Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Dato’ Speaker. Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya? Saya hendak skip, persoalan kepada Dato’ Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Kita selesaikan ini dulu.
Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Saya ada persoalan.
Tuan Yang di-Pertua
Takda, takda. Selesaikan ini dulu.
Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuhi. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka memberitahu Majlis ini iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dengan limpah kurnia baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas yang lalu seperti berikut:
Akta Kewangan 2023; 2. Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023; 3. Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023; 4. Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023; 5. Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023; 6. Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023; 7. Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak
(Pindaan) 2023; 8. Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak (Pindaan) 2023; 9. Akta Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan) 2023; 10. Akta Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023; 11. Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2023; 12. Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) (No.2) 2023; 13. Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2023; 14. Akta Kesihatan Mental (Pindaan) 2023; 15. Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023; 16. Akta Insolvensi (Pindaan) 2023; dan
Tuan Yang di-Pertua
Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2023.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas yang lalu. Saya menjemput Setiausaha membacakan perutusan itu sekarang.
[Setiausaha membacakan Perutusan] “27 Jun 2023 Perutusan Daripada Dewan Negara kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan rang undang-undang yang berikut tanpa pindaan:
(D.R. 21/2023) Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2023; 2. (D.R. 1/2023) Rang Undang-undang Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2023; 3. (D.R. 15/2023) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) (No.2) 2023; 4. (D.R. 16/2023) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan)
(No.2) 2023; 5. (D.R. 17/2023) Rang Undang-undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2023; 6. (D.R.22/2023) Rang Undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(Pindaan) 2023; 7. (D.R. 18/2023) Rang Undang-undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023; 8. (D.R. 19/2023) Rang Undang-undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2023; 9. (D.R. 20/2023) Rang Undang-undang Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia)
(Pengesahan) 2023; Yang ikhlas, t.t.
Tan Sri Datuk Seri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar “YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA”
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen Kelima Belas bersidang mulai hari ini, 9 Oktober 2023 hingga 30 November 2023 selama 32 hari. Antara urusan penting yang akan dibahas dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat ini ialah Belanjawan 2024 serta rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain.
Pada 12 September 2023 yang lalu, saya telah memaklumkan kepada semua Ahli Yang Berhormat, berkenaan kewajipan pelaksanaan pemeriksaan kesihatan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat. Hingga 2 Oktober 2023, hanya 54 Ahli Dewan Rakyat dan dua anggota pentadbiran telah menjalani pemeriksaan kesihatan. Ini satu jumlah yang amat kecil ya.
Oleh itu, saya menyeru semua Ahli Yang Berhormat yang belum menjalani pemeriksaan kesihatan untuk melaksanakannya segera. Untuk makluman, tarikh akhir untuk pemeriksaan kesihatan ialah pada 31 Oktober 2023. Yang Berhormat boleh menghubungi doktor kesihatan Parlimen Malaysia berkenaan maklumat terperinci mengenai pemeriksaan kesihatan ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, selain jadual kementerian menjawab semasa sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan bagi Mesyuarat ini, juga telah diletakkan atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Saya turut ingin mengingatkan Yang Berhormat untuk mematuhi masa yang telah ditetapkan semasa Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dan Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan, sama ada Ahli Dewan Rakyat baik yang bertanya dan anggota pentadbiran yang menjawab. Pematuhan ini adalah penting bagi membolehkan lebih banyak pertanyaan dapat dijawab di Dewan yang mulia ini. Terima kasih, Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Speaker, arahan pemeriksaan kesihatan, can I elaborate sedikit? Walaupun kita tidak datang untuk membuat pemeriksaan kesihatan di sini tetapi sebahagian besar daripada kami ada fail pemeriksaan kesihatan secara regular dekat IJN. So, that must be considered.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Macam saya, saya baru— doktor Klinik Parlimen ini sepatutnya ada rekod. Mereka yang hantar kita. We have regular check-up dekat IJN umpamanya, dekat HKL umpamanya. So, you cannot enforce that everybody has to come here. It must be some leeway...
Tuan Yang di-Pertua
Tidak, tidak, tidak.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
...Yang mana-mana...
Tuan Yang di-Pertua
Saya dalam permintaan saya dahulu, Yang Berhormat— terima kasih Yang Berhormat Beluran. Sila duduk. Saya telah maklumkan Yang Berhormat boleh melakukan pemeriksaan di sini ataupun— dengar. Ataupun di mana-mana jua asalkan rekod itu dibawa ke sini supaya kalau Yang Berhormat tumbang di sini, contoh, rekod kita ada di Parlimen. Sekarang ini kalau Yang Berhormat tumbang di sini, rekod Yang Berhormat ada di Beluran. Tidak mungkin doktor dapat selamatkan Yang Berhormat dengan segera.
Itu sahaja kita minta. Jadi...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Faham, faham. Tidak payah elaborate. I ingat tidak payah elaborate-lah, Yang Berhormat, sebab I rasa I jelas. Kalau saya kata Yang Berhormat..
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Bacalah surat itu.
Tuan Yang di-Pertua
...Buat pemeriksaan di luar, tolong bawa rekod itu atau berhubung dengan pegawai...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat Speaker, klinik...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, saya hendak bercakap ini.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Jangan lawan, Beluran.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau sekiranya Yang Berhormat telah pun membuat pemeriksaan di tempat mana-mana juga, kerajaan atau swasta, tolong bawa rekod itu berjumpa dengan pegawai kita. Rekod itu disimpan di Parlimen. Itu sahaja yang saya minta.
Supaya apa-apa terjadi, Yang Berhormat, saya bertanggungjawab untuk menyelamatkan nyawa Yang Berhormat. Terima kasih.
[Tepuk] Silakan, Setiausaha.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker, peraturan.
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan apa pun selepas...
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Boleh peraturan ini?
Tuan Yang di-Pertua
Tidak boleh.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
93(1)
Tuan Yang di-Pertua
Selepas Q&A. Terima kasih.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Selepas Q&A?
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Tapi ini..
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Tetapi ini peraturan, Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Tan Sri Speaker...
Tuan Yang di-Pertua
No, no, no. Saya sudah buat, apa-apa juga, selepas ini.
Saya hendak selesaikan Q&A dahulu. Baik, silakan. Saya jemput Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani, Titiwangsa.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua.
Anak kucing warna kuning, Dilahirkan di Kampung Batu, Menteri jangan pening-pening, Jawab soalan saya nombor satu.
[Dewan riuh]
1. Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan apakah status pembangunan rangkaian 5G setakat ini dan berapa jumlah langganan yang telah diterima menerusi perkhidmatan rangkaian 5G.
Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
[Ketawa] Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, jawab pantun ya?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Okey, teruskan, teruskan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
[Berpantun] Kucing kuning kucing merah, Ahli Parlimen Titiwangsa jangan marah.
[Dewan riuh]
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
[Ketawa] Baik. Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan rangkaian 5G negara ketika ini sedang giat dijalankan oleh Digital National Berhad dengan sasaran untuk menyiapkan 7,509 tapak 5G di seluruh negara meliputi 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk ataupun coverage of populated area (COPA). Sehingga 30 September 2023, sebanyak 5,873 tapak 5G telah disiap dibangunkan di mana perkhidmatan 5G kini telah mencapai 70.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk setakat 30 hari bulan September.
Bagi jumlah langganan perkhidmatan 5G pula, sebanyak 2.49 juta langganan telah direkodkan bersamaan dengan 7.4 peratus kadar penembusan (adoption rate). Sehingga kini, enam syarikat pemberi perkhidmatan mudah alih telah menawarkan pelan komersial 5G iaitu Celcomdigi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia, YTL Communications dan Yoodo.
Tambahan untuk makluman Yang Berhormat Titiwangsa. Pada 31 Ogos yang lalu, kerajaan telah mengumumkan Pakej 5G Rahmah. Sukacita saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa dalam tempoh sebulan, antara 31 Ogos sehingga hujung September, terdapat 50,991 orang yang telah melanggan dengan Pakej 5G Rahmah.
Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini, MCMC ada menyatakan bahawa 5G adoption hanya lebih kurang 74 percent seperti mana yang Yang Berhormat sebut tadi, walaupun liputan 5G ini telah mencapai melebihi 70 peratus, iaitu 70.2 peratus berdasarkan kepada information yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Dengan pelaburan begitu tinggi oleh DNB, saya jangkakan akan tiba masanya kerajaan terpaksa melihat sustainability DNB sebagai satu entiti perniagaan. Ini adalah kerana kerajaan telah memberi jaminan kepada hampir, saya difahamkan berbilion-bilion ringgit untuk menjamin pinjaman-pinjaman yang dibuat oleh DNB. Soalan saya. Dalam keadaan yang tidak menentu ini, kerana adoption rate yang terlalu rendah, kemudian komitmen kewangan yang begitu tinggi yang digerenti oleh kerajaan, adakah Yang Berhormat merasakan perlu untuk membuka perkhidmatan 5G ini kepada syarikat kedua? Sedangkan, yang kita ada hari ini saya rasa mengambil masa yang begitu lama untuk jadi sustainable entity kepada syarikat ini.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih, Yang Berhormat. Soalan yang baik. Untuk makluman Yang Berhormat Titiwangsa dan juga Tan Sri Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini, kalau hendak dibandingkan, pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia adalah yang terpantas kalau hendak dibandingkan rangkaian 4G yang pernah dilaksanakan sebelum ini.
Kalau dibuat perbandingan syarikat ke syarikat, sebagai contoh, saya dimaklumkan bahawa sebelum ini untuk pelaksanaan 4G, syarikat yang antara yang paling pantas adalah U Mobile, 2,000 menara dalam setahun. Dan DNB pula telah mencecah 3,500 lebih pada tahun pertama dan kita jangkakan juga dalam 3,500 pada tahun ini.
Berkenaan dengan isu sustainability, memang kita lihat di banyak negara termasuklah Republic of Korea di mana tahap penembusan bagi 5G telah mencecah lebih 95 peratus, adoption rate di kalangan retail consumer memang rendah, tidak lebih daripada 50 peratus, untuk makluman Yang Berhormat. Tetapi, fokus untuk 5G adalah enterprise. Dan pada hari Khamis yang lalu, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mewakili Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan private local network 5G yang pertama di Malaysia yang akan digunakan oleh Syarikat Petronas. Ini adalah salah satu daripada perkara paling penting di mana kemampuan 5G akan dapat dimaksima oleh syarikat-syarikat enterprise dan inilah yang akan menjadi the balancing kepada that sustainability. Baik.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, terima kasih kepada Speaker. Soalan tambahan saya adalah merujuk kepada— agaknya berapa peratuskah kawasan luar bandar yang bakal dinaik taraf ke rangkaian 5G dalam masa terdekat dan apakah faktor yang diambil kira dalam pemilihan kawasan luar bandar yang terlibat? Itu yang kedua.
Dan saya juga ingin mengambil kesempatan ini memohon supaya— pertama, saya ucapkan terima kasih kerana di kawasan Jalan Triang, di mana saya sebutkan yang lepas, sudah ada menara dan saya juga memohon supaya disediakan juga menara di kawasan Kampung Bangau Parit, Temerloh bersebelahan dengan Sungai Pahang bersebelahan dengan Bandar Temerloh yang masih lagi menghadapi masalah, kita kata masalahlah untuk berhubung. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, memang kalau kita lihat, salah satu daripada fokus di pihak DNB sebelum ini adalah memastikan bukan hanya kawasan-kawasan berpenduduk tetapi fokus juga kepada kawasan-kawasan perindustrian, antara lain kerana 5G paling boleh dimanfaatkan oleh syarikat-syarikat yang seperti syarikat- syarikat automotif dalam penghasilan produk-produk tertentu yang mungkin bersifat hi-tech seperti semikonduktor dan sebagainya. Tetapi, untuk tujuan penggunaan oleh rakyat, sekiranya ada keperluan dan tidak ada, saya akan panjangkan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Untuk makluman Yang Berhormat juga, Insya-Allah pada 23 hingga 25 Oktober nanti, sekali lagi pihak SKMM akan membuka kaunter. Jadi, saya pelawa Insya-Allah sekiranya Tan Sri Yang di-Pertua benarkan nanti, 23 hingga 25 Oktober saya pelawa semua Ahli-ahli Parlimen untuk memanjangkan isu-isu. Kita akan buka kaunter SKMM di Parlimen sekali lagi.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Soalan tambahan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Insya-Allah, Insya-Allah kita akan selesaikan masalah di Temerloh itu.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin. Silakan.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, nombor dua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Menteri.
2. Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin [Larut] minta Perdana Menteri menyatakan inovasi baharu Ekonomi MADANI yang berbeza dengan Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 bagi menjayakan sasaran meletakkan Malaysia di kedudukan 30 ekonomi terbesar dunia dengan mengambil kira persekitaran global serta cabaran semasa dan mendatang.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Larut. Membangkitkan soal perbedaan di antara Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Ekonomi MADANI. Seperti yang lazim diketahui, Kemakmuran Bersama ini diasaskan dari pandangan Bank Dunia sejak 2013.
Ini adalah saranan dan gesaan Bank Dunia supaya negara-negara membangun terutamanya, menjadikan ini asas. Tetapi setelah memikirkan keadaan ekonomi semasa, pertimbangan keperluan kemampanan ekonomi dan asas nilai sejagat manusiawi, karamah insaniah dan keyakinan agama, kita memilih untuk menamatkan Wawasan Kemakmuran Bersama yang dicetuskan oleh Bank Dunia dan memperkenalkan Ekonomi MADANI.
Asas yang ditanya oleh Yang Berhormat ialah; Pertama, konteks negara kita berbeda. Tentunya ada pasca Covid tetapi kita terima kenyataan bahawa kita berhadapan dengan post normal times, dengan keadaan yang tidak terjangka (unprecedented), bertentangan (contradictory) dan kadang-kadang berlaku dalam keadaan serentak permasalahan (simultaneously). Jadi oleh itu, kita memikirkan keperluan
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
untuk memperkenalkan dasar yang selari dengan nilai agama, pemikiran dan permasalahan tempatan yang tidak semestinya sesuai dengan saranan awal Bank Dunia.
Yang kedua, ia bertunjangkan kemapanan ekonomi dan pembangunan fizikal tetapi diperluaskan dengan isu nilai perpaduan, ihsan yang tidak ditekankan dalam shared prosperity.
Ketiga, dia mendukung cita-cita menyeluruh untuk negara. Bukan sahaja kepada berhasilan ekonomi tetapi juga sasaran sosial, keterangkuman dan tata kelola.
Keempat, dia bukan sahaja kerangka dasar yang umum tetapi mengambil kira perkembangan ekonomi semasa, termasuk Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas, Pelan Peralihan Tenaga Negara dan Pelan Induk Perindustrian yang diluncurkan pada tahun ini. Dan dasar ini dianggap lebih jelas, ada clarity yang menjadi panduan kepada sektor kerajaan, jentera kerajaan dan sektor swasta. Dan akhirnya, Ekonomi MADANI dengan tegas punyai kerangka pelaksanaannya di bawah Jabatan Perdana Menteri serta agensi-agensi Pusat utama. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Larut.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun. Ini adalah jawapan yang baik. Sepatutnya jawab masa CNN tanya hari itu. Sebab itu saya tanya semula. Cuma saya nak soalkan tentang bila kita bercakap, saya tengok daripada apa yang telah dibentangkan, Ekonomi MADANI ini untuk memperkasakan rakyat. Soalannya, apakah keterjaminan atau kemampanan ekonomi yang dirancang itu benar-benar mendapat mencapai sasarannya apabila selepas setahun, banyak masalah kos sara hidup dalam negara kita.
Jadi, saya ingin mempersoalkan tentang bagaimanakah perancangan secara detailnya harus dibentangkan supaya semua rakyat apabila hendak memperkatakan tentang memperkasa rakyat ini tahu bahawa kita boleh bersama untuk membantu untuk menangani masalah kos sara hidup dalam negara. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Merujuk kepada temu bual dengan Christiane Amanpour (CNN), saya syorkan Yang Berhormat Tanjong lihat keseluruhan temu bual itu dan tidak cut and paste yang dibuat.
[Tepuk] Ya, dan kita telah pun tunjukkan yang dikeluarkan oleh CNN International dan CNN Amerika yang memberikan liputan sepenuhnya jawapan tetapi ada unsur-unsur yang khianat, yang sengaja memotong dan menunjukkan bahawa tidak ada jawapan yang lengkap.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
[Bangun]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Bangun]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Kemudian, ada juga dialog dengan Council on Foreign Relations yang juga memberikan penjelasan yang sama. Tetapi saya harap kalau terutama Yang Berhormat janganlah baca dari cut and paste, baca yang sepenuhnya. Yang kedua, tentang saya bersetuju saranan Yang Berhormat Larut bahawa perlu ada keterangan lebih detail. Sebab itu saya syorkan supaya dibaca Ekonomi MADANI bersama Kajian
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Separuh Penggal dan juga Transisi Tenaga Pelan Perindustrian yang mencerakin cara detail pelaksanaan program selain daripada Insya-Allah yang saya akan usahakan pada 13 hari bulan, tatkala membentangkan Belanjawan MADANI kedua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tambun.
Seperti mana yang kita maklumi bahawa Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama ini adalah diilhamkan oleh Barat dan juga Bank Dunia. Soalan saya, apakah beza saranan Bank Dunia ini terhadap Ekonomi MADANI dan juga Dasar Wawasan Kemakmuran ini?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Saya telah jelaskan sebentar tadi bahawa sementara kita ada juga memanfaatkan pandangan-pandangan Bank Dunia tetapi kita juga faham bahawa ada kekangannya kerana kefahaman mereka tentang soal agama, nilai dan permasalahan tempatan itu tidak sepantas pemikir dan juga ahli-ahli ekonomi tempatan.
Keduanya, sepatutnya mana-mana negara, walaupun kita mengambil kira beberapa pandangan pakar-pakar internasional, termasuk Bank Dunia, jangan hanya menjiplak dan kemudian menjadikan ini sebagai agenda negara sepertimana yang berlaku dalam Wawasan Kemakmuran Bersama, yang juga dipakai oleh kerajaan Yang Berhormat dahulu. Itulah sebabnya mengapa kita buat anjakan. Anjakan ini saya katakan kerana berteraskan nilai.
Dalam Wawasan Kemakmuran Bersama, tidak ditekankan soal nilai. Tidak ditekan kuat tentang tata kelola, tidak ditekan kuat tentang permasalahan tempatan, umpamanya apa yang berlaku di Malaysia kerana itu hanya kerangka universal, global.
Ada baiknya tetapi kelemahannya kerana tidak memberikan penekanan tentang permasalahan semasa. Jadi, ini termasuk dalam isu yang disebut oleh Yang Berhormat Pulai dan juga sebelum itu oleh Yang Berhormat Larut tentang kos sara hidup. Dia tidak membangkitkan isu umpamanya, apakah yang kita warisi, berapa banyak hutang yang kita warisi, berapa defisit yang kita warisi. Jadi, rancangan sekarang mesti mengambil kira masalah-masalah tersebut dan dia tidak menjadi suatu permulaan daripada satu lompongan atau vacuum.
Maka, sebab itu saya masih mahu menekankan bahawa bagi Malaysia sekarang dan Insya-Allah masa depan, di kalangan generasi pelanjut, anak-anak muda, bila merangka apa- apa dasar, jangan hanya berpuas hati dengan istilah-istilah yang memukau dari acuan Barat tetapi ada kekuatan untuk memberikan takrifan dan nilai tempatan yang berakar kepada fahaman agama dan akhlak di negara kita.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Dato’ Sri Doris Sophia anak
Brodie - Sri Aman
.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh tambah satu soalan, Tan Sri? Boleh satu soalan?
Tuan Yang di-Pertua
No. Saya dah jemput soalan seterusnya.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor tiga.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
3. Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie [Sri Aman] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan strategi dan usaha terkini pihak kementerian dalam mengawal kenaikan mendadak harga barang khususnya barang keperluan utama rakyat sejak akhir-akhir ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. *Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam Malaysia Madani.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Aman di atas soalan tadi. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan ambil berat ya berkenaan dengan kenaikan harga barang dan kerajaan sentiasa cakna berkenaan dengan isu ini terutamanya kesan kepada golongan berpendapatan rendah.
Tuan Yang di-Pertua, ini merupakan satu fenomena global kerana pada hari ini di mana-mana sahaja kenaikan harga barang ini melanda pengguna di seluruh dunia termasuk negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada, Britain dan Singapura, Indonesia dan Australia. Maksudnya Malaysia tidak terkecuali. Kita juga tahu bahawa ada beberapa punca masalah ini adalah faktor di luar kawalan kita iaitu seperti perang Ukraine dan Russia, seperti tukaran mata wang, seperti negara-negara yang ban ataupun menghalang menyekat eksport barangan makanan mereka dan sebagainya.
Jadi, apabila ada negara pengeksport yang mengenakan larangan mengeksport kerana masalah dalaman seperti climate change contohnya, perubahan cuaca dan juga kadang-kadang ada sebab politik, maka langkah sekatan eksport itu mempengaruhi harga komoditi dari negara eksport yang lain. Jadi, kesan geopolitik antarabangsa dan nilai tukaran mata wang asing yang dipengaruhi oleh mata wang Amerika memberi kesan terhadap pengeluaran dan harga barangan yang diimport. Jadi, ini satu faktor yang kita di luar kawalan kita.
Tuan Yang di-Pertua, namun begitu dari sudut dasar, kerajaan sentiasa mengambil inisiatif untuk memastikan bahawa kita lakukan yang terbaik untuk mengurangkan impak kepada rakyat-rakyat terutamanya di peringkat B40 dan M40. Jadi, kita ada beberapa strategi.
Pertamanya, seperti yang kita biasa sampaikan dalam Dewan ini berkenaan dengan kawalan harga barang. Di mana kita kawal harga barang dan kita meletakkan harga siling serta memberikan subsidi kepada beberapa harga barang-barang yang kita kawal seperti minyak masak, ayam dan telur dan sebagainya RON95, diesel, LPG dan sebagainya.
Kemudian kita juga meletakkan harga kawalan tanpa subsidi kepada gula dan minyak masak botol. Di masa yang sama, kita juga meletakkan harga maksimum pada musim perayaan.
Tuan Yang di-Pertua, Program Penyeragaman Harga juga antara strategi yang kita gunakan untuk menyeragamkan harga di mana kerajaan menanggung kos penghantaran daripada port ataupun pelabuhan kepada pelabuhan dan kawasan pedalaman.
Tuan Yang di-Pertua— izinkan saya teruskan Tuan Yang di-Pertua? Saya hendak teruskan kepada Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang memberikan punca kuasa kepada kementerian untuk menyoal ataupun untuk meneliti, menyiasat berkenaan
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh
dengan kos. Daripada kos bahan mentah kepada kos pengeluaran kepada kos pengangkutan kepada harga di pemborong dan harga di runcit untuk memastikan bahawa tidak berlaku pencatutan. Ini antara perkara-perkara yang kita lakukan untuk mengawal harga barang.
Di masa yang sama kita kawal supaya tidak ada sorok, tidak ada jualan bersyarat kepada barang-barang kawalan. Kita juga memastikan bahawa kita hadkan jualan supaya barang kawalan itu dapat kita pastikan keterjaminannya.
Di masa yang sama, kita juga buat Jualan Rahmah untuk membantu seperti juga Jualan Rahmah Beras. Jadi, itu antara perkara-perkara yang dilakukan oleh kementerian kerajaan untuk memastikan kita kawal harga barang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang saya rasa agak memuaskan.
Namun, saya ada satu lagi soalan tambahan.
Adakah pihak enforcement ataupun pihak kementerian mempunyai jadual ataupun program pemantauan yang tetap walaupun tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut membuat pemantauan dan sebagainya tetapi saya ingin tahu adakah program ataupun jadual pemantauan yang tetap, kerap dan komprehensif terhadap peniaga-peniaga bagi mengelakkan harga barang dijual tidak mengikut harga yang berpatutan dan sekali gus membanteras aktiviti pencatutan dan monopoli oleh sesetengah pembekal ataupun pengeluar? Terima kasih.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih di atas soalan tambahan ya Yang Berhormat Sri Aman. Kita ada 2,200 penguat kuasa Tuan Yang di-Pertua dan mereka turun setiap hari untuk memantau berkenaan dengan bekalan dan di masa yang sama kita juga ada dalam 900 pegawai pemantau harga yang turun memeriksa harga di premis-premis seluruh negara setiap hari.
Di masa yang sama, pegawai enforcement team kita ada jadual yang tetap dan di masa yang sama mereka juga buat mengejut, mereka terjah dan ada juga mereka berpakaian preman mereka pakai pakaian orang biasa dan untuk menyiasat keadaan di kedai-kedai.
Jadi, bukan sahaja jadual berkala yang sentiasa jadual yang ada tetap, mereka juga ada terjah dan mereka juga ada pakaian memakai pakaian preman ya sebagai pembeli yang biasa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin penjelasan sejauh mana cadangan untuk mewujudkan satu platform yang diberi pantas dan cepat seperti apps atau Goggle Form sebagai untuk memudahkan aduan secara terus kepada pihak kementerian untuk memudahkan untuk diambil tindakan oleh pihak penguat kuasa.
Saya ingin tahu berapakah kos yang ditanggung oleh kerajaan untuk melaksanakan Jualan Rahmah sehingga memberi diskaun antara 10 hingga 30 peratus dan adakah perkara ini berjalan setiap bulan dan meliputi semua kawasan. Minta penjelasan.
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan cadangan mewujudkan platform yang lebih senang lebih mudah untuk diguna pakai. Saya ingin
Puan Hajah Fuziah binti Salleh
maklumkan bahawa kita ada banyak saluran ada dalam sembilan saluran. Antaranya ialah kita ada aplikasi Ez ADU. Kita boleh telefon direct, kita boleh datang sendiri ke pejabat untuk membuat aduan.
Namun, Yang Berhormat Rantau Panjang ini mungkin Yang Berhormat Rantau Panjang boleh bantu saya untuk diuar-uarkan. Kita pada bulan Januari tahun ini sudah pun melancarkan Aduan Suri Yang Berhormat Rantau Panjang dalam berbentuk QR code. Jadi, QR code ini boleh scan sahaja dan terus buat aduan sekiranya kita rasa sebab pada pandangan kita, wanita merupakan pengguna yang antara paling terkesan apabila mereka pergi berbelanja. Ini namanya Aduan Suri Yang Berhormat Rantau Panjang. Nanti saya boleh kongsi QR code itu dengan Yang Berhormat Rantau Panjang ya.
Berkenaan dengan Jualan Rahmah Tuan Yang di-Pertua, kita mendapat RM150 juta.
RM100 juta diluluskan di Parlimen untuk Bajet 2023 dan RM50 juta diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai tambahan. Setakat ini kita sudah pun menyantuni empat juta rakyat Malaysia dalam Program Jualan Rahmah dan nilai jualannya ialah RM890 juta— nilai jualan ya. Subsidinya tadi RM150 juta.
Jadi, itu jawapan Tuan Yang di-Pertua daripada Yang Berhormat Rantau Panjang.
Terima kasih.
4. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) garis masa dan langkah kerajaan dalam melaksanakan pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya; dan
(b) berapa anggaran implikasi kewangan yang diperlukan bagi melaksanakan polisi ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Izinkan saya menjawab tiga soalan berikut secara bersekali pada hari ini memandangkan soalan ditanyakan berkaitan dengan isu yang sama iaitu soalan daripada nombor 4 hari ini daripada Yang Berhormat Kota Bharu, soalan nombor 31 daripada Yang Berhormat Damansara untuk soalan bertarikh 18 Oktober soalan nombor 33 oleh Yang Berhormat Ayer Hitam bertarikh 30 Oktober.
Pertama sekali saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan Madani pada hari ini di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke-10 kekal komited dalam usaha reformasi institusi. Antara lain yang melibatkan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada 16 Ogos 2023 Jemaah Menteri telah pun bersetuju supaya satu kajian empirikal yang terperinci dan holistik dibuat berkenaan dengan pengasingan pendakwa raya dan peguam negara. Kajian ini akan memastikan pengasingan ini akan dapat dilaksanakan tanpa sebarang pengaruh politik serta urusan undang-undang di bawah peguam negara dan pendakwa raya dilaksanakan secara tulus selaras dengan agenda Malaysia Madani.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Sebagai langkah ke hadapan, pada 12 September 2023 saya telah mempengerusikan mesyuarat berkenaan usaha reformasi pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang bertujuan antara lain untuk mendapatkan input dan membincangkan terma rujukan serta cabaran-cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan usaha reformasi tersebut. Mesyuarat ini dihadiri oleh beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk dari blok pembangkang.
Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan telah bersetuju agar dua pasukan ditubuhkan bagi terus menggerakkan agenda ini secara berfasa. Mengambil kira kompleksiti dan cabaran terlibat. Fasa pertama, Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif sedang menjalankan kajian berdasarkan keterangan dengan izin, evidence-based research ke atas beberapa buah negara bagi meneliti dan merangka model yang paling sesuai dalam konteks Malaysia dengan mengambil kira Shawcross Principle dengan izin dan the doctrine of independent aloofness dengan izin.
Negara yang sedang dikaji mengamalkan sistem perundangan berasaskan demokrasi berparlimen yang mengamalkan sistem adversarial dan mempunyai pelbagai struktur pentadbiran iaitu Persekutuan, negeri, kesatuan dan sebagainya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada 10 Oktober 2023 iaitu esok, saya akan mempengerusi mesyuarat yang seterusnya untuk mendengar pembentangan hasil kajian awal berdasarkan pendekatan doctorial mengenai pelaksanaan pengasingan peranan Pendakwa Raya dan Peguam Negara di sembilan buah negara iaitu England dan Wales, India, New Zealand, Australia, Kanada, Afrika Selatan, Ireland, Kenya dan Amerika Syarikat.
Tuan Yang – Tan Sri Speaker, saya ingin juga menekankan di sini bahawa dalam fasa kedua, Pasukan Petugas Khas Teknikal bagi kajian ini akan meneliti secara komprehensif mengenai implikasi perundangan, perjawatan dan kewangan yang menyediakan laporan interim untuk dipertimbangkan Jemaah Menteri.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, implikasi kewangan yang terlibat bagi melaksanakan inisiatif ini adalah tertakluk kepada model yang akan dikenal pasti berdasarkan dengan izin evidence-based research yang telah saya nyatakan sebentar tadi. Ini meliputi kos bagi perjawatan sedia ada, perjawatan baharu, fasiliti bangunan selenggara, utiliti, aset kenderaan, teknologi maklumat. Oleh yang demikian, adalah dengan izin premature untuk saya untuk menentukan implikasi kewangan yang spesifik pada peringkat ini Yang Berhormat dan akhir sekali fasa ketiga, sedikit masa Tan Sri Speaker ya.
Sesi libat urus bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak serta pihak pemegang taruh termasuk agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Selain daripada Majlis Peguam, Persatuan Peguam Sabah, advocates and solicitors association di Sarawak, ahli-ahli akademik, pakar rujuk Perlembagaan Persekutuan akan juga diadakan oleh Pasukan Petugas Khas Teknikal dalam masa terdekat, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Yang Berhormat Menteri terutamanya kerana telah meneruskan dasar kerajaan dahulu iaitu pada tahun 2020 dan tahun 2021, kerajaan dulu telah pun mengambil dasar yang sama, pengasingan peranan AG dan juga DPP ini.
Tan Sri Yang dipertua, saya yakin Yang Berhormat Menteri aware ataupun memahami bahawa Perkara 145 berhubung dengan pelantikan Peguam Negara ini ada pindaannya tahun 1957 ia berbunyi, *“Yang di-Pertuan Agong hendaklah selepas berunding dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan melantik daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan seorang Peguam Negara.
Yang hendaklah seorang yang berkelayakan menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan”.* Pindaan yang berkuat kuasa 16 September 63 berbunyi, “Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri melantik seorang yang layak menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan”. Soalan saya, apabila pindaan yang hendak dibuat kerajaan sekarang ini hendak guna peruntukan yang mana? Adakah atas nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Perundangan ataupun kekal dengan pelantikan AG atas nasihat Perdana Menteri.
Kedua, adakah selepas pindaan ini dibuat, jawatan Peguam Negara ataupun Peguam Negara itu sendiri akan menjadi salah seorang ahli Kabinet Ex-Officio. Sebagaimana sekarang ini di peringkat negeri, Penasihat Undang-undang Negeri menjadi Ex-Officio EXCO di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan, mohon jawapan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih abangku Yang Berhormat Kota Bharu.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Azalina Othman Said
Bukan Bosku ya, abangku. Tan Sri Speaker, sebenarnya nak melakukan pengasingan ini, saya sebut tadi tiga fasa yang kami lihat, perbezaan antara Kerajaan Perpaduan Madani ini ialah kami cakap kami buat*.
[Tepuk]* Jadi, itu sebabnya antara komitmen yang pertama ialah model negara yang kami hendak rujuk ini untuk menjawab soalan kedua daripada Yang Berhormat Kota Bharu itu ialah apa model yang kita nak tengok.
Saya bagi sebagai contoh Yang Berhormat Tan Sri Speaker, England dengan Wales mengambil masa lebih kurang lapan tahun untuk mewujudkan Director of Public Prosecution dan Crown Prosecution Service yang mengambil alih pendakwaan daripada polis. Kemudian, kalau kita tengok di Kenya pula, Director of Public Prosecution pada 2011, selepas Perlembagaan baru bagi Kenya berkuat kuasa pada 2010, Perlembagaan baru ini tersebut di digubal selepas pilihan raya Kenya pada tahun 2007.
Kalau kita tengok pula daripada negara-negara yang kita berhadapan, di Kanada Peguam Negara boleh mengeluarkan arahan berkenaan dengan permulaan pendakwaan ataupun tindakan yang khusus tetapi apa-apa arahan hendaklah secara bertulis di wartakan dan dalam Canada Gazette sebagai contoh.
Kemudian di Australia pula, Peguam Negara masih mempunyai kuasa untuk memulakan atau menamatkan pendakwaan awam dan mengambil alih pendakwaan yang dijalankan oleh pihak persendirian. Di Ireland pula, Peguam Negara masih mempunyai fungsi
Dato’ Sri Azalina Othman Said
di bawah beberapa undang-undang tertentu yang mana boleh dilaksanakan pendakwaan tanpa macam-macam kebenaran.
Di India pula Peguam Negara boleh dengan demi kepentingan keadilan membuat permohonan kepada Supreme Court untuk memindahkan pendengaran dan rayuan kes jenayah. Maksudnya yang saya sebut di sini, Kerajaan Perpaduan Madani tidak akan, kata orang ‘cakap hari ini, buat semalam’. Kami akan melakukan tiga fasa yang disebutkan tadi dalam jawapan saya bahawa soalannya ialah Perkara 145 yang disebut Yang Berhormat Kota Bharu tu, adakah akan dipinda? Adakah akan diberikan sebahagian daripada kuasa kepada Peguam Negara? Kita di Sabah, Sarawak sekarang, Peguam Negara kita ialah Peguam Negara negeri yang khas, mempunyai servis dia sendiri.
Kemudian pula, yang saya jawab dalam fasa ketiga ialah beberapa agensi penguat kuasa kemungkinan pada hari ini mahukan kuasa pendakwaan terhadap kuasa mereka mendakwa tersendiri. Pada hari ini, setakat ini, kuasa pendakwaan hanya tertakluk kepada Peguam Negara di bawah Perkara 145. Itu sebab, soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Kota Bharu ingin saya menyatakan ialah kita memang dalam perjalanan, perjalanan ini akan memakan masa.
Tetapi komitmen kita ialah apabila kita berbincang Ahli-ahli Yang Berhormat di dua- dua belah pihak akan dibawa bersama setiap tahap perbincangan untuk menunjukkan komitmen dari kerajaan ini supaya pindaan ini, perubahan ini akan dibuat secara tulus dan diberikan penekanan kepada tata kelola supaya rakyat diutamakan. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Damansara.
Tuan Gobind Singh Deo - Damansara
Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker, kami semua dengar berkenaan dengan perlunya untuk kita asingkan kuasa di antara Peguam Negara dan juga Pendakwa Raya. Jadi, soal yang berbangkit di luar sana adalah apakah pentingnya dan perlunya untuk pengasingan kuasa ini? Apakah tujuannya yang secara spesifik? Apakah objektif yang kita ingin capai melalui pindaan ini?
Jadi, soalan saya kepada Menteri adalah soalan itu, apakah objektif pengasingan kuasa di antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dan soalan seterusnya, setelah kita membuat pindaan-pindaan ini, misal kata kalau kita lihat objektif itu adalah untuk mengelakkan daripada ada campur tangan dari sudut eksekutif dan sebagainya. Apakah mekanisme yang akan kita bawa dalam pindaan ini untuk pastikan bahawa selepas kita ada pengasingan kuasa ini Tuan Speaker, masalah yang kita ingin hapuskan itu dan elakkan itu, tidak akan berulang lagi, itulah soalan saya kepada Menteri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih Yang Berhormat Damansara.
Sebenarnya Tan Sri Speaker, itulah yang mana kajian ini perlu kita lakukan kerana sebenarnya, soalan yang perlu kita tanya ialah adakah kuasa Peguam Negara yang ada dengan kita sekarang di bawah Perlembagaan ini mencukupi kah ataupun adakah budi bicara Peguam Negara perlu mempunyai kuasa terhad? Bererti soalannya, Damansara, adakah
Dato’ Sri Azalina Othman Said
kuasa Peguam Negara dalam negara kita dalam kajian ini, should it be full discretion dengan izin ataupun should it be guided discretion, pertama.
Dato’ Sri Azalina Othman Said
Keduanya dalam kajian ini juga kita pun akan mempersoalkan, adakah isunya pelantikan ataupun adakah isunya termination, dengan izin? Kalau pelantikan itu dilihat sebagai satu proses yang dapat menjamin ketelusan, kemungkinan dalam kajian bila dibawa kepada Jemaah Menteri setelah berbincang dengan Ahli-ahli Parlimen ialah adakah kita melihat bahawa dalam aspek termination, pemberhentian itu dilakukan secara lebih terbuka seperti yang dilakukan kepada hakim-hakim kita, melalui satu proses standard kepada High Court Judge sebagai contoh.
Semua soalan-soalan ni, kita akan lakukan dalam kajian kita yang saya sebut tadi, sebab soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Damansara tu dan juga Kota Bharu tu memang betul. It depends on apa sebenarnya objektif yang kita hendak tengok daripada proses ini. Tetapi saya perlu menekankan di sini ialah kita tidak boleh lari bahawa akan dikenakan kos kepada negara kita, sebab dalam mana-mana negara, pengkhususan itu mewujudkan satu pendakwaan yang berkhusus. Tetapi pada sebuah negara lain di Amerika Syarikat, pendakwa raya di peringkat federal dan juga negeri-negeri, semuanya adalah orang politik yang di-voted-in, diundi oleh rakyat mereka kepada pendakwa raya tersebut.
Maknanya the Attorney General is voted by the people di Amerika Syarikat.
Isu sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Tetapi adakah itu kerana menilai kepada elemen demokrasi, ketelusan ataupun adakah itu menilai kepada tuntutan yang dibuat oleh rakyat, yang memilih jenis Peguam Negara yang mana? Jadi, pada setakat ini, pada hari ini, 9 Oktober. Saya memang tidak dapat menjawab semua soalan yang ditanya, sebab kita memerlukan kajian yang lebih berhati-hati supaya pindaan kalau dibuat pada perlembagaan, pindaan ini tidak akan menjadi satu sesalan kepada negara kelak. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tan Sri, Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Seterusnya saya jemput Puan Teresa Kok, Seputeh.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tan Sri, minta kuasa budi bicara.
Boleh?
Tuan Yang di-Pertua
No, saya sudah jemput.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sikit, sikit sahaja soalan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Tan Sri, soalan saya nombor 5.
5. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan berapa aduan tentang penipuan pengubahsuaian (renovation scam) telah diterima oleh pihak SKMM dan berapa laman web yang terlibat dalam scam pengubahsuaian tersebut telah diambil tindakan oleh SKMM. Apakah langkah yang akan diambil oleh SKMM untuk menangani kes-kes penipuan pengubahsuaian.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Menteri Komunikasi dan Digital - Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Seputeh.
Tan Sri Yang di-Pertua, isu berkaitan penipuan melibatkan kerugian wang ringgit, sama ada secara dalam talian atau luar talian, secara khusus adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia. Di bawah peruntukan perundangan sedia ada seperti Kanun Keseksaan [Akta 574], termasuk bagi sebarang tindakan susulan seperti sekatan laman sesawang jika berkaitan atau penurunan kandungan.
Penglibatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia merangkumi bantuan teknikal berhubung siasatan, pembekalan maklumat, analisis forensik digital serta pelaksanaan tindakan sekatan berdasarkan permohonan daripada pihak berkuasa, untuk menangani kes-kes penipuan dalam talian. Sehingga kini, SKMM hanya menerima satu aduan berkaitan penipuan pengubahsuaian ataupun renovation scam, susulan daripada siasatan yang dijalankan oleh PDRM. Semakan yang dibuat mendapati bahawa kandungan terlibat tidak lagi wujud atau telah diturunkan oleh pentadbir laman sesawang berkenaan.
Dalam menangani semua kes penipuan, termasuk penipuan pengubahsuaian, SKMM sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan dan pihak berkepentingan yang terlibat secara berterusan dengan menjalankan advokasi kepada pengguna, melalui pelbagai platform termasuk portal SEBENARNYA.MY, Klik Dengan Bijak, hebahan SMS, media sosial, siaran TV dan radio bagi memupuk kesedaran dan kewaspadaan orang ramai, termasuk golongan warga emas, muda dan kanak-kanak berkenaan risiko dan modus operandi penipuan dalam talian. Kerjasama dengan badan bukan kerajaan dan kumpulan pemimpin masyarakat juga bakal dijalin untuk menambahkan lagi keberkesanan kempen ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hairan hanya satu laporan dibuat. Mungkin laporan itu dibuat oleh saya dan dilampirkan oleh berpuluh-puluh naskhah laporan polis. Jadi, ini adalah begitu serius. Sebenarnya ramai mangsa– mereka memang tidak tahu selain daripada membuat laporan polis, mereka memang tidak tahu macam mana membuat laporan kepada SKMM.
Di sini Yang Berhormat Menteri, saya ada satu lagi complaint dengan beberapa laporan polis yang pemilik akaun Instagram, mflm_reno yang ini, semua laporan polis disertakan. Yang soalan saya ialah adakah kementerian kerana yang, yang, amount yang terlibat adalah berpuluh-puluh ribu dan selalu kita rasa sakit hati mereka yang nak– pembeli rumah yang pertama kali, mereka ini ditipu kerana percaya pada portal yang menunjukkan yang semua renovation yang cantik ini.
Jadi, adakah yang SKMM akan bekerjasama, mungkin dengan KPKT dan juga dengan CIDB untuk adakan program, adakan some– untuk memberi kesedaran kepada orang ramai, jangan percaya pada gambar-gambar cantik yang ditunjukkan dan satu lagi cara tipu kepada pembeli rumah. Jadi, supaya lebih orang akan sedar tentang yang scam yang terbaru ini, renovation scam.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ambil maklum tentang mungkin kalau sebelum ini ada pihak-pihak yang mungkin membuat aduan dan sekiranya proses itu mungkin kalau dikirakan sukar, kita akan teliti dan saya akan bagi maklum balas pada SKMM untuk mempermudah.
Tetapi berdasarkan maklumat yang diberikan kepada saya, ia adalah berasaskan kepada laporan polis. Jadi sekiranya ada pihak-pihak berkenaan membuat laporan polis, ia akan sampai kepada SKMM untuk tindakan seterusnya.
Saya percaya, pihak SKMM sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang lain termasuk CIDB, KPKT ya untuk mengenal pasti, mana-mana laman sesawang yang cuba menipu pembeli kali pertama ya, pembeli fist time buyer. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Kalau dalam portal SEBENARNYA.MY dia memaparkan berita palsu dan berita benar, apakah kementerian bercadang untuk buat benda yang sama untuk laman web-laman web yang menawarkan perniagaan ataupun renovation rumah yang disebut oleh Seputeh tadi itu yang ini yang betul, yang ini tidak betul.
Dan adakah kementerian juga bercadang untuk letak satu macam cop, kalau makanan ada cop halal. Ini cop benar, ini makna yang ada certified oleh kementerian, itulah yang diperakui benar dan kita memudahkan rakyat untuk tengok mana yang betul, mana yang tidak betul. Adakah kementerian bercadang untuk buat perkara tersebut? Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat. Pada waktu ini, pihak kerajaan dan khususnya kementerian belum lagi ada pertimbangan tentang mengenakan cop halalan thoyyiban untuk maklumat seperti Yang Berhormat maksudkan itu.
Tapi ia adalah satu perkara yang boleh dipertimbang, tapi sama ada secara teknikal ia boleh dilakukan ataupun tidak. Salah satu daripada masalah yang sering pihak SEBENARNYA.MY hadapi ialah pihak-pihak yang kononnya menawarkan bantuan RM200, RM1,000 kononnya daripada agensi kerajaan dengan laman sesawang mirip laman sesawang kerajaan.
Tapi salah satu daripada isu yang kita hadapi ialah bila ditutup satu, sebab ia hanya melibatkan coding dan penukaran kepada mungkin hosting dan sebagainya. Mereka boleh copy paste ya laman-laman web ini. Maka, satu lagi cara yang lebih baik ialah kita meningkatkan literasi digital bagi rakyat supaya bila kita lihat kononnya ada laman mesej daripada Kementerian Kewangan tapi URL yang diberikan dalam mesej itu adalah kepada laman web entah, tak nampak official langsung, tak nampak rasmi. Maka kita patut ragu-ragu syak wasangka dan tidak, tidak klik pautan itu. Tapi saya ambil maklum, kita akan pertimbangkan. Terima kasih Yang Berhormat atas cadangan itu.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tan Sri Speaker, satu lagi soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri.
Sebelum saya kemukakan soalan ini. Saya ingin membuat pembetulan draf yang saya hantar ke Parlimen adalah soalan berkenaan dengan apakah halangan kerajaan untuk menyahklasifikasikan perjanjian, bukan klasifikasi.
Tuan Yang di-Pertua
Menyah...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Kalau menyahklasifikasi, itu different word, classify and declassify. Saya minta soalan declassify that document. Jadi, kalau jawapan Menteri itu mesti declassify the document because it will be redundant. It is classified now. So, I want dia to be declassified.
Tuan Yang di-Pertua
The word is menyah ya?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya, I sent draf saya adalah menyahklasifikasikan. Jadi, saya minta soalan ini dijawab adalah soalan ke atas menyahklasifikasikan soalan. Soalan nombor 6, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, silakan Menteri.
6. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah halangan kerajaan untuk mengklasifikasikan perjanjian sempadan maritim Malaysia- Indonesia yang ditandatangan baru-baru ini.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Yang Berhormat Beluran nasib baik cepat buat pembetulan eh. Okey.
[Ketawa]
Timbalan Menteri Luar Negeri - Datuk Mohamad bin Alamin
Okey.
[Ketawa]
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Don’t get it wrong. It was not me.
Datuk Mohamad bin Alamin
Okey. Okey. Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Ya. Duduk.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Parlimen. Draf saya adalah menyahklasifikasikan.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, saya akan siasat itu. Silakan menjawab Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Beluran di atas pertanyaan yang dikemukakan. Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, isu persempadanan maritim adalah isu yang sensitif kepada mana- mana negara kerana ia berkaitan dengan kedaulatan. Dalam masa yang sama, kita juga perlu menghormati hubungan diplomatik yang baik bagi menjamin keamanan, kestabilan dan kemakmuran ekonomi dengan mana-mana negara jiran dan di peringkat antarabangsa secara amnya.
Saya maklum pelbagai pihak telah memohon agar kerajaan mendedahkan atau menyahklasifikasikan isu isi kandungan triti-triti tersebut. Saya ingin menjelaskan di sini bahawa disebabkan oleh proses stratifikasi yang berbeza oleh kedua-dua negara, dokumen-
Datuk Mohamad bin Alamin
dokumen tersebut masih belum boleh dikongsi kepada umum. Kerajaan sentiasa berpegang kepada dasar luar Malaysia yang sentiasa tekal atau dengan izin consistent, bertunjangkan prinsip-prinsip utama seperti menghormati kedaulatan wilayah asing dan undang-undang antarabangsa, tidak mencampuri urusan dalaman negara lain, menyelesaikan konflik secara aman serta menjalinkan hubungan dengan negara lain demi manfaat bersama.
Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini Malaysia menghormati proses perundangan sesebuah negara. Ia adalah prinsip yang penting dalam memelihara hubungan diplomatik.
Berdasarkan amalan antarabangsa, hanya setelah kedua-dua negara menyempurnakan proses stratifikasi berdasarkan undang-undang domestik masing-masing, barulah dokumen- dokumen tersebut dikongsikan kepada umum. Sekian dan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya. Keputusan ataupun tindakan untuk tidak menyahklasifikasikan mengundang banyak spekulasi terutama berkenaan dengan Ambalat.
Tuan Yang di-Pertua, apatah lagi apabila perjanjian ini sudah pun dirancang selama 18 tahun Yang Berhormat Pagoh. 18 tahun tetapi Malaysia tidak merestui tentang perjanjian menandatangani kerana ada isu-isu tetapi apabila kerajaan baharu Madani ini masuk, ia ditandatangani sebegitu cepat ya. Jadi, mempunyai mengundang spekulasi dan I don’t blame you tetapi sebab itu saya katakan kalau di sana perlu ratifikasi, adakah kerajaan juga bercadang membuat ratifikasi di Dewan kita? Ataupun kalau dahulu vaksin mempunyai perjanjian yang tidak boleh dihebahkan harga dan sebagainya, tetapi PAC membuat inisiatif.
Mungkin PAC ataupun jawatankuasa luar, jawatankuasa Select Committee forum dan PAC ini belum membuat prosiding terhadap ini untuk meredakan spekulasi. You don’t blame them, Tuan Yang di-Pertua. Dia orang membuat spekulasi, don’t blame them especially on Ambalat. Jadi this is very sensitive. Apatah lagi apabila pihak di sebelah sana Indonesia meraih kemenangan terhadap perjanjian ini. Itu paling penting. So you don't blame people for speculating fasal sebelah sana meraih kemenangan. So di sini kita tidak tahu.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Terima kasih Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Saya tidak faham apa yang dimaksudkan pihak di sebelah sana meraih kemenangan daripada triti ini.
Saya ingin beritahu bahawa triti ini adalah triti di antara kedua-dua buah negara, Malaysia dengan Indonesia. Betul, kita pernah mendedahkan beberapa dokumen di Parlimen ini melalui Jawatankuasa Khas tetapi dalam jawapan saya sebelum ini di Parlimen Tuan Yang di-Pertua, kita bersedia tampil sekiranya diminta oleh Jawatankuasa Khas untuk memberikan penjelasan yang lebih detail. Kita sedia tampil dalam Jawatankuasa Khas tersebut tetapi untuk mendedahkan dalam Dewan terbuka ini, saya fikir kita belum bersedia. Oleh kerana kita menghormati sensitiviti negara-negara yang terlibat dalam triti ini.
Di Indonesia sepertimana kita maklum mereka perlu bawa triti ini ke Parlimen mereka untuk proses ratifikasi tetapi di Malaysia, amalan kita adalah hanya memadai kita bentangkan dalam Jawatankuasa Kabinet untuk meratifikasi, lebih kepada proses eksekutif dan Indonesia
Datuk Mohamad bin Alamin
lebih kepada proses legislatif. Ia ada beza yang cukup besar. Jadi kita perlu menghormati perundangan di negara luar. Negara yang terlibat demi menjaga hubungan diplomatik yang baik. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Kinabatangan.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, saya percaya bahawa perjanjian antara dua negara ini akan menyeimbangkan keadaan di antara sempadan. Jadi saya pun juga yakin bahawa negara kita tidak akan menyalahgunakan apa-apa peruntukan untuk tidak berunding dengan stakeholders seperti Kerajaan Negeri Sabah sebab ini sempadan ini melibatkan Kerajaan Negeri Sabah.
Jadi apakah Yang Berhormat yakin bahawa triti ini membuat keuntungan juga kepada kedua-dua belah pihak? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Apa juga perundingan dan perbincangan mengenai persempadanan maritim antarabangsa yang melibatkan negeri Sabah contohnya. Kita memang melibatkan Kerajaan Negeri Sabah.
Dalam proses ini untuk makluman Yang Berhormat Kinabatangan, agensi kerajaan yang terlibat di Sabah itu ialah Jabatan Tanda dan Ukur Negeri Sabah, Jabatan Peguam Negeri Sabah. Kita libatkan Sabah untuk kita mendalami berbicara putuskan soal persempadanan maritim antarabangsa yang melibatkan negeri Sabah dan pastinya insya-Allah Kerajaan Pusat akan memastikan bahawa stakeholders iaitu Kerajaan Negeri Sabah terutamanya dalam isu Ambalat ini akan sentiasa diambil kira dan juga diberi kepentingan sewajarnya.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Ledang.
7. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah kerajaan mempertimbangkan cadangan-cadangan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai satu inisiatif di bawah Kementerian.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan untuk memberikan peluang untuk saya memberikan jawapan kepada Yang Berhormat Ledang. Izinkan saya juga Dato Yang di- Pertua untuk menjawab soalan ini bersekali dengan Yang Berhormat Kuala Kurau yang bertarikh 24 hari bulan dan juga Yang Berhormat Sungai Petani yang bertarikh 30 hari bulan ya, bersekali Dato’ Yang di-Pertua. Ini kerana soalan yang sama berkenaan dengan PLKN.
Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan telah pun memikirkan semula untuk meneruskan PLKN. Jemaah Menteri pada tahun 2021 telah pun meluluskan untuk dikaji semula cara baharu untuk kita meneruskan PLKN, kerana PLKN ini amat baik untuk diberikan asas ketatanegaraan kepada belia-belia kita. Satu Jawatankuasa Khas telah pun ditubuhkan oleh MINDEF untuk mengkaji bagaimana cara untuk kita revive atau kita hidupkan semula PLKN
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
ini tetapi dengan templat yang baharu. Bukan kita mengikut templat yang lama yang mana PLKN yang dahulunya dilakukan ia banyak kepada summer camp Dato’ Yang di-Pertua, ya.
Akan tetapi kita nak supaya kali ini tidak berbelanja banyak tetapi ia lebih memberikan pulangan yang baik kepada modal insan yang akan menyertai PLKN ini.
Maka jawatankuasa yang telah pun dilantik tersebut telah beberapa kali memberikan pandangan kepada pihak kementerian dan kita telah minta supaya ia diubahsuai sehingga ke satu tahap di mana pihak jawatankuasa melihat bahawa penyertaan daripada peringkat sekolah itu penting. Bukan sahaja selepas sekolah tetapi di peringkat sekolah Dato’ Yang di- Pertua, apa yang kita panggil sebagai PLKN fasa satu, PLKN fasa dua di mana sudah sekolah selepas SPM, mereka masuk fasa dua dan belia-belia yang lahir daripada proses PLKN fasa dua ini disambut kelahirannya pula oleh agensi-agensi yang lain. Kalau tidak dahulu itu ia pergi sama hooray-hooray, selepas itu tak apa-apa. Jadi ia tidak ada kesinambungan kelahiran mereka ini, tidak disambut dan mereka terpinga-pinga dengan semangat yang berkobar-kobar tetapi tidak tahu nak buat apa.
Jadi ini yang sedang kita lakukan, sedang kita kaji di mana di bawah akta PLKN ini Dato’ Yang di-Pertua, cuma yang berumur 16 tahun ke atas sahaja sehingga 35 tahun.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Maka, pelajar-pelajar Tingkatan 4 yang sekarang di Kementerian Pelajaran telah ada kokurikulum badan beruniform. Macam-macam ada. Macam-macam– bombanya, semua adalah ya. Girl guide-nya. Semua ini diperkasakan lagi. Kerajaan boleh memberikan pemerkasaan kepada badan-badan beruniform ini dan apabila mereka selesai– tetapi Tingkatan 5 tidak ada lah. Tingkatan 5 tahun, tahun peperiksaan. Mereka ini keluar, maka kita Dato’ Yang di-Pertua, akan menyambut mereka.
Tetapi kali ini Dato’ Yang di-Pertua, kita hendak lakukan hendak buat di kem-kem tentera. Ini fasa dua. Di mana kem tentera banyak kem-kem Wataniah ini yang dianya banyak, ideal daripada digunakan. Ya. Jadi, kita akan melatih. Tetapi dia tidak mengambil masa macam dulu. Kita akan mengambil masa 45 hari sahaja yang mana 90 peratus daripada fasa kedua ini– ketatanegaraan beruniform itu di sekolah dah. Di fasa dua ini kita banyak kepada tentera supaya membina jati diri mereka sebagai belia yang kuat, yang bertenaga, yang sihat. 90 peratus ketenteraan, 10 peratus kepada tatanegara.
Selepas itu, Dato’ Yang di-Pertua, maka agensi-agensi seperti bombanya, pertahanan awamnya, polisnya, apa semua itu boleh melihat mereka ini. Ini sebagai penyediaan kepada guna tenaga belia yang terlatih yang telah pun ada jati diri yang mempunyai semangat cintakan negara yang tinggi. Ini dia Dato’ Yang di-Pertua, selain daripada mereka yang masuk universiti itu dia akan meneruskan pelajaran. Tetapi mereka- mereka yang tidak berpeluang, tidak bernasib baik masuk universiti, mereka ini dah kita latih, dah menjadi sebagai tenaga kerja yang bersedia untuk memikul tanggungjawab yang baik.
Dan kita akan gunakan kem tentera. Ada 13 kem Wataniah seluruh negara, Dato’ Yang di-Pertua. Ada satu kem PULAPOL Pusat di Pusat Latihan Polis, Jalan Tembak yang boleh accommodate 4,000 orang untuk satu tahun. Dan kami boleh melatih lebih kurang 20,000 orang, Dato’ Yang di-Pertua. 45 hari, 45 hari, 45 hari dan tenaga pelatih pun dah ada,
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
tentera. Jadi, kurang kos Dato’ Yang di-Pertua. Kosnya amat kurang. Kalau dahulu kita berbelanja RM500 lebih juta satu tahun. Kali ini daripada kertas kerja oleh jawatankuasa Dato’ Yang di-Pertua, kita tidak akan berbelanja lebih daripada RM100 juta.
[Tepuk] Penjimatan yang baik, Dato’ Yang di-Pertua. Ini adalah wang rakyat. Kita mesti buat elok-elok tetapi yang penting hasil daripada kita punya program PLKN ini dapat menyediakan belia kita yang berkualiti, belia yang berdisiplin, belia yang cintakan negara dan belia yang telah tersedia untuk memikul tanggungjawab di dalam masyarakat Dato’ Yang di-Pertua.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
[Bangun]
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
[Bangun]
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Pada persoalan Kuala Krau pula, apakah kita akan mengambil template Singapore dan Korea? Tidak. Mereka ini bukan khidmat negara. Mereka ini adalah kerahan tenaga. Jadi, kita tidak mahu ikut Korea atau pun Singapura. Tetapi kita akan ada template kita sendiri Dato’ Yang di-Pertua untuk kita ubah suai.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Bila sudah siap Dato’ Yang di- Pertua, kertas kerja ini di peringkat kementerian kita akan bentangkan di Majlis Keselamatan Negara untuk mendapat persetujuan dan keputusan kelulusan daripada MKN untuk kita mulakan PLKN 3.0, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ledang. Insya-Allah, saya akan bagikan selepas ini. Ledang dahulu. Silakan Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang komprehensif dan menyeluruh tadi. Saya amat sambut baik sebenarnya apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri dan pada masa yang sama saya tahu ini adalah juga topik kegemaran Tan Sri Speaker untuk kita kembalikan dan asasnya ialah kerana kita hendak semangat cintakan negara, semangat patriotik yang mungkin banyak pihak anggap agak lemah pada waktu ini.
Kita dalam Dewan ini ada belia-belia yang bersama dengan kita yang mendengar jawapan tadi daripada Yang Berhormat Menteri. Jadi, saya sambut baik.
Cuma, soalan tambahan saya ialah berkenaan dengan pertamanya ialah penglibatan. Saya percaya Ahli-ahli Parlimen juga ada pandangan yang boleh diambil kira.
Ada libat urus yang boleh dilaksanakan. Apakah pihak kementerian Yang Berhormat Menteri boleh pertimbangkan supaya perkara ini dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan juga dan juga di Parlimen untuk diberikan pandangan? Kerana keberkesanan perkara ataupun PLKN ini selalunya akan dipersoalkan terutama berkenaan dengan model, berkenaan dengan perbelanjaan, berkenaan dengan pindaan undang-undang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. terima kasih kepada sahabat Ledang. Memang hasrat kita selepas mendapat pembentangan di MKN nanti. Selepas mendapat kelulusan, sama ada template baharu ini dipersetujui ataupun tidak dan sama ada PLKN 3.0 ini memenuhi cita rasa dan kehendak
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
negara dan yang penting ialah hasil kepada anak-anak yang kita akan latih ini. Kita akan bentangkan apa sahaja dasar-dasar, Dato’ Yang di-Pertua, kita bentangkan dan pihak kementerian tidak ada apa-apa halangan untuk kita bentangkan dalam Jawatankuasa Pilihan Parlimen untuk kita sama-sama fikirkan cara yang terbaik dan memberikan pandangan- pandangan, input daripada rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain. Terima kasih.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Ketereh.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tok Mat, saya setuju kalau Ketereh itu kita ambil jadi jurulatih. Layak sangat tu.
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Langat. Ketereh, Ketereh.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga menyokong sekiranya diadakan kembali PLKN ini.
Cuma saya hendak tanya di sini, apa jadi dengan kem-kem yang kita bina dahulu? Kem PLKN ini. Sebab saya rasa banyak duit rakyat yang kita ambil untuk bina kem-kem tentera– kem- kem PLKN ini. Jadi, saya hendak tahu apa jadi dengan kem PLKN yang sedia ada.
Soalan kedua. Yang kedua, saya rasa dalam melatih, apa ini di kem latihan PLKN ini, saya rasa kita perlu menggunakan bekas-bekas tentera kerana mereka ini juga fresh daripada angkatan tentera– daripada kita gunakan angkatan tentera yang ada. Sebab banyak lagi tugas-tugas yang dia perlu jalankan. Jadi, saya rasa kita gunakan bekas-bekas tentera yang mana saya tengok ramai bekas-bekas tentera yang tidak ada kerja sekarang ini. Jadi, eloklah kita mempertimbangkan apa ini menggunakan bekas-bekas tentera. Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Ex-service ya. Okey.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih kepada sahabat daripada Ketereh. Berkenaan dengan soalan nombor satu Ketereh bahawa apakah yang akan terjadi kepada pusat-pusat latihan yang telah didirikan oleh pihak-pihak persendirian. Dia bukannya kerajaan punya kem. Dato’ Yang di- Pertua, untuk pengetahuan, ada telah pun berkumpul dijadikan sebagai satu– apa ini kumpulan yang tuan punya pusat-pusat kem latihan ini Dato’ Yang di-Pertua, telah pun membawa kes ini ke mahkamah, Dato’ Yang di-Pertua. Jadi, saya tidak dapat hendak bagi apa sahaja jawapan dalam ini kerana biarlah mahkamah yang akan memutuskan. Apa keputusan mahkamah, kerajaan akan patuh kepada apa jua keputusan yang akan diambil oleh mahkamah.
Soalan nombor dua berkenaan dengan pelatih. Jurulatih-jurulatih PLKN yang mana kalau kita buat, diluluskan nanti dan Ahli-ahli Yang Berhormat akan masuk serta sebagai dalam Jawatankuasa Pilihan nanti. Kita menggunakan kem tentera dan tidak ada isu untuk kita menambah bilangan jurulatih kerana jurulatih yang ada di dalam khidmat angkatan tentera pun memerlukan tambahan. Tetapi bukan ada kerunsingan mengatakan kita mengguna tenaga daripada tentera yang mengawal border. Kita memang sudah ada jurulatih.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Kita akan gunakan jurulatih dalam perkhidmatan sedia ada tetapi untuk kita mengambil kira untuk menambah bilangan jurulatih tersebut untuk daripada veteran. Itu amat dialu-alukan, Dato’ Yang di-Pertua. terima kasih.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Kita terus. Saya jemput Dr. Siti Mastura Muhammad, Kepala Batas.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Bismillahir rahmanir rahim. Yang Berhormat Tan Sri Speaker, soalan saya nombor lapan.
8. Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan :
(a) senarai secara terperinci projek perumahan awam yang terbengkalai di seluruh Malaysia; dan
(b) selain tindakan saman, apakah garis panduan yang boleh dibuat oleh pembeli-pembeli terhadap projek perumahan awam yang terbengkalai ini.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Tan Sri Speaker. Yang Berhormat Kepala Batas telah pun bertanya tentang senarai projek perumahan awam yang terbengkalai. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, suka cita dimaklumkan sejak Kerajaan Perpaduan ditubuhkan, tiada projek perumahan awam yang terbengkalai.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa memantau status pemajuan perumahan projek perumahan awam dan projek perumahan swasta melalui pendekatan berikut:
(a) Projek perumahan awam. Walaupun kebanyakan projek kerajaan yang dilaksanakan memenuhi tempoh penyiapan yang ditetapkan, terdapat juga projek yang dilaksanakan oleh kerajaan telah berada dalam kategori projek lewat jadual dan sakit. Namun, bagi meminimumkan projek dalam kategori ini, KPKT telah mengambil tindakan untuk memantau prestasi pelaksanaan projek perumahan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang bermasalah selaras dengan Pekeliling Kerajaan 4.5 iaitu tatacara pengurusan projek sakit dan pelantikan kontraktor penyiap bagi projek sakit seperti berikut:
(i) projek yang mengalami kelewatan dan projek sakit akan dipantau sentiasa melalui mekanisme dalaman seperti Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian dan Jawatankuasa Contract Coordination Panel;
(ii) penilaian dan pemantauan berkala akan dilaksanakan ke atas prestasi projek. Selain itu, pelaksanaan langkah
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
pemulihan atau penamatan kontrak kontraktor yang sedia ada akan dibuat sekiranya perlu;
(iii) sekiranya penamatan dibuat, jaminan bon pelaksanaan ataupun performance bond atau jaminan bayaran pendahuluan akan dirampas daripada institusi kewangan yang menjamin pelaksanaan projek tersebut dengan kadar segera atau setakat mana jumlah yang tidak dibayar balik kepada kerajaan; dan
(iv) kontraktor juga boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk dikenakan penalti atau di senarai hitamkan atas kegagalan memenuhi obligasi kontrak.
Selain itu, KPKT juga giat melaksanakan pemantauan secara berkala selain melaksanakan penyelarasan bersama pihak berkuasa negeri serta agensi pusat seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri untuk menangani isu-isu di luar kawalan kementerian.
Kedua, ini adalah sebenarnya maklumat tambahan. Untuk projek perumahan swasta, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat definisi bagi projek sakit dan projek terbengkalai untuk perumahan swasta adalah seperti berikut.
Makna projek sakit adalah projek yang mengalami kelewatan melebihi 30 peratus berbanding dengan kemajuan yang sepatutnya atau telah tamat tempoh perjanjian jual beli, sales and purchase agreement.
Ketiga, projek terbengkalai. Projek yang terbengkalai ini ditakrifkan sebagai projek- projek yang memenuhi kriteria berikut:
(a) projek yang tidak siap dalam atau luar tempoh perjanjian jual dan beli yang tiada sebarang aktiviti yang ketara ditapak pembinaan selama enam bulan secara berterusan;
(b) petisyen penggulungan telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi di bawah seksyen 218 Akta Syarikat tahun 1966;
(c) syarikat diletakkan di bawah pegawai penerima dan pengurus receiver and manager; ataupun
(d) pemaju mengakui tidak berupaya secara bertulis kepada pengawal perumahan; dan
(e) disahkan projek terbengkalai oleh Menteri Pembangunan KPKT di bawah seksyen 11(1)(c) Akta 118.
Berdasarkan kepada laporan taskforce perumahan swasta sakit dan terbengkalai, sehingga 31 Ogos 2023 terdapat sebanyak 112 projek perumahan swasta bukan perumahan awam ya perumahan swasta terbengkalai melibatkan 23,912 unit rumah dan 13,854 pembeli yang terkesan sehingga 31 Ogos tahun ini. Nilai Pembangunan Kasar dengan izin Gross Development Value adalah sebanyak RM12.98 bilion. Sebagai panduan umum, bakal pembeli rumah adalah dinasihatkan untuk merujuk ke laman web ehome.kpkt.gov.my bagi menyemak sama ada pemaju atau ahli lembaga pengarah sesuatu
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
syarikat yang membangunkan projek perumahan sama ada terlibat dalam projek sakit atau terbengkalai.
Rakyat ataupun pembeli rumah dinasihatkan untuk lebih berhati-hati apabila membuat apa-apa transaksi pembelian rumah. Para pembeli juga boleh mengemukakan aduan rasmi kepada Jabatan Perumahan Negara apabila mengesyaki bahawa sesuatu pembangunan perumahan tersebut dijalankan tanpa mematuhi mana-mana peruntukan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) Tahun 1966 agar kertas siasatan dan tindakan sewajarnya dapat dijalankan.
Untuk makluman semua, aduan juga boleh dibuat melalui sistem pengurusan aduan awam melalui kpkt.spab.gov.my ataupun SISPA. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Kepala Batas.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Bismillah. Terima kasih kepada menteri di atas jawapan yang komprehensif sebentar tadi. Ada dua perkara yang ingin saya utarakan dan mohon perincian daripada Yang Berhormat Menteri. Yang pertama, apakah usaha yang disebutkan sebentar tadi berkenaan dengan projek swasta penambahbaikan pihak kementerian terhadap Akta Pemajuan dan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] sebagai langkah menangani lambakan projek-projek yang terbengkalai ataupun yang bermasalah.
Kedua, saya mohon juga kepada penjelasan Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan model baharu penambahbaikan pelaksanaan PPAM. Sebagaimana jawapan Yang Berhormat sebelum ini kepada saya secara bertulis khususnya kepada pembeli-pembeli PPAM Konifer di Taman Permatang Sintok.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Ini adalah soalan khusus yang ia tidak berkaitan dengan soalan asal tapi saya akan siasat dan berikan kepada jawapan bertulis. Bagaimanapun untuk menambahbaikkan, untuk makluman Yang Berhormat KPKT melalui Jabatan Perumahan Negara...
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Nga Kor Ming
...Telah pun mengeluarkan surat pengesahan status projek terbengkalai kepada pembeli dan yang terkesan dengan pembangunan projek perumahan swasta yang terbengkalai dengan menyarankan beberapa perkara-perkara yang berikut:
(i) pihak bank pembiaya memberikan pengurusan atau pengecualian kadar faedah dan penstrukturan semula pinjaman perumahan atau membatalkan pinjaman perumahan dan penyelesaian penuh dengan pengecualian kadar faedah;
(ii) permohonan pengeluaran simpanan kali kedua daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); dan
(iii) pembatalan pinjaman sedia ada dan peminjam diberi peluang untuk memohon pinjaman baru yang penuh seperti pinjaman kali pertama ataupun pengecualian faedah pinjaman empat peratus di sepanjang
Tuan Nga Kor Ming
tempoh projek dipulihkan atau lima tahun bagi urusan berkaitan dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Yang Berhormat Taiping.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Tan Sri Speaker, tadi kita telah dengar bahawa ada penubuhan pasukan tugas-tugas khas untuk menangani projek sakit dan terbengkalai.
Apa yang kita nampak adalah beberapa bulan yang lepas memang pihak kementerian banyak turun padang ke tapak untuk menyelesaikan isu-isu terbabit.
Soalan saya adalah nombor satu, setakat ini apakah pencapaian berkenaan dengan pasukan tugas-tugas khas yang ditubuhkan sejak penubuhan kerajaan. Nombor dua, apakah langkah-langkah baharu yang bakal dicadangkan oleh pihak kementerian ataupun pasukan tugas-tugas ini untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kita. Dan juga Tan Sri Speaker, juga saya ingin tahu bahawa berkenaan dengan pemaju ataupun kontraktor yang telah pun disenaraihitamkan bagaimana kita boleh menjamin mereka yang di belakang syarikat-syarikat tersebut termasuk director, pengarah ataupun pemegang saham turut disenaraihitamkan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Yang Berhormat Taiping yang bertanya tentang pencapaian taskforce projek perumahan swasta sakit yang terbengkalai. Pasukan tugas-tugas khas ini telah pun ditubuhkan apabila Kerajaan Perpaduan di bentuk. Setakat ini, pasukan ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri KPKT sendiri. Sehingga 31 Ogos 2023 tahun ini, sebanyak 256 projek perumahan sakit swasta telah berjaya diselamatkan iaitu 225 projek berjaya disiapkan sehingga mendapat Sijil Penyampaian dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance (CCC) dan 31 projek lagi telah bertukar status menjadi lancar. Jumlah ini meliputi sebanyak 28,363 unit rumah dengan nilai Gross Development Value sebanyak RM23.37 bilion. Ini adalah pencapaian setakat hari ini.
Sebenarnya untuk mengelakkan masalah projek perumahan swasta yang terbengkalai, kerajaan dan hala tuju yang baru adalah menggalakkan supaya pemaju perumahan bina, baru kemudian jual, build and sell, not sell and build dengan izin. Inisiatif kerajaan dalam meningkatkan pemajuan bina kemudian jual, 10 peratus hingga 90 peratus di Semenanjung Malaysia adalah pertama kita memberikan kemudahan pengurangan bayaran deposit kepada pemaju sehingga RM200,000 ke dalam Housing Development Account (HDA).
Tuan Nga Kor Ming
Berbanding dengan pemaju lain yang jual baru bina, mereka perlu bayar sebanyak tiga peratus daripada kos pembinaan. Kedua, insentif yang diberikan termasuk kemudahan fast lane oleh PBT dalam urusan berkaitan dengan permohonan kebenaran merancang, pelan pembangunan dan urusan-urusan berkaitan dengan jabatan-jabatan teknikal.
Yang ketiga, diberikan pertimbangan untuk pelepasan pembinaan rumah kos rendah atau rumah mesra rakyat seperti yang disyaratkan oleh kerajaan negeri tertakluk kepada
Tuan Nga Kor Ming
kelulusan kerajaan negeri. Insentif yang keempat diberikan pertimbangan pengecualian sepenuhnya caj pematuhan dan caj pembangunan, fast lane untuk kelulusan kebenaran merancang, pelan bangunan dan lain-lain insentif yang dapat membantu pemaju.
[Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Mesyuarat] Walau bagaimanapun, perkara ini tertakluk kepada persetujuan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bismillahi Rahmani Rahim. Saya telah dimaklumkan oleh Yang di-Pertua, yang terakhir ya. Saya teruskan dengan Yang Berhormat Tuan Syahredzan bin Johan, Yang Berhormat Bangi. Silakan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya mulakan, saya cuma hendak rakamkan ucapan tahniah buat atlet-atlet kita, atlet-atlet e- sports yang telah menyumbang dua pingat dalam Asian Games yang baru-baru ini berlangsung dalam acara Arena of Valor dan juga Dota 2. Soalan saya adalah soalan nombor sembilan.
9. Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan langkah-langkah kementerian untuk memberi sokongan kepada pembangunan e-sukan (e- sports) di peringkat akar umbi/tempatan, daerah dan negeri bagi mencungkil dan memupuk bakat baru dalam sukan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bangi minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan langkah-langkah kementerian untuk memberi sokongan kepada pembangunan e-sukan (e-sports) di peringkat akar umbi, tempatan, daerah dan negeri bagi mencungkil dan memupuk bakat baru dalam sukan tersebut.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2019, Kementerian Belia dan Sukan telah membangunkan Pelan Strategik Pembangunan Sukan Elektronik yang menggariskan 24 objektif strategik. Manakala sebagai sokongan kepada pelan berkenaan, kementerian ini pada tahun Jun 2023 turut telah melancarkan Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan (NESDEG) dengan enam teras utamanya. Antara lain adalah pengurusan kontrak kepada pemain, teras dua tadbir urus dalam penganjuran acara, teras tiga pemantauan dan perlindungan kepada kanak-kanak, teras empat kod tata kelakuan dan etika, teras lima laluan kerjaya dan teras enam, aplikasi sains dan perubatan sukan dalam sukan elektronik.
Garis panduan ini bermatlamat untuk membantu semua penggiat e-sukan termasuk atlet, penganjur, pertubuhan, publisher dan developer untuk memastikan kemajuan dan kawal selia yang lebih baik. Kementerian juga akan memastikan bahawa garis panduan ini sentiasa diteliti dan diperkemas dari semasa ke semasa.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Selain demikian, kementerian turut sejak 2022 telah membangunkan Esports Integrated Hab di Puchong, Selangor yang berfungsi untuk menyokong pertumbuhan ekosistem e-sukan di Malaysia menerusi penyediaan ruang kejohanan dan juga acara pusat latihan untuk pemain profesional dan amatur, sebuah hab jaringan untuk pihak berkepentingan industri dan sebagai hab utama untuk pelbagai program pembangunan profesional dan kapasiti.
Kementerian Belia dan Sukan turut mengambil inisiatif untuk menganjurkan libat urus bersama dengan penggiat e-sukan pada 25 September 2023 yang lepas untuk mendapatkan pandangan dan meneliti usaha lanjut yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan pertumbuhan sektor tersebut.
Di samping itu, kementerian turut telah mengambil langkah membangunkan dan menaik taraf 13 e-sports studio yang memberi manfaat kepada 13 persatuan e-sukan negeri di seluruh negara. Penyediaan infrastruktur di setiap negeri ini mampu untuk meningkatkan perkembangan e-sukan melalui penganjuran di peringkat tempatan dan sebagai studio produksi untuk penganjuran kejohanan dalam talian. E-Sports studio ini turut menjadi pusat latihan bagi atlet e-sukan negeri yang menyertai Temasya Sukan Malaysia (SUKMA).
Bagi memastikan persiapan atlet e-sukan negara yang bertanding di kejohanan antarabangsa dan regional ataupun tempatan berjalan lancar, KBS telah membangunkan juga sebuah Pusat Latihan Kebangsaan di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil (MSN).
Dalam usaha untuk mengetengahkan bakat-bakat baru, KBS dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Malaysia turut menganjurkan Malaysia Esports League (MEL) dan Malaysia Esports Championship (MEC) yang telah memasuki edisi ketiga penganjurannya pada tahun ini.
MEL secara khususnya turut melibatkan liga di peringkat negeri dengan kerjasama persatuan sukan elektronik negeri. Kejohanan ini merupakan platform kompetitif sebagai persediaan individu atau pasukan sebelum menyertai kejohanan profesional dan antarabangsa.
Sebagai usaha untuk memperkasakan pula penglibatan golongan wanita dalam e- sukan, kementerian ini turut telah menganjurkan kejohanan khusus buat kaum wanita iaitu MyLadies PUBG Mobile Championship.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kementerian Belia dan Sukan pada masa ini sedang berusaha untuk mewujudkan anugerah khas kepada penggiat e-sukan sebagai penghargaan dan pengiktirafan untuk mereka yang telah mengharumkan nama negara dan membangunkan ekosistem sukan elektronik di Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB Menteri atas jawapan tersebut. Saya sendiri sebagai seorang gamer, saya teruja dengan topik ini. Cuma saya bukan competitive gamer, lebih kepada single player. Jadi seperti yang telah saya nyatakan tadi, kita tahu bahawa pada Sukan Asia yang baru berlangsung, e-sports telah menyumbang dua pingat kepada kita, satu pingat perak,
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
satu pingat gangsa dan ini merupakan kali pertama e-sports dipertandingkan dalam Asian Games secara rasmi. Dan kita melihat bahawa e-sports ini ada potensi yang besar untuk menyumbang kepada medal tally dengan izin bagi negara.
Jadi soalan saya, apakah perancangan pihak kementerian untuk kita bangunkan potensi yang besar ini sebab kita tak boleh tolak tepi kemungkinan bahawa satu hari nanti, e- sports ini pun akan dipertandingkan dalam Sukan Olimpik. Jadi mohon supaya YB Menteri jawab soalan, terima kasih.
Tuan Adam Adli Abd Halim
YB Menteri dekat Hangzhou.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Timbalan Menteri, maaf.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Baik. Dalam Sukan Asia Hangzhou 2023 yang berakhir semalam, kita telah membawa pulang dua pingat menerusi e-sports. Satu pingat perak dan satu pingat gangsa. Masing-masing menerusi acara Arena of Valor dan juga Dota. Jadi terdahulu dalam Sukan SEA Kemboja 2023, Mei yang lepas Malaysia juga turut bawa pulang empat pingat iaitu dua pingat perak menerusi acara berpasukan campuran, *Attack Online 2
(AK2)* dan kategori lelaki Mobile Legends serta dua pingat gangsa menerusi kategori wanita, Mobile Legends dan juga PUBG Mobile. Jadi Kementerian Belia dan Sukan, kita sentiasa menyokong usaha untuk pembangunan bakat-bakat ini dan sebab itu, kita anjurkan banyak kejohanan-kejohanan tempatan termasuk Malaysia Esports League untuk kita cungkil lebih ramai bakat dan memastikan sentiasa ada pertandingan supaya bakat-bakat mereka ini terus diasah.
Liga-liga ini berlangsung di peringkat negeri dan juga seterusnya peringkat kebangsaan dan akhirnya akan dipertandingkan juga beberapa acara lain termasuk PUBG Mobile, eFootball Mobile dan juga Mobile Legends. Tahun ini kita pastikan kita tampilkan tiga permainan bagi siri terbuka antaranya Valorant, eFootball dan Counter-Strike.
Jadi ini semua adalah satu platform yang kompetitif supaya kita dapat memastikan kita mampu identify bakat-bakat dan juga atlet-atlet yang boleh mewakili Malaysia dalam kejohanan-kejohanan antarabangsa termasuk juga di masa akan datang mungkin seperti yang Bangi sebut di Olimpik dan mungkin dapat bawa pulang pingat-pingat yang berprestij.
Menerusi Esports Integrated (ESI), kita akan terus mengadakan kerjasama bersama dengan penerbit permainan dan penganjur acara supaya penganjuran-penganjuran yang lebih profesional dapat dibawa ke Malaysia dan juga dapat meningkatkan lagi prestasi atlet- atlet kita dan juga memberi peluang kepada lebih ramai pasukan dan juga bakat baru tempatan supaya mereka boleh menyerlah dalam sektor ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan tambahan saya, selain daripada inisiatif kerajaan, saya ucapkan terima kasih. Penggemar ataupun atlet sukan e-sports, sangat hargai. Namun, Tuan Yang di-Pertua ada dua isu juga yang perlu pihak kementerian melihat. Pertama, gaya hidup untuk atlet e- sports ini, dia terkongkong dalam satu tempat, duduk dalam tempoh yang lama menghadap
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
skrin, tak cukup tidur dan mengalami masalah kesihatan. Jadi apa tindakan pihak kementerian untuk bantu atlet sukan e-sports kita dalam isu itu.
Yang kedua Dato’ Speaker, yang terakhir. Ketua Pesuruhjaya SPRM dalam kenyataan 6 September 2023 menyebutkan e-sports juga terdedah kepada transaksi rasuah melalui Bitcoin yang sukar untuk dijejak oleh SPRM. Apa pandangan kementerian dalam isu ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Alor Setar. Sebab itu kita bangunkan yang kita sebut tadi, National Esports Development Guideline atau NESDEG iaitu Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan khusus untuk kita pastikan setiap isu yang ditimbulkan tadi, boleh kita pantau dan ada mekanisme untuk kita atasi.
Dari segi kesihatan, para atlet esports kita, kita akui bahawa ada tekanan terutama sekali screen time dan sebagainya yang memberi kesan jangka pendek dan jangka panjang pada atlet-atlet kita. Dengan yang demikian, kita pastikan menerusi Teras 6 NESDEG ini, kita aplikasikan sains perubatan sukan kepada atlet-atlet ini.
Jadi, setiap kali mereka menyertai kejohanan, kita akan ada Institut Sukan Negara untuk bantu pantau tahap kesihatan mereka dan juga sebenarnya, akademi-akademi swasta, akademi-akademi independent ini, yang bebas ini, yang membangunkan atlet-atlet ini untuk dijadikan sebagai atlet yang bermain, membawa nama negara.
Mereka juga sebenarnya sudah pun sejak daripada bertahun lagi memastikan pengurusan kelab-kelab mereka ini ada nutritionist, ada pakar psikologi dan juga ada pakar kesihatan untuk memantau tahap kesihatan mereka dan ini sentiasa dititik beratkan.
Dalam soal seperti yang disebut oleh SPRM, kita akan sentiasa bekerjasama terutama sekali dengan publisher untuk memastikan mekanisme perlindungan terhadap unsur-unsur ini boleh kita bangunkan dan tentu sekali kementerian lain termasuk KKD dan sebagainya, turut mengambil perhatian terhadap apa yang telah ditimbulkan oleh SPRM tersebut. Terima kasih.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat-Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Point of order, Dato’ Yang di-Pertua. Peraturan 93.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon petua daripada Dato’ Yang di-Pertua mengenai kes saya, yang mana saya berharap kes saya tidak
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
akan berulang kepada saya juga dan juga kepada Ahli-Ahli Dewan yang lain, yang mana saya telah menjadi mangsa yang mana telah di-viral-kan oleh seorang jurufoto...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. Sebentar.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat bangkitkan ini dalam peraturan berapa?
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Teruskan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
93 dan juga 41(d), Yang Berhormat.
Saya bantu dia. 41(d).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Okay, baik. Pada 19 September yang lalu, ketika saya keluar Dewan, seorang jurufoto Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengeluarkan satu viral dalam Twitter (X) yang mana beliau mengatakan saya telah hisap vape ketika keluar Dewan. Di mana viral beliau ini telah mendapat view yang cukup mengagumkan. Lebih daripada satu juta. Malah, lebih banyak lagi daripada view Yang Amat Berhormat ke New York...
[Ketawa] Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya telah memberi penjelasan. Sesungguhnya saya tidak hisap vape, saya tidak merokok. Malah, saya telah beri penjelasan- kalau ada bukti 20 tahun yang lepas, the past 20 years, ada tak saya hisap rokok? Jadi saya tak pernah hisap rokok.
Jadi, cuma, surat penjelasan yang saya minta di-Pertua, pada hari ini, saya telah mendapat surat daripada Tan Sri Speaker yang mana Tan Sri Speaker menulis, “Berdasarkan semakan penilaian, saya tidak dapat mengesahkan Yang Berhormat Dato’ Sri dilihat menghisap rokok elektronik di dalam Dewan.” Oleh itu, tiada tindakan yang diambil kepada saya.
Bagi saya, saya berterima kasih tetapi ia tidak jelas. Bagi saya, saya tidak merokok, saya nak clear cut dan saya nak tahu, adakah Tan Sri Speaker telah memanggil jurufoto tersebut? Saya percaya, seorang jurufoto yang profesional, dia tidak akan ambil sekeping gambar. Apakah ada semakan melalui CCTV telah dibuat?
Jadi, bagi saya, sebab ini imej saya yang telah tercemar. Sebab tu saya kata, saya minta juga Tan Sri Speaker, jika terbukti saya tidak menghisap vape- ya, jika saya hisap vape, ambil tindakan, gantung saya, tak ada masalah. Tapi, sudah terbukti, teguran perlu diberi kepada orang-orang luar, tidak kiralah jurufoto ke ataupun yang dibenarkan masuk, jangan membuat viral. Ia merupakan satu- sebab apa kalau kita tengok dalam mengikut section 9 Houses of Parliament (Privileges Powers), berikut adalah menjadi kesalahan iaitu “(l) The publication of any false or scandalous libel or any Member touching his conduct as a Member...” Jadi, ia merupakan satu kesalahan. Jadi, saya minta Yang di-Pertua supaya memberi teguran kepada jurufoto ataupun sesiapa juga. Jangan se-simply mudah, kerana ia menyentuh maruah dan juga imej Ahli Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Boleh sambung kah Dato’?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, peraturan tu.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
I just want to elaboration on that. Boleh tak sambung 41(9)? 41(d)...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
41? Okay. One minute please.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya. Sepatutnya Speaker ataupun Parlimen ini, instead of memberi tunjuk sebab, sebab kepada Tanah Merah untuk mempertahankan diri, Parlimen sepatutnya membuat siasatan dalaman. Parlimen ada akses kepada CCTV.
Parlimen ada physical evidence, Bentara yang duduk di sini. Sepatutnya itu disiasat. Bukan the burden of proof diletakkan di atas tanggungan Tanah Merah untuk membuktikan dia tak merokok. Dia tidak menghisap vape ketika itu.
Sepatutnya Parlimen sebelum mengeluarkan surat tunjuk sebab, minta penjelasan kepada Tanah Merah. Parlimen membuat siasatan dalaman. It’s public. Imej dia sebagai Ahli Parlimen. Tan Sri Dato’ Yang di-Pertua sepatutnya dipertahankan oleh Speaker, dan Parlimen ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Dato’ Yang di-Pertua, saya bangun sebagai Ketua Whip Perikatan Nasional. Saya merujuk kepada Akta 347, Akta Majlis Parlimen
(Keistimewaan dan Kuasa) 1952, Privileges and Powers.
Pihak kami memandang berat jika sekiranya pihak Parlimen tidak mengambil apa- apa tindakan yang sewajarnya sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 9, pihak Parlimen boleh mengambil tindakan kepada mana-mana ahli dan juga orang luar- any other person yang melakukan kesalahan sebagaimana di senarai. Ada 14 kesalahan di bawah seksyen 9, Akta 347 ini. Salah satunya ialah (e)- (e) ini “...mencela mana-mana ahli yang datang ke Majlis dan meninggalkan Majlis”. Sekarang ini terbukti seorang jurufoto daripada Pejabat Perdana Menteri yang telah mengambil secara salah gambar ini dan di-viral-kan. Jadi persoalan di sini, adakah jurufoto Pejabat Perdana Menteri juga menjadi paparazi di dalam Parlimen ini?...
[Tepuk] Menjadi paparazi tengok siapa buat salah dengan cara yang berunsur fitnah, seditious.
Jadi, saya harap, Parlimen memberikan satu petua, adakah Parlimen akan memanggil jurufoto yang ternyata- saya difahamkan telah mengaku melakukan kesalahan ini? Jadi, ini satu perkara yang perlu diberikan perhatian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Saya telah beri ruang sebaik mungkin untuk sebelah the dragorian’s party, dengan izin... [Merujuk kepada pihak Pembangkang] Dan ini apa yang telah diputuskan, dan saya akan bagi pendapat apa yang saya fikirkan...
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebagai Pengerusi yang mempengerusikan Majlis pagi ini. All right?
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali ya sebab dia...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya dah beri ruang, saya...
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Tak. Boleh tak saya ringkas ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya invoke 37(2).
Duduk.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Baik, terima kasih. Saya hanya minta keadilan kepada saya. Itu sahaja. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sama. Saya memberi ruang. Kalau tak saya beri ruang, saya boleh guna banyak peraturan dalam ni...
[Menunjukkan buku Peraturan Mesyuarat] Tapi saya masih lagi mempertimbangkan, ya.
Baik, dengar apa yang saya nak cakap ni. Pertamanya, Usul yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanah Merah, saya telah menerima keputusan Yang di- Pertua, ya, dan saya percaya Yang Berhormat pun terima kan? Baik, okey. Remedi kepada perkara itu, Yang Berhormat rujuk balik pada Peraturan 43 bahagian 2 tu, ya. Tengok bahagian 2 tu. Itu keputusan saya bagi pihak mempengerusikan Majlis pada pagi ini, ya.
Okey. Isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat lain tu, ini berkaitan Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Beluran, ya. Yang Berhormat- Yang Berhormat sedia maklum, ini kita pegang...
[Menunjukkan buku Peraturan Mesyuarat] Jadi, apa yang telah dinyatakan oleh setiap-setiap Yang Berhormat tadi, boleh diusulkan. Dan sedemikian, saya ingin mengingatkan jugalah Perkara 43 para bahagian kedua tu. You ada dua hari. Baca tu habis ya. Dan, apa yang dah perkara-perkara yang dibangkitkan baru-baru tadi...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, 43(2) tak ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Maksud saya dalam 43 itu juga.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
44(2) ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Maksud saya ya.
43 ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
43?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
All right, bahagian last tu. Saya bacalah semua, senang. “Tuan Yang di-Pertua, dalam Majlis Mesyuarat atau Pengerusi dalam Jawatankuasa adalah bertanggungjawab ke atas menjaga supaya peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat atau Jawatankuasa diendah...”. All right? “...dan keputusan berkenaan dengan apa-apa perkara Peraturan Mesyuarat tidak boleh diminta pertimbangan semula dan tidak boleh diulang kaji oleh Majlis Mesyuarat kecuali dengan dikeluarkan usul sendiri”.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Lihat pada itu ya, usul sendiri. Kerana itu, usul demikian itu tidak dengan lagi dikeluarkan pemberitahu lebih daripada dua hari terlebih dahulu. Sedia maklum. Okey
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
43 Yang Berhormat. Bukan 43(2), 43.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yes. Memanglah tak ada para dua, dia rangkumkan sekali dalam itu.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tuang Yang di-Pertua, terima kasih...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya, Yang Berhormat.
Saya rasa kalau peraturan, saya layan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
98, 94.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya tak mahu- buat masa ini, banyak ini urusan.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Peraturan 94.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Peraturan 94 Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
94, apa isunya?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Isunya inilah. Saya nak minta supaya benda ini tidak ambil kesempatan oleh mana-mana pegawai termasuk pegawai Pejabat Perdana Menteri. Dia rasa Ketua Majlis adalah Perdana Menteri iaitu Yang Amat Berhormat Tambun.
Jadi, dia boleh sesuka hati. Ini akan mencemarkan nama baik Dewan kita yang mulia ini.
Bukan sahaja kepada Perdana Menteri, kepada Ketua Majlis, kepada semua. Tak ada lagi integriti. Tak ada lagi maruah.
Jadi, kita harap- Tanah Merah pun dia nak selesai dengan cara yang baik. Jadi, kita nak minta satu fatwa kepada pegawai-pegawai atau mana-mana pihak supaya tidak berlaku lagi perkara-perkara begini. Perlu diambil tindakan sebagai lesson learn, dengan izin, untuk kita nak jaga kemuliaan Dewan ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, baik Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
94 itu. Jadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya sedia maklum.
Go to the point direct. Banyak Aturan Mesyuarat ini yang nak dilaksanakan pada hari ini. Okey, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Pendang, benda itu usulkan, 17, 18, perkara atas, perkara 94 itu pun boleh supaya benda itu diputuskan oleh Speaker dan jika tidak lihat pada 43 bawah itu, dua hari. Ambil maklum itu. Okey, baik.
Saya rasa saya telah jelaskan sebaik mungkin. Kita teruskan kepada Aturan Majlis Mesyuarat.
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Dato’ Speaker, Dato’ Speaker. Wangsa Maju.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Peraturan, I will entertain.
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Peraturan Mesyuarat 27.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Saya telah kemukakan satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 kepada Pejabat Setiausaha Dewan pada 23 September yang lepas. Sehingga kini, saya masih belum menerima apa-apa jawapan sama ada ditolak, diterima, dibahas ataupun sebaliknya. Jadi kalau mungkin bagi faedah Ahli-ahli Dewan ini, kalau perlu saya mohon izin untuk saya membaca usul itulah kalau diberikan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Wangsa Maju, pihak Majlis, Speaker telah mengambil maklum dan saya telah disampaikan berita oleh Setiausaha Dewan, usul Yang Berhormat Wangsa Maju adalah dalam pertimbangan Speaker, Tan Sri Speaker. Ambil maklum ya. Itu keputusannya. Alright?
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Bagi mengelakkan Ahli-ahli Dewan tertanya-tanya, saya mohon izin untuk membacakannya kalau tidak dibahas pun.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat, saya rasa tak betul itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya baru sahaja menyatakan Yang Berhormat punya usul itu dalam pertimbangan Tan Sri Speaker. I believe, dengan izin, it will be executed by today. Insya-Allah ya.
Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Okey, sekarang kita balik kepada urusan Majlis dan Setiausaha Dewan, silakan. Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Dato’ Seri Yang di-Pertua, “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon untuk menarik balik (D.R. 23/2023), Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023 seperti yang tertera di nombor 5 dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini.”
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Menteri.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Sumber Manusia [Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengawal selia penggunaan cekap tenaga dan konservasi tenaga dengan matlamat untuk menambah baik dan meningkat kecekapan tenaga dan untuk mengelakkan pembaziran tenaga dan untuk mengadakan peruntukkan bagi perkara yang berkaitan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri
Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Bekalan Elektrik 1990; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim [Dato’ Sri Huang Tiong Sii]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Sumber
Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan mengenai kebertanggungjawaban tadbir urus dan ketelusan kerajaan dalam menguruskan kewangan awam dan risiko fiskal khususnya berhubung dengan hasil perbelanjaan dan hutang, melaporkan dokumen belanjawan tahunan dan penerbitan dokumen lain dan untuk mengadakan perkara lain yang berkaitan dengannya; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) - Datuk Ugak anak Kumbong
Terima kasih. Dato’ Yang di-Pertua; “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai penerangan-penerangan Menteri seperti di nombor 1 hingga nombor 4 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 10 Oktober 2023.”
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat yang menyokong?
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Tuan Mustapha @ Mohd Yunus bin Sakmud
Dato’ Speaker, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 14(2), saya mohon mencadangkan Penerangan Menteri berhubung konflik Israel-Palestin di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) dibuat sekarang dan selepas itu disambung semula dengan urusan seperti dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.”
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ada Ahli yang menyokong?
Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Dato’ Yang di-Pertua, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya ingin menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Ahli-ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini mengenai situasi semasa konflik Palestin-Israel. Pada hari Sabtu yang lalu, 7 Oktober...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tuan Yang di-Pertua, Standing Order sekejap. Point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik langkah pihak kerajaan menggunakan 14(1)(i), Penerangan Menteri berhubung dengan isu konflik atau krisis di Gaza mengenai Palestin, tetapi saya rasa adalah elok jika sekiranya penerangan Menteri ini diberikan Notis terlebih dahulu kepada pihak kami.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
To be on record, saya baru diberitahu oleh Setiausaha Dewan Rakyat sekejap tadi, beberapa minit bahawa diperlukan lima orang pembahas daripada pembangkang. This is not fair. Ini isu besar. Apa salahnya kita buat esok? Bagi peluang kepada kami untuk menyediakan bahan-bahan perbahasan.
Jadi, kalau dihabiskan di sini, nanti timbul Pembangkang tak bercakap. Jadi, tak bolehlah begitu. Saya rasa, we caught by surprise. Be profesional, be profesional. Ini usul besar ini. Usul krisis di Gaza...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Saya harap kerajaan be fair.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat yang lain itu, tolong diam ya.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Kita menyanjung baik sikap kerajaan, ya. Tetapi saya mohonlah supaya kalau boleh, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ataupun pihak kerajaan memberikan secukupnya notis kepada kita sebab bila pemberitahuan atau penerangan ini diberikan, kemudian dihabiskan pada hari ini juga. Esok sudah tidak boleh bercakap dah. Bagi peluanglah satu hari.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Wars do not wait for preparations, Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk. Okey? Sudah. Saya ambil maklum apa peraturan yang telah dibangkitkan tadi. Baik Yang Berhormat.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Saya menyambung Kota Baharu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
[Tidak jelas] secepat mungkin.
Dato' Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Sekadar bertanya. Misalnya, adakah kerajaan juga berunding dengan kokus Ahli-ahli Parlimen tentang Palestin yang dipengerusikan oleh Ledang, yang sebahagian kami adalah Ahli. Yang itu juga boleh memberi input kepada proses ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Indera Mahkota. Okey, begini. Peraturan 14(1)(i) jelas dan isu yang dibangkit oleh Kota Bharu, saya bukan mempengerusikan. Saya telah menerima senarai oleh pihak kerajaan.
Saya akan beri ruang kepada pihak pembangkang untuk berbahas sekejap juga. Dan sedemikian, selepas pihak kerajaan berbahas, saya akan beri lima minit ya. Apa yang saya telah diterimakan, perkara ini boleh dibahaskan sebagai yang telah dinyatakan di sini. Saya akan memberi lima minit selepas pihak kerajaan.
Senarai kerajaan telah ada, saya akan beri kepada pihak pembangkang. Tidak jadi masalah dan ini saya –Yang Berhormat Kota Bharu, I invoke...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Ya, ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
I invoke...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
It’s okay, it’s okay. I’m not disturbing. I just stand up.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
I invoke Peraturan 43, saya nak nyata on record juga, sebagaimana Yang Berhormat nyatakan on record, I want it to be on record supaya seimbang.
Saya menguatkuasakan Peraturan 43, 99 dan 100. So, tidak jadi masalah, ya, dengan perkara ini. Silakan, Yang Berhormat.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Boleh saya- saya nak dapat pencerahan daripada Yang Berhormat Speaker. Penerangan Menteri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hari ini berkaitan dengan isu Palestin tidak tersenarai di dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.
Adakah boleh dibentangkan? To be on the- saya agree, 14(1)(i) itu boleh dimasukkan dalam AUM, tetapi hari ini tidak ada. So, we are caught by surprise, dengan izin. Tak boleh macam itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kota Bharu, perkara ini jelas. If you read, dengan izin, Perkara 14(1) dan Aturan Majlis telah ditetapkan oleh pihak Pengerusi Majlis.
Yang Berhormat pun tahu siapa, Speaker dan juga Pengerusi Majlis, dan tidak jadi isu lagi. Tidak melanggar pun apa-apa Peraturan. Jadi, kita teruskan dengan urusan Majlis.
Silakan, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kita sebagai Ahli-ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini sangat prihatin mengenai situasi semasa konflik Palestin-Israel ini, dan kita tidak boleh tunggu esok kerana ini satu perkara yang sangat-sangat penting...
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, pada hari Sabtu yang lalu, 7 Oktober, dunia dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan dari bumi Palestin. Pertempuran terbaru di Palestin dengan skala yang amat besar tidak pernah difikirkan tetapi telah meletus.
Sejak sekian lama, telah menjadi resmi di halwa telinga kita, pertempuran sering berlaku antara Palestin dan rejim Zionis, khususnya di Palestin. Akibat tindakan provokasi dan penindasan berterusan oleh penjajah Israel yang kekal dengan dasar kuku besi dan apartheid yang mencengkam penduduk Palestin.
Ribuan saudara mara kita di Palestin telah gugur syahid, cedera dan ramai yang meringkuk di dalam penjara tanpa perbicaraan yang adil. Ibu bapa kehilangan anak, isteri diputuskan kasih sayang suami dan anak-anak kecil hilang tempat bergantung. Sebagai negara yang bertunjang kepada prinsip-prinsip kemanusiaan dan keihsanan, sudah pasti Malaysia tidak menyokong apa juga gerakan atau tindakan yang kesannya akan menyebabkan kehilangan nyawa, khususnya orang awam yang tidak bersalah.
Insiden terbaru di Palestin amat dahsyat dan mengakibatkan kehilangan nyawa yang besar di kedua-dua pihak selain ribuan yang tercedera dan kerosakan harta benda yang teruk. Adakah ini yang dunia hendak atau nanti-nantikan? Sebelum kita menuding jari kenapa
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
pihak Palestin mengambil tindakan nekad Sabtu lalu, selamilah dahulu mengapa tindakan besar ini diambil.
Tuan Yang di-Pertua, konflik di Palestin telah berlarutan sejak 75 tahun yang lalu.
Selama ini rakyat Palestin telah menjadi mangsa kepada pendudukan haram Israel.
Penderitaan dan penindasan setiap hari oleh polisi kuku besi oleh rejim Zionis. Tanah air sendiri dirampas tanpa belas ihsan dan pencerobohan yang berterusan ke atas Masjid Al- Aqsa. Jutaan warga Palestin telah diusir, tidak dapat kembali ke tanah air mereka sendiri dan perlu menumpang di negara-negara lain.
Malangnya, masyarakat dunia khususnya pihak Barat berterusan dengan sikap acuh tidak acuh, menutup sebelah mata, mungkin kedua-dua mata. Membenarkan kekejaman rejim Israel tanpa sebarang tindakan punitif. Tindakan berat sebelah ini terus menimbulkan persoalan berhubung ketidakadilan di dalam penguatkuasaan prinsip dan undang-undang antarabangsa.
Kenapa ada dua pendekatan yang berbeza? Krisis Ukraine misalnya, pihak Barat dengan secepat kilat memberi sokongan kepada Kyiv. Malangnya, apabila melibatkan Palestin, ia tidak langsung diendahkan hatta mana-mana masyarakat yang sekian lama hidup dalam penindasan, kesengsaraan, kezaliman tanpa pembelaan sudah pasti ada tahap kesabarannya.
Inilah yang terjadi di bumi Palestin selama ini. Tindakan provokasi dan penindasan ini semakin meruncing sejak rejim Israel didukung oleh parti berhaluan radikal menguasai Tel Aviv.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Antaranya tindakan provokasi melampau seperti pencerobohan di dalam Masjid Al- Aqsa dan kawasan sekitarnya semasa pengunjung beragama Islam mahupun Kristian sedang mengerjakan ibadah masing-masing. Sikap Israel ini jelas membuktikan bahawa mereka bertindak menyerang sesuka hati tanpa mengira kesucian agama lain. Rentetan daripada kemarahan yang tidak dapat dibendung, sudah pasti menjadi lumrah manusia dan telah dibuktikan dalam sejarah peradaban dunia, golongan yang teraniaya ini pasti akan bangkit mempertahankan hak mereka yang telah dicorak-carikkan...
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, pendirian dan Dasar Luar Negara oleh Kerajaan Malaysia dalam konflik Palestin-Israel ini adalah jelas dan tidak pernah berubah. Perjuangan membebaskan tanah dan hak Palestin akan tetap menjadi salah satu tunjang keutamaan Dasar Luar Kerajaan Malaysia...
[Tepuk] Malaysia kekal berpendirian bahawa rakyat Palestin perlu dikembalikan hak mutlak, bebas daripada pendudukan haram Israel, hak dikembalikan tanah yang telah dirampas oleh Israel dan hak membentuk negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara mesti terus diperjuangkan oleh negara dan rakyat Malaysia.
Pendirian lantang dan tegas Malaysia telah kerap kali dinyatakan secara jelas dan terang di setiap lapangan. Keadaan dan masa telah memperlihatkan perkara ini. Ini termasuk pendirian kita siapa pun yang menjadi Perdana Menteri Malaysia sama ada dahulu di sebelah sana atau di belah sini. Kita tetap berpendirian jelas, sama ada di Pertubuhan Kerjasama
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Islam (OIC), Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Malaysia tetap tegas memperjuangkan nasib rakyat dan negara Palestin...
[Tepuk] Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada 22 September yang lalu telah dengan tegas menekankan pendirian Malaysia mengenai isu Palestin. Ketegasan Malaysia juga jelas dapat dilihat berdasarkan kenyataan keras yang sering kali dikeluarkan negara dalam mengecam dan membantah segala bentuk provokasi dan tindakan keganasan rejim Israel.
Ini termasuk menggesa masyarakat antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNSC untuk terus menekan rejim Israel agar menghentikan Dasar Aparteid dan tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin...
[Tepuk] Malaysia malah turut menyertai beberapa negara lain dalam mengemukakan kenyataan bertulis kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau ICJ pada 25 Julai tahun ini.
Mengenai pendudukan, penempatan haram dan pengilhakan atau pengambilalihan wilayah tanpa kebenaran yang berpanjangan ke atas wilayah Palestine- Palestin sejak 1967.
Malaysia terbuka dan akan terus menyokong segala usaha konkrit dan realistik untuk mencari jalan penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap konflik Palestin-Israel ini.
Penyelesaian ini hendaklah berdasarkan peruntukan undang-undang khususnya Undang- undang Antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan PBB serta memenuhi teras-teras yang telah saya kemukakan tadi.
Ia juga termasuk memberi sokongan terhadap keabsahan rakyat Palestin membentuk sebuah negara yang bebas dari pencerobohan Israel yang berterusan dalam meluaskan penempatan Yahudi di Tebing Barat. Sokongan tidak berbelah bahagi negara kita dan rakyat kita amat jelas dan merentasi segala aspek baik dari segi politik, ekonomi dan penyaluran bantuan kewangan, pembangunan kapasiti termasuk pembangunan semula infrastruktur. Sumbangan dan bantuan ini disalurkan dengan pelbagai cara, sama ada secara dua hala serantau atau pelbagai hala.
Alhamdulillah, setakat ini bantuan kita bagi membantu rakyat Palestin tidak pernah terhenti. Selain daripada bantuan kerajaan, kita juga turut membantu menyalurkan sumbangan kemanusiaan daripada dana yang dikumpul dari sumbangan awam. Ia dilaksana melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin atau AAKRP yang dikendalikan oleh Kementerian Luar Negeri. NGO-NGO yang berhasrat untuk membantu rakyat Palestin, bolehlah menggunakan saluran ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya sesungguhnya amat berterima kasih atas sokongan berterusan dan keprihatinan daripada setiap Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini mengenai isu Palestin. Di Dewan yang mulia ini, sering kali wujud percanggahan dan perbalahan antara kita mengenai pelbagai isu antara pihak kerajaan dan pihak pembangkang. Namun, tatkala timbul isu Palestin, pasti Dewan yang mulia ini bergegar dengan suara keramat kesemua Ahli-ahli Dewan menzahirkan solidariti bersama kita untuk menyokong Palestin...
[Tepuk]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Kita menjadi satu, senada dan sehati sejiwa menyokong perjuangan dan hak rakyat Palestin. atas dasar kemanusiaan. Atas semangat perpaduan dan solidariti rakyat Malaysia dan berdasarkan prinsip-prinsip Malaysia Madani seperti kemampanan, kesejahteraan, hormat dan ihsan, saya memohon Ahli-ahli Yang Berhormat semua untuk menyokong sepenuhnya ketetapan-ketetapan seperti berikut: pertama, Malaysia amat bimbang dengan ketegangan yang semakin memuncak di bumi Palestin yang telah melihat ribuan nyawa melayang termasuk orang awam yang tidak berdosa, bilangan kecederaan yang semakin meningkat, mendadak dan kerosakan harta benda yang amat besar.
Kedua, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu mengambil tindakan segera untuk menggesa semua pihak menghentikan segala tindakan keganasan dan pertempuran demi menghormati dan melindungi nyawa orang-orang awam di Palestin.
Ketiga, masyarakat antarabangsa hendaklah meningkatkan tekanan ke atas semua pihak untuk mengambil tindakan segera menghentikan pertempuran demi keamanan dan kestabilan serantau dan keempat, rakyat Palestin perlu dikembalikan hak mutlak bebas daripada pendudukan haram Israel...
[Tepuk] Hak dikembalikan, tanah yang telah dirampas oleh Israel, dan hak membentuk sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia berpendirian teguh bahawa setiap konflik boleh diselesaikan di atas meja rundingan. Malaysia percaya bahawa suatu hari nanti, dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta'ala, insya-Allah, Palestin akan dibebaskan dari cengkaman rejim Zionis...
[Tepuk] Dan akan mendapat semula hak-hak mereka yang diperjuangkan selama ini.
Semoga konflik yang berlaku akan dimuktamadkan dan seluruh dunia perlu memainkan peranan dan tanggungjawab secara kolektif tanpa mengira apa-apa kepentingan tertentu. *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
[Tepuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri I. Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan dari Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ini terbuka untuk Ahli-ahli meminta penjelasan dan memberi pandangan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Berikut adalah senarai-senarai yang akan berbahas. Masa lima minit, ya. Saya memulakan dengan Yang Berhormat Indera Mahkota. Diikuti oleh Yang Berhormat Ledang.
Diikuti oleh Yang Berhormat Muar. Berikutan itu, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Hulu Langat dan Yang Berhormat Pasir Mas. Itu adalah senarai pembahas.
Saya silakan Yang Berhormat Indera Mahkota untuk memulakan. Lima minit.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri untuk memulakan mewakili Ahli-ahli Dewan Rakyat dari Perikatan Nasional untuk menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri demi sokongan dan solidariti kita sebagai rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin...
[Tepuk] Ada dua bahagian daripada perbahasan saya yang ringkas pada hari ini. Bahagian yang pertama ialah berkaitan dengan ketetapan-ketetapan yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Ada dua perkara yang mesti kita tegaskan.
Satu, bahawa rakyat Palestin mempunyai hak. Tidak kiralah dikira dari sudut mana pun, mereka mempunyai hak untuk mempertahankan diri dan seluruh dunia harus menerima hak mereka untuk mempertahankan diri dan kita harus memberikan solidariti-solidariti kita dengan menafikan apa sahaja pandangan-pandangan serong yang cuba diberikan oleh pihak-pihak tertentu khususnya beberapa kuasa besar di belakang Israel.
Saya meminjam kata-kata seorang bekas Menteri Penerangan Palestin. Yang menjadi masalahnya ialah, pertama, apabila orang-orang Palestin mempertahankan diri dengan menggunakan cara-cara ketenteraan, mereka dipanggil terrorist. Kita tidak boleh panggil mereka terrorist.
Kedua, ketika mereka tidak menggunakan violence, mereka dikatakan menggunakan violence. Kita tidak boleh tuduh mereka menggunakan violence.
Ketiga, apabila mereka bersuara, mereka dituduh membuat provokasi. Kita tidak boleh tuduh mereka membuat provokasi.
Keempat, apabila orang seperti kita atau orang di luar Palestin yang menyokong orang-orang Palestin, perjuangan Palestin dan menentang Zionis Yahudi Israel, kita dituduh anti-semetik. Kita tidak boleh kata kita atau menuduh orang lain yang menentang Israel sebagai anti-semetik.
Dan yang kelima, apabila orang Yahudi sendiri menentang kekejaman Zionis Yahudi Israel, mereka dituduh sebagai, dengan izin, self-hating Jews. Kita tidak boleh kata mereka adalah self-hating Jews. Mereka adalah pendukung-pendukung perjuangan rakyat Palestin.
Kita kena sokong bersama dengan mereka...
[Tepuk] Kedua, saya bersetuju dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, harus ada penyelesaian segera dan menghentikan pertempuran, tetapi- yang ini saya hendak underline- penyelesaian dan menghentikan pertempuran tidak boleh berbalik kepada status quo. Sebab, kalau berbalik kepada status quo, inilah yang berlaku. Sudah 75 tahun.
Penyelesaian hanya dengan syarat pendudukan haram dan dasar aparteid Israel dihentikan, baru kita boleh bersetuju dengan penyelesaian...
[Tepuk]
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Bahagian yang kedua daripada perbahasan saya merujuk lebih dalam kepada tindakan kita sebagai Kerajaan Malaysia. Ada tiga perkara.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Pertama, kita mesti terus menggunakan perkataan dan melabelkan Israel sebagai aparteid, entiti aparteid dan sangat mustahak- tidak disebut oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan kalau boleh ditambah- Malaysia tidak akan normalisasi hubungan dengan Israel...
[Tepuk] Kedua, Malaysia harus meneruskan sokongan kita kepada perjuangan Palestin termasuk dengan mengambil kira bentuk-bentuk baharu dan generasi baharu Palestin.
Sebagai contoh, BDS Movement. Boycott, Divestment dan Sanctions. Saya percaya Ledang akan teruskan selepas ini. Dan di Malaysia, ada sebuah pusat baharu yang ditubuhkan dan saya harap kerajaan bagi bantuan, khususnya di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Saya merujuk kepada Hashim Sani Center for Palestine Studies di Universiti Malaya.
Poin saya yang terakhir, yang ketiga dari bahagian yang kedua, ialah di samping Malaysia meneruskan sokongan dan solidariti terhadap perjuangan Palestin di semua platform dan semua proses antarabangsa, kita juga sebagai sebuah negara harus meningkatkan dukungan kita dalam bentuk-bentuk yang lain. Disebut oleh Timbalan Perdana Menteri, humanitarian. Saya harap ia termasuk soal pendidikan anak-anak Palestin termasuk di universiti-universiti dan di sekolah-sekolah di tanah air kita.
Saya minta maaf, Ayer Hitam, tidak sempat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Dipersilakan Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya, pertamanya, ingin menyambut baik usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membentangkan kenyataan kementerian ataupun kenyataan menteri ini. Ini satu tindakan yang, bagi saya, penting pada waktunya, timely dan juga menggambarkan solidariti rakyat Malaysia dan kerajaan kepada Palestin.
Keduanya, saya juga pada masa yang sama sebagai Pengerusi Kokus Parlimen berkenaan Palestin mengambil pendirian untuk juga memastikan supaya kita berada di aliran arus yang betul apabila kita menyebutkan tentang isu krisis ataupun konflik Palestin-Israel ini.
Antara perkara penting yang saya rasa kita kena faham dan sama-sama untuk sampaikan kepada rakyat dan kepada luar sana ialah bahawa apa yang berlaku ini bukanlah satu tindakan ganas daripada pihak Hamas kepada Israel, tetapi sebenarnya satu tindak balas mempertahankan diri yang selama ini telah dilakukan secara ganas oleh Israel. Pihak rejim Zionis Israel mengambil tindakan ganas, zalim, pendudukan haram, melanggar hak asasi manusia selama-lamanya. Dan oleh kerana itu, tindakan ini perlu diambil dan wajar diambil untuk memastikan supaya ada hak itu dapat dipertahankan kepada rakyat Palestin dan kepada tanah Palestin.
Sebab itu, bagi saya, kita menekankan- saya rasa kita kena kerap tekankan perkara ini. Sebagai wakil-wakil rakyat, jangan ada perasaan bahawa timbul kenapa berlakunya
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
peperangan ini sehingga menyebabkan rakyat Palestin sendiri yang terpaksa tanggung sengsara akibat daripada tindakan Hamas. Ada timbul mungkin naratif ataupun pandangan- pandangan yang begini. Mereka kata, okey, sekarang Hamas mempertahankan diri, tapi yang sengsaranya adalah rakyat Palestin di Gaza. Mereka duduk dalam kawasan Gaza yang adalah satu penjara terbesar dan sekarang diserang dan tidak dapat keluar daripada Gaza dan terpaksa tunggu untuk mati sahaja.
Jadi, ini saya rasa tidak benar. Kita kena pertahankan, kita kena bagi naratif yang betul. Iaitu, pertamanya, kita kena faham bahawa ini adalah negara haram Israel. Apa yang berlaku pada tahun 1948, apa yang berlaku pada tahun 1967 dan seterusnya apabila mereka menduduki secara haram yang disebut sebagai settler colonialism, penjajahan pendudukan haram, mengambil tanah-tanah rakyat Palestin.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Malah, di West Bank itu pun mereka kata itu sebenarnya adalah tanah jajahan Palestin tetapi dianggap sebagai di bawah Israel authority. Mereka tidak bebas untuk bergerak. Jadi, kita kena beri satu naratif yang betul berkenaan dengan perkara ini...
[Tepuk] Ini adalah respons tegas kita. Kita tidak boleh biarkan keganasan itu berterusan dan oleh kerana itu, pihak Palestin terpaksa mempertahankan diri dan bawa perkara ini kepada pihak antarabangsa dan yang lain...
[Tepuk] Timbalan Yang di-Pertua, pada masa yang sama, insya-Allah saya ingin juga menyebutkan beberapa tuntutan yang dibuat oleh kaukus. Selepas ini kita akan adakan sidang media, iaitu tekanan ini mesti dizahirkan kepada rejim Israel supaya mereka pertama, sepertimana yang disebutkan oleh Indera Mahkota tadi, menghentikan segala kegiatan yang melanggar undang-undang dan hak kemanusiaan.
Kedua, menghormati hak kedaulatan rakyat Palestin di bumi mereka sendiri. Ketiga, tidak menjadikan situasi sekarang sebagai alasan untuk tindakan khianat mencetuskan pergolakan di Palestin dan juga untuk mendapatkan sokongan negara-negara lain melalui hubungan normalisasi tadi. Kita kena tolak normalisasi ini.
Saya percaya Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Ahli-ahli wakil rakyat sekalian, tindakan ini mungkin berlaku kerana ini untuk menghentikan normalisasi yang bakal berlaku di antara Israel dengan Arab Saudi. Ini sedang dalam proses. Kalau ini yang berlaku juga, bermakna ianya akan menimbulkan satu suasana yang amat complicated bagi negara- negara yang ada hubungan dengan Arab Saudi, termasuk Malaysia. Jadi, saya percaya perkara ini juga perlu ditekankan oleh kerajaan dan juga oleh- akhir sekali, Kinabatangan nak masuk, sedikit sahaja. Satu saat.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat juga ingin mencadangkan kepada kerajaan bahawa perlu satu resolusi di PBB secara serta-merta memberhentikan penindasan Israel ini? Sudah 75 tahun tetapi PBB menjadi bisu dan tidak mahu mengambil tindakan apa-apa...
[Tepuk]
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Saya setuju, saya setuju. Saya percaya perkara ini perlu dibawa kepada peringkat PBB. Walaupun kita tahu tindakan oleh PBB ini banyak dilanggar sudah oleh pihak Israel tetapi ianya perlu diteruskan. Malah, saya
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
ingin cadangkan kepada pihak kerajaan dan juga Parlimen supaya kita membawa isu ini kepada peringkat Inter-Parliamentary Union (IPU) yang akan bersidang tidak lama lagi. Di samping itu, ke dalam persidangan The Parliamentary Union of the OIC Member States
(PUIC). Ini adalah persidangan-persidangan yang boleh menjadi pelantar- platform untuk kita bangkitkan berkenaan isu rakyat Palestin dan mendapat hak mereka.
Dan akhir sekali Timbalan Yang di-Pertua, saya juga memohon supaya rakyat Malaysia bangkit mendengar berkenaan perkara ini, ambil perhatian, ambil berat, ambil serius berkenaan dengan perkara ini. Kerana ia bukan hanya soal Palestin tetapi ia adalah soal hak kemanusiaan mereka, kebebasan, keamanan dan juga memberikan harapan bagi kita bahawa kita ada perjuangan yang berterusan untuk membebaskan dan memastikan tanah mereka ini mendapat hak yang sewajarnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Dipersilakan Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Realiti pada hari ini, rakyat Palestin sedang hidup di dalam penjara terbesar di dunia.
Kebebasan harian disekat, dihalau dan diusir daripada tanah dan rumah milik mereka.
Elektrik dan air dikawal oleh pemenjara mereka iaitu Israel. Mereka setiap hari tidur dalam ketakutan. Pada bila-bila masa, pagi dan malam boleh dibedil oleh bom. Pada bila-bila masa the occupiers boleh ketuk, hentam pintu, usir mereka daripada rumah yang baru dibina.
Realitinya, mereka sedang hidup dalam ketakutan, 24 jam, tujuh kali seminggu selama berdekad-dekad lamanya. Perkara ini bukanlah perkara yang baru timbul dan muncul beberapa minggu yang lepas. Sebab itu apabila pihak dunia hanya menggunakan selective outrage, kemarahan yang selektif. Apabila ada mangsa dan rakyat yang tidak bersalah dibunuh tetapi mereka menutup mata, membutakan mata, memekakkan telinga apabila rakyat Palestin dibunuh dengan kejam sejak berdekad-dekad lamanya.
Dan ini bukanlah perkara yang hanya diadili oleh pemimpin rakyat Malaysia. Kalau kita lihat Laporan Amnesty International sendiri, yang menunjukkan bahawa kekejaman Israel ini direkodkan sebagai war crimes, jenayah besar peringkat antarabangsa. Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel turut dirujuk, dengan izin, to the International Criminal Court. Mahkamah Jenayah Dunia kerana pembunuhan yang kejam, pengambilalihan tanah secara paksaan, usiran besar-besaran.
Persoalannya ini. Apabila pemimpin dunia, di persada dunia katakan Israel has the rights to self-defense, di manakah mereka apabila rakyat Palestin dibunuh secara kejam?
Mana hak Palestin untuk membela dan mempertahankan nasib mereka?...
[Tepuk] Kita tidak boleh ada selective outrage. Adakah nyawa seorang Israel jauh lebih bermakna daripada nyawa seorang bayi, wanita, anak-anak, yang kejam dibunuh di Palestin?
Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan dalam Dewan ini, kita tidak boleh ada selective outrage ini. Kalau di Ukraine, negara-negara besar dunia Eropah, Amerika Syarikat, UK dan yang lain cepat bertindak. Berikan bantuan, berikan pembelaan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Mereka kata, “We need to fight the occupiers” kerana Rusia ambil alih tanah secara paksa, tetapi di dalam Palestin dan Israel pula, apabila the occupiers datang mengusir, membunuh dengan kejam, secara tiba-tiba mereka buta, pekak dan bisu. Itulah selective outrage di peringkat persada dunia yang wajib kita tentang dan lawan.
Perkara ini lebih merisaukan Tuan Yang di-Pertua, adalah kerana ini adalah bom jangka. Bom jangka ini berdekad-dekad lama tetapi lebih spesifik sejak dua tiga tahun yang lepas, apabila tanah-tanah yang sebelum ini, I’m not talking about pre-1960s yang telah dibina rumah-rumah orang Palestin. Secara tiba-tiba, illegal occupiers sedikit demi sedikit mengambil alih tanah bumi Palestin yang semakin lama semakin kecil. Mereka ketuk pintu ke pintu, usir mereka keluar, tarik, heret orang Palestin keluar daripada rumah, pukul mereka, ada yang sampai dibunuh.
Pada baru-baru ini di Perhimpunan PBB, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengeluarkan satu peta yang menunjukkan bahawa bumi Palestin itu tidak wujud lagi, tetapi sambil dia mengeluarkan peta yang melenyapkan bumi Palestin, menteri-menteri tertinggi di dalam Kabinetnya kata bahawa mereka akan mengusir rakyat Palestin, tetapi sambil perkara ini berlaku, masih ada negara-negara Islam yang sanggup bersekongkol dengan kepimpinan pembunuh Benjamin Netanyahu ini.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
[Bangun]
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Sebab itu Malaysia perlu tegas dalam bab ini.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Walaupun di persada dunia– minta maaf, masa sangat ringkas, singkat. Walaupun kita ada hubungan yang baik dengan negara-negara ini, but we should not compromise. Saya ada satu cadangan, izinkan 30 saat. Kalau boleh saya cadangkan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Kerana sambil kita melihat apa yang sedang berlaku, Malaysia ada peranan untuk dimainkan. Kita patut memanggil Persidangan OIC secepat mungkin dan keluarkan satu kenyataan bersama dengan negara-negara OIC to condemn unequivocally the mass murder of Palestinians bukan sahaja pada masa ini tetapi berdekad-dekad yang lepas.
Yang kedua secara pragmatik, adalah untuk menubuhkan humanitarian corridor supaya saluran-saluran bantuan asas dapat disalurkan sebaik mungkin. Kerana Tuan Yang di-Pertua, sambil kita selesa di dalam Dewan ini, sambil mereka sedang berperang, negara Israel telah pun memutuskan electricity, air, sumber asas kepada rakyat Palestin yang tidak bersalah langsung.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Walhal kalau di Ukraine walaupun ada ura-ura Rusia memutuskan electricity, terus dipanggil, “This is the biggest war crime”, jahat, kejam tetapi apabila negara Israel memutuskan electricity, air, asas untuk orang hidup. Hospital dibedil, hancur satu bangunan dihancurkan. Masjid yang dibina oleh Malaysia, hancur dilenyapkan begitu sahaja tetapi tidak adapun mereka kata, “This is war crime”. So, we need to set up that humanitarian corridor
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
secepat mungkin supaya bantuan asas dapat disalurkan sebelum perkara ini melarat.
Malaysia perlu bertegas mempertahankan prinsip kita jaga negara-negara kecil seperti Palestin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Dipersilakan Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk kami membahaskan perkara yang amat penting pada hari ini.
Dewan yang mulia, Tuan Yang di-Pertua, kita lihat sebenarnya pada hari ini, ketika ini hipokrasi barat dalam melihat konflik yang berdarah di Gaza, di Palestin ini memuncak dan tidak surut. Kita lihat bila mana Ukraine membela, mempertahankan wilayahnya, barat mengatakan mereka adalah pejuang kebebasan dan hak kedaulatan mereka, tetapi bila Palestin membicara puluhan tahun hak kedaulatan, kebajikan, kemanusiaan, mereka dicap sebagai terrorist.
Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional akan menyokong usul dan pandangan yang diberikan tadi oleh Bagan Datuk walaupun kita berbeza dari segi politik. Ini kerana keutamaan maqasid kita khususnya sebagai umat Islam dalam mempertahankan Masjidil Aqsa dan bumi Palestin, bumi para Anbiya melangkaui perbezaan politik kepartian.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merekodkan pendirian saya dalam Dewan yang mulia pada hari ini bahawasanya Israel adalah rejim aparteid. Israel adalah rejim penjajah zaman baharu. Israel adalah rejim fasis yang kita perlu sama-sama sokong dan perakui...
[Tepuk] Ini penting Tuan Yang di-Pertua kerana dalam kita bukan terlibat di medan pertempuran yang berdarah...
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
[Bangun]
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
...Kita terlibat dalam medan pertempuran idea, medan pertempuran diplomasi di mana idea dan hujah kita akan memberi kesan yang besar berkenaan dengan dasar luar negara-negara Barat dan dasar luar negara-negara OIC yang semakin menerima proses menormalisasikan hubungan dengan Israel yang Malaysia perlu tolak sampai kiamat...
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan, pada Wisma Putra untuk mengambil pendekatan yang baharu selain daripada diplomasi melalui pintu diplomasi PBB, saya syorkan kepada pihak kerajaan untuk mengepalai diplomasi agama dan budaya. Kerana kita tahu walaupun memang konflik di Palestin ini ialah konflik kemanusiaan, it’s about territory and land. Pada masa yang sama, memang ada unsur-unsur keagamaan yang kuat sama ada di pihak Muslim mahupun di pihak Yahudi...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
[Bangun]
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ya, Ayer Hitam.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Ini memang satu tindakan tepat. Kedua-dua pihak memang sokong. Setiap kali kita berbahas, perbuatan keji Zionis itu memang kita kecam. Dan saya tertarik Yang Berhormat kata, boleh bawa dan bincang bukan sekadar resolusi, IPU ada, OIC ada, PBB ada. Setiap kali buat satu resolusi, tindakan susulan itu kita tidak nampak. Apa tindakan Malaysia yang lebih berani untuk kita mengusulkan perkara ini? Ada suatu keputusan yang positif. Terima kasih.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Ayer Hitam atas cadangan yang penting, dan saya ingin membawanya kepada perbincangan yang ini. Kalau kita lihat sebenarnya tuan-tuan, Tuan Yang di-Pertua, kita perlukan diplomasi agama dan budaya supaya naratif yang songsang, yang dijaja oleh Jewish Lobby di Washington berkenaan dengan Israel dan Palestin itu diperbetulkan.
Kalau kita lihat kita pernah ada seorang anak Malaysia yang sudah pun berbakti di Palestin, Dr. Ang Swee Chai dalam bukunya From Beirut to Jerusalem. Seorang doktor, beliau merupakan seorang penganut Kristian Zionis pada asalnya tetapi selepas beliau sendiri turun menyaksikan kesan pembantaian Sabra dan Shatila, beliau mengubah pendirian beliau dan menjadi orang yang memahami masalah Palestin dengan seadilnya walaupun beliau bukan merupakan seorang Muslim...
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Kangar.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ini merupakan satu perkara yang penting kerana kita lihat keangkuhan barat, keangkuhan Israel walaupun mereka ini minoriti disokong oleh pelobi-pelobi Yahudi Zionis di Amerika. Kita perlu betulkan naratif ini dengan adakan banyak dialog berkenaan agama, berkenaan dengan kegagalan Zionisme dalam memberikan keadilan kepada kaum Yahudi.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Kangar minta laluan.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Silakan Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Kangar tunggu lama dah. Okey, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Machang, setuju tak Machang kalau saya katakan inilah masa yang amat sesuai untuk rakyat Palestin bangkit melalui pergerakan Hamas dan Briged Al-Qassam untuk mengusir Israel keluar dari bumi Palestin. Inilah pasukan yang amat digeruni oleh Israel berbanding dengan PLO pimpinan Yasser Arafat. “Biar mati syahid, jangan mati katak”. Allahuakbar...
[Tepuk]
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Takbir. Terima kasih Kangar. Saya bersetuju penuh. Ini masa untuk kita berikan sokongan penuh kepada Hamas dan Briged Al-Qassam dalam mempertahankan setiap inci bumi Palestin dan yang lebih penting, masjid Al-Aqsa yang kita sama-sama pegang. Wabillahitaufik walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih. Saya menyokong usul Bagan Datuk. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Dipersilakan Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Terima kasih Timbalan Speaker. Setiap hari secara puratanya tiga kejadian akan berlaku di mana rakyat Palestin bukan sahaja diusir dari rumah mereka, tetapi yang datang mengusir yang kita boleh namakan apa jua nama peneroka kah, penceroboh kah, peneroka pencerobohan haram dari Israel kah, mereka diusir dari rumah. Apabila mereka diusir dari rumah mereka turun-temurun, mereka baling batu untuk mempertahankan rumah mereka. Apabila mereka membaling batu, serangan kembali adalah ditembak di kepala. Ini adalah realiti yang telah berlaku semenjak penjejakan atau tracking dilakukan oleh UN, tiga kejadian seperti ini berlaku setiap hari. Setiap hari ya.
Dan apabila kita dengar respons dari luar khususnya daripada kalangan orang Malaysia di mana ia disamakan apa yang telah berlaku dalam dua, tiga hari ini disamakan dengan satu tindakan keganasan. Saya mohon, saya mengajak semua Ahli Dewan di sini untuk memainkan peranan dan mengambil tanggungjawab untuk menyedari rakyat senegara kita bahawasanya kita tidak boleh sekali-sekali menyamakan tindakan yang ditakluki dengan yang menakluki.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ipoh Timur, minta. Saya sokong.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Sat. Bagi...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Ipoh Timur. Saya juga turut bangun untuk menyokong usul ini dan juga mencadangkan pertamanya, kalau boleh kerajaan juga menyediakan bantuan perubatan kepada mangsa-mangsa di Palestin di mana kita boleh aturkan satu misi untuk memberi bantuan perubatan kepada mangsa- mangsa yang mengalami kecederaan disebabkan oleh tindakan kejam Israel.
Pada masa yang sama, saya ingin bertanya kepada kerajaan, adakah kita juga bercadang untuk menyediakan pasukan pengaman dari Malaysia ataupun dari ASEAN untuk ke situ? Bukan bertempur, tetapi sekurang-kurangnya melindungi mangsa-mangsa yang dizalimi dan dikejami oleh Israel.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ipoh Timur, tambah sikit daripada apa yang disebut tadi, sikit. Okey, terima kasih Ipoh Timur, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sekarang ini kita minta semua rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan agenda barat yang menyebut apabila rakyat Palestin mempertahankan tanah air mereka, mereka disebut pengganas. Sedangkan berpuluh tahun daripada tahun 47, 46, 45 apabila rakyat Palestin dibunuh hari-hari tiba-tiba media-media kita termasuk dalam negara menyebut rakyat Palestin adalah pengganas sedangkan mereka mempertahankan tanah air.
Ini kita kena minta media-media kita supaya jangan terpengaruh dengan media- media barat yang mereka ada hide agenda mereka sendiri. Sekian, terima kasih.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Terima kasih, kepada dua-dua Yang Berhormat. Saya setuju dengan segala yang telah dibawa khususnya cadangan yang dibawa oleh Jelutong bahawasanya kita bertanggungjawab sebagai satu pelaku negara untuk menghantar pasukan penyelamat ataupun pasukan perubatan untuk membantu usaha-usaha
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
di sana untuk menyelamatkan nyawa, tapi pada asasnya apa yang perlu kita pertimbangkan, seperti yang disebut Ayer Hitam tadi.
Tindakan susulan selepas ini kita boleh keluarkan 100,000 resolusi di mana-mana peringkat multilateral pun, kita perlu pastikan tindakan diambil dan pastikan undang-undang antarabangsa terpakai sama untuk semua termasuk rejim pengganas Israel ini.
Ini adalah sesuatu yang wajib sebab keganasan yang telah mereka lakukan selama ini tidak boleh menunggu tindakan keadilan lagi. Bab menunggu ini saya terpaksa membawa bahawasanya peperangan tidak menunggu kesiagaan mangsanya. Maka, resolusi kita, cadangan kita, ketetapan yang bakal kita buat dalam Dewan yang mulia ini tidak boleh menunggu. Sekian, terima kasih. Ipoh Timur menyokong...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Timur. Dipersilakan Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih untuk Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Satu ucapan oleh Syeikh Ahmed Yassin sebelum beliau syahid 2004, menyatakan bumi Palestin dan Masjidil Al-Aqsa bukan hak milik mutlak orang-orang Arab bahkan hak umat Islam keseluruhan dan hak kemanusiaan sejagat yang cintakan keamanan dan menentang kezaliman.
Operation Al-Aqsa Flood yang sedang berlangsung sekarang ini adalah satu manifestasi daripada langkah besar gerakan pembebasan di Palestin untuk menamatkan kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh rejim aparteid Israel lebih 70 tahun, pada 6 Oktober 1973, tarikh yang sama berlaku dalam Operation Al-Aqsa Flood ini iaitu yang disebut...
[Berucap dalam bahasa Arab] Perang Ramadhan di antara negara Arab dan Israel dan selepas itulah berlakunya perluasan wilayah-wilayah haram Israel. Dalam Laporan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia, laporan oleh Volker Türk pada tahun lepas, jumlah penerokaan haram rejim Israel di seluruh tanah Palestin telah meningkat daripada 520,000 penempatan haram kepada 700,000 penempatan haram sejak sedekad yang lalu.
Maka sudah pastilah tindakan Hamas ini adalah untuk nak mengembalikan tanah- tanah mereka yang telah dirampas termasuklah di bumi Gaza yang hari ini menjadi penjara terbesar di dunia. Saya sempat ke sana tiga kali melihat penderitaan penduduk Gaza itu dan sempadan dengan Israel yang disekat, yang hari ini telah dirobohkan pagarnya di Asqalan di Beersheba itu adalah tanah-tanah orang-orang Palestin yang telah dirampas sejak sekian lama.
Tuan Yang di-Pertua, yang penting juga ialah pada hari ini seluruh dunia perlu melihat apa yang berlaku ini sebagai titik untuk menamatkan penderitaan rakyat Palestin dan menghentikan kezaliman yang berterusan oleh rejim aparteid. Jika tidak ada noktah pada pertempuran ini, sudah pasti negara Palestin itu akan lenyap termasuklah di bumi Gaza, di Tebing Barat dan sebahagian daripada kawasan-kawasan yang telah pun diduduki oleh Israel pada ketika ini.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Sik, laluan sikit.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar
Adakah Yang Berhormat bersetuju supaya kefahaman menentang Israel ini diterapkan dalam pelajaran di sekolah- sekolah supaya anak-anak muda kita di sekolah sudah faham daripada awal, pendirian negara menentang kezaliman Israel ini diterap di peringkat sekolah lagi. Adakah Yang Berhormat bersetuju?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya, sudah pasti ia perlu diberi suatu penegasan bahawa proses sejarah yang berlaku mesti difahami oleh seluruh anak-anak kita supaya mereka mengenal yang mana adil, yang mana zalim yang sedang dilakukan oleh manusia hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, poin kedua terakhir iaitu saya ingin memohon perhatian pihak kerajaan, apa langkah terdekat yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan khususnya dalam bantuan kemanusiaan kepada lebih seluruh rakyat Gaza khususnya. Dalam laporan 24 jam lalu sudah hampir 300 orang yang telah terkorban termasuk 20 kanak-kanak, lebih sudah 2,000 yang tercedera dan hospital-hospital di Gaza juga sedang penuh sarat dengan pesakit- pesakit yang cedera dan sebagainya.
Saya yakin kerana rakyat Malaysia hari ini sedang bergerak termasuk daripada NGO- NGO kita di Perikatan Nasional di parti kita sedang mengerakkan Aid for Palestine dan kami mohon pihak kerajaan bersama memberi komitmen. Kalau dapat disebut Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, jumlah yang akan di salur oleh kerajaan pada hari ini untuk di umum kepada seluruh rakyat.
Berapa juta yang kita akan salurkan termasuk kita akan kumpul bersama dengan seluruh jumlah yang akan dikumpul bersama rakyat Malaysia dan saya ingin menegaskan bahawa langkah yang segera perlu diambil alih oleh Wisma Putra, segera membuat perundingan dengan Kerajaan Mesir bagi Kerajaan Mesir membuka pintu sempadan di Rafah yang menjadi penghalang bantuan kemanusiaan daripada seluruh dunia termasuk di Malaysia, pemuda-pemuda di Malaysia, pertubuhan-pertubuhan Islam bersedia untuk masuk ke Gaza untuk memberi bantuan dan sudah pasti ia memberi impak besar kepada lebih dua juta rakyat Gaza yang sedang di kepung. Pendang, ringkas Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Sik. Saya cuma nak minta- isu ini dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Kita minta segala- lepas ini saya rasa ada bentuk perjanjian damai.
Perjanjian damai ini kita tidak boleh bersetuju kerana setiap perjanjian damai inilah yang menyebabkan Israel melampau kerana dia disokong oleh dunia.
Jadi, perjanjian-perjanjian damai yang masa akan datang kita harap Kerajaan Malaysia tidak akan bersetuju dengan segala perjanjian damai ini supaya mereka tidak menjadi lebih ganas kalau kita bersetuju, makna Malaysia juga bersetuju dengan kewujudan keganasan, kezaliman yang dilakukan oleh Israel terhadap penduduk Palestin ini yang dah seratus tahun dibunuh sampai sekarang ini.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya harap kerajaan Malaysia ambil perhatian, tidak menyokong segala perjanjian damai yang akan dibuat, selepas ini akan ada lagi. Insya-Allah, terima kasih.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tuan Yang di-Pertua, saya, terakhir poin saya iaitu saya memohon penjelasan daripada pihak kerajaan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, bagaimana pendirian tegas kita ketika mana ada suara dan sudah ada kenyataan khususnya daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri yang menyokong proses dipanggil two-state solution, dengan izin, yang saya pasti penjelasan ini tidak pun kita mengambil kira daripada penduduk Palestin itu sendiri. Mereka sendiri tidak bersetuju two-state solution ini.
Kita sangat kesal apabila kenyataan ini disebut oleh Perdana Menteri ketika dalam sidang tahun ke-43 ASEAN Summit baru-baru ini. Kita sangat menyesali kalau proses two- state solution ini dibawa oleh negara kita yang saya yakin seluruh rakyat Palestin sama ada mereka berada dalam Palestin itu sendiri yang menjadi pelarian di negara di sekitar itu, mereka sangat tidak bersetuju bahawa mereka memastikan kami perlu kembali ke negara Palestin untuk mengambil kembali tanah-tanah yang telah dirampas. Ada sebahagian orang- orang Palestin di Lebanon menjadi pelarian, mereka masih memegang kunci-kunci rumah mereka yang telah dirampas sejak tahun 1997 dulu.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk kita membuat penegasan berkaitan dengan Palestin ini untuk mereka merdeka pada suatu hari nanti. Terima kasih Tuan Speaker...
[Tepuk]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Yang Berhormat Arau duduk sekejap.
Okey, saya ada beberapa keputusan dibuat di sini ya. Kita telah tetapkan pukul satu ini selepas saya bercakap ini kita akan tangguh, sambung pada 2.30 tapi selepas itu ada beberapa perkara.
Permohonan Hulu Langat untuk menggantikan Tampin dan Tampin untuk menggantikan tempat Hulu Langat saya luluskan. Jadi, selepas waktu makan ni Hulu Langat boleh berbahas. Baik, selain daripada itu baki-baki pembahas adalah Hulu Langat- sebelah kerajaan ya. Hulu Langat, Tampin, Sri Gading. Manakala di sebelah kiri saya Yang Berhormat Pasir Puteh dan Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri akan menjawab. Sekian. Dengan sedemikian kita tangguh ke pukul 2.30.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, Arau masuk kah?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, yang itu nanti Speaker yang akan datang, fasal senarai awal tidak ada.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ada tapi bagi dua minit...
[Ketawa]
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
[Dewan ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
■1430
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam perpaduan. Salam Malaysia Madani. Salam Rahmah.
Tuan-tuan dan puan-puan, khususnya Ahli-ahli Parlimen yang dimuliakan lagi dirahmati oleh Allah subhanahu wa ta'alaSWT. Kita dah dengar tadi dah. Semua kita menyokong perjuangan rakyat Palestin, betul?
Beberapa Seorang Ahli: Betul
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kita menentang kezaliman yang dilakukan oleh tentera laknatullah Israel, betul?
Beberapa Ahli
Betul.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab itu kita nak minta kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Kita nak minta kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kita nak minta kepada Kerajaan Perpaduan Madani yang ada pada hari ini, gunakan seluruh kekuatan, gunakan segala jalur yang ada, gunakan semua saluran yang ada bagi kita dapat membantu perjuangan rakyat Palestin yang sekarang ini ditindas oleh tentera laknatullah Israel, boleh?
Beberapa Ahli
Boleh.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Macam ceramah. Saya dengar tadi sebab Pasir Puteh angkat tangan kepada saya. Maksudnya dalam hal ini tidak kiralah kita Pasir Puteh kah, kita Kuala Terengganu kah, kita Pendang kah, kita Arau kah, kita Hulu Selangor kah, kita yang berada di sini kah atas nama sejagat, atas nama perikemanusiaan, atas nama kehidupan, kita wajib menyokong perjuangan yang dicetuskan oleh rakyat Palestin, betul?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ya. Mana? Mana?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jelutong nak samhbut.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Baru mukadimah dah nak mencelah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tidak, tidak. Sikit, sikit saja.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab – sekejap, sekejap saya akan bagi. Sebab saya nak sebutkan, yang dibunuh ini adik kita, yang dibunuh ini anak kita, yang dibunuh ini kakak kita, yang dibunuh ini ibu kita, yang dibunuh ini datuk kita. Sebab itu tTuan- tuan dan Ppuan-puan kita minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, gunakan apa juga saluran yang ada.
Nak berhimpun, kita berhimpun. Nak demonstrasi, kita demonstrasi. Nak adakan perhimpunan ASEAN – Asia, nak adakan perhimpunan Komanwel, nak adakan OIC, nak adakan perhimpunan PBB, adakan apa juga perhimpunan sebab seluruh dunia wajib mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh tentera laknatullah Israel ini. Sila.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih, Yang Berhormat.
Saya pun bersemangat. Saya sebab itu telah mencadangkan tadi bahawa perbahasan ini perlu diterjemahkan kepada satu misi sama ada misi itu adalah misi perubatan ataupun misi yang boleh dianggotai oleh tentera kita, misi aman supaya kita menjaga rakyat Palestin di sana dan bagi misi perubatan mungkin kita boleh cadangkan Ahli-ahli Parlimen turut serta untuk turun ke situ dan memberi bantuan perubatan kepada rakyat Palestin yang terjejas sekarang. Apa pendapat Yang Berhormat? Bukan saja sekadar berbahas tetapi terjemahkan kepada misi untuk menjaga rakyat Palestin.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya sangat setuju. Ada lagi yang nak mencelah?
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kuala Terengganu. Kuala Terengganu.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ada lagi nak mencelah? Ha, Kuala TerengganuTerengganu!.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik celah Sik. Sik mau celah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Teman dan juga sahabat saya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Lepas ini bagi dekat Sik, ya?
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Saya ....
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sahabat dunia akhirat. Sila Kuala Terengganu.
Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Saya jarang puji Hulu Langat tapi hari ini secara terbuka saya puji. Saya puji hujah yang dibuat oleh Yang Berhormat Hulu Langat pada hari ini dan saya menyokong apa saja usaha untuk menunjukkan ketegasan kita di dalam menyatakan sokongan kepada perjuangan kepada rakyat Palestin mesti diterjemahkan ke dalam apa-apa saluran convention yang ada seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Tahniah, Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Hulu Langat, Sik ada sikit, boleh?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Terima kasih Kuala Terengganu.
Kalau macam itu kes boleh tariklah, Kuala Terengganu.
[Ketawa] . Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ....
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sekejaplah, masa pun tak ada.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sikit, sikit – Sik.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tadi Sik – Sik. Tadi Sik dah bercakap.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tadi ini Yang Berhormat kata ...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tadi Sik ....
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
.... Kkalau kita nak buat himpunan, nak buat demonstrasi, kerajaan tolong beri segala mungkin kemudahannya kan.? Kita PAS telah pun mengarahkan hari Jumaat ini – Setiausaha Agung, Yang Berhormat Kota Bharu mengarahkan seluruh masjid-masjid akan buat himpunan besar-besaran. Kalau boleh Hulu Langat sekali – turun sekali bersama dengan pemuda-pemuda PAS untuk kita buat himpunan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Boleh. Dulu pemuda-pemuda PAS itu yang pimpin demonstrasi dulu, saya lah.
[Ketawa] .
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tapi sebab apa lari?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
So, ik jangan tak tahu dulu ini raja demonstrasi dulu.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Lepas demonstrasi ......
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Itu dulu. Sekarang tak besar pun. Itu dulu
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kalau dulu ketua dia Imam Sabu, selepas Iman Sabu itu, aku lah.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Ramai.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tapi Dan insya-Allah kita akan bersama atas nama perjuangan, atas nama Palestin kita akan – Arau.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar. Parit Buntar.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau, kita kan dahsudah – Arau ini.
....
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Itu dulu.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Itu dulu. Sekarang jom.you ...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Insya-Allah. Insya-Allah ini atas nama Palestin. Kita akan – kita akan bersama sebab isu sudah 75 tahun.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Hari Jumaat kita berhimpun di Masjid Negara. Jumaat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
75 tahun tidak selesai dan saya dimaklumkan juga ada satu NGO iaitu Serantau Muslim yang turut akan bersama-sama menggerakkan usaha bagi memberi satu kesedaran kepada seluruh masyarakat dan warga dalam negara kita ini untuk bersama-sama kita dengan rakyat Palestin.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
(tidak jelas)Penjelasan Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha?
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Siapa punya tadi itu?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Serantau – Serantau Muslim.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tadi, tadi – soalan tadi, adakah Yang Berhormat akan hadir pada hari Jumaat ini? Itu saja.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hadir.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hadir. Okey. Alhamdulillah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hadir. Saya akan hadir kalau Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri membenarkan saya hadir. Insya-Allah. [Dewan ketawa]. Insya-Allah saya akan hadir bersama-sama ....
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Apa ini? Datanglah .....sama-sama.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tak payahlah minta izin.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dan saya pun masih ingat lagi, kan?
Kalau dulu kita demo, “Hancur! Hancur!”.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
“Hancur! Hancur!”.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
“Hancur Israel”.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
[Ketawa]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
“Jahanam! Jahanam!”. “Jahanam Israel”.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Gulung.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu SelangorLangat
Sudah tukar, ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Hulrhormat Hulu Langat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tampin.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
D Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabaraIkatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk bersolidariti dan menyokong pendirian Yang Amat Berhormat Bagan Datuk selaku Timbalan Perdana Menteri I.
Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan syabas kepada kerajaan yang tidak menunggu lama untuk membawa isu ini ke dalam Dewan supaya dapat dibincangkan dan kita bersolidariti bersama antara kerajaan dan pembangkang. [Tepuk] Nampaknya kita
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
dalam Dewan ini bersolidariti bersama-sama untuk memastikan Israel dihancurkan, Ttuan- tuan dan Ppuan-puan.
[Tepuk] Dah macam ceramah juga, ya? Tindakan zalim, kejam dan ganas yang menimpa rakyat Palestin selama ini tidak boleh dimaafkan. Siapa sangka tanah Palestin yang begitu luas sebelum ini tercetusnya konflik sudah menjadi sekecil-kecilnya.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Serangan roket Hamas baru-baru ini yang mengakibatkan lebih daripada 123,000 rakyat Palestin di Gaza hilang tempat tinggal dan sekitar 74,000 orang ditempatkan di pusat pemindahan adalah amat membimbangkan. Pencerobohan dan pencerobohan darat dilakukan oleh Israel ke atas Gaza serta pendirian Israel untuk menjadikan Palestin sebagai padang jarak padang tekukur sememangnya perlu ditentang habis-habisan.
Hakikatnya, Israel ini merupakan sebuah negara haram kerana pembentukannya telah menindas dan menganiaya rakyat Palestin sejak berapa dekad sehinggalah ke hari ini.
Umum mengetahui Israel sudah lama mengimpikan tanah Palestin dan mahu menjadikannya sebagai negara mereka dengan alasan kepentingan dari segi sejarah kaum mereka.
Oleh sebab itu, mereka sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai matlamat dan tujuan mereka. Saya percaya, pelbagai lagi tindakan zalim yang akan dilakukan selepas ini.
Perkara ini menjadi lebih parah apabila terdapat pihak yang berkepentingan yang menyorok di belakang Israel dan memberi sokongan. Rentetan itu, Israel menjadi semakin berani dengan mengambil langkah ekstrem untuk mencapai impian mereka. Timbalan Yang di- Pertua...
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Tampin. Boleh sedikit?
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Boleh, boleh. Alah, Bentong, Bentong.
[Ketawa]
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Okey. Baik. Sebenarnya sedikit sahaja, sebahagian daripada pemuda Kerajaan Perpaduan bersama dengan NGO Anak Muda, kami juga akan mengadakan satu demonstrasi pada hari Jumaat ini, selepas solat Jumaat. Jadi, saya berharap seperti mana-mana bahagian NGO, persatuan, parti-parti yang akan bersama-sama menganjurkan demonstrasi pada hari Jumaat ini, supaya kita semua beramai-ramai keluar menyatakan, menzahirkan sokongan kita untuk kepada Palestin ini dan untuk kita menentang apa yang telah dilakukan oleh pihak Israel.
Jadi, kita jangan hanya bercakap-cakap tetapi kita semua turun ke jalanan juga dan
kita minta pihak berkuasa memberikan kerjasama kepada kita semua, insya-Allah. Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Insya-Allah. Alhamdulillah Bentong, Tampin akan bersama Bentong pada hari Jumaat ini.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau, Arau, Arau, saya akan bersama dengan Bentong hari Jumaat ini.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Ketawa] Sehubungan dengan itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar bersama- sama memberikan sokongan dan solidariti terhadap malapetaka yang menimpa rakyat Palestin. Misi-misi bantuan kemanusiaan hendaklah digerakkan dengan segera. Kita juga
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
perlu memperbaharui komitmen Malaysia dalam menyokong perjuangan Palestin sepertimana yang telah dilakukan oleh Dato’ Sri Najib Razak, selaku mantan Perdana Menteri ke-6 yang telah menjadi Perdana Menteri yang pertama yang menjejakkan kaki ke lokasi konflik bumi Palestin.
Kita juga perlu bersama-sama memberikan sokongan penuh terhadap NGO-NGO, dalam misi bantuan kemanusiaan yang dianjurkan, seperti apa yang telah dilakukan oleh Aman Palestin, Biro Kebajikan UMNO dan lain-lain NGO yang telah terbukti mampu untuk berbuat demikian.
Akhir sekali, saya juga ingin menggesa kuasa-kuasa besar dunia supaya tidak lagi mendiamkan diri dengan menjadi pemerhati. Mereka ini juga sepatutnya campur tangan dan mempertahankan kedaulatan negara Palestin menerusi PBB, OIC dan sebagainya demi hak asasi manusia. Timbalan Yang di-Pertua, sekian sahaja daripada saya setakat ini. Saya menyokong sepenuhnya usul dan ketetapan yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tampin, saya jemput Yang Berhormat Pasir Puteh.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Pertamanya, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri yang telah membawa usul ini, yang kalau Timbalan Perdana Menteri tak bawa, Ketua Pembangkang akan bawa. Insya-Allah. Apa pun, dalam isu Palestin, Parlimen Malaysia, saya rasa tidak ada yang membangkang.
Tentunya kita memberi sokongan yang padu kepada perjuangan rakyat Palestin kerana perjuangan mereka adalah hak mereka, tanggungjawab mereka dan kewajipan yang mesti ditunaikan oleh mereka. Sejarah yang berlaku, konflik di antara Palestin dengan Israel ini, sekian lama menelan usia lebih daripada 75 tahun.
Kalau kita lihat sejarah bagaimana perjanjian, perdamaian yang cuba diolah oleh banyak pihak, antaranya Camp David (1978 dan 1979), Oslo (1993), Puncak Camp David tahun 2000, kemudian Perdamaian Cairo-Toyyiba yang terkenal dengan Sharm El Sheikh, peta Timur Tengah ataupun ya peta Timur Tengah pada tahun 2003 yang dianjurkan oleh Kesatuan Eropah dan Russia dan juga Presiden Palestin di waktu itu, iaitu Mahmoud Abbas.
Isunya, semua sekali agenda yang dikemukakan oleh PBB ataupun oleh OIC dilihat oleh Israel ini sebelah mata dan mereka tidak pernah tunduk kepada perjanjian yang direncanakan oleh masyarakat antarabangsa. Mengapa perkara ini berlaku? Dalam Parlimen yang mulia ini, suka saya kemukakan kerana saya membaca Kitab Taurat ini daripada awal sampai kepada akhir. Begitu juga dengan kitab agama-agama yang lain, saya baca dan ini adalah bidang pengajian saya.
Di dalam Kitab Taurat yang kita semua tahu, bahawa Kitab Taurat ini dipesongkan oleh tangan-tangan Yahudi yang tidak bertanggungjawab. Ada satu perkataan yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab iaitu- [Berucap dalam bahasa Arab] Maksudnya,
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
“Sesungguhnya bangsa yang paling mulia di atas muka bumi ini adalah bangsa Yahudi”. Lain daripada bangsa Yahudi, semuanya hina dina, sampah sarap. Kalau kita lihat di dalam buku- buku Syuruh, kalau Islam ini tafsirlah.
Syuruh ada yang mengatakan di antaranya samiriyyun, dia mengatakan bahawa membunuh kaum lain terutamanya orang Islam, dia dapat pahala. Bunuh orang, dapat pahala. Bunuh orang, diampunkan dosa oleh Allah SWT. Kalau dia menipu perjanjian, dia langgar perjanjian, dia dapat pahala yang besar di sisi Allah SWT. Inilah dia Yahudi laknatullah. Sebab itulah kalau kita lihat di Masjid Ibrahimi, sewaktu umat Islam sujud kepada Allah malam 27, malam lailatulqadar, mereka tembak satu masjid.
Selepas mereka tembak, mereka mengatakan, “Dosa kami bersih sebagaimana sehelai kain putih”. Inilah angkara Yahudi. Sebab itulah saya menyokong penuh kalau gerakan-gerakan perjuangan rakyat Palestin mengajar mereka melalui peperangan, saya menyokong kerana bangsa Yahudi ini adalah bangsa yang begitu rupanya. Cuma dalam kesempatan yang singkat ini, saya juga ingin mengajak rakyat Palestin supaya mereka bersatu padu di antara satu sama lain.
Kekuatan ini duduk pada penyatuan. Saya minta kepada Hamas, saya minta kepada Fatah, saya minta kepada Jihad Islami dan lain-lain pertubuhan termasuk NGO, mereka sekata dan mereka tuju satu matlamat yang sebenarnya matlamat mereka ini hampir sama untuk membebaskan bumi Palestin dan membebaskan kota suci Masjidil Aqsa.
Yang keduanya, saya mendesak negara-negara umat Islam, terutama sekali negara- negara Arab. Negara-negara Arab ini, jangan sekali-kali menerima normalisasi dengan Israel kerana normalisasi yang digagaskan ini, dia adalah satu perkara yang berat sebelah. Berat sebelah. Syabas saya ucap kepada Kerajaan Malaysia. Bukan sahaja Kerajaan Madani ini, kerajaan daripada dahulu lagi, kita menolak normalisasi ini dan kita bawa agenda kita sendiri.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Yang terakhir, saya hendak mengutuk sekeras-kerasnya kuasa-kuasa besar dunia, terutama sekali Amerika Syarikat yang telah meletakkan agenda mereka untuk menawan keseluruhan bumi Palestin untuk diserahkan kepada negara haram Israel ini. Jadi, Alhamdulillah hari ini Parlimen Malaysia berdiri teguh, berdiri dengan penuh bermaruah untuk kita memberi sokongan terbuka kepada rakyat Palestin.
Dan insya-Allah sebagaimana yang disebut oleh rakan saya, kita terjemahkan sokongan kita ini secara praktikal, secara realiti, kita bantu mereka dengan kewangan dan dengan segala bentuk bantuan insya-Allah. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang di-Pertua. Kita telah membincangkan, telah
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
mendengar banyak perkara-perkara yang berkaitan dengan Palestin dan Israel. Untuk maklumat Dewan dan seluruh rakyat Malaysia khususnya, Palestin bukan isu umat Islam semata-mata tetapi dia adalah isu manusia sejagat. Kerana apa? Kerana di bumi Palestin itu tempat lahirnya para anbia. Nabi Musa, Nabi Isa dan tempat berlakunya Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW.
Jadi dalam hal ini, kita berbangga sebagai rakyat Malaysia pada hari ini, apabila kerajaan telah bangun menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada penindasan yang dilakukan oleh rejim Aparteid Israel kepada umat Islam dan rakyat di bumi Palestin.
Mereka bangkit bukan kerana membalas dendam. Mereka menyerang bukan kerana semata- mata untuk mempertahankan diri mereka tetapi untuk menyatakan bahawa ini hak bumi mereka yang kita sedia maklum sebuah negara mesti ada lima prinsip. Tanah, rakyat, pemimpin. Tanah, rakyat, pemimpin, undang-undang dan kedaulatan– yang selama ini kedaulatan mereka diceroboh. Tanah mereka diceroboh. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan mereka dibunuh dengan kejamnya.
Hari ini, bangkit pemimpin-pemimpin di kalangan mereka yang sedar bahawa kepentingan rakyat mereka, kepentingan negara mereka yang selama ini 75 tahun dilanyak, dibenam dan dibunuh sedemikian rupa. Mereka tak tahan lagi. Maka, saya yakin dan percaya, apa yang telah diusahakan oleh Kerajaan Madani pada hari ini untuk menyatakan sokongan dan juga bantahan kepada kerajaan Aparteid Israel bahawa tindakan serangan balas Israel yang sebelum ini telah menyerang banyak kali, puluhan kali sehingga mendirikan tembok- tembok penjara yang terbesar di dunia.
Penjara yang menyebabkan manusia tidak boleh berhubung dengan manusia lain di luar. Mereka terpenjara tak ada makanan yang cukup, perubatan yang cukup. Mereka hidup dalam keadaan tertekan tetapi pada hari ini mereka bangkit dengan satu matlamat tujuan.
Maka, saya mewakili Sri Gading menyatakan bahawa marilah Kerajaan Malaysia bersama rakyat Malaysia mendesak negara-negara OIC, negara-negara kecil supaya bangkit bersama untuk menyatakan desakan supaya mengiktiraf negara Israel negara yang berdaulat dan diterima di peringkat antarabangsa. Yang pertama.
Kedua, hendaklah kita menyatakan kepada negara-negara Barat. Kamu jangan hipokrit. Apabila rakyat Palestin bangkit membalas atau melakukan perkara-perkara penyerangan ini, kamu menyatakan bahawa ini satu tindakan ganas tetapi apabila Rusia menyerang Ukraine, kamu boleh menyatakan bahawa Ukraine telah diambil tindakan atau pun telah dilakukan kezaliman oleh Rusia. Tetapi kenapa Israel tidak pernah negara Barat menyatakan bahawa tindakan mereka membunuh rakyat Palestin sebagai satu tindakan keganasan.
Sebaliknya apabila rakyat Palestin yang bangkit bangun, menyatakan dan bertindak, maka kamu nyatakan bahawa rakyat Palestin yang ganas. Ini satu hipokrit di kalangan negara Barat dan saya yakin dan percaya, insya-Allah dengan kebangkitan rakyat ini, rakyat Palestin ini, akan membuka mata kepada dunia bahawa rakyat yang tertindas walaupun dalam keadaan suasana yang kecil, walaupun dalam keadaan kekurangan tetapi kita yakin dan percaya apabila mereka bangkit dengan semangat yang kuat, dengan semangat keyakinan
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
sepertimana rakyat Vietnam kalahkan Amerika, sebagaimana rakyat Afghanistan kalahkan Soviet. Kita yakin dan percaya bahawa rakyat Palestin juga akan boleh kalahkan Israel dalam peperangan yang ada pada depan kita. Walaupun tanpa senjata yang...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Yang Berhormat. Yang Berhormat. Yang Berhormat. Jumaat ini demo datang?
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Belum habis lagi ini. Hendak cakap lagi.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jumaat ini demo datang ke tak?
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Okey. Saya minta kepada kerajaan, bukan sahaja himpunan untuk menyatakan sokongan kepada Palestin ini dilakukan oleh parti-parti politik, oleh NGO tetapi kita minta supaya kerajaan, Kerajaan Malaysia pada hari ini membenarkan seluruh rakyat menyatakan sokongan dan bantahan kepada Israel.
Sokongan kepada rakyat Palestin, boleh ke tidak?
[Dewan riuh]
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Tanda sokongan saya minta kepada semua wakil rakyat yang ada dalam Dewan ini bangun menyatakan sokongan kita kepada rakyat Palestin. Boleh bangun?
[Ahli-ahli Yang Berhormat bangun]
Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading
Tak bangun pun? Bangun menyatakan sokongan kita kepada rakyat Palestin sebagai tanda kasih, cinta kita kepada warga Palestin. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Angkat tangan.
Seorang Ahli
Sokong, sokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua memberikan ruang kepada Pasir Mas untuk menutup perbahasan usul ini pada hari ini. Tentunya Masjid al-Aqsa merupakan suatu isu yang sangat rapat dengan umat Islam. Di dalam al-Quran, Allah SWT berfirman [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Demi buah tin dan zaitun”.
Para ulama tafsir menyatakan bahawa buah zaitun dan tin ini merujuk kepada bumi Palestin yang tumbuhnya begitu banyak tin dan zaitun pada masa itu. [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Demi Bukit Tursina yang berada di Mesir, tempat Nabi Musa menerima wahyu.” [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Dan demi bumi yang mulia ini iaitu bumi Madinah”. Tiga rangkuman bumi yang mulia ini disebut oleh Allah Taala di dalam al-Quran pada permulaan Surah at-Tin.
[membaca sepotong ayat al-Quran] Begitu juga di dalam al-Quran, kalau kita melihat perkataan ‘barakna’, “telah Kami berkati.” Di dalam al-Quran ada enam tempat disebut perkataan ‘barakna’, “kami berkati” di mana lima daripadanya merujuk kepada Masjid al-Aqsa di dalam pelbagai konteks dan
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
pelbagai sudut. Tuan Yang di-Pertua, inilah dia kemuliaan Masjid Aqsa dan kerana itulah apabila isu Palestin ini berlaku pada hari ini, ia sangat rapat dengan umat Islam.
6 Oktober 2023 yang lepas, pihak Hamas memilih tarikh ini sebagai mana yang disebut oleh sahabat saya daripada Sik tadi, iaitu mengenang kembali bagaimana peperangan Yom Kippur yang berlaku tahun 73 yang menyaksikan bagaimana buat kali pertama tentera Israel pada zaman moden ini telah terpaksa mengaku kekalahan mereka.
Maka, yang disebut sebagai 6 Oktober atau dalam bahasa Arabnya- [Bercakap dalam bahasa Arab] Di Mesir pada hari ini, 6 Oktober ini merupakan hari cuti kerana pada 73, mereka berjaya menewaskan tentera Israel pada masa itu. Kita melihat bagaimana gerakan yang penuh strategik yang dibuat oleh gerakan-gerakan Hamas ini berjaya menghancurkan aset- aset Israel termasuk pangkalan tentera dan balai polis.
Setakat kita berada dalam Dewan pada hari ini, 123,000 pula rakyat Palestin hilang tempat tinggal, dengan 74,000 berlindung di sekolah dan bangunan awam yang lain. Mungkin ada di kalangan rakyat Malaysia berpendapat bahawa kesengsaraan warga Palestin adalah hasil dari tindakan kurang cerdik tentera Hamas di Gaza yang telah melancarkan serangan sebelum itu. Ini yang disebut oleh sebahagian daripada mereka yang tidak faham tentang isu ini. Mereka mungkin merasakan semua ini boleh dielakkan jika Hamas kononnya tidak cari fasal dengan menyerang Israel. Sebenarnya sesiapa yang mempunyai pandangan seperti itu, perlu disedarkan bahawa kefahaman mereka tentang apa yang berlaku di Palestin itu adalah sangat cetek dan buta sejarah.
Hakikat yang penting ialah perlu disedari oleh mereka, Israel itulah yang merupakan sebuah negara yang haram. Ini yang diterangkan oleh ramai pakar-pakar sejarah yang bahawa kewujudan Israel pada tahun 48 ialah hasil dari tindakan kumpulan Yahudi Zionis yang telah datang dari Eropah ke bumi Palestin pada awal kurun ke-20 dan melakukan tindakan penghapusan etnik atau ethnic cleansing yang melibatkan jenayah pembunuhan beramai-ramai serta penghalauan penduduk Palestin dari kampung halaman mereka.
Justeru, saya ingin mencadangkan apabila kita meletakkan usul ini untuk dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri akan menggulung usul sebentar lagi, beberapa perkara yang perlu untuk saya lontarkan sebagai cadangan kepada pihak kerajaan, iaitu yang pertama kerajaan perlulah menghantar nota bantahan kepada mana-mana negara dan pihak yang beroperasi di negara ini yang jelas menyokong Israel. Tanpa perlu untuk saya namakan, beberapa negara telah pun mengeluarkan kenyataan menyokong Israel dan juga perniagaan-perniagaan yang menyokong Israel.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Meletakkan bendera Israel dalam ruang media sosial mereka, ini satu sokongan kepada Israel dan Kerajaan Malaysia perlu untuk menghantar nota bantahan kepada mereka seperti ini kerana seolah-olah mereka telah menyatakan pendirian yang sangat contradict dengan Kerajaan Malaysia.
Kita juga perlu menegaskan kembali pendirian kita untuk tidak bertolak ansur dengan sebarang normalisasi dengan Israel yang disebut oleh rakan-rakan sebentar tadi. Ya, itu
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
tidaklah perlu sampai kepada peringkat kita memutuskan hubungan dengan negara-negara di Teluk ataupun di Timur Tengah dan di negara-negara lain tetapi hubungan persahabatan kita dengan negara-negara ini tidaklah sampai kepada peringkat kita meredai normalisasi dengan, dengan Israel.
Justeru, alhamdulillah sehingga ke hari ini Malaysia merupakan di antara negara yang terkehadapan yang menyatakan pendirian tidak setuju dengan Israel bahkan di dalam pasport kita itu sendiri menyatakan bahawa di antara negara yang tidak boleh dimasuki dengan pasport sah daripada Malaysia ialah negara haram, Israel. Itulah yang perlu untuk kita nyatakan bahawa sebarang usaha untuk normalisasi dengan Israel, daripada negara mana sekalipun di Teluk, di Timur Tengah, bahkan negara-negara Arab sekalipun, apabila mereka mengadakan hubungan normalisasi dengan Israel, mereka telah khianat amanah daripada Allah SWT.
Seterusnya kita adakan kempen besar-besaran di seluruh negara yang melibatkan semua pihak tidak terhenti setakat usul pada hari ini sahaja tetapi kefahaman ini perlu diterapkan sehingga ke peringkat pelajar-pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, universiti supaya mereka tahu dan mereka faham kenapa dasar luar kita mengenai Israel ini kita wujudkan. Saya akhiri dengan syair daripada kalangan ataupun yang masyhur di kalangan pejuang-pejuang Hamas.
[Membaca syair dalam bahasa Arab] “*Sesungguhnya bumi ini milik kami dan Al-Aqsa dan Al-Quds itu adalah merupakan milik kami dan Allah dengan segala kekuatannya akan sentiasa bersama-sama dengan kami.
Sesungguhnya tentera Kufar iaitu Yahudi Zionis itu sentiasa mereka berkumpul untuk mengalahkan kami tetapi mereka tidak akan berjaya mengalahkan kami dengan izin Allah SWT*”. Pasir Mas mohon menyokong usul, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya bagi dua minit kepada Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian sebab Timbalan Perdana Menteri bawa usul sebelah sini tadi, ketua Whip, ketua Whip tidak sempat berucap, jadi minta dua minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dua minit sahaja.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, dua minit. Pertama sekali kita menyokong Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita menyokong. Keduanya, dalam banyak-banyak orang di sini, saya tidak tahu tetapi saya pernah pergi ke Gaza. Saya terpaksa menunggu hampir 15 jam untuk masuk ke Gaza kerana masalah dengan Kerajaan Mesir. Dan kita banyak beberapa misi yang kita hendak hantar dahulu tidak dapat kerana masalah hendak masuk melalui Mesir dan kita tahu bahawa Gaza ialah di bawah Israel.
Semasa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri menjadi pengerusi Malaysia Palestin mengenai kebudayaan (PCOM) bagi kebudayaan, Yang Amat Berhormat telah hantar saya ke sana. Zaman itu tengah baik-baik, sekarang pun baik lagi tidak ada
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
masalah.
[Ketawa] Jadi, kita pergi ke sana dan saya tengok Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Speaker tentu akan melihat perkara ini.
Semasa saya di sana, saya tidak berselisih dengan kereta tetapi saya berselisih dengan bukan kereta kuda, kereta donkey. Donkey. Ada satu kereta donkey yang sebesar lori dinaiki oleh kanak-kanak berumur lebih kurang 10 tahun. Satu donkey dan mereka saya tengok seorang pun tak senyum. Saya turun cuba hendak bagi bantuan, mereka macam melihat just terpegun macam itu. Saya tengok muka mereka, muka yang tak mandi kerana air telah disekat. Bukan sekarang. Air telah disekat masa itu lagi.
Jadi, kita lihat pembunuhan yang dibuat secara tak langsung, perlahan-lahan oleh Israel itu telah berlaku kepada 2.5 juta penduduk Gaza. Jadi hat yang ini ialah serangan yang besar tetapi rakyat itu menderita dan budak-budak tak mampu untuk mandi, hanya mampu untuk mendapatkan air minuman. Jadi, saya minta supaya kita boleh kutip derma tetapi kemanakah derma ini akan pergi. Saya cadangkan sebab derma sekarang banyak ditubuhkan oleh pelbagai NGO, saya minta kerajaan ambil alih serta-merta supaya bantuan dan derma rakyat Malaysia ini sampai terus ke tabung ini.
Kalau seorang bagi seorang RM1 juta Yang Berhormat, kita ada RM33 juta. Maaf, seorang RM1.00, RM33 juta. Kalau bagi seorang RM10.00, RM330 juta. Dalam masa sekejap kita boleh kumpulkan duit tetapi kerajaan kena cari cara bagaimana kita hendak pergi ke sana sebab kita dapat beberapa kali kita cuba ke sana, macam-macam berlaku.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang terakhir sekali ialah...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Negara-negara Afrika, Kesatuan Pertubuhan Negara-negara Afrika, dia hantar tentera pergi Nigeria. Bila Nigeria mengadakan kudeta, dia hantar ke sana. Hantar ke sana dan untuk nak selamatkan warganegara mereka dari berlaku pembunuhan dan sebagainya, dia hantar. Jadi, OIC sebab kalau Malaysia sahaja Jelutong, tidak mampu untuk menggerakkan dengan lebih besar. OIC kena gerakkan supaya kita hantar tentera pengaman dan sebagainya.
Dan kita juga tahu bahawa Malaysia penduduk 33 juta, orang Arab dok keliling Israel 300 juta. Orang Israel hanya lima juta tetapi inilah yang terjadi. Jadi, saya minta supaya negara-negara OIC, untuk menghantar apa tu tentera pengaman di sana. Jadi terima kasih Yang Berhormat. Sekali lagi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, Yang Berhormat Arau, boleh saya cadangkan supaya sekurang-kurangnya kita mengetuai pasukan tersebut kerana kita lihat bahawa tidak ada sebarang inisiatif yang diambil oleh negara- negara OIC. Sekurang-kurangnya Malaysia boleh mengetuai pasukan sama ada misi ketenteraan ataupun misi keamanan ataupun misi perubatan untuk menghulurkan bantuan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Masuk sebahagian daripada ucapan, kali pertama dalam sejarah ya.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Hari ini Speaker yang dikasihi, hari ini saya merasai perpaduan. Ini kali pertama rasa perpaduan. Selama ini sana sebut perpaduan tetapi kami tidak bersatu-padu. Kami hari ini betul-betul rasa hari perpaduan. Jadi Yang Berhormat,
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
sebagai tanda perpaduan, Yang Berhormat timbang-timbangkan juga peruntukan kepada Ahli-ahli PN, Ahli Parlimen PN.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih, Assalamualaikum.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Arau. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk menjawab dalam masa 15 minit.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, saya sungguh teruja di atas keberadaan kita, 12 Ahli-ahli Parlimen diikuti oleh beberapa orang yang mencelah dan untuk rekod, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Indera Mahkota, Ledang, Muar, Machang, Ipoh Timur, Sik, Kuala Langat, Tampin, Pasir Putih, Sri Gading, Pasir Mas dan Arau.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
TPM, saya hendak betulkan itu bukan Kuala, Hulu Langat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hulu Langat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya tidak berhajat untuk menukar kawasan beliau – [Tidak jelas]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Cuba TPM ulang sekali lagi, Hulu Langat.
[Dewan riuh]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hulu Langat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Atas kebenaran Presiden partinya, Hulu Langat.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak Kerajaan Malaysia ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan padu dan solidariti semua Ahli-ahli Dewan, dalam perbahasan sebentar tadi bagi mempertahan dan memperjuangkan hak rakyat Palestin untuk mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas sekian lama.
Ini memperlihatkan bahawa Ahli-ahli Dewan dari sebelah kerajaan dan sebelah pembangkang, benar-benar bersatu hati, senada dan satu suara. Kita ucapkan tahniah kepada kedua-dua belah pihak.
[Tepuk] Alhamdulillah saya amat bersyukur sesungguhnya kita semua sentiasa bersatu dalam memperjuangkan hak kemanusiaan, khususnya terhadap golongan yang ditindas, dizalimi dan teraniaya.
Dari sanubari hati ini, saya mengucapkan terima kasih di atas persetujuan dan sokongan semua Ahli-ahli Yang Berhormat, yang amat bersemangat dengan suara yang lantang dan jelas bahawa semua Ahli-ahli Yang Berhormat telah menyokong usul dan menyuarakan sokongan ke atas ketetapan-ketetapan yang telah saya usulkan di tengah hari tadi.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
“Sudah terang lagi bersuluh”, apabila menyentuh isu Palestin, tidak kira dari barisan mana, Ahli-ahli Yang Berhormat tidak memerlukan notis panjang untuk berbahas. Kita sudah dengar dengan jelas lontaran, cadangan dan usul konkrit yang telah disuarakan oleh Ahli-ahli
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang Berhormat. Inilah semangat jati dan sebenar rakyat Malaysia. Saya secara rasmi dan peribadi, memuji Ahli-ahli Yang Berhormat di atas suara yang lantang, menyuarakan sokongan terhadap isu Palestin ini. Alhamdulillah, hari ini sekali lagi kita bersatu dalam menyuarakan hak-hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat Palestin. Semangat seperti inilah yang rakyat mahukan dari Ahli-ahli Dewan dalam memperjuangkan isu-isu kemanusiaan sejagat.
Kita melupakan warna yang berbeda di kalangan kita. Kita mengetepikan perbedaan- perbedaan pendapat di kalangan kita, demi Palestin. Kita juga mengetepikan perbedaan agama di kalangan kita, perbedaan warga kulit, bahasa dan budaya kerana kita adalah rakyat Malaysia, terutamanya Ahli-ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini, yang sangat rasional atas nama kesejagatan dan kemanusiaan.
Kerajaan mendengar semua cadangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Seperti yang telah saya tekankan, kerajaan mengambil sikap terbuka dan akan meneliti semua cadangan yang telah dilontarkan. Titik noktahnya, cadangan-cadangan ini adalah untuk rakyat Palestin, bagi mereka mendapatkan kembali hak-hak yang telah dirampas dan dinafikan oleh rejim Zionis.
Seperti yang telah saya tekankan, Malaysia terbuka dan akan terus menyokong segala usaha konkrit dan realistik untuk mencari jalan penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap konflik Palestin-Israel ini. Penyelesaian ini hendaklah berdasarkan peruntukan undang-undang antarabangsa dan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta memenuhi teras-teras berikut. Saya quote, “Rakyat Palestin perlu dikembalikan hak mutlak bebas daripada pendudukan haram Israel. Hak dikembalikan tanah yang telah dirampas oleh Israel dan hak membentuk sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota”.
Malaysia akan terus menggesa semua badan serantau dan antarabangsa untuk mengadakan sidang dan mesyuarat khas seberapa segera dan secara konsisten pada setiap masa, ongoing and continues bukan hanya setelah konflik berdarah tercetus. Ini akan digerakkan di setiap platform, lapangan, keadaan dan masa. Sekali lagi saya ingin tekankan, Dasar Luar Malaysia adalah jelas dan konsisten mengenai isu Palestin. Ia tidak akan berubah selagi hak mutlak Palestin tidak dikembalikan.
Menyentuh gesaan Indera Mahkota yang ingin mahukan supaya normalisasi ini diketepikan, saya ingin mengesahkan bahawa kita tolak normalisasi.
[Tepuk] Dan secara konsisten, perkara ini jelas dan tidak berubah termasuklah sewaktu YB Indera Mahkota sendiri menerajui kementerian luar. Begitu juga berkenaan dengan kecaman ke atas rejim Zionis yang mengamalkan dasar Aparteid. Jika diamati, setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysia adalah konsisten mengecam rejim Zionis sebagai pengamal dasar Aparteid.
Jika dunia telah bersatu hati dan bersepakat menghapuskan dasar Aparteid di Afrika Selatan, mengapa dan kenapa pendekatan yang sama tidak boleh dibuat ke atas rejim Zionis ini? Ini yang telah ditekankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri setiap kali mengenai dasar berat sebelah dan tidak adil oleh kuasa-kuasa Barat. Mengenai penyaluran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang amat memerlukan bantuan, lebih-lebih
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
lagi pada saat ini, kerajaan akan terus memudahkan cara urusan penyaluran bantuan dengan segera.
Saya ingin menyarankan bahawa kita mempunyai hashtag, #SolidarityforPalestin sebagai hashtag untuk kita semua. Insya-Allah hari Jumaat ini, kita tidak perlukan mana- mana parti politik atau mana-mana pertubuhan menganjurkan perhimpunan menyokong Palestin. Kita bersama-sama untuk turun bagi mendukung perhimpunan Palestin ini.
[Tepuk] Dan atas semangat ini, Kementerian Luar Negeri yang mengendalikan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) telah bersetuju, mulai besok menyalurkan RM1 juta serta-merta.
Ini adalah tindakan segera Kerajaan Malaysia dan sebagai tanda solidariti, saya menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di luar dan dalam Dewan ini untuk turut sama- sama menghulurkan sumbangan di dalam tabung yang telah disediakan di luar Dewan atas persetujuan Speaker Dewan yang mulia ini. Saya harap tabung itu dapat diisi dan kita serahkan kepada Kementerian Luar Negeri.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Dewan, tidak kira di belah sana dan sebelah sini. Atas nama perjuangan rakyat Palestin, kita bersatu hati dan kita kukuhkan perpaduan di kalangan kita. Soal peruntukan, kita bincang di luar Dewan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat, boleh tanya tambah soalan, Yang Berhormat? Masa ada lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah habis.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ada lima minit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan memberi penerangan berkenaan isu bekalan beras putih tempatan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih Speaker. Semoga semangat solidariti ini bersama juga dalam isu ini.
[Ketawa]
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Mesti, mesti.
Dari Seri Haji Mohamad bin Sabu: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang sudi hadir pada sesi penerangan Menteri kepada Ahli Dewan Rakyat berkaitan isu bekalan beras putih tempatan pada petang ini.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Saya ingin menjelaskan tentang punca gangguan bekalan beras putih tempatan.
Selepas ditolak dengan permintaan beras putih tempatan oleh industri, pembekal kontrak kerajaan, agihan zakat, keperluan bagi padi benih dan beras istimewa, ketersediaan beras putih tempatan yang berada di pasaran ialah dalam sekitar 40 percent sahaja. Selama ini, bekalan beras putih tempatan ini mencukupi kerana majoriti rakyat memilih untuk membeli beras putih import, sama ada bagi kegunaan sendiri ataupun untuk berniaga disebabkan oleh perbedaan harga.
Perubahan tingkah laku pengguna dengan izin, consumer behavior telah menyebabkan permintaan kepada beras putih tempatan lebih tinggi dari beras putih import.
Fenomena kenaikan harga beras ini bukanlah isu tempatan yang hanya berlaku di Malaysia sahaja, malah turut melibatkan negara serantau. Sehingga kini, sebanyak 19 negara telah membataskan eksport ke negara luar untuk memberi keutamaan kepada rakyat sendiri.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Sebagai contoh, negara India telah mengenakan sekatan eksport beras putih mulai Julai 2023. India merupakan negara utama pengeksport beras dengan menyumbang lebih 40 peratus daripada eksport beras dunia pada tahun 2022, merangkumi jumlah eksport sebanyak 22 juta tan metrik bernilai sekitar USD9.66 bilion. India telah mengumumkan larangan eksport beras bukan basmati.
Kementerian Hal Ehwal Pengguna dan Makanan India telah memaklumkan bahawa langkah itu diambil bagi memastikan ketersediaan bekalan yang mencukupi dan meredakan kenaikan harga beras dalam pasaran domestik. Keputusan ini telah memberi kesan kepada kenaikan harga beras putih di peringkat global.
Beras merupakan makanan ruji utama dunia bagi anggaran sebanyak 3.5 bilion penduduk, terutamanya di rantau Asia. Ketika ini, harga pasaran beras antarabangsa melonjak, berikutan pandemik COVID-19, krisis Rusia – Ukraine dan kesan fenomena cuaca El Nino ke atas tahap pengeluaran padi global.
Harga beras putih global mencatatkan peningkatan sebanyak 63 peratus dalam tempoh setahun iaitu daripada USD400 per tan metrik pada Ogos 2022 kepada USD650 per tan metrik pada Ogos 2023. Trend kenaikan ini dijangka akan berterusan sehingga penghujung tahun 2023.
Kenaikan harga ini turut disumbang oleh pengukuhan dolar Amerika Syarikat berbanding dengan Ringgit Malaysia iaitu daripada RM4.7 Ogos 2022 kepada USD4.61 pada bulan Ogos 2023. Ini daripada angka Bank Negara.
Menurut Food and Agriculture Organization, stok beras dunia dijangka mencecah paras tertinggi iaitu 198.1 juta tan metrik pada 2023 dan 2024, dengan negara India dan China menguasai hampir tiga per empat daripada stok beras tersebut, sama seperti musim-musim sebelumnya. Anggaran jumlah penggunaan beras bagi negara India dan China adalah 38 peratus untuk tempoh setahun.
Ahli Yang Berhormat yang dikasihi, sat lagi jangan marah kuat-kuat ya. Dalam memastikan bekalan beras negara mencukupi dan kekal stabil, Padiberas Nasional Berhad
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
(BERNAS) perlu mengimport beras putih import walaupun pada harga pasaran yang lebih tinggi untuk menampung keperluan penduduk sebanyak 37 peratus.
Namun demikian, BERNAS masih mengekalkan harga jualan beras putih import di pintu gudang pada harga RM2,350 per tan metrik dengan menyerap kesan kenaikan harga beras import sejak tahun lepas. Perkara ini berisiko menjejaskan operasi perniagaan dan kedudukan kewangan BERNAS serta 10 obligasinya kepada kerajaan.
Berikutan kenaikan harga beras putih import di pasaran dunia secara mendadak selepas larangan eksport oleh Kerajaan India, BERNAS telah mengumumkan pelarasan harga jualan beras boleh import di pintu gudang BERNAS seluruh negara, daripada RM2,350 per tan metrik kepada RM3,200 per tan metrik, berkuat kuasa 1 September 2023, sejajar dengan harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.
Sekiranya kenaikan harga beras putih import berterusan tanpa pelarasan harga jualan dilaksanakan, BERNAS akan mengalami kerugian pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023. BERNAS juga dijangka akan hilang kemampuan untuk berkongsi 30 peratus keuntungan bersih pengimportan dengan pesawah sehingga membawa implikasi negatif kepada kerajaan.
Walau bagaimanapun, harga jualan beras putih import akan diselaraskan oleh BERNAS dari masa ke semasa, tertakluk kepada harga pasaran beras global dan kadar nilai tukaran mata wang.
Kesan pelarasan harga beras putih import ini telah menyebabkan permintaan beras putih tempatan meningkat secara mendadak kerana harga beras putih tempatan yang dikawal oleh kerajaan iaitu RM2.60 sekilogram adalah lebih murah berbanding dengan beras putih import yang tiada kawalan harga. Ini memberikan tekanan kepada permintaan terhadap beras putih tempatan di pasaran. Selain itu, penurunan hasil pengeluaran padi tempatan atas pelbagai faktor-faktor luaran seperti perubahan iklim dan serangan penyakit.
Berkenaan status semasa kedudukan stok beras negara, jumlah stok bekalan beras sehingga 3 Oktober 2023 adalah sebanyak 820,482 tan metrik yang terdiri daripada 250,000 tan metrik stockpile kerajaan dan 570,482 tan metrik stok dagangan. Jumlah ini adalah mencukupi untuk menampung keperluan beras negara bagi tempoh empat hingga lima bulan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, perkara kedua yang ingin saya jelaskan hari ini adalah tentang langkah-langkah intervensi yang telah dan sedang dijalankan oleh pihak KPKM. Pada 20 September 2023, saya telah lancarkan Program Khas Beras Putih Tempatan. Sehingga 7 Oktober 2023, sebanyak 708,978 kampit beras putih tempatan 10 gram telah diedarkan di seluruh Semenanjung melalui rangkaian peruncit seperti pasar raya, rantaian premis serta outlet FAMA dan LPP.
Pecahan agihan adalah seperti berikut:
| Bil | Rangkaian | Bilangan Kampit | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | Pasar raya | 423816 | ||||
| 2 | FAMA | 109829 | ||||
| 3 | LPP | 60240 | 4 | Pemborong dan pengedar | 115093 |
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Ini menggambarkan FAMA dan LPP hanya diberi peranan dalam tempoh intervensi manakala pasar raya dan pemborong, peruncit, terus diberi peranan utama memasarkan beras putih tempatan di pasaran. Program ini dilaksanakan bagi tempoh setahun bagi memastikan bekalan beras putih tempatan stabil, cukup dan terjamin.
Pihak KPKM juga telah mengadakan sesi libat urus dengan beberapa persatuan restoran, pengusaha makanan dan penjaja kecil pada 15 September 2023. Persetujuan telah dicapai untuk memberikan lesen borong kepada persatuan bagi membolehkan mereka membeli beras putih import pada harga borong di pintu gudang, tertakluk kepada syarat dan peraturan yang telah dipermudahkan.
Pada 2 Oktober 2023, hasil pertemuan saya bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, beliau telah bersetuju untuk kementerian melaksanakan empat langkah intervensi tambahan seperti berikut.
Pertama, FAMA dan LPP telah diarahkan untuk meningkatkan pengedaran beras putih tempatan ke kawasan pinggir bandar dan luar bandar termasuk di kedai-kedai runcit.
Oleh kerana margin jualan beras putih tempatan hanya 50 sen bagi sekampit 10 kilogram di peringkat runcit, maka kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan kos pengangkutan kepada pihak FAMA dan LPP bagi pengedaran beras putih tempatan.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Perlu saya tegaskan di sini bahawa peranan FAMA dan LPP dalam langkah intervensi ini hanya bersifat sementara dan bukanlah sebagai pengedar utama beras putih tempatan negara.
Kedua, semua perolehan pembekalan beras putih tempatan di bawah kontrak kerajaan akan menggunakan beras putih import dan pihak pembekal boleh mendapatkan bekalan pada harga borong iaitu RM3,200 per tan matriks harga pintu gudang dalam kampit 50 kilogram dan ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
Status terkini, pihak Kementerian Kewangan telah memanggil mesyuarat penyelarasan antara Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Penjara Malaysia mengenai peralihan kontrak kerajaan menggunakan beras putih import telah diadakan pada 3 Oktober 2023 dan 6 Oktober 2023 untuk mengenal pasti jumlah kontrak perolehan beras putih tempatan bagi digantikan dengan beras putih import.
Ketiga, menubuhkan task force khas yang melancarkan operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi meliputi Kawalselia Padi dan Beras KPKM, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia
(MAQIS). Mesyuarat Task Force Khas Operasi Bersepadu Beras Putih Tempatan yang telah diadakan 3 Oktober 2023 dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Ops Beras Putih Tempatan Bersepadu ini melibatkan pemeriksaan menyeluruh atas semua peringkat rantaian industri termasuk semua kilang beras dan stor pemborong beras.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Sampel beras juga akan diambil di kilang beras, gudang pemborong dan juga pasar raya untuk dibuat analisis kimia oleh Jabatan Kimia Malaysia dan MARDI.
Status terkini, Ops Beras Putih Tempatan Bersepadu ini telah dilaksanakan pada 5 Oktober 2023 diketuai oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri KPKM bersama agensi-agensi terlibat melalui pemeriksaan ketiga premis pemborong di sekitar Selangor. Sampel beras dari gudang pemborong juga telah diambil untuk dianalisa kimia oleh pihak MARDI.
Saya ingin menegaskan di sini bahawa pihak kerajaan akan mengambil tindakan yang tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati menukar kampit atau mencampurkan beras putih tempatan dengan beras putih import atau menyorokkan beras putih tempatan.
Keempat, dalam konteks Sabah, Labuan dan Sarawak, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan subsidi sebanyak RM950 per tan matriks beras putih import mulai 5 Oktober 2023. Melalui kaedah ini, harga runcit beras putih import di kedua-dua negeri ini akan menjadi harga maksimum RM31 bagi sekampit 10 kilogram. Langkah ini diambil memandangkan pengeluaran beras putih tempatan di Sabah dan Sarawak adalah terlalu rendah, terlalu terhad.
Status terkini, pada 7 Oktober 2023, Yang Berhormat Timbalan Menteri turut mengadakan tinjauan lapangan harga beras putih import terkini di pasar raya di sekitar Kota Kinabalu, Sabah bersama Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Sabah dan wakil Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah. Kering kerongkong, beras ada, ayaq tak dak.
[Meneguk sedikit air] [Ketawa] Pemberian subsidi ini bertujuan bagi memastikan rakyat sentiasa mendapat bekalan beras yang mencukupi dengan harga yang stabil dan terkawal. Pihak pemborong di Sabah seperti Sazarice Sdn. Bhd. telah bersetuju supaya beras putih import yang telah dibeli oleh pasar raya runcit dan pasar raya sebelum 5 Oktober 2023 dijual pada harga baharu yang telah ditetapkan. Perbezaan kos akan ditanggung oleh pihak pemborong berkenaan.
Kerajaan menetapkan harga lantai belian padi pada RM1,200. Kali terakhir harga lantai padi dinaikkan adalah pada tahun 2014 iaitu daripada RM750 tan matriks kepada RM1,200 per tan matriks. Penetapan harga lantai ini adalah bagi memastikan petani mendapat harga padi yang berpatutan dan sebagai tanda aras kepada pengilang untuk membeli padi pada harga yang tidak kurang daripada yang ditetapkan oleh kerajaan.
Harga lantai padi merupakan asas dan penetapan harga pasaran beras. Harga lantai padi yang tinggi boleh mengganggu kestabilan harga pasaran beras tempatan yang akhirnya akan membebankan pengguna. Harga pasaran beras tempatan yang tinggi juga akan menggalakkan aktiviti penyeludupan beras ke luar negara. Oleh sebab itu sekarang harga beras di Sabah agak murah, maka kawalan sempadan perlu diperketatkan, kemungkinan beras akan dibawa keluar.
KPKM memandang serius akan perihal isu berbangkit mengenai harga dan juga bekalan benih padi sah di dalam pasaran. Bekalan benih padi sah yang hanya dikeluarkan oleh pengeluar benih padi sah yang dilantik oleh kerajaan. Ia mempunyai mekanisme kawalan ke atas pengeluaran dan pemasaran benih padi sah sepertimana yang termaktub dalam Perintah Tetap Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Bilangan 1/2021. Kawalan
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
kerajaan ke atas pengeluaran dan pemasaran benih berkuat kuasa daripada 11 November 2021.
Sehubungan itu, semua pengeluar atau pemborong hendaklah memastikan penjualan benih padi sah tidak melebihi daripada kuota yang telah diberikan dan harga yang dijual kepada peruncit tidak melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan iaitu RM31 per kampit untuk 20 kilogram jualan benih di pintu kilang, manakala harga maksimum RM32 per kampit untuk 20 kilogram termasuk pengangkutan.
Bagi jualan benih padi sah pada peringkat runcit kepada pesawah hendaklah dijual tidak melebihi harga maksimum iaitu RM35 per kampit untuk 20 kilogram. Sekiranya didapati ada pihak gagal untuk melaksanakan arahan ini dan mematuhi Akta Kawalan Padi dan Beras 1994, kementerian melalui kuasa Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras berhak untuk membatalkan atau menggantung setiap lesen yang telah dikeluarkan.
Susulan daripada pengumuman saya pada 2 Oktober 2023 berkaitan empat langkah intervensi tambahan, KPKM dimaklumkan bahawa semua kilang padi telah pun menawarkan harga belian padi di pintu kilang adalah RM1,250 per tan matriks. Ini disebabkan kilang perlu mengurangkan kos operasi bagi membolehkan mereka mengeluarkan beras putih tempatan di pasaran. Susulan daripada itu, perkara ini telah pun menimbulkan ketidakpuasan hati dan kemarahan para pesawah terutamanya di negeri yang menuai padi seperti di negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Selangor.
Kerajaan telah pun bersetuju menaikkan skim subsidi padi daripada RM360 kepada RM500. Selain itu, BERNAS juga akan berkongsi 30 peratus keuntungan bersih pengimportan yang dapat dinikmati oleh 240,000 pesawah di seluruh negara. Perlu saya tegaskan di sini bahawa tindakan menurunkan harga belian padi oleh pengilang bukanlah dibuat oleh pihak kerajaan, tetapi ia adalah keputusan yang dibuat oleh pihak pengilang.
Sejak Dasar Pertanian Negara mula dilaksanakan pada tahun 1984 sehingga Dasar Agromakanan Negara 2021-2030, pelbagai program keterjaminan makanan terutamanya beras yang merupakan makanan ruji telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan sekuriti bekalan makanan sentiasa terjamin sepanjang masa.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Dalam hal ini, kerajaan telah menyasarkan untuk mencapai kadar sara diri beras masing-masing sebanyak 75 peratus pada tahun 2025 dan 80 peratus 2030 dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 dan juga dasar 2.0.
Sehingga ke hari ini, KPKM sentiasa mendepani isu dan cabaran daripada pelbagai sudut dalam usaha membekalkan beras putih tempatan kepada RM2.60 per kilogram yang merupakan harga terendah dalam kalangan negara Asia Tenggara. Sebagai perbandingan, harga beras putih di negara serantau yang lain seperti berikut, Thailand RM3.40. Ini kita ambillah ringgit ya, Filipina RM3.70, Vietnam RM3.50, Indonesia RM3.90, Laos RM5.50, Kemboja RM4.50, Brunei RM6 dan Singapura RM4.50.
Dengan kawasan bertanam negara tidak sampai satu juta hektar berbanding dengan negara Asia Tenggara yang lain yang memiliki belasan juta hektar, negara mampu mencapai
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
SSR 62.6 peratus pengeluaran beras tempatan pada tahun 2022 dan selebihnya ditampung melalui sumber import.
Antara isu dan cabaran yang dihadapi oleh subsektor padi dan beras adalah perkara yang berada dalam kawalan KPKM seperti penggunaan teknologi pertanian yang kurang meluas, infrastruktur pertanian seperti pengairan dan saliran yang tidak lengkap, penyertaan golongan muda yang masih rendah.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Tidak boleh, belum.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Belum lagi?
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Sat lagi bahaslah. Ini bukan isu Palestin.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Teruskan.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Dan sebagainya. Selain itu subsektor padi dan beras negara turut dipengaruhi oleh beberapa faktor di luar kawalan iaitu bencana alam seperti banjir dan kemarau, fenomena La Nina dan El Nino akibat perubahan iklim.
Peningkatan kos bahan input seperti baja dan racun akibat peningkatan harga bahan mentah global dan sebagainya.
Secara dasarnya, pengukuhan keseluruhan rantaian nilai industri perlu dijadikan agenda utama dalam melakukan anjakan paradigma terhadap industri padi dan beras negara dan kerjasama di antara awam dan swasta di semua peringkat. Semua pihak berkepentingan adalah kunci kepada pertubuhan industri yang lebih mampan.
Kejayaan melaksanakan program SMART Sawah Berskala Besar adalah manifestasi kepada perkara ini. Kerjasama strategik antara KPKM dan 27 buah syarikat peneraju telah menghasilkan beberapa pencapaian menakjubkan, meskipun ianya bermula tahun 2021.
Bawah Menteri Pertanian dahulu, ya.
Antaranyalah rekod proses pemutuan padi serendah sembilan peratus berbanding purata industri sebanyak 20 peratus. Lonjakan penghasilan padi sehingga 150 peratus pada musim pertama penuaian dan sebagainya. Terkini, SMART SBB bagi ala Sekinchan telah terbukti mampu meningkatkan hasil pengeluaran padi dengan mengaplikasikan - orang putih jadi Melayu ini. Amalan pertanian baik kepada kawasan Sekinchan, Selangor daripada kawasan Sekinchan, Selangor.
Umum mengetahui bahawa kawasan Sekinchan terkenal dengan penghasilan padi melebihi 10 tan metrik per hektar, dengan penggunaan jentera terkini seperti jentanam dan penggunaan dron pertanian. Projek rintis di Kampung Lat Seribu, Perlis telah berjaya mengeluarkan hasil padi sebanyak 10.45 tan metrik per hektar, berbanding hasil sebelumnya sebanyak tujuh tan metrik perkara hektar.
Kerajaan turut meluluskan peruntukan projek pengairan sebanyak RM3 bilion bagi menjayakan projek penanaman padi lima musim dalam dua tahun berskala besar dengan menyediakan infrastructure seperti sistem pengairan dan jalan di kawasan sawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda seluas 201 ribu hektar bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun. Jadi, kita nak capai hasil ini agak lambat lagi.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Selain itu, KPKM melalui MARDI turut menjayakan- bekerjasama dengan IPT dan badan penyelidikan bagi menghasilkan benih padi berkualiti yang boleh dituai dalam tempoh kurang 75 hari. Tahap toleransi tinggi kepada pengairan dan fleksibel dalam tahan cuaca ekstrem. Memandang ke hadapan, kerajaan akan meluaskan lagi pelaksanaan Program SMART SBB terutamanya model ala Sekinchan ke seluruh negara.
Menambah keluasan jelapang padi seperti terutamanya di Sabah dan Sarawak. Kita, negara kita agak kecil kalau berlaku banjir besar di utara Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan utara Perak. Maka, membimbangkan stok beras kita.
Oleh itu, dalam jangka masa hadapan, kita kena membina stok baru yang hebat iaitu di Sabah dan Sarawak, memandangkan mereka mempunyai tanah dan keluasan tanah yang sesuai dengan penanaman padi. Meluaskan rangkaian penyelidikan dan pembangunan dengan kerjasama pihak seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Institut Pengajian Tinggi dan sebagainya.
Ahli-ahli Yang Berhormat, setiap dimensi keterjaminan makanan perlu dititik beratkan bagi memastikan setiap rakyat mendapat bekalan makanan yang mencukupi dan selamat pada harga yang berpatutan. Isu makanan adalah isu di seluruh dunia. Bayangkanlah sekarang di United Kingdom, negeri yang ramai orang menuntut ilmu di sana, kepandaian, kepakaran ada di sana, inflasi mereka sekarang 11 peratus.
Justeru, selaras dengan hasrat membangun Malaysia Madani adalah menjadi tanggungjawab semua pihak bagi memastikan tahap keterjaminan makanan negara selaras dengan konsep dengan izin, food security is a shared responsibility. Saya harap semua pihak, termasuk kerajaan-kerajaan negeri akan memberi kerjasama soal food securities ini adalah bukan soal batasan politik. Dia adalah untuk manusia dan kemanusiaan.
Sehubungan itu, saya ingin membuat penegasan bahawa agenda keterjaminan makanan negara perlu menjadi keutamaan dalam Belanjawan 2024 yang nak bentang pada hari Jumaat ini. Kita harap daripada sini, Perdana Menteri akan mendengar rintihan ini yang akan datang ke arah pembangunan sistem makanan yang cekap dan berdaya tahan serta berpotensi meningkatkan pendapatan pengeluaran makanan di sepanjang rantaian makanan.
Kerjasama dan sokongan yang ditunjukkan oleh semua Yang Berhormat terhadap beberapa inisiatif kementerian, terutamanya dalam mengendalikan isu yang sangat dekat di hati kita ini, diharap dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Sebarang teguran, kritikan, pandangan, saya anggap itu adalah kerjasama untuk kita membina food security di Malaysia, sekarang dan pada masa yang akan datang. Sekian, terima kasih kepada semua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan kini terbuka untuk ahli-ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan. Saya jemput Yang Berhormat Titiwangsa. Lima minit.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Lima minit? Terima kasih Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Menteri kerana telah memberi panjang lebar dari segi inisiatif-inisiatif yang diambil oleh pihak kementerian dalam melakukan intervensi untuk menangani isu ketidakcukupan beras tempatan.
Saya ingin berkongsi dengan Yang Berhormat Menteri, bahawa kalau kita lihat soal beras ini, secara kasarnya dianggarkan lebih kurang 20 kilogram beras setiap isi rumah, yang diperlukan oleh setiap isi rumah.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Jadi kalau kita lihat daripada requirement 20 kg sebulan untuk setiap isi rumah, sudah tentu hasil yang dikeluarkan oleh negara hari ini iaitu beras tempatan, hanya dapat menampung sekitar 1.6 juta metrik tan ataupun lebih kurang 62 peratus. Perkara ini memang dah lama berlaku tetapi kita tidak merasakan kesan ketidakcukupan beras tempatan ini kerana kita mempunyai kebolehan mengimport beras-beras ini daripada negara-negara sumber seperti mana Yang Berhormat sebut tadi iaitu India kemudian Vietnam, Thailand, Cambodia.
Jadi, negara-negara ini adalah merupakan negara-negara yang mengeksport beras kepada kita dan bukan sahaja dieksport dengan kuantiti yang kita nak untuk menampung ketidakcukupan beras tempatan tetapi mereka juga mengeksport kepada kita dengan harga yang murah. Sebab itu apabila memang harga itu murah, berlambak-lambak beras import ini, terutama beras import putih. Kalau yang basmati, speciality rice, fragrant rice, yang itu kita tak mahu campur, yang itu memang tidak ada siling, tetapi yang nak kita jaga ialah kepentingan masyarakat bawahan iaitu kita zoom in kepada B40, lebih kurang dianggarkan 3.2 juta isi rumah B40. Mereka ini yang kita concern.
Sebelum ini tak ada masalah beras ini kerana apabila pengilang ataupun BERNAS mengimport beras-beras ini, dia mengimport dengan harga yang murah daripada negara- negara yang saya sebut tadi. Bila murah, jadi peniaga-peniaga kita di warung, di restoran dan sebagainya, dia belilah harga beras murah ini. Bila dia beri harga semua murah, dia jual dekat kedai-kedai, jadi kita peniaga-peniaga akan beli harga yang murah. Dia tak kira tempatan kah atau import.
Asalkan dia beras putih. Sebab itu kita tak terasa bahawa tidak ada beras dalam pasaran tempatan. Isu dia berbangkit apabila ada negara macam India sebagai contoh, dia tidak lagi mahu eksport kepada negara-negara luar kerana dia nak build dia punya stockpile kerana ada isu dalam negara mereka ataupun iklim ataupun cuaca. Maka di sinilah bermulanya masalah kita dan kita terpaksa membeli pada negara-negara yang menjual dengan harga yang bayaran mahal.
Jadi bila beras sampai dekat negara kita, kita jual beras putih tempatan RM26. Dulu kalau import boleh jual RM21 pun boleh dapat, RM22 pun boleh dapat, peniaga-peniaga angkat beli, jual dekat kita. Jual dekat kita sebagai consumer di pasaran. Beras tempatan tak ada orang bising pasal tak cukup. Padahal tak cukup ini dah lama. Hari ini beras yang kita biasa import boleh jual RM21, RM22, RM23 sedang mencecah RM35, RM36 dan sebahagian daripada kedai-kedai ini, walaupun dia boleh jual RM32 ataupun RM28 atau RM30, dia nak
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
jual RM35. Kita tak ada hak untuk melarang mereka kerana atas dasar beras import ini tidak ada harga siling.
Jadi yang saya nak tekankan kepada Yang Berhormat Menteri, boleh tak kita tengok bagaimana kita melihat isu ini, dia kita mencari jalan penyelesaian jangka masa panjang. Dia tidak boleh lagi fikir bila sekarang hari ini India tak mahu eksport, kita berdepan dengan masalah ini. Bulan depan atau tahun depan India boleh eksport dan kita tak ada masalah tapi...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Titiwangsa.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
...Paling- yang paling penting saya nak tekankan Menteri kena lihat bagaimana kita nak melihat kalau keperluan negara ini 2.5 juta metrik tan, macam mana kita boleh meningkatkan pengeluaran beras tempatan ini supaya kalau terjadi lagi masa akan datang, maka kita tak perlu risau. Jadi untuk buat benda ini Yang Berhormat Menteri, sudah tentu ada banyak benda yang kita kena tengok. Salah satu dia ialah immediate. Kalau saya nak tengok immediate ini, bagaimana kalau kerajaan melihat semula. Pasal kita sekarang beras tak cukup.
Jadi kita nak keluarkan enforcement, macam-macam kita ada buat. Macam mana nak pergi hantar dekat MARDI, nak pergi check tiap-tiap kampit. Eh, ini kita cerita sebab 1.6 juta punya beras ini. Kalau kita nak buat ini semua, akhirnya kita tak dapat menyelesaikan jangka masa pendek. Jadi jangka masa pendek ini, saya nak cadangkan kepada pihak kerajaan, kalau kita nak menyelesaikan isu 3.2 juta isi rumah B40 ini, kita nak kalau boleh dijual dengan harga biar dia naik. Sebab dia menggalakkan juga farmers ini akan terus menanam padi sebab dia tahu dia boleh untung banyak.
Contoh, kalau hari ini kita set the ceiling RM2.60 ataupun RM26, 10 kg. Kita boleh benarkan dia jual, katakan RM32.Jadi sudah tentu ada gap RM6. Kalau RM6 gap ini, kalau saya calculate-lah, untuk menyelesaikan dalam masa jangka pendek ini, untuk isi rumah yang kita classify-kan sebagai B40. Kalau RM6, 20kg, lepas itu kita time dengan 12 bulan, saya dah kira tadi lebih kurang dalam 460 juta lah subsidi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Kejap. Saya tak habis lagi. Nak lebih kurang dalam 460 juta lah dia punya subsidi setahun, untuk 3.2 juta B40. Kita nak stick to B40 je. Kalau you nak pergi dekat kedai, kedai itu syok sikit. Kedai ini dia beli beras murah pun, dia akan tetap jual dengan harga macam biasa dia nak jual kepada orang yang nak makan kedai dia, tapi saya nak jaga soal isi rumah B40.
Kita bagi 460 juta, selesai jangka masa pendek, tetapi apabila beras ini dapat balik diimport, maka ini subsidi ini kita boleh pelan-pelan withdraw balik, tetapi yang paling penting ialah kita nak galakkan bahawa setiap pesawah kita, dia boleh mendapat keuntungan. Bila dia boleh untung dan juga apabila syarikat-syarikat di luar sana yang besar-besar ini, bila dia tengok industri ini boleh menguntungkan maka mereka akan datang sama-sama terlibat secara langsung bagaimana nak membangunkan industri beras ini. Kalau tidak, sampai bila- bila lah kita akan berdepan dengan soal ini.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Yang di-Pertua,
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Kalau saya nak ambil contoh ini, di Vietnam pada awal 1980, Vietnam ini dia import beras macam kita. Sama.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Titiwangsa. Sila gulung.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Okey. Sama. Dia import beras macam kita juga, tetapi hari ini, dia menjadi pengeksport beras ketiga terbesar dunia. Sebab apa, sebab ada unsur-unsur keuntungan kepada industri dan juga pesawah-pesawah, tapi kalau kita cerita “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang” ini akan terus berlanjutan dan food security kita untuk beras ini tidak akan boleh kita atasi.
Saya nak gulung ini sikit, Tuan di-Pertua. Jadi dalam isu ini, saya nak kalau boleh pihak kementerian melihat, mengambil kira bagaimana kita nak galakkan industri ini sebab this is the only industry yang kita ada chance untuk self-suffficient. Kita ada gap lebih kurang dalam 37 peratus. Kita ada chance untuk self-suffficient. Gula tak boleh, tepung tak boleh, corn tak boleh, soya bean tak boleh. Sebab ini adalah memang kita 100 percent, kita import.
Memang dah tak boleh nak buat.
Kalau kita tengok, saya nak bagi contoh macam kelapa sawit. Kelapa sawit ini, apabila ada keuntungan, industri-industri akan datang terlibat dalam industri ini. Sebab itu kita menjadi pengeksport kedua terbesar dunia. Sebab ada keuntungan, ada supply and demand, boleh eksport dan kerajaan menggalakkan industri ini. Akhirnya, kita jadi self- sustained. Sebab itu apabila kita bagi minyak paket, kita boleh subsidized sebab kita ada eksport yang besar, tapi hari ini kalau kita nak subsidized something yang kita sendiri boleh produce kalau kita beri betul-betul penumpuan dan memastikan bahawa supply and demand, keuntungan, boleh mengatasi atau jualan boleh mengatasi kos, saya percaya kalau kita boleh buat dari segi soal kelapa sawit, saya tidak nampak kenapa beras ini tak boleh, because kita dah ada ingredient untuk berjaya dalam soal ini. Jadi saya nak...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Okey. Satu minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Jadi saya ucap terima kasih.
Nanti saya sambung masa bajet lah. Saya ucap terima kasih. Saya menyokong intervensi yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Saya jemput Yang Berhormat Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih Yang di-Pertua. Ya saya setuju dengan kenyataan Menteri bahawa kita tidak berhadapan dengan kekurangan beras.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Tiada krisis beras. Kita mempunyai beras yang harganya RM36, RM40. Ada yang sampai RM60. Kita cukup beras tetapi beras import. Kita sebenarnya berhadapan dengan krisis kekurangan BPT- Beras Putih Tempatan yang kita sepatutnya keluarkan 62 peratus ke
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
65 peratus setiap tahun. Dan kita cuma mengimport BPT daripada luar, beras putih daripada luar pada kadar 30 peratus.
Jadi, kita sebenarnya berhadapan dengan krisis ataupun kekurangan beras putih tempatan yang sepatutnya kita keluarkan tetapi bila kementerian menggalakkan ataupun menggunakan sepenuhnya FAMA dengan LPP untuk mengedar beras ini, dia seolah-olah kita berhadapan dengan masalah distribution. We are not, Speaker. Kita tidak berhadapan dengan masalah distribution, kita berhadapan dengan masalah supply of BPT.
[Timbalan Yang di-Pertua, (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Sebab itu langkah menggalakkan intervensi beras LPP dengan FAMA, ini tidak meng-address masalah pokok yang kita hadapai iaitu masalah supply of BPT. BPT. Sebab itu saya tak hendak bertelagah dengan Pengerusi FAMA soal autoriti kuasa di bawah Akta 141. Biarlah PUU FAMA advise dia on the legal aspect of the act.
Jadi, memang benar kerana kenaikan harga beras putih di peringkat global meningkatkan demand untuk white rice tempatan. BPT tempatan. Memang betul, tetapi kita jangan rules out manipulasi. Manipulasi. Kementerian KPIPB ini di bahagian Padi dan Beras, Dato’ Azman, ini pandai ini. Belakang sana itu.
Bila harga lantai beras RM1200 kita set kan. Dahulu kita hendak naikkan RM1400 tetapi tidak boleh naik. RM1200 masih untuk satu tan padi. Sekarang ini harga dinaikkan sendiri oleh pihak industri sehingga RM1700, satu tan. You must- mesti ring a bell.
Kementerian mesti rings a bell. Ada sesuatu tidak betul.
Kita setkan RM1200, pengilang pergi RM1200 untuk satu tan, tetapi pengilang beli RM1700 campur RM100 upah. Setiap satu tan ini upah agen ataupun orang tengah. Di utara dipanggil agen. Kerana saya katakan you must ring a bell kementerian kerana kalau diproses satu tan padi itu pada recover rate 62 peratus, dia akan pergi kepada white rice, whole rice, broken rice, dan juga bran. Pada whole rice kalau diproses pada 62 percent, recovery 50 peratus, 310 kilogram pada harga RM2.20 satu kilogram. Bererti ada RM1364 itu.
Dan kategori kedua broken rice pada 16 peratus percentage 99 kilogram pada harga RM1.10 satu kilogram. Dia akan mencecah kepada harga berapa ini. RM200 lebih. Total daripada semua ini, Dato’ Yang di-Pertua, proses satu tan dia beli RM1700 campur RM100 pengilang akan rugi RM273 untuk satu tan pembelian. Itu yang saya katakan. Kementerian mesti sedar ini. Kita suruh beli harga lantai RM1200. Mereka beli RM1700 tetapi mereka rugi.
Maknanya ada elemen manipulasi di peringkat ini. Kerana apa? Kalau mereka jual ini harga padi tempatan dijual sebagai BPT, Beras Putih Tempatan setiap satu tan mereka akan rugi RM273. Semak ini, ada manipulasi. Beras Putih Tempatan ini ada pihak yang jual sebagai beras putih import. Sekarang ini RM1700 satu tan.
Pesawah gembira sekarang. Betul pesawah gembira. Kita pun sokong dahulu RM1400 satu tan, tetapi kilang rugi tetapi kilang masih lagi berlumba-lumba di kalangan mereka sekarang ini untuk membeli beras RM1700 campur RM100 agen. Belanja upah agen.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
RM1800 diluluskan kerana ada elemen. Kementerian mesti semak. Ada elemen beras ini di manipulasi dan dijual sebagai beras putih import.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
So, itu yang beras RM30, beras RM40, beras RM60. Kita bukan berhadapan dengan masalah beras. Tidak. Kita Cuma berhadapan dengan masalah beras putih tempatan. So, lantik FAMA, lantik LPP tidak menyelesaikan masalah. Kita bukan berhadapan dengan masalah distribution tetapi....
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
...Masalah supply. Sebab itu saya katakan ini mesti di- kejap, kejap. Mesti di address oleh kementerian. Di belakang sana pegawai-pegawai itu mereka di belakang saya dahulu, expert. They are very good in this dan mereka patut buat semakan dan telitian terhadap perkara ini.
Satu implikasinya Dato’, kalau padi ini dibeli pada harga RM1700, yang kita tanam untuk beli benih padi sah ini juga akan dijual nanti sebagai padi untuk beras putih tempatan.
Kerana apa? Kerana ini padi sah cuma dibeli pada kadar RM1400 satu tan. They might kerana desakan keuntungan yang lebih. Menjual benih padi sah sebagai beras putih tempatan pada kadar RM1700. Besok kita akan berhadapan dengan kekurangan benih padi sah untuk ditanam musim hadapan.
So, inilah sepatutnya yang di-address oleh kementerian, bukan meng-address masalah yang tidak wujud. Supply is the problem, not distribution. Yang dibuat oleh FAMA, dibuat oleh LPP itu cuma supplement. Kita pernah buat dahulu. Bila ada masalah beras sana kita suruh FAMA hantar sikit-sikit lah. LPP hantar sikit-sikit. Supplement the effort only untuk menangani meringankan masalah, tetapi masalah pokoknya bukan masalah distribution, masalah supply kerana ada manipulasi.
Ini mesti diterima oleh kementerian. Ya.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tambah sedikit. Okey. Terima kasih.
Setujukah dengan saya? Saya mendapat maklumat bahawa pengilang-pengilang ini tidak pack barang. Beras putih tempatan dia tidak pack, dia longgok semua. Bila dia pack, maknanya dia hendak kena hantar segera dekat keluar tetapi sekarang dia pack, dia longgok semua beras-beras tempatan ini, sampai satu masa dia bawa packing yang beras import, dia packing, packing, packing, dia terus hantar keluar. Dia tidak simpan lagi dah, sebab dia takut inspection.
Jadi, yang ini kita hendak mintalah supaya- sebab itu beras murah tidak ada. Yang ada sekarang ini beras tidak ada masalah. Beras tempatan tidak ada yang RM26. Yang ada RM40 ke RM45. Jadi, rakyat di kawasan saya, kawasan Pendang. Jadi, saya fahamlah. Jadi, maknanya mereka ini terpaksa beli barang yang mahal kerana sabotaj berlaku di pengilang- pengilang ini dia tidak packing tetapi bila dia packing dia ambil kampit yang mahal terus dia hantar keluar. Tidak ada lagi simpan.
Lagi satu, beras hanya bertahan enam bulan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Pendang- gulung.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
So, all element of manipulation perlu disemak oleh kementerian secara teliti. Ya, saya akan tutup. Saya akan habiskan Yang Berhormat.
Jadi, benda itu manipulasi ini dan information tentang why RM1700 mesti diselidiki oleh kementerian secara mendalam. Saya hargai langkah-langkah yang diambil oleh kementerian. Saya akui itu merupakan langkah-langkah yang baik, tetapi perlu ditambah baik dengan melihat daripada sudut manipulasi.
Satu lagi Dato’ Seri. Dia sama ada kalau masalah sekarang ini kalau lihat tidak ada manipulasi. Dan kita soalan, the next question yang kita tanya. Benarkah SSL kita 63 peratus, 65 peratus or lower than that? So, benda ini yang perlu disemak. Kebergantungan kita terhadap data daripada skim output ataupun dipanggil sebagai SSHP ini tentang data SSL kita perlu dikaji. Are we really 65 percent? Are we 50 percent or 60 percent or 75 percent? Kerana adanya kekurangan beras putih tempatan.
Jadi, itu sahaja. Sebagai bekas Menteri, saya hargai usaha yang dibuat oleh kementerian. Saya cuma chip in sedikit pengalaman untuk membantu kementerian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Beluran.
Saya akan membaca senarai yang berikutan sehingga nombor 10 ya. Selepas ini Yang Berhormat Kota Belud. Selepas itu, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Pasir Gudang dan yang terakhir Yang Berhormat Arau.
Dijemput Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismillahi Rahmani Rahim . Tuan Yang di-Pertua, initially saya punya bahas ini ada empat seksyen tetapi saya terus pergi kepada cadangan lah memandangkan lima minit sahaja diberikan.
Selaku Pengerusi APPJMS DG merangkap Ahli Parlimen yang mewakili jelapang padi di Sabah iaitu Daerah Kota Belud, saya sendiri telah menerima laporan maklum balas dan cadangan daripada pihak yang berkepentingan, sama ada daripada agensi kerajaan, NGO, pihak pengilang dan juga pesawah-pesawah kita.
Justeru, terdapat beberapa cadangan yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan dalam melihat kesesuaian pelaksanaannya. Pertama, kerajaan harus segera mengkaji semula bantuan-bantuan dan insentif yang disediakan kerajaan agar ianya relevan dan mencerminkan situasi semasa.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Kos pertanian telah meningkat dengan mendadak harga baja, racun dan benih dan boleh dikatakan berlaku di seluruh negara termasuk real case study yang dilakukan di Jerlun, Parit Buntar dan Tangga Batu. Ditambah pula dengan harga siling yang terlalu rendah menyebabkan para petani mengalami kerugian yang teruk.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Cadangan kedua menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan. Apa yang berlaku hari ini kurangnya keseriusan libat urus antara golongan terkesan, contohnya petani dan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Pertanian dan BERNAS sendiri. Oleh itu, saya harap kementerian segera bertindak pastikan dasar dan aturan yang digariskan dilaksanakan di peringkat tempatan dan perbanyakan sesi libat urus bersama kumpulan terjejas.
Cadangan ketiga adalah dengan meningkatkan kualiti padi. Real case study yang dijalankan di beberapa Parlimen yang terlibat menunjukkan benih yang diberikan PPK, persatuan petani atau NAFAS, persatuan petani kebangsaan adalah berkualiti rendah. Ada petani yang menerima padi angin.
Cadangan keempat adalah peruntukan besar berjumlah RM3 bilion yang telah diumumkan bagi mempertingkatkan infrastruktur sawah di seluruh negara dapat dipermudahkan dan disegerakan pelaksanaannya. Kita lihat hari ini sistem saliran dan pengairan yang tidak baik memberikan kesan kepada kos untuk menyalurkan air meningkat.
Begitu juga dengan jalan-jalan perhubungan dan pengangkutan serta saluran fizikal dan bukan fizikal dari tempat pengeluaran hasil ke pemprosesan ke tempat pemasaran perlu diberi tumpuan segera.
Bercakap mengenai Sabah, kita meraikan Pesta Tadau Kaamatan setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun. Apa itu Tadau Kaamatan? Tadau Kaamatan adalah hari kesyukuran kita selepas tamat menuai tetapi saya percaya hasil kita yang kita dapat hari ini tidak menggambarkan apa yang sepatutnya. Saya ambil contoh Kota Belud. Sawah padi di Kota Belud hanya mempunyai 2,500 hektar keluasan yang lengkap dengan pengairan berbanding keluasan sebenar 8,500 hektar. Saya sedar juga cabaran utama kami di Sabah oleh sebab faktor geografi kami yang agak berbukit, hilly dan tidak landai menyebabkan kos infrastruktur memang tinggi.
Kenapa tidak kerajaan Federal hari ini tidak berani untuk invest penanaman padi di Sabah? Eksport dan import negara luar kita tidak boleh kawal, tapi apa yang sedia ada dengan kita, kita harus jaga dan kembangkan lagi. Saya fikir ini masanya kerajaan Federal memberi tumpuan kepada Sabah.
Saya nampak Tuaran. Silakan.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih. Cadangan Yang Berhormat tentang pertingkatkan lagi sistem pengairan pertanian di Sabah. Suatu ketika dulu, untuk jelapang padi Kota Belud ini ada dia punya cadangan untuk empangan dan sebagainya.
Jadi, apakah pendirian Yang Berhormat sebagai wakil rakyat di Kota Belud? Sebab ini memang tempat dia. Tambatuon dan sebagainya. Di kawasan Tuaran pula, kita pun menghadapi masalah pengairan juga. Oleh kerana masalah pengairan, kita pun, semua tanah-tanah pun terbengkalai sebab masalah pengairan.
Apakah peranan Kerajaan Negeri Sabah, Kementerian Pertanian Sabah dalam Kementerian Pertanian Persekutuan untuk menyelesaikan masalah pengairan ini di Sabah?
Terima kasih.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Saya masukkan dalam ucapan saya tetapi tidak Tambatuon.
Cadangan kelima adalah meninjau dan menyemak semula peranan BERNAS dan sistem keseluruhan pertanian padi. Setiap tahun, sekitar RM2 bilion dibelanjakan untuk subsidi industri dan pertanian padi. Namun, produktiviti dan pengeluaran tidak meningkat seiring dengan perbelanjaan yang dikeluarkan.
Cadangan keenam adalah dengan melibatkan institusi pengajian tinggi dalam negara sama ada IPT awam dan swasta. Kata kunci di sini adalah memasyarakatkan universiti.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya ingin tanya kepada kita semua...
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tanya dulu. Kota Belud, bagi laluan sikit. Jangan dulu tutup...
[Ketawa]
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Saya bagi Kinabatangan sekejap.
Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan
Isu yang kita hadapi, Kota Belud, mungkin Menteri pun perlu faham. Bukan is not a matter kita supply kurang ataupun ini- persoalan kita sekarang ini persoalan di mana ada pemborong, ada peruncit yang menyorok beras ini. Ini yang kita mahu enforcement itu. Jadi, adakah Kota Belud ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya enforcement itu lebih telus, jangan bersekongkol dengan mana-mana pihak?
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, saya pulangkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, tetapi saya bersetuju untuk enforcement perlu ditingkatkan.
Sebagai penutup, saya ingin tanya kepada kita semua. Ada tiga golongan yang terlibat secara langsung dalam hal ini- petani, pengilang dan juga pengguna. Siapa yang harus kita selamatkan ini? Adakah petani, pengilang ataupun pengguna?
Mungkin kalau kita tanya di sini, rata-rata mungkin semua banyak orang mahu menyelamatkan pengguna. Kerana apa? Sebab barangkali dari segi kuantiti pengguna itu ramai, tetapi kalau kita- bagaimana dengan nasib petani? Kalau kita bantu petani naikkan harga, pengguna akan bising, tapi kalau kita kawal harga dan terus macam itu dan petani yang akan sengsara.
Jadi, pada saya, Tuan Yang di-Pertua, kalau Tuan Yang di-Pertua tanya dengan saya, saya akan jawab kita kena selamatkan ketiga-tiganya. Ada kalanya, once in a while, satu-satu keputusan itu perlu kita ambil walaupun keputusan itu sakit dan patut dilaksanakan sejak dahulu lagi. Saya sebenarnya I wish that Ketua Whip, Ketua Backbencher, Yang Berhormat Titiwangsa diberikan masa yang lebih kerana saya rasa cadangan dia tadi sangat bagus. Sebagai Ketua Backbencher, saya rasa mungkin lebihlah sikit, mungkin double daripada pembahas-pembahas yang lain.
Dan saya sangat bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Titiwangsa, saya juga bersetuju dengan cadangan dan juga perbahasan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Beluran sebentar tadi. Sebab ini adalah isu makanan. Ada masanya kita perlu berhentikan politik tentang benda yang kita makan hari-hari. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya ambil maklum perkara tersebut. Kalau perasan, injury time selalu saya lebih. Insya-Allah ya...
[Disampuk] [Ketawa] Dipersilakan Yang Berhormat Bagan Serai.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih kepada Timbalan Speaker.
Hari ini kita membicarakan berkenaan dengan soal makanan ruji kita iaitu makanan kita ialah berkenaan dengan beras iaitu beras ini ialah merupakan yang jadi nasilah. Kita boleh tahan tiga hari tak makan nasi, tapi hari keempat tak makan nasi, mata kita dah naik binau.
Maka sebab itu, yang kita bincang hari ini juga ialah bukan soal kerana beras pada hari ini mahal atau murah, tetapi masalah yang berlaku ialah beras hari ini tidak ada. Yang peliknya, beras tidak ada itu di Kedah, misal katakan. Pengeluaran padi di Kedah ini sebanyak 43 peratus. Tengok sikit ke bawah di Bagan Serai, tempat saya adalah merupakan salah satu daripada jelapang padi negeri Perak dan juga Malaysia. Pun juga tidak ada beras.
Maksud beras ini ialah beras tempatan.
Tadi saya check balik dengan pegawai saya yang berada di Bagan Serai. Saya suruh pergi check satu di Speedmart, yang keduanya ialah di Lesong, dekat Pekan Bagan Serai.
Di sana, dihantar- sejak 28 hari bulan baru ini dok ada kadang-kadang hantar 40 kampit atau 50 kampit. Hantar sekejap sudah habis. Jadi inilah yang menjadi perbincangan kita ialah sehingga dibawa perbincangan khusus untuk membincangkan isu berkenaan dengan beras.
Di Bagan Serai, tempat yang ada kilang padi, tempat ada sawah padi, tak ada beras.
Di Pelangai pula ada kelapa sawit, tiba-tiba ada beras...
[Tepuk] Titiwangsa pun saya ingat pening juga teori ekonomi dia. Hebat dah Titiwangsa ini.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini, kita hendak supaya ianya satu perbincangan hal ini kita dapat tengok perbincangan berkenaan dengan masalah beras ini selalu menjadi topik yang evergreen, dengan izin. Maka kita mengharapkan supaya usaha- usaha untuk kita dapat mencapai 100 peratus sasaran kita berkenaan dengan SSL, tahap sara diri ini dapat dicapai. Kita tidak mahu apabila timbul sahaja isu ini, maka baru kita bincang. Dan apabila selesai, maka kita senyap. Sepatutnya perkara ini ialah perkara yang tak boleh kita tengok secara simplistic, secara mudah begitu sahaja kerana soal apabila orang tak makan ini, dia bukan setakat beras makanan, orang pun dia makan. Ha, kan? Kita tengok orang pun dia makan.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Sebab itu, Teori Maslow sebut betullah. Manusia ni dia akan nak bincang bab keselamatan negara nombor lain, bentangnya ialah soal basic needs, soal kepentingan makan dia, ini yang kita fikirkan.
Walaupun kita bincangkan berkenaan dengan isu beras ini, kita juga- kita hendak lihat juga dari segi win-win situations, dengan izin, supaya antara pengguna kita yang
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
menggunakan beras, pembeli beras dengan pesawah-pesawah, kerana 220,000 pesawah seluruh negara hari ini berlakunya kenaikan kos input pertanian yang begitu tinggi. Harga benih padi, kos jentera, sewaan bendang dan sebagainya. Tiba-tiba berlakunya pula penurunan harga lantai daripada 1,200 per tan berbanding dengan 1,700 per tan. Walaupun pesawah telah menerima subsidi sebanyak 500 Ringgit per tan, Alhamdulillah kita harapkan ininya dapat melegakan sikit keadaan.
Di tempat saya baru ini, ada satu pesawah- tuan-tuan bayangkan. Tiga ekar dia buat, dia hanya dapat 950 kilo. Itu yang menjadikan- tak lihat lagi di kawasan-kawasan lain seperti mana di Kedai Dua, berlakunya masalah tanah jerlus dan di sekitar Selinsing dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita dapat tengok juga penguatkuasaan mesti berlaku, saya bersetuju. Saya mengharapkan di pihak Menteri kena buat satu ambush terhadap kilang- kilang, terutamanya dia pergi kilang. Mudah je nak tahu, dia beli padi, padi dia beli berapa, awak beli padi dan kepada siapa kamu jual?
Misal kata di Bagan Serai tu, sekarang ni ada satu kilang padi, boleh tanya dia, mana padi yang awak beli daripada petani, dekat siapa dia awak jual? Kita boleh tengok nota-nota yang dikeluarkan oleh kilang tersebut. Kalau dia tak boleh buktikan, maka kita harapkan ianya akan diambil tindakan oleh pihak kementerian ataupun pihak kerajaan. Sikit lagi Dato’ Speaker.
Berkenaan satu lagi ialah saya tertarik dengan apa yang dilakukan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah yang telah memiliki lebih kurang 200 hektar tanah sawah bersamaan 700 relung di seluruh negeri Kedah. Kerana bermula dengan 2018, zakat Kedah telah memulakan, mengambil tanah-tanah yang dipajak oleh pesawah-pesawah kepada pihak lain untuk diberikan kepada lembaga zakat. Lembaga zakat ini menanggung seluruh kos, mesin, padi, baja, racun, ditanggung dahulu oleh lembaga zakat, kemudian semua hasil bersih diberikan sepenuhnya kepada petani iaitu melalui peserta Sawah Berskala Besar Asnaf di negeri Kedah.
Dan waktu itu, Beluran yang melancarkan ketika itu. Insya-Allah benda ni akan dilancarkan pula oleh...
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
...Abang Mat kita, oleh Kota Raja, insya- Allah. Yang keduanya ialah begitu juga kita dapat tengok bagaimana kejayaan di negeri Terengganu yang hanya memiliki 12,000 hektar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Sikit, sikit, gulung sikit. 12,000 hektar tanaman sawah. 500 hektar tanah dia, sawah dia dapat myGAP iaitu good agricultural practice. Kerajaan negeri membayar insentif sebanyak 105 Ringgit satu hektar sebagai insentif yang memenuhi kualiti dan juga biosecurity dan saya harapkan akhirnya sekali ialah satu pertanyaan saya kepada pihak kementerian.
Pertama, adakah penurun harga padi secara mendadak dan peningkatan benih padi hampir serentak di seluruh negara menunjukkan wujudnya pakatan yang mengawal harga
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
pasaran? Bukan kah ini menyalahi Akta Persaingan di bawah Suruhanjaya Persaingan Malaysia? Itu satu pertanyaan saya.
Yang kedua, penurunan harga padi, kenaikan harga benih dan kehabisan stok beras tempatan adalah suatu yang tidak normal mengikut hukum ekonomi bekalan dan permintaan.
Jadi, apakah sebenarnya yang berlaku? Terima kasih kepada Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Timbalan Speaker. Bismillahi Rahmani Rahim. Kuala Selangor bangun untuk sama-sama meneruskan perbahasan ini. Dan kali ini Timbalan Speaker, kita berdepan dengan kekurangan ataupun kehilangan beras putih tempatan dan isu ini telah pun diperjelaskan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Saya ingatkan persoalan ini bukan hanya sekadar untuk memenuhi ataupun kejayaan ini akan dapat kita atasi, masalahnya tak akan dapat kita atasi ketika kita mencapai apa yang dikatakan sebagai self-sufficiency level, dengan izin, SSL kalau kita memenuhi 100 peratus. Terbukti sedikit waktu dahulu, kita kekurangan ayam, kekurangan telur. Ayam dan telur mencapai SSL 114 peratus, Timbalan Speaker. Persoalannya apa? Ini persoalan yang saya mungkin daripada perbahasan yang dibuat oleh kawan-kawan, Ahli Yang Berhormat yang sebelum tadi.
Kita berdepan dengan antara lainnya, banyak faktornya, tetapi yang mahu saya sebutkan, apabila kita hanya mendapat 65 peratus SSL, tentunya kita terdedah kepada kejutan-kejutan ataupun economic shock seperti ini, tatkala daripada 12 negara yang kita import beras itu salah satunya adalah India. Ketika India menyekat import SSI ke negara kita, kita berdepan dengan suasana ini. Antara lainnya dan langsung dan waktu yang drastik dan waktu yang singkat, tiba-tiba kita dapati bahawa import beras SSI itu melonjak kepada- saya sendiri turun untuk meninjau, memang betul kadang kali, bukan kadang kali, memang tak ada SST itu, SSI itu pada harga RM48 untuk 10 kilo pun ada, Timbalan Speaker.
Lalu, apabila berlaku differential ataupun perbezaan harga ini, beras tempatan menjadi rebutan dan banyak alasan-alasan diberikan, panic buying ya, dikatakan sebagai sorok, yang dikatakan sebagai membuat packaging, menukarkan kampitnya. Dan sedikit waktu tadi Bagan Serai menyebutkan tentang kartel dan sebagainya. Itu pun dipersalahkan tentang hal ayam dan telur juga.
Timbalan Speaker, saya boleh bercakap tentang hal ini tetapi telah banyak yang diperjelaskan. Apa pun alasannya, persoalannya ada langkah-langkah jangka jauh yang perlu kita tangani. Cumanya dalam hal yang saya now simpulkan dalam dua minit ini, saya menekankan tentang peri pentingnya untuk pasaran. Jangan terlalu kita herotkan, jangan terlalu kita distort, dengan izin. Kerana apa, pasaran itu ada punya equilibrium nya, punya keloknya, punya undang-undangnya, tawaran dan bekalannya itu, supply demand economics itu dan tatkala kita terlalu mencekik pasaran, inilah akibatnya antara lain.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kita tentukan harga lantai satu hal. Kita berikan subsidi kepada pesawah satu hal, tapi dalam rantaian bekalan daripada pesawah kepada pengilang, kepada pemborong dan akhirnya pada peruncit, setiap satu peranan dan players itu dia ada dia punya margin keuntungan ataupun profit margin yang mereka mahu kekalkan. Dan tatkala mereka terkesan dalam hal ini, kita lihat apabila differential price itu tinggi berbanding dengan SSI itu, mereka juga dikatakan macam-macam yang mereka kononnya lakukan.
Persoalan yang besar yang saya mahu kerajaan pertimbangkan dalam kerajaan madani ini, apakah boleh kiranya jangan terlalu fixed, jangan terlalu ketat, jangan terlalu yang dikatakan sebagai tidak anjal apabila kita menentukan sama ada ceiling price ataupun harga lantai. Harga siling dan harga lantai sebab kita sudah mengherot pasaran itu dan pasaran itu ketika diherot, berlakulah pelbagai human behavior dan moral hazard, dengan izin. Apabila mereka cuba untuk mengekalkan profit dan cuba untuk pass on cost itu, kos input itu yang kita bercakap tentang banyak hal tadi, harga baja, racun, benih, jentera dan sebagainya kepada akhirnya pengguna, consumers.
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Okey, saya tekankan betapa mustahaknya Timbalan Speaker dan Menteri, untuk kita pertimbangkan. Ya, saya tidak kata kita kena apung segalanya khasnya harga siling atau kita tentukan harga lantai dengan harga-harga tertentu.
Cumanya saya mahukan Kerajaan Madani ini lebih kerap untuk membuat reappraisal, membuat review khasnya apabila tekanan-tekanan global sama ada perang geopolitikal sama ada perubahan iklim dan sebagainya itu supaya lebih anjal dan kita memandang kepada semua rantaian- pesawah daripada pesawah, pengilang, pemborong dan akhirnya kita. Semua perlu dijaga tetapi persoalannya kalau kita sudah awal-awal lagi mencekik, we distort, we strangulate pasaran market forces itu.
Saya bukanlah great believer of Adam Smith’s punya invisible hand tetapi kita juga perlu ada the new mission an intervention of the market, dengan izin, maka saya harapkan Kerajaan Madani lebih bersedia untuk sentiasa membuat pertimbangan, sama ada harga lantai ataupun harga siling itu kerap di-visit, diziarah kembali, dinilai kembali, supaya tidaklah selama-lamanya mereka dicekik dan akan berlaku, akan berlaku pastinya sorok. Akan berlaku pastinya kartel kerana kita kerajaan yang sikit tidak sensitif dan cepat agile ya, untuk membuat pertimbangan-pertimbangan dasar itu.
Dasar ini adalah public policy ya. Ini bukan satu yang fixed ya. Dalam Islam pun segalanya dalam hal muamalat ini, kalau diizinkan saya sebutkan, al ashlu fil asya’i hiba hatun. Semuanya berubah, semuanya boleh. Tak ada yang halal haram dalam perkara yang tidak ditentukan halal haramnya dengan jelas, dengan nasnya.
Jadi, justeru kerana itu saya percaya Kerajaan Madani ini lebih mampu ya, untuk melihat perkara ini dengan short-term measures dan juga menekankan tentang bagaimana kita mampu ya, kembali untuk menjadi menentukan dulu ganti 41 daripada 113 negara on global security keterjaminan dan kita adalah nombor lapan dalam Asia Pasifik dan nombor dua dalam Asia Tenggara. We must make sure bukan sahaja pilihan-pilihan ini kita sebut-
Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
sebut yang banggakan tapi sesungguhnya kita tentukan keterjaminan makanan ini benar- benar dapat kita pastikan untuk rakyat kita. Terima kasih Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahi Rahmani Rahim.
Terima kasih Yang di-Pertua. Sebelum ini, pelbagai jaminan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Antara contohnya ialah bekalan beras stok dagangan sebanyak 650,000 tan mencukupi bagi menampung keperluan bagi tempoh empat hingga lima bulan, masih belum menjawab sebenar isu kekurangan bahan asas itu di pasaran seperti dihadapi oleh penjual dan dirasai oleh pengguna pada hari ini. Jadi, dengan penerangan Menteri pada hari ini, saya harap jaminan terbaharu dan juga penerangan ini akan benar-benar dapat menjamin keterjaminan makanan kepada rakyat, insya-Allah.
Saya ada beberapa persoalan ingin saya tanyakan kepada Yang Berhormat Menteri ialah pertama, isu menukar bungkusan beras. Adakah benar berlaku? Jika ada, apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak kementerian dan apakah sudah ada tangkapan?
Kedua, apakah tindakan penguatkuasaan yang telah diambil terhadap pihak yang didapati memanipulasi rantaian bekalan beras tempatan serta pelan untuk meningkatkan ketelusan dan accessibility data serta maklumat padi dan beras di seluruh rantaian bekalan?
Ketiga, apakah perancangan terperinci kementerian untuk memastikan sistem pemantauan bersepadu yang lebih telus bagi bekalan bahan-bahan makanan utama negara supaya intervensi bekalan tidak terputus terutamanya beras?
Keempat, apakah usaha kementerian untuk mengawal aktiviti kartel beras dan monopoli dengan kerjasama kerajaan negeri?
Tuan Yang di-Pertua, dalam isu kerjasama dengan kerajaan negeri ini, kerajaan ataupun kementerian boleh melihat kejayaan yang dibuat oleh negeri-negeri sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan Serai tadi seperti yang berlaku di Kedah dan melalui Lembaga Zakat Negeri Kedah dan juga negeri Terengganu dalam memastikan- dalam usaha meningkatkan hasil beras ini.
Ini termasuk usaha pemodenan melalui pertanian IR4.0 dan penyelidikan dan pembangunan seperti ladang padi pintar serta penggunaan dron tanaman. Langkah ini penting bagi mengenal pasti tahap kesediaan petani beralih ke teknologi baharu dengan sokongan dalam pemindahan teknologi. Selain itu, usaha meneroka potensi variety beras tempatan termasuk kawasan di Sabah dan Sarawak yang sesuai untuk penanaman padi dengan lebih 500 padi unik.
Soalan yang kelima, apakah status pembangunan R&D techonology variety benih padi baharu bagi menggalakkan kemasukan pemain baharu seperti sektor swasta berbanding kebergantungan pada entiti penyelidikan dan pembangunan tunggal di Malaysia.
Ini memandangkan negara-negara pengeluar beras lain seperti Thailand, Filipina, India dan
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
sebagainya mengeluarkan lebih banyak varian benih padi berbanding Malaysia.
Bagaimanakah kerajaan merancang untuk mengurangkan monopoli dalam penyediaan kos pengeluaran dengan memperkenalkan lebih banyak pembekal dan pilihan ke arah kos pengeluaran yang lebih mampan.
Ini termasuk mengurangkan kebergantungan kepada syarikat-syarikat tertentu yang menyediakan anak benih padi dan kawalan serangga dengan memperkenalkan pilihan yang lebih murah kepada petani seperti insentif untuk petani yang menghasilkan benih sendiri. Jika kerajaan mengambil pendekatan jangka masa pendek iaitu penyerapan kos harga beras import, maka, apakah implikasi kepada situasi kewangan negara, industri padi dan kesan kepada perancangan yang diambil termasuk penanaman padi lima kali dalam masa dua tahun?
Tuan Yang di-Pertua, soalan yang keenam ialah berkaitan dengan isu stockpile beras negara. Berapakah stockpile sebenar setiap masa yang ditetapkan dan mengapa stockpile sedia ada sama ada 250,000 tan metrik atau lebih tidak diguna untuk menampung kekurangan beras sekarang jika benar beras putih tempatan tidak cukup bekalan dan beras putih import naik harga? Di mana stockpile ini disimpan dan siapa yang menyimpan bagi pihak kerajaan? Berapa juta kerajaan peruntukan setahun untuk kos membeli dan menguruskan stockpile milik negara ini dan apa jadi kepada stockpile tersebut selepas tempoh sah laku beras tersebut? Biasanya kualiti beras boleh bertahan hanya enam bulan berbanding padi boleh disimpan sehingga empat tahun.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong sebarang usaha bagi memastikan jaminan makanan khususnya rantaian beras mencukupi dalam negara kita ini. Terima kasih Tuan di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
[Bangun] Boleh saya menambah sikit? Tanjong Karang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor
Yang Berhormat, ini bukan giliran Yang Berhormat. Duduk ya.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi
Ada masa tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Mohd Nor
Walau yang sedemikian, budi bicara saya. Dipersilakan Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Dato’ Speaker atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan selepas penerangan oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang sanggup hadir tampil di dalam Dewan Rakyat untuk memberikan peluang kepada Ahli-
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
ahli Dewan Rakyat memberikan pandangan masing-masing terhadap isu yang melanda negara kita. Sebab isu ini perlu kita selesaikan sebelum ia menjadi krisis.
Ya, nak kata beras ada ke tidak, ada. Cuma, beras putih tempatan tak ada. Jadi, masalah ini perlu kita tangani sebelum ia menjadi krisis. Kita tahu kalau nak sebut keterjaminan makanan, isu pertama adalah kita pastikan makanan ruji rakyat Malaysia ada bekalan yang mencukupi di pasaran runcit.
Masalahnya saya lihat sebegini. Kita hanya menghasilkan 62.6 peratus beras putih tempatan. Maknanya 37 persen kita bergantung kepada beras import dan daripada 62 peratus tempatan tersebut, seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri, hanya 40 peratus sahaja yang berada di pasaran runcit. Ini yang saya rasa rakyat tak tahu.
Saya sebenarnya terkejut dengan apa yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri yang sangat jujur maklumkan kepada rakyat kerana sebahagian besar ataupun lebih kurang separuhnya dia pergi kepada pihak industri dan sebagainya. Jadi, apakah cara kita dari segi masa depan untuk memastikan masalah ini tak berlaku?
Saya berikan satu contoh. Sekiranya kebergantungan kita kepada beras tempatan naik kepada 90 peratus, maknanya beras import hanya setakat 10 peratus saja. Masalah yang berlaku hari ini tidak akan berlaku, tak kiralah India tu nak sekat kah nak halang kah, apa nama beras dia eksport keluar. Kita tak dapat import dari India pun tak apa. Sebab kita mempunyai kebergantungan 90 peratus tetapi hari ini sebab 62 peratus.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya berikan satu contoh, sesuatu yang saya rasa kita kena belajar ini. Apa yang berlaku di Jepun. Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk Pertanian, baharu sahaja balik dari Jepun. Yang Berhormat Menteri pun tahu, kami berlima ada di Jepun beberapa hari.
Jepun, lebih 50 peratus petaninya berusia 60 tahun ke atas. Dia hadapi masalah orang tua, warga emas yang lebih teruk daripada Malaysia, tetapi produktivitinya cukup tinggi. Dia tidak menjejaskan produktiviti dan Jepun boleh membekalkan beras tempatan 100 peratus kepada rakyatnya, yang berjumlah, kepada penduduknya yang berjumlah 125 juta orang.
Kita di Malaysia ini, 30 lebih juta. Kalau Jepun boleh dari segi ini, saya rasa ada banyak yang kita boleh pelajari sebab produktiviti peratusan yield dia sangat tinggi, compare dengan kita. Jadi, saya berharap supaya kerajaan ambil inisiatif terhadap smart farming, smart agriculture dalam hal ini.
Perkara kedua adalah berkenaan dengan peranan yang dimainkan oleh BERNAS.
Sejak bulan Julai, telah dimaklumkan bahawa India melarang atau menyekat eksport beras ke luar. Apakah tindakan daripada BERNAS ketika itu? Ya, BERNAS hanya menaikkan harga yang pintu gudang BERNAS pada 1 September daripada satu tan metrik RM2,350 kepada RM3,200, tetapi sebelum itu, apa yang BERNAS telah lakukan sebagai pengimport tunggal untuk beras import dari luar?
Saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh memberikan penjelasan ini sebab ia sangat penting. Kita bagi monopoli, kita bagi hak konsesi khas kepada BERNAS dan BERNAS ada tanggungjawab untuk pastikan sebab perjanjian dengan BERNAS ketika ini akan berlangsung sehingga tahun 2031. Saya tahu BERNAS ada bagi 30 peratus keuntungan
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
kepada pesawah. Saya menyambut baik. Saya bersetuju untuk bantu pesawah sebab mereka ini pun perlu dibantu untuk mereka terus menghasilkan produktiviti yang lebih baik.
Cuma masalahnya saya hendak tanya. Tahun lepas, berapakah bayaran daripada BERNAS untuk pesawah kita dan tahun ini, hari ini sudah masuk suku keempat tahun 2023.
Saya pernah dengar BERNAS akan bayar 60 juta. Betul tak? Dah bayar ke belum setakat hari ini, 9 hari bulan Oktober? Berapa yang telah dibayar oleh BERNAS kepada pesawah kita? Saya rasa ia sangat mustahak dan apakah pihak Menteri, kementerian boleh mengkaji semula, menambah baik mana yang sepatutnya untuk pastikan masalah yang berlaku ini tidak berulang pada masa akan datang.
Perkara ketiga yang saya nak sebutkan di sini adalah berkenaan- minta sedikit masa.
Yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan analisis kimia oleh MARDI dan juga Jabatan Kimia. Saya hendak tanya, berapa cepat analisis sama ada beras itu import atau tempatan dapat dikeluarkan? Jangan kita hantar lab, tunggu dua bulan baru keluar. Tak ada makna lagi. Itu yang saya hendak tanya dan saya hendak tahu juga, apakah tindakan setakat ini? Ini soal tukar plastik dan sebagainya.
Memang kita dengar sejak dua, tiga minggu dulu. Di merata tempat kata ada tukar plastik semua. Ada kah tak ada? Apakah statistik yang daripada Ops Bersepadu yang telah dilakukan? Saya rasa perkara ini penting. Kita tidak mahu ada orang ambil kesempatan. Bila kita susah hadapi masalah, jangan ada peniaga yang ambil kesempatan pula.
Jadi perkara keempat yang saya hendak sebutkan adalah berkenaan dengan pengagihan yang melibatkan FAMA dan juga LPP. Yang Berhormat Menteri, pada 20 September lepas telah menyatakan bahawa FAMA akan mengagihkan 400 tan metrik, LPP 300 tan. Mengikut pembentangan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, FAMA setakat ini telah mengagihkan 109 tan dan LPP 600 tan. Jadi yang bakinya bila? Saya hendak tanya.
Walaupun kita tahu itu bukan tugas hakiki dua agensi kerajaan ini. Jadi bila? Saya difahamkan Program Khas Beras Putih Tempatan ini ambil masa satu tahun. Saya nak minta Menteri, tak bolehlah satu tahun. Benda ini kena selesai dalam masa terdekat. Kalau setahun, payah. Nanti negara akan jadi dalam keadaan huru-hara.
Saya nak tanya juga, apakah ada kemungkinan, biar kerajaan memberikan satu lagi cara intervensi. Walaupun saya menyokong dan saya menghargai intervensi yang telah dilakukan oleh KPKM dalam menghadapi masalah ini. Boleh tak bagikan subsidi dalam tempoh yang sangat singkat? Contohnya, dua bulan sebelum petani atau pun pesawah tempatan kita menuai hasil. Dalam bulan ini kalau tak silap saya dan dari India, saya difahamkan India akan ada hasil dituai pada bulan November. Jadi dalam masa terdekat ini, maybe one or two months ini. Boleh tak kerajaan bagi subsidi khas untuk selesaikan masalah ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, gulung.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jadi, saya berharap perkara ini boleh diselesaikan.
Saya nak minta pandangan ataupun cadangan daripada Yang Berhormat Menteri. Bilakah masalah ini akan dapat kita selesaikan? Itu sahaja, terima kasih Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Dipersilakan Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan perbahasan saya pada petang ini dengan satu hadis yang berbunyi... [Membaca sepotong hadis] Yang bermaksud, setiap Muslim yang menanam tanaman, tumbuh-tumbuhan dan dimakan tanaman tersebut oleh burung-burung atau haiwan atau manusia. Ini adalah sedekah.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, isu beras adalah suatu isu yang amat kritikal.
Terima kasih Menteri yang membentangkan, memberi penerangan kepada isu beras pada kita pada petang ini. Walaupun sebelum ini dinampakkan ada penafian berkenaan hal tersebut. Terima kasih.
Saya mencecah umur 60 tahun. Inilah kali pertama saya melihat rakyat Malaysia berebut-rebut untuk mendapat sekampit beras. Adalah sesuatu yang amat memalu dan mendukacitakan selepas 60 tahun kita merdeka.
Tuan Yang di-Pertua, saya terbaca apa yang telah di text oleh kakanda saya daripada Pasir Gudang beberapa minggu yang lalu yang mengadu kepada pihak kementerian dan juga Select Committee berkaitan kekurangan beras di tempat beliau dan ia mendapat liputan yang meluas di dalam media dan kerana aduan tersebut beberapa hari selepas itu kalau tak silap saya beras berduyun-duyun datang ke Pasir Gudang tapi ia tidak menyelesaikan masalah kerana masalah ini adalah masalah di seluruh negara.
Saya berkesempatan untuk ke beberapa tempat, pasar raya di Kuala Berang dan menemui pengusaha ataupun tuan punya pasar. Mereka mengeluh untuk mendapatkan beras dan jawapan yang diterima daripada pemborong kepada mereka atau pembekal kepada mereka ialah nanti ada stok beras, kami akan hantar. Jadi, ini suatu yang amat mendukacitakan.
Kita juga ada masalah berkaitan dengan gula putih. Kita ada masalah berkaitan dengan gula murah yang terpaksa dibeli. Untuk nak beli gula murah, terpaksa beli gula mahal.
Walaupun ia suatu kesalahan.
Yang Berhormat Tuan di-Pertua, saya ada membaca laporan tentang kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bahawa Kemboja, Vietnam dan juga Thailand menyatakan kesediaan untuk menampung bekalan beras kepada Malaysia. Persoalannya ialah sepantas mana hal tersebut, bantuan beras tersebut akan tiba ke negara kita? Adakah ia telah berjalan ataupun masih menunggu masa untuk berjalan?
Persoalan yang kedua ialah dengan kemasukan lebih banyak beras import ini bermakna rakyat terpaksa membeli beras pada harga yang lebih mahal kerana hanya bekalan beras import yang ada di pasaran. Ini juga mendukacitakan kita dan suatu benda yang pelik tetapi benar. Beras tempatan dikatakan 60 peratus sebagaimana yang sahabat
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
saya Rasah katakan tadi. Beras import 38 peratus tetapi ada di dalam market hari ini yang 38 peratus. Yang 60 peratus ini hilang entah ke mana.
Jadi di sini saya setuju apa yang dikatakan Beluran. Mungkin ada manipulasi di mana-mana kerana mungkin peniaga-peniaga ini mengambil kesempatan untuk mendapat keuntungan yang lebih dengan menjual beras tempatan tapi dilabelkan dengan beras import sebagaimana yang kita melihat beberapa TikTok sahabat-sahabat kita yang mengatakan bahawa mereka menampal tempat beras tempatan tersebut dengan beras import. Jadi, ini diharap pihak kementerian untuk mengambil pendirian yang serius kerana ia membebankan rakyat Malaysia.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Hulu Terengganu, Sik mohon sikit penjelasan. Boleh Sik, belakang. Sik, Sik.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sila.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Adakah Yang Berhormat Hulu Terengganu setuju, ada pemain industri mengatakan mulanya kenaikan harga beras import dan kekurangan beras putih tempatan ini apabila pengilang-pengilang menaikkan harga padi RM1,700 per tan? Maknanya refleks daripada keadaan itu.
Kedua, adakah Yang Berhormat setuju ketika mana langkah intervensi yang terbaru di umum oleh Perdana Menteri RM400 juta akan diberi subsidi untuk para pengilang atau pemborong beras ini menghantar beras kepada pihak-pihak ataupun agensi-agensi kerajaan yang menyediakan makanan termasuk di penjara dan sebagainya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Adakah jumlah ini lebih baik ini diberi subsidi kepada para petani kita supaya ada tuntutan harga lantai padi kita sehingga boleh dinaikkan RM1,500 berbanding hari ini, hanya RM1,200? Terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih, Yang di-Pertua. Terima kasih, Sik. Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan tersebut. Dan pihak kementerian, pada pendapat saya, cadangan saya ialah untuk menambah lebih ramai lagi pegawai selia padi dan beras kerana jumlah yang ada pada hari ini, yang saya difahamkan cuma ada lebih kurang 100 orang, tak mampu untuk nak mengawal dan juga menjaga kepentingan ini untuk seluruh Malaysia. Jadi, pertambahan pegawai tersebut perlu ditingkatkan untuk pastikan tidak ada mereka yang mengambil kesempatan di dalam keadaan rakyat jelata berada dalam kesusahan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, selain daripada itu, mengenai langkah kerajaan melaksanakan operasi mengambil...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk sekejap. Yang Berhormat Seputeh, perlu masa untuk berbincang ke? Kalau perlu, mustahak, sila duduk luar ya. Teruskan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih, Yang di-Pertua.
Mengatakan bahawa mengambil sampel untuk analisis DNA. Nampaknya, apa yang diperkatakan ini, bercanggah dengan apa yang dijawab. Saya tak tahu mana yang betul.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Timbalan Menteri KPDN Kos Sara Hidup mengatakan bahawa tiada satu alat yang boleh mengesan, membezakan beras tempatan dengan beras import, tapi di sini, dikatakan bahawa kerajaan mengambil DNA beras tempatan dan beras import, dan dihantar ke pejabat kimia untuk dianalisis. Jadi, yang Timbalan Menteri KPDNKK betul ke atau pun yang Kota Raja betul? Itu persoalan.
Yang kedua, apakah langkah-langkah ini benar-benar membantu untuk mengesan?
Kerana bila tukar saja pack sebagaimana yang dikatakan oleh Pendang tadi, maka sukar untuk kita menentukan beras tempatan atau pun beras import. Dan, adakah kementerian melaksanakan pemeriksaan resit atau pun invois bekalan beras di semua peringkat rantaian untuk memastikan isu ini benar-benar tidak berlaku?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sikit lagi, boleh? Sekejap lagi ya. Saya juga beberapa kali membaca kenyataan Menteri dan Timbalan Menteri bahawa beras tempatan mencukupi. Jika ia benar mencukupi, seperti apa yang saya katakan tadi, kenapa ia sukar untuk didapati di dalam market, pasaran?
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu saja apa yang ingin saya kongsikan. Diharap mendapat penjelasan yang sewajarnya daripada pihak kementerian untuk mengatasi agar perkara ini tidak berulang lagi kerana memalukan negara, kerana dah 60 tahun merdeka.
Perkara ini, berebut beras, masih wujud dalam negara. Terima kasih, Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Terengganu. Dipersilakan, Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih, Tuan Timbalan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahita’ala wabarakatuh.
Saya ingin dengan rendah hati, membantu Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Kerajaan Persekutuan untuk mencari jalan penyelesaian berkenaan isu bekalan beras putih tempatan. Saya ada beberapa cadangan kepada kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian tersebut. Cadangan saya itu terbahagi kepada tiga fasa, iaitu cadangan jangka pendek, cadangan jangka sederhana dan cadangan jangka panjang.
Pertama, penyelesaian jangka pendek. Saya mencadangkan, kerajaan pusat naikkan harga lantai padi, dari RM1,200 setiap tan ke paras yang lebih tinggi. Katakanlah, kepada RM1,500 setiap tan. Petani-petani, pesawah menuntut RM1,700. Jadi, kita carilah keadaan sama-sama menang, win-win situation. Petani- padi naik harganya kepada RM1,500 sebagai contoh, supaya pengilang juga ada yang modal dia kecil. Kalau RM1,700 satu tan itu mungkin menghadapi masalah hendak beli. Jadi, kita cari jalan tengah.
Sebagai perbandingan, gaji pekerja kilang, pekerja-pekerja biasa naik. Dulu sebulan RM900. Naik gaji minimum kepada RM1,200 dan sekarang naik kepada RM1,500 mandatori, tapi takkanlah harga padi untuk pesawah-pesawah, dah tahun 2024 kekal harga lantai dia RM1,200. Naikkanlah. Tak perlulah mereka terpaksa berarak sampai ke Parlimen untuk
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
menuntut itu. Simpati mereka, kesian mereka dan harga racun naik. Harga benih naik, harga sewa mesin jentera naik, harga baja naik.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua, penyelesaian jangka sederhana, saya cadangkan, bukan mengejut, beransur-ansur. Yang Berhormat Menteri, saya cadangkan, beransur-ansur kita tamatkan monopoli BERNAS, syarikat swasta padi Beras Nasional. BERNAS ini ada jasanya. Tak boleh lupa, ada jasanya. Dia memikul juga social obligation terhadap petani- petani yang padi dia tak berapa menjadi, tetap beli. BENAS telah lakukan itu, tapi walau bagaimanapun, untuk kepentingan negara dan rakyat, tak eloklah selama-lamanya BERNAS hanya menjadi pemegang EP tunggal, mengimport beras dari luar negara, dan perjanjian ini akan kekal sehingga tahun 2031.
Kita tidak- kerajaan terpaksa menghormati perjanjian kontrak dengan BERNAS, tapi kaji aspek undang-undang. Lakukan pindaan perjanjian, semak semula antara kerajaan dengan BERNAS, duduk baik-baik, semak sedangkan Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda. Yang tak boleh dipinda, kitab suci Al-Quran saja, tak boleh dipinda, tapi perjanjian kerajaan dengan BERNAS ini boleh dipinda, secara- kita menghormatilah rule of law kan dan menghormati kontrak itu.
Saya mencadangkan, kerajaan fikirlah. Tambah jumlah pemegang AP, supaya ada persaingan. Persaingan ini baik. Negara kita ini, bukan negara ekonominya terpimpin dan sebagainya. Kita ekonomi pasaran. Kalau kita tengok industri telekomunikasi, ada telefon Malaysia (TM). Kita ada Celcom, kita ada Maxis, kita ada Digi.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Pasir Gudang, sini.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ya.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih, Pasir Gudang. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan bila, apa ini- kita lihat kepada apabila sekarang ini, apabila harga belian menurun, manakala kos tanaman meningkat atau pun tinggi, termasuk kos belian biji benih. Sekarang ini, berkali ganda meningkat biji benih. Itu tidak termasuk lagi penyakit-penyakit di awal tanaman, termasuk di hujung.
Masa kita hendak mengerat itu, dia ada penyakit lagi. Kalaulah ada- ha, orang hat lama, dia tahulah mengerat macam mana orang buat bendang. Selepas itu, dia kena pula kemarau. Tak boleh ambil. Padi angin, termasuk di kawasan- masa banjir juga hancur habis.
Jadi, maknanya, risiko yang ditanggung oleh petani-petani, yang kita kata tadi, dapat kaya dengan buat sawah padi ini, tak betul.
Sekarang ini, sangat teruk petani-petani, dengan kos yang sangat meningkat.
Perolehan tambah pula daripada RM1,700 turun RM1,200. Jadi, kita harap, pihak kementerian beri perhatianlah, bagaimana kita hendak buat penyediaan supaya tidak bergantung kepada import. Kita sendiri bersedia untuk kita mengeluarkan biji benih dan sebagainya. Terima kasih.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih, YB Pendang. Datang daripada kawasan jelapang padi. Cukup faham isu padi. Di Pasir Gudang, tak ada sawah padi. Kita ada kilang saja tetapi pekerja-pekerja di Pasir Gudang makan nasi. Jadi, kita ambil
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
maklum itu dan kita menyokong. Sama-sama kita selesaikan, terutama masalah petani yang miskin di jelapang padi di Kedah sana.
Hanya- saya sambung, Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita bagi AP yang baru pun, tak boleh suka hati. Pemegang AP ini, dia mesti ikut buat benda yang baik macam BERNAS juga iaitu pikul tanggungjawab sosial, social obligation yang ada dalam kontrak perjanjian itu, mesti dipatuhi.
Dan, akhir sekali Tuan Timbalan Yang di-Pertua, penyelesaian jangka panjang. Saya menyokong pengumuman Perdana Menteri dan kerajaan yang akan sediakan peruntukan sebanyak RM3 bilion untuk menaik taraf dan memperbaiki infrastruktur pengairan di kawasan Muda, Kedah iaitu Program Projek Pengairan MADA yang tidak dibantu sejak lebih 50 tahun pengairan itu diadakan.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Jadi ini satu langkah positif di pihak kerajaan yang saya sangat puji. Tiga bilion kita mulakan. Yang kedua, saya mencadangkan kerajaan, usahakanlah bina kawasan jelapang padi yang baharu khususnya di Sabah dan Sarawak yang luas itu. Sarawak lebih luas daripada Semenanjung Malaysia. Begitu juga Sabah. Jadi, banyak padi boleh ditanam di sana dan ketiga, saya minta kerajaan sambut tawaran Kerajaan Johor yang sediakan- yang bersedia untuk menyediakan tanah yang luas di Johor untuk tanam padi.
Dan akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, kita harap sama-sama kita menyokong MARDI sebagai center of excellence untuk melaksanakan smart farming dan smart agriculture. Dan akhir sekali, tidak kurang pentingnya Tuan Yang di-Pertua, saya mohonlah sebagai alumni dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM) itu kembalikanlah kepada nama asalnya, Universiti Pertanian Malaysia.
Sekian dengan rendah hati, saya menyokong usul ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang berhormat Pasir Gudang. Dipersilakan Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Apa khabar rakyat Malaysia? Orang muda.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Semoga Allah sentiasa merahmati.
Saya menggunakan gadget kecil ini kerana saya bukan kerajaan. Inilah yang boleh membantu saya. Kerajaan macam-macam, dia ada kenderaan banyak...
[Batuk] Jentera banyak, helikopter ada. Saya inilah benda kecilnya yang berharga beringgit-ringgit tapi insya- Allah rakyat sentiasa memerhati. Yang Berhormat, ini intro ya. Yang Berhormat saya ucap terima kasih pada Yang Berhormat terus berada di sini.
Menteri Pertahanan dulu muka serius hari ini senyum sikit. Yang Berhormat, saya ucap tahniah sebab kerajaan kena bawa perubahan. Madani sudah kan? Lepas ini, bila kami ambil alih, kami boh nama baharu pula ya...
[Ketawa] Yang Berhormat, beras- Yang
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Berhormat Speaker, tidak tahu Yang Berhormat Speaker pergi ataupun tidak tapi beras yang paling tidak ada masalah di dunia Malaysia pada masa kini, tapi kini dia tak dak kot ialah di Pelangai. Dia panggil Pesta Pelangai.
Beras lima kilo ada, beras 10 kilo ada, dijual dengan harga subsidi dan dua hari terakhir dia bagi percuma.
[Ketawa] Jadi, alhamdulillah, sewa, sewa enam rumah. So, enam rumah, tiap-tiap rumah dapat dua kampit. Alhamdulillah Yang Berhormat. Tidak apa sudah dia bagi tidak ada masalah dan saya bukan jenis orang yang nak pergi report dan sebagainya.
Saya serah kepada Allah SWT terhadap apa yang telah dibuat.
Saya minta supaya Pesta Pelangai ini Yang Berhormat, dibuat di kawasan FELDA yang lain...
[Tepuk]
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kenapa di Pelangai? Wahai orang-orang FELDA tidak- saya orang tidak bercakap fasal Pelangai. Saya bercakap fasal Pelangai. Pelangai dan Arau berpisah tiada ya...
[Ketawa] Sebab saya duduk, tuan-tuan mungkin sehari dua, saya duduk dua minggu tak bergerak daripada sana. Jadi, saya tahu hati budi orang Pelangai... [Dewan riuh] Dan saya ucap tahniahlah sebab BN menang. Saya juga ucap tahniah kepada PN yang dapat tambahan 1,000 undi dan takziahlah sebab BN dapat kurang 2,000 ya. Jadi, itu kedudukannya.
Saya minta supaya...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pesta yang dibuat di Pelangai ini Yang Berhormat, cuba buat di seluruh negara. Pasti sudah tidak ada masalah beras dan orang- ini bukan melawak Yang Berhormat, ini serius. Dan para pemborong kah, siapakah, tidak ada, tak akan berani naik harga. Mereka naik harga sebab kita buat terpencil, terpencil, tapi kalau seluruh negara dilambakkan beras, tidak mungkin mereka boleh menaikkan harga beras. Jadi, yang saya cadang supaya...
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Arau, Arau, minta...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Pesta Pelangai dipanjangkan di seluruh negara. Ya Yang Berhormat.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Arau...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Speaker beri tambahan sikit nah. Saya ada banyak point.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Floor ini, floor Yang Berhormat Arau. Masa...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, tambah sikitlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Arau.
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Okey, terima kasih pada Arau. Ini, setuju atau tidak Arau untuk menghadapi kemelut berkenaan dengan beras yang payah dapat...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] PRK, PRK, kalau boleh PRK ini, kalau boleh PRK ini setiap minggu supaya beras sentiasa ada.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, ya
Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai
Terima kasih...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Nampak macam perli sikit, tapi ini cadangan yang baik. Lepas Yang Berhormat percayalah cakap saya, orang Kemaman siap-
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
siagalah rumah masing-masing, Kemaman akan ada pesta beras yang hebat. Tidak ada masalah, tapi, kita janganlah berdoa tempat-tempat lain jadi pula ya. Jadi..
[Ketawa] Kita tak nak doakan kawan kita mati ke dan sebagainya ya.
Yang Berhormat, yang itu yang pertama Pesta Pelangai. Makna kata ini bukan perli Yang Berhormat. Ini serius. Kalau beras telah diselambakkan di seluruh negara, kerajaan isytiharkan bahawa selama seminggu seluruh negara akan dibuat Pesta Pelangai ataupun Pelangai apa-apa ke yang berkenaan, sudah pasti beras tidak mampu untuk dinaikkan oleh mana-mana pihak.
Nombor dua Yang Berhormat, saya sudah sebut Yang Berhormat dan saya sudah cakap di Parlimen, Yang Berhormat ada jawab masa RMK baru-baru ini. Saya kata beras ini mungkin ditiru. Kotak ini, kampit ini ditiru. Yang Berhormat kata, “Ini tidak, ini cuma sosial media saja.” Tiap-tiap skrin guys- social media. Yang Berhormat jawab itu Yang Berhormat.
Saya tulis ini. Saya Yang Berhormat cakap, saya tulis. Orang lain saya kurang sikit. Yang Berhormat saya tulis.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Arau, Arau...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Termasuk lembu matador Yang Berhormat, Yang Berhormat sebut- nanti ya. Jadi...
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Arau, sikit Arau. Arau, sikit. Tampin, Tampin.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Seminit ya. Tampin.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tadi cakap fasal beras percuma itu kena baiah ke Arau?...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kamu kata apa tu?...
[Ketawa] Bagilah ini selendang selai. Tidak apalah Yang Berhormat, dia kawan saya. Ya, tidak lari gunung dikejar, lama-lama dapat bersama ya. Okey, mai kita tengok ini balik iaitu Timbalan Presiden sedang, sedang mendengar dengan teliti...
[Ketawa] Dia pun salah seorang yang akan terlibat nanti...
[Ketawa] Mai, mai tajuk ini balik ya, tajuk ini balik.
Bahawa apa itu ya, tidak. Yang Berhormat nak ke mana lagi? Pergi ke sana juga, tapi kalau tak mahu tak apa, kami masuk. No problem. Okey, mari tengok ini balik Yang Berhormat, di antara sebab beras ini naik harga Yang Berhormat kerana kita apungkan beras import. Yang Berhormat bila keputusan dibuat untuk mengapungkan beras import, kalau kita apung, kita tetapkan harga, tak mungkin beras tempatan boleh hilang. Dia tidak boleh simpan lama, dia tidak sanggup rugi. Tiga bulan beras ini akan rosak.
Makna kata, dia cuma dalam tiga bulan itu, dia ambil kesempatan untuk naikkan harga. Jangan naikkan beras import Yang Berhormat. Kita dah berjanji dengan BERNAS, tak boleh naikkan beras import. Beras import baru dinaikkan tahun ini kalau tak silap saya. Dan saya tak tahu bila naik. Cuma Yang Berhormat kata, kerajaan akan apungkan beras import.
Kenapa? Saya- minta maaf Pasir Gudang ya. Sebenarnya beras ini tak boleh diperniagakan.
Kena bagi monopoli kepada BERNAS untuk membolehkan dia kontrol harga.
Kalau kita bagi semua orang masuk, orang yang nak masuk berniaga, gudang dok di mana. BERNAS dah ada gudang dan semua ada logistik yang terbaik dalam dunia ini
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
dipegang oleh BERNAS. Kita nak apungkan pada orang tidak boleh. Sebab kalau beras diapungkan, dia akan melibatkan penyeludupan dan sebagainya. Jadi Yang Berhormat, saya cadangkan nombor satu, jangan apungkan harga beras import. Yang Berhormat tahu harga sekarang nah? Ini saya hantar orang pergi beli.
Harga tempatan lima kilo, RM13, tapi semua pengampit tak nak buat. Dia buat pemborong ini peruncit kedai tak nak beli. Sebab kedai kata, dia untung 50 sen. Dia tak nak. Jadi, dia terpaksa buat beras import lima kilo yang berharga RM18.50. Jadi, itu sebab beras lima kilo tak ada. Beras 10 kilo tapi beras import ya, Yang keduanya, beras tempatan RM26 untuk 10 kilo, tapi yang import, walaupun Yang Berhormat sebut 32, harga di pasaran 37, 36, 37, 38. Dia ada 40 lebih. Yang Berhormat, tengah orang kelam-kabut, orang tengah panik, harga jadi macam ini. Jadi, kalau Yang Berhormat tetapkan harga apa ini, apa beras import ini tidak dinaikkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Arau sila gulung.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Akhir yang kedua kali, tadi ada kawan sebut fasal Jepun tadi. Ada siapa sebut fasal Jepun? Sila angkat tangan, saya tak sebut nama tadi. Contoh Jepun, saya lupa.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Rasah, Rasah. Rasah sudah lari ya.
Okey, saya nak beritahu Jepun memberi perlindungan kepada berasnya. Subsidi dinaikkan, dijaga. Harga dikontrol. Itu sebab Jepun dapat kontrol harga beras dan beras Jepun pun, okey, okeylah. Sedap-sedap saja ya, tapi, nak bagi tahu Jepun beri perlindungan habis- habisan. Subsidi ditingkatkan. Harga padi, harga lantai sekarang, 1,200. Campur subsidi 500 dah 1,700. Petani bagi tahu dekat saya dia orang boleh dapat sampai 2,000 sebab kilang bagi. Kilang bagi, lepas itu dia akan naikkan harga.
Yang Berhormat yang keduanya, seperti orang apa ini dok marah- jangan marah dekat Sanusi lebih-lebih. Dia sebut betul, kenapa timbangan yang di itu di kilang-kilang ini sama sahaja, standard. Ya, banyak-banyak. Kalau padi yang boleh kita percayai bila pergi ke BERNAS, tetapi, timbang di tempat kilang-kilang ini, mana kilang nak rugi. Timbangan lebih kurang sama saja. Banyak-banyak padi pun, banyak itulah potongan ya.
Jadi, Yang Berhormat kita cadangkan supaya beras import tidak dinaikkan dan kita nak pastikan supaya kena ada walaupun dijual di gudang, beras lima kilo ini mesti dibuat.
Beras 10 kilo ini mesti dibuat. Siapa nak kontrol? Jadi, saya Yang Berhormat kontrol. Yang Berhormat buat penguatkuasaan supaya pengampit ini, supaya- ataupun BERNAS keluarkan beras lima kilo.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya hendak bagi tahu Yang Berhormat, keuntungan kita ini ialah bagus. Satu, sebab beras ini hanya bertahan tiga bulan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Orang hendak sorok macam mana pun tidak boleh dan akhir sekali, Speaker sebagai penggulungan. Sebab Speaker bagi ini. Ini
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
jangka panjang Yang Berhormat. Jangka panjang. Jangka pendek kita dah ceritakan supaya harga lantai dinaikkan kepada 1,500. Subsidi 500, 2,000. Kilang bagi 200. Dia dapat 2,200.
Saya minta supaya ini jangka panjang Yang Berhormat. Apabila manusia berumur 60 tahun, 70 tahun dia dah tidak boleh beranaklah lebih kurang macam itu. Ada lah seorang dua tetapi pada keseluruhannya begitu.
Jadi, tanah kita ini sudah 60 tahun digodam habis-habisan dengan baja dan sebagainya dan bila kita masuk ke bendang, tanah kita dah masuk dekat paha. Dulu dekat lutut sahaja. Ini menunjukkan bahawa tanah ini telah digunakan dengan teruknya sampai sekarang hendak buat lima kali dua tahun. Jadi, saya cadangkan supaya tanah ini diberi kerehatan. Ini jangka panjang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, 30 saat terakhir.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kerehatan. Yes, yang terakhir.
Confirm. Bagi kerehatan Yang Berhormat, selama dua tahun untuk memulihkan tanah ini dipulihkan semula dan ini telah pun dibuat di negara-negara lain. Bila tanah ini dah kuat, dah utuh, sudah pasti kita akan tanam padi. Hasilnya memuaskan.
Saya menyokong usul ini tetapi Yang Berhormat tengok balik supaya kawalan ini jangan diserah kepada orang lain. Subsidi, tidak perlu orang lain bagi subsidi. Kerajaan bagi.
Harga, kerajaan kontrol. Akhirnya, beras bukan barang untuk diniagakan... [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya perkuatkan 37(2) ya. Duduk Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ayat-ayat penghabis. Jadi, saya minta supaya kerajaan melihat perkara ini dengan serius. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Terima kasih.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Terima kasih. Terima kasih pada Ahli-ahli Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya belum menjemput lagi.
[Ketawa] Yang Berhormat Menteri, sebentar. Ada benda satu, dua benda hendak bercakap.
Yang Berhormat Menteri, saya memberi 15 minit. Itu tolak waktu injury. Silakan, Yang Berhormat Menteri menjawab.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Tak sabar nak jawab, Speaker. Terima kasih kepada– hari ini nampak memberi pandangan-pandangan termasuk apa yang perlu kita buat masa depan. Kalau kita hendak main blame game, kenapa sekarang keluar hanya 63 percent? Kenapa dulu tak buat? Tak boleh kita kata begitu. Kita hadapi masalah sekarang, kita hendak hadapi bagaimana masa hadapan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Ada Ahli Yang Berhormat mengatakan selesaikan, takkan berlaku dah masalah.
Makanan, hal makanan tidak boleh kita cakap begitu. Kita kena ingat selalu, ulama-ulama dulu memberitahu bagaimana Sayidina Umar biasa menangguhkan hukuman hudud kerana berlaku kecurian yang begitu banyak, kelaparan. Kalau laksanakan hukum, barangkali tidak keadilan berlaku pada waktu itu. Itu khalifah yang paling adil, berlaku krisis makanan pada waktu itu. Begitu juga, zaman Nabi Yusuf a.s. Bagaimana Nabi Ishak membawa keluarganya untuk minta gandum kepada Nabi Yusuf yang dianggap menjadi Perdana Menteri lah pada waktu itu, yang berjaya menyelesaikan masalah pertanian di Mesir.
Ertinya, masalah makanan ini dia berlaku dari masa ke semasa. Kita cuba bersama mencari penyelesaian terbaik. Tapi, kalau kita kata kalau dah berlaku penyelesaian terbaik takkan berlaku krisis lagi pada masa akan datang, kita tak tahu kerana misalnya kalau banjir besar berlaku, tenggelam di tempat jelapang padi ini berhari-hari, berminggu-minggu, El Nino dan sebagainya. Kita akan hadapi pula masalah krisis baru pada waktu itu. Oleh itu, cadangan-cadangan untuk masa depan itu, kita ambil perhatian dan kita jaga bersama.
Sebab masalah makanan ini, keterjaminan makanan ini dihadapi oleh seluruh dunia sekarang.
Saya sebut tadi, England itu guru dalam bentuk segala ekonomi dan sebagainya.
Tapi, mereka menghadapi inflasi 11 percent sekarang. Jerman tujuh percent. Jadi, kita hadapi masalah, kita akui tidak ada masalah– kita ada masalah. Tetapi, inflasi kita masih antara tiga hingga empat percent. Ini yang perlu kita lihat secara keseluruhan.
Titiwangsa memulakan ucapannya mencadangkan supaya diberi kebebasan kepada pro perniagaan. Kita tidak boleh kongkong sampai bila-bila. Oleh itu, dicadangkan supaya misalnya harga padi dan sebagainya dapat siling daripada tadi 1,200 diangkat kepada yang lebih tinggi. Begitu juga bila harga beras nanti dicadangkan berada di sekitar RM3.20 untuk satu kilo, yang sekarang RM2.60. Ini akan menyebabkan para pengguna akan merasai kenaikan harga itu.
Beliau mencadangkan supaya B40 ini dibantu oleh kerajaan. Sebab, kita hendak menggalakkan penanam padi mendapat pendapatan yang lebih dan juga pengilang padi juga tidak begitu merasa sengsara sekarang. Pengilang-pengilang yang kecil banyak yang tutup dengan perlawanan harga yang dinaikkan sampai 1,700. Maka, kita lihat cadangan ini amat baik.
Saya akan bekerja– kalau boleh besok pagilah, ke Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri, kalau dapat cadangan ini, kalau dapat dimasukkan dalam belanjawan kali ini. Ini cadangan yang baik yang boleh kita dapat melihat kestabilan yang akan berlaku kepada cadangan ini. Sebab, sekarang ini hal keterjaminan makanan kita share dengan berbagai kementerian. Kementerian Pertanian, Kementerian Kos Sara Hidup, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan yang paling utama. Ini yang kita letakkan tapi sebarang usaha untuk membantu para petani untuk meningkatkan pendapatan mereka, kita amat bersetuju.
Saya sebut tadi, SSR beras bagi tahun 2022 adalah 62.6 peratus, berbanding 65.2 peratus bagi tahun 2021. Ini diperolehi berdasarkan jumlah pengeluaran beras pada tahun
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
2022 adalah 1.575 juta tan. Ertinya, berlaku sedikit kemerosotan pada tahun ini akibat daripada kurangnya penghasilan yang berlaku kepada tuaian padi pada tahun ini.
FAMA, saya dah sebut tadi...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Kota Raja.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
...dia adalah...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sikit. Hendak bagi pandangan sikit sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Saya rasa bersama perasaan dalam keadaan ini.
Saya hendak cadangkan, sekarang ini kita punya stockpile yang kita simpan 250,000 tan yang mana memakan masa enam bulan. Tetapi, bila empat bulan, kita nak kena keluarkan.
Kalau tidak, dia akan jadi habuk.
Jadi, saya hendak cadangkan selepas ini Yang Berhormat Kota Raja, kita simpan padi. Padi ini dia boleh tahan sampai empat tahun. Bila kita menghadapi krisis, kita keluarkan kita mesin, kita keluarkan. Jadi, kita boleh dalam masa sebulan itu kita boleh tampung masalah yang kita hadapi. Ini pandangan sayalah Yang Berhormat, daripada...
[Tidak jelas]
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Beras itu dia tak simpan sampai enam bulan.
Dia ada rotation dia. Kalau dah simpan, yang lama dikeluarkan, pasaran kemudian dibawa simpanan baru supaya dia tidak naik bubuk. Itu yang dijalankan sekarang ini.
Jadi, saya tak ada kata tadi iaitu kenapa beras putih ini kurang di pasaran? Kerana ia dah diambil, diserap secara besarnya untuk kata– tadi asrama polis, asrama pelajar, hospital, tentera dan sebagainya. Sekarang kita minta tempat-tempat itu pakai beras, beras import dengan kerajaan memberi sedikit subsidi supaya beras tempatan ini dapat berada dalam pasaran lebih banyak, terutama untuk golongan B40. Kita sebut tadi, pada 20 September, program khas beras putih tempatan sehingga 8 Oktober, 708,978 kampit 10 kilo telah diedarkan di seluruh Semenanjung melalui rantaian peruncit seperti pasar raya, premis dan outlet FAMA dan LPP. Pasar raya, 423,816 kampit. FAMA hanya 109,829 kampit. LPP 60,240. Pemborong 115,000.
Ini menggambarkan FAMA dan LPP hanya diberi peranan dalam tempoh intervensi.
Sebab kita akan tahulah kalau berlaku kekurangan di kawasan pedalaman. Siapa yang cepat kita hubungi? Maka, FAMA. Bila FAMA pula, kita tahu agensi kerajaan. Mereka tak berdasarkan kepada keuntungan. Dia berdasarkan kepada servis. Walaupun begitu, hendak hantar semua perlu minyak, perlu sebagainya. Maka, kerajaan akan menanggung kos pengangkutan itu.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Sebab itu antaranya kita guna agensi ini hanya intervensi sementara.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Kota Raja, boleh mencelah sedikit? Boleh sedikit minta pandangan Kota Raja berkenaan dengan kenyataan Pagoh di Pelangai menyatakan bahawa tindakan bodoh mengarahkan FAMA untuk mengedarkan beras seluruh negara?
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Saya tak mahu komenlah itu. Bagi itu, itulah komen. Komen di luar Parlimen, kita jawab di luar Parlimen-lah. Kita akan jawab hanya yang berlaku dalam Parlimen ini.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Kota Raja, saya hendak celah sedikit.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Sabak Bernam?
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Tanjong Karang.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Oh, Tanjong Karang. Memang bendang banyak.
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Sebagaimana kita tahu, BERNAS telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan soal beras di dalam negara kita sejak diambil alih daripada Lembaga Padi dan Beras Negara. Tetapi kita lihat dalam krisis kekurangan beras putih tempatan yang kita hadapi sekarang, kita tak dengar pun BERNAS bersuara.
Di manakah tanggungjawab dan peranan BERNAS itu sendiri, sehinggakan proses pengedaran beras, sepatutnya mereka ada 32 stockpile warehouse yang mana sedia diedarkan beras ke mana-mana sahaja dengan network yang telah dibina selama 30 tahun.
Kenapa mereka tidak berperanan dan kenapa FAMA dan LPP pula terjerumus untuk mengedarkan beras? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Tidak terjerumus, intervensi. Sementara kalau perkara lagi berat, mungkin kita boleh guna RELA. Ertinya...
Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Kenapa BERNAS tidak berperanan sekarang?
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
BERNAS berperanan. Peranannya mengimport dan juga berusaha dan mereka jenis bukan buat kenyataan akhbar. Mereka bukan badan politik seperti kita yang banyak membuat – mereka badan perniagaan dan juga terlibat di dalam obligasi sosial. Kuranglah mereka membuat kenyataan. Kita ini sebab orang politik, kita buat sedikit, kita hendak beritahu dekat orang, macam Arau. Kalau tidak, siapa nak tahu kerja kebajikan yang kita buat.
Kerajaan menetapkan harga lantai belian pada RM1,200 sejak tahun 2014.
Penetapan harga lantai ini adalah bagi memastikan petani mendapat harga padi yang berpatutan sebagai tanda aras pada waktu itu.
Kita lihat sekarang ini misalnya beras kita, ini tahun 2008 yang RM2.60 sekilo ini. Ini tahun 2008. Adakah perlu dikaji semula? Saya kata perlu. Sebarang kenaikan ini dan melibatkan kos dan sebagainya. Kalau nak beri subsidi pada B40, kena bincang pula dengan pihak Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan.
Saya akan segerakan bincang perkara ini supaya harga lantai ini dapat dikaji. Saya tidak boleh kata, “Yes, saya akan setuju.” Tiba-tiba esok ini pihak Menteri Ekonomi dan Menteri Kewangan kata, “No, kita tak ada kemampuan lagi.” Tetapi saya akan bawa perkara ini dengan seberapa segera supaya dapat kita kaji dengan harga lantai dan harga pasaran beras ini upaya petani dapat dibela, dapat mengangkat sedikit.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
[Bangun]
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
[Bangun]
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Walaupun baru ini naik RM500, sudah terangkat tetapi diganggu pula dengan para pengilang yang beli tinggi itu, tiba-tiba mereka beli pula rendah sekarang ini RM1,250. Dia beli pula harga menyebabkan para petani marah, para pengilang pun rasa tidak berapa sesuai dengan harga yang ada sekarang.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
[Bangun]
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Parit Buntar tanya sedikit. Parit Buntar dulu ya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Selepas ini Sik sedikit, ya.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Saya minta juga sedikit.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Okey, daerah Kerian ini, antaranya jelapang padi di sebelah utara Perak. Saya sempat melawat beberapa kilang pengeluar padi dengan padi di Parit Buntar. Memang beras tempatan tak ada.
Kebanyakannya beras import yang dibungkus oleh kilang-kilang tersebut.
Saya juga melawat beberapa pasar raya di seluruh pekan Parit Buntar, sama ada yang kecil atau yang besar dan beras tempatan waktu itu memang tidak ada. Kebanyakannya beras import.
Dalam masa yang sama, YB Menteri pernah bercakap beras tempatan cukup dan diedarkan oleh FAMA sendiri ke setiap daerah. Isunya, kalau beras tempatan cukup untuk diedar kepada pengguna, mengapa tidak dihantar ke kedai-kedai? Sebab apabila diedar oleh FAMA, menyebabkan rakyat berebut-rebut. Jadi tidak elok. Berebut hendakkan beras. Hantar sahajalah ke kedai, ke pasar raya, supaya tidak menyusahkan rakyat untuk mendapatkan beras tempatan.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih. Kalau dengar flow ucapan saya, saya sudah terang kenapa beras tempatan ini tiba-tiba tidak cukup kerana berlaku kenaikan harga import, bahasa Kedah utara depa pi terpa ke beras tempatan. Sebelum itu beras tempatan misalnya ada Mydin memberitahu sampai dia kena hantar balik. Ertinya orang tidak beli waktu itu. Sebab orang syok beli dengan harga beras import, kalau tinggi pun tidak banyak mana tetapi kalau naik beras import sampai RM40, RM45, maka mereka serbulah beras tempatan. Itu yang jadi shortage itu.
Dan sekarang kita cuba seimbangkan dengan pelbagai intervensi yang dibuat. Cuba kita seimbangkan pada waktu itu. Dan panik pula. Sudahlah*...
[Tidak jelas]* , beras takkan ada bulan depan, beras takkan ada dua bulan lagi.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
[Bangun]
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Maka, orang beli secara banyak, maka menyebabkan berlaku shortage itu yang kita terpaksa tackle sekarang ini melalui pelbagai intervensi.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
[Bangun]
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Yang Berhormat, sikit sahaja. Saya ingin penjelasan. Sejauh mana...
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Kak Lah pula. Rantau Panjang.
Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Sikit sahaja. Sejauh mana rundingan yang kita telah buat dengan negara-negara pengeluar beras utama dunia seperti India, Thailand, Vietnam supaya dia terus membekalkan beras dengan harga yang sesuai, yang tidak tinggi sebab ini penting. Kita tengok bagaimana negara Indonesia telah buat rundingan dengan negara-negara pengeluar utama dengan perjanjian 3,4 tahun bekalan beras mencukupi untuk negara. Apakah usaha ini telah dibuat?
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih Rantau Panjang. Baru ini mesyuarat Menteri-menteri Pertanian ASEAN di Kuala Lumpur, saya menjadi tuan rumahnya dan di antara negara yang memberi jaminan kalau kita hadapi masalah beras sekarang ini, mereka bersedia untuk bertindak segera iaitu Kampuchea, Vietnam dan juga Thailand. Dan mereka- kita minta bagi harga yang berpatutan.
Dan memang dalam kerjasama itu di mana dalam negara ASEAN, sudah ada persefahaman iaitu utamakan negara ASEAN daripada negara-negara lain. Ini understanding yang dibuat dalam minggu lepas, bukan dengan perjanjian tetapi satu understanding dalam ASEAN ini, kerjasama cukup baik antara satu negara dengan satu negara ASEAN. Sik.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih, sedikit Yang Berhormat Menteri, Tuan Speaker.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Minta tambah sedikit ya, masa?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri sebut antara punca kekurangan supply beras tempatan kerana dibeli oleh premis-premis kerajaan.
Jadi, saya nampak saya kurang bersetujulah ya kerana jumlah mereka perlu disebut berapa tan metrik yang telah diguna oleh premis-premis kerajaan, berbanding dengan isi rumah kita yang saya ingat lebih besar, lebih sejuta tan. Jadi, perlu diperjelaskan kerana kita lihat langkah intervensi kerajaan memberi 400 juta subsidi itu, saya takut tak dapat nak menyelesaikan masalah untuk jangka panjang dan menyebabkan petani tadi ini yang menuntut supaya ada harga lantai, harga padi RM1,500 itu kita tidak dapat nak pertimbangkan kerana kekangan kewangan kita. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Saya sebut tadi, selangkah kita hendak membanyakkan harga, membanyakkan beras tempatan di pasaran, iaitulah agensi kerajaan tadi kita minta guna beras import. Maka kerajaan membantu atas beras import itu untuk beri kepada agensi-agensi kerajaan ini, lebih kurang lebih daripada lima peratus yang digunakan beras tempatan di situ, lima peratus ini kalau masuk dalam pasaran, maka dia akan lebih banyak kepada B40 untuk membeli beras yang RM26 itu.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Buat masa sekarang. Ya?
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Muar. Sedikit sahaja.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya mengucapkan terima kasih kepada pejabat Menteri dan juga kementerian kerana memberikan Muar data terkini berkenaan jumlah agihan beras di pasar raya-pasar raya. Tetapi apabila saya turun ke pasar raya-pasar raya ini, apa yang dikongsikan di atas kertas dengan pelaksanaannya sangat berbeza.
Saya beri contoh, ada dikatakan pada satu pasar raya, mereka disalurkan 50 ke 100 paket 10 kilogram beras pada dua hari yang lepas. Tetapi apabila saya lawat pasar raya tersebut dengan kertas yang datang dari pejabat ataupun kementerian, mereka kongsikan bahawa tidak sampai 20 paket beras pun. Apabila saya lawat pasar raya-pasar raya lain, mereka kongsikan perkara sama.
Apa yang dilaporkan di atas kertas, pasar raya ini menerima 100 kampit, 200 kampit, 50 kampit tetapi apabila saya turun dan tanya, mereka kata tak sampai 50 peratus pun apa yang dijanjikan sampai kepada mereka. Maksudnya daripada sudut atas kertas dan pelaksana itu bermasalah.
Saya ingin cadangkan satu perkara Yang Berhormat Menteri. Kalau hendak harapkan penguat kuasa sahaja, saya jumpa dengan mereka yang turun ke Muar, sangat sedikit jumlah dan saya kesian kepada mereka.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Tetapi jikalau kementerian boleh kongsikan data transparency, maksudnya kepada semua Ahli-ahli Parlimen supaya kita tahu berapa yang telah disalurkan. Berapa paket beras di Mydin, berapa paket beras di pasar raya A, B, C supaya kita boleh tinjau menggunakan data terkini dan di situ kalau dapat kongsikan kepada umum, rakyat boleh dilihat. Di situ saya rasa lebih banyak ketelusan akan berlaku.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, pendekkan soalan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih pandangan dan saranan daripada Muar itu. Saya juga mintalah dalam keadaan suasana begini, jangan kita ambil undang-undang— orang kata in our own hand. Kita ada jawatankuasa yang ditubuh sekarang ini Bahagian Padi dan Beras, PDRM, kementerian ‘KPDNK’, MAQIS, buat report kepada mereka. Kalau nak serbu apa, biarlah bersama dengan mereka. Tak boleh kita pergi ke mana- mana kilang buat serbuan begitu dan ambil video pula serbuan kita itu dan negara kita ini ada peraturan.
Ada peraturan supaya kita jangan bertindak di atas— undang-undang di tangan kita sendiri. Sebab itu kita tahulah macam polis hendak tangkap saya dulu pun, dia kena tunjuk waran dulu. Ertinya walaupun dia polis, dia nak tangkap kita, dia kena tunjuk waran. Ertinya kuasa mereka, mereka kena ada cara nak buat SOP penangkapan dan sebagainya.
Begitu juga kalau kita nak serbu mana-mana tempat, jangan individu pergi buat serbuan itu sebab kita ada rule of law. Kita kena buat report kepada poliskah, kepada jabatan
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
yang saya sebutkan tadi. Dan banyak hari ini, saya bercakap secara umumlah, secara umumnya iaitu mereka hendak harga...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, minta maaf sikit Yang Berhormat. Fasal saya check dengan semua puak-puak sini, tidak ada orang yang pergi serbu. Yang kita tengok yang serbu cuma di pihak sana. Ketua Pemuda UMNO yang serbu.
Adakah yang itu Yang Berhormat maksudkan?
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Saya tidak mahu menyebut sesiapa, itu sahaja. Tapi saya nasihat secara umum, sebab kita— misalnya kita tak puas hati, apa-apa pun kita ada saluran-saluran undang-undang. Ini yang kita nak sebutkan di sini. Soal berlaku beras banyak di- Arau sebut itu di Pelangai, ini intervensi Kerajaan Pahang dan sebagainya.
Kalau ada nampak penyelewengan, langgar Akta Pilihan Raya, itu boleh buat report sebab kita nak pilihan raya. Dah pilihan raya dua tempat dah ini, Kuala Terengganu dengan Kemaman kerana berlaku kes rasuah. Jadi, itu yang sudah berlaku di Kemaman, hendak berlaku pula di— nak, dah berlaku di Kuala Terengganu, nak berlaku di Kemaman kerana kes rasuah.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Menteri, Menteri, Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Jadi, kalau di Pelangai ini kalau ada kes, buat report-lah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Menteri, Menteri. Bukan berlaku rasuah, ada unsur-unsur rasuah. Kena betulkan itu.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Tak apa, SPR sudah buat keputusan kena buat pilihan raya semula.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Unsur dengan rasuah berlainan.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih kepada Yang di-Pertua, yang lain-lain saya akan jawab. Saya menghargai semua pandangan hari ini. Saya menghargai semua, saya nampak betul-betul Ahli Parlimen ikhlas betul bagaimana nak menjadikan cukup beras pada masa yang akan datang.
Soal berskala besar, teknologi baharu, Sabah juga kena pinda akta supaya boleh terima benih daripada MARDI dan sebagainya. Maka, kita akan sama-sama melihat jangkaan masa yang tidak berapa panjang, cukup beras di Malaysia ini. Boleh kerajaan negeri kena bekerjasama. 29 hari bulan ini saya hendak pergi ke Besut. Jadi, Ahli Parlimen Besut kena ada situ. Saya nak tengok macam mana tuai padi yang dibuat ala Sekinchan di situ.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Okey, okey sedikit.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Sampai atau tidak yang kita hendak 10 tan itu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Jadi cukuplah dahulu, setakat ini dulu terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Menteri.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sedikit berkenaan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sedikit Yang Berhormat, Yang Berhormat. Sat, ucapan Yang Berhormat hari ini yang terbaik. Kami semua— saya tunggu ini, saya tunggu daripada pukul 2.30 sampai sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tuan Yang di-Pertua, bagi...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Cuma yang penghabis itu Yang Berhormat...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sedikit, sedikit lagi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Yang penghabis itu, yang kata Ketua Pemuda pergi rempuh itu, kita setuju. Tapi kata kami makan rasuah, saya tidak setuju Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, yang lain itu bincang di luar. Bincang di luar.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Saya tidak tuduh, saya tidak tuduh siapa- siapa.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
No, no. Cukup. Menteri sudah duduk. Menteri duduk.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sedikit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Setiausaha, silakan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, isu peraturan Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Perkara berapa itu?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
36(4).
Tuan Yang di-Pertua
Isu apa itu?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini adalah isu yang berlaku pada 19 September, iaitu pada tarikh sidang yang lalu tetapi tidak berpeluang kami bangkitkan kerana Dewan telah pun bersurai pada hari itu, telah pun akhir.
Tuan Yang di-Pertua
Oh, masuk— Kalau ada apa-apa masalah Yang Berhormat nak bangkitkan, sila masuk dalam usul bertulislah ya sebab kita sudah lalu dah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Baik.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Yang Berhormat Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, silakan.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Assalamualaikum, salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Tuan Yang di- Pertua, ketika ini situasi El Nino masih melanda negara dan dijangka berterusan sehingga pertengahan tahun hadapan. Kita juga sedang berdepan dengan fenomena jerebu dan ini berpunca daripada pelbagai faktor termasuk pembakaran terbuka, kebakaran tanah gambut dan situasi El Nino yang menyebabkan cuaca lebih panas dan kering.
Fenomena jerebu rentas sempadan adalah antara isu yang dihadapi oleh negara- negara di rantau Asia Tenggara, disebabkan aktiviti pembersihan ladang bagi penanaman semula yang dilakukan terutamanya di negara jiran ketika musim cuaca panas dan kering.
Amalan slash-and-burn dengan izin, sering dilakukan oleh pekebun kecil dan petani yang kekurangan akses kepada jentera moden untuk pembersihan tanah dan ia menyumbang kepada fenomena jerebu. Tahap jerebu ini berkolerasi secara langsung dengan jumlah bahan organik yang tertinggal di permukaan tanah menjadikan tanah gambut sangat mudah terdedah kepada kebakaran pada musim panas dan kering.
Selain itu, kebolehbakaran semula jadi tanah gambut menyebabkan ia mudah terbakar. Hatta dengan sepuntung rokok pun, ia boleh menyebabkan kebakaran di kawasan tanah gambut. Selain daripada itu, kebakaran dalam tanah gambut juga boleh berlaku di bawah tanah yang tidak boleh dikesan sehingga selepas beberapa minggu. Pergerakan angin yang bertiup dari kawasan kebakaran boleh membawa asap jerebu merentas sempadan di seluruh Asia Tenggara. Keadaan ini telah memberi kesan kepada kesihatan awam, merencatkan aktiviti seharian dan mengganggu sesi persekolahan serta kelangsungan aktiviti ekonomi negara dan ia secara tidak langsung menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat kita.
Sehubungan itu, dalam Majlis Parlimen ini, saya ingin memberikan penerangan kepada Ahli-ahli Dewan berhubung situasi semasa fenomena jerebu yang melanda negara.
Perkara pertama ialah pemakluman situasi semasa dan kedua ialah kesiapsiagaan kementerian dan kerajaan. Tentang pemakluman situasi semasa, pada tahun ini Malaysia telah mengalami beberapa fasa jerebu. Fasa pertama bermula pada 1 September 2023 sehingga 6 September 2023, di mana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching, Sri Aman dan Serian, Sarawak berada pada tahap yang tidak sihat. Bacaan IPU tertinggi yang direkodkan adalah 154 di Sri Aman, Sarawak.
Fasa kedua jerebu melanda Semenanjung Malaysia pada 29 September, di mana sebanyak 12 stesen pemantauan kualiti udara menunjukkan bacaan IPU yang tidak sihat.
Kualiti udara negara terus mencatatkan kemerosotan dengan peningkatan kepada 19 stesen pemantauan kualiti udara yang menunjukkan bacaan tidak sihat di sepanjang Pantai Barat Semenanjung pada 2 Oktober 2023. Semasa fasa ini, bacaan IPU tertinggi direkodkan adalah
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
165 di Cheras, Kuala Lumpur. Stesen pemantauan kualiti udara di Cheras dan Nilai pula menunjukkan bacaan IPU yang tidak sihat melebihi 150 untuk tempoh beberapa hari sehingga 4 Oktober 2023.
Namun, bacaan IPU kedua-dua stesen telah pun menunjukkan penurunan kepada tahap sederhana pada 5 Oktober 2023 tetapi ada lima kawasan lagi yang mencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat iaitu di Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka di Melaka; dan Batu Pahat dan Tangkak di Johor. Selanjutnya pada jam 4.00 petang 8 Oktober 2023, 19 stesen pemantauan kualiti udara mencatatkan IPU tidak sihat iaitu di Cheras, Putrajaya, Shah Alam, Klang, Banting, Nilai, Seremban, Port Dickson, Alor Gajah, Bukit Rambai, Bandaraya Melaka, Segamat, Batu Pahat, Larkin, Tangkak, Rompin, Indera Mahkota dan Paka.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Pada jam 12.30 tengah hari ini 9 Oktober 2023, bacaan IPU yang direkodkan daripada 68 stesen pemantauan kualiti udara menunjukkan empat kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik, 54 pada tahap sederhana dan lapan pada tahap tidak sihat iaitu Cheras, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Banting, Johan Setia, Nilai dan Bukit Rambai.
Berdasarkan laporan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura pada 8 Oktober 2023, imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration– 20 telah mengesan 69 titik panas di Sumatera dan 47 titik panas di Kalimantan, manakala satu titik panas di dalam negara iaitu di Sabah.
Peta jerebu serantau yang dikeluarkan oleh ASMC pada 8 Oktober 2023 mendapati pergerakan angin di selatan ASEAN adalah dari arah tenggara dan selatan. Ini termasuklah kebanyakan kawasan di selatan rantau ASEAN mengalami cuaca kering kecuali di Kalimantan dan bahagian utara Sumatera yang mengalami keadaan hujan.
Tuan Yang di-Pertua, punca kedua ialah insiden pembakaran terbuka dan situasi pembakaran terbuka di seluruh negara adalah terkawal, di mana tiada sebarang kes pembakaran terbuka berkala besar yang menyebabkan jerebu tempatan berlaku sepanjang tempoh jerebu melanda negara pada masa ini.
Bagi tempoh sehingga 30 September 2023, sebanyak lebih 3,900 aduan kes pembakaran terbuka telah diterima oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan 80 peratus kes melibatkan pembakaran sampah sarap. Terdapat enam kes pembakaran terbuka berskala besar di Semenanjung Malaysia yang telah berlaku antara Mac sehingga Julai 2023 yang menyebabkan jerebu setempat melibatkan tiga kes kebakaran tanah gambut dan tiga kes pembakaran di tapak pelupusan sampah.
Berdasarkan pemantauan yang dibuat oleh JAS, bilangan hotspot, dengan izin dalam negara telah berkurangan secara signifikan iaitu 714 titik panas pada 2023 berbanding 2,091 titik panas pada 2019 dan 2,652 titik panas pada 2015. Itu antara dua tahun yang kita ada insiden jerebu yang agak teruk antara tempoh Januari sehingga Oktober, yang mana dalam ketiga-tiga tahun ini, negara telah berdepan dengan jerebu merentas sempadan. Penurunan bilangan titik panas ini adalah impak positif aktiviti penguatkuasaan bersepadu yang
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
dilaksanakan oleh JAS bersama dengan agensi-agensi lain berkaitan bagi membanteras insiden pembakaran terbuka.
Tuan Yang di-Pertua, bagi keadaan cuaca semasa dan akan datang, dalam fasa peralihan monsun ini, negara mengalami kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat. Berdasarkan tinjauan cuaca jangka panjang yang dikeluarkan oleh METMalaysia pada bulan Oktober 2023, kebanyakan kawasan dijangka akan menerima taburan hujan pada paras purata daripada julat 100 mm sehingga 500 mm.
Pada bulan November, negara dijangka akan memasukan fasa Monsun Timur Laut yang membawa tiupan angin yang konsisten dari arah Laut China Selatan di antara 20 sehingga 30 kilometer per jam dan beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka akan berlaku terutamanya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan di barat Sarawak.
Pada bulan Disember 2023, kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia dijangka akan menerima hujan antara 50 mm sehingga 900 mm dan di Sarawak antara 250 mm sehingga 600 mm. Manakala di Sabah, kebanyakan kawasan dijangka menerima hujan pada paras purata 150 mm sehingga 300 mm.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya tentang kesiapsiagaan kementerian. Kementerian melalui jabatan dan agensi seliaan di bawah kami, khususnya JAS dan METMalaysia telah memulakan persediaan dalam menghadapi fenomena jerebu melalui pelbagai inisiatif seperti berikut.
Pertama ialah libat urus dengan pemegang taruh ataupun stakeholder, dengan izin bagi mencegah pembakaran terbuka dan jerebu. Kerajaan perlu menjadi penggerak utama di dalam memastikan insiden jerebu dapat ditangani dengan terselaras dan berkesan. Dalam hubungan ini, saya telah mengadakan dua mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan.
Pertama, pada 26 Mei 2023 dan kedua, pada 12 September 2023. Mesyuarat ini dihadiri lebih 70 pihak meliputi kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan termasuk JAS, MET Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Luar Negeri.
Mesyuarat ini bertujuan bagi melaporkan status terkini keadaan cuaca, kualiti udara untuk merancang tindakan dan strategi bagi mencegah pembakaran terbuka serta jerebu setempat, di samping untuk mengatur persediaan menghadapi kemungkinan berlakunya insiden jerebu merentas sempadan.
Selain itu, kementerian juga telah mengadakan mesyuarat bersama dengan Bursa Malaysia Berhad, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Perladangan dan Komoditi bagi mendapatkan pandangan dan sebagai langkah kerjasama bagi menangani isu jerebu rentas sempadan.
Dalam hubungan ini, Bursa Malaysia telah memaklumkan bahawa terdapat laporan sustainability report, dengan izin yang diwujudkan di mana syarikat tersenarai perlu
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
mengemukakan laporan tahunan bagi melaporkan kepatuhan kepada elemen ESG
(Environmental, Social, and Governance), dengan izin.
Pada 29 Ogos tahun ini, kementerian juga telah mengemukakan surat kepada semua syarikat perladangan Malaysia dan syarikat berkaitan kerajaan Malaysia yang beroperasi di dalam negara serta di Indonesia untuk memastikan langkah-langkah pencegahan pembakaran terbuka di kawasan ladang diambil sewajarnya bagi mengelak berlakunya kebakaran ladang dan hutan gambut yang menjadi punca utama insiden jerebu tempatan dan jerebu rentas sempadan.
Tuan Yang di-Pertua, selain itu, sebagai langkah menghadapi risiko pembakaran terbuka, kementerian telah mula mengaktifkan pelan-pelan tindakan berkaitan sejak Mac 2023 termasuk Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan serta prosedur tetap operasi pencegahan pembakaran terbuka dan pencegahan kebakaran tanah gambut.
Tindakan persediaan mencegah kebakaran tanah gambut juga telah mula dilaksanakan di kawasan berisiko kebakaran iaitu di Klang, Rompin, Miri dan Muar melalui pengaktifan telaga tiub dan sekatan saliran, peningkatan rondaan darat dan dron, pelaksanaan rondaan penguatkuasaan bersepadu dan bersama komuniti serta melaksanakan program uji cuba ataupun dry run prosedur tetap operasi pencegahan kebakaran tanah gambut.
Buat masa ini, ada 511 infrastruktur yang dibina melibatkan kawasan di negeri Selangor, Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah yang meliputi 101 unit telaga tiub, 305 sekatan saliran ataupun check dam, dengan izin, 15 buah kolam takungan, enam menara tinjau, 3.3 kilometer saluran paip air dan 82 unit piezometer.
Selain daripada itu, terdapat 1,924 telaga aktif di seluruh negara dalam keadaan siapsiaga sekiranya diperlukan menjadi sumber air alternatif untuk berdepan tempoh cuaca panas dan kering ekstrem.
Kerajaan juga melaksanakan program-program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam bagi menyampaikan kesedaran kepada rakyat berkaitan dengan larangan dan pencegahan pembakaran terbuka. Kerajaan telah mengadakan pelbagai program komuniti dan khusus untuk tentang soal larangan pembakaran terbuka di tapak tanah gambut di seluruh negara agar masyarakat sentiasa peka terhadap larangan tersebut dan bersedia menjadi mata dan telinga kepada kerajaan dalam melaporkan kes-kes yang kebakaran.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) telah dilaksanakan sejak tahun 2006 sebagai garis panduan untuk membolehkan agensi-agensi terlibat dalam pengurusan bencana jerebu untuk mengambil tindakan pantas, terselaras dan bersepadu bagi menangani isu insiden jerebu. Apabila berlakunya insiden jerebu, semua kementerian, jabatan dan agensi terlibat akan mengambil tindakan di bawah bidang kuasa dan fungsi masing-masing di bawah PTJK berdasarkan tahap amaran dan bacaan IPU.
Sebagai contoh, apabila bacaan IPU mencecah 101 sehingga 150, Kementerian Pendidikan disarankan menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah di sekolah-sekolah termasuk aktiviti keramaian dan sukan yang melibatkan pelajar sekolah. PTJK ini menggariskan semua langkah yang perlu diambil termasuk hebahan kepada rakyat tentang
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
langkah penjagaan kesihatan dan tindakan oleh agensi kerajaan seperti keperluan pelaksanaan operasi pembenihan awan. Negara akan berdepan dengan situasi — dapat berdepan dengan situasi jerebu ini dengan lebih baik dan terselaras berdasarkan kerjasama semua pihak dalam pelaksanaan PTJK ini.
Seterusnya, pelaporan status cuaca dan kualiti udara semasa. Sebagaimana disebut, situasi cuaca di seluruh negara ketika ini agak lembap di mana hujan masih lagi berlaku di kebanyakan kawasan dan sekiranya angin bertiup dari arah selatan, barat daya ataupun tenggara, asap jerebu akan berpotensi untuk merentas ke negara kita.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Jarak ketampakan ataupun visibility dengan izin, di beberapa stesen meteorologi juga agak rendah sejak beberapa hari kebelakangan terutamanya di barat dan selatan Semenanjung serta di barat Sarawak. Purata jarak visibility di kawasan berkenaan adalah tiga sehingga 10 kilometer.
Kementerian agak— amat memberi penekanan kepada keberkesanan capaian maklumat status cuaca dan kualiti udara semasa oleh rakyat serta jabatan dan agensi berkaitan sebagai sebahagian daripada langkah komunikasi ketika jerebu bagi memastikan tindakan mitigasi serta persediaan awal dapat dilaksanakan sewajarnya.
Antara tindakan yang telah mula diambil ialah penyampaian maklumat tinjauan cuaca dan taklimat cuaca kepada agensi-agensi pengurusan bencana di setiap peringkat; penyampaian maklumat status kualiti udara berdasarkan IPU; pemakluman status El Nino– Southern Oscillation (ENSO) dan kebarangkalian berlakunya fenomena El Nino secara bulanan; pemakluman hari tanpa hujan bagi tempoh tujuh hari berturut-turut kepada jabatan dan agensi berkaitan; dan pemakluman ramalan lima hari pergerakan jerebu tempatan dan rentas sempadan kepada jabatan dan agensi-agensi berkaitan.
Bagi memastikan maklumat yang tepat dan terkini, rakyat digalakkan untuk sentiasa merujuk kepada laman web dan media sosial METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapat akses kepada maklumat cuaca yang terkini dan sahih. Maklumat kualiti udara juga boleh diakses melalui MyIPU dan juga sistem Air Pollutant Index Management System di laman web Jabatan Alam Sekitar.
Tuan Yang di-Pertua, sekiranya jerebu berterusan dan keadaan kualiti udara semakin merosot iaitu IPU 151 sehingga 200 melebihi 24 jam, kementerian melalui METMalaysia bersedia melakukan operasi pembenihan awan ataupun cloud seeding di bawah penyelarasan NADMA dengan kerjasama TUDM tertakluk kepada keadaan atmosfera yang sesuai.
Walau bagaimanapun, METMalaysia menjangkakan jerebu tidak akan berpanjangan memandangkan tiupan angin yang ada pada waktu ini. Kita nak jelas bahawa cloud seeding ini tidak boleh dibuat dalam apa jua keadaan. Ia kena ada beberapa keadaan yang membolehkan ia berlaku supaya apabila operasi itu berlaku, ia akan benar-benar berkesan.
Kementerian melalui METMalaysia juga menyediakan ramalan sehingga lima hari pergerakan jerebu rentas sempadan yang menggunakan model ramalan pergerakan jerebu.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, negara-negara ASEAN juga telah mengambil tindakan proaktif bagi menangani masalah jerebu melalui saluran rundingan antarabangsa serta langkah pencegahan dan penguatkuasaan di negara masing-masing. Langkah-langkah proaktif di peringkat antarabangsa antaranya, semua negara termasuk Malaysia telah menjalinkan kerjasama serantau di bawah kerangka Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan yang ditandatangani bermula tahun 2002.
Di bawah perjanjian ini, Malaysia komited dan memberikan kerjasama terutamanya dari segi capacity building dengan izin, perkongsian maklumat dan kepakaran dalam aspek penguatkuasaan undang-undang, pembakaran terbuka, teknologi perladangan tanpa pembakaran, pengurusan tanah gambut yang mampan dan latihan pemadaman kebakaran.
Seterusnya, kita juga telah meneruskan kehadiran kita di Sub-Regional Ministerial Steering Committee on Transboundary Haze Pollution dan juga Conference of the Parties to the ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution yang diadakan pada tahun ini dan dihadiri oleh semua negara ASEAN. Melalui siri mesyuarat ini, setiap kerajaan melaporkan tindakan dan strategi masing-masing dalam pencegahan pembakaran terbuka dan jerebu serta terus komited memastikan inisiatif-inisiatif yang ditetapkan dalam second ASEAN haze- free roadmap yang baharu akan dilaksanakan sewajarnya bagi mencapai matlamat ASEAN bebas jerebu 2030.
Selain kerjasama di bawah ASEAN, Malaysia juga turut mengadakan kerjasama dua hala bersama Kerajaan Indonesia secara G2G bagi usaha pencegahan jerebu. Pihak Indonesia telah menunjukkan komitmen yang baik untuk menangani masalah jerebu merentas sempadan sejak tahun 2015 dan ini termasuklah Indonesia’s plan of action in dealing with transboundary haze pollution melalui inisiatif penubuhan agensi khas bagi memulihkan tanah-tanah gambut yang telah terbakar; pelaksanaan One Map Policy iaitu pembangunan peta digital dan geospatial bagi seluruh Indonesia; dan pelaksanaan Arahan Presiden ataupun Presidential Directives yang berkuat kuasa 18 Januari 2016 yang meliputi arahan untuk tidak mengeluarkan permit baharu bagi konsesi di tanah gambut, pencegahan dan amaran awal jerebu, hukuman yang tegas dan tindakan yang lain.
Selain itu, kementerian juga menerusi METMalaysia telah membangunkan Fire Danger Rating System (FDRS) untuk memantau kebakaran hutan dan tanah gambut dan ia telah diguna pakai oleh semua negara ASEAN sejak tahun 2003 dan METMalaysia telah melaksanakan penambahbaikan iaitu penambahan elemen baharu ramalan kebakaran tujuh hari ke depan bagi memantau potensi berlaku kebakaran dan intensitinya.
Namun, di sebalik semua tindakan pencegahan dan inisiatif yang dilaksanakan ini, sememangnya tahun 2023 ini sedikit mencabar susulan fenomena El Nino yang menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding 2020, 2021 dan 2022 yang lebih lembap ketika kehadiran La Nina. Kita juga tahu bahawa sekarang kita— waktu tahun-tahun tersebut, banyak aktiviti ekonomi terjejas kerana pandemik COVID dan mereka tidak beroperasi sepenuhnya dan itu juga menyumbang kepada kurangnya berlaku kebakaran dan jerebu.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Menyedari perkara ini dan bagi memastikan keadaan jerebu tidak berpanjangan, NRECC dengan kerjasama Wisma Putra telah mengemukakan nota diplomatik kepada Kerajaan Indonesia untuk memaklumkan situasi jerebu di Malaysia dan kesediaan negara untuk bekerjasama dalam operasi pemadaman segera di kawasan terjejas iaitu pada surat bertarikh 3 Oktober dan nota diplomatik pada 6 Oktober 2023. Jurubicara Kemlu ataupun Kementerian Luar Indonesia juga telah mengesahkan penerimaan surat tersebut dan beliau telah menekankan tentang tawaran kerjasama oleh Malaysia untuk membantu Indonesia mengatasi masalah kebakaran di sana.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah pun memulakan langkah-langkah kesiapsiagaan sejak awal tahun dan komited dalam memberikan perkhidmatan yang cekap kepada rakyat bagi menghadapi fenomena jerebu. Kementerian juga sentiasa menjalinkan kerjasama erat di peringkat Persekutuan, negeri dan daerah serta komuniti untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.
Pada masa yang sama, kementerian juga terus memberi kesedaran kepada rakyat untuk bersedia berdepan dengan fenomena jerebu termasuk peka dan waspada dengan keadaan cuaca semasa, menjaga tahap kesihatan diri dan keluarga, mengehadkan aktiviti di luar bangunan semasa jerebu serta mencegah daripada melakukan pembakaran terbuka.
Rakyat juga digalakkan untuk sentiasa peka dan mengikuti hebahan maklumat yang ada di platform elektronik dan bukan elektronik kerajaan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Menteri. Ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ini terbuka untuk Ahli-ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan.
Saya mendapat enam nama. Saya baca nama-nama ini, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Setiu, Petaling Jaya, Kuala Nerus, Ipoh Timur dan Jerantut. Saya berikan lima minit setiap Yang Berhormat untuk berucap dan lepas itu Menteri akan jawab dalam masa lima minit.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
15 minit, minta maaf.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Minta maaf Speaker. Saya ingin mendapat pengesahan sebab Gopeng pun hantar nama juga.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, boleh celahlah kot sat lagi ya? Baik, saya jemput Jelutong. Silakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Speaker di atas peluang yang telah diberikan kepada saya, Tan Sri Speaker. Pertamanya, saya mendengar dengan tekun penjelasan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan masalah jerebu dan langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk kita menangani masalah jerebu yang berulang kali berlaku di negara kita.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Daripada penjelasan itu, saya mendapati bahawa jerebu ini pada asalnya merentas sempadan datangnya daripada negara jiran dan Indonesia merupakan negara yang mungkin menyebabkan jerebu ini. Walaupun langkah-langkah diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah jerebu yang berulang tiap-tiap tahun, kita masih mendapati bahawa tiap-tiap tahun masalah jerebu ini berulang. Tiap-tiap tahun berulang. Malahan pada tahun ini, saya mendapati ia lebih teruk lagi. Namun demikian, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan, kepada Menteri yang peka terhadap masalah jerebu dan masalah ini yang boleh menyebabkan rakyat kita sengsara.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya ingin meminta penjelasan daripada Menteri, sama ada kementerian juga telah melakukan apa-apa perbincangan ataupun koordinasi dengan Kementerian Kesihatan untuk menyediakan klinik-klinik kesihatan yang boleh memberikan bantuan perubatan kepada rakyat Malaysia yang mengalami masalah asma yang kronik yang mungkin yang lebih teruk lagi disebabkan oleh masalah jerebu ini.
Dan saya juga ingin tanya, adakah klinik-klinik persendirian juga boleh diminta untuk turut terlibat di dalam menyediakan perkhidmatan memberi bantuan perubatan kepada penduduk? Ataupun rakyat Malaysia yang mengalami masalah kesesakan nafas dan yang mempunyai masalah asma yang kronik?
Saya juga ingin tanya penjelasan daripada Menteri, sama ada pihak kementerian telah menjalankan sebarang perbincangan dengan Kementerian Pendidikan ataupun menasihatkan Kementerian Pendidikan supaya aktiviti di luar bilik darjah iaitu pendidikan jasmani untuk murid-murid turut dikurangkan akibat mungkin terdedah kepada jerebu yang keterlaluan atau yang teruk.
Saya di sini sebagai seorang backbencher kerajaan, ingin mengambil kesempatan untuk menyeru kerajaan dan Menteri supaya lebih tegas lagi dengan Kerajaan Indonesia dan juga kalau boleh menggubal undang-undang, di mana tindakan boleh diambil terhadap ahli- ahli perniagaan atau syarikat-syarikat yang mengusahakan ladang-ladang yang besar di Indonesia. Kerana kalau tindakan yang tegas tidak diambil, kita lihat bahawa pengusaha- pengusaha kilang ini meneruskan dengan kerja-kerja membakar secara terbuka, secara tidak bertimbang rasa dan akhirnya yang merana, yang sengsara adalah rakyat Malaysia.
Kalau syarikat-syarikat ini merupakan syarikat-syarikat Malaysia, maka tindakan- tindakan seharusnya diambil terhadap mereka. Kalau boleh, saya lihat bahawa Menteri telah memberi penjelasan bahawa nota-nota diplomatik telah dihantar ke Indonesia tetapi nota- nota diplomatik ini...
Silakan Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih kepada Jelutong.
Kalau kita melihat sejarah kebakaran di Indonesia, pernah berlaku di hujung tahun 2015, 2019, Kerajaan Malaysia ambil tindakan hantar sukarelawan bomba dan akhirnya kita dapat juga maklumat hasil daripada tindakan yang berkenaan. Anggota-anggota bomba ini bila balik pun ada yang sakit, ada yang berbagai keadaan. Jadi, adakah pada tahun ini kerajaan kita
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
juga berhasrat untuk menghantar sukarelawan bomba ataupun anggota bomba untuk membantu memadamkan kebakaran di sana?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Gopeng hendak minta juga?
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Sebab tak ada chance nanti. Okey, apabila Jelutong bercerita tentang akibat jerebu adalah daripada negara jiran, saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Jelutong bahawa sebenarnya kita ada satu perjanjian transboundary agreement. ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution yang mana ditandatangani oleh negara-negara dalam ASEAN dan kita juga ada satu pusat yang dinamakan ASEAN Centre yang ditubuhkan untuk mengenal pastikan punca, buat pemantauan dan sebagainya.
Akan tetapi, kalau lihatkan kepada keadaan sekarang, yang mana pihak Kerajaan Malaysia, kementerian telah pun mengemukakan punca berlakunya jerebu adalah daripada titik-titik panas di negara jiran. Di Sumatera, Kalimantan tetapi kementerian di Indonesia telah pun mengemukakan kenyataan rasmi menafikan dakwaan tersebut.
So, maka adalah saya ingin nak cadangkan kepada Jelutong untuk mencadangkan kepada kementerian, sebanyak ada satu apa itu kaji semula ataupun melihat segala perincian dalam perjanjian perkongsian tersebut supaya kita ada persefahaman dalam memerangi jerebu yang berlaku yang mengakibatkan semua negara-negara jiran dalam ASEAN.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Jelutong, tolong landing.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, saya akan landing Tan Sri Speaker.
Di kesempatan ini Tan Sri Speaker, saya datang dari Pulau Pinang. Jadi, saya hendak merayu kepada Menteri. Maklumlah panas terik, El Nino, dah berjerebu. Tak ada air, susah juga. Jadi, Pulau Pinang menghadapi masalah bekalan air selalu diganggu daripada Kedah. Kalau boleh Yang Berhormat Menteri juga membincangkan penyelesaian masalah air.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Air dari Kedah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dan mendapati bekalan air daripada Perak. Maklumlah di Pulau Pinang, kita juga terkesan akibat jerebu ini dan bila jerebu, bila panas terik, kita juga minum air dinasihatkan oleh doktor dan sebagainya. Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk merayu kepada Yang Berhormat Menteri, kalau boleh diberi perhatian perkara itu.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Jelutong, minta sikit.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Untuk kenyataan kata gangguan air daripada Kedah itu tidak betul. Jangan macam itu. Sekarang kita sedang berunding. Air ini dah lama dah. Takkan hari ini baru ada terganggu? Dah lama dah berlaku.
Tuan Yang di-Pertua
Pendang, minta kat siapa tadi ini? Pakai bangkit lagu tu ja?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tuan Yang di-Pertua, minta laluan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Baik. Saya jemput, Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahi rabbi alamin.
[Bercakap dalam bahasa Arab]* Tan Sri Yang di-Pertua, pencemaran jerebu ini tidak lagi asing, malah ia menjadi fenomena yang dihadapi oleh Malaysia saban tahun. Bahkan masalah jerebu ini tidak lagi termaktub dalam luar lingkup pencemar domestik yang berpunca daripada pembakaran terbuka sahaja. Bahkan ianya berpunya daripada asap kenderaan dan sisa industri di negara kita. Malah, juga berpunca daripada pembakaran ladang dalam hutan di negara jiran Indonesia yang menyebabkan pencemaran jerebu rentas sempadan.
Tan Sri Datuk Yang di-Pertua, penafian yang dibuat oleh negara Indonesia beberapa hari lepas amat mengecewakan kita. Jelas sekali kebakaran hutan di Sumatera dan sebahagian besar Pulau Borneo telah menyelubungi beberapa bandar raya, telah menyelubungi beberapa bandarnya dengan jerebu tebal. Buktinya, pergerakan angin yang membawa asap dari Sumatera ke Semenanjung Malaysia, manakala Kalimantan ke Sabah dan Sarawak telah menjejaskan kualiti udara negara kita. Hakikat Indonesia telah mengamalkan aktiviti tebang dan terbakar ini sejak sekian lama sehingga menyebabkan masalah jerebu rentas sempadan ini berlarutan hingga ke hari ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, pada tahun 2015, direkodkan sebagai salah satu episod terburuk yang berlaku di Malaysia selepas insiden pada tahun 1997, 2005, 2006, 2010 dan 2013 apabila dianggarkan kira-kira 206 juta hektar hutan dan ladang Indonesia telah dibakar antara bulan Jun dan Oktober pada tahun tersebut.
Kesan daripada insiden tersebut, menyebabkan hampir empat juta pelajar di negara kita dilaporkan terjejas akibat insiden tersebut dan Malaysia mengalami kerugian berbilion ringgit akibat jerebu ini. Tan Sri Yang di-Pertua, isu jerebu rentas sempadan telah berulang kali timbul di rantau ini sejak 30 tahun yang lepas dan seruan untuk perjanjian rentas sempadan bukan perkara baharu.
Malaysia mempunyai Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP) yang telah diratifikasi oleh 10 anggota ASEAN dan ia merupakan platform sangat penting bagi memastikan semua negara anggota mengambil pelbagai langkah-langkah perundangan, pentadbiran dan lain-lain untuk melaksanakan kewajiban mereka untuk mencegah dan memantau pencemaran jerebu rentas sempadan ini.
Menurut dasar dan prinsip undang-undang antarabangsa, apabila berlakunya perlakuan yang bertentangan dengan mana-mana peruntukan, perjanjian antarabangsa negara yang menjadi sumber pencemaran dikehendaki untuk membaik pulih kerosakan dan keadaan yang terjejas, membayar ganti rugi dan pampasan kepada pihak yang terjejas.
Soalan saya, sejauh manakah negara kita telah menuntut ganti rugi di atas kerugian yang kita alami ini?
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Saya kira, sudah tiba masanya Malaysia untuk mendesak Indonesia agar merealisasikan rancangan jangka masa panjangnya yang dijanjikan dalam Sidang Kemuncak Iklim PBB di Paris yang mencakupi penghentian pembangunan di laman gambut, memulihkan tanah gambut terjejas serta lebih banyak pendekatan pencegahan yang difokuskan dalam mengelola kebakaran hutan.
Tindakan ini amat penting bagi memastikan kelangsungan pencegahan masalah jerebu rentas sempadan, sekali gus mampu mengurangkan masalah jerebu pada masa yang akan datang. Tan Sri Yang di-Pertua, AATHP telah wujud hampir 20 tahun, namun pertemuan antara negara anggota yang diadakan pada Jun 2023 yang lalu masih belum wujud satu undang-undang yang lebih ketat bahkan pelaksanaannya yang tidak konsisten turut melemahkan perjanjian tersebut.
Tanpa penguatkuasaan yang ketat, pihak yang tidak patuh boleh terlepas daripada bertanggungjawab untuk mengekalkan kitaran aktiviti yang menyebabkan jerebu. Oleh itu, pihak kerajaan mestilah mempunyai pelan hala tuju baharu yang merangkumi langkah penguatkuasaan yang lebih kukuh selain turut memerlukan penyelarasan undang-undang negara anggota.
Penyelarasan undang-undang tersebut haruslah bersekali dengan penyelarasan mekanisme antara anggota ASEAN iaitu yang mempunyai penunjuk kualiti udara standard untuk digunakan di semua negara dalam memantau dan mengesan pencemaran udara berdasarkan metodologi yang sama dan bertindak sewajarnya. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Sekarang saya jemput Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih saya ucapkan kepada Tan Sri Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan berkenaan situasi jerebu yang melanda negara di Dewan yang mulia ini. Tan Sri Yang di- Pertua, saya ingin menekankan bahawa jerebu telah melanda Malaysia lagi pada bulan ini.
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras yang tidak sihat. Cheras (155), Banting (156), Klang (155), Petaling Jaya (143) dan lain-lain. Sembilan daripada 10 stesen pemantauan di Johor telah mencecah unhealthy API, dengan izin, semalam. Dan seperti biasa Tan Sri Yang di-Pertua, secara langsung atau tidak langsung kita akan memandang kepada the usual suspect iaitu Indonesia apabila kes ini berlaku.
Dan seperti biasa juga, Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Siti Nurbaya Bakar menyatakan tidak ada jerebu merentas sempadan ke Malaysia dalam kenyataan rasmi di Jakarta setelah Kerajaan Malaysia menghantar surat kepada Indonesia dan negara-negara ASEAN lain yang terkesan kejadian jerebu rentas sempadan, sekali gus menangani masalah itu.
Walau bagaimanapun, berdasarkan data titik panas yang dikeluarkan oleh Pusat Meteorologi Khas ASEAN, pada tanggal tujuh hari bulan ini, Sumatera dilaporkan memiliki sebanyak 188 titik panas, Kalimantan memiliki 151 titik panas sementara Malaysia tidak melaporkan adanya titik panas.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Di samping itu, Pakar Kesihatan Persekitaran Universiti Putra Malaysia Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman berkata, “Penafian yang dibuat oleh negara jiran itu ditolak kerana secara jelasnya terdapat pembuktian melalui pergerakan angin membawa jerebu dari Sumatera ke Semenanjung, manakala dari Kalimantan ke Sabah dan Sarawak”.
Tan Sri Yang di-Pertua, Menteri boleh menipu, Ahli Parlimen boleh menipu tetapi sains tidak menipu. Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan ataupun AATHP ialah perjanjian alam sekitar yang telah ditandatangani pada tahun 2002 oleh semua negara-negara ASEAN di Kuala Lumpur dan Malaysia merupakan penandatangan yang pertama. Malangnya, isu ini masih tidak terselesai selepas 21 tahun.
Ya, memang tidak dikecualikan bahawa terdapat syarikat perladangan Malaysia yang beroperasi di Indonesia dan melakukan amalan tebang dan bakar pokok. Ini terbukti apabila Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Menteri meminta syarikat di Malaysia supaya mematuhi Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan yang dilancarkan pada 2 April tahun ini.
Malangnya, sebagai negara yang telah menandatangani AATHP, Malaysia dan Indonesia tidak mempunyai sebarang undang-undang untuk menyekat syarikat yang menggunakan pembakaran untuk membersihkan tanah. Selain itu, warga Indonesia juga kurang kesediaan untuk menyelaraskan perundangannya dengan AATHP terutama dari segi dasar kerajaan, sifar pembakaran.
Saya rasa Tan Sri Yang di-Pertua, negara-negara ASEAN tidak perlu terus saling menuding jari. Isu yang sama telah berlarutan selama 20 tahun, sudah tiba masa setiap negara ASEAN untuk meluluskan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan ataupun Transboundary Haze Act (THA) termasuk Malaysia. Penggubalan Akta THA ini akan membolehkan Kerajaan Malaysia mengambil tindakan sivil dan tindakan jenayah terhadap apa-apa, mana-mana entiti yang mengakibatkan pencemaran di Malaysia, tidak kira gejala ini berlaku di mana jua.
Kerjasama diplomatik serantau ASEAN seharusnya bukan alasan untuk menangguhkan pelaksanaan undang-undang yang boleh dikuatkuasakan seperti THA yang dikemukakan di Malaysia pada tahun 2019 dan kemudian dibatalkan pada Ogos 2020 walaupun beberapa syarikat milik Malaysia dikaitkan dengan kebakaran hutan di Indonesia.
Banyak bukti terhadap kaedah tradisional ini iaitu tebang dan bakar pokok membawa risiko kepada kesihatan awam, operator pelancongan, syarikat penerbangan dan lain-lain.
Berdasarkan laporan Reuters...
Tan Kar Hing - Gopeng
Boleh celah?
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
...Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat ASEAN di Malaysia, anggota pertubuhan mengiktiraf kesan buruk alam sekitar dan kesihatan akibat amalan pembakaran tanaman dan komited untuk mengurangkan dan menghapuskannya secara kolektif. Gopeng ada mencelah?
[Dewan Ketawa]
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Untuk kesihatan generasi sekarang dan akan datang Tan Sri Yang di-Pertua dan juga untuk memerangi krisis iklim, Malaysia perlu menggubal undang-undang rentas sempadan
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
segera supaya syarikat yang tidak bertanggungjawab ini dapat menerima sekatan undang- undang dan menerima hukuman yang setimpal dengan kejahanaman yang dilakukan oleh mereka hanya demi kepentingan korporat dan peribadi mereka sahaja. Sekian sahaja ucapan saya. Petaling Jaya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Sekarang saya jemput Kuala Nerus.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Berucap dalam bahasa Arab] Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana di waktu petang ini masih lagi memberi peluang kepada saya dari Kuala Nerus untuk turut serta dalam perbahasan mengenai isu jerebu yang dibentangkan oleh Menteri sebentar tadi.
Jerebu ini dah menjadi macam cerita evergreen ya, berulang-ulang. Berlaku dah berpuluh tahun tetapi masih belum ada jalan penyelesaian yang tuntas. Apa yang—kita boleh menyalahkan mana-mana pihak tetapi kadang-kadang kita perlu tengok juga pada dalam kita sendiri. Apa yang berita pada 8 Oktober yang lalu, ada satu pembakaran hutan seluas empat hektar berhampiran Taman Vista Jaya di Port Dickson.
Jadi, saya mohon penjelasan dari kementerian, berapakah jumlah laporan kes pembakaran terbuka yang berlaku seluruh negara mengikut negeri, sama ada pembakaran di tempat buangan sampah, lalang, hutan, kebun dan sebagainya. Kita boleh menyalahkan mana-mana orang tetapi kita selesai apa yang dalam kawalan kita dahulu dan sejauh mana Jabatan Alam Sekitar khususnya dari segi penguatkuasaannya telah mengambil di atas pembakaran terbuka yang berlaku di dalam negara kita sendiri.
Selain daripada yang kita tahu, aktiviti rondaan, operasi, begitu juga pembakaran terbuka dan aduan yang diterima daripada orang awam, apakah lagi langkah-langkah komprehensif yang telah dilakukan ataupun akan dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar dalam mengekang pembakaran terbuka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini dan sejauh mana..
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Minta laluan sedikit.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
...Sehingga kini tindakan tegas..
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Kubang Kerian.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Sila.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih. Saya nak tarik apa yang disebut oleh—dalam ucapan tadi ialah soal kalau kita tengok punca besar jerebu ialah kerana kebakaran kawasan tanah gambut.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Apakah pihak kerajaan tidak bercadang untuk memastikan supaya tanah gambut ini digazetkan sebagai kawasan yang dikekal tidak boleh diteroka sebab kebakaran sering kali berlaku. Contoh di Pahang, di kawasan Rompin, Pekan kawasan dan sebahagian besar tanah gambut kita di Sarawak. Mutakhir ini, kawasan ini digunakan sebagai kawasan pertanian. Akibatnya pembakaran kawasan tanah gambut menjadi punca utama jerebu dalam konteks negara kita.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Yang kedua tentang aktiviti luar darjah. Mungkin boleh dilihat apakah pihak kerajaan tidak bercadang untuk memastikan semua aktiviti luar darjah dapat dihentikan dalam fenomena jerebu yang agak kritikal pada waktu ini. Terima kasih. Sedikit tambahan.
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
Sila masuk dalam sebahagian daripada ucapan sayalah. Juga saya ingin tahu, sejauh mana tindakan tegas dilakukan ke atas kilang-kilang sama ada kilang yang ada lesen ataupun secara haram di seluruh negara yang diketahui mencetuskan pembakaran terbuka dan juga pelepasan asap kilang yang boleh menyumbang kepada meningkatkan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat di dalam negara kita.
Juga di kesempatan yang ada ini, ada satu minit lagi. Kita kena seimbangkan antara pertanian. Memang negara kita negara pertanian, tanam padi, sawit dan setiap masa petani- petani akan bakar. Cuma itu perkara yang mungkin tidak dapat kita elakkan. Cuma yang saya hendak tahu, apakah kerajaan ada mengadaptasikan teknologi baharu yang boleh memastikan pembakaran yang berlaku dalam industri-industri ini tidak memberi kesan negatif kepada kualiti alam sekitar. Mungkin boleh bekerjasama dengan MOSTI dan sebagainya dan juga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan supaya benda ini boleh dikurangkan dari segi risiko ataupun pengeluaran asap yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Akhirnya Tan Sri Yang di-Pertua, setakat ini oleh kerana kesan ini dah kita tahu, bila jerebu ini ia mengandungi banyak nitrogen dioksida, sulfur dioksida, ozon dan sebagainya dan juga carbon monoxide yang boleh menyebabkan menjejaskan kesihatan, khususnya golongan rentan, kanak-kanak dan juga warga emas. Adakah untuk- adakah sekarang ini berlaku peningkatan mendadak terhadap bilangan kemasukan pesakit batuk dan lelah di hospital-hospital kerajaan ataupun yang dirawat di klinik-klinik di seluruh negara untuk memberi satu indeks ataupun suatu tanda kepada kita bahawa keadaan jerebu hari ini telah memberi kesan yang buruk kepada rakyat dalam negara kita.
Khususnya yang saya sebutkan tadi kanak-kanak, para pelajar dan sebagainya. Dan apakah pihak yang terlibat sama ada di sekolah telah mengikuti SOP yang di keluar oleh KKM supaya pastikan bahawa anak-anak kita yang pergi ke sekolah itu, yang keluar daripada rumah tidak terjejas dengan kualiti alam sekitar yang semakin tidak berapa sihat sekarang ini.
Akhirnya, saya juga ingin tahu tentang kejayaan memuktamadkan perjanjian penubuhan Pusat Penyelaras2 ASEAN bagi Kawalan Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (ACCTSP) oleh perjanjian ASEAN yang turut diratifikasikan oleh Malaysia dan Indonesia dilihat sebagai satu mekanisme baru. Apakah penyelesaian isu rentas sempadan ini dapat telah sampai ke peringkat yang boleh memberi kita suatu penyelesaian tentang jerebu yang merentas sempadan ini? Tetapi kita kena jagalah, biasalah.
Dalam perbincangan negara-negara luar ini kita bimbang kadang-kadang benda ini boleh menimbul isu sensitif hubungan diplomatik antara dua negara. Tetapi bagaimanapun, saya ingat ia juga antara perkara yang perlu dilihat dengan serius supaya benda ini dapat
Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus
diselesaikan, dapat memberikan kebaikan kepada kedua belah pihak negara kita dan juga negara jiran kita.
Itu sahaja Tan Sri Yang di-Pertua, saya harap perkara ini dapat diambil seriuslah untuk kita supaya tidak berulang untuk tahun-tahun yang akan datang. Saya kira ini dapat kita buatkan, insya-Allah. Wallahualam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Baik terima kasih. Sekarang saya jemput Ipoh Timur.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Terima kasih Tan Sri Speaker atas jemputan untuk menyampaikan sedikit pandangan berkenaan tentang jerebu ini.
Tanggal 30 September, bangun pagi nampak okey sebab saya duduk tepi gununglah tetapi dapat WhatsApp mesej daripada mak saya yang berumur 60 lebih. Ha, nanti marah pula kalau saya bocorkan umur dia. Dia complaint. Dia kata, “Engkau tau tak semalam punya API kat Jalan Tasek berapa?” Jalan Tasek itu kawasan Perdana Menteri. “Engkau tau tak API untuk Pengkalan Ipoh? API itu berapa? Sebelum hujan itu berapa? Selepas hujan itu berapa?” Saya tengok sebenarnya tak teruk sebab dia hanya kuning. Jalan Tasek 100, lepas hujan sat, dia jadi pula 80. Tetapi yang dia complaint bukan fasal API, kesian sakit hati saya dengar suara mak saya seolah-olah dia dah batuk tiga minggu tak henti-henti. Suara dia tukar langsung. Ini mak saya 60-an. Ini belum cerita lagi tetibanya dua hari sebelum itu, anak saya pun tetibanya tang mana punya batuk tak berhenti-henti.
Kenapa saya nak ceritakan ini? Saya nak ceritakan ini bahawasanya apabila tadi Yang Berhormat sahabat saya Petaling Jaya kata MP boleh tipu, Menteri boleh tipu, dia kata sains tidak boleh tipu. Sebenarnya sains pun boleh tipu. Kalau publish yang salah tu tipulah tetapi kesihatan mak saya dengan anak saya, kesihatan orang kita tak boleh tipu. Dan implikasi sebaliknya adalah bahawasanya, tahu tak kita setiap tahun, apakah implikasi kos atau tambahan beban kepada sistem kesihatan kita daripada jerebu yang tang mana datang tak tahu kalau ikut Menteri Sains atau Menteri Alam Sekitar Indonesia-lah.
Saya nak tanya, saya masih ingat lagi sebagai seorang ADUN lapan tahun yang lepas, saya dah keluarkan waktu itu kat Perak punya API memang teruk sangat. Waktu itu Gopeng pun masih ADUN lagi, apa nama adalah. Waktu itu ramai yang dok sembang fasal Transboundary Haze Act, Transboundary Haze Act tapi akhirnya sampai sekarang dulu dah jadi ADUN, sekarang dah jadi Ahli Parlimen, sehingga sekarang pun belum ada sebarang tindakan yang kita boleh kata sebagai penyelesaian.
Saya nak cadangkan, saya nak cadangkan, mintalah usaha melalui Menteri atau melalui Perdana Menteri atau Menteri-menteri lain, bawa perkara ini dan bukan saja bincang di peringkat ASEAN tetapi pastikan ada tindakan. Pastikan tindakannya adalah sebab sorry- lah ini mungkin akan controversial sedikit. Kita setiap kali benda ini berlaku tahun-tahun yang dituding jarinya ke arah commercial acters. Tetapi perlu tak kita mula tanya, perlukah kita mula tuding jari kepada pelaku negara? What is Indonesia doing about this? Selain daripada tak mengaku kata takda jerebu, takda masalah.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
[Bangun]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Ini Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Boleh?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Okey, pi.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Timur.
Sebenarnya kalau kita lihat kepada Perjanjian Kongsian AATHP, perincian dalam kesemua 32 artikel lebih kepada data sharing yang berdasarkan kepada indeks-indeks tentang pencemaran udara tetapi ia tidak berkongsi data dan maklumat tentang siapakah dalang di sebalik jerebu berlaku. Adalah penting untuk kita kembalikan pembentangan RUU yang pernah dibawa tetapi terbantut pada tahun 2020 oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air
(KASA) pada ketika itu. Adakah Ipoh Timur setuju dengan pandangan saya bahawanya pembentangan RUU Jerebu Rentas Sempadan harus dibentangkan dalam kadar yang segera dalam Dewan yang mulia ini?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur
Gopeng, saya bukan saja setuju, saya bukan saja rasa harus, wajib untuk kita buat begitu. Kerana apa? Saya tak nak mak saya suffer lagi, saya tak nak anak saya suffer. Saya tak nak mak, pak, anak, cucu, semua Ahli Dewan dan semua rakyat Malaysia untuk terus berbatuk tak henti-henti berbulan-bulan, setiap kali sampainya musim orang nak bakar. Dia orang akan claim, we have to have our rights to develop dengan izin. Tetapi kita di Malaysia, kita di Singapore, kita di Brunei pun kita tak boleh dinafikan hak kita untuk kekal sihat. Jadi itulah Ipoh Timur menyokong dan harap-harap kita boleh terus sihat dan tak ada jerebu lagi. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik terima kasih. Saya jemput Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya membahaskan perkara ini dalam memberikan sudut pandang yang mungkin berbeza.
Saya mulakan dengan sedikit maksud daripada ayat suci al-Quran. Surah Fussilat ayat 11 yang bermaksud, “*Kemudian dia menuju ke langit dan langit itu masih berupa asap.
Lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi, datanglah kamu berdua menurut perintah- Ku dengan patuh atau terpaksa.” Keduanya menjawab, “Kami datang dengan patuh.*”
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, perkara yang dinamakan sebagai asap ini ataupun dukhan ini adalah perkara yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran, yang di mana ia telah pun ditafsirkan oleh beberapa ulama-ulama di antaranya Imam Ibnu Katsir dan juga Sheikh Said Hawwa Radiallahu’anhu yang mengatakan bahawasanya dukhan ini merupakan asap yang meliputi udara dan ia merupakan salah satu daripada tanda kiamat. Imam Al- Suyuti juga telah mengatakan bahawasanya, ia merupakan asap putih yang membuatkan pandangan manusia menjadi kabur.
Alhamdulillah, tafsiran ini telah pun disokong oleh bukti-bukti sains dan juga empirikal yang dinyatakan dan dibentangkan oleh pihak Menteri sebentar tadi, yang asasnya dukhan
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
ini ataupun jerebu ini akan memberikan kesan yang negatif kepada manusia, khususnya dari sudut kesihatan. Sebab itu, apabila ia membicara tentang kritikaliti terhadap kesihatan, kita ingin bertanya kepada pihak kementerian bagaimana tindakan-tindakan proaktif yang diambil oleh pihak kementerian khususnya dengan kerjasama dengan taruh-taruh yang lain berkaitan dengan impak buruk kesihatan kepada golongan yang berisiko tinggi.
Di antaranya seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen sebentar tadi, orang tua
(warga emas), kanak-kanak, pesakit asma, mereka yang ada radang paru-paru yang mungkin akan menyebabkan kematian pramatang. Jadi, apakah telah dilakukan satu tindakan yang proaktif dan boleh tak ia diceritakan dan di-detail-kan di dalam jawapan di pihak Menteri?
Berkaitan dengan menuding jari, saya mendengar beberapa perbahasan Ahli Parlimen sebentar tadi yang ada yang menuding jari kepada rakan negara sebelah kita iaitu negara Indonesia. Saya tidak nafikan bahawasanya banyak insiden jerebu sebelum ini disebabkan oleh pembakaran tanah gambut dan hutan di kawasan Riau, Kalimantan dan juga Sumatera utara terutama pada bulan Oktober dan Disember. Ia umpama seperti acara tahunan yang akan dihadapi oleh kita.
Data beberapa titik panas dan arah pergerakan angin menunjukkan kebarangkalian insiden jerebu yang melanda Malaysia mutakhir ini adalah berpunca daripada negara jiran, Indonesia. Namun begitu, saya menasihati kerajaan agar lebih berwaspada dan menjalankan aktiviti pemerhatian yang lebih teliti berdasarkan pangkalan data terbuka di Malaysia, ASEAN Fire Danger Rating System, Pusat Meteorologi Khusus ASEAN di Singapura dan imej satelit Himawari di Agensi Meteorologi, Klimatografi dan juga Geofizik Indonesia. Tindakan ini supaya kita mendapat data yang lebih benar, lebih accurate dan untuk memastikan hubungan diplomatik Malaysia dan Indonesia tidak terjejas.
Banyak perkara perlu diteliti termasuk perkongsian maklumat logistik Indonesia dan dakwaan melibatkan syarikat perladangan Malaysia yang beroperasi di sana. Hal ini pernah berlaku pada tahun 2015 dan juga 2019, apabila empat buah syarikat perladangan negara iaitu IOI Corporation, Sime Darby Plantation, TDM Berhad dan KLK Berhad antara yang dituduh menjadi punca jerebu di Indonesia.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Minta laluan sedikit, Jerantut?
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Sedikit sahaja sebelum saya bagi laluan. Justeru soalan saya, bagaimana keberkesanan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan ini dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk mengelakkan insiden ini berulang?
Silakan.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya ingin mendapat pengesahan daripada Jerantut, kita boleh gubal akta untuk undang-undang tetapi undang- undang ialah mesti boleh ambil tindakan. Kalau kita gubal satu undang-undang peraturan negara kita yang tidak boleh kuatkuasakan undang-undang tersebut, saya fikir tak ada makna kita menggubal undang-undang. Negara jiran kita Singapura sebagai contoh, dia telah gubal undang-undang negara dia tetapi tak boleh ambil tindakan kepada negara lain.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Demikian juga untuk kita dapat data yang ada. Dia merupakan rahsia keselamatan negara. Sebab itu saya fikir dalam menggubal satu peraturan, kita mesti mengambil kira soal hubungan diplomatik antara negara-negara. Saya lebih suka beberapa cadangan yang telah dikemukakan oleh Menteri supaya kita bersifat membantu. Undang-undang tidak boleh menghalang jerebu masuk ke negara kita tetapi membantu bagaimana untuk mencegah sama ada kita menghantar sukarelawan dan sebagainya bagi membantu. Ini saya fikir lebih praktikal dalam menjaga hubungan diplomasi antara negara-negara ASEAN. Minta pandangan Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih kepada Kubang Kerian. Ia selari dengan penataan saya selepas ini. Apakah tindakan perundangan itu adalah tindakan yang terbaik? Kerana di sana telah pun dibentangkan oleh Ahli Parlimen sebentar tadi berkenaan dengan adanya THA (Akta Jerebu Rentas Sempadan). Jadi, apakah boleh berlakunya keberkesanan kerana ada juga negara-negara yang tidak mengambil bahagian di dalam perkara ini?
Sebab itu saya menyarankan agar perkara pokok yang harus diambil terlebih dahulu sebelum kita maju kepada hukuman perundangan adalah untuk kita merevisi Perjanjian ASEAN Mengenai Jerebu Rentas Sempadan 2002 agar ia lebih bersifat substantif. Fungsi dan instrumen preventif serta punitif perlu disemak supaya ia lebih berkesan dan saya mohon komen daripada pihak Menteri terhadap saranan ini.
Kedua, kita juga sedia maklum sejak tahun 2003, negara anggota ASEAN telah membangun kerangka ASEAN Peatland Management Initiative bagi memastikan pengurusan tanah gambut dijalankan secara lestari bagi mengurangkan aktiviti pembakaran berleluasa dan pencemaran rentas jerebu terus berlaku. Jadi, apakah ia tidak lagi relevan? Soalan yang pertama dan keduanya, bagaimanakah pelaksanaannya terkini?
Yang terakhir, saya juga meminta pihak kementerian untuk menjelaskan secara terperinci, apakah tindakan kolektif yang telah dan akan diambil oleh ASEAN Coordinating Centre for Transboundary Haze Pollution Control selain daripada tindakan silo ataupun unilateral yang telah diambil oleh Malaysia dan Indonesia?
Sebagai konklusinya Tan Sri Yang di-Pertua, selain daripada tindakan mengatasi jerebu rentas sempadan yang telah saya sebutkan tadi, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada khusus Jabatan Alam Sekitar yang telah bertungkus-lumus menjalankan aktiviti penguatkuasaan rondaan berkala, pemakluman Indeks Pencemaran Udara dan menjalankan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan. Mudah-mudahan dengan action item yang telah dilaksanakan ini, kita dapat menghadapi bencana ini dengan baik, *insya-Allah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumussalam. Terima kasih. Sekarang saya jemput Menteri untuk menjawab, silakan.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terima kasih kepada enam orang Yang Berhormat yang telah berbahas tentang
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
soal isu jerebu yang melanda negara. Saya faham tentang soal kebimbangan yang disuarakan dan kita tidak boleh menerima masalah jerebu ini sebagai menjadi suatu norma kepada negara kita atau kepada rantau kita. Itu yang saya fikir menjadi pokok kepada gesaan- gesaan daripada rakyat yang juga turut disampaikan oleh wakil-wakil rakyat tanpa mengira parti pada hari ini.
Pertama Yang Berhormat Jelutong, tentang kerjasama dengan KKM. Memang di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan, kita telah adakan dua kali mesyuarat Mei 2023 dan September 2023 sejak saya ambil alih dan kesemua pemegang taruh hadir termasuk KKM dan juga KPM. Dalam keadaan ini, semua pandangan- pandangan tentang soal apa tindakan yang perlu diambil dan sebagainya, kita telah bagi pandangan tersebut kepada KKM.
Dan kalau kita ikut daripada pihak KKM sendiri, semua penyakit berkaitan dengan jerebu seperti penyakit kronik pernafasan seperti asma, kronik paru-paru dan sebagainya, boleh dirawat di klinik-klinik kesihatan KKM di seluruh negara. Begitu juga klinik persendirian ataupun hospital swasta juga berikan rawatan dalam penyakit-penyakit tersebut. KKM sememangnya memastikan bekalan ubat-ubatan dan consumable item, dengan izin di semua fasiliti KKM bagi rawatan penyakit berkaitan jerebu, mencukupi.
Dan seterusnya tentang tindakan di bawah rang undang-undang ataupun Transboundary Haze Act yang sering dicadangkan. Kita sebagaimana saya pernah maklum sebelum ini, pihak kerajaan, kita meneliti kewajaran penggubalan RUU Jerebu Rentas Sempadan kerana ia agak teknikal dan mencabar apabila ia melibatkan perundangan rentas sempadan. Daripada maklumat yang kita terima misalnya sebagaimana yang disebut tadi di Singapura, mereka ada perundangan tersebut tetapi untuk menguatkuasakan memang tidak mudah.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Pada masa yang sama, kita ada memang betul, ada perjanjian di antara Amerika Syarikat dan Kanada yang berkaitan dengan kualiti udara, tetapi itu perjanjian antara dua buah negara yang menerima pakai penilaian dan undang-undang dan juga tindakan. Maka, ia lebih mudah berbanding kalau dibuat secara unilateral. Jadi, kita akan kaji secara mendalam tentang keperluan Transboundary Haze Act untuk kita melihat bagaimana kita dapat mengambil tindakan sekiranya perlu. Sebab itu saya fikir apa tindakan yang boleh diambil pada waktu ini dan itu kita mengambil pendekatan diplomasi.
Saya tahu ada kadang-kadang ada komen yang mungkin keluar yang menyebabkan rakyat Malaysia tidak puas hati dan itu saya faham. Tetapi secara keseluruhannya, kita dapat lihat ada peningkatan tindakan yang telah diambil dan di peringkat negara kita sendiri, tadi ada disebut tentang kita pernah hantar bomba dan sebagainya. Kita terus menawarkan sekiranya perlu, bantuan kepada negara-negara jiran untuk kita membantu pemadaman api yang besar-besaran tersebut.
Seterusnya soal ASEAN haze-free roadmap yang telah dibangkitkan oleh Gopeng di dalam celahan beliau dan juga ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution.
Sebenarnya kita juga sebenarnya kena ambil kira mungkin perjanjian itu dibuat kalau AATHP
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
ini dibuat pada tahun 2002, kita memang antara negara paling awal yang telah ratifikasi perjanjian tersebut. Adakah perjanjian ini yang sangat berpusatkan prinsip non-interference ASEAN dan sebagainya masih lagi relevan ataupun kita perlu menambah baik perjanjian ini untuk kita benar-benar dapat ambil tindakan yang konkrit seiring dengan permintaan daripada rakyat?
Itu satu perkara yang kita perlu fikirkan sebab ASEAN ada sasaran untuk menjadi bebas daripada jerebu tahun 2030. Jadi kalau kita hendak mencapai sasaran tersebut, saya fikir secara umum ada peningkatan dalam pelbagai negara-negara ASEAN untuk kita mencapai ke arah itu. Tetapi kalau tidak cukup, maka kita perlu satu pendekatan baharu yang tidak ada di dalam AATHP untuk kita menyelesaikan masalah ini.
Yang Berhormat Setiu bertanya tentang tadi— minta maaf. Gopeng— Jelutong. Dia ada menyentuh tentang soal air. Sedikit keluar daripada topik, tetapi saya menjawab secara asas iaitu tentang soal perjanjian air antara Perak dan Pulau Pinang. Ini saya dengar ada pendirian yang positif daripada Perak, tetapi ini akhirnya soal kerajaan negeri yang mana kita biarkan Kerajaan Negeri Perak dan Pulau Pinang untuk bersetuju tentang perkara tersebut.
Seterusnya Yang Berhormat Setiu bertanya sejauh manakah negara menuntut ganti rugi kepada di atas kerugian yang dialami akibat jerebu rentas sempadan dan tindakan jangka panjang dan sekali lagi membangkitkan tentang soal AATHP sebentar tadi. Jadi, setakat ini kita tidak ada buat tuntutan ganti rugi ke atas mana-mana negara atau mana-mana syarikat tentang soal punca jerebu. Bagaimana yang saya sebut tadi, kita ambil pendekatan rundingan, sepakatan dan mencari penyelesaian dalam soal ini.
Tentang soal pertikaian data tadi, saya dengar tadi Yang Berhormat Petaling Jaya dia sebut, dia kata tentang pertikaian data. Kita, data-data yang disebut sebenarnya yang sama ada saya atau Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, kita rujuk semua berdasarkan data-data yang datang daripada ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura dan diguna pakai oleh banyak negara ASEAN termasuk kita dan juga data-data daripada METMalaysia dan laporan kualiti udara yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Kebanyakan— ini bukan macam dahulu. Kita kena ingat, antara 1997 sehingga tahun 2005, API ini ataupun IPU, data-data ini pernah menjadi sebahagian daripada Akta Rahsia Rasmi. Kerajaan tidak kongsikan data-data ini. Tetapi hari ini, semua data ini ialah sebahagian daripada domain awam dan kita telah lihat, rakyat sendiri boleh lihat tentang hotspot angin dan sebagainya. Semua boleh di-google, dengan izin. Jadi, sebab itu kita menggunakan rujukan-rujukan ini dan saya akan mempertahankan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan METMalaysia ketika kita menyebut tentang soal hotspot dan sebagainya...
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Minta mencelah. Minta mencelah sikit.
Saya rasa mungkin pihak Menteri telah pun salah faham. Yang saya rujuk data itu memang tidak dipertikaikan. Cuma dengan data yang begitu komprehensif yang kita dapat kumpul dan umumkan, mengapa masih ada state of denial dengan izin, daripada pihak Indonesia?
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Sebab itu— saya tidak kata Petaling Jaya yang pertikaikan. Yang saya mengatakan ialah apabila ada pihak yang pertikaikan tentang kesahihan data tersebut dan saya lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap Kementerian Luar Indonesia apabila mengulas tentang surat yang kita telah hantar kepada mereka, lebih terbuka dan dia menyebut tentang tawaran negara kita untuk cuba membantu dan bekerjasama di dalam menyelesaikan perkara tersebut. Jadi, saya fokus kepada perkara tersebut dan kita akan tetap, kita takkan sorok daripada data yang kita ada.
Seterusnya tentang Yang Berhormat Kuala Nerus bertanya tentang pembakaran terbuka di negara kita. Jadi, saya ingat saya ada sebut sedikit dalam ucapan pembukaan saya di mana sehingga 30 September 2023 pada tahun ini, ada 3,922 aduan kes pembakaran terbuka yang diterima oleh JAS, 80 peratus melibatkan pembakaran sampah sarap.
Dan daripada tindakan penguatkuasaan JAS, JAS telah mengeluarkan field citation sebanyak 493, notis arahan 137, kompaun 41, penyediaan kes siasatan dan dibawa ke mahkamah jumlahnya enam. Ada 2,000, hampir 2,800 kes di dalam pemantauan JAS dan 1,171 aduan pembakaran yang dirujuk kepada agensi lain. Dan bagi enam kes kebakaran besar yang berlaku di dalam negara, tindakan yang diambil ialah notis arahan, kertas siasatan dan juga kompaun kepada premis atau pelaku yang melakukan kebakaran.
JAS juga memantau pelaporan titik panas yang dilaporkan oleh pihak ASMC dan membuat siasatan dan tindakan selanjutnya sekiranya berlaku kebakaran. Terdapat 702 kes hotspot yang telah disiasat oleh JAS dan hanya 480 hotspot yang berasas dan telah diambil tindakan. Tetapi yang saya nak maklumkan juga kalau kita banding dengan pada waktu- waktu kemuncak jerebu tahun 2015, 2019 pada tempoh yang sama, kita dapat lihat satu penurunan yang ketara dari segi hotspot yang berlaku di dalam negara dan ini bagi saya satu pengiktirafan kepada kerja-kerja JAS dan pihak berkuasa yang lain.
Di kalangan feedback ataupun maklum balas yang kita terima daripada KKM
(Kementerian Kesihatan), pemantauan penyakit semasa jerebu menunjukkan peningkatan kedatangan pesakit asma sehingga 2.5 kali ganda pada Minggu Epid 40 iaitu 1 hingga 7 Oktober 2023 berbanding Minggu Epid 20 sehingga 39 di tujuh daripada 15 fasiliti kesihatan sentinel yang dilanda jerebu. Manakala bagi penyakit upper respiratory tract infection dengan izin, terdapat peningkatan kedatangan pesakit sehingga dua kali ganda pada ME 40 berbanding purata ME 20 sehingga 39 di lapan daripada 11 fasiliti kesihatan. Bagi penyakit conjunctivitis, peningkatan kedatangan pesakit adalah sekali ganda pada ME 40 berbanding dengan purata ME 20 sehingga ME 39 di lima daripada 11 fasiliti kesihatan. Jadi, jelas daripada segi kesan kesihatan itu kita boleh lihat.
Yang Berhormat Kubang Kerian, mantan Menteri Alam Sekitar telah menyebut tentang mengapa kerajaan— adakah kerajaan boleh mewartakan kawasan tanah gambut untuk mengelak berlakunya kebakaran dan kita sambut baik perkara ini dan kita akan terus berbincang dengan kerajaan-kerajaan negeri yang kita tahu ada bidang kuasa ke atas tanah.
Tetapi di dalam pembukaan ladang-ladang sawit, sememangnya ladang-ladang sawit yang baharu memang tidak dibuat lagi pada— di dalam kawasan tanah gambut.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Yang Berhormat Ipoh Timur juga bercakap tentang tindakan di peringkat antarabangsa. Saya balik kepada apa yang kita jawab sebentar tadi, tetapi kita juga sebenarnya ada kerjasama yang baik. Saya ingat ada peningkatan kerjasama melalui Kementerian Luar Negeri dan juga melalui Pejabat Perwakilan Malaysia di Pontianak dan Pekanbaru yang mana kita adakan perbincangan bersama syarikat berkaitan Malaysia di Sumatera, Riau dan Kalimatan.
Dan juga malah pada September 2022, Malawakil Pekanbaru bersama Perseroan Terbatas telah mengadakan Program Kembara Pencegahan Kebakaran Hutan dan Tanah Malaysia yang melibatkan kunjungan ke kawasan perladangan, latihan kebakaran dan kunjungan ke Sekolah Dasar Swasta Kuala Lumpur Kepong (KLK) yang terletak di kompleks perladangan yang sama.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Terkini, pada Ogos 2023 pejabat perwakilan di Puntianak bersama FGV Kalimantan telah menyumbangkan sebanyak enam unit pam air bagi membantu mencegah dan memadam kebakaran hutan di Kalimantan Barat sekiranya berlaku.
Jadi, dari segi kerjasama kita telah lihat satu kerjasama yang baik di antara pihak Kerajaan Malaysia, pihak syarikat-syarikat Malaysia di sana dan juga pihak pemerintah Indonesia di pelbagai peringkat.
Seterusnya, Yang Berhormat Jerantut bercakap tentang soal penggunaan data-data dan memastikan data-data ini sahih supaya tidak timbul insiden diplomatik. Jadi, sebenarnya macam di sebut tadi kita menggunakan data-data daripada ASEAN Specialized Meteorological Centre yang diterima pakai di negara-negara ASEAN. Kita sendiri memang menggunakan itu sebagai sandaran dan kita tidak ada ragulah terhadap data yang ada di peringkat kita.
Seterusnya, tindakan kolektif di bawah ASEAN Coordinating Centre for Transboundary Haze Pollution Control. Penubuhan pusat ini baharu dipersetujui oleh ASEAN pada Ogos 2023 dan ia akan mengkoordinasi maklumat jerebu dan melaporkan semua kejadian kebakaran dan titik panas di rantau ASEAN.
Sebelum ini ia diselaraskan secara interim oleh Sekretariat ASEAN. Dengan penubuhan ini akan menyokong pelaksanaan penuh perjanjian ASEAN mengenai jerebu merentas sempadan dengan lebih efektif dan berkesan.
Tentang soal apa tindakan proaktif oleh KKM? KKM telah mengeluarkan kenyataan media pada 2 Oktober 2023 tentang penjagaan kesihatan semasa jerebu terutamanya warga emas, kanak-kanak, bayi, pesakit kronik pernafasan dan jantung, ibu mengandung untuk mengelakkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka bersesuaian apabila terpaksa berada di luar bangunan.
Pada masa yang sama, kita juga telah kalau ikut Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan juga kita telah minta pihak Kementerian Pendidikan juga sentiasa memantau keadaan IPU yang terkini untuk memastikan nasihat yang sewajarnya dapat dikeluar kepada sekolah- sekolah di kawasan yang terbabit. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberikan saya kesempatan.
Walaupun lagi lima minit kita hendak maghrib ini Tan Sri, so macam mana? Hendak teruskan ke?
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan, teruskan.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Teruskan, ya? Tan Sri Yang di- Pertua, banyak penceritaan lebih daripada fakta yang telah diuar-uarkan ataupun yang telah diperkatakan kebelakangan ini berkenaan LTAT, berkenaan Boustead dan yang lain-lain.
Walaupun ada juga kebenarannya yang mana ia perlu diambil perhatian sebagai satu cabaran yang amat penting, yang amat besar bagi kumpulan pengurusan di LTAT dan juga di kawasan- di anak-anak syarikat mereka.
Tan Sri Yang di-Pertua, biar saya beritahu sedikit tentang latar belakang LTAT. Untuk pengetahuan semua, LTAT ditubuhkan di bawah Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 yang bertujuan untuk mengurus faedah persaraan dan menggalakkan pembangunan sosioekonomi kepada pencarum khususnya dari Angkatan Tentera Malaysia. Ia dana persaraan Tan Sri Yang di-Pertua, ya.
Sebagai satu dana simpanan ataupun persaraan, mandat LTAT adalah berbeza dengan mandat sebuah dana pelaburan strategik seperti Khazanah Nasional ataupun Permodalan Nasional yang memberikan tumpuan kepada pemilikan aset strategik melalui pemilikan majoriti saham syarikat strategik negara.
Selaras dengan mandat dana persaraan tersebut, tumpuan utama LTAT adalah untuk memastikan kestabilan dana dan pulangan pelaburan yang mampan. Pelaburan LTAT juga seharusnya ditempatkan dalam aset mudah cair yang boleh dilupuskan pada bila-bila masa dalam apa juga keadaan iklim ekonomi yang kita hadapi.
Aset pelaburan menepati ciri-ciri sebegini hanya terdapat dalam pasaran wang bon dan ekuiti. Pengukuhan kedudukan LTAT yang sedang kita lakukan yang telah pun dijalankan Dato’ Yang di-Pertua, semenjak lima tahun dahulu, LTAT telah pun mencatatkan peningkatan prestasi bagi setiap indikator utama kewangan iaitu:
(i) kadar dividen;
(ii) jumlah aset di bawah pengurusan ataupun asset under management;
(iii) keuntungan bersih; dan
(iv) keuntungan terkumpul.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Kadar dividen LTAT telah mula pulih pada lima peratus pada tahun lepas 2022 berbanding dengan hanya dua peratus pada tahun 2018. Pendapatan bersih LTAT pula telah meningkat kepada RM432.5 juta pada tahun 2022 berbanding dengan cuma RM221 juta yang direkodkan pada tahun 2018.
Keuntungan terkumpul, Tan Sri Yang di-Pertua ataupun retained earning LTAT juga telah mula berkembang dengan lebih besar kepada hampir RM500 juta iaitu RM498.7 juta.
Juga menjelang akhir tahun 2020 tahun lepas berbanding dengan cuma hanya RM38.7 juta pada penghujung tahun 2018.
Ini adalah hasil daripada perjalanan transformasi lima tahun yang telah turut melibatkan pelbagai inisiatif seperti meminda Akta Tabung Angkatan Tentera pada bulan Ogos tahun 2022 untuk menambah baik dan memperkukuhkan empat aspek penting kepada anggota tentera dan LTAT dari segi:
(i) perlindungan ke atas wang caruman anggota tentera;
(ii) meningkatkan perlindungan keselamatan sosial pencarum-pencarum;
(iii) mengukuhkan tata kelola LTAT; dan
(iv) membolehkan penyusunan semula port folio pelaburan LTAT.
Ini penyusuan semula ini telah pun mula dilakukan dan keadaan kewangan LTAT telah pun mula berubah dan bertambah baik dan baik sehingga pada hari ini. Juga memperkenalkan rangka kerja penumpuan aset strategik ataupun strategic asset allocation pertama LTAT yang telah menjadi panduan untuk pengimbangan dan penstrukturan semula port folio pelaburan sedia ada LTAT dan meningkatkan keterlihatan dan penjenamaan LTAT di kalangan warga ATM dan orang awam.
Tan Sri Yang di-Pertua, Pelan Strategik LTAT ini telah pun diperkasakan lagi, ditambah kukuhkan lagi bagi memastikan LTAT kekal berdaya saing untuk terus memastikan kesejahteraan pencarum-pencarumnya terus terpelihara. LTAT telah melancarkan Pelan Strategik 2023 - 2025 (MAMPAN25) untuk mencapai visi ke arah menjadi sebuah kumpulan wang persaraan yang mampan. Strategi yang akan dilaksanakan adalah bertujuan untuk beralih daripada sebuah dana pelaburan ke sebuah dana persaraan ataupun migrating from investment fund to retirement fund. Tan Sri Yang di-Pertua, isu utama yang dihadapi oleh LTAT sekarang ini bukan LTAT itu sendiri sekarang. Yang di utama isu dia sekarang LTAT ialah anak-anak syarikatnya yang mana LTAT mempunyai pemegangan saham yang besar di situ iaitu Boustead, Tan Sri Yang di-Pertua, ya. Pada masa ini Tan Sri Yang di-Pertua, terdapat beberapa isu legasi dalam kumpulan Boustead yang sedang dihadapi oleh LTAT. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk menjelaskan isu-isu tersebut.
Seperti umum ketahui Tan Sri Yang di-Pertua, kini hampir 50 peratus dana pelaburan LTAT terperangkap di dalam kumpulan Boustead. Jadi, prestasi LTAT banyak bergantung ataupun hampir keseluruhannya bergantung kepada prestasi dan kedudukan kewangan kumpulan Boustead tersebut.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Bagi memberi gambaran yang lebih jelas, pada tahun 2018, Boustead Holdings Berhad mencatitkan kerugian pertama sejak penyenaraiannya di Bursa Saham Kuala Lumpur. Semenjak itu Boustead tidak mampu lagi membayar sebarang dividen kepada LTAT.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Boustead hanya mampu membayar RM1.05 sesaham pada suku keempat tahun lepas. Pada masa kini Tan Sri Yang di-Pertua, Kumpulan Boustead sedang mengalami kemelut aliran tunai akibat dari keperluan mendesak untuk membiayai hutang legasi yang perlu dijelaskan dalam tempoh masa yang terdekat dan pula tu, hutang banyak tetapi hutangnya pula banyak kupon-kupon terutamanya sukuk dan juga Islamic Medium-Term Notes, isunya kuponnya tidak masuk akal, 11 peratus, 12 peratus, sembilan peratus dan kita terpaksa membayar faedah yang begitu tinggi kepada kupon atau kepada bon-bon yang telah pun kita buat tersebut.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Pada masa ini Dato’ Yang di-Pertua, jumlah keseluruhan hutang yang ditanggung oleh Kumpulan Boustead adalah sebanyak RM6.8 bilion. Daripada jumlah ini, hutang piutang yang perlu dijelaskan dalam tempoh terdekat adalah sebanyak– Dato’ Yang di-Pertua, pembiayaan semula revolving credit sebanyak RM159 juta pada bulan Disember 2023 ini.
Penebusan sukuk berterusan ataupun pun perpetual ‘sukuk’ yang perlu kita redeem sebanyak RM607 juta pada Disember 2023 nanti dan pembiayaan nota jangka sederhana Islam ataupun yang saya sebut tadi Islamic Medium-Term Notes sebanyak RM1.65 bilion pada September 2024 nanti.
Maka, sepertimana Pelan Strategik 2023-2025 ataupun MAMPAN 25 yang saya lancarkan pada bulan Julai yang lalu, LTAT kini sedang mengaktifkan pelan penstrukturan semula Kumpulan Boustead. Kita sedang membuat penstrukturan semula kumpulan Boustead ini. Ini bagi menyelesaikan masalah legasi dan merealisasikan anjakan ke arah menjadi sebuah dana persaraan yang memberi dividen yang stabil dan mampan kepada LTAT.
Sekiranya penstrukturan ini tidak dilaksanakan, Kumpulan Boustead tidak akan berupaya untuk melunaskan obligasi kewangan dan akan mencetuskan cross default, dengan izin, di atas semua pinjaman di bawah Kumpulan Boustead sebanyak RM6.8 bilion, ya. Sebab dia buat pinjaman ini, dia clean facilities, dia tidak ada cagaran apa-apa. So, adanya – kalau satu trigger dia akan cross default, ini merbahaya, ya. Walaupun kita tak mampu bayar 200, tidak dapat nak redeem yang 200 juta, tetapi it will trigger Tuan Yang di- Pertua , cross default di seluruh kita punya Kumpulan Bouatead yang berjumlah RM6.88 bilion dan ini akan mendatangkan musibah yang amat besar kepada LTAT.
Kumpulan Boustead berisiko muflis, mengakibatkan separuh daripada nilai dana persaraan LTAT yang saya sebutkan tadi, hampir RM5 bilion akan merosot dan terhapus jika sekiranya penstrukturan semula tidak dilaksanakan segera.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Oleh itu, penstrukturan semula Kumpulan Boustead ini amat penting untuk membolehkan LTAT mengurangkan kebergantungan pendapatan daripada kumpulan tersebut. Saya sebut tadi kita terlampau– exposure LTAT ini terlampau besar dengan Boustead. Satu – we put everything under one basket. Kalau ini terjadi, anything happens to that basket, LTAT will be very much, very, very much deep in trouble. Pengurangan pemegangan di dalam Kumpulan Boustead akan memberikan impak positif jangka panjang kepada LTAT terutamanya Tuan Yang di-Pertua, dari segi meningkatkan kepelbagaian aset dari hampir 50 peratus tertumpu kepada Boustead. Kita nak kurangkan kepada 15 peratus sahaja.
Nombor dua, meningkatkan pelaburan aset mudah cair yang sekarang ini kita cuma ada 20 peratus kepada sekurang-kurangnya 60 peratus aset mudah cair kita. Dan ketiganya, memperolehi semula jumlah pelaburan LTAT di dalam Boustead yang terperangkap dalam Boustead sebanyak RM3.3 bilion bagi membolehkan LTAT melabur semula di dalam aset yang berdaya saing dan mampu memberi pulangan yang stabil dan konsisten dan yang akhirnya, meningkatkan nilai aset pelaburan LTAT yang kini bernilai RM10 bilion melalui program penstrukturan semula Kumpulan Boustead.
Sebagai sebuah dana persaraan seperti saya sebut awal tadi, LTAT harus mementingkan kepelbagaian aset dan tidak sepatutnya mempunyai pegangan yang sangat besar dalam pelaburan tertentu yang tidak selaras dengan model sebenar sebuah dana persaraan. LTAT harus diurus ke arah mengutamakan kestabilan dana dan pulangan pelaburan yang berterusan. Sejajar dengan persaraan – sejajar dengan dana persaraan atau dana simpanan yang lain.
Timbalan Yang di-Pertua, yang keduanya berkenaan dengan Boustead Plantation.
Ini menjadi sebagai topik utama kebelakangan ini. Boustead Plantation pula ataupun Boustead Plantation Berhad merupakan salah satu anak syarikat Kumpulan Boustead.
Sememangnya, setakat ini di tahap ini syarikat BP ataupun BPlant mencatatkan keuntungan, memang catat keuntungan. Tetapi BPlant, saya sebutkan BPlant, Bousted Plantation juga mempunyai pelbagai masalah operasi dalaman yang perlu dilihat dengan terperinci bagi menjadikan aset yang mampu berdaya saing dan mampu memberi pulangan jangka panjang.
Masalah yang dihadapi oleh BPlant adalah seperti berikut – ada beberapa masalahlah. Untuk beberapa tahun kebelakangan ini Timbalan Yang di-Pertua, keuntungan BPlant dijana oleh penjualan ladang. Dia just jual ladang. Dia extraordinary profit, dia bukannya daripada operation ya. Not seorang much on operation, but it is on under the line, below the line operation iaitu extra ordinary profit dan juga keuntungan kebelakangan ini adalah disebabkan oleh harga kelapa sawit mentah ataupun crude palm oil (CPO) punya harga yang melonjak tiba-tiba. Yang mana ia melebihi 4,000, 5,000 dulu, jadi ia menjadikan BPlant ini sebagai sebuah yang untung.
Tetapi, ini tidak boleh sentiasa berlaku, kerana kita telah lihat bahawa untuk break even, Timbalan Yang di-Pertua, BPlant memerlukan harga kelapa sawit mentah ataupun CPO, harga minyak kelapa sawit mentah tidak kurang daripada RM3,200. Kalau below RM3,200 dia rugi. Sebab operasi – kos operasi dia terlampau tinggi, nombor satu. Dan
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
nombor dua kerana dia punya yield buah mentah dia terlampau rendah, terlampau rendah dan paling rendah dalam industri kelapa sawit, yang paling rendah. Yield kita untuk satu hektar Timbalan Yang di-Pertua, buah mentah kita 13.3 tan per hektar. Ini terlampau rendah, orang lain semua dah 20, 24 tan satu hektar, kita cuma 13.3 tan.
Bukan sebab apa, kerana salah satu disebabkan oleh aset Boustead yang di Sarawak majoritinya semua dah pokok-pokok tua. Pokok tua yang tak menghasilkan lagi buah yang banyak dan di Sarawak ini dia operasi pun susah sikit kerana masalah dengan lokal di sana ya. Sebab tidak boleh masuk, kita tidak boleh tuai buah, macam-macamlah ya.
Orang kata itu tanah dia, bila kita tanya mana tanah tuan, daripada gunung sana, sampai gunung sini, itu tanah dia, macam-macamlah ya. Jadi masalah. Jadi, ini menekan kita punya yield menjadi satu hektar. Cuma boleh – cuma kita dapat capai 13.3 tan sahaja. Ini amat rendah di dalam industri kelapa sawit Puan Timbalan Yang di-Pertua.
Jadi, yang lainnya pula, kita punya pokok kelapa sawit hampir 50 peratus dalam ladang kita, hampir 50 peratus pokok yang dah berusia lebih daripada 20 tahun. Ini juga mengeluarkan – menyebabkan negara kita punya hasil kita rendah, yield kita per hektar basis amat rendah yang mana saya sebutkan tadi 13.3 tan per hektar. Oleh itu LTAT telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan pelan penstrukturan semula Kumpulan Boustead.
Ini dimulakan dengan BPlant dan salah satu opsyen yang dipertimbangkan adalah melalui perjanjian kerjasama strategik (strategic collaboration agreement) baru-baru ini antara Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holding Berhad (BHB) dan Kuala Lumpur-Kepong Berhad (KLK). Namun, Puan Timbalan Yang di-Pertua, perjanjian ini tidak diteruskan dan telah ditamatkan pada 4 Oktober 2023.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Penamatan ini merupakan keputusan komersial yang dibuat bersama atau mutual termination oleh semua pihak, mengambil kira kepentingan strategik LTAT telah pun ditamatkan, tidak diteruskan Puan Timbalan Yang di-Pertua.
Namun perjanjian ini dengan perkembangan terbaru ini LTAT akan merangka beberapa option yang lain untuk syarikat BPlant bagi mencapai objektif penstrukturan kumpulan Boustead. Oleh yang demikian disebabkan oleh penamatan kita punya strategik collaboration agreement ataupun kolaborasi strategik bersama dengan LTAT tiga pihak tersebut, LTAT telah membuat pengumuman iaitu untuk meneruskan tawaran am ataupun GO ke atas semua saham BPlant bagi memastikan LTAT memelihara kepentingan prinsip kesaksamaan ataupun principle of fairness to the minority shareholder.
Kita akan teruskan GO tersebut walaupun SCA dibatalkan being terminated on mutual basis on commercial punya understanding, but LTAT- kerana kita hendak meneruskan pelan penstrukturan untuk kita menstrukturkan semula business, kita meneruskan kita punya GO kepada minority share holders yang masih ada iaitu 30 peratus awam, dan 33 peratus yang dipegang oleh Boustead sendiri- Boustead Holdings sendiri.
Dan juga kita buat tawaran awam ini untuk melindungi kestabilan dan integriti pasaran modal Malaysia. Rasional utama cadangan tawaran am ini ialah taking- taking it
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
private. Kita hendak take private memberi autonomi dan fleksibiliti kepada LTAT untuk menentukan hala tuju strategik dan meningkatkan prestasi operasi, menjalankan aktiviti penambah nilai bagi merealisasikan potensi maksimum BPlant.
Ini boleh jadi kita looking at- parcel it out, kita hendak pastikan supaya ada estet-estet kita yang berada di pinggiran kawasan perindustrian, ada kawasan perindustrian perumahan kita hendak parcel it out, dan kita akan bekerjasama dalam group of company Boustead Properties ada untuk kita tambah nilai.
Tidak guna kita tanam kelapa sawit ataupun ada pokok sawit di atas tanah yang ada- it is on the goldmine, Puan Timbalan Yang di-Pertua, macam estet kita di Batu Kawan tersebut mempunyai nilai yang tinggi jika kita mengubah ataupun kita buat conversion daripada agriculture kepada industri dan juga estet kita di Semenyih daripada plantation kepada komersial ataupun kepada perumahan.
Ini yang sedang kita kaji semula. We want to parcel it out but is within the group untuk kita menambah nilai to unlock the value of what we have within the group of companies yang ada di bawah LTAT dan juga Boustead Holdings, dan BPlant.
Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri, Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk pengetahuan rakan-rakan dalam Dewan yang mulia ini, Kementerian Kewangan telah bersetuju menyediakan jaminan kerajaan kepada LTAT untuk membolehkan LTAT mendapatkan pinjaman sebanyak RM2 bilion daripada institusi kewangan untuk melaksanakan tawaran am ini.
Ini saya hendak perbetulkan persepsi semula. Persepsi mengatakan bahawa kerajaan memberi cash geran kepada LTAT, tidak betul Timbalan Yang di-Pertua. Kita tidak dapat cash geran apa-apa. Kita cuma - sebab kita hendak facilitate, kita hendak mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan dengan segera kerana kita perlu bayar banyak. Cash flow kita pun dalam keadaan yang tidak mengizinkan, jadi kita perlu segera.
LTAT mempunyai kemampuan tetapi dengan jaminan daripada kerajaan ini akan mempermudahkan lagi untuk kita mengurus permohonan untuk kita mendapat kemudahan- kemudahan kewangan daripada institusi kewangan di dalam negara. Dalam masa yang sama ia akan, it will command a very reasonable rate. Kalau kita dengan jaminan kerajaan itu tidak lah tinggi sangat kadar faedah yang akan dikenakan oleh institusi kewangan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Minta maaf, ini bailout dengan government guarantee ke Yang Berhormat Menteri?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Nantilah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ini penerangan, ini bukan perbahasan. Sila duduk.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Sedikit sahaja, sedikit sahaja, nak minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Bagi memastikan jaminan kerajaan ini dimanfaatkan, saya akan memastikan pihak LTAT akan melaksanakan penstrukturan organisasi business kita mengikut Pelan Strategik 2023-2025 (MAMPAN25).
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Puan Timbalan Yang di-Pertua, saya yakin isu legasi ini dapat diselesaikan dan penstrukturan kumpulan Boustead berjaya dilaksanakan dengan sokongan serta komitmen semua pihak. Kejayaan penstrukturan ini akan membolehkan LTAT mencapai portfolio pelaburan yang lebih seimbang dan yang pentingnya kita hendak mencapai kita punya nisbah ataupun solvency ratio ini, nisbah solvency kita melebihi 100 peratus dan peningkatan pulangan pelaburan daripada anak-anak syarikat LTAT serta merealisasikan visi LTAT untuk menjadi kumpulan wang persaraan yang mampan.
Sebagai pengakhirannya Puan Timbalan Yang di-Pertua, banyak tadi tetapi saya ringkas-ringkaskan pasal dah nak Maghrib sudah. Sebagai penutup kepada sesi penerangan ini, saya ingin tekankan bahawa LTAT sentiasa komited untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai sebuah kumpulan wang simpanan yang mampan demi menjaga kesejahteraan Angkatan Tentera Malaysia dan pesara-pesaranya.
LTAT turut komited untuk memberi pulangan dividen tahunan yang stabil dan kompetitif serta memacu LTAT untuk menjadi sebuah organisasi yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Menteri Pertahanan ini terbuka untuk Ahli- ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan.
Senarai pembahas adalah seperti berikut; Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Batu Pahat dan Yang Berhormat Tanah Merah.
Saya jemput Yang Berhormat Titiwangsa.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Datuk Speaker, Yang Berhormat Pendang tukar dengan saya, Tanah Merah. Lepas Titiwangsa, saya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Lima minit sahaja.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya agak tertarik dengan kenyataan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri. Cuma saya ada beberapa perkara yang saya hendak tanya. Saya rasa peristiwa ini adalah merupakan satu pengajaran yang sangat besar kepada kita semua sebagai kerajaan untuk memastikan bahawa syarikat-syarikat yang dikuasai oleh kerajaan ini tidak berlaku lagi macam Boustead ini.
Saya ingat dahulu waktu LTAT membuat tawaran awam kepada Boustead ialah dengan harapan kita boleh restructure dengan mudah untuk kita menyelesaikan hutang yang bernilai RM6.8 bilion, tetapi malangnya apabila restructuring ini telah dimulakan, saya difahamkan Boustead Plantation punya proposal ini telah diterima oleh pelabur-pelabur di luar sana di Bursa Saham kerana Boustead Plantation ini adalah public listed company. Jadi bila kita buat sesuatu pengumuman, sudah tentu dia akan memberi satu gambaran kepada pelabur-pelabur betapa transparent nya sesuatu transaksi yang hendak dibuat oleh pihak Boustead, tetapi akhirnya tidak dapat dilaksanakan.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Saya tidak tahu atas alasan apa kerana ia memberi satu gambaran yang tidak elok kepada pasaran saham kita kerana ini ialah public listed company, senarai awam. Kalau senarai awam kita kendalikan dengan sebegini rupa, lain kali saya hendak nasihatkan kepada pengurusan Boustead atau LTAT sebelum berbincang soal-soal ini dapat clearance dahulu daripada kerajaan.
Kalau tidak dia akan memberikan satu gambaran yang tidak elok. Bukan itu sahaja LTAT ini hendaklah dia trap dengan dia punya investment dalam Boustead hampir 56 peratus seperti mana yang Menteri sebut tadi. Ini hendak kena pinjam pula lagi RM2 bilion walaupun di gerenti oleh kerajaan tetapi bagi saya unnecessary untuk kerajaan memberi gerenti semata-mata bahawa kerajaan ini sebenarnya kita bukan *in the business of doing business.
So* saya mengharapkan bahawa kalau ada solution yang boleh kita buat dan selesaikan, ia secara tidak langsung dia akan membawa balik objektif utama LTAT iaitu untuk menjadi pelabur dana. Dari sini saya hendak beri sedikit- dia ada tiga kategori pelaburan dana ini.
Yang pertama ialah menguruskan sosial sekuriti atau dana persaraan pencarum dengan membuat pelaburan untuk memberi pulangan kepada pencarum seperti KWSP, KWAP, LTAT. Ini satu kategori.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Yang kategori kedua ialah sovereign wealth fund yang memegang ekuiti strategik dalam syarikat-syarikat berkaitan selain memberi pulangan kepada kerajaan, seperti Khazanah Nasional ataupun KWAN. Khazanah Nasional ini dipegang Telekom, TNB, Malaysia Airport Berhad dan banyak lagi syarikat-syarikat yang strategik yang dipegang.
Kemudian, kita ada juga dana yang ketiga iaitu syarikat pengurusan dana dengan tujuan spesifik seperti PNB yang menguruskan pelaburan untuk meningkatkan penyertaan ekuiti Bumiputera dan juga rakyat Malaysia, dan juga Tabung Haji yang menguruskan pelaburan untuk meningkatkan ekonomi ummah selain menjadi operator tunggal ibadah haji untuk jemaah haji Malaysia.
Jadi, saya lihat LTAT ini terletak daripada kategori yang pertama. Jadi, apabila kita mentadbir dana-dana LTAT ini ialah sudah tentu kita nak memberi pulangan yang maksimum kepada pencarum LTAT iaitu bekas-bekas perajurit. Dia mesti dapatkan dividen yang bagus, yang cantik, tapi kalau kita load 52 percent dalam satu kumpulan pelaburan macam Boustead, jadi bila Boustead ini ada masalah, dia akan menjejaskan LTAT. Dan bukan itu sahaja, LTAT kena pinjam pula lagi duit untuk selamatkan syarikat-syarikat ini.
Jadi, harapan saya ialah apabila dapat, Yang Berhormat Menteri, LTAT menyelesaikan masalah ini, kita nak future investment daripada dana-dana ini, dia kalau boleh tidak boleh melebihi lima atau 10 peratus. Kalau kita pegang lima, 10 peratus, jadi kalau pengurusan itu tak cekap, kita boleh jual saham itu di bursa saham. tapi kalaulah kita dah pegang 40, 50 peratus, 60 peratus, jadi besok ada masalah pengurusan, kita nak kena tanggungjawab nak kena jawab nanti. Hari ini nak- unnecessary. LTAT nak kena pergi pinjam duit government guarantee RM2 bilion dan nak buat GO another 30 percent, kos LTAT RM1.1 billion.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Titiwangsa, minta sikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sila gulung.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Sedangkan RM1.1 billion ini...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh, Titiwangsa, sikit?
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Okey. Sedangkan RM1.1 billion ini patutnya kita kalau betul-betul nak pinjam, kita pinjam RM1.1 billion ini untuk kita buat penanaman semula. Sudah tentu dia akan dapat memberi hasil seperti mana yang Yang Berhormat Menteri sebut tadi bahawa kebanyakan daripada plantation dalam Boustead Plantations ini semua dah tua-tua dah dia punya umur pokok dah lebih daripada 85 peratus.
Ya...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan. Masa sudah tamat.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya meneliti pandangan Yang Berhormat Titiwangsa berkaitan SPV dan pengurusan. Adakah Yang Berhormat Titiwangsa bersetuju, pelantikan ahli lembaga pengarah, sudah pasti ada wakil kementerian- Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahan. Jadi, mereka yang dipilih untuk menjawat ahli lembaga pengarah pengurusan mestilah mempunyai kepakaran dalam bidang yang mereka duduki. Apa pandangan Yang Berhormat Titiwangsa?
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Saya setujulah. Masukkan cadangan itu dalam ucapan saya.
Dan akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, kita ini kena faham bahawa apabila kita terlibat dalam pelaburan ini, jual beli ini biasa, sebab kita adalah merupakan dana awam.
PNB jual beli saham, biasa. Saya bagi contoh. Macam PNB, dia menjual pegangan ekuiti dalam Chemical Company of Malaysia Berhad, November 2020. Dia jual kepada Batu Kawan.
Dapat keuntungan, kemudian melabur balik syarikat-syarikat lain, tapi keuntungan yang dia dapat, dia bagi dividen. Jadi, jual beli, jual beli ini biasa.
Contoh, Boustead juga pernah jual. Mac 2019, menjual Royale Chulan Bukit Bintang Hotel kepada pelabur di Singapura. Lepas itu collect duit. Pasal apa? Hotel itu rugi. Jadi dah keluar, lepas itu carilah aset lain. Sebab, kita adalah dana untuk melabur, tapi kalau kita ada dana banyak mana pun, setiap kali kita beli kita simpan, rugi pun tak reti nak manage, lepas itu nak jual pun tak boleh, lama-lama kerajaan end up owned all these assets yang tidak memberi faedah. Kalau kerajaan kita hari ini ada RM1.5 trilion cash, tak apa. Ini RM1.5 trlion hutang.
Jadi, saya rasa prioriti kita nak kena betul. Jadi kalau tak sesuai sesuatu cadangan itu, jangan buat announcement dulu. Bila buat announcement, jadi market masyarakat pelabur dah setuju, dah bagi positive reaction, lepas itu kita reverse. Jadi, ini menyebabkan orang tak confident dengan capital market kita. Ini market pun dah jatuh ini...
[Tepuk]
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Daripada 1,800 lebih dah jatuh jadi 1,417. We have to create this confident because capital market ini sangat penting untuk bisnes kita dalam negara untuk raise capital kat capital market, tapi kalau orang dah tak confident dengan capital market, rosak.
Jadi, itu sahaja, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Saya jemput Yang Berhormat Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
*Bismilahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih penerangan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri. Penerangan yang cukup, bagi saya, sayulah dan menyedihkan ya.
Banyak kali Yang Berhormat Menteri mengulang perkataan legasi, legasi, legasi ya, yang kini dipikul oleh Yang Berhormat Rembau. Insya-Allah, saya percaya kehebatan beliau, beliau boleh turnaround. Because latar belakangnya seorang korporat.
Kita mengetahui mengenai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kini sedang menghadapi cabaran yang sukar yang menggunung tingginya dalam usaha mereka untuk menstruktur semula badan ini sebagai tabung pencen untuk anggota tentera, berbanding kaedah pengurusan operasi LTAT yang bertindak selaku tabung pelaburan sebagaimana pelaksanaan tanggungjawab ini 20 tahun yang lampau.
Tambahan lagi, sekiranya penstrukturan ini tidak dibuat sekarang, ianya akan mengakibatkan berlaku risiko yang tinggi terhadap caruman wang 120,000 orang anggota tentera yang juga merupakan ahli melalui kaedah potongan gaji bulanan mereka sepanjang tahun. Sekiranya berlaku masalah melibatkan pelaburan yang dibuat oleh LTAT, kelak akan berlaku kesan buruk terhadap nilai caruman anggota tentera seperti yang kita saksikan melalui pembahagian dividen yang rendah sejak tahun 2018 lagi.
Justeru, saya menyokong usaha-usaha menambahbaikkan tadbir urus korporat LTAT termasuk usaha ke arah perumpukan aset strategik atau, dengan izin, strategic asset allocation di mana pada tahun lepas semasa saya memegang jawatan sebagai Timbalan MenHan, saya telah membentangkan pindaan terhadap Rang Undang-undang Lembaga Tabung Angkatan Tentera 1972 bagi membenarkan LTAT merombak semula tadbir urus badan ini supaya ianya bukan sahaja bersifat telus tetapi juga perlu bergerak relevan selaras dengan perubahan zaman.
Saya kekal yakin LTAT yang kini diterajui oleh Datuk Ahmad Nazim selaku Ketua Pegawai Eksekutif akan berupaya dan mampu menghadapi cabaran dalam merombak peranan serta operasi LTAT daripada bersifat sebagai tabung pelaburan kepada tabung pencen demi menjaga keselamatan wang caruman 120,000 anggota tentera.
Walau bagaimanapun, saya juga perlu bersifat kritikal terhadap kaedah pelaksanaan yang dibuat oleh LTAT dalam mencapai aspirasi ini terutamanya melibatkan penjualan saham anak-anak syarikat di bawah Boustead Holdings Berhad terutama syarikat Boustead Plantations.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Puan Yang di-Pertua, sudah pasti usaha untuk menyusun semula syarikat-syarikat strategik di bawah satu gabungan besar seperti Boustead Holdings Berhad akan wujud ruang-ruang eksploitasi yang ingin direbut oleh pelbagai pihak. Tambahan lagi, umum mengetahui LTAT terdesak untuk melepaskan pegangan majoriti terhadap syarikat-syarikat di bawah Boustead Holdings terutama syarikat yang kurang berdaya saing bagi mengurangkan risiko pelaburan, termasuk syarikat Boustead Plantations dan juga syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNSSB).
Situasi parah melibatkan Boustead Naval Shipyard yang gagal menyiapkan kapal littoral combatant ship (LCS) serta mengalami hutang yang tinggi sikit sebanyak mengurangkan keyakinan pelabur terhadap prospek pelaburan yang dibuat oleh LTAT.
Apatah lagi sekiranya tidak ditangani, LTAT perlu menanggung kerugian yang besar mungkin dengan menggunakan dana dari caruman yang dibuat oleh anggota tentera kita.
Saya ingin bertanya kepada Kementerian Pertahanan. Adakah usaha awal penjualan saham Boustead Plantations yang dibuat ini serta keputusan untuk memilih dan mempertimbangkan bidaan dari Kuala Kepong Berhad (KLK), yang walaupun kini telah dibatalkan, juga adalah sebahagian daripada strategi LTAT untuk membayar hutang ataupun menampung wang yang hilang akibat kecurangan yang berlaku di Boustead Naval Shipyard dalam projek LCS ini, walaupun ini legasi lama?
Justeru, walaupun terdapat tawaran daripada beberapa syarikat lain untuk memperoleh saham Boustead Plantations pada harga yang sedikit rendah, pihak LTAT lebih tertarik terhadap tawaran KLK dengan harapan keuntungan yang banyak akan mampu menampung hutang syarikat BNS walaupun tindakan ini akan mengurangkan pegangan ekuiti Bumiputera terhadap syarikat yang mempunyai potensi yang besar dalam bidang perladangan sawit.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Apakah terdapat perkaitan antara keputusan LTAT untuk menghentikan urusan penjualan saham Boustead Plantations pada KLK minggu lepas? Dan juga status terkini kerja-kerja pembinaan LCS oleh pihak BNS yang sepatutnya sudah bermula pada minggu hadapan. Saya faham situasi melibatkan Boustead Plantations adalah berpunca daripada prestasi syarikat yang rendah iaitu pada kadar 13 peratus berbanding prestasi pasaran semasa industri sawit pada kadar 23 peratus. Tambahan lagi, ladang sawit di bawah Boustead Plantations sudah berusia 20 tahun dan sudah tiba masanya program penanaman semula dilaksanakan.
Jelas di sini, masalah utama adalah bersifat atas kapasiti dan keupayaan, bukan berkaitan prospek perniagaan yang rendah. Mungkinkah pihak LTAT mahu mengelakkan keperluan supaya mereka perlu menabung modal bagi program penanaman semula berbanding berusaha untuk menguruskan Boustead Plantations ke arah yang lebih baik?
Strategi jalan mudah untuk menjual saham tidak memadamkan hakikat bahawa ladang sawit di bawah Boustead Plantations masih mempunyai prospek yang cerah dan menguntungkan sekiranya diuruskan dengan baik. Ya, Yang Berhormat Menteri pun mengakui. Ya, kita yang paling rendah berbanding dengan pasaran.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Saya tidak berniat ingin mencampuri urusan operasi harian pengurusan syarikat Boustead Plantations, tetapi soalan yang perlu ditanya untuk kepentingan pencarum tentera adalah, apakah tidak ada perancangan daripada pihak Boustead Plantations 20 tahun ke belakang ini bagi menjamin kitaran tuaian hasil sawit. Atau adakah tindakan penjualan saham syarikat Boustead Plantations kepada pihak KLK hanyalah satu jalan mudah untuk melepaskan beban tanpa perlu berusaha atau berfikir dengan lebih gigih lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Tambahan pula- ya, saya tahu. Saya hendak landing sudah ya. Tambahan pula, industri sawit di seluruh dunia amat menguntungkan berbanding tanaman kontan yang lain.
Akhir sekali lah. Akhir sekali, saya ingin bertanya juga. Saya ingin bertanya rasional sekiranya pihak LTAT bertindak mengurangkan pegangan ekuiti terhadap syarikat di mana industrinya tidak mengalami permasalahan pada masa sekarang seperti Boustead Plantations dalam bidang perladangan sawit, tetapi pihak LTAT pada masa yang sama, saya difahamkan ada membuat keputusan untuk melabur ke luar negara terhadap prospek perniagaan antarabangsa yang belum tentu menjanjikan pulangan baik. Kerana kita tahu banyak GLC-GLC tempatan yang melabur di luar negara mempunyai pengalaman yang buruk.
Jadi, kebimbangan saya seperti kata pepatah, ‘gajah di hadapan mata tidak nampak, kuman di seberang lautan boleh nampak’. Namun begitu, tolonglah berhati-hati di setiap pelaburan yang hendak dibuat di luar negara yang akan dilabur. Kita tidak mahu yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah. Saya jemput Yang Berhormat Taiping.
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
Terima kasih Puan Timbalan Speaker. Puan Timbalan Speaker, apabila kita berbincang berkenaan dengan kedudukan kewangan dan prestasi LTAT ini, memang kita tidak boleh lari daripada prestasi pelaburan dan pentadbiran akibat daripada pengurusan oleh Kumpulan Boustead. Dan kita sekian maklum, LTAT memegang lebih kurang 60 peratus saham dalam Boustead Holdings Berhad. Di mana Boustead Holdings Berhad merupakan pemilik bagi sektor-sektor, termasuk pelaburan.
Antara lain penanaman, FAMA, hartanah, industri dan sebagainya.
Pada tahun lepas, apabila PAC mengadakan prosiding berkenaan dengan perolehan kapal LCS, saya masih ingat dalam laporan itu ada dinyatakan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif LTAT, Dato’ Ahmad Nazim telah menyatakan bahawa sekiranya situasi hutang ini berlarutan, ia akan mendedahkan Kumpulan Boustead kepada satu cross default loan yang selanjutnya mendedahkan Boustead Group tergelincir ke dalam status PN17.
Jika ini berlaku, LTAT sendiri menjangka ada potential wiping out of about 2.1 billion of the pension money at LTAT. Dan sepanjang masa ini, Puan Timbalan Yang di-Pertua, LTAT bergantung kepada aktiviti pelaburan yang dilakukan secara komersial dan hasil
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
daripada pelaburan ini dipulangkan kepada pencarum. Namun demikian, cabaran di hadapan kita adalah apakah rancangan kita dalam memastikan LTAT dapat memastikan kawal dividen adalah kekal konsisten dan dapat memastikan kestabilan dana dan pulangan pelaburan yang mampan.
Kita telah dengar sebentar tadi berkenaan dengan keperluan LTAT supaya tidak lagi memegang aset tetapi balik kepada tumpuan untuk fokus ke dalam pelaburan, tetapi apabila kita dengar berkenaan dengan penamatan strategic collaboration agreement antara LTAT, Boustead dengan KLK, maka itu membawa satu persoalan selanjutnya. Apakah rasional ataupun apakah alasan berkenaan dengan penamatan tersebut? Kita sekian maklum bahawa sebelum pengumuman dibuat untuk collaboration agreement ini, sebelum ini Menteri ada menyatakan dalam Dewan yang mulia ini bahawa sebelum perjanjian dimeterai dengan KLK, telah pun dibuka kepada syarikat-syarikat yang lain, termasuklah FGV Berhad, termasuklah Sime Darby, dan sebagainya. Dan pada akhirnya, pihak LTAT dan Boustead bersetuju untuk memasuki SCA ini dengan KLK. Dan sekarang tiba-tiba ia telah pun dibatal dan pada masa yang sama, apabila kita kata LTAT tidak lagi hendak memegang aset tetapi di sini LTAT pula hendak mengambil alih BPlant ini. So, mungkin satu penjelasan yang lebih lanjut perlu diberikan oleh Yang Berhormat Menteri.
Dan di sini apabila kita berbincang dengan Kumpulan Boustead, Kumpulan Boustead sepanjang masa ini bukan tidak mempunyai peluang perniagaan. Kumpulan Boustead telah diberikan peluang perniagaan yang secukupnya. LTAT perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang seharusnya bertanggungjawab dalam membawa kepada pengurusan syarikat yang begitu bermasalah.
Saya bagi contoh dua. Nombor satu, semasa pandemik COVID-19, Pharmaniaga yang dimiliki oleh Kumpulan Boustead telah menjadi pengedar tunggal dalam vaksin Sinovac yang merupakan vaksin kedua paling banyak diguna pakai selepas vaksin Pfizer. Pada mulanya, apabila vaksin Sinovac dijual di dalam private vaccine market, harga yang dijual begitu tinggi. Rakyat pun amat tidak berpuas hati dan harga yang dijual itu adalah begitu tinggi berbanding dengan kos vaksin sebenar. Ada yang dijual dengan harga lebih daripada 350 Ringgit untuk dua dos, jauh lebih tinggi daripada harga kos yang diberitahu kepada kita ketika itu. Daripada rekod, lebih daripada 2.2 juta dos Sinovac telah dijual sebelum harga siling ditetapkan oleh kerajaan. Sudah tentunya Pharmaniaga memperoleh keuntungan yang tinggi dalam penjualan vaksin Sinovac pada ketika itu. Persoalannya adalah kenapa ia mencatatkan satu kerugian paling besar dalam sejarah pada tahun 2022 dengan satu kerugian bersih sebanyak RM607 juta?
Nombor dua, isu perolehan LCS. BNS diberikan kontrak yang paling besar dalam sejarah perolehan MINDEF bernilai 9 bilion. Kenapakah pada akhirnya, BNS terlibat dalam satu pentadbiran dan pengurusan yang begitu bermasalah, sampailah gagal untuk memenuhi tanggungjawabnya?
So, dengan itu, saya berharap bahawa pihak kerajaan dapat memberikan penjelasan lanjut kepada isu-isu yang berbangkit. Dan kita sama-sama berharap bahawa LTAT pada suatu hari nanti dapat memastikan satu pengurusan dan pentadbiran yang lebih baik untuk
Tuan Wong Kah Woh - Taiping
menjamin wang persaraan perajurit-perajurit kita adalah terjamin. Sekian daripada saya, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Saya jemput Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Saya sebenarnya rasa muak, sedih dan marah melihat apa yang berlaku. Ini bukan kali pertama dalam sejarah negara kita tabung-tabung dana seperti ini dinodai oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Dahulu kita tengok Tabung Haji, FELDA dan kini kita lihat LTAT juga menjadi mangsa yang sama. Seperti satu endemik yang tidak berkesudahan, hasil legasi kerajaan dahulu. Bukan salah Yang Berhormat Menteri lah. Bukan dia pada masa itu menjadi Menteri.
Cuma, saya hendak cakap terus teranglah. Let’s call a spade, a spade. This is a hefty bailout. RM2 bilion wang rakyat akan disalurkan kepada Boustead untuk servis semua aliran tunai yang bermasalah ini. Baik, bagi saya tiada masalah untuk kita membantu Boustead yang sudah nazak ini, tetapi apa yang saya ingin tekankan di dalam Dewan yang mulia ini ialah there must be a clear accountability. Perlu ada satu kebertanggungjawaban yang serius daripada pihak LTAT dan Boustead dan juga pemantauan daripada kerajaan, khususnya MOF berkenaan dengan bantuan ini.
Jadi, saya ada beberapa perkara saya hendak bangkitkan untuk perhatian Yang Berhormat Menteri. Bukan hendak salahkan Yang Berhormat Menteri lah ya. Serahkan kepada Rembau. Pertama, seperti mana yang diulang banyak kali oleh semua Ahli-ahli Parlimen yang berbahas tadi, apakah root cause, akar masalah kepada aliran tunai Boustead?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Apakah sebenarnya? Apakah masalah tata kelola, tabir urus yang membuatkan kita kerugian walaupun Boustead memiliki kontrak-kontrak daripada kerajaan seperti Pharmaniaga dan sebagainya?
Kedua, apakah butiran bailout ini terma dan syaratnya, pulangan kepada pembayar cukai macam mana? Apakah rasional bailout ini dibenarkan oleh kerajaan? Kami perlukan jawapan tersebut.
Ketiga, apakah tindakan yang bakal dikenakan kepada mereka yang benar-benar bertanggungjawab yang menimbulkan masalah tabir urus dan tata kelola ini? Kita tak nampak lagi mana heads must roll, siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini perlu dibawa ke muka pengadilan. Saya minta PAC panggil semua orang-orang yang terlibat dalam pengurusan Boustead dan LTAT jawab kepada rakyat berkenaan dengan masalah ini.
Keempat, kita difahamkan penyelesaian alternatif kepada Boustead ini ada pelbagai.
Yang pertama kita telah dengar tadi bailout-lah, straight forward pinjaman daripada kerajaan.
Kedua yang gagal iaitu hendak jual kepada KLK, tapi seperti mana yang Yang Berhormat Taiping bangkitkan tadi mungkinkah ada jalan-jalan lain, pihak-pihak lain yang berminat untuk
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
membantu menyelesaikan masalah ini seperti mana Titiwangsa cakap tadi PNB, FELDA dan sebagainya. Itu saya serahkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk bagi penerangan.
Kelima, apakah syarat-syarat bailout ini? Timeline berapa lama hendak kena bayar balik kepada kerajaan? Apakah kerajaan akan dapat ekuiti dalam pemberian pinjaman ini ataupun satu bentuk compensation itu juga perlu penerangan dalam Dewan Rakyat yang mulia ini? Seperti yang kita tahu, kerajaan akan bentangkan Rang Undang-undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal.
Jadi, bila mana beban terbaru ini diletakkan di bawah kerajaan yang mana tax payers rakyat perlu tanggung, apakah bentuk tanggungjawab governance yang akan MOF perkenalkan ataupun berikan kepada Boustead dan LTAT supaya setiap satu ringgit yang disalurkan menyelamatkan distress asset, dengan izin, Boustead ini BPlant khususnya benar- benar membawa pulangan dan keuntungan dividen kepada pencarum-pencarum veteran- veteran tentera kita. Ini perkara yang kami ingin tahu.
Dan saya harap seperti mana yang telah dikatakan tadi oleh beberapa Ahli Parlimen yang berbahas, jadikan ini satu deterrent kepada mana-mana ahli politik, mana-mana managers, pengurus-pengurus yang mengawal selia syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan, jangan ulang lagi tabir urus tata kelola yang merugikan rakyat dan masa depan negara. Sampai bila kita hendak bailout syarikat-syarikat yang berkepentingan kerajaan ini sedangkan mereka mempunyai advantage yang cukup banyak yang kerajaan berikan kontrak-kontrak dan sebagainya. Ini satu penyesalan dan kekesalan yang amat dahsyat yang merugikan pembangunan negara.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya pun kesian kepada Yang Berhormat Rembau bukan salah dia.
Bukan salah dia, tapi salah kerajaan pentadbiran kerajaan terdahulu yang memperjudikan masa depan perajurit-perajurit kita di dalam hal LTAT ini...
[Tepuk] Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Puan Timbalan Yang di- Pertua. Saya ingin membahas sedikit mengenai Lembaga Tabung LTAT lah. Sudah pasti penjelasan oleh kerajaan amat diperlukan dalam memastikan rakyat mengetahui apa yang berlaku di dalam LTAT. Seperti yang dilaporkan oleh media baru-baru ini, kerajaan telah mengeluarkan hampir RM300 juta untuk menampung kos dalam memastikan LTAT itu beroperasi. Akhirnya, memberi manfaat kepada pencarum iaitu pesara tentera.
Sebelum saya pergi ke hujah saya, saya ingin memperingatkan kepada semua bahawa isu LTAT ini sangat penting untuk diselesaikan dengan segera kerana ia melibatkan kebajikan pesara tentera yang telah berkorban masa dan nyawa dalam memastikan negara Malaysia ini terus terpelihara dan berdaulat. Di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera
(LTAT) terdapat sebuah syarikat bernama Boustead Holdings Sdn. Bhd. yang berfungsi
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
dalam menguruskan pelaburan bagi LTAT dengan LTAT mahukan hampir saham lebih 90 peratus.
Saya sentiasa menyokong sebarang usaha dalam memastikan lembaga LTAT terus utuh dalam memastikan kebajikan pesara tentera terus terpelihara. Disebabkan itu saya tidak mempunyai masalah apabila kerajaan sedang berusaha untuk mencari RM2 bilion bagi suntikan dana LTAT, tapi apa yang saya tidak setuju adalah penggunaan tidak cekap dalam pengurusan LTAT akhirnya akan menjejaskan kebajikan pencarum terutama pesara tentera.
Maka, saya ingin kerajaan mewujudkan satu badan bebas bagi membuat audit dalaman kepada LTAT dan juga menyegerakan laporan tahunan LTAT untuk dipaparkan kepada umum.
Kemudian saya ingin membangkitkan mengenai yang Kuala Lumpur Kepong Berhad yang ingin membeli 33 peratus Boustead Plantations Berhad. Jadi, walaupun usaha ini tidak berlaku, tapi yang dipersoalkan mengenai keterbukaan dan ketelusan bagaimana proses ini berlaku.
Isu LTAT merupakan isu yang perlu diberikan perhatian khusus oleh pihak kerajaan.
Walaupun kerajaan telah menyuntik dana sebanyak RM300 juta kepada LTAT sebelum ini tapi dia tidak mencukupi dan kerajaan juga berusaha untuk menyuntik lagi RM2 bilion kepada LTAT. Jadi, sampai bilakah LTAT untuk terus bergantung dengan bantuan kerajaan, tapi timbul persoalan juga apabila pengurusan terbaru LTAT telah menamatkan tugas Boustead Holdings yang selama ini telah menguruskan dua bangunan penuh milik LTAT iaitu Menara Surian dan Menara Chulan.
Pada pandangan saya, tiada sebab untuk pengurusan LTAT menamatkan perkhidmatan Boustead Holdings bagi pengurusan dua bangunan tersebut. Kerana tengok dari sudut LTAT memberi hak kepada syarikat yang lain bernama SBRA untuk menguruskan dua bangunan tersebut, tapi tiada hasil yang memberangsangkan yang memberikan keuntungan kepada LTAT. Bukan itu sahaja, LTAT juga telah menamatkan perkhidmatan bagi perbadanan Perwira Harta Malaysia yang telah menguruskan tiga bangunan milik LTAT iaitu bangunan LTAT, kompleks pengurusan LTAT dan gudang DKSH Sungai Jati, Klang.
Jadi, apakah langkah ini sebagai mengukuhkan tabir urus organisasi LTAT?
Saya mohon memberi penjelasan juga kepada menteri berdasarkan Yang Berhormat ada iaitu kos baik pulih bangunan LTAT sebanyak RM25 juta yang hanya melibatkan mekanikal dan teknikal, tetapi pihak pengurusan LTAT telah membuat keputusan untuk menukar tempat urusan kepada Menara Chulan yang memakan kos RM10 juta setahun. Apa yang perlu dipertikaikan, bangunan LTAT sekarang dibiarkan begitu sahaja. Akhirnya, tiada nilai tambah diberikan kepada LTAT mulai penukaran tempat urusan ini.
Bagi saya ini dia melibatkan proses yang amat lemah dalam membuat keputusan oleh pengurusan LTAT. Jadi, saya memohon penjelasan oleh pihak Menteri. Saya menyokong penerangan yang dikemukakan oleh pihak Menteri. Terima kasih.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Ada 30 saat. Boleh saya mencelah untuk masukkan ke dalam ucapan?
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Silakan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Boleh ya untuk masukkan ucapan sahaja. Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin tanya apakah sebab utama Kementerian Pertahanan pada minit-minit yang terakhir membatalkan penjualan kepada KLK- saya faham ini adalah prerogatif pihak LTAT, tetapi apa penyebab utama kerana apabila RFP ataupun tender terbuka itu telah dibuat dan kita juga mendengar penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri pada persidangan yang lepas yang saya rasa sangat baik penjelasannya.
Tetapi apabila U-turn itu berlaku, kalau kita lihat market cap daripada syarikat telah pun dikurangkan berjumlah RM350 juta tetapi yang lebih merisaukan adalah apabila pelabur- pelabur selepas ini khususnya domestic direct investment (DDI) pelaburan local akan terjejas kerana pada minit-minit yang terakhir boleh ada U-turn walhal telah pun diiklankan secara terbuka untuk syarikat-syarikat domestik untuk menyertai perkara ini. Terima kasih.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Saya tutup dengan ucapan Muar.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat, saya jemput Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* Yang Berhormat Rembau dan juga Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana saya juga berkesempatan untuk membahaskan isu Boustead Plantations ini.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Jadi kita pun simpati juga dekat Yang Berhormat Rembau, tanggunglah. Bukan zaman Yang Berhormat tak ada kena mengena. Cuma bila dia jadi Menteri zaman ni, bocor masa ni, tanggunglah.
Sebenarnya, saya nak sentuh yang menjadi masalah ni orang-orang politik. Dia ada rep, dia ada representatif daripada Kementerian Kewangan. Dia ada board director daripada orang-orang yang ada berkebolehan dalam Board Director LTAT dan juga Boustead. Yang menjadi masalah bukan Boustead Plantations, yang menjadi masalah adalah Boustead. Jadi di situ bila wahyu turun, kita tak boleh salah sangat the management ni, management of Boustead Plantations ni. Dia terpaksa ikut. Board Director juga orang yang terlibat sama kebanyakan orang politik yang ada kepentingan dilantik menjadi Chairman dan sebagainya.
Jadi bila wahyu turun, yang ini cukup popularlah. Bila saya sebut wahyu, kementerian-kementerian yang tahu benda-benda macam ni, dia fahamlah. Jadi, walaupun perolehan telah buat tempat yang keempat, kelima, satu, dua, tiga mengikut kaedah prosedur standard operating procedure perolehan tetapi bila wahyu turun, mereka terpaksa kena ikut.
Jadi, yang menjadi masalah sekarang ini adalah orang-orang politik yang merosakkan Boustead ini yang mana ditanggung oleh Boustead Plantations.
Dan kita tengok saja, tak menjadi pengajaran kepada Boustead dan juga pimpinan- pimpinan politik untuk masa depan bahawa kita ada masalah, kita ada kes Scorpene,
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Boustead dulu. Lepas itu LCS iaitu littoral combat ship ini juga, sampai projek sekarang ini sudah jadi RM12 bilion, RM11 bilion plus. Di situ tak kan tak ada keuntungan dalam ketika perolehan? Kenapa masih lagi Boustead ini menjadi masalah, terpaksa ditanggung oleh Boustead Plantations. Itu saya cadangkan split lah, LTAT beli semua saham-saham Boustead Plantations ini jadikan SPV, biarlah Boustead yang dirogol, dicerobohi oleh orang- orang politik, biar dia mampus.
Jadi, kita tengok puncanya bangkit pada 24 Ogos 2023 apabila Boustead Plantations melalui lembaga pengarahnya telah membuat keputusan untuk menjual saham kepada KLK.
Jadi yang terlibat dalam Boustead Plantations dan juga Boustead ini adalah mereka-mereka yang akan pencen, masih lagi perajurit tetapi bila mereka dah pencen, mereka akan dapat duit compensation dipanggil secara lump sum untuk mereka meneruskan hidup mereka selepas mereka berpencen daripada tentera dan mereka ini juga yang meneruskan, termasuk juga Kumpulan Wang Amanah Pencen tentera, yang ada dapat pencen. Jadi, inilah kita tengok yang mereka akan survive dengan Boustead Plantations ini.
Bila Boustead buat masalah, tiba-tiba saya nak bagi tahu Boustead Plantations kena tanggung apa yang berlaku, dia tak pernah rugi. Saya untuk makluman Yang Berhormat semua, Ahli-ahli Parlimen, jumlah pendapatan Boustead Plantations pada tahun 2021 mempunyai jumlah pendapatan kasar RM1.1 bilion, 2022, mempunyai keuntungan kasar RM1.2 bilion. Keuntungan sebelum cukai dan bayar zakat, bayar zakat juga walaupun curi.
Haram-haram juga, halal-halal juga pasal zakat di sini, bayar zakat Boustead.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Saya mohon supaya beri pencerahan tentang...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey, tak apa.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Curi tu apa dia?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ya lah, bila dah jadi ini maksudnya curilah ni. Ini sampai macam ni. Kita nak kata apa lagi?
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Tuan Yang di-Pertua, elok...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Baik, tak apa.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Elok diperbetulkan supaya persepsi public tak..
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Okey, keuntungan sebelum cukai dan zakat RM729 juta pada tahun 2022. Tahun 2021, keuntungan sebelum cukai RM345 juta.
Keuntungan tahunan, RM589 juta dan juga tahun 2021, RM242 juta. Jumlah aset pada ketika dua-dua tahun ini, pada 2022, RM44.2 bilion. Aset Boustead Plantations, tahun 2021 adalah RM4.1 bilion. Malah dia boleh bayar dividen RM324 juta pada tahun 2022 dan bayar dividen pada tahun 2021 sebanyak RM180 juta. Terdapat sejumlah tanah...
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Pendang...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...Milik BPlant, BPlant ni yang merupakan tanah yang dikategorikan sebagai high value iaitu tanah rizab Melayu saja 800 hektar. Tanah yang dimiliki sekatan kepentingan pihak berkuasa negeri, 7,800 hektar. Tanah Native Customary Rights di Sarawak, 14,000 ekar bukan kecil.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ya.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Minta, Tangga Batu. Baik, saya bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh Pendang dan juga sebenarnya kita pun kesianlah benda ni berlaku kepada Boustead Plantations dan LTAT, tapi kalau saya melihat data ni daripada apa yang disebut Pendang, Boustead ini dia mencatatkan keuntungan tapi yang menghairankan saya kenapa projek program replanting tidak dijalankan sedangkan Boustead ni sebenarnya dia ni telah berasimilasi KLK dari segi research OER dan mereka mempunyai progeny-progeny yang baik.
Sebab tu kalau kita lihat data average OER pada Boustead ni tinggi 20.6 percent sedangkan average national baru 19, kan? Jadi, saya rasa antara kesilapan besar keuntungan daripada Boustead ni tak di allocation untuk buat replanting, hingga hari ini kita lihat bererti bahawa Boustead mengalami pokok tua hampir 50 peratus.
Dan kalau Sarawak tu menjadi kita panggil tajuk perbahasan, saya tak setuju sebab Sarawak itu cuma ada 10,000 hektar sedangkan Boustead mempunyai kawasan yang sangat luas di Sabah dan saya rasa semua syarikat-syarikat yang beroperasi di Sabah mencatat keuntungan yang bagus kerana Sabah mempunyai tanah yang baik dan curah hujan yang sangat bagus. Jadi, kita tak tahu ke mana keuntungan Boustead dibawa, kalau...
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Masukkan dalam ucapan saya, saya ada dua lagi. Saya hendak bagi tahu...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Saya hendak gulung dah. Tanah di Kulim bersebelahan dengan Kulim Hi-Tech sangat bernilai tinggi. Tanah di Sungai Petani ke Kuala Ketil yang disebut nak buat KXP sangat bernilai tinggi dan tanah yang lagi tinggi berdekatan dengan Pengerang Integrated Petroleum Complex di Pengerang sangat bernilai tinggi.
Oleh sebab itu, Boustead Plantations sedang giat menjalankan gerak kerja penanaman semula walaupun tidak ada kemampuan, selalu di inject RM300 juta, ni nak pinjam lagi RM2 bilion. Jadi, saya harap setiap tahun sebagai pengajaran kepada kita, biar ada exit conference selepas audit, maknanya di situ dah setiap tahun laporan kewangan akan dibentangkan selepas audit buat.
Jadi, lembaga-lembaga pengarah yang berkebolehan, jangan lantik yang tak reti tengok financial report, pun tak reti Yang Berhormat korporat, Yang Berhormat Rembau. Yang Berhormat seorang korporat, jadi bila tengok financial report tu kita tahu dah dekat mana kita perlu perbaiki, di situ ada komen daripada audit termasuk bekas pegawai-pegawai audit yang ada, di situ kita akan ambil...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...Pengajaran kepada kita untuk kita buat penambahbaikan apa-apa wrongly doing, dengan izin, oleh pengurusan yang lepas. Saya ingat pengurusan okey tapi wahyulah, arahan wahyu. Jadi, oleh sebab itu nak menggulung dah ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sudah cukup masa.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...Dalam konteks ini, saya ingin membangkitkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...Laporan berita 23 Ogos. Tak apalah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Ini saya bincang ni bab harta negara, penting.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Boleh bahas semasa Belanjawan 2024.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tak apa. Saya pun hormat kamu punya ni, bagilah saya. Okey ni, ni Menteri, Timbalan Menteri, bekas, kamu juga terlibat dulu, zaman kamu jadi Timbalan Menteri Kewangan, sebelum pelupusan ekuiti...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Hai, terlibat apa? Terlibat apa?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pendang.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Pendang terlibat apa?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Selepas tawaran am...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya tak buat wrong doing.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...Kita harap dah di...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Jangan tuduh.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...Sebut tadi oleh Yang Berhormat Rembau bahawa...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pendang.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
...Tak akan dijual, dibatalkan apa perjanjian ini. Alhamdulillah saya ucap terima kasih dan untuk masa depan, kita ambilah lesson learn untuk jaga hak-hak bumiputera supaya tak jadi begini sebab kita yang merosakkan, tak ada orang lain. Wallahualam. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pertahanan untuk menjawab dalam masa 10 minit.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada rakan-rakan Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh kumpulan Boustead dan juga anak-anak syarikat. Berkenaan dengan objektif yang nak kita capai LTAT ini ialah kita nak unlock seperti mana yang dibagi tahu oleh daripada Titiwangsa sebagai dana
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
persaraan. Kita tak boleh meletakkan terlampau banyak dana kita dalam suatu sektor ataupun di satu tempat kerana kita nanti terperangkap jika ada apa-apa perkara yang berlaku.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Jadi itu sebabnya, salah satu daripada inti pati kepada penstrukturan semula MAMPAN25 yang kita lakukan ialah untuk kita memindahkan berhijrah daripada investment fund kepada retirement fund. Ini kita hendak strukturkan semula. Kita dah belajar dah bahawa bila terjadi sesuatu, maka badan induknya LTAT itu terperangkap.
Masalahnya di Boustead ya. Jadi, Boustead itu kita bawa ke menjadi sebagai private company adalah kerana untuk kita menghindarkan daripada terpaksa membuat apa yang dipanggil sebagai inpayment, Timbalan di-Pertua ya kerana harga pasaran dia, harga saham dia amat rendah dibandingkan dengan harga net asset value dia. Jadi, kalau kita tak membuat inpayment yang bernilai berbilion lebih daripada RM1 bilion untuk kita in pay dengan akaun kita kerana pihak audit atau audit luaran kita tidak mahu berkompromi untuk menandatangani kita punya akaun jika kita tidak buat inpayment .
Ini terpaksa kita berhentikan musical chair tersebut di Boustead Holdings. Jika tidak, LTAT akan terpalit, dan LTAT terpaksa pula account for inpayment yang ada dalam Boustead Holdings dan menyebabkan LTAT tidak akan mampu ataupun tidak boleh bayar dividen untuk lebih kurang 10 tahun. Dan dia akan menjadi juga apa dipanggil sebagai domino kepada pemegang-pemegang saham yang lain terutamanya rakan sekutu, syarikat sekutu iaitu Affin Bank kerana Affin Bank juga exposed kepada pinjaman yang banyak yang diberikan kepada Boustead. Itu satu dah selesai ya.
Sekarang ni, Boustead Plantations. Masalah ini berlaku, Timbalan Yang di-Pertua disebabkan oleh dasar yang dibuat dulu iaitu kitchen sinking yang dibuat pada ketika itu apabila provision secara besar-besaran dilakukan ke atas semua anak-anak syarikat di Boustead. Bila ini dilakukan, maka harga saham anak-anak syarikat yang disenaraikan di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur pada ketika itu jatuh merudum kerana dia terpaksa buat provision yang besar dan syarikat mengalami masalah.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Rembau, sikit saja saya terlupa nak tanya. Boustead ni ada tak sinking fund dia kalau anything happen dalam keadaan crucial? Sinking fund kalau saya tahu...
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Apa?
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sinking fund. Ada tak? Selalunya semua GLC kerajaan dia ada sinking fund termasuk PETRONAS apa semua.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Saya tak cakap pasal sinking fund.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Tak, tak, saya tanya ja. Ada tak sinking fund daripada masa dia mula ditubuhkan sampai sekarang?
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Kita tak ada sebagai apa syarikat sinking fund. Kita ada rizab ya. Kita cakap pasal rizab, kita cakap pasal cash flow. Kalau syarikat, we don’t have so called as sinking fund, ya..*.
[Disampuk] [Ketawa]* Tak apa, jadi tidak ada ya, sebenarnya tidak ada. Kita kalau ada rizablah ataupun apa yang kita panggil sebagai return earning ya, return earning. Kalau tak ada dia punya
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
return earning tu, maknanya rizab kita tak ada. Maka, dia sama ada dia akan negatif ataupun positiflah kita punya cash flow dan juga kita punya balance sheet akan sama ada merah ataupun- when comes to the red, nanti kalau kita dah jadi insolvent. Jadi, kita tak ada ya. Jadi, kita kena fahamlah ya.
Berkenaan dengan— setuju dengan Titiwangsa, kita tak boleh terperangkap di dalam satu keadaan situasi di mana pelaburan kita terlampau banyak diletakkan dalam satu tempat. Jadi, ini yang nak kita buat, Dato’ Yang di-Pertua. Kita hendak keluar daripada perangkap ini, ya. LTAT, yang nak diselamatkan ini LTAT dulu dan LTAT di dalam keadaan yang selesa sekarang. Dia punya rizab pun bagus tetapi kita ada reserve policy kita.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Kita tidak mahu melebihi daripada lima peratus daripada permodalan kita kerana kita tidak perlu rizab yang besar dan baru-baru ini membayar dividen kepada LTAT oleh Boustead. Boustead tidak menggunakan dia punya return earning tetapi menggunakan keuntungan daripada operasi. Jadi, ini satu permulaan yang baik, tetapi dia punya business model yang dilakukan oleh group ini, Puan Timbalan Yang di-Pertua ialah borrowing semua di peringkat Boustead Holdings.
Boustead Holdings akan meminjam daripada institusi kewangan dan dia akan buat subordinate loan ataupun shareholders loan kepada anak-anak syarikat dia. Boustead Holdings itu sendiri tidak ada business yang menjana pendapatan. Pendapatan dia itulah, anak-anak syarikat tetapi apabila anak syarikat mula bermasalah, Boustead akan menjadi masalah kerana LTAT mengharapkan Boustead membayar dividen untuk kepada LTAT, tapi bila Boustead dah masalah kerana anak syarikat bermasalah, jadi, ia menjadi sebagai satu domino lah. Jadi, ini...
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Betul. Saya setuju Yang Berhormat Menteri. Bila Boustead diambil private dulu, jadi kita mengharapkan anak-anak syarikat Boustead tu start bagi dividen, tapi macam Pharmaniaga, they used to make RM100 million, RM80 million, tak boleh bagi sebab kena buat provision, pasal vaksin. Pasal vaksin dia orang beli sampai 500, 600 juta, tak pakai. Sampai expired dan lepas tu kena buat inpayment. Bila kena buat inpayment, syarikat yang kita anggap lebih kurang macam Blue Chip, macam Pharmaniaga, end up jadi PN17. Jadi, dahlah Boustead dah sakit, anak syarikat yang profitable pun kau orang load semua vaksin-vaksin ni dulu, akhirnya kena buat inpayment, dah jadi PN17. Lepas satu-satu masalah, now coming pula yang ini, Boustead Plantations.
Mana ada orang buat plantation company, ada 98,000 hektar, ada pula 46 peratus pokok dah 25 tahun. Bermakna duit yang kita buat ni, kita back profit itu hari patutnya kena buat replanting gradually. Kalau dah 46 peratus total daripada 98,000 hektar nak buat replanting one go, that’s another billion dollars. Macam mana Menteri? Saya tahu Menteri tengah pening ni.
Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan
Tak ada pening, Tuan Yang di- Pertua. Saya buat kerja, saya nak- I’m very focus in what I’m doing, dengan izin, tetapi kita perlu unlock satu-satu. Kita tak boleh lihat sebagai keseluruhannya, satu-satu kita buat.
Pharmaniaga tak ada isu. Pharmaniaga satu syarikat yang untung tetapi disebabkan oleh one go inpayment terpaksa kita buat kerana kita telah berunding dengan auditor. Auditor tidak mahu tanda tangan jika kita tak buat 100 percent inpayment atau provision yang bernilai lebih kurang RM600 juta kerana— betul tadi Pendang kata kita buat perniagaan dulu masa kita beli vaksin pertama, Sinovac tu untung.
Tetapi, ini greed ya untuk beli kerana pada ketika itu kerajaan juga menyuruh atau minta kita membeli lebih lagi vaksin kerana adanya apa yang dipanggil sebagai booster.
Orang yang ambil Sinovac, akan ambil Sinovac sebagai booster tetapi ia tak menjadi.
Akhirnya rakyat Malaysia tak nak ambil booster, maka terperangkap lagilah vaksin yang begitu banyak dibeli atas asas permohonan daripada pihak-pihak tertentu daripada kerajaan.
Maka, vaksin pun dah expired dan kita tak boleh nak buat apa. Tak boleh nak pulang. Jadi, kita terpaksa buat privision on the account, Puan Timbalan Yang di-Pertua.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Menteri, saya ada satu lagilah untuk pengajaran masa depan. Minta apa ni Yang Berhormat Menteri kita beri perhatian khusus kalau kita tak nak lagi jadi perkara-perkara yang seperti yang telah terjadi di mana pembelian radar- saya ada maklumat. Kalau Menteri nak saya boleh bagilah lepas ni.
Pembelian radar kepada tellers ini pun kita minta supaya review balik dia punya perjanjian, letter offer apa semua, kita tak nak lagi dah apa gajah-gajah putih ini berlaku menyebabkan kesan keseluruhan kepada integriti kita yang rating rasuah kita semakin teruk sekarang ni. Ini memalukan kita.
Saya minta yang tu, saya minta sungguh-sungguh ni, yang syarikat tellers yang kita beri ni ada masalah di Perancis dan dia juga tak boleh masuk di negara India kerana di negara India kerana dia ada isu rasuah kepada maintenance MIG 2000 di negara India sekarang dalam siasatan. Jadi, saya minta kita review balik rekod-rekod syarikat yang kita beri berkenaan dengan pembekalan radar kepada tentera udara di Malaysia. Ini keselamatan negara. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Yang Berhormat Menteri, saya ada banyak soalan yang saya kemukakan tadi, tapi masa tak ada. Kalau boleh Yang Berhormat Menteri dapat menjawab secara bertulis, ya. Cuma sikit sahaja yang Titiwangsa ada bangkitkan isu replanting. Saya tahu kelapa sawit kita kebanyakan dah umur lebih 20 tahun. Apakah kita ada mempunyai masalah kewangan untuk buat penanaman semula? Itu saya nak tahu.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Soalan tambahan sedikit fasal replanting juga. Tadi Yang Berhormat Menteri kongsikan bahawa pihak Boustead dan LTAT akan lakukan pinjaman yang berjumlah RM2 bilion. Persoalan pertama susulan, adakah pinjaman itu akan disertakan sekali dengan government guarantee. Yang kedua, adakah replantation cost yang sebelum ini patutnya dibiayai oleh pihak KLK kini turut akan
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
diserapkan dan akan disertakan sekali dalam kos pinjaman RM2 bilion ini *or is it seperate?
RM2 billion plus RM600 million?* Terima kasih.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Berkenaan dengan – dah lupa dah penat berkata tadi. Telles itu akan kita lihat semula.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Soalan-soalan itu. Saya tahu tak sempat nak jawab. Mohon secara bertulis. Dan saya tanya tentang isu replanting itu.
Adakah kita mempunyai masalah kewangan menyebabkan kita terpaksa nak jual plantation?
Terpaksa dijual sebab kita tak ada duit untuk replanting atau penanaman semula
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Dia replanting ini memakan belanja yang amat besar Tuan Yang di-Pertua. Dia memang keadaan kewangan memang ketika itu adalah tidak baik dan tidak mencukupi untuk kita buat, tapi dia sebenarnya ialah isu berkenaan BPlant ini untuk kita supaya Boustead dapat memulangkan semula ataupun LTAT mendapat semula segala modal yang telah diletakkan dalam Boustead, RM3.3 bilion banyaknya jika kita buat tempoh hari. It was done. Dia dibuat oleh pihak independent. Dibuat oleh macam investment banker dan telah pun dibuatkan tender terbuka. Ada 15 semuanya yang telah dijemput untuk membuat tender.
Kita tak boleh tak kata pula mengapa kita bagi kepada penender nombor tiga, nombor empat. There is not a good corporate governance. Dalam kita nak menjual sesuatu, kita akan bagi kepada penender yang tertinggi. Itu sahaja. Jadi itu tak boleh kita nak salahkan sesiapa.
Ini dibuat dengan telus oleh pihak investment banker. RHB Bank dan juga MIDF Bank semua telah kita lantik untuk mereka mengendalikan pembidaan terbuka ini. Ia terbuka. Kita jemput semua. Bukan kita tak jemput Tuan Yang di-Pertua.
Kita jemput semua, tetapi pembida-pembida ada yang tak masuk, tak balik dan tak mahu participate. Ada yang tak mahu balik untuk membida. Ada pula yang membida terlampau rendah. Maka kita menerima ataupun bukan kita. Kita punya advisor memberikan kepada pembida yang tertinggi. Itu memang good corporate governance. Kita tak boleh persoalkan itu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Tangga Batu minta sedikit Yang Berhormat Menteri.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
...Tetapi Tuan Yang di-Pertua.
Sekejap. I given you after this.
Datuk Awang bin Hashim - Pendang
Sebab dia ada mandat bumiputera dalam BPlant ini. Aset bumiputera itu. Jadi kalau kata kita bida untuk siapa sahaja terbuka...
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Itu consideration lain. When we are in the corporate world, you jangan campur-campur adukkan politik dalam corporate.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
Lagi satu Menteri. Boleh saya menjawab. Dia bila public listed company ini, as long as kita masih memegang bumiputera ekuiti. Minimum selalu kalau mana-mana approval pun, dia akan pastikan mesti ada minimum 30 percent kadar loan, tapi yang saya tahu dalam Boustead Plantation ini, dia bukan boleh
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani - Titiwangsa
rizab. Dia some of the plantation itu, dia memang tidak ada boleh rizab. Dia open title. Some of them list, some of free hole. Yang saya tahu, kalau apa-apa transaction, dia mesti ada bumiputera punya participation. So Boustead itu, kalau dia pegang lebih daripada 30 persen, that is considered already bumiputera punya participation. Begitu juga syarikat-syarikat PNB ini. Ada juga some of the syarikat PNB ini, dia tak kontrol semua, tapi dia kontrol 30 persen. Dia merupakan Bumiputera punya participation. Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri.
Sila ringkaskan.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Saya ringkaskan Timbalan Yang di-Pertua. Tadi ada bertanyakan apakah pulangan daripada government punya bail out. Kita sebenarnya kerajaan tidak memberi cash kepada LTAT. Kerajaan cuma memberikan Letter of Comfort kepada LTAT ataupun untuk kita membuat kita punya GO, menurunkan GO tersebut kerana Certicus Commission akan mahu minta what is your fund punya keadaan.
Jadi kita ada Letter of Comfort. Itu sudah memadai untuk kita meneruskan GO kita terhadap minority shareholders dan Government Guarantee untuk LTAT pergi memohon pinjaman daripada bank-bank komersial untuk segera sebab kita memerlukan banyak dalam masa terdekat Timbalan Tuan Yang di-Pertua.
Jadi kalau nak buat secara biasa pun, kita terpaksa buat macam-macam. Dia punya interest rate antara pinjaman yang berasaskan kepada Government Guarantee ini, dia rendah. Jadi, dia tidak membebankan LTAT dan kita masa lima tahun. Kita terpaksa akan memulangkan ataupun bank guarantee itu cuma berusia lima tahun sahaja. Jadi lepas itu nanti tak ada lagi.
Hutang ini, LTAT yang meminjam. Bukan kerajaan bagi cash baill out kepada LTAT.
It’s not a bail out Tuan Yang di-Pertua. Bail out cuma kepada syarikat yang telah muflis.
Boustead ataupun LTAT belum muflis lagi. We are still there. Kita kuat lagi, tapi kita nak buat penstrukturan semula kerana kita buat tempoh hari disebabkan- betullah. The management has done their part, tetapi saya juga cakap dalam ini selepas Pendang tanya saya, Machang tanya saya. I have not come to the Minister punya level yet. Not to be so unduly worried pada ketika itu kan. So we have done because of national interest of this kind of thing, dengan izinlah ya. So now kita terpaksa meneruskan kerana kita katakan tadi untuk kita pastikan the principle of orang kata to protect kita punya interest minority shareholders.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Kalau tidak nanti LTAT terdedah pula ataupun Boustead terdedah pula dengan saman-saman litigation dengan minority shareholders because minority shareholders there has an offer Dollar 1.55 cent. Why you stop it? So, this kind of thing kita perlu ambil kira supaya tidak mendedahkan waima Boustead ataupun LTAT. Kita nak buat.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Selepas ini, akan ada fasa penstrukturan. Macam mana kita nak perbetulkan semula balance sheet itu. We have a very
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
good balance sheet but we have a cash flow problem. Cash flow ini Tuan Yang di-Pertua is macam darah dalam badan kita. You can be very healthy. Pendang hari ini tegap tapi esok pagi kena leukemia, dia mati, mintak jauh Because darah itu. Darah penting di dalam badan kita....
[Bercakap dalam Bahasa Arab] Tiada masalah.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Menteri, menteri, menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Jadi ini bukan bail out ya.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Rembau.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
This is not pure bail out . Bail out is only given ataupun dibuat ke atas syarikat yang telah muflis. Kita belum muflis lagi. Kita banyak harta. RM4 billion bab kata semua. We are very strong, tapi kita nak menstruktur semula supaya melepaskan LTAT yang terperangkap dalam keadaan dana persaraan tetapi bertindak seolah-olah dana investment. Kita tak mahu sebab kita nak supaya kita punya solvency ratio kita mesti berada atas 100 peratus. Dan kita punya liquid asset mesti lebih daripada 60 peratus. Itu kita punya aim sekarang, tapi...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
...Sekarang kita punya liquid asset rendah bawah daripada 20 peratus. If anything happens, kita in trouble. Kita tak boleh nak orang kata nak tunai tak ada. Sebab kita tak in liquid. You have very in liquid. Jadi Datuk Tuan Yang di-Pertua, yang lain-lain nanti saya jawab dalam....
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Menteri, menteri. Sedikit Menteri. Boleh sikit?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat. Masa sudah tamat.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Menteri bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya guna Peraturan 37(2).
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tak, Menteri bagi
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
...Supaya tidak minta penjelasan, tapi...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Menteri bagi, Menteri bagi, tapi...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
...Saya tak bagi. Sorry.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
...Saya nak tanya fasal...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya tidak bagi.
Peraturan Mesyuarat 37(2). Boleh.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Tajuk Ministrial Statement ini adalah “Reformasi Penjara dan Pusat Tahanan”.
Penjara pertama di negara kita ialah pada tahun 1790 dibina di Pulau Pinang.
Namanya Fort Cornwallis- bermaksud penjara di negara kita sudah pun mencecah umur 233 tahun.
Yang di-Pertua, penduduk negara kita ada 33.4 juta. Hari ini bagi setiap 100,000 penduduk, 233 orang masuk penjara. 233 ini bagi setiap 100,000 itu dipanggil incarceration rate ataupun kadar pemenjaraan. Kalau mengikut World Prison Brief, sepatutnya hanya pada kadar 145 bagi setiap 100,000.
Datuk Yang di-Pertua, setiap bulan ada penghuni baru masuk penjara, seramai 10,000 setiap bulan. Yang keluar pula ialah 15,000. Jadi dengan latar belakang ini, bermaksud penjara kena melalui beberapa proses reformasi. Reformasi penjara ini ialah apa- apa usaha, apa-apa ikhtiar yang berterusan untuk memaju dan merubah keadaan dalam penjara. Misalnya sesak kepada tidak sesak.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Juga, elemen kecekapan sistem perundangan. Penjara, dari segi regulation-nya di bawah Akta Penjara 1995. Ada peraturan penjara tapi ada juga undang-undang yang tidak secara langsung tapi terkait. Misalnya, Akta Penagih Dadah. Okey, yang ini membawa kepada pesalahnya itu masuk penjara, misalnya. Jadi, elemen kecekapan sistem perundangan juga adalah sebahagian daripada definisi reformasi penjara.
Elemen lain adalah ada atau tidak alternatif kepada pemenjaraan. Penjara adalah satu bentuk dalam sistem jenayah di negara kitalah- keadilan. Jadi, ada yang berakhir di penjara tapi kalau kita cakap tentang reformasi penjara, yang nak ditengok adalah ada atau tidak alternatif kepada pemenjaraan dan yang paling penting ialah reformasi penjara harus fokus kepada membantu penghuninya. Setelah tamat tempoh, mereka boleh kembali kepada masyarakat.
Bermaksud, dalam faham pengurusan penjara moden, kita bukan hanya bercakap soal menghukum, tetapi juga memulihkan. Bukan sahaja fokus kepada pelaku, tetapi juga keluarga, mangsa, keluarga mangsa dan masyarakat.
Yang di-Pertua, reformasi-reformasi penjara yang sedang berjalan dan sedang kita usahakan mempunyai lima teras:
(i) aspek kawalan dan keselamatan;
(ii) rawatan dan layanan;
(iii) pemulihan;
(iv) reintegrasi; dan
(v) probation and community correction.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Probation maknanya percubaan. Community correction maknanya pemulihan dalam komuniti. Baik. Ucapan saya ini, bila bercakap tentang tajuk reformasi penjara akan berlegar di atas lima teras ini, tapi sebelum teras ini dapat kita laksanakan dengan baik, di sana ada empat pemangkin. Adanya pemangkin ini akan membolehkan hasrat reformasi penjara itu dilaksanakan.
Pertama, ialah dari segi pemerkasaan sumber manusia. Yang kedua, facilities dan kemudahan mesti ditambah baik. Di negara kita, ada 41 penjara. Sedang kita mengadakan persidangan ini, di sana ada 75,000 penghuni. 41 penjara pula, 13 daripadanya kategori penjara usang. Seremban, Pulau Pinang, Pengkalan Chepa, Taiping, Alor Setar, Miri. Itu antara kategori penjara usang.
Kalau penjaranya sudah usang, tentu keadaannya tak kondusif untuk penghuni.
Stres kepada Warden dan dia akan membawa kepada masalah lain. Elemen yang ketiga dalam pemangkin ini adalah semakan dan penambahbaikan undang-undang. Yang namanya undang-undang, sifatnya dinamik, dia bukan statik. Sesuai dengan perjalanan masa di mana perlu Parlimen ini kita jadikan tempat untuk menggubal atau pun meminda undang-undang.
Dan yang keempat, mesti berlaku kolaborasi pintar melalui kerjasama strategik.
Teras pertama, aspek kawalan dan keselamatan. Jabatan Penjara Malaysia, Yang di-Pertua, sekarang kita ada sistem yang kita sebut seperti penjara satelit dan pusat transit penerimaan. Apa itu? Bagi pesalah baharu yang masuk, sebelum dia jadi penghuni, penjara satelit dan juga pusat transit penerimaan ini menjadi admission prison, di mana saringan dibuat. Misalnya, profilnya itu dibuat. Nak tengok, bila dia jadi penghuni penjara, dari segi risiko, boleh tak dia menjadi risiko yang membahayakan, mengancam.
Jadi, kita bagi profiling minimum, medium atau maksimum. Kita buat di mana?
Seawal admission prison ini. Ada tak dia menghadapi atau mengidap beberapa penyakit berjangkit? Baik. Di sana juga, kita ada pusat reintegrasi penghuni. Apa dia pusat reintegrasi?
Pusat reintegrasi ini adalah sebelum seorang penghuni itu keluar, maka dia ditempatkan di sini untuk penyesuaian supaya dia bila dia kembali ke tengah masyarakat, dia tidak rasa kekok dan masyarakat juga mudah menerima.
Inisiatif penjara satelit, pusat transit penerimaan, pusat reintegrasi penghuni, dia mampu sebenarnya mengurangkan lebihan kapasiti, daripada 30 peratus kepada kurang daripada 10 peratus. Masih dalam aspek kawalan dan keselamatan ialah kita berjaya mengadakan penjara baharu.
Yang paling akhir, saya berada di Lahad Datu pada 1 Oktober baru-baru ini.
Tujuannya, nak menerima serahan kerana penjara Lahad Datu, Sabah yang boleh menampung 1,500 orang adalah penjara terbaru yang ada di negara kita. Sementara, kita juga telah mendapat kelulusan sebesar RM300 juta bagi tujuan menggantikan penjara usang iaitu Penjara Pusat Sibu dan Miri. Baik.
Yang di-Pertua, elemen kawalan keselamatan juga, yang nak saya kongsikan dengan Ahli Yang Berhormat ialah sistem keselamatan elektronik bersepadu yang sekarang
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
sedang dijalankan di semua facilities penjara di negara kita. Sistem keselamatan elektronik bersepadu ini ada lima elemen.
(i) guard tour system. Sistem di mana warden meronda;
(ii) video motion detector. Dia mengesan sebarang pergerakan.
(iii) fence intruder detection centre. Kalau ada pencerobohan, intruder ke atas facilities penjara, sistem ini boleh kesan;
(iv) CCTV; dan
(v) bilik kawalan.
Reformasi bermaksud, kita mesti bergerak seiring dengan zaman. Kerana itu, inovasi baharu yang sekarang tempoh percubaan dengan cyber security ialah jabatan penjara ke arah konsep smart prison dan penggunaan artificial intelligence. Misalnya, identifikasi penghuni penjara tidak lagi melalui observation warden tetapi melalui face recognition.
Ini contoh penggunaan artificial intelligence. Itu membolehkan penghuni tahu dan sedar, mereka sentiasa dipantau dan diawasi. Tingkah laku mereka, corak tingkah laku mereka, behaviourial pattern mereka juga diawasi. Jadi, apakah sudah berjalan? Belum.
Sekarang baru tempoh percubaan tetapi kita bergerak ke arah itu. Baik. Satu lagi ialah kita bercadang penggunaan peranti pemantauan elektronik (EMD). Ini sebagai satu kaedah tambahan. Saya akan sebut dalam isi yang lain menyentuh tajuk ini.
Teras yang kedua dalam reformasi penjara, Yang di-Pertua, ialah rawatan dan layanan. Jabatan penjara ini, dalam menjalankan tugas hakiki mereka, mereka mesti patuh dan dipandu oleh satu standard atau benchmark sistem antarabangsa. Itu dipanggil The Mandela Rules, atau dalam istilah lain disebut, United Nations Standard Minimum Rules for the Treatment of Prisoners. Warden di negara kita ini, Yang di-Pertua, 100 peratus menjalani latihan berasaskan kepada Mandela Rules ini.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Maksudnya dalam dia menjalankan tugas, dia tahu what are the do’s and the don’t, apa yang boleh, apa yang tak boleh, apa yang wajar, apa yang tidak wajar dalam dia meneladani penghuni. Baik. Kita juga menjalin kerjasama baik dengan United Nations Office on Drugs and Crime, singkatan UNODC dan International Committee of the Red Cross
(ICRC). Baik.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Dalam Reformasi Teras 2 – Rawatan dan Layanan, saya juga suka berkongsi bahawa Jabatan Penjara mempunyai seramai 212 pegawai-pegawai kader dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Mereka mengisi Pegawai Perubatan 48 orang, Pegawai Pergigian - lapan orang, Penolong Pegawai Perubatan - 112 orang, Penolong Pegawai Farmasi - 43 orang dan Jururawat. Kerja mereka adalah bertugas sepenuh masa di kesemua penjara di negara kita bagi memastikan penghuni penjara mendapat perkhidmatan rawatan kesihatan sewajarnya.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tuan Yang di-Pertua, teras yang ketiga adalah pemulihan. Sepanjang tempoh mereka berada dalam tahanan, penghuni ini melalui pelbagai proses pemulihan dari segi fizikal mereka melalui pelbagai latihan kemahiran. Kita ada latihan kemahiran di 34 pusat vokasional industri dalam enam sektor, makanan, perkhidmatan, pembuatan, fabrik, pertanian, perladangan dan penternakan.
Jadi, latihan kemahiran ini, latihan bersijil, ada Sijil Kemahiran Malaysia misalnya, yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Jadi sementara mereka dalam penjara, mereka melalui kursus kemahiran, mereka dapat sijil kecekapan kemahiran dan pada masa yang sama, kemahiran itu boleh mereka manfaatkan apabila mereka menjadi orang yang bebas di luar nanti. Mereka juga boleh ambil peperiksaan.
Datuk Yang di-Pertua, tahun lepas semua calon SPM yang berada di dalam penjara ini, kelulusannya 100 peratus. Semua yang ambil peperiksaan, semua lulus. Calonnya seramai 128 orang. Dia ada dalam penjara, dia ambil SPM. Semua lulus...
[Tepuk] Fungsi Jabatan Penjara permudahkan. Dia nak cikgu, dia nak tutor, semua itu, pembimbing, disediakan.
Ada tiga orang yang sekarang pelajar Diploma dan ada dua orang sekarang mengambil sijil- Ijazah Sarjana Muda dan ada tiga orang yang ambil PhD. Seorang sudah tamat. Dua masih dalam penjara, dan sedang buat PhD. Jabatan Penjara kerja kita adalah memudah cara mereka. Belajar, Sijil Kemahiran. Selain daripada itu, kuliah-kuliah keagamaan itu berjalan mengikut modul pemulihan.
Datuk Yang di-Pertua, saya juga nak sebut bahawa kita juga ada program kerjasama industri dan agensi yang kita panggil Programme Corporate Smart Training yang dilaksanakan dalam tempoh jangka pendek dengan peluang jaminan pekerjaan kepada penghuni ini bila mereka keluar nanti. Baik.
Satu lagi isi ucapan yang penting yang saya nak sebut adalah sehingga 6 Oktober tahun 2023, kita telah memeterai dua triti perpindahan antarabangsa banduan kita panggil International Transfer of Prisoners, singkatannya ITOP. Satu dengan Ukraine, dan pada 12 April- pada 3 Ogos yang lepas, dengan Brunei. Sekarang kita sedang berbincang dengan Republik Islam Iran. Maksudnya, negara yang memasuki perjanjian ini kalau ada banduan kita di Brunei dan kalau ada banduan Brunei di Malaysia, kita boleh invoke perjanjian ini untuk tukar. Jadi, kembalinya mereka ke negara sendiri suasananya lebih kondusif untuk mereka dipulihkan.
Tan Sri Yang di-Pertua, bagi memastikan perundangan semasa terus relevan, terus relevan, kerajaan bersetuju bahawa dasar pengalihan penyalahgunaan dadah daripada hukuman penjara ke program rawatan dan pemulihan dadah perlu dilaksanakan. Insya-Allah, dalam sesi kali ini, mungkin di hujung sesi, kita bercadang nak mengemukakan pindaan terhadap undang-undang atau Akta Penyalahgunaan Dadah khususnya seksyen 15(1).
Ini bagi membolehkan individu yang menyalah guna dadah memasukkan dadah dalam badan. Kalau ikut laluan biasa, polis tangkap buka Kertas Siasatan, ada bukti, bawa ke mahkamah, hakim jatuh hukuman, masuk penjara. Kalau pindaan ini mendapat sokongan Ahli Yang Berhormat dalam sidang kali ini, pada Sesi Belanjawan ini, insya-Allah, kita pinda
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
bagi membolehkan pesalah jenis ini setelah disahkan oleh Pegawai Perubatan, kita akan terus bawa mereka ke pusat pemulihan. Baik.
Teras yang keempat adalah reintegrasi. Maksudnya, Jabatan Penjara setelah mereka ini, semasa mereka menjadi penghuni, kaedah yang kita guna pakai sekarang adalah kita invoke seksyen 23, Akta Penjara. Daripada situ Tan Sri Yang di-Pertua, kita boleh bawa penghuni penjara ini di luar melalui parol, melalui Perintah Kehadiran Wajib dan melalui Perintah Pembebasan Berlesen. Parol sejak kita buat tahun 2008, seramai 40,000 pesalah atau penghuni telah diberi pelepasan secara perintah parol.
Perintah Kehadiran Wajib pula sejak dilaksanakan tahun 2010, dia ada Akta Kehadiran Wajib Pesalah 1954, mahkamah boleh keluarkan perintah iaitu Perintah Kehadiran Wajib ini dan setakat dilaksanakan 2010 sehingga sekarang, 6,000 penghuni penjara telah keluar melalui kaedah ini. Yang terbaru adalah Perintah Pembebasan Berlesen. Sejak dilaksanakan tahun 2020, kita invoke Peraturan Penjara tahun 2000, Peraturan 11 dan seramai 83- 23,000 orang bebas secara berlesen melalui kaedah ini.
Yang menariknya Tan Sri Yang di-Pertua ialah baik parol atau PKW, Perintah Kehadiran Wajib atau PBSL, Orang Bebas Berlesen ini bagi setiap 800 yang dikeluarkan yang mengulangi kesalahan dan masuk penjara hanya satu orang. For every 8,000, only one you go back to prison...
Tuan Yang di-Pertua
800, 800...
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
For every 800. Bagi setiap 800, kaedah ini ya. Parol, Perintah Kehadiran Wajib, bebas berlesen, 800, satu saja mengulangi. Ini dipanggil, recidivist, recidivism. Kat mana kedudukan kita? Kadar recidivism kita ini adalah antara yang sangat baik. Tadi ya saya sebut, kalau kaedah parol, pembebasan berlesen dan kehadiran wajib, 800, satu saja masuk, tapi kalau pembebasan cara biasa itu kadarnya adalah sehingga 14 peratus. Agak tinggi. Yang tadi cuma 0.24 peratus.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi, itu menjadikan kita yakin, sangat yakin bahawa kalau reformasi penjara hendak kita buat, Jawatankuasa Parol mesti kita banyakkan. Kita boleh invoke lagi seksyen 43 Akta Penjara bagi membolehkan pelbagai inisiatif ini dibuat.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga menyebut tadi dari segi kadar pengulangan masuk balik penjara, istilahnya, residivis. Di Singapura, setelah satu penghuni penjara keluar tempoh dua tahun, 27 peratus adalah kadar residivis. Di Kanada, kadar residivis-nya adalah 35 peratus. Di Finland, kadarnya 36 peratus. Di Indonesia, dia ukur tiga tahun— 18 peratus. Kita pula, kadar recidivism kita kalau kita kata tiga tahun selepas penghuni itu keluar, kita adalah 18 peratus. Tetapi, kalau kita ambil dua tahun kadarnya cuma 10 peratus. Itu memberi isyarat data-data ini memberi isyarat bahawa ada impak yang kuat dan berkesan dari segi modul pemulihan penjara yang berlangsung di negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya berganjak. Saya ada berapa minit lagi? Tiada timing?
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Okey. Baik. Tuan Yang di-Pertua, bila saya kata bahawa penghuni ini sementara mereka itu technically masih lagi menjalani
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
hukuman masih dianggap di penjara dua tahun atau tiga tahun tetapi melalui kaedah yang saya sebut tadi Jabatan Penjara membuat kolaborasi dengan 325 buah syarikat. Syarikat ini mereka mengambil penghuni penjara dalam kategori ini setelah jawatankuasa panel mengesahkan mereka boleh diberi parol, mereka boleh diberi perintah kehadiran wajib dan sebagainya. Saya bagi contoh, Program Corporate Smart Internship ini. Syarikat Lypometal dia ambil 400 orang. Syarikat VTech dia ambil 300 orang. MRCB ambil 205 orang. LY Furniture ambil 200 orang. Panasonic ambil 100 dan mereka ini dapat gaji melebihi gaji minimum.
Mereka ada pendapatan, kadang-kadang mereka boleh kirim duit balik ke kampung.
Jadi, bagi memastikan pemantauan program dalam komiti ini berjaya kita buat kerjasama juga dengan RELA. Jadi, kesemuanya adalah gabungan yang membolehkan hak kita menjalankan secara berkesan.
Teras yang terakhir adalah probation and community correction. Saya sebut tadi kalau ikut World Prison Brief kadar pemenjaraan dunia adalah 145 bagi 100,000. Di negara kita, 233,000. Maknanya lebih tinggi. Kerana itu alternatif yang saya sebut tadi parol, bebas berlesen, perintah kehadiran wajib dan sekarang kita sedang meneliti dengan serius ke arah pelaksanaan home detention atau tahanan rumah dan suspended sentence with intervention.
Ini dua inisiatif baharu dalam kerangka reformasi.
Kenapa home detention itu penting? Tuan Yang di-Pertua bayangkan satu sinar, satu keadaan. Seorang wanita ketika ditangkap atau di jatuh hukum atas apa pun kesalahan adalah seorang wanita yang sedang hamil. Kerana hukumannya itu dia mesti di tempat di penjara. Kalau kita boleh adakan tahanan rumah, physically ibu hamil ini patut berada di luar menjaga kandungannya, tetapi, kita pakaikan EMD. Itu satu senario. Pilihan lain kalau kita tidak teroka inisiatif home detention, ibu hamil itu akan menjadi penghuni Sungai Buloh atau Kajang atau Seremban atau Pulau Pinang dan sebagainya.
Satu lagi adalah suspended sentence with intervention, dengan izin. Penangguhan hukuman dengan intervensi oleh pegawai penjara. Kalaulah tahan rumah ini boleh kita laksanakan, daripada 75,000 penghuni penjara lebih kurang 16,000 layak dipertimbangkan oleh panel ini, sekarang. Baik, ada sedikit tafsiran yang sekarang kami sedang harmonikan dari segi tafsiran undang-undang dengan Jabatan Peguam Negara. EMD boleh atau tidak kita tafsirkan sebagai alat belenggu atau alat belenggu mesti gari sahaja. Jadi, ada dua pandangan sekarang ini. Satu pandangan mengatakan alat belenggu by definition adalah gari. EMD pemakaian gadget ini itu bukan sebahagian daripada alat belenggu. Untuk itu, kalau hendak dilaksanakan home detention pinda dahulu.
Satu tafsiran lagi, alat belenggu boleh sahaja diberi maksud dan mencakupi gadget EMD ini. Kalau itu boleh kita buat, sekarang pun kita boleh laksanakan home detention ini, 16,000 layak. Bayangkan kalau 16,000 boleh kita keluarkan melalui kaedah ini, bukan keluar sahaja begitu Tan Sri. Dia ada tapisan panel dia pula. Dia ada penilaian dia. Keadaan rumah dia, layak atau tidak. Kalau dia satu flat keluarga, flat dua bilik anak ramai itu tidak kondusif.
Ada beberapa assessment lain yang kita kena buat. Tetapi, kita yakin ke arah idea reformasi kita rasa kaedah ini kaedah yang doable dan munasabah.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita buat pindaan perundangan melalui Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori dan Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat. Kita buat dan sekarang sudah pun berjalan. Sehingga 6 Oktober, rekod Jabatan Penjara menunjukkan 1,268 orang banduan yang telah dijatuhkan hukuman mati mandatori, sedang tunggu. Tetapi bila kita pinda akta ini, sabitan tidak berubah. Hakim dah jatuh hukum bersalah, itu tidak berubah. Hukuman boleh berubah.
Kalau dahulu mati kepada penjara seumur hidup. Untuk itu, 1,268 ada peluang kedua dengan adanya pindaan ini, akta ini dan mereka dibenarkan mengambil peguam. 1,268 ini setakat ini, setakat 6 Oktober seramai 906 orang banduan telah pun memulakan proses semakan. Mereka dah ambil inisiatif.
Baik, 116 orang lagi sedang menjalani hukuman pemenjaraan sepanjang hayat dan daripada jumlah tersebut 114 orang terlibat dengan semakan semula. Hukuman pemenjaraan sepanjang hayat. Dalam pindaan akta ini, sepanjang hayat kali ini ada iaitu 30 tahun minimum. Dahulu tak ada tahu. Katakanlah banduan akhir ini dia dah ada di situ selama 21 tahun dan kerana adanya pindaan ini, dia mohon semakan 21 tahun itu dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hayat makna minimum 30 tahun, dia dah served dua per tiga, dia dah boleh bebas.
Baik, kita sekarang dalam proses dan mekanisme mengendalikan prosiding mahkamah. Lebih daripada 1,268 itu ada sebahagiannya warga asing. Saya sendiri telah memberi taklimat kepada semua wakil kedutaan asing bahawa warganegara mereka masuk kategori ini. Mereka boleh buat semakan untuk membolehkan peluang kedua diberikan.
Baik, saya ada dua sahaja lagi poin yang sebelum saya mendarat. Yang pertama ialah baru-baru ini kita telah laksanakan projek rintis bagi inisiatif memindahkan tahanan kanak-kanak dari depot imigresen atas dasar kemanusiaan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Depot imigresen kalau kita pergi melawat, keadaannya tak sesuai untuk tahanan kanak-kanak. Isunya ialah bagaimana kanak-kanak berada dalam depot? Apabila penguatkuasaan dibuat ke atas mereka yang datang secara tidak sah tanpa dokumen dan segala macam, mereka akan ditempatkan dahulu di depot imigresen. Itu tempohnya sementara. Sehingga bila? Sehingga negara asal mereka melalui kedutaan di negara ini menyediakan travel document (TD). Kemudian kita akan hantar balik.
Sementara menunggu itu, kalau ada di kalangan mereka ini kanak-kanak, dan memang ada. Hari ini kita ada 19 depot tahanan dan kita ada lebih kurang 12,000 orang yang ditahan. Lebih kurang 1,400 adalah kanak-kanak. Kanak-kanak ini sebahagiannya kita keluarkan.
Saya baru sahaja meluncurkan Baitul Mahabbah di Nilai beberapa minggu lepas. Di situ kita tempatkan 56 orang yang terdiri daripada 18 penjaga – ada kanak-kanak dengan penjaga, ada 38 orang kanak-kanak termasuk baby yang baru berumur beberapa hari. Jadi tempat baharu ini lebih kondusif, lebih manusiawi istilahnya. Dijaga oleh pegawai Jabatan Imigresen, dikawal 24 jam oleh pasukan RELA.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Oleh kerana ini inisiatif permulaan, saya berharap apabila perbahasan di peringkat jawatankuasa, Ahli-ahli Yang Berhormat, apabila sampai kepada perbelanjaan di bawah Kementerian Dalam Negeri, kami ada memohon kepada Menteri Kewangan sejumlah dana supaya inisiatif ini dapat kami kembangkan lagi, tiga lagi. Sasaran kami ada satu lagi di Semenanjung, masing-masing satu di Sabah dan Sarawak, menjadikan tiga. Jadi, kami berharap daripada 1,400 kanak-kanak dalam depot itu dapat kami keluarkan.
Tan Sri Yang di-Pertua, inisiatif lain termasuklah inisiatif melihat kembali peraturan lokap. Antara yang terbesar ialah sebelum seorang itu dimasukkan ke dalam lokap, hari ini kita ada peruntukan dan kita oursource termasuk kepada pengamal perubatan swasta supaya seorang individu sebelum dimasukkan di dalam lokap, dia mestilah menjalani rawatan kesihatan bagi mengelakkan sebarang kejadian seumpama kematian di dalam lokap.
Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih atas kesabaran untuk mendengar pembentangan saya. Saya akhiri dengan Kementerian Dalam Negeri sentiasa terbuka dan kuat tekad kami untuk berusaha menambah baik dasar, perundangan, peraturan serta usaha bagi menguatkan lagi aspek keselamatan dan ketenteraman awam yang terkait dengan isu hak asasi manusia dalam tajuk Reformasi Penjara dan Pusat Tahanan. Aqulu qauli haza wa astaghfirullahal Azim li walakum. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Menteri.
[Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri ini terbuka untuk Ahli-ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan.
Saya menerima enam permintaan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat seperti berikut – Damansara, Langkawi, Kuala Pilah, Jerai, Ledang dan Kuala Krau. Jadi Ahli Yang Berhormat diberikan lima minit. Mula dengan Damansara. Silakan Damansara.
Tuan Gobind Singh Deo - Damansara
Terima kasih Tuan Speaker memberikan saya peluang untuk memberikan pandangan saya berkenaan dengan apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri tadi.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan saya, Tuan Speaker kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah pun membawa cadangan-cadangan sepertimana disebut tadi, pindaan kepada satu perkara yang cukup kepada saya berat, dan perlu kita lihat.
Dan kepada saya telah pun menjadi masalah kian lama tetapi tidak diuruskan dan diperbetulkan sehingga sekarang.
Tuan Speaker, apabila seseorang melakukan kesalahan, beliau ditangkap dan dibawa ke mahkamah untuk melalui proses di mana satu inquiry dijalankan berkenaan dengan kebersalahan beliau. Jadi kita lihat bagaimana selepas proses itu, beliau dihukum dan kerap kali hukuman itu adalah hukuman pemenjaraan dan beliau akan melalui pemenjaraan tersebut.
Dalam keadaan ini Tuan Speaker, soal yang berbangkit adalah, adakah hak-hak seseorang itu akhir apabila beliau dihukum dan dimasukkan ke dalam penjara? So the question is, does the rights of a prisoner ends after he is convicted and sent to imprison?
Tuan Gobind Singh Deo - Damansara
Dalam keadaan ini saya, kalau diizinkan oleh Tuan Speaker, memetik satu kenyataan daripada Hakim Krishna Iyer yang memberi ucapan di Mahkamah Agung India dalam kes Sunil Batra vs Delhi Administration, 1978 Indian Criminal of Journal, page 1741, di mana dinyatakan seperti berikut – izinkan saya Tuan Speaker.
Apa yang dikatakan oleh hakim ini, “Does a prison setting, Tuan Speaker, ipso facto, outlaw the rule of law, lock out the judicial process from the jail gates and declare, Tuan Speaker, a long holiday for human rights of convicts in confinement”. Itu soal yang dibangkitkan.
Tuan Speaker, di dalam negara ini, kita ada kerap kali dengar berkenaan dengan aduan-aduan daripada mereka yang ditahan dalam penjara berkenaan dengan keadaan- keadaan penjara. Dan saya mengucapkan terima kasih kerana Menteri di mukadimah apa yang disebut tadi, beliau telah pun menerima bahawa kita ada penjara-penjara yang memang usang dan perlu untuk kita perbaiki. Dan ini masalah yang beliau akan lihat selepas daripada ini.
Tuan Speaker, di dalam tahun 2003, berlaku satu mogok di penjara Johor. Mogok itu telah pun membawa kepada satu kes difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru dan satu keputusan dikeluarkan oleh mahkamah tersebut. Dan di situ Tuan Speaker, soal yang berbangkit adalah berkenaan dengan hak-hak seseorang banduan seperti mana saya sebut tadi.
Izinkan saya menyatakan apa yang dinyatakan oleh hakim dalam kes itu dan saya baca dalam Bahasa Inggeris, Tuan Speaker. This is the judgement. Paragraph 12, kes Rejeshkanna a/l Marimuthu lawan Pengarah Penjara, Johor Bahru [2004] MLG. Ini yang disebut, Tuan Speaker.
“The Federal Constitution – dan kita ada Perlembagaan Persekutuan, Article 5 refers to a person being unlawfully detained. Whereas, section 365 of the Code refers to a person being illegally or improperly detained. The term unlawful is in my view is wide enough to cover both illegal and improper”. Ini penting, “Thus whilst a detention may be legal, Tuan Speaker, it could become an improper detention if some material fundamental term and condition or regulation or rule governing the detention is breached or violated thereby leading to an abuse of the detention”. Jadi di sini Tuan Speaker, kita lihat kepada apa yang disebut dalam kes tersebut oleh banduan yang terlibat. This is what dinyatakan dalam afidavit beliau dan ini perlu kita lihat.
Dia kata perenggan sembilan, “Saya ditahan dalam sebuah bilik seluas lapan kaki dan enam kaki untuk lebih kurang 23 jam sehari. Bilik ini dikongsi dengan tiga banduan lain. Bilik ini adalah tertutup dan berpintu plat besi dan oleh yang sedemikian, tidak banyak ventilasi di dalam bilik tersebut. Saya bersama-sama dengan kebanyakan banduan-banduan dan tahanan lain di Penjara Johor Bahru terpaksa melalui keadaan yang sama. Hanya dibenarkan keluar daripada lokap selama 15 minit untuk makan dan 15 minit untuk mandi sehari. Pada setiap masa yang lain, kami dikunci di dalam lokap tersebut”.
Tuan Gobind Singh Deo - Damansara
Kemudian, beliau memberi gambaran berkenaan dengan tandas yang juga terletak di dalam sel tersebut dan juga keadaan-keadaan apabila ada Tuan Speaker, masalah kesihatan di situ. Ini satu perkara yang cukup penting...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Damansara
Kerana kita perlu membuat rakaman agar kita faham apabila kita bincang hal ini secara mendalam apakah aduan-aduan, baru kita dapat faham konteks dalam mana Yang Berhormat Menteri membawa cadangan untuk kita ini memperbaiki masalah itu.
Kita tidak boleh ada satu keadaan di mana kita ini tidak melihat sebenarnya apakah tujuan perintah mahkamah. Tujuan perintah mahkamah adalah untuk menghukum, bukan untuk menyeksa Tuan Speaker, dan saya rasa di situ, kalau kita ada azam daripada Menteri dan kementerian, maka apa yang dicadangkan itu dan saya akan ulas perkara itu...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Damansara
Dalam masa selepas daripada ini, saya rasa itu adalah satu perkara yang kita harus memberi sokongan yang penuh. Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Damansara.
Tuan Gobind Singh Deo - Damansara
Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Damansara, terima kasih.
Saya cuma ingin menambah bahawa di Penjara Pulau Pinang untuk makluman Tan Sri Speaker, dan di beberapa penjara lain tidak ada kemudahan asas untuk seseorang banduan itu membuang air besar. Umpamanya di Pulau Pinang, mereka diperlukan untuk membuang air besar dalam satu tong, menyimpannya satu malam. Kemudiannya, bila pergi untuk mandi hari kemudian, pagi kemudian, mereka akan salah seorang banduan, empat atau lima banduan dalam sesuatu sel itu akan membuang najis itu. Ini bukannya kesilapan ataupun yang dikenakan ke atas mereka oleh pegawai-pegawai penjara— saya perlu jelaskan. Ini adalah kerana keadaan penjara itu dah usang dan walaupun pegawai-pegawai penjara telah cuba untuk menyediakan kemudahan tersebut, saya difahamkan bahawa tidak boleh diubahsuai kerana bangunan itu terlalu usang, tidak ada cukup kemudahan untuk mereka membina tandas. Ini adalah salah satu perkara yang perlu diberi perhatian. Terima kasih Yang Berhormat Damansara.
Tuan Gobind Singh Deo - Damansara
Terima kasih Jelutong. Saya minta agar perkara itu juga dimasukkan dalam ucapan saya supaya dapat pandangan daripada Yang Berhormat Menteri. Tuan Speaker, saya minta beberapa saat. Saya nak hanya ulas beberapa perkara kerana tidak cukup masa, tetapi yang penting untuk apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, saya minta supaya apabila kajian ini dibuat, kita juga memberi tumpuan kepada jenis tahanan yang ada. Terdapat beberapa jenis tahanan yang berbeza. Tuan Speaker, ada keadaan di mana seseorang itu ditangkap kemudian dibawa ke mahkamah dan beliau ditahan reman. Maksudnya beliau direman, ditahan selama 14 hari, kemudian dikeluarkan selepas dituduh dan menanti perbicaraan. Kemudian, kita ada
Tuan Gobind Singh Deo - Damansara
keadaan kedua bila seorang ditangkap kemudian direman, tapi dituduh dengan kesalahan yang tidak boleh dijamin, maka dia ditahan reman sementara menunggu perbicaraan. Dan ketiga, seseorang itu ditahan, dituduh, kemudian dihukum dan tahanan itu adalah hasil daripada perintah hukuman tersebut.
Dalam keadaan-keadaan yang saya telah pun melihat secara sendiri— saya rasa semua pengamal undang-undang di sini boleh mengesahkan perkara itu termasuk Jelutong.
Kes-kes reman, kadang-kadang ia bukan sehari dua. Ada sehingga dua tahun, tiga tahun.
Tunggu untuk laporan kimia, tunggu untuk laporan tertentu dan tunggu untuk perbicaraan.
Kemudian perbicaraan itu untuk dua tahun, tiga tahun dan selepas itu beliau didapati tidak bersalah, dibebaskan. Maksudnya beliau ditahan reman empat atau lima tahun dan kemudian didapati tidak melakukan kesalahan, dibebaskan. Banyak kes sedemikian dan saya rasa memang rekod akan menunjukkan.
So, di situ saya rasa tumpuan perlu diberikan supaya kita boleh wujudkan satu keadaan di mana kita mungkin tidak boleh— tidak perlu tahan begitu lama ataupun kalau perlu ditahan, supaya ditahan dengan cara-cara yang baharu ini di mana pergerakan mereka dapat diawasi atau ditahan tempat-tempat tertentu, rumah atau sebagainya supaya tidak perlu kita ada kesesakan dalam penjara. Kerana kalau kita letak semua orang dalam penjara untuk tunggu untuk perbicaraan, maka di situlah kita lihat beribu-ribu orang itu masuk ke dalam penjara setiap bulan. Ini satu perkara yang harus kita lihat.
Kemudian keadaan yang keduanya Tuan Speaker, seseorang itu dihukum. Apabila seseorang itu dihukum, terdapat proses baharu yang wujud Tuan Speaker, khususnya dari sudut parol yang telah pun disebut oleh sahabat— oleh Menteri bijaksana tadi iaitu di bawah seksyen 43 Akta Penjara. Saya minta supaya perkara itu juga kita timbang semula kerana saya lihat apabila kita merujuk kepada seksyen 43 itu, peruntukannya terlalu ketat. Misalnya dia kata seseorang yang belum melalui satu tahun pemenjaraan, tidak boleh membuat permohonan. Walhal wujudnya banyak kes-kes di mana seseorang itu selepas beberapa bulan itu menunjukkan bahawa beliau telah pun insaf dan sebagainya, dipulihkan dan seharusnya diberikan perhatian. Jadi, dari sudut parol seksyen 43, saya minta supaya ia dikaji semula. Kita kurangkan had yang ditetapkan. So, there is no— dia tidak had masa, tidak ada.
Kedua Menteri, proses dia patut disimplifikasikan. Kerana kalau kita lihat prosesnya sekarang adalah proses yang membawa kepada masa yang sangat panjang juga. So, di situ juga menjadi masalah.
Ketiganya Menteri, yang kita boleh fokuskan adalah bagaimana kita boleh pastikan bahawa apabila seseorang itu di dalam penjara, beliau dipulihkan watak beliau kerana itu tujuan kita ini tahan orang di bawah undang-undang yang membenarkan tahanan. Di situ kita lihat— tadi saya lihat ada slaid yang dikemukakan TVET dan sebagainya. This is all a very good initiative. Tetapi soalnya, apabila seseorang itu sudah keluar daripada hukuman itu, bagaimanakah kita boleh pastikan bahawa seseorang itu tidak ada stigma beliau daripada penjara. Dan oleh sedemikian, apabila seseorang melihat kepada CV yang dikemukakan apabila beliau hendak mendapat pekerjaan dan sebagainya, apabila wujudnya perkara itu,
Tuan Gobind Singh Deo - Damansara
maka permohonan itu ditolak kerana ada unsur-unsur tertentu yang terlintas dalam fikiran orang yang hendak memberikan pekerjaan kepada beliau.
So, there are many things and many angles yang perlu kita lihat. I think this is a— it will be a huge task on part of the ministry, Tuan Speaker. Tetapi saya rasa ini adalah satu langkah yang sangat baik yang dibawa oleh Menteri. Jadi Menteri, saya juga hendak beri saranan, saya selaku Ahli Parlimen Damansara, saya rasa semua Ahli-ahli Parlimen lain, kita sedia untuk membantu sejauh mana yang boleh untuk kita ini menjayakan misi Yang Berhormat Menteri, misi yang baik, misi kerajaan untuk kita ini cari bagaimana kita boleh memperbaiki masalah-masalah yang sudah lama ini supaya kita dapat memperbaiki sistem pemenjaraan di negara kita ini. Terima kasih, Tuan Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Langkawi.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri kerana mengizinkan saya untuk berbahas hal ehwal penjara ini. Saya juga bersama dengan Damansara ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah membawa reformasi penjara ini dan sudah sampai masanya kita perlu mereformasikan penjara-penjara kita kerana saya melihat ramai politician yang akan masuk penjara ini, lebih-lebih lagi saya rasa sebelah sinilah.
Yang Berhormat Menteri, saya juga ada membaca kisah-kisah Nelson Mandela, kisah-kisah Fidel Castro, kisah-kisah Benazir Bhutto semasa mereka dipenjarakan. Saya harap dan berdoa agar Dato’ Najib juga akan membuat bukunya, tetapi saya masih menunggu Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar agar mengeluarkan buku juga kerana beliau juga seperti mana di untold story kalau kita lihat, ada juga keseksaan berlaku di dalam penjara.
Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga merasa bimbang bila mendengar Yang Berhormat mengusulkan reformasi ini seperti mana yang disebut tadi, belenggu di rumah itu. Apakah ini setelah kita bentang, setelah kita lulus, maka human rights akan datang dan menghentam kita kiri dan kanan? Seperti mana yang pernah dibawa— saya pernah mewakili Malaysia menghadiri United Nations on drugs. Banyak sekali human rights activists di sana yang menentang segala hukuman yang berlaku di sana.
Saya ada satu cerita juga. Gadis muda, tetapi biarlah saya cerita di belakang supaya ucapan saya ini dapat berhabis. Tidak kurang juga ramai Ahli-ahli Parlimen sama ada yang masih berkhidmat atau sudah tidak berkhidmat yang pernah mendiami penjara atau sekurang-kurangnya pusat tahanan. Walaupun banduan-banduan ini dijatuhi hukuman bersalah, ia tidak bermakna kehidupan mereka di penjara seharusnya di bawah perikemanusiaan ataupun subhuman. Mereka tetap mempunyai hak asasi sebagai manusia.
Jabatan Penjara Malaysia antara institusi yang tertua di negara ini seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, mencecah 233 tahun. Selaras dengan tempoh yang panjang ini, negara wajar menyemak semula apakah keperluan dan keadaan semasa di
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
penjara-penjara seluruh negara bagi memastikan ia tidak uzur dan amalan serta SOP berkaitan penjara tidak ketinggalan zaman.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Pada tahun 2020, penjara Malaysia telah pun mengumumkan terdapat keperluan untuk reformasi agar institusi itu kekal relevan dengan kemajuan zaman. Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini penjara Malaysia berdepan dengan kesesakan apabila jumlah banduan melebihi kapasiti sedia ada. Menteri Dalam Negeri sendiri pada 5 Mac yang lalu memaklumkan terdapat 79,131 penghuni seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, penghuni ditempatkan di 93 institusi di bawah pengurusan jabatan penjara. Jumlah ini melebihi 11.2 peratus daripada kapasiti penuh iaitu 65,762 penghuni.
Saya melihat pada angka Yang Berhormat Menteri menyatakan tadi out of 100,283 adalah pesalah kita.
Laporan media juga pernah mendedahkan ada tahanan yang terpaksa tidur duduk sambil mengambil giliran untuk berbaring di atas lantai sel mereka kerana tiada ruang yang mencukupi. Ini juga berlaku bukan sahaja di penjara tetapi di detention camp yang pernah saya melawat selaku Naib Yang di-Pertua PEMADAM.
Yang Berhormat Menteri, antara langkah yang dicadangkan Menteri sebelum ini termasuklah sistem parol Yang Berhormat sebutkan tadi, perintah kehadiran wajib, pelepasan banduan secara lesen, program reintegrasi penghuni dan program pemulihan masyarakat.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah status program- program yang telah dinyatakan ini? Apakah benar-benar bersedia untuk menerima jumlah banduan dalam komuniti dengan jumlah yang ramai selepas program-program ini bermula?
Apakah kita mempunyai sumber manusia atau manpower yang mencukupi untuk memantau banduan-banduan yang akan diletakkan dalam komuniti ini?
Kita mempunyai 10 ke 12 pegawai parol, yang satu daripada mereka yang terlibat dengan intervensi dan penyeliaan. Bilangan ini pastinya tidak mencukupi jika jumlah banduan dalam komuniti di satu-satu daerah bertambah sehingga mencecah ratusan malah ribuan orang. Sudah tentu terdapat keperluan untuk menambah bilangan pegawai kerana skop tugasan mereka yang terlalu luas. Saya juga difahamkan bahawa pegawai parol di luar penjara tidak mendapat insentif khas seperti yang diterima pegawai dalam penjara. Maka, amat wajar jika insentif ini difikirkan untuk mereka.
Isu kesesakan dalam penjara ini adalah disebabkan banduan dadah yang terlalu ramai. Proses pemulihan yang lambat mengakibatkan mereka di reman dalam penjara sementara menunggu tempoh jaminan. Mereka ini wajar dihantar ke pusat pemulihan. Oleh itu, adalah amat wajar jika pusat rawatan dadah dalam penjara diteruskan oleh kerajaan.
Banduan dadah memerlukan rawatan khusus berserta usaha pemulihan.
Namun, ini memerlukan penambahbaikan fasiliti penjara yang sudah uzur dan tidak bersedia untuk program pemulihan. Bangunan penjara yang lama jika sudah diletakkan di bawah Jabatan Warisan sudah tidak boleh dinaik taraf. Maka sukar untuk bilik, kelas atau aktiviti pemulihan dibina. Perkara ini juga harus dilihat seiring dengan usaha kerajaan ingin meletakkan banduan-banduan dalam komuniti dan bukan di penjara. Kita khuatir jika penjara
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
dinaik taraf namun tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Teringat saya pada satu ketika anak- anak pesakit dadah ini kita pernah letak di syarikat-syarikat. Bila dapat gaji pertama, bulan kedua mereka tidak hadir bekerja.
Jika kita serius ingin membawa keluar banduan-banduan ini dari penjara, kakitangan pakar juga perlu disediakan seperti pakar kaunseling, rawatan, psikologi dan pembimbing agama. Jika di luar negara hal-hal ini diuruskan oleh badan bukan kerajaan (NGO).
Pertanyaan saya apakah kerajaan bercadang ingin mewujudkan kerjasama dengan NGO di Malaysia? Apakah bentuk geran, insentif atau imbuhan yang boleh disediakan untuk menarik minat NGO dalam hal ini?
Kita sudah mempunyai Sahabat Penjara tetapi ia tidak dapat mendapat sambutan daripada NGO tempatan.
Tuan Yang di-Pertua
Langkawi saya bagi seminit lagi boleh?
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Tuan Yang di-Pertua, salah satu reformasi yang pernah hendak di buat dahulu ialah penjara industri yang mana salah satunya dibuat di Jasin dan kini dikenali sebagai pusat koreksional. Namun, hanya fasa pertama yang sempat disiapkan. Rancangan untuk menempatkan kilang-kilang untuk memberi pekerjaan kepada banduan tidak direalisasikan. Apakah kerajaan berniat untuk meneruskan semula program ini dengan menjemput kilang-kilang swasta untuk mengambil banduan berbayar?
Oleh kerana saya ada satu minit Yang Berhormat Menteri, biarlah saya katakan bahawa kalau boleh minta Yang Berhormat Menteri bawa kami dua, tiga orang pi melawat penjara Bastoy di Norway. Inilah penjara five star yang kerajaan menghabiskan wang begitu banyak. Dia ada tenis, dia ada horse riding, dia ada fishing, dia ada sunbathing. Boleh berjemur ahli-ahli penjara ini boleh berjemur dan mereka ini dibenarkan balik semasa perayaan Krismas dua, tiga hari.
Jadi, kononnya apabila mereka balik itu mereka akan psychologically disturb. Jadi, dia nak balik, nak balik dan akhirnya dia menjadi manusia yang berguna.
Nombor dua, HMP Addiewell, Scotland. Rehab terbaik, tahanan diberi pilihan pembelajaran kemahiran, 40 hours, kemahiran.
Ketiga, di Otago Corrections Facility, New Zealand. Dia ada kejuruteraan, dia ada penternakan, lembu tenusu dan memasak.
Last sekali saya tertarik juga bila saya buat research sedikit berhubung dengan penjara ini kerana kelmarin sahaja kami dapat tahu kami akan berbahas. Saya tengok penjara ini amat menarik Yang Berhormat Menteri. San Pedro di Bolivia. Dia boleh bawa isteri, bila kita nak masuk penjara ini kita bayar wang pendaftaran untuk bilik kemudian kita akan di- train. Cuma dia pesan di situ saya baca di situ, dia pesan supaya jaga bini kita betul-betul kerana hat lain itu mungkin mari. Semua itu hardcore belaka itu. Dia kata jaga bini masing- masing. Boleh bawa tapi kena jaga. Keluarga turut serta kena bayar wang pendaftaran, kos penginapan, risiko bini kena rogol, kursus tukang kebun, tukang kasut dan ada dadah yang dibenarkan mereka buat kajian. Dadah inilah yang dijual menjadi income kepada penjara. Ini patut juga Yang Berhormat Menteri ketum kah apa kah boleh ditengok.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Kemudian, saya mencadangkan tadi Yang Berhormat kata bilik-bilik nak dibesarkan.
Saya cadangkan kepada ahli-ahli politik apa salahnya kita ambil tanah yang luas untuk buat banglo. Small bungalow untuk mereka ini kerana mereka juga berkhidmat untuk negara begitu lama. Saya tidak tahulah Dato’ Sri Najib duduk macam mana tetapi daripada The Untold Story itu I look it orang kata terlalu menyeksalah.
Akhir sekali, saya hendak bercerita jugalah Tan Sri ada satu perempuan di penjara saya tidak mahu beritahu penjara mana. Dia muda, keldai dadah sebab itu saya tahu sedikit sebanyak cerita ini. Dia ditahan di penjara. Satu hari dia terpaksa dibawa ke mahkamah.
Kemudian, pergi ke mahkamah, bila balik, mai balik ke penjara seminggu lepas itu dia muntah-muntah. Jadi, dibawa ke hospital confirm pregnant. Jadi, mereka bertanya kepada dia, kenapa jadi begini? Siapakah yang membuat kamu jadi begini? Dia kata dia tahu siapa yang buat dia jadi begitu. Dia kata tak kisah, saya tak mahu ambil tindakan apa kerana saya dah empat tahun duduk dalam penjara ini teringat sangat hat itu. Jadi, dia kata saya pun seronok, jalan. Jadi, sekarang ini katanya anak itu sudah dua tahun dalam penjara. [Berucap dalam bahasa Arab] Wabillahit taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Waailakumsalam. Dia tak nak ending cerita itu ya. Kuala Pilah silakan.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
*Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana membenarkan dan memberikan kesempatan bagi Kuala Pilah membahas dan menyokong kenyataan Menteri yang berkaitan reformasi penjara dan pusat pertahanan.
Kuala Pilah berpandangan apabila kita bercakap tentang reformasi ini kita tidak boleh meninggalkan keperluan untuk melihat semula kepada peruntukan-peruntukan akta yang berkaitan dan juga arahan-arahan pentadbiran yang ada kaitannya dengan penjara dan pusat tahanan ini secara holistik.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Reformasi yang ingin dibuat ini harus bersandarkan transformasi minda dengan matlamat untuk menjadikan penjara bukan sebagai tempat menghukum tetapi lebih besar daripada itu ialah memberikan pendidikan dan peluang kedua kepada pesalah bagi membolehkan mereka memulakan hidup baru bila mereka keluar kelak. Ini selaras dan amat selaras dan sejajar dengan matlamat menghukum di dalam Islam.
Seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, jelas bahawa di kalangan banduan ini— di kalangan tahanan ini ada yang telah ada diploma, sudah ada ijazah, master. Dah ada PhD pun. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka unlocked talent mereka, dengan izin, Tan Sri Yang di-Pertua semasa mereka berada di dalam penjara dan tahanan dan oleh kerana itulah wajar mereka ini diberikan peluang kedua.
Kerajaan wajar melihat kepada keadaan penjara dan pusat-pusat tahanan di negara kita ini begitu padat di mana setakat 6 Oktober 2023 ini, daripada keseluruhan banduan yang
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
berjumlah 75,927 orang di 93 institusi di bawah pengurusan Jabatan Penjara di seluruh negara. Jumlah ini melebihi 7.40 peratus atau 5,231 orang daripada jumlah kapasiti keseluruhan institusi kendalian Jabatan Penjara iaitu 70,696 orang. Daripada jumlah ini, jumlah tersebut difahamkan bahawa hampir 13,000 ataupun 16 peratus daripadanya merupakan banduan warga asing. Kebanyakan warga asing sama ada yang datang dan menyalahi kesalahan imigresen dan ditahan di penjara dilihat merugikan negara dan kerajaan perlu memperuntukkan RM50 sehari bagi seorang banduan di penjara.
Selepas mereka dibebaskan daripada hukuman penjara, sekali lagi mereka ditahan pula di depot tahanan imigresen selama satu tempoh tertentu bergantung pada proses untuk menghantar pulang mereka ke negara asal. Kerajaan terutamanya Jabatan Penjara dan Jabatan Imigresen sewajarnya memikirkan kaedah paling praktikal melalui arahan pentadbiran ataupun pindaan undang-undang di bawah Akta Imigresen ataupun akta-akta lain yang relevan bagi membolehkan kos perbelanjaan menanggung banduan dalam tahanan warga asing ataupun PATI ini dapat dikurangkan dengan mempercepatkan penghantaran pulang mereka ke negara asal.
Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, Kuala Pilah juga memohon kerajaan meneliti semula tatacara penahanan pra-perbicaraan terutama keperluan untuk meminda beberapa peruntukan yang berkaitan Orang Kena Tuduh yang menunggu perbicaraan di penjara di negara ini akibat kegagalan mereka mengemukakan jaminan seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 387 dan 388 Kanun Prosedur Jenayah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, sedikit saja Kuala Pilah. Sedikit saja.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bercakap tentang isu memberi jaminan. Saya juga terpanggil untuk merayu kepada Yang Berhormat Menteri menggunakan kesempatan ini kepada kesalahan-kesalahan di bawah SOSMA di mana berulang kali kita telah berbahas. Ramai yang ditangkap di bawah SOSMA dan diheret ke mahkamah tetapi syarat-syarat jaminan mereka begitu ketat sekali. Berkemungkinan dalam isu kita berbincang tentang reformasi penjara, perkara ini juga boleh diberi perhatian di mana yang menghadapi pertuduhan di bawah SOSMA, syarat-syarat itu boleh kita diberi kelonggaran sedikit. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih. Saya harap ia dimasukkan dalam ucapan saya. Kuala Pilah sebenarnya amat bersetuju dengan pandangan Damansara sebentar tadi. Orang Kena Tuduh ini belum disabitkan kesalahan mereka dan ada di kalangan mereka ini telah berada di penjara lebih daripada lima tahun bagi menunggu perbicaraan kes mereka dan jikalau mereka mengikut prinsip keadilan jenayah ini, seorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya. Dan kita lihat prinsip justice delayed is justice denied adalah dengan izin adalah lebih adil sekiranya mereka ini tidak dihukum sebelum disabitkan kesalahan.
Sudah tentu apabila pindaan yang bersesuaian di atas peruntukan yang melibatkan jaminan ini dapat dilaksanakan secara tidak langsung ia juga dapat mengurangkan
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
kesesakan penghuni penjara dan pusat tahanan. Fungsi wang jaminan adalah untuk memastikan Orang Kena Tuduh menghadiri perbicaraan. Meletakan wang jaminan yang tertinggi sebenarnya telah menghukum seseorang sebelum mereka dibuktikan bersalah.
Oleh yang demikian, pihak kerajaan harus meminda peruntukan berkaitan jaminan ini.
Sewajarnya adalah mereka yang jamin ini tidak perlu ke penjara sehingga pendengaran kes mereka.
Sudah tentulah Tuan Yang di-Pertua, pandangan dan nasihat pihak Jabatan Peguam Negara dituntut dalam situasi ini terutamanya tentang klasifikasi kesalahan yang boleh dan tidak boleh dijamin. Bailable, nonbailable dan unbailable offences, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, penjara mesti dilihat sebagai pusat transformasi modal insan.
Oleh itu, Kuala Pilah ingin mengucapkan terima kasih Kementerian Dalam Negeri terutamanya Yang Berhormat Menteri dan Jabatan Penjara kerana telah berjaya melibatkan sebanyak 325 buah syarikat dalam program korporat, Corporate Smart Internship (CSI) termasuk syarikat-syarikat yang besar seperti MRCB dan Panasonic dan sebagainya.
Banduan juga menerima manfaat daripada memperolehi gaji minima seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Kuala Pilah amat tertarik dengan pendekatan Jabatan Penjara Malaysia yang komited untuk menjadikan pendekatan pemulihan dalam komuniti sebagai pilihan utama menjelang 2030 bagi mengurangkan kes residivis banduan iaitu banduan yang mengulangi kesalahan mereka dan jelas daripada apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, ratio-nya daripada 800 orang, hanya 100 orang saja kembali semula ke penjara dan ia menunjukkan bahawa tindakan tersebut adalah tindakan yang betul dan memberikan impak yang terus kepada banduan kita. Kuala Pilah percaya pemulihan dalam komuniti ini adalah lebih efektif dan berkesan berbanding pemulihan di dalam fasiliti bagi tujuan correctional dan dalam masa yang sama mengurangkan jumlah banduan yang berada di penjara sekali gus mengurangkan kos pengurusan banduan di penjara.
Bagi memenuhi hasrat penjara ke arah dua per tiga banduan yang layak untuk dipulihkan dalam komuniti, Kuala Pilah mencadangkan agar program TVET dapat diperkasakan dan galakan juga insentif yang lebih diberikan kepada syarikat-syarikat yang tampil dan sanggup menggaji banduan dan bekas banduan supaya dikecualikan daripada cukai sehingga tahun 2030.
Kuala Pilah juga mencadangkan agar sistem parol, pembebasan bersyarat seperti yang dicadangkan oleh sahabat saya daripada Damansara sebentar tadi diperluas dan di- explore, dengan izin semaksimum mungkin agar ia dipermudahkan bagi membantu pengurangan kesesakan jumlah banduan di negara kita secara berkesan. Kuala Pilah berpandangan kerajaan wajar melihat persekitaran yang tidak kondusif di penjara dan pusat- pusat tahanan di negara kita. Fasiliti ataupun kemudahan perlu dinaik taraf seiring dengan peredaran masa dan seiring dengan reformasi dan transformasi yang ingin melihat penjara sebagai sebuah institusi pendidikan sosial dengan penggunaan teknologi yang terkini.
Oleh yang demikian, kerajaan wajar memberikan peruntukan khas dan tambahan dalam pembentangan bajet pada Jumaat ini kepada Jabatan Penjara dan Jabatan Imigresen
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
bagi membolehkan matlamat reformasi yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi terhadap penjara dan pusat tahanan ini dapat dilaksanakan secara efektif dan efisien.
Tuan Tan Sri Yang di-Pertua, Kuala Pilah juga ingin dalam konteks ucapan ini, ingin juga memohon agar kerajaan melihat semula kepada pemakaian baju oren oleh beberapa agensi ini kepada mereka yang ingin dibawa ke mahkamah untuk dituduh. Ia seolah-olah bagi Kuala Pilah, menghukum si tertuduh sebelum perbicaraan terutamanya daripada aspek nama baik dan maruah. Tan Sri Yang di-Pertua, akhirnya Kuala Pilah menyokong secara penuh segala usaha yang telah dan bakal dibentangkan oleh Menteri KDN terutamanya di dalam statement ataupun kenyataan Menteri beliau sebentar tadi. Kuala Pilah mohon menyokong.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya jemput Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya berpandangan kesesakan penjara perlu kepada pendekatan pembangunan secara fizikal, pembinaan penjara baru, penaiktarafan penjara lama serta yang terakhir pembangunan penjara satelit di penempatan tapak PLKN.
Dari sudut yang lain, perlu dilihat kepada konsep keadilan. Perlu diberi nafas baru iaitu penetapan hukuman yang boleh memberi keadilan kepada mangsa dan pesalah. Asas hukuman utama biasanya hukuman penjara. Kebanyakan kesalahan dalam akta mahupun Kanun Keseksaan, kita tidak nafikan masih ada hukuman lain yakni hukuman mati, denda dan sebat termasuk juga hukuman ringan, jaminan berkelakuan baik, ganti rugi dan sebagainya.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya berpandangan sudah tiba masanya kita mengambil roh dan sistem keadilan dalam Islam khasnya prinsip hukuman takzir sebagai elemen utama kepada sistem keadilan sedia ada secara menyeluruh dan meluas sebagai hukuman gantian dengan tidak menafikan prinsip restoratif pemulihan dalam sistem keadilan.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Tan Sri Yang di-Pertua, sistem perundangan Islam sangat menyeluruh yang terkandung Hudud, contohnya hukuman rejam sampai mati, sebatan, hukuman mati yang bertunjangkan pemulihan. Semuanya dinyatakan dalam bentuk wahyu Allah iaitu Al-Quran.
Dalam hukum-hukum ini terdapat juga Hukum Ta’zir, pelaksanaannya meluas mengikut maslahah keperluan serta kebijakan kerajaan dan hakim untuk mengendalikan kes-kes tertentu.
Di sinilah fleksibiliti sistem keadilan dalam Islam. Ta’zir tidak semuanya berpusat pada hukuman penjara, Ta’zir berasaskan pada maslahah dan tahap sesuatu kes. Dengan hal yang demikian, kesesakan dalam penjara dapat dikurangkan, yang penting keadilan sistem mampu memberikan keinsafan. Hukuman yang setimpal dengan kesalahan tertentu.
Tan Sri Yang di-Pertua, Parlimen telah melakukan beberapa pindaan akta besar antaranya Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 2017 iaitu memberi kuasa budi bicara hakim
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
atas kesalahan mengedar dadah. Seterusnya, Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori iaitu Akta Omniverse bagi memansuhkan hukuman mati mandatori di bawah 11 kesalahan yang lain termasuklah dalam Kanun Keseksaan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Penculikan 1991 dan sebagainya.
Walaupun kita berbeza pendapat terhadap keperluan pindaan akta-akta ini dibuat, namun terdapat elemen ta’zir bagi memberi ruang kuasa budi bicara hakim. Kita boleh mulakan langkah dengan melihat gadis panduan menyeluruh terhadap bentuk hukuman sedia ada dan menilai kepada prinsip pelaksanaan hukuman ta’zir yang digariskan mengikut landasan agama.
Pakar-pakar perundangan boleh duduk bersama untuk meneliti draf ta’zir sebagai alternatif pada hukuman penjara, malah lebih daripada itu, pendekatan ulana’ qisas dengan kuasa pengampunan diberikan kepada waris si mangsa boleh dipertimbangkan serta hukuman diyat yang bersandarkan Seksyen 426 Kanun Acara Jenayah. Sekian, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, saya jemput Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Tan Sri Speaker, saya ingin mulakan bicara dengan mengatakan bahawa ini adalah penerangan yang kita amat hargai. Jam di Dewan sudah 9.32 malam tetapi kita masih berjuang di sini. Saya menghargai kerana penerangan ini baik untuk kita fahami berkenaan dengan keadaan di penjara dan apakah tindakan untuk kita memperbaiki penjara.
Jadi, apabila melihat kepada lima teras itu, saya yakin bahawa pihak Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian telah mengambil kira punca-punca kepada permasalahan yang dihadapi kerana reformasi bermaksud kita ingin buat perubahan kepada yang lebih baik, pengislahan kepada yang lebih baik. Jadi, kalau kita sebut pasal kawalan dan keselamatan, kita tahu ada isu di situ, sebut pasal rawatan dan layanan, ada isunya, begitu juga dengan reintegrasi, probation and community correction, pemulihan dan sebagainya.
Jadi, saya hendak ringkas terus kepada perkara ini kerana banyak perkara yang saya hendak sebut ini sudah disebut oleh Kuala Pilah tadi, cuma saya huraikan sedikit terutamanya berkenaan dengan warga asing tadi. Yang disebut tadi ialah daripada kalangan warga asing ini, jumlahnya agak besar yang dalam tahanan. Betulkan saya kalau tidak tepat iaitu dalam 13,000 orang ataupun 16 peratus banduan di penjara merupakan warga asing.
Jadi, kalau hendak kira jumlah ini agak signifikan dengan angka peratusnya, lebihan kapasiti dalam penjara itu lebih kurang 12 peratus. Jadi, kalau ambil kira kos pula, tadi disebutkan oleh Kuala Pilah RM50 seorang, maka kos itu agak besar, terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan. Apatah lagi, apabila mereka itu apabila dibebaskan daripada hukum penjara sebagaimana yang disebut tadi oleh Kuala Pilah, sekali lagi mereka akan ditahan semula di depot tahanan, jadi tambah masa lagi untuk kita ambil kira kos. So, soalan saya dalam perkara ini, saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian ialah bagaimanakah tindakan pihak KDN untuk mengurangkan kos di penjara dan depot tahanan imigresen bagi
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
warga asing ini serta mempercepatkan penghantaran pulang mereka ke negara asal mereka?
Silakan Subang.
Tuan Wong Chen - Subang
Terima kasih. Terima kasih Ledang, terima kasih Tan Sri. Sebagai Pengerusi ASEAN Parliamentarians for Human Rights (APHR) Malaysian Chapter, saya ingin mengucapkan Terima kasih kepada Menteri kerana ini reformasi hak asasi manusia yang sangat-sangat penting dan ditunggu-tunggukan. Saya hendak sambung sedikit tentang isu orang asing—orang pelarian khasnya.
Penggunaan Nelson Mandela Rules ini memang baik sangat mengikut standard United Nations, saya akan repot balik pada APHR. Soalan saya adalah sama ada reformasi- reformasi ini akan dipanjangkan ke isu depot-depot yang akan dibawa oleh Ledang? So, kalau Menteri boleh bagi satu pendekatan dia ataupun pendirian dia, terima kasih banyaklah.
Terima kasih.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Ya, boleh masuk dalam ucapan saya daripada Subang tadi. Jadi, Tan Sri Speaker, akhirnya saya ingin juga menarik perhatian kepada—mohon penjelasan daripada pihak kementerian berkenaan dengan inisiatif latihan yang berunsurkan TVET kepada banduan.
Melihat kepada perkembangan pasaran kemahiran yang sekarang bergerak pantas, apakah inisiatif-inisiatif ini dilaksanakan seiring dengan keperluan pasaran? Contohnya, apakah latihan spesifik bercirikan latar belakang digital turut disusun sebagai modul inisiatif untuk kemahiran bagi banduan? Saya rasa ini juga boleh membantu dari segi kita memulihkan mereka dan masuk bersama masyarakat dan juga pasaran.
Sebagai akhirnya, saya juga dalam anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan, saya harap supaya perkara ini juga dapat diberikan taklimat kepada pihak Jawatankuasa Khas untuk kita juga dapat memberikan pandangan. Itu sahaja, terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, akhir sekali saya jemput Kuala Krau.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Speaker, terutamanya terima kasih kepada Menteri atas pembentangan yang saya kira secara keseluruhannya adalah satu usaha yang baik ke arah mereformasi penjara dan sama juga macam Ledang tadi, kebanyakan perkara sudah disentuh oleh teman-teman saya, cuma saya hendak bawa satu dua perkara.
Yang pertama sekali, dalam kita mereformasi penjara ataupun pusat tahanan, ia berkait rapat dengan peruntukan undang-undang dan hukuman. Di dalam Islam pula, sebarang bentuk kesalahan jenayah, hukuman yang dikenakan itu bersifat bukan hanya menghukum tetapi kepada mendidik.
Oleh sebab itu, selain daripada kita hendak mengurangkan kesesakan di pusat tahanan atau penjara, kementerian juga dan kerajaan secara umumnya perlu memikirkan bagaimana undang-undang dan hukuman ini mampu untuk menghalang jenayah-jenayah
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
ataupun jenayah baru terlibat dengan jenayah berikutan dengan kesan daripada hukuman itu.
Oleh kerana itu, kerana kita lihat kepada roh hukuman dalam Islam, contohnya hukuman rejam, potong tangan bagi pencuri, dilaksanakan di khalayak. Tujuannya bukan untuk mengaibkan tetapi lebih kepada memberikan kesedaran kepada pesalah dan memberi pengajaran kepada orang yang melihat supaya tidak mengulangi jenayah dan kesalahan yang sama.
Yang kedua, dalam melaksanakan reformasi ini, kita tidak dapat lari daripada sumber manusia, kerana itu saya bersetuju dengan beberapa cadangan Yang Berhormat lain agar bilangan Pegawai Parol dan pemulihan dalam komuniti ini perlu ditambah mengikut keperluan. Terutamanya sebagai contoh Ketua Pegawai Parol hendaklah dinaikkan gred mengikut kapasiti banduan yang diselia. Sekarang ini saya dimaklumkan grednya KX32, kalau tidak salah Menteri ya dan kalau boleh dicadangkan dinaikkan ke gred KX44.
Manakala, tambahan kepada Pegawai Penilaian Kerja dan Majikan. Sebab itu saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berapa ramaikah Pegawai Parol yang membuat seliaan dan intervensi di tempat kerja? Yang mana sekarang ini saya dimaklumkan ianya perlulah ditambah daripada 10 kepada minima kepada 20 orang pegawai mengikut kepadatan banduan dan komuniti di daerah parol tersebut.
Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Yang ketiga, selain daripada jabatan ataupun industri yang terlibat dalam mengambil kerjasama kepada pembaikan banduan ini, saya juga mencadangkan untuk kerajaan memberikan insentif kewangan bukan hanya kepada kilang-kilang tetapi juga kepada NGOs yang bersetuju untuk terlibat dalam usaha pemulihan ini. Atau pun sukarelawan-sukarelawan yang mempunyai rekod yang baik dan kesungguhan untuk membantu, maka kerajaan boleh mengambil mereka ini sebagai usaha untuk memberikan kebaikan kepada mereka yang terlibat.
Selain daripada mewujudkan penjara industri yang disebut tadi oleh sahabat saya, saya kira ia perlu untuk diteruskan dan kerajaan memberikan insentif kepada IKS yang berminat membuka kilang sama ada di dalam kawasan penjara baru atau pun yang terkait dan terlibat secara langsung dengan kawalan pihak penjara dan pusat tahanan.
Dan yang paling akhir, saya juga ingin menyebut supaya diperbanyakkan pegawai- pegawai agama, terutamanya Islam, dan merangka satu modul yang lebih komprehensif kerana sesungguhnya tidak adalah manusia yang mampu untuk ditarik balik kepada kehidupan yang sebenar sebagai manusia melainkan ia perlu balik semula kepada agama.
Bukan hanya kepada pesalah-pesalah di penjara tetapi kita di luar pun tidak mampu untuk menjadi makhluk atau hamba Allah melainkan kita balik semula kepada agama.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Kuala Krau.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Kuala Krau. Saya jemput Menteri untuk menjawab. Kalau boleh, Menteri, dalam masa 15 minit. Boleh? Silakan.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Baik. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya mendengar dan tekun mencatat. Sebahagiannya pegawai-pegawai saya membuat catatan. Ucapan daripada enam pembahas menyentuh pelbagai perkara tetapi berkisar di atas paksi yang sama.
Pertama, kotak memberikan teguran, syor dan cadangan. Itu petak pertama. Petak kedua adalah yang memberikan reaksi langsung terhadap pembentangan awal saya. Okey.
Dan itu juga menjadi perhatian. Okey. Yang ketiga adalah pandangan yang berkisar untuk kita melihat bahawa harus ada dalam idea reformasi ini juga melihat beberapa teguran dan pandangan, pengajaran daripada kemuliaan dan ketinggian institusi keadilan Islam yang bersumberkan kepada pencipta.
Baik, 15 minit ini saya akan memilih beberapa perkara, yang saya tidak sempat memberikan reaksi, pegawai saya telah pun membuat catatan dan saya akan memberikan biasanya saya akan memberikan jawapan secara bertulis. Baik.
Yang pertama, mengenai respons terhadap kesesakan penjara. Hari ini penjara yang dianggap under capacity, kita ada 14. Under capacity. Maknanya, kapasiti itu lebih tetapi penghuninya kurang. Contoh, Penjara Pulau Pinang. Kapasitinya 1,630. Penghuninya baru 1,318. Baik. Tetapi ini penjara lama, penjara usang yang sistem tandasnya masih lagi tandas angkut. Juga berlaku di Taiping ya. Penjara lama, penjara usang. Betul, itu saya akui.
Kalau nanti disinggung oleh Jelutong dan kawan-kawan yang membangkit persoalan ini, apakah perancangan ke depan, yang itu saya akan bagi jawapan secara bertulis kerana inisiatif untuk menaik taraf 13 penjara kategori usang ini sama ada kita masukkan dalam rolling plan, rolling plan 4 atau telah pun diluluskan ya. Macam Penjara Pusat Sibu. Itu telah diluluskan waktu kita mohon dalam RP1 Rancangan Malaysia Ke-12. Okey. Manakala Penjara Pulau Pinang, kita telah mohon dalam rolling plan 4 RMKe-12. Sedang tunggu status permohonan. Penjara Kelantan bagi menggantikan Penjara Pengkalan Chepa. Ini yang paling sesak sekali dalam penjara di Malaysia ini. Pengkalan Chepa, kapasitinya 1,330 tetapi penghuninya sudah 3,041. Pengkalan Chepa tinggi dan menyeksakan. Saya akui. Jadi, untuk itu, kita masukkan dalam rolling plan 4 bagi tujuan— Sebab, kebiasaannya dalam development expenditure ini, pertama, kita masuk dalam perancangan strategik, kemudian baru kita masukkan dalam rolling plan. Itu susur galur dia. Tertib dalam isu governance kerajaan ini. Jadi, mengenai penaikan taraf itu, saya akan respons secara bertulis.
Baik. Rakan saya dari Damansara banyak mengangkat syor-syor yang saya anggap sebagai sangat konstruktif. Tidak pelik, Tan Sri Yang di-Pertua, kerana pengalaman sebagai pengamal undang-undang yang banyak bertarung di mahkamah berdepan sendiri. Yang paling terkesan kepada saya ialah cadangan supaya dilihat kembali kalau sudah tempoh reman itu melampaui had hukuman, atau pun apa lagi kalau berakhir dengan dibebaskan.
Hari ini, yang menjadi penghuni itu ada yang direman, ada yang disabit, atau disabitan.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Reman itu 34 peratus. Bagi setiap 100 penghuni penjara, status reman adalah 34 peratus.
Bakinya itu sabitan.
Baik. Tadi Damansara kategorikan tadi dalam kategori reman lagi ada tiga lagi sub dia. Baik. Sebab itu, antara yang kita tengok, kita cuba dulu nanti dalam Akta Penagih Dadah. Kita cuba yang itu dulu supaya mereka tidak sampai ke penjara, sebaliknya mereka terus ke pusat pemulihan. Itu antaranya supaya dalam penjara tidak sesak.
Baik. Saya juga melihat syor supaya seksyen 43 dilihat balik. Buat masa sekarang, Yang Berhormat, kami invoke berkali-kali seksyen 43 ini bagi membolehkan hukuman alternatif tadi, baik dalam bentuk parol atau pun perintah kebebasan berlesen atau kehadiran wajib atau pun yang sedang kami kaji dengan serius sekarang ini ke arah pelaksanaan iaitu home detention. Pun kita boleh invoke seksyen 43 asal sahaja tarif dari segi alat belenggu itu. Yang itu sahaja. Kalau kita boleh katakan dia mencakupi juga AMD, kita boleh laksanakan. Dan 16,000 sedang menunggu kalau boleh kita laksanakan ini. So, itu.
Saya juga melihat bahawa syor supaya seksyen 43 itu sementara kita guna pakai, ada keperluan juga kita kaji atau pun kita membuat pindaan, misalnya, kerana soal had masa yang terlalu lama. Saya berjanji untuk meneliti perkara ini dengan sungguh-sungguh dengan penasihat undang-undang kami untuk mengkaji syor Ahli-ahli Yang Berhormat.
Rakan saya dari Langkawi agak unik. Dia bangkitkan soal apakah ada ura-ura boleh dipertimbangkan untuk melawat beberapa negara yang mempunyai kelebihan-kelebihan.
Mungkin saya boleh bawa Yang Berhormat beberapa penjara kita dulu yang tidak kurang hebatnya yang menghasilkan tenun Pahang. Kalau Yang Berhormat tengoklah. Dia tidak berapa menarik macam hok disebut tadi tetapi sebenarnya impaknya luar biasa. Bayangkan, mereka yang buat kerja tenun itu masa masuk, skil apa pun tidak ada tetapi lepas diasuh, dibina kemahiran, mereka mampu menghasilkan hasil tenunan yang membawa kepada Tuanku Permaisuri Agong selama beberapa tahun ini mempromosikannya dalam program pameran di London. Tenun Pahang itu dibawa ke sana dan itu kebanggaan kita. Jadi, kita pi ke Pahang dulu sebelum kita pi ke Norway. Boleh ya? Boleh. Baik.
Saya juga tertarik yang disebut tadi oleh rakan-rakan saya termasuk Kuala Pilah.
Inisiatif pengecualian cukai kepada majikan yang menggajikan. Ya, betul, yang ini sudah pun jalan sehingga tahun 2025. Sama ada kerajaan akan teruskan atau tidak lagi sehingga tahun 2030, kita tunggu.
Banduan asing. Betul, jumlahnya besar. Sekarang kita belanjakan RM450 satu kepala sebulan. Kos makan dia. Jadi, bila mereka ini setelah menjalani hukuman sebelum mereka dihantar balik, kita parking pula dekat depoh imigresen.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Apakah langkah yang akan kita ambil selepas ini? Katalah sebulan sebelum pembebasan, pegawai-pegawai kita akan pergi dulu ke Jabatan Penjara, proses dokumen mereka. Kalau mereka perlukan travel document daripada kedutaan asing, kita akan libatkan supaya the moment dia keluar saja daripada penjara, kita tidak hantar lagi ke depot imigresen.
Sebaliknya, kita hantar balik. Kita proses lebih awal. Ini antara langkah intervention yang
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
sudah pun kita muktamadkan. Cuma tunggu fasa fine tuning untuk kita laksanakan, dengan sekali gus depot imigresen kita tidak sesak dan mereka ini boleh hantar pulang lebih awal.
Saya ucap terima kasih sahabat saya daripada Jerai dengan mengingatkan kita tentang kelebihan dan keindahan. Sebagai Muslim, sedikit pun saya tak ada rasa curiga tentang kesempurnaan dan keadilan dalam sistem keadilan Islam ini, baik dalam bentuk hudud atau dalam bentuk qisas atau takzir dan sebagainya. Itu tak ada khilaf di kalangan kita.
Sebab itu kalau kita menghayati bagaimana- kenapa tujuan syariat atau maqasid syariah itu dibuat? Bagi tujuan menjaga nyawa, Allah turunkan hukum qisas, di mana bunuh dibalas bunuh. Kalau begitu hukumannya Tan Sri, logiknya tak ada orang yang nak bunuh jika akhirnya dia juga dihukum bunuh juga.
Baik, bagi tujuan menjaga harta. Allah SWT turunkan hukuman potong tangan pada pencuri setelah disahkan dengan semua beban pembuktian, ada hikmahnya. Baik, bagi tujuan menjaga harta, bagi tujuan menjaga keturunan, Allah turunkan hukuman sebat kepada penzina yang belum berkahwin. Bagi tujuan menjaga akal, Allah SWT turunkan hukuman sebat kepada peminum arak. Bagi tujuan menjaga maruah, orang yang membuat tuduhan zina atau liwat tanpa membawa empat orang saksi akan dihukum sebat. Kesaksian dia tak diterima selama-lamanya. Illa shahadatan abada, “selagi dia tak boleh”. Jadi soalnya, keindahan dan kemuliaan hukum Islam itu tak ada khilaf di kalangan kita. Soalnya adalah keupayaan kita berlaku adil. Jika ada umpamanya, ungkapan itu datang dari kalangan kita, apakah kita ada keupayaan untuk mengingatkan? Telinga kita dengar, mata kita saksikan.
Tan Sri Yang di-Pertua, kerana itu ada beza antara yang kita cakap dengan yang kita buat, tak boleh ada jurang. Tetapi peringatan itu saya hargai, mengingati kita balik bahawa penjara jangan dilihat sebagai tempat menghukum semata-mata, betul. Dia mesti diberi peluang kedua (correctional), membetulkan diri. Barangkali kalau dia first offender, kesalahan pertama. Sebab itu kita berhempas pulas dengan seluruh kekuatan dan pengalaman yang ada dalam Jabatan Penjara dengan tradisinya yang panjang, 233 tahun berikhtiar, berusaha untuk di kesemua institusi penjara di negara kita, penghuninya itu diberi layanan sesuai dengan maruah dia sebagai manusia.
Saya terima sambut baik sahabat saya dari Kuala Krau mencadangkan supaya dilihat balik beberapa modul pemulihan. Ahli Yang Berhormat Kuala Krau sahabat saya, saya sendiri pernah engaged dengan beberapa orang, empat tahun, lima tahun dalam hafal Quran. Bila saya sempat bertanya, dia hafal. Saya kata, tebuk boleh? Dia kata, silakan. Saya baca.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Dia sambung.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Dia sambung.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Dia sambung. Maknanya, never underestimate. Modul itu modul yang betul-betul berkesan buat mereka yang ambil peluang nak betulkan diri. Kita di luar sibuk berpolitik, hafal pun kadang tak sempat dah tapi ada hikmah yang kat dalam tu. Dia buat. Orang putih kata, seeing is believing. Saya tengok sendiri, saya berinteraksi dengan mereka. Saya test dia yang paling akhir. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Dia tamat dengan mudah saja dua ayat seterusnya.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi, saya tak kata ini sudah sempurna, ada ruang penambahbaikan tapi yang saya sebutkan sekarang adalah soal membina skill dan kemahiran, mempersiapkan mereka untuk reintegrasi di luar, itu sentiasa kita bagi nilai tambah. Untuk yang nak belajar, membina kerjaya dan mendalami ilmu melalui sijil, kita galakkan. Untuk yang nak mengubah diri melalui pembinaan roh, program-program yang bersifat kerohanian, yang itu juga kita anjurkan.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Ada Permatang Pauh bangun.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Sila.
Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama, saya juga merakamkan penghargaan atas usaha yang sangat baik yang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri. Reformasi yang sangat baiklah yang boleh kita, insya-Allah mudah-mudahan ia berjaya. Tadi Yang Berhormat Menteri menyatakan berkaitan dengan kejayaan banduan-banduan ini di peringkat pendidikan. Ada yang ada ijazah, ada master, kemungkinan di masa akan datang akan ada yang PhD. Kemudian dengan kemahiran yang pelbagai.
Saya cuma nak bertanya kepada Menteri ataupun kepada pihak kerajaan secara umumnya. Apabila banduan-banduan ini keluar daripada penjara, mereka sebenarnya memiliki rekod banduan. Ini secara tidak langsung akan menghalang mereka daripada terlibat dalam dunia pekerjaan, khususnya di sektor awam, yang itu saya rasa semua sedia maklum yang mana ada peraturan khusus berkaitan dengan pelantikan kakitangan awam. Dan juga perkara ini akan mengakibatkan sektor swasta juga takut untuk mengambil banduan ini bekerja dalam sektor swasta. Jadi, adakah kerajaan bercadang untuk membuat sikit pindaan kepada perkara tersebut supaya banduan ini selepas rekodnya baik, tidak ada rekod pengulangan ke penjara, mereka boleh terlibat dalam bidang swasta mahupun dalam bidang sektor awam. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Speaker.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih. Okey, Permatang Pauh terima kasih. Sebelum mereka bebas, sebahagian daripada mereka melalui tiga jalur yang saya sebutkan tadi, parol, pembebasan berlesen, perintah kehadiran wajib. Kalau nanti home detention, mereka boleh bekerja, mereka dapat pendapatan, ada gaji dan sebagainya dalam tempoh. Untuk itu, kita ada sehingga 325 syarikat hari ini sedang berkolaborasi. Sehingga— maknanya, technically mereka itu masih menjalani hukuman, cuma physically jasad mereka berada di luar. Itu hakikatnya.
Baik, hal Yang Berhormat bangkitkan adalah stigma yang tebal di kalangan masyarakat negara kita yang bergelar majikan. Maksudnya, kalau semasa mereka masih lagi menjadi penghuni penjara, kerana ada inisiatif seperti ini dan ada kolaborasi, mereka ambil 300, 400 orang, mereka ambil. Mereka bayar gaji. Okey ya? Apabila mereka itu dibebaskan, yes sebahagian daripada majikan yang semasa mereka menjadi penghuni penjara, sebahagian daripada majikan oleh kerana sebelum itu kamu kerja dengan kami, dia sambung, ada. Sebahagiannya tamat setakat situ, pun ada juga. Jadi, sebab itu saya sebut
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
dalam mukadimah pembentangan ministerial statement tadi, saya katakan reformasi penjara bukan hanya soal pelaku tetapi juga soal keluarganya, mangsa, keluarga mangsa, keluarga mangsa dan masyarakat seantero. Ini yang maksudnya.
Baik, Jabatan Penjara apabila kita meneroka kerjasama dengan syarikat-syarikat korporat, sebahagiannya listed company, bukan satu proses yang mudah. Kita kena yakinkan mereka bahawa penghuni yang nak kami berikan, tawarkan sebagai tenaga kerja itu telah melalui proses latihan, tapisan, tingkah lakunya, semuanya itu dianalisa dan disyorkan. Baik, sebahagiannya— nama pun manusia, ketika mereka jadi penghuni dia patuh semua tapi the moment dia lepas, dia sambung kerja juga tapi dia mula ponteng, tidak hadir kerja ataupun prestasi merosot. Itu membawa kepada majikan tak ada pilihan lain. Mereka terpaksa ditamatkan.
Pada masa itu, mereka sudah pun tidak bergelar penghuni lagi. Jadi, hal ini sama ada kita perlu satu pembikinan undang-undang atau akta atau memadai dengan kita menjalankan awareness campaign, menggesa kepada majikan supaya sudi apa kiranya beri peluang kedua secara bersungguh-sungguh, jujur dan ikhlas sebab sebahagian daripada mereka, terutama pada pelaku kesalahan kali pertama, mereka benar-benar ingin berubah.
Atas semua perbahasan Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon merakamkan penghargaan terima kasih. Kita masih ada peluang ketika sesi perbahasan belanjawan dan tajuk ini terbuka untuk dibahas. Kepada yang tidak sempat saya ulas, saya akan memberikan jawapan secara bertulis. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 10 Oktober 2023. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 10.00 malam]