Sep142023

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
USUL PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 27(3)
KAJIAN SEPARUH PENGGAL RANCANGAN MALAYSIA KEDUA BELAS (2023-2025)

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“BAHAWA Dewan ini, menyedari akan cabaran untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mampan dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global, kedudukan kewangan Kerajaan serta pencapaian dua tahun pertama, 2021-2022 Rancangan Malaysia Kedua Belas; merestui usaha Kerajaan untuk merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara yang mampan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, wadah Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat serta Agenda Pembangunan Mampan 2030; meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi tempoh 2023-2025 yang memberi keutamaan dan penekanan baharu ke atas dasar, strategi dan inisiatif bagi pembangunan sosioekonomi serta langkah memperkukuh tadbir urus ke arah negara yang mampan, sejahtera dan berpendapatan tinggi, menurut Kertas Perintah CMD. 30 Tahun 2023; dan bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia berganding bahu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan serta pengagihan kekayaan adalah telus, adil dan saksama.” [13 September 2023]

final • 10:00 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, peraturan Dewan.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sila.

final • 10:00 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(6), seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa Ahli yang lain. Tuan Yang di-Pertua, semalam sewaktu

final • 10:00 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

perbahasaan oleh Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Hulu Langat telah mencelah dan pencelahan dia telah viral di media-media sosial, Tuan Yang di-Pertua.

Saya petik kata-kata Yang Berhormat Hulu Langat, “mahkamah putuskan ada isu berlaku kesalahan dan kemenangan calon di Parlimen Kuala Terengganu dibatalkan.

Baharu-baharu ini diadakan pilihan raya kecil kemudian Perikatan Nasional mencalonkan semula calon yang telah didapati melakukan amalan rasuah, amalan sogokan bagi duit”.

Ini adalah menyimpang daripada warta keputusan Hakim Mahkamah yang tidak mensabitkan saya dengan kesalahan amalan rasuah. Ini ada dalam warta penghakiman, yang mana dalam warta penghakiman, hakim telah menyatakan beliau tidak menamakan mana-mana pihak. Ini adalah menghina keputusan mahkamah dan menghina saya sebagai wakil rakyat di Kuala Terengganu*.

[Tepuk]* Apa yang disabitkan adalah berkaitan dengan program kerajaan dan mahkamah dalam keputusan yang mempunyai fakta yang sama di Kuala Terengganu, di Marang, telah memberikan keputusan yang berbeza. Ketua Pengarah SPRM sendiri pun menyatakan pemberian geran inisiatif kerajaan tiada unsur rasuah. Ini adalah menghina saya sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Saya minta tarik balik.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Bismillahi Rahmani Rahim, baik. Yang Berhormat Kuala Terengganu, remedy kepada isu yang telah dibangkitkan di bawah Perkara 36(6) tersebut ada caranya apabila melibatkan Dewan ini.

Saya sarankan Yang Berhormat sebab benda ini berlaku selepas, bukan pada hari ini ataupun berlaku seketika di hadapan.

Oleh yang sedemikian, saya sarankan Yang Berhormat Kuala Terengganu ambil remedy, membuat usul di bawah 36 ataupun 18 ataupun 17 sebagaimana saya nyatakan, bangkitkan perkara tersebut untuk diputuskan. Kalau benda ini berlaku ketika dan masa ini, satu keputusan boleh dibuat, faham? Baik.

final • 10:00 AM

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya akan ambil remedy itu.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan. Yang Berhormat-Yang Berhormat, kita sambung semula perbincangan perbahasan berkaitan usul Rancangan Malaysia Ke-12 Separuh Penggal ini. Hanya ingin saya bangkitkan di sini beberapa perkara daripada segi administratif. Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini kita mempunyai begitu ramai yang akan berbahas. Seramai 71 orang pembahas. Jadi, Tuan Yang di-Pertua telah memutuskan setiap seorang itu diberi tempoh tujuh minit.

final • 10:00 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tiada option kerana kita ada tiga hari lagi dan selepas perbincangan dengan Setiausaha Dewan Rakyat dan Tuan Yang di-Pertua, allocatekan tujuh minit bagi setiap pembahas, manakala ketua parti diberi 10 minit. Saya memohon pembahas menghormati masa. Mana yang kita boleh lebih kurang, kita akan cuba sebaik mungkin.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Hendak bertanya sahaja, Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Ramai sahabat yang belum berucap ini. Mungkin ada yang bersependapat. Tidak payah habis 7.30 malam, lanjutkan sedikit tetapi bagi mereka masa yang lebih. Ini sahaja pertanyaan.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, baik. Bagus Yang Berhormat Indera Mahkota. Benda ini saya akan bangkitkan juga dalam perjumpaan nanti dengan Tuan Yang di-Pertua. Jika dipersetujui, kita akan usulkan supaya benda ini terus selepas 7.30 malam. Oleh sebab saya difahamkan, hari Isnin most probably, dengan izin, kita sampai 10 malam, hari Isnin. For the time being ini, kita ikutlah sepertimana yang telah diputuskan.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya, Yang Berhormat Arau.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, sebab selepas ini kita akan pergi bajet. Saya minta dirancang yang pernah dibuat dahulu, dirancang. Kalau kita habis 7.30 malam, makna kita ada ruang waktu yang lebih lagi.

Kalau kita kata habis pukul 9 malam, bagilah peluang kepada orang yang hendak berucap.

Oleh sebab apa, mereka ini mewakili kawasan. Kalau kita sudah buat 10 minit, semua orang buat persediaan 10 minit. Tiba-tiba kena tujuh minit, tergagap kita.

Oleh sebab benda yang besar, hendak cakap, tidak habis. Pembahas yang awal diganggu macam-macam manusia. Jadi, kita akan bubuh yang penghabis. Pembahas yang penghabis masuk dekat 10 minit, Yang Berhormat. Ini untuk kawan-kawan. Saya tidak apa tetapi saya hendak bagi tahu bahawa elok dirancang supaya Dewan tidak tangguh 7.30 malam, sebaliknya kita buat pukul 9. Tidak ada masalah. Kalau Tuan Yang di-Pertua sudah letih, boleh lantik salah seorang untuk jadi Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Beberapa Ahli

Yang Berhormat Arau boleh, Yang Berhormat Arau.

final • 10:00 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tuan Yang di- Pertua...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Arau, saya faham, dengan izin predicament tiap-tiap wakil rakyat. Saya pun dulu menggelabah juga hendak kejar lima minit atau tujuh minit kan, terlalu banyak benda hendak bercakap. Apa yang telah disarankan oleh Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Indera Mahkota, saya akan panjangkan dalam mesyuarat kecil kami ya, insya- Allah.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, minta sedikit petua. Yang Berhormat Pasir Puteh berucap ada gangguan- gangguan menyebabkan beliau tidak dapat berucap. Cuma, Tuan Yang di-Pertua waktu itu, terus bila cukup masa, terus hentikan tanpa memberi masa tambahan sedangkan beliau diganggu. Walaupun tidak diberikan laluan, tetap diganggu sehingga menyebabkan beliau berhenti berucap. Kemudian, terus ditamatkan tanpa diberi masa tambahan. Saya harap tidak berlaku begitulah kerana itu tidak adil.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya tidak boleh bercakap bagi pihak Tuan Yang di-Pertua ataupun bagi pihak Timbalan Yang di-Pertua 2, Yang Berhormat Lanang. Akan tetapi kalau saya, saya cuba sebaik mungkin accommodate, baik di sebelah kanan [Merujuk kepada blok kerajaan] ataupun di sebelah kiri [Merujuk kepada blok pembangkang] kalau Ahli-ahli Yang Berhormat perasan.

Akan tetapi jika kekangan masa itu begitu mendesak dan senario pertimbangan di antara Ahli-ahli Yang Berhormat kadang-kadang untuk overdose, saya terpaksalah guna kekerasan sedikit.

[Ketawa] Saya berharap kita faham dan kita teruskan dengan urusan aturan majlis pada hari ini.

Saya akan bacakan senarai 20 orang yang pertama dan sebagai nasihat cuba tumpukan kawasan sendiri dulu. Masa tujuh minit itu pendek saja itu. Kita mula pagi ini dengan Yang Berhormat Pasir Gudang, kedua Yang Berhormat Putrajaya, ketiga Yang Berhormat Lubok Antu, keempat Yang Berhormat Kota Bharu sebagai ketua whip diberi 10 minit. Berikutannya Yang Berhormat Kudat, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Kota Marudu, Yang Berhormat Bukit Gantang.

Yang Berhormat Semporna sebagai ketua parti juga 10 minit, Yang Berhormat Muar sebagai ketua parti juga 10 minit, Yang Berhormat Stampin, Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Gua Musang, Yang Berhormat Ampang dan Yang Berhormat Hulu Selangor ya. Itu sampai ke nombor 20. Kita mulakan.

Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 10:10 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua yang saya hormati, terima kasih kerana memberi ruang kepada Pasir Gudang untuk turut membahaskan Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kedua Belas. Saya ingin merujuk kepada ringkasan eksekutif dokumen Kajian Separuh Penggal ini, muka surat 13 berkaitan dengan 17 anjakan besar serta 71 strategi dan inisiatif utama berkaitan perundangan yang berkait hal rasuah. Ertinya dalam kajian separuh penggal ini ingin memperkenalkan pelan integriti berasaskan nilai murni MADANI.

Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama dalam ucapan saya ini, saya berdiri di sini untuk mempertahankan Kerajaan Persekutuan sekarang ini dan Perdana Menteri yang saya lihat dalam dua hari berturut-turut, beliau dalam Dewan ini telah dikritik kalau metaforanya boleh disebut dibelasah kiri dan kanan berkaitan dengan isu DNAA. Saya telah mendengar sampai pukul 7.30 malam dua hari berturut-turut dan saya sabar mendengar ucapan itu dan hari ini saya ingin mempertahankan Perdana Menteri kita semua.

[Tepuk] Berkenaan dengan DNAA ini yang kita faham maksudnya, saya melihat kita tidak boleh salahkan hakim, kita tidak boleh salahkan judiciary, badan kehakiman. Saya melihat Peguam Negara bertanggungjawab dalam soal melepaskan tanpa dibebaskan dalam kes yang berkenaan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan (Kuasa Budi Bicara Peguam Negara).

Tuan Yang di-Pertua, malah di luar Dewan ini, sebaik sahaja kes itu berlaku, sebagai seorang Ahli Parlimen, sebagai rakyat biasa, saya menulis sebuah sajak puisi bertajuk DNAA tetapi itu di luar Dewan. Di dalam Dewan ini, saya ingin meneruskan perkara ini. Memang saya kurang puas hati tentang perjalanan itu dan saya merasakan Peguam Negara perlu memikul tanggungjawab ini dan amat sesuai Select Committee, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi akan memanggil Peguam Negara yang lepas dan yang sedang ini untuk mendapat penjelasan.

[Tepuk] Mesti datang, mesti datang. Datang hendak jawab atau ada benda tidak boleh hendak disebut, itu hal lain. Akan tetapi mesti datang. Tidak boleh kata tidak boleh datang. Ini select committee ada hak. Parlimen ini satu badan yang ada integriti.

Saya melihat Perdana Menteri, waktu keputusan mahkamah itu, beliau berada di Jakarta. Ada sidang ASEAN. Saya membaca laporan Perdana Menteri berkata perkara itu dan menjelaskan beliau tidak campur tangan. Itu kuasa budi bicara Peguam Negara.

Apabila balik ke tanah air di Kuala Lumpur, Perdana Menteri menegaskan lagi itu kuasa budi bicara Peguam Negara. Beliau sebagai Perdana Menteri tidak boleh interfere. Ini kuasa budi bicara Peguam Negara.

Secara ikhlas saya berkongsi di sini, ada kalanya ada kesempatan saya dapat bercakap dengan Perdana Menteri secara peribadi. Saya pernah sebut saya panggil, saya tidak minta lesen, saya tidak minta kontrak tetapi saya cakap saya tidak guna kata “Saudara”, saya kata “Kita”. Saya beritahu, “Kita tidak boleh campur hal mahkamah, kita mesti jaga independence of judiciary” dan beliau bersetuju. Beliau tidak mahu campur bukan sahaja mahkamah tetapi kuasa AG Chambers, kuasa Peguam Negara dan saya percaya.

Malah, apabila Yang Berhormat Pagoh dituduh, apabila Tasek Gelugor dituduh saya berhubung direct kepada beliau, jangan aniaya lawan saingan politik kita. Saya tidak setuju selective prosecution dan Perdana Menteri– ini saya kongsi dalam Parlimen– menyatakan bahawa “Tidak saudara.” Tidak, ertinya beliau dimaklumkan bahawa agensi- agensi penguat kuasa mempunyai evidence yang ada, yang kuat dan teruskan– dan beliau tidak mengganggu. Jadi, oleh sebab– sudah habis masa agaknya ya.

[Ketawa]

final • 10:12 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Teruskan. Yang Berhormat, teruskan.

final • 10:12 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Jadi, saya landing sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai government backbenchers...

final • 10:12 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat, boleh percayakah apa yang...

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Sentuh juga DNAA case Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tidak berapa dengar. Apa dia?

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

DNAA case Yang Berhormat Bagan, boleh sentuh juga dalam ucapan Yang Berhormat ya.

final • 10:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, saya boleh pertahankan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi sebaik-baiknya, saya mohon kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kalau tidak masa yang terdekat ini, waktu sidang Prime Minister’s Question Time— makna ada masanya— saya minta beliau jelaskan sendiri kerana...

final • 10:20 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Pasir Gudang, apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu, pengakuan itu, boleh percaya atau tidak?

final • 10:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ya. Apa yang dilaporkan di dalam akhbar, dari segi undang-undang, adalah hearsay. Apa yang dilaporkan dalam akhbar, apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu adalah hearsay, dengar cakap. Saya percaya apa yang beliau kata pada saya itu antara dua orang sahabat, pemimpin dengan anggota partinya. Saya ada berhak untuk percaya kepada apa yang pemimpin saya cakap.

[Tepuk] I will not throw my leader under the bus! Saya tidak akan campak pemimpin saya di bawah bas. Saya akan pertahankan di dalam Dewan ini.

[Tepuk] Akan tetapi, untuk berlaku adil supaya sahabat-sahabat di blok pembangkang dan kami backbencher ini, kami hendak dengar daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri supaya isu DNAA ini dinoktahkan juga di Dewan ini. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Pagi ini ada diversion sedikit atas permohonan dan kecemasan oleh— Yang Berhormat Lawas ada sini? Yang Berhormat telah buat permohonan, saya faham isu keluarga. Silakan. Saya bagi laluan dahulu.

final • 10:20 AM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya pada pagi ini.

Pertama sekali, saya ingin mempersembahkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong serta keluarga diraja di atas kunjungan lawatan Kembara Kenali Borneo dan sempat singgah di Daerah Lawas, pintu masuk ke Sarawak dari wilayah Sabah, baru-baru ini pada 7 September 2023.

Rakyat tempatan amat terharu dan gembira kerana dapat melihat dengan lebih dekat wajah Duli Tuanku berdua sehingga sanggup menantikan ketibaan rombongan Duli Tuanku di sepanjang jalan yang dilalui oleh kenderaan yang dipandu oleh Tuanku sendiri.

Dengan kunjungan ini, tentu sekali Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong telah melihat tahap pembangunan yang tercapai di kedua-dua wilayah Sarawak dan Sabah yang masih ketinggalan dan tidak seimbang, berbanding dengan kawasan di Semenanjung Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dan menyokong pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 tahun 2021 hingga 2025 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim khusus dalam usaha untuk meningkat dan memartabatkan negara Malaysia termasuk membawa pembangunan ke

final • 10:22 AM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah yang ketinggalan dari segi prasarana pembangunan.

Apa yang penting Tuan Yang di-Pertua, segala perancangan menyeluruh kerajaan seperti yang termaktub di dalam Buku Rancangan Malaysia Ke-12, di antaranya memperkukuh pemangkin utama ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, menuju ke arah wilayah yang seimbang dan meningkatkan perpaduan, pertahanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat perlu direalisasikan.

Dalam hal ini, harus diingatkan terdapat rintangan dan masalah terhadap pelaksanaan projek yang perlu diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Contoh, ada di antara projek kerajaan yang lambat dan gagal disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Malah, ada juga yang dikategorikan sebagai projek sakit di kawasan Parlimen saya di Lawas.

Projek yang lambat disiapkan dan juga projek yang sakit adalah hospital baharu Daerah Lawas, immigration checkpoint atau CIQ di sempadan Indonesia dengan Sarawak di Ba’kelalan, Klinik Daerah Lawas, SRK Long Sukang dan SRK Ba’kelalan. Sementara projek yang telah diluluskan dan belum dimulakan pelaksanaannya adalah sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lawas.

Tuan Yang di-Pertua, dalam pemerhatian saya, lewat dan gagalnya pelaksanaan separuh daripada projek kerajaan berpunca daripada penglibatan banyak subkontraktor untuk mengendalikan sesebuah projek kerajaan sehingga merugikan subkontraktor terakhir dan menyebabkan kerja-kerja tidak dapat diteruskan dan akhirnya kelewatan berlaku sehingga tender terpaksa ditarik balik untuk memberi ruang kepada penender baharu untuk melibatkan diri.

Untuk mengatasi masalah ini, saya mengesyorkan kepada kerajaan agar penglibatan subkontraktor dihadkan untuk mengendalikan sesebuah projek dan harus melibatkan kontraktor tempatan yang lebih mengetahui keadaan setempat termasuk kos bahan binaan, pengangkutan dan perhubungan awam yang diperlukan untuk memudahkan pelaksanaan projek awam atau kerajaan di sesuatu lokasi berjalan dengan baik dan lancar.

Bagi projek yang diluluskan oleh kerajaan sebelum PH mengambil alih, saya menyeru agar projek ini diteruskan pelaksanaan dengan mengambil kira keperluan dan kepentingan projek tersebut untuk rakyat dan wilayah serta negara secara amnya.

Cadangan dan kelulusan ke atas pelaksanaan Sarawak and Sabah Link Road

(SSLR) melalui Brunei harus diteruskan. Ini kerana ini akan memberi kemudahan dan manfaat kepada rakyat Borneo selain pelawat dan pelancong dari luar. Projek penting ini dibatalkan semasa peralihan kuasa kerajaan dan kini dicadang, malah dipersetujui oleh Kerajaan Sarawak agar projek ini diteruskan. Perbincangan dengan Kerajaan Negara Brunei mengenai perkara ini telah pun diadakan.

Oleh itu, Kerajaan Persekutuan harus komited dengan cadangan ini agar projek tersebut dapat direalisasikan. Begitu juga dengan kelulusan sebuah projek Maktab Rendah Sains Mara Lawas harus diteruskan.

Selain itu, projek lapangan terbang baharu Lawas menggantikan lapangan terbang sedia ada dan sebuah pelabuhan laut dalam diluluskan di Lawas. Persoalan saya, apakah peranan dan penglibatan Kerajaan Persekutuan berhubung perkara ini?

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sekian.

final • 10:22 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Lawas, pihak Dewan mendoakan supaya ahli keluarga Yang Berhormat Lawas selamat, sihat. Selamat perjalanan.

final • 10:22 AM

Dato Henry Sum Agong - Lawas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:22 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikutannya, dipersilakan Yang Berhormat Putrajaya.

final • 10:22 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Memandangkan kami diberikan hanya tujuh minit, jadi saya mohon sekiranya ada pencelahan, ianya boleh dibuat di hujung ucapan saya.

final • 10:29 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Jidin - Putrajaya

Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ke-12 telah dibentangkan pada 27 September 2021. Isnin lalu, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 pula dibentangkan. Sebagai seorang yang pernah terlibat dalam penyediaan Rancangan Malaysia dan juga Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia, saya amat memahami penat jerih sahabat-sahabat penjawat awam di Unit Perancang Ekonomi atau sekarang dikenali sebagai Kementerian Ekonomi yang telah bertungkus-lumus, bersengkang mata menyiapkan dokumen Kajian Separuh Penggal ini. Setinggi terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada sahabat semua.

Umumnya kita lihat bahawa kandungan KSP RMKe-12 ini adalah kesinambungan daripada RMKe-12. Rancangan Malaysia memberi perspektif jangka masa lima tahun pembangunan negara. Namun begitu, dalam tempoh jangka pendek, negara terdedah kepada pelbagai cabaran, khususnya cabaran ekonomi.

Kita telah dengar ramai Ahli Yang Berhormat berkongsi pelbagai data ekonomi.

Data ini dihujahkan daripada pelbagai sudut. Sebagai contoh, Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sini menyatakan kerisauan mereka tentang pertumbuhan KDNK yang lebih rendah bagi suku kedua 2023 berbanding dengan pertumbuhan pada suku pertama 2023 dan juga pertumbuhan KDNK bagi tahun 2022.

Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah kerajaan pula berhujah tidak perlulah dirisaukan sangat prestasi yang lebih rendah tersebut, memandangkan prestasi yang lebih baik sebelum ini adalah kerana base effect iaitu asas tahun sebelumnya yang lebih rendah.

Kalaulah saya hendak berhujah lanjut menjawab hujah base effect tadi, boleh.

Kita boleh berhujah panjang lebar berkaitan hal ini. Sebagai contoh, sedarkah kita bahawa nilai KDNK bagi suku kedua 2023 adalah sebanyak RM377.9 bilion. Nilai ini sebenarnya adalah lebih rendah berbanding dengan nilai KDNK bagi suku pertama 2023 iaitu RM381 bilion. Nilai tersebut juga adalah jauh lebih rendah berbanding RM398 bilion bagi suku keempat 2022. Maknanya apa? Maknanya mengambil kira cabaran semasa ekonomi, kita tidak boleh tolak kemungkinan kadar pertumbuhan bagi suku ketiga 2023 juga adalah lebih rendah.

Sebab itu saya kata, kita boleh berhujah menggunakan data ekonomi ini daripada pelbagai sudut. Namun, apa yang lebih penting, apakah sebenarnya langkah yang akan diambil oleh kepimpinan Kerajaan PH-BN ini dalam menghadapi cabaran ekonomi yang kian meruncing sekarang ini. Kita tidak boleh menunggu dan berharap agar ekonomi akan pulih dengan sendirinya. Perlu ada pendekatan khusus untuk sektor-sektor spesifik yang boleh membantu merancakkan ekonomi negara.

Sebagai contoh, mengambil kira pemulihan industri pelancongan dunia, kerajaan boleh melaksanakan intervensi segera bagi melonjakkan kehadiran pelancong ke negara ini ke tahap yang jauh lebih tinggi tanpa berkompromi dengan keselamatan sempadan negara. Jangan pula diganggu tugas dan urusan Jabatan Imigresen di sempadan negara.

Tumpuan perlu diberikan kepada segmen pelancongan premium serta usaha untuk meningkatkan perbelanjaan pelancong asing ketika bercuti di negara ini. Usaha ini secara tidak langsung akan meningkatkan permintaan terhadap Ringgit Malaysia. Takkan kita hendak menunggu sehingga Tahun Melawat Malaysia yang katanya akan ditunda sehingga tahun 2026, barulah kita hendak bercakap bagaimana cara untuk kita mengoptimumkan sektor pelancongan kita. Itu hanyalah satu contoh sahaja.

Kerajaan boleh perincikan intervensi segera untuk sektor-sektor ekonomi yang lain bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negara termasuk keperluan untuk meningkatkan perbelanjaan fiskal. Ya, kita sedar keperluan untuk memastikan kadar defisit fiskal negara berada pada tahap yang munasabah dan mengamalkan perbelanjaan

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Jidin - Putrajaya

fiskal yang berhemat. Namun, kita tidak harus terikat dengan sasaran untuk mencapai defisit fiskal yang lebih rendah sekiranya terdapat keperluan mendesak untuk mengembangkan perbelanjaan fiskal bagi merancakkan pertumbuhan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang inflasi, pelaksanaan subsidi bersasar dan pemerkasaan perlindungan sosial untuk rakyat.

Sepertimana yang dinyatakan dalam dokumen KSP, kadar purata inflasi tahunan dijangka berada pada kadar 2.8 peratus hingga 3.8 peratus setahun. Kadar yang lebih tinggi ini antara lain disebabkan oleh pelaksanaan cadangan pelaksanaan subsidi bersasar.

Mengambil kira tekanan kos sara hidup yang sedang dihadapi rakyat dan unjuran inflasi yang lebih tinggi, maka adalah amat penting untuk satu sistem jaringan keselamatan sosial yang holistik, sistematik dan teratur dibentuk. Saya mencadangkan agar kerajaan mewujudkan sebuah agensi tunggal yang akan berfungsi sebagai pusat sehenti bagi menyelaras bantuan kepada rakyat yang memerlukan. Model Centrelink di Australia boleh dirujuk.

Dalam konteks ini, kementerian dan agensi boleh merangka program dan inisiatif untuk bantuan rakyat. Akan tetapi, agensi tunggal akan membuat penilaian untuk melihat siapakah yang layak menerima bantuan dan berapakah nilai yang sepatutnya diterima.

Penilaian ini dibuat berpandukan maklumat di dalam pangkalan data bagi memastikan tiada pertindihan bantuan dan tidak ada seorang pun yang tertinggal termasuk mereka dalam kumpulan M40.

Perwujudan agensi tunggal ini sebenarnya tidak memerlukan perjawatan baharu, sebaliknya penjajaran anggota perkhidmatan awam sedia ada yang terlibat dalam pelbagai bantuan rakyat boleh dibuat. Cadangan pelaksanaan subsidi bersasar yang dibuat tanpa perwujudan satu jaringan keselamatan sosial yang ampuh, akan menyebabkan lebih ramai rakyat yang memerlukan tidak akan termasuk dalam kumpulan sasar, khususnya mereka daripada kumpulan M40.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh sedikit lagi berkaitan dengan berkaitan dengan Strategi A1 dalam Bab 4, dokumen KSP yang menyentuh tentang progressive wage model. Saya mohon kerajaan berikan perincian yang mendalam tentang pelaksanaan model ini. Jika kita lihat di peringkat awal cadangan pengenalan model gaji progresif ini, pihak industri serta akademik menjangkakan bahawa kerajaan akan menggunakan model gaji progresif yang diperkenalkan di negara jiran Singapura. Di negara tersebut, model gaji progresif dilaksanakan secara mandatori iaitu diwajibkan untuk subsektor yang telah ditetapkan.

Sebaliknya, Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada 7 Ogos 2023 menyatakan bahawa dasar gaji progresif yang akan dilaksanakan adalah bersifat sukarela berteraskan insentif dan terkait dengan produktiviti. Gambaran yang diberikan ini mengingatkan saya kepada Productivity-Linked Wage System (PLWS) atau Sistem Gaji Berkait Produktiviti yang telah mula dipromosikan oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia sejak tahun 2005. Pelaksanaan sistem gaji ini adalah secara sukarela.

Oleh itu soalannya, adakah kerajaan sudah meneliti keberkesanan pelaksanaan PLWS dalam mencapai apa yang dihasratkan melalui cadangan pelaksanaan model gaji progresif. bukankah penambahbaikan pada model PLWS sedia ada...

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

...Merupakan satu pendekatan yang lebih cost effective berbanding memperkenalkan satu model baharu yang sebenarnya turut dilaksanakan secara sukarela.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sedikit masa lagi untuk menyentuh perkara berkaitan dengan kawasan saya di Putrajaya.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Satu minit.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Okey. Sekitar 23 tahun yang lalu, pusat pentadbiran kerajaan telah berpindah ke Putrajaya. Dalam tempoh tersebut, penjawat

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

awam telah mula menduduki kuarters-kuarters kerajaan di Putrajaya. Hakikatnya selepas lebih 20 tahun, banyak kuarters kerajaan di Putrajaya yang semakin usang dan perlu dibaik pulih serta selenggara. Menyedari hal ini, di dalam tawaran Perikatan Nasional untuk PRU Ke-15, dinyatakan bahawa peruntukan khas sekurang-kurangnya RM2.5 bilion setahun akan disediakan untuk tempoh tiga tahun bagi menyelenggara dan membaik pulih kuarters kerajaan di seluruh negara.

Saya telah membangkitkan perkara berkaitan kuarters kerajaan ini dalam perbahasan pada sesi-sesi Parlimen sebelum ini. Ini merupakan keperluan yang cukup mendesak. Jika dibiarkan terlalu lama, keadaan akan menjadi semakin teruk dan kos untuk membaik pulih akan menjadi lebih tinggi. Aduan berkaitan kerosakan kuarters bertali arus, kerosakan lif pula menjadi satu mimpi ngeri kepada yang tinggal di kuarters.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

30 saat.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Saya simpulkan berkaitan dengan Putrajaya Tuan Yang di-Pertua. Dalam konteks ini, disebut oleh kerajaan bahawa terdapat peruntukan tambahan sebanyak RM15 bilion dalam RMKe-12 ini. Jadi, saya mohon sekurang-kurangnya sebanyak RM1.5 bilion setahun diperuntukkan untuk bukan sahaja membaik pulih kuarters-kuarters kerajaan di Putrajaya, tetapi pada masa yang sama membaik pulih kemudahan-kemudahan infrastruktur awam di Putrajaya termasuklah di tempat-tempat tumpuan pelancong.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Kemudahan-kemudahan sukan juga perlu diberi perhatian. Banyak kemudahan yang masih diperlukan di Putrajaya termasuklah padang hoki dan juga gelanggang tertutup bagi bola jaring.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, jika saya boleh simpulkan di sini, apa yang paling penting apabila kita bercakap tentang RMKe-12, kita perlu juga melihat keadaan ekonomi semasa dan apakah tindakan yang kerajaan patut ambil dalam keadaan rakyat sedang melalui satu tempoh yang amat sukar bagi mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Putrajaya, kalau boleh tambah satu lagi, isu parking. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Terima kasih, Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Dipersilakan Yang Berhormat Lubok Antu.

final • 10:40 AM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi ruang kepada Lubok Antu turut serta dalam membahaskan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 bagi tempoh 2023-2025.

Tuan Yang di-Pertua, secara amnya, polisi dan dasar yang digariskan di bawah KSP RMKe-12 ini dilihat amat menyeluruh dan holistik dengan tiga fokus utama iaitu memperkukuh kemapanan, membangunkan masyarakat sejahtera dan mencapai negara berpendapatan tinggi yang didukung oleh 17 anjakan besar yang meliputi pelbagai sudut, termasuk pemantapan tata kelola, integriti serta pengukuhan perundangan berkaitan rasuah.

Tuan Yang di-Pertua, umum mengetahui bahawa komponen utama sesebuah rancangan lima tahun ialah pelaksanaan pelbagai projek pembangunan yang akan disokong oleh belanjawan-belanjawan tahunan. Tuan Yang di-Pertua, jujur saya katakan, masih banyak kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki terutamanya dalam segi pelaksanaan projek dan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Semalam, saya amat tertarik dengan sajak yang telah dideklamasikan oleh sahabat saya Yang Berhormat Tawau yang mengingatkan kerajaan untuk bertindak lebih pantas tanpa berlengah-lengah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat untuk membangunkan negara.

[Tepuk]

final • 10:41 AM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Justeru itu, saya menyambut baik penegasan yang ditekankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mempertingkatkan kecekapan pelaksanaan dan pemantauan serta memantapkan pengurusan belanjawan dan projek, terutamanya bagi menyelesaikan urusan yang tertangguh dan menyegerakan pelaksanaan projek serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Hal ini kerana realitinya Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini, masih banyak projek penting termasuk yang melibatkan pembinaan infrastruktur asas seperti jalan, jambatan, bekalan air dan elektrik serta prasarana lain seperti klinik, balai bomba dan sebagainya di luar bandar Sabah dan Sarawak yang telah sekian lama tertangguh. Lubok Antu sebagai contoh, ada projek yang tertangguh sejak RMKe-9, RMKe-10 dan RMKe-11 walaupun peruntukan telah lama diluluskan. Akhirnya, terpaksa di tender semula atas pelbagai sebab. Antara alasan yang sering diterima adalah tiada peruntukan dalam rolling plan, tidak termasuk dalam RMK, kegagalan kontraktor dan sebagainya.

Saya menyokong usaha ke arah menambah baik MyProjek seperti yang digariskan dalam KSP RMKe-12 ini dengan harapan agar tumpuan dapat diberikan bagi memberi keutamaan kepada pelaksanaan projek-projek infrastruktur asas yang penting, yang telah lama tertangguh terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Selain itu, saya menyambut baik inisiatif desentralisasi bagi projek-projek kecil seperti pembinaan jalan kampung, tandas awam dan perparitan serta penyelenggaraan dan pembaikan sekolah daif dan klinik daif yang dicadangkan di bawah KSP RMKe-12 ini yang pasti akan dapat meningkatkan kecekapan sekiranya ia dapat dilaksanakan. Saya cuma ingin mendapat penjelasan mengenai, bagaimanakah mechanism desentralisasi tersebut akan dilaksanakan dan bilakah ia akan dimulakan?

Dengan kesempatan ini juga Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah kerana telah meluluskan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk menaik taraf jalan balak di Ulu Skrang baru-baru ini.

Saya berharap, agar usaha membina dan menaik taraf jalan luar bandar ini dapat dipergiatkan di kawasan luar bandar Sarawak termasuk di Parlimen Lubok Antu seperti di jalan masuk ke pelbagai kampung di sepanjang Ulu Batang Ai dan Jalan Sebeliau – Bilararap yang telah lama tertangguh. Keadaan ini menyukarkan pergerakan penduduk di kawasan rumah panjang yang perlu ke pekan, sekolah, klinik dan sebagainya.

Jika diteliti laporan prestasi di dalam KSP RMKe-12, dalam Bab 5 muka surat enam ini Tuan Yang di-Pertua, seperti yang dibangkitkan semalam oleh sahabat saya Yang Berhormat Batang Lupar, saya juga risau melihat bahawa daripada sasaran keseluruhan untuk membina dan menaik taraf sepanjang 700 kilometer jalan luar bandar di Sarawak, hanya 65.3 kilometer sahaja yang telah siap sepanjang tahun 2021 hingga 2022. Tidak sampai 10 percent pun telah siap. Apakah punca kelewatan pembinaan dan penaiktarafan jalan luar bandar di Sarawak?

Tuan Yang di-Pertua, rakyat di luar sana sering memarahi wakil rakyat dan menuduh kami tidak buat kerja, sedangkan kelewatan ini berlaku disebabkan pelbagai faktor lain. Namun, saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak dalam hal ini. Justeru, untuk rekod, saya ingin membangkitkan mengenai isu ini di Dewan yang mulia ini untuk perhatian dan tindakan segera kementerian. Saya mohon agar lebih banyak jalan luar bandar di Sarawak dapat dibina dan dinaiktarafkan selaras dengan sasaran yang telah ditetapkan dalam RMKe-12 ini.

Mengenai isu pendidikan Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memetik kata-kata Benjamin Franklin, “An investment in education always pays the highest return”, dengan izin. Saya yakin bahawa setiap peruntukan yang disalurkan kepada Kementerian Pendidikan melalui rancangan lima tahun dan belanjawan tahunan adalah demi masa hadapan negara Malaysia. Dalam hal ini, saya juga ingin bertanya kepada pihak Kementerian Pendidikan mengenai, apakah status terkini berkenaan usaha untuk menaik taraf sekolah-sekolah daif di Sarawak yang begitu hangat diperkatakan?

Di kawasan Parlimen Lubok Antu, saya difahamkan masih terdapat 16 buah sekolah yang mempunyai bangunan daif pada skala tujuh dan enam, di mana kerja

final • 10:41 AM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

menaik taraf dan bina bangunan gantian sekolah ini belum mendapat kelulusan daripada agensi pusat untuk dipertimbangkan dalam RMK kali ini. Dalam hal ini, saya berharap agar pihak kementerian dapat memberi tumpuan ke arah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif untuk para pelajar di kawasan luar bandar dan demi keselesaan dan juga masa depan mereka.

Saya juga menerima baik inisiatif Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih yang dikhaskan untuk kanak-kanak warganegara yang terpinggir dan tiada dokumen pengenalan diri. Saya memohon agar konsep sekolah ini dapat diperluaskan di kawasan sempadan Sarawak-Indonesia seperti di Lubok Antu, di mana terdapat banyak kanak- kanak berhadapan kesukaran untuk meneruskan pendidikan mereka berikutan masalah dokumen pengenalan diri walaupun mereka dan ibu bapa mereka dilahirkan di Malaysia.

Seperti yang telah saya perjuangkan sebelum ini, anak-anak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri ini juga mempunyai hak untuk mendapat akses kepada pendidikan sama seperti mana kanak-kanak yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, demi meningkatkan kebolehcapaian dan ketersambungan untuk memudahkan cara pergerakan penumpang dan barangan yang lebih baik, saya menyambut baik hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan jaringan pengangkutan awam dengan strategi untuk meningkatkan ketersambungan selain memudah cara pergerakan penumpang dan barangan. Dalam soal ini, cadangan jaringan kereta api Trans-Borneo Railway seperti yang disuarakan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak dan Yang Berhormat Betong semalam yang perlu dipertimbangkan sewajarnya kerana ini boleh memberi pemangkin ekonomi di Sabah dan Sarawak, malah merancakkan pembangunan di Wilayah Borneo.

Trans-Borneo Railway merupakan jaringan rel yang memacu pertumbuhan ekonomi Sarawak dan bakal menjadi tunjang pengangkutan barangan dan penumpang di Borneo dan mewujudkan consolidation hub, dengan izin, selain menghubungkan bandar- bandar utama. Saya berharap, agar visi ini dapat direalisasikan dalam masa terdekat dengan sokongan daripada Kerajaan Pusat memandangkan perkara berkaitan perhubungan dan pengangkutan termasuk kereta api adalah terletak di bawah Senarai Persekutuan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengingatkan kepada kerajaan agar segera meneruskan projek-projek yang telah lama tertangguh. Besarlah harapan saya agar projek-projek infrastruktur penting di kawasan luar bandar dapat diteruskan dan diberi perhatian yang sewajarnya dalam RMKe-12 tanpa perlu dipolitikkan oleh mana- mana pihak. Hal ini kerana pihak yang paling terkesan dalam kerenah dan wayang politik ialah rakyat di luar sana. “Jangan kerana gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.” Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 10:41 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu. Dipersilakan Yang Berhormat Kota Bharu, 10 minit.

final • 10:41 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh 10 saat memulakan ucapan saya ini, saya akan ingin menyatakan sokongan kepada ucapan Yang Berhormat Pasir Gudang berhubung dengan isu DNAA kecuali bahagian yang terlalu mempertahankan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Saya ingin menyatakan di sini satu pepatah maxim undang-undang yang terkenal yang berbunyi, “not only must justice be done, it must also be seen to be done”.

[Tepuk] Keadilan itu bukan sahaja perlu ditegakkan tetapi mesti kelihatan ditegakkan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum saya pergi jauh dalam ucapan perbahasan, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Bera yang kebetulan tidak ada pada hari ini, atas rancangan

final • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

asal RMKe-12 yang telah dibentangkan oleh beliau pada tahun 2021 yang lalu dan ia menjadi fokus Kajian Separuh Penggal yang kita bahaskan pada hari ini.

Walaupun berhadapan dengan pelbagai hambatan dan kekangan kerana negara baru keluar daripada kesan COVID-19 pada waktu itu, namun, tidak boleh dinafikan tempoh kepimpinan beliau ketika itu telah berjaya meletakkan asas yang baik bagi pemulihan dan pertumbuhan negara untuk perkembangan lebih baik yang kita nikmati pada hari ini.

Apa pun terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas pembentangan KSP RMKe-12, dengan harapan, ia bukan sahaja akan meneruskan pencapaian dan kecemerlangan lepas, malah turut menambah baik serta mengatasi kelemahan atau kekurangan yang ada, berdasarkan keadaan dan cabaran semasa dalam sebuah dunia yang pantas berubah.

KSP RMKe-12 ini dengan tema “Malaysia Madani: Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi”, sebagaimana kita maklum, menggariskan 17 anjakan besar, 71 strategi serta inisiatif bagi memangkinkan pembangunan sosioekonomi negara dalam tempoh berbaki RMKe-12 yang dijadual berakhir dua tahun sahaja dari sekarang ini.

Tuan Yang di-Pertua, tidak dinafikan dengan berakhirnya penguasaan berterusan kerajaan oleh Kerajaan Barisan Nasional pada PRU Ke-14, wabak COVID-19 dan pertukaran kerajaan dan kepimpinan kerajaan sejak itu sehinggalah ke PRU Ke-15 yang lalu, kestabilan politik dan perpaduan masyarakat kita masih lagi goyah dan belum mencapai keseimbangan baharu yang kukuh sehingga kini. Sedangkan, ia menjadi syarat penting kepada penambahbaikan keadaan negara serta masyarakat daripada segi kualiti kehidupan dan pencapaiannya.

final • 10:50 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Sungai Siput minta laluan, boleh?

final • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Secara jujur, kami Perikatan Nasional berpandangan, kita tidak perlu lagi menuding jari kepada mana-mana pihak atau keadaan yang menyumbang kepada ketidakstabilan itu kerana kami percaya ia merupakan masalah bersama yang perlu dirungkai secara bersama-sama juga.

Maka dalam konteks ini, Perikatan Nasional terus berpegang kepada prinsip seperti mana dalam Firman Allah SWT., [Membaca sepotong ayat al-Quran] . Maksudnya, “Bantu-membantu dalam perkara kebaikan dan takwa serta tidak saling membantu dalam perkara dosa dan permusuhan”.

Insya-Allah, penegasan dan ketulusan kami Perikatan Nasional dalam hal ini, kami zahirkan, malah sebagai kayu ukur kepada kehadiran Perikatan Nasional dalam politik negara, baik kami sebagai pembangkang di Parlimen yang mempunyai 74 campur satu buah kerusi di dalam Parlimen ini.

[Tepuk] Manakala di Dewan-dewan Undangan Negeri mahupun sebagai kerajaan di negeri-negeri yang kami kuasai. Untuk rekod, Perikatan Nasional memegang sebanyak 208 DUN daripada 445 DUN di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, untuk tujuan perbahasan ini, saya tumpukan kepada item Penegasan 4 iaitu mempertingkat potensi ekonomi wilayah di bawah tajuk Tumpuan 1 KSP RMKe-12 iaitu menuju negara berpendapatan tinggi. Di bawah item ini, kerajaan menyebut bahawa pembangunan wilayah yang lebih seimbang dan inklusif menjadi cita- cita ekonomi madani dan usaha akan dipertingkatkan untuk mengoptimumkan potensi ekonomi wilayah.

Saya percaya, isu ketidakseimbangan pembangunan ekonomi antara wilayah adalah isu lapuk yang kita warisi sejak zaman penjajahan lagi. Namun, tidak pernah berjaya diatasi secara tuntas dan meyakinkan. Negeri dan wilayah yang dikategorikan sebagai miskin 50 tahun yang lalu, nampaknya masih kekal miskin hari ini berbanding dengan negeri dan wilayah yang dikategorikan sebagai kaya, terus kekal begitu.

Penegasan kerajaan untuk memberi tumpuan kepada perkara ini pada dasarnya, kita sambut baik. Namun, kita berharap, ia dibuat atas dasar hak tanggungjawab, keadilan dan kesedaran yang jujur, bukannya sebagai gula-gula politik atau langkah populis yang

final • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

boleh berubah-ubah mengikut keperluan dan kepentingan semasa semata-mata. Lebih buruk lagi, perhatian dan penegasan itu dijadikan rasuah politik dan senjata untuk membuli negeri dan wilayah terbabit supaya akur dan tunduk kepada kehendak dan manipulasi Putrajaya.

Walaupun isu ini telah berkali-kali dibangkitkan dan dibantah, namun, sikap amalan buruk menafikan hak demokratik rakyat dan negeri untuk memilih pegangan politik yang berbeza daripada Kerajaan Pusat, terus dijadikan sebab untuk negeri-negeri ini dianaktirikan. Kempen parti kerajaan semasa pilihan raya negeri baru-baru ini, dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan negeri yang tidak sealiran dengannya juga sangat jelas mengamalkan sikap dan pendekatan yang sama. Penyalahgunaan aset dan jentera kerajaan, politik, rasuah dan salah guna kuasa di mana pihak Putrajaya tidak lagi mengamalkan perkara-perkara yang tidak lagi menjadi rahsia umum dan tidak boleh disembunyikan lagi dalam dunia tanpa sempadan sekarang ini.

Saya ingin merujuk kepada satu kes yang mana saya dirujukkan oleh rakyat di Parlimen Sungai Besar, Selangor yang mana menjelang pilihan raya baru-baru ini, tepatnya 22 hari bulan 7 tahun 2023, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri DNAA, telah menggunakan tiga buah helikopter...

[Sambil menunjukkan sekeping gambar] untuk menghadiri satu program yang tidak besar iaitu program yang dinamakan Karnival Usahawan Desa di Sungai Besar.

Menggunakan tiga buah helikopter, yang mana sebelum itu beberapa hari, JKR Sungai Besar terpaksa menghabiskan beberapa puluh ribu untuk membuat helipad bagi membolehkan Perdana Menteri mendarat di situ.

Apa yang melucukan lagi Tuan Yang di-Pertua, rakyat Sungai Besar juga memberikan kepada saya satu petikan ...[Sambil menunjukkan sekeping keratan surat khabar] di dalam Sinar Harian yang memetik ucapan Perdana Menteri pada masa itu yang bertajuk “Perdana Menteri tolak perbelanjaan baik pulih kediaman dan juga kereta untuk bantu golongan sasar”. Sebenarnya, tidak mengambil peruntukan kereta kerana dia nak guna helikopter, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, dalam perkara ini, sewaktu negeri yang dipimpin oleh Perikatan Nasional secara sekata...

final • 10:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Minta penjelasan.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dan terbuka memberikan peruntukan yang sama kepada wakil rakyat pembangkang.

final • 10:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Kota Bharu, minta penjelasan.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kerajaan Pusat dan negeri yang dikuasai oleh Pakatan Harapan dan BN, masih lagi bermain tarik tali,...

final • 10:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Berdolak dalik berhubung peruntukan kepada wakil-wakil rakyat yang mewakili Perikatan Nasional.

[Tepuk] Jadilah dewasa. Hentikanlah politik pondan yang tidak bermaruah.

final • 10:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Minta penjelasan.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Hormatilah hak rakyat dan negeri yang sah, secara terhormat dan jujur.

final • 10:50 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Percayalah, minda rakyat tidak berkembang dengan sikap kebudak-budakan seperti...

final • 10:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Kota Bharu, minta penjelasan.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dan negara akan terus terperangkap dalam politik mundur yang hanya layak...

final • 10:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Kota Bharu boleh lontar segala-galanya. Saya nak tanya soalan. Boleh jawab kah?

final • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Untuk negeri dan pemimpin kelas kambing. Kalau kelas lembu boleh...

final • 10:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Baru kata nak gencatan senjata, nak sama- sama, nak aman tetapi sekarang buat macam-macam tuduhan.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya menyentuh kepada item...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Point of order. Tuan Yang di- Pertua, point of order. Mengganggu. Peraturan 37(1) dan 37(2).

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar, sebentar.

final • 10:50 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Point of order, mengganggu.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Besut duduk sekejap. Yang Berhormat ‘Bayan Lepas’ ya tadi? Bayan Baru kah atau ‘Bayan Lepas’? Okey.

final • 10:50 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Bayan Baru. Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebentar, sebentar Yang Berhormat Bayan Baru, biar saya bercakap.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Adalah jelas peraturan menyatakan floor ini sekarang ini belongs to Yang Berhormat Kota Bharu. Selagi mana-mana mereka yang mempunyai floor tidak membenarkan...

final • 11:00 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, dia boleh melontar macam-macam tuduhan kepada Perdana Menteri ya. Ini satu fitnah.

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ini satu fitnah!

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila tenang, bertenang, bertenang, bertenang. Saya akan hanya berpandu kepada peraturan mesyuarat ya. Yang Berhormat Bayan Baru dengan izin, the floor belongs to Yang Berhormat Kota Bharu. If he doesn’t allow, kalau dia tidak benar itu adalah haknya. Duduk Yang Berhormat Bayan Baru ya, duduk Yang Berhormat Bayan Baru. Peraturan saya layan, bukan peraturan minta maaf. Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua saya diganggu dan dicuri masa sedikit.

final • 11:00 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, Standing Oder 36(6).

final • 11:00 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

[Bangun]

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Satu penegasan, saya...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Sangkaan jahat.

final • 11:00 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Standing Oder 36(6).

final • 11:00 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Kota Bharu membuat sangkaan jahat yang mengatakan Perdana Menteri menolak untuk menerima baik pulih rumah tetapi itu adalah tujuannya untuk menggunakan helikopter. Ini adalah sangkaan jahat Tuan Yang di-Pertua. Ini sangkaan jahat.

final • 11:00 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Betul ini sangkaan jahat, ini standing order.

Kita mohon Yang Berhormat Kota Bharu tarik balik.

final • 11:00 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Standing Oder 36(6). Ini adalah sangkaan...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Satu persatu.

Sekarang ini Yang Berhormat Sungai Petani dengan izin, hold your horse. Yang Berhormat Bayan Baru, you bawa isu peraturan, peraturan mana?

final • 11:00 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Peraturan 36(6) juga ya. Ada sangkaan jahat terhadap Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini. Tadi Yang Berhormat Kota Bharu membuat fitnah bahawa kerajaan terpaksa belanja berpuluh-puluh ribu ringgit buat helipad just for the landing of Prime Minister. Ini satu sangkaan jahat, kena tanya dahulu adakah fakta itu betul atau tidak ya?

Kalau tidak betul tarik balik, ini tidak betul. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini adalah satu fitnah dan sangkaan jahat.

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Betul.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

[Bangun]

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang lain sila diam sekejap ya. Kalau tidak, ia jadi pasar borong, okey. Biar saya deal satu persatu.

Okey Yang Berhormat Bayan Baru dengan izin, you have brought up the subject matter. Apa yang saya perasan di sini banyak speeches oleh Yang Berhormat Kota Bharu refer kepada dokumentari*.

[Tepuk]* Makna tidak– sebentar ya. Bermaknanya tidak direkod.

Jadi, saya cadangkan which perceived should be done. Usulkan, nyatakan which part dan sebagainya kerana tiap-tiap dokumentari yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Bharu perlu disemak. Kalau benda itu tidak benar sebagai mana dinyatakan oleh pemberita dan apa yang diuttered oleh Yang Berhormat Kota Bharu di dalam Dewan ini tidak benar, then there is something. Faham?

final • 11:00 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, apa yang Yang Berhormat Kota Bharu mentioned tadi semua daripada netizen, daripada cybertrooper mereka. Mereka boleh buat apa-apa tuduhan, macam-macam tuduhan tetapi tidak berasas. Jangan mengikutkan laporan daripada Facebook atau TikTok mereka, Tuan Yang di-Pertua tetapi di Dewan ini kita Dewan yang mulia. Kita tidak boleh bawa apa-apa sahaja daripada netizen sebagai kebenaran. Itu bukan satu kebenaran. Betul atau tidak Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat Bayan Baru. Apa-apa dilempar di dalam Dewan ini berpandu dengan apa kenyataan on the spot is recorded. Dokumentari, benda kena refer di luar. Jadi untuk berlaku adil, please, saya pohon Yang Berhormat Bayan Baru buat usul, nyatakan dengan spesifik which part supaya Speaker boleh nilai dan buat keputusan. Faham? Duduk Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey, Yang Berhormat, tiba-tiba tambah lagi seorang.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Sham Alam.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, saya selesaikan dahulu Yang Berhormat Yang Berhormat Sungai Petani. Okey.

final • 11:00 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Standing order, standing order juga.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Sungai Petani, sebelah itu duduk dahulu, Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 11:00 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Peraturan 36(6), ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat. Tadi Yang Berhormat Kota Bharu mengeluarkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat sebelah ini tolong.

[Pembesar suara dimatikan] Yang Berhormat sebelah kiri, saya hendak dengar. Kalau Yang Berhormat juga jadi macam pasar borong. Fakta tidak dapat direkod dan penjelasan tidak dapat saya dengar. Saya pohon kerjasama hold your horse, dengan izin. Okey, Yang Berhormat Sungai Petani.

final • 11:00 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Ya.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Please nyata, go direct to the point. Mana Yang Berhormat Sungai Petani tidak puas hati.

final • 11:00 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Peraturan 36(6) Yang Berhormat Kota Bharu mengatakan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menolak baik pulih rumah disebabkan hendak ambil helikopter, jadi ini tidak benar. Jadi itu adalah satu sangkaan jahat terhadap Yang Amat Berhormat Tambun.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat Sungai Petani. Saya ambil rekod, perkara ini telah direkodkan. Sebagai mana saya nasihatkan juga Yang Berhormat Bayan Baru, banyak perkara yang telah direfer adalah benda di luar Dewan.

Kalau diutter, dibentangkan directly evidence-wise, boleh kita buat keputusan.

Please usulkan sebagai mana Yang Berhormat Bayan Baru telah nyatakan. Peraturan 36 usul apa? Itu yang Yang Berhormat Bayan Baru nyatakan. Yang Berhormat Sungai Petani pun, Yang Berhormat nyatakan which part you disagree, tolong submit. Kita have rule, peraturan, kita peganglah pada ini. [Sambil menunjukkan buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat] Kalau tidak, cacamerba dalam Dewan.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, sebentar- sebentar. Tadi ada Yang Berhormat Ipoh Timur. You hendak continue? Okey ya?

final • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Peraturan 37(2).

final • 11:00 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Sebenarnya hendak merujuk Peraturan 36(12).

final • 11:00 AM

Seorang Ahli

Saya bangun dahulu tadi Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Peraturan 37(2). Saya baca Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Peraturan 37(2), “Pengerusi boleh tidak membenarkan mana-mana Ahli meminta penjelasan sekiranya didapati bahawa Mesyuarat tidak mempunyai masa untuk menyelesaikan urusan dan atau jika Pengerusi mempercayai bahawa niat Ahli yang meminta penjelasan itu adalah semata-mata untuk mengacau Ahli yang sedang berucap”.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Kita ada peraturan mesyuarat jelas yang Tuan Yang di-Pertua. Kes-kes macam ini semata-mata untuk mengganggu perbahasan yang sedang dibuat oleh Ahli Yang Berhormat Kota Bharu.

final • 11:00 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Peraturan mesyuarat, itu adalah sangkaan buruk. Yang Berhormat Sungai Petani menggunakan peraturan... [Pembesar suara dimatikan]

final • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

[Tidak jelas] ...Peraturan mesyuarat jelas.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, jangan mencelah. Sekarang saya bagi laluan kepada...

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tuan Yang di-Pertua, ada kuasa di Peraturan Mesyuarat 37(2) untuk menghalang gangguan-gangguan yang menggunakan peraturan mesyuarat.

final • 11:00 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya membangkitkan peraturan Dewan, saya membangkitkan peraturan Dewan.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Sebab itu – you read 37(2).

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

You are disturbing, you are disturbing, faham!

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

You are disturbing the debate!

Faham!

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Beluran. Dengar!

Dengar! Let us not turn this quorum into a fish market. Saya tengah dealing dengan Yang Berhormat Beluran berkaitan dengan standing order. Saya telah bagi laluan kepada Yang Berhormat Ipoh Timur tetapi Yang Berhormat Ipoh Timur tolak. Sekarang giliran dia. After dia, if you think that you want to bring up the subject matter of the peraturan, saya bagi laluan. Standing order jelas, bab peraturan layan. Sebentar, bagi saya selesai dengan Yang Berhormat Beluran. Okey, tekan pembesar suara Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Jelas daripada Peraturan 37(2) ini Tuan Yang di-Pertua ada discretion and power to stop gangguan-gangguan yang menggunakan peraturan mesyuarat. When I was there 10 years ago, kita juga buat perkara yang sama Tuan Yang di-Pertua. We stopped because ada gangguan kita tahu, menggunakan peraturan mesyuarat untuk mengganggu. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Saya well aware of that 37(2). Saya juga well aware of 41, 42, 43(1), 43(2). Jadi saya still have the discretion, dengan izin. Bermakna saya ada kebebasan untuk judge. Jadi mengambil kira dengan apa Yang Berhormat Beluran nyatakan tadi Peraturan 37(2), saya refer balik dan counter dengan 41, 42, 43 dan saya luluskan perkara itu ya. Okey, now balik kepada – ambil maklum ya, sebagai Speaker apabila sebut peraturan kena layan. Kalau melainkan difikir benda itu dengan sengaja dan dia boleh guna, final. Okey Yang Berhormat Ipoh Timur, apa dia peraturan?

final • 11:00 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang Arif. Ya saya orang baharu tetapi bukan kali pertama dalam Dewan legislatif lah. Peraturan 36(6) sangkaan buruk, Peraturan 36(12) iaitu yang disebut kan sebagai mengelirukan Dewan. Tadi Yang Berhormat Sungai Petani sedang membangkitkan perkara berdasarkan peraturan mesyuarat.

final • 11:00 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Sama juga dengan sahabat saya Yang Berhormat dari Bayan Baru. Apa pula Yang Berhormat Beluran kata ini adalah kacau ganggu? Itu sebenarnya yang mengelirukan dan adalah sesuatu yang berdasarkan sangkaan buruk. Orang lama sepatutnya menghormati peraturan mesyuarat dan memberi ruang kepada Ahli-ahli yang lain. Dia yang buat salah, dia pula kata orang yang buat salah. Jadi come on lah.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

final • 11:10 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Come on lah orang lama.

final • 11:10 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey baik. Saya presumed benda ini telah selesai kita go back to the track. Okey, Yang Berhormat Kota Bharu, satu minit gulung.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya tidak perlu jawab, saya tidak perlu jawab. Terima kasih. Poin saya yang terakhir ialah mengenai penegasan hendak meningkatkan kesejahteraan dan membudayakan masyarakat Madani.

Secara ringkas, sekarang ini akhir-akhir ini berlakunya satu tindakan beberapa pihak yang cuba mencabar dan juga cuba mendapatkan deklarasi dari mahkamah untuk mencabar undang-undang syariah di negeri-negeri. Perkara ini telah disebut dengan jelas oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bahagian Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) baru-baru ini.

Pertama, isu kalimah Allah yang belum lagi selesai diuruskan oleh pihak Kerajaan Persekutuan tetapi saya hendak tekankan mengenai beberapa kes mahkamah. Pertama, kes yang melibatkan seorang yang bernama Nik Elin Zurina binti Nik Abdul Rashid melawan Kerajaan Negeri Kelantan yang telah memfailkan satu kes di Mahkamah Persekutuan untuk mendapat pengisytiharan supaya 20 seksyen di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1 Negeri Kelantan 2019 dianggap terbatal dan tidak sah.

Kedua ialah beliau meminta pengisytiharan supaya Dewan Undangan Negeri tidak mempunyai kuasa dan tidak kompeten untuk membuat undang-undang syariah.

Saya ingin mendapat penjelasan daripada Kerajaan Persekutuan. Kenapa dalam hal ini Kerajaan Persekutuan seolah-olah melepas tangan, tidak mengambil endah kes mahkamah yang melibatkan bukan sahaja negeri Kelantan tetapi kalau sekiranya Mahkamah Persekutuan membuat keputusan membenarkan permohonan ini, semua Enakmen Jenayah Syariah di negeri-negeri di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dianggap terbatal. Mahkamah Syariah dianggap tidak boleh berfungsi kerana tidak ada instrumen undang-undang.

Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan tidak pun mengambil untuk memasukkan misalnya Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI), JAKIM, JAWI dalam kes ini sama ada sebagai pencelah ataupun sebagai intervener ataupun sekurang-kurangnya sebagai sahabat mahkamah amicus curiae ataupun watching brief dalam hal ini. Jadi, dalam hal ini saya tegaskan saya mohon penjelasan daripada Menteri Agama kenapa perkara ini tidak diberikan perhatian langsung kononnya untuk menjaga kesejahteraan umat Islam terutamanya di dalam negara ini.

Perlu diingat enakmen ini hanya terpakai kepada orang Islam sahaja. Hanya terpakai kepada orang Islam sahaja, orang bukan Islam tidak langsung terlibat dalam enakmen-enakmen ini dan enakmen ini telah dibuat oleh kerajaan-kerajaan negeri bukan sahaja di bawah Kerajaan PAS Negeri Kelantan tetapi kerajaan sebelum daripada ini sejak tahun 70-an lagi.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 30 saat, gulung.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Jadi ini isu yang amat serius.

Saya mohon mendapat penjelasan yang paling tuntas daripada kerajaan khususnya Menteri Agama. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Berikutannya, silakan Yang Berhormat Kudat.

final • 11:10 AM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, yang saya hormati, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada saya selaku Ahli Parlimen Kudat untuk turut sama membahaskan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun.

Sebelum saya menyentuh lebih lanjut berkenaan dengan isu-isu di Parlimen Kudat saya ingin menjunjung kasih dan merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan keluarga Diraja atas kesungguhan mencemar duli melakukan Kembara Borneo yang bermula di Sabah.

Bagaimanapun, sebagai pemimpin yang mewakili utara Sabah, khususnya Kudat merasa agak sedih bila terlepas peluang bukan sahaja memperlihatkan keindahan di utara Sabah, malah terlepas peluang mempertontonkan kepada Seri Paduka Baginda bagaimana hebatnya masyarakat di utara Sabah menangkap ikan di dalam kolam-kolam di tengah jalan raya yang sudah kami jaga selama berpuluh tahun.

final • 11:13 AM

[Dewan ketawa]

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili pengundi lebih 75,000 dan penduduk yang melebihi 100,000 di Parlimen Kudat. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun yang telah membentangkan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 selari dengan konsep Malaysia Madani. Bagi Kudat, ada beberapa perkara yang perlu ditekankan terutama sekali berkenaan masalah kemiskinan di Parlimen Kudat.

Soalan pertama saya dalam perbahasan ini, saya tujukan kepada Kementerian Kewangan ialah daripada RM415 bilion yang diperuntukkan dalam RMKe-12, berapakah jumlah peruntukan yang diperuntukkan khusus untuk Parlimen Kudat? Mengikut dokumen Kajian Separuh Penggal yang telah dibentangkan, kadar kemiskinan di Parlimen Kudat melebihi 50 peratus dan apa yang lebih membimbangkan saya adalah penekanan yang ke sekian kalinya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menoktahkan kemiskinan pada tahun ini.

Kita sekarang sudah berada di bulan September dan pada hujung tahun ini saya adalah individu yang akan terdedah dan perlu menjawab segala persoalan sekiranya berlaku kegagalan dalam menoktahkan kemiskinan sehingga hujung tahun ini.

[Tepuk] Pada hemat saya, sasaran menoktahkan kemiskinan ini agak mustahil untuk dicapai dalam keadaan ekonomi negara ketika ini. Apa yang perlu saya jawab kepada masyarakat Kudat sekiranya kita gagal menoktahkan kemiskinan di kawasan saya.

Apakah perlu saya katakan ini adalah kegagalan kerajaan?

final • 11:13 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Dalam sidang Parlimen yang lepas, saya telah mendapat jawapan daripada Kementerian Ekonomi bahawa Parlimen Kudat telah diperuntukkan sebanyak RM1 bilion dalam RMKe- 12 bagi tujuan pembasmian kemiskinan khusus untuk Parlimen Kudat dan saya ingin bertanya kepada Kementerian Ekonomi apa yang berlaku kepada RM1 bilion ini. Saya mohon kepada Kementerian Ekonomi supaya peruntukan tersebut dikekalkan dan mesti dilaksanakan dalam RMKe-12 ini.

Inisiatif-inisiatif yang dibuat oleh Kementerian Ekonomi sangat baik terutama program IPR tetapi saya mohon agar sistem yang digunakan, diperhalusi dan diperbaiki dengan lebih melibatkan ahli Parlimen dalam pelaksanaan program tersebut memandangkan wakil rakyat inilah individu yang paling mengetahui keperluan terutama keperluan mendesak dan projek-projek berimpak tinggi yang secara langsung akan meningkatkan pendapatan rakyat. Saya juga mengambil kesempatan untuk menjemput Yang Berhormat Menteri Ekonomi untuk turun padang dan melawat kawasan saya untuk melihat sendiri bagaimana keadaan Parlimen yang termundur di Malaysia ini.

Tuan Yang di-Pertua, kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah saya mohon supaya jalan-jalan perhubungan yang telah diluluskan dalam RMKe-12 di Parlimen

final • 11:13 AM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Kudat diteruskan dan ditambah dengan cadangan-cadangan baharu yang telah saya kemukakan di Dewan yang mulia ini. Penduduk daripada Dogoton di Pulau Banggi perlu menyewa kenderaan RM500 sehala perjalanan ke Pekan Kerakit bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Maka, saya menyeru supaya Jalan Utama Trans-Banggi dibina dari Dogoton ke Kerakit dalam RMKe-12 ini.

Masalah bekalan air bersih sangat serius di Parlimen Kudat. Saya mohon supaya KKDW memberikan peruntukan tambahan sekurang-kurangnya RM100 juta dalam RMKe-12 untuk membina telaga tiub di kampung-kampung yang tidak mendapat bekalan air bersih daripada paip utama atas faktor jarak terlalu jauh daripada sumber air terawat.

Saya mohon supaya KKDW dapat menyediakan peruntukan pembinaan rumah-rumah PPRT sebanyak 1,000 unit dan pembaikan rumah 2,000 unit dalam Parlimen Kudat dalam RMKe-12 ini.

Tuan Yang di-Pertua, pertanian dan penternakan adalah aktiviti utama ekonomi di Parlimen Kudat. Bagaimanapun tidak mungkin kita dapat meningkatkan produktiviti pertanian tanpa jalan-jalan pertanian yang baik bagi mengusahakan tanah-tanah yang sudah terbiar begitu lama. Masalah ini jugalah yang menjadikan penyebab mengapa orang muda hilang minat mengusahakan tanah mereka dan berhijrah ke bandar sedangkan isu pertanian ini bukan lagi isu ekonomi semata-mata tetapi kini sudah menjadi isu keselamatan nasional apabila kita melihat keadaan sumber makanan dunia yang semakin sukar dan mahal untuk kita import dari negara lain.

Harga getah yang terlalu rendah di Sabah sangat menyukarkan pekebun- pekebun getah. Saya faham wilayah Sabah mempunyai enakmen Lembaga Tabung Getah sendiri tetapi sudah sampai masanya untuk Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah duduk semeja membincangkan bagaimana untuk membantu menaikkan harga getah di Sabah. Golongan nelayan terutamanya nelayan kecil yang memerlukan bantuan- bantuan daripada kerajaan dalam menaikkan pendapatan mereka terutama beralih daripada cara konvensional kepada kaedah ternakan ikan yang lebih kalis kepada faktor masalah cuaca.

final • 11:13 AM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

Tuan Yang di-Pertua, Kudat terkenal dengan keindahan pantai-pantai yang cantik dan antara yang tercantik di Asia, pulau-pulau dan budaya yang pelbagai. Oleh itu, saya mohon kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya agar mempertingkatkan promosi pelancongan di kawasan Parlimen Kudat.

Pembinaan kemudahan awam seperti tandas, gerai-gerai makanan pembinaan infra yang lain sangat diperlukan bagi merancakkan lagi aktiviti pelancongan di Kudat.

Sementara menunggu perancangan kerajaan untuk menjadikan Kudat sebagai hab pelabuhan antarabangsa, saya mohon agar aktiviti barter trade yang telah dihentikan pada tahun 2013 di Pulau Banggi dihidupkan semula bagi merancakkan kembali aktiviti ekonomi di utara Sabah terutama mengambil kira kedudukan Kudat dan Banggi yang berada di tengah-tengah BIMP-EAGA.

Masalah klinik-klinik kesihatan yang sangat daif di kawasan saya bukan lagi rahsia dan saya ingat sangat perlu untuk dinaiktarafkan dengan segera. Masalah Hospital Pitas dan Kudat sangat banyak, terutama kekurangan pakar dan kelengkapan perubatan.

Mohon sedikit tambahan, Tuan Yang di-Pertua.

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang begitu prihatin soal kedaifan sekolah-sekolah di kawasan dan inisiatif yang telah dilakukan untuk memperbaiki keadaan sekolah-sekolah daif ini. Bagaimanapun, sekali lagi saya merayu agar satu sekolah menengah agama dibina di Kudat bagi membolehkan pelajar- pelajar di lima daerah di utara Sabah ini mendapat peluang pengajian dalam bidang agama.

Saya mohon juga kepada kerajaan untuk mempercepatkan rantaian capaian internet di seluruh kawasan Parlimen Kudat bagi mencapai hala tuju pembelajaran digital yang telah dan ada dalam kerangka Kajian Separuh Penggal RMKe-12 ini. Ini kerana dalam keadaan sekarang, lebih separuh daripada pelajar di Parlimen Kudat akan

final • 11:20 AM

Dato’ Verdon bin Bahanda - Kudat

ketinggalan dalam pelajaran sekiranya tidak mempunyai capaian internet sepertimana yang berlaku sekarang.

Paling penting bagi saya sekarang adalah agar kerajaan dapat mempercepatkan bantuan-bantuan bencana setiap kali berlaku bencana di kawasan saya, Tuan Yang di- Pertua. Pada awal tahun ini, telah berlaku banjir besar di Pitas. Sehingga kini, masih banyak mangsa banjir yang belum mendapat bantuan yang sepenuhnya dan kebakaran yang berlaku di Tanjung Kapur pada Oktober tahun lalu juga sehingga kini belum mendapat bantuan bagi mendirikan rumah sedangkan mereka telah tinggal di dalam khemah di tepi longkang sejak kebakaran tersebut.

Sebagai penutup perbahasan saya Tuan Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat yang mewakili lebih 100,000 penduduk di Parlimen Kudat, saya mohon kepada Kerajaan Madani ini agar memberikan kami peluang untuk menikmati kehidupan seperti mana masyarakat yang lain di Malaysia. Lebih 100,000 penduduk yang saya katakan ini adalah manusia, warga negara Malaysia yang sudah terbiar dan terpinggir begitu lama. Sebagai wakil rakyat, jika perlu saya melutut di Dewan yang mulia ini untuk menuntut hak kesaksamaan kami sebagai rakyat Malaysia, maka saya sanggup melutut demi untuk mendapatkan layanan yang setaraf daripada pemimpin-pemimpin negara.

Apa pun, saya amat yakin dengan keprihatinan Yang Amat Berhormat Tambun terhadap Parlimen Kudat akan terzahir dalam tempoh RMKe-12 ini seterusnya mengangkat martabat Parlimen Kudat setaraf dengan kawasan-kawasan yang lain, insya- Allah. Sekian, Kudat mohon menyokong.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kudat. Dipersilakan Yang Berhormat Arau.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Apa khabar rakyat Malaysia? Orang muda semua? Semoga sentiasa dalam sihat-sihat.

Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang cukup ketat ini, bila kita bercakap, kita hendak Yang Berhormat Menteri menjawab. Yang Berhormat Menteri akan jawab pada hari Isnin dan Selasa. Jadi, orang lain tak payah menyebuk. Kalau ada beberapa kenyataan yang telah mungkin pada pandangan kerajaan silap, perbetulkan.

Jadi, kalau kita biar orang mengganggu terutamanya bila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri masuk tadi ada yang hendak jadi hero, bangkit tanya soalan dan sebagainya, itu tak patut dibuat.

final • 11:24 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini peraturan Parlimen.

Saya sebagai orang lama di Parlimen termasuk dahulu, sekarang dah banyak yang telah meninggal, saya nak beritahu yang kami ikut peraturan. Yang Berhormat Menteri jawab tetapi ada orang lain menyebuk seolah-olah dia Menteri. Belum Menteri lagilah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri belum lantik. Mungkin tak lantik dah.

Ada satu lagi jawatankuasa, mungkin tak lantiklah tetapi masing-masing kena ingat bahawa kecuali peraturan mesyuarat dan peraturan mesyuarat dengan niat untuk mengganggu dan sebagainya, tak wajar dibuat dan saya juga tak perlu untuk diganggu apa-apa. Saya cuma hendak Yang Berhormat Menteri menjawab, orang lain bukan Menteri ya. Jadi, kena ingat itu. Kadang-kadang dia lupa dia bukan Menteri, dia Ahli Parlimen biasa macam saya sahaja tetapi cuba menjawab dengan hebat dan dahsyat.

Pertamanya, saya hendak komen kawan saya yang berucap tadi berhubung dengan bencana, Tuan Yang di-Pertua. Kawasan Tuan Yang di-Pertua pun pernah terlibat dengan bencana. Pada zaman Datuk Seri Najib, dia bagi RM500 sebab saya menteri yang terlibat dengan bencana. Pada zaman Dato’ Sri Ismail Sabri, dia bagi RM1,000. Sekarang zaman madani, saya minta RM1,500 bagi kepada mangsa-mangsa banjir. Kalau Sabah dan Sarawak, saya ingat naikkan jadi RM2,000. Itu yang terbaiknya. Saya percaya semua kawan-kawan akan menyokong saya [Tepuk] dan tidak akan mengganggu-gugat ya.

final • 11:24 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Pertama sekali, tentang tata kelola. Yang ini kita ulang berkali-kali dan kawan- kawan saya, orang muda minta saya ulang sekali lagi tentang KWSP yang tidak diselesaikan sehingga hari ini. Kemudian yang berikutnya ialah tentang saya nak komen sikitlah ucapan daripada Yang Berhormat Pengerusi Pakatan Nasional, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin yang telah memberi ucapan yang cukup hebat dan dahsyat. Saya minta kerajaan tolong jawab. Kemudian diikuti oleh ucapan Ketua Pembangkang yang menyentuh tentang tata kelola dan juga kisah Ambalat yang belum selesai serta termasuk ucapan Tok Guru yang memberi satu gambaran yang cukup luar biasa sebagai seorang pejuang.

Dahulu, saya sentiasa berlawan dengan PAS dan saya di antara orang yang— dan bekas Timbalan Presiden PAS, saya pernah lawan habis-habisan zaman itu. [Dewan riuh] Akan tetapi hari ini, kelmarin Tok Guru telah bagi ucapan yang cukup hebat yang saya percaya bekas Timbalan Presiden PAS mungkin nak masuk balik PAS.

[Tepuk] Sebab apa? Dia bagi ucapan yang tidak tolak bandingnya sebagai seorang pejuang. Tak ramai pejuang yang ada yang berfikiran macam itu.

“Kalau sekiranya saya hendak dihukum, didenda dan dipenjara, saya pilih penjara dan denda itu saya akan bagi kepada PASTI untuk membolehkan pendidikan awal kepada anak-anak”. Ini hebat.

[Tepuk] Inilah seorang pejuang yang masih hidup yang kita sedang berjumpa dengannya. Jadi, kita jangan lepaskan peluang untuk sentiasa berjumpa dengannya dan kawan-kawan yang telah terlanjur itu, boleh kembali balik. Tidak ada masalah.

final • 11:24 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Tepuk] Termasuklah ketua whip tadi ya.

Jadi, itu yang menyentuh tentang tata kelola. Kemudian yang berikutnya Tuan Yang di-Pertua, dalam jangka masa yang pendek ini, ini berhubung dengan rasuah. Saya sokong, saya sokong PMX. PMX ini berkawan dengan saya lebih lama daripada hangpa.

Saya berkawan daripada universiti lagi, hangpa tak beranak lagi kebanyakan daripadanya. Saya tahu, dia sebut nak lawan rasuah. Saya sokong dia lawan rasuah tetapi masalah besar ialah dia dikelilingi oleh orang yang terlibat dengan rasuah.

[Tepuk] Itu sahaja.

Jadi, tentang 47 kes ini ialah ujian terakhir kepadanya. Sebelum kami ambil tindakan yang lebih dahsyat, kami bagi usaha terakhir...

final • 11:24 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Yang Berhormat Arau, cermin dahululah.

final • 11:24 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk selesaikan benda ini.

final • 11:24 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau pun DNAA juga.

final • 11:24 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Pengacau, pengacau ini.

final • 11:24 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, peraturan menyatakan kalau hendak bercakap, berdiri. Have some respect to the Dewan.

Silakan Yang Berhormat Arau.

final • 11:24 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selesaikan kes ini dan saya minta kawan-kawan di Parlimen ini, kita ini 222 orang anak jantan, jangan jadi bacul. Saya ini di antara orang yang cukup terbuka. Kalau hendak berdebat dengan saya, silakan di mana-mana sahaja. Di Sinar? Di pentas kami di Pelangai ini, saya akan bersyarah rata. Sila datang. Saya akan minta datang bersyarah dengan saya. Saya bagi peluang 10 minit dan saya 10 minit tetapi saya buat penutuplah.

final • 11:24 AM

Seorang Ahli

Nak 10 minit lagi?

final • 11:24 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak ada masalah. Mari berjuang, bercakap secara terbuka kepada rakyat Malaysia. Kita tak akan buat fitnah punya, kita orang yang sentiasa terbuka dengan kenyataan.

Kemudian yang kedua ini, saya hendak bagi tahu, saya kena perbetul. Ini Yang Berhormat Selayang ada di sini ya. Bila saya tanya soalan kelmarin berhubung dengan

final • 11:24 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

47 kes itu, saya tanya kerajaan tetapi Yang Berhormat Kota Melaka pergi jawab katanya, ini jawatankuasa ini sedang berusaha untuk panggil AG.

final • 11:24 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya hendak beritahu Jawatankuasa ini, bukan kerajaan. Kerajaan kena jawab, Menteri Undang-undang kena jawab bagi pihak dia. Bukan dia jawab dan dia jawab kelmarin bukan Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Kota Melaka. Pengerusinya, Yang Berhormat Selayang. Dia kata kami telah bincang. Jawatankuasa itu saya yang jadi Ahli, kenapa saya tidak diberitahu? Beritahu saya. Kata dia, dia hantar dalam ini.

[Menunjukkan telefon mudah alih] Tidak ada. Apa yang ada, saya cakap 11.30 pagi, masa Tuan Yang di-Pertua berjalan masuk sekarang bercakap. Ahli-ahli Yang Berhormat, pukul 1.53 tengah hari barulah dia keluar kenyataan, selepas saya bercakap. Tidak ada dalam WhatsApp, katanya panggil Mesyuarat.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Kalau dia panggil Mesyuarat pun, tidak selesai masalah, belum tetapkan tarikh hendak panggil Mesyuarat. Jawatankuasa ini bukan Jawatankuasa PAC. Jawatankuasa ini, AG berhak tidak datang tetapi kalau PAC, dia kena datang. Jadi, apabila saya tanya, Parlimen kena jawab, bukan orang lain. Jangan jawab. Jangan menyibuklah ya, supaya Parlimen yang jawab, Menteri Undang-undang, saya hendak dia jawab.

Kemudian yang berikutnya ialah tentang Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan.

Hak kebebasan untuk bersuara, berhimpun. Beberapa kali, beberapa orang hendak datang ke Parlimen, tiga orang hendak hantar memorandum. Kita terimalah, kenapa dihalang mereka? Orang-orang biasa, rakyat, dia hendak buat apa lagi? Rakyat hendak supaya mereka berhak untuk menyampaikan rasa sanubari mereka kepada kerajaan, mereka hendak sampaikan.

Sampai dekat Tuan Yang di-Pertua pun tidak apa, sampai dekat siapa pun tidak apa. Akan tetapi janganlah halang di sana. Kasihan pak cik-pak cik yang mari. Sebenarnya patut kalau ikut bekas Timbalan Presiden PAS kata, sudah sebut nama, hujung-hujung.

Bagilah chance dia masuk, kasihan mereka.

Jadi, kalau sekiranya kita tidak bagi peluang, rakyat akan marah. Saya kasihan kerajaan ini dimarah oleh rakyat dengan teruk. Jadi, saya hendak cuba lindungi kerajaan, macam Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Tebrau ini saya cukup hormat tetapi hari ini cakap lain. Yang Berhormat Pasir Gudang, minta maaf Yang Berhormat Pasir Gudang. Tersilaplah. Apabila tersilap, kita cakap silap.

Kemudian akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, ini Kerajaan Perpaduan. Kenapa nama Agong dipakai? Kenapa polis tidak tangkap mereka ini? Dia gunakan Kerajaan Perpaduan ini dipersetujukan oleh Agong. Kenapa tidak tangkap? Depa bohong! Kerajaan Perpaduan yang Agong cadang, saya hendak beritahu ialah Kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang. Betul tak, Yang Berhormat? Kerajaan tanpa pembangkang yang telah dicadangkan oleh Tun Mahathir dahulu. Akan tetapi tiba-tiba, mereka buat kerajaan ada pembangkang, bukan tiada pembangkang. Tidak bagi peruntukan pula.

[Tepuk] Haram simpan duit orang, hendak beritahu. Saya belum minta lagi...

final • 11:30 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat Arau, mohon Yang Berhormat Arau. Mohon penjelasan Yang Berhormat Arau.

final • 11:30 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Mohon penjelasan Yang Berhormat Arau. Mohon penjelasan boleh?

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak boleh.

final • 11:30 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Sedikit sahaja.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Peraturan mesyuarat... Merah sana bos.

[Ketawa]

final • 11:30 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Sri Gading sebenarnya yang tak nak Kerajaan Perpaduan itu, Pengerusi Perikatan Nasional. Itu yang tak nak.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau...

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya Kerajaan Perpaduan yang digunakan nama Agong dalam pilihan raya. Ini Agong sudah bersetuju. Kami tidak tahu, betul atau tidak betul Agong bersetuju. Kelmarin saya dapat maklumat. Baru tahu kelmarin bahawa wakil daripada Barisan Nasional pergi jumpa Agong, beritahu Barisan Nasional menyokong PMX. Padahal, mereka tengah duduk bincang, belum buat keputusan.

Mereka beritahu, mereka masih berbincang dengan Perikatan Nasional dan juga Pakatan Harapan. Kami diam. Telah berlakulah qada’ dan qadar, kami diam tetapi menggunakan nama Agong di merata-rata, ini melanggar 3R.

[Tepuk] 3R ini apa? Saya pun tidak tahu. Tanya Yang Berhormat Jelebu yang baru jadi exco, orang bagi dia jadi Menteri Besar tidak mahu. Tanya dia, apa ia 3R, apa ia 3R? 3R, mana ia Akta Parlimen yang kata 3R? Mana ada Akta Parlimen? Ketua Polis kata 3R. 3R pun kita tidak tahu apa ia, 3R satu, kita tidak tahu.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Arau, sudah cukup Yang Berhormat Arau. Sudah cukup masa.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kita tidak tahu apa itu 3R. Saya hendak tanya kerajaan, apa ia 3R? Kita ada Perlembagaan, boleh ambil tindakan tetapi 3R. Silap sedikit 3R.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Mereka menggunakan perkataan 3R, ini Agong sudah bersetuju, tidak betul. Agong cadangkan Kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang. Kalau tanpa pembangkang, bererti apa ia? Peruntukan kami kena bagi balik.

[Tepuk] Hangpa simpanlah. Nanti ucapan saya masa bajet nanti, saya akan minta rakyat Malaysia berdoa, maahad tahfiz berdoa supaya kezaliman yang berlaku ini, terbukalah pintu hati mereka untuk membuat sesuatu.

[Tepuk] Akhir sekali Tuan Yang di- Pertua...

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat Arau, landing, landing.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini kena sebut sebab saya cakap fasal negara.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Takut gajet lama, ia panas. Gajet itu. Gajet TikTok, lama sangat panas. Sila landing.

[Ketawa]

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Perlis, Tuan Yang di-Pertua. Saya terima dengan hebatnya. Saya tidak minta tetapi budak-budak, mereka pun ada kerja masing-masing. Kalau kita tidak bagi mereka peluang, kasihan. Oleh sebab anak muda bertanya, sekarang ada berapa? Dekat 200,000, 300,000.

[Ketawa] Jadi, anak muda bertanya, bila saya hendak berucap? Saya berucaplah untuk anak-anak muda ya. Saya yang tua-tua ini tidak apa, yang penting anak muda, saya kena jaga. Ini tentang pembangunan wilayah, Tuan Yang di-Pertua. Kita minta beri perhatian pada Kedah, Kelantan, Terengganu dan juga Perlis. Perlis tidak minta banyak, saya tak nak cakap langsung pasal Perlis sebab bagi saya, saya pejuang negara.

Saya minta pertimbangkan paip air sekarang yang sedang bocor dengan teruk.

Sudah berapa puluh tahun, Yang Berhormat. Panjang 1,000 kilometer kena dipertimbangkan. Kita ada satu bahan mineral REE yang namanya dolomite. Saya minta juga kerajaan tolong tengok balik. Paling akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, paling akhir.

Sistem pilihan raya kita ini didasarkan kepada yang diputuskan oleh Perlembagaan Malaysia pada tahun 1957.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

First-past-the post.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kedudukan rakyat sekarang ini Yang Berhormat ialah 70.1 peratus bumiputera, 22.6 peratus Cina, 6.6 peratus India.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Benda ini kena perhati balik supaya sistem pilihan raya ini dibuat yang terbaik. Saya lebih mirip pada Singapura sebab sistem yang diperkenalkan di Singapura berdasarkan kumpulan. Orang Melayu dimasukkan dalam kumpulan, menyebabkan orang Melayu ada wakil di Singapura.

Akan tetapi kalau berdasarkan kepada pilihan raya bebas, tidak ada orang Melayu di Singapura. Di Kemboja, orang Islam hanya satu juta. Kalau pilihan raya terbuka, ia tidak ada wakil orang Islam. Akan tetapi melalui sistem kumpulan ini, orang Islam ada dua orang wakil. Seorang senior minister dan juga seorang minister. Kita hendak supaya kumpulan minoriti di Malaysia ini ada wakil.

Kalau kita buat pilihan raya dalam bentuk berkumpulan begitu, membolehkan orang yang minoriti mendapat wakil. Contohnya, orang India. Ia ada 6.6 percent, ia layak mendapat 16 kerusi tetapi cuba tengok berapa kerusi orang India sekarang? Tidak cukup.

Orang India kalau ikut cara ini, mesti ada 16 kerusi. Bumiputera ada 70 kerusi, campur Sabah dan Sarawak. Orang Cina mesti ada 46 kerusi. Sekarang tidak cukup kerusi.

Sistem ini ialah sistem yang terbaik. Sila pertimbangkan. Bukan Yang Berhormat Selayang jadi pengerusi kepada jawatankuasa itu, bukan untuk Yang Berhormat Selayang. Ini adalah untuk kerajaan dan juga SPR melihat balik bagaimana sistem pilihan raya ini difikirkan balik kerana ia telah bermula pada tahun 1957 dan kita tidak pernah membuat pembaharuan.

Pembaharuan pernah dibuat sekali Tuan Yang di-Pertua, di Fiji dan ia telah gagal.

Padahal Fiji menggunakan Perlembagaan Malaysia sebagai perlembagaan kita. Saya terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang hebat, kepada kawan-kawan yang tidak mengganggu saya pada hari ini. Terima kasih. *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Tepuk]*

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya jemput Yang Berhormat Kota Marudu.

final • 11:30 AM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberikan saya peluang bagi menyertai perbahasan Kajian Separuh Penggal, RMKe-12 pada hari ini. Pertamanya, saya ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Kerajaan Madani yang telah membentangkan Kajian Separuh Penggal Ke-12 yang menyeluruh dan memberikan jaminan kepada rakyat Malaysia, Sabah dan juga khususnya daerah saya, Kota Marudu untuk tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Sebelum melanjutkan ucapan saya, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Kerajaan Madani yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah bersetuju dan memulakan kerja pelaksanaan menaik taraf Jalan Tandek sampai Magandai dan juga Jalan Mangin, Kota Marudu pada awal tahun ini.

Dalam masa yang sama, saya juga merayu kepada Kerajaan Madani agar dapat meneruskan rancangan menaik taraf Jalan Teringai, Kota Marudu yang mana saya difahamkan peruntukan telah pun tersedia. Pagi tadi, saya sempat membaca Facebook, heboh diperkatakan bahawa jalan ini sekarang tidak boleh dilalui kerana beberapa hari yang lepas hujan kuat, maka jalan licin dan kenderaan tidak boleh melalui jalan ini. Selain daripada itu, saya juga ingin mengulang semula dalam Dewan yang mulia ini senarai jalan yang perlu dimasukkan dalam RMKe-12 ini.

Jalan-jalan utama yang menghubungkan kawasan-kawasan penduduk ataupun kawasan perumahan penduduk iaitu antaranya adalah Jalan Sonsogon Suyad, Sonsogon Paliu ke Sonsogon Mogis. Jalan Tagibang, Jalan Panitan Terididan ke Pampang Poring, Jalan Sebayan, Jalan Nangka ke Batu Laut, Jalan Pinatau Narandang Garau, Jalan Indrasan, Panudahan dan juga Muhang, Jalan Guman Timbagan, Jalan Sekuati dan Rampai dan Merabau dan terdapat banyak lagi jalan yang tidak sempat saya sebut pada hari ini. Kenapa perlu jalan ini diberikan perhatian yang serius oleh kerajaan?

final • 11:38 AM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Kenapakah perlu jalan ini diberikan perhatian yang serius oleh kerajaan? Selaras dengan hasrat Kerajaan Madani yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Tambun kita akan noktahkan kemiskinan negara kita pada tahun ini. Akan tetapi hasrat murni ini sukar tercapai tanpa adanya jaringan jalan raya yang baik. Ekonomi rakyat hanya boleh berkembang dengan adanya kemudahan asas yang sempurna.

Saya ingin share sedikit lawatan saya ke Sonsogun Mogis tiga minggu yang lalu.

Kampung ini hanya boleh dilalui melalui jalan darat dengan pacuan empat roda yang telah diubah suai. Jalannya bekas jalan kayu balak yang tidak kurang dari kubang kerbau.

Kanak-kanak di kampung ini tidak ada yang ke sekolah. Makanan harian mereka adalah ubi kayu tanpa ada bekalan air bersih dan juga bekalan elektrik. Hendak turun ke pekan Kota Marudu mungkin dalam setahun sekali kerana sewa untuk kenderaan bagi mereka turun ke Kota Marudu boleh mencecah RM1,000 hingga RM1,500 ikut kepada kadar musim.

Ini merupakan satu cabaran kepada Kerajaan Madani. Cabaran saya sebagai pemimpin di kawasan ini tentang bagaimana kita untuk mengeluarkan rakyat ini daripada terpinggir selama-lamanya.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon dan merayu di Dewan yang mulia ini kepada kementerian-kementerian yang berkaitan KKDW, ICU, Kementerian Ekonomi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bantu kami. Pegawai-pegawai kerajaan turun padang lihat kawasan kami, kesengsaraan rakyat yang kami alami.

Laporkan, buat perancangan dan juga buat tindakan supaya segala usaha Kerajaan Madani dapat diyakini oleh rakyat sepertimana usaha yang diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dalam perancangan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 ini.

Banyak keperluan asas lain seperti jalan pertanian, jalan kampung, jambatan- jambatan gantung yang menghubungkan kawasan perumahan dan juga sekolah yang amat memerlukan perhatian segera. Sebagai wakil rakyat saya telah menghantar permohonan ini kepada kementerian-kementerian yang berkenaan. Mana-mana yang mendesak kita telah pun hantar tetapi seperti tidak ada tindakan. Sampai pada hari ini, jangankan makluman apa lagi kelulusan kita belum mendapat apa-apa khabar daripada kementerian.

Ada insiden yang budak sekolah jatuh daripada jabatan gantung yang tidak selamat digunakan tetapi tetap digunakan sebab tidak ada jalan alternatif yang lain. Saya mohon kepada pihak kementerian perkara-perkara yang mendesak perlu diambil dengan kadar yang segera untuk kepentingan rakyat kita di bawah sana.

Kita sebagai wakil rakyat perlu diberikan makluman sebenarnya sama ada peringkat mana permohonan kita ini agar kita boleh menjawab setiap permasalahan yang dikemukakan oleh rakyat kita. Sekarang ini kita tidak tahu selepas kita hantar permohonan seolah-olah kita tidak bekerja. Rakyat tanya kita, kita tidak tahu setakat mana permohonan kita.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini juga saya telah membuat lawatan rasmi ke Hospital Kota Marudu dan taklimat penuh oleh pengarah hospital sendiri. Hospital Kota Marudu pada ketika ini tidak lagi menampung keperluan rakyat. Sudah tiba masanya bukan lagi dipertimbangkan tetapi kerajaan harus memikirkan untuk membina bangunan yang baharu untuk menjamin perkhidmatan yang baik untuk rakyat Kota Marudu.

Sebenarnya Hospital Kota Marudu ini telah digazet sebagai hospital berpakar sejak tahun 2011, semenjak RMKe-10 lagi. Akan tetapi tidak dapat dilaksanakan sebab keadaan bangunan yang tidak mengizinkan. Kita perlukan bangunan yang baharu untuk menampung keperluan hospital berpakar yang sebenar.

Pada sidang mesyuarat Dewan Rakyat kedua bulan Mei yang lalu Tuan Yang di- Pertua, saya telah bertanya kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia adakah perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membina klinik di kawasan Sungai Magandai dan juga Tagibang. Jawapan bertulis yang telah saya peroleh tidak boleh dipertimbangkan sebab alasan kurang tujuh kilometer dari Klinik Kesihatan Langkon.

final • 11:40 AM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Tuan Yang di-Pertua,saya ingin meminta kepada pihak Menteri dan juga pegawai- pegawai yang menjawab soalan. Untuk makluman jarak antara Klinik Kesihatan Langkon dan juga Sungai Magandai adalah 60 kilometer daripada Pusat Kesihatan Langkon.

Begitu juga dengan Tagibang, 50 kilometer daripada pusat kesihatan ataupun Klinik Kesihatan Langkon. Saya memohon klinik ini sebab rakyat yang mendesak, keperluan rakyat yang amat mendesak.

Seperti kes di Sungai Magandai yang saya pernah ceritakan dalam Dewan yang mulia ini. Kanak-kanak ini cacat seumur hidup hanya kerana mengalami demam panas tetapi tidak boleh dibawa ke hospital sebab jalan tidak mengizinkan. Hospital pula jauh dari kawasan tersebut.

Saudara-saudara ataupun Tuan Yang di-Pertua, saya mintalah agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia serius dalam melihat keperluan-keperluan rakyat seumpama ini supaya rakyat yang sudahlah miskin tidak akan dipinggirkan daripada sudut kesihatan mereka. Saya juga telah menerima maklumat dan pengesahan daripada pegawai kesihatan daerah Kota Marudu.

Daripada sembilan buah klinik kesihatan yang ada di Kota Marudu, lapan daripadanya tidak selamat untuk digunakan dan telah disahkan sendiri oleh pihak JKR daerah. Justeru itu saya mohon pihak kementerian agar selari dengan usaha Kerajaan Madani kita, pihak kementerian harus memikirkan dan juga memasukkan dalam Perancangan RMKe-12 ini untuk menyelesaikan masalah berhubung kait dengan kesihatan Daerah kota Marudu.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai makluman Dewan yang mulia ini Kota Marudu mempunyai sejumlah 3,029 kategori miskin dan juga 1,179 miskin tegar. Saya telah mengamati pembentangan Yang Amat Berhormat Tambun untuk Kajian Separuh Penggal Kedua Belas (RMKe-12) ini, antara yang perlu diambil perhatian penuh ialah menangani dan mencegah kemiskinan selari dengan prinsip pembangunan inklusif yang bermakna tidak ada siapa yang tertinggal maka mohon negeri Sabah, Kota Marudu khususnya merupakan daerah antara yang termiskin di Malaysia harus diberikan perhatian dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, masa Kota Marudu.

final • 11:40 AM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Kementerian Ekonomi harus melihat keperluan yang bersesuaian dengan melaksanakan sebarang program ekonomi rakyat. Sudah sampai masanya kerajaan serius membantu rakyat daripada peringkat awal mengenal pasti aktiviti ekonomi setempat sehinggalah kepada peringat pemasaran.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Last point...

final • 11:40 AM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Jadi, satu perkara lagi yang saya ingin bangkitkan di sini mengenai dengan tanaman pengeluaran padi. Semalam saya telah membaca artikel daripada Daily Ekspres, surat khabar di Sabah memetik bahawa large-scale Sabah paddy cultivation, dengan izin. Kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia yang akan mengadakan perbincangan semalam dengan Menteri Pertanian Sabah yang juga Yang Berhormat Keningau tentang bagaimana untuk melaksanakan perancangan menanam padi secara besar-besaran di Sabah.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua Sabah mempunyai kawasan yang sesuai untuk tanaman padi. Sudah semestinya perkara ini adalah amat tepat. Kerajaan sepatutnya telah memikirkan daripada dahulu bagaimana untuk mengatasi kenaikan harga padi ini. Saya minta agar perbincangan ini bukan setakat perbincangan tetapi dilaksanakan dalam hala tuju RMKe-12 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini bagi mengurangkan ataupun mengekang masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Sekarang ini masalah kenaikan beras kerana kita bergantung hampir sepenuhnya kepada beras import. Dengan adanya pengusahaan secara besar-besaran tanaman padi di Sabah ini sekurang-kurangnya kita dapat meningkatkan produk padi ataupun beras tempatan yang kerajaan boleh mengawal harga dan ini boleh menjurus kepada kesejahteraan rakyat jelata.

final • 11:40 AM

Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu

Akhir sekali, harapan saya dan rakyat Kota Marudu agar Kajian Separuh Penggal RMKe-12 ini benar-benar menepati sasaran dan rakyat kepada rakyat dan dapat menyejahterakan kehidupan rakyat termasuklah rakyat Kota Marudu. Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kota Marudu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Semporna. Yang Berhormat Semporna ada 10 minit sebagai Ketua Parti. Silakan.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal, - Semporna

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Semalam saya minta berucap tetapi tidak ada ruang. 15 minit hari ini diberi ruang tetapi 10 minit, kurang 5 minit Ketua Parti. Terima kasih banyak Tuan Yang di- Pertua.

Objektif dan fokus utama Rancangan Malaysia Ke-12 ini adalah untuk memastikan keseimbangan dari segi pembangunan bukan hanya dari segi pemikiran spiritual, material demi melahirkan masyarakat yang berpadu dan pemerintahannya yang just. Di samping itu juga, rancangan-rancangan ini adalah untuk memastikan pengurusan kewangan negara perlu berhemah.

Kita teringin melihat, kita belanja banyak tetapi sebenarnya kita tidak lagi berkemampuan. Hutang negara semakin meningkat. Defisit yang semakin meningkat.

Hakikatnya kita tidak ada duit. Apa yang kita belanja bukan duit kita, duit yang kita hutang.

Akhirnya kita terpaksa menambah pungutan cukai atau memperkenalkan rejim cukai yang baharu.

Kalau kita perhatikan 20 tahun kebelakangan ini iaitu daripada Rancangan Malaysia Kelapan dan Rancangan Malaysia Kesebelas meliputi Rancangan Jangka Panjang Ketiga iaitu dari tahun 2010 berapakah Model Baharu Ekonomi tahun 2010 dan 2020.

final • 11:48 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal, - Semporna

Perbelanjaan kerajaan sepanjang tempoh tersebut adalah bernilai RM860 bilion dengan nilai purata RM43 bilion setiap tahun.

Namun, dengan perbelanjaan sebesar itu, ternyata kita gagal mencapai sasaran Wawasan 2020. Ini dapat dilihat iaitu dari tahun 1971 hingga 2015, kadar pertumbuhan adalah 6.2 peratus setahun. Ia turun kepada 2.7 peratus setahun bagi tempoh 2016 hingga 2020. Pada tahun 2020 pula, tahap negara yang dikatakan membangun, namun kalau kita melihat, seperti yang saya sebutkan, perbelanjaan itu tidak memberi hasil yang begitu pulangan yang baik.

Dalam kita ingin melaksanakan rancangan review RMKe-12 ini iaitu pembasmian kemiskinan dan menyusun semula masyarakat, Rancangan Malaysia Ke-12 hendaklah sekurang-kurangnya perlu merangkumi aspek-aspek— Pertama, untuk mencapai kecemerlangan yang lebih besar untuk semua insan.

To achieve the greater good for all people.

Keduanya, mengekalkan cara hidup yang demokratik dan bertoleransi.

Ketiga, mewujudkan masyarakat yang adil di mana kekayaan negara dikongsi bersama.

Keempat, memastikan dalam mengejar pembangunan ekonomi, kita tidak mengabaikan pembangunan yang lestari alam sekitar, ekologi bagi jangka masa yang panjang.

Kelima, menjadikan sains dan teknologi sebagai komponen penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi, kecekapan dalam mengatur strategi pelaksanaan pengetahuan dan memperhebatkan budaya sains dan teknologi dalam industri.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal, - Semporna

Keenam, menggalakkan dan mengukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang perbezaan dan ketidakseimbangan yang meluas dalam pembangunan ekonomi di antara wilayah, negeri dan antara bandar dan luar bandar dalam negara ini.

Pembangunan seimbang dalam penekanan pada pertumbuhan dan ekuiti seharusnya menjadi penekanan utama dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Rangka kerja dan strategi perlu bertujuan untuk mencapai pertumbuhan makro, menggalakkan keupayaan teknologi seperti yang saya sebutkan. Ini boleh dicapai melalui penyesuaian dasar yang sesuai serta ekonomi pragmatik, pengurusan kewangan yang berhemah ditambah dengan kestabilan politik dan perpaduan negara.

Kita tidak ingin melihat perbelanjaan dilakukan oleh pihak pemerintah dan kerajaan, walaupun projek itu bukan dalam rancangan, kita belanja duit. Itu yang kita dapati bahawa tidak cukup kewangan kerana kita belanja duit yang bukan dalam masuk rancangan. Kita dapat melihat bagaimana untuk melahirkan ekonomi yang lebih mampan iaitu pernah berlaku pada tahun 1990-an, di mana pencapaian ekonomi negara yang tertinggi pernah dicapai. Ada pada kadar 9.7 peratus yang dikatakan dynamic economy, new tigers in the region.

Kerajaan harus berhemah dalam perbelanjaan ini dan kita harus menggalakkan pihak swasta untuk memainkan peranan as an engine of growth. Kerajaan tidak boleh membelanjakan duitnya semata-mata kerana itu bergantung kewangan yang terbatas ini untuk social and physical development of the country. Kita tidak mahu kewangan kita berbelanja bersaing dengan pihak swasta.

Saya yakin banyak di antara pihak swasta di negara ini yang mempunyai kewangan, keupayaan, pengalaman, exposure di peringkat antarabangsa. Maka dengan itu, perlu kita galakkan pelaburan tempatan di negara ini untuk memainkan peranan sebagai engine of growth, bukan hanya kerajaan. Kadang itu kerajaan bersaing dengan pihak swasta untuk mendapat keuntungan.

Itu yang di samping pihak swasta, kita hendak galakkan supaya pelaburan atau foreign direct investment juga amat penting khususnya dalam mewujudkan peluang pekerjaan dan transfer technology. Kita sedar dan tahu bahawa kerajaan melalui GLC, GLIC memainkan peranan yang penting untuk menjana ekonomi negara kita. Ini yang saya sebutkan tadi, kewangan yang terbatas seharusnya ditumpukan untuk memastikan social and physical development is the role of the government of the day. Dalam keadaan dunia ekonominya yang tidak stabil, keadaan rantau Asia yang very competitive, we must be prudent dari segi financial management kita.

Seharusnya, perlu bagi kita untuk mengurangkan penglibatan di dalam pasaran dan membiarkan sektor swasta memainkan peranan yang besar sekali gus dapat menyumbang kepada kelestarian ekonomi negara. Price factor to be the engine growth seperti yang saya sebutkan.

Akan tetapi, di samping itu juga, kita melihat dalam rancangan-rancangan yang telah berlalu, delivery system dalam negara kita. Kita tidak kehilangan polisi tetapi malangnya delivery system. Seperti yang saya sebutkan, dari tahun 2000 sampai 2020, keadaan delivery system yang dirancang tidak tercapai. Maka dengan itu, perlu kita melihat secara mendalam, where are the problem that we faced? Is it the civil servant?

Ataupun pimpinan yang kadang-kadang projek yang belum dirancang dibelanjakan duit?

Kita tidak mengikut rancangan yang sepatutnya.

Kalau sekiranya pengurusan yang prudent, there must be some extra funding, dengan izin, untuk membolehkan supaya kalau sekiranya ada keperluan mendesak untuk perkhidmatan dan projek tertentu, RM100 bilion kah, berapa bilion kah, put aside. Jangan padamkan rancangan yang telah kita lakukan dalam Rancangan Malaysia Ke-10, Rancangan Malaysia Ke-11 dan Rancangan Malaysia Ke-12.

Pembangunan seimbang di antara wilayah. Perkara ini penting. Saya bimbang apa yang berlaku di negara kita— ketidakseimbangan, bukan hanya di antara wilayah- wilayah yang ada, bandar dan luar bandar, negeri-negeri yang ada, amat ketara sekali.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal, - Semporna

Setelah mendengar pembentangan review, saya bimbang banyak tumpuan diberikan kepada kawasan-kawasan, contohnya di Pulau Pinang, contohnya di Selangor.

Sudah ada dua jambatan di Pulau Pinang. Sudah ada terowong bawah tanah. Sudah ada jeti yang cukup baik. Akan tetapi, ke mana peruntukan yang kita seharusnya mengimbangi masyarakat di negara ini supaya miskin ini dapat kita lonjakan keadaan dia?

Kewangan yang terbatas. There must be some kind of way pengurusan kewangan, kita imbangi peruntukan yang ada, yang kita katakan bahawa banyak wilayah yang ketinggalan. Contohnya...

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Yang Berhormat Semporna.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Minta maaf, Yang Berhormat. Masa tidak mengizinkan. Selepas ini kalau selesai...

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sedikit. Saya rasa penting untuk dimasukkan iaitu soal— biasanya, kadang-kadang kelulusan projek dibuat tanpa mengambil kira soal maintenance yang berterusan menyebabkan akhirnya kos maintenance itu yang tidak masuk dalam peruntukan dan ini sebenarnya mengganggu dalam belanjawan sesuatu jabatan.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Yang Berhormat, bukan setakat maintenance sahaja yang perlu dilihat. The quality of the project yang dibina. Terkadang itu ada ketirisan. Pasal apa ketirisan berlaku? Upfront. Rasuahnya.

Kadang projek RM100 juta, kita belanja RM70 juta. RM30 juta tidak cukup. Duit ke mana hala? Ini yang berlaku, dalam pengalaman. Kita dapati bahawa perkara ini harus dihentikan. Kalau tidak, kualiti. Bayangkan di Terengganu dahulu pun, stadium rosak.

Belanja duit. Pasal apa? The quality of the job. Bukan setakat maintenance. Ini yang saya lihat perlunya, seperti yang saya nyatakan, keseimbangan. Kalau tidak ada keseimbangan, bayangkan di Sabah, dicatat, disebut 10 daerah yang termiskin di negara Malaysia. Dari 10 daerah, lapan daerah di Sabah. Apa yang dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini yang kita hendak lakukan untuk membasmi, menoktahkan kemiskinan di Kota Marudu, di Pitas untuk memastikan supaya tidak ada kemiskinan? Bukan hanya dari segi fizikalnya tetapi dari segi sosialnya masyarakat. Cukup daif.

Bukan setakat hendak cerita duit tidak ada hendak hantar anak sekolah tetapi kita hendak panjat pokok— G apa dia? Saya dari Kota Kinabalu, G4, sampai ke Kota Belud, G3, sampai Kota Marudu, kosong G. Tidak ada accessibility. Di mana yang kita harus lihat?

Ini perancangan yang perlu diambil serius. Walaupun saya didapati bahawa saya agak menegur dengan ikhlas, tetapi tujuannya untuk meletakkan negara ini di landasan supaya building nation touch the heart of the people in this country. Don’t touch the heart only those people in Penang, in Selangor. Kita tahu wilayah-wilayah ini sudah membangun daerah ini.

[Tepuk] Akan tetapi, miskin banyak di tempat-tempat lain. Kita katakan bahawa perlu mendapat perhatian dalam rancangan-rancangan yang ada di peringkat negara kita.

Jadi, saya berharap agar pengagihan kewangan ini dapat kita tingkatkan dalam Rancangan Malaysia yang mendatang ini dan saya melihat juga itu dalam konteks keseimbangan pembangunan. Dalam konteks yang penting iaitu pendidikan, sudah disebut oleh rakan-rakan, degitu daif sekali.

Apabila saya melihat— sejak kita mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan yang ada— Bukan hanya dari segi contentnya, bukan hanya dari segi physical developmentnya. Itu yang banyak disebut hendak pergi sekolah, naik perahu. Hendak pergi sekolah, titi jambatan. Bayangkan daerah yang kalau dibantu, bukan setakat sekolah itu mendapat bekalan elektrik dan air, tetapi kadang-kadang kita bina sekolah menengah harganya RM70 juta tetapi content sistem pendidikan itu, gurunya tidak cukup, komputernya tidak ada. Bukan komputer tidak ada, elektrik dan accessibility tidak ada.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Waktu saya Menteri kampung, lawat kampung-kampung. Apabila lawat kampung saya tanya ke mana komputer? Guru besar cakap, “Datuk Seri, kami simpan di storeroom”. Fasal apa simpan storeroom? “Fasal elektrik tidak ada”. Then, where do you go? That is why ministry dan kerajaan harus meneliti secara mendalam. Kita tidak harus mempunyai dasar yang kita katakan diseimbangkan dengan bandar dan luar bandar. Luar bandar cukup daif. The same kind of policy cannot be adopted to all areas in this country untuk kita mengimbangi pembangunan dan juga kelestarian rakyat yang ada.

Masalah guru contohnya, hari ini di Sabah cukup membimbangkan saya. Dari segi jumlahnya, dari segi ini kadang-kadang tenaga guru tidak mencukupi fasal kita bergantung dengan guru-guru datang dari Semenanjung. Kenapa kita tidak latih anak-anak kita dari Sabah ini? Kalau kita latih anak-anak kita dari Sabah, kita tidak perlu belanja outstation.

Kita tidak perlu cari rumah. Kita tidak perlu untuk menampung perbelanjaan kos yang begitu tinggi dan mendidik anak-anak kita di peringkat guru-guru— anak-anak kita ini, peringkat negeri Sabah.

Bukan tidak perlu integrasi, tetapi integrasi di samping juga kita memastikan there must be family bonding. Anak terpaksa berada –dari Kelantan datang ke pelosok pulau di Semporna. Dia cakap dia oyak orang Kelantan. Kadang-kadang tengok rumah tidak ada, dia di bandar Semporna. Ini yang kadang-kadang kita lihat kalaulah anak-anak kita yang di kampung itu, di daerah itu, di wilayah itu kita bimbing mereka, lahirkan sebagai tenaga guru dan kita akan mengurangkan banyak perbelanjaan di peringkat negara kita.

Dalam juga menyentuh kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, ini juga penting. Tidak ertinya seseorang insan manusia mempunyai pendidikan ilmu yang tinggi, kewangan yang begitu banyak kalau kesihatannya tidak mencukupi. Hari ini membimbangkan saya iaitu nisbah pesakit di Sabah. Pesakit –satu doktor kepada 1,000 penduduk yang ada.

Bayangkan tidak ada pakar jantung di Sabah. Cuma seorang sahaja pakarnya di Hospital Kota Kinabalu Queen Elizabeth. Kalau orang sakit jantung dari Pensiangan, dari Tenom, dari Keningau, dari Tawau, dari Semporna, dia kena terbang ke Kota Kinabalu.

Kalau tidak ada penerbangan kosnya tinggi, kena jalan raya. Jalan raya pun rosak.

Ya, tidak semudah itu. Ini yang saya katakan kesihatan ini satu sektor yang dilihat dalam Rancangan Malaysia yang bukan hanya review kedua belas, yang mendatang.

Supaya tingkatkan keadaan yang ada dan bukan hanya pakar doktor. Bayangkan Kota Kinabalu, Hospital Queen Elizabeth I tidak ada dapur. Hendak bakar makanan source dari Hospital Queen Elizabeth II. Menampung 700 buah katil yang ada. Sampai makanan di hospital itu sudah sejuk. Bayangkan bukan setakat pakarnya amat diperlukan, bahkan juga kemudahan fizikal yang ada di peringkat sekolah itu dapat kita tingkatkan.

Saya berharap bukan setakat kita meningkatkan UMS fakulti akademik yang ada, lahirkan 400 hingga 500 orang anak-anak Sabah di situ sebagai pakar doktor untuk menampung keperluan di peringkat negeri supaya kita tidak belanja banyak outstation dan perumahan yang ada. Saya dapati contohnya di Semenanjung, banyak klinik desa, doktor yang ada bahkan hospital yang cukup. Di Wilayah Sabah dan Sarawak amat membimbangkan. Saya harap kerajaan mengambil perkara ini sebagai seriusnya.

Di samping itu, kita juga harus melihat kerangka research and development di peringkat perubatan. Masa COVID-19 ada, kita tidak ada vaksin. Masa COVID-19 ada, kita tidak mencukupi tempat untuk menampung beribu-ribu rakyat. Terpaksa buka dewan masyarakat sebagai satu tempat menampung keperluan masyarakat yang mempunyai pesakit. Sudah sampai ketikanya, kerajaan perlu mengeluarkan perubatannya sendiri, tidak bergantung dengan pihak mengimport dari luar.

Sekarang ini kita mengimport dari India, mengimport dari Pakistan. Dari segi raw material, we can produce all material. Mungkin Panadol pada hari ini kita keluarkan, tetapi bukan setakat Panadol. Banyak ubat yang lain supaya kita tidak perlu bergantung kepada pihak luar termasuklah beras tadi, banyak dibahaskan oleh kawan-kawan lain. Jadi,saya berharap...

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kebenaran saya sudah beri 15 minit sekarang. Hendak sambung lagi kah?

final • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Ya, sikit lagi.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Seminit lagi boleh?

final • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Tuan Yang di- Pertua, jadi saya kena ringkaskan. Sebenarnya banyak perkara yang saya hendak bangkitkan. Untuk melahirkan –supaya kerajaan mempunyai hasil capital development juga. Selain daripada swasta, gerakan sovereign growth dan juga saya berharap kerajaan mengambil peranan tentang capital development iaitu perlunya bagi kita untuk memastikan supaya debt security, derivative market, hedging respectively. Maka dengan itu, kita boleh mendapat kewangan untuk memastikan supaya kerajaan itu dapat menampung keperluan rakyat.

Di samping itu, saya berharap Tuan Yang di-Pertua, agar Labuan Financial Hub yang kita sudah lahirkan dalam keadaan malap hari ini. Kenapa tidak dinaikkan? Jakarta akan berpindah ke Kalimantan. So, saya yakin kalau sekiranya pihak kerajaan melihat secara mendalam bagaimana meningkatkan keupayaan Financial Hub Labuan ini. Ini untuk meletakkan negara kita kompetitif.

Keselamatan. Saya berharap keselamatan ini perkara yang penting. Saya mendengar ucapan Yang Amat Berhormat bahawa dron kita gunakan. Sebenarnya dron itu saya tahu untuk hendak memantau, but to intercept is also crucial. Waktu saya Ketua Menteri, terpaksa bagi duit dengan kerajaan, dengan pihak polis hampir RM900 ribu. Fasal apa? Apabila saya balik kampung, speedboat tidak berjalan. Fasal apa speedboat tidak berjalan? Tidak cukup minyak. So, operational part of it. You can do the surveillance, but you do not have the interception yang ada.

Di samping itu, saya minta supaya keselamatan bukan hanya memantau pihak border kita tetapi dalam negara. Subversif –sudah ada anasir-anasir di negara kita yang perlu dipantau. Jangan pihak keselamatan memantau ahli politik semata-mata tetapi harus memantau juga pihak-pihak yang lain.

Menyentuh sedikit tentang Lebuhraya Pan Borneo. Ini perkara yang penting.

Sudah lima Perdana Menteri –dari Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib, Yang Amat Berhormat Tun Mahathir, Yang Amat Berhormat Muhyiddin, Yang Amat Berhormat Ismail bin Sabri, Yang Amat Berhormat Tambun. Sudah lima orang Perdana Menteri. Pada hari ini masih lagi keadaan tertangguh.

Di Sarawak 90 peratus sudah hampir siap, tetapi di Sabah ini masih terbantut. Ke arah mana perkara ini? We must go down. What is the problem? Problem-nya ialah kontraktor, pemaju, pelaksanaan, delivery system. Orang yang sama dapat projek ini, orang yang sama dapat projek sana. Terkadang itu bagi serahkan subkontrak. Saya berharap pihak kementerian kewangan khususnya dan pihak EPU meneliti secara mendalam untuk memastikan spread out kontraktor-kontraktor yang mampu untuk menangani masalah ini.

Maka dengan itu, saya berharap contohnya semangat 63 akhirnya Tuan Yang di- Pertua. Fasal itu kita membangkitkan persoalan 1963 Agreement. Bukan kita bangkit untuk benci kepada orang Semenanjung. Isteri saya orang Kedah, cucu saya orang Kelantan, cucu orang Muar, cucu orang Sabah dan sudah lapan orang. Saya sayang cucu- cucu ini, tetapi keadaan yang ada pada hari ini –how do you build a nation? You do not touch the heart. Perjanjian 1963 apabila kita bangkit, bukannya kita hendakkan supaya— tetapi itu yang telah melahirkan pembentukan Malaysia di negara kita.

Bayangkan pada hari ini Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong— kita ucapkan terima kasih banyak kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong membuat lawatan. Rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak tunggu sampai jam satu pagi, sampai jam enam pagi. Malam, berbaris beribu-ribu hantar surat bersuara. Fasal apa bersuara? Fasal kami sudah disuarakan oleh rakyat. “*Dato’ Seri berucaplah di Parlimen.

Dato’ Seri you jadi Menteri buatlah apa yang sepatutnya, bantu kami*”. Sudah 60 tahun.

Ada yang kita bersuara tidak kedengaran.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Apdal - Semporna

Apabila saya bersuara, masuk penjara. Terkadang itu sejarahnya bermacam- macam. Tegur sana, tegur sini sudah lama. Saya sudah merasa semua Perdana Menteri.

Akan tetapi apabila saya lihat pentingnya mengapa rakyat sanggup tunggu dari malam hujan tidak kira. Fasal mereka hendak menyampaikan mesej kepada yang tertinggi, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tolonglah kami rakyat Malaysia. We want to build this country, a nation. Please touch the heart. Saya harap rancangan ini akan dapat dilaksanakan dengan secara baik dan saya akan memastikan supaya saya memantau dan saya akan sentiasa untuk memberi pandangan dengan niat yang baik, menegur. Jangan pula teguran itu dianggap kita membantai, tidak ya. Akan tetapi teguran ini untuk membina, memastikan supaya negara kita di landasan dan rakyat umat di negara ini mendapat manfaat. Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk]

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Saya jemput Yang Berhormat Muar, diberi 10 minit juga.

final • 12:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mulakan ucapan saya dengan mengalu-alukan 28 orang anak muda, tujuh orang cikgu pengiring dari tujuh buah sekolah yang berbeza di bawah Parlimen Muar. Terima kasih.

[Tepuk] Saya berharap bahawa sesi pada hari ini dapat memberikan inspirasi kepada 27 orang anak-anak muda untuk menyertai landskap politik secara langsung atau tidak langsung, untuk berkhidmat dan membangunkan negara tercinta kita, khususnya melalui Parlimen Muar.

Tuan Yang di-Pertua, ucapan saya akan fokus kepada dua perkara. Pertama, berkenaan isu pendidikan dan kedua, berkenaan tata kelola.

final • 12:09 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Pertama, berkenaan solusi kepada masalah pendidikan negara. Pada hari ini, kerajaan telah pun membelanjakan 20.2 peratus kepada Belanjawan Pendidikan jika hendak diambil kira dengan KDNK. Ramai mungkin tidak tahu tetapi perbelanjaan pendidikan tahunan negara kita ini jauh lebih tinggi daripada negara-negara maju yang lain. Di Singapura, perbelanjaannya 11 peratus KDNK. Di Jepun, enam peratus KDNK.

Walaupun sedemikian, walaupun kita berbelanja jauh lebih besar tetapi kita lihat PISA ranking, the benchmark, international benchmark kita jauh lebih rendah. Malaysia di tangga 48, 49 dan 57 daripada penguasaan sains, matematik dan membaca.

Walhal Singapura di tangga yang kedua, Jepun di tangga yang keenam.

Perbandingan ini bukan sahaja kepada negara-negara yang maju. Kita sudah dipintas oleh Singapura, Korea Selatan dan Jepun. Kini kita turut dipintas oleh Vietnam dari sudut penguasaan matematik di tangga yang keempat. Minta maaf, Sains di tangga yang keempat, matematik di tangga ke-24 dan membaca di tangga ke-15. Maksudnya, walaupun perbelanjaan kita agak luar biasa tetapi kita jauh ketinggalan.

Saya hendak mulakan sebelum saya sampaikan kritikan dengan pujian terdahulu kepada kerajaan pada hari ini, yang mengekalkan peruntukan naik taraf, baik pulih dan bina baru infra asas di sekolah dan juga melalui tata kelola tender terbuka. Saya juga perlu memuji apabila Yang Berhormat Menteri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerap melawat sekolah dan tandas untuk meninjau sendiri pelaksanaan baik pulih dan bina baru ini. Akan tetapi itu sahaja tidak mencukupi. Dengan itu, ada tiga solusi dan kritikan yang saya ingin ketengahkan.

Pertama, apa jadi nasib Program 1 Tablet 1 Pelajar yang telah pun diperkenalkan pada tahun lepas yang bermula di peringkat universiti. Akan tetapi pada tahun ini dan apabila saya lihat juga dalam perancangan RMK, ditiadakan. Ini bukan perkara yang kecil Tuan Yang di-Pertua kerana kalau kita lihat, negara kita adalah di antara negara yang paling kerap tutup sekolah rendah dan sekolah menengah. Maksudnya, anak-anak kita

final • 12:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

perlu play catch-up, kejar dengan anak-anak yang belajar di Singapura dan Vietnam.

Kalau kita lihat melalui penilaian antarabangsa pada hari ini, anak-anak Malaysia ketinggalan tiga tahun daripada kadar pemahaman daripada anak-anak di Singapura.

Tambahkan sekali dengan penutupan sekolah yang agak luar biasa di Malaysia.

Jikalau kita tidak mendigitalisasikan sekolah khususnya di peringkat sekolah menengah dengan pemberian tablet dan laptop, saya risau mereka tidak dapat mengamalkan inisiatif self-learning dan akhirnya jauh ketinggalan dengan anak-anak dari negara luar. Jadi sebab itu saya berharap kerajaan jangan hanya melakukan konsep one-off sahaja pada tahun lepas yang diamalkan oleh pimpinan Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Yang Berhormat Bera. Akan tetapi perkara ini wajib diteruskan, bukan sahaja di peringkat universiti tetapi juga di peringkat sekolah menengah dan bersasar kepada golongan pertengahan dan golongan B40.

final • 12:10 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Yang Berhormat Muar.

final • 12:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Minta maaf. Ini ada panjang sedikit. Kedua, berkenaan peruntukan yang tidak adil.

Tuan Yang di-Pertua, yang jelas pada hari ini apabila peruntukan tidak disalurkan kepada Parlimen pembangkang, ini turut menghukum cikgu-cikgu, anak-anak muda, PIBG dan pihak sekolah.

[Tepuk] Ini kerana peruntukan ini tidak pergi ke poket Ahli Parlimen ataupun ke Pusat Khidmat Parlimen tetapi disalurkan terus ke sekolah-sekolah. Cikgu- cikgu ada di sini Tuan Yang di-Pertua.

Di Muar kita telah luluskan pembinaan empat buah dewan baru, bukan milik Syed Saddiq, milik cikgu, milik PIBG, milik sekolah daripada satu generasi ke generasi yang lain. Saya dengar hanya kerana saya memilih ke pihak pembangkang, walaupun perkara ini telah diluluskan berbulan-bulan yang lepas, ada ura-ura bahawa mereka ingin menyekat dan memberhentikan pembinaan dewan baru ini. Adakah Kerajaan Madani pada hari ini ingin menghukum cikgu, anak-anak muda daripada keluarga miskin yang inginkan infra asas ini?

[Tepuk] Ia tidak adil.

Saya dengar dan meneliti ucapan Yang Berhormat Menteri Ekonomi. Beliau mengatakan, “Tidak apa kita akan mudahkan proses. Tidak perlu lagi mohon kepada Ahli Parlimen, boleh mohon terus”. Saya tunggu bila proses ini ingin diperkenalkan untuk naik taraf jalan, bina dewan baru, naik taraf ICT sekolah.

Jangan hanya janji di bibir tetapi pelaksanaannya tiada kerana realitinya jikalau kamu menghukum kawasan-kawasan pembangkang, kamu sekali gus sedang menghukum rakyat Malaysia yang merupakan masa depan negara kita. Betulkan sistem ini sebelum terlambat. Ingat, politik itu ada naik dan turun. Hari ini kita pembangkang, esok kita kerajaan. Jikalau kamu dikenakan seksaan yang sama, adakah kamu suka perkara ini? Dengar, ingat, cermin diri sendiri dahulu.

Ketiga, program pengisian selepas waktu sekolah dan semasa cuti sekolah. Saya ingin tarik perhatian semua kepada kajian sekolah awam yang dilakukan oleh KIPP Academy – Knowledge in Power Program dan juga kajian-kajian yang dikeluarkan oleh Sekolah Amanah yang dilaksanakan di Malaysia.

Kalau kita lihat Tuan Yang di-Pertua, anak-anak muda apabila mereka masuk sekolah rendah, prestasi akademik mereka tidak kira agama, bangsa ataupun sosioekonomi, kaya dan miskin, garis permulaan itu tidaklah begitu berbeza, jurang itu kecil. Akan tetapi dari tahun ke tahun, jurang itu makin lama makin melebar. Apabila kajian yang terperinci dilakukan, defisit itu berlaku bukan semasa waktu bersekolah tetapi semasa cuti sekolah semester tiga bulan ke dua bulan ataupun pengisian program selepas tamat waktu sekolah. Maksudnya selepas pukul 1 atau selepas pukul 6.

Dengan itu, kerajaan perlu ada keberanian dan fokus untuk mencari penyelesaian kepada pengisian masa semasa cuti semester ataupun selepas waktu sekolah. Kalau kita lihat di Malaysia, lihat sahaja sekolah-sekolah vernakular yang berjaya Tuan Yang di- Pertua. Pengisian semasa cuti panjang ataupun selepas tamat waktu sekolah secara rasmi agak luar biasa sekali. Ada sukan, ada kelas tambahan, sampai ibu bapa boleh tinggalkan anak-anak mereka di sana. Sama juga dengan sekolah-sekolah antarabangsa.

final • 12:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Akan tetapi realitinya, anak-anak yang majoriti masuk sekolah kebangsaan, keluarga mereka tidak ada kemampuan untuk lakukan perkara ini.

Jadi sebab itu jikalau ada intervensi dari kerajaan untuk fokus pengisian kepada program selepas waktu sekolah dan semasa cuti, saya yakin kita dapat kurangkan defisit.

Ini bukan saya kata kosong, ini daripada perincian dan kajian mendalam yang menunjukkan anak-anak yang datang daripada keluarga miskin, perbezaan jurang pemahaman mereka meningkat selepas mereka tamat, datang balik ke sekolah selepas dua bulan bercuti makin teruk. Walhal mereka yang datang daripada keluarga kaya, pemahaman mereka meningkat dan melonjak dengan mendadak pada tempoh masa dua bulan tersebut. Saya berharap bahawa perkara ini dapat dipertimbangkan.

Saya ingin pergi kepada pendidikan tinggi pula. Saya sudah banyak ulas berkenaan reformasi di universiti. Saya hendak fokus sedikit berkenaan cadangan Yang Berhormat Menteri Ekonomi iaitu akademi dalam industri. Saya menyokong usaha ini.

Saya rasa ini adalah usaha yang baik dan wajib kita bantu. Cuma saya ingin berikan satu cadangan tambahan iaitu dana khas RM1 bilion untuk dimasukkan dalam akademi dalam industri untuk program upskilling dan reskilling melalui micro-credentials yang disasarkan kepada pemandu e-hailing. Semalam kita digegarkan, tidak kiralah kerajaan atau pembangkang dengan video ringkas 15 saat apabila ada salah seorang pemandu Foodpanda yang tidak ada lagi motosikalnya kerana disita dan perlu jalan sendiri. Saya tidak ingin komen panjang berkenaan isu tersebut. Saya faham JPJ melakukan tanggungjawabnya. Akan tetapi kita tidak boleh hanya berbahas di Dewan kata, apabila ada masalah kita berikan satu motor percuma. Bila ada masalah, kita berikan bantuan one-off RM200 setahun atau RM500 setahun. That doesn’t move the needle enough. Saya ingin mencadangkan. Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh tambah sedikit masa presiden parti walaupun satu kerusi. Sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mencadangkan dana khas micro-credential bagi pemandu e-hailing, maksudnya pemandu e-hailing hari ini mereka bekerja sepenuh masa pagi ke malam. Kadangkala mereka ingin buat reskilling untuk daftar kelas atas talian ini hanya boleh pada waktu malam atau hujung minggu.

Kosnya Tuan Yang di-Pertua, kadangkala hendak tamat tiga ke enam bulan sebanyak RM50,000. Jikalau mereka tidak melalui upskilling ini, mereka akan terperangkap dalam sektor yang sama dan akhirnya mereka tidak memanfaatkan keupayaan sebenar mereka. Dengan itu, saya ingin mencadangkan dana khas RM1 bilion ini melalui program micro-credentials yang disasarkan kepada pemandu e-hailing. Kenapa ini isu nasional Tuan Yang di-Pertua? Ini isu nasional kerana kajian terbaru menunjukkan lebih 50 peratus lepasan SPM tidak hendak lagi masuk universiti.

final • 12:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Mereka ingin terus bekerja, dan ramai lagi ingin bekerja dalam sektor e-hailing.

Jikalau mereka tidak ada keupayaan wang to upskill and reskill melalui micro-credential, kelas malam dan hujung minggu yang kosnya agak tinggi, bagaimana mereka hendak tingkatkan gaji mereka to climb up the socioeconomic ladder. Oleh sebab itu saya berharap perkara ini dapat dipertimbangkan.

Isu yang terakhir iaitu isu tata kelola. Dua minit sahaja Tuan Yang di-Pertua jikalau diizinkan, terima kasih. Saya meneliti ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dalam ucapannya yang panjang beliau mengungkap perkataan tata kelola, lawan rasuah, amanah sebanyak 25 kali, sangat luar biasa. Masalahnya Tuan Yang di- Pertua, saya risau bukan setakat saya, tetapi rakyat Malaysia pada hari ini tidak lagi percaya perkataan tata kelola yang diungkapkan.

Saya katakan ini kerana saya sendiri Muar, menyokong dirinya dan pimpinannya atas janji untuk membanteras rasuah. Saya ingat sebelum pilihan raya saya menyertai kempen-kempen dan di dalam setiap satu- ucapan ada janji, anti korupsi, tidak akan gugurkan kes, akan penjarakan pemimpin ‘A’, ‘B’, ‘C’. Saya tidak pernah sekali dalam ucapan saya kata saya akan penjarakan Timbalan Perdana Menteri, tidak pernah. Saya kata, follow the rule of law.

final • 12:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Akan tetapi selepas pilihan raya, perubahannya perubahan yang teramat drastik, tidak ditekan lagi. Majoritinya 148, bukan seperti dua Perdana Menteri dahulu majoriti tiga ke-lima Ahli Parlimen sahaja. Terus menggugurkan 47 kes rasuah. Bagaimanakah rakyat di luar sana ingin percaya? Bagaimanakah pelabur-pelabur di luar ingin percaya? Akan tetapi saya lebih risau bagaimana anak-anak muda yang ingin menyertai politik, hari ini apa precedent yang kita tinggalkan? Precedent-nya kamu boleh curi ratusan juta Ringgit, lupakan bina hospital, lupakan bela rakyat, lupakan bina sekolah. Curilah sebanyak mungkin, apabila ditangkap, didakwa selepas tidak hendak lima tahun tidak apa, runding.

Guna kuasa, dan selepas itu kerajaan di bawah pentadbiran kamu boleh menggugurkan kes tersebut...

[Tepuk] What message are we sending to the young generation of Malaysia? Oleh sebab itu saya rasa ungkapan tangan kiri lawan rasuah dan tangan kanan bebaskan rasuah merupakan ungkapan yang tepat dan benar. Akan tetapi, sambil saya bicarakan perkara ini, saya pun perlu cermin diri sendiri dahulu. Tidak kira di kerajaan atau pembangkang kita perlu ketengahkan solusi. Ingat, dalam politik itu ada naik dan turun. Hari ini kita boleh tekan lawan. Esok lawan mungkin tekan kita semula. Bagaimana, how do we break that cycle supaya tidak akan berlaku lagi. Oleh sebab itu, reformasi sebenar- the decentralization of power perlu dilakukan secepat mungkin.

Peruntukan yang adil seperti Yang Berhormat Bera lakukan, sebelum ini, pisahkan peranan Perdana Menteri dengan MACC dan AGC, letakkan di bawah Parlimen.

Laksanakan Akta Pendanaan Politik dan banyak lagi yang lain.

Kerisauan saya perkara ini sudah dijanjikan berkali-kali. Apabila saya tanya, bila dulu saya di sana, tidak apa Saddiq- tunggu. Akan tetapi benda asas, pengisytiharan aset Kabinet Tuan Yang di-Pertua sampai ke hari ini janji kosong belum buat. Diumumkan pada bulan Januari tahun ini, apabila dekat pilihan raya negeri, saya desak lagi sekali, akan kata ‘tidak apa, kita akan buat’. Tidak buat lagi juga. Oleh sebab itu dalam bab ini kerisauan saya, apa yang dijanjikan jikalau tidak ada desakan, tidak ada garis merah selagi itulah akhirnya reformasi akan dilupakan.

Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya berharap walaupun Parlimen Muar, blok ketiga duduk pada Pembangkang hanya satu Kerusi, tetapi saya berharap dengan tindakan ini it will set a clear wake-up call. Kalau kita tidak bermula pada hari ini, proses menormalisasikan rasuah akan menghancurkan negara saya, hancurlah masa hadapan anak-anak muda. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

[Tepuk]

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Yang Berhormat Stampin.

final • 12:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk menyokong Usul Kajian Separuh Penggal RMKe-12. Dalam Rancangan Malaysia Ke-12, salah satu daripada tiga tema ialah melonjakkan kemapanan iaitu advancing sustainability yang memberikan tumpuan kepada mempercepatkan pertumbuhan hijau dan tenaga mampan.

Ini juga selaras dengan komitmen Malaysia kepada masyarakat antarabangsa yang berjanji untuk mengurangkan keamatan karbon berbanding KDNK sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030 daripada paras tahun 2005. Menjadi negara bebas karbon menjelang tahun 2050. Elemen utama untuk mencapai sasaran ini merupakan tenaga bersih dan pelepasan karbon rendah. Bagi mencapai tujuan ini, Sarawak akan memainkan peranan penting kerana Sarawak mempunyai empangan hidro elektrik dan kawasan hutan yang luas.

Walau bagaimanapun, di sebalik sumbangan besar Sarawak terhadap matlamat pembangunan mampan, negara kita Sarawak tidak diberi ganjaran sewajarnya oleh Kerajaan Persekutuan dalam penggubalan dasar pembangunan kita khususnya dasar perindustrian. Pada masa yang lalu, minyak dan gas merupakan komoditi berharga yang memacu pembangunan negara.

final • 12:24 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Kini memandangkan penekanan antarabangsa terhadap pelepasan karbon dan banyak syarikat multinasional menetapkan sasaran supaya untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih dalam beberapa tahun yang akan datang. Tenaga bersih dan tenaga yang boleh diperbaharui merupakan komoditi yang lebih berharga daripada minyak dan gas pada masa ini. Sarawak mempunyai lebihan kuasa hidro bersih ini. Itulah sebabnya Syarikat Energy Berhad sedang berbincang dengan Singapura untuk menjual elektrik pada Singapura tetapi Kerajaan Persekutuan tidak memihak kepada idea tersebut.

Kami bersetuju bahawa demi kepentingan negara kita, secara keseluruhannya tenaga bersih sebegini perlu dikhaskan untuk pembangunan perindustrian negara kita dan bukannya untuk membantu jiran kita. Walau bagaimanapun, Sarawak juga harus diberikan ganjaran dan pampasan yang sewajarnya dan saksama kerana mengekhaskan kegunaan tenaga bersih ini untuk negara kita. Sama ada masa dahulu atau sehingga hari ini, Sarawak telah berkongsi minyak dan gas untuk memacu pembangunan negara, tetapi Sarawak tidak mendapat pampasan yang sewajarnya dan adil.

Ini telah mengakibatkan sentimen kemarahan dalam kalangan rakyat Sarawak dan hal ini adalah tidak kondusif kepada perpaduan dan integrasi nasional. Kesilapan sebegini tidak sepatutnya diulangi. Apabila saya bercakap tentang pampasan yang betul dan adil, saya bukan merujuk kepada hanya daripada segi peruntukan atau harga pembelian tenaga bersih ini. Pampasan ini seharusnya diterjemahkan kepada keistimewaan tertentu daripada segi dasar pembangunan perindustrian untuk menggalakkan pelaburan di Sarawak dan meningkatkan pembangunan perindustrian di Sarawak.

Ia boleh wujud dalam bentuk insentif cukai khas atau peruntukan khas geran yang diberikan kepada syarikat-syarikat berteknologi tinggi supaya melabur atau membina kilang di Sarawak. Dalam masa lalu, kebanyakan insentif ini hanya tertumpu di wilayah- wilayah tertentu di Semenanjung Malaysia sahaja. Ini telah mengakibatkan perbezaan tahap pembangunan dan diaspora rakyat Sarawak datang ke Semenanjung untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang lebih lumayan.

Kajian separuh penggal menyatakan bahawa and I quote, “Dalam usaha mempertingkatkan keseimbangan dan keterangkuman wilayah...” Langkah telah diambil untuk mengoptimumkan potensi ekonomi wilayah membangunkan bandar yang mampan dan mentransformasikan kawasan luar bandar.

Untuk mencapai sasaran ini, saya rasa Kerajaan Persekutuan mesti menggubal dasar untuk menarik pelabur asing dan pelaburan ke Sarawak. Antara langkah-langkah dan dasar-dasar yang boleh diimplementasikan adalah seperti berikut:

final • 12:24 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

(i) insentif cukai khas atau geran khas untuk mereka yang ingin melabur dan membina kilang di Sarawak;

(ii) meningkatkan fasiliti pelabuhan di Sarawak;

(iii) mewujudkan lebih banyak zon perdagangan bebas di Sarawak;

(iv) untuk menyelaraskan syarat-syarat pelaburan asing di Sarawak dengan pihak kerajaan negeri untuk mengurangkan birokrasi dan mempercepatkan proses kelulusan pelaburan termasuklah proses pengambilan pekerja asing; dan

(v) mewujudkan Trans-Borneo Railway untuk mengurangkan kos transport di Sarawak.

Kami di Sarawak mungkin tidak mempunyai keseluruhan ekosistem untuk menyokong industri teknologi tinggi baharu ini pada masa sekarang. Akan tetapi begitu juga dengan Pulau Pinang yang tidak mempunyai ekosistem untuk menyokong industri E&E, 30 tahun lalu.

Walau bagaimanapun, Sarawak mempunyai tenaga bersih, tanah yang lebih murah, tenaga buruh yang lebih murah dan perkhidmatan awam yang lebih cekap dan

final • 12:30 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

daripada segi sosial Sarawak merupakan tempat yang lebih harmoni untuk didiami.

Semua ini kekuatan dan kelebihan Sarawak dalam menarik pelaburan asing.

Oleh itu, dengan insentif dasar yang mencukupi daripada Kerajaan Persekutuan, saya percaya FDI akan menjadikan Sarawak sebagai satu- destinasi dalam mempertimbangkan untuk melabur di Malaysia. Persoalannya, wujud kah satu kemahuan politik sebenar atau real political will untuk memartabatkan pembangunan di Sarawak- if there is a will, there is a way. Isu kedua yang saya ingin bangkitkan adalah berkenaan Sarawak Labour Ordinance. Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 telah berkuat kuasa di Semenanjung tetapi sampai masa ini Sarawak Labour Ordinance belum pun dipinda untuk menyelaraskan hak- hak pekerja di Sarawak dengan rakan mereka di Semenanjung Malaysia. Sarawak Labour Ordinance merupakan satu undang-undang Persekutuan. Oleh itu, harus dipinda di Parlimen. Akan tetapi perkara berkenaan pekerja adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri iaitu satu autonomi Sarawak.

Saya ingin tahu, kenapa sampai hari ini Sarawak Labour Ordinance belum lagi dipinda supaya hak yang sama dan faedah diberi dan perlindungan diberikan kepada pekerja di Sarawak. Kini seorang pekerja di Sarawak yang mendapat upah lebih daripada RM2,500 tidak akan menikmati apa-apa perlindungan di bawah Sarawak Labour Ordinance ataupun Akta Pekerja. Malah majikan tidak diwajibkan untuk bayar mereka overtime.

Manakala, di Semenanjung hanya pekerja yang menerima gaji bulanan yang lebih daripada RM4,000 yang tidak dilindungi di bawah Akta Pekerja. Pekerja wanita di Sarawak pun tidak menikmati cuti bersalin sepanjang 90 hari. Saya ingin tahu, apakah halangan kepada pindaan Sarawak Labour Ordinance, dan siapakah yang menghalanginya? Untuk kepentingan para pekerja di Sarawak, saya menyeru supaya pindaan terhadap Sarawak Labour Ordinance disegerakan supaya pekerja-pekerja di Sarawak tidak turut ditindas.

Isu yang terakhir Tuan Yang di-Pertua iaitu mengenai perbelanjaan Kerajaan Persekutuan. Meskipun hutang kerajaan adalah tinggi, pada waktu ekonomi merosot, kerajaan mesti belanja lebih. Hanya melalui suntikan perbelanjaan berlebihan dan tepat oleh pihak kerajaan, boleh kita memacu pertumbuhan dan pemulihan ekonomi negara kita.

Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini nampaknya kerajaan sama ada mengurangkan bajet untuk kerja kontrak kerajaan atau lambat untuk pengeluaran duit di bawah bajet tersebut. Kontraktor kerajaan perlu menunggu berbulan-bulan selepas kerja siap tetapi barang masih belum dapat dijelaskan. Malah Premier Sarawak pada Julai tahun ini secara terbuka telah mengutuk Kerajaan Persekutuan kerana membuat pengeluaran peruntukkan Persekutuan secara lewat untuk membaiki sekolah usang dan daif di Sarawak. Kelewatan dalam pelaksanaan projek kerajaan ataupun pengeluaran dana kerajaan akan menjejaskan lagi ekonomi negara kita.

Oleh itu, saya menyeru kerajaan untuk membentangkan satu expansionary bajet pada bulan Oktober dan meningkatkan perbelanjaan pembangunan untuk tahun hadapan.

Seterusnya, kerajaan juga harus mempercepatkan pembayaran dana kepada kontraktor yang telah membuat kerja kontrak untuk kerajaan. Sekian, terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Stampin. Saya jemput Yang Berhormat Jasin.

final • 12:30 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillahi Rahmani Rahim.* Tan Sri Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut sama membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Saya ingin memberikan tumpuan kepada noktah yang ke-63 daripada ucapan pembentangan usul berkaitan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pada noktah

final • 12:36 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

yang ke-64, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berkata, “Pembangunan sektor kewangan Islam di Malaysia bermula sebagai produk alternatif kepada sistem kewangan konvensional yang tertakluk kepada tatanan perbankan. Pendekatan ini bagaimanapun telah membataskan pencapaian hasrat Maqasid Syariah kerana penekanan yang diberikan sebatas prinsip penolakan riba tanpa melihat objektif ekonomi Islam yang lebih menyeluruh termasuk penegakan prinsip keadilan dan penyertaan rakyat yang lebih meluas”. Saya berharap bahawa kenyataan ini bukan bertujuan menggambarkan bahawa pengharaman Islam terhadap riba dan sistemnya merupakan sebab kepada pencapaian kemajuan ekonomi umat Islam kurang berjaya atau penekanan Islam dalam menolak riba telah menghalang kejayaan sistem kewangan Islam itu sendiri. Saya berharap ia bukan menggambarkan seolah-olah penolakan riba adalah bercanggah dengan objektif kewangan Islam daripada aspek penegakan prinsip keadilan.

Apa yang dianggap oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa sebagai membataskan pencapaian hasrat Maqasid Syariah itu sebenarnya adalah kerana penolakan riba sebagai instrumen ekonomi Islam dalam menghapuskan kemiskinan dan ketidakadilan sosial tersebut telah tidak dilaksanakan dengan secara menyeluruh sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Pendekatan untuk tidak menolak sistem riba secara menyeluruh dapat difahami dengan jelas daripada ucapan salah seorang tokoh yang mempelopori pseudo ekonomi Islam itu sendiri.

Dalam mewujudkan sistem kewangan Islam, kita jangan cuba meruntuhkan sistem kewangan konvensional. Sama ada kesemuanya ataupun sedikit demi sedikit. Apa yang kita perlu buat ialah mendirikan sebuah masjid kewangan Islam bersebelahan dengan ‘kuil kewangan konvensional’ dan cuba menarik perhatian umum dari ‘kuil tersebut kepada masjid’ yang kita bina. Inilah falsafah yang kita pegang dalam melaksanakan perbankan Islam di Malaysia.

Tanpa penghapusan riba daripada sistem ekonomi negara secara menyeluruh dan usaha ke arah itu yang bersungguh-sungguh oleh kerajaan, pendekatan penolakan riba’ sebagai instrumen ekonomi Islam untuk menghapuskan kemiskinan dan ketidakadilan sosial tidak akan dapat dicapai sepenuhnya. Ia bukan salah sistem ekonomi Islam tetapi ia merupakan kesalahan kerana mengambil pendekatan Islam secara separuh-separuh. Penyelesaian Islam hendaklah diberikan ruang yang seluas-luasnya apatah lagi setelah kegagalan pelbagai ideologi dan falsafah ciptaan manusia. Bukannya dihalang atau diubahsuai sehingga merosakkan ketulenan ajaran Islam dan menghilangkan keberkesanannya.

Tan Sri Yang di-Pertua, penolakan riba merupakan prinsip asas dalam ekonomi Islam. Ia tidak boleh dikesampingkan dalam mana-mana usaha pengislahan masyarakat dan sistem ekonomi, yang demikian adalah kerana riba merupakan suatu bentuk kezaliman dan penindasan terhadap golongan lemah yang memerlukan bantuan.

final • 12:36 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Ia merupakan instrumen golongan pemodal untuk mengaut kekayaan dan memeras golongan miskin dan lemah. Islam datang untuk menghapuskan kezaliman dan penindasan ini serta menegakkan keadilan bagi golongan yang ditindas oleh sistem riba tersebut. Islam mengambil langkah yang tegas dan serius dalam memerangi kezaliman sistem riba.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah... [Membaca sepotong ayat Al- Quran] “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan lah jangan menuntut lagi saki baki riba yang masih ada pada orang yang berhutang itu. Jika benar kamu orang-orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu juga tidak juga melakukan perintah mengenai larangan riba itu, maka ketahuilah kamu akan adanya peperangan dari Allah dan Rasulnya. Akibatnya, kamu tidak menemui selamat dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu yang sebenarnya ialah pokok asal harta kamu dan yang demikian kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.”

final • 12:40 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Sifat amalan riba yang menindas dan zalim telah disebut oleh Allah SWT secara jelas dan nyata. Justeru itu, sebarang usaha yang jujur untuk menghapuskan ketidakadilan sosial dan menghapuskan kemiskinan seperti yang dikehendaki dalam pembentangan usul RMKe-12 ini mestilah secara tegas dan serius berusaha membersihkan sistem ekonomi negara dari cengkaman sistem riba secara menyeluruh.

Dalam menghuraikan kejahatan riba yang terdapat dalam sistem perbankan moden secara khusus, Sayyid Abul A'la al-Maududi di dalam bukunya bertajuk ‘Economic System of Islam’ telah berkata yang bermaksud tetapi yang sangat disayangkan di sini bahawa perbankan moden menggunakan sistem bunga. Hal ini telah membalikkan semua kebaikan dan keunggulan bank ke dalam suatu kejahatan dan memberi kerugian yang sangat besar bagi masyarakat.

Saya ingin menegaskan bahawa pendekatan ekonomi Islam atau pengislahan ekonomi atas nama Islam atau atas nama apa pun yang tidak menjadikan matlamatnya untuk menghapuskan secara serius, kezaliman dan penindasan di bidang kewangan seperti riba, rasuah dan perjudian adalah pengislahan yang palsu dan berpura-pura. Ia juga tidak akan berdaya untuk memperbaiki taraf hidup umat Islam dengan cara yang tidak merugikan keimanan dan keislaman mereka sebagaimana yang diperintah oleh Allah.

Jauh sekali untuk menjadi benteng ekonomi orang-orang Islam yang miskin dan lemah sebagaimana yang menjadi maqasid utama ekonomi Islam itu.

Pengislahan ekonomi atas nama Islam, namun membelakangkan prinsip penghapusan riba secara serius, pada hakikatnya adalah cita rasa ekonomi ala Islam menurut kaca mata para kapitalis yang dilakukan dalam ruang lingkup proses dan matlamat ekonomi yang berasaskan prinsip-prinsip sekular. Ia pada hakikatnya merupakan usaha menyelaraskan Islam dengan ideologi kemajuan kapitalistik. Islam tidak menolak usaha-usaha memajukan dan membangunkan negara, bahkan kita sepakat dalam soal itu, yang ditolak ialah membiakkan terus kezaliman, salah guna kuasa dan penindasan.

Sehubungan itu, saya ingin memperingatkan agar jangan ada pula langkah- langkah halus untuk menghalalkan riba atas nama kemajuan dan pembangunan umat Islam di dalam negara ini. Sikap menghalalkan riba ini pernah dilakukan di sebuah negara Timur Tengah dan malangnya disokong oleh sebahagian ahli agama yang disanjung Barat. Dalam sejarah Barat pula, pendekatan menghapuskan riba sebagai instrumen kemajuan ekonomi pernah diperkenalkan di Eropah oleh gerakan reformasi melalui tafsiran baharu Christianity oleh John Calvin, Max Weber tokoh sosiologi Barat dalam kajiannya yang terkenal ‘The Protestant Ethic and the Spirit of Capitalism’ menyatakan bahawa pendekatan pentafsiran baharu Christianity itu telah memberi sumbangan besar terhadap bermulanya kemajuan ekonomi barat pada abad ke-16 dan abad ke-17.

Akan tetapi, daripada aspek yang lain keinginan mengumpul kemewahan duniawi yang diberikan dorongan sepenuhnya atas nama agama dan pentafsiran agama yang sepenuhnya selari dengan tujuan kebendaan pada kesudahannya telah meletakkan manusia barat di dalam arus materialisme yang sangat tenat.

Max Weber di dalam bukunya dengan nada memberi amaran berkata di medan pencapaiannya yang tertinggi iaitu di Amerika Syarikat, pencarian kekayaan telah terlucut daripada makna keagamaan dan etika. Ia adalah cenderung untuk dihubungkan dengan kecintaan duniawi sahaja.

Tan Sri Yang di-Pertua, mohon sedikit masa lagi.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Seminit lagi.

final • 12:40 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Kita tidak boleh membenarkan, terima kasih.

Kita tidak boleh membenarkan pendekatan serupa dilakukan agar rakyat dan generasi muda negara ini terlindung daripada malapetaka materialisme dan hedonisme yang telah berlaku di barat. Persaingan ekonomi yang dikehendaki oleh Islam bukanlah daripada bentuk penyelesaian yang boleh berdamai dengan sebarang bentuk kezaliman dan penindasan untuk bersama-sama membuat keuntungan dan membahaginya secara sama rata, tidak!. Islam tidak menerima bersekutu dengan sebarang kezaliman untuk memberi ruang baginya berjalan apatah lagi untuk berjalan seiring dengannya.

final • 12:40 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Tan Sri Yang di-Pertua, alhamdulillah kami di Jasin mempunyai tidak kurang dari enam buah sekolah agama dan belasan madrasah. Saya sendiri seorang guru pondok.

Justeru itu, saya amat memahami urgency permintaan Yang Berhormat Kudat yang sebelum ini juga telah memohon agar dibina sekolah agama di Kudat. Saya berharap permintaan beliau kali ini ditunaikan.

Namun begitu, di Jasin kami berdepan ketiadaan balai polis yang selaras dengan keperluan pertambahan pesat penduduk di Sungai Rambai begitu juga pusat kesihatan yang lengkap dan kondusif. Saya sebagai Ahli Parlimen Jasin bermohon agar keperluan rakyat Jasin yang telah saya kemukakan pada persidangan Parlimen yang lalu ini diteruskan semula sebagaimana perancangan asal kerajaan. Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih jemput Yang Berhormat Klang.

final • 12:40 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan menyatakan Pasukan Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) telah ditubuhkan dan berjaya mengurangkan kesesakan serta tanpa menunggu pesakit di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Tuan Yang di-Pertua, dalam pada ini saya ingin memberitahu perkara yang sebenarnya wad-wad ini telah dipindahkan kepada klinik kesihatan yang berdekatan, khasnya di kawasan Bukit Tinggi. Saya percaya perkara ini hanya untuk dalam keadaan sementara.

Saya percaya RMKe-12 ini telah dinyatakan dengan jelas kita patut melihat, saya datang dari daerah yang paling antara yang tertinggi juga dalam kawasan undi.

Pengundiannya melebihi 210,000 orang pengundi kawasan saya. Kalau ikut penduduk, saya rasa mungkin hampir setengah juta, sebab memang kawasan yang sangat luas daerah Klang. Sepatutnya Hospital Kapar dibina pada tahun 2026, patut disiapkan, sehingga hari ini saya nampak walaupun saya telah membangkitkan isu pada penggal yang lalu, tetapi namun apa yang saya nampak tiada kerja permulaan berlaku di tapak tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya harap perkara tentang hospital bukan di kawasan saya sahaja, mungkin semua tempat. Perkara asas ini perlu diberi tekanan yang utama dalam perkara dalam RMKe-12 ini. Dalam pada itu juga, berkaitan tentang isu perubatan ingat masih lagi kita nampak isu doktor kontrak tidak selesai-selesai. Kita dalam rancangan beginilah kita patut ada satu penyelesaian yang penuh kepada doktor-doktor yang menjadi manusia yang menyelamatkan nyawa kita.

Jurusan doktor ini antara yang paling dihormati oleh semua rakyat dalam dunia dan di Malaysia patut kita selesaikan isu mereka dalam kadar dengan penyelesaian yang berpanjangan. Dalam pada itu juga Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberitahu, saya sebagai Ahli Parlimen Klang kawasan saya yang penuh padat.

Isu sekolah baharu merupakan satu isu yang sangat mendesak. Saya juga telah membangkitkan perkara ini beberapa kali sebelum ini, saya nampak memang ada jawapan, tetapi saya tidak nampak sebarang kerja-kerja dilakukan. Ia seperti isu tambahan Sekolah Menengah Kota Kemuning 2 dan juga sekolah-sekolah yang sepatutnya dibina di dalam tapak telah disediakan seperti dalam kawasan Bukit Raja, memang kita nampak perkara-perkara ini patut diwajarkan dan juga kita nampak apakah kerja-kerja dalam kementerian itu telah dimulakan.

final • 12:46 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Dalam pada itu juga Yang Amat Berhormat Tambun telah memberitahu perkara yang paling mendesak di kawasan seperti Klang adalah tebatan banjir. Projek tebatan

final • 12:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

banjir telah diumumkan sehingga RM22 bilion dalam RMKe-12 dan melebihi RM1 bilion akan dikhaskan kepada kawasan di negeri Selangor.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2021 banjir besar yang berlaku di Selangor menyebabkan melebihi 20 lebih nyawa telah melayang. Bilion dolar telah hilang tetapi kita masih lagi membuat kajian dan sebagainya. Projek masih lagi dibincangkan.

Saya tidak nampak projek Persekutuan sebarang pergerakan berlaku di kawasan daerah Klang selain projek-projek kecil hanya pemasangan pam, pembersihan longkang.

Akan tetapi sebenarnya projek besar yang telah dinyatakan, tiada sebarang kerja sedang dilakukan. Kawasan yang berpenduduk begitu tinggi, pendapatan utama negeri bergantung pada pelabuhan di Klang, industri begitu banyak tetapi apalah nasib rakyat di Klang ini sentiasa kita nampak projek-projek pun diumumkan, datang begitu lambat. Kami apabila ujian kami kena bersedia. Ramai yang menyatakan adakah kita perlu berpindah ataupun perlu bersedih? Adakah pam telah jalan?

Perkara ini menyebabkan ramai rakyat di daerah Klang gusar dan juga perlu diingatkan di sini, saya percaya JPS yang bertanggungjawab sebagai badan agensi perlu dipantau. Adakah projek-projek yang telah dinyatakan itu telah dilakukan bukan sahaja dengan tatacara yang berlaku sebagaimana pelan yang dinyatakan? Adakah saiz projek itu memang betul ataupun berbaloi dengan kewangan yang telah diminta?

Tuan Yang di-Pertua, saya dalam pada ini juga ingin memberitahu dalam kawasan seperti Klang yang begitu besar, sebelah saya Bangi, 300,000 orang pengundinya. Kami sebenarnya datang dari kawasan yang sangat besar apabila penekanan kami pun sangat besar. Bukan seperti ada Ahli Parlimen- memang saya hormat setiap Ahli Parlimen di sini. Ramai juga masih lagi 50,000 ke bawah.

Dalam RMKe-12 saya percaya kita perlu delineation, dengan izin, Tuan Yang di- Pertua. Patutnya sebarang peruntukan, ada yang kata kami dapat, kami tidak dapat.

Sebenarnya apa yang dapat pun kami tidak cukup dengan peruntukan, dengan penduduk dan juga pengundi yang begitu ramai sekali adalah tidak adil langsung apabila peruntukan yang sama rata diberi kepada Ahli Parlimen.

Saya dalam pada itu juga Tuan Yang di-Pertua, saya menyatakan perkara yang mana jelas salah satu ialah isu kalau saya hendak- masa sudah tidak mengizinkan saya.

MITRA, apabila nampak projek MITRA ini, Jawatankuasa MITRA ditubuhkan, saya sangat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun apabila sebagai Perdana Menteri beliau sangat prihatin akan kebajikan masyarakat kaum India.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Bajet 2023, RM1 juta telah diumumkan. Perlu saya nyatakan di sini bajet keseluruhannya ialah RM388.1 bilion dan wang pembangunan ialah RM99 bilion. Kalau RM100 juta bermaksud 0.001 peratus tetapi masih lagi tidak dapat diurus dengan baik. Tidak tahulah saya, saya dilantik sebagai jawatankuasa. Sudah empat bulan tidak ada mesyuarat. Kalau kita tanya tidak ada jawapan. Saya hendak tanya mana, tidak tahu lagi sudah.

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Klang.

final • 12:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Saya percaya- saya tidak benarkan sebab apa, sebab saya tidak dapat masa tambahan. Terima kasih. Saya percaya Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya hendak nyatakan...

final • 12:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

...Perkara ini perlu diberi pertimbangan.

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Point of order. Point of order.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Point of order berapa itu?

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Peraturan 36(12).

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan 36(12). Baca.

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya, mengelirukan.

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

Baca, baca.

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Apa yang dikatakan mengelirukan sebab...

final • 12:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya...

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini perkara dalaman.

final • 12:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

...Beliau hanya mengganggu ucapan saya. Saya percaya...

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang saya kata ini perkara dalaman.

final • 12:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

He is very intentionally disturbing my speech.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okay, proceed.

final • 12:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, dia tidak ada point of order pun. Buku pun tidak ada. Memalukan.

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Peraturan 36(12).

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Baru hendak cari buku.

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Peraturan 36(12), 36(12).

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tolonglah, ini isu berkenaan MITRA, orang-orang India. Jangan ganggu.

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya hendak...

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tolong jangan ganggu.

Duduk!

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Peraturan 36(12)...

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Baik.

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Jelas menyatakan bahawa “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu”.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Apakah yang kelirunya?

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Mengelirukan. Dia kata tidak ada mesyuarat dan sebagainya. Ini perkara dalaman. Kalau kita sebagai jawatankuasa...

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Besut.

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya tidak nampak...

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Apakah yang kelirunya? Dia kata betul tidak ada mesyuarat.

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dia kata tidak ada...

final • 12:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Dia yang keliru nampaknya.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Apa yang keliru, Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Nampaknya anda yang keliru.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Memang tidak ada mesyuarat pun. Duduklah Yang Berhormat Besut!

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Maksudnya, mengelirukan.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Besut...

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Besut yang keliru.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Besut, duduk. Duduk. Yang Berhormat Besut.

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tidak, itu pertanyaan saya.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Macam mana dahulu jadi Majistret?

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Besut.

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Panggil jawatankuasa, panggil jawatankuasa...

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Macam mana jadi Majistret dahulu?

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Panggil jawatankuasa, tidak akan...

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sungguh memalukan!

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Baik.

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tidak ada mesyuarat.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong.

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Mana hendak tahu. Itu maksud saya.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Besut, itu statement dia. Dia kata tidak ada mesyuarat.

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tidak ada, tidak ada lah. Akan tetapi dia kena beritahulah.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Apa yang keliru, apakah yang keliru?

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dia kena beritahulah.

final • 12:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Memalukan jurusan Majistret lah ini.

final • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kita kena faham.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Yang Berhormat Besut. Yang Berhormat Besut.

final • 12:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Yang Berhormat, jangan memalukan apa yang anda telah jadi sebelum inilah.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

No, my order- keputusan saya, tidak mengelirukan. Duduk.

final • 12:50 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Langsung tidak mengelirukan.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sambung. Saya beri seminit lagi.

final • 12:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Macam mana jadi Majistret lah ini.

final • 12:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Tuan Yang di-Pertua, saya...

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, seminit. Cepat, cepat.

final • 12:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Seperti mana yang saya nyatakan- Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang telah saya bangkitkan tadi, saya harap hanya seperti yang saya katakan 0.001 peratus daripada Bajet 2023. Namun begitu, saya

final • 12:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

nampak yang ditadbir urus MITRA ialah kami percaya selain daripada seorang, hampir empat yang lain kami rasa tidaklah diurus, ditadbir dengan baik. Perkara ini saya telah...

final • 12:50 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Yang Berhormat Klang.

final • 12:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

...Dibangkitkan beberapa kali. Saya harap- ya, ya.

final • 12:50 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Yang Berhormat Klang, pengerusinya sebelah sahaja Yang Berhormat. Yang Berhormat Sungai Buloh sebelah sahaja. Takkan tidak boleh berunding?

final • 12:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Hal ini yang menyebabkan saya percaya ramai kami cuba sedaya upaya kami dan kami telah memberitahu.

Tuan Yang di-Pertua, last point. Baru-baru ini ada dalam mesyuarat, dalam paper utama Tamil saya rasa ramai yang tidak baca. Ada lebih kurang 30 orang anak murid daripada matrikulasi yang telah mendapat 4.0 CGPA. Mereka ini telah dididik untuk menjadi, untuk ambil science stream dan mereka hendak jadi doktor.

Saya dapati 30 orang ini telah tidak diberi peluang dan ditawarkan kursus lain.

Perkara ini seperti Tuan Yang di-Pertua, anda telah menyediakan mereka untuk bermain bola sepak tetapi apabila anda lulus semua dengan markah yang paling tinggi, anda tawarkan menjadi hoki pula- player hoki pula.

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya Rancangan Malaysia Kedua Belas ini patut kita ada satu lagi isu pendidikan tinggi yang mana- sudahlah itu dengan isu kaum dan agama kita mainkan sampai 60 tahun pun tidak ada kehabisan. Saya percaya the best brains must be given opportunity. Dengan itu saya ucapkan terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya akan tanya Yang Berhormat Beluran sebentar. Sebelum itu saya lihat bahawa ada 14 orang daripada 70 orang yang sepatutnya berucap baru selesai. Jadi saya rasa begini ya. Saya hendak baca nama semua ini dan Ahli-ahli Yang Berhormat akan ada peluang. Cuma kena bersabar sebab kita akan lanjut sampai malam. Boleh? Ya, tengoklah sampai pukul berapa.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Malam sampai pukul berapa itu Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sampai habis. Mungkin...

final • 12:50 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Sampai pukul 12 pun tidak apa.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya baca...

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Sampai pagi Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya baca...

final • 12:50 PM

Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin - Kinabatangan

Jangan susah Tuan Yang di-Pertua, banyak penjaga malam.

final • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Malam pagi. Malam pagi.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya baca mereka yang akan berucap. Selepas ini Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Gua Musang, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Ranau, Yang Berhormat Sungai Besar, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Kuala Pilah, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Selangau, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Dungun, Yang

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Berhormat Puchong, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Saratok, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Tanjong Karang dan Yang Berhormat Bakri.

Jadi, saya yakin Yang Berhormat akan setia menunggu kerana ini ialah masalah kawasan masing-masing. Jadi, sebentar lagi kita akan membuat pengumuman untuk lanjutkan. Namun begitu, silakan Yang Berhormat Beluran.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jelutong akan tetap menunggu. Dulu, kini dan selamanya.

final • 12:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Ipoh Timur setia menunggu sehingga penghujungnya.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Beluran.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Beluran, lima minit sahaja.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Sabar. Tuan Yang di-Pertua, Kembara Kenali Borneo yang diilhamkan oleh Yang di-Pertuan Agong telah sebenarnya membina jambatan baharu. Jambatan silaturahim antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Banyak manfaat yang telah didapati, diperoleh, di kecapi oleh rakyat Sabah, terutama sebelum Kembara Kenali Borneo ini berjalan. Jajaran jalan-jalan yang dirancang dilalui oleh Yang di-Pertuan Agong telah di resurface dengan baik oleh Kementerian Kerja Raya.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Hampir keseluruhan jajaran telah di resurface dengan baik. Oleh sebab itu, saya katakan bahawa ini merupakan suatu manfaat yang baik. Satu program yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong pada rakyat Sabah. Di samping telah membenar silaturahim yang baik.

Ia juga memberi peluang kepada rakyat Sabah untuk menyuarakan secara sendiri, Tuan Yang di-Pertua. Walaupun dalam bahasa yang di luar vocabulary istana.

Memanggil Yang di-Pertuan Agong sebagai “Pakcik Gong”, “Abang Gong”, “Abang Agong”, “Pakcik Agong”, “Gong-gong”, “Datuk Agong”, “Datin Permaisuri” dan sebagainya. Akan tetapi itu melihatkan kemesraan rakyat Sabah, walaupun tidak fasih dalam vocabulary istana yang tepat. Akan tetapi memberi peluang kepada mereka untuk menyuarakan hasrat mereka untuk mendapatkan prasarana yang lebih baik dengan memaklumkan, membisikkan secara sendiri kepada Yang di-Pertuan Agong tentang kedaifan jalan raya, kedaifan sekolah, kedaifan klinik dan kedaifan infrastruktur yang lain, yang seharusnya diperoleh oleh rakyat Sabah- sekian lama menyertai Malaysia.

Akan tetapi walaupun dengan peruntukan yang saban tahun diturunkan di negeri Sabah tetapi kita melihat jurang perbezaan pembangunan ini amat ketara sekali. Tuanku telah mengangkat satu kerosakan jambatan yang berlaku di Sungai Liwagu dan minta agar kerajaan mengambil berat tentang kerosakan ini, dan “Do immediate repair...” katanya. Sebenarnya, kalau jajaran laluan itu melalui banyak lagi kawasan di Sabah, di kawasan saya, contohnya Tuan Yang di-Pertua. Jambatan menghubungi Kampung Perancangan dengan Kampung Bidung perlu sebuah jambatan. Begitu juga jambatan

final • 1:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

yang diperlukan bagi menghubungkan antara Kampung Berayong dengan Kampung Baba, Kampung Ansuan menyeberangi Sungai Labuh juga perlu dibina oleh kerajaan.

Saya yakin kalau Yang di-Pertuan Agong dibawa melalui jajaran jalan ini, Yang di-Pertuan Agong akan meminta kerajaan untuk mengambil peduli tentang pembinaan seperti yang disarankan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam closing speech nya di negeri Sabah. Jambatan Sungai Liu Aguk perlu diambil tindakan, that is exactly. Jambatan Dibidung-bidung, Jambatan Kampung Baba, Kampung Ansuan di kawasan saya. Akan tetapi maknanya Tuan Yang di-Pertua, bahawa banyak kedaifan yang diperlukan di negeri Sabah ini. Saya harapkan agar tambahan peruntukan RM15 bilion ini akan dimasukkan sedikit untuk membaiki infrastruktur di beberapa buah kawasan di negeri Sabah.

Rancangan Bajet Belanjawan tahun hadapan, kita minta agar perhatian diberikan untuk semua kawasan di negeri Sabah dan bukan sahaja di kawasan-kawasan yang diwakili oleh Ahli Parlimen pembangkang, kerajaan tetapi juga kawasan yang kami wakili, Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana kalau kita melihat kemiskinan, dikatakan 117,000 - keluarga miskin tegar di seluruh negara, Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang saya katakan tiga hari lalu, sebanyak 1,700 daripada 117,000 -keluarga miskin tegar ini ada berada di kawasan Parlimen saya. Jadi, ada 1,700 daripada 117,000. Maknanya, kalau hasrat kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan, the 1,700 miskin tegar yang ada di Beluran perlu ikut sama dalam data yang di noktah kan oleh kerajaan menjelang akhir tahun ini. Kalau tidak, Beluran akan menjadi penghalang kepada hasrat kerajaan untuk melihat kosong miskin tegar menjelang tahun 30 Disember yang akan datang ini.

So, there must be a program yang terperinci, yang perlu cepat diperturunkan oleh kementerian, oleh kerajaan bagi mencapai hasrat bahawa keseluruhan 117,000 - golongan miskin tegar seluruh negara, masuk yang 1,700 di Beluran itu dapat dikeluarkan daripada kategori miskin tegar. Jadi, tidak ada...

[Loceng tamat masa berbunyi] Habis sudah masa? Tidak ada soal kawasan kerajaan, bukan kawasan kerajaan, kawasan Pembangkang dianaktirikan, tetapi keseluruhan kawasan perlu dilihat secara terperinci oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, satu minit. Dua minit daripada sekarang. Kita berhadapan dengan kekurangan beras putih tempatan. Kita sepatutnya mengeluarkan 65 peratus daripada keperluan beras SSL dan cuma mengimport 35 peratus dari luar. Sebahagian besar daripada 35 peratus beras yang kita import itu bukan beras putih tetapi beras wangi dan beras putih mewah. Maknanya, kita mengeluarkan dalam bentuk kuantum lebih kurang 1.5 juta tan metrik beras dan kita cuma mengimport 900,000 tan metrik beras. Di manakah beras putih tempatan di pasaran sekarang ini? Oleh sebab pengguna tidak dapat menikmati, membeli beras putih tempatan pada harga RM2.60 sen satu kilogram.

Beras import Tuan Yang di-Pertua, dijual pada harga in the range of RM3.60 to RM3.90 per kilo. Kita sepatutnya ada beras tempatan.

Oleh itu saya katakan bahawa kementerian harus siasat. Why, kenapakah kita tidak dapat memperoleh beras putih tempatan di pasaran tempatan? Adakah ini disebabkan oleh manipulasi untuk mengaut keuntungan? Ataupun ada pihak kilang yang enggan untuk memproses padi tempatan ini untuk dijual sebagai beras tempatan kerana memproses beras dari luar lebih menguntungkan? Jadi, kerajaan harus tidak dalam sindrom penafian tetapi melihat dan menyiasat perkara ini agar rakyat Malaysia dapat membeli beras pada harga RM2.60 iaitu beras yang disubsidikan oleh kerajaan dengan menguntukkan RM1.8 bilion setahun dalam pelbagai bentuk subsidi.

Jadi, perkara ini harus dilihat oleh kerajaan. Tujuh minit dah habis, Tuan Yang di- Pertua. Banyak lagi point tetapi saya akur dengan had masa yang diberi. Sekian, terima kasih.

final • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Beluran.

final • 1:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) - Datuk Armizan bin Mohd Ali

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), tanpa menghiraukan Usul terdahulu pada 12 September 2023, saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini, Khamis 14 September 2023 tidak akan ditangguhkan sehingga selesai semua pembahas, dan selepas itu Mesyuarat ditangguhkan sehingga hari Isnin 18 September 2023 jam 10.00 pagi”.

final • 1:08 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Ada yang menyokong?

final • 1:08 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 1:08 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 1:08 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kita teruskan dengan perbahasan. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Sibu.

final • 1:08 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Terima kasih atas peluang yang diberikan untuk saya berbahas dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12. Saya percaya pembentangan Laporan Kajian Separuh Penggal ini juga merupakan satu pembentangan dasar dan polisi Kerajaan Madani dalam usaha tiga tahun ini untuk membangun semula ekonomi negara dan meningkatkan pendapatan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia memang sudah lama terperangkap dalam situasi middle-income trap dan ia nya menyebabkan pendapatan rakyat tiada peningkatan signifikan dalam 20 tahun kebelakangan ini. Akibatnya apabila kita berdepan dengan inflasi dunia baru-baru ini kita berasa terdesak.

final • 1:09 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Tuan Yang di-Pertua, saya amat menyambut baik dengan usaha kerajaan untuk membantu pembinaan Pan Borneo Ring Road kedua di Sarawak memang projek ini merupakan satu projek yang amat diperlukan untuk pembangunan ekonomi di Sarawak dan saya berharap usaha pembangunan wilayah yang seimbang ini boleh memberikan tumpuan yang lebih banyak oleh Kerajaan Persekutuan terhadap Sarawak yang mempunyai potensi sebagai penyumbang ekonomi utama di negara kita dengan peningkatan keperluan green energy di seluruh dunia.

Saya amat berkeyakinan bahawa Sarawak merupakan destinasi pelaburan asing untuk melabur tetapi kita di Sarawak perlukan lebih banyak bantuan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan daripada segi infrastruktur moden. Tanpa infrastruktur yang sempurna dan moden memang sukar untuk kita melonjak sebagai satu- wilayah yang mempunyai daya tarikan untuk pelabur asing.

final • 1:10 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada Kerajaan Persekutuan supaya merealisasikan dua perkara yang amat penting kepada Sarawak dalam tiga tahun ini iaitu; menaiktarafkan Hospital Sibu dan Miri sebagai regional hospital supaya kedua-dua hospital ini mempunyai perkhidmatan rawatan, radioterapi dan Invasive Cardiac Unit dan juga membekalkan alat-alat diagnosis dan rawatan yang lebih baharu dan canggih.

Satu perkara lagi ialah pembinaan satu buah universiti awam yang baharu di Sarawak terutamanya di Kawasan Sibu. Saya juga diberitahu bahawa mesin mammogram di Hospital Sibu selalu rosak dan pesakit harus ditangguhkan tarikh pemeriksaan mereka beberapa kali, baru mendapatkan peluang untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Saya juga tahu permintaan kesihatan ini memang mengikut masa selalu ditingkatkan dan kapasiti Hospital Sibu dan Miri juga bermula menghadapi kekangan ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai rakan kongsi Malaysia...

final • 1:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Sibu mohon mencelah sedikit.

final • 1:10 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Boleh.

final • 1:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Yang Berhormat Sibu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua sebab Yang Berhormat Sibu tadi sebut tajuk di bawah, “Pengukuhan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan”. Saya mohon menarik perhatian daripada MOH, KKM berkaitan dengan sebuah syarikat Cellsafe International Sdn. Bhd. yang telah menyediakan perkhidmatan simpan cord blood stem cell sejak sekian lama dengan mempunyai ramai pelanggan.

Untuk makluman semua stem cell ini merupakan bahan yang ada ketika wanita ataupun ibu melahirkan anak dan ia disimpan untuk penggunaan kesihatan masa hadapan dan syarikat ini dimaklumkan telah berlaku penggulungan. Saya difahamkan ada lebih 10,000 orang pelanggan yang menghadapi masalah di mana simpannya perkara itu.

Saya mohon intervensi ataupun cadangan daripada KKM. Adakah boleh minta syarikat lain yang mempunyai kapasiti perkhidmatan yang seumpamanya untuk membantu mungkin dengan bayaran dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat Sibu.

final • 1:10 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Ya saya masukkan ini sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, saya amat tertarik dengan hasil dan sumbangan industri halal di Malaysia yang begitu berpotensi dan saya ingin mengambil kesempatan ini bertanya kepada Kerajaan Persekutuan. Apa perkembangan terkini Tanjung Manis Halal Hub di Sarawak?

Kalau menurut apa yang saya tengok usaha itu di Sarawak seolah-olah sudah gagal dan banyak kali saya membangkitkan isu ini di Dewan yang mulia tetapi setiap kali saya tidak diberikan apa-apa penjelasan yang meyakinkan. Saya berasa kerajaan harus meneliti semula projek halal hub di Tanjung Manis supaya boleh kita cari sebab-sebab yang tidak mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dan mencari penyelesaian kepadanya. Jangan tinggalkan begitu sahaja sebab projek itu merupakan satu-satunya usaha kerajaan untuk membawa perkembangan ekonomi di kawasan pertengahan Sarawak dan bandar yang paling terkesan ialah di bandar Sibu.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya juga ingin mengalu-alukan usaha kerajaan untuk pembinaan 500,000 unit rumah mampu milik di Malaysia. Saya ingin tahu berapakah daripada jumlah itu akan dipindahkan di Sibu dan sila beri jawapan lisan ataupun bertulis senarai kawasan-kawasan yang akan diagihkan unit rumah mampu milik tersebut. Sekian terima kasih.

final • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Kuala Nerus.

final • 1:10 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. *Bismillahi Rahmani Rahim...

[Membaca sepotong doa]* Terima kasih sekali lagi

final • 1:15 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Tuan Yang di-Pertua kerana beri peluang kepada saya iaitu Kuala Nerus turut serta dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 pada kali ini.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin membangkitkan juga isu federalisme yang sudah lama dibangkitkan sebelum ini oleh rakan-rakan sebelum ini. Sepatutnya setelah 66 tahun kita mencapai kemerdekaan. Isu-isu seperti ini tidak sepatutnya masih berlaku. Apatah lagi bila mana kerajaan Barisan Nasional yang memerintah selama 60 tahun telah ditolak oleh rakyat.

Rakyat mengharapkan Kerajaan Reformasi Madani ini melakukan perubahan seperti mana yang dilaungkan dalam himpunan-himpunan reformasi sebelum ini. Yang mana saya yakin ramai juga yang berada dalam Dewan pada hari ini pernah terkena air asid, pernah terkena gas pemedih mata dalam menyokong himpunan-himpunan reformasi atau apakah sebenarnya reformasi itu telah mati dan berkubur. Ini harap PMX dapat perjelaskan.

Seharusnya jika Kerajaan Perpaduan atau Kerajaan Madani ini benar-benar berpegang pada prinsip federalism yang termaktub dalam Perlembagaan. Maka isu negeri-negeri pembangkang seolah-olah diskriminasi atau dipinggirkan tidak akan timbul.

Namun hari ini apabila mana Kerajaan Pusat menyekat royalti atau dana khas Kerajaan Persekutuan ke Terengganu. Maka sejauh mana akauntabiliti Kerajaan Madani untuk melaksanakan reformasi yang dicanangkan selama ini. Sebagai contoh Kerajaan Terengganu pernah menerima bayaran penuh seperti Petroleum semasa Kerajaan PN di bawah Pagoh dan Bera.

Namun setelah naik Kerajaan Madani di bawah PMX bayaran tersebut tidak lagi dibayar seperti yang sepatutnya walaupun beberapa siri rundingan telah dibuat di antara Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu dengan Yang Amat Berhormat PMX sendiri. Janji untuk membayar selepas PRU negeri juga tidak ditunaikan sehingga hari ini.

Adakah kerana tertubuh Kerajaan Madani ini atas sokongan BN menyebabkan PMX terpaksa akur, dan berjangkit dengan perangai BN. Kalau begitu keadaannya sungguh naif PMX kita ini. Jauh daripada apa yang rakyat sangkaan selama ini. Rakyat sanggup berdemonstrasi di jalan raya terkena air asid, gas pemedih mata oleh FRU tentunya mengharapkan perubahan dalam pengamalan federalism di negara kita ini.

Saya mohon agar barisan kepimpinan Kerajaan Madani pada hari ini bersikap lebih matang dalam berpolitik, menanggapi konsep federalism yang sebetulnya agar semua pihak tidak terzalim khususnya rakyat terbanyak demi memenuhi tuntutan nafsu berpolitik yang jauh daripada panduan lunas-lunas syariat Islam.

*Apabila padi tidak ditampi, Manakan tahu bernas dan hampa; Daripada janji tidak ditepati, Banyaklah seteru, nahas pun tiba...

[Tepuk]* Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan KSP beliau tempoh hari menekankan usul kesaksamaan perkhidmatan penjagaan kesihatan negara melalui inisiatif pembinaan sebuah pusat darah wilayah di Sabah.

Manakala makmal kesihatan awam dan makmal keselamatan dan kualiti makanan akan dibina di Kuching, Sarawak. Sementara pengukuhan perkhidmatan penjagaan kesihatan di Johor membabitkan naik taraf fasa pertama Hospital Sultanah Aminah dengan anggaran kos sebanyak RM500 juta.

Namun bagaimana kesaksamaan ini dapat dirasai oleh rakyat di sebelah Pantai Timur. Tiada infrastruktur asas kesihatan baharu yang bakal dibina seperti mana limpahan pembangunan yang diterima di negeri-negeri Pantai Barat. Maka wajar kah ini disebut sebagai suatu kesaksamaan apabila mana ia tidak mencakupi segenap lapisan rakyat?

final • 1:15 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Pun begitu, sekurang-kurangnya saya berharap di Terengganu, pembinaan hospital pakar di Daerah Marang dapat disegerakan kerana kapasiti Hospital Sultanah Nur Zahirah yang berfungsi sebagai nadi utama fasiliti kesihatan awam di Terengganu terlalu sesak. Pada waktu ini, terdapat keperluan tambahan yang sepatutnya kita mendapat tambahan 407 buah katil bagi menjadikan jumlah keseluruhan 2,670 buah katil untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh WHO iaitu 2.08 ratio katil- untuk setiap 1,000 orang penduduk.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, tiada lagi ruang tanah di Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk diperbesarkan atas faktor geografi hospital yang dikelilingi oleh bangunan dan laut. Oleh itu, memang tiada penyelesaian lain bagi mengatasi masalah ini melainkan dengan pembinaan Hospital Daerah Marang yang dijadikan sebagai hospital pakar.

Manakala pula di kawasan saya sendiri, Pusat Kesihatan Bukit Tunggal, yang beberapa kali saya sebut juga, berdepan dengan situasi yang serupa. Justeru, saya berharap kerajaan menambah peruntukan bagi membesarkan pusat kesihatan tersebut.

Kedua-dua isu inilah perkara yang sangat besar, yang sangat mendesak dan harap kerajaan dapat mengambil tindakan yang positif bagi menyelesaikan masalah ini.

Kedua, isu yang sangat mendesak sekarang iaitu tentang permohonan daripada penduduk yang terbabit dalam pembinaan ECRL. Telah kita kemukakan cadangan ini kepada MRL untuk pertukaran pembinaan laluan ECRL daripada tambakan kepada pembinaan jambatan dari poin CH126+900 sehingga CH127+645 di Sungai Takulan hingga ke Padang Mengkuang serta kerja-kerja segera mengalih timbunan tanah di rizab Sungai Tekah dan Sungai Takulan. Ini kerana laluan-laluan ini merupakan poin utama untuk laluan air pada keadaan biasa dan juga pada musim tengkujuh.

Selain itu, alternatif lain yang boleh dilaksanakan termasuk pembinaan terowong untuk memastikan aliran air tidak tersekat apabila hujan. Saya bimbang sekiranya ia tidak diambil tindakan segera menyebabkan berlakunya kemusnahan di bahagian hulu dan menyebabkan banjir termenung.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Dewan semua, terdapat sebuah kampung di bahagian hulu iaitu Kampung Batu Hampar yang memuatkan kira-kira 300 orang penduduk di bahagian ini yang bakal tenggelam sekiranya banjir musim tengkujuh yang akan datang tidak lama lagi dan sekiranya jambatan ataupun terowong tidak dibuat.

Justeru itu, projek ini tidak boleh dilengah-lengahkan kerana ia bukan sahaja berkaitan isu kemusnahan harta benda bahkan ia juga boleh meragut nyawa penduduk.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyebut tentang isu perumahan di bawah Bidang Fokus D, menambah RMN. Untuk makluman Dewan, dalam tempoh 2018 hingga 2023, Kerajaan Negeri Terengganu telah berjaya membina lebih 20,000 unit rumah untuk rakyat. Namun, malang sekali, rumah mampu milik di bawah SPNB, agensi Kerajaan Pusat, banyak yang tergendala khususnya di Terengganu. Saya mohon penjelasan kerajaan berhubung projek perumahan SPNB di Terengganu iaitu di Kuala Ping dan Santong yang berjumlah 577 unit rumah mampu milik telah dihentikan buat masa ini dan dikatakan untuk kajian lanjut.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, sekiranya projek ini berjalan mengikut jadual, ia akan siap pada hujung tahun ini, Disember 2023.

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 1:20 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Akan tetapi, sehingga saat ini, masih belum ada apa-apa tanda yang ia hendak dimulakan. Sekejap, Tuan Yang di- Pertua.

Satu isu lagi tentang pertanian. Kejayaan lonjakan sektor pertanian di Terengganu melalui program Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu 2019-2023 menjadi satu petanda aras keseriusan kerajaan negeri untuk membangunkan sektor yang menjadi nadi utama dan tidak kurang pentingnya menyumbang kepada ekonomi negeri.

final • 1:20 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Untuk makluman Dewan sekalian, Terengganu telah berjaya menaikkan SSL daripada 42.7 peratus pada tahun 2019 kepada 78.9 peratus pada tahun 2022. Ini satu kejayaan yang sangat memberangsangkan.

Apa yang saya hendak sebut di sini ialah bila kita sudah menunjukkan kejayaan tetapi oleh sebab Kerajaan Pusat tidak sama kerajaan negeri, ada suara-suara mengatakan bahawa supaya pegawai-pegawai tidak diberi kerjasama kepada Exco Pertanian dalam program-program yang melibatkan jabatan mereka.

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

45 saat.

final • 1:20 PM

Dato' Dr. Haji Alias bin Razak - Kuala Nerus

Saya berharap perkara ini hanya desas-desus, dan ia tidaklah suatu arahan daripada kementerian kepada jabatan-jabatan tersebut seperti mana dinafikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Harap perkara yang sudah berjaya ini harus diteruskan dan diberi kerjasama yang sebaiknya, insya-Allah. Akhirnya, besarlah harapan saya, Tuan Yang di-Pertua, agar segala isu yang saya bangkitkan khususnya federalisme, isu jaringan infrastruktur asas Terengganu dan yang saya sebutkan tentang pertanian dapat diambil tindakan yang sewajarnya oleh kerajaan demi kesejahteraan rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Terengganu.

Sekian, wallahualam, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

final • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Nerus. Dipersilakan Yang Berhormat Jelebu.

final • 1:20 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang pada Jelebu untuk turut serta dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mulakan perbahasan saya pada petang ini, dalam masa yang sangat ringkas ini, berkaitan dengan hal yang berkaitan dengan melingkari ataupun yang dirasai oleh masyarakat atau rakyat kita ketika ini, yakni isu yang berkaitan dengan bekalan makanan kita, bekalan beras kita, Tuan Yang di-Pertua.

Bekalan beras tempatan ini, Tuan Yang di-Pertua, merupakan satu perkara yang asas, makanan ruji manusia rakyat di negara kita. Tadi Yang Berhormat Beluran sudah sebut soal kekurangan beras, soal kekurangan bekalan yang mana Yang Berhormat Beluran juga adalah merupakan seorang Menteri sebelum ini yang berkaitan khusus kepada bekalan ataupun national food security, dengan izin, di dalam negara kita.

Saya hendak sebut, Tuan Yang di-Pertua, kenapakah harga beras kita meningkat? Sedangkan, beras tempatan yang harus mencukupi bagi keperluan rakyat di dalam negara tetapi masih lagi menjadi masalah kita pada zaman dan alaf ini, Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita tengok, harga beras tempatan yang tidak boleh dapat RM2.60, sebenarnya boleh RM2.60 tetapi bekalan kita kurang. Jadi, rakyat tidak dapat. Bukan sahaja rakyat di kawasan bandar, malah rakyat di kawasan luar bandar.

Bagaimanakah ini semua berlaku? Contohnya, saya hendak beritahu kepada Dewan ini, pada bulan Ogos 2022, harga beras Thailand daripada USD400 naik pada Ogos 2023 harga jualan USD650. Bila harga beras import ini meningkat naik, permintaan terhadap beras tempatan meningkat dengan mendadak. Bila permintaan ini meningkat, maka bekalan kita tidak cukup untuk menampung keperluan masyarakat dan rakyat yang berada di dalam negara kita.

Akan tetapi masalahnya, Tuan Yang di-Pertua, kenapa kita tidak study dahulu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFI) ini tidak study ataupun kita tidak buat kajian terlebih dahulu? Kita tahu rakyat Malaysia setiap rakyat Malaysia makan

final • 1:25 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

nasi ini purata 80 kilo setahun, mengikut data. Saya makan 60 kilo sahaja tetapi ramai yang makan melebihi 80 kilo setahun. Manakala warga asing, purata yang warga asing makan semua ini 120 kilo setahun. Dan penggunaan beras kita melebihi 2,000 tan metrik setiap bulan, Tuan Yang di-Pertua.

Kalau kita tengok daripada segi data yang dikeluarkan oleh laporan Jabatan Pertanian bagi tahun 2022, pada tahun 2021 saya ambil data ini, pengeluaran beras di Malaysia iaitu 1.677 juta metrik tan. Pada tahun 2021, Malaysia mengimport 1.62 juta metrik tan beras daripada negara-negara luar. Pada tahun 2021 juga, Malaysia mengeksport 161,000- dia eksport pula keluar 161,000 tan metrik beras daripada negara kita eksport kepada negara luar. Ini harus menjadi satu benchmark ataupun satu perkara yang mesti diuruskan oleh kementerian supaya pengeksportan beras ini mestilah melalui satu garis panduan yang mana bekalan di dalam negara mesti cukup dahulu, kemudian baru kita eksport keluar.

Saya hendak mencadangkan kepada kerajaan bahawa kekurangan jumlah eksport- kita harus mengurangkan jumlah eksport beras tempatan sehingga stok beras tempatan di pasaran kembali stabil, Tuan Yang di-Pertua. Penguatkuasaan yang lebih tegas kepada individu yang cuba mengambil kesempatan untuk menyeleweng dan menyeludup beras tempatan ke luar negara harus dilipat kali gandakan untuk memastikan penyeludupan dan penyelewengan dalam soal subsidi ini dapat kita hentikan sama sekali.

final • 1:25 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya percaya kepada enforcement, dengan izin, kepada penguatkuasaan yang mana itu akan memberikan kebaikan kepada rakyat dan juga masyarakat. Kerjasama dengan mana-mana pengeluar beras utama dunia mesti dilakukan serta-merta bagi mengurangkan harga beras import sekali gus dapat mengimbangi semula harga beras tempatan, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya hendak sebut oleh sebab masa begitu singkat, saya hendak sebut soal yang berkaitan dengan 500,000 buah rumah perumahan mampu milik bagi tahun 2025. Bagi pihak masyarakat dan rakyat di Jelebu, saya menyokong penuh soal yang berkaitan dengan penambahan 500,000 buah rumah dan mengikut rekod untuk makluman Dewan juga, pada bulan Mac 2023, perumahan agensi kerajaan dan agensi swasta telah bina sebanyak 280,000 buah. Kita ada balance sekitar 220,000 buah sahaja lagi.

Saya hendak cadangkan kepada kerajaan di Dewan yang mulia ini bahawa balance 220,000 ini Tuan Yang di-Pertua, selain daripada menumpukan kepada projek perumahan yang baharu, projek perumahan mampu milik yang bakal dikenal pasti untuk kegunaan dan keperluan masyarakat bagi golongan muda, kita harus lihat untuk tengok balik projek-projek perumahan yang telah dirangka dan berada dalam keadaan yang terbengkalai sekarang.

Kalau tadi Yang Berhormat Kuala Nerus sebut dan juga ada beberapa orang rakan Ahli Parlimen sebut bahawa banyak rumah di bawah agensi Kementerian Perumahan, di bawah agensi kerajaan, Suruhanjaya Perumahan Negara Berhad (SPNB) umpamanya, banyak rumah terbengkalai. Di kawasan Parlimen saya Tuan Yang di- Pertua, untuk bina perumahan SPNB secara berkelompok 90 unit sahaja tetapi 10 tahun tak selesai.

Saya hendak minta supaya agensi yang berkenaan dan kerajaan, kita micromanage, dengan izin. Kita tengok mana-mana projek yang masih lagi terbengkalai, beri penumpuan dan kita boleh mengurangkan kos jika projek-projek ini dapat di execute, dengan izin, dengan serta-merta dengan pertambahan dan juga kenaikan kos yang lebih minimum daripada berbanding dengan kita hendak bina rumah yang baharu.

Keduanya Tuan Yang di-Pertua, kalau di kawasan saya juga, di Rumah Generasi Kedua FELDA. Setiap tahun Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat ini sebut Rumah Generasi Kedua FELDA yang masih lagi terbengkalai. Di FELDA Pasoh 2, saya hendak ucap terima kasih kepada kementerian, kepada Yang Berhormat Menteri yang menjaga FELDA. Di FELDA Pasoh 2, kita dah mula buat tetapi infra masih ada kurang sikit. Yang ini kena tengok balik. Kalau infra ini memerlukan kos yang sangat sedikit, why not kita

final • 1:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

spend sedikit dan kita lengkapkan dan kita buat pemilihan peserta untuk mengisi rumah ini serta-merta. Concurrently mesti jalan, Tuan Yang di-Pertua. Kalau rumah dah siap, kemudian baru hendak pilih peserta, makan masa lagi dan vandalisme akan berlaku di dalam rumah itu dan kita membuat pembaziran duit rakyat pada perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

final • 1:30 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Yang Berhormat Jelebu, sedikit Yang Berhormat Jelebu. Kuala Krau.

final • 1:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ya, Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 1:30 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Bersangkutan dengan rumah generasi kedua, sekarang ini anak-anak peneroka buat rumah dalam kawasan ayah dia tetapi kebenaran masuk api dan air itu ditarik balik. Tidakkah itu juga boleh menangani masalah perumahan kalaupun perumahan yang tadi tidak siap?

final • 1:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Kuala Krau, saya setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Krau. Ini masalah FELDA, Tuan Yang di-Pertua. Masalahnya dia boleh buat rumah, FELDA bagi buat rumah di tanah lot ibu bapa mereka fasal tanah FELDA ini besar, dia boleh buat. Akan tetapi hendak masuk air, tak boleh. Hendak masuk api, tak boleh. Kita mengadu kepada Pengurus FELDA, Pengurus FELDA kata tidak digazetkan tanah itu kepada pemilik kedua yang diberi kepada generasi kedua. Akan tetapi kalau sudah tak boleh masuk api dan air, kenapakah bagi kebenaran untuk bina di rumah lot ibu bapa ini?

Saya setuju dengan Yang Berhormat Kuala Krau walaupun dia berlainan blok dengan saya. Fasal kita panjang hal ehwal yang berkaitan dengan rakyat. Cumanya Yang Berhormat Kuala Nerus tadi, saya hendak minta maaf lah Yang Berhormat Kuala Nerus.

Kita sudah habis, sudah lepas pilihan raya. Kita move forward. Kenapa mesti kita menghina dan juga mengecilkan, merendahkan parti yang walaupun bertentangan dengan fahaman kita? Saya pergi ke Terengganu, saya salute Terengganu. Okey, rakyat sudah buat keputusan untuk memberi kemenangan total kepada Perikatan Nasional.

Okey, no problem. Kita move forward. Akan tetapi, dalam Dewan ini kita hendak berbincang soal kebajikan dan pembelaan kepada rakyat. Kita jangan sentuh soal hati kawan kerana kita kawan. Akan tetapi kalau saya di peringkat umur saya, kalau kita nak bergaduh- seumpama dengan Yang Berhormat Masjid Tanah ini, no problem. Saya boleh bergaduh dengan Yang Berhormat Masjid Tanah tetapi oleh sebab kita mempunyai hala tuju pemikiran untuk pembangunan rakyat, Tuan Yang di-Pertua. Ha, ini saya sambung balik fasal apa Yang Berhormat Kuala Krau sebut tadi.

Di FELDA Pasoh 3 pun sama Tuan Yang di-Pertua, 60 peratus siap. Kita memerlukan kos sebanyak RM23 juta sahaja lagi. Betul lah kesilapan sudah berlaku kerana pilih pemaju daripada pemaju yang tidak berkemahiran dan terbengkalai projek itu.

Pemaju ini mesti...

[Disampuk]

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, satu minit.

final • 1:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Baik.

final • 1:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tuan Yang di- Pertua, sayang lah. Dia ini memang hebat orangnya, sayang tak dapat jadi Menteri Besar hari itu lah...

final • 1:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang kita ini...

[Disampuk]

final • 1:30 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Yang Berhormat Jelebu, sedikit Yang Berhormat Jelebu. Walaupun tak dapat jadi Menteri, kita terima seadanya tetapi BERSATU, satu seat pun tak ada untuk Menteri Besar- Yang Berhormat Jelebu.

final • 1:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ini sudah keluar sikit daripada perbahasan saya. Akan tetapi tak apa, kawan-kawan memang hendak mengusik. Dia tak

final • 1:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

tahu bahawa pendirian saya ialah kita istiqamah. Kita terima ini sebagai ketentuan Allah SWT. Hari ini tak dapat, esok belum tahu...

[Ketawa]

final • 1:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Hebat Yang Berhormat Jelebu...

[Ketawa] .

final • 1:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya sambung balik, Tuan Yang di- Pertua. Itu di luar perbahasan itu. Saya sambung balik perbahasan saya, kalau saya sambung itu karang, banyak perkara yang meleret lagi.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, injury time.

final • 1:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Baik, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut ini di FELDA Pasoh 3. Saya hendak buat sekali lagi keputusan ataupun satu kenyataan yang mesti kerajaan ambil kira. Mana-mana kontraktor, mana-mana developer yang tidak mampu menjalankan tugas mereka sebagai pemaju perumahan yang telah dilantik oleh kerajaan, senarai hitam. No kompromi kerana dia sudah merugikan duit rakyat. Akan tetapi, bila sudah berlaku kesilapan, kerajaan kena tampung balik. Belanja sikit dan siapkan rumah ini. Saya hendak beritahu kepada pihak rakan dan sahabat di sebelah sana, kenapa kita kehilangan sokongan sedikit daripada golongan muda daripada FELDA, kerana hal rumah.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, 30 minit, saya padam. 30 saat, minta maaf.

final • 1:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Kalau siap ini, kita akan menang besar di semua kawasan FELDA, Tuan Yang di-Pertua. Insya-Allah. Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah kita akan lakukan. Warning Tuan Yang di-Pertua ini memang keras sikit. Patut jadual saya berucap pada awal tadi tetapi tak apa, saya terima.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya hendak ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga hal ehwal bencana alam, banjir dan sebagainya. Dahulu saya sebut di Jelebu, banyak yang tak dapat bantuan banjir dan sekarang ini, minggu ini kita akan selesaikan semua bantuan yang dijanjikan oleh Kerajaan Perpaduan untuk bantu semua mangsa banjir.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah melaksanakan tugas dan janji beliau. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Jelebu menyokong.

final • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu.

Berikutannya, dipersilakan Yang Berhormat Gua Musang.

final • 1:30 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Bismillahi Rahmani Rahim.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Datuk Ketua Pembangkang dan Datuk Seri Ketua WHIP kerana memberi peluang pada Gua Musang untuk turut berbahas dalam sidang Mesyuarat Khas, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas yang memfokuskan kepada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya memohon keizinan untuk membaca maksud Ayat 27 dalam Surah Al-Anfal, “Wahai orang-orang yang beriman, jangan lah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan jangan lah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepada mu sedangkan kamu mengetahuinya.” Maksud ayat Al-Quran di atas tadi adalah jelas kepada kita bahawa sebagai pemimpin atau Khalifah di muka bumi ini, bersikap adil dan tidak mengkhianati amanat atau amanah merupakan tuntutan dalam Islam dan wajib untuk kita melaksanakannya.

Justeru yang demikian, saya serta rakan-rakan di barisan pembangkang yang bertindak sebagai kumpulan semak dan imbang ini terlebih dahulu memohon kepada Kerajaan Madani pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun supaya sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dalam kepimpinan serta bersikap adil kepada semua negeri dan pemimpin di setiap kawasan.

final • 1:37 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada rangka kerja Kajian Separuh Penggal RMKe-12 yang mewujudkan 17 anjakan besar serta 71 strategi dan inisiatif utama sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada hari Isnin, 11 September 2023.

Antara yang tersirat dan tersurat di dalam 17 anjakan besar tersebut, sukacita saya mengambil anjakan besar yang pertama iaitu tata kelola dan rangka kerja institusi.

Pada perkara tersebut iaitu tata kelola dan rangka kerja institusi, suka untuk saya memfokuskan kepada strategi dan inisiatif yang pertama iaitu memperkukuhkan tata kelola dan integriti untuk membina semula kepercayaan dan keyakinan rakyat. Strategi ini sememangnya dambaan setiap masyarakat Malaysia tetapi sejauh manakah pelaksanaannya oleh Yang Amat Berhormat Tambun? Adakah Yang Amat Berhormat Tambun betul-betul ikhlas untuk memperkukuhkan tata kelola dan integriti dalam pentadbiran hari ini termasuk kepada semua rakan politik Yang Amat Berhormat Tambun.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai anjakan besar yang kedua iaitu perundangan berkaitan rasuah dan strateginya juga yang kedua iaitu memperkenalkan pelan integriti berasaskan nilai murni Madani. Merujuk kepada gelak tawa dunia luar kepada sistem pentadbiran negara kita hari ini, adakah rakyat Malaysia boleh menerima atau bersetuju bahawa Kerajaan Madani hari ini dapat melaksanakan Pelan Integriti berasaskan nilai murni Madani dengan sejujur dan jayanya?

final • 1:37 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Tuan Yang di-Pertua, memiliki rumah kediaman sendiri merupakan impian bagi setiap ketua isi rumah, malah, generasi muda sekalipun sememangnya berhasrat untuk memiliki rumah sendiri bagi maksud tidak mahu membebankan tanggungjawab ibu bapa mereka. Izinkan saya untuk menyentuh mengenai anjakan besar yang kelapan iaitu perumahan untuk rakyat.

Di Gua Musang, sejumlah 1,000 unit rumah siap dibina bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) pada tahun 2016. Projek ini berada di tengah-tengah pusat bandar Gua Musang, ‘indah khabar daripada rupa’. Rumah yang telah siap dibina pada tahun 2016 tersebut masih lagi tidak diduduki sepenuhnya, sedangkan terlalu ramai yang membuat permohonan untuk menduduki unit rumah tersebut. Kelewatan menduduki menyebabkan kerosakan serius kepada unit-unit yang tidak berpenghuni tersebut. Adakah pihak berwajib ataupun Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) tahu atau sengaja tidak mahu mengambil tahu berkenaan perkara ini?

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan pendidikan. Saya ingin merekodkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana meneruskan usaha Yang Berhormat Putrajaya untuk memperkasakan pendidikan digital, termasuk usaha Yang Berhormat Putrajaya untuk menyediakan Dasar Pendidikan Digital.

Saya mohon penjelasan pihak KPM tentang perkembangan terkini pelaksanaan pelbagai inisiatif berkaitan dengan pendidikan digital ataupun pendigitalan pendidikan yang telah dimulakan sebelum ini. Ini penting bagi memastikan anak-anak kita tidak ketinggalan dalam pendidikan digital, khususnya anak-anak luar bandar seperti di kawasan saya, Gua Musang.

Seterusnya, berkaitan dengan pengambilan guru. Sewaktu Yang Berhormat Putrajaya di KPM, beliau telah memulakan pendekatan baharu pengambilan guru secara besar-besaran melalui pendekatan kluster mata pelajaran bagi mengisi kekosongan guru di seluruh negara. Pengambilan guru secara one-off yang dilaksanakan sebelum ini mencatat sejarah apabila lebih 22,000 orang guru baharu ditempatkan sepanjang tempoh 2021 sehingga 2023.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Putrajaya yang terlibat dalam membantu usaha ini termasuk mereka di KPM dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. Justeru itu, saya memohon penjelasan, berapakah jumlah penempatan guru baharu mengikut negeri dan opsyen mata pelajaran yang dilaksanakan sepanjang tempoh Februari hingga Ogos 2023?

final • 1:40 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Tuan Yang di-Pertua, isu rumah generasi kedua KESEDAR dan FELDA. Kalau tadi Yang Berhormat Jelebu sebut FELDA, saya nak combine di sini KESEDAR dengan FELDA juga tidak kurang menariknya untuk kita sebagai pemimpin masyarakat memberi perhatian dan mencari jalan penyelesaian.

Jika pun kerajaan tidak mampu untuk membina rumah atau penempatan kepada generasi kedua KESEDAR dan FELDA, kenapakah kerajaan tergamak menghalang mereka untuk membina rumah kediaman sendiri dan dengan perbelanjaan mereka sendiri di atas tanah hak milik ibu bapa mereka iaitu generasi pertama KESEDAR dan FELDA?

Kenapakah rumah generasi kedua yang telah siap dibina mesti dihalang untuk mendapatkan kemudahan bekalan elektrik? Bukan salah Tenaga Nasional dalam isu ini.

Pihak yang mesti bertanggungjawab ialah Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Menteri Ekonomi.

Dengan kenaikan nilai hartanah dan ketidaktentuan ekonomi hari ini, tiada kah ihsan atau pertimbangan pihak KESEDAR dan FELDA untuk membenarkan generasi kedua membina rumah kediaman bersebelahan atau di atas tanah lot ibu bapa mereka sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu, saya juga ingin menyentuh mengenai anjakan besar yang kesembilan iaitu pengukuhan perkhidmatan kesihatan. Pada sesi persidangan awal 2023 yang lepas, saya telah membahaskan tentang keperluan mendesak untuk menaik taraf Hospital Gua Musang, juga pertambahan bilangan doktor dan kelengkapan perubatan terkini bagi membolehkan pesakit mendapat rawatan tanpa perlu merujuk ke hospital kerajaan lain yang amat jauh.

Yang Berhormat Menteri juga pada jawapan beliau menjelaskan akan menaik taraf kelengkapan dan menambah bilangan doktor-doktor pakar mengikut fasa ke fasa.

Soalan saya, apa status terkini Hospital Gua Musang, dan berapa fasa lagi kah untuk mencapai status hospital pakar?

Tuan Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat di kawasan luar bandar, sudah semestinya saya juga mendambakan development planning yang teratur dan tersusun.

Oleh yang demikian, saya amat berharap Kerajaan Madani pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun supaya menerima, menyokong dan meluluskan perancangan pembangunan sama ada yang telah diluluskan, sedang dalam pertimbangan kelulusan dan yang akan dikemukakan untuk Rolling Plan yang berikutnya.

Sehubungan dengan itu, saya dengan rendah diri, memohon Yang Amat Berhormat Tambun untuk segera melaksanakan projek yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu iaitu projek pembinaan jalan masuk dari simpang Ladang Serasa ke Kampung Lulut, mukim Kuala Sungai, Gua Musang, Kelantan. Projek yang bernilai RM49 juta ini telah diluluskan pada tahun 2016 tetapi sehingga ke hari ini, belum ada tanda- tanda pembinaan akan dilaksanakan. Reka bentuk projek ini telah pun siap. Agensi pelaksana ialah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan iaitu KESEDAR dan peruntukan semasa bagi tahun 2022 ialah sebanyak RM0.64 juta. Soalan saya, apakah mekanisme KESEDAR serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dalam menyegerakan projek pembinaan jalan tersebut?

Saya juga memohon Yang Amat Berhormat Tambun dan Menteri-menteri berkenaan untuk tidak menangguhkan atau membatalkan apa-apa projek yang diangkat atau dikemukakan untuk keselamatan, kesejahteraan dan juga kebajikan masyarakat saya di Gua Musang.

Antara projek yang dimaksudkan ialah pembinaan jambatan Kampung Batu 6 yang merentasi Sungai Galas. Merujuk kepada maklumat yang diberikan oleh Pengurus Besar KESEDAR sebelum ini, kajian dasar dan proses awal telah lengkap dan hanya menunggu proses tender oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Rayuan saya kepada Yang Berhormat Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, segerakanlah pembinaan jambatan tersebut bagi menjamin keselamatan penduduk di perkampungan tradisional tersebut. Isu ini sebenarnya sudah menjadi isu nasional dan selalu dikeluarkan oleh media massa sekarang ini.

final • 1:40 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai KESEDAR juga, Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Sungai Asap antara yang perlu diberi perhatian.

Penduduk di penempatan tersebut dibelenggu oleh banjir kilat setiap kali hujan lebat.

Sistem perparitan yang amat daif perlu di baik pulih segera bagi menjamin keselesaan penduduk di RKT tersebut.

Selain itu juga, masalah liputan talian telefon dan internet di RKT KESEDAR Sungai Asap seolah-olah tiada jalan penyelesaian. Beberapa siri aduan telah saya kemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tetapi sehingga ke hari ini, masih tiada tanda-tanda akan dapat diatasi. Oleh yang demikian, saya memohon pengurusan KESEDAR supaya mengambil perhatian ke atas masalah peneroka di tanah rancangan KESEDAR ini.

Tuan Yang di-Pertua, perkara terakhir, saya merujuk kepada perkara membangunkan masyarakat sejahtera. Banyak definisi berkenaan dengan masyarakat sejahtera. Izinkan saya untuk sampaikan satu isu yang mungkin agak aneh tetapi ini realiti yang berlaku di kawasan saya di Gua Musang. Isu gangguan gajah liar semakin hari semakin menunjukkan peningkatan dan sudah semestinya akan menurunkan indeks kesejahteraan masyarakat saya di Gua Musang.

Untuk makluman, gangguan gajah liar semakin hari amat membimbangkan. Oleh yang demikian, saya merayu kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim agar menaik taraf Pejabat PERHILITAN Gua Musang dan menempatkan lebih ramai anggota yang profesional dan terlatih untuk membolehkan anggota tersebut bertindak segera bagi menangani ancaman gajah liar tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan, saya mewakili warga saya di Gua Musang dengan penuh ikhlas memohon Kerajaan Madani supaya memperuntukkan lebih banyak projek pembangunan di Gua Musang. Ini adalah kerana pada hakikatnya, Gua Musang telah sekian lama dipinggirkan dalam aspek pembangunan.

Saya juga mempelawa kepada semua Ahli Dewan yang berminat untuk sama- sama melabur bagi melestarikan pembangunan Gua Musang dalam pelbagai sektor.

Dengan bentuk muka bumi yang amat cantik, kedudukan geografi yang amat menarik dan kepelbagaian etnik yang dinamik, insya-Allah, Gua Musang tidak akan mengecewakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Gua Musang mohon menyokong. Sirru ‘ala barakatillah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya ingin mencelah. Mungkin unconventional.

Daerah di Semenanjung ini salah satu yang paling daif dan miskin adalah Gua Musang. Ambil maklum kepada Yang Berhormat Menteri, projek-projek RMKe-12.

final • 1:40 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

RMKe-12, kita lihat komuniti di Gua Musang yang paling ramai di pedalaman merupakan Orang Asli.

Dalam RMKe-12, saya difahamkan infrastruktur di dalam telah diluluskan hampir beratus juta. Saya berharap kesempatan sebagai Wakil Rakyat berketurunan Orang Asli, berilah perhatian- 60 lebih tahun di Semenanjung.

final • 1:40 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Betul. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

[Tepuk]

final • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Berikutannya, saya mempersilakan Yang Berhormat Ampang.

final • 1:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam perpaduan dan salam Malaysia Madani.

final • 1:48 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Ampang untuk membicarakan tentang Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kedua Belas yang bertemakan, “Malaysia Madani: Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi”.

Memandangkan masa bahas yang tidak mengizinkan, saya hanya ingin memfokuskan isu-isu yang berbangkit di dalam kawasan Ampang terlebih dahulu sebelum saya menyinggung isu-isu berkaitan dengan keseluruhannya berkaitan dengan am.

Jadi, kalau kita lihat di bawah topik keberkesanan dan kecekapan belanjawan projek, setelah saya teliti komitmen Kajian Separuh Penggal di dalam lima aspek untuk menambah baik keberkesanan dan juga kecekapan pengurusan belanjawan dan projek, mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, pembangunan infrastruktur, memperkukuhkan pemangkin utama dan menuju ke arah wilayah seimbang di bawah KSP ini, saya yakin, semasa dibina ataupun dilihat tentang perkara yang diberi penentuan ini, saya mohon sangat seperti mana yang rakan-rakan Ahli Parlimen bangkitkan, saya lihat ada juga beberapa perkara di bawah Parlimen Ampang yang terkait khususnya dalam aktiviti pembinaan ataupun lebih tepat di mana ia tertangguh sekian lama.

final • 1:48 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Perkara pertama yang ingin saya bangkitkan Tuan Yang di-Pertua iaitu pembinaan sebuah lebuh raya East Klang Valley Expressway (EKVE) yang bermula sejak September 2015 dan sepatutnya siap dalam masa empat tahun menjelang tahun 2019 yakni dalam tempoh RMKe-11. Akan tetapi, namun sehingga kini kita lihat masih lagi belum disiapkan.

Jadi, masalah yang saya lihat bukan sahaja tidak disiapkan. Malah pemaju diberi extension atau pun diberikan penyambungan lagi sebanyak tujuh kali. Kalau kita lihat di dalam KSP yang ini, saya mengharapkan sangat supaya kita memastikan kalau kita sebut tentang lima fokus yang kita ingin ia dilaksanakan demi memastikan kemakmuran dan isu berkaitan dengan peningkatan pendapatan ini, lebuh raya ini amat penting kerana ia menghubungkan daerah Gombak, Ampang dan juga Hulu Klang, dan seterusnya ke Hulu Langat.

Jadi untuk itu, saya ingin bertanya apakah- walaupun saya pernah bawa perkara ini di dalam Kamar Khas, saya mengharapkan supaya ada satu siasatan khusus termasuk kepada agensi-agensi yang terlibat, agensi kerajaan ataupun pemaju sendiri tentang apa sebenarnya yang berlaku. Ini kerana apa setiap kali saya bertanya di platform yang berbeza, saya mendapat jawapan yang berbeza.

Jadi sebenarnya, apakah yang menjadi masalah? Penduduk-penduduk Ampang merasakan mereka seolah-olah terpaksa menerima pembangunan yang melalui kawasan mereka tetapi sehingga tujuh tahun ia tidak dapat diselesaikan. Jadi saya mohon kalau boleh dipanggil. Kalau tidak ada siasatan khusus, saya akan buat satu usul untuk dimasukkan di dalam jawatankuasa pilihan khas untuk dibicarakan perkara ini.

Keduanya Tuan Yang di-Pertua, pembinaan sebuah sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan Ukay, Sungai Sering khusus untuk anak-anak sekitar Bukit Antarabangsa dan Ukay Perdana yang telah diluluskan semenjak RMKe-10. Namun, hanya dijangka bermula hujung tahun ini atau pun hujung RMKe-12 kerja-kerja kajian dan juga kerja-kerja untuk memastikan kerja-kerja ataupun urusan tanah dapat diselesaikan.

Jadi, ini sesuatu yang saya tidak boleh terima kerana keadaan mendesak di sekitar kawasan itu ataupun persekolahan kanak-kanak amat tinggi. Walaupun telah dijawab oleh pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri pada bulan Mac yang lepas, saya mengharapkan supaya di dalam KSP ini, pelaksanaan pembinaan ini akan diberikan perhatian. Jadi, untuk itu soalan saya, adakah pembinaan Sekolah Kebangsaan Ukay, Sungai Sering ini akan dimasukkan dalam KSP sebelum tahun 2025 ini? Insya-Allah. Jadi untuk itu, saya juga ingin mengingatkan melihat kepada kerisauan tentang keberkesanan dan juga kecekapan kerajaan daripada dulu dan mungkin yang kita hadapi

final • 1:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

sekarang. Saya tidak mahu ia berlanjutan pada masa akan datang. Saya mencadangkan supaya demi kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat sebagai satu usaha berterusan memurnikan dan menambahbaikkan aspek pengurusan dan kecekapan ini. Saya menyeru agar akta-akta berkaitan yang sedia ada disemak semula untuk dipinda malah akta-akta baharu mungkin perlu digubal dalam Dewan ini.

Saya sebutkan di sini Tuan Yang di-Pertua, antara undang-undang sedia ada yang terkait khususnya dalam isu pembinaan, penyelenggaraan dan sebagainya iaitu ada akta-akta ini yang semenjak 1949. Saya rasa sudah sampai masa kita melihat semula, antaranya:

(i) Akta Arkitek 1967 (Pindaan) April 2015 [Akta 117];

(ii) Akta Kontrak Kerajaan 1949 [Akta 120];

(iii) Akta Kontrak 1950 [Akta 136];

(iv) Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 [Akta 306];

(v) Akta Jalan Persekutuan;

(vi) Akta Tol (Pengambilan Tanah);

(vii) Akta Perancangan Bandar;

(viii) Akta Kawalan Harga;

(ix) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan 1994; dan

(x) mungkin perlu juga ada revision tentang Kanun Tanah Negara [Akta 828].

Kenapakah saya sebutkan perkara ini Tuan Yang di-Pertua? Ini kerana rata-rata kalau kita tidak menguruskannya secara holistik dan bersepadu, saya nampak masih lagi setiap kementerian akan melihat dalam bidang-bidang tertentu dan akhirnya ia melambatkan lagi usaha walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita Yang Amat Berhormat Tambun menggesa supaya mempercepatkan dan mengaktifkan atau pun memperkesankan aktiviti-aktiviti khususnya apa-apa yang telah diluluskan.

Seterusnya, saya tidak banyak masa tetapi saya ingin mencadangkan satu perkara yang berkaitan dengan wanita sebab tidak banyak yang mencadangkan. Ampang menyambut baik strategi mengukuhkan tadbir urus bagi memperkasakan wanita dalam tempoh RMKe-12 ini. Akan tetapi saya ingin juga, saya mengatakan di sini saya yakin usaha yang dikatakan untuk menggalakkan penyertaan wanita dalam pasaran tenaga kerja dengan matlamat untuk mencapai sasaran 60 peratus kadar penyertaan dalam 10 tahun.

Di samping, saya yakin ada kaitan menterbalikkan atau memperbetulkan atau menambahbaikkan lagi trend penurunan kadar fertility di Malaysia yang berada di paras kebimbangan iaitu 1.924 kelahiran bagi seseorang yang ada pada tahun 2023. Jadi, suka Ampang tegaskan bahawa untuk menggalakkan wanita bekerja. Isunya kita hendak wanita bekerja 60 peratus tetapi apakah perkara-perkara yang lebih fundamental yang perlu kita lihat di sini. Saya yakin bahawa kerajaan pusat dan majikan mampu menawarkan solusi berkenaan iaitu terjamin kualiti serta tidak membebankan daripada segi masa, harga dan usaha bagi isu-isu berikut.

Pertamanya, tentang isu sistem sokongan. Saya harap kerajaan melihat semula tentang polisi iaitu penyediaan taska di tempat kerja. Saya bukan menolak tetapi polisi itu diwujudkan semasa mungkin pada 15 tahun lepas semasa menggalakkan penyusuan ibu.

Akan tetapi, sekarang ini tidak praktikal khususnya kami di bandar, membawa anak-anak dalam kereta, memakan masa satu jam dan sebagainya mengundangkan masalah yang lain.

Jadi saya mencadangkan supaya taska di tempat kerja ini boleh disesuaikan juga dengan taska institusi di mana masalah besarnya sekarang merupakan garis panduan di peringkat PBT yang perlu diperkemas supaya mempercepatkan institusi-institusi taska di

final • 1:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

dalam kawasan ini dan juga taska di rumah dapat diselesaikan. Jadi, cadangan saya atau pun saya mencadangkan supaya pihak kerajaan memperbetulkan garis panduan yang saya rasa menyusahkan dan akhirnya wanita memilih untuk tidak bekerja lebih mudah.

Akhirnya, saya ingin mencadangkan dua perkara. Pertama, untuk menggalakkan wanita bekerja, saya mencadangkan supaya pihak atau pun saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Apakah kita akan ada komitmen untuk memastikan bekerja dari rumah ini boleh dilaksanakan sebagai satu polisi kepada wanita khususnya bekerja untuk kakitangan kerajaan? Contoh, dalam lima hari bekerja, kita bagi peluang supaya wanita bekerja dua hari di rumah dan tiga hari di tempat kerja. Jadi, saya rasa kalau komitmen kerajaan ini, akan memberikan peluang yang baik untuk wanita kembali bekerja.

Akhirnya berkaitan tentang pekerjaan. Saya yakin wanita kita kena lihat tentang bagaimana ramai wanita sekarang ini memilih untuk mulanya untuk menumpukan kepada keluarga dan akhirnya terus tidak bekerja adalah kerana bila mereka ingin kembali semula di dalam industri pekerjaan, mereka kadang-kadang di-downgrade atau pun tidak berada di tahap yang setimpal daripada masa sebelum mereka bekerja. Jadi, kalau perlu mereka diberikan sedikit latihan untuk memastikan mereka berada di tahap yang sebelumnya, saya yakin wanita yang mungkin telah berhenti kerja sementara ini, boleh diberi peluang kedua untuk bekerja dengan saraan atau elaun yang sebaiknya.

Jadi untuk itu, saya harap sangat supaya kerajaan sebagaimana komitmen dalam KSP supaya gender focal point atau pun focality mini diwujudkan. Saya hanya hendak mencadangkan supaya kriteria kelayakan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di bawah kerajaan akan diberikan merit kepada mereka yang terlibat di dalam menjadi gender focal point dan ia mestilah bermula daripada pihak pengurusan kanan di peringkat kerajaan terlebih dahulu.

Jadi itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya banyak isu yang hendak dibangkitkan tetapi yang akhirnya saya ingin tamatkan di sini. Saya harap selepas kita merdeka dan kita harap ia...

final • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat.

Saya dengar empat kali yang akhir.

final • 1:50 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Ha, ini yang akhir conclusion. Saya harap kita cuba menangani atau pun merangkum tiga perkara besar yang saya dengar iaitu pelaksanaan, pemantauan, penguatkuasaan, ketersediaan infrastruktur dan budaya penyelenggaraan ini perlulah diberikan perhatian.

Jadi itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Ampang mohon menyokong sepenuh Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12. Terima kasih.

final • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Ampang.

Dipersilakan Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 1:50 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk sama-sama membahaskan- dalam sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.

final • 1:59 PM

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia Madani

Mampan, Sejahtera, dan Berpendapatan Tinggi. Madani membawa konsep kesediaan menerima perubahan atau erti kata lain reformasi.

final • 1:59 PM

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia Madani

Akan tetapi malangnya madani sekadar slogan dan reformasi sudah hilang entah ke mana. Ramai di antara kami yang berada di sini adalah antara mereka yang memperjuangkan reformasi sebelum ini. Hak rakyat dinafikan. Dulu perjuangkan hak

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia Madani

sama rata tetapi sekarang ini peruntukan pembangkang pun tidak diberi. Dulu hendak tangkap perasuah tetapi sekarang ini betul-betul tutup kes perasuah.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memanfaatkan kesempatan ini dengan memulakan perbahasan saya dalam bab empat iaitu memperkukuhkan pemangkin utama ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Saya ingin mengaitkan dengan Kementerian Ekonomi berkaitan dengan isu hasil peneroka FELDA. Akan tetapi sebelum itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kerana secara tidak langsung mereka telah pun menjalankan tanggungjawab di mana kita telah berbincang untuk menyelesaikan rumah generasi kedua FELDA di Sungai Tengi Selatan.

Tuan Yang di-Pertua, jumlah peneroka seramai 112,638 orang peneroka, FELDA menyasarkan lapan tan hasil secara purata bulanan bersamaan anggaran RM6,000 sebulan. Akan tetapi hanya beberapa buah kawasan FELDA sahaja yang berjaya mencapai sasaran. Ada sesetengah tempat hanya mendapat empat tan sebulan sahaja malah mungkin rendah daripada itu lagi.

Pendapatan peneroka setelah ditolak hutang mereka hanya mendapat minimum RM1,200 sahaja. Silap-silap ia menambah hutang ke bulan mendatang. Apa peneroka boleh buat dengan nilai sebanyak itu dengan urusan keluarga, utiliti kenderaan dan sebagainya? Mohon untuk kerajaan melihat perkara ini dengan lebih serius dengan menaikkan kadar minimum daripada RM1,200 kepada satu nilai yang sesuai ketika ini.

Antara permasalahan yang berlaku di ladang adalah:

(i) melibatkan permukaan muka bumi;

(ii) usia pokok sawit;

(iii) kesesuaian tanah;

(iv) musuh penyakit;

(v) kos operasi melibatkan menuai, membaja, mengangkut dan penghantaran ke kilang;

(vi) pengurusan melibatkan buruh tidak cukup; dan

(vii) kesukaran urusan kerja ladang apabila ada yang di bawah FELDA dan ada juga yang membuat sendiri.

Kajian perlu dilaksanakan bagi meningkatkan hasil. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya dalam bab empat dan bab enam, membangunkan masyarakat inklusif dan lebih berdaya tahan. Untuk membasmi kemiskinan negara ini sebenarnya telah bermula sejak di awal mencapai kemerdekaan lagi. Namun, setelah mencapai 66 tahun kemerdekaan masalah kemiskinan ini masih lagi wujud, bukan sahaja rakyat luar bandar malah turut melibatkan rakyat yang tinggal di bandar.

Antara penyebab kemiskinan merupakan masalah inflasi dengan kenaikan harga barang yang saya lihat tidak berjaya dikawal dengan baik. Mengikut statistik insiden kemiskinan mutlak pada tahun 2022 membabitkan anggaran 487,576 isi rumah. Insiden kemiskinan mutlak di bandar meningkat daripada 39 peratus pada tahun 2019 kepada 4.5 peratus pada tahun 2022. Kerajaan telah menyasarkan kosong peratus kemiskinan tegar menjelang tahun 2025 dan 3.3 peratus kadar pengangguran menjelang tahun 2025.

Sebanyak 500,000 buah rumah mampu milik menjelang tahun 2025. Apakah usaha kerajaan bagi membantu golongan bagi B40 dan M40?

Tuan Yang di-Pertua, pengeluaran KWSP bersasar pun masih tidak dibenarkan.

Untuk menangani masalah kemiskinan, strategi dan program lebih berfokus perlu dibuat dengan menyasarkan outcome yang berimpak dan telus ke atas kedudukan ekonomi sekarang. Masih ada lagi kadar gaji minimum rm1,000 sebulan. Hendak menekan kepada majikan pun susah juga memandangkan kos material ataupun kos bahan yang meningkat.

Kerajaan mesti mengambil kira semua aspek, jangan sampai syarikat gulung tikar kerana ia memberi kesan kepada rakyat.

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia Madani

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya membawa isu dalam bab lima, menuju ke arah wilayah seimbang. Saya membawa isu tempatan, kawasan saya sendiri di Hulu Selangor, salah satu- daerah yang terbesar di Selangor iaitu sebesar negara Melaka dan dua kali Perlis. Namun masih lagi jauh ketinggalan berbanding daerah lain.

Justeru, bagi memacu pembangunan kemudahan infrastruktur dan fasiliti menjadi tonggak utama, Hulu Selangor memerlukan peruntukan segera. JKR Hulu Selangor telah pun memohon dana Anggaran Penyelenggaraan Jalan (APJ) 2023 dan telah memohon semula APJ 2024. Antaranya Jalan Persekutuan FT3208 Bukit Beruntung, Jalan Persekutuan FT001 Jalan Kuala Lumpur, Tanjong Malim seksyen 422449. Ketiga Jalan Persekutuan FT228 Bukit Tagar dan lampu jalan Bukit tagar.

Selain itu, Hulu Selangor juga memerlukan pembinaan segera Klinik Kesihatan Bukit Sentosa. Ini bertujuan bagi menyelesaikan masalah kepadatan di Klinik Kesihatan Serendah dan juga jarak yang jauh akan memerlukan kos pengangkutan sehingga RM30 satu hala Tuan Yang di-Pertua. Di samping itu, tiada pengangkutan khusus untuk Klinik Serendah.

Begitu juga dengan pembinaan balai bomba di FELDA Suharto, telah pun saya ulang banyak kali sebelum ini, mohon disegerakan. Permohonan ini telah lama dan tapak juga telah sedia ada. Kesianlah sedikit kepada warga FELDA. Kalau berlaku kebakaran logik akalnya tidak dapat diselamatkan sebab jaraknya terlalu jauh di antara FELDA dan juga balai bomba yang berdekatan. Justeru, dengan adanya infrastruktur dan fasiliti yang baik akan membawa kepada pelaburan yang besar bagi memajukan pembangunan di sebuah kawasan seterusnya meningkatkan ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon tambah sedikit masa Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya bab dua mempertikaikan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam. Permasalahan jalur lebar perlu diambil perhatian oleh kerajaan memandangkan situasi sekarang ini memerlukan penggunaan Internet, ia melibatkan urusan kerja dan pembelajaran. Apatah lagi mereka menjalankan perniagaan secara online. Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak masalah internet bukan sahaja di dalam bandar malah di luar bandar.

Internet juga menyusahkan. Zaman teknologi sekarang ini memerlukan Internet terutamanya yang melibatkan pelajar-pelajar. Boleh berlaku keciciran ilmu disebabkan kepayahan untuk mendapatkan sumber maklumat. Oleh sebab itu, kerajaan wajib mengambil perhatian untuk menyelesaikan masalah ini.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua bab yang ketujuh, meningkatkan perpaduan, pertahanan, keselamatan dan kesejahteraan. Berapakah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan untuk menghadapi sekiranya berlaku musibah atau bencana sebab ia cukup penting untuk kesiapsiagaan dalam keupayaan dan menguruskan bencana?

Masih dalam bab yang sama, kerajaan ada menyatakan mengenai potensi sukan belum diteroka sepenuhnya. Saya melihat sukan lasak seperti motocross, go-kart and Cub Prix mempunyai potensi jika diberikan sokongan sepenuhnya oleh kerajaan. Hulu Selangor bersedia untuk ke arah itu.

Akhirnya berkaitan dengan projek East Coast Rail Link (ECRL) menghubungkan landasan kereta api Kuala Lumpur, Kota Bharu melalui Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Pahang, Terengganu dan juga Kelantan. Kita tidak membantah pembangunan malah menyokong projek ECRL. Cumanya kontraktor ECRL iaitu China Communications Construction Company (CCCC) kena mengambil kira masyarakat sekeliling. Ada juga kerja-kerja akan dilakukan mestilah mengambil kira keselamatan awam, keselamatan rumah yang mana di Hulu Selangor berlakunya keretakan semasa kerja-kerja letupan.

Hak milik individu yang terpaksa dipindahkan dan juga lain-lain. Mohon pihak kerajaan mengambil perhatian tentang isu yang dibangkitkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya akhiri dengan serangkap pantun. Akan tetapi sebelum itu terima kasih di atas memberi ruang dan masa tambahan.

Dari Hulu Selangor ke Hulu Langat, Hendak berjumpa dengan Haji Sayuti;

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia Madani

Isu 47 kes dan DNAA cukup-cukup hangat, Hangat lagi apabila reformasi dah jadi reformati.

Sekian, terima kasih...

[Tepuk]

final • 2:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Dipersilakan Yang Berhormat Baram.

final • 2:00 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk bahas dalam KSP Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Pertama, saya ingin mengatakan bahawa ini kali yang sering kita menyebut berkenaan dengan jurang pembangunan di antara desa, bandar dan wilayah. Saya pasti kita- semua tahu bahawa dalam media sosial ataupun di kedai-kedai kopi mahupun di Dewan ini juga, masalah ataupun cabaran jurang pembangunan antara desa dan wilayah kerap dan sudah sering dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Saya bersyukur pada kali ini sekali lagi kita di Dewan ini dapat membincang dan merancang untuk kita menangani masalah antara jurang pembangunan antara desa dan bandar ini.

Saya ambil contoh setelah Rancangan Malaysia Ke-11, kawasan luar bandar khususnya kawasan di Sarawak dan termasuk juga kawasan saya sendiri, kawasan Baram yang seluas 22,000 square kilometer.

final • 2:08 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Di mana jaringan jalan raya yang sepatutnya jalan yang sedia ada di Baram pada hari ini adalah dalam lingkungan 1,000 Tuan Yang di-Pertua. Namun daripada 1,000 kilometer ini hanya kurang daripada 100 kilometer sahaja yang berturap yakni standard R2 ataupun R3. Selebihnya adalah jalan balak yang aktif mahupun kawasan jalan balak yang sudah kurang aktif ataupun di mana syarikat pembalakan tidak beroperasi lagi.

Untuk rekod, di Baram pada hari ini terdapat 200 lebih kilometer jalan balak yang aktif. Sementara hampir 800 kilometer jalan adalah bekas jalan balak. Inilah keadaan yang kita hadapi di kawasan luar bandar. Di samping itu, sekolah daif, klinik yang usang, jaringan Internet yang kurang mampan dan sudah pasti B40 ini memang ada juga di kawasan pedalaman.

Justeru, berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah membuat satu perancangan semula untuk kita menangani masalah-masalah jurang pembangunan antara desa dan bandar ini. Di kawasan Baram, saya ingin mengatakan bahawa inilah yang kita kata the game changer untuk kita merapatkan jurang pembangunan di kawasan bandar dan juga luar bandar ini.

Justeru, saya ingin mencadangkan supaya untuk masa yang terdekat dalam dua hingga tiga tahun yang ada ini jalan raya yang berdebu ini di kawasan Baram dan juga di kawasan-kawasan lain di baik pulih dengan segera. Kedua, untuk masa depan, untuk masa panjang, binalah jalan yang lebih sempurna untuk rakyat demi menjaga nama baik Malaysia Madani ini. Ketiga, saya juga ingin mencadangkan supaya pihak kementerian baik dia Kementerian Luar Bandar ataupun kementerian-kementerian yang berkenaan dengan sekolah daif, yang berkenaan dengan klinik usang, jaringan Internet, jalan raya hari ini mempunyai satu unit yang khas di kementerian masing-masing untuk menentukan supaya semua masalah ataupun cabaran yang berkenaan dengan jurang pembangunan ini diselesaikan dengan segera hari ini. Saya percaya ini akan mengelakkan kita daripada mengatakan ini dan itu berkenaan dengan satu dengan lain. Kita akan menjadi sebuah masyarakat yang besar seperti yang kita idam-idamkan ini.

Seterusnya, saya juga ingin mencadangkan supaya untuk jalan raya yang tidak diselenggarakan oleh syarikat balak ini kerajaan memberi peruntukan khas setiap tahun mulai dari tahun ini ataupun mulai daripada bajet yang akan datang ini. satu peruntukan yang mencukupi untuk memastikan supaya jalan balak yang tidak diselenggarakan ini diselenggarakan oleh pihak kerajaan walaupun jalan-jalan ini adalah di luar senarai

final • 2:10 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

MARRIS ini. Ini akan menjadi satu petanda yang baik dan untuk menyelesaikan masalah kemiskinan di kalangan rakyat di kawasan luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan supaya pihak menteri seperti juga yang telah dibuat oleh beberapa menteri khususnya pendidikan pergi ke kawasan Baram supaya turun padang, supaya dapat menyelami, supaya dapat merasakan kehidupan yang sebenarnya di kawasan luar bandar. Saya percaya contoh yang dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ini boleh dicontohi dan pasti boleh dibuat oleh Kerajaan Madani ini.

Sudah pasti Tuan Yang di-Pertua, untuk kita melaksanakan semua ini dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas ini, memandangkan keadaan kedudukan ekonomi kita, kedudukan kewangan kita dan had-had yang lain sudah pasti ini memerlukan political will untuk kita laksanakan projek-projek yang berkenaan dengan merapatkan jurang pembangunan antara desa dan wilayah.

Dengan itu, saya mohon supaya apa yang kita bincangkan dan apa yang telah kita sebut dalam Dewan ini berkali-kali masalah jurang bandar dan luar bandar ini ditangani dan dinoktahkan juga dalam masa yang dekat. Saya mohon menyokong kajian semula RMKe-12. Sekian, terima kasih.

final • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Baram. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Hulu Terengganu.

final • 2:10 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana beri ruang dan peluang kepada saya untuk membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas pada tengah hari ini.

Sebelum itu, saya ingin membacakan satu hadis untuk menjadi renungan kita bersama. Hadis ini dikatakan lemah tetapi untuk fadhail amal pasti penting untuk kita renung bersama. Hadis ini berbunyi [Membaca sepotong Hadis] Maksudnya Tuan Yang di-Pertua, “akan datang satu zaman ke atas umatku kata Nabi, penguasa-penguasanya seperti singa. Menteri-menteri dan wazir-wazirnya seperti serigala, kadi-kadi dan hakim- hakimnya seperti anjing dan seluruh manusia ketika itu seperti kambing.” Tuan Yang di-Pertua, setelah meneliti ucapan teks Kajian Separuh Penggal ini alhamdulillah, Yang Berhormat Tambun memulakan dengan ayat Al-Quran yang berbunyi, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . “Sesungguhnya Allah memerintah kamu melunaskan amanah kepada mereka yang berhak menerimanya. Dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia dan hendaklah kamu berlaku adil.” Alhamdulillah, dengan ayat tersebut. Cuma, apa yang terkilan sedikit di hati saya Hulu Terengganu ialah tiada satu pun perkataan terima kasih diucapkan dalam teks ini kerana kajian semula separuh penggal ini adalah kesinambungan daripada apa yang dimulakan pada tahun 2000 sehingga sekarang, separuh penggal benda itu diteruskan lagi. Sekurang-kurangnya, sekonyong-konyongnya ada sedikit ucapan penghargaan terima kasih kepada mereka yang telah memulakan inisiatif dan usaha ini Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa kita semua kepada apa yang diucapkan oleh ramai terutamanya di kalangan pihak pembangkang berkenaan dengan DNAA. Semua berucap fasal DNAA ini. Cuma dalam masa yang ringkas ini, saya ingin memetik kerana Yang Berhormat Tambun mengatakan ia tidak campur tangan dalam hal ini. Akan tetapi dalam satu temu bual wartawan, Yang Berhormat Tambun ada menyatakan ayatnya berbunyi, “Tentunya saya sebagai Perdana Menteri tahu kesan dan tuduhan yang dilemparkan dengan pembebasan Zahid dan saya terpaksa tanya panjang kepada peguam negara.” Saya ulang, “Saya terpaksa tanya panjang kepada peguam negara.” Bererti di sini ada campur tangan Perdana Menteri terhadap judiciary negara kita.

Mengapa tulisan begitu? Mengapa sekarang? Jadi kalau ikut saya, ini kata Perdana Menteri.

final • 2:16 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

“Saya hendak tangguh sebab saya hendak lepaskan dulu semua pilihan raya ini iaitu PRK Pulai dan Simpang Jeram yang baru lalu”. Akan tetapi Peguam Negara tidak bersetuju. Peguam Negara kata tarikh awal ialah empat hari bulan dan lima hari bulan adalah hari akhir beliau. Jadi beliau jalankan tanggungjawab dia.

final • 2:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua.

Peraturan Dewan.

final • 2:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Beliau tidak mahu lepaskan tanggungjawab yang diuruskan kepada orang lain sebagai pengganti.

final • 2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Hulu Terengganu. Tunggu sekejap.

final • 2:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Jelutong, sabar.

final • 2:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan Dewan.

final • 2:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sabar dahulu. Saya masa pendek.

Saya beri peluang.

final • 2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat.

final • 2:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Masa boleh. Masa boleh diberhentikan. Akan tetapi saya memerhatikan.

final • 2:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk. Ini Peraturan ya. Soalan berkaitan dengan Peraturan. Silakan Yang Berhormat.

final • 2:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang lebih arif. Peraturan 36(8) dan juga yang berkenaan yang menyentuh tentang hakim-hakim dan prosiding menjalankan keadilan di mahkamah dan juga Peraturan 36(6) sangkaan jahat.

Kalau tidak silap saya, saya telah mendengar dengan tekun Yang Berhormat telah mencadangkan bahawa Perdana Menteri telah campur tangan dalam isu kes DNAA. Itu adalah jelas kami dengar.

Saya rasa sebagai ahli backbencher, perkara ini telah diulangi beberapa kali tetapi saya tidak mahu membangkitkan isu Peraturan. Kenyataan Yang Berhormat tadi adalah tidak teratur. Kenyataan Yang Berhormat tadi Tuan Yang di-Pertua, mencadangkan bahawa seolah-olah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengarahkan pertuduhan terhadap Yang Berhormat Bagan Datuk ditarik balik.

So saya minta tolong jangan ulangi atau kalau boleh Tuan Yang di-Pertua, ditarik balik kenyataan itu. Kita semua telah dengar, perkataan “campur tangan Perdana Menteri” telah dengan jelas diungkapkan dalam perbahasan tadi. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Mohon dipertimbangkan.

final • 2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Jelutong. Apabila Peraturan ini seperti sedia kala, saya kena berhentikan apa yang dibahaskan dan membuat ruling dan seterusnyalah. Apa yang saya lihat dengan izin what transpired, what is happening Yang Berhormat Hulu Terengganu banyak refer pada dokumen-dokumen. Setuju? Betul atau tidak?

final • 2:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Betul. Betul. Saya baca apa yang terdapat dalam temu ramah Perdana Menteri.

final • 2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Okey. Yang Berhormat Jelutong telah membangkitkan isu-isu fakta yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu. Kita kena akur satu benda ya. Kalau saya buat ruling, saya tidak mahu menjadi unfair. Dengan izin I will suggest with reference to what yang Yang Berhormat Hulu Terengganu sebut tadi dengan apa latar dia punya cerita itu, buatlah satu

final • 2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

usul berkaitan di bawah Peraturan 36(8) dan 36(6) yang Yang Berhormat nyatakan tadi.

Biarlah kemudiannya satu ruling boleh dibuat. Faham, Yang Berhormat Jelutong?

final • 2:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Kita teruskan.

final • 2:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Teruskan.

final • 2:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang arif. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Jelutong salah dengar.

Saya kata “seolah-olah ada campur tangan”.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya isu yang ingin saya bangkitkan juga di sini yang hangat diperkatakan sekarang di seluruh negara, isu kekurangan beras. Sesuatu yang pelik berlaku apabila negara kita merupakan dikatakan 65 peratus beras tempatan, 30 peratus beras import. Akan tetapi rata-rata yang berada di pasaran sekarang, yang banyaknya ialah yang 35 peratus, yang 65 peratus itu hilang entah ke mana.

Di persoalan ini perlu dijelaskan seberapa segera kerana kesian orang kampung yang golongan asnaf, orang miskin B40 di kampung-kampung yang sukar untuk mendapat barang ataupun beras dengan RM26 sekarang.

Masalah baharu pula timbul, saya dimaklumkan ialah yang lima kilo pun sudah tidak ada. Jadi apakah kita hendak menggalakkan rakyat kita untuk memakan ubi kayu balik atau ubi gandum balik semasa seperti zaman Jepun dahulu? Jadi ini yang berlaku.

Saya hairan. Sejak kerajaan baharu ini mengambil alih, ayam pun tidak hendak bertelur, beras pun hilang. Apakah bahana yang akan menimpa negara kita Tuan Yang di-Pertua?

Isu yang kedua Tuan Yang di-Pertua, isu hangat juga diperkatakan sekarang terutama di Terengganu. Mahasiswa yang akan mendaftar untuk masuk belajar, graduan- graduan baharu di universiti diwajibkan membuka akaun di RHB. Persoalan saya, kenapa RHB? Macam saya di Hulu Terengganu, cawangan bank itu tidak ada di Hulu Terengganu.

Cuma ada di Kuala Terengganu sahaja.

Jadi semua mereka yang akan masuk universiti ini berkumpul di Kuala Terengganu sehinggakan bank buka pukul sembilan, pukul 10 sudah habis nombor sudah.

Terpaksa mereka balik, datang lagi untuk esok hari. Jadi kalau boleh, kalau ini suatu benda yang perlu, apalah salahnya dibuka peluang ini kepada bank-bank lain, terutamanya bank- bank yang berada di kawasan luar bandar supaya memudahkan rakyat berurusan untuk kemasukan universiti. Jadi perlu penjelasan daripada pihak kerajaan berkenaan hal tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan isu masalah di tempat saya. Sejak akhir-akhir ini, Hulu Terengganu adalah kawasan pertanian. Mereka tanam jagung, tanam kacang, tanam sawit dan sebagainya.

Isu yang terbaru ialah isu gajah yang tidak dapat diselesaikan kerana saya rasa isu yang sama juga dihadapi di kawasan Cameron Highlands.

Jadi persoalannya, sampai bila masyarakat ini harus berdepan dengan isu-isu sebegini? Sedangkan inilah satu-satunya sumber pendapatan mereka untuk meneruskan kehidupan mereka. Bayangkan kalau satu kebun sawit yang seluasnya sampai dua, tiga ekar hancur dimusnahkan oleh gajah.

Jadi kita harap supaya tindakan yang segera, yang tuntas dilakukan untuk mengatasi masalah ini, di samping dengan rasa rahmah dan juga ihsan daripada kerajaan, hulurlah sedikit bantuan. Sekonyong-konyongnya mampu untuk menampung ataupun untuk mengurangkan beban masalah yang dialami oleh petani atau peladang-peladang ini.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya ialah berkaitan dengan pelancongan. Hulu Terengganu ada beberapa tempat pelancongan dan juga menarik

final • 2:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

seperti Air Terjun Sekayu, Bukar Bukit, Bukit Kapar dan sebagainya. Jadi kita minta Kementerian Pelancongan supaya beri tumpuan kepada kawasan-kawasan ini untuk menarik lebih ramai lagi pelancong ke Hulu Terengganu. Hari ini sudah ramai datang tetapi sebahagiannya ke Kuala Terengganu untuk hendak melihat drawbridge tetapi kita harap pelancong tersebut datang ke tempat lain di negeri Terengganu.

Tuan Yang di-Pertua, isu Internet juga satu perkara yang sensitif ataupun yang kritikal di Hulu Terengganu dan kita harap pihak MCMC supaya memberi tumpuan kepada hal-hal tersebut.

Berkaitan sekembali kepada berkaitan pengusaha tanaman tadi, sekali lagi dalam Dewan yang mulia ini, saya merayu kepada KDN untuk mengembalikan semua senapang- senapang RELA kepada anggota-anggota RELA. Ini kerana dengan adanya senapang- senapang ini maka akan memudahkan pihak RELA dan juga orang kampung mengawal musuh-musuh tanaman seperti kera juga masalah besar, saya rasa bukan di Hulu Terengganu tetapi juga di seluruh negara. Babi, walaupun baru-baru ini terkena hawau tetapi masih ada balik, kemudian gajah dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan projek-projek yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri dahulu, kita ada beberapa masjid yang perlu di baik pulih ataupun perlu dibina baharu iaitu Masjid Pasir Dular dan juga Masjid di Kubang Palas. Jadi harap pihak kerajaan dapat menyumbangkan Masjid Kubang Palas ini semasa pemerintahan Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob untuk menguruskan peruntukan tersebut.

Akan tetapi oleh kerana bertukar kerajaan, saya hendak tahu sejauh mana status tersebut?

Kemudian berkaitan dengan isu bebas cukai di Tasik Kenyir.

final • 2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

final • 2:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kita minta supaya kerajaan menentukan ke mana hala tuju projek tersebut, adakah hendak diteruskan ataupun hendak dimatikan?

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan SPNB yang mempunyai satu projek yang terbengkalai di Kuala Ping. Jadi diharap untuk menyegerakan penyiapan projek tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa tidak mengizinkan saya banyak terima kasih dan mohon maaf terhadap apa yang saya nyatakan tadi. Cuma akhir sekali, saya kembali kepada ayat hadis tadi, akan datang zaman kita ini iaitu pemimpinnya seperti singa, menteri-menteri dan wazir-wazirnya seperti serigala, qadi-qadi hakim seperti anjing dan rakyat suruhannya seperti kambing. Agar ia tidak terjadi di negara kita. Wallahualam, sekian walaikumussalam warahmatullahi wabarakatu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Saya mengambil kesempatan ini. Saya noticed, saya ambil maklum bahawa sepanjang daripada hari ini dan pada hari pertama, banyak usul atau pencanggahan atau bantahan dibangkitkan oleh kedua-dua belah pihak. Di sebelah sini atau daripada sebelah kanan. Berpandu atas perbahasan yang asalnya daripada nota, TikTok dan sebagainya.

final • 2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Apa yang saya hendak nyatakan di sini, jika sebelah sini atau di sebelah sini membuat usul baik 36 kah, 18 kah atau 17 ada ‘repatasinya’. Ingin saya ingatkan ya. Bila usul itu masuk, Tuan Yang di-Pertua mengkaji. Kalau saya lah ya, saya dapati apa yang diungkap di dalam Dewan ini tidak benar, 36(12) itu boleh masuk. Bila 36(12) itu masuk, Perkara Peraturan 44(1), (2) dan mungkin menjangkau kepada 44(3) ke Jawatankuasa.

Jadi, ambil maklum ya. Itu saya punya pertimbanganlah. Kalau Speaker atau Timbalan Yang di-Pertua II, terpulang pada dia lah. Ambil maklum ya. Okey, seterusnya kita mempersilakan Yang Berhormat Padang Besar. Silakan.

final • 2:30 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

*Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Jika Tuan ingin memancing Toman, Jangan lupa membawa umpan, Wahai Tuan Yang di-Pertua yang budiman, Izinkan hamba memulakan ucapan.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang dan ruang dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal RMKe-12.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Terima kasih kepada semua yang menyiapkan laporan tersebut. Suka saya membaca sepotong ayat berkaitan dengan ingat mengingati. [Membacakan sepotong ayat al-Quran] “Dan tetaplah kamu memberi peringatan. Maka, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat pada orang mukmin.” Perbahasan saya akan dipacu oleh tiga isu utama iaitu kemakmuran sempadan, keterjaminan makanan dan kemapanan institusi pendidikan TVET.

Isu kemakmuran sempadan. Tuan Yang di-Pertua, Perlis ialah sebuah negeri yang mempunyai kedudukan strategik sebagai hub perdagangan antarabangsa yang berada dalam lingkungan segi tiga emas pembangunan ASEAN. Hasil keberadaan di segi tiga pembangunan Indonesia, Malaysia, Thailand atau IMTGT yang perlu dijadikan sebagai peluang keemasan sebagaimana Turkiye yang menjadi pintu masuk Eropah.

Kajian segera perlu dilaksanakan menjadikan Perlis sebagai pintu masuk ASEAN.

Untuk merealisasikan perkara tersebut, perancangan perlulah seiring dengan pelaksanaan. Melihat kepada keadaan semasa, di pintu sempadan negara terutama di Padang Besar, masih jauh perjalanan kita untuk menjadi sebuah negara yang hebat dan dahsyat. Dapat dilihat garisan putih Jalan Persekutuan sendiri pun pudar dan parit yang tidak diuruskan dengan baik membahayakan penduduk dengan pelancong. Kebetulan Perlis pada tahun hadapan ialah Tahun Melawat Perlis 2024.

Negara Thailand antara negara yang ke hadapan dalam pelbagai sektor seperti pelancongan, pertanian mahupun R&D. Sepatutnya negeri yang berada di sempadan sebetulnya perlu menjadi negeri yang maju hasil daripada limpahan daripada negara sempadan.

Untuk mengimbangi kemapanan ekonomi dan kemakmuran sempadan, Perlis sebagai pintu masuk utama, Malaysia belum bersedia dengan projek menaik taraf ICQS pun masih pada awang-awangan. Katanya lulus tetapi tidak tahu bila hendak mula.

Cukup-cukuplah berpolitik. Sekarang masa untuk bekerja. Bila negeri yang menjadi pintu masuk untuk sebuah negara menjadikan Malaysia maju secara automatiknya akan wujud persaingan hebat dan dahsyat di sempadan antara kedua-dua negara.

Satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah pengawasan di sempadan.

Adakah cukup dengan hanya pemantauan secara berjalan kaki? Tatkala dunia yang semakin canggih, pengawasan menggunakan teknologi yang hebat amatlah diperlukan bagi membantu penjawat awam kita di sana melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan kurang risiko. Tahniah kepada anggota keselamatan negara yang komited terus bertugas menjaga sempadan kita walaupun serba kekurangan.

Isu keterjaminan makanan. Pasca COVID-19 menyaksikan seluruh dunia sedang berusaha untuk memulihkan industri keterjaminan makanan yang mana banyak negara cuba menghentikan eksport mereka untuk memastikan negara mereka memiliki makanan yang cukup. Kita juga perlu berusaha ke arah menjadi kuasa pengeluar dan bukan hanya mengharapkan import daripada negara luar semata-mata.

final • 2:31 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Di negara luar sedang berusaha menjadi kuasa besar dalam pengeluaran makanan. Kita masih di takuk lama dengan berharap kepada makanan import tanpa pedulikan peluang yang ada di negara kita. Sudah sampai masanya ke arah melahirkan petani dan penternak daripada golongan muda.

Sewaktu PKP, suasana yang agak kelam kabut ketika itu penuh cabaran. Namun, hasil kebijaksanaan mantan Perdana Menteri ketika itu sentiasa berusaha untuk memastikan agar makanan sentiasa terhidang di meja rakyat. Jika hendak dibandingkan dengan sekarang, ada duit sedikit tetapi makanan tidak cukup di pasaran.

Padang Besar suka mengingatkan semula idea untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pertanian berskala tinggi. Sudah sampai masanya kita bersedia di atas kaki kita sendiri. Tidak lagi berharap pada makanan ruji di negara orang. Cadangan saya kepada kerajaan, pelbagaikan insentif penyediaan makanan ruji kepada negeri- negeri yang sanggup mewartakan tanah negeri untuk industri makanan berskala besar dan memastikan keterjaminan makanan terus berada di paras yang terbaik. Pihak kerajaan melalui agensi perlu keluar daripada kepompong lama dalam merombak dasar kaedah dan perancangan penanaman makanan ruji secara kekal. Kita memiliki tanah. Pak Mat tanam cili beberapa pokok dan menjualnya harga sekilo RM10. Dapatlah Pak Mat bertahan untuk beberapa hari.

Saya juga ingin menyentuh insentif pertanian untuk golongan OKU yang juga perlu kita ambil perhatian. Kita selalu dengar banyak kisah golongan ini yang mengecap kejayaan. Sekiranya diberikan bantuan dan bimbingan sewajarnya, peluang untuk mereka pergi jauh pasti ada.

final • 2:31 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang Berhormat Padang Besar.

Boleh minta laluan?

final • 2:31 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Boleh.

final • 2:31 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu keterjaminan makanan ini, setuju tidak Yang Berhormat Padang Besar kalau kita kata benda ini masalah makanan yang tidak terjamin sekarang beras masalah sebagainya. Kita tukar nama kementerian ini Kementerian Pertanian dan Ketidakterjaminan Makanan. Setuju atau tidak?

final • 2:31 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Tidak setuju lah kot. Nakal dia orang ini. Okey, sekiranya diberikan bantuan, banyak peluang boleh dimanfaatkan. Cuma, dikhuatiri keluar dari mulut buaya, masuk mulut naga. Saya memuji juga Kerajaan Terengganu sendiri yang telah mengeluarkan beras sendiri, Beras Terengganu. Insya- Allah moga dapat dimanfaatkan oleh negeri lain.

Seterusnya saya ingin mengingatkan semua Ahli Parlimen terutama yang bergelar sebagai Menteri untuk memahami dan menelusuri konsep federalisme dalam Perlembagaan Negara. Tahniah kepada kementerian seperti MOTAC yang banyak membantu kami di Perlis. Tanpa rakyat siapalah kita yang berada di sini.

Dalam libat urus bersama APPJM SDG bersama Yang Berhormat Kota Belud baru-baru ini, kami sepakat dalam usaha menoktahkan kemiskinan peruntukkan Ahli Parlimen perlu diagihkan secara adil agar sampai kepada rakyat. Dalam kawasan kami juga ada pengundi di sebelah sana. Ingat semula laungan reformasi yang telah dilaungkan sebelum ini. Saya hanya cuba ingatkan, takut lupa.

Kemapanan Institusi Pendidikan TVET. TVET adalah satu bidang yang sangat penting dalam negara kita. Perlu diambil tindakan yang serius buat masa ini. Kita masih membicarakan tentang combustion engine sedangkan sekarang orang sudah bincang tentang electric vehicle . Insya-Allah penubuhan kolej komuniti di setiap kawasan Parlimen perlu diperhalusi. Setiap rakyat mempunyai hak untuk menerima pendidikan secukupnya sama ada secara percuma atau bayar.

Antara cara lain untuk mengeluarkan rakyat daripada kehidupan kemiskinan adalah dengan memberi pendidikan secukupnya kepada mereka. Itu lah cita-cita Padang Besar untuk memastikan semua rakyat mendapat pendidikan yang sempurna. Insya- Allah. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

final • 2:31 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Saya jemput Yang Berhormat Ranau.

final • 2:31 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana diberikan laluan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Kajian Separuh Penggal RMKe-12 ini.

Pertama saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah atas usaha-usaha Kerajaan Persekutuan untuk menyambung beberapa projek sambungan yang sedia ada dan dalam usaha untuk membuat permohonan baharu di setiap Wilayah Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Di bawah Kajian Separuh Penggal RMKe-12 ini, Kerajaan Madani atau Kerajaan Persekutuan komited untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM90 bilion setahun bagi tahun 2023 hingga tahun 2025.

final • 2:39 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Namun, persoalan yang terngiang-ngiang di fikiran kami khususnya bagi Sabah dan Sarawak ialah berapakah yang akan diperoleh oleh Sabah dan Sarawak daripada nilai RM90 bilion ini? Adakah hanya sekitar RM5 bilion atau RM6 bilion setahun sahaja seperti mana tahun-tahun sebelumnya? Jika sekitar RM5 bilion hingga RM6 bilion sahaja yang Sabah akan peroleh, maka saya melihat bahawa jurang perbezaan pembangunan antara wilayah akan tetap membengkak besar, lebih besar setiap tahun.

Saya pernah katakan di Dewan ini dulu, empat tahun atau lima tahun yang lalu mewajibkan inilah caranya Sabah dan Sarawak dilayan oleh Kerajaan Persekutuan.

Maka, dalam tempoh 100 tahun pun, Sabah dan Sarawak tetap kekal kurang serba-serbi dan sentiasa terkebelakang dengan rakan-rakan, sahabat-sahabat dan saudara-saudara kita di Semenanjung.

Saya mencadangkan agar pihak Kerajaan Persekutuan berlaku adillah kepada Sabah dan Sarawak yang selama ini telah menyumbang ratusan bilion kepada hasil negara melalui minyak dan gas. Saya cadangkan supaya daripada RM90 bilion yang dicadangkan untuk dibelanjakan kerajaan ini, 31 peratus daripada nilai ini diberikan kepada Sabah dan Sarawak bagi membantu pembangunan untuk kedua wilayah ini.

Asas untuk pembahagian ini ada logiknya jika kita mengambil kira bahawa pembahagian kerusi MP di negara ini yang mana sekurang-kurangnya, sepatutnya 31 peratus dari Sabah dan Sarawak. Kalau mahu yang lebih wajar ini kerana pemimpin- pemimpin kita pada masa lalu telah dijanjikan dengan janji yang manis, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, maka sepatutnya 50 peratus Semenanjung, 50 peratus Sabah dan Sarawak. Kalau sekiranya mahu yang lebih adil.

Cara tokok lama pembahagian dalam dana pembangunan kepada Sabah dan Sarawak setakat ini, saya melihat ia di bahagian peruntukan seperti ‘melepaskan batok di tangga’. Jika Sabah dan Sarawak benar-benar dianggap sebagai saudara dalam negara ini, kami layak dihargai dengan lebih adil dan saksama di dalam negara ini.

Acap kali kita mendengar Sabah ketinggalan serba-serbi, miskin, tidak sesuai untuk pembelajaran anak-anak Semenanjung di Sabah dan pelbagai lagi keluh kesah berkaitan prasarana pembangunan penduduk Sabah dan Sarawak yang dikatakan daif, ketinggalan atau mundur. Jawapan yang jelas kepada perkara ini adalah kerana dana peruntukan yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak selama ini sangat tidak adil, tidak sungguh-sungguh prihatin, tidak wajar diperlakukan sedemikian dan tidak berbaloi dengan sumbangan yang diberikan oleh Sabah dan Sarawak selama ini kepada pembangunan negara.

Belum terlambat rasanya Kerajaan Persekutuan yang ada, mengubah mindset dalam agihan peruntukan yang lebih adil kepada Sabah dan Sarawak. Janganlah berjanji kosong dengan kami. Ada yang berjanji langit dan bintang kepada rakyat Sabah sewaktu meraih undi. Namun, selepas kerajaan dibentuk, orang kata “habuk pun tarak”. Janji 50 peratus, hasil Sabah dikembalikan— dulu 50 peratus janji kembalikan kepada Sabah

final • 2:40 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

mana? Yang 40 peratus termaktub dalam Perlembagaan Negara. Sudah 60 tahun tidak pernah dilaksanakan untuk menyerahkan 40 peratus hasil kepada negeri Sabah ini.

Jadi, di mana janji yang telah dibuat yang termaktub di dalam Perlembagaan tidak dilaksanakan dengan tuntas oleh Kerajaan Persekutuan. Rakyat Sabah sesama Sabah kecam mengecam antara satu dengan yang lain, “jalan ke bulan”, Agong pun— Tuanku, Yang di-Pertuan Agong pun merasa “jalan ke bulan”, internet lidut-lah, tiada lampu, mati karan, jambatan bambu dan lain-lain. Serba terbatas pembangunan yang ada kerana dana yang diberikan kepada wilayah Sabah dan Sarawak ini tidak mencukupi dan sekadar hanya melepaskan batok di tangga.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh dua, tiga isu lain iaitu kawasan saya sendiri berkaitan, pertama, Jalan Miruru, Ranau, jalan Perancangan – Nalumad – Takutan. Kertas kerjanya sudah diberi, dari UPEN pun sudah diberi dan ada komen dikatakan sudah masuk RPT3, RMKe-12 2023 tetapi sehingga sekarang “habuk pun tara”.

Saya minta supaya KKDW membuat tindakan yang segara.

Kedua, Jalan Pinausok-Kundasang, Kouluan-Pinausok. Ini adalah daerah pelancongan. Jalan pun masih teruk. Sudah dikatakan masuklah di dalam siling— diberikan siling peruntukan bulan November 2023, dikatakan dari dulu sampai sekarang kita tidak melihat apa-apa.

Saya juga mahu menyentuh tentang jambatan yang dilawati oleh Baginda Tuanku sewaktu lawatan mereka ke Sabah baru-baru. Saya berterima kasih kerana Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mencemar duli melihat sendiri keadaan Sungai Liwagu di mana, jambatan menuju Kampung Lungkidau yang telah rosak teruk. Ini adalah kawasan saya.

Saya senang hati kerana Baginda Yang di-Pertuan Agong sendiri datang. Kenapa saya senang hati? Oleh sebab kita juga sudah berikan surat yang berkaitan dan anggaran perbelanjaan pun sudah kita berikan pada awal tahun ini, pada bulan Mac.

Sedangkan kerajaan yang lalu pun kita hantar surat. Kita tidak nampak apa-apa dibuat sehingga sekarang. Dengan lawatan Baginda Tuanku, saya rasa pada kali ini, Baginda Tuanku sendiri telah berpesan ketika berjumpa dengan pemimpin-pemimpin Sabah bahawa tindakan harus dibuat untuk menangani supaya pembinaan Jambatan Lungkidau ini dapat disegerakan. Banyak lagi isu-isu Tuan Yang di-Pertua, namun cukuplah sampai di sini dengan ini saya menyokong kajian separuh penggal yang ada.

Terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Ranau. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Besar.

final • 2:40 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera, selamat petang. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya Sungai Besar mengucapkan terima kasih atas ruang dan peluang kesempatan tujuh minit ini, pada petang ini untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, 2021-2025 di dalam Dewan yang mulia ini.

Setinggi tahniah dan terima kasih kepada kerajaan yang lepas yang sangat bersungguh membangunkan ekonomi, sosial, pendidikan dan kesejahteraan keharmonian rakyat dan paling hebat dalam keadaan sukar, dalam keadaan suram akibat pandemik COVID-19, Malaysia masih mampu mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.7 peratus dikira yang terbaik di Asia Tenggara pada waktu ini.

Sepatutnya Tuan Yang di-Pertua, pertumbuhan ini berkembang lebih baik lagi pada tahun-tahun berikutnya dan mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat, tetapi hari ini, rakyat merasai segala kepayahan, kesusahan akibat ekonomi yang semakin suram, ringgit yang semakin menjunam, pasaran saham yang semakin ketinggalan.

Peniaga informal dan mikro semakin terkesan dan segala kepayahan yang terpaksa dilalui oleh rakyat ini adalah kesan daripada ketidakmampuan kerajaan mengawal harga barang

final • 2:46 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

keperluan yang semakin meningkat, sukar diperoleh dan menghimpit kemampuan rakyat untuk membelinya.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, dalam tempoh dua tahun, KDNK mencatat pertumbuhan purata yang memberangsangkan bagi tempoh 2021/2022. Alhamdulillah, melebihi sasaran yang telah ditetapkan, sebanyak 31 peratus daripada 175 sasaran ditetapkan telah dicapai dan 59 peratus adalah mengikut jadual. Jelas, Tuan Yang di-Pertua tanpa perlu bersuluh, inilah pencapaian dan prestasi baik kerajaan terdahulu di bawah kepimpinan Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Bera pada tempoh yang lepas.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh beberapa perkara dalam Kajian Separuh Penggal iaitu membangunkan masyarakat inklusif dan lebih berdaya tahan dalam bidang keutamaan mencapai kesaksamaan outcome bagi bumiputera menerusi strategi memperkukuhkan pendidikan dan memperkasakan modal insan dengan meningkatkan penyertaan bumiputera dalam program profesional bertauliah.

Alhamdulillah dan tahniah. Kira-kira 20,901 orang peserta menyertai program Peneraju Tunas, Peneraju Skil dan Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) sehingga tahun 2022. Jelas sekali ini adalah pencapaian yang cukup besar serta berimpak tinggi yang dilaksanakan dalam tempoh kerajaan terdahulu.

Begitu juga dengan strategi meningkatkan kualiti program latihan kemahiran dalam bidang TVET— tadi Menterinya ada. Saya baru hendak bercakap ini.

final • 2:46 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Kita tahu ada program diploma vokasional yang telah diperkenalkan. Kita melatih tenaga mahir untuk negara bermula sejak tahun 2013. Sudah 10 tahun program ini dilaksanakan. Lebih 600 kursus jurusan kemahiran telah ditawarkan. Sebahagian besar telah mendapat akreditasi penuh daripada MQA. Maksudnya, kursus-kursus dan program yang telah dilaksanakan dapat pengiktirafan dan mendapat tauliah daripada MQA.

Berpuluh ribu, mungkin beratus ribu orang graduan vokasional yang terlatih yang mahir telah berjaya dikeluarkan.

Persoalannya, di manakah mereka? Adakah mereka berada di pasaran pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran mereka? Soalannya lagi, kenapa perlu beri kelulusan membawa warga asing ke negara ini untuk keperluan beberapa sektor? Di kolej komuniti khususnya, ramai dilahirkan profesional pakar dalam dandanan dan gunting rambut. Kebanyakannya anak Melayu. Kenapa masih lagi kononnya keperluan tukang gunting rambut warga asing untuk dibawa ke negara ini? Jadi, yang ini saya minta kepada Kementerian Sumber Manusia untuk memberi penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan TVET juga, kita hendak melihat betapa serius kerajaan untuk menyediakan prasarana TVET di sekolah menengah khususnya. Kita hendak beri peluang kepada pelajar-pelajar yang tidak cenderung dalam bidang akademik. Kita tahu, Tuan Yang di-Pertua, setiap tahun lebih 50,000 orang pelajar SPM menamatkan persekolahan tanpa sijil SPM kerana gagal dalam mata pelajaran Sejarah ataupun Bahasa Melayu.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengesyorkan, melalui RMKe-12, kita beri tumpuan penuh kepada pertambahan Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) yang menawarkan SKM Tahap 1, Tahap 2 kepada pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Kita beri peluang kepada pelajar yang tidak cenderung akademik untuk memasuki vokasional dalam waktu muda. Tidak dapat SPM tidak apa tetapi mereka mampu memperoleh SKM dan boleh bersaing di pasaran kerja berkemahiran.

Saya mencadangkan, Tuan Yang di-Pertua, melalui Bajet 2024 nanti dan pertambahan bajet RMKe-12, setiap sekolah menengah seluruh negara sekurang- kurangnya diwujudkan dua atau tiga buah kelas program vokasional seumpama ini ataupun kita kembalikan semula subjek mata pelajaran vokasional (MPV) di setiap sekolah. Tuan Yang di-Pertua, ini ialah waktu sistem pendidikan kita perlu berubah kepada sistem work-based, dengan izin, iaitu pendidikan berasaskan kerjaya.

final • 2:50 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Juga, ada satu lagi program berkaitan TVET iaitu program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) untuk pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 di bawah KPM. Kita mengharapkan perlu diperbanyakkan, perlu diperluaskan supaya mereka keluar pada usia 17 tahun nanti sudah memiliki kemahiran.

Tuan Yang di-Pertua, saya dari kawasan Sungai Besar, kawasan anjung Selangor, kawasan jelapang padi yang mana rata-rata rakyat terdiri daripada petani dan pesawah.

Mereka ini ialah lebih 200,000 orang pesawah seluruh negara yang setiap hari bergelumang dengan lumpur, pacat, lintah dan bermacam-macam semata-mata hendak menyumbang kepada Dasar Jaminan Makanan Negara.

Hari ini, Tuan Yang di-Pertua, para petani, para pesawah setiap hari keluh-kesah.

Hasil semakin kurang, kos semakin meningkat, sewaan semakin tingi, input pertanian seperti baja, harga racun terlalu tinggi langsung seolah-olah tidak diberi perhatian oleh kerajaan. Benih semakin mahal. Dapat rintihan daripada pesawah, benih tidak berkualiti, mahal pula itu. Kadang-kadang sukar diperoleh.

Baru sahaja pesawah tersenyum kerana subsidi naik daripada 390 ke 500 per tan, tidak lama kemudian muram semula kerana harga beras naik mendadak. Beras tempatan tiba-tiba hilang daripada pasaran. Saya mohon Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui agensi berkaitan ambil peduli, ambil cakna rintihan pesawah dan juga rintihan rakyat berkaitan harga beras yang sangat melambung tinggi.

Sedikit lagi, Tuan Yang di-Pertua. Sama juga dengan penanam-penanam kontan yang terpaksa menanam hasil-hasil sayuran, jagung dan timun. Apabila keluar hasil, diambil oleh orang tengah. Harganya lebih rendah daripada harga pasaran. Ada sesetengah penanam kontan tidak petik hasil kerana petik hasil sahaja tidak mampu hendak menampung upah pekerja. Kalau di ladang 70 sen, di pasar 40 sen. Saya mohon FAMA bangkitlah, bantulah penanam-penanam kontan ini supaya mereka boleh mendapat hasil yang sesuai dengan hasil kerja mereka.

Last sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh sedikit berkaitan hospital di kawasan saya iaitu Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam yang menjadi hospital utama bagi lebih 120,000 orang rakyat di dua Parlimen iaitu Parlimen Sabak Bernam dan Parlimen Sungai Besar. Saya mohon atas nama kesejahteraan kesihatan rakyat, hospital ini perlu dinaik taraf kepada hospital pakar ataupun dinaik taraf perkhidmatannya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

final • 2:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.

final • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang telah diberikan kepada saya untuk turut membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Pertamanya, sebagai Ahli Parlimen dari Pulau Pinang, saya berterima kasih atas pembentangan ini. Pada masa yang sama, saya ingin melontarkan beberapa soalan kepada menteri-menteri berkenaan terutamanya Menteri Sumber Asli berkenaan dengan projek tebatan banjir, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang di mana pada asalnya di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh, projek itu telah diumumkan dengan belanja sebanyak RM600 juta. Kemudiannya, diumumkan sekali lagi di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dengan jumlah anggaran perbelanjaan sebanyak RM150 juta.

Cumanya, Tuan Yang di-Pertua, sehingga hari ini kita lihat bahawa di kawasan Jelutong, di kawasan Sungai Pinang...

final • 2:55 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong.

final • 2:55 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Perkara ini...

final • 2:55 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Jelutong, Tan Sri, Tan Sri.

final • 2:55 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker.

final • 2:55 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tan Sri Speaker.

final • 2:55 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Baik, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, projek ini— maafkan saya, Tuan Yang di-Pertua. Projek ini tidak dilaksanakan lagi. Saya cuma ingin mengangkat perkara ini kepada menteri berkenaan dan kerajaan untuk memastikan bahawa projek ini diberi perhatian dan dilaksanakan dengan segera kerana baru-baru ini pun apabila berlakunya hujan lebat, banjir kilat telah berlaku di Jalan P. Ramlee, di Dato’ Keramat dan perkampungan-perkampungan yang berdekatan.

Pada masa yang sama, saya berterima kasih kepada kerajaan, kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, khususnya juga kepada Menteri Pengangkutan yang telah mengusahakan projek LRT di Pulau Pinang dan juga projek peluasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang adalah sesuatu yang telah ditunggu oleh rakyat Pulau Pinang untuk masa yang begitu lama. Kita bersyukur dan berterima kasih. Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga kepada Menteri Pengangkutan, kepada kerajaan atas pengumuman projek ini iaitu Projek Transit Aliran Ringan yang saya jangka akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang dan juga peluasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Pada masa yang sama, saya juga ingin berterima kasih kepada kerajaan yang telah mengumumkan, yang telah memperkenalkan empat buah feri baharu untuk membantu rakyat di Pulau Pinang yang berulang alik dari Seberang Perai ke Pulau Pinang dan Pulau Pinang ke Seberang Perai kerana kesemua feri ini dapat sedikit sebanyak mengembalikan nostalgia feri yang lama.

Pada masa yang sama, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa kepada perhatian Dewan yang mulia ini bahawa mantan ahli— sorry, mantan Menteri Kewangan.

Saya minta maaf. Mantan Menteri Kewangan iaitu Yang Berhormat Bagan ketika beliau menjadi Menteri Kewangan telah mengumumkan sebanyak RM30 juta akan diberikan kepada Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dengan syarat perkhidmatan feri lama itu dikekalkan. Perkara ini juga telah diumumkan kembali, disahkan kembali oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan ketika di bawah kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Yang Berhormat Pagoh.

final • 2:55 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Cuma, permintaan saya adalah bolehkah sekurang-kurangnya feri yang lama – satu atau dua feri yang ramai itu diperbuat yang baharu dan diperkenalkan semula kerana Tuan Yang di-Pertua sedia maklum, rata-rata yang datang ke Pulau Pinang ini akan selalunya berkunjung untuk merasakan pengalaman untuk menaiki feri yang lama. Itu adalah permintaan saya.

Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, saya amat berterima kasih di atas pengumuman yang telah dibuatkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan MITRA. Cuma permintaan saya berkenaan MITRA adalah supaya cara pengagihan dana itu dibuat dengan cara yang lebih transparent, yang lebih ikhlas, yang lebih telus dan banyak lagi Ahli-ahli Parlimen turut serta untuk melibatkan diri untuk memastikan sasaran itu tercapai.

Permintaan saya adalah juga saya difahamkan ada juga ramai pelajar-pelajar India –lebih kurang 30 orang yang telah mencapai pencapaian yang cemerlang yang memohon untuk mendapat kedudukan tempat di universiti tempatan untuk jurusan belajar sebagai seorang doktor. Saya juga memohon supaya Kementerian Pendidikan Tinggi memberi perhatian kepada perkara itu.

final • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pada masa yang sama, saya di sini amat prihatin bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mempunyai tugas yang begitu mencabar. Di akhir-akhir ini terdapat pelbagai pihak yang cuba untuk mengucar-ngacirkan pentadbiran, mengganggu pentadbiran beliau dan juga menyebabkan keadaan dan suasana politik yang tidak begitu tenteram.

Akan tetapi, saya di sini kagum dengan kunjungan yang dibuat oleh salah seorang pelakon terkenal daripada India iaitu superstar Rajinikanth kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ulasan yang dibuat oleh Rajinikanth, beliau kagum dengan cara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melaksanakan tugasan beliau sebagai seorang Perdana Menteri di mana beliau membela rakyat yang susah.

Rajinikanth juga begitu kagum dengan permulaan kerjaya sejarah politik bermula daripada masa reformasi sehingga lah sekarang. Gelaran “Thailaiva” yang diberikan kepada Rajinikanth itu saya rasa sepatutnya juga diberikan juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Boleh kita mula menggelar beliau sebagai “Thailaiva” juga.

Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan juga ucapan takziah. Ini adalah daripada hati, sanubari saya.

final • 3:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Mintak.

final • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Pendang saya tidak bagi. Minta maaf. No,no,no.

final • 3:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Mintak maaf –fasal MITRA.

final • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya hendak landing.

final • 3:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

MITRA, orang India ini.

final • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bila saya habiskan saya bagi.

final • 3:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Fasal MITRA, MITRA, MITRA.

final • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak habiskan dahulu baharu saya bagi.

final • 3:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Saya hendak bela orang India ini.

final • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada Almarhum Datuk Seri Salahuddin bin Ayub atau saya selalu menggelarnya sebagai abang Salahuddin, mantan Ahli Parlimen Pulai.

Pemergian beliau secara mengejut mengingatkan saya tentang betapa pentingnya dalam perjuangan politik ini kita ada rakan-rakan karib yang boleh berdiri bersama-sama kita. Pantun yang saya hendak ucapkan atau saya hendak kongsi di sini adalah– Naik pesawat ke bukit tinggi, Baru berangkat berdoa dalam hati, Jauh di mata dekat di hati, Itulah tanda persahabatan sejati. Saya memberikan pantun ini kerana dewasa ini ada ahli-ahli politik, Ahli-ahli Parlimen yang berani melontarkan perkataan hipokrit kepada kita apabila telah bersama- sama kita dalam perjuangan ini selama lebih kurang lima, enam tahun.

Saya hendak tanya ada Ahli-ahli Parlimen atau mantan Perdana Menteri yang berani mengeluarkan perkataan pendatang kepada kita? Yang berani meminta supaya sekolah-sekolah aliran Tamil dan aliran Cina diharamkan. Akan tetapi Ahli Parlimen ini melontarkan perkataan hipokrit terhadap kita. Apakah Ahli Parlimen ini berani bertanya perkara yang sama kepada mantan Perdana Menteri yang mahu sekolah-sekolah aliran Tamil, sekolah-sekolah aliran Cina diharamkan?

final • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ada juga Ahli-ahli Parlimen yang telah menyebabkan Langkah Sheraton seperti Yang Berhormat Pagoh. Apakah respons Yang Berhormat Ahli Parlimen ini? Adakah beliau berani panggil Yang Berhormat Pagoh sebagai seorang hipokrit?

Ada juga seorang Ahli Parlimen yang selalu menghasut rakyat untuk menjatuhkan kerajaan ini tetapi Ahli Parlimen ini daripada Muar. Berani memanggil kita sebagai hipokrit.

Sepatutnya beliau menggelar.

final • 3:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Jelutong.

final • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau betul-betul berani – saya tidak bagi jalan.

final • 3:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Bagi lah.

final • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No,no saya tidak bagi jalan.

final • 3:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ini untuk MITRA.

final • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tidak bagi jalan.

final • 3:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Orang India ini, duit MITRA pergi mana habis.

final • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

MITRA sudah habis. Saya sudah landing, saya sudah landing.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong.

final • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau betul pemergian- pemergian abang Salahuddin ini menyebabkan kita betul-betul merasakan bahawa dalam perjuangan politik ini kita perlukan rakan-rakan karib yang begitu bersemangat bersama- sama kita.

Jangan sekali-kali kita berlaku seperti Ahli Parlimen Muar yang melupakan jasa Pakatan Rakyat, jasa Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan, jasa jentera Harapan yang membantu beliau memenangi pilihan raya di Muar.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masa,masa.

final • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya mohon menyokong.

Sekian, terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 3:00 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya memanjangkan rasa kesyukuran pada Allah SWT kerana diberi peluang untuk Kuala Krai serta dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 pada hari ini 14 September 2023 di Dewan yang mulia ini. Tentunya perbahasan saya pada hari ini bagi mewakili rakyat saya di Kuala Krai yang saya kasihi.

Tuan Yang di-Pertua, pembentangan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 11 September 2023 yang lalu tentunya dipenuhi dengan janji-janji mulut dan manis.

Namun perlu diingatkan sebagai mana janji-janji sebelum menjadi kerajaan yang akhirnya sehingga sekarang masih belum tertunai. Malah, lebih teruknya seakan tidak mampu untuk ditunaikan.

Tentunya janji minyak turun yang diulang-ulang beberapa kali sehingga kini masih tidak muncul lagi walaupun disebut bahawa itu janji lama. Akan tetapi ucapan pada 17 Julai 2022 dalam Kongres PKR ke-16 masih terngiang-ngiang di telinga kita. Malah,

final • 3:06 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

manifesto yang menjadi tunjang utama sesebuah kerajaan yang menang atas janji tersebut pun dilanggar dan entah ke mana kesudahannya.

Misalnya, janji peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti termasuk pembangkang sehingga kini tidak dinoktahkan. Berbagai-bagai alasan diberikan kena ada perjanjian dan sebagainya.

Untuk rekod Kelantan, Kedah dan Perlis yang merupakan negeri-negeri Perikatan Nasional telah mengumumkan pemberian peruntukan yang sama kepada semua ADUN termasuk pembangkang sebaik sahaja kerajaan terbentuk.

Untuk rekod Dewan yang mulia ini pada zaman PH 1.0 iaitu lah tahun 2018-2019, peruntukan diberikan kepada pembangkang sebanyak RM100,000 .Diikuti Perikatan Nasional sebanyak RM300,000 dan PM ke-9 ataupun Kerajaan Keluarga Malaysia sebanyak RM3.8 juta dengan termaterinya MoU untuk kestabilan kerajaan di waktu itu.

Akan tetapi kini PH 2.0 ataupun PH-BN tiada satu sen pun peruntukan disalurkan kepada Ahli Parlimen Pembangkang atas alasan perlu kepada rundingan. Soal saya rundingan apa yang diperlukan?

Ini kerana kerajaan campuran hari ini mempunyai dua per tiga majoriti sebelum Yang Berhormat Muar menarik sokongan berbanding sewaktu PM ke-9. Sedangkan kerajaan ini dicanangkan sebagai Kerajaan Madani yang tertubuh atas perjuangan reformasi yang begitu panjang.

Apakah menafikan hak dan membiarkan janji manifesto adalah Madani? Nabi bersabda [Membaca sepotong Hadis] . “Orang Islam itu terikat dengan syarat ataupun janji nya”. Adakah bentuk pemerintahan seperti ini selaras dengan perjuangan reformasi atau adakah kerajaan hari ini mengulangi Kerajaan BN terdahulu yang ditentang habis-habisan oleh pemimpin yang menerajui kerajaan pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya meneliti dokumen KSP ini dan menaruh rasa kebimbangan adakah kerajaan mampu melaksanakannya?

final • 3:06 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Dokumen yang baik, perlu disokong oleh kehendak dan kesungguhan pihak terlibat, disertakan dengan pelaksanaan yang serius serta telus. Saya ingin memaklumkan bahawa di bawah sana, pastinya menjadi kebimbangan kepada rakyat terbanyak apabila sekali lagi pelbagai insentif yang digariskan akan menjadi sebuah retorik serta halwa telinga semata-mata. Orang kata akan menggelarkan nanti ‘lepak’. Ini bukan sahaja melibatkan kebimbangan rakyat tetapi pelabur juga masih tidak yakin dengan kerajaan hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, lebih memberikan kenaikan harga barang-barang keperluan asas seperti beras, gula, telur dan minyak masak, seakan tidak terbendung. Terbaru, beras tempatan dikatakan hilang dalam pasaran sebagaimana telur dan ayam sebelumnya. Kita nak jadi negara apa ini sebenarnya?

Menteri membuat kenyataan seolah-olah tiada isu di bawah sana. Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri Keterjaminan Makanan, adakah beliau tidak turun padang melihat sendiri kesengsaraan rakyat? Jangan turun dengan karpet merah, tak akan jumpa permasalahannya.

Tuan Yang di-Pertua, seluruh Malaysia dan dunia digegarkan dengan isu perundangan yang tempang di Malaysia apabila beberapa kes yang menjadi keutamaan tiba-tiba dibuang begitu sahaja. Apa sahaja alasan yang diungkapkan, ternyata kes-kes ini adalah memberi petunjuk kepada seantero dunia bahawa Malaysia kembali mengundur ke belakang dalam isu perundangan negara. Ternyata, laungan reformasi yang menjadi siulan dan harapan seluruh rakyat, benar-benar menjadi ‘reformati’ ataupun nasi basi di saat sambutan ulang tahunnya yang ke-25.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kerangka Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, antara 17 anjakan dan 71 strategik yang digariskan ialah berkaitan dengan perumahan rakyat. Saya ingin menarik perhatian tentang saiz rumah yang disediakan kepada rakyat seperti rumah PPR yang terlalu kecil sekitar 800 kaki persegi

final • 3:10 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

dan juga rumah PPRT sekitar 700 kaki persegi. Saya ingin mencadangkan agar dapat dikaji balik saiz rumah tersebut supaya penghuni dapat hidup dengan lebih selesa, khususnya yang mempunyai anak yang ramai.

Pihak kementerian berkaitan boleh belajar dengan pihak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang membina rumah mengikut saiz keluarga. Ada yang dibina tiga buah bilik dan yang paling besar ialah lima bilik. Satu lagi cadangan saya ialah bagi rumah PPR yang dibina melebihi tiga tingkat termasuklah ground floor, mestilah mempunyai lif kerana sekarang ini saya difahamkan, empat tingkat tidak termasuk ground floor barulah ada lif.

Tuan Yang di-Pertua, dalam pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 ini, Kelantan diumumkan untuk mendapat beberapa projek antaranya ialah menaik taraf Lebuhraya Timur – Barat dari Gerik ke Jeli. Namun, saya mencadangkan agar lebuh raya baharu dapat dibina menghubungkan Gerik ke Jeli, terus ke Pasir Puteh dan bersambung ke LPT di Gemuruh, Terengganu.

Kelantan sepatutnya diberikan tumpuan khusus bagi tujuan di atas bagi membolehkan Kelantan menikmati pembangunan dan kemajuan setara dengan negeri- negeri lain di Malaysia ini. Saya amat mengharapkan agar hak royalti petroleum dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan.

Begitu juga, saya mengharapkan agar hasil nadir bumi (REE) dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan. Saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah perancangan dan strategi kerajaan dalam membantu negeri-negeri terutama Kelantan dan Kedah bagi menyediakan fasiliti keberkaitan Rare Earth Elements (REE) yang akhirnya rakyat yang akan menerima manfaat?

Saya memohon agar hasil bumi rakyat Kelantan tidak lagi dirompak tanpa diberikan hak yang sepatutnya kepada rakyat Kelantan. Oleh itu, menoktahkan kemiskinan tegar haruslah dilihat dari sudut pandang yang luas dan menyeluruh.

Tuan Yang di-Pertua, ada sedikit lagi. Minta laluan sedikit lagi. Selain kelulusan projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Labok, Machang, saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan dapat meneliti untuk membina sebuah empangan iaitu Empangan Lebir. Kepalanya berada di jajahan Gua Musang dan ekornya berada di dalam Kuala Krai. Keperluan empangan ini selain daripada mendapat menjana kuasa, ia akan menjadi penghalang banjir di Kuala Krai dan sudah tentu akan menyediakan air jernih yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat seluruhnya.

Akhir Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat yang mengundi dalam pilihan raya di enam buah negeri baru-baru ini. Kelantan, Terengganu dan Kedah dapat mengekalkan pentadbiran masing-masing dengan peningkatan undi yang amat ketara. Malah, pertambahan kerusi di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan kepada Perikatan Nasional menunjukkan satu anjakan paradigma yang disuarakan terutama oleh anak muda.

Alhamdulillah, tentunya di Kuala Krai sendiri berjaya mengekalkan keempat- empat DUN nya dengan peningkatan undi yang sangat tinggi. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan jazakumullah khairan kepada semua pengundi. Ternyata, anak muda bersama kita. Kenyataan kawan-kawan di sebelah sana yang merendahkan dan memperlekehkan undi daripada anak muda, apabila anak muda tidak memberi sokongan kepada mereka. Semestinya ini adalah penghinaan yang tidak boleh diterima oleh semua pihak, terutamanya anak-anak muda semua.

Pantun yang terakhir Tuan Yang di-Pertua– Indah semerbak bau setanggi, Harumnya terkenang sampai mati, Undi anda kami sanjungi, Terima kasih seikhlas hati. Akhirnya, saya mengucapkan sekalung tahniah kepada sahabat saya daripada Yang Berhormat Muar yang mempertahankan prinsipnya, tidak sebagaimana yang masih duduk di sebelah sana dalam keadaan mereka bersama-sama menyanyikan “Hoi Ya Hoi”

final • 3:10 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

sebelum PRU Ke-15 baru-baru ini. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Yang Berhormat Tampin. Silakan.

final • 3:10 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memulakan perbahasan dengan serangkap pantun dengan mencerminkan iltizam kerajaan menerusi Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 ini.

Negara Malaysia maju sentosa, Didiami penduduk berbilang bangsa, Perpaduan rakyat agenda bersama, Pembangunan dikongsi rakyat jelata. Tuan Yang di-Pertua, secara dasarnya, kita perlu memperakui bahawa Rancangan Malaysia Ke-12 yang telah dibentangkan pada 27 September 2021 menunjukkan perkembangan positif setakat ini. Antaranya, pertumbuhan KDNK yang melebihi sasaran awal, Indeks Kesejahteraan Rakyat yang meningkat dan kedudukan ke- 38 dalam sub indeks kecekapan kerajaan.

Saya fikir adalah wajar untuk kita memberi penghargaan kepada Yang Berhormat Bera, selaku Perdana Menteri Ke-9 atas kepimpinannya mengetuai kerajaan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, menyedari hakikat bahawa Malaysia tidak terlepas daripada cabaran ekonomi global dan geopolitik yang semakin menekan, kita sememangnya perlu memberi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Tambun dan pihak kerajaan kerana tampil dengan anjakan baharu menerusi Kajian Separuh Penggal ini. Perkara ini secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa kerajaan pada hari ini tidak sesekali berasa selesa dengan pencapaian yang di kecapi oleh negara.

Sungguh pun begitu, kita juga perlu memperakui bahawa dokumen KSP ini masih belum sempurna dan mempunyai kelompangannya yang tersendiri.

Tuan Yang di-Pertua, keseimbangan pembangunan antara bandar dan luar bandar amat penting untuk memastikan pengagihan peluang dan hasil yang lebih saksama. Keseimbangan pembangunan khususnya negara membangun seperti kita adalah dituntut kerana itulah prasyarat yang membolehkan Malaysia mencapai status negara maju.

Umum mengetahui Malaysia sudah melalui 11 fasa pelan jangka sederhana.

Namun, jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar masih kelihatan. Kawasan luar bandar yang meliputi hampir 75 peratus daripada keseluruhan keluasan negara, masih lagi terhad dari sudut pengaksesan infrastruktur asas.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlanjutan kerana masyarakat luar bandar juga turut berperanan sebagai penyumbang kepada KDNK negara. Masyarakat luar bandar, khususnya di Tampin begitu mendambakan pembangunan supaya mereka juga berpeluang untuk memperoleh pendapatan yang lebih baik.

Justeru itu, saya menggesa kerajaan merangka suatu dasar yang boleh menoktahkan ketidakseimbangan pembangunan dan ekonomi antara bandar dan luar bandar. Peluang-peluang pekerjaan baharu perlu diwujudkan di kawasan luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, peranan kerajaan menerusi FELDA dalam meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat luar bandar dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum, tidak boleh dinafikan. Saya menyambut baik hasrat murni kerajaan yang memperkenalkan insentif khas Sumbangan Kesihatan Rahmah sebanyak RM300 kepada peneroka yang berumur 65 tahun ke atas menerusi KSP ini. Begitu juga dengan tekad kerajaan untuk membina sebanyak 12 buah pusat hemodialisis di semua kawasan FELDA.

final • 3:15 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Inisiatif ini secara tidak langsung telah menjadi pelengkap kepada kebertanggungjawaban kerajaan terhadap nasib peneroka khususnya generasi pertama.

Bagi peneroka generasi kedua pula, isu mustahak yang masih menghantui golongan berkenaan sejak 10 tahun lalu adalah berkenaan tempat tinggal ataupun perumahan.

Pelbagai kaedah juga telah dilakukan sebelum ini seperti pembentangan Kertas Putih FELDA termasuklah pengumuman pengenalan semula konsep bina sendiri semasa RMKe-12 ini dibentangkan.

final • 3:15 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Namun pendekatan yang sudah dilaksanakan seolah-olah menemui jalan buntu dan tidak membantu generasi kedua untuk memiliki rumah kediaman mereka sendiri.

Saya berharap supaya kerajaan mempertimbangkan supaya Akta Penempatan Berkelompok 1960 dapat dipinda dengan secepat yang mungkin dengan kaedah tersebut generasi kedua boleh membina rumah mereka sendiri tanpa melibatkan perbelanjaan besar yang perlu ditanggung oleh kerajaan.

Selain itu, saya juga menggesa pihak kerajaan supaya memberikan penekanan sewajarnya terhadap projek-projek perumahan generasi baharu FELDA yang terbengkalai. Saya percaya kebijaksanaan Kerajaan Perpaduan pada hari ini mampu berbuat demikian dan mengembalikan keyakinan orang Melayu yang menduduki tanah rancangan ini.

Tuan Yang di-Pertua, melalui anjakan besar pembudayaan masyarakat Madani yang berlandaskan maqasid syariah, prinsip akhlak dan kerohanian dalam perkhidmatan awam serta pendidikan. Begitu juga dengan tekad kerajaan untuk memperkukuh negara sebagai Pusat Kewangan Islam Global menerusi KSP ini. Saya berpendapat sudah tiba masanya kerajaan menyemarakkan kembali Dasar Pendidikan Tahfiz Negara yang pernah dilancarkan oleh Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri Keenam pada tahun 2016.

Penghargaan harus diberikan kepada Yang Amat Berhormat Bagan Datuk selaku Pengerusi Jawatankuasa Projek Khas Huffaz Profesional kerana berjaya memastikan Pelan Tindakan DPTN 2.0 dapat dilancarkan pada Mac yang lalu. Saya difahamkan sebanyak tujuh modul yang signifikan telah dibangunkan menerusi dasar tersebut bagi merealisasikan agenda melahirkan generasi huffaz profesional. Kesinambungan kepada DPTN adalah sangat dituntut supaya peranan dan kedudukan Al-Quran terus memainkan peranan penting dalam pembangunan Malaysia Madani.

Bagi meraikan lulusan Maahad Tahfiz yang istiqamah berjuang untuk meneruskan pemeliharaan Al-Quran saya mencadangkan supaya DPTN 2.0 dibentangkan di Parlimen. Sesungguhnya Dasar Pendidikan Tahfiz ini berupaya meningkatkan kefahaman terhadap Islam sekali gus dapat menolak golongan yang mengamalkan ekstremisme dan menggunakan label Islam sebagai alat demi kepentingan.

[Tepuk] . Selain daripada itu saya juga bercadang supaya Parlimen Tampin dijadikan sebagai Taman Ilmu Islam kerana terdapat Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan, MRSM Ulul Albab Gemencheh, Maahad Abadi Gemencheh dan pondok-pondok tahfiz.

Cadangan ini sangat boleh dilaksanakan sekiranya kerajaan bersetuju membina sebuah universiti yang berteraskan pengetahuan agama Islam di Tampin.

Tuan Yang di-Pertua, isu kos sara hidup merupakan masalah mendesak yang perlu ditangani oleh kerajaan bagi membolehkan rakyat menikmati kehidupan lebih bermaruah meskipun kos sara hidup kita adalah yang terendah di peringkat global dan berada di kedudukan 107 berbanding negara lain namun keadaan poket rakyat amat meresahkan. Justeru itu saya menyambut baik tekad kerajaan untuk memperhalusi mekanisme penyampaian subsidi bersasar sebagai satu anjakan utama ekonomi Madani.

Penstrukturan semula subsidi elektrik, diesel dan petrol serta bantuan socialize sememangnya perlu dilakukan untuk memastikan nasib rakyat yang tidak bernasib baik mendapat pembelaan sewajarnya. Saya amat bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Titiwangsa supaya kerajaan menghentikan blanket subsidy dan

final • 3:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

menggantikannya dengan pengagihan tunai kepada golongan sasaran. Tindakan ini secara tidak langsung mampu untuk menghentikan masalah berkaitan penyeludupan dan penyelewengan subsidi.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya selaku ahli UMNO dan Ahli Parlimen UMNO ulasan saya sangat mudah dan pendek sahaja berkenaan segala pendakwaan politik dan ujian yang dihadapi oleh Yang Amat Berhormat Bagan Datuk sejak tahun 2018 yang lalu.

Itulah harga yang perlu dibayar oleh seorang pemimpin yang sanggup dan berani berdepan dengan risiko demi menyelamatkan parti UMNO daripada dibubarkan.

Di kesempatan ini saya juga mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Negeri Sembilan yang telah memilih Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Yang Berhormat Jelebu, Barisan Nasional Pakatan Harapan dengan hebat dan dahsyatnya telah mempertahankan Negeri Sembilan daripada gelombang yang melanda.

[Tepuk] Keputusan tersebut telah membuktikan bahawa UMNO kekal relevan dan lebih diterima di Negeri Sembilan berbanding Perikatan Nasional.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya diharapkan dan kita berdoa agar Kerajaan Perpaduan hari ini terus fokus membantu masyarakat dan dijauhi daripada kerengga- kerengga yang mengganggu kestabilan negara.

[Tepuk] Sekian sahaja daripada saya setakat ini.

final • 3:20 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Pantun, pantun.

final • 3:20 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Besarlah harapan saya agar segala pandangan dan cadangan diberikan sebentar tadi dapat perhatian kerajaan. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

final • 3:20 PM

Seorang Ahli

Hidup kerengga.

final • 3:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Tampin. Saya jemput Yang Berhormat Labuan.

final • 3:20 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang untuk turut serta membahaskan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada hari Isnin yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Tambun telah menyatakan dalam ucapan beliau bahawa sebelum tahun 2020, KDNK menguncup pada kadar negatif 5.5 peratus. Namun pada tahun 2020, KDNK meningkat pada kadar 3.3 peratus walaupun pada ketika itu negara masih berdepan dengan wabak COVID-19. Manakala dalam tempoh tahun pertama RMKe-12 yakni pada tahun 2021 hingga 2022 negara telah mencatat pertumbuhan purata KDNK sebanyak 5.9 peratus.

Yang Amat Berhormat Tambun juga turut menyatakan bahawa 31 peratus daripada 175 sasaran telah dicapai manakala 59 peratus adalah mengikut jadual. Jika diteliti Kajian Separuh Penggal ini sebagaimana data-data yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Tambun sehingga tahun 2022 ianya jelas membuktikan bahawa kepimpinan Perikatan Nasional telah berjaya meletakkan fundamental ekonomi yang kukuh buat negara hasil daripada perancangan teliti berasaskan kepada Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Oleh yang demikian, maka tidak salahlah apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin bahawa tiada siapa yang boleh menafikan kejayaan Perikatan Nasional semasa menjadi kerajaan dan mentadbir negara.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Tambun telah menyentuh tentang hasrat beliau untuk menoktahkan kemiskinan tegar, menyelesaikan keperluan asas rakyat, menjamin bekalan air bersih serta menerajui ekonomi Islam. Saya berdoa semoga hasrat Yang Amat Berhormat Tambun ini tercapai. Walau bagaimanapun, saya ingin bertanya bagaimanakah caranya Kerajaan Madani yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Tambun yakin dan mampu dapat menoktahkan kemiskinan tegar pada hujung

final • 3:24 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

tahun ini memandangkan kita cuma ada beberapa bulan sahaja. Jika boleh ia dilaksanakan saya memohon supaya Labuan dijadikan sebagai kawasan kaji uji fasal penduduk Labuan sangat sedikit. Penduduk miskin tegar pun mungkin setakat anak ribu sahaja jadi boleh dijadikan sebagai kawasan uji kaji.

Kedua, bercakap mengenai menjamin bekalan air bersih. Tuan Yang di-Pertua, saya sudah berucap dua kali rasanya di Dewan yang mulia ini bahawa bekalan air bersih ini berlarutan dideritai oleh rakyat bukan sahaja di Labuan juga di negeri Sabah. Kalau Tuan Yang di-Pertua lihat baru-baru ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Jelajah Borneo daripada Tawau hinggalah ke Kuching rata-rata rakyat Sabah menjerit melaungkan masalah bekalan air bersih, bekalan elektrik yang blackout berkali-kali dalam setiap minggu.

Perkara ini sudah pun berlarutan bukan baru, puluhan tahun. Jadi saya terpanggil untuk melihat bagaimanakah caranya Kerajaan Madani ini menangani masalah yang gagal ditangani sebelum ini oleh kerajaan-kerajaan yang mentadbir negara kita kerana ini masalah sangat penting untuk diselesaikan demi rakyat yang mengundi kami.

final • 3:24 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Saya juga terpanggil untuk menyentuh tentang masalah bekalan elektrik. Pada tahun ini, saya berada di Kota Kinabalu. Tiba-tiba blackout satu Sabah, satu Sabah. Tidak terkecuali lapangan terbang, tidak terkecuali hospital sehinggakan menimbulkan kemarahan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Saya melihat tidak ada penyelesaian dalam tempoh terdekat yang boleh dikemukakan oleh pihak SESB atau pun Tenaga Nasional. Jadi, saya mohon supaya apa yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu menerokai teknologi termaju supaya ia dilaksanakan secepat mungkin.

Apakah dia? Saya terbaca di artikel di Sabah bahawa Kabinet Negeri Sabah telah bersetuju mencadangkan supaya kerajaan atau pun TNB atau pun SESB menerima pakai teknologi termaju yang ditawarkan oleh satu syarikat dari Turki bernama Karpowership yang mana boleh menjana kuasa dalam tempoh 90 hari setelah ia diberikan kebenaran dan boleh membekalkan sehingga 250 megawatt.

Tuan Yang di-Pertua, jika ini dapat dipertimbangkan oleh kepimpinan Yang Amat Berhormat Tambun, saya rasa masalah elektrik Sabah dan Labuan akan dapat diselesaikan kurang daripada enam bulan tetapi jika kita memilih secara konvensional, IPP biasa, pendekatan yang dilakukan sekarang ini oleh SESB atau Tenaga Nasional, maka lima tahun akan datang pun tidak akan selesai masalah elektrik dan juga bekalan air.

Isu terakhir Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menggulung. Kesimpulan saya, saya ada satu isu yang paling penting yakni berkaitan elaun imam dan bilal. Saya baru menerima kompelin bahawa mereka ini dibayar di bawah paras gaji minimum RM1,500.

Imam dibayar RM750 dan bilal dibayar RM650. Saya mohon Tuan Yang di-Pertua supaya kerajaan mengkaji semula bayaran elaun imam ini sekurang-kurangnya RM1,500 untuk bilal, RM1,800 untuk imam. Sekiranya kita kekalkan, bermakna kerajaan tidak melaksanakan Dasar Gaji Minimum yang dilaung-laungkan selama ini.

Akhir kata daripada saya Tuan Yang di-Pertua, pada pandangan peribadi saya selaku Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, nawaitu Yang Amat Berhormat Tambun dalam usaha menambah baik tadbir urus negara, meningkatkan sumber pendapatan negara serta rakyatnya dan memartabatkan tata kelola, saya doakan semuanya tercapai.

Namun untuk permulaan yang baik, berlaku adillah sesama manusia, apatah lagi saudara seagama.

Justeru, dalam kita membahaskan KSP RMKe-12 ini, saya mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kesepuluh dan Yang Berhormat Kewangan supaya meluluskan peruntukan Ahli-ahli Parlimen Pembangkang demi membantu rakyat di mana kami dipilih selaku wakil rakyat. Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Saya jemput Yang Berhormat Gopeng.

final • 3:30 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam membahaskan usul Kajian Separuh Penggal bagi RMKe-12.

Sebelum saya masuk ke dalam ucapan saya, saya ingin menyatakan setinggi- tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Tambun dan juga Kementerian Ekonomi dan juga kepada seluruh penjawat-penjawat awam yang bertungkus-lumus dalam menyediakan sebuah dokumen yang cukup komprehensif dan lengkap bagi rujukan kepada semua Ahli Parlimen dalam Dewan ini dan Senator di Dewan Negara nanti supaya memastikan keberkesanan pelaksanaan RMKe-12 dan juga memastikan kelangsungan pelaksanaan RMKe-12.

Saya tidak membakulsampahkan dokumen ini tetapi saya pergi setiap muka surat untuk membaca dan tidak memilih cara untuk berpolitik dalam Dewan ini...

[Tepuk] Saya berasa syukur kerana dalam mendepani pelbagai cabaran, Kerajaan Perpaduan selain memastikan kelangsungan pelaksanaan RMKe-12, turut memperkenalkan lima jenis industri high growth, high value (HGHV) bagi membolehkan lonjakan kepada negara kita, sebanyak 46 inisiatif baru yang diperkenalkan dalam KSP RMKe-12.

Dalam kesemua inisiatif ini, saya memilih satu HGHV iaitu HGHV yang berasaskan kepada industri teknologi dan digital dan saya akan memberikan cadangan dalam isu pembangunan masyarakat Orang Asli dan juga saya akan sentuh tentang isu pembangunan di Kawasan Parlimen Gopeng.

Pertama, industri HGHV yang berasaskan teknologi digital. Salah satu- rangka kerja pemangkin utama yang menaikkan siling demi melonjakkan daya tahan ekonomi merupakan melalui pemerkasaan PMKS yang berintensif teknologi dan pembangunan teknologi dan digital. Perkara ini tidak diberikan penekanan pada awal pelaksanaan RMKe-12 dan saya jangka tambahan siling RMKe-12 sebanyak RM15 bilion itu akan memanfaatkan industri ini.

Untuk memastikan pembangunan dalam sektor ini, kerajaan perlu memastikan struktur semula ekosistem dikemaskinikan semula kerana buat masa ini terdapat banyak agensi di bawah ekosistem tersebut dengan pelbagai kementerian dan GLC termasuk KKD, MOSTI, MOF, KUSKOP, MITI, KSM dan pelbagai GLC yang mengawal selia dalam isu pembangunan sektor ini.

Maka adalah wajar untuk kerajaan menyusun semula peranan dan mengelakkan kerja-kerja in silo dan memberikan bantuan yang maksimum kepada pemain industri dalam fasa pendanaan, fasa inkubasi, fasa pembinaan kapasiti, pengkomersialan dan membina hubungan rangkaian serantau Asian. Maka saya ingin bertanyakan dua soalan kepada Yang Berhormat Menteri Ekonomi dan juga satu cadangan kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan.

Pertama, bagaimanakah kerajaan akan menstrukturkan semula peranan dan fungsi-fungsi kesemua agensi dalam ekosistem startup melalui inisiatif single window di bawah Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia Tahun 2021-2030?

Kedua, adakah kelangsungan inisiatif baru seperti MYStartup dan tetingkap tunggal- single window akan diteruskan dan berapakah peruntukan yang akan diperuntukkan di bawah beberapa program yang baharu ini?

Ketiga, cadangan saya kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan supaya meneruskan insentif cukai bagi pelabur budiman iaitu angel investor tax incentive untuk memastikan walaupun tamat tempoh pada hujung tahun ini, pada 31 Disember 2023, nanti, kita harus pastikan kerajaan memperkenalkan dasar yang mesra kepada pelabur dan meyakinkan pelabur-pelabur dalam sektor ini untuk terus membangun dalam sektor ini.

final • 3:34 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Keempat, tentang pembangunan masyarakat Orang Asli. Saban hari kita dengar tentang isu pembangunan sosioekonomi masyarakat Orang Asli dan saya cuba kaji semula RMK yang terdahulu tetapi kebanyakannya tumpu kepada pembangunan sosioekonomi sebelum ini. Namun, saya ingin menekankan bahawa dalam mengambil kira perkembangan populasi masyarakat Orang Asli yang kini lebih kurang 210,000 di Semenanjung Malaysia dengan 853 buah penempatan di Semenanjung Malaysia dan sebahagian besarnya tertumpu di Perak dan Pahang.

Saya ingin menggesa kerajaan harus menumpukan kepada pembangunan infrastruktur di penempatan-penempatan masyarakat Orang Asli. Kalau di kawasan bandar, separa bandar, kita ada rancangan tempatan yang disediakan oleh PBT yang mana dokumen rasmi ini tafsirkan segala dasar dan cadangan kepada bentuk fizikal yang terperinci. Seperti itu juga saya rasa masyarakat Orang Asli memerlukan satu- dokumen perancangan guna tanah dan fizikal yang mengandungi peta cadangan guna tanah dan garis panduan pembangunan untuk memastikan pembangunan penempatan perkampungan yang lebih mampan dan lestari.

final • 3:34 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Setakat ini hanya Dasar Pembangunan Luar Bandar sahaja yang menerangkan sedikit sebanyak tentang prasarana asas luar bandar yang mana menjelang tahun 2030.

Maka, saya ingin mengemukakan tiga cadangan kepada kerajaan.

Pertama, kaji semula Akta Orang Asli 1954 dan sebahagian klausa dalam Kanun Tanah Negara yang berkaitan dengan kepentingan tanah Orang Asli di Semenanjung Malaysia di mana pembangunan penempatan Orang Asli tidak boleh disamakan dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar. Ini kerana ia melibatkan isu tanah yang kompleks dan sehingga kini tiada penyelesaiannya.

Kedua, mengemukakan Pelan Pembangunan Infrastruktur Penempatan Orang Asli yang bersifat jangka panjang dan ia bukan hanya setakat menentukan jumlah rumah hendak bina dalam tempoh setahun dua ini tetapi harus mengemukakan perancangan infrastruktur yang lebih panjang dan lebih komprehensif.

Saya juga ingin menyeru kepada kerajaan untuk menambah pegawai-pegawai teknikal yang mempunyai kepakaran dalam membantu dan merangka infrastruktur dalam penempatan perkampungan Orang Asli.

Untuk isu kawasan, saya ingin membahagikan dua perkara. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, saya mohon tambah satu dua minit lagi. Pertama, permohonan projek pembangunan baharu di Daerah Kinta iaitu Cadangan Naik Taraf Jalan Ipoh-Tanjong Malim, FT001 dari Seksyen 587 ke Seksyen 589, Daerah Kinta. Kawasan ini ada beberapa buah lokasi mengalami banjir kilat dan jalan ini merupakan jalan protokol, gerbang pintu masuk keluar dari utara dan selatan ke dalam Bandaraya Ipoh. Saya menggesa kerajaan untuk memperuntukkan jumlah yang kita telah pohon iaitu RM40 juta dalam surat yang telah kita telah pun sampaikan kepada pihak JKR.

Saya juga ingin memohon kerajaan untuk melihat kepada permohonan kami sepanjang jalan Kampung Kepayang dan juga jalan di RTC ke pekan Gopeng itu harus menjalankan kerja-kerja pelebaran supaya beberapa bottleneck yang kita ada itu, yang menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menyebabkan kemalangan-kemalangan jalan raya itu dapat diatasi.

Akhir kata, saya berasa syukur dan yakin dengan KSP RMKe-12 secara keseluruhan. Dalam negara kita mengalami pelbagai cabaran luaran dan dalaman, saya kagum memang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Ekonomi dan seluruh Kabinet dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam meletakkan kembali negara kita ke landasan pembangunan ekonomi yang tepat. Saya rasa syukur kerana sekarang negara ini dipimpin oleh tokoh-tokoh politik di bawah pimpinan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Oleh sebab, setakat ini saya tidak mendengar sebarang cadangan yang konklusif dan baik daripada pihak pembangkang. Apatah lagi tokoh-tokoh muda seperti Yang Berhormat Bachok yang digelar teknokrat. Jauh sekali beliau hendak kemukakan hala tuju

final • 3:40 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

dan menyelesaikan masalah hutang negara. Dalam debat yang baru-baru ini berlaku jelas mereka miskin daripada segi idea, mereka tandus daripada segi idea untuk membangunkan negara kita.

Jika hanya setakat berpantun, ruh ruh ruh, neh neh neh, jauh sekali kita hendak bawa negara kita kembali ke landasan ekonomi...

[Tepuk] Sekian, terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Kata tidak mahu politik.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya jemput Yang Berhormat Setiu.

final • 3:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

[Berselawat]* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya Setiu untuk turut sama membahaskan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun pada hari Isnin lepas.

Persoalan utama yang saya ingin bangkitkan ialah persoalan mengurangkan kemiskinan. Saya tidak mahu gunakan istilah menghapuskan kemiskinan. Saya sependapat dengan Ahli Yang Berhormat pembangkang bahawa kemiskinan tidak mungkin dapat dihapuskan cuma boleh dikurangkan. Kadar kesenjangan membengkak sehingga 0.41. Kadar ini menunjukkan jurang antara bandar dan luar bandar semakin melebar.

Sehingga kini, usaha kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan masih kabur walaupun sudah banyak peruntukan telah diluluskan bagi menggerakkan pelbagai program dan projek untuk mengurangkan kemiskinan.

Sehubungan dengan itu, saya mohon penjelasan berkenaan data terkini berkenaan usaha kerajaan dalam mengurangkan kemiskinan tegar. Saya juga ingin bertanya berkenaan dengan Yayasan Wakaf Madani, apa bezanya yayasan ini dengan Yayasan Wakaf Malaysia yang sedia ada. Saya berharap ia bukan sekadar penjenamaan semula sebagaimana penjenamaan Jualan Keluarga Malaysia yang telah dijenamakan semula dengan nama Jualan Rahmah.

Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya berkisar ekonomi negeri Terengganu.

Cabaran utama ekonomi kita pada masa ini iaitu pembangunan wilayah yang tidak seimbang. Oleh itu jurang yang lebar antara bandar dan luar bandar patut segera diselesaikan. Sehingga kini, hampir 10 tahun lebih Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur, ECER sudah ditubuhkan bagi menangani isu ini.

Namun, saya menzahirkan rasa kebimbangan apabila meneliti teks ucapan Yang Amat Berhormat Tambun dan sesi pembentangan KSP RMKe-12 tempoh hari tidak menekankan berkenaan projek-projek di bawah ECER sedangkan projek-projek tersebut memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan ekonomi wilayah timur khususnya.

Antaranya isu pembinaan LPT 3 langsung tidak dibangkitkan. Berdasarkan jawapan menteri terhadap soalan yang saya bangkitkan dalam sidang perbahasan sebelum ini, kos kerja-kerja yang melibatkan kajian jajaran sebanyak RM35 juta telah diperuntukkan. Oleh itu saya ingin bertanya, sejauh manakah kajian ini telah diselesaikan dan status terkini projek pembinaan LPT 3? Bilakah projek tersebut dijangka akan dimulakan?

Saya yakin pembinaan LPT 3 akan mengambil masa yang agak panjang. Jadi, saya memohon agar jalan dari Gemuruh ke Besut dan juga jalan pantai dari Kuala Nerus ke Besut diperbesarkan. Hal ini kerana saya mendapat banyak rungutan bahawa jalan tersebut sering kali mengalami kesesakan terutama pada musim perayaan dan ia merupakan penamat kepada lebuh raya untuk membolehkan pengguna ke Terengganu dan juga ke Kelantan. LPT 3 yang sepatutnya menjadi laluan ke Kelantan namun disebabkan masih belum dibina laluan tersebut menjadi laluan utama bukan sahaja kepada rakyat Setiu dan Besut malah rakyat Kelantan turut menggunakannya.

final • 3:43 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Oleh itu, penyelesaian jangka pendek dengan melebarkan jalan tersebut amat diperlukan segera dan baik pulih jalan berlubang, line putih yang kabur dan lain-lain lagi memerlukan tindakan segera daripada pihak kerajaan untuk mengelakkan berlaku kemalangan maut dan lain-lain.

Tuan Yang di-Pertua, semangat federalisme yang kian terhakis pada era pemerintahan Yang Amat Berhormat Tambun sekali lagi memangsakan rakyat. Tindakan tersebut seolah-olah menafikan keputusan rakyat yang telah memilih pemerintah mereka.

Hak-hak negeri pembangkang terus dinafikan. Wang royalti yang kini ditukar kepada Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) yang sepatutnya diterima sejak dahulu sehingga kini masih belum diterima sepenuhnya.

Negeri Terengganu dianggarkan menerima royalti pada tahun 2023 adalah sebanyak RM21.524 bilion. Nilai ini berdasarkan harga minyak mentah USD65 per tong.

Namun sehingga 31 Ogos 2023, hanya RM405 juta sahaja yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan. Sedangkan pada tahun 2018, Terengganu menerima sehingga RM1.15 bilion, tahun 2019, RM1.277 bilion, tahun 2020 RM996 juta, tahun 2021 RM998.39 juta dan tahun 2022 RM1.393 bilion.

Sehingga kini, hampir sudah hendak masuk suku tahun keempat tahun 2023 hanya satu per tiga daripada nilai yang dianggarkan diterima. Bilakah kerajaan akan melangsaikan baki yang mencecah kira-kira RM900 juta lagi? Hari ini nilai minyak saya dimaklumkan mencecah USD90 per tong. Sepatutnya Terengganu menerima hasil royalti yang lagi tinggi daripada dianggarkan iaitu hanya USD65 per tong. Tindakan Yang Amat Berhormat Tambun yang seakan-akan menyekat pembangunan negeri dengan mengetepikan hak kami rakyat Terengganu mencerminkan slogan reformasi yang sering dilaungkan telah dikhianati dan hanya tinggal reformasi.

final • 3:43 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Saya mendesak supaya PMX ataupun Yang Amat Berhormat Tambun segera mengetepikan pergeseran politik dan segera mengembalikan hak rakyat negeri pembangkang khususnya negeri Terengganu. Tidak perlu disangsikan dan dibimbangkan perbelanjaan duit, ke mana duit itu dibelanjakan kerana Terengganu telah mendapat Anugerah Audit Terbaik, bersih tanpa teguran pada tahun 2022.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan bertanya berkenaan status terkini Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak yang sepatutnya dijangka siap pada tahun 2020 lagi. Namun setelah diberhentikan pembinaannya pada tahun 2019 sehingga kini, ia masih belum beroperasi.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta tambah masa sedikit untuk menyebut tentang apa yang berkait dengan kawasan saya.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, satu minit.

final • 3:50 PM

Tuan Shahrizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Dua minit Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Satu setengah...

[Ketawa]

final • 3:50 PM

Tuan Shahrizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Satu tiga perempatlah. Tuan Yang di-Pertua, pertama sistem perparitan di kawasan-kawasan FELDA yang sudah lama tidak diselenggarakan, dan tidak di baik pulih yang mendatangkan masalah kepada penduduk ketika musim banjir, air bertakung yang melimpahi memasuki rumah mereka. Contoh, di kawasan saya di FELDA Chalok Rahmat, Setiu.

Kedua, kelulusan peruntukan lampu jalan di kawasan luar bandar perlu ditambah.

Saya dimaklumkan hanya 88 batang lampu jalan sahaja untuk tahun 2023 bagi satu Parlimen. Satu Parlimen diperuntukkan 88 batang sahaja. Bayangkan Parlimen yang ada empat DUN, 22 batang bagi setiap DUN yang diluluskan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Ketiga, Setiu melahirkan ramai atlet yang mewakili negara khususnya dalam sukan bola sepak seperti Hairuddin Omar, Rahadiazli bin Rahalim dan Zubair Azni merupakan atlet kelahiran Setiu. Malangnya, projek naik taraf mini stadium Sungai Tarum yang telah dimasukkan dalam RMKe-12 bermula RP2 sehingga kini masih belum

final • 3:50 PM

Tuan Shahrizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

diluluskan. Juga baik pulih fasiliti sukan termasuk gelanggang futsal tertutup yang rosak di Kampung Beris Tok Ku, Kampung Apal, Jabi dan sekolah di Batu Rakit. Juga baik pulih fasiliti sukan di Sekolah Sukan Bukit Nenas yang telah melahirkan ramai atlet yang mewakili negara.

Keempat, muara Sungai Merang sudah diluluskan dalam RP3 RMKe-12 benteng pemecah ombak yang kosnya RM239 juta tetapi ia dijangka siap pembinaan pada tahun 2029. Muara Sungai Merang menjadi laluan bot nelayan dan juga bot pelancong ke Pulau Redang saban tahun mengalami kecetekan selepas berakhirnya musim tengkujuh. Saya mencadangkan agar peruntukan tahunan untuk penyelesaian short-term diberikan untuk kerja-kerja pengorekan muara akibat kecetekan selepas musim banjir.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya mendapat maklumat penjualan minyak diesel bersubsidi kepada nelayan hanya boleh dijual melalui jalan sungai, tidak boleh menggunakan jalan darat. Saya tidak membantah keputusan ini tetapi saya memohon supaya pengecualian diberikan kepada kawasan-kawasan yang tidak mempunyai jalan sungai untuk membeli diesel dan juga kawasan-kawasan yang agak jauh seperti perkampungan nelayan yang agak jauh dengan tempat penjualan minyak diesel tersebut.

Akhir sekali iaitu saya ingin bertanya tentang projek-projek yang telah dimasukkan RMKe-12 ini yang masih belum diluluskan di kawasan Setiu seperti:

(i) Pejabat Kesihatan Daerah Setiu;

(ii) Klinik Kesihatan Jabi;

(iii) mahkamah Setiu yang baru; dan

(iv) jeti pendaratan ikan di muara Sungai Merang.

Sekian Tuan Yang di-Pertua.

[Membaca sepotong doa] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.

final • 3:50 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Shah Alam ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas. Selepas ini disebut sebagai KSP RMKe-12.

Saya juga ingin mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas tekad Kerajaan Madani untuk memberikan nafas baharu kepada RMKe-12 bagi tahun yang berbaki 2023 hingga 2025.

Tiga fokus utama untuk memperkukuh kemapanan, membangun masyarakat sejahtera dan mencapai negara berpendapatan tinggi amat tepat pada masanya dan sesuai dengan keperluan dan kehendak semasa. Telah lama rakyat menunggu sebenarnya, mengidam-idamkan sebuah negara maju, sejahtera dan berpendapatan tinggi.

Namun, bagaimana maju sekalipun sebuah negara, rakyat tetap memerlukan makanan untuk kelangsungan hidup. Untuk memastikan kecukupan dan ketersediaan makanan, sesebuah negara perlu kepada teknologi yang maju agar ia dapat berdaya tahan sesuai dengan cabaran semasa.

Saya boleh bersetuju apabila kerajaan menggalakkan penglibatan pihak swasta dalam pertanian berskala besar untuk melonjak hasil pengeluaran padi tetapi jangan sampai meminggirkan penglibatan petani, tuan tanah, pewaris yang turun-temurun membanting tulang memastikan keperluan bekalan beras selama ini.

final • 3:54 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Saya walaupun tinggal di Shah Alam, saya berasal dari Sungai Besar, kawasan jelapang padi di sebelah Sekinchan dan sehingga kini pun masih lagi mengusahakan tanah sawah bersama dengan keluarga...

final • 3:54 PM

Seorang Ahli

Anak tanilah.

final • 3:54 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ya.

final • 3:54 PM

Seorang Ahli

Anak tani.

final • 3:54 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terkait dengan memaksimumkan hasil beras ini juga, saya ingin bangkitkan begitu banyak tanah-tanah sawah yang tidak diusahakan. Jumlah tanah sawah terbiar di seluruh negara berjumlah 97,000 hektar melibatkan 18,975 lot di 2,107 buah lokasi. Ini pun satu cabaran juga Tuan Yang di-Pertua.

Di mana ada masalah, sebenarnya di situ ada peluang sebab jumlah tanah terbiar ini merupakan 22 peratus daripada jumlah 436,000 hektar tanah sawah yang aktif diusahakan ketika ini.

Maka, satu usaha untuk menyatukan dan memulihkan tanah-tanah terbiar ini dengan sendirinya boleh menyumbang kepada peningkatan SSL beras negara yang berada pada tahap 65 peratus pada masa ini. Saya berpandangan, usaha menubuhkan agensi seperti FELCRA perlu difikirkan dan diusahakan. Negara sebenarnya berada di tebing krisis bekalan beras yang dipengaruhi dasar eksport negara pengeluar seperti India, faktor kestabilan politik dan pengaruh perubahan iklim.

Maka kerajaan harus bersedia menubuhkan satu Jawatankuasa PEMANDU Khas. Malah tidak keterlaluan kalau saya katakan kerajaan harus juga mempertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Padi Beras Negara untuk memastikan keterjaminan bekalan makanan ini.

Air keperluan asas negara. Kita ada Suruhanjaya Air Negara (SPAN). Tenaga keperluan asas negara, kita ada Suruhanjaya Tenaga, pendidikan keperluan asas negara kita ada juga Suruhanjaya Pendidikan Malaysia. Maka beras merupakan makanan asas kepada kita. Sudah sampai masanya kita mewujudkan satu- suruhanjaya ataupun Jawatankuasa PEMANDU khas memastikan keterjaminan beras dapat dilakukan dalam negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyokong kerajaan untuk memberi tumpuan kepada high-growth, high-value (HGHV) industry sebagai langkah menuju negara berpendapatan tinggi. Saya mengalu-alukan inisiatif kerajaan meningkatkan digitalisasi dalam perkhidmatan kerajaan dan rangsangan memacu e-dagang bagi perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS).

Lalu saya ingin mencadangkan agar kerajaan mewujudkan hab e-dagang bagi memudah cara pengusaha PMKS khususnya bagi belia-belia yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan PMKS ataupun mewujudkan syarikat-syarikat pemula di dalam bidang ini.

final • 3:54 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Secara fizikalnya, hab e-dagang ini penting bagi menyediakan kemudahan kepada belia untuk bertemu, membina rangkaian perniagaan, mewujudkan rantaian bekalan dan merancakkan pertumbuhan ekosistem e-dagang yang mampu memberi pulangan yang tinggi kepada pengusaha-pengusaha PMKS. Secara elektroniknya, hab e- dagang akan berfungsi sebagai platform untuk memusatkan pengurusan aktiviti berkaitan e-dagang PMKS. Ia membolehkan usahawan mengurus saluran jualan inventori, pesanan dan pembayar mereka daripada satu lokasi yang berpusat dan bukannya perlu masuk ke dalam setiap platform e-dagang secara berasingan.

Shah Alam menawarkan diri sebagai Parlimen pertama untuk mewujudkan hab e- dagang ini sebagai projek perintis bagi memacu PMKS negara ke arah pengurusan digitalisasi perniagaan dan negara berpendapatan tinggi.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, Shah Alam merupakan sebuah ibu negeri Selangor yang sedang membangun dengan pesat. Selain tersedia sebagai kawasan industri dan pencambahan bandar baharu dengan kediaman berdaya huni, bandaraya ini juga menerima kepesatan pembangunan komersial, hab dan pusat logistik yang baharu, kepesatan pembangunan ini secara langsung telah menyumbang kepada kesesakan jaringan jalan raya di beberapa laluan khususnya Jalan Subang dari Lebuhraya Guthrie hingga ke Lebuhraya Persekutuan. Saya menghargai beberapa pembangunan infrastruktur yang dinyatakan dalam KSP RMKe-12 tetapi tidak mendapati projek naik taraf lebuh raya bertingkat di Shah Alam di mana kesesakan ini berlaku.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Saya difahamkan pembinaan lebuh raya bertingkat ini pernah dicadangkan dalam pelaksanaan RMKe-12. Namun, ia digugurkan untuk memberi keutamaan naik taraf lebuh raya bertingkat di Pelabuhan Klang yang dikirakan lebih perlu pada masa itu. Oleh itu, saya ingin dapatkan kepastian, bilakah kerajaan akan melaksanakan projek yang tertangguh ini? Adakah ia akan dimulakan setidak-tidaknya pada akhir RMKe-12 ini dan disambung dalam RMKe-13?

Saya difahamkan usaha-usaha perbincangan secara serius telah pun dimulakan dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES). Lalu kepastian ini, saya harap dapat dimuktamadkan supaya kegusaran rakyat yang menggunakan lebuh raya ini dapat diredakan dan semua yang menggunakan lebuh raya ini dan masuk ke Shah Alam akan dapat menikmati pembangunan yang dirancangkan, insya-Allah.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ya. Satu minit saya gulung. Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Ya, saya gulung.

[Ketawa] Saya yakin RMKe-12 ini akan dapat dilaksanakan dengan lancar sebagaimana yang disasarkan dengan komitmen kerajaan dan sokongan semua pihak termasuk daripada MP daripada pembangkang. Akan tetapi bukanlah terus-terusan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat dengan andai-andaian palsu bahawa rakyat sudah hilang keyakinan dengan memberikan referendum menolak kerajaan. Hakikatnya keputusan pilihan raya negeri, tiga sama. Seri, tiga sama. Hakikatnya keputusan pilihan raya di Johor, dua kosong memihak kepada Kerajaan Perpaduan.

[Tepuk]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat masa sudah tamat.

[Ketawa]

final • 4:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Baik. Maknanya ialah Kerajaan Perpaduan ini semakin mengukuh. Tidak ada lagi kerengga yang bersarang di dalamnya, yang adanya hanyalah kerengga di luar yang cuba untuk hendak masuk tetapi sampai sekarang tidak berdaya untuk masuk lagi.

[Tepuk] Assalamualaikum kerengga.

Assalamualaikum rakyat Malaysia semua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Ketawa]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya jemput Yang Berhormat Gerik.

final • 4:00 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, Gerik ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana sudi memberi peluang untuk Gerik membahaskan Kajian Separuh

final • 4:04 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 ini. Sebelum saya memasuki teras perbahasan saya, Gerik ingin menyampaikan tiga perkara.

Pertamanya, Gerik ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan terutama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan pihak Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya kerana lebih RM40 juta pada keseluruhan bajet RM83 juta bagi jalan raya Timur Barat telah pun kami terima dan sekarang kerja- kerja membaik pulih sedang giat dijalankan. Keduanya.

final • 4:04 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Gerik datang sinilah Yang Berhormat Gerik.

final • 4:04 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Benda betul, kita ucap terima kasihlah.

[Ketawa] Keduanya Tuan Yang di-Pertua, penting juga untuk saya mewakili Gerik untuk menyinggung satu isu yang menjadi tumpuan ketika ini iaitu isu DNAA, Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita, Yang Berhormat Bagan Datuk. Daripada 47 pertuduhan kes yang telah terbukti sebagai prima facie ya. Akan tetapi namun dilepaskan tanpa dibebaskan itu.

Jikalau setiap tahun negara kita mengalami defisit belanjawan, kini negara kita sebenarnya sedang mengalami krisis defisit kepercayaan rakyat terhadap ahli-ahli politik.

Jadi, saya menyokong apa yang dinyatakan Yang Berhormat Pasir Gudang tadi dan kemudian ada beberapa juga Ahli Parlimen kita yang mencadangkan agar satu penjelasan tuntas diberikan kepada kita semua Ahli Parlimen di dalam Dewan yang mulia ini.

Ketiga, saya juga mewakili rakyat Gerik senada dengan Yang Berhormat Machang berkenaan dengan isu penjualan 33 peratus saham Boustead Plantation kepada Kuala Lumpur Kepong Berhad. Ini kerana ia sangat tidak selari dengan komitmen kerajaan yang katanya ingin memperkukuhkan pegangan ekuiti Bumiputera. Jadi, kenapa tidak dijual kepada Sime Darby atau PMB ya? Kenapakah mesti jual kepada KLK?

Jadi, saya rasa untuk rekod di tempat saya ada dua buah kem tentera. Lebih kurang 1,000 lebih anggota tentera kita menyatakan kerisauan sebab mereka ini pencarum LTAT ya. Jadi, mereka menyatakan kerisauan kenapa boleh jadi macam ini.

Jadi, saya juga mohon satu penjelasan tuntas berkenaan perkara tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, kembali kepada perkara pokok dan teras perbahasan pada hari ini, Kajian Separuh Penggal hanya ingin menyentuh berkenaan tiga perkara sahaja dalam Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Ke-12 ini.

Pertamanya adalah berkenaan dengan kesinambungan wawasan kemakmuran bersama 2030 dalam gagasan Malaysia Madani. Kita sedia maklum, setiap pimpinan kerajaan baharu di Malaysia akan cuba mencari satu dasar tema atau jenama masing- masing. Namun, gagasan Malaysia Madani dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan Ke-13 tidak perlu dibuat secara tergesa-gesa bagi menggantikan secara keseluruhan polisi dan dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Ini kerana pembentukan gagasan Malaysia Madani tidak salah tetapi usaha menukar gantinya secara keseluruhan dilihat sebagai satu langkah yang regresif kerana selama empat tahun sebelum ini kerangka RMKe-12 adalah berlandaskan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Penggantian ini sudah tentu akan menyukarkan proses perangkaan RMKe-12 dan RMKe-13 itu nanti. Adalah lebih baik gagasan Malaysia Madani diletakkan tahun sasaran sebenar dan ia menjadi tema bagi penggal-penggal pemerintahan. Contohnya seperti 1Malaysia pada zaman Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Islam Hadhari pada zaman Pak Lah dahulu ya. Akan tetapi pada masa yang sama mengekalkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 seperti mana kerajaan terdahulu mengekalkan Wawasan 2020 untuk satu tempoh panjang sebagai dasar dan hala tuju kepada negara.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua adalah berkenaan saya tertarik dengan tekad Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengoptimumkan kawalan keselamatan di sempadan negara. SUKS terdapat lebih 20 SUKS di Malaysia dan salah satunya adalah SUKS Perak yang berada di kawasan saya di Pengkalan Hulu dalam Parlimen Gerik dan bersempadan dengan daerah Betong di sebelah Thailand. Jadi, Februari telah pun membangkitkan berkenaan perkara ini pada perbahasan yang lepas

final • 4:04 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

pada bulan Februari ya, pada Titah Diraja pada bulan Februari. Kemudian pada 8 Mei di mana Menteri KDN ada datang melawat untuk tengok keadaan tempat itu.

final • 4:04 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Namun tempat ini dia dah terbengkalai sejak tahun 2016 lagi dan masih tiada tindakan yang tuntas. Tiada pergerakan apa-apa. Jadi pada saya ia melambangkan satu imej yang buruklah untuk negara. Masa program lawatan pun saya tidak dijemput. Jadi saya harap kerajaan bagi tumpuanlah untuk kembalikan balik sempadan Malaysia- Thailand di Pengkalan Hulu itulah untuk ditingkatkan pada tahun akan datang, Berlandaskan tumpuan kelapan juga dalam RMKe-12 iaitu meningkatkan pembangunan luar bandar, Gerik ingin menggesa pihak kerajaan untuk melihat juga pembangunan dan potensi kedudukan sempadan-sempadan negara Malaysia di mana kawasan ekonomi sempadan kita itu patut dibangunkan dengan lebih giat lagilah.

Perkara yang ketiga, Gerik ingin juga menegaskan seperti mana yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Muar sebelum ini berkenaan dengan graduan underemployment dan underrated salary di mana kebanyakan generasi muda kita yang tidak dapat satu kadar gaji dan upah yang munasabah selepas mereka keluar daripada universiti. Ini boleh dikatakan satu- dasar negara kita yang tidak begitu komprehensif kerana negara kita masih lagi terperangkap dalam middle-income trap .

Jadi saya berharap kerajaan pada masa depan akan mencari jalan bagaimana caranya untuk kita mengeluarkan negara kita daripada perangkap middle-income trap ini.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Gerik.

Saya jemput Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 4:10 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang saya muliakan dan Ahli-ahli Dewan. Merujuk kepada HGHV kelima, rare earth elements ataupun elemen nadir bumi, hari ini kita berada di ambang pengeksploit besar-besaran elemen atau simpanan REE yang cukup lumayan di bawah tanah negara dan beberapa buah negeri kita. Di persimpangan ini pula landskap global elemen nadir bumi sudah pasti dibalut, dikepong dengan sensitiviti geopolitik, implikasi ekonomi, implikasi alam sekitar dan banyak lagilah yang boleh tahan besarnya.

Tahniah atas hala tuju yang jelas yang telah diambil, yang kita baca, kita rujuk kepada RMKe-12 dan juga mid-term review-nya. Akan tetapi saya di sini ingin membawa sedikit cadangan atau penambahbaikan dan sedikit peringatan terhadap apa yang telah termaktub dalam dokumen tersebut. Nak ekstrak secara ekonomik atau economy extract REE ini bukanlah semudah yang kita sangka. Pemusatan atau nak guna monopoli- bukan monopoli tetapi oligopoli menyebabkan ketegangan geopolitik yang signifikan di pentas antarabangsa hingga boleh hendak hadkan eksport dan manipulasi harga. China sekat bekalan REE ke Jepun iaitu sekutu US. US pula sekat bekalan mikrocip yang menggunakan REE kepada China. Inilah gaduhnya bernama Chip War yang di depan mata kita sekarang.

Untuk kita dekat Malaysia implikasi geopolitik REE ini ada tiga lipatan. Satu, ia berpotensi mengurangkan kebergantungan global.

Keduanya, ia membantu kita mempelbagaikan rantaian bekalan dengan hasrat mengurangkan ketegangan geopolitik global. Ketiganya, membantu Malaysia memancarkan pendirian serta kedudukan hakiki kita sebagai global middle power. Ini peluang ekonomi untuk mengubah paradigma ekonomi kita. Perubahan besar- besaran. Maka, saya cadangkan tiga kebijakan atas dasar, tiga persoalan fundamental dan struktur- structural dari segi pembangunan industri REE. Pertama, diversification hunter, diversifikasi. Biarpun REE ada potensi, kita tidak perlu terlampau bergantung

final • 4:12 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

sepenuhnya kepadanya. Asas ekonomi Malaysia perlu diperbanyakkan supaya risiko ketidakstabilan harga, ketegangan dan cacamarbanya geopolitik dapat ditangani sekiranya ia berlaku.

Keduanya, pengawasan dan pemantauan alam sekitar atau environmental stewardship. Ini bukan sahaja membantu melindungi alam sekitar tetapi ia boleh menjadi selling point ataupun titik jualan. Kita boleh pamerkan, serlahkan, tunjukkan bahawasanya Malaysia bijak dan hebat, handal mengendalikan pengekstrakan dan pemprosesan secara mesra alam.

Ketiganya, penglibatan komuniti tempatan...

final • 4:12 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

final • 4:12 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Daripada 100,000 orang, apa gunanya kalau 10,000 orang happy dapat manfaat REE tetapi lagi 90 orang tidak boleh hendak tidur lena sebab hari-hari takut dan risau tentang radioactivity, tentang masalah alam sekitar. Government knows better, government knows more, government knows all. Kita tidak boleh guna pendekatan itu lagi. Penglibatan komuniti wajib kita buat. Kalau boleh dapat extra time, Yang Berhormat Machang boleh. Tuan Yang di-Pertua boleh?

final • 4:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak ada extra time.

final • 4:12 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Tidak ada extra time. Sorry Yang Berhormat Machang, sorry Yang Berhormat Machang.

final • 4:12 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Masa 30 saat.

final • 4:12 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Sorry bro, sorry, sorry. Sorry Yang Berhormat Machang. Persoalan struktural, nombor satu- dilema REE mentah ataupun hendak tambah nilai? Ramai kata korek sahaja jual, merugikan. Minta maaf saya berlainan pendapat. Tidak selalunya tepat.

Kos pemulihan hutan kalau proses REE sering melebihi keuntungan ini belum kira lagi kos kesihatan yang mungkin kena tampung, belum kira lagi mungkin ada kehilangan nyawa. Sebenarnya ada banyak royalty scheme dan royalty regime yang boleh kita pertimbangkan. Satu, net smelters return royalty, for profit-based royalty, value-based royalty, hybrid-based royalty, sliding-scale royalty, downstream royalty dan campur sekali semua yang saya sebutkan tadi pun ada. Jadi tidak semestinya korek sahaja jual, merugikan.

Soalan kedua, pembiayaan sumber maklumat. Ini sensitif sikit ya. Kerajaan perlu berjaga-jaga ikut telunjuk bulat-bulat pihak berkepentingan yang keluar dengan penyelidikan yang mereka sendiri biayai atau digunakan manufactured consensus. Jadi melaburlah dalam penyelidikan dan pembangunan bakat dan kepakaran kita sendiri.

Sekarang juga, perlu buat sekarang juga. Ambil contoh EIA kebanyakannya dibayar siapa? Dibiayai siapa? Dibiayai oleh tuan punya projek. Jadi di situ mungkin ada conflict of interest. Mungkin boleh digunakan disebutkan sebagai manufacturing of consensus yang dibiayai oleh yang hendak consensus itu.

Soalan ketiga, agenda legislatif. This is the key point here, rangka kerja kawal selia yang mampan dan menyeluruh. Malaysia tidak boleh abaikan idea perlombongan REE. Struktur tadbir urus yang kukuh, perlindungan bermaklumat, rangka kerja kawal selia yang komprehensif- seperti petroleum ada Akta Pembangunan Petroleum dan Petronas.

Keperluan seperti ini untuk REE adalah jelas. Kerajaan negeri pastinya sekarang tidak ada kapasiti untuk membangunkan rangka kerja yang komprehensif. Jadi, kita perlu melabur atas sesuatu kerangka dan undang-undang yang baharu seperti Petroleum Development Act yang khusus untuk critical minerals dan juga REE.

Tuan Yang di-Pertua, keduanya anjakan utama yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Tambun berkenaan dengan pembangunan masyarakat Madani. Perkara keenam: Perpaduan. Saya ingin merungkai berkenaan ekstremisme keganasan yang mencengkam landskap politik kita. Radicalization bukanlah satu ancaman baharu.

Malaysia berdepan dengan radicalization dan keganasan sejak tahun 1960 dahulu. Hari ini pula kita ada radicalization bentuk baharu iaitu ekstremisme politik dan radicalization

final • 4:12 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

online. Kumpulan pelampau dok tunggang dua elemen ini guna lagi politik identiti untuk meyakinkan penyokong supaya berjuang demi kepentingan politik.

final • 4:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 4:12 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Landing dah, landing dah. Kesannya rakyat senderung buat keganasan. Generasi muda ini membesar dengan pelbagai cabaran.

Mereka yang paling terdedah. Kita sering dengar cerita begini. Seorang anak muda dipinggirkan sekolah, kurang berkawan akhirnya buka hati untuk mudah dimanipulasi.

final • 4:12 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Apabila diajak menghadiri sebuah kempen politik, penceramah atas pentas beritahu, “Undi saya masuk syurga, undi lain masuk neraka”. Disambungnya lagi bahawa, “Kaum ini merampas hak dan tanah kaum ini”...

final • 4:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Ipoh Timur, laluan.

final • 4:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Penceramah beritahu agama suruh dia perang semua yang tidak sama agama ini.

final • 4:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Ipoh Timur, laluan.

final • 4:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Siap rujuk dengan ayat-ayat suci luar konteks. Apabila si budak muda ini dengar, mulalah berderau darahnya. Selama ini, hidup dia tidak ada matlamat. Sekarang, visinya hendak perang saudara senegara.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 4:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Anak muda ini ada gambaran...

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 4:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

...Kepada ramai anak muda yang terdedah di luar sana. Apabila jadi begini, mereka jadi mangsa propaganda ekstremis yang hanya hendak memecahbelahkan kita- semua.

Jadi, propaganda ekstremis di Malaysia ini, Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) memang tidak menang tangan. Jadi, di sini last point iaitu sila memberi sedikit lebih ruang dan peruntukan kepada SEARCCT untuk membuat intervensi awal, membuat penyelidikan dan kajian supaya dia lebih menang tangan menangani masalah ekstrem, violence extremism.

final • 4:20 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Peraturan Mesyuarat.

final • 4:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Itu sahaja daripada saya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ipoh Timur mohon menyokong.

final • 4:20 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Peraturan Mesyuarat. Tadi Yang Berhormat Ipoh Timur- Peraturan Mesyuarat 36(6), sangkaan jahat. Dia telah menyebut, “Menggunakan ayat-ayat suci luar konteks.” Konteks mana ini? Itu ayat-ayat daripada Al-Quran. Sepatutnya dia tidak boleh menyebut perkara yang bersangkutan dengan agama lain.

final • 4:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Itu sangkaan jahat Yang Berhormat.

Apakah yang salah yang saya cakap? Saya tidak merujuk kepada individu...

final • 4:20 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Menyebut tadi...

final • 4:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Saya tidak merujuk kepada mana-mana agama. Ayat mana?

final • 4:20 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

...Ayat mana?

final • 4:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Ayat mana? Ayat mana yang saya cakap salah? Ayat mana yang dirujuk oleh Yang Berhormat?

final • 4:20 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Ayat yang menuduh katakan kita menggunakan...

final • 4:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Ayat mana yang saya cakap, Yang Berhormat?

final • 4:20 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

...Ayat-ayat di luar konteks. Dalam agama mana?

final • 4:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Ya lah, yang di luar konteks orang itu cakap. Bukan saya yang cakap.

final • 4:20 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Agama mana, siapakah yang cakap?

final • 4:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timur

Itu atas tafsiran Yang Berhormat.

final • 4:20 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Siapakah yang cakap dan agama yang mana? Itu perlu...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Ipoh Timur tidak mengarah kepada sesiapa. Jadi, saya buat ruling, saya teruskan perbahasan.

Sila duduk. Saya jemput Yang Berhormat Jerai.

final • 4:20 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas ruang untuk saya sampaikan ucapan perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas pada petang ini.

Pertama, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan terdahulu Perikatan Nasional kerana berjaya membawa pelan RMKe-12 yang merangkumi tiga tema, empat pemangkin dasar, dan 14 buah pemacu perubahan, hampir separuh penggal sejak tahun 2021 membawa Malaysia keluar daripada kemelut COVID-19 dan adaptasi dengan anjakan ekonomi dunia tidak dapat disangkal kejayaannya.

Kali ini, Malaysia bakal melalui separuh lagi RMKe-12 dengan aspirasi Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat serta Agenda Pembangunan Mampan 2030 bertemakan, “Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi.” Kerajaan memperuntukkan tambahan RM15 bilion menjadikan siling perbelanjaan meningkat kepada RM415 bilion bagi keseluruhan RMKe-12.

Hal paling utama yang ingin ditekan dalam perancangan Ekonomi Madani ini adalah di sudut keadilan bagi rakyat di semua negeri termasuk negeri pembangkang. Soal madani yang memfokuskan kemapanan dan kesejahteraan tidak akan tercapai tanpa seluruh rakyat dibantu untuk keluar daripada paras kemiskinan yang digariskan.

Untuk mencapai matlamat tersebut, hubungan G2G negeri dan Pusat perlu berjalan tanpa mengambil kira parti politik. Bagaimana seorang Menteri boleh berkata negeri yang ditadbir pembangkang tiada perancangan yang baik sedangkan setiap negeri ada perancangan ekonomi sendiri, seperti Terengganu ada Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 dan Kedah ada Pelan Pembangunan Kedah 2035.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan KSP RMKe-12, kerajaan memasukkan anjakan baharu yang selaras dengan kerangka Ekonomi Madani dengan fokus utama berkenaan kemiskinan. Sejumlah RM1.5 bilion telah diluluskan untuk menggerakkan program dan projek yang mampu menjana pendapatan bagi golongan sasar untuk menoktahkan kemiskinan tegar.

Kemiskinan mutlak ialah satu keadaan yang menunjukkan pendapatan seseorang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas minimum yang diukur berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK). Ini bermakna seseorang tidak mampu memenuhi pendapatan minimum standard isi rumah yang diperlukan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan.

Insiden kemiskinan mutlak di negeri Kedah boleh dianggap tinggi pada 9.0 pada tahun 2022, walaupun semakin menurun semenjak tahun 2016. Perbandingan dengan

final • 4:22 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Pusat amat jauh iaitu 6.2 peratus pada tahun 2022. Bagaimanapun, ini bermakna isu kemiskinan ini jauh daripada dinoktahkan.

Di bawah Penegasan 5 – Merapatkan Jurang Ketidaksamarataan. Sehingga 15 Ogos 2023, kerajaan masih bertungkus-lumus menyelamatkan hampir 114,000 -keluarga miskin tegar dari cengkaman kemiskinan.

Soalan saya, berapakah keluarga miskin tegar yang berada di dalam negeri Kedah? Seperti mana yang kita maklum, di peringkat negara besar sekali pun belum mampu untuk menoktahkan kemiskinan tegar. Oleh itu, di manakah keyakinan dan usaha Kerajaan Madani melangkaui negara maju lain dalam menyelesaikan hal-hal ini? Hari ini, kemiskinan menjadi isu utama rakyat. Akan tetapi, saya mengharapkan kerajaan tidak hanya menjadi hero dengan ucapan tetapi tiada tindakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan segmen industri berkaitan ekonomi Islam di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030. Dalam usaha untuk mentransformasikan dan memacu daya saing sektor dan industri strategik, kerajaan telah menyasarkan Malaysia untuk menjadi peneraju dalam pasaran halal antarabangsa.

Sasaran RM63.1 bilion akan tercapai menjelang tahun 2025 memandangkan pasaran memberangsangkan bagi ekonomi halal global yang dijangka mencecah USD4.96 trilion menjelang tahun 2030 daripada USD2.3 trilion pada tahun 2020 menurut firma penyelidikan dan perunding Frost & Sullivan.

Dunia hari ini menumpukan permintaan daripada golongan Islam dan bukan Islam yang makin meningkat untuk makanan halal. Ia akan didorong oleh kaitannya dengan pemakanan yang selamat dan sihat. Manakala fesyen dan pelancongan halal juga mendapat penerimaan yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna bukan Islam yang lebih konservatif.

Namun begitu, dalam keadaan pasaran yang semakin berkembang pesat, saya ingin membawa perhatian terhadap penyediaan tanda kerja dan sumber manusia untuk segmen ini. Di bawah Pelan Industri Halal 1.0, terdapat lebih 300,000 peluang pekerjaan yang tercipta. Persoalannya, adakah kerajaan bersedia untuk memenuhi lambakan peluang pekerjaan yang ada? Seperti diketahui, industri ini memerlukan pekerja yang berkemahiran dan perlu latihan terlebih dahulu.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Madani hari ini membawa satu perjuangan yang sudah lama mereka bawa, berkenaan subsidi bersasar. Usaha ini sangat baik dalam cubaan untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan yang mana pada tahun lepas telah membelanjakan sejumlah RM77.3 bilion untuk subsidi petrol, diesel, gas petroleum cecair

(LPG), minyak masak dan lain-lain. Saya merasakan perkara ini boleh diteruskan selagi mana tiada keciciran yang berlaku dalam sistem tapisan dan mengenal pasti mereka yang layak. Menurut ucapan Yang Amat Berhormat Tambun, kerajaan akan melaksanakan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang berteraskan data isi rumah bagi meningkatkan kecekapan dan pemantauan bantuan kerajaan.

Untuk akhir sekali, saya ingin membangkitkan berkenaan dengan REE di Kedah.

Saya amat mengalu-alukan ucapan RMKe-12 yang dibuat oleh Perdana Menteri dan saya amat bersetuju, dilarang eksport. Cuma, berilah sedikit kelonggaran kepada pihak negeri untuk menguruskannya di negeri kami.... Saya ingat ada soalan.

final • 4:22 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Jerai, saya hendak tanya.

Apakah pandangan Yang Berhormat Jerai berkenaan dengan perancangan Kerajaan Persekutuan pada hari ini? Baguslah, kita menyambut baik menjadikan nadir bumi sebagai teras pemacu kepada ekonomi negara. Akan tetapi, kalau mana kerajaan tidak membantu Kedah, Kelantan dan Terengganu khususnya menaik taraf infrastruktur, macam mana kita hendak bangunkan industri huluan dan hiliran untuk nadir bumi ini?

Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Jerai?

final • 4:22 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Ya, saya bersetuju. Memberikan pada Kedah...

final • 4:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 4:22 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

...Dan negeri-negeri yang mempunyai REE ini untuk menguruskan, seperti mana yang saya sebutkan tadi, dan tidak ada sekatan untuk mengongkong negeri-negeri yang berkenaan.

Jadi, saya kira setakat itu. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 4:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Saya menjemput Yang Berhormat Kuala Pilah.

final • 4:30 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera saya tujukan buat Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan Yang Berhormat yang berada dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang diberikan pada Kuala Pilah bagi turut bersama membahaskan Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke- 12 dengan singkatan KSP.

Tuan Yang di-Pertua, Kuala Pilah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas pengumuman cadangan pembinaan ‘Lebuhraya Madani’ Seremban-Jempol semasa lawatan kerja beliau di Jempol baru-baru ini.

Meskipun projek lebuh raya ini masih belum ada hitam putihnya, rakyat di Kuala Pilah sudah begitu teruja dan percaya niat dan iltizam tersebut menunjukkan kesungguhan dan komitmen Yang Amat Berhormat Tambun untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di Negeri Sembilan khususnya di Kuala Pilah dan di sepanjang jaliran, ataupun alignment, dengan izin, lebuh raya tersebut itu nanti.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan semasa pembentangan KSP tempoh hari bahawa kerajaan akan membatalkan projek-projek yang lewat. Oleh itu, sudah pasti akan ada lebihan peruntukkan yang telah pun diperuntukkan bagi projek-projek ini, that has been budgeted for dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Justeru, Kuala Pilah mohon agar peruntukkan yang ada ini dialihkan kepada pembinaan ‘Lebuhraya Madani’ ini dengan memberi keutamaan kepada pembinaannya yang bakal memberi impak besar terhadap taraf hidup rakyat dan membawa kemajuan ekonomi kepada negara dan Negeri Sembilan khususnya di Kuala Pilah dan di sepanjang laluan jalan tersebut. Rakyat Kuala Pilah tidak kisah sama ada permulaan jalan ini nanti bermula dari Seremban ataupun dari atas ataupun dari Pahang. Apa yang pentingnya ia dibina. Adalah amat praktikal dan berkesinambungan jika pembinaan lebuh raya ini dapat melengkapkan laluan masuk dari Lebuhraya PLUS dan LEKAS di mana pembinaan jejambat dengan kos awalan sebanyak RM950 juta telah diumumkan baru-baru ini oleh Yang Berhormat Jelebu selaku Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Oleh itu, moleklah jika ‘Lebuhraya Madani’ ini dihubungkan terus dengan jejambat dengan yang bakal dibina itu supaya ia dapat terus menghubungkan penggunaan pengguna dari LEKAS dan PLUS terus ke Pantai Timur.

Tuan Yang di-Pertua, Kuala Pilah juga ingin mencadangkan dan memohon agar Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Ekonomi dapat memberikan keutamaan kepada pembinaan baharu Pasar Besar Kuala Pilah memandangkan bangunan sedia ada sudah terlampau lama dan usang. Bangunan lama ini kerap rosak dan menyebabkan ia terpaksa diperbaiki dan diselenggarakan dengan amat kerap sehingga memakan kos yang amat tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada tahun 2022 melaporkan anggaran jumlah kerugian sebanyak RM2 bilion setahun akibat non- revenue water (NRW), dengan izin. Kadar NRW di Negeri Sembilan yang mencecah

final • 4:30 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

hampir 40 peratus menjadi indikator kepada pengurusan utiliti air yang lemah dan harus diberi perhatian sewajarnya. Kuala Pilah kadarnya lebih daripada 40 peratus.

Menteri yang bertanggungjawab telah mengumumkan bahagian peruntukan pada Negeri Sembilan untuk penaik tarafan melalui Program Pengurangan NRW Kebangsaan yang memperuntukkan sebanyak RM1.371 bilion dalam bentuk geran sepadan bagi membantu operator air menangani masalah NRW dengan lebih berkesan dan mampan.

Oleh itu, Kuala Pilah memohon agar peruntukkan dana ini disegerakan bagi memastikan kerja-kerja penggantian paip-paip lama yang usang di Negeri Sembilan khususnya di Kuala Pilah dapat dipercepatkan.

Tuan Yang di-Pertua, BERNAS mengumumkan kenaikan harga beras import berkuat kuasa 1 September tempoh hari. Kita akui kenaikan harga beras import ini turut berlaku di negara jiran. Namun kenaikan yang sangat drastik dalam negara ini amat membimbangkan. Kenaikan ini menyebabkan negara kini sedang berhadapan dengan kekurangan bekalan beras tempatan yang serius. Kenaikan harga beras import ini menyebabkan majoriti rakyat memilih beras tempatan secara alternatif untuk membeli beras pada harga yang murah. Akibatnya, bekalan beras tempatan di pasaran berkurang dengan amat ketara dan drastik.

Isu kekurangan beras ini bukan sekadar isu bekalan makanan tetapi ia merupakan isu keselamatan negara memandangkan ia merupakan sumber makanan utama rakyat Malaysia. Kuala Pilah menyeru kementerian berwajib, kementerian yang bertanggungjawab menjadikan situasi kenaikan harga beras import dan peningkatan mendadak terhadap beras tempatan ini sebagai pemangkin untuk negara meningkatkan bekalan beras tempatan dengan konsisten, sekali gus mengurangkan kebergantungan kita terhadap beras import.

Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri harus duduk semeja bagi memikirkan kaedah dan solusi yang terbaik bagi melaksanakan usaha penanaman padi berskala besar kerana kita tahu bahawa tanah berada di bawah bidang kuasa negeri.

Tuan Yang di-Pertua...

[Bercakap dalam bahasa Arab] Kuala Pilah mengucap syukur dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang telah turun ke Kuala Pilah dan mengumumkan sumbangan bagi pembangunan Sekolah Sukan Za’ba tempoh hari secara impromptu dan peruntukkan ini telah pun disalurkan.

Namun begitu, di sini Kuala Pilah ingin membangkitkan isu kekurangan guru di sekolah bagi beberapa buah mata pelajaran terutamanya Bahasa Melayu dan Sejarah.

Isu kekurangan guru ini harus diberikan perhatian dan diatasi terutamanya guru bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah, memandangkan kedua-dua mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran wajib lulus untuk pelajar mendapatkan sijil mereka.

Kekurangan guru bagi kedua-dua mata pelajaran ini merupakan di antara kekangan utama yang dihadapi oleh jabatan pendidikan negeri dan juga pejabat-pejabat pendidikan daerah. Kuala Pilah menyambut baik tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat pengambilan khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred N41 baru-baru ini yang terbuka kepada graduan universiti awam tanpa ikhtisas pendidikan, sekali gus disifatkan sebagai peluang keemasan kepada mereka yang berminat menjadi guru.

Secara alternatifnya, Kuala Pilah juga mencadangkan juga agar KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dapat mempertimbangkan semula kewajaran mengembalikan semula kursus Diploma Pendidikan bagi memastikan negara bukan sahaja mempunyai bekalan guru yang mencukupi tetapi juga yang berkualiti.

Tuan Yang di-Pertua, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah mempunyai baki tanah seluas lebih 34.33 ekar yang masih tidak digunakan. Bagi Kuala Pilah, iaitu kerugian yang amat besar jika tanah ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya dengan ruang tanah yang amat luas ini, Kuala Pilah percaya hospital ini berpotensi besar untuk dijadikan pusat jantung bagi zon tengah. Sekarang ini, Hospital Sultan Idris Shah iaitu Hospital Serdang menjadi tumpuan bagi rawatan penyakit jantung. Hospital Serdang mampu menampung dua kali- ganda pesakit berbanding dengan bilangan pesakit yang sedia ada.

final • 4:30 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Namun begitu, dilaporkan telah berlaku juga peningkatan jumlah pesakit yang drastik di Pusat Jantung Hospital Serdang ini...

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

final • 4:30 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Oleh itu, Kuala Pilah ingin mencadangkan agar ruang tanah yang ada di Hospital Tuanku Ampuan Najihah ini dimanfaatkan sepenuhnya dengan pembinaan sebuah pusat jantung yang baharu bagi zon tengah sekali gus mengurangkan kepadatan dan kesesakan pesakit di Institut Jantung Negara (IJN), Pusat Jantung Hospital Serdang dan juga Hospital Tuanku Ja’afar, Kuala Pilah.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, Kuala Pilah memuji sistem yang dibangunkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dalam pengendalian urusan kemasukan di pintu masuk negara. Sistem yang canggih, lancar dan laju ini sebenarnya jauh lebih baik jika dibandingkan dengan sistem-sistem di negara lain. Kuala Pilah juga amat menyambut baik usaha kerajaan melaksanakan transformasi digital dengan melaksanakan pemodenan perkhidmatan awam melalui Government Technology (GovTech) yang merangkumi perkhidmatan awam yang mudah diakses dan berpaksikan rakyat.

Namun begitu, dalam kita mengejar teknologi dan pendigitalan ini, kerajaan harus berwaspada terutamanya ia melibatkan isu-isu keselamatan. Contohnya dalam urusan penawaran kontrak yang melibatkan keselamatan data rakyat Malaysia, kerajaan perlu memastikan kontrak-kontrak ini diberikan kepada pemain industri tempatan agar data- data ini terpelihara dan selamat. Penawaran kontrak tidak wajar diberikan kepada syarikat luar atau pun mana-mana syarikat tempatan yang bekerjasama dengan syarikat asing memandangkan perkara ini merangkumi perkongsian data yang melibatkan keselamatan negara.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 4:30 PM

Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas ruang yang telah diberikan ke atas Kuala Pilah dan Kuala Pilah yakin bahawa matlamat utama kita membahaskan KSP ini adalah untuk kita mencari perkara-perkara yang boleh kita modify, yang boleh kita tambah baik kepada Rancangan Malaysia Ke-12 yang bakal berakhir pada tahun 2025, nanti. Dengan itu, Kuala Pilah memohon menyokong. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Saya Menjemput Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Padang Serai.

final • 4:30 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua turut memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk turut berbahas dalam Kajian Separuh Penggal RMKe-12.

Kajian Separuh Penggal RMKe-12 yang dibentangkan oleh PM kita merupakan ketika asas ekonomi Malaysia yang diletakkan oleh kerajaan ketika Perikatan Nasional mentadbir telah meletakkan landasan yang kukuh dengan pertumbuhan ekonomi suku ke- empat tahun 2022 pada kadar 8.7 peratus, terbaik dalam tempoh 30 tahun.

final • 4:39 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Walaupun ada Ahli Parlimen kerajaan ini cuba menerapkan denial syndrome ataupun sindrom penafian yang menidakkan kejayaan pentadbiran yang lalu dengan menyatakan asas ekonomi bermula pada tahap yang rendah. World Bank telah mengiktiraf pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun 2022 adalah antara yang terbaik di dunia. World Bank telah mengiktiraf kerana walaupun dalam keadaan pandemik yang sangat dahsyat, kerajaan lalu tetap berjaya mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang hebat.

final • 4:40 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Mari kita singkap pertumbuhan ekonomi enam Rancangan Malaysia yang lalu.

Rancangan Malaysia Ke-6 dan Rancangan Malaysia Ke-7, berada pada tahap pertumbuhan ekonomi 7.2 peratus. Rancangan Malaysia Ke-8 dan Rancangan Malaysia Ke-9, menurun kepada 4.6 peratus. Rancangan Malaysia Ke-10 dan Rancangan Malaysia Ke-11, turun lagi kepada 4.0 peratus. Akan tetapi, dalam Rancangan Malaysia Ke-12 bagi tahun 2021 dan tahun 2022, purata pertumbuhan ekonomi mencatatkan 5.4 peratus ketika pandemik melanda negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, momentum itu berterusan. Pada suku pertama tahun 2023, mencatatkan 5.6 peratus. Namun, bagi pertumbuhan suku kedua tahun 2023, pertumbuhan kembali jatuh ataupun istilah ‘menyederhana’ kepada 2.9 peratus. Ringgit juga semakin lemah berbanding Dolar Amerika. 1 USD bersamaan dengan RM4.68.

Eksport kita juga semakin menurun dan import kita juga semakin mengecut.

Tuan Yang di-Pertua, dalam KSP RMKe-12 ini, ada 17 anjakan besar serta 71 strategi dan inisiatif utama yang digariskan. Antara 17 anjakan besar yang digariskan itu salah satunya ingin saya terapkan ialah perundangan berkaitan rasuah. Inilah slogan yang sering dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri sepanjang hampir 10 bulan menerajui pentadbiran ini. Namun, semua slogan yang dilaung-laungkan itu sangat boleh kita semua pertikaikan dan telah dibakulsampahkan oleh kerajaan pada hari ini.

Kes Yang Berhormat Bagan Datuk yang diberikan DNAA telah merobek segala slogan yang diperjuangkan. Rakyat melihat dengan jelas. Mungkin ada unsur campur tangan pihak eksekutif dan sistem legislatif negara kita. Adakah laungan reformasi yang diperjuangkan selama 25 tahun yang lalu telah menjadi ‘reformati’?

Jika 47 buah kes pertuduhan berat seperti ini boleh mendapat dilepas tanpa dibebaskan (DNAA), bagaimana rakyat marhaen yang biasa di luar sana yang melakukan kesalahan mencuri petai, curi susu untuk beri anak minum, curi roti di pasar raya demi memberi makan kepada ahli keluarga dan anak-anak? Apa jaminan sistem keadilan dapat dilaksanakan kepada semua rakyat tanpa mengira pangkat dan darjat? Adakah kerana “Kamu tolong aku untuk pastikan aku menjadi sang penguasa negara. Maka, kes kamu boleh dilepaskan”?

Isu besar ini pasti memberikan imej yang sangat buruk kepada sistem kehakiman negara. Pihak dunia sedang memerhatikan gelagat sang penguasa dan komen-komen dalam dan luar negara terhadap negara kita sangat memalukan negara yang kita cintai ini. Jadi, bagi isu ini, saya nak sebut dalam isu dan kes sebesar ini adalah sangat tepat.

Benar, tindakan saya meninggalkan parti dan gabungan Pakatan Harapan pada tahun 2020 yang membelakangkan...

[Tepuk] malah melelong prinsip keadilan dan reformasi demi untuk merebut kuasa dan mengekalkan kuasa seperti yang pernah dikatakan oleh Yang Berhormat Hulu Langat, “Ini kerajaan kami, ikut suka kami lah”.

Ternyata tindakan saya tepat sekali dan tidak salah langkah. Biarlah ketika itu saya dilabelkan pengkhianat, katak dan sebagainya, asalkan saya tidak dilihat oleh rakyat sebagai pengkhianat kepada agama, bangsa dan perundangan negara. Itu point saya yang pertama, Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk] Perkara seterusnya yang saya nak sebutkan ialah perkara berkenaan dengan KSP ini. Perkara kedua berkenaan dengan HGHV 4 iaitu pertanian dan industri asas tani.

Dalam tempoh sebulan kebelakangan ini, berlaku masalah ketiadaan ataupun kekurangan serius beras putih SST. Apakah masalah sebenar yang berlaku? Kelemahan penguatkuasaan ataupun kelemahan pentadbiran kementerian yang bertanggungjawab seperti Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ataupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN)?

Pandangan saya, antara perkara yang mesti dilakukan segera ialah projek penanaman padi lima kali dalam tempoh dua tahun seperti yang diumumkan...

final • 4:40 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 4:40 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

...Oleh Perdana Menteri. Jadi...

final • 4:40 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 4:40 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Ya.

final • 4:40 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Berkenaan dengan kekurangan beras ini, adakah di atas sana ada kartel-kartel seperti yang diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah?

final • 4:40 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Nanti saya sambung.

Jadi, Kedah telah pun memulakan langkah awal bagi penanaman padi lima kali dua tahun ini di kawasan MADA dan di kawasan luar kawasan MADA di negeri Kedah.

Kerajaan hari ini mesti bersungguh-sungguh untuk melaksanakan projek lima kali dua tahun ini di seluruh kawasan jelapang padi seperti di MADA yang mempunyai hampir kira- kira 110,000 hektar kawasan penanaman padi. IADA di Penang, IADA di Perak, Selangor dan lain-lain kawasan jelapang.

Apakah perkembangan projek SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) di seluruh negara? Luas kawasan yang diusahakan dan hasil yang telah diperoleh melalui projek SMART SBB – ini yang saya ingin tanya kepada Kementerian Pertanian. Projek SMART SBB ini adalah antara langkah penting yang boleh menyekat semua subsidi padi yang diberikan kepada petani tetapi disedut oleh kartel-kartel yang menguasai industri padi dan beras negara. Kartel-kartel ini mesti kita hentikan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, industri HGHV nadir bumi. Semua orang bercakap tentang REE. Jadi, Padang Serai dan Kedah mohon disegerakan walaupun telah diumumkan SOP perlombongan dan kaedah untuk pengekstrakan REE ini. Ia merupakan suatu pendapatan baharu dalam negara dan negeri-negeri di Malaysia.

Saya setuju, hasil mentah nadir bumi tidak dieksport tetapi di proses dan dijadikan produk dalam negara seperti bateri kereta, magnet dan lain-lain. Namun, kita perlu dapatkan technology transfer daripada pakar-pakar dalam dan luar negara. Perkara ini perlu dikaji sebelum semua hasil REE diproses. Akan tetapi sebenarnya dalam negara kita tiada kepakaran.

Saya juga bersetuju cadangan MPs lain seperti daripada Yang Berhormat Subang tentang perlombongan REE ini yang mampu memberikan pulangan hasil negara yang baharu dalam keadaan pendapatan fiskal negara yang terhad dan hutang yang tinggi.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 4:40 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Saya nak sebut satu lagi tentang isu ini iaitu tentang Kedah Aerotropolis. Ini berkaitan isu jurang antara wilayah yang sepatutnya kerajaan bertindak jujur dan ikhlas dalam menoktahkan kemiskinan. Terbentuk Persekutuan atas persetujuan negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan bertukar kepada Malaysia.

PM telah umum peruntukan untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dan Subang. PM juga telah umumkan peruntukan untuk LRT di Penang. Kita tidak membantah tetapi Kedah Aerotropolis ini telah pun melalui tempoh yang panjang. Proses sesi libat urus sejak tahun 2013. Projek ini kewangannya akan kita dapatkan melalui kaedah PFI dan pelabur-pelabur telah pun sedia ada. Ia merupakan projek game changer ekonomi bagi wilayah Kedah dan utara. Ia boleh meningkatkan KDNK Kedah sehingga 3.5 peratus setahun. Apabila adanya Kedah Aerotropolis ataupun KSP ini, projek NCE ini juga telah lama diumumkan dan telah diluluskan. Bilakah pembinaannya akan dilakukan?

Seterusnya, saya nak gulung.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 4:40 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Saya nak gulung. Sedikit lagi.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 4:40 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Sedikit lagi. Satu lagi.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masih ada 30 lebih orang MP mahu berucap.

final • 4:40 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Seminit.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada satu minit.

Sila duduk.

final • 4:40 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Okey.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 4:40 PM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Ini kawasan belum sebut lagi.

final • 4:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada Balik Pulau untuk menyertai perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan yang mulia ini.

Hari ini saya ingin mengarahkan fokus kepada pembangunan industri kreatif di Malaysia. Secara umumnya, setiap individu harus diberi peluang untuk mempelajari instrumen, melibatkan diri dengan seni dan mengembangkan kreativiti mereka. Penggiat seni dan industri kreatif pula perlu mendapat sokongan sepenuhnya untuk meneruskan agenda seni dan kreatif negara bagi memelihara industri kreatif dan tradisi kesenian yang pelbagai di Malaysia ini.

Industri kreatif merupakan salah satu sumber penting dalam pertumbuhan ekonomi dan percambahan budaya bagi negara maju. Kerajaan Malaysia menyedari bahawa rakyat negara ini mampu menjadikan industri kreatif sebagai sumber pekerjaan dan mampu menjana pendapatan negara.

Baru-baru ini dalam pembentangan KSP RMKe-12 dan Menteri juga menyebut, kerajaan menyediakan dana sebanyak RM346 juta dalam tempoh RMKe-12 ini, untuk menarik penglibatan golongan belia khususnya dalam aktiviti kreatif yang menawarkan pendapatan yang tinggi seperti yang direncanakan dalam Kajian Separuh Penggal RMKe- 12.

final • 3:48 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Industri ini dapat membuka ruang dan peluang kepada kelompok masyarakat yang berbakat terutama generasi muda untuk berkarya sama ada dalam aspek multimedia, seni budaya ataupun warisan dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif seterusnya mendapat pasaran dalam dan luar negara. Malah, produk-produk yang dipasarkan mendapat memberikan pulangan hasil yang lumayan termasuk pendapatan yang lebih tinggi.

Secara tidak langsung, usaha ini dapat membantu mencapai di antara matlamat utama kerajaan seiring memartabatkan seni budaya dan warisan negara. Industri kreatif dapat menaikkan pertumbuhan ekonomi negara, memberikan sumbangan yang signifikan terhadap KDNK serta mencipta peluang pekerjaan dan pertumbuhan inovasi.

Pada tahun 2019, industri kreatif telah menyumbang sekitar RM29.4 bilion iaitu sebanyak 1.9 peratus kepada KDNK negara. Di sini saya ingin meminta DOSM melalui Kementerian Ekonomi, apakah komponen-komponen yang dikira dalam industri kreatif ini? Apakah 1.9 percent itu yang kita ingin tahu? Oleh kerana 1.9 peratus ini terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan negara jiran kita seperti Singapura dan Indonesia.

Peratusan kecil ini amat membimbangkan kerana industri ini mempunyai potensi yang besar untuk terus berkembang dan memberikan kesan yang positif kepada ekonomi Malaysia. Malah, banyak ruang yang boleh diterokai agar ekonomi industri kreatif negara ini dapat berkembang dengan lebih agresif. Kita juga dapati industri kreatif ini seperti

final • 4:50 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

overlapping dengan banyak kementerian seperti Kementerian Komunikasi dan Digital, MOTAC, KUSKOP dan lain-lain.

Alangkah baiknya jika kerajaan mempertimbangkan untuk menilai semula peranan kementerian dengan meletakkan ekonomi kreatif ini di bawah satu kementerian seperti di Indonesia iaitu Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif. Jikalau di Malaysia ini, di Pulau Pinang, Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif. Mungkin kerajaan perlu menimbang semula untuk meletakkan ekonomi kreatif di bawah satu kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan dengan masa tidak mengizinkan. Bakat kreatif tempatan wajar dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.

We have a lot of talented artisans, dengan izin, namun ada di antara mereka yang kurang pengetahuan dan pendedahan dalam bidang pemasaran, perakaunan, dan pemasaran digital. They might have a talent but they may lack business equipment, dengan izin.

Oleh itu, pusat latihan dan institut pengajian tinggi perlu menyediakan pengajaran dan latihan secara holistik bagi menerokai potensi sepenuh industri kreatif ini. Saya rasa banyak peruntukan perlu diberi kepada memberikan pengajaran atau penekanan kepada bidang pendidikan dan latihan ini untuk menjadi pemangkin utama dan pelaburan jangka panjang dalam membangunkan industri kreatif di Malaysia.

Saya ingin juga menyentuh tentang industri batik di Malaysia. Kita sambut baik usaha kerajaan dalam memperkasakan industri Batik Malaysia dengan membenarkan penjawat-penjawat awam mengenakan Batik Malaysia setiap hari dan wajib pada hari Khamis. Saya juga berharap di Dewan yang mulia ini juga membenarkan penjawat awam dan Ahli Parlimen memakai Batik Malaysia setiap hari, bukan hanya pada hari Khamis.

Saya merasa terkilan apabila pegawai-pegawai yang datang ke Parlimen tidak dibenarkan untuk memakai batik ke dalam Dewan yang mulia ini. Sepatutnya kitalah yang set the trend. Ada juga terdapat rungutan tentang harga sehelai kemeja batik yang mahal.

Saya ingin menekankan di sini bahawa every piece of the batik Malaysia represent a piece of art yang melibatkan sekurang-kurangnya tujuh artisan seperti canting, melukis, membuat blok, stamping the wax, merebus, fix color dan sebagainya.

Jadi, saya harap industri Batik Malaysia ini mempunyai potensi yang besar sama ada dalam atau luar negara dan secara tidak langsung mampu menjana ekonomi Malaysia. Oleh itu, saya juga berharap pihak kerajaan dapat membantu daripada segi pengecualian cukai import bahan mentah kepada para pengusaha batik. Insya-Allah dengan itu kita dapat mengurangkan harga batik Malaysia yang boleh dipakai oleh semua lapisan masyarakat yang boleh kita namakan sebagai Batik Rahmah yang berharga mungkin kurang daripada RM50 sehelai.

Saya berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri membantu pengusaha- pengusaha batik dalam merealisasikan Batik Rahmah ini. Saya ada 48 seconds, jadi saya teruskan dengan isu kawasan. Pada masa yang sama, dalam RMKe-12 ini, kita tidak pasti jika ada peruntukan kepada pembesaran jalan FT006 iaitu jalan yang menghubungkan Teluk Kumbar dengan Balik Pulau. Ada few stretch iaitu dalam tiga atau empat kilometer.

Di mana jalan ini amat sesak pada waktu puncak.

Kita berharap sangat supaya dalam RMKe-12 ini diberikan peruntukan untuk membesarkan jalan ini menjadi dual carriageway dan memberikan keselesaan kepada penduduk-penduduk sekitar yang terpaksa mengalami kesesakan berjam-jam setiap hari.

Saya juga ingin mohon supaya satu Rural Transformation Centre (RTC) ditubuhkan di Balik Pulau kerana Balik Pulau ini ia di sebalik pulau. Ia jauh daripada segi untuk sampai.

Jadi RTC ini dapat memberikan perkhidmatan dan maklumat mengenai peluang- peluang yang disediakan oleh jabatan dan agensi kerajaan kepada penduduk sekitar.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 4:50 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Ya. Saya gulung. Saya akhiri dengan dua rangkap pantun.

Besi kursani ditempa segera, Merah menyala bara tersimpan,

final • 4:50 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

*Ekonomi Madani rakyat sejahtera, Makmur Malaysia inklusif dan mampan.

[Tepuk] Sungguhlah sarat ukiran berseni, Corak jerami lapis suasa, Perkasa rakyat kerangka madani, Teraju ekonomi sama merasa.

[Tepuk]* Sekian, terima kasih, saya mohon menyokong.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Saya jemput Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 4:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Tangga Batu untuk turut membahaskan KSP RMKe- 12. Tuan Yang di-Pertua, Tangga Batu menghargai perancangan kerajaan dalam mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan dengan menyasarkan antaranya “1 Doktor : 400 Penduduk” dan menambah bilangan katil dan sebagainya.

Malaysia menuju ke arah ageing state dan bertambahnya kes-kes yang berkaitan dengan MCD. Oleh itu, kerajaan perlu melihat kepada peri pentingnya mempertingkatkan bilangan ahli fisioterapi sesuai dengan saranan daripada WHO iaitu 1:2000 penduduk.

Ramai di kalangan mereka yang diserang strok tidak mendapatkan perkhidmatan fisioterapi secara konsisten dan berkala menyebabkan mereka tidak dapat menguruskan diri mereka sendiri dan akhirnya menjadi beban mental dan beban ekonomi kepada ahli keluarga lebih-lebih lagi sekiranya ia berlaku di kalangan golongan B40.

Di Tangga Batu, contohnya, hanya dua orang sahaja ahli fisioterapi bagi melayani 198,000 orang penduduk dan bilangan ini perlu ditambah. Pusat jagaan orang-orang tua perlu diperbanyakkan. Tangga Batu memberikan cadangan agar kerajaan mengadakan kerjasama dengan NGO, dapat mewujudkan daycare centre untuk orang-orang tua, di mana anak atau penjaga akan menghantar orang tua ke sana dan habis kerja, mereka ambil bawa pulang ke rumah.

Kaedah ini akan dapat mengurangkan risiko keselamatan dan mengurangkan beban mental kepada anak dan penjaga supaya mereka boleh memberikan fokus kepada pekerjaan dan boleh meningkatkan produktiviti. Tangga Batu juga memohon agar kerajaan dapat mengalokasikan peruntukan daripada RM15 bilion tambahan DE dalam RMKe-12 ini untuk pembinaan dan pembangunan Pusat Kesihatan Sungai Udang yang sudah terlalu tua dan uzur tidak dapat menampung keperluan penduduk yang bertambah dengan cepatnya apabila tumbuhnya taman-taman perumahan, khususnya di dalam DUN Sungai Udang.

Klinik Kesihatan Sungai Udang melayani 43,000 orang penduduk, 200 orang pesakit sehari, taburan penduduk warga emas yang tinggi yakni 40 peratus pesakit adalah warga emas. Ruang menunggu yang sempit dan outdoor, fasiliti pusat fisioterapi yang terhad, doktor berkongsi tiga orang satu bilik, ruang menunggu pesakit bagi memerlukan ujian-ujian darah dan mereka berada di tempat panas dan outdoor. Dalam jawapan bertulis Menteri kepada Tangga Batu dalam sesi yang lalu, bahawa kementerian akan melakukan perolehan tanah pada tahun 2023 dan Tangga Batu ingin tahu sampai tahap mana. Membangunkan masyarakat inklusif dan lebih berdaya tahan serta menambah baik penyediaan pendidikan. Kelewatan menyiapkan Sekolah Kebangsaan Krubong. Jumlah pelajar sekolah menengah 4,581 orang tetapi hanya ada tiga buah sekolah untuk menampung jumlah yang tinggi.

Bilangan ini akan terus meningkat selari dengan bertambahnya taman-taman perumahan baharu di dalam DUN Paya Rumput. Pembinaannya sudah berjalan tetapi

final • 4:56 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

berlaku kelewatan semakin ketara walaupun EoT telah diberikan sebanyak empat kali.

Tangga Batu mengharapkan agar Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Kerja Raya dapat melihat keperluan ini dan menangani secara serius agar sekolah ini dapat beroperasi pada tahun 2024 ataupun 2025. Sekolah Rendah JAIM Sungai Udang dan Tanjung Kling.

final • 4:56 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Keperluan kepada dua buah SRA ini amat mendesak, di mana kedua-dua pelajar sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Lereh dan Sekolah Kebangsaan Sungai Udang. Tangga Batu dimaklumkan bahawa tapak sudah tersedia, projek ini disenaraikan sebagai projek baharu di dalam rolling plan RMKe-12 bagi negeri Melaka. Tangga Batu berharap agar kerajaan dapat memberikan alokasi dalam tahun 2024 supaya kedua-dua projek pembinaan projek SRA Sungai Udang dan Tanjung Kling ini dapat dimulakan pada tahun 2024.

Meningkatkan agromakanan ke arah keterjaminan makanan. Jumlah tangkapan ikan khususnya di kawasan Melaka Selatan telah berkurang sebanyak 43 peratus dari 400,000 pada sepuluh tahun lalu kepada hanya 226,000 kilogram. Penurunan jumlah tangkapan ini disebabkan peroleh penangkapan laut di Klebang. Nelayan di Melaka adalah nelayan pesisir pantai di zon A di batas 3 batu nautika ke laut. Kemusnahan habitat pembiakan ikan dan hidupan marin telah memberikan kesan kepada jumlah tangkapan.

Kawasan penangkapan ikan bertambah kecil lebih-lebih lagi apabila tiga buah pulau diwartakan sebagai taman laut iaitu Pulau Undan, Pulau Dodol dan Pulau Nangka.

Kita tidak nafikan nelayan menerima beberapa insentif dari kerajaan melalui LKIM tetapi apakah ini mencukupi jumlah tangkapan yang merudum. Kita harus ingat bahawa kepentingan stakeholders juga terjejas dengan teruk. Bagaimana dengan penduduk sekitar yang bergantung pada hasil tangkapan laut. Keluhan nelayan terutamanya Sungai Lereh perlu didengar dan diselesaikan dengan segera demi menjamin keterjaminan sumber protein laut di Melaka.

Antaranya muara Sungai Lereh perlu dicuci dan didalamkan secara berkala dan sekarang terlalu mendesak supaya nelayan dapat turun ke laut dan dapat kembali ke pangkalan tanpa perlu menunggu kepada air pasang. Kemudian, menyediakan floating platform bagi memudahkan para nelayan untuk memperbaiki bot dan enjin mereka.

Tuan Yang di-Pertua, melonjakkan daya pertumbuhan ekonomi untuk pertumbuhan mampan adalah sangat penting. Tidak dapat dinafikan industri sawit merupakan industri yang berjaya mengurangkan kadar kemiskinan terutamanya di luar bandar. Tahun 2022 sahaja sektor pertanian telah menyumbang sebanyak RM120.9 bilion di mana RM96 bilion adalah daripada industri sawit. Malangnya kalau kita melihat berdasarkan kepada laporan MPOC bahawa jumlah tempoh Januari–Julai 2023, nilai eksport minyak sawit Malaysia dan semua produk sawit telah menurun sebanyak 33.3 peratus berbanding pada tahun 2022 iaitu sebanyak RM80 bilion. Hari ini hanya RM53 bilion. Jumlah pengeluaran TBS negara juga telah menurun ke paras 15.47 pada tahun 2021 dan 15.49 pada tahun 2022.

Bagi saya, ini adalah tersangat rendah. Jadi jumlah pengeluaran yang rendah ditambah dengan kos buruh yang meningkat iaitu minimum wage RM1,500. Kenaikan baja, racun ditambah dengan komitmen industri menyerap seluruh kos pengambilan pekerja asing sesuai dengan ILO mengakibatkan kos pengeluaran minyak sawit Malaysia hari ini meningkat dengan tinggi.

Industri sawit juga dibebankan dengan ses RM16 MPOB. Eksport tax lapan peratus sekarang, Sarawak sales tax lima peratus, Sabah sales tax 75 peratus dan windfall levy tiga peratus pada harga lantai 3,000 di Semenanjung dan 3,500 di Sabah dan Sarawak. Mungkin ianya tidak membebankan kepada syarikat perladangan besar tetapi bagi syarikat perladangan kecil, sederhana dan pekebun kecil yang berjumlah 500,000 orang akan terbeban.

Untuk pengetahuan Ahli Dewan yang dimuliakan, buat masa ini terdapat sebanyak 664,000 hektar ladang sawit yang telah mencapai ageing state. Pokok tua dan menjelang tahun 2027 sebanyak 2 juta hektar atau 35 peratus daripada jumlah keluasan

final • 5:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

penanaman sawit yang berada di negara ini. Tidak dapat disangkal antara faktor yang menyumbang kepada jumlah pengeluaran tandan buah segar yang rendah disebabkan oleh faktor COVID-19 dan kekurangan tenaga kerja. Akan tetapi, perlu diingat bahawa pokok sawit itu atau ageing palm turut menyumbang kepada jatuhnya, menurunnya jumlah pengeluaran buah sawit.

Oleh itu, Tangga Batu menyarankan kerajaan dapat memberikan tumpuan kepada program penanaman semula sawit menggantikan pokok sawit tua yang tidak produktif lagi agar dapat meningkatkan kembali jumlah pengeluaran minyak sawit Malaysia.

Kedua, memperkenalkan geran tanaman semula kepada pekebun kecil.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 5:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Sedikit lagi hendak habis.

Memperkenalkan semula geran tanaman penanaman semula kepada pekerja-pekerja sawit bagi mempercepatkan proses penggantian pokok sawit tua yang tidak produktif dan perlu diingat 40 peratus daripada jumlah keseluruhan tanaman kelapa sawit adalah dimiliki oleh pekebun kecil.

Ketiga, meninjau kembali windfall levy yang dikenakan pada lantai 3,000 di Semenanjung dan 3,500 untuk Sabah dan Sarawak dengan 3 peratus levi. Ini seperti yang saya sebut dia sangat membebankan terutama kepada syarikat industri kecil. Saya rasa inilah antara faktor-faktor yang menyebabkan proses pembajaan ataupun replanting program itu tergendala. Tangga Batu berharap agar kerajaan dapat melihat secara serius supaya kita dapat meningkatkan kembali hasil eksport kelapa sawit yang pernah mencapai RM96 bilion sebelum ini. Tangga Batu berharap KSP RMKe-12 ini dapat dilaksanakan dengan baik dan bukan sekadar retorik dan juga janji manis. Sekian, terima kasih.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Julau. Yang Berhormat Julau diberi 10 minit sebagai ketua parti.

final • 5:00 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan saya ruang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 pada kali ini.

Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara khusus yang ingin saya bawa perhatian ke dalam Dewan yang mulia ini untuk tumpuan selanjutnya pihak kerajaan. Saya ingin menyentuh mengenai perkara berkaitan isu keterjaminan makanan, GST, penggubalan undang-undang, peruntukkan kepada wakil rakyat dan juga mengenai kemudahan fasiliti di kawasan Parlimen saya di Julau.

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang telah digarapkan di dalam dokumen RMKe-12 ini adalah memberi tumpuan untuk melonjakkan usaha negara dalam mengurangkan kebergantungan terhadap import terutamanya bagi memastikan keterjaminan dan keselamatan makanan serta mempertingkatkan pengeluaran agromakanan.

Tuan Yang di-Pertua, kenyataan ini ingin saya tegaskan bahawa ia adalah sebuah penekanan yang amat wajar sekali untuk diberi tumpuan penuh oleh pihak kerajaan bagi tempoh jangka masa yang panjang. Hal ini adalah kerana jika kita semak semula rekod jumlah perbelanjaan wang yang kita telah belanjakan untuk mengimport produk bahan makanan dari luar negara, kosnya begitu tinggi sekali.

Untuk rekod, jumlah nilai import pula seperti mana jumlah angka-angka yang telah dikeluarkan oleh DOSM untuk trend import makanan bagi tempoh 10 tahun kebelakangan ini bermula tahun 2013 hingga 2017 kita telah membelanjakan hampir RM224.9 bilion nilai import. Manakala untuk tahun 2018 hingga 2022 pula adalah sebanyak RM296.4 bilion.

Peningkatan secara drastik sebanyak 32 peratus telah direkodkan. Lebih membimbangkan adalah tidak mustahil untuk kita ramalkan di sini bahawa jumlah nilai

final • 5:05 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

import tersebut nilainya boleh mencecah sehingga ke angka RM300 bilion menjelang tahun hadapan. Sekiranya kita terus bergantung harap kepada hasil tanaman negara luar tanpa kita perkasakan sistem agromakanan domestik negara kita.

Saya ingin mencadangkan agar kerajaan dapat menyediakan dan menggalakkan syarikat korporat yang profesional untuk mengalihkan fokus kepada kepentingan agromakanan negara kita secara menyeluruh lebih-lebih lagi di peringkat upstream dan downstream dengan izin seperti syarikat Sime Darby Plantation atau FELDA untuk penanaman sawit. Seperti contoh untuk komoditi lada, kerajaan mempunyai satu anak syarikat bernama Sara Spice Sdn. Bhd. yang fokus kepada eksport lada keluar negara.

Akan tetapi tidak memberi tumpuan khas untuk penanaman lada.

Dalam sejarah kita sepanjang 180 tahun sebagai salah satu buah penanam lada terbesar di dunia. Dahulu kita adalah nombor satu dan sekarang kita sudah jatuh ke nombor lima dalam pengeluaran. Ini adalah disebabkan kita tidak ada syarikat penanaman lada dan kita terlalu bergantung kepada pekebun kecil sahaja. Kalau kita bandingkan dengan negara Vietnam yang sekarang hari ini adalah nombor satu dalam pengeluaran lada, mereka gunakan bukan pekebun kecil tetapi syarikat-syarikat besar untuk menanam.

final • 5:05 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Apabila harga lada turun, syarikat itu ada menanam lada dan apabila harga naik, mereka ada untung yang besar. Akan tetapi, apabila kita depend slowly on smallholders, apabila harga itu turun, pekebun kecil hentikan kerja mereka kerana harga baja, harga racun semua meningkat. Kos untuk mengeluarkan lada tidak ada keuntungan. Oleh sebab itu, kalau kita hendak meningkat ke eksport, kita mesti menggunakan syarikat-syarikat.

Hal ini juga termasuk dengan komoditi lain berkenaan dengan produk seperti buah-buahan, beras, perikanan dan makanan berasaskan daging. Dengan meningkatkan lagi pengeluaran makanan, saya percaya kita boleh mengurangkan pengimportan makanan dari luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, selepas beberapa hari persidangan dalam Dewan yang mulia ini, terdapat beberapa suara cadangan daripada rakan Ahli Parlimen yang lain untuk menarik perhatian kerajaan dalam memperkenalkan semula GST secara berperingkat iaitu bermula dengan kadar tiga peratus atau empat peratus.

Senada dengan suara mereka yang mahu cukai GST ini, diperkenalkan semula, saya turut ingin menyokong agar cukai ini dikembalikan semula sebagai salah satu sumber tambahan pendapatan negara yang lumayan selain daripada hanya bergantung harap kepada hasil petroleum negara semata-mata.

Namun demikian, dalam usaha untuk kita dapat memperkenalkan semula sistem percukaian GST ini, ada beberapa perkara persiapan awal yang harus kita berikan tumpuan terlebih dahulu. Untuk jangka masa yang panjang, menerusi hasil kutipan GST ini, saya berharap kerajaan akan terus dapat mempertingkatkan nilai pemberian peruntukan wang ini terutamanya Sabah dan Sarawak agar dapat melaksanakan agenda pembangunan mampan negara. Pembangunan seperti membina baharu dan memperbaiki sekolah, membina hospital dan menaik taraf klinik-klinik, menyelenggara infrastruktur seperti jalan, elektrik, air bersih dan talian Internet adalah sangat mustahak di Sabah dan Sarawak. Saya juga difahamkan bahawa cadangan untuk GST ini disokong oleh Federation of Malaysian Manufacturers dan juga pemain industri lain.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang seterusnya ingin saya berhubung, cadangan untuk mewujudkan satu undang-undang baharu mengenai pemberian peruntukan khas kepada semua Ahli Parlimen termasuk juga Ahli Parlimen di Blok Pembangkang.

[Tepuk] Saya mencadangkan ini di dalam Akta Perkhidmatan Parlimen hendaklah dimasukkan satu perkara khusus dengan kewajipan untuk menyediakan dan memberi peruntukan yang adil dan saksama kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengikut parti.

Jadikan ia sebuah sumber undang-undang yang absah dan legitimasi dan bukan lagi hanya berharap kepada perjanjian CSA semata-mata dan usaha kita letakkan perkara mengenai peruntukan khas Ahli Parlimen ini di bawah bidang kuasa Yang Amat Berhormat

final • 5:10 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Perdana Menteri sepertimana amalan sebelum ini, jangan hanya kerana perbezaan ideologi antara ahli politik di atas, rakyat di bawah yang menerima hukuman.

Saya percaya, dahulu apabila orang yang jadi pembangkang yang sekarang hari ini jadi menteri ataupun Blok Kerajaan, dahulu mereka sama meminta untuk peruntukan kawasan. Kenapa sekarang hari ini...

final • 5:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Yang Berhormat Julau.

final • 5:10 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Kita tidak sokong idea ini.

final • 5:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Yang Berhormat Julau.

final • 5:10 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Dan dalam, minta maaf. 50 saat sahaja.

final • 5:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Satu saat?

final • 5:10 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Dalam politik kita pun boleh melihat bahawa...

final • 5:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Setuju sahaja Yang Berhormat Julau.

final • 5:10 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih. Politik hari ini amat dinamik, hari ini kita kerajaan, mungkin esok kita jadi pembangkang.

[Tepuk] Pembangkang juga menjadi kerajaan, ini boleh bertukar-tukar. So janganlah apabila kita ada dua pertiga kuasa di dalam Parlimen ini, kita don’t do the right thing. We should do the right thing.

final • 5:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Itulah Madani.

final • 5:10 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Ya, kerana orang yang— ya betul. Ini bukan criticism untuk kerajaan.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kapar jangan berucap tanpa kebenaran.

final • 5:10 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Ini berfakta, ini yang ada satu aspek yang kita boleh melihat dalam perkara politik dan ini adalah salah satu development di dalam negara-negara yang sudah membangun dan maju.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 5:10 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kementerian berkaitan berhubung isu fasiliti yang ingin saya bangkitkan berkaitan kawasan Parlimen saya di Julau. Untuk makluman Dewan yang mulia ini khususnya Menteri KPKT, saya menerima jawapan yang pelbagai semenjak saya utarakan isu permohonan balai bomba ini sekian lamanya.

Pada tahun 2021, mantan Menteri ada menyebut di dalam Parlimen ini bahawa Parlimen Julau akan menerima sebuah balai bomba kategori D Rolling Plan kedua RMKe- 12 dan menyebut telah mengenal pasti lokasi tanah yang berkeluasan 5.75 ekar berhampiran SMK Julau. Namun sehingga hari ini, masih tiada sebarang perkembangan berhubung sebuah pembinaan sebuah balai bomba di sana. Satu purata sekurang- kurangnya, satu rumah panjang terbakar setiap tahun dengan paling terkini adalah Rumah Panjang Selunsin di Pakan pada 30 Mei 2023.

Saya mohon agar pembinaan balai bomba ini dapat disegerakan oleh pihak KPKT kerana ini adalah signifikan sekiranya berlaku apa-apa kecemasan seperti kebakaran dan juga kejadian tragedi seperti tanah runtuh, banjir dan sebagainya. Sebelum saya tamatkan, izinkan saya untuk membaca serangkap pantun sempena Hari Malaysia yang bakal kita sambut hari lusa ini.

Negara Malaysia sudah Merdeka, Rukun Negara pegangan jiwa, 16 September kita membentuk Malaysia, Satukan hati semoga Malaysia sejahtera.

final • 5:10 PM

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

[Tepuk] Sekian perbahasan saya dalam menyokong Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, terima kasih.

final • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Julau, saya jemput Yang Berhormat Mersing.

final • 5:10 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.

Tuan Yang di-Pertua, sektor pertanian di Malaysia pada ketika ini dipacu oleh Dasar Agro Makanan Negara 2.0 2021 hingga 2030. Di bawah kerangka asal RMKe-12, kerajaan berusaha mempersiapkan negara ke arah pembangunan sektor pertanian lebih maju, moden dan mampan selaras Agenda Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030).

Menerusi anjakan yang digariskan dalam KSP RMKe-12 pula, saya menyambut baik usaha kerajaan untuk memperkukuh keterjaminan makanan dan mencapai negara berpendapatan tinggi melalui tumpuan ke-24 HGHV pertanian dan industri asas tani.

Keutamaan perlu diberikan kepada usaha mempertingkat produktiviti dan sumber pengeluaran sektor makanan utama iaitu padi dan beras.

Menyentuh isu keterjaminan makanan, saya amat prihatin dan terkesan dengan masalah bekalan beras tempatan tidak mencukupi dan berlaku peningkatan harga beras tempatan dan import di pasaran. Rakyat tidak mempunyai pilihan selain membeli beras putih tempatan. Namun yang menjadi tanda tanya stok beras tempatan pula tidak cukup bagi menampung permintaan pengguna. Kerajaan perlu memainkan peranan dan bertindak segera dalam perkara ini. Rakyat yang terkesan mahu penjelasan apakah langkah-langkah intervensi yang diambil oleh kerajaan dalam menangani masalah beras tempatan yang tidak cukup bekalan.

Bagaimana kaedah dan mekanisme bagi meningkatkan semula pengeluaran beras tempatan kepada tahap yang lebih optimum? Tambahan pula dengan keadaan cuaca ekstrem yang tidak menentu kini. Selain daripada itu, terdapat laporan ada pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan memanipulasi harga kawalan beras tempatan yang ditetapkan kerajaan. Tindakan memanipulasi dengan menukarkan kandungan kampit beras tempatan menjadi kampit beras import. Insiden seumpama ini sepatutnya tidak berlaku dan tindakan tegas diperlukan.

final • 5:17 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Tuan Yang di-Pertua, satu anjakan besar yang diberi tumpuan dalam KSP RMKe- 12 ini ialah Tumpuan ke-29, Ketersediaan Bakat Masa Hadapan. Saya ingin menyentuh peluang dan pembangunan bakat khasnya kepada golongan muda pada hari ini.

Selepas berakhirnya PRU 15 yang lepas, kita telah menyaksikan bahawa gelombang anak muda telah menjadi penentu kepada hala tuju dan masa hadapan negara. Golongan muda perlu diberi perhatian yang khusus memandangkan mereka terdedah kepada percambahan kuasa dan inovasi teknologi (internet of things) dan artificial intelligence, dengan izin yang akan mempengaruhi gaya pemikiran dan taraf kehidupan mereka. Pelan Strategik Pembangunan untuk melahirkan remaja berbakat dalam pelbagai bidang juga harus selaras dengan keinginan, minat dan keperluan mereka.

Melalui pendekatan yang terangkum dalam KSP RMKe-12, melalui pemangkin dasar yang diterapkan, saya menjangkakan kerajaan akan memberi tumpuan peluang memperkasa ekosistem pendidikan TVET yang menjurus ke arah reformasi pasaran pekerjaan yang berimpak tinggi. Oleh yang demikian, saya menyambut baik hasrat kerajaan untuk mengukuhkan kerjasama yang erat antara kerajaan dan sektor industri.

Strategi ini ternyata mampu memberikan platform kepada golongan muda untuk

final • 5:20 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

menikmati produktiviti kerja yang mampan dan memiliki pendapatan gaji atau upah yang lebih kompetitif.

Minggu ini Tuan Yang di-Pertua, terdapat isu-isu berkaitan peserta himpunan RXZ yang dikenakan tindakan undang-undang atas beberapa kesalahan. Salah tetap salah tetapi saya beranggapan kerajaan boleh menggunakan pendekatan mendidik berbanding menghukum. Peserta-peserta ini mempunyai bakat dan minat berkenaan sukan permotoran dan sudah pasti boleh disalurkan dalam pendidikan TVET dan seterusnya menjadi bakat masa hadapan negara.

Tuan Yang di-Pertua, forum ekonomi dunia baru-baru ini telah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara terbaik di Asia Tenggara dalam Indeks Peralihan Tenaga. Isyarat ini jelas menunjukkan bahawa negara kita sedang berada di landasan yang tepat untuk menuju fasa peralihan tenaga yang mampan selaras dengan Tumpuan 5, industri HGHV berasaskan peralihan tenaga. Saya menyambut Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara. Pelan tenaga ini memberi peluang pada Malaysia meneroka potensi baharu dalam kepakaran tenaga boleh baharu (TBB).

Saya mendapat maklum bahawa sejumlah RM637 bilion pelabur diperlukan bagi menjayakan Pelan NATR sehingga tahun 2050. Soalannya, bagaimanakah Dasar NATR mampu menjana pulangan pelaburan yang begitu tinggi kepada negara? Adakah dana pelaburan datangnya daripada pembiayaan kerajaan sendiri atau diperoleh daripada dana asing? Saya menyarankan kepada kerajaan untuk melihat kepada potensi projek-projek peralihan tenaga negara yang boleh menarik minat pelabur asing.

Seperti mana yang kita ketahui, destinasi pelaburan bagi sektor peralihan tenaga cukup kompetitif terutamanya di rantau Asia Tenggara, umpamanya Vietnam dan Thailand. Terdapat cabaran yang perlu dihadapi untuk peralihan tenaga ini bertahan lama dalam jangka masa panjang. Kita perlu mengakui bahawa loji jana kuasa arang batu masih memainkan peranan paling penting membekalkan sumber tenaga kepada negara.

Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah lebih kurang 44 peratus daripada kapasiti tenaga negara masih dihasilkan daripada arang batu, 37 peratus daripada minyak dan gas dan hanya 19 peratus daripada pembangunan tenaga boleh baharu. Sejauh manakah inisiatif yang dirangka pihak kerajaan untuk menggalakkan pengamalan tenaga boleh baharu dalam sektor swasta dan apa bentuk skim intensif yang telah diberikan?

Selain itu, apakah mekanisme yang akan dilaksanakan bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada sumber tenaga arang batu secara komprehensif?

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan pada petang ini, saya ingin mendapatkan pencerahan berkenaan dengan status rancangan pembangunan RMKe-12 di kawasan saya Mersing. Pertama, projek membina jalan dan jambatan menghubungkan Jalan Felda Nitar–Mersing (FT1425) ke Jalan Air Merah (J85) dan Jalan Johor Bahru-Kuantan (FT003) Mersing.

Saya telah menerima jawapan bertulis daripada pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah sebelum ini bahawa projek ini akan di-tender pada pertengahan tahun ini namun sehingga kini masih belum ada khabar berita berkenaan projek ini. Saya mewakili seluruh penduduk Mersing memohon agar pihak kerajaan menyegerakan pembinaan projek bypass ini untuk memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya yang melalui Bandar Mersing.

Kedua adalah Projek Pembangunan Tapak Sisa Pepejal di Mersing. Ketiga, Projek Bekalan Air Luar Bandar di Kepulauan Mersing. Selain itu, saya juga menyambut baik projek-projek di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) seperti Projek Lebah Tenusu Jemaluang, Mersing dan Projek Taman Negara Endau-Rompin. Projek ini sudah pasti akan menyumbang kepada sektor ekonomi, sosial, dan pelancongan di Mersing.

Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Manis.

final • 5:20 PM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama berucap bagi membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas tahun 2021-2025.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan kerana berjaya membentangkan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 serta menggariskan langkah-langkah dan anjakan-anjakan untuk mencapai objektif “Keluarga Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan”.

Saya juga menyambut baik keputusan kerajaan untuk menaikkan siling RMKe-12 daripada sebanyak RM15 bilion kepada RM415 bilion supaya negara kita dapat mencapai status negara makmur menjelang tahun 2030. Semoga sebahagian daripada peruntukan tambahan ini dapat diagihkan untuk kawasan saya di Parlimen Tanjong Manis, insya-Allah.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titah baginda baru-baru ini semasa majlis santapan negeri sempena Kembara Kenali Borneo di Kuching, Sarawak telah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sarawak bekerja rapat untuk mempertingkatkan lagi usaha untuk membaiki infrastruktur asas yang sangat-sangat diperlukan oleh penduduk, terutamanya di kawasan luar bandar Sarawak.

Sebagai kerajaan yang patuh pada titah baginda tuanku, saya berharap agar seruan baginda tuanku ini juga dijadikan sebagai asas dan panduan dalam kerangka Kajian Separuh Penggal RMKe-12 selain daripada langkah-langkah dan anjakan-anjakan yang telah disenaraikan dalam laporan kajian yang telah diedarkan kepada semua Ahli Parlimen. Kami rakyat Sarawak sangat terharu dan berterima kasih dengan kesudian baginda tuanku mencemar duli dan turun padang melawat rakyat dan melihat sendiri negeri kami dan prihatin dengan keadaan negeri yang masih lagi serba kekurangan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh perkara yang penting bagi saya di kawasan Parlimen Tanjong Manis iaitu Projek Membaiki Sekolah OKMP Paloh. Saya difahamkan bahawa projek ini sudah diluluskan dalam RMKe-12 untuk dijalankan dalam Rolling Plan Ketiga iaitu pada tahun ini.

Namun sehingga kini tiada berita terkini berkenaan status projek ini. Suka saya maklumkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa keadaan struktur bangunan blok Sekolah OKMP Paloh ini agak berbahaya kepada pelajar dan guru.

Perkara ini sudah lama dibangkitkan dalam perbahasan saya yang lepas. Kerosakan blok sekolah ini sudah disiasat dan disahkan oleh pihak JKR Negeri Sarawak sebagai berbahaya dan tidak selamat untuk digunakan.

Justeru, saya mohon kepada pihak kementerian supaya mengambil maklum berkenaan urgency projek ini untuk dijalankan secepat mungkin supaya insiden yang tidak diingini tidak berlaku kepada anak murid dan guru. Janganlah sampai blok sekolah itu runtuh barulah kita hendak mula bertindak. Keselamatan dan nyawa anak murid dan guru janganlah dipertaruhkan.

Di kesempatan ini juga saya ingin menggesa supaya projek baik pulih sekolah- sekolah daif yang lain di kawasan Parlimen Tanjong Manis turut diberi perhatian dalam Kajian Separuh Penggal ini untuk dilaksanakan di bawah inisiatif projek bernilai bawah RM50 juta yang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, Kampung Paloh, Kampung Kedang, rumah panjang di Berangan, rumah panjang di Stalun merupakan beberapa buah penempatan di Parlimen Tanjong Manis yang masih lagi terputus perhubungan jalan asas kerana tiada jalan raya dan jambatan yang menghubungi kampung-kampung dan rumah-rumah panjang ini.

Penduduk di kawasan ini sentiasa mengalami kesukaran untuk bergerak keluar masuk kerana ketiadaan jalan dan hanya bergantung dengan pengangkutan sungai. Banyak

final • 5:25 PM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

aktiviti ekonomi orang kampung dan rumah panjang telah terbantut disebabkan kekangan ini dan sangat menyukarkan kehidupan harian penduduk di kawasan ini.

Baru-baru ini saya telah mendapat maklumat bahawa kerajaan telah meluluskan projek jalan raya dan jambatan yang menghubungkan kawasan ini dengan kawasan Bandar Baru Tanjong Manis. Mungkin projek ini adalah kajian semula yang telah dibuat dalam Kajian Separuh Penggal memandangkan perkara ini sering saya bangkitkan dalam sesi perbahasan yang lepas.

final • 5:25 PM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Sekiranya maklumat ini benar, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan yang Madani ini kerana telah mendengar rintihan dan rungutan penduduk di kawasan ini. Justeru, saya ingin memohon pengesahan daripada pihak kementerian sama ada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah atau Kementerian Kerja Raya berkenaan projek ini. Saya berharap projek jalan penghubung ini dapat dilaksanakan dengan segera.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini di kawasan Parlimen Tanjong Manis telah diadakan dua pesta rakyat ataupun pesta yang berbentuk pelancongan iaitu Pesta Pulau Bruit dan Pesta Kebudayaan dan Makanan di Belawai di Tanjong Manis. Sambutan yang diberikan oleh penduduk tempatan dan penduduk dari luar kawasan adalah sangat-sangat menggalakkan. Impaknya kepada sosioekonomi penduduk tempatan sangat besar di mana penglibatan penduduk, pengusaha gerai, penjual, pembekal mendapat hasil jualan yang di luar jangka.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya kerana telah menyediakan sedikit dana untuk menganjurkan pesta ini. Kami wakil rakyat tempatan turut juga menyumbang sedikit sebanyak peruntukan untuk menjayakan pesta-pesta tersebut. Melihat kepada impak yang sangat positif pada penduduk tempatan, saya mohon kepada Kementerian MOTAC untuk terus menyediakan dana tahunan untuk pesta-pesta ini supaya dapat dijalankan setiap tahun supaya ia dapat membantu pendapatan dan sosioekonomi penduduk-penduduk tempatan di sini.

Begitu juga saya mohon kepada MOTAC supaya mengkaji dan mempromosi produk-produk pelancongan yang lain seperti Pantai Belawai yang cantik, tempat melihat monyet Belanda ataupun proboscis monkey ada di kawasan Tanjong Manis. Melihat buaya dan empesut ataupun irrawaddy dolphin ada di Tanjong Manis dan juga burung hijrah atau pun migration bird ada di Pulau Patok di Pulau Bruit. Ini sebenarnya adalah tarikan kepada pelancong. Mohon Kementerian Pelancongan melihat pada produk-produk pelancongan ini. Masa tidak cukuplah. Tuan Yang di-Pertua, sudah bertukar? Tuan Yang di-Pertua mohon sedikit masa sedikit ya.

Baharu-baharu ini kita dikejutkan oleh pengumuman kenaikan harga beras import yang diumumkan oleh kerajaan dan isu kenaikan ini memberi kesan yang sangat besar terutama kepada penduduk di kawasan luar bandar yang rata-ratanya golongan B40.

Kawasan Tanjong Manis dahulunya banyak sawah padi yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Namun sejak kebelakangan ini, pesawah padi ini ramai yang tidak dapat mengusahakan tanaman padi mereka disebabkan oleh ban-ban pertanian yang berusia lebih daripada 50 tahun yang melindungi sawah padi mereka telah rosak dan pecah. Air masin dari laut telah masuk ke dalam kawasan sawah dan merosak tanaman padi mereka.

Bagai jatuh ditimpa tangga, itulah nasib yang menimpa pesawah dan petani ini.

Hendak bertanam padi tidak dapat, hendak beli beras harga beras naik. Maka, masih susahlah kehidupan mereka yang telah sedia ada susah. Banyak kali dibangkitkan dalam perbahasan saya mengenai perkara ini, namun masih belum ada tindakan yang dibuat oleh pihak-pihak berkenaan.

Oleh yang demikian, sekali lagi saya mohon dan merayu kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan supaya memberi perhatian segera dan serius kepada permohonan ini supaya ban-ban pertanian dan struktur pintu air yang rosak ini dapat dibaiki dengan segera. Kawasan yang terlibat adalah di skim pertanian seluruh Pulau Bruit dan di Paloh, Kedang. Disebabkan kesuntukan masa Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu lagi isu.

final • 5:30 PM

Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Satu siri lawatan telah dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan ke beberapa buah klinik di kawasan Parlimen Tanjong Manis pada penghujung bulan Julai yang lalu. Walaupun tidak dapat melawat semua klinik, beliau telah dimaklumkan bahawa kesemua klinik yang terdapat di Parlimen Tanjong Manis adalah dalam keadaan serba kekurangan daripada segi kelengkapan dan keadaan fizikal.

Sebuah klinik yang telah diluluskan semasa- kalau tidak silap saya RMKe-10 dahulu iaitu di Kampung Selalang, tapak klinik sudah pun dapat namun bangunan tidak dibina. Jarak dari Kampung Selalang dan Rumah Panjang Kerubung Kerapak ini 40 kilometer jauh, hampir satu jam perjalanan. Kalau apa-apa terjadi, susahlah orang kampung dan orang rumah panjang. Jadi, saya memohon kepada Kementerian Kesihatan supaya memasukkan pembinaan klinik ini dalam Kajian Separuh Penggal RMKe-12 ini untuk dilaksanakan segera. Begitu juga dengan pembaikan dan naik taraf klinik-klinik yang lain yang dalam keadaan daif.

Sekian sahaja perbahasan daripada saya Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon kementerian-kementerian yang terbabit yang saya sebutkan tadi mengambil maklum tentang perkara dan permohonan yang saya bangkitkan tadi. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong Kajian Separuh Penggal RMKe-12 tahun 2021-2025, terima kasih.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 5:30 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.

Pembentangan KSP RMKe-12 beberapa hari lalu menyebut berkaitan dengan penurunan inflasi kepada dua peratus dan peningkatan KDNK negeri sebanyak 4.2 peratus.

Inflasi atau dari sudut teknikalnya dipanggil Indeks Harga Pengguna (IHP) mengukur perubahan peratus kos pembelian bakul tetap barangan dan perkhidmatan.

Hari ini isu yang menjadi fokus rakyat yang terkait dengan hal pengurangan beras di pasaran tiada apa yang dapat dibanggakan dengan penurunan inflasi dan kenaikan kadar KDNK tetapi rakyat tidak dapat membeli beras tempatan pada harga kawalan RM2.60 sekilo gram atau RM26 sekampit akibat kekurangan makanan ruji berkenaan di pasaran.

Justeru itu, Kuala Kedah ingin mendapatkan maklumat sama ada daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ataupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup tentang kajian mengenai kenapa berlakunya kekurangan beras tempatan di pasaran serta apakah langkah-langkah atau mekanisme jangka pendek atau jangka panjang bagi menyelesaikan masalah ini?

Tuan Yang di-Pertua, bagi mempercepatkan pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Kuala Kedah ingin membangkitkan hal kebenaran pembinaan Projek Kedah Aerotropolis. Seperti yang diketahui bahawa pembangunan projek ini tidak menghalang projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Meskipun begitu, saya merasa dukacita kerana dokumen KSP RMKe-12 tidak tertulis berkenaan hal pembinaan Lapangan Terbang Kedah Aerotropolis yang menumpukan kepada perkara MRO iaitu selenggara, baik pulih dan pengoperasian sedangkan terdapat pihak swasta yang berminat untuk membangunkannya.

Hal ini secara tidak langsung telah membantut pengembangan pembangunan ekonomi negeri Kedah serta melengahkan peningkatan ekonomi wilayah utara. Oleh itu, Kuala Kedah memohon agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan semula projek ini untuk diberi kebenaran kerana ia dapat memberi impak besar dan merupakan game changer kepada negeri dan negara.

final • 5:35 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Tuan Yang di-Pertua berkenaan hal pertanian pintar, Kuala Kedah menyambut baik saranan Yang Amat Berhormat yang bercadang untuk melaksanakan penanaman padi lima kali dua tahun. Untuk pengetahuan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda

(MADA) telah memulakan projek rintis penanaman padi lima kali dua tahun ini seluas 1,240 hektar. Jumlah keseluruhan keluasan untuk penanaman padi di bawah MADA ialah 100,000 hektar. Tanah yang aktif penanaman padi ini adalah seluas 83,000 hektar.

Pada ketika ini, pengeluaran padi sedia ada di Kedah sebanyak 43 peratus.

Justeru apabila KSP RMKe-12 menyebut peruntukan sejumlah RM3 bilion kepada MADA, maka Kuala Kedah ingin mengetahui bagaimana cara agihan yang akan diperturunkan kepada agensi kerajaan berkenaan. Apakah peruntukan ini juga melibatkan subsidi baja dan racun dan bagaimana pula skop perancangan untuk menambah baik infrastruktur pertanian MADA?

Tuan Yang di-Pertua, perbahasan KSP RMKe-12 tidak lari tanpa menyebut berkenaan infrastruktur. Saya menyambut baik usaha kerajaan yang meluluskan peruntukan berjumlah RM1.1 bilion untuk tempoh tahun 2023 hingga tahun 2025.

Peruntukan ini bagi penyediaan infrastruktur asas, peningkatan kemudahan keselamatan dan pelaksanaan kegiatan ekonomi di sempadan di Perak, Perlis, Kelantan, Kedah, Sabah dan Sarawak.

Untuk itu saya memohon pihak kerajaan menyatakan perincian untuk peruntukan ini khusus di negeri Kedah. Saya juga mengikuti rapat perkembangan menaik taraf Terminal Jeti Kuala Kedah seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri dan sebaiknya pihak berkenaan dapat menyatakan status masa projek berkenaan di samping dua lagi projek yang diumumkan bersama.

Selain itu saya ingin menarik perhatian pihak Kementerian Kerja Raya tentang status projek. Pertamanya pembinaan bangunan penuh di SK Tebengau.

final • 5:35 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Kedua, pembinaan jalan dan Jambatan Alor Ganu-Titi Gajah Daerah Kota Setar ke Titi Besi daerah Kubang Pasu dan yang ketiga perancangan membina jalan pesisir pantai dari Kuala Kedah ke Kuala Jerlun, Kedah.

Di samping itu saya ingin mendapatkan response mengenai usaha-usaha kerajaan meningkatkan infrastruktur jalan perhubungan desa di Kampung Padang Lalang yang kerap mengalami keruntuhan tebing, sungai atau terusan yang memungkinkan berlakunya kemalangan. Begitu juga kerja-kerja menaik taraf jalan di Alor Janggus ke Simpang Empat, Kuah serta kerja-kerja berkaitan di dalam Mukim Padang Lalang.

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir saya ingin mengucapkan takziah kepada seorang pelumba drag yang bernama Muhammad Hattem Rashdi yang meninggal dunia baru-baru ini, susulan kemalangan di litar lumba ketika menyertai perlumbaan Malaysia Drag Bikes National ET Record di Pahang.

Isu yang berlaku dalam kes ini adalah perlumbaan drag yang tidak diiktiraf dan mendapat kelulusan Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM). Sukan permotoran adalah sebuah sukan yang berbahaya. Oleh itu, semua pihak sama ada penganjur, pemilik litar dan pelumba wajib mengikuti peraturan serta protokol yang telah ditetapkan khususnya bab keselamatan. Acara yang mengikut peraturan dan garis panduan adalah selaras yang ditetapkan oleh pihak Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM).

Kuala Kedah merasakan, telah sampai masa pihak KBS bersama dengan agensi yang berkaitan untuk menyemak semula jenis sukan yang boleh diiktiraf dan dibenarkan dalam kategori sukan kreatif. Kita tidak boleh untuk menyekat minat dan hobi anak muda hari ini. Namun, boleh untuk kita meletakkan syarat tertentu, terutamanya hal keselamatan.

Selain itu, bagi sukan drag ini boleh dilaksanakan inisiatif mewujudkan track untuk sukan ini dengan peraturan dan garis panduan standard. Untuk pertandingan dan penganjuran event dengan izin perlu ada syarat khusus termasuk memastikan

final • 5:40 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

penglibatan pihak berkuasa dan memastikan ada jaminan seperti insurans jika apa-apa berlaku akibat daripada kecuaian penganjur.

Saya juga ingin mengusulkan inisiatif perbincangan bersama dengan pelbagai pihak termasuk badan sukan, badan bukan kerajaan untuk mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk dijadikan produk sukan baharu khususnya di Kedah. Ia selari dengan hasrat untuk menjadikan Kuala Kedah sebagai kawasan fokus pelancongan sukan yang mempunyai pelbagai keunikan. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Dipersilakan Yang Berhormat Selangau.

final • 5:40 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Selangau untuk berbahas dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.

Syabas kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah berjaya membentangkan RMKe-12 yang berobjektifkan Malaysia Makmur, Eksklusif dan Mampan, melalui tema-tema menjana semula ekonomi, memperkukuhkan kesejahteraan dan melonjakkan kemapanan. Kita yakin Kerajaan Madani mampu mencapai sasaran dan matlamat yang telah ditetapkan dengan adanya semangat kerjasama concerted effort dengan izin, urgency dan utmost dedication daripada agensi pelaksana.

Tuan Yang di-Pertua, Selangau merupakan kawasan Parlimen pendalaman dan boleh dikategorikan sebagai salah satu kawasan Parlimen terbesar di Malaysia. Selangau amat memerlukan pembangunan infrastruktur khasnya loji air, perhubungan jalan raya, jambatan dan projek sosioekonomi melalui pertanian komersial yang berkesan dan lestari untuk meningkatkan pendapatan dan menaik taraf kehidupan mereka. Jambatan- jambatan balak yang masih digunakan sekarang harus digantikan dengan jambatan konkrit atau mild steel dengan izin demi keselamatan dan kelestarian.

Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat diutamakan dan saya sekali lagi memohon agar Loji Air Stapang, Loji Air Selangau dan Loji Air Sangan yang diumumkan pada tahun 2016 jika lulus tolong, disegerakan tanpa berlengah-lengah lagi. Rakyat sedang menunggu.

Begitu juga kawasan-kawasan yang terjejas disebabkan pembinaan Projek Pan- Borneo dan pembukaan ladang-ladang kelapa sawit, rumah-rumah panjang yang terjejas khasnya di kawasan Kelawit, Tatau, harus dibekalkan dengan tangki air secepat mungkin kerana sumber air minuman mereka sudah tercemar. Besarlah harapan saya jika Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dapat mengambil perhatian dengan mengagihkan tangki air sebagai alternatif dan mitigasi sementara, secepat mungkin.

Satu lagi projek yang tergendala disebabkan ketiadaan tindakan tegas daripada pihak berkuasa iaitu pemasangan sistem panel solar di SK Sungai Arau, Rumah Uban, Rumah Andeng, Rumah Sandom dan Rumah Ampa di Ulu Mukah. Sistem panel solar ini dipasang pada tahun 2016 tetapi gagal disiapkan sehingga hari ini, masih terbengkalai.

Penduduk kampung tertanya-tanya status kedua-dua projek ini dan di mana agensi pelaksana. Where are they?

Tuan Yang di-Pertua, untuk memperkasakan sistem pembelajaran dan pengajaran di peringkat sekolah rendah luar bandar, televisyen pintar amatlah diperlukan untuk memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran dapat dinikmati. Saya telah memohon pada awal tahun ini untuk mendapatkan televisyen pintar disediakan di kesemua sekolah rendah di luar bandar di Selangau.

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjana sumber ekonomi dan meningkatkan pendapatan penduduk kampung di kawasan Selangau yang mempunyai kawasan tanah yang luas dan terbiar. Saya syorkan kerajaan mempelbagaikan program sosioekonomi.

Penanaman kopi dikenal pasti dapat membantu sebagai tanaman alternatif kepada kelapa sawit. Penanaman kopi Lebrika boleh menjadi anjakan yang sesuai dan berjaya.

final • 5:43 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Saya memohon Kementerian Asas Tani dan Kementerian Ekonomi mengusahakan memberi geran bantuan benih kopi, baja, perkakas pertanian melalui Pusat Khidmat Ahli Parlimen atau Jabatan Pertanian dan juga bantuan teknikal kepada penduduk-penduduk yang berminat untuk mengusahakan penanaman kopi.

Di samping itu, Kerajaan Madani harus membantu dengan memberi geran kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk menyukat tanah adat asal atau NCR dengan izin supaya pemilik dapat sijil hak tanah milik dan seterusnya nilai tanah tersebut meningkat dan diusahakan secara komersial.

Tuan Yang di-Pertua, Selangau mempunyai penduduk majoriti terdiri daripada etnik kaum Dayak, Iban, Orang Ulu Punan, Orang Ulu Beketan, Orang Ulu Kenyah yang tinggal di kawasan pendalaman yang amat memerlukan bantuan untuk membeli bahan- bahan binaan dan menggaji pekerja untuk membina rumah panjang. Kerajaan Negeri Sarawak melalui Housing Development Cooperation (HDC) dengan izin ada menyediakan peruntukan pinjaman pembinaan rumah panjang sebanyak RM50 juta setahun. Usaha murni Kerajaan Sarawak ini harus disokong oleh Kerajaan Madani dengan menambahkan lagi dana tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ketidakpuasan hati penduduk-penduduk atau peserta-peserta FELCRA di Sekuau dan di Pasai Siong. Di Sekuau, FELCRA hanya mampu beri dividen kepada peserta sebanyak lapan kali dalam tempoh 30 tahun beroperasi dan jumlahnya adalah sangat ciput. Ini menyebabkan peserta-peserta tidak berminat untuk menyambung circle kedua dan mahukan FELCRA keluar daripada terus mengusahakan tanah mereka.

final • 5:43 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Akhir sekali, saya menyokong cadangan dan impian Yang Amat Berhormat Premier Sarawak yang inginkan pembinaan Trans-Borneo Railway direalisasikan.

Jaringan kereta api ini akan menghubungkan bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak dan akan menjadi catalyst kepada pembangunan iaitu pembukaan kawasan- kawasan baharu, perkembangan infrastruktur fizikal. Selaras dengan itu, pembinaan Trans-Borneo Railway bakal menjadi tunjang pengangkutan dan perhubungan Sabah dan Sarawak dan penjana ekonomi setempat.

Sekian, terima kasih dan saya menyokong Usul Kajian Separuh Penggal RMKe- 12. Thank you, terima kasih.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Selangau. Dipersilakan Yang Berhormat Rompin.

final • 5:50 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, menghargai hasrat kerajaan untuk mengangkat darjat hidup rakyat dapat direalisasikan melalui peningkatan peluang kerja, reformasi sistem pendidikan dan pembangunan sumber manusia serta penyediaan rumah mampu milik.

Selain itu, kemudahan yang lebih baik kepada rakyat termasuk pengangkutan awam, bekalan air dan elektrik serta perkhidmatan jalur lebar yang akan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Mewakili Rompin, saya ingin membawa beberapa isu di kawasan saya, Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya iaitu pencemaran air di Sungai Pukin, Rompin. Pencemaran Sungai Pukin di Keratong, Rompin yang berlaku sejak 28 Ogos 2023 dipercayai berpunca daripada pelepasan efluen kilang kelapa sawit yang tidak terawat ke sungai berhampiran.

Ini bukan kali pertama insiden seumpama ini berlaku, malah kerap kali berulang.

Antaranya, pada tahun 2021, sebuah kilang sawit telah didakwa kerana telah melepaskan sisa sawit ke sungai tersebut. Kesannya, ekosistem mengalami kerosakan dan pelbagai spesies ikan dan hidupan air yang lain turut terjejas. Akibatnya, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Keratong terpaksa menghentikan operasi sekali gus memberi kesan

final • 5:51 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

kepada 11,500 akaun pengguna. Malah, penduduk di situ tidak lagi boleh memanfaatkan sungai tersebut sebagai sumber mata pencarian.

Difahamkan Jabatan Alam Sekitar telah mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah seksyen 16 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya dengan mengarahkan kilang tersebut menghentikan operasi dan memberikan tumpuan kepada kerja-kerja pembersihan. Di samping itu, operasi di semua kilang berhampiran Sungai Pukin, Sungai Keratong dan lain-lain anak sungai berhampiran juga telah diarah menghentikan operasi sehingga kerajaan negeri berpuas hati terhadap status pembersihan.

Saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Pengurusan Air Pahang Berhad yang telah mengatur gerak lori-lori tangki bagi menghantar bekalan air ke kawasan penduduk terjejas setiap hari sehingga pencemaran Sungai Pukin kembali pulih dan LRA Sungai Keratong dapat beroperasi semula. Untuk rekod, terdapat 23 buah kilang memproses kelapa sawit di sekitar Rompin dan aktiviti ini perlu dipantau pihak berkuasa bagi memastikan insiden seperti ini tidak berulang.

Saya menyokong langkah meningkatkan hukuman iaitu kadar denda daripada RM100,000 kepada RM10 juta dan hukuman penjara juga dinaikkan daripada setahun kepada 15 tahun di bawah pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] ke atas pesalah seperti mana yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim semasa sidang Dewan Rakyat awal tahun ini.

Saya juga mencadangkan agar, di samping hukuman denda dan penjara, kerajaan perlu melindungi hak mangsa gangguan bekalan air akibat pencemaran dengan membolehkan pengguna dan pemegang lesen air menuntut semula kos untuk memulihkan sistem bekalan air yang dicemari yang didapati bersalah. Perlunya pelan tindakan bersepadu yang lebih komprehensif dan menyeluruh antara agensi Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dalam menguatkuasakan akta ini.

Saya juga mencadangkan supaya diwujudkan satu pangkalan data berkaitan sungai-sungai di Malaysia dengan beberapa kategori seperti kategori sungai yang tercemar, tidak tercemar dan yang selamat digunakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawakan isu masalah pesawah padi di Rompin. Rompin merupakan salah satu jelapang padi di negeri Pahang yang dikawal selia oleh IADA. Saya mencadangkan agar diaktifkan semula kawasan pengeluaran benih padi Pantai Timur yang dahulunya dikendalikan oleh Jabatan Pertanian Malaysia bagi keperluan benih terutamanya di negeri Pahang. Saya mencadangkan, jika bersesuaian, diwujudkan kawasan pengeluaran benih padi di kawasan Rompin dan tidak hanya tertumpu di kawasan Pantai Barat dan Utara sahaja.

Saya juga mencadangkan agar dikaji semula subsidi racun RM200 dinaikkan memandangkan harga racun yang semakin meningkat ketika ini. Saya juga meminta supaya bantuan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) diselaraskan dan dipermudahkan pemberian kepada mereka yang mengusahakan tanaman padi tanpa mengambil kira status tanah, sama ada geran ataupun TOL.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, ramai pesawah di Rompin yang mengusahakan tanah bendang sedia ada yang masih belum mendapat kelulusan TOL, mahupun geran hak milik dan ini memberikan kesukaran kepada mereka untuk mendapatkan bantuan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan masalah-masalah sosioekonomi. Bagi merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar, penghijrahan belia ke bandar, masyarakat menua, kesuraman ekonomi serta peranan ECER dalam memperkasakan ekonomi di wilayah luar bandar terutamanya di Rompin, saya mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula dasar “membandarkan luar bandar” yang pernah dilancarkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kesembilan yang antara lain bertujuan untuk mengeluarkan kawasan luar bandar dari belenggu kemiskinan.

Konsep membandarkan luar bandar iaitu majukan luar bandar dengan infrastruktur lengkap termasuk jalan raya, bekalan elektrik, air dan telekomunikasi, sekali

final • 5:51 PM

Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

gus industri dapat dibawa ke kawasan luar bandar dan dapat menyediakan peluang pekerjaan yang dapat membantu merancakkan ekonomi penduduk setempat.

Kesimpulannya, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon agar saranan-saranan saya ini dapat perhatian yang serius daripada kerajaan. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

final • 5:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Rompin. Saya ada diversion sedikit. Saya mempersilakan Yang Berhormat Bakri.

final • 5:51 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas peluang ini untuk membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke- 12.

Di sini saya ingin menekankan bahawa kepentingan mengambil kira faktor penyelenggaraan dan pengurusan dalam setiap aspek perancangan dan pelaksanaan projek. Di sini, kita sudah berada pada separuh penggal RMKe-12.

final • 5:59 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Namun ada banyak lagi projek yang disenaraikan dalam RMKe-10, malah ada yang RMKe-9 belum lagi dilaksanakan. Apakah masalah dan siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan untuk hal ini? Sebenarnya bukan sahaja isu pelaksanaan projek di mana Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain ada bicarakan isu-isu ini sebelum ini. Kita perlu fikir berkenaan dengan pengurusan dan juga penyelenggaraan projek.

Terlalu kerap kita merancang dengan visi yang berkelas antarabangsa tetapi apabila sampai ke pelaksanaannya, pengurusannya, penyelenggaraannya, hasilnya sering kali tidak memenuhi harapan. Saya bagi satu contoh, contohnya tidak terhad kepada apa yang saya bagi ini.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pernah membina pelbagai fasiliti, kemudahan sukan seperti gelanggang futsal dan bola keranjang di pelbagai lokasi termasuk di sekitar Muar. Walaupun sebahagian fasiliti tersebut telah diserahkan tanggungjawab penyelenggaraannya kepada pihak berkuasa tempatan, namun tidak semua PBT mempunyai kepakaran atau sokongan teknikal yang cukup untuk mengurus fasiliti tersebut. Akibatnya, sebilangan besar fasiliti tersebut terbiar kerana kekurangan penyelenggaraan yang sistematik dan saya ingin tekankan bukan terhad kepada KBS sahaja. Ini hanya satu contoh.

Justeru, saya mengalu-alukan inisiatif RMK untuk menambah baik penyelenggaraan aset kerajaan dan akan meneroka penggunaan modal PPP serta mewujudkan dana khas bagi tujuan penyelenggaraan dan pengurusan. Harap lah ini akan menjadi satu budaya yang wajib semasa projek dirancang dan dilaksanakan.

Selain itu, saya ingin juga meminta kerajaan supaya berkongsi maklumat mengenai Rolling Plan RMK kawasan berkenaan kepada wakil rakyat mengikut fasa.

Dengan mempamerkan maklumat ini kepada wakil rakyat, ia membolehkan mereka memantau dengan lebih efisien dan berkesan terhadap perkembangan projek-projek yang dirancang dan dijalankan selaras dengan prinsip ketelusan dan akauntabiliti.

Tuan Yang di-Pertua, meskipun RMKe-12 telah merangkumi pelbagai aspek yang penting dalam pembangunan negara, namun satu aspek yang saya rasa kurang mendapat penekanan adalah mengenai reformasi dalam peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Tanpa disedari, GLC memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi negara. Lazimnya, GLC perlu bertindak sebagai penyelamat kepada syarikat-syarikat yang sedang mengalami kesukaran atau memerlukan dana untuk mentransformasikan perniagaan mereka.

Namun berpotensi memberikan sumbangan besar kepada negara seperti dalam mewujudkan peluang pekerjaan atau menceburi industri berisiko tinggi seperti syarikat AI.

final • 6:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Oleh itu, GLC tidak harus berorientasikan semata-mata keuntungan sahaja dan merebut peluang perniagaan dengan pihak swasta. Sebaliknya mereka perlu menjadi peneraju dalam menerokai peluang-peluang pelaburan yang inovatif demi mencetus industri- industri baharu yang mampan.

Sebagai satu contoh Tuan Yang di-Pertua, Muar terkenal sebagai pusat industri pemprosesan makanan terutamanya dalam penghasilan biskut berskala kecil dan sederhana. Industri ini benar-benar memerlukan sokongan serta suntikan semangat dan dana daripada pihak kerajaan. Adalah menarik untuk diperhatikan bahawa saya mendengar ada cadangan perniagaan daripada pihak swasta kepada syarikat Sime Darby untuk mengasaskan dan membangunkan kawasan perindustrian pemprosesan makanan yang dicadangkan fasa pertama lebih kurang 70 ekar di Pagoh.

Ini bertujuan agar syarikat-syarikat bersaiz kecil di Bandar Muar dapat berpindah ke kawasan industri tersebut demi meningkatkan kapasiti pengeluaran biskut terutamanya. Namun, amat mengecewakan apabila cadangan ini tidak diterima dengan baik oleh syarikat Sime Darby meskipun beberapa sesi perundingan telah dijalankan.

Tuan Yang di-Pertua, peranan GLC bukan semata-mata sebagai penjual tanah.

Mereka sepatutnya membantu kerajaan untuk memikirkan strategi untuk mencipta peluang pekerjaan, menyokong transformasi industri dan memperluas pasaran bagi mengoptimumkan hasil negara. Dalam era globalisasi ini, kita seharusnya melihat GLC ini bukan hanya sebagai entiti perniagaan biasa tetapi sebagai rakan strategik dalam mengorak langkah transformasi ekonomi ke satu tahap yang lebih tinggi.

Saya juga mengalu-alukan antara satu anjakan besar dalam RMKe-12 iaitu perumahan untuk rakyat. Antara strategi utama adalah mempercepatkan peralihan daripada konsep pemilikan kepada konsep tempat tinggal. Di bawah konsep ini, tumpuan akan beralih daripada pemilikan rumah kepada penyewaan rumah. Justeru, pasaran sewa yang matang perlu diwujudkan.

RUU Akta Sewaan Kediaman (RTA) sepatutnya dibentangkan dalam sidang Dewan pada tahun 2022 tetapi telah ditangguhkan atas sebab perlu ditelitikan pandangan pelbagai pihak termasuk Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA). Akta RTA ini amat penting dalam melindungi kepentingan serta hak penyewa dan pemilik kediaman dan ia telah lama wujud di luar negara seperti Jerman, UK, Australia, Kanada dan New Zealand.

Sistem Pengurusan Bersepadu Perumahan dan Rangka Kerja Analitis Data Raya

(BDA) berkaitan perumahan telah disiapkan pada tahun 2022 bagi membolehkan perkongsian data dalam kalangan agensi persekutuan dan negeri.

Saya bercadang pangkalan data bersepadu ini juga perlu mewajibkan semua urusan sewa perlu membuat laporan ke sistem ini di bawah Akta Sewaan Kediaman supaya maklumat lengkap berkaitan dengan pemilik rumah dan penyewa dapat dikutip.

Ini juga akan membantu kerajaan dapat memudah cara penggubalan dasar pasaran rumah mampu milik dan menetapkan harga siling penyewaan atau memberikan bantuan secara terus kepada penyewa terkesan berasaskan bukti dalam sistem pengurusan perumahan.

Tribunal yang berkenaan juga perlu ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian di antara penyewa dan tuan rumah dengan kos yang rendah, cepat dan efektif untuk melindungi hak penyewa dan mengelakkan spekulasi harga rumah berlaku. Jerman telah melaksanakan Akta Sewaan Kediaman pada tahun 1974. Akta ini telah menetapkan sekiranya peningkatan harga sewa melebih 20 peratus daripada harga sewaan yang berpatutan, penyewa boleh membuat aduan ke mahkamah. Jika melebihi sebanyak 50 peratus, tuan rumah dianggap telah melakukan jenayah.

Justeru, saya meminta pihak kerajaan memberikan garis masa (timeline) dengan izin, bilakah kerajaan akan melaksanakan Akta Sewaan Kediaman di Malaysia? Sekian, terima kasih.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Dipersilakan Yang Berhormat Tenom.

final • 6:00 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, [Bercakap dalam dialek Sabah] dan salam sejahtera diucapkan kepada sidang Dewan. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan dan menjunjung kasih di atas kesudian Tuan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta putera dan puteri mencemar duli mengadakan lawatan ke Sabah menerusi Program Kembara Kenali Borneo. Terima kasih tuanku.

final • 6:09 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Tuanku turut bertitah agar tiga isu utama iaitu jalan raya, air dan elektrik harus diselesaikan segera serta tuntutan perhatian serius oleh Kerajaan Persekutuan.

Seterusnya, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Malaysia kepada seluruh warga Dewan dan rakyat Malaysia, khususnya.

Tuan Yang di-Pertua, dalam membincangkan aspek memperkukuh keterjaminan makanan, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan dalam RMKe-12 ini.

Pertama, kerajaan perlu mengkaji semula pakej bantuan kewangan dan subsidi pertanian yang diberikan agar ia selari dengan keadaan semasa serta memberikan tumpuan untuk memperkasakan aspek latihan kepakaran petani terutamanya dalam aspek teknologi pertanian, penternakan dan perikanan.

Kedua, kerajaan perlu berusaha menarik minat para belia untuk berkecimpung dalam sektor ini bagi mengelakkan negara berhadapan dengan dilema kekurangan usahawan tani. Saya juga mencadangkan agar subjek Sains Pertanian dan penternakan berteraskan teknologi diperkasakan di sekolah menengah rendah.

Ketiga, saya juga menggesa agar kerajaan memberikan perhatian serius di dalam menaik taraf aspek infrastruktur dan fasiliti pertanian serta pelan mitigasi bencana alam terutamanya banjir.

Keempat, saya melihat perlunya pihak kerajaan mewujudkan bandar pertanian pintar dengan Tenom dijadikan sebagai perintis kepada model bandar pertanian pintar ini agar ia dapat membantu menjayakan hasrat ke arah pertanian pintar negara.

Tuan Yang di-Pertua, pada ketika ini, kejatuhan harga getah memberikan impak kepada struktur rantaian ekonomi di pedalaman Sabah kerana ia mempengaruhi kuasa beli rakyat di pedalaman untuk berbelanja. Kesannya, berdasarkan hasil pemantauan yang dilakukan oleh saya di kawasan Tenom, rata-rata perniagaan seperti peruncitan, makanan, restoran dan lain-lain mengeluh dan resah bahawa perniagaan mereka terjejas kerana kuasa membeli sebahagian besarnya datang daripada penoreh getah ini.

Justeru itu, saya amat berharap agar pihak kerajaan menaikkan harga lantai getah sekerap daripada RM2.70 pada ketika ini kepada RM3.00 sekilogram bagi memulihkan semula struktur rantaian ekonomi ini khususnya di pedalaman Sabah. Saya juga menggesa agar pihak kerajaan mengkaji semula kadar harga jualan getah sekerap yang tidak seimbang di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan isu pelajar miskin atau kurang berkemampuan di IPT. Saya ingin mencadangkan dua perkara. Pertama, pihak kerajaan menyediakan kupon diskaun tiket penerbangan kepada pelajar baharu Sabah, Sarawak dan Semenanjung yang akan mendaftar untuk sesi pengajian di universiti-universiti awam yang memerlukan pengangkutan udara untuk sampai ke institut pengajian mereka.

Kedua, pembayaran yuran pendaftaran secara automatik dan ia dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman ataupun biasiswa yang akan dibayar oleh pelajar setelah tamat pengajian. Cadangan ini adalah berpunca, apabila saya mendapati ada pelajar terpaksa melupakan hasrat dan cita-cita mereka ke menara gading kerana tidak mampu untuk menanggung kesemua perbelanjaan ini sekali gus dalam tempoh yang singkat, yang dianggarkan berjumlah lebih RM5,000.

final • 6:10 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Tuan Yang di-Pertua, terdapat beberapa aspek pembangunan dan infrastruktur yang perlu diberi tumpuan dan perhatian serius oleh pihak kerajaan bagi menjayakan Rancangan Malaysia Kedua Belas ini demi kepentingan rakyat Tenom:-

(i) berkaitan masalah jalan raya dan cadangan agar pembinaan Jalan Tenom – Melalap – Membakut yang menghubungkan Lebuhraya Pan Borneo Kota Kinabalu – Sipitang;

(ii) menaik taraf jalan raya Tenom – Sipitang;

(iii) pembinaan jalan ke SK Kolorok;

(iv) pembinaan jalan ke SK Sumambu;

(v) pembinaan jalan ke SK Tilis, Kabintaluan;

(vi) pembinaan Jalan Kemabong – Inubai fasa kedua;

(vii) pembinaan Jalan LiGS Kuala Tomani;

(viii) pembinaan Jalan LiGS Lagud Sebrang – Batu Tiningkang;

(ix) menaik taraf jambatan konkrit Ponontomon;

(x) pembinaan jalan raya Pangi – Tenom;

(xi) menaik taraf jalan raya Tumantalik.

Manakala bagi masalah bekalan air, kerajaan seharusnya menaik taraf loji air di daerah Kemabong serta menaik taraf loji air di daerah Tenom.

Antara keperluan yang mendesak yang lain adalah pertama, menaik taraf hospital daerah Tenom dan klinik-klinik kesihatan di Parlimen Tenom termasuklah menambahkan fasiliti katil hospital, mesin-mesin perubatan dan jumlah kakitangan dan pegawai perubatan.

Kedua, pembinaan Kompleks Sukan Kemabong dengan trek olahraga sekurang- kurangnya enam laluan trek olahraga.

Ketiga, pembinaan baharu SMK Kuala Tomani.

Keempat, menaik taraf sekolah daif dan membina kuarters guru di kawasan yang jauh terpencil seperti di kawasan sekolah Zon Bukit di daerah Tenom.

Kelima, Balai Polis Kemabong.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, Tenom berharap agar peruntukan pembangunan bagi setiap Rancangan Malaysia termasuk Fasa Kedua Rancangan Malaysia Kedua Belas ini dimasukkan ke dalam trust fund yang telah diwujudkan melalui Dewan Undangan Negeri Sabah, baru-baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, besarlah harapan saya agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan yang sewajarnya terhadap isu-isu yang telah dibahaskan oleh saya sebentar tadi, agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil bagi menjayakan pelaksanaan Rancangan Malaysia Kedua Belas ini. Sekian dan terima kasih.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Dipersilakan Yang Berhormat Dungun.

final • 6:10 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Bismillahi Rahmani Rahim [Kata-kata aluan dalam bahasa Arab] Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Saya ingin untuk kita mengambil ingatan tersendiri bahawa selaku ahli-ahli politik, kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa ucapan-ucapan kita adalah benar, tidak dusta dan janji-janji kita tidak bohong.

final • 6:17 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Ini penting kerana ada yang membangkitkan tentang hipokrit atau hypocrisy atau dalam bahasa agamanya ialah munafik. Ada tiga perkara penting untuk diingati bagi mengelakkan menjadi munafik ataupun hipokrit. Pertama, apabila bercakap, benar atau tidak dusta. Kedua, apabila berjanji, tidak mungkir. Ketiga, apabila diberi amanah dan tanggungjawab, tidak pecah amanah. Ini tiga perkara penting.

Apabila kita bincangkan tentang Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kedua Belas ini, ia melibatkan janji-janji. Maka hendaklah dipastikan ia dapat ditunaikan.

Oleh itu penting, pertama, apabila kita menyatakan apa-apa ucapan, maka jangan sesekali kita menukar apa-apa prinsip pada asas perjuangan.

final • 6:17 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Ini kerana pernah disebut oleh mendiang Nelson Mandela yang menyebutkan tentang satu quote yang penting, “Anybody who changes his principle depending on whom he is dealing with is not fit to lead”. “Sesiapa yang menukar prinsip perjuangannya bergantung pada siapa ia berbincang, tidak layak untuk memimpin”. Perkataannya adalah “fit” kerana apabila seorang ahli sukan dia tidak mencapai tahap fitness, maka dia tidak akan dibenarkan untuk bertanding. Seorang pemain bola sepak profesional, bila dia tidak cukup fit, maka akan direhatkan di bangku simpanan. Begitulah semuanya penting.

Oleh itu, Ahli-ahli Parlimen termasuk di pihak yang utama sekarang ialah kerajaan mesti melihat diri mereka adalah fit untuk memimpin. Jangan dengan sebab apa yang berlaku, kita lihat waktu menjadi Ketua Pembangkang, tidak apa kita berucap tetapi sekarang sudah menjadi Ketua Kerajaan, mestilah melaksanakan dan menunaikan janji- janji. Oleh itu, apa-apa yang tercatat daripada baki tahun 2023 hingga 2025 ini mestilah dilihat dalam Kajian Separuh Penggal ini pelaksanaan-pelaksanaan yang hendak diteruskan. Penting untuk kita mengambil ingatan ini.

Seterusnya saya hendak sebutkan tentang pembangunan wilayah, khusus kepada ECER yang meliputi Kelantan, Terengganu, Pahang dan sebahagian wilayah Johor yakni Mersing. Tumpuan pembangunan kepada ECER Terengganu yang saya ingin tekankan, di mana dalam laporan dan juga pembentangan yang telah diberikan tentang tumpuan pembangunan dalam industri minyak, gas dan petrochemical. Projek berimpak tinggi, Kerteh Biopolymer Park bagi merangsang ekonomi di Daerah Kemaman dan juga di Kerteh dan sempadan Paka dan juga Dungun.

Kemudian, Kemaman Heavy Industrial Park. Kepentingan kepada pembangunan- pembangunan industri kawasan dalam Kemaman dan juga berhampiran dengan Dungun.

Yang telah berjaya ialah Kuala Terengganu City Centre (KTCC). Pembangunan bandar raya pesisir pantai, dengan perkembangan KTCC salah satu dari fokus utama ini telah berjaya membawa limpahan pelancong ke Terengganu, termasuk bandar raya KTCC.

Oleh itu penting untuk diambil ingatan kepentingan pelancongan termasuk di Dungun iaitu hakisan pantai yang berlaku di Dungun, di mana empat tanjung buatan binaan telah dibina dan menyebabkan terhasilnya kehadiran pelancong-pelancong ke kawasan pantai.

Kemudian, yang penting juga ialah Terengganu Island Tourism yang melibatkan Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Lang, Pulau Kapas dan di Dungun, Pulau Tenggol, scuba diving dan juga jadi kawasan perlindungan bot-bot nelayan, ketika ribut monsun timur laut. Oleh itu, ada keperluan khas cadangan supaya pencawang telekomunikasi dibina di Pulau Tenggol untuk kepentingan pelancong dan juga nelayan- nelayan ketika monsun timur laut. ECER Terengganu menjangkakan tahun 2025, sebanyak RM26,000 private investment yang dijangka menghasilkan 36,600 peluang pekerjaan untuk rakyat dan melahirkan 15,500 entrepreneurs baru daripada kalangan rakyat tempatan.

Akhir, sebelum tutup, saya ingin untuk pohon diberikan perkembangan Hospital Dungun sepertimana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parlimen Marang kerana health is wealth iaitu kesihatan adalah kekayaan. Apakah sebenar masalah pada Hospital Dungun yang sepatutnya siap seperti yang dijanjikan bulan September 2023?

Hingga bilakah ia boleh digunakan sepenuhnya oleh rakyat Dungun? Pohon penjelasan daripada kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Berikutannya, dipersilakan Yang Berhormat Puchong.

final • 6:20 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal RMKe-12.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan akan memantapkan sektor dan industri dengan pertumbuhan dan nilai tinggi (high growth, high value) yang meliputi lima bidang. Hari ini Puchong hanya akan fokus kepada salah satu bidang iaitu industri berasaskan peralihan tenaga yang berdasarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR).

Sebenarnya Puchong telah pun bertahun-tahun menegaskan di Dewan yang mulia ini, kenapa industri hijau ini adalah sangat penting. Ia sangat penting kerana ia bukan sahaja baik untuk alam sekitar tetapi juga berpotensi besar dalam merancak pertumbuhan ekonomi, menarik pelaburan dan juga mewujudkan peluang pekerjaan. Hari ini Puchong ada beberapa pertanyaan dan juga cadangan kepada kerajaan.

Pertama, Puchong ingin menyentuh berkenaan dengan sasaran net zero. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, sasaran net zero adalah satu ukuran komitmen negara dalam pengurangan karbon. Sesebuah negara mencapai net zero apabila pelepasan karbonnya diimbangi ataupun kita kata offset melalui singkir karbon semula jadi, seperti hutan dan bakau ataupun carbon storage ataupun pasaran carbon credit.

Sasaran net zero Malaysia yang diumumkan oleh Yang Berhormat Bera pada tahun 2021 apabila RMKe-12 dibentangkan ialah Malaysia menyasar untuk mencapai net zero seawal-awalnya 2050.

Ini adalah soft target Tuan Yang di-Pertua, kerana komitmen menggunakan perkataan seawal-awalnya 2020. Maksudnya, selepas 2050 pun tidak apa. Rancangan yang sistematik tidak boleh dibuat jika kita hanya menggunakan soft target. Sejujurnya, net zero menjelang 2050 kalau ia adalah firm target dengan izin, bukan adalah satu sasaran yang mudah dicapai.

Sebenarnya kebanyakan negara yang menetapkan sasaran net zero by 2050 adalah negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, European Union, New Zealand, Australia, Korea, Jepun dan Kanada. Bagi negara membangun pula, China menetapkan net zero menjelang 2060 dan India pada 2070, jiran ASEAN kami adalah Vietnam pada 2050, Indonesia pada 2060 dan Thailand pada 2065.

Pada pendirian Puchong, berbanding dengan menggunakan soft target 2050, saya harap kerajaan boleh meletakkan satu firm target yang mungkin lebih lewat daripada 2050, mungkin tidak. Kita perlukan kajian yang lebih terperinci. Firm target adalah sangat penting supaya satu pathway to net zero boleh dilakar dengan lebih teknikal dan terperinci dan industri hijau boleh merancang apakah projek yang mereka boleh buat dalam pathway to net zero ini.

Dalam isu yang sama, Puchong juga ingin tahu perkembangan terkini voluntary carbon market (VCM). Saya juga ingin tahu apakah perkembangan terkini berkenaan dengan Nature Conservation Agreement (NCA) yang telah pun ditandatangani antara Kerajaan Negeri Sabah dengan syarikat yang namanya Hoch Standard.

Ini adalah kerana Sabah memiliki hutan ataupun singki karbon yang sangat signifikan. Apa-apa perjanjian yang melibatkan perdagangan carbon credit antarabangsa akan memberi kesan kepada Nationally Determined Contributions (NDC) Malaysia dalam Paris Agreement dan juga sasaran net zero. Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya yang Puchong ingin bangkitkan ialah berkenaan dengan 10 flagship project NETR. Yang Berhormat Menteri baru-baru ini telah pun mengumumkan antara flagship project NETR fasa pertama ialah floating solar berkapasiti 2.5 gigawatt di dam hidro TNB. Floating solar on hydro dam adalah satu

final • 6:25 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

konsep yang saya rasa agak inovatif di mana penjanaan tenaga oleh solar panel, penstoran tenaga melalui dam boleh dibuat dan dengan ini tenaga solar boleh membekalkan tenaga secara berterusan dan bukan intermittent seperti sekarang.

Puchong ingin tahu, adakah kerajaan telah buat feasibility study berkenaan dengan cadangan ini? Apakah perbezaan levelized cost of electricity (LCOE) antara sistem kombo solar dan dam dan juga sistem kombo solar dan bateri.

final • 6:25 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Soalan kedua adalah sama ada TNB akan mendapat projek 2.5 gigawatt iaitu 2,500 megawatt. Ini projek yang sangat besar. Floating solar ini secara rundingan terus memandangkan dam hidro ini adalah dimiliki oleh TNB ataupun tender terbuka akan dilakukan untuk pemain solar bukan TNB.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah pun meletakkan sasaran untuk mencapai 70 peratus Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam sistem bekalan elektrik menjelang tahun 2050.

Puchong berpendapat bahawa kerangka Third Party Access (TPA) adalah pemangkin yang sangat penting dalam merancakkan inovasi pihak swasta untuk mencapai sasaran ini. TPA membenarkan penjualan B2B iaitu pemain TBB boleh menjual TBB secara terus kepada syarikat swasta melalui grid national dengan membayar wheeling charges.

Dengan ini kita boleh membuka ruang yang sangat besar kepada solusi-solusi inovatif yang di kerajaan kita tidak bayangi. Kalau kita boleh open up the grid, kita boleh membuka ruang ini untuk solusi-solusi inovatif ini.

Puchong ingin tahu, bilakah kerajaan akan membentang kerangka undang- undang TPA bekalan elektrik di Parlimen? Sementara menunggu TPA untuk diluluskan di Parlimen, Puchong ingin mencadangkan kerajaan untuk memberi kuota Third Party Contract (TPC) setiap tahun di mana perjanjian ditandatangani antara tiga pihak, pemain TBB, pembeli TBB dan juga TNB mengikut kuota dan wheeling charges yang dipersetujui.

Kerajaan perlu menjadi facilitator untuk TPC kerana TNB tiada insentif untuk memberi akses grid mereka bagi tujuan B2B yang tiada menguntungkan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, TPA dan TPC adalah sangat penting kerana ia bukan sahaja boleh meningkatkan TBB dalam campuran elektrik kita tetapi ia boleh menjadikan satu faktor penarikan pelaburan syarikat gergasi antarabangsa yang kebanyakan mereka adalah RE100 companies.

Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, kelab RE100 adalah syarikat yang... .

final • 6:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Puchong dengan izin.

final • 6:30 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Saya tidak ada masa. Lepas saya habiskan ini, kalau Tuan Yang di-Pertua benarkan, saya akan bagi.

final • 6:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Hanya 15 saat sahaja nanti. Selepas ini.

final • 6:30 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Okey.

final • 6:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Dengan izin Tuan Yang di- Pertua.

final • 6:30 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Ya.

final • 6:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Boleh? Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Puchong. Cuma persoalan saya, kerajaan sebelum ini telah pun mengumumkan pembenaran eksport Tenaga Boleh Baharu kepada negara luar.

Sebagai contoh Singapura. Tadi Yang Berhormat Puchong bangkitkan soal Third Party Access yang sangat penting untuk memastikan bahawa perjanjian ini dapat dilakukan.

Kalau kita lihat Kerajaan Singapura telah pun mengeluarkan RFP untuk tujuan ini, yang sudah hendak lapse ataupun tamat pada suku empat tahun ini walhal Ahli Parlimen kerajaan telah pun mengumumkan eksport dibenarkan tetapi TPA masih samar-samar lagi dan RFP sudah hendak tamat atau dengan izin lapse. Bagaimana kita ingin

final • 6:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

memastikan bahawa perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin? Saya faham Yang Berhormat Puchong ada jalan tengah sebentar tadi tetapi perjanjian ataupun lapse itu akan berlaku. So, saya berharap bahawa ini dapat dimasukkan sekali sebelum lapse fourth quarter tahun ini kita dapat dipercepatkan. Terima kasih.

final • 6:30 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Salah satu langkah adalah menggunakan TPC.

Oleh itu, G2G kalau kita Government to Government (G2G) telah benarkan untuk eksport ke RE. Ini kerana TPA memerlukan masa, kalau kita – memang kita tahu rang undang- undang, kita perlu dua hingga tiga tahun untuk bentangkan di Parlimen. Akan tetapi memandangkan pemain-pemain solar ataupun pemain-pemain TBB kita mahu eksport ke Singapura maka stopgap measure adalah Third Party Contract (TPC) di mana saya hendak mendapatkan pandangan daripada kerajaan sama ada TPC ataupun any stopgap measure, akan kita ada stopgap measure apabila kita menunggu TPA untuk dibentangkan di Parlimen ini.

Saya hendak satu minit, 30 saat lagi, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tegaskan di sini TPA ataupun TPC adalah sangat penting untuk menarik syarikat gergasi antarabangsa yang RE100. RE100 ini adalah satu, di mana mereka mahu semua elektrik yang mereka guna adalah daripada sumber TBB. Kalau kita dapatkan tenaga daripada grid, ia adalah campuran elektrik dan yang bukan 100 peratus TBB. Untuk mencapai sasaran mereka RE100, kita perlu buka grid national, buka grid kita supaya penjana TBB boleh menjual 100 peratus TBB melalui grid kepada pembeli ataupun syarikat-syarikat ini.

Saya rasa ini adalah sangat penting and we will differentiate Malaysia from other Asian country di mata syarikat-syarikat gergasi terutamanya mereka di RE100. Dengan ada ini – itu sahaja yang saya boleh bangkitkan. Saya ada satu isu lagi tetapi kerana tidak ada masa. Saya harap kerajaan boleh.

final • 6:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Muar kacau.

final • 6:30 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Kerajaan boleh mengambil perhatian tentang apa yang kita buat, polisi-polisi, bukan sahaja kita hendak polisi untuk dalam pengumuman.

Kita perlu ada detail ataupun perincian yang susulan. Sekian sahaja, terima kasih.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Puchong. Your ideas dengan izin is it to be played by our own GLC or is it international players?

final • 6:30 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

The RE100 ataupun?

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

The solar and the…

final • 6:30 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Ya. Ini boleh di GLC, TNB ataupun pemain- pemain solar di Malaysia. Ada banyak pemain solar yang baharu di Malaysia yang di antara mereka ada yang telah pun listed dalam KLSE kerana kita telah pun menggalakkan banyak pertumbuhan industri TBB sekarang ini, beberapa tahun yang lalu.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Thank you. Good ideas. Berikutannya saya persilakan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 6:30 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada saya untuk perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas tahun 2021 hingga 2025 bertemakan mampan, sejahtera, berpendapatan tinggi.

Sebelum itu saya ingin mengucapkan salam sejahtera takziah kepada keluarga Almarhum Datuk Seri Salahuddin Ayub dan juga ucapan tahniah kepada parti MUDA yang menafikan dua per tiga Kerajaan Perpaduan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam anjakan kelapan daripada 17 anjakan dalam KSP iaitu perumahan untuk rakyat. Rumah yang selesa dan mampu milik adalah menjadi

final • 6:36 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

impian terutamanya golongan belia yang masih gagal memiliki rumah sendiri. Melihat kepada hari ini, harga rumah di Malaysia semakin naik dan terus naik. Rakyat Malaysia semakin risau dengan gelombang kenaikan harga rumah. Di sini saya mencadangkan supaya program dan skim rumah mampu milik Malaysia yang diberi nama bantuan rumah PRIMA B40 Malaysia dipercepatkan dan diperbanyakkan bagi mengatasi masalah dan memberi peluang kepada rakyat memiliki rumah pertama.

Saya suka mencadangkan syarat untuk memiliki pembelian rumah ini dikaji dan pendapatan isi rumah dikurangkan daripada RM2,500 kepada RM2,000. Bagi mengatasi masalah perumahan ini juga, saya juga meminta pihak kerajaan meluluskan lot-lot tanah kepada generasi kedua dan ketiga FELDA di mana lot-lot tanah rizab kerajaan negeri di kawasan FELDA kepada generasi kedua dan ketiga tanah rancangan berkenaan bagi tujuan membina rumah mengikut kemampuan dengan kos ditanggung sendiri.

Jika usaha ini berjaya, sudah tentu akan menggalakkan lebih ramai anak muda tinggal di kampung dan boleh mengusahakan ladang mereka sendiri. Jika generasi kedua dan ketiga ini masih menetap di FELDA, sudah tentu isu tenaga buruh dapat diatasi dan tidak sepenuhnya berganti kepada buruh asing. ‘ Tuan Yang di-Pertua, peruntukan tambahan RM15 bilion untuk RMKe-12 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun bagi menaik taraf jalan-jalan kampung, klinik-klinik kesihatan dan sekolah-sekolah daif.

final • 6:36 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Saya mengharapkan peruntukan tambahan ini dapat diagihkan sama rata kepada semua negeri bukan sahaja negeri yang diterajui oleh Kerajaan Perpaduan sahaja tetapi dalam masa yang sama juga jangan menganaktirikan negeri-negeri pembangkang yang pada hakikatnya lebih memerlukan peruntukan yang lebih besar untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, isu keterjaminan makanan isu yang belum dapat ditangani dengan secara maksimum. Rakyat banyak bertanya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Beras tempatan jadi beras import. Gula biasa jadi gula premium. Minyak paket jadi minyak botol. Prima facie jadi DNAA. Itu kah reform yang dibuat Kerajaan Perpaduan? Saya minta menteri-menteri yang berkaitan minta menjawab selepas ini.

Saya juga ingin menarik perhatian berkaitan dengan isu pendidikan dan ingin bertanyakan kepada KPM berhubung keciciran pelajar-pelajar SPM berjumlah ratusan ribu yang enggan meneruskan pengajian di peringkat diploma ataupun ijazah di mana para pelajar ini lebih cenderung untuk bekerja daripada meneruskan pengajian mereka.

Persoalannya, adakah faktor kemiskinan atau mereka beranggapan sekiranya mempunyai diploma atau ijazah sukar mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan mereka. Jadi, apakah langkah-langkah yang wajar diambil oleh kementerian bagi mengurangkan isu ini?

Tuan Yang di-Pertua, dalam RMKe-12 ini juga saya ingin membawa beberapa isu di kawasan Kulim Bandar Baharu supaya dapat perhatian daripada pihak kerajaan.

Antaranya yang pertama ialah pembesaran Hospital Kulim seperti mana yang telah dijanjikan oleh pihak Kementerian Kesihatan dalam tahun 2024 iaitu dalam RMKe-12 bagi mengurangkan kesesakan pesakit dan mengurangkan masa menunggu pesakit dimasukkan ke dalam wad. Kedua iaitu Hospital Daerah Bandar Baharu juga sepatutnya dimasukkan juga dalam RMKe-12 walaupun ada satu atau dua syarat yang belum dapat dipenuhi.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, di Parlimen Kulim Bandar Baharu juga terutamanya di kawasan Bandar Baharu rata-rata golongan B40 merupakan golongan teramai. Oleh itu, saya mencadangkan Program Perumahan Rakyat (PPR) dibina dan bagi memberi peluang golongan B40 memiliki rumah sendiri.

Seterusnya, Northern Corridor Highway Fasa I iaitu dari Bandar Baharu ke Sungai Petani sepanjang 77 kilometer dapat dimulakan dalam RMKe-12, Kewujudan Northern Corridor Highway ini sudah tentu dapat mempercepatkan kemajuan pertumbuhan

final • 6:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

ekonomi dan merancakkan ekonomi hiliran yang boleh memberi manfaat kepada rakyat di Bandar Baharu terutamanya.

Seterusnya, tebatan banjir. Sekiranya dapat dilaksanakan dalam RMKe-12 ini juga dapat dilaksanakan di kawasan-kawasan Bandar Baharu di mana kerap mengalami banjir apabila hujan yang terlalu lama dan terlalu lebat.

Juga Tuan Yang di-Pertua, saya mohon tambahan masa. Rumah generasi kedua FELDA perlu juga disegerakan. Contohnya di kawasan saya di FELDA Gunung Bongsu yang telah pun disediakan tapak rumah untuk generasi kedua sejak 2018 lagi. Akan tetapi hingga kini masih belum dilaksanakan. Mohon kementerian memberi perhatian yang sewajarnya.

Juga yang terakhir iaitu Taman Rekreasi Sedim. Satu kawasan yang begitu berpotensi untuk menarik pelancong untuk datang beriadah. Saya mohon kementerian memberi pertimbangan yang sewajarnya dalam RMKe-12. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Dipersilakan Yang Berhormat Jempol.

final • 6:40 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam perpaduan, salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Jempol untuk mengambil bahagian dalam perbahasan KSP RMKe-12 ini.

Dalam keadaan geopolitik dan juga ekonomi yang tidak menentu, Malaysia memerlukan suatu perancangan baharu bagi memandu ekonomi Malaysia ke arah landasan yang tepat. Tindakan cekap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kepimpinannya dalam mengisytiharkan kerangka Ekonomi Madani adalah tepat pada masanya. Tahniah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Jempol menyambut baik pembentangan KSP RMKe-12 dengan tema, “Malaysia Madani: Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi” bagi merealisasikan wadah ekonomi madani memperkasakan rakyat. Jempol mengucapkan terima kasih atas tindakan kerajaan menambah siling peruntukan RMKe-12 sebanyak RM15 bilion menjadikan jumlah keseluruhan RM415 bilion. Jadi, dengan penambahan peruntukan ini boleh mempercepatkan perancangan pembangunan dan merancakkan kitaran ekonomi dengan lebih pesat.

Seterusnya, saya fokus ke beberapa isu di Parlimen Jempol. Pertama dari segi mempertingkatkan potensi ekonomi wilayah khususnya dalam rangkaian jalan raya. Di kesempatan ini, saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah datang ke Parlimen Jempol pada bulan Julai baru-baru ini bagi melancarkan Program Karnival Segalanya Felda di Bandar Sri Jempol.

Saya juga mewakili warga Jempol mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah mengumumkan projek membina jalan dari Kampung Geddes melalui Sungai Kelai ke FELDA Palong, Jempol, Negeri Sembilan dalam pembentangan usul KSP RMKe-12.

Seterusnya pembinaan Lebuhraya Madani. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mewakili warga Jempol mengucapkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pengumuman cadangan pembinaan Lebuhraya Madani iaitu lebuh raya baharu Seremban ke Jempol semasa lawatan beliau ke Jempol baru-baru ini. Tujuan cadangan pembinaan Lebuhraya Madani ini antara Seremban ke Jempol ini adalah untuk menyuraikan kesesakan trafik laluan Seremban-Kuala Pilah-Jempol dan memendekkan masa perjalanan. Insya-Allah, lebuh raya ini kelak apabila menjadi kenyataan akan menjadi pemangkin catalyst utama peningkatan aktiviti ekonomi dan merancakkan pembangunan Wilayah Negeri Sembilan Timur yang bersempadan dengan negeri Pahang dan Johor. Ini bertepatan dengan agenda kerajaan dalam mempertingkatkan potensi ekonomi wilayah atas keutamaan dan kepentingan Lebuhraya Madani ini, Jempol

final • 6:44 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

memohon Rancangan Pembinaan Lebuhraya Madani dapat dimasukkan dalam RMKe- 12.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya menyentuh tentang perkhidmatan kesihatan. Sukacita saya ingin merujuk kepada strategi meningkatkan kesejahteraan rakyat berkenaan subtajuk memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan. Saya fokus kepada Hospital Jempol. Hospital Jempol adalah hospital daerah tanpa pakar dan kebanyakan pesakit dirujuk dan dipindahkan ke Hospital Pakar Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dan ini menimbulkan kepadatan pesakit di HTAN Kuala Pilah. Di kesempatan ini, Jempol juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan kerana telah menghantar seorang doktor pakar dalaman di Hospital Jempol, terima kasih. Saya telah bangkitkan beberapa kali dalam perbahasan sebelum ini dan saya ingin bertanya, apakah status terkini dan perancangan Kementerian Kesihatan untuk menaik taraf status Hospital Jempol kepada hospital pakar minor.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya fokus kepada pengurusan bencana.

Angkatan Pertahanan Awam (APM), RELA dan juga agensi-agensi lain adalah merupakan barisan hadapan, frontliners yang sangat penting dalam pengurusan bencana. Pusat operasi dan kelengkapan peralatan mesti diberi keutamaan supaya agensi dapat bersiap siaga menghadapi pelbagai kemungkinan dalam pengurusan bencana. Di Jempol, sebagai contoh APM tidak mempunyai pusat operasi dan kini hanya beroperasi di sebuah bangunan yang kecil. Saya mencadangkan agar pusat pengurusan bencana bersepadu yang menempatkan pusat operasi untuk frontliners seperti APM dan juga RELA dapat dibina di Parlimen Jempol sejajar dengan strategi B3, iaitu memperkukuh pengurusan bencana.

final • 6:44 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya kepada akses pendidikan. Saya dimaklumkan permohonan pembinaan sekolah baharu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jempol telah disenaraikan di dalam RMKe-12. Sehubungan dengan itu, Jempol memohon pembinaan SMKA Jempol ini dapat dilaksanakan pada tahun depan iaitu pada tahun 2024.

Jempol juga Tuan Yang di-Pertua, berhasrat memohon sebuah institusi pengajian tinggi supaya dapat dibina di Jempol. Ia bukan sahaja membuka peluang pendidikan tinggi kepada generasi muda malahan secara tidak langsung menjadi pemangkin pertumbuhan pembangunan dan kemajuan sosioekonomi daerah Jempol.

Seterusnya, menambah baik penyampaian perkhidmatan. Saya fokus kepada jabatan Imigresen. Pejabat Imigresen Cawangan Jempol sudah beroperasi lebih dua tahun bagi urusan pembuatan pasport untuk penduduk setempat dan sekitar. Isunya sekarang pengeluaran pasport mengambil masa tiga hari kerana ia terpaksa di cetak di cawangan Seremban. Ini kerana Pejabat Imigresen Cawangan Jempol tiada mesin bercetak. Sudah tentu ia tidak efisien dalam suasana sekarang.

Sehubungan dengan itu, Jempol memohon pihak kerajaan membekalkan sebuah mesin mencetak pasport kepada Pejabat Imigresen Cawangan Jempol. Ini sejajar dengan dasar kerajaan menambah baik penyampaian perkhidmatan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya sebagaimana kita sedia maklum beberapa hari dalam kita membahaskan Rancangan Malaysia Kedua Belas Kajian Separuh Penggal ini, dalam sesi perbahasan rakan kita pihak pembangkang lebih banyak membangkitkan isu tata kelola, rasuah, keputusan DNAA, integriti dan juga melontarkan pelbagai pertuduhan kepada pihak kerajaan. Ini memang perkara biasa. Sepatutnya kita fokus kepada pemulihan ekonomi negara kita yang meruncing pada hari ini dan juga polisi alternatif dalam perbahasan RMKe-12 ini.

Jadi untuk makluman Dewan, beberapa orang pembahas mungkin tidak ada di dalam Dewan ini, rakan-rakan yang saya ini tidak ada di sini yang saya maksudkan.

Sebelum ini pernah memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan sebagai Menteri Besar, Menteri, Timbalan Menteri dan juga mereka ini yang begitu lantang mempersoalkan ini.

Persoalannya adalah sekarang ini antara tokoh-tokoh rakan-rakan pihak sebelah yang begitu lantang menyuarakan perkara ini adalah mereka yang berhadapan sekarang

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

dengan pelbagai kes mahkamah. Banyak isu mahkamah dan sedang disiasat pihak berkuasa berkaitan kesalahan rasuah, isu integriti, salah guna kuasa, penggubahan wang haram dan juga kes-kes fitnah.

Jadi kita tanyalah diri kita sebelum kita mempersoalkan pihak lain, kita tanya diri kita dahulu. Akan tetapi nampaknya tokoh-tokoh yang saya sebutkan di sini tidak ada.

Mereka ini terlibat dengan kes-kes di mahkamah. Tidak perlu saya sebutkan kes kerana kes ini masih berjalan lagi. Jadi, inilah yang hendak kita lihat pihak sebelah mengatakan slogannya ialah Perikatan Nasional best, bersih dan juga stabil. Akan tetapi itu yang dikatakan kita sebelum berbahas...

final • 6:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Jempol tanya sikit Yang Berhormat Jempol.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Ya, boleh sila, sila.

final • 6:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ya, saya hendak tanya bila sebutkan PN best ini, bersih. Dia kata bersih. Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat Jempol ini apa cerita kes Jana Wibawa? Apa cerita kes REE di negeri Kedah, nadir bumi?

Apa cerita anak menantu tidak balik bila hendak disiasat? Apa cerita masalah bila berlaku sogokan di pilihan raya di negeri Terengganu? Kata bersih!

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Itulah.

final • 6:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kata bersih! Cuma saya hendak tanya, saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Jempol ini sekarang ini bersih atau pun kotor?

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Itulah keadaan. Kalau bersih tidak ada saya sebut sini dah.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Jempol, sila gulung.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Jadi saya tidak mahu menyentuh sebab ada perkara-perkara kes ini di pihak masih lagi di peringkat mahkamah.

Jadi tidak perlu saya sebut. Jadi memang macam-macamlah bab fatwa ini ada haram, ada halal. Kadang-kadang ambil politik hari itu masa mengundi ada akad, lepas itu dikatakan sedekah, orang lain dikatakan – dah macam-macam isu ya.

Rakyat di luar sana dapat lihatlah double standard yang berlaku pada hari ini.

Itulah keadaan-keadaan yang berlaku pada hari ini bab kata orang itu, “mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih”. Jempol mohon menyokong.

final • 6:50 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Jempol saya minta laluan. Boleh Yang Berhormat Jempol?

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

*Wabillahitaufik walhidayah.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sekian, dipersilakan Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 6:50 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas laluan yang diberikan. Sebelum saya memulakan perbahasan saya, ingin juga saya mengambil kenyataan yang baharu dikeluarkan oleh pembahas sebelum saya tadi. Saya kira perkara itu kebanyakannya telah pun dijawab dalam beberapa kenyataan yang kita buat.

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin menyentuh tentang 100,000 orang pelajar yang tercicir daripada sistem pendidikan negara dan 72 peratus rakyat Malaysia memilih untuk tidak melanjutkan pelajaran selepas peperiksaan SPM. Suasana ini perlu diambil perhatian serius kerana ia akan membabitkan kerugian kepada guna

final • 6:55 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

tenaga dan juga kesan-kesan dalam pembangunan ekonomi dan juga pembangunan sosial negara pada masa yang akan datang.

Justeru, saya melihat suasana ini perlu diambil pandangan serius dengan menggalakkan pelajar-pelajar yang saya sebutkan tadi untuk mengambil langkah memperluaskan pengetahuan dan minat melalui institusi kemahiran seumpamanya IKM dan sebagainya.

Justeru, Kuala Krau dengan berbesar hati menawarkan agar perluasan Institut Kemahiran MARA ini dapat diwujudkan di Kuala Krau lebih-lebih lagi saya mengambil kira suasana di Kuala Krau, kemungkinan IKM yang ditubuhkan itu boleh menjadi institusi angkat di kalangan Orang Asli yang mana kawasan saya terdapat lebih daripada 10 perkampungan Orang Asli. Mudah-mudahan dengan wujudnya institusi kemahiran ini akan menggalakkan anak-anak di kalangan Orang Asli terlibat secara langsung dalam kemahiran-kemahiran ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam tema melonjakkan kemapanan, Kuala Krau juga sebagaimana kawasan-kawasan lain yang kebelakangan ini berhadapan dengan krisis air yang mana ia membabitkan kekerapan yang amat sangat terutamanya kebelakangan ini.

lebih-lebih lagi kawasan yang dibekalkan melalui Loji Air Batu Sawar.

Justeru itu, saya mencadangkan supaya satu peruntukan tambahan bagi pembinaan tangki simpanan terutama di Sendayan sebagai backup dengan izin sekiranya berlaku sesuatu masalah pada Loji Air Batu Sawar yang membekalkan sebahagian besar daripada kawasan yang terlibat dengan krisis air baru-baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, ada negeri yang telah mendapat peruntukan untuk membaiki prasarana air ini. Namun, saya mencadangkan supaya pihak kerajaan melakukan follow-up dengan izin kepada projek-projek yang berkaitan supaya ia benar- benar dilaksanakan mengikut perancangan awal dan benar-benar akan menyelesaikan masalah yang sedia ada bukan sekadar memberikan peruntukan kemudian membiarkan tanpa pemantauan yang akhirnya krisis tidak selesai, bajet habis begitu sahaja.

Saya juga tidak menafikan dalam menaik taraf prasarana air ini memerlukan kos yang tinggi. Maka saya mencadangkan supaya inisiatif projek wakaf air yang pernah dilaksanakan oleh Menteri Air dan Alam Sekitar sebelum pada ini dilakukan sebagai langkah jangka pendek terutamanya dalam membina telaga-telaga tiub di tempat-tempat yang strategik sekurang-kurangnya apabila berlaku krisis air yang berpanjangan, masyarakat tahu di mana untuk mendapatkan air selain daripada tangki-tangki yang dibekalkan oleh pihak yang berkaitan.

final • 6:55 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Tuan Yang di-Pertua, saya mengikuti ucapan Yang Amat Berhormat Tambun pada hari Isnin yang lalu yang juga menyentuh berkaitan dengan FELDA. Jadi, dalam perbahasan kali ini, saya ingin juga menekankan agar pihak FELDA memperuntukkan suatu dana khas bagi pembangunan sekolah agama rakyat di tanah-tanah rancangan FELDA yang kebanyakannya berdepan dengan prasarana yang daif dan pengurusan yang lemah akibat daripada tiada peruntukan khusus terutamanya daripada FELDA yang saya kira JAKIM dan FELDA boleh melakukan libat urus bagi menyelesaikan masalah ini.

Berterusan dengan masalah pendidikan, saya juga mencadangkan supaya penukaran guru-guru KAFA tidak dilakukan pada waktu-waktu yang kritikal sebagaimana yang telah berlaku kerana ia membabitkan masa depan dan juga situasi peperiksaan pelajar yang sedang menghadapi tempoh-tempoh akhir peperiksaan.

Terakhir, saya ingin mengingatkan diri saya, Islam mengajar setiap perbuatan itu ada nilai pahala dosa dan neraka syurga. Memanglah mengundi tidak memilih agama, tetapi Islam mengajar bagaimana untuk memilih berdasarkan kepada agama. Oleh sebab itu, saya menekankan bahawa tidak ada suatu pun di dalam Islam, ia tidak dikira dan dihitung oleh Allah SWT. Justeru, apa pun yang kita buat jangan sampai membelakangkan...

final • 7:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Kuala Krau...

final • 7:00 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

...Ia tanpa hukum.

final • 7:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Kuala Krau.

Yang Berhormat Kuala Krau, Hulu Langat. Boleh? Adik abang.

final • 7:00 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Nanti, nanti. Selepas ini ngeteh.

final • 7:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ala, kalau macam itu...

final • 7:00 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Tuan Yang di-Pertua, sebagai akhir...

final • 7:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Den tak nak ngeteh, den nak bahas.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat, sila duduk.

final • 7:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hah?

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Duduk. Tidak beri laluan. Sila duduk. Sila gulung ya.

final • 7:00 PM

Tuan Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Saya hendak gulung dah tadi, dia buka pula. Tuan Yang di-Pertua, sebagai akhirnya, saya ingin mengajak kepada semua Yang Berhormat agar kita dapat kita bermuhasabah dan melakukan kerja yang terbaik. Mudah- mudahan, kita tidak tahu kemungkinan kerja yang kita lakukan inilah penyebab kita mendapat rahmat Allah dan dikurniakan syurga oleh Allah SWT. Sekian, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Saya jemput Yang Berhormat Selayang.

final • 7:00 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih saya ucapkan kerana bagi peluang untuk berbahas Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Perkara pertama yang saya hendak sentuh ialah saya meminta Kementerian Kesihatan memberikan perhatian kepada masalah yang dihadapi oleh Hospital Selayang.

Baru-baru ini, seorang ahli Majlis Perbandaran Selayang menghadapi heart attack pada empat pagi, dikejarkan ke Hospital Selayang, masuk ke wad emergency, kecemasan tetapi sampai lapan malam belum mendapat katil kerana terlalu sesak pesakit di wad kecemasan. Sampai tidak dapat menunggu lagi, ahli majlis itu dikejarkan ke hospital lain di mana dapat operation dengan serta merta. Masalah kedua di Hospital Selayang ialah lif telah rosak dan sampai hari ini dapat diperbaiki. Masalah ketiga ialah tidak cukup parking walaupun masalah itu berada — hospital itu telah menswastakan parking di mana orang awam hendak bayar parking fee yang lebih daripada hospital dan ubat. So, ini adalah masalah yang saya minta kementerian berikan perhatian.

Perkara yang kedua ialah tentang pertumbuhan ekonomi saksama dalam Bab 6 Laporan Kajian Separuh Penggal dinyatakan bahawa kemiskinan berterusan. Laporan juga menyatakan bahawa ketidaksaksamaan outcome social economy Bumiputera masih wujud. Simpanan dalam kalangan Bumiputera semakin berkurangan. Antara isu dan cabaran ialah daya saing dalam kalangan perusahaan yang rendah; pelaksanaan dan penyelarasan yang lemah; program bertindih; pelaksanaan dasar peringkat sektor yang kurang berkesan.

Tidak dinafikan bahawa Malaysia telah mencapai perkembangan ekonomi yang pesat terutamanya dalam masa tiga dekad yang lalu. Jika dilihat kepada purata pendapatan isi rumah, ia telah naik mendadak sebanyak tiga kali ganda iaitu daripada RM2,580 pada tahun 1989 ke RM8,479 pada tahun 2022. Namun begitu, jurang pendapatan bagi golongan rendah, menengah dan atasan masih tinggi biarpun ekonomi telah berkembang dengan pesat. Oleh itu, saya meminta bahawa kerajaan memberikan tumpuan untuk selaraskan program-program yang sedia ada supaya tidak bertindih dan

final • 7:03 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

memberikan manfaat yang penuh kepada mereka yang memerlukan supaya kita dapat mencapai sasaran kerajaan ke arah 0.388 Gini coefficient pada tahun 2025.

Perkara yang ketiga ialah tentang daya saing dan meritokrasi. Kita tahu bahawa tindakan affirmative mengikut kaum adalah penting dan telah dapat mencapai beberapa kejayaan. Akan tetapi seperti yang saya katakan tadi, masalah kemiskinan masih berada.

Kita juga tahu tentang meritokrasi ada kelemahannya dan adalah antara satu sebab kita mengadakan ketidaksamarataan. Walaupun begitu, meritokrasi juga penting kerana kita hendak memberikan insentif kepada bakat, kepada mereka yang hendak mencapai excellence, ada yang berinovatif dan kalau kita tidak memberikan reward untuk recognize the talent, kita tidak akan ada yang terbaik sekali di dalam kalangan kita.

Apa yang saya cadangkan bahawa kedua-dua perkara ini, tindakan affirmative mengikut kaum dan mengikut keperluan hendak dijalankan dengan sistem meritokrasi serentak. Kalau boleh bergabung kerana kita tidak boleh mengadakan satu perkara di mana pemimpin kita, profesional kita, doktor, engineer tidak cukup kompeten dan bakat kita berhijrah ke negara yang lain. Masalah tentang brain drain adalah satu perkara yang telah lama yang kita hadapi.

Oleh yang demikian, dengan istilah yang telah digunakan dalam ekonomi Madani dan juga rancangan ini bahawa kita hendaklah ada inclusiveness dan slogan bahawa tiada sesiapa akan ketinggalan. Ini menjadi sangat penting bahawa kerajaan memberikan tumpuan bahawa semua akan mendapat faedah pembangunan sosioekonomi dan mempunyai peluang yang saksama untuk meningkatkan taraf hidup tanpa mengira kaum, lokasi, jantina, latar belakang sosioekonomi supaya kita boleh mencapai dan melakukan konsep masyarakat Madani. Sekian, terima kasih.

final • 7:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Saya jemput Yang Berhormat Saratok.

final • 7:10 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Salam sejahtera dan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua atas ruangan yang diberikan kepada Saratok untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal RMKe-12, 2021- 2025.

Isu yang pertama yang saya nak ketengahkan ialah Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (ZEE) di Laut China Selatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya terpanggil untuk memberi pandangan dan cadangan terhadap isu-isu keselamatan dan pertahanan di negara di kawasan perairan wilayah Sabah, Sarawak dan kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia. Sememangnya kita menyambut baik apa-apa langkah yang diambil oleh Kerajaan Malaysia menjaga keselamatan dan kedaulatan demi menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Oleh yang demikian, rancangan untuk membangunkan pangkalan tentera laut di Bintulu, Sarawak hendaklah dilaksanakan dengan seberapa segera. Pangkalan tentera laut ini nanti mestilah dilengkapkan dengan sistem pertahanan laut yang canggih dan kapal yang moden untuk memastikan kesiapsiagaan tentera laut kita. Ini amatlah penting untuk menjaga kepentingan dan hak negara di perairan Malaysia dan ZEE di Laut China Selatan. Kawasan tersebut mempunyai potensi kekayaan sumber asli seperti petroleum yang amat besar. Pada masa sekarang, banyak pelantar minyak negara beroperasi di kawasan itu, di samping usaha-usaha mencari gali yang semakin giat dilakukan.

Malaysia mesti mempertahankan kuasa haknya untuk meneroka, menjaga, mentadbir di kawasan ZEE selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1982 mengenai undang-undang laut. Adalah amat mengecewakan apabila sering berlaku pencerobohan oleh kuasa luar yang besar terhadap ZEE Malaysia. Malahan, sering dilaporkan bahawa kadang-kadang kapal peronda pantai dari China yang besar

final • 7:10 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

berlabuh lama bersebelahan dengan pelantar minyak kita yang sedang beroperasi. Ada juga jaraknya amat dekat, lebih kurang 500 meter sahaja.

Sememangnya pekerja-pekerja pelantar minyak terasa di intimidasi oleh kapal asing yang besar ini. Baru-baru ini dilaporkan empat buah kapal China dan tiga daripadanya adalah kapal Military Maritime China menceroboh masuk ZEE Malaysia sejak 21 Jun yang lalu dan TLDM sedang memantaukah kehadiran kapal asing tersebut?

Kawasan tersebut adalah dikenali sebagai Beting Patinggi Ali, terletak di dalam ZEE Malaysia akan tetapi dituntut oleh China melalui nine-dash line ataupun sembilan garis putus yang tidak diiktiraf oleh mana-mana negara di rantau Asia.

China juga didapati telah meletakkan kawasan tersebut di dalam peta standard edisi tahun 2023-nya. Mana mungkin sebuah negara yang terletak beribu-ribu batu jauhnya ada hak menuntut kawasan ZEE di Malaysia. Oleh itu saya menyeru Kerajaan Malaysia untuk bertindak tegas membantah tindakan China itu dan protes tidak mengakui sembilan garis putus China tersebut secara berterusan. Malaysia tidak boleh berdiam diri atau bertindak balas hanya jika ada isu timbul. Negara lain di Asia seperti Philippines, Vietnam, Indonesia telah menunjukkan ketegasan mereka menjaga ZEE mereka daripada dicerobohi oleh China. Malaysia juga mesti tegas seperti mereka. Tidak boleh memberi mesej kelabu, tidak jelas seperti Yang Amat Berhormat Tambun sebut mengatakan Malaysia boleh runding. Tindakan China itu menceroboh, bukan datang untuk berunding dan mereka menuntut. Untuk menegaskan pendirian Malaysia amatlah memerlukan aset TLDM yang baharu terutama littoral combat ship (LCS). Oleh sebab itulah isu kelewatan pembinaan LCS ini menjejaskan keselamatan negara kita sebenarnya. Sesiapa yang bertanggungjawab mestilah dibawa ke muka pengadilan.

Pan-Borneo dan keperluan tambahan P-turns. Tuan Yang di-Pertua, saya terpanggil sekali lagi ke Dewan ini untuk minta keperincian dan status sebenar pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak terutamanya di kawasan Sarikei. Saya masih ingat KKR menjawab pada sidang dulu bahawa Pan Borneo di Sarawak akan siap menjelang bulan September 2023, bulan ini. Akan tetapi semua pengguna Pan Borneo terutama di kawasan Sarikei sedar adalah mustahil untuk siap bulan September ini memandangkan kerja-kerja di lapangan masih berterusan dan besar kemungkinan tidak akan siap pun tahun ini.

Inilah yang saya maksudkan dulu iaitu tarikh siap sentiasa berubah-ubah. Oleh itu, sekali lagi saya minta tarikh siap sebenar di kawasan Sarikei-Bintongor tersebut.

Selain daripada itu, isu hangat kawasan Saratok ialah berkenaan dengan Pan Borneo iaitu kekurangan P-turns-nya digunakan untuk memudahkan pengguna jalan raya. Banyak isu rungutan rakyat diluahkan dalam media sosial menyatakan tidak puas hati akan reka bentuk jalan yang kurang P-turns dari Berayang sehingga ke Simpang Bajau. Di kawasan Simpang Awik misalan. Semua rakyat tinggal di kawasan sepanjang Jalan Awik Ulu Kabor terpaksa pergi ke P-turns di Kerangan yang jauhnya ke Saratok.

Sebanyak lebih daripada 50 buah rumah panjang dan lima buah sekolah rendah di kawasan Jalan Awik Ulu Kabor terkesan. Keadaannya sama juga dihadapi oleh penduduk di kawasan Berayang Mudung di mana kekurangan P-turns menimbulkan masalah kepada penduduk sekitar. Sepatutnya reka bentuk jalan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan dan keselesaan penduduk setempat. Kalau banyak sangat rungutan maknanya ada sesuatu yang tidak betul dengan reka bentuk jalan yang tidak sesuai itu. Janganlah pula KKR memberi jawapan macam acuh tidak acuh sahaja dengan mengatakan tidak ada keperluan untuk penambahan P-turns di kawasan Berayang dan Simpang Awik. Buatlah penambahan seperti yang diminta oleh rakyat. Oleh itu saya ingin menyuarakan permohonan penduduk Saratok meminta KKR membuat lagi banyak P- turns terutama yang berdekatan dengan Simpang Awik dan Berayang Mudung.

Jalan Kupang Bajau. Tuan Yang di-Pertua saya juga telah sekian kalinya menyeru pembinaan Jalang Kupang Bajau dilaksanakan dengan seberapa segera. Isu pembinaan jalan ini berlarutan sejak dari RMKe-11 dulu dan sudah pun diumumkan pada tahun 2016.

Sehingga kini belum nampak kegiatan di tapak dimulakan melainkan kerja-kerja survey yang telah siap. Soalan saya adalah apakah masalah sebenarnya yang dihadapi oleh KKR untuk memulakan kerja fizikal? Adakah bajet asal dianggarkan pada RMKe-11 dulu

final • 7:10 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

masih mencukupi? Perlukah tambahan bajet dibuat sebelum kerja fizikal dimulakan?

Bilakah proses sebut harga akan dilakukan dan saya minta status sebenar perkembangan pembinaan Jalan Kupang Bajau ini. Semakin lama dilewatkan semakin naik kos pembinaannya nanti.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 7:10 PM

Datuk Ali anak Biju - Saratok

Tuan Yang di-Pertua, setelah menyatakan isu-isu rakyat seperti di atas, saya berharap pihak kementerian yang terbabit harus mengambil sikap lebih proaktif dan menyelesaikannya dengan secepat mungkin. Sememangnya isu lain memang ada. Namun akan saya ketengahkan pada sidang yang akan datang. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Saratok. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 7:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tuan Yang di-Pertua nak tanya, kalau biasa macam kami Ahli Parlimen biasa ini tujuh minit. Kalau saya ini bakal Presiden?

[Ketawa]

final • 7:18 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tunggu jadi Presiden dulu.

final • 7:18 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Oh, tunggu pula.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia Madani, salam perpaduan, salam Rahmah. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Saya nak bawa terus kepada isu Hulu Langat. Hulu Langat ini, ia satu daerah yang hampir dengan Kuala Lumpur, Yang Berhormat Kuantan. Ia hampir dengan Putrajaya. Ia hampir dengan Cyberjaya, ia hampir dengan KLIA. Pertumbuhan penduduk di Hulu Langat ini kalau contohnya macam Jasin. Kalau Jasin 10 tahun yang dulu, katalah penduduknya 100 orang mungkin sekarang ini ia meningkat kepada 150 orang. Akan tetapi Hulu Langat ini Yang Berhormat Kuantan, pertumbuhan penduduknya mendadak.

Projek-projek perumahannya terlalu banyak. Yang timbul masalah di sini adalah soal berkaitan dengan pembangunan bersepadu.

Ya, kita bina projek perumahan. Rumah siap. Rumah bertingkat siap, rumah di tanah siap, kondominium siap. Akan tetapi isunya dan juga masalahnya, saya rasa isu ini bukan sahaja di Hulu Langat, juga saya rasa di Hulu Selangor, juga di Bagan Datuk saya rasa. Isunya adalah keperluan infrastruktur yang lain. Keperluan kemudahan untuk rakyat yang lain.

Tadi, teman-teman dan juga sahabat-sahabat banyak membicarakan soal berkaitan dengan kemudahan-kemudahan infrastruktur, kemudahan-kemudahan awam.

Dia bina projek perumahan, akan tetapi dia tidak tengok sekolah. Dia tidak tengok masjid.

Dia tidak tengok surau. Dia tidak tengok akses jalan keluar masuk. Di taman itu betul.

Kalau macam di kawasan saya itu, di pekan Semenyih itu – ya, kita ada Eco. EcoWorld, tidak berekor, ekor tidak ada.

final • 7:18 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Memang banyak projek perumahan yang dibina. Akan tetapi, masalahnya– ini timbul masalah daripada segi kemudahan infrastruktur lain. Oleh sebab itu, kita hendak minta pihak kerajaan, apabila kita hendak bangunkan satu-satu kawasan ini, kita kena tengok kemudahan-kemudahan lain itu. Tanah kuburnya macam mana? Taman permainannya macam mana? Kawasan komersialnya macam mana? Oleh sebab itu, di Hulu Langat ini, saya sebutkan tadi Yang Berhormat Kuantan. Ia dekat dengan Kuala Lumpur. Akan tetapi, dekat juga dengan Yang Berhormat Bentong.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Yang Berhormat Kuantan sudah balik.

final • 7:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Indera Mahkota. Saja saja salah sebut.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

[Ketawa] Saja. Ingat ya.

final • 7:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Patutlah dia diam, patut Yang Berhormat diam. Ini yang hendak kena tengok. Oleh sebab itu, contohnya macam di Hulu Langat ini, sebab itu kita hendak minta pihak kerajaan ini supaya tengok Hulu Langat ini betul-betul. Infrastrukturnya macam mana? Jalan rayanya. Jalan raya di Hulu Langat itu sepatutnya jalan dari Batu 9 hendak masuk ke Pangsun, hendak masuk ke Sungai Lui itu, sepatutnya jadi lebaran. Dua lorong sudah sepatutnya. Di pekan Batu 14 itu, sesak kalau hari Sabtu, hari Ahad. Sesak, sesesak, sesesaknya.

Hulu Langat ini di kawasan pelancongan. Ia ada durian. Di Hulu Langat ini saya hendak sebutkan Tuan Yang di-Pertua, laut saja tidak ada. Gunung-ganang ada, saya berkongsi dengan Yang Berhormat Bentong, saya berkongsi dengan Yang Berhormat Bentong. Sungai ada, air terjun ada, bukit ada, empangan ada, air panas ada. Kalau time cuti sekolah apabila ada majlis kahwin, kadang-kadang kita wakil rakyat pun, baik kita kayuh basikallah. Yang Berhormat Jasin.

Akan tetapi, Yang Berhormat Jasin pun tidak betullah Yang Berhormat Jasin.

Sampai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri naik helikopter pun tidak boleh.

[Ketawa] Berilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri naik helikopter, naik jet itu, sebab beliau buat kerja. Ini sebab saya cakap betul-betul. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini saya tengok, memang beliau rajinlah, memang beliau rajin.

Eh, Yang Berhormat Jempol. Kalau pembangkang, ia tidak bersetuju dengan Rancangan Malaysia Ke-12 itu, memang kerja dialah. Kalau pembangkang bersetuju dengan kita, memang hendak kiamatlah dunia ini.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Kerajaan kami, suka hati kamilah.

final • 7:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Betul.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

[Ketawa]

final • 7:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Oleh sebab itu Yang Berhormat Hulu Selangor, yang dua hari lepas saya dengar Yang Berhormat Putrajaya sebut lantik Yang Berhormat Pontian. Lantik Yang Berhormat Titiwangsa, kan? Saya hendak tanya juga dengan sebelah sana ini, bila angkat sumpah?

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Salah kah saya tanya?

final • 7:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bila angkat sumpah? Sebab Yang Berhormat Arau beritahu...

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

[Tidak jelas] Boleh? Parit Buntar minta laluan boleh?

final • 7:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia kata, “Kami akan angkat sumpah bulan Mei. Kami akan angkat sumpah bulan Jun. Kami akan angkat sumpah bulan Julai...”

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Hello kawan, Parit Buntar minta laluan boleh?

final • 7:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

“Kami akan angkat sumpah bulan Ogos”. Hari ini sudah 44 Ogos.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Insya-Allah, tunggu itu.

Kerajaan kami, suka hati kamilah. *Insya-Allah.

[Ketawa]*

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat, hanya tinggal dua minit.

final • 7:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Begini punya bersyarah Tuan Yang di-Pertua, tidak akan tidak boleh tambah.

[Ketawa] Oleh sebab itu saya hendak sebut...

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Boleh saya mencelah?

final • 7:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh –Bukan, bukan Yang Berhormat Bagan Datuk. Kalau ikutkan ini tebal sudah.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Eh, Bagan Datuk apa pula? Parit Buntarlah.

final • 7:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ah, saya pun saja je, salah sebut.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saja? Saya – Sayang Yang Berhormat Bagan Datuk kah?

final • 7:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Ketawa]

final • 7:20 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Tuan Yang di-Pertua Bagan Datuk.

final • 7:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Okey, sebab itu antara lagi keperluannya, di bandar Bandar Seri Putra...

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar...

final • 7:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bandar Seri Putra ini sepatutnya perlu ada...

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang Berhormat Hulu Langat, berilah laluan. Cakap berdegar-degar bagi laluan tidak boleh?

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tidak ada, masa tinggal sikit saja.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Lepas ini kita minum ya?

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Minum kopi, minum kopi. Saya bayar.

Di Bandar Seri Putra, perlu ada flyover. Di Taman Desa, Desa Sri Jenaris sepatutnya sudah ada flyover. Ini sebab di Taman Desa Sri Jenaris ini Tuan Yang di-Pertua, dulu ada tiga buah taman. Sekarang ini ada 30 buah taman dalam itu. Akses hendak keluar masuknya, itu sahaja. Jadi, kita hendak mintalah supaya pihak kerajaan tengok persoalan berkaitan dengan kemudahan akses keluar masuk ini.

Seterusnya, saya hendak membicarakan soal berkaitan dengan Projek Lebuhraya PLUS ini. Projek Lebuhraya Utara-Selatan ini, kita bayar tol, kita bayar untuk kita makan jam. Betul? Betul, Yang Berhormat Hulu Selangor? Oleh sebab itu, kita hendak minta pihak kerajaan supaya tengok. Tambah-tambah di musim perayaan ini kita nampak kadang-kadang kan? Kadang-kadang saya hendak balik kampung di Penang, saya hendak balik kampung di Kedah, kadang-kadang 10 jam, 12 jam, kadang-kadang. Oleh sebab itu, kita hendak tengok pihak kerajaan supaya tengok betul-betul...

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Marah ya?

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Jangan, jangan menyampuk.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Bukan...

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kalau perlu tambah lorong, kita minta...

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Marah kerajaan kami kah? Jangan marah kerajaan kami.

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh, saya ini kalau yang betul kita sokong. Tidak betul kita sanggah. Contohnya macam Yang Berhormat Pagoh, keluarkan fatwa, undi Suhaizan Kaiat baru-baru ini haram. Kan Sultan Selangor sudah tegur. Yang

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Berhormat Hulu Selangor, bila Menteri Besar Kedah, kutuk Sultan Selangor, apa stand Yang Berhormat Hulu Selangor?

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Bila asal dikutuknya?

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kutuk.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Mana ada kutuk?

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh...

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Eh...

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dewan, Dewan Diraja Selangor...

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Selangor, sila duduk.

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Tidak jelas]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dewan Diraja Selangor buat laporan.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat, sila gulung.

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh, tambah lagi masa.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak ada masa.

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sikit, sikit, sikit lagi. Sikit lagi. Untuk – Saya hendak minta juga supaya kita menggubal...

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Peraturan Mesyuarat.

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Undang-undang.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tuan Yang di- Pertua, Peraturan Mesyuarat. Duduk Yang Berhormat Hulu Langat. 36(12). “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.” [Merujuk kepada Buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat] Tadi, Yang Berhormat Hulu Langat sebut, Menteri Besar kutuk Tuanku. Mana ada. Cakap elok sikit.

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tidak apalah, tunggu mahkamahlah.

Tunggu kes mahkamah. Okey.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tidak tunggu mahkamah.

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tunggu kes mahkamah.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sama ada tarik balik.

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya hendak selesaikan yang ini.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Ataupun buat kenyataan luar Dewan supaya...

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Wajib, wajib mengundi kepada seluruh...

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

MB boleh saman Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Masyarakat dan rakyat dalam negara kita. Kemudiannya, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bercerita isu berkaitan...

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tuan Yang di- Pertua, saya bawa Peraturan Mesyuarat...

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey. Duduk, duduk.

Ini, Yang Berhormat Hulu Langat...

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya buat Peraturan Mesyuarat.

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dengan Kampung Sungai Baru, Kampung Baru.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tuan Yang di- Pertua, saya bawa Peraturan Mesyuarat...

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tunggu, saya tahu...

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Isu berkaitan dengan Kampung Sungai Baru, Kampung Baru. Juga Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanyakan soal berkaitan dengan veteran ATM...

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat...

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang tidak berpencen. Kita hendak minta kepada...

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tuan Yang di- Pertua kena buat ruling, saya bawa Peraturan Mesyuarat ini...

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tahu, saya. Sila duduk.

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Duduklah.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Belum ruling lagi.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat, beri penjelasan sajalah.

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Apa dia?

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Apa yang dikatakan 36(12)

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tidak apalah. Dewan Diraja Selangor sudah buat report polis. Kan Sultan Selangor pun sudah murka.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kalau begitu, tunggu sajalah. Yang tuduh kutuk itu buat apa?

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sudah murka. Sultan Selangor pun sudah murka. Hoi!

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kalau begitu, janganlah tuduh, and dikutuk.

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Tidak jelas] Itu Sultan aku. Yang dia hina itu Sultan aku.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Dia tidak kutuk pun.

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hei, dia kutuk.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tidak ada.

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ya Allah, ini orang tidak berita ini. Tidak tengok berita.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Buat kenyataan di luar mahkamah, di luar Dewan...

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tidak tengok Tik Tok, tidak tengok FB ini. Yang Berhormat Bagan Datuk...

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Supaya MB Kedah boleh saman Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Woi, duduk dalam gua kah?

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kalau berani, buat kenyataan luar Dewan.

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hei, duduk dalam gua kah?

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Supaya MB boleh saman Yang Berhormat Hulu Langat...

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini, duduk! Duduk! Walaun, duduk!

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Madanon duduk!

Ini...

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Duduk, duduk!

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Semua duduk. Semua duduk

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Pembesar suara dimatikan]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudahlah. Yang Berhormat Parit Buntar sudah cabar Yang Berhormat Hulu Langat untuk sebut di luar.

Jadi, kalau Yang Berhormat Hulu Langat mahu, biar Yang Berhormat sebut di luar. Okey.

Jadi, Yang Berhormat Hulu Langat, masa pun sudah sampai.

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak ada seminit lagi.

Sila duduk.

[Ketawa] Cukup.

final • 7:20 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jangan cabar-cabar.

Cukup. Saya akan panggil pembahas seterusnya. Yang Berhormat Parit Buntar.

[Ketawa]

final • 7:20 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tidak apa, kita minum kopi lepas ini.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 7:28 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Parit Buntar bagi laluan boleh?

[Ketawa]

final • 7:28 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Bismillahi Rahmani Rahim.

final • 7:28 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Parit Buntar.

final • 7:28 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tuan Yang di- Pertua, sebelum saya teruskan perbahasan...

final • 7:28 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat. Tidak beri laluan. Sila duduk.

final • 7:28 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Okey, terima kasih.

final • 7:28 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya hendak minta Yang Berhormat Hulu Langat kalau bercakap berdegar-degar itu biar berlapik. Siapa kata pembangkang menentang RMKe-12? Kita tidak tentang. Siapa yang bentang RMKe- 12? Bukan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kita tidak tentang. Cuma Kajian Separuh Penggal kita diberi peluang untuk membahaskan, itu sahaja. Apa Yang Berhormat Hulu Langat ini tidak reti?

[Tepuk] Tidak apa selepas ini kita kopi. Cukup.

final • 7:28 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha tengok. Malaysia, tengoklah Malaysia.

final • 7:28 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tidak apa. Kita kopi. Kita kopi.

final • 7:28 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat...

final • 7:28 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bila hentam, kita hendak hentam balik tidak berani.

final • 7:28 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tidak ada.

final • 7:28 PM

Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, jom sekarang minum kopi.

final • 7:28 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kalau hendak mengopi, gunakan Peraturan Mesyuarat. Gunakan Peraturan Mesyuarat. [Merujuk kepada Buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat]

final • 7:28 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Okey. Ini pun ada juga Peraturan Mesyuarat.

[Merujuk kepada Buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat]

final • 7:28 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat sila duduk.

final • 7:28 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Baik Tuan Yang di-Pertua.

Tengok patuh.

final • 7:28 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya ucapkan terima kasih atas peluang diberi untuk turut mengambil bahagian membahaskan Kajian Separuh Penggal RMKe-12. Kajian Separuh Penggal ini sudah tentulah bertujuan bermuhasabah atau menilai semula pelaksanaan RMKe-12 supaya tercapai hasrat dan matlamat.

Tuan Yang di-Pertua masa tidak mengizinkan. Saya langkau beberapa perkara walaupun penting. Antaranya bila kita hendak melaksanakan sesuatu perkara yang baik sekali pun, kita diperingatkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya yang berbunyi, [Membaca sepotong Hadis]

final • 7:28 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Maksudnya, “Wahai manusia, bertakwalah kepada Allah dan berusahalah dengan cara yang baik. Sesungguhnya, satu jiwa itu tidak akan mati, sehingga rezekinya diberikan secara sempurna, walaupun lambat. Kerana itu, bertakwalah kepada Allah, dan berusahalah dengan cara yang baik. Ambillah yang halal dan tinggalkanlah yang haram,”.

final • 7:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Semalam, kita mendengar ucapan-ucapan dan banyak Ahli Parlimen yang membicarakan ayat-ayat berkaitan dengan keberkatan dan rahmat Allah SWT. Namun, keberkatan dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara akan dicabut oleh Allah SWT, sekiranya dalam masa yang sama, rakyat dan kerajaan bergelumang dengan aktiviti yang tidak bermoral, seperti amalan kemungkaran yang berleluasa.

Rasulullah SAW mengingatkan dalam sebuah hadis yang berbunyi [Membaca sepotong hadis], “Apabila umat-ku mengagungkan urusan dunianya, akan dicabut ke atas mereka, kehebatan Islam ke atas dirinya; dan apabila umat-ku meninggalkan amar makruf nahi mungkar, nescaya Allah akan mencabut kehebatan Islam dan dihindarkan dari keberkatan dan rahmat Allah SWT,”. Justeru, dengan kuasa yang ada pada kerajaan, bendung dan sekatlah aktiviti mungkar dan maksiat yang mengundang kemurkaan Allah SWT sehingga menghilangkan keberkatan dan rahmat Allah SWT, dan juga boleh mengundang bala Allah SWT yang dahsyat.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ahli Parlimen Selayang, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, yang memaklumkan kepada kita semua bahawa, jawatankuasa itu akan memanggil Peguam Negara bagi memberi penjelasan berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan Yang Berhormat Bagan Datuk.

Sesungguhnya seluruh Malaysia menantikan laporan daripada prosiding tersebut.

Sebenarnya, inilah yang kita mahukan daripada pihak kerajaan. Kami di pihak pembangkang hanya inginkan satu penjelasan yang jelas dan tuntas daripada pihak kerajaan, terutamanya atas isu-isu yang membabitkan kepentingan rakyat. Kita bercakap perihal wang rakyat dan juga ketelusan institusi mahkamah. Justeru, saya yakin, rakyat berhak tahu dan diberi penjelasan tentang isu ini.

Selain itu, saya juga ingin mencadangkan agar isu Ambalat dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabangsa Parlimen. Melalui kaedah ini, barulah kita akan tahu butiran lengkap berkaitan Perjanjian Persempadanan Maritim yang ditandatangani Malaysia dan Indonesia melibatkan Blok Ambalat.

Tuan Yang di-Pertua, isu-isu tata kelola dan rangka kerja institusi yang baik amat penting dalam memastikan keberhasilan Rancangan Malaysia Kedua Belas ini. Ada beberapa perkara yang saya merasakan kerajaan perlu berikan perhatian.

Pertamanya, dalam perbahasan saya dalam masa yang singkat ini, saya ingin merujuk kepada satu tajuk dalam buku laporan dalam Bab 2: Mempertingkatkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam. Dalam bab itu, disebutkan, undang- undang baharu berkaitan sumbangan politik akan digubal untuk mengawal selia sebarang bentuk sumbangan yang dibuat oleh individu dan kumpulan berkepentingan khas.

Sumbangan ini adalah tidak terhad semasa pilihan raya sahaja. Perundangan ini akan ditadbir urus oleh badan bebas untuk memastikan semua parti dan ahli politik, calon pilihan raya dan agen politik bertanggungjawab kepada kedaulatan undang-undang. Jelas kepada kita bahawa, mengikut undang-undang yang sedia ada, sumbangan-sumbangan seperti ‘salam kaut’, sekalipun yang diberikan semasa tempoh berkempen adalah kesalahan, apatah lagi membuat tawaran-tawaran mega, projek-projek besar dan penambahan peruntukan tertentu dengan syarat, “pengundi mesti mengundi parti saya” dalam pilihan raya.

Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Adakah undang-undang baharu berkaitan rangka kerja institusi serta perundangan berkaitan rasuah yang digubal mampu berfungsi lebih baik dan dipatuhi? Saya amat yakin, suara rakyat secara keseluruhannya, merasa amat sedih dan kecewa dengan sikap yang ditunjukkan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya di Terengganu sebelum hari penamaan calon, iaitu mengumumkan sejumlah peruntukan yang besar bagi persatuan kelab belia, dengan syarat menyokong gelombang biru dan merah.

Hal ini jelas mengandungi usur merasuah pengundi dan di Johor juga mengulangi isu yang sama. Repot telah pun dibuat, tetapi amat malang. SPRM dan PM, tanpa

final • 7:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

menunggu siasatan terlebih dahulu, terus buat kenyataan, tiada unsur rasuah.

Sepatutnya, buatlah kenyataan. Serahkan kepada SPRM untuk membuat siasatan, bukan terus membela.

Tuan Yang di-Pertua, masa tinggal sedikit. Saya ingin membangkitkan beberapa isu tempatan di Parlimen Parit Buntar. Baru-baru ini, 452 orang pesawah mengalami kerugian akibat tanah jerlus. Mungkin Parit Buntar sahaja, 158 orang petani. Bagan Tiang, 130 orang petani, Tanjung Piandang, 44 orang petani, Kuala Kurau, 120 orang dan jumlah semua, 452 orang dengan keluasan tanah bendang, 595 hektar.

Anggaran kerugian, RM2.4 juta. Purata kerugian yang terpaksa ditanggung oleh setiap petani adalah RM5,000 hingga RM6,000 seorang. Saya harap pihak kerajaan peka dan bantu para petani yang mengalami kerugian, sedangkan mereka sudah berjasa untuk menyediakan makanan beras yang secukupnya.

Gangguan binatang yang mengancam nyawa penduduk kampung dan memusnahkan tanaman, iaitu babi hutan dan kera. Di Perak, sehingga sekarang saya difahamkan, pihak keselamatan di Perak masih belum memberi permit memburu kepada anggota RELA dan penduduk kampung yang mempunyai senjata bagi tujuan menembak binatang-binatang yang mengancam keselamatan nyawa.

Sehingga sekarang, ramai jumlah mangsa yang terkorban, cedera, hilang upaya akibat dilanggar atau melanggar binatang tersebut seperti babi hutan...

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

final • 7:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Akhir sekali, ya.

Okey, last. Projek Rancangan Malaysia Kesebelas...

final • 7:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat Parit Buntar, mohon penjelasan.

final • 7:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Pembinaan sekolah baharu, 36 bilik darjah dan lain-lain kemudahan di SMK Pelangi Perdana...

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah cukup masa.

final • 7:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Yang Berhormat Parit Buntar, bagi ke tak bagi?

final • 7:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya tidak bagi.

final • 7:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tak kawanlah, Yang Berhormat Parit Buntar macam itu.

final • 7:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Peruntukan yang diluluskan, RM54 juta.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Shah Alam...

final • 7:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kontraktor yang dipilih, Mutual Premium Sdn. Bhd. dengan tarikh mula dibina, 9 April 2018 dan dijangka siap 12 Disember 2023. Namun, sehingga sekarang, kemajuan fizikal baru 17 peratus.

Hanya perataan tanah sahaja. Kemajuan kewangan, baru 16.1 peratus, sedangkan dijangka siap 12 Disember 2023. Mohon kerajaan supaya Menteri Pendidikan akan ambil berat dan tinjau-tinjaulah projek ini dengan membuat lawatan ke tapak tersebut. Tak ajak saya pun tak apa. Kita masih lagi belum berkawan, katanya.

Akhir sekali, Parit Buntar belum mempunyai sebuah kompleks atau mini kompleks sukan untuk anak-anak muda menjalankan aktiviti.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tolong duduk. Masa sudah cukup.

final • 7:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Last, ayat last. Parit Buntar juga belum ada sembarangan IPTA dan cawangan ditubuhkan di situ. Parit Buntar juga tidak mempunyai sekolah berasrama penuh walaupun satu. Harap, Menteri

final • 7:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Pendidikan, Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Belia dan Sukan tengok-tengoklah Parit Buntar.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Jom, Yang Berhormat Hulu Langat, mengopi.

[Ketawa]

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Parit Buntar. Saya jemput Yang Berhormat Bentong.

final • 7:30 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Bismillahi Rahmani Rahim.

final • 7:37 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Bentong, kena tunggu.

final • 7:37 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Yang Berhormat Hulu Langat, duduk.

[Ketawa] Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Selamat petang.

Tuan Yang di-Pertua, Bentong menyambut baik pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

sewaktu pembentangan RMKe-12 ini pada tahun 2021, ia banyak tertumpu kepada pelan untuk membina semula ekonomi yang jatuh akibat COVID-19.

Namun, tanpa kita sedari, ancaman seperti krisis keterjaminan makanan dan masalah perubahan iklim yang kian meruncing merupakan satu cabaran yang perlu kita hadapi dalam tempoh RMKe-12 ini.

Tuan Yang di-Pertua, masalah kekurangan beras tempatan kini sedang dihadapi oleh rakyat di negara kita. Apabila rakyat terputus bekalan makanan, terutamanya beras, yang merupakan makanan ruji rakyat Malaysia, ini adalah krisis kepada negara. Terdapat pelbagai telahan mengenai krisis yang terjadi ini.

Namun Bentong berpendapat, krisis ini dan mana-mana krisis dapat ditangani dengan penguatkuasaan yang baik. Penguatkuasaan perlu dilakukan sejurus menerima aduan, walaupun ia merupakan kes-kes yang kecil. Setidak-tidaknya, ia dapat membendung masalah daripada menjadi krisis yang lebih memberi impak yang besar kepada negara seperti seketika ini. Apa pun, Bentong mengucapkan terima kasih kepada pihak penguatkuasaan dan berharap ia akan lebih memberikan impak yang lebih baik dan lebih proaktif pada masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah mendengar perbahasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sejak Selasa lalu. Masalah yang ingin saya bangkitkan ini adalah sama seperti yang ingin dibahaskan oleh beberapa Ahli Dewan. Ia berkaitan dengan pembinaan mini stadium di Bentong.

Jika kita rujuk kepada Strategi E1, Bab 7 di dalam buku yang telah diberikan, terdapat 15 kemudahan sukan baharu dibina. Bentong berharap ia dapat memberikan perhatian terhadap keperluan Bentong untuk mempunyai sebuah mini stadium di kawasan Bentong, agar ia menjadi kawasan riadah yang selamat dan selesa kepada belia, dan juga kepada warga penduduk khususnya.

final • 7:37 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Saya telah membangkitkan isu ini berulang kali dalam ucapan perbahasan belanjawan pada awal tahun ini dan saya berharap agar mini stadium Bentong dapat direalisasikan melalui RMKe-12.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada mini stadium, Bentong juga memerlukan sebuah UTC untuk memusatkan jabatan dan agensi kerajaan agar penduduk Bentong tidak lagi perlu ke sana ke sini untuk urusan mereka. Buat masa kini, pejabat-pejabat jabatan agensi Kerajaan Pusat dan negeri seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Imigresen, JKM dan sebagainya terletak jauh antara satu sama lain. Jika seorang penduduk perlu melakukan urusan berkaitan dengan JPN dan Imigresen, mereka

final • 7:40 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

terpaksa pergi ke dua lokasi yang berbeza. Jika terdapat UTC di Bentong, penduduk hanya perlu menyelesaikan urusan mereka di dalam sebuah bangunan sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, isu CSR ataupun Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama Fasa Keenam iaitu dari Bentong ke Pelangai acap kali saya bawakan dalam Dewan yang mulia ini. Saya ingin tegaskan keperluan jalan ini kepada penduduk Simpang Pelangai khususnya kerana penduduk ini tidak mempunyai jalan lain untuk ke Bentong kecuali jalan Karak-Kuala Pilah. Jalan ini adalah jalan lama, masih ada sesetengahnya belum diselenggara dan tidak selamat. Malah, kalau hujan lebat dan banjir, ada sesetengah jalan yang putus perhubungan di antara penduduk di Pelangai dan Karak. Laluan alternatif yang kita pohon ini juga adalah laluan yang penting untuk mengelakkan kesesakan Lebuh Raya Karak-KL ketika musim perayaan dan pada hari cuti.

Jadi, saya mohon sangat kepada Kerajaan Madani ini agar Kerajaan Persekutuan ini menghentikan penderitaan dan kesusahan rakyat di Pelangai dan memberikan jalan baharu ini, highway baharu ini kepada kami melalui RMKe-12 ini dengan membina highway baharu ini kepada kami.

Tuan Yang di-Pertua, Bentong mengalu-alukan usaha kerajaan untuk memperkenalkan EMR ataupun Electronic Medical Record. Pelaksanaan EMR ini sangat memudahkan pesakit-pesakit terutamanya yang terpaksa pergi ke pelbagai klinik pakar untuk mendapatkan rawatan. Pesakit tidak perlu lagi membawa rekod kesihatan mereka dan doktor serta petugas kesihatan boleh mengakses rekod kesihatan pesakit secara terus dan rawatan dapat diberikan dengan kadar yang segera.

Bentong juga mengalu-alukan usaha pendigitalan dan pemodenan sektor awam atau GovTech yang bakal diperkenalkan melalui RMKe-12 ini. Namun, setelah mengamati senarai dasar dan inisiatif baharu yang diperkenalkan dalam KSP RMKe-12 ini, Bentong mendapati bahawa RUU Omnibus yang berkaitan dengan perkongsian data tidak dimasukkan. Jika tidak silap, Menteri Ekonomi ketika menjawab di sidang Dewan Negara menyatakan bahawa RUU Omnibus ini akan diperkenalkan dan satu pangkalan data patut akan diwujudkan. Oleh itu, bilakah RUU ini akan diperkenalkan dan bagaimana GoveTech boleh dilaksanakan jika RUU ini tidak diperkenalkan lagi?

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia kini menuju ke arah negara menua. Namun, negara kita masih kekurangan dasar untuk menyokong rakyat yang semakin menua ini.

Dengan rendahnya kadar kelahiran di dalam negara kita pada masa kini, kerajaan perlu fokus dan mempersiapkan dasar-dasar berkaitan dengan keadaan kebajikan dan sosial warga emas di dalam negara kita.

Bantuan kewangan adalah tidak praktikal. Perlu ada dasar-dasar yang lebih terperinci bagi menjamin kesejahteraan warga emas. Warga emas di negara kita ada yang hidup bersendirian. Apakah peranan kerajaan untuk membantu warga emas ini agar dapat hidup dengan lebih baik? Kerajaan juga perlu menggubal dasar dan polisi bagi menjaga kebajikan caretaker kepada warga emas yang terpaksa berhenti kerja demi menjaga ibu bapa mereka yang sudah tua.

Terakhir daripada Bentong, Tuan Yang di-Pertua. Mengamati program dan projek yang berpaksikan rakyat untuk menyokong pelaksanaan KSP RMKe-12 ini, Bentong mengalu-alukan usaha kerajaan untuk mengukuhkan sistem perlindungan sosial.

Ini adalah penting sebagai salah satu jaringan keselamatan rakyat. Namun, adakah sistem ini meliputi pekerja-pekerja ekonomi gig dan juga penggiat seni tanah air?

Tuan Yang di-Pertua, kebajikan dan keselamatan sosial penggiat seni sama pentingnya dengan pekerja di dalam bidang yang lain. Bidang seni ini sering dipinggirkan daripada mana-mana polisi yang digubal oleh kerajaan. Dasar Industri Kreatif Negara sudah lebih 20 tahun tidak pernah disemak semula, apatah lagi dilakukan pindaan.

Bidang seni juga melalui evolusi dan dasar ini perlu dikemas kini mengikut peredaran masa.

Selain daripada itu, kita juga sebenarnya gagal melihat seni sebagai satu bidang yang boleh diguna pakai untuk memupuk perpaduan di antara rakyat dalam negara.

Rakyat Malaysia kini semakin kehilangan identiti seni budaya kita dek kerana peredaran zaman. Di sekolah rendah, mata pelajaran Muzik masih lagi menggunakan silibus yang

final • 7:40 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

sama sewaktu saya di sekolah rendah dulu. Pelajar masih lagi bermain rekorder yang mana tiada kesinambungan dan perkembangan selepas itu.

Jadi, Bentong mencadangkan agar mata pelajaran Seni diberi penambahbaikan yang mana diperkenalkan juga satu silibus untuk memupuk dan menghargai seni pentas, karya seni dan juga filem. Di sini, ia dapat memupuk penghargaan terhadap filem, karya seni tempatan dan juga memupuk semula budaya Malaysia yang semakin pudar di kalangan pelajar.

Terakhir, Tuan Yang di-Pertua, besarlah harapan Bentong agar semua yang dirancang melalui KSP RMKe-12 ini dapat dilaksanakan. Tidak dapat dinafikan kerajaan berjaya merangka pelan atau roadmap yang baik, namun sentiasa mempunyai kekangan dalam melaksanakannya. Oleh itu, Bentong menggesa Kerajaan Perpaduan Madani memberikan penekanan dan fokus dalam pelaksanaan setiap pelan ini. Ini penting untuk kehidupan yang sejahtera untuk rakyat dan melahirkan masyarakat Malaysia Madani.

Bentong menyokong KSP RMKe-12 ini. Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum.

final • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas.

final • 7:40 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Perbahasan saya pada hari ini akan terarah untuk menyentuh kesemua fokus utama dalam RMKe-12 ini. Pertama, memperkukuh kemampanan; kedua, membangunkan masyarakat sejahtera; ketiga, mencapai negara berpendapatan tinggi dalam semakan semula Rancangan Malaysia Ke-12 yang dibentangkan Isnin lalu.

Tuan Yang di-Pertua, melalui fokus pertama – memperkukuhkan kemapanan, pihak kerajaan meletakkan pembangunan bandar mampan dan peningkatan pembangunan luar bandar sebagai sebahagian daripada lapan tumpuan bagi mencapai objektif Rancangan Malaysia Ke-12 ini. Saya menyambut baik tindakan pihak kerajaan hari ini untuk meletakkan dua perkara di atas sebagai sebahagian daripada tumpuan di bawah fokus utama ini. Namun, apa yang begitu merisaukan adalah dari segi pelaksanaan bagi mencapai objektif RMKe-12 ini.

Sebagai contoh, di kawasan saya di Parlimen Padang Rengas yang berada dalam Daerah Kuala Kangsar, masalah banjir yang sering terjadi setiap tahun telah banyak mengganggu kualiti hidup rakyat di kawasan saya. Dalam tiga minggu lepas baru ini, telah berlaku dua kali banjir kilat hanya kerana hujan lebat yang turun antara satu hingga dua jam. Apabila dirujuk kepada pihak Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), jawapan yang diterima adalah peruntukan untuk menyelenggara kawasan limpahan sungai yang menjadi penyebab banjir adalah tidak mencukupi. Ada dua sungai yang perlu diselenggarakan dengan kadar segera iaitu Sungai Papan dan Sungai Ulu Kongsor.

Begitu juga masalah ketiadaan lampu jalan di banyak kawasan jalan raya di kawasan Padang Rengas. Kualiti hidup rakyat di sana menjadi teruk akibat kemalangan jalan raya yang sering berlaku akibat ketiadaan lampu jalan untuk memastikan jalan raya yang digunakan selamat.

Sekali lagi, apabila dirujuk kepada pihak Jabatan Kerja Raya, jawapan yang diterima adalah ketiadaan peruntukan bagi menyediakan lampu jalan. Perkara ini saya kira adalah tidak masuk akal. Setiap jalan yang dibina sepatutnya telah mengambil kira belanja untuk membuat lampu jalan.

Pun begitu, jika tidak dimasukkan belanja untuk membuat lampu jalan, pihak JKR di bawah Kementerian Kerja Raya sepatutnya boleh memperuntukkan suatu belanjawan untuk membuat lampu jalan. Jika tidak dapat secara penuh, lakukan secara [Tidak jelas] stacking budget, dengan izin, dan dijadikan sebagai belanjawan business as

final • 7:46 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

usual, dengan izin, sehingga lengkap keseluruhan jumlah lampu yang disediakan. Juga, perlu peruntukan untuk menyelenggara lampu jalan sedia ada yang mana banyak sudah tidak berfungsi yang selalunya mengakibatkan banyak berlaku kemalangan.

final • 7:46 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Keadaan yang sama untuk masalah banjir tadi. Jika dibiarkan tanpa satu solusi tuntas, maka masalah ini akan barah dan berlarutan hingga rakyat merasakan bahawa pihak kerajaan sedikit pun tidak prihatin terhadap kebajikan mereka. Malah, fokus untuk memperkukuhkan kemapanan adalah satu kata bagi penghias bibir sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, selain memperkukuhkan kemapanan, fokus untuk membangunkan masyarakat sejahtera seperti yang dikaji semula oleh pihak kerajaan dalam RMKe-12 adalah sangat penting. Mutakhir ini kita sering mendengar beberapa isu asas melibatkan keterjaminan makanan menjadi masalah yang membelenggu kesejahteraan hidup rakyat. Kenaikan harga beras putih import kepada purata 36 peratus telah mengakibatkan permintaan beras putih tempatan meningkat. Hasilnya stok beras putih tempatan sukar untuk didapati di pasar raya tempatan. Lebih parah, kita juga telah digemparkan dengan sindiket pembungkusan semula beras tempatan dalam pek beras import oleh pembekal demi mendapat untung lebih.

Belum lagi kita menyentuh masalah ketiadaan barangan barang asas yang lain seperti telur, minyak masak, gula dan banyak lagi. Jika adapun, harga mahal. Maka perkara-perkara ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada kesejahteraan masyarakat.

Perkara asas sebegini sepatutnya ditangani dengan tegas dan pantas oleh pihak kerajaan, lebih-lebih lagi dalam keadaan rakyat sedang terkesan dengan teruk akibat daripada kejatuhan ringgit dan pendapatan yang berkurangan akibat aktiviti ekonomi yang menyederhanakan walaupun di kawasan luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, menyebut tentang keadaan ekonomi setempat, saya ingin membawa perhatian seisi Dewan kepada masalah judi haram dan judi online. Rakyat di bawah apabila pendapatan mereka terganggu atau berkurang, mereka mencari alternatif lain untuk mencari pendapatan lebih. Masalah judi haram dan judi online ini adalah masalah yang begitu kritikal kepada masyarakat. Masalah ini begitu kritikal sehingga ia akan mewujudkan rantaian masalah sosial yang lain seperti masalah keganasan domestik, masalah kecurian, samun, rompak, masalah rumah tangga dan banyak lagi.

Maka pada hemat saya, pihak PDRM di bawah Kementerian Dalam Negeri perlu mengambil perhatian dan tindakan tegas untuk menangani isu ini.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh fokus utama ketiga mencapai negara berpendapatan tinggi dalam RMKe-12 berkaitan tumpuan pengukuhan jaringan pengangkutan awam dan peningkatan daya tahan infrastruktur pengangkutan dan juga logistik.

Tuan Yang di-Pertua, dalam mencapai cita-cita menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi, asas-asas kepada keperluan pembangunan seperti infrastruktur asas, jaringan pengangkutan awam dan industri, utiliti dan pelbagai lagi perlu lah mantap dan lengkap. Saya ingin menyatakan ucapan terima kasih saya kepada pihak Keretapi Tanah Melayu kerana telah mengambil keputusan untuk memanjangkan perkhidmatan kereta api bandar ke bandar atau intercity dengan izin dari antara Butterworth ke Padang Rengas dan kepada Butterworth ke Ipoh, bermula 16 September ini. Hal ini akan memberikan suatu limpahan ekonomi, kesan dan sambungan perhubungan yang efisien.

Namun, jika kita perhatikan kebanyakan stesen KTM di laluan tersebut masih berada dalam keadaan yang sederhana infrastrukturnya.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

final • 7:50 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Okey, dengan itu saya meminta Stesen Keretapi Padang Rengas, Stesen Keretapi Batu Gajah dan beberapa buah stesen lain dapat ditingkatkan kemudahan asas seperti lif untuk golongan OKU dan senior citizen. Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan saya memohon agar semakan semula Rancangan Malaysia Ke-12 ini adalah satu iltizam yang serius daripada pihak kerajaan

final • 7:50 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

dalam usaha menjadikan Malaysia terus membangun seiring dengan penyediaan kebajikan kepada rakyat demi kesejahteraan semua. Laksanakan segala yang telah dirancang dan dijanjikan. Jangan bertindak seperti menanam tebu di tepi bibir. Bunyinya manis tetapi hendak laksanakan tidak mampu. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.

final • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Saya menjemput Yang Berhormat Padang Terap.

final • 7:50 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang untuk membahaskan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, pagi tadi saya ada menerima memorandum [sambil menunjukkan senaskhah dokumen] daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia

(GAMIS) yang datang berjumpa dengan Ahli-ahli Parlimen. Antaranya saya, Yang Berhormat Pasir Mas dan juga Yang Berhormat Alor Setar. Memorandum daripada mahasiswa GAMIS ini berkenaan dengan apa yang diperkatakan pada hari ini iaitu tentang isu harga beras dan juga masalah atau krisis bekalan beras negara.

Saya tidak mahu menyentuh panjang tentang isu beras ini. Penyataan isu dan masalah. Saya lebih terus kepada cadangan berkenaan dengan krisis beras negara ini.

Pertama sekali adalah cadangan supaya kerajaan memberikan subsidi beras bersasar kepada golongan B40 dan juga golongan M40. Saya melihat PETRONAS baru-baru ini mencatat keuntungan bersih sebanyak RM40 bilion bagi separuh pertama tahun 2023.

Apa salahnya kalau ini dilaksanakan program subsidi beras yang kita anggarkan tidak sampai RM1 bilion kalau kita berikan subsidi beras kepada golongan bersasar B40 dan M40.

Keduanya, cadangan saya berkenaan dengan beras ini adalah Program Khas Beras Putih Tempatan (PKBPT) yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang disokong oleh pemain industri beras tempatan perlu membuat laporan secara holistik dan terbuka dapatan mereka terhadap pemantauan dan penguatkuasaan keseluruhan rantaian melalui Kawalselia Padi dan Beras (KPB) dengan kolaborasi strategik bersama dengan bahagian penguatkuasaan KPDN dalam Ops Jamin di seluruh negara.

Kedua, saya ingin menyentuh tentang cukai GST. Tuan Yang di-Pertua, dalam penegasan kesepuluh KSP RMKe-12 iaitu meningkatkan kemampuan fiskal. Kerajaan menyatakan beberapa langkah akan diambil bagi memperluaskan asas cukai dan memperbagaikan sumber cukai. Kalau dahulu Pakatan Harapan menegaskan tidak akan melaksanakan serta mengembalikan cukai GST. Sebagai contoh, saya memetik tulisan Yang Berhormat Pandan pada 13 Februari 2018 di Facebook, beliau menyatakan cukai GST adalah zalim dan terus menghantui rakyat setiap jam, saat, hari, minggu dan bulan tanpa ada satu saat terkecuali.

Baru-baru ini pada bulan Mac 2023, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata kerajaan tidak akan kembali melaksanakan cukai GST tetapi pada bulan sembilan, bulan ini, Yang Berhormat Pandan pula berkata kerajaan terbuka untuk memperkenalkan semula GST sebagai satu strategi meluaskan hasil negara.

Kemudian yang terbaharu sekali Perdana Menteri pula U-turn menyatakan GST adalah cukai yang paling cekap dan telus dan tidak menolak kemungkinan pelaksanaan cukai yang cekap dan telus dan tidak menolak kemungkinan pelaksanaan cukai GST ini.

Oleh itu Padang Terap ingin bertanyakan kepada pihak kerajaan, apakah sebenarnya pendirian kerajaan terhadap pelaksanaan cukai GST?

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 7:55 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Isu yang ketiga yang hendak saya bawa pada Dewan yang mulia ini adalah berkenaan dengan FELDA. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan usul pembentangan KSP RMKe-12 ada menyentuh tentang peneroka FELDA. Peneroka FELDA disebut akan terus mempunyai peluang untuk menjana pendapatan yang baik.

Apa yang ingin saya bangkitkan ialah isu yang berlaku di tempat saya iaitu di Felda Lubuk Merbau yang mana berlaku projek tanam semula. Isu yang dibangkitkan oleh peneroka- peneroka FELDA ialah ketika proses pengeluaran kayu getah, pihak FELDA mengeluarkan tender kepada kontraktor tempatan dan kontraktor yang berjaya ditawarkan kerja akan membayar penuh nilai harga kayu getah yang dikeluarkan dan diberikan kepada peneroka.

Isunya ialah harga yang ditawarkan oleh pihak syarikat yang berjaya memenangi tender FELDA ini sangat rendah berbanding harga pasaran semasa. Boleh dikatakan bezanya ialah separuh daripada harga semasa pasaran yang boleh mencecah sehingga RM3,000 seekar.

final • 7:55 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Justeru, saya memohon kepada pihak Jabatan Perdana Menteri yang menjaga FELDA supaya melihat secara serius isu ini agar hak para peneroka FELDA ini terbela.

Buat siasatan yang menyeluruh, benarkah wujudnya kartel getah daripada pemain industri yang dilihat memanipulasi harga kayu getah di pasaran dan menentukan harga melalui syarikat-syarikat yang terlibat memasuki tender pengeluaran kayu getah dan mereka mengaut keuntungan atas penderitaan para peneroka.

Persoalan yang dibangkitkan oleh para peneroka, kenapa syarikat yang menawarkan harga tertinggi dan menang tawaran tender tetapi harga tersebut lebih rendah separuh daripada harga semasa di pasaran? Saya mencadangkan pihak FELDA memberikan keutamaan kepada pihak pengilang kayu untuk tender pengeluaran kayu getah, bukan kepada pemain industri atau syarikat yang tidak ada kilang pun. Apabila mereka tidak ada kilang, kayu yang mereka keluarkan akan dijual kepada pihak yang ada kilang dan mereka mengaut keuntungan atas jualan itu sebagai orang tengah.

Terakhir, ialah berkenaan dengan komoditi getah. Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita melihat industri getah semakin malap. Berdasarkan data pada tahun 2022, Malaysia mencatatkan pengeluaran sebanyak 3,377 tan metrik, menurun 47.48 peratus. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan agar pihak kerajaan perlu berani dan aktif membuat satu kajian besar membabitkan pakar dalam komoditi getah, agensi yang terbabit serta pihak industri yang terlibat dalam getah bagi merangka dan merancang satu pembangunan besar dalam sektor getah. Perlu dikaji dan dihasilkan pelan jangka masa panjang untuk sektor getah.

Berkaitan dengan komoditi getah, saya ingin menyentuh tentang projek Kedah Rubber City. Projek Kedah Rubber City ini merupakan projek Kerajaan Malaysia yang telah bermula pada tahun 2012 dan telah diluluskan oleh Majlis Ekonomi Negara pada tahun 2014. Sehingga hari ini, saya melihat tidak ada mana-mana pemimpin kerajaan menyebut tentang Kedah Rubber City yang merupakan game changer ataupun sebagai satu impak ekonomi dan melonjakkan industri getah negara.

Sehubungan itu, saya meminta kepada pihak kerajaan supaya memberikan sentuhan istimewa kepada Kedah Rubber City ataupun Bandar Raya Getah yang merupakan projek Kerajaan Malaysia yang telah diluluskan peruntukan untuk pembinaan infrastruktur RM417 juta dan supaya kerajaan membuatkan satu usaha besar untuk menarik lebih ramai pelabur untuk melabur dalam Kedah Rubber City.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi iaitu berkenaan dengan di tempat saya, ada satu jambatan yang telah dibuat permohonan untuk pembaikan pada tahun 2017 tetapi baru-baru ini, jambatan ataupun titi tersebut telah runtuh iaitu di titi Padang Setol, Padang Terap. Permohonan yang telah dibuat oleh pejabat daerah kepada pihak negeri dan pihak negeri telah mengangkat permohonan ke peringkat kerajaan iaitu ICU dan kepada KKDW.

RM2 juta permohonan ini dan saya harap pihak kerajaan supaya memberikan kelulusan kepada pembinaan baharu Jambatan Padang Setol di Padang Terap. Diminta

final • 8:00 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

kepada perhatian pihak kerajaan terhadap jambatan yang telah runtuh yang menghubungkan Kampung Padang Setol dan juga Kampung Musa di Padang Terap.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum.

final • 8:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 8:00 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana mengizinkan Sungai Siput turut serta mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberikan fokus untuk mengembalikan pertumbuhan ekonomi sambil membangunkan masyarakat yang mampan.

Pelan ini menjadi peta atau garis ukuran yang jelas untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi. Kajian Separuh Penggal ini telah memberikan pemikiran mendalam terhadap pemulihan ekonomi, pengagihan kekayaan yang adil di antara negeri dan rakyat, mengekalkan perlindungan terhadap alam sekitar dan pembangunan mampan adalah sesuatu yang paling komprehensif setakat ini.

Pelaksanaan kerangka ekonomi sesuatu adalah menyeluruh tanpa meminggirkan mana-mana pihak kawasan bandar, luar bandar mahupun Sabah dan Sarawak.

Rancangan-rancangan yang telah diluluskan untuk mengembangkan potensi ekonomi merentasi wilayah, memang lah sesuatu yang harus dipuji. Ini akan mengurangkan jurang nisbah pendapatan antara desa dan bandar dan merapatkan jurang ketidaksamarataan.

Peningkatan perbelanjaan keseluruhan bagi Rancangan Malaysia Ke-12 pada RM415 bilion dilihat sebagai hasrat kerajaan untuk memainkan peranan aktif untuk menyokong ekonomi secara langsung dan memastikan pertumbuhan KDNK tidak kurang daripada lima peratus. Rangka kerja ekonomi madani yang memperbaharui pasaran pekerjaan yang memberikan penekanan terhadap alam sekitar, sosial, tadbir urus, kerajaan dapat mengembangkan industri bernilai tinggi.

Di bawah KSP RMKe-12, kerajaan menetapkan empat gagasan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi iaitu melonjakkan pertumbuhan ekonomi, mempercepatkan reformasi struktur ekonomi, memacu daya saing sektor dan industri strategik dan mempertingkatkan potensi ekonomi wilayah.

Tuan Yang di-Pertua, program subsidi bersasar apabila dilaksanakan sepenuhnya bermula tahun hadapan selepas sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dilengkapi maklumat sosioekonomi isi rumah di negara ini, sudah pasti memberikan pelbagai faedah untuk kumpulan B40 dan M10. Saya menaruh kepercayaan penuh kepada Yang Berhormat Menteri Ekonomi bahawa sistem PADU yang akan melalui tempoh percubaan melalui November ini, pasti memberi pelbagai faedah dalam menampung kos sara hidup rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga harus memperluaskan perkhidmatan penjagaan kesihatan di luar bandar dan kawasan pedalaman. Ini termasuk untuk masyarakat Orang Asli. Kesesakan kemudahan kesihatan, penambah baik jagaan prehospital untuk rawatan kecemasan dan akses kepada penjagaan berkualiti, tidak mencukupi khasnya rawatan susulan selepas keluar hospital perlu diperkukuhkan.

Kemudian, kemudahan dan infrastruktur kesihatan tidak harus tertumpu di bandar besar tetapi juga perlu dikembangkan di luar bandar dan kawasan pedalaman.

Di kebanyakannya daerah kecil seperti Sungai Siput, hospital menerima tekanan ke atas perkhidmatan dan sumber penjagaan kesihatan, kesesakan parking, tempoh masa menunggu yang lama untuk mendapatkan rawatan dan konsultasi serta kelewatan dalam menangani kes kecemasan, memberi pelbagai kesan terhadap kualiti perkhidmatan yang disediakan. Ini dirumitkan dengan kekurangan pakar kesihatan atau khidmat pakar dan kes-kes kecemasan kritikal tidak dapat dirawat di hospital daerah kecil.

final • 8:04 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Seterusnya, saya ingin menarik perhatian Dewan mengenai beberapa isu Hospital Sungai Siput. Pertama, Unit Kecemasan dan Trauma. Menaik taraf Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Sungai Siput oleh kerana blok unit kecemasan yang ada sekarang telah berusia hampir 20 tahun dan tidak dapat menampung kapasiti bagi perawatan kecemasan di Sungai Siput yang kian meningkat. Ruang red zone hanya dapat menampung satu kes kecemasan kritikal sahaja dalam satu-satu masa. Kedua, ruang separa kritikal hanya dapat menampung tiga katil sahaja dan ruang tidak kritikal, tiada penempatan khusus bagi pesakit atau waris duduk, sementara menunggu giliran dipanggil oleh doktor.

Kedua, Unit Pesakit Luar. Klinik kesihatan yang baharu perlu dibangunkan di sekitar Sungai Siput bagi memastikan penduduk menerima rawatan pesakit luar. Buat masa ini, Hospital Sungai Siput terpaksa menampung kes-kes pesakit luar yang kian meningkat memandangkan tiada klinik kesihatan yang khusus, berhampiran. Klinik kesihatan yang paling hampir dengan Hospital Sungai Siput adalah Klinik Kesihatan Lintang dengan jarak 20 minit hingga 30 minit dari hospital ini dan ini menyukarkan penduduk untuk pergi menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Ketiga, dewan bedah Hospital Sungai Siput perlulah dilengkapi dengan peralatan yang baharu kerana alatan yang ada sekarang telah mencapai lebih 20 tahun. Tidak selamat digunakan.

final • 8:04 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh isu masyarakat India.

Pelan Pemulihan Masyarakat India sekian lama tertangguh dan tiada arah tuju yang jelas.

Saya ingin menarik perhatian speaker dan mengesyorkan beberapa cadangan untuk menyejahterakan masyarakat India di Malaysia. Masyarakat India hanya memiliki 1.12 ekuiti dan hidup dalam belenggu kemiskinan berbanding dengan sasar ekuiti 3 peratus.

Lebih kurang 850,000 orang India dalam kategori B40 memerlukan pelbagai bantuan dan perhatian. Bantuan kerajaan pusat sahaja tidak mencukupi untuk menaikkan taraf kehidupan masyarakat India di Malaysia sebaliknya ia memerlukan satu tindakan affirmative secara menyeluruh untuk mencapai sasaran. Peratus penjawat awam berbangsa India telah berkurangan daripada 9.8 peratus kepada 5.2 peratus dalam tempoh 24 tahun.

65 peratus masyarakat India berpendapatan rendah dan memperolehi pendapatan seisi keluarga di bawah RM3,500. Bantuan kerajaan yang disalurkan melalui MITRA kurang mencapai sasaran untuk mengangkat kesejahteraan masyarakat India ke paras yang diingini. Peruntukan RM100 juta kepada MITRA tidak dapat menampung keperluan jurang-jurang ketara yang wujud di pelbagai lapisan dan golongan sasaran masyarakat India. Maka saya mencadangkan RM500 juta diperuntukkan dalam Bajet 2024.

Saya juga mencadangkan agar kerajaan meletakkan Pelan Transformasi Masyarakat India di bawah satu kementerian atau terus di bawah Jabatan Perdana Menteri. Saya yakin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang berkali-kali semasa dalam pengucapan awam selalu sebut “Salah satu masyarakat yang paling miskin di Malaysia ialah masyarakat India”.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya wujudkan satu sistem Indian Integrated Build Tracking system untuk memantau kemajuan yang dicapai oleh masyarakat India di bidang pendidikan, penyertaan dan perkhidmatan awam, kadar kemiskinan, perumahan dan pinjaman microfinancing. Lima anjakan yang boleh diberi fokus dengan status pangkalan data India B40 untuk memantau kemajuan dan kesejahteraan masyarakat India untuk jangka masa lima tahun adalah seperi berikut:

(i) peluang pekerjaan di sektor awam;

(ii) perubahan perumahan (Program Biaya Rumah Sendiri);

(iii) pendidikan, pengambilan dan prestasi pendidikan masyarakat India B40; dan

final • 8:10 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

(iv) pinjaman microfinancing. Peminjam berjaya mendapat pinjaman dan seterusnya membasmi kemiskinan, meningkatkan pendapatan dan kekayaan.

Kementerian yang telah diamanahkan untuk menggalas tugas murni ini haruslah memastikan masyarakat India diberi peluang di sektor awam dan di GLC. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam haruslah diberi petunjuk prestasi utama meningkatkan pengambilan penjawat awam di kalangan masyarakat India supaya ia dapat dipertingkatkan kepada enam peratus dalam jangka masa lima tahun.

Pasukan petugas khas pelaksanaan dan JPA harus memastikan pengambilan penjawat awam masyarakat India dipantau dalam usaha memastikan perwakilan yang seimbang dalam sektor perkhidmatan awam.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk membangkitkan isu pendidikan sebelum saya mengakhiri ucapan saya.

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Last. Satu minit ya.

final • 8:10 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Tuan Yang di-Pertua, baru- baru ini sejak beberapa hari yang lalu, isu yang menjadi bicara dalam media sosial adalah pengambilan pelajar ke universiti awam. Tempat yang terhad dan persaingan sengit melanjutkan pelajaran ke universiti awam menjadi punca kegagalan calon menerima sebarang tawaran.

Saya amat memahami cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam menempatkan semua pemohon yang berkelayakan. Pendidikan adalah hak asasi setiap rakyat. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan tempat di universiti awam bagi semua calon yang mempunyai kelayakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga difahamkan segelintir pelajar yang memohon jurusan doktor perubatan pula ditawarkan jurusan yang lain. Termasuklah seorang pelajar dari kawasan Parlimen Sungai Siput yang bernama Sharvinan a/l Gopal yang merupakan pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Sungai Siput Daerah Kuala Kangsar yang telah memohon jurusan Doktor Perubatan, malangnya ditawarkan jurusan Sains Bioteknologi.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Menteri Pengajian Tinggi yang telah memberikan ruang kepada saya untuk berbincang dan pada pagi tadi saya telah berbincang berkenaan dengan adik Sharvinan a/l Gopal supaya rayuannya dapat dipertimbangkan. Dengan ini saya menyokong usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12. Sekian, terima kasih.

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Saya jemput Yang Berhormat Lumut.

final • 8:10 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk melibatkan diri dalam sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12. Ucapan saya akan memberi penekanan kepada beberapa perkara utama melibatkan isu perolehan aset pertahanan negara, masalah kebajikan anggota tentera dan veteran ATM serta isu tempatan di kawasan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini pada ucapan Yang Amat Berhormat Tambun sewaktu memberi ucapan pada 11 September 2023 yang telah menyentuh mengenai perancangan kerajaan bagi memperolehi aset jenis Littoral Mission Ship (LMS) bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia. Saya mohon penjelasan daripada Kementerian Pertahanan mengenai kaedah sebenar perolehan sebenar aset LMS ini, memandangkan terdapat beberapa laporan berita dari dalam dan luar negara yang menyatakan bahawa terdapat beberapa syarikat pembina dari luar negara seperti Hyundai Heavy Industries dari Korea Selatan dan juga Fincantieri dari Itali

final • 8:14 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

yang berminat dan telah menawarkan keupayaan kapal LMS tertentu sebagai persediaan untuk menyertai tender pembinaan kapal LMS untuk TLDM.

Saya juga mohon MINDEF untuk menjelaskan secara terperinci bagaimanakah kaedah perolehan secara G to G yang dimaksudkan dalam ucapan Yang Amat Berhormat Tambun pada 11 September 2023 yang lalu untuk mengelakkan berlakunya masalah ketirisan? Umum mengetahui semua syarikat pengeluar persenjataan di dunia sama ada pembekalan, peluru mahupun aset penting seperti kapal laut dan kapal terbang adalah milik syarikat swasta dan bukan milik sesebuah negara.

Apakah maksud sebenarnya perolehan secara G to G ini dan bagaimanakah kaedah sebenarnya ia akan dilaksanakan? Tuan Yang di-Pertua, di dalam ucapan-ucapan saya di Dewan yang mulia ini pada masa-masa yang lalu sama ada dalam perbahasan bajet mahupun rang undang-undang berkaitan, saya selalu menekankan kepentingan supaya kerajaan giat membantu usaha mengintegrasikan anggota tentera di dalam penghidupan awam selepas mereka menamatkan perkhidmatan selain daripada hal ehwal kebajikan veteran ATM mengambil kira saya juga merupakan veteran ATM.

Persatuan Veteran ATM telah diwujudkan pada tahun 1922 dan telah berusia 101 tahun. Malangnya, terdapat banyak cawangan-cawangan persatuan veteran di seluruh negeri masih tidak mempunyai pejabat cawangannya sendiri. Di mana buat masa ini masih menyewa. Hendak bayar sewa pun tidak mampu di mana peruntukan tahunan yang diterima hanya sebanyak RM500 sahaja yang digunakan untuk Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Persatuan Veteran, perbelanjaan pengurusan pejabat, ziarah ahli- ahli cawangan yang sakit dan sebagainya.

Cawangan persatuan veteran tiada sumber pendapatan lain. Mohon pihak Kementerian Pertahanan melihat isu peruntukan tahunan cawangan persatuan veteran ini agar jawatankuasa cawangan persatuan dapat menguruskan veteran di kawasan masing- masing dengan lebih efisien.

Isu seterusnya adalah mengenai kemudahan perubatan bagi veteran ATM berpencen. Sebelum tahun 2017, semua kemudahan kebajikan perubatan untuk veteran ATM berpencen diletakkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM. Situasi ini telah memudahkan aspek pentadbiran bagi bantuan peralatan kesihatan sebagai contoh kerusi roda, katil pesakit serta tuntutan perubatan yang lain.

Namun, selepas tahun 2017, semua kemudahan perubatan untuk pesara kerajaan diletakkan di bawah satu bumbung iaitu di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk untuk veteran ATM berpencen. Ini membuatkan anggota veteran berpencen terpaksa ke hospital kerajaan dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam untuk membuat tuntutan-tuntutan perubatan.

Secara tidak langsung, sudah tidak ada lagi keistimewaan kepada mereka mempercepatkan urusan golongan veteran ATM berpencen untuk berurusan dengan kerajaan dalam hal-hal bantuan kebajikan perubatan. Saya mengesyorkan agar MINDEF mendapatkan semula keistimewaan ini supaya Jabatan Hal Ehwal Veteran dapat kembali menguruskan bantuan kebajikan perubatan kepada veteran ATM berpencen dalam mengiktiraf perkhidmatan mereka yang selama ini berjuang menjaga kedaulatan negara.

Saya gesa perkara ini diperhalusi dan dikaji semula demi menjaga kepentingan veteran, ATM berpencen dan secara tidak langsung memperkasakan lagi peranan Jabatan Hal Ehwal Veteran di mana ia mempunyai pegawai dan kakitangan yang cekap dan sangat berupaya untuk menilai dan menguruskan bantuan perubatan dan tuntutan- tuntutan berkaitan untuk veteran ATM berpencen berbanding ia diuruskan oleh hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membawa beberapa isu-isu tempatan di kawasan saya. Saya telah menerima aduan daripada para pekerja Boustead Naval Shipyard yang mengadu tentang kelewatan syarikat untuk membayar gaji mereka dari tarikh asal dan bayaran dibuat secara berperingkat. Juga, saya difahamkan mereka juga tidak menerima kenaikan gaji selama lima tahun ke belakang. Malah, syarikat juga lewat membuat pembayaran pemotongan KWSP, PERKESO, Tabung Haji dan pinjaman

final • 8:14 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

bank. Mohon pihak MINDEF dan MOF menangani isu ini yang kita dimaklumkan syarikat Boustead telah diletakkan di bawah MOF.

final • 8:14 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Isu seterusnya adalah masalah di Pulau Pangkor yang telah diwartakan sebagai pulau bebas cukai sejak tahun 2020. Masalah kesesakan pengunjung di jeti Pulau Pangkor pada cuti hujung minggu dan cuti umum disebabkan prasarananya yang tidak sempurna. Saya mohon kementerian terlibat agar dapat menyegerakan projek naik taraf atau bina baharu kawasan jeti Pulau Pangkor. Saya juga memohon kenaikan harga tiket feri dikaji semula ke Pulau Pangkor dari Jeti Lumut dan Jeti Marina Island yang jaraknya berbeza. Harga tiket feri istimewa perlu diberikan kepada penjawat-penjawat awam yang bertugas di Pulau Pangkor.

Akhir sekali, adalah mengenai peruntukan Parlimen untuk Ahli-ahli Parlimen Pembangkang. Kalau Kerajaan Madani betul-betul adil dan ikhlas dalam tata kelolanya, berikanlah peruntukan tersebut. Untuk makluman, di kawasan saya masyarakat yang dikategorikan dalam kemiskinan adalah seramai 1,400 orang. Dengan peruntukan ini bolehlah disalurkan pada mereka bagi mengurangkan beban kehidupan mereka. Inilah amanah kita sebagai pemimpin yang adil. Sekian, terima kasih.

final • 8:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Saya jemput Yang Berhormat Bangi.

final • 8:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 pada malam ini.

Sebelum saya mulakan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh satu perkara iaitu berkenaan dengan perhimpunan yang akan diadakan oleh rakan-rakan saya di sebelah sana. Saya sudah tentu tidak menyokong sama sekali perhimpunan mereka tetapi saya hendak dalam Dewan ini menjadi saksi supaya gesaan saya, pihak polis benarkan pihak mereka untuk mengadakan perhimpunan tersebut. Kita dah lama perjuangkan hak untuk berhimpun dengan aman. Selagi mana perhimpunan tersebut adalah aman, kita harus benarkan Tuan Yang di-Pertua. Saya tak nak kita lupa bahawa sejak sekian lama perjuangan kita juga adalah di jalanan.

Seterusnya, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada Yang Amat berhormat Perdana Menteri dan semua kakitangan awam yang telah bertungkus-lumus untuk menyediakan dokumen Kajian Separuh Penggal RMKe-12 ini. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengiktiraf kerja yang dilakukan oleh UN Global Compact Network Malaysia yang juga telah dirujuk dalam dokumen KSP RMKe-12 ini.

Tuan Yang di-Pertua, isu pertama yang saya hendak bangkitkan ialah berkenaan dengan pengangkutan awam. Di mana-mana saya pergi di kawasan Parlimen Bangi, antara rungutan yang akan diberitahu kepada saya adalah tentang kesesakan lalu-lintas.

Sudah tentu saya juga dalam Dewan ini pernah membangkitkan keperluan untuk bina flyover, untuk lebarkan jalan dan sebagainya.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, kita boleh bina seberapa banyak flyover, lebarkan seberapa banyak jalan tetapi jika kita tidak menyelesaikan kebergantungan kita kepada kenderaan bermotor seperti kereta, ini tidak akan pernah mencukupi. Tuan Yang di-Pertua, ini bermakna terdapatnya keperluan yang mendesak untuk kita menambah baik sistem pengangkutan awam kita khususnya di lembah Klang. Saya telah mendapat maklum balas daripada kumpulan advokasi pengangkutan awam transit...

[Tidak jelas] dalam ucapan saya ini.

Saya ingin bangkitkan beberapa perkara, pertama, reka bentuk bandar-bandar kita Tuan Yang di-Pertua adalah terlalu car-centric, Putrajaya ada di sini, saya percaya dia pun akan bersetuju bahawa bandar-bandar kita terlalu memaksa warga dalam bandar

final • 8:21 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

tersebut untuk menggunakan kenderaan bermotor. Jadi, kita harus melihat bagaimana bandar- bandar ini kita boleh kurangkan kebergantungan kepada pengangkutan awam. Di sini saya ingin mencadangkan supaya satu dana diberikan kepada PBT-PBT yang ada dalam lembah Klang ini untuk mereka menjadikan lebih banyak contohnya, tempat pejalan kaki, tempat supaya adanya pengangkutan mikromobiliti dan sebagainya.

Kalau kita tidak beri kepada mereka, mereka memang tidak ada dana yang mencukupi untuk membuat perkara ini. Jadi, perlu ada intervensi daripada pihak Kerajaan Persekutuan. Kedua, saya juga menyambut baik baru-baru ini pengumuman yang telah dibuat oleh Kementerian Pengangkutan bahawa kementerian akan menambah jumlah bas daripada 766 yang sedia, bas dalam lembah Klang ini kepada 1,000 by the end of the year dengan izin.

Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, perlu ada keperluan juga untuk kita meluaskan lagi jaringan Bas Rapid Transit ataupun BRT dengan menambah laluan BRT ini di seluruh Lembah Klang. Kerajaan juga harus membentangkan satu strategi untuk memastikan bahawa kita memperluaskan lagi BRT ini di seluruh bandar dalam Lembah Klang. Di samping itu, laluan khusus untuk bas juga Tuan Yang di-Pertua, harus ada. Saya bukan bercakap tentang painted lane yang mana kita ada laluan yang di cat sahaja. Saya bercakap tentang separated lane dengan izin, maknanya memang diasingkan daripada jalan raya supaya kereta biasa ini tidak guna laluan bas ini. Itu berkenaan dengan pengangkutan awam.

Seterusnya, saya ingin pergi kepada isu di kawasan Parlimen Bangi, sudah tentu banyak isu tetapi saya hendak sentuh satu sahaja Tuan Yang di-Pertua iaitu berkenaan dengan sekolah dalam kawasan Parlimen Bangi. Kawasan Parlimen Bangi ini adalah seperti yang ramai tahu kawasan Parlimen dengan jumlah pengundi yang paling besar, 300,000 pengundi. Jumlah penduduk pula adalah lebih daripada 690,000 Tuan Yang di- Pertua.

Kami ini lebih besar daripada negara Luxembourg dari segi jumlah populasi.

Luxembourg hanya ada 660,000 orang yang tinggal di sana. Jadi dengan kepadatan penduduk ini dan kemudian kepesatan pembangunan di sini, sebelum ini rakan saya Yang Berhormat Hulu Langat bercakap tentang kepesatan ini, dengan kepesatan dan kepadatan ini perlu juga ada kemudahan-kemudahan awam seperti sekolah. Akan tetapi malangnya kalau kita tengok data daripada DOSM menunjukkan bahawa jumlah sekolah di Bangi per satu ribu kanak-kanak adalah jauh di bawah median di kalangan kawasan- kawasan Parlimen lain.

Tuan Yang di-Pertua, ini bermakna Bangi tidak mempunyai sekolah yang mencukupi. Dalam RMKe-10, dalam RMKe-10 ya, bukan RMKe-12. Dalam RMKe-10, ada satu projek pembinaan di Taman Sutera Kajang, kemudian ada satu lagi projek untuk pembinaan sekolah SMK BTHO yang sepatutnya siap tetapi dua-dua ini telah mengalami kelewatan dan sebagainya, sampai sekarang masih belum siap. Kemudian di bawah RMKe-12 pula ada satu sekolah yang telah diluluskan untuk di bina di kawasan Alamsari.

Saya benar-benar berharap projek-projek untuk membina sekolah ini dalam kawasan Parlimen Bangi dapat dipercepatkan sebab walaupun kita sudah bina sekolah ini ia masih tidak mencukupi. Saya berharap bahawa pihak kerajaan dapat mempertimbangkan untuk membina atau memasukan dalam RMKe-12 ini satu atau dua sekolah lagi dalam kawasan Parlimen Bangi.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin pohon mungkin dalam satu minit, saya hendak akhiri ucapan saya dengan mengimbau kembali kata-kata Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam Dewan yang mulai ini pada awal tahun ini. Saya ingat lagi, saya berada dalam dewan ini. Masa itu Allahyarham menggulung untuk kementeriannya dan telah menyentuh tentang menu Rahmah. Allahyarham pada ketika itu telah berkongsi harapannya supaya rahmah ini menjadi satu nilai dan akhirnya ia dapat menjadikan negara kita ini sebagai satu negara yang penuh kasih sayang.

Ucapan Allahyarham ini sebenarnya telah menyentuh saya sebagai seorang Ahli Parlimen penggal pertama. Mengingatkan saya kenapa kita berada dalam dewan ini, Tuan Yang di-Pertua. Kenapa 222 ada Dewan ini? Bukan untuk harta, bukan untuk jawatan

final • 8:21 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

tetapi akhirnya untuk rakyat. Jangan kita lupa mengapa kita berada di sini. Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub telah lama meninggalkan kita, tidak lama tetapi telah meninggalkan kita.

Akan tetapi saya percaya bahawa impiannya untuk membina satu negara rahman tidak harus terhenti dengan pemergiannya, maka saya ingin menyeru rakan-rakan saya di sebelah sini, rakan saya di sebelah sana untuk bersama-sama kita berganding bahu untuk buat yang terbaik untuk tanah air kita sebab akhirnya saya percaya kalau kita benar-benar ikhlas dan mahu membina negara yang lebih baik melalui RMK ini, melalui projek-projek lain insya-Allah kita akan dapat membina satu negara rahmah.

final • 8:21 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya Bangi mohon menyokong Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12. Sekian, terima kasih.

final • 8:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Baling.

final • 8:30 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke- 12 pada malam ini. Tidak lupa juga saya ingin meluah rasa simpati kepada rakyat Maghribi yang menghadapi ujian bencana gempa bumi yang mengorbankan hampir 3,000 nyawa pada 8 September, hari Jumaat yang lepas. Semoga Allah SWT menghindarkan Malaysia daripada bencana ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyampaikan beberapa perkara berkaitan dengan kawasan saya di Baling. Pertama ialah berkaitan dengan Rancangan Tebatan Banjir. Acap kali kita dengar Baling tidak lekang daripada isu banjir. Rancangan Malaysia Ke-12 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kesembilan telah memperuntukkan sebanyak RM1.3 bilion bagi melaksanakan tujuh rancangan tebatan banjir dalam usahakan meminimumkan kesan banjir di Kedah termasuklah kawasan Baling. Persoalan yang ingin saya bangkitkan ialah setakat manakah persediaan kerajaan dalam menghadapi musim tengkujuh pada tahun ini terutama bagi mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda jika berlakunya banjir pada tahun ini.

Sehubungan dengan itu, banjir yang melanda Baling pada 4 Julai 2021, bukan sahaja kehilangan dan kerosakan harta benda, tetapi kehilangan nyawa rakyat Baling seramai empat orang. Kesan daripada itu, jambatan atau titi yakni beberapa jambatan atau titi yang runtuh dan sebahagiannya belum lagi dibina semula. Di mana titi atau jambatan ini merupakan laluan utama penduduk yang terlibat dengan kawasan banjir ini.

Kedua, sering dibangkitkan bukan sahaja saya, tetapi rakan-rakan saya yang berada di kawasan kebun getah di mana penduduk-penduduk di Baling ini seramai lebih kurang 180,000 orang di mana sebahagian besar mereka hidup di bawah paras kemiskinan. Penoreh-penoreh begitu gusar dengan keadaan harga yang tidak ada penyelesaian bagi meningkatkan harganya. Saya rasa ramai lagi Ahli-ahli Parlimen yang ada ladang getah berharap harga getah ini dinaikkan pada sepatutnya. Saya harap kerajaan ada mekanisme khusus bagi menangani masalah ini.

Saya melihat banyak daripada pengusaha gerah sudah beralih kepada tanaman- tanaman lain untuk mereka menghadapi dan menampung perbelanjaan harian di mana harga-harga keperluan begitu tinggi. Saya memasuki ataupun melawat kampung- kampung yang pengundi di kawasan saya ada lebih daripada 140,000 orang. Saya rasa begitu sedih melihat keadaan mereka di mana terpaksa menanggung penderitaan ini.

Saya melawat, ada rumah yang suaminya lumpuh, hanya tinggal isteri yang terpaksa menanggung sara hidup anak-anak yang ada empat orang hingga lima orang.

Sebahagian mereka datang ke pejabat kami sama ada di pejabat Parlimen ataupun DUN untuk memohon bantuan. Akan tetapi, apakan daya kami hanya dapat atau mampu

final • 8:30 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

memberi bantuan sekadar kemampuan yang ada pada kami. Sedangkan peruntukan tidak diberikan kepada kami.

Tadi, rakan kita dari Klang menyebut bahawa kawasannya mendapat peruntukan, tetapi tidak mencukupi. Bayangkan bagaimana kami yang tidak mendapat peruntukan ini.

Saya harap Kerajaan Madani di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun memberi pertimbangan yang sebaiknya kerana apa yang mereka dapat, kami juga patut dapat. Ini kerana itu adalah wang rakyat yang perlu kami sampaikan kepada mereka bagi meringankan bebanan yang mereka tanggung.

Ketiga, Kedah merupakan antara pengeluar beras dan mempunyai keluasan bendang terbanyak di Malaysia. Sebagai makanan harian masyarakat Malaysia, adalah wajar kerajaan memberi insentif berbentuk fiskal dengan kadar yang munasabah kepada negeri Jelapang Padi ini. Pemberian ini adalah selaras dengan kajian perancangan guna tanah kawasan sumber makanan negara yang mempunyai perancangan khusus bagi sekuriti makanan negara.

Dalam masa yang sama, kerajaan negeri komited untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran padi dan menyokong penuh projek penanaman padi pada lima kali dua tahun. Semalam, Lembaga Zakat Negeri Kedah telah melaksanakan majlis pelancaran menuai padi benih di bawah Program SMART Sawah Berskala Besar Asnaf. Program ini menunjukkan Kerajaan Negeri Kedah serius dalam menjaga makanan negara terutamanya bagi memerangi kartel beras yang menyebabkan pesawah padi terbeban dengan taikun-taikun beras ini.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya memohon dan meminta Kementerian Pendidikan supaya memberi perhatian yang serius kepada sekolah-sekolah di kawasan Baling, kawasan saya yang sampai sekarang ini pun masih banyak sekolah yang tidak mendapat internet yang sempurna. Seperti yang kita sedia maklum, bahawa murid-murid yang belajar di sekolah kawasan Baling adalah murid-murid yang baik dari segi pelajarannya, tetapi oleh sebab kemudahan ini tidak disediakan dengan baik, maka mereka akan ketinggalan termasuklah sekolah-sekolah kerajaan, sekolah agama, sekolah pondok, tahfiz yang perlu diberi perhatian oleh Kementerian Pendidikan.

final • 8:30 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Akhir sekali, saya memohon supaya apa yang dibangkitkan bukan sahaja hari ini tetapi penggal-penggal yang lepas supaya diambil perhatian dan untuk memberi kemudahan kepada rakyat terutama sekali rakyat-rakyat miskin di kawasan saya. Sekian, terima kasih.

final • 8:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.

final • 8:40 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Assalamualaikum dan salam Malaysia MADANI. Selamat malam kepada semua. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi kesempatan pada Batu Pahat pada malam ini untuk turut serta dalam perbahasan laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Bagi memulakan perbahasan, saya ingin menarik perhatian kepada ahli Dewan yang mulia ini kepada tema Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu ‘Menjana Semula Ekonomi; Memperkukuh Keselamatan, Kesejahteraan dan Inklusiviti dan Melonjakkan Kemampanan’. Di kesempatan ini, saya hanya ingin menyentuh isu penempatan dan kesejahteraan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, ingin dimaklumkan sasaran terpilih Rancangan Malaysia Ke-12 ini iaitu menjelang tahun 2025 adalah seperti berikut:

(i) pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.0 hingga 5.5 peratus;

(ii) pendapatan per kapita sebanyak RM58,000;

(iii) kadar pampasan pekerja sebanyak 40 peratus; dan

final • 8:40 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

(iv) purata pendapatan isi rumah sebanyak RM10,000.

Dari Kajian Pendapatan Isi Rumah DOSM pada tahun 2022, purata pendapatan isi rumah Malaysia telah mencapai RM8,479 berbanding pada tahun 2019 adalah RM7,901 dan pada tahun 2016 adalah sebanyak RM6,957. Data DOSM ini telah menunjukkan pertumbuhan purata pendapatan isi rumah pada tahun 2016 ke tahun 2019 adalah pada kadar 4.23 peratus. Pertumbuhan dari tahun 2019 sehingga tahun 2022 agak mengecil kepada 2.4 peratus.

Tuan Yang di-Pertua, di peringkat negeri pula iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor, purata pendapatan isi rumah pada tahun 2022 adalah melebihi RM12,000. Sementara itu bagi negeri Johor, Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan, pencapaiannya adalah sekitar RM8,000 hingga RM8,600.

Diingatkan juga bahawa 48 peratus daripada bilangan isi rumah di Malaysia berada dalam tujuh buah negeri ini iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Johor, Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan. Berdasarkan pertumbuhan ekonomi semasa, tujuh buah negeri ini dijangka tiada masalah untuk mencapai sasaran purata pendapatan yang telah ditetapkan iaitu pada Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu RM10,000 menjelang tahun 2025.

Tuan Yang di-Pertua, untuk sembilan buah negeri yang lain iaitu Terengganu, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah, Perak, Pahang, Perlis, Kedah dan Kelantan, purata pendapatannya adalah di antara RM4,800 hingga RM7,200. Sebanyak 52 peratus daripada keseluruhan isi rumah di Malaysia adalah berada di sembilan buah negeri ini.

Saya yakin dengan usaha yang lebih fokus dan bersungguh-sungguh di bawah pimpinan Kerajaan MADANI, insya-Allah akan mampu melonjakkan purata pendapatan isi rumah di sembilan buah negeri ini ke arah mencapai paras purata yang disasarkan. Perlu ditegaskan juga paras garis kemiskinan yang baharu dikeluarkan pihak DOSM telah berubah daripada RM2,208 pada tahun 2019 kepada RM2,589 pada tahun 2022.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI melalui tujuh kerangka hala tuju ekonomi baharu Malaysia yang diumumkan pada Ogos 2023 antaranya adalah menyasarkan pendapatan buruh 45 peratus daripada keseluruhan pendapatan dalam tempoh 10 tahun akan datang. Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 juga menyasarkan pendapatan pekerja pada kadar 37.2 hingga 40 peratus daripada keseluruhan pendapatan pada tahun 2025.

Oleh itu, strategi yang sama tetapi tempoh masa yang berbeza adalah satu penyelarasan yang cukup baik.

Perancangan yang baik perlukan pelaksanaan yang berterusan. Jadi, Batu Pahat mencadangkan agar semua sektor yang membangunkan sumber manusia ini sama ada di sektor awam mahupun di sektor swasta perlulah diselaraskan keupayaan masing- masing untuk mencapai matlamat tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, selain tumpuan kepada kumpulan isi rumah yang berada di bawah kemiskinan, salah satu cabaran yang lain ialah bagaimana untuk meningkatkan simpanan di kalangan bumiputera dalam Amanah Saham Bumiputera di mana terdapat kini 10.7 juta orang pelabur yang terlibat. Sehingga Disember 2022, jumlah pemegang saham dalam Amanah Saham Bumiputera adalah bernilai RM186.2 bilion berbanding RM181.8 bilion pada tahun 2021 iaitu pertambahan hanya sekitar RM4.4 bilion untuk tahun 2022.

Langkah bank memberikan pinjaman ASB masa kini telah memberikan kesan negatif kepada peminjam kerana dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun ramai peminjam telah gagal untuk menyambung pembayaran semula kepada bank. Oleh itu, apabila peminjam gagal membuat bayaran bulanan, bank pula terpaksa menjual saham tersebut demi mencapai keuntungan.

Pertukaran begini tidak memberi apa-apa nilai tambah ke atas ekuiti malahan ini telah merugikan kepada peminjam dan terus menyusutkan nilai hak di kalangan bumiputera. Oleh itu, pihak kerajaan hendaklah meneliti semula dasar pinjaman untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera.

final • 8:40 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya bahawa KSP RMKe-12 ini sangat komprehensif dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Saya sangat setuju dengan usaha kerajaan dalam meningkatkan pembangunan luar bandar dengan memperkuatkan integrasi antara bandar ke luar bandar atau luar bandar ke bandar. Kerajaan telah meletakkan sasaran untuk mempunyai 2,800 kilometer jalan berturap di luar bandar. Ini polisi yang sangat baik dalam memastikan integrasi antara kawasan luar bandar dapat ditingkatkan dan akhirnya akan memberi impak kepada pembangunan ekonomi luar bandar.

Selain daripada itu, saya ingin membangkitkan mengenai kajian air bawah tanah (underground water). Perkara ini pernah dibangkitkan semasa kerajaan sebelum ini tetapi tiada langkah progresif yang dibuat. Seperti kita sedia maklum, di Malaysia kita mempunyai simpanan air bawah tanah sebanyak 5,000 bilion cubic meter dan hanya dua peratus digunakan buat masa sekarang. Saya sedar bahawa akan ada yang tidak setuju mengenai idea ini tetapi air bawah tanah sesuai untuk dijadikan alternatif tambahan bagi bekalan air negara terutama bagi kawasan yang mempunyai masalah bekalan air.

Salah satu contoh yang boleh dijadikan rujukan ialah bandar raya Kumamoto di Pulau Kyushu, Jepun di mana penduduk bandar tersebut mempunyai 740,000 orang penduduk dan hampir 100 peratus menggunakan air bawah tanah. Kelebihan bagi air bawah tanah ini adalah lebih murah kerana kurang terdedah kepada pencemaran. Saya percaya air bawah tanah boleh menjadi alternatif kepada Kerajaan Malaysia sebagai bekalan air tambahan kepada rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, beri saya seminit dua. Saya ingin mengambil kesempatan ini juga menyuarakan isu-isu setempat yang berlaku di Parlimen Batu Pahat. Isu banjir merupakan isu kritikal di Parlimen Batu Pahat. Saya mengambil contoh banjir di Kampung Sungai Ayam, banjir kerap berlaku di kampung ini. Bulan Julai sahaja lebih kurang lima kali dalam sebulan. Pelbagai faktor dikatakan sebagai punca kepada banjir ini, maka saya ingin mencadangkan projek tebatan banjir di Kampung Sungai Ayam perlu disegerakan bagi menyelesaikan masalah banjir yang berterusan kerana banjir ini telah merosakkan beberapa buah rumah dan juga telah menyebabkan keadaan sekitar sungai menjadi lebih bahaya.

Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, KSP RMKe-12 ini merupakan satu dasar yang kritikal yang akan menentukan hala tuju ekonomi Malaysia pada masa depan.

Pelbagai segmen telah diambil kira dalam memastikan polisi dan dasar ini akan memberi impak kepada ekonomi negara.

Saya harap setiap persoalan dan solusi yang dicadangkan oleh saya ini dapat diberikan perhatian oleh kerajaan dan kita mahukan laporan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 ini bukan sahaja dokumen hitam putih tetapi juga menjadi dasar dalam menggerakkan ekonomi negara. Di sini saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun untuk semua.

Hati kerengga sama dicecah, Hati gajah bersama dilapah, Berbahas pelbagai kaedah, Demi menyokong setiap wadah. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12. Sekian, terima kasih.

final • 8:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kangar.

final • 8:40 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Yang saya hormati Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan Ahli Majlis.

final • 8:49 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Jadi, rasanya banyak isu yang telah dibincangkan dan saya yang hujung-hujung ini tinggal yang banyak yang telah dibincangkan, tetapi apa pun saya tetap akan berbicara jugalah. Cuma, saya ubah sedikitlah.

Jadi, yang pertama saya hendak sentuh tentang kebebasan bersuara. Jadi, mengapakah kerajaan pada hari ini sering menyekat kebebasan bersuara sehingga ada kereta polis yang akan datang ambil dekat depan rumah? Adakah negara Malaysia kini terlalu berbahaya? Adakah sering berlaku huru-hara dan pembunuhan ketika pilihan raya?

Jadi untuk pengetahuan semua, Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan rakyat Malaysia masih lagi berpendidikan dan belum ada lagi isu-isu yang ketara berkaitannya dengan rusuhan dalam pilihan raya dan sebagainya. Jikalau hendak tengok rusuhan, lebih baik tengok di padang bola ataupun di stadium. Bila ada Liga Malaysia, di situ lagi banyak pergaduhan berbanding dengan dalam pilihan raya.

Jadi kalau kita lihat balik, pihak polis terpaksa bekerja keras, bertungkus-lumus membuat rakaman ucapan, menunggu ramai-ramai ketika ceramah pilihan raya. Ahli-ahli politik oposisi atau pembangkang dipanggil ke balai polis untuk diambil keterangan dan macam-macam lagi. Saya dengar cerita, petang ini pun ada lagi kena angkut ke balai.

Jadi kalau kita lihat balik, inilah antara punca dalam pilihan raya awal anggota-anggota keselamatan lebih menyokong Perikatan Nasional kerana mereka ditekan oleh Kerajaan Perpaduan.

Saya pergi yang kedua. Ini berkaitannya dengan agromakanan ke arah keterjaminan makanan. Jadi pada tahun 2021 seperti yang tercatat, hanya 16.3 peratus daripada tanah pertanian digunakan untuk agromakanan dan dijangka meningkat 1.2 peratus terutamanya kawasan penanaman sayur-sayuran. Ini yang disentuh dalam Kajian Separuh Penggal RMKe-12 2021-2025. Persoalannya, mengapakah kita tidak menuju ke arah pengeluaran secara besar-besaran? Jikalau di Eropah, pada suatu ketika dahulu muncul apa yang dipanggil sebagai revolusi pertanian di mana pengeluaran hasil pertanian dijalankan secara besar-besaran. Negara Malaysia dianugerahkan oleh Allah SWT tanah yang amat subur, pokok-pokok tumbuh menghijau. Tanah kita belum lagi diusahakan secara giat.

Jadi, saya mencadangkan kepada Kementerian Pertanian supaya mencari jalan supaya padi boleh ditanam di tanah-tanah yang lain, bukan setakat di sawah sahaja sebab kalau kita lihat balik, berlaku perubahan teknologi dalam kegiatan pertanian. Saya bagi contoh, tanaman anggur. Tanaman anggur hidup subur di negeri Perlis sedangkan ia adalah tanaman dari kawasan berhawa sederhana. Begitu juga tanaman pokok buah tin yang banyak di tanah Arab, juga hidup subur di Perlis. Jadi, saya mohon Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan supaya melalui agensi-agensi mereka mencari jalan supaya tanaman padi boleh ditanam di merata-rata tanah di Malaysia ini.

Jadi, sampai bila kita perlu bergantung kepada import? Beras Rahmah pun sudah naik harga. Daripada RM10.00 untuk lima kilo menjadi kepada RM13.00 untuk lima kilo.

Jadi orang kampung bukan hendak beras import, beras apa pun tidak apa asalkan dapat makan. Jadi mengikut pemilik rangkaian runcit Ameer Ali Mydin, mengecam tindakan kerajaan. Ini bukan saya kata, ini pemilik Mydin ya, Encik Ameer Ali Mydin mengecam tindakan kerajaan kerana tidak belajar daripada amalan terdahulu dengan mengenakan kawalan harga dalam usaha menguruskan bekalan barangan asas di tengah-tengah kenaikan harga susulan kekurangan beras putih untuk pasaran tempatan. Ini dia kata.

Jadi kalau kita lihat balik, kerajaan tidak belajar dan saya pun tidak pernah jumpa lagi beras tidak cukup. Selalunya gula, minyak dan sebagainya. Kali ini beras. Ini adalah satu fenomena yang luar biasa. Jadi, mohon kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Saya pergi yang seterusnya. Ini berkaitannya dengan memanfaatkan sukan dalam membina masyarakat aktif. Ini saya tidak boleh elak sebab saya orang sukan. Tidak boleh elak, mesti sebut. Pertama berkaitannya dengan izin, National Football Development Programme (NFDP). Jadi Tuan Yang di-Pertua, lalu saya pernah bangkitkan isu NFDP berhubung program NFDP makin malap. Akan tetapi jawapan KBS, pandangan

final • 8:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Yang Berhormat Kangar kurang tepat. Jadi, kurang tepat. Saya cakap ini, sebenarnya saya cakap saya dapatkan maklumat dari pusat-pusat latihan, daripada NFDP. Akan tetapi jawapan oleh KBS, pandangan Yang Berhormat Kangar kurang tepat.

Semalam saya hubungi sekali lagi pusat-pusat latihan untuk tahun 2023. Bola pun tidak dapat lagi. Bola pun tidak dapat lagi, yang dapat hanyalah 100 helai baju latihan untuk pusat-pusat latihan. Jadi, saya nampak masalah di KBS ini adalah dari segi peruntukan. Cuma, saya berharap kepada Kementerian Kewangan supaya dapat menyalurkan lebih banyak wang untuk KBS kerana sukan ini memerlukan banyak wang.

Seterusnya berhubung dengan sukan juga, saya juga ingin mengucapkan terima kasih. Bukan sekadar kritik, tetapi terima kasih pun ada kerana KBS telah meluluskan peruntukan untuk motocross di kawasan Batu Pahat. Batu Pahat, Perlis bukan Batu Pahat, Johor. Batu Pahat, Perlis ya di Kangar. Jadi, mungkin insya-Allah pada hujung tahun ini baik pulih akan diadakan di kawasan Batu Pahat. Insya-Allah pada tahun 2024 sempena Tahun Melawat Perlis, kita akan adakan kejohanan motocross bertaraf antarabangsa dan juga insya-Allah juga, kita akan adakah kejohanan perahu panjang. Jadi diharapkan KBS, MOTAC dan juga agensi-agensi lain dapat membantu Perlis dalam merealisasikan program ini.

Terakhir, peruntukan Ahli Parlimen. Ini saya cakap pula lagi sekali buah last.

Malaysia ini hak rakyat, Ahli Parlimen kerajaan dan Ahli Parlimen pembangkang ataupun oposisi adalah sebahagian daripada kerajaan dalam sesebuah negara Demokrasi Berparlimen. Tunggu sekejap na Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kerajaan yang dipilih adalah pemegang amanah kepada segala hasil negara. Rakyat Malaysia tidak kira menyokong sebelah kerajaan atau posisi membayar cukai kepada Kerajaan Malaysia. Jadi apabila kerajaan tidak memberi peruntukan, bermakna kerajaan tidak amanah. Mana tata kelolanya?

Jadi, sebab itulah saya kesian dengan kerajaan sebab Madani sudah menjadi madanon. Kalau tidak, Madani cukup cantik, memang cantik saya tengok perkataan Madani sudah ditukar menjadi madanon kerana kerajaan ini tidak meletakkan keadilan sebagai kewajipannya. Jadi, inilah kerajaan yang seolah-olah macam zalimlah dan seolah-olah macam sebuah kerajaan feudal. Sekian, terima kasih.

final • 8:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Yang Berhormat Mas Gading.

final • 8:50 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

**‘****Kurami’ dan salam sejahtera kepada semua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk turut serta berucap dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas. Oleh kerana masa sangat terhad, izinkan saya terus ke isu-isu yang perlu mendapat perhatian daripada pihak kerajaan.

Saya bersetuju dengan pendapat bahawa negara kita harus mengubah hala tuju dengan mengambil langkah serta pendekatan baharu yang drastik, yang lebih efektif, yang dinamik dan inklusif serta mampan agar pertumbuhan pembangunan negara mampu meletakkan kita pada kedudukan yang strategik sebagai peneraju ekonomi Asia.

final • 8:59 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Walaupun negara telah mencatatkan pertumbuhan purata KDNK sebanyak 5.9 peratus setahun seperti yang dilaporkan dalam tempoh dua tahun pertama RMKe-12 pada tahun 2021 dan tahun 2022, adakah kita patut berasa selesa dengan kedudukan dan pencapaian negara setakat ini?

Saya percaya dengan pelbagai sumber yang kita ada kita mampu mencapai pertumbuhan yang lebih tinggi. Tidak dinafikan serangan wabak COVID-19 telah merencatkan pertumbuhan pembangunan negara dan dunia secara amnya.

Namun begitu saya agak kesal kerana faktor ketidakstabilan politik negara pada tahun yang sama turut menjadi penyumbang besar kepada kebantutan perkembangan negara. Faktor ini pada pendapat saya sepatutnya dapat kita elakkan.

final • 9:00 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Tuan Yang di-Pertua, prinsip ekonomi Madani yang diketengahkan kali ini memberikan fokus kepada hala tuju untuk negara menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dengan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara. Saya bersetuju dengan keutamaan diberikan kepada industri high-growth, high-value yang turut merangkumi industri pertanian dan industri asas tani.

Akan tetapi apa yang merisaukan adalah apabila Jabatan Perangkaan melaporkan bahawa keupayaan negara untuk menyediakan bekalan makanan domestik semakin merudum dan kebergantungan kita kepada import makanan semakin meningkat saban tahun. Saban tahun juga pelbagai bentuk bantuan program serta usaha kerajaan diwujudkan bagi membantu dan memperkukuhkan sektor pertanian negara kita. Namun kita masih lagi tidak dapat menampung keperluan sumber makanan rakyat kita.

Saya menyambut baik saranan-saranan ekonomi Madani yang memberi penekanan kepada masyarakat luar bandar dan turut dinyatakan secara jelas Program Pembangunan Ekonomi Orang Asli, jadi syabas.

Akan tetapi ingin saya sarankan agar diwujudkan juga saranan yang khusus bagi Orang Asal di Sarawak dan Sabah. Walau bagaimanapun atas dasar inklusif dan keterjaminan bekalan sumber makanan, petani-petani berskala kecil yang rata-ratanya berada di kawasan luar bandar juga perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada memperkasakan insentif cukai dan subsidi, memperkenalkan teknologi inovatif serta canggih dalam usaha menjamin pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti dan berdaya saing, saya pernah memberikan lima saranan pada sidang Parlimen yang lepas untuk membantu petani-petani kecil kita dan secara ringkasnya saranan saya adalah:

(i) memberi penekanan kepada tanaman komoditi yang dianggap tidak ekonomik;

(ii) meningkat usaha untuk meneroka dan mempelbagaikan jenis tanaman cash crop dengan izin;

(iii) menggalakkan pertanian kaedah pertanian campur;

(iv) melebarkan program-program pertanian dan insentif-insentif pertanian kepada setiap lapisan masyarakat; dan

(v) mengambil ikhtiar yang mampan dan bersepadu dalam usaha untuk dengan izin revise and rejuvenate kawasan pertanian yang terbengkalai, kawasan perlombongan yang telah ditinggalkan dan kawasan pertanian yang lama yang tidak subur lagi.

Menurut perkiraan saya the domino effect dengan izin kita akan dapat meningkatkan pendapatan petani-petani kecil, membuka lebih banyak peluang pekerjaan di kawasan luar bandar dan sekali gus mengelakkan penghijrahan belia-belia ke bandar.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh tentang isu pendidikan yang sentiasa menjadi keutamaan saya sepanjang saya berkhidmat menjadi wakil rakyat. Pada tahun ini Kementerian Pendidikan menerima peruntukan tertinggi dan saya sedia maklum bahawa pihak Kementerian Pendidikan memberi fokus kepada penyelenggaraan dan baik pulih sekolah-sekolah daif bagi tahun ini.

Satu lagi isu yang saya ingin mohon penjelasan daripada pihak kementerian adalah tentang peruntukan bagi aktiviti-aktiviti kokurikulum dan sukan. Saya juga difahamkan bahawa peruntukan bagi program sukan bagi sekolah-sekolah yang diberikan mengikut jumlah enrolment dengan izin.

Masalahnya ialah jumlah enrolmen ini bagi sekolah di luar bandar dan di bandar jauh bezanya. Malahan saya percaya kos yang lebih tinggi terpaksa ditanggung oleh pihak sekolah di luar bandar berbanding sekolah di bandar. Program kokurikulum seperti sukan sangat penting dan wajar diwajibkan seperti yang berlaku pada hari ini.

Akan tetapi apa yang membingungkan para guru di luar sana adalah kekangan kewangan bagi menganjurkan program yang diwajibkan oleh kementerian ini. Apa yang

final • 9:00 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

lebih mengecewakan adalah apabila ada pelajar yang berpotensi dan berpeluang mewakili sekolah ataupun bahagian ataupun negeri akhirnya terpaksa menarik diri kerana masalah kewangan.

Saya juga berpendapat bahawa jumlah peruntukan bagi program-program sukan sudah tidak lagi senada dengan kos sara hidup yang sudah meningkat. Jadi saya ingin tahu bilakah kali terakhir pihak Kementerian Pendidikan menyemak semula kadar peruntukan bagi program-program sukan sekolah.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya isu pembangunan luar bandar tetapi di kesempatan ini saya ingin membangkitkan masalah yang berlaku di Mas Gading. Saya merasakan pembentangan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 kurang menyentuh tentang hal projek-projek pembangunan infrastruktur yang tertangguh atau tergendala seperti projek sakit mahupun projek belum mula.

Selaras dengan Penegasan 12 Kajian Separuh Penggal RMKe-12 mempertingkatkan kecekapan pelaksanaan dan pemantauan, saya dengan ini ingin menyatakan dengan jelas dan sejelas-jelasnya tentang dua projek yang saya kira sangat relevan dengan penegasan yang dimasukkan.

Mohon kementerian yang bertanggungjawab dapat menerapkan penegasan ini kepada dua projek di Mas Gading yang saya anggap sangat relevan iaitu Projek Pembinaan Jambatan Selampit dengan jumlah peruntukan RM27.9 juta yang diluluskan pada 2019 dan terbaharu dalam sidang bulan Mac yang lalu,jawapan daripada pihak kementerian yang saya dapat dinyatakan kos tambahan sebanyak RM14.1 juta diperlukan untuk projek ini disebabkan perubahan jajaran dan lokasi serta peningkatan kos bahan binaan.

Projek kedua adalah projek Jalan Kendaie-Selampit sepanjang 12 kilometer RM72 juta diluluskan tetapi kedua-duanya belum dimulakan lagi sampai hari ini. Maka mohon tindakan yang sewajar-wajarnya kepada pihak ataupun daripada pihak yang bertanggungjawab.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, isu yang agak khusus iaitu mengenai peruntukan yang menyebabkan isu tanah Native Customary Rights (NCR) bagi negeri Sarawak. Disebabkan tidak ada geran tanah, maka timbul isu atau masalah lain yang perlu saya ketengahkan di sini.

Pertama peruntukan untuk menyukat tanah NCR yang telah dihentikan pada tahun 2018. Saya ingin mewakili suara-suara rakyat Sarawak ingin memohon agar peruntukan bagi menyukat tanah NCR ini dihidupkan semula agar ramai rakyat Sarawak mendapat hak sebagai pemilik geran tanah yang sah dan diiktiraf.

Kedua, akibat tanah yang masih berstatus NCR atau tidak bergeran ini banyak manfaat seperti peruntukan atau projek yang tidak dapat disalurkan kepada rakyat Sarawak. Contoh pertama permohonan insentif-insentif pertanian yang mewajibkan orang kampung mempunyai geran tanah.

Ramai pemohon yang rata-rata penduduk di luar bandar tidak dapat menikmati insentif-insentif program pertanian yang diberikan oleh kerajaan kerana isu geran tanah ini. Contoh kedua Skim Rumah Mesra Rakyat, skim yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu merealisasikan impian rakyat-rakyat yang tidak berkemampuan untuk memiliki rumah kediaman mereka sendiri.

Malangnya impian itu hanya boleh dibina di atas tanah yang bergeran. Makanya sasaran kerajaan untuk kumpulan masyarakat yang berada di kawasan luar bandar di Sarawak seperti Mas Gading sudah pasti tidak dapat dicapai atau dalam erti kata lain gagal. Tanah NCR yang sudah disukat perlu mendapat kelulusan daripada pihak Land and Survey dan proses ini memakan masa yang agak lama.

Saya difahamkan ini antara disebabkan kekurangan tenaga kerja dan kekangan kewangan. Ada juga pemohon yang mengadu terpaksa menunggu sehingga hari ini selepas 35 tahun disukat sampai hari ini masih menunggu.

final • 9:00 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Jadi contoh ketiga pula dan ini adalah contoh terbaru dan terkini melibatkan peruntukan bagi rumah ibadat bukan Islam. Kebanyakan rumah ibadah di kampung- kampung juga tidak mempunyai geran. Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Kajian Tempatan kerana telah memberikan sedikit kelonggaran kepada permohonan dari negeri Sarawak kerana salah satu syarat untuk mendapatkan peruntukan ini juga adalah geran tanah.

Maka dengan rasa rendah diri tetapi harapan yang sangat tinggi saya minta- mintalah ada sinar cahaya di sebalik kelonggaran itu. Saya ingin menyeru pihak KPKT agar tidak mensia-siakan kelonggaran itu kerana semua permohonan itu adalah atas dasar keperluan. Jadi itu jaminan saya.

Dengan itu atas dasar yang berlandaskan Tunggak Kedua matlamat ekonomi Madani iaitu membangun masyarakat sejahtera dan demi meningkatkan kecekapan pengurusan pengeluaran makanan dari optimum penggunaan tanah pertanian, saya ingin sekali lagi memohon agar kerajaan mempertimbangkan rayuan kami rakyat Sarawak ini agar peruntukan untuk menyukat tanah NCR dikembalikan dan kalau boleh disegerakan dan jumlahnya mungkin perlu ditambah.

Dengan ini Tuan Yang di-Pertua dan Dewan sidang yang dimuliakan untuk menutup tirai perbahasan saya kali ini besar harapan saya Kajian Separuh Penggal RMKe-12 benar-benar bersikap inklusif dan memberikan manfaat kepada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira usia, jantina, bangsa, agama, kebudayaan, kedudukan tanpa mengira fahaman politik dan termasuk juga penduduk-penduduk yang masih belum mendapatkan kewarganegaraan mereka. Dengan ini Mas Gading menyokong usul ini.

Sekian, terima kasih.

final • 9:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 9:00 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang untuk saya membahaskan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 ini.

*Buah mangga, buah pulasan, Beli buah di tengah pekan, Kerja tidak buat beri alasan, Kerengga pula dipersalahkan.

[Tepuk]*

final • 9:09 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan perbahasan saya dengan mengingatkan kita semua sedang membahaskan KSP RMKe-12. Jika kita telitikan kandungan RMKe-12 terdapat di bawah pemacu perubahan enam telah juga menyasarkan insiden kemiskinan tegar sifar. Dalam sesi perbahasan semalam, Yang Berhormat Pagoh sendiri mengakui terlibat dalam penyediaan RMKe-12 tetapi yang peliknya apabila Yang Amat Berhormat Tambun berulang kali menyatakan komitmen untuk mensifarkan kemiskinan tegar begitu ramai daripada pihak di sebelah sana yang memperlekehkan sasaran ini. Termasuklah mereka yang pernah terlibat secara langsung dalam penyediaan RMKe-12 ini.

Berkali-kali kita dengar mereka cuba meyakinkan Ahli-ahli Dewan dan juga rakyat di luar sana bahawa sifar miskin tegar ini ialah sesuatu yang tidak realistik dan mustahil.

Alangkah lebih baik dan lebih bertanggungjawab untuk kita semua gunakan akal dan tenaga yang ada untuk sama-sama mencapai misi sifar miskin tegar ini. Cukuplah mempolitikkan isu ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan Yang Amat Berhormat Tambun, pencapaian RMKe-12 sehingga akhir 2022 sejumlah 108,373 unit rumah mampu milik telah dibina manakala sasaran untuk membekalkan 500,000 unit rumah mampu milik menjelang 2025 tetap diteruskan. Ini bererti terdapat sejumlah 391,627 unit rumah perlu disediakan menjelang 2025.

final • 9:10 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Kita semua maklum pelaksanaan sesebuah projek pembangunan itu mengambil masa yang lama. Jika pada hari ini kita kenal pasti tanah untuk dibangunkan pun pastinya unit-unit rumah itu yang disasarkan tidak sempat disiapkan. Apatah lagi kalau tanah pun belum dikenal pasti. Oleh itu, saya ingin penjelasan daripada kerajaan apakah strategi yang akan diambil untuk mencapai sasaran tersebut. Apakah asas yang digunakan untuk mencapai jumlah yang disasarkan?

Tuan Yang di-Pertua, penting untuk saya sentuh mengenai sistem pengangkutan awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. RMKe-12 purata pertumbuhan jumlah penumpang pengangkutan awam The Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang disasarkan pada 5 peratus. Dalam laporan KSP RMKe-12, kita sebenarnya telah melebihi sasaran tersebut dengan 6.9 peratus. Dengan peningkatan ini kecekapan sistem pengangkutan awam amat perlu dipertingkatkan.

Ridership, dengan izin pengangkutan awam di Kuala Lumpur ini ialah 24 peratus dan pihak DBKL juga menyasarkan nilai ini meningkat kepada 50 ke 60 peratus menjelang 2040. Bas Rapid Transit (BRT) akan turut diperkenalkan isu first mile dan last mile, dengan izin. Ini ialah keutamaan yang tepat kerana tanpa MRT 3 pun warga kota yang menggunakan pengangkutan awam sering menyatakan keluhan khususnya berkaitan masa perjalanan yang lebih panjang serta kos belanja yang lebih tinggi bagi first dan last mile ini.

Selain melengkapkan serta memberi lebihan pilihan kepada pengguna di samping meningkatkan ridership pengangkutan awam ini, saya berpendapat projek MRT 3 perlu diteruskan secara teknikal dan connectivity-nya dengan izin MRT 3 yang berkonsepkan inner circle line yang dicadangkan adalah amat baik selari dengan anjakan besar dan rangka kerja KSP RMKe-12 iaitu mengukuhkan jaringan pengangkutan awam. Oleh itu kami pohon penjelasan apakah status projek MRT 3 ini? Jika projek ini tidak diteruskan pohon dikongsi kepada rakyat justifikasi kepada keputusan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, keprihatinan kerajaan dalam memastikan kecekapan pengurusan air di kesemua peringkat kitaran air harus dipuji. Ini termasuk menguruskan sumber air mentah dan memastikan bekalan air terawat dan yang cukup dan terjamin.

Berbilion ringgit telah dibelanjakan untuk melaksanakan projek membina loji rawatan air dengan keupayaan loji rawatan air kita ada lebihan bekalan air bersih terawat yang boleh disalurkan kepada pengguna. Malangnya sejumlah besar ialah air tidak berhasil (NRW).

Dengan purata 34.4 peratus di Semenanjung Malaysia pada tahun 2022 berbanding dengan 33.4 peratus bagi tahun 2021. Peratusan ini semakin bertambah.

Menurut laporan SPAN pada tahun 2022, Perlis mencatatkan NRW yang amat tinggi iaitu 61.5 peratus. Kedah, Kelantan, Sabah turut mencatatkan NRW melebih 50 peratus.

Jumlah kos pembangunan rawatan air mentah memerlukan kos pembangunan CAPEX yang amat tinggi. Kita tidak boleh terus membina loji rawatan air yang baharu tetapi dalam masa yang sama membiarkan pembaziran terus berlaku dengan nilai NRW yang tinggi.

Selain kos membina rawatan air kos merawat air mentah dan menyediakan bekalan air terawat juga dibazirkan begitu sahaja. Satu pendekatan berstrategi perlu diambil segera. Saya mencadangkan kerajaan memberi penekanan terhadap isu ini.

Kaedah serta teknologi yang ada seperti mengesan pengesan pintar boleh digunakan untuk mengurangkan NRW serta mengelakkan pembaziran seperti yang diamalkan oleh negara-negara maju.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang terakhir saya harus puji kerajaan atas inisiatif menubuhkan Pusat Bencana Geologi Negara. Ini menunjukkan Kerajaan Perpaduan serius dan peduli terhadap nyawa dan keselamatan rakyat. Dalam bab bencana saya secara konsisten memberi sokongan padu dalam sebarang usaha berkaitan pengurusan, pencegahan dan persediaan menghadapi bencana. Kita harus belajar dan bertindak daripada tragedi bencana yang telah berlaku.

Dalam erti kata lain, aspek pengurusan bencana itu penting tetapi aspek pencegahan serta kesiapsiagaan menghadapi bencana itu jauh lebih penting. Saya yakin kos pencegahan dan persiapan jauh lebih murah berbanding kos pengurusan pasca banjir ataupun pasca bencana. Saya pohon mencadangkan agar data-data berkaitan bencana

final • 9:10 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

daripada pelbagai sumber dipusatkan di bawah DOSM dan diberi akses terbuka. Ini pasti dapat membantu penyelarasan maklumat yang boleh digunakan secara meluas oleh pelbagai pihak untuk sebarang bentuk usaha pencegahan dan persiapan menghadapi bencana.

Saya akhirkan dengan serangkap pantun, *“Dari Perlis hingga ke Sabah, Rakyat sekalian menaruh harapan, Kerajaan Kerengga berlalu sudah, Kini Madani agenda ke hadapan”.

[Tepuk]* Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 9:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.

final • 9:10 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tanjong Karang sebagai pembahas terakhir merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan semua Ahli- ahli Sidang yang masih istiqamah di dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita semua sedia maklum bahawa perkhidmatan kesihatan adalah basic necessity dengan izin, yang mana ia perlu dan wajib disediakan oleh pihak kerajaan yang memerintah. Dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas ini kita lihat tidak banyak perincian mengenai perkhidmatan kesihatan itu sendiri. Cuma, ada disebut beberapa strategi dan PMX sendiri telah merujuk kepada Kertas Putih Kesihatan.

Tuan Yang di-Pertua, kita banyak mendengar dan menerima pelbagai aduan daripada orang ramai mengenai fasiliti hospital mahupun klinik-klinik kesihatan yang serba kekurangan yang berada dalam keadaan yang begitu daif. Malah peralatan kesihatan yang digunakan juga sudah terlalu usang dan obsolete.

final • 9:18 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

Hampir setiap seorang daripada Ahli Parlimen di dalam Dewan ini telah menyuarakan pandangan mereka tentang betapa teruknya perkhidmatan kesihatan yang dirasai oleh rakyat Malaysia pada waktu ini di mana begitu banyak sekali aduan mengenai para pesakit di bahagian kecemasan terpaksa menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan malah untuk berjumpa dengan nurse, medical attendance atau pun doktor.

Tuan Yang di-Pertua, agenda Kertas Putih Kesihatan yang telah dibentangkan dahulu, saya rasa tidak mampu untuk menyelesaikan masalah pokok yang dihadapi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia itu sendiri. Ini kerana dasar pergantungan sepenuhnya kepada peruntukan atau bajet daripada MOF adalah menyebabkan negara mungkin tidak akan mampu untuk menuju ke arah memperkasakan perkhidmatan kesihatan yang mampan dan lestari.

Rancangan Malaysia Kedua Belas menerapkan 17 anjakan besar dan 71 strategi.

Di sini, Tanjong Karang hanya akan menyentuh soal anjakan besar yang berkaitan dengan pengukuhan perkhidmatan kesihatan berserta dengan empat strategi yang telah dinyatakan itu. Inisiatif yang terdapat di dalam kertas putih bersama anjakan besar pengukuhan perkhidmatan kesihatan dengan empat strategi ini adalah satu naratif yang baik sebenarnya untuk meningkatkan keupayaan KKM dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang mampan kepada rakyat. Akan tetapi, strategi ini sahaja sebenarnya tidak mampu untuk menyelesaikan masalah pokok KKM itu iaitu kekangan peruntukan dana.

Konsep pendanaan 100 peratus kepada peruntukan MOF sahaja untuk menanggung segala kos rawatan perubatan rakyat dengan bayaran serendah RM1 atau pun mendapat rawatan doktor pakar setakat RM5 adalah jauh daripada mencukupi.

Konsep pendanaan atau kebergantungan 100 peratus kepada MOF yang berpandukan

final • 9:20 PM

Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang

kepada empat ke lima peratus KDNK ini adalah sebenarnya tidak sustainable untuk kita amalkan berikutan kos perubatan sentiasa meningkat daripada semasa ke semasa sesuai dengan perkembangan teknologi ilmu perubatan itu sendiri. Maka dengan ini, satu inisiatif berani perlu diwujudkan bagi mengimbangi isu kemampuan dan kebolehan Kementerian Kesihatan memenuhi keperluan fasiliti rawatan hospital serta ubatan semasa.

Satu model atau formula baharu perlu dipertimbangkan untuk diwujudkan dengan segera. Ini adalah sebagai salah satu langkah untuk menjadikan KKM bukan lagi satu bebanan kepada negara atau pun liabiliti tetapi mampu mengukuhkan KKM itu sendiri dari sudut ekonomi dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan yang mampan. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, sudah sampai masanya satu pelan national health insurance sebagai satu langkah atau usaha bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan negara ini mampu membangunkan masyarakat yang sejahtera khususnya bagi mengukuhkan perkhidmatan kesihatan.

Antara negara-negara besar yang boleh diambil contoh adalah seperti Indonesia dan Turki. Kalau dahulu sewaktu membahaskan Kertas Putih Kesihatan, saya telah membawa contoh Indonesia. Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua negara ini bermula dari kosong dan hari ini saya ingin membawa contoh berkenaan dengan negara Turki. Turki pernah mengamalkan konsep pelan kesihatan yang sama seperti yang negara kita amalkan sekarang. Setiap tahun, MOF Turki akan memberikan peruntukan sebesar lima ke enam peratus KDNK untuk membiayai semua keperluan MOH termasuk kos rawatan, ubatan rakyatnya.

Menyedari keterbatasan dana sentiasa mengehadkan dan menghalang perkembangan perkhidmatan kesihatan Turki untuk terus berkembang sesuai dengan perkembangan teknologi itu sendiri, maka pada tahun 2003, Turki telah mula memperkenalkan Health Transformation Program dengan izin, dengan menggunakan Social Health Insurance dan telah merubah dasar sistem perkhidmatan kesihatan Turki sepenuhnya dan mewajibkan 100 peratus national health insurance kepada semua rakyatnya yang bekerja dengan caruman pada kadar lima peratus dibayar oleh pekerja, 7.5 peratus dibiayai oleh pihak majikan. Selebihnya untuk golongan yang tidak berkemampuan, di-subsidized oleh pihak kerajaan.

Dengan konsep baharu ini, maka MOH Turki telah berjaya menjana pendapatan tambahan dan mengurangkan komitmen MOF itu sendiri daripada 100 peratus sebelumnya dan menurun perlahan-lahan sehingga pada tahun 2015, MOF hanya memberikan komitmen sebesar 29 peratus. Melalui hasil penjanaan sendiri, mereka mampu menyediakan sistem perkhidmatan kesihatan Turki yang up-to-date, canggih dan boleh diakses secara online bagi hampir 90 juta penduduknya. Malah MOH Turki berupaya menaiktarafkan fasiliti hospital-hospital, membina hospital serba baharu dan membeli peralatan moden dan terkini dibiayai sendiri bagi memenuhi keperluan MOH itu sendiri.

Dengan wujudnya polisi seperti ini, maka tiada lagi keterbatasan dan kebergantungan peruntukan 100 peratus daripada MOF. Secara tidak langsung, peruntukan MOF sedia ada hanya dijadikan sebagai peruntukan tambahan sahaja buat MOH di negara Turki sekarang ini. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, inilah satu jenis sistem healthcare yang betul-betul sustainable yang kita mahukan untuk rakyat Malaysia, insya-Allah.

Jadi akhirnya, saya ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia pada 16 September 2023 dan saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 9:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dengan tamatnya ucapan yang bersemangat dari Yang Berhormat Tanjong Karang tadi, dengan gadget yang telah dipasang hampir dua jam sebelum ini, [Ketawa] Maka selesailah urusan kita hari ini dan saya ingin maklumkan bahawa seramai 151 ahli telah berbahas [Tepuk] atas usul...

final • 9:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tuan Yang di-Pertua, maaf. Saya hendak minta sedikit masa sahaja nak bangkitkan satu isu. Boleh? Satu sahaja. Saya nak minta—

final • 9:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

bukanlah nak minta tetapi nak jemput semua orang pada 16 September ini datang ke Taman Tasik Cempaka di Bangi, 2.00 hingga 6.00 petang. Kami ada Festival Laksa dan Sate dari seluruh negara. Jadi, datanglah beramai-ramai. Terima kasih.

final • 9:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 9:20 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Cakap lewat sangat.

final • 9:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seramai 151 orang ahli telah berbahas untuk Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas. Pada hari Isnin dan Selasa minggu depan, Yang Berhormat Menteri-menteri akan menjawab ke atas perbahasan usul itu.

Saya juga ingin mengambil kesempatan kali ini untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia yang akan disambut pada 16 September ini.

Jadi, kita semua akan berehat. Insya-Allah minggu depan datang balik dengan penuh tenang untuk mendengar jawapan-jawapan daripada menteri-menteri dan Yang Berhormat-Yang Berhormat dibenarkan untuk bertanya dan meminta celahan. Baik, Ahli- ahli Yang Berhormat...

final • 9:20 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua.

final • 9:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Ada lagi?

final • 9:20 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

20 saat.

[Disampuk] Nak jemput juga.

final • 9:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kenduri ke?

final • 9:20 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Di Wangsa Maju, kita ada buat sambutan Hari Malaysia di Taman Tasik Danau Kota, 16 September sebelah malam. Kita ada beberapa program pada sebelah petang tetapi pada sebelah malam itu ada konsert yang akan dihadiri bersama di antaranya adalah Faizal— apa?

final • 9:20 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Ada sate tak?

final • 9:20 PM

Tuan Ts. Zahir bin Hasan - Wangsa Maju

Faizal Tahir. Di Taman Tasik Danau Kota, 16 September sebelah malam. Terima kasih.

final • 9:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang Berhormat Kuala Krau dijemput hadir.

final • 9:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Hulu Langat tak buat ke Yang Berhormat Hulu Langat?

final • 9:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat...

final • 9:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak, tak. Hulu Langat tak buat.

Kita buat qasidah, qasidah sahaja.

final • 9:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Come on Yang Berhormat, kita buat di kawasan masing-masing.

final • 9:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 18 September 2023. Terima kasih.

final • 9:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.30 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026