Sep182023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
USUL PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 27(3)
KAJIAN SEPARUH PENGGAL RANCANGAN MALAYSIA KEDUA BELAS (2023-2025)

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“BAHAWA Dewan ini, menyedari akan cabaran untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mampan dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global, kedudukan kewangan Kerajaan serta pencapaian dua tahun pertama, 2021-2022 Rancangan Malaysia Kedua Belas; merestui usaha Kerajaan untuk merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara yang mampan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, wadah Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat serta Agenda Pembangunan Mampan 2030; meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi tempoh 2023-2025 yang memberi keutamaan dan penekanan baharu ke atas dasar, strategi dan inisiatif bagi pembangunan sosioekonomi serta langkah memperkukuh tadbir urus ke arah negara yang mampan, sejahtera dan berpendapatan tinggi, menurut Kertas Perintah CMD. 30 Tahun 2023; dan bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia berganding bahu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan serta pengagihan kekayaan adalah telus, adil dan saksama.” [14 September 2023]

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Peraturan berapa?

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Peraturan 18(1).

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Peraturan 18(1) dan Peraturan 18(2). Saya telah menghantar notis pada hari Jumaat. Jadi, sampai ke hari ini saya belum dapat jawapan. Pada masa-masa yang lepas, kalau saya hantar ini, sebenarnya saya dapat notis penerimaan, akan tetapi ini saya tidak dapat.

Jadi saya rasa benda ini cukup perlu dan wajar disegerakan. Jadi, saya mohon kepada Tuan Yang di-Pertua untuk bagi saya satu minit, membaca usul saya yang saya bawa berhubung dengan kenaikan harga beras dan juga barang-barang lain.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Arau. Kita lihat kepada peraturan mesyuarat. Saya ambil maklum atas apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Arau di dalam Dewan ini. Apa yang saya difahamkan perkara yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Arau dalam pertimbangan Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua yang saya kasihi. Masalahnya bukan masalah yang perlu dipertimbangkan. Sekarang ini telah berlaku dan saya sekarang ini, yang kenaikan harga sekarang mendatangkan kesan kepada barangan lain. Cili kering, bawang merah, bawang putih.

Tinjauan di Tampoi dan Masai menunjukkan bahawa kenaikan 30 peratus dengan 40 peratus. Jadi, ini akan mendatangkan kesan yang hebat kepada negara. Tuan Yang di-Pertua, beras tempatan tidak ada di Johor.

Saya sudah pergi rata-rata tempat dan juga negeri-negeri yang lain. Di Kedah, saya sempat suruh kawan-kawan saya beli sekampit. Harga tiga minggu yang lepas RM23, sekarang RM35 Tuan Yang di-Pertua. Ini adalah beras tempatan, gula berkurangan dan pelbagai lagi. Masalah ini akan menimbulkan keluh kesah rakyat.

Saya hendak kerajaan bagi jawapan. Saya rasa jawapan yang dibagi oleh Yang Berhormat pada hari ini, Yang Berhormat boleh hentikan sekejap, bagi perhatian kepada kenaikan harga barang. Berhentikan segala peruntukan, pembangunan pun berhenti.

Fokus kepada kenaikan harga barang, harga beras Yang Berhormat. Rakyat menjerit di bawah sana, harga beras naik, harga barang naik.

Jadi pada pandangan saya, kerajaan kalau ada pun peruntukan, berhenti sekejap fokus kepada kenaikan harga beras. Turunkan harga beras.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau harga beras ini terus naik.

final • 10:00 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bagi Yang Berhormat Menteri jawab.

[Pembesar suara dimatikan] `

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Arau duduk, Yang Berhormat Arau duduk! Yang Berhormat Arau, apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Arau ini ada dalam pertimbangan pihak Dewan dan Yang di-Pertua tentang masalah ini. Apa yang saya dimaklumkan dan apa yang akan saya sampaikan di sini, apa yang diketahui setakat ini dalam pertimbangan Tuan Yang di-Pertua dan akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri dan tidak perlulah dipanjang-panjangkan. Kita mempunyai dua hari sahaja dan Menteri-menteri diberi ruang untuk menjawab perkara- perkara yang telah ditetapkan dan disoalkan oleh Ahli-ahli Dewan. Jadi, Yang Berhormat kemelut ini stop sekarang juga.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja. Parlimen tinggal dua hari, kalau Yang di-Pertua hendak mempertimbangkan berapa hari, bila yang saya boleh bentangkan?

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Masalahnya bukan menunggu kita Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Nanti tanya dengan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Arau buang masa, Yang Berhormat Arau buang masa tanya Yang Berhormat Menteri nanti.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Arau nanti tanya Yang Berhormat Menteri lah Yang Berhormat Arau.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat duduk, Yang Berhormat Hulu Langat, peraturan mesyuarat hendak bercakap, berdiri ya.

Saya banyak kali sudah melihat. Saya akan beri amaran pertama kepada Yang Berhormat Hulu Langat [Tepuk] dan rekod, akur kepada Peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, faham Yang Berhormat Hulu Langat?

final • 10:00 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Faham Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas teguran.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, duduk. Yang Berhormat Arau, saya telah nyatakan tadi, sila duduk. Perkara ini dalam pertimbangan Yang Berhormat Menteri dan saya percaya Menteri yang berkaitan dan bertanggungjawab atas perkara ini akan menjawab.

Ada 55 Ahli Dewan yang telah dicatat bertanya tentang apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau dan saya percaya Yang Berhormat Menteri prihatin perkara ini dan akan menjawab.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, saya hormati keputusan Yang di-Pertua. Usul 18(1), notis yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Arau perlu dijawab oleh Yang di-Pertua walaupun tolak dalam Kamar.

Dia mesti ada pemberitahuan kepada Yang Berhormat Arau, bahawa usul itu telah ditolak di dalam Kamar.

Itu sepatutnya respons yang dibuat oleh Yang Berhormat Yang di-Pertua tentang usul yang diangkat oleh Yang Berhormat Arau. Saya tahu kenyataan Yang Berhormat itu satu kenyataan yang rasional tetapi usul yang dikemukakan perlu dijawab ataupun sama ada jawapan itu ditolak ataupun dibenarkan di bahas di dalam Dewan. Jadi maknanya, Yang di-Pertua mempunyai tanggungjawab untuk mengemukakan jawapan terhadap usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Arau secara bertulis, Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Saya amat prihatin atas apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sekarang ini untuk rakyat Malaysia...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat jangan ragu. Duduk.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sedikit sahaja, 10 minit.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya tengah bercakap ini.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Untuk rakyat Malaysia sebab mereka bagi tahu saya. Saya balik Perlis baru-baru ini, di mana saya pergi.,,

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Arau duduk. Yang Berhormat Arau duduk.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Arau, benda Yang Berhormat Arau bercakap ini berulang-ulang, tahu? Saya sudah rekod sudah, kerana saya faham dan kita perlu melaksanakan peraturan mesyuarat.

Saya berbalik kepada Yang Berhormat Beluran. Apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Beluran tadi is a fact dan apa yang saya fahami, Yang Berhormat, kita punya Speaker akan naik juga. Apa yang saya baru terima ini, baru sahaja. Untuk makluman Dewan ya, usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) juga, isu bekalan beras negara yang kenaikan harga beras import ya, baru saya terima, Yang Berhormat Beluran ya. Apa yang dinyatakan di sini ialah Yang di-Pertua— ini apa yang telah dinyatakan dalam surat ini ya.

“Saya telah meneliti usul Yang Berhormat dan mendapati bahawa usul Yang Berhormat tidak terjumlah di bawah urusan Majlis Khas yang telah ditetapkan tersebut. Oleh sedemikian, di bawah Peraturan Mesyuarat 11(3), saya tidak dapat membenarkan usul Yang Berhormat dibawa ke Majlis Mesyuarat. Justeru, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 18(7)(c), saya menolak usul Yang Berhormat dalam Kamar.” Jelas. Dan saya percaya apa yang saya fahami, Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab dalam isu ini telah menerima 55 pertanyaan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini dan saya percaya Yang Berhormat Menteri, bila tiba gilirannya, akan menjawab dan masa itu Dewan terbuka untuk Ahli-ahli Yang Berhormat untuk bertanya soalan tambahan ya. Kita teruskan urusan aturan Mesyuarat.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan macam mi segera ini dan saya berharap masalah beras, Tuan Yang di- Pertua, bukan masalah seorang Menteri tetapi masalah negara. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat. Sebagai on record, apa yang saya catat di sini— Yang Berhormat Arau satu amaran, Yang Berhormat Hulu Langat satu amaran ya.

[Disampuk] Saya bagi amaran.

Ini saya nyatakan sini. Tinggal dua lagi, Yang Berhormat. Sama juga Yang Berhormat Arau.

final • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tidak bolehkah dimaafkan, Speaker? Speaker, sudah minta maaf tadi, Speaker.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya...

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya telah bagi amaran ini pada 12 September yang lalu. Dalam catatan.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kepada saya?

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya telah nyatakan.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, okey. Saya sekarang check.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya punya prinsip, tiap-tiap Yang Berhormat yang saya bagi amaran dalam sesi tersebut akan diikuti.

Selepas amaran ketiga, saya akan pertimbangkan perkara Peraturan Mesyuarat 44.

Duduk, Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Speaker kata amaran kepada saya?

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Duduk, Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kita teruskan dengan Aturan Urusan Mesyuarat. Apa yang berada dengan saya sekarang ini ialah senarai menteri-menteri akan menjawab ya. Menteri pertama yang akan menjawab atas soalan-soalan Yang Berhormat dalam tempoh beberapa hari yang lalu, kita persilakan

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) diberi masa 30 minit.

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.

Antara yang telah membahaskan ialah Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Serian.

Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Pasir Gudang.

Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Gua Musang, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Sungai Siput dan Yang Berhormat Jelutong.

Sebagai menteri pertama yang menggulung dari Jabatan Perdana Menteri, saya memohon untuk menjawab isu-isu berkaitan di bawah tanggungjawab Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri dan saya juga akan menjawab bagi pihak jabatan-jabatan dan agensi seperti berikut:

(i) Jabatan Peguam Negara;

(ii) Jabatan Audit Negara;

(iii) Jabatan Wilayah Persekutuan;

(iv) Biro Pengaduan Awam;

(v) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan;

(vi) Parlimen Malaysia;

(vii) Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC);

(viii) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); dan

(ix) Suruhanjaya Pilihan Raya.

Maknanya, sembilan ini, Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bertanggungjawab tetapi saya akan menjawab bagi pihak sahaja pada jawapan yang diberi oleh mereka kepada saya untuk dijawab di dalam Parlimen.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pelbagai isu telah dibangkitkan dalam perbahasan oleh Ahli-ahli Parlimen dari blok kerajaan dan blok pembangkang. Di antaranya adalah mengenai kawal selia pendanaan politik yang baik, pengurusan pengaduan awam dan perlindungan pemberi maklumat, tata kelola nasional yang baik dan usaha membanteras rasuah, usaha reformasi mengenai pengasingan Peguam Negara dan pendakwa raya, pencegahan jenayah kewangan, urusan pilihan raya, kesedaran dan persempadanan dan hal ehwal melibatkan pembangunan wilayah.

final • 10:13 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Parit Buntar dan Yang Berhormat Muar telah mencadangkan agar kerajaan menggubal akta pembiayaan politik serta-merta.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 September 2023 telah bersetuju agar skop dasar bagi Rang Undang-undang Sumbangan Politik dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi di Dewan Rakyat. Permohonan daripada saya untuk rujukan ini telah pun diangkat untuk pertimbangan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 13 September 2023.

Terdapat tujuh pertimbangan ketetapan dasar berkaitan Rang Undang-undang Sumbangan Politik iaitu:

(i) bagi mewujudkan undang-undang baharu bagi mengawal selia sumbangan politik;

(ii) peranan pengawalseliaan dilaksanakan oleh sebuah badan berkanun Persekutuan sebagai entiti yang bebas dan berkecuali;

(iii) bagi membolehkan pengawalan sumbangan politik dibuat sepanjang masa dan bukan terhad ketika pilihan raya sahaja;

(iv) bagi mengawal selia sumbangan politik yang diterima oleh parti politik, ahli parti politik, calon pilihan raya termasuk calon Bebas dan ejen pilihan raya;

(v) supaya sumbangan politik dalam apa jua bentuk daripada entiti luar negara tidak dibenarkan;

(vi) supaya terdapat penetapan berhubung jumlah sumbangan yang dibenarkan dan perlu diisytiharkan oleh parti atau ahli-ahli politik individu; dan

(vii) bagi sumbangan politik yang diterima oleh parti politik, ahli parti politik atau calon Bebas pilihan raya, sumbangan hendaklah dimasukkan ke dalam suatu akaun khas yang diwujudkan hanya untuk sumbangan politik.

Justeru, Kerajaan Madani kekal komited dalam memastikan pendanaan politik dikawal dengan parameter yang sesuai supaya ketelusan sumbangan politik dapat dipastikan demi kebaikan rakyat keseluruhannya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Selangor ingin mengetahui inisiatif kerajaan dalam menambah baik sistem pengurusan aduan awam dan memperkasakan perlindungan pemberi maklumat.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Biro Pengaduan Awam (BPA) telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menubuhkan Ombudsman Malaysia sebagai satu badan bebas yang akan menerima dan menguruskan aduan berkaitan dengan sistem penyampaian perkhidmatan awam Persekutuan berdasarkan Pelan Antirasuah Nasional

(NACP) 2019-2023. Sebanyak tiga sesi libat urus telah dilaksanakan pada tahun 2023 iaitu agensi perkhidmatan awam Persekutuan pada 8 Mei 2023, badan bukan kerajaan

(NGO) pada 8 Mei 2023 dan Ahli-ahli Parlimen pada 14 Jun 2023.

Hasil daripada ini yang dilaksanakan, didapati bahawa sebahagian besar daripada pihak-pihak yang terlibat tidak mempunyai sebarang halangan berhubung dengan hasrat penubuhan Ombudsman Malaysia secara prinsip. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti semula khususnya yang berkaitan dengan skop, fungsi dan peranan Ombudsman Malaysia yang mempunyai sedikit persamaan

(similarity), dengan izin, dan pertindihan (redundancy), dengan izin, dengan agensi pemantau lain seperti Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan.

Selain itu, dalam konteks perlindungan pemberi maklumat di Malaysia, Kerajaan Madani pada ketika ini sedang dalam proses untuk melaksanakan penambahbaikan dan pindaan kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] bagi memperkasakan akta tersebut dan merealisasikan visi Pelan Antirasuah Nasional (NACP) untuk mewujudkan negara bebas rasuah.

final • 10:13 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Kerajaan kini dalam proses akhir untuk mendapatkan keputusan dasar berhubung cadangan-cadangan pindaan yang telah diperoleh sebelum rang undang-undang berhubung dengan pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] dapat digubal oleh Jabatan Peguam Negara.

Kerajaan berhasrat dan menyasarkan untuk memuktamadkan dan membentangkan pindaan dan penambahbaikan Akta 711 selewat-lewatnya pada bulan November 2023. Melalui cadangan penambahbaikan dan pindaan ini, adalah diharapkan agar perlindungan kepada pemberi maklumat di bawah Akta 711 ini akan lebih komprehensif dan berkesan, sekali gus dapat membantu bagi menjayakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas rasuah dan salah laku.

final • 10:13 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Oleh yang demikian, Kerajaan Madani akan sedaya upaya mempercepatkan segala usaha yang berkaitan dengan pengurusan pengaduan awam dan perlindungan kepada pemberi maklumat.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Sikit Yang Berhormat Menteri kalau diizinkan.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terhadap perkara ini?

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, sikit sahaja.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terhadap perkara ini ya. Perlindungan maklumat.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ini kerana terlalu lama perkara ini diperbahaskan di Dewan yang mulia ini sejak beberapa penggal. Soal ombudsman dan juga aduan awam yang kita telah bangkitkan itu, realistically Menteri dengan izin, when can this– bilakah akan akhirnya, dapat kita akhirnya melaksanakan semua ini? Itu soalan saya.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor.

Saya kalau boleh semalam pun saya hendak buat ya.

[Ketawa]

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

[Tidak jelas] Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Itulah...

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Realistically. Secara realistik.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

...Akan tetapi, betul. Yang Berhormat, disebabkan pindaan undang-undang kita kena tunggu persidangan. Pada hari ini kita persidangan khas untuk Kajian Separuh Penggal. Kemudian, kita ada bajet pada sesi bulan depan. Jadi, apa sebenarnya ialah dasarnya perlu dibawa kepada Kabinet dan kemudian rang undang-undang itu yang akan diwujudkan.

Selepas itu, sesi libat urus telah diberikan. Harapan saya ialah kita boleh bawa sebolehnya pada tahun ini tetapi sekarang ini senarai undang-undang yang hendak dibawa. Akan tetapi, dalam pandangan saya secara umum tetapi belum konsensus daripada Menteri Kabinet.

Saya melihat pindaan-pindaan ini untuk tata kelola bebas rasuah ini perlu dibuatkan serentak adalah sebaiknya. Bukan sahaja Akta Pemberi Maklumat, Ombudsman Malaysia. Kalau ia dibuatkan secara satu persatu ke ad hoc, kemungkinannya gerakan ini akan tergendala dari segi pelancaran, mekanisme.

Sebenarnya, undang-undang itu satu perkara untuk pinda, mekanisme pelaksanaannya selalu memakan masa.

Jadi, harapan saya kalau boleh kita buatkan serentak supaya senang kita di dalam Dewan ini mahu melihat bahawa Kerajaan Madani memang terus komited dan melaksanakan janji yang dijanjikan kepada rakyat iaitu mahu melihat satu sistem yang

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

bukan sahaja melaksanakan zero toleransi kepada rasuah tetapi adanya proses memberi perlindungan kepada mereka yang memberikan maklumat. Bagi saya, itu adalah dengan izin, satu fair play Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, sangat yakin. Saya yakin dengan komitmen Yang Berhormat Menteri...

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Akan tetapi Yang Berhormat...

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

...Dan jangan dibuat lagi runcit-runcit, kita buat sekali gus secara integrated.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Akan tetapi Yang Berhormat, kalau selalunya hendak bubar-bubar kerajaan ini macam mana kami hendak buat pindaan pada undang- undang?

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Tanya kawan-kawan sebelah sana Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Ini yang masalah.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kawan-kawan sebelah sana kita tanya, insya-Allah.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sebab kita ini sebuah negara yang bertamadun.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kena ada komitmen, political stability.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kita boleh buat, kita boleh buat.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Saya setuju Yang Berhormat Menteri, sangat-sangat bersetuju.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Selepas tukar kita boleh buat.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Undang-undang kena ikut prosedur.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Tanya kawan-kawan sebelah sana.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Kalau setiap kali buat gerakan hendak bubar kerajaan...

final • 10:20 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Kita buat, kita buat. Kita boleh buat.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Izinkan saya sambung?

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Larut membangkitkan peranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mengarahkan siasatan oleh SPRM dan agensi penguat kuasa ke atas pemimpin yang curi harta.

Jawapan daripada SPRM Tuan Yang di-Pertua ialah untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, SPRM meneliti setiap perkara atau maklumat yang diterima daripada semua orang termasuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, mahupun Ketua-ketua Pembangkang, mahupun Ahli-ahli Parlimen. Malahan Tuan Yang di-Pertua pun buat laporan kepada SPRM pun, SPRM tidak boleh tolak kepada laporan yang dilaporkan.

Oleh itu, saya sendiri percaya bahawa dan juga jawapan daripada SPRM adalah bahawa SPRM akan bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang sekiranya terdapat asas kesalahan-kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Oleh yang demikian, tidak timbul isu mengenai siapa yang mengeluarkan arahan tertentu kepada SPRM atas sebagai badan yang bebas kerana SPRM boleh melakukan siasatan terhadap mana-mana individu berdasarkan lunas undang-undang.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, selain daripada SPRM, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah meminta agensi lain termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia mengambil apa-apa langkah mengikut jalur perundangan dalam menyiasat mana-mana pihak yang bertanggungjawab atas kerugian ditanggung negara akibat rasuah. Ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Madani dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri tekad dan komited dalam menyelamatkan Malaysia daripada gejala rasuah.

Yang Berhormat Masjid Tanah dan Yang Berhormat Permatang Pauh membangkitkan mengenai usaha kerajaan dalam memperbaiki kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dan ingin mengetahui adakah terdapat rancangan daripada kerajaan terhadap meningkatkan hukuman yang dikenakan dalam Undang- undang Jenayah Rasuah?

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Malaysia boleh mencapai kedudukan CPI yang lebih baik jika semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi melaksanakan perkongsian tanggungjawab iaitu shared responsibility untuk memerangi perbuatan rasuah. Kerajaan menyasarkan matlamat untuk meletakkan Malaysia di tangga ke-25 teratas dunia dalam CPI. Usaha bagi meningkatkan CPI setiap tahun tetap diambil serius termasuk kerajaan bersetuju untuk meneruskan kesinambungan NACP 2019-2023 dengan satu strategi baharu di peringkat nasional yang dikenali sebagai Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategy) dengan izin.

Buat masa ini, kerajaan akan terus menguatkuasakan Undang-undang Pencegahan Jenayah Rasuah berdasarkan Akta 694 yang antara lain memperuntukkan hukuman berat bagi kesalahan berkenaan. Terdapat empat kesalahan utama berkaitan rasuah dinyatakan dalam Akta 694 iaitu kesalahan-kesalahan tersebut adalah:

(i) meminta atau menerima rasuah seksyen 16(a) dan seksyen 17(a);

(ii) menawar atau memberi rasuah, seksyen 17(b);

(iii) mengemukakan tuntutan palsu, seksyen 18; dan

(iv) salah guna kuasa atau kedudukan oleh pegawai awam, seksyen 23.

Bagi kesalahan menerima rasuah di bawah seksyen 17(a) dan kesalahan menawar dan memberi rasuah di bawah seksyen 17(b) Akta 694, hukuman yang diperuntukkan adalah penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan jika suapan yang dinilai atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Yang Berhormat Rantau Panjang ingin mengetahui usaha kerajaan dalam membanteras gejala rasuah. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sesungguhnya Kerajaan Madani hari ini tekad dan komited dalam memerangi jenayah rasuah. SPRM sebagai agensi pencegahan rasuah melaksanakan penguatkuasaan yang berterusan di mana tumpuan SPRM adalah terhadap kes-kes rasuah membabitkan dana awam, perolehan kerajaan serta bantuan-bantuan khas kerajaan. SPRM begitu aktif menangani rasuah di tiga sektor penting iaitu perolehan, penguatkuasaan dan grant corruption. Antara usaha-usaha kerajaan untuk mengekang rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan adalah pertama, Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional yang saya sebut tadi. Kerajaan bersetuju untuk meneruskan kesinambungan NACP dengan satu strategi baharu di peringkat nasional.

Kedua, memperkenalkan modul Kursus Integriti dan Anti Rasuah, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (KIAR TVET) dengan izin. Sejajar dengan inisiatif 2.4.12 dengan izin, Pelan Antirasuah Nasional iaitu mendekati golongan belia yang berada di luar sistem pendidikan formal melalui kelab, persatuan dan organisasi belia untuk menerapkan nilai integriti tadbir urus serta anti rasuah.

SPRM telah mewujudkan modul Kursus Integriti dan Anti Rasuah, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional untuk memberikan penekanan elemen anti rasuah dalam

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

sistem akademik ataupun pendidikan bagi menyebar luas mesej anti rasuah dalam kalangan belia Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.

Ketiga, penubuhan Unit Integriti di agensi awam dan Unit Integriti dan Governans di syarikat berkepentingan kerajaan. UI telah menjadi nadi utama sebagai penggerak atau pelaksanaan tier pertama dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif NACP...

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

...Serta memainkan peranan dalam membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi...

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

...Dalam agensi masing-masing dengan tujuan merekayasa perkhidmatan awam ke arah tadbir urus yang baik. Dalam usaha memantapkan penginstitusian integriti dalam sektor swasta...

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, ada yang berdiri.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sekejap, saya habis ini ya. Kerajaan telah mengarahkan penubuhan IGU dalam syarikat berkepentingan kerajaan. Peranan utama IGU adalah memantapkan tadbir urus SBK dengan memperkuatkan sistem kawalan dalaman dan menginstitusikan serta membudayakan integriti dan menolak segala bentuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Empat terma rujukan IGU ialah:

(i) governans;

(ii) pengukuhan integriti;

(iii) pengesahan; dan

(iv) pengesahan pengurusan aduan.

Silakan Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Saya hargai usaha kerajaan untuk menangani rasuah tetapi kerajaan tidak boleh dilihat melakukan selective prosecution

(pendakwaan terpilih). Umpamanya dikatakan perlanggaran terhadap 3R, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah dituduh, diangkat dan didakwa atas kenyataan yang melanggar 3R. Akan tetapi beberapa orang Ahli Parlimen sebelah sana, Yang Berhormat Bagan juga bercakap yang bercanggah, melanggar dengan konteks 3R. Yang Berhormat Hannah Yeoh mana?

final • 10:30 AM

Seorang Ahli

Segambut.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat Segambut juga bercakap melanggar dalam konteks perlanggaran terhadap konsep 3R.

Di kalangan kami di sini didakwa atas kononnya melakukan rasuah tetapi ada penyiasatan Menteri Sumber Manusia umpamanya di-silenced-kan sehingga sekarang.

[Tepuk] So, elemen ini juga penting dalam menentukan kerajaan melakukan tugasnya dan hasrat untuk mensifarkan rasuah dalam negara kita.

Jadi, selective prosecution (pendakwaan terpilih) yang seolah-olah undang- undang ketika ini hanya ditumpukan kepada kami yang sebelah sini. Di sana itu walaupun ada kes tetapi di-silenced-kan. Itu penting. Kebal dan tidak ada orang kebal dalam aspek undang-undang sama ada perlanggaran 3R, rasuah dan sebagainya. Itu elemen yang penting yang harus dijadikan sebagai pegangan prinsip kerajaan.

Oleh sebab itu bila kita katakan Yang Amat Berhormat mengarahkan SPRM – dia ada kuasa mengarahkan SPRM – ada pengasingan kuasa antara agensi kerajaan dengan pentadbiran. Fine, tetapi kita tidak mahu dilihat, kita tidak ingin melihat bahawa adanya pendakwaan terpilih yang dilakukan oleh kerajaan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Saya jawab tentang rasuah. Soalan Yang Berhormat Beluran tentang selective prosecution. Macam mana saya nak jawab ini ya? Macam inilah saya rasa. Saya boleh ajak dia minum kopi, kita boleh berbahas dan berbincang sebab ini elemen jurisprudence, satu.

Kedua, saya boleh jawab mengatakan tiada sesiapa yang dituduh dalam mana- mana mahkamah. Tak kisah kes apa pun boleh mengatakan dia bersalah ataupun mengaku dia bersalah. Itu sebabnya kita dalam negara kita dan negara banyak di luar sana, ia mempunyai sistem due process, natural justice, hak untuk membela diri. Kadang- kadang orang kena pecat pun ada hak untuk membela diri. Jadi kadang-kadang bila kita didakwa, kita kadang-kadang rasa tidak bersalah.

Itu sebabnya apa yang disebutkan apa yang saya baca tadi Yang Berhormat Beluran, biar saya sebutkan tentang elemen rasuah ini, saya sebut awal tadi, saya nyatakan bila berkenaan dengan pegawai awam, government servant, perkhidmatan awam dan kemudian tentang dana awam, threshold ia tinggi. Akan tetapi bila kita nak tengok tentang GLC dan sebagainya, kita tengok pun asalkan awam itu terlibat. Akan tetapi sekarang ini bila nak cakap tentang rasuah, semua elemen boleh didefinisikan sebagai rasuah.

Akan tetapi sekarang ini yang penting yang disebutkan oleh Yang Berhormat ialah tentang selective prosecution. Nak menuduh selective prosecution kena ada proses, bukti menuduhkan orang itu selective prosecution. Macam mana kita nak tuduh? There must be a process, dengan izin.

Masalah kita hari ini yang sekejap lagi saya nak sebut tentang kenapa Kabinet bersetuju tentang elemen daripada segi untuk separation ya. Saya akan terangkan sekejap lagi daripada segi akademik dahulu. Tidak puas hati itu memang ada di mana- mana tetapi proses nak membawa tidak puas hati itu di mana-mana. Macam mana nak bawa? Ini sebabnya bila kita bercakap tentang elemen rasuah yang begitu subjektif, pada kita, kita tidak rasuah.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

[Bangun]

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Saya kadang-kadang rasa sebagai Ahli Parlimen yang dah lima penggal ya, elemen tentang kita nak memberi bantuan. Kadang-kadang...

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

[Bangun]

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Orang boleh tuduh, oh! beri bantuan kena rasuah, ini tak beri rasuah. Itu adalah elemen rasuah. Akan tetapi daripada segi memberi...

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Dengan izin, saya nak terangkan kepada Dewan. Saya bercakap dengan Speaker, sekejap ya.

Jadi, bila kita bercakap tentang apa yang disebutkan sebagai bantuan, Ahli Parlimen memberikan bantuan, bantuan yang diberikan oleh kerajaan sebagai penyokong kepada kerajaan, apakah definisi rasuah yang– adakah kerana mendapat undi? Itu sebabnya masa pilihan raya, kita tak boleh berikan tawaran. Itu yang SPR berikan guideline. Jadi tentang selective prosecution, saya percaya pandangan saya – ini belum lagi pandangan Kabinet lah, bahawa perlu ada proses. Kalau kita tuduh kerajaan selective prosecution, agensi selective prosecution, AG selective prosecution, kita kena ada proses untuk membawa tuduhan tersebut. Saya rasa itu lebih adil. Kalau tidak, hakim jatuh hukuman pun kita tak puas hati. Ini sebenarnya jawapan secara general.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Okey.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Saya menjawab daripada segi SPRM tadi.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Silakan Yang Berhormat Larut. Saya ada lapan minit.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat berikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak menambah sedikit tentang apa yang rakan-rakan saya maklumkan kepada Yang Berhormat. Saya nak beri contoh. Yang Berhormat Pagoh sebagai contoh. Ini yang kita kata political prosecution kerana dari awal lagi kita dah tahu dah ini tak ada kes langsung. Mengapa beliau dituduh? Semata-mata kita nampak, seolah-olah ia adalah untuk optics politik.

[Tepuk] Oleh sebab itu bila kita lawan dan kita bawa ke mahkamah, terbukti bahawa mahkamah bersetuju dengan apa pendapat kita bahawa ini adalah merupakan sesuatu yang sepatutnya tidak langsung dibawa ke mahkamah. Ini adalah satu penganiayaan. Ini yang kita nampak seolah-olah kerajaan hari ini buat sesuatu tentang semberono sahaja.

Jadi banyak perkara seperti ini yang menyebabkan kita merasakan seolah-olah kerajaan ini tidak detail ketika menjalankan tugas.

Kita pun ada juga di kalangan pegawai-pegawai kerajaan yang bercerita dengan kita dengan tidak senang hati tentang apa yang berlaku. Ini yang susah. Jangan ingat bahawa segala semua pegawai yang ada itu boleh ikut dengar sahaja arahan. Ada juga yang tidak bersetuju dengan sebab-sebab yang tertentu. Maka sebab itu kita minta dan memohon kepada kerajaan untuk berhati-hati dalam sikap nak menuduh sesiapa.

Hari ini sama juga apabila Yang Amat Berhormat Tambun menjawab di Singapura.

Mengatakan bahawa apa yang berlaku hari ini adalah sesuatu yang telah dibincangkan bersama dengan AG.

[Tepuk] Apakah perbincangan untuk membebaskan seseorang itu mesti dibincangkan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Tidak apalah. Nak bincang, bincang.

Akan tetapi cerita kita adalah jawapan yang diberikan seolah-olah, “Oh! Kerana masa tuduhan awal tersebut dulu dah salah”. Kalau tuduhan awal dahulu salah, apakah benar ada surat yang mengatakan ada kesalahan? Kalau ada dan dibawa ke mahkamah, akhirnya, mahkamah yang buat keputusan ada *prima facie.

[Tepuk]* Apa yang masalah ini? Oleh sebab itu kita persoalkan ini semua kerana kita merasakan ada perkara-perkara yang tak kena dengan tata kelola yang disebutkan selama ini.

Maka sebab itu perjuangan kita di sini adalah untuk menentukan, berikan keadilan. Jangan zalim kepada sesiapa pun dalam Malaysia ini!

[Tepuk] Itu yang kita mahukan.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, saya ada lima minit.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah terus?

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Biar saya jawab Yang Berhormat Larut dahulu sebab Yang Berhormat Larut begitu emosi. Tak apa Yang Berhormat. Abang saya itu, ya.

Yang Berhormat, macam inilah. Dalam Perlembagaan, Yang Berhormat tahu tak perkataan “budi bicara” itu dipakai hanya kepada Yang di-Pertuan Agong sahaja. Perkara 38, 40, 139, 141A, 143. Satu lagi manusia, “ihsan” namanya, ialah Peguam Negara di bawah 145. Maknanya Yang di-Pertuan Agong, budi bicara. Perlembagaan ini.

Perlindungan di bawah Perlembagaan. Kemudian, satu sahaja, seorang individu iaitu Peguam Negara. Maknanya, budi bicara tidak boleh dipersoalkan.

Kenapa daripada segi sejarah sistem kita, Westminster system, kerana pada masa yang sama...

final • 10:30 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Peguam Negara juga yang menjadi kata orang penentu kepada keamanan dan keselamatan negara. Jadi dia ada kuasa.

Jadi nak jawab soalan Yang Berhormat Larut berkata, hakim mengatakan tidak bersalah. Itu kata hakim, tidak ada masalah. Yang Berhormat pun pernah jadi Menteri Dalam Negeri, banyak kes. SOSMA, macam-macam kes. Keselamatan sebagai contoh.

Pukul 10.00 pagi dia didapati tidak bersalah, 10.01 pagi kena tangkap balik, kena tuduh

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

balik. Selepas itu, dibebaskan di peringkat Mahkamah Rayuan pun, boleh ditangkap, dituduh.

Bererti Tuan Yang di-Pertua, tuduhan yang diberikan dan kuasa di bawah Perlembagaan pada Peguam Negara, sesiapa pun dia boleh charge, termasuk kuasa dia, dia boleh charge Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Tuan Yang di-Pertua sendiri, pembangkang, semua dia boleh charge. Itu kuasa dia.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Oleh sebab itu saya sebut tadi dalam Perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong ada beberapa kuasa ditulis, termaktub. Satu sahaja individu yang diberikan kuasa iaitu Peguam Negara. Tiada langsung ya, adanya dalam—

final • 10:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sekejap. Sekejap. Biarlah saya jawab. Yang Berhormat, dalam Parlimen perlu ada budaya. Tanya soalan, saya jawab. Relaks lah.

Saya tahu Yang Berhormat hendak menunjukkan kebenaran tetapi kalau tidak berpuas hati, buatlah PC di luar. Saya hendak sebut satu sahaja, cakap apa pun ia tidak berpuas hati. Relaks lah. Berilah saya peluang untuk menjawab.

final • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tuan Yang di- Pertua, ini floor saya kan? Eh, saya ini— Sekejap, sekejap, sekejap.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, ini floor Menteri untuk menjawab. Ahli-ahli Yang Berhormat lain itu, kalau hendak bercakap pun, sila berdiri ya, macam Yang Berhormat Muar itu. Silakan.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, boleh tidak ingatkan Ahli- ahli, sabar itu separuh daripada iman. Jadi, sabar sahajalah.

final • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Sudah lama bersabar.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sabar.

[Ketawa] Sekejap, sekejap. Saya hendak menjawab Yang Berhormat Larut. Itu abang yang pertama. Abang yang kedua, saya jawab sekejap sahaja lagi.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Okey. Oh, ada abang pertama, abang kedua.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Jadi, di dalam Perlembagaan itu. Ertinya di sini, setiap Peguam Negara ada kuasa untuk mendakwa dan juga ada kuasa untuk melepaskan. Oleh sebab sebenarnya dalam sistem kita, saya sudah berkali-kali semasa saya menjadi opposition bench. Semasa COVID-19 ya. Yang Berhormat Larut dan kawan- kawan, kerajaan, tutup Parlimen selama enam bulan. Saya tulis— ingat tidak? Ia tutup Parlimen selama enam bulan sebab—

final • 10:40 AM

Seorang Ahli

Darurat.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Darurat? Okey. Saya tulis surat kepada Peguam Negara, saya kata mengapa tutup? Peguam Negara pun tidak menjawab surat saya. Saya tahu ia akan kata ini budi bicara saya untuk memberikan nasihat kepada kerajaan. Itu hak dia. Jadi, di sini pertama sekali, walaupun hakim membebaskan, tidak semestinya tidak boleh dituduh. Pertama.

Kedua, saya hendak terangkan di sini, mana-mana orang yang dilepaskan dalam apa kes sekalipun. Kes jenayah. DNA, DANA ke, DNAA ke, acquittal and discharge (AND) ke, semua boleh. Tuan Yang di-Pertua pula bekas bos polis, pun tahu prosedur undang- undang dalam negara kita. Jadi, kalau kita hendak sebut adanya elemen selective prosecution, berbagai Peguam Negara sebelum Peguam Negara pada tarikh mana-mana pemimpin politik. Boleh kita mengatakan ini— Ini sebenarnya. Contohnya, saya kata bekas Peguam Negara - Tan Sri Tommy Thomas, banyak kes telah dilepaskan. Itu hak budi bicara.

Kemudian, kita tengok mantan Peguam Negara - Tan Sri Idrus pun, ia boleh buat apa yang ia boleh buat dalam pelbagai kes. Ia ada kes jenayah, kes jenayah kewangan.

Macam-macam. Itu kuasa ia.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Okey. Okey. Boleh, abang kedua?

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Jadi, semua faham itulah.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Boleh, abang kedua?

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Saya hendak terangkan di sini, itu sebabnya—

final • 10:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Beri abang kedua.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sekejap. Sekejap. Itu sebabnya Kerajaan Madani pada hari ini komited untuk memisahkan Peguam Negara daripada kuasa pendakwaan.

[Tepuk] Kita telah bersetuju daripada segi prinsip, itu satu. Keduanya, Jawatankuasa Hak Asasi akan bersama dalam empirical studies. Okey.

Ketiga, saya hendak cakap satu sahaja ya, kawan-kawan. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, mengapa sewaktu Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai kerajaan, tidak mahu pisahkan AG? Mengapa tidak pisahkan?

[Tepuk] Apabila Yang Berhormat kena, “Oh, selective prosecution”. Apabila di sebelah sini kena, “Padan muka”. Apahal?

final • 10:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dalam proses.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Itu sebabnya dalam isu ini...

final • 10:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tidak sempat buat, jatuh.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

...kami di sini, kami cakap, kami buat. Ahli-ahli Yang Berhormat di sana, bukan sahaja tidak buat, cakap pun tidak. Berkuasa selama empat tahun.

final • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Kami tunggu. Saya duduk di situ, saya tegur. Saya duduk backbencher. Jadi, macam mana ini? Jangan hendak cakap tentang selective prosecution sebab Kerajaan Madani ini komited kepada tata kelola yang lebih adil.

[Tepuk] Itu sebab kami ini #We walk the talk. Mereka #They don’t walk and they don’t talk. Silakan Yang Berhormat.

[Tepuk]

final • 10:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar Yang Berhormat. Sebentar. Sebentar, sebentar ya. Sebentar.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ia Yang Berhormat....

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat. Tempoh Yang Berhormat Menteri untuk menjawab 30 minit telah habis. Akan tetapi saya guna budi bicara.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Okey.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya— Dengar, dengar. Kalau tidak, jadi pasar borong. Saya guna budi bicara. Saya menambahkan 10 minit dengan bersyarat, Menteri boleh memilih untuk menjawab mana-mana soalan yang telah diajukan secara bertulis atau dalam tempoh 10 minit itu, bila-bila masa beliau boleh hentikan. Okey?

final • 10:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Okey.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin’Dato' Mohd Nor

Bermula daripada sekarang.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana saya diberikan laluan. Okey, soalan abang kedua ya. Very specific. Dalam salah satu daripada 11 alasan mengapa Yang Berhormat Bagan Datuk perlu dilepaskan, yang dikemukakan oleh AG. Alasan nombor sembilan berbunyi, saya bacakan, “Dakwaan dalam representasi Dato’ Seri Zahid bahawa ada pendakwaan terpilih (selective prosecution) daripada rejim kerajaan sebelum ini. Jadi, penting untuk pihak pendakwa raya dan SPRM melihat dan turut menyiasat”.

Soalan saya, adakah ini merupakan satu isyarat baru daripada Kerajaan Madani, kalau sekiranya ada representasi mengatakan seseorang itu dituduh secara pendakwaan

final • 10:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

terpilih, kes itu akan dihentikan dan ia akan diminta DNAA dan sebagainya untuk dikaji dan disiasat semula? Keduanya, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, jelas soalan kedua. Adakah Yang Amat Berhormat Tambun akan hadir ke Parlimen untuk memberikan penjelasan mengenai isu DNAA sepertimana kenyataan beliau pada hari Jumaat baru-baru ini? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri, boleh berikan laluan?

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih abang keduaku. Okey. Macam inilah saya hendak jawab ya. Sebenarnya alasan yang disebut oleh Jabatan Peguam Negara ataupun Peguam Negara ialah keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara pada 4 hari bulan. Itu adalah hari ini mantan Peguam Negara. Sebenarnya saya hendak sebut di sini Tuan Yang di-Pertua, saya memang tidak boleh jawab justifikasi Peguam Negara sebab saya sebut dalam Perlembagaan. Tiada apa-apa dalam Perlembagaan ini yang saya sebutkan tadi, dalam 145 ini, “Menyatakan bahawa kuasa budi bicara Peguam Negara dan Peguam Negara harus melaporkan kepada Menteri Kabinet ataupun Perdana Menteri”. Tiada langsung. Jadi, saya tidak boleh jawab bagi pihak ia.

Oleh sebab budi bicara yang saya sebutkan tadi itu, saya pegang pada pangkal ayat ia “Budi bicara ialah”— Budi bicara ini, budi bicara yang diberikan oleh Perlembagaan, di mana ia boleh mendakwa dan menarik pendakwaan. Itu hak ia dalam Perlembagaan. Sampailah hari kita di Parlimen ini bersetuju untuk membuat pindaan kepada Perlembagaan. Hendak menentukan apakah sebenarnya bearing yang boleh.

Ada sebut moratorium, ada sebut kes politik boleh. Ia kata kes— Saya tidak tahu.

Itu sebab Jawatankuasa Hak yang mana Yang Berhormat sahabat-sahabat saya sebelah sana menjadi Ahli. Kita meletakkan dalam dua task force iaitu empirical studies dan daripada segi task regulation untuk menilai semula. Saya hendak terangkan sedikit sebelum saya menjawab soalan abang kedua saya ialah dia pun pernah menjadi Menteri Undang-undang ya. Ia pun tahulah. Saya percaya Yang Berhormat Kota Bharu lebih pakar daripada saya tetapi mungkin kerana dia abang, dia lupa ataupun dia buat-buat lupa. Akan tetapi tiada masalah.

final • 10:40 AM

Seorang Ahli

Jawab dulu. Jawab, jawab, jawab.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Saya boleh terangkan. Ye lah.

final • 10:40 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Dengan izin.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sekejap, sekejap. Belum habis lagi. I’m taking you out for coffeelah. Kesian adik saya. Sekejap ya. Tunggu ya, adik.

final • 10:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Adik-adik menunggu.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Macam ini Yang Berhormat, apabila kita hendak buat perkara bacaan kepada yang disebut empirical studies ini, saya sebenarnya menyebut satu tahun tetapi Jabatan Peguam Negara beritahu saya ia hendak one plus one, dua tahun. Alasan ialah macam yang berlaku dalam Parliamentary Services Act.

Pegawai-pegawai Parlimen semuanya tidak mahu closed service. Maknanya, ia tidak mahu closed service, ia hendak open service. Ia boleh berpindah ke agensi kerajaan lain. Mereka di belakang saya ini, yang ramai muka garang-garang ini. Ia judicial legal service. Ia tidak mahu hanya menjadi pakar pendakwa. Ia hendak ada perasaan dan pengalaman menjadi hakim. Sessions Court Judge, Magistrate Court Judge dan paling penting, menjadi penasihat kepada kerajaan negeri.

Oleh sebab pengalaman ini akan memberikan mereka satu karier yang begitu hebat. Jadi, saya pun merasa Kerajaan Madani ini kerajaan mahu berlaku adil. Kita tidak akan paksa. Kita akan dengar rintihan mereka. Saya hendak berikan jawapan kedua saya.

Format di United Kingdom. United Kingdom, ia punya Peguam Negara bukan orang politik.

Ia ada undang-undang khas. Oleh sebab ia hendak tentukan bahawa Peguam Negara itu dalam melaksanakan kuasa dakwaan itu, ia kuasa dakwaan yang terkawal. Walaupun ia ada budi bicara tetapi budi bicaranya ialah budi bicara yang terkawal.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Kemudian, kita ada juga sistem yang disebutkan yang berlaku di Australia.

Australia punya Peguam Negara itu, ia boleh menjadi juga front bench. Menteri Kabinet.

Inilah sebenarnya yang berlaku semasa kalau kita ingat—

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Saya sudah sebut banyak kali. Kita pernah ada Menteri UMNO; Arwah Tan Sri Hamzah, Arwah Tan Sri Abdul Kadir. Dua Menteri Kabinet daripada front bench daripada UMNO. Kalau lah kata hari ini yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuat keputusan bahawa kami ini, salah satu daripada kami ini –mungkin saya lah, jadi Peguam Negara. Kuasa yang ada dengan saya, saya bukan sahaja menasihati kerajaan tetapi menentukan pendakwaan, bukan pendakwaan.

Jadi, apabila Yang Berhormat belah sana kata ini adalah niat selective prosecution, berkemungkinan ada sebab orang politik, kemungkinan. Akan tetapi kerana hari ini apa yang ditadbirkan pada dalam kerajaan kita pada hari ini, kita ini yang pegang jawatan front bench kerajaan atau pun Ahli-ahli Yang Berhormat belah sana tidak menjadi Peguam Negara kerana kuasa yang ada itu begitu besar.

Itu sebabnya yang daripada dulu saya bercakap, pemisahan itu wajib dan wajar.

Akan tetapi pada hari ini, Kerajaan Madani bercakap tentang pemisahan kuasa itu wajar tetapi perlu diadakan satu kajian. Sama ada pindaan itu wajib, perlu di bahas di dalam Parlimen kerana Parlimen lah yang akan menentukan di bawah Perlembagaan untuk menggubal undang-undang itu atau pun memberi tafsiran yang baharu atau pun membuat pindaan. Ini kerana yang menentukan penentu pada halal tuju sistem keadilan dalam negara kita ialah kita-kita di dalam sebagai Ahli Parlimen.

Itu sebabnya di sini. pindaan Perlembagaan ialah 148. Kalau kita ini 148 sudah hendak lepas, ini reformasi institusi. Semua saya hendak buat. Tiba-tiba 148 turun 147.

Macam mana saya hendak dapat? Esok lusa ada yang diajak bercinta lagi 7,8,9,10.

Macam mana hendak buat reformasi institusi kalau Parlimen tidak stabil kerana kerajaan tidak dapat membuat pindaan pada Perlembagaan?

Saya tidak tahu mungkin sahabat saya belah sana, abang saya nombor satu, abang saya nombor dua akan memberikan komitmen. Kami akan memberikan persetujuan kepada semua pindaan Perlembagaan. Itu dia kata kemungkinan tetapi saya tidak tahu mungkin ke tidak tetapi untuk berlaku adil perlu kita membuat kajian.

Ketiga, Yang Berhormat tanya saya adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menjawab. Tuan punya badan ada di sini. Saya bukan Perdana Menteri. Dia buat good itu dia jawab lah.

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Esok. Insya-Allah 2.30 ke 3.30. Jadi, soalan- soalan tu mungkin Yang Berhormat boleh tanya tetapi komitmen daripada kita kerajaan hari ini, kita akan menentu bahawa kita perlu berlaku adil, supaya study ini kita akan buat dan saya percaya bahawa di dalam Jawatankuasa kita ini.

Kita ada Timbalan saya, Tuan Ramkarpal Singh, Yang Berhormat Tuan William Leong dari Selayang, Yang Berhormat Tuan Sanisvara Nethaji Rayer daripada Ahli Parlimen Jelutong, Yang Berhormat Datuk Wira Mas Ermieyati daripada Ahli Parlimen Masjid Tanah, kemudian kita sudah ada bersama kita Yang Berhormat Datuk Datuk Che Mohamad Zulkifly, Ahli Parlimen Besut dan juga wakil-wakil dari Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP), Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita berjaya membuat pindaan kepada Parliamentary Services Act, kita juga memerlukan dua per tiga undi daripada Parlimen...

final • 10:50 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Dengan izin.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Akan tetapi implementasinya Tuan Yang di- Pertua akan memakan masa antara dua hingga tiga tahun. Bererti semua undang-undang pindaan kepada institusi kerajaan pada tahap yang tinggi...

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

Sila gulung.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Jadi, kejap ya. Saya akan cuba sedaya baik memberi jawaban secara bertulis. Akan tetapi saya hendak terang di sini seperti yang saya kata kami ini kerajaan, hashtag kami ‘we walk the talk’. Kita bukan hashtag, ‘we do not talk and we do not walk’.

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Dengan itu saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Dengan izin, ada sedikit seminit lagi. Seminit lagi, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Ketawa] Seminit lagi Yang Berhormat Menteri. Masa ada lagi...

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, tempoh untuk Menteri menjawab saya telah extend pun, 10 minit dan sebagaimana yang saya nyatakan tadi, Menteri akan menjawab secara bertulis kepada apa-apa perkara yang telah dinyatakan dan kita teruskan aturan Majlis. Bagi Yang Berhormat-Yang Berhormat yang tidak dapat bertanya tadi, tunggu giliran. Insya-Allah. Silakan.

final • 10:50 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini, Isnin 18 September 2023, tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai semua kementerian di nombor 1 hingga 14 dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri menjawab ke atas perbahasan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 dan selepas itu Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa 19 September 2023”.

final • 10:55 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada yang menyokong?

final • 10:55 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Saya menyokong.

final • 10:55 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul sebagaimana yang dinyatakan tadi hendaklah dipersetujukan.

final • 10:55 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Menteri daripada Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

final • 10:55 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memulakan Ucapan Penggulungan Perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 ini dengan mengajak seluruh Ahli Yang Berhormat bersama-bersama merenung firman Allah S.W.T dalam Surah al-Hadid ayat yang ke-25.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Demi sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan bersama-bersama mereka kitab suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan Kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. Dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulnya padahal balasan baiknya tidak kelihatan. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Berkuasa.” Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah Hal Ehwal Agama sepanjang tempoh perbahasan KSP RMKe-12 pada kali ini.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 13 Ahli Yang Berhormat telah membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan hal ehwal agama termasuk Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Setiu dan Yang Berhormat Labuan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menggulung perbahasan kali ini, izinkan saya menjawab isu-isu berkaitan hal ehwal agama yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat secara rangkuman mengikut lima isu seperti yang berikut:

(i) isu pembangunan wakaf;

(ii) pembangunan industri halal;

(iii) pembangunan institusi tahfiz dan KAFA;

(iv) pentadbiran institusi masjid; dan

(v) kemuliaan maqasid syariah dan undang-undang syariah.

Pertama iaitu isu pembangunan wakaf. Yang Berhormat Alor Setar ingin tahu apakah perancangan pihak kerajaan untuk menyelesaikan halangan-halangan ini untuk merealisasikan idea pelaksanaan wakaf termasuk bidang kuasa dan pengurusan wakaf.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, wakaf adalah termasuk dalam senarai bidang kuasa negeri mengikut Butiran 1 Senarai 2 Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

Penubuhan JAWHAR di peringkat persekutuan pula adalah bagi menyelaras pentadbiran harta wakaf, zakat dan urusan haji agar lebih tersusun dan sistematik di samping membantu Majlis-majlis Agama Islam Negeri (MAIN) memajukan harta umat Islam sebagai sumber kekuatan ummah pada masa hadapan.

final • 10:56 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Perbezaan bidang kuasa antara JAWHAR dan Yayasan Waqaf Malaysia di pihak Persekutuan dengan MAIN tidak menghalang untuk pihak-pihak berkenaan menjalinkan kerjasama yang erat dalam membangun dan memperhebatkan aktiviti wakaf di negara ini.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti mesyuarat berkala, siri-siri bengkel dan

final • 11:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

program turun padang antara JAWHAR dan MAIN telah berjaya merapatkan jurang perbezaan yang ada.

Malah, JAWHAR selaku penyelaras di peringkat Persekutuan turut menjalinkan kerjasama dengan kementerian, agensi pusat seperti Pusat Geospatial Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam dan banyak lagi bagi membantu menyelesaikan isu-isu yang timbul berkaitan wakaf di peringkat Majlis Agama Islam Negeri.

Di peringkat Yayasan Waqaf Malaysia pula, kerjasama antara Yayasan Waqaf Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri telah meningkatkan kutipan wakaf dalam bentuk tunai yang diagihkan semula dalam bentuk aset wakaf alih dan tidak alih untuk manfaat masyarakat. JAWHAR, MAIN bersama-sama Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian

(JKPTG) Persekutuan dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri sedia maklum dan sedar berhubung perbezaan punca kuasa undang-undang tanah dan undang-undang enakmen pentadbiran agama Islam negeri-negeri.

Menerusi bengkel Pemantapan Pengurusan Wakaf yang telah diadakan di Johor Bahru pada bulan Julai 2023 yang lalu, pihak-pihak yang berkenaan telah bersetuju untuk sama-sama meneliti aspek-aspek yang terlibat dan menambah baik apa jua prosedur, peraturan, dan sebagainya agar pengurusan tanah wakaf di setiap negeri dapat ditadbir dengan sebaiknya.

Statistik terkini yakni yang dikemas kini sehingga 31 Julai 2023 menunjukkan sebanyak 84 peratus tanah-tanah wakaf telah dibangunkan seperti untuk tujuan pembinaan masjid, madrasah, tanah perkuburan, projek-projek komersial dan sebagainya. Manakala hanya 16 peratus sahaja lagi yang masih belum dibangunkan.

Antara isu yang timbul dalam membangunkan tanah wakaf, antaranya ialah masalah setinggan, lokasi yang tidak strategik dan tidak sesuai dibangunkan serta kekurangan dana untuk pembangunan.

Namun pembangunan wakaf tidak terhad di atas tanah wakaf semata-mata malah wakaf juga boleh dilaksanakan menerusi pelbagai medium lain seperti wakaf tunai, saham wakaf, wakaf aset alih dan banyak lagi. Justeru, kerajaan percaya pembangunan wakaf tidak akan terhenti setakat ini sahaja malah banyak peluang boleh diteroka secara bersama oleh JAWHAR, MAIN dan sektor korporat dalam menjana ekonomi negara menerusi wakaf.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kemaman dan Yang Berhormat Setiu ingin tahu apakah perbezaan Yayasan Waqaf Madani dan Yayasan Waqaf Malaysia. Adakah terdapat pertindihan bidang kuasa dan juga kerja aktiviti yang akan dilaksanakan di antara Yayasan Waqaf Madani dan Yayasan Waqaf Malaysia yang sedia ada.

final • 11:00 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Yang Berhormat Menteri, minta sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tadi Yang Berhormat Menteri sebut tentang kejayaan-kejayaan wakaf tersebut.

Soalan saya dalam perbahasan sebelum ini ialah apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hendak melaksanakan lapan inisiatif wakaf itu, ia merentasi kementerian bukan hanya di bawah Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Agama. Bagaimanakah isu ini hendak diselesaikan? Ia ada bidang kuasa yang berbeza. Itu maksud saya Yang Berhormat Menteri.

Sebelum ini juga dibuat wakaf infrastruktur air oleh Kementerian Air sebelum ini.

Adakah benda itu akan diteruskan? Itu penjelasan saya Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Saya akan jawab perbincangan berkaitan dengan rentas kementerian itu Yang Berhormat Alor Setar apabila saya sebut berkenaan dengan soalan Yang Berhormat Kemaman dan Yang Berhormat Setiu.

Saya pernah jelaskan sebelum daripada ini Yang Berhormat, apa sahaja usaha- usaha yang baik yang telah dilakukan sebelum daripada ini termasuklah berkaitan dengan wakaf air tersebut kita akan lihat dan insya-Allah kita akan teruskan Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Yang Berhormat Kemaman dan Yang Berhormat Setiu, berkaitan dengan Yayasan Waqaf Madani dan Yayasan Waqaf Malaysia yang sedia ada. Yayasan Waqaf Malaysia merupakan entiti wakaf di peringkat kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258). Yayasan Waqaf Malaysia berfungsi bagi mengumpul dana wakaf tunai, membangun dan memajukan harta wakaf, melaksanakan program kebajikan serta pelaburan.

Dalam pada itu, perbincangan lanjut sedang dilaksanakan antara Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan JAWHAR dalam memperincikan pelaksanaan wakaf menerusi Yayasan Waqaf Malaysia mahupun Yayasan Waqaf Madani. Walau apa jua inisiatif yang dirangka, kerajaan akan memastikan setiap entiti berhubung wakaf dapat berperanan dengan teratur, telus dan tidak ada sebarang, minta maaf Tuan Yang di- Pertua, dengan izin, overlapping antara peranan yang dimainkan oleh Yayasan Waqaf Malaysia dan juga apa yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

So dengan lain perkataan Yang Berhormat Alor Setar, insya-Allah perkara ini akan dibincangkan antara agensi wakaf JAWHAR, Yayasan Waqaf Malaysia dan juga Kementerian Ekonomi serta kementerian-kementerian yang lain untuk kita pastikan supaya inisiatif yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu akan dapat berfungsi dengan efektif, berkesan dan secara telus, insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua adalah berkaitan dengan industri halal.

Yang Berhormat Parit Sulong ingin melihat...

final • 11:00 AM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Menteri, saya pohon minta laluan sedikit. Tadi Yang Berhormat telah menyentuh tentang wakaf dan juga Yayasan Waqaf Malaysia. Di manakah yayasan ini berpijak yakni merujuk kepada perundangan ataupun akta? Saya dapati di peringkat Persekutuan khususnya Wilayah Persekutuan tidak adapun akta berkaitan wakaf secara khusus yang boleh dirujuk sebagaimana negeri- negeri yang lain seperti Terengganu, Melaka dan Johor, ia ada enakmen wakaf yang tersendiri.

Jadi, untuk di peringkat Persekutuan ini adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan akta wakaf sebagai rujukan dan pelaksanaan sebagaimana yang disebut berkaitan dengan Yayasan Waqaf Malaysia dan sebagainya. Sekian.

final • 11:00 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Berkaitan dengan kewujudan akta wakaf ini, seingat saya telah ada perbincangan berkaitan dengan usaha untuk mewujudkan akta wakaf itu dan seperti mana yang Yang Berhormat Jerlun sebut dengan negeri-negeri.

Cuma dalam konteks di Persekutuan ini, usaha tersebut perlu kajian yang lebih menyeluruh untuk kita pastikan sama ada kebolehterimaan untuk akta itu digubal. Okey, Yang Berhormat? Terima kasih Yang Berhormat Jerlun.

final • 11:00 AM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat, minta sedikit. Berkaitan dengan Yayasan Waqaf Madani tadi, saya baru dengar. Soalan saya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri umum dahulu kemudian Yang Berhormat kena buat atau benda itu sudah ready? Adakah ia masuk di bawah wewenang Yang Berhormat sebagai Menteri Hal Ehwal Agama?

final • 11:00 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Sepertimana yang saya sebut sebentar tadi, perbincangan lanjut akan kita adakan antara JAWHAR, Yayasan Waqaf Malaysia dan juga Kementerian Ekonomi untuk kita teliti lebih lanjut berkaitan dengan pewujudan Yayasan Waqaf Madani ini.

final • 11:00 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Isu yang kedua Yang Berhormat berkaitan dengan pembangunan industri halal.

Yang Berhormat Parit Sulong ingin melihat pembaharuan dalam meningkatkan nilai tambah kepada pasaran halal dan meminta supaya pihak kerajaan lebih mesra dan menambah baik tata kelola bagi mendekati pihak industri dan khususnya kepada golongan PKS. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada masa ini jumlah keseluruhan

final • 11:10 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bagi semua kategori industri ialah sebanyak 8,272 buah syarikat.

Manakala jumlah PKS yang mempunyai sijil adalah sebanyak 7,306 buah syarikat iaitu 88.32 peratus daripada sijil yang aktif. Daripada keseluruhan tersebut, 3,270 buah syarikat iaitu 39.53 peratus merupakan pemegang sijil kategori syarikat bumiputera.

Berhubung dengan kategori usahawan, sistem pendaftaran pemohon sijil adalah berdasarkan maklumat pendaftaran SSM.

Oleh itu data yang boleh diperoleh hanya meliputi status pemilikan bumiputera, bukan bumiputera atau pemilikan warga asing dan kategori industri sama ada mikro kecil, kecil sederhana dan multinasional. Manakala tiada maklumat kategori gender yang didaftarkan.

Hasil daripada beberapa mesyuarat Jemaah Menteri dan Mesyuarat antara kementerian yang telah diadakan, persetujuan dan ketetapan telah dicapai agar HDC memainkan peranan penting untuk memberi penumpuan terhadap latihan dan bimbingan industri bagi memastikan industri bersedia untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Dalam usaha menambah baik tata kelola terhadap industri PKS, JAKIM sentiasa mengadakan kerjasama dan libat urus dengan semua agensi bimbingan, usahawan di bawah kementerian yang melaksanakan fasilitasi daripada aspek piawaian dan prosedur persijilan halal termasuklah tatacara permohonan halal.

Selain sesi fasilitasi dalam kelompok yang besar, JAKIM juga mengadakan fasilitasi secara berfokus dengan mana-mana syarikat yang menghadapi masalah dalam pensijilan halal sama ada di peringkat prapermohonan semasa dan pascapensijilan halal melalui perwujudan Seksyen Advokasi, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM.

JAKIM turut memanfaatkan tenaga pakar di institut pengajian tinggi awam dan swasta termasuklah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia dalam pelbagai aspek berkaitan halal melalui kerjasama yang diadakan bagi memperkasakan ekosistem halal dalam dan luar negara. Pihak JAKIM telah mengadakan kerjasama dengan IPPH (UPM) sejak tahun 2010 daripada segi penyelidikan dan kepakaran halal.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Langat pula mencadangkan sebagai negara peneraju halal antarabangsa, Malaysia perlu mengambil peluang melalui ekosistem halal dengan membangunkan sistem pendidikan bidang halal bagi melahirkan tenaga kerja halal yang kompeten seperti Kursus Auditor Halal dan Competent Halal Personal sekali gus mampu mengeluarkan tenaga kerja yang berpendapatan tinggi.

Kerajaan menyambut baik cadangan utk mewujudkan Akta Halal Malaysia.

Namun berhubung dengan penggubalan suatu akta khusus berkaitan halal, perkara ini memerlukan kepada penelitian terhadap pelbagai undang-undang yang sedang berkuat kuasa sama ada undang-undang Persekutuan atau negeri bagi memastikan pelaksanaannya adalah selaras dengan peruntukan, Perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

Buat masa ini, kerajaan berpandangan bahawa penggunaan undang-undang sedia ada seperti Akta Perihal Dagangan 2011 dan undang-undang subsidiary di bawahnya iaitu Perintah Perihal Dagangan, Perakuan dan Penandaan Halal 2001 dan Perintah Perihal Dagangan Takrif Halal 2011 serta enakmen di negeri-negeri masih relevan dan memenuhi kehendak dan keperluan semasa.

Yang Berhormat Pasir Puteh memohon agar kerajaan mengiktiraf Pelabuhan Tok Bali sebagai pelabuhan halal negara bagi produk import dan eksport. Malaysia turut perlu mengambil kesempatan atas kepercayaan banyak negara Islam lain atas jenama halal Malaysia dengan menguatkan rantaian halal melalui penguatkuasaan undang-undang berkaitan halal.

Cadangan penambahan bilangan pelabuhan dengan pengiktirafan sebagai “pelabuhan halal negara” adalah cadangan yang baik dalam usaha memperkasakan Malaysia sebagai peneraju hab perdagangan halal dunia. Namun begitu, ia perlu dihalusi

final • 11:10 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

dengan lebih mendalam dengan melibatkan beberapa kementerian dan agensi seperti Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Kementerian Pengangkutan.

Bagi tujuan memastikan keyakinan negara Islam atas jenama halal Malaysia, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan halal buat masa kini...

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, gulung dan tamatkan.

final • 11:10 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Buat masa kini adalah di bawah Akta Perihal Dagangan (APD 2011) dan perintah- perintah halal. Pihak berkuasa berwibawa halal yang di namakan...

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, Sik mohon sedikit penjelasan berkaitan dengan produk halal kita khususnya daging-daging yang diimport dari negara-negara luar termasuk Australia dan sebagainya. Ada beberapa pihak menyarankan supaya kerajaan sendiri memiliki rumah-rumah sembelihan di negara- negara pengeksport tersebut kerana ada keraguan daripada segi proses penyembelihan itu sendiri. Jadi adakah pihak JAKIM melihat keperluan untuk kita melalui GLC dan sebaginya membuka pusat penyembelihan sendiri di negara-negara tersebut. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Yang Berhormat Sik atas cadangan tersebut. Insya-Allah saya akan bincang dengan pihak JAKIM untuk melihat sejauh mana cadangan untuk membuka pusat-pusat sembelihan di negara luar seperti di Australia dan kita akan bincang, insya-Allah.

Di samping melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang berdasarkan kepada Akta Perihal Dagangan 2011, kerajaan akan terus mengadakan kempen dan latihan bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman serta keyakinan berkenaan halal Malaysia dari semasa ke semasa. Isu yang ketiga Tuan Yang di-Pertua iaitu berkaitan dengan institusi tahfiz dan KAFA...

final • 11:10 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Menteri dengan izin boleh saya dapat kepastian sama ada Yang Berhormat akan menjawab perkara yang dibangkitkan oleh saya iaitu cabaran terdapat Enakmen Jenayah Syariah di Mahkamah Persekutuan.

Perkara ini juga telah diberikan titik berat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam iaitu cabaran ini yang menjejaskan kedudukan Enakmen Jenayah Syariah seluruh negara dan juga saranan daripada Tuanku supaya diadakan penyelesaian melalui tindakan legislatif membuat pindaan tertentu kepada peruntukan undang-undang, bagi membolehkan kuasa Dewan Undangan Negeri menggubal peruntukan berkaitan dengan kesalahan jenayah syariah bagi orang Islam. Adakah itu akan disentuh oleh Yang Berhormat dalam perbahasan ini.

final • 11:10 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Saya telah keluarkan kenyataan berkaitan dengan pertanyaan Yang Berhormat Kota Bharu. Untuk tujuan jawapan kepada penggulungan, saya telah menyediakan jawapan secara bertulis disebabkan masa yang tidak sempat dan insya-Allah...

final • 11:10 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat, seluruh rakyat Malaysia sedang menunggu jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Agama, ini ancaman terhadap aqidah orang Islam dan sebaginya.

final • 11:10 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Ya, betul Yang Berhormat.

Saya telah...

final • 11:10 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ini luar Parlimen tidak boleh ambil kira. Ini dalam Parlimen. Itu yang penting.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri telah menyatakanꟷ jadi itu adalah jelas.

final • 11:10 AM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sahabat saya Yang Berhormat Menteri Agama supaya skip yang lain itu, dahulukan jawab yang Yang Berhormat sudah ready dengan jawapan.

[Tepuk] Tidak perlu jawab bertulis oleh sebab semua orang boleh dengar.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya sendiri pun tidak boleh arahkan Menteri untuk menjawab. Kalau ikut konvensyen...

final • 11:20 AM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Dia mencadangkan, Tuan Yang di-Pertua bukan mengarahkan.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kalau ikut konvensyen, saya menyatakan. Saya sendiri pun tidak boleh arahkan Menteri untuk menjawab kerana dalam Konvensyen Westminster, baik di New Zealand, baik di Australia, satu dunia mengamalkan Westminster. Saya tidak boleh mengarah, Menteri akan ada pilihan, sama ada bertulis atau menjawab di dalam Dewan.

final • 11:20 AM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Menteri sudah setuju itu jawab.

final • 11:20 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak arah, Tuan Yang di-Pertua. Kita minta supaya ini perkara yang melibatkan perkara penting. Jadi kita mohon jasa baik Yang Berhormat Menteri, untuk jelaskan jadi boleh ada perbincangan. Kalau kita cakap di luar sana, kata nanti kita cakap sebelah pihak sahaja.

Kita hendak dengar daripada Menteri, kalau ada soalan tambahan, boleh ditanya. Lebih lunak begitu, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Masa 10 minit lagi, Yang Berhormat. Bagi 10 minit lagi.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Masa saya telah extend 10 minit. Jadi, saya akhir ini saya serahkan kepada keputusan Menteri hendak jawab or tidak atau bertulis, terpulang.

final • 11:20 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Saya sudah sediakan yang jawapan bertulis. Saya akan jawab secara bertulis.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Adakah ini akhir?

final • 11:20 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Ya.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Saya tutup ya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, silakan.

final • 11:20 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah bertanyakan soalan dan isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal agama.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutannya kita persilakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) untuk menjawab selama setengah jam.

final • 11:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam sejahtera, salam perpaduan.

final • 11:21 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan sepanjang Sidang Khas Kajian Separuh Penggal RMKe-12. Tuan Yang di-Pertua, saya akan menggunakan ruang ini untuk memberikan maklum balas kepada isu-isu yang dibangkitkan yang menyentuh pertanggungjawaban agensi-agensi, sama ada di bawah seliaan saya dan juga agensi-agensi yang saya dipertanggungjawabkan untuk membantu menjawab di Parlimen.

Pada sidang kali ini, antara perkara-perkara berbangkit adalah terkait dengan pertama, pengurusan bencana yang melibatkan Agensi Pengurusan Bencana Negara

(NADMA) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM). Kedua, usaha penambahbaikan dan pemerkasaan penjawat dan pentadbiran awam khususnya yang terkait dengan kefungsian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ketiga, pengurusan dan pelaksanaan projek di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JPM dan pengurusan pejabat dan kuarters kerajaan di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, memperkukuh pengurusan bencana merupakan antara aspek penting yang digariskan dalam bidang fokus B – memastikan keutuhan keselamatan dan kedaulatan negara dalam dokumen Kajian Separuh Penggal RMKe-12.

Saya berterima kasih kepada beberapa Ahli Parlimen yang bangkit berbahas isu-isu yang terkait dengan pengurusan bencana. Secara spesifiknya Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Kudat, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Hulu Selangor dan Yang Berhormat Jelebu.

Ahli Parlimen Kudat membangkitkan dan memohon dipercepatkan bantuan- bantuan bencana setiap kali berlaku bencana dengan menyentuh secara spesifik bantuan yang masih belum diterima oleh mangsa banjir di Pitas awal tahun ini dan mangsa kebakaran di Tanjong Kapor pada bulan Oktober 2022.

Sebelum menjawab secara langsung berkaitan bantuan kepada kedua-dua kawasan tersebut, saya mohon untuk mengambil sedikit masa untuk sekali lagi di Dewan yang mulia ini untuk memberikan penerangan secara ringkas berkaitan dasar dan mekanisme pengurusan bencana negara yang termaktub di bawah Arahan Nombor 20, Majlis Keselamatan Negara khususnya tentang tiga perkara.

Pertama, mekanisme pengurusan bencana digerakkan melalui Three-Tier Committee iaitu Jawatankuasa Tiga Peringkat. Jawatankuasa Pengurusan Bencana di Peringkat Pusat (JPBP) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri 1, Jawatankuasa Pengurusan Bencana di Peringkat Negeri (JPBN) dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di Peringkat Daerah (JPBD) yang dipengerusikan oleh pegawai daerah.

Perincian keanggotaan, bidang tugas dan tanggungjawab setiap satunya dijelaskan dalam Perkara 7 Subperkara 15 (A) serta lampiran B, C dan D dalam arahan MKN 20.

Kedua, Bahagian 6 Perkara 15 dan 16 Arahan MKN 20 menyentuh tentang mekanisme tindak balas bencana termasuk berkaitan tahap pengurusan bencana, sama ada tahap 1 di bawah bidang kuasa JPBD, tahap 2 di bawah seliaan JPBN dan tahap tiga di bawah bidang kuasa JPBP. Manakala yang ketiga, Perkara 4 bermula dari subperkara 6 hingga 13 menggariskan jenis dan bentuk bencana yang tertakluk di bawah Arahan MKN 20 atau dalam erti kata lain termasuk dalam bidang tanggungjawab pengurusan NADMA serta peruntukan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN).

Saya memilih untuk menyebut tiga perkara tersebut bagi membolehkan kita memahami dan mengetahui peranan dan siapakah yang perlu dirujuk dalam berhadapan dengan sesuatu tahap bencana serta sama ada sesuatu kejadian bencana tersebut termasuk atau sebaliknya dalam tahap bencana yang melibatkan NADMA atau wajar dikendalikan dan dibantu melalui agensi sedia ada di peringkat negeri mahupun daerah.

Tuan Yang di-Pertua, bagi musim Monsun Timur Laut (MTL) 2022 – 2023 iaitu hujung tahun lalu hingga suku pertama tahun ini, menurut rekod NADMA bantuan bencana kepada mangsa banjir di daerah Pitas telah disalurkan oleh Jawatankuasa Pengurusan

final • 11:21 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Bencana Negeri pada 10 Februari 2023 kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah sebanyak RM598,000.

Sebaik dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kudat, saya telah meminta NADMA untuk merujuk kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan difahamkan bahawa permohonan ataupun aduan tersebut tidak ada dalam rekod Jawatankuasa Pengurusan Negeri dan kita telah meminta JPBN untuk segera merujuk kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah untuk memastikan tidak ada rakyat kita yang tersisih dan tercicir daripada senarai bantuan.

Insya-Allah kita akan susul segera sebagaimana yang kita telah selesaikan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelebu yang beliau sendiri akui dalam perbahasan baru-baru ini dan berterima kasih kepada NADMA kerana telah menyelesaikan masalah tersebut.

Sukacita saya ingin memohon dan mengingatkan bahawa sebarang permohonan bantuan bencana hendaklah dikemukakan melalui tatacara yang betul iaitu melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) yang perlu membuat penilaian dan kemudiannya merujuk kepada JPBN sekiranya berlaku kejadian untuk memenuhi tahap bencana yang tertakluk di bawah KWABBN.

Ini penting untuk memastikan mangsa-mangsa dalam jenis dan bentuk bencana yang terlibat tidak terlepas pandang dan tercicir daripada mendapat bantuan. Komitmen NADMA sebagai agensi pusat bukan sahaja untuk tidak melewatkan sebarang penyaluran bantuan sebaik menerima permohonan negeri, malah NADMA telah menyalurkan peruntukan asas dengan lebih awal kepada setiap negeri sebelum bermulanya MTL setiap tahun. Penyaluran awal ini untuk membolehkan bantuan kepada mangsa dapat dibuat dengan segera. Tambahan peruntukan pula akan disalurkan kepada negeri sekiranya peruntukan awal tidak mencukupi.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuantan membangkitkan bahawa sehingga hari ini Ahli Parlimen dan ADUN Pembangkang tidak dipanggil dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. Pihak kerajaan pada 12 September telah mengingatkan dan juga Tan Sri Ketua Setiausaha Negara telah mengeluarkan arahan pada 15 Mac 2023 kepada semua Setiausaha Kerajaan Negeri meminta supaya semua ADUN dan Ahli Parlimen tanpa mengira parti dilibatkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah. Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Kuantan kerana memberikan maklum balas ini.

final • 11:21 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Sama-sama, terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:21 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Kita akan menyemak dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang supaya perkara ini dilaksanakan kerana kita pun tahu beberapa hari yang lepas Jabatan Pengurusan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengumumkan bahawa bermula esok sebenarnya fasa peralihan MTL akan bermula dan adalah diharapkan bahawa semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dapat memulakan segera persiapan melalui koordinasi mesyuarat yang dilaksanakan di peringkat daerah termasuk melibatkan Ahli-ahli Parlimen, wakil rakyat daripada pihak pembangkang.

Tuan Yang di-Pertua,...

final • 11:21 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri, Kota Belud. Kota Belud, sebelah kanan.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 11:30 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Ya, sila. Sila, Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Saya ingin bertanya. Sekiranya ada perbezaan di antara dua mesyuarat ini, majlis tindakan daerah dan juga mesyuarat pengurusan bencana— kerana saya sebagai Ahli Parlimen juga tidak dipanggil untuk mesyuarat tindakan daerah. Jadi, saya harap ia tidak ada dua darjat di situ. Mesyuarat yang berkenaan dengan mana-mana berkaitan dengan daerah juga diberikan kesaksamaan dan keadilan untuk dipanggil Ahli-ahli Parlimen dan juga ADUN- ADUN berkenaan dalam kawasan. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Sebagai Menteri yang bertanggungjawab berhubung dengan NADMA, komitmen kita adalah untuk memastikan dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana daerah sebagaimana arahan yang telah dikeluarkan melalui KSN, bahawa semua Ahli Parlimen dilibatkan.

Saya mengharapkan maklum balas daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, mana- mana negeri sekalipun, sekiranya terdapat Ahli-ahli Yang Berhormat yang masih belum dilibatkan dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana di peringkat daerah, boleh maklumkan kepada saya secara langsung untuk kita menyusul dan menyemak supaya keterlibatan itu sebagaimana yang telah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet, yang disusul dengan pekeliling daripada KSN itu, dapat dilaksanakan segera.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat...

final • 11:30 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Ya, sila Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Berkaitan dengan NADMA juga. Boleh saya dapat penjelasan Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan Dasar Pengurusan Bencana dan dasar pengurusan risiko bencana yang sebelum ini telah diumumkan oleh pihak kerajaan terdahulu tetapi masih belum ada khabar berita. Jadi, apakah timeline berkaitan dengan kedua-dua dasar ini berkaitan dengan pengurusan bencana dan NADMA? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Saya sememangnya akan menyentuh berkaitan perkara tersebut. Saya akan jawab kemudian.

Saya teruskan dahulu dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau yang telah mengemukakan cadangan agar pemberian bantuan kepada mangsa banjir ditingkatkan kepada RM1,500 termasuk untuk Sabah dan Sarawak dinaikkan kepada RM2,000.

Sebagaimana Yang Berhormat Arau sedia maklum bahawa sebenarnya jumlah keseluruhan bantuan bencana yang telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada ketua isi rumah telah ditingkatkan dan tidak hanya tertakluk kepada jumlah RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah.

Contohnya, dalam menghadapi bencana semasa Monsun Timur Laut 2022-2023 yang lalu, bergantung pada laporan dan permohonan yang dikemukakan oleh jawatankuasa pengurusan bencana negeri dan daerah, bantuan yang disalurkan kepada mangsa bencana yang berpunca daripada KWABBN di bawah seliaan NADMA meliputi:

(i) bantuan wang ihsan RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah;

(ii) bantuan wang ihsan kematian RM10,000 bagi setiap mangsa;

(iii) Bantuan Barangan Keperluan Asas (BBKA) RM2,500 bagi setiap ketua isi rumah; dan

(iv) Bantuan Pembaikan Rumah (BPR) tidak melebihi RM5,000 setiap KIR berdasarkan nilai kerosakan rumah.

Selain itu, peruntukan juga boleh dimohon dan dipertimbangkan melalui kementerian dan agensi lain seperti bantuan baik pulih rumah sebanyak RM5,000 hingga RM15,000 di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan ICU sendiri. Begitu juga bantuan bina baharu sehingga RM66,000 di bawah peruntukan KKDW dan KPKT.

final • 11:30 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Atas sebab itu, jika kita lihat dengan penambahbaikan jumlah dan jenis bantuan, jumlah bantuan yang disalurkan melalui KWABBN telah meningkat jauh tinggi. Contohnya, penyaluran bantuan wang ihsan hanya pada kadar RM1.6 juta sepanjang MTL 2018-2019 dan jumlah ini telah jauh meningkat kepada RM521.87 juta iaitu bermula daripada penghujung tahun lepas hinggalah suku pertama tahun ini bagi MTL 2022-2023.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, sikit sahaja.

final • 11:30 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Sila.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, ini Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sebagai seorang pengasas NADMA ini, saya ingat jawapan Yang Berhormat itu boleh tidak dijawab macam ini. Orang Sabah dan orang Sarawak dan juga Semenanjung sedang menunggu. Saya minta naikkan RM1,500 di Semenanjung dan RM2,000 di Sabah dan Sarawak.

Ini jawapan pegawai. Saya minta Yang Berhormat ini, cuba sebut perkataan ini— “Akan dipertimbangkan”. Cukup dah. Kami puas hati. Sebab rakyat Malaysia sekarang nak dapat betul-betul dah tak ada. Mengharap pun dah seronok dah. Jadi, kalau Yang Berhormat tak setuju nak bagi RM,2000 kepada Sabah dan Sarawak, ini sesuatu yang akan menyebabkan orang Sabah nanti marah Yang Berhormat. Saya minta dipertimbangkan. Cukuplah. “Akan dipertimbangkan”.

final • 11:30 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, yang juga bakal Perdana Menteri ini, tahu bahawa dia setuju dengan perkataan itu.

final • 11:30 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Permohonan tersebut bagi setiap mangsa akan dipertimbangkan, bukan hanya tertakluk kepada bantuan wang ihsan RM1,000. Sebagaimana yang saya sebut, ada juga bantuan-bantuan lain yang telah saya nyatakan iaitu baik pulih rumah dan sebagainya yang bagi setiap ketua isi rumah.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Setelah memenuhi semua kategori, setiap isi rumah, tidak termasuk yang melibatkan pembinaan rumah baharu, boleh mendapat sebenarnya bantuan sehingga mencecah kepada lebih RM7,500. Jauh lebih tinggi daripada cadangan Yang Berhormat Arau iaitu RM1,500 dan juga RM2,000 tersebut.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, tetapi jawapan yang lain itu, Yang Berhormat, kami faham. Orang tak perlu perbaiki rumah. Orang nak duit beli beras.

Harga barang dah naik 30 percent, Yang Berhormat. Yang Berhormat kata pertimbangkan pun dah cukup. Yang lain tak apa. Sebab, saya tahu ini pegawai yang jawab dan Yang Berhormat baca. Jadi, kurang tepat. Yang tepatnya ialah akan dipertimbangkan. Rakyat Malaysia perlukan pengharapan.

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, tolong bagi jawapan sat tentang perkara ini bahawa akan dipertimbangkan. Cukup. Tak bagi pun tak apa. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Ya, sebagaimana yang saya sebut tadi, akan dipertimbangkan across the board. Saya fikir Yang Berhormat Arau juga pernah bertanggungjawab terhadap NADMA. Sekiranya mungkin perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan semasa pentadbiran Yang Berhormat Arau, insya-Allah, dalam pentadbiran kerajaan pada hari ini, kita akan memastikan lebih banyak peruntukan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:30 AM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Tuan Yang di-Pertua, sikit.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Semporna bangun, Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Semporna.

final • 11:30 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Silakan, Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya setelah mendengar apa yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tentang bantuan- bantuan yang ada. Sama ada pihak kerajaan mempunyai perancangan jangka panjang, plan untuk membanteras, untuk mengelak keadaan ini berulang?

Saya nampak, contohnya, sama ada di Beaufort, sama ada di Penampang yang selalu kerap kena banjir— mitigation flood yang ada, contohnya. Adakah pihak kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan? Kerana ini kekerapan. Kalau datang cuaca yang tidak baik, maka kita akan bagi bantuan.

Kalau sekiranya kita spend the money yang ada, dengan izin, untuk membina flood mitigation— saya ingat Yang Berhormat pun tahu di Sabah, kita ada dahulu di Likas.

Sampai sekarang Likas tak ada banjir dah pasal kita install flood mitigation. Air yang ada di darat, lepas itu sampai ke laut dan ini telah mengatasi masalah ini rather than kita nak buat supaya reacting. Must be preventive measure. Adakah pihak kerajaan mempunyai preventive measure untuk mengelakkan supaya ia tidak berulang dan perbelanjaan yang terbatas ini dapat kita atasinya? Terima kasih banyak.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:30 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Sememangnya sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan Kajian Separuh Penggal baru-baru ini, bahawa kita akan memperkukuhkan dasar dan mekanisme pengurusan bencana ini. Selain daripada konteks perundangan, semakan dan juga pengenalan akta, aspek yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu pengurusan risiko bencana juga merupakan salah satu perancangan yang perlu kita perkukuhkan.

Maksudnya, kita tidak bertindak responsif ataupun reaktif tetapi perlu untuk kita membuat perancangan awal across the board termasuk kementerian-kementerian yang lain seperti NRECC yang bertanggungjawab terhadap tebatan banjir dan sebagainya, bagi kita dapat meminimumkan risiko banjir dan juga untuk mengelakkan kerajaan akhirnya terpaksa menanggung jumlah tanggungan yang lebih besar, kerugian yang terhasil daripada setiap bencana yang berlaku. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Selanjutnya, Yang Berhormat Hulu Selangor ingin tahu berapakah jumlah peruntukan yang disediakan kerajaan sekiranya berlakunya musibah bencana untuk kesiapsiagaan dalam keupayaan menguruskan bencana. Secara dasarnya, setiap agensi kerajaan yang terlibat dengan operasi dan bantuan perlu menyediakan sejumlah peruntukan di bawah agensi masing-masing bagi menguruskan sesuatu bencana.

NADMA selaku agensi peneraju pengurusan bencana, walau bagaimanapun mengoptimumkan perbelanjaan operasi tindak balas MTL melalui penyelarasan peruntukan Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN).

final • 11:40 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Bangun]

final • 11:40 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Secara keseluruhannya, sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi, bagi MTL yang lepas 2022/2023, sejumlah RM521 juta telah diperuntukkan kepada semua negeri bagi memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir.

NADMA juga turut menyalurkan peruntukan pengurusan pengoperasian bencana MTL berjumlah RM9.08 juta kepada semua negeri dan agensi tindak balas yang terlibat semasa bencana bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan keupayaan dalam menguruskan bencana.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sri Gading bangun ya.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Boleh Yang Berhormat Menteri?

final • 11:40 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Sila Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana disebutkan tentang isu banjir dan antara yang terlibat teruk pada awal tahun Mac yang lepas adalah kawasan Daerah Batu Pahat dan termasuk kawasan Sri Gading.

Persoalan saya, pertama sekali, pembahagian agihan kepada rumah yang dilanda banjir. Yang mendapat RM1,000 itu rasanya sebahagian besar sudah dapat tetapi ada lagi yang tidak dapat. Akan tetapi pembahagian untuk kerosakan rumah RM2,500 ini, nampaknya ada fasa kedua yang ramai lagi tidak dapat. Bila ramai tidak dapat, dia minta semula gambarnya, laporan semula dan sebagainya. Jadi benda itu telah berlanjutan begitu lama.

Jadi bagaimana cara rakyat hendak dapatkan maklumat itu balik? Gambar itu sudah tidak ada tetapi laporan itu telah diberikan. Cuma sekarang ini pihak berkenaan yang hendak mengagihkan itu hendak minta balik gambar-gambar laporan daripada polis dan sebagainya. Jadi, ini masalah kepada rakyat juga yang sebenarnya bila benda itu tertangguh-tangguh, sampai sekarang ini masih ramai lagi yang belum dapat. Macam mana penyelesaiannya?

final • 11:40 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Itu sebabnya di awal penjelasan tadi, saya menekankan tentang kepentingan three-tier committee ini.

Sebenarnya di peringkat Persekutuan dan NADMA, kita tidak ada halangan. Kerajaan dan Kementerian Kewangan selalunya apabila kita memohon peruntukan tambahan KWABBN, jarang untuk tidak diberikan peruntukan tambahan.

Asasnya di sini adalah kecekapan dan juga penyelarasan di peringkat daerah dan negeri. Itu cukup penting kerana kita akhirnya akan bergantung pada senarai yang dikemukakan oleh negeri kerana NADMA tidak mempunyai kakitangan di peringkat akar umbi. Sememangnya kita menyerahkan kepada daerah selaku pengerusi jawatankuasa peringkat daerah.

Namun, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi akan kita ambil kira termasuk dalam kita meneliti, menyemak tentang dasar dan mekanisme pengurusan negara kerana kita lihat memang terdapat aduan tentang birokrasi yang timbul dalam penyaluran bantuan ini termasuklah perlu untuk menghantar pelbagai jenis laporan dan sebagainya.

Kita akan buat sesi libat urus untuk memastikan tidak ada rakyat yang tercicir dan disusahkan dalam proses untuk mendapatkan bantuan ini. Namun kita berharap kerjasama yang cukup rapat dan juga kebertanggungjawaban di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana daerah dan negeri itu cukup penting untuk kita memberikan bantuan.

Sebagaimana saya sebut tadi, sebenarnya di peringkat NADMA, di peringkat pra MTL ini, kita tidak bergantung pada laporan tunggu terjadi sesuatu kejadian dan baru peruntukan kita salurkan. Peruntukan asas telah diberikan kepada negeri, yang sebenarnya untuk meluluskan sesuatu keputusan bantuan tersebut tidak perlu sampai ke Pusat. Negeri luluskan, gunalah peruntukan yang telah disalurkan tersebut. Sekiranya tidak cukup, maka negeri boleh memohon peruntukan tambahan kepada NADMA melalui KWABBN. Namun kita ambil maklum apa yang dibangkitkan, saya tahu. Saya juga turun ke kawasan Yang Berhormat dalam MTL yang lepas.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Sedikit lagi, ada soalan.

final • 11:40 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Insya-Allah kita akan segerakan perkara ini untuk memastikan. Kita tahu bencana dan mangsa-mangsa ini memang memerlukan bantuan segera semasa berlakunya kejadian dan juga pasca kejadian sesuatu bencana tersebut.

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Minta laluan Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Cuma mungkin satu Yang Berhormat Menteri, kalau boleh kami mintalah di peringkat Ahli-ahli Parlimen, apabila

final • 11:40 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Jawatankuasa Bencana di peringkat daerah itu, kalau boleh masukkan kami terlibat.

Sekurang-kurangnya kalau kami tidak boleh hadir, wakil daripada Ahli Parlimen itu boleh duduk sekurang-kurangnya mewakili Ahli Parlimen, ADUN dan sebagainya. Jadi itu perkara yang penting untuk sekurang-kurangnya kita tahu apa perkembangan dalam Jawatankuasa Bencana di peringkat daerah.

final • 11:40 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Yang Berhormat, telah dijelaskan tadi di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan pada hari ini, itulah perkara penting yang telah kita putuskan di awal berlakunya MTL awal tahun ini dan telah disusuli dengan pekeliling daripada Ketua Setiausaha Negara kepada semua Ketua Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri supaya semua Ahli Parlimen dan juga ADUN across the board tanpa mengira mana parti politik dilibatkan sebagai ahli jawatankuasa dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

Sebagaimana Yang Berhormat Kuantan maklumkan, feedback yang diberikan bahawa masih belum dijemput. Jadi, kita akan susul dan saya mengalu-alukan maklum balas (feedback) daripada rakan-rakan Ahli Parlimen. Mana-mana negeri yang masih belum menjemput Ahli-ahli Parlimen, kemukakan kepada kita dan kita akan susuli melalui Ketua Setiausaha Negara untuk memastikan negeri-negeri dapat execute arahan yang telah diperturunkan tersebut melalui Ketua Setiausaha Negara yang merupakan– berpunca daripada keputusan Jemaah Menteri pada bulan Mac yang lepas.

final • 11:40 AM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

[Bangun]

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

[Bangun]

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tanjong Manis ya Yang Berhormat. Yang Berhormat Tanjong Manis.

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Pasir Puteh.

final • 11:40 AM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Yang Berhormat Menteri, saya tidak ada bangkitkan isu tetapi bolehkah saya tanya soalan? Begini, satu ketika dahulu pernah terjadi satu ribut taufan di kawasan saya. Ribut tersebut tidaklah sekuat mana tetapi banyak rumah yang terkesan, hampir 30 buah rumah yang terkesan. Ada yang hilang atap dan sebagainya, rosak sana sini. Apabila kita utarakan masalah ini kepada Jawatankuasa Bencana Daerah, dia kata tidak sampai RM1,000 pun repair. Jadi, mereka kata tidak layak untuk dapat bantuan. Akan tetapi kalau kita kumpul semua rumah tersebut, memang lebih daripada RM1,000.

Jadi, apakah boleh kita kumpulkan dan dapat lebih daripada RM1,000 dan selepas itu kita agihkan bantuan-bantuan tersebut kepada setiap yang terkena bencana?

Tidak payahlah ada syarat kalau RM1,000 seorang baru boleh diberi bantuan. Kalau RM1,000 kerosakan, baru boleh diberi bantuan. Kalau macam itu, memang semua tidak layak sebab yang rosak pun atap rosak sedikit, tingkap pecah sedikit, pokok tumbang dan tidak sampai pun RM1,000 kalau hendak repair. Bolehkah diberi pertimbangan? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:40 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih atas maklum balas ini Yang Berhormat. Insya-Allah perkara yang dibangkitkan akan kita jadikan salah satu perbincangan dalam kita melaksanakan sesi libat urus untuk kita memperkemaskan dasar dan mekanisme pengurusan bencana negara.

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Putrajaya tidak ada ribut.

final • 11:40 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Ini kerana masalah implementasi saya melihat antaranya adalah interpretasi daripada Jawatankuasa-jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah terhadap kategori dan jenis bencana yang terkandung dalam Arahan MKN 20 tersebut.

Insya-Allah kita akan pastikan perkara ini dapat diteliti dan pemahaman yang cukup jelas kepada semua pegawai daerah. Walaupun in reality, masalah yang timbul ini adalah sekiranya berlaku contohnya perubahan pegawai daerah dan sebagainya. Saya fikir kerajaan-kerajaan negeri juga memainkan peranan supaya setiap kali pelantikan

final • 11:40 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

pegawai daerah yang baharu, mereka mendapat kefahaman yang jelas tentang Arahan MKN 20 itu khususnya.

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Pasir Puteh minta laluan sedikit.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Puteh.

final • 11:40 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Silakan Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri yang memberi jawapan yang baik. Cuma sedikit pertanyaan daripada saya berkenaan dengan bencana banjir dan ribut yang berlaku, saya kira hampir setahun di mana kerajaan telah menjanjikan bantuan kewangan RM1,000 bagi setiap isi rumah yang berlaku.

final • 11:40 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Realitinya kalau di Pasir Puteh, Kelantan kita belum menerima keseluruhannya bahkan sebahagian besar daripadanya belum dihantar. Begitu juga bantuan untuk membaiki rumah tentunya lebih daripada RM1,000. Cuma soalan saya, apa teknikal yang dibuat oleh pihak kerajaan kepada golongan sasar ini yang belum menerima hak mereka ini? Ini kerana masa sudah hampir sudah tahun, bulan Disember ini sudah satu tahun.

Jadi, saya harap pihak kerajaan dapat menceritakan apa teknikal di peringkat jawatankuasa bencana daerah telah clear dengan namanya apa semua sekali, sudah clear. Jadi, minta satu tindakan yang lebih pantas dibuat. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya mohon selepas ini Yang Berhormat Pasir Puteh dapat memberikan maklumat kepada saya secara langsung sebagaimana kita tangani isu berbangkit dengan Yang Berhormat Jelebu yang telah pun selesai.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

[Bangun]

final • 11:50 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Begitu juga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kudat. Ini kerana hakikatnya sebagaimana yang saya maklumkan di peringkat Agensi Pengurusan Bencana Pusat (NADMA), kita tidak lagi membuat sebarang verifikasi kerana sebaik sahaja senarai telah pun disahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Negeri, negeri melalui peruntukan yang telah disalurkan itu boleh terus membuat penyaluran peruntukan tersebut. Itu antara perkara yang telah kita putuskan. Itu sebabnya three-tier committee ini cukup penting, kita memberi penurunan kuasa kepada negeri untuk membuat verifikasi dan seterusnya untuk menyalurkan bantuan.

Sekiranya ada lagi perkara-perkara, saya mohon mungkin sebelum ini ada aduan yang dikemukakan kepada daerah dan negeri dan kalau sudi mungkin sekiranya selepas ini terdapat sebarang aduan, bolehlah CC copy kepada saya selaku Menteri yang bertanggungjawab. Insya-Allah kita akan bantu untuk susul aduan-aduan yang masih tertangguh dan yang paling bagaimana kita dapat selesaikan segera penyaluran bantuan ini kepada semua mangsa yang terlibat. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja. Tadi Yang Berhormat Menteri sebut fasal kuarters kerajaan. Jadi saya mohon Tuan Yang di-Pertua bagi sedikit masa. Ini isu penting untuk jelaskan tentang pertanyaan berkaitan kuarters kerajaan di Putrajaya. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

final • 11:50 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Yang Berhormat, terlampau banyak celahan.

Yang Berhormat Arau bangun pula lagi. Bagi kah? Tidak sempat masa ini.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak, jawab sekali. Yang Berhormat jawab sekali.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya minta Menteri... Yang Berhormat Menteri, saya bagi dua minit dan tolong landing.

final • 11:50 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Dua minit? Ada tebal lagi Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Selepas itu yang lain boleh jawapan bertulis tak?

final • 11:50 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Kita jawab dahulu soalan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Putrajaya. Bagi isu tersebut, saya hanya membantu menjawab. Itu sebab ia belakang, belakang Yang Berhormat. Jadi mohon izin skip yang lain untuk dijawab secara bertulis. Saya terus kepada isu yang berkaitan dengan pengurusan kuarters.

Ahli Parlimen Putrajaya telah memohon sekurang-kurangnya RM1.5 bilion setahun diperuntukkan bukan sahaja membaik pulih kuarters kerajaan di Putrajaya tetapi pada masa yang sama membaik pulih kemudahan-kemudahan infrastruktur awam di Putrajaya termasuklah di tempat-tempat tumpuan pelancong, kemudahan sukan dan tempat-tempat letak kereta.

Di bawah RMKe-12, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion bagi tempoh lima tahun di bawah Butiran Menaik Taraf dan Penyelenggaraan Kuarters di Bawah Seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri.

Daripada jumlah tersebut, dari tahun 2021 hingga 2023, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM509.067 juta khusus untuk membiayai penyelenggaraan kuarters berpenghuni dan menampung kos pembaikan kuarters-kuarters kosong. Ini termasuk menaik taraf kemudahan fasiliti kuarters seliaan BPH termasuk di Putrajaya.

Perbadanan Putrajaya pada masa ini sedang melaksanakan kerja-kerja membaik pulih kuarters-kuarters kerajaan jenis pangsapuri. Kerja-kerja membaik pulih dilaksanakan secara berperingkat di mana keutamaan untuk mendahulukan pelaksanaan adalah pada kuarters-kuarters yang berusia melebihi 15 tahun.

Kerajaan amat memahami akan situasi kegusaran sesetengah pihak terhadap pengurusan kuarters di Putrajaya. Namun yakinlah bahawa kerajaan sentiasa memberikan perhatian terhadap perkara ini. Untuk tahun 2023, peruntukan awal yang telah disediakan oleh kerajaan bagi Putrajaya, kuarters-kuarters adalah sebanyak RM300 juta.

Baru-baru ini kerajaan telah memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM41.25 juta menjadikan peruntukan keseluruhan untuk tahun 2023 adalah sebanyak RM341.25 juta yang akan dilaksanakan melibatkan penggantian lif di enam fasa kuarters dan kerja mengecat dan membaiki sistem kalis air di lapan fasa kuarters.

Jadi, insya-Allah Yang Berhormat walaupun pemberhentian permohonan Yang Berhormat itu adalah pada kadar RM1.5 bilion insya-Allah sekiranya kerajaan mempunyai peruntukan, kedudukan kewangan yang lebih baik dengan bantuan Yang Berhormat Arau dan rakan-rakan dari blok sebelah insya-Allah, dengan kerajaan yang stabil kita mendapat hasil yang lebih. Tidak ada orang cakap tidak mustahil peruntukan untuk kuarters di Putrajaya juga dapat kita tingkatkan.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

final • 11:50 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Apa pun asasnya yang disebut oleh Yang Berhormat Arau adalah jangan sesekali ralat untuk menyebut kita pertimbangkan, insya- Allah. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, menteri...

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh sedikit. Jawapan yang baik, satu penjelasan yang menyeluruh. Cuma saya hendak bawa di sini bahawa Putrajaya ini usianya sudah lebih 20 tahun. Inilah pusat pentadbiran kerajaan. Kerajaan mana sekalipun masuk, itulah pusat pentadbirannya dan di situlah penjawat-penjawat awam tinggal.

final • 11:50 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Oleh sebab itu, apabila kita turun ke bawah, isu lif sebagai contoh. Ini ada yang terperangkap dalam lif, ada yang tidak sempat turun, meninggal dalam lif pun ada. Jadi, sebab itu saya mohon apabila saya semak dinyatakan ada isu berkaitan dengan kelulusan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, ada sangkut. Ada lif yang sudah hampir siap tetapi tidak dapat kelulusan. Itu tidak masuk lif yang baru hendak dibaiki.

Jadi, saya rasa perlu ada satu penyelarasan di semua pihak. Pastikan usaha membaiki lif ini dipercepatkan dengan peruntukan tambahan. Jadi, kalau ikut at this rate Tuan Yang di-Pertua, sudah banyak kali kes terperangkap. Kita tidak mahu nanti ada tiba- tiba berlaku kes jatuh lif dan sebagainya, nauzubillah. Pada waktu itu, kerajaan baru hendak bercakap untuk menyenggara secara menyeluruh. Ada lif yang sudah berusia lebih 20 tahun.

Jadi piecemeal punya pendekatan ini repair sedikit situ tidak menyelesaikan masalah. Selang dua hari rosak balik. Jadi, perkara utama, lif ini adalah ibarat lebuh raya bagi penjawat-penjawat awam khususnya yang tinggal di kuarters. Itulah jalan mereka untuk turun bekerja dan sebagainya. Jadi saya mohon supaya diberi perhatian khusus, dibawa ke kabinet perkara ini untuk kita kembalikan, kita remajakan semula Putrajaya ini infrastruktur secara keseluruhannya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh take note ya.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Dalam kehidupan ini Yang Berhormat kita selalu terperangkap.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Take note Yang Berhormat Menteri. Boleh landing, landing.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat ...

final • 11:50 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat. Landing ya?

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, landing.

final • 11:50 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Tuan Yang di-Pertua, saya fikir satu perkara yang saya ingin menjawab juga kerana ini agensi di bawah seliaan saya berkaitan dengan Angkatan Pertahanan Awam. Yang Berhormat Jempol telah membangkitkan tentang keadaan Pejabat Operasi APM di Jempol yang dikatakan kecil dan tidak kondusif.

Untuk pengetahuan Dewan bahawa penyediaan premis-premis untuk APM ini merupakan salah satu keutamaan. Ini kerana contohnya saya ingin kongsi untuk makluman Dewan, isu yang saya warisi daripada Yang Berhormat Arau selaku Menteri yang bertanggungjawab sebelum ini.

Daripada keseluruhan 162 buah daerah operasi APM, hanya 35 buah daerah mempunyai status premis operasi milikan sendiri sementara 35 dalam premis sewa, 127 diduduki secara ihsan sama ada bangunan milik agensi kerajaan lain ataupun pihak swasta dan di 28 buah daerah lagi APM beroperasi tanpa premis khusus. Tambah malang lagi sebahagian besar yang beroperasi tanpa premis ini adalah di negeri Sabah dan juga Sarawak.

Jadi, insya-Allah perkara ini telah kita susuli secara langsung dengan Kementerian Kewangan kerana sekiranya mengikut kepada Kajian Separuh Penggal sepanjang tempoh ini hanya tujuh buah lokasi iaitu di Padang Besar, Baling, Kepala Batas, Kuala Pilah, Temerloh Kuala Krai dan Gua Musang akan dinaiktarafkan premis itu dan insya-Allah kita akan pastikan khususnya premis-premis di negeri Sabah dan juga Sarawak.

final • 11:50 AM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Untuk makluman Yang Berhormat, mungkin Yang Berhormat Arau sebelum ini terlepas pandang. Salah sebuah daerah di Sarawak tersebut, APM terpaksa beroperasi melalui rumah kakitangan APM sendiri. Saya mengharap dukungan daripada seluruh Ahli- ahli Parlimen untuk sama-sama memberikan sokongan dalam kita menggerakkan, menjadikan keutamaan untuk kita menyediakan premis kepada APM selaku sekretariat-

final • 12:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

sekretariat kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah untuk memastikan moral dan juga keberkesanan APM ini dapat ditingkatkan dalam pengurusan bencana.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Kalau boleh saya cadangkan Tuan Yang di-Pertua, di masa akan datang, dia Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Persoalan dibangkitkan banyak tentang Sabah dan Sarawak, mungkin akan datang kalau boleh, minta cadangan sahaja. Akan datang, apabila menjawab, bagilah keutamaan, persoalan isu-isu tentang hal ehwal Sarawak dan juga Sabah. Terima kasih banyak, saya cadangkan.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Insya-Allah.

final • 12:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dua minggu daripada sekarang, itu akan berlaku.

final • 12:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Tuan Yang di-Pertua, saya sememangnya apabila melihat draf yang sediakan oleh pegawai-pegawai, pertanyaan saya adalah ‘tidak ada isukah tentang MA63’? Bagi mereka, apa yang mereka bangkitkan untuk Sidang Khas ini, tidak ada isu berbangkit tentang MA63 yang sebenarnya kita base, menjadi sekretariat.

Ada yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, tentang penurunan kuasa kepada JKR dan juga JPS. Mengikut rekod base, perkara tersebut telah selesai dan perlu diselusuri oleh agensi yang berkaitan dan Arahan Perbendaharaan telah pun dikeluarkan untuk proses penurunan kuasa tersebut. Bagi peringkat base telah selesai dan saya harap Kementerian Kewangan dan KKR dapat memberikan respons kepada Yang Berhormat Kinabatangan, apakah status pelaksanaan.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Saya ingat...

final • 12:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Oleh kerana Arahan Perbendaharaan 182 itu telah pun diturunkan kepada negeri untuk menurunkan kuasa tersebut.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

final • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Tuan Yang di- Pertua, apabila Menteri nyatakan tidak disentuh MA63, saya ingat Tuan Yang di-Pertua pada masa itu mempengerusikan sidang. Saya bangkitkan MA63, sehingga saya sebutkan Yang di-Pertuan Agong, surat masalah air, masalah jalan raya. Saya ingat masa akan datang kalau boleh, oleh sebab masa tidak mengizinkan.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Insya-Allah.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Terima kasih banyak.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya, Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, boleh landing.

final • 12:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih. Yang Berhormat Arau...

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sedikit sahaja.

final • 12:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

...pernah menjadi Menteri dalam pengurusan bencana.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan Yang Berhormat, sedikit sahaja.

final • 12:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Sekiranya ada isu-isu berbangkit...

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya bukan jadi Menteri, saya bersama Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri membentuk NADMA.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, okey.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

APM itu telah dinaik taraf daripada JPAM kepada Agensi Pertahanan Awam.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kes di Sarawak itu, hampir dibuat tetapi telah dipecat dari Menteri, tidak sempatlah. Yang Berhormat, saya hendak tanya ini, tentang kami ini masuk dalam Jawatankuasa, sebagai Ahli Parlimen second class ini, kami tidak ada peruntukan, di sana ada peruntukan, dia masuk Jawatankuasa, dia boleh tampung perbelanjaan...

[Kurang jelas]

final • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Masuk dalam kerajaan kalau hendak peruntukan.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, kami tidak– ala, kamu pun tidak lama.

[Ketawa]

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, kami minta sebagai Ahli Parlimen second class ini, dicari jalan supaya kita juga boleh bagi sumbangan.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 12:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi tidak mengapa, Allah Taala bersama dengan kami, terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Take note.

final • 12:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Tentang APM, Yang Berhormat Menteri sedikit.

final • 12:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Memandangkan masa pun telah tamat...

final • 12:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya sedikit tentang APM ini.

final • 12:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

...isu-isu lain yang dibangkitkan akan kita jawab secara bertulis. Saya rakamkan tahniah kepada...

final • 12:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri, APM sedikit.

final • 12:00 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

...terima kasih kepada semua Ahli-ahli Parlimen yang telah terlibat dalam isu-isu– membangkitkan isu pengurusan bencana dan juga agensi-agensi tertentu di Jabatan Perdana Menteri, terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Jabatan Perdana Menteri. Sekarang saya jemput Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Sila Yang Berhormat Menteri, 40 minit.

final • 12:00 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Assalamualaikum...

final • 12:04 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua. Saya dan Yang Berhormat Petaling Jaya pernah membangkitkan isu berkenaan dengan KL, Wilayah Persekutuan tetapi tidak dengar apa-apa jawapan.

final • 12:04 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Ada jawapan bertulis? Tidak mengapa, yang itu...

final • 12:04 PM

Datuk Armizan bin Mohd Ali

Untuk Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat Dato’ Sri Azalina Othman Said yang bertanggungjawab.

final • 12:04 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sudah lepas pagi tadi.

final • 12:04 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Dia cakap banyak tentang rasuah, pendakwaan dan sebagainya tetapi tidak cakap fasal...

final • 12:04 PM

Tuan Yang di-Pertua

Follow-up, sekejap lagi follow-up dengan dia. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 12:04 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan, Ahli-ahli Dewan yang mulia ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada 36 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan mengajukan beberapa pertanyaan. Membangkitkan isu-isu, melontarkan cadangan serta pandangan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Atas keizinan Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk membacakan nama Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bertanya...

final • 12:04 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 12:04 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...iaitu Ahli Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Ranau, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Lawas, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Kota Marudu, Yang Berhormat Gua Musang, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Selangau, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Lubuk Antu, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Kuala Krau dan Yang Berhormat Kudat.

Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya pertanyaan-pertanyaan, isu-isu, cadangan-cadangan yang telah dikemukakan kepada kementerian ini sepanjang tiga hari perbahasan adalah berkaitan dengan program-program infrastruktur luar bandar, pembangunan, sosio ekonomi dan kesejahteraan masyarakat luar bandar serta isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat Orang Asli.

Terdapat Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu berkenaan dengan potensi ekonomi desa dan program pembangunan usahawan luar bandar yang selaras dengan keperluan industri setempat. KKDW di mana melalui agensi-agensinya seperti MARA, KEMAS, FELCRA, RISDA dan Lembaga Kemajuan Wilayah, Bahagian Pembangunan Usahawan Desa dan Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti KKDW telah mengambil tindakan-tindakan proaktif dalam usaha membangunkan usahawan luar bandar di seluruh negara, terutamanya untuk Wilayah Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan sosio ekonomi masyarakat dengan memberi latihan, khidmat bimbingan, pembangunan usahawan, penyediaan premis-premis perniagaan dan pembiayaan perniagaan dengan memberi fokus kepada pembangunan industri setempat.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah MARA umpamanya, inisiatif yang memberi fokus kepada program sokongan pengukuhan keusahawanan luar bandar telah dilakukan seperti Program Latihan Keusahawanan, di mana program ini dibangunkan bertujuan untuk memperkasakan usahawan, terutamanya usahawan baharu serta meningkatkan keupayaan usahawan sedia ada. Setakat Ogos yang lalu, seramai 6,723 orang usahawan telah dilatih oleh MARA dan ini melibatkan perbelanjaan berjumlah lebih daripada RM5.11 juta. Daripada itu, seramai 958 orang usahawan dari Sabah dan Sarawak telah juga turut dilatih. Antara program latihan yang telah dilaksanakan ialah Latihan Pengurusan Perniagaan, Latihan Pendigitalan Perniagaan dan Latihan Pemasaran e-Commerce serta program peningkatan personal development and product branding melalui platform pemasaran dan jualan atau bis-net network.

Untuk Program Pensijilan Usahawan MARA, kita telah menyediakan kemudahan- kemudahan bagi mempertingkatkan standardisasi dan membangunkan keupayaan

final • 12:04 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

produk dan pengeluaran produktiviti serta transformasi syarikat dan menembusi pasaran yang lebih luas sama ada di peringkat tempatan mahupun di peringkat antarabangsa.

final • 12:04 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Melalui Program Pendigitalan Perniagaan, kita telah juga membantu meningkatkan bilangan usahawan dalam penggunaan teknologi dan aplikasi digital bagi menjalankan perniagaan yang memperkembangkan pasarannya di peringkat domestik dan antarabangsa. Setakat Ogos yang lalu, seramai 335 orang usahawan telah mengikuti program ini.

Bagi Inisiatif Pengupayaan Komuniti Usahawan Luar Bandar, MARA juga turut menyediakan kemudahan premis perniagaan di mana sebanyak 7,273 lot ruang niaga di seluruh Malaysia telah disediakan di mana sebanyak 698 ruang niaga juga telah disediakan untuk Sabah dan Sarawak.

Begitu juga MARA telah turut menyediakan skim pembiayaan khas iaitu Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED NANO) bagi pembangunan potensi keusahawanan desa. Manakala di bawah Program Desamall, MARA telah menyediakan program ini untuk menggalakkan usahawan desa bagi mereka memperluaskan pemasaran produk atau khidmat produk secara dalam talian.

Ini di mana platform e-Dagang ini telah dapat memunculkan seramai 4,516 orang usahawan di seluruh negara. Sejak program ini berjalan pada tahun 2017 hingga bulan yang lalu di Sabah dan Sarawak sahaja seramai 1,081 telah dapat dimunculkan untuk Program Desamall ini.

Bagi KKDW, kami turut melaksanakan Program Pendigitalan Usahawan Desa yang bertujuan membantu usahawan-usahawan mendigitalkan perniagaan mereka untuk pemasaran pengoperasian dan perniagaan yang diusahakan melalui networking di seluruh negara dan dunia di mana kini terdapat 5,126 orang usahawan yang telah dimunculkan.

Untuk Sabah dan Sarawak sahaja, seramai 230 orang usahawan dari Sabah dan 360 orang usahawan dari Sarawak telah dapat dilatih. Manakala Program Pengupayaan Komuniti Luar Bandar, kami telah turut melaksanakan Program Komuniti Desa (PKD) di 21 Pusat PKD ini di mana di seluruh negara terdapat 1,250 program yang telah dilaksanakan yang melibatkan seramai 22,540 orang peserta di seluruh negara.

KKDW juga menerusi Bahagian Pembangunan Usahawan Desa telah dapat melakukan beberapa program yang cukup bermakna kepada para peserta di luar bandar terutamanya:

(i) Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar;

(ii) Program Pembangunan Usahawan Start Right (PSR);

(iii) Program Outreach Keusahawanan Rural Business Challenge 2.0 (RBC 2.0); dan

(iv) banyak lagi program-program yang terkait dengannya telah dilakukan oleh pihak kementerian.

Manakala KEMAS telah menjalankan program-program pembangunan usahawan KEMAS yang telah memberi manfaat kepada usahawan desa yang mana program- programnya termasuk:

(i) Program Perintis Keusahawanan;

(ii) Program Pengukuhan Keusahawanan;

(iii) Program Insentif dan Pembangunan Keusahawanan;

(iv) Program Promosi dan Pemasaran;

(v) Kursus Kemahiran Quick Win;

(vi) Program Wacana Ilmu ‘Wanita Inspirasiku’ (WINS); dan

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

(vii) beberapa program lain yang cukup bermakna kepada kumpulan sasaran.

Di bawah FELCRA, sehingga kini terdapat seramai 1,183 orang usahawan...

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Menteri, Yang Berhormat Sri Gading bangun ya. Hendak beri laluan?

final • 12:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan pinjaman.

Pinjaman ini bukan geran kerana ada beberapa rakan peniaga Bumiputera yang berniaga berkaitan dengan barang-barang elektrik cuba buat pinjaman bukan geran ya tetapi ia ditolak disebabkan oleh kerugian waktu PKP. Dua tahun PKP itu dia rugi, rugi yang bergandalah. Tahun pertama rugi, tahun kedua rugi juga permohonan pinjaman dia ditolak.

Jadi, bagaimana cara ataupun hendak membantu peniaga-peniaga seumpama ini yang rugi semasa PKP tetapi bila hendak membuat pinjaman dia bukan minta geran minta pinjaman pun tidak boleh. Jadi, macam mana cara untuk dapatkan pinjaman itu Yang Amat Berhormat Menteri? Silakan.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, nilai-nilai manusiawi turut disuntik dan dilaksanakan di kalangan pegawai-pegawai di mana rasa perikemanusiaan turut diberikan pertimbangan untuk kita meneliti permohonan- permohonan di atas musibah yang mereka alami itu.

Maka, beberapa due diligence (DD) dilakukan dan jika ada kes-kes yang berkenaan Yang Berhormat sendiri boleh menghubungi saya dan memberikan butiran secara terperinci kepada mereka yang memohon itu. Bukan untuk Yang Berhormat sahajalah.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda Hassan - Sri Gading

Terima kasih, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Rakan-rakan saya di hadapan juga saya fikir ramai yang begitu yang dihadapi oleh mereka dan mereka boleh menulis terus kepada saya dan saya akan meminta keputusan MARA untuk meneliti dan mengambil tindakan yang mengikut kemunasabahan untuk kami lakukan.

Tuan Yang di-Pertua dan bawah FELCRA umpamanya, kita telah memfokuskan program-program keusahawanan di mana keterlibatan mereka dalam bidang pembuatan, aquaculture, tanaman, ternakan makanan dan perkhidmatan yang turut melibatkan seramai 1,183 orang peserta telah dilakukan.

Di samping itu, melalui Rolling Plan yang kedua dan ketiga bagi tahun lepas dan tahun ini peruntukan sebanyak RM16.2 juta telah kami salurkan di mana program-program di bawah pelaksanaan mereka termasuk Program Kelestarian dan Kemapanan Industri Desa, kelengkapan kampung premis perniagaan, pembangunan hasil baharu seperti herba, agro pertanian dan juga community engagement dan juga bengkel automatif.

Untuk yang sedemikian, kita melibatkan kumpulan-kumpulan yang berbeza dengan agensi-agensi yang berbeza bagi melihat dari segi keberkesanan segala bantuan, pinjaman dan sebagainya. Yang penting ialah melahirkan usahawan-usahawan di kawasan pedesaan.

Dari segi kesejahteraan masyarakat Orang Asli, terdapat beberapa Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan tentang Akta Orang Asli 1954 atau juga dikenali sebagai Akta 134 yang terkait tentang soal pelan penempatan dan penambahan pegawai- pegawai teknikal telah juga turut dibangkitkan dalam usaha perancangan penempatan pembangunan masyarakat Orang Asli.

Sebagai permulaan, saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa pelaksanaan Kajian Pembangunan Kerangka Perundangan dan Mekanisme Bagi Pentadbiran Perkahwinan dan Perceraian Adat Orang Asli di Semenanjung telah mula pada 5 September –beberapa hari yang lepas.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Manakala isu tanah Orang Asli turut diambil kira di dalam semakan Kajian Akta 134 ini dan kami bersama-sama dengan bahagian draf, Penasihat Undang-undang di kementerian dan JAKOA sedang memperhalusi secara menyeluruh dan terperinci.

Perkara-perkara yang melibatkan tentang soal perbezaan pandangan bidang-bidang kuasa yang berlaku pertindihan yang melibatkan kuasa-kuasa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

Untuk Pelan Strategik JAKOA, saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa pelan strategik ini telah pun dirangka dan dipersiapkan terutamanya bagi mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli melalui penyediaan infrastruktur yang lengkap di seluruh perkampungan Orang Asli dan perkara ini sering dibangkitkan.

Namun kita teruskan usaha-usaha ini dengan sebaik mungkin.

JAKOA juga sedang merancang untuk memperluaskan pelaksanaan program pembangunan bersepadu di penempatan Orang Asli yang berpotensi pada masa akan datang dan kita amat prihatin terhadap untuk nasib masyarakat Orang Asli masa kini dan bagi masa hadapan.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ingin menyebutkan bahawa tahun lalu sasaran untuk anak-anak Orang Asli untuk memasuki universiti adalah seramai 300 orang tetapi yang telah dapat masuk seramai 350 orang. Ini melepasi matlamat dan sasaran. Manakala, untuk tahun berikutnya seramai 400 orang telah disasarkan dan kita akan memantau pengambilan pada kali ini.

Insya-Allah kita yakin hampir 500 orang akan kita dapati mendaftar. Ini adalah satu kaedah social assimilation yang kita lakukan melalui penstrukturan semula masyarakat dari segi social mobility atau mobiliti sosial secara vertikal yang kita lakukan di kalangan masyarakat Orang Asli.

final • 12:20 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey, Yang Berhormat.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kami tidak pernah berkompromi untuk memberikan kualiti pendidikan pada Orang Asli dengan cara yang paling baik dengan melakukan beberapa tindakan.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Tumpat.

final • 12:20 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berminat dengan kadar kemasukan yang tinggi daripada kalangan Orang Asli. Saya ingin bertanya, adakah kita mempunyai jumlah berapakah bilangan kanak-kanak atau pun pelajar perempuan yang masuk ke universiti berbanding dengan pelajar lelaki kerana isu yang dibangkitkan oleh antarabangsa ialah tentang tingginya peningkatan atau pun tingginya wanita atau pun kanak-kanak perempuan yang berkahwin sehingga tidak dapat masuk ke universiti daripada kalangan Orang Asli.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Trend yang sama juga berlaku di kalangan Orang-orang Asli di mana pelajar-pelajar perempuan lebih ramai peratusannya yang masuk ke universiti. Pada jangkaan kami, lebih daripada 67 peratus yang masuk ke universiti adalah para pelajar perempuan. Ini adalah national trend. Masyarakat Orang Asli tidak terkecuali dalam hal ini. Walau bagaimanapun, untuk pelajar lelaki, kita mempunyai beberapa program second chance untuk kita lakukannya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada soal perkhidmatan bas MARA Liner.

final • 12:20 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak merujuk kepada Orang Asli tadi dalam perbahasan saya ada timbulkan sebab kita ini Malaysia.

Kalau Akta Orang Asli hanya untuk Semenanjung. Walhal, Orang Asal di Sabah dan Sarawak.

Jadi, adakah kementerian juga melihat keperluan maslahat Orang Asal di Sabah dan Sarawak. Saya telah mencadangkan supaya ada Suruhanjaya untuk Orang Asal yang merangkumi Orang Asli dan juga Sabah Sarawak. Barulah kita satu Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Tuan Yang di-Pertua, cadangan Yang Berhormat itu sedang diteliti untuk kita perincikan daripada segi peruntukan suruhanjaya.

Namun, Akta 134 sebagaimana yang saya sebutkan tadi boleh sebenarnya diperluaskan atau dipinda dengan nama-nama tertentu. Akan tetapi, asasnya masih atas asas yang sama.

final • 12:20 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Dalam perbahasan saya, ada saya menyentuh berkaitan dengan sekolah berasrama Orang Asli yang mana di Kuala Langat dahulu ada sebuah sekolah berasrama untuk Orang Asli. Saya berjumpa dengan bekas pelajar- pelajar ini dan mereka ini daripada kalangan Orang Asli sendiri menyebutkan bahawa sekolah ini amat bermanfaat kepada masyarakat Orang Asli sendiri.

Saya tidak nafikan soal pendidikan sekolah K9, K11 tetapi realitinya pada hari ini kehadiran masyarakat atau pun Orang Asli terlalu rendah. Apabila sekolah ini berada di kawasan mereka, maka kehadiran secara harian itu sangat rendah dan pencapaian pendidikan tidak membanggakan seperti yang kita harapkan. Oleh sebab itu, adakah kerajaan akan melihat semula soal sekolah berasrama ini untuk menempatkan anak-anak Orang Asli untuk dibangunkan dan memberikan impak yang sangat baik selain daripada Persekutuan? Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya sangat maklum terhadap permasalahan yang dihadapi di sekolah asrama yang berkenaan. Bukannya berlaku di tempat Yang Berhormat sahaja tetapi berlaku juga di tempat lain. Absenteeism-nya agak tinggi. Kami mengambil beberapa langkah proaktif untuk menggalakkan keberadaan mereka di sekolah dan di asrama terutamanya dengan melibatkan ibu bapa mereka dan juga melakukan majlis muafakat ibu bapa yang menyerupai PIBG untuk menggalakkan anak-anak mereka untuk terus berada di asrama dan juga di sekolah. Perkara ini dilakukan dengan langkah-langkah proaktif yang turut melibatkan pimpinan masyarakat Orang Asli. Dengan izin the opinion leaders among Orang Asli yang kita lakukan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin pindah ke bahagian perkhidmatan bas MARA Liner khususnya di Sarawak. Sahabat saya Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Fadhillah sangat-sangat berminat dengan Timbalan Menteri saya. Di mana, Ahli-ahli Yang Berhormat dari Sarawak membangkitkan tentang soal MARA Liner terutamanya untuk melalui Pan Borneo. Kami sedang melakukan beberapa kajian terperinci dengan memulakan perkhidmatan terutamanya di Batang Sadong, Samarahan dan Santubong supaya perkhidmatan MARA Liner ini akan memberikan corporate social responsibility sebab dijangkakan kawasan-kawasan seperti ini MARA Liner tidak akan memperoleh keuntungan. Akan tetapi, untuk bas ekspres long haul akan dapat cross-subsidize kepada stage buses atau bas yang berhenti-henti.

Kita akan lakukan dengan sebaik-baiknya sesuai dengan penyiapan awal Pan Borneo di Sarawak dan kita harap Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadhillah akan dapat juga mempercepatkan penyiapan Pan Borneo di Sabah sebagaimana diminta oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan insya-Allah pada pertengahan 2025 ia akan dapat memberikan perkhidmatan MARA Liner juga di Sabah dan Sarawak.

Untuk perkara lain iaitu menyentuh mengenai institusi pendidikan di bawah MARA. Ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan tentang soal ini terutamanya cadangan terhadap penubuhan Institut Kemahiran MARA di beberapa kawasan Parlimen. Ingin saya maklumkan bahawa kini terdapat 255 TVET di bawah MARA di mana 231 daripadanya merupakan Pusat Giat MARA, 14 ialah IKM atau Institut Kemahiran MARA dan 10 Kolej Kemahiran Teknikal MARA. Ini melibatkan lebih daripada 39,000 orang pelajar-pelajar.

Saya ingin menyebutkan juga bahawa UniKL adalah universiti yang memberikan tumpuan kepada kursus-kursus lanjutan kepada peserta TVET ini. Kolej Poly-Tech MARA dahulunya kini telah dinaikkan taraf dan mendapat kelulusan daripada MQA sebagai Kolej Universiti Poly-Tech MARA. Dua universiti di bawah MARA ini adalah universiti TVET yang memberikan peluang atau second chance pada mereka bukan hanya untuk memperoleh sijil-sijil SKM Tahap 1 hingga Tahap 5 tetapi mereka diberi peluang untuk memperoleh

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Diploma, Ijazah Pertama, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Ertinya, kita harus menukar minda daripada dengan izin white collar job kepada blue collar job yang menjanjikan pulangan pendapatan yang lebih tinggi. Ini digalakkan melalui kewujudan dua universiti yang berkenaan.

final • 12:20 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Mohon laluan Tuan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Bagan Datuk. Saya nak ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Bagan Datuk sebab UniKL juga berada di Taman Teknologi Tinggi Kulim. Cuma, UniKL berkenaan memberi penekanan kepada subjek automotif.

Sedangkan Taman Teknologi Tinggi Kulim ini kita memberi pemberatan dan tumpuan yang lebih kepada industri electrical & elektronik, cip, semikonduktor dan sebagainya.

Sudah banyak kali mencadangkan supaya dikaji kembali, syllabus subjek-subjek yang diajar di situ supaya penekanan kepada Bachelor of Science, Master’s degree di dalam bidang electrical & elektronik, mekatronik, mekanikal dan sebagainya. Itu sahaja. Terima kasih Yang Amat Berhormat Bagan Datuk. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Yang Berhormat Kubang Pasu, sahabat lama saya. Saya akan melihat secara positif cadangan itu dan kita akan selesaikan. Dua hari sudah saya melawat CENTEXS di Sarawak. CENTEXS merupakan satu-satunya institusi TVET di negara kita yang menjalankan kursus-kursus bukan hanya mengikut kaedah TVET konvensional tetapi pergi lebih jauh daripada itu termasuk daripada segi renewable energy, hydrogen, solar dan AI serta beberapa perkara yang berteknologi tinggi dan saya bersetuju dengan Yang Berhormat supaya bukan sahaja di Kulim tetapi di tempat-tempat lain. Kita sesuaikan dengan permintaan, bukan apa yang kita fikir sesuai tetapi yang sesuai dengan permintaan pekerjaan.

Ahli-ahli Yang Berhormat dari Sarawak juga membangkitkan tentang soal status MRSM di beberapa kawasan. Begitu juga Ahli-ahli Yang Berhormat di Semenanjung membangkitkan perkara itu. Yakinlah bahawa kita akan melihat tentang pembinaannya supaya disesuaikan dengan the cost of running it. Katanya, selain daripada DE, soal OE juga dibangkitkan supaya kita dapat keselarasan daripada segi belanjawan.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Amat Berhormat.

Yang Amat Berhormat.

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya di antara yang membangkitkan pasal MRSM. Yang Amat Berhormat, saya merayu supaya MRSM Tanah Merah ini sepatutnya dibina sama waktu MRSM Bagan Datuk dibina tetapi malangnya, MRSM Bagan Datuk saya rasa mungkin sudah hampir siap tetapi MRSM Tanah Merah belum dapat disiapkan lagi. Jadi, saya mohonlah merayu kepada Yang Amat Berhormat agar MRSM Tanah Merah ini, saya hendak tahulah bila boleh siap ya? Saya harap ia menjadi realiti dan kalau siap Yang Amat Berhormat, mungkin Tanah Merah boleh jadi milik Barisan Nasional.

Terima kasih.

[Ketawa]

final • 12:30 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Yang Berhormat Bagan Datuk.

final • 12:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Yang di-Pertua. Soalan yang sama Yang Berhormat Bagan Datuk. Berkaitan dengan status pembinaan MRSM Sik, saya juga bangkitkan hari itu. Isunya ialah ketika berlaku kelewatan pembinaan, maka kos pembinaan itu telah pun meningkat beberapa peratus. Itu antara punca yang dikatakan.

Padahal kerajaan telah membelanjakan, saya diberi faham lebih RM10 juta untuk pengambilan tanah.

Namun, MRSM Sik ini yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama tidak dapat lagi dibina hari ini. Jadi, mohonlah sangat pihak kementerian mengambil perhatian. Tadi kalau Yang Berhormat Tanah Merah pun juga, Sik pun sangat lah kawasan-kawasan pendalaman ini. Akan tetapi, kalau Sik kata UMNO hendak balik, tetapi Sik mungkin tidaklah kot. Ia akan bertambah kuatlah. Terima kasih.

[Ketawa]

final • 12:30 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Yang Berhormat Bagan Datuk. Lumut. Sama juga mengenai isu MRSM. Parlimen Lumut memang telah

final • 12:30 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

disediakan tapak untuk MRSM tetapi telah diambil oleh Bagan Datuk. Mohon di-consider- kan pembinaan MRSM di Parlimen Lumut, Yang Berhormat, sebagai gantilah.

[Ketawa]

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Akan tetapi Yang Amat Berhormat, Tanah Merah ini, tanah sudah beli RMKe-9. Selepas seorang menteri, menteri dari Semporna bertukar ramai menteri, bertukar Yang Berhormat Bera bertukar kepada, ya. Saya haraplah dalam waktu zaman Yang Amat Berhormat inilah, ia akan menjadi realiti. Jadi saya hendak tahu bila boleh siap? Itu sahaja.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menoktahkan ya.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Ya.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menoktahkan.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Ya. Kita hendak noktahkan, Yang Amat Berhormat.

final • 12:30 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Yang Berhormat.

Lumut, tanah sudah tidak payah beli sudah. Memang sudah ada.

[Ketawa] Sebelah Pangkalan TLDM. Tanah free lah kira. Pihak TLDM menuntut benda itu. Tidak ada sekolah asrama di Parlimen Lumut.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana yang amat prihatin. Sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Tanah Merah, insya-Allah jika rakan-rakan di sana cepat balik ke sini, mudahlah. Kita segerakan.

[Ketawa] Secara peribadi dan rasmi saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bera yang meluluskan dan melaksanakan Program MRSM Bagan Datuk.

Sepatutnya bukan saya yang luluskan. Yang Berhormat Bera yang luluskan. Jadi, kita ucap terima kasih. Secara rasmi sudah berjalan pun. MRSM Ulul Albab yang menumpukan bukan sahaja soal akademik, terutama dalam GCSA tetapi juga mereka adalah merupakan huffaz, hafal 30 juzuk dan mereka akan insya-Allah jadi ahli profesional. Ini yang kita lakukan.

Bagi Tanah Merah, dulu peruntukannya RM100 juta. Kini, kos sebenarnya ialah meningkat kepada RM126.86 juta. Sik, dulu kosnya RM99.4 juta, kini kosnya menjadi RM121.04 juta. Ketereh RM120 juta dulu, sekarang RM136.7 juta. Untuk Lumut, tanah itu tetap tanah MRSM dan insya-Allah berdoalah agar jika Lumut balik cepat kepada BN, kita akan segerakan pembinaan Lumut, insya-Allah.

[Ketawa] Saya juga ingin menyentuh tentang beberapa perkara di mana daripada MRSM yang ada di negara kita, 55 buah MRSM.

final • 12:30 PM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Lawas.

final • 12:30 PM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

Baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri, mengenai MRSM ini kalau permintaan di Semenanjung Malaysia dipertimbangkan, jadi rakyat Lawas sangat mengharapkan supaya MRSM yang diluluskan di Lawas tiga tahun dahulu dan tapak tanah pun sudah disediakan oleh kerajaan negeri malah geran tanah sudah diserahkan kepada pihak yang berkenaan.

Minta supaya dapat dipertimbangkan dan diluluskan Yang Amat Berhormat .

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sambung Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ya, insya-Allah...

final • 12:30 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sedikit sahaja. Sama juga Yang Berhormat di Kinabatangan pun begitu. Jadi, di Semenanjung Malaysia ini macam banyak. Di Sabah dan Sarawak sedikit. Tolonglah beri priority kepada Sabah dan Sarawak termasuk di Kinabatangan.

[Ketawa]

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Alhamdulillah, oleh sebab GPS, GRS sama dengan kita tambah UMNO makin kuat di Sabah dan kita akan awalkan dan perbanyakan, insya-Allah. Untuk Lawas Yang Berhormat. Lawas, peruntukan asal ialah RM137 juta tetapi kos sekarang ini RM151.67 juta. Jadi empat buah MRSM ini, Lawas, Sik, Tanah Merah dan Ketereh, kita akan... .

final • 12:30 PM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Kita akan berunding dengan pihak MOF terutama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agar keempat-empat MRSM dan tidak melupakan sahabat saya dari Lumut untuk kita juga pertimbangkan agar MRSM Lumut dapat diwujudkan ya.

Dalam soalan-soalan yang lain terutama rumah PPRT, ramai Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara ini dan saya ingin memaklumkan terutamanya terkait dalam rumah-rumah PPRT yang terlibat dengan NADMA tadi. Jadi, kita melaporkan kolaborasi di antara KKDW dengan pihak NADMA untuk membaik pulih dan juga membina rumah-rumah PPRT yang baharu. Kita sebutkan bahawa untuk tahun ini sahaja sebanyak 191 unit rumah baharu telah dibina rumah PPRT dan 480 unit membaik pulih telah kita lakukan dan ini melibatkan 24 kawasan Parlimen keseluruhannya. Insya-Allah, walaupun tidak diminta, Kinabatangan telah mengemukakan permohonan. Saya akan memberikan pertimbangan bergantung kepada peruntukan yang sedia ada yang memang tidak berapa ada.

Begitu juga rumah-rumah PPRT yang lain, kita dari semasa ke semasa kita akan memberikan keprihatinan. Untuk KESEDAR, kita juga telah melakukan beberapa tindakan terutamanya untuk rumah generasi kedua sebagaimana yang dibangkitkan dan tentunya ia bukan hanya melibatkan generasi kedua, pihak KESEDAR telah juga memikirkan tentang generasi ketiga sekarang ini ya di kawasan KESEDAR dan kita akan lakukan langkah-langkah proaktif. Untuk program pembangunan infrastruktur luar bandar.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Yang Amat Berhormat.

Saya minta sedikit. Kubang Kerian.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Kubang Kerian.

final • 12:40 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Isu rumah perumahan PPRT. Saya mendapat maklumat daripada beberapa pengusaha dan pemaju yang mengatakan bahawa sistem yang diperkenalkan sekarang ini ia akan memperlahankan atau memperlambat sedikit proses pembinaan iaitu sistem payung yang diperkenalkan.

Cuma saya ingin dapatkan pengesahan apakah benar kerajaan telah pun mengubah sistem daripada sistem lama yang direct kepada kontraktor bagi menyiapkan rumah PPRT atau melalui kaedah sistem payung di mana satu buah pemaju dilantik dan ia melaksanakan projek tersebut? Oleh sebab isunya ialah kelewatan dalam proses pembinaan. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih Yang Berhormat. Kami mengetahui itu perkara dahulu. Sewaktu sebelum saya berada di kementerian itu. Kini, kami pergi direct kepada kontraktor yang dahulunya dikenali sebagai Kelas F, sekarang ini G1. Kami adakan cabutan undi untuk kontraktor-kontraktor G1 di kawasan itu untuk mereka laksanakan terus. Tidak ada sistem payung lagi.

Kita juga libatkan kepada GIATMARA untuk membantu dan juga koperasi FELCRA untuk membantu supaya dipercepatkan. Untuk jalan luar bandar ini, saya ingin memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebutkan tentang Jalan Luar Bandar (JALB) dalam Kajian Separuh Penggal (KSP) dan kami berikan keutamaan dengan memperluaskan pembinaannya daripada sasarannya pada 700 kilometer keseluruhannya. Di mana pencapaian setakat ini telah melebihi kepada kira-kira 840 kilometer.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ertinya dengan peruntukan yang sedia ada kami telah dapat mencakupi jumlah kejauhan yang melebihi. Bagi Sabah dan Sarawak umpamanya, peruntukan-peruntukan di bawah RM50 juta kami serahkan kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakannya.

Kami telah menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Bersama di mana saya dan Premier Sarawak dan juga Ketua Menteri Sabah untuk melakukan pemantauan terhadap pelaksanaan untuk mempercepat program-program jalan itu.

Begitu juga saya akan menyentuh mengenai perkara-perkara...

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Pilah bangun kah?

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

...yang ada kaitan...

final • 12:40 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua izinkan saya mencelah. Yang Berhormat Bagan Datuk, saya menginginkan sedikit pencerahan kerana ia tidak ada diberikan penerangan sebentar tadi, ia melibatkan KEMAS. Soalan saya ialah berkaitan dengan modul. Modul penghayatan Pendidikan Islam di tabika-tabika KEMAS ini. Saya lihat ia mendapat sambutan yang cukup baik daripada ibu-bapa dan penjaga. Saya mohon pencerahan Yang Berhormat tentang status pemerkasaan modul ini. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Untuk tabika-tabika dan juga taska KEMAS, terdapat kira-kira 10,800 buah kelas-kelas seperti ini dan terdapat 540 buah tadika yang kita lakukan synchronization daripada segi program. Kita tekankan pelajaran kepada suntikan kepada soal akidah, soal pembelajaran Al-Quran, soal ibadah yang kita selaraskan di seluruh negara. Sebelum itu, kita lakukan Training of Trainers dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Yayasan Pahang.

Pedagoginya dilakukan oleh UPSI dan penyelarasan juga turut mengambil kira Yayasan Pintar iaitu yayasan yang menaungi seluruh maahad tahfiz di seluruh negara.

Kita telah mula lakukan sistem pedagogi dan modul-modulnya dengan kerjasama agensi- agensi yang telah saya sebutkan tadi.

final • 12:40 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya Yang Berhormat Kuantan.

final • 12:40 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih. Saya menunggu jawapan untuk Kuantan Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan terdapat rakyat kita ia hendak masuk air ke rumah dan juga ia perlu tanggung daripada main. Kos tersebut cadangan saya pada tempoh hari adalah memohon peruntukan untuk perkara-perkara tersebut. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Ada permintaan ke arah itu, daripada main kepada kawasan kampung dan perumahan. Ini telah kita masukkan di dalam Rolling Plan yang akan kita laksanakan. Silakan Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Terima kasih Timbalan Perdana Menteri. Saya hendak bertanya berkenaan dengan jalan dari Kampung Paloh ke Tanjong Manis. Sebenarnya jalan ini tiada dalam senarai asal RMKe-12. Jadi, mungkin dalam Kajian Separuh Penggal, dibuat kajian semula. Adakah adanya jalan dari Kampung Paloh ke Tanjong Manis? Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Belum ada. Akan tetapi atas permintaan Yang Berhormat, saya akan senaraikan untuk bajet yang akan datang ini, Bajet 2024.

final • 12:40 PM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Okey, terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Untuk rakan-rakan di Sarawak, saya ingin memaklumkan bahawa penyelenggaraan bekas jalan balak. Sebanyak sembilan projek bagi menaikkan taraf jalan bekas balak ini telah kita lakukan dan melibatkan kira- kira RM351 juta. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM84 juta bagi menaikkan taraf jalan-jalan bekas balak di kawasan-kawasan pedalaman Sarawak ini khususnya. Kita akan mulakan bagi anak-

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

anak untuk pulang ke kampung sebelum perayaan Krismas tahun ini dan insya-Allah kita akan lakukan dengan yang terbaik.

Akan tetapi masalah musim tengkujuh akan sedikit melewatkan persiapan jalan- jalan. Walau bagaimanapun, kita berterima kasih kepada Kerajaan Negeri, khususnya pihak JKR dan juga Yang Berhormat Premier Sarawak yang telah membantu untuk melaksanakan program-program di luar daripada kepompong minda yang sedia ada.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Baram.

final • 12:40 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Kita di kawasan pedalaman yang berkenaan dengan bekas jalan balak ini ada tanah runtuh, ada kaveat yang rosak. Ini memerlukan tindakan yang segera dan saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat kerana memberikan pandangan yang begitu memberangsangkan. Oleh sebab selama ini masalah bekas balance balak yang tidak diselenggarakan telah menjadi bebanan yang besar kepada rakyat di pedalaman.

Hanya satu yang saya hendak sentuh lagi berkenaan dengan bahas hari itu bahawa di kawasan Baram – di kawasan-kawasan ini adalah kawasan yang di pedalaman dan saya kurang pasti tetapi saya ingat beberapa jalan di kawasan Baram ini tidak disenaraikan sebab ia berdasarkan mungkin dengan pihak negeri. Namun, saya hendak mencadangkan kepada Yang Berhormat di Dewan ini, supaya jalan balak di kawasan Baram ini disenaraikan dalam Kajian Separuh Penggal ini.

Saya akan hantarkan permohonan ini dan kita sudah pun maklumkan. Saya akan hantar permohonan-permohonan berkenaan dengan jalan-jalan balak ataupun bekas jalan balak yang perlu diselenggarakan atau dibaik pulih sebab inilah satu-satunya sekarang ini laluan utama yang digunakan untuk kawasan pedalaman. Sekian, terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Terima kasih Yang Berhormat. Oleh kerana sewaktu saya menjadi Menteri Pertahanan dahulu, jalan-jalan balak ini dilaksanakan oleh Kor Jurutera Angkatan Tentera Malaysia. Kini, jalan-jalan itu telah rosak kebanyakannya. Insya-Allah jika peruntukan tambahan dapat diberikan melalui Kajian Separuh Penggal Ke-12 ini dan peruntukan 2024 ini akan saya laksanakan.

Jangan tulis surat kepada saya sahaja. Tulis surat juga kepada Timbalan Menteri rakan saya ini supaya beliau turut mengusahakan peruntukan yang diperoleh.

Pelaksanaan tidak ada masalah. Insya-Allah.

final • 12:40 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Yang Amat Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi

Saya ingin menyentuh Tuan Yang di- Pertua dalam tempoh dua minit sahaja tambahan ini tentang bekalan air luar bandar dan bekalan elektrik luar bandar. Insya-Allah kami akan laksanakan semuanya dengan sesegera yang mungkin. Kita bukan hanya mengikut senarai yang sedia ada tetapi beberapa langkah proaktif dapat kami lakukan terutama terdapat beberapa jalan ataupun bekalan air dan elektrik yang telah dapat dijimatkan. Maka, lebihan itu yang kami bawa ke tempat lain dan mudah-mudahan ini akan memberi manfaat kepada kawasan parlimen kita sama ada belah sini [Merujuk kepada blok kerajaan] atau belah sana. [Merujuk kepada blok pembangkang] Begitu jugalah jalan kampung dan juga untuk RISDA dan FELCRA. Sekali lagi saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada 36 orang Ahli-ahli Parlimen termasuk yang tidak sempat bangun tetapi bangun pada hari ini yang juga meminta peruntukan tambahan dan sebagainya. Insya-Allah kami berdua akan terus bekerjasama sebab kami terkait dalam soal pembangunan luar bandar. Insya-Allah mana- mana Ahli-ahli Yang Berhormat yang memerlukan apa-apa pertolongan daripada segi bantuan, dengan kuasa dan peruntukan yang terhad ini insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik untuk memenuhi permintaan Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri. Seterusnya Kementerian Perladangan dan Komoditi. Saya perlukan Yang Berhormat Menteri. Silakan, 30 minit.

final • 12:50 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 12 orang Ahli Yang Berhormat yang telah memberi cadangan dan pandangan terhadap perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) semasa perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas di Dewan yang mulia ini.

Bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang berminat untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai bidang kuasa, strategi dan sasaran terpilih berkaitan dengan sektor agrikomoditi secara menyeluruh, ia dirangkumkan dalam “Bab 3: Melonjakkan Daya Tahan Ekonomi untuk Pertumbuhan Mampan”. Sebagaimana yang dinyatakan dalam dokumen Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas, sektor agrikomoditi akan memberi tumpuan secara langsung kepada tiga bidang fokus utama iaitu; pertamanya, memperkukuh daya tahan sektor dan industri strategik. Kedua, memacu daya saing pertumbuhan mampan dan yang ketiga, mengatasi halangan dan meningkatkan skala perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS).

Justeru, di sini saya akan mengambil sedikit masa untuk memberikan penjelasan terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat merangkumi perkara berikut:

(i) harga getah yang rendah;

(ii) perkembangan Projek Kedah Rubber City;

(iii) kekurangan tenaga buruh perladangan sawit;

(iv) ancaman pihak luar ke atas industri sawit negara;

(v) perundangan eksport sawit;

(vi) keperluan program penanaman semula sawit;

(vii) ses sawit yang membebankan;

(viii) pengeluaran lada negara yang rendah; dan

(ix) pembangunan industri biojisim negara.

Tuan Yang di-Pertua, isu pertama yang akan diperjelaskan adalah berkenaan isu harga getah yang rendah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Kudat, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Padang Terap dan juga Yang Berhormat Baling. Pihak kementerian sentiasa memahami dan mengambil maklum terhadap kegusaran rakyat berhubung isu ketidaktentuan harga getah dan harga getah yang rendah di pasaran tempatan.

Sebagai makluman, harga getah adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor terutamanya penawaran dan permintaan getah dunia. Begitu juga harga getah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah turut tertakluk kepada permintaan dan penawaran pasaran selain daripada kos pengangkutan yang menyebabkan perbezaan harga di peringkat ladang. Antara langkah yang sedang dilaksanakan untuk membantu pekebun kecil yang terkesan akibat penurunan dan ketidakstabilan harga getah di pasaran selain usaha untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah adalah seperti berikut.

Pertamanya, Insentif Pengeluaran Getah (IPG). Bermula dari 1 Januari 2023, kerajaan telah menaikkan kadar paras harga pengaktifan (PHP) bagi IPG daripada RM2.50 ke RM2.70 sekilogram getah beku cup lumps, dengan izin. Sehingga Ogos 2023, pemberian IPG telah memberi manfaat kepada 217,705 orang pekebun kecil dengan

final • 12:51 PM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi - Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

pembayaran sejumlah RM474.54 juta. Program IPG ini telah dilaksanakan bermula September 2015.

Kedua, Projek Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET). Kerajaan melalui Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah melaksanakan projek TARGET melalui konsep koperasi pekebun dan pengusahaan ladang getah tempatan untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah dengan cara memendekkan rantaian bekalan ataupun dengan izin, supply chain dengan penglibatan pekebun dalam rantaian industri getah ataupun integrasi menegak. Projek ini dijangka dapat menambah nilai getah, memberi pulangan dan pendapatan yang lebih baik kepada pekebun kecil getah. Sebanyak enam orang pengusaha dan koperasi telah diluluskan dan sehingga bulan Ogos 2023, peserta program TARGET telah melepasi fasa inkubator.

Ketiga, Program Insentif Pengeluaran Lateks (IPL). Program IPL bertujuan untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah dengan menambah baik rantaian bekalan bahan mentah getah melalui peniaga getah atau koperasi secara menggalakkan mereka mengeluarkan lateks bagi menampung bekalan lateks negara untuk sektor hiliran. Bagi menggalakkan penyertaan, setiap peserta pekebun kecil getah yang menyertai program ini akan menerima insentif tunai sebanyak RM1 bagi satu peratus kandungan getah kering.

Para peserta juga menerima bantuan dalam bentuk input pertanian seperti baja dan racun yang bernilai RM850 bagi setiap hektar secara bekali dan secara sekali beri, one-off, dengan izin.

Manakala bagi koperasi atau peniaga getah berlesen LGM yang menyertai program IPL ini pula, mereka akan memperoleh manfaat bantuan pembinaan baharu atau tambah baik pusat pengumpulan lateks. Malah pelaksanaan IPL dapat membangunkan model perniagaan bekalan lateks yang lebih cekap.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Betong juga telah membangkitkan...

final • 12:51 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tuan Yang di- Pertua, boleh saya mohon bertanya kepada Yang Amat Berhormat Petra Jaya mengenai pengeluaran lateks ini. Kita sudah dengar perkara ini dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini sebelum ini. Boleh saya tanyakan kepada Yang Amat Berhormat Petrajaya apakah kemajuan yang telah dicapai tentang projek ini sama ada telah dilaksanakan ataupun belum dilaksanakan. Terima kasih.

final • 12:51 PM

Dato’ Seri Fadillah bin Yusof

Sik sekali.

final • 12:51 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Saya merujuk perbincangan berkaitan dengan kejatuhan harga getah dan kita maklum inisiatif kerajaan melalui pengaktifan IPG harga aktif ini daripada RM2.50 kepada RM2.70. Namun, yang berlaku di bawah sana Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri iaitu proses untuk membuat tuntutan ataupun claim IPG ini agak tidak nampak jalan mudah kepada penoreh- penoreh kita.

Pertama, sebahagian penoreh kita ini mereka ini makan upah dengan tuan kebun.

Untuk proses tersebut, mereka juga perlu juga buat kad PAT-G. Perlu dibuat sepatutnya ya. Tidak hanya tuntutan PAT-G itu langsung dapat kepada tuan kebun. Tuan tanah itu sendiri padahal tuan tanah itu dia bekerja lain dan sebagainya. Yang menanggung kos yang agak rendah itu adalah penoreh sendiri.

Keduanya, dua tuntutan IPG itu adalah melalui claim direct atau melalui peraih- peraih getah yang berlesen ini dan keduanya perlu membuat tuntutan di pejabat LGM.

Kalau saya di Sik, mereka terpaksa pergi ke Sungai Petani Tuan Yang di-Pertua. Jadi, mana mungkin mereka akan pergi sejauh itu hanya untuk membuat claim RM30, RM40.

Jadi saya mencadangkan buat kaedah sistem bahagian IPG ini boleh dilihat seperti mana kita membuat kaedah pengagihan subsidi harga padi iaitu penoreh langsung mendapat harga yang mana pengaktifan IPG itu. Kalau hari itu RM2.70 maka mereka dapat menjual harga getah itu dengan harga tersebut.

final • 12:51 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Itu antara cadangan yang saya dapat feedback daripada penoreh-penoreh kita sendiri, terima kasih.

final • 1:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu dan juga Sik. Untuk lateks, insya-Allah di Kedah pilot program itu yang sedang kita laksanakan bersama MARDEC dan beberapa buah syarikat lagi, mereka menunggu sebenarnya untuk kita rasmi.

Apa yang melewatkan sebab perundingan dengan pekebun-pekebun kecil, pemilik kebun dan sebagainya. Insya-Allah dengan program di mana melibatkan syarikat- syarikat besar terlibat bersama. Saya mengharapkan ia akan dapat membantu untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil. Pertamanya.

Kedua, pengeluaran lateks negara kita supaya kebergantungan untuk kita import itu dapat dikurangkan. Insya-Allah, tahun ini juga kita akan membuat perasmian program tersebut dan kita akan mengkaji projek rintis ini keberkesanannya dan kalau ia baik, maka ia akan disebarluaskan ke seluruh negara.

Berhubungan kait dengan IPG. Sebenarnya, semua pekebun kecil mesti mendaftar. Sekarang ini tuntutan dibuat secara online (atas talian) sudah sebenarnya.

Mereka tidak perlu pergi ke LGM dan sebagainya untuk menuntut.

Oleh sebab itu, kaedahnya ada, yang penting mereka mesti berdaftar. Cuma sekarang isunya di antara pemilik tanah dengan penoreh. Itu mungkin perkara yang perlu kita perincikan sebab yang boleh menuntut ialah pemilik tanah, bukannya penoreh sebab penoreh ada perundingan di antara pemilik dengan penoreh dan perundingan itu kita tidak tahu. Ia lebih perundingan sama ada 50-50, 70-30 dan sebagainya yang bukan sebenarnya dalam lingkungan kuasa kita. Kuasa kita hanyalah mengiktiraf pemilik berdasarkan geran dan juga apa yang didaftarkan.

Jadi isu itu nanti kita akan perincikan di antara penoreh dengan pemilik tanah bagaimana kita hendak melihat supaya ia dapat diperincikan lagi, ditambah-baik sistem tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Betong juga telah membangkitkan tentang langkah kerajaan untuk menggalakkan penghasilan produk getah yang mempunyai nilai tambah yang tinggi termasuk melalui penggalakan industri hiliran serta memperhebat kegiatan pengkomersialan hasil R&D bagi memastikan industri getah negara berdaya saing.

Terkini, kementerian melalui Majlis Getah Malaysia (MRC) telah dan akan melaksanakan langkah seperti berikut:

(i) penubuhan unit khas. MRC telah menubuhkan unit khas bagi membantu meningkatkan aktiviti pengkomersialan R&D dan pemindahan teknologi dalam industri getah. Sebanyak empat perjanjian persefahaman ataupun MOU dengan agensi pmengkomersialan dan penyelidikan telah ditandatangani.

Manakala sebanyak lima produk ataupun teknologi telah dibantu untuk dikomersialkan;

(ii) MRC Commercialization Fund dengan izin. Bagi menyokong aktiviti pengkomersialan oleh pihak industri. Kementerian melalui MRC akan melancarkan dana MCF yang dijangka pada Oktober 2023. Sebanyak RM20 juta disediakan di bawah dana ini untuk menyokong pengkomersialan produk R&D berkaitan getah dalam menembusi pasaran serantau dan antarabangsa.

Yang Berhormat Padang Terap telah membangkitkan tentang langkah kerajaan untuk mengkaji dan menghasilkan pelan jangka masa panjang untuk sektor getah serta usaha meningkatkan pelaburan dalam projek getah Rubber City untuk melonjakkan industri getah negara.

final • 1:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Berhubungan dengan projek Kedah Rubber City (KRC) kementerian mengambil maklum tentang usaha untuk menarik lebih ramai pelabur terlibat dalam projek ini. Untuk makluman Yang Berhormat, projek ini ialah salah satu inisiatif Koridor Utara yang dipantau oleh Kementerian Ekonomi. Penglibatan Kementerian Perladangan dan Komoditi melalui LGM adalah memberikan khidmat konsultasi dan juga kepakaran perkembangan teknologi bagi sektor getah atau transfer of technology dengan izin.

Maklum terperinci mengenai status projek KRC akan dibentangkan oleh Kementerian Ekonomi. Jadi Yang Berhormat boleh nanti tunggu Kementerian Ekonomi membuat penggulungan untuk terlibat bersama dalam perbincangan tersebut nanti.

Seterusnya Yang Berhormat Subang telah membangkitkan isu berkenaan kekurangan tenaga buruh. Pelbagai usaha dan inisiatif sedang diambil oleh kerajaan untuk menangani isu kekurangan tenaga buruh dalam sektor sawit.

Antaranya, pertamanya ialah meningkatkan mekanisasi dan automasi dalam sektor sawit. Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan untuk menghasilkan teknologi berdaya maju yang dapat meningkatkan adaptasi penggunaan jentera kepada golongan sasar iaitu pekebun kecil dan juga syarikat perladangan besar.

Seiring dengan Dasar Agrikomoditi Negara 2030 (DAKN 2030), usaha ini telah dipertingkatkan dan diperkasa melalui penubuhan Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit (MARCOP). Bagi tujuan ini kerjasama pihak kerajaan dan penggiat industri sedang melaksanakan untuk mengenal pasti teknologi dan meningkatkan adaptasi bagi aktiviti menuai dan mekanisasi lain berkaitan. Sebanyak RM60 juta disediakan bagi tujuan pembangunan mekanisasi yang bersesuaian terutamanya teknologi penuaian sawit.

final • 1:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, minta...

final • 1:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Sila.

final • 1:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya MARCOP ini dulu ditubuhkan saya ingat sudah hampir empat tahun atau lima tahun yang lalu. Boleh tidak berikan update Dewan ini apakah hasil yang telah dilakukan kerana MARCOP ini mendapat RM30 juta geran padanan daripada MOF dan juga daripada industri. Terima kasih.

final • 1:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Saya akan respons itu. Ini satu perkara baharu yang dibangkitkan secara spesifik tetapi apa saya boleh bangkitkan nanti lepas ini saya akan timbulkan.

Jadi untuk itu MARCOP turut menyasarkan untuk meningkatkan nisbah tanah kepada buruh daripada satu nisbah sembilan iaitu satu orang untuk cover sembilan hektar kepada nisbah 1/25 untuk jangka masa sederhana. Peningkatan nisbah ini boleh diperoleh jika teknologi penuaian diadaptasi dan tidak bergantung kepada kaedah konvensional seperti penggunaan galah menuai.

Potensi bagi rakyat tempatan terlibat sebagai penuai sawit adalah tinggi sekiranya teknologi yang betul diperkenalkan untuk meningkatkan produktiviti kerja sekali gus pendapatan rakyat. Pada masa ini peralatan mekanisasi yang diterima pakai oleh pihak industri adalah mesin penuai yang dinamakan ‘cantas’. Yang baharu ini lebih ringan berbanding yang mula-mula diperkenalkan dulu. Penggunaan ‘cantas’ boleh meningkatkan produktiviti sehingga 40 peratus lebih tinggi berbanding kaedah konvensional.

Di samping itu, banyak juga kaedah yang sedang dijalankan termasuklah menggunakan dron dan sebagainya tetapi paling mencabar ialah untuk mesin penuaian disebabkan untuk dron — disebabkan ia punya pelepah itu, jadi dron tidak sesuai untuk menuai tetapi lebih sesuai untuk pembajaan dan juga untuk racun dan sebagainya.

Seterusnya Yang Berhormat Tenggara, telah mengetengahkan isu berkenaan ancaman Kesatuan Eropah dan implikasi kepada industri sawit. Untuk makluman, kementerian mengambil perhatian serius perkara tersebut dan pelbagai tindakan telah diambil bagi memastikan industri sawit tidak terjejas.

final • 1:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Antara tindakan yang telah dan sedang dilaksanakan adalah pertamanya mengadakan mesyuarat dua hala dengan Indonesia pada 9 Februari 2023 bagi membincangkan implikasi European Union Deforestation Regulation (EUDR) dan strategi kedua-dua negara dapat bersama dalam menangani impak peraturan tersebut selaku negara pengeluar utama sawit dunia.

Hasil mesyuarat tersebut adalah kedua-dua negara telah bersetuju untuk mengadakan misi lawatan Menteri secara bersama atau Joint Ministerial Mission ke EU pada 27 Mei 2023 hingga 1 Jun 2023.

Kedua, mengadakan beberapa pertemuan dan sesi libat urus melalui Joint Ministerial Mission ke atas pihak Kesatuan Eropah dan organisasi global di peringkat tertinggi bagi menzahirkan kekecewaan Malaysia dan memberi tekanan kepada penggubal dasar di EU ke atas European Union Deforestation Regulation. Ketiga, hasil daripada misi tersebut pemimpin EU bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas serta sesi dialog untuk memudah cara pelaksanaan EUDR.

Jawatankuasa Khas tersebut telah bersidang pada 4 Ogos 2023 di Jakarta Indonesia dan dijangka akan bersidang kembali pada 4 Disember 2023 di Malaysia.

Keempat, untuk kita membawa isu EUDR ke peringkat ASEAN melalui hubungan diplomatik dengan negara-negara pengeluar agrikomoditi serantau bagi memastikan semua negara yang terlibat mempunyai pendirian yang sama berkaitan isu EUDR.

final • 1:00 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Kelima, Malaysia bersama 16 buah negara pengeluar agrikomoditi yang lain juga telah mengemukakan bantahan secara bertulis kepada Kesatuan Eropah berhubung diskriminasi EUDR melalui surat yang telah ditandatangani oleh perwakilan masing- masing pada 7 September 2023.

Terakhir, kerajaan juga akan mempergiatkan usaha agar EU mengiktiraf Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebagai syarat utama dalam pematuhan EUDR. Bagi menunjukkan komitmen Malaysia untuk menghasilkan minyak sawit mengikut prinsip dan kriteria mampan di bawah MSPO, KPK melalui Majlis Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MPOCC) sedang menambah baik pensijilan tersebut melalui MSPO 2.0.

Usaha kerajaan untuk melindungi kepentingan industri sawit negara ini bukan hanya melibatkan Kementerian Perladangan dan Komoditi bahkan turut melibatkan pelbagai kementerian dan agensi serta mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Kluster Ekonomi Minyak Sawit yang antara lain turut melibatkan Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Kementerian Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) bagi menggerakkan usaha menangani sebarang ancaman terhadap komoditi negara terutama minyak sawit secara strategik.

Yang Berhormat Tangga Batu telah membangkitkan isu berkenaan penurunan kadar eksport sawit. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, harga buah tandan segar sawit, atau pun singkatannya BTS, ditentukan oleh pergerakan harga pasaran minyak sawit mentah yang sentiasa berubah-ubah berdasarkan pada faktor asas dan sentimen pasaran semasa. Harga minyak sawit mentah telah mula menunjukkan trend peningkatan yang ketara bermula pada pertengahan tahun 2020 dan telah beberapa kali memecahkan rekod harga tertinggi dalam sejarah industri sawit negara pada Januari 2021 hingga Mei 2022. Harga minyak sawit mentah melonjak pada waktu tersebut disebabkan gangguan bekalan global akibat pandemik COVID-19 yang menyebabkan pengeluar minyak dan lemak dunia terjejas.

Nilai eksport dipengaruhi oleh harga minyak sawit mentah dunia. Pada tahun 2022, harga purata minyak sawit mentah ialah RM5,087.50 yang mana telah melonjakkan nilai eksport negara dengan sangat ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya. Namun, bagi Januari hingga Ogos 2023, harga purata minyak sawit telah kembali stabil dengan nilai RM3,884.

Daripada segi pengeluaran buah tandan segar atau pun tandan segar sawit, kementerian mendapati trend pengeluaran adalah konsisten dengan keadaan semasa

final • 1:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

pada tahun tersebut. Pada tahun 2018 dan 2019, purata penuaian BTS adalah berjumlah 17.16 tan sehektar dan 17.19 tan sehektar. Walau bagaimanapun, pandemik yang melanda bermula suku tahun 2020 telah memberi kesan ke atas purata kadar penuaian BTS akibat kekurangan pekerja asing. Bermula tahun 2020, purata kadar penuaian BTS telah menurun ke paras 16.73 tan sehektar dikuti oleh penurunan ke 15.7 tan sehektar pada tahun 2021 dan 15.49 sehektar pada tahun 2022.

Pada masa kini, pengeluar minyak dan lemak di pasaran dunia makin pulih dan menyebabkan harga minyak sawit mentah kembali ke paras normal.

Yang Berhormat Tangga Batu juga telah mengetengahkan isu berkenaan program penanaman semula sawit. Kementerian juga mengambil maklum saranan Ahli Dewan bagi mewujudkan semula geran penanaman semula sawit kepada pekebun kecil sawit yang mempunyai pokok sawit yang telah tua dan tidak lagi produktif. Walaupun tiada geran tanam semula sawit diberikan oleh kerajaan buat masa ini, terdapat skim pembiayaan tanam semula pekebun kecil sawit untuk kemudahan kepada semua pekebun kecil sawit terlibat.

Skim ini merupakan skim pembiayaan atau pun pinjaman mudah yang ditawarkan oleh kerajaan melalui Agrobank kepada pekebun-pekebun kecil sawit untuk meringankan beban kewangan semasa melaksanakan penanaman semula sawit. Skim ini ditawarkan dengan beberapa kelebihan dan keistimewaan seperti berikut:

(i) kadar pembiayaan sebanyak RM10,000 per hektar bagi Semenanjung dan RM14,000 per hektar bagi Sabah dan Sarawak dan terhad luas maksimum tanah sebanyak 6.5 hektar;

(ii) kadar faedah yang ditawarkan adalah sebanyak dua peratus sahaja;

(iii) pembayaran balik hanya bermula pada tahun kelima selepas pembiayaan diluluskan oleh Agrobank; dan

(iv) tanpa cagaran dan penjamin diperlukan.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu ses sawit yang membebankan yang dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Tangga Batu. Kementerian mengambil maklum akan pengenaan windfall tax atau pun windfall levy atau cukai luar biasa ke atas industri sawit. Walau bagaimanapun, kementerian sedang melaksanakan kajian pengenaan cukai industri sawit dan berharap ia dapat diselesaikan pada tahun hadapan. Perkara ini juga akan turut dibincangkan dengan Kementerian Kewangan.

Yang Berhormat Julau telah membangkitkan isu berkenaan pengeluaran lada negara yang rendah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lembaga Lada Malaysia

(MPB) telah merangka strategi bagi menjamin pengeluaran lada secara mampan.

Antaranya adalah dengan menggalakkan pekebun kecil menanam lada...

final • 1:10 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Yang Berhormat, minta?

final • 1:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

...Secara komersial iaitu 1,000 pokok ke atas setiap penanaman. Saya habiskan para ini dahulu. Alang-alang.

final • 1:10 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Okey. Saya hendak bangkit yang ucap sebelum itu.

final • 1:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Okey, saya selesaikan yang ini. Nanti saya patah balik.

Untuk menyokong usaha ini, kerajaan telah meningkatkan had dan nilai bantuan skim tanaman lada baharu kepada 46,000 per hektar dan skim tanaman ladang matang kepada RM25,000 per hektar bagi mengurangkan beban pekebun akibat daripada kenaikan harga input pertanian seperti baja, racun dan lain-lain.

Silakan, Yang Berhormat.

final • 1:10 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak bangkitkan apa yang dibangkitkan soal kesan kepada industri tentang sistem cukai. Apakah pihak kerajaan bercadang untuk mengkaji atau mengenakan cukai perlepasan karbon kepada pihak industri? Saya fikir isu ini pernah dibincangkan satu masa dahulu di mana industri yang telah melepaskan pelepasan karbon ini menyebabkan negara kita berdepan dengan masalah kelebihan karbon dalam atmosfera kita. Saya ucap tahniahlah kerana industri sawit ada mengenakan ses kepada karbon dan kalau boleh ia dapat dikembangkan kepada industri yang lain. Terima kasih.

final • 1:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian.

Memang kita melihat bahawa ekonomi baharu melihat kepada karbon. Bukan sahaja carbon storage, carbon credit dan sebagainya. Selain daripada sektor perladangan, sektor pertanian juga akan diberi tumpuan. Di bawah Kementerian Ekonomi, mereka akan menubuhkan unit khas untuk melihat perkara ini, di samping NRECC yang juga sudah ada unit tertentu. Insya-Allah, kita akan memperincikan dan melihat bagaimana kita dapat memaksimumkan hasilan kita supaya selain daripada penghasilan komoditi itu sendiri tetapi karbon itu sendiri akan dilihat sebagai satu komoditi yang dapat menambahkan pendapatan kepada negara dan juga pada semua pemain industri. Insya-Allah, kita mengambil serius perkara ini.

final • 1:10 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Yang Berhormat Menteri.

Julau.

final • 1:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Sila.

final • 1:10 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Untuk jawapan tadi, adakah ini tanaman semula untuk lada adalah ditanam oleh pekebun kecil (smallholders) ataupun syarikat?

final • 1:10 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Apa yang kita laksanakan sekarang ini memang kita memberi tumpuan kepada smallholders sebab sektor lada boleh dikatakan hanya smallholders yang terlibat. Setakat ini, belum ada industri atau syarikat yang terlibat. Kita menggalakkan sebenarnya untuk syarikat mengambil bahagian. Oleh sebab itu, salah satu tumpuan kita sekarang ini adalah untuk mereka beralih kaedah konvensional kepada kaedah baharu.

Kita sedang menjalankan projek rintis di Sarawak di mana mereka menggunakan kaedah smart farming di mana universiti UNIMAS terlibat bersama dengan kaedah yang baharu. Tidak lagi ditanam di lereng bukit tetapi ditanamkan secara fertigasi atau pun kaedah baharu. Daripada projek rintis yang kita laksanakan, ia menunjukkan hasilan yang agak menggalakkan iaitu penambahan dari segi produktiviti sebanyak 20 peratus.

Diharapkan menjelang tahun 2030, kalau perkara ini dapat diperluaskan, kita akan dapat meningkatkan pengeluaran lada kita dan lebih utama ialah kita hendak pastikan, khususnya untuk Sarawak, mutu lada Sarawak itu sebagai satu brand akan dapat dikekalkan sebab ia merupakan produk premium yang memang dikehendaki oleh dunia.

Jadi, tumpuan kita berhubung kait dengan lada.

final • 1:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Pendang.

final • 1:20 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Oh, ya.

final • 1:20 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya hendak tanya sedikit berkenaan kaitan dengan kelapa sawit ini, adakah kita masuk dalam perjanjian pembelian aset-aset negara, komoditi sawit ini menjadi salah satu elemen dalam perjanjian itu termasuk macam saya dapat, difahamkan kita pembelian aset-aset negara dengan negara Perancis. Negara Perancis adalah pemboikot utama kelapa sawit, komoditi ini. Jadi, kalau kita masih lagi berurusan untuk pembelian aset-aset negara tetapi kelapa sawit kita tidak menjadi satu elemen penting dalam pembelian aset-aset ini. Kenapa kita masih lagi berurusan dengan negara Perancis?

final • 1:20 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Yang Berhormat Pendang, saya sudah lepas kelapa sawit sebenarnya, pergi ke lada. Akan tetapi apa pun berhubung kait dengan the

final • 1:20 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

G2G untuk kita buat macam barter trade, kita membeli dan kita bekalkan, bayarkan dengan minyak sawit dan sebagainya. Ini salah satu yang pernah dilaksanakan tetapi sekarang tidak dilaksanakan lagi dan walaupun kita sedari bawah untuk minyak sawit, Perancis adalah satu negara yang agak keras menentang tetapi secara umumnya dengan interaksi kita dengan pihak EUDR itu sendiri, penerimaan kepada apa yang kita amalkan sekarang ini diterima agak baik oleh mereka. Cuma minta dua minit untuk saya rumuskan.

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, dua minit lagi.

final • 1:20 PM

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof

Cuma untuk lada itu tadi sehingga 31 Ogos, pendapatan purata sebenarnya untuk pulangan bersih kepada pekebun lada adalah ialah RM2,417.33 sebulan bagi setiap seribu pokok yang ditanam. Jadi, dengan harga purata sekarang ini iaitu lebih kurang RM14,225 untuk lada hitam dan lada putih ialah RM24,000.

Saya kira ia boleh memberi pulangan yang agak baik kepada pekebun-pekebun kecil lada kita.

Yang terakhir dibangkitkan ialah isu berhubung kait dengan biojisim negara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Kalabakan. Kita sedang merangka sebenarnya Pelan Tindakan Biojisim Negara 2023/2030 dan di bawah strategi ini nanti, kita akan bergerak bersama di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara yang mana biojisim memainkan peranan yang agak penting untuk memastikan bahawa tenaga negara kita akan dapat juga diperolehi daripada biojisim ini nanti.

Untuk itulah saya kira kita akan menubuhkan juga nanti pusat sehenti untuk mengumpul sisa biojisim sawit dan bahan mentah biojisim yang dikumpulkan ini akan diproses untuk digunakan seperti baja bio, makanan haiwan, penjanaan tenaga... [Tidak jelas] kertas dan juga produk nilai tambah yang lain. Jadi, untuk itulah saya kira ini merupakan salah satu pendapatan baharu pada negara kita. Kalau kita dapat beri tumpuan kepada selain daripada penghasilan produk-produk hiliran daripada biojisim ini tetapi juga pada masa yang sama the new wealth creation dari segi pelepasan net zero carbon yang juga menjadi komitmen negara kita.

Jadi untuk itulah saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian, pandangan, kritikan kepada kementerian kami untuk kami memastikan bahawa kita akan dapat memberi khidmat yang lebih baik lagi bukan sahaja untuk menambah pendapatan negara tetapi juga kepada para pekebun kecil dan pendekatan kita sekarang ini adalah based on the whole-of-government approach dengan izin. Jadi untuk itu saya mengucapkan terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Perladangan dan Komoditi. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan untuk menjawab dalam masa 30 minit.

final • 1:20 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Yeoh Tseow Suan

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada 11 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan, pandangan serta cadangan iaitu Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Parit Buntar dan Yang Berhormat Kangar. Secara keseluruhannya sebanyak 11 usul telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu lima usul berkaitan sukan dan enam usul berkaitan kemudahan sukan.

Tuan Yang di-Pertua, pengisytiharan hari cuti tambahan atas kemenangan sesuatu pertandingan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pertamanya, saya ingin, kalau Yang Berhormat tidak ada, tidak payah jawab, bagi secara bertulis ataupun? Okey, saya bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat Beruas. Isu seterusnya, Yang Berhormat Langkawi, ada?

final • 1:25 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Yang Berhormat Langkawi minta saya wakil satu soalan kalau ada, kalau diizinkan sebab dia jumpa doktor sekarang, terima kasih.

final • 1:25 PM

Puan Yeoh Tseow Suan

Okey, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Langkawi atas keprihatinan membangkitkan isu pulau Langkawi tidak disenaraikan sebagai laluan perlumbaan Le Tour de Langkawi bagi edisi ke-27 tahun ini bermula pada 23 September hingga 30 September minggu hadapan. Dalam keterbatasan tempoh lapan hari penganjurannya pada edisi ke-27 ini, KBS sedaya upaya cuba membawa LTDL hampir kesemua negeri di semenanjung demi peminat sukan berbasikal negara.

Pemilihan laluan untuk edisi ke-27 ini pada asalnya dicadangkan untuk melawati sebanyak mungkin bandar raya, bandar dan pekan kecil di Semenanjung Malaysia tetapi hasil penilaian teknikal laluan hanya melibatkan 11 buah negeri dengan jarak keseluruhan 1,278.1 kilometer yang merangkumi lapan peringkat perlumbaan sahaja.

Selain itu, pemilihan laluan adalah berdasarkan faktor untuk mengekalkan cabaran tinggi serta sukar yang amat sinonim dengan LTDL dan mengambil kira pergerakan serta kos logistik yang tinggi. Kejohanan berbasikal LTDL tanpa melibatkan peringkat perlumbaan di pulau Langkawi bukanlah kali pertama berlaku sepanjang 26 tahun edisi penganjurannya, malah setiap penganjur masih mengekalkan nama Langkawi sebagai iconic jelajah berstatus Pro Series dalam kalender kesatuan berbasikal antarabangsa ini. Malahan LTDL juga merupakan jenama khusus dalam sukan berbasikal yang dikenali di peringkat antarabangsa.

Mengikut rekod kami, sebanyak 11 daripada 26 edisi iaitu tahun 2002, 2004, 2006, 2008, 2009, 2010, 2012, 2013, 2016, 2017 dan 2018 telah berlangsung dengan laluan yang dipilih tanpa melibatkan pulau Langkawi dan berdasarkan kepada penilaian teknikal melibatkan laluan perlumbaan yang berbeza-beza di antara tahun-tahun sebelumnya.

Silakan Yang Berhormat, sudah? Okey. Terima kasih ya.

Okey, Yang Berhormat Kampar. Yang Berhormat Kampar, kejayaan pasukan ping pong negara di temasya Sukan Komanwel 2022 memperoleh dua pingat perak adalah membanggakan berikutan persaingan di peringat Sukan Asia adalah sengit dan bertaraf dunia. Banyak negara peserta di rantau Asia adalah bertaraf dunia dan pernah memenangi pingat di temasya Sukan Olimpik.

Prestasi di peringkat Sukan SEA juga tidak boleh dijadikan ukuran persaingan di peringkat sukan ping pong memandangkan hanya tujuh buah negara sahaja yang menyertai berbanding penyertaan Sukan Asia yang melibatkan 26 buah negara. Oleh itu Majlis Olimpik Malaysia telah menetapkan kriteria pemilihan yang sangat ketat bagi memastikan hanya atlet yang terbaik, terpilih untuk mewakili negara. Hanya atlet yang melepasi kategori A iaitu tempat keempat dan kategori B, tempat ke lapan sahaja dipilih untuk mewakili negara ke temasya terbesar di rantau Asia ini.

Pihak Majlis Olimpik Malaysia berpandangan Sukan Asia bukan merupakan landasan yang tepat untuk dijadikan pertandingan pendedahan berbanding penyertaan di Sukan SEA. Berdasarkan penilaian dan prestasi semasa atlet-atlet negara, hanya beberapa jenis sukan yang telah menunjukkan prestasi terbaik di peringkat dunia dan Asia yang mampu menempatkan atlet di podium semasa temasya Sukan Asia, Hangzhou nanti.

Bagi sukan ping pong, prestasi atlet-atlet negara secara individu mahupun berpasukan tidak melepasi kriteria yang ditetapkan bagi membolehkan mereka terpilih untuk mewakili negara ke temasya Sukan Asia ini. Ranking terbaik atlet lelaki adalah berada di kedudukan 112 Asia, 337 di peringkat dunia manakala rangking atlet wanita pula adalah di kedudukan 83 di Asia dan 193 di dunia.

final • 1:25 PM

Puan Yeoh Tseow Suan

Bagi ranking berpasukan pula, pasukan lelaki menduduki rangking ke-11 di Asia dan wanita berkedudukan ke-9 di negara Asia. Seterusnya Ahli Yang Berhormat...

final • 1:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Yang Berhormat Menteri, boleh saya bagi ulasan sedikit.

final • 1:30 PM

Puan Yeoh Tseow Suan

Ya.

final • 1:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kalau ini kriteria Top 8 yang ditetapkan macam mana kita boleh naikkan taraf sukan pingpong jika mereka tidak diberi peluang untuk bertanding dengan pemain-pemain yang paling hebat macam pemain dari China, Jepun dan Korea. Should give them a chance. Kalau kita hendak hantar skuad untuk menang pingat sahaja, baik semua acara kita tidak hantar, kita hantar skuad badminton, kita hantar skuad terjun terus kita boleh menang pingat, 100 percent rekod boleh dapat.

Jadi saya persoalkan ialah dahulu kita pernah hantar skuad pingpong 2018 di Jakarta. Sebelum ini pun pernah hantar dan kenapa kali ini yang pertama kita tidak hantar dan negara-negara kecil yang lebih lemah daripada kita pun hantar skuad pingpong ke Hangzhou Asian Games. Jadi saya harap perkara ini tidak berlaku lagi.

Kalau ini adalah pendirian daripada kementerian, saya agak sedih sebab masa akan datang saya tidak nampak ada peluang untuk atlet pingpong kita untuk layakkan diri jika inilah standard yang telah di set yang begitu ketat, begitu tinggi.

final • 1:30 PM

Puan Yeoh Tseow Suan

Seperti yang saya telah jelaskan bahawa ini adalah satu keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Olimpik Malaysia dan telah disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan kerana kita melihat persaingan kali ini agak ketat dan kita telah melakukan pendirian kita selepas mengambil kira pendapat daripada semua melalui beberapa bengkel dan keputusan ini bukan satu keputusan yang mudah dan telah diteliti sebelum dibuat.

Kedua, untuk meningkatkan prestasi atlet-atlet kita bukan sahaja menghantar mereka ke luar negara untuk bersaing. Untuk pingpong saya sedang meneliti keperluan mereka untuk mendapatkan satu pusat latihan khas untuk mereka dan ini semua adalah pembaharuan berperingkat yang sedang dilaksanakan supaya Persatuan Sukan Kebangsaan kita mempunyai fasiliti asas sebelum kita bercakap fasal memperbaiki rangking mereka, fasiliti training centre itu pun tidak ada. Itu sebab sekarang saya sedang telitikan dan bulan lepas sahaja kita sudah berjaya membuat matching lapan Persatuan Sukan Kebangsaan mendapat tempat latihan khusus untuk mereka, ini first step. Saya berharap dengan adanya sokongan dan penambahbaikan infrastruktur sistem ini prestasi atlet-atlet kita akan terus meningkat dalam tahun-tahun yang akan datang. Okey.

Yang Berhormat Kuala Kedah ada?

final • 1:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri.

final • 1:30 PM

Puan Yeoh Tseow Suan

Ya.

final • 1:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya hendak minta sedikit pertanyaan, minta laluan.

final • 1:30 PM

Puan Yeoh Tseow Suan

Okey.

final • 1:30 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bangkitkan berkenaan dengan isu badminton negara. Dahulu past 10 years ago, Malaysia sebaris dengan Korea, Indonesia, China tetapi sekarang ini kita tengok kita masih di tingkat yang sama negara-negara lain sudah meningkat mengatasi kita termasuk negara baru India, Jepun, Chinese Taipei dan Thailand juga termasuk Singapore sudah prestasi mereka meningkat mengatasi Malaysia.

Kenapa perkara ini berlaku? Adakah sistem latihan kita tidak bergerak? Masih lagi secara tradisi ataupun pemain-pemain kita yang dipilih tidak mempunyai kualiti yang mencukupi ataupun bagaimana sedangkan kita dahulu adalah di antara Raja Badminton Dunia, King of Badminton pada suatu ketika dahulu bersaing hebat dengan Korea, China dan juga Indonesia ini. Ini empat negara yang hebat pada suatu ketika dahulu tetapi negara kita sekarang semakin ke belakang termasuk bola sepak, termasuk apa sahaja permainan, sepak takraw. Tidak begitu Yang Berhormat Kota Raja, setuju dengan saya.

Okey, terima kasih.

final • 1:30 PM

Puan Yeoh Tseow Suan

Saya bukan Kota Raja, saya Segambut.

[Ketawa] . Mana Yang Berhormat Kota Raja? Okey, ini adalah perkara baharu yang dibangkitkan kerana Yang Berhormat tidak berbahas tetapi saya secara ringkasnya saya hendak jawab.

BAM sedang melakukan yang terbaik untuk melihat kelemahan sedia ada tetapi dalam beberapa tahun yang lepas BAM telah berjaya melahirkan banyak atlet badminton dan bukan sahaja seperti dahulu bergantung hanya kepada Datuk Wira Lee Chong Wei.

Sekarang ini kita ada Pearly/Thinaah, kita ada Aaron Chia/Soh Wooi Yik dan pemain independent juga ramai yang telah mula keluar bertanding. Saya percaya dengan adanya usaha yang dilakukan di peringkat Jawatankuasa Road To Gold untuk bagi mereka top up dan untuk melihat kesihatan mental coach mereka. Saya juga percaya dengan adanya kerjasama dengan Nippon Sports Science University sekarang kita akan berjaya membantu mereka mengatasi kelemahan sedia ada, sekarang.

Untuk prestasi bola sepak, saya percaya sekarang ini prestasi bola sepak di bawah Coach Kim Pang-Gon semakin meningkat prestasi mereka. Jadi ulasan Yang Berhormat mengenai prestasi bola sepak semakin merosot tidak tepatlah dan sepak takraw semua sekarang ini mempunyai liga masing-masing dan dengan sokongan yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk membantu mereka dari segi grant dan tempat latihan, saya percaya prestasi mereka akan meningkat selepas ini, okey.

Yang Berhormat Kuala Kedah ada? Tidak ada. Yang Berhormat Kangar? Ada, okey. Yang Berhormat Kangar telah membangkitkan isu motocross, penganjuran Kejohanan Antarabangsa Motocross dan Kejohanan Perahu Panjang 2024. Sukacita saya maklumkan kepada Yang Berhormat Kangar bagi memastikan penganjuran Kejohanan Antarabangsa Motocross dapat dilaksanakan dengan lancar, Kementerian Belia dan Sukan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Projek-projek Kecil KBS tahun ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM400,000 bagi menaik taraf litar motocross di Sungai Batu Pahat di Kangar, Perlis.

Peruntukan ini telah disalurkan kepada Majlis Sukan Negeri Perlis melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk terus membantu negeri seperti Negeri Perlis untuk memperbaiki sukan di sana.

Kementerian mengesyorkan agar Kerajaan Negeri dan pihak penganjur bekerjasama erat dengan badan pengelola sukan berkenaan untuk memastikan penganjuran kejohanan tersebut mematuhi semua peraturan penganjuran kejohanan sukan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa Exco Kerajaan Negeri Perlis memang sentiasa menghadiri mesyuarat di Putrajaya bersama kita bagi membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Perlis, okey.

final • 1:30 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 1:30 PM

Puan Yeoh Tseow Suan

Okey, seterusnya isu fasiliti sukan. Yang Berhormat Tasek Gelugor ada? Yang Berhormat Tasek Gelugor tidak ada. Yang Berhormat Jerantut? Yang Berhormat Setiu ada? Okey. Saya jawab Yang Berhormat Setiu dahulu.

Terdapat beberapa Ahli Parlimen yang telah membangkitkan isu ini, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Bentong dan Yang Berhormat Parit Buntar.

Bagi permohonan menaik taraf Mini Stadium Sungai Tarom yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiu berdasarkan hansard yang telah saya check, isu ini telah dibangkitkan pada tahun 2021, 2022 dan sekarang ini oleh Yang Berhormat. Saya ingin meminta daripada Yang Berhormat untuk mengemukakan permohonan teliti in writing kepada kita dan kita akan melihat bagaimana kita boleh meluluskan permohonan ini. Saya mahu melihat bahawa semua permintaan ini bukan dibuat dengan sewenang-wenangnya kerana isu kos penyelenggaraan selepas dibina itu sangat tinggi.

Saya hendak bagi contoh kepada Yang Berhormat, untuk maintenance sahaja sekejap ya. Kos penyelenggaraan untuk satu kompleks stadium ataupun mini selepas dibina memerlukan kos RM300,000 setahun hanya untuk manpower dan penyelenggaraan dan untuk membina kompleks-kompleks ini agak mahal dan itu sebab sekarang ini kita sudah selesai inventori kita dan semua inventori itu telah dipaparkan

final • 1:30 PM

Puan Yeoh Tseow Suan

dalam website kita dan saya berharap semua Ahli Yang Berhormat boleh pergi check mengikut kawasan Parlimen apa fasiliti sukan di kawasan masing-masing.

Kalau ada infrastruktur yang boleh di naik taraf dan bukan bina semula, boleh hantar permohonan dan saya lebih suka kerja mengutamakan kerja naik taraf kerana lebih murah berbanding dengan mencari tapak baharu.

final • 1:30 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Jerai, termasuk naik taraf futsal-futsal di seluruh negara?

final • 1:30 PM

Puan Yeoh Tseow Suan

Itu saya kena jawab nanti ya mengenai audit yang telah kita lakukan untuk futsal court, okey.

final • 1:30 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Yang Berhormat Menteri, boleh laluan sedikit, Hulu Selangor?

final • 1:30 PM

Puan Yeoh Tseow Suan

Sekejap saya belum habis dengan Yang Berhormat Setiu. Berkenaan baik pulih gelanggang futsal tertutup di Daerah Setiu, Ahli Yang Berhormat boleh mengemukakan permohonan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah yang kemudiannya akan dipanjangkan kepada kita untuk pertimbangan. Urusan membaik pulih fasiliti sukan di kawasan sekolah adalah di luar skop KBS dan yang itu termasuk di dalam Kementerian Pendidikan, okey.

final • 1:30 PM

Puan Yeoh Tseow Suan

Untuk Yang Berhormat Jerantut. Bolehkah saya jawab untuk semua Yang Berhormat yang telah bangkitkan isu mereka dulu?

final • 1:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Okey.

final • 1:40 PM

Puan Yeoh Tseow Suan

Boleh ya? Okey, untuk Yang Berhormat Jerantut, membina sebuah mini stadium ragbi. Ini juga perlu diteliti kerana apa yang diperlukan oleh Kementerian Belia dan Sukan, sebarang permohonan projek baru bagi pembinaan fasiliti sukan hendaklah menepati syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Ekonomi. Antara lain, tapak tanah tersebut perlu didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi membolehkan kementerian ini mengangkat permohonan tersebut untuk pertimbangan dalam Rolling Plan yang seterusnya. Ini diguna pakai sama ada untuk litar drag ataupun apa-apa lagi fasiliti yang mahu Kerajaan Persekutuan bina. Kita tidak mahu ada satu situasi di mana selepas dibina, tanah itu bukan milik Kerajaan Persekutuan dan kita tidak boleh akses tempat tersebut.

Tapak juga mesti bebas daripada bebanan dan sedia untuk dimasuki serta tiada isu tapak tanah projek seperti kawasan setinggan, bantahan penduduk dan lokasi yang tidak sesuai apabila membuat permohonan projek fizikal binaan baharu. Ini saya minta semua Yang Berhormat bantu. Mungkin kalau ada keperluan di kawasan masing-masing, check dulu dengan kerajaan negeri dan pejabat tanah sama ada mereka setuju atau tidak untuk kawasan itu diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan sebelum diangkat untuk kelulusan dalam RMK. Okey, Yang Berhormat Hulu Selangor, silakan.

final • 1:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam perbahasan saya baru-baru ini, saya ada menyentuh berkaitan dengan sukan motocross, go-kart dan juga Cub Prix. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sebab Hulu Selangor ini sebuah kawasan yang agak luas.

final • 1:40 PM

Puan Yeoh Tseow Suan

Ya, ya.

final • 1:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Sekiranya saya ingin memohon perkara tersebut, apakah kaedah-kaedahnya dan adakah pihak kementerian bersedia untuk membantu untuk litar tersebut sebab ia berbeza. Motocross mungkin di tapak yang lain dan juga cub prix dan go-kart di tempat yang lain. Jadi, kawasan tersebut ada saya rasa.

final • 1:40 PM

Puan Yeoh Tseow Suan

Berbanding litar drag, motocross dan go-kart , apabila saya melawat tapak untuk motocross, saya lihat motocross lebih senang diuruskan fasiliti mereka. Saya juga telah berbincang sebelum PRN enam buah negeri, saya juga telah berbincang dengan exco-exco terlibat. Saya kata kalau Yang Berhormat exco boleh

final • 1:40 PM

Puan Yeoh Tseow Suan

carikan tempat yang sesuai kerana untuk motocross ini tidak mahal pembinaan litar tersebut. Itu sebab kita menyokong projek di Perlis. Kalau Yang Berhormat hendak wujudkan di Hulu Selangor, boleh bincang dulu dengan pejabat tanah dan lihat...

final • 1:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Okey.

final • 1:40 PM

Puan Yeoh Tseow Suan

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, yang itu starting point, Yang Berhormat.

final • 1:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Okey. Baik, baik.

final • 1:40 PM

Puan Yeoh Tseow Suan

Boleh ya?

final • 1:40 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

So, terima kasih dengan jawapan.

final • 1:40 PM

Puan Yeoh Tseow Suan

Okey.

final • 1:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri. Terima kasih atas laluan.

final • 1:40 PM

Puan Yeoh Tseow Suan

Ya, Yang Berhormat Putrajaya.

final • 1:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Putrajaya pun ada sentuh tentang infrastruktur sukan. Saya tekankan adalah berkaitan dengan gelanggang hoki di Putrajaya ini, ketiadaan gelanggang hoki. Bila kita turun ke bawah, ramai ibu bapa dan pihak sekolah yang merungut kerana kos untuk mereka membawa murid-murid ini ke padang hoki itu adalah amat tinggi. Jadi, kalau boleh dipertimbangkan sebuah padang hoki di Putrajaya.

Itu satu.

Kedua, juga adalah daripada Persatuan Bola Jaring meminta supaya diberi penekanan berkaitan dengan gelanggang bola jaring di Putrajaya. Ini pun susah anak- anak kita hendak main kerana tidak banyak ruang. Jadi, mohon diberi perhatian khusus oleh KBS. Terima kasih.

final • 1:40 PM

Puan Yeoh Tseow Suan

Ya. Untuk di Putrajaya, memang kita sedang meneliti tiga sukan. Satu adalah untuk ragbi, stadium ragbi. Satu lagi adalah untuk hoki dan bola jaring. Permohonan ini semua sedang diteliti oleh Kementerian Belia dan Sukan dan perbincangan dengan pejabat tanah juga akan dilakukan.

final • 1:40 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Mohon dipercepatkan. Terima kasih.

[Ketawa]

final • 1:40 PM

Puan Yeoh Tseow Suan

Okey. Untuk- tadi saya tidak ingat Yang Berhormat mengenai audit gelanggang futsal milik KBS. KBS telah melakukan audit dan ini merupakan rumusan yang kita ada. KBS telah memutuskan bahawa penyerahan gelanggang futsal yang tiada pendaftaran aset tak alih, ada sebanyak 1,425 buah gelanggang akan diserahkan kepada pemilik tanah tanpa pembaikan. Ini bermaksud, sebelum ini ada futsal court yang dibina atas tapak tanah persendirian dan sekarang kita tidak hendak buat apa-apa dengan futsal itu. Kita hendak pulangkan kepada mereka kerana bukan tanah kita. Penyerahan telah dan sedang dibuat oleh pihak JBSN melalui kaedah ataupun tatacara penyerahan pelupusan aset yang sedang berkuat kuasa.

Kategori keduanya, 384 buah gelanggang akan dilaksanakan kerja-kerja pembaikan, naik taraf secara one-off berfasa di bawah peruntukan pembangunan RMK tahunan dan seterusnya diserahkan sepenuhnya pemilik tanah setelah kerja-kerja pembaikan naik taraf diselesaikan bagi penggunaan ramai orang. Sebanyak 88 buah gelanggang yang dicadangkan di roboh tanpa kos, dilaksanakan proses penyerahan kepada pemilik tanah melalui kaedah ataupun tatacara sedia ada yang telah dilaksanakan oleh JBSN.

Sebanyak 46 buah gelanggang di bawah pemilik tanah KBS hendaklah didaftarkan sebagai aset tak alih KBS secara berperingkat dan diurus tadbir dengan baik dan sempurna oleh JBSN. Oleh sebab itu, semua permintaan yang telah kita dengar, kita minta selesaikan dulu isu tanah. Kalau isu tanah itu tidak dapat diselesaikan, maka KBS tidak boleh mengangkat projek itu untuk mendapatkan kelulusan pembinaan. Itu sahaja.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab dalam masa 40 minit.

[Tepuk]

final • 1:40 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 1:40 PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ini bukan ceramah.

[Ketawa] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera kepada semua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ahli-ahli Parlimen yang memberi ucapan dan menyentuh hal KPKM. Sebanyak 60 orang yang menyentuh hal kementerian ini. Di antaranya, termasuklah bekas Perdana Menteri, bekas Menteri Besar, bekas-bekas Menteri dan Ahli-ahli Parlimen yang lain. Ini bermakna, semua wakil rakyat menjalankan tugas dengan prihatin terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka, terutama kepada rakyat.

Isu utama kali ini ialah isu kekurangan beras putih tempatan dalam pasaran. Isu beras ini ia berlaku paling hebat tahun 2008 dan 2014. Alhamdulillah, kedua-dua masa itu dapat diatasi dengan baik dan kali ini saya yakin juga akan diatasi dengan baik. Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Mersing dan Yang Berhormat Bentong telah membangkitkan isu kekurangan beras putih tempatan. Saya akan jawab secara umum, tidak pergi kepada seorang-seorang kerana ia menyentuh perkara yang sama.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian menyedari akan keluhan rakyat berkenaan isu kekurangan bekalan ini di pasaran. Sehubungan itu, KPKM sedang giat melaksanakan pelbagai langkah intervensi untuk mengatasi isu tersebut seperti berikut. Pertama, kementerian telah melaksanakan Operasi Beras Putih Tempatan mulai 17 Julai 2023 di seluruh negara. Operasi ini adalah bagi mengesan sebarang salah laku seperti aktiviti penyorokan beras. Sehingga kini, ia telah melibatkan hampir 500 sesi pemeriksaan dan penguatkuasaan iaitu di peringkat kilang sebanyak 24 kali, di peringkat pemborong sebanyak 77 kali dan di peringkat peruncit sebanyak 394 kali yang dilaksanakan di premis masing-masing.

Kedua, bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada, kementerian telah melaksanakan Operasi Beras Putih Tempatan bermula dari 16 Ogos 2023 meliputi pemeriksaan di kilang padi dan pemborong beras. Ini ialah susulan dakwaan penyelewengan penjualan beras dengan menukar bungkusan atau label beras putih tempatan kepada beras putih import dan dijual pada harga beras import yang lebih tinggi.

final • 1:46 PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Walau bagaimanapun, hasil daripada operasi ini KPKM mendapati tiada bukti kukuh yang mengesahkan dakwaan tersebut.

Ketiga, bagi meluaskan jaringan penguatkuasaan Operasi Jamin yang telah dilancarkan 7 Julai 2023 melalui kolaborasi secara strategik dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Operasi ini bermatlamat bagi memastikan kestabilan bekalan beras putih tempatan sentiasa terjamin di pasaran.

Sehingga 10 September 2023, sebanyak 1,231 pemeriksaan telah dijalankan di seluruh negara.

Keempat, langkah penguatkuasaan turut diperkasakan melalui Arahan Had Pembelian Maksimum kepada pembeli sebagaimana Peraturan 10(1)(b). Peraturan ini dikenakan sekarang. Ini kerana mereka yang membeli itu tidak melebihi 100 kilogram sebab selama ini ada yang datang membeli sehingga 100 beg. 100 beg –kalau 10

final • 1:50 PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

kilogram maka dia akan membeli banyak dan akan menyebabkan berlaku shortage di pasaran.

Had pembelian maksimum 100 kilogram bermula 8 September 2023. Ini bagi memastikan tiada pihak yang menyalahgunakan keperluan beras putih tempatan bagi tujuan lain.

Kelima, langkah intervensi yang dilaksanakan oleh kementerian bukan sahaja melibatkan elemen penguat kuasa semata-mata. Pelbagai sesi libat urus telah dilaksanakan untuk mendapat input daripada semua pihak berkepentingan dalam industri bagi meredakan kebimbangan mengenai kekurangan beras putih tempatan dalam pasaran. Antara libat urus yang telah dilaksanakan:

(i) 20 Julai, sesi libat urus KPKM bersama peruncit pasar raya;

(ii) 27 Ogos, sesi libat urus KPKM bersama pengilang padi dan pemborong beras;

(iii) 15 September, sesi libat urus KPKM bersama persatuan peniaga yang telah bersetuju untuk memberi tawaran lesen borong kepada pengusaha makanan yang bernaung di bawah persatuan perniagaan.

Melalui lesen borong ini, pengusaha makanan dapat menikmati harga belian beras putih import pada harga borong iaitu RM160 untuk 50 kilogram harga pintu gudang.

Ini telah dipersetujui oleh mereka yang terlibat termasuklah restoran dan sebagainya supaya mereka membeli beras putih import. Kejadian membeli beras putih tempatan ini kerana ia berlaku panic buying. Apabila harga beras import meningkat, sebelum ini beras tempatan tidak dipedulikan sangat termasuk oleh para peniaga. Akan tetapi apabila harga beras import naik, mereka mencari beras tempatan. Maka, beras tempatan menjadi demand utama yang menyebabkan ia berlaku sedikit shortage di pasaran.

final • 1:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat, boleh rehat sekejap. Boleh tanya soalan. Boleh minum Yang Berhormat.

final • 1:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Nanti dahulu.

final • 1:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Bagi rehat.

final • 1:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Bagi ada flow dahulu.

final • 1:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Bagi rehat dahulu.

final • 1:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Boleh.

final • 1:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih.

final • 1:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Akan tetapi kalau tanya banyak, tak dan habis ini.

final • 1:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tidak, tanya sedikit sahaja. Yang Berhormat, saya hargai jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat. Memang betul tetapi walau bagaimanapun, jawapan itu tidak menjawab mengapa BPT ini not available, tidak dapat diperolehi di pasaran. Beberapa siaran, pendedahan oleh pengusaha supermarket.

Mereka juga confirmed-kan bahawa beras putih tempatan ini tidak dihantar ke gudang mereka.

There is no supply of BPT di supermarket, supermarket. So, soal hendak mengehadkan pembelian tidak menjawab kepada pertanyaan isu bahawa BPT is not available in the market. Dia senang sahaja itu, disebabkan harga beras putih import meningkat sebegitu rupa, beras putih tempatan itu boleh, ada tendency untuk dimanipulasikan. Itu kementerian kena siasat ada tendency untuk dimanipulasikan sama ada di pihak pengilang ataupun di pihak pembungkus yang boleh membungkus beras putih tempatan sebagai beras putih import.

final • 1:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Jadi, kalau supermarket tidak ada beras datang, then kementerian kena siasat di mana beras putih tempatan. Dahulu semasa COVID-19 Yang Berhormat Menteri, apabila ada kekurangan ayam, beras ataupun telur, kita di kementerian menyiasat sama ada itu isu localized, isu isolated cases ataupun secara menyeluruh. Itu tindakan kementerian diambil ketika itu. Akan tetapi kita ini apabila dikatakan beras putih tempatan not available in the market, almost all, almost everywhere. Supermarket ini tidak ada, supermarket itu tidak ada. Confirmed by the operator sudah tidak ada beras putih tempatan yang dihantar oleh pemborong-pemborong beras. Itu kena siasat.

Jadi tindakan Yang Berhormat itu untuk mengehadkan tidak menjawab kepada isu kekurangan beras di mana beras putih tempatan. We produce 1.5 million tan setahun.

Kita import lebih kurang 90 peratus. Jadi, isu ini perlu diperincikan. Kita tahu lah langkah- langkah itu penting boleh diambil tetapi isu benar di mana beras putih tempatan pada ketika ini. Terima kasih.

final • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

final • 1:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri ...

final • 1:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Itulah jawab ini ada step-nya.

final • 1:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ringkas, ringkas Yang Berhormat Menteri.

final • 1:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ada lagi. Tidak jawablah saya hari ini.

final • 1:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Ketawa] Boleh saya bertanya satu soalan? Saya terbaca satu kenyataan daripada Exco Kerajaan Negeri Melaka yang mencadangkan larangan pembelian beras tempatan oleh warga asing.

Beliau memohon supaya pertimbangan kementerian Yang Berhormat Menteri untuk Melaka sahaja. Apakah ini sudah dibuat keputusan untuk larangan sedemikian? Terima kasih.

final • 1:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tidak dibuat keputusan lagi sebab warga asing pun mereka perlu makan. Jangan lupa, mereka kerja, berkhidmat untuk membangunkan negara kita. Jadi, buat masa ini belum ada lagi cadangan itu. Saya sambung ya.

Keenam, kementerian telah melancarkan Program Khas Beras Putih Tempatan secara konsensus bersama pengilang beras untuk mengeluarkan tambahan 20 peratus stok pengilang padi sebanyak 23,000 tan metrik sebulan bagi tempoh setahun. Ia meliputi sebanyak 2.3 juta kampit 10 kilogram untuk edaran ke seluruh Semenanjung mulai dua fasa itu. Fasa pertama bermula 8 September 2023 melibatkan lima buah syarikat pemborong utama. Fasa kedua bermula 15 September 2023 melibatkan 103 buah syarikat pemborong.

Melalui pelaksanaan Program Khas Beras Putih Tempatan ini, kekurangan bekalan beras di pasaran domestik dijangka akan dipulihkan dalam tempoh sebulan.

Sekarang juga di MADA, padi sedang dituai sudah lebih 20 peratus dan beras tempatan akan berada dalam pasaran dengan lebih banyak dalam masa sebulan, dua bulan ini.

Saya sebut tadi antara puncanya panic buying iaitu apabila berlaku kenaikan harga beras import yang begitu tinggi, yang selalu beli beras import berubah ke beras tempatan yang menyebabkan ia dilihat berlaku shortage dan langkah-langkah kita ambil ini insya-Allah akan meletakkan semula beras tempatan di pasaran dengan lebih banyak.

final • 1:50 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Yang Berhormat Menteri, mohon sekejap Yang Berhormat Menteri. Bagaimanakah perancangan untuk bekalan beras tempatan di Sarawak dan Sabah khususnya? Terima kasih.

final • 1:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Di Sarawak dan Sabah ia tidak termasuk dalam kawalan ini kerana kita kena ada akta-akta lain yang bersangkut paut dengan beras Sabah dan Sarawak. Saya ingat Yang Berhormat Beluran tahu lah hal ini semua.

final • 1:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri Sik depan ini. Sedikit Yang Berhormat Menteri.

final • 1:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ya.

final • 1:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya melihat pengeluaran beras ini untuk kerajaan meletakkan jangka panjang prosesnya yang perlu dimulai sekarang.

final • 1:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Kalau dilihat dalam RMKe-12 kita ini, mungkin tidak ada kesempatan itu. Mungkin dalam RMKe-13 ketika mana kita lihat isu berterusannya, yakni kawasan sawah kita semakin mengecil sekarang termasuklah di MADA, di dalam jelapang dan di luar jelapang.

Kita pernah mula dahulu proses untuk kawasan baharu termasuk di Batang Lupar di Sarawak, di Rompin, Pahang tetapi nampak tidak menjadi prosesnya itu. Begitu juga baru ini yang disebut kekurangan faktor-faktor ialah kesan climate change ataupun perubahan iklim juga perlu dilihat oleh kementerian. Kadar turunan hujan yang sangat mendadak di kawasan Pengairan Muda dan sebagainya. Jadi, itu juga perlu dilihat oleh kementerian sendiri.

final • 2:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih, terima kasih. Ini pandangan baik. Jadi pembangkang, pembangkang yang baik macam ini, baguslah. Memang climate change. Kita tahu sekarang, misalnya banjir di Libya yang memakan korban, dikatakan hampir 20,000 orang. Satu perkara yang kita tidak boleh terfikir di padang pasir, negeri gurun berlaku banjir yang begitu besar dan juga gerak gempa di Morocco yang sekarang telah mengorbankan ribuan manusia. Climate change ini memang menjadi satu perkara lumrah kebelakangan ini dan soalan Yang Berhormat Sik kemukakan itu ada dalam jawapan yang kemudian.

Ketujuh, bagi pengedaran beras tempatan. Selain melalui saluran peruncit biasa, Lembaga Pemasaran Pertanian (FAMA) dan LPP turut dilibatkan dalam pengedaran jualan runcit secara langsung melalui platform dan ruangan perniagaan dimiliki oleh kedua-dua agensi ini yang menyasarkan kawalan luar bandar dan pedalaman. Sehingga 20 Ogos 2023, sebanyak 1,308 Program Jualan Agro Madani telah dilaksanakan di seluruh negara.

Ertinya sekarang ini, FAMA dan juga LPP seperti kita intervene hal ayam hari itu.

Bila berlaku kekurangan dan kita intervene, akhirnya dapat dikawal termasuk di kawasan yang terpencil. Ini antara peranan yang dimainkan oleh FAMA dan juga LPP dan program ini, FAMA dan LPP tidak membuat keuntungan. Ia adalah servis kepada rakyat.

Kelapan, kementerian juga sedang dalam usaha untuk berunding bersama Kerajaan India bagi mendapatkan jalan penyelesaian terbaik dalam isu sekatan eksport pada masa ini. Saya selaku Menteri dalam isu ini akan mengadakan pertemuan dengan Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Kebajikan Negara India dalam usaha terdekat.

Selain itu, BERNAS turut dalam berunding bersama negara sumber beras yang lain seperti Vietnam, Thailand dan Kemboja.

final • 2:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat, sikit sahaja. Nak minta tolong. Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja.

final • 2:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ini ada bendang ya, Yang Berhormat Pendang.

final • 2:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kita biasa dengan orang sawah padi ini, Yang Berhormat Kota Raja pun biasa. Cuma, kita hendak minta pandangan ataupun kita hendak beri pandangan berkenaan dengan jangka masa panjang pergantungan kita kepada negara-negara luar. Kalaulah mereka menaikkan harga tetapi kita ada stabiliti ataupun kita ada stok penimbal sendiri dan kita besarkan, tingkatkan pendapatan kita seperti jelapang padi di Kedah sahaja tak cukup untuk kita nak tingkatkan pendapatan.

Kedua, di Selangor dan boleh, kita masih ada lagi tanah yang luas di Sabah dan Sarawak untuk kita tak bergantung pada negara luar sangat bila berlaku krisis sepertimana sekarang. Terima kasih.

final • 2:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, sedikit. Bayan Baru, sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga ingin tanya tentang jangka masa panjang sebab saya pun bukan tidak sokong untuk terlalu bergantung pada pengimportan tetapi pengimportan sekarang bergantung pada satu syarikat sahaja iaitu BERNAS.

Adakah kerajaan bercadang daripada segi import itu, membuka sedikitlah untuk syarikat lain untuk bersaing. Mungkin 20 peratus kah, 30 peratus untuk syarikat lain bersaing supaya kita ada kestabilan kerana nampaknya kali ini BERNAS macam gagal daripada segi menjalankan tugas mereka untuk mengimport secukupnya untuk beras masuk ke Malaysia. Terima kasih.

final • 2:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih. Itu satu pandangan yang bernas. BERNAS telah dilanjutkan konsesi mereka selama 10 tahun lagi di bawah mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum ini iaitu Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin. Oleh itu, sebarang rombakan yang kita hendak buat mestilah melihat kepada perjanjian-perjanjian itu dan kita boleh berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi dan sebagainya kalau nak buat perubahan itu. Ini kerana perjanjian itu selama 10 tahun antara kerajaan dengan pihak BERNAS. Walau bagaimanapun, cadangan itu diambil perhatian dan kami akan berbincang di peringkat lebih tertinggi kalau kita hendak rombak itu bagaimana, sebab perjanjian itu telah ada selama 10 tahun.

Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah berkaitan kedudukan stok beras negara. Sehingga kini, stok bekalan beras adalah sebanyak 900,000 tan metrik yang terdiri daripada 250,000 tan metrik stockpile kerajaan dan 650,000 tan metrik stok dagangan. Jumlah ini adalah mencukupi untuk menampung keperluan beras negara dalam tempoh empat hingga lima bulan.

Sehubungan itu, KPKM berpandangan bahawa masih belum terdapat keperluan mendesak yang bersifat kecemasan untuk menggunakan stockpile yang berjumlah 250,000 tan metrik. Stok dagangan sedia ada sebanyak 650,000 tan metrik adalah mencukupi bagi menampung keperluan domestik.

Saya amat memahami hakikat bahawa isu kekurangan bekalan beras di pasaran kita tidak hanya akan selesai melalui langkah intervensi yang saya sebutkan sebentar tadi namun langkah intervensi tersebut dilaksanakan bersekali dengan usaha peningkatan produktiviti padi. Sekiranya pengeluaran padi bertambah, insya-Allah kekurangan bekalan beras akan dapat diselesaikan dan import dapat dikurangkan. Ini usaha gigih yang sedang kita buat.

Dalam perbahasan selama tiga hari, isu berkenaan peningkatan pengeluaran padi negara telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Serian, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Kuantan dan Yang Berhormat Kota Marudu. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KPKM sedang giat melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan pengeluaran hasil padi negara supaya mencapai sasaran 80 peratus menjelang tahun 2030 dan saya yakin ia boleh dicapai.

Antara inisiatif yang dimaksudkan seperti berikut.

Pertama, pelaksanaan SMART Sawah berskala besar sedang berjalan sekarang.

150,000 hektar sawah padi dengan purata pengeluaran hasil padi tujuh tan metrik per hektar. Mesti target kita tujuh tan metrik ke atas. SMART SBB Padi Wangi juga sedang dilaksanakan.

Sejak dilancarkan pada tahun 2021, ini kerajaan sebelum inilah. Sebanyak 27 buah syarikat peneraju yang terdiri daripada syarikat berkaitan kerajaan, koperasi pesawah dan para pemain utama industri sedang bekerjasama dengan hampir 5,000 orang pesawah melaksanakan program ini melebihi kawasan seluas 11,000 hektar.

Program ini juga telah menyaksikan pelbagai kemajuan yang menggalakkan seperti kadar pemutuan padi serendah sembilan peratus dan kadar peningkatan hasil padi mencecah 150 peratus pada musim pertama.

final • 2:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terkini, program ini telah dinaikkan. Memperkenalkan model baru yang dikenali sebagai Program SMART SBB Mini Sekinchan. Program ini telah dilaksanakan mulai musim penanaman padi pada bulan Mei 2023 di kawasan Muda, di kawasan Bachok dan melibatkan keluasan 550 hektar. Seramai 152 petani di bawah IADA Kemasin-Semerak dan di kawasan Jerteh di bawah seliaan IADA Terengganu dan kita lihat...

final • 2:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Yang Berhormat.

final • 2:00 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Sekejap. Kita lihat di Lat 1000 Perlis, hasilnya sampai kepada 11.4 tan. Satu hasil yang begitu tinggi yang diusahakan secara ala Sekinchan ini yang terlibat termasuklah BERNAS, termasuklah MADA dan agensi- agensi yang lain. Ya, sila.

final • 2:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Ya, terima kasih Yang Berhormat.

SMART SBB merupakan pendekatan yang dibuat oleh kerajaan yang lalu dan menampakkan hasil. Ada kekangan-kekangan lain yang harus dilihat oleh kementerian.

Soal variety padi dan kebergantungan kita kepada varieti yang dikeluarkan oleh MARDI.

Walaupun diurus dengan baik, Sekinchan boleh dapat 11 tan per hektar tetapi kalau kita tengok negara lain, Indonesia boleh tanam tiga kali setahun dan ada varieti yang lebih resistant yang boleh menghasilkan benih yang baik. Mungkin ini antara perkara-perkara yang harus dilihat oleh kementerian. Kebergantungan varieti padi yang dikeluarkan oleh BERNAS.

final • 2:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Kita harus lebih terbuka untuk membawa masuk varieti padi dari luar dengan adjustment dan semakan yang lebih rapi oleh agensi dan pihak yang tertentu. We must be open to that, kalau tidak SMART SBB begitu tidak akan beroleh kejayaan yang kita capai. Begitu juga Yang Berhormat, saya rasa kementerian di landasan yang baik untuk melihat mengurangkan kebergantungan import yang mengeluarkan hasil. Walaupun negara sudah sekian lama memegang prinsip 70-30 tetapi hakikatnya kita cuma mampu sekarang ini antara 62 ke 65 percentage SSL dan masih bergantung 38 pengimportan dari luar. Jadi, ada lah faktor-faktor itu.

Di Sabah dan Sarawak lagi teruk Yang Berhormat. Bergantung kepada varieti TR2 dengan TR8 kerana ada isu-isu spesial yang bagi kepada Sarawak. Varieti dari Semenanjung Malaysia ini tidak boleh dibawa masuk ke Sabah dan Sarawak dan mereka bergantung dengan varieti padi yang dikeluarkan oleh pusat penyelidikan pertanian mereka. Itulah varieti TR2 dengan TR8. Jadi, kalau kita hendak mengubah pendekatan yang baharu, kekangan mengenai kemasukan varieti dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak harus dilihat, mesti di dalam isu perbincangan dengan kerajaan negeri bagi menjadikan negeri Sabah dan Sarawak kurang bergantung daripada beras import.

final • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ya. Baik. Terima kasih. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Beluran. Memang ini sudah beberapa round perbincangan saya dengan Menteri Pertanian Sabah. Terakhir dalam dua malam yang lepas dan juga dengan Pengarah Pertanian Sabah dan di antaranya tumpuan kita kepada pembukaan sawah dan pengairan di Sabah untuk meningkatkan hasil.

Sabah memang berpotensi besar untuk industri padi pada masa yang akan datang. Sekarang kami sedang peringkat perbincangan dengan Menteri dan juga pegawai untuk kita membuat satu pembaharuan untuk menambahkan hasil, termasuklah hal benih tadi supaya terkeluar daripada dua jenis benih sahaja yang dibenarkan ditanam di Sabah.

Mesti ada satu lanjutan pergerakan yang positif ke hadapan untuk padi, pada masa yang akan datang.

final • 2:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Jelapang padi di Semenanjung pun tidak boleh dimaintain secara piecemeal Yang Berhormat. Peruntukan untuk membaik pulih jelapang padi, saliran yang ada sekarang ini, di Semenanjung ini, di Sekinchan, di MADA, di KADA perlukan peruntukan yang lebih besar kalau kita hendak menjadi pengeluar beras secara 100 peratus SSL. Itu kerajaan kena lihat. Jadi, tidak boleh bagi peruntukan secara piecemeal. Bagi RM1 juta tahun ini, RM1 juta tahun depan untuk maintenance.

final • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Baik.

final • 2:10 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Itu merupakan kekangan-kekangan yang telah dikenal pasti sebelum ini. Kita harap agar kerajaan ini akan melihat ini secara terperinci Yang Berhormat ya.

final • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Baik, baik. Terima kasih.

final • 2:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri. Boleh saya mencelah?

final • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ya?

final • 2:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Soalan.

final • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Banyak lagi ini.

final • 2:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ringkas sahaja Yang Berhormat.

[Ketawa]

final • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Yang Berhormat yang bercakap banyak.

Hendak jawab MARA pula lagi.

[Ketawa]

final • 2:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Susulan daripada cadangan, saranan daripada Yang Berhormat Beluran. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah kementerian bercadang untuk memasukkan Machang ke dalam Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) untuk membantu mencapai SSL ini? Kita tahu Machang antara kawasan pertanian padi yang luas, paling luas di luar jelapang tetapi tidak mendapat bantuan yang sewajarnya daripada pelbagai agensi.

final • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Satu cadangan yang baik dan kita akan bawa pada perbincangan.

Kedua, pelaksanaan projek rintis penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun yang diterajui oleh MADA bersama BERNAS dan juga kerjasama agensi yang lain berkaitan. Projek ini melibatkan seluas 491.99 hektar di kawasan jelapang dan luar jelapang di Kedah dengan penglibatan 341 orang pesawah.

Bagi memperluaskan program ini secara berperingkat di seluruh negara, kerajaan telah bersetuju untuk menaik taraf sistem pengairan tersier di kawasan Muda, Kedah secara pembiayaan swasta bernilai RM3 bilion. Ini yang disebut oleh Yang Berhormat Beluran tadi lah. Berdasarkan kepada ABC iaitu air, bantuan kerajaan termasuk baja dan C, cahaya matahari sebagai komponen penting penanaman padi. Kementerian yakin bahawa usaha ini mampu melonjakkan lagi pengeluaran hasil padi negara. Ketiga, Program Lestari Lima yang akan dilaksanakan.

final • 2:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Yang Berhormat Menteri. Kuala Kedah.

final • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Hah?

final • 2:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Kuala Kedah.

final • 2:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Bayan Baru juga.

final • 2:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana memberikan laluan. Berhubung dengan bantuan sejumlah RM3 bilion kepada MADA, saya ingin bertanya, apakah dalam kos tersebut termasuk juga usaha-usaha untuk memulihkan tanah jerlus yang berada di dalam Wilayah MADA? Sekian, terima kasih.

final • 2:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, sedikit. Bayan Baru juga. Tentang isu lima musim dalam dua tahun. Saya difahamkan dan ada pakar-pakar berpendapat bahawa sebenarnya tanah di kawasan MADA kah atau di kebanyakan jelapang padi, neutralnya sudah banyak kekurangan selepas puluhan tahun menanam sejenis single crop sahaja. Jadi, pakar kata sebenarnya perlulah crop rotation.

final • 2:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sekadar untuk tambah baja dan sebagainya ia punya yield tidak akan meningkat tetapi sebab tanah itu sudah tidak ada nutrien lagi. Jadi, perlulah crop rotation tanam dengan crop yang lain, contohnya jagung kah dan sebagainya supaya tanah itu pulih semula barulah yield kita boleh meningkat naik. Jadi, sekadar kita hendak push lima musim, mungkin walaupun kita berbelanja berbilion-bilion ringgit tetapi pulangan itu mungkin tidak tercapai. Mohon pertimbangan Yang Berhormat Menteri juga.

final • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ya. Setakat ini boleh...

final • 2:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Sri Gading boleh tanya tidak?

final • 2:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua. Peraturan.

Peraturan. Saya hendak minta bagi tambah masa 24A(7). Kementerian ini penting.

Kementerian ini kementerian orang makan.

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk dahulu.

final • 2:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

So saya hendak minta supaya ditambah 10 atau 15 minit lagi untuk Yang Berhormat Menteri.

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Duduk dahulu. Sila duduk dahulu.

final • 2:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ini Peraturan. Peraturan 24A(7) minta tambah masa untuk Kementerian Pertanian ini kerana ini kementerian yang paling penting.

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya tahu.

final • 2:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Hidup matinya manusia di Malaysia ini.

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ini budi bicara Tuan Yang di-Pertua. Jadi, sila duduk.

final • 2:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kalau ia tidak boleh menjawab, apa semua macam ini.

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya akan tambah masa nanti, bukan sekarang.

final • 2:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Kesianlah kepada Yang Berhormat Menteri sebab sudah prepare. Berapa dok ada, berapa muka surat?

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang. Sudah cakap duduk dulu. Nanti saya akan tambah masa.

[Ketawa]

final • 2:10 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ya. Ya.

final • 2:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Sri Gading.

final • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Jangan panjang sangat. Jangan panjang sangat.

final • 2:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Okey sekejap sahaja. Sedikit sahaja. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya dengar perbincangan ini – Sri Gading dengar perbincangan ini seolah-olah macam Johor ini tidak pernah ada padi. Sedangkan di Johor pun ada tempat padi dan Sri Gading mengharapkan boleh melihat Sawah Ring, Sungai Sarang Buaya dan juga di Endau. Kalau boleh sebab apa di situ pun macam sudah mati ya, tidak dapat diusahakan kerana mungkin masalah- masalah perairan dan sebagainya. Kalau boleh diberikan sokongan sekurang-kurangnya dapat membantu pengeluaran beras negara. Terima kasih.

final • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih dan harap pegawai-pegawai kita di belakang sana akan mencatat tentang rayuan daripada Yang Berhormat Sri Gading.

Soal hendak tanam bersalinan dan sebagainya, harap pihak MARDI dapat membuat satu penyelidikan. Soal tanah jerlus sekarang ini, sudah ada pelbagai teknologi termasuk jenis baja yang boleh mengurangkan tanah jerlus itu yang telah dicuba di kawasan Sekinchan dan ia belum lagi dilebarkan ke seluruh negara.

final • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ketiga, Program Lestari Lima yang akan dilaksanakan menyasarkan peningkatan pendapatan pesawah menerusi hasil pengeluaran padi di seluruh kawasan jelapang daripada 3.77 kepada lima tan. Sekarang ini ada masih lagi kawasan padi kita, hanya 3.77 tan. Sekurang-kurangnya pergi kepada lima tan.

Keempat, pelaksanaan R&D. Inilah yang dikata peranan MARDI dan sekarang ini institut pengajian tinggi serta badan penyelidikan berkaitan untuk menghasilkan benih yang boleh dituai dalam tempoh kurang daripada 75 hari serta benih yang lebih berdaya tahan dengan cuaca yang ekstrem serta mempunyai tahap toleransi kepada pengairan yang lebih fleksibel berdasarkan situasi semasa seperti contoh ketahanan terhadap air masin. Ini yang sedang dibuat oleh pihak MARDI dengan begitu bersungguh-sungguh.

Padi air masin ini, saya diberi pengakuan oleh pihak yang membuat kajian ini, kajian akan bermula insya-Allah pada tahun 2025 di Malaysia. Sekarang ini di peringkat kajian, percubaan dan akan dibuat secara menyeluruh dan boleh dilaksanakan dalam tahun 2025.

Secara keseluruhan, kementerian yakin bahawa program yang saya nyatakan mampu menjayakan hasrat kerajaan untuk meningkat pengeluaran padi negara dan sekali gus mengurangkan kebergantungan sebanyak 30 peratus kepada import dari luar.

final • 2:10 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Semasa perbahasan berlangsung, isu berkaitan kenaikan harga beras import telah mendapat perhatian Yang Berhormat Bayan Baru dan Yang Berhormat Keningau.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, harga pasaran antarabangsa bagi beras putih import telah meningkat sebanyak 60 peratus pada akhir Ogos 2022. Keadaan ini telah diburukkan lagi dengan pengukuhan Dolar Amerika berbanding dengan Ringgit Malaysia.

Walau bagaimanapun, BERNAS masih mengekalkan harga lama dengan menyerap tekanan pasaran yang tinggi secara berterusan.

Mulai 2023, BERNAS menerima impak berganda kerana bukan sahaja terpaksa menyerap kenaikan kos yang semakin meningkat, malah membekalkan jumlah beras sebanyak 38 peratus lebih tinggi daripada biasa. Namun, BERNAS terus komited mengimport beras bagi mencukupkan bekalan. Pelarasan dengan beras import sehingga 36 peratus iaitu daripada RM2,350 kepada RM3,200 per tan metrik mulai 1 September 2023 dilaksanakan oleh BERNAS bagi mengurangkan kerugian yang semakin tinggi dalam menampung kos belian dan kos pengimportan.

Justeru, juga saya menjelaskan kepada Yang Berhormat Kepala Batas dan Yang Berhormat Tuaran bahawa kenaikan harga beras ini hanya bagi beras putih import sahaja.

Sebaliknya, harga beras putih tempatan kekal sebanyak RM2.60. Orang meniaga beras pun ada sini.

final • 2:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, boleh ya? Yang Berhormat. Okey.

final • 2:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Hendak tanya sebagai Ahli Parlimen atau seorang peniaga beras?

final • 2:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Ahli Parlimen.

Berniaga beras sudah berhenti Yang Berhormat. Hari ini— yang ini Yang Berhormat boleh jawab yang kedua. Hari ini kita telah dikejutkan kenaikan harga bawang putih, bawang merah dan cili kering antara 30 peratus hingga 40 peratus. Yang ini dikesan di Tampoi dan juga di Masai. Hari ini yang hantar laporan— media telah keluarkan laporan tentang perkara ini.

Kedua Yang Berhormat, harga beras tempatan ialah sekarang ini RM35 untuk 10 kilogram. Tiga minggu yang lepas RM23, kenaikan dekat RM12 Yang Berhormat. Ini ialah kenaikan yang kita tidak tahu macam mana boleh berlaku. Keduanya, tidak ada beras tempatan di Johor, tidak ada beras tempatan di Melaka. Beras tempatan ini mungkin boleh dapat di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis, tetapi tidak ada beras di sini.

Yang saya tanya soalan 18(1) itu ialah apakah kemungkinan kampit beras itu, beras import itu telah— beras tempatan diganti dengan kampit beras import. Yang Berhormat jawab macam mana pun, saya sudah tanya pakar-pakar, sukar mereka hendak

final • 2:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

kesan. Ini disebabkan orang yang masak nasi bagi tahu beras import, nasinya sama seperti beras tempatan, tetapi harga beras import telah melambung. Yang Berhormat telah maklumkan kepada umum bahawa beras import ini diapungkan harga. Kenapakah diapungkan harga?

Yang Berhormat, sekarang ini kami Ahli Parlimen semua ini akan ramai-ramai menyokong supaya semua peruntukan kementerian lain dipotong, tetapi bagi kepada Yang Berhormat untuk selesaikan masalah beras. Ini penting, sebab masalah beras adalah masalah umum. Yang Berhormat, rakyat akan mengamuk kalau beras terus naik harga macam ini.

Saya jangka— dengan izin Allah, saya jangka dalam sebulan lagi beras ini akan mencapai RM80. Masa itu saya ingat rakyat tidak boleh kawal lagi sudah. Kemarahannya luar biasa kepada kerajaan.

[Ketawa]

final • 2:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Itu pandangan Yang Berhormat Arau.

Pandangan kami tidak, sebab beras cukup dalam pasaran, dijamin dan tidak ada berlaku pertukaran kampit setakat yang kami tahu. Kalau ada laporan yang mengatakan mereka tukar kampit daripada beras tempatan kepada beras import, sila laporkan. Kita akan ambil tindakan. Setakat ini rumus dan dalam TikTok.

Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Tuaran berkenaan kenaikan harga beras putih tempatan di Sabah, saya sebut tadi. Walau bagaimanapun, harga beras putih tempatan Sabah tidak dikawal kerana ada akta-akta yang perlu kita bincang lebih lanjut. Namun, terdapat permintaan supaya beras tempatan di Sabah dimasukkan dalam senarai kawalan harga ini masa hadapan dan kita telah berbincang supaya Sabah ini akan datang kita akan cuba juga jadikan dia sebagai jelapang padi.

final • 2:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Be careful dengan cadangan itu.

Kalau harga beras tempatan dimasukkan dalam harga kawalan, dia akan membunuh industri penanaman padi di Sabah.

final • 2:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Faham, faham.

final • 2:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Industri masih dalam keadaan...

final • 2:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Di peringkat awal, saya faham. Terima kasih.

final • 2:20 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Di peringkat awal. Jadi saya tahu cadangan itu datang daripada Menteri yang datang dari Sabah itu, mungkin dia tidak faham industri padi beras.

final • 2:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Yang Berhormat Menteri.

final • 2:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Baik, baik. Ketika ini...

final • 2:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Yang Berhormat Menteri...

final • 2:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

...KPKM berpandangan bahawa akta kawalan beras tempatan— sabar. Saya selesai ya. Kerajaan juga telah mengenal pasti kawasan seluas 50,000 hektar...

final • 2:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Yang Berhormat.

final • 2:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

...Di Sabah dan Sarawak bagi tujuan penanaman padi.

final • 2:20 PM

Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran

Yang Berhormat, Tuaran ada sebut sedikit tadi pasal beras tadi itu. Okey pendek sahaja. Yang Berhormat, saya telah bangkitkan perkara tentang soal pertanian ini adalah hal negeri. Jadi apabila hal negeri, bagaimanakah akta— kita di Dewan yang mulia ini membuat satu undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di Sabah, sedangkan itu pertanian ini adalah hal negeri. Itu yang telah saya bangkitkan.

final • 2:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Perbincangan. Kalau perlu pada pindaan akta, perlu perbincangan yang panjang.

Sebenarnya pihak Sabah mengetahui dan faham hal ini. Oleh kerana masa ini saya hendak langkaulah kita kata.

final • 2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri...

final • 2:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Isu yang besar ini adalah...

final • 2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, saya bagi masa tambahan 10 minit.

final • 2:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

10 minit, terima kasih.

final • 2:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Siap siaga 40 minit.

final • 2:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Isu BERNAS sebagai single gatekeeper bagi menjawab persoalan yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru berhubung isu BERNAS sebagai single gatekeeper model penswastaan BERNAS adalah bersifat subsidi silang di mana keuntungan import akan diguna pakai untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh kerajaan. Kita jangan lupa BERNAS ada 10 obligasi sosial. Yang ini jarang kita ambil perhatian hal itu.

Berbanding dengan perjanjian konsesi antara kerajaan dan BERNAS sebelum ini, kerajaan telah membuat penambahbaikan dengan menetapkan supaya BERNAS melaksanakan 10 obligasi sosial bagi pihak kerajaan bernilai RM3.2 bilion yang meliputi pelbagai program dan insentif di sepanjang rantaian nilai industri bagi tempoh perjanjian konsesi baharu. Pihak BERNAS juga bersetuju— ini yang terbaharu. Sebanyak 30 peratus daripada keuntungan bersih bersama dengan 240,000 pesawah di seluruh negara. Ertinya 30 peratus keuntungan bersih akan disalurkan semula kepada pesawah yang berjumlah 240,000. Ini obligasi baharu yang dijanjikan oleh pihak BERNAS.

Sehingga kini, kementerian berpandangan bahawa BERNAS telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Ini terbukti apabila bekalan beras negara tidak terputus ketika COVID-19. Semasa pemerintahan dahulu, beras tidak putus. Walaupun pada waktu itu kita hadapi masalah yang rumit.

Sehubungan dengan itu, KPKM meyakini bahawa dasar pengimportan utama beras yang sedang dilaksanakan ketika ini adalah kaedah yang terbaik dalam menangani cabaran semasa dan mendatang. Kita akui masalah sekarang, kita kena bina, berusaha, semua kena terlibat termasuk GLC, kementerian lain, kerajaan negeri sebab tanah ini adalah bawah kerajaan negeri dan sekarang saya berunding secara insentif dengan Sabah dan juga Exco Kerajaan Kelantan juga menulis surat untuk berjumpa dengan Menteri KPKM. Saya akan beri tarikh dan kita akan bincang. Begitu juga perkara-perkara lain. Oleh sebab hal padi ini, hal makanan ini adalah hal tanggungjawab bersama.

Dasar ini merupakan mekanisme utama untuk menghadapi cabaran ketidakstabilan harga beras global. Dasar ini merupakan gatekeeping yang berfungsi sebagai benteng bagi melindungi industri padi dan beras negara daripada ke tidak tentuan pasaran antarabangsa. Justeru, sebarang keputusan mengenai perubahan dasar ini perlu mengambil kira kebajikan dan pendapatan para pesawah, kestabilan bekalan dan Dasar Keterjaminan Makanan Negara.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Salak dan Yang Berhormat Langkawi telah membangkitkan isu berkaitan benih padi. Untuk makluman Yang Berhormat, harga benih padi sah dikawal dan ditetapkan di peringkat peruncit pada kadar tidak melebihi RM35 bagi setiap beg 20 kilogram.

final • 2:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

KPKM sentiasa membuat penyiasatan dan pemantauan secara berterusan bagi memastikan ketetapan harga ini dipatuhi semua pihak sebagai langkah kawalan. Pada 23 Ogos 2023, surat amaran telah diedarkan kepada semua pengeluar, pemborong dan peruncit benih padi sah supaya mematuhi segala harga jualan dan tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Seperti Yang Berhormat sedia maklum, kementerian amat menggalakkan para pesawah untuk menggunakan benih padi sah. Ini bertujuan bagi memastikan benih yang digunakan terjamin daripada segi kualiti dan ketulenan seterusnya menjamin kualiti beras tempatan yang akan dihasilkan. Pengeluaran benih padi sah ini dilaksanakan menerusi Skim Pengesahan Benih Padi yang melibatkan pihak Jabatan Pertanian dan 12 pengeluar benih padi sah yang dilantik oleh KPKM.

Bagi menjelaskan isu berkenaan bantuan subsidi dan insentif teknologi pengurusan pertanian...

final • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, soalan fasal harga padi dan harga benih. Apakah Yang Berhormat sedar harga benih sekarang ini walaupun harga yang telah ditetapkan tidak silap saya RM32. Akan tetapi apabila petani nak tanam Yang Berhormat, dia terpaksa beli. Kita lihat benih ini telah dibeli oleh orang tertentu dan mereka menyimpan. Bila petani terpaksa tanam dalam masa seminggu ini terpaksa tanam, dia membeli sampai RM40 ke RM50.

Saya bukan hendak minta Yang Berhormat buat apa. Apakah Yang Berhormat sedar perkara itu sedang berlaku. Ini bukan TikTok, Yang Berhormat. Saya adalah antara penanam padi yang hebat juga. Akan tetapi saya tidak pernah ambil hasillah. Bagi dekat orang. Jadi, saya hendak bagitahu Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat sedar bahawa ada pihak tertentu ambil kesempatan daripada usaha baik kerajaan ini dengan membeli secara besar-besaran dan menjual balik dengan harga yang mahal kepada para petani.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Baik, terima kasih. Itu satu pandangan yang saya akan ambil perhatian secara serius perkara itu. Ini kerana, Arau ini keliling dengan bendang. Bagi menjelaskan isu berkenaan bantuan subsidi, insentif teknologi, pengurusan pertanian dan guna tanah pertanian yang diketengahkan oleh Yang Berhormat Jerlun, Seputeh, Rompin, Padang Terap, Bagan Serai dan Sabak Bernam.

KPKM telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membangunkan industri padi dalam negara.

Pertama, daripada segi subsidi dan insentif input dan output pertanian. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.86 bilion pada tahun 2023 dengan lonjakan sebanyak 21.9 berbanding dengan RM1.5 bilion pada tahun 2022. Bagi input pertanian bersubsidi, jumlah peruntukkan sebanyak RM1 bilion telah disalurkan meliputi 60 peratus daripada jumlah kos pengeluaran tanaman dalam bentuk insentif benih padi sah, baja, racun makhluk perosak, pengapuran dan pembajakan. Ini membuktikan bahawa kerajaan memang amat fokus dalam hal soal padi dan beras negara ini. Bagi output pertanian subsidi pula, sekadar skim subsidi harga padi telah dinaikkan pada RM360 kepada RM500 bagi setiap tan metrik padi bersih bermula 9 Ogos 2023.

Bagi tempoh jangka panjang, KPKM berhasrat untuk melaksanakan peralihan subsidi input kepada output. Ini dia kena sedikit kajian, Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau orang yang buat bendang. Dia kena ambil perhatian. Bagi tempoh jangka panjang, KPKM berhasrat untuk melaksanakan peralihan subsidi input kepada subsidi output...

final • 2:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Kota Raja.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ini yang kita belum lagi dilaksana tetapi di peringkat perbincangan. Ini pun kawasan sawah padi juga. Yang Berhormat Hulu Terengganu. Hulu Terengganu sawah padinya kurang.

final • 2:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ada dua buah tempat. Di Kemat dan juga di Matang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tadi ada Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa beras mencukupi. Cuma, persoalan sekarang dalam kalangan rakyat di bawah ialah harganya yang melambung tinggi. Apakah intervensi kerajaan atau langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah kenaikan harga yang mendadak? Dahulu RM26, hari ini sehingga RM42 10 kilogram. Kedua, apa pandangan Yang Berhormat.

final • 2:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Nama kementerian Yang Berhormat adalah “Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan”. Oleh kerana masalah makanan tidak terjamin hari ini. Kita tukar kementerian. “Kementerian Pertanian dan Ketidakterjaminan Makanan”. Apakah pandangan? Terima kasih.

final • 2:30 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat, sedikit.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Itu pandangan Yang Berhormat Hulu Terengganulah nama kementerian ini. Beras ini kekal dengan RM26. Tidak masuk tadi kita bercakap. Datang mencelah tidak kena.

[Tepuk]

final • 2:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Jangan koyak, Yang Berhormat.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

RM26 harga tempatan tidak naik. Yang naik itu harga import. Yang pi beli yang import itu kenapa?

final • 2:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Takder yang tempatan.

final • 2:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia makan beras import tu Bang Mat.

final • 2:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tidak ada yang tempatan sebab itu rakyat kena beli yang import.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kamu Yang Berhormat makan beras import. Kamu kata mahal. Oleh sebab itu kita kata intervensi daripada FAMA dan Peladang. Macam kita buat ayam dahulu. Tidak dengar. Datang mencelah begini. Pergi balik cerita pada orang kampung.

[Tepuk]

final • 2:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Jangan marah. Saya tanya.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Bukan marah, keras saja suara.

final • 2:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Saya tanya...

final • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Sudah biasa jadi pembangkang. Tengok macam Yang Berhormat Arau. Dia tanya lembut elok sahaja...

final • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, tidak. Yang Berhormat ini layak jadi Menteri Dalam Negeri. Garang macam itulah kita hendak. Menteri ini bagi dekat ‘Pudin’, Yang Berhormat. Akan tetapi fasal beras ini, Yang Berhormat sudah jadi cakapan negara...

final • 2:30 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Setuju, setuju.

Sepatutnya jadi presiden parti...

final • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sepatutnya beras import, beras tempatan itu harganya tetap tetapi tidak ada.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kita intervensi tadi. Baru beberapa minggu...

final • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat tidak payah jawab yang ini. Yang Berhormat ambil tindakan cukup.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kena. Ada FAMA, ada peladang. Kita buat dahulu ayam dan telur. Sekarang sudah selesai.

final • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bila saya bercakap, TikTok orang tengok saya tau. Jadi, Yang Berhormat kena jawab elok-elok.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Begitu juga dengan yang lain-lain. Kita bukan duduk sahaja. Kita buat kerja ini tetapi mari tidak dengar penjelasan...

final • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, layak jadi Menteri Dalam Negeri.

final • 2:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sudahlah Yang Berhormat Arau.

Duduklah Yang Berhormat Arau. Pengusaha beras.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tuan Yang di-Pertua, masa sudah habis dan saya juga tertarik dengan Yang Berhormat Bachok. Bachok ini tempat pengeluaran...

final • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Hei penyamum, diam!

final • 2:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kau itu penyangak.

final • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Point of order. Dia kata saya “penyangak”.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Duduk, duduk. Saya hendak buat penggulungan.

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar, sebentar. Sebentar, Yang Berhormat Menteri. Sebentar.

final • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, jadi perkataan “penyamun” dengan “penyangak” boleh pakai.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar Menteri.

Sebentar Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Hulu Langat, hendak mencelah itu ada adabnya.

[Tepuk] Yang Berhormat, sila tarik balik ya.

final • 2:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tuan Yang di-Pertua, minta Yang Berhormat Arau tarik balik juga. Tuan Yang di-Pertua pun kena fairlah. Kena adillah juga.

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya bagi arahan dan putuskan...

final • 2:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ya, okey. Saya minta maaf. Saya tarik balik. Akan tetapi saya minta Yang Berhormat Arau pun tarik balik sebab dia sebut “penyamun”. Saya minta dia duduk sahaja.

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat dengar arahan saya dahulu. Saya buat keputusan percakap itu unparliamentary. Tolong tarik balik dan...

final • 2:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya...

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar. Bagi saya bercakap dahulu. Kalau hendak bercakap macam ini tidak habis. Selepas itu, apa Yang Berhormat fikir tidak ketahuan atau tidak menyenangkan hati, bawa dalam peraturan berapa dan bangun dan bercakap. Saya boleh buat keputusan. Janganlah mencelah- celah tidak tentu hala. Orang susah untuk buat keputusan. Sebentar Yang Berhormat Menteri. Bagi saya selesaikan ini. Faham?

final • 2:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Faham, Tuan Yang di-Pertua.

Saya tarik balik. Akan tetapi saya minta Yang Berhormat Arau pun tarik balik.

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Okey, apakah benda yang tarik balik itu?

final • 2:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia sebut “penyamun”.

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar.

Peraturan berapa?

final • 2:30 PM

[Dewan riuh]

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

36(6). Kalau tidak tahu kawan- kawan bantu. Tidak ada masalah. Yang hendak marah, yang hendak gelak kenapa?

final • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bacalah.

final • 2:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ada ha, Yang Berhormat Arau.

final • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Baca, baca.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat, duduk. Yang Berhormat Arau, saya telah mendengar apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Hulu Langat. Perkataan “penyamun” itu tarik balik.

final • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bila saya bercakap dengan Menteri, orang ganggu saya. Penyamun yang buat kerja itu.

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, isunya–

final • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Akan tetapi kalau mengguris hati dia, saya minta maaflah. Saya tidak mahu bagi orang sakit hati.

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, isunya sekarang “penyamun”. Tarik balik.

final • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penyamun ini bukan maksudnya siapa-siapa sahaja yang ganggu saya penyamun.

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

final • 2:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi sekarang ini kalau penyamun itu salah, saya tarik baliklah. Akan tetapi memang penyamun pun.

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Okey, Yang Berhormat Menteri. Satu minit gulung dan tamatkan. Mana jawapan yang tidak sempat itu bertulis.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Isu keterjaminan adalah isu bersama.

Semua pihak kena terlibat.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Saya sendiri akan turun misalnya, ada permintaan untuk saya turun 29 hari bulan di Pasir Salak. Kemudian akan turun menuai sendiri bersama dengan rakyat di Jerteh.

Jadi kita tidak kira negeri mana, hak keterjaminan makanan kita kena bekerjasama. Oleh sebab ini Kedah hendak buat padi atas zakat, semua hendak ambil nama silakan, kita tidak perlu nama.

Kita mahu beras cukup di Malaysia. Itu yang kita kena berazam bersama.

final • 2:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Menteri, Ampang.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Begitu juga lembu.

final • 2:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Ampang, Ampang.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Lembu misalnya di Bachok, saya pergi menyokong, saya naik atas lembu itu. Saya hendak ajak Yang Berhormat Marang supaya satu hari kita pergi ke Sepanyol, kita naik lembu matador sebab yang berani naik lembu hanyalah lelaki berani.

Lembu matador jenis Toro dan Bravo atau Bosteros yang ini belum lagi kita ternak di Malaysia. Kalau ternak di Malaysia, saya hendak ajak Yang Berhormat Marang naik atas lembu ini kalau beranilah.

final • 2:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Menteri, Ampang, Ampang.

final • 2:40 PM

Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Yang Berhormat Menteri boleh bagi jawapan bertulis pada Tanjong Manis?

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Marang wakil saya.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat masa telah habis untuk Yang Berhormat Menteri menjawab sila duduk. Berikutannya.

final • 2:40 PM

Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Menteri pun nampak pucat naik lembu itu.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Lanjutannya dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, 40 minit.

final • 2:40 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Pertama sekali izinkan saya mengucapkan kesyukuran kerana mengizinkan saya menggulung di peringkat dasar Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 bersangkut paut dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Keduanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang merangkap Menteri Kewangan yang membentangkan Kajian Separuh Penggal bagi penambahbaikan Rancangan Malaysia Ke-12.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat di dalam perbahasan dan memberikan cadangan-cadangan yang bernas terhadap hala tuju dan pelaksanaan program dan inisiatif KPDN yang terangkum di dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ke-12 memperlihatkan komitmen kerajaan untuk memastikan perdagangan dalam negeri disuntik dengan nafas dan pendekatan baharu lagi progresif agar ia nya terus menyumbang secara optimum kepada KPDN negara dan di masa yang sama isu kos sara hidup dan kemaslahatan rakyat terus menjadi agenda utama.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menyentuh berkenaan inti perbahasan dan saranan Ahli-ahli Yang Berhormat, izinkan saya melakarkan anjakan besar KPDN dalam menambah baik peringkat yang kedua, the second half of RMKe-12 dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Penggulungan saya hari ini akan menyentuh pelbagai program dan inisiatif kepada hala tuju kementerian dan di samping akan memberi respons kepada saranan dan komen Yang Berhormat sekalian.

Untuk KPDN, kalau tadi Rancangan Malaysia Ke-12 Kajian Separuh Penggal mengetengahkan 17 anjakan besar. Di KPDN sendiri, kita ada tujuh anjakan besar di mana anjakan yang pertama Tuan Yang di-Pertua ialah memperkasakan Industri Borong dan Runcit dengan teknologi pendigitalan, big data dan artificial intelligence dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh asing dan mengurangkan kos operasi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berkongsi dengan Dewan ini bahawa distributive trade ataupun pemborongan dan peruncitan ini menyumbang kepada 17.5 peratus kepada industri perkhidmatan dan jumlahnya ialah lebih kurang RM425 bilion pada tahun 2022 - besar sektor ini.

Anjakan kedua ialah Memperkasakan Perniagaan Mikro, Sederhana dan Kecil

(PMKS) supaya terus sama dalam mengadaptasikan teknologi digital dalam operasi mereka dalam menjadikan perniagaan mereka lebih teratur dan sistematik terutama dalam rekod kewangan yang akan membantu mereka mendapatkan bantuan kewangan dan konsultasi di masa hadapan.

Ketiga, melaksanakan Program Subsidi Bersasar secara tersusun dan berhemah dalam mengurangkan impak negatif terutamanya kepada pengguna dan komuniti perniagaan. Kita kena berhati-hati di dalam melaksanakan subsidi bersasar ini.

final • 2:41 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Keempat, anjakannya ialah mempergiatkan inisiatif meningkatkan pendapatan rakyat melalui francais mikro dan francais mampu milik supaya lebih ramai golongan B40 dan M40 turut terlibat.

Kelima, mengadaptasi garis panduan dan perundangan antarabangsa yang sesuai dengan budaya dan negara kita bagi menambah baik mekanisme dan struktur perlindungan pengguna di Malaysia.

Keenam, pengembangan Program Ekonomi Sempadan selari dengan usaha kerajaan dalam Pelan Ekonomi ASEAN seperti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bentangkan di Mesyuarat Kedua ASEAN yang baharu lalu.

Ketujuh, meningkatkan jati diri dan pendayaupayaan pengguna agar kalis tekanan inflasi dan mampu untuk bertindak dalam menghadapi kos harga barangan yang tidak menentu, terutama barangan import.

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah anjakan-anjakan besar yang akan dilakukan oleh KPDN di dalam second half Rancangan Malaysia Ke-12 dengan izin. Jadi, sehubungan dengan itu, dalam konteks itu saya akan jawab perbahasan-perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat seramai enam orang iaitu Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Marang dan Yang Berhormat Ampang.

Saya bermula dengan Yang Berhormat Titiwangsa di mana Ahli Yang Berhormat Titiwangsa yang bercakap berkenaan subsidi bersasar dan ketirisan subsidi pukal dan menggunakan contoh minyak masak dalam paket. Saya ingin maklumkan bahawa kita menguruskan Skim Kestabilan Harga Minyak Masak ataupun Cooking Oil Stabilization Scheme iaitu subsidi minyak masak dalam poli beg dan Kawalan Harga Minyak Masak Kemasan Botol. Kita kendalikan kedua-duanya.

Saya hendak maklumkan bahawa kuota minyak masak paket ini ialah 60,000 metrik tan sebulan, kurang 4 peratus daripada keluaran minyak sawit dalam negara.

Manakala kemasan botol pula kita tidak ada kuota dan kita cuma ada kawalan harga Tuan Yang di-Pertua.

Tadi apabila Yang Berhormat Titiwangsa mengatakan bahawa ada 3.2 juta keluarga B40 dan Yang Berhormat Titiwangsa menganggarkan satu keluarga mendapat 18 paket sebulan dan ini tidak logik kerana kita ada 60 juta paket ya. Jadi, berasaskan ini Yang Berhormat Titiwangsa mengatakan bahawa ada ketirisan.

Tuan Yang di-Pertua, benarkan saya menjelaskan berkenaan dengan - mungkin Yang Berhormat Titiwangsa tidak berapa faham bahawa 60,000 metrik tan ini Tuan Yang di-Pertua. Ia tidak melibatkan peniaga-peniaga mikro, ia tidak. Kita tidak ambil kira keperluan peniaga-peniaga mikro.

Peniaga mikro ini yang jual goreng pisang, yang jual ayam gunting, yang jual karipap dan keropok lekor ini. Kalau kita tengok pendapatan mereka kurang daripada RM300,000 setahun. Ada sejumlah 92,000 peniaga mikro ini. Keperluan mereka ialah 400 paket ataupun 400 kilo sebulan.

Kita tidak masukkan ini dalam kuota 60,000 sebelum ini. Kalau kita tengok mengikut data yang diberikan oleh Yang Berhormat Titiwangsa seramai 3.2 juta keluarga, ikut DOSM keperluan satu isi rumah atau pun satu keluarga ialah 4.8 kilo sebulan. Jumlah peniaga mikro tadi yang diperlukan 92,000 kali 400 kilogram sebulan ialah 36,744 metrik tan. Manakala 3.2 juta keluarga B40 kalau mereka menggunakan 4.8 kilogram sebulan seperti anggaran DOSM, jumlahnya ialah 15,360 metrik tan.

final • 2:41 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Keseluruhannya ialah 52,104 metrik tan, Tuan Yang di-Pertua. Maksudnya, 60 peratus daripada 60 juta paket minyak masak bersubsidi itu digunakan oleh peniaga mikro. Walaupun kita tidak pernah meletakkan mereka itu sebagai penerima kuota minyak masak bersubsidi ini, tetapi selama ini kita tidak pernah ambil tindakan, Tuan Yang di- Pertua. Mengapa? Sebab kita tahu mereka susah. Oleh sebab itu, kita tidak pernah ambil

final • 2:50 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

tindakan. Kita silent. Sebab, kalau kita ambil tindakan terhadap mereka, mereka akan terpaksa beli minyak masak botol dan harga barang akan naik.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, ke hadapan, kita akan sasarkan subsidi minyak masak ini dan kita akan sasarkan— kita telah pun buat ketetapan bahawa B40, M40, sebahagian daripadanya dan juga mikro industri ini akan layak menerima minyak masak yang bersubsidi ini. Jadi, jumlahnya itu lebih kurang 60,000 metrik tan.

Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak maklumkan bahawa Jualan Rahmah kita yang bergerak pun tidak cukup minyak masak yang paket ini. Mungkin kita perlu, di masa hadapan, menambah bilangan kuota itu. Jadi, dalam perbahasan bajet nanti, saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat boleh bangkitkan perkara ini.

Saya harap ia memberikan penjelasan kepada Yang Berhormat Titiwangsa berkenaan perkara sebenar kuota minyak masak ini. Tiada ketirisan seperti yang diandaikan tetapi ke mana ia pergi adalah seperti yang saya jelaskan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tanjong Piai dan Yang Berhormat Miri kedua-duanya berbahas berkenaan dengan harga barang naik. Yang Berhormat Tanjong Piai membahaskan berkenaan kadar inflasi dan harga barang.

Ya, Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini Malaysia banyak mengharapkan kepada barang-barang import. Contohnya, gula. Raw sugar, 100 peratus kita import. Bawang, 100 peratus kita import. Mungkin dasar sebelum ini, keterjaminan makanan sebelum ini yang kerajaan pada hari ini warisi tidak melihat kepada keterjaminan makanan itu. Oleh sebab itu, kita berhadapan dengan keadaan di mana kita berhadapan dengan barang-barang yang diimport dan kita terikat dengan dasar-dasar negara lain. Contohnya, apabila India tidak mahu eksport gula, apabila India menaikkan eksport tax bawang, maka ia tentunya akan meninggalkan kesan kepada negara kita.

Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Tanjong Piai, iaitu walau bagaimanapun, kita kawal. Kita cuba kawal sebaik mungkin. Contohnya, kita letak harga siling supaya kita boleh kawal. Seperti gula, kita letakkan harga siling. Kemudian, ada yang kita kawal dan kita subsidikan. Contoh, telur gred A, B dan C. Ayam, kita letak harga siling dan kita subsidikan di setiap peringkat daripada pengeluar sampailah harga di pasaran.

Tuan Yang di-Pertua, di samping itu, saya ingin menjelaskan kepada Yang Berhormat Tanjong Piai, kita juga ada Jualan Rahmah, di mana Jualan Rahmah ini kita memberikan diskaun sebanyak 10 hingga 30 peratus.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Miri juga berbahas tentang perkara yang sama, berkenaan dengan harga barang naik, terutamanya harga beras. Yang Berhormat Miri memohon bantuan kebajikan daripada KPDN. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya berkenaan dengan kawal selia padi dan beras, kita semua tahu di sini bahawa ia di bawah purview, dengan izin, KPKM daripada A sampai Z. Beras merupakan barang kawalan yang KPDN tidak ada punca kuasa untuk mengawalnya. Harga pun kita tiada punca kuasa.

Akan tetapi, hari-hari kita mendengar rintihan rakyat. Ada yang merayu— dan saya juga mendengar rintihan Ahli-ahli Parlimen mewakili rakyat. Maka, KPDN cuba mencari jalan bagaimana dalam ruang lingkup bidang kuasa KPDN, kita boleh menyelesaikan isu kenaikan harga beras import dan ketiadaan beras tempatan seperti yang didakwa oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

KPDN akan melancarkan Jualan Rahmah beras.

[Tepuk] Kita akan umumkan mekanismenya. Ini untuk membantu rakyat yang memang betul-betul tidak mampu supaya mereka dapat membeli beras keperluan harian mereka dengan harga yang kita subsidikan melalui peruntukan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan. Diluluskan oleh Parlimen sebanyak RM100 juta dan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tambahan RM50 juta. Ia tidak banyak tetapi ia akan kita gunakan dengan baik, insya-Allah, untuk membantu rakyat, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, itulah...

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak sentuh sedikit berkaitan dengan penguatkuasaan tadi. Yang Berhormat sebut bahawa bab beras ini di luar bidang kuasa KPDN. Apakah KPDN tidak boleh melihat keadaan di mana banyak rungutan di luar sana yang mengatakan bahawa beras-beras tempatan ini dicampur dengan beras-beras import ini supaya dapat dijual dengan harga paling tinggi? Jadi, setakat ini, apakah telah ada penguatkuasaan di peringkat KPDN? Jika ada, apakah keadaannya? Terima kasih.

final • 2:50 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya.

Berkenaan dengan penguatkuasaan, apa yang di dalam bidang kuasa KPDN ialah kita boleh menjalankan pemantauan, terjahan dan sebagainya di peringkat peruncitan. Kita tiada punca kuasa untuk pergi ke pemborong ataupun kilang.

Akan tetapi, kita lancarkan Ops Jamin pada 7 Julai supaya kita boleh turun bersama. Akan tetapi, penguat kuasa kawal selia padi dan beras ada 100 lebih. Kami ada 2,000 lebih penguat kuasa. Apabila kita kami hendak turun, KPDN hendak turun, penguat kuasa KPDN perlu turun bersekali. Kalau tidak, pintu tutup. Tidak boleh tengok di dalam.

Ini yang hendak diberitahu kepada Yang Berhormat bahawa itulah ia punya kekangan.

Akan tetapi, kita juga terima aduan. Kita buka saluran aduan kita dan kita ada terima aduan yang mengadu berkenaan dengan beras yang dicampur ini. Ada ya daripada aduan-aduan yang kita terima. Akan tetapi, kebanyakannya aduan itu berkenaan dengan harga, tetapi ada saya baca aduan berkenaan dengan beras yang dicampur.

Yang Berhormat, kalau kita hantar beras ke makmal sekalipun, makmal tidak boleh hendak mengenal pasti sama ada beras itu dicampur. Jadi, pembuktian itu tidak boleh dengan menghantar beras itu ke makmal. Sebab, kami jaga di hujung. End of the supply chain. Jadi, kalau beras itu diberikan kepada kami, kami tidak dapat hendak kaji pun. Hantar makmal pun tidak boleh kenal pasti ini sudah dicampur atau belum. Kalau kita ingin tahu betul-betul, perlu ada risikan dan makluman daripada orang ramai tentang aktiviti itu. Itu adalah bukti yang kita perlukan. Tanpa bukti itu— bayangkanlah kalau aktiviti itu berlaku, tentu sekali senyap-senyap dan tanpa pengetahuan orang ramai. Jadi, kalau ada maklumat, kita akan ambil tindakan.

Cuma, kami hendak masuk pun, penguat kuasa KPDN ini perlu bersekali dengan kawal selia padi dan beras.

final • 2:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat, kalau boleh dicadangkan supaya lebih banyak usaha dibuat dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan sebagainya. Buat satu keadaan di mana kita turun dengan lebih agresif, seperti mana Yang Berhormat sebut, kerana isu ini isu besar. Saya terima juga beras- beras yang sebelum ini premium pun, apabila tengok kandungannya sekarang sudah tidak premium tetapi harganya lebih tinggi.

Jadi, perkara ini memerlukan satu pemerhatian yang menyeluruh supaya ia tidak menjadi lebih besar pada masa akan datang. Kita sudah sampai tahap krisis kalau kita ambil kira ya, melihat bekalan-bekalan yang ada. Kalau tidak diambil satu pendekatan intervensi yang menyeluruh, kita khuatir dalam tempoh seminggu, dua minggu atau sebulan akan datang, keadaan akan menjadi lebih teruk. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Saya ingin maklumkan bahawa Ops Jamin ini memang turun sekali. Cuma, saya beritahu tadi nisbahnya iaitu penguat kuasa KPDN ada 2,250 orang, penguat kuasa kawal selia padi dan beras ada 100 orang lebih. Maksudnya, apabila KPDN hendak turun, kita perlu tunggu penguat kuasa kawal selia padi dan beras.

Nanti saya akan dapatkan data sebab tiada dengan saya sekarang ini, iaitu tentang jumlah Ops Jamin yang telah dilaksanakan, berapa banyak premis pemborong yang telah disiasat dan berapa banyak premis runcit yang telah disiasat.

Kalau tiada penguat kuasa kawal selia padi dan beras, KPDN akan pergi ke runcitlah yang kita boleh masuk.

final • 2:50 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Akan tetapi, kalau ada penguat kuasa kawal selia padi dan beras, maka kita akan turun sekali ke tempat yang perlu kita buat siasatan dan usaha sama tersebut. Saya rasa lebih 2,000, nanti saya dapatkan data yang betul-betul tepat Yang Berhormat Putrajaya.

final • 3:00 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Timbalan Menteri, saya ada.

Julau.

final • 3:00 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Yang Berhormat Julau.

final • 3:00 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Ya. Tentang produk minyak masak, harga kawalan. Apabila saya nampak di dalam kawasan pedalaman walaupun harga tersebut dikawal tetapi di sana, di banyak tempat saya rasa harga itu adalah lebih daripada apa yang disebut. Ini bukanlah satu kali atau dua kali, saya pun ada dengar beberapa, dalam bukan penggal ini, dalam penggal yang lepas, beberapa buah kawasan lain pun ada masalah ini. Apakah strategi daripada kementerian untuk tackle isu ini?

final • 3:00 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Yang Berhormat Julau.

Sebenarnya pihak kementerian amat ambil berat berkenaan dengan mengawal barang- barang kawalan kerana kita tahu di pedalaman memang kos tinggi. Kos hendak angkut itu tinggi. Oleh sebab itu, kementerian ada memohon peruntukan dan diluluskan di Parlimen untuk dipanggil Program Penyeragaman Harga.

Program Penyeragaman Harga ini ialah apa yang kementerian usahakan untuk memastikan harga barang di pedalaman seragam dengan kawasan di tempat lain. Jadi, tidak ada alasan kalau di pedalaman itu harga itu dinaikkan sebab kita ada peruntukan untuk penyeragaman harga. Kita buka tender untuk transporter menghantar kepada kita punya point of sale dan di situ boleh didapati barang-barang keperluan seperti minyak masak, LPG, Diesel, RON95 dan sebagainya, diseragamkan harganya. Tidak boleh dijual lebih daripada harga yang kita kawal.

Jadi, kalaulah perkara itu berlaku, maka kita kena didik, Yang Berhormat Julau.

Kita kena didik pengguna. Yang Berhormat Julau pun kena mainkan peranan sebagai Ahli Parlimen untuk memberitahu kepada pengguna kalau barang kawalan ini dijual dengan harga yang lebih maka mereka boleh terus membuat aduan dan kita akan ambil tindakan.

Tidak ada alasan sebab memang kita ada Program Penyeragaman Harga tersebut.

Terima kasih Yang Berhormat Julau.

final • 3:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Timbalan Menteri, boleh tanya tentang minyak masak? Tadi kalau ikut penjelasan Timbalan Menteri bahawa kalau kita ikut kiraan, memang cukup. Minyak subsidi sepatutnya cukup tetapi kenapa masih berlaku lagi keadaan di mana kadang-kadang pergi ke pasar raya, tidak ada minyak masak subsidi itu. Jadi, hendak tahu apakah sebabnya? Adakah kementerian ada buat kajian?

Kedua, adakah benar bahawa ada yang menyatakan minyak subsidi ini telah disalahgunakan. Ada yang beli selepas itu repack menjadi minyak botol untuk dijual dan berapakah kes yang telah disiasat? Adakah benar itu berlaku?

Ketiga, adakah betul ada penyeludupan minyak masak bersubsidi ini ke luar negara yang telah menyebabkan kekurangan minyak bersubsidi ini di pasaran? Terima kasih.

final • 3:00 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Sebelum saya jawab Yang Berhormat Kota Melaka ini, saya hendak bagi maklumat kepada Yang Berhormat Putrajaya tadi berkenaan dengan penguatkuasaan di bawah Akta Perihal Dagangan untuk kes-kes percampuran beras, tukar beg dan sebagainya. Pemeriksaan di bawah Ops Jamin, 5,501 premis Tuan Yang di-Pertua. Maksudnya kita buat banyak.

Saya hendak jawab tadi soalan Yang Berhormat Kota Melaka tadi. Kiraan tadi ialah kiraan B40 dan kiraan industri mikro ya Yang Berhormat Kota Melaka. Saya tidak sebut fasal M40 Tuan Yang di-Pertua. M40 pun cari juga minyak masak paket ini sebab M40 pun ada yang susah. Oleh sebab itu saya katakan tadi kita buat keputusan bahawa RM5.8 juta keluarga akan terima subsidi bersasar termasuk sebahagian daripada M40.

Berkenaan sama ada terdapat penyeludupan, berkenaan dengan minyak subsidi yang di repack, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak maklumkan berkenaan dengan kita

final • 3:00 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

punya sistem ECOSS di mana kita boleh pantau daripada repacker kepada pemborong kepada peruncit. Jadi, kalau ada aduan berkenaan dengan satu brand minyak masak itu cuba diseludupkan, dia akan tunjuk dalam sistem kita. Maksudnya beli banyak tetapi tidak sampai. Pemborong beli banyak tetapi pemborong tidak boleh buktikan pada kita peruncit beli. Di situ ialah tanda-tanda bahawa berlaku penyelewengan, Yang Berhormat Kota Melaka.

Sistem ini banyak membantu kita kerana kita boleh lock, kalau repacker ini dapat beberapa kuota dia? Contoh, 150 metrik tan. Jadi, dari situ kita tengok dihantar kepada pemborong mana dan pemborong pula kena masuk juga dalam sistem, dihantar kepada peruncit mana. Kalau dalam sepanjang rantaian itu kita tengok dia tidak tally, maksudnya ada sesuatu yang tidak kena.

Jadi, adalah sekali-kali kita dengar seludup. Sekali-kali kita dengar macam ini, macam itu tetapi setakat ini, kita punya data, dia punya integriti data itu ada. Selepas kita punya kes dulu. Dulu-dulu punya kes Tuan Yang di-Pertua. Dulu-dulu anak-anak Menteri pun terlibat. Itu dulu punya cerita tetapi dengan adanya ECOSS ini, kita pantau. Daripada repacker, pemborong, peruncit. Jadi, itulah saya nak maklumkan daripada segi datanya ada integriti. Dia punya supply chain itu.

Jadi, kalau ada juga, memang kita punya penguat kuasa sentiasa mengambil tindakan. Baru-baru ini ada viral juga berkenaan dengan satu buah kenderaan yang membawa minyak masak paket banyak dan didakwa bahawa berlaku penyelewengan. Di situ tindakan sudah pun diambil. Kertas siasatan sudah pun dibuka Tuan Yang di-Pertua, sebab apabila kita dapat aduan sebegitu. Terima kasih. Yang Berhormat Ampang?

final • 3:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Mohon bertanya. Hendak tanya pada Timbalan Menteri, apakah ECOSS itu hanya untuk barang-barang tertentu atau termasuk juga beras yang kita menjadi masalah sekarang ini? Sebab apa? Saya pelik apabila saya melihat akhir-akhir ini dalam media atau khususnya dalam TikTok dan media sosial, seolah-olah di Terengganu tidak ada masalah beras. Jadi, kalau betul ada sistem begitu, apakah kita boleh tracking sebenarnya? Bagaimanakah sebenarnya Terengganu boleh supply lagi beras tempatan sedangkan tempat lain tidak ada beras? Jadi, boleh tidak mohon tanya balik?

final • 3:00 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Saya harus rakamkan di Dewan yang mulia ini dan saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat boleh take note, ambil makluman betul-betul bahawa beras dan padi di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras di mana bidang kuasa itu daripada A sampai Z ialah di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Jadi, kalau hendak tahu sistem atau tidak kena tanya Menteri KPKM. ECOSS ini ialah sistem yang kita guna pakai semata-mata untuk minyak masak. KPDN punya sistem ini khas untuk minyak masak subsidi.

Minyak masak yang kita subsidikan ini yang 60,000 metrik tan tadi iaitu 60 juta paket sebulan. Itu dia punya sistem, supaya kita hendak trace supaya tidak ada ketirisan.

Kadang-kadang itu kalau kita kata macam minyak masak botol. Macam saya kata tadi M40 ini dia akan cari minyak masak paket ini juga. Anggaran 400 kilogram sebulan itu kepada mikro industri tadi, kadang-kadang lebih. Jadi, inilah kadang-kadang dia tidak balance itu apa yang kita lihat di ini.

Akan tetapi ke hadapan Tuan Yang di-Pertua, saya yakin apabila kita sasarkannya dan kita memang sudah kenal pasti mikro industri akan terima, B40 akan terima, sebahagian M40 akan terima. Jadi, apabila kita sasarkan itu insya-Allah kita rasa kita boleh pantau dengan lebih rapat. Cuma sekarang kita kena dapatkan database dan kita kena bina mekanisme itu Tuan Yang di-Pertua. Ya, Yang Berhormat Ampang?

final • 3:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Timbalan Menteri, saya rasakan kalau betul kita dengar tadi dan kita bersyukur kerana ada sistem yang bagus begini, saya rasa sudah sampai masa pihak dua kementerian ini duduk semeja dan berbincang tentang bagaimanakah usaha-usaha tambah baik ini boleh diselaraskan. Kalau tidak, kita akan sentiasa ada masalah berpanjangan.

Sekarang kita ada masalah— Dulu, sekali-sekala kita ada masalah minyak masak, selepas itu timbul pula telur. Selepas itu timbul pula beras. Jadi, ia tidak

final • 3:00 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

diselaraskan. Jadi, saya harap, pandangan saya apakah usaha ini telah ataupun akan dilaksanakan bagi selaras kesemua kementerian? Terima kasih.

final • 3:00 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Berkenaan dengan sistem yang diselaraskan.

Saya rasa MOF kena jawab sebabnya bukan dalam bidang kuasa KPDN untuk menjangkau ke dalam kementerian lain, Yang Berhormat ataupun hendak kerjasama on system pun susah sebab kita memang tidak ada punca kuasa langsung berkenaan dengan beras.

Saya bagi contoh, kalau beras tempatan itu tidak ada di dalam pasaran, kami hanya boleh memanjangkan kepada KPKM. Kalau sekiranya ada pencatutan, maksudnya naik harga yang mahal, kami tidak boleh guna Akta Anti Pencatutan itu. Pass balik kepada KPKM. Kalau misalnya harga beras tempatan itu lebih daripada RM2.60 sekilo pun kami tidak boleh ambil tindakan, kami pass balik kepada KPKM. Ini saya kena beri faham betullah Ahli-ahli Yang Berhormat, ini punca kuasa, akta dan sebagainya.

Ini sebab kita ada tugas masing-masing Tuan Yang di-Pertua. Jadi kalau hendak selaraskan sistem itu atas lagilah, Menteri Kewangan atau Jabatan Perdana Menteri sendiri. Jadi okey...

final • 3:10 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah sedikit, Batang Lupar.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Yang Berhormat Batang Lupar, silakan.

final • 3:10 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Saya menyambut baik saranan atau cadangan yang sistem dan sebagainya tetapi kebimbangan saya Yang Berhormat Menteri, apabila Menteri mengatakan berkenaan minyak 60 juta paket sebulan yang akan diberikan kepada kumpulan sasar, kita di peringkat kampung di pedalaman ini kalau kita hendak bagi dengan peruncit itu beberapa paket minyak dan sebagainya, macam mana kita hendak mengenal pasti yang betul-betul yang membeli minyak itu daripada B40 dan M40 segelintir seperti yang Menteri cakapkan? Ini yang menjadi kegusaran kita di kawasan-kawasan luar bandar dan sebagainya. Terima kasih

final • 3:10 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Ya, saya faham apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batang Lupar. Inilah masalahnya apabila subsidi itu tidak bersasar. Ini masalahnya apabila ia pukal. Oleh sebab itu, kita hendak bina mekanisme untuk pastikan kita boleh sasarkan kita punya subsidi itu. Jadi itu ke hadapan. Sekarang kita acknowledge apa sahaja Ahli Parlimen cakap kita acknowledge, kita iktiraf memang itu masalahnya sebab dasar kita sebelum ini tidak menyasarkan, Tuan Yang di-Pertua.

Maklumat terkini yang saya terima daripada kementerian ialah kesalahan minyak masak yang ditanya tadi oleh Yang Berhormat Kota Melaka. Ada 151 kes yang sudah pun masuk, yang sedang disiasat, ada yang kita sita, ada yang kita siasat dan melibatkan RM1 juta. Itu daripada segi jumlahnya.

Seterusnya berkenaan apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Puncak Borneo. Yang Berhormat Puncak Borneo membangkitkan isu berkenaan kontraktor yang tidak dibenarkan untuk membeli petrol atau diesel bersubsidi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, petrol dan diesel bersubsidi adalah dalam bidang kuasa MOF. Ia meliputi polisi dan mekanisme pemberian subsidi ke atas petrol dan diesel dan diberikan di peringkat jualan runcit seperti di stesen minyak bagi kegunaan kenderaan tertentu dan persatuan nelayan kebangsaan bagi kegunaan nelayan.

Manakala, KPDN hanya sebagai penguat kuasa dan melaksanakan kawalan ke atas penjualan, pembelian, pengedaran dan pemilikan petrol dan diesel di semua peringkat iaitu pengilang, pemborong, pengguna, industri berdasarkan punca kuasa pewartaan petrol dan diesel sebagai barang kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sehubungan dengan itu, pemberian subsidi penjualan petrol di stesen minyak yang diluluskan oleh MOF adalah mengikut kuota di mana KPDN hanya mengawal

final • 3:10 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

penjualan petrol dan diesel subsidi di stesen minyak melalui penguatkuasaan syarat Lesen Runcit Barang Kawalan Berjadual (CSA).

Dengan itu KPDN hanya membenarkan penjualan semua gred petrol atau bahan api diesel untuk diisi tangki asal kenderaan. Maksudnya kereta datang, lori datang, bas datang boleh isi sebab diisi di tangki asal kenderaan. Pembelian selain dari tangki asal kenderaan perlu memohon kebenaran daripada pengawal bekalan melalui kelulusan permit khas. Ia kena ada permit khas.

Yang Berhormat Puncak Borneo, kita tidak luluskan untuk kontraktor sebab kontraktor itu dia buat keuntungan. Business itu, kontrak dia itu— dan dia dapat keuntungan daripada kontrak tersebut. Jadi seharusnya dia factor in dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kos untuk harga minyak dan diesel sebab dia gunakan untuk menjalankan jentera dia, jengkaut, traktor dan sebagainya. Ini tidak termasuk dalam lapan sektor.

Lapan sektor ini saya sebut:

(i) forklift, 50 liter sehari;

(ii) rekreasi air, 50 liter sehari;

(iii) pertanian dan penternakan, 100 liter sehari — maksudnya kalau ada kegunaan pertanian;

(iv) pengusaha industri makanan, 100 liter sehari;

(v) pengangkutan air, 100 hingga 200 liter sehari — ini kalau ada bot-bot bawa anak, budak sekolah di pedalaman dan sebagainya boleh sebab tadi saya kata kena ambil di stesen minyak tetapi bot ini mana boleh hendak ambil jadi mereka terpaksa beli dalam jerrycan;

(vi) penempatan penduduk di kawasan pedalaman, 100 liter sehari;

(vii) lain-lain keperluan mendesak, 500 liter one-off — ini one-off contohnya ada permohonan daripada TNB untuk genset sewaktu pilihan raya untuk standby kalau ada blackout ini one- off; dan

(viii) kelulusan khas ibu pejabat.

Itu yang saya hendak maklumkan berkenaan dengan Yang Berhormat Puncak Borneo, kontraktor Yang Berhormat Puncak Borneo tidak payahlah minta subsidi ini sebab dia buat untung banyak.

Saya hendak jawab Yang Berhormat Yang Berhormat Ampang.

final • 3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat minta laluan.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Ini sebab saya ada masa lima minit. Saya jawab dulu Yang Berhormat Ampang.

final • 3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sedikit sahaja, ringkas sahaja.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Okey.

final • 3:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang penerangan. Tadi diceritakan fasal masalah beras dan masalah minyak. Satu lagi mungkin terlepas pandang dekat kementerian adalah masalah gula yang juga menimbulkan masalah di kampung-kampung dan dalam masyarakat kita di mana mereka menghadapi masalah untuk mendapat gula dengan harga RM2.85 tetapi kalau gula mahal itu ada.

Adakah kemungkinan kerana kerajaan membenarkan menjual harga berbeza- beza sekarang menyebabkan peniaga-peniaga ini menyorok harga yang murah untuk menjual harga yang mahal? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Berkaitan Yang Berhormat, Kuala Krai, berkaitan.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Gula juga boleh? Sri Gading dulu ya. Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, persoalan saya Sri Gading bahawa ada peniaga-peniaga meletakkan syarat seolah-olahnya syaratnya kena beli gula yang mahal baru boleh beli gula yang murah.

Jadi ini masalah yang dihadapi oleh pengguna-pengguna di dalam Parlimen saya hari ini, berdepan dengan masalah berkenaan. Adakah itu — bagaimana hendak menghalang peristiwa itu berlaku?

final • 3:10 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit sahaja Kuala Krai. Perkara yang sama yang dibangkitkan oleh sahabat saya, Yang Berhormat Sri Gading isu yang sama iaitu pengguna boleh beli gula harga RM2.85 tetapi perlu beli gula yang lebih mahal. Itu perkara yang sama berlaku di Kuala Krai juga.

Kedua ialah tadi Yang Berhormat sebut berkaitan dengan kementerian Yang Berhormat tidak boleh melangkau peranan kementerian lain tetapi saya difahamkan sebelum daripada ini pada akhir tahun 2022 pihak kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa khas memantau kos sara hidup. Jadi apakah peranan Jawatankuasa ini sudah pasti perlu menangani melalui pelbagai agensi dan juga kementerian yang boleh dilihat secara bersama sama ada harga gula, harga beras dan lain-lain keperluan rakyat ini? Jadi adakah Jawatankuasa ini masih lagi berfungsi Yang Berhormat? Terima kasih.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Tiga orang Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Sri Gading, dan Yang Berhormat Kuala Krai.

Saya hendak maklumkan untuk Dewan yang mulia ini, saya hendak bagi tahu bahawa industri gula ada dua syarikat besar pengeluar. Satu ialah CSR, satu lagi ialah MSM. Dua syarikat ini — ini dasar sebelum ini Tuan Yang di-Pertua, 100 peratus raw sugar dengan izin diimport dan apabila negara India menghentikan eksport mereka, maka gula ini hanya dependent kepada Brazil dan juga mungkin Thailand sikit, Brazil banyak.

Kos pengeluaran 80 peratus ialah harga bahan mentah atau raw sugar ini, 10 peratus ialah operation ia punya bahan api dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, setiap kilo yang dikeluarkan mereka rugi 88 sen setiap kilo yang dikeluarkan.

final • 3:10 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Oleh sebab itu, kementerian meluluskan pada bulan Julai, pengeluaran gula jernih ataupun yang dipanggil gula premium. Gula jernih ini kita tidak kawal. Kita harapkan ada cross-subsidy di situ. Subsidi silang kepada industri sebab mereka sudah tidak tahan.

Bayangkan kalau mereka tidak tahan hendak keluarkan dan mereka tidak keluarkan gula.

Bermula pada bulan Jun seingat saya, kita mengeluarkan arahan pengawal bekalan, di mana kita memberikan satu kuota minimum 18,000 metrik tan kepada CSR, 24,000 metrik tan kepada MSM, jumlah 42,000 metrik tan untuk dikeluarkan juga gula yang standard ini, gula rakyat ini, RM2.85 ini untuk memastikan rakyat dapat gula. Mereka perlu lapor hari-hari, Tuan Yang di-Pertua. Lapor hari-hari dalam sistem. Kita ada sistem lagi satu, Yang Berhormat Ampang. Sistem- gula pun kita ada sistem.

Kemudian, kita juga pantau pemborong sama ada gula itu keluar atau tidak.

Mereka kena report juga, masuk dalam sistem. Kalau disimpan, tidak boleh. Kena keluarkan gula itu dan kita dapat maklumat, laporan dan aduan berkenaan dengan jualan bersyarat ini. Oleh kerana peniaga-peniaga rasa susah hendak jual gula premium ataupun gula mahal ini sebab kita tidak kawal harganya untuk cross-subsidy. Jadi, ada peniaga yang meletakkan syarat. Saya hendak...

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri perlu masa?

final • 3:20 PM

Seorang Ahli

1 minit.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Sedikit lagi boleh, Tuan Yang di-Pertua? Oleh sebab banyak lagi hendak– fasal gula ini.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya beri 10 minit.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Okey, okey. 10 minit. Kita cepat sedikit boleh?

final • 3:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berkenaan subsidi gula dan pengilang gula. Saya ingat pada masa penggal lalu, di mana selepas PH ambil alih sebagai kerajaan. Pada masa itu, harga antarabangsa gula, raw sugar adalah lebih kurang RM1 lebih satu kilogram. Akan tetapi kerajaan membenarkan pengilang itu untuk menjual gula pada harga RM2.85. Maka, untung yang banyak.

Pada masa itu kita tanya, kenapa masih jual harga itu, harga itu tidak turun? Harga gula di negara kita tidak turun tetapi harga gula antarabangsa sudah turun banyak. So, alasan yang diberi oleh CSR dan MSM adalah bahawa “Oh, kita pada masa itu hendak ada keuntungan”. Memang ada keuntungan tetapi semasa harga gula antarabangsa ini naik, kita akan terpaksa untuk menampung kerugian kerana kita hendak jual pada tahap yang sama juga, RM2.85.

Maka, sekarang apabila harga gula antarabangsa naik, mereka kata tidak boleh tahan. Hendak naikkan harga, kalau tidak, kerajaan hendak subsidi. Kalau tidak, mereka akan mengalami kerugian. Nampaknya kilang-kilang itu...

final • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Okey, point, point Yang Berhormat Stampin.

final • 3:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

...menipu kita, kerajaan. So, saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh take note of that fact.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Okey.

final • 3:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Soalan tambahan.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Sorry, saya jawab satu-satu dahulu ya. Ini berkenaan dengan gula bersyarat tadi. Saya hendak maklumkan bahawa ini salah ya. Ini merupakan satu kesalahan kalau sekiranya barang kawalan, bukan gula sahaja, apa sahaja barang kawalan. Maksudnya, kalau ia hendak beli gula, ia mesti beli benda lain. Ia hendak beli minyak masak, ia kena beli benda lain. Itu jualan bersyarat dan jualan bersyarat ini salah dan harus– boleh buat laporan kepada KPDN. Kita akan ambil tindakan. Jadi, beritahu kepada– sebagai wakil rakyat, beritahu kepada rakyat supaya mereka tahu ini hak mereka. Tidak boleh jualan bersyarat itu. Salah dari sudut undang- undang.

final • 3:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Bukan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Apa yang saya sebut ialah pengilang iaitu MSM dan CSR.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Nanti, nanti Yang Berhormat Stampin. Saya belum jawab Yang Berhormat Stampin.

final • 3:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Oh, saya fikir Yang Berhormat...

final • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Saya belum jawab Yang Berhormat Stampin.

Saya jawab soalan Yang Berhormat Sri Gading. Saya belum habis lagi jawab Yang Berhormat Sri Gading tadi. Saya hendak jawab juga Yang Berhormat Kuala Krai.

Sebenarnya Yang Berhormat Kuala Krai, kita sebenarnya ada NACCOL.

Melalui Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), kita ada beberapa buah kementerian. Kita bolehlah minta kementerian tersebut memperjelaskan dalam Mesyuarat NACCOL yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Malah, NACCOL sudah pun mengarahkan Kawal Selia Padi dan Beras untuk melaporkan dalam Mesyuarat NACCOL. Nanti dibincangkan isu-isu ini.

final • 3:20 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Saya cadangkan supaya...

final • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Sekejap, sekejap.

final • 3:20 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

...dapat diaktifkanlah, Yang Berhormat. Dapat diaktifkan dengan seserius mungkin.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Ya, ya. Memang...

final • 3:20 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Oleh sebab suasana yang sangat terdesak.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Sudah diarahkan, sudah diarahkan.

final • 3:20 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Kalau kerajaan dahulu, ia kata tidur sudah ini. Tidur sudah ini.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Itu kerajaan dahulu, Yang Berhormat. Kami ini...

final • 3:20 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bukan. Kalau kerajaan dahulu, pihak pembangkang kata, ini kerajaan sudah tidur.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Yang Berhormat, jadi...

final • 3:20 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Jadi, sekarang ini kita tidak kata pun. Kita minta sahaja.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Ya, Yang Berhormat. Oleh sebab itu, saya jelaskan dalam Dewan ini. Saya jelaskan. Saya ambil peluang untuk jelaskan supaya Yang Berhormat semua tahu keadaan sebenar. Yang Berhormat Stampin, permohonan untuk menaikkan harga gula ini bermula dari tahun 2021. Mereka sudah memohon naik sedikit tetapi tidak layan. Naik sedikit, mereka mohon lagi tahun 2022. Naik sedikit, tidak dilayan juga, sehinggalah mereka sampai kepada tahap ini. Malah, salah satu daripada syarikat itu akan mengalami keadaan impairment oleh mereka punya auditors. Ini saya hendak maklumkan, itu cerita dahulu. Sekarang ini, keadaannya begini.

Oleh sebab itu, kami pun berhati-hati juga. Kalau kita naikkan harga, nanti harga barang makan naik. Jadi, rakyat, pengguna kami jaga juga. Jadi, rakyat nanti akan sengsara tetapi insya-Allah kita sudah ada jalan penyelesaian untuk gula ini, libat urus di peringkat terakhir. Dalam masa terdekat, kita boleh selesaikan berkenaan dengan gula.

final • 3:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat, kerajaan dahulu jaga rakyat untuk pastikan tidak naik.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Ya lah Yang Berhormat, kita...

final • 3:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Itu masalah.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Yang Berhormat Hulu Terengganu sendiri pernah berada di sini, Yang Berhormat Hulu Terengganu sendiri tahu tidak ada subsidi gula pun sejak tahun 2018.

final • 3:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Betullah, tahu. Jangan marah.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Ya, lah. Maksudnya...

final • 3:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Jangan marah.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Yang Berhormat cakap macam seolah-olah kami tidak buat apa.

final • 3:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tidak, tidak.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Kita tidak ada subsidi gula, Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 3:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Saya tidak marah. Saya tidak kata you tidak buat apa-apa. Cuma saya kata, dahulu ia minta naik, kita tidak naik sebab kita hendak jaga rakyat supaya rakyat tidak terkesan. Itu maksud saya.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Ya lah, kita kena fikir kalau Yang Berhormat Hulu Terengganu. Kalau industri itu crash...

final • 3:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

...kita akan menghadapi krisis yang lebih besar.

Kalau misalannya mereka tidak mahu keluarkan gula, sudah give up, tutup kedai. Tutup, gulung tikar. Kita akan berhadapan dengan krisis yang lebih besar.

final • 3:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Cadangan.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Oleh sebab itu, kita sedang berunding price structure sebab kita dapati bahawa industri mikro juga yang ambil banyak gula ini. Jadi, mungkin kita perlu runding berkenaan dengan price structure, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Izin laluan.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Untuk micro industry.

final • 3:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Izinkan satu soalan tambahan.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Sedikit sahaja, sedikit sahaja. Saya belum jawab Yang Berhormat Ampang lagi ini. Yang Berhormat Marang tidak ada, jadi saya tidak jawab, tidak apa. Yang Berhormat Marang, saya siap juga jawapan tetapi dia tidak ada.

So, tidak apalah, saya tidak jawab. Yang Berhormat Muar.

final • 3:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih, terima kasih.

Isu kenaikan gula dan beras merupakan penyumbang utama kepada kenaikan kos sara hidup rakyat pada hari ini. Saya faham jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa larangan eksport dari India yang menyumbangkan perkara ini dan ini di luar bidang kuasa kita.

Cuma saya difahamkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada hubungan yang sangat erat dan rapat dengan Presiden Modi dan juga Kerajaan India.

Saya dengar juga dalam Dewan ini, Yang Berhormat Jelutong sebelum ini jika saya tidak silap, katakan sampai kena panggil ‘Sivaji the Boss’ iaitu hubungan yang sangat erat ini.

Singapura merupakan salah sebuah negara yang mendapat pengecualian dalam bab eksport, larangan eksport.

Saya memohon- tadi saya hendak ikut juga cadangan yang dibawa oleh Ahli Parlimen pembangkang supaya dalam perbincangan Jawatankuasa Khas Kabinet yang mengawal isu kos sara hidup ini, kita mohon juga pengecualian khas seperti yang diberikan pada Singapura, diberikan juga pada Malaysia. Jikalau Mesyuarat itu dapat diadakan secepat mungkin, dalam Jawatankuasa tersebut saya agak yakin seluruh jentera kerajaan dapat menggunakan hubungan diplomatiknya untuk membantu perkara ini.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Ya, point noted, Yang Berhormat Muar. Terima kasih, tidak payah tunggu Mesyuarat Jawatankuasa Khas. Esok saya ke India bincang, runding dengan Commissioner of Sugar dari India, insya-Allah.

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Yang Berhormat Putrajaya, saya hendak jawab.

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tidak, sedikit. Saya hendak masukkan tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tadi tidak mempunyai anggota yang cukup dalam konteks kawalan padi dan beras. Saya baca Akta Kawalan Padi dan Beras1994 ini, ia kata seksyen 6 ini disebut “The Director General may authorize in writing any public officer to exercise the powers under this Part”. Maknanya, siapa-siapa public officers boleh digunakan. Jadi dalam keadaan sekarang ini, mungkin boleh duduk bincang dengan Ketua Pengarah untuk melihat bagaimana kembangkan penguatkuasaan ini dengan segera. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Sila ajukan soalan itu kepada KPKM ya. Saya tidak boleh jawab yang itu sebab hendak kembangkan itu pun kawalan padi dan beras. Akta lain, akta itu tidak ada. Kami tidak boleh buat.

final • 3:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] As a government.

final • 3:20 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Puan Hajah Fuziah binti Salleh

As a government yes, sebab itu kami buat Ops Jamin.

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

I think dalam keadaan krisis, kita tidak boleh hala ke mana-mana.

final • 3:30 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Ya, betul. As a goverment.

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Kita kena lihat sebagai sebuah kerajaan.

Saya bagi cadangan duduk berbincang. Macam Yang Berhormat Kuala Krai sebut, ini krisis kita kena selesaikan duduk berbincang dan pastikan perkara ini dapat dilaksanakan segera.

final • 3:30 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Saya setuju. Oleh sebab itu dalam bidang kuasa kami –duduklah, duduk Yang Berhormat Putrajaya.

final • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih.

final • 3:30 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Saya sudah habis masa. Sebab itu dalam bidang kuasa KPDN, kita buat Jualan Rahmah Beras, segera. Berkenaan dengan benda- benda hendak runding, hendak tambah penguat kuasa, kawal selia dan sebagainya, perlu surat. Saya sudah bincang dengan Yang Berhormat Menteri tadi, saya kata kita perlu beras tempatan disalurkan melalui Jualan Rahmah kita.

Perlu –ada masa, ambil masa juga seminggu dua minggu. Kita sedang lakukan sesuatu bukan lah kita lepaskan. Cuma Yang Berhormat Putrajaya, tidak adil lah kalau menyarankan kepada saya. Sepatutnya tadi Yang Berhormat Putrajaya sudah bangun, bagi tahu kepada Menteri yang menggulung tadi. Okey, saya hendak teruskan.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Pasal gula, gula.

final • 3:30 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Okey.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Ringkas sahaja tetapi Yang Berhormat Menteri selesaikan lah hal gula ini. Realitinya kalau kita pergi ke supermarket hari ini...

final • 3:30 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Ya, ya.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Gula yang RM2.80 itu sudah tidak ada, dia jual RM4.80. Gula sama, cuma tukar paket sahaja, gula premium.

Selesaikanlah.

final • 3:30 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Tidak, tidak. Gula tidak sama. Dia bukan gula sama, dan dia bukan tukar paket.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Ya, tetapi itu yang mereka buat sekarang, peniaga-peniaga buat.

final • 3:30 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Bukan Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Apa pun selesaikanlah, selesaikan.

final • 3:30 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Saya hendak cerita bahawa mereka tidak habis jualan gula itu, Oleh sebab itu mereka tidak order gula yang biasa itu. Mereka hendak habiskan dahulu stok. Itu yang berlaku. Mereka tidak tukar paket sebab kita akan kawal perkara ini.

final • 3:30 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 3:30 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Yang Berhormat, saya hendak teruskan, sorry.

final • 3:30 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Sedikit lagi.

final • 3:30 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Saya hendak teruskan kepada Yang Berhormat Ampang di mana Yang Berhormat Ampang minta kita kaji semula akta. Saya hendak bagi

final • 3:30 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

tahu, Akta Kawalan Harga ini kita sudah mansuhkan ya Yang Berhormat Ampang dan kita telah gantikan dengan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan pada tahun 2011 ya. Jadi, kita sudah tidak ada akta tersebut. Saya juga hendak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa oleh kerana akta ini penting kerana ia memberikan kita punca kuasa untuk kita melaksanakan tugas-tugas kita.

Saya hendak bagi tahu berkenaan dengan Akta Perdagangan Elektronik, Tuan Yang di-Pertua. Ini memang merupakan satu perkara yang kita sedang kaji dan kita hendak upgrade secepat mungkin kerana perdagangan elektronik ini ataupun E- commerce ini memang berkembang amat pantas, amat cepat dan ada banyak scam, penipuan dan akta kita tidak cukup. Kita sudah pun mulakan kita punya program untuk meminda akta ini. Akan tetapi sementara itu besok saya akan pergi ke satu libat urus lagi dan meminta industri-industri mengawal, self-regulatory juga penting Tuan Yang di-Pertua sebab banyak sangat insiden-insiden dan akta kita tidak cukup untuk kita ambil tindakan ke atas pesalah laku.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya kira cukup untuk saya menggulung ketika ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada yang berbahas, terima kasih juga kepada yang mencelah. Saya faham, kita semua insaf dan sedar bahawa isu ini –isu beras, isu gula, isu minyak ialah isu rakyat, isu harian dan tidak ada hentinya apabila kita berhadapan dengan rakyat yang masih kita usahakan untuk naikkan pendapatan mereka.

Pendapatan mereka kita usahakan, itu urusan Kementerian Ekonomi, Inisiatif Pendapatan Rakyat dan sebaginya. Akan tetapi kami di KPDN akan buat apa sahaja, berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat ini sama ada dari segi dasar, sama ada dari segi program, dari segi akta dan sebaginya. Jadi, itulah Tuan Yang di-Pertua saya ucap terima kasih...

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Rakyat hendak tengok result sahaja, hendak tengok keputusan sahaja, terima kasih.

[Tepuk]

final • 3:30 PM

Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Yang Berhormat, tunggu besok kita lancar Jualan Rahmah Beras, rakyat akan dapat beras dengan harga diskaun subsidi oleh kerajaan di bawah KPDN. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berikutannya, kita persilakan Yang Berhormat Menteri Kementerian Pertahanan.

final • 3:30 PM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu bagi pihak seluruh warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terhadap iltizam dan jaminan beliau dalam sektor keselamatan dan pertahanan semasa pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan yang mulia ini pada 11 September baru-baru ini. Antara inti pati ucapan Yang Amat Berhormat

final • 3:34 PM

Perdana Menteri ialah

(i) melipatgandakan usaha untuk memperkasa dan memodenkan ATM yang bertugas sebagai bentang keselamatan negara;

(ii) memperkukuh kesiapsagaan pertahanan melalui perolehan aset- aset tambahan seperti kenderaan perisai, drone, LMS, helikopter, pesawat tempur ringan dan lain-lain;

(iii) merombak sistem perolehan untuk menetapkan supaya perolehan aset yang diperlukan ditentukan oleh kepakaran pihak tentera sendiri bagi mengelakkan ketirisan dengan memastikan

final • 3:34 PM

Perdana Menteri ialah

kebanyakan urusan perolehan adalah menerusi pendekatan government to government dengan negara-negara yang terlibat dan;

(iv) adalah mengoptimumkan kawalan keselamatan di sempadan melalui beberapa projek seperti pembinaan baharu pos keselamatan ATM di sepanjang sempadan Sabah dan Sarawak dengan Indonesia dan pembangunan Pengkalan Tentera Laut di Bintulu, Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, suka saya memaklumkan pembentangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari adalah sejajar dengan keperluan semasa pertahanan negara dan fokus utama Kementerian Pertahanan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 hingga 2025 iaitu mempertingkatkan keupayaan aset dan fasiliti ATM, nombor satu. Sebagai sebuah negara dengan dua wilayah daratan yang terpisah Tuan Yang di-Pertua, serta terletak di tengah-tengah perairan strategik tentunya mempunyai kelebihan dan cabarannya yang tersendiri. Oleh itu, keupayaan pertahanan serta tahap kesiapsiagaan pertahanan negara perlu ditingkatkan dan sentiasa berada pada tahap yang baik.

Bagi memastikan pelaksanaan operasi semasa dan masa depan sentiasa pada tahap yang tinggi, khususnya keperluan melaksanakan operasi dua wilayah secara serentak. Pembinaan kem-kem baharu telah dirancang termasuk di Johor, di Pahang, Sabah dan Sarawak. Berdasarkan ancaman semasa dan terdapatnya kelompangan daripada aspek keusangan aset, maka perancangan perolehan aset strategik perlu dilaksanakan.

Kedua, memperkukuhkan kawalan keselamatan dan meningkatkan penguatkuasaan di sempadan dan perairan negara. Kedaulatan kesempadanan dan juga perairan negara perlu sentiasa dipertahankan dan dipelihara daripada ancaman keselamatan tradisional dan bukan tradisional. Pembangunan Pengkalan TLDM baharu iaitu Markas Wilayah Laut 4 di Sarawak dilihat amat kritikal bagi memastikan kedaulatan dan keutuhan Wilayah Maritim Sarawak yang mempunyai keluasan perairan yang lebih besar sentiasa terpelihara.

Kementerian juga komited untuk memperkasakan agenda pemantapan kawalan sempadan negara melalui pembinaan pos kawalan sempadan baharu selain menaiktarafkan pos kawalan keselamatan sempadan di Sabah, Sarawak dan utara Semenanjung.

Ketiga, menerus dan menambah baik program kebajikan warga kerja pertahanan.

Salah satu fokus utama kementerian ini ialah bagi menjaga kebajikan dan kualiti hidup anggota ATM, veteran ATM dan warga awam kementerian melalui penyediaan kemudahan perumahan yang selesa dan kondusif termasuklah kemudahan perumahan yang mampu milik. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan telah merancang untuk menyiapkan 8,082 buah unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) melibatkan sebanyak 20 projek RKAT. Selain daripada itu, program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) ATM juga diteruskan dengan melibatkan sebanyak 3,500 buah unit SASaR di Sungai Besi yang masih dalam pembinaan dan 50 peratus siap Manakala 7,374 unit di Kem Genting Klang dan Kem Wardieburn adalah dalam peringkat perancangan Tuan Yang di-Pertua.

Keempat, memperkukuhkan kerjasama pertahanan dengan rakan strategik.

Diplomasi Pertahanan merupakan pendekatan utama bagi memperkukuhkan keselamatan serantau serta kestabilan serantau serta mengurus cabaran keselamatan dengan rakan strategik secara bersama.

final • 3:34 PM

Perdana Menteri ialah

Kementerian Pertahanan akan terus meneroka peluang kerjasama menerusi pendekatan G2G dengan negara-negara berkepentingan bagi memperkukuhkan perkongsian sedia ada serta menjalin kerjasama baharu yang memberikan kelebihan kepada Malaysia.

final • 3:40 PM

Perdana Menteri ialah

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ucap terima kasih kepada sembilan orang rakan-rakan Yang Berhormat yang mengambil bahagian di dalam perbahasan yang bersangkutan dengan MINDEF iaitu rakan daripada Sik, daripada Pendang, Ketereh, Machang, Tanah Merah, Kalabakan, Semporna, Lumut dan Saratok.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan ini dengan mendahulukan untuk menjawab isu-isu yang berkaitan dengan Rancangan Malaysia yang Ke-12 terlebih dahulu. Pertama berkaitan pertanyaan di bawah Rancangan Malaysia yang Ke-12 perolehan aset LMS Batch 2. Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Lumut telah bertanyakan tentang kaedah yang digunakan dalam proses perolehan LMS Batch 2 sama ada melalui tender terbuka antarabangsa ataupun melalui kaedah perolehan secara G2G.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kementerian telah membentangkan kepada Jemaah Menteri pada 23 Ogos tahun 2023 yang baru ini berhubung hala tuju perolehan LMS Batch 2 ini. Jemaah Menteri telah pun bersetuju supaya perolehan kapal ini dilaksanakan melalui pendekatan kerjasama kerajaan dengan kerajaan ataupun G2G dan rundingan dibuat dengan syarat yang telah pun terpilih.

Bagi melaksanakan perolehan ini Tuan Yang di-Pertua, melalui pendekatan G2G kajian pasaran telah pun dilaksanakan terlebih dahulu melibatkan semua syarikat yang mengemukakan tawaran.

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri, minta soalan hendak tanya sedikit. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Bila disebut tadi saya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan konsep G2G ini apa yang kita faham satu yang pertamanya negara mana? Kedua, kita tidak ada lagi. Bagi apa yang saya faham, secara tender maknanya macam direct nego-lah G2G ini sebab kita sudah pilih. Di situ dia ada kelompangan yang boleh kita— sorry to say, unhealthy practice ketika antara G2G itu.

Oleh sebab itu, kita hendak kerajaan putuskan negara mana. Jadi, kita tahu bila konsep G2G ini dilaksanakan. Selepas itu bagaimanakah jaminan aset-aset yang kita pilih ini berdasarkan kepada G2G ini boleh menjamin sebab ini keselamatan negara, aset-aset Kementerian Pertahanan ini. Jadi, saya rasa G2G ini bukan satu konsep yang memberi jaminan terbaik dalam kaedah kita mendapat nilai-nilai aset dari segi nilai dan juga aset- aset teknikal untuk pertahanan negara.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan LMS ini G2G ini tender telah pun dibuat dahulu. Jadi, kita telah pun memberikan penilaian kepada sembilan syarikat Tuan Yang di-Pertua yang telah pun membuat pembidaan dan ia telah dinilai dan juga telah pun dibuat kajian oleh Jawatankuasa Penilaian oleh pihak TLDM itu sendiri. Jadi, apabila pihak TLDM telah pun menilai dan telah pun tahu apa model mana yang hendak dibeli, spesifikasi apa, daya combatant yang mana. Apabila ia telah ditentukan oleh pihak user itu sendiri perkhidmatan itu sendiri maka rundingan G2G akan dimulakan, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, ini dalam LMS ini kita telah pun membuat kajian-kajian tersebut oleh pihak TLDM. Ada dua hingga tiga Jawatankuasa Penilaian. Apabila mereka telah pun menentukan daripada sembilan pembida-pembida tersebut maka proses G2G akan dimulakan dan kita akan membuat MoU dengan kerajaan tersebut dan kita daripada mana, syarikat yang mana dipilih oleh kerajaan negara tersebut maka kita akan buat apa yang kita panggil sebagai kontrak untuk kita pembinaan LMS tersebut. Jadi, maknanya Tuan Yang di-Pertua ialah pembidaan itu ada tetapi apabila telah pun ditetapkan oleh pihak users ataupun perkhidmatan maka proses G2G itu bermula, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, itu caranya. Terima kasih.

Dekat mana saya tadi ya? Tuan Yang di-Pertua, bagi melaksanakan perolehan melalui pendekatan G2G ini kajian pasaran telah pun dilaksanakan terlebih dahulu melibatkan semua syarikat yang telah mengemukakan tawaran. Penilaian telah dibuat ke atas semua cadangan syarikat tersebut yang diterima berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pengguna itu sendiri iaitu TLDM. Rundingan lanjut akan dibuat terlebih

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

dahulu dengan syarikat-syarikat yang melepasi tahap kelayakan. Seterusnya, syarikat yang terpilih akan dirundingi secara G2G. Itu yang telah pun saya jawab tadi.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu Yang Berhormat Lumut juga meminta penjelasan bagaimana kaedah perolehan G2G dilaksanakan oleh pihak kementerian.

Untuk makluman Dewan, proses G2G yang telah pun saya sebutkan tadi. Perolehan Aset Radar Pertahanan Udara. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pendang telah membangkitkan berkenaan tender antarabangsa bagi perolehan aset radar pertahanan TUDM yang melibatkan Syarikat Thales serta mendakwa terdapat salah laku dalam proses perolehan aset tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil serius dakwaan Yang Berhormat Pendang ini yang melibatkan integriti Kementerian Pertahanan dan saya akan tidak berkompromi dengan perkara-perkara sebegini. Jadi, sekiranya kalau Yang Berhormat Pendang ada bukti-bukti bawa kemukakan untuk kami minta pihak-pihak yang berwajib untuk menyiasat dan untuk kita ambil tindakan, Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Dewan...

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri, bila minta bukti saya hendak jelaskanlah apa yang saya difahamkan saya dapat...

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Tulis surat hantar kepada...

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Tidak, tidak di sini sebab ini penting sebab ini melibatkan keselamatan negara. Radar ini adalah pengawalan keselamatan negara.

Jadi, saya hendak tengok saya difahamkan ini radar untuk ruang udara di perairan Laut China Selatan dan juga dipasang dan ditempatkan di Bintulu, Sarawak. Saya difahamkan adakah betul pada 25 Mei yang lalu ketika LIMA berlaku, Kementerian Pertahanan telah menyerahkan surat Letter of Intent, dengan izin dan juga surat perjanjian Letter of Agreement kepada Syarikat Thales dari Perancis.

Di sini saya bagi buktilah, bila minta bukti. Seterusnya, pemilihan syarikat ini adalah persoalan yang cukup besar kerana meragukan kerana syarikat ini pernah terpalit dengan LCS, Thales ini. Seterusnya, syarikat ini juga didakwa terlibat dalam kontroversi Projek STARStreak iaitu pembekalan sistem peluru berpandu pertahanan udara jarak dekat pelbagai misi kepada Kementerian Pertahanan.

Jadi, seterusnya Syarikat Thales ini juga yang diberi saya sebut tadi Letter of Intent dan juga Letter of Agreement. Syarikat Thales ini juga dilaporkan sedang disiasat oleh Kerajaan Perancis berkaitan skandal rasuah bagi kontrak penyelenggaraan jet pejuang Mirage 2000 milik Tentera Udara. Jadi, saya rasa adakah benar pemilihan Syarikat Thales yang kontroversi ini telah dimuktamadkan tanpa melalui proses Jawatankuasa Perolehan Kementerian Kewangan. Jadi, bila minta ini saya hendak dapat penjelasanlah. Insya-Allah saya minta Menteri Pertahanan supaya ambil berat dan siasat kembali.

Seterusnya, saya difahamkan dokumen tender jelas menyebut bahawa produk prototaip akan ditolak dan tidak boleh memasuki tender perolehan Kerajaan Malaysia.

Akan tetapi, sistem pertahanan jarak jauh yang ditawarkan oleh syarikat itu dikatakan— sama ada saya benar kalau saya salah tolong betulkan, masih dalam fasa prototaip. Ini bukan perkara kecil bila melibatkan keselamatan negara dan juga radar-radar pembelian aset-aset dengan mudah itu saya tidak bincang teknikal dari segi band one to two yang dibekalkan yang di-recommendkan oleh TUDM ataupun Air Force. Kedua yang dibekalkan lebih daripada tiga, dia boleh mengganggu frekuensi band radar kita ini sepertimana saya tidak mahu sebut negara yang telah memasang 4G dan 5G ke atas ia boleh mengganggu. Akan tetapi yang dicadangkan oleh Air Force ini hanya satu kedua-dua band frekuensi yang memang tidak akan dijamin tidak ada gangguan lagi.

Seterusnya, kita tengok adakah syarikat Thales ini yang diberi dikatakan pada 25 Mei lalu telah ada elemen perjanjian yang telah mewujudkan transfer technologies ataupun pemindahan teknologi kepada syarikat tempatan. Kalau ada, syarikat mana?

Oleh sebab, kita difahamkan introducer kepada Thales ini adalah Weststar. Weststar ini

final • 3:40 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

syarikat yang ada helikopter, ada kapal terbang yang digunakan oleh tidak tahulah itu yang saya sebut dalam ucapan saya - hidden agenda.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Okey, Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Jadi, saya harap dasar kerajaan lebih berwaspada dalam pemilihan syarikat- syarikat antarabangsa yang terpalit dan Thales ini duduk tempat keempat dalam pemilihan tender dengan harganya yang agak tinggi. Tempat yang pertama, yang kedua, yang ketiga dan yang keempat ini Thales dan adalah lima buah syarikat yang telah disenaraikan untuk dimasukkan sebagai penender. Sekian, terima kasih.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Tuan Yang di-Pertua, penilaian dibuat oleh user. Maka apabila user telah pun memilih, Lembaga Perolehan akan memilih syarikat mana yang telah pun ditetapkan oleh pihak user kerana kita ada pembahagian bidang kuasa. Kalau kajian tentang teknikal itu ada tiga peringkat jawatankuasa teknikal Tuan Yang di-Pertua. Apabila mereka telah pun memilih yang mana satu untuk mereka guna pakai yang sesuai dan mereka melihat dan menilai apa sahaja aset yang hendak diperoleh itu, maka pihak kementerian akan menilai daripada segi pihak kajian komersialnya pula iaitu berkenaan dengan kontrak, berkenaan dengan offset program dan yang lain-lain. Insya-Allah kita akan siasat apa sahaja masalah ataupun yang telah pun disebutkan oleh pihak Yang Berhormat dari Ketereh tadi.

final • 3:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Pendang, Pendang.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Eh dari Pendang. Minta maaf ya.

final • 3:50 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri, sedikit berkaitan dengan user tadi. Kalau kita ikut pengalaman dalam konteks LCS, banyak isu yang dibangkitkan. User nak lain, suddenly jadi lain. Jadi, saya mohon kali ini kita pastikan setiap yang diperlukan oleh user itu benar-benar diperlukan oleh user tanpa ada sebarang campur tangan lain. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Memang betul. Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Pihak user memang telah pun kita pastikan supaya apabila mereka telah buat keputusan, itulah keputusan yang akan dibuat secara kontraknya oleh pihak kementerian. Kita tidak akan menukar bahkan kita dalam masa LMS ini, kita bagi apa yang orang katakan freehand kepada TLDM untuk memilih daripada sembilan buah negara, sembilan buah syarikat yang telah pun mengukuhkan tendernya termasuk dari Belanda, dari Afrika Selatan, dari Itali, dari Jerman dan juga Turki. Ini, mereka yang akan buat penilaian.

Apabila penilaian dibuat, ia terdiri daripada tiga peringkat jawatankuasa penilaian, maka mereka punya fungsi telah tamat. Maka itu akan dibawa kepada kementerian untuk kementerian pula membuat penilaian berkenaan dengan aspek perniagaan ataupun aspek komersialnya, Insya-Allah.

final • 3:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri, tadi saya sebutkan tadi ini sebab Thales ini, saya sebut di negara dia sendiri di Perancis dan dia ada kontroversi di negara India yang dia tak boleh masuk sampai sekarang disebabkan corruption. Ini disiarkan oleh media antarabangsa dan dia juga dah ada rekod dengan negara kita iaitu rekod kontroversi dia dengan LCS. Kenapa kita masih lagi memilih syarikat-syarikat yang ada black record ini yang mana ini melibatkan pertahanan negara dan juga kos yang mana kalau keseluruhannya hampir half a billion. Ini satu jumlah yang besar, duit rakyat kita belanja untuk jaga keselamatan negara tetapi kita bagi kepada sebuah syarikat yang memang tak viable lah senang, yang ada masalah di negara-negara luar tetapi kenapa kita bagi lagi sedangkan kita ini bab LCS pun belum siap dan la ini yang terbaru, sebuah kapal Laut China Selatan800 juta kali dengan lima. Berapa dah situ? Berapa bilion dah kita habis untuk LMS ini? Jadi, LCS dahulu pun kita tak selesai lagi. Kita tak mahu lagi jadi LCS yang kedua, isu radar yang kita akan pasang di Bintulu dan mengawal Laut China Selatan. Jadi, LCS yang kedua

final • 3:50 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

menyebabkan syarikat yang sama juga terlibat. Jadi, kita tak ambil berat, tak ambil perhatian tentang apa yang berlaku ini.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Kita akan ambil perhatianlah ya berkenaan dengan dakwaan penyalahgunaan ataupun pendakwaan terhadap syarikat tersebut. Jika ia benar, maka kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan mengukuhkan keselamatan sempadan Sabah dan Sarawak serta Kalimantan. Yang Berhormat Kalabakan telah membangkitkan kesan pembukaan Kota Nusantara, Indonesia ke atas aspek keselamatan terutamanya di Kalabakan serta mencadangkan ditingkatkan keselamatan sempadan darat dan laut di Kalabakan dengan pos-pos kawalan, aset-aset persenjataan dan teknologi yang berkeupayaan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di bawah RMKe-12, Kementerian Pertahanan telah merancang pembinaan 22 pos baharu di kawasan tanggungjawab yang bersempadan dengan Kalimantan bermula daripada tahun 2020 hingga tahun 2025.

Sehingga Ogos 2023, 10 buah pos telah siap dibina dan telah beroperasi sepenuhnya.

Untuk kawasan Kalabakan khususnya Operasi Belasah yang dilaksanakan oleh tentera darat, lima buah pos dirancang untuk dibina dan sehingga kini, dua buah pos telah siap dibina dan beroperasi sepenuhnya manakala baki tiga lagi pos akan siap dibina secara berperingkat mengikut jadual sehingga tahun 2025.

Tuan Yang di-Pertua, bagi pertanyaan Yang Berhormat Semporna berkenaan perolehan interceptor boat bagi digunakan di kawasan perairan terutamanya di kawasan Pantai Timur Sabah, suka saya memaklumkan pada masa ini, Angkatan Tugas Bersama 2 yang dipertanggungjawabkan melaksanakan Ops Pasir mempunyai 29 buah bot ATM dan 20 buah bot sewaan secara *Government Operate, Company Own and Maintain

(GOCOM)* yang beroperasi dari Kudat sehingga ke Tawau.

Daripada jumlah itu, sebanyak 24 buah bot adalah merupakan bot tempur (interceptor) yang berupaya melaksanakan misi pintasan jika diperlukan. Kementerian juga sedang mempertimbangkan penambahan 26 buah bot lagi secara kaedah GOCOM.

Jumlah ini dilihat berupaya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab bagi memelihara kedaulatan dan keselamatan Pantai Timur Sabah. Kita sekarang Tuan Yang di-Pertua, kita tak beli tetapi kita sewa, government operate but owned by company. Pembinaan Markas Wilayah Laut Ke-4 Wilayah Bintulu. Tuan Yang di-Pertua, pembangunan Markas Wilayah Laut Ke-4 di Bintulu, Sarawak telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Saratok. Sebagai makluman Dewan yang mulia ini, sidang Majlis Keselamatan Negara telah pun memperakukan keperluan penubuhan MAWILLA 4.

Pembangunan MAWILLA 4 dirancang untuk dilaksanakan dalam dua fasa iaitu Fasa Pertama merangkumi proses perolehan tanah seluas 200 ekar di kawasan Samalaju Industrial Park, Tanjung Bogam, Bintulu dan Fasa Kedua ialah pembangunan Pangkalan MAWILLA 4 yang melibatkan pembangunan infrastruktur laut dan rumah keluarga.

Permohonan rasmi serta skop dan keperluan pembangunan MAWILLA 4 sedang dimuktamadkan oleh kementerian sebelum dimajukan kepada Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan selanjutnya.

Tuan Yang di-Pertua, langkah membangunkan MAWILLA 4 di Bintulu adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkukuhkan kawalan keselamatan perairan negara di Medan Timur iaitu Sabah dan Sarawak. Pemilihan Bintulu untuk menempatkan MAWILLA 4 ini adalah berdasarkan lokasi strategik daripada segi kedudukan dan pemusatan operasi maritim di Laut China Selatan serta bagi meningkatkan pengawasan Zon Ekonomi Eksklusif negara seperti Beting Patinggi Ali.

Buat masa ini Tuan Yang di-Pertua, pangkalan TLDM yang terhampir dengan Beting Patinggi Ali ialah pangkalan TLDM di Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar. Misalnya pada kelajuan 12 knot, kapal-kapal TLDM dari Teluk Sepanggar akan mengambil masa 19 jam untuk sampai ke Beting Patinggi Ali berbanding dengan hanya sembilan jam dari Bintulu pada kelajuan yang sama, Insya-Allah. Melihatkan kepada keperluan kritikal penubuhan MAWILLA 4 ini, kementerian akan memberikan komitmen yang padu dan

final • 3:50 PM

Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

merealisasikan pertimbangan pembangunan ini yang jelas mempamerkan kesungguhan Kerajaan Persekutuan terhadap keselamatan perairan di negeri Sarawak.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Pembinaan rumah keluarga ataupun rumah angkatan tentera dan poliklinik ATM.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ketereh telah membangkitkan isu kebajikan anggota tentera dan veteran ATM yang melibatkan aspek rumah keluarga angkatan tentera dan poliklinik dan berpandangan perlu lebih banyak RKAT dan poliklinik diwujudkan bagi menangani isu perumahan serta memudahkan rawatan kepada anggota tentera serta veteran ATM.

final • 3:50 PM

Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Saya menyambut baik pandangan dan cadangan Yang Berhormat Ketereh agar kementerian meningkatkan jumlah pembinaan RKAT dan poliklinik. Memang saya akui, sehingga kini masih terdapat kekurangan untuk keperluan rumah-rumah RKAT ATM ini.

Sehingga kini Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 4,752 buah unit RKAT yang melibatkan 12 projek perumahan telah berjaya disiapkan serta diduduki sejak tahun 2018 dengan anggaran kos melebihi jumlah RM1 bilion. Manakala sebanyak 11 projek RKAT lagi sedang dalam pembinaan melibatkan 3,307 unit RKAT dengan anggaran kos berjumlah RM1.5 bilion. Sebanyak dua projek RKAT lagi masih di peringkat proses perolehan yang melibatkan pembinaan 759 unit rumah.

Kementerian merancang untuk membina 12,733 unit RKAT dari tahun 2023 sehingga tahun 2030. Pelaksanaan perancangan pembangunan RKAT ini akan bergantung kepada keupayaan kewangan kerajaan semasa. Kementerian memohon supaya kerajaan pusat memberikan keutamaan peruntukan sewajarnya kepada Kementerian Pertahanan agar perancangan ini menjadi realiti dan kelestarian warga kerja pertahanan terpelihara.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan poliklinik ATM. Poliklinik Penrissen Sarawak telah mula beroperasi pada bulan April 2022 manakala empat buah poliklinik dalam pembinaan iaitu Poliklinik Sungai Petani akan siap hujung tahun, Poliklinik Seberang Takir, Terengganu akan siap 2025, Poliklinik Kluang dijangka siap tahun 2025 dan Poliklinik Kuantan dijangka siap pada tahun 2025.

Keempat-empat buah poliklinik ini kelak akan dapat memberikan perkhidmatan kesihatan bukan sahaja kepada anggota tentera tetapi turut meliputi ahli keluarga dan veteran ATM termasuk penduduk di kawasan sekitar.

final • 4:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri, boleh kami dapat penjelasan berhubung dengan LTAT dan Boustead?

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Saya akan ...

final • 4:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Baik, silakan.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Saya akan sentuh. Panjang.

Tuan Yang di-Pertua, perolehan aset littoral combat ship (LCS). Tuan Yang di-Pertua, dua Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan mengenai isu perolehan aset littoral combat ship (LCS) iaitu Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Tanah Merah.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan perkembangan terkini pembinaan LCS seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik, seperti yang telah saya jawab di Dewan yang mulia sebelum ini, Kementerian Pertahanan telah pun membentangkan kertas cadangan penerusan projek LCS ini kepada Jemaah Menteri pada 19 April 2023 yang lalu dan Jemaah Menteri telah bersetuju supaya projek ini diteruskan. Setelah terhenti sejak tahun 2019, rancangan pembinaan LCS telah dimulakan semula mulai 26 Mei 2023. Untuk fasa pertama ini, tumpuan adalah kepada pemindahan pemilikan saham

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. kepada syarikat milikan Kementerian Kewangan dan rundingan penyambungan tempoh kontrak BNSSB dengan pihak OEM dan vendor.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, share sale agreement antara Ocean Sunshine Berhad iaitu milik penuh Menteri Kewangan diperbadankan dengan tiga pemegang saham Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNSSB), ‘........’ Industry Berhad dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera telah ditandatangani pada 18 Ogos 2023.

Manakala bagi rundingan dengan pembekal peralatan utama iaitu OEM dan vendor, sebanyak 57 kontrak yang dikategorikan dalam critical path telah dirunding dan mencapai persetujuan.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, masih banyak hendak jawab?

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Banyak.

final • 4:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Mohon.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya bagi masa tambahan 10 minit.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Minta setengah jam lagi.

Berapa?

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

10 minit.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

10 minit sahaja.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Ini isu pertahanan udara 10 minit tidak cukup Tuan Yang di-Pertua. Minta tambahlah 20 minit.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Ya.

final • 4:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Ketawa]

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Berdasarkan perancangan aktiviti fizikal pembinaan kapal LCS akan dimulakan pada minggu keempat bulan ini, September 2023. Turut membangkitkan isu LCS ini adalah Yang Berhormat Tanah Merah yang telah bertanyakan beberapa soalan merangkumi threshold line atau pun garis amaran terakhir yang ditetapkan oleh kementerian sebagai tindakan pengakhiran bagi kementerian mengisytiharkan projek LCS ini gagal. Rasional kerajaan tambah kos syiling kepada RM11.2 bilion, isu detail design dan cadangan alternatif pembinaan LCS.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini Kementerian Pertahanan sememangnya memberikan tumpuan sepenuhnya dalam melangkah ke arah ke hadapan bagi memastikan projek LCS ini dapat disiapkan mengikut jadual berdasarkan kontrak tambahan ataupun supplementary agreement yang keenam yang telah ditandatangani pada 26 Mei 2023.

Oleh itu, izinkan saya menjawab soalan Yang Berhormat secara keseluruhannya memandangkan ia berkait antara satu sama lain. Perjanjian tambahan atau supplementary agreement keenam menetapkan check point yang perlu dipatuhi dan dipenuhi oleh BNSSB dalam tempoh kontrak di mana check point ini merupakan threshold line yang akan dipantau oleh kerajaan dan akan menjurus kepada hak kerajaan kepada penempatan. Antara contoh check point ialah setelah penyiapan detail design oleh pihak BNSSB

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat Menteri, saya mencelah. Terima kasih. Sekarang ini Yang Berhormat Menteri maklum the last perjanjian kontrak tambahan yang keenam tetapi saya ingin tahu. Apakah boleh bagi jaminan, no more lagi kontrak tambahan. Apakah akan ada lagi selepas ini kontrak tambahan ketujuh, kelapan dan kesembilan? Oleh sebab saya tidak nampak BNSSB ini serius untuk siapkan. Ini pada hemat saya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Saya tidak dapat hendak bagi sama ada, ada atau tidak lagi. Itu jangka masa depan tidak dapat. Akan tetapi kita akan pantau supaya projek ini akan mengikut threshold ataupun mengikut dipanggil sebagai threshold line. Kita ada hak untuk menamatkan projek ini. Itu kalau tidak ditamatkan ataupun dibuat dalam jangka masa yang telah pun dipersetujui dalam kita punya supplementary agreement yang keenam. Sekarang ...

final • 4:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Sedikit tambahan Yang Berhormat Menteri, mencelah sedikit ya. Yang Berhormat Menteri sudah maklum bahawasanya mungkin akan mula pada September. Ini sudah bulan September, adakah mereka sudah mula? Kalau mereka tidak mula juga by the end this month macam mana?

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Bukan tidak boleh mula Tuan Yang di-Pertua, dia boleh mula tetapi kerana terdapatnya isu-isu untuk kita bersetuju dengan vendor, bersetuju dengan pihak-pihak yang lain terutamanya dengan pihak yang mempunyai hak design tersebut.

Sekarang ini semua kita sudah muktamadkan. Oleh sebab itu maka saya sebut tadi ia akan bermula pada minggu keempat bulan September. Sekarang semuanya sudah pun kita selesaikan, persefahaman dengan semua vendor, persefahaman dengan OEM.

Bahkan kita sudah tidak ada lagi orang tengah. Sekarang ini boleh bayar terus kepada OEM. Paling penting sekali ialah hak milik, IP atau intellectual property design tersebut yang dipunyai oleh Naval Group Malaysia Sdn Bhd . Naval Group Malaysia Sdn Bhd telah pun bersetuju dan sekarang design, kalau hendak katakan detail design sudah tahap 94 peratus. Ini akan kita teruskan dan ia mesti dapatkan keputusan daripada Naval Group Malaysia Sdn Bhd ini dalam masa 16 bulan Tuan Yang di-Pertua.

Saya yakin dengan persetujuan pihak Naval Group Malaysia Sdn Bhd untuk bersama-sama meneruskan projek LCS ini, saya yakin tidak ada apa-apa halangan lagi insya-Allah yang akan dapat mengganggu penerusan projek pembinaan LCS ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya penjelasan berkenaan dengan peranan MOF yang kini menanggung hutang LCS ini selepas dipindahkan. Berapa agaknya bayaran suntikan dana yang MOF terpaksa keluarkan untuk menanggung pembinaan LCS yang kini sedang dirancang? Berapakah jangkaan bayaran akan datang daripada MOF juga?

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Seperti yang telah diketahui, kita telah umumkan bahawa projek ini ada penambahan kos daripada RM9.1 bilion kepada RM11.2 bilion. Itu pun penambahan Tuan Yang di-Pertua bukan kerana penambahan apa- apa. Ini kerana semasa kita buat dahulu, perjanjian itu tidak ada surface-to-surface missile, belum lagi diputuskan, belum ada lagi decoy system belum diputuskan dan yang lain-lain.

final • 4:00 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Jadi tambahan tersebut adalah merupakan tambahan untuk kita beli non- reoccurring punya kos. Jadi RM11.2 bilion itu telah pun merangkumi kos-kos yang lain.

Lain-lain itu masa depan saya tidak dapat beri jaminan ataupun tidak dapat bagi jawapan Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah. Projek ini sekarang di bawah pantauan Kementerian Kewangan (MOF) tetapi projek itu masih lagi ownership-nya adalah Kementerian Pertahanan dan kedua-dua Ketua Setiausaha, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan Ketua Setiausaha (KSP) Perbendaharaan merupakan sebagai project coordinator atau pengerusi bersama yang memantau agar projek LCS ini akan dapat disiapkan mengikut masa yang ditentukan. Dia punya TO time-nya adalah pada September atau minggu keempat September 2023 ini, insya-Allah. Bulan inilah, bulan ini.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama saya sudah sebut ini tadi.

final • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Boustead Yang Berhormat Menteri.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Tidak ada. Lagi sedikit. Tiada masa. Hendak terus pergi Boustead ya.

final • 4:10 PM

Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tidak apalah, sementara Yang Berhormat Menteri mencari ini. Yang Berhormat Menteri sebut tadi fasal detail design 94 peratus. Sebab apa Yang Berhormat Menteri, saya kasihan. Saya tahu Yang Berhormat Menteri mewarisi masalah skandal ini sebab Yang Berhormat Jelutong sahabat saya pun kata ini skandal. Jadi, saya harap sangat janganlah kita letakkan keperluan mendesak BNS yang hendak dapat kontrak tambahan, hendak dapat kontrak ꟷ yang mana kita sudah bagi peluang kepada mereka berkali-kali yang sudah terbukti BNS ini sudah gagal. Yang menjadi mangsa pada kita ialah hari ini adalah TLDM dan negara juga, bukannya syarikat BNS.

Jadi mengenai tentang design 94 peratus, bererti tidak 100 peratus. Kalau 94 peratus, bererti masih lagi tidak ada jaminan ia boleh siap sebab saya rasa kalau 94 peratus, bererti ada enam peratus lagi design tidak siap. Bila design tidak siap ini, maka BNS tidak boleh siapkan kapal tanpa kebenaran yang enam peratus lagi. Ini kebimbangan saya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Tuan Yang di-Pertua, yang enam peratus itu tidak merupakan apa yang dipanggil sebagai design yang genting ataupun yang mustahak. Ia merupakan enam peratus itu atas permukaan air sahaja. Yang design di bawah permukaan air, semua sudah siap. Jadi yang enam peratus ini ia tidak penting sangat kerana ia merupakan design deck dan juga yang lain yang atas air, atas permukaan air ya. Insya-Allah.

final • 4:10 PM

Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Ini celahan saya yang terakhir Yang Berhormat Menteri. Walaupun orang kata enam peratus itu yang non-critical ataupun Yang Berhormat Menteri sebut non-critical area tetapi still tidak lengkap 100 peratus. Kemudian yang kapal ini saya tahu ia bukan atas permukaan air, ia duduk tepi laut. Apabila tepi laut ini, kata hendak siap September – bila duduk tepi laut ini, saya pasti ada yang sudah karat.

Contohnya LCS 1, mesti besi kapal itu sudah berkarat oleh kerana saya tahu pengalaman kereta import daripada UK atas kapal, apabila sampai karat. Apatah lagi ini sudah lama, tersadai. Selepas itu dengan wayar yang berkilo-kilo panjangnya, saya tidak tahu mungkin ada tikus gigit wayar itu. Itu semua kemungkinan-kemungkinan. Ini akan menyebabkan kos lagi naik berlipat-lipat ganda. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Tuan Yang di-Pertua, mari kita berdoa bersama-sama supaya tikus tidak gigit talian tersebutlah ya.

[Ketawa] Tidak bolehlah saya hendak jawab apa-apa.

Berkenaan dengan Boustead, penjualan saham Boustead Plantations ataupun rancangan penstrukturan Boustead Plantations Tuan Yang di-Pertua. Sebagaimana semua sedia maklum, LTAT, Boustead Holdings Berhad dan Kuala Lumpur-Kepong Berhad telah pun mengumumkan pemeteraian perjanjian kerjasama strategik berhubung dengan Boustead Plantations pada 24 Ogos 2023 baru-baru ini. Semenjak pengumuman itu, pelbagai desas-desus telah dibangkitkan di media sosial dan banyak mengelirukan rakyat. Oleh itu, saya ingin mengambil peluang ini untuk saya memberikan penerangan dua isu utama.

Isu penjualan Boustead Plantations (BPlant) oleh LTAT dan isu proses penjualan BPlant oleh LTAT yang dikatakan tidak telus. Isu penjualan BPlant oleh LTAT. Pertama sekali, kerjasama strategik ini tidak melibatkan penjualan syarikat BPlant secara keseluruhannya. Ia hanya melibatkan separa jualan saham sahaja iaitu 33 peratus LTAT.

LTAT dan Boustead anak milik penuh syarikat LTAT masih berpeluang menjadi antara pemegang saham utama BPlant selepas transaksi tersebut.

Daripada segi perspektif LTAT, penjualan separa saham ini perlu dilaksanakan Tuan Yang di-Pertua dengan segera kerana ia bertujuan untuk membolehkan masalah aliran tunai dan penyelesaian hutang Boustead dilaksanakan sebelum tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023. Ini adalah mustahak bagi mengelakkan daripada Boustead menjadi muflis sekiranya hutang tidak dilangsaikan pada masa yang ditetapkan.

final • 4:10 PM

Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Kerjasama strategik ini juga berpotensi mewujudkan penambahan nilai yang tinggi kepada LTAT dan Boustead kerana mereka diberikan hak keutamaan untuk membangunkan dua buah ladang seluas 1,800 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) lebih kurang RM8 bilion selepas penstrukturan ini nanti.

Kedua, daripada segi perspektif Boustead Plantations, meskipun syarikat mencatatkan keuntungan Tuan Yang di-Pertua selama ini, namun keuntungan- keuntungan yang diperoleh oleh BPLANT itu pada beberapa tahun kebelakangan ini dijana oleh penjualan ladang dan peningkatan luar biasa harga kelapa sawit (CPO) pada baru-baru ini. Oleh kerana itu, BPLANT memerlukan sumber dan kedudukan kewangan yang lebih kukuh untuk memulakan penanaman semula. Ini memandangkan hampir 49 peratus daripada ladang-ladang yang ada dalam Boustead Plantations telah pun berusia melebihi 20 tahun dan perlu dibuat penanaman semula.

final • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

final • 4:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

[Bangun]

final • 4:10 PM

Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Untuk pengetahuan, disebabkan oleh ini ladang-ladang di Boustead Plantations mencatatkan hasil buah tandan sawit mentah ataupun fresh fruit bunches (FFB) yang terendah dalam industri kelapa sawit iaitu 13.3 tan gil per hektar kalau dibandingkan dengan ladang-ladang lain melebihi 20 tan sehektar. Ramai yang dah bangun. Siapa yang hendak tanya?

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Pertama sekali, saya mendengar penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi menggambarkan seolah-olah pegangan saham itu turun daripada 67 peratus, tinggal 34 peratus seolah-olah tidak ada apa. Maknanya ada lagilah saham daripada 67 peratus, tinggal 34 peratus. Sebagai seorang korporat sebelum ini, tentunya Yang Berhormat Menteri faham bahawa pegangan majoriti Boustead Plantations itu, LTAT dalam Boustead Plantations 67 percent ini satu pegangan yang signifikan.

Yang Berhormat Menteri tentunya sedar bahawa pegangan ini berkaitan dengan pegangan seluas lebih 240,000 ekar tanah Boustead Plantations. Ini merupakan satu perkara yang kena lihat. Kita boleh bercakap tentang kapitalis hendak cari harga paling mahal, boleh. Akan tetapi kita perlu ingat semangat di sebalik tanah-tanah ini diusahakan oleh Boustead Plantations untuk satu tempoh yang panjang. Jadi kalau hendak cari jalan mudah ꟷ bila tidak selesai urusan kewangan syarikat, maka perlu dijual aset-aset ini. Saya rasa itu bukan satu pendekatan yang baik. Jadi kalau kita lihat...

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Akta Lembaga Tabung Angkatan Tentera itu, Yang Berhormat Menteri sendiri boleh memberi apa-apa arahan selagi mana dalam konteks akta itu dan juga lembaga pun boleh kemukakan kepada Yang Berhormat Menteri untuk dibincangkan. Jadi kuasa Yang Berhormat Menteri ada di sini.

Saya ingin menyentuh kenyataan Yang Berhormat Menteri pada 13 Julai; “...langkah mayat saya dulu sebelum beli Pharmaniaga”. Kenapa tidak buat kenyataan yang sama, “langkah mayat saya dulu sebelum beli Boustead Plantations”*.

[Tepuk]* Ini merupakan satu kepentingan. Ya, saya setuju kita boleh bercakap macam-macam dari sudut korporat. Macam tadi Yang Berhormat Menteri sebut tidak kisah daripada 67 peratus, tinggal 34 peratus masih ada tetapi bukan lagi menjadi milik Boustead Plantations. Ini merupakan satu perkara yang penting dan kita bercakap tentang pemilikan bumiputera, kita bercakap tentang kesan jangka panjang kepada askar-askar, tentera- tentera, bekas-bekas tentera kita.

Ini merupakan satu jumlah pemilikan tanah yang amat besar, land bank yang amat besar. Apabila sudah turun bawah 50 peratus, tidak menjadi lagi sebahagian daripada pemegang utama LTAT. Jadi mohon Yang Berhormat Menteri, kalau dulu Yang Berhormat Menteri kata; “langkah mayat saya dulu sebelum beli Pharmaniaga”, saya mohon dalam konteks Boustead Plantations ini, Yang Berhormat Menteri pula demi askar kita sebut;

final • 4:10 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

“langkah mayat saya dulu sebelum beli Boustead Plantations”. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 4:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya hendak tambah sedikit Yang Berhormat Menteri, tadi masalah pegangan saham. Dia telah didedahkan dalam media, 67 percent minus out 33 percent, plus one percent dengan izin, tinggal lagi 33 percent. Di public issue, ada 33 percent. Sekarang ini KLK akan menguasai, apabila dia dapat 34 percent sebab itu 33 plus one percent, jadi 34 percent dengan izin.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

final • 4:10 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, apabila macam itu, siapa yang hendak— bukan pegangan saham ini. Kalaulah ini berlaku, Boustead Plantation sudah tidak ada say lagi. They can buy at anytime, public issue in the market. Lagi 10 percent, 20 percent. So kita harap jangan juallah. Ini sebab untuk yang rugi ini Boustead bukan, Boustead Plantation. Kenapa hendak jual? Ini sebab Boustead Plantation ini dapat tanah kerajaan free, percuma. Hasil daripada veteran-veteran, LTAT dan juga saham-saham yang ada dalam pencen tentera semua dimasukkan di situ. Jadi saya harap, jangan juallah sebab Boustead Plantation tidak rugi.

Walaupun contingency plan, jual dapat untung itu bukan melalui sistem korporat.

Contingency pelan ini sudah ada. Kalau berlaku kenaikan harga ketika meletupnya harga, kita sudah ada dan kita akan plan another— apabila harga turun, macam mana kita facing the problems. That is corporate punya mindset. Akan tetapi, kalau hendak jual, hendak dapat untung, hendak tampung rugi, itu bukan korporat. Mintalah pasal apa, Menteri Pertahanan pun bekas korporat juga. Jadi, kena fikir cara korporat supaya benda ini hak usahawan bumiputera ini dipertahankan. Jangan jual. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya. Yang Berhormat Menteri. Saya sebagai anak muda dalam Parlimen berasa bersimpati dengan Yang Berhormat Menteri kerana terpaksa menanggung legacy issues of political abuse and rampant mismanagement dalam LTAT.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

Masa sudah tamat.

final • 4:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jadi Yang Berhormat Menteri. Takkan— sampai bila kita hendak tolerate benda ini? Masa depan.

Saya malu sebagai orang Melayu, syarikat yang menjaga kepentingan orang Melayu, majoriti Melayu, yang buat masalah orang Melayu, yang menguruskan orang Melayu.

Selepas itu dok jual pada orang Cina. Di mana maruah kita? Takkan tidak ada syarikat Melayu yang mampu? Kita ada PNB, Sime Darby. Tradewinds offer juga tawaran tetapi kenapa ditolak? Kami perlukan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dalam hal ini.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri. Masa sudah tamat. Sila gulung.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Sedikitlah. Saya kena jawab.

Dia belum sampai lagi ke tahap kelulusan pihak Menteri ya.

[Ketawa]

final • 4:20 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

[Tepuk] Malangnya Tuan Yang di-Pertua, malangnya Tuan Yang di-Pertua, mayat saya ada satu sahaja.

[Ketawa] Sebenarnya untuk menjawab Yang Berhormat Machang, pembidaan itu telah dibuka dua atau tiga bulan. Pihak Sime Darby, pihak Tabung Haji, pihak Tradewinds , pihak FGV, semua telah pun dijemput. Ada 15 jemputan kepada pihak-pihak yang berlatarbelakangkan perladangan. Malangnya ada banyak yang tidak mahu mengambil bahagian dan ada yang mengambil bahagian— Tradewinds mengambil bahagian tetapi cadangannya itu amat rendah.

Kita— pihak bukan kita. Pihak Boustead, dia sebagai syarikat akan menilai pembida yang lebih tinggi. Ini kerana mereka memerlukan RM800 juta tahun berakhir ini dan memerlukan RM1.7 bilion untuk redeem membayar Islamic medium term note. Jadi.

Perlu. Akan tetapi pihak kementerian, saya akan berunding dengan pihak Menteri Kewangan, cara yang terbaik untuk kita mengurus fasa ini. Fasa di mana Boustead

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

memerlukan dana untuk mereka membayar hutang-hutang. Ini kerana kalau ini tidak dilakukan Tuan Yang di-Pertua, yang akan menjadi masalahnya nanti ialah LTAT.

LTAT kalau Boustead ini nanti jatuh muflis, kerana LTAT telah meletakkan 50 lebih peratus dia punya pelaburan di dalam satu basket iaitu di Boustead. Ini bukan merupakan suatu perkara yang baik kerana LTAT adalah merupakan dana persaraan. Ia bukan dana atau pun strategic company untuk memegang aset. Kalau dana persaraan, ia tidak boleh memegang lebih daripada— paling banyak pun 15 peratus. Mesti ada aset kecairan tetapi aset kecairan LTAT sekarang ini tidak sampai 20 peratus. Kalau ada apa- apa berlaku, LTAT akan menjadi masalah.

Jadi apa yang hendak kita lakukan? Kita hendak rungkai, to unlock the value aset yang ada. Caranya macam mana? Itu biar Boustead buat dahulu, kemudian kita akan pertimbangkan cara yang terbaik, mengambil kira pandangan-pandangan yang disebut oleh rakan-rakan Yang Berhormat tadi. Ini kita ambil pandang kira.

Saya Tuan Yang di-Pertua, sedang berunding dengan MOF cara yang terbaik untuk kita keluar daripada kemelut ini iaitu yang pertama ialah untuk kita pastikan supaya aliran tunai Boustead ini dapat diperbaiki dan boleh membayar dividen yang baik kepada LTAT. Kita buat ini— daripada paper yang saya baca, Tuan Yang di-Pertua, adalah untuk kebaikan LTAT. Ini kerana apabila ini dilakukan nanti, Boustead akan dapat memulangkan sejumlah besar pelaburan yang dibuat dalam Boustead kepada LTAT dan LTAT akan dapat jumlah kecairan tunai mereka lebih daripada 60 peratus.

Ini merupakan satu kepastian kepada tabung-tabung persaraan. Ia mesti ada kecairan tunai yang lebih. Sekarang ini tidak sampai 20 peratus dan kita akan pastikan supaya selepas ini LTAT tidak lagi meletakkan sebahagian besar sampai hampir 56 peratus dia punya pelaburan di dalam satu bidang iaitu di Boustead. Ini berbahaya, Tuan Yang di-Pertua.

Akan tetapi, rest assured. Kita akan berunding. Saya sedang berunding. Pihak kementerian sedang berunding dengan Kementerian Kewangan dan kita akan cari jalan yang terbaik yang akan dapat menyelesakan masalah Boustead. Dalam masa yang sama, kita tidak tergadai tanah-tanah yang telah lama dipegang oleh pihak LTAT.

[Tepuk]

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri. Kalau saya boleh tambah sedikit. Terima kasih atas penjelasan tersebut. Kita amat berharap supaya ia tidak dijual. Jika kita lihat tadi penjelasannya adalah berkaitan dengan pengurusan. Kita lihat isu legasi, isu pengurusan yang menyebabkan keadaan berlaku dalam Boustead pada hari ini. Adalah tidak adil untuk anggota tentera dan bekas-bekas anggota tentera untuk kita lepaskan aset ini hanya kerana masalah yang ada dalam konteks pengurusan tadi. Jadi, kita perlu sedarkan GLC dan syarikat-syarikat milik kerajaan, tidak boleh sewenang-wenangnya ada masalah, jual. Ada masalah, jual.

final • 4:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jual.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Ada masalah, jual. Kalau tidak, semua orang boleh jadi CEO.

final • 4:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya.

final • 4:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Masuk sebagai seorang CEO katakan pengurusan syarikat, masuk-masuk ada masalah, jual. Jadi, ini bukan kaedahnya. Saya rasa Yang Berhormat Menteri pun faham. Akan tetapi, kita lihat apabila kita layan keperluan sebegini, ia menjadi-jadi. Hari itu bercakap tentang Pharmaniaga, satu aset dan kemudian satu aset. Apa akan tinggal dengan LTAT sekiranya pendekatan begini diteruskan? Jadi saya amat memohon kepada Yang Berhormat Menteri duduk berbincang elok-elok supaya perkara ini tidak diteruskan. Carilah pendekatan yang terbaik. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan kerana membenarkan saya masa lebih. Kepada rakan-rakan Yang Berhormat, saya akan cari jalan yang terbaik untuk pastikan supaya ia dapat....

final • 4:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Kami sokong Yang Berhormat Rembau. Kami akan sokong Yang Berhormat Rembau.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pertahanan.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat Menteri. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat hayatilah lagu “anak kecil main api”.

Terima kasih.

final • 4:20 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua. Lumut, Tuan Yang di-Pertua. Ada soalan-soalan yang tidak dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Mohon jawab secara bertulis.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tunggu Yang Berhormat Menteri bagi jawapan bertulis.

final • 4:20 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Ada jawapan yang tidak berjawab.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Menteri Kerja Raya untuk menjawab dalam masa 30 minit.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Tuan Yang di-Pertua, jawapan yang tidak saya sempat menjawab, saya akan buat jawapan bertulis.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

final • 4:20 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri Kerja Raya.

final • 4:20 PM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:28 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa yang diberikan 30 minit sahaja.

final • 4:28 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi penghargaan kepada 36 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 yang menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya dan terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan isu-isu yang telah dibangkitkan itu.

Saya akan menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin untuk memberikan jawapan bagi setiap persoalan dan cadangan-cadangan Ahli Yang Berhormat tersebut. Saya mengambil positif atas segala saranan dan pandangan yang diajukan dan akan berusaha mengatasi segala kelemahan dan kekurangan serta menambahbaikkan kualiti serta perkhidmatan KKR selaras dengan aspirasi dan hasrat kerajaan.

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, penggulungan saya hari ini akan dimulakan dengan isu-isu utama atau pun dasar. Saya akan cuba sehabis baik untuk menjawab semua isu yang diutarakan oleh Yang Berhormat. Namun disebabkan oleh kekangan masa yang diperuntukkan, saya mohon izin supaya isu-isu berkaitan projek

final • 4:28 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

pembangunan yang spesifik melibatkan peringkat kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat, sekiranya tidak dapat dijawab di Dewan yang mulia ini, akan saya jawab secara bertulis.

final • 4:28 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, boleh.

final • 4:30 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Justeru itu, saya turut memohon pertimbangan Ahli Yang Berhormat supaya dapat memberikan saya ruang untuk melengkapkan jawapan saya terlebih dahulu sebelum membuka kepada sebarang pencelahan supaya saya dapat memperjelaskan isu-isu berkenaan dengan sebaik mungkin dan adil kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu, izinkan saya mengambil sedikit kesempatan waktu yang ada ini untuk menzahirkan rasa betapa bersyukur, bertuah dan terujanya rakyat di bumi Borneo apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, paduka anakanda serta keluarga diraja yang sudi mencemar duli, walaupun terpaksa berpanas dan berhujan, untuk menyantuni serta mendekati masyarakat di Sabah dan Sarawak sempena Program Kembara Kenali Borneo yang diilhamkan sendiri oleh Tuanku bermula pada 3 September sehingga 13 September 2023 melibatkan perjalanan sejauh 2,154 kilometer yang bermula dari Tawau, Sabah dan berakhirnya di Teluk Melano di Sarawak.

Rakyat jelata begitu tersentuh hati dengan ketinggian keperibadian Tuanku sekeluarga yang begitu mesra dengan rakyat jelata dan kebijaksanaan Tuanku sekeluarga telah menzahirkan bagaimana kami sebagai rakyat Malaysia perlu menghargai keharmonian serta keamanan bagi menjamin kestabilan negara. Menjunjung kasih Tuanku.

Kebijaksanaan Tuanku sekeluarga yang sudi mengenali dan menyelami kepelbagaian adat resam budaya serta warisan masyarakat di Sabah dan Sarawak telah menyuburkan lagi semangat perpaduan antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, jajaran sepanjang 2,154 kilometer adalah yang dikatakan jajaran Pan Borneo di bawah projek Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Di kesempatan ini juga, saya turut ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim yang telah membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 yang turut menyentuh peranan yang dimainkan oleh Kementerian Kerja Raya. KKR akan menggalas tanggungjawab ini dan memberi jaminan bahawa segala amanah yang telah diberikan kepada kami akan dilaksanakan dengan jayanya bagi memastikan matlamat pemerkasaan rakyat, agenda pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negara akan tercapai selaras dengan semangat Malaysia Madani.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut memberikan restu dan sokongan berhubung inisiatif MYJalan yang dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya. Justeru itu, saya turut menjemput dan menggalakkan semua Ahli Yang Berhormat untuk turut serta menggunakan aplikasi yang dibangunkan oleh KKR di samping menyebarluaskan peranan aplikasi ini kepada masyarakat di luar sana.

Aplikasi yang berteraskan prinsip ‘no wrong door policy’ dan ‘action speaks louder than words’ dibangunkan bagi mewujudkan kesedaran kepada pengguna jalan raya untuk menjalankan peranan kita secara accountability bahawa jalan raya adalah tanggungjawab kita bersama. Saluran aduan ini turut memainkan peranan penting sebagai sistem pemantau kepada kerja-kerja pembaikan ataupun yang dijalankan berdasarkan data-data aduan yang diterima.

Bantulah pihak badan berkuasa Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya dan agensi-agensi lain seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia dengan menyalurkan maklum balas atau aduan berkenaan masalah dihadapi supaya kerja penyelenggaraan dan baik pulih dapat dilakukan segera. Di samping itu, jurutera daerah juga akan diberikan

final • 4:30 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

peruntukan tambahan bagi melaksanakan serta menangani aduan bersifat kecil, segera dan luar jangka.

Kementerian Kerja Raya akan terus memberikan tumpuan dan mendukung penuh gagasan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 ini yang bermatlamatkan ‘Malaysia Madani:

Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi’ seterusnya akan sentiasa berusaha untuk memperkasakan strategi dan inisiatif untuk menjadi antara penggerak kepada pelengkap rancangan pembangunan lima tahun negara.

Justeru itu, KKR telah menggariskan fokus dan tumpuan dengan memberikan penekanan kepada dua aspek utama melalui inisiatif reformasi substantif sektor pembinaan negara iaitu— Pertama, memperkasa ekonomi negara secara komprehensif dan holistik.

Kementerian Kerja Raya telah mencadangkan pelaksanaan Industrial Building System

(IBS) dan Building Information Modeling (BIM) diperluaskan secara maksimum yang diwajibkan bagi projek perumahan awam dan swasta yang melibatkan projek perbandaran baharu ataupun . Bukan sahaja inisiatif ini bakal mewujudkan peluang-peluang baharu dan nilai tambah dalam industri pembinaan serta komponen IBS, malah membantu meningkatkan peluang tenaga kerja di negara ini serta, yang penting, mengurangkan kebergantungan kepada guna tenaga asing melalui pengukuhan kompetensi dan adaptasi teknologi.

Kedua, membangun masyarakat sejahtera melalui inisiatif-inisiatif yang dapat mengutamakan serta meningkatkan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya dengan menaik taraf infrastruktur dan aset-aset sedia ada yang boleh dilaksanakan dalam tempoh baki Rancangan Malaysia Ke-12.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kerja Raya sentiasa peka dan mendengar luahan hati daripada kontraktor kecil Bumiputera G1 hingga G4. Kami juga prihatin dengan nasib serta masa depan mereka dan mengharapkan mereka turut diberikan peluang untuk bersama-sama membantu bagi menjana ekonomi negara.

Peruntukan tambahan khas untuk kontraktor kecil Bumiputera G1 hingga G4 yang layak dan berdaftar dengan CIDB turut dimohon oleh kementerian bagi mendukung dan meneruskan peluang mereka dalam projek-projek berskala kecil melalui kerja undi dan arahan kerja. Manfaat ini akan juga diteruskan melalui pemerkasaan kontraktor belia Bumiputera G1 ke G4 agar kekal bersedia dalam mendepani arus pendigitalan sektor pembinaan melalui program Accelerator atau ACE.

Saya juga ingin berkongsi sedikit berita gembira berkenaan pencapaian Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) baru-baru ini yang telah mengharumkan nama negara apabila berjaya merangkul kejuaraan anugerah World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes tahun 2023 di Geneva, Switzerland menerusi sistem i-Supervision 2.0 yang berupaya memantau projek pembinaan secara komprehensif menggunakan teknologi terkini seperti artificial intelligence (AI), internet of things (IOT) serta augmented reality

(AR).

Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya beralih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu yang lebih spesifik kepada kawasan mereka masing- masing ataupun yang lain.

Jadi, saya bermula dengan...

final • 4:30 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Yang Berhormat Menteri. Putatan.

final • 4:30 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Yang Berhormat Putatan?

final • 4:30 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

Ya, Putatan. Saya tidak sempat berbahas pada minggu lepas. Saya ingin mengambil kesempatan ruang pada petang ini untuk memohon pertimbangan daripada Kementerian Kerja Raya Malaysia bagi mempertimbangkan memasukkan tiga pakej tambahan bagi pelaksanaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa Pertama iaitu Pakej 6A iaitu persimpangan Lok Kawi, Kinarut; Pakej 15A, jalan pesisir Tawau; dan Pakej 27A, Libaran Bypass. Ini kerana pada waktu tempoh pelaksanaan projek ini di bawah konsep PDP dahulu, tiga pakej ini telah

final • 4:30 PM

Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan

dikemukakan untuk melengkapkan jaringan Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo Sabah dengan lebih efisien lagi.

Pohon pertimbangan. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Yang Berhormat. Saya bagi peluanglah kepada Yang Berhormat yang juga Menteri Kerja Raya di Sabah. Jadi, Yang Berhormat, kementerian ambil maklum apa yang telah disarankan ataupun dimohon oleh Yang Berhormat ya.

Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan. Ahli Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Saratok telah membangkitkan isu berkaitan dengan pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo.

final • 4:30 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo Sabah dengan anggaran jarak keseluruhan 706 kilometer dibahagikan kepada 35 pakej kerja di mana sehingga kini 15 pakej kerja telah dibuat pelantikan kontraktor bagi tujuan kerja-kerja pembinaan dengan 100 kemajuan terkini bagi pakej kerja yang telah dimulakan adalah sebanyak 83 peratus dan akan siap pada awal 2025.

Manakala, status pakej kerja 9 yang melibatkan laluan dari Serusop ke Pituru pula masih di peringkat perolehan. Sehingga kini, pakej-pakej kerja berikut telah dibuka untuk penggunaan jalan raya iaitu pakej 5, lima Donggongon ke Papar telah siap pada 29 Ogos 2022. Pakej kerja 27, Kampung Lot M ke Batu 22 Sandakan telah siap pada 18 November 2022 dan pakej kerja 15 iaitu Tawau ke Semporna telah siap pada 10 Ogos tahun 2023, baru-baru ini.

Secara keseluruhan, 16 pakej kerja akan dilaksanakan buat masa kini dengan kos keseluruhan sebanyak RM10.849 bilion menggunakan peruntukkan pembangunan ataupun development expenditure sepenuhnya. Bagi memastikan hasrat rakyat Sabah untuk menikmati infrastruktur jalan raya yang lebih baik tercapai. Baki 19 pakej kerja iaitu Fasa 1B yang masih belum mula pembinaan akan dibiayai secara hibrid menggunakan peruntukkan pembangunan dan melalui terbitan sukuk atau bon oleh DanaInfra Nasional Berhad di mana jumlah pembiayaan akan dimuktamadkan selepas makmal pengurusan nilai bagi semua baki pakej kerja selesai.

Pakej LPB ataupun Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B ini akan dilaksanakan dengan tempoh pembinaan selama lima tahun dan dijangkakan akan dimulakan seawal suku keempat tahun 2023 ini. Tertakluk kepada kelulusan agensi Pusat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, keutamaan pelaksanaan projek LPB Sabah pada masa kini adalah untuk menyiapkan keseluruhan Fasa 1 terlebih dahulu.

Untuk Fasa 2 dan Fasa 3, pelaksanaan adalah tertakluk kepada kaedah dan juga penelitian lanjut bersama agensi Pusat dan Kerajaan Negeri Sabah serta status kewangan semasa kerajaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Saratok, bagi Fasa 1, projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak. Dua Pakej Kerja iaitu pakej Telok Melano ke Sematan dan Bulatan Serian ke Persimpangan Pantu telah siap sepenuhnya. Manakala, status kemajuan pembinaan bagi baki sembilan pakej kerja dari Sematan ke Miri kini di tahap 97 peratus siap. Hampir keseluruhan jajaran akan siap pada Disember tahun 2023 ini kecuali beberapa seksyen di Miri yang perlu direka bentuk semula dan hanya dapat disiapkan pada tahun 2026.

Bagi kawasan Sarikei, prestasi keseluruhan pembinaan pakej kerja 06, Jambatan Sungai Awik ke Persimpangan Bintangor. Sepanjang 64 kilometer kini di tahap 91 peratus siap. Berhubung permohonan membina lebih banyak P-Turns di antara Simpang Awik ke Simpang Bajau. Lokasi P-Turns sedia ada yang dibina untuk pakej 05, Persimpangan Batang Skrang ke Sungai Awik sepanjang 68 kilometer adalah berpandukan kepada kajian level of services dan faktor keselamatan. Lokasi P-Turn yang ditetapkan dalam jarak 5 kilometer adalah berdekatan dengan Simpang Jalan Ulu Awik ke Saratok, Memorial Hill dan Simpang Krangan bagi memudahkan ataupun kemudahan penduduk sekitar.

final • 4:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ahli Yang Berhormat Kinabatangan yang menyentuh berkenaan pelaksanaan projek yang lambat di Sabah. Bagi pelaksanaan projek-projek jalan raya di Sabah di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya Malaysia, kami mengambil maklum menghargai keprihatinan Ahli Yang Berhormat berhubung pelaksanaan projek yang mengambil masa untuk mula pembinaan setelah peruntukkan diluluskan.

Secara amnya, beberapa peringkat perlu dilalui sebelum pembinaan bermula iaitu peringkat kerja awalan iaitu survey dan reka bentuk, pengambilan balik tanah dan perolehan. Bagi memastikan nilai yang optimum, setiap peringkat tersebut perlu melalui proses penilaian sewajarnya khususnya penyediaan reka bentuk berdasarkan kepada ataupun keadaan tapak sebelum anggaran harga dapat dikeluarkan, yang akan diterjemahkan kepada bill of quantities serta dokumen kontrak.

Seterusnya, pemilihan kontraktor dan perunding yang berkelayakan adalah tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan, tatacara dan tatacara kewangan kerajaan bagi memastikan proses yang telus dan adil. Daripada segi pengambilan balik tanah, ia adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Tanah dan Ukur Sabah mengikut Ordinan Tanah Sabah. Isu pengalihan utiliti dan pengambilan alih tanah adalah antara perkara-perkara utama yang mempengaruhi prestasi pembinaan di Sabah. Memandangkan ia melibatkan banyak pihak, isu tersebut kini sedang ditangani dari semasa ke semasa dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan agensi pelaksana.

Manakala, berkenaan dengan pengiktirafan Jabatan Kerja Raya ataupun JKR Sabah sebagai agensi teknikal pula. Isu tersebut sebenarnya berkait dengan penguatkuasaan Arahan Perbendaharaan ataupun AP182 bagi projek-projek Kerajaan Persekutuan di Sabah dan Sarawak. Sebagai rekod, AP182 antara lain telah menggariskan tentang kebertanggungjawaban dan mandat kepada JKR Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran ataupun JPS selaku Jabatan Teknik Persekutuan bagi melaksanakan semua projek pembangunan fizikal yang dibiayai menerusi peruntukkan Kerajaan Persekutuan di negara ini. Ia melibatkan semua proses pelaksanaan projek termasuklah perolehan, penentuan skop, kos projek dan lain-lain.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pada 4 Januari 2023, Kerajaan Persekutuan melalui surat Yang Berhormat Menteri Kewangan telah pun bersetuju untuk mengiktiraf JKR dan JPS Sabah Sarawak sebagai sebuah Jabatan Teknik di bawah AP182.

Seterusnya, Ahli Yang Berhormat Lawas yang membangkitkan isu berkenaan pelaksanaan Sarawak-Sabah Link Road (SSLR). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek SSLR yang bertujuan untuk menyediakan jaringan jalan raya yang menghubungkan Sarawak dan Sabah tanpa melalui negara Brunei telah diluluskan secara berfasa oleh Kerajaan Persekutuan. Fasa 1, projek SSLR sepanjang 77 kilometer iaitu dari Lawas ke Persimpangan Long Lopeng telah mula pelaksanaan di tapak pada 9 Ogos 2021 dan dijangka siap pada 8 Januari 2026.

Sehingga bulan Ogos 2023 ini, status pelaksanaan SSLR Fasa 1 ini adalah sebanyak 18.73 peratus. Manakala, bagi SSLR Fasa 2 pula, projek ini telah diluluskan pada Mac 2023 dan telah melalui proses makmal pengurusan nilai, peringkat kajian nilai ataupun VA pada 24 hingga 26 Mei 2023. Makmal kejuruteraan nilai (VE) pada 24 hingga 28 Julai 2023. Status terkini SSLR Fasa 2 adalah sedang dalam proses perolehan dan surat setuju terima dijangka dikeluarkan selewat-lewatnya bulan Disember 2023. Akan tetapi kami menyasarkan kalau boleh pada bulan Oktober.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pihak kerajaan sentiasa komited dalam memastikan projek ini direalisasikan mengikut skop dan tempoh yang ditetapkan.

Dengan terbinanya projek SSLR yang kelak akan terhubung dengan projek Lebuhraya Trans Borneo (LTB) dan lain-lain projek di sekitar.

final • 4:40 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Satu jaringan jalan raya yang komprehensif dan saling berhubung dapat direalisasikan serta memberikan akses perhubungan yang lebih baik untuk penduduk Sarawak dan Sabah tanpa perlu melalui negara Brunei Darussalam, sekali gus mengurangkan tempoh masa urusan di pintu-pintu sempadan.

final • 4:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Pembinaan projek ini juga akan meluaskan jaringan jalan persekutuan ke kawasan pendalaman yang akan membolehkan kawasan pendalaman terbabit memiliki perhubungan yang lebih baik kepada infrastruktur perkhidmatan awam lain, seterusnya menjana pertumbuhan sosioekonomi yang lebih baik.

Ahli Yang Berhormat Kalabakan membangkitkan isu berkaitan cadangan pembinaan jalan baharu Kalabakan ke Simanggaris. Untuk Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya bersama-sama JKR Sabah sebagai agensi pelaksana sedang dalam proses melaksanakan kerja awalan dan reka bentuk awalan bagi membina jalan baharu dari Kalabakan ke sempadan Malaysia – Indonesia, Simanggaris dengan kos kerja awalan sebanyak RM13 juta.

Kerja awalan dimohon pada ketika itu – memandangkan isu dasar berhubung lokasi pembukaan pintu masuk antarabangsa Malaysia di Sabah ke Simanggaris, Indonesia masih belum ditentukan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Majlis Keselamatan Negara. Kerja awalan dilaksanakan terlebih dahulu bagi memastikan satu jajaran terbaik dari segi teknikal dan ekonomi diperolehi.

Skop kerja awalan adalah sehingga ke peringkat penyediaan konsep reka bentuk awalan serta pelan pengambilan balik tanah di mana membolehkan kos keseluruhan projek disediakan dengan lebih tepat. Permohonan peruntukan bagi tujuan pembinaan akan segera dimohon sebaik sahaja semua skop kerja awalan selesai dilaksanakan.

Ahli Yang Berhormat Jeli dan Yang Berhormat Setiu telah menyentuh isu berkaitan dengan pelaksanaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya telah memutuskan bahawa cadangan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 ini laksanakan secara penswastaan melalui kaedah ataupun request for proposal (RFP).

Oleh itu, cadangan pelaksanaan Projek LPT3 secara penswastaan melalui kaedah RFP perlu dibawa ke peringkat Jemaah Menteri bagi mendapatkan kelulusan.

Penyediaan kertas Jemaah Menteri hanya dilaksanakan setelah cadangan Projek LPT3 ini mendapat perakuan Jawatankuasa Pemandu Projek, Unit Kerjasama Awam Swasta iaitu JPP dan UKAS serta Jawatankuasa Kerjasama Awam Swasta (JKAS). Terkini, cadangan Projek LPT3 ini masih diteliti dan dirundingkan di peringkat JPP dan UKAS sebelum diangkat ke peringkat JKAS dan seterusnya Jemaah Menteri untuk mendapatkan kelulusan prinsip.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Pasir Mas yang telah menyentuh isu berhubung dengan pelaksanaan Projek Lebuhraya Kota Baharu ke Kuala Krai (KB-KK).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Lebuhraya KB-KK merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Persekutuan dalam memastikan infrastruktur awam dapat disediakan bagi memenuhi keperluan negara terutamanya rakyat di negeri Kelantan. Antara objektif utama pembinaan laluan ini adalah untuk menyediakan infrastruktur berkualiti di luar bandar, meningkatkan accessibility dan mobiliti laluan ke Pantai Timur, menjimatkan masa dan jarak perjalanan serta mengurangkan risiko kemalangan.

Projek ini telah dirancang di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan pembinaan telah bermula pada tahun 2014 secara berperingkat dan kini berada dalam fasa pembinaan yang pesat.

final • 4:50 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri, saya hendak mencelah. Ketika ucapan perbahasan hari itu, Tuan Yang di-Pertua stop saya punya ucapan. Jadi, saya minta hendak selitkan dua perkara jadi pegawai boleh ambil untuk menjawab secara bertulis pun tidak mengapa.

Pertama tentang FT136 Jalan Lunas – Padang Serai saya minta di naik taraf kerana jalan itu terlalu sibuk sekarang ini. Kedua, FT169 Jalan Hi-Tech – Taman Mutiara itu juga satu lagi tentang jalan. Ketiga, saya hendak tanya adalah tentang Lebuhraya Northern Corridor Highway (NCH), apa status pembinaannya, adakah RFP secara swasta dan sebagainya? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, saya berharap pegawai yang duduk sana ambil maklum dan kita akan susulan dengan

final • 4:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

tindakan-tindakan yang tertentu oleh sebab itu saya akan beri jawapan secara bertulis, saya hendak teruskan, terima kasih Yang Berhormat.

Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua, projek ini sepanjang 70.4 kilometer bermula dari Pasir Hor ke Kuala Krai dan dibahagikan kepada tiga pakej utama reka bentuk yang seterusnya dilaksanakan di tapak menerusi lapan sub kontrak.

Status kemajuan projek ini sehingga 30 Ogos 2023 ini adalah sebanyak 48.74 peratus sebenar berbanding 46.95 peratus jadual. Di mana, sebanyak enam projek di fasa pembinaan dan dua projek telah disiapkan melibatkan Jajaran Pasir Hor ke Kadok sepanjang 10.5 kilometer dan Jajaran Kadok ke Ketereh sepanjang 6.85 kilometer. Nilai kos keseluruhan projek KB-KK adalah sebanyak RM2.3 bilion.

final • 4:50 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

final • 4:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Lebuh raya KB-KK dijangka dapat digunakan sepenuhnya oleh orang awam pada tahun 2026.

final • 4:50 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada sedikit sahaja berkaitan dengan lebuh raya Yang Berhormat sebut tadi. Pakej yang selepas daripada Kadok-Ketereh. Dari Ketereh ke Kok Lanas ini sepatutnya telah siap lama, tetapi macam projek terbengkalai, jadi adakah projek ini dilaksanakan mengikut jadual dan apakah tindakan pihak kerajaan? Ini kerana memang lama sangat sudah, saya ingat batu asas diletakkan sewaktu Yang Berhormat Selangau menjadi menteri lagi. Jadi, agak lama, jadi perlu tindakan yang sebaiknya, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Yang Berhormat, sikit, sikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memandangkan masa pun saya yakin tidak mencukupi, saya mengharapkan Hulu Selangor ada bertanya berkaitan dengan tiga persoalan berkaitan dengan JKR, mohon jawapan Yang Berhormat Menteri secara bertulis, terima kasih.

final • 4:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Sudah tentulah kalau saya tidak sempat sampai ke Hulu Selangor, jawapan yang lengkap akan dimajukan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum bermulanya sembilan hari bulan sesi bajet kita. Saya boleh jaminkan.

Jadi berbalik kepada...

final • 4:50 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Terima kasih.

final • 4:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih. Kepada Yang Berhormat Kuala Krai ini, sudah tentunya kenyataan Yang Berhormat sendiri mengatakan sudah terlalu lama, memang adalah kelewatannya. Jadi, KKR maklum tentang perkara ini dan kami sedaya upaya memastikan pelaksanaan projek ini. Kita tidak dapat lagi menyiapkan mengikut jadual asal, tetapi saya bagi jaminan yang kita akan buat sedaya upaya kita boleh untuk ia diteruskan. Lambat laun akan dapat jugalah Yang Berhormat, maaflah.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...

final • 4:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ini banyak lagi.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya bagi masa tambahan 10 minit.

final • 4:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Bagi dua jam.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

10 minit, tetapi saya cadangkan supaya Yang Berhormat Menteri jawab soalan Ahli Yang Berhormat yang berada dalam Dewan sahaja, yang tidak ada dalam Dewan, sila jawab secara bertulis.

final • 4:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ini agak sukar sedikit, panjang lagi.

final • 4:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Jawab Rasah dahulu, Rasah ada.

final • 4:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Okey. Baiklah, kalau begitu saya tanyalah.

final • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hulu Langat pun ada, Hulu Langat. Oleh sebab belakang, sebab saya belakang, takut Yang Berhormat Menteri tidak nampak.

final • 4:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ada, ada. Sebenarnya .....

final • 4:50 PM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Tanjong Manis pun ada, Tanjong Manis.

final • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Menteri tidak nampak, Hulu Langat ada.

final • 4:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Begini, begini Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, saya bertanya, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Jeli dan Yang Berhormat Kuala Krai ada di sini? Ada, ketiga-tiga orang ada, saya teruskan.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Jeli dan Yang Berhormat Kuala Krai membangkitkan isu berhubung dengan menaik taraf Lebuhraya Timur-Barat dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jajaran Laluan FT004 Lebuhraya Timur-Barat menghubungkan tiga buah negeri iaitu Kedah, Perak dan Kelantan. Panjang laluan ini bagi jajaran di Kedah adalah sepanjang 61.80 kilometer.

Manakala, jajaran di Perak adalah sepanjang 114.66 kilometer dan jajaran di Kelantan adalah sepanjang 115.09 kilometer. Panjang keseluruhan Jajaran Lebuhraya Timur-Barat adalah 291.53 kilometer.

Pada tahun 2021 hingga tahun 2022, kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM70.19 juta di bawah program penyelenggaraan rutin, penyelenggaraan berkala pavement dan berkala bukan pavement yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi melalui Arahan Kerja.

final • 4:50 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut melibatkan 71 bilangan kerja berkala pavement dan 24 bilangan kerja bukan pavement bagi keseluruhan jajaran Lebuhraya Timur–Barat dan semua kerja telah disiapkan sepenuhnya.

Bagi tahun 2023 pula, kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM13.98 juta bagi penyelenggaraan rutin, penyelenggaraan berkala pavement dan bukan pavement yang melibatkan 10 bilangan kerja berkala pavement dan satu bilangan kerja berkala bukan pavement bagi jajaran Lebuhraya Timur–Barat di negeri Kedah dan dijangka siap pada Oktober 2023. Manakala bagi jajaran Lebuhraya Timur–Barat di negeri Perak, kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM60.55 juta bagi penyelenggaraan rutin, penyelenggaraan berkala pavement dan bukan pavement yang melibatkan 55 bilangan kerja berkala pavement dan empat bilangan kerja berkala bukan pavement dan dijangka siap pada bulan Oktober 2023. Sekarang sedang dilangsungkan.

Di samping itu, bagi jajaran Lebuhraya Timur–Barat di negeri Kelantan, kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM9.86 juta bagi penyelenggaraan rutin, penyelenggaraan berkala pavement dan bukan pavement yang melibatkan lima bilangan kerja berkala pavement dan lapan bilangan kerja berkala bukan pavement dan dijangka siap pada Oktober 2023 juga.

Di samping itu, bagi pelaksanaan kerja tahun 2024, tahun hadapan, jalan-jalan yang rosak akan dikenal pasti oleh pihak syarikat konsesi. Penyelenggaraan Jalan Persekutuan yang dilantik dan pihak JKR akan menyediakan Anggaran Penyelenggaraan Jalan (APJ) bagi tahun 2024 berdasarkan kerosakan jalan. Walau bagaimanapun, kelulusan kerja tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan serta senarai keutamaan kerja yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya berdasarkan penilaian tahap kritikal kerosakan jalan bagi keseluruhan jaringan Lebuhraya Timur–Barat di seluruh atau pun di bawah seliaan kementerian ini. Kami telah memohon peruntukan tambahan, ya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lebuhraya Timur–Barat ini akan dinaik taraf secara berperingkat. Kementerian ini telah mengangkat cadangan untuk menaik taraf Lebuhraya Timur–Barat laluan FT004 daripada seksyen 113.00 ke seksyen 151.00 daerah Gerik, Perak Darul Ridzuan pada Rolling Plan Ke-4, Rancangan Malaysia Ke-12

final • 5:00 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

untuk pertimbangan agensi Pusat. Walau bagaimanapun, kelulusan bagi cadangan projek tersebut akan dimaklumkan selepas pembentangan bajet kelak berdasarkan keutamaan dan kedudukan kewangan kerajaan.

Ahli Yang Berhormat Bagan— ada di sini. Bagan ya. Ahli Yang Berhormat Bagan telah menyentuh isu berhubung cadangan pembinaan Lebuh Raya Pan Island Link 1.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya juga telah menerbitkan Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya 2030 (Highway Network Development Plan 2030) merangkumi Semenanjung Malaysia dan Lembah Klang yang bertujuan untuk mengenal pasti keperluan menaik taraf jalan sedia ada atau membina jalan baharu bagi menampung unjuran pertambahan isi padu trafik. Pada masa yang sama, dapat meningkatkan ke saling hubungan rangkaian jalan raya yang efisien, ekonomik dan selamat.

final • 5:00 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey, saya mohon sekejap.

final • 5:00 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Boleh saya teruskan sedikit? Okey, pelaksanaan cadangan projek yang dikenal pasti dalam HNDP ini dijangka akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mewujudkan rangkaian jalan raya yang lebih efisien. Okeylah, bagi sikit.

final • 5:00 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jadi, pada masa penerangan, saya ingatkan rupanya naik taraf itu naik taraf secara berperingkat. Jadi, saya ingin tanya, naik taraf yang berperingkat itu berapa peringkat dan berapa lama masa yang diambil? Oleh sebab tadi kita dengar tadi RM9.86 juta itu merupakan penyelenggaraan sahaja. Jadi, untuk naik taraf ini, kalau boleh kita hendak tahu peringkat mana, supaya kita boleh anggarkan. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Yang Berhormat, secara teliti saya akan sampaikan secara bertulis. Akan tetapi, memang secara berfasa, berperingkat dan peringkatnya, sebenarnya saya terus-terang, setakat ini saya tidak tahu berapa peringkat sebab ini perlu diperhalusi secara teknikal terdahulu. Okey, saya tak mahu janji dan sebut di sini. Okey.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan dengan yang di Pan Island Link ini tadi. Yang Berhormat Bagan ya. Hasil semakan Kementerian Kerja Raya mendapati cadangan projek jalan raya yang berkaitan dengan kawasan perindustrian di bawah Program Pelaksanaan Rancangan Malaysia Kedua Belas ialah jalan baharu iaitu Pan Island Link 1 (PIL1) ya, daripada Gurney ke Bayan Lepas dengan jarak sepanjang 26.6 kilometer. Walau bagaimanapun, pelaksanaan cadangan projek ini adalah tertakluklah kepada kesediaan, ketersediaan dan kedudukan kewangan negara. Ya, banyak kerja Ahli Yang Berhormat ini.

[Ketawa] Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu— ada?

final • 5:00 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Ada, ada.

final • 5:00 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Okey. Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu pula telah menyuarakan berkenaan pembinaan Lebuhraya Koridor Utara (Northern Corridor Highway – NCH) supaya pengguna lebuh raya mempunyai pilihan untuk menuju ke utara Malaysia dan juga dari utara menuju ke selatan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lebuhraya NCH adalah sepanjang 270.6 kilometer bermula daripada Changkat Jering iaitu sambungan daripada Lebuhraya Persisiran Pantai Barat dan berakhir di Padang Besar, Perlis. Cadangan Lebuhraya NCH ini akan menyediakan bypass dari Juru ke Sungai Dua untuk trafik dari selatan menuju ke Kedah dan Perlis tanpa melalui laluan Juru ke Sungai Dua di Lebuhraya PLUS ya.

Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di Jabatan Perdana Menteri telah mempelawa tender permintaan untuk cadangan iaitu request for proposal bagi cadangan Lebuh raya NCH pada 16 Mac 2023 baru-baru ini. Tarikh tutup pelawaan tender adalah pada 25 Oktober 2023, bulan depan. Proses penilaian dijangka mengambil masa selama

final • 5:00 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

dua bulan dan pihak kerajaan akan melaksanakan penilaian terhadap RFP yang dikemukakan oleh pihak pembida bagi memilih pembida yang berjaya. Pelaksanaan Projek Cadangan Lebuhraya NCH ini akan dimulakan selepas rundingan dengan pembida yang berjaya dimuktamadkan dan surat niat kepada pembida berjaya dijangka akan dikeluarkan oleh pihak UKAS pada bulan Januari 2024, Yang Berhormat ya.

Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh ya.

final • 5:00 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Ya, terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma hendak minta kalau boleh jasa baik Yang Berhormat Menteri untuk melihat sendiri Perlis. Pada tahun hadapan kita akan mengadakan tahun melawat Perlis 2024. Jalan Route 7 itu, di Padang Besar itu, masih agak tak terurus. Lepas itu, parit-parit pun masih orang kata macam tidak terurus. Baru ini berlaku banjir kilat.

Minta perhatian Yang Berhormat Menteri. Terima kasih dan juga Kementerian Kerja Raya.

final • 5:00 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar.

Kita ambil maklum dan nanti kita akan maklum balas kepada Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh juga telah membangkitkan dengan isu kesesakan yang dihadapi oleh pengguna di Seberang Jaya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan menyedari isu kesesakan yang dihadapi oleh pengguna di Seberang Jaya. Seperti mana yang telah dimaklumkan semasa sidang Dewan Rakyat yang lepas, tindakan jangka pendek berikut telah diambil bagi mengurangkan kesesakan di laluan antara Juru ke Sungai Dua. Pertama, mengkonfigurasikan semula garis garisan jalan di lokasi tertentu di antara Juru dengan Sungai Dua untuk menambah jumlah lorong daripada tiga lorong kepada empat lorong sehala bagi menambah kapasiti lorong lebuh raya.

Kedua, mengurangkan konflik atau masalah weaving pergerakan kenderaan dari jalan susur memasuki ke laluan utama seperti memasang New Jersey Barrier (NJB) supaya pergerakan kenderaan lebih lancar.

final • 5:00 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ketiga, pengguna lebuh raya yang menuju ke Prai, Butterworth mempunyai pilihan untuk menggunakan lebuh raya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) bagi mengelakkan kesesakan di jajaran lebuh raya antara Sg. Dua ke Prai. Keempat iaitu menguar-uarkan maklumat kepada pengguna lebuh raya menerusi media sosial elektronik, variable message signboard mengenai situasi semasa keadaan trafik supaya pengguna dapat merancang perjalanan.

Selain itu, penggunaan bahu jalan sedia ada dari Bukit Tambun ke Juru iaitu arah utara sebagai lorong tambahan iaitu smart lane telah dilaksanakan pada musim perayaan untuk meningkatkan kapasiti laluan berkenaan dan melancarkan pergerakan trafik.

Cadangan pengaktifan smart lane di lokasi yang sama secara harian masih lagi dalam peringkat perbincangan antara LLM, Polis Diraja Malaysia dan juga syarikat konsesi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Shah Alam...

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri masa sudah tamat.

final • 5:10 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tambah sikit lagi. Kesian dia orang itu.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masih ada enam kementerian hendak jawab. Sila gulung.

final • 5:10 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Jadi, saya buat rumusan lah Tuan Yang di- Pertua. Itu muktamad ya. Okey lah. Baiklah. Saya ingat saya hendak sebagai penutup lah Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti yang telah saya janji tadi termasuk Yang Berhormat Hulu Langat, maaf lah tidak kesempatan jadi kita akan hantarlah secara bertulis sebelum 9 Oktober.

final • 5:10 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Okey, Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kerja Raya mengambil maklum setiap isu dan permasalahan yang diajukan oleh Ahli Yang Berhormat dan sentiasa berusaha serta komited dalam mengambil tindakan terhadap permasalahan yang berlaku. Jadi, Kementerian Kerja Raya memohon pertimbangan ke atas segala permohonan peruntukan yang telah diajukan kepada Kementerian Kewangan supaya projek-projek yang dirangka dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan ya. Dengan ini, sekian sahaja ucapan penggulungan saya dan mengenai yang menyentuh Kementerian Kerja Raya.

Segala teguran dan cadangan akan diambil perhatian dan sewajarnya oleh kami di pihak Kementerian Kerja Raya. Sekian, terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri untuk menjawab dalam masa 40 minit.

final • 5:10 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani. Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Kementerian Dalam Negeri saya mengucapkan terima kasih kepada seramai 26 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan yang mulia ini. Antara lain telah menyentuh 32 isu berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri serta agensi-agensi di bawahnya.

Sesi penggulungan saya pada hari ini akan dibahagikan kepada 4 kluster:

(i) keselamatan dan ketenteraman awam;

(ii) berkaitan dengan imigresen;

(iii) pendidikan kepenjaraan; dan

(iv) warganegara.

Saya hendak ambil pertua daripada Timbalan Yang di-Pertua tadi mana-mana Ahli Yang Berhormat yang tidak ada di dalam Dewan ini saya tidak jawab. Saya bagi jawapan secara bertulis dan jika ada isu-isu baru juga saya akan jawab secara bertulis bagi menjimatkan masa, menghormati rakan-rakan enam kementerian yang belum menjawab lagi.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ledang ada?

final • 5:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada.

final • 5:13 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Tak ada, saya skip.

Seterusnya berkaitan dengan pembinaan dan naik taraf ibu pejabat polis daerah seperti dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Jasin dan Yang Berhormat Tenom. Walaupun sebahagian tidak ada tapi Yang Berhormat Permatang Pauh ada, saya kena jawab juga.

Untuk makluman, cadangan perwujudan IPD baharu di kawasan Pokok Sena, Kedah tidak dimasukkan dalam perancangan strategik Polis Diraja Malaysia 2021-2025.

Pada masa ini, Balai Polis Pokok Sena di dalam kawasan Baling, Pokok Sena terletak di bawah pentadbiran IPD Kota Setar. Jumlah kekuatan anggota yang bertugas adalah seramai 14 orang diketuai oleh Ketua Polis Balai berpangkat sarjan mejar. Jumlah penduduk di kawasan pentadbiran Balai Polis Pokok Sena adalah seramai 60,000 orang.

Setakat hari ini, kekuatan tersebut dibantu oleh IPD Kota Setar serta memadai bagi menangani isu keselamatan dan ketenteraman awam di kawasan berkenaan.

Bagi tahun 2023, Polis Diraja Malaysia telah diperuntukkan sebanyak RM243.7 juta di bawah peruntukan pembangunan DE bagi baik pulih dan naik taraf kuarters polis IPD, balai polis dan pos PGA serta perolehan kelengkapan. Semua peruntukan tersebut telah diagih kepada PDRM di seluruh negara mengikut keutamaan. Daripada jumlah tersebut, RM80,000 telah diperuntukkan kepada Balai Polis Kubang Semang. Buat masa

final • 5:13 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

ini, tiada *..

[Kurang jelas]* yang diperuntukkan untuk Balai Polis Kemabong. Walau bagaimanapun, jika ada penjimatan untuk Balai Polis Kemabong tersebut, ia akan digunakan untuk kerja-kerja sebagaimana yang dimaklumkan.

Bagi keperluan pembinaan Balai Polis Sungai Rambai di daerah Jasin, KDN mengambil maklum akan keperluan ini dan permohonan ini akan dikemukakan di bawah RP5 RMKe-12 pada tahun 2025 untuk pertimbangan Kementerian Ekonomi selanjutnya.

Seterusnya saya hendak jawab –kebetulan Yang Berhormat Pagoh juga tidak ada, isu ini baik tapi dia tidak ada saya tak jawab. Isu berkaitan dengan 3R, dia tidak ada dan saya tak akan jawab. Seterusnya Yang Berhormat Kalabakan. Ada? Oh sahabat saya ada, saya lupa. Tak nampak. Menyentuh aspek keselamatan di sempadan darat...

final • 5:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak tanya sikit boleh menteri pasal 3R ini.

Saya hendak cadangkan isu 3R ini kalau ada repot polis saya ingat terus tangkap. Terus tangkap tiga hari, siasat. Sebab isu 3R ini kalau tak dibendung dia akan digunakan sebagai isu politik. Sebab itu saya rasa soal raja, soal Islam, soal bangsa ini kita tak boleh kompromi. Saya hendak minta sesiapa juga yang bercakap isu 3R ini ada repot polis terus tangkap, sumbat tiga hari dan siasat. Kalau perlu dakwa, kita dakwa. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:13 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat...

final • 5:13 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang Berhormat Menteri, minta laluan sekejap.

final • 5:13 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Sekejap. Saya respons sahabat saya dulu, sat lagi saya bagi. Apa sahaja keputusan dan tindakan dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri khususnya KDN kita mempunyai tatacara dan peraturan- peraturan yang termaktub dalam undang-undang yang sedia ada. Saya hendak sebut bahawa dari segi kita, kita sentiasa komited dan mendukung hak kebebasan bersuara sebagaimana yang ada dalam Perlembagaan selagi mana ia mematuhi peraturan- peraturan yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, PDRM akan mengambil tindakan tegas dengan melakukan tangkapan, pendakwaan terhadap mana-mana individu tanpa mengira latar belakang [tepuk] , status, kedudukan seseorang. Langgar sahaja peraturan, tindakan akan diambil.

Sebab itu, mana-mana pihak untuk mengelakkan mereka diambil tindakan patuhi lah peraturan yang ada. Mudah sahaja, patuh peraturan, tindakan tidak akan diambil. Saya jawab sahabat saya betul, okey. Saya hendak beralih ini Yang Berhormat tadi...

final • 5:13 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Jerlun. Jerlun minta laluan. Isu 3R tadi.

Bersetuju ataupun tidak Yang Berhormat Menteri bahawa 3R yang disebut itu sebenarnya terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan memberi hak dan kebebasan kepada setiap Warganegara Malaysia untuk mempertahankan ketiga- tiga perkara yang disebutkan sebagai 3R itu. Apakah alasan Yang Berhormat sebutkan bahawa semua orang kalau bercakap menyentuh 3R dikira sebagai satu kesalahan.

Sedangkan dalam keadaan-keadaan tertentu kita mempertahankan institusi raja, kita mempertahankan bahasa Melayu. Kita mempertahankan juga sistem hak keistimewaan orang Melayu.

final • 5:13 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Saya sebut tadi, kita mengamalkan kebebasan bersuara. Baik, sekejap-sekejap Yang Berhormat saya jawab dulu.

final • 5:13 PM

Dr. Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Dalam soalan tadi, seolah-olah semua orang bercakap mesti kena ambil tindakan. Adakah itu betul?

final • 5:13 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Tak, saya sebut tadi kebebasan bersuara. Tindakan hanya diambil...

final • 5:13 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Di Kedah, MB Kedah hina Sultan Selangor. Ahli Dewan Diraja Selangor buat repot polis.

final • 5:13 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

[Bangun]

final • 5:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 5:13 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Saya sebut tadi sebagai sebuah negara yang demokratik, kita beri kebebasan bersuara kepada semua rakyat.

Akan tetapi, ia tertakluk kepada undang-undang dan peraturan sedia ada.

final • 5:13 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Mana-mana pihak tanpa mengira latar belakang dan kedudukan, langgar sahaja peraturan, tindakan akan diambil berasaskan peraturan-peraturan yang sedia ada. Ini jelas. Tidak ada perubahan apa-apa.

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Jadi, kalau hendak bercakap soal-soal berkaitan, jika ia tidak melanggar peraturan, ia tidak menjadi satu kesalahan.

Betul Yang Berhormat?

final • 5:20 PM

Seorang Ahli

Betul.

[Tepuk]

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Kalau boleh, saya sentuh sedikit.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Kalau mencelah ni, saya ada hampir 40 muka surat untuk...

final • 5:20 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Sedikit sahaja Timbalan Menteri.

Sekarang ini, I think apa yang disentuh oleh Yang Berhormat Jerlun tentang parameters.

Apa sebenarnya yang boleh, apa sebenarnya yang tidak boleh. Sebagai contoh, 3R yang dibolehkan setakat mana yang dibolehkan. 3R yang tidak bolehkan, setakat mana yang tidak dibolehkan.

Itu yang menjadi perkara yang diperbincangkan di luar sana. Kalau ada parameter yang jelas, ia tidak menjadi masalah. Kadang-kadang sentuh sedikit, atas dasar 3R, yang ini sentuh tidak kena pun 3R. Akan tetapi, itulah yang menjadi perkara yang disentuh yang kita hendak tahu lebih mendalam tentang parameters.

Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri kata, apa yang boleh, apa yang boleh, tengok parametersnya yang bagaimana. Hendak sebut tentang akta mana? Akta Hasutan, akta apa. Kadang-kadang bercakap tentang perkara yang amat umum pun boleh dikenakan tindakan juga.

Jadi, parameters ini penting supaya rakyat di luar sana tidak terasa mereka ini terkongkong, hendak bercakap pun tidak boleh. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat, saya percaya rakan-rakan di sebelah sana mempunyai pengamal undang-undang yang bijaksana yang boleh mengkaji dan membuat penilaian. Cukup jelas, perkara ini termaktub dalam Akta Hasutan 1948, juga Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jelas, jadi, daripada itu kita tahu di mana border, di mana yang boleh, mana yang tidak boleh. Ini sangat jelas.

Namun demikian, kita terbuka jika pihak sana mahu mendapat maklumat lanjut, kita bersedia untuk memberi penjelasan. Saya percaya pihak PDRM juga bersedia bekerjasama kerana semua kita mahu memelihara keamanan dan keselamatan dalam negara ini. Saya ingat cukup setakat itu. Saya hendak terus kepada sahabat saya, Yang Berhormat Kalabakan tadi. Banyak isu yang dia bawa.

Ini berkaitan dengan keselamatan sempadan darat, laut dari Tawau dan Kalabakan. Ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kalabakan. Terdapat satu projek pembangunan Kementerian Dalam Negeri di bawah Parlimen Kalabakan iaitu Projek Pembinaan Pos Pygon. Betul saya sebut ya? Kalabakan, untuk kegunaan Pasukan Gerak Am (PGA) PDRM dengan kos RM2 juta, ini sedang dalam fasa untuk memuktamadkan brief dan scope.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Selain itu, KDN juga komited dalam aspek keselamatan di Kalabakan dan telah mengemukakan permohonan di bawah RP4 Rancangan Malaysia Ke-12 bagi projek pembinaan IPD Kalabakan dan Balai Polis Kalabakan serta perumahan bagi anggota.

Selain daripada itu, bagi projek ini, ia juga telah diadakan bengkel berkaitan dari 25 hingga 28 Julai lalu. Maknanya, dalam tindakan untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

Pada masa sama, Kementerian Dalam Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM500,000 kepada PDRM untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan bangunan kuarters Balai Polis Kalabakan.

Bagi aspek keselamatan sempadan laut, ESSCOM sentiasa komited untuk memastikan situasi keselamatan sempadan khususnya di Zon Selamat Sabah, ESSZONE termasuk Parlimen Kalabakan dalam keadaan baik dan terkawal.

Perolehan aset taktikal seperti floating boat di Sungai Haji Kuning, Pulau Sebatik serta cadangan perolehan RHIB atau bot laju untuk ditempatkan di lokasi-lokasi strategik sekitar persisiran dan perairan Tawau akan memperkukuhkan lagi aktiviti pemantauan di sempadan laut. Ini perkara-perkara yang diambil tindakan.

Juga, dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Semporna pun tidak ada di dalam Dewan ini, Tuan Yang di-Pertua, saya skip. Banyak juga perkara yang dibangkit tetapi saya akan beri jawapan secara bertulis.

Seterusnya, soalan daripada Yang Berhormat Ipoh Timur. Ada sahabat saya Yang Berhormat Ipoh Timur? Pun tidak ada, Tuan Yang di-Pertua. Saya skip.

Seterusnya, saya hendak jawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat. Ada? Kalau ramai tidak ada ni, pendek jawapan saya ini. Yang Berhormat Tumpat pun tidak ada.

Seterusnya, Yang Berhormat Bukit Bendera. Ha, Yang Berhormat Bukit Bendera, saya jawab. Sekejap dulu ya, saya jawab Yang Berhormat Bukit Bendera dulu.

Penglibatan Kementerian Dalam Negeri di dalam menjaga keselamatan negara adalah menyeluruh. Ini termasuklah dalam aspek-aspek berkaitan dengan pelancongan.

Menyentuh perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri melalui Unit Polis Pelancongan (UPP) dan Jabatan Pencegah Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) berperanan untuk memberi bantuan dan perlindungan dan keselamatan kepada pelancong dalam dan luar negara.

Sehingga kini, sehingga Julai, ini data sehingga Julai, Unit Polis Pelancongan telah mempunyai kekuatan seramai 1,123 anggota di seluruh negara. Lima negeri yang dikategorikan padat dengan tumpuan pelancong iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Melaka dan Sarawak diberikan tumpuan oleh unit ini.

Dari segi peranan dan fungsi unit ini adalah memberi bantuan dan perlindungan serta rasa selamat kepada para pelancong dalam dan luar negara dengan melakukan penugasan rondaan pencegahan di kawasan-kawasan pelancongan yang telah diwartakan. Kawasan pelancongan yang diwartakan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Itu menjadi tumpuan.

Antara peranan yang dimainkan oleh UPP bagi memastikan keselamatan pelancongan adalah seperti berikut.

Satu, memberi kemudahan, perkhidmatan dan keselamatan kepada pelancong.

Itu wajib. Kedua, mencegah sebarang aktiviti jenayah ke atas para pelancong, memberi keutamaan dari segi layanan kepada para pelancong, memastikan tempat-tempat tumpuan pelancong di sekitar Kuala Lumpur, di seluruh negara terkawal dan terhindar daripada berlaku kejadian-kejadian jenayah.

Seterusnya memastikan para pelancong tidak tertindas, tidak menjadi mangsa kepada sebarang unsur-unsur penipuan, memberi bantuan dan kesedaran kepada pelancong dari segi undang-undang dan budaya tempatan; mengawal, mencegah aktiviti- aktiviti kegiatan salah laku di sektor perniagaan pelancongan termasuklah memberi serta

final • 5:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

menyalurkan maklumat dan panduan pada para pelancong yang ditimpa kemalangan dan mengalami kecurian serta kehilangan dokumen-dokumen penting selain menjalin hubungan serta taraf perkhidmatan yang baik dan berpatutan di antara agensi kerajaan, pihak-pihak terlibat dalam industri pelancongan. Ini antara peranan yang dimainkan oleh unit ini.

Hendak mencelah? Sila.

final • 5:20 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya cuma hendak tanya satu soalan sahaja, iaitu mengenai jumlah yang Yang Berhormat Timbalan Menteri telah nyatakan iaitu jumlah polis pelancong dalam lebih 1,000 anggota. Akan tetapi, adakah ia merangkumi keseluruhan negara Malaysia dan adakah jumlah ini cukup?

final • 5:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Saya sebutkan tadi bahawa tumpuan yang kita berikan ialah di lima buah negeri yang padat pelancong itu. Saya percaya jumlah ini tidak mencukupi. Dari semasa ke semasa, kita buat kajian fasal keperluan dan pandangan Yang Berhormat kita akan ambil kira untuk dinilai oleh Kementerian Dalam Negeri.

Seterusnya, sahabat saya Yang Berhormat Padang Besar. Ada Yang Berhormat Padang Besar? Ha, ada. Berkaitan dengan penggunaan teknologi bagi pengawasan di sempadan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Besar.

KDN melalui Pasukan Gerak Am (PGA) PDRM melaksanakan konsep penugasan rondaan secara berjalan kaki dan rondaan berkenderaan bagi menunjukkan kehadiran pasukan keselamatan di kawasan-kawasan sempadan. Maknanya, secara berjalan kaki dan berkenderaan dilakukan oleh pasukan PGA.

Kekuatan anggota yang terlibat dalam satu-satu masa adalah seorang pegawai dan lapan anggota di pos-pos kawalan keselamatan PGA dengan kekerapan rondaan yang dibuat ialah sebanyak tiga kali sehari bergantung kepada kekuatan anggota.

Walau bagaimanapun, PGA turut sedang merancang penggunaan teknologi dalam membuat kawalan atau risikan keselamatan di kawasan operasi. Dari semasa ke semasa kita mengkaji dan meningkatkan kepada teknologi.

Untuk makluman Yang Berhormat Padang Besar, PDRM telah pun diluluskan peruntukan perolehan aset berteknologi di bawah RP1 Rancangan Malaysia Ke-12 dan sejumlah wang sebanyak mengikut kategori RM25 juta dan RM17 juta untuk pembekalan aset-aset dan ia dalam proses perolehan. Ini sebagai usaha kita untuk meningkatkan kemudahan dan kekuatan kita di kawasan sempadan.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

[Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor] **mempengerusikan mesyuarat****] Selain itu, pada masa ini juga terdapat pengawasan keselamatan sempadan melalui penggunaan teknologi seperti kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang tembok atau pagar keselamatan sebagai contohnya di Padang Besar yang mana ia di bawah operasi dan kawal selia oleh Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.

Dalam memperkukuhkan kawalan keselamatan di sepadan negara, Kementerian Dalam Negeri sedang melaksanakan kajian bagi membangunkan Sistem Kawalan Sempadan Negara, National Border Control System (NBCS) iaitu pembangunan sistem NBCS yang dicadangkan ini akan dilengkapi dengan sistem pengawasan terkini dan teknologi kecerdasan buatan ataupun AI bagi membolehkan operasi tanpa pengawasan proses pintar, kemudahan penyebaran dan pengawasan sepanjang masa untuk melindungi sempadan darat dan maritim Malaysia demi keselamatan, kestabilan dan kedaulatan negara.

Pelaksanaan AI ini akan membolehkan pengesahan objek, pengurangan penggera palsu dan menyokong dalam membuat keputusan untuk meningkatkan kecekapan keseluruhan kawalan sepadan kita. Makna usaha-usaha yang terkini digiatkan

final • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

dan hubungan teknologi sedang diusahakan oleh kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri. Seterusnya Yang Berhormat Gombak

final • 5:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kota Melaka ada di sini.

final • 5:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Berkaitan apa?

final • 5:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya masih menunggu, Kota Melaka menunggu jawapan berkaitan dengan MyEG itu.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Okey, okey. Belum sampai lagi. Yang Berhormat Gombak ada, Yang Berhormat Gombak? Tidak ada ya. Yang Berhormat Padang Rengas. Ramai tidak ada dalam Dewan ini. Nampak pendek jawapan saya Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya Yang Berhormat Kota Bharu, pun tidak ada.

final • 5:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawablah soalan saya. Kota Melaka ada dalam Dewan.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Sekejap, sampai-sampai.

Yang Berhormat Hulu Terengganu, tidak ada juga. Mudah kerja saya Yang Berhormat lepas ini. Seterusnya, Yang Berhormat Bangi? Yang Berhormat Bangi pun tidak ada.

Yang Berhormat Muar tidak tanya, saya tidak boleh hendak jawab. Kalau tidak boleh saya hendak jawab. Yang Berhormat Sabak Bernam? Oleh sebab saya sudah ambil petua awal tadi, saya kena berlaku adillah. Yang tidak ada saya tidak jawab, semua saya tidak jawab.

Yang Berhormat Sabak Bernam? Juga tidak ada. Yang Berhormat Seputeh, tadi ada, sekarang tidak ada. Tidak dijawab juga. Seterusnya sampai Yang Berhormat Kota Melaka.

Pendek sahaja jawapan Yang Berhormat. Mana-mana permohonan yang terkandas di MyEG, majikan boleh datang bersama dengan MyEG ke Jabatan Imigresen Malaysia bagi menyelesaikan isu-isu yang berkaitan. Ini sahaja panjang jawapannya.

Untuk makluman, portal MyEG telah pun ditutup sepenuhnya pada 15 September 2023.

Ini jawapan berasaskan apa yang ditanya oleh Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Jadi soalan saya ialah Timbalan Menteri, memandangkan negara kita kerajaan ingin menuju kepada pendigitalan perkhidmatan awam. Jadi, apakah rasionalnya di mana apabila jabatan masing-masing mereka boleh sendiri ada sistem untuk online application ini, kita masih lagi hendak engage kepada syarikat swasta sedangkan jabatan masing-masing mereka ada keupayaan untuk mewujudkan online system ini? Jadi, saya hendak penerangan daripada Timbalan Menteri, yang pertama.

Kedua, untuk makluman Timbalan Menteri, sebenarnya saya terima banyak aduan daripada pemohon yang menggunakan sistem MyEG tersebut dan permohonan mereka tidak diproses oleh MyEG dan bayaran yang mereka buat kepada MyEG sehingga hari ini belum dipulangkan kepada mereka. Itu adalah tidak adil kepada mereka.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Kedua tadi saya sudah jawab, mana-mana pemohon yang berurusan dan terkandas di MyEG boleh datang ke Jabatan Imigresen Malaysia. Saya sudah jawab. Berkaitan dengan panahan yang pertama tadi, ia dalam kajian kementerian untuk membolehkan kita meningkatkan teknologi dan mana- mana yang boleh dilaksanakan oleh kementerian secara dalaman, ia akan dilaksanakan.

Ia dalam kajian kita.

Yang Berhormat Seputeh baharu masuk. Sudah sudah tidak jawab tadi.

Seterusnya Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Gerik dan Yang Berhormat Tumpat ada dalam Dewan ini. Kementerian Dalam Negeri sentiasa peka dengan keadaan kemudahan di pintu-pintu masuk sempadan negara. Ini kawasan penting yang merupakan imej kepada negara kita.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Untuk makluman, pintu masuk di Pengkalan Kubur sedia ada adalah melalui jeti.

Kementerian Kerja Raya (KKR) akan melaksanakan kerja-kerja awalan bagi kajian jajaran jalan raya dan jambatan untuk menghubungkan Tumpat dan Tak Bai. Ini di bawah KKR, sedang buat kajian. Dalam sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri sedang meneliti cadangan pembangunan Kompleks Imigresen Kastam Kuarantin dan Keselamatan

(ICQS) baharu atau penambahbaikan sedia ada. Selain itu, Kementerian Ekonomi telah meluluskan sebanyak tiga projek fizikal baharu pembinaan ICQS kepada Kementerian Dalam Negeri di bawah RP3, Rancangan Malaysia ke-12 bagi pembangunan kawasan sempadan Sabah pada 8 Jun 2023 seperti berikut:

(v) Pembinaan ICQS sementara di Bantul Pagalungan-Nabawan, Sabah kos sebanyak RM31 juta;

(vi) Kajian awalan ICQS Bantul Pagalungan-Nabawan, Sabah kos projek RM5 juta; dan

(vii) Kajian awalan ICQS Serudong-Kalabakan Sabah kos RM5 juta.

Bagi kerja-kerja naik taraf ICQS sedia ada, Kementerian Ekonomi pada 8 Jun 2023 telah meluluskan projek naik taraf ICQS Wang Kelian sebanyak RM16 juta. Status semasa projek ini adalah di peringkat pra pelaksanaan oleh Jabatan Kerja Raya. Pra pelaksanaan dan Jabatan Kerja Raya sedang melaksanakan kerja-kerja awalan untuk projek ini.

Selain itu, sejumlah yang ini Yang Berhormat Gerik sejumlah RM120,000 di bawah peruntukan pembangunan DE telah diluluskan untuk ICQS Pengkalan Hulu bagi kerja-kerja pembinaan pos sekatan jalan raya di Pintu Masuk Antarabangsa Malaysia- Thailand Bukit Berapit, Pengkalan Hulu dan kerja-kerja berkaitan. Proses kerja dijangka bermula 25 September ini dan akan mengambil masa dalam tempoh empat minggu untuk disiapkan.

Berhubung dengan kenyataan Yang Berhormat Padang Besar untuk menjadikan Perlis sebagai pintu masuk ASEAN, Kementerian Dalam Negeri sedia bekerjasama untuk memastikan keperluan di pintu masuk dapat disesuaikan dengan grand plan di kawasan berkenaan. Yang Berhormat Jempol pun tidak ada.

final • 5:30 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:30 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ada soalan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak tanya berkenaan dengan ICQS yang dicadangkan sebelum ini, ICQS yang baharu yang akan dibuat di Pengkalan Hulu, itu termasuk dalam pelan ke ataupun hanya akan buat tempat sekatan baharu, yang RM120,000 sebab jumlah dia terlampau sedikit.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Apa yang saya sebut RM120,000 tadi ialah kita pindahkan pos sekatan jalan raya dari tempat asal berhampiran dengan pintu sempadan. Berkaitan dengan ICQS yang disebutkan tadi ia di peringkat kajian kementerian.

final • 5:30 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Okey baik, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat Kuala Pilah, tidak ada? Jawapan bertulis saya bagi. Jerantut? Oh, ada. Depan. Lama tidak nampak sahabat. Merujuk kepada keprihatinan yang disuarakan oleh Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Penjara Malaysia mengucapkan terima kasih atas sokongan semua pihak terhadap usaha-usaha jabatan memperkasa ekosistem Pendidikan Dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ke atas pesalah-pesalah juvana.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Usaha-usaha ini bukan sahaja dapat membangunkan bakat masa hadapan pesalah juvana tersebut, bahkan membantu keperibadian yang murni dan sikap yang bertanggungjawab ke arah kesempurnaan kehidupan bermasyarakat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah kluster TVET, penghuni atau banduan muda akan diberi

final • 5:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

kemahiran bersijil melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Tahap 1 dan Tahap 3.

Pegawai latihan vokasional dan pegawai penjara yang ditempatkan di seksyen vokasional dan industri akan memberi latihan kepada penghuni dan banduan muda sehingga tamat kursus. Antara kemahiran dan bidang yang diikuti ialah berkaitan dengan jahitan, kimpalan, pertanian, automatif dan lain-lain yang bersesuaian dengan keadaan semasa.

Seterusnya Yang Berhormat Mas Gading. Ada? Ini isu terakhir yang dibangkitkan.

final • 5:40 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Boleh sedikit soalan?

final • 5:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Ya.

final • 5:40 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berkenaan dengan TVET kepada pesalah juvana tadi, barang kali yang boleh ditekankan oleh pihak kementerian ialah bagaimana untuk kita memasarkan bakat-bakat ini. Walaupun mereka diberikan sijil tetapi taboo yang ada pada masyarakat terhadap pesalah-pesalah ini masih lagi ada. Jadi, apakah usaha yang dilaksanakan oleh pihak kementerian untuk memastikan marketability atau pun pasaran kepada modal insan ini dapat dipasarkan sebaiknya untuk diberikan ruang untuk mereka kembali kepada kehidupan asal yang lebih baik? Insya-Allah.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat.

Oleh sebab itu saya sebut tadi bahawa bidang-bidang yang diberi latihan kepada penghuni dan banduan muda, inilah bidang-bidang yang memang sesuai di pasaran. Oleh sebab itulah, dalam latihan dia tidak terhad hanya kepada memberi latihan tetapi juga masuk kepada perkara-perkara yang dibangkitkan tadi. Bagaimana hendak memasarkan dan sebagainya supaya apabila mereka boleh keluar dari penjara, mereka boleh berdikari dan melaksanakan apa juga yang mereka peroleh dalam bentuk latihan di dalam penjara.

Sahabat saya Yang Berhormat Mas Gading. Ini isu terakhir iaitu penduduk yang masih belum mendapat kewarganegaraan. Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Negara sentiasa mengambil langkah proaktif dalam memastikan urusan pendaftaran, dokumen, pengenalan diri, individu yang berkelayakan dapat dilaksana dengan mudah di seluruh negara melalui semua pejabat kita di seluruh negara termasuklah di peringkat daerah.

Di peringkat pedalaman, kawasan-kawasan yang sukar di mana rakyat atau mereka yang mahu berurusan ini sukar untuk datang, kita juga ada program iaitu Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR). Melalui program ini, Jabatan Pendaftaran Negara memberi pelbagai perkhidmatan termasuklah khidmat nasihat berkaitan pendaftaran kad pengenalan, soal-soal berkaitan kelahiran, dan kematian serta kewarganegaraan bagi memudahkan urusan rakyat untuk memiliki dokumen pengenalan diri mengikut kelayakan.

Maknanya bagi mereka yang mampu dan boleh pergi ke mana-mana pejabat kita di seluruh negara, mereka berurusan di situ. Mana-mana mereka yang tidak mampu berurusan, kita ada program-program khusus malah tidak hanya melalui Program MEKAR, ada juga program-program lain yang kita buat berasaskan kesesuaian. Ini menunjukkan bahawa keprihatinan KDN dan JPN khususnya untuk memastikan urusan- urusan berkaitan dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini sahaja penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan, setakat isu-isu yang...

final • 5:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Yang Berhormat, saya sudah sampai.

Tunggu jawapan.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Okeylah. Kalau saya tidak jawab, nanti dia membebel saya sedikit luar. Saya jawab. Saya cari balik kejap.

final • 5:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Soalan tambahan boleh?

final • 5:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Sekejap, sekejap, saya jawab Yang Berhormat Seputeh. Nanti saya tidak jawab itu semua, dia marah dekat saya. Saya bimbang sebab dia tulis di Facebook. Nanti naya saya.

final • 5:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Ketawa]

final • 5:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat bertanya tentang penekanan pada aspek. Saya hendak sebut Yang Berhormat bertanya berkaitan dengan soal-soal kebajikan anggota polis. Betul ya?

Memang benar, selain daripada— Yang Berhormat Muar, sekejap saya jawab Yang Berhormat Seputeh dahulu. Selain daripada penekanan kepada aspek keselamatan dan ketenteraman awam— Ini pekerja yang KDN polis lakukan. KDN juga fokus kepada menjaga kebajikan anggotanya.

Untuk makluman Yang Berhormat Seputeh, sehingga 14 September 2023, sejumlah RM98,715,000 telah diperuntukkan oleh KDN untuk melaksanakan 342 projek penyelenggaraan kuarters PDRM di Semenanjung Malaysia, Sabah dan juga Sarawak.

Status pelaksanaan projek ini sehingga kini 40 daripada jumlah tadi telah pun siap, manakala 302 projek masih dalam pelaksanaan dan dijangka dapat disiapkan sebelum 31 Disember 2022.

Yang Berhormat juga bangkit berkaitan dengan elaun perumahan bagi anggota polis. KDN menyambut baik berhubung dengan perkara ini. Untuk makluman Yang Berhormat, pada 1 Januari tahun 2022, kerajaan telah bersetuju menaikkan bayaran Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) PDRM. Pada 1 Januari 2020, kerajaan telah bersetuju menaikkan bayaran Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) PDRM bagi memastikan kesetaraan dan pariti dengan perkhidmatan awam lain. Maknanya bagi standard dengan perkhidmatan awam lain.

Selain daripada itu, Kementerian Dalam Negeri pada masa ini juga sedang mengkaji permohonan yang melibatkan cadangan untuk kenaikan elaun PDRM bagi memberi kemudahan kepada anggota-anggota polis sebahagian berikut.

Pertama, bayaran insentif penerbangan operator Special Mission Equipment

(SME) Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM. Bayaran insentif jurumekanik Pasukan Gerak Udara (PGU) PDRM, bayaran insentif juruterbang dan bayaran insentif pemerhati udara PDRM, bayaran insentif jurutera PDRM, kajian semula elaun pasukan khas PDRM, bayaran insentif pemeriksa cap jari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM, bayaran insentif penyiasatan kepada pegawai dan anggota Bahagian D10 (Makmal Forensik) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM dan kajian kenaikan gaji PDRM. Ini perkara- perkara yang sedang dilakukan bagi menjawab apa yang Yang Berhormat nyatakan tadi.

[Disampuk] Kalau soalan lain daripada itu, saya tidak jawab Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Itu sahaja. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya sebenarnya lihat mungkin yang elaun-elaun tambahan ini adalah baik bagi pegawai polis yang berkhidmat di luar bandar tetapi kalau datang ke KL, kalau mereka ada keluarga, hendak sewa satu rumah pun RM1,500 lah sekurang-kurangnya. So, memang tidak cukup.

Jadi, saya rasa adalah lebih baik bagi kementerian untuk membina lebih hostel bagi mereka dan sewa kepada mereka mungkin harga yang agak rendah. Contoh macam di kawasan saya, Balai Polis Petaling yang terletak di Batu 5, Jalan Klang Lama itu yang ada dua blok sebenarnya kuarters untuk di balai itu yang sebenarnya sudah lebih setengah abad. Sudah usang, tidak boleh duduk lagi. Sudah jadi blok yang memang bahaya untuk diduduki.

Sebenarnya kementerian haruslah robohkan dua blok itu dan buat baharu dengan mungkin density yang lebih tinggi bagi pegawai dari outstation yang berkhidmat di Brickfields, di Kuala Lumpur dan sebagainya. Saya juga lihat mungkin KDN boleh juga sewa apabila ada projek kondo yang baru didirikan, mereka mungkin boleh sewa beberapa tingkat. 10 tingkat kah atau apa untuk dijadikan kuarters kepada pegawai polis.

Jadi, semua ini saya rasa dengan cara yang kreatif kita boleh tolong menyelesaikan mereka, golongan pegawai polis yang mempunyai pendapatan yang rendah berkhidmat di Lembah Klang.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Idea yang baik dan itu jugalah sebahagian daripada kajian yang kita buat.

Mengambil kira perbezaan anggota polis yang berada luar bandar, di bandar. Kajian-

final • 5:40 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

kajian ini sedang dibuat. Oleh sebab itu saya sebutkan tadi kajian kenaikan gaji sedang dibuat.

Juga pandangan-pandangan yang dikemukakan tadi bagi penyelesaian isu penempatan akan diambil kira oleh kementerian. Saya percaya pegawai saya ramai di belakang mencatat dengan teliti apa Yang Berhormat Seputeh katakan. Terima kasih.

Yang Berhormat Muar, kalau perkara baru saya tidak jawab Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Ini cadangan tambahan sahaja sebab ada masa sedikit tetapi terima kasih kerana memberi ruang, terhutang budi Muar.

Dua perkara, pertama sekali saya ingin ajukan soalan kerana pentadbiran- pentadbiran lepas telah pun menjanjikan naik taraf dan naik pulih kuarters perumahan bagi anggota polis di bawah Parlimen Muar yang melibatkan Muar tetapi Bakri juga. Ini kerana sebelum ini peruntukan Parlimen hendak diguna pakai tidak dibenarkan kerana kita semua tahu proses baik pulih itu perlu melalui saluran KDN, saluran khas bukan melalui Parlimen. Cuma sebelum ini, apabila kementerian telah menjanjikan naik taraf dan baik pulih tetapi ditangguhkan berkali-kali.

Kesian Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada yang saya lihat masalah air, infra asas. Kadangkala apabila saya lawat bilik ke bilik sangat teruk kerana telah tertangguh berkali-kali. Saya harap ini dapat dipertimbangkan.

Isu kedua, cadangan tambahan juga berkenaan dengan isu kewarganegaraan.

Saya pun sudah utuskan puluhan surat kepada Kementerian Dalam Negeri dan saya faham KDN hanya menjalankan tanggungjawabnya. Contohnya apabila isu melibatkan Melissa di mana ini bukan salah seorang anak luar nikah dan saya pun telah utuskan surat di mana dia sudah melangkaui umur 21 tahun, ayahnya seorang warganegara, ibu bukan warganegara tetapi sekarang terletak di bawah budi bicara Menteri untuk luluskan tidak.

Akan tetapi, apabila isu itu dibangkitkan ramai lagi yang lain bangkitkan isu yang sama. Cuma kerana isu perlu penelitian khas. Menteri saya berharap ada proses untuk memudahkan cara ini. Contohnya hotline atau e-mel khas yang boleh kita ketengahkan kerana isu ini melibatkan warganegara iaitu ayahnya seorang warganegara. Cuma kesianlah anak ꟷ kerana antara pertelingkahan antara dua orang anak ketinggalan, akhirnya terhukum sampai ke hari ini.

Cuma untuk kita utuskan satu persatu surat kepada Menteri, saya rasa Menteri pun runsing. Saya berharap ada formal process yang lebih cepat dan mudah untuk kita uruskan. Ini dua cadangan tambahan saya. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 5:50 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat Muar, berkaitan dengan cadangan naik taraf dan baik pulih balai polis di Parlimen Muar dan Bakri. Saya percaya pegawai-pegawai di kementerian akan buat catatan ini dan akan mengkaji dan melihat kembali keputusan lalu untuk diberi perhatian sewajarnya berkaitan perkara ini Yang Berhormat.

Isu berkaitan warganegara, jika ada kes terperinci Yang Berhormat boleh kemukakan kepada KDN untuk kita selesaikan. Namun saya percaya dan saya akui bahawa memang tidak mudah untuk selesaikan kerana banyak kes berkaitan dengan kewarganegaraan ini dengan keadaan-keadaan yang berbeza. Ada perkara-perkara yang melibatkan polisi dan dasar kerajaan sebagainya.

Namun sekali lagi, saya mengambil maklum bagi pihak KDN tentang isu ini. Jika ada kes-kes spesifik sama ada oleh Yang Berhormat Muar atau lain-lain sila kemukakan kepada KDN kerana KDN terbuka dan kita mahu menyelesaikan semua isu berkaitan ini dengan baik dan sempurna. Namun, kita kekal untuk patuh dan akur dan mengikut apa juga peraturan-peraturan yang ada pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak KDN mengucapkan banyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pelbagai isu semasa sesi

final • 5:50 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah

perbahasan dan ini. Mana-mana yang saya tidak sempat jawab sebagai mana janji kita akan memberi jawapan secara bertulis. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua. Saya sudahi dengan wabillahitaufiq walhidayah wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri KDN. Berikutan kita persilakan Menteri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri 30 minit.

final • 5:50 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12) di Dewan Rakyat yang mulia ini.

Saya dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) amat menghargai semua pandangan syor, mahupun cadangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat untuk diintegrasikan dengan pelbagai inisiatif kerajaan yang melibatkan peranan MITI. Ini penting untuk memberikan ekonomi negara agar terus maju dan kekal mapan demi kesejahteraan rakyat terutamanya yang melibatkan perancangan dalam dokumen RMKe-12.

Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Pagoh telah menyuarakan serta memberi syor dan cadangan terhadap pembangunan industri negara.

Saya amat menghargai semua syor dan cadangan ini yang saya lihat adalah sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan dan MITI baru-baru ini setelah melancarkan NIMP 2030 baru-baru ini. Untuk makluman Yang Berhormat, NIMP 2030 merupakan Pelan Induk Perindustrian Edisi Keempat yang telah dirangka untuk meningkatkan keupayaan sektor perindustrian negara agar lebih mampan dan berdaya saing di peringkat global.

Berbanding dengan pelan induk perindustrian IMP sebelum ini, NIMP 2030 mengambil pendekatan berbeza iaitu berasaskan misi atau mission-based approach.

Pendekatan ini memerlukan kerjasama kukuh dan bersepadu antara sektor awam dan sektor swasta bagi mencapai visi NIMP 2030 dan seterusnya membawa perubahan positif kepada sektor perindustrian negara. NIMP 2030 menetapkan enam matlamat utama yang selaras dengan National Investment Aspiration atau Aspirasi Pelaburan Negara iaitu

(i) Memajukan kompleksiti ekonomi;

(ii) Mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi;

(iii) Memperluas rangkaian domestik;

(iv) Membangunkan kluster ekonomi baharu dan sedia ada;

(v) Mempertingkatkan keterangkuman; dan

(vi) Mempertingkatkan penerapan ESG.

Bagi mencapai visi dan matlamat NIMP 2030, melalui pendekatan mission-based approach, NIMP 2030 menetapkan empat visi utama, 21 strategi, 62 pelan tindakan, dan sembilan projek berasaskan mission-based project sebagai projek pemangkin. Mission- based project merupakan projek-projek sedia ada sektor swasta yang akan memacu pembangunan sektor pembuatan selaras dengan hala tuju NIMP 2030. Empat misi yang digariskan adalah seperti berikut;

(i) Misi 1: memajukan kompleksiti ekonomi;

(ii) Misi 2: meningkatkan teknologi untuk membina negara berdigital

(tech-up);

final • 5:54 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

(iii) Misi 3: usaha ke arah net-zero (push for net-zero); dan

(iv) Misi 4: menjamin sekuriti ekonomi dan keterangkuman ekonomi.

Misi NIMP 2030 disokong oleh empat pemacu perubahan atau enabler yang merupakan faktor penting bagi merealisasikan misi-misi tersebut, pemacu perubahan NIMP 2030 adalah seperti berikut:

(i) Menggerakkan ekonomi pembiayaan

(ii) Memacu pembangunan dan daya tarikan bakat

(iii) Mewujudkan pengalaman terbaik (best-in-class investor journey) bagi pelabur dalam memudah cara perniagaan; dan

(iv) Memperkenalkan rangka kerja tadbir urus seluruh negara NIMP 2030 disasar untuk memberi impak yang tinggi kepada kadar pertumbuhan ekonomi negara terutamanya bagi sektor pembuatan. Melalui NIMP 2030 nilai tambah KDNK sektor pembuatan dijangka akan meningkat kepada RM587.5 bilion pada tahun 2030. Unjuran ini adalah berdasarkan kadar pertumbuhan compounded sebanyak 6.5 peratus termasuk sumbangan subsektor berimpak tinggi seperti elektrik dan eletronik

(E&E), kimia, kenderaan elektrik, aeroangkasa, farmaseutikal, peranti perubatan dan bahan termaju (advanced material).

Jumlah pekerjaan dijangka akan meningkat kepada 3.3 juta pekerjaan pada tahun 2030 bagi sektor pembuatan. Trajectory pertumbuhan pekerjaan ini mengambil kira pendekatan dalam aktiviti bernilai tambah tinggi dan industri baharu serta kesan langsung peningkatan adaptasi automasi dan pendigitalan dalam sektor pembuatan.

final • 5:54 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Melalui NIMP 2030 juga gaji penengah (medium wages) bagi sektor pembuatan dijangka meningkat daripada RM1,976 pada tahun 2021 kepada RM4,510 pada tahun 2030, bermakna pertumbuhan sebanyak 9.6 peratus setiap tahun. Unjuran gaji penengah ini adalah turut berdasarkan penglibatan sektor pembuatan dalam aktiviti bernilai tambah tinggi, peningkatan produktiviti dan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Model tadbir urus NIMP 2030 mengambil pendekatan whole-of-Malaysia approach di mana ia akan melibatkan kolaborasi antara pihak kerajaan, pihak swasta dan juga pihak NGO. Majlis Kebangsaan NIMP 2030 akan bertanggungjawab dalam menggerakkan hala tuju strategik, pemantauan dan penyelarasan serta pelaksanaan pelan tindakan. Manakala satu Delivery Management Unit (DMU) akan diwujudkan di MITI untuk menyelaras urusan pentadbiran berkaitan pemantauan dan penilaian NIMP 2030.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya dalam perbahasan oleh Yang Berhormat Tenggara, beliau sentuh serta memberikan cadangan penambahbaikan dalam aspek melahirkan bakat pekerja mahir dalam teknikal dan vokasional (TVET) serta ekosistem industri kenderaan elektrik (EV). Di samping itu, Yang Berhormat Tenggara juga mencadangkan agar taman perindustrian di bandar Tenggara turut dibangunkan. Saya akan fokus kepada soalan berkenaan dengan EV, manakala soalan berkenaan dengan TVET ini lebih sesuai dijawab oleh Kementerian Sumber Manusia.

Untuk makluman Yang Berhormat, selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 16 Jun 2023, pembangunan bakat teknologi EV telah menjadi salah satu fokus kerajaan yang mana Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (National EV Steering ) telah diminta memberi perhatian pada ketersediaan pusat pengajian tinggi dalam melahirkan bakat EV. Susulan itu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dilantik sebagai ahli National EV Task Force (NEVTF) bagi menyelaras kepakaran penyelidik dan pembangunan bakat berkaitan teknologi EV di kalangan universiti-universiti tempatan.

Selain itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Industry Lead Body (ILB) telah membangunkan standard pekerjaan kemahiran kebangsaan berkaitan EV untuk kegunaan bidang pendidikan dan latihan TVET. National Occupational Skills Standards (NOSS) EV telah

final • 6:00 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

diwartakan pada 8 Mei 2023 dan telah dibuka untuk digunakan oleh penyedia latihan bagi program berkaitan EV. TVET berkaitan EV akan bermula pada awal tahun 2024.

Kedudukan industri E&E negara yang menyeluruh turut membantu dalam menyokong pembangunan ekosistem EV negara. NIMP 2030 juga memberi tumpuan kepada usaha untuk membangunkan keseluruhan ekosistem dalam menyokong aktiviti bernilai tambah tinggi seperti mengintegrasikan rantaian nilai antara semi konduktor dan E&E dengan bidang EV. Hasrat kerajaan untuk menghasilkan lebih banyak tenaga bakat EV yang berkemahiran tinggi dan menjadikan Malaysia sebagai hab EV akan tercapai seperti disasarkan.

Sumber daripada pihak industri E&E menganggarkan melebihi 15,000 tenaga kerja diperlukan dalam sektor ini. Secara khususnya di Johor terdapat sebanyak 17 buah syarikat telah menyertai program Academy in Industry dan Yang Berhormat Tenggara dialu-alukan untuk menggalakkan anak-anak muda di kawasan Parlimen Tenggara untuk menyertai program ini.

final • 6:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya minta laluan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 6:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

Beri saya siapkan...

final • 6:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

YB hendak habiskan dahulu?

final • 6:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

Okey. Manakala cadangan pembangunan Taman Perindustrian Bandar Tenggara merupakan inisiatif di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. MIDA melalui sebuah unit khas iaitu Industrial Estate Unit akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, Majlis Daerah Kota Tinggi, Johor untuk mempromosikan taman perindustrian ini kepada pelabur-pelabur tempatan dan asing yang berpotensi. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya menyokong penuh NIMP 2030 ini iaitu National Industrial Master Plan sebab memang timely kerana sudah lama kita tidak lancarkan Industrial Master Plan. Kali terakhir kita lancarkan pada tahun 2006. That was the last time, dengan izin, IMP 3. Bagi saya, NIMP 2030 ini eloklah dinamakan kepada IMP 4. Jadi kita ada kesinambungan. Kalau tidak next, kita ada IMP 1 (1986-1995), IMP 2 (1996- 2005), IMP 3 (2006-2023) dan ini sepatutnya jadi empat. Akan tetapi tidak apalah, itu pandangan sahaja.

Saya menyokong penuh NIMP 2030 ini dengan segala yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cumanya, saya hendak memberi cadangan tambahan agar NIMP 2030 ini negeri-negeri juga mendapat manfaat darinya. Salah satu kaedah yang saya nampak berkesan apabila bercakap berhubung merapatkan jurang antara negeri- negeri maju dengan negeri-negeri yang kurang maju, yang kita sebut lima buah negeri yang maju, sembilan buah negeri lagi kurang maju ialah melalui pembangunan industri bagi negeri-negeri yang kurang maju.

Pengalaman di Kedah ialah membangunkan kawasan industri adalah salah satu kaedah yang terbaik untuk majukan ekonomi negeri. Saya beri contoh negeri Kedah. 10 tahun yang lalu pendapatan dan hasil kita hanya dalam RM500 juta. Akan tetapi apabila kita bangunkan industri, bawa masuk banyak pelaburan ke negeri Kedah, pendapatan kerajaan negeri sekarang meningkat ke tahap RM700 juta ke RM800 juta setahun. Ini kecil berbanding dengan negeri Selangor, negeri Sarawak dan sebagainya, tetapi ini satu peningkatan.

Apabila kita tukar kawasan pertanian kepada industri, premium akan dikenakan oleh kerajaan negeri yang nilainya berjuta-juta ringgit. Lagi besar tanah, lagi besarlah jumlah wang. Kita akan dapat cukai tanah industri berulang yang lebih tinggi daripada cukai tanah pertanian. Sawah padi umpamanya, cukai tanah begitu rendah. Jadi, pendapatan kepada negeri pun rendah. Majlis tempatan akan memperoleh pendapatan

final • 6:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

dari fi kebenaran merancang. Semua ini akan meningkatkan KDNK negeri, KDNK kawasan setempat dan juga peluang pekerjaan.

Jadi di sini saya hendak cadangkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri MITI, iaitu khususnya kepada negeri Kedah. Kerajaan Persekutuan diminta membantu Taman Teknologi Tinggi Kulim dari segi kewangan untuk dibesarkan lagi sebab permintaan dari pelabur amat tinggi. Tanah sedia ada hampir habis. Kerajaan Negeri Kedah berharap agar Kerajaan Persekutuan dapat pertimbangkan.

Oleh sebab kalau Kerajaan Persekutuan melabur untuk kawasan industri macam Taman Teknologi Tinggi Kulim ini, ia adalah satu pelaburan bagi Kerajaan Persekutuan, bukan sahaja kerajaan negeri. Oleh sebab akhirnya Kerajaan Persekutuan akan mendapat cukai. Cukai korporat, cukai individu, cukai kastam dan berbagai-bagai lagi.

Tuan Yang di-Pertua, di Kedah ini banyak lagi kawasan-kawasan industri yang hendak dibangunkan. Kalau kita bangunkan semua ini insya-Allah, Kedah akan menjadi sebuah negeri maju setanding dengan negeri maju yang lain.

final • 6:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Jadi, dengan secara tidak langsung, Kerajaan Persekutuan membantu untuk merapatkan jurang ekonomi antara negeri maju dan tidak maju ini. Kita ada kawasan industri Padang Meha, Kulim yang mempunyai beribu-ribu ekar tanah yang sedang kita bangunkan. Ini kita perlukan infrastruktur. Kedah Science and Technology Park di Bukit Kayu Hitam. Kemudian, di Kawasan Perindustrian Bukit Selambau dan sebagainya.

Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri— saya pun percaya Timbalan Menteri pun memang tahu perkara ini— telah diumumkan semalam bahawa Kedah antara top three dalam pelaburan bagi seluruh negara antara Januari sampai Jun 2023. Jadi, apa yang kita buat selama ini, strategi dan perancangan kita untuk bangunkan negeri Kedah daripada segi kawasan industri dan sekali gus memajukan ekonomi sudah menunjukkan kejayaan yang begitu cemerlang.

Saya juga pernah buat cadangan supaya sebahagian kecil kawasan padi negeri Kedah yang luasnya 100,000 hektar dibangunkan kawasan industri terutamanya di lokasi yang strategik.

Kita bangunkan industri. Kita ada 100,00 hektar lebih, kita ambil lima percent cukup iaitu 5,000 hektar. Kita boleh mewujudkan lebih banyak peluang dan tanah sawah padi yang nilainya rendah itu menjadi tinggi. Itu memberikan pendapatan daripada segi cukai dan premium tanah dan sebagainya kepada negeri Kedah.

Lagi satu, saya hendak sebutkan, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sedikit sahaja lagi. Saya mencadangkan banyak kali perkara ini.

final • 6:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Macam ucapan sudah ini.

final • 6:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

...Kepada Menteri MITI— dahulu pun saya cadangkan— supaya bangunkan kawasan industri di luar bandar. Sebab, kalau kita bangunkan di kawasan luar bandar, pertama, kita tidak perlu bergantung lagi kepada pekerja asing. Kalau orang Kedah ini, dia suka duduk di kampung.

Apabila kilang ada di situ, dia tak perlu pergi ke mana. Kalau Pulau Pinang, dia tidak mahu pergi. Hendak bayar sewa rumah mahal. Sekejap lagi tok dia sakit, tok lang dia sakit, dia hendak perlu ada di kampung dan sebagainya. Ini psikologi orang-orang kampung. Bukan sahaja di Kedah tetapi juga di seluruh negara Malaysia.

Ini saya boleh bagi contoh. Umpamanya, sebuah kilang milik syarikat Jerman di Kuala Ketil, dan Syarikat ACM (Asia Composite Manufacturing) lebih 90% tenaga kerja terdiri dari penduduk tempatan.

final • 6:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Yang Berhormat Kubang Pasu, kalau Tuan Yang di- Pertua beri...

final • 6:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Sedikit sahaja.

Sedikit sahaja lagi. Syarikat Jerman.

final • 6:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Sudah lima minit.

final • 6:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Seratus peratus orang tempatan bekerja. Di Kuala Ketil. Luar bandar ya. Di Rubber City, insya-Allah, hundred percent workforce adalah di kalangan orang tempatan. Kita ada sebuah syarikat ACM buat sayap kapal terbang Boeing. Hampir 100 peratus orang tempatan. Jadi, saya hendak mencadangkan supaya pembangunan kawasan industri di luar bandar dimasukkan dalam NIMP ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri, supaya kita dapat majukan negeri-negeri seperti negeri Kedah.

Mengenai jenis industri. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, I am very sure you aware about this, dengan izin, Kedah Kulim Hi-Tech Park memang terlibat dalam front-end technology, bukan back-end. Back-end ini banyak kita hantar ke Melaka.

Infineon Technology yang sejumlah RM25 bilion pelaburan yang diumumkan baru-baru ini, semuanya adalah front-end termasuk design dan juga R&D.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 6:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar, Yang Berhormat Menteri. Satu perspektif dalam perbahasan, the floor belongs kepada Menteri, dengan izin, ataupun siapa yang bercakap. Jika yang memberi itu tidak menghalang, saya akan diam. So, ambil maklum ya yang akan-akan datang ini. You bagi ruang, kalau yang sana berterusan, you rugi. Akan tetapi, it’s up to you.

final • 6:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang dicadangkan tadi, pertama berkenaan dengan nama. Nama ini sebenarnya ditentukan oleh Menteri yang lalu dalam kerajaan yang lalu. Apabila Menteri Senator Tengku Zafrul dan saya masuk ke kementerian MITI, kami teruskan program ini. Walaupun pendekatan yang diambil oleh kerajaan baharu sebenarnya pendekatan yang baharu tetapi nama itu kita ikut apa yang dicadangkan oleh Menteri yang lalu.

Daripada segi mengurangkan jurang di antara negeri-negeri, memang misi keempat NIMP 2030 ialah menjamin sekuriti ekonomi (economic security) dan keterangkuman ekonomi (inclusivity). Ini telah termaktub dalam NIMP 2030 dan ini juga adalah hasrat kita untuk kurangkan jurang di antara negeri-negeri.

Yang Berhormat Kubang Pasu sentuh tentang kejayaan negeri Kedah yang mendapat tempat ketiga ataupun RM14.6 bilion pelaburan dalam first half 2023. Memang betul ini adalah kejayaan Kedah dan juga kejayaan Kerajaan Pusat bersama. Ini adalah kejayaan bersama kedua-dua pihak kerana tahun ini juga ataupun pertengahan tahun ini, negara kita mendapat nilai pelaburan yang telah diluluskan sebanyak RM132.6 bilion dalam enam bulan pertama. Ini adalah kejayaan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Yang Berhormat Tambun. Saya rasa ini adalah satu kejayaan yang kita semua boleh banggakan.

final • 6:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Mohon pencerahan sedikit, Yang Berhormat Menteri. Sedikit sahaja.

final • 6:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Okey. Ringkas ya.

final • 6:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut tentang industri EV dan nampaknya kerajaan memang berhasrat untuk kita perjuangkan industri EV ini.

Akan tetapi, setakat yang saya sedia maklum, Yang Berhormat Menteri, sehingga hari ini kereta EV di Malaysia yang dijual masih agak di luar affordability orang ramai.

Paling murah pun mungkin RM150,000 ke atas. Saya faham pihak MITI ada halangan untuk kereta EV sub RM100,000 dijual di Malaysia. Tidakkah kalau polisi ini berterusan, ia akan bercanggah dengan polisi NIMP dan juga kerajaan untuk kita mempromosikan lebih kegunaan EV di Malaysia? Itu satu.

Kedua, tadi ada disebutkan tentang NIMP, salah satu ramuan atau key ingredient yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri adalah produktiviti. Produktiviti adalah

final • 6:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

sangat penting untuk kita memajukan negara kepada high-income nation. Akan tetapi, apakah tindakan kerajaan untuk menaikkan produktiviti negara kita yang saya nampak tidak setanding dengan negara-negara lain?

Contohnya, purata produktiviti seorang pekerja national di Malaysia adalah dia boleh produce 95,000...

final • 6:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Ini saya akan jawab. Terima kasih ya.

final • 6:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Okey, boleh, boleh.

final • 6:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Berkenaan dengan cadangan Yang Berhormat Kubang Pasu tadi berkenaan pembangunan industri di Kedah. Memang industri di Kedah terutamanya di Kulim, sebenarnya ia satu kluster bersama dengan Pulau Pinang dan juga mungkin pada masa depan Perak juga. Ini adalah kluster E&E, kluster semi konduktor.

Itu adalah sektor ekonomi yang akan dibangunkan bersama oleh Kerajaan Pusat terutamanya bagi pihak MITI. So, ini kita tiada masalah.

final • 6:10 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Akan tetapi, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Tebrau, pertama ialah dasar-dasar EV— sebenarnya ini sektor baharu dan dasar-dasar akan disemak setiap beberapa bulan untuk membangun sektor ini. Kita akan adakan mesyuarat National EV Steering Committee dalam masa yang terdekat dan ini akan ditinjau.

final • 6:10 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Saya tidak ada masa lagi.

final • 6:10 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Sedikit.

final • 6:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Saya perlu habiskan soalan...

final • 6:10 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Sedikit sahaja tentang Kedah.

final • 6:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Tidak mengapa. Terima kasih. Yang Berhormat Pasir Mas telah bertanya dalam perbahasan beliau tentang sejauh mana kerajaan mengambil perhatian serta mempertimbangkan negeri Kelantan sebagai lokasi pembangunan sektor ekonomi baharu industri bernilai tinggi perusahaan PMKS serta infrastruktur dan logistik.

Kerajaan melalui MITI dan MIDA sentiasa mengambil langkah-langkah yang proaktif dalam usaha menarik pelaburan asing dan tempatan dalam pelbagai sektor ke seluruh negara termasuk Kelantan. Strategi promosi untuk menarik pelabur adalah berdasarkan pada kekuatan dan kesesuaian ekosistem di sesebuah negeri.

Malah MIDA selaku agensi penggalakan pelaburan utama negara juga sentiasa bekerjasama secara strategik dengan kerajaan negeri, koridor ekonomi dan agensi-agensi berkaitan dalam melipatgandakan usaha-usaha mempromosi dan menarik pelaburan terutamanya dalam industri-industri yang disasarkan.

final • 6:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Antara fokus utama ekonomi baru di Kelantan adalah melibatkan industri pembuatan dan industri bernilai tambah tinggi. Pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk memastikan negeri Kelantan sesuai sebagai lokasi pelaburan terpilih di negara ini. Antaranya ialah:

(i) projek ECRL di Kota Bharu ke Gombak dan dijangka siap pada Januari 2027;

(ii) peruntukan sebanyak RM800 juta yang merupakan sebahagian daripada kos keseluruhan yang mencecah RM5 bilion bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air di Kelantan dan Sabah; dan

(iii) pembangunan infrastruktur dan logistik termasuk ECRL, Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU), pembesaran Lapangan

final • 6:20 PM

Tuan Liew Chin Tong

Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu Sentral (KB Sentral), Tok Bali Industrial Park (TBIP) dan Pasir Puteh Station Development.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Stampin turut mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk meningkatkan pembangunan perindustrian melalui penggubalan dasar untuk menarik pelabur asing ke Sarawak. Kerjasama erat dan sesi libat urus antara MITI dengan Kerajaan Negeri Sarawak sentiasa diperkukuh dari semasa ke semasa bagi mempermudah dan mempercepat proses kelulusan pelaburan.

Strategi promosi untuk menarik pelabur yang dilaksanakan oleh MITI dan MIDA adalah berdasarkan kepada kekuatan dan kesesuaian ekosistem di sesebuah negeri. Di Sarawak, MITI menerusi MIDA bekerjasama erat dengan MINTRED Sarawak dan RECODA bagi menarik pelaburan masuk ke negeri ini. Sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri Sarawak sentiasa diadakan.

Pelabur-pelabur di Sarawak layak untuk dipertimbangkan pakej insentif keluaran atau aktiviti yang digalakkan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 termasuk pertama, galakan taraf perintis iaitu pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus atau 100 peratus daripada pendapatan berkanun bagi tempoh lima atau 10 tahun.

Kedua, elaun cukai pelaburan iaitu elaun sebanyak 60 peratus atau 100 peratus ke atas jumlah perbelanjaan modal yang layak dilakukan oleh syarikat dalam tempoh lima atau 10 tahun. Seperti semua maklum, salah satu misi utama yang digariskan di bawah NIMP 2030 adalah untuk menjamin sekuriti ekonomi serta keterangkuman dalam menggalakkan penyertaan saksama dalam aktiviti ekonomi khususnya sektor pembuatan.

Dalam hal ini, pelaksanaan pembangunan NIMP 2030 tidak akan hanya tertumpu pada satu kawasan, malah ia akan juga mengambil kira pembangunan secara keseluruhan merentasi kluster ekonomi sedia ada serta mewujudkan kluster ekonomi baharu bagi menyokong bidang ekonomi baharu. Memandangkan...

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit.

final • 6:20 PM

Tuan Liew Chin Tong

Memandangkan seluruh kawasan negeri Sarawak merupakan kawasan yang digalakkan, Sarawak berpotensi besar dalam menjadi peneraju dalam ekonomi hidrogen dan carbon capture, utilization and storage (CCUS) seperti digariskan bawah NIMP 2030 dan juga RMKe-12. Sila.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sedikit sahaja. Yang Berhormat Timbalan Menteri, reindustrialization dengan izin, untuk mengatasi apa yang dianggap sebagai secara pramatang kita telah deindustrialized dahulu. NIMP ini dianggap sebagai satu yang paling penting.

Persoalan saya ialah Yang Berhormat Timbalan Menteri, mampu kah kita sebab ini adalah faktor utama dalam menjana negara berpendapatan tinggi. Kalau kita, contohnya dalam E&E kita masih lagi terperangkap dalam hanya aktiviti yang rendah seperti contohnya testing atau pun assemble dan testing sahaja. Kita gagal kerana persoalan talent gagal untuk move on to the front end seperti IC design atau pun you go into fabrication, kegiatan-kegiatan equipment manufacturing contohnya. Apakah kita akhirnya mampu untuk move on the higher value-added manufacturing? Ini satu soalan yang it refers to all the manufacturing.

Apakah kita mampu? Sebab ini akan menentukan sama ada we will be able to propel into the higher income economy, dengan izin. Soalan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya jawab soalan ini dan selepas itu saya akhiri ucapan atau jawapan saya.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak masa?

final • 6:20 PM

Tuan Liew Chin Tong

Dua, tiga minit sahajalah.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya hendak bagi 10.

final • 6:20 PM

Tuan Liew Chin Tong

Oh, bagi 10, okey bagus.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Masa 10 minit ya.

final • 6:20 PM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk ekonomi kita, sebenarnya empat misi yang digariskan oleh NIMP itu perlu dilaksanakan serentak iaitu kita perlukan kompleksiti ekonomi kita supaya kita bukan sahaja menghasilkan low end, low value, low product tetapi produk yang lebih kompleks dan juga proses yang lebih kompleks.

Misi kedua take up ialah berkenaan dengan automasi pendigitalan dan juga penggunaan teknologi. Misi ketiga ialah kita hendak adakan push for net zero supaya kita jadikannya secara serentak. Bolehkah kita capai? Mampukah kita capai? Saya rasa kita mampu, kita boleh capai kalau kita ada kesungguhan politik dan juga bekerjasama antara sektor awam dan swasta. Kita ada kemungkinan boleh capai apa yang kita boleh capai terutamanya dalam keadaan sekarang di mana kita mendapati bahawa banyak pelabur berhijrah daripada negara China ke Asia Tenggara.

Dalam suasana ini, ini adalah peluang keemasan kita untuk kebangkitan ekonomi kita. Dengan kestabilan politik dalam negara, kita ada kemungkinan boleh mengambil kesempatan penghijrahan pelabur-pelabur dari negara China ke rantau ini. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya teruskan...

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 6:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya sangat memahami dan setuju sangat dengan apa Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan. Akan tetapi, saya memandang kepada lokasi atau peruntukan hanya sebanyak RM1.1 bilion dalam development expenditure untuk disuntik dalam hendak mengangkat apa yang dikatakan sebagai IMP baharu ini. Jadi, semacam tidak sejajar dengan jurisdiction atau negara-negara lain.

Apakah kita mengharapkan hanya pada private sector yang hanya sembilan peratus sahaja? We are spending tidak silap saya RM94.6 bilion dalam tujuh tahun which is amounting to only RM1.1 billion injection. Bagaimana hendak kita merangsang dengan peruntukan yang sedikit itu?

final • 6:20 PM

Tuan Liew Chin Tong

Jawapan satu ialah the more the merrier. Masukkan ucapan Yang Berhormat Kuala Selangor dalam ucapan saya. Sebenarnya idea kita ialah bahawa program ini bukan sahaja untuk kerajaan suntikkan dana tetapi public-private corporation supaya kita dapat suntikan daripada pelbagai financing. Sebenarnya proses untuk menggubal NIP ini berlainan daripada usaha-usaha sebelum ini. Kita membawa World Bank, Bank Negara dan juga pelbagai agensi perbankan dan juga agensi financing untuk memikir apa hala tuju negara. Dalam semua ini, kita fikir bukan sahaja dasar tetapi juga daripada segi financing.

Saya hendak tambah satu point tentang bakat atau pun talent. Jawapan saya— saya senantiasa ditanya berkenaan dengan isu bakat atau talent. Jawapan saya there is no talent problem in Malaysia. There is only a pay problem. Kalau kita memberi gaji dua pertiga gaji Singapura, kita tidak ada masalah bakat kerana kita ada satu juta lebih rakyat Malaysia bekerja di Singapura dan ramai bekerja di peringkat dengan gaji yang rendah.

Kalau ekonomi kita, kalau kompleksiti ekonomi kita dan produk-produk yang kita hasilkan di peringkat yang lebih tinggi dan boleh membayar gaji yang lebih tinggi, maka ramai akan bekerja di sini dan bukan bekerja di Singapura. Ini sebenarnya adalah mindset shift yang kita perlukan supaya kita bukan lagi...

final • 6:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Dengan izin.

final • 6:20 PM

Tuan Liew Chin Tong

...Bermain di...

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau saya boleh sedikit minta penjelasan. Ada yang mengatakan untuk memperuntukkan 45 peratus wages to the labour. Ia merupakan suatu yang tidak wajar untuk industri. Jadi, we become a chicken and egg. Mana dulu? Increase of productivity dulu ke atau pun the progressive wages scheme yang hendak diperkenalkan oleh Kerajaan Madani?

final • 6:20 PM

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ini satu perkara yang juga perlu direlaikan dan dirungkaikan. Terima kasih.

final • 6:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

Yang Berhormat Muar, ringkaskan.

final • 6:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Ya. Terima kasih. Saya ingat cadangan NIMP dan NETR adalah dua cadangan yang sangat baik dan jikalau dapat dilaksanakan, saya rasa bakal membawa perubahan berskala besar kepada landskap tanah air.

Saya juga mengikuti tulisan-tulisan Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam The Edge Weekly berkenaan keperluan untuk kita transisi daripada subsidi konvensional kepada green energy ataupun subsidi hijau. Cuma apabila saya lihat daripada sudut tindakan dan peruntukan, banyak cadangan tersebut is not backed up with concrete action, dengan izin.

Contoh, cadangan untuk kita transition out from conventional subsidies kepada subsidi hijau. Kita lihat contohnya peruntukan dalam bab subsidi hijau ini tiada atau perbincangannya masih belum ke peringkat lebih tinggi. Saya juga ada ketengahkan satu contoh yang paling mudah di mana apabila kerajaan membuat tindakan yang progresif dan baik iaitu untuk membenarkan eksport tenaga boleh baharu ke negara luar tetapi [Disampuk] ...

final • 6:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh tujukan soalan ini kepada Yang Berhormat Menteri NRECC yang akan menjawab nanti.

final • 6:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Betul, itu selepas ini cuma ia berkait rapat juga dengan tulisan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 6:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

Ya, saya jawab berkenaan dengan isu-isu yang dibangkitkan berkenaan dengan MITI.

final • 6:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Dia berkaitan dengan your NIMP 2030 (New Industrial Master Plan) yang turut menggariskan juga berkenaan tenaga boleh diperbaharui.

final • 6:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

Memang semua pandangan dialu-alukan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan memberikan jawapan semasa Belanjawan 2024, terima kasih.

final • 6:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

So, ada ya? Terima kasih.

final • 6:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

Yang Berhormat Seputeh melalui perbahasan beliau telah pun mencadangkan agar peranan dan fungsi Perbadanan Produktiviti Malaysia (Malaysia Productivity Corporation) (MPC) dalam mempercepatkan proses pelaksanaan projek berkaitan pelaburan asing diperkukuhkan.

Kerajaan melalui MPC telah memperkenalkan program MyMudah (Malaysia Mudah) bagi membantu syarikat dan perniagaan daripada dibebani peraturan yang tidak wajar dan kos pematuhan peraturan ke arah meningkatkan produktiviti dan daya saing negara. Pelaksanaan pendekatan peraturan tangkas (HR regulation) diguna pakai untuk memastikan peraturan lebih fleksibel, responsif dan berorientasikan kepada keperluan semasa bagi memudahkan urusan menjalankan perniagaan.

Kerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) diberi tumpuan kepada kecekapan proses kelulusan pembangunan dan pemajuan tanah.

Projek rintis Kulai Fast Lane adalah merupakan antara contoh kejayaan yang mengguna pakai peraturan tangkas dalam meningkatkan produktiviti dan kecekapan penyampaian peraturan negeri Johor yang mesra pelabur.

final • 6:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

Berdasarkan kejayaan yang dilihat di Kulai, pelabur dapat memulakan operasi pada bulan keempat belas berbanding menunggu selama 24 bulan sebelum ini.

Kerjasama ini diteruskan di mana MPC dan Kerajaan Negeri Johor telah memperluaskan konsep Kulai Fast Lane ke seluruh negeri yang kini dikenali sebagai Johor Fast Lane yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pada 4 September 2023.

Pelaksanaan Johor Fast Lane dan program memudahkan pergerakan barangan di Johor dijangka menyumbang kepada purata pertumbuhan produktiviti negeri Johor sebanyak tujuh peratus dalam tempoh 10 tahun.

Seterusnya, Yang Berhormat Parit Sulong telah mencadangkan untuk mengiktiraf anak muda yang menjana pendapatan sehingga melahirkan bakat melalui platform digital melalui Dana Pembiayaan Peluang Kedua (Second Chance Fund). Untuk maklumat Yang Berhormat Parit Sulong, MITI melalui Malaysia Industrial Development Finance Berhad

(MIDF) telah melancarkan Skim Pembiayaan Peluang Kedua pada 16 Jun 2023.

Skim ini bertujuan membantu PKS dalam berhadapan cabaran dan kesulitan kewangan dan bagi pelaksanaan skim ini pada tahun 2023, MITI telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM15 juta bagi suku pertama hingga ketiga dan RM5 juta lagi dijangka akan diterima pada suku keempat.

Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Kuala Selangor tadi, sebenarnya sasaran untuk meningkatkan gaji dan juga share gaji ini sebenarnya boleh dicapai kalau NIMP dilaksanakan secara serentak dan secara berjaya.

Akhirnya atau seterusnya, saya nak jawab soalan berkenaan dengan Industri Halal yang ditanya oleh Yang Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Sibu. Seperti yang ditekankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dalam konteks pembangunan industri halal, persijilan halal bukan setakat memastikan sesuatu makanan itu tidak haram tetapi memastikannya merupakan halalan tayyiban iaitu bermutu tinggi.

MITI sedia maklum dengan potensi industri halal yang menjangkakan kenaikan nilai pasaran halal antarabangsa sebanyak 22.8 trilion menjelang tahun 2030. Perkara ini turut diterjemahkan melalui Pelan Induk Industri Halal 2030 dengan sasaran peningkatan jumlah sumbangan industri halal kepada keluaran KDNK sebanyak 10.8 peratus atau RM231.1 bilion pada tahun yang sama.

Akhirnya, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam perbahasan dan juga saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi.

final • 6:30 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh dan membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan sektor pendidikan tinggi negara sepanjang perbahasan semakan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas. Isu-isu yang dibangkitkan antaranya mengenai program TVET terutamanya di politeknik.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat semua, suka saya nyatakan bahawa berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2020, hanya 42 peratus pelajar dan program TVET di negara kita dikendalikan dan berada di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi khususnya politeknik dan kolej komuniti. Daripada sudut bilangan program diploma bagi bidang TVET di bawah KPT adalah sebanyak 299 program mewakili 37 peratus daripada keseluruhan program diploma TVET yang ditawarkan oleh 12 kementerian dan agensi di seluruh negara.

final • 6:25 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Sekalipun wujud penurunan minat terhadap program TVET di seluruh negara secara umumnya seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenggara, permintaan dan kemasukan pelajar ke dalam program TVET di politeknik di bawah KPT sebenarnya menunjukkan kemasukan yang konsisten dan berada pada tahap tertinggi sejak tiga tahun terkini. Terdapat peningkatan bilangan enrolmen pelajar peringkat diploma bagi program TVET di bawah KPT berbanding kementerian dan agensi lain iaitu 52.7 peratus atau 85,535 orang pelajar pada tahun 2022 berbanding 45.3 peratus atau 58,424 orang pelajar pada tahun 2021.

Terbaharu, kemasukan ke politeknik bagi sesi satu/pertama 2023-2024 adalah seramai 20,520 orang iaitu peningkatan lebih 20 peratus berbanding sesi yang sama pada tahun 2022-2023 iaitu seramai 16,962 orang pelajar. Bagi semua program TVET yang diuruskan oleh KPT sama ada di politeknik ataupun MTUN, sebanyak 79.6 peratus daripada tempat yang tersedia telah diisi dengan jumlah enrolmen semasa mencecah kira- kira 144,816 orang pelajar secara keseluruhannya dan kementerian kini sedang dalam proses untuk menambah beberapa lagi penawaran program yang diselarikan dengan The New Industrial Master Plan 2030 yang merangkumi bidang-bidang terkini dan termaju.

final • 6:25 PM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Misalnya, kemahiran dan pengendalian medical devices serta teknologi dalam disiplin kejuruteraan elektrik dan mekanikal pembuatan. Sekalipun jumlah kemasukan ke Program TVET di KPT adalah baik, KPT akan terus merancakkan usaha untuk memaksimumkan kemasukan, sekali gus memenuhi tempat dan kapasiti yang sedia ada.

Pertama, syarat serta akses kemasukan yang dipermudah dan diperluaskan seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. Misalnya, pengenalan Program Asasi TVET yang sudah pun ditawarkan di lima buah politeknik dengan pengisian 85 peratus daripada 500 tempat. Penawaran Program Diploma Politeknik kepada semua lepasan institut latihan kemahiran awam yang berkelayakan. Pengenalan Program Ijazah Politeknik yang diperluas kepada lepasan kolej matrikulasi, STPM, STAM dan pusat asasi serta kemasukan melalui APEL.

Kedua, Program TVET di politeknik di bawah KPT menyediakan laluan khas kemasukan kepada golongan rentan. Ini termasuklah laluan khas kepada golongan B40, OKU dan Orang Asli. Mengenai ekosistem TVET yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Muar di bawah KPT, ia adalah sistematik dan lengkap dengan laluan akademik ataupun academic pathways yang tersusun dan juga jelas. Ia dimulakan dengan tawaran peringkat sijil di kolej komuniti, Diploma di politeknik dan Ijazah di universiti-universiti teknikal ataupun M-TUN di seluruh negara.

Paling menarik, laluan ini dilengkapkan dengan dasar yang membenarkan pemindahan kredit daripada politeknik ke universiti-universiti teknikal. Dasar ini akan membolehkan pelajar lepasan Diploma daripada politeknik berpeluang melanjutkan pengajian Ijazah di universiti teknikal seluruh negara dalam tempoh yang lebih singkat dengan melompat terus ke tahun kedua mengikut kesesuaian bidang yang diambil.

Yang Berhormat Temerloh telah menyentuh kerjasama institusi TVET dengan pihak industri dan syarikat-syarikat besar. Untuk makluman, sehingga kini politeknik- politeknik di bawah KPT telah menjalin dan mempunyai hubungan serta kerjasama aktif dengan kira-kira 18,000 pihak industri dan syarikat. Kerjasama ini berlaku dalam pelbagai peringkat dan bentuk. Misalnya, perkongsian kepakaran...

final • 6:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama sekali, saya ingin puji usaha Yang Berhormat Menteri untuk menyelaraskan subjek-subjek di peringkat universiti supaya dapat dipendekkan dan pengkhususan itu akhirnya akan menyebabkan anak muda kita graduate on time. Cuma ada dua cadangan tambahan sebagai jawapan kepada persoalan saya. Pertama sekali, saya faham sekarang sudah ada sistem yang teratur bagi anak- anak TVET.

Cuma apabila kita lihat trend terbaru, di mana lebih 50 peratus anak-anak muda tidak ingin lagi pergi ke universiti ataupun IPT ataupun TVET sekalipun dan ingin terus bekerja. Salah satu sebab utama ialah tempoh masa pembelajaran itu sangat panjang.

final • 6:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Untuk dapat Diploma TVET itu dua tahun ke tiga tahun, Yang Berhormat Menteri.

Kadangkala tempohnya sangat panjang.

Wajar kah ia diawalkan? Maksudnya, daripada sekolah menengah lagi. Saya faham sekarang sudah ada sekolah teknikal dan vokasional tetapi hanya diberikan certificate. Walhal di negara-negara luar, kalau pengkhususan dibuat Tingkatan Empat, Tingkatan Lima, dapat diawalkan pemberian Diploma tersebut. Dengan itu, TVET dapat dijadikan keutamaan negara. Itu yang pertama.

Kedua, saya faham bahawa setiap hari di sosial media mesti akan ada orang yang kompelin jikalau mereka tidak dapat masuk ke universiti. Akan tetapi kalau kita lihat kadar kemasukan di TVET itu sangat rendah. Kadangkala bawah 50 peratus, sampai ada GiatMARA yang terpaksa ditutup kerana tidak ada kemasukan yang mencukupi.

Saya difahamkan bahawa bawah cadangan terbaru untuk adakan TVET Madani ataupun Portal TVET Madani. Adakah portal ini bermaksud bahawa ini ialah alternatif?

Contoh, sekarang kita sudah ada portal UPU, one stop portal bagi semua orang yang ingin masuk universiti. Adakah kita akan adakan portal yang akan menyelaraskan kemasukan bagi lebih 500 buah kolej TVET yang terpecah kepada enam ke tujuh kementerian? Kalau ada portal UPU TVET ini, dengan itu lebih baik untuk orang sertai, tahu bahawa pendidikan percuma, siap dapat bantuan bulanan. Saya berharap portal UPU bagi TVET ini dapat juga kita perkenalkan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat Muar, mengenai dua cadangan tersebut yang sememangnya sedang dalam peringkat pertimbangan. Itu sebabnya tadi saya menyatakan bahawa daripada segi soal akses, memang kita sedang kaji supaya semua lepasan institut latihan kemahiran yang mengambil sijil-sijil itu, kalau dia masuk ke politeknik, antaranya dia boleh memindahkan kredit. Jadi maknanya, dia buat dua tahun atau dua tahun setengah mengikut kesesuaian program.

Kedua, mengenai portal itu, memang telah pun ada portal khusus untuk program- program di peringkat penawaran pengajian TVET dan ini di bawah Kementerian Sumber Manusia.

final • 6:40 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Yang Berhormat Menteri, Tenggara.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Ya, Yang Berhormat Tenggara banyak. Nanti saya akan jawab.

final • 6:40 PM

Tuan Manndzri bin Nasib - Tenggara

Sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak mengesahkan sahaja bahawa usaha KPT dalam mengangkat TVET berkaitan dengan AV ini, saya pagi tadi lewat dua jam ke Parlimen sebab menyertai Mesyuarat Koordinasi Malaysia Automotif bersama dengan pihak Politeknik Sultan Azlan Shah dan juga bersama BERMAZ Auto. Jadi, saya kira program- program usaha sama dengan industri itu perlu diperbanyakkan. Saya harap KPT boleh terus istiqamah dan memperkasakan lagi industrialmanship ataupun TVET dalam industri ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat daripada Tenggara. Memang saya sedang menjawab Yang Berhormat Temerloh tadi mengenai kerjasama antara institusi TVET dalam KPT iaitu politeknik dengan pihak industri dengan syarikat besar yang telah saya katakan bahawa terdapat kira-kira 18,000 pihak industri dan syarikat yang ada kerjasamanya dengan pihak KPT, terutamanya politeknik.

Saya ingin tegaskan iaitu terdapat sekurang-kurangnya tiga impak penting daripada segala kerjasama dengan industri ini. Pertama, pengajian di politeknik akan menjadi sangat relevan, kompetitif, bersifat kalis masa hadapan dengan potensi menerima bayaran gaji premium.

Kedua, politeknik akan menjadi institusi strategik bagi tujuan reskilling dan upskilling. Malah, kita sedang memanfaatkan kerjasama yang baik dengan pihak industri ini untuk membangunkan RUC iaitu reskilling, upskilling center yang akan menjadi pusat

final • 6:40 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

latihan semula kepada semua. Sasaran awal kita adalah untuk politeknik melatih 3,000 orang pekerja industri.

Ketiga, politeknik dan kolej komuniti akan bertindak sebagai pusat utama penawaran pakej micro-credential kepada masyarakat seperti yang disarankan juga oleh Yang Berhormat Muar. Ini secara tidak langsung akan membuka ruang pengajian sepanjang hayat kepada semua pihak seperti yang telah saya katakan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga bersetuju dengan pengamatan serta saranan Ahli-ahli Yang Berhormat, terutamanya Yang Berhormat Tenggara berkenaan kepentingan pendigitalan pendidikan politeknik. Perkara ini sememangnya menjadi fokus dan keutamaan pihak kementerian untuk Penggal Kedua, Rancangan Malaysia Kedua Belas. Malah, KPT telah memulakan agenda pendigitalan ini dengan membangunkan apa yang kita panggil sebagai Poly Digital 2023-2027.

Di bawah Poli Digital ini, KPT sedang melaksanakan beberapa perubahan besar.

Ini juga menjawab Yang Berhormat Muar kerana ini adalah antara usaha kita untuk menarik lebih ramai anak-anak kita untuk belajar di politeknik. Ini termasuklah mengubah pendekatan dan teknik pembelajaran serta pengajaran Program TVET agar lebih anjal, bersifat futuristik, digital dan mengguna pakai kelebihan teknologi serta inovasi seperti, dengan izin, metaverse, future TVET classroom, augmented reality, virtual reality, apple edu classroom dan VXL - virtual learning experience space, memastikan graduan politeknik dilengkapi dengan kemahiran...

final • 6:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Yang Berhormat Menteri, berkaitan sedikit tadi dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Muar dan juga Yang Berhormat Tenggara sebentar tadi. Difahamkan– saya tidak ada fakta yang tepat, 30 peratus sahaja pelajar lulusan SPM ataupun lepasan SPM masuk universiti, 70 peratus tidak. Ada sebahagiannya mungkin masuk bekerja dan yang adanya yang kita hendak masuk dalam TVET ini.

Boleh tidak saya tambahkan, kalau tidak ada lagi lah yang dipanggilkan modular di mana sekarang dua tahun setengah, mungkin ada yang tiga bulan tetapi dia sambil belajar, jual burger dan sebagainya dia upskilling tadi. Terdapat skilling dan mungkin juga dia akan tambah lagi lah dia punya income kalau dia ada dapat sesuatu skil yang mungkin tidak perlu masa lama, bukan macam automotif yang ambil masa. Mungkin itu di antara yang opsyen yang boleh dicater for yang 70 peratus. Saya memikirkan yang 70 peratus ini. Mungkin yang ada sekarang ada di politeknik ini mungkin hanya beberapa peratus kan. So, yang short-term. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih, Yang Berhormat daripada Kapar. Kita di kementerian kita memang sedang merangka program mentransformasikan politeknik.

final • 6:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

[Bangun]

final • 6:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Maknanya secara keseluruhan kita sedang melihat segala-galanya dan salah satu daripada perkara seperti yang disebut oleh Yang Berhormat, kita akan merangka di mana melalui politeknik METrO kita akan menyediakan program-program di mana pelajar dia boleh belajar sambil bekerja.

So, itu antaranya tetapi bila sampai masa kita lancarkan program transformasi itu maka ia akan meliputi segala perkara yang dinyatakan oleh Yang Berhormat ataupun dicadangkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Jadi berbalik kepada digitalization...

final • 6:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Yang Berhormat Menteri, Alor Setar sedikit. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Lama-lama saya tidak boleh jawab semua nanti.

[Ketawa]

final • 6:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

Ini berkaitan dengan TVET dan Yang Berhormat sebut tadi kerjasama agensi-agensi. Kita sangat mendukung

final • 6:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden - Alor Setar

perlaksanaan TVET dan apa jua perancangan kementerian. Saya hendak sebut ada satu aduan di Kedah. Ada IPTA di Kedah ini apabila dijemput hadir ke mesyuarat dan perbincangan bersama Exco Pengajian Tinggi di peringkat negeri Kedah, mereka diarahkan untuk tidak hadir. IPTA di Kedah. Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri adakah ini benar dan kalau benar ia sangat merugikan. Saya minta perhatian pihak Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih, Yang Berhormat.

Pertama, tidak ada arahan sedemikian tetapi yang kedua saya hendak tanya, kalau setiap universiti atau IPTA mereka ada autonomi. Kalau kerajaan negeri hendak jemput untuk tujuannya jelas tidak ada masalah tetapi kalau mungkin terbawa-bawa, dahulu pernah menjadi Naib Canselor. Jadi, itu tidak berapa betul lah.

Jadi, untuk tujuan apa kalau datang untuk hendak bagi duit kepada universiti untuk buatkan program tidak ada masalah. Akan tetapi kalau rasakan kerana kita ini kerajaan negeri kita Exco maka kita panggil, itu tidak boleh lah. Kalau untuk panggil pelajar untuk ramaikan program pun itu tidak boleh lah kerana akan mengganggu urusan kita untuk memberi didikan ilmu kepada anak-anak kita. Jadi saya harap ini sangat jelas.

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah lari sudah daripada –okey, impak besar daripada agenda pendigitalan ini akan menyebabkan ekosistem dan program politeknik diberikan nafas baharu dan dilonjakkan secara radikal. Paling penting, kita hendak pastikan bahawa belajar di politeknik itu adalah menyeronokkan dan ini adalah suatu cara di mana kita hendak menarik pelajar-pelajar kita supaya minat untuk sambung belajar terutamanya di politeknik.

Politeknik melalui itu dengan pendigitalannya akan boleh berkongsi program pengajian sesama mereka, akan menjadi pusat pengajian teknikal dan teknologi tercanggih, tempoh pengajian akan menjadi lebih singkat, suasana pembelajaran dipacu pendekatan kreatif lagi menyeronokkan dan penggunaan gadget atau peranti teknologi menjadi ciri utama dan latihan kemahiran akan menggunakan pendekatan inovatif yang selari dengan minat dan kecenderungan anak muda.

Seterusnya saya ingin merujuk kepada permintaan pembinaan institusi TVET ataupun IPT baharu di sesetengah kawasan seperti yang dipohon oleh Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Jerantut dan Yang Berhormat Parit Buntar. Secara asasnya, kementerian mengakui keperluan dan kepentingan untuk menambah dan melebarkan akses kepada program-program TVET di politeknik.

Atas dasar itu, perkara ini menjadi sebahagian perancangan dan fokus KPT untuk dimasukkan ke dalam RMKe-13 kelak. Bukan sahaja politeknik tetapi cawangan- cawangan universiti MTUN. Ini kerana kita percaya dengan usaha-usaha kita melakukan semua ini, kita akan dapat menyaksikan peningkatan minat untuk masuk dan belajar dalam bidang TVET.

Maka dengan demikian, akan ada keperluan untuk kita menambah politeknik dan pada ketika itu kita akan timbangkan di mana kita patut letakkan politeknik-politeknik tersebut. Sekarang ini, pihak kementerian kita sedang meneliti secara mendalam aspek- aspek penting seperti kecukupan tenaga pengajar dan keperluan melahirkan lebih ramai pakar rujuk industri serta bidang-bidang kritikal yang hendak diterokai.

Berhubung dengan program politeknik berteraskan Islam atau TVET Tahfiz seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Tampin dan Yang Berhormat Jerantut, kementerian selari dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara dan prinsip serta aspirasi Malaysia Madani yang mengangkat nilai unggul dalam diri untuk disatukan dengan kemahiran terbaik, maka saya suka menyatakan iaitu pihak kementerian sedang menimbang membuka satu laluan khas ke politeknik dan program TVET di bawah KPT kepada para pelajar aliran agama, para huffaz dan lepasan maahad Tahfiz.

Ini bermakna jika sekarang ini program Techno-Huffaz hanya dilaksanakan secara khusus dan terhad kepada empat program di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Sultan Azlan Shah maka selepas ini pelajar tahfiz, aliran agama dan lepasan maahad akan mempunyai peluang serta laluan yang lebih besar dan pelbagai untuk mengikuti pengajian TVET di semua politeknik di bawah Kementerian Pengajian

final • 6:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Tinggi. Selain dari semua yang saya nyatakan ini seperti yang telah saya maklumkan, KPT sedang merangka agenda transformasi politeknik yang dijangkakan akan dilancarkan sebelum akhir tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat telah membangkitkan pelbagai isu yang secara rangkumannya menyentuh soal kegagalan pelajar cemerlang mendapat tempat di IPTA khususnya dalam jurusan kritikal dan proses pemilihan kemasukan pelajar ke IPT. Yang Berhormat daripada Puncak Borneo, Raub, Sungai Siput, Klang, Jelutong dan juga Batu. Saya ingin menyatakan bahawa pemilihan pelajar memasuki IPT adalah berasakan prinsip meritokrasi.

Untuk makluman semua, asas pemilihan bagi calon lepasan STPM, matrikulasi, asasi, STAM ke Universiti Awam adalah berpandukan kombinasi 90 peratus pencapaian akademik dan 10 peratus pencapaian kokurikulum. Walau bagaimanapun, setelah calon- calon membuat pilihan bidang yang ingin dipelajari, kejayaan mendapat tempat tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata.

Akan tetapi keputusan permohonan turut bergantung kepada kedudukan merit, syarat am dan syarat khas yang ditetapkan dalam sesuatu program serta bilangan tempat yang tersedia. Bagi sesi akademik 2023 – 2024, seramai 70,156 orang calon telah berjaya memperolehi tawaran bagi mengikuti 1,098 program pengajian sarjana muda. Peratus kejayaan calon yang berjaya mendapat tawaran berdasarkan kelayakan mengikut kaum masing-masing adalah seperti berikut. Bumiputera – 72.69 peratus, Cina – 86.65 peratus, India – 66.86 peratus dan lain-lain – 70.34 peratus. Secara umumnya, peratusan kadar penawaran antara bumiputera dan bukan bumiputera adalah 72.69 peratus bagi bumiputera dan 78.70 peratus bagi bukan bumiputera.

final • 6:50 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Selain itu, daripada keseluruhan 70,156 tempat yang ditawarkan, seramai 45,310 adalah calon perempuan dan 24,846 adalah calon lelaki.

final • 7:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Yang Berhormat Menteri. Mencelah.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Dalam usaha meningkatkan pencapaian pendidikan tinggi...

final • 7:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Mencelah Yang Berhormat Menteri? Ya, boleh.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jika apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri yang kemasukan ke IPTA adalah mengikut meritokrasi dan di sini saya ada beberapa contoh yang memang tidak munasabah.

Seperti pada tahun 2018, seorang pelajar menerima anugerah cemerlang top 10 STPM daripada Kementerian Pendidikan memohon kursus farmasi di USM. Walau bagaimanapun, beliau hanya mendapat kursus pilihan yang keenam iaitu sains kesihatan.

Saya ingin bertanya, sekiranya pelajar cemerlang top 10 STPM pun tidak dapat kursus yang diingini, macam mana untuk pelajar lain yang kurang cemerlang. Adakah mereka tidak wajar menikmati hak pendidikan yang adil dan telus?

Saya hendak tanya adalah, jika seseorang pelajar yang daripada matrikulasi, mereka mendapat keputusan 4.0 CGPA dan berbanding dengan seorang pelajar daripada STPM yang dapat keputusan 4.0, siapakah akan dapat priority? Walaupun dalam Ko-K ada markah 10. Akan tetapi, seperti kes ini top 10 STPM, seorang pelajar yang cemerlang pun tidak dapat first choice dia. Apakah penjelasan daripada KPT? Sekian.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, saya ingin maklumkan iaitu bermula daripada sesi akademik— yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Untuk makluman semua, kementerian telah menerima sebanyak 8,044 permohonan daripada calon lepasan STPM, matrikulasi asasi dengan keputusan PNGK 4.0. Pelajar cemerlang yang dinyatakan tadi.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Daripada jumlah tersebut, 1,626 calon telah memilih Program Perubatan Pergigian dan Farmasi sebagai pilihan pertama. Inilah program-program kritikal yang dinyatakan tadi. Sedangkan bidang-bidang ini hanya mempunyai 1,124 tempat sahaja dengan pecahan program perubatan sebanyak 705 tempat, pergigian 153 tempat dan farmasi 266 tempat.

Bagi program-program kompetitif ini seperti perubatan, pergigian, farmasi termasuk undang-undang, calon-calon bukan sahaja wajib mendapat keputusan cemerlang bagi merebut tempat yang sangat terhad, sebaliknya mereka perlu turut melepasi ujian khas serta mempamerkan prestasi yang meyakinkan dalam sesi temu duga yang dibuat dan diuruskan sendiri oleh sesebuah universiti. Dia mesti melalui temu duga.

Bukan sahaja tempat terhad tetapi perlu melalui temu duga dan proses ujian khas dan temu duga oleh pihak universiti ini secara umumnya menggunakan pendekatan multiple mini interview dan dikendalikan oleh beberapa panel yang terdiri daripada lima hingga 20 tenaga pengajar.

Ia menilai aspek-aspek seperti kematangan, kefahaman tentang sektor kesihatan awam, pengetahuan am, pengupayaan menyelesaikan masalah, ketahanan emosi, profesionalisme, kemahiran komunikasi, pemikiran kritikal dan imaginatif daya empati dan juga etika. Maka setelah mengambil kira pencapaian akademik, perakuan temu duga dan atau ujian khas, bilangan tempat yang terhad dan keutamaan pilihan calon sudah pasti akan terdapat calon-calon yang tidak mendapat tempat walaupun memperoleh keputusan PNGK 4.0.

final • 7:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Yang Berhormat Menteri, mencelah sedikit.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Apatah lagi sekiranya calon tersebut hanya memilih institusi yang bertapak di Lembah Klang seperti Universiti Malaya dan tidak memilih tempat-tempat yang lain. Ya.

final • 7:00 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Mencelah sedikit lagi. Saya tahu ada kemasukan ke universiti, ada sesi interview tetapi yang ramai pelajar yang ditolak adalah pelajar STPM dan alasan-alasan tidak diberi. Adakah ini munasabah?

Saya hendak tanya adakah KPT boleh dedahkan statistik sekarang yang pelajar di Universiti Malaya ataupun UPM, USM, universiti IPTA yang utama ini seperti kursus medic, undang-undang dan juga farmasi. Berapa orang pelajar STPM masih di dalam kursus ini? Saya harap KPT boleh dedahkan statistik ini, kerana ini adalah statistik yang sangat penting dan kami tahu yang pelajar yang dapat matrikulasi 4.0 adalah mempunyai chance yang priority jika berbanding dengan pelajar STPM.

final • 7:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Yang Berhormat Menteri. Mungkin selepas jawab, saya bagi peluang nanti.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat dari Raub. Kita memang tahu setiap pelajar yang telah melalui semua proses ini dan kita boleh— jika ia tidak bertentangan dengan soal perlindungan data, keputusan interview dan ujian yang mereka lalui, maka kita boleh maklumkan secara umum mengenai mereka ini. Akan tetapi, saya hendak bagi tahu, ada calon-calon— sebab saya terima banyak rayuan, apabila kita siasat, mereka tidak berjaya dalam semua temu duga yang mereka lalui, tiga ataupun empat universiti.

Misalnya kadangkala, dia hendak ambil perubatan tetapi dibaling darah kepada mereka, mereka terperanjat pengsan atau pun kita kemukakan melalui apa yang telah diberitahu isu-isu dan sebagainya yang menguji tahap kesabarannya, maka mereka tidak berjaya di peringkat itu. Jadi soal yang dikemukakan dan diminta itu, nanti kita akan maklumkan kepada Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Yang Berhormat Menteri. Satu soalan.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Saya masa itu.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Saya, Yang Berhormat. Saya jawab semua yang bahas tempoh hari daripada saya jawab baru yang hari ini hendak bangkit. Jadi, atas sebab itulah saya ingat tidak adil kepada yang sudah mengambil bahagian bahas.

final • 7:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Saya isu yang telah bangkit Yang Berhormat Menteri.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Jadi, Yang Berhormat boleh kemukakan.

final • 7:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Yang Berhormat Menteri, sebenarnya saya ada bangkit isu.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Mengenai soal rayuan? Soal rayuan. Rayuan sehingga 16 September. Akan tetapi, keputusan rayuan dijangka akan diumumkan pada minggu ketiga bulan Oktober dan sekiranya masih gagal, kita serah pada universiti kalau ada kekosongan dia boleh apply pada that particular university, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri perlu masa tambahan?

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Saya mohon sedikit masa lagi.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya bagi masa tambahan 10 minit.

final • 7:00 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Ya, terima kasih.

final • 7:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Tuan Yang di-Pertua, kalau begitu boleh saya tambah sedikit sahaja? Saya sangat— betul bersetuju Yang Berhormat memang ada perlu ada tapisan dan sebagainya interview dan sebagainya. Masalahnya apabila kita tidak didedahkan dengan maklumat perinci siapa yang telah diterima dan sebagainya, berapa jumlah sebenarnya dan kenapa.

Memang ada wujudnya perkara-perkara yang telah di-viral-kan beberapa perkara dari sepertimana kita nampak. Matrikulasi kelayakan yang berbeza kepada murid yang sama ya, apabila kualiti yang berbeza yang kita nampak. Adakah universiti pun kalau kita rasa nampak walaupun telah melepasi semua tapisan.

Apabila kita nampak jurusan undang-undang ada yang tidak serata apabila keputusannya bukan semua dapat 4.0 flat yang dapat, ada. Ada yang tidak dapat pun masuk juga, bagaimana mereka dapat kemasukannya? Maka saya nampak kecenderungannya di situ, ada kepercayaan daripada orang ramai di luar sana, mereka tidak percaya dengan sistem yang telah kita guna pakai untuk menilai dan menapis dan menerima murid-murid tersebut.

Itu yang menyebabkan di kalangan bukan Melayu khasnya, ramai tidak percaya dengan apa yang telah dilakukan apabila semua nampak seseorang itu hendak jadi dapat 4.0 flat dalam STPM atau pun daripada kindergarten dia punya pelajaran telah dididik begitu. Keluarganya, budak ini sudah belajar begitu tekun sekali dan akhirnya apabila 4.0 flat dan dia menerima semua, kita nampak dia tidak terima dalam— impiannya terkecai hanya disebabkan tanpa diberitahu kenapa dia tidak layak. Ini berlaku Yang Berhormat Menteri.

Saya percaya kita patut— Itu sebab saya ujarkan. Boleh tidak kita ada satu universiti baharu sebab kita sudah lama kita nampak ramai sebenarnya yang lepasan SPM dengan baik, kita tidak dapat So, kalaulah kita ada cadangan supaya semua yang terbaik ini boleh dapat kita menampung adalah terbaik untuk semua untuk negara dan sebagainya, terima kasih.

final • 7:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Menteri.

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih, kementerian memang sedar mengenai isu dan cabaran yang dihadapi dalam soal ini. Mungkin apa yang kita boleh maklumkan seperti yang dikehendaki oleh Yang Berhormat Raub juga daripada perubatan misalnya 705 buah tempat kita boleh maklumkan calon-calon daripada mana yang dapat sama ada daripada STPM ataupun daripada matrikulasi dan sebagainya seperti yang dikehendaki.

Sehubungan dengan ini juga, pihak kerajaan, kementerian kita akan bincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia selaku pemegang taruh utama sektor kesihatan untuk melihat semula moratorium penambahan tempat pengajian terutamanya bidang perubatan dan juga pergigian kerana terlalu sedikit jumlah yang dibenarkan. Jadi, kita akan bincang dengan Kementerian Kesihatan untuk kita lift moratorium tersebut supaya kita dapat tambah tempat bagi pelajar-pelajar tersebut.

final • 7:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Menteri boleh saya juga dapat dua penjelasan?

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Sama kan isu?

final • 7:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tidak, isu- berkaitan, tetapi tidak sama.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin minta Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan. Didapati sistem yang menguruskan permohonan kemasukan ke universiti awam ini bagi saya tidak pintar tidak cukup cerdik lagi kerana kadang-kadang mereka yang dapat semua A yang dapat CGPA 4.00 flat mereka mohon untuk jadi doktor tetapi ditawarkan jururawat. Dapat keputusan yang cemerlang mohon untuk jadi peguam dia minta, dia study psychology, dan kemudian mereka tidak ada pilihan. Kalau mereka tolak tawaran yang diberikan, mereka langsung tidak akan ditawarkan lagi pada masa itu dan juga masa depan.

Bagi saya, satu sistem rayuan yang menggunakan minda manusia yang lebih cerdik daripada sistem komputer ini perlu diadakan kerana setiap tahun ini berlaku yang ditawarkan itu tidak masuk akal, kadang-kadang. Jadi, haraplah dapat penjelasan, kenapa boleh mereka yang mohon jadi doktor ditawarkan jururawat, dan jadi lawyer, hendak diminta studi psikologi. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Saya sudah jelaskan. Satu- tempat tidak cukup. Dua- semua tumpu kepada universiti di Lembah Klang, dan saya ingin tegaskan iaitu semua pelajar yang ditawarkan program-program kritikal seperti perubatan, pergigian dan farmasi ialah mereka yang dapat 4.0, PGNK 4.0. Jadi, tidak timbul.

Jadi, alasannya seperti yang telah saya nyatakan dan kalau dikatakan bahawa sistem rayuan itu perlu diperbaiki insya-Allah kita akan lihat kepada itu. Saya juga telah nyatakan iaitu untuk akan datang kita telah dan akan runding dengan Kementerian Kesihatan untuk menambah tempat-tempat kerana kita dapati setiap tahun ramai mereka yang cemerlang 4.0 tetapi tidak dapat apa yang telah mereka mohon melalui sistem UPU ini.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada perkara yang dibahaskan itu, Ahli-ahli Yang Berhormat juga telah bahas mengenai perkara-perkara yang berkisar mengenai saranan pemfokusan serta pengenalan jurusan baharu di IPT.

Yang Berhormat Sabak Bernam dan Yang Berhormat Jerantut menyarankan agar kementerian memberi perhatian kepada perkembangan industri nadir bumi dan menambah program-program pengajian dalam bidang ini di IPT. Berdasarkan maklumat yang ada di kementerian, sejak tahun 2018 sehingga tahun 2022, seramai 1,108 orang graduan telah berjaya menyempurnakan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Sumber Mineral.

Selain USM, beberapa buah universiti awam juga turut menawarkan program akademi dalam bidang Sains Geologi atau Sains Gunaan dengan jumlah enrolmen semasa kira-kira 1,093 orang pelajar. Sekalipun jurusan tersebut tidak dinamakan atau

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

dikhususkan kepada industri nadir bumi, graduan dalam bidang ini sebenarnya turut berkelayakan menyumbang tenaga dan menyertai industri mineral dan elemen nadir bumi.

Seterusnya bagi membangunkan sistem pendidikan yang berupaya melahirkan tenaga kerja dalam industri halal seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat Kuala Langat, saya ingin menarik perhatian bahawa pengajian dalam bidang ini sememangnya telah diberikan perhatian serius. Enrolmen semasa menunjukkan kira-kira 2,114 orang pelajar sedang mengikuti pengajian tinggi di sekurang-kurangnya 11 buah universiti awam yang menawarkan program berkaitan industri halal.

Berkenaan dengan saranan Yang Berhormat Kuala Pilah agar dikembalikan Kursus Diploma Pendidikan untuk memastikan kualiti guru, saya ingin menarik perhatian bahawa Kursus Diploma Pendidikan atau Diploma Pasca Siswazah Pendidikan sebenarnya telah mula dilaksanakan kembali oleh beberapa buah universiti awam sejak beberapa tahun yang lepas.

Tuan Yang di-Pertua, perkara berkaitan kebajikan dan kebebasan mahasiswa seperti dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Tenom dan Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Hulu Terengganu menyarankan agar mahasiswa tidak hanya dihadkan membuka dan menggunakan akaun RHB Islamic Bank. Berhubung perkara ini, saya ingin jelaskan bahawa pembukaan akaun RHD Islamic Bank adalah sebahagian daripada pelaksanaan Inisiatif Kad Prihatin Siswa. Ia merupakan salah satu usul yang telah dikemukakan pihak Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan sendiri kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu iaitu pada 30 Jun 2020.

Kad Prihatin Siswa ini mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaan seperti kad debit bank, kad tawaran promosi dan diskaun, penyaluran kemudahan pinjaman PTPTN serta kad akses kepada kemudahan dalam kampus seperti rekod kehadiran, perkhidmatan perpustakaan serta kemudahan eWallet dan penyeragaman identiti mahasiswa universiti awam. Pelaksanaan inisiatif ini melibatkan hampir 560,000 orang mahasiswa di universiti awam.

Susulan daripada usul tersebut, RHB Islamic Bank telah terpilih sebagai rakan strategik bagi pelaksanaan inisiatif ini dan pilihan itu ialah hasil daripada proses saringan dan penelitian di peringkat KPT serta persetujuan dan kelulusan oleh Lembaga Pengurusan Universiti-universiti Awam yang terdapat dalam negara.

Tuan Yang di-Pertua, isu terakhir menyentuh tentang semakan dasar dan pendekatan pendidikan. Yang Berhormat Indera Mahkota telah membangkitkan agar kita melihat kembali pendekatan serta aspirasi pendidikan serta pendidikan tinggi di negara kita. Semasa sesi persidangan yang lepas, saya telah maklumkan bahawa KPT telah menubuhkan satu Jawatankuasa Semakan Dasar Pendidikan Tinggi Negara bagi menyemak secara terperinci dasar-dasar dan pendekatan sektor pendidikan tinggi negara kita.

Pada kesempatan ini saya ingin maklumkan bahawa jawatankuasa tersebut telah pun menyiapkan laporan akhir mereka dan dapatannya telah dibentangkan kepada pihak KPT pada bulan Julai yang lepas. Secara umumnya, NRC telah menyemak sejumlah 45 buah dokumen dasar, dan mengumpulkan sejumlah 874 isu hasil tinjauan soal selidik institusi yang melibatkan 134 buah institusi merangkumi agensi universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan institusi pendidikan tinggi swasta.

Daripada proses tersebut, jawatankuasa telah mengenal pasti sebanyak 59 cadangan penambahbaikan yang terdiri daripada 29 cadangan bersifat transformative, 12 cadangan quick win dan 18 inisiatif pemboleh daya- enabler. Ia juga telah mengemukakan cadangan akta-akta yang perlu dipinda, 11 buah dasar yang perlu ditambah baik dan empat buah dasar baharu yang perlu diwujudkan.

Memandangkan dasar serta pendekatan dalam sektor pendidikan tinggi melibatkan kemaslahatan negara dan orang awam, maka pihak KPT akan turut mengadakan hari terbuka untuk orang awam dan semua pemegang taruh mengambil peluang menilai dan memberi pandangan serta maklum balas kepada pelbagai perubahan dasar yang akan dilakukan kelak. Kementerian akan memaklumkan kepada semua pihak butir-butir hari terbuka tersebut dalam sedikit masa lagi.

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Tuan Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat, sekian sahaja saya melaporkan.

final • 7:20 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Yang Berhormat Menteri, isu yang garis panduan konsert dalam IPT perlu dijawab.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Garis panduan konsert saya telah jawab bahawa perkara itu diturunkan kepada universiti. Kementerian beri autonomi pada universiti dengan syarat ia berunding dengan mahasiswa itu sendiri. Jadi...

final • 7:20 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Akan tetapi Menteri.

final • 7:20 PM

Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Masalah isu tersebut telah pun dimaklumkan kepada semua. Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada semua atas...

final • 7:20 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Akan tetapi Menteri.

final • 7:20 PM

` Datuk Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Penyertaan dalam perbahasan ini dan di kesempatan dan ruang yang diberikan bagi kementerian untuk menjawab semua isu yang telah dibangkitkan.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi.

final • 7:20 PM

Tuan Chow Yu Hui - Raub

Yang Berhormat Menteri, boleh jawab sedikit lagi?

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

Saya jemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawab dalam masa 30 minit.

final • 7:20 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.

Pertamanya, izinkan saya mengucapkan jutaan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 bermatlamatkan Malaysia Madani: Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) amat mengalu-alukan inti pati pembentangan ini. Terutamanya bagi mempertingkatkan daya tahan ekonomi melalui pemerkasaan perusahaan mikro kecil dan sederhana dan pembangunan industri berpertumbuhan dan bernilai tinggi atau, dengan izin, high growth, high value. Dalam kesempatan ini, saya ingin menegaskan bahawa KUSKOP bersedia untuk terus memperkukuhkan peranannya bagi memikul tanggungjawab sebagai penyelaras program keusahawanan merentasi kementerian dan agensi.

Seterusnya, saya ingin menzahirkan penghargaan kepada sembilan orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Ayer Hitam dan Yang Berhormat Bukit Bendera yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan isu- isu berkaitan kementerian saya sepanjang tempoh perbahasan usul KSP RMKe-12 ini.

Justeru, saya bercadang untuk menyampaikan maklum balas kepada Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut yang masih berada di dalam Dewan. Manakala yang tidak berada di dalam Dewan, kementerian ataupun KUSKOP akan sampaikan maklum balas secara bertulis. Begitu juga dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mencelah. Saya hanya akan benarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas seperti mana yang telah saya senaraikan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Mas masih ada? Tidak ada. Sudah balik ke Pasir Mas.

final • 7:31 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Yang Berhormat Betong? Pun sudah balik ke Betong. Yang Berhormat Betong sudah balik ke Betong.

Yang Berhormat Shah Alam? Pun sudah balik ke Shah Alam...

final • 7:31 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Ada yang solat itu.

final • 7:31 PM

Datuk Ewon Benedick

Yang Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Pasir Puteh? Pun sudah balik ke kawasan masing-masing.

Yang Berhormat Kalabakan? Pun balik. Ada?

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kalabakan telah membangkitkan mengenai bantuan secara bersasar kepada usahawan PMKS bagi mengembangkan pasaran melalui peningkatan eksport. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, antara fokus utama kementerian adalah bagi mengantarabangsakan usahawan PMKS tempatan melalui pelaksanaan program dan inisiatif berteraskan galakan eksport seperti berikut.

Pertama, program-program galakan eksport di bawah SME Corp seperti Program Galakan Eksport Bumiputera, Program Pengukuhan Eksport PKS dan Program Rantaian Lokal. Bagi tempoh 2021 hingga Ogos 2023, sebanyak 33 orang usahawan PMKS telah menerima geran berjumlah RM5.3 juta di bawah program JAB dan SMEs Global.

Sebanyak 461 orang peserta juga telah menyertai latihan dan klinik perniagaan bagi persediaan meluaskan pasaran ke luar negara.

Manakala, di bawah program GLOSMEP, lebih 2,700 orang usahawan PMKS telah menyertai 2,388 sesi padanan perniagaan dengan potensi jualan sebanyak RM503.0 juta. Terkini, sebanyak 42 sesi padanan perniagaan telah diadakan pada 11 September 2023 yang lalu melibatkan 37 orang usahawan PMKS tempatan bersama 12 buah syarikat dari negara Turki dengan mencatatkan potensi jualan sebanyak RM9.6 juta.

Kedua, program Business Exports Programme (BEP) di bawah SME Bank yang menawarkan latihan bimbingan eksport dan penyertaan dalam misi perdagangan luar negara kepada syarikat PKS bumiputera. Sehingga kini, sebanyak 47 buah syarikat telah menerima pembiayaan berjumlah RM120.4 juta dan merekodkan jualan eksport berjumlah RM123.44 juta.

Yang Berhormat Balik Pulau? Pun sudah balik ke Balik Pulau.

Yang Berhormat Bukit Bendera? Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Bendera telah membangkitkan isu perumahan di Tanjung Tokong oleh UDA Holdings yang dilaporkan masih lagi tertangguh.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bukit Bendera dan Dewan yang mulia ini, penglibatan UDA sebagai agensi pelaksana bagi penempatan semula penduduk asal Tanjung Tokong bermula pada tahun 1972 di kawasan seluas 43 ekar. Sehingga kini, 25 ekar daripada jumlah tersebut telah dibangunkan dan baki 18 ekar bakal dibangunkan sebagai penempatan semula ataupun rumah ganti, rumah mampu milik dan rumah kos sederhana serta turut menempatkan sebuah sekolah menengah.

Sehingga tahun 2022, UDA telah menyelesaikan sebanyak 1,486 unit penempatan semula penduduk asal Tanjung Tokong yang merangkumi pembangunan perumahan fasa satu, dua, tiga dan empat. UDA kini sedang melaksanakan pembangunan perumahan untuk baki 659 -keluarga terlibat yang dijangka siap dalam tempoh empat tahun. Di samping itu, hampir keseluruhan unit kediaman penempatan semula di Tanjung Tokong telah diberi secara percuma. Di peringkat penduduk asal ataupun bekas pemegang temporary occupation license (TOL), anak-anak- yang layak dan penyewa unit rumah yang layak.

Dalam hal ini, syarat sekatan khas hanya tertakluk untuk sebahagian pembangunan Tanjong Tokong melibatkan fasa satu, dua dan tiga sahaja. Manakala, baki tanah untuk pembangunan yang seterusnya adalah tertakluk kepada kehendak-kehendak kelulusan pembangunan terkini dan saya bercadang untuk mengadakan kunjungan ke tapak ini bersama-sama dengan Yang Berhormat seperti mana yang diminta oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat Ayer Hitam rasanya sudah balik ke Ayer Hitam.

final • 7:31 PM

Datuk Ewon Benedick

Maka, dengan demikian Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahajalah penjelasan- penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 pada Mesyuarat ini.

final • 7:31 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Menteri, Ampang.

Oleh sebab tiada orang lain bahas, saya hendak tambah satu tadi berkaitan dengan soalan yang dikemukakan. Saya tidak ingat tadi daripada mana. Tentang eksport.

final • 7:31 PM

Datuk Ewon Benedick

Okey.

final • 7:31 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

...Yang Berhormat Kalabakan.

final • 7:31 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Kalabakan. Kalau dibenarkan, saya berminat untuk bertanya kepada Menteri.

Walaupun saya tidak dapat berbahas hari itu. Saya ingin mengatakan di sini tentang mungkin pihak kementerian perlu melihat tentang kesinambungan mereka yang telah pun dilatih dan mereka telah pun dapat membawa produk-produk ini eksport ke luar negara.

Akan tetapi persoalannya kadang-kadang bantuan itu ataupun hasil perdagangan yang kita bawa untuk exhibition itu, dengan izin, telah pun mendapat sambutan. Akan tetapi akhirnya peranan MATRADE khususnya dan juga KUSKOP tidak membantu mereka untuk ada kesinambungan. Dia lebih kepada one-off sahaja bantuan tersebut. Kadang- kadang kita gembira kita dengar jualan ataupun jumlah pelaburan yang ataupun hasil jualan dan sebagainya sampai jutaan. Akan tetapi kadang-kadang sampai selepas setahun, mereka tidak akan dapat selesaikan masalah untuk memastikan produk-produk itu kekal berada di luar negara.

Jadi, saya ingin mencadangkan supaya mungkin KUSKOP berbincang dengan MATRADE. Mungkin setiap negara yang kita bawa kita punya peniaga-peniaga kita PKS ini untuk diwujudkan satu Jawatankuasa Khas untuk melihat bagaimana mereka boleh sustain perniagaan mereka di tempat-tempat yang ada. Terima kasih. Itu sahaja.

final • 7:31 PM

Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Saya anggap perkara yang dibangkitkan itu satu soalan ataupun yang berbentuk cadangan sebenarnya.

final • 7:31 PM

Datuk Ewon Benedick

Untuk makluman Yang Berhormat Ampang, saya dan Yang Berhormat Menteri MITI telah mengadakan perbincangan mengenai perkara ini melibatkan Ketua Setiausaha kedua-dua kementerian dan pegawai-pegawai kanan. Satu cadangan yang sangat baik dan itulah tanggungjawab kementerian untuk terus memperkasakan penyertaan SME ataupun PMKS kita dalam program pengantarabangsaan eksport untuk mereka.

Sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap pembangunan usahawan koperasi, kami di KUSKOP akan terus komited dan berusaha dengan sepenuh hati dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut di bawah KSP RMKe-12 ini, terima kasih.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjawab. Masa yang diberikan selama 40 minit.

final • 7:30 PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyentuh isu-isu di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) semasa mengambil bahagian semasa sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 bermula Selasa 12 September 2023 sehingga Khamis 14 September 2023.

final • 7:31 PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Kami di KPWKM menghargai pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan dan insya-Allah pada hari ini saya akan memberi maklum balas kepada pertanyaan- pertanyaan dan cadangan-cadangan yang telah diajukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan KPWKM ke arah mencapai wadah ekonomi MADANI iaitu memperkasakan rakyat. Seperti sahabat saya juga, kalau yang bertanya sebelum ini tidak ada di dalam Dewan, saya akan beri jawapan bertulis.

Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan penggulungan dengan menjawab isu berkaitan dengan warga emas. Yang Berhormat Kepong dan Yang Berhormat Tangga Batu ada di dalam Dewan? Yang Berhormat Kepong dan Yang Berhormat Tangga Batu, tidak ada? Saya past- orang Sabah kata, limpas dahulu ya.

Selepas itu saya terus ke soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Ada di dalam Dewan atau tidak Yang Berhormat Permatang Pauh? Tidak ada, okey limpas lagi sekali.

Seterusnya kita kerjasama soalan Yang Berhormat Ampang ada di dalam Dewan.

Yang Berhormat Ampang- saya beralih kepada pertanyaan dan cadangan daripada Yang Berhormat Ampang berkaitan polisi dan kelestarian kaum wanita dalam pekerjaan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, antara syarat pendaftaran taska yang ditetapkan oleh JKM yang perlu dipenuhi oleh pengusaha taska merupakan kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Saya amat menghargai Yang Berhormat Ampang menyedari bahawa isu kelulusan oleh PBT merupakan salah satu cabaran utama yang kami hadapi di KPWKM, dan juga pengusaha taska di seluruh negara.

Ini kerana, walaupun Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan telah membangunkan garis panduan penubuhan taska, namun penguatkuasaannya di peringkat PBT telah berbeza. Pelaksanaan berbeza ini bukan hanya berlainan di antara negeri, malah terdapat perbezaan pendirian antara PBT di dalam negeri yang sama. Ini kerana setiap PBT mempunyai kuasa masing-masing.

Perkara ini telah dibangkitkan di Mesyuarat Majlis Sosial Negara pada pertengahan tahun ini. Kini KPWKM serta agensi-agensi Kerajaan Pusat seperti Kementerian Pendidikan Malaysia sedang meneliti lanjut perkara ini. Saya juga berharap agar pihak kerajaan negeri dan PBT boleh memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha kita memudah cara kan perkara ini.

Yang Berhormat Ampang juga mengemukakan beberapa cadangan berhubung pelaksanaan bekerja dari rumah untuk dimulakan di sektor kerajaan. Untuk makluman, penetapan dasar dan polisi berkaitan bekerja dari rumah di sektor awam adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam bagi sektor awam dan Kementerian Sumber Manusia bagi sektor swasta.

Kerajaan pada masa ini turut menyediakan kemudahan bagi membantu Penjawat Awam khususnya wanita dalam mengimbangi tuntutan kerjaya dan keluarga seperti pelaksanaan waktu bekerja anjal, kemudahan Cuti Menjaga Anak dan lain-lain. Untuk makluman juga, Kementerian Sumber Manusia melalui TalentCorp ada menawarkan program Career Comeback dengan izin. Inisiatif ini melibatkan urus industri bagi menggalakkan majikan untuk menyediakan peluang kerjaya kepada wanita yang ingin kembali bekerja di samping bengkel-bengkel kerjaya bagi meningkatkan ketersediaan industri ataupun industry readiness dalam kalangan wanita.

Sementara itu berhubung cadangan Yang Berhormat Ampang agar pelantikan sebagai Gender Focal Point (GFP) dijadikan sebagai salah satu kriteria atau merit utama penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). KPWKM berpandangan perkara ini kurang sesuai. Hal ini kerana pelantikan GFP merupakan pelantikan atas jawatan yang melibatkan Timbalan Ketua Setiausaha atau Timbalan Ketua Pengarah bagi setiap kementerian dan agensi. Tujuan utama pelantikan GFP atas jawatan TKSU atau pun TKP adalah supaya perspektif gender dapat diintegrasikan dalam pelaksanaan inisiatif program dan projek di bawah kementerian adan agensi masing-masing.

Seterusnya saya...

final • 7:31 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Menteri, saya ucapkan terima kasih atas jawapan tersebut. Akan tetapi, saya rasa fokus kita adalah untuk menggalakkan wanita kembali kepada tenaga kerja. Sasaran kita 60 peratus ke arah itu, tetapi kalau Yang Berhormat Menteri- saya nampak banyak mengakui ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki.

Isu yang saya bangkitkan itu sebenarnya ada kaitan antara satu sama lain. Satu isu pekerjaan tadi itu tentang bekerja di rumah, saya rasa wajar kerajaan mencontohi dan perlu ada satu permulaan. Kena ada dimulakan tentang perkara ini. Akan tetapi, komitmen itu nampak belum ada.

Kedua, tentang isu berkaitan dengan PBT tadi, saya ucapkan terima kasih, ada usaha, tetapi kita kena accelerate dengan izin. Ini kerana, kalau kita tidak memperbaiki beberapa perkara dasar ini, saya risau 60 peratus yang hendak kita target pada tahun 2025 itu, kita mungkin tidak dapat mencecah sasaran yang diadakan.

Jadi, saya harap perkara-perkara yang dibangkitkan itu- selain daripada itu, saya ada sebut tentang isu penyusuan di rumah- itu belum- sorry, maaf taska di rumah yang sebenarnya perlu dilihat tentang polisi supaya tidak lagi hanya, ataupun diunjurkan hanya di taska di tempat kerja. Ini kerana, kesesuaian itu tidak ada lagi sekarang, sebab dahulu menyusu itu sebab hendak meyakinkan menyusu ibu, tetapi sekarang dengan ada peralatan-peralatan yang sesuai, saya rasa perlu dibincangkan untuk taska pada komuniti itu lebih penting. Oleh sebab itu, PBT itu, masalah kita dengan PBT itu perlu ditangani dengan segera, terima kasih.

final • 7:31 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat. Kalau bercakap mengenai PBT itu, memang ia merupakan satu perkara yang kami hendakkan supaya kita mempunyai satu standard yang mana kita tidak perlu mempunyai kerisauan untuk meluluskannya.

Akan tetapi, oleh sebab PBT adalah di bawah kerajaan negeri dan ada kerajaan negeri dibawa bersama dengan Persekutuan, mungkin mudah sikit. Akan tetapi, kalau kerajaan negeri itu tidak bersama dengan kita dan mereka mempunyai pandangan sendiri dan mungkin mereka juga mempunyai keutamaan sendiri. Maka itulah kita cuba juga hendak membawa kepada Mesyuarat Majlis Menteri Besar supaya ia dapat dikemukakan bersama, supaya mereka dapat memahami. Apabila telah diluluskan oleh PBT,barulah memudahkan kita juga.

Ini kerana PBT lebih kepada memberi keutamaan daripada segi keselamatan dan juga lebih kepada safety, dengan izin, dan juga sekuriti dan mereka melihat dari sudut banyak yang diambil kira. Oleh sebab, mereka mengambil kira juga sama ada orang setempat itu bersetuju atau tidak? Apabila semua prosedur ini telah di-complied with- sorry, dengan izin apabila kita telah complied dengan itu, maka ia memudahkan kami di kementerian untuk meluluskan.

Jadi, semua ini bukan hanya kita hendak meletakkan peraturan yang ketat, tetapi inilah kita perlu cuba mempengaruhi PBT supaya mereka juga memahami.

final • 7:31 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Ini kerana mereka juga perlu memikirkan bahawa kita perlu membawa kembali wanita-wanita ini bekerja semula. Akan tetapi kalau wanita masih lagi merasa tidak cukup sokongan ini untuk mereka, maka mereka balik kepada keadaan yang asal. Ingin dinyatakan di sini bahawa dasar 60 peratus ini merupakan dasar kerajaan bukan hanya KPWKM yang bertanggungjawab ya.

Tadi bercakap mengenai yang pertama tadi Yang Berhormat bercakap mengenai- I forgot already the first one, sorry. Kalau boleh ingat lagi. Begitu juga daripada segi tempat penyusuan, itu tidak ada masalah kalau ia diluluskan. Ia perlu diberi satu buah bilik atau satu sudut perlu diperuntukkan. Maka itu tidaklah menjadi satu masalah yang besar.

Mengenai dengan komitmen untuk memastikan beberapa perkara yang perlu kita unjurkan di sini, maka kalau ia merupakan satu cadangan yang baik, insya-Allah kami akan mengambil kira. Oleh sebab cadangan yang baik merupakan satu usaha yang murni, dan kita amat berterima kasih kepada Yang Berhormat memberi cadangan tersebut.

final • 7:40 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Cuma yang pertama tadi saya lupa Yang Berhormat. The first one tadi kalau boleh diingatkan.

final • 7:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:40 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Tidak apa nanti you boleh- bawa sekali.

Terima kasih. Seterusnya kita pergi ke...

final • 7:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Menteri, saya dah ingat- dasar bekerja di rumah.

final • 7:40 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Oh, dasar bekerja di rumah.

final • 7:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Sepatutnya kalau kita hendak menjadikan itu satu galakan, maksudnya dalam seminggu itu- saya dah faham memang kerajaan ada buat dasar fleksibel, waktu anjal yang masuk lambat atau keluar lambat.

Masuk cepat- keluar cepat, dan sebagainya. Akan tetapi kalau dasar itu boleh diolah supaya bekerja dari rumah itu contohnya dalam seminggu dua kali atau tiga kali sahaja bekerja di rumah, akan banyak membantu wanita yang ingin kembali semula di dalam bidang pekerjaan.

final • 7:40 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat. Kita akan kaji semua itu. Apa kita akan lakukan ialah kita akan mencadangkan supaya cadangan itu boleh diambil kira juga bagi membantu lebih ramai lagi wanita kembali bekerja. Terima kasih Yang Berhormat.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat telah menyentuh berhubung keseimbangan bilangan kategori golongan muda dalam populasi negara serta beberapa pertanyaan berhubung isu kesihatan reproduktif di negara kita. Ini merupakan soalan daripada Yang Berhormat Paya Besar, tidak ada di sini ya. Yang Berhormat Rantau Panjang? Oh, tidak ada juga. Yang Berhormat Rasah ada di sini? Okey.

Seperti mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, statistik Jabatan Perangkaan Malaysia telah menunjukkan peningkatan jangka hayat rakyat Malaysia dari 63.6 tahun pada tahun 1970 ke-74.5 tahun pada tahun 2021. Kejayaan peningkatan jangkaan hayat sebanyak 10.9 tahun berbanding lima dekad lalu merupakan hasil penambahbaikan sistem kesihatan dan kualiti kehidupan yang diterajui oleh pembangunan polisi-polisi yang efektif. Ini juga untuk Yang Berhormat Rantau Panjang soalan yang sama.

Namun di sebaliknya kadar kesuburan jumlah atau, dengan izin, total fertility rate

(TFR) yang merupakan penanda aras kadar kesuburan negara yang meliputi kadar kelahiran telah menunjukkan trend penurunan daripada 4.0 pada tahun 1980 dan berada pada 1.7 pada tahun 2021. Data awal menunjukkan bahawa TFR Malaysia terus menurun kepada paras 1.6 pada tahun 2022. Trend ini diunjurkan akan berterusan menjangkaui tahun 2025.

Hasil kajian turut mendapati penurunan TFR di Malaysia adalah paling pantas.

Paling pantas berbanding negara ASEAN yang lain. Penurunan TFR ini mempunyai hubung kait dengan pelbagai faktor. Antaranya perubahan gaya hidup disebabkan pembangunan, usia berkahwin yang semakin lewat dan masalah kesuburan.

Antara usaha jangka sederhana untuk memperlahankan trend penurunan TFR termasuklah inisiatif KPWKM melalui agensinya iaitu Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk menawarkan perkhidmatan subfertility yang berkualiti, menyeluruh, inklusif dan berpatutan. Rawatan subfertility di fasiliti LPPKN ditawarkan di tiga buah klinik LPPKN mengikut zon iaitu Klinik Subfertiliti Pulau Pinang, zon utara. Klinik Subfertiliti Kuala Lumpur zon tengah dan Klinik Subfertiliti Johor Bahru iaitu zon selatan.

Antara teknologi-teknologi yang diguna pakai di LPPKN termasuklah- pertama, permanian berhadas- intrauterine insemination (IUI); kedua, rawatan Teknologi Bantuan Konsepsi ataupun Assisted Reproductive Technology (ART); ketiga, prosedur suntikan sperma- intracytoplasmic sperm injection; keempat, ada pembekuan sperma dan embrio; kelima, pemindahan embrio beku; keenam, biopsi testis; dan ketujuh, penyedutan sperma.

final • 7:40 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Perkhidmatan-perkhidmatan subfertiliti di LPPKN ditawarkan pada kos yang berpatutan jika berbanding fasiliti swasta. Semua pasangan berkahwin layak mengakses rawatan di klinik-klinik tersebut.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Batu, ada? Yang Berhormat Batu tidak ada?...

final • 7:40 PM

Dato’ Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Boleh minta penjelasan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang dijawab oleh Yang Berhormat berkaitan dengan perkhidmatan subfertiliti itu satu teknologi yang harus di manfaat oleh semua keluarga yang memerlukan.

Jadi setakat ini berapa peratuskah kejayaan daripada kes-kes yang telah dirawat?

Setakat ini sejauh mana penerimaan terutama masyarakat di luar bandar, supaya mereka mengetahui bagaimana perkhidmatan yang diberi oleh kerajaan ini seharusnya diambil peluang kerana kos yang rendah dan mempunyai kesan yang baik. Minta penjelasan.

final • 7:40 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat. Berdasarkan data profil klien subfertiliti LPPKN, 95 peratus daripada pasangan yang mendapatkan perkhidmatan subfertiliti LPPKN terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana dan rendah iaitu kumpulan sasaran utama.

Sehingga April 2023, sebanyak 40,576 kes baharu dan 262,657 kes ulangan telah dikendalikan. Jumlah kes baharu tahunan yang dianggarkan sebanyak 1,500 hingga 2,000 setiap tahun. Ini menunjukkan bahawa perkhidmatan subfertiliti LPPKN mendapat sambutan konsisten manakala jumlah kes ulangan yang boleh mencecah 9,000 kes setiap tahun menunjukkan rawatan berkualiti dan berpatutan yang ditawarkan klinik subfertiliti LPPKN mampu diakses oleh semua rakyat Malaysia termasuklah mereka dalam kumpulan B40 dan M40.

Rata-rata pasangan suami isteri dalam golongan B40 dan M40 mampu menjalani sekurang-kurangnya dua kitaran rawatan IUI dan sekurang-kurangnya satu kitaran rawatan ART, IVF ataupun ICSI. Mengambil pendekatan lebih proaktif, LPPKN juga mewujudkan klinik kesejahteraan lelaki dan turut menjalankan aktiviti advokasi dan promosi dalam memberi kesedaran kepada masyarakat dengan objektif meningkatkan kesihatan reproduktif rakyat Malaysia secara holistik.

Dalam pembentangan bajet tahun 2022, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia telah memberi mandat kepada KPWKM melalui LPPKN untuk menerajui penubuhan pusat subfertiliti negara sebagai suatu inisiatif jangka masa panjang. pusat subfertiliti negara akan dilengkapi dengan segala kemudahan rawatan kesuburan di bawah satu- bumbung bagi memberikan perkhidmatan kesuburan yang serba moden dengan kos yang berpatutan.

final • 7:40 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Dari sudut kadar kejayaan pula, kadar kehamilan keseluruhan yang merangkumi semua modaliti rawatan di Klinik Subfertiliti LPPKN adalah sekitar 22 peratus. Julat kadar kehamilan rawatan kesuburan yang merangkumi semua modaliti rawatan di pusat-pusat kesuburan Malaysia dan antarabangsa adalah di antara sembilan hingga 50 peratus ya.

Seterusnya, saya ke- tadi Yang Berhormat Batu tak ada ya? Yang Berhormat Batu tak ada.

Saya terus kepada Yang Berhormat Bukit Bendera. Ada ya?

Isu seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bendera berhubung keperluan untuk mengatasi isu penderaan di pusat jagaan warga emas dan pusat jagaan kanak-kanak.

Tuan Yang di-Pertua, KPWKM melalui JKM yang diberi tanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Pusat Jagaan 1993 sentiasa memandang serius berkaitan isu-isu melibatkan kes berkaitan kecuaian, pengabaian dan penderaan warga emas dan juga kanak-kanak yang berlaku di pusat jagaan.

final • 7:50 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Berdasarkan rekod JKM, sepanjang tahun 2022, tiada kes penderaan warga emas di pusat jagaan warga emas dilaporkan kepada JKM. Manakala JKM telah menerima satu aduan kes penderaan di pusat jagaan yang memberi jagaan kepada kanak-kanak pada tahun 2022. Sementara itu, sebanyak 310 kes penderaan kanak- kanak dilaporkan berlaku pada tahun 2022 di taman asuhan kanak-kanak (TASKA) yang berdaftar di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984.

KPWKM telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan pusat jagaan yang berdaftar sentiasa mematuhi akta dan peraturan-peraturan yang ditetapkan, antaranya ialah:

(i) pemantauan pemeriksaan berkala dan mengejut dilaksanakan oleh pegawai diberi kuasa pusat jagaan ke premis-premis pusat jagaan yang berdaftar sekurang-kurangnya dua kali setahun;

(ii) memperkasakan tindakan penguatkuasaan ke atas pusat jagaan yang melanggar akta dan peraturan-peraturan di bawahnya; dan

(iii) menganjurkan program kesedaran masyarakat sentiasa diadakan agar menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ jabatan bagi melaporkan kejadian-kejadian yang disyaki melanggar akta dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua, manakala bagi pusat jagaan yang tidak berdaftar, berdasarkan kepada Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506], tindakan penguatkuasaan seperti mana yang diperuntukkan oleh undang-undang diambil dalam mengekang pengoperasian pusat jagaan tidak berdaftar seperti lak- seal, dengan izin, kompaun dan pendakwaan.

Sepanjang tahun 2020 hingga 2022, sebanyak 13 buah pusat jagaan tidak berdaftar telah dikenakan tindakan lak, sembilan tindakan kompaun dan satu tindakan pendakwaan. Jumlah keseluruhan tindakan ke atas pusat jagaan tidak berdaftar dari tahun 2020 hingga 2022 iaitu sebanyak 23 tindakan.

Seterusnya, Yang Berhormat Bentong- adakan di dalam? Ada kan Yang Berhormat Bentong? Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bentong telah membangkitkan kepayahan dan keperluan untuk kebajikan individu yang memikul tanggungjawab sebagai penjaga kepada ahli keluarga mereka dipelihara.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Bentong kerana berkongsi keprihatinan saya terhadap individu-individu hebat ini yang terpaksa mengorbankan kerjaya mereka demi menjaga ahli keluarga mereka, sama ada ibu bapa mereka mahupun adik-beradik mereka yang uzur atau memerlukan penjagaan yang lebih khusus.

Benar, mereka tidak terlibat dalam pekerjaan formal tetapi ramai yang tidak sedar hakikat bahawa segala masa dan tenaga yang dicurahkan semasa menjaga ibu bapa mereka atau ahli keluarga mereka yang uzur itu seharusnya dikira sebagai kerja.

Seharusnya penjaga atau carer, dengan izin, ini diiktiraf dan dihargai oleh ahli keluarga mereka yang lain atas masa dan tenaga yang dikorbankan.

Walau bagaimanapun, cadangan ini boleh diperhalusi oleh pihak kerajaan melalui Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) yang diterajui oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Untuk makluman, MySPC ditubuhkan sebagai platform penyelarasan dasar dan program perlindungan sosial bagi memperkasakan sistem perlindungan sosial masa hadapan negara.

Sementara itu, pada masa ini, KPWKM melalui JKM ada menyediakan pelbagai inisiatif sokongan sosial bagi memastikan kesejahteraan warga emas di negara ini terus terjamin. Ia juga boleh meringankan sedikit beban kewangan kepada penjaga ataupun carer yang tidak dapat bekerja kerana menjaga ahli keluarga mereka ahli OKU yang terlantar, sakit terlantar mahupun kerana sakit kronik.

Selain itu, JKM juga menyediakan institusi warga emas iaitu Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan untuk memberi jagaan, rawatan dan perlindungan kepada

final • 7:50 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

warga emas yang uzur, daif dan tidak berwaris agar dapat terus hidup dalam suasana yang selesa dan tenteram.

Selain daripada itu, PERKESO menyediakan perkhidmatan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2022 yang diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022. Skim ini bertujuan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga. Caruman RM120 bagi tempoh 12 bulan berturut-turut yang perlu dibayar terlebih dahulu. Caruman boleh dibuat oleh suami suri rumah, keluarga atau mana-mana pihak ketiga bagi suri rumah tersebut.

Di samping itu, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui KWSP pula telah memperkenalkan i-Sayang yang merupakan inisiatif bagi memberi pilihan kepada suami ataupun pemberi untuk memindahkan dua peratus caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri iaitu penerima. Inisiatif ini boleh turut dimanfaatkan oleh para wanita yang tidak dapat bekerja di industri formal kerana menjadi penjaga kepada ahli keluarga.

Segala usaha yang dijalankan oleh kerajaan adalah ke arah memastikan semua rakyat mendapat perlindungan sosial yang lebih inklusif dan komprehensif. Ini juga adalah selaras dengan hasrat yang juga digariskan dalam Ekonomi Madani yang telah diumumkan.

Saya hendak put on record, dengan izin. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Bentong kerana saya juga, secara peribadi, masih juga berusaha untuk memastikan mereka yang unpaid labour, dengan izin, ini yang telah membantu keluarga supaya mereka dibantu dengan apa cara sekalipun. Akan tetapi, kita tak berhenti di sini.

Insya-Allah, kita akan usaha lagi untuk mencari jalan, mencari mekanisme yang terbaik untuk membantu mereka.

Jadi dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, berakhirlah sesi penggulungan saya mewakili...

final • 7:50 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Yang Berhormat Menteri, daripada Bentong, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas usaha tersebut.

final • 7:50 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih. Saya harap ada idea baharu untuk kita membantu ya.

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Yang Berhormat Menteri.

final • 7:50 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Yang Berhormat, saya telah berbincang dengan beberapa pihak untuk mendapatkan sekurang-kurang macam perlindungan sosial untuk mereka, tetapi kita usahakan bersama-sama, kita cari jalan untuk membantu.

final • 7:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Menteri.

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Yang Berhormat Menteri.

final • 7:50 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Yang Berhormat, saya baru hendak habis.

Saya ada masa lagi. Okey.

final • 7:50 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Saya mohon untuk jawapan di Permatang Pauh tadi. Saya keluar solat sebentar tadi. Ya, baik. Terima kasih.

final • 7:50 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Yang Berhormat Permatang Pauh tadi ya?

Okey.

final • 7:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Sebelum itu, Yang Berhormat Menteri, saya ingat antara perkara yang boleh dipertimbangkan selain daripada, alhamdulilah, kita ada i-Sayang tersebut, adalah untuk kita melihat secara serius tentang

final • 7:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

care economy ataupun ekonomi penjagaan, supaya baik wanita ataupun lelaki yang menjaga isu-isu penjagaan ini diberikan perhatian dengan baik. Terima kasih.

final • 7:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Yang Berhormat. Itulah yang telah kami- saya sering kali bercakap mengenai perkara itu dan insya-Allah, memanglah itu usaha kami ya, Yang Berhormat.

Terima kasih. Saya tengah cari ini, Yang Berhormat Permatang Pauh. Sekejap, okey.

Tadi Yang Berhormat Permatang Pauh ingin mengetahui adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu- jabatan khas bagi menguruskan warga emas. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia mentakrifkan individu yang berumur 60 tahun ke atas sebagai warga emas berdasarkan Dasar Warga Emas Negara.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Berdasarkan unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Malaysia dijangka menjadi sebuah negara tua pada tahun 2030 apabila populasi warga emas diunjurkan mencapai 15.3 peratus daripada jumlah penduduk negara. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Dasar Warga Emas Negara (DWEN), dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) merupakan komitmen kerajaan yang kukuh untuk mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong.

Di bawah Dasar DWEN ini telah ditubuhkan Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara (MPPWEN). Pelaksanaan Dasar DWEN dan Pelan Tindakan Warga Emas (PTWEN) merupakan agenda tetap dalam mesyuarat majlis ini. Majlis ini bermesyuarat dua kali setahun dan dipengerusikan oleh saya sendiri, selaku Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kebajikan.

Keanggotaan dalam majlis ini terdiri daripada wakil kementerian berkaitan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan, pakar geriatrik iaitu pengkhususan perubatan memfokuskan kepada kesihatan dan penjagaan bagi golongan yang berumur serta ahli akademik yang berkepakaran dalam bidang warga emas.

Dalam hal ini, KPWKM berpandangan bahawa peranan yang dimainkan oleh majlis ini adalah memadai buat masa ini. Namun begitu, KPWKM akan terus memantau keperluan untuk mewujudkan sebuah jabatan khusus untuk hal ehwal warga emas jika bersesuaian pada masa hadapan sebagai salah satu usaha dalam menghadapi status negara tua pada tahun 2030. Dengan itu, saya balik kepada penghujungnya.

final • 8:00 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Terima kasih.

final • 8:00 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih. Saya balik kepada penghujung sesi penggulungan ini. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah terlibat dalam cadangan, pertanyaan, persoalan yang diberi, komen yang diberi kepada kami. Insya-Allah, mana yang kami rasa dapat kami lakukan dan kita usahakan bersama untuk memastikan kita membawa kebaikan dan pembangunan yang lebih baik untuk warga wanita dan juga warga emas dan kumpulan sasar kami di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Terima kasih, terima kasih juga Yang di-Pertua.

final • 8:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 8:00 PM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat malam Tuan Yang di-

final • 8:03 PM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih pada 61 orang yang turut serta dalam perbahasan berkaitan dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dan juga kepada semua yang setia berada di dalam Dewan pada masa yang begitu lewat ini.

Saya akan bagi tumpuan kepada mereka yang hadir untuk diberikan jawapan tetapi mungkin ada beberapa persoalan kritikal yang mendapat perhatian meluas yang saya juga akan cuba jawab dan selebihnya saya akan beri dalam bentuk jawapan bertulis.

Ada tujuh isu kalau dibahagikan dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 iaitu:

(i) perubahan iklim, perhutanan dan bio diversiti:

(ii) tanah;

(iii) kelestarian alam sekitar;

(iv) banjir dan saliran;

(v) air dan pembetungan;

(vi) tenaga; dan

(vii) mineral.

Yang Berhormat Masjid Tanah ada bertanya tentang soal Verra yang berkaitan dengan carbon credits kerana dikatakan oleh Yang Berhormat Masjid Tanah bahawa Verra terpalit dengan skandal penipuan dan pemalsuan berkaitan inisiatif perdagangan karbon.

Untuk makluman Yang Berhormat Masjid Tanah, kerajaan telah memberi mandat kepada Bursa Malaysia untuk membangunkan platform urus niaga pasaran karbon sukarela ataupun voluntary carbon market yang dinamakan sebagai Bursa Carbon Exchange

(BCX) dan ini merupakan the world’s first shariah compliance carbon exchange in the world, dengan izin.

BCX telah dilancarkan pada 9 Disember tahun lepas dan menggunakan piawaian pasaran karbon Verra, gold standard dan lain-lain lagi. Pihak swasta dan pemain industri boleh menggunakan BCX untuk membeli credit carbon untuk menyokong peralihan hijau dan pendekatan ESG. Ini ialah pendekatan yang tidak ada paksaan dan bersifat sukarela. Tahun ini, kita telah mulakan dengan dua lelongan ataupun auction credit carbon.

Isu berkaitan penerbit kredit karbon seperti Verra adalah berkaitan dengan isu- isu teknikal berkaitan piawaian yang digunakan untuk menerbitkan credit carbon berasaskan hutan ataupun forest based carbon credits. Kita boleh tengok banyak laporan tentang perkara ini di dalam media antarabangsa dan mengikut kenyataan daripada pihak Verra, mereka akan melaksanakan ratifikasi ke atas isu tersebut. Verra is an international organization, dengan izin.

Justeru, dalam kita menyedari permintaan yang banyak dari kerajaan-kerajaan negeri yang mahu turut serta di dalam dagangan karbon, namun, kerajaan juga menyedari bahawa ia harus dilaksanakan dengan berwibawa. Maka, penyediaan Dasar Karbon Negara, pelaksanaannya kita sedang buat dengan komprehensif untuk menyumbang kepada pemuliharaan dan perluasan hutan dan membina ketahanan iklim. Itu ialah sasaran kita.

Jadi, kerajaan juga sedang melaksanakan kajian untuk melaksanakan pembangunan piawaian domestik dikenali sebagai, dengan izin, forest carbon offset di dalam mempertimbangkan satu piawaian untuk membangunkan projek karbon daripada sektor perhutanan dengan mengambil kira keperluan dari acuan kebangsaan. Ini diambil oleh beberapa buah negara yang lain berbanding dengan mengambil piawaian antarabangsa sebagaimana kita buat.

Ini bagi memastikan pembangunan projek karbon hutan yang lebih berdaya saing dan juga dapat mengatasi soal integriti, dan juga dapat mengambil kira kekayaan carbon sink yang ada di negara kita yang mungkin berbeza dengan di negara-negara yang lain.

final • 8:03 PM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Seterusnya, Yang Berhormat Puchong meminta supaya diletakkan satu firm target. Ini saya jawab secara ringkas kerana Yang Berhormat Puchong tidak ada di sini.

Ini kerana kalau kita tahu sasaran sifar bersih kita ialah seawal 2050. Ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri yang kesembilan.

Jadi, bila istilah dia seawal, dia membuka ruang tetapi pendirian kita pada waktu itu sebagai sebuah negara yang membangun, kita merasakan itu lebih realistik. Banyak negara lain, misalnya Singapura pun lebih lewat daripada sasaran yang kita letakkan.

Jadi, kita sedang buat Kajian Strategi Jangka Panjang Pembangunan Rendah Karbon (LT-LEDS) yang akan dijangka siap pada penghujung tahun 2023 dan kita akan lihat sejauh mana kita dalam sasaran kita untuk mencapai pelepasan sifar bersih tahun 2050 ataupun lebih lewat. Kita akan ambil tindakan sewajarnya.

Yang Berhormat Seputeh, tidak ada. Okey, seterusnya Yang Berhormat Jeli?

Tidak ada. Yang Berhormat Parit Buntar, ya, terima kasih kepada Yang Berhormat Parit Buntar yang memohon kerajaan memberi permit memburu kepada anggota RELA dan penduduk kampung yang mempunyai senjata bagi tujuan menembak binatang-binatang yang mengancam keselamatan nyawa.

Pada masa ini, tugasan pemantauan dan pengurusan konflik hidupan liar dilaksanakan oleh anggota Renjer Hidupan Liar, Jabatan PERHILITAN yang terlatih.

Penglibatan RELA dalam perkara ini memerlukan penelitian yang khusus pihak KDN kerana melibatkan aspek keselamatan anggota RELA serta kelulusan penggunaan senjata api oleh PDRM.

final • 8:03 PM

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Akan tetapi, kita ada mekanisme-mekanisme yang lain. Pertama, melalui PERHILITAN secara direct. Kedua, melalui Renjer Komuniti yang kita ambil daripada veteran tentera, pesara polis, Orang Asli, dan juga komuniti setempat yang sedia ada yang mungkin kita rasa lebih berkesan. Akan tetapi, dalam hal ini, ia melibatkan peruntukan dan pihak NRECC sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan.

Seterusnya, Yang Berhormat Gua Musang.

final • 8:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sedikit. Minta penjelasan. Isunya apabila kita berjumpa dengan Jabatan PERHILITAN untuk bekerjasama bagi menembak binatang liar tersebut, mereka beri alasan tidak cukup tenaga. Ya, tidak cukup tenaga. Tidak cukup peluru. Bajet tiada. Jadi, ia mohon saya sebagai Ahli Parlimen untuk bertanya di Parlimen supaya mendapat kebenaran semula kepada anggota RELA dan juga orang kampung yang ada lesen senjata api untuk menembak binatang liar tersebut.

final • 8:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya. Kita tahu isu ini merupakan isu yang serius.

Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Saya juga baru-baru ini adakan dialog dengan masyarakat Orang Asli yang datang dari seluruh negara dan ini antara isu pertama yang mereka membangkitkan. Oleh sebab itu, jawapan awal saya sebentar tadi saya menyebut bahawa kita akan adakan mesyuarat dengan Kementerian Kewangan.

Oleh sebab kita tahu, kalau soal pokok ini apa. Soal pokok ia ialah apabila habitat haiwan liar ini sudah terganggu, semakin berkurangan, koridor-koridor haiwan liar terganggu, maka konflik antara manusia dan hidupan liar akan menjadi lebih banyak.

Kalau kita mengikut jangkaan lama untuk kita sediakan bajet untuk PERHILITAN, memang bermasalah. Oleh sebab itu mungkin ambil kira pengalaman yang lepas dan ia tidak lagi dapat menampung keperluan yang ada pada hari ini.

Kita tahu berapa banyak insiden kematian, insiden kecederaan, kerosakan tanaman dan semua itu kita sedang ambil kira dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari satu penyelesaian yang bukan bersifat reactionary ataupun ad hoc tetapi lebih memandang ke hadapan. Saya telah sebut sebelum ini, tentang kajian untuk tabung bagi kerosakan kebun dan harta. Bukan untuk Sime Darby atau IOI dan sebagainya tetapi untuk pekebun-pekebun kecil.

final • 8:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Oleh sebab pada hari ini JKM ada menyediakan sekiranya meninggal ataupun cedera akibat konflik dengan hidupan liar tetapi tidak ada yang ditampung bagi kerosakan kepada kebun dan juga harta benda yang banyak dialami oleh masyarakat kampung, masyarakat Orang Asli dan sebagainya. Itu yang kita akan ambil tindakan. Jadi, terima kasih.

Seterusnya, Yang Berhormat Gua Musang? Yang Berhormat Hulu Terengganu?

Yang Berhormat Hulu Langat lain.

Seterusnya Yang Berhormat Ampang? Okey. Terima kasih. Yang Berhormat Ampang menyebut tentang keperluan kerajaan mengkaji akta-akta yang berkaitan soal tanah seperti isu pembangunan, pembinaan dan penyelenggaraan seperti Akta TOL Pengambilan Tanah dan Kanun Tanah Negara. Betul ya, Yang Berhormat Ampang?

Okey.

Jadi, sebagai undang-undang yang seragam dalam pengurusan pentadbiran tanah, KTN ataupun Akta 828 sentiasa disemak selaras dengan keperluan semasa dan juga peredaran pembangunan. Pindaan dan semakan terakhir akta ini iaitu pada tahun 2016 dan tahun 2020 tentang soal pembangunan tanah dan juga meningkatkan denda dan hukuman pencerobohan tanah dan rizab kerajaan.

Kerajaan telah mengambil pendekatan yang proaktif dalam soal pentadbiran tanah bagi memastikan ia mengambil kira keperluan semasa. Terkini Akta 828, sedang dalam proses pindaan bagi membolehkan urusan-urusan tanah dikemukakan secara online sepenuhnya. Dengan pelaksanaan cadangan pindaan ini kelak, urusan berkaitan tanah akan menjadi lebih mudah, singkat dan selamat sekali gus mempercepat pembangunan di negara kita.

Ya, Yang Berhormat Ampang.

final • 8:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang Berhormat Menteri, terima kasih atas jawapan tersebut. Akan tetapi, isu yang lebih mendasar, jika kita ingin mengambil pengambilan tanah dan sebagainya, masalah penilaian itu pula isu antara kementerian ataupun agensi-agensi bagi menilai satu-satu berapakah harga untuk di- acquire, dengan izin. Itu juga menjadi masalah besar.

Oleh sebab itu saya bangkitkan tentang, kadang-kadang kita hendak buat pembangunan supaya ia cepat dan lancar tetapi isu-isu berbangkit ini yang sebenarnya mengekang pihak-pihak kementerian untuk melaksanakan dengan baik terutama dalam projek-projek besar seperti lebuh raya, kereta api dan sebagainya.

final • 8:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya. Malangnya dalam soal NRECC juga, saya belum masuk lagi tetapi berkaitan dengan hal ini. Bajet-bajet besar yang kita lihat untuk projek tebatan banjir sebenarnya kadang-kadang 50 peratus ialah soal kos pengambilan tanah. Itu juga yang makan masa. Hendak selesaikan soal pengambilan tanah.

Jadi, memang kita setuju tentang perkara tersebut dan kita akan lihat perkara yang dapat memastikan pembangunan yang kita mahukan dan pada masa yang sama mengambil kira kepentingan pemilik-pemilik tanah dapat diseimbangkan akan diambil oleh kerajaan. Kita akan ambil kira pandangan daripada Yang Berhormat Ampang tersebut.

Yang Berhormat Gopeng? Yang Berhormat Gopeng tidak ada. Seterusnya, Yang Berhormat Rantau Panjang, ada? Yang Berhormat Rantau Panjang bertanya tentang sejauh mana usaha-usaha dan langkah proaktif yang diambil untuk menjaga alam sekitar dan kelestarian sumber alam dalam negara.

Sebagaimana yang kita maklum, kerajaan telah laksanakan pelbagai tindakan dan inisiatif yang proaktif dalam perkara ini sama ada melindungi alam sekitar, sumber asli melalui kerjasama di peringkat Persekutuan, negeri serta penglibatan pihak berkepentingan dan rakyat. Ke arah pemeliharaan alam sekitar, NRECC menerusi Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah meningkatkan penguatkuasaan dan pengawasan ke atas kualiti air sungai, kualiti udara serta premis-premis perindustrian.

Selain itu juga, bagi memastikan kelestarian sumber asli, langkah-langkah dilaksanakan termasuk memperkukuhkan tindakan konservasi hidupan liar dan

final • 8:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

memperkasa penguatkuasaan bagi membanteras pencerobohan, pembalakan dan perlombongan haram. Keberkesanan tindakan penguatkuasaan turut dipertingkatkan sebagaimana yang saya sebutkan tadi dengan pelantikan Renjer Komuniti yang telah menarik perhatian dunia.

Kerajaan turut bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi meningkatkan kawasan litupan hutan, pewartaan kawasan hutan simpanan kekal dan hutan tadahan air kerana kita tahu ia soal tanah, soal hutan, soal sumber asli, banyak kuasa ini berada di dalam tangan kerajaan negeri.

Seterusnya, tindakan pemuliharaan hutan juga dipergiatkan melalui penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai negara serta restorasi kawasan hutan rosot. Selain itu, Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu akan dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri bagi mengambil pendekatan yang menyeluruh, memastikan sumber air negara yang bersih dan mencukupi, memelihara alam sekitar dan juga mengurangkan risiko banjir.

Kita tidak lagi boleh bekerja secara terpisah antara- kadang-kadang dalam satu kementerian pun kita berdepan dengan masalah tersebut. Seterusnya, Yang Berhormat Kubang Kerian tidak ada. Akan tetapi, saya mungkin sentuh sedikit sebab ini antara isu yang mendapat perhatian luas tentang apakah kaedah pelupusan kenderaan elektrik.

Saya faham kenderaan elektrik dan juga pelupusan panel solar yang sebaiknya bagi memastikan jaminan terhadap alam sekitar.

Mengenai pelupusan panel solar, ini antara perkara yang hangat dibincangkan di peringkat antarabangsa sama ada di peringkat International Energy Agency (IEA) dan International Renewable Energy Agency (IRENA). Sehingga kini, hanya Kesatuan Eropah dan Korea Selatan yang mempunyai perundangan khusus mengenai kendalian end-of-life bagi sistem solar PV.

Negara seperti Amerika Syarikat, China ataupun Jepun menggalakkan amalan pemerolehan semula bahan buangan melalui skim galakan yang diperkenalkan oleh kerajaan. Jadi, di negara kita belum ada dan buat masa ini ya, memang betul peralatan seperti inverter, kabel dan panel solar dilupuskan sebagai bahan buangan am.

Akan tetapi, kita menyedari apabila kita mempertingkatkan skala cita-cita kita untuk tenaga solar sehingga 40 gigawatt, maka kita dijangka akan mencecah 40 juta tan sisa panel solar PV apabila tamat tempoh pengoperasian loji-loji jana kuasa solar tersebut.

Oleh itu, kerajaan sedang membangunkan dasar yang menyeluruh yang mengambil kira aspek pembangunan pusat pengumpulan dan pemerolehan kembali yang khusus untuk panel solar dan menetapkan syarat extended producer responsibility terhadap komponen serta panel solar yang digunakan, dengan izin.

Seterusnya, Yang Berhormat Kepala Batas? Tiada. Okey. Seterusnya, Yang Berhormat Bachok. Ada? Akan tetapi, mungkin saya sentuh sedikit? Sebab ini soal banjir sebab antara soal favourite.

final • 8:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pertanyaannya ialah kerajaan memperbaiki infrastruktur saliran di daerah Bachok seiring dengan janji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk tidak menganaktirikan negeri Kelantan. Akan tetapi saya tidak ada pantun hendak cakap lah.

Akan tetapi untuk soal ini, beberapa langkah jangka masa pendek dan jangka panjang untuk memperbaiki saliran di daerah Bachok melibatkan penyelenggaraan kolam takungan banjir dan juga menjalankan kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk mengenal pasti punca kejadian banjir kilat di Pasir Puteh dan Bachok yang bernilai RM2 juta dan melibatkan penyelenggaraan kolam takungan banjir yang saya sebut tadi.

Yang Berhormat Kota Melaka? Tidak ada. Seterusnya Yang Berhormat Alor Setar. Okey. Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar- tentang status Projek Pembangunan Sungai Kedah yang dianggarkan sebanyak RM96 juta telah dimasukkan ke dalam RMKe-12. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sedang melaksanakan

final • 8:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Projek Pembinaan Lencongan Sungai Baru dan menaik taraf Sungai Anak Bukit bagi RTB Sungai Kedah, Anak Bukit, bernilai RM76 juta. Projek ini dijangka siap pada September tahun 2024. Status kemajuan ialah sebanyak 64 peratus. Yang Berhormat Kubang Kerian tidak ada. Yang Berhormat Segamat? Tidak ada. Akan tetapi saya mungkin sentuh sedikit.

Untuk Yang Berhormat Segamat bertanya tentang status peruntukan projek tebatan banjir sebanyak RM600 juta yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Januari tahun 2023.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah menilai cadangan- cadangan projek tebatan banjir dan peruntukan bagi mengambil kira pendekatan yang menyeluruh dan juga bertanggungjawab daripada segi kewangan. Pelaksanaan akan memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan kritikal terlebih dahulu dan kita ambil pendekatan perolehan- procurement yang berbeza berbanding dengan di kawasan yang lain. Bagi daerah Segamat, Segamat akan dapat dua projek RTB iaitu Sungai Muar Fasa 3, Pakej 1 dan Pakej 2 yang masih dalam proses perolehan.

Yang Berhormat Ketereh ada? Terima kasih Yang Berhormat Ketereh. Tentang soal naik taraf sistem perparitan di Ketereh yang menjadi punca kepada banjir dan kerosakan harta dan tempat tinggal. Pengurusan sistem saliran, sebagaimana kita tahu diuruskan oleh pelbagai pihak. Satu ialah PBT, pejabat daerah, JKR, JPS, pemaju dan agensi-agensi yang berkaitan.

Dalam satu mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Jun telah 1996 memutuskan JPS diberikan tanggungjawab sepenuhnya untuk mengurus dan menyelenggarakan semua sungai termasuk sungai di kawasan PBT. Manakala PBT bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelenggarakan sistem perparitan di kawasan masing-masing. Bagi mempertingkat daya tahan terhadap banjir, antara projek pengurusan banjir dan saliran mesra alam di daerah Ketereh melibatkan pertama menaik taraf saliran bagi kurangkan banjir di depan Klinik Kesihatan (KK) Tiga Kok Lanas, Kota Bharu dengan jumlah RM4.9 juta yang akan siap pada Januari tahun depan.

Seterusnya, menaik taraf saliran bagi mencegah banjir di Klinik Kesihatan dan Balai Bomba Ketereh, Kota Bharu dengan kos RM5.7 juta dan dijangka siap pada November tahun ini dan membina dan menaik taraf sistem saliran bagi mengatasi masalah banjir di Taman Wadi Iman Kok Lanas, Kota Bharu dengan jumlah RM2.8 juta dan dijangka siap pada Julai tahun 2024. Membina dan menyiapkan saliran bagi mengelak banjir di Baruh Kadok ke Pasar Batu Lapan dan Jalan Kuala Krai-Kota Bharu dengan kos berjumlah RM2.5 juta dan disiapkan pada Julai tahun hadapan. Projek membina dan menaik taraf saliran bagi mengatasi banjir di Sekolah Kebangsaan Ketereh, Kota Bharu dalam proses penyediaan dokumen dan tender.

Seterusnya...

final • 8:20 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Yang Berhormat Menteri, satu lagi yang saya hendak highlight di sini iaitu berkenaan dengan tali air. Okey sebelum ini, ia ada parit ke tali air untuk air itu lepas ke tali air. Akan tetapi sekarang saya difahamkan yang banjir besar itu hari, parit itu dikambus kemudian diletakkan longkang atau pun culvert yang kecil menyebabkan apabila berlaku banjir air ini sudah tersumbat. Jadi, selepas mungkin dua atau tiga jam ia ada menenggelamkan apa ini. Jadi, kalau boleh bincang balik dengan KADA untuk bina balik tali air tersebut yang mana apabila parit itu besar, air itu mudah lepas ke tali air.

final • 8:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Saya ada turun tetapi boleh saya tahu yang mana spesifik di Ketereh?

final • 8:20 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Satu di Kampung Jambu Merah. Satu lagi di Padang Kala kalau tidak silap saya. Akan tetapi saya sudah pergi ke tempat itu memang longkang itu kecil sangat. Jadi, selepas dua jam di sudah overflow sudah air itu.

final • 8:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Tidak apa Yang Berhormat. Mungkin boleh tulis secara spesifik butiran ini kepada saya. Bagi butiran itu.

final • 8:20 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Insya-Allah.

final • 8:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Kita akan cuba selesaikan secepat mungkin.

final • 8:20 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Insya-Allah.

final • 8:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Bagan Serai.

final • 8:20 PM

Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Yang Berhormat Menteri, saya juga isu yang sama berkaitan dengan tebatan banjir. Saya ingin penjelasan juga tentang status terkini Fasa 2 dan Fasa 3 tebatan banjir di Rantau Panjang dan janji Timbalan Perdana Menteri hari itu untuk membekalkan pam berkuasa tinggi. Jadi, sejauh mana progress itu dan keperluan untuk tambah naik taraf jalan di Jalan Krai Lima yang aras airnya melepasi paras kepala. Itu menjadi penghalang utama terutama masalah keselamatan terutama yang melibatkan pesakit dan bawa ke hospital. Itu lah jalan yang menjadi penghalang. Jadi, adakah perancangan kerajaan untuk memastikan masa depan jalan-jalan yang kritikal ketika berdepan dengan banjir di Rantau Panjang.

final • 8:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Saya memang ada jawapan secara lebih makro atau lebih menyeluruh tentang soal tebatan banjir termasuk yang berkeutamaan tinggi.

Saya akan sentuh selepas ini dan juga pendekatan untuk berdepan dengan musim monsun tetapi itu secara general lah. Bukan fokus tetapi kalau dapat saya akan jawab sekarang kalau tidak secara bertulis kepada Yang Berhormat tentang perkara tersebut.

Yang Berhormat Bagan Serai membangkitkan tentang memastikan peruntukan yang mencukupi disalurkan kepada JPS untuk memastikan sistem saliran pam air berada pada tahap baik. Seterusnya, masalah kekurangan air. Ini lain sedikit lah Yang Berhormat Bagan Serai punya isu ini- ketika kemarau dapat diatasi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kementerian telah mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk peruntukan kerja-kerja pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir di bawah RMKe-12 iaitu sebanyak RM28 juta kepada negeri Perak melibatkan:

(i) kerja-kerja penyaluran sungai,

(ii) kerja-kerja menstabilkan tebing sungai,

(iii) menaik taraf aset tak alih dan;

(iv) menaik taraf saluran dan struktur berkaitan meningkatkan kualiti air sungai.

Terdapat lima kerja yang telah dilaksanakan pada tahun 2023. Hampir RM1 juta di Parlimen Bagan Serai bagi perkara tersebut. Memang kita tahu kawasan pengairan Kerian ini ada masalah bekalan air. Selain daripada itu pada tahun 2022, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui JPS Negeri Perak telah memulakan projek menaik taraf rumah pam Padang Lalang dan lain-lain kerja berkaitan di bawah Rancangan Pengairan Kerian, Perak Darul Ridzuan. Ini mengambil kira masalah yang terjadi di rumah pam tersebut dan kita sasarkan siap pada tahun hadapan.

Seterusnya, kepada...

final • 8:20 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri akan perkara ini kerana sering dibangkitkan dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Kerian yang saya hadir dan di situ juga hadir pegawai-pegawai daripada IADA, daripada JPS. Apabila kita membangkitkan isu ini ialah isu berkenaan dengan peruntukan terutama dalam soal saliran air itu memang agak berat sedikit. Kadang setahun sekali sahaja yang dicuci menyebabkan terjejasnya saliran pengairan untuk ke sawah sana. Maka, sebab itu saya harapkan walaupun RM28 juta ini cantik lah tetapi untuk satu buah negeri- Perak. Ini kerana Kerian ini merupakan tempat yang disebut sebagai “jelapang padi negeri Perak”, selain di Seberang, Perak.

final • 8:20 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

Maka, saya mengharapkan pihak kementerian memberikan keutamaan sikit kerana sekarang ini sudah tiga musim petani-petani sudah rasa give up. Saya bimbang, takut, give up mereka ini menyebabkan mereka tidak buat padi dan itu akan

final • 8:30 PM

Datuk Idris bin Ahmad - Bagan Serai

membahayakan daripada segi food security. Maka, sebab itu kita harapkan pihak kementerian dapat mengambil cakna terhadap isu Kerian ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 8:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat, di peringkat NRECC dan JPS akan kita adakan perbincangan lanjut dengan KPKM tentang perkara ini.

Yang Berhormat Rasah, ada? Okey, tentang soal Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi Fasa 5 yang di tender semula melalui kaedah tender terbuka. Adakah projek ini dapat dimulakan awal tahun depan?

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah menilai semula cadangan-cadangan Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi yang dikemukakan. Sebagaimana saya sebut, kita bersetuju memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan kritikal untuk dilaksanakan terlebih dahulu pada tahun 2023.

Iklan-iklan telah dikeluarkan pada Jun 2023 bagi projek yang dimaksudkan dalam proses perolehan tender dan tutup tender adalah pada September 2023. Kami di NRECC menerusi JPS sedang berusaha memastikan pembangunan ini dapat dimulakan pada tahun 2024 dengan proses perolehan itu selesai.

final • 8:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Menteri, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Ini sesungguhnya berita baik, melalui tender sebab kita hendak jimatkan kos. Saya hendak tanya, tadi Yang Berhormat Menteri kata tahun 2024, suku pertama kah, kedua kah atau seterusnya? Saya mohon sebolehnya suku pertamalah sebab kita tidak mahu apa-apa yang pernah terjadi, musibah besar berulang kembali. Terima kasih Menteri.

final • 8:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey, kami akan ambil kira pandangan tersebut. Yang Berhormat Batu Pahat, tidak ada.

Seterusnya, untuk makluman tentang projek-projek berkeutamaan tinggi bagi banjir, sebagai mana kita tahu, asalnya bajetnya RM15 bilion. Akan tetapi hari ini kita telah dapat tetapkan nilai projek semuanya RM11.8 bilion, satu bentuk penjimatan RM3.2 bilion.

Nilai yang sangat besar. Jadi, macam masalah wang untuk penyelenggaraan, soal PERHILITAN dan sebagainya, insya-Allah kita akan dapat atasi dengan lebih baik dengan ada penjimatan ini. Ini melibatkan kerjasama yang baik JPS, BBA dan juga METMalaysia.

Untuk menyantuni hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menyegerakan projek-projek ini dan dalam keadaan kita terpaksa mengambil pendekatan perolehan yang baharu. Kita telah mulakan tawaran iklan, sebagaimana disebut tadi pada Jun 2023 dan pengeluaran SST secara berperingkat bermula pada September 2023.

Seterusnya- saya terpaksa sebab masa suntuk dan banyak lagi isu yang terpaksa saya jawab.

final • 8:30 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Kuantan.

final • 8:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri.

final • 8:30 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Yang Berhormat Menteri, bagi Klang tentang tebatan banjir, status?

final • 8:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya, Yang Berhormat Klang. Oh, tebatan banjir Klang. Okey, Yang Berhormat bertanya tentang bagi Negeri Selangor. Bagi Negeri Selangor, ada dalam- kalau projek berskala besar di bawah RMKe-12, ada lima projek di peringkat pra-pelaksanaan, empat projek dalam pelaksanaan, dan dua projek pasca pelaksanaan. Enam Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi yang dalam bajet RM11.8 bilion tersebut sedang dalam proses perolehan pra-pelaksanaan yang melibatkan projek- projek JPS dan juga BBA. Ini senarai ia panjang, mungkin saya akan berikan secara bertulis kepada Yang Berhormat.

final • 8:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Menteri, Hulu Langat ada tidak?

final • 8:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Yang Berhormat Hulu Langat tidak apa, nanti kita minum kopi.

final • 8:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Minum kopi juga, aduh...

[Ketawa]

final • 8:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey, seterusnya...

final • 8:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Muar. Yang Berhormat Menteri, Muar.

final • 8:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya, Yang Berhormat Muar, sekejap.

final • 8:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Bersama dengan Yang Berhormat Puchong, soalan yang sama.

final • 8:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Soalan yang mana?

final • 8:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Ringkas sahaja Yang Berhormat Menteri. Saya bertanya soalan bersama dengan Yang Berhormat Puchong berkenaan isu RE iaitu Third Party Access (TPA). Terima kasih.

final • 8:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ada, saya akan jawab.

final • 8:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Yang Berhormat Menteri, Maran ada tidak?

final • 8:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Saya cuba tengok, banyak isu ini. Kalau tidak boleh, minum teh.

final • 8:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Kalau boleh Yang Berhormat, saya cadangkan jawab yang ada di dalam Dewan, yang lain bertulis.

final • 8:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya, memang betul. Saya kalau hendak jawab yang ada dalam Dewan ini mungkin pukul 10 malam kita habis. Saya hendak cuba...

final • 8:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Okey, ini untuk rakyat ini.

final • 8:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ini sebab ada banyak isu. So, saya hendak cuba berlaku adil kepada semua.

final • 8:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Yang Berhormat, saya cadangkan tanya siapa yang ada dalam.

final • 8:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa]

final • 8:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Maran ada? Ah, Maran ada, okey.

final • 8:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Saya faham. Tadi saya tanya...

final • 8:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Contoh...

final • 8:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya, ya. Apabila saya sampai, saya akan tanya.

final • 8:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib - Maran

Yang Berhormat Arau?

Ah, Yang Berhormat Arau ada.

final • 8:30 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu ada, Setiu.

final • 8:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey, boleh. Kita boleh lagi cepat.

final • 8:30 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Menteri, Setiu ada.

final • 8:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Yang Berhormat Setiu, kalau ada saya akan ini...

final • 8:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingat begini, Menteri tengah cari lagi itu, sabar sekejap. Kalau kacau dia lagi, sampai pukul 12 tengah malam kita tidak habis...

[Ketawa]

final • 8:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey, Yang Berhormat Rompin ada?

final • 8:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada.

final • 8:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ini tentang soal pencemaran Sungai Pukin, Rompin, agar ia tidak berulang dan untuk pemantauan yang lebih kerap ke atas 23 buah kilang proses kelapa sawit di sekitar Rompin.

Untuk makluman, memang di peringkat JAS sentiasa memantau dan juga menguatkuasakan bagi mengawal serta memastikan premis-premis yang lepaskan efluen ini mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS) dan segala peraturan yang berkaitan. Antara tindakan yang kita buat ialah:

(i) melakukan pemeriksaan punca-punca pencemaran secara berkala;

(ii) melaksanakan penguatkuasaan secara bersepadu ke atas premis-premis yang berpotensi melakukan pencemaran;

(iii) mengenakan tindakan tegas ke atas premis-premis yang melepaskan buangan efluen melebihi had perimeter yang ditetapkan; dan

(iv) melakukan pemantauan terhadap kualiti air di Sungai Keratong dan Sungai Pukin secara berkala.

Berkenaan dengan data berkaitan dengan sungai. JAS melaksanakan Environmental Quality Monitoring Program (EQMP) yang merangkumi pengumpulan data, pemantau kualiti udara, kualiti air sungai dan kualiti air marin di seluruh Malaysia bagi tujuan melaporkan tahap sebenar kualiti alam sekitar. Ini ialah satu sistem untuk amaran awal- early warning system. Kita juga di peringkat kerajaan, dalam proses dalam untuk melaksanakan pindaan kepada Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] yang melibatkan tiga perkara utama.

Pertama, meningkatkan tempoh hukuman dan kadar denda ke atas tindakan yang berisiko, yang menyebabkan pencemaran. Dalam hal ini, pindaan melibatkan peningkatan denda dari RM100,000 kepada RM15 juta. Manakala, hukuman penjara dinaikkan daripada setahun kepada 15 tahun ataupun kedua-duanya sekali.

Penyenaraian kesalahan-kesalahan baharu seperti apa-apa perbuatan yang menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan penutupan sistem bekalan air atau gangguan bekalan air serta melepaskan apa-apa kumbahan efluen terlarang, benda atau bahan ke dalam mana-mana lurang.

Ketiga, membolehkan pemegang lesen perkhidmatan air menuntut semula kos bagi memulihkan sistem bekalan air yang telah dicemari, bagi membolehkan pengguna mendapatkan pampasan daripada kerugian.

Jadi, perkara ini kita sedang kaji untuk laksanakan...

final • 8:30 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Yang Berhormat.

final • 8:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya, boleh. Pendek sahaja.

final • 8:30 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Yang Berhormat Menteri, ada sebahagian dari kilang-kilang ini berhampiran dengan sungai. Jadi, cadangan daripada kementerian supaya kilang-kilang ini dialih jauh sedikit dari sungai. Ini sebab mungkin akan berlaku semula pencemaran pada masa-masa akan datang. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 8:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey, itu saya fikir melibatkan juga bidang kuasa di peringkat PBT dan kerajaan negeri dan KPKT. Kita akan bincang lebih lanjut lagi.

final • 8:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Temerloh, Temerloh.

final • 8:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Yang Berhormat Temerloh, sekejap. Bagi saya ini, nanti saya- saya hendak menjawab tentang soal tarif elektrik. Oleh sebab ini antara isu panas yang dibangkitkan. Saya ingat tentang soal Imbalance Cost Pass-Through

final • 8:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

(ICPT) yang kita ambil kira kos bahan api dan kos penjanaan lain, tempoh enam bulan ke belakang. Ini bukan perkara baharu, telah ada mekanisme ini sejak tahun 2015. Kos ICPT bagi tempoh Januari sehingga Jun 2023 adalah lebih rendah, RM9.26 bilion tahun ini berbanding kos ICPT tahun lepas sebanyak RM16.16 bilion.

Oleh itu, pada 21 Jun 2023 kita telah ambil keputusan supaya pengguna bukan domestik daripada kalangan industri dan komersial untuk menikmati penurunan kadar surcaj daripada 20 sen kilowatt jam kepada 17 sen.

final • 8:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Jadi, ada penurunan bil di antara empat sehingga enam peratus sebulan bagi tempoh 1 Julai 2023 sehingga 31 Disember 2023. Hari itu naik daripada 3.7 sen sampai ke-20 sen. Memandangkan harga bahan api yang terlalu tinggi, sekarang kita turunkan seiring dengan penurunan harga bahan api. Jadi, kita berharap mungkin ini bukan di luar bidang kuasa kementerian kami tetapi pihak industri dan perkhidmatan juga akan pass through savings ini kepada pengguna.

Akan tetapi bagi pengguna low voltage, 1 Julai sehingga 31 Disember kita kekalkan 3.7 sen kilowatt jam sedangkan harga elektrik itu lebih tinggi tetapi kita kekalkan dan ini melibatkan PMKS, restoran, kedai runcit, bengkel-bengkel kecil dan juga kategori pertanian spesifik supaya tidak terbeban dalam soal harga bahan makanan. Kita juga telah memperluaskan kepada kadar 3.7 sen kilowatt jam ini, kita telah memperluaskan kepada operator air dan pembetungan pada 1 Julai 2023.

Jadi seterusnya, Yang Berhormat Kota Belud ada? Tidak ada. Seterusnya, okey Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Muar tentang apa yang dibangkitkan sebentar tadi. Pertama, Yang Berhormat Puchong ada bangkitkan tentang third-party access. Ini untuk memberikan pihak lain untuk turut terlibat mendapatkan tenaga tersebut tanpa menggunakan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Mereka boleh pergi direct kepada pengeluar-pengeluar tenaga boleh baharu misalnya.

Jadi, memang NRECC dan Suruhanjaya Tenaga akan laksanakan kajian menyeluruh berhubung pelaksanaan TPA kerana ia akan memberi impak yang signifikan kepada industri bekalan elektrik serta melibatkan kos reflective tariff dan pindaan kepada akta dan peraturan. In principle, dengan izin, kami bersetuju tetapi daripada segi pelaksanaan ia memerlukan beberapa perkara. Kita harus ingat dan saya akan sambung juga dengan apa yang dibangkitkan sebentar tadi oleh Yang Berhormat Muar tentang soal Yang Berhormat Muar bangkitkan tentang energy exchange yang kita usulkan.

Pada Mei tahun ini kerajaan telah menamatkan halangan untuk perdagangan tenaga boleh baharu rentas sempadan yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Memang itu telah membuatkan satu excitement, dengan izin, kepada sektor tenaga secara meluas.

Ramai yang bertanya tentang bila kita akan laksanakan.

Jadi, saya boleh maklumkan di sini bahawa Kertas Kabinet tentang energy exchange ini, kita jangka bentang pada bulan hadapan, Oktober. Perbincangan lanjut yang begitu detailed dan lanjut juga telah diadakan di kalangan NRECC, Suruhanjaya Tenaga bersama-sama dengan industri dan juga kita adakan juga dengan counterpart kepada ST iaitu EMA di Singapura. Apakah prinsipnya? Prinsipnya mudah. Adil, cost reflective dalam akses saksama bagi memaksimumkan nilai TBB serta Renewable Energy Certificate (REC).

Sebagaimana ketika dasar ini diumumkan, kita hendak dapatkan premium daripada perdagangan tenaga boleh baharu rentas sempadan untuk meningkatkan kemampuan grid. Baru-baru ini satu artikel keluar di media antarabangsa, dia mengatakan dan ini antara sektor tenaga boleh baharu yang paling maju di dunia, di United Kingdom.

Masih berdepan dengan masalah. Apakah masalahnya? Dia kata ada tiga masalah, grid,grid and grid.

Begitu juga Vietnam. Vietnam, tenaga boleh baharu daripada segi solar telah scale up dengan begitu jauh berbanding dengan negara kita tetapi apabila gridnya tidak bersedia, begitu banyak tenaga-tenaga ini tidak dapat disalurkan. Jadi, kita tidak mahu

final • 8:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

berdepan dengan perkara tersebut. Jadi, sebab itu kita hendak tingkatkan kemampuan grid kita.

Tenaga solar ini in principle is an intermittent form of energy. Kita ada empat jam sampai lima jam sahaja sehari walaupun kita rasa panas. Sekiranya tidak disamakan, ia akan ada satu beban. Jadi, sebab itu kita sedang mempertingkatkan perkara ini untuk kita invest dalam...

final • 8:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri, 30 saat sahaja.

final • 8:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

...dan kita akan laksanakan.

final • 8:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Ya, sedikit sahaja. Saya faham TPA itu akan makan masa untuk dimuktamadkan. Cuma apabila Yang Berhormat Menteri dan kerajaan mengumumkan dasar yang baik iaitu membenarkan eksport tenaga boleh baharu keluar, kerajaan Singapura ada mengeluarkan RFP yang bakal laps ataupun tamat pada suku ke-empat tahun ini. Cadangan tambahan yang dibawa oleh Yang Berhormat Puchong adalah untuk sambil menunggu TPA dimuktamadkan, adakan tripartite agreement. Adakah kementerian akan mempertimbangkan cadangan tersebut?

Terima kasih.

final • 8:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Kita tidak ada, sebenarnya saya ingat demand untuk tenaga boleh baharu daripada negara Singapura adalah sangat tinggi. Ia akan ada terus. Peluang ini akan ada dan memang kita berkomunikasi secara terus dengan pihak EMA malah di peringkat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dengan Perdana Menteri Singapura, saya dengan counterpart saya. Jadi, perhubungan ini berlaku secara berterusan dan kita akan memastikan mekanisme kita dapat kita rebut peluang-peluang yang ada di sana, memastikan industri tenaga boleh baharu kita dapat berkembang dengan pesat dan ia akan memberi manfaat kepada keperluan kita daripada segi penjanaan tenaga boleh baharu kepada negara kita.

Oleh sebab beban yang paling kita takut berlaku di banyak negara lain iaitu kos untuk meningkatkan grid ini jatuh kepada pengguna biasa yang mungkin orang kampung.

Dia tidak kisah fasal TBB, dia tidak perlu pun TBB. Akan tetapi, tarif dia naik kerana beban untuk meningkatkan grid. Jadi, kalau syarikat-syarikat macam Amazon, Google dan sebagainya perlukan green energy, mereka kena bayar lebih untuk dilaburkan ke dalam grid. Baru-baru ini apabila kita naikkan green electricity tariff melompat juga sebab dia kata mahal. Akan tetapi itu pelaburan yang kita kena laksanakan.

Seterusnya, Yang Berhormat Subang bercakap tentang kerajaan juga beri fokus kepada biomass, biogas, dan mini hidro berbanding tenaga solar. Jadi juga soal loji-loji pembakaran arang batu sedia ada sebab kita tahu arang batu ialah bahan api yang paling mencemar. Jadi, sememangnya penjanaan solar ini diberi tumpuan kerana ia lebih mudah untuk scale up dalam keadaan yang sedia ada. Daripada segi akses, kalau macam biomass ia juga melibatkan persaingan penggunaan. Maksudnya kalau ada bahan itu boleh digunakan untuk makanan maka ia juga menimbulkan situasi yang mana ia akan meningkatkan harga bahan makanan dan juga kos yang lebih rendah untuk solar.

Akan tetapi, betul. Ia ada cabaran tersendiri dan kita perlu explore all our options.

Sebagai contoh, kita ada banyak menghasilkan palet-palet daripada hasil buangan sawit dan sebagainya dan ini dieksport ke negara Jepun yang sanggup membayar harga yang lebih tinggi. Sepatutnya kita dapat manfaatkan. Kita ada banyak biomass plant yang kecil di ladang-ladang sawit tetapi ia off-grid. Ia hanya untuk internal consumption. Jadi, ini antara perkara yang kita cuba perbaiki.

Mini hidro ada potensi yang baik. Saya telah isytiharkan kalau boleh large hydro di Semenanjung kita hendak avoid sebab cause-nya kepada alam sekitar, hutan dan sebagainya. Akan tetapi, mini hidro banyak timbul kadang-kadang konflik dengan kerajaan negeri. Caj yang mereka kenakan dan sebagainya. Jadi, ini kita akan kaji bagaimana kita dapat giatkan pembangunan mini hidro.

Last sekali tentang soal ini, dalam soal arang batu kita sedang melihat option untuk memang tidak mudah. Oleh sebab, kita tahu dalam soal arang batu kebanyakan

final • 8:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

ada PPA dalam sektor tenaga kita yang sangat menjaga kepentingan IPP. Jadi kita sedang, mungkin kita hendak lihat ada potensi untuk adakan RFP. Kita dapatkan proposal, proposal. Salah satunya is early retirement tetapi tidak mudah.

Kedua is mothballing. Mothballing ini ia akan beroperasi pada skala yang minimum. Sekiranya kita perlu tenaga elektrik itu kita boleh terus tingkatkan tetapi pencemarannya dapat dikurangkan dan ini dibuat di Jerman dan China. Di Jerman ia dapat dimanfaatkan ketika perang Ukraine. Satu lagi ialah coal firing yang mana arang batu itu kita boleh campur dengan biomass atau dengan hidrogen, ammonia dan sebagainya supaya kesan kepada alam sekitar juga dapat dikurangkan. Jadi, kita sedang kaji perkara tersebut.

Kalau mungkin satu saya hendak sentuh last sekali dalam keadaan kita sudah lepas waktu Isyak, saya takut sampai Subuh. Jadi...

final • 8:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum itu Yang Berhormat Menteri, ada lagi mungkin Ahli Yang Berhormat takut fasal dah tunggu lama.

final • 8:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Siapakah lagi yang ada belum saya jawab?

final • 8:40 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Kuantan.

final • 8:40 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Tenom.

final • 8:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Boleh sebut kawasan dan isu.

final • 8:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Temerloh.

final • 8:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Isu?

final • 8:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Isu air, tebatan banjir, jambatan. Banyak benda itu.

final • 8:40 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Kuantan, Kuantan.

final • 8:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu.

final • 8:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Temerloh, Kuantan, Setiu.

final • 8:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Saya cuba jawab sebanyak mungkin tetapi mungkin kalau tidak sempat saya akan beri secara bertulis. Yang Berhormat Setiu, apakah?

final • 8:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey, Setiu isu pengorekan muara Sungai Merang terutama musim tengkujuh.

final • 8:40 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Tumpat, REE.

final • 8:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Yang Berhormat Tumpat berkenaan dengan apa?

final • 8:40 PM

Dato’ Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

REE.

final • 8:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

REE, Yang Berhormat Tumpat. Baik ada lagi?

final • 8:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

REE, memang saya ada sebut tadi.

final • 8:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Maran, Maran.

final • 8:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Maran.

final • 8:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ya, Yang Berhormat Maran. Banjir?

final • 8:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Maran- isu peruntukan RM25 juta yang diluluskan tahun 2019 tetapi tidak dilaksanakan...

final • 8:40 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Untuk apa itu, untuk banjir?

final • 8:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

...Tebatan banjir.

final • 8:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey, boleh saya tumpu di situ, dan saya akan...

final • 8:50 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Tenom tebatan banjir, Yang Berhormat Menteri, beri. Banjir, Tenom.

final • 8:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Tenom, banjir.

final • 8:50 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Ah, banjir.

final • 8:50 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Permatang Pauh.

final • 8:50 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak.

final • 8:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

[Ketawa] Itu apa, semua banjir kah?

final • 8:50 PM

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Ya.

final • 8:50 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak, banjir.

final • 8:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey.

final • 8:50 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak, Menteri.

final • 8:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 8:50 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Pahang setakat ini tiada jawapan itu Yang Berhormat Menteri.

final • 8:50 PM

Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pasir Salak. Isunya banjir, tebatan banjir tempatnya Kampung Permatang Pelanduk, Sungai Kinta.

final • 8:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Okey, kalau boleh di situ dan tidak ada pencelahan, saya pohon.

final • 8:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, okey.

final • 8:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Saya pun hendak balik rumah juga ya. Jadi, saya hendak jawab perkara ini, saya tahu banyak disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian tentang soal NR-REE, nadir bumi.

Jadi, pertama sekali ramailah- Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Subang dan sebagainya tentang bagaimana Kerajaan Pusat dapat membantu kerajaan-kerajaan negeri dalam hal ini. Memang mengikut kajian JMG, rizab mineral negara termasuk NR-REE sangat besar nilainya dan rizab ini termasuklah mineral berlogam, mineral bukan logam dan mineral tenaga.

Bagi memastikan sektor industri mineral dapat dibangunkan secara holistik dan memberi pulangan jangka masa yang panjang, kita telah ada Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021/2030 dan ini menekankan pembangunan mineral-mineral strategik seperti REE bagi menyokong pembangunan industri tenaga boleh baharu, keperluan magnet, keperluan untuk turbin dan sebagainya, banyak bergantung- bateri banyak bergantung kepada REE. Jadi atas dasar itu, kita akan lihat satu transformasi industri mineral terhadap yang ada impak yang lebih tinggi.

JMG telah kenal pasti 29 buah kawasan potensi NR-REE seperti di Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Sarawak, Terengganu dan Selangor.

Jadi, kita akan meningkatkan program pemetaan mineral untuk kita dapat satu kajian yang lebih menyeluruh. Ada permintaan misalnya dari Sarawak kerana kos bagi negeri yang besar hendak mengkaji nilai NR-REE di sana. Jadi, fokus kita apa sebagaimana yang diulang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari, kita tidak hanya mahu menjadi pengeluar bahan mentah.

Zaman itu sudah berakhir sepatutnya. Kita hendak ada tambah nilai dalam industri ini, paling minimum di peringkat hiliran. Kalau tidak pun di peringkat huluan. Itu pendekatan kita.

final • 8:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Jadi, kita juga sedang membangunkan Dasar Mineral Negara 3 yang memberi tumpuan kepada perundangan dan persekitaran industri, mengukuhkan rantaian nilai industri, menggunakan teknologi terkini dan juga elemen ESG dalam industri mineral.

Dalam hal ini kerajaan ataupun di peringkat JMG kita ada perbincangan selain dengan institusi tempatan seperti akademi sains dan universiti-universiti, kita juga adakan Korea Institute of Geoscience dan juga Program Expert Deployment Mechanism dengan izin, oleh Kerajaan Kanada.

Seterusnya, tentang apa yang diumumkan tentang Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Sabak Bernam dan Yang Berhormat Padang Serai membangkitkan tentang SOP untuk perlombongan dan extraction REE dan bagaimana kita hendak lindungi alam sekitar dan isu penyahhutanan dalam dasar pembangunan mineral yang baharu.

Ada pelbagai cadangan. Jadi, buat masa ini dasar sedia ada kita ialah kita tidak meluluskan sebarang kelulusan surat kebenaran Skim Pengendalian Melombong ataupun Operational Mining Scheme bagi aktiviti perlombongan di kawasan hutan simpan kekal, rizab perlindungan, kawasan tadahan air dan kawasan sensitif alam sekitar. Akan tetapi merujuk kepada kenyataan ketika pertimbangan dasar baharu baru-baru ini, NRECC akan memperhalus dan memperincikan kebolehlaksanaan dasar ini secara menyeluruh dan teliti.

Berdasarkan data daripada JMG, 80 peratus dari kawasan berpotensi untuk REE berada di luar hutan simpan kekal, 80 peratus. Jadi, ada banyak ruang untuk dimanfaatkan. Saya tidak pasti di Hulu Langat ada atau tidak, tetapi apa yang hendak ditekankan kita boleh buat pada economies of scale tanpa sentuh hutan simpan kekal.

Sekiranya kita buat masa ini belum ada perubahan dasar, sekiranya dibenarkan makna ada penyahwartaan kerajaan negeri kerana hendak buat hendak teroka REE di kawasan hutan simpan kekal sebab REE atau mineral tidak termasuk dalam bahan-bahan untuk hutan pengeluaran di bawah peraturan yang sedia ada. Jadi, ia kena nyahwarta.

Kalau nyahwarta kita akan minta mereka ganti keluasan yang sama untuk hutan simpan kekal kita. Akan tetapi that is the last resort, kita hendak cuba elakkan perkara tersebut.

Okey, banjir. Kita fokus banjir. So, sekejap, okey. Balik? Boleh balik...

final • 8:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Sekejap, sekejap, ada-ada.

final • 8:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, kita cadang buat jawapan bertulis sahajalah. Kasihan dekat itu, Yang Berhormat Menteri.

final • 8:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Ada, ada. Sekejap saya boleh jawab sedikit sahaja, kalau hendak tunggulah. Okey, tadi....

final • 8:50 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 8:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Yang Berhormat Segamat...

final • 8:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Lapar tu...

final • 8:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Yang Berhormat Ketereh sudah jawab, sekejap. Saya sebab sudah laju itu- okey, Yang Berhormat Maran, sebab Yang Berhormat Maran banyak bertanya tadi. Okey, Yang Berhormat Maran memohon baki RM13 juta, betul ya daripada keseluruhan peruntukan yang telah diluluskan sebanyak RM25 juta bagi pelaksanaan tebatan banjir.

Permintaan Yang Berhormat Maran ialah untuk menaiktarafkan besarkan dan dalamkan sungai-sungai di sana. Jadi, di bawah projek Rancangan Tebatan Banjir Bandar Maran Fasa 1 Daerah RM, telah mula dilaksanakan pada 5 Disember tahun lepas dan dijangka siap pada Jun 2024 dengan kos berjumlah RM12.5 juta. Jadi, kalau kita tahu dalam sistem perolehan kerajaan, kalau itu telah- walaupun ada perancangan asal untuk bajet tersebut, kita telah adakan procurement dengan julah RM12.5 juta, baki itu bukan di tangan kami di NRECC. Jadi....

final • 8:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib

Yang Berhormat Menteri, pada mula saya minta RM25 juta itu, JDJPS memberikan anggaran tetapi baharu ini saya tanya dikatakan bahawa mereka tidak boleh buat dengan peruntukan itu. Kenapa, apakah

final • 8:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib

masalah dia? Patut kita pun tidak selesai masalah banjir di Maran ini, Yang Berhormat Menteri. Saya minta diberi perhatianlah.

final • 8:50 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

Terima kasih, sebab tadi pun saya letak syarat jangan mencelah. Jadi, kalau mencelah saya kata saya akan berikan jawapan secara bertulis. So, kalau boleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa sudah lewat. Izinkan saya untuk jawab yang selebihnya insya-Allah secara bertulis kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang turut serta dalam perbahasan.

final • 8:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, dengan tamatnya penggulungan daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim tadi, maka hari ini menyaksikan 14 kementerian telah menggulung perbahasan ke atas Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12. Cuma, saya ingin mengingatkan Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan-timbalan Menteri supaya menghantar jawapan bertulis dalam tempoh masa lima hari. Memandangkan esok merupakan hari terakhir Mesyuarat Khas Bagi Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, maka semua jawapan bertulis hendaklah dihantar terus kepada Ahli yang bertanya melalui e-mel. Jadi, mereka datang untuk Mesyuarat Ketiga ini sudah ada jawapan itu, jangan ditanya pula soalan yang sama.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Selasa 19 September 2023. Terima kasih.

final • 8:50 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.59 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026