1 sebab Yang Amat Berhormat Tambun ada cakaplah tentang klinik baru, ya. Baik, Tuan Speaker saya mulakan ucapan saya dengan menegaskan pendirian saya dan juga pandangan saya bahawa ini adalah satu belanjawan yang cukup beranilah bagi saya.

Saya bermula dengan isu ramalan hasil. Asas bagi setiap belanjawan yang baik dan bermakna adalah kerja ramalan hasil yang tepat. You must have, dengan izin. You must have accurate estimation of revenue. Keyakinan terhadap sesuatu belanjawan hanya boleh dibina dengan prinsip kejujuran dan kebenaran. Oleh demikian, saya sangat terharu apabila Yang Amat Berhormat Tambun jujur tentang sistem fiskal yang rosak yang telah diwarisi oleh kerajaan beliau. Hasil yang tidak mampan, hasil cukai terendah dalam rantau, overdependency kepada minyak dan gas, disiplin fiskal yang buruk dan sistem subsidi yang tidak mampan.

Kita tidak boleh meneruskan jalan buruk ini. Kita perlu berani merangkul perubahan sebab itulah bagi saya ini adalah belanjawan yang berani, berani menerima hakikat keadaan semasa sekarang dan juga berani untuk berubah. Jadi, bagaimana dengan ramalan hasil tahun 2024 oleh kerajaan Yang Amat Berhormat Tambun?

Saya gembira untuk mengumumkan bahawa projeksi hasil kali ini adalah yang paling waras. Pertumbuhan yang diramalkan dalam kutipan cukai hasil pada tahun depan adalah sebanyak RM12 bilion iaitu peningkatan enam peratus. Dengan pertumbuhan ekonomi GDP diramalkan sebanyak empat ke lima peratus tahun depan dan juga dengan pelaksanaan cukai progresif yang baru cukai mewah (luxury tax), cukai keuntungan modal

(capital gains tax) dan peningkatan sebanyak dua peratus SST, ramalan enam peratus peningkatan collection income tax ini benar-benar dan tepat dan waras.

Jadi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana meneliti isu asas ini dengan betul. Saya juga gembira melihat Yang Amat Berhormat Tambun mengambil beberapa pendekatan cukai progresif dengan memperkenalkan cukai mewah dan cukai keuntungan modal. Walau bagaimanapun, kita kekurangan penjelasan daripada kerajaan mengenai kedua-dua cukai tersebut. Banyak soalan perlu dijawab dengan lebih terperinci.

Dari isu cukai mewah yang dicadangkan, saya ingin tahu sama ada senarai barangan dan produk mewah telah ditentukan atau belum. Adakah ini akan merangkumi klasifikasi aset-aset besar seperti kereta, rumah yang sudah mempunyai elemen cukai?

Jika ya, adakah ini akan menimbulkan apa-apa isu cukai berganda?

Mengenai cukai keuntungan modal bagi saham-saham yang tidak disenaraikan, saya sebenarnya kurang setuju dengannya kerana cukai ini memang tidak efisien dan akan menimbulkan banyak pertikaian termasuk isu cukai berganda. Adakah cukai ini akan memakai kadar tetap 10 peratus atau pakai kaedah yang lebih baik mengikut prinsip time sensitive seperti Real Property Gains Tax (RPGT)?

Bagi saya, dasar cukai yang jauh lebih rasional dan penting ialah cukai keuntungan modal atas saham syarikat yang tersenarai. Cukai ini jauh lebih efisien kerana tidak ada pertikaian berkenaan perkiraan penilaian dan keuntungan modal. Saya tahu ahli- ahli kewangan dan orang kaya akan menentang cadangan ini. Mereka akan kata cukai keuntungan ini akan melembapkan lagi Bursa Malaysia.

Tetapi Tuan Speaker, ini adalah unjuran yang tidak lojik dan tepat. Biar saya reverse the question. Mengapa pula pada masa kini ketika kita tidak mempunyai sebarang cukai keuntungan modal, Bursa Malaysia masih tidak juga berkembang dengan pesat.

Tuan Speaker, sejak berapa tahun lepas Bursa Malaysia telah hilang daripada investment radar kebanyakan pelabur-pelabur institusi.

Banyak faktor yang mempengaruhinya tetapi isu terbesar ialah kurang tadbir urus yang baik, skandal 1MDB terkenal di seluruh dunia, skandal baru Serba Dinamik juga turut

final • 5:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

teruk. Jadi isu utama kekurangan pelaburan adalah isu tadbir urus yang lemah dan bukan sama ada atau tidak cukai keuntungan modal.

Sebagai Kerajaan Madani pelaksanaan cukai keuntungan modal ke atas syarikat public listed companies adalah selaras dengan nilai-nilai teras kita. Bursa Saham adalah tempat di mana golongan orang kaya melabur. Kerajaan Madani sepatutnya tidak perlu takut, kena berani dan engage dengan dan meminta golongan kaya ini untuk membayar cukai atas keuntungan daripada pelaburan dan aktiviti-aktiviti spekulasi.

Oleh itu saya mencadangkan kerajaan bermula dengan kadar cukai yang sangat rendah untuk public listed companies iaitu seperti dua ke tiga peratus tetapi pengenalan ini harus berjalan dengan pembaikan tadbir urus, ketelusan dan accountability daripada Bursa Malaysia dan juga Suruhanjaya Sekuriti. Tentang pelaburan saham tersenarai oleh Badan-badan Kerajaan yang menjaga kepentingan rakyat seperti KWSP dan PNB, cukai ini boleh dipulangkan sebagai full rebate pada end of a financial year, dengan izin.

Mengenai peningkatan dua peratus SST saya faham bahawa langkah ini ialah untuk melebarkan asas cukai. Walau bagaimanapun, saya ingin meminta kerajaan untuk menjelaskan bagaimana peningkatan sebanyak dua peratus ini akan memberi kesan kepada rakyat biasa. Sebagai contoh, rakyat perlu tahu jika saya membeli-belah di Mydin troli saya RM400.00. Adakah maknanya dengan cukai ini saya kena bayar sekarang RM408.00, two percent increase? Jadi saya berharap komunikasi kerajaan yang lebih simple, baik dan jelas kepada rakyat mengenai isu ini.

Tuan Speaker, saya gembira bahawa Kerajaan Madani ini sedang mengambil pendekatan positif dalam menangani isu dependency on oil and gas. Untuk tahun 2024, kerajaan bercadang untuk meminta Petronas menyumbangkan RM32 bilion. Ini adalah pengurangan daripada RM40 bilion tahun lalu dan RM50 bilion pada Belanjawan 2022. Ini adalah trend yang sangat sihat dan bertanggungjawab.

Bagi saya ini adalah langkah penting oleh Kerajaan Madani kerana minyak dan gas adalah sumber yang terhad dan tidak boleh diperbaharui. Kita juga perlu sedar bahawa dengan perubahan iklim yang makin pantas kita mungkin hanya mempunyai lebih kurang 30 tahun lagi hasil minyak dan gas lagi sebelum sektor ini hilang sepenuhnya.

Tuan Speaker, walaupun Belanjawan Madani ini berani malangnya ia tidak memberi tekanan kepada Pelan Gaji Progresif. Punca utama banyak masalah ekonomi Malaysia adalah gaji yang rendah bagi B40 dan juga M40. Gaji yang rendah mengakibatkan kutipan cukai peribadi yang rendah untuk kerajaan. Data kutipan cukai hasil peribadi dan hasil korporat ini mengemukakan satu soalan asas, kenapakah syarikat- syarikat berapa ratus ribu sahaja syarikat jauh lebih kaya berbanding dengan semua 16 juta pekerja di Malaysia?

Bolehkah Kerajaan Madani meyakinkan golongan majikan untuk berubah, tukar fikirannya bahawa terdapat lebih banyak kebaikan sosial dan ekonomi sekiranya keuntungan dikongsikan dengan lebih wajar? Ini kualiti di antara majikan dan pekerja yang ketara ini menyebabkan pemesatan brain drain.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli di Parlimen ya, dalam tiga dekad ini kita telah kehilangan begitu banyak human capital kepada dunia dan khususnya kepada jiran kita, Singapura. Di Singapura hampir sejuta rakyat Malaysia bekerja di sana dan mereka telah berjaya menaikkan ekonomi Singapura kedudukan KDNK per kapita kedua tertinggi di dunia berdasarkan purchasing power parity. Dengan izin, can we all imagine where we will be today if the one million Malaysia stayed in Malaysia to power our own economy.

Untuk mengangkat prinsip Madani dalam tahun-tahun yang akan datang, kerajaan harus berusaha lebih keras untuk memastikan bahawa perkongsian ekonomi yang lebih adil. Jika kita gagal berbuat demikian kita akan terus terperangkap sebagai sebuah negara capitalist kroni di mana segelintir maha kaya dari zaman Dr. Mahathir terus kaya dan rakyat akan terus berdepan dengan isu-isu kos kehidupan asas.

Tuan Speaker saya ingin menyentuh isu perbelanjaan khasnya subsidi yang bersasar. Izinkan saya memberi contoh ringkas tentang sistem subsidi petrol yang kita ada sekarang. Katakan seorang cikgu sekolah pendapatan RM3,500 sebulan. Guna motosikal pergi kerja tiap-tiap hari full tank RM6. Kena isi tiga kali seminggu. Dia punya

final • 5:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

kos minyak RM72. Katakan kerajaan memberi manfaat subsidi petrol 50 peratus maknanya kerajaan bagi dia RM70 sebulan.

Manakala kalau kita guna contohlah ya, upper-middle class. Seorang peguam pendapatannya RM35,000 sebulan sepuluh kali ganda cikgu itu.

final • 5:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Dia pakai BMW, full tank RM120. Dalam sebulan, kerajaan bayar dia lebih kurang RM480 subsidi. Cikgu dapat RM72, peguam yang lebih kaya 10 kali dapat RM480 subsidi.

Sistem subsidi ini memang tidak adil dan bukanlah sistem subsidi madani yang kita mahukan. Oleh itu, satu sistem subsidi yang lebih tersasar, lebih berperingkat perlu dilaksanakan dengan secepat mungkin.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Speaker, saya beralih kepada tumpuan perkara berkaitan dengan kerja saya di IPU dan juga MDV iaitu sains dan teknologi, terutamanya renewable energy dan space tech. Dengan izin, MDV is a pioneer financier for renewable energy di Malaysia.

Kami sangat teruja dengan Program NETR ini. Renewable energy bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan dan banyak syarikat besar telah komited untuk menjadi sebahagian daripada RE100. Syarikat-syarikat global besar ini berjanji untuk menggunakan 100 peratus renewable energy menjelang tahun 2030.

Syarikat-syarikat RE inilah yang kita mahukan bertapak di Malaysia. Jadi, kita perlu membina sektor renewable energy yang mencukupi dan boleh menyokong usaha ini. Belanjawan ini mengumumkan corporate green power program dan third-party access yang baru ke grid kebangsaan. Ini bagus tetapi, dengan izin, we need to do more to restructure the energy sector dan hentikan unsur-unsur crony capitalism yang cukup mendalam dalam sektor penjanaan kuasa. Semua orang tahu, IPP ini betul-betul banyak kroni dia. Yang Amat Berhormat Tambun dan juga rakan-rakan baik daripada Pakatan Harapan, kita berkempen dua dekad untuk melawan golongan maha kaya IPP ini. Jadi, untuk renewable energy, tolonglah jangan pula kita lupakan asas perjuangan kita.

Saya juga ingin menekankan sedikit tentang space technology. Sebenarnya, Malaysia mempunyai banyak PKS yang membuat, membekalkan barangan dan perkhidmatan kepada syarikat space tech di serata dunia. Orang ramai tak tahu, sebenarnya ada. Dengan adanya hubungan baru yang rapat di antara Malaysia dan Elon Musk, MDV juga melihat banyak potensi dalam pertumbuhan sektor ini. Ingin saya ingatkan kepada semua bahawa Malaysia merupakan pelanggan pertama SpaceX pada tahun 2009. We have a lot of goodwill with Elon Musk on SpaceX. Dengan komitmen Elon Musk terhadap pelaburan kereta EV dan bateri di Malaysia, kita boleh dan seharusnya kembangkan ekosistem business kita dengan SpaceX juga.

Akhirnya, sebagai Ahli Parlimen Subang, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan pembinaan Klinik Kesihatan USJ1 pada awal tahun ini. Dah announced tetapi bilakah tarikh upacara pecah tanah? Saya hendak pergilah, saya hendak pergi tengok bila hendak pecah tanah ini. Saya ingin kongsikan data berikut, berdasarkan bancian terkini kerajaan sendiri. Subang mempunyai seramai 480,000 penduduk, di mana 330,000 orang bekerja. Hasil isi purata di kawasan saya ialah sekitar RM12,000 sebulan. Jadi, purata pendapatan setiap orang Subang adalah lebih kurang RM6,000 sebulan yang bekerja. Jika kita pakai kadar 15 peratus cukai hasil peribadi yang berkesan, the effective tax rate 15 percent, setiap tahun warga Subang menyumbang cukai peribadi sebanyak RM3.6 bilion kepada Kerajaan Malaysia.

Walau demikian, permintaan warga Subang tidak banyak. Kita cuma minta satu klinik. Klinik yang akan menelan kos kurang daripada RM50 juta. Kita tunggu satu dekad lebih. RM50 juta adalah cuma 1.4 peratus cukai personal income tax yang warga Subang sumbang setiap tahun kepada kerajaan. Jadi, saya bawa isu ini kerana dalam ucapan belanjawan, Yang Amat Berhormat Tambun menyebut lima nama klinik-klinik kesihatan baru tetapi Klinik USJ1 tidak ternama.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 5:30 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Mewakili penduduk Subang, saya minta kerajaan untuk memastikan bahawa pembinaan Klinik USJ1 ini akan dimulakan tahun depan. Itu sahaja ucapan saya, terima kasih dan saya harap semua Ahli Parlimen on both sides boleh menyokongnya. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 5:30 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang untuk turut sama berbahas di dalam belanjawan negara 2024.

Tuan Yang di-Pertua, belanjawan negara 2024 adalah merupakan satu belanjawan yang retorik semata-mata, demi untuk mengejar penurunan defisit sahaja. Ini disebut dengan jelas oleh Ketua Pembangkang sewaktu dibentang pagi tadi. Dan belanjawan ini juga tidak diyakini mampu membantu mengatasi permasalahan rakyat yang susah serta sengsara sekarang. Malah, ianya dilihat juga terlalu ambitious, dengan izin, dengan perbelanjaan tertinggi berjumlah RM385.8 bilion ketimbang beban hutang negara yang sarat menimbun sekitar RM1.5 trilion.

Anehnya, kenapa peruntukan belanjawan Sabah menurun daripada lapan peratus tahun 2023 kepada tujuh peratus dan Sarawak dari tujuh peratus turun kepada enam peratus? Tiada inisiatif berjimat cermat atau berhemah yang terangkum dalam persediaan menghadapi situasi ekonomi yang lebih sukar dan getir lagi mencabar menjelang tahun 2024. Pengurangan cukai hiburan daripada lima peratus ke 10 peratus, seolah-olah Kerajaan Madani ini dilihat bersedia atau bersetuju menggalakkan secara lebih terbuka serta bersikap liberal kepada dunia hiburan dalam dan luar negara.

Kos barang-barang keperluan yang mahal dan keterjaminan makanan yang tidak menentu, terutama barang-barang keperluan asas, terutamanya beras putih tempatan serta kos sara hidup rakyat yang sangat menghimpit sekarang seolah-olah tiada tindakan.

Keperluan asas, tiada tindakan balas positif atau peruntukan khusus dalam belanjawan kali ini. Ini termasuk barang-barang keperluan asas, kecuali yang di bawah kawalan tetapi stoknya sentiasa terhad atau hampir langsung tiada stok.

Rakyat suka mahupun tidak suka, terpaksa juga membeli jenis yang kayangan.

Apabila minyak peket tiada, kena beli minyak botol, apabila gula putih RM2.85 tiada, terpaksa beli gula yang berharga RM4.85 dan bila beras putih tempatan tiada, sudah tentu kena beli beras import. Tiada pengumuman GST memang cukup melegakan tetapi kenaikan 25 percent service tax atau cukai perkhidmatan pula amat memeranjatkan.

Dalam kemelut rakyat tertekan dengan kenaikan harga barang-barang keperluan asas dan kelemahan ekonomi serta kejatuhan nilai ringgit itu sendiri.

Service tax enam peratus akan dinaikkan kepada lapan peratus kecuali sektor makanan, minuman dan telekomunikasi. Ini sudah pasti akan merencatkan atau melembabkan lagi kitaran ekonomi perniagaan yang mungkin akan menyebabkan kenaikan caj perkhidmatan dari pelbagai sektor. Lagi-lagi kenaikan 25 peratus semua harga barang-barang dan lain-lain perkhidmatan.

Sektor kesihatan seharusnya dikecualikan juga dari kenaikan 25 peratus service tax ini kerana ini adalah keperluan asas rakyat dan kos perkhidmatan sekarang memang sudah terlalu mahal. Kalau sekarang kita bayar RM100 untuk rawatan di klinik swasta, maka setelah belanjawan ini diluluskan, ia mungkin akan menjadi RM125. Yang pasti juga, caj kemasukan hospital awam dan swasta pasti juga meningkat sekitar 25 percent.

Belanjawan ini juga langsung tidak menghormati janji-janji pilihan raya Kerajaan Madani kepada rakyat. Hutang PTPTN tidak langsung dihapuskan, malah hanya sekadar menawarkan diskaun sahaja. Harga minyak langsung tiada pengurangan, malah Kerajaan Madani sekadar berbangga pula dan menekan justifikasi dengan harga minyak Malaysia yang terendah di rantau Asia, malah Arab Saudi pun lebih mahal dari Malaysia. Janji manifesto dalam memberikan pendidikan percuma juga langsung tidak disebut.

final • 5:34 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Kesan geopolitik akibat peperangan Ukraine-Rusia dan yang terbaru, Palestin- Israel yang sangat berpotensi mencetuskan perang dunia ketiga antara blok yang menyokong Israel dan blok dunia yang menyokong Palestin juga tiada ketimbang dan tiada sebarang antisipasi dalam belanjawan ini. Apa yang saya nampak, business as usual, dengan izin. Komitmen Kerajaan Madani untuk menoktahkan...

final • 5:34 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Minta penjelasan sedikit, minta penjelasan sedikit. Tadi, Yang Berhormat sebut tidak ada pertimbangan dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...

final • 5:40 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Saya tidak ada masa. Untuk menoktahkan miskin tegar yang berjumlah 150,000 orang disebut PM semasa pembentangan Bajet 2023 dahulu...

final • 5:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

...Itu ada sebut RM10 juta dalam ucapan tersebut. Biar betui?

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ipoh Timur, sila duduk.

final • 5:40 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

...Dan kemudian Kementerian Kewangan bertarikh 19 Julai 2023, turut menyatakan jumlah penerima STR berstatus miskin tegar lebih daripada 210,000 orang.

Tiba-tiba sekarang PMX menyatakan Cuma tinggal 18,000 orang sahaja yang masih berstatus miskin tegar. Ini menimbulkan keraguan yang sangat munasabah, dan persoalan- formula apakah yang diguna pakai? Masih menjadi tanda tanya. Sedangkan fakta dan hakikat ramai golongan T20 yang turun ke B40, dan ramai yang golongan B40 telah menjadi miskin tegar. Faktanya, golongan miskin tegar ini semakin ramai, dan adalah membimbangkan.

Kebimbangan ini pasti merunsingkan lagi...

final • 5:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat, Yang Berhormat Tanjong Karang...

final • 5:40 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

...Menjelang tahun 2024 dengan kadar ringgit yang semakin melemah ketimbang USD dan ringgit sedang menuju hampir sama dengan nilai rahmah. Kos barang-barang makanan semakin mahal...

final • 5:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Tanjong Karang...

final • 5:40 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

...Penghapusan semua subsidi...

final • 5:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Ampang, Ampang...

final • 5:40 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

...Dengan implementasi subsidi bersasar dan kemungkinan OPR akan turut dinaikkan lagi adalah sangat munasabah bagi mengimbangi inflasi serta ketimbang kegawatan ekonomi di ambang Perang Dunia Ketiga.

final • 5:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Tanjong Karang, minta sedikit pandangan, penjelasan.

final • 5:40 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Saya tidak ada masa, ada banyak lagi. Seterusnya...

final • 5:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Bolehlah sebab saya hendak faham tentang fakta.

final • 5:40 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Seterusnya Tanjong Karang ingin menyentuh Belanjawan Kementerian Kesihatan.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Ampang, sila duduk.

final • 5:40 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Bajet sebesar RM41.2 bilion adalah ketiga yang terbesar di belakang Kementerian Pendidikan, dan Kewangan iaitu sekitar empat ke lima peratus daripada KDNK.

Manakala RM35.2 bilion diperuntukkan untuk belanja mengurus bagi menanggung segala kos pengurusan kementerian, kesihatan rakyat yang termasuk klinik- klinik kesihatan, klinik ibu-ibu mengandung dan perkhidmatan hospital di seluruh negara.

Jadi, pembiayaan pengurusan ini memang cukup besar dan kemampuan serta potensi KKM untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik sentiasa terhad dengan peruntukan yang tersedia dan sentiasa membebankan peruntukan pembayar cukai itu sendiri.

Laporan peratus pengisian kepakaran asas di hospital-hospital pakar minor KKM...

final • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tanjong Karang, Tanjong Karang, saya hendak betulkan fakta...

final • 5:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

[Bangun]

final • 5:40 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

...Dicatat 60 peratus.

final • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya hendak betulkan fakta, saya hendak betulkan fakta. Disebutkan tadi soal berkaitan dengan PTPTN. Dalam manifesto Pakatan Harapan tidak disebut pun soal PTPTN ini. Yang sebut adalah Kubang Kerian!

Yang sebut Kubang Kerian! Kena betulkan balik fakta ini! Ini fitnah ini! Letak jawatan!

Letak jawatan! Letak jawatan! Ini salah fakta!

final • 5:40 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Ini juga boleh dipersoalkan.

Umpamanya kenapa Hospital Tanjong Karang baru masih tidak ada doktor-doktor pakar asas di mana sangat diperlukan...

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Langat...

final • 5:40 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Manakala...

final • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kita tidak sebut PTPTN! Saya sudah checked! Saya sudah semak tiga kali!

final • 5:40 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak beri laluan kepada Hulu Langat.

final • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tidak sebut pun! Kami tidak sebut PTPTN! Yang sebut Kubang Kerian! Yang sebut Kubang Kerian! Salah fakta! Letak jawatan! Letak jawatan!

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

final • 5:40 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Manakala peratus peningkatan pakar perubatan yang diwartakan setiap tahun cuma pada angka 12 peratus.

Angka ini sangat membimbangkan. Ditambah dengan pengaliran keluar doktor-doktor pakar keluar, doktor-doktor pakar kerajaan ke perkhidmatan swasta semakin meningkat setiap tahun. Apakah jumlah peruntukan untuk latihan doktor pakar di dalam negara melalui universiti-universiti tempatan dan latihan di luar negara pada kadar yang terlalu rendah?

KKM harus melihat dasar dan polisi berkenaan perlatihan ini supaya bekalan doktor pakar tidak akan terus berkurang. Kalau nisbah doktor perubatan penduduk berada tahap yang memuaskan dengan 1:400, tetapi nisbah doktor pakar perubatan kepada penduduk masih jauh dari memuaskan. Kalau- seperti yang dituntut oleh WHO itu sendiri.

Manakala, nisbah ahli farmasi kepada penduduk adalah 1:1000 masih jauh daripada sasarannya.

Manakala, peruntukan pengurusan pembangunan KKM sebesar RM6.1 bilion ini jauh dari memadai untuk menaik taraf infrastruktur klinik-klinik yang daif dan juga bangunan-bangunan hospital yang sudah terlalu lama. Penambahan bilangan hospital-

final • 5:40 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

hospital baharu dan klinik baharu juga adalah tidak mencukupi dengan dana begini.

Kenapa latihan dalam perkhidmatan cuma diperuntukkan sebanyak RM60 juta sahaja?

Sedangkan keperluan peruntukan adalah sekitar RM300 juta bagi menyediakan jururawat berkemahiran, paramedik dan juga doktor-doktor pakar.

Penyelidikan dan pembangunan R&D juga hanya diperuntukkan sekitar RM60 juta sahaja dan ini juga jauh daripada sasaran sekurang-kurangnya lebih kurang RM200 juta. Kemudahan ICT juga sukar dicapai dengan peruntukan yang sebesar lebih kurang RM326 juta yang mana ini hanya sekadar mencapai 50 peratus daripada sasaran yang diperlukan.

Tanggungan sepenuh daripada sekitar empat ke lima peratus KDNK ini sememangnya tetap tidak mencukupi dan adalah tidak sustainable dan lestari untuk kebolehan KKM dalam menyediakan satu perkhidmatan yang moden, up-to-date dan mengintegrasikan segala teknologi moden termasuk robotik ataupun AI.

Skim Perubatan MADANI yang berjumlah RM100 juta adalah sekadar skim sementara, dan ianya langsung tidak sustainable dan tidak lestari untuk kelangsungan perkhidmatan kesihatan itu sendiri. Kertas Putih Kesihatan juga tidak mempunyai hala tuju yang jelas dan tidak akan mampu untuk menyelesaikan masalah pokok KKM itu sendiri iaitu soal kemapanan kewangan dan kelestarian sistem KKM itu. Untuk itu, satu iltizam transformasi kesihatan yang menjurus kepada pendanaan kesihatan bersama di antara kerajaan daripada wang pembayar cukai, majikan dan juga pekerja di bawah pelaksanaan National Social Health Insurance Scheme, dengan izin, adalah sangat-sangat diperlukan.

Tuan Yang di-Pertua, kesimpulan saya di sini tahun 2024 Kerajaan Madani tidak mampu menjanjikan sinar dan masa hadapan yang cerah untuk rakyat Malaysia.

Penarikan subsidi, kenaikan dua peratus service tax, kenaikan harga barang, kejatuhan Ringgit, dan ekonomi yang lemah serta keadaan geopolitik dunia yang tidak menentu ini akan terus menghantui kita untuk tahun-tahun yang ke depan.

Sekian, saya sudahi setakat itu dahulu. Semoga kita semua dilindungi dan dirahmati Allah SWT. Sekian, terima kasih...

[Tepuk]

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya jemput Yang Berhormat Igan.

final • 5:40 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Timbalan Yang di-Pertua, terlebih dahulu Igan ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas peluang dan kesempatan yang diberikan untuk Igan mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2024 yang bertemakan Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua, oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya terus kepada isu-isu yang ingin saya bangkitkan dalam perbahasan pada kali ini. Pada perbahasan kali ini saya ingin membangkitkan mengenai isu pendidikan di Sarawak khususnya mengenai masalah kekosongan dan kekurangan guru yang masih kritikal dan sehingga kini tiada tindakan segera diambil oleh Kementerian Pendidikan.

Isu kekurangan guru ini menjadi igauan buruk rakyat Sarawak kerana implikasi negatif terhadap prestasi akademik para pelajar. Saya menyambut baik komitmen Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang sentiasa meletakkan isu kekurangan guru dan isu sekolah daif di Sarawak sebagai agenda utama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua, untuk makluman, setakat 30 September 2023, Sarawak masih lagi menghadapi kekurangan guru sebanyak 3,063 orang iaitu melibatkan 2,307 orang kekosongan guru di sekolah rendah dan 756 orang guru di sekolah menengah. Ini jumlah yang besar dan amat memberi kesan buruk pada prestasi pelajaran dan pembelajaran para pelajar, khususnya di luar bandar.

final • 5:47 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Timbalan Yang di-Pertua, saya masih ingat pada persidangan Parlimen pertama awal tahun ini, saya juga membangkitkan isu yang sama. Di mana, pada masa itu setakat 31 Januari 2023 iaitu awal tahun ini Sarawak menghadapi masalah kekurangan guru seramai 3,285 orang iaitu 2,255 orang kekurangan guru sekolah rendah dan 1,030 orang guru sekolah menengah.

final • 5:47 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Saya juga masih ingat, Yang Berhormat Menteri Pendidikan menyatakan komitmen untuk mengisi 50 peratus daripada jumlah kekurangan guru di Sarawak pada masa itu. Walau bagaimanapun, realitinya hanya 222 orang sahaja guru yang telah diisi untuk mengatasi masalah kekurangan guru setakat hari ini. Di mana setakat 31 Januari 2023, kekosongan guru di Sarawak pada masa itu ialah 3,285 orang dan setakat 30 September ini, tahun ini, Sarawak masih lagi mengalami kekurangan guru seramai 3,063 orang, ini bererti hanya 222 orang guru sahaja telah diisi. Sepertinya masalah kekurangan ataupun kekosongan guru ini amat sukar untuk diatasi oleh Kementerian Pendidikan.

Timbalan Yang di-Pertua, saya maklum bahawa punca utama kekosongan adalah disebabkan oleh kelulusan pertukaran guru antara negeri keluar yang tinggi pada tahun 2021 dan kekosongan bertambah parah dan kritikal apabila guru-guru bersara paksa dan juga bersara pilihan. Selain daripada itu, perpindahan guru-guru di sekolah ke agensi- agensi juga menyumbang kepada masalah kekosongan guru di Sarawak. Manakala, bekalan guru baharu yang diterima adalah tidak mencukupi bagi menampung kekosongan tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua, oleh kerana keadaan yang sangat kritikal ini, saya mencadangkan agar kementerian melantik lebih ramai anak-anak Sarawak lepasan universiti untuk menjadi guru di daerah masing-masing kerana ramai yang masih menganggur dan berminat menjadi warga pendidik terutama yang ada pengalaman sebagai guru MySTEP.

Saya juga mencadangkan agar kementerian mengembalikan tawaran pengambilan guru melalui Kursus Dalam Cuti (KDC) ataupun Program Diploma Lepasan Ijazah ataupun (PDLI) atau Guru Interim kepada guru MySTEP kepada guru ganti ataupun guru sementara yang sedang berkhidmat dan berminat untuk menjadi guru khususnya guru di daerah sendiri.

Timbalan Yang di-Pertua, selain daripada isu kekurangan guru, Sarawak juga berhadapan dengan masalah pengisian jawatan guru besar dan pengetua sekolah yang belum dilantik. Sehingga hari ini, untuk makluman, seramai 66 orang guru besar sekolah rendah dan 13 orang pengetua sekolah di seluruh Sarawak belum dilantik. Masalah ini sudah lama berlarutan dan sudah tentu implikasinya amat negatif sekali terhadap pengurusan sekolah berkenaan.

Oleh sebab itu, saya memohon kepada kementerian agar masalah pelantikan guru besar dan pengetua sekolah ini disegerakan dengan mengambil kira calon-calon yang dicadangkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak. Saya juga ingin tahu, apakah perancangan pihak kementerian untuk mengatasi masalah ini dan bilakah tempoh pengisian jawatan guru besar dan pengetua sekolah ini dapat dilaksanakan segera?

Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan mengenai isu sekolah daif di Sarawak. Isu ini juga sentiasa menjadi mimpi yang buruk bagi rakyat Sarawak khususnya warga pendidik. Setakat hari ini, terdapat 367 buah sekolah daif di Sarawak yang tersangat daif iaitu 252 buah sekolah berada pada skala enam dan 105 buah sekolah berada pada skala tujuh, kesemua 367 buah sekolah ini harus dibina baharu. Oleh sebab itu saya memohon kepada Kementerian Pendidikan agar kesemua 367 buah sekolah ini diberi keutamaan pembinaannya dalam belanjawan kali ini dan dilaksanakan dalam RMKe-12.

Kementerian Pendidikan harus prihatin tentang isu sekolah daif ini kerana kita sering bercakap tentang kualiti pendidikan, kita sering bercakap tentang ekuiti pendidikan dan keadilan pendidikan.

Di kawasan Parlimen saya ada tujuh buah sekolah daif pada skala enam dan tujuh yang harus dibina baharu. Sekolah-sekolah berkenaan adalah, pertama SK Camporan

final • 5:50 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Daro, yang kedua ialah SK Bruan Mapal Matu, yang ketiga ialah SK Nangar Daro, yang keempat ialah SK Singat Daro, yang kelima ialah SMK Matu, yang keenam ialah SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah, Daro dan yang ketujuh ialah SMK Agama Igan.

Saya memohon agar sekolah-sekolah ini diluluskan pelaksanaannya di dalam RMKe-12 ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan kerana telah meluluskan pembinaan semula bangunan daif di daif di SK Camporan Daro dalam Rolling Plan Ketiga dalam RMKe-12 ini termasuk kelulusan pembinaan tambahan 17 unit rumah guru dan lain-lain kemudahan di SMK Agama Igan dalam Rolling Plan Kedua RMKe-12.

Saya juga ingin bertanya, bilakah pembinaan sekolah baru SMK Matu, SK Bawang Tian Matu, SK Kg. Pergau Matu dan SK Kg. Tebaang Daro akan dilaksanakan yang telah diluluskan pembinaannya sejak beberapa tahun yang lalu.

Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan isu pendidikan di kawasan Parlimen saya. Untuk pengetahuan, kawasan saya ada 41 buah sekolah rendah dan empat buah sekolah menengah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Daro.

Sehingga kini, ada seramai 123 orang kekosongan guru yang belum diisi. Di mana, 112 orang adalah guru sekolah rendah dan 11 orang adalah guru sekolah menengah.

Masalah ini telah berlaku sejak 2020 lagi dan lebih kritikal ada sembilan buah sekolah rendah, jawatan guru besar belum diisi, termasuk seorang pengetua sekolah menengah. Jawatan pengetua dan guru besar adalah amat penting di setiap sekolah kerana mereka bertanggungjawab memastikan pengurusan dan pentadbiran sekolah khususnya pelajaran dan pembelajaran para pelajar berjalan dengan baik dan teratur.

Oleh itu saya memohon agar Kementerian Pendidikan mengambil tindakan segera untuk mengisi kekosongan guru dan guru besar dan pengetua. Saya juga mencadangkan agar Kementerian Pendidikan menambah kuota kursus NPQEL untuk sekolah luar bandar dan dalam masa yang sama perlu ada program penggalakan kepada guru-guru untuk mengikuti kursus NPQEL ini. Saya juga ingin mencadangkan agar calon guru besar dibenarkan hanya berkursus setelah dilantik.

Saya juga dimaklumkan dua orang calon yang telah lulus NPQEL ini pada tahun 2021 masih belum ada surat kelulusan untuk ditempatkan sebagai guru besar, walaupun cadangan penempatan telah dikemukakan. Dalam hal ini, saya memohon agar Yang Berhormat Menteri dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan mengenai bangunan Pejabat Pendidikan Daerah Daro yang sempit dan tidak kondusif. Bangunan ini adalah bangunan lama dengan sebahagian daripada strukturnya adalah kayu. Pejabat ini tidak dapat menampung pertambahan pegawai setelah penstrukturan semula yang melibatkan pertambahan pegawai dua kali ganda berbanding sebelum penstrukturan. Oleh itu, pejabat pendidikan ini memerlukan bangunan baharu yang lebih kondusif dengan kemudahan-kemudahan yang ada.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, pihak PPD Daro telah membentangkan cadangan pembinaan bangunan baharu ini di dalam RMKe-12 dalam Rolling Plan Kelima dan pihak JPN Sarawak telah bersetuju untuk permohonan ini diangkat kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu saya memohon agar Yang Berhormat Menteri dapat mengambil perhatian dan tindakan atas perkara ini.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan berkenaan dengan isu kuota jemaah haji daripada Sarawak. Pada setiap tahun musim melaksanakan ibadah haji, pendeposit-pendeposit Tabung Haji yang telah mendaftar untuk mengerjakan ibadah haji merasa kecewa dan mengeluh serta tidak berpuas hati bilamana tidak terpilih untuk menunaikan ibadah haji walaupun mereka sudah mempunyai tabungan yang mencukupi.

Oleh sebab itu, timbul persepsi yang negatif terhadap pihak Lembaga Tabung Haji khususnya mengenai cara atau formula pemilihan bakal haji jemaah haji dari Sarawak.

Oleh itu, saya ingin memohon penjelasan daripada pihak Tabung Haji, bagaimanakah sistem pemilihan ini dilaksanakan agar memberi keadilan kepada semua bakal jemaah haji?

final • 5:50 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Timbalan Yang di-Pertua, kalau mengikut maklumat yang saya ada, sehingga bulan Oktober 2023, seramai 114,682 orang jumlah umat Islam di Sarawak yang masih dalam senarai menunggu giliran untuk menunaikan ibadah haji. Jumlah ini adalah 2.9 peratus daripada 3.9 juta pendeposit Tabung Haji yang telah daftar haji. Dan kalau mengikut perkiraan saya Timbalan Yang di-Pertua, secara purata hanya 919 orang sahaja jemaah haji dari Sarawak yang terpilih untuk menunaikan ibadah haji setiap tahun sejak lapan tahun yang lalu.

Ini bermakna, dengan jumlah seramai 114,682 orang yang masih menunggu, umat Islam di Sarawak memerlukan tempoh selama 124 tahun untuk dapat menunaikan ibadah haji. Timbalan Yang di-Pertua, ini satu tempoh yang terlalu lama.

final • 5:50 PM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Walaupun kita tidak menafikan bahawa pihak Lembaga Tabung Haji mengguna pakai sistem pendaftaran haji terbuka dengan kaedah pemilihan berdasarkan formula yang mendaftar dahulu didahulukan, oleh sebab itu saya memohon pihak Tabung Haji mengambil tindakan yang sewajarnya agar masa menunggu ini dapat dikurangkan tempohnya. Saya ingin tahu, apakah perancangan dan tindakan pihak Tabung Haji dalam jangka masa pendek dan juga dalam jangka masa yang panjang bersama-sama setelah berbincang dengan kerajaan Arab Saudi agar isu ini dapat diatasi?

Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan masalah pembinaan Klinik Pergigian Daro dan Klinik Kesihatan Daro. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri Kesihatan, kedua-dua pembinaan baru klinik ini mengalami masalah. Pada ketika ini, kedua-dua projek ini dikategorikan sebagai projek sakit. Klinik Pergigian Daro yang pembinaannya bermula pada 9 September 2018 sepatutnya siap pada 9 September 2021, namun projek yang bernilai lebih kurang RM6.636 juta ini telah gagal dilaksanakan. Walau bagaimanapun, klinik pergigian sementara yang menggunakan kontena telah beroperasi buat sementara waktu.

Timbalan Yang di-Pertua, projek pembinaan Klinik Kesihatan Daro (Jenis 4) juga mengalami masalah yang sama. Projek yang bernilai RM35 juta ini sepatutnya siap sepenuhnya pada 28 April 2020. Oleh sebab itu, Igan ingin tahu bilakah pembinaan kedua- dua projek ini akan mula dilaksanakan? Untuk pengetahuan, Klinik Kesihatan Daro pada masa ini beroperasi sementara di rumah pelawat Hospital Daro sejak insiden kebakaran lebih kurang lapan tahun yang lalu. Saya memohon kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan agar pembinaan kedua-dua klinik ini dipercepatkan kerana klinik sementara sekarang ini tidak sesuai serta tidak kondusif lagi. Dalam hal ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sibuti, Timbalan Menteri Kesihatan yang telah melawat ke kawasan saya untuk melihat sendiri keadaan klinik sementara dan Hospital Daro pada 19 Julai yang lalu.

Timbalan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahaja yang saya ingin bangkitkan dalam perbahasan pada kali ini kerana saya sebenarnya ada masih satu lagi isu yang ingin saya bangkitkan, tetapi kerana masa tidak mengizinkan. Itu sahaja yang saya inginkan bangkitkan pada perbahasan kali ini. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi. Igan menyokong.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Igan. Saya jemput Yang Berhormat Tasek Gelugor.

final • 6:00 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertama sekali saya ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah membentangkan Belanjawan 2024. Penghargaan juga kepada Yang Berhormat Larut yang membawa pelbagai perkara dalam ucapan perbahasan beliau tadi. Saya melihat ucapan Yang Berhormat Larut sebagai gambaran bajet alternatif yang dibawa oleh Perikatan Nasional, saya yakin rakyat dapat melihat betapa Perikatan Nasional memang mempunyai agenda untuk mentadbir dan sedia untuk menjadi kerajaan pada bila-bila masa.

final • 6:02 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang di-Pertua, saya hendak mulakan dengan beberapa perkara yang ditimbulkan kepada saya oleh pengundi di Tasek Gelugor secara ringkasnya. Yang pertama, dalam perbincangan saya pada hari Sabtu baru ini dengan beberapa ketua kelompok tani di Tasek Gelugor, mereka masih tidak jelas apa langkah kerajaan untuk memastikan...

final • 6:02 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tasek Gelugor, bila sebut tadi nak jadi kerajaan bila-bila masa itu...

final • 6:02 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Relakslah.

final • 6:02 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Maksudnya akan berlaku tebuk atap lagi kah?

final • 6:02 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Nanti, duduk dulu. Itu tak...

final • 6:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Langat.

final • 6:02 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

27(2).

final • 6:02 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Akan berlaku tebuk atap lagi kah?

final • 6:02 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Tasek Gelugor.

final • 6:02 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Tak. Hulu Langat, sila duduk dulu. Bagi saya habis dulu.

final • 6:02 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Duduk ya? Okey, okey.

final • 6:02 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Lepas ini kita sembang.

final • 6:02 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Tasek Gelugor.

final • 6:02 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya orang yang patuh.

final • 6:02 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Sahabat lama, sahabat lama hendak tanya soalan.

final • 6:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jangan kacau, sila duduk.

final • 6:02 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Pertama sekali, saya ulang baliklah sikit tadi...

final • 6:02 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Tasek Gelugor.

final • 6:02 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Dalam perbincangan saya pada hari Sabtu baru-baru ini dengan beberapa...

final • 6:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak bagi laluan, sila duduk.

final • 6:02 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Ini, dia dua orang itu pergi sembang sama sendiri sajalah, yang lain duduk.

final • 6:02 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Sahabat lama. Sahabat lama. Sahabat lama, mintalah.

final • 6:02 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Later, later. Dalam perbincangan...

final • 6:02 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Tahu gelenyor itu apa tak?

final • 6:02 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Saya pada hari Sabtu baru ini dengan beberapa ketua kelompok tani di Tasek Gelugor, mereka masih tidak jelas Tuan Yang di-Pertua, apa langkah kerajaan untuk memastikan kos input yang sekarang naik mendadak dapat ditangani dengan baik. Cadangan Yang Berhormat Larut bahawa perlu ada reformasi yang lebih fundamental terhadap kaedah pemberian subsidi dan bantuan serta perlunya usaha mewujudkan pilihan dan persaingan dalam sektor ini perlu diberi perhatian yang teliti oleh kerajaan.

Yang kedua, ditimbulkan kepada saya ada oleh pengundi-pengundi di Tasek Gelugor ialah semasa zaman Perikatan Nasional, elaun sara hidup nelayan ditingkatkan

final • 6:02 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

dari RM250 ke RM300 walaupun pada masa itu saiz bajet lebih kecil dan negara sedang berhadapan dengan krisis COVID-19. Dengan saiz Bajet 2024 yang mencecah RM393.8 bilion, saya mencadangkan agar elaun sara hidup nelayan ini ditingkatkan bagi melestarikan kehidupan nelayan khususnya di Pulau Pinang yang kini terkesan dengan pencemaran akibat daripada kerja tambak laut yang diluluskan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Yang ketiga di Tasek Gelugor juga, penduduk di kawasan sekitar Sungai Kereh.

Masalahnya dah berpuluh tahun timbul. Penduduk di kawasan sekitar Sungai Kerih dan cabang-cabangnya masih tertunggu-tunggu penyelesaian yang tuntas untuk masalah pencemaran dari ladang babi di Kampung Selamat. Jadi, itu adalah isu-isu yang spesifik mengenai Tasek Gelugor.

Seterusnya Yang di-Pertua, saya nak sentuh beberapa isu di peringkat nasional.

Pertama, mengenai penyaluran bantuan kepada rakyat. Yang Amat Berhormat Tambun bagi saya tidak memberikan fokus yang teliti mengenai hal ini dan inilah juga yang menyebabkan ramai di kalangan kita yang berbahas tadi menimbulkan mengenai isu agihan bantuan kepada rakyat. Saya ucap terima kasih juga kepada Yang Berhormat Larut yang ada menyebut secara khusus yang mana beliau mencadangkan penubuhan satu agensi khas bagi menyelaras pemberian bantuan kerajaan. Saya hendak menambah sedikit terhadap cadangan tersebut.

Bagi saya, penubuhan agensi sebegini akan membolehkan kita melakukan dengan izin Tuan Yang di-Pertua, a total reform of our welfare system. Inilah sebenarnya yang kita perlukan untuk membantu rakyat, bukan setakat mengubah di sana sini secara ad hoc daripada subsidi yang blanket kepada subsidi bersasar contohnya, tetapi kita perlukan a total reform of our welfare system untuk mewujudkan satu ekosistem penjagaan kebajikan rakyat yang lebih berkesan.

Saya menyokong cadangan yang diutarakan oleh Larut tadi supaya satu agensi— supaya agensi-agensi yang pelbagai dan bertindan sekarang ini disusun semula menjadikan sebuah agensi baharu yang boleh ditubuhkan sebagai pusat sehenti penjagaan kebajikan yang turut membantu rakyat mencari pekerjaan agar mereka dapat hidup secara bermaruah dan tidak bergantung semata-mata kepada bantuan.

Ada banyak contoh yang boleh kita ambil. Tadi Larut ada sebut mengenai Australia. Services Australia, satu agensi nama dia Services Australia. Sekarang ini di Australia mengendalikan tiga elemen bantuan kepada rakyat. Medicare (bantuan perubatan); centerlink ada disebut secara spesifik tadi, bayaran untuk keselamatan sosial; dan juga menguruskan bantuan untuk kebajikan kanak-kanak (child support). Kemudian kita boleh lihat juga Jobcentre Plus di United Kingdom. Kita boleh lihat juga konsep universal credit yang dilaksanakan di beberapa buah negara. Itu antara contoh-contoh, banyak lagilah kalau kita hendak bagi.

Saya tertarik tadi masa perbahasan Larut, YB Putrajaya mencelah dan menyebut mengenai tawaran Perikatan Nasional semasa PRU15. Saya hendak baca perenggan itu secara spesifik yang dipetik oleh Putrajaya tadi. Perenggan itu mengatakan antara tawarannya ialah menubuhkan pusat sehenti baharu dan pangkalan data tunggal untuk semua penyampaian bantuan kepada rakyat yang memerlukan. Jadi, pangkalan data tunggal ini adalah antara benda yang selalu disebut oleh Yang Berhormat Pandan, PADU.

Apa entah pangkalan data utama kalau tidak silap saya.

Bagus, kerajaan ini melaksanakan pangkalan data tunggal yang merupakan salah satu daripada idea yang diutarakan oleh Perikatan Nasional. Cuma saya minta dalam isu ini, kita buatlah reformasi secara total sistem kebajikan dalam negara kita yang kami cadangkan sejak sebelum ini lagi, bukan separuh-separuh sahaja. Untuk rekod juga sebab tadi saya sebut mengenai PADU, saya nak nyatakan untuk rekod bahawa sebenarnya usaha untuk mewujudkan pangkalan data raya berpusat ini telah disuarakan semasa pentadbiran Pagoh lagi dan tindakan dimulakan semasa Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, apabila beliau melancarkan apa yang dipanggil sebagai Pangkalan Data Perlindungan Sosial pada bulan Mac 2022. Jadi, ini bukan perkara baru. Nak ambil kredit boleh, tetapi janganlah terlebih-lebih sangat.

final • 6:02 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Ringkasnya Yang di-Pertua, kalau digabungkan beberapa idea yang disebut dalam perbahasan kita hari ini sahaja, Larut menyebut mengenai pembentukan pusat sehenti. Putrajaya menyebut mengenai pangkalan data tunggal. Saya tertarik sungguh idea Titiwangsa tadi yang menyebut mengenai cash transfer. Subang pun ada petik mengenai kepentingan reform bidang welfare ini. Semua ini adalah elemen-elemen penting untuk membolehkan sistem kebajikan negara kita diubah dan ditambah baik. Saya harap kerajaan mengambil serius cadangan-cadangan ini.

Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya hendak sentuh di peringkat nasional ialah saya melihat Belanjawan 2024 ini kurang memberi penekanan kepada persediaan negara menghadapi ageing society, masyarakat yang menua.

final • 6:02 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Kerajaan mesti lihat isu ini dengan serius dan mewujudkan insentif-insentif untuk menggalakkan rakyat menabung untuk hari tua. Bukan paksa rakyat menabung tetapi didik dan beri galakan untuk mereka menabung.

Jika saya nak petik— tadi ada yang sebut pasal PTPTN. Saya nak petik sikit pengalaman saya masa jadi Pengerusi PTPTN. Insentif-insentif yang diberikan melalui tabungan simpan SSPN berjaya membolehkan jumlah kutipan tabungan SSPN meningkat melebihi RM1 bilion buat kali pertama dalam sejarah PTPTN semasa saya menjadi pengerusi. Dan, alhamdulillah, selepas saya pun, pengerusi-pengerusi seterusnya meneruskan lagi inisiatif-inisiatif yang ada untuk menggalakkan rakyat menabung dalam Simpan SSPN.

Belajar dari itu, saya nak cadangkan agar dalam Belanjawan 2024 ini, kerajaan memperkenalkan insentif-insentif baru yang boleh menggalakkan penabungan golongan tua...

final • 6:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Tasek Gelugor, boleh celah sedikit?

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Ya, saya.

final • 6:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih. Pertama sekali, apabila disebutkan tentang PTPTN, selaku pernah menjadi pengerusi pada PTPTN, apa yang saya— yang kita dengar dalam Dewan yang mulia ini, ucapan daripada Parit Buntar dan juga daripada Tanjong Karang tadi mengatakan bahawa seolah-olahnya PH yang memberikan janji. Sedangkan kalau kita lihat daripada apa yang banyak diutarakan tadi adalah berkaitan dengan ucapan daripada Kubang Kerian. Jelas. Itu satu.

Yang keduanya...

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Cepat sikit. Masa tak banyak ni.

final • 6:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Sikit je, sikit je. Yang keduanya tadi kata nak dapat kerajaan balik. Jadi, saya nak tengok juga siapa akan bakal jadi Perdana Menteri. Ketua Pembangkang kah, Pengerusi Bersatu kah ataupun Presiden PAS? Sekian, terima kasih.

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Tak apa. Yang itu bila sampai masa, kita umum. Tapi saya nak sebut...

final • 6:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tasek Gelugor, Parit Buntar di belakang. Boleh?

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Ah. Bagi saya baca yang itu, bagi saya jawabkan.

final • 6:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Okey.

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

So, sat ni Parit Buntar bagi kat saya jawapan. Saya nak jawab spesifik Sri Gading tadi.

Sebenarnya, betul semasa PRU14, memang berlaku janji yang ditawarkan.

Pakatan Harapan ada janjinya. Saya duduk dalam sebelah Pakatan Harapan masa itu.

PAS ada janjinya, Barisan Nasional ada janjinya.

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Tetapi pada PRU-15— saya nak baca janji Pakatan Harapan pada PRU15.

“Pengampunan Hutang PTPTN Bersasar. Untuk mengatasi masalah pinjaman pendidikan tidak munasabah dalam kalangan siswa termasuk keberhutangan PTPTN pula, program pemansuhan hutang bersasar khas kepada golongan miskin dan isi rumah B40 akan diperkenalkan”. Ini janji Pakatan Harapan.

[Tepuk] Jadi, tak ada dalam apa yang disebut oleh Tambun. Jadi, saya nak minta kita berhenti kat situ...

final • 6:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab tempoh kerajaan ni sepenggal. Sepenggal ni lima tahun.

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Jadi...

final • 6:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Lima tahun. Jadi, jangan jatuhkan.

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Relakslah sekejap.

final • 6:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Jangan nak tebuk atap kerajaan ini.

final • 6:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini apa benda ni?

final • 6:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Biar kerajaan ni berjalan lancar.

Biar kerajaan ni berjalan lancar lima tahun. Insya-Allah, saya rasa Perdana Menteri akan mengetengahkan...

final • 6:10 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

37(2). 37(2).

final • 6:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Apa yang disebutkan oleh Tasek Gelugor. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Saya nak mengucapkan....

final • 6:10 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Takut ke?

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Tahniah kepada Kota Raja sebagai presiden parti berjaya melahirkan orang macam Hulu Langat dalam Dewan ini.

Ini bukan satu akhlak yang kita nak tengok dalam Dewan. Saya harap relaks sikit.

Tapi mengenai PTPTN...

final • 6:10 PM

Seorang Ahli

Dia langgor.

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Mengenai PTPTN, Yang di- Pertua, saya nak bagi cadangan. Kalau sekiranya betul untuk membantu rakyat— saya agak kecewa bila diskaun bayaran balik pun dikurangkan. Tapi sebenarnya pada 19, 18 atau 19 Februari 2020, saya sendiri hadir dalam mesyuarat Kabinet membentangkan cadangan bagaimana bayaran balik boleh ditangguhkan bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan.

Cadangan dah ada. Dibentangkan oleh saya sendiri dalam mesyuarat Kabinet.

Saya rasa Kota Raja pun ada dalam mesyuarat itu. Kalau betul nak bantu, laksanakan saja apa yang dah dibentangkan. Dulu tak sempat nak laksana sebab bentang 18, 19 hari bulan, lepas tu minggu depan tu Tun Mahathir letak jawatan. Tak sempat nak laksana.

Sekarang tak ada excuse kalau sekiranya itulah yang nak dilaksanakan oleh kerajaan.

Saya nak balik kepada perbahasan saya. Saya hilang masa banyak ni, Yang di- Pertua. Jadi, contoh insentif yang berkesan ialah insentif pengecualian cukai. Semasa SSPN dulu, memang berkesan insentif pengecualian cukai ini. Dan saya nak mencadangkan, mungkin apa yang boleh diperkenalkan oleh kerajaan untuk menggalakkan penabungan untuk hari tua ini ialah insentif memberikan pengecualian cukai yang lebih besar untuk private retirement scheme ataupun caruman KWSP. Saya terima dah ada, mungkin boleh ditambah lagi.

Mungkin juga KWSP dan syarikat-syarikat yang menguruskan PRS, private retirement scheme, boleh memperkenalkan insurans kesihatan percuma kepada pencarum sebagai galakan dan insentif untuk mereka menabung untuk hari tua. Kerajaan juga perlu menambah program pendidikan kewangan kepada masyarakat.

Ringkasnya, saya menyeru kerajaan mencari jalan untuk menggalakkan rakyat menabung untuk hari tua sebagai persediaan menghadapi ageing society.

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang di-Pertua, saya kena sebut sikit mengenai pengeluaran KWSP secara bersasar. Saya tak berapa selesa dengan konsep compulsory savings iaitu tabungan yang dipaksa ke atas rakyat. Sebab, bagi saya, ini akan melahirkan sebuah rakyat, sebuah masyarakat yang terlalu bergantung kepada arahan dan kuasa kerajaan dan mereka seolah-olah tidak dibimbing untuk ada kesedaran menabung untuk diri sendiri.

Visi sebuah kerajaan mestilah untuk mendidik dan membentuk sebuah masyarakat yang mampu...

final • 6:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Tasek Gelugor.

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

...Membuat keputusan terbaik untuk diri dan keluarga mereka sendiri sebagai pelaksanaan tanggungjawab peribadi.

Dalam kita mempersediakan rakyat untuk masyarakat menua, rayuan pengeluaran KWSP bersasar bagi rakyat yang terdesak adalah lebih baik dan lebih logik berbanding pengenalan akaun fleksibel atau Akaun 3. Mewujudkan Akaun 3 yang hampir sama macam savings account biasa di bank-bank adalah tidak logik kerana jumlah simpanan nanti adalah terlalu kecil dan pencarum terbeban hari ini. Bagaimana mungkin mewujudkan akaun fleksibel tahun 2024 boleh bantu mereka yang tertekan pada hari ini?

Dari segi menggalakkan penabungan dalam KWSP untuk akaun semasa ini pun, kalau nak banding antara tabungan KWSP dengan Simpan SSPN lah, contohnya, sebab tadi sebut pasal PTPTN, saya rasa KWSP kalah dari segi insentif yang ditawarkan. Jadi, tidak ada tarikan sebenarnya untuk menabung dalam savings account yang macam savings account dalam KWSP.

final • 6:10 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Shah Alam.

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Seterusnya...

final • 6:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Tasek Gelugor, rasanya apa yang disampaikan...

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Seminit lagi.

final • 6:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Liberalism rasanya.

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Nanti.

final • 6:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Adakah Tasek Gelugor nak sampaikan liberalism ke dalam budaya Malaysia ni?

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Saya...

final • 6:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Itu dengar liberal. Sering kali kita dengar serangan daripada— kadang-kadang kita ni...

final • 6:10 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Dato’ Speaker, Ipoh Timur ni minta izin dululah. Tak minta izin, terus cakap. Apa ni?

final • 6:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Itu adalah liberalism!

final • 6:10 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Ada peraturan Dewan, ikutlah peraturan Dewan! Dewan tak bagi laluan, tak usah bercakaplah Ipoh Timur!

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Alor Setar, you pun tak bagi laluan pun cakap.

final • 6:10 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Ya, saya minta maaf.

Saya minta dia juga minta maaf. Terima kasih Speaker.

final • 6:10 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Shah Alam minta laluan.

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang di-Pertua, saya hilang dekat tujuh minit.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk semua.

Sudah tak cukup masa.

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Sudah tak cukup masa. Bagi saya habis, boleh ya?

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, Tasek Gelugor, gulung.

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Bagi saya habis. Seperti yang disebut oleh Ketua Pembangkang, pembangunan ekonomi Malaysia menuntut supaya kita menjadi lebih pro-growth dan pro-business. Tapi, jangan lupa bahawa ada yang disebut...

final • 6:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Liberal.

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Ada juga yang disebut oleh Yang Berhormat Larut...

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ipoh Timur.

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

...Iaitu pro rakyat.

final • 6:10 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Bagi amaran satu ah. Amaran satu.

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Kerajaan juga mesti menjadi pro rakyat.

final • 6:10 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Amaran satu.

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Saya ada terbaca beberapa pandangan yang dikeluarkan oleh pemimpin persatuan-persatuan yang mewakili sektor swasta, yang mengatakan mereka tak selesa apabila kerajaan masuk campur dalam perkara-perkara yang sepatutnya ditetapkan oleh pasaran. Macam contohnya harga lantai, harga siling, gaji minima, gaji progresif, macam-macam.

Jadi, Yang di-Pertua, kita kena terima hakikat bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan yang terasnya adalah aliran kiri, social democracy. Yang mana secara semula jadi, fahaman ini adalah kurang percaya dengan kebolehan sektor swasta dan biasanya kurang mesra pasaran. Dalam keadaan sebegitu, sektor swasta mesti faham bahawa kalau mereka tidak tunjuk bahawa mereka adalah pro rakyat, maka lagi banyak campur tangan kerajaan akan datang daripada kerajaan beraliran kiri ini.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Dan jika kita lihat secara objektif, realitinya sektor swasta di Malaysia sekian lama melakukan perkara-perkara yang seperti sengaja menjemput campur tangan kerajaan.

Jadi, saya menyeru kepada sektor swasta agar menjadi lebih bertanggungjawab supaya wujud tahap kepercayaan lebih tinggi kepada mereka dan kepada sistem pasaran.

final • 6:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker, peraturan tetap 36(6).

Peraturan tetap. Tadi menyebutkan saya ni, kemudian jual nama Kota Raja. Saya nak bagi tahu, jangan libatkan Kota Raja. Paling tidak pun, saya ni amanah. Saya tidak khianat dan saya tak curi duit orang! Sekian.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 6:10 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Kota Raja nak mai sini eh?

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Saya sambung, Yang di- Pertua. Boleh ke?

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Gulung, gulung.

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Saya gulung teruslah ya. Jadi, Yang di-Pertua, last sekali ini saya nak gulung dengan menyebut mengenai portfolio yang saya pegang dalam Perikatan Nasional iaitu komunikasi dan digital.

Yang di-Pertua, Belanjawan 2024 ini memperuntukkan lebih RM2.84 bilion kepada Kementerian Komunikasi dan Digital. Saya harap peruntukan ini akan diuruskan secara terancang dan berkesan. Saya bimbang kerana sejak kebelakangan ini, Yang di- Pertua, ada banyak alasan yang berkait dengan 3R yang digunakan oleh KKD untuk menyekat kritikan-kritikan terhadap dasar kerajaan dan pemimpin kerajaan. Saya harap

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

supaya peruntukan yang ada tidak disalahgunakan untuk mengekang suara daripada pihak pembangkang.

Saya juga nak mengiktiraf— saya nak ambil maklum bahawa ada pengurangan cukai hiburan. Saya mohon jaminan bahawa pengurangan cukai hiburan ini akan memberi manfaat kepada artis dan karyawan terbanyak. Jangan pula pemotongan cukai ini hanya memberi faedah kepada penganjur konsert dan pemilik panggung wayang sahaja.

Kerajaan mesti pastikan ada trickle-down effect daripada pemotongan cukai.

final • 6:10 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Akhir sekali saya nak menyentuh mengenai pengiktirafan kepada wartawan.

Wartawan memainkan peranan penting dalam memastikan maklumat yang tepat...

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Habiskan ayat ini sahaja, masa sudah habis.

final • 6:20 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

...Dan betul dapat disebarkan kepada rakyat. Tetapi pada 29 Ogos baru-baru ini, sekumpulan wartawan menyatakan SKMM dan kerajaan bertindak menjadi big brother. Saya menyeru kerajaan supaya keluar daripada acuan draconian ini. Dan pada masa yang sama, saya rasa sudah sampai masanya untuk golongan wartawan dibela. Mungkin kerajaan boleh menubuhkan sebuah yayasan ataupun sebuah agensi untuk menjaga kebajikan mereka dengan peruntukan yang sesuai. Disebabkan masa tak cukup, saya ucap terima kasih kepada Yang di-Pertua.

Terima kasih. Assalamualaikum.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Saya jemput Yang Berhormat Taiping.

final • 6:20 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Terima kasih Puan Timbalan Speaker. Puan Timbalan Speaker, dalam pembentangan Belanjawan 2024, kita telah dimaklumkan bahawa kadar subsidi dijangka akan mencecah RM81 bilion dengan langkah kerajaan mengekalkan harga barangan bersubsidi untuk rakyat.

Angka ini bersamaan dengan 21 peratus anggaran perbelanjaan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM38.81 bilion dalam Belanjawan Tahun 2023. Jumlah ini merupakan suatu jumlah yang tidak sihat apabila sebahagian daripadanya dimanfaatkan oleh orang asing, 3.5 juta orang ataupun meningkatkan masalah ketirisan dan penyeludupan ke luar negara. Subsidi yang diperlukan oleh kerajaan haruslah digunakan kepada golongan yang berkepatutan iaitu golongan warga tempatan yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Usaha kerajaan dalam rasionalisasi sistem subsidi adalah perlu walaupun ia akan, tetap akan mendatangkan pelbagai tekanan kepada kerajaan. Untuk pembangunan negara jangka masa panjang, adalah perlu bagi kerajaan untuk mengambil pendekatan sedemikian, dengan izin, to do something right for the long-term and for the future of the nation. Dengan pertimbangan setimpal diberikan kepada kebajikan rakyat yang mana kita perlu memastikan beban hidup rakyat tidak akan bertambah selepas ini.

Bagi subsidi elektrik, kerajaan telah melaksanakan subsidi bersasar dengan melepaskan sebahagian daripada, sebahagian subsidi bagi 10 peratus penggunaan elektrik tertinggi tetapi pada masa yang sama mengekalkan subsidi yang sama bagi 90 peratus pengguna yang lain. Dengan itu, kerajaan dapat berjimat lebih RM4.6 bilion tetapi memberikan suatu subsidi sebanyak RM16 bilion.

Pada masa yang sama, kerajaan telah melaksanakan usaha-usaha untuk mempromosikan penggunaan tenaga boleh baharu (TBB) khasnya TBB bagi solar bagi tujuan perniagaan dan domestik. Saya mencadangkan bahawa sebagai langkah untuk mengurangkan impak pengurusan –pengurangan subsidi. Saya cadangkan kepada kerajaan bolehlah memperkenalkan lebih banyak inisiatif pengecualian cukai kepada pengusaha-pengusaha yang melabur dalam sistem solar untuk kegunaan perniagaan dan juga domestik.

final • 6:20 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Dengan usaha ini, kita boleh langkah ke hadapan dengan suatu lembaran yang baru dalam suatu –dalam sistem perbekalan dan penggunaan elektrik. Killing two birds with one stone, dengan izin. Dalam usaha rasionalisasi sistem subsidi, keputusan kerajaan untuk membolehkan harga diesel bersubsidi akan terus dinikmati oleh pengguna terpilih seperti syarikat pengangkutan merupakan suatu pendekatan yang positif yang mana ia akan dapat mengurangkan impak peningkatan kos harga barang-barangan.

Soft landing approach sebegini, dengan izin adalah amat perlu untuk memastikan bahawa pasaran dapat menyesuaikan diri masing-masing dalam usaha rasionalisasi sistem subsidi ini. Dalam proses ini, cabaran utama pastinya dari segi pelaksanaan, implementation, dengan izin dan pemberian subsidi secara bersasar. Antaranya, nombor satu, bagaimana kita menentu sahkan mereka yang berkelayakan dan mereka yang tidak berkelayakan dan bagaimana kerajaan boleh memastikan bahawa kumpulan M40 khasnya dan juga B40 adalah tidak tertinggal dalam skala skim pemberian subsidi?

Nombor dua, bagaimanakah kerajaan dapat menentu sahkan penggunaan petrol seisi rumah dalam menentu sahkan jumlah subsidi petrol yang akan diberikan? Dan nombor tiga, sama ada kerajaan bersedia untuk mengkaji semula penggolongan ini, kategori T20, kategori M40 dan B40 yang mana kita harus mengambil iktibar bahawa sepasang suami isteri yang mempunyai lima orang anak hidup di bandar raya besar seperti Kuala Lumpur, dengan pendapatan lebih kurang RM9,000 lebih selepas cukai mungkin net sebanyak RM7,005 atau RM8,000 seisi rumah, sebelum cukai, memang masih menghadapi beban sara hidup yang tinggi.

Tambahan pula, dengan tanpa manfaat daripada subsidi. So, sama ada kerajaan boleh membuat penggolongan semula berkenaan dengan penggolongan yang sedia ada T20, M40 dan B40 untuk memastikan bahawa rasionalisasi subsidi ini tidak akan membebankan kebanyakan rakyat jelata di luar. Saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan bahawa apabila subsidi bersasar untuk petrol dilaksanakan kelak, pemberian subsidi haruslah diberikan secara cash rebate dengan mengambil kira penggunaan petrol RON95 seisi rumah sebulan dan disokong dengan resit-resit penggunaan.

Subsidi perlulah diberikan dan disampaikan kepada mereka yang telah pun berbelanja dan tidak harus dijadikan sebahagian daripada STR yang sedia ada ataupun bantuan-bantuan yang sedia ada. Rakyat mesti diberikan suatu keyakinan bahawa sistem yang bakal dilaksanakan ini adalah adil dan saksama dan tahu bahawa bantuan yang diberikan adalah bantuan khas untuk subsidi petrol ataupun diesel.

Puan Timbalan Speaker, pemberangsangan ekonomi merupakan cara dan jalan yang paling pantas dan penting dalam memastikan kehidupan yang selesa dan kurang membebankan kepada rakyat. Memperluaskan peluang dan ruang perniagaan, meningkatkan pendapatan rakyat merupakan kunci dan hala tuju kita. Kerajaan menetapkan suatu sasaran pertumbuhan ekonomi antara empat hingga lima peratus pada tahun 2024 dan sasaran ini merupakan suatu sasaran yang realistik mengambil kira keadaan ekonomi antarabangsa yang tidak menentu dan mencabar pada tahun yang akan datang.

Dalam pemerintahan Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Ahli Parlimen Tambun selama 11 bulan, kita telah nampak pelabur-pelabur asing telah mula menunjukkan keyakinan kepada negara kita. Ini merupakan suatu petanda dan permulaan yang baik dan usaha kerajaan haruslah disokong. Pembangunan hartanah di negara kita haruslah dipergiatkan khasnya selepas pandemik COVID-19 yang melanda.

Aliran tunai yang dapat diberangsangkan bukan sahaja pemaju hartanah tetapi juga institusi kewangan, perkhidmatan juruukur perunding, jurutera, agensi hartanah dan begitu juga dengan hasil kutipan hasil setem dan fi-fi oleh pihak kerajaan. Kerajaan telah mengumumkan sebagai langkah untuk mengawal harta tanah –harga harta tanah, kerajaan bercadang untuk mengenakan cukai duti pada kadar purata empat peratus ke atas surat cara pindah milik hartanah ataupun pembelian hartanah oleh warga asing. Oleh warga asing, oleh individu bukan warga negara dan syarikat milik asing kecuali individu pemastautin tetap di Malaysia.

final • 6:20 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Tindakan ini dapat –juga dapat meningkatkan hasil negara daripada kutipan duti setem dan juga fi-fi lain. Saya boleh setuju. Namun demikian, apabila kita semua setuju bahawa pasaran hartanah negara haruslah dilindungi demi kepentingan rakyat dan memastikan bahawa rakyat mempunyai kemampuan untuk memiliki hartanah sendiri pada kadar harga yang berpatutan.

Pada masa yang sama, kita juga perlu memastikan bahawa kita tidak ketinggalan dalam usaha untuk merebut pelaburan ataupun usaha untuk merebut kemasukan aliran wang asing yang akan dibawa oleh warga asing yang berniaga di negara kita ataupun mereka yang menetap di negara kita. Saya menyambut baik cadangan kerajaan untuk melonggarkan syarat-syarat MM2H dalam usaha untuk menggalakkan lebih banyak kemasukan pelaburan asing.

Program MM2H sebelum syarat-syarat diketatkan pada tahun 2020, telah banyak menyumbang kepada ekonomi negara dari segi pelaburan, dari segi pembelian hartanah dan juga dari segi perbelanjaan domestik. Pada masa yang sama, saya juga mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan rundingan dan perbincangan dengan kerajaan negeri masing-masing berkenaan dengan kadar harga minima yang ditetapkan untuk pembelian ataupun pemilikan hartanah oleh warga asing yang dapat, yang menetap di sini yang membawa pelaburan masuk.

Saya bersetuju bahawa kepentingan rakyat tempatan haruslah dilindungi dan menjadi relevant consideration, dengan izin dengan harga rumah yang berkemampuan.

Walau bagaimanapun, sekiranya harga minima yang ditetapkan untuk pemilikan adalah terlalu tinggi ataupun terlampau tinggi bagi warga asing, maka mungkin kita juga akan terlepas banyak peluang. Saya bagi contoh di negeri Perak, bagi kategori rumah kediaman, syarat atau harga minima yang ditetapkan bagi perolehan hartanah oleh warga asing adalah sebanyak RM2 juta bagi Zon 1 iaitu di Bandaraya Ipoh.

Namun dengan harga rumah kediaman yang sedia ada, bagi skim perumahan baharu dalam 10 tahun yang lepas di Bandaraya Ipoh, amat jarang kita boleh nampak ada skim perumahan yang menjual pada harga lebih daripada RM2 juta. Jika adapun, satu atau dua skim. Pandangan saya adalah harga minima yang ditetapkan haruslah munasabah dan praktikal. Sekiranya kita hendak mengelak daripada keadaan kenaikan harga mendadak oleh pemaju dan demi kepentingan pembeli-pembeli tempatan. Maka bolehlah kerajaan menetapkan kuota maksima katakan 10 hingga 15 peratus hartanah yang terbabit boleh dijual kepada warga asing.

final • 6:20 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Kita tetapkan satu kuota. Dengan itu harga yang bakal ditawarkan kepada pembeli tempatan dapat dikawal dan pada masa yang sama, kita tidak hilang peluang pelaburan yang sedia ada.

Puan Timbalan Speaker, Bandar Warisan Taiping akan menyambut ulang tahun ke-150 menjelang tahun 2024. Dalam satu tahun yang lepas di bawah pimpinan, di bawah Kerajaan Madani, dengan usaha gigih daripada kesemua pihak termasuk Pejabat Daerah Larut, Matang, Selama, termasuk Majlis Perbandaran Taiping yang amat komited dan juga konsisten dalam perkhidmatan masing-masing. Kami dari Pusat Khidmat Ahli Parlimen dan juga ADUN-ADUN kawasan Taiping, persediaan untuk sambutan ulang tahun ke-150 tahun Bandar Warisan Taiping sedang giat dijalankan.

Pada tahun 2023 sahaja, Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan

(KPKT) telah menyalurkan lebih daripada RM22 juta kepada Bandar Warisan Taiping untuk tujuan pembangunan dan penaiktarafan infrastruktur termasuk untuk tujuan penaiktarafan Dataran Warisan, pemulihan rumah-rumah rehat di Bukit Larut, penaiktarafan pasar besar, pasar awam dan sebagainya.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri KPKT yang merupakan mantan Ahli Parlimen Taiping yang begitu prihatin dan responsive terhadap keperluan Bandar Warisan Taiping. Saya berharap sebagai permulaan untuk tahun 2024, beberapa impian warga Taiping dapat direalisasikan sempena sambutan ulang tahun ke- 150 tahun ini.

final • 6:30 PM

Tuan Wong Kah Woh - Taiping

Nombor satu, pembinaan mini stadium di Kamunting, Taiping di tapak bersebelahan dengan Kompleks Rakan Muda. Walaupun Bandar Warisan Taiping juga terkenal dengan kelahiran bakat-bakat sukan bagi negeri Perak dan juga negara kita.

Namun sehingga kini, kami masih tidak mempunyai sebuah mini stadium yang lengkap dengan stadium terbuka, padang bola sepak, balapan dan sebagainya. Kemudahan dan fasiliti mini stadium ini adalah amat penting dan perlu khasnya juga untuk kegunaan murid- murid sekolah dan juga atlet-atlet yang berbakat.

Nombor dua, pemasangan lampu pencahayaan di Padang Esplanade, Taiping.

Taiping ini kita mempunyai banyak nombor satu. Padang Esplanade merupakan padang esplanade pertama di Malaysia yang telah dibina oleh Kolonel Robert Walker yang merupakan seorang komander polis ketenteraan pada sekitar tahun 1890. Pada masa tersebut, tujuannya adalah untuk perarakan dan persembahan perbarisan ketenteraan.

Padang Esplanade sekarang dijadikan tumpuan penduduk setempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bola sepak dan juga sukan ragbi.

Padang bola sepak ini telah melahirkan bintang-bintang bola sepak terkenal negeri Perak seperti bekas jurulatih Malaysia, M. Karathu, Nidzam Adzha, Namat Abdullah, M. Murugan, Pushpanathan, Zaidi Napiah dan sebagainya. Namun, sepanjang masa ini, padang ini tidak boleh digunakan pada sebelah malam kerana ketiadaan lampu pencahayaan. Maka saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kepada pihak kementerian supaya meluluskan penaiktarafan Padang Esplanade dengan pemasangan lampu limpah serta mercu tanda yang boleh menaikkan imej dan identiti Padang Esplanade yang merupakan padang esplanade nombor satu dan pertama di negara kita.

Nombor tiga permohonan khas kerja-kerja berkala pavement di laluan Persekutuan FD Jalan 0074, Jalan Taiping - Kuala Sepetang. Jalan Taiping - Kuala Sepetang merupakan jalan utama yang mana penggunaannya adalah pada tahap yang amat kerap dan tinggi. Namun setelah sekian lama jalan tersebut tidak diselenggarakan.

Saya nak ucapkan penghargaan kepada JKR dan juga JD JKR Larut Matang, Selama yang telah pada baru-baru ini berjaya memperoleh suatu peruntukkan sebanyak 1.7 juta untuk penurapan sebahagian Jalan Taiping – Kuala Sepetang. Sudah tentunya ia akan mendatangkan keselesaan dan menjamin keselamatan pengguna lain.

Saya berharap bahawa kerajaan dan Kementerian Kerja Raya juga dapat meluluskan permohonan daripada JKR Larut Matang, Selama yang bakinya sebanyak RM7.5 juta untuk tujuan kerja-kerja berkala sempena ulang tahun Bandar Warisan Taiping pada tahun 2024.

Dengan itu sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah pun membentangkan suatu bajet yang begitu inclusive. Satu bajet walaupun kita mungkin ada sedikit pahit di sini dan pahit di sana, namun kita percaya bahawa ini merupakan sesuatu way forward ataupun hala tuju yang tepat.

Dan kita percaya bahawa dengan masa yang kita ada dalam empat tahun yang akan datang ini, kita mampu untuk memastikan bahawa ekonomi negara kita boleh rancak sekali lagi selepas untuk kali kedua selepas tahun 1990-an dan kita mampu untuk mencapai sesuatu yang kita boleh banggakan di peringkat antarabangsa. Dengan itu, sekian daripada saya Puan Speaker. Terima kasih.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

final • 6:30 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Timbalan Speaker kerana membenarkan saya untuk berbahas pada perbahasan Bajet 2024.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Yang bermaksud, “*Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas.

Dalam pada itu janganlah ia melampau dalam membalas bunuh tersebut kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan*”.

final • 6:35 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Dunia dikejutkan dengan siri ketegangan antara Ukraine dan Rusia setelah meletusnya peperangan sebelum ini di Syria, di Libya dan Iraq. Namun induk kepada ketidaktenangan ini serta peperangan ini ialah kezaliman yang berlaku di bumi bertuah Palestin yang telah pun berlangsung hampir 70 tahun. Adalah pelik tiada siapa dalam dunia ini mampu untuk melindungi rakyat Palestin termasuk masyarakat antarabangsa berdasarkan kepada undang-undang dan fitrah kemanusiaan.

Di sana, wanita dan keluarga mereka termasuk anak-anak serta ibu bapa mereka setiap saat berdepan dengan serangan ganas Zionis Israel dalam segala bentuk yang boleh difikirkan oleh mereka, melanyak, memboikot, menganiaya, menzalimi di luar batas kemanusiaan dan perlanggaran undang-undang dan hak asasi manusia.

Pada hari ini kita berada dalam keadaan yang tenang. Mereka di sana hampir 50,000 wanita yang hamil berdepan dengan kematian di depan mereka. Saya mengharapkan insya-Allah dengan apa yang kita putuskan, apa yang kita bincangkan dalam negara kita, insya-Allah, Allah memberikan kebahagiaan kepada mereka dan insya- Allah dengan – saya juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana telah bersepadu dalam mengecam dan dalam pendirian kepada tindakan kepada Israel dan Zionis ini bahawa tindakan mereka adalah salah.

Semoga Allah menyelamatkan negara dan rakyat Palestin. Bertabahlah sahabat dan saudara kita di sana [Tepuk] . Perang ini telah mengakibatkan lebih kematian kepada lebih daripada sejuta manusia di sana. Semoga Allah memberikan pertolongan kepada mereka.

[Membaca sepotong ayat Al-Qur’an] Dalam perbahasan kali ini, kita tidak boleh alpa iaitu soal mereka di sana dan hari ini kita berada dalam negara kita. Soal kebertanggungjawaban terhadap keperluan persenjataan dan logistik ketenteraan termasuk kegagalan menyiapkan LCS dari segi design dan kos meningkat menakutkan rakyat terhadap tahap keseriusan kesiapsiagaan keselamatan negara kita.

Dalam hal ini, saya ingin menyentuh satu aspek yang jarang disebut iaitu mengenai women, peace and security. Kini wanita dan kita harus menerima dan negara juga harus memahami hakikat dan keperluan bahawa mereka bukan hanya perlu dilindungi tapi juga bertanggungjawab untuk melindungi diri dan orang yang ditanggungnya demi negara, di saat perlu dan cemas termasuk berperanan sebagai pendamai dalam krisis negara bergolak sama ada di peringkat serantau mahupun antarabangsa.

Justeru, Malaysia harus merangka dengan segera pelan tindakan nasional mengenai women, peace and security yang menyentuh polisi dan juga tindakan-tindakan keamanan dan keselamatan wanita sebagai mana yang telah dirangka di negara-negara ASEAN yang lain merangkumi juga senjata kecil dan ringan di antara negara-negara yang bersempadan terutama melibatkan kawasan-kawasan Parlimen yang berada di sempadan negara iaitu seperti Tumpat, Rantau Panjang dan juga negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak yang berada di Borneo.

Saya menyokong usul Tan Sri Speaker Dewan Rakyat untuk menghidupkan semula PLKN dengan syllabus yang lebih mampan dan semasa kerana kita perlu melihat bahawa masyarakat dan anak muda perlu bersedia untuk menjadi pasukan simpanan dan diasuh mempertahankan diri dari segi rohani dan jasmani merangkumi aspek kemahiran diri, jati diri untuk menunjukkan kesiapsiagaan anak muda melindungi negara.

Dengan ini, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Apakah rasional yang dibuat untuk menurunkan cukai hiburan terutama kepada artis antarabangsa dalam keadaan dunia dalam keadaan huru-hara seperti ini? Langkah seperti ini saya kira terbelakang dan perlu kita pantau semula kerana ini membabitkan keadaan yang pelbagai krisis yang kita hadapi sekarang.

Langkah proaktif melalui kempen dan kesedaran bersifat pencegahan perlu diberikan kepada laki-laki dan wanita di semua peringkat. Mereka perlu digerakkan untuk memantau aktiviti penyeludupan dadah, senjata api, minyak masak dan petrol, pendatang asing tanpa izin, pemerdagangan manusia secara haram di kawasan sempadan dalam negara kita selain daripada Indonesia. Saya ucap takziah kepada saudara Muhammad

final • 6:35 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Izzat dan keluarganya yang telah menjadi mangsa pemerdagangan dan telah dilaporkan meninggal dunia di Myanmar pada hari ini.

final • 6:35 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Kelantan sahaja berkongsi sempadan 90 kilometer dengan Selatan Thailand. Jika digabungkan dengan Kedah, Perlis pula panjangnya ialah sekitar 506 kilometer. Ini belum lagi termasuk dengan rakan kita di Borneo, banyak inisiatif dalam pelbagai agensi keselamatan perlu susun agar tiada risiko bahaya kepada mereka sebagai rakyat tempatan. Usaha serius memerlukan kerjasama antara negara sempadan untuk mengekang kegiatan monopoli para peniaga tempatan dan pecutan barang asas dan subsidi tidak terkawal dalam pasaran.

Agensi dan anggota keselamatan kita seperti PDRM, Kastam, Imigresen, APM, RELA perlu dibantu dan disiapsiagakan dan dibekalkan dengan peralatan yang bersesuaian sebagai bentuk perlindungan terhadap kebajikan anggota penguat kuasa dalam menjalankan tugas menghadapi kartel dan penjenayah ini kerana realitinya mereka berdepan dengan kematian dan menggadai nyawa setiap kali bertugas.

Kita juga berbangga dengan kedudukan kita sebagai negara pengeluar petrol dan tersenarai 25 terbesar di dunia, minyak sawit bertaraf dunia namun kita kesal kawalan penyeludupan yang tidak efisien menyebabkan rakyat tempatan terputus bekalan sementara bekalan minyak masak dan juga diesel, serta petrol boleh didapati dengan mudah di negara jiran. Kita semua harus peka dan bersiap segera dengan aduan daripada rakyat ini kerana mereka menghadapi keperluan barang-barang asas dan mendapatkan perkara yang digunakan secara harian.

Bagaimana kita harus dan mampu menjadi negara yang ada dalam 30 nilai ekonomi tertinggi andai rakyat kita tiada sihat sejahtera dan berkeluh kesah untuk membeli beras, minyak masak serta petrol. Berapakah bilangan operasi dan apakah inisiatif kementerian tidak mencapai KPI yang diperlukan kerana setiap hari kita mendengar aduan terhadap akibat penyeludupan dan lemahnya pemantauan eksploitasi permit dan monopoli minyak masak. Satu mekanisme pegawai tetap kawalan barang asas di pintu masuk bersama agensi lain perlu dibuat bukan hanya bertugas atas permintaan dan keperluan dan hanya berpusat di ibu negeri sahaja.

Integriti dan kes rasuah monopoli ini perlu disiasat dan didakwa dari segi level paling bawah kepada level paling atas. Berapakah pendakwaan kes pemberi rasuah yang didakwa di dalam negara ini berbanding penerima rasuah? Berapakah bilangan yang dilindungi di bawah whistleblowers dalam tempoh 10 tahun? Semua dasar berkaitan dengan wanita perlu kita lihat secara menyeluruh.

Saya ingin tanya bagi pihak kerajaan apakah keperluan untuk memunggah tenaga wanita luar negara sebagai contohnya ialah sektor kesihatan kerana kita melihat secara jangka panjangnya boleh menggugat semangat patriotisme dan keamanan, kelestarian dan keselamatan negara. Kita wajib mengkaji kesan ekonomi yang boleh membunuh aliran pendapatan warganegara secara jangka panjang.

Saya ingin bertanya tentang status pendaftaran i-Suri adakah kerajaan bercadang untuk mengadakan pendidikan kewangan kepada para suri rumah sama ada mereka miliki KWSP ataupun AKPK sebagai penambahbaikan. Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan telah membuat finding terhadap impact work from home, dengan izin, kepada ibu bapa dan pekerja wanita yang dilaksanakan semasa COVID dari segi produktiviti.

Adakah kerajaan bercadang untuk menyemak dasar dan pelaksanaan yang memungkinkan work from home ini bagi mengoptimumkan penggunaan segala alat sokongan yang telah dilaburkan semasa zaman COVID. Selaras dengan perkembangan dunia, banyak syarikat-syarikat besar dan luar negara telah pun melaksanakan work from home ini kepada pekerja mereka.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, saya telah menyemak Dasar Wanita Negara dan juga Pelan Tindakan Pembangunan Wanita namun tidak melihat pelan tindakan kebangsaan bagi pemerkasaan kepimpinan wanita yang bersifat holistik dan realistik. Sekiranya ini belum dirangka, maka sewajarnya kita mengambil tindakan segera agar selari dan akhirnya kita berada dalam tindakan yang segera yang sepadan

final • 6:40 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

dengan agenda dan pelan tindakan kepimpinan wanita di peringkat ASEAN dan global tanpa mencabar dan mengganggu kepimpinan lelaki dan bekerjasama daripada mereka demi kemampanan rakyat.

Bagi ibu tunggal dan bapa tunggal B40, adakah kerajaan punya pelan tindakan sosioekonomi golongan ini secara khusus. Saya juga ingin mengetahui keberadaan program dan skim khusus untuk anak yatim akibat COVID setelah mereka ini kehilangan ibu bapa mereka semasa COVID. Bagaimanakah kerajaan membentuk dan menjaga kebajikan mereka supaya ia dapat dilihat secara sistematik.

Malaysia akan menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 2025. Apakah persediaan negara kita daripada semua sudut untuk membawa agenda membangun ASEAN sebagai sebuah region yang makmur. Perubahan dinamik negara jiran Indonesia dan Vietnam perlu dilihat secara objektif sebagai rakan strategik dalam persiapan menangani krisis makanan, iklim dan bencana serta cabaran ekonomi dalam geopolitik global. Saya ingin mengetahui berapakah kerjasama strategik ekonomi dan lestari yang telah pun kita laksanakan di peringkat ASEAN.

Ciri dan identiti ASEAN mementingkan hubungan sah keluarga merupakan asas kepada keharmonian dan perpaduan komuniti serantau, dunia makin mengecil dan laju.

Jadi saya ingin mengetahui apakah program khusus yang kita buat untuk kanak-kanak generasi akan datang untuk berhadapan dengan isu yang kritikal sebagai contohnya cabaran cybergogi, hala tuju pendidikan dan gaya hidup, bakat dan potensi. Kita melihat ada negara sebagaimana Switzerland telah memperkenalkan pendidikan vokasional seawal sekolah rendah pada kanak-kanak mereka.

Di negara kita, kita berhadapan dengan generasi yang berdepan dengan isu rokok, vape dan juga jerebu. Kita mengharapkan agar perkara ini dapat diatasi dengan segera oleh pihak kerajaan supaya kita mampu bersaing secara sihat dengan pihak lain di rantau ASEAN ini.

Saya juga meneliti tentang perkembangan Parlimen Belia. Saya juga ingin mengetahui apakah kerajaan bersedia untuk menambahkan bilangan hari persidangan Parlimen Belia dan memastikan segala resolusi yang diperolehi dalam perbincangan mereka dibawa ke Parlimen kita untuk kita mengambil tindakan kerana mereka ini telah pun bersungguh-sungguh membicarakan isu anak muda dan perlu kita fahami, ianya perlu kepada tindakan yang lebih serius.

Kita juga ingin melihat adakah mereka mendapat status dan keutamaan sebagaimana Felo Perdana untuk bertemu dengan pemimpin-pemimpin negara bagi menyelesaikan isu anak muda secara berkelompok. Kita kira ini penting kerana kadar pengangguran yang kita dimaklumkan telah pun turun sehingga 3.4 peratus. Namun sedarkah kita bahawa 80 peratus anak muda kita terlibat dengan gig ekonomi.

Sejauh manakah anak muda kita ini dijaga pembangunan kerja mereka, pelan tabungan dan pendidikan yang perlu diperkemaskan dengan universiti supaya mereka ini terus dapat belajar sekalipun mereka bekerja dan juga bagaimana kebajikan mereka ini akan dilihat sekiranya mereka mengalami kemalangan dan kecederaan. Kerana setakat ini kita melihat mereka diberi pilihan secara sukarela untuk berdaftar dengan PERKESO.

Jadi saya kira perlu ada satu portion kerajaan dan juga portion pekerja supaya ada jaminan kepada keselamatan mereka.

Menyentuh kepada semangat Federalisme, kita melihat agihan yang tak sekata dan kemudian disebut tentang kemiskinan yang selalu disebut kepada Kelantan dan Sabah. Saya kira sebagai Kerajaan Madani dan rahmah, sudah-sudahlah melemparkan tuduhan seperti ini kerana maruah rakyat Kelantan dan juga Sabah saya kira perlu dijaga.

Hari-hari menyebut tentang kemiskinan tetapi bila datang bajet kenapa tidak dipastikan bahawa bajet yang diberikan itu mampu untuk menyaingi, mengatasi dan mengisi kelompangan yang telah pun berlaku selama 65 tahun yang lepas.

Saya mohon untuk kesaksamaan, keberhasilan dan pertumbuhan saksama di 14 buah negeri. Ingatlah, Malaysia tidak akan dipanggil negara maju kalau Kelantan dan Sabah kekal sebagai negeri yang miskin. Kita juga selalu melihat bahawa kepayahan negeri-negeri ini untuk bersaing mereka perlu terlibat dengan Industrial Revolution 4.0.

Bagaimanakah status pemberian kemudahan internet dan online yang diberikan kepada

final • 6:40 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

rakyat di kedua-dua negeri? Apakah status Profil Kampung 20,726 di peringkat nasional yang saya kira sebagai usaha kerajaan untuk memastikan agar komuniti digital dapat dilaksanakan.

Dan juga kita lihat ini sudah dimaklumkan dalam bajet baru ini bahawa untuk mengurangkan masalah tanggungan elektrik, deposit atas nama sendiri akan diberikan pengecualian. Namun, biasanya golongan miskin tegar mereka tiada rumah dan mereka tinggal di rumah sewa. Jadi ertinya mereka juga tidak mendapat apa-apa daripada pengumuman tersebut. Jadi kita mengharapkan ini dapat dibuat untuk mengurangkan apatah lagi untuk menoktahkan miskin tegar harus dibuat secara bersasar. Dalam hal ini, kita juga ingin melihat apakah kesan data yang diperoleh oleh DOSM yang telah dibuat pada dua tahun lepas.

Adakah ia akan digunakan sebagai asas untuk memastikan bukan hanya pengiraan-pengiraan biasa tetapi bagaimana pendapatan itu akan diperhatikan bebanan yang ditanggung oleh keluarga terbabit kerana dalam DOSM keputusannya adalah keputusan semua yang mengetahui tentang bebanan yang dimiliki oleh keluarga tersebut.

Sekiranya zaman Tun Razak kita mempunyai suatu rancangan buku hijau untuk food security. Saya ingin bertanya apakah buku yang akan kita gunakan untuk menghadapi food security bagi rakyat kita pada masa sekarang.

Sebagai perintis kewangan Islam, Malaysia dilihat sebagai peneraju falsafah dan pelopor dan banyak telah pun kita perkenalkan tentang instrumen-instrumen kewangan Islam. Walau bagaimanapun, kita melihat bahawa dari sudut sektor qardhul hasan belum lagi dikembangkan secara sepenuhnya oleh pihak industri kewangan kita. Saya kira ini perlu dilihat oleh pihak kerajaan.

Saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan tentang definisi cukai barang kemas bernilai tinggi. Adakah ini termasuk emas dan dinar kerana ia merupakan produk Ar-Rahnu. Bagi rakyat Kelantan emas ini merupakan tabungan wanita di sana. Jadi saya mencadangkan sekiranya cukai lima hingga 10 peratus ini tidak dikenakan kepada emas dan dinar yang menjadi satu alternatif tabungan tetap dan kukuh kepada rakyat.

Akhirnya untuk pelancongan Malaysia Truly Asia, saya ingin bertanya adakah pihak kerajaan akan menyenaraikan nama-nama kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dijadikan sebagai daerah pelancongan yang perlu dibantu oleh pihak kerajaan.

Sebagai ini kita melihat banyak program-program dan aktiviti-aktiviti dibuat tetapi tidak bertumpu kepada kawasan di Pantai Timur khususnya di Kelantan.

final • 6:40 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Bagi pihak kawasan saya di Tumpat, banyak perkara yang boleh kita highlight- kan dari segi sejarah, dari segi seni, dari segi makanan yang perlu kepada suatu bentuk tindakan usaha sama di antara Kementerian Usahawan, Pertanian dan Pelancongan, termasuklah memastikan segala produk-produk ini didaftarkan di bawah IP. Jadi, kita mengharapkan ini dapat dibantu supaya pelan kita untuk menjadi sebuah negeri agropelancongan dan ekopelancongan dapat dibantu dalam Bajet 2024. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya.

final • 6:50 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan yang mulia ini. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun merangkap Menteri Kewangan di atas pembentangan Belanjawan 2024 di bawah Kerajaan Perpaduan yang bertemakan Ekonomi Madani Memperkasa Rakyat. Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya kerana menjadi PBT yang pertama mendapat pengiktirafan bandar mesra kanak-kanak oleh Tabung Kanak-kanak UNICEF pada September 2023 yang lalu. MBPJ juga PBT pertama di Malaysia yang mempunyai ahli majlis kanak-kanak.

final • 6:50 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Untuk makluman Puan Yang di-Pertua, majlis tersebut terdiri daripada 45 orang kanak-kanak yang akan sentiasa memantau dasar serta belanjawan PBT agar bukan saja mematuhi kehendak dewasa tetapi juga kanak-kanak. Saya berharap untuk perbahasan dan adab tertib Ahli-ahli di Dewan yang mulia ini tidak kurang daripada mereka. Puan Yang di-Pertua, pertamanya, saya menyambut baik usaha Ekonomi Madani yang sentiasa menitik beratkan dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana atau PMKS kerana mereka inilah antara aset terpenting tunjang kepada ekonomi negara.

PMKS menyumbang 97 peratus daripada semua perniagaan di Malaysia dan 48 peratus jumlah penggajian pekerja. Tetapi hanya menyumbang 37 peratus kepada KDNK negara, 12 peratus eksport dan 0.1 peratus sahaja pertumbuhan produktiviti. Sekiranya PMKS lembap, maka, separuh gaji pekerja di Malaysia tidak akan naik dan keadaan ini pasti tidak dapat membantu kita menuju ke arah negara berproduktiviti dan berpendapatan tinggi.

Melihat kepada Belanjawan 2024, kerajaan menyediakan peruntukan sejumlah RM44 bilion di bawah MOF, MITI, KUSKOP, KKD dan KPLB dan di bawah pelbagai agensi seperti Bank Negara, BSN, Tekun, Khazanah, SJPP, Amanah Ikhthiar, MDEC, MARA, SME Corp dan banyak lagi. Laporan Bank Dunia mengesahkan bahawa dalam tempoh 2016 hingga 2019, lebih 270 program sokongan PKS yang berbeza ini telah dilaksanakan oleh lebih 80 agensi daripada pelbagai kementerian.

Tahun 2019 sahaja, 71 agensi yang berbeza termasuk jabatan, agensi kerajaan dan syarikat GLC telah menjadi penyelia pelaksanaan program sokongan PKS dan usahawan di seluruh negara. Dari sudut yang lain, saya mempunyai kegusaran tentang kementerian mana dan agensi apa yang sebenarnya dikhususkan untuk menjaga PMKS atau pun SME kita. Persoalan lebih pokok adalah, adakah pembentukan institusi lama masih relevan dalam menghadapi cabaran masa depan PMKS kita?

Puan Yang di-Pertua, kita semua sedar bahawa hanya tembakan yang bersasar akan hit the target, dengan izin, sebaliknya tembakan rambang tidak akan terkena apa- apa. Memandangkan program yang bersasar akan membawa impak maksimum, mengapakah kita masih berjinak-jinak dengan tetapan institusi lama yang terbukti tidak mampu memartabatkan PMKS kita selama ini? Saya ingin mengesyorkan kepada Kabinet konsep pusat sehenti PMKS iaitu perkasa dan perluaskan SME Corp umpamanya, yang dilihat lebih lengkap ekosistem sokongannya untuk merangkumi segala urusan dan bantuan PMKS dan meletakkan SME Corp di bawah sebuah kementerian yang khusus untuk menjaga PMKS. PMKS kita boleh membuat permohonan bantuan melalui satu portal online secara telus, cekap dan profesional.

Melalui pusat sehenti ini, mereka juga boleh terdedah dengan rantaian bekalan antarabangsa, menjadi pembekal atau vendor kepada MMC, GLC dan terlibat dalam dunia eksport. Agensi-agensi lain harus disepadukan di bawah konsep pusat sehenti bagi mengoptimakan operasi kerajaan.

Saya juga sedar bahawa tetapan institusi lama adalah berhajat untuk membantu PMKS bumiputera. Ini merupakan satu aspirasi murni yang dikongsi semua. Namun, kaedah lama terbukti tidak mencapai matlamat yang diikhtiarkan. Dapatan ini disahkan bukan oleh saya sahaja tetapi oleh hasil kajian Institusi Masa Depan Malaysia (MASA) yang mana Pagoh memegang jawatan Pengerusi dan Putrajaya menjadi Ahli Lembaga Pemegang Amanah.

Laporan awal status sosioekonomi bumiputera yang diterbitkan pada tahun 2009 menyebut bahawa matlamat mencapai 30 peratus ekuiti sudah tidak begitu tepat.

Sebaliknya, penglibatan secara langsung dengan aktiviti komersial dan perindustrian adalah penting demi menjana nilai tambah, mewujudkan peluang pekerjaan dan vendor serta membangunkan kluster dan rangkaian bekalan dan ekosistem ekonomi bumiputera.

Puan Yang di-Pertua, jika ini dibaca bersama dengan kelembapan produktiviti, nilai tambah dan daya eksport keseluruhan PMKS di Malaysia, kita dapat membuat dua kesimpulan iaitu yang pertama, kerajaan wajar terus membantu PMKS bumiputera melalui kaedah menaik tarafkan nilai tambah produktiviti dan rangkaian bekalan mereka dan bukan terus memberikan geran, kelengkapan dan pinjaman sahaja.

final • 6:50 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Yang kedua, kerajaan wajar meraihkan sokongan dan bantuan PMKS tanpa mengira warna kulit, dengan izin, PMKS agar daya saing PMKS dapat dipertingkatkan secara lebih drastik. Pendekatan baharu ini akan dapat mengantarabangsakan PMKS kita dan akhirnya, turut akan membantu mewujudkan PMKS bumiputera yang lebih berdaya saing. PMKS yang berdaya saing juga dapat menawarkan gaji yang lebih tinggi kepada pekerja yang mana majoriti juga adalah bumiputera. Semoga pendekatan baharu ini dapat menumpukan usaha kita semua untuk memperkasakan PMKS dari Johor ke Kedah, dari Kelantan ke Borneo.

Saya yakin anjakan ini juga dapat melahirkan lebih banyak jaguh seperti Aerodyne Group milik Encik Kamarul, SkyeChip milik S.K. Fong dan Russell Taylors milik Satish Kumar. Seperti apa yang dikongsikan oleh Kamarul Aerodyne dalam wawancara beliau, beliau tidak pernah mendapat bantuan kerajaan kerana beliau- ikut kata beliau, adalah seorang entrepreneur dan bukan grantpreneur. Kerenah birokrasi, pilih kasih dan ketidakcekapan telah pun menggagalkan usaha kita sebelum ini. Yang dapat geran tidak berdaya, yang tidak dapat selalunya berjaya.

Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan agar bukan sahaja program bantuan PMKS, malah semua program kerajaan harus dinilai keberkesanan mereka oleh pihak audit luaran. Saya menyahut juga cadangan daripada Kuala Selangor tadi iaitu monitoring dan evaluation is of utmost important. Sebarang program besar wajar memperuntukkan, contohnya, 0.5 peratus belanjawan untuk tujuan evaluation by third party, dengan izin. Saya turut berharap apabila anjakan paradigma ini berlaku, ianya juga akan turut disokong bukan sahaja oleh Ahli kerajaan tetapi juga oleh pembangkang dan tidak dipermainkan sentimen-sentimen perkauman sempit kerana Pagoh dan Putrajaya juga senadi dalam hal ini.

Puan Yang di-Pertua, saya juga mengalu-alukan langkah penggabungan Bank Pembangunan Malaysia, SME Bank dan Exim Bank seperti yang dinyatakan dalam laporan The Edge. Institusi kewangan pembangunan (DFI) dilihat mempunyai standard dan amalan tadbir urus korporat yang lebih lemah meskipun banyak daripada mereka sekarang menjalankan perniagaan yang sama seperti bank komersial. Memang DFI perlu diperketatkan tadbir urus mereka kerana mereka menggunakan dana awam iaitu duit rakyat.

Saya berharap bahawa insiden yang mana bekas Pengurus Pengarah Bank Pembangunan diheret ke mahkamah atas pinjaman RM400 juta yang diragui, tidak akan dan tidak boleh berlaku lagi. Di samping itu, saya juga menggesa Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti supaya menimbang semula untuk mengeluarkan lesen-lesen bank yang boleh menawarkan perkhidmatan kepada PMKS.

Untuk makluman Puan Yang di-Pertua, selepas krisis ekonomi melanda Malaysia sejak tahun 1998, bekas Menteri Kewangan mengarahkan penutupan dan penggabungan bank-bank kecil, sekali gus mengurangkan bank dari 22 buah pada 1990 kepada hanya 10 buah bank menjelang 2022.

final • 6:50 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Syarikat kewangan juga dikurangkan daripada 45 buah kepada 10 buah sahaja.

Akibatnya, PMKS makin sukar mendapat pinjaman atas alasan mereka tidak layak.

Padahalnya bank-bank besar lebih cenderung meminjam kepada korporat besar, kepada GLC, MNC dan lain-lain kerana lebih selamat dan tidak perlu mengendalikan kertas kerja dan penilaian yang rumit bagi mereka.

Saya berpendapat walaupun bekas Menteri Kewangan berjaya menguruskan empayar perniagaan perbankan beliau sehingga ke Afrika. Rasional untuk menyekat lesen perbankan-perbankan sudah tidak lagi relevan. Sudah tiba masanya Bank Negara mengeluarkan lesen-lesen bank yang lebih supaya sektor PMKS boleh mendapat akses kepada modal dan merancakkan pengembangan ataupun proses automasi perniagaan mereka.

Puan Yang di-Pertua, kedua tentang EV. Saya melihat dasar Belanjawan 2024 ini menunjukkan bahawa kerajaan komited untuk memacu pertumbuhan negara yang mampan dengan menekankan langkah-langkah insentif yang menyokong pertumbuhan ekosistem EV yang kondusif ke arah negara berpendapatan tinggi. Justeru, saya amat

final • 7:00 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

menyambut baik inisiatif kerajaan yang memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik untuk pemberian rebat sehingga RM2,400 kepada rakyat yang berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah.

Hal ini kerana, Malaysia mempunyai hampir 13 juta pengguna motosikal dari sebahagian populasi penduduk sekitar 33 juta. Malaysia juga merupakan negara keempat tertinggi di dunia yang mencatatkan 83 peratus isi rumah memiliki sekurang-kurangnya satu motosikal. Rebat tersebut akan menjadikan bahawa motosikal elektrik masih dalam kategori mampu milik dan praktikal untuk digunakan ke mana-mana destinasi sekalipun dalam aliran trafik yang sesak.

Memandangkan mobiliti hijau menjadi antara bidang fokus di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Negara. Minta maaf. Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara. Minta maaf. Bagi menggerakkan industri high growth high value. Kementerian Kemajuan Kerajaan Tempatan dan pihak berkuasa tempatan harus memudah carakan penempatan infrastruktur pengecasan motosikal elektrik. Dan saya pohon tanya, bagaimana mereka boleh memudah carakan penempatan tersebut?

Kementerian Kewangan juga harus memanfaatkan perolehan awam yang mengutamakan motosikal elektrik. Selain itu, saya ingin mencadangkan agar kerajaan dapat meneliti dan mempercepatkan proses pembinaan kemudahan supaya dapat menghalalkan penggunaan kenderaan mikromobiliti termasuk e-scooter.

Setakat ini, mikromobiliti seperti moped, PMD iaitu scooter berkuasa elektrik yang mempunyai kelajuan maksimum 50 kilometer sejam masih dilarang digunakan di atas jalan kerana bertentangan dengan Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 2021. Sandbox oleh MOT harus dipercepatkan dan KPKT wajar meletakkan KPI supaya kemudahan sokongan e-scooter dapat dibina dalam keadaan segera bagi mengatasi masalah bantuan terakhir ataupun last mile connectivity sistem pengangkutan awam kita.

Justeru, dasar dan sokongan kerajaan berbentuk infrastruktur serta insentif- insentif EV yang pelbagai pastinya menarik minat bukan sahaja rakyat, namun pelabur- pelabur asing oleh syarikat besar dan syarikat pemula untuk kekal produktif merancakkan pertumbuhan ekosistem EV di negara ini selain untuk memastikan negara mampu mencapai karbon sifar seawal tahun 2050.

Sekian sahaja ucapan perbahasan saya. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Petaling Jaya.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Petaling Jaya.

final • 7:00 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Ada masa lagi sikit.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 17 Oktober 2023.

final • 7:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.04 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026