Oct102023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 10:00 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tuan Speaker, hari ini adalah merupakan Hari Mental Sedunia.

final • 10:00 AM

Seorang Ahli

Kesihatan...

final • 10:00 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hari Mental Kesihatan Sedunia.

Ha...

[Ketawa] Itu guna ada kawan-kawan.

final • 10:00 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Kesihatan, kesihatan. Itu yang mesti kita fokuskan.

final • 10:00 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Cuma nak bagi tahu, apabila kita pakai yang hijau ini, bukanlah maksudnya gelombang hijau.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat. Baik.

final • 10:00 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tidak. Bukan gelombang hijau.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada beza. Hulu Langat, kesihatan dan mental itu dua perkara berbeza ya.

[Ketawa]

final • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Doakan Ahli Yang Berhormat selepas semalam kita balik pukul 10 ya, hari ini segar, insya-Allah semua ya. Baik, kita mulakan dengan menjemput Tuan Tan Kar Hing daripada Gopeng, silakan.

final • 10:00 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Tan Sri Speaker.

final • 10:00 AM

1. Tuan Tan Kar Hing [Gopeng] minta Perdana Menteri menyatakan hasil lawatan ke luar negara termasuk hasil pelaburan, kerjasama antara negara dan tahap keyakinan pelaburan asing terhadap Malaysia.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Perdana Menteri.

final • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tan Sri Yang di-Pertua. Seperti mana yang disebutkan tadi, saya juga turut mengalu-alukan tahun Hari Kesihatan Mental Sedunia hari ini. Kesihatan mental milik semua, hentikan stigma. Reben hijau, termasuk saya pakai ini merupakan simbol kesihatan mental antarabangsa. Selamat menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023, kesihatan mental milik semua, hentikan stigma.

final • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Gopeng. Sejak menjawat jawatan, saya hadir beberapa mesyuarat berkala termasuk ASEAN, beberapa mesyuarat rasmi ASEAN dan juga PBB, 17 lawatan ke luar negara, ASEAN, negara-negara Asian, China, Amerika Syarikat, Emiriah Arab bersatu, Arab Saudi. Ke negara China, Mac 2023. Potensi pelaburan adalah RM170 bilion.

Esok insya-Allah, Geely akan bersama saya ke Tanjung Malim untuk melaksanakan penambahan projek besar-besaran Automotive Hi-Tech Valley.

[Tepuk] Dengan sendirinya menyangkal kebimbangan atau dakwaan bahawa pengumuman itu tidak semestinya dilaksanakan. Dalam kes ini, berlaku. Begitu juga bila Elon Musk memberikan jaminan, ibu pejabat di Cyberjaya itu dijangka siap bulan ini juga.

[Tepuk] Di New York, pelaburan potensi RM4.74 bilion termasuk penambahan dari Boeing kerana seperti kita tahu, Boeing dan Airbus menetapkan supaya komponen untuk sayap pesawat itu kebanyakannya di Malaysia, di Negeri Sembilan. Ini telah diberitahu untuk ditambah termasuk beberapa pelaburan lain termasuk Google, Medtronic, Alton Industry dan sebagainya.

Yang terakhir UAE, saya ringkaskan. Ini suatu perkembangan yang sangat baik kerana di dalam lawatan itu, kita mendapat komitmen daripada Yang Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Presiden UAE dan terus dalam pertemuan itu juga, telah bersetuju untuk melabur dengan kerjasama Abu Dhabi Future Energy Company, PGSC, Mazda dan MIDA, berjumlah RM40.6 bilion dan kapasiti gigawatt, 10 gigawatt, RM37.8 bilion dan RM2.1 bilion sektor logistik dan RM709 juta sektor aeroangkasa.

Tentunya hal-hal yang sedemikian berlaku kerana kecekapan rakan-rakan di kementerian MITI dan juga luar negara dan saya ucap terima kasih kepada kegigihan pegawai-pegawai kita dan Menteri dalam mendapatkan dukungan yang baik.

[Tepuk] Tetapi saudara-saudara, Yang Berhormat harus juga faham bahawa untuk pelaksanaan itu, kadang-kadang ada disuarakan kebimbangan. Apabila diluluskan, yang disebut ease of doing business itu kadang-kadang masih ada masalah. Oleh itu, saya telah menetapkan supaya kita lakukan perubahan yang agak mendadak, bukan sahaja one stop centre di MITI tetapi Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Pelaburan dan Perdagangan di bawah Menteri MITI, dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ini akan memastikan projek-projek itu diluluskan dengan kadar segera. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Gopeng.

final • 10:10 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun yang memberikan jawapan yang memberangsangkan dan ini adalah indikator bahawanya kerajaan kini membawa negara kita kembali ke landasan pembangunan yang betul dan membuahkan hasil-hasil daripada lawatan-lawatan ke luar negara.

Sudah tentu, untuk merealisasikan hasrat untuk regaining Malaysia’s lead in Asia, dua aspek adalah penting bagi memastikan segala pelaburan ini mampu membangunkan negara kita. Yang pertamanya adalah bagaimana kerajaan dapat memastikan keseimbangan pelaburan langsung asing dan pelaburan langsung domestik, foreign direct investment (FDI) dan domestic direct investment (DDI) dan keduanya adalah tahap kesiapsiagaan ekosistem pendidikan dan latihan ke arah membina tenaga mahir tempatan supaya memastikan masalah mismatch antara pendidikan dan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi itu tidak berlaku. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Perdana Menteri.

final • 10:10 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Dalam pertemuan kita dengan pelabur-pelabur, beberapa isu dibangkitkan sebab penambahan yang besar, termasuk saya katakan tadi. Indonesia RM2.16 bilion, Singapura RM20 bilion, Jepun RM24 bilion dan Korea Selatan RM23.07 bilion.

Ini kerana keadaan politik yang stabil dan seperti mana yang saya tegaskan, kejelasan atau clarity dalam dasar-dasar kita. Ekonomi Madani, pelan perindustrian, energy transition atau transisi tenaga dan juga dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan

final • 10:10 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Malaysia Kedua Belas dan insya-Allah, akan saya perkemaskan dan perjelaskan dalam Belanjawan Madani, Jumaat ini.

Gopeng membangkitkan soal keperluan menjana pelaburan domestik yang lebih segar. Dalam pelan perindustrian yang diumumkan, yang diluncurkan baru-baru ini, kita tekankan juga, buat pertama kalinya, satu penekanan tentang keperluan membantu, menjana dan memberikan insentif bagi pelaburan domestik yang lebih.

Soal ekosistem ini benar. Dalam perbincangan kita dengan Elon Musk iaitu Tesla, Geely, Rongsheng dan juga Infineon yang melabur EUR5 bilion melalui Kulim Hi-Tech, semua menyatakan, sementara tahap latihan kejuruteraan kita itu memuaskan, tetapi ada yang kurang iaitu yang katakan niche, kemahiran yang patut kita berikan perhatian.

Jadi, semalam saya adakan juga mesyuarat dalam persiapan belanjawan untuk menekankan aspek ini. Umpamanya, dalam Sheikh Mohamed Zayed Artificial Intelligence University, satu-satunya universiti terkemuka di dunia yang memusatkan khusus dalam soal artificial intelligence. Itu menunjukkan bahawa, jurang di antara kelayakan AI kita iaitu IT dengan keperluan AI di peringkat tahap tinggi itu perlu kita perhatikan. Jadi, saya telah sampaikan maklumat ini kepada Menteri KPT dan naib-naib canselor supaya memberikan laluan dan memberikan tumpuan dalam bidang yang, atau penerokaan bidang baru ini, termasuk pengkhususan dalam bidang AI untuk melayakkan.

Geely menyebut, maaf Tan Sri Yang di-Pertua, bahawa sementara jurutera kita itu di tahap yang sangat baik iaitu memerlukan kepakaran kemahiran khusus dalam bidang automotif industri. Dia terpaksa melatih 300 engineer dari Malaysia di universiti di Beijing, University Geely di negara China dan dalam perbincangan kita dan insya-Allah, petang ini, saya bincang dengan dia dan esok di Tanjong Malim, kita nanti minta dia menetapkan bidang-bidang disiplin yang khusus, yang diperlukan supaya kita dapat memulakan latihan di universiti tempatan.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kubang Pasu.

final • 10:10 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tambun, saya nak ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun sebab baru-baru ini, semasa lawatan ke New York Tambun berjaya memperoleh pelaburan sejumlah RM47 bilion daripada beberapa syarikat, termasuk Boeing dan saya berharap agar sayap yang diperlukan oleh Boeing itu dapat juga dibekalkan oleh ACM Bukit di Kayu Hitam, Kedah, Yang Amat Berhormat Tambun.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Insya-Allah.

final • 10:10 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Bukan saja di Negeri Sembilan, Kedah pun ada kilang Boeing ACM sejak beberapa lama. Saya ucapkan tahniah. Soalan, Yang Berhormat Tan Sri Speaker, dalam menyasarkan untuk menaikkan pelaburan asing, termasuk ke Malaysia, sejauh manakah penekanan diberikan terhadap pembangunan bakat tempatan yang berkemahiran dalam sektor bernilai tinggi dan industri baharu untuk memenuhi keperluan masa depan dalam industri E&E dan aeroangkasa.

Dia, bila tanya soalan dengan Perdana Menteri ini, dia ketaq juga. Contohnya, inisiatif untuk melahirkan lebih ramai jurutera reka bentuk ataupun designer untuk front end, selain mempertingkatkan keupayaan penyelidik teknikal ataupun saintis tempatan dalam kegiatan R&D.

Selain itu, apakah perancangan khusus kerajaan untuk mempertingkatkan kesiapsiagaan masyarakat dan pengusaha tempatan?

[Disampuk]

final • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ucapan dasar ini, Speaker.

final • 10:10 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Dah nak habis dah ini. Termasuk, bumiputera – termasuk pengusaha tempatan, termasuk bumiputera untuk menjadi pemain-pemain utama dalam rantaian global seperti yang disebutkan oleh Tambun tadi dalam bidang masing-masing.

final • 10:10 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Apakah status terkini jawatankuasa khas pelaburan, khususnya untuk memantau pelaburan negara-negara berkenaan, termasuk 19 memorandum? Geely dah disebut tadi, yang ditandatangani antara syarikat-syarikat Malaysia dan China bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan berkesan.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tadi, terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Tambun.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Perdana Menteri.

final • 10:10 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih, Kubang Pasu. Sepertimana yang sedia maklum, bila kita bincang dengan pelabur-pelabur, kita tidak menetapkan kawasannya. Umpamanya, bila Elon Musk memilih Cyberjaya, kita facilitate, yakni percepat proses. Infineon, umpamanya, katakan mereka ada base di Melaka dan di Kulim Hi-Tech dan mereka pilih Kulim Hi-Tech dengan beberapa keperluan yang diminta dari MITI dan juga Kerajaan Persekutuan dan kita luluskan.

Tetapi, yang tepat dengan soalan tadi ialah latihan, kerana Infineon itu pelaburan dia paling besar, di luar daripada Jerman, EUR5 bilion dan yang menarik ialah, dia tidak lagi tumpu kepada back end, seperti mana industri microchips yang lain. Inilah kali pertama, satu pelaburan besar dalam front end dan yang ditekankan oleh Kubang Pasu, apakah anak-anak kita, jurutera kita punyai kemahiran itu?

Jawapannya, belum memuaskan. Ini disebut oleh Infineon, disebut oleh Geely, disebut oleh AWS kepada saya dan kepada Menteri-menteri berkenaan. Sebab itulah, dalam pertemuan kita, perbincangan kita dengan Menteri KPT dan juga pimpinan universiti, kita terpaksa memberikan suatu penjurusan utama dalam bidang, bukan kejuruteraan tapi kemahiran tertentu, seperti yang disebut tadi, kecuali reka bentuk. Tetapi AI, yang nampak kita agak ketinggalan dalam memenuhi niche tersebut.

Jadi, soal sama ada saya sebut tadi, sama ada di negeri-negeri, kita dari segi dasar dan seperti mana yang disebut dalam pelan perindustrian menggalakkan supaya ada pemilihan yang lebih meluas ke semua negeri. Ada kekuatan di Sarawak, umpamanya dalam hidrogen, green hydorgen dan hydrogen dan gas. Itu sebab mengapa Sarawak ke depan, berbanding negeri lain. Kemudian, tentunya di Selangor dan di Kulim Hi-Tech.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sekarang, saya jemput soalan tambahan.

final • 10:10 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Datuk Haji Awang bin Hashim, Pendang. Silakan.

final • 10:10 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Saya hendak mula dengan pantun, Tan Sri Yang di-Pertua. Angkat perang- Angkat parang pergi ke kebun, Pergi ke kebun menaiki kuda, Permatang Pauh, Port Dickson dan kini Tambun, Soalan saya nombor dua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bacakan, bacakan, baca soalan. Pantun, pantunlah, soalan kena baca.

[Ketawa] Okey, okey. Baca, baca.

final • 10:10 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Okey. Bagi dia orang gelak. Bagi habis dulu. Nanti saya baca.

[Ketawa] Okey, baik. Terima kasih. Hari ini, saya dapat berkomunikasi terus dengan Yang Amat Berhormat Tambun, yang mana...

[Disampuk]

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan, teruskan. Baca, baca...

final • 10:10 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

...rindu, dendam kita.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baca soalan.

final • 10:10 AM

2. Datuk Awang bin Hashim [Pendang] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah keberkesanan langkah kerajaan dalam menangani impak kejatuhan nilai Ringgit yang semakin merudum sehingga mencecah paras RM4.73 berbanding Dolar AS serta implikasinya secara menyeluruh termasuk golongan M40 yang sebahagiannya mungkin tidak akan menerima bahan api bersubsidi susulan pengenalan sistem subsidi bersasar.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Perdana Menteri?

final • 10:20 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Pendang, kalau soalan ini soalan penting, saya terima juga daripada Pendang. Setakat 6 Oktober 2023, memang benar nilai Ringgit menyusut negatif 6.5 peratus, berbanding Dolar Amerika tapi tidak separah Yen Jepun yang menyusut 10.8 peratus. Thailand sama dengan Malaysia, menyusut 6.5 peratus.

Walaupun kita lihat umpamanya Korea lebih kurang sama tapi Indonesia lebih baik. Indonesia sepertimana yang saya tegaskan dalam sidang yang lalu, lebih tegas dalam membatalkan subsidi dan kemudian, beberapa langkah yang mungkin sedikit menyusahkan sementara tetapi memberi keyakinan dari segi kekuatan rupiah walaupun tidak sekuat yang diharapkan.

Seperti mana yang kita tahu, nilai ringgit ini tidak bergantung kepada fundamentals. Pertumbuhan baik, pelaburan meningkat, inflasi turun, kadar pengangguran turun, nilai ringgit turun. Dia tidak, maknanya, selari dengan economic policy atau position atau argument. Dia hanya kerana tindakan Fed Amerika Syarikat menaikkan kadar. Jadi, kita hadapi masalah ini umpamanya.

Jadi, apa yang disebut kemeruapan, meruap, kemeruapan tu, volatility ini berlaku dan kita akui, maknanya beberapa langkah diambil oleh Bank Negara, umpamanya menetapkan eksport itu dengan ringgit. Kemudian, dalam beberapa sidang, saya bincang dengan negara China dan juga di ASEAN, Jakarta meminta supaya kita gunakan nilai wang tempatan (local currency) untuk berdagang.

China sambut baik. Jadi, sekadar 20 ke 28 peratus pelaburan yang besar sebenarnya, puluh bilion ringgit. Itu dalam, tidak menggunakan dolar, kita menggunakan ringgit dan ini tidak menjejaskan dari segi kehilangan atau kesusutan nilai ringgit. Begitu juga dengan Thailand yang setakat ini, yang kita berjaya guna local currency adalah Indonesia, Thailand dan negara China tapi tidak semua bidang, terutama kalau dia terlibat dalam komoditi international trade. Ini di antara cadangan. Sebab itu kita juga cadang yang kita gunakan istilah de- dollarization kerana negara-negara ASEAN dan Asia bila saya bincang dengan Perdana Menteri Li Qiang di Nanning, kebergantungan kepada dolar itu menyebabkan nilai currency kita jatuh sepertimana yang berlaku juga kepada Yuan Renminbi negara China dan Yen di Jepun.

Apa langkah-langkah lain yang boleh diambil, hanya memperkuatkan ekonomi tempatan kerana selagi kadar faedah kita, Indonesia menaikkan. Jadi kalau ketimbang OPR yang kita sebut atau kadar faedah Indonesia, Indonesia itu tinggi. Jadi, dia dapat menampung. Itu pun tidak sepenuhnya.

Kita mengambil dasar supaya tidak meningkatkan OPR semata-mata ketimbang kedudukan Dolar Amerika dan ini menyebabkan ringgit kita kan terjejas. Walaupun semalam dalam pertemuan saya dengan Gabenor Bank Negara, dia menganggap akhir tahun ini ke arah perkembangan yang lebih meyakinkan. Jadi, berdasarkan angka-angka dan data-data baru yang kita terima.

Dan kita harapkan dengan, saya katakan tadi, kejelasan dasar-dasar termasuk ekonomi dan dasar pelaburan dan transisi energy yang mendapat tarikan baru sekarang ini, itu akan dapat membantu dalam menarik pelaburan dan industri yang memperkukuh kedudukan ringgit.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Pendang?

final • 10:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun kerana melayan soalan saya. Saya pun dapat bercakap terus. Bukan senang nak bercakap dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Rasa rindu dendam orang utara kata. Jadi...

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalannya?

final • 10:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Jadi saya balik...

[Ketawa] Soalan saya agak panjang kali ini, sebab saya rangkumkan dua, tiga soalan menjadi satu soalan supaya bila dapat peluang bercakap dengan Perdana Menteri, beginilah.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, teruskan.

final • 10:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, saya akan ambil terus soalan saya.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 10:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, soalan saya bermula begini. Yang Amat Berhormat Tambun, apakah pendekatan kerajaan untuk meningkatkan kuasa beli rakyat, mengambil kira penyusutan nilai mata wang Ringgit.

Jadi, tindakan ini tiadakah tindakan, langkah kerajaan untuk meningkatkan hasil pendapatan rakyat untuk membantu golongan B40 dan M40, susulan peningkatan harga barangan, keperluan isi rumah serta kerajaan juga mengambil apa-apa langkah untuk membantu sektor pembuatan yang terkesan akibat kejatuhan nilai ringgit pada masa sekarang?

Seterusnya, apakah implikasi– itu sebab saya kata saya rangkumkan soalan yang agak panjang, apakah implikasi terhadap perbelanjaan subsidi bahan makanan dari kerajaan dan perbelanjaan bulanan rakyat, akibat dari kenaikan bahan makanan import sepertimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat tadi?

Berapakah perbelanjaan kerajaan yang dah meningkat akibat daripada kejatuhan nilai wang ringgit ini, perbelanjaan kerajaan berapakah meningkat? Berapa ramaikah isi rumah yang telah dikenal pasti terkesan dengan kenaikan harga barang, bahan makanan yang kita import daripada luaq ini?

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 10:20 AM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Jadi itu soalannya. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Pendang. Saya pun ambil keputusan layan kerana saya lihat Pendang banyak kali kemukakan soalan dalam PMQ dan sebab itu saya bagi ruang.

Tapi, saya bagi jaminan pertama ya. Betul, kita kena ada satu langkah dasar yang kita sebut rasionalisasi subsidi. Kita guna umpamanya, mulanya Tabung Haji. Tetapi subsidi itu tidak langsung dikenakan, pengurangan itu tidak langsung melibatkan M40 dan B40. Hanya kalangan yang dianggap amat kaya untuk menunaikan fardu haji dan oleh itu, tidak diperlukan subsidi kerajaan. Dia bayar kos dan selain daripada itu, sepertimana yang disebut oleh Menteri Agama, 400 orang itu secara sukarela walaupun tidak termasuk kategori ini, merasakan untuk mendapatkan haji mabrur, mereka tidak mahu subsidi kerajaan.

Jadi, dasar yang sama untuk subsidi elektrik. Jadi, walaupun Yang Berhormat Pendang kaitkan isu subsidi elektrik, tidak benar. Tidak mungkin kerajaan memutuskan untuk mengenakan tarif elektrik yang lebih tinggi kepada golongan M40, malah B40. Malah dalam dasar yang ditentukan oleh kementerian, T20 yang peringkat rendah pun tidak dikenakan.

Jadi, begitu juga dalam kes-kes yang lain. Ini sebabnya kerana kita akui kos sara hidup menjadi masalah dan rakyat memang terkesan. Ada beberapa langkah yang sebahagiannya mungkin, insya-Allah saya akan umumkan pada hari Jumaat ini untuk mengurangkan. Tapi benar, dengan kos import, tidak semuanya sebab kita import sebahagian yang tidak dalam dolar seperti yang saya sebut tadi.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Import eksport kita itu tinggi dengan negara China dan sekarang ini ada pendekatan meningkatkan keperluan menggunakan wang tempatan, nilai wang tempatan sepertimana yang saya sebut tadi dengan negara China. Jadi, kita mengurangkan, yang saya katakan de-dollarization. Untuk menghentikan sama sekali penggunaan dolar itu agak sukar tetapi Malaysia agak lebih aktif dan agresif dalam menekankan keperluan meningkatkan kegunaan ringgit.

Baik, berapa kos sekarang subsidi? Kita jangka dari jumlah 67 ke 70 bilion, sekarang dah mencecah 81 bilion. Tidak semua, tetapi sebahagiannya, sebahagian kecil adalah sebab soal nilai atau kos import yang meningkat, terutama makanan.

final • 10:20 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Jadi, ini yang menyebabkan kita harus ada beberapa dasar baharu untuk menanganinya. Tetapi, saya beri jaminan sepertimana yang akan saya umumkan hari Jumaat insya-Allah, kita akan berikhtiar sedaya upaya untuk mengurangkan beban kepada rakyat yang miskin atau yang di bawah termasuk M40 yang terkesan dengan senario ekonomi yang ada sekarang dan juga yang berlaku di seluruh dunia.

Perbincangan-perbincangan kita dengan pimpinan dunia esok atau lusa, Perdana Menteri Thailand datang dan antara tajuk yang dibincangkan ialah tentang kos sara hidup meningkat di negara Thailand dengan Malaysia, apa langkah-langkah yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan beban.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya tertarik dengan apa yang telah dijawab, de- dollarization. Satu istilah yang bagus dan saya ucapkan tahniah kerana setiap kali OPR ini menjadi satu ketakutan rakyat dan apabila nilai mata wang kita merudum, itulah kesannya pada kita. Jaminan Yang Amat Berhormat memang perkara itu dilihat.

Jadi, soalan saya, apabila Yang Amat Berhormat sebut tadi mata wang dengan China, urus niaga dengan China dan kita sedar bahawa de-dollarization ini banyak cabaran. Lebih daripada 80 peratus ada berdasarkan pada mata wang US. Jadi, saya hendak bertanya kepada Yang Amat Berhormat, untuk syarikat besar macam GLC, mereka ada savings. Adakah selepas mereka menjual sesuatu barangan ataupun satu perkhidmatan, akan diminta oleh Bank Negara, kena minta simpan dalam bentuk Malaysian Ringgit supaya permintaan terhadap ringgit itu meningkat. Adakah dasar itu masih diteruskan?

Kedua, tentang subsidi bersasar tadi, bahan api. Kita hendak bertanya sama ada mekanisme itu yang 2018 kita belanja RM25 juta itu, itu tidak boleh jalan. Bagaimana ia boleh dibuat dan untuk golongan T1 di bawah golongan T20 ini, RM11,000 hingga RM15,000, adakah kumpulan ini dijaga? Kerana berbanding dengan jutawan, mereka lebih terkesan. Itu soalan saya. Terima kasih Yang Amat Berhormat.

final • 10:30 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Ayer Hitam. Pertama OPR, kita ucap terima kasih kepada Bank Negara kerana tidak sewenang-wenang menaikkan OPR.

Malah, penjelasan mereka OPR itu tidak hanya bergantung kepada peningkatan faedah di Amerika Syarikat, dia melihat fundamentals dan dari beberapa kali mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Bank Negara tidak menaikkan, memikirkan soal inflasi yang rendah dan juga kesan kepada rakyat.

Jadi, saya fikir dasar itu akan dikekalkan melainkan keadaan yang sangat terdesak yang sudah terjadi, kalau ikut perundangannya dari dahulu adalah bidang kuasa dan wewenang Bank Negara Malaysia. Yang keduanya tentang subsidi bersasar, saya jelaskan bahawa dalam perkiraan pertimbangan kerajaan termasuk Jemaah Menteri, sementara subsidi bersasar itu dianggap sangat mendesak kerana jumlah subsidi yang meningkat kepada RM81 bilion bagi negara tetapi dasar kita tidak akan menekankan.

Maknanya, sepertimana contoh terbaik ialah Tabung Haji dan kadar elektrik yang tidak akan dikenakan. Walaupun ada kekeliruan yang dibangkitkan, seolah-olah kadar elektrik itu dikenakan kepada rakyat biasa, tidak benar sama sekali dan kalau ada, mungkin ada sedikit pelanggaran dari peraturan yang ditetapkan. Tetapi, saya tidak fikir

final • 10:30 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

mungkin kerana keputusan yang dahulu daripada Jemaah Menteri itu jelas hanya kepada golongan paling tinggi.

Soal Bank Negara meletakkan dalam nilai eksport atau import digunakan ringgit memang benar, sebahagian. Dia tidak dapat mewajibkan tetapi saya puas hati kerana GLIC terutamanya dan beberapa syarikat tempatan yang besar mengambil kira hal ini.

Dengan hal yang sedemikian, kalau semuanya guna dolar, itu tentunya ringgit akan lebih tercabar. Tetapi, banyak yang, malah ada beberapa syarikat yang cuba gunakan dolar dan simpanan di sini ringgit supaya transaction itu memperkuatkan kedudukan— menggunakan Ringgit.

Oleh itu, ada yang mencecah sampai 70 peratus ringgit dalam transaction. Jadi, ini saya ingat satu sikap yang bertanggungjawab oleh sektor swasta dan GLIC kerajaan.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Datuk Seri Panglima Dr.

Jeffrey Gapari Kitingan, Keningau.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Gapari bin Katingan @ Geofrey Kitingan - Keningau

Terima kasih Tan Sri Speaker.

final • 10:30 AM

3. Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Gapari Kitingan [Keningau] minta Perdana Menteri menyatakan bilakah kerajaan akan memberi fokus dan penumpuan serta dana yang mencukupi untuk memesatkan pembangunan dan ekonomi Sabah dan Sarawak dan merealisasi potensi-potensi dan sumber-sumber mereka seperti meningkatkan perdagangan merentasi sempadan (cross-border trade) lebih-lebih lagi untuk Sabah dengan pemindahan ibu negara Indonesia, Nusantara ke Kalimantan Timur memandangkan kemunduran pembangunan dan kekurangan dana, fokus dan penumpuan menjadi antara penghalang utama kepada peningkatan pesat ekonomi Sabah dan Sarawak?

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Perdana Menteri.

final • 10:30 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Apa yang dibaca itu lari sedikit daripada soalan tetapi tidak mengapa dia maksudnya sampai. Dia tidak baca soalan tetapi Keningau saya jawab. Pertamanya, kalau kita lihat umpamanya RP3 RMKe-12 yang diulas juga oleh saya dan Kementerian Ekonomi, peruntukan pembangunan yang diluluskan RM31.086 bilion, RM16.730 bilion bagi Sabah, RM14.355 bilion bagi Sarawak.

Peruntukan RP3 tahun 2023 yang diluluskan bagi Sabah adalah RM6.5 bilion, manakala peruntukan Sarawak RM5.7 bilion. Ini kerana komitmen kerajaan untuk memperakui Perjanjian Malaysia 1963 dan memang yang agak tertangguh dalam beberapa bidang. Sebab itu Kerajaan Perpaduan komited untuk melaksanakan janji ini dimeterai di kalangan pemimpin-pemimpin dan pengasas Malaysia, Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Apakah langkah-langkah yang diambil? Penyerahan kuasa kawal selia elektrik kepada kerajaan Sabah telah pun dijalankan. Pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi melantik perwakilan tetap di Sabah dan Sarawak diluluskan dalam hari ini atau esok dengan syarat Ahli-ahli Yang Berhormat setuju.

Kajian semula pemberian khas bagi negeri Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 112D, penyediaan garis panduan khas bagi urusan penyerahan semula tanah dirizabkan bagi maksud Persekutuan di Sabah dan Sarawak diluluskan dan juga peruntukan- peruntukan di bawah RM50 juta untuk dikendali sepenuhnya oleh Sabah dan Sarawak.

Sekiranya ini berjalan baik tahun ini, jumlah ini akan ditingkatkan.

Pengambilalihan kuasa kawal selia pembekalan elektrik Sabah selesai 3 Januari 2024, pengambilalihan SESB selepas Pelan Transformasi SESB selesai, jangkaan maksima sehingga 2030. Untuk sempadan sepertimana yang kita bincang dengan Presiden Jokowi, Indonesia kerana kelajuan dan kecepatan pelaksanaan projek di sebelah Indonesia, kita luluskan peruntukan khas RM1 bilion iaitu projek sempadan.

Lapan di Sabah dengan kos projek segera yang telah dijalankan RM82.2 juta dan di Sarawak yang telah diluluskan juga RM88.2 juta yang telah pun dimulakan.

final • 10:30 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Yang selainnya itu akan dalam rundingan masing-masing, kementerian dengan Kerajaan Sabah dan Sarawak. Selepas itu, kita bersetuju dalam mesyuarat ASEAN bahawa Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle dan Brunei Darussalam-Indonesia- Malaysia Philippines East ASEAN Growth Area itu ditingkatkan.

Sarawak umpamanya telah manfaatkan dan kita luluskan iaitu penjualan tenaga dari Sarawak ke Ibu Kota Nusantara (IKN) Kalimantan, Sarawak ke Sabah dan sekarang tahap akhir persetujuan kita, Sarawak ke Singapura dan ke Semenanjung. Dua pipelines dari Sarawak ke Singapura dan ke Semenanjung dipersetujui oleh Kerajaan Sarawak, Singapura dan Malaysia.

final • 10:30 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Ini semua menunjukkan bahawa ada pendekatan yang berbeda dari tahap Kerajaan Persekutuan untuk memenuhi semua perjanjian dalam MA63.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Keningau.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau

Terima kasih atas jawapan yang menggalakkan dan membuka jalan yang lebih dan ruang yang lebih banyak.

Walau bagaimanapun, saya difahamkan bahawa peruntukan sebanyak RM1 bilion yang telah diumumkan untuk pembangunan dan kerja-kerja naik taraf kawasan sempadan Sabah Sarawak termasuk Kompleks ‘CIQS’ dan jalan raya belum dibagi sepenuhnya, menyebabkan pembangunan ini terbantut sedangkan di pihak Kalimantan, semuanya sudah siap.

Soalan saya, bilakah dan apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi kekangan ini dan bolehkah kerajaan mempertimbangkan keperluan di sempadan yang lain, iaitu sempadan Brunei-Sarawak di Sindumin, di mana cross-border trading berlaku dan sedang memasak tetapi tidak mempunyai sebarang kemudahan. Jadi, bolehkah Yang Amat Berhormat mempertimbangkan projek khas untuk projek yang berimpak tinggi, peruntukan sebanyak RM15 juta untuk pembinaan kompleks perdagangan cross-border di Sindumin.

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Keningau. Sebenarnya yang saya sebutkan tadi untuk lapan di Sabah dan sembilan di Sarawak telah pun dimulakan dan kelulusan ini hanya pada tahun ini. Saya setuju dia kita terlewat ketimbang Indonesia yang telah maju kalau ICQS dia lebih baik dan pejabat kastam, imigresen lebih baik kerana kita agak lewat. Tapi, kali ini sepertimana saya telah sebut, yang siap telah dijalankan dan masing-masing kementerian diminta supaya menyegerakan dan sekarang dengan rundingan terserah kepada kementerian dan kerajaan negeri.

Tetapi, saya ingin tegaskan bahawa RM1 bilion itu untuk 2023. Maknanya, kementerian diarah supaya menyegerakan dan saya telah minta Dato’ Sri Fadillah, Timbalan Perdana Menteri II untuk membantu menyelaraskan, khusus untuk pembangunan Sabah dan Sarawak, Pan Borneo dan juga RM1 bilion untuk sempadan.

Untuk Sindumin, itu dia terkeluar daripada ini tapi saya akan bagi pertimbangan khas kalau ada surat daripada Keningau.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Arau.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, ini Yang Berhormat boleh jawab bertulis sebab teknikal sikit. Indonesia telah membina jalan raya di atas sempadan. Setengah tempat lebih tepi sempadan dan setengah tempat terkena batu kita. Daripada Sarawak sehingga ke Sabah dan ianya dibina oleh tentera Indonesia dan jalan itu telah hampir siap. Saya ingat mungkin dah siap, sebab sejak pilihan raya kecil di Sarawak hari itu.

Jadi, apakah peruntukan ini termasuk untuk kita membina jalan sebelah? Kalau kita tidak bina, kita akan menjadi masalah sebab kita terpaksa menumpang Indonesia berhubung pembinaan tersebut dan keduanya, terdapat kawasan sempadan di Telok ‘Milano’, Teluk Melano. Saya tak- Teluk Melano di Sarawak, daripada situ jalan pergi sampai ke Kinabatangan, maaf. Saya tidak tahu di Sabah, lupa. Jadi, yang paling penting

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

di Telok Melano itu terdapat kawasan sempadan yang Indonesia terpaksa menumpang kita untuk panjat ke batu tersebut.

Jadi, apakah kita akan mencadangkan supaya kalau dia mampu untuk menggunakan kawasan kita, kita kena ambil juga kawasan dia supaya sempadan kita tidak dicerobohi. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Saya boleh semak apa yang dimaksudkan. Tapi bukan di Arau, di Sarawak ya? Di Sabah. Baik.

[Ketawa] Gurau sahaja.

Ya, setakat yang dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri yang bermesyuarat Jawatankuasa Keselamatan semalam, perkara ini tidak dibangkitkan. Jadi, kita nanti tanya. Kalau benar, ada masalah. Tapi saya tidak fikir, kerana hubungan kita dengan Indonesia ini di tahap yang sangat baik dan saya tidak fikir pelanggaran kawasan sempadan ini diizinkan oleh mana-mana. Kita akan tegas, pertahankan kawasan dan wilayah kita. Begitu juga saya fikir Indonesia.

Tapi, kalau- oleh kerana dibangkitkan, tentu saya akan semak apakah benar kerana jalan-jalan yang disebut pertama, dalam peruntukan RM1 bilion itu kebanyakannya tentang infrastruktur tapi termasuk jalan akses umpamanya. Jalan akses daripada sempadan ke pejabat kastam atau ICQS. Tapi, kalau jalan yang besar yang lain, dia di bawah peruntukan federal. Kategori yang lain ialah Pan Borneo. Jadi, ada tiga kategori di sini. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, Yang Berhormat saya minta maaf. Bukan semua dilanggar. Ada setengah tempat.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Arau.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sebab saya pergi sendiri Yang Berhormat. Sebab itu saya cerita.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Okey. Boleh, boleh. Insya-Allah. Saya tidak kata tidak betul. Saya kata minta maklumat tambahan.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kalau benar, saya minta Menteri Dalam Negeri atau Menteri Pertahanan untuk segera mengambil tindakan.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi-sesi untuk waktu...

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Tan Sri, Tan Sri Speaker, boleh tidak tambah satu? Ini ruang Perdana Menteri, Sabah ini. Ini Arau yang tanya.

[Ketawa] Kita Sabah. Kalau bolehlah, minta izin kepada Yang Amat Berhormat supaya...

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okeylah, okeylah.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Okey, kerana perkara ini cukup penting.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Untuk itu saya jemput Semporna, tolong concise-kan.

Silakan.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih banyak. Terima kasih banyak atas apa yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat tentang peruntukan yang disalurkan kepada wilayah Sabah dan juga Sarawak dan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan Yang Amat Berhormat, sebenarnya kalau kita meneliti daripada berbagai rancangan, peruntukan berbilion diberikan kepada bukan hanya Sabah khususnya. Tapi, dari segi saya persoalkan, dari segi pelaksanaan dia. Ya, ini yang saya- kebimbangan saya.

Pelaksanaan kalau kita lihat, iaitu rancangan berbagai rancangan Pan Borneo.

Dah lima Perdana Menteri dah. Tak siap-siap. Bekalan air dah berbilion duit dah. Masuk

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

mahkamah, sebut nama, ada air tapi tidak boleh jual. Kalau dibeli daripada orang kampung beli daripada swasta, boleh dapat air. Dari Jabatan Air, tidak dapat.

Apakah langkah-langkah untuk memastikan supaya ketirisan ini dapat diatasi oleh pihak Kerajaan Pusat untuk membolehkan supaya rancangan demi rancangan, pelaksanaan dia tidak terbantut, ketirisan dia kewangan. Bayangkan Pan Borneo.

Dibanding dengan Sarawak, Pan Borneo dah hampir siap dah. Dah siap dah. Tapi, di Sabah ini lima Perdana Menteri dah.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Gulung.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Jadi, perkara ini saya bimbang. Ini kerana Yang Amat Berhormat pun nyatakan, tentang bagaimana untuk mengatasi bukan hanya pembangunan dapat kita percepatkan, khususnya asas. Tapi, di samping itu juga, dari segi ketirisan, penyalahgunaan dah banyak kes dah. Jabatan Air beratus juta di jabatan. Tak pernah berlaku di dunia. Tapi, apa tindakan pihak kerajaan yang RM100 lebih juta duit, mana duitnya?

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Baik.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih banyak.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Semporna. Saya sebenarnya setuju.

Kalau kita lihat Pan Borneo Sarawak itu hampir siap. Sabah itu amat perlahan. Di antara tugas TPM II adalah untuk menyegerakan dan saya beritahu Kementerian Kewangan, malahan setuju untuk fast track. Asalkan ada proses Pre-Q, tender, maka kita lakukan fast track, terutama di kawasan Sabah. Saya- ini tepat kerana Pan Borneo ini dah puluh tahun tertangguh dan peruntukan ada. Jadi, oleh kerana kita sudah janji kepada rakyat Sabah dan Sarawak, tidak ada alasan untuk kita lengahkan.

Malah dalam Kembara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, hal ini dibangkitkan tiap kali dia berhenti di mana-mana pusat, itu soal ditanya. Pertama, soal Pan Borneo lebih di- bermasalah di Sabah. Keduanya, jalan-jalan yang teruk.

Kadang-kadang peruntukan disampaikan tetapi kelewatan dalam pelaksanaan.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Masalah bekalan air, masih ada perundingan khas dengan Ketua Menteri untuk menangani masalah ini kerana di beberapa tempat termasuk Kota Kinabalu, Tuaran dan lain-lain itu menghadapi masalah yang agak serius dan insya-Allah dalam beberapa aspek kita boleh umumkan– saya akan umumkan hari Jumaat. Insya-Allah tetapi dari sudut ketirisan, saya setuju. Makna kita kena tegas dan saya minta semua agensi penguat kuasa supaya jangan bertolak ansur. Pastikan jangan ada lagi kebocoran dan ketirisan.

Terima kasih, Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:50 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya difahamkan Datuk Jonathan Yasin dari Ranau yang kemukakan soalan nombor satu tidak dapat hadir kerana masih berada di Indonesia untuk tujuan mesyuarat di sana. Jadi, untuk itu saya jemput Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah, Indera Mahkota. Silakan.

final • 10:50 AM

[Soalan 1 – YB. Datuk Jonathan Yasin (Ranau) tidak hadir]

2. Dato' Sri Saifuddin Abdullah [Indera Mahkota] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan adakah Kementerian berhasrat untuk meneliti dan mengkaji semula syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi golongan orang kurang upaya termasuk jurusan undang-undang dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk menjamin akses pendidikan tanpa sebarang diskriminasi seperti yang termaktub dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Yang di-Pertua. Golongan orang kurang upaya (OKU) adalah sebahagian daripada kumpulan yang diberikan perhatian oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi

(KPT). Kementerian ini sentiasa melakukan usaha-usaha memudah dan memaksimumkan jumlah kemasukan OKU ke institusi pendidikan tinggi (IPT).

Di peringkat kemasukan pelajar ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA) khususnya kepada golongan orang kurang upaya

(OKU), KPT telah menawarkan dua laluan kemasukan atau penerimaan:

(i) kemasukan ke program terbuka arus perdana di universiti dan politeknik melalui laluan khas kepada OKU;

(ii) kemasukan ke program-program yang dikhususkan hanya kepada OKU di peringkat politeknik dan kolej komuniti.

Dalam proses kemasukan pelajar melalui laluan khas untuk melanjutkan pengajian ini, pemohon OKU hanya akan bersaing dalam kelompok mereka sendiri dan hanya perlu melepasi syarat am dan syarat khas minimum IPTA atau ILKA serta lulus temu duga dan atau ujian bagi program pengajian yang menetapkan keperluan berkenaan. Syarat khas program pengajian ini adalah tertakluk kepada keputusan senat universiti awam (UA) termasuk bagi bidang undang-undang dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Pada sesi akademik 2023/2024, sebanyak lapan program pengajian undang- undang bagi lepasan STPM/setaraf ditawarkan dan lima daripadanya menerima semua jenis ketidakupayaan calon OKU, manakala satu menerima sebahagian ketidakupayaan.

Manakala terdapat 11 pengajian lepasan STPM atau setaraf dalam bidang teknologi maklumat ditawarkan pada sesi 2023/2024 dan lima daripadanya terbuka kepada semua calon yang berkelayakan dan menerima semua jenis ketidakupayaan calon OKU.

Penawaran program kepada golongan OKU ini adalah melalui persetujuan bersama agensi, institusi dengan mengambil kira kesediaan prasarana mesra OKU institusi itu sendiri, bagi memastikan golongan OKU dapat mengikut pengajaran dan pembelajaran dengan selesa. Walau bagaimanapun, pihak KPT akan terus menambah baik usaha dan inisiatif bagi memastikan kesaksamaan peluang diberikan sewajarnya kepada golongan OKU dalam bidang-bidang yang berdaya saing. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Indera Mahkota.

final • 10:50 AM

Dato' Sri Saifuddin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya faham yang laluan untuk– yang memang dikhususkan untuk pelajar-pelajar OKU. Saya nak rujuk yang pertama itu, laluan yang terbuka itu. Sejauh mana dari segi kemudahan-kemudahan mesra OKU yang sudah kita sediakan dari segi peralatan- peralatan khas yang diperlukan, dari segi laluan contohnya ramp, tandas untuk pelajar OKU.

Saya tahu, dulu ada beberapa universiti yang ada asrama yang dikhaskan.

Bukanlah satu asrama itu untuk OKU tapi asrama tertentu itu, ada floor tertentu yang dikhaskan untuk OKU. Dan dalam tadi Yang Berhormat sebut semua golongan OKU, cuma kalau tidak hari ini, mungkin secara bertulis, saya nak mengkhusus kepada OKU pekak, bisu kerana dia punya keperluan luar biasa daripada yang lain-lain. Dia perlukan kemudahan jurubahasa isyarat dan sebagainya.

Dan akhir sekali, kalau ada kes-kes di mana pelajar OKU yang memohon tetapi terpaksa ditolak kerana masalah kemudahan yang mungkin tak sempurna dan tak dapat.

final • 10:50 AM

Dato' Sri Saifuddin Abdullah - Indera Mahkota

Bukan universiti tak nak terima tapi universiti memang tak mampu nak terima. Kalau ada lah kes yang sedemikian. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jawab, Menteri.

final • 10:50 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Pertamanya, saya nak maklumkan bahawa di setiap IPT kita ada kemudahan untuk OKU tetapi ianya pada tahap dan situasi yang berbeza-beza. Menyentuh soalan kedua dan ketiga, saya seperti yang dipohon oleh Yang Berhormat, saya akan beri jawapannya yang detailed secara bertulis. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila, Segamat.

final • 10:50 AM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Soalan kepada Menteri bahawa apakah jenis biasiswa atau bentuk pembiayaan pendidikan tinggi yang disediakan secara khusus kepada lepasan SPM yang merupakan orang kelainan upaya penglihatan dan juga pendengaran.

Dan apakah perancangan kementerian untuk meningkatkan akses pembiayaan pendidikan tinggi kepada anak-anak OKU luar bandar dari keluarga yang berpendapatan di bawah garis pendapatan kemiskinan untuk buat masa sekarang. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

final • 10:50 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya tadi. Saya– di kementerian kita, kita punya pelbagai bentuk biasiswa atau tajaan kepada semua termasuklah golongan OKU.

Contohnya saya nak bagi, di KPT ada menyediakan bantuan kewangan untuk orang OKU ini– orang kurang upaya dan program pendidikan khas kepada pelajar OKU di politeknik dan kolej komuniti. Bentuk tajaan yang kita bagi adalah seperti berikut iaitu:

(i) pada tahap sijil kita bagi had pembiayaan RM5,000 sehingga RM10,000 selama dua tahun;

(ii) bagi tahap diploma pula kita tawarkan untuk jangka waktu tiga tahun, jumlah pembiayaan RM5,000 sehingga RM15,000 dan

(iii) manakala sarjana muda empat tahun dan had pembiayaan adalah RM5,000 sehingga RM20,000.

Sehingga Jun 2023 terdapat seramai 96 pelajar OKU di politeknik dan kolej komuniti, 264 yang sedang menjalankan pengajian di bawah tajaan bawah program bagi pelajar khas ini. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Datuk Seri Saravanan, Tapah.

final • 10:50 AM

3. Datuk Seri M. Saravanan [Tapah] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah status pelaksanaan sistem e-Wages buat masa ini yang telah ditangguhkan untuk diperhalusi dan dibincangkan dengan lebih lanjut antara KSM, KDN dan MoF seperti yang diarahkan oleh Jemaah Menteri. Adakah KSM telah memperolehi keputusan dan sekiranya masih lagi dalam perbincangan apakah mekanisme yang diguna pakai KSM bagi membolehkan memantau dan menguatkuasakan pembayaran gaji pekerja bermula dengan pekerja asing dan kemudiannya diperluaskan kepada semua pekerja.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani. Terima kasih Yang Berhormat Tapah. Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia sedia maklum akan jawapan yang dikemukakan kepada YB pada 14 Mac 2023 di Dewan Rakyat.

Untuk makluman berdasarkan perkembangan teknologi digital seperti dengan izin, blockchain dan pelbagai sistem lain maka cadangan pelaksanaan e-Wages perlu diperhalusi dan dibincangkan semula pihak berkepentingan seperti Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan. Sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

memerlukan masa untuk menelitian dan perbincangan lanjut dengan pihak-pihak berkaitan termasuk pihak Bank Negara Malaysia berhubung pelaksanaan sistem e- Wages.

Penelitian ini juga perlu dinilai berdasarkan pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265) yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2023 yang telah memperkenalkan klausa baru iaitu seksyen 25 dan 25(a). Klausa tersebut memberi kuasa kepada Menteri untuk membenarkan apa-apa instrumen pembayaran upah lain yang termaktub di bawah dengan izin, *Financial Services Act 2013 (Act 758), Islamic Financial Services Act 2013

(Act 759).*

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Iaitu dengan izin, “The Minister may, by order, specify any approved issuer of a designated payment instrument or any approved issuer of a designated Islamic payment instrument under paragraphs 3(a) and (b) to be a recognized approved issuer of a designated payment instrument or approved issuer of a designated Islamic payment instrument for the purpose of payment of wages under this part”.

Atas dasar ini, maka Kementerian Sumber Manusia melihat terdapat pelbagai implikasi yang wujud sekiranya e-Wages dilaksanakan tanpa penglibatan institusi kewangan. Ini kerana beban pembuktian akan jatuh di pihak pekerja sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan majikan dari segi pembayaran gaji. Sehubungan itu, penelitian dan perbincangan lanjut berhubungan e-Wages dengan pihak-pihak berkepentingan yang dinyatakan adalah masih diperlukan.

Seperti yang semua sedia maklum, upah pekerja di sektor swasta perlu dibayar melalui akaun bank atau secara tunai atau cek. Dan pembayaran melalui cek dan tunai ini dibuat oleh majikan setelah mendapat permohonan secara bertulis daripada pekerja dan majikan dan mesti membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja.

Oleh yang demikian sebagai tambahan kepada kaedah-kaedah pembayaran upah sedia ada, Menteri Sumber Manusia juga boleh menetapkan instrumen lain bagi pembayaran upah untuk menjaga kepentingan pekerja. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Tapah.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya rasa kecewa, jawapan yang berbeza jika dibanding apa yang dijawab pada 14 Mac dan ini adalah jauh berbeza. We can’t keep on changing the goalpost, yang penting.

Yang pertama, apabila kita sebut e-Wages, pihak kepentingan adalah kerajaan.

Apabila kita sebut jer pekerja asing, imej negara kita tercalar di arena antarabangsa dan sentiasa produk-produk Malaysia diharamkan sebab buruh paksa (forced labour). Maka, kementerian dan Kerajaan Malaysia telah berjanji kepada ILO bahawa kita akan mengambil langkah-langkah positif untuk mengatasi isu-isu forced labour. Maka, satu perkara yang serius adalah majikan tidak bayar gaji kepada pekerja on time ataupun langsung tak bayar. Dan kita tidak mekanisme untuk memantau. Kita lihat keadaan pekerja asing masuk ke negara kita secara halal, dengan dokumen yang sah, apabila majikan tak bayar gaji, mereka lari daripada majikan. Maka, yang masuk ke negara secara halal, jadi pekerja haram, jadi PATI.

Maka, yang isu perkara ini dilihat sebagai satu perkara serius dan kerajaan telah memutuskan perkenalkan e-Wages di mana hari ini kita lihat apabila pekerja asing tidak dapat dibayar gaji on time atau tak bayar, kita tak ada maklumat. Apabila maklumat sampai kepada kerajaan, terlalu lewat. Maka, kita perlu adakan satu mekanisme untuk memantau di mana melalui program e-Wages di mana apabila majikan tak bayar gaji by 7 hari bulan setiap bulan, kerajaan akan tahu. Itulah sebab kita memperkenalkan e-Wages dan perkara ini telah dilulus oleh kerajaan sebelum ini. Cuma, isu kepada...

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tapah, ajukan soalan Tapah.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah

Isu ketika pada itu, walaupun e- Wages diluluskan oleh Kabinet, cuma dinasihat untuk mengurangkan kadar sebab kita dalam fasa pemulihan. Itu sahaja isu.

14 Mac, Yang Berhormat jawab, kita sedang berbincang dengan KDN dan kewangan, tetapi hari ini saya lihat satu jawapan yang jauh berbeza daripada apa yang telah dijanjikan. All we need bukan MJM Yang Berhormat. Nota Kabinet untuk maklumkan berapakah caj untuk melaksanakan. Itu jer masalah. Itu yang ditangguhkan. Bukan kelulusan ditangguhkan.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada soalan tak?

final • 11:00 AM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah

So soalan, bilakah akan diimplementasi? Bagi tahu Yang Berhormat Menteri, tak perlu MJM, perlukan nota Kabinet untuk menentukan kadar.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila jawab itu sahaja.

final • 11:00 AM

Tuan Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Tapah. Kita akan ambil maklum tentang saranan yang dibuat oleh Yang Berhormat Tapah untuk kita tindakan selanjutnya.

Cuma apa yang telah dibuat oleh kementerian, kita telah berbincang tentang isu ini dengan stakeholder termasuk Bank Negara dan Bank Negara pun memberi pandangan supaya perlu diteliti. Jadi itu yang mungkin memerlukan masa tetapi mungkin kita boleh ambil kiralah pandangan daripada Yang Berhormat Tapah, selaku mantan Menteri untuk kita teruskan apa yang telah dibincangkan sebelum ini dan untuk tindakan selanjutnya.

Okey, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Timbalan Menteri. Saya setuju apa yang disebutkan oleh Tapah tadi. Beliau bekas seorang Menteri di Kementerian Sumber Manusia.

Sebab apa lama dah dicadangkan Tan Sri Yang di-Pertua. Cuma tak tahulah tindakan pelaksanaan agak lewat. Jadi, kalau ada sistem ini, saya ingat penyelewengan atas bayaran gaji kepada pekerja-pekerja tidak akan berlaku. Dan dalam masa yang sama, kita boleh mengesan di mana pekerja-pekerja terutama pekerja asing berada kerana melalui sistem gaji ini.

Jadi saya ingin tahu Yang Amat Tan Sri Yang di-Pertua, berapa ramai pekerja yang didaftarkan di bawah Kementerian Sumber Manusia setakat ini? Dan berapa ramai yang dikesan sebagai pekerja haram atau pendatang tanpa izin? Dan saya nak tahu, berapakah kes yang melibatkan penyelewengan penyalahgunaan pembayaran gaji yang dilakukan terhadap pekerja-pekerja sama ada pekerja asing atau pekerja tempatan? Dan apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

final • 11:00 AM

Tuan Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Terima kasih MP Maran. Itu adalah soalan yang agak spesifik melibatkan data dan saya tidak ada maklumat setakat ini tetapi insya-Allah, kita akan beri makluman yang bertulis.

Kita akan pastikan juga seperti saranan daripada MP Tapah tadi, kita akan pastikan bahawa jika ini boleh menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan pekerja asing dan juga hubungan perniagaan antarabangsa kita, kita akan pastikan bahawa kita akan jaga pekerja asing kita...

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Saya ingat – Tan Sri, saya ingat soalan ini very simple. Sepatut data itu mesti dah ada berapa pekerja yang didaftar...

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Maran. Menteri kata dia akan jawab bertulis.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Okey.

final • 11:00 AM

Tuan Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Setakat ini, saya tidak ada data disediakan tetapi saya akan jawab secara bertulis.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 11:00 AM

Tuan Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Okey, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Menteri. Saya jemput Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Kuala Langat.

final • 11:00 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor empat.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 11:00 AM

4. Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan perancangan kerajaan untuk menggunakan kaedah baru bagi mengatasi masalah berkaitan pengukuhan ban Pantai Barat Semenanjung yang menghadapi masalah hampir setiap tahun berlaku ban rebak khususnya di Daerah Kuala Langat.

final • 11:00 AM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Langat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah mengambil langkah proaktif di dalam menangani dan memulihara struktur integriti ban pantai akibat daripada gelombang laut, arus dan unsur-unsur alam semula jadi yang lain. Kita semua sedia maklum kesan daripada perubahan iklim ialah kenaikan paras laut yang memberi kesan kepada seluruh dunia termasuk juga di negara kita.

Jadi, usaha untuk kita menangani masalah coastal erosion ini dengan izin, adalah satu komitmen untuk memelihara kelestarian pantai dan menjaga dan merawat ban pantai dari ancaman hakisan dan risiko lain berkaitan dengan alam semula jadi di samping memelihara komuniti yang tinggal di sepanjang pantai.

Kaedah-kaedah pengukuhan ban pantai yang telah diperkenalkan adalah berdasarkan dapatan kajian mengenai ciri-ciri unik setiap lokasi pantai. Kita tidak boleh ambil pendekatan one size fits all, dengan izin. Jadi pihak jurutera akan melihat keperluan untuk setiap pantai. Ia melibatkan analisis untuk mengenal pasti jenis hakisan yang berlaku bagi setiap kawasan pantai seperti kadar hakisan, tekanan gelombang dan juga perubahan alam sekitar di lokasi tersebut. Selain itu— dan ini pendekatan untuk kita membina ban ini dipanggil sebagai grey infrastructure ataupun solution grey infrastructure yang biasa digunakan.

Di samping itu, penanaman tumbuhan pantai seperti pokok bakau turut menjadi salah satu kaedah untuk mengukuhkan pantai dan mengurangkan hakisan. Sehingga 15 September 2023, seluas 3,300 hektar kawasan pesisiran pantai di seluruh negara telah ditanam dengan lebih tujuh juta pokok bakau dan spesies-spesies pantai yang sesuai.

Dan ini dipanggil green infrastructure. Kalau untuk negeri Selangor sahaja, ia meliputi hampir 210 hektar dan lebih 500,000 pokok.

Bagi mengurangkan risiko hakisan pantai di daerah Kuala Langat, Selangor, kementerian menerusi JPS sedang melaksanakan projek membina dan menaik taraf benteng pantai dan kawalan hakisan bagi fenomena air pasang besar di Pantai Cunang dan Pantai Tanjung Sepat di bawah peruntukan RMKe-12. Projek ini dijangka ditender pada Oktober 2023 dan kerja fizikal dijangka bermula pada awal tahun 2024.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Kuala Langat.

final • 11:00 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih di atas inisiatif projek yang akan dimulakan terutamanya di Kuala Langat, Pantai Cunang.

final • 11:00 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih juga projek naik taraf dan juga melibatkan benteng pemecah ombak di pantai Morib yang melibatkan kos RM47 juta begitu. Cuma saya juga hendak tahu apakah status projek mengatasi masalah fenomena air pasang besar dan juga hakisan pantai pelbagai negeri khususnya di Pantai Barat Semenanjung Malaysia melibatkan 25 projek yang telah pun diluluskan di bawah Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-11, RMKe-11 dengan kos berjumlah RM200 juta.

Seperti mana yang disebutkan oleh Menteri juga saya hendak dapat maklumat status ROI daripada program-program penanaman pokok bakau yang mana saya kira tidak 100 peratus pokok bakau itu akan hidup tetapi saya kira ada satu pemantauan supaya akhirnya pemecah ombak secara semula jadi ini dapat berlaku dengan baik.

Ketiga, saya hendak dapatkan juga mungkin sebenarnya soalan saya itu ada teknik-teknik yang baharu. Tadi saya ingat ban-ban yang kita bina ini adalah gunakan tanah tetapi mungkin sudah tiba masanya menggunakan gegelung dan sebaginya supaya ia lebih stabil daripada sudut mengawal hakisan itu sendiri. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

final • 11:10 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih, Yang Berhormat. Pertama sekali projek mengatasi masalah fenomena air pasang besar dan hakisan pantai pelbagai negeri ini telah diluluskan di bawah RP3 RMKe-11 dengan kos RM200 juta dan sebagaimana yang dimaklumkan ia dilaksanakan di lapan buah negeri di Pantai Barat Semenanjung melibatkan 26 projek.

Jadi, kalau secara spesifik di kawasan Yang Berhormat, JPS akan melaksanakan kerja-kerja membina dan menaiktarafkan benteng pantai dan kawalan hakisan bagi fenomena air pasang besar di Pantai Kelanang, Pantai Morib, Pantai Chunang, Pantai Tanjung Sepat dan Pantai Pulau Carey. Anggaran kos ialah sebanyak RM47.7 juta di bawah peruntukan RMKe-12 bagi projek fenomena air pasang besar dan ia dalam proses pra pembinaan dan skop utama projek ini adalah untuk membina dan menaik taraf bentang pantai.

Sasaran projek ini ialah untuk memastikan perlindungan kepada 55,000 orang penduduk di Pantai Barat Semenanjung di kawasan Kuala Langat daripada risiko banjir pantai dan juga limpahan air masin dan ini adalah sebahagian usaha berterusan yang dilakukan oleh kerajaan untuk menjaga dan melindungi Pantai Barat Semenanjung.

Selain daripada perkara tersebut, sebagaimana yang disebut tentang solution semula jadi dan sebaginya. Antara langkah yang diambil juga oleh pihak kerajaan ialah Integrated Shoreline Management Plan (ISMP) dengan izin dan ia adalah tindakan jangka panjang bukan struktur dan ia digubal secara lebih spesifik dan mengambil kira faktor- faktor tempatan di pesisir pantai berkenaan dan ia berpunca untuk mengawal hakisan pantai secara lestari dan juga mengurangkan risiko banjir pantai.

Tentang ROI yang diperoleh yang itu mungkin saya akan bagi secara spesifik kepada Yang Berhormat tetapi memang pendekatan yang kita ambil untuk menggunakan green infrastructure ini diambil selepas tsunami di Acheh yang mana kita dapati kawasan- kawasan yang ada hutan paya bakau ini lebih terlindung dan kerosakannya jauh lebih kecil berbanding dengan kawasan-kawasan yang asalnya hutan paya bakau yang telah ditebang ataupun dibersihkan. Ini menjadi pendekatan yang kita ambil untuk memastikan kita dapat menyelamatkan tebing-tebing pantai kita daripada hakisan.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya teruskan dengan Tuan Mohd Sany bin Hamzah, Hulu Langat.

final • 11:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hamzan, Tan Sri.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Hamzan.

final • 11:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Semalam TPM pun silap. Hari ini pun silap. Tidak apa, hari silap sedunia. Soalan saya nombor enam tetapi nombor enam itu minggu depan. Hari ini soalan saya nombor lima.

final • 11:10 AM

5. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan adakah kementerian berhasrat untuk membina lebih banyak lagi pusat-pusat pendidikan teknik dan vokasional khusus untuk para pelajar OKU selepas mereka tamat di peringkat sekolah menengah.

[Pembesar suara tidak berfungsi]

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Minta tolong pakaikan sebelah mic itu. Minta maaf Menteri, ya. Ada technical issues ini.

final • 11:10 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Datuk Speaker, komputer saya pun ada masalah.

Kepong.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat yang namanya Tuan Mohd Sany bin Hamzan.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman ahli Yang Berhormat tanggungjawab untuk menyediakan pendidikan bagi pelajar OKU yang telah tamat pengajian di peringkat sekolah menengah melibatkan beberapa kementerian dan agensi.

Dalam skop Kementerian Pendidikan Tinggi, KPT melalui politeknik dan kolej komuniti menawarkan sebanyak 13 program yang dikhususkan bagi kumpulan OKU di peringkat sijil. Lima program yang ditawarkan di politeknik melibatkan golongan kurang upaya pendengaran dan pertuturan. Manakala, lapan program ditawarkan di kolej komuniti melibatkan golongan yang mempunyai masalah pembelajaran dan juga golongan kurang upaya pendengaran dan pertuturan.

Bilangan pelajar OKU yang sedang mengikuti pengajian di politeknik adalah seramai 96 orang dan kolej komuniti seramai 264 orang. Selain daripada itu, untuk makluman Yang Berhormat, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi kini sebenarnya turut kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk meneliti keperluan meningkatkan kapasiti program TVET bagi OKU di politeknik dan kolej komuniti. Ini turut dilakukan dengan mengambil kira kesediaan ruang, tenaga pengajar serta kelangsungan hidup mereka setelah tamat pengajian. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Hulu Langat.

final • 11:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, apakah ada apa-apa bantuan yang dapat diberikan oleh pihak kerajaan khususnya untuk para pelajar OKU di politeknik dan di kolej komuniti?

Terima kasih, Tan Sri Speaker.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

final • 11:10 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Langat.

Di bawah Program Pendidikan Khas (JPPKK) melalui bahagian biasiswa, KPT telah menyediakan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) dan Program Pendidikan Khas (PPK) kepada pelajar OKU di politeknik dan kolej komuniti. Tempoh tajaan ini adalah tertakluk kepada surat tawaran asal institusi pengajian dan tidak melebihi tempoh maksimum pengajian seperti berikut:

(i) tahap Sijil, dua tahun, had pembiayaan RM5,000 sehingga RM10,000;

(ii) diploma, tiga tahun, had pembiayaan RM5,000 sehingga RM15,000; dan

(iii) sarjana muda, empat tahun, had pembiayaan RM5,000 sehingga RM20,000.

final • 11:10 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Sehingga Jun 2023 terdapat seramai 96 pelajar OKU di politeknik dan 264 di kolej komuniti yang sedang mengikuti pengajian di bawah program bagi pelajar khas. Terima kasih, Tan Sri.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Padang Besar.

final • 11:10 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Merujuk kepada Berita Harian pada laporan Berita Harian 6 September 2023, “Permudahkan syarat OKU sertai TVET. Membantu golongan istimewa ubah kehidupan”. Soalan saya mungkin sama dengan kekanda saya tadi daripada Indera Mahkota.

Apakah status kajian semula syarat untuk kelayakan untuk lebih mesra OKU? Apakah inisiatif yang kerajaan akan buat untuk kebolehpasaran lepasan-lepasan daripada golongan OKU? Insya-Allah itu sahaja.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Menteri.

final • 11:10 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Terima kasih, Yang Berhormat yang bertanya soalan berhubung dengan pengambilan pelajar tadi. Pelajar OKU, kan? Ulang balik, boleh?

final • 11:10 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Syarat kelayakan. Kajian semula yang dibuat sebab sebelum ini ada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada sebut...

final • 11:10 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Baik, baik. Saya....

final • 11:10 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Okey.

final • 11:10 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Syarat kemasukan pelajar OKU dalam menyertai program TVET di politeknik dan kolej komuniti adalah terbuka dan memenuhi syarat umum serta syarat khas mengikut jenis program pengajian.

final • 11:10 AM

Dato' Mohammad Yusof bin Apdal

Justeru, jika calon pelajar layak untuk mohon program arus perdana dengan syarat calon tersebut berkeupayaan menjalankan kerja-kerja atau latihan amali. Walau bagaimanapun, bagi memastikan fasiliti kursus tambahan bagi kemudahan pelajar OKU, peruntukan khas adalah amat diperlukan bagi kita menaik taraf fasiliti dan kemudahan pembelajaran OKU pelajar dapat disediakan.

Kementerian Pendidikan Tinggi dari masa ke semasa bersedia menerima sebarang cadangan penambahbaikan dan membuat kajian bagi menambah baik syarat kemasukan pelajar OKU ke IPT di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Terima kasih Tan Sri.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Datuk Idris bin Ahmad, Bagan Serai.

final • 11:20 AM

6. Datuk Idris bin Ahmad [Bagan Serai] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah proaktif pihak kementerian dalam meningkatkan penempatan pekerjaan bagi rakyat Malaysia sepanjang tahun bermula Januari sehingga September 2023.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai, Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia, berdasarkan statistik PERKESO mulai Januari hingga 30 September 2023, seramai 163,392 individu pencari kerja telah mendapat penempatan pekerjaan.

Tenaga sumber manusia melalui PERKESO telah mengambil langkah-langkah proaktif dalam meningkatkan penempatan pekerjaan bagi rakyat Malaysia dengan pertama, menyediakan platform pencarian pekerjaan dalam portal MyFutureJobs bagi membuat padanan pekerjaan dengan izin, job matching berdasarkan kelayakan, kemahiran, pengalaman, gaji dan lain-lain mengikut keperluan majikan. Dalam tempoh

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

yang sama, sebanyak 152,385 kekosongan jawatan aktif diiklankan di dalam portal MyFutureJobs sekarang ini.

Kedua, kita menganjurkan Program Jelajah Madani bersama Menteri Sumber Manusia yang diadakan di Taman Sentosa, Klang pada 8 September 2023 dan dianggarkan seramai 300 pencari kerja telah menghadiri sesi temu duga ini. Daripada jumlah tersebut, 105 pencari kerja telah berjaya ke proses tapisan kedua. Manakala, Program Jelajah Madani siri kedua yang diadakan pada 7 Oktober 2023 di Pulau Sebang, Melaka, seramai 397 pencari kerja telah menghadiri temu duga ini dan dari jumlah tersebut 209 orang lagi melalui proses tapisan kedua.

Ketiga, mempergiatkan usaha mengadakan karnival kerjaya di seluruh negara bertujuan membantu majikan dalam memenuhi kekosongan jawatan yang ditawarkan dan mulai Januari hingga 28 September 2023, sebanyak 3,068 program karnival kerjaya berskala besar dan kecil telah dilaksanakan di seluruh negara termasuk di negeri Perak seperti di Bagan Datuk dan Tapah yang melibatkan seramai 176,797 orang pencari kerja.

Keempat, menjalin kerjasama strategik bersama agensi dan kementerian dengan penubuhan pusat satelit MyFuturejobs bagi membantu golongan pencari kerja yang berada di kawasan pedalaman khususnya mendapatkan perkhidmatan penempatan pekerjaan. Selain itu, pusat ini juga berfungsi untuk memudahkan masyarakat luar bandar mendapatkan perkhidmatan seperti penggunaan komputer, capaian internet yang lebih stabil dan kemudahan tempat yang lebih selesa.

Setakat 30 September 2023, sebanyak 293 pusat satelit MyFutureJobs ditubuhkan di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut sebanyak 24 pusat satelit di MyFutureJobs di negeri Perak seperti di Kolej Komuniti Bagan Serai, Pusat Ekonomi Digital Bagan Serai dan Pusat Komuniti Desa Bagan Tiang.

Selain itu, di bawah Akta Sistem Insurans 2017, Akta 800 pula turut menyediakan faedah perkhidmatan pekerjaan bagi membantu orang berinsurans yang kehilangan pekerjaan melalui kaunseling kerjaya, sokongan penempatan individu yang kehilangan pekerjaan, pencarian pekerjaan, padanan dan penempatan pekerjaan, program kebolehpasaran dan latihan vokasional. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Bagan Serai.

final • 11:20 AM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Terima kasih kepada Tan Sri Speaker.

Terima kasih kepada Menteri. Berdasarkan laporan daripada PERKESO, peluang pekerjaan yang terdapat di seluruh Malaysia daripada Januari hingga Julai 2023 adalah 1.33 juta dan penempatan pekerjaan hanyalah 122,226. Ertinya lebih kurang 9.1 peratus sahaja.

Persoalan saya ialah apakah langkah yang diambil oleh negara kita bagi memastikan negara kita bergerak ke arah negara yang mempunyai rakyat yang berpendapatan tinggi dengan mengurangkan kebergantungan kita dengan pekerja- pekerja asing?

Namun, realiti yang kita dapat lihat di bawah kementerian seolah-olah kita masih lagi untuk mengguna atau mengembalikan jumlah bilangan pekerja asing di negara kita ini sama sepertimana sebelum COVID-19. Persoalan saya ialah apakah pelan jangka masa pendek dan sederhana pihak kementerian dalam memastikan negara kita masih di landasan dan sasaran negara berpendapatan tinggi? Terima kasih Tan Sri Speaker.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat. Untuk isu pekerja asing ini, memang dari segi polisi kita akan kekalkan kepada 15 peratus sahaja daripada tenaga kerja kita di negara ini.

Takkan melebihi itu. Untuk memastikan bahawa kita dapat melahirkan bakat-bakat baru terutama dalam segi menghadapi negara yang akan menjadi berpendapatan tinggi dan berteknologi tinggi ini, kita di dalam Majlis TVET Negara seperti yang telah diumumkan sebelum ini, kita mencadangkan agar Dasar TVET Negara akan dibuat di bawah– dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri I, Yang Amat Berhormat Dato’ Ahmad Zahid Hamidi. Ini antara langkah-langkah yang kita akan buat supaya memastikan

final • 11:20 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

bahawa bakat-bakat tempatan kita akan dapat lahirkan berdasarkan Dasar TVET Negara ini. Insya-Allah. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Tampin.

final • 11:20 AM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana berjaya mengekalkan trend penurunan bagi kadar pengangguran negara dengan catatan 3.5 peratus pada suku pertama 2023 berbanding 3.6 peratus pada suku tahun keempat 2022.

Data daripada portal MyFutureJobs juga telah menunjukkan sebanyak 455,350 pencari pekerjaan seluruh negara telah berjaya ditempatkan dalam pelbagai sektor daripada tempoh 2022 hingga September 2023. Mengambil kira perkembangan teknologi pada masa ini, apakah bidang-bidang pekerjaan baru yang bakal mendapat permintaan tinggi daripada pihak majikan untuk disesuaikan dengan pendidikan pada hari ini?

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Tan Sri Yang di-Pertua, sekarang ini yang kita buat ialah kita kena pastikan supaya pekerjaan yang ada ini berpadanan dengan keperluan industri. Itulah makanya kita dalam Majlis TVET Negara merangka kolaborasi dengan semua pihak industri dan juga majikan supaya kita akan pastikan bahawa peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan nanti kita akan dapat isi sebaik mungkin.

Jadi, ini juga yang saya sebut berkaitan dengan Dasar TVET Negara nanti, kita akan pastikan bahawa teknologi-teknologi baharu seperti electric vehicle, teknologi hidrogen yang melibatkan juga nadir bumi dan ini adalah perkara-perkara yang kita akan pastikan kita akan menyediakan bakat tempatan kita bersesuaian dengan industri berteknologi tinggi ini seperti juga artificial intelligence dan yang berkaitan. So, itu yang akan kita buat insya-Allah. Okey. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Dato Henry Sum Agong, Lawas.

final • 11:20 AM

7. Dato Henry Sum Agong [Lawas] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah bantuan yang diberikan kepada petani, penternak dan pesawah di kawasan pedalaman Sarawak.

final • 11:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan terus aktif melaksanakan program pembangunan dalam sektor agromakanan bagi membantu petani, penternak serta pesawah terutamanya di kawasan pedalaman negeri Sarawak.

Bagi 2023, di bawah Rolling Plan Ketiga RMKe-12, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM21.5 juta bagi pelaksanaan pelbagai program pertanian di negeri Sarawak yang melibatkan seramai lebih 1,000 orang petani yang menerima manfaat hasil pelaksanaan program-program tersebut. Di antara projek yang dilaksanakan, Program Pembangunan Industri Buah-buahan di pelbagai daerah di Sarawak, Libau, Lundu, Samarahan, Serian, Siburan, Saratok, Sibu, Selangau, Daro, Subis dan Lawas.

final • 11:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Program pembangunan tanaman sayuran dan kontan di pelbagai daerah di Sarawak di antaranya Samarahan, Asa Jaya, Simunjan, Gedong, Sri Aman, Pantu, Sarikei, Kapit, Limbang dan Lawas.

Yang ketiga, program pembangunan industri kelapa di pelbagai daerah di Sarawak iaitu di Samarahan, Asa Jaya, Simunjan, Serian, Saratok, Sarikei, Sibu, Selangau, Kanowit, Bintulu, Miri dan Marudi.

Program pembangunan industri kopi di pelbagai daerah di Sarawak iaitu di Bau, Pantau, Saratok dan Meradong. Program pembangunan DUN industri aquaculture di

final • 11:30 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Lubok Antu dan Lawas. Pembangunan infrastruktur ladang di Selangau dan Kanowit, Sarawak. Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Kuching, Bau, Pandawan, Sibuti dan Limbang.

Manakala bagi pesawah sebanyak dua projek pembangunan dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM3 juta serta memberi manfaat kepada 19,000 orang pesawah. Projek pembangunan padi di Tanjung Purun, Lundu. Yang kedua, pembangunan industri padi dan beras di Serian, Sri Aman dan Bario.

Bagi industri ternakan sebanyak empat projek dilaksanakan di negeri Sarawak dengan peruntukan RM12 juta. Ini telah memberikan manfaat kepada 1345 orang penternak. Senarai projek adalah seperti berikut; iaitu pembangunan industri ternakan lembu di Sarawak, pembangunan industri ternakan kambing di Sarawak, pembangunan industri ternakan kerbau dan stesen ternakan kerbau Maragang, Lawas. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Lawas.

final • 11:30 AM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang memberi ucapan yang begitu jelas sekali.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Pertanian di atas usaha berterusan membantu rakyat khususnya dalam bidang pertanian. Dalam suasana sekarang Yang Berhormat Menteri, di mana negara menghadapi masalah, khususnya bekalan beras. Adakah kementerian bercadang untuk menggalakkan perluasan sawah padi kerana setakat ini kita tak mencukupi, bukan?

Jadi peluasan padi oleh petani-petani khususnya di kawasan pedalaman dan memberi bantuan kewangan bertujuan tidak lain tidak bukan untuk meningkatkan hasil padi. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Amat setuju. Memang kita tahu yang saya sebut soal sekuriti makanan misalnya pergantungan beras kita bergantung banyak kepada Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak dan sebahagian di Seberang Perai.

Selalunya bila banjir berlaku secara besar-besaran, ia boleh merosakkan ataupun mengurangkan hasil. Selalunya banjir berlaku di sebelah utara dan Pantai Timur ini di sekitar bulan Disember dan Januari. Oleh itu, kita mesti dalam jangka panjang, kita mesti membina sekuriti makanan kita terutama beras di Sabah dan Sarawak.

Oleh itu, kita kena bincang secara serius supaya Sabah dan Sarawak ini akan dipertingkatkan perluasan penanaman padi. Kita memohon sama ada bajet ini kalau tak sempat, apa-apa peruntukan pada masa akan datang untuk membuat sistem perairan yang lebih baik supaya Sabah dan Sarawak dapat mempertingkatkan pengeluaran padi pada masa yang akan datang. Ini harapan kita bersama, saya harap wakil-wakil rakyat di sana akan bersama dengan kementerian untuk menjayakan program ini. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerlun.

final • 11:30 AM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Puan Yang di-Pertua, soalan ini berkait dengan isu di Sarawak tapi persoalan berkaitan dengan pertanian juga boleh dikaitkan di Semenanjung Malaysia. Dan saya tertarik isu yang dibangkitkan...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan, pasal sudah...

final • 11:30 AM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

...Berkaitan dengan bekalan beras. Baik.

Bantuan input pertanian dan subsidi padi telah pun diberikan oleh kerajaan tetapi masih berada pada tahap yang tidak memuaskan kepada para petani. Harga padi pula tak seimbang antara pengilang, ada tinggi ada rendah. Sekarang ni, ketiadaan beras tempatan yang sedang dipercakapkan oleh ramai pihak.

Soal sekarang untuk kita memastikan beras tempatan itu berada di pasaran, peningkatan hasil padi perlu diberi perhatian. Jadi, soalan tambahan saya. Pertama, ke

final • 11:30 AM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

arah meningkatkan hasil padi, adakah terdapat varieti terkini yang dihasilkan oleh MARDI untuk menghasilkan beras putih tempatan yang berkualiti setanding dengan negara- negara pengeluar beras ASEAN seperti Thailand, Vietnam dan sebagainya.

Kedua, ke arah meningkatkan hasil padi, aspek serangan makhluk perosak perlu diberikan perhatian. Adakah MARDI juga membuat penyelidikan terkini untuk mewujudkan suatu baka yang boleh mengatasi makhluk perosak terhadap penanaman padi? Dan yang ketiga, Yang Berhormat Menteri telah mengumumkan hasrat tanaman padi di kawasan MADA sebanyak lima kali dua tahun. Apakah varieti yang sesuai untuk memenuhi kehendak tersebut supaya petani dapat meningkatkan hasil pertanian mereka? Sekian.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Soalan ini tak dak kena mengena dengan soalan asal, jadi saya tak jawablah. Cuma hal yang MARDI itu, benih padi baru saya akan jawab secara bertulis.

final • 11:30 AM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Okey, terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Soal padi kena jawablah.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah, Rompin.

final • 11:30 AM

8. Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah [Rompin] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan adakah pihak kementerian mempunyai perancangan jangka panjang dalam membangunkan tempat-tempat tertentu yang strategik dari segi pelancongan terutama di Pantai Timur khususnya di negeri Pahang Darul Makmur.

final • 11:30 AM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya memohon supaya Ahli Yang Berhormat dapat berbincang terlebih dahulu dengan Kerajaan Negeri Pahang melalui Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang untuk memastikan destinasi pelancongan yang dicadangkan adalah disokong dan seiring dengan keutamaan Kerajaan Negeri Pahang, termasuklah perancangan jangka panjang dalam membangunkan tempat tertentu yang strategi dari segi pelancongan terutama di Pantai Timur. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bersedia untuk memberi kerjasama dan akan sentiasa menyokong Kerajaan Negeri Pahang pada bila-bila masa. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Rompin.

final • 11:30 AM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita tahu bahawa musim tengkujuh di negeri-negeri Pantai Timur bermula pada Oktober dan dijangka berakhir pada Februari tahun berikutnya. Ianya sudah pasti menjejaskan kedatangan pelancong ke pulau-pulau di sekitar negeri sebelah Pantai Timur, termasuk juga kawasan saya iaitu Pulau Tioman.

Soalan saya, apakah bantuan langsung dan tidak langsung kerajaan kepada pengusaha hotel, chalet dan juga resort di pulau-pulau peranginan sekitar Pantai Timur yang dilaporkan akan menghentikan operasi mereka pada pertengahan Oktober ini berikutan musim tengkujuh demi keselamatan pengunjung. Saya juga suka menjemput Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri untuk mengunjungi Pulau Tioman, terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Macam tadi saya kata kalau apa-apa cadangan ada rancangan daripada Yang Berhormat, kita kalau boleh nak bantu saya membincangkan kepada Kerajaan Negeri Pahang.

Saya bagi maklumat tambahan. Kawasan Parlimen Rompin antara termasuk dalam kluster Tioman, Rompin atau yang mempunyai banyak produk ekopelancongan yang telah dikenal pasti seperti Taman Negeri Endau-Rompin, Taman Eko Rimba, Hutan Lipur Sungai Sedim dan Pulau Tioman.

final • 11:30 AM

Dato Sri Tiong King Sing

Pelbagai aktiviti pelancong juga boleh dipromosikan seperti memancing, kembara hutan, menjala hidup...

[Tidak jelas] dan sebagainya. MOTAC menerusi Program Pengalaman Homestay Malaysia telah mendatarkan dan membangunkan seramai lapan pengusaha homestay di Kampung Libang. Untuk Rompin, sehingga Julai 2023 program ini telah berjaya menarik lebih 82,300 pelancong dan menjangka dapat melebih RM5.68 juta di seluruh negeri Pahang. Kementerian ini sentiasa menyokong usaha mewujudkan homestays bagi memeriahkan industri pelancongan di Pahang termasuk oleh penduduk yang tinggi di kawasan-kawasan yang potensi menjadi tumpuan pelancong.

Dari aspek pembangunan pula, dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas hingga Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), Kerajaan Persekutuan melalui MOTAC telah meluluskan sebanyak RM22.788,500 juta kepada negeri Pahang bagi melaksanakan 50 projek pembangunan dan penyelenggaraan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM9.223,500 juta telah diperuntukkan bagi pembiayaan 11 projek di Pulau Tioman. Sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kepong.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih. Adakah kerajaan akan membenarkan visa on arrival (VOA) bagi pelancong-pelancong daripada negara China dan negara India? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Dato Sri Tiong King Sing

Ini kongkalikung punya. Mana ada masuk soalan asal tapi tak apa saya jawab sikit. Memang kita ada, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada minta Kementerian Dalam Negeri usahakan perkara tersebut. So insyaAllah-lah harap masa terdekat kita boleh selesai.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Parit Sulong.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Soalan saya soalan nombor sembilan.

final • 11:40 AM

9. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Ekonomi menyatakan apakah langkah yang diambil oleh kerajaan dalam mendepani situasi ekonomi yang tidak menentu di peringkat global khususnya risiko daripada pertumbuhan ekonomi China yang perlahan serta apakah dasar yang kini direncana bagi mengawal impak kemelesetan ekonomi di peringkat global tersebut.

final • 11:40 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Parit Sulong dan terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Ekonomi negara kini berada di landasan yang baik dengan keluaran dalam negara kasar ataupun KDNK telah mencatatkan pertumbuhan positif dalam dua tahun pertama RMKe-12 berkembang pada kadar sebanyak 5.9 peratus setahun. Prestasi ini menunjukkan pemulihan ekonomi dan peningkatan daya tahan negara.

Walau bagaimanapun, seperti yang disebut oleh Parit Sulong, perkembangan luaran berisiko untuk mencetuskan kelembapan ekonomi global bagi tempoh 2023 hingga 2025 dan dijangka memberi kesan kepada pertumbuhan negara serta memerlukan pendekatan menyeluruh daripada pelbagai aspek bagi mendepani cabaran tersebut.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada bulan Julai 2023 telah mengunjurkan pertumbuhan ekonomi dunia berkembang perlahan sebanyak tiga peratus dan perdagangan hanya sebanyak dua peratus pada tahun 2023. China sebagai antara negara terbesar dalam ekonomi global mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap pelbagai aspek dalam landskap ekonomi Malaysia. China juga merupakan rakan dagang terbesar Malaysia selama 15 tahun iaitu sejak tahun 2009 dan kekal sehingga kini.

final • 11:40 AM

Menteri Ekonomi - Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Pada masa yang sama, Malaysia turut menjadi antara 10 rakan dagang terbesar China iaitu 3.3 peratus dari jumlah perdagangan China pada tahun 2022. Dari sudut pelaburan, China telah melabur sebanyak 3.6 bilion dolar di Malaysia pada tahun 2022 dan bila kita tambah lagi dengan pelbagai konflik yang kini sedang berlaku, ia sudah tentu akan ada kesan kepada prestasi semasa ekonomi negara yang merupakan antara negara yang mengamalkan ekonomi terbuka.

Oleh itu Puan Yang di-Pertua, mengambil kira cabaran global sebegini, ketahanan dan kemapanan ekonomi negara perlu ditingkatkan terutamanya dalam aspek-aspek berikut:

(i) meningkatkan profil negara sebagai destinasi pelaburan utama serantau untuk menarik pelaburan-pelaburan baru daripada pelabur antarabangsa dan juga pelabur dalam negara;

(ii) untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara untuk meyakinkan pelabur-pelabur bahawa kerajaan berkemampuan untuk terus menyediakan peruntukan pelaburan yang besar dalam sektor-sektor ekonomi strategik; dan

(iii) memperbaiki reputasi tata kelola dan memudah cara perniagaan dengan izin ease of doing business untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaan baru di Malaysia.

Oleh itu, beberapa pendekatan dan keutamaan baru telah dikenal pasti dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas. Kerajaan juga telah meluncurkan Pelan Induk Perindustrian Baru 2030 bagi memacu transformasi perindustrian sekali gus meningkatkan daya saing negara dan pasaran global.

Sehubungan itu, dalam mencapai sasaran-sasaran yang telah digariskan ini, usaha akan dipertingkatkan untuk mempercepatkan reformasi struktur ekonomi, memperkukuhkan perdagangan luar dalam rantaian bekalan global, mengoptimumkan potensi ekonomi wilayah dan negeri serta menguruskan inflasi.

Saya pasti Dewan sudah sedia maklum dalam perancangan kerajaan ada 17 anjakan-anjakan besar dan ini termasuklah juga mengenal pasti lima industri yang mempunyai pertumbuhan dan nilai yang tinggi iaitu HGHV.

Jadi, saya atas kesuntukan masa, saya pasti Parit Sulong ada soalan tambahan.

Jadi lebih baik kita beri laluan kepada Parit Sulong. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Parit Sulong.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang telah diberikan terutamanya apabila Yang Berhormat Menteri ada mengatakan mengenai pengukuhan kedudukan fiskal negara dan juga meningkatkan profil negara. Walau bagaimanapun, penganalisa ekonomi melihat dominasi China sebagai hab pembuatan semakin berkurang. Mungkin disebabkan kenaikan kos, populasi yang menua dan sebagainya.

Jadi soalan tambahan saya adalah sejauh manakah kemelesetan hab pembuatan China ini memberi impak kepada sektor perusahaan mikro kecil dan sederhana di negara ini? Seterusnya bagaimanakah kerajaan bercadang untuk mengurangkan impak ini bagi memastikan salah satu misi di bawah tumpuan raise the ceiling Ekonomi Madani iaitu sebagai jaguh PMKS serantau dapat dicapai mengikut sasaran? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Parit Sulong. Jadi sebenarnya ada dua soalan yang walaupun nampak berkait tetapi dia agak berbeza ya. Pertama soal impak yang berlaku di China sebagai hab perindustrian dunia kepada Malaysia kerana itu sebenarnya satu peluang yang baik untuk negara kita. Dengan keadaan geopolitik yang sedang berlaku di dunia, banyak pelabur-pelabur dan pemain industri yang membina industri pembuatan di China sebelum ini mengambil jalan untuk mengurangkan risiko keterdedahan mereka kepada risiko geopolitik ini.

Jadi kalau kita memberi tumpuan yang baik, itu akan membolehkan berlakunya peralihan industri pembuatan yang kini banyak di China untuk mula melihat kepada

final • 11:40 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

negara-negara lain. Kita telah lihat ia berlaku untuk Vietnam contohnya. Sebab itu kita berharap dengan dasar yang baik, itu akan dapat menarik lebih ramai lagi industri untuk datang ke Malaysia dan beralih daripada China ke Malaysia.

Soal PMKS itu agak berlainan pada pandangan saya kerana PMKS kita 79 peratusnya adalah bersifat mikro. Mikro ini lima pekerja dan perolehan yang kurang daripada RM300,000 setahun. Kebanyakan mereka adalah terlibat di dalam perindustrian makanan. Jadi sementara kesan yang berlaku di China itu tidak sangat memberi kesan kepada mereka tetapi kita perlu mencari jalan untuk memastikan perindustrian- perindustrian kecil dan mikro ini dapat diskalakan supaya mereka mula meneroka aktiviti- aktiviti yang boleh menjadi dengan izin Puan Yang di-Pertua feeder kepada industri SME.

final • 11:40 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Selalunya bila kita sebut SME kita ingat perkilangan, pembuatan tetapi sebenarnya mikro di Malaysia ini majoritinya adalah dalam F&B dan menjadi keutamaan kita untuk menskalakan mereka supaya lebih ramai yang mengambil peluang sama ada untuk bergabung, mencari kemahiran baharu supaya mereka mendapat peluang untuk menceburi di dalam industri-industri yang lain di luar F&B.

Itu adalah sebahagian daripada perancangan kerajaan dan sebahagian daripada perkara yang kami lihat di KUSKOP, di Kementerian Ekonomi dan kementerian- kementerian lain ialah bagaimana untuk kita menskalakan yang 79 peratus daripada perindustrian mikro di negara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Bachok.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita bercakap tentang permintaan global pastinya ada kesanlah kepada eksport negara. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri apakah pendekatan kerajaan bagi memastikan eksport negara kekal kompetitif dan dapat terus ditingkatkan?

Mengambil kira trend penurunan eksport negara dan termasuklah Purchasing Managers Index (PMI) yang merosot sejak Januari 2023, serta pertumbuhan perlahan negara-negara dagang utama disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Sebagai sebuah negara dagang yang sebahagian hasil kita adalah eksport, maka kita tidak akan lari daripada turun naik ekonomi dunia.

Memang menjadi lazim apabila ada kelembapan dalam ekonomi dunia maka permintaan itu akan menurun dan maka akan dikesan kepada industri kita. Ada dua perkara yang pada pandangan saya perlu diberi perhatian khusus oleh negara baik yang membuat dasar di peringkat kerajaan dan juga industri-industri.

Pertama, selalunya satu kitaran yang lembap ini akan menyebabkan ada industri yang tidak boleh bersaing kerana bila pembelian daripada negara luar itu berkurang mereka ada kos maka mereka tidak boleh terus dalam perniagaan. Jadi sebab itu perkara- perkara yang sebelum ini adalah masalah struktur dalam perniagaan perlu juga diselesaikan oleh pemain-pemain industri kita yang berdagang di antarabangsa.

Ini termasuklah contohnya, pematuhan kepada keperluan-keperluan yang sebelum ini mungkin kita tidak beri titik berat. Contohnya, pematuhan hijau. Contohnya dalam tempoh terdekat ini Kesatuan Eropah dan juga Amerika Syarikat akan mula melaksanakan pematuhan kepada apa yang dipanggil sebagai carbon border adjustment mechanism (CBAM) yang meletakkan kos tambahan.

Kalau pengeksport-pengeksport contohnya daripada Malaysia tidak mematuhi beberapa peraturan-peraturan khusus. Jadi, sebab itu untuk menjawab yang ditanya oleh Bachok sebab itu sementara kita melalui proses kelembapan ini adalah sangat penting kita menggunakan peluang ini untuk negara dan juga industri-industri kita memastikan barangan kita itu memenuhi seberapa banyak kehendak-kehendak daripada rakan dagang kita.

final • 11:50 AM

Tuan Mohd Rafizi bin Ramli

Sebab itu kerajaan meletakkan dasar peralihan tenaga sebagai dasar yang sangat penting kerana sementara di negara kita mungkin ia dilihat semata-mata soal solar tetapi itu adalah komponen yang penting untuk memastikan daya saing yang berterusan untuk industri pembuatan kita yang berdagang dengan antarabangsa.

Dan saya pasti apabila ekonomi dunia mula tumbuh balik dan mula rancak kembali dalam tempoh satu, dua tahun peluang yang kita ambil ini untuk kita mengemaskan pematuhan kita kepada peraturan-peraturan antarabangsa. Ini akan meletakkan kita lebih baik berbanding dengan pesaing-pesaing kita dan bila itu berlaku sudah tentu Malaysia akan menjadi negara yang mendapat manfaat yang lebih banyak daripada pesaing-pesaing kita di rantau ini. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin Tangga Batu.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Dari Sungai Udang ke Balik Buluh, Soalan saya nombor sepuluh.

final • 11:50 AM

10. Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [Tangga Batu] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan kemajuan yang telah dicapai serta tindakan yang telah dibuat bagi menggalakkan dan mempertingkatkan pengeluaran kopi negara di mana dalam RMK12 sebanyak RM4.5 juta telah diperuntukkan untuk industri tanaman kopi.

final • 11:50 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Jabatan Pertanian Malaysia memberi tumpuan kepada pembangunan industri kopi melalui projek pembangunan industri kopi di bawah RMKe-12 dengan peruntukan RM4.5 juta.

Projek ini menyasarkan pembangunan tanaman kopi seluas 300 ekar melibatkan 270 orang petani sepanjang tempoh lima tahun bermula 2021 hingga 2025. Di bawah projek ini petani yang menanam kopi diberi insentif dalam bentuk in-kind seperti:

(i) pembangunan naik taraf dan penyediaan infrastruktur;

(ii) input pertanian iaitu baja, racun, anak benih kopi; dan

(iii) fasiliti pengendalian lepas tuai; dan

(iv) kelengkapan kawalan perosak penyakit.

Bagi meningkatkan pengeluaran dan produktiviti kopi, KPKM melalui DOA telah menjalankan pelbagai program untuk pembangunan kawasan kopi seperti:

(i) penanaman semula pokok-pokok yang telah tua dan tidak lagi produktif dengan bererti kopi yang berhasil tinggi seperti MKL 5, MKL 6, MKL 7;

(ii) pemulihan kebun kopi terbiar tetapi masih produktif bagi meningkatkan hasil; dan

(iii) menggalakkan aktiviti integrasi dengan tanaman-tanaman yang bersesuaian.

Bagi tempoh 2021 hingga 2023, seluas 490.9 hektar tanaman kopi telah berjaya dibangunkan dengan peruntukan sebanyak RM2.7 juta yang melibatkan 362 orang petani di mana ia melebihi sasaran yang ditetapkan.

Melalui Program Pembangunan Tanaman Kopi, purata hasil pengeluaran kopi bagi 2021 hingga 2022 yang direkodkan adalah 4,000 tan metrik dijangka mampu mencapai purata pengeluaran 6,849 tan metrik dengan anggaran keluasan 2,283 hektar menjelang 2025 iaitu peningkatan produktiviti dari 1.9 tan kepada tiga tan.

Selain daripada Program Pembangunan Tanaman Kopi, KPKM melalui DOA turut menjalankan aktiviti pengembangan dan sesi libat urus bersama pemain industri kopi dari

final • 11:50 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

masa ke semasa melalui aktiviti seperti kursus tanaman dan pemprosesan kopi, seminar dan pameran bagi memberi pendedahan dan berkongsi maklumat berkaitan pengurusan tanaman dan industri kopi serta menggalakkan penyertaan petani dalam sektor kopi.

Kawasan Yang Berhormat ada penanaman kopi? Baik, terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sebenarnya bukan apa saya sebenarnya kalau kita melihat mod anak muda hari ini mereka lebih suka kita panggil merewang di kedai-kedai kopi dan sebagainya.

Kalau kita lihat bahawa trend coffee consumption di negara kita sebenarnya telah meningkat dengan begitu tinggi sebanyak 73 percent kalau kita banding pada empat, lima, enam tahun yang lalu.

Kalau kita lihat daripada variety kopi yang ada sebenarnya daripada Arabica, Robusta dan juga Liberica dan kalau kita lihat bahawa di Malaysia sebenarnya kita masih lagi bergantung kepada kopi Liberica yang biasa yang ditanam di Johor dan juga di Sabah tapi apa yang saya hendak tekankan bahawa sebenarnya Nescafe telah ada projek nama dia Kopi Kedah.

Saya pernah terlibat dengan projek kopi di Baling dan dirasmikan oleh Tun M pada tahun 1995. Jadi, pertanyaan saya kalau hari ini kita tanam getah, tak ada penoreh kenapa tidak kementerian melihat bahawa di Kedah sebenarnya ada satu potensi yang besar.

Sebab itu Nescafe telah membukakan pusat pendidikannya di Sik, Kedah untuk mengangkat imej kopi kedah itu sendiri.

Kalau kita lihat bahawa negara kita masih lagi mengimport sekitar 55 percent Kopi Robusta daripada Brazil, Vietnam dan sebagainya. Saya rasa kalau kita fokus kepada Kopi Robusta yang sangat-sangat sesuai di Kedah sebenarnya kita boleh mengurangkan import dan kita boleh menolong sebenarnya petani-petani tempatan khususnya di negeri di Kedah dan juga Johor untuk kopi Liberica-lah.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Saya setuju dengan pandangan Ahli Yang Berhormat. Memang sekarang ini peningkatan kepada kopi itu tiba-tiba meningkat dan kedai-kedai kopi dibuka sekarang ini dalam bentuk yang lebih attract untuk mereka misalnya mengatasi hendak mengatasi tidaklah tetapi bersaing dengan seperti Starbucks, Gloria Jean’s dan sebagainya. Dan saya bila pergi ke Sarawak, saya lihat anak-anak muda banyak terlibat dalam membuka kedai kopi yang dipanggil mesra suasana. Dia orang bawa komputer, bincang dan sebagainya. Saya nampak memang jualannya agak tinggi.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tentang penanaman kopi di Kedah. Memang di Sik dan di Baling itu di antara kawasan yang agak sesuai dengan penanaman kopi, dengan tawaran kepada kopi sekarang meningkat dan kita galakkan mana-mana yang hendak diusahakan dan DOA, kementerian ini, jabatan ini akan memberi kerjasama mengikut spesifik tempat itu. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat. Setiausaha.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:00 PM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2024 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada hari Jumaat,13 Oktober 2023, jam 4.00 petang.

final • 12:00 PM
RANG UNDANG-UNDANG SYARIKAT (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Syarikat 2016; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup [Puan Hajah Fuziah binti Salleh]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

final • 12:00 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG KESATUAN SEKERJA (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Kesatuan Sekerja 1959 - selepas ini disebut sebagai “Akta 262”, merupakan undang-undang buruh utama yang mengawal pergerakan kesatuan-kesatuan sekerja di Malaysia yang secara amnya memperuntukkan tatacara dan proses dari segi pendaftaran, pembatalan dan urus tadbir kesatuan sekerja. Akta 262 dikuatkuasakan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS).

Akta 262 ini dikuatkuasakan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Sebanyak 10 kali pindaan telah dilakukan dan kali yang terakhir ialah pada tahun 2007 selaras dengan perubahan sosioekonomi dan keperluan semasa. Kerajaan sentiasa mengambil inisiatif dalam memperbaharui undang-undang perburuhan bagi menjamin kesejahteraan pekerja dan keharmonian dalam perusahaan.

Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023 ini merupakan antara usaha dalam merealisasikan Pelan Pelaksanaan Dasar Rancangan Malaysia Kedua Belas untuk melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan keahlian dalam kesatuan sekerja ke arah pengukuhan sistem yang menyokong pasaran buruh dan meningkatkan pampasan pekerja.

Baru-baru ini, kerajaan telah mengikhtiarkan gagasan Malaysia MADANI dan menyusul dengan kerangka ekonomi MADANI. Melalui dasar ini, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2023 (NIMP) bagi memacu pertumbuhan sosioekonomi Malaysia dalam tempoh 10 tahun telah dirangka untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara

final • 12:03 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif. Iltizam ini diteruskan dengan memberi perhatian kepada usaha memantapkan lagi pergerakan kesatuan sekerja di negara ini.

Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam menggubal pindaan kepada Akta 262, Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan sesi libat urus yang menyeluruh dengan pihak berkepentingan khususnya majikan, pekerja, kesatuan sekerja, pertubuhan majikan, pertubuhan pekerja dan agensi kerajaan sejak tahun 2014.

Berdasarkan libat urus tersebut, Kementerian Sumber Manusia telah mengambil kira pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh pihak yang berkepentingan dalam menggubal rang undang-undang ini.

Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada sesi sebelum ini, Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023 telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini untuk bacaan kali pertama. Cadangan pindaan ini melibatkan 36 fasal yang merangkumi 30 fasal pindaan, lima fasal baharu dan satu fasal yang dimansuhkan. Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 yang mengandungi cadangan pindaan yang sama telah dibaca dan diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2022.

Walau bagaimanapun, ia tidak diteruskan ke Dewan Negara kerana Parlimen telah dibubarkan pada 10 Oktober 2022. Rang Undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta 262 dengan objektif utama untuk meniadakan sekatan ke atas pembentukan kesatuan sekerja berdasarkan penubuhan tertentu atau persamaan dalam tred, pekerjaan atau industri dan untuk membenarkan kepelbagaian dengan izin, multiplicity kesatuan sekerja dalam mana-mana penubuhan, tred, pekerjaan atau industri.

Ini adalah selaras dengan prinsip kebebasan berpersatuan di mana pekerja dan majikan adalah bebas untuk menubuhkan atau menyertai mana-mana kesatuan sekerja pilihan mereka sendiri. Pindaan Akta 262 ini juga adalah bagi mewujudkan kerangka perundangan yang menyokong penubuhan dan pentadbiran kesatuan sekerja yang matang, progresif dan relevan selain memastikan kualiti perlindungan hak pekerja di Malaysia dengan mengambil kira prinsip-prinsip yang digariskan di bawah standard perburuhan antarabangsa.

Di samping itu, rang undang-undang ini juga bertujuan untuk memudah cara Malaysia dalam merundingkan perjanjian-perjanjian perdagangan dengan izin, trade agreements yang pada ketika ini telah memasukkan artikel berhubung obligasi kepada standard perburuhan antarabangsa sebagai salah satu daripada terma perjanjian.

Sebagai contoh, Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans- Pasifik (CPTPP) memperuntukkan supaya setiap negara anggota menerima pakai dan menambah baik undang-undang, peraturan-peraturan dan amalan masing-masing berhubung dengan hak-hak yang terkandung dalam Deklarasi ILO 1998 berkaitan dengan izin, Fundamental Principles and Rights at Work. Malaysia telah pun meratifikasi perjanjian CPTPP pada 30 September 2022 dan telah mula menguatkuasakan perjanjian ini pada 29 November 2022.

Selain itu, pindaan yang dicadangkan dalam RUU Kesatuan Sekerja ini juga turut mengambil kira prinsip-prinsip utama dalam Konvensyen ILO No. 87, dengan izin, Freedom of Association and Protection of the Right to Organise. Pindaan yang dicadangkan dalam RUU Kesatuan Sekerja ini akan menggalakkan penubuhan dan keanggotaan kesatuan sekerja serta dijangka akan meningkatkan liputan perjanjian kolektif dalam kalangan pekerja sektor swasta di Malaysia.

final • 12:03 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Ini secara langsung akan meningkatkan perlindungan dan kebajikan para pekerja khususnya melalui peranan kesatuan sekerja dalam menambah baik terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan melalui rundingan kolektif.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebagaimana yang telah dimaklumkan RUU ini merangkumi pindaan kepada peruntukan sedia ada, memasukkan peruntukan baharu dan memansuhkan peruntukan sedia ada Akta 262.

final • 12:10 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Pertama, pindaan kepada peruntukan sedia ada. Antara peruntukan-peruntukan sedia ada Akta 262 yang dipinda melibatkan fasal-fasal yang berikut:

Fasal 1 – Tajuk Ringkas dan Permulaan Kuat Kuasa. Fasal 1 memperuntukkan tajuk ringkas RUU ini dan permulaan tarikh kuat kuasa. Menteri Sumber Manusia diberi kuasa untuk menetapkan tarikh yang berbeza bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berbeza bagi akta yang dicadangkan. Hal ini bertujuan untuk memberi flexibility kepada kerajaan untuk menguat kuasa cadangan pindaan mengikut keperluan.

Fasal 2 – Takrif “Kesatuan Sekerja”. Fasal 2 RUU meminda seksyen 2 yang berkaitan dengan takrif “kesatuan sekerja” atau “kesatuan” untuk membenarkan kesatuan sekerja ditubuhkan tanpa sekatan mengikut tred, pekerjaan atau industri. Berbangkit daripada ini, pindaan dibuat kepada peruntukan lain Akta 262 iaitu dalam fasal 5, fasal 15 dan 16 dan perenggan 30(a). Pindaan ini akan membolehkan kesatuan sekerja ditubuhkan secara bebas. Dalam hal ini subseksyen 2(2) mengikut kuasa Ketua Pengarah dalam menentukan soal keserupaan dari segi tred, pekerjaan atau industri juga digugurkan.

Fasal 3 – Daftar Kesatuan Sekerja. Fasal 3 RUU bertujuan untuk meminda seksyen 7 dan memasukkan peruntukan baharu subseksyen (1A) untuk memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mengehendaki maklumat atau dokumen berkenaan dengan kesatuan sekerja berdaftar dengan pegawai kesatuan sekerja berdaftar itu bagi maksud menyelenggara daftar kesatuan sekerja.

Fasal 4 – Had Masa Bagi Pendaftaran Kesatuan Sekerja. Fasal 4 RUU bertujuan untuk meminda seksyen 8 untuk melanjutkan tempoh masa permohonan pendaftaran sesuatu kesatuan sekerja dari satu bulan kepada enam bulan. Selain itu, pindaan turut dibuat bagi memperuntukkan lanjutan tempoh masa tambahan kepada 12 bulan secara agregat. Ini bertujuan memberi masa yang mencukupi kepada kesatuan mengemukakan permohonan pendaftaran.

Fasal 5 – Tarikh Penubuhan Kesatuan Sekerja. Fasal 5 RUU adalah untuk meminda subseksyen 9(1) berbangkit daripada pindaan kepada takrif “kesatuan sekerja” atau “kesatuan” yang membenarkan kesatuan sekerja ditubuhkan tanpa mengikut dengan izin, establishment atau prinsipal keserupaan sesuatu tred pekerjaan atau industri.

Fasal 6 – Pendaftaran Kesatuan Sekerja. Fasal 6 RUU bertujuan untuk memotong subseksyen 12(2) berbangkit daripada pindaan yang dicadangkan kepada takrif “kesatuan sekerja” atau “kesatuan” dan selaras dengan objektif utama pindaan akta yang dicadangkan untuk membenarkan kepelbagaian pembentukan kesatuan sekerja. Pindaan ini juga memotong perenggan 12(3)(a), (b) dan (c) dan meminda sub perenggan 12(3)(e)(ii) berkenaan dengan kuasa Ketua Pengarah untuk menolak pendaftaran suatu kesatuan sekerja.

Dengan pindaan yang dicadangkan kuasa Ketua Pengarah untuk menolak untuk mendaftarkan suatu kesatuan sekerja hanya terhad kepada alasan yang diperuntukkan di bawah perenggan 12(3)(d) dan (e). Selain itu, pindaan ini juga bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu 12(4) yang mengehendaki Ketua Pengarah untuk memaklumkan kesatuan sekerja secara bertulis tentang penolakan pendaftarannya serta alasan ke atas penolakan tersebut.

Fasal 7 – Pembatalan Kesatuan Sekerja. Fasal 7 RUU bertujuan untuk meminda subseksyen 15(1) bagi mengehadkan kuasa budi bicara Ketua Pengarah dalam hal pembatalan pendaftaran sesuatu kesatuan sekerja. Pindaan ini juga memasukkan perenggan baharu 15(1)(d) untuk memperuntukkan bahawa perakuan pendaftaran kesatuan sekerja boleh dibatalkan atau ditarik balik jika kesatuan sekerja telah disabitkan dengan apa-apa kesalahan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual baharu Keempat.

Pindaan kepada subseksyen 15(1) ini akan menyebabkan pembatalan kesatuan sekerja hanya boleh dibuat sekiranya kesatuan sekerja tersebut terlibat dalam perlanggaran peruntukan undang-undang yang telah dinyatakan secara spesifik dalam Akta 262 termasuklah melibatkan perlanggaran undang-undang serius yang mengancam

final • 12:10 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

keselamatan negara seperti yang dinyatakan dalam Jadual baharu Keempat. Ini adalah bertujuan untuk melindungi hak pekerja dan berkesatuan.

Pindaan fasal 7 ini juga memasukkan subseksyen (1A) ke dalam seksyen 15 bagi memperuntukkan kuasa kepada Menteri Sumber Manusia untuk menambah, memotong daripada ataupun meminda Jadual baharu Keempat melalui perintah. Fasal ini juga bertujuan untuk memotong subseksyen 15(2) untuk membenarkan kepelbagaian kesatuan sekerja dalam apa-apa dengan izin, establishment, tred, industri atau pekerjaan bagi memberi kebebasan kepada pekerja-pekerja untuk menganggotai mana-mana kesatuan sekerja pilihannya.

Fasal 9, 20, 21, 22, 23, 24 dan 25 – Meniadakan Hukuman Pemenjaraan dan Menaikkan Kadar Denda. Fasal 9, 20, 21, 22, 23, 24 dan 25 RUU bertujuan untuk meminda subseksyen 18(8), 49(3), 54(3), 56(5), 57(4), 61 dan 62(2) Akta 262 masing- masing dengan meniadakan dengan izin, remove hukuman pemenjaraan dan menaikkan kadar denda sedia ada.

Selain itu fasal 10 dan fasal 13 juga memperuntukkan berkenaan dengan meniadakan hukuman pemenjaraan dan menaikkan kadar denda sedia ada di samping pindaan-pindaan yang lain. Pemansuhan hukuman pemenjaraan dicadangkan dengan mengambil kira prinsip-prinsip dalam, dengan izin, Freedom of Association and Protection of The Right of Organize Convention 1948 (No.87) susulan itu kadar denda sedia ada dinaikkan kerana tidak lagi setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Fasal 10 – Mogok dan Sekat Masuk Kerja. Fasal 10 bertujuan untuk meminda subseksyen 25A(1) bagi melonggarkan syarat untuk melaksanakan mogok dan sekat masuk kerja. Dengan pindaan ini, kesatuan hanya perlu mendapatkan sekurang- kurangnya 60 peratus undi daripada anggotanya yang berhak membuang undi yang mana lebih daripada setengah jumlah undi tersebut bersetuju dengan cadangan untuk melaksanakan mogok atau sekat masuk kerja itu.

Fasal ini juga bertujuan untuk meminda perenggan 25A(1)(b) dengan menggantikan perkataan “tujuh hari” dengan perkataan “tujuh hari bekerja”. Ia bertujuan memberikan masa yang mencukupi kepada Ketua Pengarah untuk menjalankan siasatan dan bagi pegawai kesatuan untuk menyediakan dokumen berkaitan. Takrif istilah dengan izin, “working days” diperuntukkan dalam subseksyen baharu 25A(8).

Fasal 11 – Keanggotaan Kesatuan Sekerja. Fasal 11 bertujuan untuk menggantikan nota bahu seksyen 26 untuk menjelaskan bahawa seksyen 26 mengadakan peruntukan bagi keanggotaan kesatuan sekerja secara am dan bukan sahaja berhubung dengan orang yang belum dewasa. Ia juga bertujuan untuk meminda subseksyen 26(1) untuk membenarkan seseorang yang mencapai umur 15 tahun menjadi anggota kesatuan sekerja berdaftar selaras dengan umur minimum pekerjaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 (Akta 350).

Fasal ini juga bertujuan untuk meminda subseksyen 26(1A) berbangkit daripada pindaan kepada takrif “kesatuan sekerja” atau “kesatuan” di fasal 2.

final • 12:10 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Secara amnya, fasal ini bertujuan untuk menjelaskan bahawa tiada orang boleh menyertai, menjadi anggota, diterima atau dikekalkan sebagai anggota Kesatuan Sekerja jika dia bukan seorang pekerja atau majikan. Subseksyen 26(1B) sedia ada digantikan dengan subseksyen 26(1B) yang baharu bagi memperuntukkan bahawa walau apa pun yang dinyatakan dalam subseksyen 26(1A) Akta 262 “Tiada mana-mana pekerja atau majikan boleh diterima atau dikekalkan sebagai anggota Kesatuan Sekerja kecuali mengikut Peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja.” Pekerja yang telah dipecat, ditamatkan perkhidmatan, dibuang kerja atau bersara boleh dikekalkan keanggotaannya tertakluk kepada peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja itu. Selanjutnya, subseksyen baharu 26(1C) dimasukkan ke dalam seksyen 26 bertujuan untuk menetapkan bahawa keanggotaan sesuatu Kesatuan Sekerja tidak boleh dihadkan kepada ras, agama atau kerakyatan tertentu.

final • 12:20 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Fasal ini juga bertujuan memasukkan subseksyen baharu 26(2A) bagi menjelaskan bahawa anggota Kesatuan Sekerja dalam kalangan pekerja yang telah dipecat atau ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja atau bersara tidak berhak untuk mengundi dalam perkara mogok dan semua perkara yang berhubungan dengannya.

Dengan pindaan ini, hanya anggota yang masih merupakan seorang pekerja mempunyai hak untuk mengundi dalam perkara mogok dan semua perkara yang berhubungan dengannya bagi memelihara keharmonian perusahaan.

Fasal 12, Pegawai Kesatuan Sekerja. Fasal 12 bertujuan untuk menggantikan perenggan 28(1)(c)(1) bagi membenarkan seseorang pekerja parti politik menjadi pegawai Kesatuan Sekerja berdaftar.

Fasal ini juga bertujuan untuk meminda Perenggan 28(1)(d) untuk mengadakan alasan bagi kehilangan kelayakan seseorang untuk menjadi Pegawai Kesatuan Sekerja berdaftar apabila dia disabitkan dengan mana-mana kesalahan yang pada pendapat Ketua Pengarah menjadikan dia tidak layak untuk menjadi Pegawai Kesatuan Sekerja berdaftar.

Dengan pindaan yang dicadangkan, seseorang yang hanya akan hilang kelayakan jika dia disabitkan dengan mana-mana kesalahan pecah amanah, jenayah pemerasan atau ugutan atau kesalahan di bawah seksyen 49, seksyen 50 dan seksyen 50A.

Fasal 13, Pekerja-pekerja satu Kesatuan Sekerja. Fasal 13 bertujuan untuk meminda subseksyen 29(1) bagi membenarkan mana-mana orang diambil bekerja sebagai pekerja suatu Kesatuan Sekerja berdaftar atau Persekutuan Kesatuan Sekerja berdaftar.

Fasal 14, Pertukaran nama Kesatuan Sekerja. Fasal 14 bertujuan untuk meminda seksyen 31 untuk menjelaskan bahawa pertukaran nama Kesatuan Sekerja boleh dibuat dengan persetujuan lebih daripada separuh anggota atau wakil-wakilnya. Persetujuan ini diperolehi melalui undi pada Mesyuarat Agong Kesatuan Sekerja atau persidangan perwakilan melalui pungutan suara atau undi sulit.

Fasal 15 dan 16, Penyatuan Kesatuan Sekerja dan Pemindahan Perjanjian- perjanjian. Fasal 15 dan 16 bertujuan untuk meminda seksyen 32 dan seksyen 33 masing-masing berbangkit daripada pindaan yang dicadangkan kepada takrif “kesatuan sekerja” atau “kesatuan” dan membenarkan dua atau lebih kesatuan sekerja menyatu tanpa tertakluk kepada prinsip keserupaan trade pekerjaan atau industri.

Fasal 17, Notis pertukaran nama atau penyatuan. Fasal 17 bertujuan untuk meminda subseksyen 34(2) untuk memperuntukkan bahawa Ketua Pengarah hanya boleh menolak untuk mendaftarkan pertukaran nama sesuatu Kesatuan Sekerja jika pada pendapat Ketua Pengarah nama yang dicadangkan itu akan menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara ras atau agama atau kerakyatan yang berlainan.

Fasal 18, Peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja. Fasal 18 bertujuan untuk meminda proviso kepada subseksyen 38(3) untuk menjelaskan cara bagaimana peraturan-peraturan Kesatuan Sekerja yang menyebabkan peningkatan tanggungan caruman anggota selain pengenaan levi dan pengurangan kelayakan anggota terhadap faedah boleh dibuat iaitu dengan cara undi dikembalikan oleh anggota yang berhak mengundi.

Fasal 19, Undi sulit. Fasal 19 bertujuan untuk meminda subseksyen 40(6) bagi memperuntukkan bahawa kuasa Ketua Pengarah untuk mengarahkan Kesatuan Sekerja supaya tidak memulakan mogok atau sekat masuk yang dicadangkan oleh Kesatuan Sekerja hendaklah hanya dijalankan jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa mogok atau sekat masuk yang dicadangkan melanggar seksyen 40 atau seksyen 25(A), Akta 262 atau mana-mana peruntukan Bahagian IX Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177].

Fasal 28, Kuasa untuk memanggil saksi. Fasal 28 bertujuan untuk meminda Subseksyen 71(4) untuk mengadakan peruntukan berkenaan penangkapan dan penahanan mana-mana orang yang enggan mematuhi Perintah Ketua Pengarah di bawah

final • 12:20 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

seksyen 71. Pindaan ini juga bertujuan untuk menaikkan denda daripada RM500 kepada RM5,000 bagi kesalahan di bawah subseksyen ini.

Fasal 29, Rayuan kepada Menteri Sumber Manusia. Fasal 29 bertujuan untuk meminda seksyen 71A untuk memperuntukkan mengenai pergantungan pelaksanaan keputusan Ketua Pengarah secara automatik, dengan izin, automatic stay of execution dalam perkara berhubung pembatalan atau penarikan balik perakuan pendaftaran Kesatuan Sekerja apabila rayuan dibuat kepada Menteri Sumber Manusia.

Fasal 31, Pembentukan Persekutuan Kesatuan Sekerja. Fasal 31 bertujuan untuk meminda seksyen 72 untuk mengadakan peruntukan bagi penyertaan perwakilan untuk memutuskan tentang pembentukan suatu persekutuan kesatuan sekerja.

Fasal 32, Gabungan dengan Persekutuan Kesatuan Sekerja. Fasal 32 bertujuan untuk menggantikan seksyen 74 dengan seksyen baharu berkenaan dengan penggabungan Kesatuan Sekerja Berdaftar dengan memudahkan prosedur penggabungan Kesatuan Sekerja itu dengan Persekutuan Kesatuan Sekerja Berdaftar.

Fasal 33, Larangan Terhadap Pembentukan atau Gabungan dengan Badan Perunding atau Badan seumpamanya. Fasal 33 bertujuan untuk meminda perenggan 76A(2)(a) untuk mengadakan peruntukan mengenai penyertaan perwakilan dalam memutuskan perkara mengenai pembentukan atau penggabungan sesuatu kesatuan sekerja dengan, atau keanggotaan kesatuan sekerja dalam mana-mana badan perundingan atau badan yang serupa dengannya.

Fasal 34 - Kuasa Untuk Menarik Balik Kebenaran atau Mengisytiharkan Gabungan Tidak Sah. Fasal 34 bertujuan untuk meminda seksyen 76C untuk memperuntukkan bahawa Ketua Pengarah hendaklah hanya menggunakan kuasanya untuk menarik balik kebenaran gabungan kesatuan sekerja atau untuk mengisytiharkan gabungan tidak sah dalam kes yang Kesatuan Sekerja atau badan perundingan atau seumpamanya telah disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual baharu Keempat.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Peruntukan baharu.

Peruntukan-peruntukan baharu yang dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam Akta 262 boleh dilihat dalam fasal-fasal yang berikut.

Fasal 26 - Kuasa Untuk Menjalankan Siasatan dan Menguatkuasakan Akta. Fasal 26 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 63A, 63B, 63C, 63D dan 63E.

Seksyen 63A dan 63B memperuntukkan kuasa kepada Ketua Pengarah untuk menjalankan siasatan dan menguatkuasakan akta serta melantik pegawai penguat kuasa dalam kalangan pegawai yang dilantik di bawah seksyen 4.

Seksyen baharu 63C yang dicadangkan mengadakan peruntukan bagi kuasa Ketua Pengarah untuk menghendaki kehadiran saksi untuk pemeriksaan yang pada pendapat Ketua Pengarah akan membantu dalam penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Akta 262 atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta 262.

Seksyen baharu 63D yang dicadangkan mengadakan peruntukan bagi kuasa Ketua Pengarah semasa penyiasatan atau pemeriksaan di bawah Bahagian X, Akta 262 untuk menghendaki mana-mana orang mengemukakan kepadanya artikel atau dokumen untuk pemeriksaan atau bagi maksud lain yang perlu bagi penyiasatan atau pemeriksaan.

final • 12:20 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Seksyen baru 63E yang dicadangkan mengadakan peruntukan bagi kuasa ketua pengarah untuk menyita apa-apa artikel atau dokumen dalam menjalankan penyiasatan di bawah Bahagian X, Akta 262.

Fasal 27, Kesalahan oleh kesatuan sekerja dan pegawai kesatuan. Fasal 27 bertujuan untuk memansuhkan seksyen baharu 65A mengenai liabiliti pegawai kesatuan atau mana-mana orang yang bertindak atas arahan pegawai kesatuan tersebut apabila sesuatu kesalahan dilakukan oleh kesatuan sekerja di bawah Akta 262 atau peraturan- peraturan di bawah Akta 262.

final • 12:30 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Fasal 30, Kebolehterimaan rekod elektronik. Fasal 30 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 71B yang memperuntukkan mengenai kebolehterimaan rekod elektronik dalam prosiding di bawah Akta 262.

Fasal 35, Senarai Jadual Keempat. Fasal 35 bertujuan untuk memasukkan jadual baru keempat ke dalam Akta 262.

Fasal 36, Kekecualian. Fasal 36 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi peruntukan kekecualian dan seterusnya ialah peruntukan yang dimansuhkan.

Terdapat satu peruntukan yang dicadangkan untuk dimansuhkan iaitu fasal 8, Penggantungan suatu cawangan kesatuan sekerja. Fasal 8 bertujuan untuk memotong seksyen 17 untuk meniadakan kuasa ketua pengarah untuk menggantung sesuatu cawangan kesatuan sekerja kerana perkara itu sepatutnya diuruskan oleh kesatuan sekerja itu sendiri memandangkan kuasa untuk menubuh dan membubarkan suatu cawangan kesatuan sekerja terletak kepada ibu pejabat kesatuan mengikut peraturan- peraturan kesatuan sekerja itu sendiri.

Kementerian Sumber Manusia turut mencadangkan pindaan-pindaan lain dalam RUU ini yang tidak diperkatakan secara khusus kerana ia merupakan pindaan berbentuk editorial.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023 ini digubal selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan merupakan satu langkah pembaharuan undang-undang yang sangat signifikan dalam pembaharuan landskap kesatuan sekerja di Malaysia.

Pindaan ini secara keseluruhannya menunjukkan usaha dan komitmen kerajaan dalam memastikan Undang-undang Buruh negara ditambah baik dengan mengambil kira prinsip-prinsip standard perburuhan antarabangsa dan instrumen sejagat.

Inisiatif ini seterusnya meningkatkan imej dan memudah cara penyertaan Malaysia dalam apa jua perdagangan antarabangsa. Kerajaan berharap rang undang- undang ini akan meningkatkan pelindungan dan kebajikan serta produktiviti golongan pekerja dan majikan melalui mekanisme tawar menawar, dengan izin, bargaining power antara kedua-dua pihak selain memantapkan sistem pengurusan perburuhan negara.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja

(Pindaan) 2023 ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 12:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya mohon menyokong.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Saya akan baca senarai pembahas. Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Petaling Jaya dan Yang Berhormat Hulu Selangor.

Setiap pembahas diberi masa lima minit sahaja.

Saya jemput, Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 12:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Terima kasih Yang di- Pertua. Yang di-Pertua sebenarnya pada 4 hari bulan Oktober berkenaan ini telah dibawa ke Parlimen tetapi kerana Parlimen dibubarkan maka ia perlu dibawa balik, tetapi ada beberapa perkara yang saya ingin tambah iaitu nombor satu di mana mengikut Perlembagaan Persekutuan seksyen 10(1)(c) sebenarnya ia membenarkan freedom of association, dan maka pemindahan yang dicadangkan ini adalah selaras dengannya, tetapi kita ada beberapa kesatuan kerja di negara ini yang tidak bersetuju kepada pandangan tersebut. Mereka juga telah meng-e-mel kepada saya dan ramai di antara pekerja.

Perkara-perkara ini telah semasa saya menjadi Menteri telah membuat perbincangan dengan mereka, tetapi jangan kita lupa Dato’ Tuan Yang di-Pertua bahawa pada tahun 1949 bila freedom of association ini diterima pakai oleh ILO. Ini sudah bermakna lebih kurang 70 lebih tahun ia telah diguna pakai di seluruh dunia dan saya difahamkan lebih kurang 90 peratus di negara ini di dunia ini telah pun menerima freedom of association ini. Maka, ia perlu juga diambil kira di negara ini.

Kenapa pula, kenapa pula di Malaysia ini ia perlu diutamakan? Jangan kita lupa Tuan Yang di-Pertua- 94 peratus pekerja di negara ini tidak ada apa-apa representasi dengan kesatuan. How can this happen? Hanya lebih kurang enam peratus sahaja pekerja ada perlindungan.

Ini menjadi satu masalah yang besar dan dalam dan saya harap dengan pemindahan-pemindahan ini ia akan memberi lebih ruangan kepada pekerja-pekerja di negara ini untuk menubuhkan kesatuan pekerja dan lebih adalah untuk memberi galakan kepada pihak-pihak berkenaan untuk memberi ruang yang lebih besar kepada pekerja- pekerja untuk menubuhkan kesatuan kerja, tetapi kita ada masalah yang lain di kementerian.

Bila saya menerajui dahulu ada bertahun-tahun di mana pendaftaran tidak diluluskan hingga pergi ke mahkamah. Mahkamah Persekutuan took 30 years untuk mendaftarkan satu kesatuan. Saya haraplah kita ada tempoh masa, kita ada inisiatif baharu, pemikiran yang baharu supaya kita mendaftar seberapa awal yang boleh. Ini perlu supaya kita dapat menguatkan lagi hak pekerja di negara ini dan jangan lupa ramai di antara majikan berasa kesatuan kerja ini adalah problematic. They are problematic people tetapi sebenarnya kalau kita tengok negara-negara yang maju mereka ada kesatuan kerja yang banyak memberi ruang kepada semua untuk melibat dalam perkara ini.

Dan khususnya di negara ini Dato’ Tuan Yang di-Pertua. Saya pohon nombor satu, semua pendaftaran ini bila di submit kepada kementerian disegerakan. There must be a time limit. There must be a time limit. Jangan kita hingga membuat rayuan-rayuan dan sebagainya.

Nombor dua, multiplicity of unions patut tidak digalakkan langsung. Saya harap, seperti yang bila saya cakap dengan saudara Gopal hari ini dia adalah Law Reform Committee of the Trade Union. Dia mengatakan, dia ada perbincangan dengan kita semasa kita menerajui kerajaan. Mengatakan bahawa macam di satu alternatif industri.

Kalau dia pembuat plastik, seorang tidak boleh menjadi anggota di sana. Hanya di automatif industri sahaja boleh. Ini tidak masuk akal.

Kalau dalam parti politik mana-mana pun seorang boleh menjadi anggota.

Kenapa pula ada hak limit di sini? Kita patut memberi galakan supaya asalkan mereka masuk sahaja menjadi seorang anggota di mana-mana kesatuan, itu patut digalakkan dengan memberi hak untuk mereka menyuarakan perkara-perkara yang berkaitan dengan pekerja. Dan bargaining situation. Kita sudah ada Industrial Relations Act dan sebagainya mengiktiraf berapakah, siapakah yang ada hak untuk sedemikian.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil perhatian bahawa kita ada situasi di negara ini di mana satu di antara luar biasa di seluruh dunia where the civil service union adalah besar dari private unions. Mana boleh macam ini? Never. Never. Ini other countries.

final • 12:34 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Ini adalah menjadi satu kemaluan. Satu yang tidak kita boleh berterima perkara ini...

[Ketawa] Kepada orang- malu, malu. Kita malu kerana kita patut malu kerana- saya minta maaf. Kita patut malu kerana perkara ini terjadi di negara kita. Saya harap kementerian dapat mengambil tindakan supaya macam negara-negara lain. Kita memberi lebih pengiktirafan, lebih keutamaan kepada kesatuan kerja, galakkan mereka, beri ruang dan sebagainya.

final • 12:34 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Akhir sekali Yang di-Pertua, kerajaan setiap tahun mengagihkan beberapa ratusan ribu wang kepada kementerian, kepada JHEKS department tersebut untuk memberi lebih penerangan kepada orang ramai terutamanya pekerja-pekerja supaya mereka dapat masuk atau mengambil tahu kebaikan atau keburukan sesuatu kesatuan sekerja. Saya harap ia dapat diluaskan. Saya ada beri beberapa pandangan dulu dalam my initial debate. Saya harap tindakan diambil untuk memberi- supaya kita dapat mimpi, we can dream that kita ada sekurang-kurangnya 30 peratus pekerja di negara ini menjadi anggota kesatuan sekerja negara.

Hidup kesatuan. Hidup kesatuan. Hidup kesatuan pekerja di negara ini. Terima kasih...

[Tepuk]

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.

final • 12:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Yang Berhormat Timbalan Yang di- Pertua kerana memberi saya peluang untuk saya berucap berkenaan dengan pindaan RUU Kesatuan Sekerja ini. Alhamdulillah, terima kasih.

Berkenaan dengan RUU ini saya berasa cukup bertuah kerana melibatkan diri dalam dua musim, dua season iaitu semasa saya menjadi kerajaan juga saya terlibat membentangkan. Begitu juga hari ini. Saya juga contribute, dengan izin, untuk kita nak memberi keadilan kepada employees, employers, dengan izin kerana tanpa employees, tak ada employers. Tanpa employers, tak ada employees, tetapi kedua-duanya ini adalah merupakan pembantu kepada ekonomi cycle negara yang menjadi pemangkin untuk kita bergerak kepada negara yang lebih maju disebabkan oleh kesatuan sekerja ini membantu untuk kita mendapat keuntungan yang lebih kepada majikan.

Jadi ini juga perlu dilihat. Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Kesatuan Sekerja Pindaan 2023 ini merupakan antara usaha dalam merealisasikan perlaksanaan dasar Rancangan Malaysia Kedua Belas untuk melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan keahlian dalam kesatuan sekerja. Ia bakal dilaksanakan supaya keadilan ini akan berlaku kepada kedua-dua belah pihak.

Dalam Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 ini, ini adalah matlamat kita, matlamat kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun secara sustainable, dengan izin, selaras dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif. Saya harapkan objektif ini dapat diteruskan dengan memberi perhatian pada usaha-usaha bagi memantapkan lagi kesatuan sekerja dalam negara ini, dalam semua sektor yang ada ini. Jadi kerajaan menjadi middle of discussion to solve the problems between employers and employee, dengan izin. Namun dalam keadaan ini, dia akan timbul beberapa masalah yang perlu kita selesaikan. Jadi sebab itulah hari ini, kita- berlaku pindaan dalam RUU ini.

Namun dalam RUU ini terdapat beberapa persoalan yang ingin dibangkitkan bagi mendapatkan penjelasan dengan lebih lanjut. Pada masa yang sama memberi peluang untuk Ahli-ahli Dewan Rakyat menyuarakan pendapat ke arah pembaikan dan mutu perkhidmatan kesatuan sekerja yang akhirnya memberi manfaat kepada negara.

Pada sidang mesyuarat yang lalu, dalam Kajian Separuh Penggal, saya ada membangkitkan perkara beberapa isu berkisar tentang mencapai kesaksamaan outcome bagi bumiputera dan juga bukan bumiputera dalam kita memfokuskan reformasi pasaran

final • 12:41 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

buruh yang lebih adil kepada semua pekerja dalam negara ini tanpa kita melihat hanya kepada bumiputera dan bukan bumiputera. Ini saya kira ia berhubung kait rapat dan cukup penting dalam usaha meningkatkan perburuhan dalam negara kita ini.

Timbalan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Akta 262 dengan objektif utama untuk mengangkat sebarang sekatan ke atas pembentukan kesatuan sekerja berdasarkan penubuhan tertentu atau persamaan dalam trait pekerjaan atau industri dan untuk membenarkan kepelbagaian kesatuan sekerja dalam mana-mana penubuhan trait pekerjaan atau industri. Soalnya, apakah signifikan setiap kesatuan sekerja diberikan kebebasan sedemikian dan apakah mekanisme atau pendekatan yang bakal digunakan bagi kita mengawal di antara employees, employers ini. Saya harap dengan penubuhan kesatuan sekerja ini, mereka akan bergerak secara legal, secara rasmi dalam negara kita ini.

Saya cukup bersetuju dengan pindaan ini. Namun kebimbangan saya, pihak Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja tidak dapat memantau hinggakan segala perancangan tidak mencapai matlamat yang dirancang dan boleh menggugat keselamatan negara sekiranya tidak dipantau dengan sebaik mungkin.

Dalam konteks keadilan dalam agama Islam, pindaan ini perlulah memberikan penekanan berkenaan elemen kebebasan agar tidak berlaku sebarang intimidate ataupun penindasan, tiada kepentingan diri mana-mana pihak sama ada kesatuan sekerja ataupun majikan, tidak menzalimi dan tidak pilih kasih dalam memberi layanan dan hak kepada orang lain.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dalam perkembangan mutakhir ini, isu yang dibangkitkan baru-baru ini khususnya untuk pekerja sektor e-hailing. Saya ada banyak lagi ini. Bagi saya tambah satu minit? Tak boleh dah. Kita dapat lihat seterusnya RUU ini dipinda sebagai soft landing, dengan izin, persediaan untuk memateraikan rundingan perjanjian-perjanjian perdagangan dalam rantau, sebagai contoh Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi perkongsian Trans-Pacific CPTPP yang ditandatangani sebahagian negara ASEAN. Saya nak gulung terus landing. Terima kasih.

Di sini kita lihat apakah kepentingan seseorang individu itu mengisytiharkan jawatan dalam parti hanya untuk diambil untuk memaklumkan menganggotai sebarang kesatuan sekerja atau adakah signifikan yang lain? Dalam hal yang sama, saya ingin mendapatkan kepastian pindaan ini turut mengambil kira keadaan sekiranya kedudukan individu yang mempunyai keahlian lebih daripada satu kesatuan tetapi individu tersebut juga menjawat jawatan dalam setiap kesatuan yang disertai.

Kita dapat pada hari ini kebanyakan penggiat dan ahli kesatuan sekerja terdiri daripada golongan baby boomers, dengan izin, golongan yang sudah berumur sahaja. Ini merupakan satu kerugian kerana melalui platform kesatuan inilah dapat menyediakan bimbingan dan juga panduan kepada pekerja golongan generasi muda selain membuka minda menarik mereka untuk terlibat dengan lebih aktif dalam kesatuan sekerja.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua.

final • 12:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya jemput Yang Berhormat Seputeh.

final • 12:41 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Yang di-Pertua. Pindaan RUU Kesatuan Sekerja ini dibentangkan sekali lagi di Dewan Rakyat. Jadi sekali lagi yang kontroversi berkenaan pindaan ini menarik bantahan daripada sesetengah kesatuan sekerja.

Saya pernah hadir taklimat Kementerian Sumber Manusia, saya faham tentang tujuan kementerian untuk melakukan pindaan terhadap akta ini iaitu pada asas prinsip demokrasi di mana sesiapa pun ada hak untuk menubuhkan kesatuan termasuk kesatuan sekerja. Pindaan ini juga akan mencegah mana-mana kesatuan sekerja daripada menjadi kesatuan sekerja yang monopoli dalam sesuatu tempat kerja ataupun dalam sesuatu

final • 12:47 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

industri. Selain itu, kebenaran bagi lebih daripada satu kesatuan sekerja wujud dalam satu tempat kerja juga sejajar dengan prinsip Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Walau bagaimanapun kita sebagai kerajaan, kita juga harus dengar bantahan dan juga alasan daripada kumpulan yang tidak setuju dengan idea kepelbagaian kesatuan sekerja ataupun multiplicity of trade unions. Bagi kesatuan sekerja yang membantah cadangan pindaan RUU ini, mereka berpendapat pindaan terhadap akta ini akan melemahkan badan kesatuan yang sedia ada dan ia akan menghancurkan dan melemahkan kesatuan sekerja yang sedia ada dan merosakkan keharmonian di antara pekerja kesatuan dan juga majikan.

Selain itu, ia akan membawa masalah kepada kesatuan terutama dalam hal runding bersama CA dengan majikan. Mengikut pemimpin kesatuan sekerja, RUU ini akan memberi kuasa penuh kepada ketua pengarah untuk campur tangan hal pengurusan kesatuan. Ketua pengarah sepatutnya tidak boleh merancang, mengganggu, menggugat, mengurus dan campur tangan dalam hal pengurusan mana-mana kesatuan.

Jadi saya panggilkan yang isu-isu ini dan juga saya berharap menteri mungkin boleh beri penerangan untuk address the concern bagi kesatuan-kesatuan sekerja ini.

Saya juga ada satu soalan. RUU ini membenarkan kewujudan lebih dari satu kesatuan sekerja yang mewakili kumpulan pekerja yang sama dalam satu tempat pekerjaan.

final • 12:47 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Jadi, dalam seksyen 12(a), 12(b) dalam akta ini memperuntukkan hak merunding tunggal so bargaining rights bagi memastikan hanya satu kesatuan yang mempunyai kuasa merunding dengan majikan bagi perjanjian bersama.

Sebenarnya apa yang saya baca ini adalah wujud dalam slide kementerian. Jadi, saya hendak tanya, sekiranya satu tempat kerja mempunyai lebih satu kesatuan sekerja, bagaimana Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia memastikan hanya satu kesatuan yang mempunyai kuasa berunding dengan majikan bagi perjanjian bersama.

Kerana kalau wujudnya dua atau tiga kesatuan sekerja, macam mana? Kesatuan mana yang mempunyai kuasa untuk berunding dengan pihak majikan. Ini adalah pertanyaan saya.

Dan juga saya juga menghargai. Dalam taklimat diberi oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia, mereka mengatakan mereka sekarang ingin mendidik kesatuan sekerja untuk menguruskan kesatuan sekerja dengan baiknya. Saya rasa ini adalah satu usaha yang baik daripada pihak kementerian.

Saya juga hendak cadangkan supaya jabatan ini juga memainkan peranan untuk mendidik majikan di mana majikan haruslah melayan pekerjanya dengan adil dan munasabah dan mengelakkan membuat keputusan yang berunsur diskriminasi terhadap mana-mana pekerja.

Saya sebenarnya pernah baca kenyataan dikeluarkan oleh Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia ataupun NUFAM. Di mana mereka sudah buat banyak bantahan terhadap penghentian kerja dalam tempoh pandemik COVID-19 terhadap pramugara, pramugari dan yang mana mereka tidak diberi pampasan yang sewajarnya.

Jadi, saya rasa semua adalah isu tentang airline ini juga haruslah ditarik kementerian atas masalah yang dihadapi oleh pekerja di airline ini. Saya juga hendak tarik perhatian Dewan yang mulia ini saya juga baca dalam satu laporan, di mana tiga tahun yang lepas seorang pramugari Malaysia dipecat kerana berat badanya tambah 700gram.

Dengar ya. Bukan tujuh kilogram ya, 700 gram.

Dan syarikat penerbangan tersebut berkata adalah dasar syarikat penerbangan menghendaki seorang pramugari mempunyai berat badan berdasarkan 157 sm dengan berat badan yang munasabah ataupun minimum height of 157 cm with proportionate weight. Jadi, pramugari yang dipecat itu dikatakan mempunyai ketinggian 160 cm. Jadi, mengikut BMI dia harus mempunyai berat badan sebanyak 61 kilogram, tetapi pada April 2017, berat badannya yang terakhirnya adalah 61.7 kilogram. Maksudnya, ia tambah 700 gram. Dia dihentikan kerana kelebihan berat badan sebanyak 700 gram.

final • 12:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Selepas itu, pramugari mengadu kepada mahkamah perusahaan industri, courts tetapi permohonannya untuk kembali kerja ditolak juga oleh mahkamah perusahaan. Jadi, saya rasa ini memang satu kelebihan- 700 gram sebenarnya ini bukan satu angka berat yang begitu besar. Yang saya rasa yang Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Pekerja sekiranya hendak mendidik kesatuan sekerja, majikan seperti ini haruslah dididik juga. They should have been told off. Mana boleh satu syarikat airline pecat seorang kerana berat badannya tambah 700 gram. Ini memang adalah satu bentuk diskriminasi saya rasa yang keterlaluan.

Saya ambil isu ini yang berlaku di negara kita kerana pramugari Malaysia dan berharap isu seperti ini yang mungkin kementerian juga harus menyatakan pendirian supaya isu diskriminasi terhadap wanita ini boleh dielakkan. Sekian, terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya jemput Yang Berhormat Setiu.

final • 12:50 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertamanya saya- umum mengetahui pindaan ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pekerja dalam pelbagai sektor untuk menyertai apa-apa pertubuhan atau gabungan-gabungan pekerja. Pergerakan kesatuan pekerja adalah satu elemen penting dalam memastikan penglibatan pekerja dalam kesatuan sekerja yang sah, sudah tentunya akan dilindungi undang-undang. Selagi mana tindakan dalam hal-hal yang dibangkitkan tidak menyalahi Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Namun begitu, kepentingan ini tidak dirasai oleh rakyat kita pada hari ini terutamanya di kalangan golongan muda. Buktinya sehingga kini hanya lebih kurang 1 juta pekerja ataupun enam peratus sahaja daripada keseluruhan pekerja di negara kita yang menyertai kesatuan. Sejumlah 94 peratus lagi masih belum menyertainya.

Oleh itu, bagaimana kerajaan dapat memastikan dengan pindaan ini mampu menarik majoriti besar yang tidak menyertai kesatuan untuk menyertainya. Adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan apa-apa bentuk insentif kepada mana-mana pekerja yang menyertai kesatuan bagi memastikan lebih ramai anak muda khususnya menyertai kesatuan?

Tuan Yang di-Pertua, pelbagai isu yang melibatkan hak pekerja sering kali diabaikan. Sebagai contoh, isu berkaitan keengganan majikan untuk membenarkan pekerja menunaikan solat Jumaat, hak pekerja untuk bebas menutup aurat, diskriminasi pekerja wanita yang mengandung dan banyak lagi.

Saya difahamkan kerajaan sebelum ini iaitu pada tahun 2021 telah melancarkan aplikasi walking for workers (wfw). Aplikasi dengan 14 terjemahan bahasa bagi membolehkan pekerja membuat aduan dengan selamat. Oleh itu, apakah bentuk komunikasi yang telah dirancang oleh kementerian bersama dengan kesatuan sekerja bagi memastikan segala keluhan dan suara mereka didengari dan seterusnya diberi perhatian oleh kementerian pada masa yang sama aplikasi tersebut boleh dioptimumkan fungsinya.

Tuan Yang di-Pertua, saya memahami objektif yang disebut tadi adalah pindaan ini untuk membenarkan kewujudan lebih daripada satu kesatuan sekerja mewakili satu penubuhan atau pekerjaan. Ini bermakna, jika sudah wujud satu kesatuan sekerja dalam satu tempat pekerjaan, tidak menjadi satu halangan jika ada pihak dari kumpulan sama ingin berpecah dan membentuk kesatuan sekerja yang baru. Pada masa yang sama cabaran yang dihadapi oleh kesatuan sekerja juga adalah untuk mendapatkan pengiktirafan majikan terhadap pertubuhan kesatuan.

Persatuan pekerja yang ingin ditubuhkan memerlukan pengiktirafan majikan terlebih dahulu. Namun begitu, terdapat juga majikan yang enggan memberi pengiktirafan.

Perkara ini menghalang pekerja-pekerja untuk mewujudkan persatuan mengikut keperluan mereka. Persoalan saya. Adakah wujud syarat dan pengawalan ketat oleh

final • 12:54 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

kementerian bagi meluluskan pendaftaran kesatuan pekerja yang baharu bagi memastikan mereka yang ingin menerajui kesatuan sekerja ini betul-betul mewakili sesuatu golongan pekerja, Bukannya berniat untuk bersaing dengan kesatuan sekerja yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai kepelbagaian kesatuan atau multiplicity of trade unions, dengan izin. Saya memahami bahawa memberi kebebasan pada para pekerja untuk menyertai mana-mana kesatuan merupakan antara syarat utama yang ditetapkan melalui agenda CPTTP. Walau bagaimanapun, saya melihat kewujudan kepelbagaian kesatuan ini bakal menatijahkan pelbagai kesan negatif sekiranya tidak diwujudkan elemen yang benar-benar boleh mengawal kepelbagaian ini.

Antara kesan negatif ketara yang bakal wujud ialah perwakilan pekerja akan berpecah belah yang bakal melemahkan suara pekerja itu sendiri. Di negara ini, kira-kira hanya enam peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan pekerja yang menyertai kesatuan sekerja. Malangnya, apabila suara enam peratus ini tidak senada, maka secara logiknya mereka akan kehilangan suara yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak mereka.

Di samping itu juga, atas nama kebebasan untuk berkesatuan, maka situasi ini memberi peluang kepada mana-mana majikan yang tidak bertanggungjawab untuk membina proxy majikan melalui kesatuan yang ditubuhkan mereka sendiri. Situasi ini tidak mustahil lebih-lebih lagi sekiranya wujud majikan hanya memikirkan keuntungan mereka sendiri tanpa memikirkan kebajikan para pekerja. Bayangkan atas tiket kebebasan berkesatuan menyebabkan pekerja boleh melompat sesuka hati ke mana-mana kesatuan yang diingini menyebabkan kesatuan sedia ada menjadi lemah. Suara mereka lemah.

Natijahnya, hak-hak pekerja tidak dapat diperjuangkan secara lebih optimum. Sekian, terima kasih.

final • 12:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang jam telah menunjukkan pukul 1 tengah hari, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

final • 12:54 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bismillahi Rahmani Rahim, kita sambung balik Yang Berhormat berkaitan perbahasan. Saya persilakan Yang Berhormat Miri.

final • 2:30 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan pindaan Rang Undang-undang Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan akta ini adalah satu usaha yang baik dan selari dengan budaya antarabangsa yang dikenali melalui ILO, dengan izin, International Labour Organization, dan Malaysia sudah agak ketinggalan berbanding dengan negara lain dalam mengiktiraf perkara-perkara yang terdapat dalam pindaan akta ini.

Antara aspek yang paling penting dalam pindaan akta ini adalah dari sudut memberi kebebasan kepada pekerja untuk menubuh dan menganggotai kesatuan sekerja pilihan sendiri. Saya percaya bahawa dengan menyuburi semangat demokrasi dalam kalangan kesatuan sekerja, ia dapat mewujudkan satu persaingan antara kesatuan sekerja dan meningkatkan kualiti kesatuan sekerja.

final • 2:33 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Dengan adanya pindaan akta ini, semua pekerja bebas memilih kesatuan- kesatuan yang aktif yang dapat membawa manfaat dan juga yang betul-betul memperjuangkan hak mereka sekiranya mereka mendapati mana-mana kesatuan sekerja yang mewakili bidang mereka tidak aktif ataupun sudah tidak mencapai matlamat penubuhan, maka mereka boleh menyertai malah menubuhkan sendiri kesatuan sekerja yang baru melalui pindaan akta ini.

Saya percaya ini dapat meningkatkan penyertaan pekerja dalam pelbagai bidang di kesatuan sekerja seperti yang dikatakan oleh saudara Ipoh Barat tadi hanya enam peratus pekerja di Malaysia yang menyertai kesatuan sekerja. Perkara ini merupakan satu yang amat membimbangkan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pihak di luar sana yang mengatakan tentang kebimbangan mereka terhadap pindaan akta ini. Adakah terdapat kemungkinan berlaku ketidakharmonian di tempat kerja kerana kewujudan lebih dari satu kesatuan sekerja. Terdapat ada yang berpendapat bahawa ini akan menghakis solidariti atau perpaduan dalam kalangan pekerja dan suara bersatu ahli-ahli kesatuan akan menjadi lemah. Malah ada pula yang bimbang sama ada akan wujud kesatuan sekerja boneka yang akan menjadi alat kepada majikan.

Sementara saya memohon YB Menteri untuk menjawab kepada kerisauan masyarakat di luar, saya ingin menyatakan sokongan saya terhadap pindaan akta ini di mana saya percaya bahawa dengan adanya semangat demokrasi yang lebih kuat dalam kesatuan sekerja, ia akan meningkatkan prestasi kesatuan sekerja dalam menjalankan tugasan mereka kerana jika kononnya sesuatu kesatuan telah didakwa menjadi alat kepada majikan, sebenarnya pekerja-pekerja dapat meninggalkan kesatuan tersebut dan menyertai ataupun memulakan kesatuan yang baru berbanding dengan keadaan sebelum pindaan ini.

Kita boleh lihat negara maju yang mempunyai dasar kebajikan sosial yang baik, kebanyakan negara-negara ini dapat menghasilkan persekitaran pekerjaan yang lebih sihat dan kebajikan lebih baik untuk pekerja adalah disebabkan oleh peranan yang dimainkan oleh kesatuan sekerja contohnya negara-negara di North Europe. Hampir lebih daripada 65 peratus penduduk di negara tersebut telah menyertai kesatuan sekerja di mana hampir lapan hingga 90 peratus pekerja dari negara-negara ini terlindung di bawah perjanjian rundingan kolektif antara majikan dan juga kesatuan sekerja.

Oleh itu, jika kita ingin meningkatkan hubungan dalam industri ataupun melindungi kebajikan pekerja, pemerkasaan kesatuan sekerja adalah sebenarnya lebih berkesan daripada intervensi secara langsung daripada kerajaan. Tindakan intervensi kerajaan dalam hubungan industri tak semestinya akan mencapai hasil yang dapat memuaskan semua pihak ataupun nampak adil untuk semua. Kerajaan juga mungkin tidak mampu untuk memperkenalkan dasar yang secara terperinci atau secara mikro yang dapat menguruskan hubungan antara majikan dan pekerja di setiap bidang. Sebenarnya jika kesatuan sekerja mempunyai kuasa rundingan yang saksama dengan pihak majikan, maka kedua-dua pihak akan mampu untuk mencapai terma yang adil yang dapat diterima oleh kedua-dua pihak.

Akhir sekali dengan adanya kesatuan yang lebih cekap dan berkesan melalui persaingan adalah kesatuan tersebut juga akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap kemahiran dan keupayaan ahli pekerja mereka. Ini juga dapat membantu untuk meningkatkan produktiviti pekerja yang akhirnya akan mendatangkan manfaat kepada kedua-dua pekerja dan juga majikan serta mencapai satu keadaan win-win situation, dengan izin, kepada semua pihak.

Atas sebab itu, saya harap kerajaan dapat terus membantu untuk memperkasakan kesatuan sekerja di negara kita. Sekian, terima kasih.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Miri menyokong pindaan? Saya- Yang Berhormat Miri?

final • 2:33 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Menyokong.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, because 36(1) is very direct to the point. Kalau you tak komen that means you are presumed, dengan izin, under menyokong, right. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 2:33 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua memberikan laluan kepada saya untuk turut membahaskan rang undang-undang untuk meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959 [Akta 262] ini.

Dato’ Yang di-Pertua, pindaan ini ialah untuk membuat satu- untuk meminda supaya tiada sekatan pada waktu ini untuk mewujudkan banyak kesatuan sekerja dari satu tempat kerja. Dan rang undang-undang ini sebenarnya telah dibentangkan di Dewan ini cuma belum sempat dibawa ke Dewan Negara.

Jadi ini merupakan satu semangat yang bagus di mana kita meneruskan apa juga polisi dan juga kerja-kerja yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu jika ia merupakan satu perkara yang baik kerana untuk melahirkan satu rang undang-undang seperti ini sudah tentu memerlukan kepada perbincangan dan juga memerlukan kepada kerja yang bukan sedikit daripada pihak pegawai yang berada di kementerian yang terbabit. Tahniah kepada kementerian meneruskan usaha kerajaan yang terdahulu.

Cuma beberapa persoalan yang mungkin untuk saya lontarkan di sini ialah apakah rasional perlunya banyak kesatuan sekerja bagi mewakili sesuatu pertubuhan atau pekerjaan kerana sebagaimana disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum ini.

final • 2:38 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Adakah ia dikhuatiri- tidakkah ia dikhuatiri akan membawa kepada pecahan di antara aktivis kesatuan sekerja nanti, dan apakah wujud syarat dan pengawalan ketat oleh kementerian bagi meluluskan pendaftaran kesatuan sekerja yang baharu, bagi memastikan mereka yang ingin menerajui kesatuan sekerja ini, betul-betul mewakili sesuatu golongan pekerja. Bukannya niat untuk bersaing dengan kesatuan sekerja yang lain dan masih ramai lagi majikan yang didapati enggan mengiktiraf kesatuan sekerja dan bersedia untuk berunding dengan mereka.

Pengiktirafan kesatuan sekerja adalah penting kerana ia memberikan kuasa kepada kesatuan untuk berunding dan untuk mendapatkan situasi keadaan kerja yang lebih baik. Jadi, apakah tindakan kementerian dalam hal ini?

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya mendapat maklumat bahawa hanya enam peratus sahaja dari keseluruhan sektor kerja yang terlibat dengan aktivis ini- aktiviti pergerakan kesatuan sekerja. Jumlah ini amatlah sedikit dan menjadi kerisauan kerana dengan wujudnya pindaan ini, seperti mana yang disebut tadi, adakah kita tidak khuatir, perpecahan dijangka akan berlaku dan suara pekerja kelihatan tidak bersatu?

Kesatuan sekerja di Malaysia tidak berapa kuat, di sebaliknya adanya undang- undang yang membenarkan pembentukan kesatuan sekerja ini. Jadi, inilah persoalan yang saya kira perlu dijelaskan oleh Menteri. Dalam satu laporan BERNAMA, pada pengiraan terakhir, terdapat sebanyak 770 kesatuan sekerja di Malaysia, dengan 993,000 ahli dan dikatakan bilangan keahlian semakin berkurangan.

Mei lepas, saya memetik kenyataan Setiausaha Agung MTUC memberitahu BERNAMA, jumlah ahli kini di antara 500,000 dan 800,000 daripada 15 juta keseluruhan pekerja dalam negara ini. Dengan begitu banyak kesatuan sekerja dan jumlah ahli yang kecil, suara kolektif untuk membuat tawaran dan rundingan, contohnya, bagi gaji dan keadaan bekerja yang lebih baik dibimbangi hampir lenyap.

Kebanyakan kesatuan-kesatuan sekerja mempunyai kurang daripada 500 ahli. Ini sesuatu yang tidak bagus. Sekiranya mahu suara anda didengari, mesti ada sekurang- kurangnya kesatuan sekerja dengan jumlah keahlian yang besar. Barulah suara kesatuan sekerja ini boleh menjadi lantang.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Banyak isu yang perlu diperjuangkan oleh kesatuan sekerja sekarang ini.

Malaysia berdepan dengan isu gaji yang tidak berubah. Yang sebelum berlaku pandemik lagi, dan apabila kadar inflasi meningkat tanpa kenaikan gaji, bermakna pekerja kehilangan kuasa membeli. Walaupun sekarang, kadar inflasi turun sehingga ke paras 2.0 tetapi realiti harga barang di bawah sana, masih belum dapat dinafikan, belum dapat memberikan kelegaan kepada rakyat, walaupun Malaysia menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 sebulan.

Daripada RM1,200 bermula Mei tahun lepas, pelaksanaannya dilaporkan amat perlahan. Dengan RM1,500 apalah yang cukup untuk menyara kehidupan? Tanyalah sesiapa di Lembah Klang. Mereka pasti mengeluh dan menyatakan, bagi orang bujang sekalipun, jumlah itu setakat cukup-cukup makan, yakni untuk bayar sewa, beli makanan dan keperluan lain, apatah lagi untuk sebuah keluarga.

Dan, Bank Negara sebelum ini melaporkan bahawa, gaji yang cukup pada masa ini untuk menyara hidup pasangan suami isteri, dengan dua orang anak di Kuala Lumpur ialah RM6,500 berbanding RM2,700 pada tahun 2016. Jadi, oleh yang demikian, saya menyarankan kesatuan sekerja perlu fokus kepada isu-isu seperti ini, dengan satu kesatuan suara yang mantap untuk dibawa ke depan, dan cadangan saya ialah dalam isu soal gaji minimum ini, perlu melihat kepada geografi yang berbeza.

Sudah tentu, RM1,500 di Lembah Klang berbeza dengan RM1,500 di lokasi-lokasi lain yang kos sara hidupnya lebih rendah. Jadi, ia tidak boleh diselaraskan ke seluruh negara dengan satu jumlah sahaja yang menyebabkan ia kelihatan agak kurang adil di tempat-tempat yang agak tinggi.

Jadi realitinya, undang-undang berkaitan kesatuan sekerja ini juga, perlu juga dikemas kini bagi menutup sebarang kelompangan dan memperkukuhkan kesatuan sekerja. Minta sikit lagi, Yang di-Pertua. Saya nak sebut tentang isu kesatuan sekerja di kalangan pemandu e-hailing dan penghantar makanan.

Mereka tidak boleh mempunyai kesatuan sekerja, Yang Berhormat Menteri kerana keadaan bekerjanya lebih baik, kerana mereka tidak dianggap sebagai bekerja.

Pemandu, penunggang Grab, Foodpanda dan sebagainya, contoh, tidak boleh menubuhkan kesatuan sekerja untuk berunding bagi mendapatkan gaji kerana keadaan dan keadaan kerja serta perlindungan yang lebih baik. Ini kerana...

[Disampuk]

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

...Pekerja gig ekonomi dianggap sebagai kontraktor kerana mereka menyediakan servis menggunakan bahan dari pihak lain. Bukan pekerja pangkalan yang berdaftar.

Jadi, oleh yang demikian, bagaimana Menteri melihat situasi ini dan bagaimana kerajaan melihat untuk menangani isu ini yang, kalau dibiarkan, ia akan menyebabkan satu penganiayaan dan keadaan yang kurang adil kepada pekerja-pekerja, anak-anak muda gig ekonomi. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sekadar pendapat, ya. Walau bagaimanapun, saya beri ruang untuk Yang Berhormat bercakap, kita kena ambil maklum, saya benarkan, nak bercakap pasal dasar tapi kalau baca 36(1), ini berkaitan pindaan akta.

Pengerusi akan menentukan, walau bagaimana saya serahkan. Setakat ini, tidak satu benda pun yang touch tentang pindaan akta, ya- 36(1), senang saja.

Diteruskan, Yang Berhormat- tapi terpulanglah pada Yang Berhormat lima minit itu. Dipersilakan, Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 2:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959. Tujuan RUU ini adalah untuk membuka ruang yang lebih demokratik dalam

final • 2:45 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

sektor kesatuan sekerja supaya sektor ini, iaitu kesatuan sekerja menjadi lebih dinamik dan lebih mewakili hak dan aspirasi pekerja-pekerja kita.

Secara dasarnya, saya menyokong dasar kerajaan dan pindaan akta ini. Cuma, saya ingin bangkitkan beberapa pendapat dan persoalan supaya- kita mohon supaya Menteri boleh jawab nanti.

Pertama sekali, saya ingin membahas ruang RUU ini dengan konteks yang lebih besar kerana kebanyakan pembahas kita tumpukan kepada hak kebajikan dan sebagainya tetapi, saya ingin membawa perspektif sebagai pembangunan negara kita, ya.

Malaysia adalah sebuah negara yang membangun. Malaysia masih bergantung kepada foreign direct investment dan domestic direct investment untuk pembangunan negara kita. Selama ini, kita tahu bahawa, hubungan kesatuan sekerja dan juga majikan adalah aman, baik. Maka, foreign direct investor atau domestic direct investor, mereka mempunyai keyakinan untuk melaburkan duit mereka dalam Malaysia, and we have benefitted. Dan, kita tengok sekarang, Perdana Menteri kita sekarang bertungkus-lumus menarik FDI dan DDI daripada seluruh dunia, dan kita tahu bahawa, this is a very- you know, because of geopolitical issues, we have a very short window, di mana kita boleh mendapat as much foreign direct investment as possible. Jadi, kita nampak bahawa statistik daripada MITI menunjukkan bahawa Malaysia sebenarnya mendapat RM1.23 trillion for foreign direct investment dan domestic direct investment daripada tahun 2020 sehingga suku pertama 2023. It is unprecedented and is very big, sebab ada keyakinan kepada Malaysia.

Maka, dalam konteks inilah, saya harap bahawa, kementerian boleh menjaga hubungan kesatuan sekerja dan juga majikan, dan juga pihak pekerja dengan baik. We have to have a harmony relationship. Dia tidak boleh ada ketidakharmonian or extremism dalam kesatuan sekerja.

Jadi, saya ingin menyeru kepada pemimpin, ya. Pemimpin kesatuan sekerja, selepas rang undang-undang ini diubah, dia kena ada kebertanggungjawaban itu, ya.

Responsibility itu untuk menjaga keharmonian itu, supaya they put the nation building as more important than their own self-interest, ya.

Kesatuan sekerja, dia bukan hanya myopic. Dia tidak boleh hanya semata-mata untuk kepentingan diri atau kesatuan mereka sahaja, tetapi dia kena tengok daripada konteks pembangunan negara kita. Saya juga nampak bahawa, RUU ini memberi ruang untuk mengadakan lebih banyak kesatuan sekerja dalam satu-satu sektor atau satu syarikat.

Saya nampak bahawa ini adalah yang baik supaya ada- the intention-nya adalah untuk memberi persaingan yang sihat. Walau bagaimanapun, saya juga ingin membangkitkan kepada Menteri bahawa adalah, selalunya berlaku adalah- realitinya adalah, kalau mereka ada pertandingan dalam pemilihan, dalam kesatuan sekerja, team A lawan team B, dan team A menang, team B kalah, team B keluar untuk tubuhkan kesatuan sekerja yang lain.

Selepas itu, lawan lagi, jadi team C, team D dan team E. Jadi, dia menjadi pelbagai- terlalu banyak kesatuan sekerja dalam satu-satu ruang yang sangat sempit dan akhirnya, apa yang berlaku, saya takut adalah dia menjadi ekstremis sebab dia ingin menjadi wira, jaguh kepada, you know, their members.

final • 2:45 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jadi, dia berlumba-lumba. Kesatuan sekerja A, B, C, D, berlumba-lumba dan mereka menjadi yang nak jadi jaguh, hero itu, dia menjadi ekstrem dan akhirnya, dia menjadikan relationship itu, dia tidak akan harmoni. Jadi saya harap bahawa kementerian ada mekanisme untuk menjaga isu ini...

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Minta laluan sikit.

final • 2:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yes, sila.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih Bayan Baru. Saya menyokong apa yang disebut bahawa kebimbangan kita walaupun matlamat mungkin positif tetapi kebenaran itu dia akan memungkinkan berlaku polemik dalaman kesatuan di antara satu-satu institusi. Saya harapkan perkara ini dapat dilihat kembali dari segi positif negatifnya supaya kalau kita luluskan nanti tidak akan jadi bebanan atau masalah kemudian yang payah kita nak ubahkan kerana kita dah pinda rang undang- undang. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih menyokong hujah saya. Saya nampak bahawa ini adalah kemungkinan yang berlaku.

Dan akhir sekali, saya nampak bahawa – saya setuju dengan Pasir Mas tadi bahawa ada masalah di mana kerana kita hanya ada lapan peratus pekerja dalam kesatuan sekerja tetapi yang gig workers, e-hailing, itu jumlah yang sangat besar tetapi nasib mereka tidak terbela. Mereka tidak mempunyai avenue untuk negotiate satu kontrak yang lebih baik.

Jadi saya rasa Menteri kena ada sesuatu untuk membantu pekerja-pekerja gig, e-hailing, abang-abang Grab kita supaya kebajikan mereka, mereka boleh negotiate sesuatu yang lebih baik untuk kebajikan mereka. Sekian, terima kasih.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Dipersilakan Yang Berhormat Jerlun.

final • 2:50 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Kesatuan Sekerja 1959 (Pindaan) 2023.

Pertama sekali saya ingin membuat teguran kepada Yang Berhormat Menteri tentang penyediaan RUU ini. Saya lihat RUU ini disediakan dengan dicampuraduk dengan dua bahasa.

Lihat halaman 1 sehingga 17, kepala tajuk ditulis dalam bahasa Melayu tetapi pindaan dalam seksyen atau subseksyen ditulis dalam bahasa Inggeris.

Lihat huraian pula di halaman 18 sehingga 24, semuanya ditulis dalam Bahasa Melayu.

Lihat di ruangan bahasa Inggeris, bermula daripada kepala tajuk pindaan dalam seksyen atau subseksyen dan huraian, semuanya ditulis dalam bahasa Inggeris.

Mengapa disediakan begini? Ini sudah tentu overlooked dan tak sepatutnya berlaku. Sepatutnya disediakan dalam dua versi. Satu bahasa Melayu kesemuanya dan satu lagi dalam bahasa Inggeris.

Lihat Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 (Pindaan) 2023, disediakan dalam dua versi- Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Ini bukan apa, untuk memudahkan perbahasan di kalangan Ahli-ahli Parlimen.

Lagipun Perkara 8 Peraturan Mesyuarat menyebut Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam RUU ini sebanyak 35 seksyen dan subseksyen dipinda. Dalam Akta Ibu, Akta 262 ada 79 seksyen. Ini menunjukkan hampir 44 peratus pindaan dibuat dalam RUU ini.

Pada saya, cadangan pindaan ini adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian sama ada ia adalah sesuatu yang wajar dipinda ataupun tidak. Terdapat sembilan seksyen yang dipinda adalah berkaitan mewujudkan kepelbagaian kesatuan sekerja atau trade union, dengan izin.

final • 2:51 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Pindaan kepada kepelbagaian kesatuan sekerja ini boleh mewujudkan kelemahan tertentu dan impak negatif kepada kesatuan sekerja. Antaranya, pertama akan mewujudkan lebih daripada satu kesatuan sekerja di satu tempat kerja.

Yang kedua, mewujudkan persaingan antara kesatuan sekerja di tempat kerja.

Yang ketiga, mencuri keahlian sesama ahli kesatuan sekerja yang lain.

Yang keempat, wujud konsep divide and role, dengan izin, pecah dan perintah.

Yang kelima, kesatuan sekerja akan bertugas atas belas kasihan majikan dan yang keenam, ada kuasa tawar menawar dalam perjanjian kolektif, collective agreement, dengan izin. Perjanjian kolektif pula wujud melalui perundingan kolektif, collective bargaining, dengan izin atau perundingan bersama.

Ia merupakan suatu proses penting bagi kesatuan sekerja berunding hak-hak atau faedah-faedah pekerja dengan majikan secara berkala. Contohnya apabila syarikat untung dalam perniagaannya, majikan harus berkongsi keuntungannya dengan pekerja- pekerjanya yang membuat kerja. Inilah konsep keadilan sosial antara majikan dan pekerja.

Merujuk pindaan seksyen 49, tajuknya pelaburan wang. Seksyen 49(3) Akta Ibu, penjara tak lebih dua tahun dan denda tak lebih RM2,000. Melalui pindaan seksyen 49(3), penjara dikekalkan tak lebih dua tahun tetapi denda dinaikkan sehingga tidak lebih RM10,000. Logik kah denda tak lebih RM10,000 itu dinaikkan hanya bagi kesalahan kesatuan kerja membeli, menjual, memajak atau menggadai tanah atau bangunan miliknya, melabur atau meminjam wang daripada bank-bank dan mendepositkan wang di bank tanpa kelulusan Menteri? Ini adalah kesalahan melanggar kuasa Menteri sahaja, bukan kuasa kesalahan jenayah.

Merujuk seksyen 56(5) Akta Ibu, penjara tak lebih enam bulan dan denda tak lebih RM1,000. Melalui pindaan seksyen 56(5) ini, penjara dikekalkan tak lebih enam bulan tetapi denda dinaikkan sehingga tak lebih RM5,000. Logik kah denda tak lebih RM5,000 hanya bagi kesalahan pemalsuan pendapatan atau ketinggalan sesuatu akaun kesatuan sekerja yang disediakan dalam laporan kewangan atau penyata tahunan kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja? Ini adalah kesalahan melanggar kehendak Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja, bukan kesalahan jenayah.

Merujuk pindaan seksyen 57(4), seksyen 62(1), seksyen 62(2). Ketiga-tiga seksyen tersebut dipinda, denda tak lebih RM1,000 kepada denda tak lebih RM5,000.

Pada saya, kenaikan denda daripada RM1,000 kepada RM5,000 adalah terlalu tinggi, terlalu drastik, dengan izin. Saya mencadangkan agar denda itu dinaikkan di peringkat kesalahan pertama, RM3,000 ataupun satu jumlah yang berpatutan. Jika berlaku kesalahan kedua, barulah dinaikkan kepada RM5,000. Ini dinaikkan terus kepada RM5,000. Kalau kesalahan yang kedua, berapa pula kesalahan yang akan di caj kepada dia?

Seksyen 63A hingga 63B dan seksyen 71(b) RUU ini, kedua-dua seksyen ini memberi kuasa yang lebar dan luas kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja untuk menuntut pengeluaran dokumen tanpa asas dan kuasa merampas dokumen. Kuasa- kuasa tersebut pada saya, perlu dikaji semula untuk mengelakkan penggunaan kuasa Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja yang berlebihan ataupun lebih tepat lagi, berlakunya penyalahgunaan kuasa.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, dalam kes Kesatuan Pekerja-pekerja Bukan Eksekutif Maybank Berhad (NUBE) lawan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank & Anor, Mahkamah Persekutuan pada 10 Mac 2017 telah menolak rayuan yang dikemukakan atas asas wujudnya ketidakharmonian dalam kesatuan kerja akibat kuasa yang berlebihan yang digunakan oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja.

Itulah ulasan dan pandangan saya terhadap RUU yang dibentangkan ini. Sekian Tuan Yang di-Pertua, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 2:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun...

[Tepuk] Dipersilakan Ahli Yang Berhormat Tenggara.

final • 2:51 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih kerana memberi ruang kepada Tenggara untuk bahaslah rang undang-undang berkaitan dengan pindaan Akta Kesatuan Sekerja [Akta 262] ini.

Sebelum saya bahas ini tadi, berhubung dengan dua, tiga orang kawan, kenalan sebab dulu saya bekerja di sektor perkilangan. Dua kilang saya kerja. Hokuden (Malaysia) Sdn. Bhd., Podoyo (Malaysia) Sdn. Bhd.

final • 2:59 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Kemudian kerja di Tanjong Puteri Golf Resort. Pernah jadi cikgu. Kemudian menyertai kerajaan dan terakhir di Unit Perancang Ekonomi, JPM. Jadi, beberapa pandangan ini saya kongsikan lah berkaitan dengan Akta Kesatuan Sekerja ini.

Antaranya adalah yang disebut oleh rakan-rakan saya adalah sebenarnya tidaklah sangat mendesak pada pihak mereka untuk pindaan ini, terutamanya berkaitan dengan iltizam kerajaan untuk ada lebih daripada satu persatuan sekerja dalam sesebuah tempat kerja. Kerana apa yang mereka katakan yang paling peting kepada mereka adalah tentang kebajikan dan social security sebenarnya, terutama berkaitan dengan sistem yang dah bagus di PERKESO itu diperkasakan lagi lah.

Dan mereka cuba membayangkan kepada saya tadi, konversasi dengan mereka melalui phone. Dia kata, “Kau bayangkan lah Manndzri ya, dekat Hokuden ini tiba-tiba ada dua persatuan pekerja yang mewakili kami. Kemudian nanti lepas tiga empat tahun, wujud pula lagi tiga.” Rasanya bukan lah mendatangkan kebaikan. Dia akan mewujudkan seperti mana Bayan Baru sebutlah, akan ada banyak politicking dan dibimbangi politicking yang wujud dalam kesatuan-kesatuan sekerja yang bakal tumbuh nanti selepas kita laksanakan akta ini adalah menjejaskan produktiviti pengeluaran terutamanya di sektor industri lah.

Sebenarnya dalam ruang yang sempit, saya sukalah nak menyeru kepada kementerian supaya melihat lagi kepada industri atau pun pekerjaan yang sememangnya diwujudkan kesatuan. Yang mana dah ada bagus itu, biarkan lah ya. Dan daripada data yang disediakan kepada saya ini, kita sekarang ini ada 767 kesatuan pekerja swasta dan melibatkan 960,000 lebih kurang pekerja berdaftar. Sekitar 9.6 peratus.

Jadi, kalau tujuannya untuk kita membolehkan- tambah lebih kesatuan sekerja ini semata-mata nak tambahkan jumlah kesatuan sekerja atau pun menambah penglibatan 960,000 ini, 9.6 peratus ini saya rasa tidaklah banyak sangat yang boleh dicapai sebab akhirnya nanti akan sebagaimana Bayan Baru sebut akan ada kelompok A, kelompok B dan sebagainya. Dan saya sebenarnya lebih suka untuk agar...

final • 3:00 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang Berhormat, boleh saya mencelah sedikit? Sini, sini. Depan.

final • 3:00 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Silakan.

final • 3:00 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Saya just hendak dapat penjelasan Yang di-Pertua, kalau berdasarkan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Kefahaman saya dan betulkan kalau saya salah ialah Yang Berhormat tidak bersetuju dengan cadangan pihak kerajaan untuk meminda, membenarkan penubuhan lebih daripada satu kesatuan sekerja dalam satu-satu sektor pekerjaan. Adakah itu maksudnya dan adakah Yang Berhormat lebih prefer, lebih suka kalau sekiranya hanya satu sahaja untuk satu-satu sektor itu?

final • 3:00 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Terima kasih kepada yang bagi pandangan. Saya sebut tadi berdasarkan apa yang saya dihubungi tetapi sebenarnya kita kena tengok juga pada perkilangan atau pun institusi pekerjaan- sektor yang ada itu.

Mungkin pelaksanaan ini bergantung kepada nisbah jumlah pekerja yang ada. Kadang- kadang kilang ini ada 50. Ada 100. Ada 500. Ada yang beribu pun.

final • 3:00 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Mungkin yang banyak itu mungkin boleh dipertimbangkan lah tetapi apa pun dalam pelaksanaan Akta Kesatuan Sekerja ini nanti kelak yang dipinda, ia mestilah mengambil kira tentang adakah kewujudan lebih daripada satu. Saya tidak tahu berapa banyak libat urus yang dibuat. Saya minta maaf sebab semasa buat sesi taklimat itu, saya dengan Jawatankuasa berada di Jepun. Pak Hassan Pasir Gudang dan juga Gopeng dan Rasah. Jadi, tidak dapat gambaran.

Cuma ruang yang ada ini, saya nak maklumkan bahawa kena pastikan pelaksanaan ini mengambil kira faktor-faktor yang demikian kerana kalau sekiranya akta ini dilaksanakan, menjejaskan produktiviti saya bimbang ia memberi impak ekonomi kepada negara kita juga. Sebab mungkin pelabur asing selama ini datang ke negara kita sebab dia kata, “Eh di Malaysia okey sebab kesatuan sekerjanya tak berapa keras. Jadi, kita melaksanakan perniagaan dengan lebih baik. Dengan lebih tersusun. Boleh merangka perancangan perniagaan dengan lebih menguntungkan.” tetapi mungkin dengan perkembangan ini kena tengok juga lah daripada sisi itu ada tak kesan dia kepada pelabur-pelabur kita untuk membuat keputusan melakukan perniagaan di negara kita.

Kita sekarang ini dalam keadaan ekonomi begini. Kita ada banyak lagi kawasan perindustrian yang hendak diperkasakan. Kita hendak tarik pelaburan. Kita bimbang. Satu keputusan yang kita nak buat ini akan memberi impak kepada masa depan ekonomi itu sendiri lah, tetapi, untuk rang undang-undang ini dibicarakan, saya mohonlah kalau perlukan masa lagi- ya lah, sudah diangkat di sini, diberi minta pandangan kepada Ahli- ahli Parlimen.

Saya pun di Tenggara pun pernah pula terlibat dengan industri. So far daripada penelitian saya, dia perlukan satu kajian lah yang mendalam lagi. Libatkan lebih ramai lagi counterpart kita. Kita punya rakan strategik untuk melaksanakan ini bukan semata-mata desakan daripada ILO atau pun undang-undang antarabangsa. Kita kena tahu. Kita kena faham konteks negara kita. Bagaimana menjalankan sebuah kesatuan sekerja.

Jadi, sebagai penutupan Tuan Yang di-Pertua, sedikit saya ambil masa. Apa pun yang kita hendak laksana dan lakukan, yang paling penting sekali adalah adakah ia mengancam produktiviti industri kita, pekerja-pekerja kita, semua sektor lah dan yang paling penting sekali keharmonian dalam kalangan pekerja itu adalah amat mustahak kerana kalau ada too politicking dalam pekerjaan dan di luar pagar.

Kalau saya ambil contoh kilang, di luar pagar kilang dahlah banyak sangat politicking. Bila dibawa masuk ke dalam, saya bimbang kalau ada kewujudan lebih daripada satu, dua, tiga persatuan. Nanti politik masuk, produktiviti kita tak ke mana dan imej negara industri kita akan terjejas. Itu sahaja lah daripada Tenggara. Sekian, terima kasih.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Yang Berhormat Tenggara sokong pindaan?

final • 3:00 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Saya sokong yang baik-baik itulah. Yang baik-baik kita sokong Datuk Yang di-Pertua tetapi kita kena tengok, teliti balik supaya saya bukan apa- concern saya adalah pasal ekonomi. Kita bimbang nanti ada impak, kan?

Bukan pasal soal nak lulus, tidak lulus tetapi soal dia implikasi itulah. Jadi, kementerian- Menteri ada dekat sini boleh tengok lebih sedikit lah ya. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya bukan apa.

Lima minit diberi, kan? Benda-benda yang dibangkitkan semuanya adalah dasar sebab akta induk.

Sekarang kita discuss debate on the amendment. Jerlun was good. Itu terpulang lah. Lima minit itu hak Yang Berhormat tetapi berpandu lah 36(1) itu ya.

Dipersilakan yang berikut, Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 3:00 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah.

[Berselawat] Terima kasih Datuk Speaker kerana memberi peluang kepada Pasir Salak untuk turut serta membahaskan RUU Kesatuan Sekerja Pindaan 2023. Kesatuan sekerja mempunyai fungsi dan peranan yang sangat penting. Antaranya ialah kesatuan sekerja berperanan sebagai kumpulan pendesak di tempat kerja. Mereka perlu dilihat sebagai berkeupayaan untuk mempengaruhi sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak majikan yang melibatkan kepentingan dan kebajikan pekerja-pekerja.

Yang kedua, kesatuan sekerja juga berperanan dalam memastikan kedudukan gaji dan faedah-faedah kewangan yang diperolehi pekerja-pekerja sentiasa dioptimumkan.

Yang ketiga, kesatuan sekerja hendaklah sentiasa mengawal selia sistem perhubungan, perusahaan bersama-sama dengan pihak pengurusan di tempat kerja supaya kebajikan pekerja-pekerja sentiasa diberi keutamaan dan dilindungi. Perkara ini dapat direalisasikan sebagai termeterainya perjanjian kolektif.

Yang keempat, kesatuan sekerja juga berperanan menyediakan perkhidmatan dan latihan bagi meningkatkan taraf kehidupan dan sosial ahli-ahli dari masa ke semasa, seiring kemajuan dan pembangunan ekonomi dalam negara.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan Laporan Industrial Harmony Index 2020 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, skor IHI secara keseluruhan yang dicapai oleh negara kita bagi tahun 2020 adalah 78 persen. Skor ini menunjukkan tahap keharmonian perusahaan di negara kita adalah di tahap yang baik.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah pindaan saya ingin merujuk kepada Fasal 4 bertujuan meminda seksyen 8, Akta 262 perenggan 4A yang bertujuan melanjutkan tempoh permohonan untuk pendaftaran satu kesatuan sekerja di bawah subseksyen 81 Akta 262 ini daripada satu bulan kepada enam bulan dari tarikh kesatuan sekerja itu ditubuhkan. Pindaan yang dicadangkan akan memberikan masa yang mencukupi bagi suatu kesatuan sekerja untuk memohon bagi pendaftarannya. Pasir Salak menyarankan supaya tidak perlu terlalu lama hingga enam bulan. Tiga bulan pun sudah mencukupi.

Baik.

Tuan Yang di-Pertua, sesebuah kesatuan sekerja yang cekap dan berkesan juga bergantung kepada cara pengurusan dan urus tadbir hal ehwal sesebuah kesatuan sekerja. Pengurusan kesatuan yang baik dan cekap sudah tentu sentiasa akan menitikberatkan penglibatan pekerja-pekerja dalam pelbagai dimensi yang akan mencorakkan hala tuju dan masa depan ahli-ahli.

final • 4:06 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Dalam hal ini juga, pengurusan kesatuan perlu mewujudkan perbincangan secara berkala untuk ahli-ahli dan pihak pengurusan majikan dalam menentukan dan menguruskan amalan perhubungan perusahaan yang sentiasa mengambil berat dan memelihara kebajikan ahli-ahli dan pekerja-pekerja.

Pasir Salak ingin menyatakan satu cabaran dan halangan yang penting untuk Pasir Salak huraikan dalam perbahasan ini iaitu, hubungan dengan majikan. Sering kali kita mendengar hubungan antara majikan dan kesatuan sekerja sentiasa dingin. Majikan dikatakan telah mempunyai persepsi negatif terhadap kesatuan sekerja sejak dari awal sebelum penubuhan sesebuah kesatuan sekerja lagi. Persepsi sebegini tidak membantu menyuburkan sistem perhubungan perusahaan antara majikan dan pekerja-pekerja.

Malah persepsi negatif sebegini hanya akan membantutkan sistem perhubungan perusahaan dalam negara kita.

Akhir sekali, masa depan pergerakan kesatuan sekerja dan keberkesanan peranannya di dalam negara kita banyak bergantung pada sejauh mana kepimpinan

final • 3:10 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

kesatuan sekerja dapat menguruskan dan menangani semua faktor dan cabaran- cabarannya.

Sekian, terima kasih. Pasir Salak mohon menyokong.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Dipersilakan Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 3:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan ruang kepada Sungai Petani untuk bersama-sama dalam perbahasan Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan). Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Kesihatan Mental Sedunia dan sudah tentu pekerja juga tidak terkecuali dalam menghadapi masalah kesihatan mental ini.

Tuan Yang di-Pertua, negara kita dibina oleh kaki, tangan dan tenaga para pekerja dan kita lihat setiap pembangunan pencapaian itu semua adalah dari hasil tangan kelas pekerja. Malah cuti dua hari seminggu dan kerja lapan jam sehari itu adalah perjuangan panjang golongan pekerja terdahulu.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kita menyokong usaha baik kerajaan melalui rang undang-undang ini, kita tidak boleh untuk menutup sebelah mata terhadap kesan rang undang-undang ini dan bagaimana undang-undang ini boleh ditambah baik agar tidak ada penindasan terhadap para pekerja dan tidak ada pengeksploitasian terhadap para pekerja. Umum mengetahui bahawa kesatuan sekerja ini diwujudkan supaya tidak ada pengeksploitasian oleh pihak majikan ke atas mereka dan satu elemen penting dalam memastikan suara kesatuan cukup kuat untuk mengawal setia kemandirian mereka adalah elemen solidariti.

Rang undang-undang ini akan membawa ke arah multiplicity of unions atau kepelbagaian kesatuan yang bererti satu-satu industri itu atau tempat kerja boleh wujud lebih dari satu persatuan. Dan ini akan menyebabkan kesannya itu adalah berkurangnya solidariti sesama warga pekerja dan ahli kesatuan memandangkan solidariti itu adalah opsyenal. Pada pandangan saya, hal ini akan menyebabkan adanya impak jangka masa panjang dan akan menyebabkan berkurangnya produktiviti bekerja dan kesatuan antara pekerja-pekerja tersebut.

Antara permasalahan yang juga akan timbul adalah kewujudan puppet union atau kesatuan yang menjadi boneka kepada majikan. Kewujudan kesatuan boneka ini hanyalah mengangkat kepentingan majikan mereka sahaja dan bukannya ahli kesatuan mahupun warga pekerja secara keseluruhan. Maka, cadangan saya kepada pihak kementerian adalah supaya melihat semula bahagian rang undang-undang ini yang akan membuka ruang kepada eksploitasi ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita melihat pada masa kini, zaman kini lebih banyak pekerja-pekerja memilih untuk ke arah pekerjaan gig khususnya anak-anak muda dan pekerjaan gig ini kita tidak melihat ia adalah suatu konvensional. Walau bagaimanapun, kalau kita teliti pekerjaan gig ini masih ada elemen majikan dan pekerja. Cuma permasalahan di sini adalah pekerja-pekerja gig khususnya e-hailing tidak ada satu mekanisme yang baik, tidak ada satu ketetapan bahawa mereka ini akan diwujudkan satu kesatuan kerja terhadap pekerja-pekerja Grab e-hailing dan ini telah pun disuarakan oleh pemandu-pemandu e-hailing dan Grab khususnya anak-anak muda.

Bagi para riders, mereka memerlukan satu mekanisme untuk mewujudkan kesatuan yang ampuh yang akan bersuara bagi pihak mereka kerana mereka juga adalah pekerja. Bagi pihak seperti anak seni pula, kesatuan mereka perlu diperkasakan lagi seiring perkembangan dalam bidang tersebut. Dan kedua-dua bahagian pekerjaan gig ini dan bahagian-bahagian lain profesion ini perlu diberikan perhatian khusus dan rang undang-undang ini boleh ditambah baik untuk memasukkan sekali golongan ini dan ini amat-amatlah penting.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian agar meluaskan lagi skop rang undang-undang ini supaya mengambil kira ruang untuk pekerja gig ini

final • 3:11 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

mewujudkan satu kesatuan mereka sendiri yang diiktiraf dan diperkasakan. Jadi saya mohon kementerian agar teliti tentang perkara ini dengan sebaik mungkin sebelum rang undang-undang ini dapat diluluskan bersama di dalam Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih.

final • 3:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Dipersilakan Yang Berhormat Temerloh.

final • 3:11 PM

Puan Hajjah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua.

Pindaan RUU Kesatuan Sekerja. Kesatuan sekerja penting untuk memperjuangkan keadilan dan menuntut hak kebajikan pekerja. Daripada 15 juta pekerja di negara ini, tidak sampai 10 peratus yang menjadi ahli persatuan. Fasal 2 untuk membenarkan kesatuan sekerja ditubuhkan merentasi trend pekerjaan atau industri yang akan menubuhkan kepelbagaian kesatuan sekerja. Dalam masa yang sama, ia dapat meningkatkan bilangan kesatuan sekerja dan inilah juga masalah yang kita hadapi bahawa selama ini hanya sedikit sahaja kesatuan sekerja yang dapat bergerak dengan sebaiknya.

Oleh itu, bagi Temerloh pindaan ini dapat menambah bilangan kesatuan sekerja kerana kesatuan sekerja merupakan jambatan yang menghubungkan antara pekerja, majikan dan juga kerajaan. Suara kesatuan dan tuntutan akan lebih berkesan dan akan diambil perhatian oleh majikan atau kerajaan terutama yang berkaitan dengan hak-hak kebajikan pekerja, tetapi Temerloh berpandangan pindaan ini membolehkan kesatuan yang menyokong atau menjadi proksi kepada majikan untuk memanipulasi sentimen ahli.

Temerloh juga ingin mengetahui, apakah respons kerajaan terhadap kebimbangan yang disuarakan oleh gabungan membantah kepelbagaian kesatuan sekerja? Temerloh berpandangan sudah tiba masanya pekerja-pekerja profesional juga memiliki kesatuan sendiri kerana di sana akan ada perlindungan dan hak mereka akan dapat dilaksanakan.

Dalam fasal 4, perenggan 4A- melanjutkan tempoh permohonan kesatuan sekerja dari satu bulan kepada enam bulan yang memberi masa dan peluang lebih luas supaya kesatuan itu berjaya didaftarkan.

Temerloh menyokong pindaan ini kerana hanya kesatuan sekerja yang berdaftar sahaja akan mendapat pengiktirafan majikan. Namun, Temerloh menyarankan adanya kriteria-kriteria khusus untuk menerima kelewatan pendaftaran kesatuan sekerja. Dengan adanya kesatuan sekerja ini, ia akan dapat mengelakkan isu-isu diskriminasi gaji, peluang naik pangkat, jenis pekerjaan yang melibatkan jantina dan juga kaum.

Namun, apakah jaminan kerajaan kesatuan sekerja yang ditubuhkan benar-benar fokus untuk memperjuangkan hak dan perlindungan pekerja, bukan membawa suara majikan ataupun kerajaan.

Pindaan perenggan 4, perenggan 11B membenarkan seseorang mencapai umur 15 tahun menjadi anggota kesatuan sekerja berdaftar. Sebelum ini hanya umur 21 tahun sahaja yang layak menjadi ahli kesatuan.

final • 3:16 PM

Puan Hajjah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Temerloh menyokong kerana kelayakan menjadi anggota kesatuan secara langsung dapat menikmati semua hak anggota kesatuan dan sebagai pekerja akan dilindungi haknya. Jika tidak ada pekerja muda yang diabaikan hak mereka terutama dari segi kebajikan. Sudah tiba masanya keanggotaan kesatuan sekerja diluaskan kepada semua yang layak.

Keanggotaan kesatuan sekerja biasanya dikuasai oleh golongan senior dan golongan muda kurang kesedaran untuk turut serta. Begitu juga sebahagian anggota kesatuan terdiri daripada golongan lelaki. Pekerja wanita kurang minat berpersatuan dan

final • 3:20 PM

Puan Hajjah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

kurang kesedaran untuk terlibat. Akhirnya, isu-isu dan hak pekerja wanita terabai seperti cuti bersalin, cuti kematian suami. Apakah usaha-usaha yang perlu dibuat oleh kerajaan untuk menggalakkan penglibatan semua golongan dalam kesatuan sekerja?

Menurut Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani mengatakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia kini sedang dalam usaha melibatkan pekerja-pekerja asing dalam kesatuan sekerja bagi mengelakkan mereka diperlakukan seperti buruh paksa. Apakah respons pihak kerajaan terhadap isu ini?

Temerloh mohon Kementerian Sumber Manusia membuat kajian terperinci kerana ia akan melibatkan tuntutan hak yang sama dengan pekerja warganegara. Sekian, terima kasih.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Temerloh. Dipersilakan pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua memberikan ruang kepada saya untuk sama-sama membahaskan rang undang-undang meminda Akta Kesatuan Sekerja.

Dato’ Yang di-Pertua, fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 8, Akta 262 perenggan 4(a) bertujuan untuk melanjutkan tempoh bagi permohonan untuk pendaftaran suatu kesatuan sekerja di bawah subseksyen 8(1), Akta 262 dan seterusnya.

Saya bersetuju dengan pindaan ini memandangkan untuk menubuhkan sesuatu kesatuan ianya memakan masa yang agak panjang. Untuk mewujudkan kesatuan juga, ianya akan menghadapi pelbagai cabaran.

Antaranya melibatkan majikan dan pekerja itu sendiri. Majikan seharusnya tidak menghalang atas usaha untuk mewujudkan kesatuan. Ia mungkin terjadi kepada sektor swasta.

Seterusnya, perenggan 4(b) iaitu bertujuan untuk melanjutkan tempoh perlanjutan masa bagi permohonan untuk pendaftaran suatu kesatuan sekerja di bawah subseksyen 8(2) Akta 262 yang boleh diberikan oleh ketua pengarah daripada 6 bulan secara agregat kepada 12 bulan secara agregat. Saya berpandangan ia masa yang agak panjang dan saya suka mencadangkan untuk mengekalkan atau menambah masa tiga bulan menjadikan enam bulan ke sembilan bulan. Saya juga mohon jawapan juga daripada Menteri kenapa tempoh enam bulan ditambah kepada 12 bulan?

Berikutnya fasal 6 iaitu bertujuan untuk meminda seksyen 12, Akta 262 perenggan 6(a) bertujuan untuk memotong subseksyen 12(2), Akta 262 berbangkit daripada pindaan yang dicadangkan kepada takrif “kesatuan sekerja” atau “kesatuan” dan selaras dengan objektif utama akta yang dicadangkan untuk membenarkan kepelbagaian pembentukan kesatuan sekerja.

Saya menyokong dengan pindaan ini dengan membenarkan kepelbagaian pembentukan kesatuan sekerja. Masih banyak lagi pekerja-pekerja industri yang masih tidak ada lagi kesatuan sekerja. Sefaham saya sektor elektronik masih tidak ada lagi kesatuan sekerja diwujudkan. Kalau ada sekali pun ianya berbentuk dalaman iaitu dipanggil internal union ataupun kesatuan dalaman yang melibatkan wakil pekerja dan majikan sahaja tanpa didaftarkan di bawah kementerian. Mohon untuk kementerian perbetulkan kenyataan saya sekiranya saya salah.

Saya difahamkan juga syarikat-syarikat lain seperti pembekal industri automotif, pembinaan dan pembekal bahan binaan, farmasi dan lain-lain masih lagi tidak ada kesatuan sekerja. Kesatuan ini cukup penting sebab banyak perkara yang perlu dilihat oleh majikan kepada pekerja. Dengan adanya kesatuan ia mewakili pekerja untuk membincangkan sesuatu dengan majikan.

final • 3:21 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Seterusnya Dato’ Yang di-Pertua, perenggan 11(f) bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu 26(2A) ke dalam Akta 262 untuk memperuntukkan bahawa anggota sesuatu kesatuan sekerja dalam kalangan pekerja yang telah dibuang kerja, ditamatkan, diberhentikan atau bersara tidak berhak untuk mengundi dalam perkara mogok dan seterusnya, Yang di-Pertua.

Mengenai dengan cadangan pindaan ini, saya bersetuju memandangkan pekerja terlibat tidak lagi bekerja di syarikat tersebut. Ianya boleh mempengaruhi pekerja yang sedia ada dan tidak adil kepada majikan. Biarlah atas apa pun juga sekali pun hanya pekerja sedia ada sahaja yang jelas mempunyai hak mereka untuk meluahkan sesuatu perkara dengan majikan mereka.

Walau bagaimanapun, sekiranya ada tuntutan yang perlu diselesaikan oleh majikan kepada pekerja yang telah diberhentikan secara tidak adil sewajibnya mereka diberi hak untuk menuntut dan mohon kementerian melihat juga mengenai perkara ini dan yang terakhirnya berkait dengan perkara untuk...

final • 3:21 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang Berhormat, boleh saya celah sedikit?

final • 3:21 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Silakan.

final • 3:21 PM

Datuk Wan Saiful bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Saya mendengar pandangan Yang Berhormat mengenai kepelbagaian dalam kesatuan sekerja ini, dan saya dengar tadi bahawa Yang Berhormat menyokong.

Bersetuju kah Yang Berhormat kalau saya katakan, nampaknya dalam perbahasan kita hari ini, saya mengikuti perbahasan yang berlaku ada kecelaruan di sebelah kerajaan kerana nampaknya Ahli-ahli Parlimen kerajaan membangkang cadangan yang dibawa oleh kerajaan sendiri, dan ini menunjukkan ada kelemahan dan tidak persetujuan di pihak kerajaan yang menyebabkan kerajaan pada hari ini agak kucar- kacir dari segi pembentangan yang dilakukan...

final • 3:21 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bukan membangkang. Itu kita dapatkan kepastian. Itu sahaja. Pencerahan.

final • 3:21 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Tidak apa, saya...

final • 3:21 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Jangan bersangka jahat... [Dewan riuh]

final • 3:21 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Saya bersetuju dengan Tasek Gelugor.

final • 3:21 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sokong, Tampin, sokong...

[Ketawa]

final • 3:21 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Baik, Dato’ Yang di- Pertua yang terakhirnya iaitu berkaitan dengan mewujudkan dua kesatuan sekerja.

Mungkin sedikit dua pandangan yang berbeza memandangkan saya berpengalaman juga dalam union ini iaitu mewujudkan satu kesatuan yang satu company yang besar. Contoh, macam saya National Panasonic ada 6,000 pekerja. Setiap department itu ada dia punya union-nya sendiri dan seterusnya dia akan pergi kepada induk dan saya melihat kepada keadaan tempat tersebut.

Sekiranya keadaan seperti yang saya nyatakan tadi sebaiknya satu kesatuan sekerja sahaja yang diwujudkan supaya ianya mudah untuk ditadbir oleh union ataupun kesatuan sekerja yang ada di satu-satu syarikat. Mungkin sekadar itu sahaja pandangan saya. Sekian terima kasih.

final • 3:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor.

Sebelum saya mempersilakan Menteri, Dewan point of order yang berkaitan ada Yang Berhormat Jerlun bangkitkan. Bila kita lihat Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Dia menyebut 10 tahun boleh pakai bahasa Inggeris, dan kemudiannya benda itu kena di amend kan totally dalam Bahasa Melayu.

final • 3:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Walau bagaimanapun, on record kita tidak ada pindaan Perlembagaan yang meneruskan perkara tersebut. Jadi, itu yang elemen-elemen yang wujud dalam Dewan ini dual language. Kalau bil ini pun yang macam mana Yang Berhormat Jerlun nyatakan tadi.

Saya sendiri masa jadi Ahli Parlimen quite confusing tetapi ini kita serahkanlah kepada dasar kerajaan menentukan. Either to amend the Constitution sekarang ini saya rasa 1.7 plus one sudah boleh sudah tetapi kita serahkan kepada budi bicara kerajaan.

Berikutannya saya minta...

final • 3:21 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Dato’, sedikit boleh saya bagi pandangan saya?

Mengikut Perlembagaan, kalau seorang dari Sabah and Sarawak, he got absolute right to speak in English to address at any time. So, just to point out.

final • 3:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat. I’m well aware of it and perkara itu termaktub dalam Perlembagaan.

Di Dewan Undangan Negeri pun sama juga. Selagi amendment to the Constitution dan rights of Sabah dan Sarawak is maintained there under our Federal Constitution, dengan izin. Berikutannya saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri.

Dipersilakan waktu penuh 20 minit tetapi injury time dibenarkan atas budi bicara saya. Dipersilakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:21 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak Kementerian Sumber Manusia, saya terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja

(Pindaan) 2023. Kementerian menghargai semua pandangan, saranan, cadangan mahupun teguran daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut.

Seramai 14 orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan Rang Undang- undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023 iaitu: Yang Berhormat Ipoh Barat; Yang Berhormat Pendang; Yang Berhormat Seputeh; Yang Berhormat Setiu; Yang Berhormat Miri; Yang Berhormat Pasir Mas; Yang Berhormat Bayan Baru; Yang Berhormat Jerlun; Yang Berhormat Tenggara; Yang Berhormat Pasir Salak; Yang Berhormat Sungai Petani; Yang Berhormat Temerloh; Yang Berhormat Petaling Jaya; dan Yang Berhormat Hulu Selangor.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung saranan Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Jerlun dan Yang Berhormat Pasir Mas berkaitan dengan isu kepelbagaian kesatuan sekerja, dengan izin, multiplicity.

Untuk makluman Dewan yang mulia, asas utama pindaan ini adalah untuk memansuhkan sekatan penubuhan kesatuan sekerja termasuklah sekatan dari hanya membenarkan satu kesatuan sekerja dalam mana-mana industri, pekerjaan atau trade.

Untuk itu, ia tidak dapat lari dari isu kepelbagaian kesatuan sekerja.

Kepelbagaian kesatuan sekerja dijangka akan memberi impak yang baik terutamanya kepada pekerja dan memberikan kebebasan kepada pekerja untuk menyertai atau menubuhkan kesatuan mengikut pilihan mereka sendiri. Bagi memastikan keharmonian perusahaan dapat dikekalkan, sesuatu kesatuan dibenarkan untuk mengehadkan keanggotaannya di mana seseorang pekerja yang telah menganggotai kesatuannya, tidak dibenarkan untuk menganggotai kesatuan sekerja yang lain. Adalah menjadi harapan kerajaan dengan pindaan Akta 262, ia akan mewujudkan kesatuan sekerja yang lebih matang, progresif dan bersaing secara sihat bagi memastikan faedah- faedah pekerja dapat ditingkatkan.

Kesatuan dibenarkan untuk mengehadkan keanggotaannya di mana seseorang pekerja yang telah menganggotai sesuatu kesatuan, tidak dibenarkan untuk

final • 3:30 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

menganggotai kesatuan sekerja yang lain. Sekiranya, terdapat sekatan ini dalam perlembagaan kesatuan, beliau tidak boleh menganggotai atau memegang jawatan dalam kesatuan yang lain.

Walau bagaimanapun...

final • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

[Bangun]

final • 3:30 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Ya, Ipoh Barat.

final • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Datuk Speaker, saya nak dapat sedikit penjelasan dan juga pendirian kerajaan.

Bila kita bersetuju untuk kepelbagaian kesatuan sekerja, masalah dia adalah di mana kemungkinan besar di negara ini bila kita ada perbincangan dengan majikan kesatuan, mereka kata kesatuanlah yang mengatakan bahawa bila ada lebih kesatuan, dia akan disponsor oleh majikan. Menjadi kawan baik, agen kepada majikan dan diguna pakai untuk matikan lagi satu kesatuan. Jadi, saya berpendapat department JHEKS ini perlu membuat penyiasatan menyeluruh in totality sebelum satu-satu pendaftaran dibenarkan.

Yang kedua, saya pohon agar jasa baik JHEKS diberi arahan bahawa kelonggaran diberi kepada semua kesatuan di negara ini untuk mengambil mana-mana member dari mana-mana pekerjaan. Sekarang, dari segi praktisnya, polisinya adalah jika dia ada satu kesatuan, dia adalah kepada satu pembinaan, dia terhad kepada kesatuan tersebut. Macam saya cakap dalam ucapan saya, kalau dia manufacture plastic, walaupun plastik menjadi satu komponen dalam pembinaan kereta tetapi kamu tak boleh menjadi anggota di plastik kerana ada kesatuan perlembagaannya. Saya harap kelonggaran diberi. Ini diperbincangkan dahulu. Itu sebab perkara itu saya rasa perlu diambil kiralah.

final • 3:30 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Perkara yang dibangkitkan itu akan dipertimbangkan. Jika tiada sekatan dalam perlembagaan kesatuan, maka pekerja tersebut boleh menganggotai dan seterusnya memegang jawatan dalam kesatuan-kesatuan yang dianggotainya. Perkara ini adalah tertakluk kepada perlembagaan kesatuan sekerja masing-masing.

Yang Berhormat Ipoh Barat membangkitkan berkaitan permohonan pendaftaran kesatuan yang dikatakan mengambil masa yang lama. Piagam pelanggan jabatan telah menetapkan bahawa permohonan pendaftaran hendaklah diproses dalam tempoh sebulan selepas permohonan diterima. Berdasarkan rekod jabatan, sesuatu permohonan yang lengkap akan didaftarkan dengan segera dalam tempoh tujuh hari dari tarikh permohonan lengkap diterima di ibu pejabat.

Yang Berhormat Ipoh Barat dan Yang Berhormat Seputeh mengutarakan pandangan berkenaan dakwaan bahawa pindaan rang undang-undang ini memberi kuasa penuh kepada ketua pengarah.

Untuk makluman Dewan yang mulia, pindaan akta ini tidak sama sekali memberi kuasa penuh kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja sebaliknya melalui pindaan ini, kuasa sedia ada Ketua Pengarah telah dihadkan khususnya dalam hal pendaftaran kesatuan sekerja, pembatalan kesatuan sekerja dan penggantungan cawangan kesatuan sekerja. Walau bagaimanapun, terdapat peruntukan yang ditambah baik bagi memastikan akta ini dapat dikuatkuasakan dengan berkesan, contohnya peruntukan berhubungan kuasa siasatan dan pendakwaan ke atas kesatuan sekerja yang melakukan kesalahan.

Yang Berhormat Ipoh Barat dan Yang Berhormat Setiu turut membangkitkan sama ada pindaan Akta Kesatuan Sekerja ini akan dapat meningkatkan keanggotaan kesatuan sekerja.

Untuk makluman Dewan yang mulia, kementerian menjangkakan pindaan akta ini akan dapat meningkatkan keanggotaan kesatuan sekerja dengan anggaran peningkatan keanggotaan adalah sebanyak lebih kurang 50,000 sehingga 100,000 anggota manakala bilangan kesatuan dijangka akan meningkat dari 756 kepada 800 kesatuan sekerja pada tahun ini. Kementerian yakin pindaan akta ini akan dapat meningkatkan keanggotaan

final • 3:30 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

kesatuan sekerja. Kementerian telah pun merancang dan melaksana beberapa inisiatif dalam merealisasikan perkara ini.

Kementerian juga ada memperuntukkan dana kepada kesatuan-kesatuan sekerja untuk menjalankan program-program kesatuan sekerja. Kementerian berharap pindaan ini akan mewujudkan kesatuan sekerja yang lebih matang, progresif dan bersaing secara sihat bagi memastikan faedah-faedah pekerja dapat dipertingkatkan. Di samping itu, kementerian juga akan menggariskan sasaran jangka masa sederhana dan jangka masa panjang berhubung perkara ini. Yang Berhormat Ipoh Barat turut membangkitkan pertanyaan mengapa kesatuan dalam ...

final • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Sebelum itu, Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Ya.

final • 3:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson - Ipoh Barat

Terima kasih. Saya nak dapat sedikit pandanganlah. Ini sebenarnya diterajui oleh kita semasa pada tahun 2018 dan 2019 di mana kerajaan mengagihkan setiap tahun sekurang-kurangnya RM500 ribu.

Banyak di antara forum-forumnya diadakan di five-star hotel. It doesn’t make sense kerana 95 peratus dari pekerja adalah di factory, factory dan tempat-tempat biasa.

Saya telah pada pandangan saya, bahawa kita perlu back to basics. Kita perlu pergi ke tempat di mana mereka bekerja, JHEKS perlu memberi penerangan-penerangan kerana kesatuan sekerja sendiri bila ingin mendapat kebenaran, majikan tidak membenarkan. Maka, peranan perlu dimainkan oleh kesatuan, dimainkan oleh JHEKS.

Saya pohon ia dialihkan bahawa new thinking supaya we be with them rather than they come to us. Kita di five-star hotel macam di Ipoh, di Kuala Lumpur- people can come walaupun makanan cantik, air-conditioned dan sebagainya. Itu baik untuk kita tetapi bukan baik untuk pekerja.

final • 3:30 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Ini adalah satu cadangan yang baik daripada Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya terima baik cadangan tersebut. Yang Berhormat Ipoh Barat turut membangkitkan pertanyaan mengapa kesatuan dalam sektor kerajaan lebih banyak berbanding dengan kesatuan sekerja di sektor swasta.

final • 3:30 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Berdasarkan statistik jabatan sehingga Jun 2023, bilangan kesatuan di sektor kerajaan berjumlah 163 dengan keanggotaan berjumlah 531,436 orang. Manakala, bilangan kesatuan sektor swasta berjumlah 466 dengan keanggotaan seramai 340, 948 orang.

Adalah menjadi harapan kerajaan melalui pindaan ini untuk menggalakkan pekerja-pekerja di sektor swasta untuk menubuhkan dan menganggotai kesatuan sekerja mereka memandangkan pindaan ini akan memberikan kebebasan kepada pekerja untuk memilih atau menubuhkan kesatuan sekerja mereka sendiri.

Jabatan mempunyai rancangan bagi jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang untuk meningkatkan keanggotaan kesatuan sekerja bukan sahaja di sektor swasta tetapi juga dalam sektor kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Pasir Mas turut bertanya sama ada pekerja sektor e-hailing boleh membentuk kesatuan sekerja dalam menjaga hal-hal kebajikan mereka.

Untuk makluman Dewan yang mulia, pekerja-pekerja boleh menubuhkan kesatuan sekerja sekiranya mereka digajikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan, dengan izin contract of service dengan pihak majikan.

Namun demikian, bagi pekerja-pekerja sektor e-hailing yang berada di bawah kontrak untuk perkhidmatan, contract for service, mereka bukanlah seorang pekerja menurut definisi Akta Kesatuan Sekerja 1959. Sehubungan itu, mereka tidak boleh menubuhkan dan menganggotai kesatuan sekerja.

final • 3:40 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Isu ini boleh diselesaikan sekiranya takrif pekerja dipinda di bawah Akta Sekerja 1955. Walau bagaimanapun, perkara ini perlu dikaji dengan teliti dan menyeluruh untuk memastikan ia boleh memberi manfaat kepada pekerja secara keseluruhannya.

Pada masa yang sama, kerajaan hari ini sedang meneliti dan mengkaji kebolehlaksanaan undang-undang dan dasar baharu yang bersesuaian bagi mengawal selia sektor ekonomi gig yang turut merangkumi pekerja sektor e-hailing yang semakin membangun dan berkembang di dalam negara.

Pada masa ini, Kerajaan telah memperkenalkan Akta Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789] untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri. Pada mulanya, Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Akta 789 ini diwajibkan kepada Sektor Pengangkutan Penumpangan iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas yang berkuat kuasa mulai 1 Jun 2017.

Mulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain seperti pengangkutan barangan atau makanan, pertanian, penjaja dan lain.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Miri juga membangkitkan isu berkenaan langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam mempromosikan kesatuan sekerja kepada golongan pekerja muda. Ia adalah untuk meningkatkan penyertaan golongan muda dalam kegiatan kesatuan sekerja.

Kementerian mempunyai beberapa inisiatif dalam mempromosikan faedah dan fungsi kesatuan sekerja kepada pekerja-pekerja terutamanya kepada pekerja muda melalui program-program pendidikan secara berterusan, sebagai contoh:

(i) program kesedaran berkesatuan bersama graduan dan pelajar; dan

(ii) program outreach bersama pekerja, kesatuan sekerja, pelajar, pelatih dan mahasiswa.

Selain itu, Kementerian juga akan terus memberi pendidikan melalui sesi libat urus mengenai faedah kesatuan sekiranya mereka mempunyai kesatuan sekerja.

Isu berkaitan definisi pekerja parti politik yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang. Untuk makluman Dewan yang mulia, pekerja parti politik sememangnya dibenarkan menganggotai kesatuan sekerja tanpa perlu mengisytiharkan jawatan mereka sebelum menganggotai kesatuan tersebut.

Walau bagaimanapun, untuk menjadi pegawai kesatuan, pekerja tersebut perlu menyatakan jenis pekerjaan dan jawatan dalam parti politik jika ada, dalam notis yang dikemukakan kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Ini adalah kerana pemegang jawatan dalam parti politik tidak dibenarkan untuk menjadi pegawai kesatuan sekerja.

Pekerja parti politik adalah merujuk kepada pekerja yang digajikan oleh mana- mana parti politik contohnya pemandu, kerani kewangan, kerani pentadbiran dan sebagainya.

YB Pendang juga membangkitkan pertanyaan sama ada pindaan undang-undang ini hanya untuk diselaraskan dengan negara-negara lain.

Pindaan ke atas akta ini perlu dibuat memandangkan peruntukan sedia ada dalam akta ini tidak mengambil kira prinsip kebebasan berkesatuan. Memandangkan kerajaan telah meratifikasi, dengan izin, Comprehensive and Progressive Agreement for Trans- Pacific Partnership (CPTPP) pada 30 September 2022 dan mula berkuat kuasa pada 29 November 2022, pindaan kepada akta ini sememangnya adalah satu keperluan.

Sekiranya Malaysia tidak mematuhi peruntukan-peruntukan, Bab Buruh yang dinyatakan dalam CPTPP, negara ahli CPTPP yang lain boleh membuat tuntutan terhadap Malaysia supaya Malaysia mematuhi peruntukan-peruntukan di bawah Bab Buruh CPTPP dan selanjutnya melalui mekanisme penyelesaian pertikaian CPTPP yang boleh menyebabkan Malaysia terpaksa membayar pampasan atau kehilangan faedah- faedah di bawah CPTPP sehingga peruntukan tersebut dipatuhi sepenuhnya.

final • 3:40 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Tuan Yang di-Pertua, Ipoh Barat dan YB Seputeh telah membangkitkan situasi sekiranya lebih dari satu kesatuan wujud di tempat kerja, kesatuan mana yang mempunyai kuasa untuk berunding?

Bagi memastikan keharmonian perusahaan dapat dikekalkan, kementerian telah mewujudkan mekanisme berhubung proses pengiktirafan sekiranya terdapat dua atau lebih kesatuan di tempat pekerjaan tersebut melalui pindaan Akta 177. Dengan pindaan Akta 177 yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 19 Disember 2019, hanya satu kesatuan sekerja yang dibenarkan berunding dengan majikan bagi memeterai perjanjian bersama, sole bargaining rights.

Untuk makluman Dewan yang mulia, Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan boleh mengambil langkah-langkah untuk menentukan permohonan tersebut atau menjalankan undi sulit bagi membolehkan pekerja-pekerja yang terlibat memilih sebuah kesatuan sekerja untuk mewakili mereka dalam perundingan kolektif.

Kesatuan sekerja yang mendapat undi tertinggi, dengan izin, highest vote akan mempunyai hak berunding tunggal sehingga kesatuan sekerja lain mendapat hak tersebut.

YB Seputeh, dan YB Setiu telah membangkitkan usaha kementerian dalam mendidik majikan mengenai hak berkesatuan serta medium komunikasi yang boleh dilakukan oleh kementerian supaya kebajikan pekerja dapat disuarakan dengan lebih berkesan.

Kementerian ini akan terus mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan termasuk kesatuan sekerja untuk membincangkan mengenai isu-isu perburuhan seperti isu kebajikan pekerja.

Selain itu, kerajaan juga menyediakan pelbagai platform latihan dan dana untuk kesatuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli-ahlinya. Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah:

(i) program kesedaran berkesatuan bersama graduan dan pelajar;

(ii) program outreach bersama pekerja, kesatuan sekerja, pelajar, pelatih dan mahasiswa;

(iii) kursus pengurusan kesatuan sekerja;dan

(iv) penganugerahan Geran Pembangunan Kesatuan Sekerja

(GPKS).

YB Setiu dan YB Pasir Mas juga bertanyakan tentang syarat-syarat kepada pegawai kesatuan sekerja yang dipilih untuk benar-benar mewakili suara pekerja dan bukan bertujuan bersaing dengan kesatuan lain.

Tuan Yang di-Pertua, syarat-syarat untuk menjadi pegawai kesatuan sekerja diperuntukkan di bawah seksyen 28, Akta Kesatuan Sekerja 1959. Walau bagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawab ahli kesatuan untuk memilih pegawai yang berkaliber dan bertanggungjawab untuk memastikan kesatuan boleh menyuarakan isu-isu yang melibatkan pekerja dan mampu bersaing dengan kesatuan yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini perlu disegerakan pindaannya kerana ia akan mewujudkan kesatuan sekerja yang lebih matang, progresif dan bersaing secara sihat bagi memastikan faedah-faedah pekerja dapat ditingkatkan.

Berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh YB Jerlun iaitu berkaitan dengan hukuman pemenjaraan.

final • 3:40 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Di bawah cadangan pindaan akta ini, hukuman pemenjaraan dimansuhkan sepenuhnya. Bagaimanapun, kadar denda sedia ada dinaikkan sedikit bagi memastikan kesatuan sentiasa berada di landasan yang betul, sejajar dengan objektif penubuhannya.

Akhir kata, sekali lagi bagi pihak kementerian, saya mengucapkan terima kasih

final • 3:50 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

kepada semua Yang Berhormat atas pandangan, saranan dan teguran Ahli-ahli Yang Berhormat akan diberikan perhatian dalam merangka dasar dan program-program kementerian dengan lebih cekap dan berkesan. Di atas keprihatinan Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan berbanyak terima kasih, sekian.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 36** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] *[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

(Puan Hajah Raj Munni binti Sabu) dan diluluskan]*

final • 3:50 PM
RANG UNDANG-UNDANG KECEKAPAN DAN KONSERVASI TENAGA 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang undang-undang bernama satu Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli yang dihormati, izinkan saya untuk membentangkan Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023. Untuk makluman, RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023 berkait rapat dengan inisiatif peralihan tenaga ataupun energy transition, dengan izin, ke arah mencapai aspirasi perlepasan GHG bersih- sifar bersih ataupun net zero GHG emissions menjelang tahun 2050 oleh sektor berkaitan tenaga. RUU ini juga merupakan salah satu inisiatif utama di bawah Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara ataupun National Energy Transition Roadmap

(NETR).

Kebiasaannya, apabila kita bercakap tentang elektrik, kita cenderung bercakap mengenai aspek bekalan dan penjanaan (supply and generation). Melalui RUU ini, kerajaan akan turut memberikan penekanan dari aspek pengurusan permintaan tenaga ataupun demand site management, khususnya penggunaan tenaga yang cekap dan berkesan. Pendekatan ini membolehkan kerajaan membuat perancangan pembekalan dan penjanaan yang lebih holistik di samping menyumbang kepada agenda perubahan iklim negara.

final • 3:54 PM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Berdasarkan Fourth National Communication and Fourth Biennial Update Report dengan izin, sektor berkaitan tenaga merupakan penyumbang terbesar pelepasan GHG di Malaysia iaitu sebanyak 78 peratus. Pelaksanaan inisiatif kecekapan dan konservasi tenaga mampu memberikan impak yang signifikan dalam usaha mengurangkan pelepasan GHG oleh sektor berkaitan tenaga. Dalam hubungan ini, sememangnya penggunaan tenaga dengan cekap menerusi pengurusan permintaan atau pun demand site management telah dikenal pasti berupaya menangani isu keselamatan bekalan tenaga dan perubahan iklim negara.

Pada masa ini, usaha pengurangan dan penjimatan tenaga elektrik di Malaysia dilaksanakan melalui penguatkuasaan peraturan pengurusan tenaga elektrik dengan cekap ataupun PPTEC 2008 bagi sektor industri dan komersial dan standard prestasi tenaga minimum, minimum energy performance standard (MEPS) dengan izin bagi sektor domestik di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 ataupun Akta 447.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan kedua-kedua program ini terhad kepada penggunaan tenaga elektrik sahaja, manakala penggunaan sumber tenaga lain seperti tenaga termal masih belum dikawal selia.

Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 10 Januari 2018, melalui Nota Jemaah Menteri yang bertajuk Laporan Akhir Kajian Awal Pengurusan Permintaan Tenaga telah mengambil maklum hasil kajian EPU, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama UNDP berhubung keperluan untuk mewujudkan kerangka perundangan kecekapan tenaga yang komprehensif bagi mengawal selia, mentadbir dan melaksanakan demand site management dengan berkesan.

Selanjutnya, Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 12 Jun 2019 melalui Memorandum dan 27 November 2020 semasa menimbang memorandum Jemaah Menteri yang bertajuk Cadangan Penggubalan RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga telah bersetuju antara lain dengan penggubalan RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga yang bertujuan untuk mewujudkan satu kerangka perundangan kecekapan tenaga yang komprehensif bagai mengawal selia, menguatkuasa, menyelaras dan melaksanakan inisiatif kecekapan tenaga termasuk tenaga termal.

Melalui penguatkuasaan RUU ini ke atas sektor industri komersial dan domestik sehingga tahun 2050, kerajaan dijangka menjimatkan penggunaan tenaga yang dianggarkan berjumlah 2,017 juta gigajoule atau bersamaan hampir RM100 bilion dan mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 197,877 kilo tan CO2. Negara juga dijangka dapat mewujudkan sekitar 1,000 peluang pekerjaan baharu dan membolehkan kerajaan membuat perancangan bagi pembangunan tenaga negara dengan lebih berkesan.

Selain itu, Jemaah Menteri pada 12 Jun 2019 juga telah bersetuju Suruhanjaya Tenaga dilantik sebagai agensi pelaksana bagi menguat kuasa RUU ini dari aspek perundangan, kewangan dan juga tenaga kerja. Ini bagi memastikan pengawalseliaan dan penguatkuasaan RUU ini secara menyeluruh dan berkesan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang saya hormati, struktur Rang undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023 terbahagi kepada 10 bahagian yang berikut:

(i) permulaan;

(ii) fungsi dan kuasa Suruhanjaya;

(iii) kewajipan pengguna tenaga;

(iv) kewajipan orang yang bertanggungjawab bagi bangunan;

(v) peruntukan yang berhubung dengan produk menggunakan tenaga;

(vi) pendaftaran urus tenaga dan juruaudit tenaga;

final • 3:54 PM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

(vii) pendaftaran institusi latihan;

(viii) kuasa mengumpul maklumat;

(ix) penguatkuasaan; dan

(x) am.

Secara umumnya, RUU ini memberi penekanan kepada pertama, pengawal seliaan secara menyeluruh di bawah peruntukan kewajipan pengguna tenaga iaitu pengguna yang menggunakan tenaga dengan banyak, large energy consumers, dengan izin, dalam sektor industri dan komersial.

final • 3:54 PM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Pengguna tenaga yang melebihi nilai ambang ataupun threshold 21,600 gigajoule setahun perlu melaksanakan langkah-langkah penjimatan tenaga, energy saving measures, seperti mewajibkan pelantikan pengurus tenaga berdaftar, registered energy manager bagi membangunkan sistem pengurusan tenaga dan melaksanakan audit tenaga. Selain itu pengguna tersebut perlu mengemukakan laporan berkala berkaitan penggunaan tenaga kepada agensi penguat kuasa.

Kedua, pemantauan pematuhan ke atas kewajipan orang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang melebihi keluasan 8,000 meter persegi dengan mempamerkan labour intensity tenaga dan memastikan intensity tenaga bangunan tersebut mematuhi penarafan kecekapan tenaga yang ditetapkan.

Ketiga, penetapan standard minimum penggunaan tenaga bagi kelengkapan elektrik melalui aktiviti label penarafan kecekapan tenaga. Langkah ini dapat mengurangkan penggunaan tenaga dalam sektor domestik di samping menggalakkan industri untuk menghasilkan produk yang memenuhi standard minimum penggunaan tenaga.

RUU ini turut memperuntukkan keperluan pengujian ke atas kelengkapan elektrik yang telah pun dikenal pasti untuk memastikan tahap keselamatan dan kecekapan kelengkapan elektrik dipatuhi.

Keempat, penetapan kriteria kelayakan pendaftaran RAM, Juruaudit Tenaga Berdaftar ataupun Registered Energy Auditor (RAA) dan institusi latihan berdaftar bagi tujuan pembangunan keupayaan dan modul latihan.

Tuan Yang di-Pertua, penguatkuasaan RUU ini akan membolehkan inisiatif kecekapan tenaga dilaksanakan ke atas 2,000 pepasangan iaitu merangkumi 1,500 pepasangan industri yang merangkumi 70 peratus penggunaan elektrik daripada keseluruhan penggunaan tenaga elektrik di sektor industri dan 500 pepasangan komersial yang merangkumi 21 peratus penggunaan tenaga elektrik daripada keseluruhan penggunaan tenaga elektrik sektor komersial.

Jumlahnya kita ada 1.5 juta pepasangan jadi base regulation this law will only apply to 0.1 percent of all installations in the country. Ya, jadi ini yang saya rasa perlu ditegaskan walaupun kalau bagi sektor industri kita akan dapat cakupi 70 peratus daripada penggunaan tenaga elektrik yang ada dalam sektor industri tetapi bilangan akaunnya adalah sangat kecil kerana kita akan pergi ke akaun-akaun besar yang telah melepasi nilai ambang yang ditetapkan. Jadi dia tidak terpakai kepada kilang-kilang kecil ataupun pengguna-pengguna kecil dan juga akaun-akaun komersial yang kecil, yang biasa. Ia hanya akan terpakai kepada pengguna-pengguna utama yang bilangannya sangat sedikit.

Jumlah dia 0.1 peratus daripada akaun yang ada di dalam negara kita.

Manakala bagi bangunan, pelaksanaan pelabelan building energy intensity, dengan izin, secara berperingkat dijangka melibatkan anggaran 4,102 bangunan bagi kategori pengguna elektrik komersial di bawah kod tarif TNB C1 medium voltage general commercial tariff dan C2 medium voltage peak/off-peak commercial tariff.

Penguatkuasaan undang-undang ini juga akan mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan baru iaitu sebagai REM dan REA sebagai tambahan kepada pengurus tenaga

final • 4:00 PM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

sedia ada seramai 1,670 orang yang untuk memenuhi keperluan sektor industri dan komersial.

Di samping itu dianggarkan sebanyak 500 juruaudit tenaga baharu di perlukan setelah RUU dikuatkuasakan berbanding 253 juruaudit tenaga sedia ada. RUU ini juga akan menggalakkan pewujudan institusi latihan dan kemahiran serta syarikat perkhidmatan tenaga ataupun energy service company (ESCO) dengan izin untuk melatih lebih ramai pengurus tenaga dan juruaudit tenaga yang diperlukan oleh sektor industri dan komersial.

Kesimpulannya saya yakin Rang Undang-undang ini membolehkan kerajaan membuat rancangan pembangunan tenaga negara dengan lebih berkesan untuk jangka masa panjang dalam semua sektor yang telah dikenal pasti serta mengoptimumkan kos pelaburan dalam pembinaan facility jana kuasa tenaga elektrik.

Penguatkuasaan RUU ini juga akan menyokong prinsip pembangunan mampan selaras dengan agenda pembangunan ekonomi hijau di bawah RMKe-12 serta menyumbang kepada pencapaian aspirasi sifar bersih GHG menjelang tahun 2050. Kita sering lupa bahawa sebenarnya elemen kecekapan tenaga ini ialah sebenarnya elemen yang paling cepat yang boleh kita buat dalam usaha kita untuk mencapai matlamat sifar bersih.

Kita selalu tekankan tentang penjanaan untuk buat solar panel baru, untuk buat power plant baru, dengan izin, tetapi kita terlupa tentang first fuel, apa yang dipanggil first fuel untuk peralihan tenaga iaitu kecekapan tenaga. Kalau kita lihat di negara-negara maju seperti Amerika seperti di Jepun, United Kingdom kebanyakannya selepas kenaikan harga bahan api pada tahun 1970-an mereka telah dapat melaksanakan kecekapan tenaga ini dengan begitu efisien sehingga mereka dapat menjana pertumbuhan ekonomi walaupun penggunaan tenaga mereka dalam keadaan mendatar ataupun sederhana.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 4:00 PM

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong Usul itu.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengawal selia penggunaan cekap tenaga dan konservasi tenaga dengan matlamat untuk menambah baik dan meningkatkan kecekapan tenaga dan untuk mengelak pembaziran tenaga dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas.

Senarai pembahas adalah seperti berikut YB Puchong, YB Kubang Pasu, YB Tuaran, YB Kuala Langat, YB Petaling Jaya, YB Kubang Kerian, YB Tebrau, YB Muar, YB Segamat, YB Parit Sulong, YB Betong, YB Kuala Selangor dan YB Putrajaya. Setiap pembahas diberi masa lima minit.

Jadi saya jemput Yang Berhormat Puchong.

final • 4:00 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih Puan Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023.

Pertama sekali Puchong ingin mengalu-alukan pembentangan RUU ini kerana ini adalah salah satu unfinished business saya apabila saya menjadi Menteri Tenaga.

Sebenarnya RUU ini disasarkan akan dibentangkan pada hujung 2020 tetapi ‘Langkah Sheraton’, dan COVID-19 berlaku dan ia nya telah pun tergendala. Oleh itu saya rasa sangat legalah hari ini. Akhirnya RUU ini sees the light of day. So, kalau boleh saya minta izin Puan Speaker bagi saya sedikit lebih banyak masa untuk membahas RUU ini.

final • 4:07 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Sebenarnya saya hendak katakan untuk secara ringkas saya hendak katakan RUU ini ataupun akta ini hanya boleh membawa apa yang baru dalam akta ini adalah sekarang Suruhanjaya Tenaga diberi punca kuasa untuk mengumpul data, menggalak dan memantau inisiatif kecekapan di kalangan pengguna-pengguna tenaga terbesar di Malaysia secara sistematik melalui pengurusan tenaga, audit tenaga laporan dan label intensiti tenaga.

Kalau kita tengok seluruh RUU ini tiada apa-apa yang akan meningkatkan kecekapan tenaga secara direct, dengan izin, tetapi RUU ini tidak ada memang tidak ada punca kuasa untuk mewajibkan pengguna-pengguna untuk meningkatkan EE dan Puchong sememangnya bersetuju dengan pendekatan ini.

Oleh itu Dewan yang mulia ini perlu faham jika kita ada undang-undang ini dan undang-undang ini tidak disertakan dengan polisi yang merangkumi carrot and stick untuk meningkatkan energy efficiency (EE), the outcome from this will just be more bureaucracy, dengan izin.

Dengan ini Puchong ingin tanya kepada kementerian, apakah rancangan susulan kementerian selepas RUU ini diluluskan dan dikuatkuasakan? Apakah insentif untuk pengguna yang proaktif memperbaiki EE mereka dan apakah this insentif kepada mereka yang merupakan big energy guzzler yang tiada niat untuk meningkatkan EE mereka.

Puchong juga ingin mendapatkan perkembangan apakah status perkembangan pelan tindakan kecekapan tenaga negara NEEAP. Ia telah pun meletak sasaran untuk mengurangkan pertumbuhan permintaan elektrik sebanyak lapan peratus menjelang 2025.

Puchong ingin tanya berapakah peratus pengurangan sekarang dan adakah kita atas landasan untuk mencapai sasaran ini? Puan Speaker, selain daripada RUU ini Puchong ingin cadangkan satu lagi unfinished business dalam bidang kecekapan tenaga yang saya rasa sangat penting untuk kerajaan menjadi lead by example.

final • 4:07 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Kerajaan sepatutnya boleh menjadi pemangkin industri (EE) Energy Efficiency melalui mekanisme Energy Performance Contract (EPC) di bangunan-bangunan kerajaan. Ini bukan kali pertama saya bangkitkan isu ini. Izinkan saya jelaskan secara ringkas di sini.

Terdapat kira-kira 10,500 bangunan awam di Malaysia. Jika kita boleh mengambil sebahagian bangunan yang sesuai dan pakejkan mereka dan kerajaan membuka tender untuk kerja-kerja kecekapan tenaga ataupun kita panggil retrofit di bangunan-bangunan ini. Kita boleh membuat retrofit tanpa melibatkan peruntukkan kerajaan. Dengan ada kontrak retrofit, Syarikat Perkhidmatan Tenaga ataupun kita panggil ESCO yang menang tender akan mengeluarkan dana capex untuk kerja-kerja retrofit seperti penukaran chiller, lampu LED dan lain-lain di bangunan-bangunan ini.

Penjimatan bil elektrik ataupun hasil daripada retrofit ini akan dikongsi di antara ESCO dan juga kerajaan. Sebagai contoh, jika selepas retrofit penjimatan adalah 20 peratus. Penjimatan ini boleh dibahagi 5 peratus kepada kerajaan dan juga 15 peratus untuk ESCO untuk tempoh kontrak tersebut. Ini adalah sangat penting kerana dengan ini kerajaan boleh secara efektifnya menjimatkan 5 peratus bil elektrik.

Manakala, pihak ESCO boleh mendapat pendapatan yang tetap constant revenue stream dalam tempoh kontrak ini. Mekanisme seperti ini akan mewujudkan bankability projek-projek EPC. Dengan adanya insentif kerajaan yang lain seperti Green Technology Financing Scheme (GTFS), pihak ESCO boleh mendapatkan projek financing daripada bank. Semua ini boleh dilakukan tanpa melibatkan peruntukkan kerajaan.

Dengan pendek kata, dengan EPC yang dirancang dan dilaksanakan dengan baik, kerajaan boleh mencapai triple win, tiga kemenangan. Mengurangkan karbon pelepasan karbon, menjimat bil elektrik dan juga menjana pertumbuhan ekonomi melalui perkembangan industri EE. Oleh itu, adalah harapan besar Puchong bahawa kerajaan boleh menimbang cadangan tersebut.

final • 4:10 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Puan Speaker, selain daripada EPC, pihak kementerian juga perlu mengambil langkah yang lebih proaktif untuk dalam menggalakkan Co-generation. Combined Heat and Power Cycle, dengan izin. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, Co-generation adalah lebih cekap tenaga. Ia boleh mencapai terma efficiency setinggi 80 peratus berbanding dengan 50 peratus bagi Combined Cycle Gas Turbine (CCGT), dan juga 30 peratus untuk Open-Cycle Gas Turbine (OCGT).

Puchong ingin tahu apakah tindakan yang telah pun diambil oleh kerajaan melaluinya terutamanya dari segi standby dan topup chargers. Apakah cabaran dan tindakan susulan yang akan diambil oleh kementerian. Puan Speaker, izinkan saya cadangkan cadangan terakhir kerana dalam bab kecekapan tenaga bukan sahaja rangka undang-undang yang penting. Rangka undang-undang dan juga tindakan polisi susulan adalah sangat penting supaya kita boleh mencapai target dan sasaran kita dalam NETR.

Puchong berpendapat bahawa untuk meningkatkan kecekapan tenaga pada masa hadapan di bangunan-bangunan baharu dan juga township yang baharu, kerajaan perlu secara proaktif menggalak perkembangan District Cooling System (DCS). Saya diberitahu bahawa kerajaan akan keluarkannya 2.0. Puchong cadangkan DCS menjadikan salah satu tumpuan inisiatif 2.0. DCS boleh menggalakkan kemapanan pembangunan bandar.

Ini adalah kerana pemasangan loji penyejuk ataupun kita panggil cooling tower yang lebih besar dikongsi bersama bangunan-bangunan di dalam satu kawasan district.

Oleh itu, kita panggil district cooling. Ini adalah lebih efisien, terma efisien lebih tinggi berbanding dengan pemasangan sistem penyejuk yang kecil di setiap bangunan individu di kawasan yang sama.

Secara keseluruhannya, DCS bukan sahaja boleh meningkatkan kecekapan tenaga, ia boleh menjimat bil elektrik lebih daripada 20 peratus dan dengan itu mengurangkan pelepasan karbon. Ia juga boleh mengurangkan kos operasi ruang yang diperlukan untuk pemasangan sistem penyejuk dan lain-lain.

Dengan itu, Puchong sangat ingin cadangkan supaya kementerian boleh memberi perhatian kepada DCS di Malaysia. Secara keseluruhannya, Puchong mengalu-alukan pembentangan RUU ini dan berharap bahawa ini hanya adalah langkah pertama yang diambil oleh kementerian dan lebih banyak lagi polisi-polisi proaktif yang progresif yang boleh dibentangkan, diwujudkan oleh kementerian satu hari nanti. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Pasu.

final • 4:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih beri peluang kepada saya untuk turut sama berbahas dalam Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga. Hendak sebut pun payah. Saya percaya RUU ini adalah sebahagian daripada National Energy Transition Roadmap (NETR), dan juga National Industrial Master Plan.

Kita semua sudah maklum bahawa kalau bercakap pasal konservasi ini ia melibatkan habit ataupun amalan dan tingkah laku. Itu masalah individu. Dia tidak melibatkan penggunaan peralatan dan lain-lain. Kecekapan tenaga pula memberikan tumpuan lebih kepada output dengan kurang input. Contohnya, kurangkan gas greenhouse pencemaran udara dan input pencemaran keseluruhannya. Ini termasuk teknlogi kecekapan tenaga seperti LED lighting ataupun light-emitting diode dari peralatan cekap tenaga dan sebagainya. Ini juga termasuk aplikasi komersial industri dan komersial, improved energy management system, penambahbaikan perkakasan dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi yang belum disebutkan di sini. Saya hendak menyentuh subjek ini secara holistik. RUU yang dibahaskan ini terhad untuk bangunan yang besar-besar, syarikat besar-besar sebagainya, tetapi saya percaya Yang Berhormat Menteri ada perancangan lebih panjang di masa-masa akan datang untuk pembangunan

final • 4:15 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

lain. Termasuk mungkin kita bercakap tentang application commercial process of optimization, improve energy efficient system dan sebagainya ada melibatkan equipment.

Saya juga ingin menyentuh bahawa kalau kita hendak buat RUU yang macam ini, pihak kerajaan perlu juga melihat apakah insentif yang dapat diberikan kepada syarikat- syarikat yang terlibat dalam program ini. Umpamanya tax credit, rebates dan geran-geran untuk penambahbaikan kecekapan tenaga. Kalau di rumah, long-term mungkin they are talking about the future. Smart home and building ataupun bangunan pintar, smart thermostats, lighting control dan sebagainya.

Dalam hal ini, cadangan Akta RUU EECA Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023 adalah satu cadangan yang amat baik kerana ia akan memberikan kita establish legal framework for energy efficiency conservation effort. Cadangan tambahan saya ialah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita perlu pertingkatkan seperti mana yang disebutkan oleh Puchong dari segi penggunaan LED lighting. Berhubungan dengan penggunaan hawa dingin kita mampu mendapat impak yang lebih cepat. Di Malaysia ini di mana kita pergi, bangunan mana pun sejuk yang amat sangat. Di shopping complex sejuk, airport sejuk. Dewan Parlimen ini sudah bagus dah sekarang. Tidak terlalu sejuk. Sepatutnya bila kita pasang air con, suhu 23 degrees centigrade good enough to make yourself feel comfortable dalam tempat itu. Itu cadangan yang saya hendak sampaikan pada hari ini.

Dari segi implikasi kewangan, saya ingat tidak besar sebab ia melibatkan syarikat- syarikat yang besar dan satu lagi saya hendak sebutkan di sini ialah dari segi tenaga kerja Suruhanjaya Tenaga. Mungkin perlu dipertingkatkan sebab saya rasa mereka banyak kerja yang perlu dilaksanakan dan ini adalah satu-satu kerja yang perlu mereka laksanakan selepas RUU ini diluluskan.

Saya hendak sebut sedikit Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Dari segi tenaga hijau ataupun tenaga diperboleh diperbaharui, kita ada senarai yang panjang. Solar, hidro, wind, biomass, ocean thermal energy dan sebagainya termasuk hidrogen. Tapi Yang Berhormat Menteri dalam kesempatan ini, saya juga mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri dalam Dewan ini supaya kita memberikan tumpuan yang lebih kepada biomass renewable energy..

final • 4:15 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya rasa ini kita tak perlu teruk sangat. Kalau solar farm, kita ada kekangan keluasan tanah yang boleh digunakan. Solar farm menggunakan tanah yang besar tapi biomass ini kita ada ready-made biomass terutamanya daripada waste kelapa sawit Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya jemput Yang Berhormat Tuaran.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Puan di- Pertua kerana memberi ruang pada Tuaran untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023.

Puan Yang di-Pertua, kita pada masa ini mempunyai hanya tinggal 47 tahun lagi menuju ke net zero emissions pada tahun 2050. Sementara itu, pemanasan dunia ataupun global warming pada hari ini bukan sahaja telah bertambah kritikal, sebaliknya pemanasan sudah sampai ke tahap mendidih ataupun sudah ke tahap global boiling.

Justeru, langkah Kerajaan Madani membentangkan Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023 adalah satu langkah yang tepat pada masanya dan Tuaran menyokong rang undang-undang ini dan berharap agar rakan-rakan Ahli Parlimen di kedua-dua belah pihak, sama ada penyokong kerajaan mahupun pembangkang sama-sama menyokong rang undang-undang ini.

Ini adalah kerana tidak ada dalam kalangan umat manusia dan dunia sejagat yang terkecuali daripada terkesan dengan global boiling tersebut. Atas sebab itulah Tuaran

final • 4:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

senantiasa berpendirian bahawa adalah sangat penting dari kita bercerita dan berbahas tentang global boiling daripada isu-isu yang memecahbelahkan kita terutama sekali isu- isu berkaitan agama, kaum, ras atau budaya.

Puan Yang di-Pertua, kunci utama dalam menangani global boiling dan mencegah keadaan ini daripada bertambah buruk adalah memperkasakan lagi tata kelola ataupun governance peralihan tenaga ataupun energy transition. Dalam hal ini, langkah desentralisasi tata kelola tenaga, Kerajaan Madani pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun perlu disokong dan diperkukuhkan. Contohnya, umum sudah maklum bahawa mulai tahun hadapan, tata kelola tenaga wilayah Sabah akan dikendalikan sendiri oleh Kerajaan Sabah. Langkah ini tentunya sangat mencabar bagi Sabah dan sudah tentu memerlukan sokongan dan dukungan padu oleh semua pihak khususnya kerajaan pusat.

Tuaran berharap keperluan tenaga di Sabah tidak lagi dikesampingkan atau digeneralisasikan seperti mana yang pernah berlaku pada masa lampau. Contohnya Sabah sangat memerlukan gas untuk menjana tenaga elektrik tapi PETRONAS sebagai pembekal gas utama negara ini sanggup berbelanja RM2 bilion untuk meletakkan paip semata-mata untuk membawa lari gas dari Sabah ke Bintulu bagi memenuhi kepentingan industri liquefied natural gas atau LNG.

final • 4:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuaran, pohon. Kota Belud

final • 4:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Ya, ya, silakan.

final • 4:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, saya sambut baik Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023. Cuma soalan saya ialah apabila kita buat penyerahan Sabah Energy Sdn. Bhd.

kelak kepada Kerajaan Sabah, what will happen to this akta? Ha, itu saya punya concern.

To be fair, adakah ECoS ataupun Suruhanjaya Tenaga Sabah telah bersedia untuk menguatkuasakan akta ini? Jangan bilang- minta maaf cakap, jangan bilang mahu jimat tenaga. Tenaga pun tiada bah mahu dijimatkan sebab kita tahu tahun ini, load shedding pun berlaku di Sabah. Walaupun ini hanya untuk bangunan tetapi kita tahu juga pada tahun lepas even Queen Elizabeth Hospital juga terkesan dengan gangguan elektrik.

Terima kasih.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Terima kasih Yang di- Pertua. Saya masukan dalam sebahagian daripada ucapan perbahasan saya.

Bukankah lebih mudah jika meratakan paip gas daripada Kota Kinabalu ke Sandakan? Kenapa ke Bintulu dahulu, tetapi PETRONAS langsung tidak mempedulikan kepentingan penjanaan tenaga di Sabah. Sehingga hari ini, ini telah terbukti. Sabah menghadapi masalah seperti yang dinyatakan Yang Berhormat Kota Belud tadi, penjanaan bekalan elektrik. Reserve margin terlalu rendah menyebabkan load shedding ataupun catuan elektrik dan seterusnya blackout yang masih berterusan sehingga pada hari ini.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, reserve margin penjanaan elektrik di Sabah berada pada paras kurang daripada 12 peratus berbanding 40 peratus di Semenanjung. Tuaran ingin bertanya, apa kesudahan projek Trans Gas Pipe daripada Kota Kinabalu ke Sandakan? Apakah projek ini akan diteruskan? Apakah sudah jadi dengan wang yang sudah pun dikeluarkan untuk tujuan projek ini? Sedangkan projek tersebut tidak pun dimulakan. Tuaran juga ingin bertanya apakah status pembinaan grid Southern Link? Bilakah projek ini akan dilaksanakan? Dari manakah peruntukan untuk membina grid tersebut?

Tuan Yang di-Pertua, kegagalan Sabah menggunakan coal ataupun arang batu untuk menjana elektrik walaupun banyak, mempunyai banyak sumber arang batu, bukan sahaja berlaku disebabkan adanya tentangan aktivis alam sekitar tetapi juga kerana pertikaian pihak berkepentingan tentang siapakah yang menjadi pemilik penjana coal-fired station Lahad Datu satu ketika dahulu. Sedangkan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) iaitu satu-satunya syarikat utiliti milik penuh kerajaan yang telah membuat kajian penjanaan menggunakan coal tersebut telah bersedia melaksanakan dan memiliki penjanaan itu dengan sepenuhnya.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Akhirnya, cadangan membina jana kuasa arang batu itu berkapasiti 300 megawatt tersebut dibatalkan. Sebab birokrasi itu terlepas peluang menggunakan arang batu untuk menjana elektrik, sedangkan sehingga hari ini 40 peratus penjanaan tenaga di Semenanjung dan sekitar 20 peratus di Sarawak adalah daripada arang batu.

Rakyat Sabah berbangga kerana menjadi satu-satunya wilayah di Malaysia hari ini yang langsung tidak menggunakan arang batu untuk menjana elektrik, tetapi Sabah jugalah satu-satunya wilayah yang masih mengalami load shedding ataupun catuan yang sedih- atau gangguan bekalan elektrik yang tertinggi di Malaysia iaitu pada kadar lebih kurang 300 berbanding Lembah Klang yang jauh lebih rendah iaitu hanya pada kadar lebih kurang 50.

Hakikatnya...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Hakikatnya.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Di rangkap terakhir sudah Puan. Hakikatnya bagi memastikan kestabilan bekalan elektrik, perkara utama yang perlu ditangani adalah sumber tenaga beban asas ataupun base load yang stabil dan konsisten.

Untuk menjana base load yang stabil yang memerlukan penjanaan tenaga menggunakan gas, arang batu, hidro atau nuklear. Penjanaan tenaga boleh diperbaharui ataupun renewable energies seperti tenaga solar yang semakin popular sekarang belum mampu dijadikan sebagai penjana base load. Ini kerana ia memerlukan bateri yang terlalu mahal. Justeru, Tuaran ingin bertanya apakah dasar kerajaan tentang penggunaan small modular reactor (SMR)? Apakah ini satu alternatif viable dan boleh- viable dan dibolehkan?

Puan Yang di-Pertua, saya akhiri dengan satu pantun, boleh?

Apa guna jadi pengeluar gas, Kalau elektrik blackout selalu; Sekarang Sabah perlukan gas, Ini selesai, ekonomi boleh maju. Sekian. Tuaran mohon menyokong.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 4:20 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Timbalan Speaker Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk turut berbahas dalam Rang Undang- undang Kecekapan dan Konservatif Tenaga 2023.

Seperti mana yang tertera, rang undang-undang ini adalah akta yang dicadangkan bertujuan untuk mengawal selia penggunaan cekap tenaga dan konservasi tenaga dengan matlamat untuk menambah baik dan meningkatkan kecekapan tenaga dan untuk mengelakkan pembaziran tenaga.

Saya kira rang undang-undang ini apabila diluluskan akan memberikan kelegaan kepada banyak pihak sebenarnya kerana walaupun kita tahu pada hari ini, rizab ataupun simpanan tenaga kita yang kita dimaklumkan lebih kurang dalam 40 peratus begitu. Satu jumlah yang agak selesa tetapi saya nak mengambil senario, realiti di kawasan saya di Kuala Langat atau yang di kawasan dikenali sebagai Klang Valley Two, yang mana membangun dengan cukup pesat.

Perindustrian dan juga kawasan perumahan yang mana sebahagian daripada kawasan perindustrian ini ialah kawasan-kawasan perindustrian yang sudah lama dan

final • 4:28 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

sumber tenaganya dikongsi, ia berkongsi dengan sumber-sumber kepada kawasan- kawasan kampung ataupun kawasan-kawasan yang berkependudukan .Yang mana pada hari ini kita boleh melihat bahawa sumber tenaga juga masih bermasalah kepada pengguna-pengguna domestik terutamanya. Masih ada lagi penempatan-penempatan generator untuk membantu sumber tenaga di kawasan-kawasan kampung.

final • 4:28 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Walaupun kita sedia maklum bahawa rang undang-undang ini bertujuan kepada komersial, kawasan-kawasan komersial, bangunan komersial dan juga industri-industri yang besar yang saya kira apabila adanya undang-undang ini secara tidak langsungnya proses penjimatan tenaga itu berlaku. Dan kalau kawasan saya sebagai contoh, mungkin bekalan kepada kawasan-kawasan di kampung itu dapat distabilkan ekoran daripada penjimatan dan distribution yang baik, yang cekap ini akan memberikan sesuatu kelebihan.

Ini belum lagi apabila akan berlaku kepada pembangunan-pembangunan yang lebih besar daripada itu. Pembangunan Pelabuhan Carey (Pulau Carey), pembangunan IDRISS- Industrial Development Region In South Selangor, ini satu pembangunan yang memerlukan tenaga yang cukup besar walaupun saya tak nafikan satu jana kuasa elektrik sedang dibangunkan di Pulau Indah yang mungkin juga akan memberikan manfaat kepada penduduk di kawasan Kuala Langat ini, tetapi saya nak melihat dengan adanya rang undang-undang ini, yang cukup baik ini, bagaimana daripada sudut implementasinya.

Sudah tentu saya kira soal pendidikan ataupun pembudayaan kepada penjimatan tenaga ini harus sampai kepada semua lapisan. Bukan sahaja kepada pihak industri- industri yang besar, komersial-komersial, kawasan-kawasan pembangunan komersial- komersial tetapi juga kepada peringkat domestik. Walaupun disebutkan tadi minimum energy performance itu hanya beberapa item-item yang dapat dikenal pasti penggunaannya, tetapi ini harus masa demi masa kita dapat mempertingkatkan lagi.

Supaya akhirnya pendidikan, kesedaran, budaya kepada rakyat juga secara menyeluruhnya memahami penggunaan tenaga dan penjimatan ini dapat dilakukan dengan sebaik mungkin.

Saya juga melihat adalah- seperti mana saya katakan tadi, kalau ini melibatkan komersial, kawasan pembangunan komersial dan juga industri yang menggunakan tenaga yang begitu besar, saya kira boleh difikirkan juga di mana di peringkat awal tadi saya sebutkan industri-industri yang tidak menggunakan tenaga yang besar juga secara mungkin penjimatan jangka masa panjang nanti.

Daripada sekarang mereka ini sudah mula membudayakan penjimatan tenaga itu yang akhirnya ia tidak memerlukan sumber atau jana kuasa-jana kuasa yang sentiasa akan kita membangunkan untuk penggunaan yang lebih besar tetapi keperluan itu sudah boleh mencukupi dengan penjimatan ini. Dan saya kira minatnya, kesannya daripada industri-industri ini walaupun bersifat industri yang sederhana, mereka sudah mula membudayakan penjimatan ini. Akhirnya memberikan impak yang baik kepada keseluruhan sumber tenaga di dalam negara kita.

Jadi, saya kira sekadar itu yang saya nak sebutkan Timbalan Yang di-Pertua.

Terima kasih.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya.

final • 4:30 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023 di Dewan yang mulia ini.

Puan Yang di-Pertua, Kerajaan Madani menunjukkan secara jelas bahawa keutamaan negara sekarang adalah menuju kepada memangkin pembangunan mampan

final • 4:33 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

dan merancakkan pertumbuhan ekonomi hijau dengan menongkah ke arah pengurusan peralihan tenaga dan kecekapan tenaga serta mendepani isu-isu terkait perubahan iklim.

Rang undang-undang ini dilihat membawa pendekatan ekonomi hijau yang holistik menerusi kecekapan tenaga, tenaga boleh diperbaharui, ekonomi hidrogen, tenaga bio, mobiliti rendah karbon, district cooling system, penyimpanan tenaga, penangkapan karbon, pembiayaan hijau serta agenda-agenda yang memenuhi ESG ataupun environment, social dan good governance, dengan izin.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri serta kementerian yang bertanggungjawab kerana berjaya mencapai satu lagi batu penanda dalam proses pelan peralihan tenaga.

Selepas berdekad, rakyat ditawarkan dengan tenaga yang tidak menggambarkan kos sebenar. Sudah tiba masanya kita meletakkan harga yang munasabah kepada tenaga yang dihasilkan. Tenaga adalah kurniaan yang tidak ternilai harganya. Sepatutnya kita sayang kepenggunaan tenaga seperti mana kita juga sayang kepada isteri, anak dan kawan kita.

Saya sedar bahawa rang undang-undang ini akan meliputi sektor industri yang berpenggunaan tenaga tinggi dahulu. Sektor industri menggunakan tenaga sebanyak 49 peratus diikuti dengan komersial, 27 peratus dan perumahan 24 peratus.

Keutamaan kepada industri ini adalah satu langkah yang tepat. Namun, saya juga berpendapat bahawa kita boleh persiapkan masyarakat kita menjelang satu zaman yang mana harga tenaga akan menjadi lebih hijau dan tidak lagi murah. Antaranya, kerajaan boleh lebih giat mempromosikan program-program yang menggalakkan kepenggunaan perkakas elektrik yang cekap tenaga seperti program Sustainability Achieved via Energy Efficiency ataupun SAVE yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penggunaan perkakas elektrik yang menjimatkan tenaga.

Saya ingin mencadangkan kerajaan untuk menambah senarai peralatan elektrik cekap tenaga di bawah SAVE seperti yang disenaraikan oleh EU Commission seperti lampu, pembersih hampagas, pelayan komputer dan sebagainya sebagai satu langkah untuk menggalakkan lebih banyak pembelian peralatan elektrik cekap tenaga. Kerajaan perlu mewujudkan garis panduan dan jangka masa peralihan untuk semua sektor perindustrian menggunakan peralatan-peralatan yang menyokong penggunaan cekap tenaga.

Petaling Jaya ingin bertanya, apakah road map kecekapan dan konservasi tenaga? Bilakah sektor komersial perniagaan dan perumahan juga akan dilibatkan?

Petaling Jaya juga ingin mengetahui bahawa, apakah kesan perlaksanaan RUU ini jika berbanding dengan negara-negara jiran kita seperti Thailand, Indonesia dan Singapura yang telah pun jauh ke depan dan jauh lebih lama menguatkuasakan RUU Konservasi Tenaga tersebut?

Saya sedar kita telah jauh ketinggalan berbanding dengan mereka. Maka langkah dan rentak adalah penting supaya kita dapat play the catch-up game, dengan izin. Saya menerima maklum balas bahawa bil elektrik pihak berkuasa tempatan- untuk makluman Puan Yang di-Pertua, bil elektrik PBT telah pun naik. Saya ingin juga mencadangkan di sini supaya geran ataupun sokongan teknikal diberikan kepada PBT-PBT yang menggunakan amalan baik konservasi tenaga supaya di samping mereka mencapai penjimatan tenaga, mereka juga mendapatkan ganjaran untuk menaik taraf sistem ataupun kapasiti pengurusan tenaga mereka.

Konklusinya, saya berharap dengan RUU ini akan dapat membantu kerajaan merealisasikan NETR ataupun pelan peralihan tenaga nasional dengan meningkatkan kecekapan tenaga sebagai strategi penting bagi mencapai karbon sifar dengan lebih awal dan mengurangkan penggunaan tenaga secara lestari.

Sekian saja ucapan perbahasan saya. Terima kasih.

final • 4:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 4:33 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang semua.

Terima kasih Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023.

Saya fikir tidak ada pihak yang menolak rang undang-undang ini sebab dia satu tindakan yang sangat positif dalam usaha kita untuk mengelak pembaziran tenaga yang berlaku dalam negara. Dan cuma apa yang saya ingin bangkitkan ialah tentang kita punya rizab kita terlalu besar. Kita minta pengguna jimat tenaga tetapi di waktu yang sama pihak kerajaan khususnya Suruhanjaya Tenaga mesti memantau supaya lebihan 40 peratus- sekarang dapat dikurangkan paling tidak pun dalam 20 ke 25 peratus. Saya fikir 40 peratus ini, kita kerugian RM80 bilion setahun tenaga yang tak diguna.

Di waktu yang sama, kita minta pengguna jimat tapi saya fikir rizab terlalu besar dan tak sepatutnya kita biarkan dia berterusan dalam jumlah yang begini besar.

Kebanyakan negara, rizabnya antara 15 ke 20 peratus, tetapi oleh kerana kita pernah mengalami satu kes kejadian yang lampau menyebabkan kerajaan mengambil inisiatif lebih selamat tetapi angka 40 peratus terlalu besar.

final • 4:38 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Bayangkan RM80 bilion kerugian hampir setahun kerana rizab tenaga yang tak digunakan. Pindaan ini bagus untuk melahirkan pengguna yang cekap dengan peralatan yang dapat dikawal.

Namun, saya juga ingin melihat tentang tindakan pihak kerajaan sebab di antara objektif pindaan ini ialah untuk mencapai sasaran net zero kita 2050, tetapi di waktu yang sama, saya terkejut bila pihak Kabinet telah buat keputusan untuk membenarkan tenaga hijau dijual, dieksport ke luar daripada negara.

Saya ingat polisi ini sebenarnya mendatangkan risiko dan saya ingin dapat penjelasan daripada pihak Menteri. Contohnya, bila kita benarkan tenaga hijau kita dijual ke negara jiran kita Singapura sedangkan di waktu yang sama, kita sangat perlukan green energy ini, tenaga hijau. Sebab penjualan itu dia akan menyebabkan kadar pelepasan karbon kita untuk offset carbon tidak akan mencukupi.

Maka, kerana itu saya dapat penjelasan, berapa sebenarnya pelepasan karbon negara sekarang dan berbanding dengan offset yang telah kita ada? Saya bimbang kalau kita benarkan penjualan keluar, negara jiran sangat mengalu-alukan lama dah mereka minta sebab dia akan menarik pelabur-pelabur luar ke tempat tersebut. Sebab semua negara meletakkan syarat tenaga hijau, satu syarat pelaburan mereka. Kalau kita dapat bina negara kita, saya fikir companies besar seperti Amazon, Google dan lain-lain syarikat-syarikat besar daripada Europe akan lebih tarik untuk melabur di negara kita berbanding dengan negara-negara lain sebab kita punya rizab tenaga hijau kita yang besar dan ini juga perlu dilihat.

Aspek yang kedua yang juga saya dapat penjelasan ialah tentang peluang- peluang pekerjaan dibangkitkan tadi. Saya fikir ini adalah satu usaha yang sangat positif supaya peluang-peluang pekerjaan dapat kita capaikan di negara kita. Kalau kita jual ke negara luar, peluang pekerjaan itu akan beralih ke negara lain, bukan negara kita. Dan ini di antara perkara-perkara yang perlu dilihat.

final • 4:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

[Bangun]

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Selain daripada itu, saya setuju dengan beberapa pandangan...

final • 4:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Kubang Kerian, boleh sikit?

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Ya, sila.

final • 4:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Menteri. Soalan ini nombor 11 pada pagi ini berkaitan Yang Berhormat Kubang Kerian bangkitkan, tetapi disebabkan masa tak cukup, Yang Berhormat Menteri tak dapat nak jawab dalam Q&A pagi tadi.

Cumanya, saya dapat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri berkaitan persoalan yang dibangkitkan. Apakah kelebihan bagi benarkan eksport TBB ke negara luar? Saya lihat di sini dia menyatakan akan membuka peluang ekonomi baharu kepada pemaju industri TBB.

Saya minta sangat Yang Berhormat Kubang Kerian, kita boleh tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah peluang ekonomi ini? Kalau menguntungkan negara kita, kita tak ada masalah, tetapi yang saya yakin dan percaya apa hujah dan saya menyokong pandangan Yang Berhormat Kubang Kerian. Jangan sampai kita bantu orang lain, akhirnya dia tidak memberi keuntungan kepada negara kita dalam tempoh jangka masa yang panjang.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Okey, terima kasih.

Saya harap dimasukkan sebahagian daripada ucapan saya dan saya setuju apa yang dibangkitkan untuk kita dapat penjelasan.

Selain daripada itu, saya bersetuju dengan beberapa pandangan rakan-rakan tadi untuk inisiatif, pertimbangkan inisiatif berbentuk sejumlah pengecualian cukai ke apa sebagai kepada mana-mana company yang telah pun melaksanakan program penjimatan tenaga.

Oleh kerana masa tak mengizinkan, saya ingin- yang akhir sekali ialah untuk kerajaan juga melihat tentang prospek pembinaan mini hidro bukan lagi empangan yang besar. Kita berdepan dengan isu kerosakan alam sekitar yang agak serius bila kita buka empangan besar untuk hidro, tetapi banyak negara di luar, negara-negara maju telah menggunakan satu teknologi yang baharu di mana mereka menggunakan mini hidro dan sepanjang-sepanjang sungai dan dia mengurangkan impak kepada alam sekitar. Dan kalau ini dapat kita lakukan, kita dapat tingkatkan lagi jumlah tenaga hijau negara.

Akhir sekali, saya juga ingin menyebut tentang akta yang dibawa di bahagian kelima di mana semua produk mesti dapat kebenaran dan ditampal dengan penarafan kecekapan tenaga di mana-mana company, iklan sebagainya. Mereka boleh didenda sampai RM50,000. Saya fikir ini satu usaha positif.

Cuma, isu kita sekarang ini ialah macam mana kerajaan nak kawal pembelian produk melalui online system? Yang ini menyebabkan kita kadang-kadang- kita ada peraturan tapi peraturan tak boleh kuat kuasa kepada penjualan-penjualan melalui online. Terima kasih banyak.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya jemput, Yang Berhormat Tebrau.

final • 4:40 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih, Puan Timbalan Speaker.

Tebrau ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang dan kesempatan untuk terlibat juga dalam perbahasan Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023.

Pertama, saya ingin mulakan dengan menyatakan sokongan padu saya kepada kementerian atas satu usaha yang bagi saya adalah satu usaha yang sangat baik dan murni. Puan Speaker, tengoklah keadaan hari ini. Bukan sahaja Malaysia malah sedunia kita mengalami masalah atau fenomena cuaca iklim yang cukup ekstrem. Greenhouse effect, dengan izin, atau cuaca yang panas kini telah melanda Malaysia. Maka, patutlah sekarang isu pemulihan dan juga penjagaan alam sekitar kita patut menjadi topik yang amat memerlukan perhatian kami.

Seperti sedia maklum, penggunaan tenaga khususnya melalui bahan api fosil akan menyumbang kepada kemudaratan alam sekitar dengan pelepasan carbon dioxide

final • 4:45 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

ke udara kita, the atmosphere. Maka, memanglah tepat masa untuk kita memperkenalkan RUU ini selaras dengan hasrat, visi dan aspirasi kerajaan untuk menjadikan negara Malaysia sifar karbon atau carbon neutral pada tahun 2050.

Bagi saya, RUU ini dah lama patut dibawa. Kalau boleh, dah lama dah boleh bawa dan bukanya hari ini tetapi tak apalah. Kalau kita banding dengan jiran-jiran kita, New Zealand telah meluluskan akta dengan nama yang sama pada tahun 2000 manakala Philippines juga telah meluluskan akta yang sama pada 2018.

Puan Speaker, jumlah pelepasan karbon di Malaysia setiap tahun kian menaik.

Pada tahun 2020, pelepasan karbon di Malaysia adalah 247 metrik tan walaupun dengan keadaan COVID-19. Pada 2021, pelepasan telah naik kepada 255.7 juta metrik tan dan pada 2022, jumlah ini naik kepada 273 juta metrik tan. Dan dengan pemulihan ekonomi dan kejayaan PMX kita menarik lebih banyak pelaburan FDI ke Malaysia, tentulah perindustrian di Malaysia ini akan kita saksikan kenaikan dan kita khuatir juga pelepasan karbon tentu akan naik ke satu tahap yang lagi tinggi. Maka, menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan pelepasan ini dikawal dengan baik.

Puan Speaker, ramai sebenarnya yang menganggap salah satu penyumbang utama karbon di Malaysia adalah kereta tetapi sebenarnya bangunan juga menjadi satu penyumbang utama. Dan di sini saya ingin mendapat pencerahan daripada Menteri. Saya nampak RUU ini bagus tapi saya rasa, cadangan saya, kita kena ada unsur RE atau renewable energy dalam RUU ini. Sebab yang menjadi matlamat sebenarnya RUU ini adalah kita nak cuba mengurangkan karbon yang dilepaskan ke udara dan atmosphere. Betul, kalau kita guna konvensional arang batu, tentu dia akan naikkan tetapi apa kata kalaulah syarikat itu dia menggunakan RE untuk keluarkan tenaga? Sebab dalam perkiraan daripada kementerian dalam RUU ini, dia guna kilowatt. Dia tidak kata kilowatt itu datang dari mana. Dia hanya kata elektrik ataupun gas. Kalau orang contohnya, sebab ESG dia nak pilih untuk guna RE, contohnya solar, tidak kah patut kita juga kena reward dia atau memberi award dia untuk dia guna RE? Dan tidak patut kita hanya lock in dengan kilowatt sahaja. Itu adalah cadangan saya.

Dan bila dalam RE ini, saya juga ingin nak katakan kos RE di Malaysia ini masih amat tinggi. Memang kita nak galakkan orang untuk guna renewable energy, green energy sebab dia akan reduce karbon tetapi RE ini masih agak mahal.

final • 4:45 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Apakah tindakan kerajaan untuk tolong kita kurangkan kos RE? Contoh RE yang paling sesuai di Malaysia adalah solar. Malah saya sendiri juga ingin menyambut usaha kerajaan, saya pun nak pasang solar di rumah saya tetapi bila TNB bagi saya proposal itu, rupanya ROI saya ada 12 tahun. Saya tarik handbrake lah. Maaflah. 12 tahun. So, itulah saya harap kerajaan kalau kita betul-betul nak save environment ini, hendak galakkan penggunaan green energy ini kenalah fikir macam mana kita hendak galakkan atau kurangkan kos RE ini khasnya solar. Contohnya NEM 3.0 akan habis tahun ini.

Saya harap tahun depan NEM 4.0 akan diteruskan dengan kuota lebih baik. Dan juga saya harap kementerian boleh fikirlah macam mana boleh beri subsidi yang lebih menarik. Bukan sahaja kepada syarikat malah juga kepada rakyat Malaysia untuk kita galakkan kita untuk menggunakan RE ataupun solar.

Dengan itu Tebrau mohon untuk sokong. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya jemput Yang Berhormat Muar.

final • 4:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin memuji usaha kementerian yang dipacu oleh Yang Berhormat Menteri kerana berjaya mengenalkan National Energy Transformation Roadmap yang saya rasa daripada sudut persiapan, pelaksanaan kini sangat kemas dan baik. Pada masa yang sama, disusuli dengan akta yang dibentangkan pada hari ini.

final • 4:51 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Daripada kita hanya bincangkan soal RE atau Tenaga Boleh Baharu (TBB), kini kita bincangkan the lowest hanging fruit iaitu soal konservasi tenaga yang jelas kalau berjaya dilaksanakan pada tahun 2050, kita berjaya menjimatkan lebih RM100 bilion wang cukai rakyat dan insya-Allah dapat mencipta sekurang-kurangnya direct job creation 1,000, dan indirect jauh lebih tinggi dari itu.

Cuma saya ingin menambahkan beberapa cadangan susulan untuk pastikan bahawa dari sudut pelaksanaan, ia dapat ditambah baik kerana apabila saya menghadiri taklimat semalam dan juga mendengar ucapan Yang Berhormat Menteri, kini dengan pengenalan akta ini, ia lebih kepada- ia tidak berdasarkan kepada insentif atau pun a carrot and stick approach tetapi ia lebih daripada sudut di mana kerajaan akan memastikan pejabat-pejabat, kementerian dapat conserve energy dan pada masa yang sama dari sudut pengimportan barang itu dapat kita pastikan EE nya di tahap yang lebih baik.

Ada beberapa cadangan susulan yang saya ingin ketengahkan. Pertama sekali, saya ingin cadangkan supaya kerajaan adakan SOP yang jelas supaya sektor swasta dapat melibatkan diri dalam bidang EE ini. Tadi kita dah dengar daripada Yang Berhormat Puchong berkenaan soal Energy Performance Contracting (EPC), tetapi kalau kita lihat sekarang daripada sudut insentif untuk sektor swasta dan kementerian dan agensi untuk melibatkan diri bagi EPC ini masih rendah, mengapa? Kerana jikalau ada sektor swasta contohnya yang ingin bersama dengan kementerian atau agensi untuk melaksanakan EPC, akhirnya segala penjimatan itu akan disalurkan secara terus kepada Kementerian Kewangan melalui UKAS.

Saya beri contoh yang paling mudah. Kita semua tahu SOP yang jelas jikalau ada apa penjimatan atau pun kementerian yang berjaya menjana pendapatan, setiap satu sen akan disalurkan kepada UKAS, tetapi masalah ini ada lah- akhirnya pihak kementerian khususnya contoh sekolah-sekolah yang mungkin ada sektor swasta datang untuk pasang LED atau solar di sekolah-sekolah tersebut untuk pastikan EPC dan EE itu energy efficiency itu ada, tetapi buat apa mereka hendak lakukan kerana akhirnya sekolah tidak akan dapat langsung penjimatan tersebut.

Tidak ada satu sen pun yang akan disalurkan dan akhirnya mereka tidak ingin langkah birokrasi ini walhal langkah birokrasi inilah akhirnya yang boleh membawa penjimatan dan pendapatan tambahan kepada sekolah, tetapi perlu ada rundingan secara terus di antara pihak kementerian dan pihak Menteri Kewangan supaya setiap sen yang dijimatkan ini dapat disalurkan semula kepada kementerian yang ada idea-idea baru ini dan perlu ada kerjasama dengan UKAS supaya perjanjian swasta dan kerajaan ini dapat kita perkenalkan dengan lebih baik dan tersusun.

Dengan itu saya ingin mencadangkan, daripada kita adakan sistem- sekarang dia adalah sistem desentralisasi di mana sektor swasta akan approach secara direct kementerian-kementerian dan agensi jikalau mereka ingin ada energy efficiency (EE) ini.

tetapi kadang kala SOP itu tidak jelas. Kerangkanya tidak jelas. Jikalau pihak kementerian dapat memacu perkara ini, a clear SOP. Sebagai contohnya perlu dibuat melalui tender terbuka. Syarikat-syarikat mana yang dapat masuk. Pada masa yang sama, jikalau energy efficiency itu dapat kita conserve 20, 30 peratus, berapa akhirnya penjimatan itu dapat disalurkan kepada pihak sekolah, kementerian yang terlibat supaya akhirnya mereka pun ada insentif yang jelas untuk melibatkan diri dalam skim-skim sebegini.

Kerana akhirnya yang menang adalah pencukai. Pembayar cukai kerana akhirnya mereka tidak perlu mengeluarkan duit yang begitu besar untuk perbelanjaan daripada sudut elektrik. Sebab itu saya mencadangkan supaya SOP yang jelas daripada pihak kementerian supaya setiap agensi dan kementerian dapat melibatkan diri dalam bidang konservasi tenaga ini.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bincangkan soal tenaga boleh baharu

(TBB). Saya ingin mengambil sedikit peluang dan 30 saat untuk menyokong beberapa penambahbaikan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri. Tadi kita dengar berkenaan isu energy eksport khususnya dalam bidang TBB. Saya pun pernah bangkitkan beberapa kali di Parlimen dan juga dalam perjumpaan dengan Yang Berhormat Menteri dan pegawai-pegawai di kementerian. Saya faham daripada soal energy security ini, tadi kita

final • 4:51 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

dengar juga ada beberapa Ahli Parlimen yang bangkitkan. Ya. Betul. Energy security ini penting tetapi kita perlu lihat bagaimana kita ingin bangunkan industri TBB di Malaysia kerana realitinya jikalau kita ingin jadi global players, kita perlu ada economies of scale.

Jikalau kita hanya menjual di dalam negara, dengan kos yang sangat rendah akhirnya bagaimana industri TBB di Malaysia ingin menampung kos capex yang begitu tinggi. Jikalau mereka dibenarkan to export contohnya ke Singapura. One gigawatt contohnya. Jumlah yang Singapura ingin bayar kadang kala empat kali ganda lagi tinggi daripada apa yang Malaysia boleh bayar dan bukannya akhirnya duit yang pergi ke syarikat ini akan disimpan sahaja tetapi boleh disalurkan bagi sektor R&D. Boleh disalurkan untuk pembiayaan capex yang lagi besar yang akan datang tetapi lebih penting the technology transfer. Akhirnya untuk memastikan bahawa sektor dan industri TBB ini tidaklah hanya menjadi jaguh kampung di dalam negara kita tetapi boleh jadi jaguh di peringkat rantau ASEAN, tetapi kita perlu ada keberanian untuk lakukan perkara ini.

Kedua, saya ingin tekankan kalau kita tidak eksport ke negara luar, ia tidak bermaksud bahawa negara seperti Singapura secara tiba-tiba tidak akan ada TBB kerana pada hari ini mereka ada pilihan untuk eksport daripada Batam, Australia, Cambodia dan banyak lagi negara-negara lain yang jauh terkehadapan. Jikalau kita ingin aliran tunai masuk ke Malaysia, kalau kita ingin posisikan Malaysia sebagai hab tenaga boleh baharu, kita perlu cepat rebut peluang ini sebelum kita terlalu lambat.

Terakhir, yang boleh saya rumuskan dalam bab ini, saya juga ingin cadangkan tadi dalam bab konservasi tenaga ini. Saya ingin cadangkan supaya kerajaan berikan insentif supaya smart metering itu dapat ditampung oleh kerajaan khususnya bagi golongan keluarga pertengahan sebab akhirnya apa-apa aplikasi peralatan perkakas yang ada di rumah itu dapat dinilai dengan- yang sangat baik.

Kerana apabila saya lihat pelan kementerian, dia lihat lebih daripada import barang daripada luar dan di situ kita akan dapat it is all labelling in terms of energy conservation, tetapi daripada sudut pengguna, kalau smart metering-nya sudah ada pada hari ini, dapat disediakan, dapat ditambah baik, setiap seorang yang memiliki rumah tahu apa yang sedang berlaku, dapat pastikan mereka melibatkan diri dalam soal konservasi tenaga dan akhirnya dapat mengurangkan kos. Ini perkara yang penting kerana kita semua tahu bahawa subsidi tenaga di Malaysia adalah kedua tertinggi selepas petroleum.

Yang baru-baru ini kita berjaya menyelamatkan atau kurangkan RM10 bilion kerana reformasi dibawa oleh kerajaan. So, we need to do this before it is too late kerana setiap satu sen yang berjaya kita jimatkan akhirnya dapat disalurkan semula bagi pembangunan sekolah, hospital, klinik dan yang lain.

Dengan itu, saya mencadang dan menyokong. Terima kasih.

final • 4:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya jemput Yang Berhormat Segamat.

final • 4:51 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Saya ingin menyentuh perihal audit tenaga yang digariskan dalam fasal 8 dan juga ia berkaitan dengan fasal 12, 24 dan 25. Apabila kita membuat satu rang undang-undang ini, apabila kita impose ada fine atau penalti, itu bermaksud ada satu kelompangan atau possible chances untuk berlaku ketirisan atau penyalahgunaan kuasa.

Maka, saya lihat balik denda-denda yang diletak itu adalah RM20,000, RM50,000 dan saya mencadangkan supaya meningkatkan apabila kita draf undang-undang ini biarlah daripada awal itu ada satu undang-undang yang tegas apabila tidak boleh berlaku apa-apa kesalahan dalam- this act is very important. So, untuk menilai balik fasal 8 dan juga subseksyen 2, fasal 12, 24 dan 25 yang terkait dengan ada impose denda atau disabit dalam bentuk kewangan itu.

final • 4:59 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Saya juga berpendirian bahawa, pengauditan tenaga seharusnya dilaksanakan secara tegas terhadap sektor-sektor ekonomi sejajar dengan kuat kuasa undang-undang,

final • 5:00 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

kecekapan dan juga konservasi tenaga. Satu lagi fasal yang ingin saya sentuh adalah fasal 26(d) yang disebut adalah dia tidak pernah disabit – saya baca daripada atas; “Mana-mana pengurus tenaga atau juruaudit tenaga boleh memohon untuk didaftar di bawah Akta ini, jika–– (d) adalah; dia tidak pernah disabit atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau rasuah.” Perkataan ‘fraud’ itu sebenarnya boleh ditukar kepada penipuan sebab dalam bahasa Inggeris pun sudah ada dalam, it’s in fraud. Ya, mohon ambil perhatian dalam perkara ini. Dan, seterusnya adalah, kementerian menerusi Suruhanjaya Tenaga seharusnya memandang serius aspek pelantikan juruaudit tenaga berdaftar, memandangkan peranan tersebut mempunyai signifikan yang jelas untuk mendorong penggunaan tenaga optimum, meneruskan pelaksanaan audit dan juga tenaga.

Rang undang-undang yang kita bahaskan ini, mengingatkan satu rang undang- undang ataupun undang-undang yang diberi, Energy Efficiency Act, ya. Baru diluluskan dalam Parlimen Jerman pada akhir September. So, menerusi enakmen perundangan tersebut, negara Jerman menyasarkan penjimatan tenaga sebanyak 26.5 peratus di bangunan-bangunan awam serta pusat-pusat industri pada tahun 2030, berbanding tahun 2008. Dan, dalam perkara ini, semalam tengah mendengar taklimat bahawa akan digunakan bangunan-bangunan as first priority dan juga perlu teliti juga bagaimana dengan kawasan-kawasan di luar bandar dan juga kawasan di separuh bandar untuk kita implement projek ini.

Dan, seperti yang diamalkan di negara Eropah tersebut, tenaga yang digunakan oleh para pemain industri tempatan mahupun antarabangsa di negara ini perlu dipantau dari semasa ke semasa. Pemantauan tersebut adalah penting untuk mengukur sama ada kadar tenaga yang digunakan dalam satu-satu operasi perniagaan memberi impak positif kepada produktiviti perniagaan atau pembaziran tenaga yang boleh dijimatkan.

Oleh sebab itu, Suruhanjaya Tenaga menerusi juruaudit-juruaudit tenaga berakreditasi seharusnya mengenal pasti sektor-sektor ekonomi yang menggunakan tenaga melebihi daripada kadar yang diperlukan untuk menghasilkan output. Dapatan daripada audit tenaga yang dijalankan terhadap satu-satu bangunan perniagaan boleh dijadikan sebagai panduan kepada pengguna tenaga untuk lebih cermat dan terurus dalam menggunakan tenaga dalam menjalankan operasi pengeluaran.

Berdasarkan fasal 26 seperti yang saya tadi tekankan, permohonan untuk menjadi juruaudit tenaga perlu memenuhi empat syarat yang antara merangkumi pemantau – pematuhan pra syarat untuk mengikuti latihan di samping bebas daripada rekod jenayah, penipuan ataupun fraud dan juga rasuah.

Dan, berhubung dengan perihal tersebut, saya ingin juga minta Yang Berhormat Menteri menyatakan, pertama, apakah bentuk atau mekanisme tapisan kelayakan yang akan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga dalam memuktamadkan satu-satu permohonan juruaudit.

Kedua, apakah bentuk pentauliahan yang akan diberikan kepada sesebuah institusi latihan yang layak untuk mengendalikan latihan kepada juruaudit tenaga? Ketiga, apakah aspek-aspek yang akan dinilai oleh Suruhanjaya Tenaga dalam latihan yang dijalani oleh seseorang calon juruaudit tenaga? Apakah Suruhanjaya Tenaga akan mewujudkan skor penilaian khas untuk rujukan institusi latihan dalam mengendalikan modul-modul kemahiran yang bertepatan dengan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Keempat, adakah fi yang dikenakan bagi maksud fasal 27(2) berbeza mengikut tahap kelayakan permohonan juruaudit tenaga? Berapakah jumlah fi yang ditetapkan pada permohonan juruaudit tenaga yang telah diluluskan oleh suruhanjaya. Oleh itu, saya juga mohon Yang Berhormat Menteri memberi sedikit pencerahan dalam soalan-soalan empat perkara yang saya juga diutarakan. Sekian sahaja ucapan perbahasan saya bagi Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023. Saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Segamat. Saya jemput Yang Berhormat Parit Sulong.

final • 5:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad - Parit Sulong

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi peluang untuk saya membahaskan RUU ini.

Saya percaya, RUU ini merupakan satu keperluan untuk masa depan negara yang lebih lestari.

Sebenarnya, kecekapan tenaga adalah kunci untuk mengurangkan penggunaan sumber-sumber tenaga fosil dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, dan dalam usaha global untuk mengurangkan kesan perubahan iklim. Saya ingin memuji usaha dan langkah yang dibuat oleh pihak kerajaan yang telah mengambil komitmen untuk mengurangkan intensiti pelepasan sebanyak GHG sebanyak 45 peratus pada tahun 2030.

Dan, selain daripada mengurangkan pelepasan GHG, kita juga perlu menguruskan permintaan tenaga secara lebih berkesan. Ini bermaksud, kita perlu menggalakkan lagi amalan penggunaan tenaga yang lebih cekap dan mampan di kalangan penduduk perniagaan dan industri.

Namun, perubahan kepada teknologi hijau ini juga memerlukan kos yang sangat tinggi, dan saya percaya, dengan adanya insentif dan peraturan yang memihak kepada teknologi dan amalan tenaga yang lebih efisien, kita boleh mengurangkan pembaziran tenaga dan merapatkan jurang antara permintaan dan bekalan tenaga.

Dan, ini melibatkan pelaksanaan teknologi dan proses yang lebih canggih dalam pengeluaran dan penggunaan tenaga dengan memberi sokongan kepada industri untuk menuju ke arah kecekapan tenaga, kita boleh meningkatkan daya saing negara dan mencipta pekerjaan dalam sektor yang berkaitan.

Justeru, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, inisiatif-inisiatif yang akan diambil dalam usaha memajukan pembekalan dan penggunaan tenaga hijau ini.

Dulu, kita ada pinjaman mudah kepada pengeluar dan pengguna teknologi hijau. Pemilik bangunan yang perolehi GBI diberi pengecualian cukai pendapatan dan sebagainya.

Jadinya, saya percaya, kalau sekiranya ada insentif khas daripada kerajaan, syarikat pengeluar dan pengguna teknologi hijau dapat membiayai aktiviti yang menyokong dan mempercepatkan lagi pertumbuhan industri teknologi hijau. Dalam menyokong aspirasi negara untuk mencapai sasaran pelepasan karbon sifar seawal 2050, ianya sebenarnya adalah tanggungjawab bersama dan saya ingin mencadangkan pada pihak kerajaan supaya memperhebatkan lagi kempen promosi dan kesedaran awam mengenai teknologi hijau dan kepenggunaannya.

Kempen ini pastinya akan merangsang perkembangan teknologi hijau, mempromosikan mobiliti berkesan dalam sektor pengangkutan dan juga secara tidak langsungnya, akan menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang efisien, terutamanya insentif yang saya nyatakan tadi.

Yang saya bertanya kepada pihak kementerian, kerana kalau sekiranya ada insentif daripada pihak kerajaan dan kesedaran daripada rakyat, kita dapat bersama-sama memberikan sumbangan yang berharga kepada kelestarian alam sekitar dalam memastikan kesejahteraan kita bersama. Itu sahajalah perbahasan saya, Puan Yang di- Pertua. Terima kasih dan saya menyokong RUU ini. Terima kasih.

final • 5:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Parit Sulong. Saya jemput Yang Berhormat Betong.

final • 5:04 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Salam sejahtera dan salam perpaduan. Terima kasih, Puan Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023.

final • 5:08 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Betong melihat akta ini penting untuk mengawal selia penggunaan cekap tenaga dan konservasi tenaga dengan matlamat untuk menambah baik, meningkatkan kecekapan tenaga untuk mengelak pembaziran tenaga dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, akta ini merupakan keperluan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara ataupun National Energy Transition Roadmap (NETR) di mana, antara objektifnya ialah untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau ataupun GHG sebanyak 45 peratus pada tahun 2030, berbanding tahap pada tahun 2005.

Ianya juga untuk menyokong aspirasi negara untuk mencapai sasaran pelepasan karbon sifar seawal tahun 2050.

final • 5:08 PM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Umum mengetahui bahawa perubahan iklim disebabkan oleh pelepasan gas rumah hijau, amat merisaukan kita kebelakangan ini. Pelepasan gas karbon dioksida adalah penyebab global warming dengan izin ataupun kepanasan global. Kita di Malaysia juga tidak terkecuali dari kesan tersebut seperti cuaca yang amat panas kebelakangan ini dan kejadian banjir kilat. Maka saya ingin memetik satu kenyataan daripada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ataupun United Nations Secretary-General, Antonio Guterres. “The era of global warming has ended, the era of global boiling has arrived. July 2023 was the earth’s hottest month in 120,000 years”. Puan Timbalan Yang di-Pertua, ini adalah langkah permulaan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara adalah usaha kita untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga. Oleh itu, RUU ini perlu disokong dan dengan kecekapan dan konservasi tenaga Malaysia dalam landasan terbaik untuk beralih kepada tenaga boleh diperbaharui untuk mencapai sasaran pelepasan karbon sifar seawal 2050 nanti.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Bahagian Kedua struktur RUU ini iaitu Fungsi dan Kuasa Suruhanjaya. Saya ingin bertanya apakah cabaran yang dijangka akan dihadapi oleh Suruhanjaya Tenaga bagi menguatkuasakan undang-undang ini secara efektif nanti? Betong berpendapat bahawa Majlis Tenaga Negara ataupun MTN yang baru ditubuhkan oleh kerajaan harus memainkan peranan juga. Yang penting untuk memantau fungsi dan kuasa suruhanjaya dalam melaksanakan hala tuju dan dasar strategik, kecekapan dan konservasi tenaga negara.

Penubuhan MTN itu juga sebagai salah satu langkah dalam memastikan matlamat Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NATR) ini dapat dilaksanakan secara efektif. Maka saya hendak bertanya apakah insentif kepada pengguna yang menggunakan tenaga boleh diperbaharui ataupun RE ini seperti green energy dengan izin dalam usaha kita menuju sifar GHG 2050 nanti.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, Sarawak mempunyai teknologi dan cara tersendiri untuk mengurangkan karbon dan menghasilkan tenaga boleh diperbaharui sama ada daripada hidro ataupun tenaga hijau dan RE yang lain. Memandangkan Sarawak adalah sebuah wilayah yang telah mengutamakan tenaga mesra alam iaitu tenaga hijau seperti hidro dan hidrogen, maka Betong amat menyokong hasrat Kerajaan Negeri Sarawak yang minta agar Kerajaan Persekutuan melantik wakil dari Sarawak untuk menganggotai Majlis Tenaga Negara yang seiringan dengan dasar Sarawak mengutamakan tenaga hijau.

Dengan itu, Betong mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya mendengar dengan teliti dan tekun pembentangan dan perbahasan yang dibuat oleh kawan-kawan dalam Dewan daripada kedua-dua belah pihak. Pertamanya, saya ingin rakamkan jutaan tahniah kepada Menteri yang telah bertungkus-lumus bukan sahaja membentangkan sedikit waktu dahulu Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara tetapi sejurus selepas itu membentangkan apa yang kita

final • 5:13 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

anggap sebagai the low-hanging fruit di sini dengan Energy Efficiency and Conservation Act (EECA) ataupun Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023.

Timbalan Yang di-Pertua, saya hanya sekadar untuk merakamkan betapa mustahaknya kesemua Ahli Parlimen dalam Dewan yang mulia ini akan memberikan sokongan yang padu justeru melihat betapa mustahaknya untuk kita terus melaksanakan, menyokong serta dapat melaksanakan kecekapan konservasi tenaga ini yang membawa natijah antara lainnya penjimatan tenaga sebanyak 200,000 juta gigajoule penghindaran karbon (carbon avoidance) sebab hampir 200,000 kilo tan karbon dioksida dan pertumbuhan ataupun penjimatan bil hampir 97.1 bilion.

Tidak ada banyak yang mahu saya kemukakan kecuali yang telah pun disebut oleh ramai rakan-rakan yang lain. Saya mahu sebutkan tentang insentif. Bagaimanakah players sama ada industri, komersial dan bangunan-bangunan juga begitu yang lain.

Bagaimanakah buying in ataupun penerimaan dan sokongan yang akan dapat diberikan oleh semua players ini dengan insentif yang wajar yang mahu kita dengar daripada, bagaimana kita untuk incentivize dengan izin memberikan galakan supaya rang undang- undang ini dapat disokong oleh pihak-pihak yang menjadi sasaran kepada kecekapan dan konservasi tenaga ini. Itu yang pertama.

Yang kedua, saya kira dalam hal ini awalnya mungkin ada sahabat-sahabat MP yang lain yang bercakap tentang seolah-olah wujud dilema atau dalam bahasa yang lebih tepat trilemma yang tidak dijelaskan oleh Menteri. Bagaimana nak kita perimbangkan, bukan dilema, bukan dua tapi tiga dilema dari sudut source-nya, ensuring security, sumber. Kedua apa yang dikatakan sebagai accessibility ataupun foldability tenaga boleh dibaharui, clean energy dan juga providing yang dikatakan.

Akhirnya kemapanan ya. Jadi pastinya, ketiga semacam saling bersilang ya.

Mutually exclusive constraint dan demand itu perlu diberikan pencerahan dengan lebih supaya galakan ataupun penerimaan players dan juga industri komersial dan pemilik- pemilik bangunan ini dapat menerima dengan bersekali dengan insentif yang saya sebutkan tadi.

Saya kira begitu sahaja yang hendak saya sebutkan. Tahniah sekali lagi Menteri.

final • 5:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya jemput Yang Berhormat Putrajaya.

final • 5:13 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertama sekali bila kita lihat Rang Undang-undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga ini, antara komponen utama yang diberi penekanan adalah berkaitan dengan audit tenaga. Jadi apabila saya meneliti rang undang-undang ini, ada beberapa perkara yang saya rasa perlu diberi penjelasan.

Pertama sekali, apabila kita bercakap tentang audit tenaga ini sama ada juruaudit tenaga berdaftar itu adalah juruaudit bebas di luar ataupun adalah juruaudit dalaman kepada syarikat tersebut. Ini akan memberi kesan kepada industri audit di luar sana kerana mereka perlu menyediakan. Kalaulah juruaudit itu juruaudit bebas, maka perlu ada kumpulan-kumpulan yang dilatih untuk tujuan tersebut.

Yang kedua, seksyen 8 menyebut bahawa audit ini perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa. Jadi terma semasa ke semasa ini agak kabur sama ada ianya dibuat secara berkala, every year, setiap dua tahun atau setiap setengah tahun. Jadi ini memerlukan satu penjelasan supaya apabila dilihat akta ini kemudiannya, tidak timbul isu nak takrifkan dari semasa ke semasa tersebut.

Yang ketiga pula adalah dinyatakan di sini bahawa kalau, ini dalam seksyen 97 ya. Disebut bahawa kalau ada apabila meneliti laporan audit, jika ada suruhanjaya dapati bahawa laporan itu tidak disediakan mengikut garis panduan, maka akan minta dibetulkan. Jadi dalam konteks audit ini, apabila dilaksanakan audit itu, juruaudit akan membuat audit itu berdasarkan standard yang disediakan. Jadi saya assume garis

final • 5:17 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

panduan yang dimaksudkan dalam akta, dalam RUU ini adalah standard. Jadi bila juruaudit itu dah audit berdasarkan standard, maka kita terima laporan audit tersebut.

Tetapi apabila kita lihat apa yang disebut di sini bahawa kalau suruhanjaya meneliti dan dilihat tidak mengikut garis panduan, maka perlu dibetulkan. Jadi nak betulkan content atau nak dibetulkan cara presentation audit itu. Jadi ini memberi satu perkara yang amat penting untuk dijelaskan because kerana bila kita sebut audit ini, that’s it. Itulah content-nya. Jadi kalau kata nak kata betul, seolah-olah apa dia buat itu salah tetapi kalau kata dalam konteks garis panduan, kaedah presentation dan sebagainya, sepatutnya tugas juruaudit adalah untuk memastikan laporan itu disediakan berdasarkan garis panduan atau standard yang dibuat.

final • 5:17 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Jadi kalau tidak Suruhanjaya ini kerjanya akan meneliti audit yang telah diaudit.

Jadi ini memerlukan satu penjelasan. Seterusnya adalah berkaitan dengan apabila kita lihat dalam seksyen 28(2) dikatakan bahawa juruaudit tenaga ini perlu berdaftar di bawah akta ini. Kemudian disebut dalam 26 bahawa untuk didaftarkan ini dia mestilah warganegara, ada kelayakan ditetapkan dan sebagainya. Ada komponen termasuklah komponen latihan tetapi bila saya tengok di bawah komponen latihan pula di bawah seksyen 31, disebut institusi latihan boleh mengendalikan khusus untuk menjadi pengurus tenaga berdaftar tetapi tidak disebut tentang juruaudit.

Kalau kita lihat seksyen-seksyen sebelumnya disebut pengurus tenaga ini bersama dengan juruaudit tetapi dari sudut latihan itu untuk tujuan latihan hanya disebut pengurus tenaga sahaja. Jadi saya ingin kepastian di sini sama ada institusi latihan yang perlu berdaftar adalah untuk pengurus tenaga sahaja ataupun mereka yang hendak menjadi juruaudit berdaftar perlu mengikuti latihan di institusi latihan yang berdaftar.

Seterusnya adalah berkaitan dengan penggunaan perkataan ‘fraud’ dalam beberapa seksyen yang agak janggal apabila semua digunakan perkataan bahasa Melayu digunakan ‘fraud’. Jadi saya hendak dapat kepastian sama ada adakah terdapat tujuan tertentu ‘fraud’ ini digunakan mungkin ada connotation ada makna tertentu tetapi kalau tidak ada untuk mengelakkan kekeliruan maka boleh guna perkataan seperti penyelewengan dan sebagainya.

Saya rasa itu sahaja terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 5:20 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat Putrajaya. Nak mencelah ini, terima kasih.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Putrajaya. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa 15 minit.

final • 5:20 PM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat-Yang Berhormat, ada 13 pembahas yang telah ambil bahagian dalam perbahasan RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga yang kita nanti-nantikan. Dia telah melalui beberapa era daripada awal 2018, beberapa era Perdana Menteri dan Menteri tetapi alhamdulillah hari ini kita sampai ke proses kita bawa RUU ini ke Parlimen.

Kita perlukan RUU ini kerana ia satu perkara yang cukup penting bagi perancangan pembangunan tenaga negara yang lebih berkesan untuk menyokong prinsip pembangunan mampan selaras dengan agenda pembangunan ekonomi hijau di bawah RMKe-12 serta menyumbang kepada pencapaian aspirasi sifar bersih GHG negara menjelang tahun 2050.

Saya akan cuba memberi penjelasan kepada semua persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan dan saya percaya secara umumnya saya melihat tidak ada ketidaksetujuan yang ketara daripada segi dasar daripada mana-mana pihak tetapi ada

final • 5:22 PM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

beberapa persoalan yang mungkin meminta penjelasan dan mencadangkan penambahbaikan untuk RUU ini.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa komited di dalam menggalakkan sektor industri komersial dan domestik menerapkan amalan cekap tenaga dalam aktiviti perniagaan dan amalan seharian rakyat bagi menjimatkan penggunaan bekalan elektrik. Saya bagi contoh antara perkara pokok sebenarnya kita bercakap tentang reserve margin, kita bercakap tentang bagaimana dapat menggalakkan tabiat untuk peka terhadap menjaga tenaga.

Sebenarnya antara punca masalah yang kita ada di Malaysia ialah tenaga elektrik kita mendapat subsidi secara pukal. Apa yang dipanggil dengan izin, blanket subsidy.

Jadi sebab itu dan saya boleh mengatakan penghargaan kepada sektor tenaga di bawah NRECC dan Suruhanjaya Tenaga sejak kerajaan baharu mengambil alih di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita telah melakukan penjimatan subsidi elektrik sebanyak RM4.6 bilion apabila kita beralih kepada subsidi bersasar.

Dan dengan ini, kita dapat lihat RM4.6 bilion ini boleh digunakan untuk membaik pulih 90 hospital atau 5,750 klinik kesihatan ataupun 65,000 sekolah untuk keselesaan rakyat. Itu contoh berapa besar wang yang telah kita jimatkan. Jadi itu penting bila tenaga terlalu murah...

final • 5:22 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan sedikit sahaja.

final • 5:22 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

...Maka kita akan melihat pembaziran di dalam penggunaan tenaga elektrik.

final • 5:22 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Nak minta sedikit penjelasan tadi Yang Berhormat Menteri katakan kita telah berjaya menjimatkan RM4.6 bilion. Saya tahu kerajaan telah merasionalisasikan subsidi dua jenis. Pertama, bagi sektor syarikat-syarikat korporat, industri dan satu lagi yang baru-baru ini diumumkan iaitu bagi golongan T1, T5, T10 hanya segelintir. Boleh berikan pecahan khusus berapa yang berjaya dijimatkan bagi kedua-dua rasionalisasi ini, terima kasih.

final • 5:22 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Yang saya boleh katakan kebanyakan penjimatan itu datang daripada lebih kurang RM4.5 bilion sebenarnya datang dari commercial dan industrial. Sebab itu kita ada pelarasan tarif yang besar yang bermula sejak Januari sedangkan untuk domestik kita hanya mulakan kenaikan tarif itu bermula Julai 2023 dan hanya menyentuh satu peratus pengguna terbanyak.

Buat masa ini kita belum siap sistem padu yang sedang disiapkan oleh Kementerian Ekonomi maka kita terpaksa menggunakan statistik daripada kepenggunaan bil elektrik. Jadi pada masa yang sama, kita juga dapat melihat apabila tarif elektrik ini semakin tinggi, apabila banyak syarikat-syarikat sebenarnya telah melaksanakan langkah-langkah kecekapan tenaga dan juga langkah-langkah memasang tenaga boleh baharu seperti tenaga solar sebab bil mereka sudah naik maka secara semula jadinya mereka beralih kepada langkah-langkah penjimatan tersebut dan bagi saya ini antara perkara-perkara penting kita kena betulkan tarif juga dalam usaha kita meningkatkan kecekapan tenaga.

Pada masa yang sama kerajaan telah menyediakan peruntukan berjumlah lebih RM86 juta di bawah Program Energy Audit Conditional Grant (EACG) 2.0 sepanjang RMKe-12 untuk membantu sektor industri dan komersial melaksanakan audit tenaga di premis-premis mereka. Ini dibuat sebelum ini lagi sebagai satu galakan, sebagai satu soft landing, dengan izin untuk syarikat-syarikat melihat atau explore energy efficiency. Jadi seterusnya Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP) 2016-2025 mengandungi pelbagai program dan inisiatif kecekapan tenaga dan kita akan beralih ke NEEAP yang seterusnya nanti saya akan butirkan. Yang Berhormat Puchong, apakah perancangan kementerian selepas akta ini dikuatkuasakan dan supaya implementasi RUU ini sampai ke semua pihak, ini turut ditanya oleh Yang Berhormat Kuala Langat.

NRECC dan ST akan terus adakan libat urus dengan pihak berkepentingan khususnya pengguna industri dan komersial. Kita memang mengambil pendekatan untuk

final • 5:22 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

mendidik dan juga bukan secara terus menghukum tetapi mendidik syarikat-syarikat supaya mereka faham tentang keperluan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga ini dan ini dimasukkan dalam perancangan kementerian dalam Pelan Komunikasi Lima Tahun dan kita senaraikan beberapa instrumen yang sasarkan semua sektor iaitu industri komersial dan juga domestik.

Dan apakah pencapaian dan status Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara?

Pencapaian setakat ini, setakat 30 September 2023 ialah sebanyak 5.83 peratus bersamaan dengan 8,575 gigawatt jam berbanding sasaran tahun 2023 iaitu 6.1 peratus atau 8,909 gigawatt jam. Jadi penjimatan yang telah dicapai setakat ini bersamaan dengan RM2.15 bilion dan turut menurunkan pelepasan karbon dioksida ke udara.

Seterusnya status EPC untuk bangunan-bangunan kerajaan. Untuk makluman, semua pelaksanaan projek-projek kecekapan tenaga berdasarkan konsep EPC telah dilaksanakan sepertinya di Hospital Putrajaya, di Teluk Intan, Klang, Sungai Buloh, Serdang, Politeknik Merlimau dan juga di Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia dan juga UIA. Buat masa ini, pelaksanaan di bangunan EPC di bangunan kerajaan dilaksanakan secara berperingkat dengan mengambil kira kesediaan agensi pelaksanaan dan viability serta economies of scale projek-projek tersebut bagi memastikan manfaat di antara ESCO dan pemilik bangunan.

final • 5:22 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri, dengan izin.

final • 5:22 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Sekejap kalau boleh saya jawab dahulu.

Mungkin kita akan kembangkan perkara ini bergerak ke depan kerana kita melihat dalam peralihan kepada subsidi bersasar dan sebagainya ini juga antara langkah-langkah kerajaan menjimatkan bil utiliti dan membolehkan lebih banyak wang disalurkan kepada priorities kita.

final • 5:22 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Antara insentif yang diambil, yang diberikan kepada premis-premis yang mengamalkan kecekapan tenaga, ini turut ditanya oleh Yang Berhormat Kubang Pasu.

Antara insentif yang ada adalah di bawah GITA, GITE dan ITA. Manakala di bawah RMKe- 12, kerajaan telah menyediakan sebagaimana disebut tadi EACG (Geran Audit Tenaga Bersyarat) kepada pihak industri dan komersial yang layak untuk laksanakan audit tenaga di premis masing-masing.

Dan kita juga sebagaimana disebut tadi, kita ada EACG berjumlah RM86 juta yang antara tahun 2021 sehingga tahun 2025 dan pihak Malaysia Debt Ventures Berhad telah menyediakan jumlah kemudahan pembiayaan untuk program EPC sebanyak RM200 juta dan kita dalam proses bersama dengan Suruhanjaya Tenaga merangka NEM 2.0

(2026-2035) dan merangka inisiatif-inisiatif kecekapan tenaga bagi menyokong penguatkuasaan RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga ini.

Untuk cogens, kita memang telah menggalakkan pengamalan cogeneration dan kadar standby charge bagi tarif elektrik muatan tinggi bagi penjanaan berdasarkan cogeneration telah diturunkan daripada RM12 per kilowatt kepada RM8 per kilowatt. Dan bagi district cooling system, kita sudah ada beberapa kawasan yang sedia ada di Putrajaya, di KLIA, di KLCC dan kita sedang melihat tambahan sebanyak lapan projek district cooling lagi di seluruh negara untuk dibangunkan dan seterusnya Kubang Pasu ada membangkitkan juga tentang suhu pendingin hawa. Sebenarnya kalau ikut panduan, ada pekeliling kerajaan ialah 24 atau 25 darjah. Saya tahu memang banyak tempat tidak mengamalkan perkara tersebut. Antara perkara yang menjadi puncanya ialah juga dress code kita. Yang itu saya berharap pihak Speaker dapat lihatlah tentang dress code di dalam Parlimen, lebih sesuai dengan suhu di Malaysia [Tepuk] . Seterusnya tentang biomass. Biomass ini sememangnya ada di dalam agenda kita di bawah NETR dan juga di bawah pelan-pelan tenaga boleh baharu. Kita merancang untuk meningkatkan penjanaan biomass daripada 804 megawatt pada waktu ini kepada 892 megawatt pada tahun 2025. Dan jangka masa panjang, kita menjangkakan untuk ditingkatkan kepada 998 megawatt pada tahun 2035 dan 1,200 megawatt pada tahun 2050. Kita ada beberapa structural issues untuk kita kembangkan lagi biomass ini.

final • 5:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Contohnya lokasinya yang agak jauh daripada grid, plant, plant biomass yang agak kecil dan juga kita terpaksa bersaing dengan pasaran di luar negara yang membeli biomass yang ada di negara kita.

Okey, seterusnya tenaga kerja. Suruhanjaya Tenaga Kerja perlu ditambah sekiranya RUU ini diluluskan. Sememangnya kita setuju bahawa ST perlu diperkasakan lagi. Kita dapati ST ini lebih banyak sebelum ini dari aspek keselamatan. Fungsi Suruhanjaya Tenaga tetapi dengan kita nak ada energy exchange, untuk kita eksport tenaga boleh baharu, nak mempertingkatkan tenaga boleh baharu, maka Jabatan Kecekapan dan Konservasi Tenaga di dalam ST perlu ada selain daripada elemen- elemen lain untuk ST berdepan dengan situasi komersial yang semakin kompetitif dalam sektor tenaga. Ya, Muar.

final • 5:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih. Berkenaan EPC, ada dua soalan susulan. Pertama sekali, adakah kementerian ada pelan untuk menetapkan SOP sebelum agensi dan kementerian lain boleh menandatangani EPC bersama dengan sektor swasta. Itu yang pertama. Kedua, adakah kementerian akan berunding supaya kementerian dan agensi yang menandatangani EPC turut dapat reap the rewards dengan izin, mendapat keuntungan daripada penjimatan. Kalau tidak, tidak ada insentiflah untuk mereka sertai EPC khususnya di peringkat negeri ataupun di peringkat daerah, sekolah-sekolah, hospital dan yang lain kerana kerenah birokrasi.

Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Muar.

Sebenarnya tentang soal EPC ini, ia telah dipersetujui daripada tahun 2013 lagi dan kerana kerajaan tidak perlu menanggung kos pelaburan awal, pembayaran kepada pelaburan modal ESCO dibuat melalui jumlah penjimatan sebenar sebagaimana yang disebut tadi. Oleh yang demikian, peruntukan untuk bil elektrik kepada bangunan- bangunan kerajaan di bawah Objek Sebagai (OS) 23000 kepada kementerian, jabatan atau agensi kerajaan yang melaksanakan EPC akan dikekalkan pada jumlah peruntukan yang sama sehingga kontrak tersebut tamat. Tetapi kita mungkin lihat lagi bagaimana kita dapat tambah baik lagi perkara ini supaya memberi manfaat kepada kementerian atau jabatan atau agensi yang disebut tadi.

Seterusnya...

final • 5:30 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Minta penjelasan Puan Speaker.

final • 5:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya.

final • 5:30 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Menteri, apa yang berlaku sekarang adalah di mana kalau kita tengok bilangan jumlah projek EPC yang kita sedia ada adalah sangat terhad kerana kerenah birokrasi, kerana tiada insentif seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Muar. Kalau kita hendak memperbanyakkan lagi, kita perlu mewujudkan insentif. Apakah pendirian kementerian? Adakah kementerian akan membuat tersebut dengan Kementerian Kewangan supaya kita mewujudkan satu insentif skim supaya daripada 10,500 bangunan kerajaan yang kita ada, kita ada sekurang-kurangnya 25 peratus. Bukan sekarang, kurang daripada 10 atau 100 bangunan yang ada EPC.

final • 5:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya. Memang saya setuju, sebab itu antara perkara yang memang kita maklum tentang perkara ini sebab bila kita buat misalnya pertandingan low carbon city yang mana peserta-peserta daripada sekolah, daripada hospital, daripada klinik banyak tetapi sebagaimana yang disebut, kita hendak memastikan faedah itu dapat sampai. Kita tahu tentang kekangan kewangan untuk klinik, untuk sekolah dan sebagainya. Jadi, kalau lebih banyak daripada wang itu dapat sampai atas inisiatif yang diambil oleh pengurusan sekolah, pengurusan universiti tersebut, tentulah ia akan menggalakkan lebih banyak daripada mereka turut serta dalam program itu dan saya setuju.

Sebagaimana yang saya sebut sebab bila kita dah ke arah takrif yang lebih tinggi, maka kita perlu lihat perkara ini kerana ia akan memberi manfaat kepada pihak kerajaan juga dan izinkan saya, ada beberapa perkara lagi sebelum saya tamatkan. Tentang apa akan jadi kepada Akta EECA ini apabila kita serahkan kuasa tata kelola bekalan elektrik kepada kerajaan negeri Sabah. Jadi, fasal 1(2) memberi kuasa kepada Menteri untuk

final • 5:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

menguatkuasakan dan menggantung mana-mana bahagian di seluruh Malaysia termasuk di negeri Sabah. Jadi, kerana sebagaimana kita ada buat pindaan sebelum ini kerana kuasa kawal selia akan diserahkan kepada Sabah, maka pemakaian ini juga akan digantung di Sabah dan kerajaan negeri Sabah yang akan menetapkan dasar dan menggubal undang-undang tersendiri untuk tujuan konservasi tenaga.

Tetapi, kita tidak ada masalah untuk membantu Kerajaan Sabah dalam usaha tersebut tetapi ia akan berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Sabah. Dan seterusnya tentang kemampuan ada dibangkitkan celahan daripada mantan Timbalan Menteri, Yang Berhormat Kota Belud tentang soal kemampuan ECOS SESB untuk menangani bekalan elektrik di Sabah dan masalah yang memang ada di sana. Dan sebagaimana disebut, kita telah melihat perkara ini dengan teliti menerusi Jawatankuasa Pemandu dan juga Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penyerahan Kuasa Pembekalan Elektrik Negeri Sabah dan juga SESB.

Dan kerajaan negeri Sabah juga telah membuat persediaan yang sewajarnya untuk menyambut peralihan kuasa dengan menyediakan Draf Enakmen Bekalan Elektrik Negeri Sabah, melancarkan Energy Sabah Roadmap pada 19 September tahun ini, mewujudkan Unit Tenaga Negeri Sabah di bawah kawal selia Pejabat Ketua Menteri yang berperanan sebagai pengantara di antara ECOS dan kerajaan negeri Sabah, mewujudkan dan memperkukuhkan ECOS sebagai agensi kawal selia industri bekalan elektrik di negeri Sabah.

Dan setakat ini, ECOS telah melaksanakan pengambilan 89 kakitangan dan sasarannya ialah 100 kakitangan berkhidmat di ECOS dan juga ECOS telah memperkukuhkan pengoperasian tadbir urus dengan penyediaan kemudahan logistik pelantikan anggota suruhanjaya, penyediaan prosedur dan urusan pentadbiran untuk ambil alih kawal selia bekalan elektrik dan TBB.

Tentang trans gas pipe, sebenarnya kerajaan negeri Sabah telah mengemukakan permohonan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk disemak semula pelaksanaan dan mencadangkan projek ini tidak diteruskan dan diganti dengan Southern Link untuk grid untuk melengkapkan grid di negeri Sabah. Dan perkara ini masih lagi dalam peringkat rundingan antara Kementerian Kewangan dengan syarikat berkenaan daripada negara China kerana mereka yang telah terima peruntukan untuk Trans-Sabah Gas Pipeline sebelum ini.

final • 5:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Seterusnya, Kuala Langat membangkitkan tentang masalah sumber tenaga yang masih bermasalah di peringkat domestik di luar bandar hatta di Lembah Klang. Kita akan lihat perkara itu secara spesifik kalau ada isu-isu yang hendak dibangkitkan.

Sebagaimana kita maklum RUU ini lebih kepada demand side management dan seterusnya...

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri. masa sudah tamat.

final • 5:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey, kalau begitu izinkan saya untuk tamatkan saya punya penggulungan ini. Satu perkara tentang– pertama sekali istilah fraud itu biasa digunakan dalam akta-akta undang-undang yang lain. Sebab itu banyak dibangkitkan ya.

Jadi, saya ingat perlu dijawab. Jadi kita teruskan penggunaan istilah fraud.

Tentang yang dibangkitkan tadi oleh Kubang Kerian tentang keperluan untuk large scale hydro. Saya bersetuju. Ya, kita sebenarnya telah isytiharkan kalau boleh kita hendak elakkan penggunaan large scale hydro. Di Semenanjung ini, kelulusan terakhir yang ada ialah daripada Kota Bharu sebelum ini iaitu Empangan Nenggiri. Kita tidak ada kelulusan baharu dalam large scale hydro. Kita hendak elakkan untuk memastikan kita dapat memenuhi permintaan elektrik kita dengan cara yang lestari.

Last sekali sebab banyak ditanya dan tidak sempat ditanya pagi tadi– tentang soal eksport tenaga boleh baharu. Jawapan kita mudah, bahawa saya rasa kita banyak

final • 5:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

dibayangi oleh isu air, bekalan air ke negara Singapura. Jadi, kita merasakan kita dahulu rugi dalam eksport air maka kita pun akan rugi dalam soal tenaga boleh baharu ini.

Tetapi, untuk kita semua kena sedar bahawa untuk kita mencapai matlamat sifar bersih kita, kita memerlukan RM180 bilion sehingga 2050. Kalau kita hendak bebankan kesemua kos itu kepada rakyat kita, saya rasa kita tak mampu hendak buat.

Jadi atas dasar itu, hanya dengan kita menjual tenaga– bukan semua sebahagian daripada tenaga boleh baharu kita dan menggunakan premium yang kita peroleh daripada Singapura yang cuba beli daripada Australia, Kemboja, Sarawak dan Indonesia– kita laburkan dalam grid, kita dapat melaksanakan perkara tersebut dengan lebih baik untuk pengguna kita sendiri.

Jadi, objektif dia adalah untuk memastikan kita dapat scale dan penggunaan teknologi-teknologi yang terlalu mahal seperti bateri dan sebagainya dapat kita tingkatkan di negara kita. Jadi...

final • 5:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Menteri, boleh sedikit Yang Berhormat Menteri?

final • 5:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Jadi, dengan itu saya izin menggulung.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa tidak mengizinkan. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Allah.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua]

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 11 Oktober 2023.

final • 5:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.43 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026